Oct152025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.

draft • 10:00 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih, soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah program-program yang dilaksanakan di bawah kementerian untuk menjamin kebajikan dan meningkatkan kemahiran pesara Angkatan Tentera negara kita. Berapakah jumlah anggota yang telah dimanfaatkan melalui usaha sebegini.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Klang atas persoalan yang dikemukakan.

Puan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa cakna untuk membantu veteran ATM dalam aspek kebajikan mahupun meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.

Majoriti veteran Angkatan Tentera Malaysia menamatkan perkhidmatan pada usia awal iaitu sekitar 40 tahun. Justeru, masih produktif berbanding penjawat awam yang lain.

Persediaan persaraan anggota ATM telah bermula dalam tempoh satu hingga dua tahun sebelum anggota menamatkan perkhidmatan. Bagi kumpulan sasaran ini, Kementerian Pertahanan sedang giat melaksanakan inisiatif work-based

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

learning (WBL) sebagai pengiktirafan terhadap pengalaman dan kemahiran melalui pemetaan kerjaya kepada kurikulum akademik.

Di samping itu, Kementerian Pertahanan melalui Kertas Putih Pertahanan turut memberikan keutamaan dan komitmen terhadap inisiatif pembangunan modal insan dan sosioekonomi kepada bakal pesara dan veteran ATM. Ini termasuk penyediaan program latihan dan peluang kerjaya kedua setelah tamat perkhidmatan dan PERHEBAT bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan program latihan peralihan kepada anggota ATM yang akan bersara. Bertujuan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas menamatkan perkhidmatan. Secara purata, sekitar 5,000 anggota diberikan latihan peralihan setiap tahun.

Sebagai penghubung kerjaya kedua, veteran PERHEBAT turut melaksanakan beberapa program. Antaranya adalah:

(i) Kerjaya Perwira;

(ii) Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL);

(iii) Veteran MyWIRA;

(iv) Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM atau dikenali sebagai PUVET;

(v) Program Pensijilan Kompetensi Kemahiran dan juga Green Card; dan

(vi) Program Pentauliahan Pensijilan Juruteknik Bertauliah.

Itu saja jawapannya.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Klang.

draft • 10:00 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, apakah kementerian akan memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat yang melantik bekas anggota tentera bagi tujuan pengurusan atau penyelenggaraan aset kementerian seperti bangunan, kenderaan, senjata dan peralatan lain dan tidak lagi menggunakan syarikat yang melantik pekerja asing?

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya kalau kita lihat melalui bajet kita yang baru diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri ya, memang Kementerian Pertahanan diberikan kelebihan melaksanakan Program PROTEGE.

Kalau kita lihat sebelum daripada ini kita diberikan peluang untuk melaksanakan Program PROTEGE.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Jadi, PROTEGE melalui veteran angkatan tentera ini memang kita akan sasarkan kepada industri-industri yang terkait dengan, terutamanya industri yang terkait dengan industri pertahanan kita. Itu yang pertama.

Yang kedua adalah, kalau kita lihat adalah industri-industri yang secara umum terkait dengan Kementerian Pertahanan itu sendiri. Jadi, kita tahu bahawa bajet melalui PROTEGE ini kalau kita lihat melalui kontrak-kontrak ataupun tender, tender yang kita keluarkan, sebahagian daripada itu adalah melalui ICP. Dan melalui ICP itulah, Industrial Collaboration Programme itulah yang kita gunakan bajet ini untuk kita bawa veteran kita kepada industri dan secara tidak langsung industri akan dapat manfaat daripada itu melalui perkhidmatan ataupun keusahawanan yang disediakan oleh anggota veteran kita. Itu saja jawapan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ketereh.

draft • 10:00 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Ada dua soalan daripada saya.

Yang pertama, lebih 1,000 anggota veteran telah ditipu oleh pemaju perumahan. Yang mana mereka membeli rumah tetapi rumah itu tak siap dan mereka terpaksa membayar pinjaman itu sampai sekarang. Saya dah pergi kepada LPPSA berjumpa dengan pengarah dia dan beliau menyatakan dari segi loan tetap mereka kena bayar tetapi dia kata boleh pergi berjumpa dengan JHEV. Dia kata minta JHEV tolong bantu. Jadi, apakah bentuk bantuan yang MINDEF buat untuk menyelesaikan masalah pasal ini?

Yang kedua, lebih kurang 6,000 orang, sepertimana yang Menteri sedia maklum angkatan tentera bersara dan juga berhenti daripada tugas setiap tahun.

Jadi, saya nak tanya di sini apakah bentuk inisiatif yang dibuat oleh MINDEF? Tadi, Menteri bagi tahu bentuk latihan, inisiatif untuk mendapatkan kerja dengan segera kepada mereka kerana bila mereka berhenti, mereka hanya ada ilmu ketenteraan sahaja, dia tak ada lagi ilmu-ilmu lain. Dan kalau nak berlatih pun, setakat enam bulan di PERHEBAT tidak memberi apa makna pada mereka. Jadi, apakah, ini contoh kalau bolehlah, MINDEF bagi tahu dekat Kementerian Pendidikan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Banyak sangat sekarang ini yang mati itu letak veteran tentera di sana, bagi jaga sekolah-sekolah ini. Itu sahaja, terima kasih. Minta maaf Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh di atas persoalan dikemukakan. Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ketereh ya. Terkait dengan kalau anggota veteran ataupun anggota tentera kita membeli perumahan itu. Kalau di bawah, macam tadi disebut isu yang dibangkitkan memang isu khusus di bawah LPPSA ya, yang saya tak nafikan bahawa anggota itu sendiri yang membeli rumah itu dan rumah tak dapat disiapkan.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan sebenarnya isu-isu yang berbangkit tentang sekiranya anggota membeli rumah-rumah secara bersendiri ini, khidmat yang boleh diberikan oleh JHEV adalah kita boleh memberikan khidmat nasihat bagi kita menyelesaikan isu-isu ini, sama ada dalam soal guaman dan seumpamanya kerana kita tahu bahawa isu membeli rumah dan rumah itu tak dapat disiapkan adalah isu antara pembeli dan juga pelaksana kepada projek itu.

Ada pun soalan yang terkait dengan kerjaya kedua ya, saya tak nafikan.

Sebelum saya bangkitkan tentang itu, dibangkitkan juga tentang kerjaya kedua terkait dengan kebajikan anggota pertahanan. Jadi, mungkin sedikit saya minta kepada Puan Yang di-Pertua untuk maklumkan sedikit. Kalau kita lihat kepada anggota veteran kita, buat hari ini kalau kita lihat antara khidmat-khidmat yang kita berikan sama ada dari segi kebajikan, kesihatan dan seumpamanya, secara keseluruhan yang kita terima perkhidmatan ini adalah sebanyak 61,867 anggota veteran kita yang mendapat khidmat ini yang menelan, kalau kita lihat bajet yang kita kemukakan adalah sekitar RM288 juta.

Ada pun macam tadi disebut tentang kerjaya kedua. Memang kita beri latihan melalui PERHEBAT, tapi dalam masa yang sama, kalau kita lihat melalui pembentangan bajet kita juga ya, kita memang sedang menggiatkan untuk pastikan bahawa kerjaya kedua veteran kita ini dapat kita susun dengan lebih baik. Antara yang kita tambah pada tahun ini di samping macam saya sebut tadi, program PROTEGE kita diuruskan sendiri oleh MINDEF di bawah PERHEBAT ini sendiri. Kita lihat AKPS ya, kalau kita lihat Agensi Kawalan Pengurusan Sempadan kita.

Jadi, kita akan bawa— antara yang kita beri keutamaan adalah anggota GGK kita untuk kita pastikan bahawa sempadan negara kita ini turut melibatkan anggota veteran kita juga. Begitulah juga kalau kita lihat di aspek-aspek lain dan kita juga memberikan tumpuan untuk membawa anggota veteran kita kepada industri. Kita dah ada kerjasama dengan KESUMA melalui TalentCorp, di mana kita bawa kepakaran-kepakaran anggota veteran kita ini kepada industri kerana kita tahu bahawa industri berteknologi tinggi, ya.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya jumpa sendiri dengan veteran ini di industri itu sendiri. Antara maklum balas daripada industri kepada anggota veteran kita, dua perkara. Pertama adalah disiplin, yang kedua adalah loyalty mereka kepada pekerjaan mereka. Jadi, ini sebenarnya satu impak baik kepada anggota pertahanan kita, terutamanya veteran untuk memastikan bahawa mereka punya kerjaya kedua untuk pastikan sosioekonomi dan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Itu saja jawapan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana kemajuan yang telah dicapai dalam mengurangkan import bahan mentah makanan haiwan yang berjumlah sekitar RM2.44 bilion pada tahun 2024 serta memenuhi KPI mengurangi sebanyak 30 peratus import menjelang 2030.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Timbalan Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Kos input makanan ternakan merupakan komponen yang terbesar dalam industri penternakan, merangkumi sehingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kos operasi pengeluaran. Kebergantungan yang tinggi terhadap makanan ternakan ini memberikan isyarat jelas tentang kepentingan untuk menambah baik strategi pengurusan kos dan memperkukuh sumber bekalan makanan ternakan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Pada tahun 2024, jumlah nilai import bahan makanan untuk ternakan adalah sebanyak RM8.33 bilion, manakala jumlah nilai eksport pula adalah sebanyak RM3.28 bilion. Ini menunjukkan bahawa nilai import bahan makanan untuk ternakan adalah jauh lebih tinggi berbanding eksport. Antara bahan makanan untuk ternakan utama yang diimport adalah seperti jagung, hampas kacang soya dan hampas gandum.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan kebergantungan kepada import bahan makanan ternakan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui jabatan dan agensinya seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

serta Lembaga Pertubuhan Peladang sentiasa komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan program strategik seperti berikut.

Yang pertama, Program Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit ataupun PKC yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 dengan peruntukan RM2.67 juta, yang memberi manfaat kepada 8,915 penternak kecil ruminan.

Yang kedua, program insentif peningkatan kadar kelahiran ruminan yang merangkumi insentif secara one-off dalam bentuk pakej makanan ternakan daripada bekalan tempatan kepada penternak terpilih, di bawah bimbingan DVS dengan jumlah bantuan yang diperuntukkan sebanyak RM448,890 dari tahun 2023 hingga tahun 2025.

Yang ketiga, program pembangunan tanaman rumput tempatan seperti napier yang dilaksanakan bagi menggalakkan pengeluaran makanan ternakan berkualiti dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Sehingga kini, 979 hektar telah diusahakan melibatkan 345 peserta. Kementerian turut menyalurkan RM1 juta di bawah program pengukuhan keterjaminan makanan untuk pembangunan infrastruktur, input pertanian, mesin dan kelengkapan penanaman rumput ternakan.

Yang keempat, aktiviti pemindahan teknologi pengeluaran makanan ternakan yang dilaksanakan melalui kajian, inovasi dan bimbingan kepada pengusaha baharu, khususnya dalam pengeluaran bahan mentah yang efisien dan selamat. Antara inovasi oleh DVS ialah penghasilan silaj berkualiti daripada pelepah sawit dan sisa daun nanas yang bernutrisi tinggi.

Dan yang terakhir, yang kelima, kementerian turut merangka strategi baharu bagi pembangunan industri jagung bijian di Malaysia untuk tempoh 15 tahun, bermula daripada 2026 hingga 2040. Semua usaha ini bukan saja bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import malah turut memacu pembangunan industri ternakan yang lebih mampan, berdaya saing dan berasaskan sumber tempatan. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tangga Batu.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.

Sebenarnya saya lebih berminat kepada jagung bijirin sebab dalam Agrotek MARDI baru ini, ada satu booth yang mengatakan bahawa menjelang 2032, kerajaan cuba mengurangkan import jagung bijirin sebanyak 30 peratus. Jadi, kalau kita ikut data ini, makna kerajaan hari ini mengimport lebih kurang 3.8 juta metrik tan jagung

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

dan kalau nak mencapai kepada 30 peratus, makna kerajaan perlu mengeluarkan 1.14 juta metrik tan ataupun 19 kali lebih daripada apa yang kita ada sekarang ini.

Cuma pertanyaan saya, apakah kita sudah menemui satu benih yang sesuai dengan suhu di negara kita ini yang kita panggil hujan banyak, sedangkan grain corn atau jagung bijirin ini, dia tempoh adalah 120 hari dan pada period terakhir mereka, jagung ini perlukan period yang panjang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Sekiranya kita melihat angka berbanding import dengan eksport, memang kita masih bergantung banyak daripada pengimportan makanan, khususnya daripada segi jagung bijirin. Antara sebab faktornya adalah sebab setakat ini kita belum lagi dapat bersaing dengan negara- negara pengeluar, di mana dia telah dapat menghasilkan economies of scale yang begitu tinggi untuk menghadapi, untuk bekalkan kepada pasaran global dan juga dia punya keadaan cuaca, iklim dan juga tanah jauh lebih sesuai berbanding sama negara kita.

Maka, itulah sebab MARDI sedang menjalankan beberapa kajian. Yang pertama, kita perlu menghasilkan dulu benih ataupun varieti yang lebih sesuai kepada cuaca kita yang lebih banyak taburan hujan, berbanding sama negara- negara pengeluar yang lain, yang juga lebih sesuai dengan kelembapan anak di tempat kita dengan suhu.

Maka dengan itu, kita buka untuk lebih kepada R&D menghasilkan plot itu dan juga ada satu pelan perancangan pembangunan supaya kita boleh buat trial plot dan sebagainya supaya kita mengurangkan kebergantungan. Kalau bilang kita ganti sepenuhnya, mungkin itu adalah sangat satu tall order-lah. Tetapi, kalau boleh mengurangkan kebergantungan kepada import supaya menunjukkan bahawa R&D kita juga berhasil dan juga sebagai satu langkah untuk keterjaminan makanan negara kita. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua mengizinkan saya soalan tambahan nombor 2. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian di atas inisiatif Pelan Strategik Jagung Bijian 2026–2040 yang telah dilancarkan. Usaha ini sememangnya

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

penting untuk memperkukuh sektor pertanian negara dan memastikan kestabilan bekalan makanan.

Berkenaan dengan perlaksanaan pelan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai sejauh mana penglibatan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam program ini?

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Apakah bentuk kerjasama yang telah atau akan dijalankan dengan GLC dan GLIC bagi membantu dalam pembiayaan dan penyediaan tanah untuk projek jagung bijian ini? Dan bagaimanakah pihak kementerian merancang untuk memastikan bahawa penglibatan GLC, GLIC dapat memberikan impak yang positif dan mencapai matlamat yang ditetapkan dalam pelan ini? Kami bersedia untuk pelaburan jagung bijian ini dilaksanakan di Parlimen Tampin. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Satu soalan yang sangat baik. Sebab untuk kita menangani isu ini, kita perlu pelan strategik dan juga pendekatan secara bersepadu, di mana mungkin daripada Kerajaan Persekutuan kita boleh bantu daripada segi R&D, permit dan sebagainya.

Tetapi tanah sebagai contoh kebanyakannya adalah di bawah kerajaan negeri. So, daripada segi penyediaan tanah, kita perlu kerjasama strategik dengan kerajaan negeri dan turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa GLC ataupun GLIC seperti FGV, Genting Plantations Berhad, di mana kita telah menandatangani MoU pada tahun lalu untuk melaksanakan projek penanaman jagung bijian secara berskala besar.

Pada masa yang sama, kita perlu juga bekerjasama dengan syarikat swasta, di mana setakat ini kita telah mengenal potensi tanah seluas 15,375 hektar dan melalui sesi libat urus bersama 10 kerajaan negeri termasuk Perlis, Perak, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, di mana kawasan YB Tampin, Melaka, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sedia dimanfaatkan untuk pembangunan tanaman jagung bijian. Maka dengan itu, pendekatan secara bersepadu bolehlah kita secara bersama mengatasi isu yang dihadapi oleh negara. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Tan Kok Wai, Cheras.

draft • 10:20 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perkembangan terkini inisiatif pembangunan tapak pelancaran kapal angkasa (roket) di Malaysia termasuk dengan senarai semua projek atau memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimeterai berserta nama, nilai dan ciri-cirinya.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Timbalan Menteri Sains dan Teknologi.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cheras.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah membangunkan dan melancarkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan kemudahan pelancar di Malaysia. Garis panduan ini adalah bagi memastikan sebarang pembangunan kemudahan pelancar di Malaysia dapat dilaksanakan secara terancang, selamat, berkesan dan memberi nilai yang besar kepada negara.

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-45 telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 Ogos 2024, telah bersetuju supaya garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan kemudahan pelancar di Malaysia diguna pakai sebagai panduan rasmi negara dalam merancang pembangunan kemudahan pelancar angkasa di Malaysia.

Setakat ini, MOSTI telah menerima laporan kajian kebolehlaksanaan penuh bagi pembangunan kemudahan pelancar melalui Kerajaan Negeri Pahang. Laporan tersebut dijangka akan dinilai oleh jawatankuasa penilaian pelbagai agensi dalam masa terdekat. Selain itu, pada awal tahun 2025, MOSTI juga telah menerima satu laporan kajian interim melalui Kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan kini menunggu laporan penuh sebelum proses penilaian dapat dimulakan.

Secara rumusannya, inisiatif atau projek pembangunan tapak pelancar di Malaysia secara keseluruhannya masih berada pada peringkat kajian kebolehlaksanaan dan penilaian cadangan lokasi. Inisiatif ini diyakini berpotensi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara hab strategik dalam industri angkasa serantau selain menjana limpahan ekonomi melalui penyediaan peluang pekerjaan baharu, pemindahan teknologi dan peningkatan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Penilaian lokasi untuk inisiatif ini juga akan berpandukan kepada 58 elemen kebolehlaksanaan yang digariskan di bawah lapan skop utama dalam garis panduan

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

meliputi analisa tapak, teknikal, risiko, alam sekitar, kos dan kewangan, pasaran, undang-undang dan pemegang taruh.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang kerjasama berkenaan dengan pembangunan kemudahan pelancar di Malaysia boleh dibincangkan melalui platform kerjasama yang telah ditandatangani dengan agensi kecemerlangan luar negara melalui Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan China National Space Administration (CNSA). Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cheras.

draft • 10:20 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Apakah status pembangunan industri aeroangkasa Malaysia terkini dari segi pembuatan satelit dan aplikasi teknologi aeroangkasa? Dan apakah status penyertaan Malaysia dalam program International Lunar Research Station? Dan juga mengapa tiada institusi tempatan berminat dalam kajian tanah Lunar Chang'e yang ditawarkan oleh negara China? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cheras. Sebagaimana apa nama— disebut berhubung kait dengan soalan lunar tadi, selaras dengan apa nama ini, nanti sekejap ya, saya cek dulu ya. Dengan pembangunan— apa nama sekejap ya. Wait, wait.

Di bawah Jawatankuasa Teknikal, Teknologi dan Penyelidikan di bawah Jawatankuasa Angkasa (JANGKA) pada 4 April 2024 telah dibentangkan satu cadangan kerjasama IRLS daripada industri dan akademia. Sebanyak empat cadangan telah dicadangkan iaitu bersama CNSA, mesyuarat jawatankuasa committee antara MYSA dan juga penggunaan angkasa lepas secara aman pada 16 April 2024.

Mesyuarat ini bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kajian teknikal untuk memperincikan pelaksanaan projek-projek di bawah kerjasama IRLS. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan iaitu teknologi yang diguna pakai dalam satelit, rasanya soalan ini tidak secara langsung berhubung dengan apa yang telah dibangkitkan dalam soalan asal. Maka saya mohon izin Yang di-Pertua, Yang Berhormat untuk saya menjawabnya secara bertulis. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 10:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya, sepertimana yang kita tahu, projek pembinaan tapak pelancar roket ini di-target untuk selesai pada tahun 2029. Dan projected KDNK kita

draft • 10:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

adalah lebih kurang― lebih daripada RM10 bilion dan akan menyediakan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan tenaga mahir dan ia adalah selari dengan Dasar Angkasa Negara 2030.

Cumanya, bila kita bercerita tentang projected KDNK, dapat peluang pekerjaan, kita kena lihat competitiveness kita dengan negara-negara jiran yang di mana negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Jepun kebanyakannya telah melangkah beberapa langkah ke depan lebih daripada kita.

Jadi soalan saya, apakah catch-up plan ataupun strategi MOSTI untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan berbanding dengan negara jiran yang saya nyatakan tadi dalam Projek Pelancaran Roket SubOrbitals dan bagaimana projek ini dapat membezakan kelebihan strategik Malaysia di rantau ASEAN? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat telah mengemukakan satu soalan. Kedudukan Malaysia sememangnya yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa menawarkan kelebihan daya tujahan bumi secara semula jadi. Sekali gus ini membantu kita untuk juga mengurangkan kos penggunaan bahan api pelancar. Keistimewaan yang ada pada Malaysia ini tentunya menawarkan perkhidmatan pelancaran pada kos yang lebih kompetitif khususnya bagi misi ke orbit dan sepertinya. Permintaan terhadap perkhidmatan pelancaran ini juga terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa mampu memenuhi segmen pasaran tersebut.

Dari segi daya saing serantau seperti Malaysia mempunyai juga kelebihan unik berbanding dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand kerana memiliki beberapa kerangka perundangan angkasa yang lebih komprehensif melalui Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] dan peraturan-peraturan yang ada di bawah Akta 834 serta Dasar Angkasa Negara 2030 serta Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030.

Selain itu, industri ekosistem industri tempatan yang kukuh dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta aeroangkasa turut menjadi pemangkin utama yang menjadikan Malaysia berdaya saing sebagai hab kelancaran angkasa di rantau ini.

draft • 10:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Malaysia juga— MYSA juga sebagai agensi di bawah kita telah membangunkan pelan tindakan seperti yang saya sebut, yang mana ini merangkumi apa yang dimaklumkan tadi. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.

draft • 10:30 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah langkah-langkah damage control yang telah diambil oleh kementerian bagi mengembalikan kepercayaan rakyat ekoran pendedahan media tentang penjualan maklumat keselamatan taktikal negara oleh lima orang pegawai ATM kepada pihak luar.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh atas soalan yang kemukakan.

Kementerian Pertahanan memandang serius kes yang melibatkan lima orang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebagai langkah kawalan dan pemerkasaan, Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta agensi keselamatan lain telah mengambil tindakan berikut:

(i) memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam memastikan kes ini ditangani dengan telus dan juga menyeluruh;

(ii) menempatkan pegawai-pegawai yang terlibat di markas pentadbiran masing-masing dengan mengecualikan mereka daripada penglibatan operasi; dan

(iii) melaksanakan Lembaga Siasatan Dalaman terhadap isu kebocoran maklumat yang didakwa berlaku.

Dari sudut pemulihan keyakinan rakyat pula, Kementerian Pertahanan melalui ATM telah melaksanakan langkah-langkah berikut. Pertama, menekankan aspek kesedaran keselamatan dan pematuhan prosedur ATM, termasuk memperkukuh unit integriti di setiap formasi dan juga perkhidmatan.

Yang kedua, mempergiatkan program-program didikan keselamatan, etika dan integriti bagi warga ATM dan menegaskan bahawa tindakan tatatertib dan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota sekiranya terbukti bersalah. Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa, demi memastikan semua pihak mendapat keadilan yang sewajarnya. Itu saja jawapan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ketereh.

draft • 10:30 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Soalan tambahan saya. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Saya selaku Ketua Perisikan Tentera Darat, lama dari tahun 2009 sehingga 2018. Saya jaga sempadan seluruh Malaysia termasuk Thailand. Dengan Thailand, dengan Indonesia, dengan Philippines dan juga dengan Singapore. Saya ada anggota saya. Saya tempatkan di sepanjang sempadan.

Jadi, benda ini agak pelik bagi saya, kerana dulu saya yang bagi maklumat pada SPRM. Saya yang bagi maklumat kepada kastam. Saya yang bagi maklumat kepada polis. Saya yang bagi maklumat kepada...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, soalan?

draft • 10:30 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sabar, sabar. Kejap ya Puan Yang di- Pertua. Saya mukadimah ini, saya kena bagi tahu. Kalau tidak, orang tak tahu saya siapa.

draft • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, jadi benda ini sebenarnya terutama kepada yang lima orang tadi kena tangkap. Okey, soalan saya yang pertama, macam mana navy dengan airforce boleh masuk dalam operasi darat? Itu pertama.

Yang kedua, pegawai risik dua orang saja, kenapa kita kata lima pegawai perisikan jual maklumat? Risik dua orang saja. Saya kenal dia orang ini daripada dia leftenan muda lagi. Dia melapor kepada saya dan saya tak tahu macam mana dia boleh terlibat dan saya tak— saya rasa memang dia tak terlibat. Saya boleh tegaskan di sini, dia tak terlibat.

Okey, soalan saya lagi, lagi satu, apa bentuk bantuan oleh MINDEF kepada mereka? Biro Bantuan Guaman kah, apa kah untuk membantu mereka? Sekarang ini dia tak dakwa lagi. Dah dua bulan SPRM tak dakwa lagi. Adakah dia bersalah?

Jadi, kenapa kita tak bantu dia?

Yang kedua, kenapa tidak dipanggil Ketua Perisikan Tentera Darat yang ada sekarang ini, Panglima Tiga Divisyen, Panglima 7 Briged yang buat operasi itu, kenapa tak dibuat-buat enquiry? Tanya dia, kenapa benda ini boleh berlaku?

Maklumat ini bukan maklumat risik, kalau pasal penyeludupan, maklumat operasi.

Bukan maklumat risik.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, cukup.

draft • 10:30 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Cukup.

draft • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Timbalan Menteri, sila jawab.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh atas persoalan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa kita di peringkat Angkatan Tentera Malaysia macam tadi disebut tentang kenapa orang ini tak dipanggil dan sebagainya.

draft • 10:30 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Jadi, memang kita tak maklumkan siapa yang kita panggil tapi kita ada siasatan dalaman kita. Dan dalam masa yang sama, kita tahu bahawa SPRM melaksanakan siasatan mereka dan kita akan bagikan kerjasama sepanjang proses siasatan itu dilaksanakan.

Yang kedua, kita harus faham juga kepada— dalam kes-kes umpama ini, prinsip keadilan innocent until proven guilty itu tetap kita utamakan. Sebab itu kalau kita lihat pegawai-pegawai ini, dia meneruskan tapi kita tidak benarkan dia dalam kes-kes yang melibatkan operasi-operasi kita. Tapi dari segi perkhidmatan mereka itu, diteruskan.

Sebab itu kalau kita lihat macam jawapan utama saya tadi, kita juga harus melaksanakan langkah-langkah kawalan kita kerana keyakinan di kalangan rakyat juga harus kita berikan keutamaan dan anggota kita juga harus kita pertahankan, bahawa kalau kita lihat ini antara prinsip-prinsip keadilan yang mahu kita laksanakan.

Sebab itu, masing-masing ada tanggungjawab masing-masing dan kita di peringkat ATM akan melaksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin untuk pastikan bahawa keselamatan dan kedaulatan negara kita sentiasa kita pelihara, itu saja jawapan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ledang.

draft • 10:30 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya malulah, malu dengan keadaan sekarang.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, sabar Ketereh.

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Memang isu ini serius. Ini adalah berkenaan dengan isu pengkhianatan yang besar jika sebenarnya berlaku apa yang telah pun didakwa dan kemudian nanti keluar laporannya.

Sebab itu bagi saya dan Ketereh, sebenarnya kami dalam Jawatankuasa Keselamatan, Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan, hari ini telah pun diberikan maklumat dan juga sedikit taklimat tetapi saya rasa memang ada kebenaran untuk

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

kita benar-benar melihat bagaimana cara kita untuk memastikan kepercayaan rakyat kembali kepada institusi yang sangat-sangat penting untuk keselamatan negara.

Oleh kerana itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah ada pembaharuan dasar ataupun latihan nilai-nilai integriti dan kesetiaan yang akan dilaksanakan, diperkenalkan supaya kita tidak ada berulang kes yang sedemikian? Dan yang kedua, mohon untuk pihak kementerian terus memberikan pendedahan dan juga pemakluman kepada jawatankuasa pilihan khas supaya kita sama-sama dapat meningkatkan dari segi akauntabiliti awam dan juga kepercayaan semula rakyat kepada institusi keselamatan negara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang atas persoalan yang dikemukakan kerana kita tahu melalui media dua perkara dibangkitkan. Yang pertama adalah tentang isu melibatkan integriti. Yang kedua adalah isu yang melibatkan kebocoran maklumat.

Sebab itu saya fikir antara perkara penting bagi kita adalah bila isu ini dibangkitkan, adalah kita harus mendapatkan kepastian. Jadi, macam saya sebutkan tadi, untuk kita dapatkan kepastian itu, kita di peringkat dalaman kita buat siasatan kita sendiri. Betul kah berlaku kebocoran maklumat dan seumpamanya kerana ini harus kita pastikan kerana ia tidak boleh digambarkan seumpama itu kerana keyakinan di kalangan rakyat dan integriti anggota pertahanan kita juga adalah satu aspek yang cukup penting.

Dan macam disebut tadi dan saya suka memaklumkan semula tentang antara inisiatif kita adalah termasuk kita memperkukuhkan lagi unit integriti kita di setiap cabang perkhidmatan kita. Kerana kita tahu bahawa untuk pastikan keyakinan itu dapat kita pertingkatkan, proses unit-unit ini untuk kita berikan kesedaran kepada anggota kita, di mana SOP yang kita laksanakan ini juga kita pertingkatkan dari semasa ke semasa. Kerana dua perkara yang saya sebutkan tadi, integriti anggota kita dan yang kedua adalah keyakinan di kalangan rakyat untuk jaga sempadan keselamatan dan pertahanan negara.

Ya. macam disebut oleh Ketereh, mungkin dia malu dengan itu. Tapi bagi saya yang paling penting adalah keyakinan kita kepada proses yang sedang kita laksanakan dan kita begitu tegas. Ya, kalau bersalah, bersalah. Kalau tidak bersalah, mereka akan dipulangkan balik kepada operasi-operasi mereka kerana integriti mereka tetap menjadi keutamaan kita. Itu saja jawapannya.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.

draft • 10:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Puan Yang di-Pertua, Tasek Gelugor sahabat saya, Kita simpati nasib dirinya; Soalan Bangi nomborlah lima, Mohon Menteri jawab segera.

draft • 10:30 AM

5. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Perdana Menteri menyatakan strategi dan langkah saluran seperti TV AlHijrah dan IKIMfm yang menyampaikan kandungan agama, untuk kekal relevan dalam cabaran dunia penyiaran semasa dan akan datang, terutama sekali dengan saingan daripada saluran swasta.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bangi atas soalan yang diberikan. Saya akan cuba memberikan jawapan sebaiknya. Soalan ini sebenarnya memberikan ruang kepada kami untuk berkongsi perkembangan dan usaha terkini berkenaan dengan stesen penyiaran Islam kerajaan iaitu TV AlHijrah dan IKIMfm.

Alhamdulillah, setakat ini masih kekal TV AlHijrah sebagai stesen TV Islam nombor satu, begitu juga IKIMfm, stesen radio nombor satu di Malaysia.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Izinkan saya menjelaskan bahawa kerajaan melalui kedua-dua institusi penyiaran Islam ini sentiasa proaktif dalam merangka strategi, memperkukuh peranan serta menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa dalam landskap media negara. Saya kongsikan strategi dan langkah TV Alhijrah.

Pertama, dari aspek pendigitalan dan transformasi platform, TV Alhijrah telah melancarkan aplikasi penstriman mudah alih Alhijrah Plus. Di samping itu, menerusi platform TikTok Berita Alhijrah, stesen ini berjaya menarik capaian lebih satu bilion tontonan tahunan dengan 83 juta interaksi bulanan.

Dari segi penghasilan kandungan, TV Alhijrah menekankan pendekatan kontemporari dan mesra masyarakat menerusi program seperti Quran@114 dan Hadis@114 yang telah berjaya menarik lebih 250,000 tontonan harian. TV Alhijrah turut menggiatkan kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak. Sebagai contoh melalui kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, lahirlah program Bual Bicara Syariah yang memberikan kefahaman mengenai isu perundangan Islam dan kekeluargaan.

Selain dari itu, pendekatan komuniti juga dilaksanakan, TV Alhijrah menganjurkan siri jelajah karnival Islamik di seluruh negara dan TV Alhijrah turut

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

memberi perhatian kepada keterangkuman dengan menyediakan khidmat bahasa isyarat dalam program-program utama di stesen TV Alhijrah.

Beralih kepada langkah dan strategi IKIMfm. IKIMfm melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan mesej dakwah, pendidikan dan kefahaman Islam disampaikan secara profesional, ilmiah dan mesra masyarakat.

Pertama, dari segi aspek penyampaian kandungan segar dan semasa.

Pelbagai program telah pun dilaksanakan, Inspirasi Pagi, Inspirasi Ilmu, Inspirasi Jiwa, Kembara Inspirasi, Suara Inspirasi. Selain itu, aspek pendigitalan kandungan, IKIMfm memperluas capaian melalui Podcast, YouTube, TikTok, Instagram, Spotify dan lain-lain.

IKIM juga turut melaksanakan penjenamaan semula segmen dan gaya penyampaian agar lebih santai, interaktif dan mesra pendengar tanpa mengorbankan nilai ilmiah dan autoriti agama. Dan yang terakhir, IKIM menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak melalui aktiviti outreach seperti Jelajah Mahabbah MADANI dan Ziarah Mahabbah.

Puan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya kerajaan yakin bahawa dengan kombinasi strategi pendigitalan, penghasilan kandungan segar kolaborasi strategik, pendekatan komuniti serta gaya penyampaian yang inklusif, kedua-dua TV Alhijrah dan IKIMfm bukan sahaja akan terus kekal relevan malah mampu menjadi peneraju media Islam di rantau ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bangi.

draft • 10:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Puan Yang di-Pertua, saya ada pengakuan.

Saya sebenarnya tiap-tiap hari, hampir tiap-tiap hari tonton TV Alhijrah ini. Jadi, saya tahu memang banyak content, content yang dalam TV Alhijhrah ini yang amat baik sekali.

Dalam menghadapi cabaran Puan Yang di-Pertua, terutama sekali cabaran masa kini dan masa hadapan daripada TV swasta dan juga online dan sebagainya, saya fikir adalah penting untuk kita dapat sumber-sumber yang ada itu kita dapat optimumkan.

Jadi, saya terfikir Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya semua saluran ini TV Alhijrah, IKIMfm dan juga Jabatan Penyiaran JAKIM, kalau kita dapat letakkan di bawah satu badan atau agensi, mungkin penerangan tentang agama Islam ini dapat lebih berpusat, lebih berstruktur dan dari situ juga kita dapat lihat mungkin lebih berfokus.

draft • 10:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi, soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan terdapat perancangan untuk rasionalisasi badan dan saluran penyiaran agama Islam ini di bawah kementerian supaya kita dapat menghadapi cabaran di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Bangi atas pertanyaan dan cadangan tersebut. Sungguh pun pada satu sudut ia nampak lebih optimum untuk memusatkan stesen-stesen penyiaran ini, namun strategi semasa adalah untuk menggalakkan kepelbagaian pendekatan agar tidak mengekang kreativiti dan mampu meningkatkan capaian kepada golongan sasaran yang berbeza. Sebarang cadangan rasionalisasi perlulah melihat bukan hanya kepada sinergi yang boleh terhasil, namun juga kepada risiko daripada penggabungan badan dan saluran penyiaran tersebut.

Walaupun belum ada rasionalisasi, namun ingin kita kongsikan bahawa sudah ada penyelarasan dan perbincangan yang begitu baik di antara ketiga-tiga stesen penyiaran ini. TV JAKIM, TV Alhijrah dan IKIMfm menerusi perbincangan dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, kita sudah pun melaksanakan satu kerjasama iaitu perkongsian penggunaan peralatan di antara stesen-stesen penyiaran ini. Ini menunjukkan bahawa usaha telah pun dilaksanakan untuk memastikan mengoptimumkan keberkesanan dan impak semua stesen penyiaran TV Islam dan radio Islam yang ada di Malaysia.

Rumusannya, rasionalisasi penggabungan pada dasarnya dilihat sebagai satu strategi yang baik bagi memusatkan pengurusan dan strategi media. Namun demikian, kajian yang lebih mendalam perlu dilaksanakan agar kita tidak kehilangan capaian sedia ada. Kerajaan akan terus berusaha sebaiknya untuk memperkukuh dan menambah baik keberkesanan dan impak stesen penyiaran TV dan radio Islam untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagan Serai.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terima kasih kepada Timbalan Menteri dan tahniah kerana pencapaian televisyen, TV Alhijrah dan juga IKIM. Cumanya ialah apakah usaha kerajaan dalam membangunkan satu modul yang lebih interaktif, terutamanya untuk menarik perhatian dari kalangan golongan muda dan anak-anak terhadap penyiaran dakwah ini? Contohnya sepertimana yang kita tengok kandungan platform yang dibuat oleh Durioo+, tapi Durioo+ ini ialah platform yang islamik sepenuhnya dan memang menarik perhatian masyarakat dan

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

ibu bapa setakat hari ini. Cumanya ialah platform swasta yang menjadikan ia agak terhad untuk diakses.

Yang keduanya ialah berkenaan dengan Bual Bicara Syariah. Saya difahamkan itulah merupakan satu program yang dahulunya Menteri ketika JKSM duduk kita mengadakan program ini. Matlamatnya ialah untuk supaya wujudnya satu interaktif antara masyarakat supaya memahami berkenaan dengan syariah, terutama penerangan-penerangan berkenaan dengan hukum syariah supaya masyarakat tidak fobia dengan Islam dan juga hukum syariah itu sendiri. Terima kasih kepada Menteri.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang diberikan. Ada dua komponen dalam soalan tersebut.

Yang pertama berkaitan dengan inisiatif baru bagi menarik segmen anak muda dalam isu penstriman. Buat pengetahuan dalam Dewan yang mulia, semua stesen TV Alhijrah dan juga yang lain, IKIMfm sudah memulakan usaha penstriman mudah alih ini dan alhamdulillah kita nampak satu tarikan yang sangat baik kepada anak muda.

Bukan itu sahaja, kandungan di media baru yang lebih interaktif bagi menarik minat generasi muda juga telah pun ditambah baik dan diberikan satu penambahbaikan dan dalam masa ini pendekatan kita juga sedang menggunakan pendekatan teknologi AI dan data analitik bagi memastikan penghasilan kandungan yang bersesuaian dengan keperluan pendengar.

Selain daripada itu, pemilihan penyampai, pemilihan tetamu-tetamu radio dan juga panelis di TV juga kita perhalusi supaya ia nya adalah lebih menarik dan juga lebih berimpak.

Dari sudut Bual Bicara Syariah, ini kita teruskan. Di TV Alhijrah, kita ada Bual Bicara Syariah. Di IKIMfm, kita ada syariah dan perundangan dan juga program- program yang lain. Program-program ini kita teruskan untuk memberikan kesedaran dan juga kefahaman kepada rakyat berkenaan dengan isu-isu, berkenaan dengan undang-undang kekeluargaan Islam, undang-undang sistem harta Islam dan sebagainya. Dan dalam masa yang sama, apa yang telah kita lakukan juga adalah untuk kita meneroka program-program yang lebih berimpak yang lain supaya masyarakat akan dapat manfaat menerusi semua stesen penyiaran TV dan radio Islam di Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.

draft • 10:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Soalan saya soalan nombor 6.

draft • 10:40 AM

6. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan memandangkan usia mengundi bermula 18 tahun, apakah rancangan kementerian untuk menganjurkan program-program dan kempen-kempen kesedaran kepada golongan belia mengenai kepentingan mengundi dalam pilihan raya dan dalam masa yang sama menyediakan platform atau ruang khusus untuk mereka menyuarakan pandangan dengan lebih teratur?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Puan Yang di-Pertua, semenjak daripada 2019–2020 selepas umur, had umur mengundi diturunkan ke 18 tahun, memang kita akui bahawa kita memerlukan sebuah program yang komprehensif bagi memastikan pendidikan demokrasi dan kesedaran untuk pengundi-pengundi pada usia awal usia muda ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Namun, kita faham kekangan yang berlaku menjadikan banyak program yang menyeluruh, program nasional itu terhenti.

Untuk pengetahuan, bermula tahun 2023 sebenarnya, kita di Kementerian Belia dan Sukan pernah laksanakan sebuah program yang agak besar, berskala nasional dipanggil sebagai Sekolah Rukun Negara. Ini dikendalikan oleh agensi i- LEAD. Kemudian, i-LEAD dia berpindah ke Jabatan Perdana Menteri. Maka, bermula pada tahun 2024 sebenarnya, kita mengalihkan program kesedaran dan pendidikan politik kita kepada beberapa agensi lain di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Contohnya, kempen Kuasa Orang Muda yang bertujuan untuk kita tingkatkan kepedulian dan komitmen belia untuk menjadi rakyat yang peka terhadap tanggungjawab pada negara (active citizenship). Kempen ini juga adalah untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang bukan sahaja celik demokrasi, malah aktif dalam mempraktikkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara termasuk mengundi dalam pilihan raya.

Untuk capai matlamat tersebut, kempen ini kita laksanakan menerusi portal kuasaorangmuda.com yang merangkumi sistem pengurusan pembelajaran dan kandungan kreatif dengan kerjasama key opinion leaders serta pempengaruh.

Kaedah pelaksanaan ini direka untuk tangani cabaran pasca pelaksanaan Undi 18

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

dan pendaftaran pengundi automatik (AVR). Sehingga September 2025, platform digital KOM (Kuasa Orang Muda) ini telah pun mencatat 41 juta tontonan.

Menimbang keperluan semasa, kementerian turut jalankan secara fizikal Kuasa Orang Muda ini yang kita kenali sebagai Jelajah Kuasa Orang Muda. KBS telah pun melaksanakan sesi Training of Trainers (TOT) pada Ogos 2025 melibatkan 20 kumpulan belia yang sedang menjadi penggerak kepada Jelajah KOM dan seterusnya menyasarkan penyertaan seramai 10,000 orang peserta di seluruh negara.

Kemudian, kita juga ada Majlis Perundingan Belia Negara di mana ia nya menjadi satu platform atau ruang khusus untuk golongan belia menyuarakan pandangan dan dasar dengan lebih teratur. Para pemimpin pertubuhan belia di semua peringkat daerah, negeri dan kebangsaan akan menyuarakan isu, mengemukakan usul, pandangan serta cadangan semasa MPBN yang dilaksanakan sebanyak dua kali setahun.

Dan kita juga ada Kembara Jumpa Orang Muda yang turut dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ini adalah satu inisiatif turun padang oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mendekati golongan belia secara langsung di seluruh negara. Dan Kembara Jumpa Orang Muda ini juga menjadi sebuah platform untuk anak muda yang ditemui menyampaikan suara pandangan mereka secara langsung kepada kementerian dan menghubungkan belia kita dengan banyak lagi program-program lain yang berbentuk pembangunan diri, transisi kepimpinan belia, pendidikan dan keterlibatan sosial.

Dan secara umumnya, di bawah Rakan Muda iaitu dengan izin, flagship programme bawah Kementerian Belia dan Sukan, salah satu gaya hidup yang diberi penekanan adalah Rakan Demokrasi dan di bawah Rakan Demokrasi inilah sebenarnya kita laksanakan juga semua program sama ada skala besar ataupun skala kecil bagi memberi kesedaran politik dan juga pendidikan demokrasi kepada golongan belia di luar sana.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau.

draft • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri.

Daripada jawapan Menteri, jelas kita nampak bahawa kerajaan sedar, prihatin bahawa bila kita menurunkan umur undi itu, kita telah memberi kuasa kepada orang muda kita untuk menentukan masa depan mereka dan juga masa depan negara. Tapi pada masa yang sama, kerajaan dan saya, kita juga nampak bila kita

draft • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

bagi kuasa, kita kena juga ada tanggungjawab untuk memastikan mereka dapat maklumat, informasi yang cukup supaya mereka menjadi satu pengundi yang bertanggungjawab.

Maka soalan tambahan saya, sebab saya nampak banyak program yang telah dianjurkan oleh kerajaan tapi banyak benda sebenarnya kita kena start daripada pendidikan. Maka soalan tambahan saya, adakah KBS sedia atau ada bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk kita memperkenalkan lebih banyak modul kesedaran sivik dan demokrasi di sekolah menengah ataupun IPT supaya belia kita ini benar-benar faham proses pilihan raya dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk menentukan masa depan negara? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Puan Yang di-Pertua, tentu sekali kita sentiasa terbuka, bukan sahaja terbuka, malah kita merasakan bahawa pendekatan rentas kementerian adalah salah satu pendekatan yang paling mustahak dalam kita mencapai matlamat tersebut.

draft • 10:50 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Kita juga tahu, selain daripada kerjasama rentas kementerian bersama dengan KPT dan KPM, kita juga beri tumpuan kepada ruang digital. Macam yang disebut tadi, 41 juta tontonan ini memang khusus kita sasarkan untuk menembusi algoritma golongan belia, golongan muda ini dengan kita bekerjasama dengan beberapa key opinion leaders di luar sana, lebih 20 orang pempengaruh yang ada pengaruh dalam kalangan generasi muda.

Tapi kerjasama yang lebih formal bersama dengan KPM dan KPT sudah pun dimulakan. Sebab itu beberapa jelajah termasuk Jelajah Kuasa Orang Muda, kemudian jelajah Kembara Jumpa Orang Muda. Semuanya diadakan dengan memastikan ada bentuk kerjasama yang jelas bersama dengan KPM ataupun KPT sama ada dalam bentuk penganjuran program bersama ataupun dalam bahasa lebih mudah, kita dapatkan peserta daripada institusi di bawah KPM dan KPT.

Tanpa kerjasama dengan KPM dan KPT, tentu sekali sukar untuk kita capai sasaran yang kita tetapkan dan kita harap bahawa program ini dapat diberi dukungan yang berterusan bukan sahaja oleh kementerian seperti KPT dan KPM, sebaliknya juga oleh masyarakat awam dan juga semua golongan belia di luar sana.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

draft • 10:50 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya melihat Yang Berhormat tadi sebut

draft • 10:50 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

banyak program-program inisiatif daripada KBS untuk program literasi politik untuk menyedarkan golongan muda kepada kewajipan mengundi. Dan saya juga melihat banyak pihak yang terlibat, pemimpin-pemimpin masyarakat, agensi, jabatan termasuklah pemimpin politik pihak kerajaan.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat manakah KBS melibatkan ahli politik di blok pembangkang dalam usaha literasi politik di kalangan pengundi muda? Dan minta pihak KBS berikan contoh melibatkan ahli politik pihak pembangkang kerana ahli politik pihak pembangkang juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan kesedaran pengundian anak muda ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua, soalan ini amat menarik kerana pada permulaan ketika kita mulakan contohnya Sekolah Rukun Negara, kita jemput semua pemimpin politik terutama sekali pada sayap Pemuda ketika itu dan mana YB Bachok ketika masih menjadi Ketua Pemuda turut hadir bersama dengan kami di Kementerian Belia dan Sukan untuk meneliti program Sekolah Rukun Negara tersebut.

Kemudian dalam bentuk pelaksanaan, contohnya Kembara Jumpa Orang Muda, apabila diadakan di negeri-negeri yang kalau kita sebut sebagai negeri yang tidak selari dengan Persekutuan, kita akan pastikan bahawa jemputan diberikan kepada Ahli Parlimen, ADUN ataupun terutama sekali exco belia di negeri tersebut.

Dan kalau boleh antara lainnya seperti negeri Terengganu, Yang Berhormat Hishamuddin, exco negeri selalu bersama dengan Kembara Jumpa Orang Muda setiap kali kami singgah di negeri Terengganu.

Jadi, kerjasama tersebut memang kita adakan kerana matlamatnya bukan untuk memberi— ia nya bukan sebuah program indoktrinasi. Bagi kami, ia nya adalah sebuah program literasi politik yang perlu memberi ruang yang adil kepada semua anak muda ini mendapat pendedahan yang sewajarnya. Dan kita setuju bahawa program ini kita akan sentiasa melibatkan komponen-komponen politik sama ada yang berbeza spektrum ataupun tidak dan jika perlu, kita akan beri jawapan secara bertulis maklumat yang lebih jelas penglibatan politik daripada pelbagai bendera yang berbeza ini. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar.

draft • 10:50 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 10:50 AM

7. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan pandangan kementerian berhubung peratusan petani negara yang semakin menua dan sejauh manakah persediaan holistik kementerian dalam penyediaan golongan muda serta teknologi pertanian pintar supaya produktiviti sektor pertanian negara dapat dipertingkat walaupun tenaga kerja aktif menurun.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Berdasarkan Laporan Interim Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM, struktur umur petani di Malaysia menunjukkan peluang yang besar untuk memperkasakan generasi muda dalam sektor pertanian.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Ketika ini, petani berusia 60 tahun ke atas merangkumi 45.4 peratus daripada keseluruhan populasi, manakala golongan berumur 46 hingga 59 tahun pula merupakan sebanyak 32.3 peratus.

Dalam masa yang sama, wujud potensi yang besar untuk meningkatkan penglibatan petani muda yang kini berjumlah 190,952 orang, iaitu bersamaan dengan 18.9 peratus bagi kumpulan umur 31 hingga 45 tahun, iaitu bersamaan 3.3 peratus dalam kalangan belia berumur 15 hingga ke 30 tahun. Angka ini membuka ruang yang amat luas untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bagi menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya masa depan yang mampan dan berdaya saing.

Justeru, kementerian telah bersedia secara holistik melalui dasar, strategi dan program yang selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021–2025 bagi meremajakan sektor pertanian negara dengan penglibatan generasi muda.

Beberapa pendekatan utama telah digerakkan. Antaranya, yang pertama, pembangunan belia tani melalui program Agropreneur Muda yang menyasarkan golongan berumur antara 18 hingga 45 tahun. Program ini menawarkan Geran Agropreneur Muda Start-Up sehingga RM30,000 dan Geran Agropreneur Muda Scale-Up sehingga RM50,000 dalam bentuk peralatan atau barangan input. Insentif ini dapat mengurangkan kos permulaan projek serta memperkukuh daya saing usahawan muda. Sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan di bawah Program Agropreneur Next Gen dalam Belanjawan 2026.

Yang kedua, pemodenan pertanian pintar yang menggunakan Internet of Things, dron, automasi dan analytic data bagi meningkatkan produktiviti dan daya

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

tarikan sektor ini kepada belia tani. Di bawah RMK13, kementerian akan terus mengarusperdanankan pemodenan pertanian menerusi Program Modenisasi Pembangunan Teknologi, Mekanisasi dan Automasi dengan peruntukan berjumlah RM20 juta.

Program ini akan memfokuskan kepada pembangunan teknologi berteraskan revolusi perindustrian yang keempat, mekanisasi dan automasi yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja secara manual serta meningkatkan produktiviti. Melalui program ini juga, kementerian akan terus mempergiat usaha bagi menggalakkan penggunaan teknologi pertanian moden dalam kalangan petani muda sebagai salah satu inisiatif meningkatkan produktiviti bagi sektor agromakanan.

Yang ketiga, pengukuhan industri makanan dan asas tani melalui pemodenan rantai nilai, pembangunan produk bernilai tambah dan perluasan akses pasaran.

Yang keempat, kerjasama strategik...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih panjang lagi jawapan?

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Baik, Puan Yang di-Pertua. Poin yang terakhir iaitu langkah keempat, kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, agensi penyelidikan dan sektor swasta untuk membina ekosistem pengajian TVET pertanian yang kondusif kepada belia tani. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kangsar.

draft • 11:00 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terima kasih, Yang Berhormat. Memandangkan akses tanah antara yang sering menjadi kekangan utama untuk anak-anak muda untuk menceburi bidang pertanian, adakah kementerian bercadang mewujudkan dasar baru seperti skim sewaan tanah pertanian jangka panjang atau program guna semula tanah terbiar untuk petani muda?

