Oct162025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mula sesi pada hari ini dengan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Saya mempersilakan Tuan Suhaizan bin Kaiat Yang Berhormat Pulai.

1. Tuan Suhaizan bin Kaiat: Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih Dato’ Speaker. Meminta Menteri Kesihatan menyatakan setakat mana seriusnya kes influenza seluruh negara. Apakah kesan kepada institusi pendidikan dan langkah-langkah untuk mengatasinya memandangkan kes ini telah merebak ke institusi pendidikan termasuk prasekolah sehingga institusi pendidikan tinggi. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kesihatan sila jawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI semuanya.

Dato’ Yang di-Pertua, justeru kerana hal yang terkait dengan kes influenza yang mencetuskan wabak terkini, saya pohon untuk diberikan sedikit waktu membuat penjelasan ini Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Jangkitan influenza bermusim merupakan jenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Ini berbeza dengan selesema biasa

draft • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

ataupun the common cold yang sebenarnya bukan daripada jenis virus influenza, tetapi daripada contohnya rhinovirus, adenoviruses dan sebagainya. Jadi, berbeza. The common cold bukan influenza. Common cold is selesema biasa.

Mustahak untuk saya sebutkan secara umumnya, terdapat empat jenis virus influenza bermusim yakni yang dikatakan jenis A, B, C dan D dan mustahak untuk saya tekankan bahawa jenis A dan B inilah yang paling kerap menjangkiti manusia, C dan D ini— kalau D itu dia terkait dengan haiwan.

Kebanyakan individu yang dijangkiti oleh virus influenza ini akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh seminggu kurang lebih. Namun begitu, golongan berisiko tinggi, golongan rentan, kanak-kanak, warga emas dan individu dengan penyakit kronik, komorbiditi berisiko mendapatkan jangkitan yang lebih teruk. Komplikasi ini termasuklah radang paru-paru, pneumonia dan terkadang kali radang otak (encephalopathy) yang boleh mengakibatkan sakit teruk ataupun juga morbiditi dan juga mortaliti.

Untuk saya sedikit menjelaskan Dato’ Yang di-Pertua, kita kerap mendengar tentang Influenza A ini dan telah jelaskan bahawa selesema biasa itu bukan Influenza A, dia adalah terbit daripada virus yang berbeza. Influenza A ini sebaliknya, Influenza A disebabkan oleh Influenza A ataupun B yang berubah dengan cepat dan menjangkiti sistem pernafasan dan ia boleh— gejalanya demam teruk dan sebahagiannya telah pun saya sebutkan.

Juga, ingin saya tekankan bahawa kalau kita terbaca akan kenapa dia ada Influenza H. Dia influenza ini, virus ini Dato’ Yang di-Pertua, terdiri daripada dua protein utama, H dan N. The hemagglutinin dan N itu neuraminidase dengan dua protein utama ini pelbagai jenis virus itu diklasifikasikan. Contoh, swine flu adalah jenis H1N1. Swine flu 2009 itu adalah H1N1 dan ia sangat berat. Begitu juga the Asian flu yang menyerang kita 1957 mengakibatkan 1.2 juta yang kematian.

Apa yang kita berdepan adalah virus ataupun virus jenis H3N2 yang ada revolving around hari ini. Dan kalau boleh saya sebutkan ia adalah the normal atau H3N3 yang tidak seberat, yang tidak seteruk jenis yang saya sebutkan tadi sama ada the swine flu atau the Asian flu. Dia adalah H3N2 terbentuknya daripada dua protein tadi yang saya sebutkan.

Situasi kes influenza terkini ya, apa yang kita lakukan, apa yang kita berterusan lakukan adalah pemantauan (surveillance) Dato’ Yang di-Pertua yang disebutkan sebagai pemantauan melalui surveillance ILI ataupun influenza-like illness ataupun

draft • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

SARI- the severe acute respiratory infection. Dan manakala pelaporan wabak melalui kajian kluster dikendalikan oleh our CPRC, Crisis Preparedness and Response Centre kebangsaan kita. Bagi tahun 2025, terdapat peningkatan kadar konsultasi ataupun berjumpa dengan doktor daripada 7.38 peratus pada minggu epid 40 kepada 9.22 peratus bagi epid 41 ataupun 5 hingga 11 Oktober yang terkini Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, corak jangkitan influenza berbeza berbanding 2024 ya. Pada 2024 kes influenza memuncak pada epid 31 ya, dengan kadar konsentrasi yang saya sebutkan tadi dan corak ini berlarutan hingga lapan peratus sehingga akhir tahun ya.

Bagi tahun 2025 pula, kadar konsentrasi sangat stabil sepanjang tahun sehingga menunjukkan peningkatan pada minggu epid ke-39 ya dan peningkatan ini berterusan hingga epid 40 ya. Dan walau bagaimanapun, kadar ini masih sedikit rendah berbanding dengan kemuncak jangkitan tahun 2024.

Apa yang mustahak untuk saya sebutkan juga adalah wabak atau outbreak ini Dato’ Yang di-Pertua, berlaku 83 peratusnya di sekolah ya atau sekolah adalah 65.8 peratus dan juga tadika ya, 17 peratus. Kedua-duanya membentuk 83 peratus wabak outbreak adalah di sekolah dan di tadika, sementara yang lain itu juga berlaku di institusi ya, kolej, tempat kerja dan sebagainya.

Analisis kluster mengikut institusi pendidikan, itu tak perlu saya tekankan sangat, yang perlu saya tekankan adalah mengekang penularan jangkitan. Bagi mengekang penularan penyakit influenza ini, langkah-langkah yang kita cadangkan adalah ibu bapa perlu memastikan anak tidak mempunyai gejala influenza sebelum menghantar anak ke sekolah. Kalau sudah bergejala tolonglah jangan, jangan apanya— jangan hantar juga anak ke sekolah ya, sebab sekiranya anak bergejala, ibu bapa dinasihatkan tidak menghantar anak ke sekolah dan segera mendapatkan rawatan ya.

Kedua, ibu bapa dinasihatkan memantau keadaan anak-anak yang mempunyai gejala influenza dan sekiranya gejala bertambah teruk, pelajar disarankan mendapat rawatan ulangan dengan segera ya, bagi mencegah berlakunya komplikasi ya.

Ketiga, sebelum permulaan sesi persekolahan guru menasihatkan pelajar yang bergejala supaya tidak memasuki kelas dan perlu mendapat rawatan, seterusnya guru disarankan untuk memperkukuhkan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan kawalan kendiri dan tanggungjawab bersama.

draft • 10:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato’ Yang di-Pertua, pihak sekolah juga disarankan membuat pelaporan awal kepada pejabat kesihatan daerah kami, PKD berdekatan ya, agar tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan segera dan juga berkesan. Dan akhir sekali, tindakan penutupan premis termasuk sekolah boleh dilaksanakan oleh pihak pentadbiran melalui perbincangan dan kerjasama dengan PKD, pejabat kesihatan daerah kami yang berdekatan. Jika penularan hanya terhad kepada kumpulan tertentu, langkah kawalan hendaklah difokus kepada kumpulan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, begitu dahulu. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pulai, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Menteri, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin mengemukakan satu soalan tambahan. Daripada laporan media, kita dapat maklum terdapat kematian kes ini. Apakah benar kematian ini berpunca daripada influenza ini dan dari segi nilai ambang itu ya, bila kes merebak itu, apakah nilai ambang untuk membenarkan tempat itu dilakukan penutupan ya? Dan, bagaimana koordinasi di antara Kementerian Pendidikan ya, Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan bahawa wabak ini tidak dapat merebak ke seluruh negara?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’, terima kasih sahabat saya Pulai. Ya, keputusan penutupan sekolah ataupun institusi pendidikan tidak dibuat semata-mata berdasarkan bilangan kes ya atau wabak, sebaliknya kita membuat penilaian melalui risiko kesihatan awam oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) yang saya sebutkan sebentar tadi ya.

Dan antara faktor yang kita ambil kira adalah kadar serangan penyakit dalam kalangan murid, kadar ketidakhadiran murid dan guru dan juga bukti penularan aktif dalam komuniti ya dan juga keupayaan sekolah melaksanakan langkah-langkah kawalan ya. Semua itu kita perlu— this multifactorial yang perlu diambil kira sekali gus ya.

Dan penutupan premis ya, termasuk sekolah yang terlibat dengan peningkatan jangkitan influenza dengan menggunakan seksyen 18 ya, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] adalah tidak terpakai. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan influenza ini tidak memenuhi tafsiran penyakit berjangkit di

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

bawah seksyen 2 akta yang sama ya. Namun begitu, pendekatan kawalan termasuk syor bagi penutupan sekolah boleh dilaksanakan melalui perbincangan dan kerjasama dengan pihak sekolah, Dato’ Yang di-Pertua ya. Dan mustahak untuk saya sebutkan ya ada dua, sementara ini ada paling tidak dua cases ya, dua kes kematian yang ada terkaitan, keterkaitannya dengan influenza ya. Kedua-dua telah dikesan mempunyai apa? Mengalami influenza A.

draft • 10:10 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Namun, dari sudut ya, dari sudut ya betul apa yang dikatakan sebagai causative factor ataupun sebab kematian itu perlu di— perlu dapat di apanya di— perlu dikenal pasti ya, melalui satu mortaliti ataupun review ya, yang mana ia akan tertakluk kepada satu yang akan diteliti betul apakah sebab kematian?

Kedua-dua adalah positif influenza A Dato’ Yang di-Pertua tetapi kita belum dapat, masih lagi dalam kajian dan penelitian kami dalam mortaliti review, apakah sebab, punca sebenarnya kematian kedua-dua pelajar ini. Kedua-dua kanak-kanak ini, satu di Samarahan, empat tahun dan juga di Terengganu, 11 tahun, lelaki kedua-duanya Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, kita masih menunggu atas sebab the cause of kematian atau cause of death itu, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Pulai.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Langat. Silakan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan saya, saya nak ambil kesempatan ekoran daripada hujan ribut yang berlaku di kawasan saya semalam. Ketika itu, Kuala Terengganu sedang apa ni, membahaskan dan kita dengar bunyi yang sangat berlainan akibat hujan lebat, di kawasan saya terlibat dengan hujan dan ribut menyebabkan kerosakan yang teruk di empat buah sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan dan juga Sekolah Rendah Agama Kampung Medan.

Bumbungnya terbang dan sebagainya kerosakan yang teruklah setakat ini yang saya lihat dan melibatkan juga rumah-rumah kediaman kampung. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang datang malam tadi ya.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 24A(6) menyatakan jangan ambil ruang untuk berbahas. Soalan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau tidak, saya suruh duduk sahaja.

draft • 10:10 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya ucapkan takziah lah kepada warga pendidik dan juga anak-anak yang terlibat. Soalan saya, ekoran daripada wabak yang berlaku, sebahagian daripada prasekolah dan juga sekolah yang berasrama ditutup dan kita mempunyai kemudahan untuk test kit, swab test ini dan sebahagian daripada sekolah juga meminta supaya anak-anak sebelum balik ke sekolah melakukan pemeriksaan swab test sama ada positif atau pun tidak.

Dan saya ingat ini juga memakan, memerlukan peruntukan-peruntukan yang tertentu, bagi yang susah mereka mungkin tidak mampu. Apakah kerajaan ada peruntukan untuk membekalkan swab test kit ini, terutamanya ya bagi kemudahan anak- anak kita?

Dan saya melihat juga pembelian ubat-ubatan antivirus yang tidak menggunakan preskripsi, yang saya kira kita harus serius kerana digunakan juga sebagai profilaksis, sama ada pre-exposure atau pun post-exposure, yang ini saya ingat tidak tepat kerana jangkitan ini pun boleh sembuh dalam keadaan yang biasa.

Dan saya juga ingin mendapatkan maklumat sama ada vaksinasi akan dilakukan secara tahunan sebab strain dia akan berubah dengan mudah setiap tahun ya influenza ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kuala Langat yang selalu peka tentang hal kesihatan. Pertamanya, nak saya tegaskan Dato’ Yang di-Pertua, influenza, virus influenza melalui mutasi yang sangat kerap ya. Justeru kerana itu, sehingga hari ini kita tidak dapat membangunkan satu universal vaksin kerana setiap tahun WHO, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan CDC ataupun Centers for Disease Control akan membuat apa yang dikatakan sebagai surveillance dan mendapatkan apa, yang manakah yang merupakan dominant strain tahun tersebut.

Musim panas, summer dan by winter dia sudah ada vaksin yang selalunya adalah quadrivalent vaccine yang akan dapat merangkumi beberapa jenis influenza itu sekali gus. Jadi dengan itu, influenza— vaksin influenza ini dia diperbaharui setiap tahun, Dato’ Yang di-Pertua, because it is always mutating ya, terutama influenza A.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Soalan yang terkait dengan itu adalah, apakah ujian ya? Terkait dengan ujian ini Dato’ Yang di-Pertua, KKM ingin menjelaskan. Satu, yang kita sebut— kena perlu sebut.

Ujian makmal tidak dijalankan secara rutin ya, bagi semua kes ILI atau pun influenza- like illnesses apabila kita membuat surveillance itu ya. Kerana majoritinya adalah bergejala ringan dan boleh didiagnosa secara klinikal, not through lab, ya. Kita tidak memerlukan dapatan daripada makmal sebab cukup dengan clinical symptomatology- nya ataupun cukup dengan gejala-gejalanya sahaja, sudah kita dapat kenal pasti.

Dan yang pentingnya, ujian pun tidak menentukan apakah sebenarnya ataupun membezakan rawatan itu, ya. Jadi, itu tentu saya sebutkan dan kita tidak perlu diagnosis klinikal, tidak memerlukan laboratory verification ya, dengan izin, ya. Tidak perlukan pengenalpastian jitu oleh di dapatan makmal ya.

Rawatan yang diberikan kepada pesakit yang berisiko tinggi, termasuk warga emas, kanak-kanak, wanita serta individu yang bergejala. Rawatan akan diberikan kepada yang dianggap sebagai kumpulan rentan yang berisiko tinggi. Ia akan disusuli dengan rawatan dan prophylaxis atau pun dikatakan sebagai— dalam ertinya, anti viral atau virus atau pun yang dikatakan sebagai drug— antiviral drug (prophylaxis) memang tidak ada.

Yang Kuala Langat juga tahu dan vaksinnya pun kena diperbaharui tetapi anti viral drug itu ada. Tamiflu itu memang antiviral drug untuk influenza tetapi bukannya prophylaxis. Dia bukan satu yang bersifat protective sepertimana vaksin-vaksin yang kita ambil setiap tahun, khasnya untuk kumpulan rentan ya. Kita memang letakkan kumpulan rentan, kanak-kanak, 60 lebih— golongan warga emas dan juga our frontliners mendapat vaksinasi ini.

Dan saya tegaskan sekali lagi, kita tidak lakukan rutin itu sebab cukup dengan klinikal diagnosis, sebab ia tidak menentukan ya. Semuanya kita rawat sama dan yang kumpulan rentan itu yang akan mendapat rawatan yang khusus ya, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Kuala Langat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Puan Hajah Salamiah binti Mohd Noor, Yang Berhormat Temerloh.

draft • 10:20 AM

2. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Noor [Temerloh]: Okey. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Mohon Menteri Pendidikan menyatakan tindakan segera dan menyeluruh yang telah dan akan diambil oleh kementerian bagi memastikan insiden tragis seperti kes pelajar dirogol dalam kelas tidak berulang, termasuk daripada segi keselamatan fizikal sekolah, pengawasan guru, mekanisme aduan yang efektif serta sokongan kepada mangsa dari aspek psikososial dan perundangan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Pendidikan, silakan.

draft • 10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato’ Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menyatakan rasa dukacita yang mendalam terhadap insiden-insiden yang berlaku dan simpati penuh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada mangsa dan keluarga. Kami juga merakamkan takziah kepada keluarga yang kehilangan anak mereka pada hari Selasa yang lepas. Saya ingin menegaskan bahawa keselamatan setiap murid adalah tanggungjawab dan amanah terbesar bagi Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius semua insiden jenayah yang berlaku, melibatkan murid di kawasan sekolah baru-baru ini. Peristiwa ini bukan sekadar satu amaran tetapi satu peringatan keras yang mengingatkan kita bahawa keselamatan dan kesejahteraan murid tidak boleh dipandang ringan. Ia juga terkait dengan krisis kebejatan moral yang mesti diberikan perhatian serius oleh semua pihak. KPM kekal beriltizam untuk memperkukuh ekosistem keselamatan di sekolah, memastikan setiap murid berada dalam persekitaran yang selamat, harmoni dan kondusif untuk pembelajaran.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak sekian lama, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempunyai mekanisme yang jelas menerusi ketetapan Surat Pekeliling Ikhtisas sebagai panduan kepada pentadbir sekolah. Antaranya melalui SPI Bil. 13 Tahun 2023, Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual di Institusi di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, SPI Bil.8 Tahun 2011, Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Murid, SPI Bil. 4 Tahun 2002 yang bertujuan mewujudkan suasana sekolah selamat agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan kondusif dan SPI Bil. 9 Tahun 2000, Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum.

draft • 10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Selain itu, penegasan-penegasan terkait rapat dengan konsep sekolah selamat telah menetapkan keperluan untuk mewujudkan persekitaran fizikal, sosial dan emosi yang selamat, serta kondusif bagi seluruh warga sekolah. Ia diikuti Yang Berhormat, dengan apa yang kita laksanakan, termasuk tinjauan keselamatan ke sekolah oleh Jawatankuasa Khas Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan yang telah pun kita tubuhkan untuk menangani isu-isu keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.

Melaksanakan audit keselamatan di seluruh Malaysia bagi memastikan bahawa isu-isu keselamatan ini dapat dilihat melalui audit yang tersusun dan teratur bagi memastikan seluruh SOP sekolah-sekolah di Malaysia mematuhi peraturan-peraturan sedia ada.

Semakan semula prosedur operasi standard salah laku buli dan seksual, reformasi sistem aduan buli. Ini sangat penting bagi membolehkan anak-anak kita merasa selamat untuk membuat aduan melalui yang kita sebut sebagai melindungi identiti pengadu dan saksi. Begitu juga dengan pemasangan CCTV dan juga program- program yang terkait rapat dengan sokongan, sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, berkaitan sokongan kepada kesihatan mental dan psikososial.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan bahawa isu ini tidak terhenti di sini dan melihat kepada bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia harus lebih— maknanya, efficient dan tegas dalam soal-soal yang berkait rapat dengan keselamatan ini. Maka, kita memastikan juga dalam konteks hari ini, kita melakukan immediate reform ke atas sistem dan mekanisme yang sedia ada.

Pemerkasaan sekolah selamat dan program pendidikan yang sedang berjalan, dengan usaha merentasi kementerian, terutamanya Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pendekatan seluruh masyarakat, melibatkan PIBG, PIBKS, NGO bagi menghadapi cabaran di hadapan kita.

Usaha ini akan menjadi satu usaha intensif dan berterusan dengan semua JPN dan PPD dikerah untuk pelaksanaan secara praktikal dan efficient di semua 10,243 sekolah di seluruh Malaysia serta-merta, Yang Berhormat. KPM akan menilai keberkesanan usaha ini secara intensif dan berterusan. Pemantauan dan penilaian pelaksanaan terhadap semua inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah akan dinilai semula setiap 15 hari.

Menteri dan Timbalan Menteri serta pengurusan tertinggi KPM akan terus bertemu dengan warga pendidik dan murid bagi mendengar dan mendapatkan input

draft • 10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

berkaitan pelaksanaan inisiatif ini. Lima fokus utama kerangka sekolah selamat yang termasuk dalam immediate reform ini akan merangkumi kesihatan mental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam menangani keganasan seksual terhadap kanak- kanak, pencegahan bahan terlarang, child protection policy, teacher care and support dan student’s voice ataupun suara murid.

Kesihatan mental, pengukuhan dan intervensi kesihatan mental akan diberikan keutamaan, khususnya pengukuhan ekosistem sokongan kepada guru bimbingan dan kaunseling dan para murid. Semua program pengukuhan kesihatan mental akan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan rakan strategik dalam bidang kesihatan mental.

Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam menangani keganasan seksual terhadap kanak-kanak, melaksanakan program kesedaran dan intervensi khusus secara berfokus dan jelas berpandukan panduan agama, nilai dan budaya.

Semua sesi ini harus dilaksanakan secara intensif dan komprehensif dengan sokongan kepada warga sekolah, termasuk perlindungan terhadap kanak-kanak dan undang- undang sedia ada.

Ini bertujuan supaya murid dilengkapi dengan maklumat dan kemahiran sewajarnya, supaya mereka boleh membuat keputusan dengan tepat dalam kehidupan seharian. Larangan keras membawa bahan terlarang dan berbahaya, penegasan terhadap pemeriksaan berkala dan mengejut oleh pihak sekolah dengan kerjasama agensi kerajaan, PGB dan guru disiplin bagi memastikan tiada unsur bahan terlarang dan berbahaya masuk ke premis sekolah.

Child protection policy (polisi perlindungan kanak-kanak). Semua pemegang taruh, termasuk ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah akan dilibatkan dalam sesi libat urus berkaitan child protection policy sebelum dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah. Kesedaran tanggungjawab dan akauntabiliti semua pihak dalam perlindungan dan keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama.

Teacher care and support. Sistem sokongan psikososial kepada guru mesti terus diperkukuhkan dan diberikan keutamaan dalam memastikan kesejahteraan guru ketika berada di dalam situasi yang memerlukan sokongan segera.

Student’s voice (suara murid) adalah significant dalam memastikan ekosistem sekolah selamat.

draft • 10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Ini kerana pandangan, hasrat serta hak mereka adalah terkait dengan apa yang sering disebut sebagai what they want and what they need. Suara murid adalah suara nurani, suara yang mesti didengar dan diberikan perhatian. Suara anak-anak adalah cerminan kepada perasaan, pengalaman dan harapan mereka.

Kerangka ini menekankan pendekatan holistik yang bukan saja melibatkan pihak sekolah tetapi ibu bapa, agensi kerajaan dan komuniti. Ini sebab itu, untuk immediate reform ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, inklusif dan sejahtera untuk semua warga sekolah dan kita mengalu-alukan semua sebarang input dan pandangan bagi kita sama-sama merempuh cabaran ini bagi menjamin masa depan anak-anak generasi pewaris kita.

It takes a village to raise a child, dengan izin Dato' Speaker. KPM percaya didikan dan juga sokongan kepada semua khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga melihat kepada peranan ibu bapa dan ahli masyarakat penting dalam menangani semua isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Temerloh, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian yang berusaha untuk menangani isu yang berlaku di sekolah-sekolah hari ini. Namun, Temerloh ingin mengetahui apakah langkah kementerian untuk menilai semula kandungan kurikulum sedia ada agar lebih menekankan pembinaan sahsiah, jati diri, nilai murni, beradab, berakhlak dan beriman serta integriti dalam kalangan pelajar?

Kerana kita tahu bahawa punca utama keruntuhan akhlak bermula daripada diri pelajar itu sendiri.

Saya mewakili Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan rakyat di bawah sana mencadangkan supaya kementerian juga memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional untuk masuk ke sekolah untuk sama-sama terlibat menyelesaikan berbagai isu yang berlaku di sekolah kerana kami adalah pilihan komuniti. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya ingin menegaskan bahawa pandangan Yang Berhormat itu terkait rapat dengan kokurikulum itu sudah pun berjalan ketika ini.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Antara perkara yang sedang kita lakukan ketika ini termasuk memberikan, membuat persiapan berkaitan kurikulum 2027, kurikulum yang baharu yang mana dalam kokurikulum ini terdapat satu mata pelajaran yang sangat penting yang menjadi teras kepada semua iaitu pendidikan karakter.

Jadi, pendidikan karakter ini akan menjadi tunjang kepada kurikulum baharu yang akan bermula 2026 tahun hadapan, manakala yang terkait rapat dengan nilai, akhlak, peribadi, semua sudah pun berada dalam kurikulum kita begitu panjang. Jadi, untuk pengkhususan kokurikulum baharu ini atas saranan itu maka kita telah pun meletakkan bahawa antara perkara yang paling penting adalah terkait rapat dengan pendidikan karakter ini.

Jadi bermula tahun hadapan, bermula dengan kurikulum ini akan dimulakan oleh prasekolah, akan memulakan terlebih dahulu terkait rapat dengan kurikulum baharu ini.

Dan pendekatan pendidikan karakter ini akan menjadi tunjang yang akan terus diberikan perhatian penuh berkaitan dengan apa yang dihasratkan oleh seluruh warga pendidikan, terkait rapat dengan pendidikan karakter. Terima kasih Dato' Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jelebu.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya persilakan Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Speaker. Marcapada dewasa ini terdapat banyak laporan dan seolah-olah ada dengan izin, spite dalam insiden amang seksual, gangguan fizikal di dalam fasiliti-fasiliti dan sekolah-sekolah kita dan ia adalah sesuatu yang agak luar biasa. Dan ia telah disebabkan ia luar biasa telah mengundang bermacam-macam spekulasi.

Dan respons pihak KPM antaranya adalah daripada Yang Berusaha Datuk KPPM yang telah memilih istilah menyimpan bawah karpet sesetengah insiden. Dan saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri untuk memberi sedikit penjelasan tentang apakah yang dirujuk sebagai yang disimpan bawah karpet.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dan saya nak tanya juga, adakah pihak kementerian punya sebarang hasrat atau rencana untuk mengupah atau membuat, melakukan satu audit keselamatan fizikal bersyarat bagi seluruh aset-aset KPM supaya ia dapat meningkatkan kesedaran di antara, di kalangan pemegang taruh KPM, tenaga pengajar, pendidik, murid dan juga ibu bapa. Kerana ini adalah sesuatu yang amat perlu. Saya mohon pandangan dan pendirian kementerian. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato' Speaker. Saya ingin membuat penjelasan berkaitan kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia berhubung isu yang disebut sebentar tadi iaitu bagaimana beliau menyentuh tentang disapu ke bawah karpet. Ahli Yang Berhormat, maksud itu sebenarnya penjelasannya adalah beliau tidak bermaksud bahawa kes-kes berkenaan disembunyikan.

Tetapi apa yang beliau tegaskan adalah terdapat insiden-insiden di sekolah yang sebenarnya telah diketahui atau dimaklumkan kepada pihak berkaitan, sama ada guru, pentadbir, guru kaunseling, pejabat pendidikan daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Namun, pada ketika itu dianggap sebagai kes kecil ataupun tidak serius atau bersifat sementara.

Dato' Speaker, akibat daripada persepsi tersebut, tindakan intervensi yang diambil, mungkin bersifat ringan dan tidak menyeluruh. Itu yang sangat menggusarkan hati kami kalau kes-kes seperti ini tidak diberikan perhatian dan kami tidak dapat melaksanakan siasatan dan intervensi yang menyeluruh. Keadaan ini menyebabkan sebahagian kes berlarutan sehingga menimbulkan implikasi yang lebih besar.

Sehubungan itu, kementerian kini menekankan pelaksanaan pendekatan yang lebih tegas, sistematik dan berasaskan prosedur yang jelas bagi memastikan setiap aduan atau insiden di sekolah ditangani dengan segera, profesional dan tanpa kompromi terhadap keselamatan dan kebajikan murid.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat, saya sudah jawab sebentar tadi berkaitan audit keselamatan ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Memang sedang dilaksanakan secara besar- besaran. Dan kami telah pun selesai 735 buah sekolah telah pun selesai diaudit dan ini akan dilakukan secara berterusan. Terima kasih Dato' Speaker.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato' Speaker, oleh kerana isu ini penting, boleh dengan budi bicara Dato' Speaker yang baik hati untuk memberi laluan satu soalan tambahan, Dato' Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, kalau mengikut peraturan, saya dibenarkan. Jadi, saya menggunakan budi bicara. Saya persilakan Yang Berhormat Jelebu.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh, okey.

[Tepuk] Saya memang lama dah respect dan sayang kepada Dato' Speaker ini.

draft • 10:30 AM

Seorang Ahli

Soalan, soalan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dipersilakan datang ke Jelebu. Dato' Speaker, saya dengar dalam ucapan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Dua persoalan Dato' Speaker, ya. Yang Berhormat Menteri beri penekanan kepada tekanan ataupun mental disorder di kalangan pelajar-pelajar.

Saya nak rujuk kepada Malaysian Youth Mental Health Index yang dibuat oleh UNICEF pada tahun 2023. Apa disebut dalam laporan itu, Dato' Speaker? Enam peratus ataupun hampir lima ke enam peratus di kalangan pelajar atau golongan muda sekarang ini, 15 ke 40 tahun mengalami kemurungan yang melampau. Ini termasuk kepada pelajar-pelajar sekolah.

Soalan saya Dato' Speaker, adakah pihak kementerian mengambil langkah masa hadapan untuk melibatkan psychiatrist, psychiatrist di kalangan psychiatrist yang terlatih dan sebagainya untuk membantu guru-guru dan juga sistem pendidikan kita di sekolah kerana ini akan menjadikan bom jangka kepada masalah disiplin pelajar.

Yang kedua Dato' Speaker, salah satu kes yang baru berlaku ialah amang seksual di Negeri Sembilan dan pelaku ini dah ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Saya nak tanya pada pihak kementerian, tindakan pihak kementerian kepada syarikat pengendali keselamatan ini. Kalau petugas mereka ditangkap dan terbukti melakukan kesalahan, makna syarikat pengendali ini, kalau pada sayalah, harus ditamatkan serta- merta kerana mereka mesti mempunyai satu sistem ataupun satu disiplin di dalam mengendalikan syarikat keselamatan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Dato' Speaker. Moga Dato' Speaker panjang umur, sihat badan, murah rezeki, insya-Allah.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amin ya rabbal alamin.

draft • 10:30 AM

Beberapa Ahli

Amin.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih. Saya sangat hargai pandangan Yang Berhormat dan memang semua kita terkesan dengan isu kesihatan mental anak-anak murid kita, Yang Berhormat. Saya ingin tegaskan bahawa sebab itu dalam jawapan saya sebentar tadi dalam immediate reform ini antara perkara dan kerangka yang mesti diberikan tumpuan oleh semua sekolah adalah nombor satu adalah tentang mental health iaitu kesihatan mental anak-anak.

Dan ketika ini Yang Berhormat, apa yang kita laksanakan dalam kapasiti kita adalah laksanakan yang kita sebut sebagai saringan minda sihat untuk anak-anak kita yang akan berlangsung setahun, dua kali. Daripada laporan itu, kita lihat ada sebarang tanda-tanda kemurungan, tanda-tanda depresi, tanda-tanda anak-anak ini memerlukan sokongan dan juga intervensi, maka anak ini akan dirujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk di peringkat Kementerian Kesihatan.

Jadi, secara keseluruhannya pandangan Yang Berhormat tentang maknanya intervensi psychiatrist itu telah pun berlangsung tetapi kali ini dengan immediate reform ini Yang Berhormat, kita perkukuhkan lagi dengan latihan dan juga program-program termasuk intervensi-intervensi segera.

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya nak sebut intervensi segera ini. Ia harus juga didukung oleh ibu bapa, Yang Berhormat kerana ibu bapa juga berada dengan anak-anak dalam rumah itu dalam suatu rangka masa yang sangat panjang. Kami di sekolah enam jam, dan kami buat intervensi itu untuk tempoh itu, dalam sekolah itu, dan kita perlukan ibu bapa dukung anak-anak ini untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya dan intervensi dan ekosistem yang dapat mendukung kesihatan mental anak ini.

Yang Berhormat berkaitan soalan Yang Berhormat yang kedua, kami memandang serius isu tersebut, Dato’ Speaker, dan ia dalam tindakan ketika ini. Kita akan ambil segala pandangan itu sebagai satu penegasan baharu dan penting dalam

draft • 10:40 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

konteks melihat kepada keseluruhan keselamatan dan kesejahteraan warga pendidikan.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:40 AM

3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua. Bagan minta Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah-langkah perlindungan untuk industri semikonduktor, perabot dan barangan lain yang dilandai tarif Amerika Syarikat sebanyak masing-masing lebih 100 peratus, 25 peratus dan 19 peratus serta masalah lambakan yang akan berlaku dan impak negatifnya dalam kehilangan nilai perdagangan dan kadar pertumbuhan GDP Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Pada 2 April 2025, Presiden Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balas atau reciprocal tariff ke atas negara-negara rakan ekonomi Amerika Syarikat, di mana Malaysia dikenakan tarif sebanyak 24 peratus. Langkah ini diambil atas justifikasi keselamatan ekonomi negara berikutan rekod defisit dagangan yang berterusan antara Amerika Syarikat dan kebanyakan rakan negara dagangnya.

Daripada 7 Julai 2025, tarif timbal balas ke atas Malaysia telah dinaikkan kepada 25 peratus walaupun rundingan masih berjalan pada ketika itu. Seterusnya, pada 31 Julai 2025, Presiden Trump telah mengumumkan kadar baharu tarif timbal balas ke atas rakan dagang Amerika Syarikat, di mana kadar tarif ke atas Malaysia dikurangkan kepada 19 peratus. Kadar ini berkuat kuasa mulai 7 Ogos 2024.

Di samping tarif timbal balas tersebut, Presiden Trump baru-baru ini telah mengumumkan tarif yang berasingan. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan tadi.

Ia ke atas sektor-sektor tertentu di bawah seksyen 232 ataupun Trade Expansion Act 1992 yang melibatkan siasatan ke atas pelbagai produk termasuk semikonduktor, farmaseutikal, perabot dan barangan lain.

Antara tarif yang diumumkan ialah tarif sebanyak 25 peratus hingga 30 peratus ke atas perabot berlapik, this is dengan izin, upholstered furniture; 25 peratus hingga 50

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

peratus ke atas kabinet dapur dan bilik air serta 10 peratus ke atas kayu olahan (lumber wood), ya Selain itu, Presiden Trump juga telah mengumumkan tarif sebayak 100 peratus ke atas produk farmaseutikal yang berjenama dan ada paten, manakala sektor semikonduktor berpotensi dikenakan tarif maksimum sehingga 300 peratus.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua bagi sektor perabot pada tahun 2024, Amerika Syarikat kekal sebagai pasaran eksport terbesar bagi perabot Malaysia dengan kabinet dapur dan produk berkaitan menyumbang 35.6 peratus daripada jumlah eksport perabot Malaysia ke negara tersebut. Manakala perabot berlapik menyumbang 5.9 peratus mencerminkan permintaan kukuh terhadap produk perabot buatan Malaysia.

Bagi sektor farmaseutikal, produk insulin dan ubat-ubatan dalam bentuk dos ataupun dose menyumbang 93 peratus daripada eksport Malaysia ke Amerika Syarikat.

Ini bagi kategori ini, menunjukkan tumpuan utama eksport Malaysia dalam pasaran farmaseutikal Amerika Syarikat. Langkah tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan pengeluaran domestik ubat-ubatan kritikal, ini untuk Amerika Syarikat, dan memperkemas keperluan peraturan bagi pengilangan serta meningkatkan kawal selia terhadap kemudahan pengeluaran luar negara. Namun begitu, pelaksanaan tarif 100 peratus ini ditangguhkan sementara waktu.

Bagi sektor semikonduktor pula, ia kekal sebagai penyumbang utama eksport Malaysia merangkumi lebih 50 peratus daripada jumlah eksport produk elektrik dan elektronik daripada Amerika Syarikat. Hakikatnya, industri semikonduktor Malaysia ini berfungsi sebagai pelengkap ya, bukan pesaing kepada rantai bekalan industri Amerika Syarikat.

Namun demikian, sehingga kini belum ada pengumuman rasmi yang dibuat oleh Presiden Trump mengenai pelaksanaan tarif tambahan kepada produk semikonduktor.

Kerajaan akan terus memantau sebarang perkembangan dasar perdagangan Amerika Syarikat, seterusnya berkaitan dengan sektor strategik kepada Malaysia.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua walaupun tarif sectoral ini berada di luar skop rundingan agreement on reciprocal tariff yang 19 peratus ini, kerajaan tetapi berusaha untuk menanganinya melalui saluran rundingan sedia ada di bawah ART. Dan pada masa yang sama, kerajaan sedang menilai potensi impak serta merangka langkah mitigasi yang sesuai termasuk kita semak semula strategi perdagangan dan pelaburan untuk melindungi kepentingan industri tempatan.

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kerajaan juga sedar bahawa tarif sectoral yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan yang dikenakan terhadap produk import ke Amerika Syarikat tidak meliputi syarikat yang telah atau sedang membina kemudahan pengeluaran di Amerika Syarikat.

Ini diumumkan oleh Presiden Trump lah melalui kenyataan di media.

Kerajaan sejak awal lagi telah mengamalkan pendekatan bersepadu seluruh kerajaan dalam merangka strategi menangani impak tarif terhadap industri tempatan.

Kerajaan melalui kementerian-kementerian yang lain juga dan MITI, telah mengambil beberapa langkah strategik bagi melindungi kepentingan industri domestik serta kita nak memastikan daya saing sektor eksport Malaysia kekal terpelihara.

Pertamanya, kita nak pelbagaikan pasaran melalui perjanjian perdagangan bebas yang kita ada dan sehingga kini, kita tandatangani 18 FTA, dan baru-baru ini, kita ada umumkan dan insya-Allah pada akhir bulan Oktober ini, kita akan menandatangani dengan Republik Korea. Dan juga, kerajaan nak menggalakkan pemain industri untuk menggunakan FTA yang kita ada sekarang.

Kerajaan juga turut menggalakkan penembusan ke pasaran baharu seperti Timur Tengah, Afrika dan juga Amerika Latin. Ini kita ada beberapa MATRADE Export Accelaration Mission hendak tingkatkan lagi hubungan perdagangan serantau juga dengan negara ASEAN sendiri. Kerajaan juga akan terus memperkasakan keupayaan PKS kita dalam membangunkan kapasiti mereka dan kerajaan juga akan membawa usaha menarik taraf teknologi dan meningkatkan produktiviti.

Bagi membantu kelancaran peralihan ini, kerajaan telah meningkatkan jaminan kerajaan sebanyak RM1 bilion di bawah SJPP, khususnya untuk membantu pengeksport PKS yang terjejas untuk mendapat pinjaman dari bank komersial. Di samping itu, dana pembiayaan mudah sebanyak RM500 juta juga turut disalurkan melalui institusi kewangan pembangunan untuk PKS. Jadi, kita nak galakkanlah supaya PKS menggunakan kemudahan ini.

