Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Kita mulakan sesi ini dengan saya menjemput Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengajukan persoalan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tan Sri Speaker kerana semalam saya diberi peluang untuk berinteraksi dengan anak-anak pelajar daripada Sekolah Parlimen. Saya lihat Tan Sri, kualiti perbahasan dan persoalan yang diajukan kepada saya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sangat tinggi kualitinya.
[Tepuk] Saya yakin melalui Sekolah Parlimen, generasi Malaysia yang akan dilahirkan nanti adalah generasi pewaris yang hebat. Tahniah dan syabas Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta agar Perdana Menteri menyatakan pendirian pihak kerajaan terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat berhubung konflik Palestin-Israel serta sejauh mana pelan tersebut selaras dengan prinsip dan usaha Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan kedaulatan negara mereka. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan Paya Besar, tapi sebelum itu, saya nak mengalu-alukan rombongan Parlimen Sekolah-sekolah Permatang Pauh.
[Tepuk] Kebetulan, saya baru diberitahu sebentar tadi.
Baik. Ini satu keputusan yang kita ambil secara sukar. Menteri Luar ada di New York. Saat akhir kita bersetuju untuk mendukung keputusan inisiatif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tapi kita adalah beberapa negara yang menyokong
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
bersyarat. Kebanyakan negara, termasuk yang hadir di Sharm El-Sheikh memberi sokongan penuh.
Jadi, kebetulan rundingan Menteri Luar maklum kepada saya, kita— oleh kerana semua negara bersetuju tentang resolusi awal United Nations itu, dia juga dengan bersyarat iaitu mengiktiraf kedudukan Palestin sebagai sebuah negara, menyelesaikan semua masalah, termasuk Tebing Barat dan hak mengembalikan rakyat Palestin yang terusir dari Gaza dan dari Palestin.
Begitu juga bila dalam mendukung kenyataan inisiatif Presiden Trump, ini selari dengan pendirian beberapa negara Islam lainnya iaitu pertama, kita mahu usaha damai ini dimeterai. Ini kerana pembunuhan, pengeboman rakyat, termasuk wanita dan anak-anak itu berterusan, ini wajib dihentikan segera.
Kedua, keadaan di Gaza terlalu tenat, hampir kebuluran. Jadi, atas pertimbangan itu, kita menyatakan apa juga inisiatif dan kebetulan Presiden Donald Trump mengambil inisiatif itu, kita memberikan sokongan. Dan kita lihat semalam di Sharm El-Sheikh, beberapa hari yang lalu ada rundingan yang ditaja oleh Mesir, Qatar dan juga kerjasama Jordan dengan kehadiran wakil Amerika Syarikat, Israel dan Hamas. Maknanya, usaha untuk mencapai perdamaian segera itu didukung, termasuk oleh Hamas.
Kebetulan, Hamas memberikan kenyataan, surat khas kepada saya bertarikh 7 Oktober. Tatkala mereka diwakili di Sharm El-Sheikh, menyatakan bahawa dalam mendukung inisiatif atau ikhtiar Trump, mereka tetap pertahankan kepentingan rundingan untuk mencapai perdamaian, tetapi dia masih menekankan sepertimana pendirian yang disuarakan oleh saya dan juga Menteri Luar, mesti penyelesaian menyeluruh. Itu tahap yang kedua, yang mereka akan bincangkan.
Hentikan apa-apa bentuk kemungkinan serangan dan tunduk kepada peraturan dan undang-undang dunia dan konvensyen dunia, tapi untuk sekarang, hentikan serangan dan bawa masuk bantuan kemanusiaan, makanan, minuman dan perubatan. Setakat semalam, baru 167 trak dimasukkan, walaupun dijanjikan 600.
Jadi, ini sedang dipantau oleh negara-negara Arab dan negara-negara Islam.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Melihat kepada perkembangan undian di PBB yang telah konsisten dengan majoriti dua pertiga Dewan dan sokongan dengan negara-negara Barat kian bertambah.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Persoalan saya, tambahan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sekiranya pelan damai 20 perkara Presiden Trump ini gagal, apakah pelan alternatif pragmatik yang mungkin telah dirangka oleh Malaysia bagi mengelakkan kelumpuhan diplomasi dan boleh dicadangkan kepada pentadbiran ASEAN pada Sidang ASEAN yang akan datang?
Dan apakah langkah konkrit yang Malaysia akan ambil di PBB untuk mendesak Majlis Keselamatan mengenakan sekatan tegas terhadap Israel atas pelanggaran undang-undang antarabangsa? Dan memandangkan pelan damai 20 perkara ini dikritik kerana tidak mengiktiraf semua faction di Palestin, termasuk Hamas dan meminggirkan hak penentuan nasib rakyat Palestin sendiri.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Apakah langkah Malaysia semasa pertemuan nanti dengan Presiden Trump untuk memastikan suara dan tuntutan rakyat Palestin diangkat sebagai prasyarat utama dalam pelan damai Amerika Syarikat?
Tan Sri, saya nak ucapkan tahniah kepada PDRM Tan Sri, kerana baru-baru ini ditular di suatu kereta ada pelekat tulisan Hebrew. Polis mengambil tindakan yang pantas kerana rakyat marah berkaitan tulisan Hebrew, pelekat belakang kenderaan ini, tapi saya nak tanya pendirian kerajaan, kalau ada acara yang mengibarkan bendera Israel dan sudah pasti pengunjung yang ramai.
[Tepuk] Seribu bot bergerak, ada bendera Israel, kerana saya nak tahu apakah tindakan? Adakah ada double standard di sini? Kerana Tan Sri, pada hemat saya sebagai orang yang faham kesengsaraan di Gaza itu, matlamat tidak boleh menghalalkan cara Tan Sri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Paya Besar. Kita hanya mendoakan agar pelan damai, sekurang-kurangnya fasa pertama ini berhasil kerana ini bermakna menghentikan pembunuhan dan membawa pulang tahanan yang Palestin, yang puluh ribu keseluruhannya itu di Israel, kembali ke Palestin dan Gaza.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Bagi kita, itu sangat penting kerana jenayah yang dilakukan oleh Zionis Israel ke atas Gaza itu jenayah dalam abad ini yang paling parah, durjana, yang pernah disaksikan dan dunia gagal menyelesaikan, menuntut supaya Israel menghentikan.
Sebab itu kita masih melihat secara positif pelan damai sekurang-kurangnya kerana kejayaan Amerika Syarikat menahan serangan ini. Walaupun banyak
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
implikasi lain terutama pembekalan senjata yang dibangkitkan sebelum ini. Sebab itu saya alu-alukan juga sikap Palestin khususnya Hamas untuk memberikan, menyambut cara realistik, menyatakan bantahan terhadap beberapa provision dan kegagalan yang disebut oleh Hamas sebagai tidak ada penyelesaian. Mengikut kata mereka, masih perlu jaminan— to ensure the realization of Palestinian legitimate rights, a comprehensive solution in accordance to international law and conventions. Jadi kita— penilaian kita sama begitu, baik.
Yang keduanya, tentang apa yang boleh berlaku tatkala Presiden Trump hadir pada 26 hari bulan. Pertama, tentulah sebagai kerajaan, kita mengulangi kenyataan penghargaan atas inisiatif dia dan minta supaya tegas untuk menghalang segala pencerobohan hak dan penjajahan yang berlaku ke atas Gaza dan Palestin.
Dan keduanya supaya negara-negara ASEAN sepertimana pendirian telah dikemukakan dulu juga— membantu menyebut kepada Presiden Trump bahawa harus dilihat kepada fasa-fasa berikut untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh.
Bersabit dengan berlaku beberapa kes, sama ada tulisan Hebrew yang menyinggung perasaan rakyat dan bertentangan dengan dasar negara keseluruhannya. Ini dasar yang merentas parti sekarang. Saya faham. Jadi, dasar negara termasuk bendera walaupun apa matlamatnya, itu adalah salah dan saya bersetuju supaya polis, PRDM mengambil tindakan yang sewajarnya. Mana ada negara di dunia, sepertimana masa kita jajah, dijajah. Orang yang angkat Union flag itu kita anggap pengkhianat. Sama juga dengan apa yang berlaku soal bendera.
Walaupun apa alasan diberikan, saya setuju supaya tindakan diambil supaya menjadi pengajaran, jangan berlaku.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, semalam perjanjian damai telah dibuat, lebih 20 negara hadir. Saya betul-betul, tapi saya nampak orang pakai songkok seorang itu, saya terubat sikit hati. Kenapa PMX tidak hadir sama dalam persidangan damai?
Yang keduanya, kenapa Hamas? Persetujuan dibuat dengan Hamas. Hamas saya tak nampak gambar sebab saya tengok dua jam semalam untuk bolehkan saya tanya soalan pada hari ini. Jadi, pertama, kenapa Malaysia tidak berada bersama?
Yang kedua, kenapa Hamas tak dilibatkan langsung?
Yang ketiga Yang Berhormat, cadangan Yang Berhormat— saya nak ucap tahniahlah, ini ialah kejayaan yang cukup besar. Apakah usaha yang dibuat serta- merta sebab bila orang Palestin balik, semuanya telah dihancurkan. Jadi, di samping
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
makan minum, mereka juga perlukan tempat tinggal. Saya mencadangkan supaya Saudi yang mempunyai banyak khemah di Mina, musim haji lambat lagi, supaya dihantar serta-merta ke apa tu— ke Palestin untuk membolehkan ibu dan juga kanak- kanak ini dapat, ada tempat yang lebih selesa.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Arau. Negara-negara yang diundang adalah negara yang beri sokongan penuh pelan damai 20 perkara tersebut...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
...Malaysia tidak termasuk kerana Malaysia menyokong dengan bersyarat. Syaratnya ialah comprehensive solution, membawa balik rakyat Palestin yang terusir, dikeluar dan beberapa syarat-syarat yang terkait dengan hak Palestin sebagai satu negara yang tak termasuk dalam pelan. Pelan tu kan sudah baca 20 poin, tak termasuk soal hak rakyat Palestin, negara dan kedudukan penjajahan yang terus berlaku dan keganasan yang dilakukan oleh Zionis, Israel di Tebing Barat.
Jadi, kenyataan saya dan kenyataan Menteri Luar sebagai reservation tersebut menyokong dengan reservation. Jadi, itu kita lakukan, tetapi ada yang bertanya, kalau begitu mengapa kita sokong pelan damai?
Sepertimana juga yang kita, saya baca tadi kenyataan Hamas yang dikirim kepada saya semalam. Itu adalah kerana, kita mahu dihentikan pemusnahan harta, pembunuhan rakyat, termasuk wanita dan bayi.
Mengenai langkah-langkah susulan, semalam kita tengok berita bahawa negara-negara Arab yang berdekatan, Qatar, Arab Saudi, UAE memang memberi persetujuan untuk memberi bantuan yang lebih. Minggu beberapa hari yang lalu, Putera Raja Mohammed bin Salman mengirim juga saya, pesan kepada saya, tentang kalau damai ini, pelan damai ini berhasil, Saudi Arabia juga akan menyegerakan bantuan terutama dalam kemudahan asas.
Kita juga akan mempercepatkan sepertimana saudara tahu, Yang Berhormat tahu tentang CEAPAD iaitu Persidangan Kerjasama Negara-negara Asia Timur yang dipengerusikan bersama inisiatif Jepun dengan Malaysia. Kita pengerusikan untuk mengambil inisiatif iaitu ke arah reconstruction Gaza bila tercapai perdamaian...
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, kalau nak buat, pada minggu ini tercapai perdamaian, saya percaya Menteri Luar dan Kementerian Luar akan mengusahakan supaya ada pertemuan segera dengan Jepun atau sekurang-kurangnya semasa Perdana Menteri Jepun hadir di sini pada 26 hari bulan, kita akan bangkit, supaya dipercepatkan usaha pemulihan dan pembangunan Gaza.
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan jemput Sri Gading. Sebelum Sri Gading mengemukakan soalan, saya nak alu-alukan tetamu kita hari ini.
Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan Yang Mulia ini ialah delegasi daripada National People Congress of China.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama He Ping, Member of the Standing Committee of NPC, merangkap Vice Chairman of the Constitution and Law Committee of NPC.
Kepada Tuan Yang Terutama He Ping dan delegasi, Dewan ini mengalu- alukan kehadiran Tuan dan delegasi ke Dewan Yang Mulia ini. Semoga dengan kehadiran Tuan Yang Terutama dan delegasi akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan China. Welcome.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pertama sekali, walaupun ada pihak yang mempertikaikan ataupun memperli sokongan kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan juga Menteri Luar yang telah berusaha untuk menyelamatkan 23 GSF iaitu Global Sumud yang mana telah kembali dengan selamat dan yang sembilan orang yang terbaru, dapat balik.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ini satu langkah yang sangat bijak dan menunjukkan tentang kehebatan, kita punya pendekatan untuk berbincang dengan negara-negara besar, terutamanya yang dalam suasana kritikal pada waktu itu.
Soalan daripada Seri Gading— apabila pelan damai ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, adakah pelan damai ini bila dikuatkuasakan kepada rakyat Palestin yang berada di negara kita ini yang menerima lawatan, adakah dia akan dipulangkan balik, dihantar balik ke negaranya? Itu yang pertama.
Yang kedua, apakah langkah Kerajaan Malaysia bersedia menghantar sukarelawan, khususnya untuk membantu, ya, membantu dari segi perubatan kepada rakyat Palestin yang tentunya berdasarkan kepada keadaan semasa yang sangat memerlukan. Sama ada kanak-kanak, ibu dan sebagainya, yang luka, cedera
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
dan sebagainya. Adakah kerajaan bersedia menghantar sukarelawan perubatan ke negara Palestin? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Sri Gading. Soalan itu mengukur pandangan kita bahawa hubungan diplomatik itu penting. Tan Sri Yang di- Pertua, ada yang berpandangan bahawa kerana kita tidak bersetuju dengan beberapa dasar beberapa negara, maka kita harus memastikan supaya hubungan itu tidak rapat atau tidak diundang.
Ini sepertimana kontroversi tentang jemputan ASEAN pada Presiden Donald Trump, tapi dalam hal ini, semua negara Arab, semua negara Islam— malah dalam surat yang disebut oleh, yang dihantar oleh Hamas itu, mereka mahu memanfaatkan hubungan kita untuk menyampaikan beberapa pandangan dan itu bagi saya ialah satu hubungan diplomasi yang matang. Bila Malaysia berunding dengan penjajah Inggeris— bayangkan, penjajah Inggeris menjajah kita, merompak hak kita, memusnahkan bukan saja jiwa dan pemikiran kita, itu bila berunding, pemimpin- pemimpin negara kita masa itu pergi ke London, berunding.
Satu juta rakyat Vietnam terbunuh. Pertama oleh Perancis. Penjajah Perancis. Kemudian, oleh Amerika Syarikat, tapi bila ada pelan damai, itu diadakan di Paris. Pimpinan Vietnam berunding dengan Amerika Syarikat.
Jadi, kita tak boleh elak daripada hal yang sedemikian. Betul, kita guna sentimen, tapi apa faedah dia kepada masyarakat Gaza? Kalau ada ruang sedikit sekalipun kita berbincang dan kemukakan dengan baik, saya— insya-Allah akan lakukan apabila Presiden Donald Trump ke mari. Itu tekad saya dan pendirian saya.
Keduanya, Tan Sri Yang di-Pertua. Kes-kes flotila. Kezaliman Israel itu sudah melangkau apa-apa prinsip undang-undang, dia tidak peduli. Jadi, sebab itu, kita terpaksa guna kontak kita. Memang saya akui hubungan kita sepertimana saya sebut, melalui termasuk Kementerian Luar terutamanya, termasuk Jordan, Qatar, Mesir, Arab Saudi dan Amerika Syarikat untuk membolehkan anak-anak kita, rakyat Malaysia dibebaskan.
Kita tidak ada hubungan dengan Israel, cara langsung atau cara tidak langsung. Maka, akhirnya kita gunakan kemudahan Turkiye. Saya bercakap dengan Presiden Erdogan, diutuskan Ketua Majlis Keselamatan Turkiye, Dr. Ibrahim Khalil dan menyelesaikan. Pesawat Turkiye pun tidak boleh masuk ke Ramon, lapangan terbang selatan Tel Aviv. Maka, itu pun digunakan juga hubungan Turkiye dengan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Amerika Syarikat dan kita dan Qatar dengan Amerika Syarikat minta kebenaran khas.
Ini saya tegaskan kerana hubungan diplomatik walaupun ada batas, dia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, kerana saya rasa dia dah melanggar semua prinsip asas dan menakluki negara Arab, negara Islam, tetapi dalam menyelesaikan isu flotilla— kerana walaupun ini dirancang oleh badan NGO, tapi kita tahu semangat mereka, kita menyokong. Jadi, kita telah ambil langkah-langkah ini. Dan saya ucap terima kasih kepada khususnya kepada Presiden Tayyip Erdogan kerana bantu dua kali dengan rakan-rakan flotilla.
Langkah berikutnya, kita akan teruskan dan saya beri jaminan kepada mereka semalam, tak dapat dengan Presiden El Sisi di Sharm El-Sheikh, kemungkinan besar petang ini kalau saya dapat bicara, saya minta supaya laluan diberikan melalui Mesir. Melalui Rafah dan masuk pakar-pakar perubatan daripada kita bawa mereka— ke sini, lebih baik kita bawa pakar-pakar kita dan bantuan merentas masuk melalui Rafah dan bantu rakyat Palestin.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta satu tambahan, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Sila, Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Pertama sekali saya rasa hari ini ada pelik sikit lah. Biasa Perdana Menteri hadir, Menteri-menteri Kabinet turut hadir lah. Jadi, nampak banyak kosong, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ada, ada, ada, ada.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya, tapi nampak banyak kosong lah.
[Ketawa] Untuk perhatian, saya ada, kalau kita lihat pada Al- Quran Surah Al-Baqarah, ayat 100. Allah Taala peringatkan bahawa perangai sifat orang Bani Israel ini [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bila dibuat perjanjian, dia akan langgar perjanjian tersebut. Dan ini dah berulang-ulang, sejak zaman nabi-nabi.
Soalan saya ialah, tiada jaminan bahawa Israel tidak akan menyerang semula Gaza. Dan itu juga dibuat kenyataan oleh Donald Trump. Apakah kita boleh buat sesuatu usaha untuk pastikan bahawa pasukan pengaman, pasukan pengaman— selagi pasukan pengaman PBB tidak ditempatkan di Gaza, saya bimbang bahawa dia, serangan akan berterusan. Yang pertama.
Yang kedua ialah tentang proses pembangunan semula Gaza. Apa peranan Malaysia? Khususnya saya tengok banyak sekolah-sekolah yang musnah. Kalau
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
boleh kita usahakan pembinaan sekolah, hospital, sebagainya. Ini sumbangan negara kita kepada pembangunan semula Gaza. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kubang Kerian. Saya setuju.
Kita— sebab itu kenyataan saya dan Menteri Luar tidak berikan dukungan penuh kerana kita tidak yakin, berdasarkan pengalaman. Kita ada Camp David Accords, Oslo Accords, 10 tahun dan selang berapa bulan, selang berapa tahun, Israel langgar terus.
Jadi, sebab itu di Sharm El-Sheikh ini walaupun kita ini sokongan bersyarat.
Rakan-rakan kita dari negara Islam itu beri guarantee. Mereka itu memberikan jaminan bahawa mereka mahu perjanjian damai ini dilaksanakan dan mereka juga bertanggungjawab memastikan Israel mematuhi. Walaupun dia masukkan di situ, termasuk Hamas, tetapi apa yang disinggung oleh Kubang Kerian itu tepat, kerana apakah kita yakin Israel akan tunai? Sejarah menunjukkan di sebaliknya. Sikap Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan menyatakan di sebaliknya.
Maka, kita akan terus memantau dan saya percaya, dunia akan juga melihat.
Israel hari ini tidak Israel seperti tiga, empat tahun yang lalu. Dunia, kebanyakan rakyat dan negara telah menolak dan menganggap mereka ini sebagai negara yang terlibat dalam jenayah. Tidak pernah terfikir oleh kita, negara-negara Eropah sendiri telah melarang kemasukan Nethanyahu dan mengugut akan menangkap beliau kerana melanggar dan melaksanakan genosid.
Bagi saya, ini perkembangan yang baharu yang tidak berlaku sejak 1945— 46 dahulu, tetapi saya setuju dengan kenyataan Yang Berhormat. Saya secara peribadi juga tidak yakin Israel akan memenuhi. Maka, beberapa langkah baharu kena ambil. Tentang cadangan pasukan pendamai, itu akan dibincangkan oleh Liga Arab, OIC dan sebaik Security Council, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu setuju, Malaysia bersedia kalau diminta, diperlukan. Selama ini kita tak pernah menolak. Ada saja pasukan pendamai, kita akan kirim. Dan saya setuju pasukan pendamai itu sekurang-kurangnya jaminan yang terbaik untuk menjamin keamanan untuk Gaza.
Soal bantuan, kita bincang bersama dengan— kerana kita Pengerusi bersama dengan Jepun. Jadi, besar sikit daripada Asia Timur. Kalau boleh, kita akan pastikan supaya fokus kita ialah pembangunan semula sekolah, hospital, masjid yang diperlukan. Dan kita dapat juga maklumat daripada negara China yang telah
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
bersetuju untuk menghantar bantuan yang lebih besar kepada Israel dalam usaha pemulihan ini— Gaza.
Dan dalam keadaan beberapa negara telah menyatakan pendirian. Sepanyol umpamanya, ya. Kita ada Brazil dan Afrika Selatan, dua negara. Brazil itu negara Latin America yang paling besar, paling kaya dan Afrika Selatan, Ramaphosa.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kedua-dua mereka akan hadir dan saya percaya dalam bilateral dengan Brazil dan Afrika Selatan, tajuk ini akan saya utamakan, selain daripada Perdana Menteri Kanada untuk membantu pemulihan semula Gaza dan Palestine.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Masjid Tanah.
2. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya minta Perdana Menteri menyatakan tahap persediaan kerajaan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 khususnya dari segi promosi antarabangsa, pelibatan kerajaan negeri dan adakah perbelanjaan dibuat berasaskan prinsip “value for money” serta adakah akan diadakan satu pelancaran besar-besaran pada 31 Disember seperti amalan sebelum ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Masjid Tanah. Pelancongan ini di antara keutamaan kita dari segi keupayaan kita bukan saja mendapat hasil, tetapi pekerjaan, perniagaan untuk rakyat. Untuk 2024 umpamanya, 38 juta pelancong datang dan hasil kepada negara itu kita jangka kalau dengan promosi yang lebih besar, lebih berkesan akan membawa hasil yang jauh lebih tinggi bagi negara.
Soal MOTAC, Kementerian Pelancongan ini tentu dalam kegiatan dia membuat beberapa libat urus dengan semua syarikat, termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Batik, AirAsia, kemudian syarikat pelancongan lain, ejen-ejen pelancongan, hotel-hotel dan restoran-restoran. Libat urus untuk mendengar pandangan mereka bagaimana boleh kita tingkatkan promosi ini, termasuklah promosi secara digital.
Sekarang ini lebih banyak cara digital, 70 peratus, 30 peratus secara konvensional atau tradisional kerana tak perlu sangat kita bawa rombongan keluar untuk mengajak, tapi melalui digital yang telah ditingkatkan.
Kita juga perlu meningkatkan penerbangan. Itu juga kelemahan kita kerana penerbangan sejak COVID itu dah pun merosot. Sekarang ini dibuka semula dan kita tengok kalau dari negara China sendiri pun, China Southern Airlines, Hainan Airlines,
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Loong Air, kemudian dari Thailand and dari Indonesia, dari Rusia yang negara- negara yang baharu masuk selain daripada negara-negara Eropah. Dan, kita mahu juga pastikan supaya pelancongan ini dapat memberi manfaat kepada semua daerah.
Jadi, kita ada tarikan yang baik di Sabah, di Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung, tetapi dengan mengukuhnya Ringgit, ada juga masalah sampingan dia. Rakyat Malaysia melancong keluar itu terlalu tinggi, terutama ke Thailand, ke Jepun sebahagiannya dan ke Indonesia. Sebab itulah kita tambah langkah untuk menarik domestic tourism dalam negeri dengan memberikan pengecualian cukai RM1,000 bagi membelanjakan dalam negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan tersebut. Malaysia kini diiktiraf oleh dunia selama lapan tahun berturut-turut oleh Mastercard-Crescentrating Global Muslim Travel Index (GMTI) sebagai destinasi mesra Muslim nombor satu di dunia.
Dengan populasi Muslim di dunia melebihi 2 bilion dan juga nilai pasaran pelancongan Islam global kini dianggarkan melebihi USD220 bilion dan juga dijangka cecah ke 300 menjelang 2030.
Jadi, antara faktor utama kejayaan Malaysia ini adalah disebabkan oleh Islamic Tourism Center yang bukan saja mempromosikan pelancongan halal, tapi juga bangunkan standard dengan izin, ya Tan Sri Speaker, Muslim Friendly Tourism Hospitality (MFTH) yang kini dijadikan sebagai rujukan serantau dan juga oleh OIC dan juga UNWTO.
Jadi soalan saya, apakah benar pihak kerajaan bercadang untuk memansuhkan ataupun menyerap Islamic Tourism Center di bawah MOTAC ini atas nama rasionalisasi agensi? Sedangkan pusat ini telah pun terbukti memberikan impak antarabangsa dan juga memberikan imej Malaysia sebagai peneraju pelancongan Islam dunia.
Dan yang kedua, mengapakah sehingga kini jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Center masih lagi belum terisi? Saya difahamkan sejak Januari, kosong Yang Amat Berhormat, sedangkan portfolio ini amat penting dalam memastikan kesinambungan strategi dasar mempromosikan Muslim Friendly Tourism Malaysia.
Dan yang ketiga, setuju kah Yang Amat Berhormat jika kerajaan benar-benar serius untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama ekonomi Islam dan destinasi
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
mesra Muslim global, tidakkah sepatutnya Islamic Tourism Center ini diperkukuhkan dan diperluaskan fungsinya dan bukan dimansuhkan?
Jadi, saya mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah hala tuju sebenar dan bagaimana kita boleh jana ekonomi daripada pelancongan Islam ini dan bagaimana Malaysia boleh kekal menjadi peneraju dunia tanpa agensi ITC ini yang telah pun membina jenama ini sejak daripada 2009?
Lagi satu, last question Yang Berhormat, mana Menteri Pelancongan? Patut dia teman Yang Berhormat menjawab soalan pada hari ini. Tak macam Tok Mat. Tok Mat datang, support Yang Amat Berhormat. Menteri Pelancongan mana? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
[Ketawa]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua ...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Masjid Tanah. Saya kena cek Menteri Pelancongan. Demam ke apa, saya tak tahu. Saya kena sendiri cek.
[Ketawa] Baik, tentang satu agensi khusus tentang yang boleh menggalakkan pelancongan Islam, saya― itu adalah selari dengan keputusan kita untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan, ekonomi dan kewangan Islam.
Semalam saya di Bank Negara dan melihat tentang kemajuan dan beberapa langkah kita, itu akan dianggap sebagai suatu permulaan dan ada cadangan daripada negara-negara Islam, enam negara yang mencadangkan supaya Malaysia mengepalai usaha untuk meningkatkan program instrumen kewangan Islam dan ekonomi dan bersama dengan pelancongan. Jadi, saya setuju perkara ini patut kita teliti.
Saya akan minta supaya Kementerian Pelancongan berikan keutamaan dari segi program pelancongan kerana Islamic-friendly itu dia lain. Dia kena, umpamanya mereka mahu suasana penginapan dan program itu lebih family-friendly. Jadi, maknanya sesuai dengan keluarga dan lebih mesra dan tidak terlibat dengan beberapa hal yang sama ada haram atau syubhah. Jadi, ini dilakukan oleh beberapa negara. Saya lihat umpamanya di Turki ada, di beberapa negara Arab yang lain, Qatar ada, di mana diadakan beberapa program khas.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, tentang pelantikan, saya baru dimaklumkan bahawa sebenarnya akan dilakukan segera. Oleh kerana Masjid Tanah tanya, nanti saya akan pastikan dalam satu, dua hari ini keputusan dibuat dan, tapi tentang ITC itu saya tidak dengar dan tidak fikir akan dimansuhkan kerana KP baharu pun akan dilantik.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Tan Sri Speaker. Kita mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk menambahkan pendapatan negara melalui pelancongan. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan sasaran 47 juta pelawat dari luar negara, apakah perancangan kerajaan di pintu- pintu masuk utama negara bagi menyambut sasaran tersebut? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Dia― pintu masuk ini sekarang bila kita ada agensi khas ya, itu untuk pertamanya untuk mempercepat, mempermudah dan pastikan jadi lebih efisien, ada QR code untuk rakyat Malaysia sekarang boleh lebih mudah. Kita akan laksanakan berperingkat untuk rakyat dari negara luar, tapi negara luar pun kita kena pilih sebab harus dipantau dari sudut keselamatan.
Sebab itu baru-baru ini beberapa— apa yang disebut sebagai pelancong itu diminta keluar dan tidak dibenarkan masuk sebab kalau rekod mereka ada jenayah ataupun mereka tidak ada diyakini punyai rencana-rencana lain, pekerjaan dan sebagainya, mereka diusir dan, tetapi saya percaya beberapa kelemahan itu terus diperbaiki dengan― terutama dengan adanya agensi khas.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Agensi khas ini bertugas pertamanya, untuk merapikan, memastikan lebih efisien dan keduanya memantau dari segi keselamatan. Ini yang langkah-langkah kita ambil kerana kita jangka jumlah pelancongan itu akan lebih jauh, lebih besar.
Dan dengan kita menganjurkan ASEAN dan kehadiran negara-negara utama dari Amerika, Latin America, Afrika, Eropah, selain daripada ASEAN dan Asia, ini akan memberi tumpuan kepada Malaysia.
Saya doakan insya-Allah mudah-mudahan penyusunannya rapi, kerjasama yang diberikan selama ini akan membantu kerana ini selain daripada peranan kita dalam diplomasi ASEAN dan rantau, dia akan memberi tarikkan sendirinya tentang kebersihan, kecekapan dan keindahan Malaysia seluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Dengan izin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tourism is a tough business.
Saya amat terharu dengan target kita untuk tarik 47 juta pelawat ke Malaysia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, tapi selain daripada masuk, kita kena juga pastikan yang rakyat Malaysia ni tak keluar ramai juga.
Baru-baru ni, bulan lepas saja dalam satu hujung minggu dianggarkan 200,000 orang rakyat Malaysia telah membanjiri negara jiran kita Thailand dan membelanjakan RM50 juta di mana saya agaklah sebab di Utara, ramai daripada Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu semua pergi Thailand. Padahal masa itu Thai Baht sekarang naik, bukan turun. So, saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah sebab orang-orang di Utara ini, empat negeri ini suka sangat pergi ke Thailand? Itu satu.
Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, jawab PM.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kedua, soalan kedua. Sekarang kita nak tarik ramai pelancong, kita kena jadi sebuah negara yang mesra pelancong. Apa kata, kalaulah target kita ni, kita tengok ramai daripada target kita pelawat kita datang daripada China dan India.
Bolehkah kerajaan mempertimbangkan untuk kita letak lebih banyak notis atau pun signboard dalam bahasa Cina, dalam bahasa Tamil, bahasa Hindi ataupun Korea untuk memudahkan mereka untuk berada di Malaysia supaya mereka rasa ini adalah sebuah negara yang mesra pelawat. Bagi saya itu satu penting.
Dan last sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, makanan merupakan salah satu tarikan utama negara Malaysia. Semua orang tahu, sajian Malaysia adalah terbaik di dunia. Malah di World Expo, di Pavilion Malaysia juga, tingkat pertama masuk semua makanan. Maka, saya nak tahu, adakah kerajaan ada buat survey, atau hasrat untuk buat survey ataupun nak promote-kan, apa sebenarnya makanan utama yang dinanti-nantikan atau yang orang nak— orang pelancong kita nak makan. Apa yang utama mereka nak makan? Terima kasih.
Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Cekodok.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi jawapan PM, jawablah.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang pertama soal terlalu ramai yang keluar.
Saya singgung tadi, dia bila Ringgit menguat, Rupiah dan Baht itu lemah. Jadi, adalah tarikan ke sana.
Kemudian kalau ditanya apa lagi sebab pergi ke Thailand tu, Yang Berhormat lebih tahu jawab. Yang Berhormat banyak kali ke sana. Saya pergi turut urusan rasmi kerana ada banyak pilihan lain, tetapi yang secara seriusnya, kita kenal pasti itu.
Sebab itu kita berikan ganjaran pengecualian RM1,000 bagi yang belanja dalam negara.
Cuma ini juga peringatan kepada ejen dan restoran terutama sepertimana di Langkawi, kita lahirkan kebimbangan kerana kos itu— makanan, penginapan, berapa lain agak terlalu tinggi. LADA yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan (II) dan Menteri Besar dalam mesyuarat, mencari jalan supaya dapat menurunkan dan mengurangkan kos sebab kalau kos itu tinggi, jadi tarikan kurang.
Ini umpamanya bila dibuat satu kajian tentang perbandingan Langkawi dengan Phuket, keindahan Langkawi itu mengatasi kerana lebih bersih, lebih semula jadi, tetapi yang jadi masalahnya ialah kos yang tinggi. Jadi kita harus teliti kedua- dua perkara ini. Dia masalah kalau Ringgit rendah pun masalah, dan Ringgit kukuh pun ada juga masalah, tapi se— kalau di antara keduanya, saya masih pilih pengukuhan Ringgit.
Berikutnya, cadangan tentang tulisan— tak payahlah. Sebab kalau orang Arab ramai datang, adakah masa kita tulis Arab? Kita bagi kemudahan begitu di airport begitu, tak payah signboard Arab. Begitu juga bila orang Cina datang. Bila orang Cina kita bagi signboard dekat airport untuk membantu mereka, tapi tak perlu kita gunakan signboard dalam bahasa Cina terlalu banyak. Begitu juga orang India.
Orang India banyak, itu pun bahasa lain-lain eh. Tamil pun ada, Hindi pun ada, Urdu pun ada. Jadi, bagi saya tak perlu, tidak mendesak. Dia datang tak semestinya kerana ada signboard dalam tulisan bahasa dia.
Mengenai makanan ini memang betul. Di Osaka Expo, percayalah di antara gerai yang paling menarik dan mendapat sambutan paling ramai ialah gerai ekspo Malaysia dan makanan Malaysia.
[Dewan Tepuk]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Dan makanan ini termasuk kalau tanya saya, saya tak tahulah. Yang orang suka, sate, orang suka nasi lemak, teh tarik. Kalau saya orang Pulau Pinang, nasi kandar, tapi nasi kandar tak adalah di situ. Jadi ini satu tarikan yang saya rasa boleh dimanfaatkan lagi.
Saya bila lihat repot, saya pun agak terkejut juga. Macam mana boleh orang, termasuk sebahagian besar orang Jepun, dia pergi queue ya, begitu lama, hanya
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
nak makan makanan Malaysia. Bukan percuma — bayar. Dan tentunya mahal kerana ikut kadar bayaran Jepun, tapi ini satu perkembangan yang baik, yang patut diberi perhatian oleh Kementerian Pelancongan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Satu lagi, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat. sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tan Sri, satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya mulakan dengan Tuan Mohd Sani bin Hamzah, Hulu Langat. Silakan.
Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, selalu salah Speaker ni— “Hamzan.” “Satu. Kasih nan abadi. Tiada tandingi. Dia yang satu...” [Menyanyikan serangkap lagu] Soalan saya nombor 1.
[Dewan ketawa]
1. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah Belanjawan 2025 memperuntukkan dana tambahan untuk menyelenggara sekolah daif dan membina sekolah baharu di kawasan yang padat murid seperti sekolah baharu di Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri. Menteri tak payah menyanyi, terus jawab.
[Dewan ketawa]
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat, Tuan Muhammad Sani bin Hamzan.
Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hah.
Tuan Wong Kah Woh
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited terhadap keperluan penyediaan kemudahan asas bagi menjamin keselamatan, keselesaan murid-murid serta warga pendidik di seluruh negara. Sehingga 27 September 2025, KPM telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan institusi pendidikan serta sumbangan bantuan penyelenggaraan termasuk inisiatif khas,
Tuan Wong Kah Woh
tandas dan juga musala sebanyak RM1.65 juta bagi 48 buah sekolah di Parlimen Hulu Langat.
Dalam konteks menangani isu bangunan daif di sekolah, di bawah Belanjawan 2025, KPM telah memperuntukkan sebanyak RM135 juta di bawah program Ubah Suai Naik Taraf (USNT) Institusi Pendidikan KPM di seluruh negara dan khusus bagi bangunan sekolah yang dikategorikan sebagai Skala 6 untuk dinaik taraf bagi mengelakkan bangunan tersebut dikategorikan sebagai bangunan daif atau pada Skala 7.
Pada tahun 2025, sebanyak 300 projek telah terlibat dalam pelaksanaan USNT, antaranya 79 projek telah siap, 203 projek dalam pelaksanaan, 18 projek masih dalam peringkat perancangan. Ini statistik untuk seluruh negara. Dua buah sekolah di Parlimen Hulu Langat terlibat di bawah pelaksanaan kerja ubah suai naik taraf bagi memanjangkan jangka hayat bangunan itu, SMK Tinggi Kajang sebanyak RM850,000; Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, RM300,000.
Selain itu, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, terdapat dua projek bangunan daif di Parlimen Hulu Langat yang telah pun dimulakan pada tahun 2023 dan kedua-duanya telah pun selesai dilaksanakan. Ini termasuk— ini adalah pembinaan semula bangunan daif Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, Hulu Langat, Selangor bernilai RM4.5 juta bagi bengkel dan bilik khas, siap 22 Ogos 2024.
Pembinaan bangunan daif prasekolah di SK Sungai Serai, Hulu Langat RM5.586 juta bagi dua prasekolah dan siap pada 4 hari bulan Februari 2025.
Tuan Wong Kah Woh
Selain itu bagi menangani isu sekolah berkepadatan tinggi, KPM telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta seluruh negara bagi membina bangunan tambahan melalui kaedah IBS di 116 buah sekolah. Daripada jumlah tersebut, Parlimen Hulu Langat sebanyak tujuh buah sekolah terlibat iaitu SMK Saujana Impian, RM439,000; SK Beranang, RM556,000; SK Taman Rakan, RM432,000; SK Bukit Raya, RM425,000; SMK Khir Johari, RM428,000; SMK Dusun Nanding, RM584,000; dan SK Bandar Tasik KESUMA, RM425,000.
Cadangan pembinaan sekolah baharu di Semenyih ataupun di Parlimen Hulu Langat, KPM pun telah pun diluluskan sebanyak tujuh projek di Parlimen Hulu Langat sepanjang RMKe12. Kelulusan diberikan melibatkan pembinaan dua buah sekolah baharu iaitu SMK Bandar Sri Putra 2, SK Alam Sari.
Tuan Wong Kah Woh
Selain itu KPM juga telah diluluskan lima projek perolehan tanah, dua di tapak Eco Majestic, satu di Anjung Saujana, Serene Heights dan juga Prima Saujana.
Sekian. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah dan syabas juga kita ucapkan kepada Kerajaan MADANI kerana peruntukan tahun depan ini hampir 38 buah sekolah baharu akan dibina. Cuma, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang pertamanya, soal berkaitan dengan keperluan kamilah khususnya di Parlimen Hulu Langat ini selain disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri.
Yang pertamanya, sekolah menengah di Prima Saujana: tapak dah ada dah, tanah dah ada, tetapi memang keperluan dibina sebuah sekolah menengah di Taman Prima Saujana Kajang dan juga sebuah sekolah menengah lagi di Pekan Semenyih sebab Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Hussin sekarang ini memang sekolah itu sangat padat.
Kemudian sebuah sekolah lagi di Bandar Bukit Mahkota, sekolah ini terbengkalai. Jadi, saya hendak tahulah, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri soal berkaitan dengan bila projek sekolah menengah di Bandar Bukit Mahkota ini akan disegerakan bagi proses pembinaannya.
Kemudian soalan saya yang terakhir, soal berkaitan dengan timeline permohonan peruntukan bagi penyelenggaraan sekolah-sekolah. Cuma, Yang Berhormat Speaker saya nak tanyalah ataupun petua daripada Yang Berhormat Speaker ini, sebab Tasek Gelugor dia dah dipecat daripada parti, cuma nak tahu kedudukannya di mana selepas ini?
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, tak apa Yang Berhormat. Stick kepada soalan sahaja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Langat.
Yang ketiga itu saya tak boleh jawab. Saya jawab dua-dua yang asal itu.
Nombor satu berkenaan dengan sekolah-sekolah baharu yang diminta. Berkenaan dengan SMK Prima Saujana, sememangnya pihak KPM ada rancangan dan seperti yang saya sebut tadi, memang ada permohonan untuk kelulusan untuk perolehan
Tuan Wong Kah Woh
tanah untuk sekolah di tapak Prima Saujana dan pihak kami, selepas perolehan tanah tersebut diselesaikan, maka pihak kami akan mengemukakan permohonan sekali lagi kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi pembinaan sekolah SMK Prima Saujana.
Berkenaan dengan dua sekolah yang lain yang dah disebut, saya minta supaya jawapan bertulis diberikan supaya lebih banyak maklumat dan lebih tepat maklumat ia, dapat diberikan.
Soalan kedua berkenaan dengan timeline bagi peruntukan penyelenggaraan.
Apabila kita sebut berkenaan dengan permohonan peruntukan penyelenggaraan, kita ada dua. Untuk sekolah kerajaan, ia dibuka melalui sistem EMIS yang mana pihak sekolah sekiranya terdapat keperluan, bolehlah membuat permohonan dalam sistem EMIS. Mungkin pihak Yang Berhormat Hulu Langat pun boleh memberikan nasihat kepada sekolah, sekiranya ada permintaan sebegitu.
Untuk sekolah bantuan kerajaan Tan Sri Yang di-Pertua, permohonan sumbangan untuk bantuan penyelenggaraan bagi sekolah bantuan kerajaan sejumlah 1,922 buah sekolah ada termasuklah SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh, sekolah agama, bolehlah dibuat mulai pada― peruntukan untuk tahun hadapan 2026, bolehlah dibuat mulai 1 Disember 2025.
[Tepuk] Dulu selalunya permohonan dibuka pada bulan empat, bulan lima hadapan dan selalunya terdapat kelewatan dari segi kelulusan dan pelaksanaan projek.
Sekarang di bawah Kerajaan MADANI, kita awalkan tarikh tersebut dan sejak tahun lepas 1 Disember boleh dikemukakan pada tahun ini juga untuk peruntukan pada tahun hadapan, juga pada 1 Disember 2025, bolehlah sekolah-sekolah bantuan kerajaan memohon peruntukan bagi tahun 2026 supaya dapat dilaksanakan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Sekolah daif bukan hanya tentang fizikal bangunan. Istilah “daif” bermaksud tidak termasuk bumbung bocor dan sebagainya, tetapi merangkumi kedaifan infrastruktur asas pendidikan moden seperti capaian Internet, kerana diperlukan oleh guru-guru dan kaedah pengajaran berkenaan digital dan juga pelajar-pelajar untuk akses pelbagai sumber.
Soalan saya, adakah kementerian, kerajaan ada mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi satelit orbit rendah. LEO, untuk menggantikan talian fiber, terutama di kawasan-kawasan yang sekolah daif di luar bandar. Kalau menggunakan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
talian fiber ini mungkin kosnya lebih tinggi, kan. Kerana merentas gunung-ganang dan sebagainya, kan. Adakah kerajaan mencadangkan perkara yang disebutkan tadi terutama di sekolah-sekolah luar bandarlah? Bukan banyak pun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri. Menteri, sila jawab.
Tuan Wong Kah Woh
Eh, maaf. Maaf Tan Sri Speaker, saya ada sedikit kesilapan. Boleh tak saya minta supaya pihak Yang Berhormat ulang soalan sekali lagi. Ada sedikit kesilapan di pihak saya, maaf.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Boleh, tak apa. Kita manusia.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, straight soalan, straight kepada soalan ya.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kita semua buat silap kan. Adakah kementerian melalui Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Pendidikan ada membuat pertimbangan cadangan untuk menggunakan teknologi satelit orbit rendah, LEO, supaya capaian Internet ini dapat diakses ke sekolah-sekolah? Tidaklah timbul nanti seperti Veveonah Mosibin yang terpaksa panjat pokok untuk belajar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Wong Kah Woh
Ya. Terima kasih Tan Sri Speaker berkenaan dengan soalan daripada rakan saya tadi. Berkenaan dengan isu pencapaian Internet di setiap sekolah, sememangnya pihak KPM memastikan setiap sekolah daripada KPM mempunyai pencapaian Internet yang ada, biarpun di sebahagian daripada sekolah ataupun di keseluruhan sekolah, itu nombor satu.
Nombor dua berkenaan dengan satelit. Kita ada projek-projek berkenaan dengan isu dengan pencapaian Internet ini bersama-sama dengan KKM pada ketika ini, bersama-sama dengan Kementerian Ekonomi― Kementerian Komunikasi pada ketika ini dan projek tersebut akan diteruskan juga. Walau bagaimanapun, dasar pemerkasaan pendidikan digital ini sememangnya terangkum dalam Dasar Pendidikan Digital bagi KPM. Dan pihak KPM akan teruskan usaha, bukan sahaja untuk memastikan pendidikan digital itu disampaikan, tetapi akses kepada pendidikan digital itu dapat diberikan kepada anak-anak kita di seluruh negara biarpun di kawasan bandar atau di kawasan luar bandar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusuff, Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulai dengan pantun Tan Sri, SARA bukan sekadar angka, Amanah rakyat wajib dijaga; Peniaga kecil perlu dibela, Mohon jawapan soalan Rantau Panjang nombor dua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
2. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan, pendirian kerajaan terhadap keberkesanan pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam membantu golongan B40 serta isu laporan kelewatan sebahagian penerima di luar bandar.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang lain kerana ia nya menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai keberkesanan Program Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) iaitu daripada Yang Berhormat Pekan pada 24 November; Yang Berhormat Tanah Merah pada 6 November; Yang Berhormat Kuala Pilah pada 3 November; Yang Berhormat Pasir Gudang pada 22 Oktober; dan Yang Berhormat Rantau Panjang pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri. Untuk makluman Yang Berhormat, Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) merupakan bantuan yang diberikan secara tanpa tunai dalam bentuk kredit melalui Kad Pengenalan, MyKad yang boleh digunakan di kedai-kedai terpilih yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi membeli barangan keperluan asas.
Puan Lim Hui Ying
Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan dan memastikan bantuan benar-benar dimanfaatkan bagi tujuan dinyatakan dan seterusnya memanfaatkan golongan sasar yang ditetapkan.
Peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.
Pada tahun 2026, sebanyak RM15 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding dengan hanya RM10 bilion pada tahun 2024. Bantuan ini menjadi alat utama untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat menghadapi cabaran kos
Puan Lim Hui Ying
sara hidup. Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasar.
Mengikut data semasa, lebih 5.4 juta penerima SARA bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) direkodkan dengan jumlah kelayakan SARA untuk setahun sebanyak RM5 bilion. Sehingga 13 Oktober 2025, lebih 5.34 juta daripada keseluruhan penerima SARA telah menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan asas di premis berdaftar, mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 98 peratus secara keseluruhan dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM3.3 bilion.
Bagi Penghargaan SARA iaitu SARA one-off kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa pula, telah menyaksikan lebih 16.4 juta rakyat telah berbelanja atau 75 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima dengan nilai perbelanjaan melebihi RM1.42 bilion. SARA mendapat sambutan amat baik daripada penerima, mudah digunakan dan hanya memerlukan MyKad penerima sahaja, termasuk dari golongan warga emas dan rentan.
Untuk maklumat Yang Berhormat, berdasarkan prestasi pelaksanaan program SARA bulanan tahun 2025, kadar penggunaan tertinggi dicatatkan di Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan 99 peratus tuntutan penggunaan MyKad dalam pembelian di kedai-kedai runcit berdaftar dan seterusnya menafikan― ada kata kelewatan penggunaan SARA di sebahagian kawasan luar bandar.
Untuk memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini, jumlah kedai rakan niaga SARA setakat 13 Oktober juga telah meningkat kepada 8,400 buah kedai di seluruh negara. Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan juga kawasan pedalaman.
Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan.
Saya ingin tahu, dan soalan tambahan saya, apakah cadangan penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam pemberian SARA? Sebab, kita dapati banyak kedai runcit yang mikro yang tidak terpilih sebagai rakan strategik
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
terjejas hasil daripada program ini. Dan apakah mekanisme yang akan dibuat supaya tidak berlaku ketirisan, supaya orang yang benar-benar layak menerima? Mungkin penerima yang betul-betul layak. Dan apakah kajian dibuat terhadap impak jangka panjang terhadap program SARA ini supaya ia benar-benar meningkatkan taraf hidup penerima, bukan sekadar memberi intervensi sementara saja? Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tan Sri Yang di- Pertua, demi— berkenaan dengan kedai runcit. Okey, kita memang— kita tidak akan berhenti pada sekarang iaitu 8,400 peniaga sahaja. Kami menggalakkan kedai runcit atau peniaga-peniaga yang ingin masuk ke dalam program rakan niaga SARA, mereka boleh memohon dan selagi memenuhi garis panduan yang kita ada, kita akan luluskan sebab kita memang tahu juga mereka memerlukan. Ini merupakan satu peluang perniagaan untuk membaiki perniagaan mereka. Selagi mereka memenuhi keperluan atau garis panduan atau syarat-syarat yang minima sahaja, kita akan teruskan.
Jadi, jika di Rantau Panjang, Yang Berhormat ada kedai-kedai yang memerlukan untuk mengambil bahagian, boleh beri kepada kita dan kita akan menghubungi mereka dan tengok sama ada mereka layak atau tidak.
Dan dari segi mereka yang benar-benar layak, kita memang buat― terutama dari segi LHDN, kita memang buat banyak kemas kini maklumat. Kita mesti pastikan― yang itu untuk sepanjang tahun itu SARA, bukan itu Penghargaan SARA RM100 one-off. Yang itu memang adalah satu rancangan Kerajaan MADANI untuk memastikan semua yang layak, kita akan jaga.
Seperti juga sekali― atau di mana-mana Ahli Parlimen, di mana rakyat atau pengundi Yang Berhormat mendapati mereka tidak layak dan perlukan maklumat bagaimana mereka boleh memohon, boleh juga datang kepada pejabat saya atau kepada MOF atau pergi ke LHDN. Sekarang mereka boleh memohon melalui online. Terus online dan mereka akan― kita akan semak dan kita akan pastikan yang perlu, perlu— memerlukan bantuan, kita akan berikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya nak menyambung sikit soalan Rantau Panjang tadi. Saya dapat aduan daripada pekedai- pekedai kecil ini, kerana bantuan-bantuan kerajaan ini banyak. SARA, kemudian kita
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
ada Jualan RAHMAH yang ditingkatkan daripada dua kepada empat. Kalau di Johor, ada satu lagi― Jualan Kasih pula.
So, maknanya, banyak bantuan-bantuan ini diberikan kepada rakyat, bagus benda itu, tapi memang dia menjejaskan peniaga-peniaga kecil. Kami, umpamanya di Pulai, kita ada pasar ya. Pasar ini semakin merosot kehadiran pelanggan- pelanggan ini kerana adanya bantuan-bantuan ini. Saya kira kena ada satu lagi yang lebih komprehensif untuk membantu pekedai-pekedai kecil ini. Mohon komen.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai. Betul, ini memang adalah satu situasi yang kita hadapi sekarang.
Kita juga terima banyak pekedai dengan kata business mereka telah terjejas, kerana ada Jualan Rahmah dan seterusnya, tetapi bagi kita, kita memang rancang di mana peruncit, seperti saya jawab kepada Yang Berhormat Rantau Panjang tadi, sesiapa pun boleh memohon untuk mengambil bahagian. Jadi, kita di sini, saya menyeru kepada Ahli-ahli Parlimen menggalakkan peruncit-peruncit di kawasan masing- masing untuk memohon.
Dan juga, saya akan― untuk Jualan Rahmah yang akan menjejaskan peniaga, mereka boleh mengambil bahagian dalam program Jualan Rahmah atau jika ada betul-betul telah very direct― sebab kita rancang, bila kita buat ini, juga tidak akan lakukan dekat dengan peniaga atau peruncit itu, tetapi jika ada apa-apa, YB Pulai boleh terus berhubung dengan kami dan kami akan tengok bagaimana nak selesaikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya nak pantun pagi inilah Tan Sri.
Air sungai makin berkurang, Musim kemarau sudah diduga; Rakyat gelisah menunggu datang, Soalan saya nombor tiga.
2. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, langkah kerajaan bagi meningkatkan serta menambah kapasiti pembelian bekalan air terawat dari Singapura demi memenuhi keperluan bekalan air di negeri Johor.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Batu Pahat. Saya terus jawab soalanlah.
Kerajaan telah merangka dan sedang melaksanakan projek Zero Dependency, dengan izin, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan air terawat daripada Singapura. Antara projek utama yang sedang dilaksanakan adalah pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Johor, pembinaan baraj dan juga TAPS Sungai Pontian Besar serta pembinaan baraj dan TAPS Sungai Sedili Besar.
Sementara itu, Projek Penyaluran Air Mentah Layang 2 yang dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air telah siap pada 20 Disember 2024. Selain itu, PETRA melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang melaksanakan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar 3 dengan kapasiti 200 juta liter sehari dan juga LRA Kayu Ara Pasong dengan kapasiti 90 juta liter sehari yang kedua-duanya ketika ini masih dalam peringkat reka bentuk.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Manakala projek pembinaan LRA Layang 2 Fasa 1 dengan kapasiti 160 juta liter sehari telah siap pada Mac 2024 dan LRA Layang 2 Fasa 2 dengan kapasiti 160 juta liter sehari sedang dalam peringkat pembinaan yang dijangka siap pada akhir 2027.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi meningkatkan kapasiti dan pengagihan air terawat untuk memastikan keperluan bekalan air negeri Johor dipenuhi, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan kos keseluruhan berjumlah RM2.4 bilion di bawah peruntukan PAB dalam Pelan Perniagaan Ranhill SAJ Sendirian Berhad bagi tempoh operasi keenam iaitu 2024 hingga 2026.
Di antara projek-projek yang telah diluluskan peruntukan oleh PAB adalah projek rezoning di negeri Johor seperti berikut iaitu:
(i) cadangan kerja-kerja membina sistem agihan baru dari loji rawatan air Semanggar ke tangki Bukit Kulai, Kota Tinggi, Johor;
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
(ii) cadangan meningkatkan sistem bekalan air di Wilayah Iskandar, Johor Bahru; dan
(iii) cadangan membina sistem agihan utama dari Damansara Aliff ke Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor.
Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya, soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Bolehkah Timbalan Menteri menjelaskan, sama ada kos pembelian air terawat dari Singapura ini lebih murah atau lebih rendah atau lebih tinggi berbanding kos merawat air sendiri di Johor? Dan bagaimana kerajaan untuk mengimbangkan faktor kos dengan keperluan keselamatan bekalan air negeri ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Batu Pahat. Soalan yang sebenarnya baik.
Dari segi kos pembelian, memang kita membeli daripada Singapura air terawat ini pada kadar 50 sen per seribu gelen. Yang mana kebiasaannya kalau di negara kita, kita pakai literlah, tapi bila perjanjian ini dalam gelen. Kalau ikut perjanjian asal itu, kadar belian kita itu adalah sekitar lima million gelen, tetapi ada peningkatan keperluan, yang mana kita sebenarnya membeli lebih daripada jumlah tersebut.
Kalau saya cuba tengok data ini, yang mana kita membeli sekitar 16 million gallon per day. Kalau kos tadi, kalau dikira dari segi sekiranya pembelian air terawat ini tidak berlaku ataupun kita merawat sendiri air ini di Johor, anggaran kos adalah sekitar RM7 sedangkan kita beli dalam 50 sen.
Jadi, pada ketika ini, mengambil kira kita kena ada juga keupayaan untuk tidak bergantung kepada bekalan tersebut, maka sebab itu yang kita panggil projek zero dependency untuk membolehkan menjelang 2030, kita ada kekuatan dari segi bekalan, terutamanya di selatan tanah air Johor. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanyakan soalan, izinkan saya untuk meraikan rombongan dari Persatuan Sahabat Kuliah Muslimat Temerloh ke Parlimen Malaysia. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana disebutkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, kerajaan telah dalam perancangan untuk melaksanakan projek takungan air pinggiran sungai (TAPS) dan juga loji rawatan air di beberapa kawasan di Johor, tetapi projek-projek ini dijangka selesai pada tahun 2030.
Jadi, soalan pertama saya, apakah perancangan kerajaan untuk penyelesaian jangka pendek memandangkan 2030 ini masih lima tahun dan kita sedang berhadapan dengan Iskandar Malaysia, berhadapan dengan Zon Khas Johor-Singapura.
