Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini, saya nak maklumkan satu perkara, iaitu pihak JPA dengan kerjasama Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran berkenaan Kajian Perluasan Lantikan Tetap dan Mencarum pada malam ini pada jam 8 malam di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia. Surat jemputan telah pun diedarkan kepada Yang Berhormat pada hari Isnin yang lalu, 6 Oktober 2025.
Oleh itu, saya menyeru penglibatan Ahli Yang Berhormat ke sesi libat urus tersebut serta mengesahkan kehadiran pada kod QR dilampirkan bersama-sama surat jemputan yang telah pun diedarkan. Dan untuk makluman, makan malam juga disediakan. Perjumpaan ini penting untuk membincangkan berhubung dengan pencen dan lain-lainlah, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Jadi, elok Yang Berhormat hadir ke perjumpaan malam ini. Insya-Allah. Baik, kita mulakan. Saya difahamkan Ranau tidak ada dalam Dewan. Maka, saya menjemput Ir. Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut. Silakan.
[Soalan No. 1 – YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) tidak hadir]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 2.
2. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan punca kegagalan penyelenggaraan Aerotrain KLIA sehingga kerap rosak serta tindakan segera kerajaan memastikan pengangkutan penumpang di KLIA kembali lancar dan selamat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, projek Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah siap sepenuhnya pada 30 Jun 2025 dan mula beroperasi pada 1 Julai 2025. Projek tersebut kini sedang berada dalam tempoh liabiliti kecacatan bagi tempoh dua tahun.
Buat masa ini, sistem mekanikal dan semboyan, yakni signaling, bagi Aerotrain sedang melalui fasa penyesuaian awal ke arah mencapai kestabilan penuh dalam operasi. Dalam hubungan ini, pihak MHAB senantiasa bekerjasama dengan pihak pengeluar iaitu Alstom untuk senantiasa bersedia mengambil tindakan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran operasi.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, ketersediaan perkhidmatan operasi Aerotrain atau operational service availability, yakni uptime, pada keseluruhannya sejak operasi bermula sehingga 8 Oktober 2025 adalah pada tahap 99.19 percent.
Kestabilan semakin baik dapat diperhatikan, di mana Aerotrain telah merekodkan ketersediaan perkhidmatan operasi sebanyak 100 peratus dalam minggu-minggu terkini iaitu minggu 13, iaitu 28 September hingga 3 Oktober, dan minggu 14, 5 hingga 10 Oktober tahun 2025. Sehingga 8 Oktober 2025, Aerotrain baharu ini telah menggerakkan seramai 5.33 juta penumpang dan merekodkan perjalanan melebihi 39,942 kilometer.
Pihak MHAB senantiasa komited dalam melakukan penambahbaikan untuk memastikan perkhidmatan Aerotrain dapat berjalan dengan lancar. MHAB juga senantiasa memantau dengan rapat perkhidmatan Aerotrain agar senantiasa berada dalam keadaan yang optimum dan akan memberikan tindak balas segera jika terdapat sebarang permasalahan.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tadi ada juga ditanyakan punca-punca itu. Jadi, secara umumnya, sejak 2 Julai hingga 30 September, ada 19 kalilah ada permasalahan. Punca-puncanya berkaitan dengan signaling dan juga ada juga yang disebabkan oleh penumpang sendiri yang membuka― forced open the door. Macam-macamlah permasalahan dia. Bukan hanya fasal ini, manusia pun ada sepanjang baru 19 kali inilah. Dan, insya-Allah, dengan pembaikan yang senantiasa dibuat ini dan ada pegawai ditempatkan dalam tren itu, tim technician ya, untuk memastikan sekiranya apa-apa berlaku dapat diuruskan dan dibaikkan terus. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada jawapan oleh Timbalan Menteri. Seperti yang dimaklumkan tadi, perkhidmatan ini masih lagi dalam tempoh jaminan atau pun liabiliti selama dua tahun. Maknanya, warranty period-nya adalah dua tahun. Jadi, soalan saya ialah apakah mekanisme pampasan atau pun penalti yang dikenakan terhadap pihak pengeluar atau pun OEM, jika berlakunya lagi kegagalan sistem ini? Tadi dimaklumkan ada 19 kali. Jadi, apakah akan ada tindakan yang akan dikenakan?
Yang kedua, apakah jaminan kerajaan kepada rakyat dan pelancong antarabangsa bahawa kejadian Aerotrain rosak ini tidak akan berulang?
Memandangkan ia memberi kesan langsung kepada reputasi negara serta imej KLIA sebagai lapangan terbang utama dunia.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Berkaitan dengan mekanisme pampasan atau pun penalti yang dikenakan terhadap pihak penyelenggara jika berlaku kegagalan sistem seperti ini...
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Sebenarnya pihak OEM ya, perlu memastikan ketersediaan tren pada 100 peratus untuk satu tren operasi. Dan 99.5 peratus ya untuk dua tren beroperasi. Ertinya the tolerance very, very tight-lah. Kita nak pastikan ia nya berjalan 100 peratus. Dan penalti yang akan dikenakan, memang ada dikenakan. Sebanyak maksima RM190,000 sebulan, jika dia tidak memenuhi.
Itulah apa ni, pampasan yang dikenakan.
Jadi, mereka haruslah tip-top. If not, dia akan dikenakan maksimum RM150,000 ya sebulan. Terima kasih. Dan keduanya tentang...
[Dicelah]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Oh ada lagi? Okey.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Berkaitan dengan yang pasal pelancongan tadi, ya. Insya-Allah pihak negara kita, prestasi operasi tren ini sudah pun berada pada tahap 100 peratus pada saat ini, alhamdulillah. Dan pihak MAB akan terus bekerjasamalah dengan pihak kontraktor, untuk memastikan prestasi terus berada pada tahap maksimumlah. You know we try to avoid-lah dan insya-Allah mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar. Dan mudah-mudahan sepanjang ini akan ia nya tidak ada apa-apa lagi lah masalah.
Pada masa ini pun pakar daripada Perancis pun ada memang stand by, untuk melihat – to make sure all the signaling semuanya in order-lah ya. Sebab yang sebenarnya kita ada dalam force trial-lah perjalanan tren ini.
Jadi, alhamdulillah untuk memastikan semua kita ambil langkah-langkah ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Pada Timbalan Menteri, soalan tambahan saya ialah, adakah kementerian bercadang untuk melibatkan pakar-pakar tempatan atau universiti dalam penyelidikan, dalam proses audit kejuruteraan dan penambahbaikan sistem Aerotrain ini, bagi memastikan ketelusan dan kebolehpercayaan jangka panjang perkhidmatan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih YB Batu Pahat. Yang sebenarnya tentang teknologi transfer ini memang ia nya sedang berlaku ya, di sebalik pakar-pakar daripada AIstom itu sendiri. Dan kita ada menempatkan pegawai-pegawai kita, jurutera-jurutera kita untuk bekerjasama dengan dia orang dalam memastikan. It's not only just untuk ini, tetapi ia lebih kepada teknologi transferlah. Dan insya-Allah, saya sendiri pun secara peribadi yakin dengan sejarah kita, negara kita yang sudah lama ada berkecimpung dalam industri tren ini.
Kita yakin anak-anak kita memang sudah banyak mempunyai kemampuan.
Bukan hanya mungkin satu hari nanti, insya-Allah we make our own brand- lah. Kereta api tak payah order, order dari mana-mana lagi insya-Allah. Itu memang pasti, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 3. Terima kasih.
3. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, dengan pergantungan Malaysia yang tinggi terhadap eksport dan peningkatan langkah proteksionis global, apakah langkah kementerian untuk mempelbagaikan rakan dagang, mengukuhkan peranan dalam rantaian bekalan ASEAN serta memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) tidak tersisih daripada perjanjian perdagangan antarabangsa seperti CPTPP dan RCEP.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Persekitaran perdagangan dunia pada ketika ini berubah secara drastik.
Sehubung itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan daya tahan dan daya saing ekonomi negara terus terpelihara.
Pertama, dari segi kepelbagaian rakan dagang, Malaysia terus memperkukuh Rangkaian Perjanjian Bebas (FTA) sedia ada iaitu Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Selain itu, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1 Oktober 2025 dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) pada 23 hari bulan Jun 2025. Untuk nota, negara-negara EFTA ialah Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland.
Kedua melalui RCEP, Malaysia mampu menarik pelaburan berkualiti tinggi yang menghubungkan ekosistem pengeluaran ASEAN dengan pasaran global.
Khususnya dalam sektor elektronik dan elektrik, automotif, produk halal dan ekonomi digital.
Ketiga, dalam konteks RCEP dan CPTPP, terdapat bab khusus mengenai PKS yang menekankan keperluan negara-negara ahli RCEP untuk berkongsi maklumat, meningkatkan Program Pembinaan Kapasiti atau Capasiti Building, serta menyediakan akses pasaran kepada pengusaha kecil dan sederhana. Dan MITI juga bekerjasama dengan agensi pelaksana seperti MATRADE dan MIDA bagi membangunkan program latihan, bimbingan eksport serta platform e-dagang rentas sempadan untuk memudahkan penyertaan PKS dalam perdagangan global.
Akhir sekali, bagi mengukuhkan daya tahan industri tempatan. Selaras dengan Misi Keempat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, strategi tebatan utama Malaysia untuk ‘membina rantaian bekalan yang berdaya tahan’ merangkumi
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
kepelbagaian dalam industri, pendigitalan industri, ekosistem dan infrastruktur yang berdaya tahan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan tadi.
Jadi, dengan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan juga dasar perlindungan global yang menjejaskan kestabilan perdagangan dunia, adakah Malaysia mempunyai strategi jangka masa panjang untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah, teknologi dan juga pasaran eksport? Agar kita tidak terlalu bergantung kepada satu atau dua negara sahaja, serta kekal berdaya saing dalam rantau Indo-Pasifik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.