Satu lagi soalan Yang Berhormat Bagan tadi ialah risiko lambakan dan juga kesannya terhadap ekonomi. Kita sedang memantau dengan teliti kemungkinan peningkatan import berharga rendah dari negara-negara yang terjejas akibat pengenaan tarif tinggi oleh Amerika Syarikat. Tak semestinya satu negara sahaja. Apabila pasaran Amerika Syarikat menjadi kurang menarik disebabkan tarif yang tinggi, pengeluar dari negara yang terlibat mungkin mencari pasaran alternatif termasuklah di rantau ASEAN dan Malaysia bagi meneruskan operasi pengeluaran serta mengelakkan lebihan stok.

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, pengalihan perdagangan ini boleh menyebabkan kemasukan barangan berharga rendah ke pasaran Malaysia sekali gus menekankan harga pasaran dan juga menjejaskan daya saing pengeluar tempatan kita. Kita memainkan peranan penting melalui kerajaan melalui MITI. Kita nak melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil melalui pelaksanaan langkah-langkah remedi perdagangan.

Kita ada Akta Duti Timbal Balas dan Akta Lambakan 1993; Peraturan-peraturan Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1994; Akta Perlindungan 2006, serta Peraturan Pelindung 2007 dan juga melalui obligasi antarabangsa, contohnya WTO. Baru-baru ini kita telah — MITI telah meminda Akta Duti Timbal Balas dan Akta Anti Lambakan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos tahun ini dan juga Dewan Negara pada bulan September.

Jadi langkah-langkah ini, insya-Allah bertujuan memastikan import yang memasuki pasaran Malaysia mematuhi prinsip perdagangan yang adil dan tidak menjejaskan industri tempatan. Langkah-langkah remedi perdagangan seperti kita gunakan Duti Anti Lambakan, Duti Timbal Balas dan juga langkah pelindung merupakan tindakan yang kita boleh buat, tetapi kena bersasar bagi menangani amalan perdagangan yang tidak adil dan lonjakan mendadak import.

Itulah jawapan saya untuk Yang Berhormat Bagan, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah atas usaha berjaya oleh Yang Berhormat untuk mempertahankan kepentingan Malaysia ekoran perang tarif yang dimulakan oleh Presiden Donald Trump dan sekurang-kurangnya mengurangkan kesan negatif ke atas Malaysia berbanding dengan negara lain.

draft • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di sini ada beberapa langkah yang telah digariskan. Dan saya nak tahu seperti tentang itu masalah lambakan, adakah pihak kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan sistem bayaran membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya 50 peratus oleh pelabur dan juga peniaga-peniaga luar negara? Peniaga-peniaga asing. Kerana, supaya mereka tidak beli semua daripada negara asal kerana harganya jauh lebih rendah.

draft • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dan di sini tadi sebut tentang inisiatif untuk memperluaskan peluang perdagangan kepada negara lain khususnya di Afrika, Amerika Latin, Asia Tengah.

Adakah insentif akan diberikan kepada pengeksport tempatan supaya mereka dapat menembusi pasaran-pasaran baru ini?

Dan juga langkah untuk mengurangkan tarif Amerika Syarikat ke atas industri perabot yang saya rasa mereka amat terkesan. Apakah langkah untuk membantu itu industri perabot?

Dan akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, dalam menyediakan belanjawan kali ini, adakah kesan tarif diambil kira. Khususnya kesannya terhadap pelaburan dan prestasi perdagangan bagi memastikan dasar fiskal negara amat responsif dan berdaya tahan menghadapi cabaran global. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ada empat soalan tadi. Jadi, saya jawab semua.

Yang pertama ialah satu cadangan untuk mengenakan satu syarat supaya apabila kita membeli atau pun membuat perolehan, kita memberi keutamaan untuk syarikat-syarikat tempatan. Ini kita boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan tetapi kita juga kita perlu perhalusi, kerana kita pun ada FTA dengan negara-negara tertentu dan kita mesti pastikan syarat-syarat ini kita tidak― kita kena penuhi juga. Dan, pada masa yang sama, apa yang penting ialah syarikat-syarikat kita juga perlu memastikan mereka mesti berjaya dengan daya saing mereka sendirilah dengan memastikan produktiviti dan memastikan kecekapan dalam isu-isu berkenaan teknologi ini.

Dan mengenai perabot itu, memang satu soalan yang selalu ditanya sebenarnya. Kerana, saya sebut tadi, Amerika Syarikat merupakan pasaran utama untuk usahawan-usahawan perabot kita terutamanya di negeri Johor, di Muar. Dan kita bersama-sama dengan Malaysian Timber Council, kita berbincang mengenai apakah langkah-langkah mitigasi yang perlu dibuat. Kerana, kalau lihat jumlah eksport ialah hampir RM10 bilion pada tahun lepas. Satu peningkatan yang tinggi. Sebelum ini lebih kurang sembilan― apa nama ini, 10 percent less-lah.

Dan salah satu perancangan kita ialah, seperti yang disebut tadi, untuk kita menggalakkan eksport perabot ke pasaran-pasaran baru terutamanya Timur Tengah,

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Afrika dan Amerika Latin. Dan kita telah menjemput syarikat Malaysia, contohnya di INDEX Saudi Arabia 2025, dan ini telah menjana nilai jualan perabot sebanyak RM205 juta, contohnya, untuk Middle-East. Ini menunjukkan bukti ada potensi pasaran Timur Tengah bagi produk perabot tempatan. Ini satu contohlah.

Dan bagi tahun 2025 sahaja, sektor nilai eksport perabot kayu di INDEX Saudi Arabia ini sebenarnya RM14 bilion di mana Sarawak sendiri telah mencatat eksport berjumlah RM3 bilion. Jadi, walaupun Amerika Syarikat masih lagilah pasaran utama kita untuk perabot dan diikuti oleh EU dan juga Australia dan Jepun, tetapi kita perlu menggalakkan pengeksport-pengeksport perabot ini supaya berani untuk pergi ke pasaran baru.

Dan MITI melalui agensinya MATRADE bersama-sama dengan Malaysian Timber Council, kita telah menggalakkan melalui Geran Pembangunan Pasaran, ada RM60 juta yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2026. Ini satu peningkatan yang tinggi. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan. Sebelum ini hanya RM30 juta. Naik 100 peratus. Untuk membantu PKS menembusi pasaran baru.

Kita juga ada program eTRADE 2.0 dan, melalui Malaysian Timber Council, kita galakkan lagi penggunaan teknologi automasi juga dan bahan lestari bagi mengurangkan kos dan juga untuk menepati piawaian antarabangsa.

Mengenai soalan bagaimana kita nak kurangkan lagi terutamanya impak kepada market ataupun pasaran kita di Amerika Syarikat. Seperti yang saya sebut tadi, selain dari Market Development Grant (MDG) yang RM60 juta tadi, Belanjawan 2026 juga ada memberi peruntukan sebanyak RM500 juta kepada EXIM Bank. Jadi, peruntukan ini digunakan untuk menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat yang terkesan akibat ketegangan tarif perdagangan global. So, mana-mana syarikat terkesan akan dibantu.

Dan juga, kita membuat beberapa penggalakan misi pelaburan ke rantau yang kita akan menjemput mereka juga. Dan pada masa yang sama, industri tempatan juga perlu bersedia untuk menghadapi perubahan dalam landskap perdagangan global ini― mungkin agak drastik. Jadi, langkah-langkah mitigasi kena dibuat ke sektor-sektor industri yang terlibat. Kita ada macam-macam program. Ada Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan, program latihan dan sokongan eksport dan pelbagai latihan bersama-sama dengan kementerian yang lain.

Satu lagi soalan tadi ialah mengenai belanjawan sendirilah, ya. Belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita telah menunjukkan bahawa cabaran semasa dari segi ekonomi global termasuk kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat akan ada kesannya. Kita tidak boleh nafikanlah.

Pada tahun 2026 ini, memang kita menyasarkan ada kesan, terutamanya pada semikonduktor, perabot dan farmaseutikal. Dan kita pada masa ini walaupun dari segi data perdagangan masih lagi meningkat terutamanya eksport ke negara-negara seperti Amerika Syarikat tetapi, pada masa yang sama, kita kena bersedia.

Dan oleh itu, apa yang perancangan kita yang, seperti saya sebut tadi, terus untuk melibatkan pasaran baru, menggunakan FTA yang ada, membantu syarikat- syarikat kita dan pada masa yang sama, Belanjawan 2026 telah memperkukuhkan juga agenda perindustrian negara kita. Kerana, kalau kita lihat, sektor semikonduktor yang saya sebut tadi menyumbang lebih 30 peratus daripada jumlah eksport negara, dan kita, dalam belanjawan, RM550 juta telah diperuntukkan untuk memperkukuhkan syarikat- syarikat tersebut dan dibantu oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan juga Khazanah.

Dan selain itu, RM500 juta juga melalui Bank Pembangunan Malaysia. Ini untuk pelaksanaan program incubator for the semiconductors sector bersama-sama dengan MOSTI dan juga untuk membantu R&D kita dan juga dari segi modal insan. Ini satu lagi isu yang perlu kita tangani. Ada peruntukan RM650 juta bagi latihan TVET yang akan memberi manfaat kepada 25,000 pelatih dalam bidang teknologi tinggi.

Itulah beberapa sokongan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 dalam usaha kita untuk memastikan syarikat-syarikat tempatan dan juga pengeksport kita tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku dalam ekonomi global pada tahun depan.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan, Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Nilai eksport negara bagi Julai 2025 meningkat berbanding bulan sebelumnya, iaitu 3.8 peratus, rekod tertinggi sejak 2022. RM265.9 bilion. Saya rasa ini lebih kepada front loading sebab 19 peratus tarif akan bermula bulan Ogos.

Tapi, bulan Ogos dia menurun, Dato’ Yang di-Pertua, kepada RM247 bilion dan eksport meningkat RM3.9 juta. Tak penting. Month-to-month export turun enam peratus bulan Ogos kerana E&E export turun 12.4 peratus. First time E&E turun. Nampaknya

draft • 10:50 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

kesan tarif 19 peratus sudah mula dirasai. Soalannya, apakah unjuran eksport daripada September hingga Disember 2025 dan juga sepanjang tahun 2025?

Seterusnya, negara terlalu bergantung kepada perdagangan dengan dua kuasa besar ekonomi iaitu Amerika Syarikat dan China. Jumlah eksport ke China tahun 2024 – RM108 bilion; US – RM173 bilion. 25 peratus daripada jumlah eksport kita ke luar negara. MITI telah melaksanakan banyak usaha untuk pelbagaikan trade dengan negara-negara lain seperti BRICS, Benua Afrika, negara-negara MERCOSUR – Brazil, Argentina. MITI juga telah kembali berunding dengan EU mengenai FTA setelah dihentikan tahun 2012. EU adalah fourth largest export market untuk Malaysia iaitu RM135 bilion.

draft • 10:50 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalannya, apakah kejayaan yang telah dicapai setakat ini daripada segi pasaran eksport berhubung dengan strategi mempelbagaikan pasaran di negara-negara berkenaan? Bilakah agaknya perjanjian FTA dengan EU dapat dimeterai oleh— sekejap, silap page ini. Saya silap page, banyak page ini.

Adakah kerajaan berhasrat untuk menerokai kemungkinan pembukaan kilang pembuatan di luar negara umpamanya Kenya? Saya baru balik daripada Kenya, Dato' Yang di-Pertua, kena habaq jugalah. Menteri pun tahu saya pi. Sebab Kenya ini dia kena tarif kosong peratus di bawah akta Africa Group Opportunity Act oleh Amerika Syarikat dan strategi ini mampu meletakkan syarikat-syarikat Malaysia terutamanya safety glove menjadi lebih berdaya saing. Ini amat penting sebab kita...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, tak payahlah. Soalan.

draft • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Terlalu tinggi ya. Jadi, itu sahaja soalan. Saya ingat tak tahu berapa kali lagi saya boleh tanya soalan dengan Menteri MITI ini. Terima kasih banyak-banyak.

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Mungkin lepas ini kita guna iPad lah, senang sikit nak...

[Ketawa] Okey, saya setuju observation yang dibuat oleh Yang Berhormat Kubang Pasu.

Memang daripada segi jumlah eksport negara pada bulan September ini di Amerika Syarikat berkurangan.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang disebut tadi, Amerika Syarikat sebenarnya jatuh 16.7 peratus eksport pada bulan September ini tetapi pada masa yang sama, langkah-langkah mitigasi yang kita ada buat telah membantu. ASEAN contohnya pada bulan Ogos, dia naik 3.8 peratus.

China pun naik 10.4 peratus, EU pun naik hampir 10 peratus bulan Ogos dan Taiwan naik sampai 33 peratus.

Ini contoh di mana kita punya langkah mitigasi yang bermula awal ada sedikit sebanyak membantu tetapi observation yang dibuat oleh YB Kubang Pasu itu betullah.

Memang banyak front loading yang berlaku dan kita dapat lihat pada lapan bulan pertama ini, peningkatan daripada segi eksport ke Amerika Syarikat naik sampai 18 peratus pada lapan bulan pertama tahun ini. Dan jumlah perdagangan, kita akan umumkan sebenarnya pada petang ini, jumlah perdagangan untuk bulan September.

Masih lagi meningkat, masih lagi dalam jumlahnya meningkat tapi seperti yang disebut, ada negara yang menunjukkan impak daripada tarif ini.

Soalan yang mengenai EU, memang rundingan berlangsung. Pada bulan November ini, pasukan daripada EU akan ada di Malaysia untuk perundingan kali kedua.

Dalam jangka masa yang kita bincangkan ini, mereka memberi garis masa untuk menamatkan perundingan pada tahun 2026, akhir tahun 2026 dan untuk menandatangani pada 2027 kerana mereka ada 26 negara.

draft • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, dia pun kena coordinate. Pada masa yang sama, rundingan ini sedikit sebanyak akan membantu banyak pasaran ataupun pengeksport-pengeksport kita. Jadi, kita melihat bahawa insya- Allah kita optimistik kerana isu-isu yang rumit sebelum ini dapat diselesaikan dan kita kena juga mengucapkan terima kasih kepada keadaan geopolitik dunia yang membawa EU kembali ke meja rundingan dan seperti yang saya sebut dalam jawapan saya kepada YB Bagan, kita telah memuktamadkan perundingan dengan Korea. Jadi, kita akan menandatangani insya-Allah pada akhir bulan Oktober ini. Mungkin Yang Berhormat Kubang Pasu boleh pergi Korea lepas pergi Kenya ini.

Dan mengenai soalan, apa tadi?

draft • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kemungkinan buka kilang pembuatan di luar negara, safety gloves.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya. So, kilang pembuatan di luar negara ini, kita memang kalau lihat, memang objektif utama MITI...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

...Ialah untuk membawa pelaburan masuk ke dalam negara. Objektif kita nak bawa pelaburan masuk ke dalam negara cuma pada masa yang sama, kita sedar bahawa syarikat-syarikat itu juga perlu mendapat pasaran di luar negara dan mungkin sebahagian daripada syarat yang mereka perlu penuhi ialah untuk membuka syarikatlah di negara-negara tersebut.

Kita tidak ada halangan tetapi kita tidak ada memberi apa-apa insentiflah untuk kepada mereka untuk keluar. Cuma, dalam beberapa sektor yang akan membantu rantaian bekalan, kita akan menggalakkan.

Saya bagi contoh, contohnya E&E di mana kalau mereka memerlukan rantaian bekalan yang lebih selamat atau lebih secure, mungkin mereka perlu ada diversification policy dan ini akan membantu. Banyak syarikat-syarikat Malaysia sekarang sebenarnya ada kemampuan.

draft • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dia punya kos buruh very low di Kenya.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Itulah. Kita di Afrika Selatan, kita ada satu misi nanti, bulan November ini. Insya-Allah kita akan pergi ke tiga negara di Afrika dan membawa juga pelabur-pelabur, bukan sahaja pengeksport- pengeksport dan Afrika memang menggalakkan pelabur-pelabur dari Malaysia untuk melabur di negara-negara di Afrika juga dan kita akan melihatlah bagaimana kita boleh facilitate lah. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh soalan tambahan satu lagi?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan di sebelah kanan.

draft • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh? Sebelah sini, tadi sebelah kerajaan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelah kanan? Jika tidak, saya bagi ke sebelah kiri.

draft • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dato’? Boleh, Tuan Speaker ya?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tuan Speaker yang baik hati. Yang Berhormat Menteri, kita sedia maklum...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan terakhir ya, soalan terakhir.

draft • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Amerika Syarikat kini memperluaskan sekatan dan tarif terhadap barangan dual-use technology seperti cip semikonduktor, peralatan AI yang digunakan untuk tujuan awam dan ketenteraan. Jadi, Malaysia kita yang menjadi pengeluar semi konduktor yang keenam terbesar dunia dan eksport kita lebih RM540 bilion termasuk di China.

Jadi, jika sekatan dan tarif ini diperluaskan, jadi bagaimana MITI melihat pelan kontigensi atau mitigasi untuk kita tidak terkesan daripada peluasan tarif dual-technology system ini? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri, menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Benar. Oleh itu, kita ada satu akta Strategic Trade Act 2010 di mana kita telah menggunakan seksyen 2 daripada STA 2010 ini untuk memastikan produk-produk yang ada dual-use ini sekarang ada kawal selia yang lebih ketat dan pada masa ini, bila perbincangan kita dengan pihak Amerika Syarikat tetapi bila kita use the section 2 itu bukan untuk Amerikalah, untuk semua negara.

Jadi, kita kena memaklumkan kepada semua negara mengenai kawal selia yang lebih ketat ini. Ini sedikit sebanyak telah membantu untuk meredakan kerisauan tentang penggunaan dual-use yang akan dieksport ke negara-negara tertentu.

Jadi oleh itu, syarikat-syarikat yang pengeksport pun walaupun birokrasinya lebih tinggi kerana memerlukan lebih tinggi tahap kawal selia tetapi pada masa yang sama, ini telah tidak mengakibatkan kesan kepada eksport. Tetapi walau bagaimanapun, seperti yang saya sebut, kerisauan kita bukan sahaja dari segi isu export restriction yang disebut oleh Yang Berhormat Sik tetapi juga isu tarif.

Walaupun, kadang-kadang dibenarkan eksport itu sama ada tarif yang diuar- uarkan yang mungkin hampir 300 peratus kepada sektor semikonduktor ini, adakah ia akan betul-betul dibuat dan ini, langkah-langkah mitigasi kita selain daripada menggunakan syarikat-syarikat Amerika Syarikat itu sendiri kerana mereka banyak di

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

sini untuk menerangkan bahawa kita ini saling melengkapi, bukannya saingan yang gunakan teknologi yang paling tinggi.

Yang keduanya ialah melalui rundingan kita sendiri dengan Amerika Syarikat untuk menunjukkan, memastikan bahawa Malaysia terus berada dalam negara yang mempunyai perdagangan bersama dengan semua negara secara neutral, tidak mendapatkan, tidak memihak kepada mana-mana pihak dan pada masa yang sama, kita perlu mencari pasaran barulah di mana China, Taiwan, Korea, Jepun terutamanya EU yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu itu, kita kena pastikan yang perjanjian perdagangan bebas dan juga hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan ini kita teruskan dengan lebih berbanding dengan apa yang kita buat pada masa inilah. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai refresher kepada Menteri-menteri lah dengan Timbalan Menteri, please master Peraturan 23, 24 dengan 24(A). Will make your job easy. Kalau ikut dalam peraturan, Speaker tak boleh paksa pun suruh jawab but it will make your job easy, pada pandangan sayalah. Read 23, 24, 24(A). Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 11:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Lisan bagi Jawapan Lisan. Kalau ikut aturan, soalan pertama, Yang Berhormat Dato’ Verdon bin Bahanda tidak dapat hadir.

draft • 11:00 AM

[Soalan No. 1 – YB. Dato’ Verdon bin Bahanda (Kudat) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, saya terus ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua. Pantun dua kerat.

MP kerajaan dari Kudat tak ada di situ, Soalan saya pembangkang nombor dua jadi nombor satu. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah tegas kerajaan dalam memerangi jenayah penipuan dalam talian yang menunjukkan trend peningkatan yang amat membimbangkan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan, Menteri Dalam Negeri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua. Pantun tadi saya minta Pontian jawab nanti.

KDN, Yang Berhormat, melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, kita sedar sepenuhnya bahawa jenayah penipuan dalam talian atau scam telah menunjukkan trend peningkatan yang amat membimbangkan. Ancaman ini tidak mengenali mangsa dan telah menyebabkan kerugian jutaan Ringgit kepada rakyat.

Kalau saya boleh kongsi dari segi datanya. Kalau kita lihat bilangan kes pada tahun 2024, sebanyak 35,368. Jumlah kerugian terkumpul daripada beberapa kes yang melibatkan RM1.574 bilion dan angka pada tahun ini sehingga September sahaja, kita lihat sehingga September 2025 sudah meningkat kes kepada 47,854 kes. Peningkatan sebanyak 12,482 kes. Ini sehingga September dan kerugian sudah pun mencecah RM1.919 bilion.

Ini benar menggambarkan bahawa begitu banyak mangsa yang terlibat dan melihat kepada situasi inilah, maka kerajaan tegas melaksana dan memperkukuhkan langkah-langkah dalam menangani jenayah ini. Pertama, dari segi aspek undang- undang Yang Berhormat. Dari aspek perundangan, kerajaan telah membuat pindaan ke atas Kanun Keseksaan Akta 547 bagi menangani kes jenayah siber khususnya penipuan kewangan melibatkan penggunaan akaun keldai.

Melalui peruntukan seksyen 424A, 424B, 424C dan 424D, PDRM kini mempunyai kuasa lebih kukuh dan tegas untuk menyiasat dan tuduh dengan hukuman

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

yang lebih berat ke atas individu yang terlibat dalam penggunaan instrumen pembayaran atau menggunakan serta membenarkan akaun mereka diguna bagi akaun keldai.

Jika sabit kesalahan, pemilik akaun keldai boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM150,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain daripada itu Yang Berhormat, kerajaan juga telah meminda Kanun Tatacara Jenayah, Akta 5 dan 3 membabitkan penambahan peruntukan seksyen 116B.

Seksyen ini memberi kuasa kepada pihak polis untuk menyita akaun bank atau sebarang instrumen kewangan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti jenayah termasuk akaun keldai. Tindakan ini membolehkan wang yang dicuri tidak dapat dipindahkan oleh penjenayah dan sekali gus menyekat urusan transaksi kewangan haram secara serta- merta.

Selain itu, kerajaan sedang menggubal rang undang-undang berkaitan jenayah siber sebagai sebahagian usaha membanteras jenayah siber di negara ini. Satu lagi yang saya nak tegaskan ialah berkaitan dengan National Scam Response Centre

(NSRC). Saya dah maklumkan beberapa kali bahawa mulai 26 Jun 2025, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan ini telah diletakkan di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri dan diterajui oleh PDRM dan diperkukuhkan fungsinya sebagai one stop centre yang beroperasi 24 jam dan memberi perkhidmatan N2N bagi menangani jenayah penipuan dalam talian.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat di luar sana bahawa kita memang membuka talian 24 jam dan sebab itu menyeru masyarakat untuk tampil membuat laporan melalui talian 997 dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam selepas transaksi dibuat. Seandainya menjadi mangsa scammer, buat aduan dalam tempoh 24 jam. Langkah ini membolehkan pihak institusi kewangan menyekat pengeluaran wang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun demikian, ini bukan satu jaminan untuk mangsa mendapat semula sepenuhnya. Namun, laporan awal membolehkan langkah-langkah cepat dapat diambil.

Menjadi masalah apabila sudah tiga hari, empat hari, lima hari baru laporan itu dibuat.

Ini yang kita lakukan malah kita ada kerjasama di peringkat antarabangsa dan juga kita melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Bharu, soalan tambahan. Sila.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya. Memang sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormatlah, terdapat satu trend peningkatan yang amat membimbangkan berhubung dengan penipuan dalam talian ini. Saya ada sedikit rekod daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sendiri mengatakan lebih daripada 20 peratus tahun ini berbanding dengan tahun lepas. Itu satu yang amat membimbangkan.

Cuma saya nak bertanya status atau kedudukan satu skim penipuan yang cukup besar yang telah melanda negara kita pertengahan bulan baru-baru ini. Satu skim yang bernama MBI Ponzi scheme. MBI ini shortform daripada Mobility Beyond Imagination.

Dia lebih kurang Pak Man Telo yang berasas daripada negara China. Mengikut rekod CNA, Channel News Asia, di China penipuan berlaku melibatkan dua juta pendeposit rakyat China dengan jumlah, berjumlah RMB55 bilion bersamaan USD7.665 bilion ataupun Malaysia RM32.4 bilion.

Daripada negara China baru-baru ini, pertengahan tahun baru-baru ini ada tangkapan besar-besar di Pulau Pinang yang melibatkan penyitaan aset-aset MBI Ponzi scheme ini. Saya mendapat maklumat ini berjumlah RM3.8 bilion telah disita.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Banyak.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seize, asetnya telah disita. Jadi, saya nak tahulah daripada kementerian, apakah perkembangan siasatan dan juga kalau ada tindakan, apa tindakan yang telah diambil ke atas pengendali skim ini yang melibatkan saya kira ratusan ribu rakyat Malaysia itu sendiri, pertama.

Keduanya, adakah Kementerian Dalam Negeri telah mempunyai usaha untuk menggunakan teknologi AI untuk mengesan dan juga menyekat skim scam ini. Skim scam— skim penipuan dalam talian ini yang mana rakyat biasa dinasihatkan supaya buat aduan. Buat aduan nombor-nombor tertentu, melakukan scam dan sebagainya tapi nombor yang sama itu berulang-ulang juga.

Tapi, sebagaimana Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua’ tahulah. Bila KDN menggunakan AI, penjenayah ini pun mengguna AI yang lebih advance lagi daripada kita menggunakan laman web tiruan, chatbot, deepfake technology yang lebih canggih

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

memperdaya mangsa ini. Jadi, saya nak dapat penjelasan serius daripada Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat sahabat saya Kota Bharu, inilah cabaran yang kita hadapi. Pihak penjenayah meningkatkan keupayaan mereka dalam teknologi dan sebagainya. Dan sebab itu KDN sendiri, melalui PDRM juga sedang berusaha untuk ke hadapan, sentiasa buat perubahan kerana kita menyedari perubahan memang berlaku.

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Berkaitan dengan MBI tadi, saya tak ada data dan maklumat tepat di sini. Saya akan bagi secara bertulis kerana agak terkeluar sedikit daripada soalan asal.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kerana kalau kita bercakap isu-isu berkaitan dengan penipuan dalam talian ini, ia melibatkan kes-kes jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, love scam, jenayah e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud dan sebagainya.

draft • 11:10 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang tadi saya akan bagi secara bertulis dan memang saya sebut bahawa tadi memang peningkatan sangat ketara. Saya sebut tadi dari segi jumlah kes yang meningkat 12,482. Ini baru September.

Kita jangkakan menjangkakan akan berlaku, ada peningkatan lagi. Malah daripada segi jumlah kerugian juga meningkat. Kalau kita lihat 2024, hanya RM1.574 bilion. Tahun ini, sehingga September ialah RM1.919 bilion. Meningkat sehingga September baru RM345 juta. Ini peningkatan yang berlaku.

Sebab itu, kita berusaha untuk meningkatkan keupayaan kepegawaian, teknologi, kerjasama di peringkat antarabangsa dan sebagainya dan juga tentunya mahukan supaya kesedaran awam dipertingkatkan supaya rakyat sedar. Jangan mudah ditipu dan sebaginya. Namun demikian, langkah-langkah yang terkini kita buat termasuklah kita operasikan pusat kita 24 jam. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pekan.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Kalau kita lihat bahawa isu tentang kes penipuan dalam talian ini seolah-olah seperti tidak ada kesudahan dan masih belum dianggap reda. Soalan saya ialah, apakah langkah-langkah proaktif yang akan diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani kes penipuan dalam talian ini? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi pertama dari segi undang-undang kita sentiasa perkukuh dan mengkaji apa juga undang-undang yang ada kerana ini sangat penting. Namun demikian, tidak cukup hanya undang-undang kita juga mesti tingkat kesedaran daripada di kalangan orang ramai.

Pertama, jangan mudah terpedaya dengan penipuan-penipuan yang memang berleluasa yang pada hari ini. Dan sudah tentu juga dari segi gerak kerja kita, kita tingkatkan operasi dan sebagainya di samping meningkat kerjasama kita di peringkat antarabangsa.

Misalnya untuk makluman Yang Berhormat Pekan, kita melakukan pelbagai usaha bagi mengekang jenayah penipuan dalam talian ini termasuk kerjasama dua hala bersama dengan negara yang berkepentingan kerana kita dapati juga kes-kes ini juga melibatkan jenayah negara-negara yang lain. Kerjasama ini melibatkan penyaluran maklumat risikan (intelligence) untuk tindakan pembanterasan dan juga tangkapan, tangkapan yang dibuat police-to-police tanpa melibatkan MoU dan sebagainya. Dan melalui maklumat-maklumat yang disalurkan di antara negara ini kita juga dapat mencipta beberapa kejayaan kerana PDRM juga berjaya membuat tangkapan melalui calling center di seluruh negara.

Jadi yang pentingnya, dalam melaksanakan strategi dan ke peringkat antarabangsa ini saya nak sebut Malaysia kini sedang dalam tindakan menyertai Konvensyen di Budapest dan menandatangani Konvensyen PBB berkaitan jenayah siber. Konvensyen tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam penyiasatan,

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

pertukaran bukti digital dan ekstradisi pelaku jenayah siber, perkongsian maklumat dan risikan bersama INTERPOL, FBI.

Selain itu, Malaysia juga menjalin kerjasama di peringkat ASEAN bagi meningkatkan kapasiti pegawai tentang keselamatan siber dan trend jenayah yang terkini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis untuk makluman, soalan 3 Yang Berhormat Jempol tidak dapat hadir ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

[****Soalan No.3 –** YB. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol) tidak hadir]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya terus ke soalan yang ke-4. Dipersilakan Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Minta izin pantun dua kerat juga.

*Hantar ketupat ke rumah mertua; Soalan saya nombor empat jadi nombor dua.

[Ketawa]*

draft • 11:20 AM

4. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, sama ada terdapat perancangan untuk menaik taraf Pusat GIATMARA Banting selaras dengan keperluan tenaga kerja dalam pembangunan pesat di Kuala Langat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih YB Kuala Langat atas soalan. Saya juga mohon maaflah tak jawab pantun, saya kasi kawan saya nantilah— YB Datuk Ahmad Maslan.

Dato’ Yang di-Pertua, GIATMARA masih kekal relevan sebagai sebuah institusi latihan kemahiran yang berperanan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir khususnya kepada belia luar bandar. GIATMARA Kuala Langat ataupun GIATMARA Banting ditubuhkan pada tahun 1987 sehingga kini GIATMARA Kuala Langat telah

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

melahirkan seramai 2,393 orang melalui dua kursus sepenuh masa yang ditawarkan seperti berikut:

(i) Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam; dan

(ii) Teknologi Baik Pulih dan Mengecat Kenderaan.

Tambahan dari itu, sepanjang tahun 2025 Pusat GIATMARA Hulu Langat juga telah melaksanakan kursus-kursus jangka pendek yang melibatkan 45 orang peserta yang merangkumi 20 orang pekerja gig dan 25 orang daripada industri.

Sejajar dengan keperluan pembangunan di GIATMARA Kuala Langat, GIATMARA sentiasa memantau dan menganalisa kursus-kursus serta kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan industri dan pasaran kerja. Di bawah RMK12, projek peningkatan telah dan sedang dilaksanakan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah:

(i) peningkatan dan penambahan peralatan latihan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri terkini;

(ii) kerja menaik taraf infrastructure transit pelajar, bengkel, bilik latihan serta pendawaian elektrik untuk memastikan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan juga kondusif; dan

(iii) tambahan kursus baru iaitu Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara untuk pengukuhan kerjasama dengan industri tempatan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Langkah-langkah ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan GIATMARA Kuala Langat terus berdaya saing sekali gus memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan mahir yang boleh menyokong agenda pembangunan di Kuala Langat dan negara secara keseluruhan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Yang Berhormat Kuala Langat, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Pemerhatian saya minat anak-anak kita yang kita fokuskan untuk tujuan kemahiran ini semakin menurun termasuklah masyarakat orang asli. Dan saya lihat juga prasarana yang ada sekarang ini nampak agak tidak menggalakkan kerana ini ialah tapak bekas balai polis dahulu dengan pembangunannya di situ.

Apakah mungkin kebolehpasaran daripada produk-produk kita ini, adakah mungkin diadakan startup— startup dengan pemantauan yang rapi kepada mereka ini

draft • 11:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

dan saya melihat peluang kalau dibangunkan Pulau Carey nanti: Pelabuhan Pulau Carey akan memberikan peluang yang lebih besar kepada anak-anak kita ini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih YB ‘Hulu Langat’ atas...

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kuala Langat.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Kuala Langat.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat yang belakang ini ha.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Untuk makluman Yang Berhormat, GIATMARA Kuala Langat beroperasi di bangunan lama di balai polis yang telah dikosongkan. GIATMARA ini juga— GIATMARA sedang mengkaji dan meneliti penempatan semula GIATMARA Kuala Langat di tanah milik MARA, di Kolej MARA Banting. Seperti yang dimaklumkan tadi, perkara ini telah pun kita rancang dalam RP2 dalam RMK13 nanti.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kacaulah Shah Alam ini.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kebolehpasaran graduan ataupun graduan MARA ini adalah 98.2 peratus. Di Selangor 93 peratus. Kalau GIATMARA Kuala Langat 100 peratus dan kita dimaklumkan graduan kita ini maksudnya lulusan daripada GIATMARA Kuala Langat ini sebab kedua-dua kursus kita offer ini amat orang kata amat diminati dan juga sentiasa mendapat permohonan yang lebih cuma intake kita cuma dari sekali pengambilan 20 orang, kapasiti kita. Namun begitu dan pengambilan dua kali setahun.

Namun begitu, berdasarkan orang kata permohonan, apatah lagi telah di-center- kan melalui UP_TVET permohonan untuk bidang-bidang seperti ini amat tinggi sekali.

Malah graduan-graduan kita ada yang telah berjaya mendapat pekerjaan bukan saja di dalam industri tempatan malah di industri di luar negara contohnya kalau saya boleh rekodkan di sini saudara Wan Muhamad Naqiuddin Wan Adnan, lulusan GIATMARA Kepala Batas yang kursus yang sama kimpalan telah pun di-offer bekerja dalam salah satu syarikat di UEA Arab Saudi dengan gaji 24,000 Dirham sebulan. Yang mana

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

bertepatan dengan kadar kita RM28,000 sebulan. Jadi, kita merasakan kursus ini masih lagi relevan dan masih lagi dapat— orang kata menampung diperlukan oleh belia pada masa sekarang.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Seterusnya, berkaitan dengan penambahbaikan untuk GIATMARA Hulu Langat— sedang kita teruskan dan insya-Allah kita akan tempatkan ia di kawasan yang mana di Kolej MARA Banting: itu adalah tanah milik MARA sendiri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Hulu Langat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha! Terima kasih sebab saya tengok macam ini Speaker, dua kali itu Menteri sebut “Hulu Langat” itu, yang tanya itu Kuala Langat...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanya soalan.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha! Dia sebut Hulu Langat. Jadi, terima kasih kepada Speaker kerana benarkan.

Saya nak tanya kepada Menteri, dia punya kursus ini ada tak kita dalam perancangan kerajaan ataupun kementerian, untuk tambah kursus-kursus di pusat GIATMARA? Itu pertama.

Kemudian yang keduanya, kursus ini ia di peringkat sijil. Tak adakah hasrat daripada kementerian nak naikkan kepada sijil ini ia pergi kepada diploma? Terima kasih dan takziah kepada Kuala Langat sebab semalam: ribut semalam. Takziah kita ucapkan kepada Kuala Langat.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Hulu Langat atas soalan tambahan. Jadi, untuk makluman YB Hulu Langat, sebenarnya GIATMARA sentiasa membuat perancangan untuk meningkatkan mutu ataupun latihan-latihan di GIATMARA dan salah satu yang sedang dalam pelaksanaan adalah memperkukuhkan program- program bertaraf antarabangsa untuk mengangkat imej TVET Malaysia itu ke persada global.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Yang mana pada tahun 2024, di bawah perancangan GIATMARA berasaskan industri 2025 hingga 2027, kita telah pun menaiktaraf GIATMARA Bagan Datuk menjadi China Institute— maksudnya penubuhan Malaysia. MCI yang mana akan mengadakan kursus untuk kejuruteraan elektrik EV. Dan ada dua, tiga lagi kursus lain yang telah pun dirancang dan akan ditambah baik di GIATMARA-GIATMARA di seluruh Malaysia secara keseluruhan.

Namun begitu, pendekatan bukan sahaja berdasarkan TVET bercorakkan industri, kita juga masih mengekalkan TVET yang berdasarkan community-based, komuniti— keperluan masyarakat setempat.

Selain daripada itu, soalan kedua tadi apa?...

draft • 11:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kursus itu sekarang ini kita tahu kursus itu peringkat sijil Menteri. Tak adakah kita nak naikkan maksudnya di peringkat diploma atau di peringkat degree? Terima kasih, Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, sebenarnya MARA ini mempunyai satu ekosistem pendidikan TVET yang menyeluruh. Peringkat yang orang kata SKM 1,2,3 memang kita adakan di GIATMARA, tetapi untuk kemahiran yang lebih tinggi seperti SKM 4, SKM 5 kita adakan di kolej dan juga di IKM: Institut Kemahiran MARA.

Kursus yang relevan, maksudnya setelah tamat kursus di GIATMARA, contohnya di Hulu Langat tadi, bahagian kimpalan dan fabrikasi logam itu, dia boleh meneruskan pendidikan dia di IKM Jasin, MARA untuk mendapat pensijilan di Tahap 3 dan Tahap 4 yang juga boleh mengambil sijil yang bertaraf dunia yang diberi oleh agensi dunia iaitu ‘I-WNK’, yang ini secara menyeluruh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua.

LRT laju membawa rakyat; Soalan saya nombor lima diangkat.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jumlah keuntungan atau kerugian yang dicatatkan oleh Prasarana selaku pengendali sistem LRT di Malaysia serta jumlah peruntukan subsidi Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan LRT dapat terus beroperasi tanpa membebankan pengguna.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI Ahli-ahli Yang Berhormat.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024, Rapid Rail Sendirian Berhad ataupun Rapid Rail telah mencatatkan pendapatan bersih negatif atau negative net income dengan izin, berjumlah RM601.8 juta hasil daripada pengoperasian lima laluan LRT, MRT dan Monorel yang harga tambangnya tidak pernah dinaikkan sejak tahun 2016 untuk purata satu juta orang penumpang setiap hari.

