Oct222025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi Yang Berhormat- Yang Berhormat. Hari ini kita mula dengan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Memulakan Majlis kita pada pagi ini, saya mempersilakan Puan Teresa Kok Suh Sim, Yang Berhormat Seputeh. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah kerajaan memperkemas koordinasi antara bank, Bank Negara dan agensi penguat kuasa bagi mempercepat proses pengendalian rayuan akaun bank yang ditutup atas syak AMLA supaya prosedur yang lebih telus, berkesan dan tidak membebankan pemegang akaun boleh diwujudkan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Kerajaan komited dalam memastikan bahawa segala proses pengendalian rayuan akaun bank yang ditutup atas syak pengubahan wang haram dilaksanakan dengan lebih telus, berkesan dan tidak membebankan pemegang akaun. Dalam usaha ini, beberapa langkah telah diambil untuk memperkemas koordinasi antara institusi kewangan, Bank Negara Malaysia dan agensi penguat kuasa.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Bank Negara Malaysia telah memperkukuhkan ketelusan dalam pengendalian rayuan akaun bank yang ditutup dengan mewajibkan institusi kewangan mengeluarkan notis bertulis kepada pemegang akaun yang terjejas. Notis ini perlu disertakan dengan sebab penutupan akaun tanpa mendedahkan maklumat sensitif siasatan bagi mengelakkan, dengan izin, tipping off.

Notis ini juga perlu menerangkan hak pemegang akaun untuk mengemukakan rayuan, termasuk saluran rayuan yang tersedia, tempoh masa yang diperuntukkan serta proses yang perlu diikuti untuk mengemukakan permohonan rayuan. Melalui pendekatan ini, Bank Negara Malaysia dapat mengimbangkan antara keperluan pencegahan aktiviti pengubahan wang haram dan perlindungan hak pemegang akaun daripada tindakan penutupan akaun dengan sewenang-wenangnya.

Di samping itu, Bank Negara turut bekerjasama dengan pihak institusi kewangan untuk mengeluarkan satu protokol untuk rujukan industri pada 1 Julai 2024. Protokol ini bertujuan untuk memastikan semua institusi kewangan mempunyai rujukan yang seragam apabila melaksanakan pelaporan, pengendalian dan rayuan akaun yang disyaki sebagai akaun keldai.

Protokol ini turut merangkumi integrasi proses dan tindakan oleh Polis Diraja Malaysia

(PDRM) serta institusi kewangan bagi memastikan pelaksanaan yang bersepadu dan berkesan. Institusi kewangan diwajibkan untuk menyemak status kes terkini sebagai pertimbangan utama sebelum melaksanakan tindakan susulan seperti pemutihan, penyahsenaraian, dengan izin, delisting atau pemulihan akaun.

Tambahan pula, Bank Negara Malaysia sentiasa memantau amalan pihak industri kewangan dalam menyelesaikan aduan pengguna kewangan bagi memastikan pengadu diberi layanan yang adil. Pemegang akaun boleh mengemukakan aduan mereka kepada unit aduan institusi kewangan berkenaan bagi mendapatkan maklum balas dan keputusan muktamad mengenai aduan tersebut.

Sekiranya pemegang akaun tidak bersetuju dengan tindakan pemulihan yang diambil terhadap kes tersebut, kes berkenaan boleh dirujuk kepada pusat khidmat pelanggan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat Bank Negara Malaysia dan seterusnya kepada Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS), jika wajar. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Seputeh, soalan tambahan. Silakan.

draft • 10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan terdapat kes di mana akaun bank pemegang disekat atas sebab-sebab tertentu, apabila mereka ingin membuat rayuan atau beri

draft • 10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

penjelasan, prosesnya selalu melibatkan pelaporan berulang antara institusi kerajaan dan juga agensi penguatkuasaan.

Jadi, soalan saya ialah apakah langkah bersepadu yang sedang atau akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan proses pelaporan, semakan dan tindakan susulan dapat dijalankan dengan lebih tersusun, efisien dan tidak membebankan pemegang akaun bank yang terlibat, khususnya bagi mereka yang terjejas tanpa tahu apakah alasan sebenar?

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh.

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan integriti sistem kewangan negara kekal kukuh. Pada masa yang sama, kerajaan juga mengambil maklum kepentingan memastikan mekanisme rayuan dan pemulihan atau redress channel, dengan izin, adalah telus dan adil bagi mangsa atau pemegang akaun yang terjejas.

Secara amnya, pemegang akaun yang terjejas disarankan untuk menghubungi unit aduan institusi kewangan masing-masing terlebih dahulu. Sekiranya institusi kewangan tidak memberi maklum balas selepas 14 hari kalendar, pemegang akaun yang terjejas boleh membawa kes tersebut ke pusat khidmat pelanggan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat Bank Negara Malaysia. Setiap aduan akan ditangani secara teliti berdasarkan penilaian kes demi kes.

draft • 10:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Untuk maklumat Yang Berhormat, dalam situasi di mana pemegang akaun yang disikat— disekat, minta maaf, juga merupakan mangsa penipuan kewangan. Penubuhan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau dengan izin, National Response Scam Centre

(NSRC) telah diwujudkan untuk membolehkan proses pelaporan dan tindakan susulan dilaksanakan dengan efisien melalui kerjasama dan koordinasi antara institusi kewangan, agensi kerajaan dan pihak penguat kuasa.

Bagi semakan status kes, mangsa penipuan dan pemegang akaun bank yang terjejas boleh menghubungi pegawai penyiasat yang ditugaskan kes tersebut atas Bahagian Siasatan Jenayah Komersial atau JSJK di ibu pejabat polis daerah yang berkaitan. Namun begitu, sekiranya akaun tersebut didapati tidak terlibat dalam kes penipuan tersebut selepas proses penyiasatan selesai, pemegang akaun boleh mendapatkan satu surat pemutihan daripada PDRM.

Usaha menaik taraf sistem sedia ada sedang dijalankan untuk integrasikan maklumat antara agensi penguat kuasa dan institusi kewangan. Itu termasuk penyaluran maklumat ke NSRC secara langsung kepada pegawai penyiasat untuk memastikan pegawai penyiasat

draft • 10:10 AM

Puan Lim Hui Ying

mendapatkan butiran yang terkini dan tepat berkenaan kes tersebut. Jadi, sekali gus kita nak mempercepatkan proses siasatan dan tindakan penguat kuasa. Hal ini dapat mengurangkan risiko coordination failure dengan izin, dan membolehkan tindakan yang susulan dengan lebih tersusun, dengan lebih efisien. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Machang, silakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat Hari Deepavali kepada semua yang berbangsa Hindu, beragama Hindu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya difahamkan ada sebuah syarikat asing yang telah dikenakan pertuduhan AMLA kerana mereka membawa masuk pekerja yang tidak sah di bawah visa lawatan. Oleh sebab itu, projek mereka di Springhill, Port Dickson dituduh bawah AMLA dan apakah jaminan daripada kerajaan? Walaupun perkara ini melibatkan entiti asing, tiada campur tangan ataupun double standard dengan izin, berlaku ke atas kes-kes sebegini.

Sebab saya bimbang, kalau kerajaan ditekan oleh entiti asing untuk melonggarkan pelepasan AMLA ini, sedangkan Dato’ Sri Najib Razak masuk penjara. Parti saya pun kena AMLA. Kita masuk ke mahkamah untuk selesaikan masalah ini. Jadi, apa jaminan Kementerian Kewangan? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Sebab kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Machang itu amat spesifik, jadi kes ini saya tidak ada maklumat di— pada saya sekarang. Jadi, kami akan berkongsi dengan Yang Berhormat mengenai butiran yang lebih terperinci berkenaan kes ini.

Tetapi, di sini saya hendak memastikan integriti sistem kewangan di Malaysia, kita akan aturkan atau kita akan treat semua kes dengan secara telus dan secara adil. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya percaya Yang Berhormat Menteri Kewangan akan bagi secara bertulislah. Spesifik punya soalan itu. Baik.

Majlis ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey. Assalamualaikum. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan:

(a) perincian projek tenaga hijau (angin) dari Vietnam yang akan mendarat di Kelantan sebelum dialirkan ke Singapura termasuk lokasi dan pelan pelaksanaannya; dan

(b) perancangan pelaksanaan projek tenaga hijau di Pantai Timur Semenanjung untuk peringkat ASEAN.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Projek tenaga hijau yang berasaskan angin dari Vietnam yang akan mendarat di Kelantan sebelum dialihkan ke Singapura merupakan projek yang telah mendapatkan kelulusan dasar dari Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mei 2025. Projek ini akan dilaksanakan secara dua fasa.

Fasa pertama akan meneroka pembangunan kapasiti tenaga angin luar pesisir sebanyak 2,000 megawatt dan pembinaan kabel dasar laut dari Vietnam ke Semenanjung.

Sebahagian daripada kapasiti tersebut, sejumlah 700 megawatt akan dibekalkan untuk kegunaan domestik Malaysia. Manakala bakinya, 1,300 megawatt akan didagangkan kepada Singapura melalui talian penghantaran nasional. Fasa ini dijangka selesai pada tahun 2034.

Seterusnya, fasa kedua akan melibatkan sambung tara talian penghantaran dari Vietnam ke Semenanjung melalui laluan darat Kemboja, Lao PDR dan Thailand. Projek ini akan dipertimbangkan, tertakluk kepada keperluan tenaga serta penilaian ekonomi setelah fasa pertama selesai sepenuhnya.

Talian penghantaran di Semenanjung akan diperkukuhkan bermula di lokasi pendaratan kabel dasar laut di Kelantan melalui Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Johor. Pengukuhan talian penghantaran ini bertujuan untuk digunakan oleh pelanggan dalam negara dan juga eksport ke Singapura.

Kerja ini telah bermula sejak Mei 2025, dengan tarikh sasaran operasi talian penghantar pada tahun 2030. Dengan pengukuhan talian penghantaran tersebut, seluruh negara dan negeri-negeri yang terlibat akan mendapat manfaat dari segi peningkatan keboleh harapan bagi pembekalan elektrik di samping mendapat pulangan pelaburan melalui eksport ke Singapura.

Untuk jawapan yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, berhubung pelaksanaan projek tenaga hijau peringkat ASEAN di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Untuk

draft • 10:10 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

maklumat Ahli Yang Berhormat, buat masa ini, kesemua projek tenaga hijau di Malaysia dikhususkan untuk kegunaan di dalam negara.

Secara amnya, pembangunan projek tenaga hijau di Malaysia dilaksanakan oleh pihak industri atau pemaju tenaga yang berkelayakan berdasarkan nilai komersial, kesesuaian teknikal serta keupayaan grid sedia ada di kawasan tersebut. Kerajaan tidak meletakkan lokasi khusus bagi tujuan pembangunan projek penjanaan tenaga, sebaliknya berperanan menyediakan dasar, peraturan serta kemudahan pelaburan yang kondusif.

Pemilihan tapak bagi satu projek tenaga hijau adalah bergantung kepada faktor-faktor teknikal dan ekonomi termasuk kesesuaian geografi, jarak ke knot sambungan grid tersebut, pemilikan serta harga tanah dan daya maju komersial projek tersebut. Kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam aspek-aspek memudah cara pelaksanaan projek-projek tenaga hijau, termasuk berkaitan urusan-urusan kelulusan juga akan terus dititikberatkan bagi memastikan perjalanan projek yang baik.

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sentiasa mengalu-alukan penyertaan pelabur tempatan dan asing dalam melaksanakan projek tenaga boleh baharu di seluruh negara, termasuk di kawasan Pantai Timur selaras dengan komitmen serantau di bawah ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation dengan izin, singkatannya APAEC ke arah memperkukuh keselamatan tenaga dan mempercepat peralihan tenaga mampan di rantau ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tumpat, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah apakah formula perkongsian hasil iaitu revenue sharing di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri di mana tenaga ini lalu, sama ada Kelantan atau Terengganu ataupun Pahang tadi?

Dan yang kedua, adakah dasar kerajaan akan mewajibkan local content requirement supaya kontraktor, jurutera dan tenaga tempatan dilibatkan dalam proses pemasangan dan penyelenggaraan kabel kerana kita percaya selepas ini, Pantai Timur akan menjadi hab teknologi tenaga hijau? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila.

draft • 10:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dari segi profit sharing, sebenarnya kaedahnya, kalau dari segi bekalan tenaga...

draft • 10:10 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

...Kita kalau penjanaan, ia nya dilaksanakan secara RFP, request for proposal. Maknanya, pihak industri akan mencadangkan dan akhirnya apa yang mereka laksanakan sama ada mereka menyewa tanah, membeli tanah di peringkat negeri sama ada pada swasta ataupun kerajaan negeri.

Malahan, kerajaan negeri juga boleh melabur sebenarnya. Sebahagian daripada apa yang kita laksanakan ialah kerajaan negeri jadi sebahagian daripada pemegang saham pada syarikat yang terlibat untuk menjanakan tenaga.

Manakala berhubung dengan projek untuk grid yang bakal disambungkan oleh syarikat nanti, ia nya akan melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor seterusnya. Jadi, adakah terlibat? Sudah pasti ia nya akan membuka peluang kepada syarikat tempatan, tapi mereka kena terlibat dalam bidding proses ataupun tender yang akan dibuka oleh sama ada TNB ataupun syarikat JV yang akan melaksanakan sambungan grid tersebut.

Jadi, dari segi kerajaan negeri, mereka boleh terlibat dari segi the business itulah.

Maknanya dia akan dapat sama ada sebagai shareholder ataupun dari segi pajakan tanah dan sudah pasti tanah yang akan dilalui untuk tiang-tiang elektrik itu nanti, mereka akan terpaksa membayar kepada kerajaanlah dari segi pengambilan tanah dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Speaker. Yang Berhormat, salah satu agenda penting pada Mesyuarat Menteri- menteri Tenaga ASEAN Ke-43 adalah pengukuhan rangka kerja grid kuasa rentas sempadan melalui ASEAN Power Grid dan kabel bawah laut.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Soalannya, bolehkah kementerian jelaskan status penglibatan Malaysia dalam projek APG ini serta peta jalan pelaksanaannya? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 10:20 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah.

Sebenarnya, untuk APG perkara ini telah lama dicadangkan, tapi bila Malaysia menjadi pengerusi, ini salah satu agenda utama kita. Sebab itu dalam Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN baru-baru ini, telah dipersetujui Memorandum of Understanding yang telah dipertingkatkan, Enhanced MoU, telah ditandatangani oleh semua kerajaan di peringkat rantau ASEAN. Maknanya 10 negeri termasuk juga Timor-Leste yang akan menjadi ahli insya- Allah dalam masa terdekat ini.

draft • 10:20 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Jadi, itu memberi komitmen semua negara ASEAN akan memfokuskan bagaimana kita nak hubungjalinkan bekalan tenaga dan rantau Asia. Contoh yang paling ketara sekarang ini ialah sambungan daripada Laos, Thailand, Malaysia hingga ke Singapore. Iaitu Laos menjual tenaga ke Singapore tapi dimudahcarakan oleh grid yang ada di antara Thailand dan Malaysia. Di mana Thailand akan dapat willing charges, begitu juga Malaysia. Tapi ada masanya Malaysia akan kurang tenaga. Jadi kita juga akan dapat bekalan daripada Thailand ataupun Singapore tapi inilah cross border yang telah dipersetujui dalam kerangka MoU yang telah dipersetujui di peringkat rantau Asia.

Yang keduanya ialah untuk kita selaraskan dari segi standardization of regulation dengan izin dan juga business model sebab setiap negara dia ada business model yang berbeza. Bagaimana kita nak harmonikan, jadi itu juga jadi tumpuan kita. Dan matlamat akhirnya ialah di mana rantau ASEAN nanti boleh berhubung, dan cross border energy ini memberi keterjaminan bekalan dan juga pada masa yang sama, bekalan tenaga hijau, kelestarian alam akan terjaga, tapi tenaga yang boleh mampu dibiayai oleh rakyat rantau ASEAN ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut soalan ketiga, saya persilakan Yang Berhormat Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 10:20 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Ekonomi menyatakan perkembangan terkini pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) termasuk jumlah penerima manfaat setakat ini, kadar kejayaan peserta keluar daripada kategori miskin tegar dan B40 serta strategi baharu bagi memastikan keberkesanan program ini di seluruh negeri khususnya Sarawak.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Menteri Ekonomi untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih, Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang Berhormat, sehingga Oktober 2025 sejumlah 6,655 golongan sasar miskin tegar, miskin dan B40 telah menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat atau IPR di seluruh negara sejak mula diperkenalkan pada tahun 2022. Jumlah ini merangkumi 329 peserta IPR di negeri Sarawak.

Secara umumnya, 40 peratus peserta IPR telah berjaya meraihkan hasil jualan bulanan melebihi RM2,000. Sebagai contoh, di bawah IPR Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), terdapat peserta yang telah berjaya memperolehi pendapatan bulanan sehingga RM5,000. Di

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

bawah IPR Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) pula, peserta berupaya meraih purata hasil jualan bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Bagi memastikan keberkesanan program IPR, Kementerian Ekonomi telah mengambil beberapa langkah seperti berikut.

Pertama, mengadakan kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi MARA dengan menyediakan khidmat kepakaran dalam bentuk kursus literasi kewangan kepada peserta IPR di seluruh negara bagi meningkatkan keupaya golongan sasar untuk menguruskan perniagaan dengan lebih cekap.

Kedua, melaksanakan pemantauan menggunakan dashboard operasi secara dalam talian serta intervensi berkala.

Ketiga, memberi perkhidmatan nasihat dan bimbingan teknikal yang lengkap dan berterusan serta disokong oleh syarikat swasta tempatan yang dikenal pasti sebagai pembeli atau off-takers dengan izin hasil pertanian bagi mengelakkan risiko kerugian oleh peserta.

Dan keempat, memperluaskan kerjasama strategik bersama agensi teknikal dan pihak berkepentingan termasuk Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) pada pelaksanaan IPR-INTAN di Sarawak. Dalam mempergiat usaha untuk membasmi kemiskinan, kerajaan mengalu-alukan peranan pihak berkepentingan tinggi termasuk wakil rakyat diperlukan untuk bersama-sama membantu Kementerian Ekonomi untuk mempromosikan serta memperluaskan pelaksanaan IPR.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 10:20 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan berhubung dengan pelaksanaan IPR. Dato’ Yang di-Pertua, rakyat di Sarawak juga ingin tahu, sejauh mana keberkesanan sebenar pelaksanaan IPR ini?

Setakat ini, laporan yang dibentangkan masih bersifat umum di peringkat nasional tanpa menunjukkan pecahan atau data yang jelas mengikut negeri. Kita perlu tahu berapa ramai peserta di Sarawak benar-benar berjaya keluar daripada kategori miskin tegar dan juga B40.

Jadi, soalan saya oleh itu saya ingin bertanya, bilakah kementerian akan mengeluarkan laporan prestasi IPR yang terperinci mengikut negeri khususnya di Sarawak?

Apakah indikator yang digunakan untuk menentukan bahawa peserta IPR benar-benar telah keluar daripada kategori miskin tegar dan B40 bukan sekadar menerima bantuan sementara.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila.

draft • 10:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, sehingga 21 Oktober 2025, sejumlah 329 peserta di bawah kategori B40 telah mendapat manfaat hasil pelaksanaan IPR.

Dari sudut peningkatan pendapatan IPR-INSAN, daripada 10 peserta, terdapat peserta yang berjaya menjana hasil jualan melalui mesin layan diri sehingga RM7,000 iaitu di Hospital Sibu, Sarawak. IPR-INTAN, 90 peserta memperoleh pendapatan mencecah RM2,000 melalui projek pertanian di empat kawasan iaitu Lundu, Kuala Lawas, Lubok Antu dan Tanjong Manis.

Dan bagi IPR-BMT, kira-kira 25 peratus daripada 229 peserta telah berjaya keluar daripada kepompongan kemiskinan tegar.

Keberhasilan pelaksanaan IPR ini turut merangkumi aspek pembangunan model insan kepada peserta. Ini bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka selepas tamat proses pemantauan di bawah program IPR. Dari segi kategori miskin tegar untuk benar-benar keluar daripada kategori miskin tegar, kerajaan merancang untuk melaksanakan laporan penilaian outcome bagi melaksanakan IPR sehingga tahun 2025.

Indikator yang digunakan tidak terhad kepada aspek pendapatan semata-mata, tetapi turut melihat kepada aspek pembangunan model insan kepada peserta bagi memastikan mereka boleh berdikari selepas tamat proses pemantauan di bawah program IPR. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun IPR dilancarkan dengan matlamat mengeluarkan rakyat daripada kategori miskin tegar dan B40, laporan lapangan menunjukkan sebahagian besar peserta masih bergantung kepada bantuan bulanan dan tidak mencapai pendapatan lestari selepas tamat tempoh program.

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan, apakah ukuran sebenar, kejayaanyang digunakan oleh kementerian. Adakah berdasarkan pendapatan sementara atau keberdayaan ekonomi jangka panjang? Dan sejauh manakah kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, terutamanya di negeri-negeri luar bandar seperti Kelantan dan lebih khususnya di Kuala Krai dalam memastikan pelaksanaan IPR tidak tertumpu di kawasan bandar, khususnya dalam penggunaan bantuan mesin melalui INSAN kerana kalau kita tengok di bandar ada pembeli-pembelinya yang tegar dan kawasan-kawasan yang letakkan itu adalah kawasan tumpuan.

Tetapi bagaimana di luar bandar, contoh di Dabong, di kawasan-kawasan luar bandar ini, apakah pihak kementerian juga perlu ada kajian terhadap isu-isu seperti ini? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, kita memastikan dari segi inisiatif IPR adalah antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan juga membantu rakyat bukan saja dari kalangan B40 tetapi dari segi kesejahteraan rakyat keseluruhan.

draft • 10:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Jadi, dulu kita melihatkan dari segi, hanya dari segi kedudukan gaji tetapi sekarang kita nak mempertambahkan. Kita dah mula mempertambahkan supaya ia akan lebih selesa.

Jadi, ukuran dia pun dah berbeza. Jadi daripada itu, kita nak memastikan bukan saja dari segi bantuan IPR tetapi inisiatif-inisiatif di bawah kementerian yang lain seperti Kementerian Wanita dan kebajikan itu termasuk dan inisiatif kalau mereka di dalam jurusan pertanian, bantuan adalah untuk petani.

Tidak mahu meninggalkan sesiapa tetapi cabarannya adalah memastikan bahawa bukan saja dapat kita melaksanakan inisiatif itu tetapi untuk memastikan bahawa keberkesanan untuk inisiatif itu dapat dilaksanakan dengan terbaik. Jikalau mempunyai infrastruktur yang berkurangan, kita perlu pertambahkan dari segi infrastruktur dia. Dari segi pemasaran, kita nak memastikan bahawa pertemuan antara pembeli dengan pemasaran itu adalah lengkap.

Memang harus kita melaksanakan untuk melengkapkan ekosistem dan kita sentiasa nak memastikan bahawa untuk melengkapkan, kita juga memohonkan dari segi maklum balas supaya ini dapat dilaksanakan dengan terbaik. Dari segi pedalaman, insya-Allah masih perlu diperbaiki tetapi kita akan usaha sebaik yang boleh. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Datuk Dr. Ahmad Marzuk, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah impak terhadap kedai runcit kampung yang tidak tersenarai dalam vendor SARA MADANI dan apakah mitigasi khusus kerajaan bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang memanfaatkan perbelanjaan besar kerajaan ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang lain kerana ia nya menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai keterlibatan peniaga kecil dan kedai runcit

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

persendirian sebagai rakan niaga SARA iaitu daripada Yang Berhormat Bukit Bintang pada 3 Disember, Yang Berhormat Besut pada 27 November, Yang Berhormat Tampin pada 28 Oktober dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa pada hari ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat, program Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan bantuan yang diberikan secara tanpa tunai dalam bentuk kredit melalui Kad Pengenalan (MyKad) yang boleh digunakan di kedai-kedai terpilih yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi membeli barangan keperluan asas.

Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan dan memastikan bantuan benar-benar dimanfaatkan bagi tujuan dinyatakan dan seterusnya memanfaatkan golongan sasar ditetapkan. Peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.

Pada tahun 2026, sebanyak RM15 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding dengan hanya RM10 bilion pada tahun 2024. Bantuan kewangan ini khususnya SARA merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup. Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasar.

Untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan kekal konsisten dalam melindungi dan memastikan peniaga kecil serta kedai runcit persendirian turut mendapat limpahan ekonomi daripada pelaksanaan SARA. Jumlah rakan niaga SARA setakat 21 Oktober juga telah meningkatkan kepada 8,400 buah kedai di seluruh negara, berbanding hanya 700 buah kedai pada tahun 2024 dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan juga kawasan pedalaman untuk memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini. Bagi memudah cara dan meluaskan capaian serta memastikan kedai runcit dan pasar raya di kawasan luar bandar dan pedalaman turut mendapat faedah daripada inisiatif SARA, program SARA di lapangan juga turut dilaksanakan bersekali dengan Program Jualan RAHMAH.

Melalui kaedah ini, penerima bukan sahaja mendapat harga barangan yang murah, tetapi dapat membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di premis rakan niaga SARA yang turut merupakan operator Program Jualan RAHMAH yang kebanyakannya merupakan kedai runcit persendirian.

Selain itu, penetapan kedai dan rakan niaga SARA juga mengambil kira bilangan penerima di sesebuah kawasan termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman dengan jarak

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

sekurang-kurangnya 10 kilometer dan membuka peluang yang luas kepada kedai runcit tempatan untuk menyertainya.

Dalam masa yang sama, sesi libat urus bersama dengan persatuan dan agensi berkaitan turut dilaksanakan bagi memastikan kedai runcit persendirian dan kedai koperasi turut serta sebagai rakan niaga SARA. Antara koperasi yang telah berjaya menjadi rakan niaga SARA adalah Koperasi Penjara Berhad (KOPEN), Koperasi FELCRA dan Koperasi FELDA Sungai Koyan 2.

Untuk maklumat Yang Berhormat, kategori barangan di bawah SARA pada ketika ini melibatkan 14 kategori barangan dengan 100,000 jenis barangan kesemuanya termasuk produk buatan PMKS tempatan. Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan penyertaan vendor untuk MyKasih ini sudah meningkat kepada 8,400 sebagaimana disebutkan tadi, boleh tak Menteri menyenaraikan siapakah sebenarnya yang meluluskan lantikan-lantikan vendor ini dan adakah pemilihan vendor-vendor ini melalui penyertaan secara tender terbuka ataupun jemputan terpilih?

Kalau sekiranya tiada tender terbuka, apa mekanisme kerajaan bagi memastikan supaya tidak ada monopoli dalam pemilihan vendor-vendor dan lantikan vendor-vendor ini?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

Memang soalan ini ramai Ahli Yang Berhormat pun sudah timbulkan kepada MOF. Untuk maklumat Yang Berhormat, kita memang buka kepada semua peruncit yang memang berhasrat untuk memasuki program SARA. Memangnya kita ada garis panduan, semua boleh diberikan, nanti saya berikan satu website. Sesiapa pun boleh membuat permohonan.

Kita membuat, antara syarat, mungkin saya di sini berkongsi kepada Yang Berhormat, antara syarat-syarat bagaimana rakan niaga SARA memilih kedai peruncit itu, pertama itu, kedai runcit ini mesti berdaftar dan berlesen secara sah iaitu SSM atau dengan lesen perniagaan PBT.

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Yang kedua, kesediaan menerima bayaran melalui MyKad. Premis akan dilengkapi dengan terminal daripada Yayasan MyKasih. Ini semua diuruskan oleh Yayasan MyKasih dan pelanggan menunjukkan MyKad untuk bila membuat pembelian.

Ketiga, stok barangan SARA tersedia dan dilabel. Mereka mesti label dengan terang ini adalah barangan MyKasih. Jadi, ini adalah extra work, tambahan kepada peruncit.

Keempat, mesti mematuhi aturan pembayaran SARA. Setiap transaksi hendaklah melalui MyKad dan resit mesti disimpan bagi tujuan rekod pembayaran dan juga penggunaan atau pengauditan.

Dan juga kelima, antaranya pemilihan dan perjanjian mesti pastikan termasuk lokasi premis dengan bilangan penerima di kawasan berkenaan dan lain-lain.

Jadi di sini, saya juga mungkin tawarkan kepada semua, kita bulan Februari tahun depan kita ada satu round lagi SARA one-off, RM100. Saya percaya ramai peruncit ingin mengambil bahagian dalam program SARA ini. Jadi, semua boleh membuat permohonan melalui merchant@mykasih.com atau jika Ahli-ahli Parlimen boleh juga mengumpulkan nama syarikat, nombor contact person, alamat dan satu salinan boleh berikan kepada saya. Saya akan hantarkan kepada Yayasan MyKasih dan mereka akan buat checking, penyemakan dan kita harap kita dengan SARA ini, kita dapat membantu lebih ramai peruncit untuk at least to continue. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Terdapat banyak aduan di luar sana. Ada yang sahih, ada yang dok balun je lah mengenai penyalahgunaan MyKad, khususnya dalam kes-kes kehilangan MyKad di mana ada yang tebus bukan-bukan. Maksudnya, dia tebus tapi bukan dia punya IC. Datang dari mana, kita belum tahu lagi.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Cuma penyalahgunaan ini memang kerap diadu di luar sana. Saya nak mohon kementerian Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan, sama ada terdapat apa-apa mekanisme mengesahkan atau menentukan kesahihan orang yang tebus dengan ID yang digunakan, satu.

Dua, langkah-langkah keselamatan yang ada untuk pastikan benda ini tak akan berulang dan ketiganya, waima pasal nak apa nama, pasal nak rayu, so, macam mana kita boleh check orang yang duduk Tanjong Malim, kat Ipoh pula digunakan di Pengkalan Hulu macam mana nak rayu sekiranya memang telah ditebus orang yang bukan-bukan dan dapat balik SARA yang telah dicuri. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timor. Memang, kita ada terima aduan berkenaan dengan kesahihan MyKad.

Tapi untuk maklumat semua, jadi, memegang dan menggunakan MyKad orang lain merupakan kesalahan menurut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Tetapi, sekiranya terdapat kehilangan MyKad, seperti biasa mesti buat laporan polis dan jika terdapat MyKad itu disalahgunakan, jadi kita sarankan semua buat laporan dan aduan rasmi kepada PDRM dan proses penggantian MyKad dibuat dengan segera oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Tetapi bagi kita, Kementerian Kewangan bersama dengan JPN sentiasa mengemas kini senarai penerima layak dari masa ke semasa dalam memastikan MyKad penerima yang digunakan adalah tepat yang terkini. Jadi, di sini selagi JPN telah menggantikan MyKad yang terkini, yang terkini itu akan sync dengan Program MySara dengan MOF di laman untuk semakan SARA.

Jadi, selagi MyKad yang baru telah diganti, JPN akan kemas kini dengan kita. Jadi, MyKad yang digunakan memang adalah yang terkini. Sekian, terima kasih. Tetapi, jika ada apa-apa aduan yang sahih yang betul, boleh salurkan kepada MOF. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut dipersilakan Yang Berhormat Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status risiko banjir bagi setiap projek perumahan kepada awam agar pembeli tidak menjadi mangsa membeli rumah yang berisiko banjir di masa hadapan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Untuk maklumat Ahli Berhormat, pengurusan risiko banjir dalam konteks pembangunan perumahan kini berdepan cabaran yang semakin kompleks, terutamanya berikutan kesan perubahan iklim yang membawa kepada peningkatan keamatan hujan dan kenaikan paras laut. Keadaan ini memberi kesan langsung terhadap kemungkinan kejadian banjir di kawasan perumahan baru mahupun yang sedia ada.

Secara dasarnya, semua urusan kelulusan dan pemantauan projek perumahan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan atau PBT. Setiap permohonan penggunaan

draft • 10:40 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

dikemukakan melalui one stop centre atau OSC untuk penilaian teknikal menyeluruh oleh agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS.

Penilaian ini merujuk pada pelan induk tebatan banjir iaitu akan melihat pada risiko dan juga laporan banjir tahunan iaitu sejarah kawasan tersebut sebagai panduan dan rujukan untuk memastikan aspek saliran, mitigasi banjir serta kumpulan infrastruktur tempatan diambil kira lebih awal sebelum sesuatu pembangunan diluluskan.

Dari sudut perancangan, kawalan pembangunan adalah berpandukan dokumen Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan juga Rancangan Tempatan (RT). RXN menetapkan dasar dan arah penggunaan negeri manakala RT memperincikan kesesuaian guna tanah di peringkat daerah atau bandar termasuk mengenal pasti kawasan yang berisiko dan kesesuaian pembangunan bagi satu-satu kawasan.

Bagi projek perumahan baharu, reka bentuk sistem saliran merupakan syarat utama yang perlu mematuhi garis panduan Manual Saliran Mesra Alam ataupun MSMA yang menekankan pendekatan kawalan air hujan bersepadu termasuk keperluan kolam takungan serta elemen mesra alam bagi mengurangkan risiko banjir kilat.

Namun demikian, bagi perumahan lama yang dibangunkan sebelum penguatkuasaan MSMA, sebahagian besar kawasan tidak mempunyai sistem kawalan banjir yang mencukupi.

Situasi ini menjadikan sesetengah kawasan perumahan lama lebih mudah terdedah pada risiko banjir. Terutama apabila berlakunya hujan lebat luar biasa. Oleh itu, tindakan pelbagai pihak perlu bagi menilai kemampanan sistem saliran sedia ada serta melaksanakan penambahbaikan yang bersesuaian sekiranya diperlukan.

Sebagai makluman, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara kali ke-41 pada 17 April 2023 telah bersetuju untuk keperluan pemakaian dan pelaksanaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun PISMA dalam pembangunan tanah pada semua pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri.

PISMA dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk semua aktiviti pembangunan tanah. Pihak PBT, pemaju dan mana-mana pihak berkaitan boleh merujuk pada PISMA untuk menaik taraf, membina sistem saliran, sistem merancang penggunaan masa hadapan yang lebih terancang, sistematik dan mampan bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan mengawal pencemaran akibat pembangunan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Balik Pulau, soalan tambahan, silakan.

draft • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri, di atas jawapan tadi.

Cumanya, saya berharap JPS dapat memainkan peranan yang lebih tegas dalam sesuatu permohonan merancang kerana kita tahu apabila permohonan merancang di lulus

draft • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

dan pembangunan diadakan terdapat banjir di kawasan itu yang menjadi mangsa ialah pembeli-pembeli perumahan kawasan itu. Kat kawasan saya, ada dua taman perumahan yang banjir akibat dari segi perancangan yang tidak teratur pada mulanya iaitu Taman Nelayan dan juga Taman Manggis.

Saya juga ingin mohon Menteri jelaskan status terkini Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 2 yang melibatkan 38 hingga 41 lembangan sungai utama, khususnya dari segi sudut liputan kawasan perumahan. Berapakah jumlah kawasan perumahan yang kini dilindungi sistem ini dan apakah langkah yang diambil untuk menangani jurang liputan terutama di kawasan yang berkembang pesat? Sekian, kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih di atas sokongan dan juga desakan supaya JPS memainkan peranan yang lebih tegas untuk memastikan segala pembangunan yang dicadangkan perlu melihat pada sistem yang kita katakan tadi, termasuklah bagaimana kita nak tangani banjir yang kerap di Taman Raya dan juga Taman Manggis. Saya akan mengambil maklum berhubung perkara tersebut.

Berhubung dengan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) kita yang dilaksanakan oleh JPS yang ini di bawah National Forecasting and Warning System, dengan izin yang mampu berupaya sebenarnya untuk membuat ramalan banjir dalam tempoh seawal tujuh hari dan mengeluarkan amaran seawal tempoh dua hari.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ada 74 lembangan sungai utama di seluruh negara yang dibangunkan iaitu tiga fasa bermula pada tahun 2015 hingga 2030. Itu dikatakan PRAB fasa yang pertama melibatkan Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan juga Sungai Pahang. Yang ini sudah beroperasi.

Manakala untuk PRAB fasa dua, ada 33 lembangan di Semenanjung, lima lembangan di Sabah dan Sarawak, 33 lembangan di Semenanjung telah siap sedia beroperasi pada tahun 2025. Lembangan di Sabah, Sarawak yang ada lima itu dijangka siap pada tahun 2028.

Manakala fasa dua dijangkakan melibatkan 14 lembangan di negeri Sabah dan 19 lembangan di negeri Sarawak. Dan ini hanya dijangkakan mula dilaksanakan tahun ini sehinggalah tahun 2030. Jadi, liputan kawasan perumahan dan kawasan berisiko, PRAB kini memantau lebih kurang 1,798 stesen hidrologi telemetri, 614 sistem amaran banjir serta 197 pemantauan yang kamera beroperasi sama 24 jam di kawasan hot spot banjir dan memastikan amaran awal secara berterusan akan dapat dinyatakan. Setakat ini kita merekodkan 3,683 lokasi hot spot banjir seluruh negara bagi tahun 2025. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Rompin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Berdasarkan laporan khas impak banjir di Malaysia 2021 oleh DOSM dan NADMA, kesan kerugian dan kerosakan kediaman direkodkan sebanyak RM295.4 juta di seluruh negara.

Soalan saya, apakah langkah segera yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk mewujudkan portal data bersepadu (integrated data portal) yang memaparkan peta bahaya dan risiko banjir terkini JPS bagi setiap lot tanah projek perumahan serta mekanisme untuk mengemas kini maklumat ini secara berskala yang boleh diakses langsung oleh pembeli?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dalam jawapan saya yang awal tadi, kita mengatakan bahawa kita dah membekalkan kepada― perkara ini pada bahagian teknikal termasuklah kepada one stop center dan sebagainya. Jadi, mana-mana kemajuan, siapa yang nak membeli dan sebagainya sebenarnya boleh merujuk. Situ ada data berhubung kait dengan fakta sejarah kawasan-kawasan yang sejarahnya berlaku kawasan banjir.

Yang kedua, kawasan-kawasan yang dikatakan risiko banjir. Jadi, itu semua dah berada dalam the technical committee itulah di setiap negeri dah ada maklumat-maklumat ini.

Kita sudah pun mengadakan JPS sudah pun mengadakan engagement dengan izin, dengan setiap kerajaan negeri untuk memastikan bahawa kalau dapat mengikuti apa saja dan perancangan pastikan kawasan ini kalau kita nak bangunkan apakah patut dilaksanakan supaya kita dapat mengurangkan risiko banjir. Kawasan-kawasan perumahan lama, apa pula tindakan yang patut kita ambil supaya kita dapat mitigasikan kawasan-kawasan banjir, termasuklah sistem perparitannya, bagaimana kita nak alihkan airnya. Semua dah ada dengan pihak berkuasa tempatan dan juga negeri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Labuan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya, soalan nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi membendung penyalahgunaan Teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti deepfake, chatGPT dan lain-lain dalam penyebaran berita-berita palsu, memanipulasi imej dan suara sehingga menimbulkan keresahan awam dan ketegangan antara kaum.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada YB Labuan bersekali dengan pertanyaan daripada YB Tawau yang bertarikh 6 November 2025 kerana perkara yang dibangkitkan menyentuh isu yang sama.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Penyebaran pelbagai bentuk kandungan berisiko dalam talian termasuk maklumat tidak benar, penipuan, penyalahgunaan platform digital, unsur provokasi serta ancaman keselamatan merupakan isu yang memerlukan perhatian serius. Dengan perkembangan pesat kandungan yang dijana teknologi kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence dengan izin AI, ia telah mempercepat penciptaan dan penyebaran kandungan yang bersifat manipulatif, sekali gus meningkatkan potensi penyebaran maklumat yang boleh mengelirukan pengguna serta menggugat keharmonian awam.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan proaktif memantau isu-isu yang diperkatakan di ruangan media sosial di Malaysia termasuk yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi.

Kerjasama dengan platform media sosial dan agensi penguat kuasa turut giat dijalankan bagi menangani penyebaran maklumat palsu termasuk kandungan palsu yang dijanakan oleh AI.

Dari 1 hari bulan Januari 2022 hingga 15 hari bulan Oktober tahun ini, MCMC telah mengemukakan sebanyak 3,074 permohonan kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan kandungan deepfake dengan 2,354 kandungan berjaya diturunkan iaitu 77 peratus. Bagi kandungan palsu, sebanyak 55,218 kandungan telah dibuat dan 46,966 kandungan telah diturunkan iaitu 85 peratus. Tindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform selaras dengan undang-undang tempatan.

Selaras dengan pindaan kepada seksyen 233(1) Akta 588, kandungan palsu yang disebarkan dengan niat untuk melakukan fraud dengan izin ataupun kecurangan kepada mana-mana orang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum dengan lah denda tidak

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali dan denda selanjutnya RM5,000 sehari setiap hari kesalahan diteruskan jika disabitkan kesalahan.

Kerajaan juga telah menggubal-kan, menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 iaitu [Akta 866] bagi meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia untuk mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi bagi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan.

Ketika ini, MCMC sedang membangunkan instrumen-instrumen subsidiari di bawah Akta 866 di mana peraturan dan juga kod yang sedang dibangunkan oleh MCMC turut memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan termasuk berkenaan pengurusan risiko dalam talian. Selanjutnya, bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti pemberi perkhidmatan dalam memenuhi obligasi keselamatan dalam talian, pemberi perkhidmatan akan dikehendaki untuk menyediakan suatu pelan keselamatan dalam talian mengenai pematuhan mereka terhadap kewajipan di bawah Akta 866.

Selain itu, MCMC juga sedang mengkaji pengenalan kaedah pengesahan umur dan juga identiti pengguna bagi memastikan kebolehlaksanaan secara praktikal di platform dalam talian. Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan mudarat, terutamanya bagi pengguna kanak-kanak serta penipuan dalam talian melibatkan entiti perniagaan dengan mengambil kira keselamatan data sekiranya ia menjadi satu keperluan.

Sekian, jawapan saya. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Labuan, sila soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, bagaimanakah kementerian memastikan rakyat khususnya golongan muda dan warga luar bandar mempunyai literasi digital dan kesedaran media yang mencukupi untuk mengenal pasti serta tidak terpengaruh dengan kandungan palsu berasaskan AI?

Dan adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan undang-undang khusus atau pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menangani penyalahgunaan teknologi AI yang semakin canggih, semakin berleluasa dan sukar untuk dikesan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut.

draft • 10:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Beberapa kaedah ataupun inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi serta MCMC untuk meningkatkan lagi literasi digital. Salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini adalah Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) yang telah diperkenalkan sejak 28 hari bulan Januari pada tahun ini iaitu adalah satu chatbot di mana pengguna bolehlah guna pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia, English, Cina ataupun Tamil untuk lah buat semakan dengan lah AIFA dan boleh dapatlah jawapan yang berdasarkan dengan sebenarnya ataupun laporan rasmi daripada kerajaan.

draft • 10:50 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Jadi, setakat 15 hari bulan Oktober, AIFA telah menerima sebanyak 167,233 mesej iaitu bersamaan dengan lah purata hampir 643 mesej sehari. Selain daripada itu, kementerian juga melalui MCMC telah melancarkan satu program yang kita panggil Kempen Internet Selamat juga bermula daripada tahun ini. Setakat lah 15 Oktober, kami telah pergi ke lebih daripada 5,435 institusi pendidikan tak kiralah sekolah rendah, sekolah menengah, IPG ataupun IPT.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Dan kita telah melibatkan lebih daripada hampirlah setengah juta orang peserta juga telah menyertai dalam program KIS ini. Jadi, kita harap bahawa melaluilah usaha ini, kita boleh juga pergi ke sekolah, pergi ke tempat-tempat yang pedalaman untuk memastikan bahawa tiada orang yang terpinggir untuk sama-sama meningkatkan literasi digital.

Soalan terakhir adalah tentang sama ada kita nak membuat pindaan kepada Akta 588.

Saya rasa setakat ini pindaan terhadap seksyen 233 di bawah Akta 588 itu adalah mencukupi iaitu telah mengandungi unsur palsu. Kalau ada seseorang yang mengguna pakai kandungan palsu untuk tujuan fraud, jadi ini memang menjadi satu kesalahan. Jadi, tak kiralah guna pakai AI ke deepfake ke untuk tujuan untuk lah melakukan penipuan, ini sudah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 233 Akta 588. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Petani, silakan.

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Dr. Timbalan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita tengok di dunia era sekarang ini, AI — Tidak siapa pun yang boleh terselamat daripada AI. Dan bulan September yang lalu, kita tengok lebih daripada 10 Ahli Parlimen telah pun menerima e-mel ugutan, yang mana itu sebenarnya adalah editing daripada AI termasuk Menteri Komunikasi sendiri yang telah menerima e-mel tersebut.

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Dan soalan saya adalah, adakah kementerian dan juga kerajaan bercadang untuk merangka suatu dasar penggunaan AI secara beretika? Dan dalam masa yang sama, apakah langkah MCMC untuk mengukuhkan forensik digital di bawah MCMC dan CyberSecurity Malaysia termasuk juga penggunaan teknologi pengecaman metadata dan digital watermarking? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Ya, saya faham dan sedar bahawa ramai Ahli-ahli Parlimen lelaki dan juga sekarang sebenarnya ada juga Ahli-ahli Majlis yang juga terima e-mel ugutan tersebut. Tetapi salah satu cabaran yang selalu dihadapi olehlah MCMC adalah apabila seseorang guna pakai AI untuk buat kandungan yang palsu, bagaimana kita nak mengesan siapa culprit, siapa yang belakang e-mail account tersebut ataupun siapa di belakang social media account tersebut.

Saya nak bagi satu contoh lagi. Kami juga terima aduan di mana ada orang yang mengguna pakai teknologi AI, TikTok dan salah guna pakai imej Yang di-Pertuan Agong.

Tetapi apabila kita buat siasatan siapa pemegang akaun tersebut, kami dapati bahawa orang yang guna — Mereka guna maklumat warga asing untuk buat pendaftaran akaun TikTok tersebut. Jadi akhirnya, AGC pun membuat satu keputusan untuk tutup kes dan tiada tindakan lanjut kerana kita tak dapat mengenal pasti siapa suspek di belakang akaun tersebut.

Jadi, salah satu usaha oleh MCMC adalah kita nak mengetatkan lagi garis panduan untuk membenarkan sesiapa untuk pendaftaran itu prepaid punya prabayar punya SIM card.

Kalau ikut garis panduan yang telah ditetapkan sejak tahun 2017, satu orang boleh register lima prepaid SIM card setiap syarikat telco. Jadi, maksudnya lima dengan Maxis, lima dengan Celcom, lima dengan Digi, lima dengan U Mobile, lima dengan YTL. Jadi, banyak nombor prepaid yang mereka boleh daftar.

Jadi, sekarang MCMC telah— Sedang buat public inquiry, di mana kita nak cadangkan bahawa untuk setiap warga Malaysia, maksimum dua prepaid SIM card setiap telco. Kalau mereka merupakan warga asing, jadi mereka hanya dibenarkan untuk mendaftar dua prepaid SIM card, tak kiralah dengan mana-mana satu telco. Jadi, maksimum dua SIM card apabila mereka kat Malaysia.

Kita harap bahawa melaluilah tambah baik terhadap garis panduan sedia ada ini, kita boleh limit-kan orang yang salah guna prepaid SIM card untuk register social media account untuk tujuan fraud, penipuan ataupun ugutan dan sebagainya. Jadi, public inquiry ini sedang dijalankan, sampailah hujung bulan November. Kita harap bahawa garis panduan yang

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

baharu bolehlah dilaksanakan pada quarter pertama tahun depan. Sekian, jawapan saya.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Timbalan Speaker, satu soalan sebab Labuan. Boleh?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tidak, Yang Berhormat. Saya tak benarkan.

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tak dibenarkan?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bila yang saya benarkan? Soalan saya bercakap tadi, duduk. Terima kasih.

Baik, dipersilakan Tuan William Leong Jee Keen, Yang Berhormat Selayang.

draft • 11:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah statistik terkini berkenaan keciciran murid di sekolah peringkat rendah dan menengah bagi keseluruhan Malaysia serta langkah yang diambil khususnya membabitkan kes keciciran akibat daripada ketiadaan pengangkutan serta jarak daripada rumah ke sekolah yang jauh.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Selayang.

KPM merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan, tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.

KPM komited memastikan setiap murid kekal dalam sistem pendidikan sehingga tamat persekolahan.

Berdasarkan data sehingga hari ini 22 Oktober, kadar keciciran murid di sekolah rendah adalah 0.05 peratus, manakala di sekolah menengah adalah 0.59 peratus. Statistik ini diperolehi melalui sistem pengesanan KPM yang merangkumi sekolah di bawah KPM sahaja.

Bagi memperkukuhkan usaha menangani isu keciciran, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 telah pun diluluskan, memperluas dasar pendidikan wajib daripada peringkat rendah ke peringkat menengah. Pindaan ini mewajibkan pendaftaran— mewajibkan kesemua kanak-kanak Malaysia menamatkan pendidikan menengah,

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

menjadikan pendaftaran dan kehadiran ke sekolah sebagai tanggungjawab ibu bapa.

Langkah ini memastikan hak setiap anak Malaysia untuk mendapat pendidikan berkualiti dipenuhi.

KPM juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan— bagi menangani isu keciciran yang dihadapi. Nombor satu, sekolah. Program Sekolah Model Khas Komprehensif K9 dan juga K11. Sekolah ini menyediakan persekitaran berasrama harian bagi murid luar bandar dan juga pedalaman. Sehingga kini, terdapat 30 buah sekolah K9 dan KPM juga memperluaskan konsep K11 kepada lima buah sekolah yang dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari Tingkatan 3 ke Tingkatan 4.

Bantuan persekolahan. KPM menyalurkan 18 jenis bantuan termasuk bantuan perjalanan dan pengangkutan murid serta bantuan jaket keselamatan bagi murid yang menggunakan pengangkutan air. Pada awal sesi 2024-2025, bantuan bernilai RM10 juta juga disalurkan kepada 583 buah sekolah pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kemudahan asrama harian. Kemudahan ini disediakan bagi murid yang tinggal jauh dari sekolah dengan sokongan komuniti setempat.

Nombor empat, pemantauan melalui sistem pengesanan KPM (SiPKPM). Sistem ini mengenal pasti murid berisiko cicir dan punca keciciran termasuk faktor jarak dan kemiskinan bagi membolehkan intervensi awal dilakukan.

Program Outreach Murid Cicir. Program ini dilaksanakan di semua pejabat pendidikan daerah dengan kerjasama komuniti setempat, membawa murid kembali ke sekolah. Program outreach ini adalah inisiatif KPM bertujuan untuk mengenal pasti murid yang tidak lagi bersekolah atau mempunyai risiko tinggi. KPM menawarkan intervensi bersesuaian sama ada melalui kemasukan semula ke sekolah atau pembelajaran yang lain seperti mendapat kemahiran TVET di Pusat GIATMARA dan juga institusi yang lain.

Nombor enam. Task force intervensi bertindak memantau dan juga menilai keberkesanan pelaksanaan intervensi di semua peringkat agar tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan pantas dan juga berfokus. KPM komited memastikan setiap murid mendapat akses pendidikan tanpa halangan logistik.

Kesemua langkah ini menunjukkan komitmen KPM untuk memastikan setiap murid, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar mendapat akses pendidikan tanpa halangan logistik. KPM yakin usaha bersepadu ini mampu mengurangkan kadar keciciran dan memastikan murid kekal dalam sistem pendidikan sehingga tamat persekolahan. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Selayang untuk bertanya soalan, saya mohon kerjasama Yang Berhormat Menteri, boleh? Iaitu boleh tak Yang Berhormat Menteri beri pada saya, data

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

jumlah keciciran masyarakat Orang Asli di peringkat sekolah rendah dan menengah dan apa tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi menyelesaikan masalah ini? Dan pegawai saya akan berhubung dengan pegawai Yang Berhormat Menteri, boleh?

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Sudah tentu boleh. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Selayang.

draft • 11:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Keciciran juga kira murid yang telah masuk sekolah tetapi berhenti sebelum habis sekolah.

Soalan tambahan saya ada dua bahagian.

Pertama ialah sebelum seorang murid tercicir sekolah, ada tanda-tanda atau indikator.

Adakah kementerian mengadakan satu SOP atau sistem untuk memantau tanda-tanda ini dan apa langkah diambil untuk mencegah murid-murid bakal tercicir atau yang sudah tercicir, apa langkah diambil untuk kembalikan mereka kepada sekolah?

Bahagian kedua ialah sebab-sebab seorang murid tercicir adalah antaranya masalah keluarga, kemiskinan. Ibu bapa tidak mampu membeli buku teks, pakaian seragam, membayar tambang ke sekolah, berhenti untuk mencari kerja. Apa bantuan kementerian memberikan kepada keluarga ini supaya anak mereka dapat teruskan pelajaran dan kembali kepada sekolah? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Selayang.

Soalan pertama berkenaan dengan langkah-langkah yang telah pun diambil.

Sebahagian besar telah pun dijawab oleh pihak saya dalam jawapan asal saya. Namun demikian, berkenaan dengan bagaimana pihak KPM mengenal pasti ataupun mengenal pasti murid-murid yang berisiko cicir ini.

Seperti yang saya jawab tadi, kita ada sistem SiPKPM yang mana dalam sistem pengesanan KPM ini, kita mempunyai satu dashboard yang akan di-update ataupun dikemas kini pada sepanjang masa. Dan dalam sistem SiPKPM ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita mengambil kira risiko murid cicir itu dari segi kehadiran, pencapaian akademik, salah laku disiplin, jarak rumah, pendapatan isi rumah, status ibu bapa, status OKU dan sebagainya.

draft • 11:10 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan sememangnya dalam dashboard ini ada kita memantau berkenaan dengan berapa ramai murid berisiko sederhana yang akan tercicir dan juga berisiko tinggi yang akan tercicir. Dan dari situ, kita mengambil pendekatan oleh pihak PPD dan juga oleh pihak sekolah untuk melaksanakan program intervensi yang sepatutnya. Sama ada intervensi selaku ziarah cakna atau intervensi dari segi pembangunan ataupun perkembangan pendidikan dan pembelajaran masing-masing dan juga kaedah-kaedah yang lain.