Dan keduanya, apakah kerajaan bercadang untuk rawatan alternatif, pengambilan alternatif seperti mungkin rawatan air laut ataupun kaedah sumber lain seperti penangkapan air hujan ataupun air terpakai dan juga sumber air bawah tanah untuk menjamin keselamatan jangka panjang di Johor, sejajar dengan agenda NETR
(National Energy Transition Roadmap) dan Pelan Transformasi Air Negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Mersing.
Kalau saya boleh bagi gambaran, kalau situasi di Johor ini, jumlah loji rawatan air kita ada 47, yang mana kapasiti pengeluaran itu sekitar 2,375 juta liter sehari.
Manakala permintaan adalah sekitar 2,001 juta liter sehari. Maksudnya dari segi rizab margin itu agak baik iaitu 15.7 peratus, tetapi realitinya bila kita bercakap dalam soal seperti di Johor, ada kawasan-kawasan yang kalau dengan izin, kita panggil water stress iaitu berlaku water stress kerana permintaan yang ketara di sesuatu lokaliti dan sebagainya, cuma di situ.
Sebab itu dari segi perancangan, kalau dilihat dari segi cadangan ataupun tempoh operasi 2024–2026 yang saya nyatakan di awal jawapan asal tadi.
Sementara kita menunggu TAPS untuk selesai kerana TAPS itu perlu juga datang dengan loji rawatan air yang mana jangkaan kita sekitar 2030.
Pelan PAB yang kita luluskan itu turut merangkumi projek rezoning. Itu untuk membolehkan kawasan yang mempunyai lebihan air itu dapat mengalirkan air ke kawasan yang memerlukan. Jadi, sebab itu contoh yang saya nyatakan tadi ada cadangan untuk membina sistem agihan utama dari Damansara Aliff ke Iskandar Puteri, ada yang daripada Semanggar ke tangki Bukit Kulai. Jadi, perkara itu ada keperluan air di kawasan tersebut.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Maka, kita ada juga proses rezoning ini dan terakhir sekali Tan Sri Yang di- Pertua, dari segi keperluan sumber lain. Memang pendirian kita, kita sentiasa terbuka dengan sebarang bentuk teknologi ataupun langkah alternatif yang boleh diambil kerana perancangan sumber air ini memerlukan perancangan yang panjang, tapi pada masa yang sama is the act of balancing dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, iaitu kita kena lihat dari sudut ekonominya, dari sudut kosnya dan juga keperluan di sesuatu kawasan.
Jadi, untuk ketika ini, perancangan negeri Johor sepertimana yang saya nyatakan, insya-Allah situasi ini akan membolehkan pembangunan itu berjalan seiring dengan keperluan air di negeri Johor, sekian terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Idris Haji Ahmad, Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
Daun palas balut ketupat, Soalan saya nombor empat.
4. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan mekanisme pemantauan harga barangan keperluan asas di peringkat nasional seluruh negara, keberkesanan pelaksanaan harga kawalan serta statistik tindakan penguatkuasaan termasuk jumlah pemeriksaan yang dilaksanakan dan denda yang telah dikeluarkan bagi tempoh 12 bulan terakhir.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismilllahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Bagan Serai di atas soalan.
Seperti yang Bagan Serai sedia maklum, ada beberapa faktor yang ada kesan ataupun impak kepada harga barangan ya yang termasuklah seperti kos pengeluaran, seperti harga barang mentah, logistik serta juga permintaan dan penawaran. Jadi, ini adalah faktor-faktor yang ada kesan, memberikan kesan kepada harga barangan. Maka, dengan itu KPDN menggariskan mekanisme pemantauan harga yang melalui beberapa kaedah.
Yang pertama ialah pemantauan bagi tujuan pengumpulan dan pemaparan harga di mana KPDN di bawah program ini ada 850 pegawai pemantau harga yang
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
digerakkan pada setiap hari untuk membuat pemantauan harga di 2,170 premis perniagaan di seluruh negara merangkumi pasar-pasar, pasar raya, kedai runcit dan pasar mini.
Ia nya pemantauan ini meliputi 316 jenis barangan yang dikelaskan kepada enam kategori iaitu barang segar, barang kering, barang berbungkus, produk susu dan bayi, produk kebersihan dan minuman. Di mana apabila kita paparkan harga ini di dalam aplikasi PriceCatcher, maka pengguna boleh membuat keputusan bijak dan ini akan ada kesan kepada penawaran dan permintaan itu supaya mereka boleh buat keputusan nak beli, nak berbelanja di mana.
Yang kedua, Tan Sri Yang di-Pertua, kita juga, KPDN juga ada pemantauan bagi tujuan pemeriksaan dan penguatkuasaan berkaitan pematuhan peniaga terhadap Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Pemeriksaan dijalankan secara berkala, proaktif atau berdasarkan aduan oleh seramai 2,475 orang pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara.
Penguatkuasaan KPDN bukan hanya berbentuk pemeriksaan, tapi juga melibatkan risikan atau penyiasatan dan juga melibatkan sesi libat urus bersama pihak industri bagi memastikan pematuhan industri terhadap perundangan yang berkuat kuasa.
Kemudian, KPDN juga menetapkan harga kawalan seperti menetapkan harga siling ke atas beberapa barang keperluan asas seperti gas petroleum bersubsidi satu kilogram, petrol RON95, diesel dan gula.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Di samping itu juga, ada Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, di mana ketika musim perayaan seperti sekarang ini, ada permintaan yang tinggi. Jadi, ada kemungkinan ada yang menaikkan harga. Jadi, kita laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
Di samping itu Tan Sri Yang di-Pertua, KPDN juga ada Program Pengendalian Harga Perlu, di mana kerajaan menanggung kos pengangkutan untuk memastikan barang-barang perlu ini sama harganya di luar bandar yang jauh daripada pusat-pusat pengedaran. Jadi, kalau misalannya di pedalaman itu, Program Pengendalian Barang Perlu ini memastikan harga barang itu terkawal seperti gas memasak, contohnya. Ia nya dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk menyeragamkan harga.
Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya sikit lagi. Soalan Bagan Serai juga meminta statistik untuk 12 bulan terakhir. Maka, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, melibatkan sebanyak 721,248
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
pemeriksaan di seluruh negara di sepanjang rantaian bekalan. Ini termasuklah pemeriksaan di bawah Ops Pantau, Ops Kesan, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, selain pemeriksaan melibatkan tanda harga.
Daripada jumlah itu, [Batuk] sebanyak 3,344 kes telah dihasilkan dengan nilai kompaun dan denda sebanyak RM14,125. Tindakan-tindakan ini berjaya membendung kenaikan harga mendadak bagi barangan keperluan utama dan memastikan bekalan mencukupi, termasuk yang melibatkan permintaan tinggi semasa musim perayaan. Selain itu, tindakan penguatkuasaan dan publisiti melalui media masa secara meluas juga telah berjaya meningkatkan kesedaran pengguna untuk menyalurkan aduan sekiranya sebarang bentuk kesalahan oleh peniaga dikesan. Sekian, terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih Timbalan Menteri yang telah memberi satu penjelasan yang komprehensif. Cumanya ialah apabila mekanisme untuk pengawalan harga ini, adakah ia memberikan kesan pula kepada soal rantaian bekalan? Mungkin ada react daripada pemborong ataupun pengeluar untuk supaya mereka ini menyusahkan kepada pembeli itu nanti. Jadi, apakah mekanisme yang perlu dilakukan oleh pihak kementerian?
Satu lagi ialah berkenaan dengan— apabila dalam bajet baru ini, Tambun telah menjelaskan dengan pengapungan ayam dan telur, maka kerajaan telah pun dapat menjimat sebanyak RM2 bilion. Persoalan saya ialah, apakah usaha kerajaan untuk memastikan harga ayam dan telur ini merupakan makanan yang selalu dimakan, terutama dari kalangan B40 ini, tak terjejas dengan kenaikan harga?
Saya baru saja mendapat jawapan daripada seorang— kedai di kawasan saya. Bagaimana jawapan yang diberikan, dia sebut, dulu telur sebelum pengapungannya, gred A – RM12, B – RM10.80, C – RM10.20. Tetapi apabila setelah pengapungan bermula daripada bulan Ogos ia nya telah pun daripada RM12, sudah naik RM13.80. Walaupun dia tidak lagi mencecah kepada harga yang telah pun ditentukan RM14.60 tetapi kenaikan itu sebanyak RM1.80 itu agak mendadak.
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih di atas soalan tadi. Ada dua soalan tapi saya gabungkan ya, Bagan Serai. Sebab apabila kita— KPDN melaksanakan pemantauan ini, ia nya di sepanjang rantaian bekalan. Dia bukan setakat harga di hujung saja. Kerana KPDN ada punca kuasa untuk melihat daripada
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
sepanjang rantaian bekalan, daripada kos pengeluaran, daripada harga barang mentah dan sebagainya untuk memastikan tiada pencatutan.
Jadi, ini menarik soalan berkenaan dengan pengapungan harga ayam dan telur. Ini apabila kita— saya sebut tadi berkenaan dengan Ops Kesan ya. Ops Kesan ini telah dilaksanakan Ops Kesan 3.0 ya. KPDN melaksanakan 3.0. Okey, apabila diapungkan harga telur dan di masa yang sama, kalau Bagan Serai ingat pada ketika itu ada perluasan pelaksanaan SST. Maka, apa yang KPDN buat, yang penguat kuasa buat, satu bulan sebelum pengapungan harga itu berlaku, sudah pun diambil kira kos-kos pengeluaran dan sebagainya.
Sebenarnya, saya nak beritahu kepada Yang Berhormat, apabila sebelum pengapungan dulu memang harga pengeluaran telur itu melebihi daripada harga yang dijual. Di situlah subsidi itu untuk menampung dia punya defisit itu. Jadi, kita faham ya, apabila kita tarik subsidi itu, memang ada defisit dalam pengeluaran.
Namun, KPDN memastikan bahawa tidak ada pencatutan. Apabila ada kenaikan itu, tidak ada pencatutan. Kalau kita tengok 30 biji, naik RM1.80 ya.
Maksudnya, naik dalam enam sen saja satu biji ya. Jadi, ini menunjukkan bahawa dia tidak mencatut di situ. Jadi, ini yang kita maksudkan dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ini. Kita dapat tahu sama ada, ada pencatut atau tidak.
Dan juga apabila ada peluasan SST, kita tengok juga bagaimana kos logistik itu ada kesan atau tidak. Sama ada vitamin-vitamin untuk ayam yang keluarkan telur itu ada kesan atau tidak. Dan apabila penguat kuasa pergi ke ladang-ladang telur, ladang ayam yang mengeluarkan telur ini Bagan Serai, saya sendiri pergi tengok.
Dan kita tengok bagaimana perkiraan itu daripada makanan ayam, daripada vitamin ayam, daripada kos pengeluaran ayam itu, sehinggalah harga telur ayam itu daripada ladang sampai ke pemborong dan sampai kepada peruncit.
Jadi, setakat ini kenaikan itu ada sedikit tetapi ia nya masih terkawal dan bukan dikira sebagai catut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Tan Sri Speaker, saya mendengar soalan dan jawapan daripada Timbalan Menteri dengan teliti dan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian, telah mempunyai SOP yang cukup jelas.
Namun, saya rasa ini SOP perlu diperbaiki sebab di kawasan-kawasan luar bandar, khususnya di kawasan saya, kuantiti dan kualiti barang itu masih lagi kita ragukan. Dan kita juga dengar bahawa, oh, ada desas-desus yang katakan okey, ada ketirisan dalam sistem penyampaian ini. Jadi, saya minta jaminan, pandangan
Dato Anyi Ngau - Baram
daripada pihak kementerian supaya apabila mereka nak kan satu tong gas, mereka dapat. Sebab jawapan yang sering ataupun yang ada diberitahu ini, oh! kita dah kehabisan stok ini.
Jadi, minta jaminan daripada pihak kementerian supaya barang-barang keperluan asas ini dapat dinikmati oleh penduduk-penduduk di kawasan luar bandar.
Sekian, terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih di atas soalan Baram. Tan Sri Yang di-Pertua, Baram ini merupakan salah satu daripada kawasan pedalaman, di mana Program Pengedaran Barang Perlu ini dilaksanakan.
Di mana di kawasan pedalaman ini ada POS-POS ataupun point of sales, di mana ada tujuh barangan bersubsidi yang dikawal iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak LPG, petrol RON95 dan diesel. Di situ kita pastikan bahawa harganya dikawal. Dan bekalan itu sampai dengan harga yang sama seperti di bandar.
Jadi, apabila Baram mengatakan berkenaan desas-desus ini Baram, saya pohon kalau Baram ada, khusus locality ataupun kawasan mana yang Baram katakan tadi, sila ajukan kepada KPDN. Boleh sampaikan kepada saya juga dan kepada KPDN, supaya kita boleh selidik, Baram. Sebab desas-desus ini susah kita nak ambil tindakan.
Setakat yang kita tahu, memang ada point of sales dan kita berbelanjakan.
Insya-Allah 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet mengumumkan RM250 juta yang akan kita peruntukkan untuk pengedaran barang perlu. Insya-Allah, untuk menjamin keseragaman harga. Jadi, ada aduan khusus, sila adukan ya. Terima kasih Baram.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Seri Jamaluddin Haji Alias, Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Jalaluddin, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Jalaluddin.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jalaluddin Haji Alias. Terima kasih Tan Sri. Soalan saya nombor 5.
5. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Digital menyatakan sejauh mana maklumat peribadi rakyat yang berada dalam sistem-sistem kerajaan benar-benar terjaga dan tidak timbul isu kebocoran maklumat untuk kegunaan pihak ketiga.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan amat menitikberatkan keselamatan dan hal perkara perlindungan maklumat peribadi rakyat yang diuruskan dalam sistem-sistem kerajaan. Seiring dengan transformasi digital dan komitmen kerajaan ke arah negara AI. Sudah tentunya, keutamaan diberikan kepada aspek kawalan dan perlindungan keselamatan bagi pastikan maklumat peribadi rakyat selamat, terjamin dan tidak disalahgunakan oleh pihak ketiga.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Bagi memperincikan jawapan ini, saya akan kupaskan jawapan ini daripada aspek pemantapan tadbir urus dan pembangunan kerangka perundangan yang menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, perlindungan kepada keselamatan maklumat dalam kerajaan yang termasuk maklumat peribadi rakyat, dilindungi oleh perundangan dan peraturan sedia ada yang jelas. Di antaranya:
(i) Akta Rahsia Rasmi yang menggariskan bahawa semua maklumat peribadi yang diklasifikasikan sebagai dokumen rasmi adalah dijamin kerahsiaannya;
(ii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam iaitu (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang meletakkan serta mensyaratkan bahawa setiap penjawat awam adalah terikat dengan etika dan peraturan yang mewajibkan mereka menjaga kerahsiaan maklumat; dan
(iii) akta-akta khusus lain seperti Akta Perangkaan umpamanya, tahun 1965 dan akta-akta berkaitan kesihatan serta perkhidmatan kewangan mempunyai peruntukan-peruntukan spesifik yang melindungi data sensitif yang dikumpul oleh agensi-agensi yang berkaitan.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Secara spesifiknya Tuan Yang di-Pertua, berhubung sistem-sistem kerajaan, adalah penting untuk saya gariskan bahawa terdapat dua kategori sistem dalam sektor kerajaan.
Pertama, sistem yang ditetapkan sebagai infrastruktur maklumat kritikal negara ataupun kita sebut National Critical Information Infrastructure (NCII). Bagi sistem kementerian atau jabatan kerajaan yang ditetapkan di bawah NCII, Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854] merupakan undang-undang yang berkuat kuasa untuk memastikan sistem kerajaan tersebut benar-benar terjaga, termasuk perlindungan terhadap maklumat peribadi rakyat. Ini termasuk kewajipan pelaporan segera sebarang insiden keselamatan siber, pematuhan tataamalan dan peningkatan kesiapsiagaan insiden keselamatan siber agar dapat ditangani secara tersusun, pantas dan juga berkesan.
Agensi di bawah kementerian ini iaitu Jabatan Digital Negara (JDN) telah dilantik sebagai Ketua Sektor Kerajaan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu untuk pastikan entiti NCII di bawahnya melaksanakan kewajipan yang penting termasuk menyediakan tataamalan dan selenggara garis panduan berhubung dengan pengurusan keselamatan siber.
Bagi sistem-sistem kementerian atau jabatan kerajaan yang tidak dikategorikan sebagai NCII, kerajaan meletakkan kewajipan kepada kementerian- kementerian dan juga jabatan-jabatan berkenaan untuk mematuhi tiga pekeliling am.
Seperti berikut:
(i) Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022 yang berkaitan pengurusan dan pengendalian insiden siber sektor awam;
(ii) Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2024, garis panduan berkaitan pengurusan risiko keselamatan sektor awam sekiranya ada; dan
(iii) surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2024, garis panduan yang melihat kepada penilaian tahap keselamatan rangkaian dan juga sistem ICT sektor awam.
Ketiga-tiga pekeliling awam— am dan surat pekeliling am tersebut membentuk rangka kawalan yang bersepadu kepada kementerian dan jabatan yang bukan NCII untuk melaksanakan tindakan-tindakan berikut. Tiga perkara:
(i) aspek penilaian risiko keselamatan maklumat dan penilaian tahap keselamatan ICT sekurang-kurangnya sekali setahun;
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
(ii) menubuhkan pasukan tindak balas insiden keselamatan di peringkat agensi; dan
(iii) melaporkan sebarang insiden keselamatan siber kepada NACSA melalui apa yang disebut sebagai National Cyber Coordination and Command Centre (NC4) untuk tindakan pemantauan dan mitigasi secara berpusat.
Pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, akan memastikan setiap sistem kerajaan tertakluk kepada pemantauan berterusan dan kawalan keselamatan yang setara dengan risiko ancaman yang dihadapi.
Kementerian juga melalui CyberSecurity Malaysia turut sediakan perkhidmatan bagi ujian keselamatan ICT. Kita ada aspek pensijilan, Malaysian Common Criteria Evaluation and Certification (MyCC) dan Technology Security Assurance (TSA), penilaian kerentanan dan ujian penembusan, vulnerability assessment and penetration testing serta pematuhan kepada piawaian antarabangsa seperti ISMS, ISO, IEC 27001 dan juga kita menyediakan latihan untuk pegawai-pegawai sektor awam dalam aspek pensijilan profesional seperti Certified Chief Information Security Officer (CISO).
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital juga sedang membangunkan strategi kepercayaan digital dan keselamatan data yang akan memperkukuhkan rangka kawal selia terhadap keselamatan data kerajaan, menyatukan prinsip-prinsip keselamatan yang sedia ada, melihat kepada aspek akauntabiliti dan kepercayaan digital, serta secara keseluruhannya menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ke arah Negara AI 2030 yang selamat dan dipercayai.
Kementerian ini percaya, melalui pelaksanaan yang menyeluruh, dengan pendekatan perkongsian tanggungjawab ataupun shared responsibility Tuan Yang di-Pertua, yang betul, perlindungan terhadap keselamatan maklumat peribadi rakyat dalam sistem kerajaan boleh dicapai secara berstruktur, diaudit secara berkala dan ditambah baik daripada semasa ke semasa dan ini semua untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelebu, soalan tambahan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan rombongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jelebu, Jempol.
[Tepuk] Seramai 33 orang, yang diketuai sendiri
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Moskaya dan rombongan kedua yang juga daripada Jelebu, Dato' Yang di-Pertua, seramai 36 orang daripada Pusat Khidmat Parlimen Jelebu yang diketuai oleh Pegawai Khas saya, Tuan Haji Azmi Selamat.
[Tepuk] Saya nak ucapkan terima kasih di atas kedua-dua entiti penting ini yang terus menyokong perjuangan saya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Soalan saya Dato' Yang di-Pertua. Saya dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Walaupun pegawai ataupun kementerian terikat dengan pelbagai akta dan sebagainya. Yang saya nak pentingkan ialah tentang kebocoran data peribadi rakyat. Mengikut akta data peribadi rakyat ini Dato' Yang di-Pertua, terlindung ataupun di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Cumanya soalan saya Yang Berhormat Menteri, yakni dalam akta itu di bawah seksyen 31(1) Akta PDPA ini, dinyatakan bahawa akta ini tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Maka dengan itu, persoalan saya ialah adakah sebarang perancangan daripada kementerian untuk membuat pindaan akta ini memasti supaya dapat dipastikan ia nya bersifat ataupun boleh diguna pakai secara menyeluruh.
Kemudian Dato' Yang di-Pertua, yang tidak kurang pentingnya ialah tentang ekonomi digital ini. Kita sudah kenal pasti, ia boleh menyumbang, malah telah pun menyumbang 22.6 peratus kepada KDNK dan dijangka ia nya akan terus meningkat daripada tahun ke tahun. Yang menjadi persoalan kita, Dato' Yang di-Pertua, ialah tentang sikap, tentang cyber hygiene ataupun kebersihan siber kepada pengguna- pengguna peralatan digital peribadi ini ataupun sikap peribadi ini tentang kebersihan siber mereka. Apakah pendekatan kementerian untuk memastikan supaya cyber hygiene ini menjadi satu budaya kepada semua rakyat. Bukan saja rakyat di kawasan bandar, malah rakyat di kawasan luar bandar. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Digital untuk menjawab.
Tuan Gobind Singh Deo
Izinkan saya jawab, Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan, soalan yang cukup baik.
Sebenarnya Yang Berhormat, kalau saya boleh perbetulkan seksyen yang dirujuk itu bukan 31 tapi 3(1) di mana kita lihat ada pengecualian, di mana dinyatakan bahawa peruntukan Akta PDPA ataupun Akta Perlindungan Data Peribadi itu tidak terpakai kepada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri.
Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, sepertimana saya senaraikan tadi, kita mempunyai undang-undang lain yang terpakai kepada
Tuan Gobind Singh Deo
kakitangan awam dan juga peringkat negeri dan juga Persekutuan seperti saya huraikan tadi. Kita ada Akta Rahsia Rasmi, kita juga ada Peraturan Pegawai Awam yang berkaitan dengan (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kita juga ada akta-akta khusus ya atau Akta Perangkaan 1965. Satu daripada contohnya.
Tuan Gobind Singh Deo
Kemudian kita lihat ada peruntukan khusus di dalam undang-undang tertentu dalam bidang-bidang di mana ada data dikumpul dan sebagainya. Di mana, jelas dinyatakan sebenarnya apakah aspek-aspek perlindungan untuk data tersebut?
Khususnya apabila data itu diselenggarakan oleh kakitangan awam. So, itu adalah satu perkara yang kita lihat.
Aspek pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi untuk merangkumi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah pun menjadi perkara yang hangat diperbahaskan. Itu adalah satu contoh ataupun satu cara bagaimana kita boleh meluaskan rangkuman akta tersebut. Tapi ada juga negara-negara lain yang telah pun merangkakan undang-undang khusus berkaitan data peribadi yang diselenggarakan oleh kakitangan kerajaan.
Itulah satu aspek yang kita dalam proses melihat. Kita sekarang menerima pandangan-pandangan yang berbeza. Itu adalah satu yang mungkin kita akan cadangkan bergerak ke depan. Tapi soal dia, apakah corak undang-undang tersebut? Adakah ia nya melalui pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi ataupun kita mewujudkan akta yang spesifik ataupun kita memperkuatkan akta-akta dan juga peraturan-peraturan yang sedia ada? Tapi secara keseluruhan Yang Berhormat, aspek yang kita nak fokuskan adalah keselamatan data peribadi tersebut.
Buat masa sekarang, memang ada wujudnya undang-undang yang melihat kepada aspek itu. Soal dia bolehkah kita perkukuhkan? Kementerian saya memang dalam proses melihat ke dalam cadangan-cadangan yang telah pun dikemukakan.
Dan kita akan melihat apakah cara yang terbaik dan saya akan maklumkan kemudian. Tapi, buat masa sekarang memang undang-undang sedia ada dan kita memang memberi penekanan penuh kepada aspek memastikan data peribadi kita terlindung.
Berkenaan dengan aspek cyber hygiene. Ini satu perkara yang sangat penting. Tuan Yang di-Pertua, kita bergerak ke depan, kita meminta semua rakyat untuk melihat bagaimana mereka boleh menggunakan platform digital dan sebagainya. Ini sudah tentunya membawa juga dengan risiko-risiko tertentu. Jadi, soal perbincangan berkenaan risiko tersebut, penting. Kemudian, kita juga perlu ada
Tuan Gobind Singh Deo
strategi bagaimana kita boleh pastikan bahawa walaupun kita tahu risiko ini wujud, tapi ada satu polisi yang memastikan bahawa langkah-langkah diambil untuk menjaminkan cyber hygiene.
Itu sebab kita dalam proses merangkakan apa yang saya sebut tadi, which is the Digital Trust and Data Safety Strategy yang akan merangkumi tahun 2026 sehingga tahun 2030. Sebenarnya dasar itu melihat, strategi itu melihat kepada apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut pada apabila membentang RMK13. Bahawa beliau hendak melihat negara kita bergerak ke arah negara AI 2030. Jadi, soal berkenaan dengan impak strategi terhadap aspek industri kepada orang ramai dan juga kerajaan perlu dilihat.
So, memang Yang Berhormat, kita dalam proses melihat kepada strategi tersebut dan saya harap kita dapat umumkan dan lancarkan strategi itu akhir tahun ini supaya kita boleh mengguna pakai peruntukannya menjelang 2026 sehingga 2030. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, silakan Yang Berhormat Jerantut, soalan tambahan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan daripada saya. Berdasarkan kepada press release yang dibuat pada 18 Februari 2025, Kementerian Digital telah pun melancarkan satu perisian, satu sistem perisikan pertama di Malaysia yang dinamakan sebagai Projek Keupayaan Automasi Sokongan Perisikan bagi memantau aktiviti penjualan data peribadi di dark web. Jadi, bolehkah Menteri menjelaskan sejauh mana keberkesanan sistem tersebut dalam mengesan dan menangani kebocoran data yang melibatkan pangkalan data agensi kerajaan?
Dan yang keduanya, melalui Laporan Ketua Audit Negara pada awal 2023, menunjukkan sebanyak ada beberapa kebocoran data peribadi. Termasuklah isu yang berkait dengan maklumat pengguna MySejahtera yang diakses oleh satu “super account” yang dinamakan sebagai “super admin’’. Jadi, kita nak tahu apakah status ataupun hasil audit forensik digital terhadap perkara tersebut? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Digital.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Aspek bagaimana kita boleh mengenal pasti di mana berlakunya kebocoran yang bawa kepada data peribadi itu di apa ini — dibuka kepada awam
Tuan Gobind Singh Deo
dan sebagainya adalah sangat penting. So, kita lihat kepada banyak lapisan sebenarnya, Yang Berhormat. Satu daripadanya memerlukan kita melihat kepada teknologi di mana kita boleh lihat lebih mendalam. Itu sebab kita ada apa yang kita sebut sebagai app yang disebutkan tadi.
Berkaitan dengan sebenarnya berapa banyak kes-kes yang telah pun kita siasat ataupun kes-kes yang telah pun selesai disiasat menggunakan app tersebut?
Saya ada maklumat dia tapi itu tidak dalam rangkuman soalan hari ini. So, Tuan Yang di-Pertua, saya minta agar saya diberi peluang untuk memberi secara bertulis selepas daripada ini. Tapi memang ada hasil dia.
Keduanya berkenaan dengan laporan audit pun tidak dibangkitkan dalam ini tapi saya ada maklumat juga. Saya akan kemukakan secara bertulis kerana ia nya melibatkan satu siasatan. Saya nak pastikan bahawa jawapan yang diberikan itu adalah jawapan yang betul, khususnya mengikut status siasatan yang ada. Tapi, saya akan sediakan dan majukan secara bertulis selepas daripada ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut majlis mempersilakan Datuk Muslimin bin Yahya, Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Pinggan jorong, mangkuk jorong, Jorong berisi buah nam-nam, Dua tiga kata terdorong, Soalan saya nombor 6.* Terima kasih.
6. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan bagaimanakah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) membantu pelajar menjadi usahawan selepas tamat pengajian sama ada dengan menyediakan inkubator perniagaan ataupun membangunkan idea inovatif dan startup kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Bahasa Jawa ke?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Ha. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jawa?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Oh, Rawa?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Boleh, boleh. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, dipersilakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Susah saya nak balas ini, Dato’.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sungai Besar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menubuhkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) pada tahun 2022 dan merupakan universiti koperasi pertama di Malaysia.
UKKM merupakan institusi pengajian tinggi milik penuh Institusi Koperasi Malaysia iaitu IKMA. Sebuah agensi di bawah KUSKOP dan berperanan menerajui usaha melahirkan pelapis profesional dalam bidang keusahawanan koperasi.
Penubuhan ini merupakan antara pencapaian penting yang dilakar sempena 100 tahun gerakan koperasi negara. UKKM masih lagi baharu, iaitu baru dua tahun selepas menerima perakuan pendaftaran dan kebenaran beroperasi pada 29 Mac 2023.
Ketika kini, UKKM mempunyai 135 orang pelajar aktif yang mengikuti pengajian di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan juga ijazah kedoktoran. Pada Februari 2025, seramai 13 orang pelajar ijazah sarjana telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Manakala, bagi kohort pertama program diploma dan ijazah sarjana muda pula masih dalam tempoh pengajian dan dijangka ber-graduate pada tahun hadapan.
Sepanjang tempoh pengajian, pelajar UKKM bukan sahaja menerima pendedahan teori tetapi turut dilatih melalui pembelajaran berasaskan kerja, work- based learning dengan kerjasama pelbagai agensi dan institusi. Seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkasa, Bank Rakyat, Co-opbank Pertama bank dan koperasi-koperasi yang lain. Jalinan ini adalah bagi memperkukuhkan pengalaman industri dan memberikan pendedahan kepada ekosistem sebenar perniagaan koperasi.
Selain daripada itu, UKKM kini dalam proses menubuhkan koperasi siswa dan alumni UKKM sebagai platform kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam pengurusan sebenar koperasi dan aktiviti perniagaan. Langkah ini memupuk budaya
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
keusahawanan koperasi serta mengasah kemahiran tadbir urus dan pengurusan perniagaan dalam kalangan pelajar. Penubuhan koperasi ini bukan saja sebagai platform pembelajaran praktikal, malah berpotensi menjadi wadah pelajar dan alumni membangunkan perniagaan bersama, serta menanam budaya keusahawanan dari pengajian awal lagi.
Kalau kita lihat, ada beberapa work-based learning yang sedang berkolaborasi bersama-sama dengan UKKM. Baru-baru ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MNC Universiti di Jakarta. Sebuah universiti konglomerat di Jakarta Barat yang menjadi rakan strategik tempatan dalam usaha menawarkan program pendidikan keusahawanan koperasi, khususnya Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan modul dan terbuka dan jauh jarak, Program Doktor Falsafah (PhD) serta inisiatif-inisiatif lain dari pasaran Indonesia juga.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Selain ini, UKKM kini juga akan membuat program inkubator. Program inkubator ini melibatkan inkubator pertanian yang akan ada dua siri projek, projek penanaman cili dan timun melibatkan 4,000 polybag menggunakan satu ekar. Yang program kedua pula ini ada jangka masa yang panjang. Bila kita akan buat tanaman jagung untuk memberikan kerjasama bagi usahawan-usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan untuk mereka selepas pengajian mereka.
Graduan-graduan yang mempunyai idea inovatif atau berpotensi untuk membangunkan startup koperasi dan perusahaan sosial, social enterprise juga kami telah menyediakan fasiliti-fasiliti, geran-geran di bawah SKM selepas penubuhan koperasi siswa dengan alumni yang saya maksudkan tadi. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, sebenarnya baru kohort pertama graduan telah grad dan kita nampak sebenarnya graduan UKKM ini mungkin universiti yang baru, agak kurang menonjol di pasaran pekerjaan secara terbukalah.
Cumanya soalan saya mudah, tadi dah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Ada tak perancangan KUSKOP khususnya pengurusan dan pentadbiran UKKM untuk memfokuskan graduan UKKM ini selain jadi usahawan, kita latih dia
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
untuk menjadi pengurus dan kita letakkan dia di koperasi-koperasi yang lebih 15,000 koperasi supaya koperasi-koperasi kita ini dapat ditadbir dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Memang saya setuju dengan cadangan tersebut. Memang kalau kita lihat KUSKOP mempunyai satu rancangan masa depan yang panjang. Kalau kita lihat tadi saya maklum apa yang dikatakan berkaitan dengan MoU yang baru-baru ditandatangani dengan MNC University Jakarta. MNC University Jakarta ini mempunyai satu― Ha?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tak ada, tak ada, tak ada, tak ada.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Sorry? Oh, dia buka mic. Okey, untuk sambung. Dia mempunyai satu cara yang sangat interaktif dan interesting di sini.
Kalau kita lihat, diskaun dia berikan kepada setiap pelajar mereka sebelum mereka habis pengajian mereka, 50 percent dia bagi diskaun. Selepas lagi 50 percent tersebut tu, dia mendapatkan daripada CSR yang dijalankan berkolaborasi dengan 86 koperasi yang telah bergabung dengan MNC University tersebut.
Jadi, KUSKOP sekarang bekerjasama dengan mereka untuk mendapatkan satu cara yang lebih mudah bagi bekerjasama dengan koperasi supaya selepas mereka habis pengajian, mereka boleh disalurkan masuk kepada koperasi-koperasi yang ada.
Tetapi juga kita mempunyai contohnya yang tadi tidak di― saya tak bekalkan tadi. Contohnya startup grant, 3,000 hingga 30,000. Tapi ini hanya boleh dijalankan bagi aktiviti yang tertentu selepas mereka telah menubuhkan koperasi alumni di UKKM tersebut. Bagi koperasi yang telah menjalankan enam bulan lebih perniagaan mereka, kita boleh beli geran sehingga 100,000.
Dan akhir sekali bagi koperasi yang telah menjalankan aktiviti mereka lebih daripada tiga tahun yang mempunyai audited account dan Mesyuarat Agung Tahunan yang lengkap, mereka layak untuk mendapat geran sehingga 300,000.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Jadi, memang kita sedang meneliti cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Besar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Bagaimanakah kementerian memastikan kokurikulum dan latihan di UKKM benar-benar berpaksikan keperluan industri serta melibatkan usahawan berjaya sebagai mentor agar graduan bukan hanya bersedia berniaga atas kertas tetapi mampu bersaing dalam pasaran tersebut?
Apakah bentuk sokongan lanjutan disediakan oleh kementerian bagi memastikan graduan UKKM bukan sahaja mampu memulakan perniagaan tetapi juga kekal bertahan dan berkembang dalam tempoh tiga tahun pertama termasuk dari segi bimbingan mentor, akses kepada pembiayaan mikro serta jaringan pasaran dengan koperasi dan agensi kerajaan lain? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Soalan nombor satu, kita buat masa ini, senarai program pengajian UKKM bagi tahun 2025 adalah seperti berikut.
Kami mempunyai Diploma Keusahawanan Koperasi, Diploma Pengurusan Koperasi, Sarjana Muda Pentadbiran Keusahawanan Koperasi dengan Kepujian, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Koperasi) dengan Kepujian dan juga *Masters in Business Administration (Cooperative Management), Masters in Business Administration (Corporate Leadership), Doctor of Philosophy PhD
(Entrepreneurship), Masters in Business Administration dan juga Doctor in Business Administration.* Jadi, memang kita mempunyai banyak program yang terangkum di dalam situ.
Tetapi untuk menjawab soalan berkaitan dengan penyediaan mereka selepas mereka habis pengajian mereka, memang program-program latihan industri bagi pelajar tahun terakhir sudah ada dan ditempatkan di koperasi-koperasi besar dan sederhana bermulai empat bulan terakhir mereka.
Pelajar-pelajar juga boleh diserapkan dalam koperasi tersebut setelah habis latihan industri yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi tersebut. Saya bagi contoh di sini. Kita ada bekerjasama dengan Koperasi Pos Nasional Berhad, Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Berhad, Koperasi Kakitangan UiTM Berhad, Koperasi Sukau Kinabatangan Berhad.
Koperasi-koperasi ini sudah pun mulakan latihan untuk pelajar-pelajar bagi tahun yang akan datang untuk mereka menjalankan latihan tersebut.
Juga kita sedang melakukan satu jalinan kerjasama dengan beberapa koperasi yang lain antaranya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, Koperasi Yayasan Guru dan Penjawat Awam Malaysia Berhad, Koperasi Pegawai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kuala Lumpur Berhad dan juga FRIM Incorporated Sdn. Bhd. bagi mereka dimasukkan ke dalam sistem koperasi tersebut. Jadi selepas mereka habis pengajian mereka, mereka ada sesuatu tempat untuk pergi untuk menjalankan aktiviti perniagaan selepas habis pengajian mereka. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya, Majlis mempersilakan, Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Pekan, soalan nombor 7. Terima kasih.
7. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah status terkini pembangunan dan pelaksanaan Sistem Bersepadu Pengurusan Pekerja Asing (ePPAx) dan sejauh mana keberkesanannya dalam menyaring, memantau serta mengurangkan kemasukan PATI.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Sumber Manusia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pekan. Sistem ePPAx telah ditanggungjawabkan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan sistem ini telah melalui tiga fasal pembangunan dan berintegrasi dengan pelbagai sistem bagi melancarkan proses permohonan penggajian pekerja asing dan pekerja bukan warga negara di negara ini.
Pada masa ini, sistem ePPAx sedang aktif digunakan bagi kelulusan permohonan awal penggajian pekerja asing selaras dengan peruntukan seksyen 60K Akta Kerja 1955, permohonan berkaitan lesen agensi pekerjaan swasta dan pengurusan aduan pemuran. Di dalam Dewan yang mulia ini, ingin saya maklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) bukan sistem yang
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
membawa ― yang mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.
Segala urusan keluar masuk pekerja asing dan pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah melalui sistem Imigresen Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atau JIM di bawah Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pekan untuk soalan tambahan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih atas penjelasan daripada Timbalan Menteri sebentar tadi. Memandangkan sistem ePPAx memudahkan urusan penggajian pekerja asing ini secara berpusat, sejauh mana kementerian memastikan sistem ini tidak memberi kesan negatif terhadap peluang pekerjaan dan kadar gaji pekerja tempatan?
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Selain daripada itu, adakah langkah sedang diambil bagi memastikan pekerja tempatan mendapat gaji yang setimpal dan tidak terus ditekan oleh majikan yang lebih cenderung mengambil pekerja asing kerana faktor kos yang lebih rendah?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Pekan.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kita sentiasa berpendirian bahawa kesejahteraan dan pekerja tempatan menjadi keutamaan dalam setiap dasar tenaga kerja ini dan justeru itu, melalui sistem ePPAx, Kementerian Sumber Manusia kini giat melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap pematuhan majikan terhadap gaji minima. Keutamaan ini sudah pasti diberikan kepada rakyat tempatan sebelum kita menggajikan kepada pekerja asing.
Lantaran itu, kita meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di bawah Jabatan Tenaga Kerja di samping menambah baik beberapa saluran yang kita minta juga supaya mereka ini tampil ke depan untuk pastikan kita boleh menggunakan kuasa di bawah seksyen 20, Akta Jabatan Perhubungan Perusahaan dan makluman ini juga, kita akan pastikan bahawa tindakan diambil.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan sepanjang ini, kita telah mengadakan beberapa siri lawatan, termasuklah saya sendiri, yang turun padang seperti di Cyberjaya, di kawasan saya sendiri dan beberapa tempat lain kita terus turun padang dan operasi ini kita akan teruskan di seluruh negara, sebagaimana yang saya katakan pada minggu lepas bahawa kita akan turun untuk pastikan pematuhan gaji minimum, yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pekan sebentar tadi dan juga, mematuhi segala yang telah diperintahkan dan kita akan kompaun kesalahan, denda ataupun kita bawa di bawah perintah Mahkamah Buruh sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan integrasi antara Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) ini. Nak baca macam mana, Yang Berhormat? Dan, Foreign Workers Centralized Management System
(FWCMS) bermula 1 Ogos 2025. Kononnya, bagi memperkemas proses kelulusan dan pemantauan pekerja asing.
Namun, berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak industri dan juga laporan PAC sebelum ini, masih wujud kekeliruan antara fungsi kedua-dua sistem ini, termasuk dalam urusan pengesahan e-PLKS, akses data pekerja asing dan isu keselamatan maklumat sensitif. Oleh itu, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi pencerahan. Sejauh mana integrasi kedua-dua sistem ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu? Sehingga kini, adakah semua modul FWCMS telah diserap sepenuhnya ke dalam ePPAx ini, atau masih beroperasi secara berasingan?
Adakah kerajaan telah menetapkan satu mekanisme pemantauan bagi memastikan sistem baharu ini, tidak menjadi satu lagi platform berisiko tinggi, berlakunya ketirisan, kebocoran dan kebocoran data serta monopoli pihak swasta?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Krai.
Dan, apa persoalan yang dipersoalkan sebentar tadi bahawa ia terdapat dua perbandingan iaitu yang disebutkan FWCMS di bawah kendalian KDN dan boleh
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
key-in awal di bawah FWCMS ini. Dan selepas itu apabila diselesai di-key-in di bawah FWCMS, akan sampai ke kami di bawah ePPAx. Biasa, kita sebut ePPAx.
Lantaran itu juga, kita meletakkan bahawa apabila diberi kelulusan oleh KDN, KDN akan hantar kepada kami, dan kami akan menerima dan melihat di bawah seksyen 60K, Akta Kerja 1955. Sekiranya melengkapi segala yang telah diluluskan di bawah KDN itu, barulah kami akan mengeluarkan surat iaitu tapisannya amat keras sekali. Amat keras sekali. Boleh dikatakan daripada 10 syarikat yang memohon, ada kalanya tak sampai tiga yang mendapat kelulusan kerana tidak melengkapi.
Umpamanya, tidak melengkapi. Kita akan siasat kawasan penginapan.
Adakah benar-benar mereka itu telus? Dan, setakat hari ini, kita di bawah kami ini adalah menjaga akta— seksyen 60K, Akta Kerja 1955 dan peringkat awal, memang di bawah FWCMS dan selepas itu, baru kami menerima dan membuat tapisan adalah di bawah KESUMA itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Disilakan, Kapten Bersara Azahari bin Hassan, Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah langkah drastik yang akan diambil oleh kementerian bagi menangani isu scammer serta buli dalam talian yang semakin berleluasa memandangkan ia bukan sahaja merugikan dari segi kewangan malah menjejaskan kesejahteraan mental masyarakat termasuk golongan remaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Isu jenayah penipuan atau scam dalam talian atau di luar talian adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia berdasarkan Kanun Keseksaan Akta 574, khususnya seksyen 420. Begitu juga dengan tindakan buli termasuk buli siber yang merupakan satu jenayah di bawah bidang kuasa PDRM di bawah Seksyen 507B hingga G, Kanun Keseksaan.
Usaha untuk menangani isu-isu tersebut bagaimanapun memerlukan pendekatan whole-of-government atau kerjasama merentas kementerian dan seluruh kerajaan. Penglibatan MCMC dalam perkara ini meliputi aspek bantuan
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
teknikal berhubung pembekalan maklumat dan analisa forensik digital bagi melancarkan siasatan pihak berkuasa.
Dari 1 Januari 2022 sehingga 30 September 2025, MCMC telah mengemukakan sebanyak 139,880 permohonan kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dengan 133,348 kandungan berjaya diturunkan. Pecahan mengikut platform adalah seperti berikut: 78.31 peratus adalah di platform Facebook, 19.49 peratus adalah di platform TikTok. Ini antara yang paling besar.
Bagi kandungan berunsur buli, sebanyak 50,160 permohonan telah dibuat dan 38,470 kandungan telah diturunkan bersamaan dengan 77 peratus. Daripada semua jumlah— daripada jumlah yang saya sebutkan tadi, 79.24 peratus kandungan buli siber adalah di platform TikTok, Dato’ Yang di-Pertua dan 11.06 peratus di platform Facebook. Manakala, 2.22 peratus adalah di platform Tumblr.
Tindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform selaras dengan undang- undang tempatan. MCMC juga telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi ASP(C) di bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025.
Langkah ini untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan memikul tanggungjawab dalam menguruskan operasi mereka dengan baik di Malaysia termasuk menangani kandungan penipuan dan buli.
MCMC juga menerbitkan kod tata laku amalan terbaik untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan penyedia perkhidmatan media sosial pada 20 Disember 2024 yang menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi pengguna media sosial daripada kandungan memudaratkan selaras dengan pindaan kepada seksyen 233(1), Akta 588.
Kandungan palsu yang disebarkan dengan niat untuk melakukan fraud dengan izin, atau kecurangan kepada mana-mana orang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM500,000, atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan denda selanjutnya RM5,000 sehari setiap hari kesalahan diteruskan jika disabitkan kesalahan.
Kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] bagi meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia untuk mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
kewajipan dan obligasi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian bagi mengekang isu seperti penipuan dan buli dalam talian.
Waktu ini MCMC sedang membangunkan instrumen subsidiari di bawah Akta 866 di mana peraturan dan kod yang sedang dibangunkan MCMC turut memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan termasuk berkenaan pengurusan risiko dalam talian.
Selain itu, jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber telah ditubuhkan, susulan keputusan Jemaah Menteri pada Julai 2024 melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jawatankuasa ini turut disokong oleh pasukan khas yang terdiri dari MCMC, PDRM serta Jabatan Peguam Negara yang berperanan memperkukuh tindakan bersepadu dalam menangani buli siber.
Susulan itu, Kementerian Komunikasi melalui MCMC melaksanakan koordinasi dan kolaborasi rapat bersama PDRM menerusi platform strategik Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-MCMC. Platform ini membolehkan kedua-dua pihak bertindak pantas dan berkesan termasuk untuk menangani insiden jenayah dalam talian seperti buli siber dengan pendekatan penguatkuasaan yang lebih tersusun.
Terkini, mesyuarat Jemaah Menteri pada Ogos lalu bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli bagi mengawal selia isu buli di pelbagai peringkat dengan tujuan menggubal undang-undang dan melaksanakan pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan, pendidikan dan penguatkuasaan.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi). Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Padang Rengas, soalan tambahan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan.
Dato’ Yang di-Pertua, kita sering lihat mangsa scammer bukan sahaja kehilangan wang simpanan, malah trauma dan hilang keyakinan diri. Justeru, adakah kementerian bersedia mengambil langkah yang lebih tegas dari segi undang-undang
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
dan tindakan pantas rentas agensi supaya masalah ini tidak terus menjadi virus digital dalam masyarakat kita? Dan adakah― apakah kementerian bersedia meningkatkan kerjasama strategik dengan platform antarabangsa seperti Meta, TikTok dan Telegram untuk mewujudkan pusat tindak balas pantas di Malaysia agar laporan kes scam dan buli dalam talian dapat disiasat serta disekat dalam tempoh 24 jam? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat.
Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan, salah satu dari masalah, Dato’ Yang di-Pertua, ialah kewujudan akaun-akaun palsu, yang mana banyak daripada aktiviti scam ini dia bergerak di sebalik wajah-wajah ataupun akaun-akaun yang tidak benar.
Kalau kita lihat setiap hari, kalau kita semak dalam― contoh, dalam platform Facebook yang merupakan antara platform paling kerap digunakan oleh scammer.
Sebanyak 78 peratus daripada semua kandungan scam ada di Facebook. Banyak daripada akaun-akaun ini tidak boleh disahkan identitinya.
Itulah antara sebab kenapa di pihak kementerian— antara mesej yang telah disampaikan kepada platform-platform ini adalah disebut, dengan izin, identity verification, kerana kita dapati bukan hanya untuk aktiviti scam tetapi judi dalam talian, banyak daripada kandungan ini disebarkan, diuar-uarkan dan iklan-iklannya dijual kepada akaun-akaun palsu yang mana kita tak boleh sahkan identiti mereka ini. Nampak macam perempuan cantik, tapi sebenarnya robot, bukan orang pun.
Dan saya bagi peringatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, terutama, dan juga mereka yang hadir untuk menyaksikan, bukan semua yang berinteraksi dengan kita dalam media sosial ini orang betul ya. Kadang-kadang dia bukan orang pun. Rupa macam perempuan cantik, tapi sebenarnya mungkin lelaki. Jadi, ini peringatan kepada semua. Sentiasa berhati-hati. Kerana, waktu ini, platform-platform belum lagi melaksanakan pengesahan identiti terutama termasuk juga untuk mengesahkan umur bagi pemilik akaun media sosial. Ini antara perkara yang sedang dibincangkan oleh pihak MCMC dalam pertemuan mereka dengan beberapa platform utama di Singapura minggu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri juga, telah menjelaskan pelbagai perkara mengenai isu buli dan scammer ini. Dan, bagi saya, literasi dan kesedaran digital ini amat pentinglah untuk kita sama-sama membantu rakyat kita supaya tidak terperangkap dari masalah ini. Dan saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah inisiatif literasi digital baharu di bawah kementerian untuk kita melatih pengguna khususnya para pelajar sekolah dan juga warga emas supaya lebih peka terhadap taktik scammer dan bahaya buli ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Sejak 21 Januari 2025, Kementerian Komunikasi melalui MCMC telah melaksanakan Kempen Internet Selamat, Ahli Yang Berhormat. Dan sehingga kini, sehingga 30 September, Kempen Internet Selamat yang berhasrat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan dalam talian, termasuk dalam isu buli siber, termasuk dalam isu scam, yang sebagai permulaan menyasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah serta pelajar- pelajar IPTA dan IPTS telah setakat 30 September, Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan di 3,825 institusi pendidikan dengan penyertaan lebih 218,000 peserta dan 337 program telah dilaksanakan untuk masyarakat umum, melibatkan lebih 220,000 peserta di seluruh negara. Nanti saya akan berhubung terus dengan Yang Berhormat untuk mungkin kita set-kan satu program di kawasan Yang Berhormat khususnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2026 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 15 Oktober 2025.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul sepertimana yang dikemukakan tadi oleh Menteri hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit
(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [13 Oktober
2025] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Senarai yang ada di tangan saya seramai 21 Yang Berhormat akan berbahas pada hari ini. Turutan adalah seperti berikut, dimula tirai oleh Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Setiawangsa dan pembahas yang terakhir adalah Yang Berhormat Kuala Langat.
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk memulakan tirai perbahasan bagi perbahasan belanjawan peringkat dasar, ingin saya ingatkan Yang Berhormat garis panduan peraturan di bawah Peraturan 36 dan cara mengganggu ataupun mencelah adalah sebagaimana peraturan di bawah Peraturan 37. Dan
2025] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
dengan itu juga, saya mengingatkan Perkara 38(1) hanya berkaitan dasar berkaitan usul ini.
Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Sibu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut berbahas dalam Belanjawan 2026 ini.
Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan belanjawan yang bertanggungjawab dan berlandaskan kesejahteraan rakyat.
Namun, dalam semangat membina Malaysia yang seimbang dan inklusif, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa isu penting yang berkait rapat dengan keperluan rakyat di kawasan Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, Hospital Sibu kini menghadapi kesesakan yang semakin meruncing. Ruang parkir yang terhad, fasiliti yang padat dengan pesakit dan kekurangan unit rawatan penting seperti Invasive Cardiac Unit serta Radiotherapy Unit menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan di kawasan tengah Sarawak.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya difahamkan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan telah merancang pembinaan bangunan baru bagi menaik taraf Hospital Sibu. Saya amat menghargai perancangan tersebut. Namun ingin menyeru agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu sepenuhnya di Sibu dalam perancangan masa hadapan ataupun Hospital Kanser yang sudah dicadangkan dibinakan di Kuching, kita boleh mempertimbangkan semula supaya ia dipindah di Sibu supaya boleh membantu menambah baik sistem kesihatan di kawasan Sibu ataupun pedalaman Sarawak.
Ini penting untuk jangka masa panjang agar hospital kita mampu menampung pertumbuhan penduduk serta memenuhi hasrat kerajaan menjadikan Hospital Sibu sebagai regional hospital bagi zon tengah Sarawak.
Dengan hospital baru, kita bukan sahaja meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan, tetapi juga membuka ruang kepada pembangunan pusat kepakaran perubatan di wilayah ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam manifesto kerajaan pilihan raya lalu, pernah tersebut tentang cadangan untuk menubuhkan universiti awam baru di Sarawak dan Sabah.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Keperluan ini kini semakin mendesak dan wajar diberikan keutamaan. Sibu merupakan lokasi strategik di tengah Sarawak dan mempunyai potensi besar untuk menjadikan hab pendidikan. Selama ini, prestasi akademik pelajar-pelajar di Sibu, khususnya dalam peperiksaan SPM dan STPM amat membanggakan.
Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai asas modal insan yang kukuh untuk dibangunkan. Penubuhan sebuah universiti awam di Sibu bukan sahaja membuka peluang pendidikan tinggi kepada anak tempatan, tetapi juga mampu menarik pelajar dari seluruh Malaysia atau di luar negara. Ini akan memberi kesan limpahan ekonomi kepada bandar Sibu, termasuk dalam sektor perumahan, perkhidmatan, peruncitan dan pelancongan.
Secara tidak langsung, ia akan merancakkan ekonomi tempatan dan mengangkat imej Sibu sebagai pusat ilmu dan bakat bagi Malaysia. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan memulakan kajian kebolehlaksanaan bagi menubuhkan universiti awam baru di Sibu sebagai sebahagian daripada pelan jangka masa panjang pembangunan pendidikan tinggi negara.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kini menuju ke arah masyarakat menua.
Dalam tempoh dua dekad akan datang, bilangan warga emas dijangka meningkat dengan ketara. Saya ingin menegaskan bahawa pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas harus mengambil pendekatan baru. Bukan sekadar konsep lama sebagai tempat rekreasi bersantai, tetapi perlu membawa fungsi dan elemen baru.
Sebagai contoh, PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) boleh diintegrasikan dengan kemudahan day care, pusat kesihatan komuniti, kaunseling, aktiviti sosial, latihan digital asas dan perkhidmatan kesukarelawanan.
Pendekatan baru ini bukan sahaja membantu warga emas kekal aktif dan sihat, tetapi turut memperkukuhkan jaringan sokongan sosial serta mengurangkan tekanan kepada keluarga muda yang masih bekerja. Saya mencadangkan agar model baru PAWE ini dilaksanakan sebagai projek perintis di Sibu.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sibu, boleh mencelah sikit.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Boleh, boleh.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Peruntukan untuk PAWE ini terlalu sedikit.
Sekadar untuk pengurusan pentadbiran semata-mata, tak ada yang berbentuk aktiviti yang banyak yang seperti dimaksudkan oleh Sibu. Setujukah Sibu kalau Pulai nyatakan bahawa perlu tambahan bajet yang secukupnya untuk membangunkan melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk warga emas ini?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya, saya amat bersetuju kepada YB Pulai. Kita perlu meningkatkan dana peruntukan kepada PAWE supaya ia memainkan peranan yang lebih penting dalam masyarakat kita. Saya harap projek perintis ini akan dilaksanakan di Sibu.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sibu, Sibu. Mohon mencelah sedikit tadi ya.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Boleh, boleh.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya hanya nak mencelah untuk memberi peluang bagi saya untuk mengalu-alukan kehadiran komuniti wanita daripada Tebrau dan Johor ke Dewan yang mulia ini. Okey. Terima kasih Sibu.
[Tepuk]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okay, thank you. Dan Sibu menjadikan contoh kepada bandar-bandar lain di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, masalah bekalan air bersih di kawasan luar bandar Sarawak masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya kerana kekangan dana dan cabaran geografi. Saya berpeluang melawat projek sistem penapisan air berteknologi reverse osmosis di Sungai Sadit, Sibu yang dijalankan oleh Sarawak Water Sendirian Berhad.
Hasilnya amat berkesan dalam menyalurkan air bersih kepada penduduk sekitar dan kosnya tidak melebihi RM5 juta seunit. Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penggunaan teknologi baharu berskala sederhana seperti sistem river osmosis di kampung-kampung luar bandar.
Ini lebih mudah diselenggara, kos efektif dan mampu memberikan manfaat segera kepada rakyat luar bandar. Namun pada masa yang sama, kita tidak boleh hanya menumpu kepada penapisan air semata-mata. Pemeliharaan sumber air bersih mesti dijadikan keutamaan nasional.
Jadi, langkah proaktif tidak diambil untuk melindungi kawasan tadahan air dan sungai daripada pencemaran industri dan pembangunan tidak terkawal, kita berisiko menghadapi krisis air bersih yang serius pada masa hadapan bukan saja di luar bandar, tetapi di kawasan bandar seperti Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu penting perhubungan dengan tuntutan agar Sabah dan Sarawak diberikan semula satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen. Sebagaimana semangat asal pembentukan Malaysia pada tahun 1963, tuntutan ini adalah wajar dan berasaskan prinsip kesaksamaan serta perkongsian kuasa sebenar dalam Persekutuan Malaysia.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Dalam kuota satu pertiga kerusi, Sarawak dan Sabah dapat memainkan peranan lebih bermakna dalam menentukan hal tuju negara. Namun begitu, dalam memperjuangkan hak ini, kita juga mesti memastikan reformasi sistem pilihan raya dijalankan dengan menyeluruh. Ini termasuk isu persempadanan semula yang adil, pembiayaan politik yang telus serta langkah-langkah untuk memastikan pilihan raya yang benar-benar bersih, bebas dan saksama.