Rapid Rail iaitu anak syarikat milik Prasarana Malaysia Berhad merupakan syarikat pengendali utama pengangkutan awam berasaskan rel di Lembah Klang. Rapid Rail mengendalikan sebanyak lima laluan rel di Lembah Klang iaitu LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, MRT Laluan Kajang, MRT Laluan Putrajaya dan juga Monorel.

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat khususnya dalam memastikan kadar tambang pengangkutan awam tidak membebankan.

Sejak tahun 2016, tambang perkhidmatan rel masih kekal dan tidak dinaikkan walaupun berdepan dengan peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan. Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mengekalkan perkhidmatan pengangkutan awam yang berpatutan dan mudah di akses oleh semua lapisan masyarakat.

Sebagai tambahan melalui pas perjalanan tanpa had bulanan My50, rakyat hanya perlu membayar RM50 sebulan untuk menikmati perjalanan tanpa had di seluruh rangkaian rel dan bas utama di Lembah Klang. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban kos sara hidup, tetapi juga menggalakkan lebih ramai rakyat beralih kepada penggunaan pengangkutan awam yang lebih efisien.

Melalui pelaksanaan pas My50, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM100 bagi setiap pas yang dikeluarkan. Sehingga kini lebih 250 ribu rakyat Malaysia telah menikmati manfaat pas ini bagi perjalanan bulanan mereka.

draft • 11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Secara keseluruhan, kerajaan menanggung kos subsidi berjumlah RM200 juta pada tahun 2024 dan jumlah ini meningkat kepada RM216 juta pada tahun 2025.

Walaupun berdepan dengan cabaran kewangan tersebut kerajaan kekal komited untuk memastikan perkhidmatan rel bandar terus beroperasi dengan tambang yang munasabah dan mampu diakses oleh rakyat.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan yang mencukupi kepada Prasarana Malaysia Berhad dan seterusnya kepada Rapid Rail bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih jawapan Menteri.

Soalan tambahan saya adalah, bolehkah Kementerian Pengangkutan menjelaskan sama ada terhadap rancangan jangka pendek atau jangka panjang untuk tambah baik kecekapan perkhidmatan LRT ini atau MRT tanpa bergantung kepada subsidi tahunan kerajaan?

Dan adakah Prasarana sedang memperkukuhkan sumber pendapatan bukan tambang seperti sewaan ruang komersial, pengiklanan untuk tampung kos operasi ini dan mengurangkan beban kewangan kepada kerajaan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang kita mengambil pelbagai langkah dan inisiatif untuk menambah hasil kepada pihak Prasarana khususnya kepada Rapid Rail juga sebab dalam Prasarana ini merupakan satu kumpulan.

Ia kumpulan ada beberapa syarikat. Prasarana ini adalah syarikat induk— di bawahnya ada Rapid Rail, Rapid Bus iaitu yang mengoperasikan bas dan juga ada satu syarikat khusus yang dinamakan sebagai PRIDE untuk mengkomersialkan stesen- stesen kita dan sebagainya untuk mendapatkan hasil-hasil bukan tambang seperti iklan, seperti naming rights oleh stesen dan sebagainya.

Kita memang cuba untuk menambah hasil kepada Prasarana untuk mengurangkan beban kewangan kepada kerajaan, tetapi kita kena faham bahawa kos untuk mengoperasikan rel ini sangat tinggi. Umpamanya pada tahun 2024, kos keseluruhan untuk kita mengoperasikan Rapid Rail ini ialah RM1.216 bilion. Hasil kita hanya RM633 juta, hanya separuh. Jadi, separuh itu ditanggung atau kerugian ditanggung oleh kerajaan. Jadi, walau macam mana pun, kita nak tambah hasil memang bukannya mudah untuk merangkumi keseluruhan kos yang diperlukan.

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Namun begitu, kita akan tetap cuba untuk melaksanakan lebih banyak TOD, lebih banyak hasil bukan tambang dan saya sendiri juga mengambil peranan yang aktif.

Umpamanya, saya cuba mendapatkan syarikat-syarikat korporat untuk naming rights kepada stesen.

Baru-baru ini saya telah lancarkan Stesen Bandaraya yang ditanggung ataupun ditaja oleh Bank UOB dan banyak lagi syarikat-syarikat korporat yang kita cuba untuk menaja stesen-stesen ini supaya naming rights itu diberikan kepada syarikat korporat— mereka bayar kos ataupun hasil ini kepada pihak Prasarana. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Setiu.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Puan Yang di-Pertua, saya nak tanya Menteri tentang aerotrain di KLIA. Saya dimaklumkan telah dipulih dan dibaik pulih semula dan telah dilancarkan semula pada Julai 2025 yang lepas dan kos untuk baik pulih ini dikatakan menelan kos jutaan ringgit, tetapi sepanjang tempoh Julai hingga September 2025 ini terdapat 19 kali gangguan yang masih berlaku.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Jadi, soalan saya, sejauh manakah akauntabiliti dikenakan terhadap kontraktor terlibat serta pengurusan Malaysia Airports terhadap kelemahan yang berterusan ini?

Dan sejauh manakah forensik ataupun audit forensic dikenakan oleh kementerian untuk mengenal pasti kelemahan yang berterusan sehingga hari ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, soalan tambahan itu sebenarnya tiada kena mengena dengan soalan asal. Namun, saya boleh jawab.

Yang pertamanya, betul memang seperti yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dua hari lepas, dalam tempoh tiga bulan yang lebih ini, memang terdapat 19 kali gangguan teknikal terhadap aerotrain yang dimulakan pada bulan Julai lalu.

Itu dia bukan baik pulih. Dia menggunakan, ataupun kita melaksanakan sistem baharu terhadap keseluruhan sistem aerotrain itu. Dan sistem aerotrain ini, biar saya menjelaskan sejelas-jelasnya, ia adalah projek di bawah MAHB. Kos itu bukan ditanggung oleh kerajaan. Bukannya melalui peruntukan Kementerian Pengangkutan.

Itu banyak yang ada kesilapan fakta. Kos itu ditanggung oleh syarikat MAHB sebagai pengendali lapangan terbang yang diberikan konsesi oleh kerajaan.

draft • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, kos keseluruhan untuk sistem aerotrain ini bukannya ditanggung melalui peruntukan kerajaan. Tidak ada satu sen pun peruntukan daripada kerajaan untuk sistem tersebut.

Jadi sekarang ini, mereka telah operate dah hampir tiga bulan. Dalam konteks gangguan teknikal itu, kita juga kena lihat, dalam tempoh tiga bulan, jumlah penumpang yang telah pun diangkut ataupun diberikan perkhidmatan melalui aerotrain mencecah lima juta orang penumpang.

Jadi, 99 peratus, 99.2 peratus masa dia beroperasi dengan normal, tetapi memang betul. Kita tak bagi alasan kepada syarikat MAHB ataupun kontraktor. Memang satu kali gangguan pun kita rasa tak patut. Jadi, mereka kena pastikan sebaik-baiknya.

Kalau boleh 100 peratus— tak ada gangguan apa-apa.

Jadi, pihak MAHB akan mendenda pihak kontraktor sebab dia ada dua tahun, dia masih dalam tempoh liabiliti. Apa-apa gangguan itu, kalau tak dapat mencapai standard perkhidmatan, maka pihak MAHB akan mendenda pihak kontraktor. Kontraktor kena bayar kepada pihak MAHB.

Soal daripada Yang Berhormat, satu soalan yang baik. Apa tindakan kerajaan?

Melalui tindakan kerajaan, melalui APAD sebagai regulator kepada mana-mana sistem train, kita juga boleh mengambil tindakan terhadap MAHB. Jadi, perkara ini saya akan bincangkan di peringkat Kementerian Pengangkutan. Walaupun MAHB itu adalah syarikat GLC milik kerajaan, tetapi dia juga tertakluk kepada pelesenan kita. Jadi, melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat, kita boleh mengambil tindakan, mendenda pihak MAHB kalau mereka tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.

draft • 11:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Puan Speaker.

Pagi-pagi pergi bersenam; Soalan saya nombor enam.

draft • 11:40 AM

6. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk mengawal dan mengurangkan populasi anjing liar yang mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam khususnya kanak-kanak.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab

draft • 11:40 AM

soalan Yang Berhormat Batan Lupar secara bersekali dengan empat lagi soalan iaitu

(i) nombor 32 daripada Yang Berhormat Sungai Siput, bertarikh 30 Oktober;

(ii) nombor 6 daripada Yang Berhormat Kuala Krau, bertarikh 17 November;

(iii) nombor 22 daripada Yang Berhormat Kuala Langat bertarikh 20 November; dan

(iv) nombor 27 daripada Yang Berhormat Bangi bertarikh 26 November.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah pun menyediakan Tatacara Operasi Piawaian (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014 (Pindaan) 2022 dalam menguruskan anjing terbiar dengan lebih sistematik, berkesan dan pemakaiannya menepati keperluan semasa dan bersekali dengan penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing oleh PBT mengikut kawasan pentadbiran masing-masing.

Garis panduan ini telah pun dirangka secara komprehensif melibatkan input daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan badan bukan kerajaan (NGO) yang pencinta haiwan dan wakil-wakil daripada pihak berkuasa tempatan serta selaras dengan peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2025 [Akta 772] di bawah Kementerian KPKM yang telah pun dikemaskini pada tahun 2022. Pengemaskinian ini juga membuktikan bahawa komitmen kerajaan dalam memperkemas kaedah pengurusan anjing terbiar dan haiwan terbiar di kawasan kerajaan tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, kementerian melalui PBT menggunakan kaedah TRRD iaitu Tangkapan, Tuntutan, Semula, Adopsi ataupun dan juga serahan

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

kepada NGO serta pelupusan— trap, reclaim, rehome and dispose yang secara dasarnya melibatkan tangkapan anjing terbiar. Tempoh tuntutan semula anjing oleh pemilik asal dan cadangan adopsi oleh pihak yang bertanggungjawab.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat juga, kementerian telah mengambil langkah-langlah proaktif untuk mengawal dan mengurangkan populasi anjing liar sepertimana berikut. Pertama, penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing yang dilaksanakan bagi memastikan setiap anjing dilesenkan.

Yang keduanya, Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Veterinar, Perkhidmatan Veterinar yang memfokuskan kepada kebajikan dan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab. Di mana dalam akta ini, kesalahan dan penalti undang-undang terhadap pemilik atau penjaga haiwan yang gagal mematuhi undang-undang termasuk penganiayaan haiwan.

Dan seksyen 30(2)(e) Akta Kebajikan Haiwan ini turut memperuntukkan kuasa bagi PBT untuk mengawal populasi haiwan mengikut mana-mana undang-undang bertulis PBT sekiranya ada keperluan. Justeru dalam hal ini, kementerian berpandangan bahawa cukup— undang-undang dan peraturan yang sedia ada adalah mencukupi, memadai serta tiada keperluan untuk menggubal akta baru.

Walau bagaimanapun, kementerian ada beberapa tindakan, inisiatif bagi memperkukuhkan peranan PBT melalui langkah-langkah sepertimana Tuan Yang di- Pertua, bermula tahun 2024, kementerian melalui jabatan— kerajaan tempatan telah pun menganjurkan Kempen Pengurusan Anjing Terbiar yang bertujuan memperkasakan kesedaran masyarakat dan memupuk sikap pemilikan haiwan yang lebih bertanggungjawab.

Bagi menyokong pelaksanaan ini, Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun menyalurkan sejumlah 180,000 pada tahun 2024 dan 130,000 pada tahun 2025 untuk program-program bagi kesedaran ini. Tuan Yang di-Pertua, saya kira setakat itu dulu.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Lupar.

draft • 11:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.

Mutakhir ini, di Sarawak berlaku satu kes kematian yang diakibatkan oleh rabies. Keadaan ini membangkitkan kegusaran di kalangan penduduk di kawasan komuniti dan

draft • 11:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

kampung-kampung. Dan saya dapati, masalah utama yang dimaklumkan kepada saya oleh pihak PBT ialah berkenaan dengan kekangan peruntukan untuk pembelian ubat pelali dan permohonan lesen yang mengambil masa yang lama di pihak KDN.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada PBT khususnya di negeri Sarawak bagi pengawalan dan pengurusan anjing liar serta, apakah mekanisme pemantauan keberkesanan penggunaan peruntukan tersebut? Dan adakah pihak KPKT ataupun PBT bercadang memberikan insentif kepada pihak NGO ataupun individu yang membantu pihak PBT ini menangkap anjing liar dengan prosedur yang ditetapkan? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya maklumkan sebentar tadi bahawa sebenarnya kita tak ada peruntukan khusus untuk menangkap anjing liar ini, Tuan Yang di-Pertua. Kita hanya menurunkan peruntukan untuk program-program perkhidmatan kesihatan persekitaran yang dianjurkan oleh pihak PBT dan bergantung, itu pun bergantung kepada permohonan PBT.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Adapun yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi seperti yang saya sebutkan juga. Kita ada salurkan untuk menjayakan kempen kesedaran iaitu 180,000 pada tahun 2024 dan pada tahun 2025 adalah RM130,000. Adapun yang ditanya sama ada kita berikan insentif kepada NGO? Ya memang ada beberapa NGO yang kita bekerjasama termasuk juga pihak berkuasa tempatan. Maka, mereka juga menerima beberapa insentif.

Tuan Yang di-Pertua, dalam urusan pengawalan dan juga pengurusan anjing terbiar ini memerlukan kerjasama the whole nation lah Yang di-Pertua, sama ada di peringkat pihak berkuasa pusat, pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Langkawi.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sedikit statistik yang menggerunkan.

Selangor, bagi seluruh negeri Selangor 66,897 jumlah tangkapan anjing liar.

Dimonopoli oleh MPPJ, 625, MBSA 2925. Pulau Pinang, 6,046 anjing liar dari 2018

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

hingga 2024 telah dimandulkan. Johor Bahru, jumlah average bagi tiap-tiap tahun, daripada 22 hingga 25, sebanyak 2,000. Itu untuk Johor Bahru sahaja...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kedah, Langkawi, lebih kurang 2,900 anjing liar yang ditangkap. Dan tahniah kepada OC Shariman di Langkawi yang memberi begitu detil sekali kemalangan yang melibatkan haiwan: embu – 23; kerbau – 12; anjing – 47; kucing – 3; kera – 3; babi – 8; lutong – 1; ayam – 1...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, soalan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Satu lagi yang menakutkan— Sarawak...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Kes gigitan haiwan hingga Minggu Epidemiologi ke-33, sebanyak 63,305 dan 39 peratus adalah anjing.

Soalan saya, walaupun kita ada SOP Yang Berhormat Menteri, walaupun kita ada undang-undang kecil, tapi pelaksanaan di antara PBT itu berbeza-beza. Dan masih banyak lagi terdapat pembela-pembela anjing yang tidak berlesen. Apakah kementerian ada program ataupun ada pelan untuk menyelaraskan perkara ini?

Dan soalan yang sama juga, berapa peruntukan yang akan diperuntukkan kepada PBT-PBT yang terlibat supaya mereka mendapat menyelesaikan masalah ini?

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi, urusan ini adalah urusan ramai pihak. Perlu melibatkan semua pihak juga.

Dan pada masa ini, kita ada satu cadangan untuk penetapan syarat penanaman mikrocip dan juga pemandulan anjing peliharaan, tetapi ini perlukan kerjasama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar selaku agensi teknikal yang mempunyai autoriti dan banyak perkara-perkara implikasi di sebalik daripada itu, termasuk undang-undang juga yang perlu kita lihat. Adapun memang kita di peringkat kementerian dan pihak berkuasa tempatan, mengambil serius perkara ini.

Dan untuk makluman juga, yang terakhir Yang di-Pertua. Bagi tahun 2024, PBT telah menerima sebanyak 37,538 aduan kacau gangguan anjing terbiar dan sebanyak

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

15,815 jumlah operasi bersepadu telah dilaksanakan. Ini menunjukkan kepada kita, ya, ada aduan, ada tindakan, tetapi masih memerlukan lagi kerjasama semua pihak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor,Temerloh.

draft • 11:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Timbalan Speaker.

Sekarang hampir musim tengkujuh; Nombor saya nombor tujuh.

draft • 11:50 AM

7. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang telah diperuntukkan dan dibelanjakan untuk pembinaan jalan di semua peringkat (Persekutuan, negeri dan daerah) bagi tahun 2022, 2023 dan 2024.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Hadapi tekanan jangan mengeluh, Terus berdoa jaga kesihatan; Kepada soalan YB Temerloh, Saya sedia beri jawapan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kementerian Kerja Raya dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur awam, secara khususnya, rangkaian Jalan Raya Persekutuan Malaysia. Selain daripada membina jalan raya baharu, KKR juga melaksanakan projek menaik taraf serta menyelenggara jalan Persekutuan sedia ada serta jambatan-jambatan dan cerun di seluruh Malaysia.

Bagi tahun 2022, KKR telah merekodkan perbelanjaan mengenai jalan sebanyak RM4.988 bilion, manakala bagi tahun 2023 pula, KKR telah berbelanja sebanyak RM5.581 bilion.

Untuk tahun 2024, telah menunjukkan peningkatan peruntukan belanja pembangunan (DE) dan KKR telah membelanjakan sebanyak RM7.914 bilion.

Kementerian ini sentiasa komited untuk menyediakan rangkaian jalan yang lebih baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh hubungan antara wilayah.

Pada soalan jalan luar bandar pula, ia dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Untuk 2022, 2023, 2024, jalan luar bandar kosnya ialah RM5.035

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

bilion; jalan perhubungan desa kosnya ialah RM1.171 bilion. Jumlah keseluruhan tiga tahun itu ialah RM6.207 bilion. Sebahagian besar jalan-jalan untuk KKDW ini dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya dan KKDW adalah sebagai kementerian pengguna. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 11:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya adalah, bagaimana peruntukan ini dijangka meningkatkan accessibility dan ekonomi luar bandar? Dan apakah indikator prestasi utama (KPI) yang digunakan untuk mengukur keberkesanan semua projek-projek ini?

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih YB Temerloh. Kita tahu bahawa sebelum satu-satu jalan itu diluluskan, prosesnya agak panjang. Proses pertama, ia adalah permohonan kepada rakyat melalui ketua kampung dan tok penghulu.

Dihantar ke pejabat daerah, dilihat oleh jurutera daerah dalam Mesyuarat Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah. Kemudian diangkat ke (UPEN) Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, yang seterusnya dibawa kepada Menteri Besar, Mesyuarat Exco. Dihantar ke Bahagian Perancang Jalan Kementerian Kerja Raya dan juga dilihat oleh Cawangan Jalan JKR HQ.

Apabila kita telah menyelesaikan segala proses itu, kita akan hantar ke Kementerian Ekonomi. Kementerian Ekonomi hantar ke Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan melalui belanjawan tahunan. Selepas itu, patah balik ke Kementerian Kerja Raya untuk dilaksanakan.

Di Kementerian Ekonomi, mereka ada apa yang dipanggil sebagai kompetensi indeks. Sesuatu jalan itu untuk accessibility sebagai mana yang ditanya oleh Temerloh untuk ekonomi. Itu semua adalah ukuran kompetensi indeks. Indeks kecekapan sama ada jalan itu boleh menambah hasil ekonomi, jalan itu boleh menjimatkan masa, jalan itu boleh mengurangkan kemalangan, jalan itu boleh dibaiki untuk melalui kawasan bencana.

Semalam saya ke Alor Setar. Antara program daripada tujuh program seharian itu ialah melawat satu jalan. Jalan di Alor Setar itu melalui— kalau jalan lama, kawasan banjir. Dan kita bina melalui KKDW yang dilaksana oleh JKR, empat kilometer jalan lebih tinggi dan kawasan itu tidak akan melalui kawasan banjir. Itu sebagai contoh untuk accessibility dan ekonomi luar bandar. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bentong.

draft • 11:50 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Puan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, Bentong ingin bertanya soalan tambahan iaitu bagaimana pula dengan peruntukan MARRIS?

Sebab kita ingin tahu, berapa banyak peruntukan yang diberikan setiap tahun? Dan apakah contoh yang boleh diberikan, yang diselenggara— jalan yang diselenggara itu?

Dan adakah data untuk setiap negeri, kalau boleh?

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Puan Yang di-Pertua, MARRIS ini di bawah Kementerian Kewangan, tapi saya ada sedikit maklumat. MARRIS itu ialah shortform kepada Malaysian Road Records Information System. Kalau dalam bahasa Melayu, Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya di Malaysia. Itu maksud MARRIS.

MARRIS ini dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Saya ada pengalaman dua kali di sana dan di antara jalan-jalan yang boleh digunakan daripada peruntukan MARRIS ialah jalan negeri, membaiki jalan negeri, membaiki jalan bandaran, membaiki jalan taman, membaiki jalan belakang, membaiki jalan pulau pelancongan, membaiki jalan pertanian, membaiki jalan kampung.

Sewaktu saya dalam satu mesyuarat antara Menteri-Menteri Besar, saya mencadangkan pada ketika Perdana Menteri yang Ke-6 dan beliau bersetuju supaya MARRIS digunakan untuk membaiki jalan kampung. Dan jumlah MARRIS, saya ada.

Tadi saya minta daripada Kementerian Kewangan: 2022 - RM5.046 bilion; 2023 - RM5.2 bilion; 2024 - RM5.356 bilion.

Dan YB Bentong, mengikut negeri, dia mengikut panjang jalan, Datuk Yang di- Pertua. Kalau panjang jalan di negeri itu, banyaklah dapat: Johor RM687 juta; Kedah RM295 juta; Kelantan RM198 juta; Melaka RM130 juta; Negeri Sembilan RM395 juta; Pahang RM448 juta; Perak RM615 juta; Perlis RM39 juta; Pulau Pinang RM221 juta; Selangor RM597 juta; Terengganu RM251 juta; Sabah RM636 juta; Sarawak RM838 juta— 2024 - RM5.356 bilion. Saya tak baca keseluruhan angkanyalah. Saya baca— bundarkan angka-angka juta itu. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

draft • 11:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Di awal usia sangat berharga, Belajar membaca juga mengira;

draft • 11:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Didikan awal asas utama, Bagi melahirkan insan berguna.

Anak kecil pewaris negara, Perlu dijaga setiap masa; Apakah langkah kerajaan kita, Bagi menjamin asuhan sempurna?* Soalan Tampin nombor 8.

draft • 11:50 AM

8. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bilangan taman asuhan kanak-kanak (Taska) yang telah dikenal pasti tidak berdaftar mengikut pecahan negeri serta tindakan yang dapat diambil bagi membantu Taska berkenaan didaftarkan secara sah dan mematuhi garis panduan Akta 308, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Tampin dan terima kasih juga kepada Puan Yang di-Pertua.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia adalah bertanggungjawab untuk pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak ataupun taska sebagaimana peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ataupun Akta 308 dan Peraturan- peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012. KPWKM melalui JKM telah melaksanakan task force penguatkuasaan taska tidak berdaftar. Setakat hari ini berdasarkan operasi penguatkuasaan yang telah dijalankan, didapati sebanyak 1,080 premis taska tidak berdaftar iaitu:

NegeriBilangan premis
Perlis1
Kedah60
Pulau Pinang66
Perak10
Selangor407
Kuala Lumpur114
Negeri Sembilan42
Melaka33
Johor82
Pahang71
Kelantan48
Terengganu30Sarawak95
draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sabah19
Labuan2

Sehingga 22 Ogos 2025, sebanyak 902 telah selesai diambil tindakan penguatkuasaan termasuk 294 buah telah berjaya didaftarkan dan bakinya sebanyak 178 dalam tindakan penguatkuasaan. Bagi membantu taska berkenaan didaftarkan secara sah, KPWKM melalui JKM sentiasa melaksanakan tindakan seperti yang pertama, memberi bantuan nasihat dan konsultasi secara terus kepada pengusaha taska tentang prosedur pendaftaran sebagaimana ditetapkan akta dan peraturan.

Selain itu di laman web rasmi JKM iaitu www.jkm.gov.my juga disediakan maklumat lengkap berkaitan proses permohonan pendaftaran taska sebagai panduan dan rujukan mana-mana pihak yang berminat untuk mengoperasikan taska.

Yang kedua, memudah cara pendaftaran dengan penubuhan jawatankuasa agensi pusat setempat atau dengan izin, one stop centre yang dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri ataupun Wilayah Persekutuan yang diadakan sekurang-kurangnya dua tahun sekali— dua kali setahun. Dan tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk mengenal pasti isu dan masalah dalam pendaftaran taska dan pusat jagaan.

Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai agensi berkaitan termasuk tiga agensi teknikal yang utama iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan yang ketiga, melaksanakan program advokasi bagi meningkatkan kesedaran pelbagai pihak berkaitan taska. Antaranya seperti program advokasi pendaftaran taska, Kempen Jom Daftar Taska dan membuka kaunter pameran dalam program-program di peringkat komuniti. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 12:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan tersebut. Tahniah diucapkan kepada kementerian kerana mengambil inisiatif menerusi pelancaran pelan taska berdaftar bagi memastikan masyarakat dapat mengetahui sama ada sebuah taska itu berdaftar atau sebaliknya.

Mengenai taska di tempat kerja atau di pejabat yang mula diusahakan sejak tahun 2017 oleh pentadbiran Barisan Nasional bagi mewujudkan sistem sokongan terhadap ibu bapa yang bekerja. Saya ingin mengetahui, apakah perkembangan

draft • 12:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

semasa pelaksanaannya setelah hampir lapan tahun berlalu? Sejauh manakah usaha kementerian bagi menggalakkan lebih banyak sektor swasta untuk membuka premis taska di tempat kerja? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih di atas soalan tambahan.

Kementerian KPWKM melalui JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa menyokong pihak majikan untuk menyediakan taska di tempat kerja sama ada melalui agensi kerajaan ataupun swasta sebab ia nya secara tidak langsung akan memberi sokongan kepada ibu bapa agar dapat bekerja dengan lebih komited, tak perlu risau apa-apa.

Untuk makluman Yang Berhormat, geran penubuhan taska di sektor awam ini, sejak 2019 total dia, permulaan: 2019 itu RM10 juta; dan kemudian 2020 – RM30 juta diperuntukkan; 2021, RM30 juta; 2022— sorry, RM30 juta juga. Statistik yang dikongsikan oleh JKM, 220 taska telah diluluskan, tetapi jumlah yang digunakan, yang dibelanjakan hanya RM26.2 juta.

Yang ini saya nak kongsikan juga statistik daripada JKM. Keseluruhan taska yang berdaftar— ini taska yang pelbagai termasuklah taska di tempat kerja. Awamnya ada 215, swasta ada 43 dan keseluruhan ada 3,296. Kita memang ada sedikit cabaran dalam usaha untuk kita menggalakkan sektor swasta menubuhkan taska ini macam- macamlah kita laksanakan seperti pemberian subsidi, yuran pengasuhan, potongan cukai, pengecualian cukai pendapatan.

Jadinya, sebab itu kita sentiasa menggalakkan walaupun terdapat cabaran terutamanya apabila kita menggalakkan mereka membuka taska, dikatakan kekangan ketiadaan ruang untuk menubuhkan taska di premis pejabat sebab pejabat itu lama dan pelbagainya dan kemudian ada juga yang mengatakan isu kekangan kewangan. Ini private sector ataupun swasta, tapi...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Walau bagaimanapun, kami memang sentiasa menggalakkan dan bagi mana-mana agensi kerajaan ataupun swasta yang nak membuka taska, dia boleh berhubung kepada JKM secara berterusan, secara terus.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

draft • 12:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita melihat di antara keperluan penting kepada pekerja terutama ibu-ibu muda adalah keperluan iaitu taska.

draft • 12:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, saya ingin tahu apakah usaha kementerian untuk memberi insentif terutama kepada majikan swasta untuk menggalakkan supaya dibuka taska di tempat kerja di sektor swasta ini? Begitu juga, setakat ini apakah usaha yang dibuat oleh kementerian untuk membolehkan supaya pendaftaran taska ini dapat disegerakan? Sebab jadi isu kekangan yang utama adalah kelambatan. Ini menjadi kekangan pada operator-operator taska.

Begitu juga saya ingin tahu, berapakah kes yang telah dikenal pasti yang melibatkan kemalangan, kecuaian, penderaan yang melibatkan taska yang telah berlaku dalam negara kita? Minta penjelasan.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat daripada Rantau Panjang di atas soalan yang telah dikemukakan. KPWKM melalui JKM memang sentiasa komited terutamanya dalam usaha untuk mempercepatkan proses pendaftaran taska. Yang ini apa yang kita laksanakan untuk pastikan lebih ramai lagi pengusaha dapat beroperasi secara sah dan mematuhi standard keselamatan serta kualiti asuhan yang telah ditetapkan.

Dia macam-macam yang kita laksanakan termasuk memberi nasihat, konsultasi secara terus. Lepas itu macam saya katakan di dalam jawapan sebelum ini, penyelarasan melalui agensi teknikal ataupun one stop centre itu, kita gunakan untuk mempercepatkan proses terutamanya proses pemeriksaan ataupun kelulusan.

Kalau sekiranya ada apa-apa masalah akan dibincangkan melalui once stop centre, tapi yang kita pentingkan juga adalah melaksanakan program advokasi untuk meningkatkan kesedaran pelbagai pihak mengenai kepentingan untuk menggunakan ataupun taska yang berdaftar, tapi saya telah juga jawab mengenai inisiatif kerajaan tadi seperti pemberian subsidi yuran RM180 sebulan kepada ibu bapa yang menghantar taska yang berdaftar, potongan cukai kepada majikan dan pengecualian cukai pendapatan.

Itu antara lain yang dapat saya nyatakan, tapi mengenai kes berapa banyak taska yang tidak berdaftar, itu kita akan jawab secara bertulis Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Rushd an bin Rusmi, Padang Besar.

draft • 12:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Keris Hang Tuah warisan tinggalan, Seni buatannya indah diperkatakan; Soalan saya nombor sembilan, Jawapan YB Timbalan Menteri saya nantikan.

draft • 12:10 PM

9. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, adakah perancangan untuk memperkenalkan sistem pentauliahan profesional kepada penggiat seni budaya sebagaimana sistem penarafan profesional TVET.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC komited memperkukuh sistem pentauliahan profesional dalam sektor kebudayaan melalui agensi-agensinya bagi meningkatkan kompetensi, pengiktirafan serta menjamin kelestarian sosioekonomi penggiat seni budaya mengikut keperluan semasa. ASWARA telah melaksanakan inisiatif pentauliahan profesional penggiat seni melalui standard yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menerusi standard JPK, ASWARA dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) selaku industri lead body ILB di bawah program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melaksanakan penilaian amali Sijil Kemahiran Malaysia, pengiktirafan pencapaian terdahulu SKM-PPT bersama industri. Program ini memberi pengiktirafan terhadap kemahiran artis dan tenaga kerja seni berpengalaman di samping menggalakkan peningkatan kompetensi melalui proses upskilling, reskilling dan future skilling. Sehingga kini, seramai 72 penggiat seni telah berjaya ditauliahkan dalam pelbagai bidang seni persembahan dan produksi pentas.

Bagi standard MQA, ASWARA memperkenalkan sistem pentauliahan melalui APL.C, Accreditation of Prior Experiential Learning For Credit Award yang membolehkan pelajar memperoleh pengiktirafan kredit akademik berdasarkan pengalaman kerja, latihan profesional serta pembelajaran tidak formal, selari dengan laluan pendidikan TVET yang inklusif dan responsif terhadap keperluan industri seni, budaya dan warisan.

Selain itu, ASWARA turut memperluas laluan akademik menerusi pengajian pasca siswazah ijazah sarjana kreatif dan kedoktoran seni kreatif. Dari tahun 2020 hingga 2025, seramai 83 penggiat seni telah melanjutkan pengajian, membuktikan

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

sambutan positif terhadap usaha peningkatan ilmu dan kepakaran akademik dalam bidang seni. Pengiktirafan rasmi juga diberikan kepada penggiat seni dan profesional sebagai bentuk pentauliahan kepakaran dalam bidang masing-masing seperti:

(i) JKKN membuka kursus pentauliahan jurulatih seni budaya negara (JSBN) kepada guru-guru sekolah, membolehkan mereka mengajar seni budaya dengan lebih berkesan di bawah program bimbingan seni budaya (PBSB);

(ii) pengiktirafan profesional dalam bidang warisan juga dilaksanakan melalui pentauliahan konservator dan ahli arkeologi berdaftar yang menyumbang dan berkongsi kepakaran dengan Jabatan Warisan Negara; dan

(iii) Anugerah Seni Negara (ASN) yang telah dilaksanakan semula pada tahun 2024 merupakan pengiktirafan tertinggi kepada karyawan, seniman dan penggiat tempatan atas jasa, sumbangan dan pengetahuan mereka.

Sekian dan terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 12:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu usaha yang baik daripada MOTAC.

Kemudian, saya hendak bertanya tentang apakah langkah MOTAC bagi memperkukuhkan laluan kerjaya profesional penggiat seni budaya termasuk melalui penubuhan majlis profesional seni budaya negara, pelaksanaan skim pensijilan atau pelesenan artis dan tenaga pengajar budaya serta jaminan kebajikan dan sosioekonomi artis veteran dalam kerangka TVET Malaysia? Apakah bentuk insentif yang disediakan oleh MOTAC untuk individu atau institusi yang membangunkan latihan seni budaya berstatus profesional? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 12:10 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Ada lima langkah yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dan kelima-lima langkah ini saya akan terangkan dari sudut isi yang penting sahaja.

draft • 12:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

(v) memperkukuh laluan kerjaya profesional penggiat seni budaya dalam kerangka TVET Malaysia iaitu kita ada lakukan kerjasama strategik dengan Institut Kraftangan (IKN), latihan kemahiran secara formal di peringkat diploma, sijil dan juga Sijil Kemahiran Malaysia (SKM);

(vi) penubuhan Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) di mana majlis ini akan membincangkan dan juga memperlihatkan secara holistik apakah dasar-dasar yang mampu membawa kepada pemerkasaan seni dan budaya itu sendiri;

(vii) skim pensijilan atau pelesenan artis dan tenaga pengajar budaya. Ini lebih kepada untuk membantu insentif rumah seni ataupun persatuan-persatuan ataupun penggiat-penggiat yang memfokuskan seni budaya itu sendiri;

(viii) jaminan kebajikan dan sosioekonomi artis veteran dan penggiat seni. Ini kita telah wujudkan Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKKPS); dan,

(ix) bentuk insentif yang telah disediakan oleh MOTAC untuk individu atau institusi yang membangunkan latihan seni budaya berstatus profesional. Contohnya ialah geran sokongan sektor kebudayaan

(GSSK) di mana-mana persatuan organisasi ataupun penggiat- penggiat boleh memohon geran ini untuk mereka melancarkan gerakan akar umbi berkenaan dengan seni dan budaya.

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Balik Pulau.

draft • 12:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada MOTAC khususnya ASWARA dan juga JKKN yang telah pun banyak melahirkan artis-artis budaya melalui program PERMATA Seni yang juga boleh mendapat pengiktirafan daripada TVET dan diploma dan sebagainya oleh JPK.

Soalan saya ialah bagaimana pula dengan nasib ataupun capacity building untuk mak yong dan dondang sayang yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai intangible culture heritage, dengan izin, di mana bidang-bidang ini mungkin tidak popular, tapi kita

draft • 12:10 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

harus meneruskan warisan budaya kita ini? Bagaimana pula adakah program ataupun inisiatif dan insentif untuk mereka yang mahu meneruskan budaya mak yong dan juga dondang sayang ini?

draft • 12:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Kementerian telah menggariskan strategi-strategi berkenaan dengan pemerkasaan budaya itu dengan jelas di bawah DAKEN. Di bawah teras kelima DAKEN adalah pemerkasaan budaya, dan di bawah pemerkasaan budaya DAKEN 5, kita ada strategi yang ketujuh iaitu menggalakkan usaha-usaha penyelidikan dan usaha-usaha penyelidikan ini termasuklah pendokumentasian bahan-bahan seni, budaya dan warisan.

ASWARA juga dengan jelas telah melancarkan dan memperkukuhkan struktur akademik dengan mengadakan pendekatan kolaborasi industri dengan melantik pensyarah sambilan dan tokoh seni bertaraf adi guru. Apakah fungsi adi guru ini? Adi guru ini sebenarnya terlibat dalam pelbagai disiplin. Disiplin termasuklah seni tarian, muzik, teater, filem dan warisan budaya, bukan sahaja sebagai tenaga pengajar mahupun juga ia melibatkan sebagai salah satu cabang utama dalam kita memperlihatkan unsur-unsur penyelidikan seperti apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Puan Speaker.

Dua ahli BERSATU hilang dari lampu suluh; Dengan tenang saya berdiri, soalan saya nombor sepuluh.

draft • 12:10 PM

10. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) kriteria teknikal bagi tawaran Request for Proposal (RFP) baru- baru ini bagi kontrak penyelenggaraan Jalan Persekutuan; dan

(b) adakah kerajaan bersetuju mewajibkan pelaporan awam berkala berhubung pavement condition index dan level of service terhadap syarikat konsesi bagi meningkatkan akauntabiliti terhadap mutu kerja.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Waktu terang jangan bersuluh, Mencari selasih di tepi paya;

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kepada soalan nombor sepuluh, Terima kasih Petaling Jaya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tawaran Request for Proposal (RFP) bagi kontrak penyelenggaraan jalan persekutuan telah dilaksanakan oleh dilaksanakan oleh pihak Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri. Tawaran telah diiklankan pada 14 Julai 2025 dan telah ditutup pada 8 dan 9 September 2025. Kriteria- kriteria teknikal bagi RFP ini sebagaimana berikut:

(i) minimum lima tahun pengalaman dan rekod prestasi dalam bidang penyelenggaraan jalan, prasarana jalan;

(ii) memiliki pengalaman dan keupayaan sepenuhnya dalam melaksanakan perkhidmatan penyelenggaraan jalan, infrastruktur jalan;

(iii) merupakan satu syarikat berdaftar G7 dan di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai pengkhususan dalam kategori berikut:

▪ F01 fasiliti bangunan infrastruktur am, ▪ CE01 pembinaan jalan dan pavement, ▪ CE02 pembinaan jambatan dan jeti dan, ▪ CE21 kerja-kerja kejuruteraan awam serta memiliki perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan

(SPKK) yang masih sah daripada CIDB; dan ▪ mempunyai Sijil CIDB SCORE yang sah dengan penarafan minimum Tiga Bintang.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terdapat penambahbaikan bagi skop kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang telah dimasukkan dalam dokumen RFP ini bagi kontrak penyelenggaraan yang akan datang. Elemen external audit, audit pihak ketiga akan dilaksanakan di bawah skop penyelenggaraan rutin dalam kontrak baharu penyelenggaraan Jalan Persekutuan bagi meningkatkan akauntabiliti, ketelusan dan integriti. Pemantauan serta pelaporan akan dilaksanakan secara lebih tegas, terbuka, telus, berintegriti di semua peringkat antara hubungan konsesi JKR dan KKR.