So, secara ringkas, dalam sistem SiPKPM ini kita ada. Dan pada masa yang sama Dato' Timbalan Yang di-Pertua, sistem ini telah pun diperkasakan dengan sistem aplikasi AI mulai bulan Mei yang lepas iaitu dengan bantuan daripada AI ini, kita kenal pasti setiap satu murid yang berisiko cicir itu, apakah hala tuju? Apakah minat ataupun interest, dengan izin, murid tersebut supaya pihak sekolah juga boleh melaksanakan intervensi dari segi intervensi segera ataupun intervensi untuk berpandukan kepada minat dan juga hala tuju pendidikan murid tersebut.

Berkenaan dengan isu kedua adalah dibangkitkan kemiskinan keluarga.

Sememangnya pihak KPM menyediakan bantuan persekolahan kepada anak-anak kita dari— tidak kiralah sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Selalu saya sebut 18 jenis bantuan persekolahan. Ada beberapa yang diberikan secara direct kepada anak-anak kita, termasuklah bantuan pakaian seragam, perjalanan dan pengangkutan murid asrama, bantuan jaket keselamatan, rancangan makanan tambahan dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Selayang, setiap awal tahun kita sediakan RM150 bagi setiap anak-anak kita di sekolah. Lebih daripada 5.1 juta anak. Dan Bantuan Awal Persekolahan ini, setiap tahun kita nampak satu peningkatan dari segi peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Tahun lepas 2024, 788 juta. Tahun ini, 791 juta. Tahun hadapan, 794 juta pada belanjawan yang baru diumumkan. Dan bersama-sama dengan program ataupun bantuan yang lain, kita percaya bahawa pihak KPM sanggup untuk memberikan bantuan yang sewajarnya dan menyediakan akses pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak kita tanpa mengira latar belakang dan juga logistik. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 11:10 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu keciciran murid hari ini semakin membimbangkan apabila ia sering dikaitkan dengan gejala ponteng sekolah, merokok, vape, buli dan pelbagai masalah sosial lain di kalangan pelajar. Ketiadaan peperiksaan SPM dilihat mewujudkan kelompongan dalam sistem motivasi dan hala tuju pelajar. Menjadikan mereka hilang disiplin, tidak fokus dan mudah terdedah kepada pengaruh-pengaruh negatif.

draft • 11:10 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Soalan Tanjong Karang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji semula keputusan memansuhkan UPSR dan PMR dan mengembalikan semula sistem penilaian berperingkat yang lebih realistik dengan keadaan sosioekonomi dan tahap pendidikan negara kita? Kerana Tuan Yang di-Pertua, model tanpa peperiksaan ini mungkin berjaya di Finland tetapi belum tentu sesuai untuk Malaysia yang masih bergelut dengan isu-isu asas seperti literasi, disiplin dan keciciran murid di luar bandar.

Terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang berkenaan dengan sama ada pihak KPM berhasrat untuk mengembalikan peperiksaan seperti PT3 dan juga UPSR.

Seperti Yang Berhormat Tanjong Karang sedia maklum, PT3 dan UPSR ini telah pun dibatalkan dan juga dimansuhkan semasa dan juga selepas pandemik COVID-19. Dan sekarang yang peperiksaan awam yang kita ada adalah peperiksaan SPM.

Suka juga saya jelaskan bahawa daripada analisis keputusan SPM dua tahun ini, 2023 dan 2024, yang mana apabila kita menganalisis keputusan SPM, ada yang menyatakan bahawa, oleh kerana tidak ada UPSR dan tidak ada PT3, maka keputusan kita merosot. Tetapi pada hakikatnya apabila kita meninjau dan memeriksa keputusan SPM, sememangnya ia tidak membawa satu impak negatif terhadap prestasi SPM yang kita ada.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang ada dalam Dewan ini, apabila kita kata kita telah pun memansuhkan peperiksaan, kita mansuhkan peperiksaan UPSR dan juga PT3 tetapi pada masa yang sama juga, di peringkat sekolah telah pun kita laksanakan ujian akhir sesi akademik (UASA) bagi anak-anak kita dari Tahun 4 ke 6, Tingkatan 1 ke Tingkatan 3. Dan peperiksaan ataupun ujian akhir sesi akademik (UASA) ini, walaupun ia merupakan satu ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah tetapi dari segi spesifikasinya, dari segi standard ataupun prestasi dia, adalah dikawal oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk makluman, bagi ujian akhir sesi akademik, kesemua soalan yang akan disediakan oleh pihak sekolah bagi anak-anak di sekolah tersebut adalah berpaksikan kepada jadual spesifikasi ujian JSU yang telah pun ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang mengendalikan SPM, yang sebelum ini mengendalikan UPSR dan juga PT3.

So, dari segi standard, dari segi latihan guru, guru-guru kita adalah dilatih dan kita turunkan kuasa, turunkan autonomi kepada guru-guru untuk membuat sesuatu yang terbaik bagi anak-anak di sekolah masing-masing. Maka pada ketika ini, KPM akan teruskan dengan

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

adanya UASA bersama-sama dengan peperiksaan SPM seperti yang telah pun dilaksanakan sekarang. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

*Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu; Soalan Bachok nombor lapan, Jawab Menteri kami nak tahu.

[Tepuk]*

draft • 11:10 AM

8. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Ekonomi menyatakan penilaian terkini terhadap pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, khususnya kesannya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta insentif fiskal tambahan yang dirancang bagi memastikan penyertaan sektor swasta tidak terbantut.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Dasar Gaji Progresif

(DGP) diperkenalkan bagi mereformasi pasaran buruh dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Pelaksanaan DGP juga membantu untuk meningkatkan kadar gaji dan upah menengah pekerja serta mengatasi masalah herotan gaji dengan izin, wage compensation kepada kumpulan tertentu dalam kalangan pekerja.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi menyokong pelaksanaan penuh DGP pada tahun 2025 dengan sasaran penyertaan seramai 50,000 pekerja. Majikan yang layak untuk menyertai DGP dan menaikkan gaji pekerja berdasarkan panduan gaji yang ditetapkan akan menerima insentif tunai sehingga RM300 sebulan daripada kerajaan sehingga tahun 2027.

Sehingga 21 Oktober 2025, seramai 2,852 majikan telah memohon untuk menyertai DGP. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,966 majikan telah menaikkan gaji mengikuti garis panduan gaji yang ditetapkan melibat 20,737 pekerja. Sebanyak 79.5 peratus daripada majikan telah berdaftar dan menaikkan gaji adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana

(MPKS) yang melibatkan 47.1 peratus jumlah pekerja.

Pelanjutan DGP atau jumlah insentif yang diberikan akan ditentukan oleh kerajaan berdasarkan kedudukan fiskal negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Bachok.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Ramai nak tahu perkembangan pelaksanaan dasar yang penting ini.

Soalan tambahan saya berkaitan hala tuju Dasar Gaji Progresif dengan RMK13, adakah kerajaan yakin bahawa pelaksanaan projek rintis dasar ini melibatkan hampir 2,000 firma dan PMKS yang disebutkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi secara sukarela, bukannya compulsory dengan izin, mampu memberi gambaran sebenar tentang keberkesanan dasar ini dan sejajar dengan hala tuju RMK13 untuk memperkukuh pasaran buruh berasaskan produktiviti dan pendapatan yang setimpal? Tanpa sampel yang mewakili pelbagai saiz sektor dan juga wilayah, dikhuatiri penilaian impaknya akan menjadi sedikit terbatas dan tidak mencerminkan realiti pasaran kerja negara.

Dan mohon izin Tan Sri Yang di-Pertua, mengumumkan, mengalu-alukan kehadiran dalam Dewan pada Ahli Majlis Daerah Kedah, seluruh Kedah dan Dewan Muslimat Kedah dialu-alukan.

[Tepuk]

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, dari segi hala tuju RMKe-13 adalah, untuk menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperbaiki kan pengurusan.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Okey, daripada itu kita ingin memajukan Malaysia dengan mempertingkatkan pengetahuan kepakaran mereka supaya dapat mengubahsuaikan nasib kita daripada cara-cara lama kepada cara-cara yang baharu yang untuk kita menyerapkan dari segi teknologi terkini.

Jadi, kalau dilihatkan kebanyakan dari segi syarikat-syarikat mempunyai kekangan kewangan untuk meningkatkan dari segi pengetahuan agak sukar, tetapi dengan menggunakan Dasar Gaji Progresif, ia memberikan dari segi pengajaran untuk mempertingkatkan pengetahuan, terutamanya dari segi teknologi. Bila dari segi kepakaran dapat ditingkatkan, maka dari segi ruang untuk melebarkan jurusan perkhidmatan akan lebih luas lagi, okey.

Kita mengharapkan bahawa dengan peluasan teknologi, fahaman dan pengetahuan, maka ia meningkatkan dari segi kepastian bahawa penyerapan untuk semua bilangan industri dapat diperkukuhkan dengan lebih bagus. Itu adalah hasrat dan dari segi bantuan itu, insya- Allah bila kepakaran itu telah diserapkan dan dapat diberikan perkhidmatan itu, maka dari segi harga barangan ataupun perkhidmatan yang diadakan selepas pengetahuan itu dah diserapkan, maka memperluaskan lagi dari segi kaedah pendapatan. Insya-Allah, yang itu adalah dari segi kepentingan yang kita ingin melaksanakan supaya bukan saja di tahap

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Malaysia, tetapi dari segi tahap antarabangsa kerana kita bukan saja bersaing di Malaysia tetapi di antarabangsa. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Penekanan kepada cabaran bagi melaksanakan dasar ini. Soalan saya kepada Menteri, apakah cabaran terbesar yang dihadapi dalam kita melaksanakan Dasar Gaji Progresif ini untuk mereformasikan struktur gaji pekerja Malaysia dan meningkatkan gaji secara sistematik terutamanya dari segi daya saing majikan, tekanan kos operasi dan penerimaan dari pihak industri? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif mempunyai tiga ciri asas iaitu bersifat sukarela, berteraskan inisiatif dan berkaitan dengan produktiviti.

Jikalau dari segi syarikat tidak berdaftar, maka kita tak dapat memberikan kewangan itu untuk meningkatkan dari segi pengetahuan dan dari segi progresif syarikat tersebut.

Dua antara cabaran utama ialah, majikan perlu menampung kenaikan kos operasi apabila gaji pekerja dinaikkan dan ini di atas melalui inisiatif tunai yang disediakan kerajaan hanya selama tiga tahun. Dan, kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan produktiviti pekerja. Ini diatasi dengan pekerja perlu menjalani latihan yang diiktiraf kerajaan bagi meningkatkan kemahiran dan produktiviti. Sekian, terima kasih Yang di- Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Jelutong.

draft • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan saya soalan ke-9.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [Jelutong] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, tindakan kementerian berhubung isu Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan Sungai Pinang, Jelutong.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat dua rangkaian paip pembetungan yang bermasalah di sekitar Jalan Sungai dan juga Jalan Sungai Pinang dalam kawasan tadahan pembetungan loji rawatan kumbahan serantau Georgetown iaitu Jalan Sungai, masalah berkaitan saiz paip pembetungan yang kecil di bahagian hilir iaitu reinforce concrete pipe atau RCP berdiameter 600 milimeter yang tidak mampu menampung kapasiti

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

aliran kumbahan daripada 400,000 penduduk setara atau PE daripada bahagian huluan kawasan tadahan pembetungan iaitu from upstream.

Kedua, Jalan Sungai Pinang. Kebocoran di bahagian sambungan rangkaian paip bertekanan tinggi yang bersaiz 1,200 milimeter jenis mild steel atau MS menghubungkan stesen pam PEG 123 ke PEG 227 LRKS Georgetown di bahagian hilir.

Beberapa insiden keruntuhan paip dan limpahan kumbahan telah berlaku di sepanjang Jalan Sungai dan Jalan Sungai Pinang. Hasil siasatan oleh IWK mendapati punca utama kejadian adalah kelemahan kepada struktur tanah yang menyokong kedudukan paip, ditambah pula dengan keadaan paip yang usang, serta sekatan aliran akibat paip bersaiz kecil di bahagian hilir.

Aset-aset pembetungan tersebut telah dibina sejak lebih 30 tahun dahulu oleh pihak berkuasa tempatan dan diserahkan kepada IWK untuk pengoperasian dan penyelenggaraan pada tahun 1996. Sejak tahun 2020, memang ada pelbagai aduan— ada 82 aduan yang masuk. Sepanjang tempoh tersebut, pihak IWK telah menyiapkan kerja-kerja pembaikan kecemasan dengan kos sebanyak RM5.6 juta meskipun dengan kekangan keadaan tapak dan kepadatan aset-aset utiliti kritikal lain seperti kabel 132kV TNB dan juga optik kabel TM yang terletak di atas jajaran paip pembetungan tersebut.

Sebagai penyelesaian jangka panjang, kajian kejuruteraan dan penyiasatan yang lengkap di tapak telah disiapkan oleh pihak perunding kejuruteraan pada Disember 2023 menggunakan peruntukan daripada IWK berjumlah RM1.1 juta. Seterusnya, Mesyuarat Pengurusan Nilai dan Kajian Kejuruteraan yang dijalankan bersama pihak SPAN pada Mei 2025 mencadangkan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih yang menyeluruh seperti berikut:

pertama, pembinaan jajaran paip yang baharu bagi menggantikan rangkaian paip graviti sedia ada yang bersaiz kecil dan berjarak 70 meter di Jalan Sungai kepada paip graviti yang berdiameter 1,500 RCP.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kedua, membaik pulih paip pembetungan sedia ada sejauh 1.6 kilometer yang bertekanan tinggi dan berdiameter 1,200 mm MS melalui kaedah trenchless technology dengan izin; dan ketiga, membaik pulih peralatan Mekanikal dan Elektrik (M&E) serta sivil dan struktur di stesen pam sedia ada di Jalan Sungai PAG 123.

Jadi, akhir sekali keseluruhan kos projek baik pulih sistem paip pembetungan dan stesen pam ini dianggarkan sebanyak RM49.5 juta dan cadangan ini telah diangkat untuk pertimbangan Urus Setia Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) yang dikawal selia oleh pihak SPAN. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jelutong.

draft • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya bertanyakan soalan tambahan, izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini sebagai Ahli Parlimen Kerajaan untuk mengucapkan Iniya Deepavali Nal Vazhthukkal dalam bahasa Tamil*.

[Tepuk]* Kepada semua yang menyambut perayaan Deepavali.

Tan Sri Speaker, isu masalah Indah Water ini menjadi isu masalah yang agak penting dan meruncing kerana di persekitaran Jalan Sungai Pinang bukan saja ada penduduk yang tinggal di situ, tetapi juga ada kedai-kedai makanan dan beberapa kedai nasi kandar.

Maklumlah, mereka memaklumkan bila berlaku kebocoran ini, pelanggan-pelanggan yang datang ke situ tidak datang dan ada juga makanan-makanan yang telah disediakan, yang dihidangkan yang juga mendapat kesan secara tidak langsung daripada air najis yang melimpah keluar di atas jalan raya.

Bukan saja itu, tetapi penduduk-penduduk yang tinggal di sepanjang Jalan Sungai Pinang sering kali terpaksa membasuh rumah mereka dan kampung halaman rumah mereka, perkarangan rumah mereka akibat disebabkan dimasuki oleh air najis.

Jadi, persoalan saya adalah, bilakah kerja-kerja menggantikan paip kumbahan di bawah tanah ini dijangka dimulakan dan sempurna disiapkan? Dalam kesempatan ini saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI yang prihatin dan telah mulakan kerja-kerja membaik pulih paip-paip ini dengan jangka yang segera. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong. Saya memahami isu ini memang lama di bawah pemerhatian Yang Berhormat. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, kos keseluruhan anggaran untuk baik pulih ini adalah sekitar RM49.5 juta yang kita akan angkat ke peringkat KWSMP, tapi Yang Berhormat Jelutong mungkin beruntung sebab ketiga-tiga Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ada dalam Dewan, saya rasa kelulusan itu insya-Allah kita boleh dapat.

Cuma proses kelulusan itu akan makan masa sekitar lima hingga enam bulan kerana perlu dibawa ke peringkat penilaian Jawatankuasa Teknikal. Sekiranya, insya-Allah apabila lulus nanti projek itu akan mengambil masa kira-kira 36 bulan untuk kerja-kerja fizikal disiapkan.

Pada masa yang sama, kebocoran itu memang ada sekarang ini, jadi kerja-kerja membaik pulih kebocoran itu memang kita dah allocate di peringkat IWK sekitar RM850,000.

Jadi, dalam tempoh dua, tiga bulan ini akan ada kerja-kerja yang kita segera sementara menantikan infrastruktur itu siap sepenuhnya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Karang.

draft • 11:30 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tanjong Karang minta penjelasan dan pengesahan atas kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 9 November 2023 bahawa Indah Water Konsortium dijangka tidak memerlukan sebarang subsidi kerajaan bermula tahun 2024.

Belanjawan Indah Water mencukupi atas dasar optimasi, konsesi dan penyesuaian tarif.

Kalau benar ini dapat direalisasikan, Tanjong Karang merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan Indah Water sebagai sebuah konsesi tunggal pengurusan kumbahan negara sejak tahun 1994. Dalam masa yang sama, apakah strategi kementerian untuk menangani isu sambungan kumbahan yang belum didaftarkan atau tidak membayar caj perkhidmatan yang dikategorikan sebagai non-revenue connection dengan izin, kerana ia dilaporkan menjejaskan hasil kutipan dan keupayaan IWK menampung kos operasi sendiri.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tan Sri Speaker. Pertama berkaitan dengan dari segi pengurusan soal pendapatan dan kos. Sememangnya pada tahun 2021, kerajaan ketika itu telah melihat struktur dari segi penyelarasan tarif. Maka sebab itu, kaedah yang diguna pakai adalah, untuk supaya kos itu ditanggung oleh pengguna dengan sebaik mungkin sementara memastikan bahawa IWK ini tidak menjadi beban kepada mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, seperti Yang Berhormat nyatakan memang masih terdapat lagi loji-loji ataupun aset yang perlu diambil alih oleh pihak IWK. Ini mengambil kira mengapa kumbahan ini kita perlu meletakkan di bawah satu sistem yang sempurna supaya kita dapat mengelakkan isu-isu seperti pencemaran, soal kesihatan awam dan sebagainya.

Jadi untuk ketika ini dari segi pengambilalihan aset-aset daripada pihak berkuasa tempatan, saya rasa memang dah selesai sepenuhnya. Cuma ketika ini memang masih tinggal sebagai contoh agensi-agensi daripada pihak kerajaan yang mana memiliki aset itu perlu diserahkan kepada pihak IWK. Cuma, di sini juga kita perlu ada persetujuan supaya bila diserahkan, aset itu berada pada tahap yang sempurna.

Pada masa yang sama kita juga akan terus meneliti dari soal untuk penyambungan sistem yang bersepadu. Perkara ini masih lagi diuruskan secara pembangunan melalui peruntukan DE, tetapi insya-Allah dari segi kelangsungan dan keupayaan IWK ini antara syarikat yang sebenarnya mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara, tetapi luar negara. Kita juga kena pastikan bahawa pengurusan yang terbaik agar kos-kos itu dapat diuruskan dengan sebaik mungkin. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, Speaker.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, saya rasa lebih baik pergi satu bahagian sini sebab tadi Tanjong Karang. Tanjong Karang ini dua kali dapat pagi ini.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Sila Menteri.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2026 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 23 Oktober 2025.” Sekian, terima kasih.

draft • 11:37 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 11:37 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong.

draft • 11:37 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah sebagaimana Usul yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:37 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M 14(1)(i)
PEMBERIAN KHAS KEPADA NEGERI SABAH DI BAWAH PERKARA 112C DAN 112D, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dipersilakan memberi penerangan mengenai pemberian khas kepada negeri Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D, Perlembagaan Persekutuan. Yang Amat Berhormat dipersilakan.

draft • 11:37 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tan Sri Speaker, peraturan mesyuarat.

draft • 11:37 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sebentar PM. Ya.

draft • 11:37 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya...

draft • 11:37 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa itu?

draft • 11:37 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dengan hormatnya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(2)— 36(2) berbunyi, izinkan saya baca Tan Sri.

draft • 11:37 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 11:37 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

36(2) berbunyi, “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu.” Saya difahamkan dan tadi disebut oleh Yang Berhormat sendiri bahawa Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri akan memberi penerangan berhubung dengan isu yang telah baru saja lima hari yang lepas diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, yang mana Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

draft • 11:37 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tan Sri, walaupun kes ini masih di peringkat mahkamah tinggi, di sana ada dua lagi venue, di mana Kerajaan Persekutuan boleh mengemukakan rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan. Dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah suara Kerajaan Persekutuan. A party to the suit.

Jadi, saya berpandangan bahawa isu ini adalah subjudis. Tidak boleh dibincangkan dalam ini kerana akan mempengaruhi kes [Tepuk] Kecuali, kecuali ada hari ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengesahkan Kerajaan Persekutuan tidak akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, barulah

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

boleh.

[Tepuk] Kalau tidak, pandangan saya dengan penuh hormatnya, ia nya adalah a matter of subjudice in this Dewan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Beluran.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Saya dari reaffirm Peraturan 36(2) yang disebutkan tadi.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan berapa itu, 36(2) juga?

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya reaffirm, adakah penjelasan Perdana Menteri hari ini akan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan, mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap kes ini?

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri Speaker...

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ini ialah keputusan saya. Saya membenarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi penerangan tanpa melibatkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Kota Bharu tadi. Silakan Perdana Menteri.

draft • 11:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu terpakai dan tidak ada kenyataan saya yang bercanggah dengan keputusan itu. Dan keputusan itu juga terpakai yang juga menegur terutama Kerajaan Persekutuan semasa Yang Berhormat Pembangkang menjadi Menteri, jangan lupa itu. Dan kalau kita lihat umpamanya, dia tidak menyentuh 2022, 2023 dan berikutnya.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita ambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober berhubung kajian semula pemberian khas Persekutuan kepada Sabah.

Kerajaan MADANI menghormati proses perundangan dan akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu setelah diterima kelak— belum diterima lagi, sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan atas nasihat Peguam Negara, demi kebaikan dan kepentingan Sabah dan Malaysia seluruhnya.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu antara lainnya mengarahkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan satu kajian semula bersama Kerajaan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kesan terhadap hak 40 peratus. Keputusan ini tentu diambil serius oleh Kerajaan Persekutuan dan menunggu Kerajaan Sabah setelah pilihan raya negeri yang bakal diadakan, tetapi yang memusykilkan ialah keputusan itu telah mengundang tafsiran yang mengelirukan seolah-olah Kerajaan Persekutuan kini dan terutama sebelumnya, yang juga disertai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang sekarang hanya menyedut hasil Sabah dan tidak menyumbang kepada pembangunan Sabah.

draft • 11:41 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Now, bagi menghormati proses perundangan yang mungkin masih berlangsung, Kerajaan Persekutuan tidak dapat memperincikan apa jua perkara yang masih menjadi pertikaian di mahkamah. Cuma hari ini, bagi menyangkal tohmahan, saya ingin menerangkan kerangka besar berhubung komitmen Kerajaan MADANI kepada pembangunan Sabah.

Pertama, saya ingin menegaskan sepertimana juga Kerajaan Persekutuan dan negeri sebelum ini iaitu Perdana Menteri-Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua-Ketua Menteri, bahawa Kerajaan MADANI komited memenuhi segala obligasi kepada Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak dapat dimungkiri bahawa setakat ini Kerajaan MADANI telah mencapai kemajuan positif dalam menyelesaikan banyak isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia

draft • 11:41 AM

1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Kedua

terima kasih— sebanyak 13 tuntutan di bawah MA63 telah diselesaikan, antaranya yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah termasuk penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. kepada Kerajaan Sabah. Kendati begitu saya telah menyerahkan, Kerajaan Persekutuan masih tetap menyediakan RM1.2 bilion untuk menjamin kelangsungan bekalan elektrik Sabah.

B, Kerajaan MADANI mengiktiraf JKR – Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Bekalan Air Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182. Kita telah menyerahkan kuasa melulus bagi perolehan projek Persekutuan kepada Jabatan Teknik di Sabah sehingga RM50 juta.

Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri, Akta 53 bagi melantik wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN. Berkenaan pemberian khas Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, kajian semula telah dilaksana dan diwartakan pada tahun 2022, 2023, 20— dan seterusnya sehingga 2025. Kerajaan ini adalah sah dan selaras dengan peruntukan 112, Perlembagaan Persekutuan:

(i) kajian semula telah mengambil kira kedudukan kewangan Persekutuan serta keperluan untuk menampung kos perkhidmatan Sabah;

(ii) meliputi tempoh lima tahun; dan

(iii) pewartaan kajian semula telah pun dibentangkan di Parlimen.

Pemberian khas kepada Sabah telah pegun pada kadar RM26.7 juta sehinggalah tahun 2021. Pada tahun 2019, Kerajaan Sabah telah bersetuju dengan cadangan meningkatkan pemberian khas Sabah dari RM26.7 juta kepada RM53.4 juta. Kajian semula dibuat pada tahun 2022 dan persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada masa itu dicapai untuk menaikkan pemberian khas kepada RM125.6 juta.

draft • 11:41 AM

1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Kedua

Di bawah Kerajaan MADANI, kajian semula pemberian khas dilaksanakan pada tahun 2023 dan mencapai persetujuan bersama untuk menggandakan pemberian khas kepada RM300 juta.

Pada tahun 2025, Kerajaan Persekutuan sekali lagi melaksanakan kajian semula dan mencapai persetujuan dengan Kerajaan Sabah untuk menaikkan sekali ganda lagi pemberian khas kepada RM600 juta, ya ketimbang RM26.7 juta semasa rakan-rakan di sebelah sana menjadi Kerajaan Persekutuan.

Pembayaran keseluruhan pemberian khas RM600 juta ini pun telah disempurnakan pada 10 September yang lalu kepada Kerajaan Sabah, tetapi keputusan ini adalah bersifat interim. Ini kenyataan yang kita buat bersama Kerajaan Sabah. Ia tidak muktamad. Ia interim, sementara Kerajaan Persekutuan dan Sabah sedang merumuskan kaedah baharu yang menentukan perkiraan pemberian khas pada masa depan. Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk Sabah juga terus meningkat. Perbelanjaan ini meliputi pemberian negeri, perbelanjaan mengurus agensi Persekutuan, subsidi bahan api serta perbelanjaan untuk pembangunan.

Untuk 2022, perbelanjaan sebenar sekitar RM13 bilion. 2023 dan 2024 sekitar RM14 bilion. Peruntukan ditingkatkan oleh Kerajaan MADANI untuk Sabah mencecah RM17 bilion untuk 2025 dan 2026. Ia, yang tadi Yang di-Pertua, melebihi jumlah hasil yang dikutip di Sabah untuk tahun 2022, 2023, 2024 sekitar RM10 bilion satu tahun. Hasil tersebut termasuk bayaran tunai hasil petroleum lima peratus serta cukai langsung dan tidak langsung lainnya.

draft • 11:41 AM

1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Kedua

Ini bermakna Kerajaan MADANI telah membelanjakan lebih daripada hasil keseluruhan pendapatan di Sabah. Hasil keseluruhan pendapatan sekitar RM10 bilion untuk tahun 2025 dan 2026, Kerajaan Persekutuan membelanja RM17 bilion.

Di bawah Belanjawan 2026, kita telah mengambil kira keperluan Sabah dan tuntutan termasuk Kerajaan Negeri Sabah. Peruntukan pembangunan mencecah RM7 bilion iaitu tertinggi ketimbang semua negeri lain. Di bawah RMK13, projek disenaraikan pun ditambah termasuk yang saya telah umumkan dalam belanjawan― pusat jantung; jalan dari Kalabakan ke Simanggaris; talian penghantaran elektrik Southern Link Fasa 1A; Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B― kos RM14 bilion merangkumi RM5 bilion peruntukan pembangunan dan RM9 bilion dibiayai melalui pinjaman. Ini termasuk RM1 bilion untuk projek air Sabah yang dijangka siap pada tahun depan.

Kita menyokong pertumbuhan sektor minyak dan gas di Sabah supaya dimanfaatkan rakyat Sabah. Untuk itu, pada Disember 2021, perjanjian kerjasama komersial (CCA) telah dimeterai dengan Kerajaan Sabah dengan hasrat meningkatkan penyertaan anak Sabah untuk berkecimpung dalam industri minyak dan gas Sabah. Dengan sokongan Kerajaan

draft • 11:50 AM

1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Kedua

MADANI, kerjasama tersebut membuahkan hasil dengan kontraktor minyak dan gas Sabah memperolehi projek bernilai RM2 bilion pada tahun 2024. Kerajaan Persekutuan bersetuju supaya Kerajaan Sabah mengenakan cukai jualan Sabah ke atas produk petroleum bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada Sabah sekitar RM2 bilion satu tahun.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI telah sedaya upaya menyelesaikan segala tuntutan MA63 yang tertunggak berpuluh tahun. Meningkatkan kadar pemberian khas kepada Sabah hanya berlaku peningkatannya sejak tahun 2023. Dan menambah peruntukan mengurus dan pembangunan setiap tahun untuk Kerajaan Sabah tertinggi RM17 bilion pada tahun ini.

Komitmen ini adalah berterusan supaya obligasi Kerajaan Persekutuan kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dapat dipenuhi selain menambah baik pemberian khas Sabah sesuai dengan keperluan perkhidmatan Kerajaan Sabah dan kemampuan fiskal Kerajaan Persekutuan. Inilah tekad Kerajaan MADANI seperti yang kita janjikan...

[Tepuk] Assalamualaikum.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, tak adakah ruang perbahasan dan pertanyaan diberikan atas kenyataan ini?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya benarkan semasa Yang Berhormat berucap dalam sesi...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak. Itu lain, Yang Berhormat. Ini sesi Penerangan Menteri.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Betul, tetapi minta― sebab, kita banyak lagi isu-isu yang kita nak bangkitkan. Jadi, banyak― saya nak bacakan senarai-senarai nama ini sebentar lagi.

Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi penerangan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Silakan, Setiausaha.

draft • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit (RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [16 Oktober 2025]

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Speaker, ada isu besar, Yang Berhormat. Perdana Menteri katakan bahawa kajian semula pemberian khas ini telah dilakukan 2022 dengan 2023. Adakah itu menidakkan semangat asal Perkara 112C dengan D? Sebab itu saya nak tanya, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dia ada isu besar di sini. Adakah ini perjanjian pemberian khas yang dikaji semula, yang dikatakan oleh Perdana Menteri tadi, dikaji semula in the year 2022 and 2023 telah menidakkan the spirit of 112C dengan D― 40 percent itu? Has that been reviewed? Kalau itu berlaku, bererti Kerajaan Kabinet Sabah dengan Kabinet Persekutuan ini telah menidakkan hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan. Is that a new provision? Is that a new provision? Kaji semula itu. Sebab, kita nak tanya Perdana Menteri perkara ini, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebab itu saya katakan tadi, bertenang, do some research. Selepas itu, bila teman-teman yang berucap, sama ada masukkan itu dalam ucapan― sebab, dia akan menggulung besok di peringkat kementerian-kementerian selepas saja perbahasan belanjawan ini― akan ada. Jadi, take your time. Take your time. Ambil masa, ambil— buat research, dengan fakta. Lepas itu Menteri-Menteri akan...

draft • 11:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Take your time dan tanya Menteri-Menteri pada masa itu, why didn't they do their work?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Baik.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Masa sini dan masa sanalah.

Belah sana pun Menteri juga, kerajaan juga dulu.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Tidak jelas] ...Telah sold-out, telah menjual hak Sabah, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Beluran, saya tahulah ini akan jadi. Akan jadi tuduh-menuduh. Take your time, settle, buat homework. Kemudian, bila esok, bertanyalah soalan dalam pengucapan, Menteri akan menggulung, menjawab.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

PM start tuduh dulu.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Take your time.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

PM was also part of the government.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

I know.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Berapa puluh tahun dalam Kerajaan Barisan Nasional yang tidak honor Perkara 112.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Take your time. Cool down. Chill, chill.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tan Sri Yang di-Pertua, Kota Belud.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Setiausaha.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sebagai pembawa Usul...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya nak baca pembahas― senarai. Saya akan bagi masa. Sit down. Saya akan bagi. Tanya semasa berucap ataupun semasa jawatankuasa, boleh tanya. Tak ada masalah. Take your time.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Maksud saya, Tan Sri.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, mereka yang akan berucap hari ini ialah 27 orang. Yang pertama, Ipoh Timor. Lepas itu, Kota Bharu, Beaufort, Sungai Besar, Kepong, Jerai, Batu Pahat, Labuan, Tawau, Rompin, Rasah, Tangga Batu, Betong, Kulim-Bandar Baharu, Kluang, Kapar, Wangsa Maju, Padang Rengas, Putatan, Kuantan, Tanjong Piai, Bangi, Tanjong Karang, Lawas, Ledang, Sabak Bernam dan Beruas. Oleh kerana masa yang makin terhimpit, saya akan cuma membenarkan 13 minit setiap pembahas, kecuali― kecuali Kota Bharu, 20 minit. Kecuali Tawau, 20 minit. Yang lain-lain, 13 minit sahaja.

Saya mulakan dengan Ipoh Timor. Silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih, Tan Sri...

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tan Sri Yang di-Pertua. Peraturan mesyuarat Tan Sri Yang di-Pertua. Sekejap ya.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Peraturan mesyuarat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa itu?

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

18(1)

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa?

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

18(1)

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

18(1) ya. Apa isunya?

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya ada membawa usul daripada apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut tadi. Ini― macam inilah, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya― untuk memberi keadilan kepada semua, kalau boleh, saya mahu tanya status usul saya itu sahaja. Sama ada yang saya hantar pada Sabtu dan Isnin lepas― status usul yang saya hantar itu, Tan Sri.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Supaya memberi keadilan kepada semua, juga untuk Ahli Parlimen Sabah untuk bertanya soalan seterusnya, kan?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya rasa, I think we are being fair-lah untuk itu. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, baik. Saya akan check. Silakan, Ipoh Timor.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih, Tan Sri.

Terbang bebas si rama-rama; Poin bahas saya cuma lima. Saya mula dengan pendidikan. Orang lama sebut...

[Bercakap dalam bahasa Cina] Dalam bahasa Cina yang bermaksud, macam mana miskin pun, jangan kita miskin pendidikan.

Saya nak khabarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat rasa syukur― saya tak cukup ruanglah kalau nak taburkan semua dari meja Ipoh Timor ke Tambun― sebab Kerajaan MADANI bertindak dengan pantas dan penuh wibawa. Seluruh warga SJK(C) Aik Hwa di Perak mengirimkan ribuan terima kasih kerana telah meluluskan pindah lokasi dan pembinaan semula sekolah ke Ipoh. Kawasan teman, kawasan Yang Amat Berhormat di kawasan Ipoh, di mana Yang Berhormat Menteri Kewangan juga berada.

draft • 11:58 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya duk perhati pada tahun ini saja, kelulusan pindah lokasi telah diberikan kepada sekolah khususnya SKM― sekolah kurang murid― macam SJK(C) Central Site dekat Johor, SJK(C) Lee Min dekat Klang, SJK(C) Heng Ee dekat Penang dan SM Sung Siew di Sabah.

Tahniah. Tapi, saya nak tahu juga, apa perkembangan terkini sekolah SJK(C) Lee Loy Seng, SJK (C) Kuek Ho Yao dan SJK(C) Sim Mow Yu? Moga-moga dan pastinya ada lagi berita yang gembiralah. Saya yakin kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memberi sedikit penjelasan.

Dalam belanjawan ini, kerajaan membawa defisit jangkanya turun ke 3.5 peratus dengan hasil Persekutuan naik. Belanjawan ini mencerminkan disiplin fiskal yang kekal kukuh sambil memastikan ruang pelaburan untuk rakyat. Dalam jumlah ini, subsektor pelajaran dan latihanlah yang paling mewah, paling lumayan sekali dengan RM74.37 bilion dan tambah- tambah lagi pergi ke RM79 bilion, banyaknya dua kali ganda berbanding kesihatan dan kependudukan, yang saya akan sentuh nanti.

draft • 11:58 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Bila pembangunan kemahiran menjadi keutamaan nasional, ia telah jadi bukti yang TVET perlu dilihat sebagai tangga mobiliti sosial dan enjin produktiviti, bukan sistem latihan semata-mata. Malah kalau betul kita nak TVET jadi pemacu produktiviti pembaharuan nasional, saya cadangkan beberapa langkah.

Satu, kena ada national skills compact antara institusi TVET dan industri. KPI nya mesti berasaskan penempatan kerja dan kenaikan gaji media graduan, bukanlah hanya jumlah enrolmen. Kita kena fokus kat ‘E’ dengan ‘O’. Bukan sahaja ‘E’, ada ‘E’ part of the EIO.

Apabila Suruhanjaya TVET diluluskan oleh kita nanti, ia adalah antara yang saya sering utamakan pelaksanaannya.

Keduanya, di bawah Majlis TVET Negara, kita kena selaraskan kurikulum merentas kementerian di bawahnya. Kita kena buka peluang untuk iktiraf micro-credentials pada industri strategik macam EV, AI dan semikonduktor dan mempercepatkannya.

Bawah ambil contoh bawah program ADI, Akademi Dalam Industri. Dua-dua pekerjaan dan perantisan perlu melibatkan PMKS seperti restoran, hotel, kafe, MICE, operator, pertukangan paip ayor, pertukangan kayu, pembinaan dan bagai-bagai lagi. Siapa lebih tahu piawaian prestasi kemahiran pekerja daripada majikan?

Saya memohon Majlis TVET Negara, KPT, KPM, KESUMA dan kesemua kementerian yang terlibat memberi sokongan kepada inisiatif saya iaitu pembentukan satu konsortium rakan strategik TVET PMKS kepada syarikat dan majikan yang mampu, sanggup, rela dan

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

punya kepakaran dan sistem latihan dalaman yang tersusun dan memenuhi piawaian, kita jemput, kita kerah dan kita tauliahkan syarikat-syarikat ini untuk bantu mereka, bantu negara menjadi lebih produktif.

Ini boleh melonjakkan produktiviti negara. Berpusu-pusu syarikat tempatan akan membangunkan teknologi dan kemahiran tenaga kerja kita, apatah lagi ruang kerja sekarang memerlukan modal insan yang mempunyai pelbagai skil set. Ini memastikan tenaga kerja kita kekal boleh diambil bekerja, mudah menyesuaikan diri dan berdaya saing.

Yang ketiganya dan yang last, dana penjanaan kemahiran tidak usah lagi bersandarkan kepada berapa ramai pelatih yang ada. Ini dah lapuk, tak popular saya sebut ini. Ini dah lapuk, tetapi kita kena beralih kepada performance-based, berasaskan prestasi.

Memang kalau ada kesan positif, kalau ada perkembangan, baru dana boleh masuk. Ini tak popular, tetapi kalau nak buat elok, nak buat betul-betul boleh selaraskan misi utama iaitu baiki produktiviti sambil menjana keuntungan.

Saya nak— sebab masa tak cukup, saya nak pergi ke poin kedua iaitu ekonomi digital AI, infrastruktur digital dan komputasi kuantum dan inovasi. Tahun depan, GovTech Malaysia akan diperuntukkan RM20 juta. Kita jangka ada banyak lagi aplikasi digital kerajaan akan dibangunkan. Ditambah pula dengan peluasan MyDigital ID yang akan memanfaatkan sektor kewangan, telekomunikasi, e-Dagang dan juga kesihatan dan lain-lain lagi.

Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi atau STAR pula terima RM25 juta. Ada galakan cukai bagi latihan dalam bidang AI kepada PMKS dan boleh diberi potongan cukai tambahan 50 peratus lagi. Macam-macam lagilah yang menumpukan kepada infrastruktur dan tadbir urus digital.

Komitmen ini menandakan kita bersedia nak beralih kepada pentadbiran berasaskan data, automasi dan AI. Langkah-langkah ini perlu diperluaskan lagi dengan membina ekosistem teknologi negara. Kemudahan digital mesti seimbang dengan hak privasi rakyat.

Prinsip ketelusan algoritma perlu kita jadikan bualan dan kita nak ada hak untuk mengetahui cara data digunakan.

Penyedia sistem digital dan agensi perlu faham tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk— ambil contohlah, untuk menyediakan laporan tahunan tentang cara data rakyat diproses, disimpan dan dikongsi. Ini tidak, sedar-sedar sahaja data kita nanti dah dijual merata-rata.

Jadi selain itu, laksanakan inisiatif open source Malaysia saya cadangkan. Kita boleh bentuk dana padanan untuk projek AI dan model bahasa terbuka di politeknik, di ILP, di KV, di KK untuk mewujudkan sovereign compute cost yang rendah. Memang ada satu cadangan lagi, di bawah Kementerian Digital akan sudah tentu menjadi pihak atau kementerian atau lain kementerian untuk govern dan tadbir urus berkenaan dengan quantum computing yang

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

sekarang tengah membangun, tetapi saya yakin di bawah kementerian tiada, saya yakin di bawah semua kementerian tidak mempunyai sebarang kepakaran dan kemahiran atau pengetahuan asas pun tentang quantum computing. Macam mana kita nak tadbir urus sesuatu benda di mana staf atau yang paling pegawai-pegawai tertinggi tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan tentang quantum computing?

Jadi saya cadangkan supaya kerajaan melalui Kementerian Digital atau mana-mana kementerian berunding, berbincang dengan institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara di mana research, penyelidikan, quantum computing itu sudah sampai ke satu tahap mereka boleh mengajar dan boleh buat technology transfer. Misalnya di US, misalnya di Eropah, misalnya di China.

Saya difahamkan bahawa Peking Universiti— saya seorang alumni Peking Universiti telah menyatakan hasrat untuk mewujudkan satu kursus latihan untuk pegawai-pegawai kerajaan mana-mana negara, saya yakin termasuk Malaysia untuk dilatih, disampaikan maklumat dan pengetahuan dan ilmu mengenai urus tadbir quantum computing. Saya mohon supaya Kementerian Digital mempertimbangkan tawaran ini yang saya yakin kita boleh usahakan.

Ketiganya, masa memang tak cukup. Saya nak masuk mineral kritikal dan nadir bumi.

Syabas atas peruntukan kepada JMG RM4.8 juta untuk penyelidikan dan pembangunan R&D pengusaha hasilan dan pemprosesan mineral dan phase 2 of the dengan izin, rare earth element potential study dan RM10.5 juta untuk IE resource mapping dan data inventory enhancement.

Syabas tahniah kerana mendengar sedikitlah cadangan kaukus kritikal mineral kita yang kecil ini. Bagi fokus ini kekal dengan prinsip kedaulatan nilai tambah, saya cadang supaya kerajaan menubuhkan National Strategic Minerals Aggregator (MiStraNas). Mineral Strategik Nasional sebagai pusat penyelarasan offtake dan pematuhan ESG. Bukan nak ambil kuasa negeri-negeri, tidak. Kita nak menjadi penyelarasan offtake dengan model perkongsian hasil yang memperkasa negeri dan komuniti.

Dalam industri yang meraih kekayaan daripada bumi ini, saya cadang juga hasil dan nadir bumi perlu disalurkan melalui dana berdaulat hijau nadir bumi untuk membiayai R&D, pemisahan yang bersih dan projek rintis pemprosesan tempatan. Sebenarnya susah benar lah kita nak jejak rantaian nadir bumi ni. Dia senang menyorok se-bundle sesama diri sendiri dan dengan mineral yang lain.

Jadi dengan teknologi block chain yang makin membangun, saya fikir kita kena wujudkan platform e-traceability supaya dari lombong ke produk air, dari lombong ke magnet, dari lombong kepada mikrocip dan kita dapat jejak dengan jelas. Kalau buahlah, daging lah, kopi lah, sayur pun kita pun boleh jejak sampai bajanya tang mana. Saya yakin tiada masalah

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

untuk kita nadir bumi yang kita nak keluarkan dijejak daripada mana kita korek, dari mana kita proses dan sampai ke mana, mikrocip mana kita boleh kaut keuntungan royalti dan juga kaut dari segi duti pada dari hulu ke hilirnya.

Keempat, saya nak masuk tentang ekonomi penjagaan. Sesuatu yang memang dekat dengan hati saya. Ekonomi penjagaan untuk warga emas dan juga tentang kesuburan rakyat.

Sektor sosial ini menjadi anak emas Belanjawan 2026. Macam-macam insentif penting ada.

Contohnya galakan cukai bagi latihan pekerja jagaan, lanjutan galakan penggajian warga emas dan golongan rentan seperti pelepasan cukai RM3,000 untuk yuran taska dan tadika termasuk pusat transit selepas sekolah.

Ini dilengkapkan dengan semakan semula pelepasan cukai bagi intervensi awal OKU pembelajaran. Subsektor pendidikan dan latihan sebanyak RM74 bilion dan subsektor kesihatan kependudukan RM40.13 bilion menunjukkan adanya keperluan untuk menormalisasi ekonomi penjagaan sebagai sebahagian daripada infrastruktur ekonomi negara.

Saya nak pergi terus untuk mencadangkan supaya kerajaan pusat melalui mana-mana kementerian, Majlis TVET Negara atau mana-mana kementerian, kita kena memperkasakan dan membantu pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan seperti MASOC CARE. Bukan M-A-S-U-K. MASOC CARE, M-A-S-O-C iaitu Malaysian Association for Social Care Homes and Care Workers di mana mereka dalam berapa tahun yang lepas telah kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk melatih tenaga pekerja atau tenaga penjaga setahun 20, 30, 40 orang. Saya rasa model yang telah diusahakan oleh MASOC CARE dengan Pusat Aspirasi Anak Perak di negeri Perak perlu diperluaskan dan kita scale up ke peringkat nasional.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ambil contoh, sekiranya boleh didanai MASOC CARE untuk menjalankan latihan ini untuk setiap satu negeri, 30, 40 orang setiap negeri, saya yakin perkara ini akan lebih mengarusperdanakan ekonomi penjagaan yang sudah tentu menjadi satu keperluan dan kewajipan untuk setiap negeri di Malaysia yang bakal menjadi satu negara menua tidak lama lagi.

Dan yang last sekali, tentang pengurusan sisa pepejal dan tahniah, syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Malaysia, kepada KPKT, kepada Yang Berhormat Menteri KPKT yang baru-baru ini pergi ke Turkiye dan telah menerima anugerah yang tertinggi, Zero Waste International Award kerana telah berjaya untuk membawa nama Malaysia dan kejayaan Malaysia dan inisiatif-inisiatif pengurusan sisa pepejal di Malaysia kepada persada dunia dan telah mengharumkan nama negara. Ini adalah sesuatu yang harus kita banggakan, tetapi pada waktu yang sama dengan itu, jangan kita sampai ke awan, kata dah cukup. Kita

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

sampai— kena sampai melepasi angkasa. Kita nak sampai ke awan untuk dilonjakkan ke angkasa.

Saya juga untuk itu, nak melonjak itu, saya gesalah dan cadangkan supaya adakan pindaan kepada Akta 672, 673 untuk meluaskan mandat SWCorp. kepada e-waste yang memang sesuatu sektor ekonomi yang membangun dan juga dengan SWCorp., dengan adanya infrastruktur dan prasarana dan tenaga kerja dan kuasa pekerja penguatkuasaannya yang meluas adalah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada seluruh negara dan juga keseluruhan jentera kerajaan.

Dan yang last sekali, ada perlunya kita menggamit dan gembleng...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Baik, baik. Menggamit dan gembleng seluruh lapisan masyarakat dalam agenda Waste to Wealth for Global, Local (GloCal) Health. Saya ingin merakamkan sokongan terhadap usaha koperasi komuniti seperti Koperasi Rejuvinasi Malaysia Berhad atau KOREM nama dia, yang bukan sahaja menyemarakkan semangat hijau malah mendidik masyarakat agar memandang semula nilai dalam setiap sisa yang kita buang.

KOREM telah membuktikan bahawa gerakan kitar semula dan kompos berasaskan komuniti seperti teknik bokashi yang mereka perkenalkan boleh menjadi sumber pendapatan baru dan daya didik untuk anak-anak di sekolah.

Maka, saya menyeru agar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(KUSKOP) serta KPKT atau kementerian-kementerian yang lain mengambil pendekatan lebih proaktif, bukan sekadar menyokong koperasi besar, tetapi turut memperuntukkan dana dan bimbingan dan sokongan khusus untuk koperasi-koperasi yang digerakkan oleh komuniti kecil seperti KOREM ini. Inilah bentuk pembangunan mampan dari bawah ke atas, pembangunan yang bukan hanya hijau pada alam tetapi subur pada jiwa rakyat dan...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih. Lima pasak telah saya sampaikan.

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya bagi pihak Perikatan Nasional juga mengambil kesempatan mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan kita dan juga rakyat Malaysia beragama Hindu dengan ucapan, Deepavali Valthukkal.

draft • 12:13 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya ada lima point utama untuk perbahasan pada hari ini. Oleh kerana sempena Deepavali ini saya juga ingin menyentuh mengenai kebajikan masyarakat India. Di dalam ucapan bajet, saya terjumpa poin 215. Pada muka surat 115 ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertajuk kemudahan kawasan PPR yang lebih manusiawi. RM143 juta untuk selenggara rumah strata kos rendah sederhana, termasuk penggantian lif yang usang. Yang penting yang saya nak sebut, hampir RM90 juta menambah baik prasarana asas Kampung Baru Cina dan kampung India.

Persoalan saya di sini ialah saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah yang dimaksudkan kampung India? Kita tahu Kampung Baru Cina, ya, kita tahu. Di mana kampung India yang dimasukkan dalam ucapan ini RM90 juta untuk memperbaiki prasarana? Adakah kampung India itu di Little India yang sekarang ini di Brickfields ataupun di Batu Caves? Di mana? Di mana sebenarnya Kampung India ini? Kota Raja pun senyum, tak tahu di mana.

Saya ingin menyatakan bahawa di luar sana, pekerja-pekerja estet yang bersara daripada pekerjaan mereka dengan syarikat perladangan, saya difahamkan lebih daripada satu juta mereka yang tidak mempunyai rumah. Adakah itu menjadi perhatian pihak Kerajaan MADANI sekarang ini, menyelesaikan masalah pekerja-pekerja, bekas pekerja ladang yang tidak mempunyai rumah? Dalam hal ini, saya ingin merekodkan di dalam Dewan ini bahawa di Kelantan, Kerajaan Kelantan pada tahun 2018 telah membuat satu polisi memberikan rumah, tapak-tapak rumah kepada pesara-pesara pekerja ladang yang telah berhenti daripada syarikat yang kebetulan tidak menyediakan kemudahan tersebut.

Saya ingin catatkan Kerajaan Kelantan telah membuat pengambilan balik tanah seluas 15.38 hektar di ladang yang bernama Ladang Kerilla, Mukim Kuala Paku, Daerah Ulu Kusial, Tanah Merah, yang mana Kerajaan Kelantan telah memberikan tapak rumah kepada pesara- pesara syarikat perladangan, 99 lot kepada masyarakat India, 91 lot kepada masyarakat Melayu, empat lot kepada masyarakat Cina yang bersara daripada ladang-ladang.

Ladang di Kerilla ini kepunyaan Kuala Lumpur Kepong Berhad, satu syarikat perladangan yang besar dalam negara kita ini. Jadi, apakah perancangan Kerajaan MADANI sekarang ini untuk menyelesaikan persoalan asas kepada rakyat iaitu perumahan, terutamanya kepada pekerja-pekerja, bekas pekerja-pekerja ladang? Saya ingin penjelasan.

Poin saya yang kedua ialah mengenai satu dasar Kerajaan MADANI juga yang dilancarkan pada tahun 2024. Kebetulan YB Pandan ada di sini. Ini dia punya child dia iaitu PuTERA35. PuTERA35 ataupun Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang telah dilancarkan setahun yang lepas, lebih daripada setahun yang lepas dan di dalam

draft • 12:13 PM

bajet ini disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada poin 137

Ekonomi Bumiputera, “Agenda ekonomi bumiputera dipacu dengan pendekatan lebih terangkum melalui PuTERA35. Keutamaan diberi kepada pembiayaan, pembangunan bakat dan

draft • 12:13 PM

bajet ini disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada poin 137

pemilikan strategik supaya lebih ramai usahawan bumiputera dapat melonjak ke sektor bernilai tambah tinggi.” Saya— Perikatan Nasional tidak mempunyai masalah untuk menyokong dan juga bersetuju dengan pelan transformasi PuTERA35 ini. Namun demikian, persoalan kami ialah sejauh manakah status PuTERA35 yang patut diterajui dan dipantau sepenuhnya oleh satu majlis yang dinamakan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dan pemain utama kepada PuTERA ini tidak lain dan tidak bukan ialah mantan Menteri Ekonomi iaitu YB Pandan sendiri? Sekarang ini, Menteri Ekonomi tidak ada. Nak jawab soalan pun, Timbalan Menteri sahaja ada. Jadi, bagaimana pelaksanaan dan keseriusan pihak kerajaan dalam agenda memajukan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera ini?

Saya ingin memetik satu peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang bertajuk perizaban kota berkenaan dengan perkhidmatan permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri, mana-mana antara negeri Sabah dan juga Sarawak. Di bawah Perkara 153 ini jelas, mana-mana kerajaan yang menjadi kerajaan di Malaysia, yang melaksanakan apa-apa dasar dan polisi ekonomi mesti tertakluk kepada Perkara 153, tak kira daripada parti mana kerana ia nya adalah satu peruntukan yang tercatat dalam Perlembagaan.

Dan Perlembagaan Perkara 4 menyatakan bahawa, “Perlembagaan adalah undang- undang utama dalam Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang dilulus selepas hari merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan.” Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa PuTERA35 sepatutnya dan sewajarnya memenuhi dan juga mematuhi peruntukan 153 berkaitan dengan ekonomi orang Melayu dan juga ekonomi anak negeri Sabah dan Sarawak...

draft • 12:13 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ‘Pantai’ Manis.

draft • 12:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Mohon sedikit masa.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Setengah minit.

draft • 12:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Boleh ya? Setengah minit.

Okey, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya.

draft • 12:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Bukan hendak membahas apa- apa, cuma nak memaklumkan, rombongan daripada cawangan N.46 PBB Meradong seramai 70 orang dalam Parlimen Tanjong Manis. Datang pertama kali ke Parlimen.

[Ketawa]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 12:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kasi bagus ‘Sabah.’

draft • 12:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kasi bagus Sabah. Terima kasih.

Selamat datang. Okey, oleh sebab itu...

draft • 12:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Sarawak, Sarawak.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Oleh kerana peruntukan 153 di dalam Perlembagaan, maka saya dengan tegas mengatakan bahawa agenda orang Melayu dan agenda bumiputera mestilah dipenuhi oleh kerajaan yang memerintah ini.