Kerana, untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan-kawasan terutamanya di kawasan saya juga, banyak tanah-tanah yang terbiar, less than one acre, dengan izin. Tapi, kalau kita pergi ke negara-negara yang maju seperti di Jepun, tanah seinci pun mereka tetap usahakan untuk anak-anak muda sebagai pertanian. Apakah cadangan kementerian dalam perkara ini? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ya, ada ramai belia, dia minat kepada bidang pertanian tetapi tidak mempunyai tanah. Ada

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

juga belia yang mempunyai tanah, mungkin dia mewarisi tanah tersebut daripada ibu bapanya, tetapi dia tidak minat pula dalam bidang pertanian. Jadi, kita kena buat satu connect, di mana petani yang minat untuk menceburi bidang pertanian, kita bantu untuk mencari supaya dia dapat ada kawasan untuk mengusahakan pertanian tersebut.

Sebagai contoh, mereka boleh sewa. Kita ada program-program kita yang juga membenarkan petani-petani muda kita mengusahakan projek melalui tanah yang disewa. Sebagai contoh, kita ada program yang lain― juga di bawah SejaTi MADANI, sebagai contoh, di mana mereka boleh sewa tanah tersebut.

Yang kedua, kita juga bekerjasama dengan GLC, GLIC, kerajaan-kerajaan negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah yang terbiar supaya kita boleh usahakan tanah tersebut dan melibatkan petani-petani muda yang minat kepada bidang pertanian untuk kita mengusahakan tanah. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi di atas jawapan yang komprehensif, terutamanya melibatkan isu pewarisan tanah.

Soalan saya ialah, apakah strategi jangka sederhana kementerian bagi memastikan agenda penggantian generasi ini dalam sektor pertanian disokong oleh dasar yang benar-benar menarik minat belia, bukan sahaja melalui bantuan modal tetapi juga jaminan pasaran dan pendapatan yang mampan? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Pertamanya, apabila seorang belia― contoh, dia mewarisi tanah tersebut. Mungkin dulu kalau ibu bapa dia terlibat dalam bidang pertanian, apabila tanah itu diwarisi oleh beberapa anak, kadang-kadang anak-anak itu mempunyai hasrat yang berbeza.

Ada yang mahu menjual tanah, ada yang mahu membangunkan tanah. Ada yang minat, ada yang tidak minat untuk meneruskan pertanian. Maka, secara menyeluruh, keluasan tanaman yang ada itu semakin lama semakin mengecil. Itu yang pertama.

Yang kedua, kita mengambil tindakan yang lebih agresif untuk memastikan, menggalakkan supaya sektor pertanian ini dia sentiasa dapat menarik minat anak- anak muda dengan geran bantuan yang ada, dengan bantuan pasaran yang dibagi melalui agensi dan jabatan seperti FAMA dan sebagainya, di mana kita juga bantu meningkatkan mereka untuk beralih kepada tahap rantaian yang lebih tinggi.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Agromakanan ini dia bukan saja mula daripada peringkat pertanian tetapi juga beralih kepada pemprosesan, pengeksportan dan sebagainya. Dan, kita bantu daripada seluruh rantaian tersebut. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.

draft • 11:00 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Ada pantun ya.

Pekebun kecil tabah bekerja, Walau hasil kurang lumayan, MSPO kita perkemas bersama, Soalan lapan mohon jawapan.

draft • 11:00 AM

8. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan status pelaksanaan pensijilan MSPO 2.0 bagi pekebun kecil dan ladang komersial serta bagaimana pensijilan ini membantu Malaysia memenuhi syarat EU Deforestation Regulation menjelang 2025 dan 2026.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih YB dan Puan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 2.0 telah bermula pada 1 Januari 2025 dan meliputi kategori seperti pekebun kecil persendirian (PKP), pekebun kecil tersusun (PKT) serta ladang komersial.

Sehingga 31 Ogos 2025, jumlah kawasan bertanam yang dipersijilkan dengan MSPO untuk PKP adalah sebanyak 754,822.28 hektar bersamaan dengan 92.2 peratus, manakala PKT sebanyak 397,310.8 hektar bersamaan dengan 60.11 peratus. Untuk ladang komersial, sebanyak 3,977,039.92 hektar telah disijilkan dengan MSPO iaitu bersamaan dengan 96.22 peratus.

Pensijilan MSPO memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia memenuhi keperluan European Union Deforestation-Free Regulation (EUDR). Hal ini disokong melalui penanda aras oleh European Forest Institute (EFI) yang telah mengesahkan bahawa pensijilan MSPO 2.0 adalah sejajar dengan keperluan EUDR.

MSPO 2.0 telah memperkenalkan syarat yang lebih ketat termasuk tarikh akhir penyahutanan pada 31 Disember 2019, keperluan kebolehjejakan rantaian bekalan serta aspek tadbir urus sosial dan alam sekitar yang lebih menyeluruh.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Penambahbaikan MSPO 2.0 juga memperluaskan skop pensijilan kepada keseluruhan rantaian bekalan sawit negara, termasuk fasiliti pemprosesan dan perniagaan sawit.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Selain itu, sistem e-MSPO turut dibangunkan sebagai platform digital untuk menguruskan data dan keseluruhan proses pensijilan MSPO termasuk pengauditan serta kebolehjejakan produk mampan.

Pada masa yang sama, kementerian juga sedang membangunkan sistem bersepadu iaitu Sistem Kebolehjejakan Nasional (SKN) komoditi sawit yang membolehkan penjejakan dalam seluruh rantaian bekalan sawit negara dengan mengintegrasikan sistem yang sedia ada seperti Sawit Intelligent Management System (SIMS) bagi maklumat kebolehjejakan geosawit bagi geolokasi dan peta poligon kebun, ladang dan e-MSPO.

Bagi data pensijilan mampan, SKN akan berfungsi sebagai pusat sehenti

(one-stop center) bagi menyokong pematuhan kepada peraturan seperti EUDR serta keperluan kemampanan global pada masa depan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pengiktirafan pensijilan MSPO di peringkat antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia memenuhi keperluan EUDR. Semasa lawatan rasmi, Pesuruhjaya Eropah bagi Alam Sekitar, Daya Tahan Air dan Ekonomi Kitaran Berdaya Saing, Jessika Roswall ke Kampung Sungai Judah dan Palm Oil Experience Center di Pulau Carey pada 5 September 2025, beliau meninjau pelaksanaan amalan kemampanan melalui pensijilan MSPO dan menyatakan penghargaan terhadap usaha Malaysia menyelaraskan pensijilan dengan keperluan EUDR.

EU turut mengaku terima atau dengan izin acknowledge MSPO sebagai skim pensijilan kemampanan yang sahih dengan sistem kebolehjejakan digital bertaraf tinggi yang memudahkan mengendali mematuhi EUDR dan memastikan minyak sawit Malaysia diimport secara sah dan bebas daripada penebangan hutan.

Last point, kesimpulannya, entiti yang telah dipersijilkan dengan MSPO berada pada landasan yang kukuh untuk mematuhi kehendak EUDR. Pendekatan inklusif MSPO turut memastikan pekebun kecil terus terpelihara dalam rantaian nilai bekalan global. Ini menunjukkan bahawa industri sawit Malaysia bukan sahaja menepati piawaian kemampanan antarabangsa malah turut menyokong kesejahteraan komuniti tempatan yang bergantung kepada komoditi ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 11:10 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan.

draft • 11:10 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Pelaksanaan peraturan produk bebas penebangan hutan EUDR yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah ini telah membantutkan hasrat Kerajaan Sarawak untuk membantu masyarakat di luar bandar bagi membangunkan tanah-tanah hak adat bumiputera ataupun NCR dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan tanaman komoditi yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah langkah rundingan diplomatik ataupun rayuan rasmi yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada Kesatuan Eropah bagi memastikan tanah NCR ini ataupun hak adat bumiputera di Sarawak dikecualikan daripada penguatkuasaan EUDR?

Dan keduanya, apakah langkah-langkah intervensi dan bentuk sokongan kewangan ataupun teknikal yang disediakan oleh kementerian bagi kita membantu sekiranya ada kebun kecil yang masih menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan pensijilan MSPO 2.0? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Betong, yang pertama mengenai NCR ini. Isu NCR ini sebenarnya berkait rapat dengan prinsip di bawah EUDR ini untuk memastikan pemilikan tanah yang sah

(legitimate land title) bagi pelaksanaan aktiviti perladangan termasuk kepada pekebun kecil. Yang masalah dekat sini kerana kebanyakan NCR ini dia tak ada dokumen yang sepertimana yang geran-geran seperti yang sistem tanah yang lain.

Oleh demikian, kita nak menghadapi isu ini kena melalui langkah secara G2G, di mana Kerajaan Sarawak dan juga Kerajaan Malaysia ini yang melalui KPK ini harus mengadakan satu sesi libat urus untuk memastikan macam mana kita nak meyakinkan kepada EUDR bahawa ini merupakan salah satu hak milik yang sah juga untuk pewaris-pewaris untuk NCR ini.

Dan untuk isu lain seperti bantuan kewangan dan sebagainya untuk pekebun kecil termasuklah pensijilan percuma, pekebun kecil yang memiliki kebun kelapa sawit yang kurang daripada 40.46 hektar atau 100 ekar layak menerima insentif pensijilan MSPO secara percuma dan termasuk juga insentif peralatan seperti untuk menampung kos peralatan perlindungan diri (PPE) dan rak penyimpanan bahan kimia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Baik, terima kasih.

Soalan tambahan saya ialah kita tahu bahawa ciri utama dalam MPSO 2.0 ini dia termasuk sistem digital, fleksibiliti atau e-MPSO.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Isu yang saya nak bangkitkan ialah soal pengiktirafan. Disebut tadi terhadap pensijilan MPSO khususnya oleh EU. Apakah kerajaan berhasrat untuk memastikan ataupun ada perundingan secara rasmi dengan Suruhanjaya Eropah bagi memastikan pengiktirafan penuh pada MPSO? Setakat ini dia tidak ada pengiktirafan penuh, cuma dia menerima, tapi kita nak supaya satu pengiktirafan penuh dibuat.

Yang keduanya ialah tentang sejauh mana pengeksportan minyak sawit kita di luar Eropah, khususnya bagi mengelak beban yang terpaksa ditanggung oleh peladang-peladang di Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

YB Kubang Kerian, MSPO, bukan MPSO ya, MSPO.

So untuk isu MSPO ini, kerajaan seperti tadi saya mengatakan, kita juga host satu lawatan daripada Pesuruhjaya dari EUDR ini, daripada Kesatuan Eropah ini untuk Alam Sekitar, Daya Tahan Air dan Ekonomi Kitaran Berdaya Saing, Jessika Roswall, dia baru-baru ini beliau datang melawat ke Palm Oil Experience Center dekat Pulau Carey pada 5 September 2025.

Lawatan yang seperti berikut adalah cara kita untuk engagement dengan Kesatuan Eropah supaya meyakinkan mereka bahawa sistem MSPO inilah sistem yang boleh memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh EUDR. Dari masa ke semasa, kita melalui pelbagai jenis meeting dan juga perjumpaan dua hala. Kita juga semakin menuju ke arah untuk meyakinkan mereka untuk menerima ini sebagai satu keperluan untuk memenuhi keperluan-keperluan EUDR ini.

Selepas lawatan itu, Pesuruhjaya EU tersebut, beliau juga issue satu joint statement bersama dengan kementerian kita untuk mengatakan bahawa EU mengaku terima, acknowledge bahawa MSPO sebagai sistem pensijilan kemampanan yang sahih dengan sistem kebolehjejakan digital yang bertaraf tinggi dan ini akan memudahkan pengendali untuk mematuhi EUDR dan memastikan minyak sawit Malaysia diimport secara sah dan bebas daripada penebangan hutan.

Untuk pasaran-pasaran lain, Kesatuan Eropah merupakan pasaran kita yang ketiga terbesar. Yang pertama adalah India dan kedua adalah China. Yang lain-lain itu adalah selain daripada Kesatuan Eropah dan juga US. Kita semakin mengambil pendekatan untuk menerokai pasaran, terutamanya di Middle-East dan juga negara- negara utara Afrika. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

[Soalan No. 9 – YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi, Sri Aman.

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft • 11:10 AM

10. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sama ada kementerian melihat media sosial sebagai kayu ukur realiti, kerana meskipun jutaan rakyat hadir ke sambutan Hari Kebangsaan, naratif perpecahan dan retorik kebencian di media sosial tetap meningkat. Jadi apakah strategi kementerian untuk mengurus perbezaan ini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara komited dalam mewujudkan platform dan ruang integrasi yang dapat meningkatkan interaksi sosial antara rakyat berbilang bangsa menerusi pelaksanaan pelbagai program berteraskan kenegaraan, jati diri, keharmonian dan perpaduan.

Melalui kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNAS), kementerian telah mengenal pasti 10 defisit sosial termasuk media sosial yang perlu ditangani untuk mencapai perpaduan nasional. Ia menunjukkan bahawa media sosial selain daripada aspek positifnya boleh menjadi penghalang kepada perpaduan sekiranya disalahgunakan atau dikawal secara tidak efektif.

Antara isu-isu yang merangkumi di bawah defisit media sosial adalah penyalahgunaan dan kawalan informasi. Pengguna media sosial sering berhadapan dengan penyalahgunaan maklumat dan kurang kawalan terhadap kandungan yang disebarkan.

Dua, penyebaran berita palsu atau fake news. Berita palsu atau tidak sahih boleh disebarkan dengan pantas melalui media sosial menyebabkan salah faham dan konflik dalam kalangan masyarakat.

Tiga, ujaran kebencian dan provokasi. Media sosial menjadi platform untuk menyebarkan ujaran kebencian dan provokasi yang boleh merosakkan hubungan sosial dan perpaduan nasional.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Empat, ketidakpuasan terhadap isu sosial. Media sosial juga boleh menimbulkan ketidakpuasan dan kebimbangan mengenai isu-isu sosial, menyumbang kepada polarisasi dalam masyarakat. Untuk makluman Yang Berhormat, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penyebaran isu-isu sensitif yang melibatkan agama, Raja dan kaum (3R) di media sosial adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tempoh antara tahun 2023 hingga Julai 2025.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah melaksanakan tindakan seperti berikut, sebanyak 11,967 kandungan berunsur 3R turut dikenal pasti dan dilaporkan untuk penurunan. Daripada jumlah tersebut, 7,673 kandungan 3R telah berjaya diturunkan oleh pihak penyedia platform berkaitan.

Walaupun Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan secara langsung, kementerian ini tetap memainkan peranan yang penting melalui pendekatan reformasi (reformative approach), dengan izin, iaitu melalui intervensi, mediasi dan kesedaran bagi menangani isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum dan kenyataan berbaur kebencian. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu tadi. Saya rasa selepas mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa pihak kementerian sedar bahawa isu perpaduan nasional memerlukan penilaian yang menyeluruh, yang mesti mencerminkan realiti sebenar masyarakat.

Jadi, saya ingin bertanya, adakah kementerian mempunyai sistem ataupun mekanisme penilaian untuk mengukur tahap perpaduan sebenar di akar umbi? Dan bukan sekadar melalui laporan program sahaja dan majlis rasmi tetapi berdasarkan data sosial seperti persepsi antara kaum, tahap kepercayaan dan interaksi komuniti.

Sekian, terima kasih. Mohon jawapan.

draft • 11:20 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya di pihak kementerian, kami memang sedia maklum bahawa media massa adalah salah satu daripada elemen kepada defisit sosial utama. Kajian Indeks Perpaduan Nasional telah mengenal pasti selain daripada media sosial, terdapat sembilan lagi elemen yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat iaitu ethnicity, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik atau federalisme, jurang bandar dan luar bandar.

Pihak kementerian telah melalui Indeks Perpaduan Nasional (IPNAS) telah membuat pengukuran tahap perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Ukuran nilai indeks ini membolehkan kerajaan mengenal pasti dan merancang usaha-usaha dan program-program intervensi yang berkesesuaian dan yang berkaitan untuk menangani isu-isu perpaduan dari masa ke semasa. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Adakah kementerian menyedari bahawa peningkatan naratif kebencian di media

draft • 11:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

sosial bukan semata-mata berpunca daripada rakyat sendiri tetapi turut digerakkan oleh algoritma platform atau pengaruh luar. Jika ya, bagaimana kementerian berkerjasama dengan Kementerian Komunikasi atau platform media sosial bagi memantau dan melawan manipulasi ini tanpa menjejaskan kebebasan bersuara?

Walaupun kerajaan sering menekankan mesej perpaduan, realitinya naratif perpecahan yang tular di media sosial kadangkala berpunca daripada kenyataan atau tindakan pemimpin kerajaan sendiri. Maka saya ingin bertanya, adakah kementerian benar-benar berani menegur atau mengambil tindakan apabila punca kebencian datang daripada tokoh pempengaruh di dalam kerajaan, bukan rakyat biasa? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Naratif kebencian tidak semestinya daripada pihak kerajaan sahaja. Ia juga berbangkit daripada pihak pembangkang.

Jadi, kita harus menganggap bahawa sebarang kenyataan sama ada daripada rakyat ataupun daripada pihak politik dari mana-mana, sama ada daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang, harus dianggap serius. Antara langkah utama yang diambil oleh pihak kementerian adalah untuk mengingatkan semua ahli politik, sekiranya mereka adalah Ahli Parlimen, supaya mereka kembali kepada sumpah jawatan di Parlimen. Setiap Ahli Parlimen dan Senator mengangkat sumpah taat setia untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Sumpah itu perlu dijadikan peringatan tahap bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada parti politik masing-masing tetapi kepada negara dan rakyat seluruhnya. Jadi, ini adalah satu perkara yang harus dianggap serius oleh semua Ahli Parlimen dan juga ahli politik yang memainkan peranan penting dalam memelihara perpaduan dan keharmonian negara. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya. Pasir Salak, tiada dalam Dewan. Saya jemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.

draft • 11:20 AM

[Soalan No. 10 - YB. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya (Pasir Salak) tidak hadir]

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Pergi Sekinchan beli beras, Singgah sekejap ke Pekan Beruas;

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Soalannya adalah soalan 10, Tapi jawabnya diminta soalan 12.

draft • 11:20 AM

12. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan statistik terkini mengenai pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke universiti awam melalui UPU mengikut jenis tawaran sama ada saluran UPU ataupun saluran terbuka.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sahabat saya Ipoh Timor, terima kasih atas keprihatinan tentang isu-isu mahasiswa kita. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM setaraf untuk menyambung pengajian peringkat sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda ke universiti awam.

Berdasarkan permohonan UPU online bagi calon lepasan SPM untuk sesi akademik 2025/2026, seramai 92,205 calon telah berjaya ditawar ke universiti awam berbanding dengan unjuran atau kapasiti sebenar iaitu 51,677 yang disediakan. Ini adalah pencapaian 178.42 peratus. Ini maknanya Puan Yang di-Pertua, unjuran kapasiti kita hanya 51,677 tetapi yang kita tawarkan ini supaya kita mendengar keluhan daripada Ahli-ahli Parlimen kita dan juga generasi muda, untuk mereka mendapat tawaran lebih banyak di universiti awam kita. Jadi, kita tawarkan lebih lagi daripada yang unjuran sebenar.

Untuk calon lepasan STPM dan setaraf untuk sesi akademik 2025/2026, seramai 88,102 calon telah berjaya ditawarkan ke universiti awam berbanding 76,165 unjuran atau kapasiti sebenar yang disediakan dengan pencapaian 115.67 peratus.

Ini juga seperti yang calon SPM UA tadi.

Manakala bagi tawaran melalui saluran terbuka pula, proses ini masih sedang diuruskan oleh pihak universiti awam sebaik hebahan UPU online diumumkan pada 3 Oktober yang lepas. Kita belum ada data untuk saluran terbuka ini sebab kita uruskan dulu laluan perdana dan selepas itu, setiap universiti akan— baru lah menguruskan saluran terbuka ini. Jadi setakat ini, kita belum ada data untuk ke— tawaran melalui saluran terbuka ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ipoh Timor.

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How

Terima kasih Timbalan Speaker. Sama ada tawaran melalui saluran terbuka akan ambil tempat atau kapasiti yang disediakan oleh

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How

saluran UPU. Itu lah soalan induk, soalan yang sering kali dibangkitkan, diapi-apikan di luar sana, khususnya bagi kursus-kursus atau jurusan-jurusan yang popular.

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How

Maka, bolehkah diminta pihak kementerian memaklumkan kepada Dewan yang mulia statistik setiap tahun sejak 2017 dan 2017 itu yang mulanya ada saluran terbuka atau konsep pengambilan terbuka diperkenalkan. Apakah jumlah unjuran tawaran UPU, jumlah unjuran UPU bagi jurusan perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang, perakaunan di UM sahaja? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih soalan tambahan daripada YB Ipoh Timur. Data yang diminta agak spesifik, mungkin kita boleh maklumkan kemudian. Tetapi dari segi statistik memang setiap tahun ada peningkatan untuk jurusan-jurusan yang kita panggil jurusan kritikal yang ditawarkan di universiti.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dan saya ingin bagi komitmen bagi pihak kementerian bahawa kita tidak akan mengorbankan, kita tidak akan mengorbankan saluran perdana. Yang itu memang kita pastikan bahawa yang itu dipenuhi dulu barulah kita akan tawarkan untuk saluran terbuka. Itu kita bagi komitmen berbanding dengan persoalan-persoalan ditimbulkan seolah-olah kita mengorbankan saluran perdana kita untuk memberi ruang kepada saluran terbuka. Itu tidak betul dan alhamdulillah pada Belanjawan 2026 yang baru ini juga kita amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menambah unjuran sebanyak 1,500 tempat ijazah sarjana muda dalam 10 bidang pengajian di lima universiti penyelidikan kita, termasuk program-program kompetitif seperti undang- undang dan juga perakaunan ini.

Jadi ini, inilah saya fikir berita baik untuk tahun 2026. Kita dengar, saya tahu Ayer Hitam ada di sini dan kawan-kawan yang lain yang selalu membangkitkan isu- isu ini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun sendiri mendengar keluhan daripada generasi muda kita, ibu bapa yang mahu supaya anak-anak mereka ditempatkan dalam lima universiti penyelidikan yang utama ini. Jadi, kita tambah unjuran kita sebanyak 1,500. Jadi, kita harap dengan penambahan ini akan dapat mengurangkan keluh kesah dan juga memberi ruang kepada lepasan SPM kita terutama yang mendapat keputusan yang baik ini mendapat tempat di universiti awam kita. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih sedikit soalan tambahan ini kepada pelajar antarabangsa yang masuk ke IPTA awam dan swasta. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPT, sehingga 31 Disember 2024, terdapat seramai 155,986 pelajar antarabangsa mendaftar di IPTA awam dan swasta. Jadi, soalan tambahan saya di sini, apakah dasar baru pengambilan pelajar antarabangsa ke IPTA dalam negara kita, sama ada di peringkat first degree atau postgraduate dengan izin, sebab jumlah tadi adalah satu jumlah yang besar untuk satu tempoh setahun.

Yang kedua, apakah status terkini sistem yang akan dibangunkan oleh KPT berkaitan kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan secara online itu adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan memasuki IPTA ataupun IPTS dalam negara kita? Sekian.

draft • 11:30 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jerlun. Ini lagi satu isu yang sering dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen kita dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang mengatakan bahawa seolah-olah kita memberi ruang kepada pelajar antarabangsa untuk masuk terutama ke dalam saluran perdana. Ingin saya tekankan di sini bagi pihak kementerian, yang statistik yang selalu disebut itu adalah melibatkan pra dan pasca siswazah.

Tetapi kalau kita cerakinkan data itu untuk prasiswazah dan juga pasca siswazah kita boleh dapati bahawa sebenarnya yang prasiswazah ini hanya bilangan kecil sahaja, less than 10 percent, kurang daripada 10 peratus. Tetapi yang banyak memang saya akui antara— yang pasca siswazah yang mengambil master dan juga PhD. Yang itu memang kita buka untuk peringkat global, antarabangsa untuk datang belajar di Malaysia.

Jadi, itu sebenarnya. Kalau kita combine kedua data ini, nampak besar 28 peratus begitu tetapi kalau kita pisahkan data ini, baru kita nampak secara jelas bahawa yang prasiswazah ini memang keutamaan kita ialah kepada pelajar-pelajar, anak-anak kita sendiri, bukan pelajar antarabangsa. Hanya untuk ke pasca siswazah sahaja, master dan PhD, yang ini memang kita buka. Jadi, itu dan satu lagi yang tentang isu...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:30 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, tentang isu pengesahan itu memang kita amat teliti dan MQA sebagai agensi yang diberi peranan untuk meneliti isu ini, kita memang tidak akan berkompromi dengan mana-mana yang mengeluarkan sijil

draft • 11:30 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

terutama sijil-sijil palsu ini. Kita akan pastikan bahawa kualiti pendidikan kita di negara ini kita tidak akan kompromikan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2026 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 Oktober 2025.” Terima kasih.

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit (RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksudmaksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [14 Oktober 2025]

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Seputeh, YB Marang, YB Kota Melaka, YB Bukit Gantang, YB Selayang, YB Machang, YB Ayer Hitam, YB Kuala Terengganu, YB Puncak Borneo, YB Hulu Terengganu, YB Batu Kawan, YB Rantau Panjang, YB Pekan, YB Padang Serai, YB Tenggara, YB Besut, YB Kuala Krai, YB Kota Belud, YB Gerik, YB Jerlun, YB Bukit Bendera dan YB Kuala Kedah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seputeh. Masa 15 minit.

draft • 11:36 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Bajet Persekutuan 2026 adalah satu bajet yang menyeluruh dan merangkumi beberapa agenda reformasi yang penting dari segi undang-undang dan juga sosioekonomi. Di sini saya ingin membangkitkan beberapa isu yang saya berharap dapat menarik perhatian pihak kerajaan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:39 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Isu pertama ialah berkenaan dengan pendidikan. Saya menyambut baik tentang pendidikan, tentang perwujudan Majlis Pendidikan Negara (MPN) untuk mengumpul pandangan daripada pelbagai pihak dalam menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian bermula dari peringkat prasekolah sehingga peringkat tertinggi.

Pendidikan adalah asas pembangunan negara. Kerajaan haruslah menjalankan kajian terhadap pendidikan dan kurikulum sekolah dari semasa ke semasa. Ramai warga Malaysia, khususnya golongan kelas menengah dan atasan merasa kecewa terhadap sistem pendidikan di negara kita. Kini, semakin ramai ibu bapa menghantar anak mereka belajar di sekolah swasta ataupun homeschool yang mengikuti kurikulum dan peperiksaan negara lain.

Di Johor, beratus-ratus anak Malaysia terpaksa bangun pagi untuk masuk ke Singapura untuk belajar di sekolah di Singapura. Ini adalah tanda-tanda warga Malaysia telah hilang keyakinan terhadap sistem pendidikan negara kita.

draft • 11:39 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya berharap anggota Majlis Pendidikan Negara akan diketuai oleh tokoh pendidikan yang progresif dan berfikiran terbuka yang sudi dengar suara hati rakyat dan bukannya tokoh yang terikat kepada dasar pendidikan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap MPN dan Kementerian Pendidikan dapat mengkaji semula kedudukan sekolah menengah jenis kebangsaan

(conforming) Malaysia ataupun SMJK. Status undang-undang sekolah menengah jenis kebangsaan (conforming) Malaysia wujud di pertengahan tahun 1950-an.

Kerajaan mula menawarkan...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seputeh, Seputeh.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Peluang kepada sekolah menengah Cina...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seputeh.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Untuk memohon bantuan penuh di mana Sekolah Menengah Cina dijadikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Bantuan Penuh di bawah Ordinan Pelajaran 1957.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh?

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh, saya tak ada masalah Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Setengah minit, setengah minit.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jangan kacau. Saya ada lima muka surat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Oh, ingat bagi. Ingat bagi kawan lama.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Janganlah, janganlah. You ada masa kamu. Okey.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan 37 itu jelas.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dia tak bagilah?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dia tak bagi.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tak bagi, tak bagi.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak bagi, okeylah.

Ingatkan nak bagi.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey. Dalam Akta Pendidikan 1961, Sekolah Menengah Cina yang menerima tawaran kerajaan diklasifikasikan dan ditarifkan di bawah seksyen 2 sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

(SMJK). Tetapi menurut seksyen 16, Akta Pendidikan 1996, SMJK tidak lagi merupakan satu kategori spesifik dan SMJK hilang status dalam sistem pendidikan negara. Ini mewujudkan kekaburan undang-undang mengenai identiti dan tadbir urus SMJK.

Majlis Pembangunan sekolah menengah jenis kebangsaan (conforming) Malaysia memohon Menteri Pendidikan Malaysia mengesahkan kedudukan dan status undang-undang SMJK dengan menubuhkan satu unit khas dalam Kementerian Pendidikan Malaysia serta melantik pegawai khas untuk mengendalikan perkara berkaitan dengan SMJK.

Dalam kenyataan Majlis Pembangunan SMJK, Majlis ini juga merayu kerajaan menambahkan peruntukan khas penyelenggaraan dan pembaikan kerja

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

SMJK kepada RM30 juta untuk 81 buah SMJK kerana banyak bangunan sekolah telah pun usang dan perlu dinaik taraf di samping mereka perlukan duit untuk membayar bil-bil utiliti sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan isu permohonan pemindahan SMJK Confucian ke tapak pendidikan di Taman Danau Desa di dalam dan di luar Parlimen. Permohonan ini dibangkitkan kerana bangunan SMJK Confucian yang dibina sejak 1906 tidak lagi selamat digunakan sebagai sekolah dan bangunan sekolah ini juga terletak di atas tapak yang bukan milikan sekolah itu.

Saya pernah mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Confucian untuk dipindah dari tapak yang sedia ada ke lot 54836 di Taman Danau Desa. Lot 54836 adalah tapak SK Danau Perdana yang sudah berpindah ke tapak baru pada tahun 2004 kerana bangunan sekolah yang tidak selamat.

Permohonan sekolah ini, permohonan SMJK Confucian juga disokong oleh 26 persatuan dan PIBG di lima kilometer di sekeliling Taman Desa, tetapi permohonan daripada Lembaga Pengelola Sekolah yang disokong oleh saya ini ditolak oleh Kementerian Pendidikan dengan alasan sekolah ini adalah sekolah bantuan dan ia tidak boleh dipindah ke atas tapak pendidikan kerajaan. Penolakan Kementerian Pendidikan terhadap permohonan tanah pendidikan SMJK Confucian ini adalah amat tidak munasabah.

Guru dan pelajar SMJK Confucian terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini mengikuti segala kurikulum Kementerian Pendidikan dan menduduki peperiksaan SPM. Gaji guru dibiayai oleh kerajaan. Bahasa pengajaran dalam sekolah itu adalah bahasa Malaysia, kecuali satu subjek Bahasa Cina. Pelajar Muslim juga dikehendaki menyertai kelas agama. Ia sebenarnya adalah satu sekolah kebangsaan dan sekolah kerajaan. Kenapakah bila sekolah yang kini mencapai usia 119 tahun dan menghadapi masalah bangunan yang tidak selamat, dinafikan tanah pendidikan bagi sekolah itu untuk mengadakan pembangunan semula? Ini adalah bercanggah dengan prinsip dan jiwa MADANI.

Kementerian Pendidikan kini menghadapi banyak kritikan berkenaan dengan keselamatan pelajar di dalam sekolah. Apakah Kementerian Pendidikan hanya akan memberi kelulusan kepada SMJK ini berpindah ke tanah pendidikan bila berlakunya insiden yang menjejaskan nyawa pelajar atau guru di sekolah tersebut? Saya menyeru Kementerian Pendidikan dan juga Majlis Pendidikan Negara untuk

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

mengkaji semula kedudukan SMJK dalam sistem pendidikan negara supaya SMJK tidak dianaktirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan vape. Dalam Bajet 2026, kerajaan mencadangkan kenaikan cukai eksais terhadap rokok dan produk tembakau yang dipanaskan, ini adalah wajar.

Tetapi bajet ini sunyi dalam produk vape yang kontroversial. Mengapa tidak ada cadangan untuk menaikkan cukai terhadap produk vape memandangkan vape telah menjadikan satu benda yang kontroversial?

Saya pernah menghadiri satu libat urus berkenaan dengan vape dengan pengusaha industri vape, NGO dan juga ahli akademik pada bulan lepas. Saya mendapat pelbagai perspektif tentang vape. Saya rasa hairan Malaysia mempunyai industri pembuatan produk vape yang aktif dan malah dieksport ke negara jiran.

Orang Indonesia suka beli vape dari Malaysia kerana reka bentuk dan kandungan vape kita adalah menarik kepada mereka.

Mengikut Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), nilai industri vape Malaysia dianggarkan berjumlah RM3.48 bilion pada tahun 2023, peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding dengan RM2.27 bilion pada tahun 2019. Sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk melarangkan vape, larangan ini bukan sahaja tidak— bukan sahaja akan menjejaskan pengusaha dalam industri ini dan mengurangkan cukai pendapatan negara, maka ia sudah pasti larangan ini tidak akan menghentikan penggunaan vape dan juga industri ini, tetapi ia akan menyuburkan aktiviti penyeludupan dan pasaran gelap.

Selain itu, dari sudut perubatan, vape boleh memainkan peranan untuk membantu perokok yang ingin menghentikan penghisapan rokok dengan menghisap vape yang mempunyai tahap nikotin yang kurang dan perokok kemudian boleh menghentikan penghisapan rokok secara beransur-ansur dengan mulanya menghisap vape yang mempunyai nikotin yang kurang secara perlahan-lahan. Saya pernah mengeluarkan kenyataan yang menyeru kerajaan melarangkan vape. Tetapi di sini saya ingin menyeru kerajaan jangan melarangkan vape secara terburu-buru tetapi mengenakan kawalan yang ketat terhadap vape dan industri ini sebelum kerajaan mengharamkannya.

Cadangan saya ialah satu, kerajaan harus mengharamkan vape jenis open system. Vape open system adalah punca peningkatan penggunaan di kalangan muda dan bawah umur. Sistem ini membolehkan pengguna campur aduk perisa dan bahan buatan sendiri seperti ganja dan dadah tanpa kawalan. Ia mewujudkan

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

budaya barista perisa vape yang menarik minat lebih ramai pengguna. Saya mencadangkan kerajaan hanya membenarkan vape closed system dijual langsung dari pengilang atau pengimport yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan semakan kualiti secara usaha sama dengan SIRIM.

Yang kedua ialah saya mencadangkan kerajaan mengawal selia semua peranti merokok elektronik seperti vape, shisha, heated tobacco (HTP). Pemain industri menggunakan peranti-peranti ini sebagai loophole untuk mengiklan dan promosi budaya merokok. Saya mencadangkan semua peranti elektronik wajib diklasifikasikan sebagai bahan merokok yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan dan dikenakan peraturan baharu di bawah Akta 852 yang sedia ada.

Negara-negara seperti United Kingdom dan New Zealand memilih pendekatan kawalan dan bukannya larangan terhadap vape dan dasar ini berjaya menurunkan kadar orang yang merokok.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Isu yang ketiga saya ingin bangkitkan adalah masalah Akta Juruukur [Akta A1703]. Saya terima beberapa aduan daripada juruukur yang terkesan oleh Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 kerana pindaan ini menggugat keadilan profesional dalam undang-undang geomatik negara kita. Akta Juruukur Tanah Berlesen bertujuan untuk meletakkan bidang geomatik di bawah satu lesen.

Profesion yang sepatutnya berkembang secara pelbagai kini terhimpit di bawah lesen tunggal yang tidak mencerminkan realiti ilmu dan teknologi hari ini.

Bidang geomatik hari ini bukan sekadar ukur tanah. Ia meliputi sistem maklumat geografi, GIS, penderiaan jauh, hidrografi dan sistem maklumat bangunan ataupun BIM. Tiada satu pun negara di dunia yang meluaskan lesen ukur tanah hingga merangkumi semua bidang ini. Apa yang mengecewakan pengusaha juruukur ialah peruntukan peralihan di bawah Seksyen 15 dalam akta ini tidak dilaksanakan tetapi ramai juruukur yang telah lama berkecimpung dalam bidang geomatik sekarang dikehendaki menjalani kursus tambahan dan latihan di bawah juruukur tanah yang berlesen dan malah menduduki peperiksaan dan melalui viva voce sebelum diberikan lesen.

Bayangkan pemegang ijazah Geographical Information System (GIS) dan penderiaan jauh (remote sensing) sekarang perlu lulus 10 kursus tambahan sebelum dibenarkan praktis. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kerajaan melakukan reset moral dan struktur, membina semula keadilan profesional dengan memastikan setiap

draft • 11:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

disiplin geomatik baru terbuka kepada persaingan, bukannya tunduk di bawah satu lesen tunggal.

Isu yang terakhir yang saya nak bangkitkan ialah berkenaan dengan SPRM.

Saya ingin memuji prestasi SPRM yang telah berjaya menjalankan siasatan, mendakwa agak ramai ahli politik, pengurusan syarikat berkaitan kerajaan GLC dan malah membantu kerajaan mendapatkan balik dana melalui rasuah.

Memandangkan laporan berkenaan rasuah telah meningkat, banyak laporan yang dibuat kepada SPRM oleh orang awam tidak diambil tindakan dan bagi kes yang simple juga yang mempunyai bukti yang kukuh, SPRM selalu ambil masa yang panjang dan malah melebihi satu tahun untuk menjalankan pendakwaan.

Saya mencadangkan kepada kerajaan yang satu, menambah perjawatan SPRM. Yang kedua menambahkan bajet bagi SPRM untuk menjalankan latihan dan menambah pegawai SPRM dengan menambahkan pegawai yang mungkin profesional bagi SPRM. Kedua-dua cadangan ini adalah amat diperlukan untuk mempercepatkan proses penyiasatan dan pendakwaan kes yang disiasat dan juga mempercepatkan bagi kerajaan untuk mendapat balik harta ataupun recovery harta dan juga lucut harta dengan lebih sistematik dan terancang.

Selain itu, penambahan pegawai SPRM juga akan memudahkan kerajaan untuk menempatkan pegawai SPRM di kementerian, di GLC dan di badan-badan berkanun sebagai Certified Integrity Officer (CEIO) yang selaras dengan National Anti-Corruption Strategy 2024 dan 2028. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Seputih. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Marang sebagai refresher course ya.

Pada tarikh 12 Ogos yang lalu, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat telah meluluskan peraturan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan iaitu Peraturan 80B.

Peraturan ini berkaitan dengan select committee. Apa yang saya hendak jelaskan ya, banyak isu-isu dalam Parlimen ini berkaitan dengan rang undang-undang boleh diselesai di peringkat itu dan bila masuk Dewan, benda itu smooth, insya-Allah.

Kalau kita lihat ya, jawatankuasa ini, jawatankuasa baharu yang telah ditubuh ya, Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Berkaitan Kementerian. Salah satu fungsinya adalah meneliti rang undang-undang berkaitan kementerian yang telah dibaca kali yang pertama. Itu bermaksud rang undang-undang itu dibaca kali pertama, tidak dibahas lagi untuk peringkat kedua. Benda ini select committee boleh go through it. Salah satu isu seumpamanya RUA itu, URA, kalau benda itu lalui

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

melalui select committee ini, tak perlu pun nak dirujukkan kepada jawatankuasa khusus berkaitan rang undang-undang berkenaan.

Jadi, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang akan mempengerusikan jawatankuasa berkaitan select committee kementerian, you have, dengan izin, you have the option of whether benda tu boleh baca kali kedua. First reading saja, Yang Berhormat-Yang Berhormat di select committee berkenaan can go through it. Tak setuju ke, nak tambah ke, nak perbetul ke, it will save a lot of the rakyat punya masa dan Dewan ini punya masa. Ambil maklum ya, ini baru berkuat kuasa pada 12 hari bulan Ogos. It will save dengan izin, it will save menyelamatkan masa Dewan ini dengan tak perlu nak retorik dan sebagainya kerana di peringkat select committee itu, rang undang-undang ini boleh di-scrutinize.

Ini pendapat saya dan ini yang saya rasa matlamatnya kepada pindaan Peraturan Mesyuarat Dewan 80B. Sila Yang Berhormat-Yang Berhormat baca.

Menyelesaikan isu. Macam yang URA itulah umpamanya kan, tak perlu pun ke peringkat bacaan kali kedua pun. Kalau dah ditapiskan dia dalam jawatankuasa itu, pihak kanan pun ada, pihak kiri pun ada. Mungkin select committee itu dipengerusikan oleh di sebelah pihak kiri, sebelah pihak pembangkang, you have already gone through it. Ini saya rasa diambil daripada model Parlimen Jepun. Kalau kita lihat Parlimen Jepun, masuk saja settle dia, tak perlu nak itu.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, boleh saya minta pencerahan ya?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kami sedar Peraturan Mesyuarat 80B, capital B yang baru.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang baru.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya hendak ingin dapat penjelasan, ada RUU yang diluluskan dalam persidangan lepas sebagai contohnya yang tidak dirujuk langsung kepada JKPK Kewangan. Contohnya RUU Perolehan Kerajaan tidak dirujuk. Paya Besar jadi Pengerusi memang tidak dirujuk, Bachok jadi ahli. Saya rasa boleh mengesahkan, Pendang, tidak dirujuk. Apa kesan kepada akta tersebut berdasarkan pindaan baharu 80, capital B ini?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dia punya key point adalah tarikh benda itu diwartakan atau tarikh benda itu diangkat. Kalau kita lihat di sini kuat kuasa pada 12 Ogos kan? Pergi balik tengok sama ada benda ini berlaku selepas atau sebelum. Kalau sebelum, Pengerusi select committee berkenaan, you can recall it, discuss it, tapi dengan syarat it was not read the first reading. Tak dibaca bacaan pertama. Dalam tu Yang Berhormat, ada pihak belah kiri pun ada.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya lah. Ya, betul.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Belah kanan pun ada.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya. Sepatutnya.

Sepatutnya Yang Berhormat, pemahaman saya lah, undang-undang dibuat di dalam Dewan ini melalui pindaan standing order. Sepatutnya pihak pentadbiran, pihak anggota pentadbiran lebih memahami.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya ...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Apabila pihak yang membentangkan satu-satu RUU sepatutnya lebih memahami apa yang things to do, benda yang sepatutnya mereka tahu, mereka perlu buat sebelum mengemukakan RUU.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya punya...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Bukan bergantung kepada bantahan daripada mana-mana ahli, sama ada sebelah sana atau sebelah sini. Itu pemahaman saya lah.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya punya bacaan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

The select committee adalah the watchdog. Bermaksud you akan jadi pemerhatian kepada Dewan ini punya perjalanan. Kalau lepas tarikh ini you boleh panggil balik selepas first reading, faham tak?

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato’ Speaker...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dan sini Tan Sri pun telah membuat pemasyhuran pada 6 Oktober yang lalu mengenai perkara ini.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya nak tanya sikit.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, last ya. Saya nak balik kepada urusan Mesyuarat.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sekiranya bacaan pertama telah pun dibaca dan blue bill telah diletakkan, kemudian ada pengumuman rombakan besar akan dibuat terhadap blue bill yang berkenaan, adakah perlu kepada bacaan pertama balik ataupun macam mana?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau di sini dilihat ya, kalau daripada interpretasi saya lah ya, bila bill itu pertama telah dibaca oleh Menteri, select committee berfikir, benda ini tak boleh go through to the second reading, Pengerusi panggil, kementerian nak explain, di situ adjust. Itu maksud saya.

Maksud Yang Berhormat apa tadi? Jika?

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bacaan pertama telah dibuat. Macam URA baru ini, bacaan pertama dibuat kemudian bacaan kedua dibuat...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Belum lagi.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Separuh jalan baru ini— tak— dianggap belum lagilah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu yang saya maksudkan tadi tengok ini bila berkuat kuasa?

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Blue bill dah diletak. Kemudian, apa ni...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Faham Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Check balik tarikh bacaan pertama itu berapa hari bulan? Check balik berapa hari bulan

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

berkuat kuasa? Kalau lepas tarikh berkuat kuasa ini, Yang Berhormat boleh, Pengerusinya boleh panggil. Itu saja keyline dia. Right?

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Baik. Terima kasih. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tarikh berkuat kuasa. Baik, kita balik kepada urusan kita pada hari ini iaitu perbahasan- perbahasan berkaitan Belanjawan peringkat dasar. Di sini, sebelum itu saya mula, ya. Saya ingin ingatkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat perkara peraturan 36, terutama sekali 36(10)(c) iaitu perkataan Yang Berhormat yang menyakit-nyakit hati. Boleh baca dalam itu. 36(10)(c) yang kerap berlaku dan ini selalunya menimbulkan kekecohan ya.

Selain daripada itu, nak mengganggu peraturan 37, jelas. Dan selain itu, yang paling mustahaknya, Yang Berhormat-Yang Berhormat, peraturan 41, adab kita dalam Majlis. Kerana saya tekankan ini ya, I’m very serious about this dengan izin, kerana di galeri tu, Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita ni ada yang peringkat atuk, bapak. Adakah senario perangai kita dalam Dewan ini melambangkan, kita hendak mereka di atas galeri itu yang muda-muda itu mengikuti? So, be logic, be bertertib, adat dalam Parlimen ini sebagaimana peraturan 41 itu diikuti. Nak mencelah, 37, isi kandungan 36. Okey, berikutnya...

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat boleh minta pencerahan?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berkaitan peraturan?

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya, berminat — ya peraturan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang disebut oleh Yang Berhormat, 36(10) tadi.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

First lim…

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin…

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

(c). First lim…

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, (c). 36(10)(c) yes.

Perasaan, menaikkan perasaan bersakit-sakit hati. Kenapa Yang Berhormat memberi peringatan itu sebelum Marang cakap?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tadi masa Seputeh sepatut— masa sebelum Seputeh bercakap dah bagi ingatan, seolah-olah Marang ini nak menaikkan perasaan bersakit-sakit kah macam mana?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini satu yang— kami terasa. He is my President. He is my President.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak perlu terasa Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jangan, hakim tidak boleh prejudis. With due respect to you, Sir.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yes.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagus, bagus. Saya pun…

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebelum Marang bercakap, dah sebut, bangkit menaikkan perasaan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Biar saya jelaskan, ya.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh saya jelaskan?

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey nombor satu. Peraturan 42, saya bercakap Yang Berhormat dengar ya. Peraturan 43, apa saya cakap, keputusan. Dalam isu ini, Yang Berhormat perasan tak saya naik bila? Yang Berhormat, Yang Berhormat Lanang yang mempengerusikan. Bila saya take over, baru giliran saya. Masa itu, Yang Berhormat Seputeh sedang berbahas. Bila saya nak menjelaskan? Bila saya duduk di sini, baru saya jelaskan.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, persoalannya kenapa sebelum Marang? Tak sebelum orang lain kah, apa semua?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, Yang Berhormat, Yang Berhormat yang prejudis, bukan saya.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin mendapat pencerahan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dan saya jelaskan.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Betul?

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

So, tak ada prejudis, ya?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, sama- sama. I’m not prejudiced.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, okey.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Alhamdulillah.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, okey. Thank you.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amat jelas. Okey, baik. Kita balik kepada perbahasan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Marang.

draft • 12:00 PM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya tidak ada buruk sangka Yang di-Pertua. [Dewan ketawa]

draft • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Marang, saya duduk di atas ini, tanggungjawab saya. Saya tak nampak hijau, saya tak nampak biru, saya tak nampak merah.

draft • 12:04 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya nampak Dewan ini berjalan sebaik mungkin.

draft • 12:04 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya, ya.

draft • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya akan apply undang-undang ini, saya tak kiralah Menteri ke, Ketua Presiden ke, siapa kan saya akan laksana sebaik mungkin walaupun Presiden saya. Itu saya punya pendirian. Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:04 PM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

*Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Yang bermaksud, “Dan kalau sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa dan saya membukakan untuk mereka keberkatan-keberkatan yang banyak yang turun daripada langit dan keluar daripada bumi. Tetapi kebanyakan mereka membohonginya. Dulu kami hukumkan mereka, bencanakan mereka dengan apa

draft • 12:04 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

sebab apa yang mereka lakukan. Adakah penduduk negeri merasa aman daripada hukuman kami di waktu malam ketika mereka nyenyak tidur kalau mereka melakukan kesalahan? Adakah penduduk negeri merasa aman daripada hukuman kami ketika mereka sedang bermain waktu pagi kalau mereka melakukan kesalahan?” Menunjukkan bahawa sifat takwa mengerjakan perkara yang baik meninggalkan kejahatan sangat penting bagi sesebuah negara sama ada pemimpin sehinggalah rakyat. Pemimpin menjadi contoh dan teladan kepada rakyat kerana sebab itu disebut oleh firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan kami jadikan di kalangan umat zaman dahulu pemimpin-pemimpin yang memimpin mengikut petunjuk kami setelah mereka berjuang dengan sabar melakukan perubahan dan mereka yakin kepada ayat-ayat kami”. Dihuraikan ayat ini dengan kata ulama, [Berucap dalam bahasa Arab] , “Rakyat terpengaruh dengan telatah pemimpin-pemimpin mereka”. Kita menghadapi suasana negara yang sangat membimbangkan, moral, jenayah dan sebagainya sehingga berlaku di sekolah-sekolah. Bukan saja peringkat masyarakat umum. Di sini menunjukkan ada tanda-tanda tidak kena dalam kepimpinan negara yang kita pilih ini dan perlu dilakukan perubahan.

Al-Quran menunjukkan pemimpin-pemimpin teladan supaya dicontohi oleh umat manusia. Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman AS dan Zulkarnain, contoh yang diteruskan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan pada Khulafak’ Al-Rasyidin yang telah berjaya mengubah masyarakat Arab yang ganas, yang kacau-bilau, membunuh dan bermaksiat, membunuh anak-anak perempuan hidup-hidup kerana tak boleh berperang, berbagai kejahatan.

Masyarakat yang degil itu dapat diubah dengan petunjuk Al-Quran sehingga berjaya menegakkan sebuah negara masyarakat majmuk yang besar dalam sejarah manusia. Wilayahnya dari Nusantara merentasi Asia Tengah, Selatan Eropah, Utara Afrika dalam masa 1,300 tahun dalam keadaan selamat dan aman sehingga dijatuhkan oleh penjajah yang hasad, yang dengki, yang tamak haloba semata-mata untuk merampas kuasa dan harta dalam dunia ini. Al-Quran menyebutkan dua contoh pemimpin yang menguasai dunia. Nabi Sulaiman AS dan Zulkarnain AS, memerintah jadi kuasa besar tunggal dunia.

draft • 12:04 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Nabi Sulaiman contoh, menentang rasuah dengan sekeras-kerasnya. Ada pun Zulkarnain menunjukkan negara berkebajikan. Apabila Maharani Balqis ingin menyogok rasuah kepada Nabi Sulaiman a.s. Disebut, [Membaca sepotong ayat Al-

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Quran]. “Saya ingin menghantar hadiah-hadiah yang banyak, yang mahal harganya kepada Sulaiman yang memerintah, supaya kita lihat apa reaksi kita, reaksi dia terhadap utusan yang dihantar itu”. Sulaiman menjawab, al-Quran menyebut, [Membaca sepotong ayat Al- Quran]. Bila dibawa harta kepada Nabi Sulaiman a.s., tiba Nabi Sulaiman jawab, “Adakah kamu sogokkan aku dengan harta ini? Harta yang melimpah-ruah Tuhan beri pada aku ini, lebih baik daripada apa yang ada pada kamu. Pulang. Dengan gembira dengan hadiah kamu, kendiri kamu ini, kami akan hantar bala tentera untuk mengajar kamu, sehingga kamu dijatuhkan”. Sulaiman bukannya menerima sogokan itu, bahkan mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang nak menyogok itu.

Apa yang berlaku pada hari ini, makin banyak sogoknya, makin banyak dapat projek. Makin banyak sogokannya, makin banyak dapat peluang. Yang maha kaya, itu dibebaskan. Diambil yang kecil-kecil, yang rendah ikan bilis saja, ini yang berlaku.

Menyebabkan kita gagal menangani masalah rasuah.