Memang kita nak kukuhkan rantaian bekalan kita, kita nak memastikan— pertama, kita ada lebih banyak localization, lebih banyak. Kita dapat lebih banyak nilai tambah daripada aktiviti industri kita, supaya kita bukan saja bergantung kepada input negara lain, tetapi kita memastikan ekosistem dan rangkaian bekalan kita kukuh di Malaysia dan di peringkat ASEAN...
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
Dulu memang ada ramai yang kata kita bersaing dengan Vietnam, kita bersaing dengan negara-negara jiran, tetapi semangat sekarang ialah, kita ingin memastikan bahawa ekosistem dan rangkaian bekalan di ASEAN ini kukuh dan ia boleh jadi satu rangkaian bekalan seperti dalam konteks semikonduktor di bawah Kepengerusian ASEAN kita. Kita wujudkan satu struktur atau kerangka framework untuk rantaian bekalan semikonduktor di antara negara- negara ASEAN supaya kita mengukuhkan rangkaian bekalan di negara kita dan di serantau. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan Tan Sri Yang di-Pertua. Apakah usaha dan langkah kerajaan melalui MITI dalam melaksanakan strategi mempelbagaikan perdagangan ataupun pasaran eksport di negara-negara BRICS, Benua Afrika, negara-negara CPTPP, Afrika, Mercosur di negara-negara seperti Argentina, Brazil, Bolivia, Paraguay, Uruguay dalam meningkatkan nilai eksport dan apakah kemajuan yang dicapai setakat ini?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dan apakah sasaran yang diletakkan bagi strategi berkenaan untuk tempoh lima tahun yang akan datang?
Seterusnya, sedikit saja. Adakah kerajaan berhasrat untuk menggalakkan syarikat, syarikat pembuatan tempatan seperti glove, sarung tangan dan perabot, supaya membuka kilang-kilang di negara-negara lain seperti Kenya? Saya baru balik daripada Kenya Tan Sri.
Memandangkan negara seperti Kenya ini dikenakan tarif yang lebih rendah oleh Amerika Syarikat di bawah sistem AGOA – African Growth... [Merujuk buku catatan] Nak buka kertas ini pun tak boleh pulak dah*.
[Ketawa] Duk* tengok muka Tan Sri ya— ...and Opportunity Act. Di bawah AGOA ini, berapa buah negara Afrika dikenakan tarif kosong peratus Tan Sri, duty free. Paling tinggi pun 10 peratus.
Apakah kerajaan berhasrat untuk menggalakkan mereka? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, semenjak balik daripada Kenya nampak semangat lebih ya. Silakan Menteri.
[Ketawa]
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya suka soalan Kubang Pasu lah. Biasanya panjang lebar.
[Ketawa] Dan, tapi memang tepat dan YB Kubang Pasu memang prihatin berkenaan dengan industri, terutamanya semikonduktor.
Jawapan ringkas saya ialah satu, hala tuju Kerajaan MADANI terutamanya hala tuju Perdana Menteri ialah untuk membuka dan menambah baik hubungan kita bersama dengan negara-negara BRICS ataupun negara-negara bukan saja negara Barat yang dulu kita sasarkan sebagai destinasi eksport kita. Kita mungkin perlu terima hakikat bahawa kebergantungan sasaran ataupun destinasi eksport kita terhadap Amerika Syarikat, mungkin satu hari nanti akan berakhir.
Amerika Syarikat sekarang ini tidak ingin mengimport begitu banyak daripada negara kita dan negara-negara Asia. Maka kita perlukan pasaran baharu, kita perlukan rakan kongsi baharu dan ini adalah hala tuju Perdana Menteri, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeratkan hubungan kita bersama dengan negara-negara lain, terutamanya dalam konteks BRICS dan juga bulan November, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membuat lawatan ke Benua Afrika.
Dalam konteks kementerian, kementerian telah― kementerian akan ada Memorandum of Cooperation for Semiconductor bersama dengan Brazil dan kami juga sedang merunding bersama dengan India untuk mewujudkan memorandum of
Tuan Liew Chin Tong
cooperation berkenaan dengan semikonduktor dan juga industri-industri lain. Sama juga dalam konteks ini, kita ada hubung baik ataupun hubungan baik dengan Bangladesh, dengan Pakistan.
Ini semua adalah pasaran-pasaran yang kita boleh menambah baik hubungan kita dan mewujudkan satu hubungan yang bukan saja kita eksport kepada mereka, tetapi kita ada hubungan teknologi transfer, kita ada kerjasama teknologi bersama negara-negara BRICS dan juga negara-negara yang sedang membangun.
Dan ini adalah hala tuju kita supaya kita bukan saja untuk masa depan, bukan saja eksport ke Amerika Syarikat, tetapi eksport ke negara lain dalam keadaan ataupun dengan kerangka kerjasama teknologi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, nombor 4.
4. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, bagaimanakah kementerian akan terus memainkan peranan utama dalam membantu golongan muda memiliki rumah pertama mampu milik di dalam bandar yang berkualiti dengan menyediakan kemudahan pembiayaan yang mencukupi serta meningkatkan peranan sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Pertama, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat ini, kita melihat kepada apakah prinsip bagi Kerajaan MADANI ini. Prinsip bagi Kerajaan MADANI Tuan Yang di-Pertua, adalah menekankan bahawa sesiapa pun rakyat tidak akan ditinggalkan di belakang.
Sentiasa bahawa setiap rakyat punya hak untuk memiliki rumah sama ada secara pemilikan ataupun secara sewaan. Shelter for all dan apakah inisiatif?
Kita memahami bahawa di luar sana antara cabaran yang paling besar dalam pemilikan rumah di kalangan rakyat kita adalah daripada sudut soal pembiayaan.
Maka, ada beberapa inisiatif yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia MADANI, khususnya melalui kementerian ini dalam hal bagi memudahkan rakyat membuat pemilikan rumah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, akses kepada pembiayaan rumah ini kita berikan peluang untuk mendapatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan, khususnya bagi golongan B40 dan M40. Kerajaan telah menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama, sama ada rumah tersebut adalah rumah baharu, rumah sedia ada ataupun secara lelongan.
Yang keduanya, kita mengadakan pelaksanaan skim sewa untuk dibeli, rent- to-own (RTO) khas bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat di bawah seliaan KPKT dan di bawah seliaan KPKT untuk RTO ini Tuan Yang di-Pertua, ada terdapat di tujuh negeri. Satu – Kedah; dua – Kelantan; tiga – Pulau Pinang; empat – Negeri Sembilan; lima – Selangor; enam – Terengganu; dan juga tujuh – Wilayah Persekutuan.
Inisiatif kita yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, adalah konsep pembiayaan secara step-up financing, di mana kadar faedah meningkat secara berperingkat mengikut jadual yang telah dipersetujui. Dengan konsep pembiayaan ini, jumlah pembayaran bulanan pada awal permulaan pembiayaan adalah pada kadar yang lebih rendah dan akan meningkat secara beransur-ansur, dengan harapan jumlah pendapatan peminjam sudah pun bertambah.
Yang keempat Tuan Yang di-Pertua, adalah kita meneruskan pelaksanaan Home Ownership Campaign (HOC) 2.0 yang telah pun bermula pada 1 Januari 2021 dan akan berakhir 31 Disember berdasarkan kepada bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. HOC 2.0 Campaign ini juga akan dilanjutkan sehingga ke tahun 2027.
Dan yang seterusnya adalah pelepasan cukai individu diberikan sehingga RM7,000 ke atas pembelian. Pertama, rumah yang berharga RM500,000, pelepasan cukai sehingga RM7,000. Dan pelepasan cukai juga sehingga RM5,000 diberikan bagi perumahan kediaman yang bernilai lebih RM500,000 sehingga ke RM750,000.
Tuan Yang di-Pertua, di peringkat Rancangan Malaysia Ketiga Belas, isu-isu yang terkait dengan perumahan ini adalah menjadi satu tumpuan, bold and radical di bawah kementerian ini dan memastikan bahawa setiap rakyat kita mempunyai keupayaan untuk memiliki rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ringkas saja. Bagaimanakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian bagi menggalakkan pembelian lot-lot perumahan bumiputera, terutamanya kepada lot-lot bumiputera yang tidak terjual? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, ada satu yang disebutkan sebagai Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035
(PuTERA35) yang telah diperkenalkan sebagai satu agenda menyeluruh kita membangunkan ekonomi bumiputera berteraskan nilai, akhlak dan integriti...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Dari, berdasarkan data yang kita perolehi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), jumlah transaksi pindaan milik harta kediaman oleh bumiputera mengikut negeri pada tahun 2023 adalah sebanyak 117,190 transaksi, berbanding pada tahun 2022 berjumlah 121,997 transaksi dan nilainya pada tahun 2023 Tuan Yang di-Pertua, adalah RM34.49 bilion, berbanding pada tahun 2022 RM34.69 bilion. Trend ini pada keseluruhannya menunjukkan satu peningkatan dan pemilikan yang signifikan dan menunjukkan juga penyertaan aktif di kalangan kelompok bumiputera dalam pasaran hartanah.
Tuan Yang di-Pertua, adapun beberapa inisiatif yang kita juga memberikan galakan kepada bumiputera dalam pemilikan rumah, khususnya lot-lot bumiputera itu adalah sepertimana yang saya telah pun jawab pada soalan yang pertama tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat komprehensif sebentar tadi.
Sebelum saya mengajukan soalan, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan para pelajar Tingkatan 6.
[Tepuk] dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha, Gemencheh, Tampin, seramai 44 orang. Ini permintaan daripada Yang Berhormat Tampin.