Poin saya yang ketiga, tadi saya nampak Segambut ada di sini, sudah tidak ada. Saya ingin menyentuh mengenai isu yang amat besar yang juga berkaitan dengan Perlembagaan dan juga perkara yang dirasakan satu skandal sebagaimana kata Yang Berhormat Kangar, satu skandal besar yang memalukan negara kita di mata antarabangsa iaitu mengenai isu keputusan dan juga hukuman FIFA: Football International— de Football Association, Fédération Internationale de Football Association, satu badan bola sepak antarabangsa yang telah menjatuhkan hukuman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia dan juga tujuh orang pemain naturalisasi yang telah diterima untuk menjadi warganegara dan juga pemain pasukan bola sepak negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, khususnya Jabatan Pendaftaran Negara. Kenapa dan mengapa apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat suatu permohonan kepada FIFA untuk mendaftarkan tujuh orang pemain yang berasal daripada luar negara yang telah diberikan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, tetapi akhirnya apabila permohonan mereka ini sampai kepada FIFA dan kebetulan adanya aduan daripada satu pasukan bola sepak iaitu pasukan Vietnam yang telah kalah kepada Malaysia 4-0 dalam perlawanan yang kebetulan Segambut pergi tengok, Larut pergi tengok, saya pun pergi tengok. Kita gembira Malaysia menang 4-0. Kita beranggapan bahawa kemenangan ini kerana kebaikan ataupun kepintaran pemain-pemain Malaysia, sama ada anak watan ataupun warganegara.

Tiba-tiba, FIFA setelah menerima aduan daripada Persatuan Bola Sepak Vietnam mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia berdasarkan dokumen-dokumen yang mengatakan bahawa tujuh orang pemain daripada luar negara ini yang mendapat kewarganegaraan, datuk dan nenek mereka dilahirkan di Malaysia.

Pengesahan dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara, satu jabatan yang bertanggungjawab berkaitan dengan kad pengenalan dan juga pasport antarabangsa Malaysia...

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

FIFA mendapati bahawa kenyataan ataupun dokumen yang dikemukakan itu adalah dokumen yang palsu dan dipalsukan...

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Berdasarkan kepada pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebagai contohnya, sekejap.

Sebagai contohnya, seorang pemain daripada Spain, Maria Belen. Beliau mengatakan datuknya dilahirkan di Melaka, tetapi FIFA mendapati datuknya ini lahirnya di Santa Cruz de La Palma, Spain. Seorang lagi pemain, dia kata datuknya Carlos Rogelio Fernandez. Dia kata lahir di Malaysia, disahkan oleh JPN. Sebenarnya FIFA mendapati datuk dia ini lahir di Argentina.

Kemudian, Omar Eli Holgado Gardon. Dikatakan oleh pemain yang mendapat warganegara ini datuknya lahir di Georgetown, Pulau Pinang. Sebenarnya FIFA mendapati datuknya lahir di Buenos Aires, Argentina. Begitu juga seorang lagi ini, dia kata datuk dia lahir di Penang, tetapi sebenarnya lahir di Argentina.

Seorang lagi, datuk nama Nair de Oliveira. Dikatakan lahir di Johor, tapi sebenarnya lahir di Brazil. Yang dikatakan lahir di Kuching, Sarawak pun ada, ‘Pantai’ Manis, nama dia Gregorio Irazabal y Lamiquiz, dikatakan lahir di Kuching. FIFA mendapati, dia ini dilahirkan di Luno Vizcaya, Spain. Dan yang terakhir ini, dia kata datuk dia nama Hendrik Jan Havel dikatakan lahir di Melaka, tetapi FIFA mendapati datuk dia lahir di The Hague, Holland, Netherlands.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini adalah satu pembohongan jelas. Dokumen itu telah ditipu oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang mana dalam pengesahan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, beliau mengakui bahawa Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai bukti yang jelas dan tidak ada dokumen handwritten daripada dokumen dalam Jabatan Pendaftaran Negara, tapi JPM telah mengesahkan sebagai, “True copy as original”, begitulah bunyinya, menyebabkan FAM telah didenda sebanyak ₣350,000 bersamaan RM1.9 juta. Yang teruk lagi, tujuh orang pemain yang diberi warganegara dan juga naturalisasi ini digantung 12 bulan. Mereka ini pemain yang bermain di liga-liga luar negara. Bila-bila masa saja mereka akan menyaman FAM dan juga Kerajaan Malaysia.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, kenapa dan mengapa perkara seumpama ini, pemalsuan dan cheating— penipuan telah dibuat oleh kerajaan, memalukan negara di peringkat antarabangsa.

[Tepuk] Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, rakyat di luar sana...

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini perkara yang kita nak jelaskan.

Kerajaan kena jawab. Malu. Kalau tidak, sebuah kerajaan yang berdaulat, kita ada negara hukum, tetapi kita telah membuat satu penyelewengan fakta yang jelas dan tidak...

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu. Minta celahan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih Kota Bharu. Saya nak minta pandangan daripada Kota Bharu berkenaan dengan, apabila satu aduan telah dibuat oleh Vietnam kepada FIFA, FIFA dapat mengesan dokumen-dokumen false document ini, tetapi kenapa KDN? KDN kita sepatutnya kita dah ada SOP. Bagaimana kita boleh naturalisasi approval benda-benda ini. Jadi, kalau Jelutong saya boleh faham pasal dia memang untuk naik daripada dia jadi ini, boleh kita boleh tengok...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, dia— dia inilah yang...

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tapi kalau ini satu masalah, macam mana pandangan Kota Bharu?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Inilah Pendang, kita cukup kecewa apabila Yang Berhormat Kangar memberikan MQT baru-baru ini. Beliau telah disindir oleh Menteri kononnya ‘peluru kapur’. Peluru kapur apa ini? Sungai Petani faham tak “peluru kapur”...?

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini peluru meriam yang boleh meruntuhkan imej negara.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Satu penyelewengan.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya, ya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas saja Kota Bharu. Ini suatu perkara yang amat memalukan di peringkat dunia. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, setuju tak Kota Bharu bahawa kerajaan bukan sahaja scam rakyat, tapi kerajaan juga scam FIFA untuk mendapatkan naturalisasi? Jadi, ‘kerajaan scammer’ sekarang, setuju atau tidak?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, FIFA ini badan dunia, dia ini bukan cap ayam, apa lagi peluru kapur.

Saya nak baca decision yang dibuat oleh Chairperson of FIFA Disciplinary Committee.

draft • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Nombor satu, “The Football Association of Malaysia ...”, dengan izin, “... and the players, seven players are found responsible for having breached Article 22 of FIFA Disciplinary Code (Forgery and Falsification) for having used forged and or falsified document in FIFA proceedings.” Ini seluruh dunia boleh nampak decision yang dibuat oleh FIFA...

draft • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ketua– Kota Bharu. Sik, pertanyaan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Satu lagi Yang di-Pertua. Setuju tak Kota Bharu, kita minta supaya Menteri bertanggungjawab, supaya letak jawatan. Supaya bertanggungjawab. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sepatutnya kalau dia bermaruah, begitulah. Ya, bermaruah.

draft • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kota Bharu bagi sikit.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit, sikit je.

draft • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Oh.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ada empat minit je lagi.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya fikir kalau...

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini kita ikut pintu belakang...

[Tidak jelas]

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya nak sahkan bahawa kalau sekiranya confirm dia berlaku penyelewengan penipuan, kerajaan sepatutnya membatalkan penganugerahan kewarganegaraan sekali sebab data dokumen dia beri itu dokumen yang palsu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Jadi, saya fikir harusnya perkara ini dijelaskan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya. Sepatutnya begitu. Saya bersetuju dengan Kubang Kerian. Sepatutnya ia nya adalah void of an issue, batal daripada awal lagi kerana tidak memenuhi segala ciri-ciri. Lawyers for Liberty telah membuat kenyataan mempersoalkan sama ada tujuh pemain naturalisasi ini mempunyai kepakaran berbahasa Melayu sebagai salah satu syarat di bawah Perkara 19 untuk memberikan kewarganegaraan.

draft • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kota Bharu, sikit saja.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya masuk ke...

draft • 12:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon sikit. Belakang, sikit saja. Kota Bharu setuju tak ketika rakyat di luar sana bertanya, kenapa begitu mudah Menteri memberi budi bicaranya meluluskan kerakyatan ketika mana ribuan anak-anak di Sabah yang stateless ini, tidak pun diuruskan oleh kerajaan dengan sebaiknya, bahkan begitu mudah diberikan kerakyatan kepada pemain yang kita tak tahu yang disebut tadi ini. Tidakkah ini juga pengkhianatan kepada rakyat Sabah itu sendiri?

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya. Yang Berhormat Sik, terima kasih. Saya pun amat, amat rasa hairan dengan bangganya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada 9 Oktober baru-baru ini menjawab. Dengan bangganya dia sebut, “Berapa jumlah pemain bola sepak yang telah diberi taraf warganegara melalui jaluran naturalisasi?” Jawapannya “23”. “Ya, berapa banyak permohonan warganegara? 49,000”. “Berapa banyak lagi permohonan yang belum dibuat keputusan? 6,000”. Maknanya sepanjang dia jadi Menteri Dalam Negeri, dia telah meluluskan 43,000. Saya juga memohon beliau memberikan perincian 43,000 kewarganegaraan daripada mana. Daripada negeri mana? Asalnya daripada mana? 43,000, yang hanya berbaki 9,000 saja.

Tuan Yang di-Pertua, poin saya terakhir ialah mengenai– saya ingin bertanya juga kepada Menteri Dalam Negeri, apakah standard operating procedure atau SOP apabila satu- satu jabatan kerajaan– Jabatan penguatkuasaan kerajaan khususnya di bawah Kementerian Dalam Negeri mengadakan latihan dan juga apa-apa exercise bagi satu-satu badan? Sebagai contohnya, kalau sekiranya agensi itu mempunyai pasukan komando, bagaimana SOP untuk mengadakan latihannya?

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berhubung dengan satu jabatan di bawah JPM iaitu APMM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pada 29 September 2025, satu kejadian telah berlaku di Daerah Marang, Kuala Terengganu. Secara spesifiknya Kampung Rusila, Marang, Kuala Terengganu.

Pada kira-kira jam 10 pagi, satu kumpulan orang sekitar 10 hingga 15 orang, dalam lima kenderaan, telah tiba-tiba dalam keadaan mencurigakan menyerbu masuk ke dalam Masjid Kampung Rusila, Marang. Apabila ditegur oleh orang ramai yang berada di situ, mereka menjawab, “Kami polis”. Masuk dalam masjid pakai kasut, masuk ke kawasan sembahyang perempuan, masuk dalam itu dan mengadakan penggeledahan dan sebagainya, menimbulkan rasa cukup tidak senang di kalangan rakyat yang berada di situ.

Apabila dibuat satu— selepas itu, saya ada banyak dokumen dan juga video pun dia diambil daripada CCTV masjid itu. Sekumpulan orang ini dalam keadaan mencurigakan, menyerbu masuk dalam masjid ini.

Apabila pihak pengurusan masjid membuat repot polis di Balai Polis Marang, maka satu agensi kerajaan iaitu APMM telah mengeluarkan ataupun dijumpai satu dokumen

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

daripada APMM ini ditujukan kepada pihak-pihak tertentu. Tajuknya, “Pemakluman Latihan Pelarian dan Pelolosan (SERE) Kursus Asas Komando STAR Team, Siri 1/2025 Agensi APMM Malaysia.” Disebutkan di sini, apa yang berlaku itu adalah latihan komando APMM dalam sebuah masjid tanpa pengetahuan pihak pengurusan masjid. Apa ini? Adakah ini SOP Kementerian Dalam Negeri? Kalau saya kebetulan berada di situ, kalau saya memiliki atau membawa senjata api yang saya ada lesen, saya akan— I will open fire. Saya akan tembak, kalau itu ancaman yang berlaku dalam sebuah masjid.

[Tepuk] Apakah ini gara-gara ulangan Peristiwa Memali tahun 1985, penyerangan terhadap tempat suci ibadat rakyat? Ini bukan kerana masjid. Kalau ini berlaku dalam satu gereja atau dalam satu temple pun, kami menentang perkara itu berlaku.

[Tepuk] Apa latihan komando dibuat di tempat ibadat rakyat Malaysia? Di masjid ‘ke, temple ’ke, church, tak boleh. Nama lagi APMM, penguat kuasa maritim. Apa ke cerita pergi buat serbuan dan juga latihan atas darat. Buatlah dekat laut. Ini maritim. Ini kita cukup pelik. Benda-benda pelik di bawah Kementerian Dalam Negeri, with due respect...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, saya mohon perkara-perkara ini dapat diberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Habis?

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu, sekejap.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang, sila duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh jawab?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Boleh sikit? Sikit saja.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu. Okey, Kota Bharu...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Apakah ini perancangan untuk membunuh Presiden PAS yang ada di Masjid Rusila itu?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kita, kita...

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Adakah ini SOP Yahudi?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kita tidak mahu buat andaianlah, tetapi kenapa Marang, kenapa Rusila, Kenapa masjid? Ini APMM ini. Bukan komando Tentera Darat. Kita boleh faham sikit. Ini bekas Menteri Dalam Negeri ini pun ada ini terkejut. Ini saya ada semua dokumen.

[Sambil menunjuk senaskhah dokumen] . I am responsible for what I have said in this Dewan. Inilah keadaan.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Adakah ini perkara yang nak menakut-nakutkan, menimbulkan fear factor kepada rakyat dalam negara kita ini? This is very unbecoming, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini kita harap mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas ruang dan juga peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan *“Belanjawan 2026: Belanjawan Rakyat”.

Burung merbah di atas dahan, Bernyanyi riang di waktu senja; Belanjawan 2026 menjadi panduan, Membangun negara rakyat sejahtera.* Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 hadir sebagai satu amanah besar yang terus memperkukuh ekonomi rakyat di Malaysia. Dalam suasana global yang penuh ketidaktentuan, kerajaan komited untuk memastikan setiap dasar dan inisiatif yang digubal memberi manfaat langsung kepada rakyat. Daripada petani di desa, peniaga kecil di pasar, hinggalah anak muda yang gigih membina masa depan di alam dunia digital.

Tumpuan utama Belanjawan 2026 adalah untuk memperkasakan ekonomi rakyat melalui peningkatan pendapatan, peluasan peluang pekerjaan serta sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana. Langkah ini selaras dengan aspirasi negara menuju pertumbuhan yang inklusif dan mampan di mana kemakmuran tidak hanya dinikmati oleh segelintir, tetapi dikongsi oleh seluruh lapisan masyarakat.

Dalam semangat Malaysia MADANI, Belanjawan 2026 memperuntukkan RM421,202,000,000 bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan. Belanjawan rakyat ini dizahirkan melalui sembilan tekad yang menjadi penanda aras terhadap hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Puan Yang di-Pertua, melihat kepada keseluruhan perbelanjaan Belanjawan 2026, saya ingin memohon agar kerajaan dapat memberi komitmen terhadap masalah banjir yang sering kali berlaku di Parlimen Beaufort. Untuk pengetahuan, tahun ini sahaja Beaufort telah dilanda banjir daripada 20 kali yang secara langsung memberi kesan mendalam kepada

draft • 12:36 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

warga Beaufort. Perkara ini juga telah banyak kali saya suarakan di Parlimen. Perlu ada komitmen rapat di antara Kerajaan Persekutuan dan juga negeri dalam mengatasi masalah banjir ini.

Saya merujuk kepada laporan pasca banjir yang telah kami laksanakan di Pusat Khidmat Parlimen Beaufort iaitu setiap tahun, banjir di Beaufort berlaku adalah disebabkan oleh pertama, paras Sungai Padas yang melimpah apabila hujan lebat berpanjangan dan juga apabila menerima limpahan air banjir daripada Tenom dan juga Keningau.

Yang kedua, sistem perparitan dan juga saliran yang sempit dan tersumbat.

Yang ketiganya, kawasan tanah rendah dan dataran banjir yang tidak mempunyai infrastruktur tebatan banjir yang mencukupi.

Dan yang keempat, kekurangan penyelenggaraan longkang utama dan juga parit di kawasan penempatan penduduk. Ini adalah punca mengapa Beaufort sering kali dilanda banjir. Saya yakin bahawa Persekutuan dan negeri juga maklum mengenai perkara ini.

Saya ingin merujuk kepada soalan lisan yang telah pernah saya kemukakan kepada Kementerian PETRA berkenaan laporan banjir Integrated River Basin Management ataupun IRBM Rancangan Malaysia Kesebelas dan Kajian Total Maximum Daily Load (TMDL) Rancangan Malaysia Kedua Belas di Sungai Padas, Beaufort dalam memastikan lembangan sungai ini bermanfaat untuk dijadikan sumber air bersih dan mengurangkan risiko banjir.

draft • 12:36 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Jawapan yang telah saya terima, pelan ini menggariskan 24 strategi dan 67 program tindakan untuk dilaksanakan dalam tempoh sepuluh tahun dengan anggaran kos sebanyak RM2.1 bilion. Program tindakan utama yang disyorkan adalah pembinaan tembok penahan banjir dan juga ban sungai untuk melindungi bandar utama daripada risiko banjir. Persoalan saya, sejauh manakah komitmen Kerajaan Persekutuan dan juga negeri dalam melaksanakan Laporan Kajian IRBM Sungai Padas ini.

Puan Yang di-Pertua, atas dasar itu, Pusat Khidmat Parlimen Beaufort juga mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk melaksanakan iaitu:

(i) projek perancangan tebatan banjir atau RTB Sungai Padas, memperluaskan dan mendalamkan sungai;

(ii) membina kolam takungan banjir di kawasan strategik;

(iii) pembinaan empangan kecil di hulu sungai bagi mengawal pelepasan air semasa hujan lebat; dan

(iv) pelan pembangunan Bandar Beaufort berdaya tahan iklim di bawah perancangan kerajaan negeri.

draft • 12:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kementerian PETRA agar dapat melaksanakan pelan perancangan serta cadangan daripada Pusat Khidmat Parlimen P.177 Beaufort dalam usaha mengatasi masalah banjir di Beaufort ini. Puan Yang di-Pertua, begitu juga dengan masalah air di Beaufort. Saya yakin bahawa Kerajaan Persekutuan telah berusaha untuk memastikan rakyat Beaufort mendapatkan bekalan air bersih.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian KKDW yang telah meluluskan Projek Bekalan Air Luar Bandar Kuala Penyu. Begitu juga dengan Kementerian PETRA yang telah meluluskan penggantian generator di Muka Sauk dan Loji Rawatan Air Beaufort I dan II dalam RMK12. Persoalan saya, bilakah kedua-dua projek ini akan dilaksanakan? Saya amat mengharapkan agar projek ini dapat dipantau dan juga bagi memastikan tempoh pelaksanaan pembinaan projek ini dapat disediakan dalam tempoh dan masa yang ditetapkan.

Puan Yang di-Pertua, masalah bekalan air di Parlimen Beaufort menjadi masalah antara cabaran utama yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi setempat. Rakyat sering berhadapan dengan gangguan bekalan elektrik, terutamanya ketika musim puncak dan musim tengkujuh. Masalah ini berpunca daripada beberapa faktor utama, di antaranya ialah kebergantungan tinggi kepada sumber tenaga gas yang kadangkala terganggu, kapasiti grid yang rendah, serta infrastruktur elektrik yang telah berusia.

Selain itu, banjir tahunan di Beaufort turut menjejaskan operasi substesen dan menimbulkan gangguan bekalan yang berpanjangan. Puan Yang di-Pertua, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti perniagaan dan pentadbiran kerajaan tetapi juga memberi kesan kepada perkhidmatan penting seperti hospital, sekolah dan juga sistem bekalan air. Penduduk kampung pula terpaksa berdepan dengan kesukaran apabila bekalan elektrik terputus berulang kali dalam tempoh singkat.

Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan dan juga negeri memberi perhatian segera kepada perkara berikut:

(i) mempercepatkan pelaksanaan Projek Tenaga Solar atau LSS di Beaufort untuk menambah kapasiti penjanaan tempatan;

(ii) menaiktaraf kabel penghantaran dan substesen bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan;

(iii) menambah peruntukan penyelenggaraan infrastruktur elektrik di kawasan luar bandar, khususnya di kampung-kampung yang sering terjejas banjir; dan

(iv) mewujudkan pelan tindakan balas kecemasan tenaga semasa bencana banjir, termasuk penyediaan generator mudah alih untuk hospital dan

draft • 12:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

pusat pembinaan sementara. Perkara ini adalah sangat penting bagi memastikan masyarakat Beaufort dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik yang terjamin tanpa sebarang gangguan.

Puan Yang di-Pertua, saya pernah menyuarakan perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini, iaitu berkenaan keperluan untuk membina sebatang jalan baharu, Jalan Binunuk– Halogilat sepanjang 20 kilometer bagi kegunaan penduduk Kampung Batu 62, Kampung Tebobon dan Kampung Binunuk di kawasan Parlimen saya. Jalan ini bagi menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Beaufort, di mana pada masa ini mereka terpaksa merentasi sungai dengan menaiki sampan untuk sampai ke Pekan Beaufort. Begitu juga dengan kerja- kerja meninggikan aras jalan yang sedia ada di Jalan SRK Batu 60, Beaufort yang sering kali terputus akibat banjir dan memberi kesan kepada lebih 900 penduduk.

Saya memahami bahawa Kementerian Kerja Raya tidak dapat membantu untuk melaksanakan projek ini kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Sabah pula tidak meletakkan jalan ini sebagai prioriti sehingga menafikan hak dan keperluan mendesak penduduk kampung yang terlibat. Atas dasar itu, perjuangan untuk menuntut jalan ini ditentukan oleh rakyat Beaufort, khususnya pengundi di PDM Jempangah dan juga Halogilat pada pengundian yang akan berlangsung pada 29 November 2025 bagi PRN Sabah.

Sekiranya kita mahu perjuangkan aspirasi dan keperluan rakyat, Kerajaan Negeri Sabah hari ini perlu diradu. Radu tetap radu, radu sampai menang. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Puan Yang di-Pertua akhir sekali, dalam Belanjawan 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan peruntukan kepada Sabah sebanyak RM6.9 bilion pada tahun 2025, kadar pemberian khas Sabah ditingkatkan kepada 600 juta. Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha ini. Namun, hak Sabah berkenaan 40 peratus hasil cukai Persekutuan di Sabah yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 112C dan 112D tidak boleh dijadikan sebagai janji politik. Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab dan komitmen bersama dalam kita mengangkat keluhuran Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak tidak sah kerana gagal memenuhi hak Sabah terhadap tuntutan 40 peratus hasil yang diperolehi dari Sabah. Melalui Perintah Mahkamah, Kerajaan Persekutuan perlu melakukan semakan semula bagi tahun-tahun yang hilang, 1974 sehingga tahun 2021 dan berunding dengan Kerajaan Sabah.

Saya mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan tidak merayu terhadap keputusan ini kerana ini adalah hak yang telah pun dinafikan. Janganlah kita menabur garam di hirisan luka yang masih berdarah, kerana sesungguhnya Sabah, Sarawak adalah wilayah yang bersama membentuk Malaysia hari ini melalui Perjanjian MA63.

draft • 12:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Saya merayu kepada semua Ahli Parlimen, sama ada di blok pembangkang atau kerajaan, Semenanjung, Sarawak dan juga Sabah untuk bersama-sama dengan kami menoktahkan kemelut tuntutan 40 peratus ini dan hak Sabah dapat dikembalikan. Puan Yang di-Pertua, bahang Pilihan Raya Negeri Sabah sudah berada di kemuncaknya. Rakyat Sabah hari ini mahukan perubahan untuk memastikan keperluan dan kebajikan mereka dapat ditunaikan. Jangan sekali-kali Kerajaan MADANI yang telah dibina atas perpaduan rakyat, tersilap percaturan dalam menentukan untung nasib rakyat Negeri Sabah.

*Sungai Padas beralun tenang, Air mengalir di Gunung Daik; Rakyat Beaufort sepakat untuk menang; Pilih pemimpin yang jujur dan baik.

Sawah menghijau di Kampung Lawa, Angin berhembus membawa cerita:

Rakyat Beaufort ingin sejahtera, Barisan Nasional pilihan utama.* Sekian dan terima kasih. Beaufort mohon menyokong.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 12:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, saya mohon tidak berhenti jam 1. Mohon untuk menyelesaikan bahas saya dan tidak berhenti pada jam 1.

draft • 12:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

13 minit sahaja.

draft • 12:49 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Okey, baik. Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya mulakan dengan memetik kata-kata Umar Al-Khatab r.a., yang beliau berkata, “Jangan engkau memuji diri-mu sendiri kerana engkau lebih tahu tentang diri-mu daripada orang lain.”

draft • 12:49 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Juga, kata-kata Imam Syafie yang berkata, “Orang yang suka memuji dirinya sendiri tidak memiliki nilai di sisi Allah”, dan juga ada kata-kata yang menyatakan, “Jika seseorang perlu berbohong untuk kelihatan hebat, maka kehebatannya hanyalah topeng yang rapuh.” Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan untuk Sungai Besar mengambil bahagian dalam bahas dasar Belanjawan Tahun 2026. Saya setuju dengan kata-kata Yang Amat Berhormat Tambun waktu pembentangan bajet yang berkata, ini adalah belanjawan terbesar dalam sejarah, pernah dibentangkan.

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Memang kita akui, setiap tahun belanjawan negara akan meningkat. Sejak dulu, bukan hanya sewaktu kerajaan ini. Walaupun pendapatan kerajaan sekitar RM343.1 bilion tetapi, perbelanjaannya sangat besar, melebihi RM470 bilion. Sangat besar. Hutang pun semakin besar.

Sejak jadi Kerajaan MADANI, hampir RM300 bilion hutang baharu untuk negara dan akhirnya, siapa yang akan tanggung? Kitalah, rakyat yang akan tanggung. Saya sangat setuju dengan kata-kata Yang Berhormat Ketua Pembangkang sewaktu bahas dasar pada minggu lepas, yang kerajaan ini banyak sangat silap matanya. Ekonomi dibayangkan berkembang tetapi atas kertas sahaja.

Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, ada luka dalam kehidupan seharian rakyat biasa.

Kerajaan mungkin berkata, ekonomi berkembang tumbuh empat peratus, pelaburan masuk beratus bilion, yang berpotensi juga beratus bilion, tetapi nampak inflasi tidak terkawal.

Hakikatnya, kehidupan rakyat semakin menekan, kehidupan semakin terbeban, harga barang semakin tidak terkawal, sewa rumah juga semakin naik.

Belanja sekolah apa lagi, terpaksa bertambah, dan bagi kami di kampung-kampung dan di desa-desa, setiap bulan ibarat berperang untuk terus hidup. Yang miskin terus miskin.

Yang kaya terus melebar kayanya.

Katanya, nak menoktahkan kemiskinan. Hakikatnya, hampir 400,000 kategori miskin masih wujud, terutamanya di kawasan perbandaran. Malah di Sabah contohnya, ada daerah- daerah luar bandar yang miskin tegarnya yang lebih tinggi daripada kadar nasional. Beluran, Pitas dan sebagainya, dan rakyat sebenarnya masih menunggu hasil yang tidak kunjung tiba, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ruang waktu yang sangat singkat ini, saya nak menyentuh berkaitan peruntukan MySARA, berbelanja RM100 guna kad pengenalan di kedai-kedai tertentu yang berdaftar. Saya anggap, Tuan Yang di-Pertua, ini satu usaha yang sangat baik.

Ia untuk rakyat dan usahawan peruncitan, serta boleh meringankan beban rakyat.

Dalam Bajet 2026, sekali lagi diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, banyak panel kedai runcit dilantik untuk penebusan MySARA. Yang besar, yang kecil, yang banyak rangkaian, telah dilantik. Tetapi, saya buat semakan. Kerajaan mungkin terlupa ataupun saya yang terlepas pandang, dengan rangkaian kedai Coop Mart, milik koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan, yang dianggotai oleh lebih tujuh juta ahli koperasi.

Outlet-nya bukan sedikit. Lebih 600 Coop Mart di seluruh negara. Adakah dilantik atau tidak sebagai panel penebusan barangan MySARA? Yang ramai tahu, yang dilantik hanyalah kedai-kedai runcit ataupun pasar raya milik maha kaya. Ada yang memiliki beribu outlet, ada di bandar, ada di pekan-pekan, ada di taman-taman perumahan. Malah, semua ini milik

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

individu maha kaya, mengaut keuntungan beratus juta. Mungkin hampir bilion, tetapi kedai Coop Mart milik ahli-ahli koperasi, kalau tidak diberi peluang, amat malang sekali.

Jadi, saya mohon kepada KUSKOP khususnya, Suruhanjaya Koperasi khususnya, supaya memohon atau mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya semua kedai Coop Mart dilantik sebagai panel untuk penebusan MySARA bagi Bajet 2026, supaya limpahan keuntungan dapat diagihkan kepada ahli-ahli koperasi. Ini yang disebut sebagai kek yang sedikit, kita rasa sama-sama.

Tuan Yang di-Pertua, kami para pesawah menyambut baik usaha menjadikan tanaman padi lima kali, dua musim yang dibentangkan dalam belanjawan pada kali ini. Saya kira, ini usaha yang sangat baik untuk jaminan makanan negara. Kami sokong, tetapi persoalannya, adakah sistem saliran sudah diperbaiki? Sudah dimodenkan kah? Varieti padinya sudah mencapai tempoh matang antara 75 hingga 90 hari kah, sebagaimana di negara-negara jiran kita, Indonesia, Thailand dan Vietnam?

Malah, ada negara jiran kita sudah mencapai tempoh matang 75 hari. Jadi, saya nak tanya, apa varieti jenis padi apa yang dipersembahkan kepada pesawah, yang matangnya dalam tempoh yang sangat singkat? Kita juga mahu kementerian memperkuatkan penguatkuasaan dalam pemilihan daftar benih padi sah.

Bahagian yang berkaitan, terutamanya Jabatan Pertanian mestilah menguatkuasakan Akta Benih Tahun 2004 [Akta 524] yang memastikan benih padi sah yang berkualiti sahaja, yang boleh dijual. Janganlah ambil benih padi daripada ladang yang hanya dapat empat tan atau lima tan per hektar sebagai benih padi sah. Ini tak ada kualiti yang menyebabkan hasil pesawah turun dan tidak produktif. Padi anginnya banyak, sambaunya pun banyak dalam benih padi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, banyak isu yang tidak selesai sekarang ini. Padi dah tanam, baja ada yang tak sampai lagi. Kalau sampai pun, lewat sehingga pesawah merungut. Racun pun sama, ada yang tak sampai. Sepatutnya empat hari calit, kita dah tabur urea. Ini umur padi 15 hari, baja ada yang tak sampai. Bukan di Selangor, di Perak, di Kedah dan banyak kawasan lain.

Saya mohon kepada pihak KPKM menjelaskan perkara ini. Ini tatakelola yang sangat teruk. Nak hasil yang baik, padi yang subur, apa pesawah buat? Pesawah terpaksa beli baja dekat kedai. Kedai pula ambil kesempatan, Tuan Yang di-Pertua. Harga RM110, 50 kilo sebelum itu, untuk baja urea naik ke RM135 hingga RM190. Banyak lagi rintihan pesawah.

Harga racun terus naik. Musim lepas terbeban dengan kenaikan harga diesel.

Luka hati pesawah belum sembuh lagi dengan pelbagai kenaikan upah pembajakan, upah mesin tuai, input pertanian dan kos-kos lain hasil daripada kenaikan diesel. Hari ini, berdepan pula dengan penyasaran RON 95. Dekat kedai kampung, Tuan Yang di-Pertua, nak

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

beli petrol untuk mesin tebas, mesin rumput, mesin racun, pam air yang kita beli bawah lima liter, mana boleh pakai IC? Ini kedai kampung. Kan?

Apa yang kami terpaksa tempuh? Jadilah kami sama macam pendatang tanpa izin yang lain. Beli seliter RM2.60 hingga RM3.50. Di kampung, biasanya kita sebut, setengah ataupun suku. Kalau suku itu, satu literlah. Jadi, luka kami, luka kami pesawah ini, pesawah- pesawah ini luka hatinya. Macam manalah kami pesawah nak bahagia dan gembira dengan menghentikan tanaman jaminan makanan negara, kalau sentiasa tertekan dan ditekan.

Ini belum lagi silap mata daripada kerajaan. Ini kata Yang Berhormat Ketua Pembangkang, hari itu beritahu. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan dengan sukacitanya insentif pembajakan dinaikkan ke RM160 dan insentif tuaian RM50 semusim. Hari itu, Padang Serai pun sudah sebut. Padahal, ini cuma kenaikan yang pernah diumumkan tahun lepas, berkaitan insentif pembajakan RM100 ke RM160. Umum lagi pada belanjawan kali ini. Tak tahu berapa kali nak umum.

Ini, Tuan Yang di-Pertua, pada 27 Mei 2024, diumum insentif pembajakan naik daripada RM100 ke RM160 dan insentif penuaian RM50 semusim, menjadikan jumlah RM210. Kemudian, siaran medianya pada 11 Jun 2024. Setahun kemudian, 31 Julai 2025, Pertubuhan Persatuan Pesawah Malaysia (PESAWAH) menggesa Perdana Menteri campur tangan segera, berhubung kegagalan penyaluran insentif pembajakan dan penuaian yang tertunggak selama tiga musim penanaman padi.

Alih-alih, dalam pembentangan belanjawan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan sekali lagi. Ini umum dan umum, ulang dan ulang, tetapi insentif tidak juga sampai kepada pesawah. Bukan banyak pun, RM50 untuk penuaian dan RM60 untuk pembajakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyentuh sedikit tentang pendidikan yang mendapat agihan peruntukan yang paling besar. Amalan biasa demi kemenjadian manusia, lebih RM66 bilion diperuntukkan. Nak melahirkan manusia yang kuat jasmani, emosi, rohani dan intelektual, pembimbing atau guru mestilah lebih kuat emosinya. Tetapi mutakhir ini, sektor pendidikan melalui hari-hari yang suram dengan pelbagai isu. Buli, rogol, bunuh dan lain-lain, dan nampaknya banyak kerosakan telah berlaku. Adakah suasana pembelajaran semakin stres? Saya yakin, bukan sahaja pelajar stres, cikgu-cikgu pun stres.

Saya yakin, suatu ketika dulu, ramai guru gembira dengan pengumuman langkah inisiatif daripada Yang Berhormat Menteri, berkaitan meringankan beban tugas guru. Ada tujuh langkah kononnya, untuk kurangkan beban guru. Antaranya, memansuhkan aktiviti sekolah berimpak rendah supaya guru tidak terbeban.

Saya selaku bekas guru, Tuan Yang di-Pertua, pun sangat gembira dengan langkah ini. Tetapi, inisiatif ataupun langkahnya lain, realitinya lain. Hari ini, guru dibebankan dengan

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

banyak program bernama MADANI. Ramai cikgu yang merungut. Dalam takwim sekolah, dah ada gotong-royong. Ditambah pula slot lain. Ada gotong-royong MADANI.

draft • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Ada pula takwim perkhemahan. Dah ada takwim, ada pula perkhemahan MADANI. Ada pula kem generasi MADANI, padahal sekolah juga melaksanakan, sebagaimana takwim sekolah, ada kem-kem motivasi untuk pelajar. Ada pula penambahan sukan luar takwim.

draft • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sungai Besar.

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Ada lagi Sekolah Angkat MADANI.

Walaupun Sekolah Angkat MADANI ada peruntukan, semua ini menyebabkan cikgu-cikgu terbeban.

draft • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Minta laluan. Jerai, Jerai.

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Cikgu-cikgu stres. Terpaksa ada yang terlibat luar sekolah, terpaksa tinggalkan kelas. Sukatan pelajaran tak habis, penilaian berasaskan kepada pelajaran terganggu. Bukannya program esok, hari ini dilaksanakan, baru kita nak merancang.

draft • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai.

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Pastinya, mengambil masa berminggu untuk meninggalkan tugas hakiki. Daripada aktiviti luar takwim— sikit, sikit. Sekejap. Hilang dah.

[Ketawa] Daripada aktiviti luar takwim, cikgu-cikgu nak merungut ini kepada wahai Menteri, banyak sangat. Banyak sangat perkara yang berkaitan dengan program-program di luar takwim sekolah.

Ada satu lagi. Kalau berjanji, kalau bersembang, mohon dilaksanakan sedaya-upaya.

Laporan Astro AWANI 27 Mei 2023, Menteri Pendidikan memaklumkan, KPM ada berbincang mengenai kenaikan gaji guru mengikut kelayakan akademik sebagai pengiktirafan kepada golongan pendidik. Kononnya, ini melibatkan guru-guru yang ada ijazah kedua, ada Master dan ada PhD. Jadi, guru-guru tanya, apa hasil perbincangan? Bincang dengan siapa? Dah dua tahun. Dah dua tahun ini, maklumkanlah hasil perbincangan supaya guru tidak menunggu buah yang tidak gugur.

Jadi, ini ada masa yang sedikit, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan kawasan sayalah.

Saya potong terus.

Pertama, bila nak bermula pembinaan jambatan daripada Tanjung Medan ke-26 yang peruntukannya telah diteruskan?

Kedua, apa perancangan untuk menaikkan ban tepi laut di kawasan Parlimen Sekinchan, yang kalau air pasang besar, air laut melimpah melampaui ban dan menimbulkan keresahan di kalangan penduduk?

draft • 12:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Ketiga, bila tarikh sebenarnya bangunan baru PPD Sabak Bernam siap sepenuhnya?

Berapa peratus kelewatan sekarang?

Keempat, ini pada pandangan pesawah di kawasan Sekinchan. Sebuah kunci air baharu dibuat mengatakan kunci air Tebuk Rasidin yang kurang berfungsi. Masalahnya, kalau hujan, sawah-sawah cepat tenggelam kerana air tidak dikawal dengan baik.

Kelima, Sekolah Komprehensif (K11) Binjai Jaya. Terima kasih menjadikan impian penduduk Binjai Jaya terlaksana. Persoalannya, bila nak dimulakan pembangunan sekolah yang baharu?

Keenam, mohon TNB turun padang melihat banyak kawasan, seolah-olah kurang aliran elektrik menyebabkan banyak barangan elektrik pengguna rosak.

Dan ketujuh, mohon Kementerian Komunikasi melihat berkaitan rungutan rakyat. Ada beberapa kawasan di Parlimen Sungai Besar yang ada masalah kurang liputan talian Internet dan sebagainya.

Kelapan terakhir, bila nak bermula pembinaan jejantas di hadapan SK Sungai Leman yang telah diluluskan dahulu dan dulu dimaklumkan akan dimulakan pada bulan Ogos? Dan, bagaimana permohonan jejantas di Batu 23?

Dan, akhir sekali, jika rakyat terus sengsara, maknanya ekonomi kita gagal melaksanakan tujuan sebenar iaitu membawa kesejahteraan kepada manusia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menangguhkan mesyuarat dan akan bersambung semula 2:30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Kepong. Silakan 13 minit.

draft • 2:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan satu isu yang telah menimbulkan kemarahan orang ramai iaitu pendakwaan terhadap dua orang cikgu. Cikgu Chong Kean Beng dan Cikgu Lau Teik Hwa di Mahkamah Majistret Georgetown pada 6 Oktober yang lalu kerana tindakan merotan seorang pelajar pada dua tahun yang lalu.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Dalam hal ini, saya dengan penuh hormat memohon kepada kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pendakwaan ini. Saya yakin tindakan kedua- dua guru ini dilaksanakan dengan niat yang baik iaitu untuk mendisiplinkan pelajar berkenaan.

Pada 30 tahun yang lalu, ibu bapa berterima kasih kepada cikgu jika anak mereka dirotan sebagai tindakan disiplin. Kini, ibu bapa membuat laporan polis dan menyaman sekolah jika anak mereka dirotan oleh cikgu. Kita perlu tanyakan bersama, adakah standard pendidikan dan disiplin pelajar kita pada hari ini lebih baik berbanding dahulu.

Seterusnya, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penambahan 1,500 tempat pengajian untuk ijazah sarjana muda dalam 10 bidang kritikal termasuk undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan dan kecerdasan buatan (AI) dengan izin di universiti awam.

Saya cuma ingin memohon kepada kerajaan bagi memastikan untuk tahun-tahun yang akan datang, semua pelajar STPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam purata nilai gred kumulatif PNGK 4.00 dijamin mendapat tawaran untuk mengikuti bidang yang mereka memohon di universiti awam dan dengan biasiswa penuh. Kita tidak mahu isu pelajar cemerlang STPM tercicir daripada tempat pengajian di universiti awam berulang setiap tahun.

Seterusnya, saya mencadangkan agar Belanjawan 2026 dimasukkan satu whole-of- government approach dengan izin yang menyeluruh untuk memerangi online scams, money laundering serta jenayah kewangan terkini, termasuk fake emails, ghost texts, phishing links, deepfake, masked voice over calls dan bentuk penipuan yang lain. Kerajaan wajar menggubal undang-undang baharu atau meminda undang-undang sedia ada bagi menangani online scams yang semakin kompleks hari ini dengan menyelaraskan semua agensi di bawah satu pelan induk yang efektif dan holistik.

Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 juga telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk manfaat penjaja. Saya memohon peruntukan RM30 juta daripada itu diperuntukkan bagi membina semula Pasar Jinjang Utara kepada bangunan pasar moden dengan dua atau tiga tingkat. Saya juga memohon peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf lapangan hijau di Lot 19226 Jalan Kuang Gunung di kawasan Parlimen Kepong.

Selain itu, saya menyeru agar DBKL melaksanakan banci semula untuk mengenal pasti penduduk asal yang benar-benar layak serta berstatus B40 di Jinjang Selatan Tambahan bagi tujuan pemberian pampasan perumahan. Banci semula juga perlu dijalankan ke atas 28 gerai di Pusat Penjaja Metro Prima. Lesen penjaja yang tidak aktif di sana patut dibatalkan dan susunan gerai diatur semula dengan mewujudkan 14 gerai di zon hadapan sebagai tempat halal dan 14 gerai di zon belakang sebagai tempat tidak halal.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tan Sri Yang di-Pertua, minggu lalu kita dikejutkan dengan gangguan bekalan elektrik di Lembah Klang, negeri Perak dan Johor yang berpunca daripada masalah di Stesen Penjana Bebas (IPP) Edra Power Plant di Melaka. Sukar untuk difahami bagaimana masalah di sebuah IPP di Melaka boleh menjejaskan bekalan elektrik sehingga ke Kuala Lumpur, Perak dan Johor. Setiap tahun Tenaga Nasional Berhad membayar berpuluh bilion Ringgit kepada syarikat-syarikat IPP. Adakah ini standard perkhidmatan yang sepatutnya kita terima?

Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian semula yang menyeluruh ke atas semua kontrak dengan syarikat IPP. Tindakan ini bukan sahaja boleh meningkatkan perkhidmatan mereka, malah mungkin boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Minggu lalu juga Yang Berhormat Marang— ada? Yang Berhormat Marang membuat kenyataan bahawa PAS tidak menamakan calon Perdana Menteri atas sebab keselamatan.

Beliau mendakwa terdapat risiko calon Perdana Menteri PAS akan disogok dengan jongkong emas atau diletakkan dadah dalam kereta bagi menghalang calon PAS itu daripada bertanding.

Memandangkan kenyataan ini amat serius dan boleh menjejaskan imej negara, saya meminta pihak Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan daripada Yang Berhormat Marang untuk mengenal pasti individu atau kumpulan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah tersebut atau adakah ini sekadar cerita dongeng yang direka oleh Marang untuk terus memperdaya penyokong PAS?

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan tidak demokratik juga daripada Ahli Parlimen PAS untuk melarang Malaysia Airlines daripada menghidangkan arak. Saya ingin menegaskan bahawa hak untuk minum atau tidak minum arak adalah hak individu orang bukan Islam. Malah syarikat penerbangan daripada negara-negara Muslim, daripada Arab seperti Emirates, Etihad, Qatar Airways dan Gulf Air sendiri menghidangkan arak kepada penumpang mereka. Kepada PAS— ya.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kepong. Kepong. Saya tambah sikit boleh?

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Jika begitu tidak sukanya kamu, saya cadangkan PAS menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kepong, bagi laluan boleh?

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Panggil PAS Airlines.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh bagi laluan sikit?

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Nanti. Nanti. Masa ada. Itu pun PAS Airlines sendiri.

Mari lah kita sama-sama menanti berapa lama PAS Airlines...

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tak. Saudi Air, Kuwait Air, Pakistan Air ada sembilan airlines tak sediakan arak.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Duduk, duduk. Tan Sri Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.

draft • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kepong nak bagi, tak bagi?

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tak. Tak.

draft • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak bagi. Sila Yang Berhormat, Kepong tak bagi.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tubuh sahaja syarikat PAS Airlines. Mari lah kita sama- sama menanti berapa lama PAS Airlines ini dapat bertahan sebelum bankrap.

draft • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sekian sahaja. Terima kasih. Ya. Ya. Saya bagi laluan kepada dia.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Nak minta, Tangga Batu minta sikit.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Nak minum arak itu buat DAP Airlines, minum arak sampai mabuk.

draft • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga batu. Tangga Batu.

draft • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta pandangan Yang Berhormat Kepong berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

draft • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita lihat kerajaan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat. Pelbagai program direncanakan dan berulang kali dalam pembentangan belanjawan, kerajaan cuba untuk memberi tumpuan kepada masalah masyarakat dan rakyat.

Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa baru-baru ini yang membandingkan negara Malaysia kepada Palestin. Dalam satu ucapan Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah menyatakan bahawa di Palestin, asalnya orang-orang Palestin memberi ruang dan peluang kepada orang-orang bukan Palestin untuk datang ke Palestin dan selepas datang ke Palestin, orang-orang di Palestin telah dipinggirkan, di mana keutamaan orang-orang Palestin tidak diberi perhatian. Seolah-olah membandingkan negara kita kepada Palestin, satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab.

Apakah pandangan Yang Berhormat berkenaan perkara ini? Bolehkah ia mencetuskan polemik perkauman? Setiap kali daripada parti PAS, setiap kali daripada Perikatan Nasional. So, saya nak tanya pendapat Yang Berhormat Kepong, apakah yang

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

wajar kita buat berkenaan kenyataan-kenyataan Ahli-ahli Parlimen pembangkang, terutamanya PAS yang selalu memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara kita?

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tan Sri Yang di-Pertua, saya setuju...

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat...

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Bagi Tangga Batu sikitlah.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kenyataan Ahli Parlimen PAS itu bukan saja tidak benar, ia menghasutkan. Jadi, saya ingin kerajaan menyiasat, panggillah polis, SPRM menyiasat, kalau boleh tangkap Ahli Parlimen tersebut.

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat...

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Ketawa] Baik. Kepong. Bagi Tangga Batu sikit.

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Baik. Saya bagi Ipoh Timor.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kepong, ada dua lagi.

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dia bagi saya. Sebenarnya saya menyokong persoalan yang dibangkitkan oleh Jelutong dan saya nak mohon pandangan Yang Berhormat juga, adakah pihak Yang Berhormat rasa ada perlunya pihak Perikatan Nasional dan juga pembangkang secara keseluruhannya menyangkal atau menyokong apa yang telah dinyatakan oleh Pengkalan Chepa itu?

Kalau mereka sokong, kalau mereka tidak menyangkal, tidak menyatakan apa yang ditulis— ini bukan dia cakap, dia menulis kat Facebook, kat sosial media. Kalau mereka setuju, maksudnya mereka setuju bahawasanya semua yang bukan bumiputera, semua yang bukan Islam adalah bersamaan dengan Zionis Israel yang melakukan genosid.

Kalau Perikatan Nasional dan pembangkang tak setuju, kalau dia orang tak setuju, mereka perlu mengeluarkan statement atau menyatakan secara jelas dalam perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Mereka tak setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Pengkalan Chepa dan Pengkalan Chepa perlu didenda ke, dihukum ke, diambil tindakan.

Kalau tidaknya, ini akan mewujudkan satu precedent yang sangat berbahaya, di mana seorang Ahli Yang Berhormat telah menyamakan semua yang bukan Islam, bukan bumiputera bersamaan dengan Zionis Israel. Ini kita tak boleh terima, apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada saya menyeru PDRM, SPRM menyiasat, saya juga menyuruh Menteri Komunikasi menyiasat keterangan Pengkalan Chepa sebab dia menulis di Facebook dia, menyiasat dan ambil tindakan undang- undang terhadap beliau. Terima kasih. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat, belum habis lagi.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tak bagi Tangga Batu ke?

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah, dah. Dia dah kata sekian terima kasih dah. Minta maaflah.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tak adillah ini.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Jerai.

draft • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Firman Allah SWT dalam Surah Luqman Ayat 13, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai anakku, didiklah solat, suruhlah mereka dengan perbuatan yang baik dan cegahlah perbuatan mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya itu adalah antara yang paling penting.” Tan Sri Yang di-Pertua, saya merakamkan juga terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan untuk turut sama membahas Belanjawan 2026 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Pertamanya, saya ingin menyentuh peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan sebanyak RM66,198,638,600. Biaya mengurus RM59 bilion, manakala biaya pembangunan RM6 bilion. Dengan peruntukan yang diberikan, saya percaya cabaran pelaksanaannya juga akan melalui pelbagai isu yang akan timbul. Semoga pembiayaan sebanyak itu dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat.

Cabaran dalam pendidikan hari ini semakin rumit. Seminggu ini saja banyak peristiwa yang menyayat hati dilaporkan. Jika dulu isu-isu jenayah berat hanya kita lihat dan dengar di luar kawasan premis sekolah, tapi hari ini berita-berita jenayah tersebut datang melalui institusi ilmu, institusi pendidikan. Isu yang sangat berat, buli, rogol dan bunuh manakala suspek pula dalam kalangan murid dan mangsa juga dalam kalangan murid. Pihak keselamatan semakin sibuk masuk keluar sekolah, membuat siasatan demi siasatan sekolah.

Dahulunya amat jarang berlaku, akhbar arus perdana dan siaran di media sosial semakin rancak melaporkan kehangatan berita sensasi domestik dalam negara. Seperti biasa, kenyataan demi kenyataan dari pihak Menteri dikeluarkan yang kadang-kadang tidak disenangi oleh beberapa pihak. Saya teringat antara intipati Falsafah Pendidikan Negara memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan “Kepercayaan Kepada Tuhan”. Fokus utama kementerian sepatutnya menyemak semula proses kemenjadian murid berlandaskan Falsafah Pendidikan kerana kemerdekaan negara ini telah memasuki usia 68 tahun.

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Namun, setelah bertukar ganti Menteri Pendidikan, pelajar-pelajar juga generasi pascamerdeka disajikan dengan berbagai maklumat pantas berkelajuan tinggi. TV sudah tidak menjadi informasi utama. Program-program di luar TV yang murah, generasi alaf MADANI masih gagal menghayati falsafah tersebut.

Generasi hari ini seusia dua tahun sudah mahir menggunakan aplikasi media sosial, YouTube, Netflix dan banyak lagi ruang mainan dan hiburan kanak-kanak di awal usia. Dalam usia tujuh tahun, memasuki gerbang pendidikan, pengetahuan dan kemahiran sedia ada mengenai penggunaan media sosial telah sebati dalam jiwa mereka.

Paling membimbangkan sekarang ini ialah permainan dalam talian seperti yang disebutkan oleh Kepong tadi. Ketagihan permainan dalam talian ini sukar dikawal. Dunia sekeliling tidak diberikan. Di Barat, sudah ada undang-undang untuk mengawal chatbot, aplikasi seperti ChatGPT berfungsi dalam melayani semua permasalahan hidup hinggakan mengatur cara membunuh diri. Hal ini sangat membimbangkan kerana membabitkan kesihatan mental, berada dalam khayalan, bukan lagi realiti.

Apakah langkah KPM bagi mengatasi kelajuan maklumat seperti ini? Adakah Menteri yang terlibat dalam komunikasi telah mengambil tindakan drastik bagi menangani hal ini?

Dengan cabaran baru ini, persoalannya lagi adakah peruntukan belanjaan yang ada mampu memperdanakan program memperkasakan pendidikan digital dengan kerjasama Kementerian Digital?

Sesuatu perlu dilakukan kerana pelajar sudah bosan berada di sekolah. Kekangan handset tiada di tangan dan hanya dapat bebas berbuat demikian di luar sekolah. Ini satu cabaran besar untuk menarik minat untuk berada di sekolah bagi menelaah ilmu yang cukup berharga di usia mereka. Murid perlu disibukkan dengan aktiviti yang merangsang mereka untuk memberi fokus dalam pembelajaran.

draft • 2:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Masa kosong dan tiada aktiviti yang merangsang mereka dalam menekuni pelajaran menyebabkan mereka mempunyai pilihan untuk melakukan aktiviti secara bersendirian dan berkumpulan dengan aktiviti tidak berfaedah. Ada pihak juga memberi pilihan agar peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah perlu diadakan semula semata-mata untuk memberi ruang kepada pelajar untuk bertungkus lumus menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, saya ingin mengulangi apa yang telah dibahaskan oleh YB Indera Mahkota berkaitan tentang pelajaran yang tidak sepadan dengan murid. Seolah-olah dipaksa pelajar untuk mempelajarinya. Umpamanya dalam Pendidikan Islam, Bahagian Jawi, Tahun 1 telah ditekankan membaca, membina dan menulis rangkai kata dan kata majmuk daripada suku kata terbuka dan tertutup. Ini sebagai satu contoh.

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sepatutnya PdP Jawi memerlukan masa yang panjang. Murid boleh menulis huruf tunggal dengan baik dan mengeja perkataan yang mudah. Tidak diberikan tajuk yang sukar untuk difahami. Masa pengajian Jawi hendaklah berterusan, tidak di sekolah rendah sahaja malah diteruskan hingga selesai ke Tingkatan 5.

draft • 2:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat.

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

KPM mesti mengorak langkah lebih agresif, merealisasikan kemenjadian murid benar-benar mampu mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Tan Sri Yang di-Pertua...

draft • 2:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Timor bangun. Nak bagi laluan, Yang Berhormat Jerai?

draft • 2:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Nak tanya sikit saja, Yang Berhormat ini.

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya.

draft • 2:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Soalan yang ringkas.

draft • 2:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi tak bagi?