Kita bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah serta beberapa pilihan raya lain dalam masa terdekat. Soalannya, adakah kita benar-benar mempunyai pilihan raya yang bersih dan adil? Inilah masanya Kerajaan MADANI memimpin usaha ke arah reformasi pilihan raya sebenar sebagai tanda komitmen terhadap integriti demokrasi negara.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi masalah sosial yang semakin membimbangkan di Sibu dan sebenarnya di seluruh negara juga iaitu perjudian dalam talian yang semakin berleluasa. Walaupun kerajaan telah berkali-kali menyatakan komitmen untuk membanteras kegiatan ini, hakikatnya di lapangan ia masih beroperasi dengan bebas dan berani.
Saya menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan mengenai kegiatan perjudian dalam talian yang dijalankan secara terbuka. Di kedai runcit, di kafe siber, melalui aplikasi di telefon pintar masalah ini bukan sekadar isu undang- undang, tetapi sudah menjadi isu sosial dan moral yang merosakkan masyarakat.
Ramai ibu bapa mengadu anak-anak mereka terjerat dengan hutang akibat perjudian dalam talian. Keluarga berpecah, jenayah seperti kecurian, rompakan dan malah kes bunuh juga pernah dikaitkan dengan aktiviti ini. Soalannya, sampai bila masyarakat kita perlu berdepan dengan masalah ini tanpa penyelesaian?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri. Apakah pelan tindakan menyeluruh untuk membanteras perjudian dalam talian ini? Adakah undang-undang sedia ada mencukupi untuk mengawal perjudian digital? Dan bilakah masyarakat akan melihat hasil sebenar daripada tindakan kerajaan dalam isu ini? Kita perlu melihat perjudian dalam talian sebagai ancaman keselamatan sosial nasional, bukan sekadar kesalahan kecil. Jika tidak dibendung sekarang, ia akan merosakkan generasi muda kita dan menjejaskan kestabilan keluarga serta komuniti.
Tuan Yang di-Pertua, dalam era digital ini, capaian Internet bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan asas. Namun kebelakangan ini, saya menerima
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
juga banyak aduan tentang kelajuan Internet yang semakin perlahan. Bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar seperti Sibu.
Ramai pengguna mengadu bahawa pakej Internet yang mereka langgan tidak menepati keadaan sebenar. Pakej yang diiklankan 100 megabyte per second contohnya, sering kali hanya mencapai 30 atau 40 megabyte per second, kadangkala lebih rendah. Masalah ini bukan saja menjejaskan produktiviti kerja dan pembelajaran tetapi juga mencerminkan jurang antara janji dan pelaksanaan dalam sektor telekomunikasi.
Saya ingin menanya kepada kerajaan, bilakah pelan Kabel Dasar Laut MADANI bernilai RM2 bilion yang diumumkan sebelum ini akan bermula dilaksanakan? Apakah kawasan liputan utama dan bila rakyat, khususnya di Sarawak akan menikmati kesan peningkatan, kelajuan dan kestabilan sambungan Internet tersebut? Saya percaya infrastruktur digital adalah asas kepada kemajuan ekonomi masa hadapan. Jika kita gagal memastikan rangkaian Internet yang pantas dan stabil, maka konsep Digital MADANI yang kita impikan akan tinggal sebagai slogan semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan sesebuah bandar tidak akan lengkap tanpa peranan aktif golongan muda. Namun di Sibu, ramai belia yang menamatkan pengajian, terpaksa mencari peluang pekerjaan di luar negeri di Semenanjung Malaysia. Ini kerana kekurangan industri dan peluang pekerjaan yang sesuai di Sarawak. Saya mencadangkan agar kerajaan menumpukan kepada pembangunan ekonomi berasaskan belia dan inovasi, termasuk mewujudkan hub startup dan keusahawanan di Sibu.
Kerajaan juga boleh memperluaskan Program TVET dan latihan kemahiran di sektor baharu seperti tenaga hijau, logistik, automasi dan ekonomi digital agar anak muda di Sibu dapat memperolehi kemahiran yang relevan dan keperluan pasaran kerja masa kini. Selain itu, galakan cukai kepada syarikat mengambil graduan tempatan seperti graduan dari Sibu dan insentif kepada industri yang beroperasi di Sarawak kena perlu diperkenalkan. Langkah-langkah ini bukan sahaja mengurangkan penghijrahan tenaga muda tetapi juga membina semula keyakinan bahawa Sibu mempunyai masa depan yang cerah untuk generasi muda.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 memberikan ruang kepada kita untuk membina asas negara yang lebih adil dan seimbang. Bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi kesihatan, pendidikan, sosial dan pembangunan wilayah.
Dengan itu, kami bukan sahaja membina Malaysia MADANI yang inklusif dan
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
seimbang tetapi juga memastikan tiada wilayah, tiada keluarga, tiada rakyat yang tertinggal. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Silakan Yang Berhormat Beluran, silakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih. Dato’ Yang di- Pertua, memang benar Sabah akan berhadapan dengan pilihan raya negeri dalam masa yang terdekat ini dan untuk pertama kali Dato’ Speaker, pilihan raya ini akan memberi ruang kepada mereka yang berumur 18 tahun untuk mengundi buat kali pertama.
Pada PRN yang lalu, kumpulan ini belum dimasukkan sebagai pengundi.
Cuma, ketika pilihan raya Parlimen, PRU, mereka mengundi tetapi PRN ini merupakan ruang dan peluang bagi rakyat Malaysia yang berada di Sabah, yang berumur 18 tahun mula mengundi.
Dan sebahagian besar daripada mereka ini Dato’, sedang menuntut. Mereka yang lulus Tingkatan 5, Tingkatan 6, sedang menuntut di IPT di Semenanjung Malaysia ini. Saya ingin cadangkan sebagai permulaan agar SPR melihat untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar IPT Sabah yang berada di Semenanjung untuk mengundi secara pos pada PRN kali ini.
Ramai di kalangan mereka, 18,000 dikatakan, tentunya akan memberi impak kepada pola demokrasi dan pengundian yang akan dilaksanakan menjelang PRN kali ini. Semoga harapan saya agar SPR melihat dan meneliti cadangan hari ini untuk memberi peluang kepada mereka mengundi.
Dato’ Speaker, memang benar beberapa dokumen yang penting dalam pembentukan negara Malaysia ini, antaranya adalah dokumen Perkara 20, dokumen Inter-Governmental Committee Report ataupun Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission 1962, sebelum perkara-perkara yang termaktub di dalam dokumen-dokumen penting ini diselaraskan dan dijadikan sebagai MA63 dan diselaraskan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dokumen-dokumen ini merupakan prasyarat-prasyarat yang telah diletakkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah ketika bersetuju membentuk negara Malaysia ini.
Antara perkara yang contohnya Dato' Speaker, dalam Perkara 20, mulanya diletakkan di sana, tidak ada agama rasmi di Sabah tetapi 1963, melalui pindaan Dewan Undangan Negeri, Islam diletakkan sebagai agama rasmi. Maknanya,
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
prasyarat itu kemudian akan diterjemahkan melalui undang-undang, sama ada melalui negeri dan juga Parlimen.
Tetapi banyak perkara-perkara yang termaktub di dalam prasyarat-prasyarat kemasukan Malaysia ini yang tidak diterjemahkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya seperti yang dikatakan Sibu tadi, sepertiga daripada kerusi Dewan Parlimen— Dewan Rakyat ini, harus datang daripada Sabah dan Sarawak dan Singapore ketika itu.
Kalau kita lihat Laporan Suruhanjaya Cobbold menyatakan bahawa, walaupun tidak ada spesifik tentang kerusi satu pertiga tetapi the spirit dinyatakan seperti berikut; “Protection should be provided against any amendment to the Federal Constitution, which would adversely affect the specific interest of North Borneo and Sarawak”. Kalau kita lihat Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report) 1962, dokumen ini lebih terperinci dalam menyentuh isu perwakilan Parlimen ini.
Dinyatakan seperti berikut, “It was agreed that representations in the Federal legislature should be that the Borneo states and Singapore would together have not less than one third of the total number of elected seats in the House of Representative”. That is the spirit in the formation of this country, Malaysia. Dato’ Speaker, maknanya, prasyarat ini atau kehendaknya ataupun roh ini harus diterjemahkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Tetapi soal satu pertiga daripada kerusi harus datang daripada Sabah dan Sarawak dan Singapura ketika itu dan now Singapura has left. So, just Sabah and Sarawak, tidak diterjemahkan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.
Jadi, kalau disentuh tentang mana dia legal document? Tentu tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada Perlembagaan negara.
Tetapi itu merupakan prasyarat dan conditions dan hasrat dan roh pejuang-pejuang, pemimpin-pemimpin Sabah ketika berunding untuk membentuk negara Malaysia. That tidak boleh didiskaun. Walaupun sekarang sudah hampir 60 tahun Sabah memilih untuk menyertai Malaysia tetapi spirit itu tidak harus ditenggelamkan kerana ia tidak diterjemahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya ingin tahu apa pendirian kerajaan tentang perkara ini? Sama ada ini akan diketepikan selama-lamanya ataupun ingin melihat semula dokumen-dokumen perjanjian, dokumen-dokumen yang membentuk Perjanjian MA63 ini? Ini merupakan prasyarat penting Dato’ Speaker, yang harus dilihat oleh Kerajaan
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Persekutuan. Itu perkara yang tidak dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi Perkara 112C dengan D yang meletakkan 40 peratus daripada cukai yang dikutip di Sabah ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tetapi soalnya Kerajaan Persekutuan tidak pernah honour untuk memulangkan kembali 40 peratus daripada apa juga cukai yang dikutip daripada Sabah untuk negeri Sabah. Yang itu ada dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Memang ada progress kali ini.
Perdana Menteri yang ada sekarang ini Yang Berhormat Tambun telah menaikkan kuantum pemberian khas ini kepada Sabah. Walaupun dulu bermula dengan RM23 juta dinaikkan kepada RM150 plus billion. Bila kerajaan di bawah Tambun ini memegang tampuk kerajaan dinaikkan daripada RM200, RM400 dan ketika ini RM600 million per year yang dibayar balik kepada Sabah sebagai bayaran khas. Tetapi kalau dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan, there is a quantum of 40 percent to be return of what is, whatever is collected from the state.Kita tidak tahu.
Kerajaan Kementerian Kewangan harus meletakkan, menyenaraikan how much collected from the state dan just multiply 40 percent out of it if to be return to the state of Sabah. Sabah unik. Dalam semua negeri ini, ada dua negeri yang mempunyai peruntukan khas. All the state will have peruntukan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan 109 tetapi bagi Sabah dan Sarawak ada peruntukan di bawah Perkara 112. Tetapi Sabah secara spesifik diletakkan satu kuantum which is 40 percent of whatever is collected to be return to the state in the form of peruntukan khas.
Jadi, yang ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang belum pernah dilaksanakan secara terperinci oleh Kerajaan Persekutuan. Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin katakan bahawa ini perlu dilaksanakan. It is in the Perlembagaan Persekutuan. Perkara satu pertiga daripada kerusi tidak di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi diletakkan di dalam roh dan spirit dokumen- dokumen Cobbold Commission, laporan dan Inter-Governmental Committee Report yang menjadi sebahagian daripada MA63. Yang itu perlu dilihat oleh Kerajaan Persekutuan.
Saya tahu perkara ini antara perkara yang penting. Anak-anak Sabah sekarang ini dah — dulu bijak, sekarang lebih bijak untuk melihat Perlembagaan
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Persekutuan dan hak mereka dalam negara Malaysia ini. Jadi, ini merupakan inti pati perjuangan semua rakyat Malaysia sama ada berada di sebelah sana ataupun sebelah sini, untuk meletakkan proses dan hak Sabah dalam membentuk negara Malaysia ini dihormati oleh Kerajaan Persekutuan. We can do away with that tapi kita masih menunggu kerajaan yang melaksanakan perkara-perkara yang termaktub di dalam Persekutuan dan juga yang disenaraikan sebagai prasyarat dan roh dalam dokumen-dokumen MA63 sebagai dokumen penting untuk pembentukan negara Malaysia.
Dato’ Speaker, eh, enam minit lagi dah. Kawasan saya, Telupit, Dato’ Speaker disenaraikan sebagai— Telupid, one of the states as a konstitusi di kawasan Parlimen Beluran. Telupid disenaraikan sebagai Bandar Paling Bahagia di Malaysia.
Dinobatkan pada tahun 2025 menerusi Indeks Kebahagiaan Malaysia dan menewaskan Cameron Highlands sebagai penyandang tahun sebelumnya.
Hebatnya Tan Sri Yang di-Pertua.
[Tepuk] Bandar Paling Bahagia dalam negara Malaysia dan satu daripadanya itu kawasan saya. Tapi saya tertanya-tanya macam mana dijadikan sebagai bandar paling bahagia? Kerana siang malam gangguan lampu, tak ada lampu dan dia malam siang diganggu air, tiada air. Tiada lampu, tiada air, jalan raya berlubang, penyakit tiga serangkai, dinobatkan, Dato’ Speaker, sebagai bandar bahagia. Hebat Telupid ini.
Kalau kita tengok SAIDI ya, SAIDI, SAIDI, gangguan minit per pengguna per tahun, SAIDI. Telupid ini mencatat 317 gangguan per pengguna per tahun, SAIDI.
Tetapi bukan Telupid saja Dato’ Speaker. Kalau kita lihat Sabah ini, semua kawasan- kawasan ini, Ranau 853 gangguan, Kota Kinabalu 203, Tuaran 159, Labuan 99, Tambunan 79 dan yang lain-lain semua mencatatkan rekod-rekod paling, paling, paling tinggi dari segi pencapaian SAIDI.
Inilah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang berada di Sabah, penyakit tiga serangkai, gangguan lampu, gangguan air. Tetapi sesuatu yang paling dahsyat berlaku Dato’ Speaker. Pada bulan April, kalau cakap dengan SAIDI ini, nak banding SAIDI, the total state of SAIDI, the total average, 203 minit per pengguna per tahun.
Nak tengok berapa banyak 203 ini. Sarawak dicatat sebagai 81.9 SAIDI nya. See, tiga kali ganda Sarawak lebih bagus daripada Sabah.
Tetapi satu malapetaka yang paling hebat berlaku pada September.
Dipanggil sebagai September blackout. Keseluruhan Pantai Timur daripada Beluran hingga Tawau, Dato’ Speaker, tiada lampu, bukan sehari tetapi berhari-hari. Dah
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
tiada lampu, tiada air dah, tiada air. Tiada lampu, tiada air, daripada Beluran hingga ke Tawau. Lebih daripada 10 hari berlaku pada bulan September. Ini yang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Beluran, penjelasan Beluran.
Tiada elektrik ke tiada lampu?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tiada lampu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Lampu sebab...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Orang Sabah cakap tiada lampu, tiada elektriklah.
[Ketawa]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kena jelas yang itu. Kita di Malaysia ini ada lampu, lampu tak menyala. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dia ada perkataan lagi. Dia kata, “Sandi, sandi orang Sabah” kerana tiada lampu, tiada air. Sandi. Jadi Dato’ Speaker, saya bertanya kepada TNB, SESB, kenapa boleh berlaku gangguan-gangguan begini? Kenapa SAIDI di Sabah ini terlampau tinggi, SAIDI?
Kenapa terlalu tinggi? TNB, SESB ini adalah anak syarikat TNB. Walaupun sekarang ini telah diserahkan pengurusannya kepada negeri tetapi TNB masih memegang saham 83 peratus daripada SESB yang sekarang ini di tabir oleh negeri Sabah.
Sebenarnya rakyat Sabah ini, dia tak pedulilah siapa punya TNB, siapa punya SESB, siapa tadbir, siapa Pengerusi ECoS itu, the Energy Commission sama ada Ketua Menteri kah yang mempengerusikan jawatankuasa khas tetapi the ordinary people of the state of Sabah inginkan lampu elektrik yang tidak diganggu sedemikian rupa. Kenapa boleh begini? Sebab itu orang Sabah Dato’ Speaker, dia kadang- kadang you lihat sebagai, “Oh, dia orang ini anti-Semenanjung”. Tidak, kerana kita melihat kemudahan asas yang lebih baik di tanah Semenanjung ini dari Sabah. Sebab itu kadang-kadang budak Sabah tengok kenapa kita begini? Kenapa orang Malaysia yang berada di Sabah tidak dibaiki kemudahan asasnya? Lampu electricity, bekalan elektrik merupakan perkara asas yang sepatutnya telah ditangani sedemikian rupa. Kenapa sekarang masih menerima gangguan-gangguan yang begitu hebat dan dahsyat, masih berlaku terhadap rakyat Malaysia yang berada di Sabah.
Kita tahu pada bajet kali ini diuntukkan RM1 bilion untuk projek pakej air, RM765 untuk melaksanakan Southern Link lampu, RM1.2 bilion untuk elektrik. The question is kenapa sekarang? Adakah bajet ini semata-mata untuk pilihan raya negeri Sabah yang akan diadakan pada ketika ini? Ataupun how much money will come akan dilaksanakan, akan turun ke Sabah untuk membaiki kemudahan-
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
kemudahan asas ini? Kalau kita tengok bajet tahun lalu Dato’ Speaker, hanya 52 peratus yang dilaksanakan, the year before. Out of the total budget, hanya 52 peratus yang berjaya digunakan untuk membaiki infrastruktur-infrastruktur di negeri Sabah.
Jadi, ini merupakan perkara-perkara yang harus dilihat. Walaupun kita melihat ada bajet berbilion ringgit ini tetapi walaupun sekarang SESB ditadbir oleh negeri tapi masih di tuan punyakan oleh TNB dan Kerajaan Persekutuan. Jadi, Kerajaan Persekutuan yang harus melihat kemudahan-kemudahan asas ini.
Sebenarnya, Dato’ Sri Speaker, ini adalah perkara-perkara yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang berada di Sabah. Masalah lampu, masalah electricity, masalah gangguan air, gangguan jalan raya yang berlubang. Ini merupakan penyakit tiga serangkai yang akan menghantui kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menjelang PRN kali ini.
Sebab itu saya katakan awal tadi, let this young people yang berada di universiti untuk pulang mengundi ataupun untuk mengundi secara pos untuk menentukan hak mereka. Menggunakan hak mereka untuk menentukan satu kerajaan yang lebih efisien di peringkat negeri untuk membawa dan mengangkat Sabah ke arah suasana yang lebih baik dan jadikan ini benar-benar sebagai negeri yang paling aman, paling bahagia macam pekan Telupid yang dinobatkan sebagai Bandar Paling Bahagia tetapi mungkin sekarang ini rakan-rakan tidak dapat mengikuti secara live ini kerana tiada lampu, tiada electricity, diganggu lampu dan electricity di sana.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jadi, saya harap agar kerajaan melihat semua perkara-perkara yang saya nyatakan ini dan mengambil tindakan-tindakan perlu supaya rakyat Malaysia yang berada di Sabah ini akan menikmati semangat dan manfaat kemerdekaan negara kita. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Beluran.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, unik.
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua atas peluang diberikan kepada Segamat untuk membahas.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya ingin memulakan satu thirukkural yang disebut dalam kitab agung tamadun Tamil.
[Berucap dalam bahasa Tamil] . Ia bermaksud, “Seorang pemimpin yang baik adalah mereka yang bijak memperoleh kekayaan mengurus serta melindungi dan akhirnya, mengagihkan secara adil kepada rakyat”. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini sebagai rakyat Malaysia dan mengangkat suara Segamat dan juga seluruh rakyat Malaysia mendambakan sebuah negara yang bukan sahaja makmur dari segi ekonomi, tetapi juga adil dalam pengagihan hasil kekayaan negara.
Belanjawan MADANI keempat bagi tahun 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi satu manifestasi tekad politik untuk menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dan tanggungjawab sosial serta memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam arus kemajuan negara.
Dalam perbahasan, saya akan tumpukan tujuh perkara utama, Yang di- Pertua. Pendidikan dan masa depan anak muda; ekonomi rakyat; pemerkasaan wanita dan keluarga; kesejahteraan awam; kesejahteraan luar bandar; sains, teknologi, AI; ketelusan pelaksanaan dasar di peringkat rakyat; dan akhir sekali diplomasi ekonomi, pelaburan dan diversifikasi perdagangan antarabangsa.
Di rakyat Malaysia dan tiada anak Malaysia yang boleh tercicir daripada pendidikan. Saya ingin menekankan isu pendidikan tinggi. Saya ingin memuji pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan pendidikan percuma. Satu langkah yang baharu perlu diberi pujian dan saya juga alu-alukan inisiatif ini dipertimbangkan bukan saja di peringkat universiti awam, tetapi juga di peringkat sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah rendah kerana di situ juga ada pelajar-pelajar daripada golongan miskin dan B40.
Ilmu pelita akal bicara, Membina bangsa menjulang negara; Percuma bukan sekadar angka, Tapi janji kita pada generasi muda. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM120 juta setahun bagi menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa penuh untuk 5,800 pelajar daripada keluarga miskin tegar berpandukan data eKasih. Ini bermakna, bantuan tidak diberikan secara rawak tapi kita memberikan secara pengkhususan. Dan graduan IPTA memperoleh Iijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga berpendapatan rendah, memang akan bermanfaat hampir 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Walau bagaimanapun, ada isu yang saya rasa perlu kita memberi perhatian.
Selama ini kita hanya fokus kepada Kementerian Pendidikan, di mana hanya fokus kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Di mana di sini mungkin kita overlook kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Di mana kita ada isu yang kita rasa perlu mengambil perhatian adalah berkenaan dengan isu di mana peluang untuk memasuki IPTA ini, ya.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pendidikan tinggi, kekal tinggi. Namun, realiti kapasiti IPTA semakin tepu. Pelajar matrikulasi, asasi, STPM dan diploma cemerlang masih gagal dapat tempat masuk ke IPTA. Kita melihat setiap tahun apabila ada keputusan keluar ya, pelajar yang nak masuk ke institusi pengajian tinggi awam melalui matrikulasi, asasi, diploma ataupun STPM, ada juga kerungutan walaupun pelajar-pelajar ini adalah pelajar yang cemerlang tetapi tidak mendapat penempatan di universiti awam. Kenapa jadi begitu? Mari kita melihat beberapa isu yang kita mewarisi selama ini.
Ya, kalau kita melihat, kita mempunyai pelbagai saluran yang berbeza untuk masuk ke universiti awam ini. Kita ada pelbagai— many ways kita melihat. Kenapa boleh jadi begitu? Ada anak keluarga, satu rumah ada dua orang anak, mengambil dua saluran yang berbeza untuk masuk satu universiti awam. Dan ini kita perlu kaji.
Dan ini adalah di mana kita melihat kita kehilangan pelajar-pelajar cemerlang yang masuk ke universiti awam dan mereka pergi kepada universiti swasta dan bagaimana kita — dan kita boleh lihat di mana kita. We are losing good talents apabila pelajar-pelajar ini masuk institusi awam swasta, mereka setia kepada institusi swasta. Dan di sini kita melihat patriotisme dan semangat untuk membina negara itu kurang. Dan ramai pelajar di sinilah migrate ke luar negara. Oleh itu, sistem ini telah melahirkan tanggapan masyarakat awam bahawa pelajar cemerlang ini ditindas di bawah kerajaan selama ini. Oleh itu, saya ada beberapa cadangan yang saya nak membawa ke perhatian kepada Dewan yang mulia ini.
Dan kita melihat analisis jurang pembiayaan berbanding dengan KPM dan KPT. KPM menerima 3.5 kali ganda lebih besar daripada KPT. Walhal kedua-dua adalah kesinambungan dalam rantaian pendidikan nasional daripada prasekolah hingga ke universiti. KPM menumpukan hampir 90.5 peratus kos pengurusan iaitu sama dengan RM59.8 bilion daripada RM66.1 bilion, menunjukkan beban gaji, emolumen dan operasi yang tinggi berbanding peruntukan pembangunan. KPT pula memperuntukkan 79 peratus kepada kos pengurusan, sama dengan RM14.6 bilion daripada RM18.5 bilion. Bermakna, hanyalah 21 peratus kita gunakan untuk
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
pembangunan termasuk penyelidikan, infrastruktur universiti, biasiswa dan digitalisasi IPTA.
Kita bandingkan jumlah universiti yang wujud dalam Malaysia ini. Jumlah kita mempunyai 20 universiti awam. Tahun pertama yang membina universiti di Malaysia adalah tahun 1905 iaitu adalah King Edward College dan kemudian itu menjadi Universiti Malaya. Dan terbaru, kita membina universiti UM, UKM, UMK iaitu 2007.
Inilah tahun terakhir kita membina universiti. Tapi bandingkan populasi yang meningkat last 20 years. Sebab itu kita tidak menampung pelajar-pelajar untuk masuk universiti walaupun mereka cemerlang, hebat.
Di situlah wujudnya persepsi di mana dan kita perlu akui pelajar-pelajar Melayu ramai kerana populasinya tinggi dan sudah tentu purata dan nisbah untuk mendapat kecemerlangan dan untuk masuk ke IPTA itu memang tinggi, tapi kita telah mewujudkan satu persepsi di mana pelajar-pelajar India, pelajar-pelajar Cina ataupun pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak ini, ditindas. Bukan kita menindas tetapi sistem yang kita ada kerana IPTA yang tidak cukup inilah punca di mana kita kehilangan pelajar-pelajar untuk masuk dan mereka seharusnya diberi tempat di IPTA. Pada tahun 2005, populasi Malaysia hanyalah 26 juta. Hari ini pada tahun 2024, mencecah 34 juta, peningkatan hampir 29 peratus dalam 10 tahun yang lalu.
Saya ingin memberi beberapa cadangan kepada Dewan yang mulia ini dan juga kementerian untuk meneliti dan kita harus fokus kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, bukan saja kepada Kementerian Pendidikan. Ada beberapa cadangan yang saya ingin mengemukakan.
Yang pertama adalah kita harus membina sekurang-kurangnya lima universiti baharu dalam menjelang RMK yang akan datang sehingga tahun 2030. Fokus kepada bidang kejuruteraan, pembuatan lanjutan, sains hayat dan perubatan AI, sains data dan TVET bertaraf tinggi. Fokus wilayah Johor selatan, Segamat, Batu Pahat, Sabah, Sarawak, Perak utara, Kedah selatan dan Cyberjaya untuk AI dan teknologi. Kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah bajet pendidikan nasional kepada KPT menjelang Belanjawan 2028 bagi memperkukuhkan universiti, politeknik dan TVET.
Tiba masa untuk kita, negara memfokuskan bidang TVET. Saya percaya, kementerian dan negara kita sekarang tumpu 100 peratus kepada TVET. Saya dimaklum, tahun lepas hanya ada pembukaan lebih kurang 16,000 sahaja peserta untuk TVET, tapi dimaklum baru-baru ini ada peningkatan kepada 60,000 yang ingin
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
masuk ke bidang TVET. Ini menunjukkan minat anak-anak kita, minat pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik tapi mereka tumpukan kepada TVET ini. Maka, tiba masa kita perlu menumpukan, membina sebuah universiti TVET yang pertama di Malaysia dan juga di rantau ini yang beriktiraf dan juga dikendalikan oleh kerajaan kerana kita nampak ini akan menyelesaikan masalah yang akan datang dalam lima hingga 10 tahun.
Why we are having an issue in higher education now because the decision we made 10 years ago, the decision we made 20 years ago, dan kita tidak boleh gagal membuat keputusan untuk menyediakan platform untuk pelajar-pelajar TVET dalam lima atau 10 tahun akan datang. Oleh itu, universiti TVET sangat kita perlu diberi perhatian kerana setakat ini kita ada institusi dan kolej TVET sahaja.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Dan saya rasa, tiba masa untuk kita merangka dan perlu ada kesinambungan daripada pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi dan juga masuk universiti dan kolej.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat, Bukit Bendera.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Silakan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Boleh mencelah?
Terima kasih. Saya tertarik dengan cadangan Yang Berhormat iaitu penubuhan lima buah universiti yang baru ya. Jadi, saya ingin bertanyalah ataupun saya ingin bangkitkan juga, iaitu bila kita menyebut tentang penubuhan universiti dan sebagainya, kita perlu juga kaji dan lindungi ya kualiti tenaga kerja dan pensyarah- pensyarah tersebut supaya kita tidak lagi wujudnya istilah profesor kangkung dan sebagainya. Jadi, saya ingin dapatkan pandangan Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Bukit Bendera.
Saya ingin masukkan dalam perbahasan saya. Saya memang bersetuju ya. Kualiti bukan sahaja penambahan institusi pengajian, tetapi kualiti tenaga pengajar ini sangat penting kerana kita melahirkan generasi ini supaya mereka adalah the economic generator for our country. So, saya sangat penting untuk kita melahirkan intellectual, intellectual yang hebat.
Seterusnya, saya juga ingin menambah reformasi UPU. Ini sangat penting.
Setiap tahun, UPU ini ada pelbagai persepsi di luar ni. Di mana seolah-olah pelajar itu tidak dapat masuk kerana tekanan merit keperluan dan sosioekonomi. Rayuan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
digital pantas dengan pendedahan skor penempatan. Permudahkan kaedah pengambilan dalam melalui UPU. Dana transit IPTA TVET untuk B40, M40 bawah bantuan yuran pendaftaran peralatan asas dan enam bulan pertama asrama perlu dipertimbangkan.
Kampus satelit luar bandar, model IBS kos rendah supaya universiti berdekatan komuniti, bukannya di sebalik ya. Di Malaysia, kita lihat ada banyak kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. Kita perlu juga ada kampus satelit untuk membantu pelajar-pelajar kerana mereka juga layak dan mempunyai hak untuk mempunyai pendidikan nasional.
Dan juga seterusnya saya mencadangkan agar PTPTN bersama Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan laporan tahunan kepada jawatankuasa pemilihan khas berkenaan dengan bilangan pelajar miskin yang berjaya menamatkan pengajian, kadar kebolehpasaran graduan dan kesan dasar terhadap jurang sosial dan kemiskinan antara wilayah. Pendidikan bukan beban fiskal tetapi pelaburan kebangsaan. Tiada anak Malaysia wajar tercicir kerana kekangan tempat.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu quote yang disebut oleh— “education is the greatest powerful weapon that you can use to change the world”. Disebut oleh Nelson Mandela. Saya rasa ini applies to everyone across the world. Oleh itu, saya yakin.
Ada juga saya ingin mencadangkan satu lagi perkara adalah penubuhan rangkaian inovasi industri ekonomi nasional, di mana kejayaan sebuah negara dalam ekonomi moden tidak lagi tergantung kepada sumber semula jadi tetapi kepada ilmu, inovasi dan kebijaksanaan rakyatnya.
Sistem pendidikan tinggi negara kita telah mencapai tahap yang membanggakan sebenarnya, walaupun ada kekangan-kekangan untuk kita meneruskan. Namun dalam dunia ini digerakkan oleh Revolusi Industri 4.0, Malaysia perlu melangkah lebih jauh membina jambatan kukuh antara dunia akademi dan juga dunia industri.
Justeru saya mencadangkan agar melalui Belanjawan 2026 ini, menubuhkan rangkaian inovasi industri akademi nasional, sebuah ekosistem dinamik yang menyatupadukan universiti, politeknik, institut penyelidikan dan sektor industri dalam satu rangkaian kolaborasi strategik yang tersusun di seluruh negara.
Dan apa yang objektif tentang niat ini? Menggubal kurikulum berasaskan industri agar graduan tidak bersedia dengan kemahiran sebenar kerja pasaran.
Menstruktur semula latihan industri dan penempatan kerja supaya memberi pengalaman bermakna dan bukan sekadar formalities. Memacu pengkomersialan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
hasil penyelidikan universiti daripada idea ke produk sebenar dan keempat adalah menggunakan teknologi kecerdasan buatan artificial intelligence untuk memadankan kemahiran graduan dengan keperluan sebenar pasaran yang ada.
Menurut Jabatan Perangkaan pada suku ketiga 2024, hampir 1.95 juta rakyat Malaysia berpendidikan tinggi bekerja dalam kemahiran rendah. Angka ini menandakan wujudnya ketidaksepadanan kemahiran dan peluang yang perlu kita tangani dengan dasar yang lebih telus dan tersusun untuk jangka masa panjang.
Lihat contoh di Universiti Teknologi Malaysia yang telah membina lebih 2,000 kerjasama dengan industri serta inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi yang menandatangani 31 MoU antarabangsa di Osaka, Jepun. Bukti bahawa gabungan tenaga akademi dan industri mampu membawa perubahan dan juga membina negara yang lebih hebat.
Dan saya ingin juga menggulung. Namun dalam kita mengejar agenda inovasi, kita tidak boleh leka atau terbuai dengan penggantungan kepada institusi pengajian swasta. Kita melihat, universiti kerajaan hanya 20. Tapi institusi swasta, 400 over dalam Malaysia. Dan kita harapkan pelajar-pelajar yang belajar di universiti swasta ini taat dan setia kepada negara ini. Bagaimana?
We have opened, we have created a platform for them to believe the private system, education, and we expect them to believe and patriotism to the nation. And we are losing the intellectual group of people because the system that we have has to be revamped. Dengan izin, Yang di-Pertua. Dan juga saya ingin juga mengakhiri ucapan saya. Saya percaya isu pendidikan ini adalah isu yang sangat penting.
Maksudnya isu pendidikan tinggi ini.
Saya percaya, tak kira ya dari wilayah mana, tak kira apakah warna kulit kita, tak kira sama ada kita Cina, India, Melayu, Orang Asli, orang Sabah dan Sarawak, no children should be left behind dalam pendidikan tinggi di Malaysia ini. Walaupun kita fokus kepada pendidikan rendah, tapi pendidikan tinggi inilah menentukan negara kita, menentukan kestabilan ekonomi kita, menentukan kestabilan politik kita, menentukan pembangunan sosioekonomi kita. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya yakin bahawa perbahasan ini akan diberi perhatian supaya kita boleh membawa perubahan.
Dan akhir sekali, saya ingin menutup. Kita bukan harus hanya mengurus angka, kita sedang mengurus amanah dan harapan rakyat. Bukan sekadar mengira hasil, kita sedang menabur masa depan anak bangsa. Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh rasa tanggungjawab dan keinsafan, Segamat menyokong Belanjawan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
MADANI 2026 dengan harapan agar setiap sen yang kita belanja menjadi pelaburan untuk masa depan rakyat. Izinkan saya menutup dengan serangkap pantun.
MADANI subur di bumi pertiwi, Benih harapan kita semai; Demi rakyat generasi menanti, Malaysia makmur selamanya damai. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Yang Berhormat, majlis akan ditangguh sehingga jam 2.30 petang untuk berehat.
[Mengetuk tukul]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.07 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Alor Setar kacau saya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan bajet yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan sebanyak RM115 juta untuk latihan persediaan guru-guru berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027 dan STEM. Masalahnya, Kurikulum Persekolahan 2027 ini masih belum diketahui oleh khalayak. Apa yang saya faham ialah kurikulum 2027 ini diperlukan kerana kitaran kurikulum yang sedia ada telah selesai. Saya difahamkan ia mengandungi antara lain, perubahan dasar, kerangka, tahap-tahap fokus bagi setiap tahap mata pelajaran-mata pelajaran dan pentaksiran dan akan dimulakan di peringkat prasekolah pada tahun depan dan sepenuhnya yakni sehingga Tingkatan 5 pada tahun 2032.
Dalam konteks ini, Perikatan Nasional melalui cadangan reformasi pendidikan yang kami siapkan pada tahun 2024 juga telah menyarankan beberapa perkara tentang pembaikan kurikulum. Matlamatnya Tuan Yang di-Pertua ialah untuk melahirkan insan yang baik (good man) dan bukan sekadar pekerja baik (good worker). Ia adalah persoalan membina dan membangun karakter yakni dari segi adab, ilmu dan kemahiran. Pelajar-pelajar kita harus boleh berdaya saing di peringkat global contohnya dalam ranking PISA.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ranking PISA yang terakhir menunjukkan kita kalah dengan Vietnam dan itu merisaukan. Pelajar kita apabila berada di universiti sama ada dalam atau luar negara, harus boleh bersaing dengan pelajar dari negara lain dan apabila menjadi graduan sama ada bekerja dalam negara atau di luar negara, harus boleh bersaing dengan graduan-graduan yang lain.
Dari segi kurikulum design, bagi kami, kemuncak kurikulum design itu ialah untuk melahirkan manusia yang saya katakan insan baik tadi yang ada modelnya.
Bagi orang Islam, modelnya tentulah Rasulullah SAW. Masalahnya ialah kita belum lihat apa sebenarnya Kurikulum Persekolahan 2027 dan yang merisaukan lagi ialah kerana kedua-dua kementerian yakni KPM dan KPT masing-masing ada pelan pendidikan kebangsaan masing-masing. Kalau Perikatan Nasional, saya ulang apa yang saya sebut dulu, tak kira ada satu atau dua kementerian, kami akan ada hanya satu pelan pendidikan kebangsaan.
Kemudian, kerangka kurikulum. Kita ada pertembungan antara sebagai contohnya, pendekatan pendidikan tradisional yang dipelopori contohnya oleh Hirsch dan pendekatan progresif yang dipelopori contohnya oleh Ken Robinson. Saya sangat berharap Kurikulum Persekolahan 2027 akan bergerak ke arah yang lebih progresif. Sebabnya, kita ingin memperkukuhkan kurikulum pendidikan supaya menumpu kepada perkara-perkara yang benar-benar fundamental.
Contoh, perkembangan diri yang bersepadu, bertanggungjawab, amanah, budaya ilmu, soal meningkatkan prestasi pelajar. Contohnya, dari segi literasi dan numerasi, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bersosialisasi, nilai estetika. Soal bagaimana memotivasi high achievers atau mereka yang mempunyai bakat luar biasa. Juga, menangani under achievers ataupun late bloomers dan menghapuskan keciciran serta menyusun semula nisbah STEM dan sebagainya.
Juga untuk kita meningkatkan pendidikan teknologi digital, bukan sekadar digital tetapi pendidikan digital yang manusiawi iaitu ada keseimbangan antara menguasai dan mendepani teknologi terkini sambil menangani atau mengelakkan isu-isu kemanusiaan akibat daripadanya. Juga untuk melahirkan pelajar yang memiliki pandangan sarwa atau world view yang harmoni dan global iaitu soal perpaduan dalam negara dan pengantarabangsaan iaitu kita mampu menjadi warga dunia yang berdaya saing.
Soal memperkasa tulisan jawi dan soal memperkasa kokurikulum sama ada sukan, seni budaya, debat, teknologi dan keusahawanan. Kemudian daripada segi
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
tahap-tahap dan fokus setiap tahap. Yang saya faham, kita ada tahap prasekolah kemudian sekolah kebangsaan, kemudian sekolah menengah. Mesti jelas objektifnya dan apa mata pelajaran bagi setiap tahap. Saya harap kita akan mengurangkan jumlah mata pelajaran sebab sekarang ini banyak sangat mata pelajaran.
Saya harap kita juga kurangkan kandungan mata pelajaran. Masa anak saya Darjah 4, Tahun 4, dia kena belajar inferens. Dia tanya saya, saya tak tahu. Dia tanya isteri saya, isteri saya tak tahu. Terpaksa tanya rakan isteri saya yang pensyarah di Universiti Malaya dan dia tanya saya, “Anak kamu itu tingkatan berapa?” Saya kata, “Dia baru Tahun 4” tapi dah belajar inferens yang sepatutnya orang belajar di sekolah menengah.
Almarhum ayahanda kepada Menteri Pendidikan, Ustaz Siddiq Fadzil pernah kompelin satu ketika dahulu. Pengetahuan agama Islam, macam-macam benda nak dimasukkan. Memang kena belajar bab zakat tapi tak payahlah suruh anak-anak kita menghafal macam mana nak bayar zakat unta. Kena tahu zakat tetapi tak perlulah hafal zakat unta, itu maksud dia.
Saya harap kita kurangkan homework untuk anak-anak kita. Yang mustahak— Alor Setar. Sekolah mestilah sekolah yang riang dan girang bukan sekolah yang tegang dan selalu kena serang...
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Sama ada masalah buli atau— aik, saya sebut sahaja dah bangun?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Masalah rogol. Nak tanya?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Mohon mencelah Indera Mahkota, sebab sebut nama. Tadi Indera Mahkota sebut sekolah kena riang, girang. Patutnya itulah yang berlaku kepada anak-anak kita bila dia pergi sekolah, dia kena rasa sekolah itu tempat yang menyeronokkan, tempat yang selamat. Saya rasa hari ini menjadi kebimbangan semua pihak sama ada sebelah sini ke sebelah sana ke, orang ada parti ke tak ada parti ke, keselamatan di sekolah.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Kita nak sekolah kita ni rasa selamat dan dilihat selamat. Apa pandangan Indera Mahkota, kalaulah kita cadangkan kepada kerajaan supaya segera untuk menggubal atau pun membentangkan Dasar Sekolah Selamat kerana hari ini keadaan itu sangat meruncing.
Yang kedua juga, Kementerian Pendidikan ini wajar untuk menangani sesuatu krisis itu dengan lebih teratur, membina naratif-naratif yang betul supaya tak timbul kegusaran awam. Apa pandangan Indera Mahkota? Kalau Kementerian Pendidikan tak boleh buat benda ini, saya cadang Menteri Pendidikan itu ditukar pada orang yang lebih kompeten. Apa pandangan?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya, Tuan Yang di- Pertua, minta masukkan pencelahan itu dalam ucapan saya termasuk ayat yang akhir sekali. Kerana isu Zara, kita ada isu pelajar, pengawal keselamatan wanita dengan teman lelakinya mencabul pelajar perempuan umur sembilan tahun di tandas sekolah. Yang terbaru, pelajar perempuan Tingkatan 4 maut ditikam pagi tadi di sebuah sekolah. Dan― ya lah, nauzubillah, mudah-mudahan ada closure dan tidak ada lagi isu-isu sedemikian rupa.
Bab kokurikulum. Saya harap kita akan beri pemberatan yang lebih, weightage yang lebih kepada kokurikulum dalam kurikulum baru nanti. Dan kokurikulum ini ada penilaian sebenar, bukan hanya isi tempat kosong. Bukan hanya kehadiran. Semasa saya Timbalan Menteri KPT dulu, kita memulakan pengeluaran sijil ada kiraan betul tentang markah kokurikulum apabila seseorang itu bergraduan, apa ini menjadi graduan.
Jadi, kena tingkatkan percentage kokurikulum untuk UPU daripada 10 peratus kepada 30 peratus. Itu cadangan saya sejak daripada dulu lagi. Dan harus lebih terbuka untuk peranan ibu bapa, alumni, CSO tempatan membantu sekolah sebab kita tak nak pula kita tingkatkan pemberatan ke kokurikulum, cikgu yang letih sedangkan kita ada ramai orang yang sanggup dan bersedia untuk memberi kerjasama secara sukarela kepada sekolah.
Sebab itu, bila timbul selepas ini ialah pentaksiran. Pentaksiran pada saya bukan hanya akademik tetapi kena ambil kira yang kokurikulum tadi. Yang saya kata harus ada sijil khusus. Dan nah, di sinilah saya nak ambil kesempatan untuk mengulangi pandangan jawatankuasa yang saya pengerusikan untuk batalkan saja PLKN itu.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Segala program itu sebenarnya boleh dibuat di sekolah di bawah kokurikulum, boleh buat di universiti di bawah kokurikulum. Dan kalau ada peruntukan yang sudah diluluskan yang PMX sebut dalam Bajet 2026, salurkan kepada KPM, salurkan kepada KPT, ha salurkan kepada Kementerian Belia dan Sukan. KBS banyak buat program yang berkaitan dengan kokurikulum, duit tak cukup. Betul tak, Yang Berhormat? Setuju ya? Terima kasih.
Jadi sebab itu, tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merasakan bahawa Kurikulum Baharu 2027 apabila dilaksanakan harus merombak sistem, bukan bermakna overhaul sampai hilang langsung yang sedia ada tetapi penambahbaikan yang agak radikal supaya kesepaduan dari segi adab, ilmu dan kemahiran boleh dilahirkan dengan makna yang sesungguhnya.
Sebab itu juga saya ingin mencadangkan supaya cukai-cukai baharu diberikan. Pelepasan cukai pendapatan untuk ibu bapa yang anaknya terlibat secara serius dalam kokurikulum. Belanja untuk beli kasut sukan, peralatan sukan, makanan tambahan, ada masanya memerlukan jurulatih yang profesional, fi untuk pertandingan dan sebagainya. Begitu juga, saya mengulangi cadangan supaya ada insentif cukai kepada alumni.
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Indera Mahkota, boleh saya mencelah?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Sila.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Sikit. Berkenaan dengan kurikulum baharu persekolahan 2027, saya cuma risau dari segi persediaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Terutama sekali dari segi persediaan guru-guru dalam menggarap untuk mereka bersedia untuk mengajar ataupun aplikasi kurikulum 2027.
Kita nak tanya KPM, Yang Berhormat sendiri pengerusi jawatankuasa itu, adakah persediaan guru sebab nak apa itu nak mulakan 2027, tahun depan dah 2026. Apakah persediaan guru dalam menghadapi kurikulum baru ini?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, saya bersetuju sebab kalau gurunya tak disediakan dan kita ada pendekatan baru― saya dengarlah, katanya ada pendekatan baru, ada perubahan dasar dalam kurikulum baru, namanya 2027 tapi difahamkan untuk prasekolah mula tahun depan dah. Jadi, berapa bulan je lagi untuk disediakan. Jadi ini sesuatu perkara, Tuan Yang di-Pertua
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
yang sangat merisaukan. Saya harap khususnya Kementerian Pendidikan berikan tumpuan paling utama.
Kepengerusian ASEAN. Kita berbelanja besar dan saya harus memberi tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana setakat hari ini kita berjaya menjadi Pengerusi ASEAN yang begitu baik termasuk dalam kes Myanmar melantik seorang special envoy sepenuh masa. Kemudian Menteri Luar sendiri, saya tahu, cuma saya risau dan tertanya-tanya kenapa dia tidak umum sendiri yang dia ada engagement dengan NUG, dengan NUCC, dengan EROs dan people stakeholder.
Tetapi sebaliknya melawat Naypyidaw pada 9 Oktober yang lalu dan ada satu, dua statement beliau yang merisaukan. Sebab itu Subang dan beberapa orang Ahli Parlimen termasuk saya membuat kenyataan akhbar minta clarification dan banyak aktivis yang buat kenyataan yang sama yang bertanya tentang apa sebenarnya pendirian Malaysia dan atau ASEAN khusus berkaitan sham election, pilihan raya palsu yang ingin dilaksanakan oleh Junta pada bulan Disember yang akan datang.
Pada hari ini, saya bersama Kun Kasit Piromya, bekas Menteri Luar Thailand; dan Leila de Lima, bekas Secretary of the Department of Justice of the Philippines; dan tiga orang former UN experts on Myanmar. Dan kami adalah founding members untuk The Special Advisory Council for Myanmar. Ini termasuk Mazuki Darusman, Yanghee Lee dan Chris Sidoti membuat kenyataan dan izinkan saya untuk membaca petikan daripada kenyataan tersebut dalam bahasa Inggeris.
*“ASEAN must use its upcoming 47th Summit this month to fully reject the Junta’s Plan Sham Election and to launch a complete strategic reset on Myanmar.
ASEAN should make it absolutely clear that it opposes the Junta’s Sham Election, that it will not have any involvement in it, and that it will reject the outcome. The ASEAN must use its 47th Summit to launch a new strategy on Myanmar with a clear endgame that is a democratic, durable and inclusive approach as ambition by the people.”* Tuan Yang di-Pertua, the people are winning, the Junta is losing. Even if the people is losing, it is our moral responsibility to help the people in order for them to win. Oleh yang demikian, saya sangat berharap Malaysia dan ASEAN ― ada banyak lagi yang kami harapkan tetapi yang paling dekat, tolak pilihan raya palsu yang cuba dilaksanakan oleh Junta. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Sri Aman nama diberi, Bujang senang legenda berani, Lambang tekad anak bumi sendiri, Belanjawan di bentang, di bahas penuh makna, Harapan melambung janji dijunjung, Kata di kota rakyat jangan di beza, Agar sejahtera negara bahagia. Puan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kerana memberi Sri Aman peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 2026. Saya ingin mulakan dengan ucapan syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI kerana berjaya membentangkan Bajet 2026 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM470 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Belanjawan 2026 ini juga menandakan ia sebagai Belanjawan MADANI keempat Malaysia dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Puan Yang di-Pertua, Bajet 2026 ini juga menunjukkan peningkatan ketara kira-kira RM76.2 bilion atau sekitar 19 peratus berbanding Bajet 2025 yang berjumlah RM393.8 bilion. Peningkatan ini jelas mencerminkan iltizam dan komitmen kerajaan untuk memperkukuh ekonomi rakyat melalui peruntukan yang lebih menyeluruh terhadap kesejahteraan sosial, pembangunan infrastruktur, pemerkasaan pendidikan serta agenda pendigitalan dan kemampanan ekonomi negara.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana buat julung kalinya, Sarawak dan Sabah menerima peruntukan pembangunan tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Dan ini amat wajar kerana Sarawak dan Sabah bukan sahaja merupakan wilayah yang sama-sama membentuk Malaysia malah dari segi geografi dan keluasan landskap, kedua-duanya hampir setara dengan Semenanjung Malaysia.
Bagi Sarawak sahaja, sebanyak RM6 bilion diperuntukkan untuk pembangunan termasuk menaik taraf infrastruktur asas, kemudahan pendidikan, kesihatan serta projek bekalan air dan elektrik luar bandar.
Adalah harapan kami agar peruntukan tersebut betul-betul dimanfaatkan di bidang berkenaan demi kesejahteraan rakyat Sarawak. Langkah ini juga jelas menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan lebih
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
seimbang antara wilayah dan langkah serta inisiatif ini amat dihargai oleh kami rakyat Sarawak.
Namun begitu Puan Yang di-Pertua, dalam keterujaan rakyat Malaysia menyambut peruntukan dan belanjawan besar ini, ada beberapa kebimbangan yang wajar diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Maka, akan saya ajukan beberapa soalan agar pihak kementerian boleh menjelaskan dan menjawab agar kebimbangan ini dapat diubati atau diselesaikan.
Pertama, sejauh mana kebergantungan terhadap subsidi bersasar? Ini akan disusuli dengan pelan keluar yang mampan? Adakah wujud strategi jangka panjang untuk memperkukuh daya tahan fizikal negara?
Kedua, dengan kos sara hidup yang terus menekan golongan M40 dan B40, apakah langkah konkrit kerajaan bagi memastikan bantuan yang diberikan tidak sekadar bersifat sementara tetapi benar-benar memperkasa rakyat untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Saya bimbang Puan Yang di-Pertua, jika bantuan tanpa strategi pemerkasaan hanya akan mewujudkan budaya kebergantungan ataupun dependence or reliance culture dengan izin. Maka pepatah Cina yang berbunyi, “give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime” harus kita jadikan pedoman dan budaya kerana penting mengajar rakyat memancing, bukan sekadar memberi ikan setiap hari.
Ketiga, hasil negara kini juga dilihat masih banyak bergantung kepada sektor minyak dan gas. Jadi, apakah kerajaan kini merangka strategi lebih berani untuk memperluas asas pendapatan negara melalui pemerkasaan industri baru termasuk ekonomi digital dan ekonomi hijau?
Puan Yang di-Pertua, melihat Belanjawan 2026 ini secara kritis dan tuntas, ia nya lebih berkesan lagi jika kementerian menilai semua struktur belanjawan ini supaya lebih berpaksikan daya tahan ekonomi, kecekapan pelaksanaan dan kesaksamaan sosial bagi manfaat semua rakyat Malaysia. Kerana pada pendapat saya, angka besar ini hanya akan bermakna sekiranya pelaksanaannya benar-benar berkesan dan menyentuh keperluan sebenar rakyat.
Walau bagaimanapun, kita tetap menyambut baik belanjawan atau peruntukan ini tetapi cabaran utama masih terletak pada isu pelaksanaan, kerenah birokrasi ataupun red tape dengan izin, ketelusan, kelewatan projek, tiada atau kurang pemantauan dan banyak lagi yang sering berlaku di lapangan seperti jalan raya atau jalan perhubungan yang amat diperlukan tidak diluluskan, projek yang
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
dijanjikan lambat siap, sekolah daif terus daif belum dibaiki, bekalan air dan elektrik sering terganggu, liputan Internet yang tidak berkualiti dan banyak lagi. Dan inilah Puan Yang di-Pertua, realiti sebenar yang masih dihadapi rakyat di pedalaman termasuk di kawasan saya di Sri Aman.
Sebagai contoh Puan Yang di-Pertua, saya bagi contoh sebuah projek di kawasan saya iaitu projek pembinaan Jalan Kampung Titingkah di Kampung Sungai Putong, Undop yang dianggarkan berjumlah RM236 juta pernah dicadangkan beberapa kali di bawah RMK12 namun tidak mendapat kelulusan atas alasan tidak ada peruntukan, tidak cukup wang dan sebagainya. Dan kini dicadangkan semula untuk RMK13.
Saya amat berharap projek ini akhirnya diluluskan. Kerana penduduk betul- betul memerlukannya. Kerana penduduk kampung dan rumah panjang di sepanjang laluan tersebut kini bergantung kepada jalan sempit yang sering dinaiki air ketika air pasang besar dan musim tengkujuh, maka menjejaskan keselamatan, akses ke sekolah serta bantuan kecemasan ke rumah panjang sekitar kawasan tersebut.
Contoh kedua, pembinaan mahkamah baharu Sri Aman. Perkara ini telah saya bangkitkan beberapa kali di Dewan yang mulia ini. Dan jawapan terakhir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini pada 25 Mac, tahun 2024 bahawa mahkamah baharu Sri Aman akan dibina siap atau akan mula pembinaannya pada tahun 2025 dengan kos RM64 juta dan dijangka siap tiga tahun selepas itu. Tapi malangnya Puan Yang di-Pertua, setakat ini, ini dah bulan Oktober tahun 2025, satu tiang pun belum nampak berdiri. Inilah yang saya maksudkan projek yang dijanjikan lambat siap atau dijanji tapi tidak ditepati atau belum ditepati.
Begitu juga dengan masalah capaian dan liputan Internet. Walaupun laporan rasmi menunjukkan kadar liputan 4G dan 5G di kawasan berpenduduk di Sri Aman, mencapai kurang lebih 88 peratus dengan 59 smart tower setakat ini. Sounds good, looks good dengan izin. Hakikat di lapangan menunjukkan masih ada, masih ramai kampung-kampung rumah panjang penduduk berdepan masalah capaian dan kualiti liputan yang lemah atau tiada. Hal ini amat memberi kesan berlarutan terutama sekali kepada pelajar, usahawan kecil dan urusan komunikasi asas harian.
Jadi wajar kerja memantau itu sering diadakan agar masalah tersebut dapat ditangani segera. Puan Yang di-Pertua, isu-isu yang saya bangkitkan tadi hanyalah tip of the iceberg sebahagian kecil daripada gambaran sebenar di lapangan.
Hakikatnya, masih banyak lagi projek-projek seperti projek jalan, jalan perhubungan desa, pembinaan jambatan, pemasangan lampu jalan dan banyak lagi yang
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
menanggung nasib yang sama iaitu lewat disiapkan, berdepan masalah pelaksanaan, keadaan tidak dipantau, tertangguh tanpa kepastian bila akan dimulakan semula dan banyak lagi lah.
Puan Yang di-Pertua, hari ini merupakan hari keempat selepas pembentangan Belanjawan 2026. Di antara isu yang paling hangat diperdebatkan rakyat di luar sana termasuk warganet berkenaan belanjawan tersebut ialah subsidi dan kos sara hidup serta tata kelola dan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan.
Mereka menyoal, Puan Yang di-Pertua, apabila subsidi elektrik, diesel dan barangan asas disasarkan, apakah jaminan bahawa sistem ini benar-benar telus dan sampai kepada golongan yang memerlukan?
Ramai rakyat kita sudah penat Puan Yang di-Pertua, melihat ketirisan dan pengumuman megah di atas kertas tetapi kesannya tidak dirasai di dapur dan di dompet mereka. Jadi saya harap kementerian ataupun kerajaan melihat dan ambil maklum perkara ini dengan serius. Dalam masa yang sama Puan Yang di-Pertua, isu tata kelola dan ketelusan menjadi keprihatinan utama.
Belanjawan sebesar RM551 bilion bukan sekadar memerlukan angka yang menggiurkan, tetapi sistem pelaksanaan yang berintegriti. Rakyat menuntut agar setiap ringgit, setiap ringgit dibelanjakan dengan amanah tanpa kebocoran, tanpa kronisme, tanpa projek sakit yang akhirnya menyakitkan rakyat juga.
Oleh itu, saya menyeru agar Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara memperkukuh mekanisme pemantauan dan laporan awam secara berkala termasuk pendedahan status pelaksanaan projek mengikut kementerian. Ketelusan mesti menjadi budaya, bukan sekadar slogan.