Di samping itu, pada tahun 2025, kementerian ini juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM34 juta bagi pelaksanaan ujian Pavement Condition

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assessment (PCA) bagi keseluruhan jaringan jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia dan dilaksanakan secara arahan kerja pada syarikat konsesi penyelenggaraan. Kerja-kerja ujian PCA ini dijangka akan selesai pada akhir bulan Oktober ini.

Sehubungan itu, melalui analisis ujian PCA ini, kementerian melalui JKR dapat mengenal pasti kualiti turapan jalan sedia ada bagi keseluruhan jaringan jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak di bawah seliaan kementerian ini. Oleh itu, rakyat berhak mendapat perkhidmatan penyelenggaraan yang selamat dan berkualiti dan KKR komited untuk memastikan peralihan pada sistem baharu ini.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Petaling Jaya.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Adakah kementerian benar-benar menilai rantaian antara peruntukan penyelenggaraan tahunan dengan tahap kualiti jalan raya yang sebenar? Memandangkan banyak aduan awam masih diterima walaupun peruntukan meningkat setiap tahun. Ataupun kementerian bersetuju untuk mewajibkan laporan audit bebas terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kontraktor? Agar mereka yang gagal menepati piawaian teknikal dan indeks prestasi tidak terus diberikan sumbangan kontrak dan disenarai hitamkan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih. Sebagaimana jawapan saya tadi, bahawa dalam kontrak yang akan datang― mereka tamat pada bulan Februari 2026.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Selepas itu diberi satu tahun interim, masa. Kemudian, dalam kontrak yang baru, telah saya sebut tadi bahawa kita ada elemen external audit ataupun audit pihak ketiga.

Pun demikian, saya ingin memaklumkan bahawa permohonan kita untuk penyelenggaraan jalan ini berjumlah RM3.8 bilion untuk pavement, manakala ‘1.03’ untuk penyelenggaraan berkala bukan pavement. Kita tidak dapat sejumlah yang kita pohon itu. Walaupun begitu, kita akan terus memastikan segala arahan mengenai penyenggaraan jalan dilaksanakan sebaik yang mungkin dan inisiatif-inisiatif baru seperti PCA tadi yang saya sebut Pavement Condition Assessment akan membantu memastikan kualiti penyelenggaraan jalan seterusnya. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krau.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih, Speaker. Dengan peruntukan lebih RM25 bilion untuk penyelenggaraan jalan, sejauh mana kerajaan memastikan hasil projek itu benar-benar selamat dan tahan lama? Satu.

Yang keduanya, sejauh mana kerajaan nak― apakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan dasar hijau seperti Low Carbon Cities Framework dan Green Technology Master Plan? Bagaimana kerajaan mendorong inovasi dalam penyelenggaraan jalan termasuk penggunaan bahan mesra alam dan rendah karbon? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, kita ada apa yang dipanggil sebagai specialty mix untuk penurapan jalan yang menggunakan kaedah, sebagaimana yang YB sebut, green technology dan mesra alam.

Antaranya ialah usaha PETRONAS dengan teknologi baharu iaitu teknologi mencampurkan bitumin dengan plastik yang terbuang dan kita telah melaksanakan di beberapa lokasi, peratusan yang tertentu. Selain daripada itu, tayar-tayar yang terbuang, itu dipanggil CRMA― crumb rubber mix untuk dilaksanakan.

Jadi, kita akan terus mencari kaedah-kaedah baru dan melihat apa yang berada dalam dan luar negara. Dua-dua teknologi yang saya sebut tadi, crumb rubber dan PETRONAS itu adalah teknologi tempatan. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit

(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [15 Oktober 2025]

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai membahas adalah seperti berikut: Yang Berhormat Jelebu; Yang Berhormat Kubang Kerian; Yang Berhormat Bagan; Yang Berhormat Ketereh; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Kemaman; Yang Berhormat Libaran; Yang Berhormat Pokok Sena; Yang Berhormat Baram; Yang Berhormat Kuala Kangsar; Yang Berhormat Bakri; Yang Berhormat Ampang; Yang Berhormat Kuala Nerus; Yang Berhormat Ipoh Timor; Yang Berhormat Beaufort; Yang Berhormat Jerai; dan Yang Berhormat Kepong.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelebu, 15 minit.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 pada pagi ini.

draft • 12:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Belanjawan 2026 ini datang pada saat yang sangat penting ketika Malaysia melangkah ke era baru di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Rakyat menuntut bukti bahawa dasar-dasar besar yang diumumkan oleh kerajaan benar-benar mampu untuk diterjemahkan kepada kesejahteraan hidup mereka. Tahun 2025 menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang sangat sederhana di sekitar 4.5 peratus disokong oleh perbelanjaan domestik dan pelaburan asing yang kukuh.

Dalam konteks ini, Belanjawan 2026 perlu berfungsi bukan sahaja untuk menstabilkan fiskal negara, tetapi juga untuk memastikan pertumbuhan yang inklusif dan berimpak kepada rakyat di setiap pelosok termasuk kawasan Parlimen luar bandar seperti Parlimen saya di Jelebu. Setiap ringgit yang dibelanjakan mesti disalurkan dengan penuh tanggungjawab mengimbangi keperluan mengekang defisit dengan keperluan memperkukuh kesejahteraan rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen daripada Negeri Sembilan, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat Tambun di atas pelbagai projek yang telah dilulus dan diumumkan untuk Negeri Sembilan.

Dalam meneliti Belanjawan 2026 ini, saya ingin menyentuh tentang keperluan mendesak untuk melaksanakan reformasi fiskal yang menyeluruh serta memastikan kecekapan dalam pengurusan perbelanjaan kerajaan. Ini penting kerana tahun 2026 menandakan permulaan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan asas kepada kejayaannya bergantung kepada sejauh mana kerajaan mampu mengurus kewangan awam secara berhemah, disiplin dan berkesan.

Pertama, Dato’ Yang di-Pertua, kita mesti mengakui bahawa struktur fiskal negara kita berada dalam keadaan yang sangat mencabar. Defisit fiskal diunjurkan berada pada kadar 3.5 peratus pada tahun 2026, manakala nisbah hutang kepada KDNK melebihi 61 peratus menjadikan ruang fiskal kerajaan semakin sempit. Dalam keadaan begini, sebarang kelemahan di dalam pengurusan perbelanjaan boleh membawa kesan jangka panjang terhadap keupayaan negara membiayai pembangunan dan menunaikan tanggungjawab sosialnya.

Oleh itu, saya berpandangan bahawa reformasi fiskal perlu digerakkan dengan lebih berani, tetapi berhati-hati. Sebab itu, saya merasakan perlunya kerajaan memperkenalkan indikator keberhasilan ataupun key outcome indicators yang lebih jelas bagi setiap kementerian.

draft • 12:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kedua, dari sudut kecekapan belanjawan, kita perlu berganjak daripada pendekatan berbelanja untuk membelanjakan kepada perbelanjaan berasaskan impak dan keberhasilan sebenar. Ini bermakna setiap ringgit yang diluluskan oleh Parlimen mesti dapat menunjukkan pulangan yang jelas dan nyata kepada rakyat, sama ada dalam bentuk peningkatan produktiviti, peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup.

Saya menyarankan agar kerajaan memperluaskan pelaksanaan outcome based budgeting kesemua kementerian dengan laporan penilaian setiap inisiatif atau projek yang diumumkan dalam belanjawan dibentangkan semula di dalam Parlimen supaya akauntabiliti dapat dipertingkat dan rakyat diberi maklumat secara jelas tentang status terkini projek di kawasan mereka.

draft • 12:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya bangkitkan perkara ini Dato' Yang di-Pertua kerana terdapat beberapa projek yang diumumkan di dalam belanjawan-belanjawan yang lalu, tapi secara fizikalnya masih belum dilihat dan ataupun dapat dilihat perkembangannya di setiap kawasan. Rakyat kadangkala membangkitkan persoalan ini dan sebagai Ahli Parlimen saya sendiri tidak boleh memberikan jawapan tentang permasalahan ini. Kecekapan belanjawan bukan hanya tentang mengurangkan perbelanjaan, tetapi memastikan setiap sen dibelanjakan pada tempat yang betul pada masa yang tepat dan untuk rakyat yang benar-benar memerlukan.

Dato' Yang di-Pertua saya nak masuk dalam isu pendidikan. Pelbagai isu yang berlaku di sekolah seperti yang kita sedia maklum. Isu yang berkaitan dengan kes buli, kematian, rogol, rokok, disiplin ponteng dan sebagainya, judi dan sebagainya menjadikan sistem pendidikan kita pada hari ini adalah merupakan satu perdebatan hangat di kalangan rakyat.

Bermula dengan kes di Sabah sampailah yang terbaru sekali di Baling yang baru berlaku, baru sahaja berlaku kes rogol di Baling, Dato' Yang di-Pertua. Ini ada merupakan satu tragis yang berlaku ke dalam sistem pendidikan di dalam negara kita.

Semua kes ini berlaku adalah satu wake-up call kepada pihak kerajaan dan kementerian di dalam kita menangani dan menghadapi masalah ini.

Saya nak maklumkan satu bedah siasat ataupun forensic post-mortem yang serius perlu kita lihat di mana silapnya didikan anak-anak muda pada hari ini. Adakah sistem pendidikan kita yang tidak betul? Adakah kita terlalu berlembut dengan anak- anak ataupun adakah mereka ini terlalu terdedah kepada faktor dan unsur negatif?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ramai yang memberi pandangan kepada saya sebagai Ahli Parlimen. Kuasa guru itu perlu dikembalikan semula. Guru perlu diberi ruang yang mencukupi untuk mendidik anak-anak kita di sekolah supaya mereka lebih berdisiplin dan menjadi manusia Dato' Yang di-Pertua.

Ramai guru di luar sana meluahkan perasaan bahawa mereka hampir putus harap dengan sistem hari ini yang dilihat seolah-olah guru bertuankan kepada murid dan pelajar. Apabila mereka mengambil tindakan untuk mendisiplinkan anak-anak, akan ada kes guru dibawa ke mahkamah seperti yang baru berlaku baru-baru ini. Ada repot polis daripada ibu bapa dan ada ibu bapa yang menyerang guru di sekolah dan di tempat awam.

Apa yang kita nak buktikan ketika zaman sekarang ini kepada anak-anak kita?

Adakah nilai murni apa yang nak kita tonjolkan kepada mereka? Adakah anak-anak zaman sekarang berbeza? Tentunya berbeza ketika zaman saya menjadi pelajar sekolah dulu. Walaupun saya tidak berapa tua sekarang Dato' Yang di-Pertua. Masih muda lagi, tetapi anak-anak sekarang Dato' Yang di-Pertua lebih terdedah kepada teknologi dan perkara, negatif— yang Paya Besar memang muda, tapi dia agak nampak lebih tua daripada saya.

Tentang perkara negatif Dato' Yang di-Pertua yang ada di media sosial. Apa yang saya nak sebut mungkin tak begitu popular. Agak konservatif dan mungkin keterlaluan tetapi saya rasa sudah sampai masanya untuk pelajar melakukan tapisan besar-besaran dan lebih serius terhadap bahan-bahan yang boleh diakses di media sosial.

Semalam Dato' Yang di-Pertua Menteri Komunikasi ada mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna (electric know your customer) bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial. Ini saya setuju, tetapi saya nak bagi cadangan baharu kepada Menteri yang berkenaan supaya kita nak tengok umur 13 ini terlalu muda Dato' Yang di-Pertua. Kita naikkan sikit, tingkatkan ke umur 16 tahun. Tidak ada akses kepada media sosial. Kalau dia nak kata kita terkebelakang okey. It’s okay. No problem. Asalkan rakyat dan generasi masa akan datang akan lebih berkualiti.

Australia Dato' Yang di-Pertua, telah meluluskan *Online Safety Ammendment

(Social Media Minimum Age) Bill 2024* yang mengubah Online Safety Act 2021 dengan

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

izin. Undang-undang baharu ini memperkenalkan kerangka usia minimum untuk media sosial dipanggil Social Media Minimum Age (SMA). Tanggungjawab ini diletakkan kepada platform media sosial untuk mengambil langkah munasabah (reasonable steps) agar pengguna di bawah umur 16 tahun tak boleh buka akaun, tak boleh akses dan mengekalkan akaun supaya disiplin mereka lebih terjamin.

Bagaimana Dato' Yang di-Pertua anak-anak seumur 16 tahun atau belasan tahun bertindak ganas yang tak terfikir oleh pemikiran seorang manusia. Ini semua mereka terpengaruh sebahagian besarnya daripada bahan-bahan media sosial. Perkara ini juga tidak diambil serius akan menjadi bom jangka untuk generasi masa akan datang.

Kita akan wujudkan satu generasi yang unpredictable ataupun generasi yang tidak boleh dijangka dan uncontrollable, generasi yang tak boleh kena kontrol lagi Dato' Yang di- Pertua.

Saya nak ulas sedikit kenyataan yang dibuat oleh Timbalan ataupun Ketua Pengarah Pendidikan yang telah dijawabkan oleh Yang Berhormat Menteri. Ini satu perkara yang sangat serius kerana Ketua Pengarah Pendidikan adalah orang yang bertanggungjawab terhadap semua sistem pendidikan di dalam negara untuk masa depan yang lebih baik. Maka saya nak cadangkan agar Yang Berhormat Tambun dan kerajaan khususnya melihat perkara ini dan melantik pihak ketiga yang tidak ada sebarang kepentingan dalam Kementerian Pendidikan untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.

Saya memetik sekali lagi saya ulang Dato' Yang di-Pertua ulasan dan juga bacaan kepada Malaysian Youth Mental Health Index 2023 oleh UNICEF pada tahun 2023 yakni kajian ini dibuat pada tahun 2022. Enam daripada 10 mengalami kemurungan yang sederhana. Tiga daripada 10 mengalami kemurungan yang— tadi yang ringan, yang ini sederhana. Satu daripada 10 mengalami tekanan yang melampau.

Apa tindakan kita bagi tahun 2023, 2024, 2025 dan tahun depan untuk mengatasi masalah tekanan mental yang saya juga dah sebut ketika saya berada di sana dahulu Dato' Yang di-Pertua...

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jelebu. Jelebu sikit sahaja.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Nak sokong Jelebu. Boleh ya?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey ya. Jelebu setuju tak dengan segala yang disebutkan oleh Jelebu tadi kalau masalah-masalahnya kan— setuju tak kalau kita minta Kementerian Pendidikan ini overhaul structural change bukanya patch up sana sini sahaja. Setuju tak? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Setuju Kapar. Setuju. Immediate change dengan izin. Kita kena total overhaul dalam sistem pendidikan kita supaya generasi yang bakal kita lahir kepada masa akan datang akan memberikan manfaat kepada negara kita Dato' Yang di-Pertua.

Saya bukan tak setuju dengan pendekatan dan psikologi kepada pelajar dan kita harus ingat kita tak boleh lihat hasil generasi yang lebih baik kalau pendekatan kita tetap sama seperti dahulu Dato' Yang di-Pertua. Ketika ini kita ada pegawai perhubungan anggota sekolah yang dilantik menjadi penghubung antara pihak sekolah dengan PDRM. Kita ada semua Pegawai Perhubungan Sekolah.

Saya merasakan Dato' Yang di-Pertua PPS ini perlu diperkasakan supaya mereka dapat bantu mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sekarang ini kekerapannya boleh dilipatgandakan. Sekarang dia sebulan sekali dia masuk ke sekolah boleh diadakan pada setiap minggu. Cadangan saya jika setiap sekolah ada PPS di kalangan anggota polis, mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan diwujudkan pegawai perhubungan sekolah di kalangan pegawai atau pakar-pakar psikiatri pula Dato' Yang di-Pertua.

Dato' Yang di-Pertua saya nak cadangkan kepada pihak kementerian.

(i) pendidikan emosi sahsiah diperkuatkan dalam kurikulum, kecerdasan emosi, empati, komunikasi berhemah dan sebagainya;

(ii) peranan pegawai perhubungan sekolah diperkasa;

(iii) perkhidmatan kaunseling sekolah ditingkatkan;

(iv) kawalan literasi media sosial;

(v) sekolah sebagai zon selamat (safe school zone);

(vi) tindakan undang-undang tatatertib yang lebih tegas, tetapi adil;

(vii) kerjasama keluarga dan komuniti; dan

(viii) data dan penyelidikan yang berterusan.

Dato' Yang di-Pertua, saya nak masuk kepada MyCC pula. MyCC ini Dato' Yang di-Pertua, apa diwujudnya MyCC ini sebenarnya? Saya sekali lagi nak sebut MyCC

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

adalah untuk memastikan pasaran Malaysia kekal adil, terbuka dan kompetitif. Namun persoalannya sejauh mana impak dan keberkesanan penguatkuasaan MyCC ke atas kepentingan rakyat, terutama dalam sektor-sektor kritikal seperti makanan, kesihatan dan keperluan asas harian?

Kegiatan kartel dalam sektor makanan umpamanya. Bukan sekadar menjejaskan struktur persaingan pasaran, malah membawa kesan langsung terhadap harga barang yang dibayar oleh pengguna Dato' Yang di-Pertua. Sampai hari ini rakyat bercakap soal pencatutan, bercakap soal harga ayam dan daging serta pelbagai makanan utama lain yang menurut penganalisis dicorak dan ditentukan oleh kartel- kartel.

Pendedahan SPRM terhadap kes kartel susu tepung melibatkan bekalan ke sebuah jabatan bernilai RM120 juta yang tidak mematuhi piawaian SPRM ataupun piawaian SIRIM sudah cukup memperlihatkan kegagalan MyCC terhadap bidang kuasa dan fokus sebenar.

Itu belum menyentuh soal pengangkutan. Bekalan alat ganti kenderaan, pengeluaran dan pembekalan ubat-ubatan, persaingan di pasar raya, hospital swasta dan syarikat insurans yang semuanya ini melibatkan kepentingan rakyat secara langsung.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Rakyat dan pengguna banyak mengeluh kerana terbeban dengan isu caj dan bayaran yang seakan tidak mendapat perhatian dan gagal dikawal selia oleh MyCC.

Rakyat ataupun ketika rakyat merasa terbeban, pemain industri dalam sektor yang dinyatakan meraih keuntungan besar setiap tahun, Datuk Yang di-Pertua. Pada masa ini, MyCC dilihat memberi tumpuan kepada isu-isu teknikal kurang kritikal selain mengejar kes berprofil tinggi tanpa impak langsung kepada rakyat.

Oleh itu, adalah wajar kajian semula terhadap bidang kuasa dan keutamaan penguatkuasaan MyCC dilakukan segera agar tidak dilihat syok sendiri dan secara silo.

Ini selaras dengan objektif asal penubuhan iaitu untuk melindungi kepentingan pengguna dan memastikan pasaran yang adil dan kompetitif. Kegagalan untuk mengutamakan kepentingan rakyat adalah kegagalan yang tidak boleh sama sekali di kompromi. Sudah terbukti isu kos sara hidup di beberapa negara membawa kepada rusuhan rakyat dan terkesan akhirnya menggugat kestabilan dan ekonomi negara.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sampai bila Datuk Yang di-Pertua putaran kegagalan MyCC ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat? Malah dengan membiarkan berlarutan sedemikian begitu lama seakan sabotaj kepada Kerajaan MADANI yang komited dan serius mahu membela rakyat. Maka, sudah sampai masanya MyCC distruktur dan dikaji semula agar tidak menjadi kisah kegagalan kepada kerajaan. Negara memerlukan sebuah suruhanjaya persaingan yang berwibawa, adil, berintegriti, profesional dan efisien. Di bawah cadangan penstrukturan itu, MyCC wajar melantik badan penasihat sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti SPRM, Datuk Yang di-Pertua.

Semua langkah pembetulan dan kajian semula ini penting bagi menjaga persekitaran perniagaan terbaik yang boleh memacu ekonomi negara dengan pantas.

Pada masa yang sama, kita harus memastikan MyCC yang berwibawa dapat membina keyakinan para pelabur selain menjaga kepentingan awam secara keseluruhannya.

Datuk Yang di-Pertua, topik yang akhir. Saya nak sebut sikit ‘je lagi, Datuk Yang di-Pertua...

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias - Jelebu

Negara kita ada 8,529 Rukun Tetangga yang ditubuhkan di seluruh negara. Keanggotaannya hampir 210,000 orang, Datuk Yang di-Pertua. Di Negeri Sembilan, kita ada 358 KRT dan SRS ada 302 di seluruh tujuh daerah. Apa yang saya nak sebut hari ini Datuk Yang di-Pertua, KRT ini peruntukan cuma RM6,000 daripada pihak kementerian setahun. Itu pun kalau KRT itu tidak aktif, peruntukan dipotong dan peruntukan RM6,000 ini tidak mencukupi bagi mana-mana KRT yang aktif untuk melakukan pelbagai program dan pendekatan untuk kepentingan masyarakat bandar.

Saya nak bagi tahu Datuk Yang di-Pertua, JPKK di kampung, kita ada JPKK.

Pengerusi JPKK ada elaun daripada pihak kerajaan, setiausaha JPKK ada elaun daripada pihak kerajaan, mesyuarat ada elaun kehadiran mesyuarat dan geran untuk menjalankan program di semua aktiviti JPKK ada dibekalkan oleh kerajaan, tapi tidak berlaku kepada KRT. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, apalah kiranya jika dipertimbangkan supaya pengerusi, setiausaha dan elaun mesyuarat KRT yang menjaga keharmonian dan juga organisasi bagi komuniti bandar ini dapat disamakan pendapatan mereka seperti JPKK yang menjaga di peringkat kampung.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias - Jelebu

Akhir sekali Datuk Yang di-Pertua, saya nak landing dah. Saya tahu masa dah merah.

Dalam perbahasan tahun 2026 ini, saya ingin mengingatkan bahawa rakyat di luar bandar Datuk Yang di-Pertua, seperti Jelebu ini, dia bukan nilai bajet pada angka dan unjuran semata-mata. Mereka menilai pada kesan sama ada kehidupan mereka menjadi lebih baik, peluang ekonomi bertambah dan harga barangan keperluan menjadi munasabah.

Belanjawan 2026 menuntut satu kepimpinan yang berani untuk membuat keputusan yang sukar, tetapi perlu dibuat. Jika kerajaan benar-benar ingin menstrukturkan semula ekonomi dan mengurangkan beban fiskal, maka ketelusan, keberanian dan keutamaan kepada rakyat mesti menjadi asasnya.

Jangan lagi kita melihat belanjawan ini sebagai ritual tahunan, tetapi sebagai pelan tindakan sebenar untuk membina semula kepercayaan rakyat terhadap dasar kerajaan negara. Rakyat tidak minta lebih Datuk Yang di-Pertua. Termasuk Datuk Yang di-Pertua, pengundi Datuk Yang di-Pertua juga sama dengan pengundi saya. Mereka cuma mengharapkan segala inisiatif baik diumumkan dalam belanjawan ini akan memberi manfaat, menambah baik taraf hidup kehidupan mereka dari masa ke semasa.

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Saya dengan ini menyokong Rang Undang- undang Perbekalan 2026 pada pagi ini. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan rombongan ahli-ahli majlis— Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandarraya Islam yang diketuai oleh Yang di-Pertua Datuk Haji Rahimee bin Haji Mohamed, ke Dewan yang mulia ini. Selamat datang.

Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca selawat] Pertama, saya ucapkan terima kasih di atas ruang yang diberi bagi mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026 pada kali ini. Memulakan bicara, saya memetik firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa’ sebagai panduan kepada kita bersama.

draft • 12:45 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Firman Allah SWT.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Dan apabila kami hingga membinasakan sebuah negeri, kami perintahkan terlebih dahulu orang yang mewah yang berkuasa di antara mereka supaya taat kepada Allah Taala. Tapi, mereka menderhakai Allah dan melakukan maksiat kepada Allah. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan lalu kami hancurkan negara tersebut sehancur-hancurnya.” Ayat ini sebagai suatu amaran kepada kita bersama, bahawa tamadun dan kehancuran sebuah bangsa bukan hanya tentang pada soal kemiskinan ataupun penyalahgunaan sumber dan perkara-perkara yang lain. Namun, jelasnya sebagai peringatan Allah bahawa bila mana rakyat derhaka kepada Allah dan tidak mempedulikan amaran Allah SWT maka ia akan menyebabkan negara tersebut ditimpa pelbagai bencana sama ada bencana alam dan sebagainya yang akhirnya akan merosakkan negara tersebut.

Kalau kita lihat kepada peringatan Nabi SAW, satu hadis yang agak panjang, “Mafhumnya, tidak akan berganjak kaki anak adam di Padang Mahsyar melainkan akan ditanya empat perkara. Tentang umurnya ke mana dihabiskan; masa mudanya apa yang digunakan; hartanya daripada mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan; dan keempat ialah ilmu, apakah dia beramal dengannya.” Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bahawa amaran dan peringatan nabi ini berhubung dengan harta, dua perkara. Pertama, daripada mana kita dapat harta tersebut? Yang kedua, ke mana kita gunakan harta tersebut? Dengan kata lain bahawa, negara perlu mengambil kira sumber pendapatan negara yang dibenarkan oleh syarak.

Kerana nilai-nilai haram, nilai-nilai yang merosakkan ini bukan sahaja menyebabkan keberkatan negara tersebut hilang bahkan dia akan mencetuskan suasana kegawatan, kerosakan, kemusnahan yang lebih teruk daripada apa yang kita dapat. Mungkin kita untung satu, dua juta, tapi akibat daripada keuntungan, kemungkaran tersebut, kita terpaksa membelanja lebih daripada itu untuk memulihkan kembali masyarakat ataupun negara kita.

Kemakmuran ekonomi sesebuah negara tentunya ditentukan dengan perkara tersebut. Perkara sumber, yang kedua di mana dibelanjakan. Saya lihat bahawa kerajaan perlu meneroka sumber-sumber baru bagi meningkatkan pendapatan negara, bukan meletakkan beban kepada rakyat melalui perluasan cukai dan kepelbagaian cukai yang akhirnya membebankan rakyat sendiri, seolah rakyat terpaksa menanggung negara.

draft • 12:45 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kita punya sumber-sumber baru yang perlu diteroka sebagai contoh REE.

Negara punya sumber baru, tapi sayangnya sumber ini dengan pelbagai birokraksi yang ada menyebabkan dia lambat dan kerajaan perlu mengenal pasti di manakah punca kelewatan sesuatu sumber baru ini supaya kita dapat mengatasi birokrasi yang melambatkan proses tersebut. Di samping itu, dengan mematuhi nilai-nilai kelestarian alam, kesan impak kepada alam sekitar dan sebagainya perlu juga diberi perhatian dan keutamaan.

Satu lagi peringatan Allah SWT kepada kita. Firman Allah SWT. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Kalaulah penduduk sebuah negara beriman kepada Allah dan bertakwa kepada Allah, nescaya kami akan bukakan pintu-pintu keberkatan yang turun daripada langit dan keluar daripada perut bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan. Maka, kerana itulah mereka dibinasakan oleh Allah Taala disebabkan apa yang mereka usahakan.”

draft • 12:45 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Soal keberkatan ini jarang kita bincang kerana kita lihat dalam konsep fizikal.

Namun manusia bukan hanya nilai fizikal, kita ada nilai spiritual. Sebagai contoh apa dibangkitkan dalam soal pendidikan, ramai pihak melihat dalam konteks sekolah, beban yang ditanggung oleh pihak sekolah. Saya bukan nak membela mana-mana pihak, tapi saya nak jelaskan apa yang berlaku di sekolah itu gambaran yang berlaku di luar sebenarnya. Dan mereka sebagai contoh di rumah kita ada mak ayah yang jaga, di sekolah ada guru yang jaga. Antara rumah dengan sekolah, kerajaan yang kena jaga.

Banyak bahan-bahan yang merosakkan anak, remaja ini.

Sebagai contoh apa yang disebut tadi oleh pembahas sebelum ini yang melihat– daripada Jelebu yang melihat soal kawalan. Saya setuju apa disebut tadi. Namun, ada pihak yang menganggap bahawa pelajar, anak-anak 13 tahun ke bawah ini tidak boleh memiliki media sosial. Saya nak tanya, manakala 15 tahun boleh, 18 tahun boleh? Nilai rosak ini dia sama standard ‘je, orang tua pun tak boleh, anak muda lagi tak boleh kerana anak ialah cerminan apa yang dibawa oleh ibu bapa mereka.

Oleh kerana itu, saya minta MCMC mesti tegas dalam perkara ini. Bahan-bahan pornografi, bahan-bahan ganas, bahan-bahan kelucahan termasuk bahan-bahan mainan perlu dicegah sepenuhnya. Kalau MCMC boleh siasat siapa-siapa yang dianggap menentang Perdana Menteri, sampai ke rumah dipanggil, didakwa di bawa ke mahkamah dan sebagainya, apa pula tindakan MCMC untuk menyekat sepenuhnya

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

bahan-bahan pornografi, bahan-bahan ganas yang merosakkan anak muda kita?

[Tepuk] Saya ingin juga menegaskan tentang perlunya kawalan-kawalan ini sebab bilamana di peringkat awal kita gagal, dia terjemah di sekolah. Anak-anak muda akan cuba sesuatu yang baru diperoleh mereka akan cuba, sebab itu data yang ada pada kita bukan anak muda saja rosak anak tua pun rosak sekarang ini ya.

Saya nak beralih kepada isu yang kedua ialah isu cukai karbon. Dalam Belanjawan yang dibentangkan pada kali ini, kerajaan cuba memperkenalkan pelaksanaan cukai karbon atau carbon tax yang diumumkan bermula pada tahun 2026 dengan sektor besi, keluli dan tenaga menjadi keutamaan buat masa ini. Di waktu yang sama, Perdana Menteri mengatakan dalam ucapan bahawa penggubalan akta dan mekanisme pelaksanaan dengan RUU Perubahan Iklim Negara ya, juga akan dilakukan pada tahun ini.

Ini rasa pelik sikit. Kita buat peraturan, undang-undang belum ada. Sepatutnya RUU itu dibentangkan dulu ya supaya bila kita nak kuatkuasakan perintah atau mengenakan tax, carbon tax kepada industri, kepada itu mesti ada locus standi ada punca kuasa. Rang undang-undang ini belum dibawa lagi ke Parlimen dan dijangka akan dibawa pada tahun ini.

Sepatutnya saya fikir perlu disegerakan perkara tersebut, telah lama perkara ini sebenarnya telah pun dibincang, dibahas di peringkat kementerian dan saya harapkan insya-Allah pada tahun ini mungkin rang undang-undang ini boleh kita bawa ke Parlimen supaya bila kerajaan umumkan cukai karbon kita clear. Hari ini tak tahu cukai karbon berapa persen, ya. Mana pihak yang dikena? Disebut tiga keluli, tenaga dan sektor besi.

Bagaimana sektor pertanian yang membuat pelepasan karbon yang besar? Dalam sektor tenaga sebagai contoh industri permotoran, kenderaan yang juga melepaskan pelepasan karbon yang sangat tinggi.

Pelabur-pelabur juga tentunya juga akan terkesan bila kita sebut mereka akan dikenakan cukai karbon. Isu cukai karbon ini sebenarnya kita pernah bincang sebelum ini, banyak pihak bincang, tapi mengambil kita tentang tekanan kepada pihak industri dalam pelaburan mereka dalam sektor-sektor tersebut. Mereka perlu jelas berapa persen cukai yang dikenakan? Bagaimana mekanisme pengukuran pelepasan karbon tersebut? Semua ini perlu diperhalusi supaya kita dapat jelas bila kita laksanakan sesuatu cukai kepada pihak industri.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Di samping itu, saya juga ingin melihat tentang pelaburan kerajaan menghabiskan 16.8 bilion diberikan kepada projek LRT Pulau Pinang. Saya bukan soal nak pertikai apa diberi oleh pihak kerajaan, tapi bandingkan 16.8 bilion sedangkan kajian dibuat LRT di Pulau Pinang tidak diperlukan berbanding menyiapkan jalan Lebuhraya Pantai Timur yang sekarang ini sampai ke Terengganu saja. Bila nak bawa sampai ke Kelantan ya? Sepatutnya jumlah ini digunakan untuk menyiapkan projek yang belum siap dan jadi keutamaan, keperluan kepada pihak rakyat seluruhnya.

Saya lihat bahawa— demikian juga stesen. Kalau kita tengok di Stesen LRT Lembah Klang ada 196 stesen sedia ada, KTM, LRT dan MRT berbanding yang cuba dicadangkan di Pulau Pinang. Kita lihat keseimbangan pembangunan sangat ketara ya.

Terlalu banyak fokus untuk diberi kepada Pulau Pinang. Sabah banyak, saya ucap terima kasih. Kita tak ada masalah. Mungkin kerana ada pilihan raya negeri. Sabah akan dapat manfaat daripada pilihan raya.

Maknanya, elok pilihan raya ini kalau macam itu setiap tahun pilihan raya lagi bagus ya, rakyat dapat macam-macam janji. Namun apa yang penting kepada kita, isu besar dalam isu infrastruktur ini ialah penggunaan kenderaan pengangkutan awam bagi mengurangkan pelepasan karbon. Kita mengalu-alukan tindakan tersebut, tapi isu yang berbangkit di sini ada tiga perkara yang kita perlu address-kan sini.

Yang pertama, kelemahan pengangkutan awam ialah infrastruktur— first mile, last mile yang sangat daif dan ini menyebabkan pengguna terpaksa guna kereta sendiri.

Fasal apa, kerana bila dia guna MRT atau LRT akhirnya dia terpaksa mengguna pengangkutan lain untuk ke pejabat, ini masalah besar.

Kedua ialah kekerapan kerosakan dan yang ketiga ialah tren yang terlalu padat waktu-waktu puncak ya. Kalau kita gagal menyelesaikan masalah ini bererti kita akan gagal melepaskan isu masalah pelepasan cukai yang besar dalam negara kita.

Seperkara lagi yang saya ingin bangkitkan juga dalam perbahasan pada kali ini ialah berhubung dengan suatu tindakan yang dibuat oleh dalam konteks ASEAN ya sebagai Malaysia sebagai sebuah Pengerusi ASEAN. Setelah enam dekad lebih ASEAN dibina, saya fikir sampai masanya ASEAN perlu mengadakan satu rombakan besar ataupun satu reformasi besar dalam gabungan kita supaya lebih komprehensif dan lebih dekat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebagai contoh, kalau EU boleh wujudkan satu mekanisme bagi menggabungkan kekuatan yang ada di kalangan negara-negara Eropah, saya fikir rantau kita Rantau ASEAN ini perlu menggerak ke arah yang lebih baik, lebih dinamik.

Sebagai contoh, bagaimana kesatuan-kesatuan serantau ini yang berdepan dengan cabaran geopolitik yang sangat berbahaya di hasil pertembungan di antara China dan Rusia, China dan Amerika menyebabkan rantau ini berdepan dengan tekanan keselamatan yang sangat berisiko.

Lantaran itu, ASEAN sepatutnya mewujudkan satu kesatuan menjamin keselamatan rantau ini ya. Dengan sebagai contoh, tidak ada— tak perlu dibenarkan mana-mana kuasa besar membina pangkalan tentera asing di kawasan rantau ASEAN supaya rantau ini lebih selamat daripada pihak tertentu.

Kedua, soal penggunaan mata wang. Kalau EU boleh menggunakan satu mata wang, saya fikir ASEAN perlu bergerak ke arah lebih dinamik bagi membina satu gabungan yang lebih berkesan ke arah membina rantau kita menjadi rantau yang aman, stabil dan tidak terganggu gugat dengan situasi yang berlaku sama ada di Rantau Asia Tengah ataupun apa-apa yang berlaku di kawasan Rantau ASEAN ini.

Kita juga mengalu-alukan beberapa pandangan berhubung dengan kehadiran Trump ke Malaysia. Kita telah jelaskan oleh Tuan Guru Presiden dalam ucapan, kita menentang keras kehadiran mereka dan kita dah isytihar bahawa kita akan adakan satu himpunan rakyat, demonstrasi besar-besaran bagi membantah kehadiran Trump yang dianggap sebagai penjenayah yang membunuh dan menghantar senjata kepada Israel menyokong keganasan Israel yang berlaku.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua saya ingin membangkitkan isu yang berlaku tentang isu kawasan saya sendiri di kawasan Kubang Kerian ya. Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan bajet ada beberapa projek-projek sambungan yang dibuat. Namun, ada beberapa isu tentunya pembangunan kawasan di kawasan Kubang Kerian ini khususnya pembinaan jalan yang sering kali saya bangkitkan di mana ada kawasan-kawasan yang kepadatan penduduk yang sangat padat dan jalan yang sangat jammed yang sangat teruk. Maka, saya harapkan supaya perkara ini dapat dipercepatkan untuk mengatasi masalah gangguan ataupun kepadatan kenderaan pada waktu-waktu puncak.

Di samping itu, isu tanah mendap di tebing-tebing sungai yang berlaku di Teluk Kandis di Salor yang telah berlaku dua tahun lalu. Saya telah bangkitkan banyak kali

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

perkara ini dan perkara ini kita harapkan dapat diatasi supaya isu keselamatan penduduk dapat kita atasi dengan sebaik mungkin.

Di samping itu saya juga ingin memohon pihak kementerian PETRA supaya kejadian tanah runtuh berhampiran dengan sebuah kediaman penduduk di Jeram Bungor dalam DUN Cheka di Lipis dapat diberi perhatian segera kerana kawasan ini sangat berisiko tinggi. Sejak tahun 2014 keadaan semakin membimbangkan. Saya bimbang berlaku sesuatu kejadian yang sangat tidak diingini.

Saya telah melawat kawasan ini beberapa kali dan rumah ini sangat-sangat berada dalam keadaan yang sangat berisiko. Saya bimbang kalau-kalau berlaku satu benda yang memudaratkan, kematian, keruntuhan dan sebagainya boleh mengancam nyawa penduduk. Perkara- perkara ini saya harapkan dapat diberi perhatian segera untuk diluluskan, di samping saya telah bangkitkan isu jalan-jalan perlu ditingkatkan terutama apa yang dibangkitkan oleh Menteri tadi untuk penurapan jalan-jalan baru dan sebagainya. Mudah-mudahan kita semua dapat keberkatan daripada Allah SWT.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya bukan pesimis sangat, tapi saya fikir kita bahas hampir dua bulan, sebulan lebih perbahasan panjang kita bahas bajet ini. Ada cadangan bagus, ada pandangan-pandangan yang baik, tapi akhirnya ke mana pergi cadangan itu, apa sudah dengan cadangan-cadangan itu? Kita bahas bergegar dalam Dewan, tapi akhirnya kita undi, lepas undi lulus. Kita pergi jawatankuasa, satu persatu akhirnya lulus. Jadi, apa yang di bincang ini untuk apa? Apakah akan berlaku pindaan?