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sekejap. Sekejap.

draft • 2:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap. Dia kata sekejap.

draft • 2:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Sekejap? Okey.

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Suatu masa dahulu, pelajar yang melanggar disiplin berat akan dirotan. Hukuman ini diterima dengan baik oleh bapa dan masyarakat. Merotan pada waktu itu dianggap satu kebiasaan untuk mendidik pelajar. Malah pengalaman saya menjadi guru di salah sebuah sekolah, guru disiplin menggunakan rotan bagi pelajar yang lewat ke sekolah.

Kesannya, sifar ponteng dan guru tersebut sekarang sudah pun kembali ke rahmatullah, antara guru popular di sekolah kerana merasakan hukuman yang diterima serta pendidikan yang paling berkesan untuk mendidik mereka.

draft • 2:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Namun hari ini, tindakan merotan pelajar berlaku di sebuah sekolah di Pulau Pinang, akhirnya dua orang guru pula diberkas oleh pihak polis dan berdepan dengan hukuman penjara dan sebat. Fenomena ini amat berbeza dengan zaman dahulu dan akan menyebabkan guru-guru mula memikirkan masa depan dalam kerjaya mereka. Sekiranya mereka diberkas dan ditangkap akibat tindakan menghukum pelajar, periuk nasi mereka akan terlingkup dan masa depan mereka tidak secerah yang mereka idamkan. Akhirnya, sebarang gejala buruk yang di depan mata mereka tidak dipedulikan. Punca kuasanya ialah merotan bukannya dengan alat yang tidak biasa digunakan.

Persoalannya, apakah pembelaan oleh pihak kementerian bagi kes-kes melibatkan guru berkenaan dan apakah telah menjadi kes polis? Guru-guru terlibat tidak lagi menjadi

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

beban kepada pihak KPM untuk melihat kebajikan keluarga guru berkenaan. Guru bukan penjenayah, kesilapan memang akan berlaku sehingga melibatkan aduan polis. Kita tidak mengganggu siasatan polis, namun bagi pihak KPM, apakah pembelaan kepada guru-guru yang terlibat dalam memberi keterjaminan kepada guru-guru di seluruh Malaysia bahawa KPM dilihat sebagai badan induk yang bersifat ihsan kepada guru berkenaan? Adakah pihak KPM berlepas tangan dalam menangani isu pembelaan guru yang terlibat?

Tan Sri Yang di-Pertua, keharmonian sebuah sekolah memerlukan kerjasama semua pihak. Kerjasama yang seharusnya dilipatgandakan menerusi hubungan dua hala, PIBG dan sekolah, kepimpinan politik setempat yang diberi mandat oleh rakyat dan juga dalam pihak keselamatan. Ketempangan dan kelompangan, ha, ini saya perbetulkan, kelompangan yang berlaku sejak sekian lama. Peranan sekolah dijadikan tempat agenda tersendiri.

Sekolah bukan tempat menyemai politik kepartian, bukan juga tempat menjadi pengaruh politik dengan dana yang dicurahkan. Sekolah ialah tempat bagaimana dengan menjanakan keharmonian mampu mengangkat kecemerlangan ilmu dan adab, dengan nawaitu dan matlamat yang jelas. Saya yakin dan percaya sistem pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan baik serta mempunyai masa depan yang gemilang. Apatah lagi mampu melahirkan murid dan pelajar menepati dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Keangkuhan dan kejaguhan diri apabila berkuasa dengan mendabik dada. “Ini sekolah kami. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan.” Tanpa menghirau suara-suara untuk membina bersama fikiran ilmu, maka timbul masalah bertubi-tubi dan rencam serta rumit untuk diselesaikan. Rakyat hanya memerhati dan penuh keresahan dan menilai kembali fungsi kerajaan yang diberi mandat. Seterusnya, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang bagaimana perlunya kita bangunkan sahsiah murid. Pelajar Islam di sekolah arus perdana mempunyai mata pelajaran Pendidikan Islam, ruang yang cukup terbuka untuk mendidik acuan agamanya, mengikut agamanya.

draft • 2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya rasa terpanggil untuk menyebut tentang j-QAF yang diputuskan pada tahun 2005 oleh Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Persoalannya, bilakah KPM menganalisa semula keberkesanan tentang j-QAF? Hampir 20 tahun program itu diperkenalkan hingga kini, murid masih di tahap yang sama. Ringkasnya, keperibadian murid terhasil dengan kemampuan murid menguasai Al-Quran bagi pelajar Muslim. Apakah langkah KPM untuk membolehkan murid khatam Al-Quran di awal persekolahan? Setidak-tidaknya Tahun 2 di sekolah rendah, setelah selesai menguasai dan khatam Al-Quran.

Adakah program tentang j-QAF di-review semula bagi murid Tahun 1 dan 2 di sekolah arus perdana, mempunyai program khas ke arah itu? Data yang diperolehi, ramai murid

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

hingga memasuki sekolah menengah tidak dapat menguasai Al-Quran. Panduan utama bagi murid, tidak lain dan tidak bukan, semestinya murid mampu menguasai dan khatam Al-Quran di awal usia persekolahan. Sudah tentu sahsiahnya akan meningkat kerana kepercayaan kita di sana adalah ada pertolongan Allah. Adalah malang bagi kita, generasi kita lahir cerdik tetapi gagal menguasai kalamullah. Oleh hal yang demikian, Bahagian Pendidikan Islam mesti melihat isu ini bagi mengangkat sahsiah murid dengan menguasai Al-Quran sejak di awal persekolahan. Tan Sri Yang di-Pertua…

draft • 2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, sini Ipoh Timor.

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya, saya.

draft • 2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Satu soalan yang sangat ringkas saja.

Pandangan yang sangat-sangat bernas oleh Yang Berhormat Jerai dan saya setuju, kebanyakan kalau tidak semualah apa yang disebutkan. Tapi saya nak mohon, apa, semua sekolah-sekolah yang bawah KPM yang dihuraikan oleh Yang Berhormat itu juga adalah Kementerian Pendidikan untuk rakyat Malaysia yang bukan Islam, bukan bumiputera.

Adakah pihak Yang Berhormat bersetuju dengan apa yang telah ditulis oleh Pengkalan Chepa, bahawasanya bukan Islam dan bukan bumiputera adalah bersamaan dengan Zionis Israel? Sebab apa yang disebut tadi memang sangat baik. Saya setuju dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat. Tetapi apabila ada persamaan itu, jadi saya nak mohon pandangan Yang Berhormat, sama setuju atau tidak setuju dengan pendirian Pengkalan Chepa.

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Okey, terima kasih. Saya bersetuju dengan Pengkalan Chepa, yang angle yang diambil dari segi bukan genocide tetapi angle yang diambil dari segi sudut lain dan insya-Allah akan dibahas semula oleh Pengkalan Chepa apa yang disebut tadi.

Okey, saya bersetuju dengan Pengkalan Chepa tetapi bukan dari segi genocide tetapi dari segi lain. Okey, saya teruskan, masa saya masih ada satu minit lagi.

draft • 2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, yang bukan Islam dan bukan bumiputera adalah bersama dengan Zionis Israel?

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Adakah persamaan itu bukan bumiputera, bukan Islam bersamaan dengan Zionis Israel?

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tidak, apa— tidak apa. Itu insya-Allah akan dijawab oleh pihak lainlah.

draft • 2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jadi, Yang Berhormat setujulah? Okey, baik.

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya bersetuju dengan Pengkalan Chepa dan dari segi faktor-faktor lain. Saya cuba beralih pula di bidang pertanian. Rungutan dalam kalangan pesawah, kos pengeluaran semakin meningkat, racun, baja dan sewa mesin ditambah pula

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

dengan subsidi yang tidak mencukupi. Saya syorkan kepada kementerian agar memberi sokongan penuh kepada tambahan subsidi dan bantuan input pertanian serta harga lantai yang berpatutan.

Saya ingin merujuk pada kenyataan Encik Abdul Rashid Yob. Beliau sudah lama hubungi saya untuk memperkatakan soal ini. Pengerusi yang mengetuai sebuah NGO berasaskan pertanian menyebut bahawa beras putih tempatan yang masih kekal pada harga RM2.60 per kilo sejak tahun 2008 perlu disemak semula. Ini berikutan kenaikan harga padi 1500 per tan. Maka kepincangan ini ialah berlaku kegiatan beras tempatan bertukar kampit beras.

Pihak pengilang tidak mampu bertahan dengan kenaikan kos dan harga beras yang masih di takuk lama. Saya mengesyorkan agar harga beras juga dinaikkan dengan kadar RM3.20 sen sekilogram dan harga padi juga turut dikekal, disekalikan kenaikan sebanyak RM1,800 per tan. Rumusannya ialah dengan kenaikan ini memberi nafas baru dan keadilan untuk semua pihak di lapangan. Saya bagi sikitlah pada Tangga Batu.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, saya nak tanya tadi Kepong bangkitkan isu kata kalau arak dijual dalam airline, airline akan bankrupt. Tapi setuju tak Jerai bahawa ada beberapa airline, Air Arabia, Saudi Air, Kuwait Airline, Iran Air semua ni tak serve, Brunei tak serve alcohol tapi mereka tak bankrupt pun.

draft • 2:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Masukkan dalam ucapan saya, saya setuju. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Putatan.

draft • 2:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Putatan untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang merupakan interpretasi penting daripada Kerajaan MADANI dalam mendukung setiap misi dan visi pembangunan negara, termasuklah di negeri Sabah. Terima kasih juga kepada Batu Pahat yang telah bersetuju bertukar giliran dengan Putatan dalam perbahasan pada petang ini.

Bercakap tentang pembangunan, di kesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa terima kasih saya kepada Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memperuntukkan RM6.9 bilion dalam Belanjawan 2026 ini bagi menjayakan rencana pembangunan negeri Sabah. Diharapkan menerusi penyediaan saiz peruntukan pembangunan sebegitu, agenda-agenda pembangunan negeri Sabah akan terus ditingkatkan.

draft • 2:57 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Tan Sri Yang di-Pertua, inti pati pertama perbahasan Putatan bagi Belanjawan 2026 ialah berkenaan perihal sektor kesihatan awam. Secara prinsipnya, Putatan berpandangan bahawa pelaksanaan kenaikan duti eksais bagi produk-produk berkaitan rokok sewajarnya diuruskan dengan berkesan. Keberkesanan pengurusan hasil penting untuk memastikan setiap sen yang dicukaikan kepada firma serta individu, pengguna dapat diolah secara berfokus untuk menjayakan reformasi sektor kesihatan awam, lebih-lebih lagi di negeri Sabah.

Reformasi yang Putatan maksudkan tersebut perlu merangkumi tiga tumpuan.

Pertama, keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Kedua, ketersediaan kakitangan barisan hadapan dan ketiga, kemajuan infrastruktur. Di Sabah, rakyat luar bandar berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan rawatan segera. Masalah tersebut berlaku tidak lain dan tidak bukan disebabkan ketidakcukupan kakitangan barisan hadapan untuk melayani setiap seorang pesakit.

draft • 2:57 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan seharusnya memastikan nisbah doktor kepada penduduk dapat ditingkatkan mengikut keperluan demografi di sesebuah daerah. Secara teorinya, penyerapan 4,500 doktor kontrak ke perjawatan tetap pada tahun 2026 merupakan antara dasar pemangkin yang diharapkan dapat merapatkan jurang mutu perkhidmatan kesihatan awam antara Semenanjung dan Sabah. Persoalan penting yang Putatan ingin bangkitkan berkenaan hal tersebut ialah:

(i) berapakah jumlah doktor kontrak yang sedang disenaraipendek untuk diserap ke perjawatan tetap bagi tahun 2026 untuk negeri Sabah?

(ii) berapa buah fasiliti kesihatan awam di negeri Sabah yang akan menerima manfaat daripada dasar penyerapan doktor kontrak tersebut; dan

(iii) berapakah anggaran hasil tahunan kerajaan yang diperlukan untuk melaksanakan penyerapan doktor kontrak ke perjawatan tetap secara mampan?

Frasa mampan perlu disinonimkan dengan ikhtiar Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meneruskan tekad untuk menambah baik mutu perkhidmatan kesihatan awam di kawasan luar bandar Sabah. Justeru, Putatan ingin menegaskan agar dasar penyerapan perjawatan tersebut perlu digerakkan sejajar dengan usaha menaik taraf hospital dan klinik kesihatan menerusi peruntukan RM1.2 bilion yang dikhususkan bagi tujuan tersebut.

Cadangan pembinaan pusat jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II yang berdekatan dengan kawasan Parlimen Putatan sedikit sebanyak dapat meredakan kegusaran rakyat Putatan tentang capaian kepada rawatan jantung setaraf Institut Jantung Negara pada

draft • 3:00 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

masa hadapan. Hasrat tersebut perlu diselaraskan dengan komitmen KKM untuk menjayakan penyediaan perkhidmatan pakar di klinik kesihatan yang melibatkan peruntukan RM30 juta.

Tan Sri Yang di-Pertua, tahun 2030 merupakan tahun penting bagi seluruh rakyat luar bandar di negeri Sabah. Tahun ini merupakan tahun yang menjadi sasaran Kerajaan Negeri Sabah yang membawa panji “Sabah Maju Jaya” untuk merealisasikan visi menyediakan bekalan elektrik sepenuhnya di kawasan luar bandar menerusi dukungan Sabah Energy Roadmap dan Master Plan 2040.

Sehubungan dengan itu, menerusi sokongan Kerajaan MADANI yang memperuntukkan RM1.2 bilion bagi menyokong kemampanan bekalan elektrik di Sabah, Kerajaan Negeri Sabah akan meneruskan tekad untuk memastikan keterjaminan bekalan elektrik di negeri Sabah dapat dicapai secara berfasa. Seperti Yang Amat Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air sedia maklum, bekalan elektrik yang lestari hanya akan dapat direncanakan dengan progresif sekiranya komitmen bersepadu yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat dibina.

Masalah bekalan elektrik yang terbatas tidak akan menjadi masalah tiga serangkai seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu jika perancangan peluasan capaian bekalan elektrik yang dilaksanakan di peringkat Sabah Electricity Sdn. Bhd.

mendapat sokongan Kerajaan MADANI, khususnya dalam aspek pembiayaan infrastruktur.

Sehubungan dengan itu, Putatan ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas kepekaan serta keprihatinan Yang Amat Berhormat terhadap masalah gangguan bekalan elektrik di Penampang akibat tanah runtuh baru-baru ini. Sebanyak RM765 juta yang dikhususkan untuk pembinaan projek talian penghantaran Southern Link diharapkan akan menjadi pemangkin kepada perencanaan pembangunan setempat yang boleh merancakkan lagi aktiviti sosioekonomi.

Tanpa bekalan elektrik yang lestari, mana mungkin rakyat luar bandar di negeri Sabah dapat menikmati kehidupan harian yang selesa. Oleh sebab itu, inisiatif atau program yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar, singkatannya BELB, sewajarnya turut mengutamakan perbelanjaan bagi pembinaan infrastruktur pencawang di kawasan-kawasan kampung yang sering terputus bekalan elektrik.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang menjadi kementerian yang bertanggungjawab kepada BELB sepatutnya sudah melaksanakan pengenalpastian kawasan atau kampung kritikal yang benar-benar memerlukan prasarana penyambungan grid tenaga.

Program BELB seharusnya diusahakan secara erat dengan BELB yang dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dalam menyediakan ketersambungan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terpencil.

draft • 3:00 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Tan Sri Yang di-Pertua, Putatan ada disebut dalam pembentangan Belanjawan 2026 sebagai antara daerah di negeri Sabah yang telah dirangkumkan untuk menikmati projek menaik taraf paip usang. Keterangkuman tersebut bermaksud Kerajaan MADANI peka terhadap kepentingan pembentukan ekosistem bekalan air yang setara untuk meningkatkan capaian rakyat Sabah kepada kualiti kehidupan yang lebih baik.

Menyedari hakikat tersebut, gandingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam menjayakan bekalan air mesti diteruskan bersama tekad untuk memulakan kesemua projek berkaitan bekalan air yang telah mendapat kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Komitmen untuk menjayakan pembinaan infrastruktur bekalan air termasuk pembinaan loji rawatan air di seluruh negeri Sabah perlu seiring dengan perancangan pembangunan yang direncanakan.

Misalnya, cita-cita untuk membina sebuah kolej vokasional di Sabah memerlukan penelitian Kerajaan MADANI dalam aspek kemudahan asas, khususnya yang melibatkan rangkaian bekalan air. Perancangan untuk membina tiga buah sekolah baru di negeri Sabah seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2026 juga memerlukan kajian kebolehlaksanaan bagi memastikan infrastruktur bekalan air yang tersusun dapat diselaraskan mengikut spesifikasi projek. Di samping penstrukturan sistem bekalan air, Putatan juga memasang harapan yang tinggi untuk melihat jajaran Jalan Raya Persekutuan di seluruh negeri Sabah dapat diselenggara dengan sempurna mengikut peruntukan tahunan yang dikhususkan.

Selain mengadaptasikan teknologi turapan yang menghasilkan mutu turapan yang tahan lama, Kementerian Kerja Raya juga sewajarnya meneliti setiap keperluan kewangan dan teknikal mendesak yang perlu disediakan dengan segera bagi memastikan setiap projek penyenggaraan Jalan Raya Persekutuan di setiap daerah di negeri Sabah yang telah dan akan dimulakan dapat disiapkan mengikut jadual. Sebagai tambahan, keperluan peruntukan tambahan juga diperlukan untuk menyedia dan membaik pulih lampu-lampu Jalan Raya Persekutuan di banyak daerah di negeri Sabah.

Secara kesimpulan, Putatan melihat bahawa jurang perbezaan kelengkapan infrastruktur di Sabah masih besar jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Oleh itu, usaha berterusan dalam penyediaan peruntukan yang lebih besar bagi pembangunan infrastruktur di Sabah akan terus diperjuangkan untuk memacu pertumbuhan kemajuan yang setara di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI yang prihatin dengan membuat semakan jumlah pemberian khas kepada Sabah sejak tahun 2023 sehingga sekarang. Walaupun jumlah pemberian khas itu bersifat interim, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan akan dapat terus berunding dengan Kerajaan Negeri Sabah dan

draft • 3:00 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

memuktamadkan berkaitan tuntutan 40 peratus seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, sekian saja ucapan perbahasan Putatan bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2026. Putatan mohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Putatan. Seterusnya, saya menjemput Labuan.

draft • 3:00 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan yang komprehensif dan menyentuh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun demikian, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu wilayah kecil tetapi strategik iaitu Wilayah Persekutuan Labuan. Labuan merupakan sebuah Wilayah Persekutuan sejak 16 April 1984, yang mempunyai ciri-ciri unik berbeza daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sejak pengisytiharan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir ataupun Labuan IBFC pada tahun 1990, Labuan menjadi pintu masuk pelaburan antarabangsa, hab minyak dan gas, pulau bebas cukai serta Pelabuhan Persekutuan yang digazetkan.

draft • 3:09 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Lokasinya di Laut China Selatan, bersebelahan Sabah dan Brunei memberikan kedudukan geopolitik dan geoekonomi yang strategik. Namun, perkembangan ekonomi Labuan masih bergantung pada sektor minyak dan gas. Penurunan harga minyak global, kelembapan sektor pelancongan serta kurangnya pelaburan dalam sektor baharu menyebabkan pertumbuhan ekonomi Labuan agak terbantut.

Oleh itu, sebuah dasar, polisi yang menyeluruh perlu diperkenalkan untuk memanfaatkan kelebihan strategik Labuan menarik pelaburan strategik serta membina daya tahan ekonomi jangka panjang. Justeru itu, dasar baharu ini perlu digubal atas beberapa sebab utama.

Pertama, ekonomi Labuan masih terlalu bergantung pada sektor minyak dan gas yang terdedah kepada turun naik harga komoditi. Kedua, status bebas cukai dan pusat kewangan luar pesisir belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik pelaburan berimpak tinggi.

Ketiga, kedudukan Labuan yang strategik di laluan perdagangan antarabangsa membolehkannya menjadi pusat logistik perdagangan dan pelancongan. Keempat, status Wilayah Persekutuan meletakkan Labuan terus di bawah Kerajaan Persekutuan

draft • 3:10 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

membolehkan dasar dan peruntukan khas diperkenalkan tanpa bergantung pada kerajaan negeri.

Tan Sri Yang di-Pertua, objektif utama dasar baharu yang saya cadangkan ini adalah untuk mempelbagaikan struktur ekonomi Labuan dan meningkatkan daya saingnya dalam pasaran global. Melalui dasar ini, Labuan dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan KDNK tempatan sebanyak lima hingga tujuh peratus setahun, mewujudkan sekurang-kurangnya 5,000 hingga 10,000 peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2030, menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai sekurang-kurangnya RM5 bilion dalam tempoh lima tahun serta menjadikan Labuan sebagai hab kewangan, logistik, pelancongan dan tenaga baharu di rantau ASEAN.

Labuan mempunyai beberapa kekuatan utama. Pertama, kewangan luar pesisir yang dikawal oleh Labuan Financial Services Authority menyediakan ekosistem cukai rendah, kewangan Islam, insurans dan fintech. Kedua, status pulau bebas cukai menjadikan Labuan tarikan perdagangan, pelancongan dan gaya hidup. Ketiga, Labuan telah mempunyai infrastruktur minyak dan gas yang kukuh seperti ASEAN Supply Base, Labuan Shipyard, limbungan kapal dan fasiliti fabrikasi.

Keempat, Labuan digazetkan sebagai hab transshipment antarabangsa sesuai untuk logistik, re-export, e-dagang serta perpindahan barangan import dan eksport di tengah lautan.

Kelima, kedudukan Labuan dalam perairan Sabah menjadikannya strategik sebagai pintu masuk dagangan Laut China Selatan. Keenam, status Wilayah Persekutuan membolehkan dasar persekutuan dilaksanakan terus tanpa kekangan negeri.

Dasar ini mencadangkan enam bidang utama iaitu kewangan antarabangsa, logistik dan perdagangan, minyak dan gas serta tenaga baharu, pelancongan, agro dan keselamatan makanan serta pendidikan dan ekonomi digital.

Dalam bidang kewangan antarabangsa, Labuan IBFC perlu diperkukuhkan dengan menambah segmen atau produk tentang Islamic digital bank, green finance dan fintech, digital asset sandbox diperkenalkan bagi menarik pelaburan blockchain, insurans digital serta perkhidmatan kewangan berasaskan teknologi.

Dalam bidang logistik, Labuan boleh menjadi pusat perdagangan bebas serantau melalui pembangunan free trade e-commerce hub. Pelabuhan Labuan dimodenkan dengan kemudahan rantaian sejuk (cold chain) bagi menyokong eksport agro dan perikanan ke Jepun, Korea dan juga China.

Bagi minyak dan gas, Labuan perlu beralih daripada hanya menjadi pusat upstream kepada downstream seperti LNG bunkering, fabrikasi, maritim dan maintenance. Pada masa sama, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin laut dan hidrogen hijau wajar diperkenalkan.

draft • 3:10 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Dalam sektor pelancongan, Labuan boleh dipasarkan sebagai destinasi duty-free lifestyle tourism yang menawarkan resort kesihatan, marina kapal layar dan MICE. Warisan sejarah dan ekopelancongan seperti tapak Perang Dunia Kedua dan terumbu karang boleh dipromosikan sebagai produk pelancongan.

Dalam sektor agro, Labuan boleh menjadi model keselamatan makanan negara dengan membangunkan akuakultur laut dalam, pemprosesan makanan laut untuk eksport dan agrotourism.

Akhir sekali, sektor pendidikan dan digital perlu menjadi pemacu masa depan. Labuan boleh dijadikan digital nomad hub dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi dan visa khas. Selain itu, kampus antarabangsa dalam bidang fintech, maritim dan pelancongan boleh diwujudkan. Pelaburan dalam pusat data dan kecerdasan buatan (AI) turut disyorkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, semasa pembentangan belanjawan, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan berkali-kali menyebut bahawa Langkawi telah menyalahgunakan kemudahan status bebas cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

Soalan saya. Berapakah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat penyalahgunaan status bebas cukai di Langkawi, berbanding dengan kerugian yang kerajaan tanggung akibat kesalahan yang sama bagi Labuan?

Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, apakah rasional sebenar kementerian menambah sempadan cukai ini, sedangkan Labuan kekal di bawah zon bebas cukai perundangan? Adakah keputusan ini dibuat selepas kajian impak sosioekonomi dijalankan khususnya terhadap sektor automotif dan aktiviti ekonomi tempatan?

Saya minta Kementerian Kewangan untuk menyatakan angka data kereta-kereta yang disita keluar dari Langkawi di tanah besar dan berapa kerugian yang ditanggung oleh kerajaan, akibat pemilik-pemilik lari daripada membayar cukai. Begitu juga, saya minta data angka bagi perkara yang sama untuk kereta-kereta yang dibawa keluar dari Labuan ke Kota Kinabalu yang mengakibatkan kerajaan hilang dan kerugian berjuta Ringgit.

Saya menyokong tindakan yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan, jika sekiranya Labuan betul-betul menyalahgunakan kemudahan sebagai pulau bebas cukai.

Tan Sri Yang di-Pertua, Labuan telah pun menjadi pulau bebas cukai sejak tahun 1956 lagi. Jadi, adalah tidak wajar hanya kerana maha kaya membeli kereta di Langkawi lari daripada membayar cukai, Labuan yang hanya menjual kereta Toyota dan Honda diheret sama, dikenakan punitive punishment sehinggakan menjadi kerisauan dan kekeliruan serta kebimbangan orang Labuan. Ke manakah hala tuju duty free island Labuan yang sebenar selepas pengumuman dibentangkan baru-baru ini?

draft • 3:10 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 hanya akan membawa makna sebenar sekiranya pembangunan sampai kepada akar umbi rakyat, terutamanya di Labuan, begitu juga dengan Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Bagi kami di Labuan pula, kemajuan bukan sekadar angka dalam kertas belanjawan tetapi realiti kehidupan yang masih perlu dibaiki setiap hari. Dengan ungkapan Labuan Maju, Wilayah Persekutuan Makmur dan Malaysia Sejahtera, saya akhiri ucapan saya pada hari ini dengan menyokong Belanjawan 2026.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Sekarang saya jemput Tawau. Saya beri 20 minit sebagai wakil parti.

draft • 3:10 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan peruntukan tertinggi sebanyak RM6.9 bilion kepada Sabah dalam Belanjawan 2026, iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding belanjawan lalu, dan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 dengan menaikkan geran khas interim Sabah kepada RM600 juta bagi tahun hadapan.

draft • 3:19 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Inilah bukti bahawa kerjasama yang baik di antara Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah serta Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh PMX membuahkan hasil yang baik. Saya amat berterima kasih, setinggi-tinggi Gunung Kinabalu sekiranya, sekiranya, sekiranya semua peruntukan yang diumumkan ini diturunkan dan dilaksanakan 100 peratus tanpa perlu dikembalikan kepada Persekutuan kerana dianggarkan Sabah terpaksa mengembalikan lebih kurang RM1.5 bilion setiap tahun, bersamaan RM7.5 bilion dalam tempoh lima tahun kepada Persekutuan kerana masalah birokrasi yang sudah berlaku berpuluh tahun.

Tuan Yang di-Pertua, pada 17 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad. Ini merupakan satu keadilan dan pengiktirafan yang lewat untuk wilayah Sabah serta Persekutuan. Perkara ini juga dapat menghentikan segala halangan dan kekeliruan yang berlaku bertahun-tahun dalam usaha melaksanakan tanggungjawab Persekutuan ini terhadap Kerajaan Negeri Sabah.

draft • 3:20 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Saya ingin menegaskan kepada Kerajaan Persekutuan, jangan, jangan, jangan sesekali memfailkan rayuan terhadap keputusan ini di Mahkamah Rayuan kerana ia akan mencemari keikhlasan dan semangat kerjasama yang menjadi asas Perjanjian Malaysia 1963. Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi memerintahkan agar Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula bersama Kerajaan Negeri Sabah berkaitan 40 peratus hasil bersih negeri Sabah yang dikutip Kerajaan Persekutuan, sesuai dengan peruntukan 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Persekutuan wajib mengakui pemberian ini seterusnya mengadakan rundingan kadar pembayaran pemberian khas bersama Ketua Menteri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan kerisauan terhadap isu tiga serangkai iaitu jalan raya, elektrik dan juga bekalan air yang menghantui rakyat di Sabah sejak merdeka lagi. Pertama, isu jalan raya. Sejak tahun 2019, tiada peruntukan tetap bagi penyelenggaraan lampu Jalan Persekutuan di Sabah. Akibatnya, lebih 1,400 kilometer jalan ini berada dalam keadaan gelap dan berlubang, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Pada tahun 2022 sahaja, sebanyak 12,424 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Sabah. Saya kecewa dan terkilan apabila jawapan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya menyatakan bahawa 80 peratus kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu. Kalau jalan di Sabah terang dan baik seperti di Kuala Lumpur, rakyat Sabah boleh terima jawapan ini. Tetapi hakikatnya, banyak laluan di Sabah gelap dan berisiko tinggi, termasuk di kawasan blackspot. Tuan Yang di-Pertua, kenapa projek Pan Borneo di Sabah lambat siap berbanding Sarawak? Sebab semasa kerajaan pimpinan Warisan pada tahun 2018 hingga 2020, modal pelaksanaan asal project delivery partner (PDP) dengan izin, disokong untuk dibatalkan dan diganti dengan kaedah lama di bawah JKR Sabah. Perubahan ini mengakibatkan proses tender, bayaran dan reka bentuk perlu disusun semula, menyebabkan banyak kontraktor terhenti kerja dan projek Pan Borneo 1A tertangguh sehingga 18 bulan.

Saya bersyukur dan memberi pujian kepada kerjasama erat luar biasa antara PMX, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah yang berjaya meneruskan projek Pan Borneo Fasa 1A yang dilaksanakan pada 2016 tetapi ada pakej yang ditangguhkan dan dibatalkan pada 2018 selepas GRS menjadi kerajaan. Fasa 1A dimulakan kembali pada tahun 2022 yang sekarang 85 peratus siap dan melaksanakan projek Pan Borneo Fasa 1B pada September 2024 bagi menyelesaikan bagi pakej-pakej yang dibatalkan.

Tuan Yang di-Pertua, tahun ini sahaja Sabah mengalami dua kejadian besar gangguan bekalan elektrik iaitu pertama, notis catuan elektrik di seluruh Sabah pada Ogos 2025 disebabkan oleh penyelenggaraan terminal gas PETRONAS Kimanis yang menyebabkan

draft • 3:20 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

kekurangan kapasiti 195 megawatt, menyebabkan lebih 600,000 isi rumah termasuk 200,000 pengguna domestik terjejas selama tujuh hari.

Kedua, gangguan bekalan di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kunak dan Beluran akibat talian menara penghantaran 275 kilowatt Kolopis-Segaliud runtuh menyebabkan kerugian hasil dan produktiviti dianggarkan mencecah jutaan Ringgit.

Dua masalah ini merupakan gambaran betapa teruknya gangguan elektrik di Sabah.

Saya mahu tanya, macam mana mahu mandi, mahu belajar, mahu kerja, mahu berniaga?

Kerana gangguan elektrik ini menyebabkan pam loji air tidak berfungsi. Sekolah pun tidak dapat menjalankan pembelajaran, pencawang Internet tidak berfungsi, para peniaga terpaksa tutup perniagaan kerana simpanan makanan sejuk beku rosak tetapi gaji tetap dibayar.

Semua ini tidak akan terjadi jikalau, jikalau, jikalau projek Southern Link dengan izin dan pembinaan janakuasa tidak ditangguhkan pembinaannya tidaklah berlaku gangguan elektrik yang menjejaskan kehidupan rakyat Sabah.

Akhirnya, dalam belanjawan kali ini, projek Southern Link dengan izin menghubungkan talian penghantaran elektrik 275 kilowatt sepanjang 330 kilometer daripada Sipitang, Tenom, Kalabakan hingga Tawau meningkatkan kestabilan bekalan elektrik sebanyak 200 megawatt di Pantai Timur Sabah diluluskan. Saya menegaskan agar projek ini wajib dilaksanakan.

Persoalan saya, kenapa bencana Putra Heights ada diberi pampasan? Kenapa apabila Sabah dapat gangguan elektrik, kami tidak mendapat pampasan? Adakah kita bukan rakyat Malaysia? Walaupun Sabah telah menubuhkan Energy Commission of Sabah (ECOS) SESB yang dipegang 80 peratus oleh TNB sudah melaksanakan pembangunan penyeliaan elektrik selama 30 tahun dan tidak boleh melepaskan tanggungjawab untuk memberi peruntukan subsidi penghapusan gudang RM2 bilion dan penyelenggaraan elektrik Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, isu air di Sabah merupakan masalah berpuluh tahun yang berpunca dari sistem perpaipan, tangki dan loji rawatan air, kini terlalu uzur dengan lebih 60 peratus paip berusia lebih 40 tahun dan kadar kehilangan air tidak berhasil, non-revenue water dengan izin, mencecah hampir 60 peratus, antara tertinggi di Malaysia pada tahun 2020 dan Kerajaan GRS berjaya menurunkan kepada sekitar 50 peratus setelah berbagai inisiatif dan langkah proaktif diusahakan.

Isu air ini bertambah teruk semasa Kerajaan Warisan menamatkan sembilan syarikat konsesi penyelenggaraan loji air dan membatalkan semua lesen pemborong paip, 180 syarikat tempatan Sabah pada 2019 menyebabkan penyelenggaraan bekalan air sangat teruk dan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM315 juta atas pembatalan syarikat konsesi.

draft • 3:20 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Tindakan menyokong penangguhan pada tahun 2019 bagi Projek Empangan Cinta Mata II di Tawau sudah diluluskan pada tahun 2016 menyebabkan masalah bekalan air di Tawau bertambah teruk dan tiada penyelesaian jangka panjang. Kemudian projek empangan ini diteruskan oleh Kerajaan GRS pada tahun 2021.

Syukur, kerjasama antara PMX, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Noor, bersama-sama berusaha meneruskan menyelesaikan tiga isu masalah air di Sabah disebabkan projek air ditangguh, pembatalan konsesi air dan pembatalan lesen pemborong paip.

draft • 3:20 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Hasilnya kita dapat lihat apabila Loji Air Telibong II siap. Projek Empangan Cinta Mata, Tawau sudah dimulakan sejak tahun 2022 dan sekarang siap sekitar 60 peratus. Loji Rawatan Air Kogopon II, Papar, projek menaik taraf Muka Sauk Kabang dijangka akan siap tahun depan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar yang terlibat dalam isu keselamatan seperti kes buli, gangguan seksual dan serangan fizikal.

Kita tidak boleh menyalahkan Menteri Pendidikan serta KPM semata-mata kerana ini berpunca daripada kegagalan pelan pendidikan sekian lama. Jangan disebabkan satu masalah berlaku, satu dasar kita umumkan. Kita perlu mempertimbangkan, adakah sekolah- sekolah, guru-guru mampu melaksanakan atau tidak. Akhirnya, niat kita untuk memberi penyelesaian, menjadikan beban pula kepada mereka. Masalah tidak diselesaikan tetapi menjadi rumit dan bertambah birokrasi.

Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan dalam sekolah hanya mencerminkan sebahagian masalah daripada keseluruhan sistem pendidikan Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa pihak Kementerian Pendidikan sewajarnya merancangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menjemput semua wakil rakyat, kerajaan dan pembangkang agar kita dapat memastikan keseluruhan suara rakyat dapat dimasukkan, menjadikannya lebih kukuh dan inklusif. Pendidikan merupakan perkara paling penting dan mulia yang seharusnya dilindungi bersama oleh semua pihak agar tidak menjadi alat politik.

Saya tegaskan, sistem pendidikan negara kita bukan hanya ketinggalan, tetapi hakikatnya telah tersesat jalan. Kementerian Pendidikan wajib membuat kajian agar pembelajaran sekarang sesuai dengan keperluan pekerjaan. Di Malaysia, termasuk Sabah, ramai pelajar cemerlang masih gagal mendapat pekerjaan kerana apa yang mereka pelajari tidak menepati keperluan sebenar industri. Buktinya, sebanyak 284,700 belia direkodkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai penganggur pada tahun 2024 yang mencerminkan pembelajaran kita yang tidak relevan dengan keperluan dunia pekerjaan.

draft • 3:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian mengenai isu kesihatan di Sabah, khususnya di Tawau yang kini boleh diibaratkan tenat dan hampir lumpuh. Seluruh negeri Sabah dengan lebih kurang enam juta penduduk. Kita hanya mempunyai dua orang sahaja pakar bedah jantung. Maknanya, nisbah semasa adalah 1:1.9 juta. Sedangkan menurut WHO, nisbah pakar perubatan adalah 1:1,000. Ramai pesakit menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan ada yang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.

Oleh itu, dua cadangan bagi menangani isu.

Pertama, kerajaan perlu meningkatkan jumlah institusi dan universiti yang menawarkan bidang perubatan di Sabah, yang memberikan keutamaan kepada Sabahan.

Doktor Sabahan dilahirkan dan dibesarkan di Sabah lebih cenderung untuk berkhidmat di negeri sendiri.

Kedua, mempertimbangkan untuk outsource, dengan izin, perkhidmatan kesihatan kepada hospital dan klinik swasta dengan bayaran mengikut kadar hospital kerajaan. Langkah ini bukan sahaja tidak membebankan kewangan kerajaan, malah jauh lebih efisien dan kos efektif kerana kerajaan tidak perlu menanggung kos penyelenggaraan mesin, pembinaan hospital baharu atau penambahan staf, sekali gus mengelakkan doktor-doktor ini keluar daripada Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kajian bertajuk *Project Delays in the Malaysian Public Sector.

Causes, Pathogens and the Supply Chain Management Approach,* dengan izin, oleh Asrul Nasid Masrom pada 2018, mendapati lebih 70 peratus kelewatan projek awam berpunca daripada birokrasi dalaman agensi kerajaan. Proses perolehan, tender dan kelulusan terlalu panjang. Dengan setiap perubahan reka bentuk perlu melalui lima hingga tujuh peringkat kelulusan yang mengambil masa yang lama.

Kerenah birokrasi ini, cari tanah 10 tahun, buat pelan pembangunan 10 tahun, tunggu bajet 10 tahun lagi dan akan lebih lama apabila menunggu lawatan tapak fizikal dari agensi untuk mulakan atau meluluskan projek yang jauh di Sabah. Selepas 30 tahun, projek dilaksanakan sudah tidak sesuai dan relevan sudah dengan keperluan rakyat ketika itu, sehinggakan isu sekolah daif sebanyak 1,156 buah di Malaysia yang hampir 50 peratus dari Sabah sukar untuk diselesaikan.

Kenapa tidak menggunakan teknologi seperti menggunakan online, zoom atau dron untuk lawatan tapak yang boleh menjimatkan kos, masa dan wang? Lebih mengecewakan, permohonan peruntukan dibuka pada bulan April, turun kepada kementerian bulan Jun tapi tutup pada bulan Disember. Kesannya, ada peruntukan pembangunan yang tidak sempat digunakan perlu dipulangkan semula kepada Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Kementerian Kerja Raya (KKR) ada data jalan blackspot. Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ada data punca masalah air.

draft • 3:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Pendidikan (KPM) ada data sekolah daif serta Kesihatan (KKM) ada data kekurangan kaki tangan dan peralatan. Setiap kementerian sepatutnya sudah ada mekanisme tetapi tiada atau lambat tindakan diambil kerana masalah birokrasi seperti pertindihan bidang kuasa dan kelulusan teknikal.

Tuan Yang di-Pertua, justice delayed is justice denied, development delayed is development denied, dengan izin. Ini bukan saja merugikan rakyat Sabah tetapi menggambarkan kegagalan sistem dalam menyampaikan keperluan asas kepada rakyat.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan lima langkah konkrit:

(i) tetapkan tempoh maksimum kelulusan teknikal tidak lebih tiga bulan bagi semua projek infrastruktur kritikal di Sabah;

(ii) wujudkan sistem maklum balas wajib selepas diterima, di mana setiap aduan kementerian atau agensi mesti dijawab dalam tempoh 14 hari, bukan dibiarkan berdekad-dekad; dan

(iii) memperkenalkan satu mekanisme fast track approval, dengan izin, khas projek yang mendesak seperti projek air, jalan dan elektrik.

Kerajaan Persekutuan perlu bersetuju menyalurkan lebih wang kelebihan bajet pembangunan yang tidak sempat digunakan ke Tabung Amanah Sabah yang sudah diluluskan penubuhan di Dewan Undangan Negeri Sabah untuk disimpan dan digunakan untuk projek pembangunan pada tahun berikutnya dan tidak dikembalikan semula ke Putrajaya.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, Belanjawan 2026 ini adalah peluang untuk membuktikan bahawa Kerajaan MADANI bukan sekadar membeli angka tetapi melaksanakan janji. Saya akui PMX banyak sudah kebaikan tapi perlu lebih banyak lagi. Sabah Maju Jaya, kalau Sabah maju dan Malaysia berjaya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang saya jemput Rompin.

draft • 3:30 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, kebetulan Menteri Belia dan Sukan ada di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan petanque wanita Malaysia yang muncul sebagai juara Nation Cup 2025 di Kejohanan Petanque Wanita Dunia yang berlangsung di Perancis baru-baru ini dan khususnya kepada Nur Tahira Tasnim binti Abdul Aziz, anak jati kelahiran Muadzam Shah, Rompin, Pahang, Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:38 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Tan Sri kerana memberi ruang kepada Rompin untuk membahaskan Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 10 Oktober 2025 yang lalu.

Belanjawan ini yang dinukilkan sebagai Belanjawan MADANI Keempat, belanjawan rakyat seharusnya jambatan yang menghubungkan angka ekonomi makro yang mengembang dengan realiti kos sara hidup rakyat yang semakin menekan. Namun, setelah diteliti, saya melihat inti pati Bajet 2026 ini lebih ke arah retorik Kerajaan Perpaduan dan gagal membina jambatan tersebut. Ia kekal sebagai statement of intent yang indah tapi kurang dari segi action plan yang konkrit dan berkesan seperti yang diharapkan oleh rakyat di luar sana.

Namun, ada juga pujiannya. Saya tidak menafikan beberapa petunjuk ekonomi yang positif. Kadar KDNK mencatat pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025 dan kadar pengangguran menurun kepada 3.0 peratus pada Ogos 2025.

draft • 3:38 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Namun, jika difikirkan kembali mengapa pada masa yang sama, kerajaan terpaksa mengumumkan peruntukan Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) yang meningkat kepada RM15 bilion pada 2026. Tidakkah ia nya menandakan pengakuan terbuka bahawa kuasa beli rakyat, terutama golongan B40 dan M40 masih kekal lemah dan tertekan?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa kementerian. Pertama, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi. Isu fiskal dan pengurusan kewangan negara. Perkara pertama yang harus dipersoalkan adalah janji reformasi fiskal yang sering dilaungkan oleh kerajaan. Pengurangan defisit yang mendukacitakan. Kerajaan MADANI berbangga dengan komitmen mereka untuk menurunkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada sasaran 3.5 peratus pada 2026.

Tetapi pengurangan ini dicapai, terutamanya melalui penjimatan penyasaran subsidi yang besar dianggarkan berjumlah RM15.5 bilion setahun. Di mana perginya hasil penjimatan besar ini? Peruntukan perbelanjaan keseluruhan OE campur DE Kerajaan Persekutuan pada 2026 hanyalah RM419.202 bilion, berbanding RM421 bilion pada 2025. Ini petanda jelas bahawa disiplin fiskal telah menyebabkan perbelanjaan pembangunan negara menjadi semakin perlahan.

Keterlanjuran hutang. Walaupun kerajaan mendakwa hutang semakin berkurangan, namun hakikatnya jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat daripada RM1,327.1 bilion pada 2025 kepada RM1,400 bilion pada 2026. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyebut, “Kita menolak budaya menumpuk hutang tanpa kawalan.” Namun, data menunjukkan hutang terus bertambah.

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Cukai karbon dijadualkan bermula tahun hadapan, 2026 dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga. Walaupun tujuan asalnya murni, apakah impaknya kepada kos perniagaan dan inflasi sekiranya mekanisme ini tidak telus? Saya sebenarnya khuatir cukai ini akan menjadi kos perniagaan baharu yang akhirnya dipindahkan kepada rakyat.

Pengecualian cukai kenderaan pulau bebas cukai. Keputusan untuk mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 akan bermula pada 1 Januari 2026 ini. Ini adalah contoh di mana kerajaan mengambil langkah fiskal yang dilihat sebagai menambah hasil. Tetapi jika dikaji dari sudut ekonomi mampan, langkah ini berisiko menjejaskan ekosistem ekonomi tempatan yang bergantung kepada zon bebas cukai.

Justeru itu, saya mencadangkan. Pertama, pelaksanaan rancangan pembangunan fiskal berimpak tinggi. Rancangan PBBTH. Saya yakin jika sebelah sini diberi peluang mentadbir kelak, insya-Allah kita akan menyalurkan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keseluruhan belanja pembangunan untuk projek-projek yang mempunyai multiplier effect yang tinggi dan dapat menjana pendapatan domestik secara signifikan, berbanding hanya memfokuskan kepada pemulihan ekonomi.

Transparensi hutang dan jaminan. Di samping itu, saya juga mencadangkan agar semua jaminan kerajaan termasuk di bawah SJPP, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan yang ditingkatkan kepada RM30 bilion dan SJKP, Skim Jaminan Kredit Perumahan kepada RM20 bilion mestilah telus sepenuhnya dan laporan fiskal tahunan untuk memastikan ia tidak menambah liabiliti luar jangka kerajaan di masa hadapan.

Moratorium cukai karbon. Kerajaan adil sepatutnya perlu memberi moratorium selama dua tahun kepada industri tempatan sebelum mengenakan cukai karbon. Sebaliknya, menggunakan tempoh itu untuk menyediakan insentif peralihan tenaga hijau yang sebenarnya bagi memastikan industri bersedia tanpa memindahkan beban kos kepada rakyat.

Seterusnya, saya beralih kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(PETRA). Walaupun Dasar Peralihan Tenaga Negara (NETR) menetapkan sasaran untuk mencapai 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu menjelang 2050. Namun, saya melihat Pelan Belanjawan 2026 masih terlalu perlahan.

Pelaburan GLIC yang berat sebelah. Diumumkan bahawa GLIC, GLC akan menggerakkan pelaburan RM16.5 bilion untuk 2026. Walaupun jumlahnya besar, persoalannya, adakah ia hanya menumpukan pada projek solar berskala besar dan inisiatif mega seperti yang dilakukan UEM LESTRA atau adakah ia juga bertumpuan kepada projek

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

tenaga desentralisasi, distributed energy yang boleh memberi manfaat langsung kepada komuniti?

Isu transformasi air yang tertangguh. Peruntukan untuk non-revenue water nasional diteruskan dengan kos RM3 bilion. Ini adalah projek yang kritikal. Namun, ia telah berlarutan selama bertahun-tahun. Kelewatan dalam menyelesaikan NRW merugikan negara dan menyukarkan rakyat, menunjukkan kerajaan gagal memberi ketangkasan dalam sistem penyampaian awam seperti yang diikrarkan dalam belanjawan ini.

Justeru itu, saya mencadangkan, pertama, dana TBB komuniti. Jika diberi peluang, saya ingin mencadangkan agar dialihkan RM100 juta daripada dana peralihan tenaga negara, RM150 juta kepada subsidi langsung geran permulaan untuk pemasangan panel solar kediaman dan industri PKS dan ini akan mewujudkan bottom-up energy transition dan menjana pekerjaan baharu di peringkat akar umbi, terutama di kawasan luar bandar.

Akta kewangan air adalah lebih bermanfaat jika diperkenalkan akta kewangan air yang memisahkan sepenuhnya perbelanjaan projek air dari pembiayaan Persekutuan dengan mewujudkan bon air kebangsaan yang dijamin penuh bagi memastikan projek NRW dan penggantian paip usang diselesaikan dalam tempoh maksimum lima tahun serta bebas dari campur tangan politik.

Tan Sri Yang di-Pertua. Yang ketiganya, Kementerian Kerja Raya (KKR). Peruntukan sebanyak RM10.692 bilion pada 2026. Status projek naik taraf Lebuhraya Kuantan-Segamat- Rompin disenaraikan secara eksplisit dalam Bajet 2026 sebagai salah satu daripada 15 projek dan inisiatif penting yang diberikan tumpuan khas untuk negeri Pahang dan jalan tersebut turut melibatkan kawasan Rompin dan orang kawasan saya ternanti-nanti dari dulu lagi.

Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, status projek naik taraf Lebuhraya Kuantan-Segamat-Rompin. Adakah projek ini dilaksanakan sebagai naik taraf penuh kepada lebuh raya memandangkan laluan tersebut telah pun digazetkan sebagai lebuh raya atau sekadar melibatkan kerja-kerja pelebaran jalan sedia ada sahaja?

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa isu di kawasan saya iaitu, pertama, isu kelewatan Projek Perumahan Taman Rompin Permai yang dibangunkan oleh Rompin Legacy Sdn. Bhd. Mukim Pontian, Daerah Rompin, Pahang. Projek ini telah didaftarkan dan dilesenkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT). Namun, kini secara rasmi diklasifikasikan sebagai projek sakit di dalam sistem TEDUH, KPKT. Projek yang sepatut siap pada 12 Januari 2025 kini tertangguh tanpa garis masa pemulihan jelas.

Tan Sri Yang di-Pertua, ramai pembeli telah mula membayar ansuran bulanan pinjaman, sama ada melalui institusi kewangan mahupun LPPSA. Tetapi rumah mereka masih tidak dapat diserahkan. Mereka kini menanggung beban berganda, membayar ansuran rumah

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

yang belum siap dan dalam masa yang sama terpaksa menyewa rumah sementara untuk didiami. Ini bukan sekadar isu kelewatan tetapi persoalan keadilan dan perlindungan hak rakyat.

Di bawah Akta Pemajuan Perumahan [Akta 118] , pemaju wajib menyiapkan dan menyerahkan milikan kosong dalam tempoh 24 bulan bagi rumah bertanah. Kegagalan berbuat demikian membolehkan pembeli menuntut LAD sebanyak 10 peratus setahun dari harga jualan. Namun, ramai pembeli tidak mengetahui hak mereka dan ada yang ditekan untuk menandatangani pelepasan LAD yang jelas bercanggah dengan semangat Akta 118.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana kepada KPKT bagi memperkukuhkan pembangunan perumahan, menaik taraf perumahan awam serta membiayai pelbagai inisiatif di bawah agenda perumahan MADANI. Saya berpandangan bahawa sebahagian dari peruntukan ini boleh dan wajar disalurkan kepada mekanisme pemulihan projek sakit, termasuk Taman Rompin Permai ini.

Pertama, memulihkan projek berisiko tinggi melalui peranan aktif task force projek sakit dan terbengkalai. Menubuhkan dana pemulihan pembeli terjejas bagi meringankan beban ansuran berganda yang ditanggung oleh pembeli.

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada KPKT. Apakah status terkini projek Perumahan Rompin Permai ini di bawah senarai projek sakit TEDUH? Bilakah pelan pemulihan akan dilaksanakan? Adakah task force projek sakit telah turun padang menilai situasi sebenar di tapak? Dan paling penting, apakah bentuk bantuan langsung yang boleh diberikan kepada pembeli yang kini menanggung dua komitmen kewangan sekali gus?

Saya percaya, semangat Belanjawan 2026 ini adalah untuk membina keyakinan rakyat terhadap kecekapan kerajaan dalam melindungi hak pembeli rumah. Jika projek sakit terus dibiarkan tanpa tindakan, kita bukan saja menjejaskan impian rakyat untuk memiliki rumah sendiri tetapi juga kita menurunkan kepercayaan terhadap sistem kawal selia negara.

Saya mohon agar KPKT menilai semula peruntukan yang telah diberikan dan memastikan sebahagian dari dana Belanjawan 2026 digunakan bagi menyelamatkan projek-projek seperti Taman Rompin Permai ini.

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan. Belanjawan 2026 yang dibentangkan ini adalah belanjawan yang tersepit. Ia nya tersepit antara memenuhi tuntutan reformasi fiskal dan keinginan untuk memberikan bantuan tunai kepada rakyat. Di sini, saya menggesa agar kerajaan menghentikan retorik tanpa paksi dan segera melaksanakan reformasi yang berani dan tuntas.

draft • 3:50 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Antaranya, pertama, transparensi fiskal mutlak dan pengurusan hutang negara yang lebih bertanggungjawab. Kedua, pelaburan pembangunan yang berimpak tinggi dan bukan hanya memotong defisit. Dan ketiga, memperkasakan rakyat melalui peluang ekonomi dan pekerjaan baharu.

Kami di sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] berpegang teguh kepada prinsip bahawa kesejahteraan rakyat adalah undang-undang tertinggi. Jika Kerajaan Perpaduan hari ini masih gagal membuktikan komitmennya melalui tindakan nyata, insya- Allah, kami di sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] bersedia untuk mengambil alih dan melaksanakan agenda pembaharuan negara yang dapat menjamin negara ini diselamatkan dalam tempoh jangka panjang.

Saya akhiri dengan serangkap pantun Tan Sri Yang di-Pertua.

Bajet di bentang, lesu tak bermaya, Arah tuju kabur, rakyat pun sangsi; Kami bersedia teraju negara, Demi Malaysia yang kami sayangi. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Rasah.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan ataupun Belanjawan 2026. Tak ada pantun, tak ada retorik tetapi kita terus straight away to the point untuk rakyat.

[Tepuk] Pertama, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kejayaan membentangkan Belanjawan Rakyat, untuk rakyat di bawah Kerangka MADANI yang keempat dan juga ia merupakan belanjawan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas. Saya nampak ia adalah belanjawan yang terbesar, yang merangkumi aspek yang sangat komprehensif.

Semua bidang diberikan perhatian oleh kerajaan, sesuatu yang sangat baik dan wajar dipuji dengan RM470 bilion keseluruhannya, di mana RM81 bilion adalah belanja pembangunan yang boleh memastikan kelangsungan pembangunan di semua lapangan di negara kita. Malahan, defisit fiskal juga diunjurkan akan berkurangan sehingga 3.5 peratus daripada tahun 2022 ketika Perikatan Nasional jadi kerajaan iaitu 5.5 peratus. Dalam dua tahun, Kerajaan Malaysia MADANI berjaya menurunkan defisit fiskal dua peratus. Syabas dan tahniah kepada kerajaan.

draft • 3:52 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya juga menyambut baik kerangka untuk penyusunan penyasaran semula subsidi, yang mana kita dapat memperlihatkan penjimatan sebanyak RM15.5 bilion. Sesuatu yang bagi saya sangat baik dan wang ini boleh dikembalikan kepada rakyat.

