Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera. Kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Dato' Seri Amirudin bin Shari, Gombak. Silakan.
1. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Terima kasih Tan Sri Speaker.
Minta Perdana Menteri menyatakan, senarai pemimpin negara dan pertubuhan antarabangsa yang akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bermula 26 Oktober 2025. Setakat ini, apakah pencapaian utama Kepengerusian ASEAN- Malaysia dan sejauh manakah persiapan akhir yang diambil oleh kerajaan dapat menjamin kelancaran keseluruhan program di saat Malaysia bakal menjadi tumpuan dunia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Gombak atas soalan ini.
Sepertimana yang kita sedia maklum, petugas-petugas sedang bertungkus- lumus di peringkat akhir dan tentunya saya ambil kesempatan ini, di Dewan yang mulia ini, menyatakan penghargaan setingginya kepada gerakan dan petugas- petugas yang puluhan ribu Kementerian Luar, MITI, Jabatan Perdana Menteri dan PDRM, imigresen, kastam semuanya yang telah membuat persiapan dan kita doakan kepada Allah SWT, mudah-mudahan sidang ini berjalan lancar dan akan memberikan gambaran dan imej Malaysia yang lebih baik dan harum.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Di antara negara-negara yang akan hadir, kepada kesemua 11 negara ASEAN termasuk Timor-Leste yang merupakan negara yang menyertai atas ikhtiar rakan-rakan dan akhirnya didorong oleh Malaysia sendiri, kerana Timor-Leste itu sebagaimana yang kita sedia maklum ialah sebahagian dari Indonesia. Jadi, kalau ikut dari segi kedudukan geopolitiknya, memang di rantau ini sebahagian dari ASEAN, walaupun mereka kemudian menjadi negara merdeka.
Selain itu sewaktu yang agak istimewa dalam konteks ASEAN kali ini ialah, semua wakil dari semua benua Asia, Amerika, Eropah, Latin-Amerika dan Afrika itu diwakili oleh negara-negara utama di rantau masing-masing. Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Li Qiang, Premier China; Sanae Takaichi, Perdana Menteri Jepun; Christopher Luxon, Perdana Menteri New Zealand; Lee Jae Myung, Presiden Korea; Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk; Presiden Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump; Guterres, Setiausaha Agong Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu; Lula da Silva, Presiden Brazil; Mark Carney, Perdana Menteri Kanada; Antonio Costa, Presiden Kesatuan Eropah; Cyril Ramaphosa, Presiden Afrika Selatan; Ketua Bank Dunia; IMF; Macroeconomic Research Office ASEAN+3; East Asia Business Council; Trilateral Cooperation Secretariat. Ini selain daripada wakil yang menyertai, tetapi tidak sebahagian daripada ASEAN termasuk Director General ILO: International Labour Organization dan juga Presiden FIFA:
bola sepak akan dibincang dalam Mesyuarat ASEAN.
Hasil kita tentunya atas kelangsungan kerja-kerja ASEAN sebelum ini dan juga atas inisiatif rakan-rakan saya di masing-masing kementerian terutama Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dari segi keselamatan sempadan, Kementerian Perdagangan dan Pelaburan yang merupakan di antara fokus kita dan kita nak buktikan bahawa melalui ini ada peningkatan dari sudut intra-ASEAN trade yang kita memberikan fokus dan juga penggunaan mata wang sendiri dengan negara-negara berdasarkan inisiatif Chiang Mai sebelumnya dan yang kita dorong terutamanya dengan Indonesia dan Thailand di Rantau ASEAN, tapi kerjasama yang dicapai ini sebenarnya merentas isu-isu ini yang saya sebut tadi kerana dia termasuk juga pemeteraian perjanjian persefahaman dari segi digital walaupun akan dimuktamadkan.
Yang saya sebut ini kerana dari segi proses akan dimuktamadkan di sidang Menteri Luar. Kemudian berikutnya adalah Ketua-ketua Negara ASEAN sendiri, tetapi dari segi digital, dari segi tenaga sepertimana saya sebut dalam sidang itu— di antara yang paling berjaya memeterai beberapa perjanjian utama merentas
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
negara-negara. Vietnam, Laos, Cambodia, Malaysia, Singapore dan daripada Sarawak ke Indonesia, Sabah dan Selatan Filipina.
Kemudian, soal extended and expanded ceasefire in Myanmar. Itu memang peranan Malaysia walaupun didukung oleh negara-negara jiran terutamanya Thailand yang membantu untuk mendapatkan persetujuan Junta Myanmar menghentikan serangan. Walaupun ada beberapa peristiwa penembakan, tetapi penyerangan dan serangan dan juga penindasan yang selama ini disuarakan termasuk terhadap Rakhine, Arakan Rohingya terutamanya. Itu secara besarnya telah dihentikan dan kita dibolehkan untuk menghantar bantuan kemanusiaan tanpa sekatan. Ini juga yang pertama.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Dan saya bertemu dengan Perdana Menteri Myanmar dua kali di Bangkok dan Beijing dan Menteri Luar bersama dengan beberapa rakan sejawatnya sempat menemui rakan-rakannya di Myanmar. Belum ada penyelesaian muktamad, tetapi kemajuan yang besar.
Yang berikutnya ialah tentang kejayaan kita membantu dalam menyelesaikan pertikaian sempadan di antara Kemboja dan Thailand. Sepertimana yang sedia maklum Tan Sri Yang di-Pertua, di— bukan sahaja pertemuan yang saya pengerusikan sekali, tapi sudah berulang kali pertemuan diadakan di Malaysia, di antara ketua-ketua pasukan bersenjata Thailand dan Kemboja, di Kuala Lumpur.
Menteri-menteri Luar Kemboja dan Thailand— dan baru-baru ini Menteri- menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand untuk memeterai syarat-syarat terperinci dan sekiranya disepakati dalam satu, dua hari ini, tandatangan ini akan disaksikan oleh saya dan Presiden Donald Trump yang juga mendukung penyelesaian ini.
Yang selainnya, sepertimana yang kita sebut, kekuatan ASEAN adalah di bidang perdagangan dan perindustrian dan pelaburan kerana kita lihat kejayaan yang tidak boleh dipertikai dari dulu. Usaha kerajaan-kerajaan terdahulu dari segi memperkuatkan ASEAN, tetapi yang dirasa kelompongannya ialah bidang perdagangan dan antara ASEAN dan juga pelaburan.
Dan beberapa pengecualian telah diberikan dari segi sektor perkhidmatan.
Sebab itu kita lihat umpamanya, bank-bank utama Malaysia— Maybank punyai cabang cawangan di hampir semua negara ASEAN. Saya belum pasti tentang Timor- Leste, tapi ke-10 negara ASEAN itu, Maybank beroperasi. Itu menunjukkan satu permulaan yang sangat baik yang telah berlaku sejak dulu dan kita tingkatkan sekarang.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ada persoalan tentang mengapa tidak di Putrajaya. Saya ingat Menteri Luar sudah jelaskan kerana logistik tidak cukup, dewan baik, tetapi kemudahan- kemudahan hotel tidak cukup untuk keperluan kerana beberapa negara seperti China ataupun Amerika Syarikat, kalau dia datang, dia ambil satu hotel. Dia bukan ambil tiga lantai, dia ambil satu hotel. Jadi, dua orang itu sudah dua hotel. Jadi, kita tak cukup.
Sebab itu diambil, diselenggara di Kuala Lumpur dan berdasarkan pengalaman kita ASEAN GCC yang diadakan, saya rasa kita berupaya melakukan yang sebaiknya, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Perdana Menteri dan tahniah atas beberapa pencapaian serta fungsi yang telah ditunjukkan selaku Pengerusi ASEAN.
Soalan saya Yang Berhormat— Yang Amat Berhormat, dunia telah berubah kepada keadaan unipolar kepada multipolar dan sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi, ia telah menimbulkan beberapa pertarungan dan persaingan geopolitik dan ASEAN. Dalam pada masa yang sama, mempunyai kapasiti ataupun kekuatan dalaman yang harus diperkasakan.
Soalan saya adalah, apakah Malaysia ataupun kita ingin mencadangkan satu framework baharu untuk merungkaikan pertikaian berbanding dengan formula ASEAN sebelum ini yang selalu mengetengahkan noninterference. Malahan, Yang Amat Berhormat kira-kira 10 tahun yang lepas, pernah mengutarakan, agar diwujudkan apa yang dipanggil sebagai constructive engagement ataupun campur tangan secara konstruktif di antara negara-negara ASEAN untuk mengelakkan pertikaian konflik yang akan menyebabkan beberapa kekuatan kita seperti dagang dan perkara-perkara lain terhancur ataupun musnah.
Apakah framework baharu yang boleh dicadangkan kepada ASEAN supaya di masa depan, kita dapat merungkaikan ataupun mengurangkan kesan-kesan konflik selain daripada aspek centrality yang dipertegaskan oleh Kepengerusian ASEAN, untuk ASEAN bergerak ke hadapan selepas ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Gombak. Benar. Saya ingat ASEAN sebelum ini saya tidak mengatakan ini ikhtiar saya, tapi sebelum ini pun tidak terlalu menekankan tentang isu neutrality sebab itu diubah nomenclature-nya dengan menyebut “centrality.” Neutral ini maknanya seolah-olah tidak memihak
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
sama sekali, tapi “centrality” ini maknanya masih terus mengadakan hubungan dan interaksi dan di samping itu masih boleh berusaha...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Noninterference ini tidak bermakna tidak boleh engage ataupun berunding. Sebab itu dalam soal Myanmar umpamanya, saya minta kebenaran, persetujuan rakan-rakan saya, pemimpin ASEAN untuk memberi ruang kepada saya berbincang bersama dengan Menteri Luar dengan pemimpin- pemimpin Myanmar. Ini tidak dilakukan sebelumnya. Kalau dilakukan, tidak dengan kesepakatan ASEAN.
Jadi, bila saya tekankan hal-hal sedemikian, kemudian melapor kepada mereka nampak mereka beri dukungan, tetapi kita masih terikat dengan Five-Point Consensus ya. Maknanya mesti bebas, mesti menghormati hak semua dalam pemilihan, pilihan raya dan juga tidak meneruskan agenda ketenteraan, serangan terhadap negara-negara atau kawasan-kawasan minoriti, tapi saya bersyukur kalau dalam soal Myanmar, sekurang-kurangnya kita berjaya menghentikan tekanan terhadap beberapa wilayah termasuk Rakhine yang melibatkan umat Islam Rohingya.
Saya setuju dia mesti constructive engagement dalam erti kata, kita mesti mengekalkan cara kaedah ini. Sebab itu bila berlaku umpamanya Thailand-Kemboja, kita terus mengambil inisiatif menghubungi mereka dan mereka menyambut dan kita mengajak mereka datang ke Kuala Lumpur dan ada persetujuan, tetapi saya tidak katakan ini hanya ikhtiar Malaysia kerana semua negara-negara ASEAN, ada beberapa negara yang juga menghubungi kedua-dua negara ini dan termasuk juga Presiden Donald Trump, tetapi akhirnya rundingan itu di sini dan kita moderator dalam sidang itu yang melibatkan angkatan bersenjata Panglima Angkatan Tentera, melibatkan Menteri Luar dan pegawai-pegawai yang berkenaan, tetapi bukan semua masalah diselesaikan.
Saya katakan tadi, kekurangan dari segi perdagangan antara negara-negara ASEAN, masih lagi pengedaran dadah meluas di beberapa kawasan dan scammer, seperti— yang juga melibatkan rakyat Malaysia dan saya percaya dalam sidang Menteri Luar dan Ketua-ketua Negara ASEAN, kita masih akan menekankan hal ini bahawa pengedaran dadah mesti dihentikan...
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
So, scammer yang berlaku di beberapa kawasan sempadan di rantau ASEAN ini mesti juga dihalang kerana ia akan membebankan ramai rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Muar. Silakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana tercatat dalam rekod di antara pemimpin pertama yang dapat menghimpunkan kedua-dua kuasa besar Presiden Xi Jinping dan Donald Trump di Malaysia, nak-nak di antara— di masa ketegangan perang tarif. I think that's an exceptional feat dan penghormatannya besar bagi Malaysia dan meletakkan kita dalam kedudukan middle power yang sangat unik.
[Dewan tepuk]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Persoalan susulan saya, tamatnya Kepengerusian ASEAN ini, which is one of the most impeccable ASEAN Chairmanship— persoalan saya, what are the measurable outcomes yang telah berjaya kita capai dan apakah harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas kita tamat kepengerusian ini? Bagaimana with your own personal rapport dengan pimpinan utama Blok Barat dan juga Blok Timur Tengah supaya kedudukan Malaysia sebagai middle power ini tidak hilang, apabila kita tidak lagi menduduki jawatan Kepengerusian ASEAN? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Muar. Sebenarnya memang suatu hal yang agak rumit kita kendalikan, terutama dengan kehadiran Amerika, Rusia, China dan negara yang nampak punyai atau ada hubungan yang agak tegang.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
China akan diwakili oleh Li Chiang Premier kerana Presiden China baharu lagi ke Malaysia, tetapi dalam jadual lawatan Presiden Trump yang datang agak awal sedikit, dia akan hanya datang dan ada bilateral dengan saya dan Malaysia, kemudian mesyuarat khas dengan ASEAN dan esoknya dia pulang. Jadi, pertemuan-pertemuan lain itu setakat yang di— saya lihat jadual, Amerika Syarikat tidak masuk, tetapi sekurang-kurangnya dia lihat bahawa Malaysia ini dengan dasar centrality, satu-satunya negara yang boleh mengumpulkan negara-negara yang agak berlainan pandangan.
Dan, kita terima mereka itu bukan kerana ASEAN sahaja, tapi kerana dasar luar kita juga yang memilih untuk bersahabat dengan semua untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia dari segi perdagangan, dari segi hubungan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
antarabangsa, dari segi geopolitik dan dari segi investment yang membawa faedah kepada rakyat.
Berikutnya, apakah keupayaan kita? Jaringan kerjasama ini agak mantap.
Presiden Turkiye umpamanya memohon supaya kalau boleh Turkiye itu masuk sebagai dialog partner ASEAN dan kita tentunya menyokong dan Menteri Luar akan bawa usul— ini sebagai contoh ya.
Dan GCC iaitu Negara-negara Teluk itu mengadakan sidang hanya di Malaysia. Mereka belum menetapkan sidang berikutnya GCC-ASEAN, tetapi jaringan itu telah kita mantapkan dan hubungan kita dengan beberapa negara Teluk juga baik, tapi kita tidak terikat begitu. Sebab itu Malaysia adalah satu-satunya negara ASEAN yang masih berurusan dengan Iran walaupun tidak dipersetujui oleh banyak negara lain.
Bagi kita, hubungan kita dengan Iran kita teruskan dan bila Presiden Iran yang baharu, Syria juga— dan Presiden Iran dua-dua kali bercakap dengan saya dan minta supaya ditingkatkan. Jadi, hubungan kita dengan beberapa negara itu tidak menghalang kita untuk mengambil keputusan yang agak bebas.
Apakah kemungkinan kita dapat teruskan peranan seperti yang berlaku Pengerusi ASEAN? Tentunya tidak. Kerana status itu kita terima perubahannya, tetapi hubungan Malaysia dan hubungan antarabangsa – Arab, Asia, Amerika, Eropah, Rusia, umpamanya masih baik.
Umpamanya dengan Presiden Putin, itu hubungan langsung dengan kita, walaupun tidak disenangi oleh banyak negara Eropah.
Dengan EU, kebelakangan ini, mereka telah percepatkan proses rundingan trade yang terhalang sekian lama, mereka mahu percepatkan untuk selesaikan di akhir tahun ini iaitu selewat-lewatnya awal tahun depan.
Jadi, dengan Afrika dengan Latin Amerika, dulu bawah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir memberi tumpuan kepada Afrika, tapi telah ketinggalan sekian lama, kita tingkatkan semula. Sebab itu kita lihat umpamanya beberapa negara Eropah termasuk Guinea-Bissau, Ethiopia dan Selatan Afrika sudah ke Malaysia.
Dan, bila ada mesyuarat G20 di Selatan Afrika, saya akan ambil kesempatan untuk juga melawat satu, dua negara Afrika untuk meletakkan peta dan kepentingan Malaysia di Afrika selain di Latin Amerika kerana Presiden Lula itu adalah, di antara sahabat dan rakan baik kita.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Pertama sekali kita harapkan insya-Allah persidangan ini akan membuahkan natijah yang baik.
Saya ada dua persoalan. Yang pertama sekali yang dibangkitkan tadi ialah soal keselamatan sempadan. Isu besar kalau kita lihat pada 17 Oktober baru-baru ini pun adalah satu tragedi berlaku, di mana sebuah kapal tinjau milik PETRONAS dikepung dan dihalau oleh 100 buah bot nelayan. Dan, kita punya masalah persempadanan ini hampir semua dengan negara-negara rantau ASEAN.
Persoalan saya, apakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu suruhanjaya tetap persempadanan negara-negara ASEAN supaya isu-isu persempadanan ini, dia bukan saja mengganggu, tetapi dia boleh mencetuskan suasana yang tidak selamat di rantau ASEAN. Kalau kita boleh wujudkan satu suruhanjaya tetap persempadanan, saya fikir mungkin boleh mengatasi pelbagai masalah yang berlaku, termasuk isu Ambalat dan sebagainya.
Yang keduanya ialah, tentang situasi geopolitik rantau ini, keadaan yang sangat tidak menentu. Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk wujudkan satu sistem pertahanan bersama ASEAN supaya rantau ini bukan saja selamat di kalangan kita, tapi tidak diganggu oleh pihak-pihak luar, khususnya kuasa-kuasa besar? Kalau boleh dilihat kepada aspek tersebut iaitu sistem pertahanan bersama rantau ASEAN. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kubang Kerian. Dua cadangan yang akan tentunya baik dan patut diberi perhatian oleh kerajaan. Peringkat sekarang ini, kita tidak meneruskan dengan suruhanjaya sempadan, tetapi kerjasama kita dan perbincangan dengan negeri-negeri jiran itu tentunya menyentuh soal sempadan secara besar, sama ada Thailand ataupun Vietnam dari segi perairan, Singapura.
Brunei walaupun ada beberapa kejayaan, masih ada sedikit kawasan yang belum termeterai dan Indonesia, saya ambil perhatian apa yang disebut oleh Kubang Kerian tentang gangguan kepada PETRONAS, tapi tidak sampai ke satu tahap di mana kita harus berhubung dengan Presiden Prabowo kerana umumnya hubungan dengan Indonesia itu baik dan soal sempadan ini kita leraikan sebagai sahabat. Dan PETRONAS tentunya hanya mencari gali di kawasan yang memang tetap milik kita dan tidak menceroboh di kawasan lain.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ada kes-kes pencerobohan nelayan sama ada di Malaysia, di Indonesia atau Indonesia ke Malaysia itu kita cuba leraikan dengan baik. Perundingan dah dicapai, tapi ada beberapa yang masih belum dimuktamadkan termasuk Ambalat— sebagaimana yang disebut oleh Kubang Kerian sebentar tadi.
Apakah ada keperluan sistem pertahanan? Memang. Umumnya kita setuju sebab kita ini centrality. Kita tidak mahu kuasa besar menangguk di air keruh dan kemudian melanggar kedaulatan kita. Cuma, belum sampai ke situ. Kerjasama beberapa negara, kita dengan Singapura, kita dengan Indonesia, dengan Thailand itu memang agak meningkat, tetapi tentunya agak terlalu awal untuk mencapai kesepakatan daripada kerjasama sempadan ala NATO yang juga menjadi isu kontroversi sekarang, tetapi dua cadangan ini, saya percaya rakan-rakan Kementerian Luar akan ambil perhatian baik.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya kita bergerak ke nombor 2. Saya jemput Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Indera Mahkota.
2. Dato' Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah-langkah kerajaan dalam meningkatkan usaha-usaha sekolah serta mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa, komuniti setempat dan agensi keselamatan bagi menangani isu keselamatan dan kesejahteraan murid di peringkat akar umbi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri di-Pertua, terima kasih Indera Mahkota yang tentunya juga punyai pengalaman dalam soal pendidikan ini dan juga faham masalah pendidikan ini, masalah melibatkan anak-anak sekolah, guru, ibu bapa, persekitaran dan budaya dalam masyarakat.
Dan, setakat ini seperti mana dimulakan sejak dulu bahawa, langkah-langkah yang diambil oleh kementerian memperbaiki apa yang dianggap kelemahan- kelemahan yang ada dan mengambil kira peranan ibu bapa, pandangan akademia, pandangan guru-guru, kerajaan setuju menubuhkan Majlis Pendidikan Negara supaya diselaraskan semua pandangan itu dan diperkemaskan beberapa langkah yang perlu.
Ada jawatankuasa di tubuh sebelum ini pun iaitu umpamanya soal keselamatan. Bila polis masuk itu dia ada juga kalangan yang setuju untuk menjamin keselamatan. Ada juga dari segi pendidik, akademik yang bimbang kerana dia memberikan fokus bahawa ada gangguan daripada pasukan keselamatan, tetapi melihat kepada beberapa masalah buli, masalah penderaan, masalah jenayah di
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
sekolah, keputusan kerajaan ini adalah untuk meneruskan, tapi memberikan pandangan dan panduan supaya polis itu memantau dan tidak menimbulkan keresahan kepada anak-anak.
Dan, budaya anak-anak sekarang ini tak seperti mana generasi saya kecil- kecil dulu, kalau lihat polis yang kita panggil “mata-mata” itu, gerun. Sekarang ini kadang-kadang budaya itu dah berubah, tetapi kempen anti-buli harus ditingkatkan.
Dan, saya setuju Indera Mahkota bahawa ini bukan soal perkara ringan dan dia melibatkan ibu bapa.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ibu bapa tidak boleh elak daripada memikul tanggungjawab ini. Guru-guru tentunya dan kementerian dari segi keseluruhannya, tetapi budaya buli ini memang pernah berlaku dulu. Saya masih ingat semasa saya Menteri Pendidikan, menghadapi masalah buli di Sekolah Menengah Cheras yang mengejutkan dan sangat membimbangkan, tetapi dia menuntut satu tindakan yang sangat-sangat tegas— juga pertamanya kepada pengetua dan guru yang bertanggungjawab. Dia tidak boleh melepaskan tanggungjawab begitu juga. Kemudian, langkah-langkah lain diambil.
Jadi, tahun demi tahun kita dengar kisah-kisah dan sekarang ini dengan media sosial perkara ini nampak lebih ketara, tapi sekarang ini dilibatkan secara langsung PIBG, selain daripada Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dan guru-guru.
Kemudian, komuniti daripada ibu bapa. Saya percaya Yang Berhormat Indera Mahkota boleh bantu memberikan juga pencerahan tentang langkah-langkah tambahan yang harus diambil, tapi saya fikir soal ini masih lagi soal akhlak, soal nilai, soal fahaman dan bagi kita tentunya didikan Islam, tapi pendidikan Islam pun kalau kita tidak beri pencerahan dari sudut nilai ya dia jadi rituals. Jadi, orang-orang itu dia boleh hafal, tetapi dia tidak menterjemahkan dari segi sikapnya, sekolah— yang menyebabkan masih lagi bertindak yang kurang waras.
Ada cadangan tentang CCTV. Kita, oleh kerana tekanan masyarakat dan merasakan kebimbangan anak-anak, mereka bersetuju. Sekarang ini kita dah meluluskan kelulusan RM5 juta untuk memasangkan CCTV di sekolah-sekolah pilihan dulu.
Kemudian, kaunseling ditambah. Kemudian kaunseling seperti mana yang juga disebut kaunseling— guru ini tidak seperti trained, qualified, certified counselors.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Itu juga sedang dipertimbangkan dan pembantu Warden Asrama termasuk veteran tentera yang harus diambil secara yang lebih kemas.
Kemudian yang lain itu smart support system semua, yang dah sebahagiannya ditekankan oleh— dijawab oleh Menteri Pendidikan sebelum ini, tapi saya percaya dalam hal ini mesti ada kesepakatan. Saya harap rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, kerana kita juga termasuk golongan ibu bapa, kita juga pernah sama jadi pendidik. Dan oleh yang demikian, kita harus cari kaedah yang lebih baik untuk menjernihkan suasana ini yang juga merunsingkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya suka ayat Yang Amat Berhormat tentang akhlak dan sebagainya. Kurikulum persekolahan 2027 sedang digubal. Saya harap kita bukan hanya bercakap soal karakter, tetapi kembali kepada akarnya yang sebenar soal ta’dib dan membina adab yakni disiplin jasad, akal dan roh dari guru kita lah Syed Naquib al-Attas. Sebab karakter itu dia boleh berubah-ubah.
Baru-baru ini seramai 19 orang Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional membuat satu sidang media dan mencadangkan tiga perkara. Semalam, terima kasihlah Yang Berhormat Menteri pun menerima satu memorandum, “Make School a Safer Place.” Itu proaktif Menteri. Tiga perkara ini Yang Berhormat.
Satu, soal Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Murid Sekolah.
Tak kiralah apa namanya, tetapi lebih structured lah. Tadi Yang Amat Berhormat sebut kerjasama. Benar, kerjasama itu memang ada, tapi supaya dia lebih structured.
Tak boleh pula orang luar masuk tak tentu pasal mengajar cikgu dan sebagainya.
Jadi, lebih structured, ada dia punya terms of reference.
Kedua ialah latihan khas untuk guru, warden dan pengawas juga. Ada masa pengawas juga perlu diberi latihan terutama kalau pengawas yang menjaga hostel, asrama dan sebagainya.
Dan yang ketiga, yang ini mungkin boleh juga dibuat dengan cepat. Mereka yang masuk ke sekolah, yang bertugas, mungkin tak melibatkan guru sebab guru terlatih. Pengawal keselamatan, pekerja kebersihan, pekerja kantin. Adakah perlu agaknya ada satu tapisan betul dan mereka ini ada sijil kelayakan khas? Tak kiralah apa namanya. Sekurang-kurangnya kita menapis dari segi keselamatan psikologi mereka.
Dan akhir sekali ini keadilan untuk mangsa dan keluarga mangsa. Kita ada kemalangan-kemalangan yang membawa kematian atau fatal accident dan kita ada
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
undang-undang sivil yang boleh memberi ganti rugi kesedihan, damages for bereavement. Jadi, adakah kerajaan sama ada nak guna undang-undang sedia ada atau undang-undang baharu? Sekarang ini pampasannya lebih kurang RM30 ribu— dulu 10, sekarang 30, mungkin nak ditingkatkan. Ini untuk apa namanya kebajikan mangsa dan— bukan mangsa lah, mangsa dan meninggal, keluarga mangsa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Umpamanya cadangan untuk keselamatan lebih structured. Saya fikir Kementerian Pendidikan harus teliti.
Memang sekarang ada, tapi untuk perkemaskan dengan parameter system of reference yang lebih teratur, saya setuju.
Tentang latihan khas, memang diputuskan dan termasuk kaunselor, warden, pengawas telah diputuskan untuk mengadakan latihan khas untuk mereka.
Tentang pekerja, ini cadangan baharu. Sebenarnya kerana tukang cuci dan sebagainya itu harus at least kalau pun tidak ada sijil, tapi sekurang-kurangnya ada pendedahan tanggungjawab mereka dan sebagainya. Kerana ada kes di mana warden atau penjaga juga terlibat dalam kes-kes jenayah terhadap pelajar termasuk jenayah seksual.
Soal ganti rugi, setakat ini kita rasa memadai, tapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau ada kes-kes tertentu, makna ada kes di mana anak OKU di Pulau Pinang itu didera. Jadi, mungkin ada kes-kes tertentu yang boleh ditingkatkan jumlah ganti ataupun bayaran sagu hati dan sebagainya.
Jadi, itu pampasan. Itu insya-Allah kita boleh pertimbangkan, tapi setakat ini kita rasa memadai. Yang pentingnya ialah memberikan kemudahan kepada mereka balik dan jaminan kepada anak-anak dari keluarga, selain daripada pampasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri.
Berkenaan dengan masalah yang berlaku di sekolah. Saya mendengar makluman yang diberikan oleh Yang Berhormat Tambun berkenaan dengan langkah-langkah yang bakal diambil bagi mengatasi masalah yang berlaku di sekolah.
Dalam perbahasan, ada ramai Ahli-ahli Parlimen yang telah mencadangkan untuk guru-guru diberikan budi bicara untuk merotan. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini di mana budi bicara diberikan? Masa kita di zaman sekolah dulu, merotan merupakan salah satu perkara yang mendisiplinkan kita dan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
tidak akan— tidak ada ibu bapa yang akan mengadu. Malahan bila kita balik, beritahu kepada ayah dan ibu, kita juga akan dirotan kerana kita bertindak dengan cara yang tidak berdisiplin. Malahan sekarang ada ibu bapa yang telah membuat laporan polis.
Soalan kedua saya, apakah yang akan berlaku kepada dua guru-guru sekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian di Pulau Pinang yang telah dituduh di mahkamah kerana merotan dan mendisiplinkan kanak- kanak tersebut, murid-murid tersebut di bilik disiplin, tetapi bila ada aduan dibuat, mereka dituduh di bawah seksyen 324. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan menarik balik pertuduhan kerana mereka bakal— sekiranya didapati bersalah, bakal menghadapi hukuman 10 tahun penjara termasuk sebatan?
Dan akhir sekali, adakah kerajaan serius untuk mempertimbangkan melarang penggunaan handphone dan media sosial kepada murid-murid sekolah di bawah 16 tahun? Mohon penjelasan. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jelutong cakap dengan pengalaman kerana dia pun pernah kena rotan saya rasa. Tengok gaya dia memang baik.
[Ketawa] So, maaf, maaf. Ini gurau, off the record. Tan Sri Yang di-Pertua, soal rotan, pandangan peribadi saya setelah suarakan harus dikembalikan, tapi dengan syarat-syarat ketat. Bukan public caning.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Rotan mungkin di tangan. Bukan bagi kelonggaran sepenuhnya. Saya pernah jadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak saya dah rotan, tapi di tangan dan tentunya tidak terlalu sangat nampak penderaannya, tapi ada juga pandangan umpamanya daripada kumpulan-kumpulan hak asasi yang merasa ini termasuk dalam kategori penderaan anak-anak.
Jadi, saya faham kontroversi itu, tetapi banyak saya ingat— ramai pendidik dari ibu bapa merasakan ada keperluan, tapi dengan syarat-syarat yang ketat dan ditugaskan guru tertentu dan di bilik khas, bilik disiplin dan berapa maksimal rotannya. Jadi adalah beberapa peraturan.
Jadi, saya tidak fikir ibu bapa harus terlalu bimbang kerana anak-anak ini— kenakalan anak-anak ini suatu perkara yang biasa, tapi adakala bila dia langgar apa peraturan agak berlebihan, tentunya harus ada hukuman, tapi ini sekadar pandangan— bukan dasar kerajaan. Saya rasa saya percaya harus dipertimbangkan, diperhalusi dan libat urus dengan semua pihak yang akan dikendali oleh Menteri Pendidikan, sebelum kita muktamadkan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya hanya bagi pandangan peribadi kerana saya fikir tidak ada— bukanlah, dia masuk kategori penderaan. Rakan-rakan SUHAKAM itu beri pandangan yang agak keras menolak sebarang tindakan yang anggap penderaan, tapi oleh itu kita kena bincang dengan semua.
Mengenai apa yang berlaku di Sekolah Menengah Chung Hwa Yang Berhormat Jelutong, perkara ini sedang dalam tindakan mahkamah. Cuma saya nak beritahu di sini kebetulan dari laporan diperolehi, seorang anak itu orang autisme.
Jadi kalau begitu keadaan ini agak mungkin beza sedikit, tapi eloklah kita ikut faktanya, saya tidak harus komen lebih daripada itu.
Tetapi kalau katalah kes itu kes yang agak ringan yang terlibat dalam apa yang kita bincangkan maka tentunya pihak pendakwa raya boleh menilai semula sama ada untuk meringankan tuduhan itu kerana kita sekarang— kita juga sedar dari segi konsensus yang dengar dalam perdebatan kebanyakan di Parlimen yang suarakan pandangan harus ada satu bentuk penderaan walaupun dengan kaedah dan syarat yang ketat.
Soal media sosial telah kita suarakan pandangan kita sehingga kita boleh muktamadkan media sosial. Banyak negara sudah pun memulakan sama ada dari umur 14, ada 15 dan 16, ada diluluskan dengan syarat, ada yang membatas hak sama sekali, tapi ini pun mengundang banyak bantahan.
Dia bukan mengharamkan telefon, tapi dia mengharamkan media sosial dan penggunaannya di sekolah, melainkan di pagar sekolah. Kemudian kalau guna telefon, jadi juga masalah bukan saja media sosial, tapi juga gaming itu tidak melalui media sosial, dia teks terus. Jadi juga merujuk kepada pedofil dan juga merujuk kepada perjudian.
Jadi, ini sedang diteliti, tapi saya sekali lagi cenderung bahawa negara ini kalau kita nak pertahankan soal nilai, tadi Indera Mahkota sebut bahawa kita dalam falsafah pendidikan itu tak boleh lari daripada semangat addabani rabbi fa-ahsana ta’dibi ya— bahawa ilmu, kecanggihan, tapi tak boleh lari daripada persoalan adab dan akhlak. Jadi kita ini bila kehilangan nilai yang menjadi begitu.
Saya pernah jumpa anak-anak yang terlibat dalam kes Universiti Pertahanan.
Anak-anak itu baik. Di Sungai Buloh— penjara, solat tak tinggal, baca Quran semua, tapi sekali bila lalu saya tanya, mengapa boleh jadi begini, dia agak macam keadaan begitu terbawa-bawa dengan budaya begitu. Bayangkan boleh seterika sahabat dia ya. Dan ini bagi saya sudah hilang kewarasan untuk memungkinkan begitu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, sebab itu harus ada didikan dari awal, dari peringkat rendah untuk menghalang. Bagaimana anak-anak yang baik, yang solat, baca Quran, yang baik sungguhpun, tetapi bagaimana boleh terbawa-bawa dengan budaya begitu dengan sahabat rakan-rakan dalam asrama.
Saya juga tanya apa yang warden dia buat, mengapa Naib Canselornya tidak tahu. Bila ditanya, ini budaya yang dah dilakukan selama bertahun-tahun. Sebab itu pertanggungjawaban itu harus menyeluruh. Kita kadang-kadang kita hanya marah anak yang melakukan buli, tapi kadang-kadang suasana persekitaran sekolah atau universiti kita kurang hiraukan.
Jadi sebab itu kalau kita anggap meningkatkan kefahaman, kesedaran, pencerahan soal akhlak, nilai dan budaya, dia harus melihat seluruh sistem dan suasana pendidikan itu sendiri.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas, boleh Speaker?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Pasir Mas silakan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Tambun di atas jawapan tadi.
Saya nak mengimbau balik pada tahun 1988, berlaku kes buli yang merupakan kes berprofil tinggi di mana mangsa Allahyarham Hishamudin Majid, 17 tahun telah meninggal dunia setelah dipukul di dalam tandas di sekolah menengah di Selangor.
Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat sendiri pada waktu itu telah turun segera ke sekolah tersebut dan berikutan daripada itu hukuman perotan telah diperkatakan semula dan telah pun dibenarkan ataupun telah disebut- sebut untuk dilaksanakan semula pada ketika itu dan menjadi penanda aras tindakan Menteri Pendidikan pada ketika itu. Masa berlalu dan sekarang kita berdepan dengan kes-kes seperti ini sekali lagi.
Apa yang saya nak tanya kepada Yang Berhormat Tambun ialah, apakah Yang Amat Berhormat Tambun setuju bahawa selain daripada isu pendidikan di dalam kelas, environment ataupun suasana di sekolah itu sendiri membentuk pemerkasaan moral dan akhlak pelajar. Saya menyebut ini kerana pada hari ini seolah-olah peraturan moral dan akhlak ini semakin longgar di mana salah seorang Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ini membangkitkan penganjuran pesta arak di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael di Ipoh 27 September oleh persatuan alumni. Walaupun tidak melibatkan pelajar, tetapi membenarkan arak
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
masuk ke kawasan sekolah ini telah melanggar Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3 Tahun 2018.
Yang Berhormat Tambun, apa kita bercakap pada akhlak, saya yakin bahawa kita setuju bahawa minuman keras tidak boleh masuk ke pagar sekolah. Jadi, kita minta, adakah boleh kerajaan bertegas dalam isu ini, mana-mana pihak membawa minuman keras masuk ke sekolah, perlu diambil tindakan dengan tegas dan segera.
Dan juga, adakah Yang Amat Berhormat Tambun perlu melihat balik bagaimana pekeliling ataupun arahan supaya MP-MP pembangkang ini, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang, exco-exco kerajaan negeri tidak boleh terlibat dengan sebarang urusan di sekolah milik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kita halang ahli-ahli politik yang dipilih oleh rakyat. Kami tidak tahu apa yang berlaku di dalam pagar sekolah. Nak berurusan walaupun apa jua urusan dengan sekolah itu, tidak dibenarkan oleh kementerian, alih-alih timbul isu buli dan sebagainya. Hatta nak bagi sumbangan pun tak boleh, seolah-olah kami ini merbahaya dan memberikan ancaman kepada pihak sekolah.
Di era reformasi Yang Amat Berhormat Tambun ini, kalau boleh, kalau peraturan ini dapat kita longgarkan dan Yang Amat Berhormat Tambun menjadi pelopor kepada kebebasan ahli-ahli politik untuk terlibat dengan sekolah, saya rasa ini akan menjadi catatan sejarah. Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun.
[Tepuk]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pasir Mas. Saya ucap terima kasih, ucapan yang bernas dan tenang. Jarang saya dengar macam ini. [Dewan ketawa] 1988 itu saya tadi rujuk sebentar kerana perkara ini bukan perkara baharu dan Sekolah Menengah Cheras tak salah saya tadi itu, kejadian yang sangat serius, terkenal kepada kegiatan gengsterisme, buli yang parah dan dibiarkan sekian lama.
Sebab itu pada ketika itu, mungkin suasana lebih agak lain. Masa itu pemerintahan UMNO, BN itu kuat, pembangkang tak ramai.
[Dewan ketawa]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, media sosial pun tidak ada. Jadi, saya ambil sikap yang agak sangat keras. Guru pengetua, guru disiplin dan guru kelas itu saya minta tukar serta-merta. Kemudian keesokan yang bila saya pergi, saya beri amaran— kalau tidak ada perubahan dari segi disiplin, kebersihan, saya akan tutup sekolah.
Tentunya Menteri tidak ada hak tutup sekolah. Kalau tutup sekolah 1,000 pelajar nak hantar ke mana, tapi pada masa itu media sosial tidak ada, jadi orang tenang sikit, tetapi umumnya ibu bapa senang, tetapi kita ucap tahniah kerana
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
maknanya anak-anak ini— betul Yang Berhormat, kalau ditekankan soal disiplin, nilai, akhlak dan diberi kesedaran, itu akhir tahun kalau dilihat balik, keputusan dia itu terbaik yang pernah dicapai, tapi setelah kita beri amaran yang keras.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Dua minggu berikutnya bila saya pergi, sekolah itu menukar wajah, bersih.
Anak-anak 100 peratus datang ikut waktu, awal, 7.30 semua masuk. Makna kalau disiplin itu dijaga daripada awal dan betul, persekitaran dia. Dia bukan— bukan soal guru dengan pelajar. Peraturan keseluruhannya dengan tegas, tapi sepertimana saya sebut, masyarakat pada masa itu lebih, lebih senang menerima peraturan begini dan keadaan mungkin lebih rumit sekarang, tapi saya— saya percaya soal ini adalah soal nilai dan soal akhlak. Maknanya, bagi negara Malaysia, sementara kita bicara soal digital, AI, new technology, peralihan tenaga. Saya bimbang kalau kita remehkan soal nilai, soal akhlak, soal pendidikan.
Bagi masyarakat Islam, pendidikan Islam dan yang lain itu mungkin pendidikan akhlak dan moral dan ini juga ditekankan. Sebab itu rangkap yang saya ada bangkitkan selalu dalam menggapai yang di langit, kita mesti mengakar ke bumi.
Mengakar soal nilai dan akhlak dan ada positifnya bila kita ada perbahasan daripada semua rakan-rakan, baik kerajaan atau pembangkang, semua melahirkan kebimbangan tentang budaya di sekolah, sikap anak-anak, kadang lebih cerdik, lebih pintar, tetapi lebih rendah moral dan akhlak dan kita harus teliti semua ini secara menyeluruh.
Yang keduanya tentang pesta arak. Saya setuju suasana sekolah itu mesti mengelakkan daripada— walaupun selepas sekolah, dewan sekolah, pada pandangan saya, tidak harus digunakan untuk kegiatan-kegiatan yang melanggar peraturan dan di semua sekolah kerana walaupun dikatakan ini disewa oleh badan bebas umpamanya dan ada arak, ada perjudian, ini bukan mendidik anak-anak. Jadi, melanggar konsep dan falsafah pendidikan kita sendiri ya.
[Dewan tepuk]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya setuju malah Menteri Pendidikan telah bawa kepada saya tentang hal ini bulan yang lalu menyatakan bahawa harus diperketatkan, tapi kita nak minta rakan-rakan kita, kadang-kadang bukan Islam dia salah faham. Bukan kita nak larang hak dia, tetapi sekolah ini, daripada sekolah.
Sekolah ini tempat didikan ilmu dan moral dan nilai dan kalau kita izinkan sedikit cebisan ala perjudian atau arak yang ditolak dalam kawasan sekolah. Saya minta rakan-rakan kita bukan Islam juga faham, ini sekolah termasuk sekolah- sekolah bukan Islam. Kita anak-anak bukan Islam bukan diajar daripada kecil untuk
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
minum arak atau berjudi. Jadi, budaya itu mesti budaya Malaysia keseluruhannya.
Di luar, itu soalan mereka, hak mereka, tidak langsung kita nak pertikai. Dia buatlah di dewan lain. Itu pandangan saya dan saya rasa Kementerian Pendidikan sedang meneliti supaya peraturan-peraturan ini.
Bagaimana tentang sekolah itu sekolah swasta, sekolah yang bukan milik kerajaan? Itu ada masalah sedikit. Ada— lihat bagaimana, setakat mana had bidang kuasa kerajaan, tetapi kalau sekolah milik kerajaan, saya tidak fikir kita harus melanggar prinsip-prinsip ini. Saya percaya di kalangan rakan saya sini ada juga melahirkan kebimbangan. Nampak kita ini tak memaksa nilai dan pandangan Islam, tapi ini bukan, bukan maksud saya begitu. Maksud saya ialah melihat konsep dan falsafah pendidikan.
Apakah pendidikan ini sekadar menimba ilmu, kecanggihan ilmu, kepintaran ilmu ataupun membina, membentuk manusia? Nilai manusiawi ini. Kalau nilai manusia, saya percaya kita ada konsensus. Ada yang boleh dibolehkan, ada yang harus dilarang. Jadi, saya cenderung untuk tidak membenarkan pesta-pesta seperti itu termasuk pesta-pesta kerajaan, sama ada selepas atau sebelum, seperti yang berlaku baru-baru ini.
[Dewan tepuk]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tentang majlis kerajaan, saya lihat peraturan-peraturannya dan daripada dulu, 2002, 2018 peraturannya sama, semua yang nak masuk ke sekolah mesti mendapat kebenaran. Baru-baru ini ada kes, menteri diminta kebenaran daripada PPD, tidak boleh masuk sekolah. Baru-baru ini, tapi tentunya saya maklumkan kepada Menteri, patut juga beri makluman awal sama ada PPD ataupun Kementerian Pendidikan atau pejabat Menteri. Jadi, ini harus terpakai untuk semua. Harus jaga, kawal sekolah itu, untuk siapa.
Ini saya nak beritahu ini, rekod memang betul. Ada seorang Menteri yang tidak dibenarkan kerana tidak ada kebenaran dari sekolah ataupun dari Pejabat Pendidikan Daerah. Jadi, saya ingat ini Yang Berhormat Pasir Mas terpakai untuk semua, untuk menteri dan juga untuk Pasir Mas. Kalau nak masuk, minta kebenaran dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Ir.
Haji Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.
1. Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah status terkini laporan insiden lubang benam di Jalan Masjid India yang berlaku pada Ogos 2024.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, susulan insiden lubang benam yang berlaku di Jalan Masjid India pada 23 Ogos 2024, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL telah ditugaskan untuk mengetuai satu pasukan khas bagi menjalankan penyiasatan dan penilaian terhadap kejadian tersebut. Pasukan khas yang diketuai oleh DBKL telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Indah Water Consortium (IWK), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Institut Jurutera Malaysia
(IEM), Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS), Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) serta pakar geotechnical. Tujuan pasukan ini adalah untuk mengenal pasti punca kejadian serta mengesyorkan tindakan jangka panjang dan jangka pendek sebagai langkah mitigasi bagi menangani kejadian sedia ada serta mengurangkan risiko insiden lubang benam di Kuala Lumpur pada masa akan datang.
Berdasarkan analisis pasukan khas yang merujuk kepada maklumat geologi dan laporan penyiasatan tanah yang telah dijalankan, lokasi insiden lubang benam tersebut terletak di atas formasi Kenny Hills dan didasari oleh batuan syis. Lapisan batu kapur atau limestone hanya ditemui pada kedalaman yang sangat dalam iaitu sekitar 60 hingga 70 meter. Oleh itu, insiden lubang benam di Jalan Masjid India tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan kewujudan lapisan batu kapur.