Isu seterusnya ialah berkenaan dengan kesihatan dan keberkesanan peruntukan. Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu berkaitan kesihatan yang merupakan satu sektor penting yang amat dekat di hati rakyat termasuk juga saya sendiri.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Dalam belanjawan kali ini, sektor kesihatan menerima peruntukan besar sebanyak RM46.5 bilion. Namun, realitinya, rakyat masih resah. Resah menunggu berjam-jam, malah seharian untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan klinik kesihatan. Situasi ini amat menyedihkan, Puan Yang di-Pertua, khususnya bagi penduduk luar bandar dan pedalaman yang terpaksa menempuh perjalanan jauh dengan kos sendiri dan kadang-kadang berkeadaan tenat, sakit hanya untuk menunggu giliran yang panjang untuk mendapatkan rawatan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Persoalannya, mengapa semua ini berlaku? Adakah kerana kekurangan tenaga kerja? Kekangan doktor pakar? Kemudahan yang terhad? Atau pengurusan yang lemah di sesetengah tempat? Jika ya pun, kenapa keadaan ini masih terus berlarutan?
Puan Yang di-Pertua, baru-baru ini juga viral kisah doktor yang keletihan hingga berlaku pertelagahan dengan pesakit. Mencerminkan bukan sahaja kepayahan petugas kesihatan tetapi juga kekecewaan rakyat terhadap sistem yang sepatutnya melindungi mereka. Ini menunjukkan keadaan di lapangan amat membimbangkan dan tenat. Saya mohonlah pihak kementerian memberi penjelasan yang jelas serta langkah konkrit bagaimana peruntukan besar ini akan benar-benar membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Puan Yang di-Pertua, di kawasan saya di Sri Aman pula, masih terdapat klinik-klinik daif dan uzur seperti di Pantu, di Balai Ringin, di Tanjung Bijat, termasuk juga Klinik Kesihatan Simanggang yang memang sudah teruk sangatlah dan tidak lagi selamat diduduki. Saya telah bangkitkan isu berkenaan dengan Klinik Kesihatan Simanggang ini sering sangat. Dalam persidangan sebelum ini juga saya bangkitkan.
Maka, amat-amat penting, Puan Yang di-Pertua, bajet besar diterjemahkan kepada tindakan nyata, bukan sekadar angka di atas kertas atau retorik sahaja.
Rakyat tidak meminta kemewahan, terutama sekali rakyat di pedalaman. Mereka hanya mahukan kakitangan yang mencukupi, suasana layanan serta kemudahan yang baik serta sistem pengurusan yang cekap dan berperikemanusiaan. Hanya dengan itu, keyakinan rakyat terhadap sistem kesihatan awam dapat dipulihkan.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai Lebuhraya Pan Borneo yang sememangnya membawa perubahan besar kepada mobiliti dan ekonomi rakyat Sarawak. Bagi kami di Sri Aman, jika dahulu perjalanan dari Pekan Simanggang ke Kuching mengambil masa lebih tiga jam, kini hanya sekitar dua jam sahaja. So, ada kekurangan satu jam.
Namun begitu, beberapa P-turn di sepanjang laluan Pan Borneo, khususnya di kawasan Batu Lintang dan Pantu telah menimbulkan kesulitan yang ketara seperti menambah jarak perjalanan penduduk ke kampung masing-masing, selepas jalan pintas itu ditutup dan kekerapan kemalangan yang berlaku. Semalam juga Timbalan Menteri KRM semasa menjawab soalan, mengakui repot audit kementerian melaporkan perkara yang sama. Perkara ini juga pernah saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini, namun tidak mendapat jawapan yang positif.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Oleh itu, kali ini saya ingin mencadangkan agar dibina persimpangan bertingkat di simpang Batu Lintang dan juga Pantu. Selain mengurangkan kemalangan yang sering berlaku, projek ini juga dipercayai akan mengurai trafik di persimpangan, merancakkan ekonomi pertanian tempatan serta menyediakan laluan lebih selesa dan selamat selaras dengan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya ataupun Highway Network Development Plan, dengan izin. Saya amat mengharapkan ia nya dapat dipertimbangkan.
Seterusnya, Puan Yang di-Pertua. Apabila meneliti Belanjawan 2026 dari sudut impak gender, ada dua perkara utama yang saya rasa perlu diberi perhatian serius iaitu penjagaan kanak-kanak dan pengaturan kerja fleksibel. Walaupun 62.9 peratus wanita Malaysia berpendidikan tinggi, hakikatnya lebih tiga juta masih di luar tenaga kerja. Sebahagian besar kerana tanggungjawab penjagaan keluarga dan kos penjagaan anak yang tinggi, purata RM350 sebulan bagi seorang anak.
Belanjawan 2026 ini dilihat memperuntukkan RM9 juta bagi program pembangunan kanak-kanak termasuk subsidi yuran taska komuniti serta memperluaskan pengecualian cukai RM3,000 kepada pusat transit dan jagaan anak berdaftar. Namun begitu, subsidi keluarga B40 yang digugurkan, Puan Yang di- Pertua, saya rasa ia nya wajar dikembalikan dan disemak semula supaya lebih realistik, inklusif dan menyeluruh, khususnya bagi keluarga luar bandar.
Dalam masa yang sama, pengaturan kerja fleksibel di bawah Akta Kerja 1955
(Pindaan 2023) terbukti membantu keseimbangan kerja dan kehidupan serta mengekalkan wanita dalam tenaga kerja. Langkah kerajaan menawarkan potongan cukai tambahan 50 peratus kepada majikan adalah baik tetapi keberkesanannya mesti dipantau dengan teliti, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana dan pekerja wanita.
Justeru, saya juga mohon penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana pelaksanaan ini telah dinilai berdasarkan data jantina, wilayah dan pendapatan? Dan apakah penanda aras atau success benchmark telah ditetapkan untuk memastikan dasar ini benar-benar membantu wanita B40 dan M40, sejajar dengan semangat Malaysia MADANI― tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir?
Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, iaitu sifat tidak bermoral dan buli di negara ini. Tadi Indera Mahkota pun membangkitkan isu buli. Kerana saya rasa isu ini memang membimbangkan semua kita. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu hangat yang kerap dibangkitkan di
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Dewan yang mulia ini sejak persidangan Parlimen sebelum ini iaitu buli, jenayah seksual dan cabul yang semakin meruncing di negara kita, khususnya dalam kalangan pelajar dan remaja.
Menurut laporan Polis Diraja Malaysia, lebih 3,000 kes buli dilaporkan antara 2022 hingga 2024 dan hampir 60 peratus daripadanya berlaku di sekolah. Ini amat merisaukan. Lebih memeranjatkan dan memilukan, 400, Puan Yang di-Pertua, kes cabul dan rogol melibatkan remaja bawah umur direkodkan pada tahun lalu sahaja.
Saya juga baru terbaca sebentar tadi berita di mana seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 ditikam maut oleh pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi tadi jam 9.30. Ini betul-betul menyedihkan dan amat merisaukan. Apa dah jadi dengan sekolah dan remaja kita?
Puan Yang di-Pertua, bagi saya, rekod-rekod dan semua angka ini bukan sekadar statistik. Ini adalah wajah anak-anak kita, generasi masa depan. Mereka sepatutnya membina impian tetapi kini hidup dalam trauma, ketakutan dan keresahan. Persoalannya, di mana silapnya sistem kita? Apakah moral, akhlak dan adab anak bangsa kita kini tergadai?
Dulu, disiplin menjadi tunjang pembentuk manusia. Time saya bersekolah dahulu, Puan Yang di-Pertua, tahun 70-an, kesalahan kecil seperti tidak memakai stokin, gagal menyiapkan kerja rumah atau buku koyak sedikit sudah diberi pengajaran. Bukan kerana guru zalim tetapi kerana mendidik tanggungjawab, hormat dan nilai diri. Hari ini, atas nama emosi dan kesejahteraan, semua mahu dilayan lembut-lembut. Akhirnya, lahirlah generasi rapuh, cepat terasa, mudah mengalah, guru takut bertindak, sekolah takut disalahkan, sistem lumpuh, nilai korban di pihak anak-anak.
Dalam konteks Belanjawan 2026 dengan peruntukan sebanyak RM66.2 bilion kepada Kementerian Pendidikan, saya menyeru agar bajet besar ini tidak hanya membina bangunan, makmal dan teknologi tetapi digunakan juga untuk memulihkan jiwa sistem pendidikan. Tolonglah, sudah terlampau banyak keluh resah, rayuan serta seruan rakyat yang kita dengar di luar sana. Bertindaklah.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya cadangkan beberapa langkah konkrit.
Pertama, modul empati dan ihsan wajib diperkenalkan di sekolah. Anak-anak harus belajar menghargai maruah manusia, menolak kekerasan, menghormati perbezaan dan berani menegakkan keberanian. Modul ini bukan sekadar pelajaran, ia adalah penyelamat jiwa anak bangsa kita.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Kedua, tingkatkan bilangan guru kaunseling dan pegawai psikologi. Seorang kaunselor yang menguruskan 400 hingga 500 pelajar adalah tidak mampan. It’s not effective. Saya mencadangkan satu kaunselor untuk setiap 200 pelajar, termasuk di sekolah pedalaman.
Ketiga, kerjasama holistik di antara KPM, KPWKM dan KDN untuk memperkukuh sistem kaunseling, keselamatan siber dan pusat pemulihan trauma.
Saya mohon penjelasan, sejauh mana kementerian telah menyediakan pelan tindakan bersepadu untuk mangsa buli dan gangguan seksual?
Keempat, pemantauan dan laporan berasaskan data. Setiap kes buli dan gangguan seksual harus direkod dan dianalisis mengikut jenis sekolah, lokasi, umur dan jantina pelajar. Ini penting supaya peruntukan RM66.2 bilion itu betul-betul membawa impak nyata, bukan sekadar statistik kosong.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Latihan dan penggunaan kapasiti guru dan pentadbir sekolah juga perlu diambil kira. Mereka perlu kemahiran mengesan tanda awal buli. Menangani kes secara proaktif termasuk kaunseling psikologi asas.
Puan Yang di-Pertua, kita boleh membina lebih banyak sekolah, lebih banyak undang-undang, tetapi jika jiwa anak-anak kita dibiarkan kosong seluruh masa depan bangsa akan musnah hancur.
Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 mesti menjadi bajet membina jiwa bukan sekadar membina dinding, lantai dan tandas kerana hanya dengan membina insan berakhlak, berempati dan berani menolak kezaliman barulah kita mampu membina Malaysia MADANI yang inklusif, berperikemanusiaan dan berdaya tahan untuk generasi akan datang.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu sama ada KPM telah menetapkan penanda aras kejayaan modul empati dan sistem kaunseling di setiap sekolah.
Kedua, bagaimana kementerian menilai keberkesanan pusat pemulihan trauma dan mekanisme keselamatan siber?
Ketiga, apakah rancangan jangka panjang untuk memastikan peruntukan sebesar RM66.2 bilion ini membolehkan maruah dan nilai kemanusiaan anak bangsa dan bukan sekadar projek jangka pendek?
Puan Yang di-Pertua, hanya dengan tindakan konkrit, keberanian membuat perubahan dan peruntukan disalurkan secara efektif kita boleh memastikan setiap pelajar Malaysia dilindungi, dihargai dan dibimbing menjadi insan berakhlak dan berdaya saing.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, Bajet 2026 mesti bukan sekadar angka.
Saya sebut lagi, ya. Not just a figure, tetapi bajet tindakan yang mesti merapatkan jurang pembangunan, memperkasakan rakyat setiap wilayah dan menjamin kesejahteraan sejagat. Sekian, Sri Aman mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya mulakan ucapan saya, saya ingin meraikan kehadiran rakyat daripada Parlimen Padang Besar. Alang-alang kita meraikan rakyat daripada Parlimen Padang Besar, saya gembira kerana ibu, ayah dan pakcik saya turut berada di galeri dan sedang menonton ucapan saya pada hari ini.
Saya nak mulakan ucapan saya dengan soal reformasi institusi pendidikan negara. Kini sekolah seperti dibelenggu dengan krisis keselamatan dari hari ke hari.
Dan kerana krisis keselamatan ini, sudah timbulnya defisit kepercayaan di antara ibu bapa dan anak-anak kepada sistem persekolahan negara.
Puan Yang di-Pertua, saya merupakan salah seorang graduan sistem persekolahan awam. Daripada taska ke sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sampai ke institusi pengajian tinggi. Bagi anak-anak yang datang daripada kelas pertengahan dan B40, ini adalah harapan utama bagi mereka kerana pendidikan adalah jalan yang terbaik untuk membebaskan keluarga daripada belenggu kemiskinan.
Dari kes Zara Qairina, kes buli di Johor yang menyebabkan penggegaran otak, kes rogol berkumpulan sampai berani untuk merakamnya, ke kes terbaru yang berlaku pada pagi ini, di mana adik yang berumur 16 tahun ditikam sampai mati. Ini semua berlaku dalam persekitaran sekolah. Sekolah ini adalah seperti rumah bagi kita, rumah yang kedua. Cikgu adalah bagaikan ibu bapa di sekolah. Tempat yang patut dilihat sebagai tempat yang paling selamat selepas rumah kita, sekarang tidak asing lagi apabila ada perkataan bunuh, rogol, buli yang sentiasa berlaku.
Jangan sampai satu hari nanti, masyarakat ibu bapa menormalisasikan perkataan-perkataan sebegini di institusi pendidikan kita. Saya risau kerana dalam beberapa ucapan saya yang lepas, saya dah kongsikan data dan statistik yang menunjukkan di mana sekolah kebangsaan yang sebelum ini merupakan pilihan utama, bukan setakat golongan pertengahan atau B40, tetapi orang kaya pun
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
memilih sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama mereka, tetapi dari tahun ke tahun, trend ini telah berubah.
Bukan setakat orang yang datang daripada satu bangsa tidak lagi memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah utama, tetapi kini ada juga ramai orang Melayu daripada kelas pertengahan yang tidak lagi memilih sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama mereka. Saya rasa kalau kita buat simple study, tanya ibu bapa contoh yang pergi ke sekolah kebangsaan anak-anak di kawasan Klang Valley dan tanya mana ibu bapa ini menghantar anak mereka pada hari ini? Tepuk dada, tanya selera, kita tahulah jawapannya.
Kalau tidak ada intervensi yang besar dan drastik, saya risau jurang ini makin lama, makin teruk dan defisit kepercayaan ini, kalau tidak dipulih, akhirnya sukar untuk kita perbaiki. Kita boleh berbelanja puluhan bilion Ringgit, umumkan peningkatan belanjawan dari tahun ke tahun, tetapi kalau defisit kepercayaan ini tidak diuruskan dengan baik, sukar untuk kita pujuk ibu bapa untuk kembalikan anak mereka ke sistem persekolahan kebangsaan.
Dulu di luar, kita ada dasar ‘You touch, you go’, tetapi kini persepsi di luar yang dikongsikan kepada saya, ‘You touch, you rogol, you stay’ kerana lambat bertindak dan kenyataan yang kurang cermat, persepsi sebegini timbul. Walaupun ia persepsi, tetapi persepsi yang tidak diuruskan menyebabkan ibu bapa hilang hormat.
Saya ada tiga cadangan yang saya ingin ketengahkan.
Pertama, kita perlu serta-merta luluskan dana khas untuk pasang CCTV di setiap satu sekolah kebangsaan kita. Jangan guna helah dan alasan bahawa ini memerlukan dana yang besar. Saya pergi Shopee kejap je. DIY, “do it yourself’’ boleh beli CCTV RM50 bagi satu unit. Kalau nak canggih sedikit menggunakan tenaga solar, RM200. Kalau satu sekolah dapat pasang 20, tak banyak kerana di Malaysia kita ada 10,000 sekolah. Kosnya tidak begitu tinggi, tetapi kalau tinggi pun, kalau ia dapat memastikan satu nyawa pun diselamatkan, itu adalah kos yang patut kita tangani dan dengan bangganya kita tangani.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
[Mencelah] Muar, boleh saya celah sikit?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Selepas saya beri tiga cadangan, celah boleh.
Cadangan yang kedua, kita perlu siasat dan kita perlu berani miskinkan sistem sokongan pembuli. Kalau di negara maju Puan Yang di-Pertua, jikalau ada kes buli yang berlaku, tindakan tidak hanya diambil ke atas seorang pembuli. Warden
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
akan diambil tindakan, pengetua akan diambil tindakan, senarai hitam akan dikeluarkan, penguat kuasa yang lambat bertindak turut akan diambil tindakan.
Saya pernah bangkitkan ini pada ucapan-ucapan saya yang lepas. Setiap kali saya bangkitkan, kerajaan akan jawab, kata, “*Kita akan lakukan, jangan takut.
Daripada atas ke bawah akan ambil tindakan.*” Saya tanya satu soalan saja. Tunjuk satu sahaja bukti, mana penguat kuasa? Mana warden? Mana pengetua? Mana sistem itu? Seorang pun yang dah diambil tindakan? Lazimnya tak ada.
Dan yang lebih mencemaskan, yang saya takut, bila saya dengar jawapan dari pihak kementerian ataupun wawancara ataupun terjah dilakukan oleh media.
Bila ada kes bunuh, ada kes rogol, mesti ada bicarakan soal, “Oh nama baik sekolah, ini adalah sekolah yang terbaik.” Who cares ini sekolah terbaik ke tidak? Kalau dah ada orang kena rogol, kena bunuh, kena buli, nama sekolah tu tak penting. Yang penting adalah keselamatan dan nyawa anak-anak kita di situ.
[Tepuk] Cadangan yang ketiga, kerajaan perlu tegas...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Mencelah] Muar, Muar, Muar mohon mencelah.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
...dengan dasar “You touch you go, sebab itu kita perlu cepat siasat, heret, dakwa dan kenyataan- kenyataan yang perlu dikeluarkan oleh Menteri, oleh kementerian perlu sangat tegas.
Send an unequivocally clear signal bahawa buli sekecil mana pun tidak akan ditoleransi kerana kalau salah cakap walaupun dengan niat yang baik, persepsi itu akan berterusan dan berlarutan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Muar, Shah Alam.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Balik Pulau dahulu.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sahabat saya dalam jawatankuasa.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Baik Muar. Saya— setujukah kalau Muar kita impose ataupun wajibkan setiap mereka yang bekerja ataupun nak jadi guru, nak jadi security guard, nak jadi makcik cleaner dalam sekolah, kita wajibkan mereka melalui satu ujian. Macam apa yang di Australia buat, working with vulnerable people, you must get a certificate, baru boleh kerja di sekolah.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Sebab kita baru dengar tadi sekuriti amang seksual itu cukup mendebarkan.
Semakin hari semakin teruk sekolah kita dan macam Muar cakap itu defisit kepercayaan, ibu bapa dah tak percaya tentang untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya setuju, 110 peratus. Saya harap ia dimasukkan sekali ke dalam ucapan dan jikalau ibu bapa— Untuk ibu bapa lepaskan anak mereka ini tak senang ya. Nak, nak untuk berjam-jam di sekolah setiap lima hari seminggu ya, berbulan-bulan tidak mudah. Sebab itu kalau apa-apa jalan yang boleh kita naikkan keyakinan ibu bapa kepada sistem persekolahan kebangsaan, wajar kita terima dengan baik.
Isu kedua yang ingin Muar kupas adalah isu prasekolah. Pertama sekali kita perlu faham, mengapa prasekolah ataupun pendidikan awal ini sangat penting. Ia sangat penting kerana pada umur yang mudalah, di sinilah paling senang untuk kita mendidik anak-anak kita tidak kira yang miskin atau yang kaya. Terdapat pendidikan yang berkualiti sebelum mereka sertai sekolah kebangsaan pada umur tujuh tahun.
Kalau dari muda mereka dah diasah, karakter sahsiah mereka dibina, bila masuk lebih senanglah untuk diintegrasikan dalam kelas yang lebih besar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tetapi ia juga taktik you kill two birds with one stone, dengan izin. Sambil kita mendidik anak-anak kita, sambil kita memperkasakan pilihan wanita untuk berkerjaya. Dan di Malaysia, kalau dibandingkan dengan average ya, purata golongan wanita berkerjaya, berprofesional, kita masih ketinggalan, jika nak dibandingkan dengan negara-negara OECD.
Dengan itu, kita perlu bantu wanita-wanita, ibu-ibu muda ini supaya mereka dapat mengekalkan kerjaya profesional mereka sambil menghantar anak mereka untuk dididik dengan baik.
Mari kita lihat status prasekolah di Malaysia. Mengikut kajian yang dibentangkan minggu lepas di Parlimen oleh Jawatankuasa Khas Parlimen. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 40,000 taska ataupun prasekolah. Tetapi yang ada di Malaysia tak sampai 4,000 pun. Maksudnya, kita hanya fulfill 10 peratus saja.
Dan daripada 10 peratus tersebut, lebih dua pertiga Puan Yang di-Pertua, tidak berdaftar, tidak ikut piawaian, tidak ikut SOP. Keadaan ini sangat mencemaskan.
Bagi prasekolah swasta pula, kos daftar one-off, masuk saja RM2,000. Ada yang jauh lebih tinggi. RM2,000 ini purata lah. Tak cukup RM2,000, setiap bulan satu anak RM300 ke RM500. Kalau di kawasan Klang Valley, RM500 tu kamu bernasib
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
baiklah. Ada yang sampai RM1,000. Itu ada satu anak. Kalau ada tiga anak, macam manalah nasib ibu muda, keluarga muda itu. Macam perlu memiskinkan diri mereka untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tak kasihani kah nasib mereka?
Sebab itu saya ingin memberikan tiga cadangan kepada kementerian.
Cadangan pertama, kita ada 10,000 sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di seluruh Malaysia. Kita pastikan bahawa setiap satu dilengkapkan dengan taska dan prasekolah yang perlu dimulakan serta-merta pada tahun depan. Saya dengar mantan Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Pandan sebelum ini katakan, kita akan integrasikan prasekolah kepada sekolah kebangsaan. Tetapi saya selalu katakan, the devil is always in the details. Idealisme kalau tidak diterjemahkan kepada pelaksanaan, sukar untuk kita maju ke depan.
Saya tengok belanjawan tidak ada perincian tersebut. Berapa banyak sekolah? Daripada 10,000 ini yang ada, akan dilengkapkan dengan pendidikan prasekolah pada tahun depan. Berapa lama perlu kita tunggu? Supaya akhirnya sasaran 40,000 ini akan tercapai. No details, scant in details. Sebab itu saya cadangkan buat serta-merta.
Pastikan bahawa daripada 10,000 sekolah ini, kita lengkapkan dengan prasekolah supaya di semua, di setiap satu daerah memang akan ada prasekolah yang berkualiti dan tidak perlu kita hanya harapkan prasekolah swasta semata-mata.
Tapi kita perlu berani berikan peruntukan secepat yang mungkin. Kerana kita perlu ingat, kalau kita lewat bertindak, lagi ramai ibu muda terpaksa meninggalkan kerjaya mereka dan itu adalah kehilangan yang besar kepada negara tercinta kita.
Cadangan kedua, kita perlu berikan insentif kewangan dari kerajaan kepada pemilik taska. Jika mereka lakukan perkara tersebut, kalau kita berikan insentif tersebut, mereka perlu integrasikan taska yang menawarkan harga rahmah dengan sistem pendidikan nasional. Saya beri contoh dan di sini mungkin sedikit sensitif daripada sudut politik tetapi untuk kita bawa negara kita ke depan, perlu ada keberanian dan iltizam politik untuk kita berubah bersama.
Saya beri contoh, banyak dalam Dewan ini, sebelum ini bicarakan soal kebajikan pekerja di PASTI, ya. Realitinya, di seluruh Malaysia ada ramai cawangan- cawangan PASTI, turut di Muar dan saya faham mengapa ibu bapa memilih.
Akhirnya, ia adalah kerana kos rahmah tersebut. Bukan semua yang boleh bayar kos yang tinggi. Tetapi saya juga faham kerana ini adalah institusi swasta, agak sukar untuk mereka dapat dana yang mencukupi untuk baik pulih, naik taraf, pastikan bahawa gaji-gaji terurus ke tahap yang lebih baik.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya ingin cadangkan, bukan setakat bagi PASTI lah tapi bagi Tadika Nuri kah, apa-apa di seluruh Malaysia ya, tawarkan kepada semua. It is an opt-in policy.
Tapi perlu pastikan insentif ini, insentif yang baik dan memberangsangkan. Kalau mereka setuju ikut SOP kerajaan, kerajaan akan memberikan insentif kewangan kepada institusi pendidikan ini dengan dua matlamat.
Pertama, untuk pastikan bahawa kos prasekolah itu dapat diturunkan dan ditawarkan kepada kumpulan B40 dan M40.
Yang kedua adalah untuk memastikan bahawa kebajikan pekerja-pekerja dapat terbela supaya kita tidak hanya menuduh tapi kita bimbing dan bantu supaya akhirnya kita dapat integrasikan win, win bagi anak-anak sekolah. Anak-anak kita.
Cadangan yang ketiga, kita naikkan pengecualian cukai bagi mereka yang menghantar anak mereka kepada taska. Saya faham sekarang ada tetapi sangat sedikit. Kita perlu realistik dalam empat minit. Tadi saya kongsikan, ya. Sekarang apa? Kos bulanan yang kena cover hanya dalam RM300. Minta maaf, RM250 secara bulanan.
Saya tanyalah secara ikhlas, mana kamu nak dapat RM250 sebulan ini?
Memang tak ada. Itu satu anak. Tiga anak? Kos one-off bayar tahunan pun dah jauh lebih tinggi daripada pengecualian cukai yang diberikan sekarang. Pengecualian cukai ini banyak impak kepada kelas golongan pertengahan. Dan inilah saya rasa golongan yang paling penting untuk kita bela. Bukan kata B40 tidak penting. Penting tetapi ada banyak infra sokongan kepada mereka. Kelas pertengahan ini, dia macam sekejap ada, sekejap tak ada.
So dalam bab ini, wajib kita bimbing, bantu berikan kenaikan pengecualian cukai times two. Tak cukup satu, naikkan dua kali ganda. Saya yakin kalau kita lakukan perkara ini, dalam tempoh masa dua, tiga tahun, kita dapat capai matlamat, di mana Malaysia bukan setakat dapat memberikan pendidikan percuma bagi pendidikan sekolah rendah dan menengah tetapi insya-Allah, dilanjutkan kepada pendidikan prasekolah supaya kita dapat integrasikan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi.
Seterusnya, saya ingin bincangkan soal PTPTN. Dalam bab ini, kita perlu jujur dan ikhlas dan kejujuran itu bersandarkan kepada angka-angka yang boleh kita dapat dalam belanjawan ini.
Saya menerima baik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang katakan, kita akan berikan pendidikan percuma kepada golongan B40 atau mereka yang datang daripada keluarga susah. Apabila
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
kenyataan ini diungkapkan dalam Parlimen, saya lihat ramai pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan, bukan setakat di peringkat Persekutuan tapi juga di peringkat negeri kata, janji tertunai. PTPTN sekarang percuma kepada golongan keluarga susah. Let’s look at the numbers and numbers do not lie. Akhirnya, bila kita lihat belanjawan, PTPTN percuma ini hanya terguna pakai kepada 5,800 pelajar.
Puan Yang di-Pertua, bagi institusi pengajian tinggi, kita ada 1.25 juta pelajar, mahasiswa dan mahasiswi. Angka 5,800 ini sangat kecil. Kalau kita rumuskan bersudut purata, ini hanya terpakai kepada 0.46 peratus. Tak sampai satu peratus.
Tak payah cakap soal lulus. Lulus kalau dekat sekolah ini 50 peratus. Ini tak sampai satu peratus pun mereka kata, janji sudah tertunai. Tak apa, ini sudah mencukupi. I want to be fair. Saya nak jadi pembangkang yang memberi kritikan yang membina.
It is a good start. Permulaan yang baik. Tetapi tak bolehlah kata permulaan ini adalah pengakhirannya kerana janji sudah tertunai, PTPTN korang dah tak boleh claim lagi, kita dah laksanakan, keluarga susah dapat secara percuma.
Kenapa saya risau? Ini teguran saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. And it comes from direct experience. Orangnya sedang— apa— tengok saya ucap sekarang. Bila ada perubahan kerajaan Puan Yang di-Pertua, pada pilihan raya lepas. Salah seorang ahli keluarga saya sangat gembira. Dia memang share dalam group WhatsApp keluarga saya. Video Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata bahawa kalau nak bawa pembantu rumah, tak perlu lagi melalui ejen orang tengah. Di mana kamu dijarah puluhan ribu, kamu perlu bayar. Dan itu orang lain kan, bila nak undi, dia fikir 10, 11 perkara. Ini benda simple. Sangat— benda sangat mudah. Oh, sekarang dah tak ada ejen, tak ada guna orang tengah.
Tapi sampai ke hari ini, bukan setakat ejen masih ada, nak bawa masuk RM20,000. Lepas itu, kos tahunannya makin lama makin tinggi. Seorang pun dah hilang harapan. Saya tak nak nanti dalam bab ini, dia jadikan benda sama. Orang kata, oh pendidikan percuma. Tahun depan bila anak-anak keluarga susah, ya, nak masuk universiti dapat, ini— apa Perdana Menteri kata, pendidikan percuma. Tetapi akhirnya, tidak terpakai kepada mereka, mereka kecewa, sedih. Dan akhirnya, yang susah adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga. Sebab itu dalam bab ini perlu ada kejujuran dan keikhlasan. Ini merupakan kritikan membina daripada Muar.
Isu terakhir yang saya nak bangkitkan adalah isu keterjaminan makanan.
Kalau kita lihat tinjauan fiskal dan anggaran hasil kerajaan, salah satu buku yang terbentang di atas meja kita. Ia agak merisaukan, Puan Yang di-Pertua. Dari Perdana Menteri ke Perdana Menteri, kita banyak bicarakan soal keterjaminan makanan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kerana dari tahun ke tahun, kos import, bil import makanan itu makin lama makin tinggi. Boleh mencecah RM55 bilion. Walhal, Malaysia adalah negara yang bertuah kerana ada tanah yang subur, tanah mencukupi dan kita boleh lakukan sendiri.
Tetapi kalau tidak ada pelaburan yang mencukupi, khususnya daripada sudut dana pembangunan DE – development expenditure, akhirnya impian ini tidak akan jadi realiti. Kita lihat apa yang berlaku pada tahun ini.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Pada tahun lepas, DE – development expenditure merentasi kementerian. Ini bukan setakat melibatkan Kementerian Pertanian kerana dana yang melibatkan pertanian ini kadangkala pergi Kementerian Ekonomi, Luar Bandar dan yang lain.
Kalau ikut buku Tinjauan Fiskal, tahun lepas peruntukan pembangunan RM3 bilion, dalam RM2.98 bilion. Pada tahun yang akan digunakan pada tahun depan, yang dibentangkan pada Belanjawan 2026, daripada RM3 bilion, merosot kepada RM551 juta. Penurunan lebih 80 peratus. Saya sangat risau kerana apabila kita bicarakan soal keterjaminan makanan ya, we want to build a strong modern agricultural industry tetapi duit tidak mencukupi dan khususnya DE ini adalah pelaburan jangka masa panjang. Kita nak cakap soal dron, kita nak tarik anak muda jadi petani moden ya.
Saya salah satu lagu favorite saya.
“Buruh nelayan dan juga petani, gaya hidup kini dah berubah.” Ha, gaya hidup kini dah berubah, tapi kalau tak ada duit nak berubah macam mana? Takkanlah kita nak guna jalan lama lagi, nak jadi petani yang moden dan kita nak mengharapkan anak muda join.
Saya risau, saya harap akan ada penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri nanti. Mengapa ada penurunan yang sangat besar? Dan saya, dasarkan ucapan saya kepada Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan, penurunan daripada RM3 bilion ke RM551 juta.
Sambil penurunan yang sangat besar ini berlaku, kita dikejutkan pula bahawa Khazanah akan diwajibkan untuk memperuntukkan RM600 juta untuk baik pulih dan naik taraf salah sebuah bangunan lama, Carcosa Negara. Saya memang menyokong usaha untuk kita baik pulih ya, bangunan-bangunan lama. Tetapi sampai ke hari ini ya, padahal kita dah persoalkan daripada minggu lepas dah, why do you need RM600 million? RM600 juta. Bayangkan ya untuk petani, untuk keterjaminan makanan, RM551 juta, tetapi untuk bangunan ya, RM600 juta. Ia seperti tidak masuk akal.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya harap akan ada penjelasan. Saya tahu nanti Yang Berhormat Menteri akan kata, “Oh, Khazanah pun dulu buat Taman Tugu Negara” yang dekat dengan Parlimen ini. Tapi Taman Tugu Negara hari ini accessible by all, bagus untuk kesihatan sebab orang boleh guna. It’s really open to public. Tetapi bagi Carcosa Negara ini, akhirnya guna untuk apa? Itu saya nak faham. Kalau hanya guna untuk ahli politik, Menteri buat program, tak apalah, kita fokus kepada perkara lain.
Puan Yang di-Pertua, walaupun saya fokus isu keterjaminan makanan sedikit, di perenggan yang terakhir, isu utama tetap merupakan isu pendidikan negara. Saya harap bahawa akan ada usaha yang komprehensif bagi kerajaan yang merentasi kementerian dan agensi, dengar denyut nadi rakyat, dengar keluhan rakyat, dengar keluhan ibu bapa khususnya, apabila mereka risau tentang nasib anak-anak mereka yang dihantar kepada sekolah. Saya sangat risau kerana saya produk sekolah, saya anak seorang cikgu, kakak saya pensyarah. This is something which is very important sebab kalau orang dah hilang keyakinan kepada institusi pendidikan, untuk kita memulihkan keyakinan mereka itu akan memakan masa yang lagi lama.
Tetapi saya yakin, kalau Menteri, Perdana Menteri dapat bertindak dengan cepat dan pastikan bahawa kesilapan yang lampau tidak berulang lagi, insya-Allah kita dapat pastikan sekolah kebangsaan kekal relevan dan pilihan utama bagi ibu bapa di Malaysia. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tuaran ingin memulakan perbahasan dan mengucapkan setinggi- tinggi tahniah dan syabas kepada kerajaan atas kejayaan memperoleh, peroleh kembali wang sakau dan— dirompak yang mencecah sehingga RM15.5 bilion yang berjaya dikembalikan dalam tempoh dua tahun. Tahniah juga diucapkan kepada kerajaan atas kejayaan menjimatkan sebanyak RM15.5 bilion, hasil daripada langkah rasionalisasi dan penyasaran subsidi.
Tahniah turut dirakamkan atas kejayaan kerajaan menurunkan defisit fiskal daripada RM100 bilion pada 2022 kepada RM92 bilion pada 2023. RM77 bilion pada 2024, sekitar RM77 bilion 2025 dan mudah-mudahan akan terus menurun pada tahun hadapan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Walau bagaimanapun, Tuaran ingin bertanya kepada kerajaan, mengapakah perbelanjaan pembangunan menurun daripada RM86 bilion kepada RM61 bilion sedangkan Bajet 2026 diunjurkan meningkat daripada RM452 bilion bagi tahun 2025 kepada RM470 bilion untuk 2026. Selain itu, mengapakah perbelanjaan mengurus pula meningkat daripada RM330 bilion kepada RM338.2 bilion, sedangkan rasionalisasi subsidi sudah dilaksanakan?
Tuaran juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas peningkatan peruntukan pembangunan untuk Sabah daripada RM6.7 bilion kepada RM6.9 bilion.
Namun demikian, saya bersama rakan-rakan Ahli Parlimen daripada Sabah ingin memohon penjelasan. Berapakah peratus daripada RM6.9 bilion itu dalam bentuk pinjaman atau yang perlu dibayar balik oleh Kerajaan Sabah? Dan berapakah peruntukan untuk projek sambungan atau perbelanjaan berulang? Dan berapakah peratus bagi projek baharu? Dan di manakah projek-projek ini akan dilaksanakan?
Dalam kesempatan ini juga Puan Yang di-Pertua, Tuaran sekali lagi ingin menegaskan bahawa walaupun Perkara 2(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan, telah dipinda kepada versi asal yang mendefinisikan Persekutuan Malaysia sebagai tiga wilayah utama, maka Sabah dan Sarawak bukan lagi sekadar salah satu negeri dalam Malaysia. Namun, kedudukan Sabah tersebut tidak dicerminkan dalam pengagihan peruntukan pembangunan dalam belanjawan tahunan untuk tahun hadapan.
Sebagai contoh, daripada RM81 bilion perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2026, sebanyak 61 projek atau 86 peratus akan dilaksanakan di Wilayah Semenanjung, manakala hanya 8.5 peratus atau lima projek sahaja di Wilayah Sabah dan 7.4 peratus atau lima projek di Wilayah Sarawak. Ini bermakna jumlah agihan bagi Sabah dan Sarawak hanyalah sekitar 15.9 peratus.
Puan Yang di-Pertua, sekiranya minda kerajaan masih terperangkap dalam kerangka bahawa Sabah dan Sarawak hanyalah negeri seperti Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah, maka tahap pembangunan Sabah akan terus ketinggalan dan kekal mundur sampai bila-bila. Tuaran tidak iri hati dengan lima projek yang diberikan kepada negeri Perlis, jumlah yang sama dengan projek di Wilayah Sabah.
Namun perlu diingat bahawa keluasan Perlis hanyalah 819 kilometer persegi. Jauh lebih kecil berbanding kawasan Parlimen Tuaran iaitu seluas 1,170 kilometer persegi.
Tambahan pula kawasan Parlimen Tuaran amat memerlukan peruntukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang sangat mendesak, terutamanya masalah bekalan air terawat. Hampir setiap kampung dan pekan di kawasan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Parlimen Tuaran berdepan dengan masalah bekalan air terawat dan Pusat Khidmat Parlimen Tuaran menerima aduan hampir setiap masa. Sebagai contoh, di kawasan Dewan Undangan Negeri Tamparuli sahaja, kita memerlukan naik taraf loji dan pemasangan air paip baru di empat lokasi bagi menstabilkan bekalan air terawat.
Projek yang dimaksudkan ialah cadangan Projek Loji Air Terawat, Bekalan Air Luar Bandar (BALB) untuk Penimbawan, Lok Nunuk, Sambah dan Baru-Baru dengan kapasiti empat juta liter sehari. Dengan air diambil dari Sungai Topokon yang terletak di Dewan Undangan Negeri Tamparuli dan telah pun dipersetujui oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Namun, reserved margin bekalan air di sekitar Topokon, Tenghilan kini berada pada paras negatif, 12 juta liter sehari. Saya memohon agar pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mempertimbangkan pembinaan loji dan kapasiti 16 juta liter sehari supaya bekalan air terawat dapat menyelesaikan masalah di kawasan sekitar Tenghilan juga dan bukan sahaja kepada Kampung Penimbawan, Sambah dan Kampung Baru-Baru.
Saya difahamkan Puan Yang di-Pertua, Jabatan Air Negeri Sabah telah pun cuba mencadangkan dan meminta pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar cadangan untuk meningkatkan loji rawatan ini kepada 16 juta liter sehari. Tetapi setakat ini belum, mereka tidak bersetuju, mereka masih lagi mempertahankan hanya empat juta liter sehari. Apa yang Tuaran ingin cadangkan ialah alang-alang kita menyelesaikan masalah rakyat, kita sudah tahu masalahnya, negatif 12 reserved margin untuk kawasan Topokon, Tenghilan adalah sangat tinggi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Dan pada ketika ini, mereka kalau ada air pun, dia air yang kabut dan sebagainya. Oleh sebab itu, saya merayu dan memohon supaya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mempertimbangkan permohonan jemputan air itu dan juga permohonan daripada Pusat Khidmat Parlimen Tuaran supaya ditingkatkan.
Tambahlah, inilah yang amat memerlukan sebab memang masalah memang mendesak dan perlu diselesaikan masalah ini.
Begitu juga dengan projek bekalan air luar bandar terawat, Kapa, Sinalapak dan kawasan sekitarnya yang telah dibatalkan akibat bantahan daripada penduduk Kampung Bundung, Pakak dan Kampung Lingkubang, Kadamaian. Projek ini sudah sekian lama diluluskan, barangkali mahu hampir 10 tahun sudah.
Tetapi berpindah dan berpindah kerana adanya bantahan penduduk di tempat di mana sumber air itu mahu diambil. Dan projek ini, jika diteruskan, jika lulus
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
dan dilaksanakan, sepatutnya mampu membekalkan air terawat kepada kampung- kampung seperti Kampung Repu, Kampung Ruhiang, Kampung Kapa, Kampung Laputong, Kampung Kaparingan, Kampung Minangkob, Kampung Hamad, Kampung Togop, Kampung Bawang, Kampung Tamis Baru, Kampung Sinalapak, Kampung Kelawat, Kampung Ratau, Kampung Gayaratau dan Kampung Bundutahuri, Kampung Rikos.
Selain itu, projek ini juga akan membekalkan air terawat kepada 10 buah sekolah rendah iaitu SK Bongol, SK Kelawat, SK Togop, SK Kaparingan, SK Kapa, SK Laputong, SK Gayaratau, dan SK Bundutahuri. Juga SK Bawang dan SK Kituntul.
Semuanya sangat kritikal. Ia nya mendesak dan sebagainya. Jadi, bagi saya, bekalan air ini, jika tandas itu penting, saya fikir air jauh lebih penting. Tandas tanpa air pun tidak boleh digunakan.
Sebab itu, saya mohon pihak kerajaan setelah nanti projek iaitu rancangan naik taraf Loji Rawatan Air terawat Bayayat di Kadamaian berkapasiti 34 juta liter sehari, kita mohon supaya masalah bekalan air terawat di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi dapat diselesaikan. Cuma Tuaran mohon penjelasan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tentang status terkini rancangan naik taraf Loji Rawatan Air terawat Bayayat di Kadamaian yang berkapasiti 34 juta liter sehari.
Saya percaya jika ini dilaksanakan, penduduk yang dahulu membantah iaitu di Kampung Bundu Paka dan Kampung Lingkubang mereka tidak lagi berpeluang membantah sebab ini tempat yang lain dan memang pun ada tempat loji terawat yang sedia ada sekarang.
Mengenai keperluan peruntukan untuk menaik taraf bekalan air terawat di DUN Tamparuli dan DUN Kiulu. Selain daripada keperluan menaik taraf jalan luar bandar dan jambatan luar bandar, memang ini Puan Yang di-Pertua banyak yang perlu dan mendesak. Kawasan Parlimen Tuaran masih mempunyai sebanyak 44 batang jalan luar bandar di bawah kawal selia JKR Tuaran dengan panjang keseluruhan 165 kilometer yang perlu dinaik taraf ke jalan berturap.
Dengan anggaran kos lebih kurang RM2 juta bagi setiap kilometer, kawasan ini masih memerlukan sekurang-kurangnya RM330 juta untuk kerja-kerja naik taraf tersebut. Keperluan ini amat mendesak kerana keadaan jalan raya yang berlubang- lubang dan sukar dilalui, sekali gus menjejaskan pergerakan rakyat serta aktiviti.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, Peraturan.
Kita tengok seorang pun Menteri ke Timbalan tak ada ini ketika kita bahas benda yang penting, bajet ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mana?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
14(1), 14(1). Dan bukan masalah isu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya rasa itu bukan satu isu. Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini masalah penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tiada hormat dekat bajet ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih, terima kasih. Sikit masa kena ambil, ya. Sebab itulah apabila teks ucapan pembentangan bajet tahun 2026 ini pada Perkara 46, muka surat 27 menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak menerima peruntukan Persekutuan tertinggi.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa rakyat di kedua-dua wilayah ini berasa berasa terkilan dan merasakan bahawa kerajaan masih tidak berlaku adil terhadap rakyat di Sabah dan Sarawak berasaskan apa desakan-desakan, keperluan-keperluan mendesak yang memerlukan peruntukan yang saya sebutkan tadi. Hal ini juga kerana status wilayah Sabah dan wilayah Sarawak sebagai rakan kongsi atau equal partners dalam pembentukan Malaysia. Dan tidak diberikan pengiktirafan serta penghormatan sewajarnya sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Rakyat mengeluh sampai bilakah masalah infrastruktur-infrastruktur kami akan selesai. Inilah keluhan setiap hari. Apabila tidak ada dan ada bekalan elektrik terganggu, masalah jalan raya dan sebagainya inilah pertanyaan rakyat di Sabah.
Tuaran juga ingin merakamkan penghargaan...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Tuaran, Puncak Borneo minta pencelahan sikit. Boleh?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Jangan banyak sangat ya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tidak banyak, sikit saja.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Saya mendengar tadi bahawa saban tahun kita didengari bahawa peningkatan diberi kepada jumlah peruntukan bajet kepada Sabah dan Sarawak iaitu daripada RM300 juta kepada RM600 juta.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tetapi sebenarnya daripada peratus keseluruhan bajet negara, peratusan itu semakin berkurangan saban tahun walaupun nilainya meningkat. Jadi, kalau kita melihat daripada aspek penubuhan MA63, Semenanjung mempunyai lebih banyak peruntukan daripada Sabah dan Sarawak.
Dan adakah ini menunjukkan bahawa kita telah dianaktirikan ataupun perjanjian ini telah dimungkiri dan adakah kita berhasrat untuk membawa ke Parlimen supaya perkara ini dinilai keabsahannya penubuhan Malaysia? Keabsahan penubuhan Malaysia di mahkamah antarabangsa? Adakah Yang Berhormat Tuaran setuju mengenai saranan ini?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Saya fikir dari segi melihat keabsahan Perjanjian Malaysia tahun 63 itu, itu saya tidak pasti sebab perjanjian ini memang berdaftar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1970.
Soalnya ialah apabila peruntukan-peruntukan dalam perjanjian ini tidak dilaksanakan ataupun tidak perakui, itu masalah. Itu masalah bagi kita.
Dan perlu sekali lagi dinilai dengan lebih mendalam lagi supaya kita dapat lihat apakah sebenarnya kandungan biasanya. Kenapa kita tidak mahu melaksanakan apa yang terkandung di sana? Jadi, terima kasihlah Puncak Borneo.
Tuaran juga ingin merakamkan penghargaan, mesti ucap terima kasih ya langkah kerajaan meningkatkan pemberian khas di bawah Perkara 112C seksyen (2) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan iaitu daripada RM300 juta kepada RM600 juta yang disebut oleh rakan daripada Puncak Borneo sebentar tadi.
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa menurut Perkara 112C yang sama, dua per lima atau 40 peratus daripada hasil pungutan Persekutuan daripada Sabah hendaklah diserahkan semula kepada Sabah. Peruntukan ini termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan seharusnya dihormati serta dilaksanakan sepenuhnya. Sebenarnya, pemberian khas berbentuk interim seperti RM300 juta lepas itu naik ke RM600 juta sebenarnya tidak berbangkit, tidak berbangkit pun.
Sebab dia 40 peratus, 40 peratuslah dan 40 peratus ini sudah pun mula dilaksanakan bermula tahun 1965 sampai tahun 1970. Sudah dilaksanakan. Tetapi pada ketika tahun 1977 itu, 40 peratus itu baru setakat RM26 juta dan diteruskan sampai tahun 75 dan sepatutnya tahun 75 dikaji semula tetapi gagal mengkaji tahun 70, tahun 75 sampailah tahun 2018, RM26 jutalah kita terima.
Tahun 2018 baru dinaikkan RM52 juta dan lepas itu sekarang ini baru naik RM600 juta. Inilah yang kita merasakan kita merasa tertipu dan kita balik, balik
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
menyatakan ini di Dewan yang mulia ini yang perlu dilihat dengan sebaik-baik mungkin. Tuaran ingin sekali lagi menegaskan bahawa keluasan keseluruhan wilayah Semenanjung hanyalah sekitar 40 peratus daripada keluasan tanah Malaysia.
Sekiranya digabungkan keluasan Sabah dan wilayah Sarawak jumlahnya mencapai 60 peratus daripada keseluruhan tanah Malaysia iaitu 22.3 peratus bagi Sabah dan 37.7 peratus daripada Sarawak. Hakikatnya, Sabah dan Sarawak adalah mainland Malaysia. Tuaran sudah balik-balik menyatakan di Dewan ini dengan harapan agar pengagihan peruntukan daripada bajet tahunan kita ini dapat dicerminkan dengan bukan sahaja hak kita tetapi dengan keperluan pembangunan yang begitu mendesak dan yang luas.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuaran menegaskan di sini bahawa kerajaan harus menjadikan dasar kerajaan― ha, ini hal peta ni, hal peta. Kerajaan harus menjadikan dasar kerajaan bahawa semua peta rasmi Malaysia hendaklah dilukis mengikut skala antarabangsa, dan bukan dilukis secara bersembarangan. Saya berada di Mumbai baru-baru ini, dengan rombongan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai kewangan dan ekonomi― ekonomi dan kewangan. Kami di sana dipaparkan― ini daripada kedutaan ya. Peta Sabah dan Sarawak kecil sahaja, besar daripada Semenanjung. Kalau orang India melihatnya, memang Sabah dan Sarawak ini kecil, tetapi kita 60 peratus daripada tanah Malaysia, keluasan tanah.
Di sana adalah potensi kita. Jadi pemikiran kita, persepsinya dibina, dibina bahawa itulah kedudukan dia, dan ini dapat― hari ini diterjemahkan dari segi pengagihan peruntukan. Tetapi di mulutnya disebut peruntukan yang tertinggi, terbesar di kalangan negeri-negeri. Kalau negeri, memanglah, tetapi kita kan ini wilayah. Wilayah Sarawak hampir sama dengan keseluruhan Semenanjung Malaysia. Bayangkanlah, dia punya peruntukan, bilangan projek pun sama, lima sahaja.
Saya sangat berterima kasih sebab kali ini, dalam pembentangan bajet disebut negeri demi negeri dengan bilangan projeknya. Baru kita jelas. Jadi tuntutan kita, permintaan kita di sini, biarlah dapat dicerminkan. Dicerminkan dengan pengagihan peruntukan, sebab itulah keperluan kita. Kalau Sabah maju, kalau Sarawak maju, majulah Malaysia.
[Tepuk] Itu yang kita tuntut, bukan semata-mata untuk kita sahaja. Janganlah nanti macam Sabah ini, balik-balik kita sebut di sini 10
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
daripada daerah paling miskin di Malaysia, lapan di Sabah. Kenapa kita masih lagi selepas lebih 60 tahun dibina sebagai sebuah negara?
Jadi Puan Yang di-Pertua, Tuaran turut menyokong segala usaha kerajaan untuk pertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan MADANI memang sudah terkenal, sudah disebut berkali-kali dengan hal meningkatkan tata kelola, dan dalam bajet ini sarat dengan semua ini. Tetapi, banyak yang perlu dipertingkatkan seperti perbahasan daripada sahabat daripada Muar tadi tentang hal pendidikan.
Kita pun sudah boleh bercerita, bercerita dengan apa yang telah berlaku, selepas itu tidak nampak. Antara dalam hal pendidikan ialah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bangunan itu selamat, sekolah itu selamat, tetapi di tempat saya SMK Tamparuli sudah diisytiharkan oleh JKR, bangunan itu tidak selamat.
Saya balik-balik datang situ, retak tetapi tidak ada tindakan. Tidak ada tindakan untuk membina, membaiki. Dan saya mohon, sebelum ada apa-apa berlaku, ada meninggal apa semua, tolong baiki. Datang ke SMK Tamparuli dan baikilah, ataupun sekurang-kurangnya janganlah biarkan pelajar masih menggunakan bangunan itu. Antara lain lagi, dari segi urus tadbir.
Puan Yang di-Pertua, ada yang dalam urus tadbir kerajaan yang perlu diberi perhatian ialah aspek kawal selia industri kecantikan. Semua mahu cantik.
Perempuan, lelaki semua mahu cantik. Semua mahu handsome, tetapi― dan industri ini sedang berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan lima peratus setahun dan kini dianggarkan bernilai RM13.5 bilion. Maka, kerajaan perlu memberi perhatian khusus terhadap industri ini. Hari ini, apa yang berlaku ialah daripada Kementerian Kesihatan, dia juga cuba untuk mengawal selia industri ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, okey. Mahu menggulung sudah, Puan. Pendek sudah. Saya baca sahaja sini.
Jadi, kerajaan memerlukan perbelanjaan yang besar kalau dia sendiri mahu kawal selia ya, melalui Kementerian Kesihatan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Justeru, Tuaran mencadangkan agar industri ini dikawal selia oleh pihak industri sendiri melalui kaedah self-regulation seperti profesion guaman memandangkan para penggiat industri sudah pun mempunyai persatuan profesional yang diiktiraf disijilkan iaitu Association of International Certificated Aestheticians (AICA). Kerajaan tidak seharusnya membiarkan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Cawangan, Kawalan, Amalan, Perubatan Swasta (CKAPS) cuba mengawal selia industri ini dengan menggunakan perundangan yang boleh dipertikaikan oleh badan- badan profesional sedia ada.
Jadi Puan Yang di-Pertua, saya simpulkan perbahasan saya dengan dua rangkap pantun.
*Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Biru-biru Laut China Selatan, Tiga wilayah Malaysia bersatu, Equal partner buktikan pelaksanaannya.
Walau naik RM2 bilion, Pembangunan Sabah perlu diperhebat; Equal partner bukan hanya konon-konon, Mesti ditunaikan sebagai tanda muafakat.* Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Tuaran mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Speaker. Terima kasih kerana membenarkan untuk saya mengambil perbahasan dalam peringkat bajet dasar 2026.
Bajet ini bukan sekadar angka, tetapi ia adalah merupakan satu falsafah pemerintahan ataupun falsafah kepimpinan dalam sebuah negara. Dalam Islam, perbelanjaan ini adalah merupakan amanah yang besar yang diberikan kepada seorang pemimpin untuk diagihkan kepada orang-orang yang di bawahnya yakni kepada rakyat. Bajet juga bukan unjuran ekonomi semata-mata, tetapi ia adalah merupakan nilai dan roh keadilan daripada pengagihan kepada mereka yang sepatutnya kita berikan.
Sebagaimana Allah SWT menyebut dalam al-Quran dalam surah al-Isra’, ayat 34, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya janji itu akan dipertanggungjawab pada hari akhirat.”, dan sabda Nabi SAW, [Membaca sepotong hadis] “Tidak beriman ...” [Membaca sepotong hadis] “Tidak beriman orang-orang yang tidak amanah, dan tidak ada agama bagi orang-orang yang tidak menunaikan janji.” Puan Speaker, maka dengan sebab itu dalam soal bajet ini, kita mesti elakkan pembaziran kerana ini akan merosakkan ekosistem pembangunan dalam sebuah
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
negara. Justeru itu, sebagaimana yang kita sedia maklum, hutang di negara kita ini semakin meningkat. Belanja pengurusan juga semakin meningkat. 2023, iaitu peratus bayaran khidmat hutang yang semakin lama semakin besar. 2023 sebanyak RM46.3 bilion; 2024, RM54.3 bilion, manakala belanja mengurus meningkat 14.9 peratus meningkat kepada 16.3 peratus.
Apabila hutang pengurusan meningkat, kesannya apa? Kesannya ialah subsidi dan bantuan sosial akan berkurangan, sebagaimana yang kita tengok daripada subsidi bantuan hari ini daripada tahun 2023 dulunya RM71.8 bilion, menurun pada tahun 2025 pada RM57.8 bilion. Maka, sudah tentulah apabila alasan daripada kerajaan kerana ia merupakan subsidi bersasar, tetapi dalam masa yang sama rakyat terpaksa menanggung penderitaan dengan kenaikan kos sara hidup secara langsung ataupun tidak langsung.
Contoh sepertimana saya sebut di dalam pagi tadi. Telur, contoh dia telur kerana makanan yang kita makan semua, terutama dari kalangan orang-orang yang B40. Telur Gred A sebelumnya harga RM12 iaitu sebelum daripada penghapusan subsidi telur, dan apabila diapung sekarang ini, telur Gred A telah meningkat kepada RM13.80, yakni peningkatan sebanyak RM1.80 untuk satu papan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Puan Speaker yang saya hormati, selalu kita dengar dalam ungkapan- ungkapan yang kita dapat lihat, maka hari ini selalu kita sebut golongan maha kaya yang tidak akan menerima subsidi yang terdiri daripada golongan T15. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah perluasan SST berlaku.
Dulunya, SST dikecualikan kepada 8,094. Sekarang, hanyalah tinggal 1,813 saja. Sebaliknya kepada golongan maha kaya yang menjadi ratib atau zikir yang sering disebut, namun mereka mendapat SARA, RM100. Termasuklah saya sendiri dapat RM100. Tak, bukan saya tak sudi, sudi. Tapi sepatutnya wang sebanyak dua bilion yang diperuntukkan untuk peruntukan khas ini boleh dibanyakkan lagi, diberikan kepada mereka yang sepatut dapat. Persoalan dia, ke mana hala tuju dari segi dasar fiskal negara kita ini?