Kementerian pertama yang saya nak sebut secara spesifik adalah Kementerian Kerja Raya. Saya nak tanya kepada kerajaan, bagaimana dengan MLFF iaitu sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong yang disebutkan sebelum? Sudah beberapa tahun. Jadi, apakah status terkini? Saya dengar, saya tak pasti, mohon nanti kerajaan boleh memberikan jawapan. Ada kelewatan disebabkan struktur komisen yang melibatkan syarikat-syarikat konsesi. Betul atau tidak? Dan kenapa perkara ini boleh berlaku, menyebabkan projek yang baik, MLFF ini tergendala dan tertangguh?

Perkara kedua di bawah KKR adalah berkaitan dengan dalam ucapan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri disebutkan akan “membina persimpangan PLUS untuk pembangunan Malaysia Vision Valley”. Saya sebagai Ahli Parlimen Rasah, sebab saya percaya kawasan ini mungkin terletak di kawasan Rasah, saya menyambut baik. Saya anggap ia sebagai suatu pemangkin kepada logistik dan juga pengangkutan di kawasan ini.

Saya nak tanya, bilakah projek pembinaan akan dimulakan dan bilakah ia akan disiapkan?

Seterusnya, tahun depan Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya percaya, kerajaan mengunjurkan jumlah kunjungan 47 juta pelawat asing pada tahun depan yang akan menjana ekonomi ataupun pulangan sebanyak RM329 bilion. Suatu yang saya rasa boleh dicapai dengan kerjasama semua pihak. Dan saya juga mengalu-alukan kerajaan yang memberikan pelepasan khas cukai pendapatan kepada warganegara Malaysia yang “Cuti-cuti Malaysia", domestik. Tapi cuma saya harap, RM1,000 tak cukup sebab saya antara yang menyokong supaya orang Malaysia, cuti di Malaysia.

Banyak tempat di Malaysia yang belum kita sempat kunjungi. Tak payahlah kita nak pergi sempadan di utara itu yang menyebabkan ada kata-kata bahawa Langkawi tak ramai dikunjungi dan sebagainya. Baik pergi Langkawi, daripada pergi sempadan negara, daripada aliran wang keluar. Jadi saya mohon, saya nak cadangkan kepada kerajaan, daripada bagi pelepasan RM1,000, kita gandakan kepada RM3,000 supaya kita boleh sambil kita galakkan orang asing datang, rakyat Malaysia kekal melancong di negara kita sendiri.

Seterusnya, berkenaan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang mula diperkenalkan mulai Disember tahun lepas. Saya pernah tanya kepada Kementerian Pendidikan sebelum ini iaitu berkenaan dengan DG12. Sebelum ini DG48, yang mana khas spesifik untuk Guru Penolong Kanan (GPK). Sekarang ini kalau seseorang GPK itu dia DG12, dia tak boleh nak pindah. Kalau dia mohon pindah sekolah, dia akan diturunkan pangkat menjadi guru biasa.

draft • 3:52 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak sebut, kalau inilah terjadi, persepsi masyarakat adalah seseorang guru tersebut lakukan kesalahan, dia turun pangkat. Itu persepsi. Tapi sebenarnya dia tak buat salah. Tak ada isu tatatertib pun. Dan ia berlaku di sebuah sekolah di kawasan saya di Seremban 2. Seorang guru penolong kanan terpaksa dia mohon pindah ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah sebab suami dia kurang sihat, nak jaga suami. Terpaksa dia turun pangkat jadi guru biasa. Benda ni tak betul.

Saya pernah tanya Kementerian Pendidikan dan dikatakan bahawa Kementerian Pendidikan sangat prihatin terhadap ini. Dan sekarang ini, keadaan sekarang, dia perlu pertimbangan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadi, saya mohon JPA supaya ambil tindakan membenarkan guru-guru penolong kanan yang sedang berkhidmat, boleh dipindahkan ke sekolah lain dengan jawatan yang sama, GPK.

KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan). Saya ada beberapa isu nak kemukakan. Sebagai pengerusi jawatankuasa pilihan, saya sangat cakna terhadap keadaan keterjaminan makanan dan hasil pertanian.

Yang pertama, berkenaan dengan padi dan beras. Saya sangat berbesar hati apabila dikatakan bahawa projek tanaman padi lima musim dua tahun untuk sistem pengairan fasa pertama telah siap. Bagus. Dan dikatakan bahawa Projek Pembinaan Air Jeniang akan mula dilaksanakan pada tahun 2026 dengan kos RM1.28 bilion. Soalan pertama, siapa tanggung?

Dulu dikatakan projek ini daripada swasta. Adakah RM1.28 bilion ini juga dari swasta?

Dan yang keduanya, bagaimana dengan SSR padi dan beras kita yang sekarang ini hanya sekitar 55, 56 peratus saja? Bila kita nak lonjakkan? Apakah unjurannya? Ia akan naik kembali kepada kalau tak 80 pun, mungkin 70. Jadi, saya nak tanya kementerian, apakah unjurannya untuk SSR padi dan beras?

Dan saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memberikan satu peruntukan yang sangat besar berjumlah RM2.62 bilion dari segi pelbagai subsidi, baja dan juga bantuan yang berkaitan kepada pesawah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:52 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya harap galakan sebegini boleh meningkatkan momentum dan semangat pesawah kita untuk terus berbakti, terus menghasilkan dan memastikan yield, produktiviti pertanian, khasnya padi dan beras kita terus meningkat. Persoalan saya, bagaimana dengan BERNAS?

BERNAS yang kontrol banyak tetapi apakah sumbangan BERNAS kepada industri ini, khasnya untuk pesawah?

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Isu kedua di bawah KPKM adalah RM300 juta untuk beberapa jenis tanaman. Disebut spesifik dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dikatakan bahawa tanaman jagung bijian dan juga ternakan akuakultur, sangat baik kedua-duanya. Kita tahu jagung bijian adalah makanan untuk ternakan. Jadi, kita tak perlu import. Sebelum ini kita banyak import.

Jadi, bila kita tanam di Malaysia, dia lebih sesuai dan kita harap ia boleh membantu sektor penternakan.

Dan yang keduanya, untuk akuakultur. Kita tahu hasil perikanan kita, dalam SSR kita, dalam 90 peratus. Saya harap ia boleh kekalkan 90 peratus. Cuma saya nak sebut berkenaan dengan perikanan. Kerajaan sejak enam, tujuh tahun dulu telah memansuhkan subsidi diesel untuk nelayan iaitu subsidi diesel, yang mana seliter RM1.65 kepada nelayan Zon C2. Saya mohon kerajaan pertimbangkan untuk kembalikan subsidi ini kepada nelayan Zon C2 sepertimana nelayan zon lain supaya hasil tangkapan kita kekal dalam keadaan yang tinggi, hasil produk pertanian kita kekal dalam keadaan paras 90 percent. Berbalik kepada penternakan. Tadi saya sebut jagung bijian itu sangat mustahak, betul. Dan saya nak puji Yayasan Pahang. Kebetulan Dato’ Speaker daripada negeri Pahang.

Yayasan Pahang ada penternakan lembu dan kambing di Australia. Saya pernah melawat ya, ladang dia dan anak Pahang yang usahakan. Saya nampak kali ini ada projek di Pahang.

Saya harap Pahang boleh menjadi peneraju untuk penternakan lembu ini supaya kita boleh kurangkan pengimportan daging lembu daripada negara asing. Sebab setiap tahun kita belanjakan berbilion, bukan berjuta, berbilion untuk pengimportan. Dan sekiranya kita boleh kurangkan, ia suatu kejayaan. Satu, untuk memberikan pekerjaan kepada anak tempatan.

Keduanya, kita boleh menyekat aliran keluar wang ke negara lain.

Dan saya juga sebenarnya sangat menyambut baik peranan Agrobank yang memberikan pembiayaan sebanyak RM1.1 bilion, khas untuk pertanian. Ia sangat baik. Ia untuk membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan serta menyokong automasi.

Automasi ini sesuatu yang perlu kita uar-uarkan Dato’ Speaker, sebab ia sangat mustahak, kurangkan manpower, menghasilkan produktiviti yang tinggi. Saya sebagai pengerusi jawatankuasa pilihan pertanian pernah pergi Australia, tengok bagaimana ladang yang cukup luas tetapi hanya beberapa orang pekerja saja tetapi dibantu dengan automasi. Jadi, saya harap bantuan ini boleh disalurkan ataupun memudahkan cara permohonan dia kepada semua yang berminat dalam sektor ini.

Cuma saya mohon satu saja. Saya difahamkan Agrobank ini RM1.1 bilion, dia hanya— dia tak boleh dimohon oleh penternakan khinzir sebab isu halal, non-halal. Saya mohon diperuntukkan. Mungkin setakat lima persen kah daripada jumlah ini, khas untuk penternakan khinzir di Malaysia. Sebab sekarang ini, untuk masyarakat Islam, SSR kita di Malaysia, hanya setakat 65 peratus. Kita pernah mencapai 90 ke atas dan ini menyebabkan banyak

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

pengimportan, yang mana terdedah kepada virus ASF yang boleh menjejaskan industri ini di peringkat akar umbi. Jadi, saya mohon Agrobank supaya memberikan satu percentage yang kecil saja, mungkin lima persen daripada RM1.1 bilion ini, khas untuk industri penternakan khinzir.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya nak sebutkan berkenaan dengan persediaan kita menuju ke negara tua. Ya, bila warga kita tujuh persen ke atas mencecah umur 65 tahun, kita kena bersedia. Saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk melancarkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 yang dikatakan akan dilancarkan tak lama lagi.

Ia suatu yang saya rasa sangat komprehensif.

Cuma, saya nak sebutkan di sini dengan warga emas. Selain daripada pemberian wang secara tunai, kita kena ada lebih banyak kemudahan, fasiliti di semua tempat. Bukan di pusat bandar saja, bukan di ibu-ibu kota ataupun ibu-ibu negeri saja. Tetapi di desa, di luar bandar, ada fasiliti, ada kemudahan, ada pusat-pusat membolehkan mereka terlibat dalam menyertai apa saja aktiviti.

Dan isu seterusnya Dato’ Speaker iaitu Kementerian Pendidikan. Ya, saya tahu ini isu yang paling apa, paling panas dan inilah kementerian yang mendapat peruntukan paling tinggi. Kali ini RM66.2 bilion. Saya ada beberapa isu. Isu pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan sekolah baru. Saya menyambut baik, saya anggap ia suatu keperluan.

Yang kedua, saya nak sebut. Saya mohon Kementerian Pendidikan memberikan satu dana yang lebih tinggi daripada apa yang kita ada, khas untuk menubuhkan ataupun mendirikan kelas pendidikan khas, PPKI. Sebab bagi saya PPKI ini ada keperluan. Saya memberikan satu, saya ada data di sini, di Daerah Seremban, semua sekolah, tak kira rendah atau menengah, purata murid di setiap kelas PPKI, 10 orang. Tapi di daerah lain, dia banyak kepada tujuh orang saja. Ikut piawaian KPM sendiri, puratanya tujuh orang. Jadi, kenapa Daerah Seremban itu 10 orang? Jadi, saya mohon ada dana khas untuk mendirikan PPKI, khasnya di kawasan bandar, yang mana permintaannya sangat tinggi.

Seterusnya, di bawah Kementerian Pendidikan juga iaitu berkenaan dengan CCTV.

Saya baru baca ini kenyataan daripada KPM yang mengatakan bahawa peruntukan untuk memasang CCTV akan ditingkatkan daripada RM3 juta kepada RM5 juta. Jawab saya, tak cukup RM 5 juta. RM8 juta, tak cukup sebab banyak permintaan. Saya nak tanya, RM8 juta ni macam mana agihan dia? Macam mana— ada tak cara spesifik ataupun mungkin boleh kerjasama dengan korporat melalui CSR dan sebagainya untuk membantu semua sekolah.

Kita tak mahu, kita pasang CCTV di sekolah yang telah berlaku sesuatu. Kita nak pasang CCTV sebagai pencegahan sebelum sesuatu yang tidak elok itu berlaku.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan di bawah KPM juga Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa tambahan, berkenaan dengan bantuan awal persekolahan. Saya memetik kata-kata daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan. Dikatakan bahawa penyaluran bantuan awal persekolahan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa.

Ia bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak- anak. RM800 juta diperuntukkan, saya menyambut baik. Ia sangat membantu, khasnya untuk mereka daripada golongan yang memerlukan bantuan ini.

Cuma saya nak kata, ayat ini menjurus kepada persepsi bahawa ibu bapa kena pergi sekolah untuk ambik, untuk terima wang RM150 tersebut. Adakah ia benar? Saya mohon Menteri ketika menggulung nanti tolong memberikan satu confirmation. Boleh tak terus kredit?

Sebab ibu bapa— kalau ibu dan bapa dua-duanya kerja, dia terpaksa ambil cuti untuk pergi itu mungkin menyusahkan sedikit. Jadi, saya mohon supaya ada pengesahan.

Perkara terakhir Dato’ Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan satu isu di bawah KPM juga. Kita selalu sebut buli. Saya tak tahu apa yang saya nak sebutkan di sini, sama ada dia buli ataupun sebaliknya. Isu dia, pembantu pengurusan murid (PPM) di kelas PPKI dipindahkan ke prasekolah. Apabila individu tersebut dapat watikah ataupun surat untuk dipindahkan, beliau membuat rayuan seperti biasa. Ditegur, katakan tak boleh buat rayuan.

Kalau tak ikut arahan, akan ada tatatertib.

Dan apabila PPM itu datang jumpa saya, sebagai Ahli Parlimen, minta saya bantu menghubungi pegawai di JPN. Pegawai itu tegur pula. Dia kata, “Kalau tak pergi, tatatertib.

Jumpa YB, tatatertib.” Saya rasa ini tak betul. Saya tak tahu ini dipanggil buli atau tidak. Sebab nak ambil PPM, apa nama— pembantu pengurusan murid di kelas PPKI bukan mudah. Ia perlukan orang yang cukup sabar, orang yang mempunyai kata orang...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...sifat untuk jaga anak yang kelainan upaya, anak autisme, anak down syndrome. Kenapa kita nak menyusahkan mereka? Dan mereka berkhidmat dengan baik. Mereka bukan dalam jawatan sepertimana yang sensitif, yang boleh mendatangkan...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...kepentingan individu. Jadi, saya mohon itu saja.

Walaupun ada perkara lain. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, atas masa tambahan yang diberikan. Dan sudah tentu saya sokong RUU ini dan semoga ia diluluskan demi kebaikan dan manfaat semua rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Tangga Batu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas peluang untuk turut serta berbahas Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Tangga Batu ingin memulakan perbahasan dengan membawa beberapa isu di Parlimen Tangga Batu yang perlu kepada penyelesaian segera, diikuti sektor perladangan dan komoditi.

Isu pengairan sawah Kampung Gelam dan Pengkalan Lanjut. Tuan Yang di-Pertua, keluasan sawah padi di Parlimen Tangga Batu, Melaka adalah yang terluas di negeri Melaka, seluas 783 hektar dengan melibatkan 198 orang petani berdaftar. Masalah pengairan sawah di Tangga Batu masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Walaupun kerja penambahbaikan sedang dijalankan di Bukit Rambai, Pulau Gadong dan Kampung Pinang tetapi pesawah di Kampung Gelam dan Pengkalan Lanjut masih menghadapi masalah kekurangan air. Pam elektrik yang dipasang tidak berfungsi dengan baik kerana tidak ditempatkan di lokasi strategik menyebabkan pengairan ke sawah terganggu.

Akibatnya, hasil padi merosot kepada dua tan sehektar kerana masalah saliran dan juga benih padi angin. Tangga Batu mohon agar agensi berkaitan menilai semula lokasi pam tersebut dan melakukan penambahbaikan segera supaya bekalan air mencukupi bagi kawasan pesawah ini.

TVET dan industri Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai ramai graduan, namun kekurangan tenaga mahir. We have many graduates, but we short of talented people dengan izin. Usaha kerajaan memperkukuhkan TVET amat dialu-alukan. Tangga Batu mempunyai kawasan industri strategik seperti kawasan perindustrian Cheng dan Cheng Technology Park, Penapisan PETRONAS Sungai Udang, Tangga Batu Industrial Park, Tanjung Kling Free Trade Zone dan Pelabuhan Tanjung Beruas, Perindustrian Bukit Rambai, dan Projek Waste to Energy yang akan siap pada 2027.

Tangga Batu menggesa agar institusi TVET seperti GIATMARA, kolej komuniti, ILP yang ada di sekitar Tangga Batu dan Melaka menyesuaikan latihan mereka dengan keperluan industri setempat, petroleum, elektronik, perabot, logistik dan sebagainya agar anak muda dan penduduk tempatan dapat menikmati peluang pekerjaan di kawasan sendiri dan tidak perlu berhijrah keluar.

Tuan Yang di-Pertua, Pantai Puteri merupakan tempat pelancongan domestik yang sangat terkenal. Ia telah menjana pendapatan rakyat tempatan dan saya pernah

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

membangkitkan isu agar peniaga-peniaga di Pantai Puteri ini disusun semula dan pernah meminta supaya KPKT memberikan MyKiosk. Tetapi malangnya MyKiosk yang diberi itu tidak diletakkan di Pantai Puteri, sebaliknya diletakkan di bersebelahan Hang Jebat hingga tidak efektif dan gagal menarik pelancong.

Dan hari ini, saya diberitahu bahawa di Pantai Puteri, MBMB telah mengeluarkan arahan untuk merobohkan gerai-gerai yang dimiliki oleh Persatuan Peniaga Pantai Puteri yang berjumlah 91 orang. Saya berharap kementerian yang berkaitan dapat melihat kembali isu ini dan menyelesaikannya secara win, win supaya rakyat tempatan yang berniaga di sana dapat terus menikmati pendapatan yang baik.

Isu pembantu pegawai perubatan. Tuan Yang di-Pertua, seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun depan, manakala seramai 833 jururawat kontrak akan diserap ke jawatan yang ditawarkan lantikan tetap tahun ini seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Meskipun begitu, Tangga Batu ingin menarik perhatian Dewan ini bahawa terdapat nasib sekumpulan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang masih belum mendapat jaminan masa depan.

Semasa pandemik COVID-19, seramai 750 orang PPP dari kolej swasta telah ditawarkan kontrak oleh KKM. Mereka meninggalkan sektor swasta demi berkhidmat untuk negara di waktu paling yang mencabar. Kontrak mereka diperpanjangkan tiga tahun hasil persetujuan Yang Amat Berhormat Tambun apabila menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tangga Batu dalam sesi PMQT pada awal tahun 2023 yang lalu.

Kontrak mereka akan tamat mulai Mac hingga Julai tahun depan. Apakah akan terjadi kepada mereka ini? Kini, setelah hampir enam tahun berkhidmat, mereka terbukti cekap, berpengalaman dan telah menamatkan Program Penempatan Wajib (PPW) bagi kumpulan 31A, 31B dan 31C. Adalah amat rugi sekiranya tenaga mahir ini tidak diserap ke jawatan tetap, sedangkan KKM sendiri masih kekurangan anggota PPP di lapangan. Justeru, Tangga Batu menggesa agar kumpulan ini turut diserap tetap ke dalam perkhidmatan KKM sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan mereka kepada rakyat dan negara.

Hospital Melaka dan ICU hibrid ditutup. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan Hospital Melaka, isu kekurangan pegawai perubatan ini semakin serius. Nisbah keluar dan masuk pegawai tidak seimbang. Ramai pegawai yang mendapat tetap diarahkan bertugas ke negeri lain, sedangkan penempatan baharu ke Melaka tidak melebihi 10 orang. Akhirnya, jabatan- jabatan penting seperti pembedahan, perubatan, kecemasan dan anestesia terus berdepan kekurangan tenaga dan tekanan kerja yang tinggi.

Jadi, masalah tidak selesai sebab still lacking of manpower, dengan izin. Tangga Batu memohon agar isu kekurangan pegawai perubatan diatasi dengan cara lain yang lebih menyelesaikan masalah. Tangga Batu turut menggesa agar ICU hibrid dibuka semula untuk

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat di negeri Melaka. Oleh itu, Tangga Batu mendesak agar pengagihan tenaga perubatan dibuat secara adil, seimbang supaya negeri Melaka tidak terus terpinggir dari segi sumber manusia.

Industri sawit mencatat pertumbuhan positif negatif. Tuan Yang di-Pertua, walaupun peruntukan Kementerian Perladangan dan Komoditi meningkat sebanyak RM60 juta daripada RM750 juta kepada RM810 juta pada tahun 2026. Namun, masih tidak ada wow factor yang mampu menangani isu tandan buah segar yang merosot sejak pasca COVID-19, sedangkan negara pernah mencapai hasil setinggi 22.15 tan sehektar pada tahun 1986.

Produktiviti industri sawit kini menurun ke paras sifar atau negatif disebabkan oleh 664,000 hektar pokok tua yang keluasannya semakin meningkat setiap tahun. Kekurangan tenaga kerja, khususnya pemetik buah bagi pokok tinggi, kos penanaman semula yang tinggi mencecah RM25,000 hingga RM30,000 sehektar bagi sektor swasta, dan RM15,000 hingga RM20,000 bagi pekebun kecil. Penyakit ganoderma dan sooty mold yang menjejaskan hasil sehingga lima peratus.

Kadar penanaman semula yang rendah hanya 2.5 peratus setahun sahaja berbanding keperluan sebenar iaitu 5.1 peratus. Jika tidak ditangani segera, menjelang 2027 negara bakal berdepan dengan kekurangan pengeluaran TBS dan CPO akibat dua juta hektar pokok tua iaitu sepertiga daripada keseluruhan ladang sawit. Ini akan menjejaskan daya saing industri sawit Malaysia berbanding Indonesia, Thailand dan Colombia. Peruntukan RM120 juta bagi program penanaman semula terlalu kecil dan hanya menyentuh sebahagian kecil pekebun kecil persendirian dengan keluasan maksimum, itu pun dengan keluasan maksimum 6.5 hektar untuk satu pemohon.

Ia hanya mampu meliputi 8,000 hektar atau 0.9 peratus sahaja pokok tua, sedangkan sebahagian besar ladang tua dimiliki oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil berorganisasi ataupun organized smallholders dengan izin, yang menangguh penanaman akibat kos tinggi dan tempoh tanpa hasil yang lama selama empat tahun. Tangga Batu menggesa agar peruntukan Skim Pembiayaan Penanaman Semula Pekebun Kecil Sawit

(TSPKS) dipertingkatkan bagi membantu pekebun kecil serta menyediakan khidmat nasihat agronomi dan kawalan kualiti baja.

Kedua, skim pinjaman berstruktur dan insentif cukai diwujudkan, termasuk menjadikan aktiviti penanaman semula layak di bawah reinvestment allowance dengan izin, seperti yang diminta dan disyorkan oleh MPOA dan juga MPOB. Sektor perladangan dan komoditi bukan sekadar sumber pendapatan negara, tetapi nadi kesejahteraan di luar bandar. Justeru, pembaharuan pendidikan serta tindakan berani mempercepatkan penanaman semula disokong oleh tadbir urus telus agensi seperti FELDA, FELCRA dan RISDA amat penting

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

untuk memastikan sektor ini kekal berdaya saing dan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Getah asli. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terus bergantung pada import getah asli bernilai RM7.6 bilion setahun, terutamanya dari negara jiran seperti Thailand dan Vietnam untuk memenuhi permintaan industri hiliran. Ini mencerminkan masalah pengeluaran tempatan tidak cukup yang berpunca daripada kekurangan tenaga kerja dan produktiviti yang rendah yang juga disebabkan oleh harga tidak menentu, menjejaskan pendapatan pekebun kecil dan mengancam daya maju sektor ini.

Jumlah pokok tua hasil rendah dan 400,000 hektar terbiar. Penyakit pestalotiopsis yang telah merebak ke seluruh negara telah menurunkan hasil getah sebanyak 50 peratus dan kekurangan tenaga kerja yang meruncing. Jumlah eksport produk getah asli bernilai RM26.6 bilion pada tahun 2024, sebahagian besarnya adalah dari sektor sarung tangan, membuktikan sektor ini masih lagi relevan.

Inisiatif perlu dilakukan bagi memperkasakan pengeluaran lateks tempatan serta meningkatkan eksport produk getah asli supaya dapat mengambil manfaat daripada perang tarif US-China, yang mana tarif yang lebih tinggi ke atas pesaing kita iaitu Vietnam dan China, sekali gus mengukuhkan pendapatan dan hasil negara.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sebagai quick win, bagi meningkatkan pengeluaran getah terutama lateks, Tangga Batu mencadangkan memperkenalkan insentif dua tingkat, lebih banyak hasil pendapatan akan lebih tinggi insentif dan lebih tinggi pendapatan penoreh.

Kedua, memperluaskan aplikasi dan penggunaan Gas Stimulant Hevea 3 yang dihasilkan oleh anak muda dari syarikat Komoditijaya Sdn. Bhd., terutama pokok yang berumur 15 tahun ke atas dengan HO-1 low intensity tapping dengan izin yang boleh meningkatkan produktiviti sebanyak tiga hingga lima kali ganda.

Ketiga, kawalan penyakit Pestalotiopsis secara bersepadu antara semua organisasi yang terlibat dalam industri getah seperti FELDA, FELCRA dan RISDA dan syarikat swasta.

Sepertimana yang saya lihat di Kedah, kalaulah tidak disebabkan oleh penyakit Pestalotiopsis, saya yakin hasil kepada penoreh di Teloi Kanan itu akan jauh lebih tinggi daripada apa yang mereka perolehi sekarang.

Tenaga penoreh mahir dari Selatan Thailand readily available. Namun, kos membawa mereka ke negara ini adalah terlalu mahal. Kerajaan harus memberikan insentif dalam bentuk pengurangan levi dan kos berkaitan dalam urusan membawa mereka ke ladang-ladang getah, terutama di Utara Semenanjung Tanah Melayu— Semenanjung Malaysia.

Industri lada hitam. Tuan Yang di-Pertua, lada hitam khususnya dari Sarawak terkenal dengan kualiti dan aroma tersendiri. Namun, pengeluaran menurun akibat peralihan petani

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

kepada tanaman lain terutama kelapa sawit. Malaysia mengeksport sebanyak 5,753 metrik tan yang bernilai RM186 juta. Dalam masa yang sama, mengimport 3,630 metrik tan dengan nilai RM95.61 juta. Hasil lada kekal malar pada sekitar 31,000 hingga 32,000 metrik tan setahun disebabkan faktor harga, cuaca dan penyakit.

Terdapat sinar baru apabila Syarikat McCormick iaitu pengeluar rempah global telah membuka ladang lada hitam pertama di Setiu, Terengganu dengan pelaburan RM360 juta di atas tanah 600 hektar. Projek ini melibatkan skim latihan dan penyertaan petani tempatan, peluang 2,000 pekerjaan kepada penduduk tempatan, penggunaan teknologi pintar IOT dalam sistem pengeringan pasca tuaian dan model ini boleh diambil oleh kementerian untuk dibawa untuk kembangkan industri lada.

Tuan Yang di-Pertua, industri kopi. Nilai pasaran kopi domestik dianggarkan RM4.5 bilion pada tahun 2025. Namun, 95 hingga 97 peratus bekalan masa diimport bernilai RM1.35 bilion pada tahun 2023. Hasil kopi tempatan hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 metrik tan sahaja. Kebanyakan daripada varieti Liberica sedangkan varieti Robusta mempunyai permintaan jauh lebih tinggi berbanding Liberica.

Utara Semenanjung, terutama di Daerah Sik dan Baling, Kedah berpotensi menjadi pusat pengeluaran kopi Robusta negara kerana tanah dan cuaca yang sesuai. Syarikat Nestle telah memulakan sejak 1993 melalui projek kopi Kedah limited edition. Malangnya, usaha ini gagal dikembangkan akibat kurangnya sokongan dan insentif dari kerajaan. Industri ini perlu diperkasakan bagi mengurangi import biji kopi yang bernilai RM1.35 bilion.

Bagi memperkasakan industri kopi, Tangga Batu mencadangkan industri kopi diletakkan di bawah Lembaga Koko Malaysia bagi menyelaras penyelidikan, pengeluaran dan pasaran eksport selaras dengan Pelan Transformasi Komoditi Negara (NTCP) 2030.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya soalan sikit saja. Minta Tuan Yang di-Pertua jawab. Kalau Tuan Yang di-Pertua punya dua orang anak, satu dia engineer, dia berdikari, punya pendapatan yang tinggi, satu lagi adalah petani, miskin tapi dia memberi makan kepada keluarga. Agak-agak kalau Tuan Yang di-Pertua nak beri bantuan, nak beri bantuan siapa yang lebih?

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Ketawa] Jawapan itu subjektif. Banyak benda kena ditimbangkan. Tanggungjawab Yang Berhormat sekarang, tanya Menteri, bukan tanya saya.

draft • 4:20 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, sebenarnya pandangan saya dari sudut kita panggil ekonomi dan teknokrat, kita harus mengekalkan negeri-negeri yang menjadi hab makanan kerana kita setiap tahun mengimport hampir 70, 75 bilion makanan yang hari ini menjadikan kita agak susah untuk kita mengawal harga. Sepatutnya kalau

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

seorang bapa yang bijak, dia akan memberikan alokasi kepada anak yang lebih, petani yang lebih supaya apa? Dia mengekalkan tanah dia daripada dia jual jadi kilang, dia akan kekalkan tanah pertanian, mengeluarkan makanan, tak payah beli kat luar dan boleh dinikmati oleh keluarga.

Inilah sepatutnya dilakukan dalam negara kita, memberikan bantuan kepada negara- negara yang menjadi hab makanan, bukan kita menganaktirikan supaya hab makanan ini dapat menampung keperluan makanan negara dan akan dinikmati oleh negeri-negeri yang juga menjadi negeri yang bersifat industri.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung. Setengah, 30 saat.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Jadi, saya berharaplah kita harus bersikap adil kepada semua negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan Malaysia. Jadi, dengan itu, Tangga Batu mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan untuk berbahas. Sekian, *wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 4:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Betong untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun merangkap Menteri Kewangan.

Belanjawan 2026 menyatakan hasrat untuk merapatkan jurang pembangunan antara Wilayah. Namun, Betong ingin tegaskan bahawa jurang ini bukan sekadar soal infrastruktur tapi juga soal akses kepada pendidikan berkualiti, peluang ekonomi dan perkhidmatan sosial.

Bagi negeri seperti Sabah dan Sarawak, belanjawan ini mesti diterjemahkan dalam bentuk penyediaan infrastruktur asas luar bandar, capaian Internet menyeluruh dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 secara menyeluruh supaya pembangunan benar-benar bersifat seimbang dan adil.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh hanya beberapa poin dalam perbahasan saya. Jadi saya mulakan dengan yang pertama iaitu Perjanjian Malaysia 1963. Ia satu perkara yang sangat asas kepada pembentukan negara kita. Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63 yang menjadi asas kewujudan Persekutuan Malaysia seperti yang kita kenali hari ini.

Persekutuan Malaysia tidak dibina atas dasar satu pihak menguasai pihak lain yang dibina

draft • 4:26 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

atas dasar perkongsian yang setara antara Malaya, Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam MA63.

Bajet 2026 yang baru dibentangkan membawa tema ‘Ekonomi MADANI’, melonjak pertumbuhan, memperkukuhkan kesamarataan. Namun, persoalannya adalah adakah kesamarataan itu benar-benar tercermin dalam pelaksanaan bajet? Jika MA63 menjadi asas perkongsian, maka bajet negara perlu mencerminkan semangat tersebut. Ini bermaksud peruntukan untuk infrastruktur asas luar bandar seperti jalan, jambatan, bekalan air dan elektrik perlu diselaraskan dengan keluasan Wilayah Sarawak dan bukan sekadar berdasarkan populasi.

Autonomi pendidikan dan kesihatan perlu diterjemahkan melalui peruntukan terus kepada kerajaan negeri agar program disesuaikan dengan realiti tempatan. Pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negeri perlu diberi ruang kawalan tempatan, termasuk kuasa melulus dan mengurus pelaburan Wilayah.

Bajet 2026 harus menjadi bukti bahawa komitmen terhadap MA63 diterjemahkan bukan sekadar dalam kenyataan tetapi dalam angka, dasar dan pelaksanaan sebenar. MA63 adalah komitmen berterusan yang menjadi panduan dalam menggubal dasar dan undang- undang yang memastikan kita tidak lupa bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian yang dihormati dan hak yang dijaga.

MA63 adalah roh kepada Persekutuan Malaysia dan Bajet 2026 seharusnya menjadi alat untuk kita menghidupkan roh tersebut. Jika bajet negara benar-benar berteraskan semangat perkongsian yang setara, maka Sarawak bukan lagi penerima dasar tapi rakan kongsi sejati dalam pembangunan negara.

Saya menegaskan pelaksanaan penuh MA63 bukan hanya isu politik tapi asas kepada keadilan, kesamarataan dan perpaduan nasional yang tulen. Inilah masa untuk kita bukan sekadar mengiktiraf MA63 dalam kata-kata tapi melaksanakannya dalam bajet, dasar dan tindakan.

Dato’ Yang di-Pertua, Betong ingin menyentuh keputusan penting mahkamah tinggi di Kota Kinabalu yang menegaskan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil yang dikutip di negeri itu serta semakan ke atas geran khas yang termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Keputusan ini bukan sekadar kemenangan undang-undang bagi Sabah yang merupakan penegasan terhadap satu prinsip asas Persekutuan Malaysia bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab Perlembagaan yang mesti dihormati dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan sama ada kepada Sabah mahupun kepada Sarawak.

draft • 4:26 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun konteks Sabah dan Sarawak tidak serupa dengan Sabah mempunyai peruntukan khusus mengenai 40 peratus hasil, prinsip yang mendasari tetap sama bahawa semakan geran khas pada negeri-negeri Borneo ini wajib dibuat setiap lima tahun sebagaimana digariskan dalam Perlembagaan.

Sarawak telah pun mengemukakan formula baharu bagi geran khas di bawah Perkara 112D dalam rundingan berterusan dengan Kerajaan Persekutuan melalui mekanisme Perjanjian Malaysia 1963. Maka keputusan mahkamah ini harus menjadi isyarat yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan bahawa proses rundingan ini tidak boleh lagi ditangguh ataupun dilengah-lengahkan.

Dato’ Yang di-Pertua, mahkamah telah memperkukuhkan kefahaman kita bahawa semakan geran khas mesti dijalankan secara telus dan berlandaskan niat baik dan tanpa sebarang penangguhan tidak munasabah. Ini bukan soal kemurahan hati Persekutuan, tapi soal hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Oleh itu, Betong mendesak agar rundingan mengenai geran khas Sarawak disegerakan supaya hasil bumi dan pendapatan negeri dapat dikembali, dimanfaatkan untuk pembangunan rakyat Sarawak dalam semangat sebenar Persekutuan Malaysia yang adil dan seimbang.

Dato’ Yang di-Pertua, kita tidak menuntut lebih daripada apa yang telah dijanjikan. Kita hanya menuntut apa yang termaktub dalam Perlembagaan, MA63, perjanjian yang menjadi asas kewujudan negara ini. Kita tidak mahu Sarawak terus dilihat sebagai pemberi hasil tanpa pulangan seimbang. Kita tidak mahu formula pembangunan ditentukan tanpa memahami realiti geografi, cabaran logistik dan keperluan rakyat di pedalaman Borneo.

Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi di Sabah menjadi mercu tanda kepada keadilan fiskal, maka biarlah ia juga menjadi obor penyuluh kepada penyelesaian hak Sarawak. Janganlah keputusan ini hanya diraikan di Kota Kinabalu, tapi diabaikan di Kuching. Oleh itu, Betong mendesak agar Kementerian Kewangan Persekutuan mempercepatkan untuk memuktamadkan formula baharu geran khas di bawah Perkara 112D selaras dengan semangat MA63.

Dato’ Yang di-Pertua, yang kedua, Betong ingin sentuh ialah di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam Belanjawan 2026, di mana kerajaan memperuntukkan sebanyak 18.6 bilion untuk tahun hadapan. Peruntukan besar ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan memperkukuh pendidikan tinggi negara. Namun, dalam semangat kesamarataan pembangunan, izinkan saya mengangkat satu isu strategik yang amat dekat dengan hati rakyat di wilayah tengah Sarawak khususnya kami di Betong iaitu keperluan membina sebuah politeknik konvensional baharu bagi menggantikan sebuah Politeknik METrO Betong yang sedia ada.

draft • 4:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato’ Yang di-Pertua, Politeknik METrO Betong ditubuhkan dengan niat baik untuk membuka akses pendidikan tinggi di kawasan luar bandar. Namun, setelah beberapa tahun beroperasi, pengalaman dan data menunjukkan bahawa konsep politeknik metro tidak sesuai dalam konteks bandar kecil dan luar bandar seperti Betong. Institusi ini direka khas untuk kawasan bandar di mana kemudahan seperti pengangkutan awam yang cekap dan tersedia di samping ia nya tidak menyediakan asrama untuk pelajar, tetapi realitinya Betong bukanlah pusat komersial yang mempunyai kemudahan tersebut.

Oleh itu, Dato’ Yang di-Pertua, Politeknik METrO Betong dalam bentuknya sekarang tidak dapat memenuhi potensi sebenar dan keperluan pelajar luar bandar. Sudah tiba masanya, kerajaan mempertimbangkan untuk menaik taraf dan menggantikan Politeknik METrO Betong dengan politeknik konvensional sepenuhnya yang dilengkapkan dengan asrama pelajar serta kuarters kakitangan politeknik agar fungsi dan program yang selaras dengan keperluan luar bandar dan aspirasi pembangunan wilayah tengah Sarawak.

Dato’ Yang di-Pertua, usaha ini juga sejajar dengan agenda Ekonomi MADANI dan Pelan Induk TVET Negara yang menekankan transformasi tenaga kerja berkemahiran tinggi, pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan pendidikan yang inklusif. Tidak wajar kawasan luar bandar terus dibekalkan dengan model institusi yang direka untuk bandar. Jadi, pendidikan tinggi mestilah bersifat local adaptive dengan izin, menyesuaikan diri dengan realiti sosioekonomi setempat.

Jadi, oleh yang demikian, Betong menyeru agar Kementerian Pendidikan Tinggi segera menilai penukaran status Politeknik METrO Betong kepada politeknik konvensional, reka bentuk kampus dan program latihan yang relevan memandangkan tapak seluas 410 ekar sudah diluluskan pada tahun 2009 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan ini dengan serius demi memastikan setiap peruntukan di bawah Belanjawan 2026 diterjemahkan menjadi pembangunan sebenar di lapangan terutama bagi masyarakat luar bandar yang senantiasa mengharap peluang pendidikan setaraf bandar.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya Betong ke perkara yang ketiga yang ingin dibangkitkan iaitu satu isu yang terpinggir dalam wacana kesihatan awam negara, tetapi semakin mendesak dari sudut kemanusiaan dan ekonomi iaitu pesakit terlantar dan ketiadaan pelan pemulihan kebangsaan yang menyeluruh.

Di bawah belanjawan 2026, peruntukan sebanyak RM46 bilion untuk Kementerian Kesihatan, satu jumlah yang cukup besar dan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat. Namun begitu, soalnya sejauh manakah peruntukan ini benar-benar diterjemahkan kepada perubahan struktur dan hasil yang nyata? Hari ini, sistem kesihatan awam, kita berdepan pelbagai cabaran. Bukan hanya kekurangan doktor, jururawat dan

draft • 4:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

kemudahan asas, tetapi juga kelemahan dalam menyediakan pelan pemulihan kebangsaan yang menyeluruh.

Dato’ Yang di-Pertua, kita sering berbangga dengan keupayaan sistem kesihatan awam kita yang cekap dalam menyelamatkan nyawa pesakit dalam fasa akut, di wad kecemasan, di unit rawatan rapi, di dewan bedah. Namun realitinya, selepas pesakit di- discharged dan dianggap stabil, banyak kepada mereka tidak lagi mempunyai hala tuju pemulihan yang jelas. Menurut Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia 2023, muka surat 92, sebanyak 26,505 pesakit terlantar telah menerima manfaat daripada Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) sehingga Disember 2023. Sebanyak 416 klinik kesihatan di seluruh negara telah melaksanakan program ini. Satu usaha yang amat baik dan harus kita hargai.

Namun, apabila kita teliti pelaksanaannya, PPD ini sebenarnya masih berorientasikan penjagaan asas meliputi rawatan luka, pemantauan ubat dan lawatan jururawat, bukan pemulihan yang berfasa dan intensif. Jadi, dalam kebanyakan kes seperti strok, Parkinson, trauma otak, demensia dan juga komplikasi diabetes, hanya diberikan rawatan asas di rumah tanpa program pemulihan sistemik. Jadi, akibatnya ramai pesakit akhirnya terlantar bertahun- tahun walaupun masih mempunyai potensi untuk pulih dengan terapi yang konsisten.

Dato’ Yang di-Pertua, ketiadaan dasar ini menyebabkan program sedia ada seperti PPD ini menjadi fragmented dan ad hoc, dengan izin, bergantung pada sumber-sumber manusia dan bajet di peringkat daerah. Oleh itu, Betong mendesak supaya Kementerian Kesihatan melihat pembaharuan kesihatan ini bukan sekadar membina lebih banyak hospital tapi membina sistem yang menyeluruh daripada rawatan awal hingga pemulihan dan penjagaan berterusan. Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dasar konkrit untuk pertimbangan:

(i) menubuhkan Pelan Pemulihan Kesihatan Nasional Pesakit Terlantar;

(ii) tubuhkan pusat pemulihan pesakit terlantar negara di bawah KKM;

(iii) perluaskan mandat Perkhidmatan Perawatan Domisilari (PPD) supaya melibatkan jurupulih cara kerja, ahli terapi pertuturan dan pakar neurologi;

(iv) wujudkan mekanisme rujukan automatik antara hospital daerah;

(v) sediakan skim bantuan kewangan dan peralatan penjagaan melalui kerjasama KKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan

(vi) jadikan pemulihan sebagai komponen teras dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

draft • 4:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato’ Yang di-Pertua, negara ini telah banyak berbelanja untuk menyelamatkan nyawa pesakit di hospital. Namun, tanpa sistem pemulihan yang menyeluruh, usaha ini hanya separuh jalan. Jadi, kita berjaya menyelamatkan mereka daripada maut, tetapi gagal memulihkan mereka kepada kehidupan yang bermakna. Jadi, Betong menyeru agar Kementerian Kesihatan merangka satu pelan nasional pemulihan pesakit terlantar dengan indikator prestasi yang jelas, pembiayaan mampan dan kerjasama rentas agensi termasuk JKM, NGO dan sektor swasta.

Untuk kesimpulan Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali Betong ingin menegaskan bahawa tatakelola MADANI bukan sekadar tentang sistem pentadbiran, tetapi juga tentang roh keadilan sosial. Memastikan setiap sen wang rakyat digunakan untuk kesejahteraan rakyat. Belanjawan ini akan hanya bermakna jika rakyat di bawah merasai manfaatnya, jika anak muda mendapat peluang kerja yang layak, jika nelayan dan petani mendapat pulangan yang adil dan jika warga tua tidak dibiarkan terpinggir dalam sistem sosial negara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong prinsip Belanjawan 2026 ini, namun saya menyeru agar pelaksanaannya disemak dengan ketat, berpaksikan integriti dan diukur dengan impak sebenar kepada rakyat, bukan hanya dengan angka di atas kertas. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mula perbahasan saya pada petang ini dengan serangkap pantun.

Bajet dibentang megah di Dewan, Janji manis tersusun rapi; Rakyat menunggu penuh harapan, Namun kos hidup terus dibebani. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya iaitu daripada Parlimen Kulim-Bandar Baharu untuk terus turut serta dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2026 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 yang dibentangkan sebanyak RM470 bilion di mana dalam suasana ekonomi global yang masih berdepan ketidaktentuan dengan tekanan

draft • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

inflasi dan ketegangan geopolitik yang memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi negara.

Di peringkat domestik di mana rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi dan saya mengharapkan belanjawan ini akan terus meningkatkan ekonomi dan menstabilkan kecekapan tadbir urus yang berteraskan tatakelola yang bertanggungjawab. Dalam perbahasan ini saya akan menyentuh beberapa kementerian yang utama demi kepentingan rakyat dan Parlimen saya, Kulim-Bandar Baharu.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam perbahasan peringkat dasar daripada Kulim-Bandar Baharu, saya akan menyentuh beberapa kementerian berkaitan isu-isu nasional dan setempat agar diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan rakyat mendapat kesan langsung daripada bajet yang telah dibentangkan.

Isu yang pertama iaitu berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Sektor pendidikan adalah tunjang kepada pembangunan bangsa dan negara. Namun, kita harus berani mengakui bahawa sistem kita sedang berhadapan dengan krisis nilai dan disiplin yang makin meruncing. Salah satu isu yang paling membimbangkan ialah gejala buli di sekolah yang semakin kerap, bukan sahaja melibatkan pelajar menengah malah kini merebak ke peringkat sekolah rendah.

Dato’ Yang di-Pertua, contohnya tragedi kematian adik Zara Qairina Mahathir di Papar, kes rogol berkumpulan di Alor Gajah dan di Baling, pelajar Tingkatan 2 mati ditikam di Sekolah Bandar Utama. Itu belum lagi termasuk kejadian kes yang disimpan di bawah karpet sepertimana yang diakui oleh Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu. Insiden demi insiden yang berlaku jelas menunjukkan bahawa budaya hormat, kasih sayang dan adab dalam pendidikan serta nilai masyarakat Malaysia semakin terhakis.

Oleh itu, bagi saya, kita tidak boleh menunggu selepas kejadian berlaku untuk bertindak. Sebaliknya, kita perlu melihat akar masalah termasuklah kelemahan dalam sistem pemantauan, kurangnya akhlak, satu kegagalan wujud suasana sekolah yang selamat dan menyeluruh.

Dato’ Yang di-Pertua, persoalannya apakah melalui Bajet Pendidikan 2026 ini selain daripada pemasangan CCTV, warden yang ditambah, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji semula hukuman rotan, memastikan semua kes-kes kecil atau besar hendaklah dilaporkan, bukan ada kes yang boleh merosakkan nama sekolah, nama-nama besar dan berkepentingan diletakkan di bawah karpet sepertimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan?

Jika isu ini tidak dapat dibendung, diatasi segera, tidak guna diperkenalkan mata pelajaran karakter, digubal sistem pendidikan kerana pastinya akan kembali ke takuk yang

draft • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

lama dan sudah tiba masanya penyelesaian down-to-top diberi penekanan serta tumpuan kepada semua pihak.

Dato’ Yang di-Pertua, isu yang kedua iaitu berkaitan dengan nelayan dan perikanan.

Dalam perbahasan ini, saya juga ingin memberi perhatian kepada isu-isu yang sedang dihadapi oleh para nelayan. Di sini saya mengambil contoh isu nelayan di Kuala Kedah yang mereka hadapi sekarang. Contohnya, isu nelayan Zon A iaitu nelayan yang beroperasi dalam lingkungan lima batu nautika dari pantai.

Isu yang dihadapi ialah satu, lesen Zon A, pembekuan lesen baru dan lesen alih tangan. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mengeluarkan semula lesen Zon A di mana masih ramai nelayan yang aktif di Zon A tidak mempunyai lesen, tidak mendapat subsidi minyak dan kos mereka tinggi? Walau bagaimanapun, nelayan-nelayan ini tetap menyumbang kepada hasil tangkapan untuk negara.

Kedua, program pemutihan lesen warisan keluarga agar nelayan boleh mewarisi lesen secara sah tanpa birokrasi yang panjang.

Tiga, kuota minyak di Zon A yang tidak mencukupi. Adakah kementerian bercadang untuk menambah kuota minyak ini?

Empat, pukat hanyut yang semakin meningkat, boleh menangkap ikan tanpa kawalan termasuk spesies ikan yang penting bagi pembiakan semula stok ikan, juga pencerobohan nelayan di Zon B ke Zon A yang menggunakan pukat hanyut yang berskala besar.

Yang kelima, isu lampu sotong di mana lampu berintensiti tinggi boleh merosakkan ikan, plankton, organisma laut. Adakah kementerian meletakkan standard kuasa maksimum dan jarak operasi bagi lampu sotong ini daripada pantai?

Yang keenam, adakah kerajaan bercadang untuk kembalikan subsidi minyak bagi nelayan C2 yang ditamatkan subsidi pada tahun 2019? Mengikut data, banyak bot-bot di C2 ini telah tersadai tidak beroperasi kerana kos minyak yang tinggi menyebabkan bekalan ikan domestik berkurangan dan harga yang semakin tinggi.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa isu-isu di kawasan saya. Sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, saya juga ingin membawa beberapa isu kawasan yang sering diperbincangkan, diusulkan kepada saya supaya sekali lagi saya memohon dan mengusulkan dalam perbahasan pada kali ini walaupun telah berkali-kali saya berbahas di dalam Dewan ini.

Isu yang pertama iaitu Hospital Daerah Bandar Baharu. Saya amat berharap daripada Kementerian Kesihatan supaya dapat dimasukkan ke dalam belanjawan ataupun RMK13 pembinaan Hospital Daerah Bandar Baharu yang menjadi keperluan dan permintaan penduduk di daerah ini.

draft • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang kedua, jalan FT136, Kulim ke Bandar Baharu. Alhamdulillah, sebagaimana yang telah di— sebagaimana telah diturap melalui peruntukan yang diberikan pada tahun 2023 dan 2024. Namun, hampir 50 peratus Jalan Kulim-Bandar Baharu yang daif perlu diturap lagi untuk keselamatan pengguna dan penambahan lampu-lampu jalan utama di selekoh-selekoh jalan di sepanjang FT136 atau sepanjang jalan Sungai Ular, Anak Kulim, Terap dan Felda Gunung Bongsu ke Mahang. Juga, pembinaan lorong-lorong memotong di FT136 dari Kulim ke Serdang yang telah saya berbahas beberapa kali. Saya amat berharap Kementerian Kerja Raya dapat meneliti isu-isu yang telah saya bawa dalam Parlimen untuk Parlimen Kulim- Bandar Baharu.

Yang ketiga, bagi Kementerian Pengajian Tinggi, pandanglah di daerah Bandar Baharu yang juga dalam Parlimen Bandar Baharu supaya dapat menempatkan cawangan IPT bagi mempercepatkan pembangunan dan perkembangan ekonomi setempat memandangkan daerah Bandar Baharu jauh ketinggalan, bukan sahaja di Kedah, juga daerah-daerah yang berjiran seperti Parit Buntar, Nibong Tebal dan Selama, Perak. Sekali lagi saya memohon Kementerian Pengajian Tinggi dapat memberi perhatian yang sewajarnya.

Yang keempat, kepada Kementerian Dalam Negeri. Saya juga memohon supaya Kuarters IPD Bandar Baharu diselenggara bagi keselesaan keluarga anggota polis dan juga pondok polis Bandar Baharu yang begitu kecil, sesak, padat dan uzur, tidak sesuai lagi dan perlu sebuah pondok polis yang selesa bagi anggota polis menjalankan tugas. Saya berharap KDN dapat memahami dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi keselesaan anggota polis.

Yang kelima, untuk Kementerian Pendidikan, berilah perhatian kepada beberapa sekolah yang perlu dibaik pulih segera. Antaranya iaitu SK Dato’ Haji Zainuddin. Blok A, lebih 20 tahun tidak dapat digunakan, tidak dibaik pulih. Struktur bangunan masih lagi boleh digunakan, tetapi tidak diselenggara.

draft • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang kedua, bangunan blok kelas pemulihan khas (PPKI) juga SK Dato’ Haji Zainuddin hampir sembilan tahun tidak boleh digunakan oleh pelajar. Terpaksa menumpang bangunan kantin lama yang diubah suai dijadikan kelas sementara.

Yang ketiga iaitu SK Relau. Bangunan kayu yang semakin uzur dan sempit masih digunakan untuk kelas prasekolah. Mohon dibina baru untuk keselamatan dan keselesaan pelajar.

Yang keempat, SK Lubuk Buntar dan SK Sungai Kechil Ilir antara contoh-contoh sekolah yang tiada padang untuk permainan. Mohon KPM mencari alternatif bagi mengatasi masalah ini.

draft • 4:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh laporan Harian Metro baru-baru ini iaitu berkaitan dengan Operasi Op Metal. Di mana sebanyak 29 syarikat terbabit sindiket penyeludupan besi dan juga e-waste di lima negeri menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil cukai eksport dipercayai mencecah lebih RM950 juta.

Nilai ketirisan hasil cukai eksport ini boleh dikatakan besar. Hampir mencecah RM1 bilion dan menjadi satu kerugian kepada negara jika tidak ditangani. Taktik sindiket terbabit iaitu barangan yang dieksport itu diikrarkan sebagai barangan jentera dan logam lain yang tidak dikenakan cukai eksport sebanyak 15 peratus sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan.

Menjadi persoalan, bagaimanakah perkara ini berlaku sehingga menyebabkan ketirisan hasil cukai besar dan hanya terbongkar apabila SPRM menjalankan serbuan baru- baru ini? Ini bukan sahaja menjejaskan hasil pendapatan negara, tetapi imej negara cukup terjejas, barangan dieksport tidak dikawal selia.

Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan kerajaan. Apakah langkah dan perancangan dalam menangani dan penyeludupan skrap metal ini bagi mengelakkan ketirisan hasil cukai?

Persoalannya dalam isu ini, apakah undang-undang sedia ada dalam pengeluaran lesen eksport dan— akan dikaji semula atau akan membenarkan SIRIM diberikan kuasa untuk mengawal selia eksport skrap metal, elak berlakunya penyelewengan?

Dato’ Yang di-Pertua, saya selaku Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu mengharapkan supaya apa sahaja belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan hendaklah mencapai kepada rakyat. Seterusnya, memberi satu kesenangan dan juga keistimewaan kepada rakyat.

Oleh itu, sekali lagi saya mengharapkan supaya pembentangan ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Dato’ Yang di-Pertua, inilah perbahasan daripada Kulim-Bandar Baharu. Saya mengharapkan ia mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Belanjawan 2026 pada petang ini.

Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya saya perlu mengakui bahawa Belanjawan 2026 ini kurang faktor surprise. Kita rakyat Malaysia sudah lama dah biasa dengan belanjawan gula- gula. Setiap kali belanjawan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, tumpuan sering

draft • 4:53 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

diberikan kepada bentuk bantuan tunai semata-mata. Jarang sekali kita bertanya, wang yang diberikan itu datang dari mana?

Justeru, saya boleh simpulkan bahawa Belanjawan 2026 ini membosankan, tetapi membosankan demi kebaikan. Ia membosankan kerana tiada program baharu atau pakej tambahan hanya untuk membeli hati rakyat. Ia membosankan kerana Kerajaan MADANI kekal dengan hala tuju ekonomi yang sudah pun ditetapkan iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai.

Ini bermakna program ekonomi yang terbukti berkesan akan diteruskan. Misalnya, dana dan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi PMKS telah meningkat daripada RM40 bilion kepada RM50 bilion. Belanjawan ini mungkin tidak mengejutkan Tuan Yang di-Pertua, tetapi tetap menunjukkan penambahbaikan dari segi peruntukan development expenditure dengan izin. Khasnya, development expenditure asas. DE asas. Walaupun terdapat potongan sebanyak RM5 bilion dalam keseluruhan bajet pembangunan, tetapi DE asas meningkat kepada RM57.6 bilion bersamaan 71 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan.

Saya ingin tegaskan di sini komponen yang bukan DE Asas sebenarnya tidak patut berada dalam bajet pembangunan pun. Namun belum pernah ada kerajaan sebelum ini yang berani mengakui perkara ini dan beriltizam untuk memperbetulkannya. Bagi tahun 2026, akhirnya peruntukan bukan DE asas telah berjaya diturunkan kepada 29 peratus, kurang daripada 30 peratus berbanding 46 peratus pada tahun 2022. Ini merupakan satu penambahbaikan yang sangat memberangsangkan walaupun kita masih belum mencapai tahap yang sempurna.

Dato’ Yang di-Pertua, satu inisiatif yang saya ingin puji dalam Belanjawan 2026 ini ialah hala tuju untuk menghidupkan semula pusat bandar ibu kota kita. Langkah ini amat penting dalam konteks urbanisasi moden dan kebolehdiaman bandar kita. Kerajaan MADANI telah memperkenalkan potongan cukai khas sebanyak 10 peratus daripada perbelanjaan yang layak bagi projek pengubahsuaian termasuk penukaran bangunan komersial kepada kediaman.

Di samping itu, Khazanah turut memperuntukkan pelaburan berjumlah RM600 juta untuk memulihkan enam blok bangunan di kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Carcosa Seri Negara. Langkah-langkah ini membuktikan bahawa komitmen kerajaan untuk menghidupkan semula pusat bandar kita. Bukan sekadar dari segi fizikal, tetapi juga sosial dan ekonomi.

Menurut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) bagi suku pertama tahun ini, tahun 2025, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai lebih 300 bangunan dengan

draft • 4:53 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

ruang berjabat kosong berjumlah 2.78 juta meter persegi. Jika kesemua ruang ini diubah suai menjadi unit kediaman, potensinya amat besar.

Misalnya, sekiranya diubah suai kepada bilik studio bersaiz 50 meter persegi, ia boleh menghasilkan kira-kira 55,675 unit kediaman. Jika diubah kepada unit tiga bilik bersaiz 85 meter persegi pula, jumlahnya boleh mencecah 32,750 unit. Dengan kata lain, kita tidak perlu sentiasa membina yang baharu.

Apa yang perlu khasnya di pusat bandar, apa yang diperlu ialah menggalakkan pemaju untuk mengoptimumkan bangunan sedia ada yang kini terbiar atau tidak digunakan secara sepenuhnya. Dengan cara ini, anak muda yang baru memulakan kerjaya atau keluarga muda dapat kekal tinggal berhampiran tempat kerja dengan kos yang lebih munasabah.

Salah satu contoh terbaik ialah projek Perumahan Bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang diterajui oleh DBKL. Inilah model yang wajar diperluaskan. Projek yang bukan sahaja menghidupkan semula bangunan lama, tetapi juga mengembalikan populasi ke pusat bandar dan menyuntik semula nadi kehidupan di ibu kota kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang pencinta bangunan warisan, saya menyokong sepenuhnya pelaburan untuk memulih dan memelihara bangunan warisan negara. Rakyat Malaysia melancong ke luar negara sama ada ke Eropah atau Asia Timur sering memuji bagaimana negara-negara tersebut begitu menghargai dan mempertahankan bangunan berusia ratusan tahun. Kini, sudah tiba masanya kita juga berbelanja untuk memulihkan bangunan ikonik kita supaya warisan ini terus kekal berdiri untuk abad yang akan datang.

Memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, pendidikan ataupun kesihatan negara tidak bermakna kita harus mengabaikan warisan.

draft • 4:53 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tuan Yang di-Pertua, semalam seorang anak muda Malaysia, Vincent Ong telah mencipta sejarah apabila berjaya meraih tempat kelima di Pertandingan Piano Antarabangsa Chopin di Warsaw. Kali pertama seorang pemuzik Malaysia mara ke pusingan terakhir dan meraih kemenangan di pertandingan yang sangat-sangat prestij ini. Satu pencapaian yang benar-benar membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam masa yang sama, semalam juga seorang lagi anak Malaysia, Jason Loo turut mencatat kejayaan di peringkat dunia apabila menduduki tempat keempat dalam World Barista Championship 2025 yang berlangsung di Milan, Itali. Pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan Malaysia.

Paling membanggakan, Tuan Yang di-Pertua, Jason menggunakan biji kopi liberica dari Daerah Kluang, Johor. Hasil tempatan. Membuktikan bahawa hasil pertanian tempatan juga mampu berdiri megah di pentas dunia. Saya tak tahu berapa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Dewan yang mulia ini adalah peminat kopi. Saya tak tahu sama

draft • 5:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

ada Tuan Yang di-Pertua adalah peminat kopi, tapi ini adalah bukti bahawa biji kopi liberica, hasil tempatan, boleh menang di peringkat antarabangsa.

Dan kedua-dua pencapaian ini menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia mempunyai bakat luar biasa dan bahawa potensi ekonomi kreatif serta sektor pertanian negara kita boleh saling melengkapi dalam mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Namun begitu, Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memperingatkan bahawa menjadi peneraju sektor ini bukanlah mudah. Saya sentuh pertanian. Pertanian kopi bukan jenis pertanian yang hanya menunggu hasil masuk ke poket. Pekebun kopi yang berusaha membangunkan industri ini di tanah air kita berdepan pelbagai cabaran. Dari kos operasi yang tinggi, kekurangan tenaga kerja yang mahir sehinggalah halangan birokrasi yang melambatkan pertumbuhan sektor ini.

Sebagai contoh, kilang pemprosesan biji kopi yang telah lama beroperasi di atas tanah pertanian masih perlu mematuhi syarat penempatan di kawasan industri sedangkan mereka bukanlah kilang besar, tetapi pengusaha kecil yang sedang berusaha membina jenama tempatan. Dalam kes yang saya terima, walaupun mereka telah berusaha memenuhi semua syarat yang ditetapkan, kelulusan yang diberikan hanyalah lesen sementara. Ya, saya faham secara prinsipnya kilang sepatutnya ditempatkan di zon perindustrian. Namun, bagi pengusaha kecil yang baru hendak bertapak dengan modal terhad, bagaimana kita boleh mengenakan syarat yang akhirnya mengekang potensi mereka untuk berkembang.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Kluang dengan kopi berpisah tiada. Saya menyeru kementerian yang berkaitan termasuk Kementerian Pertanian, MITI dan pihak berkuasa tempatan supaya duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian yang pragmatik bagi kilang pemprosesan produk pertanian yang berpotensi tinggi. Kita tidak boleh terus menyekat potensi diri sendiri. Jika kita benar-benar mahu membina ekonomi berasaskan nilai dan jenama tempatan, kita mesti menyokong pengusaha-pengusaha yang berani mencipta dari tanah air sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu penting yang ingin saya sentuh ialah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembangunan ekonomi penjagaan: care economy dengan izin.

Kawasan saya Kluang baru sahaja disenaraikan sebagai kawasan menua, walaupun pada masa yang sama juga diiktiraf sebagai daerah paling bahagia di Malaysia. Ini mencerminkan realiti yang kompleks. Kita bahagia, tetapi sedang menua. Dan cabaran terbesar yang bakal kita hadapi ialah kekurangan pekerja penjagaan, care workers. Jika kita membuat kajian terhadap pusat jagaan warga emas di seluruh negara, saya yakin peratusan pekerja penjagaan warga tempatan adalah sangat-sangat rendah. Majoriti tenaga kerja dalam sektor ini, sama ada warga tempatan atau warga asing, juga tidak mempunyai latihan profesional untuk mengendalikan warga emas yang memerlukan bantuan

draft • 5:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

khas. Perlu diingat, penjagaan warga emas tidak semestinya bermaksud menjaga mereka yang terlantar. Ramai warga emas masih sihat, masih boleh jalan, tapi mempunyai mobiliti terhad dan memerlukan bantuan harian seperti penyediaan makanan, aktiviti sosial dan teman berbual.

Namun begitu, dana RM5 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 ini masih jauh daripada mencukupi untuk menangani cabaran populasi menua yang sedang pesat berlaku di negara kita. Rang undang-undang warga emas yang telah lama dilaungkan juga masih belum dibentangkan. Kita masih belum tahu apakah kerangka undang-undang yang disediakan oleh kementerian untuk menghadapi realiti demografi baharu ini. Saya berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat membentangkan rang undang-undang ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini secepat mungkin untuk diteliti bersama.

Dalam hal ini, saya mencadangkan agar Malaysia, negara kita, meneliti model Jepun.

Negara tertua di dunia dari segi populasi, namun masih mampu berfungsi dengan efisien kerana mereka membina sistem penjagaan yang menyeluruh melibatkan komuniti, kerajaan tempatan dan sektor swasta secara terancang.

Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir yang saya ingin sentuh. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua kementerian yang terlibat dalam usaha menyenaraikan dua projek penting bagi kawasan Kluang iaitu projek pembinaan jalan baharu dari J25 di Taman Muhibbah ke Jalan Kota Tinggi–Kluang serta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Mengkibol.

Selain itu, kerja-kerja naik taraf FT50 iaitu laluan utama yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Johor masih giat dijalankan. Fasa 3A kini hampir siap dan saya berharap Kementerian Kerja Raya dapat meneruskan pelaksanaan Fasa 3B yang bernilai RM495 juta yang melibatkan kerja naik taraf dari Tol Ayer Hitam hingga ke simpang Stadium Kluang. Usaha ini amat penting, bukan sahaja untuk memperbaiki infrastruktur dan aliran trafik, tetapi juga bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Jangan biarkan jalan ini terus meragut nyawa-nyawa mana-mana pengguna lagi.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, izinkan saya mengakhiri ucapan ini dengan serangkap pantun yang merangkum semangat Belanjawan 2026, semangat membina Malaysia yang adil, makmur dan inklusif.

Menaikkan siling menaikkan lantai, Rezeki dikongsi rakyat bahagia; Nilai madani terus disemai, Malaysia maju bersama sejahtera. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 5:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih, Dato’ Speaker.

Saya mulakan dengan merujukkan buku yang disediakan oleh Kementerian Kewangan iaitu muka surat 4, sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia. Human Development Index, IMD World Competitiveness Ranking 2025, Transparency International dan Bank Dunia. Saya nak tunjuk ini... [Sambil menunjukkan rajah dalam sebuah buku] Sarang labah-labah, Speaker. Saya tengok ini, yang menariknya dia macam tak― apalah? Tak seimbang. Dahlah dia apa macam itu, kan? Dia punya ini, ini merengkut ke sana. Yang ini, ini, terlalu jauh dia punya gap. Yang paling apa ini, berbeza daripada pencapaian― ini pencapaian tujuh penunjuk prestasi utama. Meningkatkan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah kepada tangga ke-25 teratas. Tak capai.

Meningkat bahagian pendapatan pekerja kepada 45 peratus pun tak berbeza― 2023, 2024.

draft • 5:08 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tangga 25 teratas dalam indeks pembangunan manusia pun— itu yang paling teruk.

Tangga 12 teratas dalam daya saingan global— itu pun tak tercapai. Sangat jauh.

Saya nak ni kan— pantun lah Speaker.

Sayang kenyalang dagang merantau, Mendapat belas orang di sini; Wahai kerajaan rakyat memantau, Belanjawan besar rakyat teliti ke mana pergi. RM421.2 bilion anggaran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2026 yang terdiri dari bekalan RM229.08 bilion dan pembangunan RM83 bilion, tanggungan. Tanggungan ini termasuk hutanglah RM109.1 bilion. Jadi saya nak tanya kerajaan ada tak garis masa sistem kewangan bebas riba sebagai langkah konkrit mengawal kos perkhidmatan hutang yang semakin meningkat sebab kita tahu kalau riba ni dia punya interest rate, dia akan tak terkejar.

Bayar yang tu je.

Hutang 68.3 peratus kerajaan kata, tahun ini dia apa— ‘ke tidak ini. Ini yang saya dengar. Segala kutipan cukai ‘tak mampu langsai, habis naik segala cukai, semput peniaga.

Sumbangan bersasar masih tak selesai kos SARA. Belia masih derita, graduan masih ramai tak ada kerja. Wabak, tragedi buli, bunuh rogol bersiri di sekolah, gempita negara. Tak pernah terjadi, cemas seluruh Malaysia. Tertanya-tanya ibu bapa dan rakyat jelata soalan viral iaitu, “kenapa?”’, “kenapa?”, “kenapa?”

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menurut data CEIC Data, nisbah hutang kerajaan— negara kepada KDNK ialah sekitar 60.46 peratus bagi tahun 2026. Bagi Kenanga Investment Bank, analisis hutang Kerajaan Persekutuan dijangka mencapai sekitar 65.9 peratus daripada KDNK bagi 2025. So itulah gambarannya hutang. Banyaklah nak cakap ‘ni apa Speaker, ya.

Speaker, saya tak tahulah bagaimana keadaan guru-guru sekarang ini. Adakah mereka berada dalam keadaan stres, takut, bimbang, hilang semangat untuk mendidik anak murid mereka kerana takut— takut disaman ibu bapa, takut dipersalahkan oleh guru besar, pengetua dan kementerian. Adakah guru sekarang takut kepada pelajar-pelajar mereka sendiri yang akan ambil gambar, diviralkan?

Jadi jika guru sendiri sudah rasa tak selamat, bagaimana mungkin mereka boleh fokus kepada kemenjadian murid dan memanusiakan pelajar mereka? Maka jadilah tragedi yang mempamerkan hilangnya sifat manusia pelajar, tercabutlah kemanusiaan pelajar.

Kita berbahas ini tentang kementerian mendapat belanjawan yang terbesar— RM66.1 bilion. Jadi kita mahu melihat hasil atau ROI, return of investment segala wang, sumber, tenaga dan masa dan lain-lain dalam Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab atas perihal sekolah dan kemenjadian murid ini, “Insan Karamah.” Kata Menteri. Kita mahu return of investment itu— apa dia?

Gelombang negatif sedang berlaku seluruh negara dari Zara Qairina mati tragis di sekolah di Sabah; kes rogol beramai-ramai di Melaka; kes tikam pelajar perempuan oleh junior sampai 200 kali— 200 kali Speaker, di SMK Damansara; pelajar jatuh lubang kumbahan; bla, bla, bla. Jadi sebab itulah saya mencadang agar KPM kita di-overhaul dan diteliti secara telus, profesional dan jujur oleh pakar-pakar pendidik teknokrat yang bebas dari pengaruh politik.

Orang politik hands-off di sekolah, di sini ataupun di sana. Jangan kacau mereka buat kerja. Saya yakin dan percaya Ketua Pengarah KPM yang baharu ini boleh mencari jalan tuntas. Carilah mana-mana pakar sama ada dalam KPM atau luar KPM untuk dimanfaatkan, supaya kita boleh menjaga. Ini saya dapat data ini, 494,000 guru sekolah rendah, sekolah menengah pada 2023. Implikasinya ini, masalah yang kita sebutkan ini ialah beneficiaries-nya hampir setengah juta penjawat awam.

Tuan Speaker, saya nak pergi ke Kapar. Saya difahamkan Sunway Pier Harbour akan dibina oleh Sunway REIT Management Sdn. Bhd. di Pelabuhan Klang di South Port iaitu di tempat Kapar dan saya difahamkan kontrak pembinaan pertama telah dianugerahkan kepada Awangsa PMC Sdn. Bhd. berjumlah RM255 juta untuk pembangunan Sunway Pier.

Ini bagus, konsepnya sebuah pembangunan tepi laut, sea front menggabungkan pasar makanan laut, F&B, pelbagai jenis kedai bebas cukai serta jeti antarabangsa untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Dia punya isu. Walaupun jadual sasaran adalah awal 2027, risiko kelewatan sentiasa wujud. Kos naik, logistik, pandemik, bekalan bahan binaan

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

perlu pemantauan yang ketat. Pembangunan tepi laut ini memerlukan aspek alam sekitar, akses awam dan trafik. Parkir dikendalikan. Pastikan komuniti setempat.

Penduduk Pulau Ketam nak tanya, adakah jeti awam yang mereka gunakan selama ini, digunakan oleh lebih 10,000 orang ini, akan terjejas dengan projek ini? Jadi saya minta kepada kerajaan untuk menjawab ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu pendedahan bahan lucah kepada kanak-kanak sekolah semakin membimbangkan. Dalam era digital tanpa sepadan ini, kawalan dan pendidikan siber mesti berjalan seiring. Mengikut undang-undang sedia ada, penguatkuasaan terhadap kandungan lucah dalam talian terletak di bawah MCMC, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital dan MCMC mempunyai kuasa di bawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyiarkan atau menyebar kandungan berunsur lucah, jelik dan tidak senonoh.

Selain daripada itu, KDN melalui Lembaga Penapisan Filem bertanggungjawab menapis filem dan video yang mengandungi unsur lucah. Manakala KPM, Kementerian Pendidikan pula memainkan peranan penting dalam pendidikan kesedaran. Namun begitu, masih ramai pelajar yang boleh mengakses laman-laman lucah melalui platform luar negara, aplikasi VPN dan media sosial.

Maka saya ingin mencadangkan agar KKD dan MCMC mempertingkatkan sekatan automatik terhadap laman serta aplikasi tidak bermoral yang dikenal pasti. KPM dan CyberSecurity Malaysia memperkukuh pendidikan keselamatan siber di sekolah termasuk kepada guru dan ibu bapa. Kerjasama rentas kementerian antara KKD, KPM, KDN dan PDRM digerakkan melalui satu task force khas perlindungan kanak-kanak digital.

Tuan Speaker, saya baru pagi ini mendapatkan satu mesej meminta saya untuk mengangkatkan isu ini dalam perbahasan saya. CodeBlue, artikel CodeBlue yang telah disiarkan secara ringkas mengandungi satu laporan survey yang mereka lakukan dan secara ringkas, masa tak banyak Tuan Speaker, penemuan utama, 99 peratus responden berpendapat terdapat campur tangan oleh ITO TPA dalam membuat keputusan klinikal mereka.

99 peratus menyatakan pesakit mereka mengalami masalah berkaitan insurans kesihatan sepanjang tahun. Kebanyakan responden menggambarkan taktik pihak insurans seperti menolak atau melambatkan rawatan serta membatalkan jaminan kemasukan GL selepas pesakit dimasukkan atau selepas rawatan dimulakan. Penolakan insurans termasuk memaksa prosedur atau pendedahan dilakukan sebagai rawatan harian atau daycare walaupun sebenarnya memerlukan kemasukan sebagai pesakit dalam inpatient.

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sesetengah ITO TPA pula mengenakan peraturan penggunaan ubat generik secara menyeluruh walaupun dalam banyak kes pihak insurans menolak tuntutan ubat atau kedua- dua jenis generik dan inovatif sama ada mahal atau murah.

Akibatnya ramai pesakit terpaksa dirujuk ke hospital kerajaan walaupun mempunyai perlindungan insurans dan menyebabkan kelewatan rawatan. Dalam beberapa kes penolakan insurans mengakibatkan keadaan pesakit lebih teruk atau membawa kepada kematian. Jadi bersama dengan KPM tadi, saya nak serulah KKM juga buat overhaul lah, buat secara jujur.

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Apa yang disebutkan oleh Betong tadi, saya setuju supaya kita boleh menjaga masalah rakyat kita. Saya balik Kapar lagi— apa ini, nak ingatkan, projek-projek melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor yang bersangkutan dengan kawasan Kapar.

Sebanyak RM493 juta diluluskan untuk 13 projek tebatan banjir di Klang dan, saya difahamkan oleh JPA, satu per tiga daripada hotspots banjir di Daerah Klang adalah di Kapar.

Jadi, saya minta kepada pihak kerajaan sama ada KKR, PETRA, semualah yang terlibat dalam infrastruktur, termasuk Kementerian Ekonomi dan Kewangan, tolonglah segerakan. Selesaikan masalah infrastruktur di Kapar ini kerana ia melibatkan industrial zone, zon industri dan juga, ia menyumbang kepada KDNK negara.

Bayangkan, kalau banjir, kilang pekerja tak boleh masuk, sekolah tak boleh pergi. Di Kapar, saya sebut selalu dah di sini, di mana sekolah paling padat di Malaysia adalah di Kapar.

So, kalau banjir ataupun ada accident, jalan tak elok, bayangkan apa kesannya, dan bagaimana ia akan menyebabkan produktiviti negara akan terjejas.

Sikit. Last, last ya, Speaker. Saya nak menyebut tentang penyaluran dana oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia 2025 (MITRA), ya. Jadi, saya difahamkan program ini, sepatutnya RM60.34 juta ini, telah pun diluluskan. Setakat dilaporkan 8 Oktober 2025, masih tak ada lagi penyaluran lengkap. Jadi, saya nak minta statusnya.

Jadi, sikit sahaja, Speaker. Kalau boleh, saya nak menyarankan kepada pihak kerajaan ya. Saya minta untuk tahun depan, janganlah jadi macam ini sebab mereka yang telah pun buat perancangan dan sebagainya, sudah tentulah terjejas apa yang mereka nak buat. RM100 juta ini.

Jadi, saya minta kerajaan, gariskan sebab kelewatan penyaluran, sama ada prosedur dalaman MITRA, pemantauan kementerian, penyelarasan antara agensi atau kelemahan logistik, dan tekankan keperluan integrasi dasar ini, ya dan, Kapar menyarankan peruntukan khas dalam belanjawan masa depan, bukan hanya jumlah besar, tetapi garis masa (timeline), penyaluran, KPI, jumlah penerima, jenis bantuan dan mekanisme pelaporan secara berkala.

draft • 5:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Akhirnya sebagai penutup, Yang Berhormat Speaker, saya minta izin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, sebagai penutup inilah. Sebab, saya nak bertutur kepada orang yang tak faham bahasa Malaysia.

*President Trump, if you are listening, I'm representing the voices of all the peoples of the world and our global netizens, who are now united to fight against the genocide and heinous crimes that the Zionists have caused in Gaza and Palestine. Please do all the needful to totally stop the inhumane aggression that had claimed lives of the innocent women, children, ordinary civilians, including doctors, journalists, and humanitarian volunteers.

Mr. Trump, don't kill. If you want to leave a legacy, please put a stop to all aggression towards the Palestinians. You will be a real hero that goes well in history, if you are successful in stopping the genocide, ethnic cleansing. I believe you can make America great again, if you refuse to become ally to international criminals like Prime Minister Netanyahu and alike.

You can never make America great if you can't win the hearts and the minds of the world, including your own people. If you are seen as instrumental in the genocide and ethnic cleansing that has angered the world. Mr. Trump, you and I will die one day. Let us do the right thing.

Don't sell arms for money. Don't perpetuate war to boost your economy. Don't kill because you want to live in luxury. Please do the right thing, the right way and the right time.

May God guide you to the right path. Amin. Mr. Trump, don't kill. Mr. Trump, don’t kill. Mr.

Trump, don’t kill. We want humanity. Be human.* Ya, saya mengharapkan Pengerusi ASEAN, di mana kita akan— kita ada 600 lebih juta penduduk di blok ASEAN ini, akan menjadi satu blok yang geopolitik yang penting, signifikan, economic bloc yang penting yang boleh mempunyai jati diri dan tidak perlu menyembah kepada orang yang mahu menjadi polis dunia. Terima kasih, Speaker.

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Wangsa Maju.

draft • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Naik perahu mudik ke hulu, Singgah di desa membeli lokan; Bajet teliti kita perlu, Untuk rakyat dan juga watan.

draft • 5:25 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan hari ini dengan menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan bagi membahaskan satu dokumen yang amat penting iaitu Rang Undang-undang Perbekalan 2026.

Bajet negara merupakan satu instrumen penting yang tidak berfungsi sebagai panduan fiskal negara, tetapi juga, sebagai indikator hala tuju pembangunan dan kestabilan ekonomi negara. Ia mencerminkan usaha dan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara dapat dicapai secara berterusan dan mampan.

Belanjawan ini menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuhkan tata kelola baik dalam pentadbiran negara. Dari sudut dasar, amat baik, tetapi perlu diingatkan. Kelemahan dan kekurangannya sering berlaku di peringkat perincian serta pelaksanaannya. The devil might be in the details and the execution, dengan izin.

Mari kita lihat di mana prestasi negara. Antara matriks penting sebagai kayu pengukur adalah untuk memandu kita dalam membuat penilaian tersebut adalah nisbah hutang kepada KDNK negara. Hakikatnya, bebanan hutang masih menghantui kita, rakyat Malaysia. Hutang negara menjangkau RM1.7 trilion, termasuk contigent liabilities.

Hari ini, kerajaan komited untuk kurangkan nisbah hutang kepada KDNK ke 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Walaupun begitu, pada tahun 2023, nisbah ini telah naik dari 60.2 peratus ke 64.3 peratus. Tahun 2024 pula terus meningkat kepada 64.6 peratus dan sehingga akhir bulan Jun 2025, telah meningkat kepada 64.7 peratus. Ini memerlukan tekad politik yang kental dan kerajaan yang functional untuk membawa Malaysia keluar dari keadaan ini dan mencapai sasaran yang dihasratkan.

Dato’ Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM2.2 bilion untuk 55 projek rancangan tebatan banjir. RM460 juta telah diperuntukkan untuk NADMA dan RM210 juta untuk pembangunan sistem amaran awal. Selain daripada banjir dan tanah runtuh, kebelakangan ini kekerapan kejadian ribut yang kuat kerap kedengaran.

Yang terkini, di Sekijang, yang telah merosakkan harta benda, termasuk empat buah sekolah. Pada bulan Ogos dan September yang lepas, daerah Segamat telah mengalami beberapa gempa bumi magnitud antara 2.5 hingga 4.1 skala Richter. Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa, tetapi ini semua memberi petanda-petanda yang Malaysia tidak terkecuali dari kebarangkalian untuk menghadapi bencana gempa bumi.

Peningkatan urbanisasi yang pesat di Malaysia telah mewujudkan sistem bandar yang padat, saling bergantungan dan sangat kompleks. Keterikatan yang rapat antara infrastruktur kritikal, pelbagai jenis bangunan, stratifikasi sosial ekonomi dan penggunaan tanah yang

draft • 5:25 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

dinamik. Kegagalan salah satu komponen tersebut boleh menyebabkan kegagalan yang meluas dan membawa kepada kesan domino.

draft • 5:25 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Kita perlu ambil iktibar dari dua peristiwa yang besar yang berlaku di kawasan bandar dan kepadatan tinggi.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Gempa bumi Izmit yang bermagnitud 7.6 skala Ritcher pada 17 Ogos 1999 di Istanbul telah menyebabkan kerosakan besar di kawasan Utara Barat Turkiye. Lebih daripada 17,000 orang meninggal dunia, beribu-ribu lagi cedera dan banyak bangunan runtuh ataupun rosak.

Gempa bumi di Christchurch, New Zealand yang bermagnitud 6.3 skala Ritcher pada 22 Februari 2011 telah mengakibatkan pula lebih 185 orang meninggal dunia dan banyak bangunan termasuk bangunan bersejarah dan infrastruktur penting rosak atau runtuh memberikan impak besar kepada komuniti di situ dan memerlukan usaha pembaikan yang besar.

Kedua-dua gempa ini menunjukkan betapa bahayanya gempa bumi jika berlaku kepada kawasan yang penduduk dan pembangunan yang padat. Pendekatan urban complexity disaster risk reduction yakni pengurangan risiko bencana kompleks bandar boleh diambil bagi mengurangkan risiko bencana di bandar-bandar yang semakin kompleks. Bandar moden bukanlah sekadar tempat tinggal, tetapi juga sistem kompleks yang terdiri daripada penduduk, infrastruktur, ekonomi dan alam sekitar yang saling berhubung.

Kerentanan bandar terhadap bencana dapat ditangani melalui pemahaman yang mendalam, penyelesaian yang bersepadu dan kerjasama yang luas. Walaupun Kuala Lumpur sering dianggap stabil secara seismic, kebarangkalian berlaku ada dan sangat tinggi dengan kedudukan hampir dengan garisan sesar yakni fault line yang aktif dan tanah aluvial yang dalam meningkatkan lagi implifikasi seismic. Kompleksiti bandar tersebut boleh membawa kepada risiko berangkai yakni cascading risk.

Malaysia telah mewajibkan penggunaan National Annex Malaysia kepada Eurocode 8 MS EN 1998-1:2015 untuk semua pembinaan bangunan baharu dengan mewartakan di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) pada 31 Disember 2021. Oleh itu, masih terlalu banyak bangunan dan infrastruktur yang kekal sukar untuk patuhi garis panduan tersebut. Satu pelan strategik bagi pengubahsuaian retrofit bangunan dan infrastruktur yang direka bentuk dan dibina sebelum tahun 2021 perlu disediakan untuk dikuatkuasakan.

Bumi adalah dinamik dan berubah-ubah. Dan dengan kejadian garisan sesar lama Mersing kembali aktif, kesiapsiagaan serta pembinaan daya tahan masyarakat perlu ditingkatkan. Program kesedaran dan pengurangan risiko bencana berasaskan komuniti

draft • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

dalam bandar adalah penting dan perlu diperluaskan. Kita boleh mulakan melalui acara berperingkat ke sekolah-sekolah dengan modul kesedaran sekolah tentang gempa bumi dalam bandar untuk menanamkan kesedaran gempa bumi dari kalangan kanak-kanak yang secara langsungnya insya-Allah dapat mendidik ibu bapa dan keluarga mereka.

Isu utama di sini adalah keperluan untuk meningkatkan kesedaran, kesiapsiagaan dan pelaksanaan kawalan risiko seismic secara menyeluruh di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur bagi melindungi nyawa dan harta benda rakyat dari risiko gempa bumi yang semakin tinggi.

Tan Sri Yang di-Pertua, pemerkasaan TVET adalah pelaburan yang penting untuk masa depan industri dan modal insan. Keperluan bakat TVET semakin mendesak. Malaysia perlu membekalkan tenaga kerja mahir yang bersesuaian termasuk sektor berkeutamaan tinggi bagi merealisasikan hasrat dan objektif ke arah negara maju dan pendapatan tinggi.

Seperti yang kita semua tahu bahawa antara faktor yang boleh menarik pelabur asing adalah ketersediaan tenaga mahir. Satu mekanisme atau kaedah perlu diwujudkan untuk menentukan kemahiran yang diperlukan.

Kita perlu pastikan kurikulum TVET adalah relevan dengan keperluan industri dan merangkumi kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. Kerjasama dengan industri perlu ditingkatkan dengan melibatkan industri dalam reka bentuk dan penyampaian program TVET. Bagi memastikan keseluruhan ekosistem TVET ini berjalan lancar, satu mekanisme pemantauan dan penilaian perlu dibangun dan diwujudkan bagi memastikan program TVET dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, pelaburan dalam TVET adalah penting dalam memenuhi keperluan industri dan meningkat daya saing negara.

Bagi tahun 2026, RM7.9 bilion telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Satu mekanisme mesti diwujudkan untuk memantau, menilai dan memastikan penyaluran dana yang berkesan dan sampai kepada sasaran. Aliran TVET sedang menghadapi pelbagai cabaran, antaranya kepelbagaian program yang dijalankan oleh beberapa agensi dan institusi TVET di 12 kementerian.

Ini mengundang kepada kemungkinan pertindihan yang perlu diselaraskan. Kualiti pencapaian dan keberhasilan program TVET di institusi awam dan swasta perlu dipantau dan diukur. Perlu memastikan keterlibatan industri dan majikan bagi memastikan program- program TVET yang ditawarkan adalah industry-driven. Kedua-dua badan akreditasi program TVET, MQA dan JPK perlu terus melaksanakan prosedur pengeluaran akreditasi yang ketat akan, tetapi perlu prosesnya mestilah jelas dan memudahkan.

Ketujuh-tujuh badan kawal selia industri dan kompetensi pekerja pula perlu memainkan peranan memperkasakan industri masing-masing. Penumbuhan Majlis TVET

draft • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Negara adalah satu langkah yang tepat sebagai permulaan. Kita menyambut baik cadangan untuk menggubal RUU TVET agar aliran TVET dapat terus berkembang dengan satu hala tuju yang lebih tersusun dan lebih berstruktur. Kita menunggu untuk melihat draf RUU TVET tersebut. Kita harap proses libat urus dapat diadakan seawal mungkin dan seluas-luasnya sebelum dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Tan Sri Yang di-Pertua, projek-projek bekalan air dilaksanakan oleh PAAB, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan syarikat-syarikat air di negeri masing-masing yang bertindak sebagai operator air. Keadaan ini telah wujud begitu lama, tetapi masalah bekalan air masih menjadi isu hangat. Sementara beberapa loji rawatan air akan dibina, dalam masa yang sama peruntukan RM3 bilion telah diperuntukkan untuk menangani masalah air tak terhasil ataupun non-revenue water bagi tahun 2026.

Hakikatnya pada tahun 2024, ada empat buah negeri yang NRW-nya melebihi 50 peratus dan dalam masa yang sama pada tahun 2024 pula, enam negeri yang peratusan NRW-nya telah bertambah berbanding dengan 2023. Menangani masalah NRW ini bukanlah rocket science. Dengan wujudnya teknologi digital dan AI, ia lebih mudah dan lebih berkesan.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Ia adalah satu pembaziran yang besar. Jutaan wang rakyat dibelanjakan untuk merawat air mentah.

Malangnya air terawat pula hilang tanpa membawa faedah dan manfaat kepada rakyat. Ini adalah satu pembaziran yang pasti berlaku tahun demi tahun. Untuk memastikan usaha menangani air tidak terhasil ataupun non-revenue water dilaksanakan dengan jayanya, beberapa langkah penting perlu diambil dan diurus secara efektif. Menangani NRW ini bukan sekadar penggantian paip, tetapi perlu kepada pendekatan yang menyeluruh dan holistik.

Tan Sri Yang di-Pertua saya akhiri dengan serangkap pantun.

Belanjawan negara sudah digarap; Setiap ringgit adalah peranan; Amanah rakyat wajib diharap; Negara makmur jadi impian. Dengan itu Wangsa Maju mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Padang Rengas.

draft • 5:30 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Padang Rengas untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar.

draft • 5:39 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Setelah meneliti dengan teliti pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa perkara penting yang menjadi kebimbangan rakyat serta menunjukkan keperluan untuk penambahbaikan yang lebih menyeluruh.

Pertama, dari segi hala tuju ekonomi negara. Belanjawan 2026 ini masih menunjukkan pendekatan yang bersifat jangka pendek dan tidak disertai dengan reformasi fiskal yang berani. Walaupun kerajaan menekankan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, angka peruntukan dan strategi yang dibentangkan tidak menggambarkan langkah konkrit untuk merangsang pertumbuhan sebenar di peringkat akar umbi.

Hutang negara yang kini melebihi RM1.3 trilion semakin membimbangkan dan masih tiada pelan pengurusan hutang yang jelas bagi memastikan keupayaan fiskal negara kekal mampan. Dalam masa yang sama, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara masih bergelut dengan kos operasi yang tinggi serta kesan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Kedua, isu kos sara hidup terus menghimpit rakyat. Belanjawan ini masih mengekalkan pendekatan bantuan bersifat sementara tanpa pelan komprehensif untuk menstabilkan harga barang keperluan asas. Rakyat kini bukan sahaja terbeban dengan harga beras, ayam dan minyak masak yang tinggi, tetapi juga dengan kadar sewa rumah dan utiliti yang meningkat. Apa yang diperlukan ialah reformasi struktur ekonomi dan pelaksanaan dasar gaji yang berpaksikan produktiviti, bukan sekadar bantuan tunai yang bersifat one-off.

Ketiga, aspek tadbir urus dan integriti. Walaupun kerajaan sering menegaskan komitmen terhadap prinsip tadbir urus baik dan integriti, Belanjawan 2026 gagal menunjukkan langkah-langkah konkrit untuk memperkukuh institusi awam. Ketelusan dalam pengagihan subsidi bersasar masih dipersoalkan dan tiada jaminan bahawa kebocoran perbelanjaan dapat diatasi secara berkesan.

Perikatan Nasional berpandangan bahawa pembaharuan institusi seperti memperkukuhkan peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara bebas perlu menjadi keutamaan sebenar kerajaan, bukan hanya retorik.

Keempat, isu pembangunan wilayah dan kesejahteraan rakyat. Belanjawan ini menunjukkan ketidakseimbangan dalam agihan pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kawasan luar bandar masih ketinggalan dari segi kemudahan asas seperti jalan raya, air bersih, bekalan elektrik serta capaian Internet. Pembangunan yang adil dan saksama antara wilayah amat penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara bersifat seimbang dan inklusif.

draft • 5:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Tan Sri Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa Belanjawan 2026 perlu disemak semula dengan memberi keutamaan kepada lima perkara utama. Satu, menstabilkan harga barang dan memperkenalkan dasar gaji progresif berasaskan produktiviti. Kedua, mengurangkan kebergantungan terhadap hutang serta memastikan perbelanjaan awam berhemah. Ketiga, menyusun semula pelaksanaan subsidi bersasar agar benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan. Keempat, memperkukuhkan PMKS serta memperluaskan peluang ekonomi digital di luar bandar. Kelima, menjamin ketelusan penuh dalam pelaksanaan projek mega dan perolehan kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat menaruh harapan yang tinggi agar belanjawan negara benar-benar mencerminkan keutamaan mereka. Bukan sekadar memenuhi naratif politik, Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif, menegur dengan fakta dan menawarkan alternatif dasar yang lebih mampan, telus serta berpaksikan nilai Islam dalam tadbir urus.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menumpukan perhatian kepada keperluan mendesak untuk meningkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di Parlimen Padang Rengas. Walaupun belanjawan ini menjanjikan pertumbuhan ekonomi inklusif, realitinya rakyat di luar bandar seperti di Padang Rengas masih berdepan kesempitan hidup, peluang pekerjaan terhad, kos sara hidup tinggi dan kadar penghijrahan anak muda ke bandar semakin meningkat. Ini menunjukkan pembangunan ekonomi masih tertumpu di bandar sedangkan potensi di luar bandar belum sepenuhnya digerakkan.

Antaranya, dalam tiga sektor berikut. Pertama, sektor pertanian moden. Padang Rengas mempunyai tanah yang subur dan sumber air mencukupi. Namun, banyak tanah terbiar kerana tiada galakan kepada petani muda. Saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan skim agrokomoditi Padang Rengas bagi membolehkan belia mengusahakan pertanian bernilai tinggi seperti cili fertigasi, halia dan herba dengan bantuan modal, peralatan serta bimbingan teknikal daripada MIDA dan Agrobank. Ini bukan sahaja mewujudkan pekerjaan tetap, tetapi mengembalikan semangat bertani kepada generasi muda.

Kedua, sektor pelancongan komuniti dan ekopelancongan. Di Padang Rengas ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dimajukan sebagai kawasan ekopelancongan.

Contohnya Air Terjun Ulu Kongsor, Batu Hampar, Lata Bumbu dan Lata Perahu. Seperti di kawasan Ulu Kongsor yang kini terdapat 13 pengusaha chalet dan campsite yang giat menarik pelancong domestik. Potensi ini boleh digerakkan dengan lebih berkesan melalui program hab ekopelancongan Padang Rengas yang menyediakan promosi digital, latihan keselamatan pelancong dan naik taraf prasarana asas. Sektor ini boleh membuka peluang pekerjaan baru daripada pengusaha kecil hingga kepada pemandu pelancong tempatan.

draft • 5:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Ketiga, keusahawanan mikro dan ekonomi digital desa. Ramai usahawan kecil dan suri rumah di Padang Rengas mempunyai produk makanan dan kraf tangan yang berpotensi, tetapi mereka kekurangan akses kepada modal dan pasaran digital. Saya menyeru kerajaan memperluaskan geran bersasar TEKUN dan MARA serta menubuhkan pusat inkubator usahawan desa Padang Rengas bagi melatih rakyat tempatan dalam e-dagang dan pemasaran dalam talian.

Tan Sri Yang di-Pertua, belanjawan bukan sekadar angka, tetapi janji kepada rakyat.

Rakyat Padang Rengas tidak meminta bantuan tanpa syarat. Mereka hanya mahukan peluang untuk bekerja, berniaga dan berdikari dengan maruah. Jika kerajaan benar-benar mahu memastikan pembangunan ekonomi inklusif, maka kawasan luar bandar seperti Padang Rengas mesti diberikan tumpuan sebenar. Bukan sekadar disebut dalam ucapan tetapi dilaksanakan dalam tindakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu seterusnya. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap masalah bekalan air bersih yang masih belum selesai di kawasan Parlimen Padang Rengas. Isu ini bukan perkara baru. Tahun lalu, saya telah pun membangkitkan masalah ketiadaan bekalan air bersih di Kampung Kelaung Sauk di bawah perbahasan Kementerian KKDW. Namun, hingga ke hari ini masalah itu masih berterusan. Penduduk Kampung Kelaung terpaksa menadah air hujan dan mendapat bekalan dari kawasan lain untuk kegunaan harian.

Ini bukan sahaja keadaan yang wajar bagi rakyat pada tahun 2025 menuju 2026. Di saat kita berbicara tentang ekonomi digital dan AI, masih ada rakyat yang tidak mempunyai air bersih di paip rumah mereka. Kerajaan perlu memberi keutamaan segera kepada penyelesaian menyeluruh bukan sekadar pembaikan sementara. Saya mendesak agar KKDW dan Lembaga Air Perak melaksanakan projek naik taraf paip dan sistem pam air utama di kawasan Sauk ini dengan segera.

Tan Sri Yang di-Pertua, masalah ini tidak terhenti di Kelaung. Penduduk di Kampung Kroh Hulu, Kampung Laneh, Kampung Jenalik, Kampung Ribu dan Kampung Jamuan berdepan masalah tekanan air yang rendah. Air hanya menitis, malah pada waktu puncak dan waktu-waktu cuti perayaan, langsung tiada air keluar. Bayangkan keluarga besar warga emas dan suri rumah yang bergantung pada air setiap hari, mereka terpaksa menyimpan air dalam tong dan baldi setiap malam.

Masalah tekanan air rendah ini menunjukkan sistem agihan air kita sudah tidak efisien.

Saya mencadangkan supaya kerajaan melalui Belanjawan 2026 memperuntukkan dana khas kepada pemasangan booster pump zonal dan penggantian paip agihan sekunder di kawasan- kawasan ini.

draft • 5:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Selain itu, tangki air utama di Penjara Satelit Sauk juga mengalami kebocoran serius yang menjejaskan kapasiti simpanan air. Ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran air terawat, malah menjejaskan operasi penjara, kuarters kakitangan dan kawasan sekitarnya.

Saya mohon agar pihak kerajaan dapat melaksanakan kerja baik pulih ini dengan segera.

draft • 5:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin membangkitkan isu Masjid Al Muttaqin di Taman Puncak Bougainvillea, Padang Rengas yang kini sedang dalam pembinaan tetapi menghadapi kekurangan dana kira-kira RM4 juta untuk disiapkan. Masjid ini amat penting bagi penduduk setempat yang semakin ramai dan kini hanya menggunakan surau sementara yang sempit. Projek ini sudah berjalan hasil sumbangan orang ramai tetapi tidak mampu diteruskan tanpa sokongan kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kerajaan boleh meluluskan ratusan juta untuk projek mega, tidak wajar jika RM4 juta bagi menyempurnakan sebuah masjid pun sukar untuk diluluskan. Masjid ini bukan sekadar tempat solat tetapi pusat pendidikan dan perpaduan ummah. Saya mohon Perdana Menteri dan kerajaan mempertimbangkan segera peruntukan tambahan RM4 juta agar Masjid Al Muttaqin dapat disiapkan demi kepentingan rakyat di kawasan Padang Rengas.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyentuh mengenai peruntukan di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) berkaitan promosi dan galakan kedatangan kapal penumpang mega atau megacruise yang kapasiti melebihi 1,500 penumpang sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Kita menyambut baik usaha menarik lebih ramai pelancong antarabangsa tetapi saya ingin persoalkan keberkesanan serta ketelusan penggunaan dana ini.

Berapakah jumlah sebenar peruntukan yang disediakan? Adakah ia digunakan untuk promosi insentif kepada syarikat kapal atau menaik taraf pelabuhan seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu? Kita juga ingin tahu, adakah pelabuhan-pelabuhan ini benar-benar bersedia? Kapal bersaiz besar memerlukan kemudahan moden, sistem imigresen yang cekap serta kawalan keselamatan dan alam sekitar yang tinggi. Tanpa infrastruktur mencukupi, promosi besar-besaran ini hanya akan menjadi sia-sia.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai satu aspek penting dalam pembangunan modal insan negara iaitu dana latihan TVET yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kita maklum bahawa Bajet 2026 memperuntukkan sebanyak RM650 juta bagi dana pinjaman TVET. Satu jumlah yang besar dan amat penting bagi memperkukuhkan tenaga kerja mahir negara.

draft • 5:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Namun Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan kenyataan media PTPK bertarikh 12 September 2025, disebut bahawa pengagihan dana pinjaman pada masa depan akan berasaskan performance-based budgeting dan prinsip value for money, dengan keutamaan diberikan kepada program berimpak tinggi, pematuhan syarat permohonan, kadar bayaran balik serta penempatan pekerjaan selepas tamat latihan. Pendekatan ini saya sokong. Namun soalnya, sejauh mana ketelusan dan perincian pelaksanaan dasar ini dapat dijamin?

Akhir sekali, adakah kementerian akan memperincikan peratusan pembahagian dana peminjaman tersebut mengikut sektor berimpak tinggi, high growth, high value seperti industri kecerdasan buatan (AI), aeroangkasa, semikonduktor, automotif dan kenderaan EV serta maritim? Rakyat dan penggiat industri berhak mengetahui agihan sebenar supaya pelaksanaan dasar ini tidak sekadar menjadi slogan tetapi benar-benar mengikut keperluan industri dan peluang kemajuan masa depan.

Saya juga ingin menarik perhatian kementerian terhadap isu penyertaan wanita dalam bidang- bidang yang secara tradisinya didominasi oleh lelaki seperti automotif, aeroangkasa, maritim dan industri minyak dan gas. Sekiranya kita benar-benar komited terhadap agenda inklusiviti gender, maka mesti ada sasaran khusus atau insentif tambahan untuk menggalakkan lebih ramai wanita menyertai Program TVET dalam sektor ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin sentuh sedikit mengenai perumahan rakyat di Padang Rengas. Saya minta kementerian atau kerajaan melihatlah untuk— kerajaan sering mengumumkan peruntukan yang besar untuk sektor perumahan tetapi tumpuannya masih ke arah kawasan bandar. Minta penduduk luar bandar diberi perhatian agar perumahan rakyat dapat didirikan, terutama di kawasan Parlimen Padang Rengas. Itu saja daripada saya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Pahat.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, memberi peluang kepada Batu Pahat untuk bangun turut sama membahaskan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026.

Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan sukan memainkan peranan penting dalam membentuk emosi, disiplin dan semangat juang di kalangan generasi muda. Infrastruktur sukan yang baik bukan sekadar keperluan fizikal tetapi asas kepada pembentukan sahsiah dan kesejahteraan mental pelajar. Saya ingin menarik perhatian pada Dewan Yang Mulia ini, terhadap keperluan yang mendesak untuk memulihkan dan menaik taraf padang hoki astroturf di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar, Batu Pahat.

draft • 5:55 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Isu ini telah dibangkitkan oleh saya pada tahun 2023 di Dewan yang mulia ini dan jawapan yang diberikan adalah, akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Rolling Plan yang pertama. Oleh itu, padang hoki ini untuk maklumat Tuan Yang di- Pertua, bukan untuk kegunaan sekolah ini sahaja tetapi telah menjadi nadi pembangunan sukan hoki Daerah Batu Pahat dan negeri Johor. Malah, ia telah melahirkan ramai pemain yang berbakat, termasuk telah melahirkan beberapa pemain yang mewakili pasukan negeri dan kebangsaan.

Selain daripada itu, kemudahan padang hoki ini turut menjadi pusat latihan dan kejohanan bagi sekolah-sekolah sekitar, termasuk Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah- sekolah Daerah Batu Pahat. Namun, keadaan padang hoki ini sudah semakin uzur, yang perlu diganti baru atau dinaikkan taraf seberapa segera. Ini kerana padang yang uzur dan rosak, ia nya boleh menjejaskan mutu permainan serta mengundang risiko kecederaan kepada pelajar atau pemain. Oleh itu, saya menyeru agar kerja-kerja pemulihan dan naik taraf padang ini diberi keutamaan oleh KPM supaya pembangunan sukan hoki di Batu Pahat tidak terhenti dan bakat muda dapat terus digilap untuk mewakili negeri serta negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam aspek pendidikan pula, kecerdasan intelektual, emosi, spiritual perlu dibangunkan secara seimbang. Saya ingin menyentuh tentang isu berkaitan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 di bawah Majlis Peperiksaan Malaysia yang telah menggantikan Peperiksaan STP HSC yang dulu. Walaupun STPM ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, masih ramai pelajar lepasan SPM memilih program matrikulasi, asasi atau diploma, menjadikan STPM sebagai pilihan terakhir, sedangkan STPM merupakan pendidikan akademik tertinggi negara.

Salah satu sebabnya ialah struktur pengajian STPM itu sendiri yang panjang dan menuntut daya tahan tinggi. Ramai pelajar yang cemerlang yang telah menamatkan tempoh STPM hingga 18 bulan, akhirnya gagal mendapat tempat di universiti awam kerana gagal STPM. Akhirnya, mereka terpaksa beralih semula ke program diploma menggunakan kelayakan SPM. Persekitaran pembelajaran STPM sekarang yang masih terlalu berorientasikan akademik dan teori turut menjadikan pelajar berasa tertekan.

Setahu saya, STPM telah memperkenalkan sistem modular bermula 2012. Dalam sistem modular STPM, semua pelajar pra-universiti mesti menyiapkan satu kajian iaitu mini tesis bagi setiap mata pelajaran yang diambil, yang boleh membuatkan pelajar mendapat markah 20 hingga 40 peratus. Peperiksaan pula 60 hingga 80 peratus. Sistem ini dapat membantu pelajar dari gagal dalam mata pelajaran.

Persoalan saya, adakah sistem modular ini masih digunakan lagi? Sistem projek penyelidikan kecil, pembentangan dan kajian lapangan bukan sahaja memberi markah kepada pelajar tetapi mini tesis turut menyediakan pengalaman berharga yang menyerupai

draft • 5:55 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

suasana sebenar di universiti. Melatih mereka berfikir secara kritikal, melakukan analisis data, berkomunikasi secara ilmiah dan membentangkan hasil kajian dengan yakin.

Tan Sri Yang di-Pertua, justeru itu, struktur STPM ini perlu diperkasakan semula ke arah sistem yang lebih modular dan berasaskan kompetensi, sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini.

draft • 5:55 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Kurikulumnya wajar diberi penekanan kepada penyelidikan, kerja lapangan serta penguasaan kemahiran abad ke-21 serta komunikasi berkesan, pemikiran analitik, penyelesaian masalah dan kolaborasi dalam kumpulan. Selain itu, dicadangkan agar bagi subjek-subjek tertentu dalam STPM, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dapat mempertimbangkan untuk mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 kepada pelajar selepas tamat pengajian. Pendekatan ini akan membolehkan pelajar menumpukan perhatian lebih awal terhadap bidang minat dan potensi mereka di samping menjadikan STPM lebih dinamik, berdaya saing dan relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa.

Tan Sri Yang di-Pertua, Batu Pahat juga ingin menyentuh mengenai potensi Lapangan Terbang Tanjong Laboh, Batu Pahat yang kini di bawah Fakulti Aeronautik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Lapangan terbang ini bakal menjadi mercu kebanggaan universiti apabila siap kelak dengan fasiliti lengkap termasuk hangar penerbangan, kemudahan kawalan trafik udara yang diiktiraf DCA, ruang pejabat, dewan kuliah, bangunan fakulti serta kolej kediaman pelajar. Dalam konteks pembangunan negeri Johor pula, khususnya dengan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, usaha menaikkan taraf dan menyiapkan lapangan terbang ini perlu disegerakan.

Lapangan terbang ini sepatutnya digunakan pada tahun 2019, namun tertangguh hingga kini. Berdasarkan jawapan lisan yang diterima pada penggal pertama tahun ini, projek berkenaan dijangka siap pada hujung tahun ini iaitu hujung tahun 2025. Namun pada pengamatan saya, apabila saya melihat di tapak, ia nya berkemungkinan besar bakal tertunda lagi walaupun puluhan juta Ringgit tambahan telah disalurkan untuk menyiapkan segera pembinaannya.

Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, Lapangan Terbang UTHM ini juga amat signifikan kerana ia berpotensi menyokong pertumbuhan industri berteknologi tinggi serta memperkukuhkan ekosistem pendidikan teknikal negara. Malah, UTHM bakal menjadi institusi pertama di Asia Tenggara yang memiliki lapangan terbangnya sendiri, sekali gus meletakkan setaraf dengan empat universiti di seluruh dunia yang mempunyai fasiliti sedemikian.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar menilai potensi menaik taraf Lapangan Terbang UTHM sekiranya landasan ini mempunyai panjangnya lebih daripada 1,000 meter. Maka dengan itu, boleh dijadikan sebagai hab private jet dengan izin, di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi nilai tambah kepada ekonomi tempatan serta mengangkat Batu Pahat dan UTHM sebagai pusat kecemerlangan aeroangkasa negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, tidak lengkap saya tidak menyentuh mengenai komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berterusan memastikan rakyat menerima perkhidmatan kesihatan berkualiti dan mampu diakses semua. Aspirasi KKM iaitu tiada siapa yang ditinggalkan untuk menerima khidmat kesihatan dan rakyat tidak terbeban dengan bil perkhidmatan. Ini amat bertepatan dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat.