Rumusan daripada pasukan khas juga mendapati bahawa kegagalan struktur paip pembetungan yang telah mereput akibat tindakan balas kimia serta ketidakstabilan tanah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan terbentuknya rongga di bawah struktur pejalan kaki yang akhirnya mencetuskan insiden lubang benam tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Laporan penuh mengenai insiden ini telah pun kita bentangkan kepada Jemaah Menteri pada 20 Ogos 2025. Selain daripada itu, satu edisi khas laporan bagi tujuan bacaan umum akan dikeluarkan oleh DBKL pada akhir tahun ini dan pendedahan laporan ini kita harap dapat memberi kelegaan kepada orang awam yang sebelum ini bimbang kepada— bahawa Kuala Lumpur dibina di atas lapisan batu kapur yang rapuh.
Tan Sri Yang di-Pertua, selepas setahun insiden ini berlaku, kawasan Jalan Masjid India telah kembali pulih seperti sediakala. Kini, pelbagai aktiviti keramaian juga telah diadakan di sana seperti sambutan Deepavali ya baru-baru ini dan jumlah kehadiran membuktikan bahawa keyakinan orang awam untuk kembali ke kawasan tersebut.
Malah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah juga berkunjung dan menunaikan solat hajat di Masjid India baru-baru ini pada bulan Mac tahun lalu— tahun ini dan serta saya juga sendiri serta pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan juga turut mengambil kesempatan meninjau kawasan tersebut sempena Car Free Day ataupun Car Free Morning DBKL. Jadi, pelbagai lagi juga aktiviti sedang kita laksanakan.
Seterusnya, JWP berhasrat untuk juga membentangkan laporan ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis sendiri. Jadi, sekiranya laporan ini dapat dikaji bersama dengan laporan insiden lubang benam di kawasan- kawasan lain seperti di Sepang ataupun di Georgetown, saya pasti ia akan memberikan gambaran yang lebih menyeluruh serta membantu merangka strategi mitigasi yang lebih komprehensif pada peringkat nasional. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya baru nak sebut jawatankuasa nak memanggil kementerian untuk memberi penerangan lanjut berkenaan dengan insiden ini. Jadi, soalan tambahan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan sistem amaran awal atau pemantauan berasaskan geotechnical ataupun AI bagi mengesan risiko lubang benam di kawasan berpenduduk padat di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur? Menteri, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DBKL juga sekarang ini sedang melaksanakan kajian geoteknikal struktur lapisan tanah di jalan-jalan utama sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur bagi mengenal pasti profil dan juga kestabilan tanah Yang Berhormat, di kawasan pusat bandar. Jadi, kajian ini dijalankan susulan kejadian lubang benam tersebut, bagi kita memastikan keselamatan infrastruktur dan juga utiliti bawah tanah, terutamanya di kawasan CBD (central business district) ini dan radius penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Dapatan interim setakat ini mendapati tiada kawasan yang berisiko untuk kejadian lubang benam. Dapatan ini penting ya, untuk keselamatan delegasi ASEAN khususnya, daripada aspek insiden bencana infrastruktur seperti lubang benam.
Pengalaman daripada kes lubang benam ini juga telah memberi respons kepada pihak kerajaan untuk membentuk emergency response team ataupun ERT yang lebih berwibawa dan sekiranya berlaku insiden seumpama ini sekali lagi, insya-Allah tindakan yang lebih pantas dan berkesan akan diambil.
Melalui kaedah seperti borehole, resistivity, GPR, LiDAR dan juga INSAR, data tanah serta utiliti ini akan dipetakan dan diintegrasikan dengan sistem sedia ada dan hasil kajian ini akan digunakan untuk penilaian risiko infrastruktur, membantu keputusan kejuruteraan yang lebih selamat serta keboleh laksanakan kepada sistem amaran awal. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih juga kepada Menteri kerana mengambil tindakan awal dan menyeluruh untuk mengatasi isu yang dibangkitkan. Soalan saya iaitu DBKL sering memenangi pelbagai anugerah dan yang terbaru, apabila Projek Kuala Lumpur Underground Utility Data Center menerima anugerah BRICS, Urban Innovation di Rusia atas kejayaan melaksanakan projek pengurusan utiliti bawah tanah yang bersepadu. Walau bagaimanapun, adakah kesemua anugerah ini boleh memberi kesan ataupun manfaat kepada masyarakat Kuala Lumpur? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Jadi alhamdulillah, tentunya sebagai PBT yang sering menjadi penanda aras kepada PBT-PBT lain, bukan saja
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
dalam negara, malah juga luar negara, kita merasa bangga. Dan alhamdulillah, tahun ini saja Yang Berhormat, Kuala Lumpur telah menerima lima anugerah utama dan insya-Allah, minggu depan kita akan dapat satu lagi anugerah Yang di-Pertua, iaitu anugerah antarabangsa di Sepanyol daripada Fira de Barcelona. Yang ini, Dato’ Bandar akan mewakili DBKL lah untuk pergi menerima.
Walau bagaimanapun saya bersetuju, apa yang paling penting daripada anugerah ini ialah apa manfaatnya kepada rakyat? Jadi, anugerah ini tentunya yang paling penting ialah untuk melihat kepada penyampaian perkhidmatan DBKL. Jenis dan kategori anugerah yang dirangkul oleh DBKL ini sudah tentunya dia bertepatan dan selari lah dengan visi Bandar CIS yang telah kita gariskan dan perkenalkan oleh Wilayah Persekutuan.
Dan ini terkait dengan advancement of technology, dengan izin, dan juga smart city. Ini Wilayah Persekutuan juga merupakan— melihat ini sebagai satu indeks yang membuktikan bahawa penyampaian kepada orang awam oleh DBKL itu adalah jauh lebih baik dan lebih cekap. Jadi sebab itu, saya juga sebenarnya menyarankan kepada pejabat cawangan DBKL untuk memainkan peranan yang jauh lebih efektif dan penting, Yang Berhormat. Sama mungkin seperti apa yang telah kita lihat di sub-local government di Australia dan Jepun, yang mana kita boleh belajar daripada mereka untuk kita menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dr. Abdul Ghani bin Ahmad, Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Ketupat rendang, di pagi raya, Soalan Jerlun, nombor dua.
2. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan langkah penyelesaian jangka panjang oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) agar bantuan kewangan sementara dalam bentuk pendahuluan nafkah kepada pemiutang penghakiman (bekas isteri dan anak-anak) yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh penghutang penghakiman (bekas isteri atau bapa) tidak dibiarkan berlarutan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Bahagian Sokongan Keluarga
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
ataupun BSK, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berperanan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.
Selain itu, BSK JKSM juga membantu pemiutang penghakiman iaitu bekas isteri dan anak-anak melalui penyediaan pendahuluan nafkah sebagai sokongan kewangan sementara. Inisiatif ini memastikan kelangsungan hidup mereka tidak terjejas akibat kegagalan atau kecuaian pihak penghutang penghakiman dalam melaksanakan kewajipan nafkah sementara menunggu prosiding di mahkamah syariah diselesaikan atau tunggakan nafkah dibayar. Bagi tujuan tersebut, BSK JKSM telah menyalurkan pendahuluan nafkah pemiutang penghakiman dengan menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga (JKSM).
Di peringkat negeri pula, BSK seksyen negeri telah menyalurkan bantuan menggunakan Dana Persekutuan yang dimasukkan ke akaun amanah BSK seksyen negeri. Pendahuluan ini perlu dikutip semula dengan penghutang penghakiman setelah tunggakan dibayar bagi menjamin kesinambungan skim kepada pelanggan lain pada masa hadapan.
Selain pendahuluan nafkah, BSK seksyen negeri turut menyediakan bantuan nafkah tanpa kutipan balik bagi penghutang penghakiman yang benar-benar tidak berkemampuan dan dikategorikan sebagai asnaf fakir atau miskin. Dana ini disediakan melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri. Malah, JKSM turut menyalurkan peruntukan tambahan melalui konsep matching grant sekiranya terdapat sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri.
Bagi mengurangkan bebanan kewangan pemiutang penghakiman, kerajaan melalui BSK Transit turut menyediakan kemudahan kos penginapan, makan minum dan pengangkutan bagi mereka yang perlu hadir ke prosiding di mahkamah syariah.
Semua kos ini ditanggung sepenuhnya oleh peruntukan Persekutuan.
Dari sudut jangka panjang, kerajaan melalui BSK, giat memperkukuh tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah-perintah nafkah melalui pelbagai kaedah undang-undang. BSK juga sedang melaksanakan usaha memberi kesedaran kepada para penanggung nafkah anak-anak dalam kalangan waris sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang dan hukum syarak bagi memastikan semua penanggung nafkah, selain suami atau bapa, melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.
Tindakan penguatkuasaan diperkukuh melalui kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesan majikan serta alamat terkini penghutang penghakiman.
Kesimpulannya, BSK berperanan penting sebagai mekanisme sokongan kewangan sementara kepada bekas isteri dan anak-anak yang terjejas akibat kegagalan pemberian nafkah. Melalui pendekatan pelbagai seperti pendahuluan nafkah, bantuan tanpa kutipan balik, kemudahan transit serta penguatkuasaan tegas terhadap penghutang penghakiman bagi memastikan kebajikan pemiutang penghakiman dapat dipelihara.
Langkah jangka panjang ini bukan sahaja menjamin kesinambungan perkhidmatan BSK, malah memperkukuh sistem kehakiman syariah demi menjaga hak wanita, anak-anak dan kesejahteraan institusi kekeluargaan Islam. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. BSK ini dia merujuk kepada pendahuluan nafkah yang bersifat sementara. Maknanya, perlu dikutip balik dan ada juga bantuan nafkah yang diberikan berdasarkan kepada kriteria pihak yang berkenaan, sama ada anak ataupun ibu, sehingga perintah penguatkuasaan nafkah atau tunggakan nafkah tersebut dapat dilaksanakan. Tetapi disebut tadi bahawa untuk memberi kelapangan kepada isteri ataupun anak kerana suami tidak memberi nafkah anak.
Soalan saya, rata-rata bekas suami ataupun bapa ini tidak semuanya miskin ataupun tidak mampu membayar perintah berkaitan dengan nafkah anak ataupun tunggakan nafkah anak tetapi mereka cuba mengelak diri daripada membayar nafkah dengan alasan-alasan yang tersendiri.
Soalan tambahan saya. Apakah mekanisme pemantauan yang telah diwujudkan oleh kerajaan melalui BSK bersama Bank Negara Malaysia bagi memastikan pelaksanaan sekatan akaun bank terhadap bekas suami atau bapa yang culas menunaikan nafkah, dilaksanakan secara telus, saksama dan tidak tertangguh akibat kekangan prosedur antara perintah mahkamah dan institusi kewangan?
Kedua, bolehkah kerajaan menyatakan bilangan pegawai BSK yang bertugas sepenuh masa yang ditempatkan di seluruh negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, berserta nisbah pegawai kepada kes yang aktif? Memandangkan banyak di kalangan pegawai BSK ini terpaksa membuat kerja-kerja pentadbiran yang lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Untuk makluman, salah satu bahagian yang berada di bawah Bahagian Sokongan Keluarga iaitu Unit Khidmat Nasihat. Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Khidmat Nasihat ini akan membantu isteri dan juga anak-anak yang tidak mendapat perintah nafkah tadi itu untuk menjejaki penghutang penghakiman atau pun suami.
Apa yang berlaku, kadang-kadang kegagalan suami ini melaksanakan tanggungjawab nafkah ini sebab mereka tahu bahawa isteri tadi itu sukar untuk mendapat perkhidmatan percuma daripada peguam-peguam syarie bagi menguatkuasakan perintah tersebut kepada suami tersebut. Jadi, dengan adanya perkhidmatan percuma yang diberikan melalui Unit Khidmat Nasihat tadi itu, pegawai Bahagian Sokongan Keluarga itu akan trace atau pun menjejaki penghutang penghakiman tadi dan panggil dia untuk menghadiri sesi kaunseling.
Selain daripada itu, dalam berkaitan dengan Bank Negara ini, kalau saya lihat kepada usaha yang telah dibuat, saya telah sebut tadi pelbagai cara yang diambil oleh pegawai di Bahagian Sokongan Keluarga ini untuk menguatkuasakan perintah tersebut. Antara yang dibuat ialah perbincangan telah diadakan dengan pihak Bank Negara Malaysia supaya pihak Bahagian Sokongan Keluarga melalui mahkamah syariah dapat mengeluarkan satu perintah supaya simpanan penghutang penghakiman tadi itu disita oleh mahkamah. Jadi, yang ini akan dibuat oleh pihak Bahagian Sokongan Keluarga dan perbincangan itu telah dibuat dengan Bank Negara.
Berkaitan dengan jumlah kakitangan Bahagian Sokongan Keluarga di seluruh negeri, saya ingat ada sekitar enam― ada tiga bahagian, saya sebut tadi itu.
Satu, bahagian Unit Khidmat Nasihat, kemudian dia ada Unit Kewangan dan kemudian dia ada Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah. Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menghantar enam orang pegawai di seluruh negeri, termasuklah di Sabah dan juga Sarawak, dan keenam-enam pegawai ini memainkan peranan yang penting untuk membantu isteri- isteri dan anak-anak yang telah memperoleh perintah nafkah.
Kalau dahulu, Tan Sri Yang di-Pertua, mereka ini terpaksa mengambil peguam-peguam syarie dan mereka ini terpaksa membayar peguam untuk
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
menguatkuasakan perintah tersebut. Jadi, dengan adanya Bahagian Sokongan Keluarga ini, enam orang pegawai di peringkat negeri akan membantu isteri tadi itu.
Selain daripada menjejaki bekas suami atau pun penghutang penghakiman yang tidak melaksanakan tanggungjawab nafkah tersebut, mereka ini akan bantu untuk menguatkuasakan perintah dengan pelbagai cara yang ada di bawah undang- undang tersebut dengan secara percuma. Jadi, setakat ini, enam pegawai inilah yang melaksanakan tugas-tugas di Bahagian Sokongan Keluarga seluruh negeri.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Chong Zhemin, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan Kampar soalan nombor 3.
3. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan status perkembangan dan pencapaian kementerian daripada mengeluarkan Malaysia daripada status ‘risiko standard’ di bawah Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR).
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa berusaha agar pelaksanaan EUDR tidak memberi kesan negatif kepada sektor agrikomoditi negara. Bagi tujuan ini, Kementerian telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengeluarkan Malaysia daripada status risiko standard di bawah Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR). Kita ada tiga risk yang kita ada dalam EUDR ini. Satu low risk, one standard risk, and one high risk. Malaysia diletakkan di bawah standard risk.
Dengan pengambilan pendekatan whole-of-government approach, mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun 2025 telah memutuskan supaya satu jawatankuasa khas di peringkat nasional ditubuhkan bagi menangani kesan pelaksanaan EUDR pengklasifikasian Malaysia dalam kategori standard risk dan membincangkan tindakan susulan yang sewajarnya.
Susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri ini, Jawatankuasa Khas Pelaksanaan EUDR telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini diterajui secara bersama oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta kementerian dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Skop bidang kuasa bagi jawatankuasa ini merangkumi perkara-perkara seperti berikut. Membincangkan isu utama pelaksanaan EUDR yang timbul merentasi bidang kuasa berbagai kementerian dan agensi khususnya yang melibatkan deforestation. Kemudian, membincangkan isu-isu relevan yang berpotensi menjejaskan ketepatan data terkini yang diserahkan oleh Malaysia untuk laporan Global Forest Resources Assessment, atau FRA, kepada Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO).
Kemudian, memastikan kriteria kuantitatif dan kualitatif seperti yang diguna pakai oleh EU dalam proses pengklasifikasian status risiko negara dapat dipenuhi dan mengemukakan cadangan, syor kepada kerajaan berkaitan tindakan pematuhan yang perlu dilaksanakan oleh kementerian-kementerian dan agensi dalam mematuhi keperluan utama pelaksanaan EUDR iaitu perkara-perkara yang melibatkan deforestation dan juga dari segi human rights. Memastikan jawatankuasa ini berfungsi sebagai platform strategik untuk merumuskan pendirian negara secara bersepadu dalam menangani atau menyangkal kenyataan yang tidak tepat berkaitan maklumat yang dihantar.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya persilakan Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih penjelasan daripada Menteri.
Soalan tambahan saya. Sejauh manakah status risiko standard ini boleh menjejaskan negara kita untuk mengeksport hasil kelapa sawit ke luar negara, terutamanya EU? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya setiap status ini, dia ada dia punya kesan. Contohnya, kalau kita low risk, maka apabila negara EU ini membeli barang kepada negara-negara yang low risk, dia punya sampling kecil, only one percent. Tapi, kalau standard risk, dia punya sampling three percent. Kemudian, kalau dia high risk, dia punya sampling nine percent. Jadi, dalam konteks Malaysia sebagai standard risk, oleh kerana syarikat- syarikat besar dalam negara kita ini dia mempunyai pemantauan yang sangat rapi dari segi compliance oleh EU requirement, sebab itu kalau saya nak bacakan di sini dari segi performance kita bulan Januari hingga Ogos 2025 dibandingkan tahun lepas, Januari–Ogos 2024, kita melihat macam European Union, kita tidak nampak any yang affect kita punya eksport kerana kita dapat peningkatan sebanyak 3.5
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
peratus. Kalau dulu lapan bulan 2024, kita eksport 2.56 juta tan, sekarang ini kita eksport 268 tan. Begitu juga negara-negara yang tidak memerlukan EUDR, kita masih meningkatkan kita punya eksport kepada negara-negara ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri.
Kalau saya melihat, sebenarnya kita punya MSPO itu dah kuat dan sebahagian kita punya syarikat-syarikat perladangan besar juga mengaplikasi RSPO. Cuma, saya rasa masalah utama kita adalah di peringkat pekebun kecil.
Kerana, kalau saya melihat data daripada MPOC pada hujung tahun 2024, cuma 74 peratus sahaja daripada pekebun kecil yang dapat sijil MSPO dan MPOB mensasarkan supaya kita mencapai 90 peratus pada akhir 2025. Dan kita tahu pekebun kecil persendirian yang masalahnya daripada 209,000 orang dan keluasan 747,000 hektar.
Pertanyaan saya. Mengambil kira bahawa 25 peratus pengeluaran sawit datang daripada pekebun kecil, apakah mekanisme sokongan digital dan sistem kebolehjejakan yang sedang dibangunkan supaya pekebun kecil ini tidak terpinggir akibat keperluan traceability yang ketat di bawah EU? Selain itu, adakah kerajaan bercadang untuk menjemput pasukan audit teknikal atau wakil Suruhanjaya Eropah datang menilai sendiri sistem pensijilan dan pemantauan hutan kita bagi mempercepatkan proses penilaian semula?
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Yang Berhormat. Satu soalan yang bagus. Sebab itu, sebagai sebuah kerajaan, kita telah mewujudkan satu Sistem Kebolehjejakan Nasional bagi sektor sawit. Yang ini part of the compliance of MSPO. Dengan tujuan ialah kita tidak mahu eksport kelapa sawit ini hanya dilakukan oleh ladang-ladang yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat besar.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kita mengambil maklum, kita mempunyai 27 peratus daripada keseluruhan ladang sawit ini dikendalikan oleh smallholders. Sebab itu sekarang ini MPOB sedang menyiapkan hampir the final stage kebolehanjejakan nasional bagi sektor sawit ini ialah kita akan rekod semua dia punya geomap, geolocation ini tiap-tiap smallholders ini kita masukkan dalam itu. Jadi, syarikat-syarikat besar ini boleh beli
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
kepada buah-buah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat smallholders ini boleh masuk dalam sistem jejakan mereka untuk dieksport ke negara Eropah kerana dia telah mempunyai dia punya geomap.
Mana-mana smallholders yang tidak ada geomap ataupun yang membuka kawasan-kawasan yang menyebabkan deforestation, maka buah-buah mereka ini tidak dapat masuk dalam sistem ini. Sebab itu saya pesan kepada semua kerajaan negeri bahawa kalau kita nak dibuat deforestation selepas ini kalau kita proceed juga, kalau mana-mana buah yang dikeluarkan oleh kawasan-kawasan yang deforestation selepas 2020, maka tidak ada kilang akan proses buah tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Membaca sepotong ayat al-Quran]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ada kena gantung, ada kena pecat, Adat perjuangan, pasti tersilap hakikat; Yang Berhormat Menteri, sila jawab soalan saya nombor empat.
4. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sekiranya terdapat sebarang cadangan untuk menambah tenaga pakar seperti sinologist dan arabologist dalam Wisma Putra bagi memperkukuh hubungan antarabangsa Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Silakan Menteri.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya tak jawab soalan mengapa dia kena gantung ataupun kena pecat. Di luar bidang kuasa saya, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri Yang di-Pertua, agenda memperkasakan kita punya modal insan sentiasa menjadi agenda utama, Yang di-Pertua. Kementerian Luar melihat bahawa modal insan ini merupakan kita punya kekuatan kerana di dalam Kementerian Luar ini yang menjalankan tugasnya adalah orang, personaliti dia. Kita tak menggunakan macam Kementerian Pertahanan, kita kena kapal terbang kah, kapal laut kah, kereta kebal kah, tetapi di Kementerian Luar ini individu. Jadi, kekuatan individu itu, kepakaran individu itu merupakan aset penting kepada negara dan juga kepada Kementerian Luar.
Jadi, soal daripada Machang berkenaan dengan bagaimana cara atau Kementerian Luar melihat untuk kekuatan membina modal insan dalam penguasaan
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
sinologist dan juga arabologist, ya. Sinologist ini bahasa Cinalah, ya Dato' Yang di- Pertua. Arabologist ini bahasa Arab, ya. Tapi kita panggil arabologist. Kita ada ramai pegawai-pegawai ataupun warga Wisma Putra yang berkebolehan fasih dalam bahasa menguasai bahasa Mandarin, ya.
Selain daripada warga Wisma Putra yang berketurunan Cina yang berbahasa Mandarin dan juga bahasa dialek ibunda yang lain, kita juga ada mempunyai warga Wisma Putra yang mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa Mandarin dan juga kita mempunyai juga warga Wisma Putra yang mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa Arab. Dan kita sentiasa melihat kita punya jabatan sumber manusia meneliti dan melihat. Bukan sahaja dua bahasa ini tetapi melatih juga warga Wisma Putra di dalam bahasa-bahasa yang lain, khususnya bahasa ataupun United Nations language, bahasa Bangsa-bangsa Bersatu, yang mana kita punya Institute of Diplomacy and Foreign Relations kita, IDFR kita mengadakan kursus-kursus khas ini untuk melatih warga Wisma Putra dalam bahasa-bahasa ini selain daripada melatih pegawai-pegawai kita dalam berkenaan dengan hubungan antarabangsa.
Jadi, kepakaran dalam bidang masing-masing itu menjadi kekuatan kita.
Kepakaran dalam bidang penguasaan bahasa juga menjadi keutamaan kita, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk kita menaikkan taraf kepakaran warga Wisma Putra supaya mereka mempunyai kebolehan untuk berbahas, untuk mereka berbincang dan khususnya di dalam membaca dokumen-dokumen kerana di Wisma Putra ini kita perlu menelaah, meneliti banyak dokumen, dokumen-dokumen antarabangsa, perjanjian-perjanjian, MoU-MoU. Itu memerlukan kepakaran dalam bidang masing- masing. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang bernas. Yang Berhormat Menteri, we are at war, dengan izin. Dan perang yang kita sedang berdepan ini bukan pentas- pentas tradisional tapi di pentas-pentas seperti boardroom, Dewan Rakyat dan pentas-pentas kerajaan. Dan diplomatic core Wisma Putra adalah the first line of defence and offence. Mereka perlu dibantu dan diberi keupayaan untuk menjadi tentera-tentera dalam diplomasi kita. Jadi, bila saya sebut tentang keperluan mewujudkan lebih banyak pakar-pakar ini, bukan sekadar dari segi bahasa, Yang Berhormat Menteri, tapi juga dari segi ilmu dan kepakaran area studies.
Saya ambil contoh, Yang Berhormat Menteri, di Jepun. Semalam, Takaichi dah jadi Perdana Menteri pertama Jepun dan beliau menginstitusikan sebuah
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
kementerian yang bernama Economic Security Ministry. Yang mana di situ ada banyak pakar-pakar yang memastikan kepentingan nasional Jepun di pentas antarabangsa terjamin.
Jadi, saya fikir mungkin Wisma Putra boleh mengangkat martabat diplomat kita dengan menjadikan mereka ini lebih banyak pakar-pakar sepertimana puteri Yang Berhormat Menteri sendiri. Saya maklum, belajar pakar dalam bidang sinologist. Saya selalu baca dekat Twitter-lah, saya tengok dia punya perkongsian.
So, we need more like her in Wisma Putra. Japanologist, ada seorang saja dekat UKM. Not enough. We need more. Because we need to trade with these countries, bukan? Macam yang tadi saya dengar, Yang Berhormat Titiwangsa cakap tentang complexity, risk analysis. We need experts in these areas, baru boleh bantu Titiwangsa, bantu Senator yang nak habis tempoh ini dan sekali lain-lain. Insya-Allah saya yakin, kita boleh maju bersama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Machang. Memang saya sebutkan tadi bahawa Wisma Putra, kekuatan kita kepada individu.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tidak macam kementerian-kementerian lain, dia menggunakan aset-aset. Jadi, aset kita adalah merupakan tenaga pakar yang terlatih. Memang kita latih pegawai-pegawai muda PTD yang masuk selepas mendapat latihan daripada INTAN. Mereka masuk, ada yang dapat masuk ke Wisma Putra, mereka ditempatkan dulu untuk sementara di jabatan-jabatan ataupun ditempatkan di luar negara.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kemudian ini mereka mesti mendapat diploma dalam hubungan antarabangsa yang kita ada sendiri, kita punya Institut Diplomasi dan juga Hubungan Antarabangsa ataupun IDFR. Di situ Dato' Yang di-Pertua, kita mempunyai kepelbagaian. Kita nak menjurus diplomat muda kita di dalam bidang masing-masing. Di situ kita kenal pasti.
Itu sebabnya kita mengenal pasti bahawa ada kepakaran masing-masing.
Ada yang pakar dalam bidang Asia Barat, ada yang pakar dalam bidang negara China, di mana kita ada jabatan-jabatan dua hala, jabatan pelbagai hala. Jabatan dua hala ini banyak pakar dia. Jabatan pelbagai hala pun pakar masing-masing.
Kerana seperti yang disebut oleh Machang tadi, Tan Sri Yang di-Pertua, kita
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
merupakan the frontline. The frontliners ini. Kerana dalam hubungan antarabangsa, Wisma Putra yang akan menjadi sebagai kementerian yang paling awal yang membuat engagement dengan perkara-perkara begini.
Kita nak berhubung, kita nak berbincang, kita nak meneliti perjanjian, kita nak melihat apa saja, maka Wisma Putra lah, merupakan pegawai-pegawai Wisma Putra lah yang merupakan benteng pertama yang akan melihat terutamanya menjaga kepentingan negara. Ada macam-macam cara yang secara halus, secara tidak sedar, bahawa sekarang ini macam-macam yang dilakukan oleh mereka mahu menguasai negara-negara lain melalui diplomasi senyap, diplomasi halus. Ini kita mesti lihat dan kita mesti mempunyai kepakaran.
Maka, Dato’ Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, Machang, kita sentiasa melatih dan menaik taraf kepakaran pegawai-pegawai kita dari masa ke semasa. Kita menghantar bukan saja dalam negara tapi kita menghantar pegawai- pegawai muda kita membuat attachment di organ-organ Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga di kawasan, di institut-institut di luar negara. Insya-Allah Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan dari Jempol. Apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri bagi memastikan diplomat Malaysia terus relevan dalam bidang pengkhususan baharu seperti kecerdasan buatan dan juga keselamatan siber? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Jempol. Memang benar kerana keadaan geopolitik, geoekonomi, teknologi sekarang dah banyak berubah. Perubahannya itu amat dahsyat sekali sehingga perubahan teknologi ini mengatasi kemajuan negara itu sendiri. Negara ataupun nation terpaksa catch up terpaksa mengejar perubahan teknologi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi dalam pada ini, negara kita terutamanya Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri kita juga mengikuti perkembangan ini dan kita melihatnya sebagai satu cabaran yang mesti kita tangani secara berstruktur. Itu sebabnya saya sebutkan tadi,
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
sebentar tadi bila Machang cakap bertanyakan soalan saya, mengatakan bahawa Wisma Putra mengkaji dan melihat dan menghantar pegawai-pegawai di sektor masing-masing di kepakaran masing-masing untuk meningkatkan kepakaran mereka supaya kepakaran mereka itu seiring dengan perubahan zaman dan teknologi terkini kerana sekarang ini semua AI. Semuanya berkenaan teknologi maklumat dan macam-macam.
Jika Kerajaan Malaysia terutamanya di peringkat kementerian saya, Kementerian Luar, kami tidak mengambil iktibar tentang perubahan yang berada di luar ini, kita tak mahu nanti suatu hari diplomat-diplomat kita ketinggalan zaman.
Diplomat-diplomat kita tidak dapat berbincang dengan terbaik di peringkat antarabangsa, di peringkat among dia orang punya colleagues, yang mana kebanyakan hubungan antarabangsa ini banyak berbual-bual dan juga bercakap dan berbincang. Kita tak mahu duta-duta kita, diplomat-diplomat kita merasa inferiority complex kalau mereka tidak dibekalkan ataupun mereka ini tidak didedahkan dengan teknologi-teknologi dan juga pengetahuan-pengetahuan yang terkini.
Itu sebabnya Wisma Putra sentiasa melalui Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, kita melihat dan menghantar pegawai-pegawai kita terutamanya pegawai muda dan juga ada juga pegawai-pegawai, terutamanya kadang-kadang dah di peringkat diplomat pun kita memanggil mereka untuk mereka menghadiri kursus- kursus yang berkenaan supaya mereka dapat menguasai teknologi atau dapat menguasai pengetahuan terkini, insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Lo Su Fui, Tawau.
Datuk Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Dewan yang mulia, Mahkamah syariah wajib diperkasa; Jangan biar keluarga tunggu lama, Soalan utama saya nombor 5.
5. Datuk Lo Su Fui [Tawau] minta Perdana Menteri menyatakan langkah dalam membantu Mahkamah Syariah Sabah menangani kelewatan penyelesaian 7,466 kes tuntutan waris dan harta pusaka di lima buah Mahkamah Tinggi Syariah (2020-2023) termasuk usaha penambahan hakim dan penggunaan sistem digital memandangkan kelewatan penyelesaian kes akan menjejaskan hak waris dan menimbulkan konflik keluarga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tawau.
Puan Yang di-Pertua, dimaklumkan bahawa bagi tempoh tahun 2020 hingga 2023, Mahkamah Syariah Negeri Sabah telah merekodkan sejumlah 10,959 kes yang didaftarkan melibatkan kes permohonan pembahagian harta pusaka, kod kes 311 dan permohonan pelantikan pentadbir, kod kes 314.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,292 kes telah berjaya diselesaikan, manakala baki 667 kes masih dalam prosiding. Angka ini menunjukkan kadar penyelesaian kes yang tinggi iaitu sekitar 93.91 peratus.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan perkhidmatan kehakiman syariah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui surat bertarikh 4 Julai 2025 telah memperakukan dan Kementerian Kewangan Malaysia pada 7 Julai 2025 telah meluluskan pewujudan 28 jawatan baharu tanpa trade-off bagi fasiliti baharu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.
Kelulusan ini turut merangkumi pewujudan satu jawatan hakim mahkamah tinggi syariah kanan gred LS14 yang meningkatkan bilangan hakim mahkamah tinggi syariah daripada lima jawatan sedia ada kepada enam jawatan. Pertambahan jawatan hakim mahkamah tinggi syariah kanan ini adalah selaras dengan model perjawatan 2024 yang telah diluluskan oleh JPA sekali gus memperkukuhkan struktur pentadbiran kehakiman syariah di negeri Sabah.
Sehubungan itu, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sedang mengambil tindakan susulan untuk pengisian perjawatan baharu tersebut. Pada tahun 2022, juga telah diwartakan Kaedah-kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah melalui teknologi komunikasi jarak jauh sebagai salah satu inisiatif pengaplikasian sistem digital untuk mempercepatkan penyelesaian kes.
Selain itu, beberapa langkah penambahbaikan telah dilaksanakan sejajar dengan peruntukan Seksyen 43 Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2024.
Antaranya pelaksanaan perbicaraan secara dalam talian melalui video conference system, pewartaan Kaedah-kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah, perjalanan mahkamah syariah melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
Bermula tahun hadapan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan, Mahkamah Syariah Negeri Sabah akan melaksanakan penggunaan Management Display System (MDS) iaitu sistem giliran digital yang menjadi sebahagian daripada agenda transformasi digital kehakiman syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Pelaksanaan inisiatif ini diyakini mampu memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan dengan memastikan operasi pentadbiran di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, teratur, efisien serta selaras dengan aspirasi meningkatkan mutu perkhidmatan kehakiman syariah di negeri Sabah. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tawau.
Datuk Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan jumlah kes waris dan pusaka Sabah yang— pusaka syariah yang tertunggak di Sabah masih tinggi.
Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan mekanisme outsourcing, dengan izin, khidmat bantuan guaman syariah secara berlesen melalui kerjasama dengan NGO, klinik guaman universiti dan peguam syariah bagi membantu mempercepat penyediaan dokumen, nasihat awal dan medisiasi kes, khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah? Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Tawau.
Puan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya telah jelaskan sebentar tadi, kes-kes penyelesaian yang melibatkan harta pusaka dan pentadbiran harta di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah terbukti sebanyak 91.93 kes telah berjaya diselesaikan. Yang ini menunjukkan keberkesanan sistem yang berjalan.
Antara lain yang digunakan dalam sistem iaitu apa yang disebut sebagai Unit Sulh. Di mana pihak-pihak yang hadir di Mahkamah Syariah akan dibawa melalui proses pengantaraan dan kes-kes ini diselesaikan tanpa melalui perbicaraan.
Dalam masa yang sama juga, hakim-hakim yang dilantik juga, Puan Yang di- Pertua, telah dihantar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan bagaimana cara nak menjalankan perbicaraan yang melibatkan harta pusaka ini.
Jadi, dengan ilmu pengetahuan yang diberikan itu, banyak kes-kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Tawau cadangkan sebentar tadi. Penggunaan peguam-peguam syarie ini di luar yang juga berpengalaman bekerjasama dengan pihak mahkamah syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan ada di kalangan peguam-peguam syarie ini juga yang dilatih bersama dengan hakim-hakim mahkamah syariah.
Jadi, pengetahuan yang mereka ada berkaitan dengan pentadbiran harta pusaka ini dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan, khususnya di kalangan B40 yang tidak dapat mendapat perkhidmatan daripada peguam syarie
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
swasta akan dapat menyelesaikan kes mereka dengan lebih awal. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan masih berlaku pertindihan kuasa antara mahkamah syariah dan juga mahkamah sivil, dalam kes harta pusaka melibatkan waris berlainan agama ataupun perkahwinan campur. Adakah kerajaan bercadang menubuhkan satu majlis penyelarasan kehakiman peringkat nasional bagi melaras dan menyeragamkan garis panduan pelaksanaan keputusan antara kedua-dua mahkamah agar tidak timbul percanggahan keputusan?
Dan adakah kerajaan bercadang untuk menyalurkan peruntukan khas melalui Belanjawan 2026 bagi menaik taraf infrastruktur mahkamah syariah termasuk kemudahan ICT, latihan hakim, latihan hakim muda, dan khidmat kaunselor kekeluargaan, khususnya di Kelantan dan juga di Sabah, bagi memperkukuh sistem kehakiman syariah serta mengurangkan kelewatan penyelesaian kes yang semakin kritikal? Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Dalam konteks pentadbiran harta pusaka memang kita kalau dia melibatkan harta-harta orang-orang Islam, benar dalam keadaan perundangan yang sedia ada mereka terpaksa pergi ke mahkamah syariah untuk mendapatkan apa yang disebut sebagai sijil faraid, di mana hakim mahkamah syariah akan mengeluarkan sijil untuk menentukan waris yang layak untuk menerima harta tersebut.
Kemudian terpaksa pula pergi ke institusi di sama ada di mahkamah tinggi sivil ataupun di— Amanah Raya dan juga pejabat tanah mengikut jumlah harta tersebut. Jadi dalam konteks itu, mungkin terpaksa pergi melibatkan dua sistem mahkamah syariah dan juga di mahkamah sivil.
Jadi, untuk mengelakkan berlaku pertindihan sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi memang perbincangan diadakan untuk melihat bagaimana peruntukan yang sedia ada kemungkinan boleh dipindah supaya hakim- hakim supaya harta pusaka yang melibatkan orang-orang Islam itu mungkin hanya diselesaikan di peringkat mahkamah syariah sahaja tanpa mereka ini pergi ke institusi lain untuk menyelesaikan kes mereka.
Yang kedua, berkaitan dengan...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Peruntukan khas untuk tahun 2026 bagi meningkatkan sistem kehakiman syariah di seluruh Malaysia lah termasuk latihan hakim muda dan sebagainya.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Betul, Yang Berhormat Kuala Krai. Memang kalau kita lihat pembentangan bajet yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memang ada peruntukan yang akan disalurkan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk mempertingkatkan.
Contohnya, eSyariah. Sistem eSyariah. Yang itu juga akan diberikan sebab kita percaya bahawa melalui proses upgrading, digitalization di mahkamah- mahkamah syariah di seluruh negara, termasuklah di negeri Kelantan dan juga Sabah. Kita percaya lebih banyak kes-kes akan dapat diselesaikan dengan segera.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan Ledang nombor 6.
6. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pertahanan menyatakan berikutan skandal MDIO, apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mewujudkan proses perolehan yang lebih telus dan akauntabiliti bagi strategi pertahanan negara.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ledang atas soalan yang dikemukakan.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam proses perolehan melalui pematuhan terhadap peraturan kewangan yang berkuat kuasa dalam setiap peringkat perolehan.
Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan perolehan dalaman MINDEF merupakan mekanisme tambahan yang diwujudkan supaya tata cara pengurusan perolehan dipatuhi sepenuhnya.
Di samping itu, semua permohonan perolehan pertahanan hendaklah diperakukan oleh pihak pengguna sama ada daripada perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga Tentera Udara Diraja Malaysia. Di peringkat perkhidmatan, setiap permohonan hendaklah melalui proses semakan dan pengesahan spesifikasi dan kos oleh jawatankuasa di bawah markas perkhidmatan
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
yang dipengerusikan oleh ketua perkhidmatan masing-masing seperti berikut iaitu Jawatankuasa Keperluan Operasi Tentera Darat, Lembaga Pengurusan Keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga Jawatankuasa Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Sebagai langkah kawalan, Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan jawatankuasa penapisan perolehan bagi membuat penelitian sebelum suatu perolehan dilaksanakan supaya ia nya selari dengan keperluan projek dan perolehan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Ekonomi.
Selanjutnya, proses perolehan akan dimuktamadkan oleh Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan bagi projek-projek bernilai di bawah RM50 juta.
Bagi projek melebihi RM50 juta pula, keputusan perolehan adalah di bawah Lembaga Perolehan Kementerian Kewangan. Kementerian Pertahanan juga melaksanakan pelbagai kaedah pemantauan termasuk penglibatan daripada agensi pusat seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan juga Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi memastikan proses perolehan berjalan lancar. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih. Berkenaan dengan soalan ini, saya sebenarnya ada dua soalan. Satu soalan sebenarnya adalah terkait sedikit dengan skandal yang berlaku. Mungkin bolehkah pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri maklumkan apakah laporan penuh telah disampaikan kepada Jemaah Menteri berkenaan dengan insiden penahanan pegawai-pegawai ATM kanan dan juga daripada MDIO sejak daripada bulan Ogos yang lepas? Sudah dua bulan.
Yang keduanya adalah berkenaan dengan perolehan. Menurut laporan, proses tender perolehan atau pengubahsuaian projek bagi kementerian ataupun agensi kerajaan yang melebihi nilai RM50 juta bagi bekalan dan perkhidmatan dan RM100 juta bagi kerja-kerja perlu dilapor kepada jawatankuasa perolehan.
Namun, maklumat yang dilapor kadang-kadang tidak sentiasa boleh diakses oleh awam. Jadi soalan saya, bolehkah kementerian menyatakan bilangan dan nilai projek perolehan yang telah melalui syarat pelaporan dalam dua tahun yang terkini?
Mungkin agak spesifik boleh jawab bertulis tetapi apakah resepi untuk menjadikannya terbuka secara awam? Contohnya muat turun laporan, ada status projek, vendor, nilai kontrak dalam portal-portal yang rasmi. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih, Yang Berhormat Ledang atas dua persoalan tambahan yang dikemukakan. Yang pertama tentang laporan terkait dengan MDIO. Hari itu pun saya di dalam Dewan ini Puan Yang di-Pertua, saya telah berikan penjelasan dua perkara.
Yang pertama tentang tindakan kita di peringkat Kementerian Pertahanan sendiri di mana siasatan telah kita laksanakan. Tetapi dalam masa yang sama sepertimana yang semua maklum bahawa melalui SPRM juga siasatan itu berlaku dan kita akan sentiasa memberikan kerjasama.
Yang kedua adalah kita tingkatkan lagi unit integriti kita di semua agensi- agensi yang melibatkan Kementerian Pertahanan itu kerana kita tahu bahawa antara perkara yang terpenting dalam dua perkara yang dibangkitkan dalam kes MDIO itu, pertama adalah tentang integriti anggota kita. Yang kedua adalah terkait dengan— dikaitkan tentang kebocoran maklumat.
Jadi, kita kena dapatkan kepastian dua perkara itu sebab itu perkara yang terkait dengan integriti yang melibatkan SPRM. Itu kita akan berikan kerjasama.
Terpulang kepada pihak SPRM untuk ke hadapan itu. Tetapi macam saya sebut keadilan harus diberikan kepada kedua-dua pihak sama ada kepada pihak SPRM juga dalam rakyat mahu tahu tentang apa yang berlaku dan di pihak kita juga anggota juga harus diberikan keadilan dalam konteks undang-undang dan seumpamanya.
Ada pun sedikit Puan Yang di-Pertua, saya sentuh sikit tentang proses perolehan kita. Memanglah kita tahu bahawa dalam aspek pertahanan kita bila kita ingin dapatkan perkara-perkara yang terkait dengan perolehan. Ada perkara yang memang kita boleh umumkan secara khusus dalam konteks perolehan aset-aset pertahanan tapi ada juga perkara-perkara yang terkait juga dengan keselamatan terutamanya aset-aset strategik kita. Ini pun kita ambil kira dalam proses kita ingin mengeluarkan maklumat-maklumat yang boleh dilihat secara umum apatah lagi kalau aset-aset yang terkait dengan aset strategik kita yang terlibat dengan MDIO.
Itu pun juga kita ambil kira.
Sebab itu pandangan Ledang itu kita ambil kira. Tapi dalam di Kementerian Pertahanan ada beberapa perkara yang harus kita berikan pertimbangan sebelum maklumat-maklumat tentang aset pertahanan itu kita umumkan atau kita dedahkan kepada umum. Itu saja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih. Jadi, berikutan dengan soalan sama. Berikutan daripada skandal MDIO itu, dia sudah pasti
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
memberikan kesan pada security risk assessment. Jadi, sejauh mana kementerian telah menjalankan penilaian risiko keselamatan maklumat dan aset pertahanan yang mungkin terjejas akibat daripada skandal itu? Itu satu.
Yang keduanya, mekanisme yang sedia ada. Apakah keberkesanan yang membolehkan pegawai atau anggota tentera melaporkan salah laku perolehan tanpa takut kepada tindakan balas? Sejauh mana keberkesanan mekanisme yang sedia ada ini? Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Kuala Krau atas persoalan yang dikemukakan. Sama ada dia berlaku skandal atau tidak, siasatan kita buat di peringkat dalaman kita dan juga di peringkat SPRM. Itu kita akan jawab bila proses- proses itu dapat kita lengkapkan.
Yang kedua adalah tentang proses perolehan kita. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, proses perolehan kita itu melalui beberapa proses sama ada dia melibatkan jawatankuasa teknikal kita ataupun jawatankuasa kewangan kita. Tetapi apa yang disebut oleh Kuala Krau itu tentang laporan itu, memang kita ada sistem SiSPAA yang sepertimana kita sebut di perkhidmatan awam itu boleh melaporkan.
Bukan sahaja kepada perkara-perkara yang melibatkan perolehan tetapi kalau macam kita sebut perkara-perkara yang melibatkan pembulian juga boleh kita buat.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi, melalui sistem di perkhidmatan awam itu, sebenarnya kita boleh menyalurkan segala maklumat termasuk saya fikir kalau kita di perkhidmatan awam itu punya maklumat-maklumat yang boleh disampaikan, boleh terus sampaikan kepada SPRM. Sebab itu kalau kita lihat kebelakangan ini, kita melalui Kerajaan Malaysia MADANI ini, teras kita mudah saja. Kalau kita punya maklumat integriti, tak ada ketulusan di pihak— proses perolehan kita itu, boleh disampaikan dan siasatan boleh dibuat. Dan kalau benar-benar berlaku, tindakan kita akan ambil. Itu saja yang ingin saya sampaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 7.
7. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan persediaan bagi menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya:
(a) langkah pemberitahuan awal kepada masyarakat untuk bersedia; dan
(b) tindakan pencegahan bagi mengawal kejadian itu bertambah buruk.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Walaupun Malaysia terletak di luar lingkaran api Pasifik, negara kita tetap terdedah kepada gegaran akibat gempa bumi besar yang berlaku di Indonesia dan Filipina serta kejadian gempa bumi tempatan berskala kecil khususnya di Sabah dan Sarawak dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Di antara langkah-langkah pemberitahuan awal kepada masyarakat untuk bersedia, gempa bumi ini sebenarnya tidak boleh diramal, manakala kejadian tsunami boleh diramalkan selepas berlaku gempa bumi di dasar laut. Sehingga kini, tidak ada teknologi yang mampu untuk meramalkan kejadian gempa bumi sebelum ia nya berlaku. Namun demikian, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
(NRES) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia atau METMalaysia komited dalam memperkukuhkan pemantauan gempa bumi serta pengeluaran amaran awal tsunami melalui Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia. Sistem ini beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dikendalikan oleh Pusat Operasi Gempa Bumi dan Tsunami Nasional.
Maklumat gempa dan juga amaran awal tsunami dikeluarkan dalam tempoh lima minit bila dia berlaku, selepas pengesahan disalurkan kepada agensi berkaitan dan orang awam melalui pelbagai saluran komunikasi. METMalaysia juga sedang menaikkan taraf sistem bagi mempercepatkan pengeluaran maklumat ini daripada lapan minit ke enam minit dan seterusnya, secepat yang boleh. Ini proses dalam tahun 2026, kita akan cuba mengurangkan maklumat awal ini, daripada lapan minit ke enam minit dan seterusnya ke lebih rendah daripada itu.
Kini terdapat 80 stesen seismik di seluruh negara, disokong oleh 323 stesen antarabangsa dengan data masa nyata iaitu dia very real time. METMalaysia turut bekerjasama rapat dengan Pacific Tsunami Warning System— Warning Center dan juga South China Sea Tsunami Advisory Center dan Indian Ocean Tsunami Warning and Mitigation System bagi memastikan amaran lebih awal, tepat dan diyakini.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Bagi soalan seterusnya ialah tindakan pencegahan bagi mengawal gempa bumi ini ialah antara usaha berterusan yang dijalankan oleh kementerian melalui METMalaysia dan juga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi mengurangkan risiko bencana termasuk gempa bumi adalah seperti berikut:
(i) menjalankan program kesedaran awam dan latihan simulasi gempa serta tsunami bersama komuniti setempat dan agensi responden dan penyelamat;
(ii) mengemas kini data rekod dan peta bahaya seismik negara secara berkala untuk pengetahuan umum;
(iii) memperluaskan kajian pemetaan sesar aktif dan penilaian risiko bencana di zon berisiko; dan
(iv) menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal kepada agensi yang terlibat untuk tindak balas bencana.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih di atas jawapan yang komprehensif Yang Berhormat Menteri. Walaupun Malaysia dikenali sebagai negara yang berisiko rendah dalam bab gempa bumi, tetapi gempa bumi yang dengan skala 4.1, di mana Johor khususnya Segamat dan Batu Pahat terkesan itu, banyak mengubah persepsi masyarakat khususnya dalam pelan tindakan kerajaan.
Persoalan saya kerana perubahan iklim, perubahan seismic scales khususnya di Sumatera dan di Indonesia, adakah Malaysia sudah mengemas kini data terkini pelan tindakan awal to follow current standard? Saya beri contoh dalam bab pembinaan bangunan, persediaan bangunan, so that we can earthquake proof our buildings supaya kalau ada perubahan kerana isu-isu lain, kita sudah bersedia kerana apa yang berlaku di Johor telah membuka mata ramai di Malaysia. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, kita kena faham fasal gempa bumi ini. Mana-mana magnitud yang berskala lima, lima magnitud, dia dianggap lemah. Maknanya dia punya kesan hampir kita tak berapa, cuma kita dapat rasa gegaran yang lemah. Kalau di antara lima ke 9.9 magnitud, dia dianggap sederhana. Kalau lebih daripada enam, baru dianggap kuat.
Di dalam masa yang sama, kerajaan juga ada buat dia punya hotspot.
Hotspot ini adalah kawasan-kawasan memang dikenal pasti kalau ada berlaku
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
gempa bumi, inilah kawasan-kawasan hotspot yang kita pernah kenal pasti. Saya boleh baca dekat sini:
(i) Ranau dan Lahad Datu di Sabah;
(ii) Niah, Sarawak;
(iii) Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang;
(iv) Batang Kali, Ulu Yam, Selangor;
(v) Kuala Pilah, Negeri Sembilan;
(vi) Kenyir, Terengganu;
(vii) Manjung dan Temenggor, Perak; dan
(viii) baru-baru ini Mersing, Segamat dan Batu Pahat.
Tapi Muar tak ada. Muar tak ada. Jadi, itu cuma saya nak menjawab soalan Yang Berhormat ini tadi. Selain daripada itu, Malaysia juga ada *Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design and Structures for Earthquake Resistance— Part 1:
General rules, seismic actions and rules of buildings* yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia oleh pemaju dan pihak berkuasa tempatan juga penting bagi memastikan reka bentuk tahap gempa dan mitigasi kejuruteraan yang bersesuaian diambil kira dalam pembangunan sesuatu kawasan berisiko.
Kalau kita ada dalam geospatial ini, saya dah suruh dia orang masukkan dalam geospatial. Jadi, mana-mana developer kalau dia nak buat, dia kena tengok dia punya hotspot ini. Kemudian, bila dia tengok dalam hotspot ini dan kita nak suruh dia apply pembangunan ini pakai ikut standard yang ada. Tapi kalau kawasan- kawasan memang tidak ada dalam senarai untuk jajaran gempa bumi ini, tak payahlah kita pakai. So, itu kita ada buat dan cuma kita nak kumpul data-data ini supaya PBT, di setiap negara kita ini ada banyak PBT, apabila dia nak meluluskan DO, pembangunan dan sebagainya, dia kena merujuk kepada geospatial data. Jadi, kalau dia nampak dalam sesuatu kawasan itu memang ada kemungkinan berlaku gegaran-gegaran, jadi dia boleh apply dari segi specifications pembangunan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 8.
8. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Pertahanan menyatakan susulan daripada aduan melibatkan budaya membuli dalam Angkatan Tentera kita, apakah tindakan yang diusahakan untuk membendung budaya ini dan mewujudkan persekitaran yang selamat bagi anggota pertahanan kita.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Puan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Klang atas soalan yang dikemukakan.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk buli kerana ia nya adalah bercanggah dengan nilai profesionalisme ketenteraan, integriti organisasi serta usaha mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang selamat dan kondusif bagi semua anggota.
Secara dasarnya, kesalahan buli boleh disiasat dan disabitkan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972. Antara tindakan punitif yang boleh dikenakan adalah tindakan tatatertib melalui perbicaraan terus atau melalui Mahkamah Tentera, pemberhentian daripada perkhidmatan bagi kesalahan serius dan penggantungan tugas dan hukuman. Hukuman ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan memastikan mesej jelas bahawa budaya buli tidak akan dikompromi.
Selain tindakan undang-undang dan hukuman, ATM turut melaksanakan langkah pencegahan seperti berikut. Pertama, polisi zero tolerance melalui perintah dan arahan oleh kesemua Panglima Perkhidmatan melalui larangan buli dan juga mendera. Yang kedua adalah pendidikan dan juga kesedaran melalui program taklimat etika ketenteraan, kelas moral, kursus kepimpinan serta kempen antibuli semasa latihan asas dan juga semasa kursus kepimpinan.
Yang ketiga, pemantauan dan penyeliaan melalui lantikan pegawai pengawas untuk mengawasi kehidupan harian rekrut dan juga kadet, rondaan berkala di asrama dan juga di blok latihan. Dan yang keempat, sokongan psikologi dan juga kaunseling dengan menyediakan kaunselor dan juga pegawai psikologi untuk menangani trauma mangsa dan juga mengubah tingkah laku pelaku.
Dan seterusnya adalah tentang audit dan juga pemantauan berterusan melalui laporan disiplin berkala, siasatan mengejut spot-check dan pemantauan melalui buddy system dalam latihan dan penekanan latihan kepimpinan yang menekankan role model leadership dan bukannya fear-based leadership.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Dan, yang terakhir adalah saluran Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA) ATM yang merupakan medium pengurusan aduan, pertanyaan, cadangan dan penghargaan secara dalam talian. Ini antara perkara-perkara yang jawapan daripada bangkit tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri yang jawab. Sejak kebelakangan ini terdapat banyak laporan bukan saja laporan buli, namun ada kes kematian pegawai mahupun kadet angkatan tentera disebabkan buli ataupun kecuaian semasa latihan seperti kes mendiang Soosaimanickkam yang meninggal dunia sewaktu menjalani latihan pegawai kadet graduan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak pada tahun 2018.
Selepas bertahun-tahun keluarganya merayu dan membuat macam-macam dengan peguam dan sebagainya, akhirnya saya difahamkan kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Lagi satu kes baru adalah kes Syamsul Haris bin Shamsudin, pegawai kadet, PALAPES UTM, yang meninggal dunia dalam latihan menembak di PULADA, Ulu Tiram, Johor pada tahun ini.
Sehubungan itu, saya minta menteri menyatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ringkaskan soalan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Sehubungan itu, saya minta Menteri menyatakan jumlah sebenar bilangan kes kematian sebegini yang telah dilapor sejak tahun 2018 sehingga kini? Dan, antaranya berapakah kes sudah mencapai kata putus? Adakah pihak yang bertanggungjawab untuk kematian-kematian ini dibawa ke muka keadilan dan diberi hukuman yang sewajarnya?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang atas persoalan yang dikemukakan. Memang kita tak nafikan budaya buli itu memang kita tidak ada kompromi. Tapi kalau ada laporan-laporan kepada kita, kita akan lakukan siasatan kita di peringkat dalaman dan juga kalau ada laporan kepada pihak polis, kita akan memberikan kerjasama kepada pihak polis.
Adapun soalan tambahan yang dikemukakan oleh Klang tentang jumlah kes yang berlaku daripada 2018, itu saya akan bagi secara bertulis. Cuma Puan Yang di- Pertua, saya ingin ingatkan bahawa kita di Kementerian Pertahanan ini ada beberapa perkara. Kita tahu bahawa sebahagian kes berlaku dalam perkhidmatan kita.
So, dalam perkhidmatan, sepertimana yang saya sebutkan tadi, dia ada Akta Angkatan Tentera, ada Mahkamah Tentera di situ. Dan begitulah juga kalau berlaku kepada PALAPES dan seumpamanya, kalau berlaku laporan polis, jadi kita akan beri kerjasama kepada pihak keselamatan untuk menyiasat dan tindakan undang- undang. Macam saya selalu sebutkan di sini, bahawa kalau berlaku kepada buli, kita tak berkompromi. Anggota akan terlibat, akan diambil tindakan secara dalaman dan
Tuan Haji Adly bin Zahari
yang kedua adalah dia tak terlepas daripada undang-undang negara. Itu yang saya ingin sebutkan.
Cuma, sedikit Puan Yang di-Pertua, ingin saya berikan sedikit maklumat iaitu kesalahan buli di Angkatan Tentera Malaysia boleh disiasat dan disabitkan di bawah Akta Angkatan Tentera dan akta yang terlibat adalah seksyen 50 AAT 72, tidak patuh kepada pegawai atasan, seksyen 51, Akta Angkatan Tentera 72; tidak patuh kepada perintah tetap, seksyen 81, Akta Angkatan Tentera 72; menganiaya pegawai atau askar laskar yang berpangkat rendah. Dan juga seksyen 87, Akta Angkatan Tentera 72; kelakuan yang memudaratkan tatatertib perkhidmatan. Dan yang terakhir seksyen 88, Akta Angkatan Tentera; kesalahan-kesalahan awam dibaca bersama kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan, seksyen 506 Kanun Keseksaan; perbuatan menakut-nakutkan mengancam seseorang, atau seksyen 354 Kanun Keseksaan; menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatannya dan lain-lain.
Sebab itu kita di Akta Angkatan Tentera, saya fikir kita tegas. Bukan sahaja tentang kita ada siasatan dalaman tapi akta itu juga mengekang ataupun menjaga kita untuk pastikan bahawa buli itu tidak berlaku dan kalau dia berlaku kita akan bertindak. Itu saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Okey, terima kasih atas juga penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Nampak banyak seksyen yang dapat membantu tentera- tentera kita. Saya merujuk kepada laporan BERNAMA pada 4 Disember 2024, ATM laksana lima tindakan jangka masa panjang tangani kes penganiayaan di ALK.
Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah lima tindakan ini benar-benar diukur dengan keberanian politik dan akauntabiliti moral bukan sekadar menjadi satu latihan disiplin atas kertas? Dan, apakah kerajaan bercadang untuk sign turn dengan izin peranan KAGAT–Kor Agama Tentera? Dan, apakah KPI yang digunakan? Kita tak mahu tindakan ini hanya terlibat kepada pegawai bawahan tetapi pegawai atasan juga patut diterima tindakan. Itu saja. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Besar atas soalan tambahan yang dikemukakan. Memang Padang Besar bertanya apakah lima tindakan kita menambah baik apa yang berlaku kepada Akademi Latihan
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ketenteraan kita. Sebenarnya kes itu banyak terkait dengan apa yang berlaku pada UPNM kerana kita tahu bahawa di Universiti Pertahanan Nasional itu sendiri ada pelajar awam, ada juga pelajar yang terlibat dengan PALAPES, ada pelajar yang terlibat dengan akademi, memang dia kadet tentera yang memang dilatih di situ.
Jadi, tiga aspek ini sebahagian tanggungjawab itu memang sepenuhnya adalah tanggungjawab di Akademi Latihan Ketenteraan. Sebab itu, bila berlaku beberapa kes pembulian ini, sebenarnya memang kita ambil beberapa langkah terkini. Termasuk kalau kita lihat dari segi pemantauan juga. Itu sebab dalam lima perkara itu, antara yang kita tingkatkan adalah pemantauan kepada kadet-kadet kita ini juga. Sebab sebahagian kadet ini memang dalam proses pendidikan itu, dia berlaku di universiti, sepertimana pelajar-pelajar awam.
Tapi dalam asrama dan seumpamanya, dalam kolej dan sebagainya, dia di bawah tanggungjawab ALK itu. Sebab itu lima perkara itu adalah penambahbaikan kita termasuk kalau kita lihat antaranya kita lihat juga peningkatan CCTV kita, pengawasan dan seumpamanya. Sebab itu saya fikir bahawa bila kita tingkatkan ini, memang tujuan kita adalah untuk pastikan bahawa kes-kes buli ini dapat kita bukan sahaja kurangkan, tapi dapat kita pastikan bahawa ianya tidak berlaku.
Tapi dalam masa yang sama, kesedaran pun kita beri juga dalam peningkatan-peningkatan itu, termasuk macam saya sebutkan tadi, bahawa bukan sahaja yang dibuli, tapi pembuli itu juga. Ini pun harus dikenal pasti. Sebab itu di Angkatan Tentera Malaysia, dia ada satu sistem yang dipanggil sebagai yang macam saya sebutkan tadi, buddy. Rakan yang dia pilih sendiri sebagai teman rapat dia. Jadi kalau orang tak ada teman rapat, ini agak sukar. Sebab itu kita lihat dalam kes-kes pembulian, selalunya berseorangan itu akan memberikan risiko yang lebih besar.
Sebab itu dia ada rakan.
Di angkatan tentera, kadet ini dia memang pilih rakan dia sendiri. Sebab itu kita dapatkan maklumat daripada rakan mereka juga. Dengan cara ini, mereka boleh menyampaikan isu-isu yang terkait dengan buli bukan sahaja dia menyimpan dalam diri dia tapi kepada rakan-rakan pun boleh membantu juga untuk pastikan buli itu dapat kita kurangkan. Itu saja jawapan
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih YB Speaker.
Wajah berseri senyum menawan, Pohon jawapan soalan sembilan.
9. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta
Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan
(a) pendirian kementerian berhubung penawaran biasiswa dan pas kerja sementara kepada pelajar antarabangsa selepas tamat pengajian di universiti awam; dan
(b) adakah kementerian akan menyemak semula dasar ini bagi melindungi peluang pekerjaan dan keistimewaan kepada graduan tempatan, memandangkan persaingan pasaran kerja semakin sengit.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Setar.
Dasar semasa Kementerian Pendidikan Tinggi berhubung penawaran biasiswa dan peluang pekerjaan kepada pelajar antarabangsa adalah berpaksikan kepada prinsip keseimbangan dengan prioriti utama melindungi kepentingan graduan tempatan dan pada masa yang sama menarik bakat global ke Malaysia.
Secara umumnya penawaran biasiswa penuh daripada Kerajaan Malaysia kepada pelajar antarabangsa adalah amat terhad dan bersifat strategik. Ia dilaksanakan melalui program tertentu seperti Malaysia International Scholarship
(MIS) yang sudah diperkenalkan sejak 2006 atau kerjasama dua hala dengan negara rakan sebagai menyokong usaha memperkukuh kerjasama pendidikan tinggi selari dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU).
Dasar pengambilan pelajar antarabangsa untuk bekerja setelah tamat pengajian bukan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, sebaliknya ia ditentukan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui dasar dan amalan dalam penggajian pekerja asing. Kemudahan pas penggajian kepada pelajar antarabangsa selepas tamat belajar di Malaysia pula adalah tertakluk kepada syarat- syarat tertentu oleh Kementerian Dalam Negeri. Ini termasuk penilaian kelayakan dan keperluan sektor pekerjaan oleh pihak berkuasa seperti MIDA, MDEC dan TalentCorp melalui mekanisme Expatriate Services Division dengan izin.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Kementerian mengambil maklum kebimbangan berhubung persaingan pasaran kerja yang semakin sengit. Justeru, KPT bersama kementerian dan agensi berkaitan sentiasa meneliti dasar sedia ada bagi memastikan peluang pekerjaan graduan tempatan sentiasa menjadi keutamaan. Sebarang perluasan dasar yang memberi ruang kepada graduan antarabangsa yang bekerja di Malaysia dilaksanakan secara berhati-hati dengan mengambil kira kepentingan tenaga kerja tempatan, keperluan industri serta Malaysia sebagai destinasi pendidikan global.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
KPT juga sentiasa peka terhadap keutamaan graduan tempatan dan akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi memastikan keseimbangan antara keperluan negara dan peluang pekerjaan rakyat. Pendirian kementerian adalah jelas iaitu graduan tempatan tetap diberi keutamaan dalam pasaran pekerjaan negara.
Walau bagaimanapun, kehadiran pelajar antarabangsa yang berkualiti tinggi dilihat sebagai peluang strategik untuk memperkukuh daya saing Malaysia dalam bidang-bidang yang tertentu. Oleh itu, sebarang dasar berkaitan biasiswa atau pas kerja sementara sentiasa dikaji secara seimbang agar tidak menjejaskan hak serta keistimewaan graduan tempatan sambil tetap mengekalkan imej Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tentang prinsip keseimbangan. Soalan saya ialah apa kayu ukur prinsip ini? Nak ukur antara menarik bakat antarabangsa dan menjamin peluang tempatan itu, apa kayu ukurnya? Kerana itulah yang menjadi persoalan sejak sekian lama. Kita nampak macam melebihkan pelajar antarabangsa, nampak macam kurang memberi ruang kepada pelajar tempatan kerana contohnya laporan berita pelajar SPM kita ni tak dapat tempat. Jadi, itu kebimbangan-kebimbangan yang lahir.
Dan yang akhir Puan Yang di-Pertua ialah adakah benar saya difahamkan tindakan pihak universiti yang perlu mengambil pelajar antarabangsa ni untuk menampung kos operasi universiti daripada yuran? Adakah ini benar? Kalaulah ini benar disebabkan kurangnya peruntukan, saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian yang serius. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar tidak berubah. Satu, dasar tidak berubah dan kita masih mengekalkan dasar-dasar kerajaan terdahulu.
Seperti juga dalam kita menekankan kepentingan untuk mengutamakan anak-anak tempatan kita, satunya dari sudut kuota di universiti. Kita sudah maklumkan dalam sidang media dalam beberapa jawapan di dalam Dewan yang mulia ini dan Kamar Khas bahawa kita bagi komitmen. Kerajaan MADANI melalui kementerian ini, kita tidak akan mengorbankan kuota perdana untuk anak-anak tempatan kita. Itu pasti.
Cuma saya bersetuju dengan Yang Berhormat yang untuk pasca siswazah, yang itu setakat ini kita buka ruang untuk kita menarik bakat-bakat daripada antarabangsa ini untuk datang belajar di Malaysia. Itu pasca siswazah. Maknanya master dan juga PhD. Yang itu belum ada kuotanya. Dan memang itu pun antara kaedah kita untuk menjana pendapatan universiti dan dasar ini juga memang kita kekalkan seperti juga kerajaan terdahulu, kita kekalkan bahawa kita bagi ruang kepada universiti untuk menjana pendapatan mereka melalui proses pengantarabangsaan ini khusus untuk bidang-bidang pasca siswazah, master dan juga PhD. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Puan Speaker. Tadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri telah menyebutkan bahawasanya kuota untuk pas antarabangsa ini dihadkan, terhad. Jadi, saya mohon kementerian melihat berapakah jumlah kuota yang ditetapkan untuk pengambilan pelajar-pelajar ini? Dan apabila pelajar ini ditawarkan biasiswa, adakah pelajar- pelajar ini benar-benar menyumbang kepada pembangunan negara dan tidak menjejaskan peluang graduan-graduan tempatan? Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Batang Lupar atas soalan tambahan. Saya bagi keyakinan kepada semualah di Dewan yang mulia ini, memang kita tidak akan mengorbankan satu kuota dari sudut anak-anak tempatan kita. Dan juga dari segi pekerjaan, kita ada dasar yang amat jelas seperti yang saya sebut tadi bahawa kita akan utamakan anak-anak tempatan kita dari sudut pekerjaan. Dan kita tidak akan sewenang-wenangnya memberikan peluang dan ruang kepada pelajar antarabangsa untuk mengambil alih jawatan-jawatan yang memang kita boleh buat.
Anak-anak tempatan kita boleh buat di negara ini.
Dan saya ingin menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini, saya just untuk kadar graduan bekerja untuk kita bandingkan. Saya tidak mahu bahawa kita
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
dituduh mengorbankan kerja-kerja yang ada di negara ini. Untuk kadar graduan bekerja di institusi pendidikan tinggi dan swasta, ini adalah daripada data DOSM.
Pada tahun 2023, kadar bekerja kita adalah 90.9 peratus dan pada tahun 2024, meningkat lagi pada 92.5 peratus. Yang lain itu adalah usahawan dan juga yang sama ada melanjutkan pekerjaan mereka.
Jadi, saya mahu menekankan di sini bahawa kadar keboleh pasaran graduan kita semakin baik dan tidak ada isu kita memberi ruang kepada pekerja-pekerja asing untuk mengambil alih tempat di jawatan-jawatan di negara ini. Okey, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Tan Kok Wai, Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana teknologi dan inovasi seperti pertanian pintar, pertanian menegak serta bioteknologi dimanfaatkan dalam membentuk strategi sekuriti makanan negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun dari Cheras, kawasan bandar tetapi disoal pertanian terutama dalam bentuk pertanian pintar. Terima kasih.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa memberi keutamaan dalam memperkenalkan teknologi dan inovasi seperti pertanian pintar, pertanian menegak serta bioteknologi dalam memperkukuh strategi keterjaminan makanan negara. Perkara ini selaras dengan Teras Strategik 1 Dasar Agromakanan Negara 2021 hingga 2030 dan mendukung pemodenan dan pertanian pintar.
Pada masa ini, kementerian berusaha meningkatkan penggunaan teknologi pertanian pintar daripada peringkat pembangunan dan penyelidikan, adaptasi di kalangan golongan sasar serta pengukuhan ekosistem yang menyokong aktiviti pemodenan pertanian menerusi program pembiayaan.
Antara inisiatif yang dilaksanakan PKPM di peringkat R&D adalah melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) dan juga MADA yang memperkenalkan sistem amaran awal serangan perosak benah perang berasaskan AI dan IoT bagi industri padi. Seterusnya bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatannya, Jabatan Pertanian sedang membangunkan sistem amaran awal perosak berasaskan AI dan IoT. Sekarang ini kita dapat mengesan lebih awal terutama sekali benah perang dan siput gondang.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dalam sektor perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia menggunakan sistem saringan, saringan awal penyakit udang. Sekarang ini, dapat dikesan melalui AI.
Sistem amaran alga bahaya menggunakan IoT, membangunkan sistem aplikasi remote sensing untuk pengurusan biosekuriti ikan.
Bagi sektor ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggunakan bioteknologi seperti chain reaction dan next generation sequencing untuk mengesan haiwan ternakan dengan lebih cepat dan penilaian risiko penyakit yang komprehensif. Ini sedang diusahakan oleh DVS. Di lapangan, melalui program digital AgTech hasil kolaborasi antara PKPM dan MDEC, lebih 700 sistem merangkumi subsektor tanaman ternakan dan perikanan serta akuakultur telah dipasang seluruh negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ertinya, kita sedang berusaha secara bersungguh-sungguh ke arah pemodenan ini. Begitu juga kalau kita lihat dalam perusahaan agriculture dalam bentuk vertical farming. Memang sedang tumbuh dengan pesat, terutama di kawasan bandar. Dan vertical farming ini memang mendatangkan hasil yang lumayan dan lebih segar dan selalunya dipasarkan di tempat-tempat yang penggunanya yang mahu daripada yang berkualiti lebih tinggi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Apakah perancangan kementerian dalam usaha untuk terus memperkasakan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor pertanian? Dan, walaupun Yang Berhormat Menteri ada kata perancangan untuk— dan potensi untuk penggunaan teknologi pertanian vertikal, apakah perbezaan— apakah ini akan mengambil alih daripada pertanian secara konvensional dalam masa yang singkat ataupun ini cuma satu perancangan yang masih on paper sahaja? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang kalau kita lihat negara-negara yang maju dalam bidang pertanian, perubahan mereka ke arah mekanisasi baharu, AI IoT itu begitu pantas dan cepat seperti di Holland dan juga di China termasuk juga di Taiwan. Di negara kita ini, dia berlaku tapi masih di peringkat yang agak awal.
Bagaimanapun, pertanian swasta telah mendahului dari segi mengemukakan dalam bentuk AI dan IoT ini. Kecenderungan anak-anak muda terutama sekali yang terjun dalam bidang pertanian sekarang ini, mereka terus menggunakan cara baharu iaitu mekanisme baharu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Program modenisasi pembangunan teknologi, mekanisasi dan automasi dengan menggunakan peruntukan sekarang ini daripada kerajaan lebih kurang RM20 juta untuk membantu jikalau ada para petani terutama petani muda. Kita galakkan untuk membuat— menggunakan peruntukan ini dan menggunakan cara- cara yang baharu termasuklah sekarang dalam bidang pertanian.
Alhamdulillah, kecenderungan anak-anak muda untuk membuat padi berskala besar dengan teknologi baharu sedang muncul. Saya melihat ia berlaku hampir di seluruh negara termasuk di negeri-negeri sebelah selatan seperti Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Tanah-tanah yang terbiar mereka dah mula buka dan diusahakan secara kelompok dan menggunakan segala bentuk teknologi baharu. Ini yang sedang berkembang di negara kita sekarang.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang— Oh, oh.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Menteri.
Soalan tambahan saya mudah saja. Jadi, apakah cabaran utama — berdasarkan apa yang Menteri buat penerangan tadi, cabaran utama yang dihadapi oleh sektor pertanian dalam mengintegrasikan pertanian menegak dan bioteknologi ke dalam sistem pengeluaran makanan tradisional yang menggunakan [Tidak jelas] tradisional ini? Dan, bagaimanakah strategi ini boleh membantu golongan-golongan pengeluar makanan secara tradisional ini?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Selama ini di antaranya anak-anak muda khasnya yang baru terlibat ini, dia terlibat secara macam sambilan, kerja tambahan, tapi kebelakangan ini, mereka dah mula turun secara inilah mata pencarian, inilah kerja saya, inilah yang kita akan buat. Ini yang sedang kita bimbing bersama, sebab yang pentingnya kita hendaklah mengubah sikap terhadap pertanian itu.
Kita lihat mereka yang berjaya sama ada aquaculture atau pertanian, kadangkala mereka mewarisi daripada ibu bapa mereka sampai perusahaan itu 40 tahun, 50 tahun dan sekarang mereka berjaya. Kita di kalangan Bumiputera kadangkalanya sekali gagal, dia tak ulang untuk kali kedua. Maka, segala bantuan yang pertama itu habis di peringkat usaha yang pertama itu. Tapi, kalau dia tumpu
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
itu yang kita kena ubah sikap, beri keyakinan kepada mereka bahawa masa depan dalam pertanian ini adalah cerah sebab ini seluruh dunia tumpu hal keselamatan makanan.
Maka, ia bukan menjadi kerja sambilan lagi, dan telah ada. Macam kita sebut hal durian. Mana kita sangka satu hari ia menjadi satu perusahaan yang sekarang ini hasilnya melebihi RM1 bilion. Satu perkara yang begitu berlaku— boleh berlaku di Malaysia ini. Nanas, bawang misalnya, anak-anak muda di Kundasang, Sabah boleh mengeluarkan bawang yang bermutu tinggi dan satu hari nanti kita akan kurang import bawang dari luar negara. Ini perkembangan berlaku di seluruh Malaysia sekarang ini. Kecenderungan ke arah pertanian satu mata pencarian bukan hanya kerja sambilan sedang muncul di kalangan anak-anak muda kita sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2026 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 27 Oktober 2025.”
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit
(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [22 Oktober
2025] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Julau, YB Pagoh, YB Balik Pulau, YB Pengkalan Chepa, YB Bentong, YB Kubang Pasu, YB Sungai Petani, YB Putrajaya, YB Batu, YB Setiu, YB Lubok Antu, YB Maran, YB KIang, YB Padang Terap, YB Pulai, YB Parit Buntar, dan YB Tanjong Manis.
Saya jemput Yang Berhormat Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan 2026.
Belanjawan ini dilihat sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan memperkukuh daya tahan ekonomi, menstruktur semula subsidi dan menegakkan prinsip keadaan sosial. Sebalik angka-angka besar unjuran positif ini, terdapat beberapa isu teras yang saya ingin kemukakan dan perlu diberi perhatian serius.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita gempar mendengar berita serius berkenaan kes buli, keganasan, rogol dan kematian pelajar di sekolah. Sebagai seorang wakil rakyat dan juga sebagai ibu bapa, saya amat bimbang melihat arah tuju generasi muda kita hari ini.
Kanak-kanak seawal usia 10 tahun terdedah kepada kandungan lucah, keganasan serta mesej kebencian dan fitnah tanpa sebarang kawalan berkesan.
Kebanyakan kes ini berpunca daripada media sosial yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental anak-anak kita. Seorang ibu bapa berkongsi dengan saya bahawa anak mereka bermain permainan dalam talian dari pagi sampai hingga malam, keliru antara realiti dan maya. Keadaan ini sama dengan insiden tragik di Sekolah Bandar Utama, di mana pelaku percaya dunia ini hanya palsu.
Negara Australia telah mengambil langkah tegas melarang dan menyekat akses penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun bermula Disember tahun ini. Begitu juga di Florida, Amerika Syarikat (USA), United Kingdom, Norway, dan beberapa negara maju lain. Saya juga difahamkan KKDW sedang meneliti had umur minima 16 tahun bagi pengguna media sosial dan pendaftaran akaun menggunakan dokumen rasmi. Saya menyokong langkah ini dan berharap ia dapat dilaksanakan segera.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Selain itu, budaya disiplin iaitu konsep merotan secara berhemah, bukan untuk menghukum, tetapi untuk mendidik perlu dikaji semula sebagai sebahagian daripada pembentukan sahsiah pelajar. Sementara itu, setiap sekolah perlu dilengkapi dengan sistem CCTV dihubungkan terus kepada ibu pejabat polis daerah bagi memantau keselamatan pelajar dan membolehkan tindakan segera diambil jika perlu.
Soalan saya kepada Menteri, apakah pecahan sebenarnya kes bunuh diri, buli, rogol dan pembunuhan di sekolah bagi tahun 2022 hingga ke sekarang? Rakyat berhak tahu sebalik setiap angka ada nyawa dan keluarga yang terkesan. Inilah pelaburan sebenar untuk masa depan negara, melindungi generasi muda, membina semula asas moral dan memperkukuhkan disiplin. Nilainya jauh lebih besar daripada sebarang projek fizikal atau angka dalam belanjawan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel secara bersasar, profesional dan sistematik. Pendekatan tersebut telah dilaksanakan dengan baik dan difahami oleh rakyat melalui penjelasan kementerian yang jelas dan berperingkat.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Memandangkan kesannya positif, adakah kerajaan bercadang memperluaskan pendekatan ini kepada barang keperluan lain seperti gula, beras dan minyak masak agar lebih menyeluruh dan berkesan?
Namun, penjimatan hasil rasionalisasi ini tidak seharusnya diserap semula oleh ketirisan dalam pelaksanaan projek pembangunan. Contohnya, projek lampu jalan solar luar bandar dikatakan menelan kos sekitar RM11,000 hingga RM12,000 seunit sedangkan harga pasaran sebenar bagi produk setara tidak lebih daripada RM2,000 seunit. Perbezaan ini menunjukkan kelemahan penilaian kos dan sistem perolehan kerajaan.
Saya minta penjelasan Kementerian KKDW dan KKR, apakah langkah diambil bagi memastikan penilaian kos projek kerajaan setanding dengan piawaian sektor swasta? Dan apakah mekanisme audit dan pemantauan bagi memastikan setiap projek pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan lampu jalan raya atau solar benar-benar memberi nilai optimum kepada rakyat setempat?
Tuan Yang di-Pertua, industri kayu dan perabot adalah antara penyumbang utama kepada pembangunan sosioekonomi negara dan berada di tangga ke-10 dunia di dalam eksport perabot dengan lebih separuh daripada jumlah eksport adalah ke AS. Pada tahun 2024, industri kayu telah menyumbang RM22.9 bilion di samping menyediakan lebih 170,000 peluang pekerjaan. Namun, sektor ini kini berdepan cabaran besar berikutan peningkatan tarif perdagangan oleh Amerika Syarikat serta cukai jualan dan perkhidmatan dalam negara.
Sekarang tarif terbaharu oleh Amerika Syarikat dengan kenaikan sebanyak 10 peratus ke atas import kayu lembut ataupun dengan izin, softwood lumber.
Bermula 1 Januari akan datang, kadar tarif untuk perabot upholstery meningkat sebanyak 30 peratus dan vanity dengan izin, akan melonjak sehingga 50 peratus.
Walaupun kadar tarif Malaysia ke Amerika Syarikat telah dikurangkan kepada 19 peratus, pelaksanaan SST baharu di dalam negara telah meningkatkan kos operasi industri antara lapan hingga 12 peratus. Kenaikan ini termasuk caj tambahan terhadap bahan mentah, mesin, alat ganti serta kos pembinaan infrastruktur industri.
Keadaan ini menjejaskan daya saing pengeluar tempatan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana, serta melemahkan kedudukan eksport Malaysia di pasaran antarabangsa.
Selain itu, dasar seperti multi-tiered levy mechanism, non-preferential certificate of origin dan sumbangan KWSP dua peratus bagi pekerja asing turut menambah beban kepada sektor pembuatan. Saya menggesa agar Kementerian
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Kewangan menangguhkan SST dan semua kos tambahan yang dikenakan bagi memberi ruang kepada pelaksanaan langkah mitigasi yang lebih fleksibel demi memastikan industri kayu dan perabot negara terus berdaya saing dan mampan.
Pada masa ini, banyak syarikat dalam sektor ini terpaksa gulung tikar, manakala lebih banyak lagi akan tutup kilang sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan segera.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya berkunjung ke China dan mendapati bahawa sistem pengangkutan awam di sana moden, selamat dan pemandunya mematuhi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Pengangkutan awam dimiliki oleh kerajaan dan disewakan kepada syarikat swasta untuk dikendalikan. Setiap kenderaan awam hanya dibenarkan beroperasi dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun serta dilengkapi sistem GPS dan CCTV yang diselia oleh kerajaan.
Kerajaan kita boleh mencontohi pendekatan ini, memperkenalkan sistem GPS bagi semua kenderaan pengangkutan awam termasuk bas, van pelajar dan teksi. Sistem ini membolehkan pengguna mengetahui lokasi sebenar, masa ketibaan dan jadual operasi, memantau laluan sekali gus meningkatkan ketelusan serta keselamatan pengguna. Langkah pelaburan digital berimpak tinggi ini dengan kos yang rendah seiring matlamat kerajaan menuju ke arah Malaysia pintar keberdayaan saing digital.
Adakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan langkah bagi memperluaskan penggunaan sistem GPS dalam usaha menambah baik kecekapan laluan pengangkutan awam di Malaysia? Selain itu, adakah terdapat pendekatan baru bagi memperkukuh sambungan last mile dengan izin, ke destinasi pengguna sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar seperti di Julau, Sarawak?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada potensi besar pelancongan luar bandar di Sarawak, khususnya di Julau dan Pakan yang kaya dengan budaya, alam semula jadi dan warisan unik. Saya juga menyambut baik langkah Kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings bagi memperluas laluan penerbangan terus ke destinasi antarabangsa. Ini menunjukkan komitmen negeri memperkukuh rangkaian udara serta membuka peluang pelancong ke kawasan luar bandar. Pelancongan bukan sekadar bandar dan pantai, tetapi juga pengalaman budaya serta kehidupan komuniti di luar bandar.
Namun, potensi ini belum dimanfaatkan sepenuhnya kerana kekurangan tenaga mahir tempatan sebagai tour guides, homestay dengan izin, di rumah panjang dan promosi bersepadu untuk produk kraf tempatan. Saya mencadangkan agar Kementerian MOTAC menumpukan peruntukan khusus untuk:
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
(i) melatih pemandu pelancong luar bandar di setiap daerah di Sarawak;
(ii) menyediakan skim bantuan dan latihan pengurusan homestay di rumah panjang; dan
(iii) menjenamakan semula kraf tangan dan hasil seni tempatan sebagai produk pelancongan komuniti.
Langkah ini akan membuka peluang pekerjaan kepada belia luar bandar, mengukuhkan ekonomi rumah panjang, memperkasakan wanita dan memelihara warisan budaya tempatan. Saya yakin Julau berpotensi menjadi destinasi pelancongan ikonik Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan jalan raya di kawasan pedalaman Sarawak khususnya di Julau amat menyedihkan. Banyak laluan utama yang rosak teruk akibat tanah runtuh masih belum dibaiki walaupun laporan sudah dibuat.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Keadaan ini menjejaskan bukan saja keselamatan pengguna tetapi juga perdagangan hasil pertanian dan akses kepada kemudahan kesihatan serta pendidikan.
Saya menggesa agar majlis daerah mempercepatkan usaha penstabilan cerun serta kerja-kerja pembaikan di jalan utama Julau–Pakan dan laluan ke kawasan kampung, di samping menyediakan jadual pelaksanaan yang lebih pantas.
Antara kawasan yang sering terjejas ialah Jalan Entabai, Jalan Nanga Buku, Jalan Amut, Jalan Wak, Jalan Ulu Wak, Jalan SESCO Baru dan Lama, Jalan Kuamut serta Jalan Sungai Merurun.
Sementara itu, saya ingin bertanya kepada KKDW mengenai status penggunaan lampu jalan solar di Julau yang telah dikemukakan sejak tahun lalu.
Sehingga kini, tiada maklum balas. Adakah peruntukan dimasukkan dalam Belanjawan 2026? Kawasan luar bandar seperti Julau amat memerlukan pencahayaan jalan, malah pernah berlaku kematian remaja akibat tiada lampu ketika mencari capaian internet. Saya harap KKDW dapat meluluskan peruntukan ini demi keselamatan penduduk.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Kementerian Dalam Negeri terhadap keadaan Ibu Pejabat Polis Daerah Julau yang kini beroperasi di bangunan lama, berusia lebih 50 tahun. IPD Julau merupakan salah satu daripada tiga IPD di Sarawak bersama IPD Song dan IPD Matu Daro yang masih berstatus IPD daif daripada keseluruhan 28 IPD di negeri ini.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Saya difahamkan bahawa tapak tanah perlu diperuntukkan bagi membina pembinaan IPD baharu, namun lokasi tersebut tidak sesuai kerana sering dilanda banjir. Sehingga kini, belum ada sebarang perkembangan atau pengumuman rasmi daripada pihak kementerian berhubung pembangunan semula IPD tersebut. Saya harap KDN segera menilai semula lokasi dan mencepatkan pembinaan IPD baharu di Julau demi kebajikan anggota PDRM dan keselamatan masyarakat setempat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap isu pemberi pinjaman wang berlesen dan juga tidak berlesen yang semakin membimbangkan, khususnya di luar bandar seperti Julau dan Pakan. Ramai peminjam akhirnya terperangkap dengan hutang berganda hingga kehilangan pekerjaan, keluarga, malah nyawa. Ini bukan hanya isu ekonomi tetapi juga krisis sosial.
Saya sendiri menerima banyak aduan mengenai isu ini. Sebagai contoh, ada seorang peminjam mengambil RM1,500 tetapi selepas setahun, hutangnya meningkat kepada RM7,600. Seorang lagi peminjam RM6,500 tahun lalu, walaupun ada bayar bulanan dan kini berhutang lebih RM9,000. Malah, ada kes seorang pinjaman yang mengambil RM7,000 pada tahun 2022.
Namun, disebabkan tidak mampu membayar tepat pada masanya, sesuatu yang amat sukar bagi penduduk luar bandar, hutangnya terus berganda sehingga mencecah RM54,000 pada bulan April tahun ini. Dalam tempoh hanya dua tahun, jumlah hutang meningkat berkali ganda sehingga mustahil untuk dilunaskan.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kadar faedah dan struktur bayaran balik yang diamalkan kini terlalu menindas.
Kerajaan perlu meneliti semula kadar dan tempoh bayaran balik agar lebih munasabah dan berpaksikan keadaan sosial. Jika tidak, sistem ini bukan sahaja gagal membantu rakyat, malah memburukkan lagi beban kewangan dan tekanan hidup mereka. Peminjam ini bukan orang kaya. Mereka ialah penjawat awam, guru, ketua kampung, petani dan rakyat biasa yang berjuang untuk hidup.
Saya ingin bertanya kepada KPKT, apakah langkah konkrit kerajaan bagi mengawal kadar faedah tidak munasabah ini? Walaupun ia memberi peluang kepada hasil negara, hakikatnya aktiviti ini telah memusnahkan banyak kehidupan rakyat.
Jika― saya juga nak mencadang kepada Menteri KPKT, kalau bolehlah, kita cancel- lah, batalkanlah semua lesen along ini ya.
Tuan Yang di-Pertua, ramai petani kecil di Julau, terutamanya penanam lada hitam, kelapa sawit dan sayur-sayuran mengadu bahawa baja yang dijual di pasaran
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
tidak menepati spesifikasi sebenar. Ujian makmal pensijilan menunjukkan ada baja yang kandangan― kandungan, sorry― spesifikasi jauh beza di bawah label yang diiklankan. Saya mencadangkan agar kementerian menubuhkan sebuah makmal ujian baja berpusat di Sibu bagi melaksanakan ujian berkala serta pensijilan wajib terhadap kualiti baja.
Saya ingin penjelasan daripada Kementerian Pertanian, adakah pemeriksaan atau ujian berkala terhadap baja telah dijalankan? Dan berapakah jumlah kes yang telah dikesan di Sarawak sepanjang tahun ini? Kebanyakan petani ini golongan berpendapatan rendah. Jika mereka terus ditindas melalui manipulasi pasaran seperti ini, mereka bukan sahaja gagal dalam usaha tani, malah akan terus terperangkap dalam kemiskinan. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah jurang digital dan capaian internet di luar bandar yang kekal sebagai salah satu cabaran utama di Sarawak. Program JENDELA 2 telah diumumkan sejak tahun 2022 dengan matlamat memperluas liputan 4G kepada kawasan penduduk dan menyediakan akses internet yang lebih stabil. Namun sehingga hari ini, pelaksanaannya masih belum dapat dilihat di kawasan pedalaman seperti di Julau.
Semua menara komunikasi yang beroperasi di kawasan Julau masa kini adalah daripada hasil Projek JENDELA 1. Masalah geografi, vandalisme dan kecurian kabel juga terus mengganggu operasi menara yang sedia ada. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Komunikasi, apakah penambahbaikan teknikal dan pentadbiran yang membezakan JENDELA 2 daripada JENDELA 1 dan bilakah pelaksanaan sebenar di kawasan luar bandar Sarawak, termasuk Julau, akan bermula?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Yes. Tuan Yang di- Pertua, Belanjawan 2026 bukan sekadar rangka angka perbelanjaan, ia adalah manifestasi kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dan membina masa depan yang inklusif. Dengan ini, saya akhiri dengan serangkap pantun.