Soalan saya, berbalik kepada pemilikan rumah tadi khususnya bagi golongan muda, memang kita tahu bahawa credit history, sejarah kewangan itu penting untuk membolehkan pihak pemberi pinjam meluluskan pinjaman, tapi bagi golongan mereka yang muda yang bekerja sendiri ataupun gig ekonomi, mereka sering menghadapi kesulitan ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Jadi, saya ingin bertanya, adakah apa-apa inisiatif yang ingin ataupun akan dikemukakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyokong golongan yang bekerja sendiri ataupun gig ekonomi ini dari segi sudut untuk pemilikan rumah mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri, silakan.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini sangat baik sekali Tuan Yang di-Pertua khususnya sebagai satu berita gembira di kalangan anak-anak muda kita. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita ada Skim Jaminan Kredit Perumahan khusus bagi golongan B40 dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, SJKP ini telah dimulakan pada tahun 2008.
Pada keseluruhannya, SJKP telah pun meluluskan pembiayaan kepada peminjam sejumlah 90,779 orang dengan nilai RM21.5 bilion. Dan pada keseluruhannya juga Tuan Yang di-Pertua, daripada keseluruhan permohonan yang telah pun diluluskan, 89.56 peratus itu adalah dari kalangan anak muda ya, yang berusia 40 tahun ke bawah, ya.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Daripada 18 hingga 25, misalnya 15,000 peminjam yang diluluskan. 26 hingga 30, 31,000 lebih, 31 hingga 35 usianya 22,356 dan usia untuk 36 hingga 40 tahun telah pun diluluskan sejumlah 12,799.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita memerhatikan kepada bajet yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, kita boleh melihat di situ ada kelulusan tambahan untuk SJKP Ahli Yang Berhormat ya. Sejumlah RM20 bilion ditambah ya. Sejumlah RM20 bilion daripada Kerajaan Malaysia MADANI yang sebelum ini telah pun diletakkan, disuntik sejumlah RM20 bilion, dan yang ke hadapan ini berdasarkan bajet yang insya-Allah kita akan luluskan bersama-sama, ada sejumlah RM20 bilion lagi Tuan Yang di- Pertua.
Dan ini termasuklah sebenarnya jaminan tambahan RM1 bilion kepada lantikan-lantikan kontrak penjawat awam. Ini adalah suatu yang kalau tadi ditanya apa yang mungkin berita gembira, ini adalah salah satu berita gembira yang kita boleh sampaikan kepada khalayak di bawah, insya-Allah mudah-mudahan bajet ini akan diluluskan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya fahamkan Subang, tidak ada dalam Dewan. Oleh demikian, saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar. Silakan.
[Soalan No.5 – YB. Tuan Wong Chen (Subang) tidak hadir]
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Dari Samarahan mudik ke Baram; Soalan saya nombor enam.
6. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, sejauh mana usaha untuk menaik taraf atau membina baru kelas tabika KEMAS terutamanya yang beroperasi di bangunan- bangunan daif dan masih menumpang bangunan lain seperti surau, masjid, balai raya dan sebagainya terutamanya di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB Batang Lupar atas soalan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sentiasa komited dalam menyediakan akses pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti serta prihatin terhadap keadaan premis tabika KEMAS yang beroperasi secara menumpang, khususnya di balai raya, balai komuniti, dewan orang ramai dan lain-lain premis milik kerajaan.
Berdasarkan data sistem maklumat prasekolah kebangsaan, terdapat sebanyak 1,010 premis tabika dan taska KEMAS di negeri Sarawak. Daripada jumlah tersebut, 189 premis beroperasi secara menumpang.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2025, sebanyak RM4.3 juta telah diperuntukkan di bawah Bajet Pembangunan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di 115 tabika dan taska KEMAS di negeri Sarawak. Manakala bagi pembinaan baharu pula, sebanyak 20 projek tabika dan taska KEMAS telah diluluskan untuk negeri Sarawak merangkumi pelbagai status pelaksanaan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Bagi tujuan penambahbaikan, satu kertas cadangan berkaitan penggazetan premis menumpang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bil. 1/2025 pada 26 Jun 2025 yang mana mesyuarat ini telah bersetuju agar kerajaan negeri disarankan untuk memulakan proses pewartaan dan atau penggunaan ke atas premis-premis tersebut, sama ada tanah ataupun bangunan atas nama program pembangunan modal insan komuniti.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Proses ini amat penting bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf dilaksanakan demi menjamin persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan selamat bagi kanak-kanak serta tenaga pengajar.
KKW sentiasa memohon peruntukan tahunan daripada Kementerian Ekonomi bagi pembinaan premis baru tabika dan taska KEMAS. Kelulusan ini juga tertakluk kepada pemilikan tanah di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tanah rizab yang diwartakan untuk KEMAS serta unjuran enrolmen melebihi 15 orang kanak-kanak bagi setiap kelas dalam tempoh lima tahun berturut-turut.
Jadi secara kesimpulannya, KKW terus komited memastikan semua premis tabika dan taska KEMAS berada dalam keadaan yang kondusif. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana dalam bajet yang lepas telah menaikkan Bantuan Sara Hidup kepada pesara KEMAS daripada RM300 kepada RM500 dengan harapan dapat membantu lebih 4,000 pesara KEMAS.
Soalan tambahan saya, apakah strategi jangka masa panjang KKDW dalam memastikan semua premis tabika dan taska KEMAS memiliki hak milik kekal dan bagaimanakah KKDW memastikan penyelarasan antara semua kerajaan negeri dan Persekutuan dalam proses pewartaan tanah untuk tabika dan taska?
Daripada 189 premis yang menumpang seperti yang Timbalan Menteri maklumkan tadi di Sarawak, berapakah yang telah dikenal pasti untuk proses pewartaan atau penganugerahan hak milik? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih, YB Batang Lupar atas soalan berkenaan.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Jabatan KEMAS seperti yang kita maklum tadi komited dalam memastikan premis tabika dan taska ini kekal beroperasi dalam keadaan selamat, kondusif dan juga berstatus hak milik kekal.
Sebagai langkah jangka masa panjang, KKW telah melaksanakan pemetaan semula ke atas premis-premis tabika dan taska KEMAS yang beroperasi secara menumpang, khususnya di premis milik kerajaan negeri seperti balai raya dan dewan orang ramai.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Usaha ini bertujuan untuk mengenal pasti premis yang sesuai untuk diberi status hak milik kekal kepada KEMAS melalui pewartaan rasmi atau anugerah tanah.
Antara langkah yang kita ambil adalah, KEMAS telah membuat proses pemutihan bagi mengenal pasti tapak-tapak yang berkaitan dan yang bersesuaian, termasuk bangunan yang sedia ada menumpang.
Yang kedua, memohon kerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti tapak-tapak yang bersesuaian untuk tabika-tabika baharu. Perkara ini bukan saja engagement bersama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi, tetapi juga bersama pegawai daerah melalui Mesyuarat Pembangunan Daerah.
Ketiga, KEMAS juga memohon peruntukan bagi pembinaan baru tabika, taska di tapak yang lebih selesa dan selamat kerana KEMAS juga mempunyai SOP dan garis panduan bina baru tabika seperti contoh bangunan sebuah, bangunan berkembar dan juga kompleks tabika dengan kerjasama agensi teknikal seperti JKR.
Dan yang keempat, KEMAS juga sedang merancang pelan penggantian bangunan yang tidak kondusif dengan mengadakan kerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam memastikan proses ini dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang.
Berkaitan dengan status 189 tapak menumpang yang dimaklumkan tadi, setakat ini kita telah pun mengenal pasti beberapa untuk diwartakan, diwartakan.
Kalau di Batang Lupar, kita dah wartakan tiga buah tabika yang mana tahun ini kita luluskan peruntukan untuk naik taraf dan juga baik pulih bagi kos sebanyak RM460,000. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Di Kapar, saya sekurang-kurangnya ada tiga sekolah rendah dan menengah yang paling padat di Malaysia.
Jadi, saya nak tahu daripada kementerian, adakah cadangan untuk menambahkan bilangan KEMAS dengan ada tanah sendiri. Saya fahamkan ada compact, ada satu yang model baru di Kapar ini dan memandangkan KEMAS kini memperkenalkan model baharu seperti smart classroom dan program pra hufaz?
Adakah kementerian bercadang memperluaskan inisiatif ini di kawasan separa bandar seperti Kapar yang mempunyai populasi tinggi, tetapi ruang prasekolah KEMAS yang terhad supaya kanak-kanak pekerja industri, sebab Kapar
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
ini zon industri juga mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti dan berteknologi. Terima kasih Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih YB Kapar, atas soalan berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya KEMAS sentiasa mengambil tindakan untuk memastikan sistem pendidikan tabika dan taska KEMAS dalam keadaan yang kondusif.
Bukan saja kita mengambil kira dari sudut infrastruktur ataupun bangunan tabika KEMAS itu sendiri, malah kita juga membuat pelan transformasi dari sudut pengukuhan pendidikan awal kanak-kanak khasnya pengukuhan, antaranya adalah:
(i) pengukuhan kelas tahfiz;
(ii) Tabika Tunas Istimewa KEMAS;
(iii) kita juga buat smart classroom; dan
(iv) kita pastikan jaringan connectivity tabika dan taska KEMAS dalam keadaan yang terbaik.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Jadi, untuk tujuan berkenaan, KEMAS sentiasa mengambil tindakan membuat perancangan mengenal pasti pembukaan-pembukaan tabika baharu berdasarkan requirement. Permohonan sekurang-kurangnya 15 ataupun 25 orang dalam sesuatu tempat baru kita dapat buka tabika di sesuatu lokasi, tetapi ini berdasarkan enrolmen, maksudnya anjakan untuk lima tahun, maksudnya jumlah pelajar yang mencukupi sebelum kita setting ataupun membentuk ataupun membina tabika-tabika baharu.
Bagi kawasan yang padat, KEMAS telah pun memperkenalkan beberapa format pembinaan tabika baharu dan salah satunya adalah kompleks tabika yang mana di dalam satu tabika itu kita ada tiga, empat buah kelas yang kita sepadukan.