Peruntukan RM1.2 bilion bagi penyelenggaraan dan baik pulih fasiliti kesihatan amat dialu-alukan. Ramai warga kesihatan masih bekerja dalam prasarana lama. Maka, dana ini wajar disalurkan segera kepada hospital daerah dan klinik di luar bandar khususnya bagi kawasan yang padat penduduk dan jauh dari kemudahan perubatan. Langkah ini bukan sahaja menjamin keselamatan pesakit tapi juga meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Begitu juga dengan jumlah RM775 juta untuk menggantikan peralatan perubatan lapuk. Satu bukti kesungguhan kerajaan dalam memastikan mutu rawatan berada pada tahap terbaik.

Penggantian dengan peralatan moden akan mempercepatkan diagnosis, meningkatkan ketepatan rawatan serta mempercepatkan pemulihan pesakit.

Batu Pahat turut menyokong usaha meningkat ketersambungan Internet di hospital dan klinik kesihatan. Sebagai langkah ke arah pendigitalan sistem kesihatan negara, pendigitalan ini akan memudahkan perkongsian data pesakit, memperluas tele-konsultasi dan memastikan penduduk pedalaman turut menikmati kemudahan rawatan pakar. Persoalan saya, berapakah jumlah hospital di negara ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya menggunakan hospital information system iaitu HIS sebagai teras utama pelaksanaan transformasi digital kesihatan negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas?

Sehubungan dengan itu, saya merakamkan juga ucapan terima kasih kepada KKM atas kejayaan aplikasi pertukaran suka sama suka yang berperanan memantau serta menyelaras permohonan pertukaran anggota secara telus dan efisien. Difahamkan sistem ini telah berfungsi sepenuhnya membolehkan proses pertukaran diselesaikan dalam tempoh hanya dua bulan. Satu peningkatan yang amat membanggakan. Kejayaan ini membuktikan bahawa KKM amat prihatin terhadap kebajikan pegawai kesihatan serta selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya saing.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada Kementerian Kerja Raya terhadap beberapa isu utama yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat di Batu Pahat.

Pertama, iaitu kawasan laluan FT005 – Tanjung Laboh, yang sering dilanda banjir kilat hampir setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti ekonomi dan sosial penduduk, malah turut merosakkan infrastruktur jalan terutama ke arah Pekan Senggarang, Rengit dan ke bandar Pontian. Punca utama dikenal pasti adalah berpunca daripada sistem saliran dan struktur longkang yang telah uzur dan tidak lagi menampung saluran air hujan berintensiti tinggi.

Sehubungan dengan itu, kerja-kerja menaikkan taraf sistem saliran serta aras jalan perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan kejadian banjir yang berulang. Oleh itu, Batu Pahat berharap agar projek naik taraf laluan FT005 dari Seksyen 121 hingga Seksyen 123 ini dapat diberi keutamaan dalam peruntukan tahun 2026, sebagaimana cadangan Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat dengan anggaran kos sebanyak RM6 juta.

Pada masa yang sama, Batu Pahat ingin juga menekankan keperluan pemasangan lampu jalan di sepanjang FT005 ini dari Tanjung Laboh hingga ke bandar Pontian termasuk kawasan Bukit Kelicap kerana kekurangan pencahayaan di jalan utama, di mana telah meningkatkan risiko kemalangan pada waktu malam. Dengan peningkatan jumlah kenderaan tinggi pada setiap hari, kemalangan maut sering berlaku di laluan ini. Oleh itu, disarankan Kementerian Kerja Raya mempertimbangkan pemasangan lampu jalan berasaskan tenaga solar, khususnya di lokasi-lokasi berisiko tinggi kemalangan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin menegaskan, selagi itu – berkenaan isu ban pecah di Pantai Berong, Rengit, Batu Pahat yang telah berulang lebih tujuh kali dalam tempoh lima bulan hingga Oktober ini. Situasi ini amat membimbangkan, menunjukkan seolah-olah usaha pembinaan atau pembaikan ban yang dilaksanakan sekadar “melepaskan batok di tangga” tanpa penyelesaian menyeluruh dan berkesan.

Penduduk setempat juga melahirkan rasa kecewa dan hairan kerana kontraktor yang dilantik dilihat macam tidak ada pengalaman serta gagal menangani masalah secara tuntas.

Akibatnya, penduduk terpaksa berpindah berulang-ulang kali setiap kali berlaku air pasang besar atau ban pecah. Oleh itu, Batu Pahat merayu pada pihak PETRA dan JPS agar menyediakan sedikit pampasan kepada penduduk terjejas sebagai tanda keprihatinan atas kesengsaraan dan kerugian yang dialami hampir setiap bulan.

Situasi ini turut memberi kesan besar kepada ekonomi tempatan, di mana tanaman seperti kelapa sawit, pisang serta ternakan musnah sama sekali akibat ban pecah dan air masin yang melimpah masuk ke kawasan pertanian. Hal ini menyebabkan pendapatan penduduk terjejas dan usaha pemulihan ini telah menjadi lebih sukar. Sehubungan dengan

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

itu, Batu Pahat menyeru agar Kementerian PETRA dan JPS lebih teliti dalam proses pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja pembaikan ban dan pemulihan pantai. Hanya syarikat yang berpengalaman mempunyai kepakaran teknikal tinggi serta rekod prestasi baik perlu dilantik bagi memastikan penyelesaian jangka panjang dapat dicapai dan insiden ban pecah tidak berulang lagi.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi saya seminit dua, boleh Tan Sri?

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit, seminit.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Seminit ya? Tan Sri sahabat saya, bagi sikit, boleh ya?

Dalam konteks pertahanan negara, Kementerian Pertahanan perlu mempercepatkan proses penyerahan aset kenderaan dengan teknologi semasa agar Malaysia kekal berdaya tahan dan bersedia menghadapi ancaman moden termasuk peperangan elektronik, siber dan dron. Antara aset strategik yang wajar diberi penepatan waktu ini ialah radar Ground Master 400 Alpha dengan julat pengesanan sehingga 515 kilometer, sistem drone medium-altitude- long endurance dari Turkiye untuk pemantauan berterusan di Laut China Selatan, dan serta radar multi-role yang kini beroperasi di Labuan sebagai benteng pengawasan ruang udara negara.

Gabungan aset-aset ini akan memperkukuhkan keupayaan pengawasan udara, pantai dan Zon Ekonomi Eksklusif di Malaysia sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia terhadap ancaman-ancaman atau pencerobohan wilayah.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Persoalannya, bilakah negara dijangka menerima aset-aset pertahanan berkenaan sepenuhnya? Adakah proses perolehan yang dilaksanakan secara terbuka dan terus mengikut tatacara perolehan kerajaan? Dan adakah turut disertakan jaminan pemilihan teknologi bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan serta keupayaan Angkatan Tentera Malaysia dalam jangka panjang?

Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali, Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah berjaya memperluaskan liputan capaian 4G dan 5G ke seluruh negara. Dan kejayaan ini amat penting dalam usaha kerajaan mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Namun begitu, masih terdapat beberapa kawasan yang belum menikmati capaian rangkaian 4G atau 5G secara menyeluruh seperti Kampung Simbuan Tulid di Keningau Sabah, Kampung Parit Sri Baharum di Rengit Johor dan beberapa kawasan lain yang memerlukan perhatian khusus bagi memastikan rakyat tidak tercicir dari arus pendigitalan negara.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Oleh itu, bagi melengkapi capaian Internet di kawasan luar bandar ini dan pedalaman, Batu Pahat berharap teknologi seperti Wireless Bridging System (WBS) yang didukung oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Akademi Sains Malaysia dan juga Prof. Ir. Ts. Dr. Muhammad Ramlee bin Kamarudin dari UTHM mohon teknologi WBS ini dibawa ke Kampung Parit Sri Baharum, Rengit sebagaimana ia telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Simbuan Tulid pada 20 November 2004 oleh YB Menteri MOSTI.

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, serangkap pantun untuk mengakhiri perbahasan.

*Rakyat bersatu menjulang Maknawi, Ehsan MADANI tinggi ke awan; Bersama membina negara harmoni, Batu Pahat menyokong teguh belanjawan.

[Tepuk] Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuantan.

draft • 6:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuantan dalam perbahasan pada petang ini.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Surah Al-Isra ayat 36 “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. Dalam perbahasan pada petang ini saya akan menyentuh beberapa aspek terkait kesejahteraan rakyat yang merangkumi isu kos sara hidup, keterjaminan makanan, isu perumahan serta aspek keselamatan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat hari ini semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup. Harga barangan harian terus meningkat. Sewa rumah semakin tinggi, manakala kenaikan gaji masih tidak sepadan dengan perbelanjaan sebenar. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana kini terpaksa berjimat di setiap sudut kehidupan. Cukai SST menyebabkan double tax. Langkah Kerajaan MADANI menaikkan kadar kepada lapan peratus dan meluaskan skop cukai menyebabkan kesan yang lebih besar kepada pengguna.

Saya menyokong gesaan Ketua Pembangkang agar sistem percukaian dikaji semula.

Tan Sri Yang di-Pertua, pelarasan subsidi petrol RON95 bermula hujung September lepas. Harga semasa menjadi RM2.60. Merujuk media, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit. Dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak, soalan saya, adakah harga

draft • 6:12 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

semasa RON95 akan naik atau turun mengikut harga pasaran dunia atau kekal RM2.60?

Kerajaan hadkan jumlah RON95 kepada 300 liter sebulan atas dasar data kerajaan menunjukkan 99 peratus pengguna kenderaan persendirian menggunakan sekitar 80 liter sebulan.

Namun begitu persoalan yang timbul, adakah kerajaan mengambil kira realiti kumpulan pengguna seperti pekerja di sektor gig, pemandu e-hailing, penghantar makanan dan ejen jualan lapangan? Benar, kerajaan umumkan akan tambah kuota kepada pemandu e-hailing sepenuh masa kepada 600 liter. Namun, saya bertanya kepada rakan yang terlibat dengan e-hailing sepenuh masa ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima subsidi tersebut. Jadi, persoalannya apakah ia telah diberikan secara menyeluruh?

Dan terkini saya dapat maklumat untuk kelayakan tambahan subsidi mereka perlukan perjalanan di dalam aplikasi sejauh 3,000 kilometer. Tidak termasuk bergerak ke lokasi-lokasi lain, hantar anak sekolah, ke pasar dan sebagainya. Dan syarat ini nampaknya tidak mendasar. Mereka sekurang-kurangnya perlu bergerak 100 kilometer sehari tanpa cuti jika perlukan 3,000 kilometer ini tadi. Jika di dalam bandar, jumlah kilometer tidak sampai 100 kilometer sehari tetapi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang mengakibatkan penggunaan minyak meningkat.

Selain itu, isu kedua pula ialah berkaitan dengan pekerja e-hailing yang dilakukan pekerja separuh masa. Mereka perlu menyara juga keluarga dalam situasi kos serta cukai yang sedang menghimpit mereka. Golongan ini juga kebanyakan daripada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang sepatutnya tidak terpinggir daripada manfaat subsidi bersasar ini. Jadi kerajaan perlu semula melihat isu ini agar mereka ini perlu dibantu dalam pelaksanaan pelarasan subsidi ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan usaha kerajaan memperkukuh industri padi termasuk dana sebanyak RM100 juta bagi baik pulih tanah sawah bermasalah serta menambah baik prasarana penggunaan teknologi moden.

Pada pertengahan tahun lepas, saya membaca usul dalam Kamar Khas berkaitan sistem pengairan kawasan sawah di Kampung Sepat, Kuantan. Projek saliran tersebut telah disiapkan pada Oktober 2024, namun sehingga kini tanaman padi belum dimulakan, susulan tanah sawah tersebut tidak dibaik pulih. Oleh itu, saya memohon agar peruntukan ini juga dapat disalurkan ke kawasan tanaman padi Kampung Sepat, Kuantan.

Seterusnya berkaitan isu nelayan. Saya berpendapat isu ini bukan hanya berlaku di Kuantan tetapi mungkin di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, isu kuota lesen nelayan ini sudah lama kita bahaskan. Selepas pelarasan subsidi petrol ini, terdapat nelayan yang tidak mempunyai lesen memandu terpaksa membeli petrol dengan kadar harga warga asing. Mereka hendak berdaftar sebagai nelayan, permohonan ketika ini

draft • 6:12 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

di beku dan kuotanya sudah penuh. Walaupun mereka tahu ia perlukan lesen, namun untuk terus hidup, mereka kena terus ke laut untuk mencari rezeki.

Jika ketika hari biasa, penggunaan sekitar 25 ke 30 liter untuk sehari dan ketika Mukim Kuala itu dibuka, secara automatik, penggunaannya akan meningkat. Dan ini bermakna bagi yang tidak mempunyai lesen memandu mereka terus membeli tanpa subsidi dan mereka yang mempunyai lesen memandu pula hanya dalam tempoh 10 hari sahaja subsidi 300 liter ini habis telah mereka gunakan.

Yang keduanya, isu berkaitan dengan sistem pengesahan kelayakan mendapat subsidi bagi yang mempunyai lesen menangkap ikan atau nelayan berdaftar. Ada ketikanya sistem pengesahan ini down di LKIM. Kadangkala down pula di stesen minyak. Mereka hendak turun ke laut mencari rezeki. Mereka tak boleh tunggu untuk selesaikan masalah ini selesai, baru mereka nak pergi ke laut.

Saya berjumpa dengan beberapa orang nelayan di Kuantan, bagi mendapatkan maklumat ini dan ada yang mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak menikmati subsidi minyak disebabkan masalah sistem ini. Jadi, mohon kerajaan melihat terus secara mendasar berkaitan isu sistem down di seluruh negara, khususnya di Kuantan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kes Kampung Sungai Baru. Penduduk diarah keluar rumah walaupun tidak mencapai persetujuan 100 peratus persetujuan penduduk. Iaitu bagi rumah flat 73 peratus setuju. Manakala 17 peratus tidak bersetuju. Bagi rumah teras pula 42 peratus setuju. Manakala 58 peratus tidak bersetuju. Belum pun RUU URA diluluskan. Pada September lepas, terdapat kediaman telah dirobohkan. Sebab sepertimana yang kita semua tahu. Semua ini berlaku banyak hikmahnya. Dan telah membuka mata semua pihak.

Jika melihat kepada kes ini, kebimbangan rakyat terhadap RUU URA ada asasnya.

Jadi, saya menggesa agar RUU URA ini tidak dibentangkan lagi sehingga segala persoalan yang melibatkan kepentingan rakyat dapat ditangani dengan berhemah.

Bercakap mengenai kelewatan sesuatu projek perumahan. Salah satu penyebab ialah disebabkan oleh proses kelulusan CCC yang tidak teratur. Proses kelulusan CCC ini melibatkan sokongan beberapa agensi berkaitan yang menguruskan fasiliti, termasuk bekalan elektrik dan air, sistem pembetungan, telekomunikasi, PBT dan lain-lain.

Namun selepas permohonan ini dilakukan oleh pihak pemaju, tiada ketetapan khusus tempoh pengeluaran sokongan yang mesti diselesaikan oleh agensi-agensi tersebut. Apabila tiada tempoh masa khusus bagi proses pengeluaran sokongan kelulusan ini, ia boleh membuka banyak ruang yang tidak baik. Antaranya rasuah. Apabila banyak permohonan masuk serentak, ruang untuk pegawai terbabit memilih pemaju mana yang mereka dahulukan, boleh membuka kepada ruang rasuah.

draft • 6:12 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang kedua, kerugian kepada pemaju itu sendiri. Apabila lambat proses sokongan ini, maka pembeli lewat dapat serah rumah kepada pembeli, maka pemaju terpaksa menanggung LAD. Seterusnya pembeli juga rugi sepertimana yang di, yang diterang luas oleh Rompin tadi.

Kos rumah meningkat daripada harga asal dan kualiti rumah menjadi berkurang. Jadi, saya berharap kerajaan melihat isu ini agar ada satu SOP khas berkaitan tempoh masa bagi setiap agensi dalam mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan CCC.

Tan Sri Yang di-Pertua, peruntukan sebanyak 2.2 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters penjawat awam termasuk tentera, polis, bomba, guru, staf penjara dan kakitangan kesihatan amat dialu-alukan. Persoalan, adakah pemantauan dan audit dalaman dilakukan secara berkala terhadap fasiliti kuarters penjawat awam bagi memastikan berfungsi dalam keadaan baik? Contoh, ada situasi sampai setahun kerosakan lif di Kuarters Polis Alor Akar, Kuantan, rosak. Walaupun aduan telah dibuat, namun masih belum dibaiki. Mohon perkara ini diberi perhatian serius.

Aspek keselamatan sama ada di sempadan negara mahupun pintu masuk mestilah menjadi agenda penting bagi memastikan kedaulatan negara dipertahankan. Sehingga Oktober 2024, sebanyak 47 sindiket counter setting berjaya ditumpaskan. Jadi persoalannya, mengapa ia nya berulang kali berlaku? Adakah dalang di sebalik sindiket ini? Adakah hukuman yang sedia ada tidak menakutkan pelaku? Jadi persoalannya, adakah kerajaan berhasrat untuk meminda hukuman yang lebih berat dan tegas?

Saya melihat kesalahan tersebut bukan semata-mata isu rasuah dan integriti tetapi lebih besar iaitu isu kedaulatan negara. Oleh itu, hukuman tidak cukup dengan penalti kewangan dan penjara, tetapi wajar disabitkan kesalahan khianat kepada negara, bukan hanya sabitan terhadap salah guna kuasa dan rasuah semata, agar ia nya menjadi pengajaran kepada mereka yang berhasrat untuk melakukannya, sama ada kepada mereka yang merancang dan kepada yang mereka ingin melaksanakannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mendengar dengan teliti kenyataan Tambun berkaitan kenaikan cukai arak dan rokok. Tambun juga menyatakan tentang hasilnya akan dipindah ke Kementerian Kesihatan bagi menampung kos paru-paru, diabetes dan jantung. Saya ingin bertanya kementerian, adakah jumlah cukai, jumlah hasil cukai ini mampu menampung kos kerosakan fungsi tubuh badan kita akibat tabiat ketagihan arak ini? Apakah kerajaan atau mana-mana pihak bersedia bertanggungjawab jika berlaku kematian atau ilat kekal atau kecacatan akibat kemalangan yang dilakukan oleh peminum arak akibat daripada kelulusan kerajaan dalam memberi lesen arak?

Saya melihat dalam keghairahan kerajaan ingin mengutip cukai, kerajaan perlu ada pelan perancangan, bagaimana untuk mengurangkan tabiat rakyat dalam ketagihan arak ini?

draft • 6:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Selain menaikkan cukai, langkah mengurangkan stok import, mengenakan syarat hanya kedai terpilih sahaja yang menjualnya, kempen kesedaran bahaya arak kepada rakyat Malaysia dan lain-lain kaedah yang membolehkan rakyat takut untuk meminum arak.

Kerajaan juga boleh mendapatkan pandangan daripada Menteri Agama berkaitan isu arak ini untuk mengadakan satu prosedur berkaitan perundangan serta hukuman bagi peminum arak yang beragama Islam agar ia nya dapat menjaga penganutnya dari tabiat buruk ini serta tidak menjadi salah faham kepada kaum dan agama lain di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin membangkitkan sedikit perkara bersangkutan dalam Parlimen Kuantan. Yang pertamanya berkaitan fasiliti di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Lif di klinik pakar kerap kali rosak, harap dapat pertimbangan kelulusan tukar lif yang baru. Yang keduanya masih di HTAA Kuantan. Baru-baru ini ketika hujan lebat terdapat kebocoran siling ruang menunggu pesakit di Bahagian Kecemasan.

Maklumat yang saya terima, laporan telah dihantar kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Diharapkan perkara ini juga mendapat perhatian serius untuk tindakan baik pulih dalam tempoh segera serta pemantauan berkala agar ia nya tidak berulang.

Seterusnya pada sidang tahun lepas, saya membangkitkan masalah saliran di Kampung Batu Tiga, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Kampung Razali dalam Kamar Khas. Kajian sistem saliran akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan dan permohonan perlu diangkat seperti jawapan Timbalan Menteri. Namun, surat yang saya terima daripada Majlis Bandaraya Kuantan pada awal bulan ini memaklumkan permohonan projek tersebut tidak diluluskan. Saya mohon penjelasan lanjut kenapa ia tidak diluluskan?

Akhirnya, ini adalah kali ketujuh saya bawa isu permohonan jejantas di Kampung Sungai Deraka, Kuantan. Saya akan terus bawanya tanpa jemu.

Kerajaan boleh lulus projek baik pulih Carcosa di ibu negara sebanyak RM600 juta sebagai bangunan warisan negara. Kerajaan membelanjakan berbilion Ringgit untuk LRT Pulau Pinang agar kemajuan serta infrastruktur ditambah baik. Takkan permohonan jejantas di Kampung Sungai Deraka untuk kegunaan pelajar Sekolah Menengah Tanjung Lumpur berulang alik melintas setiap hari masih boleh kita tangguh? Jejantas ini bukan untuk menambah baik infrastruktur tetapi untuk menjaga nyawa daripada berlaku perkara yang tidak sepatutnya, nauzubillah. Mohon perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Sebagai penutupnya, marilah kita sama-sama merenung sepotong hadis untuk panduan dan peringatan bersama.

[Membaca sepotong hadis] . Maksudnya, “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”. Riwayat Bukhari. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Piai.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Belanjawan 2026.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin sentuh isu banjir di kawasan Parlimen Tanjong Piai. Saya amat kecewa dengan kejadian banjir yang ulang di kawasan Parlimen Tanjong Piai, khususnya di kawasan Sri Gambut, Melayu Raya, Kampung Maju Jaya, Kampung Seri Menanti, Kampung Paya Embun dan Penerok.

Dahulu, banjir yang berlaku sekali setahun pun sudah dianggap masalah besar bagi penduduk. Namun, tahun ini sehingga setakat ini, banjir telah melanda sehingga tiga kali.

Belum lagi musim tengkujuh telah menunjukkan keadaan semakin serius dan sistem pengaliran air yang sedia ada sudah gagal berfungsi dengan baik. Pasti hujung tahun ini tetap akan banjir lagi kalau tiada penyelesaian. Kegagalan penyelenggaraan sistem saliran serta kelewatan tindakan pihak berwajib menyebabkan penduduk terus menanggung derita dan kerugian berulang tanpa penyelesaian menyeluruh.

Kos pengurusan bencana juga semakin meningkat setiap tahun. Tan Sri Yang di- Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, bulan ini saja kawasan tersebut terpaksa berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS). Walaupun ada kawasan ini bukan kawasan hot spot banjir, baru-baru ini banjir juga.

Saya telah bangkitkan masalah ini beberapa kali di Parlimen. Pada kebiasaannya, JPS Daerah Pontian akan mengemukakan cadangan tapi dikatakan tidak ada bajet untuk selesaikan. Jawapan kementerian pula katanya tidak ada bajet mahupun bukan keutamaan.

Tapi sepertimana yang saya katakan, kalau setiap tahun sekali dikatakan biasa, tapi kalaulah setiap tahun dah berlaku lebih dua tiga kali, ini dah luar biasa. Ini serius. Adakah kementerian masih menganggap banjir ini tidak perlu diberi keutamaan?

Berdasarkan makluman balas penduduk, punca utama banjir kali ini selain hujan lebat ialah kegagalan penyelenggaraan sistem saliran dalam tempoh yang panjang. Contohnya, aliran air di Sungai Buntu dilaporkan tersekat akibat muara berlumpur. Manakala Sungai Batu 6, Kampung Bugis pula menjadi cetek dan ditumbuhi rumput menghalang kelancaran aliran air.

Keadaan ini menjadikan kawasan berkenaan mudah terdedah kepada banjir kilat.

Saya menggesa kepada kementerian menyalurkan peruntukan yang dicadangkan oleh JPS Daerah Pontian untuk tindakan segera membersihkan dan mendalamkan sungai serta parit berkenaan agar banjir kilat tidak berulang, lebih-lebih lagi apabila musim monsun telah mula, pun dah bermula.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa langkah untuk pertimbangan agensi berkaitan bagi menyelesaikan masalah banjir ini secara menyeluruh.

draft • 6:26 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Satu, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembaga Sungai Pontian Besar dan Pontian Kecil. Difahamkan JPS Negeri Johor telah mengemukakan cadangan projek RTB bernilai RM183 juta untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Saya memohon penjelasan mengenai status kelulusan projek ini dan berharap ia diberikan keutamaan serta dilaksanakan segera dalam Rolling Plan Satu, Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

draft • 6:26 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Kedua, pemindahan penduduk di Kampung Sri Gambut. Kampung Sri Gambut merupakan kawasan paling kritikal. JPS telah mencadangkan pemindahan kekal enam keluarga ke kawasan lebih selamat serta pengambilan balik tanah di kawasan sedia ada bagi dijadikan kawasan kawalan tadahan banjir. Penilaian tanah telah dibuat pada 20 Mac 2025 dengan nilai RM5.7 juta. Sekiranya cadangan ini diluluskan, ia akan menyelesaikan masalah penduduk yang berdepan banjir berulang setiap tahun.

Tiga, projek khas di Lorong 1 Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas. JPS telah mengemukakan pelan tindakan jangka pendek dan panjang dengan tiga komponen utama berjumlah RM8.9 juta seperti berikut. Komponen satu, RM200,000. Pembinaan dua flood gate bersaiz 900 mm kali 900 mm, kerja pengorekan semula hulu Sungai Pontian Kecil sepanjang 1,700 meter serta pembinaan jarak aru baharu sepanjang 600 meter.

Komponen 2, RM500,000. Penyelenggaraan hulu Sungai Pontian Kecil secara one- off sepanjang 2,400 meter namun melibatkan tanah persendirian yang memerlukan kebenaran izin lalu.

Komponen 3, RM8.2 juta. Pengunjuran rizab sungai baharu selepas 30 meter di hulu sungai termasuk kerja ukur melibatkan RM200,000. Inilah, saya nampak item ini penting, perlu diluluskan segera untuk mulakan perjalanan kerja awal. Dan pengambilan balik tanah bagi 30 lot miliki persendirian RM8 juta.

Tan Sri Yang di-Pertua, semua cadangan ini telah dikemukakan oleh JPS Daerah Pontian. Saya tidak faham mengapa ia masih kekal di atas kertas dan tidak dilaksanakan.

Banjir yang berlaku tiga, empat kali setahun bukan lagi sesuatu yang boleh di toleransi. Saya mendesak agar agensi dan kementerian berkaitan memberi perhatian serius serta mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan cadangan-cadangan JPS Daerah Pontian demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Tanjung Piai.

Isu hakisan pantai di Daerah Pontian, Tan Sri Yang di-Pertua. Satu isu yang amat penting kepada rakyat di kawasan saya iaitu fenomena hakisan pantai di Daerah Pontian yang merupakan fenomena alam. Namun kini semakin serius dan mengancam kesejahteraan penduduk setempat. Sebagai maklumat Dewan yang mulia ini, dua pertiga daripada perimeter pantai di Daerah Pontian yang berjumlah 66 km terletak dalam kawasan Parlimen Tanjung

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Piai. Justeru, tidak hairanlah mengapa isu hakisan pantai ini sering menjadi aduan dan kebimbangan utama masyarakat di kawasan pantai khususnya di Mukim Rimba Terjun.

Antara kawasan yang terkesan dengan hakisan pantai ini meliputi tanah rizab kerajaan dan juga tanah miliki persendirian. Sebagai contoh, di Lot 886, Mukim Rimba Terjun.

Kawasan tersebut telah terhakis melebihi 20 kaki dan hakisan masih terus berlaku dari semasa ke semasa. Pemilik lot kesebelahan iaitu lot 889 telah menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya tiada sebarang tindakan diambil segera, tanah milikinya ia akan mengalami nasib yang sama. Keadaan ini bukan saja menjejaskan pemilik-pemilik tanah di kawasan tersebut, malah turut menimbulkan rasa cemas kepada penduduk sekitar apabila hakisan kini semakin menghampiri rumah-rumah kediaman.

Saya difahamkan bahawa beberapa benteng pertahanan ombak telah dibina di sepanjang pantai Mukim Rimba Terjun. Namun tidak semua kawasan dapat dilindungi memandangkan kawasan yang lain juga terjejas harus juga diberi keutamaan. Cadangan penyesuaian telah pun diangkat oleh JPS Daerah Pontian dan kepada kementerian berkenaan namun pelaksanaan masih tertangguh dipercayai kerana kos anggaran berjumlah RM5.6 juta. Isu ini bukan isu baharu. Saya telah membangkitkannya dalam Kamar Khas Parlimen pada sesi yang lalu dan ketika itu Yang Berhormat Timbalan Menteri memaklumkan bahawa keadaan tidak begitu serius dan tidak dianggap mendesak.

Sebagai wakil rakyat kawasan tersebut, saya sendiri telah beberapa kali turun padang melihat sendiri kawasan rimba dan mendapati bahawa keadaan di lapangan jauh lebih teruk daripada apa yang digambarkan. Orang kawasan saya ingin tahu bilakah kementerian dapat salurkan peruntukan untuk selesaikan masalah ini? Tidak mahu mendengar jawapan daripada kementerian standard yang mengatakan tidak ada bajet dan tidak berdesak. Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah RM5.6 juta merupakan satu jumlah yang terlalu besar bagi kerajaan persekutuan untuk melindungi keselamatan penduduk di Tanjung Piai?

Saya juga ingin menegaskan bahawa pelaksanaan projek ini boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat seperti pendekatan yang pernah saya cadangkan sebelum ini. Apa yang penting ialah tindakan dimulakan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah dan kos meningkat berkali ganda.

Saya ingin tahu sama ada pihak kementerian telah turun padang melihat sendiri keadaan sebenar di kawasan yang terjejas. Jika belum, saya menyeru lawatan segera diadakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran dan wakil penduduk bagi menilai sendiri tahap ancaman hakisan di dataran.

Akhir sekali, saya memohon juga kementerian meluluskan segera cadangan projek penting yang dikemukakan oleh JPS Daerah Pontian. Penduduk di kawasan Pantai Rimba

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terjun sudah terlalu lama menunggu dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan daripada kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, satu isu lagi isu keselamatan sekolah. Kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai insiden tragis, kes buli, rogol, bunuh diri dan pembunuhan yang berlaku di sekolah. Apa sudah jadi dengan sekolah kita? Bukankah sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk anak-anak kita? Ini bukan kes terpencil. Kemungkinan ada ramai mangsa lain yang belum bersuara. Ini petanda jelas bahawa struktur mekanisme keselamatan sekolah kini senang digugat. Saya menyambut baik langkah kerajaan memperkukuh rondaan polis di sekolah.

Namun, persoalannya bukan sekadar polis masuk sekolah, tetapi bagaimana kehadiran mereka disepadukan dalam ekosistem sekolah. Kehadiran polis tidak boleh menjadi simbolik semata-mata tanpa impak sebenar. Kita perlu memahami bahawa Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada PDRM mempunyai tugas-tugas hakiki mereka yang memerlukan perhatian dan tenaga sepenuhnya. Oleh itu, rondaan mereka sering kali tidak tetap dan komunikasi dengan pihak sekolah tidak konsisten.

Oleh yang demikian, satu penyelesaian jangka panjang perlu diwujudkan. Saya mencadangkan agar melibatkan bekas anggota tentera Malaysia yang mempunyai pengalaman kepimpinan, disiplin tinggi dan kefahaman terhadap nilai patriotisme. Mereka bukan saja boleh menerap nilai disiplin dan motivasi pelajar, tetapi juga memantau aktiviti trend sosial dan perubahan tingkah laku pelajar dari aspek disiplin dan keselamatan emosi secara berterusan. Saya mencadangkan agar mereka diberi peluang untuk mengadakan ceramah atau sesi motivasi sekurang-kurangnya sekali seminggu mengikut keperluan dan jadual sekolah.

Selain itu, PPS yang sedia ada perlu dikaji semula peranan dan mekanismenya.

Libatkan mereka secara berkala dalam mesyuarat PIBG, alumni dan PPD. Keselamatan sekolah perlu digabungkan dengan pendekatan kaunseling dan pencegahan. Ini bukan sekadar keselamatan fizikal, tetapi juga kesejahteraan emosi, pembanterasan buli, gengsterisme, penyalahgunaan dadah serta ancaman siber.

Sebagai permulaan, saya mencadangkan projek rintis di sekolah berisiko tinggi untuk menentukan kadar rondaan, kuota kaunselor dan bentuk intervensi sesuai. Hasilnya perlu diterbitkan secara telus. Guru kita perlu dilantik mengenal pasti tekanan emosi pelajar lebih awal. Namun, semua cadangan ini tidak akan bermakna tanpa pelaksanaan menyeluruh.

Rakyat tidak mahu mendengar alasan. Mereka mahu melihat tindakan nyata. Sekolah harus kembali menjadi zon selamat, tempat belajar, membina sahsiah, kepimpinan dan keyakinan anak bangsa.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, saya nak sentuh satu lagi perkara, ketelusan peruntukan pendidikan secara institusi. Sejak tiga tahun ke belakang ini, butiran peruntukan mengikut jenis sekolah rendah sama ada SK, SJKC dan atau SJKT tidak lagi dinyatakan secara jelas dalam ucapan belanjawan mahupun dokumen rasmi kerajaan.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Persoalannya, jika peruntukan ini benar-benar telah disistematikkan, mengapa tidak boleh dinyatakan secara telus dan jelas? Kita tidak menafikan bahawa peruntukan masih disalurkan kepada semua jenis sekolah rendah, tapi saya berharap Kementerian Pendidikan dapat menyenaraikan maklumat terperinci mengikut agihan pecahan aliran sekolah rendah secara terbuka bagi tahun 2026. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi sedikit lagi masa.

Bagi saya satu lagi topik iaitu cabaran kemiskinan bandar dan kos sara hidup.

Walaupun ekonomi negara berkembang sekadar 4.4 peratus pada suku pertama 2025, rakyat di bandar masih berdepan dengan kos tekanan, kos sara hidup yang semakin tinggi. Kenaikan harga barangan asas, sewa rumah, pendidikan, pengangkutan dan rawatan kesihatan terus menekan keluarga M40 dan B40. Ramai yang bekerja keras tetapi masih cukup-cukup makan, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor, di mana kos asas jauh lebih tinggi berbanding luar bandar.

Saya ingin menegaskan, masalah kemiskinan bandar kini bukan sekadar isu ekonomi tetapi isu keadilan sosial. Bantuan kerajaan banyak tertumpu kepada B40, sedangkan ramai keluarga M40 kini sudah berada di ambang B40 akibat kos hidup yang melonjak tanpa peningkatan gaji sempadan.

Apakah bentuk bantuan bersasar yang boleh ditawarkan kerajaan bagi membantu golongan M40 yang semakin tertekan dengan kos kehidupan semasa terutamanya di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar lain? Saya juga cadangkan kepada kerajaan, menilai semula kadar pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 dan disemak semula secara berkala agar seiring dengan kadar inflasi. Langkah-langkah ini dapat membantu B40 dan M40 menampung kos sara hidup serta meningkatkan kuasa beli mereka.

Menurut laporan kos sara hidup DOSM, kos sara hidup di bandar jauh lebih tinggi berbanding luar bandar. Hampir RM500 perbezaan bagi setiap orang. Di Kuala Lumpur, perbezaan asas bulanan mencecah lebih RM1,700. Ini menunjukkan ramai keluarga M40 dan B40 masih terbeban walaupun pendapatan negara meningkat.

Jadi persoalannya, apakah bentuk penyesuaian kadar bantuan yang akan diperkenalkan berdasarkan kos hidup sebenar mengikut lokasi? Saya cadangkan kerajaan supaya semak semula garis kemiskinan bandar dan kos sara hidup wajar agar dasar bantuan dan subsidi benar-benar mencerminkan realiti di lapangan, bukan sekadar purata nasional.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Bangi.

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Pertamanya, syabas dan tahniah buat Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan dan seluruh pasukan Kementerian Kewangan atas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2026.

Tan Sri Yang di-Pertua, alhamdulillah, untuk tahun 2026, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion untuk bantuan tunai STR dan juga SARA berbanding RM13 bilion pada tahun ini.

Saya ingin mengambil peluang ini, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk memuji keputusan kerajaan untuk memberikan SARA untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas bermula daripada 13 Ogos yang lepas.

Tan Sri Yang di-Pertua, ini adalah kali pertama suatu sumbangan wang diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang dewasa tanpa mengira kaum, agama, tahap sosioekonomi, negeri mahupun wilayah. Semua layak mendapat RM100 sebagai penghargaan yang boleh ditebus sebelum 31 Disember tahun ini.

Semasa penghargaan ini diumumkan Tan Sri Yang di-Pertua, ramai juga yang memperlekehkan pendekatan ini. Dalam Dewan ini pun kita ada dengar, ada yang memperkecilkan inisiatif ini. Mereka kata, “Mengapa golongan T20 ataupun maha kaya pun diberikan RM100 ini?” Ada juga yang kata, “Alah RM100 je, macamlah boleh membantu.” Tapi Tan Sri Yang di-Pertua, realiti di lapangan adalah bahawa SARA 100 untuk semua ini mendapat sambutan yang begitu baik sekali. Golongan yang memerlukan menghargai tambahan kepada SARA yang mereka terima.

Ada pula golongan M40 dan T20 yang beritahu saya, yang mengatakan bahawa walaupun mereka tidak memerlukannya, mereka tetap menggunakan peruntukan ini tebus kerana inilah kali pertama mereka terima wang daripada kerajaan untuk dibelanjakan. Belum pernah mereka terima wang seperti ini dan mereka rasa begitu dihargai.

Ada juga yang menggunakan RM100 itu Tan Sri, untuk beli barang buat orang yang lebih memerlukan atau beli barang untuk diletakkan di food bank contohnya atau di pusat komuniti. Dan saya juga tahu ada di sebuah satu kawasan perumahan orang berada, mereka buat arrangement dengan sebuah syarikat peruncit di mana syarikat peruncit itu membawa barang-barang ke kawasan perumahan T20 ini bersama-sama dengan peranti SARA dan orang-orang dekat kawasan perumahan itu Tan Sri Yang di-Pertua, mereka boleh tebus SARA menggunakan peruntukan mereka, memilih barang yang digunakan dan kemudian barang itu yang ditebus, dibeli diberikan pula kepada orang-orang yang lebih memerlukan.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dan Tan Sri Yang di-Pertua, RM100 ini pula ada yang gunakan sebagai modal permulaan untuk buat perniagaan seperti seorang anak muda dari Parlimen Bangi yang memulakan perniagaan kek batik dan usahanya menjadi viral di media sosial. SARA untuk semua ini Tan Sri Yang di-Pertua, adalah contoh terbaik bagaimana kerajaan boleh menjadi satu penggerak kebaikan atau dalam bahasa Inggeris, government as a force for good.

RM100 SARA ini boleh membantu meringankan beban kehidupan, memberi peluang kepada orang yang tidak memerlukannya untuk membantu orang yang lebih memerlukan dan juga seperti yang saya sebut tadi, boleh digunakan sebagai modal perniagaan. Jika ada sebelah sana tak nak gunakan SARA, tak apa. Kerajaan dah kata, tidak ada paksaan. Kalau tak guna, dia akan kembali semula kepada Kumpulan Wang Disatukan tapi pada saya lebih baik gunakan. Guna untuk bantu orang lain.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bangi, Bangi. Bangi.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kita guna, kita teruskan kitaran positif.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bangi, jangan cakap macam itu Bangi, sebab sebelah sana itu, dia nak tunggu RM6,000 yang diumumkan oleh bakal Perdana Menteri daripada Larut. Cuma saya pun keliru sebenarnya Bangi, tak tahu bakal Perdana Menteri ini daripada Larut kah ataupun daripada Pagoh. Minta respons ataupun pendapat.

Bukan pendapatan daripada Bangi.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bangi, Bangi, Bangi.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ada, saya tak bagi, saya tak bagi. Tak apa. Terima kasih.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak. Nak tanya sikit saja.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak kasi, tak kasi, tak kasi.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebelah sana itu mana? Mana?

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak kasi, tak kasi.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebelah sana itu mana?

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak kasi.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kenapa ada tuduhan-tuduhan yang begitu teruk sekali ini?

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak kasi. Tak apa, tak apa.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuduhan melulu.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ada, tak ada. Tak apa. Tak kasi.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Mana pula tuduhan?

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak. Dia cakap sebelah sana itu siapa?

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, yang sebut itu Besut, yang sebut itu Ketua Pembangkang yang sebut nak bagi RM6,000 itu.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebelah sana siapa? Sebelah sana, bagi tahu.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang nak bagi RM6,000 itu...

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bagi tahu siapa.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang bagi RM6,000 itu ialah bakal Perdana Menteri daripada Larut.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita tak pernah pun...

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma kami sini keliru, sama ada Larut ataupun Pagoh yang nak jadi Perdana Menteri ini.

draft • 6:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita tak pernah bantah dan kita...

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab parti ini, sekarang ini dah bergaduh.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang kita katakan benda ini ...

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kuat sangat bergaduh sekarang ini.

Ha, Besut duduk. Besut, duduk.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Awak...

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, duduk.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Awak bukan Yang di-Pertua ya.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, duduk.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Awak bukan Yang di-Pertua.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tolong Bangi sebab saya dengan Bangi kami jiran. Kami bersahabat. Kami bersahabat baik.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukan macam sebelah sana itu.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nak bahas jangan cakap sebelah sana, sebelah sana.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak lantik Perdana Menteri pun tak tahu nak lantik daripada mana.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebelah sana tu di mana? Sebelah sana itu di mana?

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Besut, Besut duduk. Besut duduk.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Cakap itu biar beradab.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut duduk.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Biar beradab.

draft • 6:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey, dahlah itu.

draft • 6:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Besut duduk.

draft • 6:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah bagi peluang.

[Mengetuk tukul] Cukup, cukup.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, Tan Sri.

draft • 6:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Bangi.

draft • 6:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Lima minit saya rasa tadi dua bercakap.

draft • 6:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya gunakan peraturan Dewan.

draft • 6:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 6:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terhadap Besut, 41, masa Mesyuarat bersidang.

draft • 6:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

41, apa dia? Baca, baca.

draft • 6:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Masa Mesyuarat bersidang.

Semua Ahli-ahli, 41(a), 41(b) ada. Besut, 41(c) ada, 41(d) ada dan 41(e). “Masa seseorang Ahli itu bercakap, semua Ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.” Tadi, bila Besut bangun, Bangi tak bagi. Dia bekas hakim. Takkan peraturan ini pun dia tak tahu. Hai, malas. Malulah.

draft • 6:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu lawyer lagi teruk. Kamu lawyer lagi teruk, mengganggu saya masa berucap. Sama ini perangai ini, loyar buruk ini.

[Tepuk]

draft • 6:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham, Yang Berhormat, petang-petang ini kena exercise sikit. So, waktu exercise dah habis. Dah. Dah habis. Cukup. Cukup. Cukup. Bangi.

draft • 6:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masalah...

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, saya puasa hari ini, Besut. Tolong *respect me. Respect me.

Sit down.*

draft • 6:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please sit down. Please sit down. Satu. Please sit down. Dua.

Okey, teruskan.

draft • 6:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Bangi, boleh saya tambah sikit?

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya ada banyak ini. Tak apalah, nanti dulu. Nanti dulu. Biar saya habiskan.

draft • 6:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sebab berkenaan dengan cadangan daripada Yang Berhormat tadi.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bangi nak bagi tak?

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bagilah.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi. Okey.

draft • 6:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Bangi, saya dapati bahawa memang MySARA ini, program SARA ini bagus. Cuma, bagi saya, dia boleh lebih menyeluruh iaitu sekiranya kita mengizinkan peruncit-peruncit kecil, terutamanya di kampung-kampung untuk mengambil bahagian dalam program ini, di mana penerima boleh membelanja di kampung- kampung ataupun di kedai-kedai runcit yang mungkin bukan jenama besar seperti kedai-kedai runcit rangkaian rantaian yang ada sekarang ini. Maka, limpahan ekonomi itu dapat dinikmati, terutamanya di kawasan pedalaman dan di kawasan luar bandar. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Bangi dengan cadangan saya ini?

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dalam ucapan saya memang ada ini.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Bangi.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, saya teruskan. Saya cuma nak respons, saya tak tahulah siapa calon Perdana Menteri sana, tapi yang saya pasti bukan Tasek Gelugor...

[Ketawa] Terima kasih.

Mana tadi? Terima kasih. Baiklah. Mana tadi? Okey, 10 minit ya tadi. 10 minit. Okey.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi― modal permulaan dan sebagainya. Jadi, kalau sebelah sana tak nak guna, tak apa.

Tapi, saya fikir lebih baik kita gunakan sebab kita guna untuk satu kitaran positif. Kerajaan bagi duit pada kita, kita bantu orang lain menggunakan duit tersebut. Jadi, saya menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memberikan SARA kepada semua sekali lagi dalam bulan Februari dan saya ingin mencadangkan kita jadikan ia nya ditetapkan setiap dua kali setahun bagi SARA untuk semua, Tan Sri Yang di-Pertua.

Dan saya juga nak ulangi juga apa yang disebut oleh Bakri tadi. Memang sepatutnya kita melihat bagaimana kita dapat luaskan lagi jaringan SARA ini dan boleh digunakan, contohnya, di pasar-pasar awam dan sebagainya. Mungkin ada satu cara kita boleh fikirkan untuk kita dapat pastikan bahawa orang yang dekat dalam pasar pagi ke, pasar tani pun kita boleh guna SARA itu untuk tebus.

Jadi, saya juga dalam hal SARA dan STR ini, saya juga nak sokong cadangan daripada Yang Berhormat Paya Besar minggu lepas bahawa cara pemberian STR itu kita tengok semula.

Daripada kita bagi setiap fasa, kita mungkin bagi setiap bulan. Jumlah sama tapi kita bagi setiap bulan.

Baiklah, saya masuk keselamatan jalan raya. Tiga minit itu tak betul itu, Tan Sri Yang di- Pertua. Sebenarnya ada― saya rasa ada tujuh minit lagi atau 10 minit lagi, Tan Sri Yang di- Pertua.

Kementerian Pengangkutan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikat yang membawa kenderaan lebih muatan tiga kali akan dibatalkan lesen operasi. Salah kali pertama, kena denda. Salah kedua, permit kenderaan dibatalkan. Salah ketiga, lesen syarikat akan dibatalkan terus. Kalau dulu syarikat-syarikat ini, seperti yang disebut oleh Menteri Pengangkutan, hanya bayar saman dan terus dilakukan kesalahan.

Kini, Tan Sri Yang di-Pertua, dengan pendekatan yang lebih tegas ini, kita berharap bahawa mereka akan akur dan tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan. Saya juga harap tak adalah mana-mana pihak yang cuba jadi hero untuk memperjuangkan kenderaan- kenderaan ataupun lori-lori berat lebih muatan ini. Sebab, kita harus memberi sokongan kepada pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan untuk menjadikan jalan raya kita lebih selamat.

Seterusnya, saya ingin menyentuh satu perkara yang pada saya begitu penting iaitu kerusi keselamatan kanak-kanak ataupun child restraint system seat (CRS) yang telah sebenarnya diwajibkan sejak tahun 2020, Tan Sri Yang di-Pertua. Dan mengikut kajian yang dikeluarkan oleh MIROS pada tahun 2022, tahap penggunaan di Malaysia ini hanya lebih kurang 30 peratus sahaja. Realitinya adalah ramai ibu bapa di luar sana yang tidak menggunakan kerusi

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

keselamatan kanak-kanak ini. Antara sebabnya, kita kena akui, bahawa kos. Kalau nak beli kerusi CRS yang paling murah, saya fikir dalam lingkungan RM200.

Kerajaan sebelum ini pernah memperkenalkan program subsidi pembelian CRS yang dikenali sebagai MyCRS. Dan MyCRS ini dilaksanakan untuk mendorong pemilikan dan penggunaan CRS di kalangan ibu bapa B40. Program ini menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus ataupun maksimum RM150 bagi pembelian CRS. Saya difahamkan bahawa program ini tidak dilaksanakan untuk tahun ini.

Dan saya nak cadangkan, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk tahun hadapan, Kementerian Pengangkutan memperkenalkan semula subsidi MyCRS ini dengan pendekatan yang lebih bersasar dan lebih mampan. Saya difahamkan kita ada hasil daripada Kementerian Pengangkutan daripada penjualan nombor pendaftaran istimewa. Saya nak cadangkan bahawa hasil tersebut digunakan juga untuk meneruskan program MyCRS ini. Saya juga nak mencadangkan bahawa satu pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberikan bagi pembelian CRS untuk menggalakkan penggunaan CRS secara lebih meluas.

Seterusnya, saya pergi kepada inti pati kandungan saya yang seterusnya iaitu Internet yang lebih selamat. Mutakhir ini, seperti yang telah disebut oleh pelbagai pihak dalam Dewan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan insiden jenayah yang melibatkan kanak-kanak ataupun kesalahan yang melibatkan kanak-kanak. Kes buli, kes jenayah seksual, malahan kes bunuh yang melibatkan mereka yang belum dewasa.

Seribu satu persoalan berbangkit dalam kita cuba untuk faham apa yang berlaku. Kita bertanya, when did our children, dengan izin, lose their innocence. Dan kita pun cari salah. Kita salahkan ibu bapa, kita salahkan sekolah, kita salahkan Menteri. Tapi sebenarnya, saya fikir, kita secara kolektif sebagai satu masyarakat, kita sebenarnya yang telah gagal untuk melindungi anak-anak kita, Tan Sri Yang di-Pertua.

Sebab itu, atas dasar ini, saya sokong 100 peratus keputusan kerajaan untuk mengharamkan akses media sosial bagi anak-anak di bawah umur 16 tahun. Ini adalah satu keputusan yang cukup berani yang akan memberi impak yang besar dan meluas. Tetapi, dalam keadaan sekarang, kita tahu walaupun banyak pihak yang mempertikaikannya, ia nya amat diperlukan. Anak-anak kita terdedah kepada pelbagai jenis kemudaratan melalui media sosial dan ibu bapa, guru dan masyarakat sebenarnya sukar dan tidak dapat mengawal jenis content yang dilayari oleh anak-anak kita.

Keperluan e-KYC ini, Tan Sri Yang di-Pertua, meletakkan obligasi pada pemilik platform media sosial untuk memastikan ia nya dipatuhi. Maka, keputusan untuk mewajibkan lesen

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

penyedia media sosial yang dibuat tahun lepas ini, Tan Sri Yang di-Pertua, sebenarnya adalah satu keputusan yang tepat sebab dengan adanya rejim lesen inilah, Tan Sri Yang di-Pertua, kita boleh wajibkan supaya penyedia platform ini melakukan ataupun memastikan bahawa identiti itu diverifikasi sebelum mereka ada akaun media sosial.

Saya berharap bahawa dalam beberapa pihak yang menentang pelaksanaan e-KYC ini, saya berharap kita jangan pula sampai membantu syarikat-syarikat gergasi media sosial ini mengaut keuntungan tanpa kebertanggungjawaban terhadap kandungan yang mereka sajikan kepada anak-anak kita, kepada rakyat kita. Reka bentuk algoritma platform-platform media sosial ini sering beroperasi tanpa penglibatan manusia atau secara automated dan ini, Tan Sri Yang di- Pertua, membawa risiko penyebaran kandungan yang tidak sahih atau memudaratkan.

Kita akui bahawa ada banyak manfaat daripada media sosial ini― pendemokrasian maklumat dan sebagainya. Tetapi, pada masa yang sama, kita juga kena akui bahawa sekarang ini media sosial menjadi satu medan anti-demokratik dengan misinformation, disinformation dan malinformation. There is a societal cost to social media, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, sebab itu, saya nak cadangkan supaya syarikat penyedia media sosial ini dikenakan satu levi khas. Levi yang saya panggil sebagai levi demokrasi, yang mana kita kenakan pada mereka pada kadar berpatutan dan kutipan ini kita masukkan dalam satu akaun khas, bukan masuk dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dan daripada dana levi demokrasi ini, kita gunakan untuk program-program literasi digital dan menyokong inisiatif-inisiatif kebebasan bersuara dan juga kita boleh bagi kepada Majlis Media Malaysia bagi menyokong kebebasan media.

Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali, saya nak sentuh tentang― very quickly, dengan izin― tentang isu di kawasan khususnya mengenai sekolah di Parlimen Bangi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana dalam senarai 38 sekolah baru itu, salah satunya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mahkota Cheras. Sekolah menengah ini sememangnya amat-amat diperlukan. Jadi, terima kasih banyak-banyak.

Di samping itu, saya nak ambil peluang ini untuk mendapatkan status terkini empat sekolah yang sedang dibina dalam kawasan Parlimen Bangi iaitu SK Taman Sutera, SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, SK Alam Sari dan SK Bandar Mahkota Cheras.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif membina bilik darjah tambahan melalui kaedah IBS bagi 15 sekolah-sekolah dalam Parlimen Bangi, memang banyak. Dan, saya berharap bahawa lebih banyak sekolah-sekolah di Parlimen Bangi akan dibina bilik-bilik darjah tambahan ini. Saya melihat pembinaan bilik menggunakan

draft • 7:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

kaedah IBS ini dapat mengurangkan sedikit kepadatan murid di beberapa buah sekolah. Oleh itu, saya ingin mendapat pencerahan daripada pihak KPM tentang bagaimana KPM menentukan sekolah mana yang akan mendapat manfaat bilik darjah tambahan ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk menggulung, Dato’ Yang di-Pertua, saya nak ingatkan kepada para politikus yang menyamakan bukan Melayu dalam negara kita ini dengan rejim zalim Israel. Warga Malaysia bukan Melayu dan bukan Islam bersama-sama dengan orang Melayu dan orang Islam untuk membina negara ini. Orang bukan Melayu bukan Islam tumpahkan darah, keringat dan air mata untuk negara ini. Tergamak awak ludah pada sumbangan mereka? Tergamak awak gambarkan mereka macam musuh? Tergamak awak samakan mereka dengan rejim Israel yang terkutuk.