Sepanjang saya ada dalam Dewan ini tak pernah satu sen pun berlaku pindaan pada cadangan-cadangan walaupun cadangan baik. Sebagai contoh semalam Perdana Menteri setuju bahawa pasukan pengaman PBB perlu dihantar ke Gaza, tapi apa tindakan? Ya, jadi kita bahas, idea bagus, pandangan bagus, kritikan bagus, cadangan bagus kita terima, tapi akhirnya ke mana? Wallahualam. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Ahli-ahli Yang Berhormat saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Selamat petang, Yang Berhormat.

Kita mula sesi petang dengan saya persilakan Yang Berhormat Bagan.

draft • 2:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin menyatakan bahawa saya amat menghargai peluang ini. Tapi sebelum saya membahaskan dan menyokong Belanjawan 2026, saya— yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober yang lalu. Saya terpanggil untuk menimbulkan krisis keselamatan anak-anak kita dalam sekolah.

Malapetaka demi malapetaka kes kematian. Mula dengan pelajar Zara di Sabah, pelajar— seorang pelajar Tahun 4 di Negeri Sembilan dan baru-baru ini sahaja, pelajar perempuan Tingkatan 4 yang mati ditikam di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Amat mengerikan. Ditambah juga dengan kejadian seorang pelajar perempuan dirogol di Melaka dan yang baru ini dilaporkan seorang pelajar perempuan di Kedah pula, dirogol juga. Dan juga empat budak lelaki Tahun 6 di Perak menghadapi gangguan seksual.

Kesemua ini telah menjadikan ia semua satu krisis tentang kegagalan sekolah dalam negara kita menjaminkan keselamatan asas anak-anak kita. Saya ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga mereka. Semoga mereka diberikan ketabahan hati untuk mengharungi cabaran yang amat besar ini.

Nyawa yang kehilangan tidak boleh dihidupkan kembali dan serangan seksual tidak boleh dipadamkan. Apa yang harus dilakukan untuk menebus kembali kejahatan yang berlaku dan memulihkan suasana sekolah yang suci dan selamat ialah untuk memastikan malapetaka, malapetaka sedemikian tidak dibenarkan berulang lagi...

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bagan, boleh sikit tak?

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekejap, sekejap. Saya ingin mengesyorkan tiga langkah utama yang harus dijalankan dengan segera demi mengatasi masalah buli dan gangguan fizikal yang merupakan punca utama semua kejadian malang ini berlaku.

Langkah tersebut harus dilaksanakan bukan sahaja ke atas sekolah kerajaan tapi juga diperluaskan ke atas semua sekolah swasta.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pertama, kembalikan rotan secara meluas ke dalam perkarangan sekolah dan mewajibkan semua guru-guru yang ditugaskan merotan pelajar harus menjalani pemeriksaan psikologi secara berkala demi kesihatan dan keselamatan para guru dan pelajar.

Merotan memang berkesan semasa zaman kami bersekolah, bila tidak wujud langsung kejadian malang sekarang. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, spare the rod, spoil the child. Sila.

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, Bagan. Bagan setuju kah, bahawa nampak gaya sekolah-sekolah ini ibu bapa menganggap tidak lagi selamat untuk anak-anak mereka untuk pergi belajar? Dan saya setuju dengan Bagan supaya merotan itu diberi kebenaran kepada guru-guru dan Menteri Pelajaran juga perlu mencari mekanisme yang sepadan untuk mengekang gejala-gejala seumpama ini supaya tidak berlarutan sebab ini membimbangkan ibu bapa. Terima kasih, Bagan.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Kinabatangan. Cadangan beliau boleh dijadikan sebahagian ucapan saya.

Kedua, meluluskan peruntukan kecemasan untuk memasang CCTV dalam perkarangan sekolah, dalam perkarangan lebih 10,00 buah sekolah dalam negara kita.

Sungguhpun ia mungkin melibatkan peruntukan kewangan sebilion ringgit, saya yakin rakyat Malaysia akan bersetuju dan tidak berkompromi tentang keselamatan anak-anak kita.

Dan yang ketiga, merangka satu sistem sokongan dan dukungan antibuli dan anti-gangguan seksual secara menyeluruh dengan meningkatkan penyeliaan dan pengawasan dalam perkarangan sekolah dengan rondaan yang lebih kerap, pelaksanaan libat urus dengan pelajar dan ibu bapa untuk mendidik tentang gejala buli serta kapasiti mengesan, mengenal pastinya dan melaporkannya...

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bagan, saya mohon.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sila.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sebelum Bagan pergi ke perkara yang lain, saya kembali semula tadi tentang mendisiplinkan pelajar melalui kaedah yang dulu kita pakai dan sangat berkesan iaitu kaedah rotan tersebut. Sekarang ini kaedah itu sebenarnya tidak lagi dimansuhkan sepenuhnya. Masih ada lagi dalam tatacara Kementerian Pendidikan, tetapi kaedah sekarang ini menekankan kepada kaunseling,

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

psikologi dan sebagainya. Dan ini disebutkan lagi oleh Ketua Pengarah Pendidikan baru-baru ini, tapi pada pandangan saya, kaedah merotan ini tidak boleh ditinggalkan sepenuhnya. Dia sangat berkesan.

Dulu kita ada guru yang— Guru Disiplin yang kalau mereka ini lalu sahaja di koridor dan sebagainya, murid-murid ada rasa gerun, ada rasa hormat kerana kaedah itu sangat berkesan.

Setujukah Bagan kalau kita jangan tinggalkan terus kaedah merotan ini? Biar dia digunakan secara menyeluruh dan secara holistik. Sekian, terima kasih.

draft • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bagan, sedikit sahaja, Bagan. Daripada Bayan Baru. Terima kasih.

Bagan, saya juga ingin minta komen daripada Bagan bahawa merotan ini merupakan satu cara yang efektif, tetapi baru-baru ini di Pulau Pinang, ada kes Guru Disiplin yang merotankan, mendisiplinkan budak sekolah, tetapi di-charged. Dua orang Guru Disiplin di-charged, dihadapkan ke mahkamah. Jadi, ini adalah sedikit— saya rasa ada tak berapa eloklah kerana kita mempertanggungjawabkan Guru Disiplin, tetapi Guru Disiplin menjalankan tugas, tapi pula di-charged di mahkamah. Minta komen Bagan.

Terima kasih.

draft • 2:33 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, saya setuju dengan pandangan kedua-dua rakan saya, tapi di sini sama ada, kalau benar-benar berlaku kecederaan yang serius, tentu tindakan perlu diambil, tapi kalau kesan rotan ini hanya biasa di rotan sahaja, mengapa perlu sampai didakwa ke mahkamah? Ini terpulang kepada bukti-bukti kes ini, tapi memang boleh masuk cadangan kedua-dua rakan saya dalam ucapan saya. Terima kasih.

Kementerian Pendidikan diminta tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang gagal membendung gejala ini atau menjalankan tugas mereka.

Kita hanya boleh memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dengan memastikan pihak berkuasa tidak membenarkan kejadian tragis seperti ini berulang lagi. Never ever forget and never ever again, dengan izin Dato' Yang di-Pertua.

Berbalik kepada Belanjawan 2026. Belanjawan 2026 harus bersifat inklusif dan mengembang (expansionary) untuk menangani tiga cabaran ekonomi dunia dalam tahun 2026. Demi pembangunan ekonomi mampan yang menjaminkan negara dan rakyat terus maju dan makmur. Sememangnya, Belanjawan 2026 meningkat daripada

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

RM452 bilion pada tahun 2025 kepada RM470 bilion, tetapi soalannya, adakah ia mencukupi untuk menghadapi tiga cabaran ekonomi dunia yang membinasakan peluang perniagaan, khususnya IKS, industri kecil dan sederhana?

Pertama, perang tarif Amerika Syarikat yang mencacatkan perdagangan terbuka dan adil serta menutup pasaran kepada IKS tempatan.

Kedua, kehadiran ekonomi dua peringkat atau, dengan izin, two-tier economy, di mana hasil pertumbuhan ekonomi tidak dapat dikongsi bersama tetapi hanya tertumpu dalam sektor atau industri tertentu seperti bidang teknologi tinggi dan perkhidmatan.

Ketiga, masalah lambakan barangan daripada negara yang tidak dapat memasuki pasaran Amerika Syarikat dan gejolak involution, dengan izin, yang mencetuskan ‘perang harga’ yang membinasakan daya saing IKS.

Tuan Yang di-Pertua, ketiga-tiga cabaran ekonomi dunia mempunyai impak besar kepada IKS yang hanya akan mengetahui nasib mereka pada pertengahan tahun 2026. Bila kesan sepenuhnya perang tarif akan diketahui. Yang dibimbangkan ialah dalam pertengahan tahun depan, berapa banyak kah IKS yang akan tenggelam dan gulung tikar?

Peranan IKS dalam negara kita tidak boleh dinafikan dengan sumbangan 38 peratus kepada KDNK yang ingin dinaikkan kepada 40 peratus dalam RMKe-13 dan menjanakan 48 peratus pekerjaan negara serta hampir 13 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Naik dan turun IKS ada impak besar kepada ekonomi, pekerjaan dan mutu hidup sebilangan besar rakyat Malaysia.

Berikutan tarif sedunia yang dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, hasil produk banyak negara yang sepatutnya masuk ke dalam pasaran Amerika Syarikat akan cari alternatif lain dengan harga yang jauh lebih murah, termasuk lebih rendah daripada kos pengeluaran. Impak lambakan dengan kemasukan barangan import murah secara besar-besaran ini akan menghancurkan banyak pasaran dan industri tempatan.

Malah, di negara sendiri— di negara China sendiri, fenomena involution begitu membimbangkan. Fenomena ini menumpukan peningkatan share atau bahagian pasaran dengan potongan harga hampir sama atau kurang daripada kos pengeluaran sehingga menghalau pesaing daripada pasaran atau memaksa mereka gulung tikar.

Sekiranya datang ke Malaysia, saya rasa habislah untuk banyak IKS dalam negara kita. Di samping itu, oleh kerana tertutupnya pasaran Amerika Syarikat ekoran pelaksanaan tarif, banyak projek kerajaan dan swasta akan dibida dengan harga yang

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

jauh lebih rendah. Pembida atau pelabur asing ini mampu tawarkan harga yang begitu rendah kerana mereka akan memperolehi sumber-sumber keperluan barangan daripada negara asal dengan harga yang sangat rendah.

Dengan tambahan kos seperti kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus, perluasan skop cukai baharu SST, pelaksanaan e-invoicing, cukai dividen dua peratus untuk pendapatan dividen lebih RM100,000 dan pembayaran dua peratus caruman KWSP untuk pekerja asing, IKS diibaratkan dalam keadaan telur di hujung tanduk.

Dato' Yang di-Pertua, IKS harus dijaga dengan mewajibkan semua pelabur dan kontraktor asing membeli sekurang-kurangnya 50 peratus barang keperluan tempatan daripada pengeluar tempatan, sama ada mereka yang menjalankan kontrak kerajaan ataupun swasta, harus wajibkan semua daripada negara asing berbuat demikian. Kalau kita lihat negara Indonesia, mereka mewajibkan 70 peratus barangan tempatan mesti menjadi pembelian oleh syarikat-syarikat asing ini, yang kita hanya cadangkan 50 peratus sahaja.

Kerajaan juga diminta menguatkuasakan larangan ke atas lambakan barangan, baik tidak dibenarkan masuk ke negara, mahupun mengenakan duti lambakan. Di samping itu, kerajaan diminta mempertimbangkan suatu dana khas didirikan untuk membantu IKS yang terkesan dengan perang tarif ini.

Dato' Yang di-Pertua, untuk membiayai kesemua ini, saya ingin mengesyorkan agar hutang kontinjen liabiliti digantikan dengan hutang kerajaan secara langsung agar perbelanjaan bangunan atau DE, development expenditure boleh tambah tanpa menjejaskan had hutang kerajaan statutori sebanyak 65 peratus KDNK. Ini perlu bukan sahaja untuk menubuhkan dana membantu IKS mengharungi cabaran perang tarif, tetapi juga memastikan belanjawan mengembang (expansionary budget), dengan izin, demi menghadapi iklim ekonomi dunia yang kian menyusut.

Perlunya DE atau perbelanjaan pembangunan ditambah dan bukan dikurangkan, demi menjaminkan infrastruktur dan pelaburan masa depan. Kerana DE telah dikurangkan daripada RM97 bilion pada tahun 2023, RM90 bilion pada 2024, RM86 bilion pada 2025 dan tinggal hanya RM81 bilion dalam Belanjawan 2026.

Kini, tidak ada ruang untuk meminjam wang menjalankan perbelanjaan pembangunan kerana hutang kerajaan sebanyak RM1,327,000 telah mencecah had 65 peratus KDNK. So di sini, kecuali kita naikkan had statutori hutang kerajaan daripada 65 peratus. Ini tentu tidak dipersetujui, tapi kalau kita boleh gantikan contingent liabilities

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

dengan hutang kerajaan secara langsung, ini memberikan satu dana kepada Kerajaan Persekutuan untuk membelanjakan— untuk dibelanjakan ke atas rakyat Malaysia dengan mengurangkan pendedahan risiko hutang kerajaan. Contingent liabilities atau off-balance sheet financing harus dikurangkan secara mendadak.

Setakat 2024, jaminan kerajaan untuk projek GLC adalah sebanyak RM332.8 bilion atau 17.2 peratus KDNK, menjadikan keseluruhan pendedahan hutang kerajaan 82 peratus KDNK. Sekiranya contingent liabilities boleh ditukar ganti dengan hutang kerajaan secara langsung, maka dana ini boleh digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan hutang kerajaan akan jauh lebih rendah berbanding dengan pendedahan risiko hutang secara keseluruhan sebanyak 82 peratus KDNK.

Tambahan, ini boleh digunakan untuk contohnya, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan R&D yang perlu ditambahkan demi menjalankan transformasi teknologi tinggi dan negara berinovasi, khususnya industri digital dan AI. Perbelanjaan kasar dalam negeri untuk R&D jauh lebih rendah daripada sasaran 2.5 peratus KDNK bagi tahun 2025.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sasaran 2.5 peratus KDNK tapi sebenarnya hanya capai satu peratus sahaja.

Macam mana sasaran perbelanjaan kasar dalam negeri untuk R&D sebanyak 3.5 peratus KDNK untuk tahun 2030 yang ditetapkan untuk RMKe-13 akan tercapai tanpa tambahan perbelanjaan besar daripada kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 tidak akan menambahkan beban kewangan rakyat dalam bentuk cukai baharu, tambahan cukai ataupun fi bayaran tambahan, tapi kita perlu ingat bahawa khususnya IKS, mereka menghadapi banyak kos iaitu cukai tambahan SST, pembayaran dividen dua peratus untuk pekerja asing.

Dan itu bukan sekadar dua peratus sahaja Dato’ Yang di-Pertua, kerana saya telah mendapat maklum balas daripada majikan yang menyatakan bahawa pekerja- pekerja asing enggan membayar dua peratus sumbangan KWSP mereka atas alasan bahawa ia tidak termaktub dalam kontrak pekerjaan dengan majikan kerana pada masa itu tidak disebut pun perlu membayar caruman dua peratus KWSP. Dan apabila undang- undang dipindah dan diluluskan, sudah terlewat.

Dan sekarang apabila nak wajibkan mereka membayar dua peratus caruman KWSP, pekerja-pekerja asing enggan berbuat demikian. Dan demi memastikan mengekalkan harmoni perusahaan, ada majikan yang terpaksa membayar caruman

draft • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

KWSP dua peratus pekerja ini, bermakna mereka membayar bukan sahaja bahagian dua peratus mereka tapi juga bahagian dua peratus pekerja asing.

Bermakna empat peratus satu bulan, 48 peratus setahun atau tambahan setengah bulan gaji setiap tahun. Ini adalah kos tambahan untuk IKS selain daripada kos-kos lain. So, inilah yang kita harus ambil kira apabila kita hendak tubuh satu dana untuk IKS-IKS ini membantu mereka menghadapi semua cabaran-cabaran yang saya gariskan.

Dato’ Yang di-Pertua, timbul kontroversi dalam media sosial tentang peruntukan kecil kepada golongan bukan bumi dalam Belanjawan 2026. Sungguhpun penjelasan telah pun diberikan, tanggapan negatif ini masih wujud termasuk dalam masyarakat Cina. Perkara pokok ialah mengapa peruntukan kepada golongan bukan bumi hanya sekadar tiga peratus daripada jumlah peruntukan yang diberikan kepada golongan bumi.

Demi menangkis anggapan negatif ini, saya ingin mengesyorkan agar kadar tiga peratus kepada bukan bumi dinaikkan kepada 10 peratus daripada apa yang diberikan kepada golongan bumi.

Komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperkasakan syariah Islam boleh dilihat dengan kenaikan peruntukan kepada JAKIM. Daripada RM1.5 bilion semasa beliau menjadi Perdana Menteri pada 2023, dinaikkan kepada RM2 bilion untuk 2025 dan RM2.6 bilion dalam Belanjawan 2026. Ini diterima oleh rakyat termasuk yang bukan agama Islam.

Penduduk bukan Islam memohon agar peruntukan untuk rumah ibadat bukan agama Islam (RIBI) juga boleh dinaikkan daripada RM50 juta yang kini kekal sama dengan Belanjawan 2026 seperti tahun 2023. Sejak 2023, RM50 juta. Sudah tiga tahun masih RM50 juta. Harap ini boleh dinaikkan supaya sekurang-kurangnya dapat memenuhi keperluan untuk RIBI, Rumah Ibadat Bukan Islam.

Pada masa yang sama, saya ingin sampaikan kebimbangan masyarakat India tentang pengurusan MITRA, dengan pergelutan pimpinan antara Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Batu. Ini menimbulkan keraguan sama ada peruntukan RM100 juta MITRA dapat dibelanjakan sepenuhnya untuk tahun ini.

Sekiranya Yang Berhormat Sungai Buloh diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memimpin MITRA, adalah diharapkan beliau boleh diberikan sokongan sepenuhnya untuk menguruskan MITRA dengan cekap agar masyarakat India tidak rasa mereka terus dipinggirkan.

draft • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kelulusan projek-projek pembangunan kepada negeri Pulau Pinang seperti LRT, Pelabuhan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, lebuh raya bertingkat dan Rancangan Tebatan Banjir yang perlu selaras dengan sumbangan cukai besar Pulau Pinang kepada dana Kerajaan Persekutuan.

Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri berindustri dalam Malaysia dengan 95 peratus KDNK disumbang daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan. Dengan perang tarif Donald Trump termasuk ancaman mengenakan tarif 100 peratus ke atas cip semikonduktor, Pulau Pinang menghadapi cabaran besar untuk terus mengekalkan sumber kejayaan ekonomi sebelum ini.

Oleh itu, Pulau Pinang yang tidak ada sebarang sumber semula jadi perlu satu lagi pemangkin ekonomi untuk mengekalkan kejayaan dan memajukan Pulau Pinang.

Kini, hanya tinggal perkhidmatan kewangan sahaja yang boleh menjadi pemangkin ekonomi yang menyelamatkan ekonomi Pulau Pinang.

Saya ingin mengesyorkan satu kawasan Ampang Jajar yang terletak di tengah sempadan kawasan Parlimen, kawasan Permatang Pauh dan Bagan di Seberang Perai dijadikan sebagai tapak zon kewangan khas. Tapak seluas 100 ekar ini yang berdekatan dengan Pelabuhan Pulau Pinang dan LRT Pulau Pinang memang sesuai untuk menjadi tapak masa depan Pulau Pinang.

Sudah tiba masanya kawasan Seberang Perai dipilih agar dapat memastikan pembangunan yang seimbang untuk rakyat kawasan separa bandar. Semoga zon kewangan khas ini dapat diluluskan oleh pihak kerajaan atas sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Pulau Pinang kepada Kerajaan Perpaduan. Saya menyokong.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Ketereh.

draft • 2:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2026.

Hari ini saya akan sentuh isu-isu berkenaan dan kebajikan anggota Veteran ATM.

draft • 2:56 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah memperuntukkan jumlah wang yang besar kepada MINDEF di mana, ia nya telah meningkat setiap kali belanjawan yang dibentangkan sejak tahun 2023. Bagi tahun 2026, MINDEF telah diperuntukkan sebanyak RM21.746 bilion iaitu bertambah sebanyak RM617.566 juta berbanding belanjawan tahun 2025. Jabatan Hal Ehwal Veteran pula menerima peruntukan sebanyak RM302.664 juta iaitu bertambah sebanyak RM8,651,000.

Jika wang ini digunakan dengan betul dan tiada ketirisan, sudah tentu ia nya boleh meningkatkan kekuatan peralatan ketenteraan serta menambah baik kebajikan anggota ATM dan veteran ATM. Mengikut portal Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) yang berakhir pada 30 Julai 2025, jumlah veteran ATM di seluruh negara adalah 221,312 orang termasuk Sabah dan Sarawak. Jumlah veteran ini akan bertambah lebih kurang 6,000 setiap orang setiap tahun memandangkan seramai 6,000 anggota ATM berpencen dan tidak menyambung perkhidmatan setiap tahun.

Dato’ Yang di-Pertua, isu kebajikan anggota veteran ATM yang masih belum selesai sejak tahun 2013 adalah isu pelarasan pencen anggota veteran ATM yang bertugas sebelum 1 Januari 2013. Di mana pencen mereka tidak disetarakan dengan veteran yang bertugas selepas 1 Januari 2013 dan perbezaan pencen antara mereka amat besar.

Lebih malang lagi pada 1 Januari 2013 apabila MINDEF menerima kenaikan pencen dua percent setahun hingga Jun 2023 iaitu lebih kurang 10 tahun berdasarkan kepada pencen lama. Dan juga sistem saraan perkhidmatan, SSPA sebanyak lapan peratus pada tahun 1 Disember 2024 kepada semua penjawat awam dan juga anggota ATM yang bersara.

Dengan kenaikan dua percent ini, jurang pencen veteran ATM yang berpencen sebelum 1 Januari 2013 dan veteran yang bersara selepas 2013 menjadi lebih besar kerana pencen mereka tidak disetarakan terlebih dahulu.

draft • 2:56 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya telah membawa isu ini Dewan yang mulia sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 19 November 2022. Sehingga kini, sudah empat kali belanjawan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, tetapi malangnya tiada satu pun belanjawan yang dibentangkan memberi kegembiraan kepada 78,546 orang veteran ATM yang terlibat.

draft • 3:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Mereka begitu kecewa, mereka begitu sedih setiap kali belanjawan dibentangkan kerana hak mereka tidak diberi perhatian oleh kerajaan. Sudah hampir 12 tahun mereka menunggu kerajaan menyelesaikan pelarasan pencen tersebut kerana itu adalah hak mereka berdasarkan kepada undang-undang.

Di sini saya ingin menjelaskan kenapa pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 wajib diselesaikan oleh kerajaan.

Pertama, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972. Bagi menjelaskan isu ini, saya sekali lagi nak mengulangi di Dewan yang mulia ini bahawa perkhidmatan ATM tidak sama dengan perkhidmatan awam yang lain.

Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, tuntutan hak pelarasan pencen ini adalah mengikut undang-undang dan bukan meminta belas kasihan daripada kerajaan, tetapi ia nya berdasarkan kepada perkara yang berikut.

Perkara pertama; Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan; ATM adalah perkhidmatan yang tertinggi di antara perkhidmatan awam yang lain, yang mana kita ada Majlis Angkatan Tentera.

Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan; Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera, dan yang berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan Angkatan Tentera bagi maksud operasi.

Dato’ Yang di-Pertua, Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tiada kuasa ke atas ATM. Bidang kuasanya adalah tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam yang lain yang disebut dalam perenggan (c) dan (f), fasal 1 Perkara 132.

Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan; perlindungan hak pencen kepada veteran ATM yang telah berkhidmat pada negara.

Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972 pula menyatakan, Majlis Angkatan Tentera telah diberi bidang kuasa undang-undang membentuk satu peraturan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah ATM 1982. Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran

draft • 3:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

dan Faedah) 1982 yang wartakan melalui warta kerajaan pada 29 April 1982 tidak pernah dipinda ataupun dibatalkan, sepertimana yang termaktub dalam Perkara 5 Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah lain) ATM 1982.

Mengikut akta ini, setiap kali berlaku pelarasan gaji anggota ATM, maka pelarasan pencen juga perlu dibuat. Akta Pencen 1980 hanya khusus kepada kakitangan awam yang lain. ATM mempunyai Peraturan (Pencen, Ganjaran dan Faedah Lain) 1982 yang dibuat melalui kuasa seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972 oleh Majlis Angkatan Tentera.

Pada tahun 2013, telah berlaku kenaikan gaji anggota Angkatan Tentera, tetapi malangnya tidak ada pelarasan pencen dibuat 12 tahun yang dulu. Kesilapan ini diulang oleh MINDEF yang bertegas bahawa pada tahun 2013 tiada pelarasan gaji anggota ATM, tapi yang ada hanyalah semakan gaji dan penambahbaikan gaji.

Sebenarnya, istilah tersebut adalah sama, yang mana melibatkan kenaikan gaji.

Jadi, bila ada kenaikan gaji, maka pelarasan pencen juga wajib dilaksanakan mengikut seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972.

Kedua, keputusan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) pada 29 September yang bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan pada masa tersebut, Yang Berhormat Sembrong, telah meluluskan cadangan pelarasan pencen ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Saya ingin bertanya kepada MINDEF, kenapa keputusan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) ini tidak dihormati dan pelarasan pencen tidak dilaksanakan?

Adakah Menteri Pertahanan pada masa tersebut dan juga Ahli-ahli MVK pada waktu itu membuat keputusan yang salah? Saya percaya keputusan itu betul berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972 yang mana sepatutnya diikuti oleh kerajaan sekarang.

Oleh kerana kerajaan menafikan hak veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013, maka veteran telah mendapatkan Perintah Mahkamah agar kerajaan berlaku adil kepada mereka. Rujuk saman pemula WA24NC 3989-11/2022 oleh Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi pada masa tersebut di Kuala Lumpur pada 5 Februari 2024, telah memihak kepada veteran di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan berikut:

draft • 3:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

(i) Mahkamah Tinggi memberitahu Majlis Angkatan Tentera telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan; dan

(ii) Majlis Angkatan Tentera hendaklah melaksanakan hak pelarasan pencen veteran bersara sebelum 1 Januari 2013, serupa dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013 dan tidak adil membezakan pencen mereka.

Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan pencen kepada tentera yang berkhidmat untuk negara. Kegagalan menyelaraskan pencen veteran ATM adalah satu keingkaran kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini keputusan Mahkamah Tinggi pada masa tersebut. Malangnya, selepas itu MINDEF telah membawa keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan tujuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Akhirnya, pada 4 Jun Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi disebabkan perubahan yang dibuat atau dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera terhadap pindaan garis panduan 2013 dan pelaksanaan struktur jadual gaji maksimum, minima yang telah diterima pakai oleh Majlis Angkatan Tentera. Ia nya tidak melibatkan perubahan gaji ATM, tetapi hanya melibatkan perubahan kepada syarat perkhidmatan ATM yang sedang berkhidmat mulai 1 Januari 2013 dan seterusnya sahaja.

Dato’ Yang di-Pertua, syor atau usul daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini sepatutnya tidak diterima oleh Majlis Angkatan Tentera kerana Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak ada bidang kuasa undang-undang terhadap ATM.

Selepas itu, veteran sekali lagi membawa kes kebenaran rayuan ke Mahkamah Persekutuan, di mana akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada 6 November 2025. Sekiranya kebenaran diberikan, maka kes akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2026, tahun depan. Soalnya, kenapa MINDEF berbuat demikian— berbuat sebegini? Sedangkan ia merupakan hak veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 untuk setarakan pencen mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, majoriti veteran ini adalah anggota yang berkhidmat semasa darurat 1946-1990 di mana peratus usia mereka hari ini adalah 60 tahun ke atas. Seramai 93.24 peratus veteran menerima pencen pada kadar 50 peratus dari gaji akhir kerana tidak memenuhi khidmat 25 tahun tiga bulan untuk layak pencen 60

draft • 3:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

peratus. Tanpa pelarasan pencen dibuat, jurang perbezaan kadar pencen di antara kumpulan mereka adalah terlalu besar.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara seterusnya saya ingin cadangkan di sini adalah tentang Bantuan Sara Hidup yang hanya diberi kepada veteran tidak berpencen yang berumur 60 tahun ke atas. Saya mendapat banyak panggilan daripada ramai veteran berpencen di seluruh negara menyatakan kenapa bantuan sara hidup ini tidak dipanjangkan kepada mereka? Hakikat yang sebenar, veteran berpencen yang berumur 60 tahun ke atas juga amat susah kerana pencen mereka amat rendah di bawah paras kemiskinan. Cadangan saya adalah agar bantuan sara hidup ini dipanjangkan kepada veteran berpencen yang berumur 60 tahun ke atas.

Di sini saya memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

draft • 3:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana meluluskan bayaran RM500 secara one-off kepada semua penerima Pingat Jasa Malaysia. Walau bagaimanapun, di sini saya ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mempertimbangkan bayaran bulanan kepada penerima pingat PJM yang berumur 60 tahun ke atas.

Pemberian ini amat wajar memandangkan jasa mereka kepada negara amat besar terutama semasa menghadapi pengganas komunis semasa darurat. Kesemua mereka ini telah terlibat dalam pertempuran dengan pengganas komunis dan ramai juga yang telah cedera.

Justeru itu, saya minta Jabatan Hal Ehwal Veteran agar mempercepatkan pemberian PJM kepada semua anggota yang terlibat yang mana memasuki tentera sebelum 2 Disember 1989 di Semenanjung dan sebelum 17 Oktober 1990 bagi Sabah dan Sarawak. Pemberian PJM ini mesti dibuat dengan secara segera agar semua penerima PJM ini layak untuk mendapat one-off RM500.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas keprihatinannya kepada veteran ATM yang merupakan perwira-perwira negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan negara satu ketika dulu. Saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar meluluskan pelarasan pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 kerana ia

draft • 3:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

nya merupakan hak mereka mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.

Kalau pelarasan pencen yang arif hakim-hakim dan penjawat awam yang lain boleh diselaraskan, kenapa tidak dengan veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013? Saya percaya Kerajaan MADANI mampu melaksanakan pelarasan pencen ini kerana veteran ini telah pun menerima kenaikan pencen dua percent selama 10 tahun dari 1 Januari hingga Jun 2023 dan juga lapan peratus SSPA pada Disember 2024.

Jadi, kalau nak kira, tak banyak mana pun duit itu sebab dia orang dah terima dah yang tadi, yang dua percent dan juga lapan percent. Jadi, kalau tolak pergi, tolak mari, sikit saja lagi dah. Saja saya mohonlah sekali lagi, Yang Berhormat Perdana Menteri, tolonglah selesai masalah ini, masalah veteran ATM.

Sekian. Wabillahitaufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 3:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bermula, saya tadi baca berita tentang ibu kepada adik Yap Shing Xuen. Ibu beliau memohon supaya rakyat Malaysia mendoa untuk anak beliau yang baru meninggal kerana ditikam oleh seorang pelajar umur 14. Jadi, saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat di sini sama-sama kita bertafakur sekejap untuk adik Yap Shing Xuen.

[Ahli-ahli bertafakur] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bayan Baru ingin bangun untuk menyokong Bajet 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, dan saya mulakan dengan isu sekolah.

Sekolah merupakan tempat yang sangat penting untuk anak-anak kita, tetapi baru-baru ini, pelbagai peristiwa telah berlaku. Daripada Sabah ke Melaka, kemudian ke Selangor, hari ini di Kedah dan juga di Perak. Ini adalah sesuatu tempat yang amat menyinggung hati dan saya sememangnya sedih. Dan pada pagi tadi apabila saya hantar anak saya ke sekolah, anak saya meminta saya, berkata, “Abah, tolong bangkitkan isu ini.” dalam Dewan yang mulia ini supaya sama-sama kita mencari penyelesaian.

draft • 3:12 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan di sini saya ingin cadangkan satu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya haraplah Kementerian Pendidikan Malaysia kurangkan bebanan guru darjah. Guru harus fokus kepada pembelajaran dan mendidik anak kita dan memahami mereka. Bagi mereka, guru itu menjaga mereka, memahami tindak tanduk, memahami emosi mereka dan kita kurangkan bebanan administratif. Kurangkan segala kerja-kerja yang susah, yang nak pergi kursus ini, kena pergi sambut Menteri di sini, kena pergi mana-mana hadir program. Jangan. Kurangkan. Kurangkan dan fokuskan kepada mendidik anak kita. Itu isu pertama.

Isu kedua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan dan juga Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Pandan― sorry, Tambun. Kerana ini adalah bajet yang dikira painless budget, bajet yang tanpa kesusahan. Tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri kita.

Tuan Yang di-Pertua, namun, kita tidak boleh berpuas hati kerana Malaysia masih mesti bergerak maju. Kita telah menjadi negara berpendapatan sederhana, middle income country, sejak tahun 1970-an, selama 50 tahun, namun masih belum berjaya melonjak ke kategori negara berpendapatan tinggi. Salah satu puncanya adalah kompleksiti ekonomi negara kita yang masih pada tahap yang sederhana.

Saya ingin beri contoh. Mengeksport perabot lebih kompleks daripada hanya mengeksport kayu balak. Menghasilkan cip semikonduktor jauh lebih kompleks daripada hanya membuat aircond di kilang-kilang kita. Saya mempelajari konsep economic complexity daripada Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali yang pernah membentangkan lecture beliau dalam satu forum Bank Negara. Beliau berkata, “Increasing economic complexity allows economies to diversify, produce more sophisticated products and experience higher economic growth, leading to greater wealth and improved human development.” Beliau turut menegaskan bahawa di Malaysia ini, the number one mission is to increase Malaysia's economic complexity, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, maka saya ingin menyeru kepada kerajaan, kita harus― bagaimana kita increase economic complexity? Iaitu hanya dua sahaja. Penting, R&D; dan juga paten. Saya beri contoh. Di China, perbelanjaan R&D dalam semikonduktornya: China― 7.3 percent; Taiwan― 6.8 peratus. Malaysia hanya 4.1 peratus sahaja. Paten yang difailkan oleh penduduk tempatan di Taiwan― 63 peratus; China― 41 peratus. Malaysia hanya 18 peratus sahaja.

draft • 3:12 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, saya ingin menyeru supaya kerajaan mengubah sedikit. Kita bukan masa― untuk tahun-tahun akan datang dalam bajet, bukan sahaja kita membentangkan bajet memberi peruntukan kebajikan kepada siapa, memberi peruntukan kepada siapa, kepada kementerian mana, tetapi harus mengumumkan memberi peruntukan R&D kepada universiti awam, berapa peruntukan R&D untuk institusi penyelidikan seperti MARDI, RISDA.

Dalam bajet juga harus bukan sahaja mengumumkan pertumbuhan ekonomi tetapi kerajaan turut harus mengumumkan jumlah paten yang berjaya didaftar oleh rakyat Malaysia setiap tahun. Perubahan ini, walaupun kecil, membawa anjakan paradigma, memberi mesej jelas bahawa Malaysia benar-benar serius mahu menjadi negara maju berasaskan inovasi, pengetahuan dan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, isu campur tangan syarikat insurans dalam keputusan perubatan. Berjuta-juta rakyat Malaysia membeli insurans perubatan iaitu dipanggil medical health insurance and takaful (MHIT) bagi melindungi diri mereka dan keluarganya. Mereka membayar premium setiap tahun, setiap bulan dengan penuh kepercayaan bahawa apabila tiba saat diperlukan, syarikat insurans akan menunaikan janji dan menanggung kos rawatan perubatan atau hospital. Namun, persoalannya, adakah ini benar-benar berlaku?

Tuan Yang di-Pertua, satu kajian komprehensif oleh portal berita kesihatan, iaitu CodeBlue, telah menimbulkan kebimbangan besar tentang amalan syarikat insurans.

Kajian tersebut dijalankan bagi meneliti sama ada syarikat insurans mencampuri keputusan klinikal pakar doktor dan sejauh mana nyawa serta hak pesakit terjejas.

Seramai 855 doktor pakar swasta di seluruh negara mengambil bahagian dalam kaji selidik dan mereka mendapat 855 feedback.

draft • 3:12 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Hasil dapatan kajian ini amat mengejutkan kerana 99 peratus responden iaitu pakar doktor berkata, syarikat insurans mencampuri keputusan klinikal; 650 doktor pakar memberi contoh-contoh campur tangan yang jelas dan dipaparkan oleh CodeBlue sekarang, semalam dan hari ini dan esok lagi.

Contohnya, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sahaja yang mengalami kesakitan epigastric, gastriklah. Doktor ingin melakukan endoskopi, nak check, nak buat skop. Namun, permohonan ditolak dengan alasan pesakit mesti sakit selama 30 hari terdahulu baru boleh layak untuk mendapat endoskopi. Ini sangat sedih.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan 70 hingga 80 peratus pakar melaporkan pesakit mereka dilambatkan guarantee letter atau guarantee letter mereka ditolak. Akibatnya, apa yang berlaku? Kisah benar, seorang pesakit kemalangan diberi guarantee letter, tetapi sebelum pembedahan, guarantee letter ditarik balik atas alasan undisclosed pre- existing condition. Pesakit akhirnya terpaksa dipindah ke hospital kerajaan.

Di Johor, seorang pesakit serangan jantung menunggu guarantee letter, lambat- lambat tak sampai. Doktor mahu bertindak segera, tetapi pesakit itu takut tak ada duit nak bayar, jadi tunggu demi tunggu akhirnya pesakit itu mengalami kecederaan jantung berkali ganda (multiple cardiac injuries).

Beberapa doktor lagi kata bahawa, pesakit mereka mengalami kesakitan berpanjangan akibat guarantee letter kelewatan dan sebagainya, ada pula yang meninggal.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan pesakit ini telah membeli polisi sejak muda dan membayar premium dengan setia. Namun apabila mereka paling memerlukan perlindungan, insurans gagal melindungi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, enough is enough. Syarikat insurans yang mencampuri urusan perubatan, menolak atau melambatkan guarantee letter serta menarik balik kelulusan rawatan, mungkin telah melanggar undang-undang kerana KKM telah issue satu statement dan saya nak quote, “The Ministry of Health takes seriously any practice that may compromise clinical independence of patient safety within private healthcare settings. The Ministry wishes to remind all stakeholders and relevant entities that Section 82 and 83 of the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Akta 586] set out clearly principles and statutory safeguards to protect clinical decision-making from undue influence.” Pesakit kita tidak berdosa. Tiada sesiapa mahu jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, tetapi apabila mereka berhadapan syarikat insurans gergasi yang mempunyai pasukan peguam, mereka tidak berdaya membela diri. Ramai hanya berdiam diri, takut, kecewa dan putus asa. Kita, Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, harus menegakkan keadilan untuk mereka.