Puan Speaker yang saya hormati sekalian, Belanjawan 2026, ia adalah merupakan perintis kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang baru saja kita lulus pada Ogos 2025 dahulu. Peruntukan pembangunan sebanyak RM600 bilion untuk RMK13. Ertinya, setiap tahun perbelanjaan pembangunan sebanyak RM120 bilion. Persoalannya kenapa Bajet 2026, peruntukan pembangunan terus menurun?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tahun 2023, peruntukan pembangunan RM96 bilion. Peruntukan 2026, turun sebanyak RM81 bilion. Sedangkan dalam RMK13, kita memperuntukkan RM600 bilion. Bermakna RM120 bilion patutnya diperuntukkan untuk pembangunan setiap tahun. Bermakna kurang sebanyak 18.5 peratus. Kesannya, kita tengok terbantutnya perkembangan ekonomi. Kurangnya penciptaan pekerjaan yang berkualiti dan bertahap tinggi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Walaupun pengangguran kita pada hari ini, alhamdulillah berkurangan tiga peratus, tapi realiti yang berlaku ialah pekerjaan yang wujud hanyalah pekerjaan yang rendah. Itu lebih banyak daripada pekerjaan yang berkualiti dan bertahap tinggi.
Dato’ Speaker, mengenai tatakelola.
Apabila menyebut tentang tatakelola, ia bukan sahaja hanyalah untuk mengawal fiskal negara. Namun, ia juga bukan sahaja untuk kita bicara bab kewangan. Namun di sana, kita tengok ada beberapa tatakelola dan tadbir urus yang tak baik. Contohnya, kita lihat Kementerian Pelancongan yang menunjukkan suri teladan yang tak baik. Bagaimana tidak ada simbol agama masjid di dalam pengiklanan untuk sambutan Tahun Melawat Malaysia. Arak dalam majlis kerajaan diadakan.
Untuk pengetahuan juga, dulu di Parlimen kita ini juga, sebelum PAS menyertai Barisan Nasional 1974, dulu arak juga dihidangkan di sini sebagai minuman rasmi. Waktu itu dengan jasa baik daripada Almarhum Dato' Asri Haji Muda yang berbisik dengan Almarhum Tun Razak, menyebabkan arak di Parlimen dan juga majlis-majlis rasmi tidak diadakan.
[Dewan tepuk]
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tiba-tiba kita tengok baru ini amat menyedihkan dalam keadaan namanya Kerajaan MADANI.
Begitu juga dengan Kementerian Pendidikan, tatakelola yang lambat untuk bertindak dalam kes isu kematian adik Zara. Kita tidak menyalahkan soal kematian sebagainya, itu merupakan takdir. Tapi persoalannya ialah soal pengurusan sehinggakan berlakunya kebangkitan rakyat di Sabah dan seluruh Malaysia yang bangkit secara optik, secara organik yang tanpa ada penganjur-penganjur yang tertentu. Sebaliknya itu adalah merupakan kesedaran yang ditunjukkan oleh rakyat.
Begitu juga dengan Kementerian Pengangkutan. Dilihat masih lagi gagal untuk menangani berkaitan kenderaan berat. Bagaimana soal pemandu mabuk dan sebagainya sehingga berlaku kemalangan tragis yang menyayatkan hati berterusan
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
satu demi satu. Oleh itu, usah bicara berkenaan dengan tatakelola kalau perkara ini kita tidak dapat selesaikan.
[Dewan tepuk]
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Dato' Speaker, saya nak bicarakan berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan harta wakaf. Wakaf merupakan satu instrumen kewangan Islam dan dia adalah merupakan salah satu daripada perkara yang boleh dilakukan untuk meningkat sosioekonomi dan membantu kemiskinan. Dan juga sama ada wakaf itu dalam bentuk tunai ataupun di dalam bentuk harta.
Persoalan saya, berapakah hektar tanah wakaf yang masih belum digunakan? Tuan Yang di-Pertua, RMK9 diperuntukkan berkenaan dengan wakaf ini sebanyak RM213.2 juta. RMK10, RM23.6 juta. RMK11 sebanyak RM53.7 juta.
RMK12, RM25 juta. Tapi belanjawan pada tahun 2026 ini pula sebanyak RM250 juta untuk negeri Pulau Pinang saja. Kenapa perkara ini hanyalah untuk Pulau Pinang saja?
Pertama, persoalan saya nak guna, guna dana mana projek ini? Adakah ia nya juga akan digunakan juga, akan dilaksanakan juga di negeri-negeri lain selain daripada Pulau Pinang?
Akhir sekali, ialah berkenaan dengan pesawah. Ini kawasan saya. Kawasan saya adalah kawasan jelapang padi yang menyumbang makanan untuk orang-orang yang duduk di Parlimen. Orang-orang yang berada di Lembah Klang ini dan juga salah satu daripada penyumbang selain daripada Kedah dan juga di sebelah Selangor sana. Isu pesawah tak pernah selesai. Sedangkan mereka ini ialah wira ekonomi makanan. Mereka, kita bercakap tentang mereka ini ialah bukan soal nilai tetapi bercakap soal sawah ini ialah soal keselamatan makanan. Ini yang kita nak.
Perkara yang berlaku ini yang kita mahu bincangkan.
Kalau kita tengok SSL kita semakin menguncup, bukan semakin baik. Kita pun tidak faham negara kita sepertimana Indonesia, sepertimana Thailand, negeri yang seiklim dengan kita mampu untuk ada SSL. SSL mereka itu lengkap dan juga mereka mampu untuk eksport kepada tempat lain. Sedangkan kita pula terpaksa menagih daripada mereka.
Dulu peruntukan pernah disebut oleh Kementerian Pertanian sebanyak RM3.75 bilion bagi memastikan SSL kita cukup 80 peratus pada tahun 2035. Tapi keadaan itu tidak tercapai sampai hari ini.
Dato' Yang di-Pertua, sebab itu bila kita bercakap soal untuk mengenai berkenaan dengan nasib pesawah ini, pendekatan mesti cara holistik. Dia tak boleh hanyalah untuk Kementerian Pertanian saja. Sebaliknya, dia mesti melibatkan soal
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
kewangan, melibatkan soal Kementerian Ekonomi, melibatkan soal PETRA iaitu berkenaan dengan saliran air dan sebagainya. KPDNK, MOSTI yang mencipta benih dan sebagainya. Ini yang perlu kita lakukan.
Sebab itu, saya mencadangkan supaya dalam kes pesawah ini, perlu ada Kertas Putih dibentang bagi mengatasi sebelum daripada kes berlaku parah di dalam negara kita. Walaupun peruntukan sebanyak RM2.62 bilion untuk maklumat Dato' Yang di-Pertua, 30 peratus sahaja yang dapat terus kepada petani dengan RM500 untuk sehektar.
Tetapi selebihnya ialah kepada vendor-vendor, kepada tauke-tauke yang tak buat padi. Mereka inilah yang untung dari segi racunnya, bajanya, benihnya, pajaknya, tuainya. Merekalah yang dapat sedangkan manakala petani ini pula pi mai, pi mai tang tu, tangan kaki naik kematu. Nasib mereka masih tak lagi menentu. Maka, sebab itu saya mencadangkan supaya benih padi terutamanya mestilah diberikan kepada petani untuk buat.
Cuba bayangkan benih petani orang duk buat, benih ini dia dapat subsidi daripada kerajaan untuk satu kampit RM20.60. Satu kampit RM20.60.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Dia jual pula sebanyak― harga kilang RM52 dan kita tengok campur RM52 dengan RM20.60 yang dia dapat free itu, ertinya RM72.60. Untung dah RM20.60.
Patutnya dia kena jual hanyalah RM42, RM45, tapi sebaliknya sampai RM60, RM55.
Inilah yang berlaku kepada nasib petani yang ada pada hari ini. Dahlah begitu, kualiti daripada petani ini― kualiti benih ini pula tak baik, tetapi mereka pula terpaksa membayar dengan harga yang begitu mahal terhadap mereka sendiri. Maka sebab itu, kita nak supaya benih sah petani ini mesti diberikan kepada mereka.
Sedikit lagi, Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan dengan satu― berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan Pelan Tindakan Khas Syariah Inklusif OKU 2025.
Saya menyarankan agar komuniti OKU dilibatkan secara langsung dalam menjayakan hasrat tersebut. Perihal perkembangan Al-Quran Braille Mashaf Malaysia yang telah diusahakan oleh pihak JAKIM, yang diluluskan oleh KDM dengan kerjasama USIM, persatuan orang cacat PERTIS hingga melahirkan Al- Quran Braille Mashaf di Malaysia ini. Usaha ini perlu diperkasakan dengan pembangunan Quran Braille ini melalui penglibatan mereka di kalangan orang- orang― di kalangan mereka yang terdiri daripada kalangan orang-orang susah.
Satu lagi ialah berkenaan dengan permintaan kawasan saya iaitu melibatkan mengenai stesen komuter yang terdapat di Bukit Merah. Saya cadangkan supaya
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
stesen itu dibuka kembali kerana dah tutup yang itu. Jadi, menyebabkan kita tengok tidak memberikan apa-apa manfaat. Tapi, bila bukanya stesen itu, sekurang- kurangnya dia akan majukan― di sana ada lake town, Bukit Merah Laketown Resort.
Juga, di sana juga ada Tasik Bukit Merah yang boleh menjadikan tempat destinasi pelancong untuk memudahkan orang datang daripada Butterworth dan juga datang daripada Ipoh.
Satu lagi ialah berkenaan dengan hal berkaitan dengan kedai apabila pelaksanaan SARA. Seperti yang disebutkan oleh Rantau Panjang tadi berkenaan dengan apabila buka SARA, mungkin, Tuan Speaker, kawasan Tuan Speaker pun sama kena, bagaimana matinya kedai-kedai runcit kecil pada hari ini, sebab kerana kedai-kedai tertentu sahaja dapat.
Saya boleh bercakap bab ini. Tadi Timbalan Menteri Kewangan beritahu, dia kata, minta, dapat. Tak betul. Ini saya baru dapat sahaja dan saya hubungi dia. Nama dia Syarikat Lesong dekat Pekan Bagan Serai. Dia beritahu dia sudah minta tetapi tak dapat-dapat. Begitu juga kita boleh tengok sendiri― sebab itu kita minta menteri- menteri ini pergi tengok dekat pasar malam hari ini bagaimana keadaan dia.
Oleh itu, kita cadangkan supaya, kalau boleh, berikan bentuk cash macam BR1M zaman Dato’ Sri Najib beri dulu. Senang untuk rakyat belanja ikut dia nak beli, walaupun ada dari kalangan wakil rakyat daripada PH kata nanti takut beli rokok.
Seorang dua beli rokok. Hat banyak tak beli rokok, nak beli makanan, nak beli burger nak beli. Sekarang ini kita tengok tidak berlakunya soal stimulus ataupun tidak berlakunya rangsangan dalam perniagaan-perniagaan kecil berlaku apabila SARA ini hanyalah khas kepada kedai-kedai tertentu sahaja.
Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan.
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan perbahasan belanjawan ini, Puchong dengan berat hati ingin membangkitkan sekali lagi kes pelajar perempuan yang telah pun ditikam mati oleh seorang pelajar berumur 14 di sekolah di Bandar Utama pagi tadi. Insiden ini berlaku hanya seminggu selepas insiden gang rape yang berlaku di satu sekolah lagi di Melaka. Puchong rasa sangat sedih dan kecewa kes-
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
kes ini boleh berlaku di sekolah kita. This is madness, Dato’ Yang di-Pertua.
Persoalan banyak ibu bapa di luar sana, termasuk saya sendiri juga ada anak, ialah adakah sekolah kita masih lagi selamat untuk anak-anak kita?
Dato’ Yang di-Pertua, tadi saya ada peluang untuk berbincang dengan Ahli- ahli Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat berkenaan dengan insiden-insiden yang baru berlaku di sekolah kebelakangan ini.
Kami telah pun putuskan untuk memanggil KPM dan PDRM untuk pendengaran JKP.
Selepas itu, kami akan membentangkan penyata tentang keselamatan di sekolah di bawah KPM di Dewan yang mulia ini. Harap Dato’ Yang di-Pertua dan Tan Sri boleh bagi kita ruang untuk bahas penyata ini.
Walau bagaimanapun, penyata Dewan Rakyat, penyata pihak legislatif sekarang adalah secondary, untuk saya. Untuk Puchong, paling penting untuk sekarang ialah pihak eksekutif, terutamanya Kementerian Pendidikan perlu bertindak dengan sangat cepat untuk make our schools safe again untuk anak-anak kita.
Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan ucapan saya dan perbahasan saya untuk belanjawan kali ini.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat Puchong, Segamat ya.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. Terima kasih, Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat kerana adalah leading this committee. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kalau apa-apa kes yang melibatkan jenayah di sekolah sama ada kes bunuh, kes rogol dan sebagainya, KPM wajar mengambil tindakan untuk pecat― dia sebagai satu trend mark― dan juga ambil tindakan dan budaya ini tidak boleh diteruskan?
Terima kasih. Apa pandangan Yang Berhormat?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya rasa head must rule untuk kejadian- kejadian besar seperti ini. Kita tidak boleh lagi sangat lenient untuk pegawai-pegawai ataupun sesiapa yang terlibat dalam kes-kes jenayah ini. Kerana apa yang akan berlaku ialah anak-anak kita yang akan cedera dan ada yang akan mati. So, saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Segamat tentang...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Puchong, Shah Alam. Terima kasih.
Baru-baru ini dalam bulan lepas, September, United Arab Emirates telah mengeluarkan satu undang-undang baharu yang menguatkuasakan setiap pengusaha sekolah sama ada awam ataupun swasta dan juga pengelola sekolah ini
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
dikenakan denda punitif yang sangat tinggi daripada 10,000 dirham sehingga 1,000,000 dirham, ataupun boleh sehingga peringkat penjara, sekiranya terdapat berlaku kecuaian di pihak sekolah ataupun staf yang terlibat yang melibatkan kes- kes buli ataupun jenayah seumpama ini berlaku di sekolah.
Jadi, saya mohon pandangan daripada Puchong dan juga pihak jawatankuasa untuk mempertimbangkan satu kaedah yang keras dan stringent bagi menangani kes-kes seperti ini. Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya sangat mengalu-alukan cadangan ini dan saya ingin masukkan ini sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Saya sangat berharap bahawa pihak Kementerian Pendidikan akan bagi penerangan yang lebih teliti kepada Dewan yang mulia ini untuk kita lontarkan cadangan kita juga kepada pihak eksekutif.
Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan saya untuk Belanjawan 2026. Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah pun membentangkan satu belanjawan yang seimbang antara bantuan segera kepada rakyat dan juga pembaharuan strategik jangka masa panjang.
Dato’ Speaker, izinkan Puchong membuka tirai ucapan saya dengan memetik ayat-ayat daripada laporan big four berkenaan dengan belanjawan ini. EY berpendapat bahawa Belanjawan 2026― saya petik, “Marks a decisive move away from traditional fiscal management towards progressive and responsive policy making, where resilience is built not by raising rates, but by raising standards”. Bagi PWC pula, “Budget 2026 lands as a welcome breather for businesses and the rakyat. The government has pressed pause on expansionary tax measures and opted for a smarter and steadier course”. Manakala Deloitte kata, Belanjawan 2026― saya petik, “Demonstrate a forward-looking approach towards achieving sustainable prosperity, equitable development and a resilient future for all Malaysians”.
Akhirnya, menurut KPMG pula, “Budget 2026 will serve as a strategic blueprint to drive long-term inclusive growth. It demonstrates a careful balance between immediate relief and long-term strategic reform, bridging rural-urban disparities and championing inclusive employment, so that the benefits of Budget 2026 are felt first and foremost by the rakyat”.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Secara keseluruhannya Dato’ Speaker, respons Big Four adalah sangat positif dalam perancangan pengurusan fiskal kerajaan. Begitu juga dengan industri perbankan. Kalau kita tengok artikel The Edge yang bertajuk, “Bankers commend Budget 2026 for boosting growth, fiscal discipline, SME support, sustainability” di mana ia melaporkan respons-respons daripada CEO-CEO dari bank seperti Maybank, RHB, OCBC, UOB, Affin Bank, Hong Leong Bank, CIMB Bank, Public Bank dan AmBank. Semua respons adalah sangat positif. Syabas dan tahniah kepada kerajaan.
Datuk Speaker, seterusnya Puchong ingin memberi beberapa cadangan dasar kepada kerajaan bagi Belanjawan 2026.
Pertama sekali, saya ingin menyentuh isu berkaitan dengan e-waste.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah pun memberi jawapan lisan kepada saya berkenaan dengan sisa e-waste, di mana pada tahun 2024, sebanyak 55,470 metrik tan e-waste telah pun dihasilkan di seluruh negara dan hanya 2,000 lebih metrik tan e-waste yang berjaya dikutip setiap tahun dari tahun 2021 hingga 2024.
Manakala kapasiti pemprosesan e-waste yang diluluskan kepada facility full recovery bagi tahun 2024 ialah sebanyak 131,000 metrik tan. Ini bermaksud bahawa jumlah e-waste yang dihasil di Malaysia hanya adalah 42.3 peratus daripada jumlah capacity facility full recovery. Manakala jumlah e-waste yang berjaya dikutip lagi rendah, hanya 1.5 peratus daripada jumlah capacity facility full recovery.
Beberapa hari yang lalu, Timbalan Menteri telah pun memberi jawapan kepada YB Bentong bahawa kerajaan tegas dengan pendirian untuk melarang sama sekali pengimportan e-waste dari negara asing. Persoalannya, jika tiada pengimportan e-waste seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri, maka apakah yang diproses oleh facility full recovery ini? Ini adalah kerana e-waste tempatan yang dihasilkan dan dikutip adalah jauh lebih rendah daripada jumlah kapasiti facility full recovery ini. Bagaimana pula dengan facility partial recovery yang belum lagi diambil kira di sini? Angka-angka ini adalah tidak tally.
Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya, what an assumption that something is not right. Terdapatnya pengimportan e-waste yang secara haram.
Jika fasiliti-fasiliti ini sedang berjalan dalam full capacity dan kita ambil kira lagi partial recovery, sudah tentunya ada pengimportan e-waste ke negara kita. Jika
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
pendirian kerajaan adalah untuk ban kemasukan semua e-waste, maka kemasukan e-waste ini adalah haram.
Oleh itu, Puchong berpendapat bahawa kerajaan perlu siasat dan mengambil tindakan. Sudah tentunya jalan penyelesaian adalah kompleks kerana kalau kita ambil kira lesson yang kita sudah bagi, mereka juga telah pun membuat pelaburan yang besar, tapi, Puchong rasa kerajaan perlu berani berdepan dengan isu ini dan bukan sapunya di bawah karpet.
Dengan ini, Puchong cadangkan Jabatan Alam Sekitar untuk membuat siasatan sepenuhnya dan membentangkan rancangan bagaimana untuk mengatasi masalah e-waste di Malaysia dan juga pengimportan e-waste haram di Malaysia.
Dato’ Speaker, seterusnya Puchong ingin menyentuh isu berkenaan dengan peruntukan hampir RM2 bilion yang disediakan untuk menaik taraf sekolah daif dan membaik pulih dan menyenggara semua jenis sekolah.
Puchong ingin mendapatkan anggaran pecahan peruntukan ini kepada semua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan SJK(C), SJK(T), sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah agama persendirian, SMJK dan sekolah pondok.
Puchong ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa selepas Belanjawan dibentangkan pada hari Jumaat, terdapat perbincangan yang hangat di kalangan komuniti Cina di media sosial berkenaan dengan peruntukan SJK(C).
Ini adalah kerana untuk kebanyakan tahun sebelum ini, peruntukan penyelenggaraan sekolah diumumkan mengikut jenis sekolah termasuk SJK(C).
Sama ada semasa pentadbiran Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan, malah Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Perikatan Nasional juga ada pecahan, tetapi untuk Belanjawan ini, tiada pecahan dibuat.
Walaupun saya yakin sudah tentunya terdapatnya peruntukan untuk SJK(C) bagi tahun 2026 seperti tahun-tahun sebelum ini terutamanya Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan rekod yang cukup baik pada tiga tahun yang lepas. Apa yang tidak dimasukkan dalam ucapan Belanjawan telah pun merisaukan komuniti Cina. Ini telah pun memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk mencipta fitnah dan pembohongan.
Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa masyarakat Cina memang sangat prihatin dengan isu pendidikan. Ini adalah kerana kita ada satu kepercayaan dan budaya yang sangat mendalam yang boleh
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
dirumuskan dalam satu pepatah Cina yang berbunyi, [Bercakap dalam bahasa Cina] Ia bermaksud, “Walau semiskin mana sekalipun, pendidikan tidak boleh dibiarkan miskin.” Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi anggaran pecahan peruntukan mengikut jenis sekolah seperti tahun-tahun terdahulu untuk menghentikan fitnah-fitnah di luar sana.
Puchong juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memetik satu ayat ucapan Perdana Menteri yang berbunyi, “Anak Melayu, anak kita. Anak Cina, anak kita. Anak India, anak kita. Anak Dayak, anak kita” dan untuk Dato’ Speaker, anak Orang Asli juga anak kita. Ini saya berharap boleh terus menjadi falsafah pentadbiran Kerajaan MADANI.
Seterusnya Dato’ Speaker, Puchong ingin menyentuh isu-isu berkenaan dengan Kementerian Kesihatan. Isu pertama adalah berkaitan dengan inflasi kos perubatan. Perdana Menteri telah pun mengumumkan sebanyak RM60 juta dana bersama kerajaan bagi memperkenalkan produk insurans asas dan melaksanakan diagnosis-related group (DRG). Puchong ingin mendapat perincian daripada KKM tentang perbelanjaan ini.
Dato’ Speaker, pengawalan kenaikan premium maksimum 10 peratus bagi insurans perubatan oleh Bank Negara Malaysia akan berakhir tahun 2026, tapi pelaksanaan DRG menurut jawapan yang saya dapat daripada KKM, DRG Kebangsaan hanya akan dilaksanakan dengan sepenuhnya bermula tahun 2027. Ini tidak mengambil kira lagi sebarang delayed, dengan izin.
Dengan itu, Puchong ingin cadangkan kepada KKM dan juga kerajaan untuk meletakkan moratorium kenaikan semua jenis insurans perubatan bermula hujung 2026 iaitu akhirnya tempoh pengawalan kenaikan 10 peratus sehingga DRG boleh dilaksanakan dengan keseluruhannya termasuk di sektor swasta.
Dengan ini, kita boleh wujudkan tekanan di kalangan syarikat insurans untuk mengawal claim oleh hospital-hospital swasta dan menyenaraihitamkan mereka yang cenderung untuk overcharge, charge berlebihan. Jika tidak, mereka tidak care kerana mereka boleh pass down the cost to the policy holder, dengan izin.
Langkah ini juga akan mendorong kedua-dua syarikat insurans dan juga pihak hospital swasta untuk melabur masa dan tenaga dalam membantu kerajaan untuk melengkapkan sistem DRG. Jika kerajaan tidak mengawal inflasi perubatan swasta, lebih ramai lagi pesakit yang akan beralih dari sistem swasta ke sistem kerajaan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ini membawa kita ke isu kedua KKM yang saya ingin bangkitkan iaitu kesesakan klinik kesihatan dan juga hospital. Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk membuat sistem beratur digital, di mana pesakit boleh mengambil nombor giliran mereka bukan di hospital, bukan di KK, tetapi melalui app di mana-mana sahaja dan melalui app itu juga boleh mengikuti anggaran masa giliran. Dengan itu, mereka boleh merancang bila dia boleh pergi hospital.
Bagi pesakit yang datang untuk mendapatkan ubat secara berkala seperti pesakit diabetes dan sebagainya, Puchong cadangkan KKM untuk outsource pemeriksaan asas dan pemberian ubat berkala kepada GP swasta dengan menggunakan sistem seperti Iltizam Selangor Sihat yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor.
Dengan ini, kerajaan boleh mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik kesihatan dan memberi perkhidmatan yang jauh lebih selesa untuk pesakit-pesakit.
Dato’ Timbalan Speaker, saya masih ada lagi beberapa cadangan. Boleh tak saya teruskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Teruskan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Okey. Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu tenaga boleh baharu. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah pun membawa banyak pembaharuan polisi sektor tenaga sejak Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan. Ini termasuk membawa RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga dan pindaan akta untuk membenarkan third party access melalui CRESS (Corporate Renewable Energy Supply System) dan pengeksportan elektrik.
Dato’ Timbalan Speaker, untuk Belanjawan 2026, kerajaan juga telah pun cadangkan skim baharu untuk menggantikan skim lama Solar Atas Bumbung (Net Energy Metering) iaitu Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP).
Skim baharu ini menghapuskan had NEM dan membolehkan saiz pemasangan sehingga 100 peratus daripada permintaan maksimum pelanggan. Puchong sangat mengalu-alukan pembaharuan ini. Cuma, Puchong ingin mendapatkan perincian Skim Solar ATAP ini, sama ada ia merangkumi semua kategori sebelum ini iaitu kediaman komersial kerajaan dan sama ada gabungan itu sebelum ini di bawah NOVA, dimasuki juga di dalam skim baharu ini dan berapakah kuota untuk setiap kategori ini?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dato’ Timbalan Speaker, untuk merancakkan transisi tenaga, Puchong ingin sekali lagi cadangkan kerajaan untuk meluaskan CRESS kepada pengguna sedia ada dan bukan hadkan kepada permintaan baru. Puchong telah pun membahas isu ini tentang cadangan ini pada sesi Parlimen yang dahulu. Cadangan polisi ini bukan sahaja akan merancakkan lagi perkembangan industri TBB, malah juga boleh membantu MMC yang bertapak di Malaysia untuk memenuhi sasaran karbon mereka dan sekali gus, menggalakkan mereka untuk terus melabur di Malaysia.
Dato’ Timbalan Speaker, menurut ucapan belanjawan, Perdana Menteri telah pun menghuraikan success story pemasangan solar di bangunan-bangunan kerajaan tertentu yang menghasilkan penjimatan bil elektrik sehingga 42 peratus.
Secara keseluruhannya, pemasangan solar PV boleh membantu kerajaan untuk menjimatkan bil elektrik. Begitu juga dengan projek retrofit seperti kerja menukar chiller, lampu LED dan lain-lain yang meningkatkan kecekapan tenaga bangunan kerajaan.
Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk meluaskan pemasangan solar dan kerja-kerja retrofit di kira-kira 10,500 bangunan kerajaan di Malaysia dengan menggunakan mekanisme Energy Performance Contract (EPC).
Di bawah mekanisme EPC, syarikat swasta mengeluarkan dana ataupun CapEx untuk projek solar, untuk retrofit di bangunan-bangunan kerajaan dan berkongsi penjimatan bil elektrik bersama dengan kerajaan.
Jika dirancang dengan betul, Projek EPC bangunan kerajaan boleh menjadi bankable, di mana kontraktor EPC boleh mendapat project financing daripada bank.
Dengan ini, kerajaan boleh mencapai tiga kemenangan (triple win). Satu, mengurangkan pelepasan karbon. Dua, menjimat bil elektrik. Tiga, merancakkan pertumbuhan industri TBB dan yang paling penting untuk cadangan ini, kerajaan tidak perlu mengeluarkan peruntukan yang besar. Oleh itu, saya sangat berharap cadangan EPC ini boleh diterima.
Last, cadangan saya. Dato’ Timbalan Speaker, seterusnya Puchong ingin berbincang sedikit berkenaan dengan Khazanah. Puchong ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada tim Khazanah kerana telah pun mencapai kejayaan yang cukup luar biasa dalam pelaburan syarikat Farm Fresh yang telah pun IPO pada tahun 2022. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini menurut laporan The Edge, pelaburan Farm Fresh oleh Khazanah telah pun meraihkan keuntungan untuk Khazanah dan juga bermaksud untuk rakyat Malaysia, hampir RM900 juta, hampir RM1 bilion keuntungan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Syabas dan tahniah kepada tim Khazanah. Walau bagaimanapun Dato’ Timbalan Speaker, selain daripada success story seperti Farm Fresh, kadang kala apabila saya baca laporan business, terutamanya berkaitan dengan perniagaan, Puchong juga sangat risau membaca pelaburan yang mungkin membawa kerugian.
Dari Hello Kitty Town, Thomas Town, Kidzania, Iskandar Malaysia Studio ke Fashion Valet dan baru-baru ini One and Only Resort, sudah tentunya ini adalah nature of investment. Some win, some loss and when you win, you win big, dengan izin.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, nilai aset bersih Khazanah telah pun mencecah RM100 bilion dan Khazanah telah pun mengambil alih peranan mengurus National Fund-of-Funds dari MOSTI dan MOF dengan acquisition of MAVCAP dan Penjana Kapital dan seterusnya, dengan penubuhan Jelawang Capital.
Dato’ Timbalan Speaker, National Fund-of-Funds adalah sangat penting dalam merancakkan perancangan ekosistem venture capital yang merupakan unsur utama dalam perkembangan Startups dan syarikat berteknologi tinggi di Malaysia.
Selain itu, Khazanah juga terlibat dalam membangunkan kawasan di southern coast dan Medini, Iskandar Malaysia yang merupakan kawasan strategik pembangunan negara. Secara keseluruhannya, tidak seperti Temasek yang mengurus national welfare mereka hanya melalui pelaburan, Khazanah juga terlibat dalam banyak perkara yang merangkumi pentadbiran dan juga pelaksanaan polisi kerajaan.
Dato’ Timbalan Speaker, oleh itu Puchong berpendapat bahawa walaupun perlu kita ring-fenced Khazanah untuk bebas membuat keputusan komersial, ketelusan dan akauntabiliti pengurusan Khazanah juga perlu dipertimbangkan.
Dengan ini, Puchong cadangkan kerajaan untuk membentangkan Laporan Tahunan Khazanah di Dewan yang mulia ini setiap tahun supaya boleh dibahaskan dan juga diberi maklum balas setiap tahun. Itu sahaja yang saya hendak cadangkan, Dato’ Timbalan Speaker. Sekian, terima kasih dan saya menyokong Belanjawan 2026.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Temerloh mengucapkan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026.
Temerloh akan menjadi suara rakyat yang tertindas oleh kos sara hidup yang
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
semakin mencengkam dan sistem ekonomi yang kelihatan semakin berat sebelah dan kehidupan rakyat yang semakin jauh dari kesejahteraan.
Temerloh berdiri untuk mempertahankan hak rakyat agar bajet negara menjadi instrumen keadilan sosial. Kita mesti pastikan Belanjawan 2026 bukan sekadar belanjawan besar tetapi belanjawan yang menyentuh hati setiap rakyat yang berdepan tekanan kos hidup, jurang pembangunan dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber.
Tuan Yang di-Pertua, kita dimaklumkan bahawa KDNK separuh pertama 2025 berkembang 4.4 peratus dan keseluruhan tahun dijangka antara 4.0 hingga 4.8 peratus. Namun, unjuran 2026 menurun kepada hanya 4.0 hingga 4.5 peratus.
Soalan saya, pertumbuhan ini milik siapa? Ini kerana rakyat biasa masih bergelut dengan gaji yang tidak naik, harga barang yang tidak turun dan peluang pekerjaan berkualiti yang semakin susut.
Sektor informal seperti pekerja gig, penjaja kecil, semuanya tidak merasakan apa-apa dari pertumbuhan ini. Ini bukan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, ini pertumbuhan yang mewah yang di atas kertas tetapi kosong di bawah. Bekalan yang kedua, bekalan Belanjawan. Belanjawan 2026 mencatat perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM470 bilion iaitu kenaikan RM18 bilion berbanding RM452 bilion tahun lalu, kira-kira empat peratus kenaikan. Daripada jumlah ini, belanja mengurus RM338.2 bilion, belanja membangun RM81 bilion, pelaburan awam dan GLIC RM50.8 bilion. Namun, perbelanjaan pembangunan hanya sekitar 17 peratus daripada keseluruhan bajet.
Peruntukan pembangunan semakin berkurang berbanding 2024. Adakah ini dapat mengembangkan ekonomi? Berapakah peluang pekerjaan dapat dicipta? 71.9 peratus bajet untuk belanja mengurus, satu nisbah yang amat besar dan tidak seimbang. Sebahagian besar daripada bajet ini untuk membayar faedah hutang negara yang meningkat menjadi RM1.5 trilion.
Tuan Yang di-Pertua, isu subsidi. Kerajaan menyatakan akan mengekalkan dasar fiskal mengembang tanpa menaikkan cukai tetapi dalam masa yang sama, kita tahu satu perkara pastinya ialah penyasaran subsidi akan diteruskan. Kita telah melihat contohnya, subsidi elektrik dikurangkan kepada golongan B40 sahaja.
Bantuan tunai semakin mengecil, tidak selari dengan kadar inflasi. Sekarang desas desus pula menyebutkan RON95 bakal diapungkan atau disasarkan mulai 2026.
Penyasaran subsidi sama dengan pengurangan subsidi. Ini bukan dasar pro- rakyat tetapi ini dasar memindahkan beban fiskal kerajaan pada bahu rakyat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menurut Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, subsidi dan bantuan sosial pada 2023 – RM58 bilion, 2024 – RM52 bilion, 2025 diunjur kurang daripada RM50 bilion.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Trend ini jelas mengurangkan bantuan langsung ataupun subsidi untuk rakyat. Tambahan pula kartel minyak masak, kartel diesel, kartel beras, semua ini mencuri subsidi dengan kerjasama pihak dalam sistem. Sehingga 2024, kerajaan kehilangan lebih RM10 bilion setahun akibat ketirisan subsidi diesel dan juga makanan.
Tuan Yang di-Pertua, kini kerajaan umumkan badan penguat kuasa telah berjaya merampas dan mengutip hampir RM15.5 bilion hasil siasatan dan tindakan.
Temerloh ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan ini. Namun persoalannya, mengapa rakyat perlu dibebankan dengan penghapusan subsidi sedangkan ketirisan rasuah dan kartel masih belum dilumpuhkan sepenuhnya.
Subsidi hari ini hanya membantu rakyat bernafas seketika tetapi tidak menyelesaikan masalah jangka panjang tentang kos hidup yang tinggi. Rakyat sebenarnya mahu peluang kerja dengan gaji bermaruah, akses pendidikan dan kesihatan berkualiti secara percuma atau mampu bayar, harga barang asas yang stabil dan dikawal.
Tuan Yang di-Pertua, pemberian SARA RM100 untuk 22 juta rakyat yang layak akan diteruskan Februari 2026. Adakah SARA penyelesai kepada kos SARA hidup? Mengapakah kerajaan tidak memberikan SARA kepada golongan B40 yang memerlukan sahaja? Dalam Islam, SARA hanya layak untuk golongan asnaf kerana SARA untuk membeli makanan asas yang ditetapkan dan tidak boleh diberikan kepada golongan kaya. Ini bukan tanda keadilan tetapi tanda kegagalan memahami situasi sebenar rakyat.
Temerloh berpandangan, sewajarnya golongan B40 diberikan keutamaan dengan tambahan nilai yang lebih tinggi tanpa diberi kepada golongan T20.
Tambahan pula, SARA hanya boleh ditebus di kedai dan pasar raya tertentu.
Bagaimana rakyat yang duduk jauh di luar bandar untuk memanfaatkan SARA kerana kedai-kedai kecil luar bandar tidak boleh ditebus SARA untuk membeli barangan. Bermakna, harta negara berlegar di kalangan orang kaya atau kapitalis dengan pasar raya tertentu sahaja.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tuan Yang di-Pertua, syarat untuk mendapatkan BUDI95 mestilah seorang warganegara yang berlesen dan ini adalah sesuatu yang perlu diambil kira dalam memudahkan pengaksesan oleh semua pihak.
Temerloh ingin mengemukakan beberapa kesulitan yang dihadapi oleh kumpulan-kumpulan tertentu dalam masyarakat kita. Penggiat komuniti dan NGO.
Mereka yang terlibat dalam aktiviti komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di berbagai lokasi sering kali menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kuota yang mencukupi. Mereka perlu mendapatkan kuota lebih dari rakan-rakan mereka hanya untuk memastikan harga RM1.99 dapat diperolehi dan ini menimbulkan ketaksamarataan dalam pembahagian sumber yang ada.
Golongan OKU - orang kurang upaya, khususnya bagi OKU yang tidak dapat memandu seperti golongan OKU penglihatan atau OKU yang tidak dapat memandu, yang kekurangan, OKU dengan kekurangan lain yang tidak memerlukan lesen memandu. Mereka ini sering terpaksa bergantung kepada kuota keluarga dan rakan- rakan untuk mobiliti mereka. Ini adalah masalah besar, terutama apabila mereka perlu keluar untuk urusan penting dan ketergantungan ini boleh menjadi beban.
Yang ketiga, justeru saya mencadangkan supaya sebuah mekanisme yang lebih inklusif dan fleksibel dapat diwujudkan untuk menangani isu-isu ini. Golongan- golongan ini terutama yang berada dalam kumpulan B40 memerlukan perhatian yang lebih dalam soal akses kepada sumber dan kemudahan sepatutnya. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk menyediakan kuota atau peruntukan khas untuk mereka yang terjejas. Temerloh berharap dengan adanya perhatian dan mekanisme yang lebih baik, kita dapat membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh golongan ini.
Seterusnya, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil 2026 sebanyak RM343.1 bilion naik sekitar 2.7 peratus daripada 2025. Tetapi dengan belanja sebanyak RM470 bilion, kita masih defisit RM126.9 bilion. Kenapa kerajaan enggan memperkenalkan semula cukai kekayaan atau cukai warisan untuk golongan ultra kaya? Kenapa hanya rakyat biasa yang terus-menerus menanggung pengurangan subsidi dan inflasi serta harga barang terus meningkat? Belanjawan 2026 gagal merangka dasar ekonomi rakyat jangka panjang. Ini bukan soal memberi ikan, tetapi soal memberi kail yang betul dan juga memastikan ada ikan dalam sungai.
Tuan Yang di-Pertua, Temerloh berpandangan subsidi perlu diperluas, pertama kepada subsidi kesihatan. Klinik dan hospital kerajaan patut diberi peruntukan tambahan untuk ubat-ubatan, peralatan dan bilangan doktor yang
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
mencukupi agar rakyat tidak perlu ke hospital swasta dengan kos yang mahal. Isu kesesakan di hospital kerajaan masih belum selesai. Temu janji memakan masa yang lama dan rawatan untuk bertemu doktor terpaksa menunggu berjam-jam.
Yang kedua, subsidi pendidikan anak-anak termasuk bantuan alat tulis, pakaian seragam, pengangkutan sekolah terutama kepada keluarga B40 kerana kos pendidikan semakin menjadi beban.
Temerloh juga meneliti Bajet 2026 dan ingin mendapat jawapan. Pertama, apakah strategi jelas kerajaan untuk menjana pendapatan negara tanpa terlalu bergantung pada cukai-cukai yang membebankan rakyat marhaen. Kita tidak mahu belanjawan ini dilihat sebagai belanjawan memeras yang akhirnya mengambil dari poket rakyat tetapi tidak membantu mereka menjana pendapatan sendiri.
Kedua, Temerloh ingin tahu apakah langkah-langkah dalam Belanjawan 2026 ini yang secara khusus bertujuan membuka sumber hasil baharu seperti ekonomi digital, tenaga boleh baharu, pelancongan kesihatan dan pertanian moden yang bukan sahaja menambah hasil tetapi turut mencipta pekerjaan untuk rakyat.
Kalau kerajaan terus bergantung kepada hasil petroleum, cukai langsung dan tidak langsung, tanpa memperluas sektor pertumbuhan baharu, bagaimana kita mahu menjamin hasil yang mampan untuk masa depan? Apakah usaha untuk mengambil semula penswastaan dalam keperluan asas rakyat seperti elektrik, air dan juga kartel beras?
Kita lihat hampir RM83 bilion diperuntukkan untuk pembangunan. Namun, Temerloh ingin tahu berapa banyak daripada peruntukan pembangunan ini benar- benar disasarkan kepada projek yang berimpak tinggi yang mampu menjana hasil langsung kepada negara dan membuka peluang ekonomi baharu. Bukan semua projek pembangunan itu setara, kita tidak mahu ulang sejarah projek mega yang indah atas kertas tetapi gagal menjana pulangan sebenar kepada ekonomi negara atau rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet yang diumumkan, Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan tinggi iaitu sebanyak RM66.2 bilion. Apakah indikator ketelusan yang digunakan untuk menentukan sekolah mana diberi keutamaan dan berapa banyak daripada peruntukan ini sampai ke sekolah luar bandar? Adakah Belanjawan 2026 memperuntukkan dana khas untuk kurangkan beban tugas guru dan memperkasa latihan pedagogi? Tanpa guru yang cukup dan berkualiti, pendidikan tidak akan bermakna. Berapa peratus sekolah dan pelajar di kawasan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
pedalaman yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif digital di bawah belanjawan ini?
Temerloh berpandangan, isu sosial yang menimpa para pelajar sekolah rendah dan menengah seperti isu buli arwah Zara yang belum selesai, isu rogol terbaru, isu kematian pelajar di sekolah, isu pembunuhan termasuk berita terbaru pada hari ini dan berbagai isu lagi memberi gambaran yang semakin parah dan kronik. Sekolah tidak lagi menjadi tempat yang selamat. Mengapakah kementerian masih tidak mahu menerima hakikat bahawa kurikulum pendidikan negara perlu disusun dan digubal, mesti berteraskan membangunkan insan dan jiwa manusia supaya lahir generasi yang bermoral dan berakhlak serta berilmu dan beriman.
Pendidikan mesti berteraskan hidup beragama. Temerloh mohon Kementerian Pendidikan membentuk jawatankuasa untuk melaksanakan kajian dan post-mortem terhadap berbagai isu pendidikan yang berlaku dengan penglibatan pelajar dalam kes yang menakutkan termasuk kes-kes jenayah ini.
Siapakah yang patut disalahkan? Ibu bapa perlu berperanan mendidik anak- anak sejak kecil dengan pendidikan hidup beragama. Jangan harapkan guru semata- mata untuk mendidik.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Zaman ini pula, guru hanya dibenarkan mengajar, bukan mendidik. Impak media sosial yang menyajikan berbagai content ganas, lucah serta termasuk influencer yang kurang beradab dan melampau dan menzahirkan pergaulan bebas juga mempengaruhi anak-anak. Dan ada content yang kurang sesuai untuk kanak- kanak.
Sistem pendidikan itu sendiri yang tidak berteraskan kepada pembangunan jiwa manusia. Kurikulum yang akan digubal untuk 2027 perlu melihat sukatan yang lebih holistik untuk membentuk jiwa manusia kerana ini semua akan mempengaruhi pembentukan diri pelajar dan generasi masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan hanya RM— 19.7 peratus di mana sebelum ini 20.2 peratus tahun 2024. Dengan fokus kepada projek infrastruktur luar bandar, klinik kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan vokasional. Temerloh memerlukan sebuah sekolah menengah baharu sekitar Kampung Sanggang dan Kampung Paya Keladan akibat pertambahan penduduk serta sekolah menengah sedia ada berada di bandar Temerloh yang agak jauh.
Temerloh juga mohon kementerian melihat kepentingan pembinaan jalan berturap yang sudah berpuluh tahun untuk SJK(T) Semantan, SJKTN di Selanchang
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
dan SJK(T) Ladang, Mentakab. Sebelum ini, SJK(T) Ladang mohon dipindahkan ke kawasan baharu kerana SJK(T) sudah dibina 100 tahun dalam keadaan dikelilingi ladang. Tetapi waktu sekarang, pelajar ke sekolah SJK(T) Ladang datang dari luar iaitu dari taman-taman dan tiada penduduk yang tinggal di sekitar ladang tersebut.
Harap perkara ini diambil perhatian oleh kementerian. Mohon sedikit masa.
Seterusnya, Temerloh ingin mahu tahu mengapakah kerajaan masih belum berani melaksanakan reformasi percukaian? Menyentuh GST, ditangguh atau dilupakan? Cukai kekayaan tidak dibentang. Cukai minimum korporat global tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Sebaliknya, e-Invois dan taksiran duti setem sendiri diumumkan yang akan banyak memberi tekanan kepada perniagaan kecil dan sederhana iaitu PKS jika tidak dilaksanakan dengan adil.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat bukan marah subsidi dikaji semula. Mereka marah kerana harga barang tetap naik. Walaupun subsidi ditarik, tiada pampasan sewajarnya, gaji tidak meningkat. Mengikut data, purata gaji pekerja Malaysia naik hanya 2.4 peratus antara 2022 dan 2024. Sedangkan inflasi makanan sahaja naik melebihi daripada 4.5 peratus. Hari ini, isu kos hidup bukan sekadar satu isu, ia telah menjadi krisis nasional. Harga makanan naik, terutama ayam, telur, sayur dan beras. Kos sewa rumah meningkat, bahan api masih membebankan walaupun disubsidi. Perbelanjaan pendidikan, penjagaan anak dan kesihatan semakin menghimpit. Ramai rakyat kini hidup cukup makan, cukup bayar bil, tapi tiada simpanan.
Apakah peruntukan belanjawan ini benar-benar membantu rakyat menghadapi tekanan ini? Berapa sebenarnya yang sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan? Berdasarkan anggaran dan laporan rasmi, hanya sekitar 10 peratus daripada keseluruhan belanjawan mengurus yang benar-benar meringankan beban rakyat miskin, petani kecil, pekerja marhaen. Selebihnya dinikmati oleh golongan berada dan hilang dalam sistem yang tidak cekap. Kerajaan perlu berani melakukan reformasi struktur subsidi.
Subsidi bersasar mesti menggunakan data PADU yang dikemas kini dan bebas manipulasi. Subsidi perlu diberi dalam bentuk tunai, produktif dan transparent.
Bukan bergantung kepada mekanisme lapuk yang penuh ketirisan. Dengan kos hidup makin menggila, rakyat tidak minta banyak. Mereka cuma mahu kerajaan jujur dan adil dalam mengagihkan kekayaan negara dan sedia melaksanakan janji-janji yang dilakukan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Untuk akhirnya, Temerloh mencadangkan supaya subsidi asas seperti RON95 dikekalkan untuk semua dan SARA dikaji semula supaya penerima hanya berada kepada asnaf dan golongan B40. Perkenal cukai kekayaan kepada individu dengan aset melebihi RM50 juta. Kukuhkan pengurusan subsidi digital dengan data yang telus bukan bergantung pada eKasih dan pangkalan data. Beri insentif kepada PKS dan koperasi tempatan untuk menjual barangan asas dengan harga kawalan bersubsidi. SPRM diperkasa secara bebas dan profesional dengan reformasi undang-undang untuk melindungi pemberi maklumat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya kesimpulan, saya ucap terima kasih.
Belanjawan 2026, belanjawan rakyat atau belanjawan statistik? Belanjawan ini nampak kemas di atas kertas, angkanya cantik, naratifnya berhemah dan unjuran kelihatan stabil tetapi pada akhirnya, realiti rakyat tidak berubah, rakyat tidak mendapat pembelaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan yang mulia ini.
Dato’ Yang di-Pertua, belanjawan ini memberi refleksi jelas kerajaan kepada tumpuan kestabilan ekonomi dan daya tahan negara dalam mendepani cabaran global. Saat-saat penting ini memerlukan kecekapan pentadbiran, tata kelola yang telus bagi mengurangkan ketirisan serta memperkukuh keadilan sosial berpaksikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Saya mengambil maklum bahawa Kerajaan MADANI telah pun melaksanakan penyasaran subsidi ke atas elektrik, diesel dan petrol, malah telah pun mengapungkan harga telur dan ayam dan bakal membawa penjimatan sebanyak RM15.5 bilion kepada kerajaan.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI yang memutuskan bahawa cukai karbon akan diperkenalkan bermula dengan sektor besi, keluli dan tenaga. Ini jarang disentuh oleh Ahli-ahli Parlimen lain, namun saya berasa ini dekat dengan hati saya dan selari dengan komitmen kerajaan untuk menyahkarbonkan ekonomi kita menjelang 2050.
Sungguh pun begitu, Dato’ Yang di-Pertua, satu hakikat yang kita tidak boleh kesampingkan adalah Malaysia sebenarnya mengalami kebocoran ekonomi dan
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
kerugian hampir RM6 bilion setahun akibat perdagangan rokok haram dan alkohol di Malaysia, sekali gus mengakibatkan kehilangan yang besar kepada pendapatan negara.
Dalam lima tahun kebelakangan ini, Malaysia juga pernah berada pada nombor satu negara bagi jualan rokok tidak sah diikuti Brazil menurut laporan The Economics of the Illicit Tobacco Trade in Malaysia. Berdasarkan Belanjawan 2026, kerajaan dilihat bercadang menaikkan kadar duti eksais sebanyak dua sen per batang rokok, manakala 10 peratus ke atas produk minuman keras yang dijangka bermula 1 November tahun ini.
Walaupun secara amali, kenaikan harga dan cukai ke atas rokok dan arak akan mengurangkan pengambilan dalam masyarakat. Namun, ironinya, kebanyakan pengguna akan mula beralih kepada produk yang berada di pasaran gelap kerana ia nya lebih murah, lalu menyumbang kepada peningkatan aktiviti penyeludupan haram.
Ini turut dilaporkan oleh Nelson dengan kajian terkini pada Mei tahun ini, Dato’ Yang di-Pertua, iaitu 55 peratus ataupun enam daripada 10 bungkus rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok seludup dan tidak bercukai. Kenaikan cukai tanpa pengukuhan penguatkuasaan hanya akan memberikan kesan yang songsang.
Kita pernah lihat pada tahun 2015, 10 tahun lepas, apabila kadar cukai rokok dinaikkan secara mendadak kepada 43 peratus, pasaran gelap terus melonjak sehingga kerajaan kehilangan lebih banyak hasil berbanding tahun sebelumnya dan kesannya dirasai sehingga hari ini.
Kita memuji inisiatif murni kerajaan, yang mana hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada KKM untuk inisiatif kesihatan paru-paru KKM serta rawatan diabetes dan penyakit jantung. Namun, dengan kegiatan penyeludupan yang berleluasa, cukai tidak dapat direkodkan. Pengguna terus terjejas kesihatan dan beban pembiayaan rawatan akan terus meningkat.
Bayangkan kerugian pada hari ini adalah RM6 bilion. Dengan kenaikan harga, ia nya akan melonjak kepada RM7 bilion setahun sekiranya tiada langkah komprehensif dilaksanakan. Untuk makluman, penjimatan petrol dan diesel yang bersusah payah dicapai ini hanya sekadar penjimatan RM7 bilion sahaja.
Persoalan saya adalah, apakah langkah baharu yang berbeza dengan dulu yang boleh membanteras penyeludupan sistemik ini? Jika tidak, segala kenaikan cukai barangan rokok dan alkohol hanya akan menggalakkan lebih banyak aktiviti penyeludupan, menggalakkan aktiviti korupsi, rasuah, menyusahpayahkan penguat
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
kuasa, di samping terus membebani kos rawatan hospital yang dibiayai oleh pembayar cukai juga. Memang mencukai barangan yang memudaratkan kesihatan adalah berniat murni. Namun, road to hell is paved with good intentions, dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya juga ingin menyentuh isu pelaksanaan subsidi bersasar yang diumumkan oleh Kerajaan MADANI yang dikatakan mampu menjimatkan sebanyak RM15.5 bilion setahun.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Kita akui bahawa langkah berani kerajaan memperkenalkan subsidi bersasar ini adalah satu keputusan fiskal yang tepat dan rasional pada waktunya. Di mana setiap sen wang rakyat dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Namun, persoalan utama yang ingin saya bangkitkan ialah, bagaimana penjimatan RM15.5 bilion ini akan digunakan?
Selain itu, turut mengejutkan adalah dividen PETRONAS telah pun merosot dari lebih RM50 bilion kepada RM20 bilion saja untuk tahun depan. Ketidaktentuan ini adalah kurang baik untuk perancangan yang rapi dan tersusun. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan bahawa, bilakah strategi hasil jangka masa sederhana ataupun Medium-Term Revenue Strategy (MTRS) ini akan dibentangkan supaya keseluruhan rakyat mengetahui jaminan hasil negara untuk masa yang akan datang?
Dato’ Yang di-Pertua, selama ini perbahasan saya kebanyakan tertumpu kepada permasalahan ekonomi. Namun kali ini, saya ingin membangkitkan tentang kegusaran mengenai sistem pendidikan negara kita. Dan mengapa? Ini adalah kerana sistem pendidikan bagi saya buat masa ini makin dilihat sebagai penghalang dalam transformasi dan pembangunan ekonomi kita. Saban tahun pendidikan antara yang menerima bahagian peruntukan yang sebesar negara maju. Tetapi pencapaian masih mediocre. Pendek kata, outcome-nya mengecewakan.
Saya tidak menidakkan bahawa terdapat keperluan menaik taraf sekolah- sekolah usang dan membina sekolah-sekolah yang baru memang memakan peruntukan yang amat besar. Tetapi kerajaan perlu juga melakukan sesuatu agar mutu pendidikan mencapai ke arah status negara maju. Apatah lagi kita sedang menuju transformasi besar untuk mewajibkan pendidikan prasekolah kepada lima tahun seperti digariskan dalam dasar RMK13.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Kemudian, saya ingin merujuk kepada tambahan penempatan 1,500 kerusi universiti di IPTA yang dilihat langkah yang wajar tetapi butiran perlu diperincikan lebih lagi.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, 1,500 kerusi ini, penempatan ini pula akan diagihkan di kalangan lima universiti dan 10 program. Secara purata itu hanya kira-kira 30 kerusi tambahan bagi setiap program sahaja. Kalau kita lihat saban tahun, kira-kira 1,300 pelajar STPM yang mendapat straight A. Walaupun misalnya semua kerusi baru ditempatkan untuk mereka, ia nya masih jauh dari mencukupi untuk memenuhi permintaan semua. Apatah lagi program-program kritikal seperti perakaunan, perubatan dan kejuruteraan.
Saya kira ramai maklum tentang isu tergempar baru-baru ini tentang pelajar STPM yang mendapat 4A, full A, dengan markah 9.9 kokurikulum, namun menduduki tempat ke 1,129 untuk 85 slot yang tersedia dalam Program Perakaunan UM.
Begitulah sistem yang nampak kompetitif, namun banyak ruang untuk diperbaharui.
Poin saya adalah Dato’ Yang di-Pertua, isu sebenar bukan semata beberapa bilangan kerusi tetapi ketelusan penempatan IPTA kepada pelajar dan satu benchmark yang adil dan yang telus untuk rujukan semua. Tanpa sistem pemarkahan yang telus dan konsisten, pelajar dan ibu bapa akan keliru dalam merancang laluan pendidikan mereka dengan betul dan tidak mampu memahami perkara yang sebenarnya diperlukan untuk berjaya.
Seterusnya, berkenaan PTPTN. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma sejumlah RM120 juta setahun ke atas 5,800 anak- anak dari keluarga miskin yang bakal mengikuti pengajian di IPTA. Namun, bagaimana pula dengan pelajar IPTS? Di IPTS sendiri ramai pelajar B40 sebenarnya yang tidak dapat akses ke universiti awam atas sebab yang tertera sebelum ini tetapi mereka cemerlang dan mendapat ijazah kelas pertama. Namun sekarang mereka telah ditidakkan hak untuk— ataupun ditidakkan satu hadiah yang istimewa iaitu pengecualian bayaran balik PTPTN.
Ramai anak muda yang menuntut pelajaran di IPTS berasa kecewa dan sedih dengan ketidaktentuan hala tuju pendidikan ini yang sepatutnya dijadikan merit dan motivasi untuk mencapai kecemerlangan, sekarang dikeluarkan secara tiba-tiba daripada mereka yang sedang menumpu kepada akademik dan pembelajaran mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, kerana kita sedar ramai anak-anak kita yang sebenarnya cemerlang, tetapi atas sistem kemasukan IPTA yang belum reform,
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
mereka terpaksa meneruskan pengajian di IPTS melalui pinjaman PTPTN. Ini bukan saja isu pendidikan, tetapi lebih kepada isu pelaburan bakat, memupuk kecintaan kepada negara melalui ganjaran akademik dan a sense of fairness dengan izin.
Jadi, saya berpandangan Bantuan Pendidikan Bersasar ini perlu berlandaskan merit, telus dan adil untuk semua. Lebih-lebih lagi, skim pertukaran pinjaman kepada biasiswa secara merit ini telah pun diperkenalkan sejak tahun 2001.
Sehingga tahun ini, skim ini telah memanfaatkan lebih 133,159 peminjam yang memperuntukkan RM2.9 bilion ataupun RM111 juta setahun saja.
Dato’ Yang di-Pertua, saya percaya biasiswa lebih RM100 juta setahun ini adalah pelaburan yang paling berkesan untuk memartabatkan pendidikan. Sejak dulu lagi, tidak kira siapa menjadi kerajaan, siapa jadi Perdana Menteri, skim ini memang diteruskan dan hingga sekarang baru kononnya akan dikaji semula ataupun dikeluarkan. Sekiranya dianggap terlalu longgar, sebenarnya kerajaan boleh meletakkan syarat biasiswa seperti perlu bekerja di Malaysia selepas tamat pengajian mereka selama beberapa tahun.
Contohnya, mereka perlu berkhidmat di Malaysia selama tiga tahun untuk kursus ijazah yang berlangsung selama tiga tahun selepas tamat pengajian mereka untuk serve bond tersebut. Kalau hari ini kita nak bercakap yang pendidikan perlu ada anjakan paradigma, inilah masanya untuk kita lakukan perubahan bersama.