How dare you? Saya kecam kenyataan ini dan saya akan sentiasa mempertahankan kepelbagaian budaya, agama dan bangsa Malaysia dalam negara yang kita cintai. Berpandukan kepada ini, Perlembagaan Persekutuan. Ini janji saya dan Dewan ini, Dato’ Yang di-Pertua menjadi saksi.

Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 7:00 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang bangun membawa suara warga Tanjong Karang bagi membahaskan Belanjawan 2026.

Pertama sekali, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan kerana telah membentangkan ‘Belanjawan Rakyat’ bagi meringankan kos sara hidup rakyat, menyediakan kemudahan untuk rakyat, mencipta pekerjaan dan menjana pendapatan rakyat serta membantu dan menaikkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan yang dibentangkan ini adalah belanjawan defisit yang berjumlah RM421.2 bilion dengan RM338.2 bilion untuk belanja mengurus dan RM83 bilion belanja pembangunan. Sedangkan hasil kerajaan hanyalah RM324 bilion sahaja. Maknanya, sangat jelas bahawa kita sekarang ini sedang berbelanja melebihi pendapatan. Keadaan ini

draft • 7:02 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

sudah pasti akan mengekang pembangunan, melemahkan keupayaan ekonomi negara dan akhirnya menekan rakyat bawah.

Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perkara yang amat mendesak iaitu isu hutang negara. Tuan Yang di-Pertua, hari ini hutang negara kita telah mencecah sekitar RM1.304 trilion iaitu 64.7 peratus daripada KDNK, hampir menyentuh had statutori iaitu 65 peratus yang dibenarkan oleh undang-undang. Manakala, debit service ratio kita kini sudah mencecah 16.3 peratus, hampir ke siling 17 peratus. Maknanya satu daripada RM6 hasil kerajaan digunakan hanya untuk membayar faedah hutang.

Pada tahun 2019 sebelum pandemik COVID-19, hutang negara hanya berkisar sekitar RM837 bilion sahaja. Namun, ia nya meningkat kepada RM1.07 trilion pada tahun 2022. Dan seterusnya, RM1.173 trilion pada tahun 2023 dan RM1.227 trilion pada tahun 2024. Dan kini tahun 2025 mencapai RM1.3 trilion.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh enam tahun sahaja, hutang negara kita telah meningkat hampir RM470 bilion. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, siapakah yang memantau dan bertanggungjawab terhadap peningkatan hutang negara yang mendadak ini? Adakah cukup sekadar membayar faedah setiap tahun tanpa pelan jangka panjang untuk menurunkan hutang negara? Kalau begini keadaannya, apakah kita tidak bimbang bahawa Malaysia mungkin menuju ke arah krisis fiskal yang serius.

Tuan Yang di-Pertua, kita akui sebahagian daripada peningkatan ini datang daripada keperluan fiskal semasa pandemik COVID-19. Namun, sebahagiannya berpunca daripada legasi hutang 1MDB. Menurut laporan media, setakat 17 Januari 2025, jumlah dana 1MDB yang berjaya dikembalikan kepada Malaysia adalah sebanyak USD7.741 bilion atau RM32.72 bilion. Ini antaranya termasuk daripada Department of Justice, United States of America, iaitu USD1.57 bilion, Goldman Sachs, USD4.23 bilion, JP Morgan, USD1.4 bilion, kapal mewah, Equanimity, USD1.26 bilion dan Singapura juga mengembalikan USD39 juta, Switzerland USD374 juta di dalam beberapa akaun.

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, berapakah jumlah keseluruhan dana 1MDB yang telah dimasukkan ke dalam akaun pemulihan aset negara 1MDB Asset Recovery Trust Account dengan izin?

Yang kedua, ke manakah wang tersebut dibelanjakan? Adakah ia digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB? Tanjong Karang mencadangkan agar satu audit forensik dapat dilaksanakan dan laporan PAC dibentangkan kepada Parlimen bagi meneliti aliran masuk dana sejak 2018 sehingga kini dan menjejak setiap Ringgit yang telah dibelanjakan.

draft • 7:02 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, jika kerajaan hanya terus membayar faedah tanpa mengurangkan prinsipal hutang, beban ini tidak akan pernah berakhir. Hutang negara akan terus membengkak dan membengkak yang pasti akan menekan kedudukan fiskal negara dan akhirnya menyempitkan ruang pembangunan rakyat. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan menggubal pelan rasionalisasi hutang negara yang menyeluruh, yang menilai semula struktur pinjaman, mengimbangi hutang domestik dan luar negara dan menilai keberkesanan setiap projek yang dibiayai melalui hutang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh membina negara MADANI ini atas fiskal yang rapuh.

Kalau siling pendapatan mahu dinaikkan, lantai kehidupan rakyat mahu dipertingkatkan, dinding kewangan negara mesti diperkukuh terlebih dahulu. Membayar hutang bukan hanya soal akaun.

Ia adalah soal maruah dan amanah kepada generasi akan datang. Negara yang berdisiplin dalam fiskalnya akan lebih dihormati, lebih diyakini pelabur dan lebih berdaya saing di peringkat global.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI mesti berani bertindak bukan sekadar untuk menampung defisit tetapi untuk memulihkan disiplin fiskal negara kerana kestabilan fiskal hari ini adalah prasyarat kepada kemakmuran rakyat esok. Dan, hanya dengan keberanian, ketelusan serta kebertanggungjawaban, kita mampu mewariskan Malaysia yang bebas daripada beban hutang dan bermaruah di mata dunia.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kedudukan fiskal negara semakin sempit akibat beban hutang yang tinggi, maka kerajaan tidak ada pilihan lain selain membetulkan semula hala tuju perbelanjaan.

draft • 7:02 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Kita tidak boleh terus menerus berbelanja besar seolah-olah dompet negara ini tiada had.

Maka, setiap ringgit yang dibelanjakan mesti berbaloi, mesti berimpak dan mesti kembali kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Tuan Yang di-Pertua, selama ini kerajaan terdahulu telah berbelanja berbilion-bilion ringgit setiap tahun untuk menanggung pelbagai subsidi pukal antaranya, diesel, petrol, elektrik, gas, ayam dan telur dan lain-lain.

Namun, subsidi, sistem subsidi pukal ini mempunyai satu kelemahan besar ia tidak menilai siapa penerimanya. Subsidi ini akan dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kaya atau miskin, tanpa membezakan sama ada rakyat tempatan, warga asing malah termasuk pendatang tanpa izin turut menumpang manfaat tersebut. Akhirnya, yang miskin dapat sedikit, yang kaya dapat lebih banyak.

draft • 7:10 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Misalnya isi rumah berpendapatan tinggi yang memiliki dua atau tiga kereta mewah mereka menikmati subsidi petrol jauh lebih besar daripada nelayan kecil atau petani di kampung.

Inilah ketidakadilan yang perlu kita perbetulkan.

Tuan Yang di-Pertua, maka langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan dalam perbelanjaan ini adalah amat wajar dan berani. Ia bukan penghapusan subsidi seperti yang cuba digambarkan oleh setengah pihak, tetapi adalah penyasaran semula subsidi supaya setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Kemudian, diberikan kembali kepada rakyat dalam bentuk Sumbangan Tunai Rahmah, dalam bentuk SARA, Inisiatif Pendapatan Rakyat, Budi MADANI, SejaTi MADANI, Payung RAHMAH dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin menyuarakan suara pesawah dan nelayan Tanjong Karang. Mereka bukan sekadar pengeluar makanan, tetapi adalah barisan hadapan yang memastikan negara ini cukup makanan. Namun, sampai bila mereka harus hidup cukup- cukup makan?

Belanjawan Rakyat 2026 mesti membawa keadilan kepada mereka. Subsidi padi dan hasil laut perlu disemak semula dengan jujur mengambil kira kos benih, baja, minyak, jaring dan cabaran cuaca yang semakin mencabar akibat perubahan iklim. Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan dana pendapatan petani dan nelayan nasional. Bukan bantuan sementara, tetapi pelindungan pendapatan yang menjamin maruah mereka. Golongan ini berhak menikmati pendapatan yang stabil walaupun hasil tidak menentu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dua tiang utama kesejahteraan rakyat, kesihatan awam dan pendidikan. Kedua-duanya bukan sekadar perkhidmatan sosial, tetapi merupakan pelaburan negara terhadap modal insan dan kesejahteraan generasi masa depan.

Dalam sektor kesihatan, Belanjawan 2026 memperuntukkan peningkatan kecil kepada Kementerian Kesihatan.

Namun, saya berharap agar penambahan ini tidak hanya bersifat kosmetik, tetapi benar- benar diterjemahkan kepada pengurangan masa menunggu pesakit, peningkatan access rawatan pakar serta penambahan tenaga kerja kesihatan di lapangan. Ramai rakyat di luar bandar termasuk di Sabak Bernam, Tanjong Karang masih terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan rawatan pakar malah ada yang terpaksa ke hospital luar daerah kerana kekurangan doktor dan peralatan.

Saya mohon agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan penempatan doktor dan rawat kepada hospital-hospital daerah. Selain itu, rakyat berpendapatan rendah amat

draft • 7:10 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

memerlukan jaminan kesihatan sejagat universal health coverage dengan izin. Persoalannya, adakah KKM sudah bersedia melangkah ke arah Skim Insurans Kesihatan Sosial Kebangsaan yang inklusif dan menyeluruh bukan sekadar insurans kecil seperti MHIT yang hanya menumpukan kepada kawalan inflasi perubatan swasta sahaja. Kita perlukan dasar yang memastikan tiada rakyat Malaysia yang jatuh miskin hanya kerana kos rawatan kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini juga jelas bersifat mesra rakyat namun kejayaannya tidak terletak pada angka semata-mata, tetapi pada keberanian dan kejujuran pelaksanaannya.

Tanjong Karang sedar bahawa Kerajaan MADANI telah memilih jalan yang sukar mengekang hutang negara, menstruktur semula subsidi dan menolak populism fiscal semata-mata demi kestabilan jangka panjang ekonomi negara.

Namun, dalam masa yang sama, kerajaan tetap melindungi rakyat terbawah melalui bantuan bersasar, pendidikan, kesihatan dan pembangunan luar bandar. Belanjawan 2026 membawa janji besar, membantu golongan yang memerlukan, memperkasa masyarakat akar umbi dan memastikan pembangunan negara berjalan secara inklusif. Dengan itu, Tanjong Karang mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Lawas.

draft • 7:10 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Selamat malam, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026.

Belanjawan tersebut amat dialu-alukan rakyat khusus dengan peningkatan belanjawan sebanyak RM470 bilion keseluruhannya berbanding RM393.8 bilion pada tahun 2024.

Diharapkan dapat membawa realiti kehidupan masyarakat dalam berhadapan situasi kehidupan masa depan yang lebih mencabar. Rakyat Sabah dan Sarawak menyambut baik peningkatan belanjawan untuk pembangunan, masing-masing sebanyak RM6.9 bilion dan RM6.0 bilion. Ini membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menyediakan belanjawan rakyat.

Selaku Ahli Parlimen kawasan Lawas, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI serta seluruh jentera kerajaan yang bertanggungjawab merealisasikan apa yang terkandung di dalam belanjawan tersebut menjadi kenyataan dan bukannya setakat angka semata-mata.

draft • 7:15 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Tan Sri Yang di-Pertua, wilayah Sarawak. Bagi wilayah Sarawak, saya ingin mengetahui dan mendapatkan senarai projek-projek yang diluluskan di bawah peruntukan Belanjawan 2026 berjumlah RM6.0 bilion. Selain itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan kerajaan ke mana letaknya peruntukan projek pembangunan yang tidak diguna pakai dalam tempoh semasa termasuk yang lewat, dan gagal dan tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, perlu diambil perhatian bahawa mengikut ketetapan sedia ada, kerajaan Sarawak akan membatalkan kelulusan mana-mana pertapakkan tanah projek yang gagal dilaksanakan selepas tempoh lima tahun tamat. Saya merayu agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dapat melaksanakan projek Maktab Rendah Sains MARA yang telah diluluskan di Lawas dalam tempoh masa tersebut.

Tan Sri Yang di-Pertua, tidak dinafikan— Dato’ Speaker, tidak dinafikan ekonomi sejagat beralaskan digital AI, IR 4.0, membawa manfaat kepada rakyat. Di sebaliknya, di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak, liputan 4G asas dan capaian Internet yang tidak stabil, mengecualikan penduduk di sana daripada mendapat kemudahan yang sepatutnya dikecapi.

Tambahan, golongan warga emas, ibu tunggal dan petani kecil yang tidak mempunyai kemahiran digital berisiko meningkatkan jurang ketidaksamarataan. Contoh, mengenai bantuan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) yang memerlukan semakan dan pengesahan kelayakan secara dalam talian.

draft • 7:15 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Untuk memastikan SARA benar-benar mencapai matlamatnya, mekanisme alternatif secara luar talian perlu disediakan seperti pendaftaran manual melalui pejabat daerah, pasukan bergerak ke kampung agar tiada komuniti yang tercicir hanya kerana halangan digital. Saya menyeru agar kerajaan memberi keutamaan ke atas perkara ini yang merupakan lebuh raya baharu dunia moden.

Bagi sekolah ataupun kawasan sekolah yang sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat turun dan memaksakan sekolah berkenaan ditutup, melibatkan kemerosotan pembelajaran pelajar-pelajar perlu diberi perhatian khususnya untuk dipindah ke kawasan tanah tinggi.

Sekolah-sekolah yang terbabit ialah SRK Ulu Merapok, SRK Sundar dan SRK Siang Siang.

Sementara pelaksanaan bangunan baharu sekolah SRK Long Sukang yang dikategorikan sakit dipercepatkan.

Dato’ Yang di-Pertua, isu syarikat nasional PETRONAS dan PETROS perlu mendapat perhatian serius dan pertimbangan sewajarnya diberikan beralaskan kepada hak perjanjian yang telah dimeterai dan undang-undang sedia ada. Di dalam sesebuah negara yang berdaulat, isu

draft • 7:20 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

seperti ini semestinya mendapat penyelesaian yang terbaik. Saya berharap ia nya tidak berlarutan dan membawa kesan yang tidak baik kepada kedua-dua pihak dan kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, para penumpang pesawat Twin Otter yang tiba di lapangan terbang Miri daripada Lawas, Marudi, Bario, Ba’kelalan dan Long Lellang terpaksa berjalan kaki jauh termasuk menaiki tingkat atas bangunan tersebut sebelum sampai ke destinasi ketibaan. Akhir- akhir ini, sebuah kenderaan jenis van disediakan untuk membawa penumpang keluar ke tempat ketibaan, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana kemudahan tersebut tidak dapat membawa kesemua penumpang selain ia nya tidak disediakan pada setiap masa.

Sehubungan itu, saya mohon dan mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan sebuah ruang khas pelepasan dan ketibaan yang berdekatan untuk memberi kemudahan kepada para penumpang termasuk OKU, pesakit dan warga emas.

Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan asas kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak agak terbantut disebabkan projek kecil kerajaan seperti sekolah Tabika KEMAS, Tamu Desa dan lain-lain memerlukan tapak tanah yang mempunyai surat hak milik yang sah daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Proses penyukatan tanah oleh pihak jabatan mengambil masa panjang dan tertakluk kepada peruntukan yang tinggi yang diperlukan bagi seluruh negeri Sarawak. Sehubungan itu, saya merayu agar kerajaan pusat membantu dengan menyalurkan peruntukan kewangan khas untuk tujuan penyukatan tanah adat atau hak bumiputera luar bandar Sarawak. Sekian, saya menyokong.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Lawas. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang.

draft • 7:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Terima kasih pada Dato' Tuan Yang di-Pertua kerana memberi Ledang peluang untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2026.

Salah satu daripada tanggungjawab utama Ahli-ahli Parlimen ialah selain daripada menggubal undang-undang dan juga untuk membahaskan dasar ialah untuk meneliti, merunding dan akhirnya meluluskan Belanjawan Persekutuan. Tanggungjawab ini merupakan inti pati kepada amalan Demokrasi Berparlimen kerana belanjawan bukan sahaja mencerminkan keutamaan fiskal kerajaan, tetapi juga komitmen moral dan sosialnya terhadap kepentingan rakyat.

draft • 7:24 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Amat berhormat Perdana Menteri telah membentangkan belanjawan RM470 bilion yang terbesar dalam sejarah negara. Saya memuji keberanian kerajaan. Namun, peruntukan besar ini juga menimbulkan persoalan, menimbulkan cabaran dan juga implikasi penting yang akan saya huraikan.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu dengan main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Surah Al-Mu’minun, ayat 115.

Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari Gujarat; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan sampai mudarat. Di sebalik angka, hasil dan perbelanjaan, perbahasan belanjawan turut memberi ruang untuk kita menilai keberkesanan dasar kerajaan, meneliti kemajuan yang telah dicapai serta menilai sejauh mana hala tuju ekonomi negara sejajar dengan aspirasi Malaysia yang lebih luas.

Kita juga berdepan cabaran-cabaran mendesak dalam banyak bidang khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan dan tadbir urus institusi. Perkara yang telah banyak dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat.

Oleh itu, dalam perbahasan ini saya bukan saja ingin mendapatkan penjelasan mengenai peruntukan kewangan di bawah belanjawan RM470 bilion di mana RM421.2 bilion ini adalah merupakan anggaran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan cadangan dasar yang membina kepada kementerian yang berkaitan, tetapi juga menekankan isu-isu berkaitan dengan dasar luar dan reformasi institusi. Sebab itu saya akan sentuh untuk Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan dasar makro, pendidikan, kesihatan, antarabangsa dan reformasi institusi.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, di peringkat dasar ataupun makro, Belanjawan 2026 harus pertama, mengukuhkan asas fiskal negara dan keberkesanan subsidi.

Kedua, meningkatkan produktiviti dan inovasi.

Ketiga, menggalakkan pelaburan hijau dan digitalisasi dan keempat, mestilah disertai oleh seluruh masyarakat dalam arus pembangunan ekonomi negara.

Saya bersetuju terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan berhubung dengan beban perkhidmatan hutang negara atau dengan izin, debt service charge yang semakin meningkat.

Kita bukan hanya lihat kepada kenaikan hutang, tetapi saya rasa yang lebih penting dan lebih membimbangkan ialah beban perkhidmatan hutang negara (debt service charge). Ucapan Yang Berhormat Pandan di Dewan Yang Mulia ini amat tepat pada masanya dan wajar diberikan

draft • 7:24 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

perhatian sebagai peringatan bahawa kehematan fiskal mesti kekal sebagai teras kepada tadbir urus kita sekiranya kita mahu menjamin kestabilan ekonomi pada jangka masa panjang.

Sesungguhnya walaupun kerajaan― benar, telah pun mencapai kemajuan yang wajar dipuji melalui langkah rasionalisasi subsidi seperti BUDI95, penambahbaikan program STR dan SARA untuk mengurangkan ketirisan bantuan kebajikan sosial dan juga untuk memastikan wang awam dimanfaatkan dengan lebih berkesan di mana penjimatan yang dijangka diperoleh dianggarkan sekitar RM6 bilion, tetapi kita bimbang penjimatan ini semakin terhakis akibat daripada peningkatan kos perkhidmatan hutang.

Hakikat ini menonjolkan cabaran struktur yang lebih mendalam bahawa kita tidak boleh hanya menumpukan kepada kawalan perbelanjaan, tetapi mesti turut memberi perhatian kepada kemampanan dan pengurusan hutang negara itu sendiri. Bayaran perkhidmatan hutang yang dijangka meningkat daripada RM40.5 bilion pada tahun 2022 kepada RM58.3 bilion pada tahun 2026 kini menelan bahagian yang semakin besar daripada belanjawan mengurus.

draft • 7:24 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Seperti yang ditegaskan oleh YB Pandan Dato’ Yang di-Pertua, setiap RM1 yang diperuntukkan untuk bayaran faedah, bermaksud RM1 yang kurang untuk pendidikan, untuk kesihatan, untuk pembangunan. Sektor-sektor yang secara langsung akan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli-ahli Parlimen, kita mesti mengakui bahawa perkhidmatan hutang bukanlah akibat yang pasif, tetapi hasil daripada pilihan dasar, pilihan yang berkaitan dengan pinjaman, jaminan dan disiplin fiskal.

Oleh itu, saya menyokong penuh seruan untuk melaksanakan penstrukturan semula yang menyeluruh terhadap kerangka pengurusan hutang negara. Ini termasuk memperkukuhkan ketelusan dalam pelaporan hutang, memperluaskan kuasa penyeliaan Parlimen melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, serta mengintegrasikan sasaran kemampuan fiskal jangka panjang dalam proses belanjawan tahunan.

Dato’ Yang di-Pertua, prinsipnya mudah. Disiplin fiskal bukan tentang perkhidmatan yang melampau, tetapi memastikan setiap Ringgit yang dibelanjakan memberi manfaat kepada rakyat, bukan kepada hutang.

Pisang emas dibawa berlayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas wajib dibayar, Hutang budi dibawa mati.

draft • 7:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, terkait dengan pendidikan. Nabi SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan wang dinar atau dirham. Sesungguhnya mereka hanya mewariskan ilmu.” Hadis riwayat Tirmizi dan Abu Daud Sebagai sektor tertinggi Belanjawan 2026 iaitu RM66.2 bilion atau 15.7 peratus daripada agihan anggaran perbelanjaan 2026, pendidikan ternyata menjadi tonggak utama belanjawan.

Namun, isu sebenar bukan jumlah peruntukan, tetapi bagaimana ia dilaksanakan untuk memberi kesan dan natijah yang nyata terhadap kualiti pendidikan. Perdana Menteri sendiri pernah menegaskan, “Pembangunan insan adalah tunjang kemajuan negara”.

Benar, perbelanjaan untuk sekolah daif, pendigitalan, bantuan awal sekolah dan makanan, ini semua adalah penting, tetapi bagi saya pelaburan kepada pembangunan insan, sahsiah, kemahiran hidup dan pegangan kuat agama serta moral, tidak boleh dikesampingkan.

Lebih-lebih lagi apabila kita tahu banyak insiden sekarang, satu trend, berlakunya insiden yang menjelikkan, kematian, jenayah dan buli di sekolah.

Ledang sedar ini bukan hanya tanggungjawab Menteri, kementerian ataupun kerajaan semata-mata. Ia tanggungjawab kita semua. Dan bila saya pun hadir ke sekolah-sekolah, saya akan sebutkan perkara-perkara begini, tapi sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap dasar dan pelaksanaan pendidikan, maka saya menggesa Menteri untuk mendiagnosis punca masalah sebenar apa yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita sehingganya berlaku isu keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

Tidak perlu kepada slogan atau gimik, Dato’ Yang di-Pertua. Jika pedagogi dan cara amalannya lemah, mungkin kita boleh teliti dan teroka pendekatan andragogi ataupun heutagogi.

Tanyalah dengan mereka yang pakar, bincanglah rentas kementerian dalam Majlis Pendidikan Negara. Teruslah langkah segera sekarang, tetapi langkah jangka panjang tidak boleh, dengan izin, knee-jerk ataupun spontan. Pendidikan ialah instrumen utama dalam kerangka ekonomi dan belanjawan, gambaran komitmen moral dan sosial terhadap kepentingan rakyat. Sebab itu saya tekankan sangat perkara ini, Dato’ Yang di-Pertua.

Saya ambil kesempatan di sini juga untuk memuji Kementerian Pendidikan Tinggi sebab berkait dengan PTPTN. Kadar bayaran balik PTPTN adalah agak memberangsangkan. 2.53 juta peminjam telah atau sedang melunaskan pinjaman RM25.25 bilion. Ini ada bagus. Maknanya menunjukkan disiplin kewangan, ada keyakinan yang semakin meningkat terhadap sistem.

Namun, masih terdapat berapa lagi bilangan baki? RM11 bilion. RM11 bilion amaun pinjaman yang tertunggak dan seramai 400,000 peminjam belum membuat sebarang bayaran.

Ini menimbulkan kebimbangan sebab ia nya ada kaitan dengan kemampanan PTPTN dan

draft • 7:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

implikasinya juga terhadap fiskal negara. Saya menggesa Menteri untuk menjelaskan langkah konkrit untuk mengurangkan pendedahan ini dan memastikan kelangsungan jangka panjang PTPTN.

Tuan Yang di-Pertua, terkait sedikit dengan perkhidmatan kesihatan. Saya kena bangkitkan ini walaupun saya akan huraikan nanti dalam Peringkat Jawatankuasa dan mungkin di Kamar Khas, tetapi saya bimbang Ledang ini agak dianaktirikan apabila mengaitkan dengan kesihatan. Banyaknya fokus kalau di Johor tu di sebelah selatan, di sebelah Pasir Gudang ataupun di Johor Bahru ataupun di Pulai, tetapi di Ledang ni sendiri, saya nak bangkitkan kerana Hospital Daerah Tangkak ini, dia dah berusia 113 tahun. Banyak kali dah dibangkitkan supaya naik taraf, tapi sampai sekarang kita tak tahu apakah status naik taraf hospital ini yang berumur 113 tahun.

Begitu juga dengan Klinik Kesihatan Payamas. Yang kedua, Klinik Kesihatan Bukit Gambir, kita minta supaya dapat perhatian, bagaimana, bilakah akan dinaik taraf mutu prasarana kesihatan awam ini? Juga, apakah jenis peralatan perubatan lapuk yang akan diganti yang disebutkan dalam perbelanjaan RM755 juta dalam belanjawan? Jadi, itu yang saya nak bangkitkan berkenaan sedikit tentang kesihatan.

Yang saya nak fokuskan juga Dato’ Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan antarabangsa khususnya Palestin. Dalam konteks antarabangsa ini, saya sebagai Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia bagi Palestin, saya ingin mengiktiraf kerajaan kerana memastikan agenda Palestin terus kukuh dan memberikan penghargaan kepada sukarelawan NGO yang berani bertindak melalui Flotila Bantuan Gaza.

Perdana Menteri, Menteri Luar dan kerajaan dah konsisten menunjukkan solidariti Malaysia untuk Palestin di pentas antarabangsa, seru supaya tindakan menghentikan genosid di Gaza, tuntut akauntabiliti daripada rejim Israel dan angkat martabat Malaysia sebagai pendukung prinsip keamanan dan hak asasi manusia. Sokongan ini turut disokong secara meluas oleh rakyat Malaysia, tanpa mengira agama atau latar belakang dan wajar diraikan secara inklusif tanpa dipolitikkan atau disempitkan kepada kaum atau agama. Sayang, rugi, apabila keadaan negara yang begitu menyokong, tetapi kita sempitkan pula menurut kaum ataupun menurut agama.

Kaukus, untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, telah pun mengadakan sesi round table bersama NGO baru-baru ini. Kita telah lihat berkenaan dengan susulan Flotila Gaza, Pelan 20 Poin Trump serta kehadiran Trump di Sidang Kemuncak ASEAN yang Ke-47. Rumusannya kita akan bentangkan kepada jawatankuasa Parlimen esok, Jawatankuasa Perhubungan dan Perdagangan Antarabangsa untuk dilaporkan kepada pihak kerajaan. Walaupun saya memahami

draft • 7:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN adalah, atas dasar perbincangan mengenai dagangan dan keselamatan serantau, saya faham. Namun, saya dan rakyat Malaysia amat berharap agar dua perkara ditegaskan dengan jelas.

Pertama, supaya Trump tidak dijulang sebagai pejuang keamanan. Dan kedua, agar beliau diberi kata dua dengan bijaksana untuk tidak berpihak kepada pelaku jenayah genosid.

Israel kini sedang dibicarakan atas tujuan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Tindakannya di Gaza ialah satu perbuatan pembunuhan beramai-ramai yang disengajakan dan sokongan Trump terhadap Israel menunjukkan sikap yang tidak hormat— yang jelas terhadap mangsa-mangsa di Gaza.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Ledang mencadangkan supaya satu peruntukan khusus dimasukkan dalam belanjawan negara bagi menyokong usaha bantuan dan pembinaan semula Gaza serta wilayah Palestin.

Sebagai akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya juga merupakan Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Bagi Integriti, Tadbir Urus dan Anti-Rasuah. Dan saya ingin melahirkan rasa penghargaan terhadap usaha reformasi institusi yang sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan. Langkah ini penting sebagai iltizam kerajaan untuk menegaskan prinsip rule of law dan memperkukuhkan kebertanggungjawaban awam.

Namun, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperkukuhkan tadbir urus dan memastikan institusi demokrasi benar-benar berkhidmat kepada rakyat. Kes rasuah masih berleluasa di semua peringkat. Daripada pegawai di peringkat akar umbi hinggalah pegawai awam kanan yang bertaraf JUSA.

draft • 7:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Oleh kerana itu, maka saya mencadangkan supaya diwujudkan satu mekanisme yang lebih sistematik untuk membolehkan penglibatan masyarakat sivil bersama dengan Ahli Parlimen dan pihak kerajaan untuk memperkukuhkan fungsi semak dan imbang serta memastikan undang- undang dan institusi negara benar-benar menegakkan prinsip integriti, akauntabiliti dan keadilan.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan 2026 dan menantikan maklum balas kerajaan terhadap kebimbangan serta cadangan yang telah dibangkitkan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 7:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 memperuntukkan RM470 bilion untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat, di samping memacu pembangunan negara. Antaranya pendidikan percuma IPTA bagi keluarga berpendapatan rendah, pengecualian bayaran balik PTPTN, sembilan juta penerima SARA bulanan RM1,200 setahun, SARA untuk semua RM100, gaji penjawat awam naik melalui SSPA, 4,500 doktor kontrak diserap ke tetap, pesawah terima bantuan RM4,300, RM7.9 bilion TVET, RM12.9 bilion pembangunan Sabah dan Sarawak, RM2.2 bilion untuk projek perancangan tebatan banjir, RM2.6 bilion untuk menegakkan syiar Islam.

Kalau saya senaraikan panjang, Dato’ Yang di-Pertua. Bagaimanapun, kalau ada siapa yang nak berminat, saya boleh bagi secara bertulis selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Belanjawan 2026 diharap membawa sinar baharu kepada rakyat jelata setelah tiga kali kerajaan membentangkan belanjawan. Kali ini biarlah bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi menjadi lagu bahagia ria kepada rakyat dan benar-benar bergema di hati rakyat, yang sampai kepada dapur rakyat.

Saya– dengan banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan tadi, saya hairan kenapa rakyat masih lagi mengeluh di bawah sana? Saya apabila bertemu dengan rakyat ataupun rakyat bertemu dengan saya, saya mengharapkan mereka akan menyanyikan lagu-lagu yang gembira ria. “Di bawah bulan purnama, di pagar bintang beribu, hatiku merasa ria. PMX di samping daku.” Saya mengharapkan macam itu Dato’ Yang di-Pertua, tetapi apa yang saya dapat dia menyanyi lagu sebaliknya. “Di bawah Kerajaan MADANI, belanjawan penuh dengan janji. Konon nak rakyat harmoni. Harga barang naik lagi.” Harga barang memang naik. Memang naik. Kalau nak tahu barang naik ataupun tidak, sebab itulah kerajaan buat Program Rahmah sebab Rahmah murah. Kalau dah di pasaran biasa di kedai-kedai murah, tak payah buat Rahmah. Selagi ada Rahmah, itu adalah tanda aras yang menunjukkan bahawa barang-barang mahal.

Kalau nak tahu lagi yang kedua, sila tanya kepada pengusaha-pengusaha katering kenduri kahwin dan sebagainya. Kerana mereka berbelanja hari-hari. Mereka hafal harga barang, walaupun naik dua, tiga sen berbanding suri rumah yang hanya menerima barang-barang dah siap untuk dimasak.

draft • 7:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kenapa rakyat begitu terduduk, Yang di-Pertua? Kerana apa yang belanjawan ini kita harap menjadi penyuluh ekonomi negara dan jangan jadi seperti pelita kehabisan minyak, cahayanya redup sebelum subuh menjelang, Dato’ Yang di-Pertua. Moga bahas saya ini akan menjadi cerminan untuk kita membetulkan haluan sebelum kapal kewangan negara karam di tengah gelora.

Yang pertama, kebergantungan kepada PETRONAS. Layar terkembang angin tak menentu, Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Kelemahan pertama ialah kebergantungan berterusan terhadap hasil minyak dan gas PETRONAS. Kita terlalu lama hidup dengan nafas PETRONAS, seolah-olah tanpa brand minyak, negara ini akan kehilangan denyutannya ya. Sehingga ada YB yang mengatakan, jangan jadikan PETRONAS sebagai pusat zakat pula. Namun, seperti pepatah Jawa.

[Bercakap dalam bahasa Jawa] Maknanya, hidup ini hanya singgah sebentar untuk minum. Begitu juga dengan hasil minyak. Ia bukan sumber abadi yang selama-lamanya.

Dia akan habis. Kerajaan juga mesti mencontohi semangat novel layar berkembang.

Mengembangkan layar ke atas ekonomi baharu, tenaga hijau, ekonomi digital dan industri kreatif agar kita tidak terus hanyut di lautan kebergantungan.

Yang kedua, rasionalisasi subsidi. “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.” Yang di-Pertua, langkah menstruktur semula subsidi kononnya untuk ketelusan, namun pelaksanaannya masih kabur. Subsidi dikurangkan tanpa data menyeluruh, akhirnya yang miskin terus menanggung derita.

Pepatah Melayu mengingatkan, air tenang jangan disangka tak ada buaya. Di sebalik niat yang baik, tersimpan risiko beban kepada rakyat kecil. Pepatah Jawa mengatakan, [Bercakap dalam bahasa Jawa] “Sesiapa menanam, dialah yang akan menuai.” Jika dasar ini tidak adil, maka yang dituai nanti ialah kemarahan rakyat, bukan kesejahteraan. Belanjawan ini perlu lebih tersasar, bukan sekadar slogan di atas pentas. Tuan Yang di-Pertua, defisit hutang negara, gali lubang, timbus lubang. Tuan Yang di-Pertua, defisit fiskal dan hutang kerajaan kini ibarat api dalam sekam. Kita berhutang untuk bayar hutang, sedangkan hasil baharu belum seberapa.

Jika ditanya, “Ah, saya menanggung hutang kerajaan dahulu.” Itulah jawapan yang tak boleh mendatangkan penyelesaian. Sepatutnya Kerajaan Malaysia ini adalah umpama seorang wanita yang cantik, banyak harta dan dia telah berkahwin sebanyak sembilan kali, bercerai dan meninggal bekas suaminya.

Apabila berkahwin dengan suaminya yang kesepuluh, kerana suaminya yang kesepuluh berjanji bulan dan bintang kepadanya, dia pun berkahwin. Apabila berkahwin, rupanya suaminya

draft • 7:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

yang kesepuluh asyik cakap, “Saya menanggung hutang bekas suami awak.” Saya ulang. “Saya menanggung hutang bekas suami awak.” Adakah itu tindakan yang boleh menyelesaikan rumah tangga mereka, Dato’ Yang di-Pertua?

Yang keempat, andaian ekonomi terlalu optimis, indah khabar dari rupa. Angka pertumbuhan lima peratus yang diunjurkan terlalu ideal. Dunia kini dilanda perang dagang, kadar faedah tinggi dan pasaran yang tidak menentu. Kita seolah-olah membaca novel mencari sebuah kejujuran. Mencari kejujuran dalam angka.

Dari realiti di bawah, jauh berbeza daripada laporan di atas. Pepatah Jawa berkata, [Bercakap menggunakan bahasa Jawa] Maksudnya, kejujuran terlihat pada perbuatannya.

Dengan izin, saya melawat kawasan dan kawasan saya ramai orang Jawa. Mereka sakit terlantar.

Walaupun terlantar, mereka tengok TV, Dato’ Yang di-Pertua. Dia tengok TV.

Sekarang tengah tengok lah ini, sampai kakinya dipotong dan sebagainya kan. Dia tengok TV, dia kata, dia tak berapa faham cakap bahasa Melayu ini, sebab orang-orang tua dulu-dulu.

Boleh tak YB cakap Jawa? Jadi, boleh tak saya tunaikan ini, Dato’ Yang di-Pertua ya? Sikit-sikit dengan pepatah Jawa supaya mereka faham lah ya.

Yang kelima, ketirisan pelaksanaan— air yang tenang jangan disangka tak ada buaya.

Setiap tahun Laporan Audit menegur perkara yang sama. Projek lewat, kos meningkat, ketirisan berulang. Belanjawan besar gedung, hasilnya sekecil batu akik di jari.

Pepatah Melayu menyebut, “Telaga dalam pun kalau tiada timba, airnya tak berguna.” Begitu juga belanjawan yang hebat di atas kertas, tapi gagal di lapangan. Dalam pepatah Jawa pula.

[Bercakap dalam bahasa Jawa] . Yang baik akan nampak, yang buruk akan nyata. Ketirisan tidak boleh disorok dan di jadi dengan angka. Akhirnya, rakyat akan melihat kebenarannya.

Dato’ Yang di-Pertua, bantuan rakyat terlalu kecil. Setitik tidak menghilang dahaga.

Bantuan rakyat memang dialu-alukan, namun jumlah kecil, sifat sementara. Rakyat perlukan peluang, bukan simpati semata. Novel Ranjau Sepanjang Jalan menggambarkan penderitaan yang tidak pernah habis. Begitulah nasib rakyat jika sasar dasar ekonomi tidak berubah.

Pepatah Jawa menyebut.

[Bercakap dalam bahasa Jawa] Mencari kesempurnaan hidup perlukan kesabaran dan ketekunan. Namun, rakyat sudah lama sabar. Kini sudah tiba kerajaan pula yang tekun membetulkan dasar. Alam sekitar. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Belanjawan 2026 belum serius dalam isu lestari alam. Peruntukan untuk tenaga boleh diperbaharui dan mitigasi banjir amat kecil. Pepatah Jawa berkata, [Bercakap dalam bahasa Jawa]. “Alam tak pernah lupa kepada mereka yang merosakkannya.” Kita terus leka, maka

draft • 7:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

bencana alam akan datang tanpa amaran. Belanjawan harus memandang jauh ke hadapan, melindungi bumi dan anak cucu tidak menanggung akibat kealpaan kita.

draft • 7:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Lemahnya agenda digital dan inovasi. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Negara jiran sudah jauh ke hadapan dalam bidang teknologi AI. Kita masih berkira-kira membina menara sedangkan mereka membina satelit. Pepatah jawa.

[Bercakap dalam bahasa Jawa] . Siapa cepat, dialah yang menang. Jika kita lambat bertindak, ekonomi digital akan dimonopoli oleh pihak luar.

Kita tidak mahu menjadi seperti watak Salina yang pasrah kepada nasib. Malaysia mesti bangkit dengan inovasi dan keberanian. Satelit orbit rendah mesti dipasang di negara kita supaya sekolah-sekolah luar bandar dapat liputan yang laju.

Ketidakseimbangan wilayah. Sabah dan Sarawak yang dijanjikan pembangunan, namun realitinya masih jauh ketinggalan. Pepatah Jawa berkata.

[Berucap dalam bahasa Jawa] Adil itu bukan memberi sama rata, tetapi memberi mengikut keperluan. Sabah, Sarawak nak lebih, bagi lebih, kalau itu diperlukan. Jika negeri di pedalaman masih bergelap, maka kemajuan Kuala Lumpur tidak membawa apa-apa erti seperti novel Meniti Kaca. Penggunaan wilayah mesti berhati-hati agar keadilan tidak pecah di tengah jalan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa isu tempatan. Minta Hospital Sabak Bernam dipasang pagar yang baharu, yang tinggi supaya tidak diceroboh. Sekarang ini bukan manusia, lembu pun boleh masuk beratus-ratus ekor ke dalam kawasan hospital. Saya pun dah confused, “Ini hospital orang atau hospital veterinar ini?” Kemudian, saya minta pula satu jalan yang kedua untuk masuk ke hospital ini. Sekarang jalan masuk, keluar cuma satu sahaja.

Dan, saya ingin mencadangkan agar Carcosa Seri Negara yang diperuntukkan RM100 juta...

[Dicelah]

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] 600.

draft • 7:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

...Dijadikan sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat. No, 100. Kalau 600 itu termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad. Untuk Carcosa dan Seri Negara, RM100 juta. Itu yang saya sudah telitilah. Ini sudah kita ambil daripada Kerajaan British, kita jadikan hotel butik. Kita jadikan macam-macam, dua kali.

Ini kali ketiga kita buat renovation. Kalau gagal lagi, tak menguntungkan walaupun diperuntukkan RM100 juta, saya mencadangkan agar Carcosa dan Seri Negara ini dijadikan Maahad Tahfiz Antarabangsa MADANI bertaraf dunia kerana RM2.6 bilion telah diperuntukkan dalam bajet ini untuk memartabatkan Islam, syiar Islam ya. Terbuka kepada semua pelajar, Islam dan bukan Islam. Kenapa tidak Tuan Yang di-Pertua? Ini menunjukkan konsep Malaysia MADANI

draft • 7:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

yang sebenar iaitu ilmu dan nilai rohani dikongsi bersama, bukan dipisahkan melalui agama yang kita anuti.

Hari ini sudah ramai orang bukan Islam yang pelajari dan menghafaz al-Quran, bukan kerana mahu memeluk Islam, tetapi kerana kagum dengan keindahan bahasa, nilai moral dan sains di dalam al-Quran. Sebagai contoh; Benjamin Franklin, Mahatma Gandhi, Vladimir Putin, Raja Charles, mereka memetik ayat-ayat Quran di dalam ucapan mereka. Malah di negara kita ini, Yang Berhormat Teluk Intan, YB Nga Kor Ming sering memetik ayat-ayat Quran dalam hadis dan ucapannya. Sekiranya— antaranya waktu membentangkan ucapan di Dewan Rakyat, beliau ada menyebut, “Kita perlu berlaku adil sebagaimana firman Allah di dalam Surah an-Nahl, ayat ke-90. Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan.” Ini bukti ya Tuan Yang di-Pertua bahawa hikmah al-Quran itu sejagat, bukan milik eksklusif orang Islam sahaja. Bayangkan kalau Carcosa Seri Negara, tempat penjajah dulu ditulis dasar untuk mengawal kita, hari ini ia tempat anak-anak bangsa Islam dan bukan Islam menghafaz dan memahami dan mengamati ayat-ayat Allah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu isu buli. Remaja umur 13 dan 16 tahun ini kebanyakannya yang melakukan kes baru-baru ini. Mengikut Dr. Rozanizam Zakaria, pakar psikiatri dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) ya. Jadi, pelajar yang umur ini di dalam proses pembinaan otak dia untuk bahagian kawal emosi dan moral sebelum ia bersiap sepenuhnya untuk menjadi dewasa. Jadi, saya nak memetik dapatan ini supaya kesemua ahli keluarga supaya mengawasi anak-anak yang berumur lingkungan ini dan keseluruhannya, menjaga anak-anak masing-masing.

Dan, boleh Tuan Yang di-Pertua ya? Ini saya ada dua yang terakhir ini.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila singkatkan.

draft • 7:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Boleh. Saya ingin membawa pesanan daripada Persatuan Motorhome Malaysia, satu gaya hidup rekreasi di negara kita, pelancongan ya, supaya kerajaan yang memperuntukkan dalam belanjawan ini untuk membina tapak rekreasi motorhome ini merujuk kepada persatuan kerana mereka yang akan menggunakan sepenuhnya kemudahan itu.

Apa yang berlaku sekarang, kerajaan salurkan melalui kerajaan tempatan dan kerajaan tempatan membina tidak mengikut spec. Akhirnya, apabila sudah siap, mereka nak masuk ke parking pun tak muat. Ada yang tak ada bekalan air bersih, ada yang tak ada sistem kumbahan

draft • 7:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

untuk menguruskan sistem kumbahan dan sebagainya. Jadi, kerajaan hendaklah merujuk kepada Persatuan Motorhome ini terlebih dahulu supaya ia lebih berguna secara maksimum untuk peminat-peminat motorhome tadi. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas yang terakhir untuk hari ini, saya persilakan Yang Berhormat Beruas.

draft • 7:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas belanjawan negara ke— untuk tahun 2026.

draft • 7:56 PM

Dato’ Yang di-Pertua, sungguhpun saya pembahas terakhir hari ini

saya, tetapi saya berharap kerajaan akan memberi perhatian yang teliti kepada perbahasan saya kerana cadangan- cadangan yang akan saya kemukakan boleh mendatangkan berpuluh-puluh bilion ringgit setiap tahun kepada kerajaan dan akan menjimatkan kerajaan ratusan bilion ringgit dalam pembayaran hutang kerajaan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, cabaran utama negara kita hari ini ialah untuk mencari jalan penyelesaian tentang kedudukan kewangan kerajaan yang meruncing. Belanjawan negara berdefisit berturut-turut selama 27 tahun sejak tahun 1998 dan belanjawan yang dibentangkan untuk tahun 2026 juga merupakan satu belanjawan defisit. Bayaran hutang tahunan atau debt service charges setiap tahun bertambah.

Untuk tahun 2023, kita membayar RM46.31 bilion atau 14.7 peratus daripada pendapatan kerajaan. Tahun 2024, RM50.8 bilion atau 15.8 peratus pendapatan kerajaan dan dianggarkan untuk tahun ini, 2025, RM54.7 bilion atau 16.1 peratus pendapatan kerajaan. Untuk tahun depan, 2026, dianggarkan kita perlu membayar RM58.3 bilion atau 17 peratus daripada pendapatan kerajaan.

Kalau pembayaran tahunan meningkat untuk membayar hutang pokok, ia merupakan sesuatu yang baik, tetapi dalam kes negara kita, bayaran hutang tahunan bertambah kerana bayaran bunga atau kos pinjaman bertambah akibat pertambahan hutang kerajaan. Hutang dan liabiliti sekarang adalah lebih kurang RM1.5 trilion. Ini tidak bermaksud kita hanya membayar RM1.5 trilion kerana kita juga perlu membayar bunga dan kos pinjaman atas jumlah ini.

Dianggarkan kita perlu membayar antara RM2.5 trilion hingga RM3 trilion untuk jumlah hutang ini.

draft • 7:56 PM

Dato’ Yang di-Pertua, sungguhpun saya pembahas terakhir hari ini

Tindakan menyasarkan subsidi dan tindakan tegas terhadap rasuah dan ketirisan oleh kerajaan mesti dipuji kerana mereka menjimatkan berbilion-bilion Ringgit untuk kerajaan.

Penjimatan keseluruhan subsidi dianggarkan sekitar RM15.5 bilion setiap tahun dan pendapatan daripada rampasan harta dan ketirisan adalah juga sekitar RM15.5 bilion untuk dua tahun yang lepas, tetapi penjimatan dan pendapatan tambang ini tidak mencukupi untuk membayar bunga atau kos hutang kerajaan. Kalau bunga dan kos hutang kerajaan adalah pada kadar empat peratus setahun, bunga dan kos hutang yang perlu dibayar oleh kerajaan dianggarkan berjumlah RM60 bilion setahun.

Oleh itu, saya mohon kepada kerajaan supaya mengisytiharkan satu pelan untuk menyelamatkan negara kita daripada krisis kewangan sebelum terlambat. Pengakuan kerajaan bahawa ia tidak mampu lagi meneruskan skim pencen penjawat awam dan ketidakupayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membayar balik cukai yang terlebih bayar oleh syarikat- syarikat secara sekali gus merupakan isyarat lampu merah tentang ketenatan keadaan kewangan kerajaan kita. Difahamkan cukai yang terlebih bayar yang perlu dibayar balik kepada pembayar- pembayar cukai adalah sekitar RM30 bilion. Hutang kerajaan akan terus bertambah melainkan kita menambah lagi cara untuk kita mengatasi hutang negara kita.

Saya mencadangkan satu strategi serampang dua mata atau dalam bahasa Inggeris: two- pronged strategy untuk mengatasi masalah hutang dan kewangan negara. Strategi pertama ialah menambah pendapatan negara melalui penambahan pengeluaran barangan dan perkhidmatan kita. Strategi kedua ialah mengurangkan bunga dan kos hutang kerajaan sedia ada.

Untuk strategi pertama, saya mohon kerajaan melakukan perkara-perkara berikut.

Pertama, pekerja-pekerja kita mesti tekun bekerja dan jika perlu bekerja tambah masa, overtime.

Tinjauan Jobstreet yang dibuat di Singapura pada tahun 2022 mendapati 88 peratus daripada pekerja Singapura bekerja overtime.

Kedua, jabatan kerajaan mesti kerja dengan lebih berkesan. Saya mendapati banyak jabatan terutamanya di Putrajaya tidak menerima panggilan daripada orang awam. Ini disahkan oleh beberapa Ahli Parlimen yang lain apabila saya mengemukakan aduan ini. Setiap surat mesti dibalas supaya rakyat dapat mengambil tindakan susulan kerana ada nombor rujukan fail dan pegawai yang bertanggungjawab.

Ketiga, tidak mengadakan sambutan perayaan di pejabat kerajaan pada waktu pejabat.

draft • 8:00 PM

Dato’ Yang di-Pertua, sungguhpun saya pembahas terakhir hari ini

Keempat, tidak perlu dijemput ketua-ketua jabatan daripada seluruh negeri untuk datang menyambut lawatan orang kenamaan. Sudah memadai dijemput pegawai-pegawai atasan sesuatu daerah yang dilawati melainkan ia satu program peringkat negeri atau Persekutuan.

Kelima, mesti merancang terlebih dahulu sebelum sesuatu masalah yang dijangka itu akan timbul. Singapura telah merancang dan membina Deep Tunnel Sewerage System (DTSS) sebelum bekalan air dalam Perjanjian 1961 dengan Malaysia tamat pada tahun 2011. DTSS ini menggunakan air buangan yang diproses menjadi air yang boleh diminum yang dinamakan NEWater. Jadi, Singapura tidak mempunyai masalah kekurangan air apabila bekalan air tamat pada tahun 2011 mengikut perjanjian ini daripada Malaysia.

Malangnya, di negara kita banyak masalah sudah tiba, tetapi selepas sekian lama ia tidak diselesaikan. Ini amat merugikan negara kita. Contohnya dalam industri perikanan, bot C2 yang melaksanakan penangkapan ikan lautan sudah tidak lagi menguntungkan kerana pelbagai polisi kerajaan. Jumlahnya yang pada satu masa melebihi 600 bot telah berkurangan kepada lebih kurang 300 mengikut data Jabatan Perikanan, tetapi mengikut pengusaha-pengusaha hanya lebih kurang 45 lagi yang masih beroperasi. Sampai hari ini tiada dicari satu cara penyelesaian.

Begitu juga dengan masalah pengeksportan ikan Malaysia yang tidak dibenarkan ke Thailand, juga tidak diselesaikan selepas sekian lama. Ini sangat, sangat merugikan pendapatan kepada rakyat dan juga pendapatan kepada negara kita. Jika kesemua di atas dilaksanakan, rakyat akan mendapat pendapatan yang lebih, kerajaan akan mendapat cukai yang lebih dan gaji penjawat awam juga boleh dinaikkan kerana kerajaan ada pendapatan yang berlebihan.

Kelulusan yang cepat daripada jabatan-jabatan atau kementerian amatlah penting untuk menambah produktiviti negara. Jika strategi pertama dapat dilaksanakan dengan baik, ia akan menolong strategi kedua.

Strategi kedua, jika produktiviti barangan dan perkhidmatan negara bertambah, ia akan memperkukuhkan mata wang Ringgit kita. Jika kita boleh memperkukuhkan wang ringgit kita, katakan antara lima hingga tujuh peratus setiap tahun, dunia akan yakin kepada wang ringgit.

Ramai warga asing dan dana antarabangsa akan menyimpan wang di Malaysia, sungguhpun kaedah atau bunga yang diberikan itu rendah.

Strategi ini telah digunakan dengan berjayanya di Switzerland dan Singapura. Wang simpanan di bank Switzerland sekarang bunganya hanya antara 0.15 hingga 0.5 peratus setahun.

Begitu juga simpanan di bank Singapura semasa wang Singapura mengukuh, bunga yang diberikan oleh bank hanyalah serendah 0.1 peratus setahun.

draft • 8:00 PM

Dato’ Yang di-Pertua, sungguhpun saya pembahas terakhir hari ini

Jadi, jika kerajaan boleh mendapat pinjaman wang ringgit yang datang daripada dana asing atau warga asing pada kadar katakan satu peratus setahun, ia boleh menjimatkan ratusan bilion ringgit untuk kerajaan bagi membayar balik pinjaman lebih kurang RM1.5 trilion sekarang ini yang dianggarkan bunga atau faedah yang dikenakan adalah lebih kurang empat peratus setahun.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya sedar hampir 99 peratus daripada pinjaman kerajaan adalah pinjaman domestik. Soalan akan timbul, peminjam-peminjam dalam negeri akan mendapat pulangan yang kurang akibat tindakan kerajaan ini. Ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana peminjam-peminjam domestik ini boleh meminjam wang mereka keluar negara untuk mendapat pulangan yang lebih.

Bagaimana pula dengan pengeksportan barangan kalau wang ringgit semakin kukuh?

Saya percaya ia tidak akan menjadi masalah kalau pengukuhan wang ringgit adalah antara lima hingga tujuh peratus setahun. Wang ringgit yang lebih kukuh akan menolong membeli barangan import yang lebih murah untuk barangan buatan di Malaysia untuk kegunaan domestik dan untuk eksport. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan strategi serampang dua mata saya ini.

Saya mengakhiri dengan permintaan kepada kerajaan untuk lima projek di kawasan saya.

Saya memohon dalam Belanjawan 2026 ini, kerajaan akan, nombor satu membina semula Balai Polis Air Tawar yang memang perlu dipertingkatkan.

Kedua, dana tambahan akan diberikan kepada projek Pekan Warisan Temenggor supaya projek ini boleh diteruskan.

Ketiga, menaik taraf Klinik Kesihatan Sitiawan daripada kelas ketiga ke kelas kedua.

Keempat, satu sekolah rendah dapat dibina di Bandar Baru Setia Awan Perdana yang merupakan satu kawasan perumahan besar— 100 peratus orang Melayu.

Dan akhirnya, kelima, Taman Rekreasi Sitiawan di mana lapan ekar tanah telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk projek ini.

Dengan itu, saya memohon untuk menyokong penuh Belanjawan 2026 ini kerana ia merupakan satu belanjawan yang sangat baik. Segala cadangan saya tadi adalah untuk menambah baik kepada kerajaan untuk memperkukuhkan kewangan negara. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

[Tepuk]

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10 pagi, hari Khamis esok, 23 Oktober 2025.

draft • 8:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.01 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026