Bukan saja untuk tabika, bukan saja untuk taska, malah juga untuk orang kata kelas istimewa tadi, TUNAS yang boleh kita cantum memandangkan ada setengah tempat itu kita sukar untuk mencari tempat-tempat yang sesuai yang boleh kita gazet, yang boleh kita bina bangunan baharu dan yang penting kita membina tapak-tapak ini ataupun bangunan baharu ini mengikut garis panduan. Sebab sekarang untuk bina tabika baharu kita sekurang-kurangnya kita mesti ada 1,200 kaki persegi untuk 25 pelajar baharu kita dapat kelulusan OP ataupun bomba dan sebagainya.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Jadi, sebab itu langkah-langkah tertentu telah kita ambil untuk mewujudkan tabika-tabika yang lebih komprehensif berdasarkan cadangan-cadangan baharu dengan kaedah-kaedah baharu. Antaranya seperti yang saya maklumkan tadi menggunakan satu kompleks khas yang lebih bersepadu untuk kita menempatkan pelajar-pelajar yang lebih ramai dan kemudahan-kemudahan boleh dikongsi bersama.
Dan konsep kelas smart room pun kita dapat pertingkatkan. Dan untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kelas smart room ini dalam, orang kata dibuat kita berfasa-fasa. Sekarang kita dalam fasa pertama, untuk tahun ini dan juga tahun depan kita telah dapat kelulusan, tetapi tidak menyeluruh berfasa-fasa. Insya-Allah kelas ini akan kita pastikan dan yang penting sekali adalah jaringan Internet untuk tabika-tabika ini perlu kita orang kata pastikan ada di kawasan berkenaan. Terima Kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, FT60 Melayu Padang Gajah.
Tempat pertahanan Pendekar Panjang tujuh. Untuk Menteri soalan nombor 7.
7. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, kaedah yang digunakan dalam meluluskan peruntukan bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan (FT) di laluan Persekutuan yang merbahaya bagi setiap Parlimen. Keutamaan untuk Parlimen Bukit Gantang adalah FT0060 Seksyen 53.60 hingga 87.99, FT0074 Seksyen 10.20 hingga 11.00 dan FT01 Seksyen 661.50 hingga 686.40. Apakah tindakan yang diambil kementerian.
Tuan Yang di-Pertua
Pantun ke tu?
[Ketawa] Silakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
*Hari hujan musim tengkujuh.
Waktu petang naik sampan; Kepada soalan nombor tujuh, Bukit Gantang ini jawapan.*
Tuan Yang di-Pertua
Ini baru pantun. Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Parlimen Bukit Gantang, Jalan Persekutuan yang dimaksudkan adalah laluan FT60 Jalan Changkat Jering-Trong-Batu Hampar, Seksyen 53.7 hingga 88 dan FT74 Jalan Kuala Sepetang-Taiping, Seksyen 0 hingga
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
10.95 dan Seksyen 12 hingga 14.3 dan FT01 Jalan Ipoh-Butterworth, Seksyen 661 hingga 686.4 disenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan.
Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala pavement dan berkala bukan pavement untuk tahun 2022 hingga 2024 berjumlah RM10.1 juta di Jalan Persekutuan FT60, RM10.8 juta di Jalan Persekutuan FT74 dan RM5.18 juta di Jalan Persekutuan FT001.
Bagi perancangan tahun 2025, kementerian ini telah menerima permohonan pembaikan jalan dan perabot jalan oleh JKR program penyelenggaraan berkala pavement bukan pavement iaitu RM35.1 juta di laluan FT60, RM13.6 juta di laluan FT74 dan RM19.35 juta di laluan FT01. Untuk kelulusan tahun 2025 sehingga Oktober 2025, kementerian telah meluluskan kerja pembaikan dalam Parlimen Bukit Gantang sebanyak RM4.03 juta.
Seterusnya, Kementerian Kerja Raya telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia melalui pengintegrasian sistem dengan izin, Road Accident Management System dan Integrated Police Reporting System. Perkongsian data ini membolehkan data kes kemalangan dianalisa dan diambil tindakan segera sekiranya kemalangan disebabkan oleh faktor kejuruteraan jalan.
Untuk pelaksanaan bersifat jangka masa pendek, berdasarkan rekod sebanyak 240 lokasi pembaikan blackspot dengan kos RM80.09 juta telah dilaksanakan di Jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2021 hingga 2024.
Dalam kawasan Yang Berhormat, satu lokasi Jalan Changkat Jering-Seri Manjung- Kampung Koh, satu lokasi Jalan Taiping-Kuala Sepetang, Seksyen 15 dan sembilan, satu lokasi Jalan Ipoh-Butterworth, Seksyen 680. Jumlah untuk blackspot kawasan Yang Berhormat RM1.16 juta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bukit Gantang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau lihat dari perbelanjaan tahun ini, hanya 2.7 peratus sahaja yang dibelanjakan untuk Bukit Gantang daripada jumlah keseluruhan anggaran yang diperlukan.
Saya mengharapkan sahabat saya, Menteri untuk membantu Bukit Gantang supaya mengurangkan kemalangan jalan raya. Ini sebab 37.5 juta untuk kawasan- kawasan yang agak bahaya saya harapkan dapat diluluskan dan soalan saya ialah bagaimanakah KKR mengagihkan peruntukan ini untuk semua kawasan Parlimen dan juga kawasan Bukit Gantang, supaya kita dapat tahu sebagai Ahli Parlimen, dapat tahu kita nak menentukan jalan mana yang dulu dan kemudian? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, Tan Sri Speaker, Bukit Gantang. Tan Sri dan saya pernah berada dalam satu organisasi yang sama, satu ketika zaman dulu-dulu. Itu sebab Bukit Gantang panggil saya sahabat. Ya lah, semua pun sahabat lah. Apa yang dimaksudkan oleh Bukit Gantang itu? Apa kriteria kita meluluskan peruntukan?
Pertama, dari segi keselamatan jalan itu sama ada jalan itu selamat atau tidak. Yang kedua, dari segi kerosakan bagaimana jalan itu. Yang ketiga, isi padu trafik. Kemudian, kitaran hayat, berapa umur jalan itu dan juga jika berlaku banjir atau tanah runtuh.
Saya ingin maklum, Bukit Gantang menyebut tadi tidak banyak lulus, tapi kelulusan itu kalau kita campurkan, 2022 – RM10.1 juta; 2023 – RM10.8 juta; 2024 – RM5.18 juta; 2025 – RM4 juta. Jumlahnya itu RM30.08 juta. Rasanya itu agak banyak jugalah kelulusan yang telah diberikan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Di Sarawak, Lebuhraya Pan Borneo itu baharu siap dan kebelakangan ini memang kerap kali berlaku kes-kes kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Dan soalan saya ialah, apakah langkah kementerian, langkah segera yang diambil bagi laluan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi selain daripada penyelenggaraan biasa yang dijalankan dan berapa kerapkah audit jalan dilakukan bagi mengenal pasti laluan-laluan merbahaya ini di bawah penyelenggaraan JKR?
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Soalan Yang Berhormat Betong khusus tentang Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Baru ini, saya– Tan Sri, saya pergi ke Sri Aman daripada Kuching ke Sri Aman, pergi juga ke Lubok Antu untuk melawat pembinaan sekolah oleh JKR dan cukup berbeza jalannya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jika sebelum ini berjam-jam baru siap, baru sampai ke satu-satu lokasi. Dah kita pergi itu, lokasinya boleh dijimatkan dari segi masa perjalanan.
Memang ada berlaku kemalangan-kemalangan, terutama di P-turn. P-turn, dia ada U-turn, ada P-turn. Oleh kerana kawasan itu sebelum ini adalah kawasan kampung, jalannya dua lorong ditingkatkan jadi empat lorong. Maka, untuk pergi ke
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
kampung-kampung, ke pekan-pekan kecil, hendaklah melalui P-turn. Kemalangan di P-turn itu apabila mula-mula lebuh raya itu dibuka, berlaku kemalangan di kawasan itu.
Dari segi audit ya, memang kita sentiasa melakukan penyelenggaraan jalan untuk Lebuhraya Pan Borneo ini dibuat oleh JKR sendiri kerana dia jalan tanpa tol.
Dan kita akan memastikan auditnya dilaksanakan sebaik mungkin dan risiko di P- turn itu akan dikurangkan apabila rakyat sudah biasa menggunakan P-turn. Dulu tak berapa biasa, sekarang semakin biasa dan semakin kurang berlaku kemalangan.
Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tan Sri, saya nak minta satu, Tan Sri...
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya…
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tan Sri, hari ini kita satu soalan, pertama tadi tak ada. Saya mohon satu lah. Kebetulan Bukit Gantang ni dia.
[Bercakap dalam bahasa Arab] Sana pun sini. Jadi, saya minta satu soalan untuk sini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya soal, apakah perancangan kerajaan untuk menaik taraf Jalan Persekutuan FT64: FT64 Benta- Jerantut dan FT234 Kerambit-Jerantut yang menjadi nadi penghubung utama Daerah Lipis dan Jerantut? Memandangkan keadaan ini, jalan ini masih lagi jalan utama, jalan waktu— jalan mula-mula dulu yang banyak risiko kemalangan, corner, corner dan jalan yang sangat kritikal lah. Saya nak dapat penjelasan tentang apakah status keperlaksanaan kajian kejuruteraan dan bilakah projek ini akan dimulakan?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri. Kalau Menteri ada maklumat, silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. FT64 Benta-Jerantut. Ini kawasan Kubang Kerian. Kubang Kerian ini dia Ahli Parlimen dan juga ADUN. Ahli Parlimen di Kelantan, ADUN di Pahang. Saya tak tahu bagaimana dia mengaturkan masa.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kajian kejuruteraan tentang jalan berkaitan, saya akan jawab secara bertulis lah sebab ini soalan spesifik. Tidak adil jika saya menyebut perkara-perkara yang di luar pengetahuan. Saya kena jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tuan Tan Kok Wai, Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Ya. Tuan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah pertimbangan dan cabaran utama yang dihadapi dalam usaha melaksanakan sistem bayaran Diagnosis-Related Group (DRG) di sektor kesihatan swasta, memandangkan sistem ini telah digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa bagi tujuan kawalan kos, ketelusan dan penyeragaman.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Mutakhir Tan Sri, sektor kesihatan, khasnya di pihak swasta, bukan saja di negara kita ini, bahkan seluruh dunia, mengalami kenaikan kos atau pun inflasi dalam perkhidmatan kesihatan dan perubatan.