Sejak tahun lepas, saya telah membangkitkan isu kenaikan premium insurans dan pelbagai aduan daripada rakyat berhubung polisi yang mereka miliki. Oleh itu, saya mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menubuhkan satu task force nasional untuk menyiasat semua kes yang

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

dilaporkan oleh CodeBlue ini. Mereka harus memanggil saksi-saksi doktor pakar untuk memberi keterangan.

Saya juga ingin menyeru kerajaan menubuhkan satu badan bebas iaitu private healthcare commission untuk regulate masalah-masalah yang dihadapi dalam sektor perubatan swasta. Buat masa sekarang, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan (JBMKKS), tetapi jawatankuasa ini bersifat sementara. Masalah struktur yang mendalam masih memerlukan perhatian. Maka, private healthcare commission boleh membantu dalam masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan satu isu recruitment daripada MOH Singapura, Kementerian Kesihatan Singapura. Pada bulan Ogos, mereka ingin datang untuk menarik doktor-doktor di Malaysia atau jururawat untuk bekerja di Singapura dan ini bukan isolated case kerana kita dapati bahawa banyak brain drain daripada doktor di sini sama ada medical officer sehinggakan pakar- pakar doktor telah berhijrah ke Singapura untuk kerja. Dan di Sabah, saya ingin bagi— deficit medical officer di Sabah. Di hospital, seorang doktor di Sabah kompelin bahawa 30 hingga 40 peratus jururawat dan doktor mengalami defisit di sana, kekurangan.

Dan juga ada di hospital di Sarawak pula yang kompelin bahawa, mereka sepatutnya ada 29 medical officer, tetapi hanya 14 sahaja bekerja di sana, ramai telah berhijrah. Jadi ini adalah isu brain drain yang sangat serius yang berlaku dalam KKM dan saya harap ada Menteri boleh memberi sedikit penjelasan dan penyelesaian terhadap isu ini.

Dan saya ingin bangkitkan satu isu lagi iaitu tentang MOTAC. Peruntukan MOTAC untuk tahun hadapan adalah RM500 juta untuk Visit Malaysia Year dan sememangnya kita nak menarik begitu ramai pelancong ke sini, sangat tidak mencukupi dan kita difahamkan bahawa hari ini, terima kasih kepada Khazanah telah menerangkan isu tentang RM600 juta untuk Carcosa Seri Negara. Ia bukan hanya untuk Carcosa Seri Negara sahaja, tetapi RM600 juta itu juga termasuk Bangunan Sultan Ahmad Shah dan juga termasuk Sultan Abdul Samad dan juga termasuk lapan lagi Pos Malaysia yang lama dan sebagainya.

Dan sememangnya ini adalah satu projek untuk menjaga warisan, bangunan warisan dan menarik lebih ramai pelancong. Saya nampak bahawa kalau kita boleh berbelanja besar, ini bagus kerana kita nak pelihara bangunan warisan itu sangat susah.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kalau boleh, saya harapkan kalau kita boleh berbelanja besar untuk bangunan warisan, kita kena tingkatkan untuk menarik pelancong datang untuk melihat bangunan warisan kita.

Akhir sekali, saya ingin, saya tengah tadi dengar perbahasan Ketereh dan ramai lagi daripada bahagian pembangkang, mereka minta peruntukan untuk veteran, mereka minta peruntukan untuk bangunan, jalan, pelbagai dan untuk negeri-negeri semua. Saya nampak bahawa Bajet 2026 itu sangat adil. Semua dapat, semua negeri dapat.

Walau bagaimanapun, saya tidak nampak bahawa alternatiive budget daripada pihak pembangkang. Kerana kita mahu negara demokrasi ini subur, kita perlu ada bajet alternatif. Sebanyak empat kali pihak kerajaan telah membentangkan bajet alternatif dan dulu apabila kami menjadi pembangkang, tiap-tiap tahun kita akan membentangkan bajet alternatif untuk melakarkan wawasan kami dan juga bagaimana kita mengurus kewangan negara...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekarang di pihak pembangkang, mereka minta macam-macam, tetapi tidak mempunyai pelan untuk mencari kewangan.

Bagaimana membayar hutang yang begitu tinggi? Bagaimana untuk menjimatkan peruntukan kebajikan?...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 20 saat.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi saya haraplah, demi demokrasi yang lebih baik, pihak pembangkang juga harus ada alternatiive budget. Carilah bagaimana nak bayar kalau nak bagi duit RM6,000 kepada rakyat— di mana duit itu datang? Jangan sembang kosong, sembang seperti dalam kedai kopi...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Dan harus ada usaha yang serius untuk membentangkan bajet alternatif. Itu sahaja daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Saya sokong penuh kepada Bajet 2026. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Kemaman.

draft • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

*Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua di atas seruan yang diberikan kepada saya untuk berbahas berkenaan dengan Rang Undang-undang Perbekalan 2026.

Sebelum saya mulakan kata bicara, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran guru dan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin dari Mersing.

[Tepuk] Datuk Yang di-Pertua, Kemaman yang juga mewakili negeri Terengganu ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan terima kasih di atas peruntukan yang berkait dengan negeri Terengganu.

Datuk Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan bahawa kerajaan kini telah berjaya menurunkan defisit. Penurunan defisit ini secara umumnya boleh dicapai melalui tiga kaedah iaitu sama ada satu, dengan meningkatkan hasil atau kedua, mengurangkan perbelanjaan atau kedua-duanya sekali. Namun, kerajaan pada ketika ini menambah satu lagi kaedah iaitu dengan melibatkan GLC dan GLIC secara langsung dalam perbelanjaan Kerajaan Persekutuan. Ia telah menimbulkan persoalan bukan sahaja kepada rakyat di luar sana bahkan di kalangan Ahli Parlimen yang berada di sini.

Berdasarkan pengumuman Belanjawan 2026 yang menyenaraikan sumbangan berbentuk pelaburan daripada GLC dan GLIC dengan jumlah RM50.8 bilion, saya memohon pencerahan di atas perkara-perkara berikut.

Yang pertama, adakah terdapat peruntukan undang-undang atau keputusan Jemaah Menteri yang membenarkan kerajaan memasukkan perbelanjaan atau projek yang dilaksanakan secara langsung oleh GLIC dan GLC ke dalam angka Belanjawan Persekutuan?

Kedua, apakah kerangka kawal selia yang boleh memastikan bahawa sebarang arahan perbelanjaan yang diperlukan oleh kerajaan daripada GLIC dan GLC adalah tidak bercanggah dengan tanggungjawab asal dan utama bagi pihak pengurusan serta para pemegang saham syarikat tersebut.?

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Ketiga, apakah pecahan terperinci ke atas perbelanjaan RM50.8 bilion tersebut yang merangkumi senarai projek, syarikat penerima, jumlah peruntukan bagi setiap item dan tempoh pelaksanaan yang ditetapkan?

Keempat, berapakah sasaran pulangan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun sosial bagi setiap komponen pelaburan daripada GLC ini termasuk metrik yang digunakan seperti kadar pulangan dalaman (IRR), nilai kini bersih (NPB), jumlah pekerjaan yang dicipta dan sumbangan kepada KDNK. Serta apakah mekanisme pemantauan dan tempoh masa yang ditetapkan untuk menilai keberhasilan tersebut?...

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kemaman.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

...Kelima, adakah semua transaksi berkaitan 50.8 bilion akan diaudit oleh Ketua Audit Negara atau badan bebas lain bagi memastikan ketelusannya dan bilakah tempoh laporan audit awam akan dibawa ke parlimen untuk dibahaskan?...

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kemaman, boleh sikit?

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Saya banyak lagi poin.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh, sikit je?

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Ya, sila.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya nak minta pencerahan.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Sila.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Kemaman. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Kemaman, pada hemat Yang Berhormat Kemaman, perkiraan formula defisit perbelanjaan negara itu berdasarkan apa? Adakah berdasarkan ucapan perbelanjaan ataupun berasaskan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan? Terima kasih, Yang Berhormat Kemaman.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Apa yang saya sebutkan itu adalah berdasarkan kepada buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

Saya berpandangan bahawa seharusnya kerajaan membantu dan menggalakkan GLC dan GLIC dalam menambah baik operasi mereka dari masa ke

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

semasa agar mereka semua mampu menjadi syarikat multinasional yang berstrategik untuk negara, mampu melaksanakan pelaburan luar negara secara berhemah seterusnya menyumbang kepada kerajaan melalui pemberian dividen yang tinggi.

Contohnya, adalah seperti PETRONAS yang pada setiap tahun akan memberikan berpuluh bilion Ringgit kepada Kerajaan Persekutuan melalui pembayaran dividen bukan sumbangan secara terus.

Dato’ Yang di-Pertua, melihat perincian dalam dokumen anggaran hasil dan anggaran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, hasil yang dikutip oleh kerajaan mengalami trend penurunan saban tahun. Secara statistiknya, peningkatan hasil pada tahun 2024 adalah sebanyak 3.1 peratus, manakala anggaran peningkatan kutipan hasil pada 2026 adalah sebanyak 2.7 peratus, perbezaan sebanyak 0.4 peratus.

Apakah faktor menyebabkan berlakunya penurunan trend peningkatan ini dan mengapakah perkara ini berlaku di saat kerajaan sedang meluaskan dan memperkenalkan pelbagai jenis cukai kepada kebanyakan rakyat seperti cukai SST dan cukai barangan nilai rendah? Sejauh manakah kerajaan melihat trend penurunan ini sebagai satu signal kepada penurunan prestasi dalam kecekapan kutipan hasil? Adakah ia sesuatu yang membimbangkan dan memerlukan kepada usaha yang tuntas untuk mengatasinya?

Apakah langkah strategik Kementerian Kewangan dalam memastikan trend penurunan dalam peningkatan hasil ini berjaya dihentikan kerana perbelanjaan mengurus kerajaan sepanjang tahun meningkat dengan kadar yang lebih cepat.

Contohnya, seperti pembayaran emolumen dan persaraan di mana masing-masing mengalami trend peningkatan dalam perubahan tahunan iaitu pada kadar 3.5 peratus dan 6.3 peratus.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2026, peruntukan Perbelanjaan Mengurus, Operation Expenditure (OE) semakin meningkat, manakala Perbelanjaan Pembangunan (DE) pula semakin menurun. Ada dua perkara yang menjadi kebimbangan daripada trend ini: pertama, dalam tempoh 2023 hingga 2026, OE mengalami peningkatan sebanyak 7.3 peratus daripada RM314.96 bilion pada tahun 2023 kepada RM338.2 bilion pada tahun 2026.

Yang kedua dalam tempoh yang sama, DE mengalami penurunan sebanyak 15.7 peratus daripada RM96 bilion pada tahun 2023 kepada RM81 bilion pada tahun 2026.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Soalan saya yang pertama, apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap penurunan dalam Perbelanjaan Pembangunan kerana seperti semua sedia maklum, DE ini merupakan pelaburan jangka panjang yang akan memberikan pulangan ekonomi yang lebih baik kepada negara, menghidupkan rantaian aktiviti ekonomi, selain mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

Yang kedua, bagaimanakah langkah kerajaan untuk melaksanakan transformasi ekonomi melalui semua sektor yang memerlukan peningkatan projek terutamanya berkaitan industri berasaskan teknologi, automation dengan izin, dalam sektor pembuatan, pembangunan pertanian dan galakan dalam sektor pelancongan.

Dato’ Yang di-Pertua, keseimbangan wilayah melalui amalan federalisme yang baik dan non-political akan mampu menghasilkan impak ekonomi yang signifikan terutama kepada semua negeri yang membentuk Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajukan empat persoalan yang berkaitan dengan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan dalam Belanjawan 2026.

Yang pertama, soalan pertama, Perbelanjaan Pembangunan bagi subsektor pengangkutan menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2026 iaitu sebanyak RM17.53 bilion. Bagaimanakah pengagihan perbelanjaan ini dilaksanakan secara adil oleh Persekutuan terutama dalam menjadi pemacu pembangunan ekonomi bagi negeri yang masih kekurangan infrastrukturnya?

Soalan yang kedua, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) sentiasa menjadi tajuk yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Terengganu dan Kelantan supaya dipandang serius oleh Kerajaan Persekutuan. Bilakah perkara ini akan diberikan komitmen sepenuhnya oleh kerajaan? LPT3 yang diumum sejak RMK9 dengan kos asal RM2.867 bilion kini meningkat kepada RM9.8 bilion akibat beberapa kali penangguhan. Walaupun kajian awal sudah disiapkan pada Ogos 2022, namun ia masih tidak disenaraikan dalam RMKe-13 dan Belanjawan 2026.

Hal ini kerana berdasarkan jawapan Menteri pada sidang mesyuarat yang lalu, ia masih di peringkat penyediaan dokumen, request for proposal, dengan izin, walaupun sudah sekian lama. Sedangkan manfaatnya akan dirasai oleh rakyat Terengganu dan Kelantan yang berjumlah 3.14 juta orang. Justeru, apakah pendirian dan justifikasi kerajaan terhadap perkara ini?

Ketiga, oleh kerana Perbelanjaan Pembangunan dalam Belanjawan 2026 bagi subsektor pertanian menurun sebanyak 82 peratus berbanding Belanjawan 2025 iaitu

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

daripada RM3.06 bilion kepada RM550 juta, berapakah peruntukan pembangunan sektor ini akan diberikan kepada setiap negeri di Pantai Timur iaitu negeri-negeri yang disasarkan sebagai hab pengeluaran makanan negara dan hab pembangunan ekonomi biru seperti yang nyatakan dalam RMK13?

Keempat, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, bagaimanakah peruntukan sektor pelancongan sebanyak RM700 juta akan diagihkan mengikut negeri supaya negeri-negeri dapat memainkan peranan yang lebih optimum untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

Dato’ Yang di-Pertua, tiada negara yang mampu mencapai kemajuan sebenar tanpa penyertaan wilayah secara saksama. Bagaimana Malaysia ingin mencapai status negara yang maju menjelang 2030 jika ketidakseimbangan wilayah ini masih wujud?

Soal ini bukan retorik, tapi persoalan asas tentang hala tuju atau road map, dengan izin, untuk pembangunan negara.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Ketidakseimbangan wilayah atau horizontal imbalance dengan izin, adalah berpunca daripada pengagihan fiskal antara negeri dan Persekutuan yang tidak berasaskan kepada keperluan sebenar. Adakah kita tidak mempunyai satu formula yang mengukur fiscal needs dengan izin dan fiscal capacity setiap negeri secara objektif?

Jika ada, soalan saya apakah formulanya? Ini kerana jika tiada formula khusus, keadaan sebegini akan menyebabkan negeri-negeri kurang membangun kekal terperangkap. Bukan kerana kurangnya potensi, tetapi kerana struktur pengagihan yang amat subjektif. Dan selama jurang ini tidak ditangani, kita akan terus tersekat dalam middle-income trap, dengan izin.

Saya ingin mengingatkan bahawa isu ini bukan kali pertama saya bangkitkan.

Dalam perbahasaan belanjawan tahun lalu dan juga perbahasan RMK13 yang lepas, saya telah menyatakan bahawa negara ini memerlukan satu mekanisme agihan fiskal yang adil, telus dan berdasarkan formula yang jelas. Namun sehingga kini, masih belum ada usaha konkrit daripada kerajaan untuk bergerak ke arah itu.

Justeru, saya ingin bertanya apakah usaha sebenar kerajaan untuk mewujudkan satu mekanisme pengagihan fiskal yang saksama antara wilayah. Sejauh manakah pendirian kerajaan terhadap cadangan untuk menambah baik Akta Tanggungjawab Fiskal atau Fiscal Responsibility Act dengan izin. Ini adalah untuk memastikan hubungan

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diberikan penekanan supaya ia berlangsung dengan lebih adil dan kukuh.

Negara-negara seperti Australia dan Kanada telah membuktikan keberkesanan pengagihan yang diselia oleh badan bebas. Brazil pula melalui the Brazilian intergovernmental fiscal transfer system dengan izin, iaitu satu model pemindahan fiskal yang telus berasaskan formula tertentu bagi memastikan wilayah yang kurang membangun tidak ditinggalkan. Malaysia juga seharusnya bergerak ke arah ini.

Dato’ Yang di-Pertua, sektor tenaga baharu sudah pasti menjadi antara tumpuan utama kerajaan dalam belanjawan pada kali ini. Namun, sejauh manakah ia benar-benar diberikan penekanan sesuai dengan sasaran yang ingin dicapai seperti dalam RMK13?

Berkaitan dengan ini ada empat persoalan yang memerlukan pencerahan.

Pertama, apakah penanda aras yang ditetapkan oleh kerajaan dalam pembangunan teknologi tenaga nuklear secara tahunan seperti yang dinyatakan dalam RMKe-13 dan Belanjawan 2026?

Kedua, sejauh manakah keseriusan kerajaan dalam pembangunan sumber nadir bumi REE yang kini baharu memasuki fasa kedua iaitu masih di peringkat kajian potensi dan pemetaan?

Ketiga, bagaimanakah usaha kerajaan untuk mempercepatkan proses pembangunan REE dari aspek SOP, kepakaran tempatan, pemindahan teknologi dan sebagainya agar Malaysia mendapat manfaat melalui sumber tenaga ini secara optimum?

Keempat, sejauh manakah kerajaan akan melakukan kerjasama dengan kerajaan negeri dari aspek peruntukan bagi pembangunan sumber tenaga REE ini terutama Terengganu yang mempunyai sehingga 44 peratus REE di negara ini?

Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan R&D terus konsisten menjadi inisiatif dalam Belanjawan 2026 selaras dengan perancangan dalam RMK13. Ia merupakan satu perkara yang sangat baik dan saya sokong namun tetap perlu dipantau dari semasa ke semasa agar perjalanan dan hasilnya dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Persoalan saya, apakah perincian terhadap peruntukan sebanyak RM5.8 bilion bagi tahun 2026 untuk aktiviti R&D rentas kementerian?

Kedua, apakah indikator yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap hasil daripada kajian R&D rentas kementerian ini bagi memastikan perbelanjaan yang diperuntukkan benar-benar manfaat yang besar kepada negara?

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Ketiga, apakah pengkhususan dalam pembangunan R&D yang menjadi keutamaan pihak kerajaan bagi tahun 2026 terutamanya yang dikategorikan sebagai teknologi strategik atau strategic technology dengan izin, untuk Malaysia dan kenapa bidang berkenaan dipilih?

Dato’ Yang di-Pertua, tidak dinafikan bahawa semua pihak mengimpikan sebuah negara Malaysia yang bukan sahaja merdeka, tetapi kita semua dapat hidup dengan penuh keharmonian merentasi sempadan agama, kaum, etnik dan latar belakang sosioekonomi. Ini adalah antara kunci kestabilan dalam negara kita: barulah negara kita bergerak jauh ke hadapan berbanding dengan jiran yang lain.

Mungkin ada perkara yang kita boleh belajar dari keharmonian yang ada di Sabah dan Sarawak khususnya di mana kumpulan pelbagai etnik yang jauh lebih besar bilangan daripada di Semenanjung dapat hidup dengan penuh tenteram tanpa kekacauan. Itu perkara pertama.

Perkara kedua ialah, untuk kita memupuk erti perpaduan dan keharmonian yang merentasi kaum di Semenanjung pula. Saya amat berharap agar peruntukan kepada Kementerian Perpaduan Negara dapat ditingkatkan dengan ketara berbanding menerima peruntukan paling kecil di kalangan seluruh kementerian iaitu hanya RM768 juta sahaja. Ya betul ada peningkatan berbanding tahun sebelumnya, tetapi kita belajar mengangkat peranan kementerian ini sebagai agenda penting negara.

Mengakhiri ucapan saya, semoga segala perancangan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Libaran.

draft • 3:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2026 yang bertemakan untuk “Belanjawan Rakyat”. Rakyat Sabah tidak menuntut keistimewaan.

Mereka hanya mahukan keadilan, peluang hidup yang setara, kemudahan asas yang sempurna dengan jaminan bahawa hasil pembangunan negara sampai kepada mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 ini berjumlah RM470 bilion, tertinggi dalam sejarah negara. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana

draft • 3:45 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

berani meneruskan disiplin fiskal. Namun, bagi rakyat nilai sebenar belanjawan tidak terletak pada jumlah angka yang diumumkan tetapi pada perubahan nyata yang mereka rasai dalam kehidupan seharian. Apabila jalan kampung mereka berturap, air bersih mengalir ke rumah dan harga barang menjadi stabil, barulah mereka percaya bahawa belanjawan ini benar-benar belanjawan rakyat.

Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Kewangan (MOF) bersama EPU dan ICU memperkenalkan laporan kemajuan suku tahun kepada Parlimen.

Laporan kemajuan ini wajar disandarkan kepada ukuran yang konkrit dan bukan sekadar laporan perbelanjaan. Ia termasuk jumlah kilometer jalan yang telah siap dibina, bilangan sekolah daif yang telah dibaiki, baik pulih, serta hospital baharu yang telah beroperasi sepenuhnya.

Dato’ Yang di-Pertua, Sabah pelaksanaan lemah, rakyat menanggung. Sabah menerima RM6.9 bilion peruntukan pembangunan di bawah Belanjawan 2026.

Jumlahnya besar dan dialu-alukan, tetapi masalahnya lama berulang iaitu pelaksanaan perlahan, penyelarasan lemah dan hasilnya lambat sampai kepada rakyat. Masalah ini tidak berpunca daripada dasar kerajaan Persekutuan, tetapi daripada kelemahan perancangan dan penyampaian di bawah pentadbiran dahulu.

Di bawah pentadbiran Warisan mahupun GRS, kesinambungan pembangunan yang pernah menjadi kekuatan Barisan Nasional gagal dikekalkan. Akibatnya, projek strategik seperti Pan Borneo Sabah, Southern Link dan SALAM Kabel masih belum menunjukkan kemajuan yang rakyat boleh rasai.

Saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Sabah delivery task force di bawah penyelarasan ICU beroperasi bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.

Pasukan ini perlu dianggotai oleh JKR Sabah, EPU, ICU, MOF, dan agensi negeri untuk menyelaras projek Persekutuan. Langkah ini tidak mengambil alih bidang kementerian tetapi mengukuhkan keupayaan negeri dalam menyampaikan projek Persekutuan dengan lebih pantas. Selaras dengan semangat MA63, menuntut tanggungjawab bersama antara negeri dan Persekutuan.

Selain itu, saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sistem sehenti, one gateway system, antara MOF, ICU, EPU dan JKR Sabah untuk memantau kemajuan projek secara masa nyata. Sistem ini membolehkan semua data peruntukan dan status pelaksanaan disatukan serta dipantau bersama di peringkat negeri dan pusat.

draft • 3:45 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Dato’ Yang di-Pertua, TVET, kesihatan, pendidikan, pelaburan kepada insan.

Kemajuan sesebuah negara tidak diukur melalui bangunan tinggi semata-mata, tetapi melalui kualiti manusianya. Tanpa pelaburan dalam insan pembangunan hanyalah bangunan. Anak muda Sabah masih kurang peluang untuk latihan kemahiran. Banyak kursus TVET yang ditawarkan tidak sejajar dengan keperluan industri tempatan.

Saya mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia bersama KKDW dan Kementerian Pengajian Tinggi menstrukturkan semula TVET Sabah. Ia adalah untuk mengikuti potensi industri pantai timur seperti pelabuhan, automasi, tenaga boleh baharu dan perikanan moden.

draft • 3:45 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Latihan ini mesti disertakan dengan jaminan pekerjaan melalui kerjasama dengan sektor industri. Bagi sektor kesihatan pula, hospital baharu di Parlimen Libaran mesti diteruskan segera. Kementerian Kesihatan boleh melaksanakan melalui kaedah reka bina atau kerjasama awam swasta. Hospital ini bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi suatu keperluan mendesak untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

Kementerian Pendidikan juga mesti menumpukan kepada baik pulih sekolah- sekolah daif di Sabah. Anak-anak Sabah berhak belajar dalam suasana selesa dan selamat bukan di bangunan bocor ataupun usang.

Dato’ Yang di-Pertua, ekonomi rakyat dari bantuan kepada keupayaan. Ekonomi rakyat adalah tunjang sebenar negara. Peniaga kecil, nelayan, petani dan penjaja inilah yang menggerakkan ekonomi luar bandar. Saya menyokong langkah kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), BSN, TEKUN dan SJPP yang menyediakan kemudahan pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Namun, di Sabah ramai usahawan kecil yang masih gagal menembusi skim ini kerana syarat kelayakan yang ketat. Dokumentasi yang rumit dan proses kelulusan yang panjang. Saya mencadangkan supaya TEKUN Nasional dan BSN memperkenalkan Skim Mikro Wilayah Sabah dengan proses kelulusan mudah tanpa cagaran dan keputusan diberikan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bagi pinjaman RM10,000.

Pada masa yang sama, SME Corp perlu menyediakan bimbingan insentif selama enam bulan kerana usahawan mikro di Sabah. Ia nya meliputi latihan pengurusan akaun, strategi harga, pemasaran digital dan pensijilan i-sijil halal asas.

draft • 3:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Dato’ Yang di-Pertua, ekonomi digital teknologi untuk rakyat. Pembangunan digital bukan lagi satu pilihan. Ia adalah keperluan asas untuk rakyat Sabah bergerak seiring dengan arus kemodenan negara. Liputan Internet di, di banyak kawasan masih lemah terutama di kawasan pedalaman. Saya menyambut baik peruntukan 210 juta oleh SKMM bagi membangunkan sistem amaran awal untuk bencana, tetapi saya mohon agar pelaksanaan dimula di Sabah dahulu.

Agensi seperti KKD, NADMA, JPS dan METMalaysia perlu bekerjasama membina sistem amaran komuniti berasaskan SMS, siren dan radio tempatan. Sistem ini harus mesra rakyat luar bandar dan menggunakan bahasa tempatan seperti Bajau, Dusun, Sungai agar maklumat sampai tepat kepada penduduk setempat.

Pada masa yang sama, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mesti diperluaskan mengikut keperluan-keperluan dasar populasi keseluruhan, sekurang-kurangnya setiap mukim di Sabah perlu mempunyai satu PEDi yang berfungsi sebagai pusat capaian digital, latihan e-dagang dan pendidikan komuniti.

Internet bukan kemewahan. Di Sabah, Internet adalah nadi kepada keselamatan, pendidikan dan ekonomi rakyat. Tanpa capaian digital yang baik, kita tidak akan mampu menutup jurang pembangunan antara wilayah.

Dato’ Yang di-Pertua, kos sara hidup subsidi disasar mesti adil di wilayah. Isu kos sara hidup masih menghimpit rakyat terutamanya di Sabah. Harga barang asas di kawasan luar bandar meningkat lebih tinggi berbanding di Semenanjung akibat kos logistik yang besar. Penyelarasan subsidi diesel pula telah meningkatkan kos pengangkutan menyebabkan harga runcit naik dan margin keuntungan peniaga kecil semakin sempit.

Saya mencadangkan agar Kementerian Kewangan (MOF) menambah satu komponen baru dalam program BUDI95 dinamakan penyelarasan wilayah. Bantuan ini disesuaikan dengan kos sebenar operasi dan pengangkutan di Sabah dan Sarawak.

Pelaksanaannya boleh menggunakan sistem eKasih dan data BUDI sedia ada tanpa perlu rangka dasar yang baru.

Dato’ Yang di-Pertua, Barisan Nasional dan rakyat maju bersama mengimbangi, memperbetulkan, menyempurnakan. Barisan Nasional bukan parti yang hanya muncul ketika pilihan raya. Barisan Nasional adalah parti yang membina sebuah sekolah, pelabuhan, hospital, jalan raya sejak awal kemerdekaan. Rekod pentadbiran Barisan Nasional menunjukkan bahawa pembangunan yang mapan memerlukan

draft • 3:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

kesinambungan dasar, bukan perubahan mendadak. Kita bukan menentang untuk menjatuhkan, tetapi menegur untuk memperbetulkan.

Barisan Nasional akan terus menyokong dasar yang memberikan manfaat kepada rakyat. Namun, tidak akan berdiam diri jika pelaksanaan gagal sampai ke bawah. Itulah tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat untuk memastikan keadilan pembangunan berlaku kepada semua negeri.

Saya yakin dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah mampu bangkit sebagai wilayah yang maju seimbang dan berdaya saing.

Hanya saya ingin mengingatkan Ahli Parlimen Kota Belud, slogan, “Sabah for Sabahan” bagus sebenarnya seperti juga Johor, “Bangsa Johor.” Namun, saya ini juga boleh dikatakan IC 12- Sabahan, tetapi Kota Belud dan partinya paling pejuang Sabahan. Paling sayang negeri, paling anti-parti nasional, tapi jika kita buka sejarah, siapa yang mula semua ini? Yang lantik orang Pulau Pinang jadi ADUN Sabah, WARISAN. Yang bertanding 2018–2020, gabungan dengan parti Semenanjung, WARISAN juga. Sekarang bila dah kalah, semua salah parti Semenanjung.

Padahal partinya sendiri adalah ahli dan cawangan di Johor, Selangor dan Kedah. Jadi, janganlah pura-pura jadi wira Sabahan kalau hanya pejuang undi, bukan hanya pejuang negeri. Dalam Barisan Nasional juga, ada juga lokal parti, PBRS. Dalam PH ada juga lokal parti iaitu UPKO.

Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 ini bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’.

Tema ini besar maknanya. Rakyat mesti menjadi ukuran setiap dasar yang dilaksanakan. Bagi rakyat Sabah, kejayaan bajet ini bukan diukur pada angka, tetapi pada perubahan nyata dalam kehidupan seharian mereka. Itulah matlamat sebenar menjadikan belanjawan rakyat bukan sekadar dokumentasi kewangan, tetapi manifestasi tanggungjawab kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat. Pantun Dato' Yang di-Pertua.

*Dari Libaran ke Kinabatangan, Rakyat menunggu hasil yang nyata; Selagi tanggungjawab di tangan, Selagi itu Sabah tetap saya bela.

Langkah kita mungkin tak sama, Tetapi tujuan tetap sehaluan; Selagi Sabah belum setara,*

draft • 3:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Selagi itu perjuangan diteruskan. Sekian, Dato' Yang di-Pertua. Saya menyokong.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Berikut saya minta mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 3:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi dan salam sejahtera. Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kerana memberi keizinan untuk saya membahaskan mengenai Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2026 Peringkat Dasar pada hari ini.

Tidak dinafikan cabaran yang dihadapi di peringkat global, khususnya melibatkan ketegangan geopolitik serta unjuran pertumbuhan yang sederhana iaitu tiga peratus pada tahun 2025 dan 3.1 peratus pada tahun 2026. Maka, perancangan strategik fiskal harus dirangka dengan rapi bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan.

Pusat Kajian Pencukaian Kebangsaan yang akan ditubuhkan seharusnya membuka paradigma kepada bentuk pencukaian yang lebih progresif bagi memastikan kekuatan fiskal negara lebih berdaya tahan pada masa yang akan datang. Antaranya ialah menilai kepada pembangunan cukai kekayaan agar kita tidak terlalu bergantung kepada pencukaian berasaskan pendapatan dan perbelanjaan rakyat.

draft • 3:58 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Cukai kekayaan ini boleh dikenakan kepada golongan yang sangat kaya dengan meletakkan satu nilai ambang yang tinggi dengan peratusan mengikut peratus zakat iaitu 2.5 peratus. Sebagai contoh Tan Sri Yang di-Pertua, pengalaman di Argentina yang mengenakan cukai kekayaan pada Disember 2020 iaitu 3.5 peratus bagi kekayaan dalam negara dan 5.25 peratus bagi kekayaan luar negara. Hasilnya mereka berjaya mendapat hasil kira-kira USD2.4 bilion dan ini membantu negara tersebut menghadapi pandemik COVID-19.

Kita juga boleh menilai kepada cukai yang berkaitan alam sekitar atau polisi cukai hijau. Ini juga antara strategi percukaian baharu yang boleh dinilai oleh kerajaan melalui pusat kajian percukaian kebangsaan bagi memastikan percukaian di negara ini lebih

draft • 4:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

progresif dan lebih berdaya tahan. Kita boleh membangunkan satu sistem percukaian yang lebih sesuai dengan negara ini.

Namun, ia tidak sekadar berkenaan berapa peratus yang perlu dicukaikan dan siapa yang patut dicukaikan tetapi adalah bagaimana kerajaan hari ini membina suatu kepercayaan kepada rakyat bahawa kerajaan bersih dari korupsi dan salah laku. Kita menyokong perasuah diburu, baik bilis mahupun jerung. Namun harus diingat, jangan ketika memburu beberapa jerung, tiba-tiba dalam masa yang sama diternak pula jerung yang baru.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat domestik, purata jangka panjang inflasi sememangnya terkawal pada kadar yang rendah iaitu dua peratus. Namun kita tidak boleh menafikan penyusutan kuasa beli yang ketara, khususnya melibatkan kumpulan utama makanan dan minuman yang menyusut 64.5 peratus. Manakala restoran perkhidmatan yang menyusut 65.8 peratus.

Kalau kita ambil data mengikut purata nasional pada tahun 2010 dan 2024, perbelanjaan barangan dan perkhidmatan yang bernilai RM75.30 pada tahun 2010 bersamaan RM100 pada tahun 2024. Ia menggambarkan penurunan kuasa beli yang berlaku dalam tempoh lebih satu dekad. Peningkatan harga barangan semakin ketara dan sudah tentu impaknya kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan juga rendah.

Oleh sebab itu kita sering kali membangkitkan kebimbangan mengenai kenaikan kos harga barangan serta penyusutan kuasa jual beli rakyat di bawah jika kerajaan tidak melaksanakan penilaian yang lebih mendalam sebelum sebarang tindakan rasionalisasi fiskal diambil. Hal-hal sebegini tidak boleh diambil mudah kerana kenaikan kos sara hidup meskipun kecil di atas kertas, namun ia memberikan himpitan yang teruk kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam tekad sembilan dinyatakan peruntukan berjumlah RM2.6 bilion bagi keseluruhan program berkaitan hal ehwal Islam. Saya ingin mendapatkan outcome utama daripada peruntukan ini, khususnya dalam konteks memperkasa institusi mahkamah syariah selain membendung negara daripada ancaman kristianisasi yang semakin berkembang pesat dalam negara.

Saya ingin tahu apa perkembangan terkini berkaitan dengan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 untuk memperkasakan mahkamah syariah. Apa rancangan untuk menambah hakim-hakim yang

draft • 4:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

berlatarbelakangkan pendidikan syariah di mahkamah sivil bagi mengatasi isu-isu yang berkepentingan syariah yang dibicarakan di mahkamah sivil? Apa pula perancangan terkini pasca kajian Jawatankuasa Khas Mengkaji Dewan Undangan Negeri Dalam Menggubal Undang-undang Islam?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pastor di Kingdom City yang berpangkalan di ibu kota yang menyampaikan syarahannya sambil mengangkat senjata. Malah lebih membimbangkan pengasas gereja tersebut turut dikaitkan dengan negara haram Israel serta tersenarai antara tenaga pengajar utama bagi negara haram tersebut. Malaysia mempunyai dasar luar yang jelas terhadap negara haram Israel.

Namun bagaimana dalam masa yang sama, kita terlepas pandang terhadap mereka yang mendukung kuat negara haram Israel menjalankan dakyah dalam negara ini.

Apakah reaksi kementerian berhubung perkara ini?

Seperkara lagi, kita juga menyambut baik hasrat kerajaan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran KWSP daripada RM3,000 kepada RM10,000 bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah haji. Cuma apa yang menjadi persoalan adalah, adakah ia melibatkan Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera atau Akaun Fleksibel. Apakah kerajaan telah meletakkan syarat-syarat tertentu terhadap pengeluaran ini?

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai mana rakan-rakan yang lain, saya juga ingin menyentuh isu pendidikan. Soal pendidikan adalah soal yang begitu dekat dengan jiwa kita semua. Namun, perkembangan mutakhir ini sangat-sangat membimbangkan, ketika isu kematian adik Zara belum pun selesai, kemudian datang satu demi satu kes jenayah yang berlaku di sekolah. Kita tidak lagi bercakap soal pelajar-pelajar yang nakal, tetapi telah menjalar kepada kes jenayah seksual, malah melibatkan nyawa seseorang.

Adakah sekolah masih lagi tempat selamat untuk para pelajar menimba ilmu dan selamat untuk guru mencurahkan ilmu atau segala Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi azimat setiap daripada kalangan mereka yang terlibat dalam pendidikan semakin hari semakin terhakis seolah-olah tidak ada hala tuju. Apa sebenarnya yang berlaku kepada remaja belia kita pada hari ini? Kita harus duduk semeja dan membedah satu-persatu permasalahan yang semakin meruncing.

Lebih kita membimbangkan adalah jenayah yang sebegini sudah berani dilakukan dalam kawasan sekolah, memberi gambaran sekolah bukan lagi tempat yang mereka hormat dan mereka junjung. Bahkan tidak keterlaluan kita katakan mereka juga tiada lagi hormat kepada guru yang menjadi pendidik mereka. Oleh kerana itulah mereka

draft • 4:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

sanggup memperkosa rakan sekolah di bilik darjah. Malah sampai ke satu tahap kes bunuh juga berlaku dalam institusi sekolah. Adakah institusi pendidikan kita hari ini telah hilang keberkatan?

Bagaimana— begitu juga baru-baru ini kita didedahkan program tajaan arak daripada syarikat arak kepada sekolah jenis kebangsaan yang sehingga kini tiada tindakan tegas, meskipun bercanggah dengan Pekeliling KPM 2018. Kemudian, acara lelongan arak di dewan sebuah sekolah rendah di Pontian. Kemudian, kita difahamkan program alumni di sebuah sekolah di Ipoh yang menghidangkan arak. Apa reaksi kementerian? Apakah ini tandanya institusi pendidikan yang sepatutnya mendidik anak bangsa telah hilang keberkatannya?

Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Kedah sering membangkitkan mengenai pembayaran pampasan bernilai RM200 juta bagi tujuan pengekalan tanah sawah di negeri Kedah ketika ini. Jawapan yang sering diterima adalah peruntukan yang disalurkan kepada pesawah yang merangkumi Skim Subsidi Harga Padi, Skim Insentif Tanaman Padi dan Skim Takaful Tanaman Padi. Kita tidak mempunyai masalah dengan senarai skim-skim yang dibentangkan.