Dari Julau ke Semenanjung kita bersua, Meniti arus pembangunan bersama; Belanjawan 2026 ini kita sokong sepenuhnya, Demi kesejahteraan rakyat dan negara tercinta. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pagoh untuk berucap.
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2026 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada minggu yang lalu.
Saya menghargai usaha kerajaan membentangkan hala tuju fiskal negara dalam keadaan ekonomi dunia dan domestik yang tidak menentu. Namun, walaupun belanjawan ini dikatakan sebagai berdisiplin dan inklusif, ia masih belum menampakkan keberanian politik dan kejelasan visi ekonomi nasional yang benar- benar diperlukan untuk memulihkan keyakinan rakyat dan para pelabur.
Hari ini, tekanan hidup rakyat bukan retorik kosong. Ia nyata dan bersifat pelbagai dimensi. Rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup, kenaikan kos sewaan kediaman di bandar-bandar utama, kadar upah yang hanya sedikit meningkat berbanding kenaikan harga barang-barang yang melambung tinggi dan juga perubahan struktur bil utiliti api dan air yang menambah beban isi rumah.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Walaupun KDNK negara diunjur berkembang antara empat sehingga 4.5 peratus pada 2026, ramai keluarga yang masih bergelut untuk menampung perbelanjaan asas. Ini berlaku apabila lebihan hasil fiskal tidak diterjemahkan dalam bentuk bantuan kepada golongan sasar secara berterusan dan berkesan.
Baru-baru ini, kerajaan memperkenalkan sokongan one-off RM100 SARA dan juga langkah-langkah lain untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup jangka pendek. Namun, bantuan sekali bayar ini tidak mampu menampung beban yang ditanggung oleh rakyat yang disebabkan kos utiliti dan harga barangan keperluan yang meningkat secara berterusan.
Sementara itu, walaupun statistik menunjukkan gaji purata ataupun median naik pada tahun 2024, kenaikan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung kos hidup sebenar di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada upah harian mereka.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Mengenai penyasaran subsidi dan bantuan sosial, pelaksanaannya mestilah adil, telus dan berperikemanusiaan. Subsidi petrol masih bersifat regresif. Daripada setiap RM100 subsidi bahan api, golongan B40 hanya menerima RM4 sahaja, manakala T20 menerima RM42. Ketidakseimbangan ini memperluaskan jurang antara kaya dan miskin. Dan lebih menyedihkan lagi, satu daripada lima isi rumah miskin tidak memiliki kenderaan. Maka, mereka langsung tidak menikmati subsidi petrol ini.
Jumlah subsidi bahan api dianggarkan sebanyak RM22 bilion setahun.
Daripada jumlah ini, hampir RM6 bilion mengalir kepada kumpulan T20. Dasar sebegini mesti disemak semula dengan segera. Dan dalam masa yang sama, peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat kekal sekitar RM3.1 bilion mencakupi hanya 560,000 penerima, sedangkan untuk menampung semua keluarga miskin, jumlah yang diperlukan sekurang-kurangnya RM6 bilion.
Walaupun kadar kemiskinan mutlak, Dato' Yang di-Pertua, telah menurun daripada 6.2 peratus kepada 5.1 peratus, kemiskinan relatif meningkat kepada 16.7 peratus. Ini bermakna semakin ramai rakyat berada di hujung jurang kemiskinan dan satu kecemasan kecil saja boleh menjerumuskan mereka ke dalam kemiskinan sebenar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pagoh, Kota Melaka boleh minta laluan? Tentang kemiskinan. Kemiskinan...
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Belum separuh.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker, tentang kemiskinan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pagoh tidak bagi laluan. Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Boleh, Pagoh? Kemiskinan. Tentang rakyat, masalah rakyat, kemiskinan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Tak habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak bagi laluan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Bahawa rasionalisasi subsidi, Dato’ Yang di-Pertua, penting untuk...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ada yang hidup mewah lari ke luar negara, main golf.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dekat Timur Tengah, main golf dekat sana.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Namun, kita perlu berhati-hati...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Didakwa rasuah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Anak menantu Pagoh... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk. Sila duduk. Yang Berhormat, sila duduk.
Kalau tidak, boleh rehat dulu. Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Anak menantu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk. Amaran pertama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Tuan Yang di-Pertua, subsidi bukan angka yang boleh dik urangkan sewenang-wenangnya. Ia adalah pelindung kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Dan apabila subsidi dipotong sementara bayaran khidmat hutang mencecah hampir 14 peratus daripada perbelanjaan mengurus, mesej yang diterima rakyat ialah keutamaan kerajaan lebih tertumpu kepada membayar bunga hutang berbanding dengan kesejahteraan mereka.
Berkenaan dengan bantuan sosial kepada rakyat, Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar kerajaan menginstitusikannya secara automatik berasaskan data pendapatan sebenar rakyat. Saya fikir tidak perlu lagi rakyat memohon saban tahun melalui kerenah birokrasi yang menyebabkan kelewatan penerimaan bantuan. Pangkalan data penerima sepatutnya disepadukan antara agensi seperti LHDN, JKM, KWSP, eKasih dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Sistem ini boleh mengenal pasti isi rumah B40 dan M40 secara automatik dengan penilaian kelayakan dibuat secara dalaman setiap tahun. Hanya apabila berlaku perubahan besar, barulah kemas kini dilakukan dan ini menjimatkan masa, mengelakkan keciciran dan, yang paling penting, melindungi kebajikan rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan hasil sebanyak RM334.1 bilion pada tahun 2025 dan diunjur meningkat sedikit kepada RM343.1 bilion pada tahun 2026. Namun, apabila KDNK berkembang pada kadar empat sehingga 4.5 peratus, kenaikan hasil yang kecil menunjukkan asas percukaian negara masih sempit.
Anggaran hasil yang kekal di bawah 15 peratus daripada KDNK menggambarkan bahawa kita belum berjaya memperluaskan rangka percukaian negara secara adil dan menyeluruh.
Justeru, yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah memperkukuhkan sistem hasil negara dengan cara yang progresif dan ini akan dapat memastikan yang berkemampuan menyumbang lebih dan yang kurang berkemampuan tidak terus ditekan.
Dan dalam masa yang sama, hutang negara kini mencecah lebih RM1.4 trilion. Bayaran khidmat hutang sahaja berjumlah hampir 14 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan operasi. Dan ini satu keadaan yang tidak boleh diabaikan.
Apabila kerajaan meminjam untuk membayar bunga hutang lama, ia bukan pengurusan yang berdisiplin tetapi resipi untuk berlakunya malapetaka ekonomi.
Nauzubillah min zalik.
Oleh itu, saya menggesa kerajaan supaya mengemukakan satu pelan jalur penurunan hutang atau, dengan izin, fiscal glide path iaitu satu pelan yang jelas dengan sasaran menurunkan nisbah hutang negara kepada KDNK secara berperingkat di samping memastikan setiap pinjaman baru digunakan hanya untuk perbelanjaan produktif.
Saya juga ingin menarik perhatian bahawa perbelanjaan pembangunan menurun daripada RM92 bilion pada tahun 2024 kepada sekitar RM81 bilion sahaja bagi tahun 2026, iaitu pengurangan hampir enam peratus daripada tempoh dua tahun. Dan ini bukan sekadar angka di atas kertas sahaja, Dato' Yang di-Pertua.
Kesan pengurangan ini sangat nyata di lapangan. Projek menaik taraf jalan luar bandar ditangguhkan, pembinaan sekolah baru tertunda dan hospital daerah masih menunggu kemudahan asas seperti mesin dialisis ataupun bilik rawatan tambahan.
Tanpa pelaburan pembangunan yang kukuh, jurang antara kawasan bandar dan luar bandar akan semakin melebar.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Bagi penduduk di kawasan FELDA, kampung dan pekan kecil, pembangunan infrastruktur bukan kemewahan, ia adalah prasyarat untuk mereka keluar daripada kitaran kemiskinan. Apabila jalan rosak, pelabur tidak datang. Apabila sekolah lambat dibina, anak-anak ketinggalan. Dan apabila hospital kekurangan kemudahan, kesihatan dan produktiviti rakyat terjejas.
Justeru, kerajaan perlu menilai semula keutamaan fiskal agar perbelanjaan pembangunan tidak menjadi mangsa penjimatan jangka pendek. Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk infrastruktur asas mestilah dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang membuka peluang ekonomi, meningkatkan daya saing wilayah dan juga menghidupkan semula ekonomi luar bandar.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Sebagai jalan ke hadapan, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu dana pemulihan pembangunan luar bandar yakni berbilang tahun, ataupun, dengan izin, multi-year rolling fund for luar bandar, yang diurus bersamaan dengan kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan untuk memastikan projek infrastruktur asas yang kritikal dapat diteruskan walaupun berlaku penguncupan fiskal sementara. Maka, dengan cara ini, pembangunan tidak terhenti dan rakyat luar bandar tidak terus menjadi mangsa ketidakseimbangan ekonomi negara.
Dalam sektor pendidikan, Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini kita dikejutkan dengan kejadian-kejadian yang amat menyayat hati. Jenayah buli, bunuh dan rogol berlaku di sekolah dan ia melibatkan pelaku dan mangsa dalam kalangan anak-anak yang masih berumur remaja. Apa jadi dengan sistem nilai dalam sistem pendidikan di negara kita?
Saya tidak ingin nak menuding jari kepada sesiapa. Namun, sudah sampai masanya kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan, mengkaji keseluruhan sistem yang ada untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah ini. Apakah bentuk dasar dan mekanisme yang perlu dilaksanakan dalam memperbaiki sistem nilai dalam kalangan anak-anak bagi memastikan sekolah dan institusi pendidikan menjadi tempat yang lebih selamat untuk menimba ilmu dan juga membentuk sahsiah pelajar.
Saya mencadangkan supaya sebuah pelan pendidikan sahsiah yang khusus dan menyeluruh mesti digubal untuk membentuk keperibadian pelajar yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelan pendidikan ini mestilah mengambil kira semua bentuk cabaran masa kini
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
termasuklah pengaruh media sosial, kecerdasan buatan dan juga kesihatan mental dalam membentuk minda dan jiwa pelajar.
Dalam bidang kesihatan pula, Tuan Yang di-Pertua, Skim Perubatan MADANI telah diperkenalkan dengan niat untuk membantu golongan B40 mendapatkan rawatan asas di klinik swasta. Namun, realitinya, penyampaian masih tertangguh dari segi liputan dan kapasiti. Antaranya, pada suku kedua 2024, sebanyak 123,572 pesakit menerima manfaat melalui skim ini dengan wang perbelanjaan hanya kira- kira RM14.3 juta untuk tempoh tersebut.
Pakar kesihatan awam memberikan amaran bahawa pembangunan perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar masih jauh ketinggalan. Misalnya, dana pembangunan perkhidmatan kesihatan luar bandar tahun lalu adalah RM121.3 juta berbanding RM246 juta untuk bandar iaitu perbezaan hampir dua kali ganda.
Apabila peruntukan dan liputan kesihatan antara bandar dan luar bandar tidak seimbang, mutu perkhidmatan kesihatan akan terjejas terutamanya bagi masyarakat di luar bandar.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin menyentuh mengenai nasib rakyat Palestin, terutamanya di Gaza. Dunia kini berbicara tentang gencatan senjata di Gaza. Namun, kita tahu gencatan senjata tanpa keadilan hanyalah selang masa antara dua serangan. Selagi jenayah genosid berterusan, maka selagi penjenayah tidak dihukum, maka selagi hak rakyat Palestin dinafikan, maka selagi itulah keamanan hanyalah janji palsu dan kosong sahaja.
Malaysia mesti menyatakan sikap yang tegas dan prinsip secara berterusan terhadap rejim Zionis Israel dan para sekutunya termasuklah Amerika Syarikat yang bersekongkol melakukan jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.
Justeru, Perikatan Nasional membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.
[Tepuk] Jangan ketika rakyat Palestin bermandi darah dan kebuluran di bumi Gaza, Trump disambut dengan gah dan gilang gemilang di bumi Malaysia.
[Tepuk] Dan bagi pihak rakyat Malaysia, Perikatan Nasional menzahirkan kemarahan dan bantahan sekeras- kerasnya terhadap pentadbiran Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan rejim Zionis Israel ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pagoh. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Yang Berhormat dan selamat petang. Kita teruskan acara Majlis dengan mempersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberikan peluang Balik Pulau untuk membahaskan Belanjawan MADANI 2026 di Dewan yang mulia ini. Saya terus masuk pada topik perbincangan berkenaan dengan Belanjawan 2026, subsidi bersasar. Saya ingin menegaskan bahawa subsidi kepada rakyat tetap penting namun pelaksanaannya perlu seimbang. Dari sudut pendapatan negara, kita mesti memastikan bukan sahaja hasil negara meningkat tetapi juga kebajikan masyarakat luar bandar serta golongan B40 dan M40 terus terbela.
Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, wajar dan tanggungjawab bersama untuk menanggung beban demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Subsidi pukal yang diberikan tanpa sasaran jelas bukan sahaja menimbulkan ketidakseimbangan, malah menjejaskan kecekapan fiskal negara. Oleh itu, subsidi bersasar adalah pendekatan yang lebih adil dan bertanggungjawab agar bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Seperti yang pernah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengapa subsidi petrol perlu terus diberikan kepada pemilik kereta mewah? Inilah masanya kita melaksanakan dasar subsidi yang lebih tepat dan saksama.
Topik kedua, pendidikan. Pendidikan merupakan pelaburan terbesar untuk masa depan negara. Namun, jurang pendidikan negara, jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar masih ketara. Sekolah di kawasan pedalaman berdepan kekurangan guru, infrastruktur yang usang serta capaian Internet yang lemah. Dalam kalangan keluarga B40 pula, tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi sering menghalang anak daripada meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Pendidikan bukan sekadar mencetak sijil tetapi jalan keluar daripada kemiskinan dan asas membina generasi yang lebih beradab, berilmu serta berdaya saing. Oleh itu, setiap Ringgit yang diperuntukkan mestilah diterjemahkan kepada akses pendidikan yang saksama, kurikulum yang relevan dan pelajar yang holistik.
Isu buli di sekolah-sekolah kita, ramai yang perkatakan isu buli ini. Isu buli ini bukan sekadar soal disiplin atau salah laku pelajar tetapi menyentuh soal kemanusiaan, emosi dan masa depan generasi muda. Mangsa buli bukan sahaja mengalami kecederaan fizikal, malah hilang nyawa tetapi juga trauma mental yang boleh kekal sepanjang hayat.
Jadi, saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas usaha berterusan telah dijalankan, termasuklah garis panduan menangani isu buli di sekolah, program sahsiah dan nilai seperti Sekolahku Sejahtera dan Guru Penyayang serta kerjasama dengan PDRM melalui program Jom ke Sekolah, di mana Pegawai Perhubungan Sekolah membantu memantau disiplin pelajar.
Namun, kita tidak boleh berpuas hati dengan langkah sedia ada. Hakikatnya banyak lagi kes buli yang tular di media sosial, sama ada dalam bentuk fizikal, mental mahupun siber. Ini menunjukkan pendekatan kita perlu disemak semula dan diperkuat dengan strategi baru yang lebih sistematik dan berpaksikan data.
Cadangan saya untuk tambahan masa depan, pertama ialah saringan individu yang bekerja dengan kanak-kanak. Saya mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan mekanisme seperti yang dilaksanakan di Australia, dikenali sebagai WWVP, Working with Vulnerable People. Di bawah sistem ini, setiap individu yang bekerja dengan kanak-kanak ataupun golongan rentan termasuk guru, warden asrama, pengawal keselamatan dan sukarelawan sekolah mesti melalui saringan moral dan rekod latar belakang sebelum dibenarkan berkhidmat. Ini penting untuk memastikan keselamatan murid bukan sahaja dari rakan sebaya tapi juga dari individu dewasa yang mungkin berisiko.
Kedua, integrasi sistem pintar AI dan analitik data. Kementerian juga boleh meneroka penggunaan AI dan data analitik dalam sistem e-Disiplin. Sistem ini boleh mengenal pasti trend ataupun pola berulang kes buli, mengenal pasti hotspot sekolah yang kerap berlaku insiden serta memantau faktor risiko berdasarkan laporan terdahulu.
Ketiga ialah pendidikan emosi dan sosial (SEL) secara menyeluruh. Perlu satu social emotional learning ini dijadikan komponen, bukan subjek ya, dijadikan
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
komponen wajib dalam kurikulum baru 2027. Kita perlu mengajar anak-anak bukan sahaja pandai akademik tapi juga pandai mengurus emosi, menghormati perbezaan dan mengawal kemarahan. Empati mesti diajar seperti membaca dan menulis kerana inilah benteng sebenar terhadap budaya buli.
Seterusnya, kepentingan taman-taman awam. Taman awam adalah open class ataupun kelas terbuka yang melengkapkan pembelajaran di rumah dan sekolah. Ia membantu anak-anak membina jati diri, disiplin, empati, tanggungjawab dan kesedaran sosial yang asas, yang penting kepada pembangunan sahsiah.
Kajian UN-Habitat menunjukkan pendedahan kepada alam semula jadi meningkatkan tumpuan daya ingatan dan kreativiti pelajar, di samping mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesihatan mental. Di Jepun, pendidikan luar bilik darjah menjadi sebahagian kurikulum rasmi. Kajian Cultural Dimension of Outdoor Education in Mount Koya menunjukkan sekolah menggabungkan aktiviti alam, warisan budaya dan pembelajaran berasaskan pengalaman dapat membentuk pelajar yang lebih fokus, empati dan proaktif.
Di Korea Selatan, sistem pendidikan menekan penyediaan ruang hijau dan taman awam sebagai sebahagian aktiviti luar bilik darjah. Statistik menunjukkan Seoul menyediakan 18 meter persegi ruang hijau per kapita, menjadikan taman awam sebahagian penting dalam pembangunan kognitif dan kesejahteraan pelajar.
Jadi, bercakap berkenaan dengan taman awam ini, saya juga ingin berkongsi data daripada PLANMalaysia mengenai ratio tanah lapang kepada populasi. Standard yang digariskan oleh Majlis Fizikal Negara ialah dua hektar kepada 1,000 orang penduduk.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Namun, Pulau Pinang mencatitkan ratio yang jauh ke belakang, 0.26 hektar untuk 1,000 penduduk. Jadi, saya ingin menggesalah KPKT melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menambah peruntukan untuk memperbanyakkan taman-taman awam di Pulau Pinang. Ini untuk kesejahteraan rakyat dan untuk pelajar-pelajar meluangkan masa, membanyakkan aktiviti di taman-taman awam.
Seterusnya, kesihatan iaitu hak asasi rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 harus meletakkan kesihatan sebagai prioriti utama negara.
Hospital awam kini berdepan dengan beban pesakit yang semakin meningkat di samping kekurangan katil, doktor, jururawat dan pakar. Ramai pesakit kanser, pesakit jantung dan buah pinggang terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2026 dengan RM1.2 bilion, khusus untuk naik taraf dan baik pulih hospital awam, termasuk penggantian peralatan lapuk dan pembelian peralatan baru yang canggih. Jadi, saya ingin juga, ingin memohon supaya Kementerian Kesihatan melihat semula untuk membina Hospital Besar Balik Pulau yang sekarang ini memerlukan keperluan mendesak sangat kepada penduduk Balik Pulau kerana mereka terpaksa pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang yang memakan masa yang agak panjang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong usaha penuh yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI untuk peningkatan harga rokok yang diumumkan melalui Belanjawan 2026 ini. Isu rokok bukan lagi isu untuk golongan tertentu atau semata isu hasil cukai, tetapi soal kesihatan awam dan kesejahteraan generasi akan datang.
Isu ini rumit dan penting. Laporan The Lancet Public Health menunjukkan Malaysia mencatatkan kadar merokok tertinggi di ASEAN. Bagi kanak-kanak lelaki 10 hingga 14 tahun, 20.4 peratus dan kedua tertinggi bagi kanak-kanak perempuan, 4.03 peratus. Perkara ini satu amalan jelas untuk kita semua.
Jadi, melalui kajian oleh SERI melalui Laporan Sokongan Awam Malaysia terhadap kenaikan cukai tembakau, mencadangkan kenaikan cukai minimum RM5 setiap pek. Selaras dengan amalan terbaik bagi mengurangkan kemampuan membeli rokok. Walau bagaimanapun, kenaikan dua sen untuk sebatang rokok ini adalah pemula yang baik dan seterusnya kenaikan harus dilakukan secara berkala, konsisten dengan berkira inflasi dan pendapatan isi rumah supaya rokok semakin tidak mampu untuk dimiliki.
Usaha ini harus diselaraskan dengan jaringan kerjasama dari pelbagai pihak dengan menaikkan harga rokok. Tapi sekiranya penguatkuasaan longgar, rokok seludup sudah tentu bakal mengambil alih pasaran, ibarat domino effect, maka usaha ini harus disertai penguatkuasaan tegas dan telus bagi mengelak lambakan rokok seludup. Saya juga menyambut baik pengumuman Perdana Menteri bahawa sebahagian hasil cukai akan disalurkan kepada kesihatan awam dan penguatkuasaan.
Oleh itu, perlu ada mekanisme untuk mengukur keberkesanan dasar serta jawatankuasa pemantau agar dana itu benar-benar digunakan untuk tujuan tersebut.
Kalau kita mahu menurunkan kadar merokok, kenaikan cukai mesti konsisten dan penguatkuasaan pula perlu telus. Hanya dengan cara itu, dasar ini dapat
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
dilaksanakan dengan bermakna. Walhasil, segala usaha ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Seterusnya, ekonomi jingga. Tuan Yang di-Pertua sejak kebelakangan ini, istilah ‘ekonomi jingga’ ataupun ‘orange economy’ sering disebut dalam pelbagai wacana sebagai bidang tumpuan baharu negara. Namun, persoalan pentingnya ialah bagaimana pelaksanaannya? Adakah ia satu tindakan yang benar-benar dirancang dengan matlamat jelas atau sekadar inisiatif sampingan tanpa arah tuju strategik?
Untuk menjadikan ekonomi jingga benar-benar berdaya saing dan mampan, beberapa langkah utama perlu diberi perhatian. Ia mesti dilaksanakan secara sengaja dan terancang, a conscious effort, bukan inisiatif sampingan. Ekosistem perlu dikenal pasti dan diisi mengikut jurang, identified gaps, dengan izin, yang wujud. Rangka kerja nasional yang komprehensif perlu dibangunkan, merangkumi kategori yang diiktiraf oleh UN serta elemen seni, budaya dan warisan tempatan.
Kita perlu tekankan kelestarian melalui peluang perniagaan dan sosial.
Pelaksanaan mesti konsisten dan berterusan, tidak bermusim. Penggiat industri perlu dilatih memahami konsep impak dan kaedah pelaporan impak yang betul agar dapat menilai sumbangan sebenar sektor kreatif kepada ekonomi negara.
Akhir sekali, pengurusan ekonomi jingga perlu ditempatkan di bawah satu entiti atau kementerian yang relevan dan berautoriti. Lihatlah contoh di Thailand, di mana Creative Economy Agensi (CEA) diletakkan terus di bawah penyeliaan pejabat Perdana Menteri, menunjukkan betapa tinggi nilai yang diberikan terhadap sektor kreatif mereka. Begitu juga dengan Ireland, di mana bandar kecil seperti Banbridge dan Skellig Michael meraih limpahan ekonomi hasil daripada aktiviti penggambaran filem Game of Thrones dan Star Wars.
Malaysia sebenarnya tidak kurang bakat atau potensi. Kita hanya memerlukan tumpuan, perancangan yang ikhlas dan integriti dalam pelaksanaan.
Apabila bercakap tentang ekonomi jingga, ia bukan sekadar tentang mencipta kandungan tetapi tentang memperkasakan seluruh ekosistem kreatif dan budaya negara. Dan yang paling penting, dalam menggubal dasar dan strategi ini melibatkan pakar bidang sebenar, subject matter expert, dengan izin. Hanya dengan cara ini, kita dapat memastikan bahawa ekonomi jingga dapat menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan, beridentiti dan berjiwa rakyat.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Seterusnya, perumahan. Rakyat tidak mampu hidup selesa tanpa rumah yang layak. Hari ini masih ramai anak muda, pekerja kilang malah graduan universiti tidak mampu membeli rumah sendiri. Projek perumahan mampu milik mesti benar- benar mampu milik. Hakikatnya, harga rumah sekitar RM300,000 ke atas masih jauh di luar capaian kebanyakan rakyat, khususnya golongan M40, di bawah B40.
Oleh itu, saya cadangkan tiga langkah utama. Boleh bagi saya satu minit, Yang di-Pertua? Oleh itu, cadangan tiga langkah utama.
Satu, reformasi Dasar Perumahan Rakyat dengan menetapkan harga siling yang realistik mengikut median pendapatan setiap negeri bukan sekadar angka nasional.
Kedua ialah galakkan pembinaan rumah kos sederhana rendah yang benar- benar sesuai untuk pekerja muda dan keluarga baru, tidak semestinya tiga bilik tapi kadang-kadang boleh satu bilik, dua bilik ataupun studio untuk menyesuaikan mereka yang akan tinggal di situ.
Ketiga, ialah perkukuh Skim Sewa Bilik Kebangsaan ataupun rent-to-own supaya rakyat tidak terus perangkap dalam kitaran tidak layak pinjaman, terus menyewa seumur hidup. Kita mesti mengiktiraf bahawa rumah bukan sekadar aset pelaburan tetapi asas, maruah dan kesedaran keluarga. Sekian Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026. Saya berdiri pada hari ini bukan untuk menambah angka baru, tetapi untuk menambah makna terhadap perjuangan bangsa, agama, keadilan sosial dan masa depan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2026 dibentangkan dengan semangat tinggi di bawah slogan “Ekonomi MADANI Memperkasa Rakyat”. Namun di bawah retorik ini,
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
rakyat masih mengeluh tentang harga barang, kekangan hidup, dan masa depan yang kabur. Kerajaan menyebut pelaburan diluluskan sebanyak RM384 bilion. Data MIDA, jumlah modal pelaburan Januari hingga Disember 2024. Pertumbuhan KDNK sekitar 4.5 peratus dan matlamat menjadikan Malaysia ekonomi top thirty dunia menjelang 2030. Tetapi di luar Dewan, saya melihat satu jurang yang semakin melebar antara rakyat dengan janji dan antara idealisme dengan realiti.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan ini saya ingin membangkitkan satu persoalan besar. Adakah ekonomi kita benar-benar memperkasakan rakyat atau sekadar memperkasa segelintir golongan elit yang sudah selesa di puncak? Laporan Household Income Survey, DOSM jelas menunjukkan jurang sosioekonomi masih besar. Median isi rumah bumiputera RM5,793, bangsa Cina RM8,167, India RM6,627. Purata pendapatan menunjukkan pola serupa, bumiputera RM7,599 berbanding dengan bangsa Cina RM10,656 dan India RM8,950.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Menurut Department of Statistics Malaysia, melalui HIS 2022, median pendapatan isi rumah bulanan Malaysia secara keseluruhan ialah RM6,338, manakala purata ialah RM8,479. Nisbah pendapatan antara kaum Cina dengan bumiputera dilaporkan sebanyak 1:0.71 peratus menggambarkan jurang struktur yang kekal dan tidak berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Kajian oleh World Bank turut menyebut bahawa hanya sekitar 20 peratus daripada ketidaksamaan pendapatan negara dapat dijelaskan oleh perbezaan antara etnik dan negeri, manakala sebanyak 80 peratus berpunca daripada perbezaan dalam kumpulan masyarakat itu sendiri.
Kajian akademik juga menunjukkan bahawa walaupun bumiputera mendapat pulangan pendidikan tertinggi berbanding etnik lain, mereka bermula dari titik permulaan yang jauh lebih rendah. Ini bermakna mereka perlu berlari laju hanya untuk sampai ke garisan yang sama dengan etnik-etnik yang lain.
Begitu juga dalam sektor hartanah, Tuan Yang di-Pertua. Pemilikan rumah di kalangan bumiputera menurun di kawasan bandar strategik Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sementara nilai tanah Melayu di bawah rizab semakin menyusut akibat pelepasan tanpa penggantian yang setara.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal kaum. Ini adalah data dan statistik yang perlu kita bicarakan yang merupakan angka-angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Tetapi ini soal keadilan struktur yang perlu kita teliti dan kerajaan perlu mengambil maklum tentang perkara ini. Jurang ini jika tidak ditangani secara
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
berani akan menjadi api kecil yang membakar keyakinan rakyat terhadap konsep keseimbangan nasional yang menjadi asas negara.
Ada yang menimbulkan kontroversi apabila saya menulis bahawa kita harus belajar daripada sejarah Palestin. Mereka yang mengkritik ini membaca dengan emosi, bukan dengan ilmu. Saya ingin tegaskan di Dewan ini, perbandingan itu bukan tentang perang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Bukan tentang agama, bukan tentang kebencian...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Tetapi tentang pengajaran kehilangan kuasa dan tanah apabila bangsa sendiri menjadi leka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat, sebentar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker yang saya hormati, kita dengar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi. Beliau mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah dinyatakan oleh beliau dalam satu ceramah umum di Telok Puteri, Pengkalan Chepa.
Adakah— soalan saya adalah. adakah beliau...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, peraturan berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(9)(c).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
“Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia...’’. Tan Sri— Timbalan Speaker, saya ingin tanya kepada Pengkalan Chepa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat bukan bertanya, tanya pada saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kepada Speaker dan Pengkalan Chepa. Adakah beliau menyamakan orang-orang bukan beragama Islam sama dengan orang-orang Yahudi di negara kita? Soalan saya yang pertama.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh beliau seolah-olah memang menyamakan negara kita dengan Palestin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan perkataan yang dikeluarkan oleh beliau tidak sepatutnya dibenarkan di Dewan yang mulia ini kerana kita hidup dengan aman dan damai. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, berbilang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, get to the point.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, Timbalan Speaker.
Apa yang saya katakan adalah tidak sepatutnya diungkapkan dalam Dewan yang mulia ini dalam negara kita yang aman dan damai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya mohon supaya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan kerana ia membakar api perkauman.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan Timbalan Speaker tidak perlu— tidak harus membenarkan beliau mengeluarkan kenyataan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat lain duduk dulu. Yang Berhormat, Yang Berhormat telah bangkitkan 36(c) kan? 36(c). 30...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(10)(c).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
36— berapa tadi Yang Berhormat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(10) adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey.
Baik, saya duduk sini hampir berapa minit telah Yang Berhormat Pengkalan Chepa bercakap, saya tak jumpa pun yang mana menaik-naikkan perkataan.
[Tepuk] Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat duduk, saya tak habis lagi.
Bagi saya, macam pertuduhan di mahkamah Yang Berhormat, you must go specific direct to what he is saying dengan izin.
[Tepuk] Daripada— Yang Berhormat
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
sebentar, bagi saya clear dulu. Jadi, kalau Yang Berhormat nak bangkitkan perkara tersebut, what was the word uttered. Jadi, daripada apa yang saya dengar sampai ketika dan masa ini, belum ada lagi yang sakit-menyakit hati di antara kaum.
[Tepuk] That doesn't cross the line. Itu saya punya keputusan. Yang Berhormat, Pengkalan Chepa teruskan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, kita tetap— peraturan mesyuarat...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, saya— peraturan mesyuarat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(12)
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahlinya.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(12), ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya hendak tunggu Speaker bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(12) ini merangkumi “Mana-mana yang mengeluarkan kenyataan...”. Bahagian mana Yang Berhormat?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Boleh saya sampaikan? Yang Berhormat Pangkalan Chepa tadi dia sebut dalam Dewan ini, dia menyatakan tulisan dia merujuk kepada tulisan dia, tadi. Itu betul, dia memang rujuk kepada tulisan dia.
Tetapi apa yang dia sebut dalam Dewan ini menyatakan ini adalah pasal hak kehilangan tanah padahal kalau kita merujuk kepada tulisan dia, dia sebenarnya merujuk kepada Palestin, merujuk kepada bukan bumiputera dan bukan Islam disamakan sebagai Zionis Israel.
Itulah yang dia rujuk. Itu yang dia nak cuba kelirukan Dewan, padahal dia tulis nak kata samakan bukan Islam sebagai Israel. Dia kata ini pasal isu hak, kehilangan hak dan tanah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang
Berhormat. Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak ada kena-mengena. Dia mengelirukan Dewan, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Faham, faham.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Minta Petua Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar. Kalau kita lihat sini kepada maxim, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah bersifat menghina Majlis...” Setakat ini belum saya jumpa lagi perkataan yang menghinakan Majlis.
[Tepuk] Jadi, saya overrule you punya cadangan dan bantahan. Yang Berhormat Pangkalan Chepa, teruskan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan berapa Yang Berhormat?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(6).
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
36? Mana satu ada 12 tu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya— 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
(6).
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya sebut 36(6). Jadi, saya tengok sebenarnya friendly reminder ataupun historical reminder daripada apa ni Yang Berhormat Pangkalan Chepa ini untuk kita semua memperingati, bukan nak jadi supaya kita tidak jadi seperti Zionis Israel, akhirnya genocide, jual tanah semua, beli tanah, akhirnya akan berakhir dengan genocide. Jadi, kita ni rakyat yang dominan, negara kita mesti jaga hak negara dominan 63 percent.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Itu yang dimaksudkan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, ini yang saya bangkitkan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Inilah kita tak boleh terima.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebenarnya mereka yang menimbulkan provokasi perkauman.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Pendang mengesahkan apa yang disebut oleh Pengkalan Chepa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mereka... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
[Dicelah] Yang Berhormat, sebentar. Peraturan 35 itu jelas. Saya suruh bangun, baru bangun. Saya suruh bercakap, baru bercakap. Yang Berhormat dah langgar adab ya. Bagi saya selesaikan dengan Yang Berhormat Pendang dulu ni.
Jangan ganggu. Kalau tidak, akan meleret-leret, sebentar. Baik, teruskan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Kita hendak hidup aman damai. Kita dalam pelbagai kaum yang kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Selama ini kita carry. Kita bawa sangat baik. Jadi, kita— tiba-tiba bila DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Dia menjadi masalah. Dia menimbulkan provokasi perkauman. Mereka yang buat, dia tuduh kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, what is this?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebenarnya mereka yang menimbulkan perkauman.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Macam mana boleh benarkan benda ini?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, mereka bawa itu, bawa balik perkauman itu kepada kita.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebenarnya mereka yang perkauman.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tidak menghormati hak dominan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa ini Tan Sri Speaker?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
63 peratus umat Islam dalam negara kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa ini?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa ni? Apa hak minoriti? Hak lain tak ada ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa yang dia kata bersifat memecah-belah rakyat. It is an offensive.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Inilah sakit-sakitkan hati. Hati saya sakit.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu merupakan satu kesalahan.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Walaupun ada kekebalan di Dewan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Gelugor, I didn’t, dengan izin, I didn’t ask you to stand.
Bagi saya selesaikan satu-satu, okey. Duduk sebentar.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, bila bangun membangkitkan peraturan, go to the specific ya.
Saya overrule, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
What to say, dominant hah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, baik, Yang Berhormat. Ikut peraturan ya. Lain tidak dibenarkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan. Timbalan Speaker, Timbalan Speaker. Timbalan Speaker dengan izin. Timbalan Speaker telah dengar tadi Yang Berhormat Pendang, 36. Saya gunakan Peraturan 36 sekali lagi.
Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan.
Kita dengar dengan jelas Pendang menggunakan perkataan dominan.
Bangsa yang dominan, kerajaan yang dikuasai oleh DAP. Kenapa? Bagaimana kita boleh benarkan Pendang mengeluarkan kenyataan itu? Memberi persepsi bahawa kerajaan ini adalah Kerajaan DAP yang menyusahkan orang-orang Melayu di luar, di sana. Itu adalah ungkapan. Itu adalah persepsi yang cuba diberikan. Kita dengar.
Kita adalah bangsa yang dominan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerajaan-kerajaan DAP. Perkataan-perkataan ini sudah jelas akan menyebabkan permusuhan kaum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolonglah Tan Sri Speaker, Timbalan Speaker kawal Pendang. Berulang kali beliau lakukan kesalahan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, yang akan buat keputusan itu saya. Jadi, saya belum tengok lagi... [Tidak jelas] pertimbangan diri saya crossing the line yet. Ya, ini pada pandangan saya, alright. Kalau Yang Berhormat fikir apa yang saya putuskan ini tak betul, gunalah 43 itu ya. But for the time being, dengan izin, saya nak pastikan benda ini berjalan. Kalau katakan he crossed the line dengan izin, saya sendiri akan halang, okey. Kita dibagi ambit dalam empat kerangka dinding ini untuk bercakap bebas dan tidak terikat dengan undang-undang di luar.
So, kita kena accept to a certain tolerance. Kalau kata this side pun sedemikian, pun saya akan halang. This side walaupun sebelah pembangkang, walaupun sebelah kerajaan. So, balik kita kepada tugas kita ya. Okey, Yang Berhormat, garis panduan tu saya perhati. Ya, kalau you cross the line, saya sendiri yang akan halang.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, teruskan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Speaker. Sebelum saya mulakan ucapan, masa saya ada 12 minit lagi tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tentukan masa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya. Saya nak just untuk remind saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Faham.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya nak menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(2) kerana sekiranya ada pencelahan ataupun peraturan mesyuarat yang nak dibangkitkan, tunggu sehingga saya selesai habis berbahas dulu sebab saya pun ada kerja lain, nak kejar flight ke kawasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat, saya faham 37(2) itu.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kalau layan provokasi ini memang tak akan habis perbahasan saya. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Faham Yang Berhormat Pengkalan Chepa, 37(2) itu saya faham. Saya boleh guna kuasa itu tapi saya cuba memberi satu senario dan kebebasan untuk bercakap.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya terima kasih atas kebijaksanaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selagi saya belum tengok dan selagi saya pertimbangkan, Yang Berhormat masih tak berdegil— yang berdegil, baru saya akan guna.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya. Terima kasih Speaker. Memang Speaker terbaik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Alright, jadi teruskan dan garis panduan tu, don't cross the line. Kalau cross the line, saya sendiri akan tegur.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, penjaga masa. Waktu tadi kita stop tadi pukul berapa? Berapa minit lagi?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
12 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Berapa minit tadi? Ya, 12 minit. Okey, lepas ni, Yang Berhormat, saya akan kuatkuasakan 37(2) itu atas discretion saya. Saya akan fikir. Silakan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpaksa kena angkat balik isu ini untuk peringatan kepada kita semua bahawa perjuangan rakyat Palestin dan sejarah Palestin mengajar dunia bahawa kehilangan bermula bukan dengan peluru tetapi dengan penjualan tanah, penguasaan ekonomi, golongan Yahudi Zionis dan kehilangan perpaduan dalaman di kalangan peribumi bangsa Arab yang mendiami Palestin itu sendiri. Akhirnya bangsa asal menjadi pelarian di tanah sendiri pada hari ini Yang di- Pertua.
Hari ini di bandar-bandar, kita melihat tanah-tanah strategik semakin beralih tangan. Malah perniagaan utama dikuasai oleh korporat asing. Malah perniagaan utama makin dimonopoli oleh mereka. Anak muda Melayu pula makin jauh dari sektor strategik kerana terhimpit oleh sistem yang tidak lagi memberi ruang keadilan yang seimbang. Maka apabila saya menyeru agar bangsa saya tidak mengulangi kesilapan sejarah ini, saya bukan menanam kebencian tetapi saya menanam untuk mereka bangkit dengan kesedaran Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk] Tuan Yang di- Pertua, Bajet 2026 banyak bercakap tentang pelaburan inovasi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pengkalan Chepa, minta celah.
Saya nak tanya, adakah ucapan Pengkalan Chepa tadi berdasarkan Perkara 153 dalam Perlembagaan yang dibolehkan bercakap mempertahankan hak bumiputera, hak anak bangsa dalam Perkara 153, Perlembagaan Malaysia? Sila, minta pandangan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya sangat bersetuju dengan Pendang. Saya tak tahu macam mana dia boleh tahu isi kandungan teks saya sebab itu saya akan sebut selepas daripada ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2026 banyak bercakap tentang pelaburan, inovasi dan teknologi tetapi senyap dalam menyentuh isu penguasaan ekonomi bumiputera.
Program besar seperti NIMP – New Industrial Master Plan 2030, NETR – National Energy Transition Roadmap dan ekonomi MADANI, semuanya bercakap tentang transformasi industri, tenaga hijau dan ekonomi digital.
Namun dokumen semakan pertengahan RMK12 sendiri mengakui bahawa antara cabaran utama ialah disparity in development and income, limited fiscal space and slow structural transition of the economy. Ia menyenaraikan big bold measure
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
untuk mempercepatkan transformasi industri digitalisasi dan tenaga hijau sebagai pendorong utama ekonomi masa depan. Namun persoalannya, berapa peratus syarikat vendor, jurutera, pelaburan bumiputera yang benar-benar terlibat dengan ekosistem ini? Tanpa penyertaan yang saksama, transformasi ini hanya akan menukar wajah ekonomi daripada kapitalis lama kepada kapitalis baharu. Sementara majoriti rakyat kekal di tangga bawah, menunggu serpihan manfaat.
Dalam konteks dasar affirmative, kerajaan perlu mewujudkan peruntukan set aside untuk bumiputera. Contohnya, tender kerja di bawah RM200,000 dibuka khas kepada syarikat bumiputera dan kira-kira 30 peratus daripada nilai kontrak pembinaan kerajaan diperuntukkan secara khusus kepada mereka. Langkah ini baik dan perlu diteruskan tetapi ia mesti diperluaskan Tuan Yang di-Pertua, kepada bidang-bidang teknologi tinggi, automasi, tenaga hijau dan ekonomi digital. Bukan sekadar kerja-kerja fizikal, tradisional biasa seperti kelazimannya.
Tuan Yang di-Pertua, kita mahu Malaysia maju tetapi bukan dengan meninggalkan tulang belakang bangsa di belakang. Saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa asas negara ini bukan dibina atas persaingan, tetapi atas pertimbangan dan perimbangan. Itulah roh Perlembagaan.
Perkara tiga. Pendang dengar. Islam sebagai agama Persekutuan memberi panduan moral dan nilai kepada dasar negara. Perkara 152, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menyatukan rakyat tanpa memadam bahasa-bahasa lain, etnik-etnik yang ada dalam negara kita. Perkara 153, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan juga Sarawak bukan keistimewaan kosong Tuan Yang di-Pertua, tetapi jaminan untuk mencapai keadilan daripada sudut sosioekonomi. Perkara 89, tanah rizab Melayu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pengkalan Chepa Boleh saya mencelah? Saya nak tanya Pengkalan Chepa, adakah mereka yang menentang perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Perlembagaan untuk hak orang Melayu bumiputera dan juga Sabah dan Sarawak ini, mereka inilah yang memulakan perkauman ataupun rasis? Apa pendapat Pengkalan Chepa?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya kalau dengan Pendang tak boleh tak setuju, kena setuju. Jadi, saya setuju dengan pandangan Pendang. Jangan cuba mempertikaikan perkara yang telah jelas yang ada dalam Perlembagaan ini kerana kalau kita bercakap untuk mempertahankan Perlembagaan ini, kita sebenarnya mempertahankan apa yang dah ada. Yang
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
mempertikaikan bila kita bercakap dengan tuduhan-tuduhan, dengan fitnah-fitnah itulah sebenarnya yang mencetus api perkauman dan juga rasis.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Hari ini, tanah rizab Melayu Tuan Yang di-Pertua, harta warisan yang mesti dipertahan, bukan digadai atas nama pembangunan. Hari ini, ada pihak yang cuba mentafsir semangat ini dengan tafsiran liberal yang longgar. Kononnya demi kesamarataan, tetapi kesamarataan tanpa keadilan adalah penindasan yang terselindung, yang tersembunyi.
Jika dua pelari tidak bermula di garisan yang sama, maka keadilan ialah memberi ruang kepada yang ketinggalan untuk mengejar. Keadilan dalam Islam apabila Islam mendominasi kuasa dalam sesebuah negara, keadilannya tidak terbatas kepada umat Islam semata-mata, tetapi meliputi warganya tanpa mengira agama dan keturunan. Ini kerana dasar pemerintahan Islam dibina atas prinsip al- Adl wal-Ihsan, keadilan dan kebaikan.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] , “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat ihsan”.
Keadilan inilah yang menjadi Kerajaan Islam sepanjang sejarah mampu melindungi orang bukan Islam, yang lebih terjamin daripada sistem sekular yang diperjuangkan oleh pihak tertentu dan pemerintahan nasionalis yang sempit. Dalam Daulah Islamiyah pertama di Madinah, Nabi SAW menggubal Piagam Madinah yang mengiktiraf orang Yahudi sebagai...
[Berucap dalam bahasa Arab] , satu umat bersama orang Islam. Walaupun akhirnya Yahudi mengkhianati, maka umat Islam bangkit, akhirnya hilang, lenyap Yahudi di bumi Madinah.
Apabila Islam menjadi dasar kuasa, ia bukan menindas, tetapi menyelamatkan manusia daripada penindasan pemerintahan yang zalim, menurut hawa nafsu dan ketidakadilan serta pengkhianatan manusia itu sendiri.
Sebagaimana penegasan seorang panglima Islam, Rab’i bin Amir...[Berucap dalam bahasa Arab] “Allah telah mengutus kami umat Islam untuk mengeluarkan sesiapa yang dia kehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Tuhan sekalian alam dan daripada penindasan pelbagai agama kepada keadilan Islam serta daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan juga akhirat”.