Zulkarnain, contoh negara berkebajikan, apabila baginda tiba di negeri yang menghadapi ancaman musuh di Asia Tengah. Penduduk negeri itu berkata pada Zulkarnain, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Adakah boleh kami bayar cukai kepada tuanku? supaya tuanku boleh tolong buat kota yang menghalang kami daripada serangan musuh yang ganas itu?”. Zulkarnain menjawab dengan jawapan yang sangat menarik.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Apa yang Tuhan beri kepada aku lebih baik, Aku tak perlu cukai, tidak payah bayar cukai, aku nak tolong kamu, cuma kamu bawa tenaga kerja, bawa ketulan besi untuk aku bina kan kota itu”.

Dalam dunia hari ini yang gilakan kewangan, walaupun banyak cukai dikenakan, kenakan, kenakan, kadang-kadang cukai yang zalim. Orang yang tak patut kena cukai, kena cukai. Kadang-kadang rakyat miskin terkesan dengan cukai yang dilakukan. Ini merupakan perkara negatif yang berlaku. Insya-Allah kami daripada Perikatan Nasional akan berusaha untuk membuat perubahan dalam kepimpinan negara

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

sedaya upaya, PAS memperkenalkan cara pemilihan Islam.

Tiap-tiap calon yang bertanding, sejak bertanding lagi telah dinilai ilmunya, akhlaknya, perangainya. Dinilai segala-galanya, integritinya, baru boleh jadi calon.

Sebab apa mungkin, kemudian ada jabatan kod disiplin, kalau salah laku bukan salah laku terhadap parti salah, salah laku peribadi, moral pun dipecat daripada parti,

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

walaupun kita kurang kerusi. Ini usaha yang kita boleh lakukan, yang kita cuba buat untuk membuat perubahan dalam negara ini.

Mungkin orang bertanya mengapa tak umum lagi Perdana Menteri. Satu soalan yang kerap kali ditanya. Suka saya nak jawab, yang penting kepada kami memilih pemimpin yang berintegriti, tak menentukan orang lagi dan tentukan dia menang pilihan raya. Dia tak menang pilihan raya, dah nak lantik Perdana Menteri.

Mengapa kita tak namakan daripada awal? Nak jaga keselamatan? Ada bahayanya, Kalau tahu dia calon Perdana Menteri, disogoknya jongkong emas, letak jongkong emas dalam kereta, letak dadah dan sebagainya.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tak boleh bertanding dengan sebab-sebab yang berlaku. Ini perkara yang perlu difahami oleh semua pihak.

Allah menunjukkan kepada kita, bagaimana kerajaan dimusnahkan oleh Allah Taala Kaum ‘Ad, kaum Tsamud, Firaun, Rom, Parsi. Terkini, kuasa-kuasa besar dunia, Jerman, Jepun, Itali, Britain dan sebagainya. Kejatuhan mereka dengan sebab- sebab yang diberi amaran oleh Allah Taala [Membaca sepotong ayat Al- Quran], “Yang berlaku zalim dalam negeri dan banyak melakukan kejahatan dan kemusnahan”. Puncanya, bila kerajaan itu melakukan kezaliman, kemusnahan, kejahatan dalam negeri dia.

Kezaliman dengan makna menetapkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, bukan dari segi kehakiman sahaja. Banyak orang baca dari segi kehakiman sahaja.

Islam dalam semua aspek, termasuklah meletakkan kedudukan, pangkat, jawatan dan sebagainya tak kena pada tempatnya. Pilih orang jabatan-jabatan berdasarkan kepada kroni, kepentingan mereka yang berkuasa bukan berdasarkan kepada kebolehan dan pengalaman dia. Ini berlaku dan sebab itulah kita jadi celaru dalam pemerintahan negara.

Mereka semua diamanahkan, berlaku adil terhadap rakyat, melaksanakan sesuatu kena pada tempatnya, maka mestilah orang yang boleh menunaikan amanah itu. Ini sangat penting yang perlu difahami oleh semua. Dalam pemerintahan negara, aspek kewangan, satu perkara yang perlu dibicarakan. Kita bukan sahaja memerlukan duit yang banyak, tetapi konsep-konsep yang penting dalam bajet kewangan dan urus kewangan itu. Dalam hal ini, Islam meletakkan, yang pertama sumber kewangan, yang kedua cara perbelanjaan.

Sumber kewangan yang pertama pentingnya halal, bukan yang haram.

Firman Allah Taala, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Wahai orang-orang beriman, berbelanjalah kamu dari yang baik-baik, yang halal apa yang kamu

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

usahakan. Apa yang keluar dari bumi jangan sengaja kamu belanjakan yang keji-keji yang kotor yang haram sedangkan kamu sendiri tak suka yang keji ini, pejam mata melihat yang keji. Ketahuilah Allah maha kaya lagi maha terpuji”. Semua hasil negeri tak lari daripada hasil bumi, hasil dari perut bumi yang diteroka, yang diambil kerajaan dalam pelbagai cara. Yang kedua, lain pada hasil bumi, cukai, zakat. Konsep zakat dalam Islam dikenakan mereka yang berada saja.

Mereka tak mampu, tak kena zakat.

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Cukai dalam Islam, dalam masa pemerintahan Islam, daripada orang bukan Islam, dikenakan kepada mereka yang mampu sahaja. Yang tak mampu, tak kena cukai dan tak terkesan dengan cukai. Kadang-kadang, walaupun dia tak bayar cukai, terkesan dengan cukai oleh sebab berlaku inflasi dan sebagainya. Ini mesti difikir dengan sedalam-dalamnya. Di sana sumber yang haram, membawa tidak berkat, membawa laknat— besar [Tidak jelas] Saya tertarik dengan angka-angka besar dalam bajet yang dibentang. Belanja kerajaan RM420 bilion campur duit anak syarikat kerajaan RM50 bilion, jadi besar― RM470 bilion. Sepatutnya saya tak campurlah kerana Ketua Pembangkang dah sebut perkara ini. Hutang kerajaan terus meningkat, berisiko bahaya kepada negara di masa depan. Belum ada keadaan-keadaan yang tertentu. Bukan dilihat jumlah duit saja, bagaimana sumber duit itu diambil, bagaimana dibelanjakan. Sumber duit mesti halal, jangan haram, jangan melibatkan hutang.

Hutang adalah masalah kepada kehidupan manusia. Sumber haram seperti riba. Dunia masih menganggap riba ini satu rukun ekonomi. Islam tetap mengatakan riba tak boleh selesai masalah ekonomi. Sampai bila-bila, sampai kiamat tak boleh selesai. Riba menyebabkan hutang yang lebih banyak, masalah lebih banyak pada negara. Sebab itu Allah Taala kata...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kalau kamu buat riba juga, kamu izin Allah memerangi ekonomi kamu. Tak beri berkat pada kamu sampai bila-bila.

Dan kita masih berkiblat dengan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, bapa riba yang paling besar dalam dunia. Kita tak bergantung dengan hasil negara kita sendiri, semua negara umat Islam sendiri, padahal kita ada negara sahabat, negara yang dekat, negara Islam yang kaya dengan hasil-hasil bumi.

Kalau ada kerjasama antara kita, boleh selesaikan semua masalah ini.

Negara Eropah yang tak ada hasil, Kesatuan Eropah boleh menjana ekonomi dia, memanfaatkan hasil-hasil kita. Mengapa kita tak memanfaatkan sama-sama kita,

draft • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

negara yang lebih dekat, negara Islam, negara ASEAN, China, Rusia, Jepun? Lebih dekat daripada Amerika lagi. Ini terjah pergi ke Amerika, jauh-jauh sangat kerana menarik dengan perdaya-perdaya mereka.

Cukai bukan haram. Islam menghormati hak orang bukan Islam. Kita tak boleh larang orang bukan Islam minum arak, makan babi dan sebagainya. Hak dia tak boleh diganggu. Tetapi, maruah negara hendaklah dipelihara, mesti dijaga.

Jangan kegiatan negara, pelancongan dan sebagainya, kita masukkan arak. Ini termasuk maruah negara kita. Pelancong-pelancong Eropah datang bukan kerana nak minum arak. Di negeri dia banyak arak lagi dari tempat kita...

[Tepuk] Dia datang untuk nak lihat budaya kita, nak lihat perangai kita, akhlak kita. Ini penting. Kita kena sedar.

Cukai zalim― saya dah sebut tadi. Cukai yang tinggi sangat menyebabkan inflasi, bebanan pada orang miskin.

Rasuah, hutang. Hutang masih banyak. Hutang ini termasuk perkara yang diminta lindung Nabi SAW. Nabi minta...

[Membaca sepotong doa] “Aku berlindung dengan Mu daripada sedih, dukacita, daripada bakhil, daripada kedekut, daripada penakut, daripada hutang dan digagahi oleh orang”. Nabi doa hutang ini macam nak lindung daripada syaitan. Hutang ini sangat besar, seolah-olah hutang ini jadi rukun kepada kewangan negara, dan kita kena usaha elakkan daripada berhutang ini supaya kita selamat daripada bayar hutang ini. Hutang ini tak boleh selesai masalah, sebenarnya akan jadi masalah.

Malangnya, banyak negara-negara Islam yang ada sumber alam, kaya hasil bumi, termasuk kita, jadi lembu susuan kepada negara-negara Barat. Duduk melabur di negara-negara Barat, di Eropah dan Amerika. Melabur. Keuntungan kita sikit, dia lebih banyak. Kita tak lebih jadi lembu susu.

Apa lagi tindakan yang dilakukan ialah tindakan membina kekuatan senjata yang bunuh saudara kita sendiri di Gaza. Ini berlaku. Bunuh saudara kita di Gaza.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Marang, masa-masa terakhir ini, laluan sikit.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih, Marang.

Berkaitan dengan kekayaan negara Islam yang ada semua hasil bumi. Bersetuju tak, Marang, bahawa kita tidak perlu lagi menggunakan Dolar Amerika? Kita Malaysia perlu menerajui mata wang untuk negara-negara Islam. Kita tolak Amerika dan kita

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

tak setuju supaya Trump datang ke Malaysia. Apa pandangan Marang? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Saya setuju dan masukkan dalam ucapan saya...

[Tepuk] Orang Islam boleh balik pada dinar. Pernah diusahakan oleh Almarhum Erbakan dan Tun Mahathir Mohamad supaya negara Islam menggunakan dinar, tak guna dolar lagi. Ini patut kita lakukan dan kita hidupkan semula. Kita harap kerajaan ini hidupkan semula. Tapi, malangnya, kita nak mengaji dengan Amerika, tak mengaji dengan kita sendiri. Ini jadi masalah.

Yang paling terkini, kita lihat apa yang berlaku masih ada lagi sifat-sifat yang membimbangkan dalam kewangan negara. Sepatutnya kita orang Islam bersifat wasatiyah, bersifat sederhana, tidak bakhil dan tidak kedekut. Kadang-kadang berlaku bakhil, kadang-kadang berlaku boros.

Bakhil, boros ini sifat yang buruk. Perlu dielak. Tapi, masih ada lagi boros.

Banyaklah benda boros yang kita buat. Antaranya, lawatan ke luar negeri, melawat China. Melawat banyak tapi hasil pulangannya tak banyak. Pergi melancong. Ini termasuk dah boros. Perayaan-perayaan yang sepatutnya tak habis duit banyak.

Patut duit rakyat, itu perlu dihabiskan. Ini termasuklah boros.

Kemudian, bakhil. Bakhil pula kedekut nak belanja. Sama ada bakhil terhadap sama-sama sendiri ataupun bakhil terhadap lawan. Ini semua tak boleh. Kita lihat bagaimana, sebagai contohnya, tanggungjawab kerajaan ialah membantu semua rakyat, membantu semua negeri. Ini ada pilih-pilih pula. Negeri pembangkang, Ahli Parlimen pembangkang, dia lambat-lambatkan. Berlaku masalah birokrasi...

[Tepuk] Ini termasuk dalam bakhil yang boleh merosakkan. Tak boleh. Sebab itu, kita selesaikan masalah ini.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dua minit.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Dua minit?

Akhirnya, saya nak mengingatkan kerajaan sedang bersedia untuk menyambut seorang tokoh yang dianggap besar iaitulah Donald Trump, yang dianggap sebagai tokoh dunia, tokoh keamanan. Saya dengar ucapan dia di Knesset Israel sebelum dia pergi ke Sharm El-Sheikh tandatangan perjanjian damai. Ucapan dalam Knesset itu terang-terang menyatakan dia akan bersama dengan Israel, sedia membekal Israel apa saja jenis senjata yang Israel mahu. Israel boleh terus usaha peperangan dia. Dia sanggup rebah bangun dengan Israel.

draft • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Dalam masa yang sama, dia berlagak jadi pendamai. Pergi ke Mesir buat perjanjian damai. Damai pula damai yang sangat mengarut di mana Hamas dan kumpulannya dipaksa lucut senjata. Gaza ditadbir oleh Barat, bukan ditadbir oleh orang Palestin sendiri. Ini satu pakatan yang sangat jahat.

Namun, Hamas menolak oleh kerana Hamas telah mencapai kemenangan moral yang besar. Dia terpaksa tunduk kepada desakan Hamas tak letak senjata lagi dan Gaza ditadbir oleh teknokrat bukan orang Palestin, bukan mesti orang Hamas.

Ini satu keadaan yang sangat menarik. Saya mengharapkan supaya kerajaan kita menyediakan peruntukan yang sewajarnya untuk bantu Gaza, bina balik Gaza bersama dengan negara-negara Islam.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Marang, Marang, belakang.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tadi Yang Berhormat sebut mengenai kedatangan Presiden Amerika ni, beberapa hari lagilah.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita tidak dijemput ke Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Sharm El- Sheikh, Egypt, tapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebagai Pengerusi ASEAN bermurah hati menjemput tokoh itu ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN ini. Seluruh Kuala Lumpur akan di– total lockdown. Apa pandangan Marang?

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tak jemput tu mungkin tak cukup syarat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta tambahan, Marang.

Adakah itu dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong?

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tak dijemput mungkin tak cukup syarat.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung. Saya bagi.

[Tidak jelas]

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya. Adapun jemput tokoh ini, saya anggap tokoh ini satu syaitan besar yang nak menipu.

[Tepuk] Apa lagi dia mendukung sebuah kerajaan yang dilaknat oleh Allah Taala.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Disebut dalam surah Nabawiyyah, bila Nabi lalu di Madain Saleh, kawasan dilaknat oleh Allah, kaum Thamud, Nabi tak bagi sahabat dia singgah. Bila sahabat dia ambil air telaga, suruh curah balik telaga tu. Ha, air telaga tu jangan minum negeri dilaknat oleh Allah Taala. Ha, Nabi tak bagi singgah, ni kita jemput masuk ke negeri kita.

[Tepuk] Ha, sebab itu saya akan menegaskan bahawa kami akan mengerah rakyat untuk memprotes dengan sekeras-kerasnya terhadap lawatan ini.

[Tepuk] Dan akhirnya saya tutup dengan pantun.

*Memang bajet mudah dibentang, Cerita duit memang banyak; Nanti negara rebah telentang, Kerana dibeban hutang yang banyak.

[Tepuk]* Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Marang.

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat berikutnya, untuk pemakluman, dalam senarai ini ada perubahan sedikit. Yang Berhormat Jeli akan mengambil alih tempat Yang Berhormat Gerik iaitu nombor 19.

Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2026. Tadi kita sudah teliti apa yang diucapkan oleh Marang, tapi yang saya lihat Pagoh tak ada sana. Mungkin Pagoh merajuklah, dah datang menyokong Marang. Selalunya Pagoh ada, hari ini tak jumpa Pagoh.

draft • 12:32 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Speaker, kita lihat bajet— sebab kalau Pagoh ada, saya nak tanya pandangan Marang tentang kes anak menantu Pagoh. Apa pendapat Marang bila dalam ucapan Marang banyak...

draft • 12:32 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Mencelah] Hei, Pagoh bukan Perdana Menteri. Tambun Perdana Menteri.

draft • 12:32 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...dia sebut tentang rasuah nak lawanlah.

draft • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar.

draft • 12:32 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kota Melaka sebentar, Hulu Terengganu sebentar. saya dah bercakap tadikan, 10 – 36(10)C itu...

draft • 12:32 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...lim satu.

Itu, saya tafsirkan Yang Berhormat Kota Melaka telah rangka – langgar, ya.

[Tepuk] Nanti dulu, tak habis lagi. Tak habis lagi. Peraturan 41 dengan 37, Hulu Terengganu telah langgar.

draft • 12:32 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dua-dua langgar.

Jadi, Yang Berhormat, saya bagi amaran. Selepas ni kalau ada lagi, saya tidak teragak-agak, ya. Amaran pertama kepada Hulu Terengganu, amaran pertama kepada Kota Melaka. Teruskan, Kota Melaka dengan jawapan.

draft • 12:32 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Saya lihat bajet rakyat...

draft • 12:32 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan, Dato’ Speaker. 36(6).

draft • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan nombor berapa?

draft • 12:32 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak beritahu – 36(6).

Selalunya, bila berlaku kekacauan, kekecohan, mereka yang memulakan membuat provokasi sebelah sana, tambah-tambah ni, kota celaka ni, eh, Kota Melaka. [Dewan ketawa] Sorry, saya tersilap. Tambah-tambah, dia selalu buat provokasi, mengaitkan Pagoh. Selalu dia sebut, dia macam ada otak dia tu, Pagoh dalam otak dia.

Disebabkan itulah, jadi riuh rendah.

draft • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terus bagi poin.

draft • 12:32 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya minta, kawallah yang ini. Kawal Kampar, Jelutong, Kota Melaka...

draft • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:32 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...apa semua ni. Okey, terima kasih.

draft • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Saya ambil maklum perkara tersebut, alright. Itu sebab saya, kalau Yang Berhormat tengok, saya bila duduk sini, I go straight to the law, ya. Saya dah bagi amaran. Satu, Hulu Terengganu satu. Baik, teruskan.

draft • 12:32 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Saya lihat bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah satu bajet rakyat yang cukup menyeluruh, membantu rakyat, membantu juga sektor industri dan juga sektor perniagaan. Dan saya lihat cabaran

draft • 12:32 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

sekarang kita ialah bagaimana kita nak mencapai sasaran ataupun matlamat yang kita ingin capai melalui bajet untuk tahun depan.

Maka, dengan ini saya rasa cabaran kita ialah pelaksanaan. Bagaimana implementasi itu adalah pokoknya. Kalau kita dapat melaksanakan dengan baik, maka kita akan capai sasaran dan semua rakyat akan manfaat daripada Bajet 2026 ini di mana saya lihat dua aspek.

Yang pertama, kita perlu pastikan value for money. Kalau kita lihat peruntukan untuk pembangunan pada kali ini ialah RM81 bilion, satu angka yang besar. So, bagaimana kita nak pastikan projek-projek kerajaan yang dilaksanakan itu adalah mengikut harga pasaran? Itu adalah penting supaya jumlah RM81 bilion itu benar-benar akan alir masuk ke dalam ekonomi negara kita, sebab selalu kita lihat projek-projek kerajaan harganya lebih tinggi daripada harga pasaran.

Jadi, contohnya, kita akan bina 38 sekolah dan kita akan bina hospital baru ataupun hospital baru bersambung ada 13 buah. Jadi, melalui pembinaan tersebut, sudah pasti dia dapat menjana ekonomi negara kita selain daripada memberi manfaat kepada rakyat, tetapi kita nak pastikan harga tersebut adalah ikut pasaran.

Jadi, saya yakin, saya percaya melalui kita dah lulus Akta Perolehan sebelum ini, kita harap supaya selepas ini semua harga projek kerajaan akan mengikut harga pasaran sebab itu adalah penting. Jika, kalau bina satu sekolah perlukan RM13 bilion, tetapi kalau ikut harga kontrak kerajaan, dia mungkin RM20 bilion, contohnya.

Maka kalau kita dapat jimat, kita dapat bina lebih banyak sekolah. Itu yang saya maksudkan.

Selain daripada itu, kita juga perlu memastikan garis panduan yang jelas, garis panduan yang telus supaya mereka golongan sasar itu mereka akan dapat menikmati apa yang insentif yang telah diberikan, yang disediakan oleh kerajaan.

Contohnya, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menggalakkan sektor pelancongan, maka akan diberikan potongan cukai perbelanjaan untuk pengubahsuaian dan juga pembangunan projek pelancongan.

Jadi, kita perlu berikan maklumat yang jitu di mana supaya pemain industri mereka tahu bagaimana nak menggunakan insentif tersebut. Itu adalah penting.

Timbalan Speaker, seterusnya saya nak sentuh tentang reformasi institusi.

Saya ingin ambil kesempatan ini memandangkan Pilihan Raya Negeri Sabah akan diadakan tak lama lagi. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada SPR supaya membenarkan pengundi Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia ini dapat mengundi melalui cara undi pos untuk pilihan raya negeri pada

draft • 12:32 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

kali ini. Dan untuk jangka masa panjang, kita harap supaya kita boleh laksanakan undi awal bagi mereka yang tinggal di Semenanjung, pengundi daripada Sabah Sarawak. Begitu juga, pengundi yang kerja di Semenanjung Malaysia, mereka juga boleh undi melalui undi awal. Dengan cara begitu, barulah kita tidak menafikan hak mereka untuk mengundi.

Saya juga ingin sentuh tentang reformasi perundangan Parlimen ini.

Timbalan Speaker, bajet belanjawan untuk Parlimen pada kali ini ialah RM183 juta.

Dan dalam ucapan Perdana Menteri, ia mengatakan bahawa Parlimen akan dapat peruntukan sebanyak RM220 juta termasuk RM5 juta khusus untuk perkasakan fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara.

Kita mengalu-alukan, tetapi apabila kita lihat kepada nisbah peruntukan belanjawan– belanja yang diberikan kepada Parlimen dengan belanja bekalan tahunan, kita, Parlimen sebenarnya menerima kurang daripada 0.1 peratus saja.

Satu angka yang saya rasa kita perlu pertingkatkan supaya kita dapat menguatkan fungsi dan peranan Parlimen ini.

draft • 12:32 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Supaya kita dapat melaksanakan check and balance. Dan dalam bab ini, saya rasa sedikit - saya nak buat sedikit pembandingan. Di mana, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) untuk ESG, satu tahun mereka boleh dapat RM15 juta untuk satu APPGM saja. RM15 juta diberikan, sedangkan Jawatankuasa Pilihan Khas hanya menerima RM5 juta saja. Tadi Timbalan Speaker ada sebut. Awal tadi ada sebut, sekarang Jawatankuasa Pilihan Khas boleh memainkan peranan yang penting.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Betul.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, tetapi jumlah peruntukan yang kita terima, di mana Jawatankuasa Pilihan Khas ini ada 172 Ahli Parlimen. Yang selain itu dah jadi Menteri, Timbalan Menteri. Yang tinggal di sini 172 Ahli Parlimen.

Tetapi kita hanya terima RM5 juta untuk Jawatankuasa Pilihan Khas, sedangkan satu APPGM boleh dapat RM15 juta.

Jadi, RM15 juta itu diberikan untuk mereka laksanakan program projek di kawasan. Jadi, saya harap supaya boleh dipertimbangkan semula. Ya, beri kuasa yang lebih kepada Parlimen. Parlimen perlu ada autonomi yang lebih besar dari segi perbelanjaan, bagaimana mereka mengagihkan perbelanjaan itu untuk membiayai projek dan juga program dan juga perjawatan. Itu saya minta supaya Kerajaan

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

MADANI ini boleh mengambil kira cadangan saya untuk kita memperkasakan Parlimen ini.

Selain daripada itu Timbalan Speaker, saya juga mengalu-alukan agenda pembaharuan institusi yang akan kita lakukan, termasuk pemisahan kuasa Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya. Dan kita akan tubuhkan jawatan Ombudsman dan juga kita akan luluskan dan kita ada bentangkan dan dapatkan kelulusan daripada Dewan ini ialah Akta Free of Information. Di mana saya harap pelaksanaan kesemua perundangan dan juga penyusunan semula institusi reformasi ini akan dilaksanakan pada tahun depan. Dan saya harap supaya semua ini dapat dimasukkan ke dalam kerangka Belanjawan 2026 untuk meyakinkan rakyat terhadap kesungguhan kita nak tunaikan reformasi yang kita perjuangkan.

Bab yang seterusnya saya nak sentuh ialah tentang pendidikan. Dato' Timbalan Speaker, saya ingin mengalu-alukan dan ucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI melalui ucapan Perdana Menteri, di mana pendidikan percuma ataupun kita akan berikan biasiswa kepada pelajar daripada keluarga eKasih iaitu di mana pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM2,705, yang memasuki kepada IPTA iaitu universiti awam, mereka akan dapat pendidikan percuma. Tahniah kepada kerajaan, di mana 5,800 pelajar akan mendapat manfaat daripada tersebut, di mana kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta satu tahun.

Tambahan juga, Perdana Menteri juga mengumumkan tambahan sebanyak 1,500 pengambilan pelajar ke universiti penyelidikan di universiti awam. Ini adalah juga kita mahukan supaya kita beri ruang yang lebih kepada pelajar yang cemerlang untuk memasuki kepada IPTA. Dan di sini saya lihat juga ada satu yang baik iaitu pengecualian bayar balik 100 peratus bagi pinjaman PTPTN bagi keluarga B40 dan juga M40, bagi mereka yang mendapat ijazah muda mereka dengan first class degree. Itu kita mengalu-alukan, di mana sebanyak 6,000 pelajar akan menikmati.

Ya, daripada pengumuman tersebut, RM90 juta akan dibelanjakan.

Tetapi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya juga mempertimbangkan pelajar-pelajar IPTS iaitu universiti swasta. Jika mereka dapat first class degree, kita juga perlu memberikan pengecualian bayar balik 100 peratus.

Kenapa saya kata begitu, Timbalan Speaker? Sebab kita lihat hari ini, pelajar yang masuk ke IPTS, barangkali mereka tidak berjaya masuk ke IPTA. Barangkali mereka nak masuk jurusan perundangan ataupun accountancy tetapi mereka tak dapat masuk. Sebab itu mereka terpaksa pergi ke IPTS. Jadi, bagi golongan ini daripada

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

B40 ataupun M40, sepatutnya kita juga harus memberikan ruang yang sama, berikan mereka pengecualian balik 100 peratus.

Jadi, saya harap mereka dapat pertimbangkan, sungguhpun dikatakan mereka tidak tahu tentang universiti swasta, bagaimana tentang taraf standard mereka. Tetapi kita boleh ikut guidelines yang sedia ada. Saya percaya kita sudah ada jawatankuasa, ada committee yang boleh menilai tentang mutu, kuantiti, kualiti universiti swasta ini.

Jadi, saya harap kalau 6,000 pelajar daripada IPTA boleh dapat dikecualikan, sekurang-kurangnya kita harus juga ada 6,000 pelajar daripada IPTS juga harus diberi ruang ya, untuk mendapat pengecualian bayar balik 100 peratus itu.

Selain daripada itu Dato' Timbalan Speaker, tentang masalah yang berlaku di sekolah, di mana kita lihat semalam telah berlaku kes bunuh di salah sebuah sekolah di Bandar Utama. Dan kita dimaklumkan, mengikut apa maklumat yang kita terima, pembunuh— pelajar-pelajar tersebut yang membunuh itu ada masalah mental.

Kalau kita masih ingat Timbalan Speaker, beberapa bulan yang lepas juga berlaku satu tragedi di negeri Melaka, di mana seorang pelajar sekolah menengah juga menikam ibunya dan ibunya meninggal dunia. Dan juga dikatakan dapat tekanan mental sehingga dia membunuh ibunya. Dan kita lihat kes-kes sedemikian telah berlaku. Jadi, bagaimana kita nak menghadapi cabaran baru ini? Masalah mental, masalah mental.

Jadi, saya harap supaya Kementerian Pendidikan ya, dapat mengeluarkan satu mekanisme supaya melatih pengajar di sekolah untuk menghadapi cabaran yang baru ini. Bagaimana nak mengendalikan masalah murid-murid yang mempunyai masalah mental ini supaya kita dapat elak kejadian yang sedih ini berlaku lagi.

Begitu juga, kes rogol yang berlaku di negeri Melaka. Ya, baru-baru ini yang berlaku dalam sekolah. Waktu aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah, telah berlaku kes rogol tersebut. Ini sudah menjadi satu kejadian yang menakutkan kita semua ya, satu peristiwa yang begitu serius. Kita dalam SPM— peperiksaan SPM, kita ada ambil mata pelajaran moral. Perlu masuk SPM, ambil peperiksaan.

Salah satu mata pelajaran ialah moral bagi non-Muslim. Bagi Muslim, mereka perlu ambil mata pelajaran agama mereka. Tetapi kenapa peristiwa sedemikian boleh berlaku di sekolah waktu kokurikulum dijalankan? Ini sudah timbul satu soalan, ya. Satu cabaran kepada kementerian supaya kita perlu kaji semula silibus yang ada

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

hari ini, bagaimana kita nak mengatasi masalah disiplin, masalah sosial ini, supaya ia tidak berulang lagi.

Semalam Ketua Polis Negara baru sebut, ya. Di mana kes buli yang berlaku di sekolah telah meningkat 100 peratus berbanding dengan dua tahun yang lepas.

Ya, di mana pada tahun 2023 – 3,883 kes tetapi telah meningkat kepada 7,681 kes buli. Dalam satu tahun 7,681 kes buli telah berlaku di sekolah. Ini adalah satu masalah yang besar, yang serius, yang harus kita tangani. So dalam bab ini, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu kerjasama daripada ibu bapa. Kita tidak boleh hanya menyerah kepada pihak sekolah saja. Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk kita atasi masalah buli ini.

Selanjutnya, saya nak sentuh tentang ekonomi. Dato' Timbalan Speaker, itu adalah berkaitan dengan bayar balik bagi mereka, pembayar cukai yang telah lebih bayar cukai. Ya, itu syarikat, sekarang mereka perlu bayar cukai dulu. Ya, mereka perlu ikut anggaran, perlu bayar. Tahun ini contohnya, 2025. Mereka tiap-tiap bulan sudah bayar cukai. Tahun depan baru mereka hantar ya, akaun mereka. Baru mereka tahu berapa sebenar yang sepatutnya mereka bayar.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Apabila berlakunya ada bayar lebih, tahun ini dia bayar lebih. Dia nak tunggu tahun depan untuk dapatkan balik apa yang dia lebih bayar, nampaknya hari ini Lembaga Hasil Dalam Negeri mengambil masa yang terlalu panjang untuk lima tahun, untuk angkat balik apa yang mereka lebih bayar, 2025. Kalau tahun ini 2025 dia lebih bayar RM50,000, dia perlu tunggu sampai 2030 baru dia boleh dapat balik RM50,000 tersebut.

Saya ada satu contoh. Yang Berhormat Speaker, saya minta sedikit masa sebab ini berkaitan dengan rakyat. Ya, di mana satu contoh, ini adalah SME, peniaga yang sederhana sahaja. Dia lebih bayar RM52,000 tetapi tahun depan— dia bayar lebih tahun lepas, 2024. Dia bayar lebih RM52,000. Tahun ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri beritahu dia, dia cuma boleh dapat balik berapa, Timbalan Speaker, hanya sekadar RM2,637. Dia dah lebih bayar RM52,000 tetapi tahun depan dia hanya boleh dapat balik RM2,600 lebih saja.

Seterusnya baru RM7,000 lepas itu RM10,000, lepas itu RM15,000, lepas itu baru ambil yang balance, ambil lima tahun. Sedangkan kita tahu, kalau syarikat kurang bayar, LHDN denda, penalti, kompaun. Tetapi bila mereka lebih bayar, kenapa tak terus bayar balik sebab itu wang mereka sebab bila mereka mengamalkan sistem sedemikian, dia akan timbulkan banyak masalah.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang pertama, ya, di mana tidak adil kepada pembayar cukai yang mereka sudah lebih bayar. Kedua, dia akan menjejaskan cash flow mereka, wang tunai cash flow, tunai cair mereka. Mereka dah sekatlah, RM50,000 sudah dekat LHDN dan saya lihat ini adalah kerana hari ini saya lihat dalam buku tebal ini di mana ada satu item ialah fee agency Lembaga Hasil Dalam Negeri sebanyak RM2 bilion.

Ertinya hari ini LHDN ini sudah lebih kurang macam diswastakan. Mereka ada KPI untuk mengutip cukai. Daripada kutipan cukai yang mereka dapat itu...

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Okey. Daripada kutipan cukai tersebut, mereka dapat certain fee. Jadi, untuk memastikan mereka capai KPI mereka, dapat fi mereka, mereka melambat-lambatkan bayar balik dan tidak boleh offset, offset. Ya, Timbalan Speaker faham offset itu. Let’s say tahun lepas dia dah bayar lebih, tahun ini dia tak perlu bayarlah, dia boleh offset tetapi dia tak ada, tak boleh offset apa yang dulu sudah lebih bayar, you tunggu tapi tahun ini you masih perlu bayar.

Jadi ini akhirnya akan menyusahkan sektor perniagaan. Tidak adil kepada peniaga dan juga akhirnya apa akan berlaku? Peniaga akan tidak mahu bayar cukailah. Buat apa bayar cukai lebih, kalau bayar lebih tak dapat angkat balik. Jadi, ini adalah satu masalah yang saya harap supaya kita dapat mengatasinya. Satu tahun kita dapat cukai pendapatan daripada syarikat ialah lebih kurang RM100 bilion tetapi kalau kita tak bayar balik kepada mereka, mereka akan hadapi masalah yang susah.

Jadi Timbalan Speaker, sedikit sahaja, satu minit, okey. Tentang SARA, tentang SARA di mana saya lihat SARA ini satu yang baik tetapi kita perlu tambah baik lagi. Dalam ucapan Perdana Menteri kata ada 8,400 kedai yang mengambil bahagian dalam program SARA ini tetapi yang kita risau ialah apabila penerima SARA mereka beli barang, dia akan pergi ke kedai yang ada mengambil bahagian program SARA. Maka kedai runcit yang lain-lain, yang kecil itu, mereka tak dapat menikmati daripada program ini.

Kita nak capai satu win, win situation di mana peniaga dengan rakyat kita sama-sama mendapat manfaat, win, win situation. Tetapi sekarang bila ada SARA, pattern mereka melanggan ialah penerima SARA itu dia akan pergi ke 8,000 lebih kedai itu beli baranglah. Dia akan beli semua dekat sana, yang tak cukup dia akan

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

tambah sini. Maka kedai runcit yang tak ambil bahagian mereka menghadapi cabaran tak ada perniagaan.

Jadi, saya harap supaya kita dapat pertimbangkan barangkali kita boleh berikan alternatif. Ya, di mana boleh menggunakan Touch 'n Go supaya rakyat boleh gunakan Touch 'n Go pergi ke kedai-kedai yang tidak ada ambil bahagian juga dapat menikmati program ini. Sebab SARA ini memang beri impak yang begitu berkesan kepada kedai-kedai runcit yang kecil.

Sungguhpun Kementerian Kewangan kata ini semua boleh ambil bahagian tetapi masalahnya dia ada banyak syarat. Antaranya dia kata you perlu ada sediakan jenis barang produk yang you jual tetapi kedai runcit yang kecil barangkali ada jenis barang yang dia tak jual, jadi mereka tak dapat, tak layak untuk menyertai program SARA ini.

Jadi, saya harap supaya ini dapat diambil berat. Lagi satu ialah barang- barang yang dijual di kedai SARA ini sepatutnya kita jangan hadkan jenama, contohnya Timbalan Speaker, kita beli syampu, ya beli syampu. Dia ada jenama tertentu sahaja yang boleh anda beli dengan menggunakan bantuan SARA, bukannya semua jenis syampu. Jadi, saya rasa sepatutnya beri kelonggaran dari segi ini. Hanya yang penting semua ialah buatan Malaysia.

Sebelum itu, baru awal-awal mereka, saya pergi tinjau, barang buatan Indonesia boleh beli menggunakan bantuan SARA, itu tak betul. Saya rasa kita perlu hadkan supaya semua barang buatan Malaysia.

[Tepuk] Boleh menggunakan bantuan SARA ini tetapi bukannya barangan import.

Itu sahaja daripada saya, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker, memberi saya ruang untuk berucap. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat saya bagi pilihan ya. Nak buat setengah-setengah ataupun nak buat pukul 2.30?

draft • 12:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Kalau terus jer tak boleh, Tan Sri? Tidak boleh, teruskan sahaja, habis pukul 12.00, 1.15.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pukul 1.00 ini time rehat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Okey, terima kasih. Saya ikut...

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya rasa Yang Berhormat buat pukul 2.30 lah ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Okey, terima kasih banyak.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat kita tangguh Mesyuarat ke pukul 2.30 petang.

[Mengetuk tukul]

draft • 12:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tan Sri, Dato’ Speaker, Timbalan Speaker, minta maaf ya. Satu perkara, saya mengalukan kehadiran pemimpin-pemimpin di Bukit Gantang.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya bagi ruanglah. Yang Berhormat Bukit Gantang, cakap.

[Ketawa]

draft • 12:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Okey, terima kasih banyak, Dato’ Speaker. Saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat JKKK dan juga Pusat Khidmat di Parlimen Bukit Gantang yang selalu buat kerja bersama dengan saya tetapi dah banyak, tak boleh cakap sedikit. Saya sambung nanti ya. Okey, assalamualaikum.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Mengetuk tukul]

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.58 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Kita sambung perbahasan perbelanjaan peringkat dasar.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sedikit perubahan yang kita lakukan disebabkan oleh permintaan Ahli Yang Berhormat. Selepas ini saya akan jemput Batu Kawan.

Kemudian, Bukit Gantang tidak dapat hadir tetapi akan hadir petang dan saya membenarkan beliau berucap pada penghujung nanti. Ya Machang.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, standing order.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa tu?

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

18(1) dan

(2).

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Apa dia isunya?

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini notis pemberitahu bahawa saya mencadangkan agar Majlis Mesyuarat ini merundingkan perkara tertentu, berkehendak disegerakan dan berkenaan kepentingan orang ramai.

Yakni, bahawa saya Ahli Parlimen Machang mohon mencadangkan agar Majlis Mesyuarat hari ini mengikut Perkara 18(1) dan (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat mengusulkan supaya keputusan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri hasil dari lawatan kerja Menteri Luar Negeri ke Nay Pyi Taw, Myanmar pada 9 Oktober 2025 dibincang dan dibahaskan oleh Majlis bagi memelihara kepentingan dasar luar Malaysia.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya telah menerima jawapan balas daripada Tan Sri Yang di-Pertua dan Tan Sri menolak usul saya. Bolehkah saya meminta jasa baik Tan Sri Yang di-Pertua untuk dirundingkan ke Kamar Khas sekurang-kurangnya untuk perkara ini dibahaskan?

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Yang Berhormat, masuk appeal sekali lagi.

Masuk appeal dan saya akan merujuk kepada pihak tertentu, sama ada isu yang nak dibangkitkan itu mungkin ada benda-benda yang sulit dan rahsia. Jadi, Yang Berhormat tulis dulu pada saya, saya kaji tengok.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Baik. Untuk itu, saya jemput Batu Kawan, silakan. Batu Kawan juga ada 15 minit, ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih. Ya, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas ruang perbahasan yang diberikan kepada Batu Kawan.

Mewakili Pulau Pinang, kami amat berterima kasih dengan projek serta inisiatif yang telah tersenarai dalam pembentangan Belanjawan 2026.

Walaupun negara berdepan dengan cabaran ekonomi semasa, kerangka Belanjawan MADANI keempat berpaksikan rakyat yang mana memastikan kerajaan mempunyai kemampuan menyediakan kemudahan untuk rakyat, mencipta pekerjaan, menjana pendapatan dan meringankan kos sara hidup rakyat secara keseluruhan telah berjaya dibentangkan. Dalam pada itu, pengukuhan institusi yang difokuskan juga dapat menjamin negara ini dapat diselamatkan dalam tempoh jangka panjang.

draft • 2:34 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Meneliti inti pati belanjawan rakyat, Batu Kawan berasakan bahawa sudah tiba masanya juga sebuah perjanjian yang telus dan luhur antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri dimeterai berhubung perkongsian hasil cukai negeri atau pulangan kembali kepada hasil kutipan yang dikutip kepada setiap negeri. Model Perkongsian Hasil Persekutuan–Negeri dan pindaan Perlembagaan sedia ada bagi mencapai model perkongsian yang lebih relevan serta memanfaatkan rakyat negara ini adalah wajar digubah pada kadar segera.

Pulau Pinang komited menawarkan hasil pulangan cukai daripada sektor perindustrian, pelancongan, perumahan dan hartanah negeri ini kepada negara. Ini termasuk tawaran beribu-ribu ekar tanah perindustrian baharu bagi menyuntik pembangunan berterusan kepada negara. Pada masa sama, negeri Pulau Pinang juga senantiasa bersedia menawarkan segala kepakaran hasil-hasil yang diperoleh demi pembangunan Malaysia secara bersama.

Pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dengan Perdana Menteri yang ke-147 bertarikh 7 Oktober 2025, memorandum cadangan semakan model perkongsian hasil di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui penubuhan Suruhanjaya Geran Persekutuan–Negeri yang disediakan oleh Pulau Pinang tidak diterima untuk dibentangkan bagi pertimbangan.

Lazimnya, perkara ini adalah wajar dibincangkan kerana logiknya, sekiranya sesebuah negeri, bukan hanya terhad kepada Pulau Pinang, mempunyai sumber kewangan yang kukuh, maka ia akan terus mampu menyumbang serta memberi impak positif kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.

Daripada berbilion-bilion hasil yang Pulau Pinang sumbangkan kepada Persekutuan, kita hanya harapkan perkongsian sebanyak 20 peratus atau sewajarnya. Peratusan ini juga boleh dikaji mungkin secara peringkat pada kadar bersesuaian. Dalam pada itu, Pulau Pinang juga sedar bahawa perkara ini perlu dikaji sedalam-dalamnya. Sehubungan itu, Pulau Pinang mencadangkan agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya khas bagi mengkaji cadangan ini yang bukan hanya untuk Pulau Pinang, tetapi juga semua negeri di Malaysia.

Tan Sri Yang di-Pertua, negeri Pulau Pinang juga menawarkan penubuhan sebuah pusat kewangan ekonomi khas iaitu pusat kewangan antarabangsa bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan negara secara berterusan dalam pelan jangka panjang. Namun, menerusi maklum balas rasmi yang diterima, kementerian berkaitan menyatakan ketidaksediaan berhubung pelaksanaannya.

draft • 2:34 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Walau bagaimanapun, Pulau Pinang berharap agar kepimpinan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat dan akan terus memberikan tunjuk ajar, seterusnya merealisasikan perancangan ini agar Pulau Pinang dapat mempelbagaikan kepakaran sedia ada dan paling utama adalah kita memerlukan sebuah catalyst economy yang baru agar tidak kekal terbantut sebagai sebuah negeri berasaskan perindustrian elektrik dan elektronik (E&E) serta pelancongan semata-mata.

draft • 2:34 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Menyentuh mengenai pembangunan Silicon Island di selatan Pulau Pinang yang kini keluasan tambakannya telah mencapai 250 ekar. Kerajaan Persekutuan bakal memperoleh manfaat daripada cukai pendapatan serta korporat, pelaburan langsung asing dan lain-lain kesan positif kepada pembangunan negara secara menyeluruh.

Justeru, negeri Pulau Pinang berharap agar perhatian seperti pemberian insentif dalam bentuk pengecualian cukai melibatkan antara lain, cukai duti import serta cukai jualan, kelonggaran mengambil pekerja mahir warga asing dan lain-lain dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagaimana permohonan rasmi yang dikemukakan pada bulan Mei 2022 kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.

Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 boleh menjadi penentu, sama ada negara kita mampu kekal berdaya saing dalam perlumbaan teknologi global yang kini didominasi oleh kepantasan, bakat dan inovasi. Sebagai sebuah negeri berasaskan perindustrian, kini Pulau Pinang melihat belanjawan ini turut menunjukkan hasrat yang jitu untuk memperkukuh asas semikonduktor negara.

Namun begitu, keberkesanannya adalah amat bergantung kepada kecekapan pelaksanaan dan tahap koordinasi dalam memastikan peruntukan disalurkan dapat diterjemahkan kepada inovasi yang membawa nama buatan Malaysia di persada global.

Dalam pada itu, inkubator SemiconStart khas untuk syarikat pemula semikonduktor juga dilihat sebagai inisiatif positif yang bertujuan melahirkan juara tempatan dalam kerangka Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS). Namun, harus ditekankan bahawa ia perlu disokong oleh kemudahan serta kelengkapan infrastruktur reka bentuk yang lazimnya berada di luar jangkauan syarikat pemula.

Pulau Pinang juga bangga dengan perhatian yang terus diberikan kepada pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang

draft • 2:40 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

mana modulnya adalah dari Penang Skills Development Centre sendiri. Justeru, adalah wajar Penang Skills Development Centre (PSDC) terus diberikan perhatian dalam usaha mempelopori pelaksanaan program berkenaan di peringkat nasional.

Menyentuh mengenai aspek keterjaminan rantaian makanan, negeri Pulau Pinang ingin berterima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang sudi bekerjasama bersama Fujian Agriculture and Forestry University, sebuah institusi penyelidikan pertanian utama di wilayah Fujian, China untuk meneroka teknologi penanaman padi ratun atau ratun rice.

Kaedah tersebut membolehkan padi dituai dua kali dengan hanya sekali tanam dan sekiranya berjaya, ia akan membuka lembaran baharu dalam industri pertanian padi negara. Berlandaskan ini, Pulau Pinang bersedia menjadi negeri pengasas kepada pelaksanaan teknologi tersebut dan kemudian dikongsi bersama dengan negeri-negeri lain bagi mengganti kaedah tradisional iaitu sekali tanam, sekali tuai kini. Sebagai tambahan, adalah diyakini dengan aplikasi teknologi baharu ini, Pulau Pinang akan terus mampu menyumbang kepada produktiviti padi dalam negara kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, secara dasarnya pembangunan merupakan sebuah perjalanan dan selain terus memahiri kepakaran sedia ada, adalah wajar ia dikembang serta diperbagaikan sejajar peredaran semasa. Pulau Pinang komited menyumbang segala yang diperoleh dan pada masa sama menawarkan segala kepakaran yang kami miliki demi pembangunan berterusan negara kita.

Berlandaskan itu, adalah wajar beberapa pendekatan dikaji, ditambah baik dan dikemas kini selaras keperluan serta demi kesepakatan bersama rakyat negara kita.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Machang.

draft • 2:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri, Tan Sri dah baca belum buku yang baru Yang Berhormat Tambun? Kalau belum, saya pun belum, tapi saya tertarik dengan tajuk buku tersebut. Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times. Saya suka tengok Tambun sebab dia suka guna istilah yang bombastik jugalah. Dan, istilah yang saya nak tarik perhatian Dewan ialah istilah ‘postnormal’

draft • 2:46 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

ataupun pasca normal. Dan, saya fikir sifat pasca normal ini ada persamaan dengan Belanjawan 2026 pada hari ini.

Kalau boleh saya rumuskan, memang belanjawan ini sebenarnya boleh dikatakan belanjawan pasca normal. Kenapa Tuan Yang di-Pertua? Bagaimana kita nak faham dan terima belanjawan yang tidak tahu hujung pangkalnya. Kata nak lawan rasuah tapi bila ada orang buat laporan, yang kena siasat bukan pesalah tapi pengadu. Kata subsidi bersasar tapi kini semua dapat. Yang kaya, yang miskin pun sama-sama tepuk tangan tapi subsidi minyak yang kaya lebih banyak dapat. Kata tender terbuka tapi penswastaan MAHB berlaku dalam gelap tanpa ketelusan dijanjikan. Sampai hari ini, saya tak dapat lagi senarai siapa yang terlibat dengan tender tersebut. Kata mahu bina masa depan tapi peruntukan untuk program kesihatan kena potong. Belanja baiki Carcosa lagi tinggi dari program Skim Perubatan MADANI.

Tadi saya dengar Yang Berhormat Tambun dalam ucapannya mengatakan Carcosa ini warisan Raja-raja Melayu, tak tepat. Carcosa adalah peninggalan sejarah penjajah. Frank Swettenham yang duduk situ mula-mula, bukan Raja-raja Melayu.

Negara kita ini berhutang RM1.7 trilion dan kita anggap ini bajet untuk rakyat. Saya tidak mahu menjadi Ahli Parlimen yang hipokrit. Menepuk meja setiap kali mendengar angka-angka sedap dan muluk dalam buku Belanjawan sedangkan rakyat di bawah sesak nafas tertekan dengan realiti sebenar.

Tan Sri Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan Belanjawan adalah RM420 bilion. Hampir sama dengan tahun sebelumnya. Tiada pengembangan fiskal yang signifikan. Kita sedang berdepan krisis ekonomi dan ketidaksamaan yang makin melebar tapi belanjawan kita statik, lesu dan tidak responsif.

Kerajaan kata kita miskin tapi si kaya masih terus mendapat subsidi minyak, RM100 e-MADANI pun si kaya turut dapat, termasuklah tujuh pemain naturalisasi Harimau Malaya tersebut. Mengapa? Bukankah ini pengkhianatan terhadap prinsip keadilan sosial. Dengan hutang negara mencecah RM1.7 trilion, kita masih meneruskan pembaziran populis yang tidak bersasar. SARA diberikan kepada semua tapi apakah ini benar-benar membantu yang miskin atau hanya beli populariti?

Perbelanjaan pembangunan yang sepatutnya menjadi enjin masa depan negara turun dari RM84 bilion kepada RM81 bilion.

draft • 2:46 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Dan secara relatif, untuk setiap RM100 yang dibelanjakan pada 2024, RM21 adalah untuk pembangunan. Pada tahun ini, pada tahun hadapan, rakyat hanya dapat RM19 untuk pembangunan. Ini bukti jelas kerajaan tidak serius untuk melabur untuk masa depan. Negeri-negeri saya, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis akan terus ketinggalan seperti yang telah kami hujahkan dalam RMK13 baru-baru ini.

Kerajaan juga galak mengutip dari rakyat cukai-cukai yang membebankan.

Cukai SST meningkat 33 peratus antara 2024 hingga 2026. Dari RM44 bilion kepada RM60 bilion. Ini adalah tambahan RM16 bilion, hasil dari poket rakyat marhaen.

Lebih banyak cukai tetapi manfaat masih pergi kepada golongan atasan. Adakah ini belanjawan untuk rakyat atau belanjawan untuk golongan elit kaya yang bising di media sosial?

Tan Sri Yang di-Pertua, perbelanjaan bayar hutang makin meningkat. 2009, RM9 bagi setiap RM100 hanya untuk servis hutang. Tahun depan, RM17 bagi setiap RM100 untuk servis hutang. Jumlah keseluruhan faedah hutang, RM58 bilion, lebih besar daripada subsidi dan bantuan sosial RM49 bilion. Ini bukan belanjawan untuk rakyat, ini belanjawan untuk bank dan bondholder antarabangsa.

Kerajaan umumkan rasionalisasi subsidi. Ayam, RM1 bilion tolak, telur, RM1 bilion tolak elektrik, RM6 bilion tolak. Diesel, RM5 bilion tolak, RON 95, RM2 bilion tolak. Jumlah yang ditarik RM15 bilion. Tapi apa kita dapat? Setimpal atau tidak untuk rakyat? RM100 eMADANI, SARA untuk semua orang lagi. Mana subsidi bersasar yang dijanjikan tahun lalu dalam Belanjawan 2025? Mana pelaksanaan jaminan penamatan subsidi untuk T20? Duit subsidi ditarik dari rakyat tapi tiada reformasi sebenar berlaku.

Kesan langsung pada rakyat jelas kelihatan. Kemiskinan relatif meningkat.