Pohonlah Perdana Menteri dan KPT, Kementerian Pengajian Tinggi, mengubah keputusan tersebut dan mengizinkan pelajar kelas pertama dalam Program Ijazah IPTS turut menerima ganjaran.
Dato’ Yang di-Pertua, isu perumahan mampu milik dan perumahan sosial kini semakin mendesak. Sebelum RUU Pembaharuan Bandar diluluskan, saya ingin menegaskan bahawa unsur terpenting yang mesti dijamin ialah penyediaan perumahan sosial yang mencukupi, berkualiti dan inklusif. Hari ini banyak kawasan bandar lama, termasuk di Petaling Jaya berdepan dengan masalah rumah usang dan tidak selamat. Sebenarnya kebanyakan isu adalah berpunca daripada kerangka undang-undang yang menguruskan Perbadanan Pengurusan (MC) ataupun Badan Pengurusan Bersama (JMB).
Barangkali terdengar rintihan pihak pengurusan atas kadar kutipan yuran penyelenggaraan bulanan dan sinking fund yang rendah. Dan rendah ini akan jadi makin rendah Tuan Yang di-Pertua. Kepada mereka yang tidak bayar, sebab pihak pengurusan hanya ada kuasa yang sangat terhad untuk mengambil tindakan. Ini sebenarnya mengundang lebih ramai untuk tidak bayar dan free rider syndrome ini,
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
dengan izin menjurus kepada kerajaan yang terus merosot dan teruk sehingga bangunan tersebut tidak sesuai untuk dihuni lagi. Maka, sebarang kelulusan RUU URA, saya mencadangkan supaya Akta Pengurusan Strata dipinda dahulu.
Kedua, saya menyeru kerajaan agar mengumumkan rangka Skim Perumahan Sosial Nasional yang besar-besaran terlebih dahulu sebelum membentangkan URA. Dengan ini, rakyat tahu bahawa mereka tidak akan diketepikan, malah akan mendapat manfaat daripada pembangunan semula. Dan saya percaya itu adalah selari dengan semangat Kerajaan MADANI ingin membentangkan RUU Pembaharuan Bandar.
Saya juga menggesa supaya skim ini ada penglibatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan secara bersama-sama. Bukan diserahkan kepada pasaran semata-mata. Namun, saya tidak nampak peningkatan perbelanjaan yang drastik dalam Belanjawan 2026 ini dan ini membimbangkan saya.
Kita tidak mahu situasi yang mana pemilik tidak dapat pampasan yang setimpal.
Penduduk tidak boleh memulakan inisiatif pembangunan semula sendiri secara kelompok, secara sendiri dan gentrifikasi yang menolak penyewa golongan B40 keluar dari bandar. Jika tidak kita tidak sediakan Skim Perumahan Sosial yang terancang dan kuat sebelum akta diperkenalkan, maka pembaruan bandar nampaknya hanya akan menguntungkan pemaju sahaja dan bukan rakyat.
Pembangunan bandar tidak boleh hanya cantik di luar, tetapi mesti adil kepada semua. Dan saya nampak Akta Pembaharuan Bandar mesti menjadi alat keadilan sosial dalam kes ini dan bukan alat pengusiran bandar. Untuk mencapai ini, perlulah satu Program Perumahan Sosial yang kuat dan saya cadang perlulah ada pindaan selepas pembentangan bajet ini atas Akta Pengurusan Strata baharu ia nya akan membawa manfaat sebenarnya kepada rakyat kita.
Dan sedikit yang saya ingin sambung adalah tentang kita nampak ada isu kita tentang solar yang disebut oleh Puchong tadi dan memang untuk skim ATAP yang telah pun diumumkan mendapat satu sambutan yang sangat positif dari kalangan pemegang taruh. Namun sehingga hari ini tiada satu butiran yang konkrit yang diumumkan kepada rakyat dan industri dan industri dalam keadaan kegelapan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tidak pasti bagaimana mereka mahu terus melabur ataupun tidak.
Perkembangkan business mereka ke tidak, nak tambah pekerja ke tidak, yang ini semua masih tidak ada satu ketentuan. Maka di sini saya juga ingin bertanya, yang meminjam daripada perbahasan Puchong tadi, iaitu apakah butiran skim ATAP ini?
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Adakah ia nya melibatkan residential sahaja ataupun turut melibatkan sektor komersial dan juga industri dan bagaimana sistem solar, ini tambahan dengan bateri, ya. Sistem bateri ini yang boleh menjadi satu alternatif yang viable ataupun satu alternatif yang betul-betul berkesan kepada teknologi ataupun bahan api yang sekarang.
Saya ingin akhiri perbahasan saya dengan sedikit pantun.
Bersawah di bendang, hasilnya padi, Bersatu berdaya, bangsa berani; Ekonomi lestari, tunjang berdiri, Belanjawan rakyat, asas harmoni. Sekian, terima kasih. Petaling Jaya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026 seperti yang tertera di dalam buku ini adalah sebanyak RM421 bilion, di mana sebahagian besarnya adalah di bawah perbelanjaan Bekalan yang diperuntukkan sejumlah RM229 bilion iaitu 54 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan. Perbelanjaan tanggungan RM109 bilion, 25.9 peratus dan perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM83 bilion iaitu 19 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan untuk tahun 2026.
Tetapi dalam teks ucapan Menteri Kewangan disebut, perbelanjaan awam mencecah RM470 bilion, iaitu meliputi tambahan RM30 bilion daripada pelaburan GLIC, RM10 bilion daripada pelaburan awam-swasta dan RM10.8 bilion daripada pelaburan Badan-badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD.
Soalnya, adakah dana-dana ini diperolehi melalui pinjaman atau daripada keuntungan pelaburan atau daripada pencarum-pencarum jika dana tersebut datangnya daripada Badan Berkanun Persekutuan seperti KWSP dan KWAP.
Meskipun begitu besar perbelanjaan setiap tahun yang dibentangkan tetapi untuk tahun 2026, ekonomi negara kita diunjurkan berkembang lebih rendah di antara empat hingga 4.5 peratus sahaja.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di Dewan ini bukan sekadar untuk membaca angka dan bukan untuk sekadar meneliti jadual peruntukan tetapi untuk menyuarakan rintihan rakyat yang semakin hari semakin terbeban, gelisah dan semakin hilang keyakinan terhadap hala tuju negara ini. Kerajaan datang dengan tema Belanjawan MADANI keempat iaitu Belanjawan Rakyat tetapi rakyat yang saya temui di pasar, di kedai makan, di sawah dan di kilang, semuanya bertanya kepada saya. YB, ekonomi siapa yang semakin kukuh ini? Masa depan siapa yang sebenarnya dijamin? Kerajaan boleh kata inflasi rendah tetapi rakyat tahu hakikat sebenar harga barang naik terus menerus tidak berhenti.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan masalah kita bukan sekadar kos sara hidup, masalah kita ialah kos untuk terus hidup. Ibu tunggal di PPR Paya Nahu menangis sebab tidak mampu beli susu anak. Anak muda berijazah buntu sebab kerja kontrak tak cukup untuk tampung sewa bilik. Nelayan di Tanjung Dawai, pesawah di Pengkalan Kakap, Merbok, penoreh getah di Bukit Selambau dan peniaga kecil di Sungai Lalang, semuanya menjadi meminta keadilan ekonomi dan apa jawapan kerajaan?
Subsidi disasarkan, minyak turun enam sen kepada— daripada RM2.05 kepada RM1.99. Jimatlah RM18 sebulan. Itu pun bersamaan dengan enam kupang sehari dengan hanya maksimum 300 liter sebulan. Tetapi akhirnya jika diguna lebih daripada itu, kenaikan akan menjadi 0.61 sen seliter dan kepada rakyat yang mungkin menggunakan minyak yang melebihi 300 liter sebulan akan begitu terkesan menerima kenaikan kos sara hidupnya akibat kenaikan yang begitu dahsyat.
Rakyat diminta berjimat tapi dilihat program-program kerajaan kelihatan mewah. Siap berhidang dengan bermacam-macam jenis minuman yang halal dan tidak halal. Rakyat disuruh faham reformasi fiskal tapi setiap kali sidang Parlimen, kita dengar cerita ketirisan, pembaziran dan kegagalan urus dana awam yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
Kerajaan bangga kononnya melaksanakan subsidi bersasar tapi rakyat di bawah tahu yang disasarkan bukan bantuan, yang disasarkan ialah kesabaran rakyat. Kerajaan juga mesti ingat, subsidi bukan adalah belas kasihan tetapi tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat. Selagi sistem ini gagal adil, rakyat tidak akan percaya bahawa kerajaan benar-benar memahami penderitaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, setiap kali belanjawan, kerajaan akan sebut angka GDP. Tahun hadapan seperti saya sebutkan tadi ekonomi akan tumbuh sekitar empat hingga 4.5 peratus. Tapi rakyat tak makan angka GDP, mereka makan nasi,
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
bukan graf ekonomi. Merbok ingin tegaskan pertumbuhan ekonomi mestilah menyentuh kehidupan rakyat biasa. Apa gunanya berbagai misi pelaburan keluar negara dilakukan, jika kedai runcit di kampung-kampung gulung tikar? Apa gunanya ekonomi digital, kalau peniaga kecil tak mampu bayar kos Internet?
Kerajaan terus kejar pelabur asing. Di manakah pelaburan dari luar negara, FDI, berbilion-bilion yang diuar-uarkan dilaporkan setiap kali lawatan Perdana Menteri keluar negara telah direalisasikan? Tapi akhirnya rakyat sendiri yang terpaksa menanggung pelbagai cukai untuk menampung dan menambah hasil kerajaan. Jika begitu keadaannya, pelabur terbesar dalam negara ialah rakyat sendiri. Yang bekerja, yang membayar cukai, yang berkorban setiap hari.
Cadangan Perikatan Nasional ialah untuk memperkasakan ekonomi rakyat.
Dengan membetulkan kerangka, menyemarakkan ekonomi dan melegakan rakyat. Repair, reignite, and relief, dengan izin. Kami tidak datang untuk mengutuk semata-mata. Kami datang membawa solusi.
Kami percaya bahawa ekonomi mesti dibina dengan asas yang kuat iaitu membetulkan sistem percukaian dengan memperkenalkan sistem cukai yang baharu yang lebih komprehensif, adil dan menggalakkan pematuhan secara sukarela.
Memperkasakan dan menambahkan hasil negara serta hala tuju institusi pelaburan yang mampan. Fokus kepada economic localization. Memperkukuh ekonomi wilayah agar tidak tertumpu di bandar-bandar besar sahaja.
Kami akan memperkasakan industri makanan-makanan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi kepada rakyat, di mana pelaburan besar-besaran dalam sektor pertanian, agroteknologi dan hasil tempatan supaya harga makanan boleh dikawal dari sumber dan dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat dan juga akan melindungi rakyat semasa krisis global, mengurangkan penggantungan kepada import dan membina daya tahan ekonomi tempatan.
Kami juga akan memperkasakan PKS dengan mewujudkan dana khas tanpa karenah birokrasi yang melampau, dengan memberi nafas dan fokus kepada peniaga kecil dan usahawan muda supaya mereka lebih berdaya saing dan berdaya tahan mengharungi kesan kelembapan ekonomi. Mengawal ketirisan dalam GLC dengan memastikan GLC diurus seperti amanah rakyat, bukan lubuk kroni memperkayakan diri.
Tuan Yang di-Pertua, Perikatan Nasional percaya ekonomi bukan sekadar angka tetapi amanah. Dalam Islam, pemimpin wajib memastikan kesejahteraan rakyat bukan hanya bijak memainkan kata-kata meracuni minda rakyat. Prinsip tadbir
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
urus Islam menuntut keadilan, integriti dan ketelusan. Kita tidak menolak pembangunan, tapi kita menolak pembaziran. Kita tidak membenci kemajuan, tetapi kita benci kemunafikan dan ketidakadilan dalam pengurusan ekonomi.
Jika kerajaan benar-benar mahu menjamin masa depan negara, maka mulakanlah dengan menjamin tiada lagi cukai-cukai baharu yang akan dikenakan kepada rakyat. Bekalan makanan yang mudah didapati dengan harga yang munasabah, keselamatan rakyat dan negara yang terjamin, peluang pekerjaan dan gig ekonomi yang adil serta saksama untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan negeri.
Perikatan Nasional turut mempersoalkan agihan peruntukan yang tidak adil di antara negeri, khususnya negeri-negeri yang ditadbir oleh kami seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis yang sering menerima kadar pembangunan per kapita jauh lebih rendah berbanding negeri maju.
Kami menyeru agar agihan pembangunan mesti berasaskan keperluan sebenar rakyat, bukan pertimbangan politik. Janganlah meminggirkan pembangunan di negeri-negeri kami dan dilayan seperti anak tiri. Mentang-mentanglah pilihan raya di negeri Sabah around the corner, dengan izin. Mereka dapat peruntukan tambahan yang lebih besar daripada biasa. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada negeri dan rakyat Sabah dan janganlah pula lupakan kami. Kasi bagus Sabah.
Perikatan Nasional juga menzahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap hala tuju pembangunan luar bandar dalam Bajet 2026 ini yang masih belum menunjukkan keazaman politik sebenar untuk merapatkan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar walaupun kerajaan menekankan naratif belanjawan rakyat dan pertumbuhan inklusif, realitinya kawasan luar bandar terus ketinggalan dari segi infrastruktur asas termasuk jalan penghubung desa, akses Internet berkelajuan tinggi, kemudahan kesihatan dan peluang pekerjaan.
Banyak kawasan di Pantai Timur, Utara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih bergelut dengan kemudahan asas seperti air bersih dan elektrik stabil seperti apa yang telah dibahaskan oleh sahabat saya Beluran pagi tadi.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Ini menandakan ketidakseimbangan dengan struktur dalam pelaksanaan bajet pembangunan. Bajet 2026 masih belum memperlihatkan pelan strategik menyeluruh untuk memperkasakan ekonomi desa. Peruntukan untuk sektor pertanian, nelayan dan perusahaan kecil desa hanya bersifat pengulangan tahunan tanpa lonjakan dasar-dasar baharu.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Perikatan Nasional menegaskan bahawa sektor luar bandar sepatutnya dijadikan pemangkin pertumbuhan secara nasional, bukan sekadar penerima bantuan. Perikatan Nasional juga menekankan pendekatan pembangunan berdasarkan komuniti dan potensi wilayah, di mana pembangunan luar bandar mesti berpaksikan kepada potensi tempatan seperti agroekonomi, pelancongan desa, industri halal serta tenaga boleh baharu. Perikatan Nasional juga mengesyorkan model desa mandiri dan berdaya tahan, di mana komuniti luar bandar diberi autonomi dan sokongan dana mikro untuk menjana ekonomi sendiri tanpa terlalu bergantung kepada bantuan Pusat.
Kami juga mencadangkan penubuhan dana pembangunan luar bandar nasional dengan kerjasama kerajaan negeri bagi projek berimpak tinggi seperti pertanian moden, logistik dan pendidikan; memperluaskan akses digital luar bandar dengan menubuhkan pusat data komuniti dan subsidi untuk Internet satelit bagi kawasan pedalaman; menggalakkan pelaburan swasta dalam ekonomi desa melalui insentif cukai bagi syarikat yang membuka operasi di luar bandar; mengukuhkan TVET berorientasikan luar bandar agar anak muda tempatan mendapat kemahiran teknikal yang relevan dengan industri setempat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan peruntukan yang terbesar kepada Kementerian Pendidikan, iaitu sebanyak RM66 bilion. Di dalam teks ucapan Menteri Kewangan, saya teliti terdapat 38 buah sekolah baharu yang akan dibina di negeri-negeri, iaitu 10 buah di Johor, 10 buah di Selangor, tiga buah di Sabah dan Melaka, dua buah masing-masing di Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kelantan, satu buah di Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan.
Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian juga mempunyai rancangan untuk pembinaan SMK Semeling di Parlimen Merbok yang amat dinantikan-nantikan oleh penduduk? Kerana sekarang pelajar-pelajar di sekitar Semeling bersekolah di SMK Merbok (Pusat) yang sudah begitu sesak.
Satu lagi. Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan kejadian-kejadian jenayah seperti buli, kes adik Zara, rogol, bunuh― baru berlaku pagi tadi dan pergaduhan yang telah berlaku di sekolah-sekolah. Kenapakah kejadian-kejadian seperti ini berlaku di sekolah? Itu tempat yang sepatutnya anak-anak dan generasi muda kita menimba ilmu dan dilatih menjadi insan yang berguna kepada rakyat dan negara.
Pihak Kementerian Pendidikan melalui peruntukan yang begitu besar, selain menumpukan kepada pembangunan fizikal sekolah tetapi mestilah juga digunakan untuk membendung gejala sosial yang tiada batas di sekolah dengan menerapkan
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
nilai-nilai murni dalam diri pelajar melalui pendekatan dan latihan yang dapat membentuk sahsiah diri pelajar yang baik, patuh dan hormat kepada ibu bapa, guru- guru, orang-orang tua dan masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan diperuntukkan RM46.5 bilion untuk tahun 2026, iaitu peruntukan yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan. Saya juga ingin menyentuh tentang isu kesesakan di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan di seluruh negara. Di tempat saya juga tidak terkecuali, iaitu Hospital Sultan Abdul Halim yang begitu sesak dan merimaskan apabila pesakit terpaksa menunggu begitu lama untuk masuk ke wad kerana katil dan ruang tidak mencukupi. Begitu juga Klinik Kesihatan Sungai Lalang yang sekarang hanya menyewa di rumah kedai yang usang dan tidak kondusif untuk menampung jumlah pesakit yang ramai datang menerima rawatan.
Merbok berharap peruntukan RM100 juta untuk menaik taraf wad-wad juga dapat diberikan kepada Hospital Sultan Abdul Halim. Dan Merbok juga memohon kepada kerajaan untuk membina sebuah bangunan baru klinik kesihatan jenis 2 untuk menggantikan Klinik Kesihatan Sungai Lalang yang sedia ada sekarang ini.
Tuan Yang di-Pertua, keperluan untuk projek penyuraian trafik dari Tol Sungai Dua dan Tol Juru, Pulau Pinang tidaklah dinafikan kepentingannya, kerana laluan tersebut amatlah sesak dan juga merupakan laluan utama penduduk daripada negeri Perlis dan Kedah untuk ke selatan. Keperluan jalan dan lebuh raya baru juga boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan negeri menjadi lebih berkembang dengan cepat.
Merbok juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk membina sebuah lebuh raya baru yang menyambungkan West Coast Expressway (WCE) terus ke utara tanah air melalui negeri Perak, Kedah dan Perlis.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada hasrat kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk membina pusat kecemerlangan penyelidikan getah yang bernilai RM600 juta. Kalau belum ada tempat lagi, saya memohon untuk projek tersebut dibuat di Kedah Rubber City (KRC), iaitu sebuah kawasan industri seluas 503 hektar di Padang Terap yang telah dibangunkan bersama oleh kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menolak belanjawan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Merbok, minta laluan. Boleh?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Boleh. Ringkas.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tadi Merbok ada bercakap berkaitan dengan penarikan pelaburan daripada lawatan-lawatan Menteri dan Perdana Menteri keluar negara yang tidak dapat direalisasikan. Setuju tak Merbok supaya untuk tahun depan, batalkan saja lawatan- lawatan sebegitu? Kerana ia membazir duit rakyat. Setuju atau tidak, Merbok?
Terima kasih.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya setuju dengan Hulu Terengganu dan mintakan masuk di dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, akhir. Kita tidak menolak belanjawan kerana benci tetapi kita kasih kepada negara dan kasih kepada rakyat. Kita mahu Malaysia yang makmur bukan hanya pada kertas tetapi pada kehidupan sebenar rakyat di bawah.
Perikatan Nasional akan terus menjadi suara semak dan imbang. Suara yang tegas tetapi berprinsip. Kita akan terus menegur, memberi cadangan dan mempertahankan hak rakyat di Dewan yang mulia ini. Ingatlah, rakyat tidak perlukan janji baru. Mereka perlukan harapan yang benar. Dan selagi rakyat terus dihimpit, Perikatan Nasional akan berdiri bersama mereka.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Sebagai wakil parti, 20 minit.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Speaker.
Pertamanya, Sri Gading berdiri hari ini dengan penuh tanggungjawab dan rasa syukur bagi mewakili suara rakyat Sri Gading, suara rakyat biasa yang mendambakan keadilan, kestabilan dan masa depan yang lebih baik untuk anak- anak mereka.
Pertama sekali, Sri Gading merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta seluruh barisan kementerian dan penjawat awam atas usaha gigih membentangkan Belanjawan 2026. Satu belanjawan yang berani, menyeluruh dan berpaksikan nilai MADANI.
Belanjawan ini bukan sekadar angka, walaupun dikomen sedemikian rupa oleh pembangkang, tetapi dokumen reformasi sebenar yang mempamerkan keberanian kerajaan memimpin dalam zaman ekonomi global yang serba mencabar.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Belanjawan MADANI merupakan bukti kejujuran dan keberanian. Kerajaan hari ini tidak menjanjikan bulan dan bintang. Kerajaan hari ini berani bercakap benar.
Kerajaan hari ini tidak menjual mimpi, tetapi mempersembahkan pelan tindakan yang berpijak di bumi nyata.
Apabila Perdana Menteri mengemukakan belanjawan bertemakan Belanjawan Rakyat, mesejnya jelas bahawa setiap Ringgit dibelanjakan bukan untuk populis, bukan untuk elit, tetapi untuk rakyat terbanyak. Maka, tidak hairan gaji Jemaah Menteri dikurangkan sebanyak 20 peratus. Dan inilah beza antara kerajaan yang mentadbir dengan kata, data dan tanggungjawab dengan pembangkang yang hanya pandai bermain persepsi dan slogan kosong.
Prinsip amanah dan firman Allah. Izinkan Sri Gading memetik firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 105 yang bermaksud. “Dan katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu, maka Allah, Rasulnya dan orang mukmin akan melihat pekerjaan kamu”. Ayat ini menjadi cermin kepada kepimpinan hari ini.
Kerajaan yang bekerja bukan hanya bercakap, kerajaan yang melaksanakan janji bukan hanya menulis manifesto. Kebetulan kerajaan yang ada pada hari ini tidak ada mana-mana manifesto yang kita pakai, tetapi kita bersama dalam satu pandangan dan satu pendapat untuk kebaikan rakyat bersama.
Reformasi fiskal dan penjimatan negara. Bila pembangkang bercakap soal kononnya rakyat terbeban, mereka lupa bahawa untuk membina negara, kita perlu berani melakukan reformasi fiskal. Hasil penstrukturan subsidi yang berani telah menjimatkan RM15.5 bilion. Bukan angka kecil. Ini wang rakyat yang kini dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan tunai, pendidikan, kesihatan dan prasarana awam.
Antara yang dapat dijimatkan, sebagai contoh, pengapungan ayam dan telur menjimatkan RM1 bilion, penstrukturan tarif elektrik menjimatkan RM6 bilion, penyasaran subsidi diesel penjimatan RM5 bilion, inisiatif BUDI95 menjimatkan RM2.5 bilion.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Yang tertarik bukan bantuan. Yang ditarik bukan bantuan kepada rakyat, tetapi ketirisan dan pembaziran yang diguna ataupun yang diambil kesempatan oleh orang asing. Inilah kerajaan yang berani menukar sistem subsidi pukal kepada subsidi bersasar supaya bantuan kembali kepada yang layak dan bukan yang mewah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Pendidikan dan pembentukan sahsiah. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menutup mata terhadap krisis moral yang sedang melanda anak-anak di sekolah pada hari ini. Kes buli, kes baru iaitu rogol, dirogol dan juga kes bunuh yang baru berlaku pagi tadi menandakan betapa seriusnya cabaran akhlak dalam kalangan pelajar.
Dalam semangat membina generasi masa depan, pendidikan bukan sekadar soal akademik, ia adalah soal pembentukan akhlak, sahsiah dan disiplin. Sekolah mesti kembali menjadi tempat membentuk manusia, bukan sekadar melahirkan pelajar yang pandai menjawab soalan dalam peperiksaan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Sehubungan itu, Sri Gading mencadangkan agar kerajaan menilai semula pelaksanaan hukuman rotan berdisiplin di sekolah-sekolah dengan garis panduan yang jelas serta berprinsipkan prinsip mendidik bukan mendera. Langkah ini penting bagi membendung gejala buli.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat, berkenaan dengan...
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong di belakang Sri Gading.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan dengan isu rotan ini Yang Berhormat. Apa komen Yang Berhormat berkenaan dengan kejadian baru-baru ini, dua guru sekolah di Pulau Pinang yang telah dihadapkan ke mahkamah dan dituduh di mahkamah dan dibawa di khalayak orang ramai dalam keadaan bergari? Walhal kejadian merotan itu berlaku di bilik darjah dan tidak dilihat oleh orang ramai, tetapi dilakukan bagi tujuan guru itu dengan niat murni dan ikhlas untuk mendisiplinkan kanak-kanak tersebut, tetapi akibat laporan polis yang dibuat oleh kanak-kanak tersebut, mungkin ibu bapa, kedua-dua guru itu telah dihadapkan ke mahkamah.
Guru-guru daripada sekolah di Pulau Pinang dan saya bangun sebab isteri saya merupakan seorang guru. Kalau kita ingin mempertanggungjawabkan guru- guru untuk mendidik dan mereka merotan kanak-kanak itu di bilik untuk mendisiplinkan mereka, apakah yang berlaku kepada mereka apabila mereka dihadapkan ke mahkamah dan dituduh di mahkamah? Jadi, apa— bagaimana kita ingin, kita mahu moral itu di pendidikan moral itu diberi penekanan. Pada masa yang sama, guru-guru yang mengambil tindakan, kita menuduh mereka di mahkamah dan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
dalam kejadian ini, dua guru itu dibawa dalam keadaan bergari di mahkamah dan dituduh di mahkamah. Apa komen Yang Berhormat atas isu ini? Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Jelutong.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sedikit, Sri Gading. Isu yang sama sebagaimana dibangkit oleh Jelutong. Saya dalam bab ini, saya sekata dengan YB Jelutong di mana isu yang membabitkan rotan daripada guru ini, kalau sebelum daripada ini dibuat satu perundangan guru tak boleh merotan murid-murid kerana ada satu dua kes yang membabitkan orang panggil salah laku lah. Tapi secara umumnya, rotan ini adalah suatu yang boleh mendidik anak-anak.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ibu bapa begitu juga, tak boleh. Jadi, apa-apa pandangan daripada YB?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Alhamdulillah, terima kasih pada dua-dua Jelutong dan juga Pasir Puteh. Okey. Berdasarkan pada hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad yang menyebut yang bermaksud, “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.” Akhlak yang mulia.
Pendidikan dalam Islam bukan sekadar mengajar ilmu dunia, tetapi membentuk akhlak, iman dan amal sejak kecil. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bagaimana pendidikan mesti bermula di rumah dengan penuh kasih sayang, tetapi dengan berdisiplin. Sabda Nabi SAW, “Perintahkan anak-anak kamu supaya mendirikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka dengan lembut untuk mendidik apabila mereka berumur 10 tahun jika mereka meninggalkan solat dan asingkan tempat tidur mereka.” Perkara ini telah disentuh oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam satu pendekatan yang sangat bijak. Pertama, rotan secara lembut, bahasa berusia 10 tahun. Asingkan tidur mereka apabila mereka telah baligh dan ini akan membentuk jiwa kepada anak-anak supaya berdisiplin, supaya ada kasih sayang, ada kasih hormat kepada orang lain. Ini yang perlu kita lakukan.
Saya sebagai guru, 30 tahun. Saya terlibat daripada tahun 1987 sebagai guru disiplin dan sebagai pentadbir sehingga saya bersara. Hukuman rotan kepada murid dilaksanakan di dalam bilik pengetua dan berjalan sampai saya bersara atas pilihan untuk bertanding. Dan saya merotan pelajar-pelajar bukan sedikit, tetapi pelajar tidak pernah ambil tindakan calar kereta saya ke, apa ke.
Sebab apa? Saya buat tindakan berkenaan dengan cara hikmah iaitu maknanya sebelum kita jatuhkan hukuman, sebelum kita rotan mereka, kita jelaskan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
kesalahan-kesalahan mereka. Kita berikan kaunseling kepada mereka, biar mereka sedar ini adalah kesalahan mereka yang mereka lakukan supaya mereka sedar ini kesalahan dia.
Dan kepada ibu bapa sebenarnya memahami konsep ini sehinggakan ada satu kisah berlaku pada diri saya sendiri apabila saya ambil tindakan pada anaknya.
Bapanya telefon, hantar anaknya supaya hantar ke klinik untuk beri rawatan. Saya bawa balik. Bapanya baru ni jumpa saya. “YB, terima kasih. Anak saya yang cikgu rotan hari itu, sekarang ni jadi kontraktor besar kerana kesedaran dia, kerana disiplin yang dibina di sekolah.” Jadi, inilah perkara-perkara yang saya ingin ceritakan di sini sebagai pengalaman seorang guru, di mana rotan bukan untuk— bukan mendera, tetapi rotan untuk mendidik. Dan inilah perkara-perkara yang sebenarnya menjawab kepada persoalan yang dikemukakan oleh Jelutong dan juga Pasir Puteh bahawa kita perlu kembalikan balik usaha bukan untuk mendera, tetapi untuk mendidik anak-anak yang berada di sekolah supaya kembali balik maruah guru untuk menegur. Maruah guru untuk mendidik, bukan sekadar mengajar semata-mata, A-B-C; satu,dua, tiga; alif, ba, ta. Bukan. Bukan itu sahaja, tetapi untuk mendidik akhlak dan mendisiplinkan pelajar.
Sebab itulah tuan-tuan dan— eh, Tuan Pengerusi pula.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Sri Gading, Puncak Borneo minta pencerahan sikit.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Silakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading, di mana sekarang ini generasi muda kita amat tidak tahan dengan alahan dan tekanan di sekolah.
Jadi, saya amat bersetuju, tapi adakah Yang Berhormat Sri Gading bersetuju bahawa sekarang ini syllabus dan cara pembelajaran di peringkat sekolah kita amat menekan? Jika kita bandingkan dengan sekolah antarabangsa ataupun international school di mana daripada segi bonding dengan pelajar-pelajar lain amat erat dan di sekolah-sekolah kerajaan dan sebagainya, perkara ini menjadi jurang yang begitu besar.
Dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita perlu melihat syllabus dan juga cara pembelajaran di sekolah itu perlu dirombak secara total? Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Puncak Borneo. Pada saya, pada Sri Gading punya pandangan berkaitan dengan dua sekolah yang berbeza, sekolah kerajaan dengan sekolah swasta. International pula tu. Dari segi ibu bapa mereka, pendidikan keluarga mereka, pendekatan keluarga mereka sangat berbeza dengan sekolah biasa yang mana mereka terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza sosioekonomi mereka.
Sebab itu kadang-kadang kebijaksanaan pengurusan di sekolah, kebijaksanaan ibu bapa yang berada di dalam situasi yang berkenaan, bagaimana mereka nak jadikan supaya anak-anak tadi berjaya dalam pendidikan? Pada waktu yang sama boleh, ya boleh mengatur hidup dia, hubungan mereka sesama mereka.
Tentang seterusnya PTPTN dan tanggungjawab anak muda.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat, Bukit Bendera.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ramai pula yang bertanya. Silakan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Saya bangun ini sebabkan saya merupakan anak seorang cikgu. Jadi, bab-bab sekolah, pendidikan ini adalah sesuatu yang amat-amat saya rasa memang pentinglah.
Jadi, berbalik kepada isu merotan dan sebagainya. Kadang-kadanglah, ibu bapa ini menjadi punca di mana anak-anak itu akan menjadi nakal mungkin disebabkan ada masalah di rumah dan sebagainya ataupun kadang-kadang pengaruh sosial media di mana ibu bapa itu tidak memantau kegiatan anak-anak tersebut.
Jadi, saya nak tahulah, nak dapat pandangan Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat setuju tak atau tidak, iaitu nombor satu untuk memperkenalkan syllabus literasi media di sekolah, di peringkat sekolah rendah.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Kedua, juga untuk memperkenalkan sistem kesihatan mental yang lebih baik dan juga mewajibkan setiap sekolah untuk melantik seorang kaunselor yang bertauliah untuk membantu. Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih balik, Bukit Bendera.
Sebenarnya, kalau kaunselor ni, memang di semua sekolah dah ada, saya pastikan. Dan baru-baru ni pun Kementerian Pendidikan telah menganjurkan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
seminar berkaitan dengan apa ini kaunseling. Pendekatan kaunseling. Sedangkan pada waktu dulu, zaman saya mula-mula mengajar, cikgu kaunseling itu daripada guru yang bukan bertauliah tetapi sekolah terkawal. Sekolah terkawal, kerana apa?
Kerana ada buku kuning. Buku kuning ini panduan kepada pengetua untuk ambil tindakan jika berlaku sebarang kesalahan, merokok dan sebagainya. Hukumannya jelas di situ tentang rotan dan sebagainya. Jadi pada saya, kita kembali baliklah pada hukuman ini. Bukan dengan sifat untuk mendera tetapi lebih kepada mendidik. Balik kepada PTPTN.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sri Gading. Sri Gading, saya kalau tak bangkit, tak sah lah. Pepatah orang tua-tua tu ada menyatakan. Dia katakan, “Jangan jaga tepi kain orang” Itu saya ingat dulu boleh pakai lah. Tapi sekarang ini saya rasa Sri Gading, pepatah itu dah tak relevan lagi dah. Saya kata, sekarang ni kita memang kena jaga tepi kain orang. Apa pendapat Sri Gading?
Pendapat tau, bukan pendapatan. Terima kasih Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih Hulu Langat. Kalau nak jaga tepi kain orang ni, satu sudutnya, kadang-kadang kita kena jaga kain kita juga, kan? Maklumlah, setengah masyarakat kita ni merasakan bahawa apa yang dia didik pada anak dia dah betul, walaupun mungkin tidak mengikut acuan sebenar dalam masyarakat kita. Jadi, benda-benda ini yang sebenarnya perlu kita lihatlah. Perlu kita hadapi supaya masing-masing memahami, menghormati pandangan ataupun teguran daripada orang lain.
Dalam soal PTPTN dan pendidikan percuma, Sri Gading ingin membawa Dewan yang mulia ini menilai satu perkara asas yang sering dilupakan oleh pembangkang iaitu sumber kewangan. Kerajaan MADANI melaksanakan dasar ini berdasarkan data dan keupayaan fiskal negara. Setiap Ringgit yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 mempunyai asas yang kukuh, berpaksikan unjuran hasil negara dan pelan kewangan jangka panjang, bukan dibuat secara semberono, bukan diumum hanya untuk tepukan politik.
Untuk rekod, kerajaan memperuntukkan RM120 juta bagi pendidikan percuma bersasar, khusus kepada pelajar daripada kalangan miskin dan miskin tegar serta tambahan RM90 juta untuk pengecualian bayaran balik kepada pelajar kelas pertama yang cemerlang dalam IPTA. Saya juga tadi menyokong Petaling Jaya supaya dapat dikemukakan juga daripada IPTS. Ini jumlah yang munasabah dan terkawal. Jumlah penerimanya kecil tetapi impaknya besar, tepat kepada kumpulan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
yang paling memerlukan. Namun di sebalik sana, pembangkang datang dengan slogan, hapus semua hutang PTPTN.
Tuan Yang di-Pertua, Sri Gading ingin bertanya, dari mana sumbernya?
Bagaimana pelaksanaannya? Apakah unjuran fiskalnya? Tidak ada satu pun jawapan konkrit, yang ada hanyalah retorik untuk meraih sorakan. Kalau semua hutang PTPTN mahu dihapuskan, sedangkan baki pinjaman aktif kini melebihi RM40 bilion, maka persoalannya, siapa yang akan menanggung beban ini?
Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, di kesempatan ini Sri Gading ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bagi menghargai peminjam yang membayar istiqamah pinjaman PTPTN ini melalui satu program yang Sri Gading namakan skim padanan bayaran balik PTPTN. Dalam skim ini, setiap RM1 yang dibayar oleh peminjam akan dipadankan RM1 oleh kerajaan.
Sebagai contoh, pelajar yang membayar RM100 sebulan akan dianggap melangsaikan RM200 dalam akaun pinjamannya.
Langkah ini mempunyai tiga manfaat besar. Pertama, menggalakkan peminjam berdisiplin dan istiqamah membayar balik. Yang kedua, meningkatkan kadar kutipan PTPTN secara sukarela tanpa perlu ugutan dan sekatan. Tiga, membina budaya tanggungjawab kewangan anak muda selaras dengan nilai Islam tentang menunaikan hutang. Dengan cara ini, kerajaan tidak hanya memberi bantuan kepada yang miskin tetapi juga mengiktiraf mereka yang jujur, amanah dan tekun menunaikan tanggungjawab.
Seterusnya, UTHM dan ekosistem TVET nasional. Sri Gading berbangga apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyebut dalam pembentangan Belanjawan 2026 bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) merupakan universiti pertama ASEAN yang mempunyai lapangan terbang sendiri untuk menyokong industri penerbangan maritim serta melahirkan juruterbang amfibia tempatan. Ini bukan sekadar kebanggaan warga Sri Gading tetapi suatu penanda aras baru kepada keupayaan institusi teknikal Malaysia di peringkat antarabangsa. Kebetulan UTHM ini dalam Parlimen Sri Gading.
Tan Sri Speaker, ada suatu yang perlu Sri Gading tekankan. UTHM juga telah membangunkan ekosistem TVET yang lengkap dan berkesan melalui kerjasama strategik dengan Metro System Academy dan MRT Corp. dalam industri rel negara.
Model ini berjaya mencapai kadar kebolehpasaran graduan mencecah 95 peratus.
Satu kejayaan yang patut dijadikan contoh oleh institusi lain di seluruh negara.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Maka, Sri Gading mencadangkan agar model UTHM-MRT Corp ini diperluaskan di bawah Kementerian Pertahanan, khususnya bagi memperkasa veteran tentera Angkatan Tentera Malaysia melalui program reskilling, upskilling dan repositioning. Veteran kita memiliki disiplin dan daya tahan tinggi dan jika disepadukan dengan kemahiran teknikal moden, mereka boleh menjadi aset bernilai dalam sektor rel, automasi dan kejuruteraan.
Pandangan ini juga disokong oleh Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi dalam ulasan beliau di RTM pada 9 Oktober 2025, bahawa pembangunan modal insan teknikal adalah kunci ke arah daya tahan ekonomi masa depan. Kini, TVET harus dilihat bukan sebagai laluan kedua tetapi sebagai teras strategik nasional.
Kekurangan nutrisi kanak-kanak. Izinkan Sri Gading membawa Dewan yang mulia ini meneliti satu isu besar yang mungkin tidak sehangat politik tetapi jauh lebih menentukan masa depan negara iaitu isu malnutrisi dan kekurangan zat di kalangan kanak-kanak Malaysia.
Berdasarkan Laporan UNICEF Malaysia 2023, situasi pemakanan kanak- kanak di negara kita masih membimbangkan. Satu daripada lima kanak-kanak bawah umur lima tahun iaitu 20 peratus, mengalami pertumbuhan terbantut. Lebih 10 peratus mengalami kekurangan berat badan relatif kepada tinggi. Sekurang- kurangnya 15 peratus mengalami berat badan kurang daripada umur. Dalam masa yang sama, satu daripada tiga kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun pula berlebihan berat badan.
Ini menunjukkan Malaysia sedang berhadapan dengan apa yang disebut oleh UNICEF sebagai beban ganda malnutrisi (double burden of malnutrition). Ini— iaitu wujud serentak masalah kekurangan zat dan lebihan kalori tidak sihat.
Tuan Yang di-Pertua, kajian menunjukkan kanak-kanak yang kekurangan zat mempunyai saiz otak yang kecil, kadar tumpuan yang rendah serta prestasi akademik yang lemah. Tidak hairanlah keputusan PISA 2022 menunjukkan pelajar Malaysia masih di bawah purata antarabangsa. Matematik 409, Sains 416, bacaan 388 berbanding purata OECD melebihi 470. Apabila pemakanan lemah, potensi intelek juga terbantut.
Sri Gading menyambut baik langkah kerajaan mengekalkan rancangan makanan tambahan dengan peruntukan RM870 juta. Tetapi Sri Gading ingin tegaskan bahawa jumlah ini belum mencukupi untuk menangani masalah kualiti dan keberkhasiatan makanan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Keprihatinan kehidupan keluarga dan ekonomi wanita. Dalam semangat belanjawan rakyat yang menekankan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat, Sri Gading ingin menyentuh isu pemerkasaan wanita dan keseimbangan hidup, kerjaya yang semakin penting dalam konteks ekonomi semasa. Sri Gading amat prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh ramai wanita bekerja pada hari ini, khususnya para ibu yang perlu menguruskan anak kecil dan keluarga sambil menunaikan tanggungjawab kerjaya.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ramai dalam kalangan mereka menghadapi dilema apabila anak-anak bersekolah separuh hari sedangkan ibu perlu bekerja sepenuh masa. Akhirnya ada yang terpaksa berhenti kerja kerana kekangan sistem kerja yang tidak fleksibel.
Keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan kepada wanita tetapi turut merugikan negara dari segi kehilangan tenaga kerja yang mahir serta potensi sumbangan ekonomi kepada negara.
Sri Gading ingin menarik perhatian Dewan bahawa kerajaan sebenarnya telah memperkenalkan Dasar Bekerja Dari Rumah dalam perkhidmatan awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021. Pelaksanaan ini bermula sejak pandemik COVID-19 apabila hampir semua sektor beralih kepada kaedah kerja jarak jauh bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan.
Dasar ini membolehkan pegawai melaksanakan tugas rasmi dari rumah sama ada separuh hari atau separuh— sepenuh hari atau separuh hari, bergantung kepada keperluan dan kepentingan perkhidmatan. Ini adalah satu langkah progresif yang wajar diteruskan dan diperkukuhkan.
Oleh itu, Sri Gading mencadangkan agar pelaksanaan dasar kerja fleksibel ini diperluaskan bukan hanya terhadap situasi luar biasa seperti bencana atau wabak tetapi juga diberikan kepada wanita yang baru melahirkan anak selepas tamat cuti bersalin. Langkah ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dalam fasa awal keibuan tanpa perlu meninggalkan kerjaya.
Tuan Yang di-Pertua
Sri Gading, injury time pun dah habis ya. Sekarang kita dah masuk kerana injury time, pun dah habis dah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Baik, saya akhirlah.
Sebenarnya ada lagi satu isu tapi tak apalah. Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana beri peluang kepada saya menghabiskan. Akhirnya, saya ingin menegaskan Belanjawan 2026 ini bukan sekadar angka sepertimana dakwaan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
daripada pihak pembangkang. Ia manifestasi keberanian dan keikhlasan Kerajaan MADANI untuk membina Malaysia yang lebih adil, berdaya tahan dan berintegriti.
Dengan pelbagai Sumbangan Tunai RAHMAH, Asas RAHMAH yang memberikan peluang kepada rakyat khususnya miskin tegar dapat dikurangkan.
Mereka dapat berbelanja di kedai, mereka dapat membeli makanan, dapat membelikan keperluan hidup mereka untuk meneruskan kehidupan mereka dalam suasana bantuan daripada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan ini tidak sempurna tetapi ia berani membuat keputusan yang betul.
Walaupun penyasaran subsidi dibuat dengan pelbagai rintangan daripada pihak yang tidak bersetuju, namun kita dapat meyakinkan, kita dapat melihat kelebihan dan juga keuntungan kepada mereka yang telah menerima kerana warga asing tidak dapat menggunakan perkara ini. Kini masanya kita membina Malaysia baru yang MADANI berpaksikan nilai Islam, keadilan sosial dan tanggungjawab fiskal. Sri Gading berdiri teguh menyokong penuh Belanjawan 2026 kerana ia berpaksikan nilai, berteraskan data dan berjiwa rakyat. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Sri Gading. Sekarang saya jemput Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Mafhumnya, “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya atau kemarahan di sisi Allah. Kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya.” Kedua-dua ayat ini, Surah As-Saff ayat 2 dan ayat 3, menegur umat Islam agar tidak mengucapkan sesuatu yang tidak ditakuti— tidak diikuti dengan perbuatan kerana ia mendatangkan kebencian besar di sisi Allah SWT.
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya turut membahaskan Belanjawan 2026, di mana saya ingin menumpukan kepada beberapa pokok yang menyentuh soal ketelusan, keadilan dan keberkesanan perbelanjaan kerajaan dalam Bajet 2026. Terima kasih Tan Sri Speaker, lama saya tak bercakap sejak daripada kena gantung sampai ke la lah. Walau macam mana pun, sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, saya menjalankan tugas saya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, dalam bajet baru-baru ini diumumkan oleh kerajaan RM470 bilion, satu angka yang besar dan menarik perhatian rakyat. Namun apabila diteliti, jumlah ini turut termasuk pelaburan oleh GLC dan GLIC dan badan berkanun. Bukannya perbelanjaan langsung oleh kerajaan.
Persoalan yang saya timbulkan ini ialah berapakah sebenarnya jumlah bajet sebenar yang datang daripada kantung kerajaan untuk manfaat langsung kepada rakyat? Jadi, Pendang membangkitkan perkara ini untuk rakyat yang berhak tahu berapa banyak wang operasi dan pembangunan sebenar yang digunakan. Tanpa ketelusan ini, sukar untuk menilai kejujuran fiskal kerajaan. Accountability bukan sekadar memaparkan angka yang besar, tetapi menjelaskan bagaimana setiap Ringgit itu dibelanjakan dan siapa penerimanya. Ketelusan fiskal adalah asas kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak menekankan keberkesanan polisi ataupun dasar kerajaan dalam membelanjakan bajet pada tahun ini di mana kerajaan telah memperkenalkan bantuan tunai RM100 kepada setiap rakyat dewasa melalui program SARA. Namun persoalannya ialah apakah kesan sebenar program ini terhadap taraf hidup rakyat? Adakah bantuan ini membantu meningkatkan kesejahteraan atau sekadar langkah untuk mendapat populis mungkin tahun depan akan menjelang pilihan raya ataupun yang terdekat pilihan raya Sabah yang dekat di sekeliling kita sekarang ini.
Jika tiada kajian impak yang telus sukar untuk menentukan keberkesanan dasar tersebut. Kita tidak menolak bantuan kepada rakyat malah kalau kita jadi kerajaan pun kita akan bagi lebih daripada itu. Tetapi setiap perbelanjaan mesti disandarkan kepada objektif dan hasil yang boleh diukur. Keberkesanan dasar sosial tidak seharusnya diukur melalui jumlah penerima semata-mata tetapi sejauh mana bantuan tersebut mengubah kedudukan ekonomi penerima.
Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini kerajaan mengumumkan peruntukan pembangunan lebih RM6 bilion kepada Sabah dan Sarawak. Saya nak menyentuh berkenaan dengan agihan kepada wilayah-wilayah, wilayah Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Utara. Adakah— dalam bentuk ini soalnya, adakah peruntukan ini melibatkan projek baru atau...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pendang, sikit Pendang.
Boleh Pendang?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mana, mana, tang mana?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya minta kalau sat gi tambah masa kat saya, saya bagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Insya-Allah, Tan Sri Speaker boleh bagi itu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau Speaker kata tak boleh, saya tak bagilah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Sri Gading 28 minit.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak, tak apa. Speaker bagi tak?
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, nak bagi, tak bagi?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tambah masa boleh tak?
Tuan Yang di-Pertua
Tak bagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Tak bagi, Hulu Langat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Speaker tak bagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Punyalah kita bersahabat Pendang, macam ini?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak, saya nak bagi. Tapi tidak boleh tambah masa. Saya banyak page yang dok ada ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, teruskan, teruskan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik, terima kasih. Okey, tetapi setiap perbelanjaan, mesti disandarkan— saya nak tumpu kepada— lari sikit tadi ini. Soalnya adakah peruntukan ini melibatkan projek baru atau hanya projek lama yang ditukar nama dan dipindahkan bajet daripada negeri lain? Jika hanya pindah angka atas kertas, negeri-negeri lain seperti di Utara dan Pantai Timur akan terus ketinggalan. Contohnya, sebab tidak hanya kepada mereka yang menyokong kerajaan saja dikutip cukai, kepada semua rakyat Malaysia dikutip cukai. Jadi konsep federalism dengan negeri ini patut kita amalkan dengan betul.
Contohnya Pulau Pinang mendapat projek LRT yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM17 bilion di mana projek pembangunan atau DE dikurangkan sedangkan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu masih menunggu projek asas seperti jalan raya, bekalan air, hospital, lapangan terbang, kawasan industri estet. Ini bukan soal politik tapi soal keadilan agihan pembangunan wilayah yang seimbang. Setiap negeri harus menikmati hasil
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
pembangunan secara seimbang agar jurang ekonomi antara wilayah tidak semakin melebar.
Sekali lagi saya ingin memperingatkan bahawa keadilan agihan pembangunan perlu ditekankan pihak kerajaan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini sepertimana 13 Mei yang lalu, begitu juga pergaduhan kaum yang berlaku selepas itu. Tapi hasil daripada Rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga sehingga Ketiga Belas ini kita dapat mengurangkan ketegangan antara kaum ini dengan jurang pendapatan yang semakin dekat. Tapi sekarang semakin jauh.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Yang di-Pertua, sebahagian besar hasil negara masih bergantung kepada PETRONAS. Jadi, Pendang menekankan sekiranya harga minyak dunia jatuh, hasil kerajaan juga akan terjejas dengan ketara. Oleh itu, kerajaan perlu menjelaskan apakah pelan sandaran sekiranya hasil daripada PETRONAS menurun pada masa hadapan. Malaysia perlu segera melaksanakan strategi pelbagai hasil melalui sektor baharu seperti tenaga boleh baharu, industri karbon, digital ekonomi dan nadir bumi ataupun dikenali sebagai rare earth elements (REE). PETRONAS harusnya berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan strategik negara, bukan sekadar sumber kewangan kecemasan untuk menampung defisit bajet.
Kebergantungan yang berterusan kepada satu sumber akan menjejaskan kestabilan fiskal jangka panjang.
Tan Sri Yang di-Pertua, Pendang ingin menekankan kerajaan yang berhasrat untuk mengurangkan defisit fiskal, namun masih belum memperincikan pelan cukai jangka sederhana yang jelas bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Bagaimana kerajaan ingin menambah hasil tanpa membebankan rakyat? Adakah akan wujud cukai baharu atau kerajaan akan terus bergantung bergelumang kepada sumbangan GLC, GLIC, dan kepada kita punya anchor money supply to the nation, dengan izin, iaitu PETRONAS? Sebagai contoh, cukai rokok telah dinaikkan 20 peratus. Namun, masalah rokok seludup masih berleluasa. Ini menunjukkan dasar cukai tidak akan berkesan tanpa pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas.
Setiap dasar hasil mesti disertai sistem pengawasan yang moden dan telus.
Agensi seperti kastam, LHDN dan KPDN perlu digerakkan dengan koordinasi yang lebih baik supaya ketirisan hasil dapat diminimumkan. Kerajaan perlu melaksanakan laporan berkala bagi setiap dasar cukai meliputi hasil kutipan sebenar, kadar ketirisan, dan tindakan penguatkuasaan yang diambil. Hanya dengan pemantauan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
dan penguatkuasaan yang berkesan, barulah dasar cukai mampu menambah hasil negara tanpa membebankan rakyat secara tidak seimbang.
Walaupun bajet tahun ini, perbelanjaan DE sebenarnya menurun daripada RM91 bilion kepada RM83 bilion. Ini menimbulkan persoalan besar bagaimana bajet meningkat, tetapi pembangunan berkurang. Keadaan ini memberi isyarat bahawa kerajaan masih makin bergantung kepada dana daripada GLIC dan PETRONAS untuk menampung bajet. Model ini tidak boleh berterusan jika tiada reform fiskal yang menyeluruh. Negara akan berdepan dengan beban hutang jangka panjang tanpa hasil ekonomi sebenar. Belanjawan negara perlu diseimbangkan antara tanggungjawab sosial, pertumbuhan ekonomi dan kecekapan perbelanjaan. Saya, walaupun bertindak sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak suka membodek benda-benda yang akan memberi kesan kepada rakyat. Saya akan memberi kritikan supaya ada semak dan imbang.
Tan Sri Yang di-Pertua, kami di pihak PN ini tidak menolak bajet, tetapi mahu memastikan setiap sen dibelanjakan dengan adil dan telus dalam berkesan. Bajet bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi cerminan hala tuju negara. Bajet yang berpaksikan rakyat akan menghasilkan kesejahteraan, namun jika ia berpaksikan politik, hasilnya hanyalah ketirisan dan hutang masa depan yang sekarang ini akaun anak muda yang tiba-tiba menjadi kaya-raya. Sedangkan, yang ini juga merupakan mungkin sakau. Kerajaan perlu tampil dengan data sebenar dan laporan terperinci, bukan sekadar naratif yang indah di pentas. Rakyat berhak tahu dari mana datangnya wang negara, ke mana ia dibelanjakan dan siapa yang benar-benar mendapat manfaat daripadanya.
Saya hendak menyentuh satu isu yang penting iaitu di negeri saya, di Kedah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu berkaitan sektor pertanian, khususnya yang melibatkan negeri Kedah sebagai negeri jelapang padi utama di negara kita. Walaupun Kedah menyumbang hampir 40 peratus pengeluaran beras negara, masih banyak isu yang berulang yang membelenggu petani.
Isu pertama ialah berkaitan wang pajakan tanah pertanian. Banyak tanah kerajaan negeri digunakan untuk projek pertanian dan tanaman padi. Namun, hasil pajakan yang sepatutnya disalurkan semula kepada negeri atau agensi tempatan, masih belum diterima sepenuhnya. Kedah bukan minta bantuan, bukan minta sedekah, tetapi menuntut hak yang sewajarnya. Jika negeri membekalkan sumber makanan utama negara, maka pulangannya mestilah seimbang agar negeri dapat
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
menampung kos penyelenggaraan infrastruktur sawah, sistem saliran dan bantuan air kepada pesawah.
Isu kedua ialah penyakit tanaman padi sepertimana hawar daun bakteria ataupun BLB, penyakit blas dan karah yang semakin menular. Kita tengok dalam bajet kali ini di bawah Kementerian Pertanian, tidak ada satu peruntukan bagi mengatasi masalah yang saya sebutkan ini. Serangan penyakit ini telah menjejaskan hasil padi di beberapa kawasan utama seperti Pendang, Kubang Pasu dan Yan.
Kerajaan perlu segera melaksanakan pelan tindakan khas bagi memperkukuhkan penyelidikan varieti tahan penyakit. Jenis padi yang tahan penyakit, benih yang tahan penyakit, mempertingkatkan khidmat teknikal di lapangan dan memastikan agensi pelaksana seperti MADA dan LPP berfungsi secara aktif di lapangan. Dalam konteks Daerah Pendang yang mempunyai anggaran lebih 18,000 hektar sawah padi, kesan ekonomi boleh mencecah sekitar 27 juta setiap musim.
Angka yang cukup besar untuk sebuah daerah luar bandar.
Selain daripada penurunan hasil, kita juga berdepan isu pengecilan kawasan sawah aktif. Laporan MUDA— laporan MADA menunjukkan sebahagian kawasan sawah semakin tertekan akibat pembangunan tidak terkawal, terutama di pinggir Daerah Pendang dan Kubang Pasu. Tan Sri Yang di-Pertua, jika trend ini berterusan, Kedah berisiko kehilangan sebahagian besar kawasan pengeluaran makanan utamanya dalam tempoh 10 tahun akan datang. Lebih membimbangkan, kos pengeluaran bagi pesawah turut meningkat dengan ketara dalam tempoh lima tahun berakhir. Harga baja, racun dan upah buruh naik secara mendadak. Saya membuat sawah padi. Jadi, saya sendiri merasai.
Ramai pesawah kecil masih menggunakan kaedah tradisional kerana tidak mampu memiliki mesin moden atau dron penyembur baja yang kini dianggap keperluan asas dalam pertanian moden. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Bajet 2025 memperuntukkan peruntukan khas bagi pemodenan pertanian padi di kawasan MADA, khususnya di Pendang seperti berikut.
Pertama, kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga juta bagi setiap 1,000 hektar sawah untuk bantuan mekanisasi dan automasi seperti combine harvester, drone sprayer dan smart seeder, dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua. Itu semua alat-alat kegunaan untuk refresh balik perolehan padi untuk supply kepada pendapatan negara ataupun food security ini. Langkah ini berdasarkan kajian MARDI boleh meningkatkan hasil sebanyak 10 hingga 15 peratus atau kira-kira 600 kilogram
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
sehektar, sekali gus menambah pendapatan pesawah sebanyak 700,000 bagi setiap 1,000 hektar kawasan bertanam.
Kedua, kerajaan perlu memperluaskan penggunaan benih padi unggul dan varieti adaptif yang tahan cuaca ekstrem. Jika varieti ini digunakan secara meluas di Pendang, potensi tambahan hasil boleh mencapai antara 500 hingga 700 kilogram sehektar, dengan nilai anggaran lebih enam juta setahun bagi daerah itu sahaja.