Titik tolak sejarah ini juga mengajar kita bahawa pengkhianatan terhadap perjanjian tidak boleh dibiarkan berlalu. Hari ini kami tegaskan, kontrak sosial adalah ikrar bersama yang mesti dihormati. Jangan sesiapa cuba merobeknya. Sekali
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
amanah dikhianati, kami akan bangkit menentang habis-habisan, Tuan Yang di- Pertua.
[Dewan tepuk]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sabda Nabi SAW...
[Membaca sepotong hadis] “Pemimpin, imam itu daripada keturunan Quraisy”. Ulama memahami makna Quraisy dalam hadis ini bukan hanya terbatas pada bangsa dominan dan peribumi semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu sebagai simbol kestabilan, tertib dan kesatuan kepimpinan dalam Islam yang memayungi semua umat yang bernaung di bawah negara tersebut.
Al-Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa hikmahnya ialah supaya umat manusia memiliki kepimpinan yang diterima, dihormati, lalu terpelihara keadilan dan kestabilan dalam pemerintahan. Justeru, apabila Islam menjadi teras kekuasaan, kepimpinan itu bukan berasaskan etnik atau majoriti semata-mata, tetapi berdasarkan kepada amanah dan syura, di mana kuasa digunakan untuk memelihara maruah seluruh rakyat termasuk bukan Islam, sebagaimana para khalifah terdahulu menjaga keamanan ahlul zimmah dengan penuh keinsafan.
Dalam sejarah pemerintahan Islam, tiada satu pun zaman keemasan yang menyaksikan umat bukan Islam dibunuh, diusir atau ditindas semata-mata kerana berbeza agama ataupun bangsa. Di bawah pemerintahan Khalifah Umar al- Khattab, orang Yahudi dan Kristian di Baitulmuqaddis diberi jaminan keselamatan harta dan rumah ibadat mereka, dalam perjanjian yang disebut sebagai al-Ahdul Umari. Di Andalusia, masyarakat Yahudi berkembang menjadi ilmuan dan saudagar terkemuka di bawah pemerintahan Islam, bahkan dikenang sebagai the golden time of Judaism di bawah Kerajaan Islam Sepanyol.
Semua ini menggambarkan bahawa apabila Islam mendominasi kuasa, keselamatan dan kebebasan bukan Islam terpelihara di bawah keadilan syariah Islam. Manakala apabila kuasa berpindah ke tangan sekular yang anti-Islam, sejarah membuktikan umat Islam sering menjadi mangsa penghapusan seperti berlaku di Andalusia selepas kejatuhan Granada, di Balkan selepas Perang Serbia dan di Myanmar dalam dekad mutakhir ini. Begitu jugalah yang berlaku di bumi Palestin pada ketika ini. Maka benarlah kata ulama, apabila Islam memerintah, yang bukan Islam akan selamat di bawah pemerintahan Islam. Tetapi apabila umat Islam menjadi minoriti, diperintah umat Islam belum tentu akan menjadi selamat.
Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan lima langkah strategik yang boleh memperbaiki ketidakseimbangan ini:
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
(i) laporan jurang etnik tahunan DOSM supaya data pendapatan, pekerjaan dan pemilikan aset dapat dipantau secara terus oleh Parlimen;
(ii) sasaran wajib penyertaan vendor bumiputera dalam setiap projek nasional seperti NIMP, NETR dan tenaga boleh baharu sekurang-kurangnya 30 peratus;
(iii) pemulihan tanah rizab Melayu. Setiap pelepasan mesti diganti secara telus dengan nilai dan keluasan yang setara;
(iv) pendidikan dan kemahiran strategik. Fokus kepada TVET, automasi teknologi dan kejuruteraan untuk anak muda bumiputera dengan KPI gaji permulaan, bukan sekadar jumlah pelatih; dan
(v) penyusunan semula subsidi dan bantuan tunai supaya lebih bersasar kepada kawasan miskin luar bandar, bukan hanya kepada pengguna bandar dan korporat.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya saya nak sebutkan iaitu saya ingin menyuarakan rasa terkilan dan kekesalan yang mendalam terhadap keputusan kerajaan menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur. Kita tidak menolak diplomasi antarabangsa. Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN memang perlu memainkan peranan secara terbuka dan strategik, namun keterbukaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan prinsip. Kita tidak boleh berpura-pura neutral apabila rakyat Gaza, Palestin sedang diluka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 45 seconds lagi saya tutup mic.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Rakyat berhak tahu, apakah mileage politik yang ingin dicapai melalui lawatan ini sedangkan rakyat tahu bahawa kehadiran Trump adalah satu bentuk pengkhianatan moral terhadap suara kemanusiaan yang ingin dibawa oleh kerajaan. Jadi, saya ingin menyeru kepada Dewan yang mulia ini, mari kita bersama dengan tujuh juta rakyat di seluruh Amerika sendiri yang mengadakan demonstrasi membantah kepimpinan Trump itu sendiri yang ke arah menjadikan cara pemerintahannya cara diktator.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kepada kerajaan agar berhati- hati dalam usaha mencari pengiktirafan antarabangsa. Jangan sampai kehilangan kepercayaan rakyat sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
15 saat lagi, saya tutup mic.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Diplomasi bukan hanya tentang siapa yang kita jemput, tetapi nilai apa yang kita bawa. Jika nilai itu goyah, maka seluruh pendirian Malaysia akan dipersoalkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 hadir dalam suasana dunia yang penuh tidak ketentuan. Kita berdepan dengan ketegangan geopolitik dan perubahan iklim, kemajuan kecerdasan buatan dan juga ketidakseimbangan sosial yang semakin meruncing. Negara harus mengambil sikap untuk mendepani cabaran ini dengan tuntas dan berani kerana ia memberi tantangan yang besar kepada sistem pendidikan, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan sosial. Selain meneruskan bantuan jangka pendek untuk menghadapi tekanan kos sara hidup seperti STR dan SARA, kita juga memerlukan dasar yang menjamin masa depan rakyat dan generasi akan datang dan merapatkan kesenjangan bandar dan luar bandar.
Saya ingin mulakan dengan menyentuh tentang pendidikan dahulu. Kita sedang menghadapi krisis. Krisis di mana pelajar-pelajar kita di sekolah kini merasa tidak selamat. Kes buli, rogol, bunuh telah masuk ke ruang yang sepatutnya selamat di sekolah. Kes-kes seperti ini bukan tidak pernah berlaku sebelum ini. Akan tetapi, social media telah menimbulkan rasa panik dan histeria sosial. Di satu sisi, ia bagus dalam memberi kesedaran, bukan sahaja kepada kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa. Akan tetapi, di satu sisi yang lain pula, masyarakat dalam keadaan tekanan dan mudah menyalahkan satu sama lain.
Mengikut statistik daripada Ketua Polis Negara, kes buli meningkat kepada 6,528 kes pada tahun 2023, sekali ganda lebih tinggi dari tahun 2022 iaitu sebanyak 3,883 kes dan kebanyakan kes ini berlaku di sekolah menengah.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Akan tetapi saya optimis dengan angka ini. Ini kerana ia akan membuktikan bahawa kes buli tidak lagi boleh disenyapkan. Semakin ramai yang ke hadapan untuk membuat laporan kepada polis sekiranya berlaku. Ini juga termasuk kes-kes jenayah lain seperti kes rogol dan bunuh baru-baru ini yang menjadi satu wake-up call kepada kita semua.
Belanjawan kali ini memberikan sebanyak RM66.2 bilion kepada pendidikan iaitu lebih tinggi daripada tahun lepas. Selain daripada memastikan kualiti prasarana yang baik kepada pelajar, kita juga harus meletakkan pelaburan yang tinggi kepada pembentukan sahsiah dan jati diri murid. Mereka ini bukan sekadar belajar daripada guru-guru, ibu bapa dan rakan sebaya akan tetapi mereka juga turut terdedah kepada bahana Internet dan sosial media, lebih-lebih lagi di usia yang sangat awal.
Disebabkan itu saya mendukung sepenuhnya saranan kerajaan untuk mengehadkan sosial media kepada mereka yang ke bawah 16 tahun. Kita perlu memastikan mekanisme yang sesuai dalam membuat verifikasi agar mereka tidak menipu umur dalam membuka akaun sosial media. Tanggungjawab ini juga harus diletakkan kepada platform sosial media untuk menjaga kandungan mereka dan memastikan platform sosial media bebas daripada sebarang kandungan ganas, penipuan, buli, seks bebas dan jenayah atas talian.
Ini bukan sesuatu yang mudah. Di zaman peningkatan digitalisasi dan aplikasi kecerdasan buatan yang semakin rencam, anak-anak seawal usia sudah tahu teknik dan cara untuk memintas sekatan laman-laman web atau kandungan yang disekat oleh kerajaan. Maka, ini menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh.
Peranan ibu bapa harus dititikberatkan. Kita tidak mahu ibu bapa sewenang- wenangnya menuding jari kepada pihak sekolah, sedangkan pendidikan itu bermula di rumah.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bentong, boleh saya tanya sedikit yang berkaitan?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Okey.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan dengan isu sosial media, terutamanya terhadap golongan kanak-kanak kita yang di bawah umur 16 tahun khususnya. Apakah pandangan Bentong, sekiranya social media ini kita regulate social media ini kepada golongan tersebut supaya apa yang mereka dapat akses kepada, adalah dihadkan. Seperti di negara-negara lain seperti Australia for example, yang juga telah pun mengambil pendekatan tersebut dengan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
mengenali undang-undang seperti itu. Apakah pandangan Bentong? Adakah itu satu contoh yang kita patut ikuti? Terima kasih.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya bersetuju dengan pandangan Jelutong dan masukkan dalam ucapan saya. Bukit Gelugor, minta maaf.
Jelutong, jangan...
[Ketawa] Bukit Gelugor. Jadi, masukkan dalam ucapan saya kerana ia amatlah penting pada ketika ini.
Tuan Yang di-Pertua, ramai juga untuk— mencadangkan untuk memperkenalkan hukuman rotan. Saya berbeza dengan pendapat dalam hal ini.
Bagi saya, ekosistem sekolah yang selamat dan kondusif lebih penting untuk dipertingkatkan. Selain daripada pengawasan yang berterusan seperti CCTV dan peranan polis, masyarakat juga perlu dilibatkan melalui program community bersama pihak sekolah seperti model pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial yang diguna pakai dalam Kurikulum 2027 mestilah diperkasa dan diajar baik di sekolah.
Pendidikan awal juga amat penting. Selain pemakanan yang sihat melalui RMT yang diperluaskan dalam belanjawan kepada 870,000 murid sekolah rendah, kerajaan juga memperuntukkan RM20 juta untuk menaik taraf Taska Perpaduan di seluruh negara, manakala RM70 juta disalurkan bagi membekalkan televisyen pintar kepada 10,800 sekolah, taska dan tabika. Ini satu inisiatif yang sangat baik. Namun, saya juga mengesyorkan agar ada audit yang berkala untuk menyemak keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tadika agar kita boleh melihat perkembangan awal kanak-kanak di usia awal lagi.
Berkenaan isu kanak-kanak, saya ingin membawa perhatian Dewan dengan isu jenayah seksual kepada kanak-kanak yang semakin membimbangkan. Kerajaan baru-baru ini mendedahkan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak melonjak 43.2 peratus iaitu meningkat 2,541 kes pada tahun 2020 kepada 3,892 kes pada tahun 2024. Saya sedia maklum, pihak kerajaan ada membangunkan semakan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam sistem daftar kanak-kanak.
Akan tetapi semakan ini hanya boleh dibuat oleh pihak tertentu seperti ibu bapa, sektor pengasuhan, pendidikan dan sebagainya. Dan ia mestilah dimohon dan hadir ke pejabat JKM negeri atau daerah yang berkaitan. Saya mengesyorkan agar sistem semakan dibuat secara online dan berikan akses yang terbuka kepada orang awam untuk membuat semakan dan pemantauan.
Pelaku pedofilia ini misalnya, mereka melakukan perbuatan yang jijik dan terkutuk ini secara berulang dan ini adalah satu penyakit yang tak boleh dihentikan
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
dan ketagihan yang melampau dan ia perlu dinoktahkan dengan segera. Saya sendiri pun sering mendapat video-video dan gambar-gambar yang tidak senonoh daripada mereka-mereka ini yang tidak bertanggungjawab. Jadi, sudah sampai masanya kita dedahkan mereka supaya mereka tidak lagi bersembunyi dalam kalangan masyarakat kita.
Kita biarkan orang awam membuat semakan dan pelaku juga akan berasa malu untuk mengulanginya. Kerajaan juga harus bertindak tegas untuk menghukum mereka dan memastikan mereka tidak lagi mendapat akses di tempat-tempat yang sepatutnya selamat bagi anak-anak kita. Terutamanya di rumah mereka sendiri.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita menyentuh perihal kesihatan iaitu sepertimana pendidikan, isu kesihatan juga amat penting selain untuk dijadikan keutamaan. Kita boleh ada bangunan yang cantik dan baru, kelengkapan bertaraf dunia akan tetapi tanpa kebajikan para petugas perubatan kita, kesemua bangunan ini dan kelengkapan ini tidak dapat beroperasi.
Oleh itu, saya memuji kementerian yang menaikkan kadar elaun tetap panggilan kepada semua pegawai perubatan pakar, pegawai perubatan serta pegawai pergigian yang naik sebanyak empat peratus setelah 14 tahun tidak disemak. Ini adalah berita yang sangat baik bagi melibatkan pertambahan 4,500 perjawatan tetap kepada doktor kontrak mulai tahun hadapan. Ini juga akan memberikan kelegaan kepada ramai doktor yang khuatir akan masa depan negara mereka.
Satu lagi isu yang mendesak ialah berkenaan dengan insurans kesihatan.
Kita sudah menghadapi tekanan apabila terdapat perancangan daripada pihak insurans untuk menaikkan kadar premium yang menambahkan beban kewangan kepada pihak pencarum, khususnya kepada golongan warga emas yang semakin berisiko.
Kerajaan juga mestilah mengenakan moratorium selepas tamat tempoh pengawalan kenaikan ini menjelang akhir 2026 sehinggalah Sistem Rawatan Kumpulan Berdasarkan Diagnosis (DRG) dilaksanakan dengan penuh oleh syarikat insurans dan hospital swasta. Ini bagi memastikan pesakit yang sudah mencarum tidak ditolak pergi ke hospital kerajaan yang sememangnya terbeban dengan kadar pesakit yang ramai.
Selain itu, mengikut dapatan daripada CodeBlue yang membuat kajian terhadap 850 doktor pakar memaklumkan bahawa pihak insurans melalui TPA telah banyak membuat campur tangan terhadap apa jenis dan bentuk rawatan yang boleh
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
dikenakan dan dituntut oleh pesakit. Ini sudah tentu menjejaskan banyak tuntutan serta kualiti perkhidmatan untuk pesakit yang akan memudaratkan kesihatan pesakit itu sendiri. Saya minta agar pengoperasian TPA ini disemak dan kawal selia agar tidak mengganggu urusan perubatan yang sememangnya patut diserahkan kepada doktor.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan keseimbangan pembangunan Bentong. Umum mengetahui Bentong merupakan kawasan yang semakin pesat membangun. Lokasi yang berdekatan dengan Kuala Lumpur merupakan destinasi pilihan ramai pengunjung, sama ada pelancong ataupun yang mereka bekerja di luar bandar.
Tahun depan, stesen ECRL di Bentong akan siap di hujung tahun 2026 sebagai hab pengangkutan untuk kargo dan juga penumpang. Maka, ini akan menambahkan kesesakan lalu lintas di trafik Simpang Ketari sekiranya pelan mitigasi tidak dilakukan kerana status kesesakan sedia ada sahaja sudah kritikal.
Maka, saya menggesa agar Projek Pelebaran Jalan Simpang Ketari dapat dilaksanakan segera sebelum siapnya ECRL pada penghujung 2026.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan keperluan kajian menyeluruh tentang kecukupan bekalan air di seluruh Daerah Bentong kerana pembangunan untuk masa akan datang. Di kawasan Janda Baik misalnya, seperti saya selalu bangkitkan sebelum ini, sering terputus bekalan air, khususnya pada hujung minggu ketika ramai pelancong yang mengunjungi kawasan Janda Baik sebagai kawasan pusat peranginan.
Hasil perbincangan dengan pihak PAIP Bentong, hingga 2025 PAIP Bentong telah berjaya menstabilkan bekalan air di kawasan Janda Baik dan sekitarnya, dan telah berjaya menyelesaikan sehingga 98 peratus aduan. Tekanan air rendah, terputus bekalan air lebih 24 jam serta tiada bekalan air bersih.
Walau bagaimanapun, peningkatan permohonan pembangunan baru, khususnya di kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi dan sekitarnya memerlukan satu kajian yang rapi dan menyeluruh tentang kecukupan bekalan air sedia ada. Ini bagi memastikan kestabilan bekalan air terawat berterusan sedia ada tidak mengganggu berikutan pembangunan yang tidak seimbang. Saya juga sangat risau dengan pembangunan tidak terkawal yang akan memberi kesan terhadap alam sekitar, kejadian tanah runtuh, ketidakstabilan cerun, banjir lumpur yang kerap berlaku di kawasan Bentong dan juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda, malah mengganggu ekosistem pelancongan dan ekonomi setempat.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Oleh itu, Bentong memohon agar garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi mestilah dikuatkuasakan dan dipatuhi dengan lebih ketat sebelum apa-apa pembangunan yang diluluskan di seluruh negara. Saya sendiri telah dimaklumkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bahawa kajian tentang peta bahaya dan risiko cerun di Bentong bakal diterbitkan pada November ini. Ini mestilah menjadi panduan yang mengikat sebarang bentuk pembangunan yang ada di Bentong.
Saya juga menyeru agar sebarang bentuk pemetaan pelan mitigasi dan pelan pembangunan mestilah mengambil kira pandangan semua pihak dan agensi dalam memastikan pembangunan yang lestari dan selamat.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Kajian mestilah mengupayakan kecerdasan buatan dalam pengumpulan data dan mesti melibatkan perkongsian data yang bersepadu di antara agensi yang terlibat agar dapat mengelakkan sebarang isu bencana yang berlaku sekiranya terdapat kecuaian dalam sebarang bentuk perancangan.
Tuan Yang di-Pertua, di akhir sekali dalam ucapan belanjawan saya ini, bagi meningkatkan Malaysia sebagai negara pelancongan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta termasuk RM550 juta bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk meningkatkan promosi dan aktiviti pelancongan, khususnya melibatkan seni dan budaya pelbagai kaum. Kalau kita lihat Tahun Melawat Malaysia 2020 sebelum ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion untuk menyasarkan sebanyak 30 juta pelancong. Akan tetapi, kempen ini tidak berjaya dilakukan kerana dunia dilanda COVID-19.
Untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, saya fikir dengan sasaran pelancong yang lebih tinggi iaitu 47 juta pelawat, kita wajar meningkatkan perbelanjaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Kita memerlukan bajet yang lebih besar untuk delegasi negara mempromosikan Malaysia di dalam acara-acara luar negara khususnya bagi mempromosikan tempat-tempat baharu yang berpotensi untuk dinaikkan sebagai kawasan pelancongan utama.
Jika kita lihat, usaha keras MOTAC membuahkan hasil apabila 10 laluan penerbangan baharu akan menghubungkan lima destinasi utama dalam negara iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Langkawi dan Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, ini termasuklah penerbangan harian Batik Air antara Bangkok, Thailand dengan Johor Bahru, penerbangan tiga kali seminggu AirAsia dari Saigon, Vietnam ke Kota Kinabalu dan banyak lagi. Ini sudah tentu akan merancakkan lagi
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
pelancongan negara bermula dengan negara-negara ASEAN, seterusnya boleh dikembangkan lagi ke benua yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, Bentong bagi menutup perbahasan ini, Belanjawan 2026 ini bukan sekadar angka tetapi ia juga adalah ikrar kita semua.
Oleh itu, Bentong menyokong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026.
Belanjawan 2026 yang dibentang pada 10 Oktober 2025 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri adalah satu detik penting bagi mencatur ekonomi dan pembangunan negara untuk lima tahun yang akan datang dari tahun 2026 hingga tahun 2030. Sebagai belanjawan ulung di bawah RMK13, ia adalah penting bagi mengukur sejauh mana janji-janji yang dibuat sebelum ini mampu direalisasikan dalam tahun keempat Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi dan geopolitik yang tidak menentu pada tahun 2026 nanti.
Bank Dunia mengingatkan bahawa Malaysia harus berhati-hati kerana tahun 2026 mungkin menjadi tahun kekangan bagi Malaysia. Ini disebabkan pertumbuhan global dan rantau yang lebih perlahan, permintaan eksport yang lebih lemah dan penggunaan domestik yang lebih rendah.
Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi terbuka. Bermakna, pertumbuhan ekonomi global yang lemah akan tiba dengan cepat melalui kewangan, pelaburan, perdagangan dan pelancongan. Ramalan-ramalan ekonomi rantau dan global juga tidak begitu memberangsangkan.
Ekonomi Malaysia juga didapati sensitif kepada perubahan ekonomi di Amerika Syarikat dan China. Kejatuhan satu peratus atau one percentage point ekonomi Amerika Syarikat akan mengurangkan anggaran pertumbuhan Malaysia 20.8 peratus dan dengan negeri China pula kejatuhan satu peratus akan mengurangkan 0.5 peratus pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Industri E&E, semikonduktor penyumbang utama kepada ekonomi negara menghadapi risiko sungguhpun dikecualikan tarif oleh Amerika Syarikat setakat ini.
Terdapat kemungkinan Amerika Syarikat akan mengenakan tarif sehingga 100 peratus di masa depan. Satu lagi risiko ialah ketidaktentuan mengenai peraturan punca asal produk dan dasar-dasar terhadap transshipments.
Malaysia juga menghadapi risiko di mana peruntukan R&D yang tidak mencukupi iaitu peratus perbelanjaan R&D masih rendah, kurang satu peratus daripada KDNK. Nisbah median R&D kepada pengeluaran jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara seperti Korea, Taiwan, China, Amerika Syarikat dan lain-lain negara maju yang lain.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, Belanjawan 2026 boleh dikatakan sederhana dan mampu dicapai dari segi sasaran fiskal dan jangkaan pertumbuhan. Namun, ia mempunyai kekurangan dari segi menangani isu keperluan untuk meningkatkan lagi hasil kerajaan.
Pengukuhan fiskal digerakkan melalui penurunan subsidi dan kerajaan juga mengurangkan perbelanjaan pembangunan ataupun DE. Kerajaan juga mengalih beban kewangan kepada GLIC dan juga GLC. Tapi, jangan kita selalu nak kacau GLC-GLC ini kerana biar mereka jalankan perniagaan depa dengan cara profesional.
Dalam perkara yang― perkara yang penting yang perlu diberi perhatian ialah kerajaan mengunjurkan pengurangan perbelanjaan pembangunan (DE) kepada RM83 bilion. Saya mendapati bahawa penurunan ini tiga tahun berturut-turut. 2023― RM99 bilion. 2024― RM92 bilion. 2025, turun lagi kepada RM88 bilion dan 2026 turun lagi kepada RM83 bilion.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, pengurangan belanja pembangunan sudah tentu akan menjejaskan projek-projek pembangunan seperti sekolah, hospital, jalan raya dan lain-lain lagi. Perbelanjaan pembangunan sebenarnya adalah pelaburan untuk masa depan negara. Penurunan DE diharap tidak akan menjejaskan pembangunan kepada negeri-negeri yang masih mundur.
Defisit fiskal. Nisbah defisit fiskal kepada KDNK kian menurun daripada 6.4 peratus (2021), lima peratus (2023), 4.1 peratus (2024), 3.0 peratus (2025) dan 3.5 peratus bagi anggaran perbelanjaan 2026 yang berjumlah RM74.6 bilion.
Tambah hutang. Defisit fiskal tinggi bermakna kerajaan perlu menambah hutang. Tambah hutang ertinya kerajaan perlu bayar khidmat hutang yang lebih tinggi dan ia akan mengurangkan dana untuk OE dan DE serta menghadapi risiko nisbah hutang kepada KDNK yang lebih tinggi iaitu melebihi 65 peratus. Kerajaan
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
seharusnya mencari formula yang terbaik untuk meningkatkan hasil kerajaan dan, dalam masa yang sama, meningkatkan pertumbuhan KDNK.
Kutipan hasil dijangka meningkat bagi tahun 2026 iaitu RM343.1 bilion, manakala perbelanjaan ialah RM421 bilion. Ini didorong oleh peningkatan dalam cukai langsung dan tidak langsung sungguh pun hasil bukan cukai berkurangan RM72.7 bilion disebabkan oleh jangkaan pendapatan pelaburan yang lebih rendah.
Hasil bukan cukai diunjur kurang 99 peratus. Sebab utamanya ialah bayaran dividen PETRONAS yang lebih rendah berjumlah RM20 bilion berbanding dengan RM32 bilion pada tahun 2025.
Hutang negara. Di sebalik pertumbuhan ekonomi yang dijangka perlahan pada 2026, jumlah belanja mengurus tahun hadapan termasuk emolumen, pencen dan khidmat bayaran hutang dijangka meningkat, masing-masing 5.6 peratus, 6.8 peratus dan 7.4 peratus. Hasil belanja untuk ketiga-tiga item ini naik 45 peratus daripada jumlah OE. Manakala bayaran khidmat hutang, debt service charge (DSC) meningkat kepada 17.2 peratus dari jumlah OE, jauh lebih tinggi daripada had 15 peratus yang ditentukan oleh kerajaan sendiri. Ini bermakna bahawa setiap RM1 yang ada, 17.2 sen dibelanjakan untuk DSC.
Kenaikan tiga item besar dalam OE adalah sesuatu yang harus diberi perhatian serius. Pada 2023, ketiga-tiga item ini adalah 55 peratus daripada jumlah OE, tetapi pada 2026, ia akan dijangka meningkat kepada 62.7 peratus. Bayaran khidmat hutang pada 2026 dijangka meningkat kepada RM58.4 bilion berbanding dengan RM54.3 bilion bagi tahun 2025 iaitu naik RM4 bilion.
Setakat Jun 2025, kadar hutang dalam negeri dan luar pesisir adalah RM1.3 trilion iaitu 64.7 peratus dari saiz ekonomi negara. Jumlah ini terlalu dekat dengan siling 65 peratus yang ditetapkan. Jumlah RM1.3 trilion ini yang disebut tidak termasuk jaminan yang dibuat oleh kerajaan bagi agensi ataupun anak syarikat milik kerajaan atau projek kerjasama awam-swasta yang meningkat sebanyak RM15 bilion bagi tahun 2023 dan 2024.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Setakat 2024, jumlah jaminan kerajaan di luar penyata kerajaan apa yang disebut sebagai off-balance sheet ialah RM332.8 bilion iaitu 17.2 peratus daripada KDNK. Jika hutang jaminan kerajaan diambil kira, maka jumlah hutang negara per KDNK ialah 48.2 peratus. Serupa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selalu menyatakan kerajaan berjaya mengurangkan hutang, namun hakikatnya jumlah
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
khidmat hutang meningkat daripada RM40.5 bilion pada tahun 2022 kepada RM58.3 bilion pada tahun 2026 iaitu peningkatan RM17.6 bilion.
Belanjawan MITI. Sebagai Ketua Portfolio MITI bagi Perikatan Nasional, Kubang Pasu menyambut baik peningkatan perbelanjaan pembangunan MITI sejak tahun 2023. Untuk Belanjawan 2026, MITI telah diperuntukkan RM1.24 bilion untuk belanja pembangunan, sejumlah RM1.22 bilion secara langsung dan RM20 juta secara pinjaman. Mohon Menteri MITI menyatakan, dari manakah pinjaman RM20 juta ini akan diperolehi?
Untuk MIDA, mohon Menteri MITI menjelaskan perkara berikut. Di bawah tajuk Dana Pelaburan Strategik berjumlah RM443 juta, kenaikan RM30 juta berbanding 2025, mohon Menteri menjelaskan, apakah pelaburan strategik yang akan menggunakan dana ini?
Di bawah tajuk dana projek berimpak tinggi, sejumlah RM50 juta diperuntukkan, mohon Menteri menyatakan contoh projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan.
Di bawah tajuk naik taraf dan membaiki infrastruktur asas kawasan industri sedia ada, diperuntukkan RM20 juta, mohon Menteri nyatakan negeri-negeri manakah projek ini akan dilaksanakan.
Kubang Pasu juga menyambut baik atas kenaikan peruntukan bagi Pelan Perindustrian Baru (NIMP 2030) daripada RM200 juta 2025 kepada RM380 juta bagi tahun 2026.
Mengenai strategi semikonduktor nasional, Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam pembentangan 2026 menyatakan bahawa BPMB, Bank Pembangunan menyediakan pinjaman RM500 juta bagi menyokong aktiviti nilai tambah seperti R&D. Dalam perkara ini, Kubang Pasu berpendapat bahawa inisiatif ini adalah tidak sejajar dan tidak mencukupi bagi memenuhi misi dan matlamat NSS untuk transformasikan negara menjadi global powerhouse dalam industri semikonduktor sepertimana yang dinyatakan sebelum ini. Untuk menjayakan NSS semua— semula melalui projek yang telah dikenal pasti, kerajaan menyatakan RM25 bilion dalam tempoh 10 tahun akan diperuntukkan, namun dalam Bajet 2026 tiada nampak apa-apa peruntukan.
Kubang Pasu juga ingin menyentuh sedikit mengenai belanjawan, khususnya belanjawan untuk peruntukan pembangunan. Diperhatikan sebelum ini, belanja pembangunan meningkat setiap tahun daripada 2022, RM311 juta, ini bagi MOSTI ya, ini saya sebut pasal MOSTI pula. Diperhatikan peruntukan pembangunan turun
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
daripada RM311 juta tahun 2022 kepada naik sepanjang tahun sehingga tahun 2025, RM537 juta.
Namun 2026, bajet pembangunan turun kepada RM516 juta. Bajet belanja mengurus pula naik kepada tahap RM760 juta. Ini sesuatu yang amat mengecewakan. Ini kerana memandangkan negara sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan kepada ilmu pengetahuan khususnya teknologi tinggi. Oleh yang demikian, R&D harus diperkasakan. Industri semikonduktor, EV, transisi tenaga dan sebagainya menuntut MOSTI untuk memainkan peranan yang lebih besar.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai jurang ekonomi dan pembangunan antara negeri. Sebahagian besar kekayaan dan ekonomi berpendapatan tinggi di Malaysia tertumpu di beberapa negeri sahaja.
Disebabkan negeri-negeri tertentu menerima banyak pembangunan dan projek- projek berimpak tinggi daripada Kerajaan Persekutuan. Saya bagi contoh Pulau Pinang. Ini pun kita nak dengki Pulau Pinang, hanya nak buat perbezaan.
Negeri Pulau Pinang umpamanya, sungguhpun ekonominya jauh lebih maju dari Kedah, yang memperolehi pelbagai peruntukan yang begitu tinggi dalam pelbagai bentuk daripada Kerajaan Persekutuan. Kita bukan nak dengki Pulau Pinang, tapi kita nak minta supaya Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan pembangunan yang setara kepada negeri mundur seperti Kedah.
Sebenarnya Pulau Pinang mula maju sejak di bawah penjajah Inggeris lagi.
Ini kerana Pulau Pinang mempunyai pelabuhan dan banyak aktiviti-aktiviti perniagaan. Banyak sekolah-sekolah dibangunkan di Pulau Pinang. Kemudian selepas merdeka, kawasan industri dibangunkan bersama dengan zon bebas cukai.
Sudah tentulah ia lebih maju daripada Kedah.
Sungguh pun Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang dan terletak di Pantai Barat Semenanjung tetapi ekonominya jauh ketinggalan daripada Pulau Pinang. Faktanya, KDNK Pulau Pinang pada tahun 2024 ialah RM121.5 bilion, Kedah hanya RM54 bilion. KDNK Pulau Pinang dua kali lebih besar daripada Kedah.
KDNK per kapita Pulau Pinang RM76,000, Kedah RM27,000. Itu menunjukkan bahawa ada jurang yang besar antara ekonomi Pulau Pinang dan ekonomi Kedah.
Tahun 2026 dan selepas tamat tempoh RMK13, jurang ekonomi antara Pulau Pinang dan Kedah akan menjadi bertambah lebar, kenapa tidaknya? Pulau Pinang menerima peruntukan RM17 bilion untuk pembangunan LRT, RM1.5 bilion untuk pembesaran lapangan terbang, projek naik taraf PLUS Juru-Sungai Dua dan
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
pelbagai lagi. Semuanya berimpak tinggi dan meningkatkan ekonomi negeri.
Jumlahnya lebih daripada RM20 bilion.
Kedah juga mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan tetapi kebanyakannya untuk pertanian, umpamanya RM5 bilion untuk infrastruktur tanam padi lima kali dua tahun. Sektor pertanian...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
..Sepertimana semua kita sedia maklum, bukanlah sektor yang berimpak tinggi yang mampu menjana ekonomi yang ketara, kepada petani dan juga negeri. Ia hanya akan hanya setakat membantu negara dalam keterjaminan makanan.
Pembangunan antara negeri-negeri haruslah bersifat seimbang dan adil. Adil dalam konteks ini bermaksud memberikan bantuan dan peruntukan pembangunan yang lebih tinggi terutamanya untuk projek-projek yang berimpak tinggi pada negeri- negeri yang kurang maju seperti negeri Kedah.
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan ini, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mereka- mereka yang terlibat dalam meluluskan RTB Sungai Temin, Sungai Bata di Kubang Pasu seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan belanjawan 10 Oktober yang lalu. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Sungai Petani untuk bersama-sama terlibat dalam perbahasan Belanjawan MADANI 2026.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan satu pengiktirafan kepada Kerajaan MADANI, pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun. Belanjawan ini lahir dalam waktu yang tidak mudah. Dunia berdepan gelombang geopolitik, krisis tenaga dan inflasi global yang menekan banyak ekonomi membangun. Namun, di tengah ketidaktentuan ini, Malaysia masih berdiri teguh dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kadar pengangguran menurun kepada tiga peratus dan inflasi
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
kekal terkawal. Kita tidak hanya menahan tekanan global, kita menavigasinya dengan cermat. Ini hasil kepimpinan berani dan disiplin fiskal kerajaan yang memilih jalur sukar tetapi betul.
Tuan Yang di-Pertua, prinsip belanjawan rakyat yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah falsafah dasar bahawa setiap keputusan ekonomi mesti membawa makna kepada kehidupan rakyat biasa. Saya menyokong pendekatan ini kerana ekonomi bukan tentang angka dalam Laporan Bank Dunia tetapi tentang makanan di meja keluarga.
Tuan Yang di-Pertua, Sungai Petani tidak ketinggalan di dalam Belanjawan 2026. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mendengar keluhan rakyat Sungai Petani, yang mana sekarang ini kepadatan penduduk di Daerah Kuala Muda sahaja mencecah lebih 500,000 populasi sehingga menyebabkan tidak adanya sekolah yang mencukupi.
Pada akhirnya, Belanjawan 2026 telah pun memberikan satu berita gembira daripada 38 buah sekolah baharu yang akan dibina, salah satunya terletak di Sungai Petani iaitu SMK Seri Pinang. Maka, akan berkuranglah beban penduduk di sekitar Bandar Seri Astana, Bandar Utama BPJ dan Bandar Perdana.
Saya juga ingin membangkitkan isu kepadatan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani yang masih menjadi suatu kerisauan untuk mereka yang datang atau pesakit yang datang daripada bukan sahaja di daerah Kuala Muda tetapi di daerah- daerah lain yang dirujuk ke hospital Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Kita lihat tenaga kerja semakin hari semakin lelah, semakin tenat maka saya mohon dan saya percaya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia kita akan mempercepatkan penambahan perjawatan tenaga kesihatan jururawat dan juga para doktor. Sebab di hospital ini ada pesakit yang menunggu sehingga enam hari di Emergency Department untuk masuk ke dalam wad sebab sekarang ini bed occupancy rate sudah tidak mencukupi dengan populasi yang ada.
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiadaan SMKA di Kuala Muda. Kita melihat bahawa di Sungai Petani ini permohonan Tingkatan 1 dan jumlah murid semasa kelas aliran agama lima buah sekolah sahaja yang ada dan jumlah yang mohon adalah 813 orang dan jumlah sedia ada adalah 588 orang. Maka, tiada SMKA di Daerah Kuala Muda. Ini juga menjadi suatu kebimbangan untuk penduduk tempat saya. Murid kelas aliran agama di empat buah sekolah hanya melibatkan Tingkatan
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
1 hingga Tingkatan 3 sahaja. Maka, saya mohon kementerian untuk melihat perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh tentang kesihatan awam.
Langkah kerajaan untuk menaikkan duti eksais terhadap rokok, cerut dan produk tembakau dipanaskan berkuat kuasa 1 November 2025 adalah langkah yang berani dan berprinsip. Kenaikan dua sen per batang rokok, RM40 sekilogram untuk cerut dan RM20 sekilogram untuk produk tembakau dipanaskan.
Mungkin kita lihat ini adalah suatu perkara yang kecil tetapi implikasinya amat-amat besar. Bukan hanya kepada hasil negara tetapi kepada kesihatan awam secara keseluruhannya. Tambahan, hasil ini akan disalurkan kepada inisiatif kesihatan paru-paru, rawatan diabetes dan penyakit jantung. Inilah contoh bagaimana dasar fiskal boleh digunakan untuk tujuan moral iaitu dengan menjadikan cukai sebagai alat pemulihan, bukannya hukuman.
Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan sama ada akan ada perluasan kepada produk vape dan cecair nikotin dan kita maklum tabiat ini meningkat mendadak dalam kalangan remaja. Saya juga ingin mencadangkan agar Kementerian Kewangan menerbitkan laporan tahunan hasil dan penggunaan duti eksais agar rakyat dapat melihat dengan jelas ke manakah hasil ini akan disalurkan. Apabila kita lihat apabila seseorang keluar dari penjara dan kemahiran dan pekerjaan dia tidak lagi menjadi beban sosial, dia adalah menjadi aset negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu KRT. Kita melihat di seluruh Malaysia, KRT terdapat 8,529 KRT. KRT ini merupakan tempat yang utama di masyarakat. Tempat yang amat-amat penting dan sebenarnya KRT ini perlu diberikan perhatian penuh. Kalau kita lihat sekarang ini, untuk mendapat dana KRT setiap tahun diperoleh RM6,000 satu tahun. Untuk mendapatkan RM6,000 itu, perlu menjadi KRT yang aktif iaitu 12 aktiviti dan enam kali mesyuarat.
Jadi, dengan hanya RM6,000 sahaja ini amat-amat tidak mencukupi dan banyak KRT yang membuat program dan sebagainya dan ini memberikan kebaikan kepada masyarakat. Saya mohon supaya Kementerian Perpaduan melihat semula kepada dasar ini agar ditambahkan sejumlah wang yang lebih untuk KRT ini bergerak sebagai salah satu tempat sosial utama untuk kita gerakkan aktiviti-aktiviti dan program untuk membina masyarakat setempat.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 kita melihat bagaimana defisit fiskal boleh menurun dan kemudian belanjawan ini juga sebenarnya adalah belanjawan yang benar-benar memberikan semula kepada rakyat. Ini dapat dibuktikan jika kita
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
dinakhodai oleh pemimpin yang betul, oleh pemimpin yang bijaksana, oleh kerajaan yang mampu untuk memberikan semula kepada rakyat. Bagaimana tatakelola yang baik? Bagaimana penjimatan dapat dilakukan? Wang hasil korupsi dan rasuah itu dikembalikan semula kepada rakyat. Pada akhirnya STR dapat ditingkatkan, SARA dapat ditingkatkan.
Kita lihat bagaimana langkah memperkenalkan BUDI95 adalah antara contoh terbaik bagaimana keberanian dasar boleh menghasilkan keadilan praktikal dan pada akhirnya, ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat. Inilah bentuk keadilan yang bukan sekadar memberi tetapi menstruktur semula sistem supaya lebih saksama.
Namun Tuan Yang di-Pertua, disiplin fiskal tanpa kompas sosial hanya melahirkan angka tanpa jiwa. Yang membezakan Belanjawan MADANI ini ialah keberanian untuk bertanya soalan moral dalam ruang ekonomi. Bagaimana wang negara dibelanjakan? Kepada siapa manfaatnya sampai? Apakah ia benar-benar memulihkan kesejahteraan rakyat? Ini bukan tentang defisit semata-mata tetapi tentang dignity. Martabat kehidupan rakyat biasa yang perlu dijaga dengan dasar yang adil dan manusiawi.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh isu yang amat dekat dengan hati kita semua tentang pendidikan. Saya ingin memuji kerajaan pada hari ini yang melihat pendidikan kekal sebagai jantung kepada pembinaan manusia. Saya menyambut baik keputusan kerajaan untuk menstruktur semula PTPTN dengan memberi pengecualian penuh kepada pelajar B40 dan pelepasan kepada graduan kelas pertama. Ini adalah satu langkah yang baik dan inilah reformasi pendidikan yang selama ini diperjuangkan dan hari ini, kita lihat pelaksanaannya.
Ini hanyalah langkah pertama dan saya harap dengan adanya tatakelola yang baik, cara tadbir urus yang baik, maka bukan hanya golongan B40 sahaja yang mampu untuk menikmati pendidikan percuma tetapi seluruh manusia yang bergelar sebagai rakyat Malaysia pada satu hari nanti akan menikmati pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti. Akhirnya, kita akan melahirkan sebuah generasi MADANI, generasi yang bertamadun, generasi yang hebat.
Tuan Yang di-Pertua, isu pendidikan kadang kita melihat ini adalah hal yang kecil. Pendidikan bukan semata-mata bagaimana kita membaca buku? Bagaimana ilmu itu berada di dalam diri kita? Tetapi yang lebih penting sebenarnya adalah pendidikan moral, adalah pendidikan sahsiah jati diri. Bagaimana kita ingin melahirkan generasi yang mampu untuk menjadi pelapis negara? Generasi yang
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
berada di dalam dewan ini yang membahaskan tentang perkara-perkara yang membina negara dan memberikan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, seorang anak kecil, bayi, dia lahir...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
...dalam keadaan yang suci bersih...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo minta penjelasan sedikit.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
...tanpa noda dan juga dosa. Silakan. 30 second sahaja.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, sahabat saya daripada Sungai Petani. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan ada menyatakan hasrat untuk mengenal pasti untuk memperkenalkan pendidikan character education.
Jadi, apa pendapat Sungai Petani kerana saya merasakan perlunya ada libat urus dengan semua stakeholders dan juga Ahli-ahli Parlimen dan semua warga pendidik supaya mereka boleh memberi pandangan dan juga pengalaman mereka supaya ada satu syllabus yang diperkenalkan nanti yang lebih mantap dan lebih menyeluruh. Sebab kalau dia dilaksanakan tahun hadapan dia terlalu melulu. Jadi, apa pandangan Sungai Petani mengenai perkara yang penting ini?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Baik, terima kasih Puncak Borneo. Saya menyokong apa yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk kita memastikan sahsiah jati diri anak-anak kita itu dapat dilahirkan dengan begitu mantap sekali. Tetapi yang paling penting adalah kita ingin melihat bagaimana pelaksanaannya itu benar-benar dapat melahirkan sebuah generasi yang hebat.
Tuan Yang di-Pertua, kalau dulu kita lihat anak-anak kita yang masih kecil tiada dosa pergi ke sekolah, pada bahu anak itu diletakkan satu harapan yang tinggi supaya anak itu menjadi orang yang baik, menjadi pemimpin yang baik, menjadi pelapis masa depan negara yang penuh dengan ilmu dan adab.
Tetapi, pada hari ini ada sekolah di ceruk desa yang terlibat kematian pelajar.
Ada sekolah di tengah kota yang ditikam rakannya. Ada sekolah di seluruh Malaysia yang terjadinya kekerasan, gangguan seksual, buli dan pada akhirnya anak-anak kita merasakan sekolah itu adalah tempat yang paling tidak selamat sekali dibanding tempat-tempat yang lain.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi sedikit apa yang dijumpai pada kes SMK Bandar Utama ketika seorang pelajar Tingkatan 2 menikam pelajar yang lain. Umur 14 tahun menikam dengan niat, kita tidak tahu niatnya tetapi apa yang dijumpai adalah catatan nota yang bertulis, “NPC, Zero Day and I Win.”
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, di dalam game, NPC ini adalah watak yang tidak penting. Zero day ini adalah hari serangan dan I win adalah mission accomplished.