Terima kasih sahabat saya daripada Cheras, Yang Berhormat Cheras, yang memberikan perhatian khusus kepada inisiatif kelompok berkaitan diagnosis.
Kelompok berkaitan diagnosis itu akronim yang disebutkan sebagai diagnosis related group ya, kelompok berkaitan diagnosis terkait dengan penyakit ya.
DRG adalah— DRG ataupun kelompok berkaitan diagnosis ini adalah pengelasan bagi rawatan perubatan yang membolehkan pembayaran lebih seragam.
You need to have keseragaman itu, itu yang tidak ada— kalau tidak ada DRG, sistem DRG ini.
Amalan pembayaran pada masa ini menggunakan fi untuk perkhidmatan dari segi fee for service, dengan izin. Di mana di pihak swasta, apabila mereka menggunakan bayaran itu, bayarannya adalah fee for service. Berbeza dengan pihak awam yang semuanya adalah, through general taxation, harus dengan cukai, harus ditambah baik kepada penyeragaman kaedah pembayaran.
Tanpa DRG ya Tan Sri, sepertimana amalan buat masa ini, pembayaran fi kepada doktor dan prosedur diseragamkan. That is already telah dirangkumkan dalam Schedule 13 dalam Akta 586. Namun, caj yang lain tidak dikawal selia ya.
Lalu, justeru, pengenalan DRG ini akan membantu untuk menangani inflasi perubatan ataupun kenaikan ya ataupun pembayaran atau pengenaan caj yang berlebihan di situ, di situ kuncinya ya.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Penyeragaman harga melalui DRG ini juga akan membantu kita beralih kepada penjagaan yang mementingkan hasil kepada rakyat, outcome-based. Sekali gus, value-based, dengan nilai. Maknanya, nilai outcome. Yang pentingnya, outcome. Bukan saja banyaknya caj kerana banyaknya test dan procedures ya, itu dikatakan value-based.
Perkhidmatan kesihatan haruslah memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. Aspek cabaran dalam pelaksanaan DRG ini Tan Sri, cabaran dalam pelaksanaan DRG hendaklah diatasi dengan berkesan bagi menjamin keberhasilan inisiatif ini.
Cabaran yang sedang diatasi, ditangani oleh Kementerian Kesihatan, termasuklah antara lainnya, garis masa yang singkat, ya kita mahukan DRG dilaksanakan dengan segera dan berkesan. Namun, rakyat memerlukan penyelesaian ini untuk kita tangani, mitigate kos rawatan yang tinggi, tapi cabarannya adalah cabaran masa yang singkat untuk kita laksanakan.
Kedua, adalah kepentingan data untuk DRG. Kita memerlukan data ya, kerana apa? Penyeragaman rawatan pesakit adalah berdasarkan pada data rawatan yang sebenar, yang sepertimana data itu datang daripada semua pengamal- pengamal perubatan swasta ya, operators. Justeru, perkongsian data sebenar rawatan amat penting dalam menentukan kadar pembayaran yang kurang lebih adalah the median, kalau boleh saya sebutkan begitu ya. Bukan saja average, tapi ada keseragaman dan ada piawaian, standardization di situ.
Penyeragaman ini juga akan digabungkan kepada DRG kebangsaan yang disesuaikan dengan konteks tempatan. So – akhirnya, kita akan ada the Malaysian DRG ya. Mungkin Amerika mulakan, mungkin OECD telah laksanakan, tapi kita ada kita punya sendiri. That is the Malaysian DRG: Malaysian Diagnosis Related Group ataupun kumpulan kelompok berkaitan diagnosis.
Akhirnya, kapasiti sumber manusia yang perlu kita tangani segera.
Kepentingan data untuk DRG memerlukan pengekodan yang tepat ya. Jadi, kita memerlukan kakitangan yang punya kapasiti, punya skills ya, untuk mereka terus dapat membangunkan DRG dengan berkesan dan baik. Mereka perlu diberikan latihan dalam machine learnings ya, dalam apa yang dikatakan sebagai for this to be subjected to AI dan juga machine learning dalam membantu pengekodan ya, declassification ataupun pengekodan diagnosis dan juga prosedur.
Tan Sri, akhir sekali, ringkasnya pelaksanaan DRG merupakan satu langkah yang sangat penting dalam konteks reformasi pembiayaan kesihatan dari sudut
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
health financing reform, dengan izin. Maka, DRG adalah satu langkah inisiatif yang sangat kita perlukan dan dalam rangka kita sebagai evidence-based, berdasarkan bukti-bukti dan kisah ataupun kejayaan negara luar, di mana dalam pengaplikasian DRG dalam konteks negara kita ini, kita akan dapat menangani sedikit sebanyak hal yang terkait dengan inflasi perubatan dan kesihatan, khasnya di pihak swasta. Tan Sri, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, pihak kementerian telah pun mengumumkan pelaksanaan sistem DRG ini sebelum akhir tahun ini. Namun, ia ditangguhkan.
Apakah sebab utama penangguhan pelaksanaan? Dan apakah Yang Berhormat Menteri sudi menafikan bahawa pengendali hospital swasta melobi bagi menangguhkan pelaksanaan DRG atas sebab-sebab yang jelas kerana pelaksanaan DRG akan memberi kesan langsung terhadap margin keuntungan mereka? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat, Cheras.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, saya ingat tidaklah perlu kita terlalu membuat andaian dan, dengan izin, presumptuous ya ataupun berburuk sangka ya. Pada— yang pentingnya pelaksanaan DRG ini, kelompok inisiatif yang baharu ini, yang mustahak untuk saya, telah pun saya tekankan ya, berkaitan pelaksanaan. Pelaksanaan kelompok berkaitan diagnosis ini adalah melaksanakan satu inisiatif yang baik, yang memerlukan persiapan yang rapi dan pelaksanaan yang kompeten dengan sistem yang akan dapat memberikan hasil dan tujuan mengapa inisiatif ini dilaksanakan, Tuan Sri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
So, itulah sebabnya antara lain kita memerlukan capacity building, kita memerlukan data yang cukup, kalau tak cukup pun, enough. Big data yang kita kongsi daripada semua pengamal perubatan swasta di pihak swasta dan yang pertama tadi adalah, untuk kita laksanakan dan ini pun telah disebutkan ya, DRG bukan kerana tekanan siapa-siapa. It’s not like that at all ya, dengan izin, bukan itu sebabnya.
Sebabnya adalah apabila kita melaksanakan satu inisiatif yang penting seumpama ini, kita mesti laksanakan dengan persiapan yang rapi, pelaksanaan yang
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
cermat, dengan kita mitigate dan kita urus apa pun kesan-kesan yang tidak baik supaya benar-benar ia dapat menghasilkan sebagai satu yang sifatnya value-based healthcare system. Itu yang perlu saya jawab, Tuan Sri. Terima kasih, Cheras, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Pada sidang yang lalu, Timbalan Menteri Kesihatan menyebutkan bahawa DRG sektor swasta akan berfungsi sebagai langkah interim ataupun langkah peralihan sebelum digabungkan dengan DRG Kebangsaan menjelang tahun 2027.
Soalannya, apakah garis masa ataupun indikator kejayaan bagi fasa peralihan ini, termasuk kebolehoperasian, integrasi di antara hospital swasta dan juga kerajaan? Serta memastikan pelaksanaan DRG berjalan lancar dan tidak menjejaskan operasi hospital swasta yang kecil dan juga sederhana dan kerajaan juga dah menyebutkan program Rakan KKM, yang saya tak pasti sama ada dia akan mengikut sistem bayaran.
Sudah tentu bukan bahagian kerajaan dan sama ada mengikut bayaran swasta ataupun ada satu sistem yang lain di luar sana berbunyi supaya dia ditangguhkan projek Rakan KKM ini atau minta supaya ditangguhkan sehingga jelas DRG Kebangsaan ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan saya mencadangkan supaya mungkin ada satu kebolehpastian supaya DRG dalam program melibatkan Rakan KKM ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya, Kuala Langat, ya. Pastinya ya, kalau dicermati perkara ini, ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Kuala Langat sebentar tadi, ya. Sudah pun disentuh dan disinggung hal Rakan KKM ya, yang merupakan premium ekonomi servis daripada KKM ya, yang hanya tertumpu kepada hal prosedur-prosedur elektif dan bukan emergency ya. Itu mustahak untuk saya tekankan dan juga menyinggung sikit, apakah cara pelaksanaan pembiayaan dalam konteksnya amalan dalam Rakan KKM.
Saya ingat itu pastinya tidaklah sepertimana amalan kita dah sebutkan. Ia nya adalah premium ekonomi maknanya it is truly at the discount. How much the discount? Itu adalah soalan pelaksanaan dan teknikal yang tidak perlu saya jawab dalam Dewan ini, tetapi ia akan mengambil pembayaran dan remuneration yang sangat munasabah, ya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kembali kepada persoalan. Apakah DRG di pihak swasta dan DRG di pihak— akan kita wujudkan akhirnya nanti, apa yang dikatakan DRG Kebangsaan. Kesemua ini adalah, dalam penelitian kami seperti yang dimintakan oleh Cheras dan disambut oleh Kuala Langat. Perkara ini sedang dalam penelitian kami dan our team are working rigorously. Kita kerja dengan begitu keras untuk sampai kepada satu hasil ataupun produk ataupun sistem yang akan dapat memberikan tujuan dan maksudnya. Maksudnya memberikan, menangani inflasi di pihak swasta ini ataupun menangani kenaikan kos perubatan dan kesihatan ini, tetapi yang lebih mustahak, apabila sistem itu dapat kita laksanakan, ia sudah bersedia untuk menangani pelbagai kekangan, pelbagai isu.