Tiada peningkatan ketara dalam perlindungan kesihatan, pendidikan dan kanak- kanak bawah lima tahun. Tiada insentif sebenar untuk doktor, jururawat, guru dan penjawat awam yang menjadi tulang belakang negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, hakim-hakim kita tak pernah minta pun naik gaji tapi Tambun bagi. Yang minta naik gaji ni doktor, jururawat dan semua petugas-petugas barisan hadapan KKM. Ini adalah tanda kerajaan tidak berpihak kepada rakyat kebanyakan. Cukai rokok naik. Kita puji, bagus, tapi satu dalam dua rokok di pasaran adalah seludup. Kerajaan kutip cukai lebih tapi bocornya pun lebih. Cukai gula tidak diperluas. Subsidi masih kekal. Patut tarik cukai-cukai gula ini.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Belanjawan, 470 bilion. Hebat bunyinya. Tapi mari kita tengok. RM419 bilion duit kerajaan. RM51 bilion duit GLC, GLIC yang buat pertama kali dimasukkan dalam Belanjawan negara. Saya ingin tanya, Tan Sri Yang di-Pertua. Bila pula wang pelaburan GLC dikira sebagai Belanjawan kerajaan? Ini bukan Bajet negara, ini Bajet kosmetik. Dan lihat bagaimana PETRONAS dividen dikurangkan kepada 20 bilion, paling rendah sejak 2017.

Tapi tak apa kata mereka, ini penjimatan subsidi. Subsidi apa? Siapa dapat?

Siapa rugi? Golongan B40, Tan Sri Yang di-Pertua, dapat subsidi minyak RM4 sebulan. Golongan T20 dapat RM40. Sebab apa? Golongan B40 ini dia naik motor, dia tak naik kereta macam kita. Tapi mereka yang paling banyak tak dapat subsidi yang disasarkan. Ini tidak adil. Mana keadilan sosial yang MADANI laung-laungkan?

Tuan Yang di-Pertua, banyak pekerja Malaysia sebenarnya tak layak pun bayar cukai pendapatan, tak cukup gaji tapi dikenakan SST yang regresif. Kononnya kutipan tinggi untuk bantu rakyat tapi RM60 bilion yang dikutip dari rakyat itu untuk bayar hutang yang MADANI buat. Kutipan cukai pendapatan dan cukai syarikat yang digembar-gemburkan itu pun sebenarnya hanya cukup-cukup nak bayar gaji penjawat awam. Realiti pahit ini tidak disebut dalam ucapan Menteri Kewangan.

Dan lebih sedih kami lihat daripada Ahli Parlimen Pantai Timur, tiada komitmen besar untuk LPT3, lebuh raya yang sangat-sangat diperlukan oleh warga Pantai Timur. Peruntukan pembangunan pertanian dan luar bandar pun dikurangkan.

Menghukum petani dan nelayan yang saban hari berjuang untuk makanan negara.

What about our food security? Projek LRT Pulau Pinang guna dana pembangunan sepenuhnya. Tapi bila kami minta LPT3, jawapan yang diberi, tunggu PPP. Ini politik bajet, bukan bajet negara.

Ha, satu lagi. Saya nak tanya Menteri KPKT, macam mana dalam Belanjawan tak disebut tentang PR1MA. Kata janji nak buat satu juta rumah mampu milik tapi dalam Belanjawan sunyi tentang PR1MA. Ini hidup lagi ke tidak PR1MA ini? Nak tanya Menteri KPKT nanti.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya memberi amaran sekali lagi kepada kerajaan, jangan ubah Dasar Pandang Ke Timur. Kalau nak buat dasar yang mesra China, buat dasar baru yang lain. Jangan godek-godek benda yang dah betul-betul bagus.

Dasar Pandang ke Timur yang kita dah miliki 40 tahun ini dah membuahkan hasil yang cukup baik.

Jadi, kita perlu tambah dan tingkatkan. Antaranya, selain daripada hantar pelajar-pelajar kita buat jurusan teknikal, engineering dan sebagainya dan sains

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

sosial, kita juga kena belajar daripada Jepun, bagaimana mereka berjaya melahirkan Nobel Laureate yang ke-30. Maknanya apa? Japan is strong in basic science. We must learn from them how to develop frontier sciences. Jadi, benda ini saya harap Kementerian Pengajian Tinggi, JPA, pandang-pandang, tengok-tengok ke Jepun.

Dan hantar the best of our people, students ke sana untuk buat kajian-kajian fundamental.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Machang.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, silakan.

draft • 2:50 PM

Tuan Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya kali ini, kali pertama saya terpegun dengan perbahasan Yang Berhormat Machang. Banyak perkara yang dinyatakan.

draft • 2:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tapi saya DAP, saya duduk dan dengar Yang Berhormat. Yang saya dukacita adalah kenapa— soalan sayalah, kenapa Yang Berhormat, kalau kita dah berhemah dan memberi penghujahan dalam perbahasan, apa sebabnya Yang Berhormat digantung? Dan tak ada pun daripada pihak BERSATU yang hadir untuk dengar, saya hadir dengar.

No, ini bukan— saya bukan ingin berlawak jenaka, ini serius. Adakah sesuatu yang benar-benar yang tak kena? Seorang Ahli Parlimen yang berbakat, seorang yang muda, yang dapat memberi nas-nas yang berasas berbanding dengan pihak-pihak macam ada yang adegan video, tak ambil tindakan juga yang berlaku.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa]

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa, apa yang berlaku? Saya nak tahu. Tak adil.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jelutong, Jelutong...

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

BERSATU seolah- olah...

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bukan BERSATU, bukan BERSATU. Tapi sekarang ini berpecah.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya dukacitalah, saya duka. Saya sokong Machang. Saya dukacita. Tapi kalau ada apa-apa perkembangan, dijemput datang belah sebelah sinilah Yang Berhormat. Tak adil

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

langsung Yang Berhormat, tak adil. Tak adil apa yang berlaku kepada Yang Berhormat. Saya tak setuju Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okeylah, Machang. Terpulanglah. Nak jawab ke tak nak jawab.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya jawab ringkas Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sejujurnya, saya pun tak tahu kenapa saya digantung. Kena tanya Pagoh nanti, kalau dia masuk.

Tapi Tan Sri Yang di-Pertua, komitmen saya tak berbelah bagi untuk Perikatan Nasional dan rakyat Kelantan dan rakyat Machang. Insya-Allah. Terima kasih atas jemputan.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya sambung sikit lagi. Peruntukan KKM naik 2.65 peratus katanya. Tapi inflasi perubatan tahun ini naik 12.6 peratus. Itu potongan Belanjawan dalam realiti sebenar. Mana Rakan KKM? Tak disebut dalam Belanjawan, tiada dalam Belanjawan. RESET oleh Bank Negara pun tak sebut.

Gagal sebab DRG tak sempat dilaksanakan. Nak suruh rakyat guna simpanan hari tua KWSP beli insurans kesihatan? Logik kah bila 7.2 juta ahli KWSP ada simpanan bawah RM10,000?

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya mintalah kerajaan teliti semula Belanjawan ini.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tapi dalam saya mengkritik pun, saya nak ucapkan terima kasih kerana baginda Rasulullah SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia.

Jadi, dengan rendah diri saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun kerana pengiktirafan peruntukan yang diumumkan untuk kawasan saya Machang, yang mana dibina klinik kesihatan baru di bandar Machang dan loji rawatan air yang kami luluskan dulu diteruskan. Baik, terima kasih.

Tapi jangan berhenti di situ sahaja. Infrastruktur kesihatan dan air adalah hak rakyat, bukan hadiah politik. Maka sewajarnya apa yang telah dirancang perlu diteruskan, malah diperkasakan sepertimana yang diluluskan dalam RMK12, dalam pemerintahan kami sebelum ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak bagi peringatan kepada Kerajaan MADANI, Tambun kena teliti elok-elok. Kita lihat banyak agensi-agensi bumiputera,

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

GLC, GLIC, sedang dinodai sekali lagi. Kalau di Terengganu, KETENGAH ada isu.

Kalau di Kelantan, FELCRA, dan banyak lagi. Jangan ulang masalah lama, buat duit guna GLC bumiputerab kita kelak akan menanggung dosa dan mudarat kepada negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya menggulung. Ini bukan Belanjawan untuk masa depan. Ini bukan Belanjawan keberanian fiskal. Ini adalah Belanjawan yang terus menjinakkan kerajaan dengan populisme dan ketakutan dengan reformasi sebenar.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Machang. Machang.

Sikit je Machang.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memandangkan Machang daripada Ahli Parlimen daripada Kelantan, saya nak tanya, soalan saya, adakah Yang Berhormat setuju tentang kejadian bendera Israel yang dikibarkan?

Kelmarin bila Pasir Puteh bangun, saya tanya, dia kata dia cuba jelaskan bahawa ia adalah satu simulasi.

Kalau betul simulasi, musnahkan bot itu, bagilah dia tenggelam dalam sungai, bakarlah bendera itu. Tapi saya tunggu mana bukti Pasir Puteh kata bendera Israel dibakar? Kenapa Pasir Puteh cuba menegakkan benang yang basah? Mana video bahawa bendera Israel itu dibakar? Saya tanya sebab dulu bila ada bendera China ditunjukkan di Teluk Intan, riuh sana, sebelah sana hantam, oh macam mana boleh bendera China dikibarkan dan sebagainya.

Ini Kelantan kibarkan bendera Israel, apa cerita? Apa cerita ni? So, saya minta Machang, kalau boleh berilah didikan. Macam mana nak demonstrasi? Tak tahu, tanya dengan DAP. Bakar bendera tu. Pijak bendera tu, kalau tak pandai demonstrasi.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Machang, jawab lepas tu landing.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik.

Terima kasih Jelutong. Sebenarnya jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan memadai. Memanglah kalau tak nampak benda tu dibakar, kalau saya ada peruntukan, Tambun bagi saya bakar bendera itu dalam Dewan ini juga.

Itu saya janji kepada Jelutong. Insya-Allah.

Belanjawan ini, Tan Sri Yang di-Pertua, memfaraidkan masa depan untuk membeli masa sekarang. Ia bukan keberanian, ia adalah pengabaian. Ini bukan postnormal, ini pasca kejujuran. Jadi saya minta Tambun, menilai balik belanjawan

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

ini supaya mencerminkan hakikat dan keperluan sebenar rakyat Malaysia. Jangan syok sendiri dan dengar apa yang kami tegurkan demi kebaikan bersama. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ayer Hitam. Ayer Hitam Ketua Parti, 20 minit.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sekali lagi memberi geran padanan sebanyak RM40 juta kepada TAR UMT menerusi Belanjawan 2026. Ini merupakan kesinambungan usaha yang bermula sejak penubuhan Kolej Tunku Abdul Rahman

(KTAR) pada tahun 1969, berasaskan surat cara penubuhan yang diluluskan di Dewan Rakyat ini pada tahun 1972. Justeru itu, kerajaan terus menzahirkan komitmen dalam membantu melalui pemberian geran padanan. Terima kasih.

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan kena memastikan dasar fiskal terus membantu rakyat dan pelaksanaannya mesti cekap dan jangan set the wrong priority dengan izin yang akhirnya menjejaskan rakyat serta merugikan negara. Kita akui kerajaan berdepan dilema besar kerana hasil negara tidak cukup untuk menampung keperluan pembangunan.

Akibat daripada kenaikan cukai dan cukai baru sejak MADANI bermula, hasil kerajaan naik RM48.7 bilion atau 16.5 peratus daripada RM294.4 bilion pada tahun 2022 kepada unjuran RM343.1 bilion bagi tahun hadapan. Tapi saiz perbelanjaan belanjawan naik secara mendadak RM130 bilion atau 41.5 peratus daripada RM322 bilion ke RM470 bilion dalam tempoh yang sama menyebabkan nisbah hutang kepada KDNK naik daripada 60.3 peratus pada tahun 2022 kepada 64.7 peratus setakat Jun 2025 dan kos faedah hutang kerajaan bertambah RM17 bilion setahun.

Belanjawan ini disusun ketika hasil negara, hasil kerajaan hanya dianggarkan 16.1 peratus daripada KDNK. Nisbah ini adalah antara yang terendah di ASEAN. Ia lebih rendah daripada Thailand 18 peratus, Filipina 19 peratus dan jauh di bawah purata negara OECD yang melebihi 34 peratus.

Dengan hasil sekecil ini, kerajaan tidak mempunyai kapasiti kewangan yang cukup untuk membiayai sektor-sektor asas, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.

Akibat hasil yang dikutip ini tidak mencukupi, maka tahun demi tahun beban kewangan perkhidmatan awam dipindahkan kepada pengguna dan pembayar cukai.

draft • 3:03 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Lebih membimbangkan daripada kadar hasil negara yang rendah itu, cara kerajaan membelanja apa yang sedikit itu, Belanjawan 2026 menunjukkan pola keutamaan yang sedikit salah arah di mana vanity projek lebih diutamakan pada ketika hospital masih kekurangan doktor dan universiti pula bergelut dengan kekurangan dana.

Kerajaan dengan bangganya mengumumkan rancangan untuk mengutip sehingga RM50 bilion daripada GLC dan GLIC bagi membiayai projek seperti pembangunan Kota MADANI yang bernilai RM4 bilion dan membaik pulih Carcosa Seri Negara berjulat RM600 juta. Tidakkah kerajaan terfikir RM600 juta ini lebih bermanfaat jika disalurkan untuk kesihatan rakyat yang lebih memerlukan? Langkah ini bukan reformasi fiskal tapi penjarahan fiskal, ibarat menyembelih itik yang bertelur emas. Ini menimbulkan persoalan tentang penyimpangan daripada matlamat teras korporat asal GLC dan GLIC.

Langkah ini tidak bermakna kerajaan berjimat. Sebaliknya, ia boleh menjejaskan pulangan jangka panjang kerana pelaburan sedemikian berpotensi mengurangkan dividen yang sepatutnya disalurkan semula kepada rakyat.

Saya ingin menegaskan di sini GLC dan GLIC bukan mesin ATM kerajaan.

Mereka diwujudkan untuk menjana pelaburan strategik dan pulangan jangka panjang kepada rakyat. Apabila mereka dipaksa mencairkan aset untuk membiayai perbelanjaan semasa, kerajaan sebenarnya menggadaikan pendapatan masa depan untuk menampung kelemahan hari ini. Cara tutup lubang, gali lubang seperti ini tidak dapat selesaikan masalah pokok.

Jika benar kita mahu menegakkan prinsip kebertanggungjawaban fiskal, maka setiap Ringgit mesti dibelanjakan untuk memperkukuhkan asas, bukannya mengangkat agenda tertentu bagi memindahkan tanggungjawab serta beban kepada rakyat. Semasa kerajaan terdahulu memperkenalkan transformasi, ia nya ditolak dan dikritik atas nama reformasi.

Kini, apa yang berlaku bukan reformasi sebenar, sebaliknya transfer-kasi.

Beban kewangan kerajaan dipindah kepada rakyat melalui cukai cas dan pemotongan subsidi terselindung. Dasar ekonomi kini kelihatan seperti transfer-kasi beban kewangan daripada kerajaan kepada rakyat.

Belanjawan 2026 turut memaparkan banyak transfer daripada kerajaan kepada GLC dan GLIC tanpa perincian yang jelas. Persoalannya, adakah transfer- kasi GLC dan GLIC ini cara yang betul dalam menangani masalah kita ataupun hanya semata-mata indah khabar dari rupa. Belanjawan 2026 sepatutnya lebih

draft • 3:03 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

banyak reformasi, bukannya transfer-kasi kepada rakyat atau GLIC, GLC. Ini yang perlu dihindari.

draft • 3:03 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Meskipun Belanjawan 2026 berjumlah RM419.2 bilion sahaja dilihat menurun berbanding Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion, pada hakikatnya, Belanjawan 2026 adalah RM470 bilion yang mana RM50.8 bilion off-budget telah di-out source kepada GLC dan GLIC.

Dasar fiskal yang kukuh perlu berasaskan ketelusan, kebertanggungjawaban dan keberanian melakukan pembaharuan struktur, bukannya sekadar mengalirkan tanggungan melalui cukai baharu, pemotongan subsidi atau pemerasan dana GLC, GLIC.

Lebih membingungkan, ketika GLIC dan GLC diperah untuk vanity project― apa yang telah disebutkan tadi? PR1MA yang sudah terbukti berjaya membantu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat yang memerlukan dianggap satu cara yang baik dan sangat diperlukan tetapi tidak ada pembiayaan yang mencukupi.

Dua, tiga tahun ini tak ada bajet untuk PR1MA. Saya rasa kita boleh kembali kepada satu cara iaitu PR1MA yang lebih strategik dan inklusif.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat bimbang dengan tahap fiskal negara terbeban dengan hutang yang meningkat. Pada tahun 2022, kerajaan membelanjakan sebanyak RM41.27 bilion untuk bayaran debt service charge (DSC), iaitu bersamaan 14 peratus daripada jumlah hasil negara sebanyak RM294.36 bilion.

Kerajaan dijangka menanggung DSC sebanyak RM54.3 bilion pada tahun 2025 mewakili 16.3 peratus daripada hasil kerajaan yang dianggarkan bernilai RM334 bilion. Ia nya melebihi garis had selamat 15 peratus. Ini bahaya.

Apa yang lebih menakjubkan ialah apabila ketetapan ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 18 Julai 2024, DSC kerajaan pada tahun 2024 telah pun mencecah RM50.48 bilion sekali gus melepasi garis had selamat yang ditetapkan oleh MOF, iaitu bersamaan 15.6 peratus daripada hasil negara tahun 2024 yang bernilai RM324.61 bilion. Apa ini? Dengan kadar bayaran khidmat hutang meningkat kepada 16.3 peratus tahun ini dan dijangka mencecah 17 peratus tahun hadapan, maka trend ini amat membimbangkan dan wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana ia menggambarkan tekanan fiskal yang semakin meningkat terhadap kewangan negara.

Kementerian Kewangan juga baru-baru ini mengumumkan jumlah hutang liabiliti kerajaan telah mencapai RM1.69 trilion bersamaan 84.1 peratus daripada

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

KDNK sehingga atau setakat akhir Jun 2025. Nisbah hutang berbanding KDNK Kerajaan Pusat, hutang langsung pula dilaporkan 64.7 peratus. Ini bermakna peningkatan sebanyak RM300 bilion dalam dua setengah tahun yang lepas.

Saiz belanjawan dan defisit sepatutnya menurun dengan ketara selepas tahun-tahun pandemik ke arah sebelum COVID ataupun tetap. Tetapi, defisit masih dua kali ganda. Apakah krisis yang sedang dihadapi oleh kita?

Selain itu, antara kelemahan utama dalam Belanjawan 2025 ialah langkah- langkah cukai pendapatan yang tidak memberi kesan sebenar kepada rakyat.

Contoh, pelepasan cukai RM1,000 bagi pelancongan domestik hanya terhad kepada bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong dan program kebudayaan tempatan.

Sedangkan, perbelanjaan utama pelancong tempatan adalah penginapan, pengangkutan dan makanan.

Pelepasan ini begitu sempit. Ini tidak memberi manfaat menyeluruh kepada ekosistem pelancongan seperti hotel, inap desa (homestay) dan pengusaha kecil di kawasan luar bandar. Jika kerajaan benar-benar mahu merangsang pelancongan domestik, pelepasan ini sepatutnya diperluaskan merangkumi kos penginapan supaya kesannya dapat dirasai di seluruh rantaian industri.

Satu lagi contoh ketidaksempurnaan. Semasa BN, pelepasan cukai bagi caruman KWSP dan insurans digabungkan RM6,000 iaitu RM3,000 untuk KWSP dan RM3,000 untuk insurans. Namun, selepas kerajaan PH pada tahun 2019 mengambil alih, struktur ini diubah menjadi RM4,000 untuk KWSP dan RM3,000 untuk insurans menjadi jumlah keseluruhan RM7,000 tetapi terpisah dua kategori. Akibatnya, pembayar cukai yang tidak mencarum KWSP tidak lagi dapat menikmati pelepasan penuh kerana pelepasan tersebut tidak boleh disesuaikan antara dua kategori ini.

Justeru, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menggabungkan semula pelepasan KWSP dan insurans agar lebih fleksibel kepada semua pembayar cukai. Jika kerajaan ingin menunjukkan keikhlasan bantu rakyat, jumlah pelepasan ini wajar ditingkatkan daripada RM7,000 kepada sekurang- kurangnya RM9,000 tanpa membezakan antara caruman KWSP dan insurans.

Bergabung sekali. Hanya dengan cara ini dia dapat membantu rakyat.

Saya juga hairan kenapa kerajaan masih tidak beranjak dan terus mengekalkan had pelepasan cukai individu pada RM9,000 sejak tahun 2010 tanpa sebarang semakan semula. Dalam tempoh 15 tahun, inflasi terus meningkat, namun dasar fiskal seolah-olah tidak mengambil kira realiti kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. Jadi, jika diukur secara logiknya, kalau dengan inflasi dua peratus

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

setahun, ini kurang-kurang pun kalau tidak RM15,000, kita kena sarankan RM12,000 potongan untuk individu ataupun pelepasan cukai individu. Itu sepatutnya dilakukan secara serta merta.

Begitu juga insentif PMKS ini. Ini kita dah malas sebut pasal e-Invois. Saya cuma nak tanya, kedudukannya macam mana? Nilai ambang. Tangguh, tangguh, tangguh saja. Ataupun sudah ada keputusan tuntas― RM150,000? RM500,000?

Atau RM1 juta? Kena buat keputusan cepat.

Jadi, dalam hal ini, saya masih menganggap GST ini― sebenarnya, kita dah menjurus ke arah itu. Tapi, kita kena terima dengan hati terbuka. Inilah cara paling efisien dan saya berkali-kali sebutkan perkara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, reformasi pendidikan. Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pelajar perempuan Tingkatan Empat yang meninggal dunia akibat ditikam semalam. Ini tragedi yang amat mengejutkan, menyayat hati kita. Begitu juga dengan kes buli, meragut, merogol yang berlaku baru- baru. Apa sudah jadi dengan sekolah kita? Sepatutnya tempat yang selamat.

Saya menyeru agar Kementerian Pendidikan tengok balik. Bukan sekadar buat mesyuarat, bukan sekadar hantar pelajar ataupun suspek ke dewan peperiksaan. Apa yang lebih penting ialah cari cause-nya, bagaimana nak selesai masalah dengan semua agensi termasuk kita pembuat dasar. Itu yang paling penting. Rakyat mahu lihat kita lakukan tindakan serta merta.

Dan satu lagi perkara ialah saya ingin sebut, universiti awam bergelut dengan kekangan kewangan yang ketara. Akibatnya, peluang kemasukan universiti awam mula ditentukan bukan lagi oleh merit tetapi kemampuan membayar. Saya telah sebut, saya tak nak ulang di sini, tapi apa yang saya nak kata di sini, pengumuman PM seolah-olah memberi satu nafas baharu. Tapi, bila melihat perincian yang telah diumumkan, dia tak ada merangkumi kursus kejuruteraan. Farmasi tak ada.

Perubatan pun tidak. Itu terhad kepada beberapa― undang-undang, perakaunan, AI, bahasa dan sebagainya. Ia tak lengkap. Kita masih tidak faham apa masalah utama kita.

Pertama, universiti tak dapat dana yang cukup. Universiti Malaya― 61 peratus. Lihatlah bajet tahun ini. Penambahan cuma berapa? RM0.5 bilion saja. Ini kalau ada kenaikan gaji ini, semua tak― saya rasa tahun ini masih ada kekangan dana. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Daripada kita tak nak lihat lagi di saluran terbuka, kita kena buat seiring. Umumkan tempat melalui UPU. Itu untuk orang

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

miskin. Tak boleh terlebih ambil kuota yang disediakan untuk pelajar-pelajar melalui saluran perdana. Itu yang paling penting.

Setakat ini pagi tadi kata nak umum, tak umum juga. Jadi, macam mana rakyat tahu? Oh, over and above. Above mana kalau data pun tidak ada? Pelajar lagi bingung, tak tahu apa yang berlaku. Jadi, saya minta perkara ini perlu lihat. Adakah universiti awam dapat peruntukan yang cukup?

Saya sarankan― ini perlu buat, kerajaan perlu buat sekarang, iaitu untuk research university, lima research university― USM, UM, UKM, UPM, UTM― kita kena mewujudkan satu mekanisme endowment fund.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kalau tidak ada endowment fund dan ia nya perlu dilakukan dengan sokongan kerajaan, kerajaan bagi insentif cukai, boleh bagi potongan boleh bagi potongan dua kali ganda ataupun macam-macam perkara. Kita boleh gunakan cara di luar kotak, pemikiran di luar kotak. Bangunan namakan alumni itu tidak ada masalah kerana kita perlu menjana RM1 bilion untuk setiap research university. Ini sepatutnya dilakukan oleh sokongan kerajaan bersama-sama dengan alumni. Jadi, saya rasa dengan adanya enam peratus pulangan, RM60 million pendapatan dan ia nya bagi membantu dan tidak perlu lagi bergantung kepada kenaikan yuran. Ini yang saya rasa boleh selesaikan masalah.

Dan satu perkara lagi saya sebut di sini ialah tentang kesihatan. Saya lihat kesihatan ini satu perkara yang agak rumit. Yang Berhormat cakap betullah, takkan KKM tak sebut pun? Tapi kita tengok kenaikan dia RM46.5 bilion berbanding tahun lalu RM45.3 bilion, RM1.2 bilion saja, 2.4 peratus saja kenaikan, tapi doktor semua dapat kenaikan eight percent. Kita nak tambah 4,500 doktor lagi, jururawat 978, ada lagi pelatih-pelatih daripada institut latihan KKM, jadi, mana cukup?

Saya beri contoh tadi Yang Berhormat sebut, Skim Perubatan MADANI, saya masih ingatlah, tahun ini diumumkan masa April itu dah habis dah dana itu RM100 juta tau. Mula-mula nak diperluaskan untuk seluruh negara, tapi akhirnya hanya kepada 10 daerah saja. Tahun ini, tahun yang baru diumumkan untuk tahun depan, jadi separuh dah, RM50 juta. Takkan tahun ini menjelang Tahun Baru Cina atau bulan Ramadan terus dana tak ada?

Dan satu lagi pengumuman yang dibuat dari kerajaan. Dia kata basic untuk GP charge, RM10 pada RM35, sekarang nak naik RM10 kepada RM80. Bermaksud, maksima itu sampai RM80. Menteri Kesihatan semalam kata, “Oh masih ada RM10”. Rakyat tanya, minta tumpang tanya Menteri Kesihatan, mana ada klinik swasta yang

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

RM10? Mereka nak cari, tak mungkin. Ini digunakan kesempatan yang digunakan oleh syarikat insurans. Dia nak menindas GP, GP ini. Bila you claim, kalau orang miskin, dia punya premium tak tinggi, dia hanya bagi dia RM10, sebab itulah GP pun marah.

Dan dalam kes ini, saya sarankan, ini memang kena bantu golongan ini.

Separuh daripada tahun lalu, tahun untuk peruntukan 2025 habis April. Takkan tahun depan menjelang Tahun Baru Cina sudah habis? Ini yang tak sepatutnya berlaku.

Jadi, saya nak sebutkan di sini, dalam keadaan inilah, kita kena melihat, ini bukan rakan KKM ini walaupun tak secara eksplisit sebut di sini, saya cukup khuatir.

Dia macam satu kes, saluran terbuka jugalah, siapa yang ada kemampuan boleh masuk, dia dapat rawatan dulu. Ini bahaya.

Tadi saya sebut kalau doktor, GP kos dia tinggi, ramai datang ke klinik kesihatan kerajaan. Ubat-ubatan, kenaikan dia 10 percent, itu jadi masalah kita.

Menjadi bebanan lebih besar, tetapi kita bagi peruntukan dia tak cukup. Akhirnya, satu cara paling inovatif ialah rakan KKM supaya menjana dana untuk kemajuan kesihatan.

Ini kesian. Bayangkan kalau seorang nak tunggu enam bulan untuk angiogram. Seorang itu mampu bayar, dia dapat diselamatkan. Takkan orang yang nak buat angiogram itu tiba-tiba mati? Siapa yang layak hidup ini? Ini adalah masalah yang cukup besar dan akan mengundang apa, pertikaian daripada rakyat jelata.

Saya nampak perkara yang sangat penting dan seperkara lagi PTPTN. Ini kita syoklah bila dengar 5,800 pelajar keluarganya RM2,700, dia akan dapat apa, free education, tapi 5,800. Sekurang-kurangnya 600 juta dah. Orang akan buat perbandingan ini, orang kampung. Ini simbol apa? Simbol kolonial, colonism. Ini bukan soal kemerdekaan negara, sebab itu lebih penting rakyat kita yang bagi undi kepada kita.

Dan kedua, kalau sebut PTPTN, saya rasa hairan. Penubuhan PTPTN pada 1997, 98, dia bagi pada pelajar yang tak boleh ke luar negara. Masa itu krisis kewangan, sebab itu mereka bagi pada mereka yang masuk IPTS dan selepas itu baru diperluaskan pada IPTA, tapi sekarang kita pula terbalik. IPTS dapat pengecualian first class. IPTA dapat, universiti awam dapat. IPTS yang dahulunya, lebih dahulu dapat bantuan tu, dah tak boleh dah. Jadi, fikir-fikirkanlah. Sudah sampai masa, yang dulu, yang ada, wujudkan.

Ya, mungkin ada yang buat argument bahawa universiti ada yang dia longgar sangat. Tetapkan, maksimum 10 percent yang first class. Itu saja. Macam mana

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

dengan universiti swasta yang tidak berorientasikan kepada keuntungan? Mereka pandai cerdik kita kekalkan mereka dalam sistem kita. Itu pun jimat kos awam.

Mereka tak masuk IPTA, jadi kena lihat secara holistik.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, memandangkan masa mencemburukan...

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...

[Tidak jelas]

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

...saya berharap pihak kerajaan dalam semua aspek ini kita bagi cadangan sama-sama kita memantapkan kerajaan dan juga memberi manfaat yang paling besar kepada rakyat jelata. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tentang PTPTN saya minta sikit..

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Kuala Terengganu.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Kuala Terengganu untuk membahaskan Belanjawan 2026.

Tan Sri Yang di-Pertua, setelah meneliti keseluruhan belanjawan, satu hakikat yang tidak boleh disembunyikan adalah bahawa jurang pembangunan wilayah ini masih lagi semakin melebar sepertimana yang dibahaskan ketika RMK13.

Sebagaimana unjuran pertumbuhan 4.7 peratus untuk wilayah Timur terlalu jauh dibandingkan dengan unjuran pertumbuhan 5.2 peratus, lima peratus yang diunjurkan untuk wilayah-wilayah yang lain-lain dan inilah yang diterjemahkan di dalam Belanjawan pada kali ini.

Kalau dulu kita ada Wawasan Kemakmuran Bersama, yang mana kerajaan menetapkan komitmen besar bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan mesti disalurkan kepada negeri-negeri yang kurang maju seperti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Prinsip ini penting kerana ia menjamin pembahagian kemakmuran secara adil dan inklusif. Namun, semakan terhadap angka semasa menunjukkan hala tuju itu semakin kabur dan ia akan semakin melebar sekiranya perkara ini tidak diperhatikan secara teliti.

Memang benar Sabah dan Sarawak menerima peruntukan yang besar sehingga RM6.9 bilion untuk Sabah, RM6.8 bilion Sarawak. Ini kita sokong penuh kerana peruntukan ini wajar kerana ia adalah antara negeri-negeri yang ketinggalan,

draft • 3:36 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

tetapi persoalannya bagaimana pula dengan Terengganu dan Kelantan yang juga sebahagian daripada Malaysia yang juga tergolong sebagai negeri yang berpendapatan rendah dan selama ini menyumbang hasil petroleum gas negara?

Mengapa agihan pembangunan kepada negeri-negeri ini semakin kecil dan tidak seimbang dengan keperluan semasa?

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sasaran Pertumbuhan Ekonomi Pantai Timur hanyalah 4.7 peratus, terendah di Malaysia. Ini bukan sekadar angka ekonomi, tetapi gambaran jelas bahawa jurang struktur pembangunan yang semakin melebar.

Dalam masa yang sama, kita melihat dalam belanjawan yang sama ketika kerajaan berbanding dengan belanjawan tahun lepas mengurangkan peruntukan pembangunan. Bayangkan negeri seperti Pulau Pinang yang sudah pun maju masih menerima hampir untuk LRT saja RM17 bilion yang pada asalnya cadangannya akan dibiayai melalui inisiatif swasta.

Bukan itu saja, Pulau Pinang juga dapat lagi sebahagian besar daripada peruntukan RM2.3 bilion untuk pembesaran lapangan terbangnya. Jadi, keseluruhannya untuk negeri ini saja dekat RM20 bilion.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pembangunan industri REE. Walaupun industri ini diiktiraf sebagai pemacu ekonomi hijau masa hadapan, pelaksanaannya masih lagi sangat perlahan. Isunya masih banyak, kebanyakan sebenarnya. Taburan REE ini terletak di dalam kawasan hutan simpan termasuk di negeri Terengganu yang memiliki deposit dalam lebih 40 peratus daripada REE negara. Dasar sedia ada menghalang daripada sebarang aktiviti pelombongan di kawasan hutan simpan walaupun dilakukan secara terkawal dan lestari berdasarkan garis panduan teknikal yang telah diluluskan.

Kini kita sudah mempunyai teknologi melalui projek perintis dan kaedah pelombongan lestari yang dilaksanakan di Kenering dan terbukti berjaya selepas dua tahun selesai langsung tidak merosakkan keadaan hutan di mana kaedah in-situ leaching dilaksanakan. Tujuan asal pewartaan SSK adalah untuk memulihara hutan dan kaedah ini sudah terbukti tidak akan merosakkan hutan.

Justeru, mengapa tidak kerajaan mempertimbangkan mekanisme nyah senarai sementara, temporary degazetment bagi kawasan SSK yang dikenal pasti mempunyai potensi REE dengan syarat kawalan yang ketat, penilaian impak alam sekitar yang menyeluruh dan pelan pemulihan hutan selepas penerokaan.

draft • 3:36 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Selain daripada itu, hak negeri sebagai pengeluar sumber REE tidak seharusnya dipandang ringan. Negeri-negeri pengeluar seharusnya diberi kuasa dan faedah yang setara dengan sumbangan mereka di dalam pembangunan nasional.

Jangan biarkan pengalaman dengan isu royalti petroleum berulang, di mana negeri- negeri pengeluar terpaksa bergantung kepada Kerajaan Pusat untuk menyalurkan royalti, sekali gus menjejaskan manfaat langsung yang sepatutnya diterima oleh rakyat dan negeri yang berkenaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan di atas inisiatif mengisytiharkan Tasik Kenyir sebagai hab tenaga hijau melalui pelancaran Projek Solar Terapung Hibrid Hidro dan hab hidrogen hijau. Bunyi apa ya? Ada helikopter nak turun ke atas sini?

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Kita check.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Pada masa sekarang, Terengganu menyumbang sekitar 4 gigawatt tenaga hijau kepada grid nasional bersamaan 20 peratus daripada keseluruhan tenaga hijau negara, sedangkan penggunaan dalam negeri Terengganu sekitar 400 megawatt sahaja. Saya ingin mengulangi saranan yang pernah saya kemukakan sebelum ini agar kerajaan mempergiatkan usaha menarik pelaburan di dalam sektor Pusat Data

(Data Center) bagi memanfaatkan sepenuhnya potensi tenaga hijau yang tersedia serta kelebihan kuantiti air yang sangat banyak di Tasik Kenyir yang berfungsi sebagai sistem penyejukan Pusat Data.

Potensi ini telah pun diakui oleh Menteri MITI dan mendapat liputan di peringkat nasional serta antarabangsa, menandakan kesediaan pasaran global untuk melihat Terengganu sebagai hab digital berasaskan tenaga hijau. Dengan gabungan tenaga boleh diperbaharui dan sumber air semula jadi Tasik Kenyir, Terengganu mempunyai kedudukan yang strategik untuk muncul sebagai destinasi pelaburan berimpak tinggi. Bukan sahaja menyokong agenda ekonomi hijau negara tetapi juga memperkukuhkan kesiapsiagaan digital dan pertumbuhan ekonomi baharu di Pantai Timur.

Tan Sri Yang di-Pertua, Menteri ada mengemukakan beberapa gambar kawasan perumahan. Menteri KPKT ada mengemukakan beberapa gambar kawasan perumahan yang digambarkan sebagai slum area dengan imej yang begitu teruk sekali, yang tidak boleh terbayang bagaimana rakyat Malaysia boleh hidup di dalam keadaan sepertimana yang ada dalam gambar yang berkenaan. Namun pada

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

hakikatnya, banyak flat-flat lama di negara kita masih dalam keadaan baik, kerana itu kita dapati perkara-perkara ini sebenarnya boleh dilakukan pembaikan.

Saya bagi contoh, misalnya di Terengganu. Kita ada flat bukit kecil yang usianya dah lebih 50 tahun, dekat 60 tahun, masih sangat cantik, masih sangat selesa diduduki. Jadi, bagi kes-kes terpencil yang daif, slum area seperti gambar yang ditunjukkan oleh Menteri, tidak semestinya memerlukan peruntukan yang besar, yang boleh untuk mengatasinya dengan segera. Kadang-kadang cukup dengan kerja-kerja pembersihan, pembaikan, penyelenggaraan, pengecatan semula, untuk mengembalikan keselesaan kepada penduduk.

Saya berpandangan, peruntukan bagi program rejuvenasi atau peremajaan semula kawasan perumahan perlu dipertingkatkan supaya kerja menaik taraf dan memperbaharui kawasan kediaman lama dapat dijalankan secara menyeluruh dan berterusan. Bukannya dengan mengambil peluang keadaan yang ada slum area ini untuk membuka ruang kepada pemaju untuk mengemukakan cadangan bagi tujuan perobohan dan pembangunan komersial, yang akhirnya akan menimbulkan keadaan masalah kepada penduduk yang asal.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan keperluan negeri Terengganu. Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah kedudukan Lembaga Pelabuhan Kemaman pada masa ini. Pada masa ini, Lembaga Pelabuhan Kemaman masih lagi berkongsi pengurusan yang sama dengan Lembaga Pelabuhan Kuantan yang mewujudkan ketidakseimbangan dari segi tumpuan, keutamaan strategi, agihan pelaburan dan promosi. Pelabuhan Kemaman mempunyai potensi yang besar sebagai pelabuhan laut dalam berasaskan tenaga, mineral, minyak, gas, pembinaan kapal serta maritim hijau.

Namun, tanpa struktur tadbir urus sendiri di peringkat Lembaga Pelabuhan Kemaman yang meneliti dan mencadangkan dasar-dasar utama berkaitan pelabuhan, potensinya tidak dimaksimumkan sepenuhnya. Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan pasukan pengurusan tersendiri untuk Lembaga Pelabuhan Kemaman yang beroperasi secara bebas dan tidak bertindan dengan pengurusan Lembaga Pelabuhan Kuantan, supaya masing-masing boleh memfokuskan strategi pembangunan serta operasi pelabuhan masing-masing.

Selain daripada itu, dana khas perlu dipertimbangkan untuk menaik taraf kemudahan pelabuhan, terutamanya kos berkaitan pembinaan benteng pemecah ombak yang penting untuk melindungi kawasan basin pelabuhan, khususnya sekiranya ada cadangan pembesaran pelabuhan di masa akan datang.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya mencadangkan supaya diwujudkan Kemaman Maritime Industrial Hub di bawah ECER dengan penyertaan aktif Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan industri tempatan. Langkah ini penting bagi menjadikan Kemaman sebagai nadi pertumbuhan Ekonomi Baharu Pantai Timur, sekali gus menyokong agenda ekonomi maritim dan tenaga negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perikanan dan infrastruktur, negeri-negeri Pantai Timur sering disebut dalam teks ucapan belanjawan. Namun, cabaran terbesar adalah jurang antara pengumuman yang dilakukan dengan pelaksanaan yang benar-benarnya berlaku di bawah. Beberapa projek penting seperti Rancangan Tebatan Banjir Sungai Ibai dan anak-anak sungai di Kuala Terengganu perlu disegerakan kerana ia melibatkan keselamatan ribuan penduduk setiap kali musim tengkujuh.

Selain daripada itu, industri perikanan dan nelayan Pantai Timur perlu diberikan insentif tambahan bagi menangani kos bahan api dan cabaran cuaca ekstrem. Manakala, sektor pertanian dan penanaman padi memerlukan pelaburan dalam mekanisasi dan sistem pengairan moden agar setara dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang soal kesihatan dan kesiapsiagaan hospital. Saya ingin menyentuh berkenaan sistem kesihatan di negeri Terengganu. Walaupun angka peruntukan di dalam belanjawan ini meningkat, namun isu kapasiti dan kesiapsiagaan hospital utama di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya di Terengganu, masih membimbangkan.

Di Hospital Sultanah Nur Zahirah, sering berlaku kes di mana bayi yang dilahirkan di klinik swasta dan mengalami komplikasi serius tidak dapat dirujuk ke dalam hospital, mana-mana hospital di negeri yang berkenaan. Terutama sekali Hospital Sultanah Nur Zahirah yang utama. Walaupun di kenali PRIBA, di Hospital Sultanah Nur Zahirah ini adalah antara yang paling bagus di dalam negara tetapi tidak dapat menerima kes komplikasi serius, manakala terpaksa dirujuk kepada pusat-pusat yang lain di luar daripada negeri, menyebabkan bayi yang di dalam keadaan kritikal, membabitkan nyawa, terpaksa melalui perjalanan 2 hingga 3 jam untuk sampai ke pusat-pusat yang lain.

Misalnya, beberapa minggu yang lalu, berlaku di mana terpaksa dihantar ke Hospital UIA di Kuantan dan ada yang diterima di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian. Kerana itu saya mendesak agar KKM segera menaik taraf kapasiti rawatan neonatal dan ICU bayi di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Menambah

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

penempatan pakar kanak-kanak dan neonatal di Terengganu serta memperkasakan hospital daerah seperti Dungun, Besut dan Setiu untuk menampung kes rujukan awal.

Selain daripada itu, saya berterima kasih sebenarnya diatas peruntukan bagi pembinaan semula Klinik Kesihatan Hiliran, yang mana ini akan memakan masa selama tiga tahun. Kerana itu dalam masa yang sama, saya ingin menyatakan kebimbangan ekoran daripada penutupan klinik ini akan berlaku kesesakan perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Chendering dan Manir yang sebelum ini telah pun berlaku, di mana waiting time boleh berlaku antara 3 hingga 4 jam. Dan sekiranya berlaku penutupan klinik ini dengan tambahan patient yang ada, saya berharap kementerian melihat perkara ini supaya tidak berlaku keadaan di mana pelanggan-pelanggan kepada klinik ini terpaksa menunggu terlalu lama.

Saya ingin menarik perhatian Kementerian Pendidikan berkenaan sekolah untuk pelajar-pelajar pendidikan khas, khususnya murid autisme. Sebagai contoh, di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar Kuala Terengganu, saya dimaklumkan bahawa kelas pendidikan khas yang sedia ada kini terlalu sempit dan tidak lagi sesuai dengan pertambahan bilangan pelajar. Ruang pembelajaran yang terhad ini menyukarkan guru untuk melaksanakan aktiviti interaktif dan terapi pembelajaran yang memerlukan ruang fizikal yang lebih kondusif.

Perlu saya nyatakan bahawa Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di Kuala Terengganu antara sekolah terbaik di Terengganu dari segi prestasi Pendidikan Khas. Oleh itu, sudah sewajarnya sekolah ini yang menunjukkan keunggulan sedemikian diberikan keutamaan dari segi kemudahan dan prasarana, termasuk pembinaan bangunan baru atau blok khas yang lebih sesuai bagi keperluan pelajar autisme.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin bercakap bukan sekadar sebagai seorang wakil rakyat tetapi juga sebagai seorang bapa. Hati saya benar-benar luruh melihat apa yang berlaku kebelakangan ini. Saya tidak pernah menyangka, tidak pernah terlintas di fikiran bahawa kejadian sekejam yang berlaku, pembunuhan pelajar yang berlaku tempoh hari, yang mana tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat untuk anak-anak kita belajar kini menjadi lokasi tragedi.

Kejadian rogol, tikam sesama pelajar, samseng, buli melibatkan generasi yang masih belum sempat mengenal erti hidup. Di mana silapnya? Siapa yang gagal? Adakah guru, ibu bapa, masyarakat atau sistem pendidikan kita sendiri yang

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

semakin hilang nilai kasih sayang, disiplin dan tanggungjawab. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat selepas rumah tetapi hari ini sekolah dilihat sebagai seolah-olah tidak lagi selamat.

Kita tidak boleh terus berdiam diri. Ini bukan kelas terpencil, ini satu petanda bahawa ada sesuatu yang parah yang sedang berlaku dalam sistem sosial dan pendidikan kita. Kementerian Pendidikan mesti melihat isu ini bukan sekadar dari sudut disiplin atau statistik tetapi sebagai krisis kemanusiaan yang menuntut tindakan segera dan menyeluruh. Kita perlukan sekolah yang bukan sahaja mendidik minda tetapi membina sahsiah dan memelihara jiwa kerana apabila sekolah gagal menjadi tempat yang selamat, maka seluruh masa depan negara juga sebenarnya sedang terancam. Tan Sri Yang di-Pertua, itu sahaja ucapan saya. Terima kasih, assalamualaikum.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullah. Seterusnya saya jemput Puncak Borneo.

draft • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan perbelanjawan Malaysia 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan atas kerajaan dalam merangka Belanjawan 2026 yang bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat, Belanjawan Rakyat”. Belanjawan kali ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menghadapi cabaran global seperti ketidaktentuan ekonomi dunia, perubahan iklim dan ketidakseimbangan kos sara hidup yang terus menekan rakyat.

Selain itu, ia selari dengan aspirasi RMK13 yang berteraskan tiga dasar utama iaitu tatakelola baik, peningkatan ekonomi yang bernilai tinggi, mengukuh sosial agar tiada golongan tercicir. Namun, kejayaan sebenar bergantung kepada pelaksanaan yang berkesan oleh kerajaan dan juga agensi kerana dasar yang baik tanpa pelaksanaan yang cekap dan tepat akan gagal memberi manfaat kepada rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, belanjawan ini perlu dilihat bukan sekadar angka atau peruntukan semata-mata tetapi sebagai cerminan keadilan sosial dan juga kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini, izinkan saya menyentuh beberapa perkara utama. Pertama, kos sara hidup dan kebajikan rakyat. Saya menyambut baik langkah kerajaan menambah peruntukan untuk subsidi bersasar serta bantuan tunai

draft • 3:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

langsung. Namun, pelaksanaannya mesti telus, cekap dan tidak membebankan golongan pertengahan yang turut terkesan dengan inflasi yang tersembunyi.

Mekanisme pengagihan bantuan perlu diperkukuhkan melalui data yang lebih tepat dan terkini.

Dan yang kedua, pendidikan dan pembangunan modal insan. Generasi muda adalah aset masa depan negara. Saya mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada memperkukuhkan pendidikan, teknikal dan latihan vokasional TVET, memperluaskan akses biasiswa kepada pelajar-pelajar luar bandar, serta meningkatkan kemahiran digital di sekolah dan universiti bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi AI. High value courses juga harus diutamakan kepada generasi muda.

Yang ketiga, ekonomi hijau dan kemampanan. Dalam menghadapi perubahan iklim, sudah tiba masanya kerajaan memperluaskan pelaburan dalam ekonomi hijau seperti tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan awam mesra alam serta dasar karbon kredit yang jelas dan menguntungkan komuniti tempatan khusus di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Yang keempat, ekonomi jingga juga berpotensi di Sarawak. Ekonomi jingga mempunyai potensi besar di Sarawak kerana kekayaan kebudayaan, warisan dan kreativiti negeri ini. Kepelbagaian etnik seperti Dayak, Melayu, Cina dan Melanau menjadi aset dalam pembangunan produk seni, muzik dan pelancongan budaya.

Acara seperti Rainforest World Music Festival, Siniawan Country Music Festival dan juga Borneo Jazz Festival membuktikan keupayaan ekonomi kreatif Sarawak di peringkat antarabangsa.

Dengan sokongan inisiatif seperti Sarawak Digital Economy Blueprint dan juga Sarawak Creative Industry Fund serta bakat muda dalam seni, filem, muzik dan reka bentuk digital, Sarawak berpotensi menjadi pusat ekonomi kreatif Borneo dan juga destinasi konsert antarabangsa. Oleh itu, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting dalam menyediakan infrastruktur dan pembiayaan dan sokongan kepada industri kreatif untuk menjayakan ekonomi jingga yang mampan dan inklusif.

Pemangkin kemajuan Borneo melalui ekonomi digital. Sarawak tidak mahu ketinggalan dalam arus ekonomi digital. Potensi kita besar dari segi pertanian pintar, industri kreatif digital hingga kepada pembangunan tenaga hijau berasaskan teknologi. Namun untuk mencapai potensi itu, kita perlukan ekosistem digital yang kukuh. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan membentuk dana tambahan bagi

draft • 3:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

pembangunan infrastruktur digital nasional seperti saya menegaskan bahawa pelaksanaan mesti adil dan seimbang.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya kita mewujudkan zon ekonomi digital Borneo bagi menarik pelabur teknologi, syarikat startup dan inovator tempatan.

Tingkatkan pelaburan dan pusat data, fiber optik dan 5G di kawasan luar bandar dan pinggir bandar Sarawak. Galakkan kerjasama antara kerajaan, universiti dan industri tempatan untuk melahirkan lebih ramai pakar teknologi tempatan, bukan hanya sebagai pengguna teknologi tetapi juga pencipta teknologi kerana ekonomi digital bukan sekadar telefon pintar atau pun e-dagang tapi ia masa depan pekerjaan, peluang dan maruah ekonomi rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan Sabah dan Sarawak. Saya ingin menegaskan bahawa pembangunan seimbang antara Semenanjung dan Borneo mesti menjadi keutamaan nasional. Isu infrastruktur seperti jalan, bekalan air bersih, elektrik dan Internet di Sabah Sarawak masih jauh ketinggalan. Maka pelaksanaan Perjanjian MA63 perlu diterjemahkan dengan tindakan yang nyata dan bukan sekadar janji.

Hak Sabah dan Sarawak tidak boleh dinodai dengan janji palsu kepimpinan Malaya secara berterusan. Kedudukan Sabah Sarawak terhadap hak minyak dan gas adalah maruah dan termaktub dalam Perlembagaan. Saya ingatkan dengan tegas, kekuatan negara Malaysia terletak pada asasnya sebagai sebuah persekutuan rakan kongsi yang setara.

Asas ini kini sedang diuji apabila undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan telah menjadi asas kepada penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia dengan sengaja dan secara sistematik telah tidak dipatuhi oleh sebuah badan berkanun Persekutuan bernama PETRONAS. Punca isu ini terletak pada bidang kuasa terhadap sumber Sarawak. Hak kawalan Sarawak ke atas tanah dan sumber telah ditetapkan melalui OMO 1958 dan juga Land Code 1958. Ini adalah undang- undang sebelum penubuhan Malaysia yang termaktub di bawah terma penyertaan Sarawak ke dalam Persekutuan.

OMO 1958 memberi kuasa mutlak kepada negeri untuk mengeluarkan lesen dan pajakan bagi penerokaan serta pengeluaran petroleum. Undang-undang Persekutuan selepas itu iaitu PDA 1974 tidak mempunyai kuasa Perlembagaan untuk memansuhkan hak negeri yang telah termaktub ini. Oleh itu, PETRONAS sebagai syarikat minyak dan gas terikat dari segi undang-undang untuk

draft • 3:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

mendapatkan semua lesen dan permit daripada kerajaan Sarawak di bawah OMO 1958.

draft • 3:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kedudukan sebagai pemegang Amanah Nasional tidak memberikan ia kekebalan daripada undang-undang negeri yang berdaulat di dalam Persekutuan ini.

Sarawak tidak pernah berniat untuk membunuh PETRONAS tetapi kita ingin berganding bahu dan maju bersama-sama. Adakah untuk meminta hak kami berdasarkan lunas undang-undang dan Perlembagaan, kami dilihat sebagai keterlaluan?

Tuan Yang di-Pertua, melalui Borneo States (Legislative Powers) Order 1963, kuasa perundangan Sarawak telah diperluaskan untuk merangkumi bidang elektrik dan pengagihan gas. Ini selari dengan syor dalam IGC Report 1962 khususnya pada perkara 11(C) dalam lampiran Annex A yang menegaskan bahawa kuasa perundangan berkaitan dengan tenaga elektrik dan pengagihan gas hendaklah diturunkan kepada Sarawak dan Sabah. Sebab itulah PETRONAS harus akur dan menghormati Perlembagaan dan juga Perjanjian Malaysia 63.