Cuma saya ingin jelaskan kepada Kerajaan Persekutuan di sini bahawa tuntutan RM200 juta pampasan itu dilakukan bagi melegakan tekanan fiskal yang dihadapi di peringkat kerajaan negeri disebabkan hasil negeri yang berkurangan.

draft • 4:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Berdasarkan rekod Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kawasan jelapang padi negeri Kedah merangkumi lebih 200,000 hektar, manakala kawasan luar jelapang pula adalah lebih 52,000 hektar. Ini menjadikan Kedah mempunyai kawasan jelapang dan luar jelapang lebih luas, berbanding kumulatif di negeri-negeri lain seperti Perak, Sarawak dan juga Kelantan.

Apa yang menjadi masalah ketika ini adalah hasil fiskal kerajaan negeri yang rendah sehingga menyebabkan negeri ini terhimpit untuk melaksanakan agenda perubahan kesejahteraan dalam menyejahterakan rakyat negeri. Ia berlaku sejak sekian lama, meskipun Kedah merupakan pengeluar utama padi dan beras negara.

Keluasan 220,000 hektar tanah bersyarat padi hanya memberikan pulangan hasil kepada kerajaan negeri lingkungan RM2.6 juta, sedangkan nilai ini hanya bersamaan 10 hektar tanah komersial sahaja. Bagaimana fiskal negeri mampu bertahan dengan hasil yang rendah demikian?

draft • 4:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan mengenai projek pembangunan parkir bertingkat di Hospital Sultanah Bahiyah. Saya juga ingin mengetahui tahap kesiapan projek serta pelan masa projek akan disiapkan. Ini bagi mengatasi masalah kesesakan luar biasa di kawasan hospital ketika ini, yang turut menghadapi jumlah pesakit dan pengunjung yang sentiasa bertambah.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir ialah tentang banjir kilat yang melanda di beberapa daerah di Kedah, termasuk kawasan saya, Parlimen Pokok Sena baru-baru ini. Bahkan kawasan saya, kawasan Parlimen Pokok Sena lah yang paling terjejas, sehingga memaksa penduduk dipindah ke PPS.

Banjir yang berlaku juga menyebabkan kira-kira 624 hektar sawah di kawasan MADA, musnah dengan nilai kerugian mencecah RM4.6 juta. Kawasan yang paling terjejas adalah sempadan Daerah Pokok Sena, Pendang dan Kota Setar, membabitkan tanaman yang sepatutnya sudah pun boleh dituai. Kita sangat bersimpati dengan nasib pak tani. Musnah harapan mereka. Padi, rezeki hanya boleh dilihat, tak boleh dikecapi nikmatnya.

Punca utama kejadian banjir-banjir adalah aliran sungai yang perlahan. Air lambat surut kerana perlu menunggu giliran di Sungai Anak Bukit yang— Sungai Anak Bukit mengalir ke Sungai Kedah. Jadi, terpaksa menunggu giliran. Jadi, dia pun terpaksa queue juga untuk nak mengalir dengan tenang.

Ditambah pula, dua projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Pendang dan Sungai Anak Bukit yang masih belum siap. Jadi, persoalan yang suka untuk dibangkitkan di sini, apa status sebenar RTB yang sudah pun dibangkit berulang kali di sini?

Untuk perhatian Dewan, Kedah secara purata menerima hujan tahunan antara 2,000 hingga 2,100 milimeter. Sehingga kini, sebanyak 1,400 milimeter sudah direkodkan. Ertinya, masih berbaki di depan, antara 600 hingga 700 milimeter untuk berapa bulan terakhir ini. Jadi, bulan 10, 11, 12, tiga bulan terakhir ini, ada penduduk yang terpaksa sentiasa berada di tahap berjaga-jaga kerana rumah kediaman mereka berada di kawasan yang sering dilanda banjir. Kita amat bersimpati dengan nasib penduduk.

Hebatnya belanjawan Tan Sri Yang di-Pertua, jika dapat menyejahterakan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat. Jika tidak, belanjawan hanya dibawa angin lalu.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Baram.

draft • 4:10 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua sebab diberi peluang untuk turut serta dalam membahas Bajet 2026 dan di samping itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentang satu bajet yang besar, yang kini dalam lingkungan RM421.2 bilion.

Dan terima kasih khas kerana saban tahun, ini bajet yang keempat Kerajaan Perpaduan. Dan setiap tahun, ada peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak dan juga pada tahun ini, RM6 bilion diperuntukkan untuk Sarawak, di samping peruntukan- peruntukan lain untuk sekolah-sekolah daif, klinik-klinik dan bantuan-bantuan yang lain.

Dan tidak lupa kepada apa ini— RM5.6 bilion yang disebutkan dalam Bajet 2026, khas untuk jalan negeri diselenggarakan, di bawah peruntukan MARRIS.

Tan Sri Yang di-Pertua, peruntukan RM6 bilion yang disebut pada tahun ini disambut baik oleh kerajaan ataupun oleh Kerajaan Sarawak dan juga kita di kawasan pedalaman. Kita selama ini, setiap tahun ada peruntukan yang begini dan saya mohon.

Saya minta penjelasan daripada Kementerian Ekonomi ataupun daripada kementerian yang berkenaan untuk menerangkan kepada kita, pada Dewan ini.

Duit ini, peruntukan ini digunakan untuk pembangunan apa? Sebab saya percaya, di Sarawak memang ada peruntukan ini tapi kita mahu tahu, ini peruntukan digunakan untuk jalan ke, untuk jambatan ke ataupun untuk sekolah ke? Atau adakah sama ada peruntukan ini, dengan izin, on top of the normal budget for the expenditure ini? Ini saya mahu penjelasan daripada pihak yang berkenaan.

Saya bertanya begini Tan Sri Yang di-Pertua, sebab saya percaya dan saya tahu bahawa peruntukan RM6 bilion ini adalah satu peruntukan yang cukup besar dan boleh digunakan untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar. Saya percaya Dewan ini, Tan Sri Yang di-Pertua pun tahu bahawa apabila kita dari Sabah dan Sarawak ataupun kawasan luar bandar berdiri, kita tersebut berkenaan dengan kawasan luar bandar ini.

Saya yakin dengan peruntukan yang begini besar ini, peruntukan ini boleh disalurkan kepada rakyat di kawasan luar bandar untuk kita menyatupadukan, untuk kita me-MADANI-kan, kalau ada perkataan yang macam itu. Me-MADANI-kan rakyat dan negara kita hari ini.

draft • 4:14 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Tan Sri Yang di-Pertua untuk rekod, mengikut rekod dari Kerajaan Sarawak, terdapat 1,300 buah penempatan yang belum mempunyai akses jalan raya. Ini satu jumlah yang begitu besar dan saya ingat dan saya percaya peruntukan ini perlu digunakan untuk ini, untuk jalan ini.

Dan daripada 1,300 buah kampung ini, ini melibatkan satu jarak jalan kampung ataupun jalan di kawasan luar bandar di Sarawak yang begitu panjang. Sehingga ikut anggaran daripada Kerajaan Sarawak, dikatakan bahawa terdapat 4,782 kilometer jalan balak ataupun ex-jalan balak yang perlu diperbaiki ini. Inilah saya percaya dan kita tahu bahawa melalui HDA, yang di kawasan Baram ada satu entiti yang dinamakan sebagai HDA – Highland Development Agency, dengan izin. Kerana Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM1.5 bilion untuk membina ataupun menaik taraf sekira- kiranya 230 kilometer jalan saja.

draft • 4:14 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Jadi, tapi di kawasan Baram, mengikut rekod yang kita ada terdapat 1,292 kilometer. Ini sebagai contoh saja. Di kawasan Baram terdapat 1,292 kilometer jalan balak ataupun ex jalan balak yang perlu dinaik taraf ini. Jadi, moga-mogahan peruntukan ini, kerajaan negeri sudah memperuntukkan 1.5 bilion tetapi terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, kepada Kerajaan GPS dan kita minta, saya cadangkan supaya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI yang kita ada ini dapat menyalurkan peruntukannya secukupnya untuk memastikan supaya perhubungan di kawasan pedalaman di kawasan Sarawak ini dapat kita tingkatkan sebab kita tahu yang ada pada hari ini ialah ex-jalan balak ataupun jalan balak yang aktif.

Ini jalan dalam tahun ini, ada dua insiden di kawasan saya sendiri, yang melibatkan kehilangan nyawa juga, sebab mangsa terpaksa untuk menyeberangi sungai sebab jambatan tak ada tetapi perlu untuk jalankan tugas di sekolah, paksa mengorbankan nyawa anak beliau ini. Moga-mogahan peruntukan begini dapat disalurkan kepada Sarawak.

Yang kedua ialah berkenaan dengan sekolah. Kita tahu pada hari ini ataupun dalam berapa dua, tiga minggu yang lepas, kejadian insiden-insiden di sekolah menjadi kita punya topik yang utama, dengan insiden yang kita kata berbentuk jenayah dan ini memang penting. Perlu ditangani oleh kerajaan dengan tegas ini tetapi di samping itu, isu lama juga kita timbul.

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Isu sekolah daif juga perlu ditingkat, dinaikkan ini sebab selama ini saya rasa ini dah, dah berapa kali kita sebut tetapi melalui harapan kita, melalui bajet-bajet Kerajaan MADANI ini kita dapat noktahkan. Noktahkan sekolah daif ini di lebih di seluruh negara kita ini. Moga-mogahan [Tidak jelas] di Libaran sendiri, Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat 21 buah sekolah yang skala enam dan 12 sekolah skala tujuh. Skala tujuh kalau ikut tafsiran dia ini, sekolah yang perlu— sekolah tujuh membawa maksud binaan tidak selamat dan perlu dirobohkan ini.

Di samping disiplin, tapi infrastruktur yang sekolah ini juga perlu diperbaiki dengan segera sebab mereka ini ialah murid kita ini, anak cucu kita ini lah yang akan menjadi pemimpin kita pada masa yang akan datang. Dan yang seterusnya ialah berkenaan dengan...

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Baram. Baram sikit. Baram, tak nak minta untuk...

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Satu minit. Setengah minit, boleh?

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sikit, sikit je, boleh? Ikutan apa yang disebutkan oleh Baram tadi. Baram tak nak minta ke SMK Marudi yang telah melahirkan orang seperti Baram.

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Ini saya...

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar dan Idris Jala dan sebagainya.

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Okey. Ini yang kita maksudkan ini. Bukan dia setakat untuk sekolah ini, sekolah itu tapi untuk semua sekolah. Baik di sekolah bandar mahupun di sekolah menengah dan seterusnya. Ini yang kita maksud. Saya, saya percaya ini fahaman kita dan semua ini.

Yang ketiga ialah itu pun memang isu yang lama, soal electricity. Di Sarawak, mungkin hampir semua ke luar bandar mempunyai bekalan elektrik yang melalui yang kita kata Sarawak alternative electricity supply ini yang ditaja, yang dibina dan dibuat oleh Kerajaan GPS di Sarawak. Tetapi malang dia, had kepenggunaan savage ini dia hanya limit dia kepada 3,000 sehari saja. Dan saya rasa perlu diperbaiki dan sebab ini kita perlu masukkanlah solar hibrid lah supaya kegunaan electricity ini dapat diperluaskan.

Ikut rekod yang ada pada saya, terdapat 5,500 isi rumah di Sarawak yang belum menikmati bekalan elektrik 24 jam. Moga-mogahan ini juga di apa ini, diambil berat

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

dalam bajet-bajet yang 2026 ini dan saya juga dimaklumkan bahawa tahun— seperti kita sedia maklum tahun depan adalah tahun melawat Malaysia.

Saya mahu cadangkan. Saya mahu cadangkan dan mahu memohon supaya tahun melawat Malaysia ini juga pergi kat kawasan-kawasan luar bandar khususnya pergilah, pergi kat Sarawak, pergi kat Sabah sebab di Sarawak dan Sabah ini kita mempunyai adat dia masing-masing. Kita mempunyai ethnicity yang berlainan. Macam Puncak Borneo, dia ada dia punya Bidayuh. Di Betong, kita ada Iban dan kalau datang di Baram Tan Sri Speaker, kita ada yang kita kata Kelabit, Kenyah, Kayan, Penan ini.

Jadi, mohon supaya program aktiviti pelancongan ini sempena dengan tahun melawat Malaysia, juga dikembangkan di kawasan-kawasan luar bandar supaya industri homestay dapat berkembang juga di samping untuk kita menyatupadukan, menyemarakkan apa ini memperkenalkan lagi negara kita, budaya kita, identiti kita kepada luar ini.

Dan akhir sekali Yang di-Pertua, saya ingin kata bahawa ada orang kata, kita sebut barang ini senang tapi untuk laksanakan dia ini memang ini yang jadi kita punya cabaran yang utama. Moga-mogahan dengan apa yang kita ada, expenditure, gaji kah, apa kah, bonus kah ini, kita menuntut sejajar dengan integriti, sejajar dengan slogan Malaysia MADANI ini, kerajaan yang kita ada.

Mohon, saya pun mahu ingat saya sendiri ini untuk kita bekerja betul-betul dan juga untuk semua kita, lebih-lebih lagi yang front run, yang frontliners ini, untuk kita sama-sama bekerja sebagai sebuah pasukan yang efektif supaya apa yang dirancang, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat diterjemahkan kepada result. Kita tak nak— kita janji lepas itu kita tunggu beberapa tahun untuk kita laksanakan projek.

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Saya ambil contoh di kawasan Baram. Saya ingat saya mahu tahu klinik di Long San, klinik kesihatan di Long Lama, Jalan Lapok ke Long Nua dan berapa lagi projek ini sudah lulus tetapi sampai hari ini, kita belum nampak dia. Memang kita dah kata lulus tetapi yang kita nak, tempoh itu. Tempoh dia janganlah begitu lamalah.

Kita tahu memang dia, memang kerja yang berat, kerja yang susah dan melibatkan banyak peraturan dan perundangan. Namun, if we have the political will, dengan izin, kalau kita mempunyai keinginan itu, komitmen. Ini saya buat bukan buat untuk orang lain. Saya buat untuk saya sendiri Tan Sri Speaker. Untuk saya percaya, ini

draft • 4:30 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

dapat kita laksanakan. Moga-mogahan, apa yang kita rancang untuk kawasan luar bandar ataupun di mana-mana, ini dijadikan, ini dinyatakan dengan sebenarnya.

Jadi, dengan itu saya menyokong Bajet 2026. Terima kasih Tan Sri.

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Baram. Sekarang saya jemput Kuala Kangsar.

draft • 4:30 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai saya dari Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar.

[Tepuk] Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Assalamualaikum pemanis kalam, Awal Bismillah pembuka bicara. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan atas pembentangan Belanjawan MADANI 2026. Belanjawan ini pada hemat saya menyusun semula keutamaan negara secara seimbang, meringankan kos sara hidup, memperkasa pendidikan dan TVET, merancakkan keusahawanan, mengukuhkan infrastruktur digital, memartabatkan syiar Islam serta mempertingkatkan kesiapsiagaan bencana.

Namun, kejayaan sebenar belanjawan bukan pada angka semata-mata tetapi pada bagaimana ia turun ke lapangan sampai ke kampung, pekan dan sekolah di Kuala Kangsar. Dalam semangat itu, saya akan menyentuh enam perkara. Bantuan SARA, PTPTN, TVET, digital, usahawan, syiar Islam dan banjir dengan cadangan yang praktikal dan berhemah.

Pertama, bantuan SARA. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan bantuan SARA sebanyak RM100 one-off kepada isi rumah berpendapatan rendah. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu keluarga mengurus keperluan asas, terutama di waktu ekonomi yang masih mencabar.

Namun begitu, di peringkat pelaksanaan, saya difahamkan bahawa penebusan bantuan ini masih terhad kepada rangkaian kedai tertentu dan juga barangan yang ditetapkan sahaja. Keadaan ini menyebabkan pekedai runcit komuniti di kampung dan pekan kecil tidak dapat menjadi sebahagian daripada rakan pelaksana bantuan tersebut.

draft • 4:31 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Akhirnya, rakyat di luar bandar terpaksa pergi jauh untuk menebus bantuan sedangkan kedai depan rumah mereka yang selama ini menyokong ekonomi tempatan tidak dapat turut serta.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu ini bukan soal menambah kos, tetapi soal membaiki reka bentuk pelaksanaan. Kita mahu supaya manfaat ekonomi bantuan ini berputar dalam lebih banyak kedai tempatan. Bukan hanya tertumpu kepada beberapa rangkaian kedai di bandar. Kalau kedai-kedai kecil dan mikro di kampung juga boleh menjadi sebahagian daripada pelaksana program ini, mereka pun oleh merasai sedikit limpahan ekonomi daripada bantuan kerajaan.

Justeru, saya mohon pertimbangan kerajaan untuk meluaskan senarai peniaga sah tebusan bantuan SARA kepada kedai runcit tempatan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan. Dengan cara ini, tujuan asal bantuan ini untuk membantu rakyat akan dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh, bukan sahaja membantu pengguna membeli barangan keperluan tetapi juga menghidupkan ekonomi komuniti tempatan.

Yang kedua adalah PTPTN. Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas pengumuman RM120 juta setahun bagi pendidikan percuma PTPTN untuk anak- anak keluarga miskin di IPTA dalam Belanjawan 2026. Insentif ini tepat kerana menumpu akses. Saya juga menyambut baik insentif pengecualian bayaran balik kepada graduan ijazah sarjana muda kelas pertama yang kekal berkuat kuasa dengan permohonan melalui myPTPTN, sebagaimana yang dinyatakan dalam siaran media rasmi.

Namun di lapangan, wujud satu jurang dasar yang perlu dipandang serius.

Pelajar peringkat diploma yang cemerlang, sama ada mencapai CGPA sangat tinggi atau menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) masih perlu membayar balik pinjaman walaupun datang daripada keluarga B40 dan mempamerkan prestasi akademik tertinggi di peringkat mereka. Ini menimbulkan dua kesan.

Pertama, beban hutang awal kerjaya bagi graduan muda diploma yang lazimnya memasuki pasaran kerja lebih awal. Kedua, isyarat dasar yang tidak sepenuhnya mengangkat kecemerlangan di peringkat diploma, sedangkan laluan ini merupakan pintu masuk utama anak-anak luar bandar dan kelas menengah sederhana sebelum melangkah ke ijazah atau TVET lanjutan.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Tinggi dan PTPTN mengisi peluasan insentif dalam bentuk rebat bertingkat atau pengecualian separa bagi diploma cemerlang, misalnya ambang CGPA yang jelas atau pengiktirafan

draft • 4:31 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

i-ANC dengan keutamaan kepada keluarga B40. Cadangan ini melengkapkan pendekatan sedia ada bantuan akses untuk keluarga miskin melalui RM120 juta dan ganjaran merit di peringkat ijazah kini kita tambah satu...

[Tidak jelas] hilang iktiraf kecemerlangan diploma.

Kesannya ialah mikrokrasi inklusif yang mengangkat motivasi belajar sejak peringkat awal mempercepat kebolehpasaran graduan dan mendorong upskill ke ijazah atau TVET lanjutan tanpa dibebani hutang keterlaluan.

Yang ketiga adalah TVET. Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen besar kerajaan dalam membina tenaga kerja masa depan.

Peruntukan RM7.9 bilion bagi TVET menegaskan hasrat melahirkan tenaga mahir berdaya saing dalam ekonomi baru berasaskan teknologi. Pada masa yang sama, RM770 juta disediakan untuk Point of Presence (PoP) fasa dua serta RM780 juta lagi untuk JENDELA 2 bagi memperluas liputan jalur lebar ke 2,700 lokasi baru di kawasan perindustrian dan sekolah desa. Jumlah keseluruhan RM1.55 bilion ini amat penting kerana tanpa Internet yang stabil, segala usaha pendigitalan dan latihan TVET tidak akan mencapai impak sebenar.

Namun, realiti di Kuala Kangsar menunjukkan cabaran yang masih ketara.

Beberapa kawasan seperti di Sayong, Manong, Senggang dan Kampung Talang masih mengalami liputan internet yang tidak stabil. Pusat akademik seperti sekolah-sekolah di seluruh Parlimen Kuala Kangsar telah bersedia melaksanakan insentif smart school, smart library dan smart community. Namun, capaian Internet yang lemah menjadi penghalang utama.

Sebagai contoh, terdapat empat sekolah rintis yang kini terlibat dalam projek perintis teknologi pendidikan Jepun termasuk SK Tsung Wah dan SK Talang. Projek ini sedang berjalan selama tiga tahun menggunakan peranti iPad yang dipinjam daripada Jepun dan terdapat lagi enam buah sekolah yang telah bersedia dan akan terlibat dalam program ini pada masa yang terdekat.

Namun, hanya 66 unit iPad yang dipinjamkan dari negara Jepun dan ia dikongsi antara empat sekolah dan peranti tersebut perlu dipindah-pindahkan secara giliran. Ini bukan sahaja mengehadkan keberkesanan pembelajaran digital, malah menimbulkan risiko kehilangan peranti dan gangguan jadual P&P. Lebih membimbangkan, selepas setahun, pihak sekolah perlu menanggung kos penyelenggaraan RM80 setahun bagi setiap peranti sedangkan dana sekolah amat terhad.

draft • 4:31 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Oleh itu, saya mencadangkan agar capaian Internet di sekolah dinaik taraf sepenuhnya, bukan hanya di makmal komputer tapi di seluruh kawasan sekolah.

Penggunaan sistem seperti DP network perlu dipertimbangkan supaya seluruh kawasan sekolah memperoleh akses capaian Internet tersendiri, bukan bergantung kepada satu modem dalaman. PoP fasa dua dan JENDELA 2 mesti dipastikan liputan sebenar di lapangan, khususnya di sekolah, kolej komuniti, pusat latihan TVET luar bandar.

draft • 4:31 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Saya mohon agar kementerian memberi jaminan pemantauan lapangan dan penguatkuasaan Service Level Agreement (SLA) ke atas penyedia perkhidmatan supaya mutu capaian Internet menepati standard yang dijanjikan. Peralatan digital di sekolah kekal sebagai aset institusi, bukan diberikan kepada pelajar secara individu. Ini penting untuk menjamin keselamatan, penyelenggaraan dan kebolehgunaan jangka panjang oleh semua murid.

Pelaburan berbilion Ringgit dalam TVET dan pendigitalan hanya akan berhasil jika infrastruktur akses Internet benar-benar kukuh. Anak-anak Kuala Kangsar sudah bersedia menuju ke arah pembelajaran pintar, tetapi kerajaan mesti memastikan laluan digital mereka tidak tersekat kerana sumbangan yang lemah.

Seterusnya, berkenaan dengan syiar Islam. Saya menyokong peruntukan RM2.6 bilion bagi pembangunan dan pengimarahan syiar Islam serta RM150 juta bagi prasarana sekolah agama rakyat, tahfiz dan pondok berdaftar. Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja memiliki rangkaian masjid dan surau yang menjadi pusat ibadah, ilmu dan komuniti.

Berdasarkan semakan di platform rasmi negeri serta tinjauan pusat khidmat rakyat Parlimen, masih terdapat rumah ibadat yang memerlukan naik taraf kemudahan asas seperti ruang solat, tandas, sistem audio, karpet, penyaman udara di samping pembaikan berkala. Selain itu, institusi pendidikan Islam setempat antaranya, Madrasah Idrisiah di Bukit Chandan, institusi Maahad Tahfiz di sekitar Manor dan Pusat Tahfiz Al- Quran USAS memainkan peranan penting pembentukan modal insan.

Di bawah komponen RM150 juta, saya mohon perhatian agar bantuan menumpu kepada kemudahan digital dan makmal, geran penyelenggaraan tahunan dan asrama dan prasarana asas serta Program Integrasi TVET Islamik agar pelajar tahfiz dan agama turut memperolehi kemahiran vokasional dan keusahawanan. Dengan pendekatan ini,

draft • 4:40 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

peruntukan syiar Islam bukan sekadar menambah bangunan, tetapi benar-benar menyuburkan ekosistem ilmu, ekonomi dan perpaduan di peringkat komuniti.

Seterusnya berkenaan dengan banjir. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyentuh isu banjir. Laporan rasmi di peringkat negeri menunjukkan Kuala Kangsar mencatat jumlah tertinggi titik panas banjir di negeri Perak dan turut mempunyai beberapa lokasi berisiko tanah runtuh.

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM460 juta kepada NADMA bagi kesiapsiagaan bencana, RM210 juta melalui SKMM bagi Sistem Amaran Awal (EWS) dan RM2.2 bilion untuk meneruskan 43 Projek Tebatan Banjir (RTB) termasuk projek di Perak. Saya menyokong pendekatan menyeluruh ini, namun saya juga harus bertanya apakah pelan tersebut khusus untuk memastikan peruntukan RTB, EWS dan dana kesiapsiagaan benar-benar sampai ke titik panas tertinggi di Kuala Kangsar.

Setiap kali banjir melanda bukan sahaja rumah dan sawah terjejas, malah sekolah, jalan kampung dan premis perniagaan kecil menerima impak berlarutan.

Justeru, saya mencadangkan supaya sebahagian peruntukan RTB di Perak diperuntukkan khusus di kawasan kekerapan insiden tinggi di Kuala Kangsar. Dan, diwujudkan pelan tindakan mikro Kuala Kangsar 2026-2030 melibatkan MAKNA, NADMA, JPS, PBT bagi pelaksanaan tebatan fizikal pendalaman, pembersihan sungai, baik pulih longkang dan sistem amaran komuniti serta latihan pemindahan.

Ini selari dengan falsafah Belanjawan MADANI bukan sekadar membina semula selepas bencana, tetapi melindungi rakyat sebelum bencana tiba. Mengakhiri perbahasan saya, memandangkan Belanjawan 2026 memperuntukkan RM18.6 bilion bagi pendidikan tinggi serta menekankan akses kepada pendidikan berkualiti dan pendidikan Islam. Saya ingin memohon sekali lagi pertimbangan kerajaan agar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dinaik taraf sebagai universiti awam sepenuhnya (IPTA).

Ini bukan semata-mata soal status atau nama, tetapi soal keadilan dalam sokongan dan pembangunan institusi pendidikan. USAS yang terletak di Kuala Kangsar telah memainkan peranan besar dalam memartabatkan pengajian Islam, melahirkan tenaga akademik tempatan serta menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada anak- anak luar bandar di kawasan Perak Tengah dan Hulu Perak. Penaiktarafan ini akan memastikan USAS mendapat sokongan kewangan, penyelidikan, infrastruktur setanding IPTA lain.

draft • 4:40 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Saya sedar bahawa tiada sebutan langsung dalam teks rasmi ucapan Belanjawan 2026 berkenaan penaiktarafan USAS atau mana-mana IPTS kepada IPTA.

Namun begitu, terdapat ruang hujah strategik untuk mengaitkan perkara ini melalui peruntukan besar RM18.6 bilion bagi pendidikan tinggi dan peruntukan RM2.6 bilion untuk pengukuhan institusi Islam yang jelas menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan ilmu dan nilai Islam.

Maka, saya melihat cadangan penaiktarafan USAS ini wajar dipertimbangkan sebagai lanjutan kepada dasar inklusif pendidikan tinggi yang digariskan dalam Belanjawan MADANI, supaya setiap universiti yang berpotensi besar dalam pendidikan Islam dan pembangunan insan turut menerima manfaat secara adil dan berstruktur.

Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 telah meletakkan kosa kata yang kukuh. Tanggungjawab kita ialah memastikan peruntukan sampai ke rakyat. Untuk Kuala Kangsar, kejayaan belanjawan ini akan benar-benar dirasai apabila penerima bantuan SARA boleh menebus di kedai komuniti. Pelajar diploma cemerlang mendapat ganjaran yang adil.

Pelaburan TVET dan digital berfungsi kerana keadaan stabil di sekolah dan pusat latihan. Usahawan mikro memperolehi pembiayaan inklusif, masjid, surau dan institusi Islam diperkukuhkan dan RTB dan EWS memfokus kepada titik panas banjir.

Itulah ukuran sebenar belanjawan rakyat apabila angka di kertas menjadi perubahan di kampung dan pekan.

Anyaman rotan disulam rapat, Rotan dianyam menjadi budaya; Nadi negara denyutan rakyat, Belanjawan menyeluruh negara berjaya. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Bakri.

draft • 4:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi aspek perbelanjaan pembangunan, angka yang dibentangkan telah menunjukkan trend menurun iaitu pada tahun 2023, kita memperuntukkan sebanyak RM96.1 bilion untuk tujuan pembangunan. Namun, jumlah ini telah menurun kepada RM84 bilion pada tahun 2024 dan kini, untuk anggaran tahun 2026 hanya tinggal RM83 bilion.

draft • 4:47 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Penurunan yang berterusan ini berlaku pada saat negara kita sedang merancang dan memulakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Yang mana bagi saya satu tempoh yang penting untuk melonjakkan pelaburan dalam infrastruktur pendidikan, kesihatan dan peralihan hijau.

Dengan anggaran hanya sekitar RM83 bilion, ia nya bukan sahaja lebih rendah kalau berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, tetapi juga jauh lebih rendah di bawah jangkaan pasaran iaitu sekitar RM85 bilion. Kita faham bahawa kita perlu mengurangkan defisit. Tetapi angka ini telah menggambarkan bahawa pendekatan fiskal yang terlalu berhati-hati ataupun overly conservative yang saya lihat ada potensi untuk mengekang pertumbuhan ekonomi jangka sederhana.

Dalam konteks global yang masih tidak menentu, negara kita sepatutnya menggunakan perbelanjaan pembangunan sebagai enjin pemulihan dan pemodenan ekonomi. Apabila kerajaan melaksanakan pelbagai langkah rasionalisasi, termasuk mengurangkan ataupun menjalankan subsidi bersasar ke atas minyak diesel dan sebagainya. Dan pada masa yang sama, kita menaikkan kadar dan memperluaskan skop percukaian seperti SST.

draft • 4:47 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Rakyat mengharapkan bahawa hasil tambahan ini akan diterjemahkan kepada pembangunan yang lebih konkrit. Perbelanjaan pembangunan bukan sekadar angka di atas kertas. Ia adalah pelaburan untuk masa depan negara. Setiap sen yang dibelanjakan bagi membina jalan raya, sekolah, hospital, sistem pengangkutan awam dan tenaga hijau akan mewujudkan pekerjaan, meningkatkan produktiviti dan memulihkan keyakinan pasaran domestik. Apabila kerajaan mengurangkan peruntukan ini, kesannya akan dirasai terus oleh rakyat di lapangan. Apabila projek tertangguh, peluang pekerjaan akan berkurang dan pertumbuhan wilayah menjadi tidak seimbang.

Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan menilai semula dasar fiskal semasa dan memastikan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dimulakan dengan semangat pelaburan yang kukuh. Jika kita ingin mencapai status ekonomi maju, maka perbelanjaan pembangunan mestilah dilihat sebagai pemangkin ekonomi yang elok ditambahkan tetapi bukan beban kepada fiskal negara yang perlu dikurangkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam keadaan perbelanjaan pembangunan yang semakin terhad, kerajaan perlu menilai semula keutamaan projek kesihatan. Membina hospital baru bukan sekadar membina bangunan tetapi memerlukan peralatan,

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

penyelenggaraan dan tenaga kerja yang baru yang bakal menambahkan beban fiskal untuk jangka panjang. Dalam keadaan di mana masih banyak projek naik taraf dan penyelenggaraan hospital sedia ada yang masih dan telah lama menunggu peruntukan daripada kerajaan, beban fiskal yang timbul daripada pembinaan hospital baru menjadi sangat ketara.

Sebagai contoh, Tan Sri Yang di-Pertua, Hospital Muar sepatutnya memerlukan 10 buah ambulans untuk tujuan kecemasan, namun hanya dua yang berfungsi dengan baik. Dan selepas bertahun-tahun permintaan dan rayuan dan berkali-kali isu ini dibawa ke Dewan yang mulia ini, alhamdulillah, Kementerian Kesihatan menambah dua lagi unit pada tahun lepas, ditambahkan dengan satu unit baru atas sumbangan pihak swasta menjadikan jumlah sekarang adalah lima buah ambulans yang beroperasi. Tetapi, dia masih berkurangan lima buah mengikut keperluan sebenar.

Selain itu, banyak lagi kemudahan di Hospital Muar masih perlu perhatian daripada pihak kementerian. Projek pembinaan bangunan pakar, sebagai contoh, telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan sekitar tahun 2003. 2003― saya ulang iaitu lebih 20 tahun lalu. Tapi, sampai sekarang belum lagi direalisasikan. Cadangan untuk membina tempat letak kereta bertingkat ataupun sekurang-kurangnya sistem parkir mekanikal juga tidak ada apa-apa respons positif daripada pihak kementerian.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan yang telah menjalankan lawatan kerja ke Hospital Muar pada bulan Ogos yang lalu dan dalam lawatan tersebut telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk projek- projek naik taraf bagi tahun ini. Tapi― terima kasih memang terima kasih, tapi saya nak ingatkan Yang Berhormat Menteri, bahawa cadangan projek untuk tahun ini mencecah RM3 juta. Itu cukup baik. Sekurang-kurangnya satu per tiga daripada permintaan untuk tahun ini ditunaikan. Tetapi, masih lagi banyak yang tertangguh.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, memandangkan banyak lagi hutang-hutang ataupun backlog yang masih belum diselesaikan, saya ingin mencadangkan― saya tahu sekiranya saya cadangkan sebegini, ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju. Tetapi, terpaksa saya membuat cadangan sebegini supaya kerajaan mempertimbangkan moratorium dua hingga empat tahun untuk membina hospital baru.

Kita menumpukan fokus kita dan sumber kita kepada menaik taraf kemudahan hospital dan klinik-klinik sedia ada supaya setiap sen pembangunan benar-benar dirasai rakyat di lapangan.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan hampir RM200 juta bagi perkhidmatan bas berhenti-henti termasuk laluan baru dan pemberian bas di Johor Bahru bagi operasi RTS Link. Namun, saya memohon penjelasan daripada pihak kerajaan, adakah ini bermakna projek Automated Rapid Transit (ART) di Johor Bahru akan ditangguhkan atau disemak semula berikutan pengurangan peruntukan pembangunan?

Johor Bahru adalah pusat pertumbuhan pesat di selatan tanah air dan memerlukan sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap. Dalam konteks peralihan hijau, pelaburan dalam pengangkutan awam bandar bukannya sesuatu beban kepada keadaan fiskal negara tetapi langkah strategik untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong sasaran neutraliti karbon 2050.

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa komitmen negara kita terhadap perubahan iklim. Di bawah Perjanjian Paris, semua negara perlu mengemukakan Nationally Determined Contribution (NDC) setiap lima tahun. Tahun ini adalah tahun penting untuk kita menghantar NDC 3.0 bagi tempoh 2031 hingga 2035 kepada sekretariat UNFCCC. Namun, sehingga sekarang, negara kita masih belum menyerahkan NDC 3.0 sedangkan negara jiran Singapura telah berbuat sedemikian pada bulan Februari tahun ini. Kelewatan ini akan menjejaskan kredibiliti negara kita di peringkat antarabangsa.

Lebih membimbangkan lagi, Malaysia masih belum menetapkan tahun kemuncak pelepasan karbon (carbon peak). Negara jiran seperti China, Vietnam dan Indonesia telah pun menyatakan sasaran masing-masing. Tanpa milestone ini, sukarlah untuk kita menilai hala tuju sebenar peralihan tenaga dan pelabur hijau kekal tidak pasti terhadap kadar penurunan tahunan yang perlu dicapai.

Saya meminta supaya kerajaan mempercepatkan penyediaan NDC 3.0 yang menetapkan sasaran carbon peak sebelum 2035 disertai pelan penurunan sektor tenaga, pengangkutan dan industri. Dokumen ini juga perlu menjelaskan status pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, Dasar Tenaga Negara 2022-2040, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 supaya dunia melihat Malaysia bukan sekadar membuat komitmen tetapi menunjukkan roadmap sebenar ke arah sifar bersih.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Selain itu, kerajaan perlu segera membentangkan National Adaptation Plan

(MyNAP) dan Rang Undang-undang Perubahan Iklim (Climate Change Act) yang telah lama tertangguh. Keduanya-duanya penting untuk membina daya tahan iklim dan menarik climate finance antarabangsa. Konsep peralihan adil atau just transition juga mesti dimasukkan ke dalam kerangka NDC 3.0. Malaysia harus memastikan undang- undang dan dasar adaptasi kita mengambil kira perlindungan pekerja sektor tenaga dan industri.

Dari segi pelaburan, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia memerlukan sebanyak RM1.2 hingga RM1.3 trilion menjelang tahun 2050 hanya untuk sektor tenaga. Namun, belanjawan iklim kekal di bawah satu peratus KDNK dan hanya 42 peratus daripada bank tempatan komited ke arah net zero. Jurang ini perlu ditutup seberapa cepat yang mungkin melalui dasar fiskal pro peralihan, instrumen pasaran karbon dan undang-undang yang konsisten.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan keperluan Malaysia menyertai The Tropical Forest Forever Facility (TFFF) yang akan dilancarkan di COP30 di Brazil. TFFF ialah mekanisme pembiayaan antarabangsa tanpa hutang yang tidak memerlukan kos tambahan kerajaan namun berpotensi meningkatkan kredibiliti dan kepimpinan Malaysia dalam diplomasi hijau global. Malaysia adalah antara enam negara mega diversiti dunia dengan 54 peratus liputan hutan dan sejarah panjang diplomasi hijau sejak Langkawi Declaration tahun 1989.

Berpotensi menjadi peneraju di serantau dalam pembiayaan hutan tropika melalui penyertaan awal TFFF. Bukan sekadar penerima dasar yang digubal oleh pihak lain. Jadi, penting TFFF melengkapi inisiatif sedia ada seperti Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (REDD+), finance framework atau RFF dan Forest Carbon Offset (FCO). RFF mengurus pembiayaan domestik REDD+, manakala TFFF adalah pintu masuk dana global yang memperkukuhkan kerangka sedia ada. Ini bukan pertindihan tetapi adalah sinergi strategik. Negara jiran seperti Indonesia dan Papua New Guinea sudah menyatakan minat terhadap TFFF. Maka, sekiranya Malaysia menunggu dan hanya membuat keputusan selepas COP30, maka kita berisiko terlepas peluang dan menjadi antara perintis utama mekanisme ini.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya yang pertama kerajaan membuat komitmen politik terbuka sebelum COP30 sama ada di Parlimen atau di peringkat

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kabinet untuk menyertai TFFF. Kedua, Kementerian Sumber Asli dan pembangunan lestari bekerjasama dengan Malaysian Forest Fund (MFF) menyediakan readiness dokumen untuk TFFF. Dan ketiga menyelaraskan pelaksanaan TFFF, RFF dan FCO supaya semua instrumen beroperasi secara bersepadu dan saling mengukuhkan.