Dan di situlah saya perlu cermati, apabila kita— kalau kita tangguhkan ke ataupun kita tentukan timeline-nya itu, ia adalah satu timeline yang pada saya Tan Sri, adalah sangat munasabah untuk kita laksanakan dengan segala kerapian dan kesempurnaan dan kesiapsiagaan nya, ya. Jadi, sama ada di swasta mahupun di kebangsaan DRG ini, ia akan dapat kita perhatikan dengan lebih teliti dalam waktu- waktu terdekat ini, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Berpantun di Dewan bukan mainan, Bukan sekadar hiasan ucapan; Rakyat bertanya penuh harapan, Soalan sembilan mohon penjelasan.
9. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah konkrit yang akan diambil bagi memastikan aset baharu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia digunakan secara optimum untuk membanteras jenayah maritim di perairan negara dalam tempoh 12 bulan akan datang
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) akan menerima pelbagai aset baru bagi memperkukuh kawalan keselamatan maritim negara. Antara aset tersebut termasuklah sebuah OPV KM Bendahara bersaiz besar; dua buah OPV; empat buah helikopter medium lift AV189; dua buah multipurpose mission ship
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
(MPMS); empat buah bot pemintas PTK; 23 buah bot RHFB; dua bot NGPV; dua bot NGPV.
Gabungan aset permukaan dan udara ini akan meningkatkan keupayaan rondaan jarak jauh, operasi pantas di pesisiran pantai serta pemantauan udara yang lebih meluas, sekali gus membolehkan APMM melaksanakan operasi penguasaan secara lebih menyeluruh dan efektif.
Yang Berhormat, bagi memastikan aset baharu yang diterima oleh APMM ini akan dapat dimanfaatkan secara optimum, kementerian dan APMM telah merangka langkah konkrit yang memberi tumpuan kepada keberkesanan operasi, kesiapsiagaan aset dan penambahbaikan kawalan maritim negara dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Seperti penyusunan semula strategi rondaan berfokus, hotspot maritim.
APMM melaksanakan penyusunan semula strategi rondaan dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot, jenayah maritim, khususnya di perairan Zon Ekonomi Eksklusif, kawasan sempadan negara serta laluan perdagangan utama yang berisiko tinggi.
Melalui penegasan aset baharu seperti kapal peronda generasi baharu, bot pemintas kelajuan tinggi, serta helikopter pengawasan, rondaan dapat dilaksanakan dengan lebih meluas, pantas dan responsif. Keupayaan ini bukan sahaja meningkatkan tahap kawalan keselamatan yang kritikal di kawasan kritikal malah memastikan tindak balas segera dapat dilakukan terhadap sebarang insiden pencerobohan, penyeludupan dan aktiviti jenayah maritim. Pendekatan fokus ini dijangka dapat menutup ruang jurang rondaan di lokasi strategik dan secara langsung memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara maritim yang berdaulat.
Kita juga melakukan pengurusan aset bersepadu dan pemerkasaan teknologi sokongan. APMM juga menekankan pelaksanaan pengurusan aset bersepadu bagi menjamin aset baharu dapat digunakan seoptimum. Langkah ini Yang Berhormat, merangkumi penyelenggaraan berjadual yang sistematik, penempatan aset berdasarkan keutamaan operasi di lapangan serta integrasi dengan sistem teknologi tinggi.
Antara teknologi utama yang dimanfaatkan termasuk Sistem Pengawasan Laut (SWALA), bagi pemantauan radar bersepadu. Selain daripada itu, kita— gabungan pengurusan aset fizikal dengan teknologi pintar ini membolehkan rondaan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
dilaksanakan dengan lebih efisien, meliputi kawasan menyeluruh setiap aset, serta digerakkan ke kawasan berkesalahan maksimum.
Selain daripada itu, kita juga melakukan peningkatan keberkesanan operasi melalui latihan dan integrasi antara agensi. Selain pengurusan aset, APMM turut memberi penekanan kepada pengukuhan keupayaan operasi melalui pengoperasian bersama pelbagai agensi dengan ATM, dengan PDRM, Jabatan Perikanan dan pihak industri pelabuhan dan sebagainya. Usaha ini melibatkan perkongsian maklumat risikan maritim, penyelenggaraan rondaan kawasan berisiko, serta pelaksanaan operasi bersepadu.
Selain daripada itu, seiring dengan penerimaan aset baharu, APMM turut memberi penekanan kepada usaha mengoptimum penggunaan aset sedia ada agar tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Antaranya ialah penyelenggaraan berjadual secara menyeluruh dan sistematik dengan memastikan pengagihan kos peruntukan dibuat secara teliti bagi menjamin keberkesanan serta kecekapan setiap aset. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih atas jawapan.
Berdasarkan kepada bajet yang baru di bentang baru-baru ini, ada aset-aset baharu yang diberikan kepada agensi ini. Cuma persoalan saya, apakah indikator prestasi oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menilai keberkesanan penggunaan aset-aset ini? Dan, apakah kerajaan menyelaras, ada penyelarasan dengan aset milik agensi lain seperti TLDM dan Pasukan Polis Marin bagi mengelakkan pertindihan tugas dan memastikan penggunaan sumber yang lebih efisien dan terkehadapan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tan Sri Yang di-Pertua.
Kementerian melalui APMM telah menetapkan beberapa Indikator Prestasi Utama, yakni KPI bagi menilai keberkesanan penggunaan aset baharu dalam tempoh setahun selepas perolehan. Antara indikator ialah termasuklah tahap kesiapsiagaan aset yang memenuhi KPI, pengoperasian dalam setahun iaitu kita nilai dari tahap kesiapsiagaan aset untuk digerakkan bagi tugasan operasi, bilangan rondaan dan operasi penguatkuasaan yang berjaya dilaksanakan berbanding dengan keupayaan sedia ada, sebelum perolehan aset baharu.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kita juga lihat keberkesanan tindak balas terhadap sebarang insiden atau pencerobohan di perairan. Selain itu, peningkatan kehadiran dan jangkauan radius kawasan rondaan di kawasan strategik termasuk Zon Ekonomi Eksklusif dan keberhasilan operasi seperti peningkatan jumlah tangkapan, rampasan dan pencegahan dan sebagainya.
Selain daripada itu, penyelarasan sentiasa dibuat antara agensi. Kita melakukan perkongsian maklumat, melakukan operasi bersama dan setiap agensi di bawah KDN dan juga pihak-pihak lain, kementerian lain dan juga di bawah KDN sentiasa melakukan secara bersama bagi memastikan kita melaksanakan tanggungjawab dan tidak berlaku pertindihan. Yang penting isu-isu pencerobohan dapat dikendalikan dengan baik dan berkesan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri di atas jawapan berkaitan dengan aset maritim.
Soalan saya, apakah langkah-langkah strategik yang telah dan akan diambil pula oleh pihak kementerian bagi mengatasi isu kekurangan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memandangkan bilangan anggota yang masih tidak mencukupi bagi menjaga Zon Maritim Malaysia yang hampir dua kali ganda keluasan daratan negara dalam usaha memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terjamin?
Dan selain daripada itu, apakah selain daripada penambahan aset baharu tadi, apakah pelan kementerian untuk memperkukuh latihan, penyelenggaraan serta keupayaan teknikal anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ini agar aset- aset dapat dikendalikan secara optimum dan berkesan sepanjang masa operasi?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tan Sri Yang di-Pertua, KDN, kita mengambil maklum dan sangat memandang serius isu kekurangan anggota penguat kuasa APMM khususnya dalam menghadapi cabaran jenayah merentas sempadan dan pencerobohan oleh nelayan serta penguatkuasaan kuasa asing yang berlaku di Zon Maritim Malaysia.
Kita sedar bahawa keluasan ZMM ini hampir dua kali ganda keluasan daratan negara yang memerlukan keupayaan operasi yang menyeluruh dan mencukupi.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Jadi, sehubungan dengan itu, kementerian melalui APMM telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah strategik. Antaranya ialah kita lakukan usaha untuk penambahan anggota. Pengambilan anggota baru APMM sedang dijalankan secara berperingkat bagi menampung keperluan sedia ada serta merancang keperluan masa depan dengan peningkatan beban tugas dan keluasan Zon Maritim Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat sebanyak 543 kekosongan jawatan dan dari semasa ke semasa APMM telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada JPA untuk mengisi kekosongan tersebut. Langkah ini kita perlu ambil bagi pastikan operasi APMM berjalan lancar dan berkesan bagi memantau untuk mengawal pengairan negara yang begitu besar.
Kekosongan jawatan ini untuk makluman Yang Berhormat, ia merangkumi pelbagai kategori termasuklah pegawai kuasa, pegawai kanan, sokongan dan sebagainya. Selain daripada itu, memang dari semasa ke semasa kita sentiasa melakukan usaha untuk menambah baik operasi kita dan saya dah sebut tadi kita ada KPI sendiri bagi membolehkan aset-aset kita diselenggarakan dengan baik dan dipastikan operasi dengan berkesan dan tersusun. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Pontian di muara subur sungguh, Turun membeli sekati lokan; Soalan Tenggara nombor sepuluh, Mohon Menteri beri jawapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
10. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah perancangan kementerian untuk memperluaskan penggunaan lampu solar khususnya di kawasan luar bandar, Jalan Persekutuan, kampung tradisi dan kawasan berisiko tinggi kemalangan bagi mengurangkan kos elektrik jangka panjang serta menyokong agenda tenaga boleh diperbaharui negara.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Udara bersih di Taman Flora, Ayuh berjalan hingga berpeluh; Terima kasih YB Tenggara, Bertanya soalan nombor sepuluh.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Yang di-Pertua, kementerian ini melalui program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap.