Tuan Yang di-Pertua, sudah 62 tahun MA63 tidak ditunaikan dan tidak dilaksanakan sepenuhnya. Maka, ini bermakna perjanjian ini telah dilanggar dan dinodai dan tidak dihormati oleh kepimpinan Malaya dan juga Badan Berkanun Persekutuan. Maka wajarlah kesahihan penubuhan negara Malaysia dibawa ke mahkamah antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menentukan keabsahan penubuhan Persekutuan Malaysia dan referendum harus dilaksanakan di Sabah dan Sarawak demi keadilan bagi Sabah dan Sarawak.

Kemelut ini tidak boleh berlarutan kerana saya khuatir tragedi hitam seperti di Nepal dan Indonesia bakal terjadi dalam negara kita. Maka dengan itu demi mengelakkan tragedi hitam ini berlaku dalam negara kita, Sabah dan Sarawak wajib diberi keadilan sejati. MA63 wajib ditunaikan mengikut Keluhuran Perlembagaan dan lunas undang-undang kerana kita semua sayang negara ini, tetapi jangan gunakan perasaan sayang kami, anak Sabah dan Sarawak untuk menidakkan hak kami.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada itu memberdayakan usahawan dan sektor PKS juga harus diberi tumpuan. PKS merupakan tulang belakang ekonomi negara. Saya menyarankan supaya insentif cukai dan dana pembiayaan mudah diakses khususnya kepada usahawan wanita, muda dan juga perusahaan di luar bandar. Proses kelulusan geran pinjaman juga harus dipermudahkan bagi

draft • 3:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

menggalakkan inovasi dan pertumbuhan ekonomi tempatan. Pendidikan asas juga merupakan kecemerlangan dan kesamarataan.

Walau pelbagai inisiatif pendidikan diperkenalkan, jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar di Sarawak masih ketara. Terdapat sekolah-sekolah yang masih beroperasi dalam keadaan yang daif, kekurangan tenaga pengajar yang terlatih dan capaian Internet yang lemah. Bagaimana kita mahu melahirkan pelajar yang berdaya saing jika infrastruktur asas pun masih jauh ketinggalan?

Oleh itu, saya mencadangkan agar peruntukan dana pembangunan sekolah luar bandar Borneo diwujudkan dengan pelaksanaan pantas dan pemantauan yang telus. Program Digital Learning Hub diperluaskan ke sekolah-sekolah pedalaman dilengkapi dengan peranti dan capaian satelit Internet. Galakan lebih besar diberi kepada TVET dan pendidikan digital agar anak-anak muda Sarawak dapat bersaing dalam ekonomi teknologi tinggi. Pendidikan bukan hanya soal pembangunan, tetapi soal masa depan. Dalam masa anak-anak Sarawak harus setara dengan anak-anak di Semenanjung. Selain itu, kesihatan mental dan perwatakan murid juga harus diberi tumpuan kerana banyak gejala sosial negatif yang berlaku di sekolah-sekolah dewasa ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain itu juga saya ingin mengutarakan bahawa sudah sampai masanya penggunaan dana MARRIS diubah mengikut perubahan zaman. Ketika ini dana MARRIS boleh digunakan untuk kerja baik pulih dan turap jalan yang sedia ada dan bukannya untuk jalan batu yang baru dibina. Pihak berkuasa tempatan tertakluk kepada dasar ini dan hasrat untuk menurap jalan baru sering terhalang.

Selain itu, saya juga memohon pertimbangan kementerian untuk membenarkan dana MARRIS untuk digunakan untuk menurap jalan batu yang baru dan juga membesarkan jalan-jalan, lorong-lorong di kawasan kampung dan taman- taman mengikut arus peredaran zaman demi jalan yang selesa. Sekarang ini, banyak jalan-jalan, lorong-lorong di kawasan kampung dan taman-taman yang sempit sehingga tidak boleh dilalui oleh kereta yang berselisih.

Saya juga ingin utarakan kekesalan penduduk Parlimen Puncak Borneo, di mana rangkaian Internet semakin teruk walaupun dikatakan telah mencapai— telco telah mencapai tahap 92.4 peratus. Rangkaian Celcom-Digi, Maxis semua teruk.

Mohon kementerian lihat permasalahan ini dengan tegas sebab kalau di peringkat menara, kalau terjadi power blackout rangkaian fiber yang digunakan ke menara- menara telco juga akan terkesan dan menyebabkan liputan rangkaian terputus.

draft • 3:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Lagi satu, jika berlaku vandalisme terhadap menara-menara yang ada, apakah tindakan yang harus dibuat supaya kes ini tidak berulang? Jadi, kementerian kena ada SOP dan fallback plan, dengan izin bersama-sama dengan pemain industri supaya quality of service dan quality of experience meningkat ke arah zero downtime.

Selain itu, saya juga— saya dan penduduk Parlimen Puncak Borneo juga agak terkilan kerana sehingga kini projek-projek di bawah Kementerian KKDW iaitu Projek Bekalan Air Puncak Borneo Fasa II, projek Jalan Kampung Biya Jaber dan projek jalan akses ke Skim Penempatan Semula Kampung Bengoh ataupun dikenali sebagai Bengoh Resettlement Scheme yang telah diluluskan sehingga kini belum dilaksanakan. Saya difahamkan semua projek-projek ini sedang menunggu lampu jalan daripada Kementerian Kewangan.

Kenapa projek lain di Semenanjung semua dapat dilaksanakan dengan cepat tetapi bukan projek-projek di Sabah dan Sarawak? Kenapa perkara ini berlaku?

Adakah Sabah dan Sarawak hanya diperah darah dan ditinggalkan hampas?

Beginikah layanan yang diberi oleh Malaya kepada Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara yang bersama menubuh Malaysia ini?

Kalau benar Belanjawan MADANI Keempat ini Belanjawan rakyat, laksanakanlah projek-projek rakyat di Parlimen Puncak Borneo. Saya ingin mengetahui status permohonan saya juga untuk pembinaan jalan jambatan baru untuk Kampung Tanah Puteh dengan KKDW, permohonan jejantas SMK Siburan dan juga jejantas Kampung Lintang Baru dengan Kementerian Kerja Raya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya landing. Belanjawan 2026 mesti adil dan membawa Malaysia benar-benar MADANI dan berdaya saing secara saksama dan menghormati MA63 yang termaktub dalam perundangan dan Perlembagaan.

Belanjawan 2026 seharusnya menjadi pelan tindakan yang berani dan inklusif bukan sekadar untuk memulihkan ekonomi, tetapi membina keyakinan rakyat terhadap hala tuju negara kita. Saya yakin dengan pengurusan yang berintegriti, menghormati hak orang lain, akauntabiliti yang tinggi serta penglibatan rakyat, Belanjawan ini mampu mencapai matlamat.

Akhir kata, marilah kita menjadikan Belanjawan 2026 ini bukan sekadar dokumen kewangan, tetapi juga komitmen bersama untuk memastikan Malaysia maju, makmur, berdaya tahan tanpa menafikan hak Sabah dan Sarawak. Dan, saya juga ingin ungkapkan kata-kata untuk hari ini di mana pesan saya, jangan kita mengambil hak orang. Kalau hak orang itu berilah kepada mereka supaya kita

draft • 3:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

menegakkan keadilan. Sekian, terima kasih. Semoga Tuhan memberkati anda semua.

[Tepuk]

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Hulu Terengganu.

draft • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada Hulu Terengganu mewakili Hulu Terengganu untuk membahas Belanjawan 2026 bertemakan, “Belanjawan Rakyat”.

Sebelum itu, saya mulakan perbahasan ini dengan petikan ayat Quran dari surah At-Talaaq ayat 2 dan 3 yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sesiapa yang bertawakal kepada Allah sesungguhnya Allah akan menyediakan jalan keluar bagi mereka dan sesiapa yang bertawakal, sesungguhnya Allah mencukupkan semua itu dan Allah melaksanakan dan mengadakan sesuatu itu dengan segala ketentuan”. Dan hadis Nabi yang berbunyi, [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud, “Suruhlah anak-anak kamu untuk sembahyang ketika mereka berusia tujuh tahun dan rotanlah mereka ketika dia berusia 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka”. Tuan Yang di-Pertua, tukar dah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:58 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya tertarik Belanjawan ini apabila Tambun menjadikan isu tatakelola sebagai tumpuan yang mana ia nya juga digunakan sebelum-sebelum ini. Cuma, malangnya apabila memperkatakan tentang tatakelola, ia nya seperti mainan di bibir sahaja. Indah kata, indah bahasa di bibir sahaja, hati di dalam lain bicara. Sedangkan Hulu Terengganu memerhatikan bahawa Tambun tidak mengotakan ataupun mengamalkan apa yang diucapkan.

Tambun mengumumkan bahawa Belanjawan ini RM470 bilion, sedangkan Belanjawan sebenar daripada kantung kerajaan ialah RM420.2 bilion sahaja, yang bakinya itu sumbangan daripada GLC dan juga GLIC, yang mana ia nya tidak berlaku sebelum-sebelum ini. Dan ini dilaporkan dalam Channel News Asia yang melaporkan bahawa Belanjawan ini menampakkan kepelikan dan kesongsangan. Kerajaan

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

MADANI tidak telus dan tidak jujur dalam menguruskan belanjawan rakyat dan masih mengamalkan sikap ketimbang.

Tuan Yang di-Pertua, Tambun juga. Sehingga hari ini saya dan juga Pagoh tentunya masih menunggu permohonan minta maaf yang dikatakan kepada saya dan juga Pagoh yang menggalakkan pengagihan subsidi minyak kepada bangsa asing, walhal ia tidak berlaku dan saya nak tanya MCMC, sejauh mana siasatan dibuat?

Sudah dua bulan masih belum jawapan, menunjukkan betapa tidak kompetennya MCMC. Dan kalau dah ada jawapan, kita menunggu permohonan maaf daripada Tambun untuk menjadi contoh tatakelola kepada seluruh masyarakat kerana pepatah Inggeris mengatakan Yang di-Pertua, "The fish rot from the head.” Ikan buruk bermula daripada kepala.

Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini kita mendengar banyak isu berkaitan dengan pendidikan. Apa suehnya Menteri Pendidikan hari ini Yang di-Pertua?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Terengganu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Baru cakap. Sabar dulu.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya― isu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sabar. Saya, saya habis dulu ayat ini. Saya beri. Don’t worry. Speaking. Tuan Yang di-Pertua, sueh. Banyak kes- kes yang tak pernah berlaku sebelum ini yang mengakibatkan sesuatu yang mencurigakan, yang merasakan bahawa masyarakat di sekolah hari ini dah tidak selamat. Bermula daripada kes Zara, kemudian kes jatuh bangunan di Sabak Bernam. Kelmarin satu lagi kes cabul di Sabak Bernam, kemudian kes bunuh kelmarin di PJ, kemudian kes gantung diri dan sebagainya. Satu demi satu masalah berlaku dalam sistem pendidikan kita. Di mana silapnya?

Adakah kesilapannya berpunca daripada larangan Menteri supaya jangan ganggu guru saya, jangan ganggu pelajar saya, jangan ganggu sekolah saya ataupun mungkin kesilapannya berpunca daripada larangan Menteri untuk tidak membenarkan bacaan Qunut Nazilah di sekolah ataupun mungkin kerana sesuatu yang di luar kemampuan untuk kita fikirkan. Tetapi Yang Berhormat di-Pertua, perkara ini tak pernah berlaku sebelum ini. Sekarang baru berlaku.

Sebab itu, dari segi pendidikan ini saya juga bekas guru. Saya ulangi apa yang saya katakan dulu supaya kembalikan semula hukuman rotan di sekolah untuk mendidik, yang mana dalam pendidikan ini dia perlu hukuman dan perlu penghargaan. Bagi mereka yang bijak, yang baik kita beri penghargaan. Bagi mereka

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

yang bersalah kita kenakan hukuman. Itu juga dianjurkan oleh agama. Agama menganjur kita yang baik diberi pahala, yang tak baik diberi dosa.

Jadi, ada pekeliling ataupun makluman daripada Menteri yang pelajar cemerlang jangan disambut besar-besaran kerana bimbang yang tak cemerlang akan terasa. Saya rasa itu satu kesilapan. Begitu juga saya setuju dengan apa dicadangkan oleh Muar untuk pasang CCTV di sekolah. Tapi ia tidak mencukupi jika pendidikan ini tidak menjurus kepada usaha untuk nak memanusiakan manusia, untuk nak menjadikan manusia itu seorang manusia yang betul-betul manusia.

Sebab itu daripada pelajaran ditukar kepada pendidikan. Tapi hari ini saya nampak pendidikan dah hilang hala tuju. Ke mana arah nak dibawa pelajar-pelajar kita hari ini untuk nak menangani atau untuk menghadapi masalah untuk masa depan? Kita ada cabaran-cabaran yang berbeza dan saya yakin cabaran-cabaran seperti media sosial dengan WhatsApp-nya, Facebook-nya, dengan game Roblox- nya, YouTube-nya, Netflix-nya.

Jadi, kita minta lah Menteri yang bertanggungjawab, MCMC khususnya, jangan duduk turunkan posting, posting yang menghentam kerajaan sahaja. Kawan saya dah 10 telefon dirampas oleh polis kerana buat podcast menentang kerajaan.

Tengok juga perkara-perkara sebegini kerana ia amat mempengaruhi dan juga amat memberi kesan kepada pelajar-pelajar kita.

Sebab tu saya baca hadis tadi. Nabi suruh kita pukul anak kita ketika berusia 10 tahun kalau dia nakal. Jadi sebab itu, hukuman rotan ini perlu dikembalikan di sekolah untuk memastikan anak-anak kita, pelajar-pelajar kita terus beradab dan kita berharap sangat-sangat agar kes pembunuhan pelajar Tingkatan 4 semalam adalah kes yang terakhir. Kalau tidak, kita minta Menteri supaya berundurlah kerana kesuehannya mungkin dalam hal tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya dengar KPPM mengarahkan supaya pengetua-pengetua supaya meninjau kawasan sekolah setiap pagi dan perkara tersebut dah diamalkan. Tapi sejauh manakah tinjauan pengetua itu mampu menyekat dan juga menghalang perkara-perkara yang berlaku ini daripada berlaku?

Kerana sebuah sekolah mempunyai pelajar yang begitu ramai, pengetua seorang sahaja. Sebab itu semuanya ini bermula daripada dalam diri, daripada dalam diri pelajar-pelajar tersebut untuk menjadi manusia yang baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

Isu...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, sila. Jangan panjang, jangan panjang.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, ya.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pendek saja.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum saya bahas, adakah saya dengar tadi 36(4) Yang Berhormat Hulu Terengganu menggunakan perkataan sewel atau kesewelannya? Sewel.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ini masalah...

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sekejap, sekejap. Saya jawab.

Saya jawab. Duduk sekejap, saya jawab.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ini masalah pendengaran yang dialami.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Bagi saya dengar satu-satu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, sila Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau caca merja, mana satu nak dengar eh. Sebentar, sebentar. Baik Yang Berhormat Jelutong, apa dia tadi itu? 36?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(4) “Bahasa yang kurang sopan.” I mean saya minta maaflah mungkin saya tersilap dengar. Sebab itu saya minta penjelasan Timbalan Speaker. Adakah Hulu Terengganu menggunakan perkataan kesewelannya terhadap Menteri Pendidikan? Soalan saya.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Doktor.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya kata sueh, bukan sewel.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, kita ada peraturan. 42 itu bercakap. Dengar saya cakap dulu, lepas tu Yang Berhormat bercakap lah.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua tapi masa tambah Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar.

Okey, kita dah dengar Yang Berhormat Jelutong bertanya dan membangkitkan

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan 36(4) berkaitan isu perkataan tersebut. Apa tadi Yang Berhormat Jelutong?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sewel. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, sekarang saya minta Yang Berhormat...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Hulu Terengganu jelaskan apa maksudnya, baru saya buat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya kata bukan sewel. Sewel itu gila. Saya kata sueh. Sueh ini malang Tuan Yang di-Pertua. Okey, faham? Dulu saya sebut mamba, dia kata mambang. Jadi, dia ada masalah pendengaran Yang di-Pertua. Itu masalah. Tuan Yang di-Pertua, lari poin saya.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagilah saya bercakap.

[Ketawa] Baik, sekarang Hulu Terengganu all right, dah jelaskan.

Bagi saya benda tu okey. Teruskan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang di-Pertua faham. Jadi, itu apa yang berlaku Yang di-Pertua supaya...

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Terengganu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Alah.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya belum habis lagi.

Saya diberi...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jelutong saya tak bagi dah.

Saya tak bagi. Lepas ini saya bagi. Lepas saya bercakap dulu. Ini nak...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekejap.

Yang lain, itu adab ya. Kalau nak bercakap itu berdiri. Ya, nanti kejap. Yang lain itulah. Bukan saja belah sini, belah kanan atau belah kiri. Adab itu ada. Kalau ke adab kita, kalau macam tu nampak belakang? Adakah adab macam itu kita hendak?

Okey, teruskan Hulu Selangor. Peraturan 41 itu jelas. Kalau yang bercakap itu, yang lain jangan ganggu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Speaker, boleh Hulu Terengganu, sikit?

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya tak habis lagi, saya banyak potong stim Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya selalu dapat celahan daripada Hulu Terengganu. Boleh kan saya cakap sikit?

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sekejap, sekejap. Saya nak habis dulu ayat ini. Saya tak bagi, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Speaker, saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya tak bagi lagi, cakap lepas ini.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

36(4).

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kejap, kejap, kejap. Bila peraturan ini, saya layan. Apa dia Yang Berhormat?

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Peraturan Mesyuarat 36(4). Saya rasa perkataan sueh yang digunakan oleh Hulu Terengganu menyatakan bahawa Menteri itu sueh dan dia buat penjelasan mengatakan sueh pada pentakrifan dia adalah malang walaupun saya semak melalui Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sial atau celaka. Tapi, bagi memastikan Dewan yang mulia ini betul-betul mempunyai decorum, saya tak bolehlah kita menganggap Menteri itu malang, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa, saya rasa Hulu Terengganu, kita ini ada adab dan kita kena uphold decorum tersebut.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Paya Besar. Perkataan satu perkataan itu dari konseptualnya, adakah menggunakan untuk nawaitu memburukkan orang lain ataupun tidak? Persepsi saya, tidak. Jadi, teruskan Yang Berhormat.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya, Paya Besar. Okey, seterusnya Yang di-Pertua...

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Timbalan Speaker.

Saya...

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ala, bangun lagi. Kacau. Dia nak kacau, Tuan Yang di-Pertua ini. Ini niat nak kacau, tak betul ini.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya tak macam Hulu Terengganu, selalu kacau perbahasan saya.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu, satu.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya sekarang berurusan dengan Speaker.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Betul, kita ikut peraturanlah. Jangan, jangan langgar.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bagilah saya bercakap dengan Speaker.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ini rosak ini.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Speaker, saya hormat apa yang telah keputusan dibuat tetapi pada pemahaman saya, apabila saya berada di bawah ini, saya mendengar perkataan malang di-address-kan...

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sueh, sueh.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...kepada seorang Ahli Dewan dan Menteri Pendidikan. Jelas diberitahu Menteri Pendidikan adalah kemalangan...

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sueh.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...dan sueh, ke- sueh-ran. Jadi, pada hemat saya, ia merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dan tak baik digunakan.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sama ada— dan saya nampak perbahasan Hulu Terengganu jelas menunjukkan Speaker, niat beliau untuk mengatakan disebabkan Menteri Pendidikan tersebut malang...

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain diamlah. Adab itu ada? Saya tengah berurusan dengan Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, saya berurusan dengan ini, Yang Berhormat. Jadi pada hemat saya, Yang Berhormat, kita, kalau kita nak sebut seseorang itu malang, apa hak kita untuk menentukan perkara tersebut?

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat pun faham ya? Keputusan saya adalah sedemikian dan ini persepsi saya. Saya interpret-kan sebagaimana yang saya percept-kan. Itu keputusan saya. Kalau Yang Berhormat tak puas hati, Peraturan 43 itu ada, bahagian

(2) itu. Baik.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Ini masa panjang habis dah.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, sebentar. Saya akan bagi masa.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya akur dengan apa yang dinyatakan oleh Timbalan Speaker. Timbalan Speaker adalah orang yang paling berkuasa dalam Dewan untuk menentukan perkara yang betul dan salah. Saya akur tetapi kalau, saya mengambil masa untuk google perkataan sueh. Actually, asalnya adalah dalam bahasa Cina, sueh dan ia nya ditafsirkan sebagai malang oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi ataupun ditafsirkan sebagai kecelakaan. Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu mendoakan agar Menteri itu dicelakakan?

Itu sebabnya saya berpendapat bahawa perkataan itu tidak sepatutnya digunakan. Walaupun beliau ingin mengkritik, gunakan perkataan yang paling sopan.

Kita diberi peluang dan ruang. Kita nak kritik kerajaan, boleh, tak ada masalah tapi kalau kita nak mencelakakan seorang Menteri, itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen Pembangkang. Timbalan Speaker, saya mohon, dengan rendah diri, dipertimbangkan bantahan kami. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, bila saya— umpamanyalah, bila saya rasa satu kemalangan atau satu kejadian itu menimpa, saya kata, “sueh betul”. Tak semestinya nawaitu saya menuju kepada orang lain.

draft • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Setuju.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ini fahaman saya. Saya berpandu kepada persepsi dan panduan apa yang saya dengar

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

daripada ucapan, ya? Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Bila saya duduk di sini, saya dah bercakap, walaupun saya BN, saya tak nampak warna biru itu.

Walaupun hijau, saya tak nampak hijau itu kalau PAS. Kalau PKR pun, saya tak nampak.

Saya duduk sini, saya usahakan berlaku adil. Ini persepsi saya. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat, baik siapa sekalilah tak puas dengan keputusan saya, peraturan 43(2) itu ada, buatlah. Itu sahaja. Tapi dalam tempoh 48 jam, the authority yang boleh overrule saya adalah Speaker. Itu sahaja. Baik, teruskan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih Timbalan Speaker yang bijaksana.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dalam masa...

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Berapa minit, Speaker?

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dalam tiga minit ke lima minit.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Oh, tiga minit? Dia potong saya lima minitlah, Speaker.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tiga minit ke lima minit?

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey. Tak apa, tak apa. Terima kasih. Satu lagi, isu pemakaian lencana Jalur Gemilang yang dikatakan menelan belanja banyak ribuan Ringgit ataupun jutaan Ringgit. Berapa? RM8 juta? Tapi sekarang ini benda itu dah hilang. Adakah projek ini hendak diberi kepada kroni sahaja membekalkan benda tersebut dan benda tersebut tidak menampakkan semangat patriotik pun dengan pelajar? Tak terpakai pun sekarang. Yang ini benda- benda yang perlu difikirkan di bawah tajuk tatakelola, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan pelajar-pelajar bukan Melayu yang masih lemah dalam penguasaan bahasa dan di Parlimen ini pun saya dapat lihat ramai Ahli Parlimen yang tidak begitu lancar bahasa Melayunya ketika berbahas.

Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang begitu terhad, berkaitan dengan isu arak. Arak di sekolah, Tiger masuk ke sekolah. Kemudian, lelongan arak di Pontian.

Kemudian di St. Michael, Ipoh. Kita, pembangkang tidak dibenarkan masuk. Arak dibenarkan masuk. Jadinya, ini apakah bentuk tatakelola yang nak dilaungkan oleh kerajaan? Ini satu lagi ke-sueh-lan yang berlaku, Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ini tak patut berlaku dan lebih malang lagi, apabila Menteri menghidangkan arak dalam majlis rasmi kerajaan walaupun dijawab bagai-bagai, ada Yang Berhormat yang cuba mempertahankan tetapi kena tahu bahawa di Malaysia ini, agama Islam adalah Agama Persekutuan. Kena hormat sensitiviti orang Melayu dan Islam yang mengharamkan arak kerana ia tercatat dalam Al-Quran yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Arak, judi, tenung nasib, sembah berhala. Keji dan daripada syaitan”. Jadi, kalau ini berlaku, ditunjukkan kepada masyarakat, adalah sesuatu yang amat malang. Bayangkan Yang di-Pertua, bayangkan, Menteri tengah mabuk, wartawan tanya, mesti merapu jawapan dia. Jadi sebab itu, kita minta Menteri berhati-hati selepas ini dan sehingga sekarang, tidak ada satu permohonan maaf pun yang dikeluarkan daripada mulut Menteri.

Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang begitu terhad, saya nak sebut sikit berkaitan dengan kawasan saya, Yang di-Pertua. Yang pertama, berkaitan dengan status pembaikan laluan Tasik Kenyir yang runtuh dan saya difahamkan telah pun ditender. Terima kasih banyak kepada Menteri Kerja Raya yang mengusahakan projek ini. Kemudian, Kompleks Sukan Paya Besar, Paya Besar, Hulu Terengganu ini, Paya Besar. Bukan Paya Besar, Pahang. Paya Besar, Hulu Terengganu yang ada masalah berkaitan bomba dan kita harap ia nya dapat disegerakan kerana permohonan tersebut dah 10 tahun, dah siap lama tapi masih belum tak dapat digunakan.

Kemudian satu lagi yang paling sensitif, Yang di-Pertua, projek naik taraf Sungai Cepuh dan kerja-kerja berkaitan. Ini di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, yang mana saya mendapat bantahan daripada masyarakat di sekitar tersebut, masyarakat Kampung Nasi Dingin, masyarakat Kampung Cepuh, Kampung Getah Hulu dan Getah Hilir. Mereka tak setuju kerana yang pertama, mereka merasakan bahawa projek ini tidak mengatasi masalah banjir yang berlaku setiap tahun.

Yang kedua, pengambilan tanah sebanyak lebih daripada 100 lot dan mereka cadangkan ambil tanah empat lot sahaja. Jadi, saya tak faham apakah perancangan...

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat, Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Yang dibuat, pengiraan yang dibuat oleh JPS. Daripada 109 lot, ditukar kepada 104 lot. Sepatutnya, daripada 109

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

lot kepada empat lot. Jadi, mereka tolak yang empat lot, mereka setuju. Saya minta dikaji semula projek ini agar projek yang menelan belanja jutaan Ringgit dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar tersebut. Yang ketiga...

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 15 saat lagi saya tutup.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...penurapan jalan Simpang Kua dan Kampung Menerong. Pohon kepada JKR, kalau dah ada, terima kasih.

Kalau belum ada, pohon diadakan. Kemudian, menaik taraf Hospital Hulu Terengganu yang berusia lebih daripada 20 tahun, sejak 1991 belum lagi naik taraf.

Kemudian yang kelima, Terminal Bersepadu Gombak.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Cukup masa dah.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Supaya kerajaan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua yang arif lagi bijaksana, terima kasih banyak.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.

draft • 4:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Saya menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI Keempat yang bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’.

draft • 3:19 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Perkara pertama yang saya nak sentuh ialah kedudukan fiskal negara. Dalam merangka apa-apa belanjawan, kita harus mempaksikan kepada realiti. Dan ini adalah realiti-realiti yang Malaysia menghadapi kini. Pertama, bahawa kedudukan fiskal bagi Malaysia telah lama berada pada paras defisit sejak daripada Krisis Kewangan Asia pada 1998 dan terus berkembang susulan krisis kewangan global pada 2009 dan juga pandemik COVID-19 lalu memakan reserve negara selain menyumbang kepada hutang negara kepada paras yang tidak terkawal.

Kedua, bahawa pentas geoekonomi dan geopolitik dunia kini semakin meruncing lalu memperhebatkan badai ketidaktentuan ekonomi dunia. Pada masa yang sama mendedahkan ekonomi nasional kepada kemelesetan. Maka, sesuai dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menempatkan semula negara ini menjadi antara peneraju ekonomi Asia. Kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Tambun telah menghadapi realiti kini untuk memberi keutamaan kepada

draft • 4:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

mengemaskan kedudukan fiskal negara melalui pelbagai langkah untuk menaikkan hasil dan kurangkan beban subsidi.

Oleh itu, saya menyambut baik Belanjawan 2026 yang dibentangkan berteraskan kepada prinsip mengemaskan kedudukan fiskal negara melalui tekad satu meluhur tata kelola baik yang menumpukan kepada pembinaan kecekapan fiskal, menutup ruang ketirisan serta memperkukuhkan institusi negara.

Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas langkah berani dan strategik yang diambil untuk menstabilkan kedudukan kewangan negara sekali gus memperlihatkan komitmen jelas terhadap penyatuan fiskal yang mampan dan berdisiplin. Hasil kadar defisit kini telah berkurang secara berperingkat kepada 4.1 peratus pada tahun 2024 dan disasarkan menurun lagi kepada 3.8 peratus pada tahun 2025.

Ini merupakan satu anjakan structure yang signifikan menandakan bahawa ekonomi negara semakin berdaya tahan dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sumber yang mudah berubah. Lebih membanggakan apabila mengambil kira langkah mengurangkan defisit fiskal ini telah dilakukan sejajar dengan langkah meningkatkan perlindungan sosial terutamanya bagi kumpulan rentan melalui inisiatif seperti SARA, STR, subsidi bersasar dan sebagainya.

Hal ini adalah perlu bagi melindungi keperluan kumpulan yang mudah terjejas daripada kejutan ekonomi dan pada masa yang sama memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi negara dapat dijalankan secara terangkum sesuai dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk meningkatkan lantai dan meninggikan siling untuk semua lapisan masyarakat.

Perkara kedua ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Pada masa yang sama, saya juga menyambut baik langkah kerajaan untuk menumpukan subsektor pelajaran dan latihan yang telah menerima peruntukan tertinggi berjumlah RM14.45 bilion daripada perbelanjaan pembangunan sektor sosial sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menumpukan segala usaha bagi membangunkan modal insan.

Sesuai dengan hasrat ini, Program Latihan Khidmat Negara juga akan diperkukuh melalui suntikan dana sebanyak RM250 juta yang menumpukan kepada tiga modul utama kenegaraan, kepimpinan dan latihan asas ketenteraan. Ketiga-tiga bertujuan menyemai semangat patriotisme, disiplin dan tanggungjawab kenegaraan dalam kalangan belia.

draft • 4:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Saya berpandangan bahawa PLKN 3.0 perlu diperluaskan bukan hanya dari sudut latihan fizikal tetapi juga dari aspek pemupukan keharmonian sosial dan kefahaman budaya melalui modul interaksi rentas budaya, dialog sensitiviti antara agama serta aktiviti komuniti pelbagai kaum. Benar, majoriti kita bergaul dan berhubung baik sesama kaum-kaum yang berbeza di Malaysia, sesuai dengan kehidupan Malaysia yang mencirikan masyarakat majmuk.

Akan tetapi, kajian yang telah dijalankan oleh Merdeka Center telah mendapati bahawa interaksi tersebut kebanyakannya masih bersifat renggang dan permukaan. Hakikat tahap kepercayaan antara kaum masih rendah dengan masyarakat Melayu hanya mencatat kepercayaan sekitar 57 peratus terhadap kaum Cina dan 53 peratus terhadap kaum India. Oleh demikian, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Satu, apakah komposisi peserta dipecahkan kepada kaum bagi siri PLKN bagi tahun 2024 dan 2025?

Kedua, bagi memastikan bahawa matlamat perpaduan nasional ini benar- benar dapat dicapai, adakah kerajaan bersetuju agar sebahagian daripada dana PLKN diperuntukkan untuk latihan khas kepada jurulatih dan fasilitator PLKN supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan perpaduan nasional, sensitiviti budaya dan psikologi belia.

Perkara yang ketiga ialah ramai daripada Dewan ini telah menyentuh isu buli, rogol dan pembunuhan di sekolah. Perbicaraan soal jati diri anak bangsa negara ini dikejutkan baru-baru ini mengenai kes rogol yang membabitkan beberapa pelajar lelaki Tingkatan 5 terhadap seorang pelajar Tingkatan 3. Kes ini bukanlah sekadar satu kes insiden yang terpencil. Akan tetapi sebenar mencerminkan suatu gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar kita.

Sejak tahun 2015, berbagai kajian yang telah dikeluarkan telah pun merumuskan bahawa insiden gangguan seksual di institusi pendidikan telah menunjukkan trend peningkatan dari tahun ke tahun. Dengan izin, this heinous act of theirs is not born out of a void kerana yang melakukan perkara terkutuk ini sudah tentu tidak akan reti melakukan perbuatan sebegitu tanpa pengaruh daripada persekitaran mereka. Daripada jenaka yang berunsur lucah sudah dianggap sebagai hal yang biasa sehinggalah perbuatan catcalling yang sudah dinormalisasikan.

Secara perlahan perkara ini berkembang lalu membentuk tingkah laku yang berupaya melaksanakan gangguan dan jenayah yang lebih serius.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Selayang. Saya ada soalan.

Kuala Krau.

draft • 4:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ya, saya ada kesuntukan masa.

Kalau ada masa nanti saya bagi. Maka dengan itu saya berpandangan bahawa pihak kementerian perlulah mengambil langkah yang jauh lebih proaktif dan holistik dalam membendung gejala ini supaya kes terkutuk yang terjadi baru-baru ini boleh dicegah.

Perkara yang lain ialah tentang sistem kemasukan universiti, UPUonline. Di kesempatan yang sama, saya juga ingin menyentuh isu berkenaan UPUonline dan keadilan dalam proses kemasukan ke universiti awam. Kita sedia maklum sejak penubuhan Universiti Malaya pada 1949 dan Universiti Kebangsaan Malaysia 1970, matlamat bagi penubuhannya masih kekal sama iaitu untuk membuka ruang kepada anak tempatan daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun status ekonomi agar dapat keluar dari kitaran kemiskinan lalu membina masa depan yang lebih cerah.

draft • 4:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Justeru itu, saya percaya bahawa sistem kemasukan universiti awam yang kini diurus melalui UPU online haruslah mencerminkan matlamat asal ini iaitu untuk memberi peluang yang saksama, telus dan berdasarkan kepada merit dalam menguruskan hal ini.

Saya mengambil maklum akan formula dan cara pengira yang diguna pakai oleh pihak UPU bagi menilai prestasi seorang calon serta langkah diambil pihak UPU dalam memastikan bahawa pemilihan calon bagi kemasukan universiti awam dilakukan secara tertib dan berdasarkan merit. Namun, berdasarkan rumusan beberapa badan pemikir, masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh ditambah baik dari segi pengurusan UPU dan proses pengiraan merit bagi kemasukan universiti seperti ini.

Saya ada satu cadangan alternatif untuk mengadakan pembaharuan sistem kemasukan universiti selain dari apa yang sedang dilakukan. Saya ingin mencadangkan satu penyelesaian alternatif itu. Hakikatnya, sistem kemasukan ke universiti awam di Malaysia pada masa ini tidak benar-benar berasaskan merit. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan program dua tahun yang dinilai melalui peperiksaan kebangsaan yang dikendali secara luaran. Manakala program matrikulasi ialah kursus satu tahun dengan syllabus yang lebih sempit serta dinilai secara dalaman.

Oleh itu, adalah tidak adil untuk menyamakan kedua-dua peperiksaan seolah-olah mempunyai tahap kesukaran dan standard yang sama. Pelajar daripada kedua-dua aliran ini bersaing untuk jumlah tempat universiti yang terhad. Namun,

draft • 4:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

ibaratnya seorang berlari dalam perlumbaan 100 meter, manakala seorang lain lagi hanya berlari 80 meter.

Menambah bilangan tempat di universiti awam bukanlah penyelesaian yang mampan. Tempat yang ada tidak akan pernah mencukupi untuk semua. Persaingan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, persaingan itu mesti adil dan diadakan di atas padang yang sama, dengan izin, up level playing field.

Setiap pemohon perlu bersaing dalam perlumbaan yang sama di bawah satu sistem peperiksaan yang seragam. Hanya dengan cara ini kita dapat menjamin keadilan serta memulihkan keyakinan masyarakat terhadap sistem pendidikan kita.

Jika tidak, mereka yang gagal...

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Selayang, boleh tanya sedikit, Selayang? Hulu Langat.

draft • 4:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yes.

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, Selayang. Isu BBR ini― buli, bunuh dan rogol ini. Saya nampak kita menyalahkan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa tak adil untuk kita menyalahkan kepada Yang Berhormat Menteri.

Kalau ikut isu ini, kita pun tak nak isu BBR ini berlaku, maksudnya.

Jadi, saya nak menyatakan di sini, saya nak tanya pandangan daripada Yang Berhormat Selayang ini, maksudnya peranan masyarakat, peranan ibu bapa, peranan keluarga, peranan rakan sebaya, maksudnya. Mungkin ada salahnya sikit di pihak kementerian dan salah juga mungkin ada di peringkat kita ini. Jadi, pada saya, kalau kita nak menyalahkan semuanya kepada Menteri Pendidikan, saya rasa tak wajarlah. Tanggungjawab itu harus kita ambil bersama sebab anak-anak kita ini, para pelajar ini adalah merupakan generasi yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan negara.

Jadi, saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Selayang. Terima kasih, Yang Berhormat Selayang.

draft • 4:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Saya setuju dengan rakan saya bahawa ini adalah tanggungjawab semua pihak. Tetapi, kerajaan melalui kementerian perlu mengambil inisiatif untuk mencegahkan perkara ini...

[Tepuk] Saya teruskan dengan ucapan saya tentang persaingan yang saya berkata.

Kalau kita tidak ada persaingan yang adil, mereka yang gagal akan berasa seolah- olah masa depan mereka dinafikan. Perasaan tidak puas hati akan menimbulkan rasa benci dan perpecahan, dengan izin, resentment. We can have disappointment when there is a fair competition and we lose. But when we feel that it is not fair, then

draft • 4:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

it arises resentment. And resentment is bad for our society, akan membawa kesan buruk kepada masyarakat kita.

Sekian, terima kasih. Saya menyokong Belanjawan 2026.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Selayang. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 4:30 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulai dengan firman Allah dalam Al-Quran. Bismillahirrahmanirrahim... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Mereka yang menunaikan amanah dan janji”. Ini adalah sifat kepimpinan yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2026. Mewakili rakyat di Rantau Panjang, saya mengucapkan syabas dan tahniah terutama kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus untuk menyediakan Belanjawan 2026.

Tahniah saya ucapkan juga kepada semua pejuang-pejuang di Palestin terutamanya team Sumud Flotilla yang telah membangkitkan kesedaran dunia menentang kezaliman Israel dan kita berdoa supaya rakyat Palestin terus terbela.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana membentangkan Bajet 2026. Namun, bajet bukan hanya melihat angka tetapi melihat air mata rakyat. Bangunkan negara dengan kasih, bukan setakat angka semata-mata. Bangunkan negara dengan nilai, bina budi dan akhlak bangsa. Itu yang kita harapkan daripada bajet ataupun Belanjawan 2026.

Sebelum saya menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan dalam negara kita, saya mengambil terlebih dahulu isu dalam kawasan saya. Yang mana mewakili rakyat di Rantau Panjang, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan meluluskan peruntukan untuk keperluan rakyat di Rantau Panjang khususnya berkaitan dengan tebatan banjir. Saya ingin tahu, bilakah tebatan banjir yang dijanjikan akan dibina dan bilakah dijangka siap? Sebab, musim tengkujuh sudah hampir dan kita lihat masih belum ada lagi pembinaan yang serius terutama fasa dua di Rantau Panjang. Belum ada satu tiang pun lagi dibina.

Jadi, saya ingin tahu, apakah pendekatan yang dibuat oleh pihak kementerian terutama yang berkaitan dengan pelan jangka pendek dalam menangani isu banjir?

Sebab, kerugian yang amat besar ditanggung oleh rakyat. Jadi, saya mohon juga

draft • 4:35 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

supaya diberi peruntukan yang khusus kepada JPS, terutama dalam mendalamkan sungai-sungai yang diperlukan untuk mengurangi risiko banjir di Rantau Panjang.

Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan cadangan pembinaan Jambatan Muhibbah kedua yang menghubungkan Rantau Panjang dan Golok.

Bilakah akan dimulakan? Apakah status terkini tentang pembesaran ICQS di Rantau Panjang? Begitu juga pelebaran jalan ke pintu masuk utama di Rantau Panjang yang mana tahun 2026 Tahun Melawat Malaysia, sedangkan Rantau Panjang ini adalah pintu masuk utama di Pantai Timur ke negara jiran. Jadi, seharusnya perkara ini dipercepatkan. Jadi, saya ingin tahu, bilakah akan dimulakan, dijangka siap?

Begitu juga zon ekonomi khas di sempadan untuk merancakkan lagi ekonomi sempadan. Saya ingin tahu juga, apakah status terkini cadangan untuk membuka laluan rel kereta api ke Rantau Panjang–Golok? Begitu juga apa yang disebut dalam bajet baru ini untuk membuka semula laluan kereta api Pasir Mas–Rantau Panjang.

Sejauh mana program ini akan dilaksanakan?

Begitu juga saya ingin tahu tentang cadangan program pagar keselamatan yang akan dibina di sempadan Rantau Panjang. Apakah yang akan dibuat? Dan apakah usaha yang telah dibuat untuk memastikan mengurangi isu-isu penyeludupan yang berlaku di sempadan?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya juga iaitu berkaitan geran keseimbangan di PBT, yang mana daripada Laporan Ketua Audit Negara mendapati kelewatan penyaluran geran daripada Persekutuan ke negeri ke PBT ini banyak berlaku dan kekurangan ketelusan dalam agihan. Ada PBT yang kecil tapi menerima kurang geran daripada keperluan sebenar dan juga tiada semakan formula terkini di mana menggunakan data yang lama, jumlah penduduk dan hasil yang lama yang tidak menggambarkan situasi sebenar.

Jadi, saya ingin tahu, bilakah geran keseimbangan kepada PBT ini akan disemak semula? Apakah kadar― setakat ini, bilakah kali terakhir geran ini disemak?

Saya harapkan supaya wujudkan mekanisme penilaian berasaskan prestasi kepada PBT yang berprestasi baik untuk dapat insentif tambahan.

Begitu juga menggunakan sistem pemantauan secara digital untuk mengelakkan kelewatan dan peruntukan dibayar terus kepada PBT untuk mengelakkan birokrasi supaya kita dapat mewujudkan keseimbangan pembangunan di wilayah dan daerah.

draft • 4:35 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang berlaku iaitu berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Yang mana kita melihat daripada Bajet 2026 ini tidak menampakkan keutamaan kerajaan dalam pembangunan insan ataupun pembangunan manusia itu sendiri.

Malah kita lihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hanya mendapat bajet sekitar 1.5 peratus daripada keseluruhan bajet negara yang disalurkan kepada kementerian yang menjaga wanita, keluarga, kanak- kanak, OKU, kebajikan masyarakat, golongan rentan. Sepatutnya kementerian ini mendapat bajet yang lebih besar, tetapi kita lihat tidak diberi keutamaan dalam Bajet MADANI pada kali ini.

Begitu juga kita lihat banyak isu-isu yang berbangkit, terutama yang berkaitan dengan keperluan keluarga yang tidak diperkasakan. Kita lihat hari ini banyak keluarga mengeluh dengan tekanan hidup yang semakin tinggi. Walaupun mereka menerima bantuan STR ataupun SARA, tapi mereka masih hidup dalam kemiskinan.

Malah kadar kemiskinan di luar bandar masih 9.7 peratus. Jadi, saya ingin tahu apakah program untuk memperkasakan ekonomi keluarga terutama keluarga miskin? Sebab ia menyumbang kepada masalah sosial dalam negara.

Institusi keluarga amat terjejas hasil daripada tekanan ekonomi. Laporan JKM menunjukkan peningkatan kes penceraian dan keganasan rumah tangga, di mana laporan 2025 lebih sehingga kini 3,768 kes yang telah dilaporkan dan begitu juga sistem sokongan. Contohnya, bajet untuk psikososial seperti bajet untuk– seperti Sistem Talian Kasih yang dikendalikan dengan mendapat bajet yang sangat terhad yang tidak sepadan dengan masalah yang berlaku dalam negara.

Sebab itulah saya mengharapkan supaya bajet ini diberi keutamaan untuk program pembinaan keluarga yang harmoni dalam negara kita untuk mengukuhkan lagi sistem keluarga dalam negara iaitu program Keluarga Sejahtera hendaklah diteruskan. Pendidikan keibubapaan, kaunseling kepada keluarga hendaklah diperluaskan.

Pusat sokongan sosial setempat hendaklah diperbanyakkan. Tidak cukup dengan sedia ada. Begitu juga sokongan kesihatan mental supaya keluarga ini dapat dibangunkan. Banyak isu-isu sosial yang berlaku daripada masalah kesihatan mental, begitu juga mewujudkan penunjuk kesejahteraan keluarga dalam kita menentukan indeks kesejahteraan keluarga.

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bagaimana di depan mata kita keruntuhan moral dalam generasi hari ini. Tidak ada erti kita membangunkan negara dalam keadaan negara kita terus runtuh di sudut akhlaknya. Jadi, kita lihat bagaimana pada tahun 2024, 7,681 kes buli sekolah berlaku dan begitu juga penderaan terhadap kanak-kanak, 114 kanak-kanak maut akibat didera tahun 2024.

Pendidikan akhlak dan moral tidak diberi bajet khusus. Kita tengok dalam Kementerian Pendidikan tidak nampak satu peruntukan yang khusus. Jadi, saya ingin tahu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia apakah perancangan sebab Kementerian Pendidikan mendapat bajet yang sangat besar, apakah perancangan untuk pemulihan akhlak dan remaja hari ini? Dan saya mencadangkan supaya diwujudkan syllabus pembinaan akhlak ini dalam sistem pendidikan termasuk juga memperkasakan iaitu membina generasi solat supaya anak-anak ini dibimbing dengan pegangan yang teguh dengan agama.

Tuan Yang di-Pertua, isu negara menua juga menjadi isu besar dalam negara kita dan kita lihat daripada bajet ini hanya 1.22 bilion untuk warga emas. Dan kita lihat dalam isu negara menua ini menjadi isu yang sepatutnya diberi perhatian sebab negara kita menuju, 15 peratus rakyat negara kita menuju negara akan berumur tua.

15 peratus akan berumur tua menuju 2030.

Jadi, sebab itulah saya ingin tahu apakah program yang akan dibuat untuk memperkasakan peranan warga emas? Sebab warga emas bukan beban, tetapi ia adalah aset yang sangat bernilai kepada negara dan bilakah bandar mesra warga emas akan dilaksanakan?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan gaji rendah petugas kebajikan dan penjaga OKU. Kita lihat di bawah PDK, bayar gaji penyelia hanya dibayar RM1,500 begitu juga petugas di PDK hanya RM1,200 iaitu di bawah gaji minimum. Jadi, bilakah penyelarasan gaji minimum di bawah agensi kerajaan ini akan dilaksanakan sepadan dengan tanggungjawab moral dan beban penjagaan terhadap masyarakat terutama di kalangan OKU?

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan kesejahteraan wanita yang bekerja dan begitu juga berkaitan dengan ibu tunggal yang bekerja di mana kita melihat sistem sokongan terutama kepada wanita yang bekerja tidak cukup meluas. Taska kita lihat hari ini yang kosnya sangat membebankan, begitu juga wanita-wanita berdepan dengan kos penjagaan anak- anak yang begitu tinggi.

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, saya ingin tahu, apakah program-program yang akan dilaksanakan untuk membantu ataupun meningkatkan lagi, memperkasakan lagi sistem sokongan kepada pekerja wanita? Ingat, lebih daripada 50 peratus penduduk negara ini adalah wanita. Wanita penyumbang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Jadi, sudah tentu kewajipan negara untuk menyediakan prasarana yang mencukupi untuk kepentingan terutama pekerja wanita termasuk juga ibu tunggal. Saya ingin tahu apakah program khusus untuk membantu ibu-ibu tunggal miskin khususnya?

Begitu juga, saya ingin tahu tentang program untuk golongan OKU. Masih ramai OKU yang terpinggir. Kita lihat hari ini daripada daftar 2025, seramai 767,243 orang OKU berdaftar dalam negara kita. Dan kita lihat bajet yang diperuntukkan hanya RM1.23 bilion, itu pun hanya untuk bantuan tunai kepada OKU dan perlu kepada anjakan.

Saya ingin tahu apakah program yang akan dibuat untuk memberdayakan OKU? Apakah insentif cukai yang diberi kepada majikan yang mengambil pekerja OKU? Kita perlu kepada suasana yang mesra OKU dan apakah bajet untuk latihan kepada OKU?

Dan ingat, Tuan Yang di-Pertua, saya kesian pada golongan OKU ini peluang untuk mendapat mereka bimbingan agama amat terhad. Kajian mendapati kurang 10 peratus bimbingan agama dapat dinikmati terutama dalam golongan OKU. Jadi, saya ingin harapkan supaya program memperkasakan bimbingan kerohanian sebab kita perlu OKU yang bukan kuat saja fizikal, tapi kuat jiwa dan rohaninya dalam berdepan dengan cabaran dunia semasa. Jadi, program kerohanian perlu ditingkatkan di kalangan OKU.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan awam yang mempertahankan sistem perundangan keluarga Islam dan mempertahankan maruah negara dan tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa terutama apabila CEDAW menuntut supaya Malaysia menghentikan program pemulihan kepada golongan LGBT.

Kita tidak seharusnya tunduk kepada tekanan yang bercanggah dengan prinsip. Kita sebuah negara yang berdaulat seharusnya teguh kita berpegang dengan Perlembagaan kita. Jadi, ancaman liberalisme ini adalah satu ancaman yang sangat bahaya dan semakin menular dalam masyarakat, apalagi budaya songsang seperti LGBTQ yang semakin menular dalam negara.

Saya ingin tahu apakah program yang dibuat oleh kementerian untuk menangani isu sosial yang semakin parah? Begitu juga kelemahan pengawasan

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

kandungan digital. Saya ingin tahu apakah usaha MCMC dalam meningkatkan lagi kawalan nilai digital keluarga? Kita lihat hari ini rosaknya anak-anak apabila mereka terdedah dengan pelbagai program di dalam talian.

Jadi, adakah kerajaan menubuhkan Unit Keselamatan Digital Keluarga terutama dengan peruntukan khusus di bawah KKD untuk mendidik ibu bapa khususnya remaja supaya mereka dapat dikawal tidak terdedah dengan bahan- bahan kandungan yang merosakkan pemikiran dan moral mereka?

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang kerapuhan institusi keluarga Islam di mana laporan kita dapati pada tahun 2024, 30 peratus penceraian berlaku dalam negara kita yang memberi kesan yang sangat besar. Kita sangat sedih berlakunya isu-isu sosial di kalangan anak-anak berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga.

Jadi, saya ingin tahu apakah program yang sedang dirancang? Berapa bajetnya disediakan untuk menangani isu kadar penceraian yang semakin tinggi dalam negara kita? Begitu juga konflik rumah tangga yang sedang berlaku.

Jadi, seharusnya tanggungjawab ini kerajaan pun – ibu bapa diberi kesedaran contohnya dalam mendidik anak-anak, bukan dicampak diberi hanya kepada sekolah atau agensi yang mendidik, tetapi ini adalah tanggungjawab besar ibu bapa. Jadi, sebab itulah program kesedaran keibubapaan ini perlu dipertingkatkan.

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga berkaitan dengan dasar ekonomi. Kita lihat banyak perkara yang dibuat oleh kerajaan, apa yang tidak memberi nilai keluarga. Jadi, saya harapkan supaya MOF mewujudkan indeks kesejahteraan keluarga nasional, meletakkan asas kesejahteraan keluarga dalam setiap perancangan kerajaan.

Begitu juga kesihatan mental keluarga dan remaja. Hari ini kita mendapati 7.9 peratus remaja alami kemurungan dan bagaimana dalam Talian Kasih menerima lebih daripada 250,000 panggilan tahun 2024 yang berkaitan dengan masalah mental. Jadi, sebab itulah bajet kesihatan mental seharusnya ditambah.

Jadi, kesihatan mental ini adalah satu komponen yang sangat besar. Kita baru mendengar berita semalam, bagaimana ada pelajar yang hadapi masalah mental, yang sanggup bunuh kawan. Ini adalah bukan satu perkara yang remeh.