Kita lihat bagaimana setiap antara kita ini ada gajet. Setiap antara kita ini ada peranti dan anak-anak kita juga semua ada gajet yang mana dunia ini adalah dunia tanpa sempadan, dunia digital yang mana kita boleh dapat segala-galanya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak hari ini kita melihat orang menyalahkan satu, dua pihak sahaja, seolah-olah Kementerian Pendidikan semata-mata yang salah dalam perilaku pada hari ini. Tapi Tuan Yang di-Pertua, harus kita ingat juga bahawa semua ini bermula daripada rumah lagi, bermula daripada ibu bapa.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta sikit?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
...Bagaimana kita ingin melihat anak kita lahir dengan cemerlang, dengan baik, kita harus pastikan bahawa gajet itu sendiri Tuan Yang di-Pertua— dah habis masa dah, habis masa Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Just sikit saja.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ten second, ten second.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Speaker. Ya Sungai Petani, apakah Yang Berhormat mungkin mencadangkan kepada kerajaan bahawa untuk membuat satu undang-undang, di mana pelajar- pelajar di bawah 16 tahun ataupun 12 tahun tidak dibenarkan memegang handphone sebab ini banyak meragukan terjadi di mana-mana. Baru-baru ini di Amerika Syarikat, seorang budak menikam seorang pelajar lain dengan 200 tikaman itu melalui video. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada kerajaan?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Baik. Baik Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu ia nya semua bermula dari diri kita sendiri, daripada ibu bapa sendiri. Dan, saya menyokong penuh kenyataan Yang
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengatakan bahawa kerajaan pertimbang untuk larangan telefon pintar bagi pelajar bawah 16 tahun. Dan, ini perlu dikawal bukan sahaja daripada pihak kerajaan, tetapi ibu bapa juga perlu mengawasi anak- anak ini. Dan, ini bukan isu keruntuhan moral, ini bukan isu kementerian, bukan isu ibu bapa, tetapi ini adalah isu nasional, isu negara kita.
Dan Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh hanya meminta guru menyelesaikan semuanya. Sebab ramai cikgu-cikgu yang call saya, dia rasa terbeban dengan apa undang-undang yang ada, tugas tambahan yang diperlukan untuk mengawasi anak-anak, sedangkan ibu bapa ada yang tidak pergi ke mesyuarat PIBG, ada yang tidak membayar yuran PIBG dan itu menjadi suatu beban kepada guru-guru.
Cuma, apa yang saya ingin beritahu adalah saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi berganding tenaga memperkenalkan pendidikan etika digital dan literasi empati sebagai sebahagian daripada kurikulum wajib. Bukan sekadar mengajar pelajar menggunakan teknologi, tetapi mendidik mereka untuk menjadi manusia dalam dunia digital yang penuh sifat menghormati.
Di peringkat komuniti, saya ingin mencadangkan program mentor komuniti sekolah diperluas dan dijadikan platform kolaborasi antara sekolah. Isu pendidikan ini, kita ingin melahirkan generasi pelapis masa depan negara dan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kita perlu jaga generasi kita dan kita jaga sekolah kita.
Tuan Yang di-Pertua, maka dengan itu, Sungai Petani menyokong penuh dan saya ingin menutup dengan dua rangkap pantun pada perbahasan pada hari ini.
*Air mengalir ke sawah bendang, Hasil dituai penuh berkat; Belanjawan MADANI niatnya terang, Untuk kesejahteraan seluruh rakyat.
Belayar perahu di lautan luas, Pelayar bijak memegang kemudi; Yang Amat Berhormat Tambun pemimpin ikhlas, Menabur bakti, menabur budi.* Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, belanjawan kali ini memperuntukkan sejumlah RM338.2 bilion untuk
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak RM3.2 bilion atau 0.96 peratus berbanding tahun 2025. Agihan bagi perbelanjaan pembangunan pula sebanyak RM81 bilion menyaksikan pengurangan sebanyak RM5 bilion atau 581 peratus berbanding RM86 bilion pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, jumlah keseluruhan belanjawan kerajaan adalah sebanyak RM419.2 bilion. Jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak RM1.8 bilion berbanding RM421 bilion pada tahun 2025. Sebaliknya, di dalam ucapan Belanjawan 2026, diumumkan bahawa perbelanjaan awam adalah berjumlah RM470 bilion. Nilai RM470 bilion ini diambil dengan memasukkan pelaburan badan berkanun persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta pelaburan awam–swasta dengan jumlah keseluruhan RM50.8 bilion sebagai sebahagian daripada perbelanjaan awam.
Ramai Ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional telah membangkitkan pelbagai persoalan tentang pendekatan yang diambil oleh kerajaan. Saya tidak berhajat untuk mengulanginya. Cuma, saya ingin ingatkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia tentang risiko besar pendekatan menggunakan badan berkanun persekutuan, Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) serta GLIC berdasarkan tiga kes tadi dengan izin.
Pertama ialah berkaitan pembelian 37 peratus saham di dalam Eagle High Plantations, sebuah syarikat perladangan di Indonesia oleh FELDA iaitu sebuah badan berkanun persekutuan. Proses pembelian ini bermula sekitar Disember 2015.
FELDA yang ketika itu tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi telah diberi ya, telah diberi pinjaman oleh kerajaan melalui Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu GovCo Holdings Berhad sebanyak RM2.3 bilion untuk membeli saham tersebut.
Pada Disember 2015, Lembaga Pengarah FELDA telah meluluskan pembelian 37 peratus saham dalam syarikat Eagle High Plantations melalui FIC Properties Sdn Bhd (FICP) dengan nilai USD505.4 juta. Saham tersebut dibeli daripada PT Rajawali Capital International (RC)I dan PT Rajawali Corpora (RC).
Berdasarkan Kertas Putih FELDA, FELDA telah bersetuju dengan harga pembelian saham EHP pada kadar 344 peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran pada ketika itu. Disebut dalam Kertas Putih FELDA bahawa Kementerian Kewangan Malaysia juga telah terlibat dalam proses cadangan pelaburan ini dengan memberi beberapa nasihat strategi dan penstrukturan pelaburan.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Menurut akhbar The Edge pada 13 Oktober 2025, pegangan 37 peratus FELDA di dalam Eagle High kini hanya bernilai USD97.21 juta. Jika kita bandingkan nilai tersebut dengan pelaburan asal bernilai USD505.4 juta, maknanya nilai pelaburan pada hari ini cuma tinggal sekitar 19 peratus sahaja. Secara kasarnya, labur hampir RM2.3 bilion atau RM2300 juta sembilan tahun yang lalu, nilai pasarannya pada hari ini cuma tinggal sekitar RM430 juta.
Ini peneroka, ibu bapa peneroka serta anak-anak peneroka di luar sana perlu tahu apa yang FELDA dan peneroka dapat daripada pelaburan ini selepas sembilan tahun. Jawapannya, tidak ada apa-apa hasil daripada pelaburan dalam Eagle High Plantations selepas sembilan tahun. Sebaliknya, sehingga 13 Oktober 2025, FELDA kena bayar prinsipal pinjaman dan faedah berjumlah RM160 juta. Tak ada hasil, tapi kena bayar prinsipal atas pinjaman dan juga faedah berjumlah RM167 juta. Baki pembiayaan pinjaman pembelian saham Eagle High pada 30 September 2025 yang masih perlu dibayar oleh FELDA adalah berjumlah sekitar RM2.77 bilion.
Jadi, keseluruhannya begini, kerajaan bagi pinjam RM2.3 bilion kepada FELDA labur. Sekarang ini dah sembilan tahun dalam Eagle High, tak dapat apa- apa. Nilai pelaburan sekarang ini cuma tinggal sekitar 19 peratus atau RM437 juta sahaja. Kemudian, dah kena atau dah bayar hutang dan faedah berjumlah hampir RM137 juta, nak kena pula tanggung lagi bayaran hutang RM2.77 bilion. Pelaburan apakah ini?
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sebab itu, mengikut perjanjian, ada pihak yang cuba mempertahankan pelaburan ini dengan berkata, mengikut perjanjian FELDA melalui FICP, boleh atas budi bicara mutlak melaksanakan put option pada tarikh akhir tempoh option iaitu 11 Mei 2022. Maknanya kalau pada 11 Mei 2022, FELDA kata kami nak jual balik semua 37 peratus saham yang dibeli dan minta supaya pelaburan bernilai RM2.3 bilion dibayar balik bersama faedah enam peratus, maka PT Rajawali International dan PT Rajawali Corpora wajib membayarnya semula.
Tapi apabila FICP melaksanakan put option pada 11 Mei 2022, syarikat RCI dan RC perlu memulangkan balik nilai pelaburan dan faedah enam peratus selewat- lewatnya 25 Mei 2022, syarikat tersebut tidak bersetuju. Jadi, walaupun Tribunal Timbang Tara di Singapura mengarahkan RCI dan atau RC untuk melaksanakan obligasi mereka di bawah put option tersebut, sehingga ke hari ini ia nya masih belum selesai.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi, apakah kesudahan kepada episod ini dan saya mohon kerajaan jelaskan, apakah perkembangan terbaru berkaitan kes ini. Ini baru case study pertama, contoh pendekatan pelaburan menggunakan badan berkanun Persekutuan dengan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Tuan Yang di-Pertua, case study kedua yang saya ingin kongsikan adalah berkaitan dengan pinjaman oleh sebuah GLIC iaitu Kumpulan Wang Persaraan atau KWAP kepada sebuah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) iaitu SRC International berjumlah RM4 bilion pada tahun 2011 dan 2012. SRC International asalnya adalah anak syarikat penuh milik 1Malaysia Development Berhad yang juga merupakan sebuah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan).
KWAP pula adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan pencen sektor awam di Malaysia. Tujuan pinjaman yang dibuat oleh SRC International kepada KWAP adalah untuk membiayai pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber asli di Indonesia dan Mongolia. Saya tidak ingin menyentuh tentang apa yang terjadi kepada pelaburan tersebut. Cuma kita tahu SRC International tidak dapat membayar balik hutang daripada KWAP sepertimana yang dijadualkan. Akhirnya, kerajaan sebagai penjamin kepada hutang tersebut terpaksa membayar RM4 bilion kepada KWAP. Hangus duit rakyat RM4 bilion daripada kantung kerajaan.
Soalan saya, berapakah jumlah sebenar hutang SRC International yang telah dilunaskan oleh kerajaan? Dan daripada jumlah tersebut, berapakah sebenarnya yang telah dibayar balik kepada KWAP? Perincikan jumlah prinsipal dan juga faedah.
Case study ketiga adalah berkaitan 1MDB itu sendiri, sebuah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan). Sehingga 31 Julai 2025, jumlah bersih dana yang telah disalurkan kepada 1MDB bagi membiayai bayaran hutang dan memenuhi komitmen syarikat adalah berjumlah RM42.17 bilion. Sebanyak RM15.44 bilion sumber pembayaran ini adalah daripada dana kerajaan dan RM26.73 bilion daripada dana hasil pemulihan aset 1MDB.
Daripada keseluruhan pembayaran, RM28.93 bilion digunakan untuk membayar prinsipal hutang, manakala RM13.24 bilion untuk membayar faedah serta komitmen. Selain itu, baki komitmen hutang 1MDB yang masih ada adalah sebanyak RM9.02 bilion, merangkumi RM5 bilion bagi prinsipal dan RM4.02 bilion bagi faedah.
Tuan Yang di-Pertua, tujuan saya kongsikan ketiga-tiga case study melibatkan FELDA, SRC International dan 1MDB adalah untuk sama-sama kita menginsafi sejarah yang telah membuktikan bahawa pendekatan yang diambil kerajaan untuk terlibat secara langsung atas tujuan tertentu dalam pelaburan badan berkanun
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta pelaburan awam swasta merupakan satu pendekatan yang amat berisiko. Apatah lagi apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan, keadaan menjadi lebih berisiko dengan adanya Akta Perolehan Kerajaan yang telah secara rasmi memberi kuasa yang amat besar kepada Menteri Kewangan.
Case study yang saya jelaskan tadi juga menunjukkan bahawa sebenarnya sebahagian besar hutang yang diambil oleh badan berkanun Persekutuan serta syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) adalah dijamin oleh kerajaan. Akhirnya rakyat juga yang perlu menanggung hutang berbilion-bilion Ringgit tersebut. Kalau dicampurkan hutang melibatkan ketiga-tiga case study tadi, jumlah hutang yang perlu ditanggung rakyat adalah hampir RM60 bilion atau RM60,000 juta.
Bayangkan betapa besarnya nilai ini. Katakan kos pembinaan sebuah sekolah ialah RM50 juta, maka dengan RM60 bilion ini, kerajaan boleh membina 1,200 buah sekolah di seluruh negara. Nilai RM60 bilion ini juga bersamaan dengan 74 peratus daripada keseluruhan nilai perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2026. Sayangnya hutang-hutang tersebut adalah hutang yang tidak produktif dan tidak mendatang sebarang manfaat kepada rakyat termasuk generasi yang akan datang. Sebaliknya rakyat pula yang perlu menanggung jumlah bayaran balik prinsipal dan faedah hutang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya kerajaan. Adakah kaedah yang digunakan ini merupakan satu pendekatan creative accounting? Kerajaan dilihat menggunakan pendekatan ini untuk menunjukkan jumlah hutang langsung yang lebih rendah serta mencapai sasaran defisit fiskal, khususnya untuk memenuhi apa yang telah ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
Sebagai contoh, apabila perbelanjaan pembangunan dikurangkan sebanyak RM5 bilion ringgit berbanding yang diumumkan tahun lalu, maknanya jumlah hutang yang perlu diambil untuk menanggung perbelanjaan pembangunan akan berkurangan sebanyak RM5 bilion ringgit. Sekiranya perbelanjaan sebenar tahun 2026 lebih rendah daripada RM81 bilion, maknanya jumlah hutang langsung yang akan diambil adalah lebih rendah.
Tetapi berapa pula sebenarnya hutang yang akan diambil melalui badan berkanun Persekutuan, syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) serta pelaburan awam swasta yang bakal ditanggung atau dijamin oleh kerajaan? Ini kita tidak tahu.
Yang kita tahu 81 itu perbelanjaan pembangunan, tapi yang digunakan melalui
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
badan-badan atau institusi yang saya sebutkan tadi, kita tak tahu berapa hutang sebenarnya.
Oleh itu, saya mohon kerajaan perincikan projek-projek bernilai RM50.8 bilion yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026 oleh badan berkanun Persekutuan, syarikat MKD, pelaburan awam swasta serta GLIC. Saya mohon kerajaan perincikan nilai setiap projek. Saya juga mohon kerajaan nyatakan sumber kewangan untuk setiap projek. Sekiranya ada mana-mana projek yang akan dilaksanakan melalui pinjaman dan pinjaman tersebut ditanggung atau dijamin oleh kerajaan, saya mohon perkara ini diperincikan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya minta sedikit masa untuk saya menyentuh beberapa perkara penting melibatkan kebajikan serta kesejahteraan warga Putrajaya. Pertama sekali berkaitan dengan kerosakan lif di kuarters kerajaan yang berulang-ulang. Isu kerosakan lif ini sering saya bangkitkan di Dewan ini dan juga kepada Perbadanan Putrajaya. Apabila lif lama sering rosak dan penduduk tahu lif akan ditukar dengan lif baru, maka mereka gembira. Namun nak siap lif baru ini berbulan-bulan lamanya. Dah tunggu, sabar menunggu, maka siaplah lif baru tersebut.
Isunya ialah apabila lif baru ini siap, mula digunakan, tak tunggu lama, lif baru ini pula rosak.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Ini merupakan satu trend yang amat mengecewakan penduduk. Apa sebenarnya berlaku? Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menukar lif kepada lif baharu, tapi apabila dipakai dalam tempoh yang singkat, lif ini juga turut rosak. Jadi, saya mohon kerajaan untuk melihat perkara ini dan mengambil tindakan yang menyeluruh bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan secara tuntas.
Jangan sekadar, melepaskan batok di tangga.
Bagi lif yang sedia ada yang sering rosak ini, masalahnya adalah pembaikan kerosakan ini mengambil masa yang cukup panjang. Jadi, ini saya nak cadangkan kepada kerajaan. Saya mohon supaya model penyelenggaraan lif yang ketika ini diletakkan di bawah kontraktor penyelenggaraan bangunan kuarters perlu dikaji semula. Mengapa tidak diserahkan terus kepada panel kontraktor lif yang bertauliah agar kerja pembaikan dapat dibuat dengan lebih cepat, dengan kos yang lebih rendah?
Kedua Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penyelenggaraan jalan di Putrajaya. Putrajaya ini bandar pentadbiran kerajaan. Kita lihat sering diturap jalan.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Setiap masa ada sahaja penurapan jalan yang dibuat, tetapi selepas diturap, tak kekal lama, turapan tersebut juga rosak. Jadi, saya minta di sini supaya kerajaan melihat teknologi baharu penurapan jalan yang boleh digunakan. Banyak negara- negara di luar sana menggunakan pelbagai teknologi baru yang lebih tahan lama dan menjimatkan. Bukan sekadar turap sekejap, kemudian nak turap lagi, nak turap lagi. Ini merupakan satu pembaziran. Jadi, saya mohon kerajaan jadikan Putrajaya ini sebagai contoh di mana teknologi baharu penurapan jalan digunakan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan jalan lagi, berkaitan dengan kerosakan lampu jalan untuk laluan keluar masuk Putrajaya. Ini banyak kali saya bangkitkan, tetapi birokrasinya Tan Sri Yang di-Pertua, ini ada yang kata, “Ini adalah di bawah Perbadanan Putrajaya”. Kemudian ada yang kata, “Ini di bawah JKR Sepang.” Begitulah birokrasinya sepanjang masa. Putrajaya ini umurnya dah 30 tahun, Tan Sri Yang di-Pertua. Isu birokrasi tak tahu bidang kuasa siapa masih berlaku. Jadi, saya mohon kerajaan melihat perkara ini.
Dan berikutnya Tan Sri Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan gangguan- gangguan anjing liar di Putrajaya. Ini trend baharu. Kita lihat bahawa kalau dibiarkan perkara ini, maka Putrajaya ini akan menjadi seperti tempat-tempat lain. Saya cadangkan kepada kerajaan, lihatlah, gunalah pendekatan yang lebih menyeluruh supaya populasi ini dapat dikawal dan jadikan Putrajaya sebagai model contoh bandar yang bebas anjing liar.
Dan akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih banyak Tan Sri Yang di- Pertua, hari ini bagi saya peluang. Saya mohon, akhir sekali, ini isu pembangunan berkaitan dengan gangguan daripada haiwan. Nampak mudah seperti babi hutan, monyet, musang dan sebagainya. Kalau kita lihat, Putrajaya ini sebuah bandar yang dibangunkan secara teratur, tetapi apabila pembangunan itu begitu pesat, kawasan- kawasan sekeliling juga turut membangun dengan begitu pesat, habis habitat haiwan liar ini. Maka mereka mencari tempat, datanglah di rumah-rumah kediaman penduduk.
Jadi, saya mohon supaya pihak kerajaan mewujudkan pelan pengurusan hidupan liar bandar yang teratur, tersusun dan komprehensif melalui penubuhan sebuah task force melibatkan Perbadanan Putrajaya, Jabatan PERHILITAN serta agensi-agensi berkaitan. Pendekatan ad hoc, pasang perangkap kemudian lepas di tempat lain, dah tak boleh. Untuk jangka masa panjang, perlu satu pendekatan yang menyeluruh.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Maka, saya ucapkan jutaan terima kasih di atas budi baik Tan Sri Yang di- Pertua. Saya ada lagi, tapi menghormati masa. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Untuk makluman semua, hari ini hari Khamis, so kita nak balik awal, kan? Kalau boleh, stick to time-lah. Malam Jumaat ni, kan?
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ingat ke Batu dulu tadi. Okey, *assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2026 ini.
Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan mengingatkan diri kita semua bahawa dalam Islam, ekonomi bukan sahaja sekadar urusan angka, tetapi amanah. Ia bukan sekadar soal mengimbangi hasil dan perbelanjaan, tetapi bagaimana kekayaan negara diurus supaya tidak beredar di kalangan orang tertentu sahaja yakni orang kaya sahaja.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr ayat 7. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Supaya harta itu tidak hanya beredar di kalangan orang- orang kaya di antara kamu.” Ayat ini menjadi asas kepada prinsip keseimbangan dan keadilan ekonomi dalam Islam. Maka, pengurusan fiskal, cukai, subsidi dan pembangunan mesti menjamin manfaat kepada rakyat terbanyak, bukan hanya menguntungkan segelintir kumpulan atau wilayah tertentu sahaja.
Pemimpin wajib memastikan pengagihan sumber negara berlaku dengan adil, telus dan berimpak kepada kesejahteraan rakyat terutamanya terhadap golongan miskin luar bandar dan mereka yang lemah daya saing dalam arus pasaran bebas. Maka, dalam konteks Belanjawan 2026 ini, saya ingin mengajak Dewan yang mulia menilai bukan sahaja berapa banyak kerajaan belanja, tetapi ke mana ia dibelanjakan dan siapa yang benar-benar mendapat manfaat daripada perbelanjaan tersebut.
Dalam sejarah Islam, kisah Nabi Yusuf AS dalam al-Quran memberi tauladan besar kepada kita tentang pengurusan ekonomi berasaskan perancangan dan berjimat cermat. Ketika mentadbir Mesir, Nabi Yusuf diberi tanggungjawab mengurus hasil pertanian negara semasa tempoh kemakmuran dan kemarau yang panjang.
Dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh Baginda, Baginda menyimpan hasil
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
gandum ketika waktu senang dan mengagihkannya secara teratur ketika musim kemarau.
Prinsip ekonomi yang diamalkan oleh Nabi Yusuf berasaskan perancangan jangka panjang, kawalan perbelanjaan dan pengurusan sumber yang berhemah sehingga berjaya menyelamatkan seluruh rakyat daripada kelaparan. Ini menunjukkan bahawa dasar ekonomi Islam yang menekankan keseimbangan antara hasil dan simpanan serta keutamaan rakyat berbanding kemewahan pemerintah.
Model pentadbiran Nabi Yusuf a.s. patut menjadi rujukan dalam pengurusan fiskal negara, berbelanja dengan berhemah, menyimpan ketika senang dan membantu rakyat ketika susah.
Selain itu, pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga sering dijadikan contoh terbaik bagi dasar ekonomi yang berasaskan keadilan dan keberkatan mampu membawa kemakmuran sebenar kepada rakyat. Baginda memerintah hanya selama dua tahun lebih, tetapi hasil pentadbiran yang telus, berjimat cermat dan berpaksikan syariat, negara mencapai tahap kemakmuran luar biasa sehingga diriwayatkan bahawa tiada seorang pun rakyat yang mahu menerima zakat kerana semua keperluan mereka telah dipenuhi oleh pemerintah.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menolak pembaziran, mengekang penyelewengan dan memastikan hasil negara diagihkan kepada mereka yang benar- benar layak. Itulah erti sebenar tadbir urus beramanah dalam ekonomi Islam. Bukan sekadar mengurus angka, tetapi menegakkan keadilan agar kekayaan negara membawa kepada kesejahteraan kepada seluruh rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan kedatangan Presiden US. Sebagai Ahli Parlimen Setiu, saya berpandangan dan saya membantah sekeras-kerasnya kunjungan beliau sempena Sidang Kemuncak ASEAN ini disebabkan sokongan beliau yang sentiasa kepada kerajaan Israel yang telah terbukti menzalimi dan melakukan keganasan kepada umat Islam di bumi Gaza.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya juga ingin menyanggah tanggapan sebahagian besar masyarakat antarabangsa kini yang menganggap bahawa Hamas adalah satu kumpulan pengganas. Ini adalah satu tanggapan yang salah. Kerana berdasarkan kepada pengakuan oleh seorang tawanan Israel yang baru-baru ini dibebaskan oleh Hamas, Alexander Turbanov telah membuat kenyataan yang mengejutkan rejim Israel dan masyarakat antarabangsa. Beliau menzahirkan penghargaan kepada pejuang Hamas atas layanan baik yang diterimanya semasa di dalam tahanan dengan
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
katanya, “Kenangan kamu terukir di dalam sanubari saya untuk selama-lamanya.” Ini membuktikan dan merupakan suatu pengakuan yang menunjukkan sisi kemanusiaan yang tinggi oleh pasukan Hamas, sekali gus menafikan naratif bahawa kumpulan ini merupakan pembawa ideologi pengganas.
Tan Sri Yang di-Pertua, kebelakangan ini kes buli, rogol dan sikap biadab pelajar terhadap guru semakin membimbangkan. Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat mendidik ini, berubah menjadi medan ujian kesabaran guru akibat dasar zero punishment policy yang menyebabkan murid hilang rasa tanggungjawab mereka terhadap guru.
Di dalam Islam, rotan bukan lambang kekerasan, tetapi alat tarbiah yang mendidik dengan kasih sayang. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW... [Membaca sepotong hadis] “Perintahlah anak-anak kamu solat apabila berumur tujuh tahun dan pukullah mereka dengan tidak menyakitkan apabila berumur sepuluh tahun.” Diriwayatkan hadis Abu Daud.
Hadis ini jelas menunjukkan rotan ini mekanisme pendidikan bersyarat, bukan penderaan. Justeru, kerajaan wajar menilai semula dasar pendidikan sedia ada dan mengembalikan penggunaan rotan secara beretika agar disiplin, adat dan tanggungjawab kembali subur dalam sistem pendidikan kita.
Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini Terengganu telah dinobatkan sebagai negeri yang paling bahagia di Malaysia berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Daerah Setiu pula mendapat tempat yang ketujuh dalam senarai daerah paling bahagia di Malaysia.
Terengganu telah mencatatkan lebih 7.8 juta pelancong pada tahun 2024, melepasi sasaran awal 4.5 juta orang. Ini menunjukkan potensi pelancongan yang tinggi di Terengganu. Namun, di manakah infrastruktur yang dibangunkan untuk memajukan lagi negeri Terengganu?
Jumlah peruntukan promosi pelancongan yang diterima Terengganu adalah masih rendah dua tahun berturut-turut. Berdasarkan peruntukan MOTAC tahun 2025, Terengganu hanya diperuntukkan RM470,000 untuk promosi pelancongan, jauh lebih rendah berbanding negeri lain seperti: Wilayah Persekutuan, RM1.33 juta; Selangor, RM1.26 juta; dan Sabah, RM1.07 juta. Jurang ini amat ketara dan menunjukkan kegagalan kerajaan dalam mengurus dana secara adil antara negeri termaju dan negeri yang masih memerlukan sokongan pembangunan.
Saya ingin menyentuh tentang LPT3. LPT3 merupakan nadi penghubung antara Terengganu dan Kelantan yang mampu membuka kawasan pedalaman
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
seperti Setiu, Besut dan Hulu Terengganu kepada pelaburan logistik dan pelancongan. Projek ini sepatutnya menjadi keutamaan. Namun, apa yang kita lihat berdasarkan belanjawan ini adalah sebaliknya. Selain itu, berlaku ketidakadilan terhadap agihan peruntukan perbelanjaan bekalan air, di mana Terengganu berada di tangga kedua tercorot dalam agihan peruntukan.
Buktinya, hanya RM1.2 juta peruntukan diperuntukkan Terengganu berbanding RM5 juta pada tahun sebelumnya. Penurunan sebanyak 80 peratus jumlah peruntukan yang diberi kepada Terengganu ini jauh lebih rendah berbanding negeri lain seperti Johor (RM45.2 juta), Pulau Pinang (RM31.2 juta), Melaka (RM88.6 juta) dan Negeri Sembilan (RM19.2 juta).
Berkait isu Setiu, saya nak bawa beberapa isu— sebelum isu Setiu, saya nak sebut tentang LPT3. Saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap Ahli Parlimen Hulu Terengganu supaya peruntukan LPT3 berjumlah RM17 bilion diagihkan kepada LPT3 bagi menjamin keseimbangan wilayah dan memastikan rakyat di Malaysia— di Pantai Timur khususnya, tidak ketinggalan dari segi sudut infrastruktur.
Kita tidak menafikan peruntukan Sabah dan Sarawak terbesar setiap tahun, ditambah dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai pemberian khas kepada Sabah. Di mana kerajaan meningkatkan peruntukan kepada Sabah, mencecah RM17 bilion bagi tahun 2025 dan 2026, dan ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan 1963. Dan kita menjunjung semangat federalisme tersebut. Namun, kita juga perlukan semangat federalisme yang sama untuk Pantai Timur.
Untuk isu Setiu. Satu, nak sebut tentang muara Sungai Merang. Muara Sungai Merang ini merupakan isu yang sering berlaku ialah muara cetek setelah berakhir Monsun Timur Laut. Daripada bulan Oktober hingga bulan Mac, Pulau Redang ditutup untuk kedatangan pelancong disebabkan Monsun Timur Laut, tetapi apabila Pulau Redang dibuka pada bulan Mac, biasanya muara akan cetek.
Walaupun sudah diluluskan pembinaan breakwater dan insya-Allah akan ditender pada akhir tahun ini, tetapi pembinaannya memakan masa yang lama, dijangka empat tahun baru siap.
Jadi, setiap tahun nelayan ataupun pelancong akan menghadapi masalah hendak keluar daripada Merang, hendak pergi ke Pulau Redang ini. Muara Kuala Merang merupakan muara yang paling dekat untuk ke Pulau Redang. Berlaku kecetekan muara akibat Monsun Timur Laut dan perbelanjaan segera saya pohon, di mana setiap tahun sebagai orang panggil sementara, jangka pendek, lima ratus dianggarkan setiap tahun untuk mendalamkan muara ini.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kedua, isu FELDA di Chalok Barat, Setiu. Masjid FELDA Chalok Barat yang terbengkalai telah diluluskan peruntukan pada tahun 2019, tetapi oleh kerana ada beberapa masalah yang berkait dengan isu tanah, peruntukan bertambah— dan peruntukan bertambah tadi, belum diluluskan sehingga kini. Menyebabkan masjid terbengkalai dan masyarakat penduduk setempat mengharapkan dapat diteruskan pembinaan masjid ini kerana masjid yang sedia ada sudah tidak mampu menampung kepadatan penduduk di FELDA Chalok Barat ini.
Ketiga, isu penyata pelarasan hutang kepada peneroka minta disegerakan.
Keempat, secara ringkas Yang di-Pertua iaitu berkait dengan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu Satu yang melibatkan Bandar Permaisuri. Di mana apabila berlaku banjir, Bandar Permaisuri dan sekitarnya akan menjadi tenggelam.
Insya-Allah, kalau sekiranya dapat disegerakan pembinaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu Satu ini, akan menyelesaikan isu banjir ini.
Seterusnya, jalan mendap di Air Sejuk Guntung yang telah saya bangkitkan dalam sidang yang lepas. Di mana keperluan telah diangkat kertas kerja oleh JKR untuk dinaikkan aras jalan yang melibatkan— saya lupa berapa juta dan saya harap:
saya nak tahu perkembangan atau status projek ini.
Akhir sekali ialah tentang apa yang saya bangkitkan sebelum ini iaitu pembinaan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang baharu. Sebab sekarang ini menyewa di bangunan premis perniagaan dan sering berlaku ditenggelami air ketika banjir kerana pejabat itu terletak di laluan air yang deras ketika banjir. Dan juga, pembinaan Klinik Kesihatan Jabi. Sudah ada tapak yang disediakan untuk pembinaan klinik ini, tetapi sekarang ini masih lagi belum dapat dibina. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu, saya ingin memaklumkan beberapa perkara untuk pengetahuan kita semua.
Yang pertama, pada minggu hadapan, Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari Selasa, 28 Oktober 2025, tidak akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat― akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri. Ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tarikh tersebut akan mempengerusikan Mesyuarat Kepengerusian ASEAN Ke-47. Itu yang pertama.
Yang kedua, seperti yang sedia kita maklum semua, Mesyuarat Kepengerusian ASEAN Ke-47 ataupun ASEAN Summit 2025 akan diadakan pada
Tuan Yang di-Pertua
26 hingga 28 Oktober 2025. Bagi pergerakan pada hari-hari tersebut, pihak polis
(PDRM) telah menyenaraikan waktu dan jalan-jalan yang akan ditutup serta dibuat penyuraian dan dilencongkan.
Oleh itu, Ahli Yang Berhormat dan para pegawai dipohon membuat perancangan awal untuk tiba di Parlimen bagi mengelakkan sebarang kesulitan perjalanan akibat sekatan lalu lintas yang akan dilaksanakan sempena Mesyuarat Kepengerusian ASEAN Ke-47 ini.
Sekiranya terdapat jalan-jalan menghala ke Parlimen ditutup, Ahli Yang Berhormat yang terperangkap boleh menunjukkan pas keselamatan Parlimen kepada pegawai polis trafik yang bertugas bagi membolehkan jalan tersebut dibuka untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan ke Parlimen. Saya jangka jalan akan menjadi begitu sesak. Jadi, Yang Berhormat kena rancanglah waktu yang terbaik.
Baik. Seterusnya, saya jemput Lubok Antu. Silakan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Salam sejahtera, salam segulai sejalai. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Lubok Antu mohon untuk turut serta dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2026.
Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas pembentangan belanjawan keempat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI yang juga merupakan belanjawan sulung di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dengan jumlah anggaran keseluruhan sebanyak RM470 bilion untuk tahun 2026.
Saya juga amat menghargai komitmen berterusan Kerajaan MADANI ke arah mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah-wilayah Borneo dengan Semenanjung Malaysia. Sarawak, khususnya, telah diberi peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion di bawah Belanjawan 2026, di samping pemberian peruntukan khas sebanyak RM600 juta di bawah Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan. Bak kata Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, “Sekiranya Sarawak maju, Malaysia pun turut maju. Kita bukan lokek. Apa yang kita ada, kita kongsi sama-sama”. Tan Sri Yang di-Pertua, mengimbau kembali sejarah pembentukan Malaysia, Mendiang Tun juga pernah mengingatkan bahawa, “Anang Malaysia baka tebu, manis ba pun, tabar ba ujung.” Agak mengecewakan apabila terdapat sesetengah pihak yang cuba memperlekehkan tindakan Sarawak dan Sabah untuk menuntut hak kami, sedangkan apa yang kami tuntut adalah sepenuhnya bertunjangkan Perjanjian
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Malaysia 1963 dan semangat sebagai rakan sekutu, atau equal partners, dalam menubuhkan negara ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa usaha untuk mengembalikan hak Sarawak dan Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 ini is work in progress dengan izin. Terdapat beberapa tuntutan penting yang memerlukan bukan sahaja perbincangan dan kerjasama, malah political will, dengan izin, di pihak Kerajaan Pusat. Antaranya, soal hak Sabah dan Sarawak adalah seperti mendapatkan satu pertiga Kerusi di Dewan Rakyat serta kuasa Tuan Yang Terutama Negeri untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, pembahagian Kerusi Parlimen kepada wilayah Tanah Melayu adalah sebanyak 104 Kerusi, wilayah Sarawak 24 Kerusi, wilayah Sabah 16 Kerusi dan wilayah Singapura 15 Kerusi.
Jumlah keseluruhan adalah 159 Kerusi ketika itu. Gabungan Sabah dan Sarawak dan Singapura memberi 55 Kerusi, hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan.
Buat masa ini, 75 peratus daripada Kerusi Parlimen adalah di Semenanjung Malaysia, manakala Sarawak dan Sabah hanya ada 25 peratus atau 56 Kerusi daripada 222 Kerusi. Maka, wujud isu imbalance of power, dengan izin, di Dewan Rakyat pada ketika ini.
Ini bukan kebetulan, Tan Sri Yang di-Pertua. Ini adalah hasil daripada rundingan rasmi Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang mahu negeri-negeri Borneo diberi perlindungan politik yang sebenar dalam struktur Kerajaan Pusat.
Di dalam Report of the Commission of Enquiry North Borneo and Sarawak, terdapat dapatan dari Malaysian Solidarity Consultative Committee Memorandum on Malaysia di perenggan 19 jelas menyatakan bahawa, dengan izin, “In regard to the question of representation in the Federal Parliament, the Committee is satisfied that the assurance that the Borneo territories would be given adequate representation and that the universal democratic practice in a giving weightage to representation for less densely populated area would be adopted.” Perenggan ini juga harus dibaca bersekali dengan perenggan 10 di memorandum yang sama, dengan izin, “The Committee, of course, is of the opinion that whatever safeguards might be provided for the Borneo territories must be conform with the expressed wishes of the Borneo people themselves but that such
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
arrangements should not prejudice the principle of a strong Central Government or curtail the fundamental liberties of the nationals of a Federation Malaysia.” Ini bermakna perkara yang memerlukan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat, seperti dalam meminda Perlembagaan Persekutuan, sebenarnya boleh sahaja diluluskan tanpa perlu mengambil kira suara Sabah dan Sarawak. Bukan bermakna kami tidak percaya kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi perlu ada sesuatu bentuk perlindungan atau safeguard mechanism bagi membolehkan hak Sabah dan Sarawak.
Ini bermakna, Tan Sri Yang di-Pertua, Suruhanjaya Cobbold telah menetapkan bahawa Sabah dan Sarawak mesti diberikan perwakilan yang mencukupi, adequate representation serta keutamaan khas weightage kerana keadaan geografi dan kepadatan penduduk yang berbeza.
Apabila kita menggabungkan semangat safeguard dalam para 10 dan principal adequate representation serta weightage dalam para 19 sepertimana di dalam Report of The Commission of Enquiry North Borneo and Sarawak, maka jelaslah bahawa laporan tersebut telah meletakkan asas kepada perlindungan politik tersirat, implied politic dengan izin, bagi wilayah-wilayah Borneo dan perlindungan itu dizahirkan melalui perwakilan yang disignifikankan di Parlimen iaitu sekitar satu pertiga daripada jumlah keseluruhan Kerusi.
Tan Sri Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia sebagai negeri biasa. Mereka rakan pengasas. Menuntut satu pertiga Kerusi Parlimen bukan soal angka semata-mata. Ia soal keadilan sejarah, soal maruah persekutuan. Kita tidak menuntut sesuatu yang baru, Tan Sri Yang di-Pertua. Kita hanya menuntut agar semangat asal 1963 dikembalikan ke tempat yang sewajarnya.
Prinsip satu pertiga ini bukan hanya sekadar angka. Ia adalah simbol keseimbangan, keadilan dan kepercayaan antara rakan pengasas Malaysia. Kegagalan memeliharanya bermakna kita gagal menunaikan janji sejarah kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Justeru itu, saya ingin bertanya, apakah terdapatnya rundingan di antara Kerajaan Persekutuan dengan wilayah Sarawak dan Sabah mengenai isu penambahan Kerusi ini?
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam perbahasan sebelum ini, saya juga pernah mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan kuasa pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman kepada TYT Sarawak dan Sabah, selaras dengan semangat asal Perjanjian 1963 serta laporan ICG.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Dahulu, Sarawak mempunyai sistem kehakiman sendiri sejak 1847 dan kuasa pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman terletak kepada Gabenor Sarawak.
Namun, selepas pembentukan Malaysia, Mahkamah Tinggi Borneo diserap ke dalam sistem kehakiman Malaysia dan kini kuasa pelantikan terletak pada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Saya difahamkan perkara ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan memerlukan pindaan Perlembagaan. Justeru itu, bilakah ianya dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya di Parlimen?
Tan Sri Yang di-Pertua, ingin saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia atas pelaksanaan Kursus dan Penilaian Kompetensi Atas Talian (PeKAT) yang bertujuan menambah baik proses pemangkuan pangkat agar lebih telus dan adil.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Namun, saya difahamkan masih wujud beberapa kelemahan yang perlu diperhalusi. Saya telah mendapat maklumat bahawa di dalam temu duga pemangkuan DSP pada Mac 2025, daripada 500 calon yang hadir, hanya 11 yang berjaya dan daripada jumlah tersebut, hanya seorang polis berbangsa Dayak berjaya di temu duga tersebut.
Terdapat juga aduan bahawa pegawai polis berpangkat ASP yang lebih senior serta berprestasi cemerlang masih belum dinaikkan pangkat. Ini menimbulkan persoalan tentang ketelusan dan keadilan dalam proses tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar proses temu duga kenaikan pangkat di PDRM dilaksanakan dengan lebih profesional, telus dan berstruktur seperti di United Kingdom. Di sana, panel penilai bukan sahaja terdiri daripada pegawai polis kanan, tetapi turut melibatkan wakil bahagian sumber manusia, penilai bebas seperti sektor awam atau badan integriti serta wakil masyarakat melalui Police and Crime Commissioner. Penilaian mereka berasaskan kompetensi dan value framework yang menilaikan kecekapan teknikal, integriti, empati dan kepimpinan.
Justeru itu, saya mencadangkan agar kementerian boleh mencontohi pendekatan ini dengan melibatkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) atau Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) dalam panel temu duga. Langkah ini akan memastikan keputusan berasaskan merit, memperkukuhkan integrasi institusi PDRM dan meningkatkan keyakinan pegawai dan anggota bahawa
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
masa depan mereka ditentukan dengan prestasi sebenar sekali gus dapat menyangkal bahawa kenaikan pangkat bukan berdasar pengaruh dalaman ataupun hubungan peribadi.
Tan Sri Yang di-Pertua, masa depan sesebuah negara terletak di tangan generasi muda. Dianggarkan bahawa populasi belia berusia 15 hingga 13 tahun di Malaysia kini mencecah seramai 9.4 juta atau 27.9 peratus daripada keseluruhan penduduk. Baru-baru ini juga kita menyaksikan gelombang kebangkitan belia yang dipelopori oleh kelompok Gen Z yang membawa kepada protes anti-kerajaan di beberapa negara seperti Indonesia, Nepal, Filipina, Madagascar dan terkini di Morocco.
Justeru itu, saya berpandangan bahawa kerajaan pusat perlu mengambil langkah proaktif dan serius dalam melibatkan dan memperkasakan generasi muda dalam agenda pembangunan negara agar mereka tidak rasa terpinggir. Saya percaya usaha ini memerlukan pendekatan yang lebih berfokus dan mengambil kira semua aspek kehidupan yang terkait rapat dengan golongan belia. Saya meneliti terdapat pelbagai program yang dirangka untuk belia di bawah belanjawan kali ini antaranya Program Latihan Khidmat Negara, Program K-Youth, Rakan Muda dan sebagainya.
Seperti yang pernah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan pada persidangan yang lepas, pembangunan belia dikendalikan oleh pelbagai kementerian dan agensi antaranya Kementerian Belia Sukan sendiri, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi malah Kementerian Kesihatan dalam kesihatan belia.
Maka saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Kementerian khusus untuk belia agar dasar polisi dan bajet untuk tujuan pembangunan yang dapat difokuskan di bawah kementerian ini seperti mana ianya berlaku di negeri seperti Australia, Bahrain dan New Zealand.
Mengenai isu kawasan, Tan Sri Yang di-Pertua, masih terkait dengan soal jurang pembangunan di Sarawak. Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pencerahan dan penjelasan berkenaan status sebenar projek Menaik Taraf Jalan Ulu Skrang sepanjang 43 kilometer yang turut melibatkan pembinaan tiga jambatan konkrit seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW pada Majlis Hari Gawai di Sri Aman pada tahun 2023.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Jalan yang dimaksudkan merupakan jalan bekas balak yang tidak pernah diselenggara, menyebabkan keadaan permukaan yang sangat teruk dan sukar dilalui khususnya semasa musim hujan. Lebih membimbangkan, baru-baru ini berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan menjadikan laluan tersebut semakin berbahaya dan tidak selamat digunakan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penduduk terpaksa menggunakan bot dari Ulu Skrang untuk menghantar anak ke sekolah di sekitar Betong, Engkilili dan Lubok Antu dengan kos perjalanan sehala mencecah antara 500 hingga 800.
Keadaan ini amat membebankan dan menjejaskan keselamatan serta kegiatan ekonomi harian penduduk luar bandar. Justeru, menaik taraf jalan ini adalah satu keperluan yang amat mendesak bagi memastikan akses yang lebih mudah, selamat dan menjimatkan.
Tan Sri Yang di-Pertua, hujahan yang lebih spesifik mengenai Belanjawan 2026 ini akan saya bangkitkan di peringkat jawatankuasa kelak. Belanjawan bukanlah sekadar helaian angka atau janji yang indah di atas kertas. Nilainya terletak pada sejumlah mana ia benar-benar sampai ke rakyat pada jalan yang dibaiki, sekolah yang selamat, hospital lengkap dan peluang yang terbuka. Janganlah belanjawan ini menjadi sekadar angka yang dibaca, tetapi jadilah ia nya tindakan yang dirasa. “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Saya mewakili penduduk Lubok Antu berharap agar belanjawan kali ini menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk terus membawa arus pembangunan yang seimbang di Malaysia termasuk di kawasan luar bandar. Sekian, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Di umum besar bantuan baharu, Rakyat tersenyum tidak terkira; Kita jangan terpedaya tertipu, Takut nantinya semakin sengsara. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang peruntukkan RM470 bilion dengan RM81 bilion perbelanjaan bangunan dan RM338.2 bilion untuk
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
mengurus. Izinkan saya terus terang, rakyat sudah letih dengan bajet yang indah pada retorik.
Bajet ini disebut sebagai belanjawan reformasi tetapi di luar Dewan ramai menyebutnya sebagai bajet pilihan raya. Dan kalau kita jujur meneliti angka serta corak perbelanjaan, pandangan ini ada asasnya. Kita lihat peruntukan besar diagihkan kepada Sabah dan Sarawak tanpa strategi nasional yang menyeluruh seakan-akan bajet ini dijadikan alat politik wilayah, bukan dasar ekonomi negara. Kita tidak menolak keperluan Sabah dan Sarawak, tetapi jangan sampai Semenanjung dan kawasan luar bandar diabaikan.