Penyediaan awal ini akan menghantar mesej jelas bahawa Malaysia bersedia memimpin dunia tropika ke arah ekonomi hijau dan berdaya tahan sejajar dengan aspirasi rancangan RMK13.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon mulai tahun depan dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga. Langkah ini penting kerana buat kali pertama, Malaysia menetapkan harga terhadap pelepasan karbon. Bagi saya, ia merupakan satu anjakan besar ke arah dasar iklim berasaskan pasaran.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

YB, masa YB. Masa.

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Okey, ada sikit lagi.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu je, bukan sikit lagi. Satu je.

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Satu poin lagi.

Sektor besi dan keluli menyumbang kira-kira 40 peratus pelepasan industri negara iaitu Industrial Processes and Product Use (IPPU). Keadaan ini menjejaskan reputasi dan kemampuan kita untuk mencapai Net Zero 2050. Maka, cukai karbon bukan sekadar alat fiskal tetapi reformasi industri yang mendesak. Kerajaan IDEAS menunjukkan bahawa pada harga karbon RM200 satu tan karbon dioksida, menjelang tahun 2030, keluli rendah karbon baru akan menjadi berdaya saing. Dari segi rantaian ekonomi, kenaikan kos keluli dijangkakan hanya meningkat sekitar tiga hingga lima peratus dalam sektor pembinaan dan kurang daripada satu peratus bagi sektor automotif.

Justeru, kita tidak wajar melihat perkara ini sebagai sesuatu yang membebankan. Sebaliknya dasar ini adalah untuk mereformasi dan mentransformasi industri pencemaran tinggi ke tahap yang lebih hijau dan mampan. Bagaimanapun, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat dan pasaran model, apakah mekanisme ini akan diselaraskan dengan dasar pasaran karbon kebangsaan dan Rang Undang- undang Perubahan Iklim Negara.

Bagi konteks Malaysia, saya setuju dengan pandangan IDEAS bahawa sistem dagangan pelepasan karbon, ETS adalah lebih sesuai berbanding dengan cukai karbon

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

bagi membolehkan harga karbon ditentukan oleh pasaran dan mengarahkan pelaburan dalam tenaga hijau hidrogen dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimanakah cukai karbon ini akan diintegrasikan dengan pasaran karbon Malaysia dan adakah ia akan membenarkan dagangan kredit antarabangsa apabila mekanisme ini dan pasaran kita matang nanti?

Dengan pelepasan sektor keluli sekitar 15 juta tan karbon dioksida pada harga RM200 satu tan, kerajaan berpotensi menjana RM3 bilion setahun dan untuk disalurkan semula kepada pelaburan hijau dan penyelidikan tenaga rendah karbon. Ini penting kerana mekanisme pelarasan sempadan karbon Kesatuan Eropah akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai tahun depan. Sekiranya Malaysia tidak menetapkan harga karbon sendiri, maka eksport keluli kita akan dikenakan cukai tambahan di sempadan EU.

Justeru, saya mencadangkan supaya kerajaan yang pertama menetapkan harga asas pada RM100 untuk satu tan karbon dioksida dan meningkat kepada RM200 secara berperingkat menjelang tahun 2030.

Dua, dalam tempoh masa lima tahun, membangunkan ETS sektor demi sektor bermula dengan sektor keluli.

Dan ketiga, menyalurkan hasil daripada mekanisme harga karbon kepada penyelidikan tenaga hijau, subsidi peralihan adil dan pelaksanaan MyNAP.

Dan keempat, menyegerakan penggubalan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara. Pelaksanaan ini bukan sekadar langkah fiskal tetapi eksperimen dasar berskala nasional untuk menilai kecekapan sistem pelaporan, pengauditan dan dagangan karbon.

Malaysia kini mempunyai kelebihan blank slate untuk mereka bentuk pasaran karbon yang paling sesuai dengan struktur ekonominya, bukan sekadar meniru model barat. Jika sektor keluli berjaya menjadi modal rintis, maka Malaysia bukan sahaja akan mempunyai pasaran karbon yang mantap tetapi juga berpotensi mempunyai pasaran karbon, menjadi pusat dagangan karbon serantau dan penanda aras pelaksanaan harga karbon yang adil serta penggesaan di pasaran ASEAN.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

YB, masa YB.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Itu saja.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ada satu lagi isu.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, ya.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Satu lagi, satu minit. Satu minit, Tan Sri, yang ini penting. Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan Muar Furniture Hub, Muar Furniture Park di Bakri, seluas 400 hektar bakal melonjak ekonomi di sekitar daerah Muar dengan pelabuhan— dengan pelaburan melebihi RM1 bilion. Namun, bagi memastikan projek ini berjalan lancar, kemudahan infrastruktur asas perlu disiapkan lebih awal khususnya sebuah balai bomba dan penyelamat gred A di mukim Bakri.

Menurut draf Rancangan Tempatan Daerah Muar 2030 (RTD 2030), balai bomba seluas 2.3 ekar dengan sekurang-kurangnya dua engine bay dan kos anggaran RM30 juta telah dicadangkan di Lot 2266 hingga 2268 mukim Bakri untuk dilaksanakan pada fasa satu iaitu 2021 hingga 2025. Malangnya sehingga sekarang, projek ini masih belum dimulakan.

Kita maklum bahawa api adalah musuh yang utama untuk industri perabot. Satu kebakaran saja boleh memusnahkan kilang sepenuhnya dan menyebabkan kerugian puluh juta ringgit. Oleh itu, saya menggesa supaya pihak kerajaan menyegerakan pembinaan balai bomba gred A di Muar Furniture Park sebagai komponen yang penting dalam pembangunan industri di daerah ini.

Selain itu, saya ingin juga menggesa kerajaan untuk memulakan projek jalan rintis — jalan pintas Simpang Sungai Terap-Jorak-Paya Panjang, Laluan J32 Muar ataupun lebih dikenali sebagai Bukit Pasir Bypass ke Muar Furniture Park sepanjang kira-kira 12.2 kilometer bagi mengurangkan masalah kesesakan di kawasan bandar.

Sekian, terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. YB overshot tujuh minit tau. Ha, tak apa. Kita jemput Ampang.

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam perpaduan kepada semua. Tan Sri Speaker, saya berdiri di sini bagi mewakili Ampang untuk mengajak kita ataupun untuk berbahas Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat yang lepas dengan tema “Belanjawan Rakyat” iaitu berpaksikan tiga tonggak kerangka ekonomi MADANI iaitu memperkasakan rakyat dengan menaikkan siling, menambahkan tata kelola dan menaikkan lantai.

draft • 5:12 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya sebenarnya bila ingin berbahas ini, Tan Sri Speaker, sebenarnya banyak perkara yang boleh disinggung tetapi yang kita penting kat sini ini adalah belanjawan pertama Kerajaan MADANI dalam merangka untuk memberikan ataupun menyatakan komitmen dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan datang.

Tan Sri Speaker, Ampang ingin mengajak kita semua berbahas ataupun membicarakan tentang isu pendidikan yang akhir-akhir ini menjadi satu orang kata apa, satu perbualan yang hangat. Dengan ini, saya sebelum itu saya nak — kenapa saya ingin berbahas perkara ini kerana kita tengok tumpuan utama RMK13 merupakan reformasi pendidikan. Dalam masa yang sama, tidak hairan kita lihat belanjawan kali ini adalah belanjawan tertinggi juga dikhususkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Walau bagaimanapun, ini mutakhir ini sebenarnya berdepan dengan banyak perkara tetapi saya ingin mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini, supaya kita melihat aspek yang sedikit berlainan daripada apa yang di cakap ataupun dinyatakan oleh rakan-rakan iaitu kalau kita melihat antara isu yang berbangkit dalam isu pendidikan ini, hanya tumpuan kita kepada murid-murid dan pendidikan. Saya ingin berbahas di dalam Dewan ini untuk mencadangkan ataupun melihat satu realiti iaitu bebanan pentadbiran guru iaitu ancaman terselindung terhadap keselamatan sekolah sebenarnya.

Jadi, bicara kita tentang sekolah, murid dan guru ini tidak dapat dipisahkan. Jadi, saya melihat realiti bebanan ini bukan sahaja mengajar. Guru bukan sahaja mengajar tetapi mereka dibebankan dengan banyak perkara. Mengisi pelbagai laporan digital, macam-macam sistem yang ada, Tan Sri Yang di-Pertua. Menguruskan hal murid lagi, disiplinnya, kebajikannya, programnya, aktiviti dalam dan luar, melaksanakan tugas pengurusan, fail panitianya, auditnya, dokumentasinya.

Menyertai pelbagai program luar seperti pertandingan, ceramah, bengkel. Ini semua perlu dilaksanakan dan perkara yang dibebankan kepada guru dan hasilnya masa guru mendidik, mendengar dan memahami murid semakin berkurang. Ini mungkinlah perkara-perkara yang saya nampak yang mungkin orang kata apa, boleh mengundang kepada perkara ini berlaku.

Oleh itu, saya rasa juga di antara kesan daripada perkara ini, kita lihat kualiti hubungan guru dan murid ini sedikit merosot. Apabila guru keletihan, interaksi juga menjadi mekanikal. Dia hanya bercakap atau berinteraksi dengan anak-anak murid

draft • 5:12 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

dengan keadaan yang bila terpaksa sahaja. Ya, murid pula sekarang tidak didengari ataupun rasa tidak didengari lalu mencari perhatian melalui buli, ponteng dan berbagai- bagai jenayah yang kita dengar akhir-akhir ini. Stres juga guru bertambah, suasana sekolah tegang, oleh itu, saya ingin memberikan satu pandangan iaitu bagaimana bebanan guru ini yang saya namakan sebagai ancaman terselindung terhadap keselamatan sekolah perlu kita lihat.

Pertamanya, Tan Sri Speaker yang saya muliakan, saya rasa implikasi yang kita lihat bila bebanan ini banyak, kita lihat implikasi terhadap sekolah dan murid kehilangan kawalan disiplin, ya. Guru takut bertindak. Kita tengok kat sini disebabkan apa?

Disebabkan isu akarnya kita tidak pasti nak imbangkan antara ini hak kanak-kanak atau hak murid dan juga bagaimana untuk kita lindungi juga hak guru.

Jadi, hari ini saya bicarakan tentang bagaimana kita juga melindungi kedua-dua ini iaitu kita mesti seimbangkan hak murid dilindungi daripada kekasaran dan penghinaan dan sebagainya, hak guru juga mesti dilindungi daripada ugutan dan kehilangan autoriti. Ini yang saya bimbang, Tan Sri Speaker. Oleh itu, saya harap implikasi pertama kita tak mahu dengan hilangnya kawalan-kawalan ini, saya mencadangkan satu dasar yang menambahbaikkan sistem pendidikan ataupun pengurusan di sekolah.

Pertamanya, kalau boleh kementerian melihat wujudkan ataupun nyahkan di birokrasi yang berlaku di dalam sekolah. Wujudkan satu sistem tunggal pendidikan digital nasional. Integrasikan semua laporan-laporan ini. Tak perlu terlalu banyak laporan, kurangkan arahan pelaporan bertindih antara Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, PPD. Guru ini yang terbeban sebenarnya.

Kita mencadangkan supaya beri autonomi sekolah, menentukan format pelaporan mengikut konteks setempat. Dengan ini, kita yakin, saya yakin kalau kita bekalkan lagi guru-guru dengan menggunakan digital ataupun kemudahan digital seperti automasi, AI sebagai pelaporan dan sebagainya ini akan cepat diselesaikan pelaporan- pelaporan ini. Apa manfaat kalau ia nya dinyahkan birokrasi ini? Saya harap guru kembali fokus pada pengajaran bukan buat kerja dokumentasi. Itu yang penting.

Yang keduanya, sokongan pembantu tadbir pendidikan. Ini penting. Saya harap dalam bajet akan datang kita perlu membuat pendekatan ini. Ramai yang minta nak sekolah, tambah sekolah, perbetulkan masalah usang, masalah fizikal yang tiada tetapi satu aspek yang lebih penting adalah sokongan pembantu tadbir pendidikan perlu

draft • 5:12 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

diwujudkan. Wujudkan sikit sistem baharu pembantu guru, ya, teacher’s assistant dengan izin, dan pegawai data sekolah. Ada sorang yang buat, yang nak data-data ini untuk dihantar, bagi satu tugasan kepada seorang pegawai yang diamanahkan.

Yang moleknya Tan Sri, kalau 10 guru, kita cadangkan supaya sekurang- kurangnya satu pembantu supaya pembantu inilah yang membuat kerja-kerja dokumentasi ini dan galakkan juga penempatan pelatih IPT untuk menjadi tenaga sokongan pentadbiran kepada perkara ini. Apa manfaatnya? Saya nampak kalau dapat perbetulkan sokongan pembantuan tadbir pendidikan ini tugas pelaporan, data, logistik tidak lagi menekan guru.

Seterusnya, saya juga mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan (KPM) dan PPD diseru untuk menilai semula sistem pentadbiran pendidikan menggunakan prinsip bebaskan guru untuk mendidik. Ramai rakan-rakan sebut perlu kembalikan semula rotan. Saya kata ia nya perlu diimbangi tetapi berikan kepada guru hak untuk ada sikit autoriti. Itu penting, ya. Sampai guru langsung tak ada autoriti ini menyusahkan, itu pertama.

Yang keduanya, jadikan kesejahteraan guru sebagai indikator utama keselamatan sekolah. Kalau guru tak— dia, guru sendiri stres, guru beban kerja, guru tak dapat melaksanakan tugas dengan baik, indikator ini akan tidak boleh memberikan kesan langsung iaitu sekolah yang selamat. Itu penting.

draft • 5:12 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Dan yang ketiga yang saya ingin cadangkan, bentuk jawatankuasa khas (task force) beban guru dan keselamatan sekolah. Segerakan perkara ini supaya dalam banyak bicara yang diberikan oleh pihak Menteri ataupun KPM, salah satunya tolong tengok aspek beban guru ini dan bagaimana perlu diselesaikan.

Kesimpulannya Tan Sri, reformasi pendidikan bukan hanya tentang kurikulum baru, tetapi membebaskan guru dari belenggu pentadbiran. Bila guru tak lagi terhimpit dengan laporan dan sistem berulang, mereka akan kembali menjadi pendidik yang membina jiwa, bukan operator sistem. Ini perkara yang perlu ditengok dan bila ada pasukan sokongan pentadbir yang cekap, sekolah akan lebih efisien, empati dan selamat.

Ini yang saya perlu nyatakan di sini, pandangan saya walaupun saya tidak dibesarkan dalam sistem pendidikan yang ada sekarang, yang moden. Kita dulu sekolah

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

tak ada banyak benda pun, tetapi banyak yang dapat kita selesaikan dan dapat melahirkan insan-insan yang baik.

Oleh itu, kesimpulan dalam topik ini, sekolah yang selamat bermula dengan guru yang sejahtera. Ini pandangan saya. Tanpa tindakan segera, beban pentadbiran akan terus menenggelamkan fungsi sebenar pendidikan iaitu sepatutnya pendidikan membina manusia, bukan mengisi borang atau pelaporan.

Tan Sri Speaker, selesai tentang isu pendidikan. Saya ingin beralih kepada isu kesihatan. Isu kesihatan, saya menginsafi dengan bajet yang telah dinyatakan. Banyak perkara di sini yang ingin dilaksanakan. Alhamdulillah, saya suka. Saya rasa perkara ini perlu diberikan orang kata pujian, tetapi Ampang amat-amat mengalu-alukan peningkatan peruntukan buat KKM ini. Kementerian Kesihatan Malaysia ini jelas lagi kita lihat tumpuannya 80 peratus peruntukan kesihatan untuk merawat penyakit sedangkan mencegah itu jauh lebih murah, Tan Sri. Berkesan dan juga bermakna bagi kualiti hidup rakyat.

Apa yang ingin saya katakan di sini, ini tidak hairanlah memandangkan kebanyakan sistem kesihatan termasuk Malaysia beroperasi dengan pendekatan sick care, dengan izin iaitu penjaga— penjagaan pesakit. 80 peratus kita ni jaga orang sakit yang reaktif dan tumpuan terhadap rawatan sistem dan penyakit bertindak setelah seseorang itu jatuh sakit.

Jadi, dengan ini saya rasa kita beralihlah sikit, pendekatan healthcare itu benar- benar di jiwai iaitu penjagaan kesihatan lebih proaktif pula kalau kita nampakkannya ia nya secara holistik dengan kita membuatkan – memeriksa tahap kesihatan menyeluruh, mengurangkan prevalence penyakit menerusi pencegahan.

Banyak perkara boleh kita buat, tetapi mengubah minda rakyat iaitu memerlukan reformasi dasar, program seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan sebagainya.

Itu nak reformasi, tetapi kesihatan ini saya rasa bermula dengan mengubah supaya kita memberikan tumpuan kepada healthcare. Dan Ampang mencadangkan supaya 30 peratus peruntukan yang sedia ada, yang dicadangkan diubah kepada peruntukan kesihatan khusus untuk promosi gaya hidup sihat, kesihatan mental, pencegahan saringan penyakit tidak berjangkit, imunisasi dan vaksinasi.

Sekali lagi Ampang menegaskan peri pentingnya dalam pada itu, kita juga perlu meletakkan juga adanya pekerja-pekerja sosial kesihatan untuk kita pastikan ia nya boleh menambahbaikkan lagi efficiency kepada perkhidmatan kesihatan yang ada.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Dan tidak kurang pentingnya dalam konteks kesihatan ini, saya yakin perlu ada satu National Health Registry ataupun Data Nasional, data. Dalam topik ini saya rasa kalau kita tak ada pangkalan data yang menyeluruh Tan Sri Yang di-Pertua, tak bersepadu, tak inklusif, kita tidak dapat menilai rekod kesihatan keseluruhan populasi rakyat kita yang sebenar. Jadi, dengan ini tanpa pangkalan data, kita tidak akan mampu menilai bebanan yang sebenarnya berapa yang kita tanggung. Saya tengok banyak usaha kita, ada cukai rokok dan sebagainya, tetapi saya rasa di antara perkara-perkara asas ini perlu dilaksanakan.

Tan Sri Speaker, saya beralih kepada isu keusahawanan. Lazimnya, keusahawanan atau PMKS sentiasa mendapat tempat istimewa setiap kali belanjawan tahunan dibentangkan. Merentasi beberapa kementerian dan tidak terhad terhadap di bawah KUSKOP sahaja. Namun, sejajar dengan fokus RMK13 terhadap perusahaan sosial sebagai sektor ketiga dalam ekonomi, Belanjawan 2026 menggariskan pelanjutan tempoh dan sebagainya, saya ingin mencadangkan beberapa usaha iaitu kita kena lihat usahawan sosial ini satu perkara yang lebih baik, yang kita nampak bukan lebih baik, yang menampung ataupun menambah baik.

Jadi, saya yakin bahawa dengan adanya Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 yang telah dinyatakan yang bertemakan “Mengarusperdanakan Perusahaan Sosial, Menormalisasikan Impak Sosial” dengan dokumen hala tuju dan strategi pembangunan usahawan sosial di Malaysia yang telah dilancarkan baru-baru ini, saya harap ia tidak lagi orang kata tidak lagi menjadi masalah kepada penggiat- penggiat usahawan sosial ini yang ada.

Akhir dengan itu, justeru, Ampang mencadangkan agar pertama, Dana Padanan Sosial Nasional, dengan izin, Social Impact Matching Fund ditubuhkan di bawah institusi kewangan pembangunan ataupun DFI, SME Corp. atau mana-mana agensi berkenaan untuk menyediakan modal khusus untuk usahawan mikro, kecil dan sederhana yang berminat dalam operasi dominan ini.

Yang keduanya insentif cukai diberi kepada organisasi korporat yang menyalurkan dana CSR kepada perusahaan sosial berdaftar.

Dan ketiganya, Laporan Tahunan Kemajuan Rangka Tindakan Perusahaan Sosial 2030 diterbitkan supaya masyarakat boleh pantau dan menilai sendiri pencapaian.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Akhirnya Tan Sri Speaker, ada beberapa perkara tambahan yang saya rasa saya mungkin boleh cuba habiskan dalam tempoh ini iaitu dalam konteks dasar kanak-kanak.

Saya benar-benar mengharapkan supaya ada dasar yang bersepadu dengan model whole of government, dengan izin iaitu beralih dari pendekatan kebajikan dan bantuan semata-mata kepada pendekatan hak dan kesejahteraan menyeluruh.

Jadi, Ampang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak Nasional iaitu National Child Commission sebagai entiti bebas di bawah Parlimen atau Jabatan Perdana Menteri setaraf SUHAKAM. Sekarang mereka ada di bawah SUHAKAM, tetapi saya rasa sudah sampai masanya dengan isu-isu berbangkit yang banyak ini, mereka independent menjadi satu badan Suruhanjaya Kanak-kanak yang tersendiri.

Yang keduanya, menubuhkan Pangkalan Data Kanak-kanak Nasional yang menggabungkan data JKM, KPM, KKM, PDRM, JPN dan segala-galanya data yang ada berkaitan dengan kanak-kanak. Sebab apa? Sebab mudah kita nak merangka hala tuju kanak-kanak ataupun masa depan negara.

Yang ketiganya, rasionalisasikan semua dasar sedia ada seperti Dasar Kanak- kanak, Pelan Tindakan Kanak-kanak, Dasar Pendidikan. Saya, Tan Sri, kalau nak baca fasal kanak-kanak ni, banyak betul dasar-dasar dan kerangka-kerangka yang ada.

Dengan itu, saya harapkan ada satu kerangka induk, pelan induk kanak-kanak malaysia yang boleh dicadangkan selepas ini.

Dan seterusnya, penubuhan Malaysia Child Wellbeing Index dengan pelaporan tahunannya dikemukakan kepada Parlimen untuk perbahasan. Kenapa kita – saya bercakap tentang perkara ini kerana dah sampai masanya kalau kita bagi tumpuan kepada kanak-kanak dari sekarang, saya yakin, insya-Allah, lima ke 10 tahun akan datang, Malaysia menjadi, mendapat hala tuju yang sebenarnya tentang bagaimana pembangunan manusia ini boleh kita perbetulkan.

Tan Sri Speaker, sebenarnya, akhirnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kerana memberi saya sedikit ruang untuk berbahas. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua rakan-rakan yang akan— yang menyambut Deepavali pada 20 Oktober ini dengan ucapan Deepavali nal valthukkal.

Dengan itu juga saya ingin menyokong penuh ucapan perbahasan ini dengan sedikit ungkapan kata-kata. Perlu ditegaskan bahawa menyokong bukan bermakna

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

menutup mata dan mengkritik bukan bermakna menentang. Inilah semangat sebenar reformasi MADANI, ikhlas menegur, jujur memperbaiki dan berani memperbaharui.

Sekian, Tan Sri Speaker, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya jemput Kuala Nerus.

draft • 5:20 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk berbahas Belanjawan 2026.

Tan Sri Yang di-Pertua, pertamanya saya suka menyentuh tentang belanjawan kesihatan. Belanjawan 2026 memperuntukkan kenaikan hanya 2.7 peratus kepada Kementerian Kesihatan bersamaan RM1.25 bilion berbanding tahun 2025.

draft • 5:29 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sedangkan kos ubat dan peralatan perubatan meningkat sehingga 17 peratus.

Jadi, kenaikan ini adalah tidak seimbang dan tidak dapat menampung keperluan asas.

Apatah lagi untuk memperkukuhkan sistem kesihatan yang semakin tenat sekarang.

Akibatnya hospital dan klinik kerajaan terpaksa beroperasi dalam kekangan yang semakin menekan. Stok ubat kekurangan. Manakala peralatan rosak dan uzur, tidak dapat diganti. Akibatnya, waktu menunggu pesakit untuk rawatan juga semakin panjang.

Petugas kesihatan pula dibebani dengan tugas-tugas yang berlebihan, menjejaskan mutu perkhidmatan.

Yang paling terkesan ialah rakyat luar bandar termasuk di Pantai Timur, yang bergantung sepenuhnya kepada hospital kerajaan. Pernah berlaku beberapa kali di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, bayi dalam keadaan tenat terpaksa dirujuk ke Hospital UIA, Kuantan kerana tidak cukup neonatal ventilator di HSNZ. Jadi, bayangkan anak kita, cucu kita yang tenat itu. Perjalanan yang tiga jam untuk dapat rawatan kerana hospital kita tidak cukup peralatan. Oleh itu saya ingin bertanya kepada KKM, apakah strategi atau tindakan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat tidak terjejas? Bilamana peningkatan bajet untuk kesihatan itu bertambah hanya 2.7 peratus sahaja.

draft • 5:30 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang langkah kerajaan menaikkan cukai rokok dan tembakau dalam Belanjawan 2026. Secara prinsipnya, saya tidak menolak kenaikan ini malah saya menyokong jika ia benar-benar dilaksanakan sebagai langkah kesihatan awam dan tanggungjawab fiskal negara. Cukai ke atas produk tembakau seharusnya menjadi alat kawalan ketagihan serta sumber pembiayaan rawatan penyakit yang berkaitan dengan rokok.

Namun, pelaksanaan mesti disertai dengan kawalan yang berkesan.

Pengalaman sebelum ini menunjukkan setiap kali cukai rokok dinaikkan, kadar penyeludupan turut meningkat. Ia bukan sahaja menjejaskan hasil negara, malah mendedahkan rakyat kepada produk yang lebih berbahaya. Saya ingin tahu apakah pelan taktikal kerajaan dalam isu ini? Adakah pelan bersama Kastam, PDRM dan Agensi Maritim telah disiapkan untuk memperketatkan kawalan sempadan dan pelabuhan utama?

Persoalan saya, apakah pegawai penguat kuasa agensi-agensi yang terlibat mencukupi? Apa yang saya perhatikan dalam bajet kali ini tidak ada penambahan peruntukan atau perjawatan. Bajet kali ini dilihat banyak yang pincang dan tidak selaras dengan hasrat kerajaan. Selain itu saya juga ingin tahu persediaan kementerian dalam mengharamkan vape. Terutamanya bila ada kemungkinan besar akan adanya pasaran gelap kelak. Seperti rokok di mana kini hampir 50 peratus rokok di pasaran adalah daripada pasaran gelap. Mohon pencerahan daripada Menteri dan apakah langkah- langkah memastikan pasaran gelap ini dapat dikawal?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan semula isu bantut, obesiti dan pemakanan kanak-kanak yang saya telah tegaskan dalam sidang perbahasan RMK yang lepas. Ini bukan isu baharu tapi sampai hari ini masih belum nampak tindakan yang menyeluruh daripada pihak kerajaan. Data menunjukkan 16.1 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun mengalami bantut. Manakala 16 peratus lagi obes. Ini keadaan yang ekstrem, dalam keadaan negara kita sebuah negara yang mempunyai makanan yang mencukupi tetapi masih ada yang bantut, 16 peratus. Yang obes, yang lebih pula 16 peratus.

Kedua-dua masalah ini berpunca daripada faktor yang sama iaitu pemakanan yang tidak seimbang dan harga makanan sihat yang semakin tidak mampu dibeli oleh rakyat. Saya telah pun mencadangkan sebelum ini supaya kerajaan mempertimbangkan program bantuan makanan sihat untuk kanak-kanak 0 hingga 3 tahun. Mengikut kiraan,

draft • 5:30 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

anggaran kos program ini sekitar RM2.4 bilion setahun. Jauh lebih kecil berbanding kos rawatan penyakit akibat komplikasi malnutrisi dan kekurangan zat iaitu sekitar RM34.8 bilion.

Malangnya saya tidak nampak cadangan tersebut dimasukkan dalam Belanjawan 2026. Dalam masa yang sama, saya juga ingin bertanya pendirian kerajaan berkenaan subsidi gula. Setiap tahun subsidi ini diteruskan walaupun kadar penyakit non-communicable disease seperti diabetes terus meningkat, ischemic heart disease, renal failure yang antara puncanya ialah kerana pengambilan gula berlebihan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah pelan kementerian untuk mengatasi kes NCD yang semakin meruncing pada waktu ini? Terutama dari segi polisi fiskal dan polisi kesihatan awam.

Untuk subsidi gula, berapa jumlah sebenarnya subsidi gula yang ditanggung oleh kerajaan tahun lepas, tahun ini dan jangkaan tahun hadapan? Dan apakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan semula subsidi ini ke arah mengurangkan ataupun menarik balik sepenuhnya subsidi ini kerana gula inilah antara racun yang besar dalam tubuh kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, asas kepada sistem Persekutuan ialah keadilan dalam pembangunan wilayah. Semua negeri sama ada besar atau kecil, maju atau masih membangun berhak menikmati pertumbuhan yang seimbang tetapi apa yang kita lihat dalam Belanjawan 2026 ini, tumpuan pembangunan masih berat ke arah negeri-negeri maju. Seperti Projek Mega Mutiara Line LRT di Pulau Pinang bernilai RM17 bilion.

Pemodenan, pemodenan lapangan terbang dengan peruntukan RM2.3 bilion termasuk di Pulau Pinang serta pelbagai projek pengangkutan dan perumahan besar di Lembah Klang dan Johor terus diberi keutamaan.

Negeri-negeri ini sudah sedia maju tapi terus menerima limpahan pembangunan, peruntukan yang mengukuhkan lagi kedudukan mereka. Sedangkan negeri seperti Terengganu dan Kelantan yang masih berdepan jurang infrastruktur besar hanya menerima projek bersifat kecil dan setempat seperti penyelenggaraan jalan kampung, baik pulih sekolah, pembaikan muara sungai dan projek tebatan banjir.

Semua itu penting tetapi ia tidak mencipta limpahan ekonomi yang boleh mengubah landskap negeri. Tidak ada satu pun projek berskala besar di Terengganu dalam belanjawan kali ini yang mampu menarik pelaburan baru, membuka pekerjaan kemahiran tinggi atau menjana kesan rantaian ekonomi kepada rakyat tempatan.

draft • 5:30 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara ini jelas bercanggah dengan semangat MADANI yang menekankan kesejahteraan dan keterangkuman. Kalau tumpuan pembangunan hanya tertumpu di kawasan bandar dan negeri maju, sampai bila negeri miskin seperti Terengganu boleh mengejarnya? Inilah yang melemahkan struktur ekonomi negara yang mengakibatkan pertumbuhan ekonomi negara kita jadi tidak seimbang dan pincang. Akibatnya, Malaysia tidak mungkin dapat mencapai status negara maju.

Sebaliknya akan terus terperangkap dalam middle income trap dengan izin.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan terus menunjukkan sikap tidak adil dalam agihan pembangunan infrastruktur. Dalam Belanjawan 2026, sekali lagi saya sebut RM17 bilion diperuntukkan oleh LRT Mutiara R&D Pulau Pinang. Sebaliknya Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 yang diumumkan sejak 2006 masih belum dimuktamadkan. Kajian awal telah siap sejak Ogos 2022 tapi projeknya langsung tidak tersenarai dalam RMK13.

Yang mana kos asal projek ini RM2.8 bilion sahaja kini melonjak hampir RM9.8 bilion akibat penangguhan tersebut. RPT3 ini sebenarnya bakal menghubungkan Terengganu dan Kelantan dan ini akan melengkapkan sistem lebuh raya kita daripada Kuala Lumpur terus kepada sempadan Thailand. Dua buah negeri yang disebutkan tadi Terengganu, Kelantan, masih bergelut dengan jurang pembangunan dan kemiskinan. Ini satu perbandingan yang jelas.

draft • 5:30 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

RM17 bilion untuk satu negeri yang sudah maju tetapi RM9 bilion pun tidak diluluskan untuk dua negeri yang miskin dan tertinggal. Di mana sebenarnya keutamaan kerajaan? Mengapa projek di negeri sekutu politik diluluskan segera? Sedangkan projek yang memberi manfaat besar kepada rakyat Pantai Timur terus di tangguh dan tangguh.

Lebih membimbangkan kita, kita tidak lupa tentang Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang terpalit dengan isu rasuah dan penipuan jika di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang sama.

Namun kini, Kerajaan Pusat terus menyalurkan dana yang besar ke negeri tersebut tanpa sebarang penilaian-penilaian kritikal terhadap keutamaan sebenar negara. Saya nak menyokong cadangan Ahli Parlimen Hulu Terengganu agar bajet LRT dialihkan kepada LPT3 supaya pembangunan negara tidak terus pincang hanya kerana pertimbangan politik yang tidak adil dan berat sebelah.

draft • 5:40 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Terengganu memiliki lebih 7 juta tan metrik unsur nadir bumi (REE), menjadikannya negeri dengan deposit REE terbesar di Malaysia. REE ialah aset strategik negara. Namun, potensi ini belum diterjemahkan kepada kekuatan ekonomi negeri. Salah satu kekangan utama ialah ketiadaan pelabuhan lengkap yang mampu menyokong eksport aktiviti hiliran dan mineral bernilai tinggi.

Pelabuhan Kemaman, satu-satunya yang mempunyai ciri fizikal sesuai dengan kedalaman semula jadi melebihi 16 meter. Lembaga industri berat serta sambungan jalan dan rel ke kawasan pengeluaran REE di Hulu Terengganu. Tetapi kapasiti yang sedia ada belum dimaksimumkan dan tiada pelan perkembangan menyeluruh untuk menjadikannya sebagai hab eksport REE dan bahan hiliran.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu ini menyentuh keadilan pembangunan wilayah. Jika negeri seperti Pulau Pinang boleh menerima RM17 bilion untuk LRT. Mengapa perlabuhan yang boleh memacu ekonomi Pantai Timur tidak dijadikan keutamaan nasional dengan perlabuhan bertaraf antarabangsa? Barulah REE boleh dikembangkan secara bersepadu, yang akan membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan hasil negeri dan menarik pelaburan asing yang berkualiti.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, sektor pelancongan sepatutnya menjadi pemacu utama ekonomi Terengganu dan Pantai Timur. Namun, potensi ini terus terbantut akibat dasar yang lemah dan agihan peruntukan yang tidak seimbang.

Berdasarkan dasar semasa, 50 peratus hasil cukai pelancongan antarabangsa sepatutnya dikembalikan kepada negeri. Tapi pada tahun 2023, Terengganu hanya menerima RM5,000 sahaja. Berbeza dengan Johor yang memperoleh lebih RM160,000.

Lebih mengecewakan, dua tahun berturut-turut Terengganu tersenarai sebagai negeri paling rendah menerima peruntukan promosi pelancongan.

Dalam Belanjawan 2025, Terengganu hanya diperuntukkan RM470,000 sahaja berbanding RM1.33 juta untuk Wilayah Persekutuan, RM1.26 juta untuk Selangor dan RM1.07 untuk Sabah. Jurang ini amat ketara dan menunjukkan kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam mengurus dana secara adil antara negeri maju dan negeri yang masih memerlukan sokongan pembangunan daripada Kerajaan Pusat.

Pembangunan pelancongan tidak boleh dipisahkan daripada kemudahan asas infrastruktur yang baik. Banyak kawasan pelancongan utama Terengganu masih bergantung pada jalan dan kemudahan yang uzur. Contohnya, Jalan Aring 8–Tasik

draft • 5:40 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Kenyir–Kuala Jeneris FT036 mengalami kerosakan serius akibat tanah runtuh dan telah lama ditutup. Kerajaan negeri telah memohon RM3 juta untuk membaiki laluan ini, termasuk pembinaan jambatan baharu dan kerja cerun. Tetapi sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi bahawa dana telah diluluskan.

Jeti Merang di Setiu juga berdepan masalah muara cetek yang menjejaskan laluan bot ke Pulau Redang. Isu ini berlarutan bertahun-tahun dan pendalaman muara sungai dibuat secara sementara tanpa pelan yang konkrit. Menjejaskan operasi pelancongan dan ekonomi komuniti setempat. Tambahan pula, kemudahan di jeti Pulau Redang masih belum dinaik taraf sepenuhnya untuk menampung jumlah pelancong yang semakin meningkat. Mohon perhatian kementerian yang berkenaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam arus peralihan global ke arah tenaga bersih, Terengganu sebenarnya sudah terkedepan. Melalui Pelan Induk Teknologi Hijau Negeri Terengganu (PITIH) 2030, negeri ini menetapkan sasaran menjadi hab tenaga hijau utama negara dengan fokus kepada tiga bidang:

(i) solar terapung,

(ii) hidro hibrid; dan

(iii) hidrogen hijau.

Antara projek utama ialah Solar Terapung Tasik Kenyir Fasa 1 dengan kapasiti sekitar 640 megawatt, antara yang terbesar di Pantai Timur. Ia turut digabungkan dengan teknologi Hybrid Hydro Floating Solar (HHFS) dan pembangunan Green Hydrogen Hub. Jika dibangunkan secara optimum, Tasik Kenyir berpotensi menjana lebih 2,000 megawatt tenaga hijau tanpa menjejaskan ekologi tasik.

Namun di sebalik usaha agresif ini, tiada satu pun insentif khusus dalam Belanjawan 2026 yang mengiktiraf peranan Terengganu sebagai penyumbang tenaga hijau negara. Sedangkan negeri ini secara langsung membantu, mencapaikan sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) iaitu 70 peratus tenaga elektrik daripada sumber boleh baharu menjelang 2050. Malangnya, tumpuan pelaburan hijau masih berpusat di negeri-negeri maju.

Terengganu langsung tidak disebut dalam teks belanjawan. Walaupun menyumbang kepada kapasiti tenaga boleh baharu nasional. Negeri yang membantu Malaysia menepati komitmen antarabangsa, tidak diberi galakan fiskal. Manakala negeri yang baru mula bergerak ke arah tenaga hijau, menerima insentif berbilion ringgit.

draft • 5:40 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Akibatnya, peluang untuk menjadikan Pantai Timur sebagai hab tenaga hijau semakin terpinggir.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa.

draft • 5:40 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Walaupun kawasan ini memiliki kelebihan dari segi keluasan tanah, sumber semula jadi dan grid tenaga sedia ada.

Sekian, terima kasih. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Kuala Nerus. Kuala Nerus ialah pembahas terakhir pada hari ini.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain-lain saya dapati akan sambung pada minggu depan. Baik.

Ahli Yang Berhormat, seperti yang sedia maklum, perayaan Deepavali akan disambut pada hari Isnin, 20 Oktober 2025. Sehubungan daripada itu, Dewan tidak akan bersidang pada hari Isnin dan Selasa 21 Oktober 2025. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua Yang Berhormat, pada warga Parlimen Malaysia dan semua pihak yang menyambutnya. Ini ya Deepavali Nal Valthukkal.

Dengan demikian, saya menangguhkan sesi Mesyuarat hari ini hingga Rabu, 22 Oktober 2025 pukul 10.00 pagi. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.48 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026