Jadi, seharusnya isu kesihatan mental ini menjadi keutamaan dalam bajet kerajaan.

Begitu juga dalam pembangunan kerohanian, pembangunan institusi keluarga hendaklah diperkasakan.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, kerana masa tidak mencukupi, setakat itu saja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pekan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat yang lepas.

Belanjawan 2026 mencatatkan sejarah tersendiri. Belanjawan terbesar negara berjumlah 470 bilion dan ini juga merupakan belanjawan sulung di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ia nya memperlihatkan komitmen kerajaan untuk terus mengurus ekonomi negara secara berhemah dan berdaya tahan, meskipun berdepan ketidaktentuan global dan cabaran geoekonomi.

Keunikan Belanjawan 2026 ialah tiada cukai baru diperkenalkan dan rakyat boleh menarik nafas lega, kecuali duti eksais rokok dinaikkan dua sen sebatang dan cigar dan cerut dinaikkan RM40 sekilogram. Duti eksais minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus. Ini adalah demi amalan kesihatan yang terbaik untuk rakyat.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila perkara ini berlaku, kemungkinan besar wujudnya pasaran gelap, di mana penyeludupan bahan-bahan tersebut dibawa masuk ke negara ini secara berleluasa.

Dato’ Yang di-Pertua, iltizam tinggi Belanjawan 2026 dilihat untuk menyekat ketirisan subsidi yang merugikan negara kerana subsidi merupakan antara perbelanjaan tertinggi negara. Sepatutnya ia nya dinikmati rakyat dan bukan dimanfaatkan oleh bukan rakyat tempatan atau warga asing.

Penyasaran dan rasionalisasi subsidi. Kalau kita lihat, bahawa kerajaan telah tukar subsidi dari segi diesel dan petrol, hapus subsidi minyak masak tulen dua hingga lima kilogram, pengapungan harga telur, subsidi elektrik secara bersasar.

Semua ini dilaksanakan bagi memastikan penyasaran subsidi kepada golongan sasar yang tepat. Inilah kekuatan yang dilihat dari segi belanjawan ini, di mana kalau

draft • 4:51 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

kita lihat terdahulu, subsidi kerajaan pada tahun 2024, menanggung sebanyak 81 bilion. Pada tahun 2026, jumlahnya cuma 49 bilion.

Oleh sebab itu, untuk mengatasi ketirisan ini ialah suatu perkara yang paling penting dalam belanjawan pada 2026. Untuk menangani ketirisan adalah merupakan senjata ampuh kerajaan bagi memastikan negara tidak kehilangan pendapatan akibat kebocoran hasil tersebut. Rakyat dapat nikmat daripada langkah melalui tatakelola yang baik demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Pekan mencadangkan agar untuk menangani ketirisan yang merupakan satu inti pati penting untuk memperolehi lebihan pendapatan untuk membiayai rakyat, peruntukan yang mencukupi perlu disalurkan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang merupakan entiti kawalan sempadan dan pintu masuk negara.

Tenaga kerja perlu mencukupi, tenaga kerja perlu dipenuhi dan perlu diisi untuk menjalankan tugas-tugas yang lebih khusus. Seterusnya ialah melahirkan tenaga kerja yang cekap dan berintegriti. Cadangan adalah tempoh minimum.

Tempoh minimum berkhidmat cuma tiga tahun di suatu-suatu tempat kerana penempatan semula anggota secara berkala bagi mengekalkan pembentukan sindiket dalaman yang lagi bahaya.

Seterusnya ialah penyediaan peralatan yang berteknologi tinggi untuk mengesan penyeludupan seperti penggunaan dron dan satelit. Sudah sampai masanya— sudah sampai masanya kerajaan perlu membuka ruang dan peluang kepada penyelidik dan saintis tempatan yang terdapat di institusi pengajian tinggi mencipta peralatan. Apa yang paling penting, mereka ini perlukan geran penyelidikan atau melalui program offset perolehan kerajaan bagi membolehkan teknologi ini dapat membantu kerajaan dalam menangani ketirisan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, peruntukan yang mencukupi dan sewajarnya disalurkan untuk kerja-kerja pembaikan agar tugas-tugas anggota tidak terganggu.

Budaya senggaraan aset-aset mestilah dilaksanakan agar aset sentiasa dalam keadaan baik bagi melancarkan tugasan mereka.

Natijah penyasaran subsidi ialah menerusi penyasaran subsidi, kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan negara dan menjana pendapatan yang lebih tinggi. Hasil pendapatan disalurkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif bantuan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat seperti STR, SARA dan lain- lain.

draft • 4:51 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Seterusnya ialah tentang pelancongan bagi menjana pendapatan untuk negara. Pada tahun 2024, industri pelancongan menyumbang sebanyak 291.9 bilion, yang menyumbang sebanyak 15.1 peratus kepada KDNK negara. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, dijangka 47 juta pelancong antarabangsa yang boleh menjana pendapatan sebanyak 329 bilion, manakala 23.5 juta pelancong domestik yang boleh menjana pendapatan sebanyak 76.8 bilion.

Apa yang menarik lagi ialah dalam Belanjawan 2026, tawaran insentif pelepasan cukai RM1,000 bagi menggalakkan pelancongan domestik. Manfaat pelancongan untuk negara tidak boleh kita nafikan kerana pelancongan merupakan pemangkin kepada sektor-sektor lain seperti penerbangan, perbankan, ICT, logistik dan lain-lain. Dan yang paling utama juga ia nya menjana tukaran wang asing untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan rizab negara.

draft • 4:51 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Selain daripada itu, peningkatan hasil kerajaan menerusi cukai perkhidmatan, cukai pelancongan dan levi pelancongan. Selain pada ia nya merancakkan peluang pekerjaan dan ekonomi setempat melalui pembukaan restoran, pengangkutan, produk tempatan, jualan cenderamata dan sebagainya.

Tetapi, natijahnya yang paling utama ialah kemasukan pelancong mestilah diberi perhatian melalui kemasukan yang sah dan tidak memberikan kesan negatif kepada negara atau melanggar undang-undang negara ini termasuklah elakkan perbuatan yang tidak dipanggil bermoral seperti counter setting dan mereka yang tinggal lebih lama di negara ini yang akhirnya menjadi pendatang tanpa izin atau PATI.

Promosi lebih menyeluruh tentang lokasi pelancongan yang menarik di negara ini perlu diuar-uarkan ke seluruh dunia. Ia nya mestilah menaik taraf kemudahan dan infra sedia ada yang terbaik, fasiliti pelancongan bertaraf global, penyediaan pekerjaan mahir di dalam sektor hospitaliti. Ini memberikan kenangan manis kepada pelancong.

Inilah yang pelancong ingat, pelancong kenang dan perkara ini disebarkan pada kawan-kawan di negeri mereka dan akhirnya kawan-kawan mereka juga berminat untuk datang ke negara ini melancong dan kita mesti ingat bahawa peranan ini juga harus dipikul oleh pihak swasta bagi menggalakkan pelancongan di negara ini agar ia menjadi lebih mantap. Realiti sebenar, pelancongan asing lebih berminat kepada alam semula jadi dan bukan konkrit jungle. Pakej lengkap sudah ada di

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

negara kita dan ditambah lagi dengan pelancongan berminat dengan jaminan keselamatan mereka yang juga negara kita boleh sediakan.

Selain daripada itu, makanan-makanan mestilah dipelbagaikan, restoran yang baik, gerai yang tersusun, bersih dan— [Batuk] makanan yang lazat, kualiti hospitaliti yang tinggi dan baik. Ini perkara-perkara yang penting untuk kita meningkatkan kemampuan kita menerima pelancong yang lebih ramai.

Selain daripada itu, penyediaan pemandu pelancong yang mahir dan profesional mesti ada, yang mengetahui kepelbagaian bahasa, berpengetahuan bagi mempromosikan lokasi dan tarikan pelancongan, berketerampilan menarik dan menonjolkan unsur-unsur kepelbagaian kebudayaan di Malaysia.

Menerusi Belanjawan 2026 adalah diharapkan kerajaan dapat merealisasikan dasar dan inisiatif yang telah dirancang dengan cekap dan berkesan.

Selaras dengan matlamat Malaysia MADANI yang berteraskan keadilan sosial, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Semasa di Dewan bersiap sedia, Bila berbahasa jagalah kata; Jangan menyinggung sesama kita, Lontarkan fakta, lontarkan idea. Pekan mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 5:00 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Speaker. Saya mulakan ucapan saya pada petang ini dengan membacakan sepatah Al-Quran.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Jikalau sekiranya penduduk negeri- negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami itu maka kami akan seksa mereka disebabkan perbuatannya.” Surah Al-A'raf ayat 96.

Tuan Speaker, saya berdiri sini hari ini untuk membangkitkan beberapa isu kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan segera Kerajaan Persekutuan. Isu- isu ini merangkumi sekuriti makanan, kemudahan kesihatan awam, pembangunan infrastruktur utama, jaminan kerjaya dan masa depan ekonomi negeri Kedah.

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama menyentuh perkhidmatan kesihatan.

Penduduk Padang Serai terpaksa berhadapan dengan fasiliti klinik kesihatan yang daif. Sementara projek gantian Klinik Kesihatan Jenis 2 Padang Serai telah diklasifikasikan sebagai projek sakit oleh Kementerian Kerja Raya. Kelewatan ini tidak boleh diterima kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa ribuan rakyat setempat. Saya menggesa Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan projek ini disiapkan tanpa sebarang lanjutan masa.

Pada masa yang sama, kita menyambut baik kelulusan projek pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim bernilai RM588 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Rolling Plan Ke-5 (RP5) Tahun 2025.

Namun pembinaannya perlu disegerakan dan diselarikan dengan peruntukan RM40 bilion bagi sektor kesihatan di bawah RMK13 untuk memastikan Kulim Hi- Tech serta penduduk sekitar mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik dengan kapasiti 230 katil dan lapan dewan bedah yang telah dijanjikan.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua melibatkan pembangunan infrastruktur.

Keperluan untuk membina Northern Corridor Expressway dari Changkat Jering ke Sungai Petani adalah lebih kritikal dan lebih strategik berbanding sebarang lebuh raya bertingkat di Pulau Pinang yang telah pun diluluskan. NCE ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kronik di Lebuhraya PLUS dari Juru ke Sungai Dua malah ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi baru di sepanjang laluan di Utara Perak dan Kedah.

Saya sering mendapat rungutan dan aduan daripada penduduk di Jalan FT136 dan juga Jalan FT169 Hi-Tech ke Sungai Kob dan hingga ke Mahang yang sering berlaku kesesakan di waktu kemuncak dan juga ketika waktu perayaan.

Antara alasan yang diberikan ialah tidak dinaik taraf dan sebagainya adalah kerana akan dibina Lebuh Raya NCE ini. Saya faham tender telah pun dibuka tetapi sehingga kini tidak ada syarikat yang masuk. Jadi, saya mohon Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula keputusan membina lebuh raya bertingkat itu supaya diubah peruntukan itu untuk membina NCE yang lebih strategik, yang lebih dapat mengurangkan kos kesesakan yang sedang berlaku di kawasan Juru ke Sungai Dua itu.

Isu ketiga ini adalah mengenai jaminan kerjaya. Kita tidak boleh membiarkan 912 juruteknologi makmal perubatan kontrak yang tamat perkhidmatan pada 2026 di Kementerian Kesihatan yang berada dalam keadaan tidak menentu. Meskipun Belanjawan 2026 mengumumkan penyerapan jawatan tetap untuk doktor dan

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

jururawat, saya mendesak kerajaan agar memperluaskan pelantikan ini kepada JTMP - Juruteknologi Makmal Perubatan dalam kategori kritikal KKM yang lain.

Mereka adalah tulang belakang diagnostik kesihatan negara.

Isu keempat, Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai Kedah Aerotropolis yang di dalamnya termasuk KXP. Walaupun sebahagian komponen seperti MRO dan SLAM telah diluluskan, kelulusan segera untuk projek lapangan terbang KXP masih terhalang. Projek ini adalah economic game changer untuk Kedah. Dijangka merangsang KDNK negeri Kedah sebanyak 4.5 peratus dan mewujudkan 24,000 peluang pekerjaan. Kita perlu bertindak pantas kerana pembangunan hab logistik udara...

draft • 5:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Padang Serai, tanya sikit boleh Padang Serai?

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang sama mungkin sedang dirancang oleh negara jiran di rantau Sumatera...

draft • 5:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Padang Serai...

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang berpotensi menimbulkan— saya tak bagi.

draft • 5:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak bagi?

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Menimbulkan persaingan yang tidak perlu jika kita melambat memulakan.

draft • 5:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak tanya sikit sahaja fasal Kedah. Tak boleh?

draft • 5:04 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Duduklah, duduk, duduk.

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Isu kelima Tuan Yang di- Pertua, saya minta tindakan tegas.

draft • 5:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Saya ada masa, banyak benda lagi saya hendak sebut. Isu kelima, kita dikejutkan dengan masalah ketiadaan dan kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran yang berlaku semula.

Padahal ia dikatakan telah dipulihkan beberapa bulan lalu. Situasi ini mengancam sekuriti makanan negara dan meningkatkan kebergantungan kita kepada beras import yang harganya terdedah kepada konflik geopolitik seperti di Ukraine dan Rusia dan sekatan eksport dari luar negara.

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Walaupun pengumuman penyelesaian isu kekurangan beras tempatan telah dibuat beberapa bulan lalu. Laporan terkini pada September 2025 sehingga kini, beras tempatan tiada dalam pasaran menunjukkan masih ada premis yang tidak mendapat bekalan.

draft • 5:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Malah, ada kebimbangan beras tempatan kurang kerana harga import yang kini lebih kompetitif. Ada juga cakap-cakap di bawah mengatakan kehilangan beras ini mungkin kerana pilihan raya negeri Sabah yang semakin dekat. Ini mempersoalkan keberkesanan langkah intervensi yang diambil termasuk kenaikan harga lantai padi. Mohon kementerian berkenaan mengambil langkah segera demi kebajikan rakyat.

Dalam masa yang sama, kita perlu meninjau semula Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Walaupun projek rintisnya seperti SMART SBB Ala Sekinchan menunjukkan hasil tuaian yang memberangsangkan iaitu peningkatan daripada tujuh tan metrik kepada 10.45 tan metrik per hektar. Persoalannya, mengapakah kelajuan peluasan program ini tidak seiring dengan krisis bekalan yang berulang? Program ini adalah game changer sebenar untuk keterjaminan makanan negara dan ia mesti diperluas secara besar-besaran untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada beras import.

Tuan Yang di-Pertua, kita mendengar laungan gah tentang belanjawan yang kononnya pro-rakyat, pro-petani dan penuh dengan inisiatif membangunkan modal insan. Namun, di sudut yang lain, saya dengar daripada tanah sawah dan suara pesawah sendiri hanyalah derita dan keluhan yang tidak berkesudahan seolah-olah ada dua realiti yang berbeza. Satu realiti di dalam Dewan yang berhawa dingin dan satu realiti lagi di luar sana, di bendang-bendang yang menjadi nadi makanan negara.

Kerajaan dalam Bajet 2026 telah kembali mengulangi laungan mengenai subsidi pertanian yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM2.62 bilion untuk pesawah. Angka yang besar Tuan Yang di-Pertua. Angka yang cukup hebat untuk dijadikan kepala tajuk akhbar, tetapi apakah nilai sebenar di sebalik angka ini jika ia hanya tinggal sebagai angka tanpa pelaksanaan yang nyata?

Mari kita imbas kembali Bajet 2025 pada ketika itu. Kerajaan juga telah mengumumkan peruntukan yang besar untuk kesejahteraan pesawah dan nelayan dengan jumlah RM2.78 bilion. Namun, sehingga hari ini, pada penghujung tahun 2024, pada status pelaksanaannya, di manakah bukti wang tersebut telah sampai ke

draft • 5:10 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

tangan pesawah? Yang kita dengar, yang berlegar-legar di kalangan petani hanyalah kisah indah khabar dari rupa.

Malah, satu perkara yang amat mendukacitakan Tuan Yang di-Pertua, adalah pengumuman pada 11 Jun 2024 yang lalu di mana kerajaan melalui Kementerian Pertanian menjanjikan kenaikan inisiatif pembajakan daripada RM100 kepada RM160 sehektar dan memperkenalkan inisiatif penuaian baru sebanyak RM50 sehektar. Itu diumumkan pada pertengahan tahun ini.

Sekarang kita sudah hampir melangkah ke tahun 2026, tetapi sehingga hari ini para pesawah masih bertanya di manakah duit tambahan itu? Mekanisme untuk menyalurkan tambahan ini kononnya masih dalam proses pendaftaran. Ini adalah satu jenaka yang tempang Tuan Yang di-Pertua. Umum dahulu, laksana kemudian atau umum dahulu dan lupa untuk dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah kesemua tambahan ini hanyalah— sorry, daripada RM5 kerajaan dengan bangganya mengumumkan bahawa jumlah bantuan pesawah kini mencecah RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sebelumnya.

Kononnya ada kenaikan RM510. Tetapi mari kita kira bersama-sama secara ilmiah,

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua. Daripada RM510 itu, pecahannya adalah seperti berikut

(i) RM100 untuk racun SIPP, ini kenaikan;

(ii) RM60 untuk pembajakan, ini yang diumumkan Jun lalu, tetapi masih tidak nampak; dan

(iii) RM50 untuk penuaian, ini inisiatif baru yang juga masih kabur.

Semua jumlah ini — kesemua jumlah tambahan ini hanyalah RM210.

Soalnya, di manakah baki RM300 untuk mencukupkan RM510 yang didakwa? Apakah komponen lain yang dimasukkan atau adakah ini satu helah matematik untuk menimbulkan ilusi seolah-olah bantuan itu lebih besar daripada hakikatnya? Yang lebih memalukan, mendukacitakan Tuan Yang di-Pertua adalah isu elaun tunggu tuai (ETT) sebanyak RM600. Elaun ini merupakan satu bantuan yang penting yang telah lama wujud menjadi penampan buat pesawah dalam tempoh menunggu hasil tuaian untuk dijual.

Namun, dalam pengumuman bajet kali ini, ia nya seperti hilang ditelan bumi.

Tidak dinyatakan secara jelas sama ada ia nya diteruskan, dimansuh atau diselitkan ke dalam angka RM4,300 tadi. Ini menimbulkan kekeliruan dan keresahan yang teruk kepada para pesawah yang hidupnya sudah sedia mencengkam, terpaksa menunggu dalam keadaan yang tidak menentu.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua. Daripada RM510 itu, pecahannya adalah seperti berikut

Salah satu penyakit kronik dalam agrobudaya negara kita ialah mekanisme penyaluran subsidi yang berbelit dan tidak telus. Bukannya semua subsidi sampai secara langsung kepada pesawah. Sebahagian besar disalurkan melalui operator ataupun pihak ketiga seperti kilang-kilang pemprosesan benih dan baja. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, harga di pintu kilang untuk input pertanian seperti benih dan baja tidak berkadaran dengan kemampuan pesawah sedangkan kementerian mempunyai kuasa untuk mengawal dan menurunkan harga ini, tetapi tidak berbuat demikian.

Akibatnya, bantuan subsidi yang diumumkan dengan angka yang hebat itu, hakikatnya tidak dirasai sepenuhnya oleh petani. Wang tersebut seolah-olah berputar-putar di peringkat menengah, manakala pesawah terus terhimpit dengan kos input yang melambung tinggi terutamanya dengan kesan kenaikan harga diesel.

Jadi, soalan asasnya untuk subsidi, subsidi ini untuk siapa? Untuk pesawah atau untuk kartel dan operator yang telah sekian lama memonopoli rantaian nilai ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya nak masuk sedikit lagi isu subsidi petrol ataupun penyasaran subsidi petrol yang telah berlaku baru-baru ini. Saya mendapat rungutan daripada pemain-pemain industri, pemandu e-hailing, pemain ataupun petani industri agromakanan yang menggunakan enjin, yang menggunakan enjin-enjin yang menggunakan kuasa petrol. Pemandu-pemandu e-hailing ini juga diberikan RM300.

Telah diumumkan untuk diberikan tambahan kuota kepada pemandu- pemandu e-hailing ini, tetapi mekanismenya bagaimana? Sampai hari ini mereka masih lagi tidak dapat tahu cara bagaimana untuk memohon. Mereka sedang melalui kerja-kerja sebagai pemandu e-hailing ini. Jika lambat diumumkan mekanismenya, ini akan memberikan tekanan kepada kehidupan mereka.

Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, tambahan isu saya. Isu pemilikan hartanah di Kampung Sungai Baru. Rumah flat dah roboh, rumah teres pun dah roboh. Jadi, saya nak tekankan kepada kementerian, khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan supaya hak milik kepada rumah-rumah kondominium ataupun apartmen yang akan dibina di kawasan Kampung Sungai Baru itu dimilikkan kepada hanya untuk orang Melayu seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor dan Tan Sri Ambrin Buang yang mengatakan, “Kampung Sungai Baru yang terletak di bawah Kampong Bharu ini hanya untuk milik untuk orang Melayu”.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, isu kebejatan sosial yang kita lihat pada hari ini, masyarakat khususnya di institusi pendidikan. Isu BBL seperti yang disebut. Buli, bunuh, rogol berlaku dengan berleluasa pada hari ini. Persoalan saya kepada

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua. Daripada RM510 itu, pecahannya adalah seperti berikut

kerajaan Tuan Yang di-Pertua, adakah negara kita ini sudah hilang keberkatannya?

Adakah negara kita ini sudah hilang keberkatannya? Adakah negara kita ini sudah hilang keberkatannya?

Persoalannya, adakah kerajaan ini telah berlaku adil kepada semua pihak?

Peruntukan kepada negeri-negeri PN tak setara. Bukan tak bagi, tapi tidak setara.

Peruntukan kepada MP-MP pembangkang dinafikan sehingga hari ini, sudah hampir tiga tahun. Jadi, di mana keberkatannya, keadilannya kepada semua rakyat di Malaysia ini?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, rumusan kepada ucapan saya pada hari ini. Saya pohon yang pertama, ketelusan segera. Kerajaan hendaklah membentangkan secara terperinci dan terbuka kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pecahan sebenar peruntukan RM2.6 bilion untuk subsidi pesawah.

Yang kedua, pelaksanaan segera janji lama. Sebelum bercakap tentang Bajet 2026, laksanakan dulu janji yang dibuat pada Jun 2024. Salurkan segera tambahan RM60 untuk pembajakan dan RM50 itu untuk penuaian yang masih lagi tergantung. Kejelasan mengenai elaun tunggu tuai (ETT). Jelaskan dengan segera status elaun tunggu tuai RM600. Jika dimansuh, umumkan secara terbuka dan berikan justifikasi. Jika diteruskan, pastikan ia nya disalurkan tanpa lengah.

Yang keempat, reformasi mekanisme subsidi. Kaji semula keseluruhan mekanisme penyaluran subsidi pertanian. Utamakan saluran langsung (direct transfer) kepada akaun bank pesawah untuk mengelakkan kebocoran dan salah guna oleh pihak ketiga.

Yang seterusnya, tindakan terhadap kartel. Giatkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi anti wang haram

(AMLA) ke atas sebarang bentuk kartel, monopoli dan manipulasi harga dalam industri padi. Berikan perlindungan kepada pemberi maklumat (whistle blower) dari kalangan pesawah dan kalangan masyarakat.

Yang keenam, kawal harga input. Gunakan harga, gunakan kuasa yang ada di bawah Akta Kawalan Harga untuk menetapkan harga maksimum bagi input kritikal seperti benih dan baja bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua. Daripada RM510 itu, pecahannya adalah seperti berikut

Akhirnya Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan Dewan Yang Mulia ini, para pesawah kita bukanlah peminta sedekah. Mereka adalah pahlawan makanan negara. Mereka adalah insan yang menjamin keselamatan makanan kita. Tetapi

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua. Daripada RM510 itu, pecahannya adalah seperti berikut

bagaimana kita membalas jasa mereka? Dengan janji palsu? Dengan mekanisme yang rumit? Dengan membiarkan mereka ditindas oleh kartel?

Suara yang saya bawakan ini bukanlah suara saya, suara ini adalah gema daripada sawah padi di Kedah, Perak, Selangor dan di setiap pelosok negara. Ia adalah suara Pak Haji Rahman yang menunggu TT untuk membeli ubat. Suara Encik Halim yang tidak mampu menanggung kos racun yang melambung dan suara generasi muda yang semakin hilang minat untuk meneruskan legasi keluarga bertani kerana melihat betapa sukarnya kehidupan sebagai pesawah.

Kerajaan sering bercakap tentang membangunkan Malaysia, tetapi pembangunan yang sebenar tidak diukur dengan pencakar langit yang mencecah awan tetapi dengan...

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 5:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

...Kesejahteraan mereka yang membawa, membaja tanah di bawahnya. Pembangunan sebenar bermula dari akar umbi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Berikut, silakan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Auzubillahiminassyaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi ruang pada Tenggara untuk bahas Belanjawan MADANI Keempat, belanjawan rakyat 2026. Tahniah kepada kerajaan bentang Belanjawan 2026. Usaha kerajaan perkukuh daya tahan ekonomi negara, pastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. Teringat tema dahulu, “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen kerajaan urus kewangan negara secara berhemah, berpandukan prinsip kebertanggungjawaban fiskal, tidak mengetepikan keperluan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Tenggara ingin memulakan dengan menyampaikan hasrat orang Tenggara, yang yakin dan percaya bahawa sekiranya kita melangkah ataupun melakukan semula penilaian kepada sistem cukai kita, mungkin boleh menambah lagi nilai kepada kutipan pendapatan negara yang boleh memberi faedah kepada memperkasakan lagi belanjawan ini, sebagaimana gesaan Bank Dunia untuk Malaysia melaksanakan semula GST pada 4 Februari 2025.

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Secara konsisten, Tenggara seru supaya melaksanakan GST. 172 negara dah laksanakan. Jepun – 10 peratus, Korea – 10 peratus, Singapura – sembilan peratus, Thailand – 10 peratus, tujuh peratus dan Indonesia – 11 peratus. Dan, lima negara ini adalah lima negara yang HGHV juga sebagaimana yang dihasratkan oleh belanjawan kita dan juga RMK13.

Dan Tenggara percaya jika kutipan cukai adil dan berkesan dapat diimplementasikan, sumber untuk melaksanakan banyak perancangan mampu dilaksanakan. Jadi, kita boleh kurangkan kebergantungan kepada PETRONAS dengan pendapatan daripada GST lebih stabil berbanding hasil minyak yang bergantung pada harga pasaran dunia.

Dan keduanya, Timbalan Menteri KKDW ada di sini, saya ucapkan tahniahlah merakamkan pertambahan lebih RM400 juta kepada KKDW, naik ke RM12.4 bilion.

Saya harap boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat desa keseluruhannya dan juga kepada RISDA.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan menyinggung beberapa perkara daripada ucapan dasar belanjawan ini. Saya merakamkan— Tenggara merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pasukan Strategic Transformation and Advancement Resources (STAR) kerana menunjukkan komitmen luar biasa menerajui agenda reformasi perkhidmatan awam negara dan Tenggara sambut baik perutusan khas kepada— peruntukan khas kepada pasukan STAR yang merupakan pelaburan strategik dalam usaha pendigitalan dan menjadikan jentera kerajaan lebih tangkas, telus dan mesra rakyat. Usaha murni kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi tingkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan, perkasa MyDigital ID, bangunkan lebih banyak aplikasi digital melalui unit government tech, langkah tepat pada era globalisasi kini.

Walau bagaimanapun, Tenggara ingin bertanyakan beberapa hal.

Pertamanya, apakah langkah kerajaan dalam melatih semula dan meningkatkan kemahiran reskilling, upskilling penjawat awam agar selaras dengan keperluan digital dan perubahan zaman? Adakah terdapat peruntukan khas ke atas perkara berkenaan?

Keduanya, bagaimana kerajaan memastikan bahawa sistem digital yang dibangunkan benar-benar mesra pengguna, khususnya untuk golongan warga emas dan masyarakat luar bandar? Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengintegrasikan semua perkhidmatan digital agensi kerajaan ke dalam satu platform bersepadu agar memudahkan rakyat?

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Keduanya adalah berkaitan dengan UTC dan RTC. Tenggara ucapkan juga tahniah sekali lagi peruntukan RM76.6 juta untuk bangunkan UTC ke-24. Walaupun ia adalah dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib dahulu, tetapi perkara yang baik wajar diperteruskan.

Banyak lagi inisiatif yang dinantikan rakyat yang kerajaan boleh pertimbangkan kembali pelaksanaannya seperti Kedai Rakyat, Klinik 1 Malaysia dan sebagainya yang boleh bantu rakyat mendepani masalah kos sara hidup yang tinggi dan meringankan bebanan.

Selain UTC, Tenggara juga berharap kerajaan perkasa semula RTC, memudahkan rakyat luar bandar terhadap akses perkhidmatan awam yang berkesan. Jadi, Tenggara ingin bertanya adakah terdapat sebarang perancangan oleh kerajaan untuk memperluaskan jaringan RTC ke kawasan luar bandar yang masih belum mempunyai akses kepada kemudahan ini dan di Tenggara sikit saya singgung, ada satu bangunan Pusat Transit Pelancongan Kota Tinggi dahulu pernah dirancang untuk diwujudkan sebagai RTC. Jadi, kalau ada dalam kerangka itu, wajarlah dilaksanakan ataupun dibinakan RTC di Pusat Transit Pelancongan Kota Tinggi which is di Batu Ampat, Parlimen Tenggara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan subsidi bahan api RON95. Tenggara ucapkan syabas kerana membuat keputusan berani laksanakan subsidi minyak RON95 bersasar, kekang ketirisan, beri penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun kepada negara dan subsidi bahan api secara pukal selama ini sebenarnya banyak mengalir kepada orang asing yang bekerja di sini ataupun yang berada di sempadan, baik di Thailand dan juga Singapura.

Jadi, adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengkaji semula had kuota 300 liter secara berkala berdasarkan trend penggunaan memandangkan negara kita memiliki pelbagai cuti perayaan, termasuklah pada tahun hadapan kita akan ada tahun melawat Malaysia? Jadi, mungkin penggunaannya tinggi, jadi mungkin kerajaan boleh melihat untuk mengkaji 300 liter ini. Dan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan tiada pengusaha stesen minyak yang cuba mengambil kesempatan ke atas subsidi yang diberikan?

Ketiganya, berkaitan dengan subsidi RON95 ini. Adakah pihak kerajaan melibatkan NGO-NGO, termasuk NGO-NGO kepenggunaan, NGO-NGO perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya, termasuk juga Majlis-majlis Belia Negeri ataupun Majlis-majlis Belia Daerah untuk sama memantau pelaksanaan RON95 ini, supaya dia lebih berkesan.

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan yang terakhirnya berkaitan RON95 ini, saya menyampaikan suara orang Kota Tinggi, apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk menangani kepenggunaan rakyat di pedalaman yang jauh dan tiada akses kepada pam minyak, contohnya di daerah saya di Sedili, Kota Tinggi, ya. Sebelum ini pun di Sedili memang tidak ada pam minyak, jadi rakyat-rakyat di sana beli guna pam yang pam dekat kedai itulah. So, harga di mark-up sedikit. So, bila harganya dah RM2.60, sekarang ini pada peringkat jual beli di sebelah sana, harga dah jadi RM3.20. Sebab apa? Sebab tauke kedai tak dapat nak beli guna IC dia, sebab ada had. Jadi, bila dia beli untuk kegunaan masyarakat di Sedili, dia menaikkan harga.

Jadi, perkara ini mungkin ada mekanisme, benda masih baharu, tetapi kerajaan dimintalah untuk memikirkan mekanisme supaya boleh menangani masalah ini, iaitu RON95 ini penyasarannya di kawasan-kawasan pedalaman yang [Tidak jelas] . Ini tak termasuk lagi Sabah dan Sarawak. Ini saya sebut di Kota Tinggi, Johor, ya, berlaku di Sedili. Kalau di Long Seridan agaknya Tutoh, Baram, Kampung Matunggong dan lain-lain itu mungkin lebih sukar.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan pendidikan digital.

draft • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar. Saya tumpang sikit.

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Saya.

draft • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, kadang masyarakat pedalaman ya, macam mana Yang Berhormat bercakap itu, jadi mereka ini kadang tak faham. RM1.99 itu dengan RM2.60 itu.

Kerana mereka nak pergi membeli, tapi mereka tak dapat RM1.99 itu.

Jadi, apakah kategori kerajaan yang menentukan siapa layak, siapa tak layak? Adakah perlu berlesen ke, perlu ada kereta ke? Ini yang selalu dihadapi kalau orang asli lah, macam mana Yang Berhormat bercakap tu. Jadi, saya rasa elok kerajaan jelaskanlah perkara ini. Tumpang ya, Yang Berhormat.

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, saya mintalah persoalan daripada Timbalan Speaker juga dimasukkan dalam ucapan inilah dan...

[Ketawa] Betul ya, Speaker. Jadi, sebab memang perkara ini baik, tetapi pengenalannya yang baharu itu ada kesan kepada pelaksanaannya. Jadi, kita bimbang kita nak buat benda baik tapi datangnya marah kepada rakyat. Jadi, minta kerajaanlah untuk kaji.

Seterusnya, Tuan Timbalan Speaker adalah berkaitan dengan pendidikan digital. Kita tengok ada RM66.2 bilion diberikan kepada Kementerian Pelajaran

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Malaysia ini dan digunakan bagi — diharapkanlah Tenggara yakin digunakan bagi memperkukuh infrastruktur pendidikan digital negara juga perlu dilakukan.

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Ini membuktikan kerajaan komited percepatkan transformasi pendidikan dan ia merupakan pelaburan strategik untuk lahirkan generasi celik teknologi yang kreatif dan juga inovatif. Tenggara berharap melalui Bajet 2026, kerajaan perluaskan Program Sekolah Digital MADANI dan merayulah, Tenggara merayu lengkapkanlah sekolah dengan smart TV. Saya yakin dan percaya, semua Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen ini, memang didatangi oleh pihak sekolah, minta smart TV. Kalau di Tenggara ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, ada 11 sekolah menengah, ada 44 sekolah rendah, semua minta. Ini tak termasuk lagi Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Jadi, untuk pihak Kementerian Pelajaran ini, bila sentuh tentang pendidikan digital, sebelum perkara-perkara, hal-hal yang lain itu, infrastruktur untuk pendidikan digital ini hendaklah kita sediakan.

Jadi, Tenggara ingin bertanya, apakah rencana ataupun carta kerja, carta aliran dan jadual pelaksanaan yang dirangka oleh kerajaan dalam Bajet 2026 onward untuk pastikan agenda pendidikan digital ini terlaksana. Contohnya, tahun ini sasarannya berapa biji ataupun berapa buah smart TV hendak disediakan?

Berapa banyak latihan yang hendak diberikan kepada guru-guru kita berkaitan dengan pendidikan digital?

Jadi kalau perkara itu Kementerian Pelajaran boleh jadualkan, kita sebagai Ahli Yang Berhormat dan rakyat di peringkat bawah pun boleh menilai bahawa ketersediaan ataupun kesungguhan kerajaan ini untuk mendigitalkan pendidikan dapatlah dilihat. Jadi kita tak adalah nak bertanya selalu.

Jadi, bila ada peruntukan besar RM6.2 bilion ini, Tenggara berharaplah agar memberi juga pandangan yang serius kepada pendidikan digital. Ini tak termasuk lagi dengan bilik darjah pintar, tak termasuk lagi dengan perkakasan penggunaan artificial intelligence in education yang boleh memudahkan lagi capaian pelajar.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan pembangunan negeri. Tenggara ucap terima kasih kerana pengumuman pembinaan jalan Kluang– Renggam–Layang-Layang, jalan Kota Tinggi–Kluang. Yang ini, sebenarnya taklah directly ada kena mengena dengan Tenggara sebab namanya tak disebut tetapi jalan itu, Kluang–Renggam–Layang-Layang, jalan Kota Tinggi–Kluang

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

memang digunakan oleh rakyat Tenggara. Jadi, Tenggara ucapkan terima kasih, ambil kesempatan terima kasih Yang Amat Berhormat PMX.

Dan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), Tenggara amat berharap sekiranya dimasukkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat PMX semasa belanjawan. SEZ ini diharap sangat dapat melibatkan juga wilayah selatan Tenggara.

Sebab kawasan itu, dari Johor Bahru itu masuk sampai ke hujung Kulai saja. Kulai ini sempadannya adalah Parlimen Tenggara. Parlimen Tenggara ini besar juga. Ada lebih kurang 80,000 penghuni. Jadi, kita nak yang selatan itu kalau boleh dijilat oleh SEZ ini supaya kita pun mendapat limpahannya.

Sebab, kita ada kawasan pembangunan wilayah pantai timur, dia sampai Mersing saja. Tadi Mersing ada, sekarang Mersing tak ada. Tetapi yang untuk ini, dia tak sampai ke Tenggara. Sebab apa? Sebab ada potensi di Tenggara untuk dijadikan sebahagian dari wilayah ini kerana di Tenggara itu ada Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang boleh beri manfaat rangsangan kepada TVET dan juga talent kepada SEZ dan juga di Tenggara itu juga ada terdapatnya Bandar Tenggara Industrial Estate yang saya rasa kalau dimasukkan sedikit dalam SEZ, insya-Allah dia boleh memberi manfaat kepada negara dan juga negeri.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan Tuan Yang di-Pertua, akhir— seterusnya berkaitan dengan SEZ ini juga adalah berkaitan dengan sekolah berasrama penuh lah kalau boleh diadakan sebab daerah di Johor ini ada 10. Satunya, Kulai. Kulai ini sahaja yang tak ada sekolah berasrama penuh. Jadi, saya harap dalam belanjawan ini ataupun perancangan yang mendatang, KPM ambil SEZ juga mungkin boleh jadikan sekolah berasrama penuh TVET pertama boleh dibina di kawasan Tenggara ini, telanjurlah ada kawasannya yang luas sama ada di YPJ ataupun di Tenggara yang berkaitan dengan tanah-tanah KEJORA.

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada kat sini, boleh buat kolaborasi, sinergi supaya satu sekolah berasrama penuh dibina dalam Parlimen Tenggara untuk menjadi sekolah berasrama penuh pertama dalam daerah Kulai. Kita ada 10 daerah, Kulai saja tak ada sekolah berasrama penuh. Jadi, saya haraplah boleh dipertimbangkan.

Dan seterusnya adalah berkaitan dengan TVET, Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 mengangkakan RM7.9 bilion peruntukan untuk TVET. Pengukuhan ekosistem bukan sekadar angka tetapi cerminan kesungguhan kerajaan jadikan TVET pemacu ekonomi baharu serta jambatan peluang sosial bagi

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

golongan muda. Namun, kita juga perlu bersikap realistik dan berhati-hati.

Pengalaman lalu menunjukkan bahawa sebahagian besar peruntukan TVET yang sering tersekat dek birokrasi, pengurusan dana yang tidak cekap, mengganggu proses pendidikan ini.

Jadi, Tenggara menyeru RM650 juta yang diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) digunakan sepenuhnya bagi pinjaman latihan kemahiran, bukan diserap untuk program bersifat promosi atau geran jangka pendek. Hanya dengan cara ini, akses latihan benar-benar sampai kepada belia yang memerlukan. Dalam masa sama, RM3 bilion melalui HRD Corp dan RM45 juta melalui Majlis TVET Negara, wajar dilihat sebagai langkah progresif ke arah TVET moden berteraskan teknologi tinggi digital artificial intelligence dan peralihan tenaga.

Usaha memperkenalkan artificial intelligence kepada pelajar tahfiz, menaik taraf ADTEC Shah Alam serta pembinaan kolej baharu di Sabah, bukti TVET kini bergerak ke arah inklusif dan berimpak nasional. Kita harus skeptikal terhadap ketirisan tetapi perlu progresif dalam pelaksanaan. TVET bukan medan percubaan tetapi pelaburan strategik masa depan negara. Biarlah Belanjawan 2026 menjadi bukti bahawa setiap sen yang dibelanjakan menghasilkan satu belia berkemahiran, satu keluarga keluar daripada kemiskinan, satu bangsa menuju keunggulan Malaysia MADANI.

Jadi, yang akhirnya adalah berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia, yang kebetulan 2026 juga adalah Tahun Melawat Johor, Tan Sri Speaker. Jadi, tekad kerajaan untuk laksanakan Tahun Melawat Malaysia untuk tarik 47 juta pelawat dan menjana RM329 bilion keuntungan amatlah dihargai.

Tan Sri, kalau boleh saya minta seminit Tan Sri? Sikit sahaja lagi. Dan Tenggara berpandangan, oleh kerana pelaburan ini untuk jemput 47 juta ini menghasilkan RM329 bilion jangkaan pendapatan, RM705 juta yang diperuntukkan untuk Visit Malaysia ini saya rasa wajar juga untuk dipertimbangkan tambah sedikitlah.

Mungkin sehingga RM1 bilion mungkin untuk bantu rancak sektor pelancongan negara dan RM300 juta tambahan itu secara one-off guna untuk naik taraf produk pelancongan luar bandar dan Visit Malaysia 2026 bukan hanya peluang untuk menarik pelancong tapi peluang untuk bantu bina ekonomi luar bandar secara inklusif dan mampan dan berapa peratus peruntukan Visit Malaysia 2026 diagih

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

keluar bandar khususnya di negeri Johor. Bantu rancakkan Tahun Melawat Johor 2026 juga.

Tenggara harap peruntukan dapat disalurkan seadilnya. Pastikan segala manfaat, inisiatif tidak hanya dikaut oleh syarikat besar dan kuasa-kuasa tertentu tetapi juga memberi faedah kepada rakyat biasa termasuklah pengusaha-pengusaha inap desa (homestay) dan juga pemilik-pemilik, pengusaha-pengusaha motel luar bandar, para nelayan, petani, pengusaha makanan tradisional, kebudayaan yang boleh memberi janaan pendapatan kepada rakyat dan Tenggara yakin sekiranya ia dilaksanakan, kita mampu menghak upaya peluang pekerjaan, kurangkan migrasi anak muda ke bandar.

Selain itu, Tenggara saran kerajaan laksana hubungan baik dengan NGO- NGO, bantu promosi kawasan destinasi menarik seperti kawasan peninggalan sejarah, pelancongan sukan outdoor, sukan lasak, hiking dan juga cycling dan lain- lainnya dan sudah tiba masanya satu aplikasi perlu dibangunkan. Maksudnya satu aplikasi one stop centre, klik saja di situ, kita boleh dapat maklumat.

Seluruh dunia boleh dapat maklumat tentang Visit Malaysia dan saya cadangkan Yang Berhormat Tan Sri, kalau tidak keterlaluan, surat-surat rasmi kerajaan supaya ada QR code berkaitan dengan Visit Malaysia supaya ke hadapan, bila dapat surat itu, kita boleh scan QR code itu dan boleh menyampaikan maklumat tentang Visit Malaysia.

Dan di Tenggara misalannya, kenapa kerajaan perlu buat hubungan dengan NGO-NGO ini? Sebab di Kota Tinggi, kita ada TIC (Tourism Information Centre) dan bersama dengan Persatuan Sejarah Daerah Kota Tinggi telah menemui beberapa monumen-monumen baik yang kita rasa biasa, Tan Sri. Dekat tempat Tan Sri pun ada, dekat tempat saya pun ada tapi nampaknya, ha tempat Langat pun ada.

Nampaknya biasa tapi sebenarnya pada pelancong-pelancong luar negara, dia adalah satu perkara yang luar biasa. Misalan contoh, kalau saya boleh sebut di sini sikit Tan Sri.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tenggara, landing please.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Okey, saya landing.

Contohnya penemuan Kota Kara tahun 1528, Kota Sayong 1536, Kota Batu 1540, Batu Sawar 1587, Kota Touhid 1623 dan beberapa makam lama daripada abad 16 dan 17 dan saya dah pergi sendiri di Kampung Lukut, di kawasan saya Parlimen Tenggara, ada satu perkuburan, satu makam daripada tahun 1890 dan juga kunci air lama yang dibina sekitar tahun 1800.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, perkara-perkara beginilah dengan penjimatan ataupun penambahan RM300 juta tadi, Yang Berhormat Tan Sri, kita harap boleh membantu menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor. Saya rasa itu saja daripada Tenggara Tan Sri, Tenggara mohon menyokong. Sekian terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Besut, 15 minit.

draft • 5:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 5:39 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam.

draft • 5:39 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Isu pertama yang saya nak sentuh mengenai belanjawan ini adalah antara perancangan kerajaan kita tengok dalam Belanjawan 2026 ini adalah menterjemah undang-undang pra 1957 daripada bahasa Inggeris kepada bahasa kebangsaan.

draft • 5:39 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini adalah langkah yang wajar disambut baik memandangkan selepas 68 tahun kita merdeka dan selepas 58 tahun Akta Bahasa Kebangsaan 1967 ini diluluskan, masih banyak undang-undang kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dibangkitkan untuk perhatian kerajaan bagi menjamin keabsahan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi perundangan negara.

Antaranya adalah perancangan tersebut hanya menyebut undang-undang pra 1967. Bagaimana pula dengan undang-undang pasca 1967? Ingin saya ingatkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi undang-undang bukanlah sejarah silam, sebaliknya ada sebahagian daripada akta yang digubal selepas 1967 masih mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi akta.

Oleh sebab itu, dalam masa beberapa tahun terdekat ini masih timbul isu percampuran bahasa dalam rang undang-undang yang dibahaskan di dalam Dewan yang mulia. Sebagai contoh adalah ketika kita hendak meminda Akta Kanun Keseksaan tempoh hari, dokumen rang undang-undang dalam bahasa Melayu tetap peruntuk tetapi peruntukan yang dipinda diambil daripada versi bahasa Inggeris. Dan keadaan ini menggambarkan ada percanggahan dengan aspirasi Akta Bahasa

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kebangsaan kerana masih ada konteks urusan rasmi yang mengutamakan bahasa Inggeris.

Di samping itu, perancangan kerajaan hanya memfokuskan pada penterjemahan tetapi tidak menyebut tentang penetapan naskhah bahasa Melayu sebagai naskhah sahih dan autoritatif jika terdapat percanggahan dengan naskhah bahasa Inggeris. Perkara ini pernah dibuat untuk beberapa akta sebelum ini seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Jururawat 1950 di mana Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menetapkan terjemahan bahasa kebangsaan sebagai naskhah yang sahih. Penetapan ini dibuat berdasarkan subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Jadi, jika kerajaan komited untuk menyelaraskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang, saya mencadangkan agar ditetapkan satu sasaran untuk selesaikan menterjemah semua akta dalam bahasa Inggeris menjelang 2030, sebagai contoh, dan seterusnya menetapkan versi bahasa Melayu ini sebagai naskhah autoritatif mengatasi versi bahasa Inggeris.

Keduanya adalah tentang PPTN. Susah nak sebut ini. PPTN.

draft • 5:40 PM

Seorang Ahli

PTPTN.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa ‘P’ itu?

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kerajaan mengumumkan pengecualian bayaran...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, berapa ‘P’ tadi? Berapa ‘P’?

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

PTPTN.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, okey.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, kerajaan mengumumkan pengecualian bayaran balik kepada graduan kelas pertama untuk anak-anak keluarga miskin dan menengah. Ini disebut. Kerajaan juga akan mengenakan sekatan perjalanan keluar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara tetapi culas untuk membuat bayaran balik. Nampak seperti langkah yang baik tetapi hakikatnya langkah yang regresif berbanding dengan dasar sebelum ini.

Jadi, pengecualian bayaran balik kepada pelajar-pelajar cemerlang ini bukan perkara baru sebenarnya. Dah jauh. Sekali dimulakan oleh kerajaan terdahulu.

Bezanya adalah sebelum ini pengecualian ini terpakai kepada semua graduan kelas pertama. Jadi, pinjaman mereka dihapus kira sebagai ganjaran kerajaan atas

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

kesungguhan mereka menuntut ilmu sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Malangnya, kali ini pengecualian diteruskan tetapi terhad hanya kepada graduan daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah sahaja.

Ketetapan baharu ini akan memberikan manfaat hanya kepada lebih kurang 6,000 peminjam PTPTN sahaja. Sebagai perbandingan, sebelum ini pengecualian bayaran balik adalah inklusif tanpa mengira pendapatan keluarga dan tidak juga dikira miskin ataupun kaya. Tetapi, kini anak rakyat yang kaya tidak lagi dapat pengecualian walaupun memperolehi keputusan cemerlang.

Saya ingin bertanya, kenapa kerajaan dilihat macam sangat bermusuhan dengan golongan kaya-kaya ini atau yang hidup senang ini. Saya bukan merujuk kepada maha kaya seperti taikun-taikun kapitalis itu ya, seperti Farhash Salvador nama dia, tetapi pada rakyat yang bertungkus-lumus bekerja siang malam ini mencari rezeki sehingga mampu menyediakan kehidupan yang selesa kepada keluarga mereka.

Tetapi, apa yang mereka dapat? Mereka dihukum kerajaan seolah-olah― macam dengan penarikan bermacam-macam manfaat dan insentif seperti pengecualian bayaran balik PTPTN ini. Susah hendak sebutlah. Sudahlah tak layak dikecualikan bayaran balik, walaupun cemerlang, malah belanjawan ini menggertakkan pula dengan sekatan keluar negara jika tidak membayar balik.

Jadi, saya melihat perancangan belanjawan tentang PTPTN ini adalah langkah ke belakang tetapi disolek seolah-olah langkah berkebajikan dan kejayaan mengotakan janji. Kalau dulu bukan main lagilah PMX ada mencanangkan bahawa hasil PETRONAS sepatutnya boleh diguna untuk menampung hutang PTPTN ini.

Kalau tengok video, nampaklah macam mana dia sebut. Saya memetik retorik PMX, “Kalau Turki boleh buat pendidikan percuma tanpa hasil minyak, kenapa kita tak boleh buat di Malaysia?”. Ini yang dikata. Beliau kemudiannya menyebut jika beliau menjadi PM, insya-Allah― memang insya-Allah lah. “Saya batalkan semua hutang- hutang ini supaya anak boleh masuk universiti”. Tapi, sekarang ini berhutang, banyak berhutang ya.

Jadi, kita ke depan sikitlah. Okey, dengan izin, kita fast forward kepada hari ini. Pada tahun lepas, PETRONAS catat untung RM55 bilion, jumlah hutang tertunggak RM6 bilion. Kalau ikut logik, berapa ini? Kita sudah boleh hapuskan hutang PTPTN ini. Saya tidak mahu bercakap tentang sama ada janji beliau gunakan hasil PETRONAS untuk tanggungjawab PTPTN tadi sama ada praktikal ataupun

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

tidak. Hanya sekadar sembang. Kerana kita faham PETRONAS itu bertanggungjawab menggunakan hasilnya untuk berikan dividen kepada kerajaan.

Perbelanjaan operasi, subsidi tenaga dan sebagainya.

Apa yang saya ingin ketengahkan adalah janjikan bulan bintang kepada rakyat demi undi itu adalah sangat mudah. Bila sudah jadi kerajaan, baru tahu langit tinggi rendah. Sebagai orang Islam, ingatlah dengan agama kita ada amaran keras untuk manusia begini, iaitu manusia apabila berkata, dia berdusta; apabila berjanji, dia mungkiri; dan apabila dia diberi amanah, dia khianati.

Seterusnya...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, Besut. Saya cari dalam media arus perdana, Besut...

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Banyak lagi ini. Ada enam, tujuh, lapan lagi. Tujuh minit tinggal.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, PTPTN ini.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kemasukan aktiviti GLC dan GLIC dalam belanjawan. Kita tengok― saya tak bagi. Tak bagi, okey?

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, dia tak bagi Hulu Langat.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Last sekali, kalau dapat.

Last sekali dapat.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sat lagi last dia bagi.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya juga ingin menyentuh tentang aktiviti GLC dengan GLIC atau GLIC yang turut dimasukkan ke dalam Belanjawan 2026. Selama puluhan tahun tujuan dibentangkan, dibahaskan belanjawan adalah untuk membincangkan perbelanjaan dan dasar fiskal kerajaan.