Kerajaan Perpaduan jangan memikirkan untuk mempertahankan kedudukan jawatan semata-mata, tetapi kehidupan rakyat dinafikan. Akibatnya, rakyat akan balas dan hukum kerajaan dalam pilihan raya yang akan datang. Saya tidak mahu negara kita Tan Sri Yang di-Pertua, terjerumus ke dalam era kebencian rakyat yang memuncak seperti berlaku di negara luar termasuk Nepal baru-baru ini. Pemimpin lari lintang-pukang. Menteri Kewangan dibogelkan dan dicampak ke dalam sungai.
Ini tidak mustahil boleh berlaku di negara kita jika kita tidak mengawal hati dan kehidupan rakyat. Ambillah iktibar daripada insiden-insiden negatif di negara-negara luar. Kerjalah dengan rakyat umum dan pastikan jangan politikkan kehidupan mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan lima kebocoran tadbir urus yang parah iaitu berkaitan dengan FELDA, bantuan sasar, kegagalan struktur, sektor perumahan, keutamaan kesihatan, pendidikan dan juga peruntukan komuniti.
Sebelum ini, saya ingin membawakan tiga perkara besar. Yang pertama ialah angkat bajet yang tampak besar sebenarnya bersandar pada silap dan mata fiskal.
Dana daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) digunakan bagi menampakkan bajet seolah-olah kukuh sedangkan kedudukan fiskal sebenarnya masih lemah.
Kedua, keutamaan kerajaan nampak terpesong. Berbilion ringgit diberikan kepada projek berimej tinggi seperti Penang LRT dan pemulihan Carcosa Seri Negara. Sementara projek asas yang memberikan faedah diabaikan.
Ketiga, yang lebih membimbangkan ialah kerentanan kewangan golongan menengah (M40). Hari ini, kelas menengah hidup di ambang rapuh. Pendapatan cukup-cukup, simpanan kian menipis dan hutang kecil mula menjerut kehidupan mereka. Lebih membimbangkan hanya 36 peratus pencarum KWSP mampu mencapai simpanan asas persaraan. Ini bukan sekadar angka Tan Sri Yang di-
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Pertua. Ini amaran bahawa dasar kita belum cukup melindungi tulang belakang ekonomi negara iaitu rakyat yang bekerja diam-diam menanggung beban sebenar negara kita.
Tentang FELDA, Tan Sri Yang di-Pertua saya ingin menarik perhatian Dewan ini isu pertama iaitu hubungan antara FELDA dan kerajaan negeri. Amat mengejutkan apabila didapati hampir empat dekad FELDA telah mengusahakan tanah-tanah milik kerajaan negeri di seluruh negara tanpa dokumen hak milik yang sah. Persoalan saya, bagaimana tanah milik kerajaan negeri boleh diisytiharkan sebagai aset korporat di pasaran saham? Ini bukan sekadar persoalan teknikal atau undang-undang, tetapi persoalan moral dan integriti.
Sebagai contoh di Terengganu, 14,000 hektar tanah kerajaan negeri yang telah dijadikan ladang oleh FELDA sejak pertengahan 1980-an. Sejak mula diusahakan sehingga hari ini, tanah tersebut masih berstatus tanah kerajaan. Saya ingin bertanya, Tan Sri Yang di-Pertua, di manakah keadilan kepada kerajaan negeri sebagai pemilik sah tanah itu?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Oleh itu, saya ingin bertanya, berapakah jumlah sebenar tanah milik kerajaan negeri di seluruh negara yang masih belum diselesaikan isu hak miliknya oleh FELDA? Apakah jadual pelunasan menyeluruh jumlah Ringgit mengikut negeri, tarikh mula, tarikh selesai bagi premium tertunggak, cukai tanah dan perkongsian hasil pada kerajaan negeri?
Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan sumbangan SARA. Apa bantuan sara hidup, Sumbangan Asas RAHMAH (SARA)? Apabila kerajaan umumkan pemberian SARA, ada sebahagian rakyat terpaksa membeli barang yang mereka tidak perlukan semata-mata untuk menghabiskan nilai bantuan. Malah, minyak kenderaan untuk ke kedai pun kadang-kadang lebih mahal daripada barang yang hendak dibeli.
Tan Sri Yang di-Pertua, kedai luar bandar tidak banyak mendapat faedah daripada SARA ini. Sebaliknya, kedai yang ternama, yang jumlahnya lebih kurang beribu-ribu jumlah kedai yang ternama ini atau besar ini, mendapat faedah daripada SARA ini. Tan Sri Yang di-Pertua, apakah kerajaan akan kembali kepada bantuan tunai langsung ke akaun dengan laporan keberhasilan mengikut daerah sepertimana BR1M yang pernah dilakukan semasa zaman Dato’ Sri Najib dahulu?
Perumahan negara, Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan berbangga dengan peluasan pelbagai skim pinjaman. Apabila semakin ramai rakyat diberi pinjaman,
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
permintaan terhadap rumah meningkat. Namun, apabila bekalan rumah mampu milik masih rendah, pemaju akan menaikkan harga. Akhirnya, bantuan ini menjadi seperti minyak— menyiram minyak ke atas api.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh tentang pendidikan. Berdasarkan data sistem pengurusan disiplin murid, sebanyak 7,691 kes buli direkodkan pada tahun 2024, meningkat 17 peratus berbanding 6,598 pada tahun 2023. Saya senaraikan kes-kes ini seperti kes pembunuhan Zulfarhan, pelajar UPNM dan enam pelajar yang terlibat. Kematian Zara Qairina di Sabah. Kes bunuh Yap Shing Xuen oleh rakannya sekolahnya. Hubungan zina pelajar sekolah dan empat lelaki di Baling. Kes rogol melibatkan empat lelaki di Melaka. Kes remaja dirogol oleh tiga ahli keluarga di Selangor. Ribut kuat melibatkan tiga buah sekolah di Sijangkang. Termasuk syarikat arak di sekolah dan lain-lain lagi.
Tan Sri Yang di-Pertua, sini sebenarnya kita, saya minta supaya atas gesaan rakyat keseluruhnya, sebenarnya Tan Sri Yang di-Pertua, maruah kementerian sedang menjunam. Jika Menteri dihina, kini Menteri dihina dan diburukkan di merata- rata tempat, bahkan maruah Menteri sekarang telah jatuh ke peringkat yang teruk ke rendah. Maruah Yang Berhormat Menteri telah tercalar, tiada keberkatan dalam memimpin.
Demi maruah jabatan dan keselamatan anak-anak Malaysia, saya menasihatkan Yang Berhormat Menteri, buatlah istikharah, dan kalau boleh fikirlah.
Kalau tidak perlu rasa menjatuhkan maruah sendiri, berundurlah dari Menteri Pendidikan, sepertimana yang pernah berlaku pada Menteri Kesihatan dahulu dan hari ini keadaan Menteri Kesihatan sebagai Menteri Wilayah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Tan Sri Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Mengesat peluh guna tuala,
Tuan Yang di-Pertua
Minta Maran...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Penat bekerja sebagai mandor;
Tuan Yang di-Pertua
Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jika maruah diri telah tercalar; Bina semula dengan berundur.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ada standing orders, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua, saya tak ada masa dah.
Tuan Yang di-Pertua
Maran, tunggu dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Standing orders, standing orders.
Tuan Yang di-Pertua
Standing orders, Maran, Maran...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Standing orders.
Tuan Yang di-Pertua
Standing order, standing orders. Berapa itu?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon benar, saya dah sebut belakang itu sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, ini standing orders.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jangan kita gunakan peraturan mesyuarat sebagai alat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(4).
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat. Saya terpaksa melayan peraturan mesyuarat. Jadi, berapa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(4) dan 36(6).
Tuan Yang di-Pertua
36(4) apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
“Bahasa yang kurang sopan dan biadab”. Maran mengatakan bahawa maruah Menteri Pendidikan telah jatuh, undur diri, pelbagai tuduhan dibuat, Tan Sri Speaker. Takkan kita hendak benarkan Maran mengeluarkan kenyataan-kenyataan begitu?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolonglah, tolonglah hormat sikit. Kalau ada perkara yang disampaikan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya kasihan pada Menteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya belum habis lagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya belum habis lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Maran, sebentar, sebentar. Peraturan yang Maran dah lama.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya dah beri peluang, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Maran. Maran dengar saya. Maran bekas Timbalan Menteri, mantan jadi Ahli Parlimen lama, sekarang peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat ialah bila kawan-kawan kita bangkitkan peraturan, dengar dulu. Saya akan buat ruling, sama ada ianya patut ditarik balik ke ataupun tidak menjadi, itu hak saya. Jadi, Maran dengar sudah. Sabar, sekejap.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia yang Jelutong hendak sebut? Sebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, tadi kita dengar Maran...
Tuan Yang di-Pertua
Jangan emosional, sebut pelan-pelan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berucap, Maran telah mengatakan bahawa pelbagai perkaralah dan semua itu dihalakan terhadap Menteri Pendidikan. Mengatakan bahawa semua perkara yang berlaku telah menyebabkan maruah Menteri Pendidikan jatuh dan memang layak untuk Menteri Pendidikan berundur meletak jawatan.
Saya merasakan bahawa kalau kita ingin menyampaikan sesuatu yang konstruktif, untuk memperbetulkan apa-apa keburukan, nyatakanlah. Kita lihat bahawa Menteri Pendidikan pun telah terima satu memorandum yang telah diserahkan, Timbalan Menteri Pendidikan pun pergi. Tapi, takkan lah kita hendak menjatuhkan maruah seorang Menteri di Dewan yang mulia ini menggunakan kesempatan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan saya sebagai backbencher terpanggil untuk bangun untuk mempertahankan kerajaan kita. Kalau ini dibiarkan, hentam. Hari-hari masuk hentam, semua hentam. Masa mereka jadi kerajaan dahulu apa yang mereka buat?
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Jelutong.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Jelutong. Maran, saya dengar ucapan Maran tadi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, nanti, Maran. Saya cakap dulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sabar. Saya dengar Maran kata Menteri buatlah istikharah, betul. Maknanya, kalau begitu Maran minta Menteri melihat diri dia.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yes.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak betul, undur diri. Itu perkataan Maran.
Saya rasa dia tidak menuduh, dia minta supaya Menteri melihat dirinya. Jadi, oleh itu saya ingat...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Maran, sabar. Sabar. Saya akan bagi masa. Oleh yang demikian Maran, berhati-hatilah. Kita bercakap ini di dalam Dewan, yang didengar oleh rakyat. Jadi, saranan Maran tadi adalah untuk Menteri melihat dirinya. Saya setuju, tapi saya ingat stop setakat itu, cukup dan sambung yang lain. Okey, Jelutong? Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Maran, silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri, saya kasihan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham, apa Maran kata, saya faham. Teruskan tajuk lain— tajuk lain, silakan. Teruskan, teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya cuma menegur, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya sayang kepada Menteri saya. Kalau yang baik...
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya ulaskan tadi. Saya kata Maran sebut supaya Menteri melihat ke dalam dirinya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jadi, yang macam ini yang rosak, Dewan, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, teruskan, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, okey terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Tajuk lain.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, okey Tan Sri, saya teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa yang rosak Maran?
Tuan Yang di-Pertua
Itu dialah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa rosak?
Tuan Yang di-Pertua
Saya kata bila buka pintu...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey Tan Sri, saya ikut Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya pergi kepada tajuk lain. Kena— masa saya dah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Hari ini hari Khamis ini, tolong.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Belanjawan 2026 memperuntukkan RM50 juta bagi promosi kesihatan melalui Agenda Nasional Malaysia sihat. Jumlahnya terlalu kecil untuk menangani krisis kesihatan awam yang semakin meruncing. Dalam masa yang sama, kerajaan menaikkan cukai rokok sebanyak dua sen sebatang. Seolah-olah kerajaan menambah hasil dengan membakar rakyat melalui api rokok.
Kalau benar nak sihatkan rakyat, naikkanlah bajet pendidikan kesihatan, bukan cukai. Ini baik untuk kementerian, bukan saya nak condemn kementerian.
Data rasmi Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan keadaan penyakit tidak berjangkit (PTB) di Malaysia kini sangat membimbangkan. 15.6 peratus rakyat dewasa menghidap diabetes, 29.2 peratus tekanan darah tinggi dan 3.3 peratus kolesterol tinggi. Lebih membimbangkan, hampir separuh daripada mereka tidak tahu mereka sakit. Ini bukan sekadar statistik, ini adalah bom jangka kesihatan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya faham walaupun perbelanjaan kesihatan keseluruhan meningkat, penekanan masih tertumpu kepada rawatan dan infrastruktur, sedangkan peruntukan untuk pendidikan kesihatan dan pencegahan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
penyakit masih kekal kecil. Ini menandakan sistem kesihatan kita masih bersifat reaktif, bukan mencegah.
Sekali lagi saya marah dan menganggap kerajaan ini zalim dan kejam.
Bangun juga? Peruntukan Hospital Maran masih tidak ada dalam Bajet 2026, Tan Sri. Saya bercakap dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, dia bertanya, "Saya tak ada lagi ke? Maknanya Tan Sri, daripada zaman dulu lagi, Najib lagi, zaman Tan Sri Muhyiddin ada, zaman Ismail Sabri ada, tetapi bila tukar baru ini tak ada.
Tan Sri Yang di-Pertua. Jangan politikkan kesihatan rakyat, jangan politikkan kepentingan rakyat, ya di kawasan saya. Sebab itulah di Maran ini, Tan Sri Yang di- Pertua, saya sapu habis empat kosong. Dulu saya jangka saya boleh ambil semula, tapi hari ini saya sapu habis empat kosong, kerana rakyat Maran sangat marah kepada kerajaan mengkhianati mereka.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tan Sri Speaker...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tetapi menafikan hak kesihatan yang perlu mereka miliki.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Maran, minta laluan. Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak payah, tak payah.
Saya tak ada masa.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tak bagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jangan guna peraturan, Tan Sri Yang di-Pertua, jangan guna peraturan. Jangan memperalatkan peraturan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya minta peraturan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya nak minta laluan, nak minta laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Komuniti orang asli diperuntukkan sebanyak RM400...
Tuan Yang di-Pertua
Dia tak— Bakri, Bakri dia tak bagi. Dia bukan nak...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tak beri Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Maran, dia bukan nak minta peraturan mesyuarat, dia nak minta laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak boleh laluan,
Tuan Yang di-Pertua
Dia tak bagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Saya tak bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tak bagi, tak bagi. Bakri duduk.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kalau nak ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak boleh, saya tak boleh. Saya pun tak boleh, masa saya tak ada dah ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya gunakan peraturan Dewan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Kecuali Tan Sri bagi saya setengah jam, saya bagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya gunakan peraturan Dewan Tan Sri Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, terima kasih.
Komuniti orang asli...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6), 36(6), Maran dengar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ha ini masalah Tan Sri.
Saya dah sebut kemudian ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, dengar, dengar, dengar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Please, kerajaan Perdana Menteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker saya tak berjenaka.
Tuan Yang di-Pertua
Okey 36(6) apa isunya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6). Tadi, kita dengar Yang Berhormat Maran mengatakan masa Pagoh, ada peruntukan untuk Hospital Maran. Masa Bera, ada peruntukan untuk Hospital Maran. Masa Tambun, tak ada.
Ini merupakan sangkaan jahat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Hei, tak faham itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Dan adakah kita nak benarkan ini untuk bergema di Dewan ini supaya rakyat mengatakan oh PMX tidak bertimbang rasa atas isu Hospital Maran? Saya minta dia tarik balik kenyataan itu.
Sungguh jahat tuduhan itu!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri, gunakan 42, 43, Tan Sri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kuasa Tan Sri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Pertuduhan itu ditarik balik kerana memberi persepsi bahawa Pagoh beri peruntukan untuk Hospital Maran, Bera beri peruntukan untuk Hospital Maran, Tambun tak beri peruntukan untuk Hospital Maran. Sedangkan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Betullah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Dalam pembentangan belanjawan, banyak projek-projek yang telah diumumkan di Terengganu ada. Di Kelantan ada, Kedah ada...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tak habis lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Perlis ada. Semua negeri-negeri ada.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tak menyibuk tempat lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Maran tarik balik kenyataan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak ada masa nak tarik baliklah! Tan Sri, hak saya! Saya tak sebut hal Kelantan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi itu adalah tuduhan melulu.
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Jelutong, Jelutong, Jelutong, Jelutong.
Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya boleh, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kejap. Yang Maran kata tadi ialah Tambun tidak memberi peruntukan kepada Maran, Hospital Maran. Betul tak ada Maran?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada? Okey kalau tak ada, dia meluahkan perasaan dia. Saya rasa okey. Saya teruskan, teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Seorang Ahli
Kau tak faham Melayulah.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Peraturan, peraturan. Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa pula?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
36(6).
Tuan Yang di-Pertua
36(6) apa dia? Isu apa?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Cara Maran kata tadi, cuba nak menggambarkan bahawa kerajaan ini berlaku tidak adil kepada pembangkang. Dia bukan meluahkan ketidakpuasan dia. Sebab dia sebelum ini, dia ada cakap dia kata kita kesuntukan peruntukan. Kita ada kekangan. Dia dah cakap dah, ada kekangan.
Tetapi sebaliknya, dia kata Tambun berlaku tidak adil kepada Maran.
Tadi saya nak minta laluan, saya bagi nak bagi tahu dia bukan saja Maran, Hospital Maran ada masalah ini. Hospital lain, contohnya Hospital Muar di kawasan Bakri pun....
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Apa kenanya Tan Sri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Masalah yang sama. Dia tak berkaitan...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ini merapu dah Tan Sri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
.... Dengan pembangkang ataupun Tan Sri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, Tan Sri, dia orang ini saja mengganggu Tan Sri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Jangan sesekali...
[Tidak jelas]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
37(2) gunakanlah Tan Sri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Menggambarkan bahawa kerajaan berlaku tidak adil...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Kepada pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
Bakri, Besut...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, gunakan point of order 37(2).
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Besut, Besut, Besut, Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Besut duduk Besut.
Tuan Yang di-Pertua
Besut. Nanti saya nak— saya cakap dululah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Saya membenarkan Maran bercakap terus dan terus berhujah. Kerana apa yang Maran kata itu ialah luahan hati dia terhadap Maran saja.
Seorang Ahli
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi untuk itu, teruskan Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
...Dan gunakan— Maran ayat yang terakhir untuk landing that’s it. Masa dah habis dah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Masalahnya ganggu saya Tan Sri, tidak adil. Saya— Tan Sri seorang yang baik, yang adil.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, baik pun ada masa dia lah. Sampai saya pun...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bila gangguan makhluk- makhluk macam ini...
Tuan Yang di-Pertua
Ha, okey, okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya cukup kecewa, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Hah apa benda lagi?
Makhluk ini manusia makhluk la.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya gunakan peraturan Dewan. Perkataan yang kurang sopan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Maran, Maran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Merujuk pada makhluk tadi itu siapa?
Tuan Yang di-Pertua
Betul, betul. Yang itu saya setuju, Jelutong, Jelutong please.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hah!
Tuan Yang di-Pertua
Makhluk ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolonglah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Makhluk tak boleh ke?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cakap dengan elok.
Tuan Yang di-Pertua
Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, makhluk tak boleh ke Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Dak.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Besut, Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Makhluk Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Besut. Tariklah, Maran.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Lailahaillallah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya bercakap Arab Tan Sri, saya belajar Arab.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa tak boleh perkataan makhluk?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kalau cakap Arab.
Tuan Yang di-Pertua
Maran, satu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey saya tarik Tan Sri.
Tak apa saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, tarik balik dah. Settle Maran, landing now.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya nak habis landing dah ini.
[Ketawa] Tan Sri, saya nak landing Tan Sri. Saya sebenarnya kecewa dengan apa yang...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, teruskan, teruskan, teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Ketidakfahaman Ahli- ahli Parlimen dalam ini. Dan, saya minta Tan Sri berikan perhatian kepada ini. Di akhirnya, saya nak sebut. Hospital Maran ini sebenarnya di zaman apa ini, Najib Razak dah diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Pelan-pelan Maran. Maran, Maran jangan emotional pelan-pelan. Ini fakta, ini fakta.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ini fakta ini, fakta ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, pelan-pelan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
22 bulan, PH perintah, projek hilang. Sedangkan dah lulus, lancar tapak semua. Bila Tan Sri Mahiaddin menjadi Perdana Menteri, timbul balik kelulusan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ha, ini orang yang adil.
Bila Ismail Sabri tambah lagi RM350 juta. Bila memerintah saja kerajaan sekarang termasuklah ada yang hadir ini, hilang terus projek. Ini satu pengkhianatan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Kejahatan. Ha, ini masalah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya katakan tadi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Selaga.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Saya menjunjung. Seeloknya Maran, ayat terakhirnya saya memohon kerajaan melihat balik sekiranya projek ini dapat diteruskan. Lebih mudah, lebih manis, lebih cantik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana boleh cakap khianat.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan kata khianat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan kata khianat.
Tuan Yang di-Pertua
Tak elok, tak elok.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, okey Tan Sri, saya setuju. Sebenarnya, saya kalau saya cakap bahasa lebih kasar, saya dah berbuih cakap dalam Dewan ini tetapi masih dibatalkan!
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri, saya kecewa.
Sebab itu jangan sampai rakyat kita marah. Sekarang Maran ini tak kosong kerana rakyat terlalu marah. Mereka terpaksa pergi berpuluh-puluh batu mendapatkan rawatan. Saya pergi sampai 3 pagi untuk buat post-mortem tapi kita dikecewakan.
Saya, Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi saya minta supaya Ahli-ahli Parlimen yang baru belajar sikit cara bagaimana menguruskan hal Dewan ini. Jangan gunakan peraturan Tan Sri semata-mata untuk mencelah, untuk mengganggu orang lain.
Sedangkan apa yang kita cakap – saya telah memburukkan kawan-kawan lain, Tan Sri. Tapi hari ini saya terlalu kecewa dengan apa yang dilakukan Ahli-ahli Parlimen...
[Tidak jelas] ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Yang di-Pertua.
saya mohon maaf.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya faham dah. Saya faham...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dan, saya minta....
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Supaya berikan perhatian kepada rakyat. Jangan sepertimana yang saya sebut, seperti berlaku di Nepal. Menteri Kewangan bogelkan, dicampak ke dalam sungai.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tidak mustahil berlaku.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, cukup.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey Jelutong. Sekarang saya— dah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, macam mana Yang Berhormat Maran...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ini Malaysia bukan Nepal ni. Ini Malaysia bukan Nepal, Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apakah dia mencadangkan bahawa ia akan berlaku di Malaysia? Ini adalah satu kelakuan yang kurang sopan daripada Maran.
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Patut dia yang belajar.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, Tan Sri, tutuplah.
Cukuplah.
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup, cukup. Baik, listen, listen.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya kena listen, dia tak nak dah listen.
Tuan Yang di-Pertua
Besut, saya pernah berada di sini selama 15 tahun.
Saya juga pernah lihat Maran berada di sana sebagai Timbalan Menteri. Waktu itu, kita cakap kasar. Tapi Maran dengar. Sekarang, Maran berada di pembangkang.
Begitulah adatnya. Besok, lusa, kita tak tahu masa depan kita.
Maknanya sekarang ni, apa yang kita boleh lakukan, semua kita ialah Ahli Parlimen. Semua kita sahabat hari ini. Semua kita tolong-menolong dan bantu- membantu. Saya faham kekecewaan. Semua orang ada masalah. Tetapi eloklah berhujah dengan baik. Sebab itu saya kata kita ada peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat ini akan diimplementasikan atau dilaksanakan oleh Speaker. Kalau
Tuan Yang di-Pertua
Speaker kata cukup, sabar, teruskan. Tetapi jangan emotional because kita tak tahu apa akan jadi besok.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
...Sebab itu saya katakan, saya pernah melihat Maran berada di sana, period. Saya faham, saya kenal Maran bukan dua, tiga hari, bukan— 15 tahun Maran, saya kenal. Sebab itu saya kata, relax, relax. Sebab itu apa juga harus secara beradab. Saya katakan, don’t be emotional, don’t be emotional please.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya, Tan Sri, saya nak berasa beradab tapi janganlah ganggu dalam keadaan tidak sesuai.
Tuan Yang di-Pertua
Betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya kata betul, kita steady, cool. Okey, sekarang saya jemput Klang. Silakan Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tan Sri. Saya harap...
Tuan Yang di-Pertua
Klang, mula dengan baik Klang, jangan tepuk meja bagi hancur apa-apa.
[Ketawa] Silakan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas peluang untuk saya menyampaikan pandangan berkenaan Belanjawan Persekutuan 2026. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini sebagai wakil rakyat dari Klang, sebuah kawasan yang kaya dengan sejarah, kepelbagaian budaya dan semangat komuniti yang luar biasa.
Belanjawan 2026 ini bukan sekadar angka dan peruntukan, tetapi cerminan harapan rakyat untuk masa depan yang lebih sejahtera, adil dan mampan. Saya menyambut baik pendekatan Belanjawan 2026 yang menekankan reformasi ekonomi, keadilan sosial dan pembangunan terangkum.
Usaha untuk menaikkan siling potensi negara dan menaikkan lantai taraf hidup rakyat adalah langkah yang tepat dalam menghadapi ketidaktentuan global.
Sehubungan itu, saya ingin menyentuh secara khusus beberapa unsur penting dalam Belanjawan 2026 yang saya berpendapat adalah tunjang kepada kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun banyak yang baik, biar saya sentuh yang sensitif dahulu. MITRA ataupun “MISTERI” sebab dananya memang misteri Tan Sri.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya ingin menyentuh isu yang amat dekat di hati masyarakat India, iaitu pelaksanaan dan pengurusan dana di bawah MITRA. Sebelum ini, bantuan laptop yang disalurkan kepada pelajar adalah di dalam bentuk peranti terpakai yang nyata tidak memenuhi keperluan pembelajaran masa kini.
Saya telah mengangkat isu ini secara konsisten dan hasilnya, saya— melalui media massa, sebanyak 3,000 unit laptop baru akan disalurkan. Ini adalah satu pencapaian, namun ia juga menunjukkan bahawa pelaksanaan awal program tersebut tidak dirancang dengan teliti dan tidak mengambil kira maruah serta keperluan sebenar penerima. Lebih membimbangkan program latihan kejuruteraan helikopter yang turut dibiayai di bawah MITRA menunjukkan kemasukan dan perlaksanaan latihan yang tidak konsisten, walaupun bayaran penuh telah dibuat sejak 2023. Hanya sebahagian kecil pelatih menerima latihan yang dijanjikan.
Keadaan ini menimbulkan keraguan serius terhadap ketelusan dan kemungkinan penyalahgunaan dana kerajaan. Sehingga hari ini, pengagihan dana MITRA masih tidak jelas. Saya telah menulis dan bertanya berulang kali kepada kementerian, namun tiada jawapan konkrit. Kami dimaklumkan bahawa hanya sebanyak RM62.28 Juta, iaitu 62.3 peratus daripada RM100 juta yang disediakan untuk tahun ini telah digunakan setakat 15 Oktober 2025.
Sehingga kini pihak awam tidak menerima mana-mana pencerahan yang spesifik terhadap perbelanjaan ini. Bukan sahaja itu, saya juga difahamkan bahawa sebanyak RM500 ribu peruntukan MITRA dibelanja untuk bakul makanan sempena perayaan Hari Deepavali. Saya sebagai Ahli Parlimen Klang tidak terima satu bakul makanan pun untuk diagihkan di kawasan saya. Saya tidak tahu kawasan Kapar, Tapah ke dan kawasan Jelutong ada terima, saya tidak tahulah. Itu lain cerita.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tidak ada, tidak ada, tidak ada, yillek.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Yillek juga, Kapar pun tidak ada, dia kata. Saudari sebelah saya,
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah
Tan Sri Yang di-Pertua, minta laluan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Ya, boleh.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah
Tan Sri Yang di-Pertua.
Kebetulannya MITRA ini ditubuhkan pada tahun 2009 atas nasihat Jawatankuasa Kabinet India, permohonan India, di mana saya bersama-sama mantan-mantan Menteri India telah menganggotainya.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah
Kita tubuhkan SEDIC – Socio-Economic Development Indian Community
(SEDIC), dengan niat untuk membangunkan modal insan masyarakat India dan kini ditukar nama sebagai MITRA. Dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak MITRA atas sumbangan bakul makanan dan juga komputer kepada masyarakat India tetapi itu bukan niat kita tubuhkan MITRA. Saya minta pandangan daripada Klang, apabila kita tubuhkan MITRA, memberi bakul makanan dan laptop, itu ada lah kebajikan.
Bantuan kebajikan dan pembangunan modal insan walaupun nampak sama, tetapi di antara dua darjat.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
[Bangun]
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah
Sepatutnya bantuan makanan, laptop dan semua yang terlibat dengan kebajikan, sepatutnya daripada Jabatan Kebajikan atau pun Kementerian Pendidikan, bukan daripada MITRA. MITRA hanya, sepatutnya fokuskan pembangunan modal insan masyarakat India. Maka, saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Tapah. Sebenarnya saya memang berpendapat sama dengan Yang Berhormat.
Saya juga ingin tanya tadi, yang bakul makanan ini, siapa kah sebenarnya manfaat melalui rancangan sebegini? Keseluruhan masyarakat India atau pun hanya segelintir kumpulan yang berkuasa? Sebab saya diberitahu di kawasan Batu, bukan oleh Ahli Parlimen yang menerima, yang disumbang dan diagihkan oleh seorang melalui seorang parti politik. Kalau begini keadaannya, saya tidak tahulah, entah ke mana kita pergi.
Setiap kali persoalan rasional sebegini dibangkit di Dewan yang mulia ini, suara masyarakat yang paling miskin di negara kita sering dicaci, tidak diendah dan dibuat bahan lawak pula. Adakah masyarakat India tidak berhak untuk menjaga maruah dan kebajikannya? Perjalanan saya sendiri dalam politik ini bukan mudah sebab ramai suka menyatakan perjalanan politik mereka. Saya telah mengharungi pelbagai demonstrasi. Masuk lokap, keluar, berpuluh kali. Masuk penjara pun dah lama juga. Pernah lalu menyuarakan nasib masyarakat. Hal ini sebab saya bersuara untuk kebajikan kaum India.
Pendapat saya ditolak tepi untuk menjaga kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Sebab saya menyatakan perkara ini sebab apabila saya menjadi penasihat dalam MITRA, saya dikeluarkan dan saya difahamkan ada tiga lagi YB daripada Dewan ini menjadi penasihat dalam MITRA, juga kini pandangan mereka tidak diendahkan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Kerajaan memperuntukkan RM81 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan dalam belanjawan ini. Kalau RM100 juta MITRA, ia hanya 0.12 peratus dalam perbelanjaan pembangunan. Dalam jumlah kecil ini pun terdapat pelbagai ketirisan dan agenda-agenda tersembunyi. MITRA ini semakin hari hanya menjadi suatu alat untuk membuat retorik politik dan menjaga kepentingan individu-individu tertentu tanpa berusaha terhadap tujuan sebenarnya.
Walaupun ia tidak adil untuk memperuntukkan hasil cukai semua masyarakat hanya untuk pembangunan suatu kaum, namun kerajaan hari ini sudah pun menjadikan sebagai suatu budaya. Yang itu pun dibuat secara tidak adil, di mana kebajikan sesuatu kaum diberi lebih kepentingan daripada yang lain. Masyarakat India kini menjadi mangsa terhadap politik murahan yang kita sendiri lawan pada zaman dahulu. Bukan lagi divide and rule. Saya percaya ia sudah menjadi divide and destroy, suara-suara yang menyuarakan nasib masyarakat India.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengangkat satu lagi isu yang jarang dibincangkan secara terbuka iaitu penggunaan hasil cukai eksais atas alkohol atau sin tax. Baru-baru ini apabila isu penggunaan alkohol menjadi hangat, kita melihat kenaikan mendadak cukai eksais. Ini menimbulkan persoalan. Adakah hasil cukai ini digunakan secara adil untuk pembangunan institusi bukan Islam? Saya mencadangkan agar sebahagian besar hasil kutipan cukai ke atas alkohol atau syarikat perjudian ini disalurkan kepada pembangunan sekolah jenis kebangsaan dan rumah ibadat bukan Islam.
Ini bukan soal agama, tetapi soal keadilan fiskal. Komuniti bukan Islam menyumbang secara besar-besaran kepada hasil cukai ini dan mereka berhak menikmati manfaat daripada sumbangan tersebut. Selain itu, saya juga ingin membangkitkan isu yang sering membelenggu perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) di negara kita iaitu kelewatan dalam pemulangan lebihan bayaran cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Terdapat kes di mana syarikat terpaksa menunggu sehingga lima tahun untuk mendapatkan semula wang mereka. Keadaan ini bukan sahaja membebankan, malah menjejaskan imej kerajaan, aliran tunai dan kelangsungan operasi perniagaan, terutamanya dalam kalangan usahawan kecil yang bergelut untuk bertahan.
Saya harap Kementerian Kewangan mengadakan reformasi sistem percukaian di mana lebihan cukai dibayar boleh ditolak terus daripada cukai tahun berikutnya, tanpa perlu menunggu proses bayaran balik yang panjang dan tidak menentu. Sistem percukaian yang cekap, adil dan mesra perniagaan bukan saja
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
akan mengurangkan beban pentadbiran kepada syarikat, tetapi juga meningkatkan keyakinan pelabur dan usahawan terhadap kecekapan kerajaan. Jika kita benar- benar mahu merangsang pertumbuhan ekonomi dan memperkasa sektor PKS, maka reformasi dalam sistem percukaian adalah satu keperluan yang tidak boleh ditangguhkan lagi.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang sering kali diketepikan tetapi amat penting bagi komuniti pelbagai agama di negara kita iaitu peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meneruskan inisiatif penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam, namun saya ingin bertanya secara terbuka di Dewan yang mulia ini. Berapa jumlah sebenarnya yang telah dibelanjakan dan adakah keseluruhannya peruntukan ini digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang dimaksudkan?
Sehingga hari ini saya sebagai Ahli Parlimen Klang telah menulis berkali-kali kepada kementerian untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai jumlah sebenar rumah ibadat bukan Islam yang telah di— menerima peruntukan. Senarai penerima di kawasan Klang, status permohonan yang telah dikemukakan oleh pihak rumah ibadat di kawasan saya, namun tiada jawapan konkrit dan atau jelas yang diberikan.
Ketelusan dalam pengagihan dana ini amat penting, bukan sahaja untuk memastikan keadilan, tetapi juga untuk membina keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan. Kita tidak boleh terus membiarkan keadaan di mana rumah ibadat bukan Islam tidak tahu sama ada mereka layak, telah dipertimbangkan atau telah ditolak tanpa penjelasan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya menyeru agar KPKT mewujudkan laporan tahunan yang boleh diakses oleh semua Ahli Parlimen, menyenaraikan semula permohonan kelulusan dan penerima mengikut kawasan. Klang adalah antara kawasan yang aktif dan padat dengan rumah ibadat pelbagai agama dan rakyat berhak tahu sama ada mereka turut menerima manfaat daripada peruntukan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, peruntukan sebanyak RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan adalah satu komitmen yang besar. Namun, saya ingin bertanya sejauh manakah peruntukan ini benar-benar menyentuh keperluan akar umbi, khususnya di kawasan seperti Klang. Di Klang, kita melihat keperluan
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
mendesak untuk menaik taraf sekolah awam, terutamanya SJK(C) dan SJK(T) yang sering kali terpinggir dari segi infrastruktur dan kemudahan asas.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya juga ingin tahu, berapa banyak daripada peruntukan ini yang akan disalurkan kepada pendidikan teknikal dan vokasional yang semakin penting dalam membina tenaga kerja masa depan. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah pelan pelaksanaan yang telus telah disediakan untuk memastikan sekolah- sekolah ini menerima manfaat secara langsung? Adakah laporan tahunan akan diterbitkan untuk menunjukkan agihan sebenar mengikut negeri dan kawasan Parlimen?
Selain itu, isu disiplin di sekolah kini menjadi perbincangan hangat di seluruh negara. Sebagai wakil rakyat dan sebagai seorang yang prihatin terhadap masa depan generasi muda, saya menyokong keputusan untuk mengembalikan penggunaan rotan di sekolah dengan syarat ia dilaksanakan secara berhemah, berperaturan dan di bawah pemantauan yang jelas. Kita perlu percaya kepada guru- guru kita untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anak dengan penuh tanggungjawab. Tanpa alat dan kuasa yang sewajarnya, guru sukar untuk membentuk sahsiah pelajar baik. Ahli Parlimen, ibu bapa dan masyarakat harus berdiri bersama para pendidik dalam usaha membina generasi yang berdisiplin dan berakhlak, bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah kerajaan untuk memperkukuh bantuan pendidikan melalui PTPTN. Dalam Belanjawan 2026, sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan untuk memberikan pendidikan percuma kepada 5,800 pelajar miskin dan RM90 juta lagi untuk pengecualian bayaran balik kepada 6,000 graduan kelas pertama daripada keluarga B40 dan M40. Ini adalah satu langkah yang positif dan patut dipuji kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu golongan yang paling memerlukan.
Namun, pendidikan percuma sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar. Ia mungkin satu permulaan yang baik, tetapi akses kepada kursus pilihan di institusi pengajian tinggi awam yang adil masih menjadi cabaran utama. Ramai pelajar yang layak terpaksa memilih institusi swasta kerana kursus yang diminati tidak ditawarkan atau tempat terlalu terhad di IPTA. Ini
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
menyebabkan ibu bapa menanggung kos tinggi, malah ada yang terpaksa menjual harta benda demi masa depan anak-anak mereka.
Maka, saya menyeru agar dasar kemasukan ke IPTA dikaji semula agar lebih inklusif dan responsif terhadap minat serta potensi pelajar supaya tiada anak Malaysia yang tercicir hanya kerana sistem yang tidak fleksibel. Isu ini di pendidikan tinggi bukan saja sekadar kewangan, tetapi penawaran khusus yang terhad, kuota yang tidak telus dan pengurusan pelajar yang tak cukup efisien.
Kerajaan juga harus mengambil kira terhadap langkah untuk memberi pengecualian cukai secara sepenuhnya kepada ibu bapa yang menghantar anak- anaknya ke IPTS kerana tidak menerima penempatan di IPTA akibat ketidak- efficiency pengurusan kemasukan yang sering kita dengar. Pelajar-pelajar ini ke IPTS bukan sebab tidak cukup kelayakan, tetapi sebab kerajaan tidak berkapasiti untuk menyediakan peluang yang seadilnya.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini bahawa walaupun perbelanjaan 2026 ini memperlihatkan perancangan yang menyeluruh dan komitmen terhadap pembangunan negara, saya ingin menyuarakan satu kelemahan yang masih ketara dalam pelaksanaan dasar kerajaan, khususnya di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Peranan Ahli Parlimen masih belum dimartabatkan sepenuhnya. Banyak program dan inisiatif dilaksanakan dengan penglibatan yang sangat minimum.
Malah, ada yang langsung tidak melibatkan wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat. Ini menyukarkan kami untuk memimpin dan mewakili rakyat dengan berkesan kerana kami tidak dimaklumkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit, gulung.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
...atau dilibatkan dalam masa proses perancangan dan pelaksanaan. Apabila Ahli Parlimen dimaklum dan dilibatkan secara aktif, ia bukan saja meningkatkan keberkesanan dasar, tetapi juga memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat. Ahli Parlimen perlu menjadi pengantara yang aktif dan berwibawa dan untuk itu kerajaan mesti memperbaiki kelemahan komunikasi dalam— agar setiap inisiatif dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan diterima dengan penuh keyakinan.
Dato’ Yang di-Pertua, belanjawan ini bukan sekadar dokumen kewangan, ia adalah janji kepada rakyat. Namun, janji itu hanya bermakna jika dilaksanakan dengan kejujuran, ketulusan dan keberanian untuk berubah. Kita sebagai wakil
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
rakyat bukan sekadar pemerhati, tetapi pemegang amanah suara rakyat. Maka, marilah kita bersama-sama menjadikan belanjawan ini bukan hanya berjaya di atas kertas...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
...tetapi benar-benar dirasai di setiap kampung, bandar, pelosok negara dengan semangat MADANI. Biarlah kita bukan sekadar membina negara, tetapi membina harapan. Bukan sekadar mengurus angka, tetapi mengangkat martabat rakyat demi Malaysia yang lebih adil, lebih bersatu dan lebih maruah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Isu yang pertama yang saya ingin sentuh dalam Belanjawan 2026 ini ialah berkaitan dengan sektor gig. Kerajaan memperkenalkan dalam Belanjawan 2026 sistem i- Saraan Plus dengan insentif caruman padanan sehingga RM600 sebulan— setahun atau RM6,000 seumur hidup. Persoalannya, pihak manakah yang akan menanggung jumlah sedia ada, sama ada pihak syarikat atau rakan pemandu ataupun rakan penghantar?
Dalam sektor gig ini juga, saya ingin mempertengahkan isu dan dilema yang dihadapi oleh sektor pekerja gig iaitu berkenaan tambahan kuota 300 liter subsidi BUDI95. Saya bangkitkan suara daripada Persatuan Pemandu e-Hailing Utara
(NeHDA). Ramai pemandu e-hailing masih belum menerima kuota tambahan BUDI95 walaupun tarikh akhir pengagihan dijadualkan pada 15 Oktober.
Pelaksanaan subsidi masih kabur dan tidak menyeluruh, malah ramai pemandu sepenuh masa belum menerima tambahan 300 liter seperti yang dijanjikan. Berapa sebenarnya nilai ambang sepenuh masa yang digunakan oleh pihak kerajaan sebagai penentu kelayakan? Apakah beza antara pemandu sepenuh masa dan separuh masa dalam sistem penapisan subsidi ini? Tanpa garis panduan yang jelas, banyak pemandu bakal tercicir.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat, lebih 293,000 permit EVP dikeluarkan. Akan tetapi, jumlah pemandu aktif sebenarnya hanya sekitar 80,000 ke 90,000 orang. Jadi, bagaimanakah kerajaan padankan data kelayakan subsidi jika jumlah sebenar jauh lebih kecil? Jika hanya data syarikat besar seperti Grab dijadikan rujukan utama, kalau itu berlaku, ramai pemandu aplikasi tempatan seperti Bolt, inDrive, MyCar, AirAsia Ride, GV Ride dan MyRide dan lain-lain mungkin tercicir daripada senarai penerima BUDI95.
Antara isu yang menekan pemandu Grab ini, kos insurans e-hailing naik hampir 100 peratus, tiada kawalan tambang lantai menyebabkan kadar jatuh ke paras tidak munasabah dan ramai pemandu terpaksa menggunakan banyak aplikasi serentak untuk mencukupkan pendapatan mereka. Pihak kerajaan perlu menilai semula syarat minimum 3,000 kilometer untuk melayakkan pemandu e-hailing menerima kuota tambahan 300 liter subsidi RON95 dengan mengambil kira pengecualian khas atas faktor luar kawalan.
Terdapat pelbagai keadaan luar kawalan dan alasan munasabah yang menyebabkan mereka tidak dapat mencapai syarat jarak 3,000 kilometer tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, jadi saya mewakili mereka berharap pihak kerajaan melonggarkan syarat 3,000 kilometer tersebut bagi memudahkan mereka mendapatkan tambahan subsidi 300 liter untuk BUDI 95.
Isu kedua yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan komoditi getah.
Belanjawan 2026 memperuntukkan RM600 juta bagi pembinaan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Getah (LGM). Pusat ini dihasratkan menjadi pemangkin kepada inovasi, penyelidikan dan pembangunan industri getah negara.
Namun, langkah ini tidak selaras dengan keperluan semasa industri getah, terutamanya di peringkat pekebun kecil. Industri kini berdepan dengan krisis struktur, kejatuhan harga, produktiviti rendah, ladang terbiar dan ketiadaan dasar harga lantai nasional.
Dalam konteks fiskal yang ketat, keutamaan sepatutnya diberikan kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil dan pengeluaran domestik, bukan pembinaan infrastruktur baru yang menelan kos sebesar RM600 juta.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Rakyat penoreh getah di kampung terkejut dengan pengumuman mega RM600 juta ini di saat mereka masih bergelut dengan pendapatan tidak menentu, tambahan pula di musim tengkujuh ini.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sudah mempunyai beberapa pusat penyelidikan dan teknologi getah yang berfungsi sepenuhnya, termasuk di Sungai Buloh, Selangor; Kota Tinggi, Johor serta Tun Abdul Razak Research Centre di United Kingdom. Ketiga-tiga pusat ini meliputi keseluruhan rantaian nilai penyelidikan daripada pembangunan klon dan agronomi kepada pemprosesan lateks, teknologi getah industri, ujian piawaian antarabangsa hingga kepada pengkomersialan produk hiliran.
Malah, Laporan LGM menunjukkan sebahagian kemudahan sedia ada masih mempunyai kapasiti berlebihan untuk menampung aktiviti R&D tambahan, termasuk ruang makmal dan tenaga penyelidik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Padang Terap, boleh sikit?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Ya. Sila Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Nak— nak bertanya berkaitan industri getah kita ini. Yang Berhormat Padang Terap mungkin setuju untuk kementerian melihat dengan serius isu penyakit pokok getah ini yang disebut pestalotiopsis dan juga oidium hevea ini yang telah berlanjutan lebih hampir lima tahun, yang menyebabkan lebih 400,000 hektar kawasan getah kita, termasuk pekebun kecil di FELDA-FELDA, yang terjejas dan sehingga— hingga ke 50 peratus hasil lateks itu.