Bagi kawasan kerap kemalangan atau berisiko kemalangan seperti di persimpangan, selekoh dan jambatan serta kawasan mempunyai rekod kemalangan yang dikenal pasti, pemasangan lampu jalan akan dibuat secara setempat, berskala kecil dan memenuhi keperluan pencahayaan.
Lampu jalan solar merupakan inisiatif hijau selaras dengan pembangunan lestari yang lebih mesra alam kerana penjagaan tenaga elektrik dari sumber yang boleh diperbaharui. Lampu jalan solar telah mula dipasang oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2019 melalui pelaksanaan projek rintis.
Sehingga tahun 2025, sebanyak 9,759 bilangan lampu jalan solar telah dipasang di Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia dan tumpuan kawasan memenuhi kriteria kawasan yang jauh daripada sistem grid elektrik, kawasan yang sering berlaku kecurian kabel dan vandalisme serta kawasan yang kerap berlaku kemalangan.
Kementerian ini sentiasa menyokong inisiatif pemasangan lampu jalan solar.
Teknologi lampu jalan solar yang berada di pasaran sedang menuju ke arah kematangan produk yang didorong oleh penglibatan pemain industri dan agensi kerajaan dengan mengambil kira keperluan reka bentuk, teknikal dan penyelenggaraan.
Keberkesanan pemasangan lampu jalan solar terutamanya di kawasan lokasi kemalangan atau berisiko kemalangan sentiasa dilaksanakan oleh kementerian ini dan JKR di samping mengenal pasti lokasi-lokasi baharu yang memerlukan lampu jalan. Program pemasangan lampu jalan ini akan diteruskan pelaksanaannya agar aspek keselamatan jalan raya sentiasa dapat dipertingkatkan.
Dalam hal ini, kementerian pada setiap tahun berusaha mendapatkan peruntukan untuk melaksanakan pemasangan lampu jalan di lokasi-lokasi Jalan Persekutuan yang memenuhi kriteria. Kelulusan peruntukan daripada agensi pusat akan digunakan mengikut keutamaan tertakluk kepada amaun yang disediakan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Dato’ Speaker. Tenggara ucap syabas dan tahniah kerana KKR mengambil berat tentang penggunaan teknologi hijau ini
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
dan pemilihan-pemilihan kawasan untuk pembinaan lampu solar ini termasuklah juga selekoh tajam, kawasan FELDA dan laluan gelap.
Jadi, soalan tambahan daripada Tenggara, bolehkah kementerian kongsikan apakah kriteria-kriteria lain pemilihan lokasi ini dan jumlah lampu solar yang telah dipasang sepanjang tahun 2025 di seluruh negara, khususnya Johor dan di dalam Parlimen Tenggara? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
YB Tenggara, apakah kriterianya?
Saya dah sebut tadi tapi untuk pengetahuan umum, satu, ia kawasan yang tiada bekalan elektrik. Itu antara kriteria utama.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kemudian di jambatan. Kemudian, satu lagi ialah di selekoh. Seterusnya, di persimpangan dan satu lagi ialah di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.
Ada satu lagi, Tan Sri. Kadang-kadang kawasan vandalisme, mereka curi kabel. Kawasan-kawasan yang curi kabel itu kita pasang lampu solar, dia tak ada apa lagi yang boleh dicuri sebab tak ada kabel, lampu solar tak ada kabel.
Kemudian, saya dah jawab tadi jumlah tetapi YB Tenggara minta sekarang ini 9,759 iaitu bilangan lampu sejak 2— sehingga 2025. Tapi, untuk 2025 sahaja, RM24.84 juta, 2,513 batang lampu solar di seluruh negara. Di negeri Johor, RM2.4 juta, 240 batang lampu solar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri yang memberi jawapan berkaitan dengan lampu solar. Jika kita lihat penggunaan lampu solar di negara kita hingga sekarang, kalau kita ikut di luar bandar dah lebih tinggi, 40 hingga 55 peratus ataupun di kawasan bandar 15 hingga 20 peratus.
Tapi Yang Berhormat Menteri, saya lihat daripada laporan ataupun kajian yang dibuat, penggunaan lampu solar terutamanya di kawasan luar bandar atau kampung-kampung hanya menggunakan watt yang terlalu rendah iaitu lebih kurang 20 watt.
Jadi, sayangnya apabila kita menggunakan lampu yang terlalu rendah ini, pencahayaan dia agak kurang dan tidak dapat menyelesaikan isu yang kita hendak selesaikanlah.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang keduanya, kebanyakan lampu-lampu solar yang dibekalkan yang mempunyai kualiti yang cukup rendah. Cepat rosak, tidak kalis air, kemudian ini akan merugikan dari segi kos kerajaan. Dan saya juga ingin bertanya, adakah guna lampu solar ini bersesuaian untuk semua tempat? Kerana dia mengikut geografi dan juga dari segi tenaga, kawasan yang pedalaman ataupun kawasan-kawasan yang memerlukan pencahayaan yang lebih. Adakah sesuai untuk semua kawasan?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kulim-Bandar Baharu, saya tak tahu Kulim-Bandar Baharu dapat maklumat itu daripada mana ya. Kita ada standard yang tertentu untuk lampu solar ini dan semua supplier lampu solar untuk JKR, dia kena masuk dalam EMAL – Electrical Material Approved List dengan izin, JKR. Dia mesti mencapai standard yang tertentu. Kemudian, jaminan dia lima tahun. Dia bukan yang cap ayam yang Yang Berhormat sebut itu. Saya pun tak tahu kawasan mana, agaknya dia beli dekat Shopee kut, kemudian pasang sendiri.
[Ketawa] Itu bukan standard JKR Yang Berhormat ya.
Dan diumum dalam Belanjawan 2026, Perdana Menteri ketika mengumumkan bajet, ada menyebut bahawa lampu solar MADANI dan dah siap dipasang 4,000 batang di Sabah ya. Ini maklumat tambahan yang saya ingin kongsikan di sini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Sri Dr. Ismail bin Abd Muttalib, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Di kampung, elektrik dipanggil karan, Masak ikan mengeluarkan wap; Soalan 11 dari Maran, Menteri Kesihatan mohon jawab.
11. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah kementerian bagi mengurangkan pertambahan pesakit kanser dan berapa ramaikah pesakit kanser di negara ini mengikut jenisnya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam MADANI
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tan Sri Yang di-Pertua dan sahabat saya, Yang Berhormat Maran ya. Baik, saya terus menjawab ya, pertanyaan yang ditanya langsung.
Pertamanya, berdasarkan laporan terkini oleh Registri Kanser Kebangsaan or National Cancer Registry 2022–2023, sebanyak 40,570 kes kanser baharu dilaporkan pada tahun 2022 dan tahun 2023 sedikit menurun, 38,814 kes kanser baharu dilaporkan pada 2023, Tan Sri.
Keduanya, 10 kanser utama yang dilaporkan di Malaysia bagi tempoh 2022 dan 2023 adalah pertama, kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma, kanser hati, liver cancer, kanser prostat, kanser leukemia, kanser korpus uteri dan juga kanser tiroid dan kanser ovari ya. Kanser payudara, kanser kolorektal dan kanser paru-paru, kanser korpus uteri dan juga kanser ovari merupakan lima kanser utama di kalangan wanita Tan Sri. Kanser kolorektal, itu kita, kanser paru-paru dan kanser prostat, kanser hati dan juga kanser limfoma merupakan lima kanser utama di kalangan lelaki.
Kementerian Kesihatan telah merancang gerak kerja pencegahan dan kawalan kanser di bawah Pelan Strategik Kebangsaan seperti berikut. Pertama, The National Strategic Plan for Cancer Control Programme 2021–2025 telah pun tamat tahun ini. National Strategic Plan for Colorectal Cancer 2021–2025, Pelan Tindakan Mengeliminasi Kanser Serviks 2021–2030 dan Garis Panduan Pengesanan Awal Kanser Payudara Kebangsaan di Fasiliti-fasiliti Kesihatan Primer 2024.
Antara langkah utama diambil oleh KKM adalah pertama, pencegahan primer melalui aktiviti promosi amalan gaya hidup sihat yang merangkumi pemakanan sihat, aktif secara fizikal, tidak merokok dan tidak mengambil alkohol bagi pencegahan penyakit kanser. Kedua, Program Imunisasi HPV dan yang telah bermula pada tahun 2010 sebagai langkah pencegahan penyakit kanser serviks ya, cervical cancer. Kita nak tamatkan cervical cancer ini, Tan Sri.
Pencegahan sekunder, there is a primary, this is a secondary approach. Kita melalui of course, aktiviti saringan ya. Pertama adalah all the immunization dan kedua adalah di pencegahan. Secondary approach of pertama, saringan kanser kolorektal yang menggunakan ujian IF di fecal occult blood test (FOBT) bagi tahun 2024 sebanyak 77,158 saringan kanser kolorektal telah dijalankan.
Dan kedua, saringan kanser payudara yang sedang kita actively dan secara keras ya, kita telah laksanakan ini dengan gigih melalui pemeriksaan klinikal payudara dan ujian mamogram. Ini yang sedang kami lakukan, Pink October Tan Sri.
[Sambil menunjukkan sehelai risalah] Ini sedang kita laksanakan, saringan yang
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
sedang berjalan pada seluruhnya Oktober ini. This is my pink ribbon, yang saya gunakan pada pagi ini.
[Sambil menunjukkan reben di dada] Dan seramai 857,722 wanita berumur 30 tahun dan ke atas telah menjalani pemeriksaan klinikal payudara di klinik-klinik kesihatan dan juga klinik-klinik desa di seluruh negara pada tahun 2024.
Bagi tahun 2025, KKM menganjurkan Bulan Kesedaran Kanser yang sedang berjalan ya, Tan Sri. Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan bertemakan, “Bersatu Demi Wanita: Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa”, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan payudara. Tan Sri, they always come late, stage tiga dan empat. This is why so difficult to manage. Kalau andainya saringan ini berjalan lancar, insya-Allah kita akan dapat mengesan ini lebih awal, insya-Allah.