Ya, bukan syarikat berkaitan dengan atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Jadi, pakar-pakar ekonomi pun keliru dan ada yang kata tak pernah dibuat orang ini, kerana memang berlawanan dengan amalan dan tata cara sewajarnya untuk penyediaan belanjawan kerajaan. Walaupun pada namanya ada perkataan kerajaan, kerajaan atau PM sendiri janganlah keliru. Perbelanjaan dan pelaburan GLC tidak sepatutnya dimasukkan secara langsung ke dalam angka belanjawan Kerajaan Persekutuan kerana entiti tersebut beroperasi secara korporat dan bebas daripada kiraan fiskal kerajaan.

Banyak lagi kalau nak sebut ini. Cuma, mungkin kalau kita kata sama ada kita dah― mungkin kerajaan ini anggap benda ini remeh tetapi kelemahan kerajaan memasukkan benda tak perlu ke dalam belanjawan ini akan ada implikasi. Apabila

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

GLC hendak buat pelaburan, sepatutnya mesti melalui prosedur tertentu termasuk jawatankuasa pelaburan, penilaian dan risiko, penilaian ROI, return on investment dan kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah dan juga kepada pelabur-pelabur atau pemegang saham. Jadi, adakah projek-projek pelaburan ini telah melalui proses berkenaan dan dipersetujui sebelum diumumkan?

Dan seterusnya, sedikit tentang keseimbangan wilayah ini.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker. Speaker.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya ingin mengucapkan terima kasihlah kepada rakan-rakan dari Borneo― tak sempat. Nanti. Tak sempat lagi.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Peraturan tetap.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Iaitu Sabah dan Sarawak...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Peraturan Mesyuarat

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

37(2). 37(2).

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, macam dia pula Speaker.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat. Hulu Langat.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan mesyuarat nak mengganggu.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat. Hulu Langat, berapa? Berapa?

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

36(6).

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, apa dia?

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sangkaan jahat. Dia sebut tadi Perdana Menteri, dia kata, nak hapuskan PTPTN. Saya semak dalam media arus perdana, tak ada pun kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang sebut benda ni dulu nak hapuskan PTPTN ni, nak bagi pendidikan percuma ni, Timbalan Presiden PAS daripada Kubang Kerian. Ha, sangkaan jahat tu. Sangkaan memang jahat. Bukan sangkaan jahat, tapi sangkaan memang jahat.

Terima kasih, Speaker.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini pun sangkaan jahat juga ni. Tuduhan jahat.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, teruskan Besut.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih. Saya ingin mengucapkan terima kasihlah kepada rakan-rakan dari Borneo iaitu dari Sabah dan Sarawak ini kerana menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2026.

RM6.9 bilion dan RM6 bilion. Ini adalah langkah yang baik untuk memastikan negeri ini tidak ketinggalan. Dari segi moral dan hak rakyat juga, usaha kerajaan memenuhi Perjanjian MA63 adalah sangat wajar, okey.

Jadi, sepatutnya selepas hampir 70 tahun kita merdeka, tidak ada lagi istilah negeri maju dan negeri kurang maju dalam negara kita. Sekiranya sumber diagihkan secara adil serta mampu merangsang daya maju dan daya tahan setiap negeri dalam Persekutuan. Malangnya realiti yang berlaku adalah masih terdapat jurang yang luas antara negeri dalam amalan federalisme dalam negara kita.

Apabila kita meneliti keseluruhan kandungan belanjawan ini, ada terang lagi bersuluh bahawa masih wujud jurang ketara dari sudut keseimbangan pembangunan wilayah. Kita lihat khususnya bagi negeri-negeri Pantai Timur Terengganu, Kelantan dan Pahang. Seharusnya pembangunan nasional adalah bersifat adil, seimbang dan menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada wilayah Tengah dan juga Semenanjung.

Banyak lagi sebenarnya, tapi dah tinggal sikit. Saya...

draft • 5:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

PTPTN.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Besut, saya ada soalan, boleh ya? Besut, soalan boleh tak?

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong tanya, Besut.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak sempat, tak sempat.

Nanti.

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sambil cari, dia tanya.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sambil cari saya tanya.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa perkara- perkara baik yang dinyatakan oleh Besut tak dilaksanakan di empat negeri ini ditadbir?

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini dah 37(2) ni.

Gangguan ni, gangguan.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nak bagi, tak bagi?

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak bagi.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak bagi, Jelutong.

[Memberi isyarat untuk duduk]

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini apa ni?

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, teruskan.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Besut.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah jumpa dah poin?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Besut, Pasir Mas Besut.

Pasir Mas.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Allah, tak sempatlah.

Tolonglah. Bagi lain kali okey.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pasir Mas jangan ganggu. Pasir Mas jangan ganggu.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Tidak jelas] Suka untuk saya memetik kata-kata Perdana Menteri bahawa, “Firaun pun ada jasanya, tapi jasa Firaunlah. Itu setakat jasalah.” Maknanya sebesar mana pun jasa seseorang, tiada makna kalau banyak juga kezaliman yang dibuat. Firaun tu zalim sebenarnya.

Besarnya jasa seseorang Perdana Menteri kepada mana-mana kelompok atau negeri tertentu bukanlah tiket untuk berbuat zalim kepada yang lain. Sebagai contoh, sekat royalti, peruntukan tidak seimbang antara wilayah, abaikan projek infrastruktur penting atau mungkir janji manifesto untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen tanpa mengira sempadan politik.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, peraturan mesyuarat.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa tu?

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(6). Sangkaan jahat.

Ini saya baca buku pembentangan belanjawan tentang pengumuman Yang Berhormat Perdana Menteri projek-projek di Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan.

Banyak sangat yang diumumkan. Saya ingat Yang Berhormat Besut tak baca kut pembentangan belanjawan, tu sebab tu dia buat tuduhan melulu. Saya minta dia tarik balik.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya kata tidak seimbang, faham? Seimbang, bukan ketimbang! Apa dia pun tak faham.

[Ketawa] Jika kesemua perbuatan zalim ini diteruskan pada zaman ini, ia menunjukkan bahawa Firaun sahaja yang berjasa besar, tetapi zalim.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya masih lagi berpegang kepada bantahan saya. Ini bekas hakim ni. Dia tak baca ni.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, bagi menjamin keadilan pengagihan peruntukan kepada semua wilayah, satu usaha ke arah...

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, macam mana dia jadi bekas hakim? Tan Sri Speaker, macam mana jadi bekas hakim?

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...*Regional...

[Tidak jelas]* dengan izin atau penyeimbangan semula wilayah mestilah dilaksanakan kerajaan sekiranya kerajaan berhasrat menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar adil dan tidak zalim seperti Firaun.

Dan, sedikit berkenaan dengan cadangan membina jalan baru di Felda Keruak dari Besut. Felda Keruak Besut dah lama dah. Dulu dia, Felda Keruak ke Gua Musang dah 18 peratus buat, tak diteruskan. Dah belanja dekat RM100 juta, tapi sekarang ni, saya minta kali kedua. Banyak kali dah sebut, tapi mana perkara yang kedua, cadangan membina jalan baru dari Felda Keruak Besut, Terengganu ke Chuchuh Puteri Kuala Krai, Kelantan. Kuala Krai ada sini. Bersetujukan? Ha bersetuju. Jadi, fasal satu dulu, kalau nak buat fasal satu dulu dengan Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) boleh ya? RM200 juta je, tak banyak RM200 juta je. Boleh teruskan.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah habis dah masa. Dah habis dah. Boleh land.

draft • 5:50 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu lagi boleh? Sikit je.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Landing, landing, landing.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Jadi, arak ni kalau nak dihidangkan di dalam kapal terbang, dia tu benda najis, perbuatan syaitan kecuali ada kawan-kawan syaitan dalam ni tak tahulah. Memang tak boleh, najis. Kalau tengah minum dalam flight tu tengah minum, terpercik ke, ada berlaku gegaran ke, air pocket ke apa semua, macam mana? Air terpelanting dan kena atas. Kalau kena atas Tan Sri. Tan Sri ada sebelah, nak guna untuk sembahyang pun tak boleh. Dah najis. Macam mana?

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya bangkitkan isu peraturan mesyuarat.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya cadangkan macam ni, saya cadangkan adakan satu bilik, satu bilik sediakan arak dalam kapal terbang, letakkan arak dan juga sebelah pintu.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker peraturan.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Peraturan, peraturan.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, peraturan Dewan.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, peraturan Dewan Speaker. Tuduhan jahat. Tuduhan jahat tadi, Speaker. Tuduhan jahat ni. Orang jahat ni Besut ni. Orang jahat ni.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau dia mabukkan. Hei, kamu mabuk. Mabukkah?

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ni jahat ni.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa jahat, kamu yang jahat.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ni jahat ni. Ni jahat dalam Dewan yang mulia tuduh orang macam-macam ni. Ni orang jahat ni.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu mabuk! Kalau nak mabuk, balik.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Orang jahat!

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu yang jahat! Kamu yang kacau!

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jahat! Jahat! Jahat!

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kurang ajar.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kau kurang ajar!

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, 37(2).

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan berhenti, sambung, sambung. Sambung lagi.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

37(2) ini. 37(2). Dia mengganggu dengan tiba-tiba.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey jawab.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuduhan jahat, tuduhan jahat ni!

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu yang bangun.

Kamu jangan bangun masa saya bercakap.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuduhan jahat, tak ada adab, tak ada akhlak ni. Hakim apa ni?

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu lagi...

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini hakim tepi jalan ni, hakim tepi jalan ni.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kurang ajar je kamu bangun.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ni hakim tepi jalan ni. Tak de kualiti punya hakim ni.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masa saya bercakap, jangan bangun okey.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cakap kurang ajar, tak ada adab, tak ada akhlak.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ajar sikit.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah habis? Okey.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ajar sikit.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua-dua duduk. Duduk, habis. Sekarang saya jemput Kuala Krai.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker. Isu peraturan Dewan, saya minta maaf.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, peraturan berapa?

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangun tadi. Kita dengar, peraturan yang saya bangkitkan adalah 36(4), “Menggunakan bahasa kurang sopan.” Kita dengar Yang Berhormat Besut tadi kata, “Saya tak tahu kalau dalam Dewan ini ada orang syaitan.”

draft • 5:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kawan syaitan.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kawan syaitan. Kita dengar, kita dengar Besut cakap tadi. Tan Sri Speaker telah beri teguran. Pelbagai kali, banyak kali telah beri teguran. Jangan gunakan perkataan kafir. Jangan kafir mengkafirkan. Jangan syaitan mensyaitankan. Adakah dia merujuk kepada yang bukan beragama Islam? Adakah ini kelakuan seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional?

Dalam Malaysia ini ada orang yang beragama Islam dan tidak beragama Islam. Saya minta Yang Berhormat Besut supaya tarik balik kenyataan ini. Serius, lebih teruk daripada kafir mengkafirkan. Kita dengar tadi, itu adalah maksud beliau dalam isu...

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Arau, saya belum habis lagi, Arau. Duduk dulu. Arau.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6).

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Arau.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan sebut nama perkataan ni Perikatan Nasional.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa tak boleh?

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas]

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Beliau merupakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau samseng macam ni, adakah seorang DAP?

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya memang Ahli Parlimen DAP.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ha bagus, bagus. Memang layak.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas]

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya bangun, saya bangun sebab perkataan syaitan itu merujuk semua Ahli-ahli Parlimen yang bukan beragama Islam. Itu maksudnya kita dengar.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Baik, baik. Nanti, jangan jawab. Duduk, duduk. Jelutong, duduk dulu. Bangun, Besut kejap. Bangun jap. Jangan jawab, jangan cakap. Biar saya cakap. Adakah maksud Besut tadi, ayat itu merujuk pada bukan Islam?

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya atau tidak? Jawablah itu je. Jangan sambung ayat.

Ya atau tidak?

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, sudah. Duduk.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia salah faham.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan jawab. Ya atau tidak. Macam hakim tanyalah.

Ya atau tidak.

draft • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak!

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah. Cukup, duduk. Oleh yang demikian, saya jemput Kuala Krai.

draft • 5:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca selawat] Setinggi-tinggi penghargaan saya hulurkan atas ruang yang diberikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua demi menyuarakan suara hati rakyat Kuala Krai yang saya kasihi dalam menelusuri perbahasan Perbelanjaan 2026 dengan penuh erti.

draft • 5:59 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 lahir dalam musim di mana moral dijadikan mata wang politik dan keinsafan dijual di pasar wacana. Ketika angka defisit menjerut leher negara, kerajaan menukar kesederhanaan menjadi falsafah ekonomi dan menjadikan ihsan sebagai hiasan retorik di pinggir kenyataan. Dalam banyak baris ucapan, istilah MADANI bergema seperti mantera yang menenangkan hati, namun tidak sedikit pun menggoncang dasar.

Nilai ihsan, peduli dan insaf, kata-kata indah itu berbaris rapi tetapi langsung tidak berpijak di bumi rakyat. Di sebalik kalimat yang lembut dan wajah yang tenang, tiada pembedahan terhadap luka lama, hanya balutan kata pada parut yang kian bernanah. Ini bukan belanjawan reformasi tetapi hanyalah belanjawan penenang emosi rakyat, umpama candu halus yang menidurkan sementara keresahan rakyat agar tenteram.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan ini dengan isu-isu Kelantan. Saya mulakan dengan firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menghukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” Surah an-Nisa, ayat 58.

Kita semua menyedari Belanjawan 2026 ini amat penting kerana ia merupakan belanjawan pertama bagi RMK13. Satu semangat yang amat baik jika di terjemah dalam bentuk pelaksanaan yang menyeluruh dan adil kepada semua negeri, termasuk negeri Kelantan. Bukan sama rata tetapi adil.

Banyak projek di bawah RMK sebelumnya, termasuk jajaran Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai dan LTU, khususnya Kuala Krai ke Gua Musang dan sempadan Pahang masih belum siap mengikut jadual. Kita tidak mahu rakyat terus menjadi

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

mangsa kepada projek tertangguh, proses perolehan lambat dan prestasi kontraktor yang lemah. Rakyat tidak mahu makan janji, rakyat mahu hasil.

Beberapa isu khusus berkaitan Kelantan dan Kuala Krai saya akan sentuh untuk mendapat perhatian pihak kementerian tertentu melalui Belanjawan 2026 ini.

Yang pertama, isu infrastruktur asas dan air. Tan Sri Yang di-Pertua, jika kita bercakap tentang keadilan sosial, maka prasarana asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan mitigasi banjir ialah bentuk keadilan yang paling nyata kepada rakyat Kelantan.

Negeri lain menerima projek mega seperti LRT Mutiara bernilai RM17 bilion tetapi Kelantan masih menunggu Lebuhraya Pantai Timur atau pun LPT3 yang dinilaikan sekitar RM10 bilion dan juga lebuhraya baharu Timur Barat, walhal kita dihidangkan dengan pelbagai kemalangan ngeri lagi menyayat hati. Air pula masih menjadi isu yang membelenggu, bukan kerana negeri tidak berusaha tetapi kerana sistem pembiayaan dan peruntukan yang tidak seimbang.

Tan Sri Yang di-Pertua, belanjawan ini mesti lebih daripada sekadar angka.

Ia mesti menjadi janji ditepati melalui tindakan, bukan sekadar slogan di pentas.

Sekali lagi saya ulang, kerajaan perlu mempercepatkan semua proses asas – semua projek asas tertangguh, berlaku adil, bukan saksama. Laksanakan proses perolehan dengan cekap, pantau prestasi kontraktor dan projek dengan sebaiknya.

Berikan perhatian kepada projek sakit yang tidak mengikut jadual. Saya bimbang terdapatnya unsur salah laku dan rasuah apabila berlakunya projek sakit dan tertangguh. Kerajaan rugi dan rakyat menanggung risikonya. Semoga bajet ini menjadi amanah yang ditunaikan dengan adil, bukan sekadar dibentangkan dengan indah.

Isu yang kedua berkaitan dengan Kelantan, Tan Sri, ialah daya tarik pelaburan dan insentif percukaian. Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa Pakej Insentif Percukaian Khas ECERDC untuk pelaburan di negeri Kelantan telah tamat pada 31 Disember 2024 dan belum diganti dengan pakej baharu. Dulu, pelabur menikmati pengecualian cukai 100 peratus selama 15 tahun. Tetapi kini tiada skim seumpamanya.

Tanpa insentif ini, Kelantan akan kehilangan minat pelabur strategik, sekali gus melambatkan kemajuan ekonomi negeri. Saya mohon agar Kementerian Ekonomi memperkenalkan semula Pakej Insentif Percukaian Khas di Kelantan, khususnya dalam sektor halal, automotif dan agroteknologi. Jangan biarkan negeri ini hanya jadi hab makanan atas kertas tetapi tidak di ladang dan pasaran.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Isu yang ketiga Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan Kelantan ialah pembangunan pertanian dan hab makanan negara. RMK13 meletakkan Kelantan sebagai hab makanan negara. Sebagai menyahut usaha ini, perlu lebih banyak penumpuan diberikan dalam konteks menaik taraf kemudahan pertanian. Termasuk pertama, naik taraf pengairan padi di luar jelapang. Di Kuala Krai khususnya iaitu di Bendang Keno dan Batu Balai. Dan di Machang iaitu di Belukar, Ulu Sat 1 dan Ulu Sat 2, bagi mengoptimumkan pengeluaran padi di kawasan luar jelapang.

Yang kedua, pelaksanaan pertanian berskala besar di Kelantan, termasuk tanaman padi lima musim dalam dua tahun di kawasan KADA dan IADA. Yang ketiga, pembangunan sektor hiliran produk pertanian dengan mengambil kira kesediaan Pasir Mas Halal Park dan Taman Industri Tok Bali yang akan mempunyai infrastruktur yang lengkap pada tahun 2026 serta pengoperasian ECRL kelak.

Jika tiada apa-apa tindakan, maka jelas ia nya hanya sekadar retorik sahaja.

Riwayat pusaka ada berbisik, “kerana yang kau terlupakan ini menimbulkan amarah yang menggoncang daulah, jangan hairan jika akar bumi ini menggigit kerana di sana ada akar yang tidak pernah tidur dan ada sampah yang hanya diam sehingga ia disentuh.” Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan projek-projek di Kuala Krai, saya ingin menyentuh keperluan yang amat mendesak di Kuala Krai.

Tempat tumpah darah dan kasih, Bumi dipijak langit dijunjung; Walau jauh langkah berkalih, Kasihkan Kuala Krai tidak berpenghujung. Isu pertama ialah pembangunan infrastruktur iaitu Projek Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Laloh dan proses pengambilan tanah. Yang kedua, Projek Bangunan Pentadbiran Baharu Majlis Daerah Dabong. Yang ketiga, projek tapak recreation vehicle atau pun RV dan pasar terbuka di kawasan viewpoint Gunung Stong, Dabong.

Isu kedua, pendidikan, infrastruktur pendidikan. Pertama ialah Projek Membina Bangunan Tambahan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai. Yang kedua, projek membina bangunan tambahan pentadbiran dan akademik serta projek ubah suai bangunan sedia ada kepada asrama di Sekolah Kebangsaan Pemberian. Yang ketiga, pembinaan baharu kolej Tingkatan 6 di Bukit Sireh, Kuala Krai.

Kemudian, kesihatan. Yang pertama, pembinaan baharu Klinik Kesihatan Pahi dan kuarters. Yang kedua, pembinaan bangunan baharu Pejabat Kesihatan

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Daerah Kuala Krai. Yang ketiga, projek bangunan baharu unit X-ray, kecemasan dan unit pesakit luar di Klinik Kesihatan Dabong serta pusat hemodialisis.

Isu yang seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan peruntukan MITRA di Kelantan. Peruntukan yang disalurkan melalui MITRA sepatutnya menjadi instrumen penting untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti India di seluruh negara. Namun begitu di Kelantan, terdapat beberapa isu serius yang menjejaskan keberkesanan penyampaian peruntukan ini dan wajar diberi perhatian oleh kerajaan.

Pimpinan dan NGO masyarakat India di Kelantan tidak pernah diberikan taklimat atau pendedahan mencukupi mengenai peruntukan MITRA. Situasi ini menyebabkan ramai tidak mengetahui prosedur permohonan, syarat kelayakan, mahu pun jenis projek yang boleh dipohon. Lebih membimbangkan, prosedur yang sentiasa berubah-ubah menambahkan lagi kekeliruan dan akhirnya, peluang pembangunan yang sepatutnya dinikmati komuniti setempat terlepas begitu sahaja.

Justeru, masyarakat India di Kelantan ketinggalan jauh dan menimbulkan persepsi bahawa komuniti India di negeri ini dipinggirkan serta tidak diberi peluang sama rata dalam menerima manfaat yang diagihkan.

Jelutong ada? Dengar baik-baik ni, kalau ada salah, tolong betulkan.

[Berucap dalam bahasa Tamil]

draft • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Betul ke?

Maksudnya, kejujuran akan berdiri teguh, sementara penipuan akan gugur.

Isu ketelusan dan pemantauan projek juga perlu diberi perhatian. Terdapat rungutan bahawa sebahagian projek yang diluluskan tidak menepati keperluan sebenar masyarakat di lapangan. Kesimpulannya Tan Sri Yang di-Pertua ialah isu peruntukan MITRA di Kelantan adalah cerminan kegagalan penyelarasan, ketelusan dan kesaksamaan dalam pelaksanaan dasar kerajaan.

Sempena Deepavali yang akan tiba pada minggu hadapan, saya ingin mengucapkan Deepavali Nal Valthukkal.

draft • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, betul.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Betul?

draft • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tan Sri Yang di- Pertua, isu seterusnya ialah BUDI 95 dan mobiliti yang tidak bergerak. Program BUDI95 dijaja sebagai simbol keadilan bersasar. Subsidi petrol ditumpukan kepada

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

yang benar-benar layak, hanyalah pemilik perahu, pemandu e-hailing dan nelayan, itu pun hanyalah sekali ganda lebihnya iaitu 600 liter.

Tetapi persoalan pokoknya ialah siapa sebenarnya yang bergerak setiap hari untuk menggerakkan ekonomi negara? Malaysia hidup dengan jutaan pekerja lapangan, juruteknik, jurujual, penghantar makanan, penghantar barang, malah petani moden yang setiap hari memerlukan mobiliti untuk bergerak dan bekerja, bukan untuk beriadah. Ini belum lagi dimasukkan para guru, pekerja sektor kesihatan dan penjawat lain yang sentiasa berulang-alik dari jarak yang jauh setiap hari ke tempat mereka melangsaikan amanah.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Nun di sana, mereka inilah sebahagian tulang belakang ekonomi makro yang diabaikan kerana tidak tercatat dalam definisi rasmi layak subsidi. Di negara seperti Indonesia dan Thailand, subsidi petrol sudah dikaitkan dengan mobiliti pekerjaan.

Kad subsidi digunakan untuk tujuan kerja, bukan identiti pekerjaan. Di Malaysia, kita masih sibuk menentukan siapa yang layak dan siapa tidak layak, seolah-olah ekonomi moden masih hidup dalam dunia sektor tunggal.

Jika mobiliti ialah nadi pekerjaan, maka dasar inilah yang gagal memahami pergerakan rakyat dan ia adalah dasar yang bakal melumpuhkan negara perlahan- lahan. BUDI95 bukan bukti kebijaksanaan fiskal tetapi cerminan betapa kerajaan masih belum faham bagaimana rakyat mencari sesuap rezeki. Ini bulan pertama BUDI95 dilaksanakan dan baru pertengahan Oktober. Dengarlah nanti di penghujung bulan, rungutan rakyat betapa peritnya mereka berdepan dengan situasi ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu scam pesara dan negara tanpa perlindungan digital. Apabila kerajaan bercakap tentang scam, mereka bercakap tentang online, tentang NSRC ataupun Pusat Respons Scam Negara, tentang pemantauan masa nyata, tetapi mereka tidak bercakap tentang manusia yang kehilangan segalanya.

Mangsa terbesar bukan hanya anak muda yang terpengaruh dengan pelaburan kripto tetapi pesara dan warga emas yang hilang simpanan hidup selepas mempercayai suara di telefon yang mengaku polis, pegawai bank ataupun pegawai kerajaan. Mereka percaya kerana mereka dibesarkan untuk percaya pada kuasa rasmi.

Di sinilah kegagalan dasar ini paling ketara. Kerajaan melawan scam sebagai isu keselamatan siber, sedangkan hakikatnya ini adalah isu sosial, isu kepercayaan.

Di luar sana ramai generasi lama, ibu, ayah dan nenek kita, semua ini tidak

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

dibekalkan dengan perlindungan digital. Malaysia hari ini negara menua tanpa sistem keselamatan digital untuk warga emas. Pesara disuruh guna e-wallet dan transaksi digital tanpa tunai tetapi tiada sesiapa melatih mereka mengenal tanda amaran scam atau memberi mereka talian bantuan sebenar bila duit mereka lesap.

Negara lain sibuk melangkah jauh. Jepun melatih warga emas di setiap daerah melalui program Silver Cyber Safety. Singapura menggandingkan warga emas dengan belia digital melalui program elder… [Tidak jelas] bahkan memberi pampasan separa kepada mangsa yang ditipu kerana kelemahan sistem bank.

Setiap kali warga emas kehilangan contoh RM200,000 simpanan hasil 30 tahun kerja, itu bukan sekadar kerugian peribadi tetapi itu kegagalan total negara dalam menjaga rakyat di era digital.

Tan Sri Yang di-Pertua, bencana yang masih dikelola bukan dihadapi. Kita masih bercakap tentang NADMA, seolah-olah ia agensi penyelamat padahal ia tidak lebih dari penyelaras tanpa taring. Setiap tahun kita ulang ritual yang sama. Banjir datang, bantuan lewat, kenyataan Menteri disiarkan dan kemudian semuanya tenggelam bersama lumpur busuk, banjir. Malaysia kekal di takuk lama kerana kita mengurus bencana tetapi bukan mencegahnya. Kita belum bersedia untuk menghadapi dunia yang berubah. Dunia di mana bencana bukan lagi bermusim tetapi berterusan.

Belanjawan 2026 kononnya menambah sedikit dana untuk membina empangan, menambah peralatan dan menubuhkan jawatankuasa baharu. Jepun menjadikan setiap sekolah sebagai pusat latihan bencana, Malaysia masih sibuk bermesyuarat tentang siapa pengerusi jawatankuasa JKPK, JP— apa nama baru ini? MPKK atau sebagainya atau penghulu dan sebagainya. Ini bukan soal bajet, ini soal keberanian memberi kuasa sebenar kepada institusi yang perlu bertindak.

Bencana tidak peduli siapa Menteri, siapa kerajaan, tetapi setiap kali kerajaan gagal bertindak pantas, rakyat tahu bahawa yang tenggelam bukan hanya rumah dan jalan tapi juga maruah sebuah pentadbiran.

Ini isu yang terakhir, Tan Sri Yang di-Pertua ialah dalam struktur ekonomi moden kerajaan bergantung kepada cukai dosa ataupun sin tax. Cukai daripada produk yang diakui memudaratkan kesihatan seperti arak, rokok dan judi. Mutakhir ini, pergantungan ini semakin ketara. Setiap tahun hasil cukai dosa mencecah bilion ringgit dan menjadi antara penyumbang tetap kepada hasil negara.

Soalnya, bukan sekadar dari mana hasil diperolehi, tetapi bagaimana dasar awam boleh kekal rasional bila semuanya datang daripada tabiat yang merosakkan

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

masyarakat. Inilah paradoks sebenar sin tax. Kerajaan mahu rakyat sihat, tetapi pada masa yang sama, adakah kerajaan memerlukan rakyat terus membeli apa yang menyakitkan mereka agar hasil fiskal tidak terjejas? Bak kata pepatah, mengubat dengan racun yang dikutip dari dosa.

Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan MADANI mengumumkan kenaikan duti eksais ke atas minuman keras sebanyak 10 peratus, kononnya bagi mengawal penggunaan alkohol dan meningkatkan kesedaran kesihatan awam. Namun, di sebalik retorik itu, adakah hakikatnya kerajaan sedang mencari sumber baru untuk menampung defisit fiskal yang semakin membengkak? Ironinya, kerajaan ini tidak pernah serius mengawal penjualan arak mengehadkan masa operasi, tiada pelan pencegahan, tiada kempen kesedaran nasional berskala besar.

Ini bukan sekadar soal moral tetapi keselamatan dan kemaslahatan awam.

Ketika mabuk jalan raya menjadi berita mingguan, masyarakat mula kehilangan kepekaan terhadap bahaya yang semakin di normalisasi. Di Malaysia, siapa pun boleh mabuk bila-bila masa dan sistem tidak ada mekanisme untuk menghalangnya, tujuh hari seminggu, 24 jam sehari. Kerajaan boleh menetapkan kawasan larangan merokok di restoran dan premis awam. Web pula digempur habis-habisan dari cadangan larangan total hingga penyitaan besar-besaran tetapi arak masih dijual secara terbuka. Boleh diminum dalam kafe, hotel atau restoran, di pusat membeli- belah, bahkan kini menjadi hidangan majlis rasmi kerajaan.

Mengawal alkohol bukan saja soal agama tetapi soal kebertanggungjawaban sosial. Jika negara bukan Islam pun boleh menetapkan batas, mengapa Malaysia tidak boleh menilai semula dasar longgar yang sedang memakan generasi muda?

Sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, semalam, sekali lagi tanah air kita tergoncang oleh berita yang merobek nurani. Seorang pelajar perempuan rebah tidak bernyawa ditikam oleh rakan sekolahnya sendiri. Tragedi ini bukan sekadar berita, bukan sekadar statistik, ia adalah jeritan pilu daripada sistem pendidikan yang sedang berdarah dari dalam.

Rakaman buli tular, jeritan mangsa rogol bergema dan kini nyawa pula menjadi taruhan dalam kalangan pelajar. Apa sudah jadi ini? Satu demi satu jenayah berlaku dalam kawasan sekolah dan melibatkan pelajar. Saya menyeru dengan suara muhasabah yang tulus, muhasabahlah sejenak wahai orang yang diberikan amanah, wahai Menteri, wahai Perdana Menteri, semua kita. Saya sangat takut jika ini amarah dan bala dari Tuhan atas dosa dan kelalaian.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sudah tiba masanya kita menggenggam tangan, mengikat tekad bahawa tiada lagi darah yang tumpah di tapak sekolah. Tiada lagi air mata ibu bapa yang menanti anak yang tidak kembali. Hentikan keganasan ini dengan hati ikhlas, dengan tindakan yang tegas dan dengan kasih yang tidak bersyarat kerana bangsa yang gagal melindungi anak-anaknya adalah bangsa yang perlahan-lahan kehilangan masa depannya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Saya jemput Kota Belud.

draft • 6:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya Belanjawan 2026 ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Di bentang dengan hasil kerajaan yang akan diperolehi dan ke mana hasil itu akan dibelanjakan. Begitu juga dengan hutang negara, unjuran pertumbuhan ekonomi dan juga cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi pada tahun hadapan.

Hasil diterima RM343 bilion, perbelanjaan mengurus RM338 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM79.5 bilion. Angka dan unjuran ini penting, tetapi apa yang lebih penting bagaimana kerajaan ingin capai angka ini dan terpenting sekali adakah rakyat di bawah akan merasai hasil dan inisiatif baik untuk mereka dan untuk rakyat rasai, sistem penyampaian di peringkat pelaksana di bawah perlu benar-benar bekerja, benar-benar memahami dan benar-benar melaksanakan apa yang kerajaan hasratkan.

Emolumen atau gaji merangkumi RM109 bilion atau 63 peratus daripada jumlah hasil cukai pendapatan pada tahun 2026, jumlah yang besar dan menuntut tanggungjawab yang besar. Saya menyokong langkah kerajaan dalam memperkasakan sektor awam dan rakyat ternanti-nanti hasil daripada transformasi yang dilaungkan. Terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang telah melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Besar sumbangan anda kepada negara. Tetapi kepada mereka yang cuai dalam melaksanakan tugas, rakyat dan negara jugalah yang rugi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana mengumumkan peruntukan pembangunan tertinggi kepada Sabah berbanding dengan wilayah dan negeri-negeri di Semenanjung. Ini mencerminkan realiti sebenar kekurangan besar yang ada di Sabah dan diakui. Persoalan, benarkah peruntukan besar setiap tahun kepada Sabah ini diterjemahkan dengan pelaksanaan

draft • 6:17 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

projek-projek baru yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun semasa di Sabah?

draft • 6:17 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Persoalan kedua, jika projek baharu di Sabah gagal dilaksanakan pada tahun semasa di Sabah, ke manakah peruntukan itu akan dibelanjakan? Adakah projek lain di Sabah akan dilaksanakan atau peruntukan itu disalurkan ke wilayah atau negeri lain di Malaysia? Itu di peringkat Persekutuan. Di peringkat negeri lain pula ceritanya.

Sudah dibagi, gagal dibelanjakan.

Saya rujuk dari sumber MyProjek untuk JKR Sabah. Bermula tahun 2023, Persekutuan bagi peluang kepada agensi pelaksana Sabah laksanakan sendiri projek melalui AP182. Berapa yang diluluskan? 61 projek baru dengan peruntukan bagi tahun 2023, RM26.73 juta. Berapa dibelanjakan? Hanya RM6 juta. Ringkasnya, RM26 juta diberi, hanya RM6 juta dibelanjakan. Itu tahun 2023. Untuk tahun 2024, Persekutuan luluskan 107 projek baru dengan peruntukan berjumlah RM88 juta.

Berapa yang dibelanjakan? Hanya RM9.62 juta. Berapa peratus? 11 peratus.

Ringkasnya, RM88 juta diberi, RM9 juta sahaja yang dibelanjakan.

Tahun 2025, setakat bulan September, Persekutuan luluskan 101 projek baru dengan peruntukan berjumlah RM50.71 juta. Berapa yang dibelanjakan? Hanya RM6.85 juta. Ringkasnya, RM50 juta diberi, RM6.85 juta sahaja yang dibelanjakan.

Kegagalan tiga tahun berturut-turut ini mencerminkan kelemahan ketara pengurusan dan pentadbiran kerajaan Sabah. Sabahan, adakah kerajaan ini perlu dikekalkan atau ditukar?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Sabah yang diumumkan di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun.

Pertamanya, kadar pemberian khas Sabah yang berjumlah RM600 juta. Terima kasih, tapi kami rakyat Sabah masih ternanti-nanti pelaksanaan Perkara 112C berkenaan hasil 40 peratus. Bila mahu laksanakan atau masih lagi dengan jawapan yang sama setiap tahun?

Kedua, bekalan elektrik Sabah. RM1.2 bilion disediakan untuk menjamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah. Namun, adakah ia nya mencukupi atau kerajaan Sabah akan memohon dan merayu kepada Persekutuan untuk tambah lagi sepertimana yang berlaku pada tahun lalu?

Ketiga, Projek Talian Penghantaran Southern Link. Projek yang telah lama dirancang dan sepatutnya dilaksanakan dan saya mohon agar projek ini wajib dilaksanakan pada tahun hadapan. Cuma disebut sebagai pembiayaan, saya ingin

draft • 6:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

tahu di mana butirannya di dalam buku belanjawan ini dan ia nya akan dibiayai melalui bon kerajaan?

Keempat, RM1 bilion untuk projek air Sabah yang disalurkan oleh Persekutuan kepada Sabah sejak tahun 2024. Saya ingin tahu pecahannya, berapakah projek baru dan berapakah projek sambungan sebelum tahun 2024?

Saya rujuk anggaran perbelanjaan Persekutuan bagi tahun 2024, 2025 dan 2026 bagi maksud pembangunan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Untuk tahun 2024, RM258 juta diperuntukkan secara pinjaman kepada Sabah, RM2.3 juta secara langsung. Perbelanjaan sebenar, RM221 juta. Untuk tahun 2025, RM174 juta secara pinjaman, RM500,000 secara langsung. Untuk tahun 2026, RM209 juta diperuntukkan secara pinjaman, manakala secara langsung adalah RM100,000.

Jika saya rujuk ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, perkataan yang digunakan pembiayaan yang bermaksud secara pinjaman dan butiran pinjaman ini hanya ada di butiran PETRA. Dan kalau dikira dari tahun 2024 dan tahun 2025, jumlahnya RM432 juta dan jika ditambah peruntukan yang ada pada tahun 2026, jumlah keseluruhan RM641 juta. Jadi, mana baki RM360 juta?

Seterusnya, saya pergi kepada the legendary project iaitu Pan Borneo Sabah.

Pertama, disebut di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, RM1.67 bilion akan dilaksanakan, tetapi jika saya lihat di butiran Kementerian Kerja Raya hanya RM1.37 bilion disediakan. Adakah baki RM300 juta akan dibiayai melalui DanaInfra?

Menyentuh mengenai DanaInfra ini, saya ingin tahu berapakah jumlah yang telah diterbitkan untuk pembiayaan Pan Borneo Sabah setakat ini? Fasa 1A berapa dan Fasa 1B berapa? Saya sebenarnya khuatir kerana Fasa 1B yang bernilai RM13.98 bilion ini jangkaan siap pada tahun 2028. Tinggal tiga tahun lagi, tetapi peruntukan tahun hadapan hanya RM1.67 bilion.

Jika peruntukan sekecil ini, adakah ia nya akan dapat disiapkan pada tahun 2028? Saya baca dan dengar ada syarikat-syarikat utama bagi pakej 1B yang telah subcon-kan projek yang mereka dapat. Berapa syarikat yang terlibat? Apakah tindakan kerajaan? Mampukah mereka ini? Subcon ini syarikat tempatan atau syarikat luar negara? Saya mahukan jawapan.

Seterusnya, saya ingin bertanya apakah status terkini pembinaan Politeknik Kota Belud? Adakah jawapannya masih sama seperti tahun-tahun lalu, sama seperti Mac atau terbaru minggu lalu? Kalau jawapan yang sama, ndak perlu jawablah, buang masa. Seterusnya, tanaman padi di Sabah. Dari RM300 juta itu, berapakah

draft • 6:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

peruntukan yang disediakan bagi menambah baik benih padi di Sabah dan apakah perancangan baru bagi meningkatkan produktiviti padi di Kota Belud? Berkenaan klinik kesihatan baru, bagaimana pula dengan projek pembinaan klinik kesihatan di Pulau Mantanani? Apa lagi masalah? Kenapa belum start, start?

Seterusnya, RM2 bilion disediakan termasuk menaik taraf sekolah daif. Saya rujuk dashboard sekolah daif KPM. Dari tahun 2023 hingga tahun 2025, terdapat 103 projek sekolah daif di Sabah. Daripada jumlah itu, 87 masih dalam pra-bina dan hanya 16 sahaja yang sedang dibina. Ya Allah, apa ini ha?

Menyentuh mengenai sekolah, saya tidak boleh berdiam dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sekolah sepatutnya tempat yang selamat untuk anak-anak, tetapi malangnya makin banyak kejadian yang tidak masuk akal berlaku. Selepas kes Zara Qairina tempoh hari, kita sepatutnya insaf dan jadikan pengajaran. Mungkin kita kena kaji apa yang menjadi pengaruh kepada banyak kejadian di sekolah sekarang.10 tahun, 20 tahun akan datang, mereka ini adalah generasi negara. Rosak mereka, rosaklah negara.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang bukan masa untuk kita menyalahkan mana- mana pihak. Sekarang adalah masa untuk bertindak. Bertindak dengan betul, bertindak dengan pantas dan tegas. Pastikan anak-anak yang dilahirkan adalah manusia, bukan manusia jadian.

Seterusnya, RM50 juta bagi baik pulih dan menyelenggara rumah ibadah bukan Islam. Pertama, saya ingin tahu bagaimana ingin memohon peruntukan ini?

Dan kedua, saya ingin tanya kepada— tanya daripada pihak JAKIM berapakah peruntukan yang disediakan bagi menaik taraf dan membaik pulih masjid ataupun surau di Sabah secara keseluruhan dan Kota Belud secara khusus. Saya sudah hantar bah, Masjid Lingkodon, Masjid Tawadakan, Masjid Kesapang. Masjid bah, itu pun ndak kena pandang. Sebagai contoh, Masjid Lingkodon punyalah usang, kena makan anai-anai, kawasan banjir lagi, sama siapa bah yang patut saya minta? Sama siapa bah patut saya sujud untuk minta masjid saja?

Tuan Yang di-Pertua, buat berkali-kalinya saya sebut sama ada di dalam Dewan ini ataupun di luar sana bahawa saya dan parti Warisan menyokong penuh 100 peratus usaha Yang Amat Berhormat Tambun dalam memerangi rasuah dan mengangkat tinggi tatakelola dan urus tadbir dalam pentadbiran. Tun, Tun kah, bekas Perdana Menteri kah, bekas Menteri Kewangan kah, bekas Ketua Menteri kah, semua saya sokong untuk siasat. Ada bukti, dakwa. Terbukti bersalah, sumbat dalam penjara. Jadikan pengajaran buat kita semua.

draft • 6:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Namun, saya lihat tindakan SPRM dan Jabatan Peguam Negara seolah-olah memilih bulu dalam menyiasat dan mendakwa kes skandal perlombongan di Sabah yang melibatkan ADUN-ADUN Sabah. Dan ini sangat mencemarkan tindakan terpaling antirasuah kerajaan hari ini. Sama ada jawapan lisan kah, Hansard kah daripada jawapan dalam Dewan kah, saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tidak jelas, sangat tidak jelas.

Bagaimana video dari orang yang sama, sumber yang sama, lapan ADUN yang terlibat termasuk seorang Speaker, dua orang ADUN sahaja yang didakwa.

Sudahlah lambat disiasat, dakwa pula boleh main pilih-pilih siapa yang mahu didakwa. Lepas itu, baru lagi ada pula video melibatkan Timbalan Ketua Menteri.

Yang peliknya, punya laju SPRM kasi keluar statement berbanding dengan kes lapan ADUN yang lalu. Statement, statement juga, bila mahu dakwa? Masih lagi mahu buat forensik? Berapa lama? Lepas pilihan raya?

Yang Amat Berhormat Tambun, you are the prime minister that we all have been waiting for, you are the reformist. Ke mana bah tekad dan kesungguhan dalam membanteras gejala rasuah di Sabah? Now that the power is in your hand, please live up the promises of yesteryears dalam membanteras rasuah.

draft • 6:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dear Sabahan, rasuah inilah yang memiskinkan kita. Tuan Yang di-Pertua, PRN Sabah ini merupakan ujian terbesar integriti Kerajaan MADANI. Kenapa?

Sejarah membuktikan bahawa pilihan raya yang berlaku di Sabah, penentu utamanya adalah duit. Ada duit, ada undi. Saya mahu lihat ketegasan Kerajaan MADANI dalam larangan menggunakan handphone dalam pusat pembuangan undi.

Sebagai penutup, dear Sabahan, hari ini terdapat 600 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia. Daripada jumlah 600 kerusi ini, 73 kerusi ada di Sabah; 82 kerusi di Sarawak; dan bakinya, 445 kerusi ada di Semenanjung. Saya ulang semula. 600 kerusi Dewan Undangan Negeri, 445 di Semenanjung; 73 di Sabah; dan 82 di Sarawak.

Kita lihat jumlah sebenar yang mengikut terbesar dahulu di Semenanjung.

Daripada jumlah 445 kerusi di sana, Pakatan Harapan memegang 131 kerusi; Perikatan Nasional memegang 207 kerusi; dan Barisan Nasional 105 kerusi; Parti Muda satu kerusi. Daripada 445 kerusi ini di Semenanjung, 100 peratus kerusi

draft • 6:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

mereka dipegang dan diwakili oleh parti semenanjung. Parti Sabah kosong, parti Sarawak kosong. Rakyat Sabah, ini fakta.

Kita pergi pula ke Sarawak. Daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak; 79 kerusi dipegang dan diwakili oleh gabungan parti Sarawak, satu Bebas dan dua Pakatan Harapan. Maksudnya, 98 kerusi dipegang oleh parti Sarawak dan dua peratus parti semenanjung. Sekali lagi, dear Sabahan, ini fakta.

Bagaimana pula dengan Sabah? Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Sabah 2020, daripada 73 kerusi DUN Sabah, Parti Warisan memegang 29 kerusi; Perikatan Nasional, 17 kerusi; Barisan Nasional, 14 kerusi; PBS, tujuh kerusi; Bebas, tiga kerusi; PKR, dua kerusi dan UPKO satu kerusi. Sekarang kita lihat pecahan peratusan mengikut kerusi. Hanya 58 peratus kerusi dipegang oleh parti Sabah, 36 peratus dipegang oleh parti semenanjung dan enam peratus dipegang oleh Bebas.

Sabahan, nampakkah perbezaannya sekarang?

Di Semenanjung, 100 peratus orang Semenanjung pilih parti mereka. Kerusi mereka, mereka yang punya. Di Sarawak, 98 peratus orang Sarawak pilih parti Sarawak. Kerusi Sarawak, Sarawak yang punya. Di Sabah, mari kita sama-sama kongsi. Begitukah?

Sarawak mahu gas mereka, Sarawak dapat. Sarawak mahu pelabuhan mereka, Sarawak dapat. Sarawak bagi pendidikan percuma pada anak-anak Sarawak, Sarawak boleh. Sebab apa? Sebab segala keputusan, Sarawak decide on their own. Sebab apa? Sebab rakyat Sarawak satu hati.

Saya bukan mahu bermusuhan dengan Semenanjung. *You are all my friends.

You are part of my family. I respect you and I love you.* Tapi saya juga punya hak sebagai orang Sabah. Saya punya hak untuk mempertahankan negeri kami, Sabah kami. The time has come. Biarlah negeri kami, kami yang atur. Mari orang Sabah, mari kita selamatkan Sabah.

Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

draft • 6:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam MADANI. Tuan Yang di- Pertua, Jeli ingin membuka perbahasan belanjawan ini dengan memetik ungkapan terkenal daripada pendeta Hamka, “Jangan takut jatuh kerana yang tidak pernah memanjatlah tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal kerana yang tidak pernah gagal

draft • 6:33 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

hanyalah orang yang tidak pernah melangkah. Beranilah untuk memanjat walaupun tinggi kerana dengan melangkah kita boleh sampai ke puncak impian. Jika terjatuh, bangkitlah semula kerana setiap langkah pasti membawa lebih kepada kejayaan.” Ungkapan ini menekankan pentingnya keberanian, keteguhan hati dan kebaikan. Seperti jangan takut gagal dan orang yang berakal hidupnya adalah untuk masyarakatnya, untuk rakyatnya dan bukan untuk dirinya. Demikianlah Tuan Yang di-Pertua, gambaran kepada keseluruhan inti pati Belanjawan 2026 yang bertemakan “Belanjawan Rakyat” seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 10 Oktober yang lepas.

Belanjawan ini adalah kesinambungan kepada hala tuju RMK13 dan ia nya berlandaskan kepada ekonomi MADANI yang berpaksi kepada matlamat memperkasa rakyat melalui pemacuan reformasi ekonomi sebagai peneraju ekonomi Asia, memperkukuh tata kelola dan pelaksanaan peningkatan darjat hidup rakyat. Yang demikian, Belanjawan 2026 ini bukan hanya sekadar angka dan peruntukan, ia nya lebih cerminan kepada tekad dan keberanian Kerajaan MADANI memperkukuh ekonomi dan taraf hidup rakyat, memperluas peluang pekerjaan serta membina masa depan negara yang lebih inklusif dan mampan.

Tuan Yang di-Pertua, kita dalam Dewan yang mulia ini sudah sedia maklum, Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan tarif sebanyak sembilan peratus ke atas semua barangan import dari Malaysia berkuat kuasa 1 Ogos yang lepas.

Persoalannya, apakah Malaysia mampu bertahan dalam gelombang perang tarif ini?

Tidak dapat dinafikan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang, ia nya sudah tentu memberi tekanan kepada keuntungan syarikat, potensi pengurangan pengeluaran dan risiko kehilangan pekerjaan.

Selain daripada itu, perang tarif ini memperlihatkan bahawa perdagangan antarabangsa tidak lagi bersifat bebas tetapi sarat dengan pertimbangan geopolitik dan hubungan diplomasi. Namun di atas apa yang dinyatakan tadi, Jeli menaruh keyakinan tinggi. Kekuatan masa depan kita adalah bergantung kepada keupayaan negara untuk memperkukuh dasar fiskal, mempercepat dan meningkatkan pelaburan, inovasi dan memantapkan diplomasi ekonomi secara agresif dan berstrategi ke arah negara AI menjelang 2030 dan berkembang pesat dalam bidang teknologi.

Kecerdasan dalam bidang teknologi buatan AI ini ia sudah menjadi satu keperluan dan bukan lagi satu pilihan. Kita tidak boleh ketinggalan dalam gelombang permodenan ini dan syabas kepada Kerajaan MADANI yang telah bertindak segera

draft • 6:33 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

membina keyakinan akan kebolehan anak-anak watan Malaysia mendepani kemajuan teknologi ini dengan memperuntukkan dana penyelidikan dan pembangunan daya cipta.

Sejauh manakah kesediaan kita untuk menjadi negara AI menjelang 2030 walaupun Malaysia telah menerima pelaburan dan kemahiran dalam bidang AI daripada syarikat gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Amazon? Cabaran permasalahan ini sentiasa wujud yang mendatangkan keresahan kepada rakyat iaitu sejauh manakah keselamatan data peribadi kita? Sindiket scam, serangan siber dan etika AI?

Maka, Jeli mengharapkan kerajaan melalui Kementerian Digital perlu peka dan fokus 100 peratus dalam memperketatkan hal-hal berkaitan data privasi, etika AI dan keselamatan siber. Dalam AI ini, adalah amat penting kepada pembangunan infrastruktur, capaian Internet berkelajuan tinggi, pusat data yang selamat, rangkaian aplikasi yang menyeluruh meliputi sehingga ke luar bandar seperti di dalam kawasan Parlimen Jeli.

Jeli ingin merakamkan penghargaan besar kepada kerajaan di dalam isu pelantikan doktor kontrak di mana sejak 2023 hingga 2025, sejumlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap. 833 jururawat kontrak juga telah ditawarkan kepada jawatan tetap bagi 2025, dan 135 graduan Institut Latihan ILKKM akan ditawarkan jawatan tetap tahun 2026 dan kerajaan juga telah mengumumkan 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan lantikan tetap pada tahun 2026. Namun demikian, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk turut melaksanakan lantikan tetap kepada petugas kesihatan kontrak yang lain seperti pegawai pergigian seramai 2,252; pegawai farmasi berjumlah 3,119, dan penolong pegawai perubatan seramai 3,234? Jumlah yang saya nyatakan ini adalah setakat 31 Mac 2025.

Jeli juga ingin membangkitkan, adakah proses pengambilan berfasa bagi mengisi 27,724 perjawatan yang meliputi pakar perubatan, pegawai perubatan, pegawai pergigian, farmasi, jururawat, dan penolong pegawai perubatan di KKM melalui lantikan secara kontrak atau akan diserap terus pada lantikan tetap? Dan juga, adakah pengisian jawatan ini mencukupi bagi nisbah kesihatan kepada penduduk Malaysia di mana nisbah sekarang adalah seperti berikut. Doktor — setiap seorang doktor setiap 406 penduduk. Satu pegawai pergigian bagi setiap 2,343 penduduk. Satu pegawai farmasi bagi setiap 1,626 penduduk dan sebagainyalah.

draft • 6:33 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Tuan Yang di-Pertua, Jeli juga ingin membangkitkan soal NADI sebagai pusat usahawan desa. Umum kita ketahui, NADI adalah satu pusat penting kepada penduduk di kawasan desa atau luar bandar dengan menyediakan capaian internet, pendedahan teknologi kepada komuniti tempatan serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial melalui kemudahan dan aktiviti di NADI.