Jadi, adakah mungkin Yang Berhormat Padang Terap setuju untuk kementerian dengan serius, bagaimana kajian dan langkah mitigasi yang perlu dilakukan oleh kementerian bagi membantu pekebun-pekebun kecil kita ini dan memulihkan kembali pokok-pokok getah yang terjejas akibat penyakit ini? Terima kasih.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Ya, baik. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya setuju dengan saranan daripada Yang Berhormat Sik supaya kerajaan memberikan peruntukan yang besar untuk mengatasi masalah penyakit kulit di kalangan pekebun kecil.
Tuan Yang di-Pertua, namun sehingga kini tiada bukti empirikal atau laporan rasmi yang menunjukkan pusat-pusat ini beroperasi pada tahap maksimum atau menghadapi kekangan kapasiti yang benar-benar memerlukan pembinaan infrastruktur yang baharu bernilai ratusan juta ringgit. Oleh itu, tiada keperluan mendesak untuk membina pusat penyelidikan baharu bernilai RM600 juta ketika
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
ekonomi negara masih lemah dan dana awam sepatutnya digunakan bagi membantu rakyat serta pekebun kecil getah yang sedang menghadapi tekanan hidup.
Golongan penoreh getah berharap kerajaan dapat mengumumkan penyemakan semula harga lantai getah. RISDA pernah menyatakan sasaran untuk menaikkan harga skrap kepada RM5 sekilogram dan lateks kepada RM15 seperti yang dilaporkan pada media dalam April yang lalu. Namun, tiada sebarang peruntukan atau pelan pelaksanaan konkrit disebut dalam Belanjawan 2026.
Bantuan musim tengkujuh (BMT) tidak disebut dalam belanjawan ini, jika dibandingkan tahun 2017 ketika BMT diperkenalkan pada kadar RM600.
Hari ini 2025, nilai RM800 sudah lagi tidak setara dengan inflasi kumulatif sejak 2017 mencecah hampir 25 peratus. Nilai sebenar RM800 hari ini hanya bersamaan RM600 pada masa ia mula diperkenalkan. Maknanya, tiada peningkatan sebenar dalam kuasa membeli di kalangan pekebun kecil. Ketika kerajaan memperuntukkan RM600 juta untuk membina bangunan baharu penyelidikan LGM, satu projek yang manfaat yang masih belum pasti kepada pekebun kecil tapi kerajaan gagal menambah walau RM100 pun kepada bantuan tunai yang memberi kesan langsung kepada mereka yang terjejas setiap kali hujan.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan komoditi getah ini, dengan pelbagai masalah yang berlaku di kalangan pekebun kecil tentang pengeluaran getah negara.
Saya ingin mencadangkan, daripada kerajaan membelanjakan sejumlah yang tinggi RM600 juta untuk membuat pusat penyelidikan LGM yang bersifat jangka panjang, lebih baik pihak kerajaan terlebih dahulu memberi penekanan kepada polisi yang bersifat quick win seperti two-tier incentive, insentif berasaskan kadar pengeluaran hasil getah dan penjagaan pokok getah.
Meningkatkan harga (IPG) insentif pengeluaran getah, meningkatkan insentif pengeluaran lateks dan juga penggunaan teknologi yang mampu membawa kepada peningkatan segera hasil pengeluaran getah negara seperti suntikan dana besar, penggunaan gas stimulan ethylene gas (Hevea3) yang melipat kali gandakan penghasilan getah, menggembirakan pekebun kecil.
Melalui penyaluran dana kepada agenda quick win ini, kerajaan bukan saja mampu mewujudkan economic foundation atau asas ekonomi yang lebih kukuh buat pekebun kecil, malahan juga mampu mewujudkan domino pertama yang akan mencetuskan chain reaction kepada kerajaan yang lebih pantas bagi agenda perancangan jangka masa panjang di peringkat hiliran yang bakal menyusul selepas ini.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang seterusnya ialah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerima peruntukan RM12.4 bilion dalam Belanjawan 2026 di bawah KKDW ini ada KEDA, Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA). Saya ingin menyentuh tentang beberapa isu berkaitan dengan KEDA.
Isu yang pertama ialah tentang isu sawah dan tanah terbiar dalam kawasan wilayah KEDA. Mengikut laporan pada tahun lepas, terdapat lebih kurang 2,000 hektar tanah terbiar di dalam kawasan wilayah FELDA. Dalam memastikan dasar keterjaminan negara, saya ingin mencadangkan supaya pihak KEDA meletakkan sasaran spesifik untuk program pemulihan dan pembangunan tanah terbiar wilayah KEDA melalui pelan pemajuan tanah terbiar dalam suatu tempoh masa dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan, termasuklah daripada pihak swasta.
Tambah peruntukan kepada program pembangunan melahirkan usahawan muda bagi mengusahakan tanah terbiar dalam wilayah KEDA. Berikan insentif menarik kepada koperasi tani atau syarikat tempatan yang berminat untuk memajukan tanah terbiar KEDA.
Isu yang kedua ialah Projek Agrotourism KEDA Pantai Molek, Daerah Sik yang saya difahamkan bermula tahun 2014, melibatkan keluasan tanah 300 ekar.
Soalan saya, apakah perkembangan terkini projek yang sekian lama ini, yang telah diperuntukkan peruntukan kewangan daripada Kementerian KKDW.
Persoalan yang ketiga, apakah fungsi jawatan baharu yang diwujudkan di dalam KEDA iaitu penasihat program dan aktiviti KEDA yang dilantik daripada kalangan ketua-ketua bahagian UMNO seluruh Kedah yang diberikan watikah pelantikan pada bulan Mei yang lalu? Apakah terma rujukan yang diguna pakai untuk perjawatan ini dan apakah rasional pemegang jawatan ini dilantik daripada Ketua Bahagian UMNO?
Pada Julai yang lalu, secara terang-terangan, dalam Facebook Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, menyiarkan program libat urus penasihat program KEDA daripada Ketua-ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah. Perkara ini sangat menjolok mata, seolah-olah KEDA ini sudah menjadi alat politik oleh UMNO, sedangkan kesemua peruntukan yang diberikan kepada KEDA melalui KKDW adalah duit rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Berkenaan masalah di Padang Terap iaitu masalah liputan 4G yang lemah di Padang Terap, internet. Sebelum ini, dalam Projek Pelan Jalinan Digital Negara
(JENDELA), sebanyak 19 pencawang baharu telah dibina untuk meluaskan liputan 4G. Dan setakat hari ini, saya menerima maklumat kesemua 19 pencawang baharu
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
tersebut sudah pun berfungsi kecuali dua pencawang iaitu di Kota Putra Durian Burung dan Kampung Baru Perang Sanai yang menggunakan penyelesaian interim Starlink, sementara menanti fiber ke menara tersebut siap.
Isunya ialah saya menerima terlalu banyak aduan lemahnya signal 4G, terutamanya di Pekan Kuala Nerang yang menjadi pekan dan Pusat Pentadbiran Daerah Padang Terap. Termasuk aduan datang daripada pengguna yang berada di kampung-kampung yang sudah ada menara 4G yang baharu. Apakah sebenarnya yang terjadi, yang menyebabkan berlaku kemerosotan 4G di Padang Terap?
Banyak juga aduan dibuat secara langsung oleh pengguna kepada MCMC dan syarikat telco. Namun, masalah tidak selesai. Saya mohon tindakan segera diambil untuk pemulihan liputan internet 4G di Daerah Padang Terap pasca pemasangan 19 pencawang baharu melalui Projek JENDELA.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, dalam belanjawan ini saya ingin mengutarakan kali yang ketiga di dalam Dewan yang mulia ini tentang keperluan sebuah kompleks sukan di Daerah Padang Terap. Pihak saya juga telah menghantar permohonan rasmi kepada Kementerian KBS pada Ogos yang lalu supaya diwujudkan sebuah kompleks sukan di Padang Terap, termasuk Pejabat Pentadbiran Jabatan Belia Sukan di Padang Terap di kompleks tersebut. Dalam permohonan tersebut, saya telah mencadangkan lokasi tanah untuk dibangunkan kompleks sukan daerah yang mana tanah tersebut adalah milik Kerajaan Persekutuan.
Sebagai pemimpin yang datang daripada kawasan majoriti Muslim, suka saya tegaskan di sini, komponen utama ekonomi yang dikehendaki oleh Islam ialah aspek keberkatan dan kesejahteraan. Tidak ada guna jika berbelanja berbilion wang negara tetapi keberkatan negara hilang kerana kita tidak bertakwa kepada Allah, kerana kita mengkhianati Allah, kerana kita menipu rakyat. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam MADANI.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan ruang kepada Pulai untuk perbahasan Belanjawan 2026.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Isu pertama adalah berkenaan dengan isu kutipan RM15.5 bilion. Izinkan Pulai memulakan perbahasan ini dengan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan MADANI atas kejayaan besar memperolehi RM15.5 bilion hasil negara melalui langkah pencegahan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh dua tahun terakhir. Jumlah ini bukan sekadar angka di atas kertas, ia adalah wang rakyat yang berjaya diselamatkan daripada bocor ke tangan yang tidak amanah.
Langkah berani kerajaan memperkukuhkan integriti fiskal dan penguatkuasaan undang-undang membuktikan bahawa Malaysia kini sedang menutup ruang penyelewengan yang telah sekian lama membebankan kewangan negara. Pulai percaya seluruh Dewan ini termasuk rakan-rakan di blok pembangkang seharusnya bersama-sama menyokong usaha kerajaan ini kerana perjuangan menentang rasuah bukan soal parti atau ideologi, ia adalah soal maruah dan masa depan negara.
Kejayaan kerajaan memperolehi RM15.5 bilion ini telah meningkatkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap kemampuan pentadbiran negara. Namun, kejayaan dari segi sudut pencegahan salah guna kuasa mesti disusuli dengan kecekapan pelaksanaan projek kerajaan di lapangan. Rakyat menilai bukan sahaja berapa banyak rasuah dapat dibanteras, tetapi juga berapa cepat dan berkesan projek kerajaan dilaksanakan. Malangnya, beberapa projek utama negara masih mengalami kelewatan yang ketara dan memberi gambaran negatif terhadap kecekapan pentadbiran awam.
Antara contoh yang perlu diberi perhatian serius adalah projek LCS yang sepatutnya siap pada tahun 2019, kini dijadualkan hanya menyerahkan kapal pertama pada Ogos 2026. Kelewatan lebih tujuh tahun ini telah meningkatkan kos keseluruhan kepada lebih RM11 bilion.
Yang kedua adalah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pantai Timur.
Mengikut maklumat, November 2024, terdapat 26 projek RTB di Pantai Timur dan kosnya adalah RM8 bilion. Salah satu projek telah siap, 10 dalam peringkat pelaksanaan dan 15 peringkat pelaksanaan di mana 14 mengalami masalah.
Yang ketiga adalah projek Pan Borneo Highway Sabah dan Sarawak. Projek ini amat penting untuk menghubungkan wilayah Borneo, namun masih mencatatkan kadar kemajuan 84 peratus walaupun telah bermula 2016. Kelewatan projek ini membawa kesan berganda kepada kos pembinaan, keyakinan rakyat dan impak ekonomi. Inilah sebabnya pencegahan rasuah mesti diimbangi dengan kecekapan
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
pelaksanaan. Tidak guna kita menyelamatkan berbilion daripada rasuah tetapi kehilangan berbilion pula akibat kelewatan dan salah urus projek.
Isu yang kedua Pulai ingin bangkitkan adalah isu moral anak sekolah. Akhir- akhir ini, ramai yang bimbang berkenaan dengan keselamatan anak-anak di sekolah akibat daripada masalah moral. Kita semua maklum sistem pendidikan kita ada kelemahannya. Pedagogi kaku, beban guru berat dan ekosistem sokongan murid yang lemah. Tetapi, jika dicermati dengan penuh teliti, berani mencerminkan diri, sebenarnya masalah ini bukannya bermula di sekolah, tetapi juga bermula di rumah, juga bermula daripada masyarakat yang rosak.
Mana mungkin― Tuan Speaker, mana mungkin sebuah keluarga yang runtuh akibat daripada perceraian, dadah, judi, zina, mabuk dan melanggar perintah Allah boleh melahirkan anak-anak yang bermoral. Anak meniru perilaku keluarga dan masyarakat. Jika setiap hari mereka didedahkan dengan kata-kata yang kasar, kotor dan hina, tidak hairan mereka akan berbicara dengan kasar dan menjadi pembuli.
Jika setiap hari mereka didedahkan dengan adegan seks di media, jangan hairan mereka akan melakukan zina pada masa akan datang. Jika setiap hari mereka didedahkan dengan aksi pergaduhan ganas, jangan hairan mereka akan menjadi pembunuh suatu masa akan datang.
Keluarga adalah sekolah pertama anak-anak kita. Di sanalah anak belajar rahmah, kasih sayang, hormat, disiplin dan berbudi bahasa. Bila lampu di rumah, Tuan Speaker, sudah malap, jangan berilusi bahawa bilik darjah mampu menerangi segala-galanya. Hari ini ramai anak dibesarkan dalam algoritma, bukan ibu bapa.
Tablet menjadi pengasuh. YouTube menggantikan cerita sebelum tidur. Di meja makan, semua duduk tunduk kepada skrin. Tidak ada bicara, tidak ada tatapan kasih.
Kita sedang membesarkan generasi yang bijak secara digital, tetapi kering secara emosi.
Apabila timbul disiplin di sekolah, guru diugut dengan saman dan laporan polis, seolah-olah mendidik itu satu jenayah. Akibatnya, sekolah takut bertindak tegas. Bila budaya ini berakar, disiplin longgar dan budi pun luntur, lama-kelamaan sekolah hanya menjadi tempat memenuhi syllabus, bukannya membentuk jiwa kemanusiaan.
Negara seperti Jepun dan Korea memastikan adab, akhlak dan integriti dimulakan seawalnya di rumah. Apabila anak masuk institusi pendidikan formal, sekolah akan mengukuhkan budaya, adab, akhlak dan integriti itu dan komuniti
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
masyarakat pula akan menyokong dengan ekosistem sosiopolitik yang lestari.
Akhirnya, wujudlah jati diri, daya tahan, empati dan budaya bangsa.
Maka, Pulai berpandangan bahawa untuk memastikan anak-anak sekolah menjadi akhlak yang baik, bukan sahaja Kementerian Pendidikan perlu merangka dan melaksanakan kurikulum yang bersifat manusiawi dan menyediakan sistem sokongan ibu bapa serta masyarakat yang berkesan, malah kementerian- kementerian lain juga perlu terlibat sama.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu berperanan memandu ibu bapa dan keluarga mendidik anak-anak mereka cemerlang akademik dan akhlak, memandu masyarakat rasa bertanggungjawab dan rasa kasih dan sayang. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu mendidik keluarga dan masyarakat agar hidup beragama. Kementerian Komunikasi juga berperanan untuk mengawal kandungan media sosial yang tidak sesuai dengan anak-anak sekolah.
Dalam membina anak-anak sekolah ini, Dato’ Timbalan Speaker, Pulai bersetuju dengan cadangan kenyataan media Ahli Parlimen Amanah hari ini berkenaan mengelakkan pekerja Islam menghidangkan arak dalam kapal terbang.
Walaupun hidangan arak tetap disediakan, kaedah alternatif dicadangkan seperti sistem automasi smart beverage dispenser, pengenalan halal zone dan hidangan arak mengikut tempahan sahaja.
Jika tidak dilaksanakan usaha ini― jika tidak dilaksanakan ini, Tuan Yang di- Pertua, bayangkan bagaimana seorang ibu beragama Islam yang juga seorang pramugari untuk menjawab soalan daripada anak mereka? “Ibu, arak ini cikgu kata di sekolah haram. Kenapa ibu masih menghidangkan arak dalam kapal terbang?” Apa yang ibu ini nak jawab kepada anak-anak ini untuk menjaga moral anak-anak itu untuk memastikan anak-anak mereka ini dalam keadaan yang baik?
Jadi, saya menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Amanah...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
...Untuk menyatakan perkara ini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar mencelah. Boleh?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh sikit.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sikit sahaja ya. Terima kasih, Pulai. Dalam Al-Quran jelas disebutkan bahawa kepada orang yang
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
beriman, sesungguhnya arak, judi, mengundi nasib, pemujaan berhala dan sebagainya adalah ‘rijsun min amalin syaiton’. Suatu perbuatan keji daripada amalan syaitan. Ini perintah Allah SWT supaya kita menjauhi arak.
Setuju ataupun tidak, Pulai, supaya arak yang kadang-kadang disajikan dalam majlis-majlis tertentu termasuk masuk ke kawasan sekolah dan juga disajikan di semua kapal terbang diharamkan terus? Kerana, jelas Allah melarang. ‘Ijtaniboo’.
‘Fajtaniboo’. Allah melarang umat Islam, orang yang beriman supaya menjauhi arak kerana araklah punca kepada perpecahan. Araklah punca kepada perbalahan.
Setuju ataupun tidak?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sepertimana yang disebut oleh Perdana Menteri pagi tadi, di sekolah― ada pandangan yang tersendiri. Dan dari segi penerbangan ini, kita beri alternatif. Yang penting, orang Islam, pramugari ini tidak menghidangkan arak kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Isu yang ketiga adalah isu kakitangan kesihatan ini, Tuan Speaker. Pulai ingin terlebih dahulu merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2026 khususnya keputusan menawarkan jawatan tetap kepada 4,500 doktor kontrak, 935 jawatan baharu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Langkah ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap nasib ribuan pegawai kesihatan muda seiring memperkukuhkan sistem kesihatan awam.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Namun Yang di-Pertua, penyelesaian ini hanyalah permulaan kepada cabaran yang lebih besar iaitu krisis kekurangan tenaga kesihatan berpengalaman khususnya doktor pakar yang semakin ramai meninggalkan sektor awam. Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, lebih 6,000 doktor telah meletakkan jawatan dalam tempoh lima tahun terakhir. Ini bukan angka kecil, bahkan ia memberi kesan besar kepada kefungsian hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.
KKM menyatakan bahawa sejumlah 890 pakar perubatan meninggalkan perkhidmatan awam antara 2018 hingga 2022. Setiap tahun bilangan pakar perubatan berhenti semakin meningkat. Fenomena ini bukan lagi kebetulan tetapi gejala brain drain kesihatan yang semakin meruncing.
Bagi maklumat terkini, Hospital Pasir Gudang sebagai contoh sehingga bulan ini Oktober 2025 yang sepatutnya telah beroperasi tetapi terdapat 58 peratus kekosongan Penolong Pegawai Perubatan, 70 peratus kekosongan jawatan pakar perubatan dan 90 peratus kekosongan jawatan jururawat. Setiap doktor pakar berhenti bukan sekadar seorang individu. Ia adalah pelaburan negara bernilai RM1
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
juta hingga RM1.3 juta dalam bentuk pendidikan latihan klinikal yang tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.
Masalah utama bukan hanya jumlah gaji tetapi struktur saraan sedia ada tidak lagi mencerminkan realiti kerja sektor kesihatan moden. Sebagai contoh, seorang pakar bedah junior di Singapura menerima antara RM25,000 hingga RM30,000 sebulan, manakala di Malaysia jumlahnya hanya sekitar RM8,000 hingga RM10,000 termasuk elaun. Jurang ini terlalu besar untuk ditampung dengan elaun kritikal semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, Pulai mencadangkan penyelesaian rahmah agar kerajaan menimbangkan penggubalan satu akta saraan pekerja kritikal negara sebagai kerangka undang-undang khas seumpama Akta Saraan Hakim 1971 bagi menjamin saraan yang adil, bebas dan mampan kepada profesional — profesion strategik negara.
Antara elemen utama cadangan ini ialah menetapkan struktur gaji khas untuk sektor kritikal seperti kesihatan, keselamatan, teknologi dan penyelidikan strategik.
Dua, menjamin saraan mereka tidak tertakluk kepada kekangan fiskal tahunan dan pelarasan biasa JPA.
Ketiganya, menubuhkan suruhanjaya saraan pekerja kritikal sebagai badan bebas yang menilai, mencadangkan semakan gaji setiap tahun.
Yang keempat ialah menyediakan skim ganjaran berdasarkan kepakaran, risiko dan prestasi, bukan semata-mata senioriti.
Juga Pulai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas kejayaan besar melaksanakan BUDI MADANI RON95. Tetapi di sana ada dua kumpulan yang ingin disentuh oleh Pulai iaitu pekerja e-hailing dan p-hailing yang dikatakan oleh persatuan mereka memerlukan lebih daripada 600 liter dan juga kumpulan OKU, di mana OKU ini sebahagian mereka tiada lesen kenderaan kerana ketidakupayaan mereka memandu.
Maka mereka tidak layak mendapat kuota BUDI MADANI sedangkan mereka ini yang sihat perlu bergerak aktif menggunakan kenderaan yang dipandu oleh anak, kawan atau saudara mereka. Pulai mencadangkan penyelesaian rahmah agar Kementerian Kewangan mencari penyelesaian bagi kelayakan kuota BUDI MADANI kepada golongan OKU.
Yang terakhir Tan Sri Speaker, bahawa amanah— bahawa Pulai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan MADANI, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama atas komitmen memperkukuhkan program keagamaan
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
serta pengurusan zakat negara di mana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengutip RM1.6 bilion zakat pada tahun 2024. Peningkatan lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah ini bukan kecil, Tuan Speaker. RM1.6 bilion ini lebih besar daripada perbelanjaan tahunan beberapa negeri di negara kita seperti Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan. Maka itu, institusi zakat ini harus mengurus dana setara dengan sebuah negeri. MAIWP ini sudah pun memiliki Hospital PUSRAWI yang mempunyai reputasi kukuh dan perkhidmatan perubatan berteraskan Islam.
Namun, Pulai berpandangan hospital ini harus diperkasakan dan dijelmakan sebagai hospital berasaskan rahmah, model rawatan Islamik yang mengutamakan kasih sayang, kesejahteraan dan kemampuan, bukannya keuntungan semata-mata.
Hospital berasaskan rahmah ini boleh menjadi simbol nyata bahawa zakat dan wakaf bukan hanya untuk bantuan tunai tetapi juga alat untuk membina sistem kesihatan yang inklusif, berperikemanusiaan dan membantu sistem kesihatan negara.
Terima Kasih Yang di-Pertua. Sekian, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Bismillahirahmanirahim. Saya turut mengambil bahagian untuk membahaskan Bajet 2026 yang telah pun dibentangkan baru-baru ini. Dengan memetik beberapa ayat al- Quran supaya menjadi panduan dalam kehidupan kita bernegara. [Membaca sepotong ayat al-Quran], maksudnya “Mereka yakni umat Islam yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Ingatlah bagi Allah SWT jua lah kesudahan segala urusan”. Surah Al-Hajj ayat 41.
Ayat ini Tuan Yang di-Pertua, menjelaskan tentang tanggungjawab utama para pemerintah yang diberi kuasa pemerintahan oleh Allah SWT. Ia bukan sahaja mengurus khazanah negara dari aspek sumber perolehan dan ke mana ia dibelanjakan. Bahkan dalam aspek urusan dengan Allah SWT seperti ibadah
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
khususiyah contohnya solat, zakat dan juga kewajipan amar makruf nahi mungkar juga menjadi tanggungjawab asas oleh kerajaan yang memerintah.
Pembangunan kerohanian bukan semata-mata mendirikan masjid, surau dan institusi Islam yang lain. Juga memastikan rakyat yang beragama Islam wajib menunaikan solat di mana sahaja ia berada kerana solat yang dikerjakan dengan sebenar-benarnya mampu membendung gejala kemungkaran dalam setiap individu Muslim dan masyarakat Muslim. Berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran Surah al-Ankabut, ayat 45 [Membaca sepotong ayat al-Quran] . “Dirikanlah sembahyang kerana sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.
Selain itu, Allah SWT meletakkan takwa menjadi asas penting kepada orang- orang yang beriman yang diberi kuasa dalam mentadbir dan mengurus negara.
Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ma’idah ayat 8 yang berbunyi [Membaca sepotong ayat al-Quran] . Maksudnya, “Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada siapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu kerjakan”.
Ayat ini juga menjelaskan dengan tegas betapa pentingnya konsep takwa dalam kepimpinan dan pengurusan negara. Takwa yang sepatutnya difahami dan dihayati secara menyeluruh. Kisah menarik Amirul Mu’minin Umar Khattab Radhiyallahu yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir Ibn Kathir sewaktu mengulas konsep takwa di awal Surah al-Baqarah, Saidina Umar bertanya seorang sahabat berkaitan dengan takwa.
Sahabat ini tidak menjawab dalam bentuk definisi atau contoh-contoh sifat takwa sebaliknya bertanya balik Saidina Umar dengan pertanyaan kalau “Tuan berjalan di sebatang jalan yang penuh dengan benda-benda tajam atau berlopak, apa yang perlu Tuan lakukan?” Umar menjawab spontan, “Aku akan berhati-hati”.
Sahabat terus menyahut, terus respons dengan katanya itulah hakikat takwa.
Ini membawa maksud berhati-hati dalam menempuh jalan yang penuh benda-benda tajam membawa erti berhati-hati dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba terutama yang diberi amanah sebagai pemimpin kerana kalau tidak berhati-hati, seorang pemimpin boleh bertindak zalim dan tidak adil pada rakyatnya,
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
terdedah dengan amalan rasuah, salah guna kuasa, pentingkan kaum kerabat dan kroni, bercakap bohong dan suka berjanji tetapi tidak menepati apa yang dijanjikan dan sebagainya.
Begitulah penghayatan konsep takwa yang mesti diamalkan oleh pemimpin yang Allah SWT bagi kuasa hari ini. Pemimpin mana sekalipun mestilah berlaku adil pada rakyat sekalipun ia benci kepada rakyat atas sebab apa sekalipun.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Contohnya, adil dalam memberi peruntukan pada semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang tanpa membeza-bezakan kerana peruntukan ini juga disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. Nak masuk IPT jumpa wakil rakyat minta sumbangan, duit tambang, yuran, beli laptop dan sebagainya.
Mangsa yang ditimpa musibah, ribut, banjir, kebakaran, kemalangan dan sebagainya jumpa wakil rakyat, minta bantuan. Bahkan sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, melalui PIBG, kelab guru, dan lain-lain juga, hantar surat mohon sumbangan dan peruntukan untuk hari penyampaian hadiah, sukan, jamuan, baiki surau dan sebagainya. Dapat peruntukan, kita nak masuk sekolah pun, tak boleh.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan beberapa isu yang melibatkan kepentingan penjawat awam, pelajar IPT, isu pesawah padi, pendidikan, dan lain- lain.
Pertama, isu penjawat awam. Kenaikan gaji lima peratus dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam amat dinantikan oleh seluruh penjawat awam di negara ini. Pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sebelum ini amat dihargai dan terima kasih diucapkan. Akan tetapi, pelaksanaan sistem saraan ini dalam usaha penambahbaikan skim pembantu tadbir gred 19, 22, 26 dan 28 ianya telah diturun taraf bersamaan skim pembantu awam, pemandu dan pembantu operasi gred 11, 14, 16 dan 18 kepada gred yang sama iaitu gred 1, 2, 3 dan 4 dalam gred Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Cuba bayangkan suatu skim perkhidmatan yang tertua dalam negara ini yang menjadi tulang belakang serta tunjang perkhidmatan awam Malaysia, yang memberi impak besar kepada pengurusan pentadbiran dan kewangan di jabatan seluruh negara, dinafikan hak mereka dan tidak dilayan secara adil sehingga kini oleh JPA. Skim ini hanya memohon perubahan syarat lantikan kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya.
Parit Buntar diberitahu pelbagai usaha telah dibuat sejak 50 tahun yang lalu dengan pembentangan kertas-kertas kerja, perjumpaan, perbincangan dan kunjung
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
hormat. Namun, ianya bagaikan hanya melukut di tepi gantang sahaja, tidak ada diberi perhatian bagi menambah baik skim saraan pegawai-pegawai ini. Skim yang sama level dengan skim guru, penghulu, juruteknik dan penolong pegawai tanah sejak tahun sebelum 70-an terus ketinggalan ditelan zaman hanya kekal menggunakan kelayakan masuk MCE atau SPM sejak tahun 1950-an. Jadi, nama pegawai kerani ditukar kepada pembantu tadbir.
Parit Buntar juga difahamkan dalam sesi perjumpaan Gabungan Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan dengan pihak JPA yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam Malaysia. JPA menyatakan akan membuat kajian, demi kajian, demi kajian dan berjanji skim perkhidmatan ini akan menambah baik dalam fasa kedua dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Tetapi sehingga sekarang masih tidak ada tanda-tanda ada perubahan, tidak ada sebarang hitam putih atau tindakan yang dibuat oleh pihak JPA yang dimaklumkan kepada gabungan kesatuan sekerja ini.
Yang kedua, isu di IPT. Parit Buntar difahamkan melalui laporan dan kajian yang saya perolehi menunjukkan bahawa sesetengah institusi hanya mempunyai kapasiti penempatan yang sangat rendah. Sebagai contoh, di Universiti Malaya, kapasiti yang diberikan kepada pelajar adalah 12,000 walaupun jumlah pelajarnya hampir 22,000. Kekurangan penginapan kampus telah menyebabkan pelajar terpaksa menyewa di luar kampus dengan kos yang jauh lebih tinggi.
Kos sara hidup pelajar luar kampus boleh mencecah antara RM800 hingga RM1,500 sebulan, bergantung lokasi dan jenis penginapan. Tidak wajar pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah terpaksa membayar sewa tinggi, menyewa jauh daripada kampus atau tinggal dalam kondisi yang tidak sesuai hanya kerana kapasiti kolej kampus tidak mencukupi.
Sehubungan dengan itu, kerajaan wajar memikirkan, memperbanyakkan asrama-asrama atau diusahakan penempatan-penempatan di luar kampus yang selesa dan berdekatan yang boleh menjadi pilihan kepada pelajar.
Seterusnya, isu elaun latihan industri. Laporan menyebut bahawa elaun intern di sektor swasta secara sukarela, hanya di antara RM300 hingga RM900 sebulan. Bergantung majikan dan lokasi. Ada juga pelajar yang menjalani latihan di sektor kerajaan diberi elaun yang tidak munasabah dan ada juga yang tidak diberi elaun oleh jabatan berkaitan. Apabila pelajar perlu menjalani latihan praktikal tanpa elaun atau dibayar sangat rendah, ini menambah beban kewangan khususnya kepada mereka yang perlu menyewa rumah, pengangkutan, makan dan sebagainya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Dan di kalangan pelajar-pelajar intern ini, mereka tidak tinggal di kampus ataupun di asrama sebabnya mereka tinggal di luar, namun mereka tetap dikenakan yuran untuk dijelaskan kepada pihak universiti. Sepatutnya, sama ada dikurangkan ataupun dipotong daripada yuran yang sepatutnya kerana mereka tidak lagi tinggal di kampus sebabnya dari luar untuk menjalani latihan industri.
Isu kebajikan pelajar. Anggaran kos sara hidup untuk pelajar di Malaysia termasuk penginapan, makanan, pengangkutan, dan sebagainya antara RM1,200 sehingga RM3,200 sebulan, bergantung bandar dan gaya hidup. Contoh, bagi pelajar dengan bajet sederhana, penginapan kampus RM300 hingga RM600, makan RM500 sebulan. Apabila mahasiswa tidak mempunyai dana mencukupi, mereka berkemungkinan bekerja sambilan, kurang tidur atau tinggal di penginapan yang kurang kondusif, yang akhirnya menjejaskan prestasi akademik.
Dan ada di kalangan pelajar yang runtuh moralnya, sanggup menjadi sugar baby di beberapa universiti di Malaysia. Satu kajian telah dibuat, ada 10 sugar baby universiti di Malaysia. Antaranya, Sunway University 3,105, Inti International University 2,624, Taylor University 1,696, TAR Universiti Collegue 1,600, University of Malaya, Universiti Malaya 1,280, Monash University 990, Limkokwing University 864, University of Nottingham 832, Multimedia University yakni (MMU) 768, dan Universiti Teknologi MARA yakni UiTM, 704.
Mungkin mereka perlukan duit untuk menyara kos sara hidup yang tinggi di IPT menyebabkan mereka sanggup menjadi sugar baby. Ini suatu perkara yang perlu difikir dan diambil tindakan oleh pihak IPT.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak bangkitkan isu tempatan di Parit Buntar, terutamanya di Kuala Kurau. Parit Buntar memohon sebuah dewan orang ramai yang serba lengkap di pekan Kuala Kurau. Mungkin Kuala Kurau belum ada dewan orang ramai untuk kegunaan masyarakat, sedangkan penduduknya sangat padat dengan pelbagai lapisan kaum. Manakala kerajaan negeri telah pun mewartakan sebuah tapak lapang yang agak luas bagi tujuan pembinaan sebuah dewan tapi tidak ada bajet dari kerajaan negeri.
Isu pesawah, sehingga sekarang bayaran insentif RM600 kepada pesawah yang dijanjikan oleh kerajaan masih lagi belum ditunaikan sedangkan mereka sudah mula dan menunggu musim menuai. Musim yang lepas tak dibayar lagi, dah masuk musim baru masih lagi belum dibayar. Insentif baja yang naikkan dari RM100 kepada RM160 disebut dalam Bajet 2025, para petani hanya dibayar RM100 sahaja. Bajet 2026 di umum naik pula. Yang dulu pun tak tunai semuanya dah janji yang lain pula.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Baru-baru ini kelewatan insentif baja dan racun sehingga hampir dua bulan.
Ini memberi kesan kepada kesuburan benih padi yang telah pun ditabur sebulan, dua bulan yang lalu tapi baja dan racunnya tidak sampai. Isu NAFAS dan juga PPK.
Sehingga sekarang apa status? Permasalahan dalaman agensi ini menunjukkan masalah kepada para peladang. Peladang sekarang tak terima bayaran dividen sehingga sekarang.
Warga Parit Buntar juga menuntut supaya sekolah berasrama penuh ditubuhkan di Parit Buntar. Bilangan sekolah rendah, menengah termasuk sekolah agama, banyak tapi sekolah asrama penuh satu pun tidak ada di kawasan Parlimen Parit Buntar. IPT awam juga tidak ada di Parit Buntar.
Di Perak, setiap daerah sekurang-kurangnya ada satu, dua IPT awam atau swasta dan sekolah asrama penuh tetapi Daerah Kerian terutamanya Parit Buntar, tidak ada.
Status Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana, Parit Buntar yang menelan belanja hampir yang diluluskan oleh projek RMK12 dengan bajet RM50 juta sehingga sekarang dah masuk RMK13, tapi tidak ada perubahan dalam pembinaan projek SMK tersebut.
Akhir sekali, hospital baharu Parit Buntar telah pun siap dan telah digunakan sepenuhnya. Terima kasih pihak kerajaan. Namun, sungutan orang ramai hospital baharu Parit Buntar yang cantik dan canggih itu tiga tingkat tidak sampai pun 100 katil, hanya 76 katil.
Perkhidmatan klinik harian pula tidak disediakan di Hospital Parit Buntar. Wad kecemasan ada tetapi klinik harian tidak ada di Parit Buntar. Ramai rakyat yang pergi ke hospital baharu, nak cuba hospital baharu, tiba-tiba tidak ada klinik harian. Mereka terpaksa berpindah ke klinik-klinik yang berdekatan. Sepatutnya, adakanlah juga klinik harian supaya rakyat merasai hospital baharu yang telah pun siap dan telah pun digunakan sepenuhnya tapi klinik harian yang tiap-tiap hari rakyat berjumpa, nak ubat dan sebagainya, tidak ada di hospital baharu.
Jadi, saya harap kerajaan kena berfikir untuk menyediakan satu klinik harian di hospital baharu Parit Buntar. Itu saja, sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Tanjong Manis sebagai pembahas yang terakhir.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Segulai Sejalai.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang pada saya berdiri di sini untuk membahaskan anggaran Belanjawan 2026 pada hari ini. Salam tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentang Belanjawan MADANI keempat pada tanggal 10 Oktober yang lepas.
Anggaran Belanjawan 2026 yang dibentangkan adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM472 bilion termasuk RM338.2 bilion belanja mengurus, RM81 bilion belanja pembangunan dan RM52.8 bilion pelaburan-pelaburan yang lain.
Dengan tema belanjawan kali ini iaitu “Belanjawan Rakyat”. Saya percaya inti pati belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah sesuai dengan visi dan misi tema tersebut iaitu memulangkan hasil kepada rakyat.
Ini adalah belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang saya harap akan membuka lembaran yang cukup baik kepada rakyat semuanya.
Dalam hubungan ini, penekanan harus diberikan kepada pembangunan ekonomi kawasan yang kurang membangun atau kawasan luar bandar bagi meningkatkan keseimbangan pembangunan antara kawasan dan wilayah. Tumpuan harus diberikan kepada menambah kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan asas bagi menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan luar bandar dan mempercepatkan integrasi ekonomi terutama di negeri Sarawak dan Sabah.
Dato' Yang di-Pertua, saya sangat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana usaha berterusan beliau yang ingin memajukan wilayah Sabah dan juga wilayah Sarawak, membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung di mana peruntukan pembangunan di kedua-dua wilayah tersebut telah ditambah dari tahun-tahun sebelum ini.
Untuk Sarawak, belanjawan pada kali ini peruntukan pembangunan sejumlah RM6 bilion adalah antara yang tertinggi di antara negeri-negeri dan jumlah ini bertambah sebanyak RM100 juta daripada Belanjawan 2025. Saya bukan bermaksud tidak bersyukur di atas jumlah yang diperuntukkan, namun fakta tetap
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
fakta. Jumlah peruntukan pembangunan ini masih lagi rendah untuk membangun sebuah wilayah seluas dan semundur Sarawak.
Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak masih lagi tercicir dari pembangunan infrastruktur yang asas. Justeru peruntukan yang lebih besar harus diberikan kepada Sarawak dan juga Sabah agar kedua-dua wilayah ini dapat maju setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Bak kata pepatah, “biarlah berdiri sama tinggi, biarlah duduk sama rendah”.
Justeru, peruntukan pembangunan yang diberikan untuk Sarawak perlu dikaji semula kerana peruntukan yang diberikan perlu mengambil kira beberapa aspek seperti keluasan sesebuah negeri, jumlah yang disumbangkan dan juga tahap kemajuan negeri tersebut. Saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan akan mengambil maklum perkara-perkara ini dalam merangka belanjawan untuk tahun-tahun yang akan datang.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengekalkan kadar pemberian khas untuk Sarawak sebanyak RM600 juta untuk tahun 2026. Pemberian khas ini adalah seperti yang terkandung dalam Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan dan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Sebagaimana rakan seperjuangan GPS yang lain di Sarawak yang juga rakan-rakan dari Parlimen dari Sabah, saya juga turut membangkitkan isu tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
Saya menyokong penuh gesaan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak baru-baru ini supaya Kerajaan Persekutuan mengembalikan kuota 1/3 daripada keseluruhan bilangan kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak. Ini adalah untuk mengelak Parlimen meminda Perlembagaan Malaysia yang akan menjejaskan kepentingan Sarawak dan juga Sabah.
Ketika pembentukan Malaysia pada 1963, gabungan kerusi dari Singapura, Sarawak dan Sabah adalah melebihi 1/3. Namun, apabila Singapura berpisah dari Malaysia, kerusi Parlimennya telah diambil oleh Semenanjung tanpa diagihkan kepada Sabah dan Sarawak. Kepentingan serta hak Sabah dan Sarawak tidak akan terjamin sekiranya kerusi kami di Parlimen adalah kurang daripada 1/3.
Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan beberapa isu kawasan. Saya mulakan dengan pantun.
Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam ladang; Kepada tanah kita berbudi, Hasilnya tidak pernah berkurang.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Masalahnya bagaimana rakyat di kawasan Parlimen saya hendak menanam padi kalau ban-ban pertanian banyak yang sudah rosak, berlaku pemendapan ataupun settlement, dan menjadi lebih rendah daripada paras air laut ketika waktu air pasang. Bukan itu sahaja, struktur pintu air ataupun tidal gate yang rosak dan tidak berfungsi menyebabkan air masin bebas masuk ke dalam kawasan sawah dan kebun dan merosakkan semua tanaman orang kampung.
Sia-sia sahaja orang kampung yang bertanam berbulan-bulan lamanya, tiba- tiba air pasang besar masuk, habis semua tanaman mereka rosak dan tidak dapat mengeluarkan hasil. Padahal mereka sangat-sangatlah bergantung kepada hasil tanaman ini sebagai punca pendapatan untuk menyara keluarga dan meneruskan kehidupan. Kehidupan mereka ini boleh diibaratkan sebagai “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.
Langkah-langkah untuk membaiki ban-ban pertanian yang rosak dan mendap, serta membaiki struktur pintu air dan saliran pengairan di kawasan sawah padi, sangatlah lambat walaupun sudah dibangkitkan dalam setiap kali perbahasan saya. Saya rasa pembaikan kepada ban-ban ini perlu dijalankan segera dan tidak harus dibiarkan terabai begitu lama.
Dato' Yang di-Pertua, kita sibuk, semua orang sibuk. Hari-hari kita sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Di hujung hari, kita semua akan balik ke rumah dan menikmati hidangan makan malam bersama keluarga tersayang.
Hidangan makanan yang berasaskan nasi. Saya pun makan nasi. Kita semua di sini semua makan nasi. Dato' Yang di-Pertua pun makan nasi.
[Dicelah] Bukan capati.
Walau bagaimanapun, walaupun Tanjong Manis tidak mempunyai sumber bumi yang boleh menambah pendapatan negara, namun kami juga ingin turut menyumbang kepada negara ini, negara Malaysia yang kita cintai ini. Kita menyumbang dengan cara kita menanam padi supaya semua rakyat Malaysia dapat makan nasi. Ini sumbangan Tanjong Manis kepada negara Malaysia.
[Tepuk] Tetapi kalau ban-ban pertanian kita rosak, macam manalah kita nak tanam padi?
Justeru, saya memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya mencari peruntukan dalam belanjawan kali ini untuk membaiki segera ban-ban pertanian dan pintu air di Parlimen Tanjong Manis supaya kami dapat menanam padi secara besar-besaran untuk rakyat Malaysia dan sekali gus mengurangkan import beras negara.
Dato' Yang di-Pertua...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tanjong Manis, boleh Sik sikit?
Boleh nak bertanya?
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Boleh, silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya Tanjong Manis, saya sangat bersetuju untuk kita kerajaan khususnya melihat kembali peruntukan untuk pembangunan pertanian kita ini dalam bajet yang dibentangkan. Jumlah keseluruhan hanya lebih kurang RM550 juta untuk 2026 dan lebih kurang satu hingga dua percent saja daripada peruntukan keseluruhan. Jadi, sepatutnya kerajaan lebih serius melihat keperluan pembangunan pertanian ini termasuk pengairan tadi di Sabah, Sarawak, di Semenanjung sendiri untuk kita pastikan keterjaminan beras kita, makanan kita ini akan dapat dilangsungkan dalam masa yang lebih panjang untuk negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Masukkan dalam perbahasan saya. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh selanjutnya tentang pembinaan sekolah di kampung saya sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Muda Pakeri Paloh. Nama Orang Kaya Muda Pakeri, orang kaya, tetapi sekolah sebenarnya dalam keadaan rosak.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Sekolah ini mengalami kerosakan, keretakan yang serius dan telah diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan lagi. Pihak sekolah menggunakan bangunan lain asrama, kantin, dapur dan sebagainya sebagai kelas sementara dan keadaan ini telah berlanjutan lebih satu tahun.
Baru-baru ini kita difahamkan bahawa peruntukan sedia ada untuk bina baru sekolah tidak mencukupi untuk membina baru dan terpaksa dirujuk kepada kementerian untuk NOC ataupun notice of change untuk menambah dana. Sudah pasti proses ini akan melambatkan lagi pembinaan baru sekolah tersebut. Oleh yang demikian, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya mempercepatkan proses NOC dan saya cadangkan supaya pembinaan dimulakan dengan segera dengan peruntukan yang sedia ada, sementara menunggu kelulusan NOC. Kalau tidak, lama lagilah sekolah ini akan dibina. Jadi, saya ingin mohon Kementerian Pendidikan supaya mengambil langkah segera untuk mempercepatkan pembinaan sekolah baharu.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, bilakah pengoperasian penuh Klinik Semop di kawasan saya akan dimulakan?
Sudah diserahkan— sudah memulakan operasi namun tidak ada doktor ataupun tidak ada pegawai, jururawat di dalam klinik tersebut, kurang. Sama juga seperti masalah hospital-hospital yang disebutkan tadi. Kurang kaki tangan. Jadi, inilah masalah kami. Mohon Kementerian Kesihatan menyegerakan pengambilan doktor dan jururawat untuk klinik yang baru dibuka ini yang sangat-sangat kami tunggukan di kawasan kami di Tanjong Manis.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Deepavali kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu baru-baru ini kalau belum terlambat dan semoga kita sama-sama mengamati ataupun meraikan sambutan Deepavali bersama dengan kaum-kaum, kawan-kawan kita yang beragama Hindu.
Akhir perbahasan, saya mohon menyokong perbelanjaan Persekutuan Tahun 2026. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Seorang Ahli
Tanjong Manis, hebat! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 27 Oktober 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.33 petang]