Ketiga, sistem pengairan dan saliran MADA perlu disemak semula.
Pelaksanaan sistem irigasi pintar dan berasaskan sensor tanah boleh menjimatkan penggunaan air sehingga 70 peratus. Saya nak habis dah, Tan Sri. Sikit ya. Saya perabis, na. Di samping mengurangkan risiko tanaman gagal akibat cuaca yang tidak menentu, sekarang ini cuaca tidak menentu. Sangat pelik, cuaca pun dah letih dah.
Jadi oleh sebab itu, sektor pertanian memerlukan sokongan dasar yang konsisten, bukan janji bermusim. Jika kerajaan benar-benar ingin menjamin keterjaminan makanan negara, maka kebajikan petani perlu dijaga. Mereka tidak meminta kemewahan, hanya mahu hasil mereka dihargai dan kehidupan mereka terjamin. Mereka adalah tulang belakang ekonomi luar bandar dan penyumbang langsung kepada kestabilan makanan negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, yang akhir sekali, Belanjawan 2026 harus menjadi belanjawan rakyat, bukan belanjawan kosmetik yang mestilah berpaksikan keutamaan sebenar ketelusan fiskal, keadilan pembangunan wilayah, pengurusan hasil yang berdisiplin, dan keprihatinan terhadap sektor asas seperti pertanian.
Negara tidak boleh hidup dengan angka indah yang tidak menggambarkan realiti rakyat di bawah. Kita perlu bajet menambah keyakinan, bukan bajet yang hanya menambah beban. Rakyat mahu melihat hasil, bukan lagi alasan. Saya sudahi dengan serangkap pantun:
Anak India naik unta, Anak lotong kepalanya botak; Bila bercakap biarlah berfakta, Bila bicara pakailah otak.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baguslah Pendang hari ini. Ini yang saya suka.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk menyokong Belanjawan 2026 dan juga untuk mempertahankan prinsip kebenaran dan tanggungjawab dalam pengurusan fiskal negara. Belanjawan 2026 mencerminkan nilai dan keberanian kerajaan untuk berkata benar kepada rakyat walaupun kebenaran itu tidak popular. Kerajaan MADANI memilih disiplin dan tanggungjawab dan tidak menyerah kepada populisme murahan dan politik hipokrit seperti yang diamalkan pembangkang. Belanjawan 2026 di bawah ekonomi MADANI membuktikan bahawa kerajaan hari ini berani.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri Pengerusi, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya belum masuklah, duduk dulu. Nanti saya masuk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri Pengerusi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Belum, belum, belum. Ini bukan standing order, duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tak bagi laluan, duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, Yang di- Pertua.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, saya minta duduk. Ini floor saya, saya minta duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau macam ini, maknanya saya juga boleh kata macam-macam ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duduk, duduk. Tak bagi laluan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Petua, petua.
Tuan Yang di-Pertua
Untuk maklumat dua-dua pihak, senang cakap.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya lah, boleh? Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Untuk itu, teruskan duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Makna dia boleh berkata- kata macam itulah. Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, kami juga akan berkata macam itu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya lah bukan sekali ini. Selalu berkata. Jalan, teruskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Belanjawan 2026 di bawah ekonomi MADANI membuktikan bahawa kerajaan hari ini berani melangkah ke hadapan tanpa menipu rakyat dengan janji palsu. RM470 bilion diperuntukkan, RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM81 bilion untuk pembangunan dan RM30 bilion pelaburan oleh GLIC. Semua ini dilakukan dengan defisit fiskal turun kepada 3.5 peratus. Ini hasil keberanian untuk menstruktur semula subsidi, menapis perbelanjaan dan menolak politik Santa Claus pembangkang.
Tetapi apa yang dilakukan oleh pembangkang? Mereka terus menabur janji seperti Santa Claus. Kononnya, mahu bagi RM500 sebulan ataupun RM6,000 setahun kepada semua isi rumah yang memerlukan, pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN. Kalau dikira kesemua ini, RM500 sebulan kepada semua isi rumah B40, RM3.6 juta kali dengan RM6,000. Bantuan itu sahaja mencecah RM21.6 bilion. Tambah lagi RM2.1 bilion untuk pendidikan percuma dan RM1.2 bilion untuk PTPTN. Jumlahnya RM24.9 bilion.
Soalan saya kepada Larut dan rakan-rakan PN. Dari mana datang duit ini?
Dari langit? Dari hutang? Dari helikopter? Ataupun dari poket rakyat yang menipu?
Inilah masalah pembangkang. Mereka tidak faham tentang ekonomi dan kewangan negara. Mereka menolak disiplin fiskal, menolak tanggungjawab dan hidup di dunia khayalan. Jika mereka benar-benar yakin, bentangkan belanjawan alternatif tapi mereka tak berani sebab mereka tahu angka akan membunuh retorik mereka.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bila berdepan realiti, mereka menyorok di belakang pembangkang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker, habaq dia.
Suruh dia tanya Menteri lah. Kami tak boleh jawab bagi pihak ini, ini Bajet negara ini.
Prosedur pun dia tak faham ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, ini floor saya. Saya minta jangan bagi kacau. Tuan Yang di-Pertua, kita sedang memulihkan luka yang mereka tinggalkan. Daripada RM530 bilion pakej rangsangan tanpa apa-apa semakan, negara hari ini membayar faedah hutang mencecah RM54 bilion setahun. Hampir 16 peratus hasil kerajaan. Kita menabung RM17 bilion tetapi terpaksa membayar faedah
Tuan Chong Zhemin - Kampar
RM18 bilion. Ini warisan mereka. Ini dosa fiskal yang diwariskan oleh kerajaan terdahulu yang hanya tahu berbelanja tanpa berfikir panjang.
Sebaliknya, Kerajaan MADANI memilih jalan yang sukar tapi betul. Kita mengurangkan defisit, menstabilkan inflasi, memperkukuh asas hasil dan memperkenalkan reformasi struktur seperti e-invoicing, subsidi bersasar dan perluasan skop SST. Ini langkah berani. Tetapi pembangkang, mereka menentang semua sebab mereka tidak faham. Bagi mereka, populisme lebih penting daripada kemakmuran sebenar. Saya ingin mengingatkan Dewan ini, politik yang tidak jujur dalam ekonomi adalah bentuk rasuah moral. Bila pembangkang menjanjikan sesuatu yang mereka tahu mustahil, ini satu pengkhianatan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks rasionalisasi subsidi petrol RON95, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada kenyataan World Bank baru-baru ini, hari ini juga yang dilaporkan. World Bank mempersoalkan andaian kerajaan berhubung anggaran penjimatan RM2.5 bilion sehingga RM4 bilion daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95.
Ketua ekonominya di Malaysia, Dr. Apurva Sanghi menyatakan angka penjimatan tersebut nampaknya bergantung besar kepada andaian bahawa warga asing dan golongan berpendapatan tinggi akan membayar harga pasaran penuh, sesuatu yang mungkin tidak realistik berdasarkan corak penggunaan semasa. Kita perlu ketelusan dalam andaian asas pengiraan penjimatan ini. Oleh itu, saya menyeru supaya Kementerian Kewangan boleh menjelaskan kepada Parlimen andaian sebenar yang digunakan untuk mengira angka RM2.5 hingga RM4 bilion tersebut dan sama ada ia hanya dapat dicapai sekiranya corak penggunaan petrol semasa kekal sepanjang tahun kalendar.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu PTPTN, saya menyokong keputusan kerajaan untuk mengecualikan bayaran balik bagi pelajar IPTA dari keluarga B40 dan M40 yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama ataupun first class honours. Namun, kita tidak boleh melupakan pelajar IPTS yang juga cemerlang, tetapi tidak mendapat tempat di IPTA. Mereka tidak kurang pintar namun telah didiskriminasikan oleh sistem sedia ada dan ditolak peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPTA.
Janganlah kita mendiskriminasikan pelajar IPTS kali kedua dengan mengehadkan pengecualian PTPTN hanya kepada IPTA sahaja. Paling kurang, saya cadangkan supaya pengecualian ini boleh diperluaskan kepada pelajar IPTS di institusi milik GLC seperti UTP, UNITEN, UniKL dan juga termasuk TAR, UMT dan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
UTAR. Ini langkah adil dan meritocratic tanpa memberi tekanan besar kepada fiskal negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjelaskan kekeliruan tentang kenaikan 10 peratus duti eksais alkohol. Ramai di media sosial menuduh kerajaan menaikkan harga alkohol sebanyak 10 peratus, ini tidak betul. Sedangkan kesan sebenar kepada harga jualan hanya sekitar 0.5 sehingga 4 peratus. Anggaran menunjukkan bil satu tin akan naik 31 sen ataupun 3.88 peratus, sparkling wine RM4.46 sebotol ataupun 0.5 peratus. Wain akan naik RM1.73 sen ataupun 1.4 peratus dan wiski RM4.95 ataupun 2.48 peratus. Ini satu pelarasan minimum yang tidak membebankan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, semalam, seorang Ahli Parlimen PAS telah membawa cadangan untuk mengharamkan alkohol dalam penerbangan Malaysia Airlines. Ini jelas politik moral hipokrit yang tidak menghormati realiti masyarakat majmuk Malaysia. Jika ahli PAS menentang penghidangan alkohol di penerbangan MAS, saya rasa tentulah Ahli Parlimen PAS juga menentang untuk menggunakan hasil eksais alkohol untuk Kementerian Kesihatan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Kampar, boleh bagi laluan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bagi saya habis, saya bagi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sebab itu menyentuh, saya yang cakap itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bagi saya habis dulu, bagi saya habis dulu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Masalahnya, saya yang cakap itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duduk, duduk.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak, apa masalahnya sekarang ni? Salah ke saya cakap?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bagi saya habis perenggan ini, bagi saya habis perenggan ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya Ahli Parlimen, hak saya untuk bersuara.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, Tan Sri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Minta maaf.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini floor saya. Bagi saya habis, saya akan bagi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Floor pun cakap begitu? Awak menyentuh PAS!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat!
[Mengetuk tukul] Minta dulu laluan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak bagi tapi bagi saya habis dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa Kampar, sebentar. Duduk dulu semua, duduk. Tak boleh begitu, Yang Berhormat. Kalau nak tanya, tanya elok-elok. Saya kan ada di sini. Jangan buat macam itu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Baik, baik Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan buat begitu, hancur kita.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Boleh saya minta izin untuk bercakap?
Tuan Yang di-Pertua
Kalau semua emosional, hancur. Kadang-kadang YB bercakap, dia tak setuju. Karang dia bercakap, YB. tak bersetuju. Minta elok-elok secara tertib. Kita kan ada peraturan, sebab itu saya di sini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey, okey. Minta maaf Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dulu, dia kata akan dia bagi peluang, YB bangun. Okey? Tegun lompat lagu tu, tak boleh YB, tak boleh. Okey? Silakan Kampar. Nak bagi tidak laluan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya habiskan dahulu, saya akan bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi dia habis, dia akan bagi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, saya akan bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Lepas dia cakap habis, dia bagi. Boleh YB? Boleh?
Okey, go ahead.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, untuk mengelakkan Ahli Parlimen PAS untuk mempolitikkan isu duti eksais alkohol, saya cadangkan agar hasil daripada duti eksais alkohol disalurkan kepada tabung khas sekolah vernakular bukan ke Akaun Disatukan. Ini seperti hasil daripada special draw. Biarlah hasil ini kembali kepada pendidikan dan perpaduan bukan menjadi bahan politik moral pihak tertentu. Ya, saya bagi laluan. Adakah setuju?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan YB.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Cakap perlahan-lahan, slow, slow.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Steady, steady. Ada decorum.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Alright, alright.
Tuan Yang di-Pertua
Dalam bahasa Inggeris, decorum****.**
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey. Mungkin kadang-kadang bila menyentuh itu kan, ha, sebab saya yang bawa isu itu.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, cakap elok-elok.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Baik. Kampar, apakah pandangan Kampar, meminum arak ini boleh dalam keadaan yang selesa dan selamat kepada semua yang minum arak dan juga orang di luar sana.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dan isu yang saya bangkitkan begitu adalah di dalam flight tersebut ada orang Islam. Salah ke saya berkata sebegitu? Saya Ahli Parlimen, saya ada hak untuk bercakap. Saya pun mewakili rakyat. Kalau YB Kampar kata mewakili rakyat, saya pun mewakili rakyat. Tak ada salahnya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, cantik soalan itu. Kampar jawab.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey lah, dia tak berani jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan emosional, Kampar. Jawab elok, elok.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, dia tak berani jawab. Saya kata kalau dia nak ban alkohol di flight MAS, adakah dia setuju sama ada hasil daripada duti eksais alkohol juga disalurkan kepada tabung khas sekolah mereka? Sebab ini dia akan dipolitikkan. Tak apa. Saya nak teruskan. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Kampar, ada...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Bukit Gelugor bangun. Silakan Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tanya berkenaan dengan isu alkohol ini di penerbangan ataupun flight MAS. Cadangan sekiranya dipersetujui untuk tidak serve alkohol di penerbangan negara. Adakah Kampar berpendapat bahawa ini boleh menjejaskan ekonomi negara dari segi pendapatan? It can also have a negative impact on tourism. Orang yang akan mungkin menempah flight, flight MAS dan sebagainya. Apakah pandangan Kampar sekiranya alkohol ini dilarang di penerbangan-penerbangan dari segi ekonomi dan juga pelancongan? Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, Yang Berhormat Tan Sri. Saya pernah pergi ke Jordan. Saya pernah pergi ke Turki, negara-negara Islam ini dan juga menaiki kapal terbang Turki dan juga Jordan Airline dan sebagainya. Mereka ini, pramugari ini adalah Muslim dan di dalam kapal terbang ada penumpang Muslim dan non-Muslim, tak ada masalah.
Kenapakah kita sekarang nak bangkitkan— PAS nak bangkitkan isu ini sekarang sedangkan kita mahu mengalu-alukan pelancong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kampar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Dari seluruh dunia untuk datang Malaysia pada tahun depan untuk Tahun Melawat Malaysia?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dengan izin Tan Sri Speaker, dalam penerbangan Emirates terkenal...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar nak bagi tak Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, penerbangan Emirates yang terkenal di seluruh dunia, Emirates. Ada juga minuman alkohol dihidangkan. Terpulang kepada kitalah sama ada kita nak minum atau tidak.
Kadangkala ada orang Hindu yang tak minum, ada orang Hindu yang minum. Ada orang Buddha yang tak minum, ada orang yang nak minum.
Jadi terpulanglah kepada individu itu sama ada minum atau tidak. So mengenakan larangan tersebut di atas Malaysia Airlines memang akan menjejaskan isu ekonomi bagi pihak Malaysia Airlines yang menerbang ke seluruh pelosok dunia, Tan Sri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Kampar.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar ada dua minit lagi.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Parit, Parit.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tak bagi sebab saya tak cukup masa.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sedikit sahaja.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tak sampai separuh tinggal dua minit saja.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya rasa ini soalan kewangan ataupun soalan komersial bagi MAS. Orang politik kita jangan campur masuk.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Janganlah sebut PAS lagi tadi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bagilah pihak MAS untuk buat keputusan mereka. Saya teruskan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar, Parit Buntar mencelah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya ingin...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuantan, Kuantan sedikit.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kampar, Parit Buntar bagi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah, cukup lah isu ini. Saya tak habis separuh...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuantan, Kuantan sedikit.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah, cukup lah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sedikit sahaja. Sedikit.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Nanti pakai masa...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tan Sri Yang di- Pertua
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Untuk bahas, you bahas. Ini masa saya...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bagi ke tak bagi?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tak bagi. Saya minta...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuantan, Kuantan tak mengapa.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sudah cukup, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya cakap elok, elok. Boleh bagi tak?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tak bagi, tak bagi. Duduk, duduk. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Takut ke?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya ingin menarik perhatian kepada isu...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Tenaga Nasional Berhad.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Yang baru-baru ini membuat keputusan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya nak tanya elok, elok ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Untuk tidak merayu...
Tuan Yang di-Pertua
Sik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung pertikaian cukai bagi tahun taksiran 2018. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuantan, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bahawa TNB sepatutnya menuntut pelepasan cukai di bawah jadual 7B dan bukan jadual 7A, Reinvestment Allowance.
TNB telah menerima keputusan itu dengan penuh tanggungjawab dan akan menuntut semula pelepasan cukai di bawah jadual yang betul.
Ini membuktikan bahawa dakwaan Ahli Parlimen Ayer Hitam bahawa tuntutan cukai RM10.6 bilion terhadap TNB kononnya ini satu rompakan siang hari ataupun tax robbery adalah tidak berasas sama sekali.
Saya menuntut agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas tuduhan palsu yang menjejaskan imej Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Kementerian Kewangan. Jangan kerana mahu serang kerajaan, institusi negara dijadikan mangsa fitnah. Ini politik tidak bertanggungjawab yang mesti ditolak oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu keselamatan di sekolah.
Pagi tadi, satu kejadian tragis berlaku di Bandar Utama Petaling Jaya apabila seorang pelajar Tingkatan 4 telah ditikam hingga mati oleh seorang pelajar Tingkatan 2 di sekolah yang sama. Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi. Suspek lelaki dilaporkan bersenjatakan pisau. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ismail berkata, ini kejadian yang amat menyayat hati. Kita masih menyiasat motif sebenar. Apa yang menyedihkan ialah pelajar perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Persoalannya, bagaimana murid tersebut boleh membawa pisau ke dalam kawasan sekolah dan tidak ada apa-apa langkah pencegahan keselamatan untuk mengelakkan tragedi ini berlaku. Saya mendesak Kementerian Pendidikan supaya memperketat kawalan keselamatan di semua sekolah dan memastikan keselamatan pelajar menjadi keutamaan utama. Sekolah harus menjadikan tempat paling selamat bagi anak-anak kita.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Ahli Parlimen Tasik Gelugor mendakwa bahawa beliau mempunyai maklumat bahawa video Azmin Ali adalah tulen. Menurut seksyen 202 Kanun Keseksaan, sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang suatu kesalahan tetapi gagal melaporkan kepada pihak berkuasa boleh dianggap bersalah. Jadi saya minta Ahli Parlimen Tasik Gelugor sebagai penggubal undang- undang, janganlah kita melanggar undang-undang. Laporkan apa-apa bukti yang anda ada kepada pihak polis.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa kelemahan dalam Undang-undang Anti Lompat Parti mesti dibetulkan segera. Bersatu yang dulu menentang klausa yang membolehkan pemecatan mengosongkan kerusi kini menanggung akibatnya. Apabila ahli mereka dipecat, mereka masih kekal sebagai Ahli Parlimen. Kini mereka merasa sendiri racun yang mereka bancuh dulu. Saya mendesak kerajaan meminda undang-undang supaya mana-mana wakil rakyat yang dipecat oleh parti hilang kelayakan serta-merta. Demokrasi mesti dilindungi daripada pengkhianatan mandat rakyat.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Kampar, ini parti orang lah. Jangan you sibuk-sibuk parti orang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh...
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Come on lah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tak habis lagi. Saya ada banyak isu nak bangkit. Duduk, duduk.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
You duduk lah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya ingin menyentuh...
Tuan Yang di-Pertua
Rompin, Rompin.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya ingin menyentuh isu tujuh pemain bola sepak heritage yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. Media telah melaporkan bahawa salah seorang pemain Machuca telah kembali ke Argentina selepas penggantungan FIFA.
Soalan saya...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, last.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Adakah ketujuh-tujuh pemain tersebut telah melepaskan kewarganegaraan asal mereka kerana Perlembagaan Persekutuan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
tidak membenarkan dwi kewarganegaraan? Kita tidak menentang sumbangan mereka tetapi undang-undang mesti terpakai kepada semua tanpa dua darjat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, saya gulung. Tuan Yang di-Pertua, pembangkang hari ini suka menuduh, suka mengecam. Tapi diberi tanggungjawab, mereka gagal. Zaman mereka memerintah, ekonomi jatuh, pelabur lari, Parlimen ditutup. Hutang melonjak. Mereka menjerit soal kos sara hidup, mereka menuduh kerajaan gagal kawal harga makanan tetapi zaman mereka lah inflasi berada pada paras paling tinggi, gaji tidak naik dan projek pertanian tidak sampai ke sasaran.
Kini mereka di luar pagar bersandiwara seolah-olah suci daripada dosa ekonomi. Mereka lupa rakyat masih ingat siapakah yang melemahkan institusi?
Siapakah yang memanipulasikan GLC? Siapakah yang memecahbelahkan rakyat demi kuasa?
Kerajaan MADANI bukan sempurna tetapi kita berani berubah, kita memotong ketirisan, kita mansuhkan subsidi buta, kita tambah ketelusan dalam kontrak kerajaan dan memperkukuhkan sempadan integriti. PN hanya tahu menahu tolak rasuah tetapi dalam masa sama berpeluk dengan pemimpin yang disiasat SPRM.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Inilah hipokrasi yang paling besar...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Dalam politik Malaysia. Cakap lain, buat lain.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, saya habis.
Tuan Yang di-Pertua
Lah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Perenggan terakhir. Belanjawan 2026 adalah pelan jangka panjang yang mengawal hutang, memupuk inovasi, memperkukuh PMKS dan membuka laluan kepada pelaburan bernilai tinggi seperti semikonduktor, tenaga hijau dan AI. Ia adalah pelan yang menyiapkan Malaysia untuk dekad akan datang.
Sebaliknya, PN hanya tahu menyiapkan poster untuk pilihan raya akan datang. Kita mesti sedar bahawa kejatuhan sebuah negara tidak bermula dengan defisit fiskal tetapi dengan defisit moral. Bila pemimpin lebih sibuk menipu rakyat
Tuan Chong Zhemin - Kampar
daripada membaiki dasar maka masa depan negara tergadai. Sebab itu saya menyeru semua Ahli Parlimen khususnya yang masih jujur dalam pembangkang, bangkitlah daripada politik murahan. Negara ini milik kita semua. Marilah sama-sama kita menyokong Belanjawan 2026. Sekian, terima kasih.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertamanya, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Speaker dan kepada semua rakan-rakan yang komitmen berada di dalam Dewan ini untuk mendengar belanjawan negara yang dibahas sama ada di pihak pembangkang mahu pun di pihak pemerintah. Namun, kita rasa agak kecil hati apabila Menteri dan Timbalan Menteri tidak hadir. Oh, ada seorang. Tahniah. Seorang sahaja Timbalan Menteri yang rasa bertanggungjawab dan sanggup mendengar perbahasan belanjawan ini. Terima kasih banyak.
Apa pun, belanjawan yang dibentangkan kali ini yang berjumlah RM421.2 bilion adalah belanjawan geoekonomi. Belanjawan yang meletakkan negara kita ini sejauh mana kita sanggup berhadapan dengan negara-negara yang lebih maju yang menjadi negara pengeluar kepada barangan yang diguna oleh manusia. Ataupun belanjawan kita ini sekadar kita nak bersaing dengan negara-negara yang sentiasa mengguna sahaja barang-barang yang direka, dicipta oleh negara lain.
Saya menyebut isu ini kerana sepanjang yang saya baca, tidak ada satu gambaran melalui belanjawan yang dibentangkan ini untuk menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu mencipta barangan-barangan mengikut kemampuan yang ada pada kita. Kita ada universiti, kita ada pakar, kita ada macam- macam dan Allah anugerahkan kepada bumi Malaysia bahan mentah yang berbagai- bagai. Kita ada REE yang sangat bernilai. Sangat malang kalau kita meletakkan REE kita ini untuk kita eksport secara mentah ke luar negara.
Kalau kita hendak jadi sebuah negara yang disegani di mata dunia, kita tidak ada pilihan, Malaysia mesti muncul sebuah negara yang mengeluarkan barangan kita tersendiri dan pengeluaran barangan ini akan meletakkan ekonomi kita lebih kukuh, lebih teratur di masa hadapan.
Sebagai contoh, saya lihat ketika berlakunya group Global Sumud Flotilla untuk meraikan sahabat-sahabat kita yang berada di bumi Gaza. Akhir sekali, rakyat
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
daripada Malaysia ditahan. Ditahan. Okey. Malaysia terpaksa minta bantuan daripada Turkiye, bantuan daripada negara Mesir, seolah-olah suara kita ini tidak akan didengari oleh Israel, tidak akan didengari oleh Amerika Syarikat. Saya hendak kaitkan kerana kita bukan negara pengeluar, kita tidak mencipta senjata, kita tidak ada barang-barangan teknologi tinggi yang kita cipta. Sedangkan saya yakin di dalam negara kita, kita mampu untuk mencipta barangan tersebut.
Sebab itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sahabat saya.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ringkas.
Ringkas. Soalan sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan Global Sumud Flotilla. Adakah Yang Berhormat setuju dan memuji kerajaan yang dapat berjaya membawa balik semua aktivis itu dengan selamat? Soalan satu. Soalan kedua, kenapa tidak mengutuk tindakan beberapa, segelintir penduduk Kelantan yang mengibarkan bendera Israel? Tidak membakarnya tetapi mengibarkan bendera Israel di Sungai Kelantan di Kelantan. Kenapa tidak mengutuk tindakan itu?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey, saya faham. Saya faham. Yang pertama, secara adil dan secara― saya juga rakyat Malaysia. Perdana Menteri yang ada ini adalah Perdana Menteri saya. Usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri, saya ucap ribuan terima kasih. Saya mewakili rakyat, mewakili parti, terima kasih. Tidak ada masalah. Cuma, saya hendak sebut bahawa teknikal yang kita buat itu saya nak kaitkan dengan kalau kita tidak menjadi sebuah negara pengeluar, sukar untuk kita wujudkan sebuah negara yang dihormati di peringkat global. Itu pertama.
Yang kedua, Jelutong, bendera Israel yang dikibarkan apabila buat pertunjukan bagaimana kezaliman Israel. Kezaliman Israel...
[Tepuk] Kita bawalah.
Seorang Ahli
Simulasi.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Simulasi. Ini simulasi. Sedara apa benda? Apa benda ini? Biar rasionallah, Jelutong. Biar rasional...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat mempertahankan kibaran bendera Israel? Itu persoalan saya. Kenapa tak bakar? Kenapa tak bakar? Kenapa tak pijak bendera itu?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Jelutong, you kena ikut simulasi ini daripada awal sehingga kepada akhir di mana simulasi ini menunjukkan akhirnya bendera Israel dibakar...
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pasir Puteh, jangan temberang, Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Temberang apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak ada. Tak ada adegan dibakar.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
You pergi tak?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan mempertahankan...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
You tengok tak?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan mempertahankan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Puan Yang di-Pertua, saya tak benar Jelutong mencelah selepas daripada ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tak rasional ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong, jangan celah lagi.
Seorang Ahli
Jangan celah lagi.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Belanjawan yang dibentangkan pada kali ini, saya mengharapkan satu belanjawan yang jujur dan ikhlas. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jika sekiranya penduduk di bumi beriman, bertakwa kepada Allah, Allah yang membuka pintu rezeki daripada langit dan bumi.” Kita kena ingat, Allah yang membuka pintu rahmat daripada langit dan bumi. Tetapi, kalau kita buat sebalik daripada itu, Allah SWT akan menutup segala rahmat yang ada. Lalu Allah...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah tarik nikmat di atas kedustaan yang kita lakukan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Belanjawan adalah amanah daripada Allah SWT. Belanjawan ini adalah harta rakyat yang dipungut daripada seluruh negeri yang ada dalam negara kita. Rakyat Kelantan membayar cukai. Terengganu, Kedah, Johor semua bayar cukai. Cukai dipungut, dikutip daripada seluruh rakyat, seluruh agensi, daripada seluruh negeri- negeri yang ada. Beramanah dengan Allah, mengapa ketika diagih ada negeri yang menjadi anak tiri?
Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh rakyat melalui sistem Demokrasi Berparlimen yang kita amalkan yang sangat mulia dinafikan peruntukan. Berlaku adil. Sebab itulah bila ayat yang kedua yang saya baca tadi...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bila Allah tarik balik, kita lihat macam-macam perkara yang tak pernah berlaku sebelum daripada ini berlaku pada hari ini. Sekolah menjadi tempat yang tak selamat. Urusan Allah jangan dipermainkan.
Sebab itu kami menyebut perkara ini bukan kita menjadi pengemis. Tidak.
Kita nak hak yang diberi jaminan oleh Perlembagaan negara kita, yang mesti disempurnakan di dunia ini. Kalau tidak disempurnakan, kita akan bertemu di hari akhirat. Pasti ditanya oleh Allah, dalam hadis...
[Membaca sepotong hadis] Ada empat perkara yang Allah akan soal di hari akhirat. Takkan berganjak seorang ini― salah satu daripadanya, ‘al-malihi’*...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Harta daripada mana kita cari, kepada siapa kita belanjakan.
Kita jangan buat pengukuran dengan akal kita. Kita ada pengukuran yang ditetap oleh Allah di dalam kehidupan manusia. Kita jangan ingat harta yang kita cari ini, “Itu gaji aku, itu hak aku”.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tak, ada hak anak isteri kita. Ada hak golongan fakir miskin, ada hak rumah ibadat. Itu adalah ketetapan yang ditetapkan. Kalau kita langgar, Allah SWT akan tarik nikmat ini. Sebab itu, dengan maaf saya sebut, dengan maaf saya bukan hendak menuduh, tapi banyak-banyak Perdana Menteri yang memimpin negara kita, Perdana Menteri kali inilah yang dicaci, dicemuh oleh rakyat. Rakyat tidak hormat.
Saya nak beritahu saja. Ya, nak beritahu saja.
Ini adalah, sebab itulah, bila kita bentang belanjawan, tatakelola disebut, kerajaan bertegas untuk membanteras kerja rasuah yang ada dalam negara kita.
Cuma saya nak tegur sikit. Saya menyokong 100 peratus. PAS menyokong 100 peratus, bahkan kita menyebut PAS memberi jaminan kalau kita memimpin negara, isu rasuah kita akan tangani dengan cara yang terbaik.
[Dewan tepuk]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tak percaya, saya nak bercakap ini bukan saja dalam Dewan supaya rakyat dengar, bagi mandat kepada PAS, kita akan buat. Kalau PAS tak berjaya buat, sila tukar kerajaan lepas daripada itu. Kita dah ada model di Kelantan, di Terengganu.
Tak berlaku. Sebab apa? Manusia mesti dididik dengan agama, sebab itu saya nak menyinggung apabila disebut membanteras rasuah.
Apa yang saya perhati, orang-orang yang tidak sebulu dengan Perdana Menteri akan diambil tindakan macam-macam benda-benda yang dibuat, tapi yang berlaku di sekeliling disenyapkan, disenyapkan. Dan saya tidak nak ulang dalam ucapan yang saya sebut ini kerana banyak kali dah saya ulang benda yang sama.
Saya nak sebut dalam negara kita ada 217 syarikat subsidiari. 86, 86 daripada 217 mengalami kerugian yang sangat parah. MARA Incorporated RM286.30 juta disebabkan pengurusan tanah yang tidak cekap yang disebut oleh Audit Negara.
Pengurusan tanpa tatakelola FELCRA, rangkaian Hotel Seri Malaysia, M. A.
S. S, MAS, MARA di bawah MARA, i2M Ventures di bawah Khazanah, Tabung Haji sendiri, Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia, syarikat-syarikat yang rugi ada 86 syarikat yang besar.
Di mana tatakelola yang pernah disebut oleh Perdana Menteri kepada syarikat-syarikat ini? Yang disebut tatakelola seolah-olah kerajaan ini bersih, yang lain ini yang tidak bersih, kurang tatakelola, kerajaan yang lepaslah, apa bendalah.
Berlaku adil.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Berlaku adil kerana dia lebih hampir kepada ketakwaan kepada Allah SWT.
Pengagihan kekayaan negara di Pantai Timur, Sabah, Sarawak tidak sama dengan Pantai Barat. Pantai Timur dianaktirikan sekian lama. Lebuhraya LPT pergi sampai Terengganu, putus. Nasib baik dulu waktu buat itu, Terengganu diperintah oleh Barisan Nasional dulu. Berhenti, setakat Gemuroh. Tak pergi ke Kota Bharu sedangkan pelan pergi. Apa yang, ah, dosa rakyat Kelantan, orang Kelantan?
Kalau kita lihat, golongan miskin, banyak dah kawan-kawan saya sebut.
Golongan miskin terdedah dengan tekanan kemiskinan, bebanan di dalam kehidupan mereka sama walaupun kita sebut banyak bantuan, banyak projek, kita tak banding dengan kos harga barang yang melambung naik lebih daripada apa yang kita beri kepada rakyat.
Hari ini, rakyat mula bercakap, datang ke pejabat-pejabat Parlimen, datang pejabat saya, tak boleh nak bayar yuran. Ada rakyat yang tak boleh, tak mampu nak beli beras, sampai ke tahap itu. Dulu, dengan jujur saya sebut kerana Allah SWT
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
saya sebut, dulu tak pernah ada walaupun satu kes. Ini realiti yang berlaku dalam negara kita.
Akhirnya, saya nak sebut yang terakhir oleh kerana masa tidak, tidak ini.
Berkenaan dengan harapan saya di Pasir Puteh kepada pihak JKR terutamanya. Di Pasir Puteh ini daripada Gaal sehingga kepada Selising. Saya tak ingat enam ataupun tujuh jambatan yang sempit, jalannya luas kemudian jambatan yang sempit.
Pernah accident dua lori yang lalu waktu yang sama menyebabkan berlaku kebakaran dan mati kedua-dua pemandu. Berlaku macam-macam. Kalau motosikal itu kerap sangatlah. Jadi, saya minta supaya pihak JKR ambil perhatianlah benda- benda yang berbahaya yang membabitkan nyawa rakyat.
Yang kedua, kepada pihak Jabatan Perparitan Saliran, kementerian yang jaga benda ini. bandar Pasir Puteh ini dia duduk dekat dengan dia panggil Sungai Gali ataupun Sungai Kemasin Semerak, dia panggil. Dekat saja. Cuma tidak ada satu saliran daripada bandar Pasir Puteh ini ke sungai yang di Gali. Dia tidak menelan belanja yang banyak. Kami setiap tahun bandar Pasir Puteh ini tenggelam.
Kalau ada satu saliran yang saya kira tidak menelan kos sampai bilion, tidak dan tak sampai pun ratus juta, tak sampai pun ratus juta. Saya dengan rendah hati memohon Perdana Menteri sendiri supaya selaku Menteri Kewangan keluarkan satu peruntukan selesaikan masalah perparitan ataupun satu saliran yang lengkaplah daripada bandar Pasir Puteh sampai ke kawasan Sungai Kemasin Semerak untuk rakyat untuk masyarakat setempat dan untuk menyelamatkan harta benda yang ada di kawasan tersebut.
Dan akhir sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Apa yang disebut oleh Perdana Menteri berkenaan dengan sistem kewangan Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Ringkaskan. Masa sudah...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya nak tegur sikit dalam Dewan yang mulia — ringkas saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah dua minit lebih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ringkas saja.
Puan, tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tadi bukan saya yang chair.
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tak apa, okey.
Saya ambil dua minit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih dua minit.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sistem kewangan Islam. Bank Islam Malaysia Berhad.
Kadang-kadang Bank Islam ini ada semacam gharar, semacam saya nak sebut penipuan pun takut kasar sangat. Saya nak sebut ini benda yang berlaku kepada saya dan berlaku kepada orang lain. Bila buat pinjaman, okey, clear buat pinjaman. Saya buat pinjaman kurang lebih dalam RM500,000 untuk bina rumah dulu.
Jadi, buatlah, tempoh pinjaman 15 tahun. Ada pegawai dia mari jumpa, dia kata, “Kerajaan bagi satu peruntukan untuk mengecualikan bayaran di akhir tahun.” Dia, dia mari tengah itu. Dan saya kata, “Macam mana dia buat ini?” Dia kata, “Kalau tak terima rugilah” sebab benda ini dia kata “Tak bertambah masa.” Saya kata, “Macam mana tak bertambah masa?” Tak bertambah. Dia tunjuk sistem dalam itu dan sistem bila saya pergi semak ini, masih ada lagi sistem itu, tapi bila kita pergi, baki itu dia. Sebab satu tahun dua bulan, tak perlu dibayar. Bulan November, bulan Disember. Tak bayar. Baik.
Jadi, benda-benda yang seumpama ini, dia boleh mencacatkan nama Islam sebab bila kita buat sistem, kita mesti jaga. Dan mesti kita kena jaga standard sebuah bank yang unggul, dan bank ini dirasmikan oleh Perdana Menteri kita zaman dia duduk dalam UMNO dulu waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan benda ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Jadi, saya minta supaya diambil perhatian, perhatian dan boleh check-lah dengan Bank Islam di Jerteh, Terengganu. Jadi, itu saja. Terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera diucapkan pada sidang Dewan.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tambun, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan MADANI 2026, yang bukan sahaja berani dan inklusif, tetapi sarat dengan nilai kemanusiaan dan visi moral.
Belanjawan ini lahir dari jiwa kepimpinan yang memahami denyut nadi rakyat.
Ia membuktikan bahawa setiap dasar, setiap perbelanjaan dan setiap reformasi mesti membawa nilai dan makna kepada kehidupan rakyat biasa di seluruh pelosok tanah air.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Sabah, saya berasa bangga dan terharu kerana buat pertama kalinya, kerajaan memberikan peruntukan pembangunan tertinggi, RM6.9 bilion kepada Sabah, meningkat daripada RM4.4 bilion pada tahun 2022. Malah, pemberian khas Sabah dinaikkan kepada RM600 juta. Satu peningkatan signifikan yang menzahirkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 dalam bentuk tindakan, bukan sekadar retorik politik semata-mata. Dan langkah ini membuktikan bahawa di bawah Kerajaan MADANI, Sabah menjadi sebahagian teras kepada kemajuan Malaysia Timur.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan berkenaan satu isu yang membimbangkan iaitu kesedaran dan keupayaan golongan belia untuk melakukan reskilling dan upskilling dalam menghadapi cabaran ekonomi moden.
Walaupun kerajaan telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi merangsang peluang pekerjaan, hakikatnya pengangguran belia masih kekal tinggi dan memerlukan pendekatan yang lebih pragmatik.
Justeru itu, usaha untuk menurunkan kadar pengangguran, ia bukan semata- mata soal mencipta peluang pekerjaan yang baharu tetapi memastikan pekerjaan itu bermaruah, berpendapatan wajar dan sejajar dengan keperluan industri masa kini.
Ramai belia hari ini berdepan jurang kemahiran yang ketara disebabkan kemahiran yang mereka miliki tidak selari dengan kehendak pasaran, menyebabkan peluang pekerjaan yang ada tidak dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Oleh itu, kerajaan perlu memperkukuh dasar pelaksanaan TVET dengan memperluas kolaborasi bersama sektor swasta dan industri agar latihan yang diberikan benar-benar memenuhi keperluan semasa, khususnya dalam bidang
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
teknologi maklumat, kecerdasan buatan dan ekonomi digital. Justeru, Belanjawan 2026 perlu menjadi wadah untuk membina transformasi minda belia Malaysia daripada menunggu peluang, kepada mencipta peluang. Kerajaan wajar mempergiat kempen kesedaran dan bimbingan kerjaya bagi menggalakkan belia melihat pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu budaya, bukan sekadar keperluan sementara.
Puan Yang di-Pertua, isu buli dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan menyeluruh. Walaupun pelbagai langkah telah diambil, sistem aduan sedia ada perlu diperkukuh agar benar-benar berfungsi melindungi murid. Hal ini disebabkan masih ramai pelajar yang takut untuk melaporkan sekiranya berlaku sebarang masalah kerana bimbang dikenakan tindakan balas. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan menambah baik sistem ini dengan:
(i) menubuhkan talian aduan khas mesra kanak-kanak,
(ii) menyediakan pilihan aduan anonymous,
(iii) mewujudkan sistem aduan digital,
(iv) sokongan psikososial di semua sekolah,
(v) bilangan kaunselor bertauliah perlu ditambah di setiap sekolah; dan
(vi) KPI sifar buli wajar dijadikan ukuran prestasi sekolah.
Dan bagi memperkukuh keselamatan fizikal, pemasangan sistem CCTV di setiap sekolah perlu diwajibkan, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti asrama dan koridor. Ini bukan hanya untuk pemantauan tetapi juga sebagai langkah pencegahan dan bukti jika berlaku sebarang insiden. Namun, keselamatan murid tidak boleh dilihat daripada sudut fizikal sahaja. Tekanan emosi, masalah kesihatan mental perlu dipandang juga dan mungkin pelajar-pelajar itu berdepan kecenderungan bunuh diri akibat daripada kemurungan.
Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan melaksanakan ujian kesihatan mental berkala di sekolah dan mengintegrasikan modul kesejahteraan mental dalam kokurikulum. Dan ini penting untuk mengesan awal murid yang mungkin berisiko agar bantuan dapat diberikan dengan kadar segera.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 turut membuktikan kesungguhan untuk mengubah landskap pembangunan Sabah. Terutamanya menyelesaikan masalah tiga serangkai yang sangat mengejut, terutamanya dengan pelaksanaan projek-projek berskala besar. Di antaranya, Projek Air Sabah bernilai RM1 bilion,
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
termasuk pemasangan paip baharu di Tawau yang sudah pastinya akan memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan Parlimen Kalabakan.
Kedua, Projek Talian Penghantaran Southern Link bernilai RM765 juta bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik. Kerana kalau kita lihat, masih ramai lagi penduduk di Sabah ini yang belum dapat menikmati bekalan elektrik secara stabil dan juga menyeluruh.
Yang ketiga, Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI ataupun SALAM, bernilai RM2 bilion sepanjang 3,160 kilometer yang menghubungkan Sedili, Kuching, Sibu, Tuaran, Kudat, Sandakan dan Tawau, termasuk liputan digital untuk kawasan Kalabakan dan juga pedalaman Sabah. Sudah pasti gabungan projek-projek yang telah saya nyatakan tadi, dengan rangkaian jalan raya seperti Projek Pan Borneo, Jalan Kalabakan, Semenggaris dan Trans Borneo, Sabah kini sedang meniti transformasi strategik paling besar dalam dekad ini yang pastinya akan membantu Sabah mengubah daya saing, kesejahteraan dan juga kemakmuran.
Puan Yang di-Pertua, dunia kini sedang bergerak ke arah ekonomi bernilai tinggi dan ekonomi jingga menjadi antara pemacu utama pertumbuhan baru. Ia merangkumi bidang seni, reka bentuk, filem, muzik, animasi, permainan digital dan juga teknologi kandungan. Dan di sinilah terletaknya potensi sebenar Malaysia, terutamanya di negeri Sabah ini. Kerana dalam bidang ini, walaupun ia baru tetapi ia sangat besar. Terutamanya dengan bakat kreatif anak muda serta kepelbagaian warisan budaya etnik tempatan yang boleh kita terjemahkan menjadi produk seni dan digital yang bernilai tinggi.
Oleh itu, saya menyeru agar Belanjawan 2026 juga memberi perhatian serius terhadap perkembangan ekonomi jingga ini. Kerajaan perlu mencipta ekosistem yang menyokong bakat-bakat kreatif tempatan supaya mampu berkembang dan memasarkan hasil karya ke pasaran serantau dan mungkin juga ke peringkat antarabangsa.
Selain itu, latihan kemahiran, infrastruktur digital dan promosi pasaran perlu juga dipertingkatkan. Dan dengan adanya ekosistem yang menyokong pertumbuhan ini, saya fikir Sabah berpotensi untuk menjadi hab untuk industri kreatif di Borneo, sekali gus mencipta peluang pekerjaan baru.
Puan Yang di-Pertua, Projek Pembinaan Jalan Kalabakan-Semenggaris sepanjang 28 kilometer yang telah diumumkan, yang menghubungkan Sabah dan Kalimantan Utara adalah mercu tanda baru hubungan Malaysia dan Indonesia. Ia membawa makna strategik yang besar. Ia melalui pembukaan laluan perdagangan
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
rentas sempadan, memperkukuh ekonomi BIMP-EAGA dan menjadikan Kalabakan sebagai gerbang ekonomi Borneo menjelang perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara. Tambahan pula, apabila Projek Pan Borneo Highway, Sabah-Sarawak Link Road dan Lebuhraya Trans Borneo disiapkan sepenuhnya, Parlimen Kalabakan tidak lagi berdiri sebagai daerah yang terpencil tetapi sebagai hab logistik dan pelaburan strategik Malaysia-ASEAN.
Sehubungan itu, bagi merealisasikan harapan supaya Kalabakan dapat dibangunkan sebagai gerbang ekonomi baru dari sempadan negara, saya ingin mencadangkan yang pertama, penyokongan untuk mewujudkan Kalabakan Integrated Industrial Park sebagai hab perindustrian baharu untuk memperkasa industri biokimia dan juga hiliran kayu. Sekali gus, menarik pelaburan berkualiti tinggi, menggalakkan pelaburan logistik dan pembangunan komuniti sempadan secara sistematik. Dan sudah pastinya pembangunan high impact-high value sudah pasti baik untuk Malaysia secara keseluruhan.
Kedua, memperkasa aspek logistik dan perhubungan dengan menjadikan Kalabakan sebagai pusat transit dan logistik ASEAN Timur dengan menghubungkan terminal logistik bersepadu yang menghubungkan Lebuh Raya Pan Borneo, Pelabuhan Tawau dan Lapangan Terbang Tawau. Sekiranya dapat dilaksanakan, sudah pasti akan meningkatkan eksport barangan dan industri agro daripada Sabah ke ibu kota Nusantara dan ASEAN khususnya.
Dan dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, Kalabakan bukan sahaja akan muncul sebagai nadi baru pembangunan di kawasan sempadan tetapi juga simbol kemajuan keterangkuman dan kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhan.
Puan Yang di-Pertua, ada enam isu juga yang berkaitan dengan Parlimen Kalabakan yang ingin saya bangkitkan di dalam perbahasan saya kerana ia merupakan isu rakyat yang mendesak iaitu pertama, kita mohon juga agar Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 3 yang melibatkan laluan ke Tawau-Kalabakan-Sapulut dapat disegerakan pelaksanaannya. Memandangkan jajaran ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara Pantai Barat Sabah dan juga Pantai Timur Sabah tetapi juga pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi baru di sepanjang jalan apabila siap kelak.
Kedua, isu pembangunan jambatan baru yang menghubungkan Kampung Baru Pasir Putih ke Jalan Tanjung Batu Logpond Tawau perlu diberi perhatian.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Kepadatan penduduk di Kampung Baru Pasir Putih yang hanya mempunyai satu jalan akses menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas setiap hari sekali gus mempengaruhi aktiviti harian.
Ketiga, saya juga ingin menyuarakan kekecewaan terhadap pembatalan projek Klinik Kesihatan Sungai Tamang yang telah diluluskan sebelum ini. Langkah tersebut memberi kesan negatif terhadap kualiti kesihatan penduduk khususnya warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak yang amat bergantung kepada perkhidmatan kesihatan asas. Sekarang ini terpaksa berulang-alik daripada Pulau Sebatik ke hospital besar. Perjalanan yang jauh dan terpaksa menanggung kos yang tinggi. Dan saya berharap agar kerajaan menilai keputusan pembatalan projek ini dengan mengambil kira pertimbangan kemanusiaan dan juga keadilan sosial dan jangan nafikan hak orang-orang Pulau Sebatik terutamanya untuk mendapatkan akses kesihatan.
Keempat, pembinaan sekolah agama baru bagi daerah Kalabakan dan Tawau. Untuk makluman, kapasiti sekolah agama sedia ada sudah tidak mampu menampung keperluan pelajar yang semakin meningkat. Pembinaan sekolah baru penting untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif tetapi juga menjamin akses pendidikan berkualiti untuk generasi muda di kawasan ini.
Kelima, memohon pembinaan institusi TVET baru Parlimen Kalabakan.
Penubuhan institusi TVET ini bukan sahaja akan memperkukuh pembangunan modal insan di selatan Sabah, malah menjadi pemangkin utama kepada agenda ekonomi MADANI yang menekankan keterangkuman dan kesejahteraan rakyat terutama belia-belia.
Kelima, pembinaan lebih banyak perumahan mampu milik rakyat kerana tanpa tempat tinggal yang baik, sukar bagi rakyat untuk membina keluarga sejahtera dan kehidupan yang stabil. Pembinaan rumah mampu milik, contohnya PPR dan sebagainya akan menjadi langkah strategik bukan sahaja untuk menyediakan kediaman mampu milik, malah mengurangkan kawasan setinggan dan juga menjadi tempat satu berlindung untuk keseluruhan rakyat.
Mengakhiri ucapan, ya, Puan Yang di-Pertua. Diharapkan isu-isu yang diutarakan mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat dan akhir kata, Kalabakan menyokong Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2026 pada hari ini. Namun izinkan saya untuk memulakan dengan satu penegasan yang telah saya ulang berkali-kali di dalam Dewan yang mulia ini iaitu bahawa tanpa keadilan dalam agihan peruntukan pembangunan, kesejahteraan rakyat tidak akan dapat dicapai secara menyeluruh.
Ini merupakan tahun kali ketiga berturut-turut saya selaku Ahli Parlimen Parit, membawa perkara ini ke perhatian Dewan dan Kerajaan Persekutuan. Walaupun kawasan Parlimen Parit yang Ahli Parlimennya bukan daripada parti kerajaan, rakyat di Parit tetap juga adalah pembayar cukai yang sama, mematuhi undang-undang yang sama dan mengharapkan kemudahan asas yang sama seperti rakyat di kawasan lain.
Malangnya, sehingga hari ini peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih tidak disalurkan secara adil. Sikap seperti ini bukan sahaja menafikan hak wakil rakyat untuk berkhidmat tetapi juga menafikan hak rakyat di bawah untuk menikmati hasil pembangunan negara. Saya tidak menuntut layanan istimewa, hanya keadilan dan kebajikan untuk rakyat Parit yang telah lama bersabar.
Sebelum meneruskan perbahasan, saya ingin memperdengarkan beberapa rangkap pantun.
*Padi menguning di Kampung Tengah, Hasilnya banyak pesawah tersenyum lebar; Jika peruntukan Kerajaan Pusat diberi berat sebelah, Di mana letaknya adil dan sabar?
Tempua berehat di Kampung Talang, Singgah sebentar di Kampung Lengkuas; Jangan kerana kami pihak pembangkang, Rakyat Parit terus tertindas.
Tanjung Belanja sungainya galak, Tenang permukaannya arusnya bahaya; Kami di Parit bukan meminta harta emas dan perak, Cukup sekadar hak rakyat dijaga.
[Tepuk]*
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kalau pada ketika YB Bera menjadi Perdana Menteri boleh beri peruntukan kepada semua Ahli Parlimen, sama ada yang DAP, PKR, mahu pun Amanah.
Kenapa PMX dan Kerajaan MADANI tidak boleh beri kami, Ahli-ahli Parlimen, yang majoriti rakyat kami adalah Melayu? Kesemua 70 lebih wakil rakyat ini adalah di kawasan yang memiliki majoriti Melayu yang tinggi. Yang jadi mangsanya ialah rakyat-rakyat yang kebanyakannya daripada orang Melayu.
Tuan-tuan, Puan Yang di-Pertua, sebagai permulaannya berkaitan dengan isu tempatan, saya ingin menarik perhatian Dewan Rakyat yang mulia ini terhadap beberapa isu penting yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar, di kawasan Parlimen Parit.
Pertamanya isu kualiti telekomunikasi dan Internet. Masalah capaian Internet dan liputan telefon bimbit masih menjadi rungutan utama penduduk di beberapa kampung seperti Kampung Bidara, Kampung Selboh, Kampung Kota Pagar, Kampung Nyior, Kampung Belanja Kiri, Kampung Teluk Perang, Kampung Serapoh, Kampung Simpang Tiga, Kampung Buluh Akar serta Kampung Chopin Kanan dan Kiri. Saya menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat-syarikat telekomunikasi agar mempercepatkan naik taraf menara 4G dan 5G di kalangan luar bandar serta memperluaskan rangkaian fiber optik ke kawasan pedalaman.
Selain itu, saya mencadangkan agar kerajaan menubuhkan dana khas capaian jalur lebar desa bagi menampung pembangunan infrastruktur digital di kawasan yang masih lagi menjadi blank spot. Langkah ini amat penting untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pendigitalan negara.
Kedua, saya ingin sentuh tentang pembangunan komuniti nelayan darat di Parlimen Parit. Selain isu telekomunikasi, saya ingin menekankan kepentingan meneruskan program pembangunan komuniti nelayan darat yang sedang dijalankan di kawasan Parlimen saya. Kawasan seperti Teluk Perang, Chopin Kanan dan Chopin Kiri sekitar Sungai Perak. Begitu juga di kawasan Teluk Kepayang, di Ekor Lambat, mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai pusat industri ikan darat.
Bagi memperkukuhkan sektor ini, saya mengemukakan tiga cadangan.
Pertamanya, menaikkan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) daripada RM250 kepada RM350 sebulan bagi menampung peningkatan kos hidup. Kedua, menambah kuota penerima bantuan daripada hanya 80 orang di kawasan saya, tambahlah kepada 150 orang nelayan supaya lebih ramai dapat menikmati
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
manfaatnya. Ketiga, memberikan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan darat sama seperti yang dinikmati oleh nelayan laut bagi meringankan beban operasi dan pengangkutan hasil tangkapan. Saya yakin jika program ini diteruskan dan diselaraskan dengan baik oleh LKIM serta Jabatan Perikanan, ia mampu menjadi pemangkin ekonomi baru di kawasan Perak Tengah.
Ketiga, projek pembinaan Masjid Ghufraniah Titi Gantung. Saya juga ingin menarik perhatian mengenai projek pembinaan Masjid Ghufraniah Titi Gantung yang masih lagi belum mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan. Dah berkali- kali saya nyatakan di sini, saya bawa juga ke Kamar Khas. Pihak jawatankuasa masjid telah mematuhi syarat yang ditentukan atau prosedur yang ditentukan, namun permohonan mereka masih lagi belum diberikan perhatian. Saya merayu agar Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempertimbangkan pembinaan masjid ini untuk disebutkan, untuk dimasukkan dalam Bajet 2026 ini demi manfaat umat Islam di kawasan Parit.
Keempat, berkaitan dengan keperluan pemasangan lampu jalan di kawasan berisiko. Isu keselamatan jalan raya turut menjadi kebimbangan utama di kalangan penduduk luar bandar. Justeru, saya minta perhatian supaya dipasang lampu-lampu khususnya di kawasan selekoh-selekoh tajam, di kawasan penduduk padat yang sangat memerlukan.
Yang kelima, saya mencadangkan pembinaan jejambat (flyover) di Jalan Ipoh-Lumut, khususnya di kawasan Tronoh, Seri Iskandar, FELCRA Bota Kanan dan Bota Kiri. Laluan ini merupakan nadi penghubung utama antara bandar dan kawasan desa. Namun, sering mengalami kesesakan teruk terutama pada waktu puncak. Jadi jejambat atau flyover ini sangat diperlukan. Saya mencadangkan agar Kementerian Kerja Raya (KKR) mempertimbangkan pembinaan jejambat flyover ini di beberapa kawasan strategik di sepanjang laluan ini. Langkah ini akan membantu melancarkan aliran trafik, mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Puan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Bajet 2026 yang telah dibentangkan, saya juga ingin menarik perhatian bahawa Bajet 2026 ini memperlihatkan pendekatan yang agak konservatif dan berhati-hati. Seolah-olah kerajaan terlalu bimbang untuk melakukan pembaharuan besar yang diperlukan oleh ekonomi negara. Banyak pihak termasuk pakar ekonomi menegaskan bahawa bajet kali ini lebih tertumpu kepada bantuan segera dan perlindungan sosial berbanding
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
pembaharuan struktur yang boleh meningkatkan daya saing dan produktiviti jangka panjang.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Firman Allah Taala [Membaca sepotong ayat A-Quran] , “Dan orang-orang apabila membelanjakan harta mereka tidak berlebihan, tidak pula kikir dan adalah perbelanjaan mereka itu di tengah-tengah antara yang demikian.” Kita tidak menolak kepentingan bantuan tunai atau subsidi kepada rakyat, namun jika dasar fiskal hanya bergantung kepada langkah sementara, ekonomi negara akan kekal statik tanpa lonjakan sebenar. Apa yang diperlukan sekarang ialah satu anjakan berani untuk membina asas pertumbuhan baru yang berteraskan inovasi, teknologi dan kemahiran tinggi.
Sebagai contoh, pelaburan dalam sektor pengangkutan awam moden, pendidikan berkualiti, teknologi tinggi, masih belum dilaksanakan dengan kadar segera yang diharapkan. Walaupun disebut dalam pelan pembangunan negara, realitinya pelaksanaannya masih lagi di peringkat negeri atau luar bandar sangat perlahan. Ia menjadi jurang pembangunan antara wilayah semakin melebar iaitu Lembah Klang terus maju, tetapi negeri lain kekal dalam pertumbuhan yang sederhana.