Dalam mengangkat taraf hidup rakyat desa, peruntukan sebanyak RM350 juta yang disalurkan bagi memperkasakan pusat sebaran maklumat NADI ini, Jeli melihat inilah satu peluang terbaik bagi komuniti desa dalam melibatkan dalam bidang perniagaan yang selalu kita ketahui penglibatan kerjasama melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok yang telah mendapat kerjasama baik daripada NADI dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

Di sini, Jeli ingin mengutarakan cadangan supaya NADI juga memfokuskan kepada kerjasama dengan pihak berkaitan yang produk digital yang ditekankan ialah model perniagaan yang tiada kos penghantaran dan juga boleh menjana pendapatan selain mewujudkan pembaca dan melahirkan penulis berkaliber dalam model perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, menjelang Oktober atau awal November ini sehingga Mac setiap tahun, negara kita berhadapan dengan Monsun Timur Laut yang membawa taburan hujan yang lebat di negeri-negeri Pantai Timur yang menghasilkan banjir. Banjir ini ada kalanya biasa-biasa sahaja tetapi ada kalanya besar teruk sehingga mendatangkan bencana yang amat teruk seperti pada tahun 2014. Monsun ini tidak boleh lihat dari sudut taburan hujan sahaja. Lebih daripada itu, ia nya melibatkan keselamatan harta benda, nyawa, keselamatan keluarga dan masa depan rakyat. Jeli amat menghargai atas keprihatinan Kerajaan MADANI dalam isu ini dengan memperuntukkan sebanyak RM460 juta untuk pengurusan banjir tahun 2026.

Setiap kali banjir melanda, ada sahaja penduduk yang dipindahkan demi keselamatan mereka. Mereka yang dilanda banjir ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang kebiasaannya di sekolah ataupun dewan orang ramai ataupun di masjid ataupun surau-surau. Umpamanya di Jeli, setiap kali banjir melanda, sebanyak 17 PPS dibuka yang kebanyakannya adalah bilik-bilik darjah di sekolah-sekolah.

PPS seperti ini sudah tentu amat tidak selesa dan amat tidak sesuai sebagai pusat penempatan mangsa banjir iaitu kepada mangsa, ia amat tidak selesa kerana

draft • 6:40 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

kekurangan kemudahan asas seperti tandas, bilik air, bilik persalinan, tempat makan, bilik solat dan sebagainya. Kepada sekolah, sudah tentu sedikit sebanyak ia akan berlaku kerosakan kepada harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas dan kawasan persekitaran.

Pada 13 Oktober 2025 ini, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat mengumumkan kerajaan merancang untuk membina sebuah Pusat Pemindahan Bencana Kekal

(PPBK) di setiap negeri dalam menghadapi bencana banjir di mana sekarang ini terdapat 15 buah pusat PPBK dalam proses pembinaan di seluruh negara. Kalau ditanya apakah satu PPBK itu cukup untuk satu negeri, sudah tentu jawapannya tidak. Maka, Jeli memohon agar PPBK ini dapat dibina sekurang-kurangnya satu bagi setiap Dewan Undangan Negeri dan dalam DUN itu, hendaklah dipilih lokaliti yang teramai sekali mangsa banjir berpindah.

Tuan Yang di-Pertua, Jeli amat menyambut baik atas pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun iaitu duti eksais rokok dinaikkan sebanyak dua sen sebatang dalam belanjawan baru ini. Dari satu sudut, ia nya amat baik untuk menambah pendapatan hasil negara. Namun, di sudut yang lain, Jeli bimbang dan agak khuatir kesan kepada kenaikan duti eksais ini yang sudah tentu harga rokok juga akan naik dan ini sudah tentu akan memungkinkan perokok-perokok tegar akan beralih kepada rokok seludup. Jika keadaan ini berlaku, ia nya sudah barang pasti akan menyuburkan lagi aktiviti penyeludupan rokok ataupun tembakau haram dan ini akan sekali gus menjejaskan cukai kerajaan.

Berdasarkan statistik yang ada pada saya, pada tahun 2022 sehingga September 2025, sebanyak 1,334 kes penyeludupan rokok direkodkan dengan 1,184 tangkapan yang melibatkan kerugian cukai sebanyak RM623.41 juta. Sinar Harian pada 12 September 2015, Ketua Pengarah Kastam Malaysia menyatakan aktiviti penyeludupan rokok bukan hanya isu penyeludupan semata-mata tapi ia nya lebih jauh daripada itu ialah terkait dengan isu jenayah lain. Terdapat sindiket jenayah terancang yang menguasai perdagangan rokok haram yang melibatkan rangkaian pengedaran dadah, human trafficking serta commercial crime. Di sini nampaknya Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) mempunyai tugas berat dan mencabar meskipun baru sahaja diluncurkan pada 2 Februari lepas. Jeli berharap supaya AKPS dapat memainkan peranan besar dan dalam belanjawan lepas ini, AKPS telah diperuntukkan sebanyak RM45 juta. Sejak penubuhannya, sudah berjaya menghalang masuk seramai 10,000 warga asing dan

draft • 6:40 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

menyita barangan yang cuba diseludup. Jeli bersetuju dengan pandangan Ketua Pengarah AKPS, Dato’ Seri Mohd Shuhaily, seperti yang tersiar pada Berita Harian 10 Oktober, iaitu memenuhi tenaga kerja di AKPS yang diperlukan seramai 220 ini, dan kalau boleh di kalangan veteran angkatan tentera.

Tuan Yang di-Pertua, insiden buli di sekolah dan asrama sehingga menyebabkan kecederaan, hatta kematian dan baru semalam berlaku lagi satu kes kematian di sekolah akibat perlakuan jenayah dan sebelum itu berlaku kes pelajar perempuan dirogol di sekolah. Wujud persoalan, selamatkah anak-anak kita di sekolah sekarang ini ataupun semasa mereka berada di asrama? Apa dah jadi dengan sistem pendidikan kita sekarang? Di mana silapnya? Sudah tentu bukan salah ibu mengandung.

Kalau dahulu, kalau di undur ke belakang di tahun-tahun 70-an, 80-an dan 90-an, sekolah adalah rumah kedua kepada kita. Bagi kita generasi yang berada di bangku sekolah masa itu, kita menganggap sekolah adalah tempat yang kita tinggal, tempat kita bermain dan kita merasa rindu kalau tidak pergi ke sekolah. Sekarang ini sekolah tidak lagi menjadi tempat yang semata-mata untuk kita bermain, bergaul, tetapi sekolah sudah menjadi satu tempat yang dirasakan yang agak sukar untuk dijamin keselamatannya di atas apa yang berlaku itu.

Di kala itu, kita merasakan di sekolah, kita menyayangi guru kita. Guru kita mesra dan cikgu sayang kepada kita dan mendidik kita dengan seikhlas hati dan cikgu juga merupakan satu orang idola bagi kita. Kenapa sekarang nilai-nilai seperti itu sudah terhakis dan tiada lagi? Saya tinggalkan persoalan ini untuk diambil perhatian dan dijawab oleh pihak yang berkenaan.

Namun, dari sudut penguatkuasaan undang-undang, Jeli merasakan mungkin sudah sampai masanya kerajaan mula memikirkan keperluan untuk menggubal akta anti buli yang berdiri dengan sendirinya. Saya berkata demikian kerana kesalahan membuli ini terdapat dan sudah termaktub dalam Kanun Keseksaan di bawah seksyen 507B sehingga 507G yang telah dikuatkuasakan pada 11 Julai lalu. Agar lebih spesifik dan detail mengenai buli dan dari segi kesalahan dan hukuman, ada baiknya akta anti buli ini dikaji dan digubal dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, dengan penuh tekad, semangat dan rasa tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen terhadap rakyat dan negara, tersemai di sudut hati akan manifestasi sebuah cita-cita untuk melihat Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara maju, berdaya saing, makmur, sejahtera untuk semua. Kita di Dewan yang mulia ini bukan lagi sekadar berbicara soal pembangunan fizikal

draft • 6:40 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

semata-mata tapi lebih penting, pembangunan kesejahteraan rakyat, keadilan sosial, kebajikan dan memperkasa pembangunan luar bandar secara menyeluruh agar semua lapisan rakyat dapat menikmati bersama.

Suka Jeli ingatkan, kemajuan kita tidak hanya diukur pada bangunan yang gah berdiri bercahaya di ibu kota tapi kejayaan kita juga adalah apabila adanya cahaya di rumah-rumah rakyat di pedalaman di luar bandar. Kita mungkin berbeza pandangan, biar panas berdebat, namun akhirnya kita akan sampai kepada satu titik pertemuan, satu matlamat, iaitu demi kesejahteraan negara kita yang tercinta Malaysia ini.

Sesungguhnya Belanjawan 2026 bukan titik noktah tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan. Perjalanan menuju Malaysia MADANI berorientasikan berjiwa rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Jeli mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 6:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:49 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan memulakan ucapan mukadimah Belanjawan 2026 dengan memetik Surah Al-Isra’ Ayat 26 hingga 27 yang berbunyi.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan berikanlah kepada kerabat-mu dan orang- orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan harta-mu dengan boros dan melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya...” Ayat ini menyentuh secara langsung tentang pembaziran atau pemborosan merupakan sifat keji yang tergolong dalam sifat berlebih-lebihan atau melampaui batas yang dilarang keras oleh Allah SWT. Ibnu Kathir dalam Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 5, halaman 69 menukilkan pendapat Qatadah dalam mentakrifkan “pembaziran” ialah perbelanjaan pada perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh Allah yang bukan hak atau perkara-perkara yang buruk.

Oleh itu, Jerlun mengingatkan agar kerajaan menitikberatkan perbelanjaan negara secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran seperti menyediakan makanan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan secara bermewah-mewahan, tidak lagi

draft • 6:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

mempromosikan program-program majlis keraian secara berlebih-lebihan dengan kos yang tinggi sedangkan ia tidak memberi impak yang berkesan.

Jerlun juga mengutuk sekeras-kerasnya hidangan arak dalam Majlis Global Travel Meet (GTM) yang heboh baru-baru ini. Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri dan sebahagian kakitangan kerajaan meskipun ia dianjurkan oleh pihak swasta yang sebelumnya dikatakan anjuran Tourism Malaysia.

Sesungguhnya arak adalah ibu kepada maksiat dan saudara syaitan. Amat malang ada Menteri kerajaan yang menyokong hidangan arak dalam majlis tersebut yang menyatakan penyediaan minuman beralkohol dalam majlis antarabangsa adalah sebahagian daripada etika global bukan isu agama, sedangkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Ini bermaksud setiap dasar dan pelaksanaan yang melibatkan kerajaan mestilah menghormati prinsip dan nilai Islam sebagai agama rasmi negara.

Begitu juga Pekeliling Perbendaharaan WP5.1, Peraturan Mengenai Keraian Rasmi menegaskan bahawa majlis rasmi kerajaan hendaklah mematuhi tatacara dan etika yang sesuai dengan norma masyarakat serta tidak menimbulkan sensitiviti agama.

Belanjawan 2026 yang bertemakan Belanjawan Rakyat sebanyak 421.2 bilion diperuntukkan yang mana RM229.08 bilion untuk bekalan, pembangunan RM83 bilion dan tanggungan 109.12 bilion. Berkaitan nisbah hutang negara kepada KDNK, ia hampir mencecah had statutori 65 peratus.

Pada 29 Julai 2025 di Dewan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan mengesahkan hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM1.3 trilion sehingga akhir Jun 2025 berbanding 2024 sebanyak 1.25 trilion.

Saya memetik pandangan yang dikemukakan oleh sekumpulan penyelidik dalam The Future Research yang merujuk laporan daripada CEIC dan IMF, nisbah hutang kepada KDNK negara kini mencecah 64.6 peratus. Ini menunjukkan Malaysia semakin menghampiri siling statutori hutang negara. Lebih membimbangkan, perbelanjaan terus meningkat tanpa jaminan peningkatan hasil negara secara mampan.

Negara kita sedang berhadapan dengan ruang fiskal yang semakin mengecil manakala keperluan perbelanjaan meningkat saban tahun. Tanpa reformasi hasil dan pengurusan hutang yang berhemah, Malaysia berisiko kehilangan keupayaan tindak balas fiskal dalam mendepani krisis akan datang.

draft • 6:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Berkaitan lonjakan hutang isi rumah, ia mencecah RM1.65 trilion iaitu 84.3 peratus dari KDNK. Berdasarkan data daripada Kementerian Kewangan Malaysia setakat akhir Mac 2025, hutang isi rumah di Malaysia mencecah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peratus daripada KDNK meningkat berbanding hujung tahun 2024 iaitu RM1.63 trilion.

Berkaitan reformasi undang-undang, saya ingin tahu status terkini penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia yang telah dimasukkan dalam RMK13. Sudah tiba masanya Akta Saraan Hakim Syarie diwujudkan melalui penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia ini agar setanding dengan saraan hakim-hakim mahkamah sivil dan status mereka dari sudut hierarki orang- orang kenamaan, penghormatan dan skim perjawatan itu sendiri.

Apabila akta tersebut diwujudkan, pengisian hakim syarie tidak lagi berstatus penjawat awam yang tertakluk dengan skim perkhidmatan awam yang mana usia perkhidmatan setakat 60 tahun sahaja. Melalui akta ini, umur persaraan hakim syarie boleh dilanjutkan hingga ke 65 tahun sebagaimana hakim-hakim di mahkamah sivil.

Berkaitan pembangunan negeri, saya berterima kasih kerana Kedah diberikan lima projek pembangunan melibatkan takungan air, klinik, saliran, pelancongan dan hakisan pantai. Saya mendapati agihan dana untuk pelaksanaan projek pembangunan dan infrastruktur awam oleh Kerajaan Persekutuan dilihat tidak seimbang antara negeri-negeri khususnya empat buah negeri di bawah Perikatan Nasional atau SG4 berbanding Pulau Pinang, berbanding Selangor yang mendapat limpahan projek berimpak tinggi.

Memandangkan Kedah dikategorikan sebagai salah sebuah negeri miskin, sewajarnya lebih banyak peruntukan projek ekonomi dan kemudahan infrastruktur asas disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan mempertingkatkan peluang ekonomi, kemudahan ekonomi dan keupayaan ekonomi. Selain Alor Setar, Langkawi dan Kulim Hi-Tech Park yang ekonominya berkembang pesat, kemudahan infrastruktur asas dan peluang ekonomi di daerah lain adalah terhad dan jurang kemiskinan agak tinggi yang sepatutnya diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

Parlimen Jerlun yang terletak dalam Daerah Kubang Pasu tidak mempunyai pembangunan yang boleh dibanggakan berbanding dengan Parlimen Kubang Pasu.

Namun begitu, Jerlun mempunyai empat kuala yang terlibat secara langsung dalam sektor perikanan selain kawasan sawah padi yang terbentang luas. Oleh itu, saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan pusat latihan perikanan di

draft • 6:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun sebagai platform melahirkan nelayan berilmu berasaskan kepada pengetahuan teknikal dan saintifik serta tadbir urus yang profesional.

Selain itu, perhatian juga harus diberikan ke dalam sektor pendidikan seperti mewujudkan cawangan mana-mana IPTA dan kolej pertanian, pusat pemprosesan hasil pertanian dan hasil laut, pembangunan zon makanan laut di Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang, serta menaik taraf Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan Kodiang.

Berkaitan kemudahan pinjaman untuk usahawan, peruntukan sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dengan peruntukan ini, saya harap SKM dapat memudahkan permohonan koperasi-koperasi yang baharu mula nak melangkah dalam bidang perniagaan mereka. Kurangkan birokrasi yang menyekat minat koperasi untuk memulakan perniagaan, permudahkan geran atau pinjaman koperasi yang mahu memulakan projek. Agak sukar untuk penuhi syarat bagi mendapatkan geran atau pinjaman, antaranya perlu ada penyata bank keluar masuk wang selama enam tahun sedangkan koperasi baharu nak mulakan projek.

Berkaitan isu ini, saya bangkitkan dan saya telah memetik laporan BERNAMA yang disiarkan pada 23 November 2023. Yang Berhormat Menteri pernah menjawab dalam sesi soal jawab di Dewan ini dengan menyatakan bahawa agensi pembiaya di bawah KUSKOP telah mempermudahkan proses permohonan dengan mengurangkan dokumentasi yang diperlukan dan memendekkan tempoh masa pemprosesan permohonan.

Soalnya sekarang, jawapan Yang Berhormat Menteri menjadi polisi pentadbiran ini tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pelaksanaan oleh agensi berkenaan. Berkaitan pinjaman mikro di bawah BSN dan TEKUN, peruntukan sebanyak 2.5 bilion diperuntukkan. Saya mencadangkan agar kerajaan menaikkan nilai pinjaman TEKUN Niaga dari jumlah maksimum RM100,000 kepada jumlah maksimum RM200,000.

Bagi kategori pinjaman untuk pertanian, peminjam dibenarkan untuk membayar secara bermusim atau semasa hasil padi dikeluarkan, bukan secara bayaran bulanan. Selain itu, pinjaman— peminjam diwajibkan mengambil takaful pembiayaan berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan takaful kemalangan berperibadi berkelompok dan PERKESO.

draft • 6:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Oleh itu, saya mencadangkan agar takaful juga melindungi projek pertanian yang mengalami bencana alam, banjir, ribut taufan atau premis projek pertanian yang mengalami kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya.

Berkaitan industri padi negara. Jerlun merujuk Projek Penanaman Padi Lima Musim, Dua Tahun di kawasan MADA Fasa 1, yang telah pun dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 27 Februari 2025 lalu di Pida 4, Ayer Hitam, Jerlun. Projek ini boleh terbantut jika sistem saliran peringkat akhir yang membawa air terus ke petak sawah tidak diurus dengan baik. Jalan ladang, struktur saliran dan saliran keluar bagi memastikan pengairan lebih cekap dan sistematik tidak dilaksanakan.

Pada 19 September 2025 lalu, saya turun ke sawah padi dan menemu bual wakil petani bernama Sobri bin Nayan, Ketua Unit Kampung Matang Bongor, tentang terusan tertier di bawah Projek MADA 3, PPK C-2 KERPAN, Jerlun. Mengikut Encik Sobri, sistem saliran air ‘tak selaras antara satu tempat dengan tempat yang lain.

Ketinggiannya juga tidak sama. Ada yang tiga kaki, ada yang empat kaki dan ada yang lima kaki.

Apabila tidak sama, saliran air terganggu dan air tidak sampai ke petak sawah dengan sempurna. Sistem pengairan sedia ada tidak berfungsi dengan baik, di mana pesawah gagal mengawal rumput-rampai dan keladi agas yang tak mati meskipun disembur dengan racun tertentu dan jadi padi angin.

Hasil padi merosot disebabkan kualiti padi yang tak menjadi. Musim pertama 2025 baru-baru ini, purata satu hektar sawah, petani memperoleh hasil padi sekitar 3.5 tan sahaja, berbanding musim sebelumnya, boleh dapat enam hingga tujuh tan sehektar.

Oleh itu, saya memohon agar KPKM menilai semula keberkesanan sistem perparitan tertier yang dibina di petak-petak sawah, yang tidak berfungsi dengan baik dan dibuat kajian semula dengan penglibatan para pesawah yang memahami masalah setempat.

Untuk pesawah, kerajaan memperuntukkan RM2.62 bilion subsidi dan bantuan kepada pesawah seperti subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih dan insentif pengeluaran padi. Saya pohon dipecahkan bentuk- bentuk subsidi tersebut dan dapat disalurkan kepada pesawah mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Selain itu, saya nak tanya. Bilakah insentif sebanyak RM600 pada musim lepas yang setakat ini belum lagi dibayar kepada pesawah, nak dibayar? Kedua,

draft • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

bilakah insentif pembajakan sebanyak RM160 sehektar dan insentif penuaian RM50 sehektar bagi musim lepas juga, yang diumumkan pada 11 Jun 2024 lalu, nak dibayar kepada pesawah?

Untuk nelayan, kerajaan memperuntukkan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan diberikan dengan peruntukan RM160. Elaun sara hidup RM300 hanya diberikan kepada nelayan pantai yang memenuhi syarat iaitu yang memiliki lesen bot ataupun sampan sahaja. Isunya sekarang, Jabatan Perikanan membekukan pemberian lesen sampan bot tersebut. Jadi, bagaimana elaun tersebut boleh dinikmati oleh nelayan pantai?

Kerajaan menjadikan kemerosotan sumber perikanan sebagai alasan tidak mengeluarkan lesen kepada nelayan di Zon A iaitu nelayan pantai. Sedangkan punca utama kemerosotan sumber perikanan disebabkan oleh pukat tunda dan pukat-pukat haram yang beroperasi tanpa kawalan dan tidak diambil tindakan sewajarnya.

Pada 7 September 2025, saya menerima memorandum berkaitan isu dan masalah nelayan pantai Semenanjung Malaysia oleh NGO Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) yang diketuai oleh Che Ani bin Mat Zin dan Sahabat Alam Malaysia (SAM). Berkaitan isu nelayan pantai ini, saya nyatakan empat cadangan sahaja. JARING dan SAM yang menggesa kerajaan agar pertama; mengkaji semula Dasar Agromakanan Negara 2.0, Dasar Perikanan dan kesannya ke atas nelayan pantai dan ekosistem marin.

Kedua, mewujudkan dasar yang mesra kepada perikanan pantai kerana perikanan pantai merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran ikan negara, berbanding perikanan laut dalam.

Ketiga, memantau dengan lebih ketat dan tindakan yang lebih tegas terhadap aktiviti dan pencerobohan oleh nelayan asing. Dan yang keempat, melipatgandakan penguatkuasaan secara berkala di jeti-jeti nelayan bagi memastikan tiada alat tangkapan haram seperti bubu naga, rawa sorong dan alat tangkapan yang tidak mengikut spesifikasi tertentu...

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Berkaitan KWSP.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

Masa sudah tamat.

draft • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik. Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada pencarum bagi kategori B40 dan M40 yang sudah berkeluarga, yang berpendapatan

draft • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

kurang RM5,000 sebulan dengan kadar pengeluaran maksimum RM10,000, tertakluk kepada baki Akaun 1. Saya berterima kasih pada kerajaan yang membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 untuk menunaikan haji.

Saya ingin tahu, akaun mana yang boleh dikeluarkan, sama ada Akaun 1 atau Akaun 2 atau Akaun 3. Kalau Akaun 2 ataupun Akaun 3, ia tidak mungkin mencapai ke tahap RM10,000 kerana akaunnya agak sedikit dan berkurangan.

Akhirnya, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, saya melihat dan menilai pentadbiran Kerajaan MADANI. Saya melihat kuasa politik Melayu seolah- olah semakin terhakis. Jawatan utama hanya sebagai simbolik sahaja. Tidak mampu berbuat apa-apa demi jawatan yang disandang.

Lihat saja isu arak yang membabitkan seorang Menteri. Tiada tindakan tegas diambil. Memadai dengan menerima permohonan maaf sahaja. Tidak berani memecat, meskipun mempunyai kuasa untuk memecat. Bangsa Melayu sendiri meskipun beragama Islam, dipecah-pecahkan dengan jumlah parti politik yang banyak, ideologi liberal, sekular dan materialistik dan sebagainya.

Tanah, hartanah dan perniagaan jatuh ke tangan asing atau bukan Melayu.

Yang pastinya, keadaan hidup merempat di tanah air sendiri. Kemiskinan masih membelenggu orang Melayu, di luar bandar atau di pinggir bandar...

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Meskipun bantuan SARA dan STR dinaikkan setiap kali bajet dibentangkan. Akhirnya...

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah akhir tadi.

Terima kasih. Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 7:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana mengizinkan Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Jadi, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada warga Malaysia.

Deepavali nal valthukkal. Puan Yang di-Pertua, izinkan saya bermula dengan sebuah kisah iaitu seorang— si suami yang bersiap untuk ke tempat kerja, memandu kereta Myvi yang masih belum habis dibayar. Si isteri pula menyiapkan sarapan dan juga bekalan kepada anak-anak ke sekolah. Mereka tinggal di sebuah pangsapuri sederhana.

draft • 7:07 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Rumah kecil yang dibeli dengan pinjaman perumahan selama 30 tahun, separuh daripada gaji mereka habis untuk membayar ansuran itu. Suami bekerja di syarikat logistik kecil, isteri pula mengajar di prasekolah. Pendapatan mereka cukup- cukup makan. Tidak cukup miskin untuk layak bantuan, tapi juga jauh daripada selesa.

Setiap bulan, ada sahaja yang terpaksa dikorbankan. Kadang-kadang simpanan, kadang-kadang impian. Apabila harga minyak naik, mereka rasa. Apabila kadar OPR meningkat, ansuran rumah turut naik dan bila anak meminta kasut baharu untuk sekolah, mereka kadang-kadang pandang satu sama lain, senyum dan bertanya, bulan depan boleh tak?

Puan Yang di-Pertua, inilah wajah sebenar Malaysia. Realiti jutaan rakyat yang bekerja keras membayar cukai, menjaga keluarga, mengharap kestabilan dan berdoa agar bil esok tidak mematahkan semangat mereka.

Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah untuk mereka. Bukan untuk headline di akhbar, bukan untuk populisme yang manis dibebel, tetapi untuk rakyat yang membina negara ini. Belanjawan ini tidak berpura-pura bahawa Malaysia boleh berbelanja tanpa disiplin.

Sebaliknya, ia menyeimbangkan belas insan dengan pendekatan berteraskan rakyat dan reformasi yang berani melakukan perkara sukar hari ini supaya esok negara teguh.

draft • 7:07 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, diizinkan saya menyentuh beberapa bidang kritikal di mana belanjawan ini amat mustahak dan di mana tugas kita sebagai Ahli Parlimen adalah untuk menambah baik. Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 memperkenalkan Akta Kredit Pengguna yang telah lama dinantikan, suatu reformasi bersejarah dan akhirnya mengawal selia pemberi pinjaman wang, syarikat kredit dan juga aplikasi pinjaman digital.

Buat pertama kali, peminjam biasa dilindungi daripada caj melampau dan amalan pinjaman yang kabur. Ini keadilan yang tertangguh, tetapi kini ditegakkan.

Namun ada satu lagi jurang yang wajar kita akui. Pinjaman perumahan. Hutang terbesar bagi majoriti rakyat tidak termasuk dalam reformasi ini.

Jadi, hutang isi rumah Malaysia kini sekitar 84 peratus daripada KDNK dan sebahagian besarnya daripada pinjaman perumahan. Pinjaman ini kekal di bawah rangka kawal selia lama yang kurang fleksibiliti untuk peminjam ketika kadar faedah

draft • 7:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

meningkat. Kembali kepada pasangan tadi, ansuran rumah mereka naik RM300 sebulan akibat kenaikan OPR.

Jadi bagi mereka hal ini akan menambahkan lagi tekanan dan juga memberi kesan terhadap perbelanjaan harian. Saya mengalu-alukan pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama dan jaminan pembiayaan bagi 80,000 pembeli baharu.

Dasar-dasar ini memang berjiwa rakyat.

Namun bagi jutaan yang sudah pun membayar ansuran, beban masih berat.

Jadi soalannya, mengapa kita mereformasikan undang-undang pinjaman untuk peminjam kecil tetapi tidak untuk peminjam terbesar iaitu peminjam perumahan. Kita harus bekerjasama dengan bank, bukan bermusuh untuk membina kerangka yang lebih adil.

Jadi, Puan Yang di-Pertua, dasar subsidi bersasar kerajaan ini adalah anjakan ekonomi yang berani dalam dekad ini. Kita akui akhirnya bahawa subsidi menyeluruh membazir berbilion ringgit dan juga menguntungkan golongan yang berada.

Dengan sistem yang baharu ini, kita dapat menjimatkan RM15.5 bilion dan wang ini disalurkan kepada kesihatan, pendidikan dan bantuan langsung kepada golongan B40. Itu wajar dipuji, tetapi kelas menengah M40 semakin menjadi kumpulan yang dilupakan. Mereka tak layak untuk Sumbangan Tunai Rahmah.

Mereka menanggung SST, kos pendidikan dan penjagaan. Namun jarang menerima sokongan langsung. Di bandar-bandar kos tinggi. Jadi, isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ataupun RM8,000 kadang-kadang, sebulan ya, kadang cukup-cukup makan maka sambil kita mempertahankan prinsip subsidi bersasar, reka bentuknya mesti berevolusi.

Saya menggesa kerajaan menggunakan model data baharu, bukan sekadar pendapatan, tetapi komposisi isi rumah untuk menilai siapa yang benar-benar tertekan. Golongan M40 tidak meminta belas. Mereka hanya mahu diakui. Mereka adalah tulang belakang ekonomi, pembayar cukai, peniaga kecil, guru, jururawat dan kesejahteraan mereka menentukan kestabilan negara. Jadi, jangan biarkan golongan M40 yang bekerja keras ini dikenali sebagai “The missing 40.” dengan izin.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, apabila kerajaan memperuntukkan RM16.5 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, ini bukan tentang membina bangunan semata-mata, tetapi tentang membina masa depan anak-anak Malaysia. Lebih RM400 juta akan digunakan untuk menaik taraf makmal, bilik kuliah dan juga kemudahan universiti awam serta politeknik.

draft • 7:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Satu langkah yang penting tetapi kita mesti berfikir dengan jauh lagi. Kita perlu membina lebih banyak lagi universiti awam. Memperkukuhkan yang sedia ada dan juga memastikan bahawa setiap satunya mencapai piawaian antarabangsa.

Akses kepada pendidikan tinggi mesti berasaskan merit, usaha dan juga potensi bukan kuota ataupun garis perbezaan.

Realitinya, isu kekurangan tempat di universiti awam kini semakin kritikal.

Menurut Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA pada tahun 2025, daripada hampir 110,000 pelajar STPM yang layak, hanya hampir 79,000 yang ditawarkan tempat. Ini bermakna hampir 28 peratus pelajar cemerlang tidak mendapat tempat. Bukan kerana gagal, tetapi kerana kapasiti universiti terhad.

Ambil contoh Fakulti Perakaunan Universiti Malaya untuk tahun 2025 terdapat sebanyak 2,291 pemohon yang layak termasuklah 1,127 pelajar dengan keputusan yang sempurna, tetapi hanya 85 tempat ditawarkan. Jadi, cuba bayangkan pelajar dengan keputusan penuh sekalipun hanya mempunyai 3 atau 8 peratus untuk diterima. Ini bukan soal merit, ini soal ruang dan juga kapasiti.

Jadi, kajian oleh Architects of Diversity dengan izin, turut mendapati bahawa isu sebenar dalam sistem UPU bukan kekurangan bakat, tetapi kekurangan ruang.

Jadi, ramai pelajar yang menepati syarat merit disingkirkan hanya kerana universiti awam tidak cukup besar untuk menampung mereka. Jadi, kita tidak boleh lagi membiarkan alasan tempat tidak mencukupi menjadi penghalang masa depan anak muda kita.

Jika kita benar-benar mahu melihat Malaysia maju dan juga yang pentingnya kita perlu melabur dalam pembinaan universiti baharu dan juga memperluaskan kampus sedia ada, inilah mesti dijadikan salah satu agenda nasional. Dan pada masa yang sama, untuk memastikan bahawa setiap anak muda Malaysia yang layak, tak kisahlah kaum ataupun latar belakang, mendapat peluang untuk belajar dan yang pentingnya dapat menyumbang kepada tanah air.

Setiap anak Malaysia Melayu, Cina, India, Serani, Kadazan, Iban, semua berhak mendapat peluang yang sama. Apabila mereka belajar bersama di bawah satu bumbung, mereka tidak sekadar menuntut ilmu, mereka membina perpaduan di dalam dewan kuliah, itulah semangat sebenar Malaysia MADANI dilahirkan.

Namun Puan Yang di-Pertua, realitinya pahit, lebih dua juta rakyat Malaysia kini tinggal dan bekerja di luar negara. Ramai daripadanya profesional yang kita didik sejak kecil. Kita membina mereka, negara lain yang menuai hasilnya. Lihat

draft • 7:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Singapura sebagai contoh. Setiap tahun pelajar yang terbaik Malaysia ditawarkan tempat di universiti mereka dan diserap bekerja selepas menamatkan pengajian.

Jadi, beginilah cara negara lain mengekalkan bakat yang lahir daripada sistem kita sendiri. Jadi, boleh tak Menteri juga menjelaskan apakah rancangan jangka panjang Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membina universiti awam baharu ataupun memperluaskan kampus sedia ada supaya alasan tempat tidak mencukupi itu bagi pelajar cemerlang Malaysia tidak lagi digunakan.

Jadi Puan Yang di-Pertua, cabaran penentu dekad adalah penuaan penduduk. Kita tahu menjelang tahun 2030, seorang daripada enam rakyat Malaysia berumur lebih 60 tahun. Namun sistem kita masih muda ketika rakyat kita semakin tua. Jadi Belanjawan 2026 akhirnya mengiktiraf perubahan demografi ini. RM1.26 bilion untuk bantuan warga emas dan RM5 juta untuk melatih penjaga. Ia turut memperkenalkan blueprint penuaan negara, tapi hakikatnya kita sebenarnya belum lagi bersedia. Kita belum membina pusat jagaan warga emas yang mencukupi.

Rumah jagaan mampu milik ataupun pusat jagaan harian komuniti. Keluarga khususnya yang bekerja memikul beban ini sendirian. Sistem kesihatan awam sudah dibebani penyakit kronik berkaitan dengan penuaan, namun perbelanjaan bangunan kesihatan kekal mendatar. Galen Centre for Health and Social Policy dengan izin, menegaskan bahawa belanjawan ini menyokong kebajikan warga emas, tetapi belum membina ekosistem penjagaan.

Benar, bantuan tunai itu baik, tapi infrastruktur penjagaan itu tidak kurang pentingnya. Kita wajar memperuntukkan dana khusus untuk membina sekurang- kurangnya satu fasiliti jagaan warga emas awam di setiap negeri, tapi seelok-eloknya kalau boleh di setiap daerah dan juga memupuk kerjasama awam dan juga swasta bagi pembangunan kediaman, assisted living dengan izin. Kita juga harus meneliti skim insurans penjagaan jangka panjang nasional, rakyat menyumbang ketika bekerja dan juga menerima perlindungan apabila bersara.

Menjelang 2040, warga emas akan bercecah 15 peratus populasi.

Jadi, istilah “silver tsunami” dengan izin, bukan hanya akan datang, ia sudah tiba.

Jadi, apa pun ujian mana-mana kerajaan adalah bagaimana kita melayan yang paling rentan. Bukan hanya miskin, tetapi juga yang berusia. Belanjawan 2026 menanam benih penjagaan. Jadi, pastikanlah benih itu membesar menjadikan sistem yang setimpal dengan jasa orang tua kita.

draft • 7:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Puan Yang di-Pertua, setiap tahun kita sering bercakap tentang reformasi, integriti dan juga ketelusan. Jadi tahun ini, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia— matlamat Pembangunan Lestari ataupun APPGM–SDG telah pun telah pun menerima peruntukan sebanyak RM15 juta. Namun, semua 10 Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) hanya diperuntukkan RM5 juta secara keseluruhannya. 10 jawatankuasa, satu dana kecil, adakah ini adil?

Jadi kita perlu ingat, JKPK ini bukan sekadar simbolik. JKPK ini adalah mata dan juga telinga Parlimen. Meneliti dasar, memantau kementerian dan juga memastikan tadbir urus yang telus. Inilah nadi kepada sistem semak dan imbang negara kita. Bila JKPK tidak diberi dana secukupnya, jadi suara Parlimen turut dibisukan.

Sebagai Pengerusi APPGM–Polisi Pelarian, saya sendiri melihat bagaimana kekangan kewangan juga mengekang kerja-kerja APPGM–Polisi Kewangan. Kita tidak dapat menjalankan lawatan tapak, mengadakan libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan ataupun membangunkan dasar yang berasaskan bukti. Begitu juga dengan APPGM–Hak Kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ampang, terpaksa membatalkan lawatan kajian ke Leiden University...

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukit Bendera, boleh tanya sikit berkenaan ini?

draft • 7:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Ya.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukit Bendera, saya dapat maklumat yang menyatakan bahawa Bukit Bendera ini tak bersetuju dengan pembinaan LRT di Pulau Pinang sebagaimana Pematang Pauh, sebagaimana yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang. Benar tak kenyataan ini yang menyatakan bahawa Bukit Bendera tak bersetuju dengan pembinaan LRT yang nilainya RM17 bilion itu yang nak dibina di negeri Pulau Pinang? Minta pandangan ataupun respons daripada Bukit Bendera. Terima kasih Speaker.

draft • 7:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Kalau ikutkan saya tak pernah pun cakap, keluarkan kenyataan sebegitu. Jadi, memang tak— itulah.

Itulah, itulah satu tuduhan yang tak...

[Ketawa] Saya rasa itu adalah bukan sesuatu yang di...

[Ketawa] Tidak dikatakan.

draft • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Minta maaf, terpotong sikit. Okey, minta maaf.

Balik kepada apa yang saya nak katakan.

[Ketawa] Okey, balik kepada— okey.

draft • 7:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Di sini saya ingin menegaskan bahawa peruntukan RM15 juta ini hanyalah untuk APPGM–SDG dan ada lagi enam lagi APPGM yang tidak diberi peruntukan.

Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk menilai semula dan juga menambah peruntukan untuk semua JKPK agar setiap jawatankuasa dapat berfungsi dengan efektif? Saya harap jawapannya ‘ya’. Disebabkan kita benar-benar— kalaulah kita benar-benar percaya kepada reformasi institusi, maka institusi pertama yang mesti kita perkukuhkan adalah Dewan ini sendiri iaitu Parlimen Malaysia.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, belanjawan ini membawa satu perkara penting iaitu harapan yang berhaluan. Jadi, Bukit Bendera berdiri sini menyokong penuh Belanjawan 2026 demi Malaysia, demi rakyat, demi MADANI. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 7:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 pada peringkat dasar ini.

Perkara pertama yang saya ingin sentuh di sini adalah, peruntukan sejumlah RM66.2 bilion kepada KPM, meningkat daripada tahun sebelumnya. Kemudian, diikuti dengan hal pelancongan, perikanan, pertanian, mekanisme perundangan syariah dan isu Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, kita berada di penghujung PPPM 2013–2025. Namun, belum ada laporan keberhasilan menyeluruh yang mengaudit 11 anjakan secara bebas. Apabila peruntukan terus meningkat, Parlimen berhak menuntut audit impak terhadap literasi, numerasi, STEM, jurang negeri dan keberkesanan program digital.

Persoalan saya, apakah KPM bercadang untuk membentangkan laporan keberhasilan PPPM 2013–2025 lengkap dengan audit impak oleh Jabatan Audit Negara sebelum Pelan Pendidikan Masa Depan Malaysia 2026–2036 dimuktamadkan? Apakah strategi dan bentuk mekanisme mampan bagi memastikan pelan baharu yang berpaksikan Kurikulum Pendidikan 2027 ini dapat menjamin kesinambungan PPPM 2013–2025 terus dimaknai?

Tuan Yang di-Pertua, sering kali perbahasan Ahli Dewan ini menjurus tentang persoalan jumlah keciciran pelajar dalam negara. Mereka membangkitkan isu ini kerana rasa terpanggil untuk saling bekerjasama menanganinya secara tuntas.

Mengikut laporan media, kadar keciciran sekolah rendah dan menengah menurun

draft • 7:23 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

secara keseluruhannya daripada 21,748 orang pada tahun 2020 kepada 13,007 orang tahun lepas. Namun, apa yang turut menjadi kebimbangan juga adalah capaian penguasaan 3M iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira dalam kalangan murid-murid.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah bentuk penambahbaikan kurikulum dan pedagogi berasaskan data yang akan dilaksanakan di bawah KP2027 untuk memastikan murid mencapai tahap literasi dan numerasi minimum Tahun 3 memandangkan kurikulum baharu ini bakal dimulai pada tahun hadapan? Apakah indikator prestasi utama KPI KPM dalam memastikan 100 peratus murid menguasai 3M menjelang Tahun 6? Bagaimana KPM memastikan Program Intervensi 3M tidak hanya bersifat akademik, tetapi juga sosial melibatkan kesejahteraan murid, motivasi dan sokongan emosi?

Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan murid berkait rapat dengan disiplin, sahsiah dan keselamatan digital. Kenaikan kes buli, ponteng dan tekanan emosi memerlukan pelan menyeluruh. Tambah kaunselor, modul sahsiah berasaskan bukti, intervensi kokurikulum, penglibatan ibu bapa dan pemantauan data peringkat daerah. Sudah tentu sebagai ibu bapa, kita tidak mahu berulangnya kes Almarhumah adik Zara yang begitu menyayatkan hati. Peristiwa tragik kematian seorang pelajar yang ditikam oleh rakan pelajar di salah sebuah sekolah SMK semalam serta perlakuan jenayah seksual ke atas pelajar perempuan Tingkatan 3 oleh senior Tingkatan 5 di Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.

Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kadar disiplin pelajar seluruh negara bagi tiga tahun terakhir serta kategori kes utama seperti buli, vandalisme, ponteng, penyalahgunaan bahan dan ketidakpatuhan peraturan sekolah. Apakah peranan semasa badan kaunseling dan kerjaya di sekolah-sekolah KPM serta keberkesanan intervensi kaunseling dalam menangani isu motivasi pelajar, stres, akademik dan masalah disiplin pelajar? KPM berhasrat untuk memperuntukkan dana khusus bagi program kesejahteraan psikososial sekolah dan modul pembentukan sahsiah bersepadu dengan Pendidikan Islam, Moral serta Pendidikan Kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik dua projek pembangunan sekitar pekan Kuala Kedah yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun iaitu pembangunan kemudahan pelancongan Kuala Kedah Waterfront, Bandar Kuala Kedah serta keduanya, projek benteng hakisan pantai. Kedua-dua projek ini saling

draft • 7:23 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

berkait antara satu sama lain, seterusnya dapat mengembang dan memacu sektor ekopelancongan domestik sesuai dengan strategi yang terkandung dalam RMK13.

Strategi ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi hijau dan sektor pelancongan berimpak tinggi. Ekonomi pelancongan jelas merupakan pemacu utama kepada matlamat ini. Tambahan pula, Bajet 2026 telah memperuntukkan sejumlah dana yang signifikan bagi pembangunan pelancongan luar bandar, fasiliti, pelancongan komuniti, dan promosi pelancongan domestik.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengusulkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memperkenalkan sub tema Eko-Malaysia 2026 sebagai sebahagian daripada kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Penjenamaan semula ini perlu disertakan dengan pempakejan produk pelancongan desa, pelayaran bot nelayan, rumah ikan, trek hutan komuniti, penginapan homestay, pengalaman kebudayaan Islam dan tempatan serta program pelancongan berasaskan sawah padi.

Sebagai contoh, kawasan seperti Pantai Leman, Padang Garam dan Kuala Kedah di negeri Kedah mempunyai potensi besar untuk ditonjolkan sebagai produk ekopelancongan baru yang autentik dan inklusif. Selain itu, Kuala Kedah mempunyai beberapa lagi kuala dan destinasi lain seperti Kuala Sala, Kuala Kangkong, Kuala Kuar dan Gunung Keriang yang berpotensi dijadikan destinasi baru ekopelancongan.

Dalam aspek pelaksanaan, saya menyambut baik peruntukan Bajet 2026 yang menyediakan dana pembangunan pelancongan luar bandar.

draft • 7:23 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Saya mencadangkan agar sebahagian peruntukan itu diwujudkan sebagai dana khas ekopelancongan komuniti, khususnya bagi pembinaan infrastruktur asas pelancongan hijau berskala kecil, latihan pemandu pelancong tempatan, pensijilan lokasi mesra alam dan pengeluaran produk tempatan. Kerajaan juga wajar mempertimbangkan kerjasama antara MOTAC, pihak berkuasa tempatan dan NGO alam sekitar bagi memantau kelestarian tapak pelancongan serta mewujudkan indeks prestasi ekonomi pelancongan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengumumkan beberapa soalan kepada kementerian. Apakah perancangan kementerian untuk mengangkat ekopelancongan sebagai fokus utama dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan kempen Eko Malaysia 2026 dalam promosi antarabangsa dan domestik dan apakah bentuk bantuan dan insentif kepada

draft • 7:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

komuniti luar bandar yang mahu membangunkan produk pelancongan berasaskan alam sekitar selaras dengan peruntukan Bajet 2026?

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isi perbahasan yang memfokus sektor perikanan, khususnya berkait isu-isu yang dihadapi oleh nelayan di Zon A dan Zon B serta keperluan pembangunan kemudahan perikanan di perairan Kuala Kedah. Zon A dan Zon B merupakan tulang belakang industri perikanan. Zon A kosong hingga lima batu nautika dihuni oleh nelayan tradisional, maka Zon B lima ke 12 batu nautika pula digunakan oleh nelayan berskala kecil dan sederhana.

Di Kuala Kedah, majoriti komuniti nelayan bergantung kepada aktiviti di kedua-dua zon ini untuk menjana pendapatan harian mereka. Namun dasar pembekuan lesen bot baharu untuk Zon A dan Zon B telah menimbulkan kekangan kepada anak-anak muda yang ingin menceburi bidang perikanan secara sah.

Tambahan pula terdapat rungutan berkenaan aktiviti pencerobohan bot Zon C ke kawasan Zon A dan B yang menjejaskan hasil tangkapan serta memusnahkan habitat pembiakan ikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada keperluan segera untuk memperbanyakkan rumah ikan di perairan Kuala Kedah khususnya nelayan di kuala-kuala yang berada di dalam DUN Pengkalan Kundur.

Ini termasuk yang pertama, usaha pembinaan tukun tiruan yang boleh menjadi habitat pembiakan semula jadi untuk pelbagai spesies ikan.

Kedua, pemasangan unjam laut bagi menarik ikan pelagik ke kawasan tangkapan Zon A.

Dan ketiga, kajian terhadap penggunaan struktur moden seperti pelagik di kawasan tangkapan seperti reel ball dan rumah ikan konkrit modular. Rumah ikan bukan sahaja meningkatkan hasil tangkapan, tetapi juga melindungi kawasan bentik dan mengurangkan tekanan ke atas stok marin liar.

Walaupun kerajaan mengumumkan subsidi diesel dan elaun sara hidup RM300 kepada nelayan dalam Bajet 2026, masih wujud persoalan berkenaan capaian sebenar bantuan ini kepada nelayan Kuala Kedah. Banyak nelayan kecil tidak memiliki vesel berdaftar dan tidak layak memohon walaupun mereka aktif menangkap ikan. Ketiadaan stor sejuk beku, pelantar pendaratan ikan moden serta pusat jualan hasil laut bersepadu menyebabkan nelayan bergantung kepada peraih yang menekan harga. Masalah infrastruktur ini perlu diselesaikan segera jika mahu melonjakkan nilai ekonomi maritim negara.

draft • 7:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2026 memperuntukkan RM100 juta bagi pemulihan sawah bermasalah dan teknologi pertanian moden. Ini amat relevan untuk Kedah, negeri jelapang padi, Malaysia. Namun dasar tanpa mekanisme pelaksanaan di peringkat MADA dan DOA hanya akan kekal di atas kertas.

Saya mencadangkan tiga intervensi tuntas. Yang pertama, penubuhan Pusat Agro Inovasi MADA Kedah, Agro Tech Hub di bawah strategi RMK13, A4.1 untuk mengkomersialkan teknologi sawah pintar, drone dan sensor pengairan.

Yang kedua, dana khas rehabilitasi sawah bukan sahaja membaiki tali air tetapi juga membiayai benih baharu, pam tenaga suria serta automasi kawalan air.

Yang ketiga, skim pemilikan tanah rakan muda tani bagi membolehkan belia Kuala Kedah menyertai sektor agro dengan insentif tanah pajakan 15 tahun di bawah MADA.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan soalan iaitu bilakah garis masa pelaksanaan projek pemulihan tanah sawah MADA akan disiap sepenuhnya dan apakah insentif baharu kepada agropreneur muda bagi menggalakkan inovasi pertanian digital?

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya juga ingin mengetahui kedudukan dan keupayaan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM) dalam melaksanakan amanahnya sebagai benteng keadilan Islam di negara ini.

Pertama, dari sudut peruntukan kewangan, jabatan ini sering menerima bahagian yang kecil berbanding keperluan sebenar di lapangan. Dalam keadaan jumlah kes jenayah syariah meningkat dan kerumitannya yang bertambah, adakah wajar jabatan ini terus bergantung kepada bajet yang tidak mencukupi?

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapa peratus peningkatan bajet yang sebenar telah disalurkan khusus untuk memperkukuhkan pendakwaan syariah pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya? Dan apakah indikator prestasi yang digunakan bagi mengukur keberkesanan perbelanjaan ini?

Yang kedua, dari sudut kekangan tenaga kerja dan kepakaran, banyak negeri masih kekurangan pendakwa syarie yang berpengalaman dan terlatih dalam bidang undang-undang sivil dan syariah serentak. Hal ini menimbulkan cabaran dalam mengendalikan kes yang kompleks terutamanya melibatkan pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Maka saya ingin bertanya, sampai bilakah kerajaan akan terus membiarkan jurang ini tanpa pelan pembangunan modal insan yang terancang? Adakah kita mahu melihat sistem

draft • 7:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

keadilan Islam terus bergantung kepada kapasiti yang minima sedangkan masyarakat semakin menuntut keadilan yang lebih menyeluruh?

Yang ketiga, JPSM juga berdepan dengan jurang perundangan dan pentadbiran. Bidang kuasa mahkamah syariah masih terhad dan sering digugat oleh kekangan perlembagaan dan pelaksanaan rentas agensi.

Dalam banyak keadaan, keputusan mahkamah syariah sukar dikuatkuasakan kerana ketiadaan mekanisme penyelarasan dengan pihak berkuasa sivil. Saya mohon kerajaan menjelaskan, bilakah cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dikemukakan semula dengan serius, bukan sekadar retorik politik? Jika kerajaan benar-benar mahu membina masyarakat MADANI yang berteraskan nilai Islam, maka pengukuhan Jabatan Pendakwaan Syariah mesti dijadikan agenda nasional, bukan pinggiran.

Oleh itu, saya mencadangkan agar dalam Bajet 2026 ini: pertama, satu pelan khas pemerkasaan pendakwaan syariah negara diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan memperuntukkan pembangunan sekurang-kurangnya RM100 juta bagi menaik taraf latihan, prasarana digital dan sumber manusia.

Yang kedua ialah latihan silang, cross legal training antara pendakwa syarie dan pegawai undang-undang sivil diperkenalkan untuk menangani isu bidang kuasa bertindih. Ketiga, satu sistem data kes syariah bersepadu nasional, e-syariah pro, diwujudkan bagi mempercepatkan proses kes dan penyelarasan antara negeri.

Keempat, kajian semula bidang kuasa mahkamah syariah dibawa ke Parlimen dalam tempoh 12 bulan bagi memastikan undang-undang Islam dapat dilaksanakan secara efektif dan adil.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan respons yang terakhir— saya ingin mendapatkan respons berhubung isu Gaza mutakhir ini. Pasca persetujuan menamatkan perang dua tahun antara pejuang Hamas dengan entiti haram Israel.

Soalan saya adalah, apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia terhadap bentuk pentadbiran sementara di Gaza selepas pengunduran Israel?

Adakah kerajaan menyokong pentadbiran teknokrat yang terdiri dari rakyat Palestin sendiri? Adakah Kerajaan Malaysia menyokong penubuhan tribunal antarabangsa khas bagi menyiasat jenayah perang dan pelanggaran Konvensyen Geneva di Gaza?

Selain itu, adakah Malaysia akan menyertai atau menubuhkan mekanisme rekonstruksi Gaza GRM 2.0 bersama rakan serantau seperti Qatar dan Turkiye bagi

draft • 7:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

pemulihan rumah, sekolah dan infrastruktur asas? Dan apakah jaminan keselamatan yang akan diwujudkan untuk mengelak Gaza daripada kembali menjadi medan konflik?

Adakah Malaysia menyokong pembentukan pasukan penstabil antarabangsa

(ISF) di bawah mandat PBB?

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri perbahasan ini dengan dua rangkap pantun.

*Kuala Kedah muaranya indah, Laluan nelayan memudik sampan; Rayuan peruntukan MPPN tak diendah, Rakyat memilih menanggung beban.

Meredah batas membubu ikan, Cuaca mendung hari nak hujan; Harapan rakyat tidak dipedulikan, Masakan kerajaan akan bertahan.* Sekian, terima kasih.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 Oktober 2025.

draft • 7:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.40 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026