Puan Yang di-Pertua, Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada peningkatan bajet yang bersifat sementara. Dunia kini bergerak pantas menuju ekonomi digital, tenaga hijau dan industri berasaskan pengetahuan. Jika kita hanya mengekalkan dasar lama tanpa keberanian melakukan pembaharuan fiskal dan struktur, kita akan tertinggal di belakang daripada negara jiran kita seperti Vietnam, Indonesia yang kini semakin agresif, menarik pelaburan asing dengan dasar ekonomi yang lebih progresif. Kerajaan perlu menunjukkan komitmen sebenar terhadap reformasi ekonomi jangka panjang, bukan hanya dengan slogan tetapi dengan tindakan yang mengubah landskap pekerjaan, keusahawanan dan pelaburan negara. Tanpa langkah berani ini, pasti tidak akan membawa perubahan besar dalam produktiviti negara.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang sekolah. Saya amat dukacita dan tergoncang hati saya apabila membaca laporan bahawa empat pelajar sekolah menengah di Melaka telah didakwa terlibat dalam kes rogol secara bergilir- gilir baru-baru ini. Kes ini bukan sekadar jenayah yang menggemparkan masyarakat, tetapi satu tamparan besar kepada institusi pendidikan kita. Ia menimbulkan
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
persoalan besar di manakah silapnya sistem pembentukan sahsiah dan pengawasan moral di sekolah-sekolah kita?
Hari ini, pada 9.45 pagi tadi berlaku di SMK BU4, Bandar Utama, Petaling Jaya. Seorang anak yang berumur 16 tahun ditikam oleh pelajar lelaki 14 tahun. 14 tahun dah boleh tikam orang dah, tuan-tuan. Puan Yang di-Pertua, membawa senjata, menggunakan pisau dan sebagainya. Jadi, kita ada anak-anak. Bayangkan kalau anak kita berlaku sebegini.
[Sambil menunjukkan sekeping gambar] Tiba-tiba ditikam, mati begitu saja. Oleh pelajar berumur 14 tahun, Tingkatan 2. Tikam pelajar Tingkatan 4, sangat memilukan. Apa sudah jadi dengan sekolah-sekolah kita?
Sekolah sepatutnya menjadi tempat pentarbiahan akhlak, tempat mendidik anak-anak supaya mengenal batas halal dan haram serta menjadi tempat untuk menanam nilai malu, hormat dan tanggungjawab terhadap diri serta orang lain. Ia bukan sekadar pusat akademik untuk mengejar gred dan keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi institusi yang membentuk manusia yang beradab.
Ketika ibu Imam Syafie menghantar anaknya Imam Syafie kepada Imam Malik, ibu Imam Syafie mengatakan bahawa, “Ajarlah anak ku dengan adab mu sebelum ilmu mu.” Maknanya, adab itu sepatutnya lebih utama daripada ilmu.
Guru-guru dan pihak sekolah memikul amanah yang besar bukan hanya untuk mengajar tetapi untuk membimbing, mendisiplinkan pelajar akan menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, dalam era digital yang serba terbuka ini, cabaran pendidikan akhlak semakin berat. Pengaruh media sosial, kandungan tidak bermoral dan sebagainya, menghakis nilai malu dan adab di kalangan remaja.
Justeru, saya mencadangkan KPM dengan kerjasama JAKIM dengan agensinya, YADIM untuk melaksanakan program berbentuk kerohanian, pembentukan akhlak dan moral seperti menganjurkan nadwah, mewajibkan kem ibadah, mewajibkan pelajar-pelajar menyertai badan dakwah dan rohani di sekolah- sekolah menengah.
Puan Yang di-Pertua, bayangkan SMK Papar, SMK Tun Datu Mustapha di Papar, sekolah menengah kebangsaan agama, boleh berlaku kes buli melibatkan Qairina, Zara Qairina. Rupa-rupanya pada 24 Jun 2023 [Sambil menunjukkan sekeping gambar] kes buli telah pun berlaku di SMK Papar, SMKA, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar pada 24 Jun telah pun berlaku tetapi tindakan sewajarnya tidak diambil, maka perkara ini berulang lagi
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
sehingga menyebabkan kematian anak kita, Zara Qairina. Perkara yang sangat mendukacitakan.
Saya ingin menyebut satu laporan penganjuran Annual Reunion Banquet 2025 kali ke-90 oleh bekas pelajar St. Michael, Ipoh pada 27 September yang dihadiri oleh 800 orang di mana yang dikatakan majlis itu dicemari oleh pesta arak di dalam sekolah St. Michael berlaku perkara ini. Arak dihidangkan, 800 orang yang terlibat dengan perkara ini. Perbuatan ini amat dikesali dan tidak boleh diterima. Sekolah sepatutnya menjadi medan pembentukan sahsiah dan moral dan keilmuan, bukan tempat untuk aktiviti yang bertentangan dengan nilai agama, etika dan pendidikan.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk pandangan agama-agama tentang arak. Arak ini dalam Islam haram, dalam kebanyakan agama juga dilarang, termasuklah agama Sikh. Minta apa nama, Bukit Gelugor sahkan agama Sikh melarang arak. Dan semua agama meletakkan bahawa meminum arak adalah amalan negatif. Bukan soalnya Arab, orang Arab Emirate bagi, orang Arab Jordan pun hidangkan arak. Itu bukan soalnya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Abu Jahal, Abu Lahab pun orang Arab. Apa kita nak ukur dengan orang Arab yang bagi minum arak?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sebab nak mencelah, boleh?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ya, silakan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Setuju ataupun tidak Parit, untuk menarik pelancong ini tak semestinya kita sajikan arak di flight, di kapal terbang. Apa salahnya kalau dihidangkan minuman tradisional?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Cendol.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Cendol, air bandung.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ha, ABC.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
ABC dan sebagainya daripada arak. Saya rasa itu lebih baik daripada sajikan arak. Setuju ke tidak?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ya, majoriti yang dalam kapal itu tak minum arak. Kenapa utamakan minoriti? Jadi, ini mesti difikirkan.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Jangan kita nak bermegah-megah dengan benda yang dilarang oleh agama. Semua agama menyatakan arak adalah amalan negatif. Jadi, kita kena ambil itu. Apakah kita tak ada agama? Semua kita ini ada agama, jadi kena ikutlah agama kita sebagai panduan kehidupan kita. Jadi, mohon perhatian semua berkaitan dengan isu-isu ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat malam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada lagi ya yang masih menunggu di hujung-hujung ini. Hujan di luar pun sudah berhenti, tapi kita masih belum berhenti untuk kita membahaskan perkara penting Belanjawan 2026 ini.
Saya mulakan dengan satu peringatan Allah SWT, bismillahirrahmanirrahim [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan”. Saya mulakan juga dengan pantun.
Amanah rakyat bukan untuk diperdagang, Janji ditabur biar jangan dikhianati; Jika kuasa dijulang tanpa maruah dijaga, Hilang berkat rosaklah mandat. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan bukan sekadar angka dalam buku fiskal. Ia adalah cerminan hati nurani pemerintah terhadap rakyat yang dikuasai. Belanjawan 2026 yang dibentangkan dengan bahasa megah serta dengan slogan “Kesejahteraan dan Inklusiviti”. Namun begitu, setelah meneliti kandungan dan implikasinya, saya mendapati ia masih gagal menjawab keluhan rakyat di bawah sana. Golongan yang paling terkesan ialah berkaitan kenaikan kos dan beberapa kelemahan pelaksanaan dasar.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin menyentuh soal perbelanjaan pengurusan atau operating expenditure dengan izin OE. Kerajaan ini dijangka terus meningkat kepada RM338.2 bilion pada tahun 2026. Salah satu komponen utama dalam OE ialah bayaran khidmat hutang ataupun interest service charge yang semakin membebankan fiskal negara. Pada tahun 2025, bayaran faedah hutang kerajaan dianggarkan berjumlah RM54.3 bilion iaitu sekitar 16.3 peratus daripada jumlah OE yang diunjurkan sebanyak RM332 bilion.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Unjuran bagi tahun 2026 menunjukkan bayaran faedah dijangka meningkat hingga 7.4 peratus kepada RM58.3 bilion, iaitu tambahan kira-kira RM4 bilion berbanding tahun sebelumnya. Masalah utama yang dibangkitkan ialah tahap hutang negara yang tinggi dan peningkatan konsisten dalam bayaran faedah tahunan iaitu sekitar RM4 hingga RM5 bilion setahun yang secara langsung menekan kedudukan fiskal negara dan mengehadkan ruang fiskal jangka panjang.
Dalam konteks subsidi dan bantuan sosial pula, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM57 bilion bagi tahun 2025 meliputi pelbagai skim seperti Sumbangan Tunai Rahmah, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, SARA serta subsidi bahan asas. Namun, untuk tahun 2026, kerajaan merancang pengurangan subsidi dan bantuan sosial sebanyak RM8 bilion kepada sekitar RM49 bilion. Langkah ini menimbulkan persoalan dasar. Adakah wajar penjimatan subsidi digunakan untuk menampung kenaikan bayaran faedah hutang, bukannya untuk memperkukuhkan pembangunan dan menambah baik jaringan keselamatan sosial?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan struktur perbelanjaan dan pembangunan dalam belanjawan ini. Saya pergi pula kepada komponen perbelanjaan pembangunan iaitu DE yang merangkumi pelbagai aspek penting seperti pembinaan infrastruktur, sekolah dan jalan raya di samping pembangunan projek nilai tambah ekonomi yang bertujuan merangsang pertumbuhan jangka panjang. Namun, terdapat keprihatinan serius terhadap trend penurunan DE dalam belanjawan terkini sama ada disebabkan oleh usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal atau berpunca daripada ketidakupayaan jabatan- jabatan kerajaan membelanjakan peruntukan yang telah diluluskan.
Bagi tahun 2025, kerajaan telah meluluskan DE sebanyak kira-kira RM84.7 bilion. Namun, dalam unjuran semakan, jumlah tersebut menurun kepada sekitar RM78.7 bilion mencatatkan pengurangan sebanyak RM6 bilion. Penurunan ini dipercayai berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya projek yang tidak mencapai sasaran pelaksanaan ataupun milestone, dengan izin, kelewatan dalam proses pelaksanaan projek serta sekatan fiskal yang dikenakan bagi memastikan sasaran defisit dapat dicapai.
Kesan kelewatan DE ini turut dirasai di peringkat tempatan, di peringkat luar bandar termasuk di Parlimen saya di daerah Sik di mana projek penggantian― contohnya, projek penggantian Jambatan Sik Dalam yang sepatutnya siap pada Mei tahun ini telah tertangguh sekian lama dan penangguhan itu telah menyukarkan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
pergerakan penduduk yang merupakan pengguna jambatan laluan itu pada setiap hari termasuklah kepada pelajar-pelajar sekolah.
Begitu juga saya beberapa kali bangkit dalam Dewan ini, pembinaan MRSM Ulul Albab, Sik yang telah diluluskan sejak RMK11 yang lalu. Sudah ada berlaku pengambilan tanah, namun sehingga sekarang, MRSM Sik ini tidak ada bayangan lagi. Justeru, saya mengambil ruang ini untuk menggesa pihak yang bertanggungjawab termasuk Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan mempercepatkan proses pembinaan infrastruktur ini dengan sebaiknya bagi memastikan kemudahan asas dapat dipulihkan dengan segera.
Saya memohon secara langsung dengan Kementerian Desa dan Wilayah projek untuk baik pulih jambatan gantung di beberapa buah kampung akibat daripada banjir yang berlaku menyebabkan beberapa jambatan itu telah rosak di Kampung Betong, di Kampung Jerai, di Kampung Chemara, di Kampung Berona. Sehingga sekarang pihak kementerian tidak ada apa-apa maklum balas walaupun sudah berlalu lebih hampir setahun yang lalu.
Dalam belanjawan ini, saya juga membangkitkan soal disebut bagaimana pembinaan klinik kesihatan di Sik yang akan dilaksanakan. Justeru, saya berharap projek ini tidak mengalami sebarang kelewatan susulan pengurangan peruntukan perbelanjaan pembangunan berbanding unjuran yang sebenar.
Secara asasnya, perbelanjaan pembangunan memainkan peranan yang amat penting sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara dan kesan limpah langsung terhadap sektor pekerjaan, pelaburan dan pembangunan wilayah. Namun begitu, tumpuan terhadap perbelanjaan ini perlu mengambil kira hakikat bahawa pembangunan negara masih tidak seimbang terutamanya antara kawasan bandar yang pesat membangun dan kawasan luar bandar yang masih ketinggalan dari segi infrastruktur asas serta peluang ekonomi.
Bagi tahun 2026, kerajaan merancang untuk memperuntukkan DE sebanyak sekitar RM81 bilion iaitu yang terendah pernah dicatat di bawah pentadbiran ini, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada jumlah ini mencukupi untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
Begitu juga dalam sektor pertanian yang menerima hanya sekitar RM550 juta peruntukan iaitu kurang daripada satu peratus daripada keseluruhan DE. Dalam masa yang sama, belanjawan memperuntukkan RM2.62 bilion bagi subsidi dan bantuan kepada pesawah termasuk subsidi baja dan insentif pengeluaran padi. Ini menunjukkan bahawa tumpuan utama perbelanjaan sektor pertanian masih bersifat
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
jangka pendek berasaskan subsidi berbanding pelaburan modal jangka panjang yang mampu meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian negara.
Saya ingin mengingatkan bahawa DE berpotensi untuk terus kurang dibelanjakan sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah berhati-hati dalam merancang atau meluluskan dan memantau pelaksanaan projek pembangunan. Jika keadaan ini berterusan, ia bukan saja menjejaskan pertumbuhan ekonomi tetapi turut menghambat kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar yang bergantung kepada pembangunan infrastruktur melalui peruntukan DE.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyuarakan kebimbangan terhadap penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam belanjawan Persekutuan. Antara isu utama ialah pencampuran fungsi fiskal kerajaan dengan operasi pelaburan entiti milik awam seperti Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain.
Dalam pembentangan belanjawan, kerajaan menyatakan jumlah perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion meliputi pelaburan tambahan RM30 bilion oleh GLC dan GLIC. Isu ini menimbulkan kebimbangan dari segi tata kelola kerana GLC dan GLIC ini mempunyai mandat dan struktur tadbir urus sendiri terutamanya bagi syarikat swasta yang sahamnya dimiliki oleh badan amanah kerajaan seperti PNB, KWSP atau Khazanah. Pencampuran fungsi fiskal kerajaan dan pelaburan GLIC berisiko menjejaskan akauntabiliti, menimbulkan konflik kepentingan serta moral kewangan itu. Walaupun sumbangan GLIC adalah penting, namun pencampuran fungsi fiskal boleh mengakibatkan ketidak kecekapan serta risiko penyalahgunaan sumber awam.
Saya mencadangkan untuk perlu memisahkan sepenuhnya operasi GLC daripada belanjawan kerajaan adalah sejajar dengan yang disebut guidelines, dengan izin, Guidelines on Corporate Governance of State-Owned Enterprise 2021, dengan izin, yang menekankan prinsip ketelusan dan pemisahan fungsi ekonomi.
Tambahan kepada isu ini, saya ingin menarik perhatian Dewan ini terhadap penglibatan Khazanah Nasional Berhad dalam projek pemulihan Carcosa Seri Negara yang diumumkan semula dalam Belanjawan 2026 selepas pertama kali disebut dalam Belanjawan 2025. Menurut Belanjawan dibentangkan, Khazanah memperuntukkan RM600 juta di bawah inisiatif Kuala Lumpur...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sik. Puncak Borneo minta penjelasan sikit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya. Sila, Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, YB Sik. Saya suka cara beliau berbahas. Very ethical. Tapi, cuma satu, saya dengar tadi mengenai peruntukan untuk baik pulih Carcosa Seri Negara yang menelan perbelanjaan sebanyak RM600 juta. Saya rasa perbelanjaan itu agak tinggi. Setuju tak YB Sik, kalau peruntukan ini boleh di-channel kepada negeri Kedah ataupun Kelantan untuk membantu rakyat di sana?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, Yang Berhormat Puncak Borneo, sudah pastilah RM600 juta itu sangat besar ya, untuk kita menyiapkan atau memulihkan sekolah-sekolah daif di daerah Sik yang ada, di Sabah dan Sarawak.
Dan kita tidak pun jelas apa keperluan RM600 juta ini diberikan. Dan yang paling peliknya, Puncak Borneo, pengumuman peruntukan ini sudah dua kali disebut.
Belanjawan tahun lepas dan belanjawan tahun ini. Adakah kita menyatakan peruntukan ini akan ada pertambahan baharu RM600 juta ataupun projek itu belum dimulakan? Jadi, ini persoalan yang ditanya oleh rakyat. Dan kita pun tak tahu apa― apa ini― pulihnya apa Carcosa ini? Akan disalut dengan emas ataupun akan dibuat dengan permata? Jadi, ini persoalan besar kerana peruntukan RM600 juta ini― betul, sepatutnya diagihkan dengan sebaiknya kepada infrastruktur rakyat yang masih memerlukan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, masa sangat singkat. Saya terus kepada berkaitan isu yang disebut ramai dan dijawab, dibahas di Dewan ini, soal pemain bola sepak, soal kewarganegaraan yang telah pun menjadi polemik besar dalam negara kita ini.
Insiden ini bukan hanya sekadar isu sukan tetapi mencerminkan kelemahan dalam tadbir urus dan penggunaan kuasa eksekutif ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tindakan FIFA ini sangat memalukan kita dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku jika benar-benar kuasa eksekutif itu digunakan dengan sebaik untuk kepentingan rakyat. Dan sudah pastilah soal memperoleh kewarganegaraan itu dengan syarat-syarat tertentu itu sangat-sangat kita bertanya bagaimana proses itu begitu mudah? Ketika dalam masa yang sama kita masih lagi dibelenggu dengan ramainya ribuan kanak-kanak tanpa warganegara ini di Sabah khususnya. Dan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mereka ini tidak ada dokumen yang sah kenapa masih belum dapat diselesaikan?
Kalau kita bercakap soal kita memperoleh kewarganegaraan itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus juga tadi disebut oleh kawan-kawan yang lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sik, bola sepak. Ada Sik bersetuju kita perlu mendapatkan bakat tanah air kita macam dulu? Mokhtar Dahari, Soh Chin Ann, R. Arumugam. Lebih daripada memberi kepentingan kepada pemain-pemain daripada luar negara. Pendapat Sik atas isu ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ini baru pertama kali dengar Jelutong cakap bagus ini.
[Ketawa] Ya, betul Jelutong. Ramai di kalangan bakat- bakat anak tempatan kita, anak-anak kampung kita yang hebat main bola ini.
Pergi tengok di Sik, saya ingat di Pulau Pinang pun ada. Kita asah bakat, bakat mereka. Yang sudah pastilah mereka juga ada kemampuan untuk main peringkat kebangsaan, peringkat antarabangsa. Sepatutnya wang yang diperuntukkan ratusan juta untuk bayar pemain import ini diberikan kepada latihan- latihan anak-anak kita di kampung-kampung untuk menjadi pemain bola sepak yang terbaik.
Tuan Yang di-Pertua, seminit lagi. Saya juga sekali lagi nak mempersoal peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang yang masih belum kelihatan sehingga sekarang. Sudah nak habis pilihan raya dah ini. Jadi, tolonglah ya. Dengarlah keluhan Ahli-ahli Parlimen kami ini. Bukan soal kita bersaing politik tetapi soal itu kita balik kepada rakyat yang sangat memerlukan.
Saya terpaksa — maknanya begitu sedih tidak dapat membantu ramai di kalangan anak-anak kita yang nak melanjutkan pelajaran ke universiti baru-baru ini kerana kita tidak ada peruntukan. Ramai di kalangan warga di daerah saya ini yang memerlukan katil pesakit, yang memerlukan kerusi roda dan sebagainya. Kita tidak ada kemampuan untuk memberi kerana peruntukan-peruntukan ini telah disekat.
Dengan saya kata begitu zalim ketika mana peruntukan itu sepatutnya diberikan dengan seadilnya.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir sudah pastilah saya ingin membangkitkan soal isu antarabangsa berkaitan dengan Palestin itu. Yang sudah pastilah kita sedang menunggu dengan begitu teliti apa selepas itu pelan damai. Adakah ia benar- benar satu pelan damai yang jujur untuk memastikan bahawa tidak ada lagi genocide kepada rakyat di Gaza itu. Sudah pastilah Malaysia berperanan besar untuk memastikan bahawa tidak ada lagi berlaku satu penderitaan yang berterusan ketika
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mana lebih 67,000 rakyat di Gaza itu telah dibunuh dengan kejam. Lebih sebahagiannya adalah kanak-kanak.
Malaysia tidak boleh hanya menjadi negara yang jauh di sini dengan tidak ada apa-apa peranan. Bahkan perlu lagi bergerak ke depan dengan dukungan negara-negara yang lain untuk memastikan bahawa tidak ada lagi negara yang menjadi dipanggil “The state terrorist”. Israel itu menjadi sebahagian daripada dunia yang tidak adil hari ini. Dan saya yakin jugalah seluruh dunia ingin memastikan bahawa peristiwa di Gaza itu akan berakhir dengan segera dan segala bantuan- bantuan akan dapat kita salurkan dengan sebaiknya.
Yang terakhir itu Tuan Yang di-Pertua, maaf saya nak menjawab sedikitlah.
Tadi soal dibincang dengan riuh-rendahnya soal cadangan dari Hulu Selangor untuk pengharaman alkohol dalam kapal terbang. Ya, ini soal secara jelasnya soal kawasan ataupun tempat awam ya dalam penerbangan itu. Kita tidak mahu berlaku ketika mana satu peristiwa mungkin Yang Berhormat Kampar telah lupa.
Pada tahun 2015, sebuah penerbangan MH179, MAS daripada Kuala Lumpur untuk ke Colombo di Sri Lanka terpaksa berpatah balik selepas dua jam penerbangan. Akibat seorang penumpang yang mabuk yang telah pun mengganggu kru kapal sehingga menyebabkan kapten kapal membuat keputusan berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk menjaga keselamatan penerbangan itu. Jadi, kalau berlaku apa-apa seperti ini siapa nak bertanggungjawab? Yang Berhormat Kampar mana?
Nak bertanggungjawab kalau berlaku seperti ini?
Kalau disebut soal syarikat-syarikat penerbangan yang menyediakan arak, itu ya, itu hak mereka. Tetapi kita juga ada ruang di sini ketika mana syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuk Saudi Airlines, Kuwait Airways, Royal Brunei yang tidak menyediakan alkohol dan mereka antara syarikat penerbangan yang berjaya di dalam dunia industri ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusannya. Bahawa kita memastikan belanjawan ini supaya ia terus dapat direalisasikan tanpa mengorbankan kedudukan fiskal negara. Dan saya mengingatkan bahawa setiap belanjawan yang dibentangkan saban tahun, pemegang taruh terbesarnya ialah rakyat Malaysia sendiri. Dan kita ingin memastikan setiap sen yang kita belanjakan dalam belanjawan ini adalah amanah yang besar yang akan dipertanggungjawabkan nanti. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas kedua terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Timbalan Speaker sebelum itu saya ingin bangkitkan satu isu peraturan, Peraturan 36(12).
Saya baca, Timbalan Speaker. “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis”. Timbalan Speaker, tadi bila Yang Berhormat Pasir Puteh membahas atas isu pengibaran bendera Palestin dan juga bendera Israel. Saya telah mempersoalkan beliau tentang kenapakah bendera Israel itu tidak dibakar. Kalau kita membuat demonstrasi, sepatutnya kita mengutuk Israel, kita membakar bendera Israel ataupun kita memijak bendera Israel.
Pasir Puteh telah tampil menjelaskan bahawa di akhir simulasi itu, bendera Israel telah dibakar. Jadi, bolehkah saya menggunakan Dewan ini untuk menuntut beliau mengemukakan bukti kalau betul ada gambar untuk mengesahkan bahawa ada bendera Israel dibakar di akhir simulasi tersebut? Saya cuma ingin tanya petua daripada Timbalan Speaker. Kerana saya lihat rata-rata Ahli-ahli Parlimen daripada Kelantan terutamanya Pasir Puteh bangun untuk menjelaskan seolah-olah mempertahankan pengibaran bendera Israel. Dengan mengatakan bahawa di akhir simulasi itu bendera itu dibakar.
Jadi, bolehkah saya menggunakan Dewan ini? Mungkin beliau mendengar.
Mungkin rakan-rakan beliau yang hadir Dewan ini boleh memberitahu beliau. Kalau betullah bendera Israel itu dibakar dan beliau masih lagi pertahankan pengibaran bendera itu, bolehkah bukti pembakaran bendera Israel itu dikemukakan sebelum sidang Parlimen ini berakhir? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, kita kalau balik kepada kitab kita ini [Sambil menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] dengan izin eh, anything that is uttered conveyed, communicate dalam ruang lingkup Dewan ini eh. That is the facts of the crux of the issue-lah. Jadi, bagi pendapat saya, perkara apa yang telah dibentangkan dan nyatakan oleh Yang Berhormat berkaitan, perlu dibuktikan juga tidak benar dan mengelirukan Dewan kalau ikut 36(12).
Jadi, perkara ini Yang Berhormat Jelutong, it is advisable dengan izin, dinasihatkan usulkan dan letakkan fakta itu sebagai fakta yang membangkitkan
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
kemahuan Yang Berhormat untuk mengangkat Perkara 36(12) itu. Itu petua saya. I cannot make a decision right now based in one side dengan izin ya. Dan benda itu pun berlaku bukan depan saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, berikut Setiawangsa, silakan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Assalamualaikum, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Setiawangsa ingin turut sama berbahas tentang Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini.
Antara isu besar di negara kita sebelum ini ialah soal subsidi pukal, blanket subsidy dengan izin. Blanket subsidi ini mungkin ada relevan ketika negara kita mula- mula ada pembangunan ekonomi dan membina industri untuk menarik pelabur.
Tetapi kita sudah tahu bahawa dia juga mempunyai satu kesan yang sebenarnya sangat regresif ya. Subsidi pukal dia akan memberi manfaat lebih kepada sebenarnya orang yang kaya.
Saya bagi contoh. Kalau subsidi pukal semua orang dapat subsidi yang sama dalam elektrik, maka rumah yang ada 10 pendingin hawa, ada kolam renang, akan dapat jumlah subsidi yang lebih daripada sebuah flat yang mungkin ada satu atau dua pendingin hawa atau rumah kampung yang tidak langsung tidak ada pendingin hawa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Jadi, itu tentu satu benda yang tidak masuk akal. Sama juga kalau petrol, kita bagi subsidi pukal, orang yang pakai motor kapcai, mereka akan menerima subsidi yang sedikit daripada jumlah yang diberikan berbanding mereka yang memakai SUV mewah dan sebagainya.
Jadi, antara tonggak yang telah berjaya dibuat, dasar Ekonomi MADANI yang telah berjaya diperkenalkan oleh kerajaan ini ialah penyasaran subsidi. Dan untuk kita memberi tumpuan, bukan hanya kepada golongan B40, malah M40 dalam pemberian subsidi, tetapi memastikan dalam ayat Yang Amat Berhormat Tambun golongan maha kaya itu kena memikul beban yang lebih dalam soal ekonomi.
Kabinet Kerajaan MADANI ini dibentuk pada 2 Disember 2022, tepat dua minggu kemudian, 16 Disember, Setiawangsa yang pada waktu itu memegang
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
jawatan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang bertanggungjawab di atas tenaga, kita telah umumkan penyasaran subsidi yang diputuskan di kabinet seiring dengan apa yang ingin dibawa oleh Perdana Menteri.
Dan hasilnya pada tahun 2023, kerajaan telah menjimatkan RM4 bilion daripada penyasaran subsidi elektrik. Pada masa yang sama, kita melindungi 85 peratus daripada isi rumah, maka hanya 15 peratus isi rumah dengan penggunaan elektrik yang tertinggi yang terjejas. Pada masa yang sama, dasar ini bukan hanya baik dari sudut ekonomi malah ia juga menggalakkan penggunaan panel solar dan alat cekap tenaga dan sebagainya hasil daripada penyasaran subsidi.
Pada 2024, kerajaan juga telah memperkenalkan penyasaran subsidi diesel yang dianggarkan memberikan penjimatan sebanyak RM7 bilion kepada kerajaan.
Justeru, Setiawangsa sedikit hairan apabila membaca berita dan juga menonton ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dengan warga JPM semalam di mana beliau menekankan tentang serangan terhadap beliau dan kerajaan dalam soal penyasaran subsidi elektrik dan beliau menyebut bahawa ini adalah punca kekalahan calon-calon Kerajaan Perpaduan di beberapa tempat pada pilihan raya negeri 2023.
Dan ini Tambun memberikan ataupun memulakan kisah ini untuk menerangkan mengapa kerajaan tidak memilih untuk ataupun mengapa kerajaan memilih untuk meneruskan pendekatan subsidi pukal untuk BUDI95 walaupun dalam konteks yang berbeza dengan had tidak membenarkan warga asing dan sebagainya, itu memang langkah-langkah yang positif.
Namun, yang Setiawangsa ingin tekankan ialah kita tahu bahawa pertama, kerajaan ada ruang fiskal yang sangat kecil. Kedua ialah sektor-sektor penting. Bagi saya ini kita perlu wang pukal untuk semua iaitu pendidikan dan juga kesihatan. Kita tahu ada banyak lagi keperluan termasuk di Setiawangsa sendiri yang sangat mendesak di institusi-institusi kerajaan.
Jadi, sekiranya Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan bahawa beliau menerima cemuhan dan kritikan, ini bagi saya ialah adab— adat di dalam kita memperjuangkan reformasi, melakukan perubahan. Sebab sudah tentu ada orang yang tidak gembira, sudah tentu ada pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati, sudah ada orang yang salah faham dan sebagainya. Dan sebab itu kita pada waktu itu memutuskan keputusan-keputusan besar sebegini untuk penyasaran subsidi dibuat pada tiga tahun pertama penggal Kerajaan MADANI supaya menuju termasuklah bermula dengan Belanjawan 2026, Belanjawan 2027, kita akan tidak perlu lagi melakukan penyasaran subsidi secara radikal. Dan pada masa yang sama
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
kerajaan juga ada ambil langkah-langkah lain iaitu gaji minimum telah dinaikkan, mekanisme gaji progresif dan juga menaikkan gaji sektor awam.
Jadi, apa yang saya nak tekankan ialah kita risau di sebalik hiruk-pikuk kekecohan pengenalan sistem baharu penjimatan yang dianggarkan daripada BUDI95 ini hanyalah RM2.5 sehingga RM4 bilion ringgit setahun. Yang lebih bagi saya, yang perlu kita kesalkan juga, ia juga regresif sebab sekiranya orang itu tidak ada kenderaan, orang ramai, orang susah, mungkin tidak ada kenderaan, dia menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya, mereka tidak mendapat manfaat daripada polisi ini. Betul, mereka dapat SARA, tapi orang maha kaya pun dapat SARA.
Pada masa yang sama, orang yang kaya juga dapat, yang pakai kereta mereka juga menerima faedah daripada BUDI95. Jadi, sebab yang saya nak tekankan di sini ialah kita terlepas peluang sebab Setiawangsa sedar belanjawan selepas ini kita tidak mahu lakukan perubahan-perubahan besar tersebut dan sepatutnya kita kena ubah supaya lebih banyak beban ditanggung dan dipikul oleh golongan maha kaya sebagaimana yang ditekankan atau diulang-ulang oleh Tambun ini dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Setiawangsa juga ingin menyentuh sedikit tentang Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara. Sejak Yang Berhormat Puchong memegang jawatan sebagai Menteri MESTECC pada 2019, idea ini telah diutarakan dan ia kemudian disebut juga oleh Yang Berhormat Kubang Kerian selaku Menteri KASA, tapi realitinya sewaktu Setiawangsa mengambil alih NRECC pada hujung 2022, tidak ada draf yang disediakan, tetapi hasil kerja penjawat awam yang komited kita telah berjaya mengadakan satu libat urus yang meluas melibatkan Sabah, Sarawak, negeri-negeri di Semenanjung dan juga syarikat swasta dan pihak masyarakat sivil.
Kita mengambil pendekatan yang sangat terbuka bila ada yang tidak berpuas hati dengan libat urus, kita panjangkan lagi. Akhirnya, draf RUU ini telah pun siap dan dibawa ke Kabinet.
Dan kita juga di peringkat NRES, kita ada Advisory and Consultative Panels on Climate Change, dengan izin, yang melibatkan wakil daripada industri dan juga wakil daripada NGO termasuk anak-anak muda yang terlibat secara aktif dalam menyiapkan RUU PIN. Dan pelaksanaan cukai karbon yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2025 untuk bermula pada 2026 sangat memerlukan RUU PIN ini untuk wujud. Dan kita memerlukan RUU
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
PIN ini sebagai satu tiang penting di dalam kerajaan berdepan dengan perubahan iklim dan tahun depan kita pula akan sediakan pelan adaptasi kebangsaan untuk perubahan iklim. Banyak industri termasuklah industri besi dan keluli yang akan terjejas dengan cukai karbon juga menunggu hala tuju yang jelas daripada RUU PIN.
Kelestarian adalah penting untuk kebajikan rakyat dan juga untuk pertumbuhan ekonomi negara. Saya yakin dasar kita yang bercita-cita tinggi dalam sudut dasar iklim telah membolehkan kita menarik banyak pelaburan yang masuk ke dalam negara kita. Malah Kepengerusian ASEAN kita pada tahun ini pun bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, “Inclusivity and Sustainability.” Tidak ada masa sempurna untuk kita nak memperkenalkan sesuatu undang-undang yang rumit dan penting seperti RUU PIN, tetapi sebagaimana kata penulis Perancis dengan izin, Victor Hugo, “Nothing is more powerful than an idea whose time has come.” Dan saya percaya, Setiawangsa percaya, RUUPIN ini perlu kita bawa sebab ia sebenarnya sudah siap dan kita boleh bawa ke Parlimen untuk dibahaskan supaya dia mampu untuk menjadi antara instrumen kita berdepan dengan perubahan iklim.
Setiawangsa juga ingin menyentuh tentang pendekatan Malaysia di dalam Rundingan Perjanjian Plastik Global (Global Plastic Treaty) baru-baru ini yang mana pendekatan Malaysia seolah-olah menolak keperluan untuk adapun Global Plastic Treaty. Pendirian kita yang dimaklumkan kepada Setiawangsa termasuklah tidak mahu senarai global bahan kimia berbahaya untuk disingkirkan dengan alasan bahawa benda-benda ini sudah dikawal di bawah perundangan lain, tapi kalau dah ada pun apa salahnya untuk kita menyokong.
Seterusnya, tiada senarai global produk plastik untuk diharamkan sedangkan di Malaysia kita sudah mulakan perbincangan tentang senarai problematic and avoidable plastic ini dengan izin dan tiada elemen tentang kesihatan yang kita nak sokong sedangkan isu microplastic ialah isu besar yang sedang mendapat perhatian rakyat yang ramai. Dan yang Malaysia setuju hanya untuk ada langkah nasional tanpa kita commit kepada Global Plastic Treaty.
Dan rakyat semakin prihatin terhadap soal pencemaran plastik bukan hanya kepada kesihatan, tapi juga kepada alam sekitar dan pada masa yang sama pihak industri sebenarnya mahu Global Plastic Treaty ini supaya ada satu piawaian yang sejagat supaya mereka boleh. Mereka tak nak datang Malaysia undang-undang lain, Singapura undang-undang lain dan sebagainya. Mereka nak kalau boleh satu dunia tetapkan, mudah untuk pengeluar-pengeluar produk makanan, minuman, kesihatan dan sebagainya yang menggunakan banyak plastik ini supaya mereka dapat
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
mengurangkan plastik dan mengambil pendekatan yang lebih lestari, sebab itu pendekatan nasional saja tidak mencukupi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Setiawangsa setuju pendekatan awal oleh Kesatuan Eropah dan banyak negara Afrika yang memperjuangkan Global Plastic Treaty ini agak terlalu idealistik tetapi mereka telah mula mengendurkan pendirian mereka dan ini sepatutnya disahut oleh Malaysia. Beza dengan Indonesia, Filipina dan Thailand dan juga Singapura yang memberikan input secara aktif. Malaysia tidak memberi apa-apa submission di bawah mesyuarat terbaru Intergovernmental Negotiating Committee 5.2 untuk Global Plastic Treaty. Jadi, Setiawangsa berharap bahawa Malaysia— saya setuju kita ada industri plastik dan juga minyak dan gas yang besar tetapi itu tidak bermakna kita boleh ada pendekatan yang lebih ke depan dan berani dalam soal plastik.
Setiawangsa ingin menamatkan dengan soal ibu kota. Dalam sidang Parlimen yang lepas, Jawatankuasa Khas Kira-kira (PAC) telah membentangkan penyata isu pembangunan tanah di Kuala Lumpur yang mendapati bahawa kuasa di DBKL tertumpu kepada Datuk Bandar. Dan di DBKL mereka ada Lembaga Penasihat, nama dia pun dah jelas dan terang, Lembaga Penasihat. Datuk Bandar is all powerful, dengan izin.
PAC telah mencadangkan pelantikan ahli majlis. Ini bukan benda yang luar biasa, counsellors, sebagaimana yang ada di semua PBT lain di seluruh negara. Di mana Datuk Bandar is first among equals, dengan izin, dengan ahli-ahli majlis yang lain dan kuasa dibuat ataupun di-exercise secara kolektif, bukan di tangan Datuk Bandar seorang.
Ini biasa termasuklah Perdana Menteri dengan Kabinet dan Menteri Besar dengan Exco dan sebagainya. Sebab DBKL ini, belanjawan dia tahun 2025 ialah RM2.8 bilion. Sikit lagi dengan belanjawan negeri Selangor dan lebih dari negeri Johor tetapi kedua-dua ini dia ada sistem check and balance, ada sistem legislatif untuk mengawal proses tersebut tetapi di DBKL tidak wujud, sedangkan inilah ibu kota kita.
Jadi, Setiawangsa merasakan untuk pelantikan ahli majlis pun kita boleh buat pilihan raya. Dan kalau yang sering menguar-uarkan tentang soal perkauman dan sebagainya, saya boleh katakan anda sebenarnya terlupa, hari ini statistik menyebut 47.7 peratus daripada warga kota terdiri daripada masyarakat bumiputera. Mereka sudah merupakan kelompok yang terbesar, 41.6 peratus orang Cina dan 10 peratus ialah masyarakat India.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Jadi sebenarnya - saya tak bercakap tentang tempat lain tapi saya merasakan Kuala Lumpur yang mana pengundi saya hanya ada satu undi. Dan di mana wakil-wakil rakyat kena buat kerja daripada tengok kucing, jaga longkang, sampai lah soal pertahanan dan sekuriti nasional, kita perlu ada satu kerajaan tempatan yang representatif di Kuala Lumpur. Dan memandangkan ada satu minit.
Tadi pun kita sebut tentang ada kes terbaru di sekolah, pembunuhan ataupun kematian, ada buli sebelum ini, rogol dan sebagainya. Ini tidak boleh kita pandang ringan, Tuan Yang di-Pertua. Ibu bapa, guru-guru, pelajar mahukan sekolah ini betul- betul selamat.
Reka bentuk sekolah misalnya, boleh dibuat. Ada cadangan — ada seorang arkitek, dia mencadangkan bilik guru jangan buat setempat, pecahkan supaya lebih dekat dengan pelajar, misalnya. Kena ada pantauan terhadap kawasan blind spots yang menjadi lubuk kepada gejala-gejala yang negatif berlaku dan sebagainya. Dan kita perlu dasar-dasar yang lebih tegas.
Acap kali respons kita bila ada masalah, kita hanya pindahkan guru tersebut, misalnya. But, that is not solving the problem, that is exporting and transferring the problem, dengan izin. Kita perlu ada dasar yang lebih jelas. Kita perlu juga melihat isu ini dengan lebih meluas. Soal kesihatan mental, jurang kemiskinan, kelemahan prestasi pelajar lelaki sama ada dari aspek akademik dan sosial dan pelbagai lagi.
Tak cukup kita nak selesaikan masalah ini dengan laungan “kami anti buli”.
Setiawangsa sedia menyokong Belanjawan 2026.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Berikut pembahas yang terakhir, silakan Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberikan ruangan kepada saya untuk turut berbahas sebagai pembahas terakhir pada malam ini.
Jadi, alhamdulillah saya ingin menyentuh beberapa perkara, isu berkaitan dengan tempatan dan juga terutamanya berkaitan dengan kesihatan. Pertamanya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan pembangunan pelabuhan ketiga Pulau
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Carey yang disebutkan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Walaupun tidak disebutkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat dalam ucapan belanjawan pada hari ini secara khusus tetapi kita lihat pada hari ini, kerajaan negeri telah pun meluluskan sejumlah 4,200 ekar tanah untuk tujuan pembangunan pelabuhan ketiga Pulau Carey.
Apa yang saya nak sebutkan di sini adalah sehingga ini, tidak ada lagi libat urus di antara sama ada Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri, terutamanya kepada masyarakat tempatan, masyarakat yang mempunyai kepentingan, terutamanya masyarakat Orang Asli. Lima buah kampung di situ, masyarakat Melayu, satu kampung di situ dan juga masyarakat India di beberapa kampung di situ dan juga masyarakat sekitar yang mempunyai kepentingan.
Sebagai contoh, Orang Asli sebahagian besarnya kaum Mahmeri, menjadi nelayan. Mereka khuatir apa akan jadi dengan mata pencarian mereka apabila berlakunya pembangunan pulau itu? Mungkin port limit akan berubah, mereka tidak dapat meneruskan aktiviti mereka. Begitu juga dengan rumah ibadat mereka. Rumah ibadat mereka di tepi pantai yang selalu mereka adakan setiap tahun. Adakah itu masih boleh lagi dikekalkan? Ini antara perkara yang mereka cukup risau dan mereka mahu penjelasan daripada kerajaan.
Begitu juga saya melihat, mereka ini sudah tentulah harus terlibat dalam pembangunan sumber ekonomi ataupun peluang pekerjaan kepada mereka. Tak kira mereka Orang Asli ataupun siapa sahaja pun tetapi mereka masyarakat tempatan yang seharusnya apabila ada pembangunan, mungkin mereka bukan hanya sekadar melihat sahaja.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkaitan dengan Kementerian Kesihatan, yang mana peruntukan pada kali ini agak lebih besar daripada tahun lepas. Dan kalau saya lihat peruntukan pembangunan lebih kurang sama. Yang saya kira adalah sedikit peningkatan. Yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kewangan itu supaya akhirnya, apa juga projek, program dan sebagainya dan kita untukkan, dapat kita lakukan sebaik mungkin.
Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara yang saya kira ada kaitan. Tempoh hari ada disebutkan dalam laporan itu bahawa ada Akaun Belum Terima bagi tahun 2024 hampir lebih daripada RM50 juta yang saya tengok setiap tahun ada jumlah-jumlah yang sebegini. Yang akhirnya, secara kumulatifnya enam tahun, lebih daripada RM360 juta yang tidak dikutip. Dan
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
sebahagian besarnya hampir RM300 juta ini adalah yang tidak dapat dikutip daripada orang yang bukan warga negara.
Saya kira ini harus ada sesuatu yang perlu dibuat oleh kerajaan untuk mengutip hasil ini. Walaupun mungkin bukan sukar. Sebahagian mereka mungkin bukan negara ini, tidak punya pendapatan yang baik sebagainya, lari selepas dapat rawatan dan sebagainya tetapi ini harus dilakukan sebaik mungkin. Menjadi ulasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ada satu bengkel yang diadakan pada 20 Ogos 2025 tetapi tidak diterperincikan, apakah langkah-langkah yang diambil.
Saya mengharapkan ada suatu penjelasan yang mungkin pada tahun-tahun yang akan datang, ada satu bentuk yang bukan hanya sekadar dapat dilupuskan begitu tetapi Akaun Belum Terima ini dapat diterima. Dan akhirnya, dapat digunakan sebaik mungkin untuk tujuan pembangunan dan sebagainya.
Saya suka menyentuh berkaitan dengan prasarana kesihatan awam yang saya kira beberapa peruntukan yang cukup besar. Lebih daripada RM1 bilion, sama ada baik pulih hospital, klinik dan sebagainya. Yang mana peruntukan-peruntukan ini setiap tahun ada, ribuan juta ringgit diperuntukkan.
Cuma saya nak dapat maklumat juga daripada kerajaan. Sejauh mana pelaksanaan, sama ada projek-projek dan juga perolehan-perolehan? Kerana ada maklumat-maklumat yang sampai kepada saya. Banyak projek-projek yang tidak dapat disempurnakan ataupun dilaksanakan pada tahun semasa. Dan banyak juga perbekalan-perbekalan fasiliti yang tidak sampai pada tahun semasa. Saya harapkan ini dapat respons juga daripada kerajaan.
Begitu juga dengan peruntukan untuk ketersambungan hospital, klinik dan sebagainya. Saya kira ini adalah salah satu daripada rangkaian, bagaimana akhirnya pendigitalan itu dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Kalau pada tahun lepas, saya dapat respons jawapan, 16 hospital dan 300 klinik telah beroperasi dengan mewujudkan Electronic Medical Record (EMR). Saya nak juga maklumat sehingga kini, bagaimana keadaan pencapaian kita? Kerana disasarkan pada tahun 2027 kita akan menggunakan 100 peratus.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan kesesakan hospital awam. Beberapa pendekatan-pendekatan yang telah dilakukan ya, saya kira ini sangat baik dan akan ditambahkan klinik-klinik pakar dengan peruntukan yang cukup besar. Isunya adalah adakah kita bersiap sedia dengan jumlah sumber manusia?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Kita khuatir seperti berlaku di hospital di Johor yang mana penambahan prasarana dan sebagainya, akhirnya kita tidak mempunyai sumber pakar dan dia tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Begitu juga saya nak tanyakan status, saya ingat di dalam bajet daripada— disebutkan dalam ucapan bajet pada kali ini berkaitan pembangunan blok tambahan Hospital Banting dan saya harapkan dapat dijalankan mengikut perancangan yang dibuat. Dan saya juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembangunan klinik kesihatan baharu Sijangkang yang sekarang ini masih dalam pembangunan.
Nampak agak perlahan, sama ada dia mengikut perancangan ataupun tidak.
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan program perintis, program rintis yang dilakukan untuk mengurangkan kesesakan di hospital iaitu program Skim Perubatan MADANI. Kita mulakan dengan peruntukan sejumlah RM100 juta kemudian dinaikkan kepada RM150 juta. Kemudian dinaikkan pada tahun ini RM100 juta ringgit dan pada tahun akan datang dikurangkan kepada RM50 juta.
Saya tak tahu apa sebabnya, saya tidak respons yang sangat — program yang sangat baik dan rakyat mendapat manfaat. Saya khuatir tahun hadapan mungkin akan ditiadakan ataupun bagaimana. Tetapi mengambil contoh program yang lebih kurang sama di Selangor, ia memberikan impak yang sangat baik kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan dan yang penting adalah dapat juga mengurangkan kesesakan di klinik-klinik ataupun hospital kerajaan.
Satu lagi adalah berkaitan dengan masa lanjutan perkhidmatan di pusat ataupun klinik kesihatan yang mana dimulakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditambahkan masa perkhidmatan Klinik Kesihatan Bandar Botanik dan dapat mengurangkan kesesakan sehingga 45 peratus Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dan kemudian ditambah kepada hospital-hospital di daerah Gombak, Hulu Langat, Ipoh, Johor Bahru dan Wilayah Persekutuan. Saya nak juga dapatkan maklumat terkini, adakah program rintis yang memberikan juga impak elaun RM80 sejam kepada pegawai-pegawai perubatan yang berkhidmat dan dapat mengurangkan kesesakan ini masih lagi diteruskan, ditambahkan lagi klinik-klinik ini ataupun bagaimana.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu mengenai kenaikan inflasi perubatan yang saya kira DRG ini adalah memainkan peranan yang cukup besar dan ada peruntukan RM60 juta untuk membangunkan. Selain daripada untuk membangunkan juga produk insurans asas yang saya lihat ia
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
memberikan impak juga kepada sistem insurans yang akhirnya kalau dapat dilakukan dengan sesegera mungkin, saya kira inflasi perubatan ini dapat dikurangkan. Hari ini kita sudah mencapai 15 peratus inflasi perubatan di dalam negara kita dan dijangkakan akan lebih daripada itu selepas ini.
Kemudian berkaitan dengan tawaran doktor kontrak, 4,500 pada tahun hadapan kepada jawatan tetap. Saya ingat walaupun ada lagi 20,000 doktor-doktor kontrak kita. Dan di sini saya ingin tahu juga bagaimana sistem ePlacement yang tempoh hari bermasalah dan juga bagaimana penempatan-penempatan perjawatan tetap ke Borneo, Sabah dan Sarawak yang masih lagi kita mengalami masalah- masalah kekurangan doktor di sini.
Tempoh hari saya mencadangkan supaya dibangunkan institusi perubatan di universiti-universiti di Sarawak dan juga di Sabah. Sarawak dah ada, Sabah mungkin belum ada, boleh dibangunkan dengan menumpukan kepada pengambilan masyarakat-masyarakat tempatan di sana.
Selain daripada itu, saya mengharapkan satu juga tadbir urus, libat urus yang baik dengan penjawat-penjawat kesihatan yang lain termasuklah jururawat, pegawai pembantu perubatan kerana pada masa ini ada sahaja lagi maklumat kepada saya dan juga sahabat-sahabat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memperjuangkan kebajikan mereka ini termasuklah berkaitan dengan elaun, kenaikan pangkat dan sebagainya.
Kemudian berkaitan dengan fi perundangan pengamalan, pengamal perubatan am yang dinaikkan RM35 kepada RM80 siling, walaupun lantainya masih tetap kepada RM10. Cuma saya melihat hari ini kalau general practitioner, pengamal perubatan am ini sebahagian besarnya pengoperasian klinik ini pesakitnya adalah di bawah third party administrator, di bawah TPA hampir 60 peratus.
Dan saya dapat maklumat bahawa sama ada pihak insurans ataupun TPA ini kadang-kadang dia memainkan peranan untuk menentukan fi-fi yang dikenakan termasuklah jenis ubat dan sebagainya. Kadang-kadang prosedur-prosedur pun, pihak-pihak ini menetapkan sebab kos-kos yang terpaksa ditanggung dan sebagainya. Saya kira sudah tiba masanya TPA ini harus dikawal oleh satu agensi yang tertentu supaya akhirnya keseimbangan antara pemberian perkhidmatan dan juga pendapatan kepada sama ada hospital swasta ataupun klinik-klinik swasta ini dapat diimbangkan dengan secara yang terbaik.
Berkaitan dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat, kenaikan duti eksais, saya sangat-sangat mengalukan kenaikan-kenaikan duti ini. Walaupun mungkin
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
jumlahnya tidak besar tetapi kerajaan dapat mengutip dengan jumlah yang agak signifikan. Dan saya mengambil inti pati daripada ucapan Menteri Kewangan tempoh hari semasa pembentangan, disebutkan bahawa hasil akan diagihkan kepada KKM bagi inisiatif kesihatan paru-paru, rawatan diabetes dan juga jantung.
Saya ingat ini bukan pertama kali, tempoh hari apabila kita mengenakan duti eksais untuk cecair ataupun gel bernikotin. Apabila kita naikkan duti eksais minuman bergula juga disebutkan ini, cuma saya tak tahu macam mana kaedah kerana semua cukai-cukai ini akan masuk ke dalam Wang Yang Disatukan.
Saya ingat sepertimana yang disebutkan oleh Kampar tadi untuk tidak mengeluarkan duti eksais ini daripada hasil yang disatukan itu, saya ingat tidak tepatlah. Kalau hasrat kita akhirnya daripada hasil-hasil cukai ini kita nak merawat pesakit-pesakit yang berkaitan dengan non — yang tidak, bukan penyakit berjangkit.
Saya ingat dia tidak pisahkan, sama ada diminum ataupun minum alkohol ataupun tidak. Inilah sumber-sumber kewangan yang kita gunakan untuk rawatan tersebut.
Saya nak tanya juga kepada terutamanya berkaitan dengan status kempen “Hari Rabu Tanpa Gula” ataupun “No Sugar Day” di Parlimen sebab saya tengok hari ini, setiap hari minumnya manis sahaja termasuk hari Rabu pun manis juga. Saya tak tahu sama ada, saya harapkan dia bukan suam-suam kukulah. Satu kempen yang mungkin baik tetapi daripada segi kesinambungan atau istiqamahnya, dia tidak berjalan sebegitu.
Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan isu vape ini kerana saya ada, ada perkara yang saya sebutkan tempoh hari yang tidak dijawab juga oleh Menteri berkaitan dengan Syarikat Ispire Malaysia yang menafikan penjualan e-rokok jenis vape yang dikatakan hanya pengeluaran peralatan separuh siap dan tidak melibatkan pengeluaran sebarang produk berkaitan nikotin ataupun cannabis dan ia nya hanya untuk dijual kepada luar negara.
Tetapi saya pernah bertanya dalam soalan lisan, dijawab secara bertulis oleh Menteri Dalam Negeri yang mana responsnya adalah mengatakan bahawa pengilangan peranti rokok elektronik [Tidak jelas] cecair ini adalah untuk pasaran domestik. Jadi, ini kekhuatiran saya sebab mereka akan membesarkan kilang mereka, fasa kedua ini yang akan beroperasi pada suku tahun ketiga, kali ini akan mempunyai 80 barisan pengeluaran.
Operasi kilang itu bakal mengeluarkan kapasiti sebanyak 61 juta peranti atau 107 juta port sebulan. Jadi ini cukup besar. Kalau ini berlaku, makna mungkin kita gagal daripada sudut— kerana Menteri sendiri mengatakan bahawa insya-Allah
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
pada tahun hadapan, pertengahan tahun mungkin kita akan mengharamkan penggunaan vape itu sendiri.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Untuk akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks perpaduan nasional, saya ingin menyentuh berkaitan kawasan rukun tetangga yang mana kita maklum ada di Malaysia ini, kita ada 8,500 Kawasan Rukun Tetangga, dan ada peruntukan rukun tetangga ini dengan kadaran RM6,000 setahun bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga.
Dan saya kira ini harus ditingkatkan. Sekurang-kurangnya dua, tiga ataupun empat kali ganda untuk program-program yang signifikan kerana ia adalah sesuatu perkara yang sangat penting, perpaduan nasional ini. Saya juga sebagai ahli Kumpulan Rentas Parti Parlimen bagi Keharmonian Kaum dan Agama (APPGM KAA), kita pernah mengeluarkan kenyataan bersama supaya peruntukan ini ditingkatkan.
Dan, saya juga pernah banyak kali melakukan program-program antara agama dalam mengetengahkan isu-isu yang kita bincangkan, isu-isu yang universal sifatnya dan insya-Allah, pada 25 hari bulan nanti ada program antara agama dan antara kaum termasuklah Orang Asli juga di kawasan Sijangkang yang kita panggil.
Biasanya, jumlahnya lebih kurang dalam tujuh hingga 100 orang, kepimpinan- kepimpinan ini dan kali ini, kita akan membincangkan soal keselamatan bersama.
Dan saya melihat melalui program-program seperti ini, akhirnya, bukan sahaja di kalangan kita memahami di antara agama ataupun kaum, tetapi masyarakat di luar sana. Terutamanya anak-anak muda melihat program yang baik dan kita natijah kan kemudiannya, dengan program-program larian perpaduan, dengan keterlibatan anak muda. Ini satu perkara yang sangat baik.
Untuk akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, ini akhir betul. Saya nak berkongsi pengalaman sebagai mungkin, kita boleh berkongsilah. Saya pernah mengikuti satu penerbangan. Kalau pasport saya dulu, ada saya taruk Dr. dalam saya mengikuti penerbangan antarabangsa itu, saya tertidurlah.
Tiba-tiba, saya terdengar bunyi nama saya dipanggil kerana ada seorang daripada penumpang yang mabuk, separa sedar ataupun delirious. Saya sebagai doktor, diminta untuk membantu calm dia, bagi dia sejuk, dia tenang. Bagi dia tenang.
Jadi, saya ingat pengalaman itu adalah pengalaman. Walaupun pengalaman terpencil mungkin, tidak akan berulang lagi, tetapi saya merasakan sesuatu yang
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
sangat payah apabila berada di dalam penerbangan ini untuk kita uruskan orang seperti ini.
Tadi pun, Sik ada pengalaman mengatakan penerbangan terpaksa berpatah balik. Saya ingat, minuman alkohol, menghidangkan minuman alkohol ini ya lah. Satu tempat sahaja, di dalam penerbangan ini. Tempat lain boleh minum, tak ada masalah, bagi yang bukan beragama Islam. Cuma, bagi orang yang beragama Islam, bukan sahaja minum, kita menghidangkan itu pun juga dilarang.
Jadi, saya harapkan, ini mungkin yang boleh kita fikir bersama, demi kepentingan kebersamaan kita, yang akhirnya membuahkan satu kesejahteraan dalam kehidupan kita. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruangan masa saya yang agak lebih sedikit, dan sekadar itu ucapan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Yang akhir benar ada, yang akhir palsu.
[Ketawa] Pertama kalilah saya dengar, ya. Baik. Dengan pembahas yang terakhir, maka Majlis ditangguh sehingga jam 10.00 pagi esok.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.14 malam]