Saringan kanser serviks melalui ujian apa yang dikatakan sebagai Pap smear, ujian HPV. Seramai 410,664 wanita berumur 30 hingga 65 tahun telah disaring menggunakan ujian Pap smear dan ujian HPV (Human Papillomavirus) pada tahun 2024 ya.
Akhir sekali, saringan kanser payudara di bawah Inisiatif Kesihatan Paru-paru Kebangsaan, Lung Health Initiative iaitu satu usaha komprehensif yang diangkat oleh KKM untuk memperkukuh aktiviti berkaitan pencegahan, saringan, rawatan dan kawalan kanser paru-paru ya. Usaha ini telah dibawa oleh Malaysia, kita mengangkat isu ini melalui satu resolusi di Perhimpunan Kesihatan Awam — maaf, di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA78), di Geneva baru-baru ini.
Saya bentangkan ini dan ia mendapat sokongan yang menyeluruh. Dan Malaysia telah menerajui aktiviti-aktiviti di bawah resolusi ini dengan memulakan saringan kesihatan paru-paru menggunakan X-ray, our AI, yang lengkap dengan teknologi AI di tujuh klinik kita di klinik-klinik kesihatan.
Saringan kanser oral juga melalui pemeriksaan mulut sendiri ataupun pemeriksaan tahunan di klinik kesihatan juga kita lakukan, kanser oral Tan Sri Yang di-Pertua. Itu sikit terdahulu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, jawapan yang cukup baik.
Kini kanser bukan saja mengenai orang dewasa ataupun warga emas, tapi juga kepada kanak-kanak, bahkan pra remaja. Dan dia difahamkan juga bahawa makanan adalah antara sumber ataupun penyebab yang membawa kepada kanser.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Apakah kerajaan mempunyai data ataupun maklumat, rekod yang menunjukkan bahawa makanan hari ini merupakan sumber menyebabkan kedapatan kanser? Dan apakah kerajaan, negara ini mempunyai kepakaran dan juga fasiliti mencukupi dalam menangani dan mengatasi masalah kanser ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Maran ya. Sangat baik soalan susulan itu walaupun agak teknikal. Saya menjawab sebegini ya. Dalam kerangka besar kesihatan, sebagai kami sebagai the custodian of health, penjaga kesihatan, kita punya program namanya keselamatan dan kualiti makanan di samping satu program yang namanya kualiti atau — maaf, namanya nutrisi ataupun pemakanan. Kedua-dua itu. Sementara Program Keselamatan dan Kualiti Makanan itu adalah terjurus kepada menjaga keselamatan dan kualiti makanan yang antara lainnya pastinya adalah juga untuk menjaga dari sudut kesihatan. Therefore, it is almost like from farm to table.
Seluruh supply chain itu wajar diberikan perhatian, termasuklah especially apabila hari ini kita lihat bagaimana dalam konteksnya global trade in food perlu ya.
Dan saya kerap rujukkan kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan ini.
They are in fact, the gatekeeper dari sudut penjagaan kesihatan berpunca penyakit daripada pemakanan. Food yang sama ada yang tersedia ataupun dalam konteks negara ataupun yang diimport. Locally processed ataupun produced ataupun yang diimport.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kalau saya sedikit boleh menyebutkan— ya? Itu adalah satu yang perlu saya sebutkan. Ada pun pusat-pusat ya. Ini yang nak saya singgung sikit dahulu. Kanser di kalangan pediatrik atau kanak-kanak ini juga mutakhir yang kita tahu adalah juga dalam insiden dan mobiliti yang agak meningkat. Jumlah kes-kes kanser kanak- kanak yang kita lihat, kalau kita perhatikan 2012 ke 2016, 4,303 dan terutamanya cancers, blood cancers seperti leukemia dan juga limfoma dan sebagainya.
Kita juga perlu memerhatikan dan today kepakaran kita on our pediatric, oncologist kita juga perlu kita pertingkatkan dan kalau Yang Berhormat memerlukan satu perincian yang lebih teliti mungkin saya boleh memberikan jawapan itu dalam bentuk bertulis. Tetapi, apa yang perlu saya tegaskan adalah betapa bahagian program keselamatan dan kualiti pemakanan menjurus kepada menjaga apa yang dikatakan sebagai incidence of cancer terbit daripada pemakanan dan ia tidak terkecuali kepada kanak-kanak. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tadi, Menteri ada sebut tentang kes-kes yang terlewat seperti stage three, stage four. Bagaimanakah langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dalam memperkenalkan teknologi baru merawat kanser seperti gene therapy, immunotherapy, AI-guided radiotherapy dan robotic surgery dan sebagainya bagi memastikan bahawa kes-kes begini dapat dirawat dan mengelak daripada kematian?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, itu satu lagi soalan yang agak teknikal, Tan Sri. Terima kasih Balik Pulau. Saya suka dengan kepekaan Balik Pulau. Ya, kita terus membangunkan keupayaan kita dari sudut public facilities dan keupayaan oncologist kita. Kita punya pelbagai kepakaran dalam bukan saja oncologist sebagai satu kepakaran tapi kita juga ada sub-kepakaran dalam bidang onkologi itu sendiri.
Dari sudut lazimnya kita tahu tentang pendekatan of apa yang dikatakan sebagai kemo dan radioterapi. Tetapi, sepertimana yang disebutkan oleh Balik Pulau, hari ini cancer is a state-of-art of technology adalah sangat advance dan hari ini dikatakan sebagai targeted immunotherapy dan yang lain juga adalah lebih maju daripada yang lalu.
Dan kita perhatikan kita juga sendiri ada beberapa state-of-art sama ada our latest is our— we do not have— let me just correct, recollect balik ya. Kita ada all the imaging scan, MRI. Itu semua kita ada. Yang kita tak ada, I think is one, if I am not mistaken is a proton therapy, kalau tidak silap saya. Tetapi, apa yang kita hari ini, pendekatan saringan itu adalah penting. All these are still curative, Balik Pulau ya.
Mustahak untuk saya tekankan adalah pendekatan saringan awal supaya kita contohnya Lung Health Initiative, kita guna AI X-ray yang lepas itu kalau ada nodules yang agak membimbangkan kita follow through dengan low-dose CT scan contohnya. Itu adalah saringan yang sangat saya kira state-of-art jugalah di samping of course, gene therapy.
Of course, hari ini gene therapy become the precision medicine. Semua mungkin tahu teknologi, gene editing tools like CRISPR-Cas9 ya, contohnya ataupun yang disebutkan sebagai, ya sebab pendekatan gene therapy ini, kita juga sedang memberikan pertumpuan supaya kita tidak terlalu ketinggalan on gene therapy sebagai pendekatan terapi yang paling canggih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
We hope that kita boleh juga catch up ataupun kita dapat capacity building to send our— baru-baru ini saya dekati Institut Kanser, King Hussein Cancer Center yang saya kira ada persamaan keupayaan mereka dengan Princess Margaret Cancer Centre di Toronto, Kanada. Saya mendapati mereka itu adalah jauh lebih advance daripada kita Tan Sri. Saya cemburu dan saya mahukan our pakar-pakar kita, our specialist and even our consultant to be still pertingkatkan keupayaan dan kapasiti mereka dengan ada sikit sebanyak apa yang dikatakan sebagai attachment untuk kita dapatkan the latest technique, particularly on gene therapy dan yang lain dalam di institut-institut center of excellence seperti ini di seluruh dunia, Tan Sri.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Setiausaha.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2026 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 14 Oktober 2025.” Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah ke Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang disebutkan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit (RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud- maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [10 Oktober 2025]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan Kali Yang Kedua sekarang dan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas.
Ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa pada hari ini bermulanya perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2026.
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berucap, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan selama 90 minit untuk perbahasan, diikuti ahli daripada Pengerusi Backbenchers 60 minit dan seterusnya 15 minit bagi pembahas-pembahas yang lain. Ketua-ketua parti atau wakilnya pula diberikan selama 20 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Saya mempunyai senarai nama-nama yang akan saya bacakan ini. Sebentar lagi, YB Larut sebagai Ketua Pembangkang akan berucap selama 90 minit, diikuti dengan Paya Besar selama 60 minit, kemudian diikuti dengan Sandakan, Bachok, Pandan, Pasir Mas, Igan, Tumpat, Kudat, Pematang Pauh, Kota Marudu, Padang Besar dan kita tamatkan dengan Hulu Selangor.
Untuk itu, saya menjemput Ketua Pembangkang, YB Larut, untuk berucap selama 90 minit. Silakan.
[Tepuk]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dimulai kalam dengan mengangkat kalimah tahmid, setinggi-tinggi pujian merafak syukur ke hadrat Allah SWT, pemilik zat yang berkuasa ke atas seluruh muka bumi ini. Demikian juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
[Berselawat]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya memulakan perbahasan ini dengan mengajak ahli Yang Berhormat seluruh rakyat Malaysia menghayati ungkapan Khalifah Abu Bakar r.a. sebaik-sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Khalifah. Kata Saidina Abu Bakar, “Sesungguhnya aku dilantik dalam kalangan kamu dan aku bukanlah orang yang terbaik. Jika aku mentaati Allah, maka taatilah aku. Sebaliknya, jika sekiranya aku derhaka, maka tiadalah ketaatan bagi mu”.
Yang Amat Berhormat Tambun membuka pembentangan Belanjawan 2026 dengan ayat suci al-Quran dari surah al-Isra sebagai pedoman untuk kita semua khususnya buat mereka yang di tampuk kuasa. Walau bagaimanapun, dalam konteks kepimpinan, apa yang dijanjikan, wajib tunaikan. Kita tidak mahu terjadi seperti ditegur Allah SWT dalam surah Asy-Syu’araa, ayat 226 yang mafhumnya berbunyi, “Dan mereka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya”. Dalam surah Asy-Syu’araa ini, Allah juga memperingatkan kita agar menentang kezaliman seperti kisah Nabi Musa a.s. menentang firaun.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Maka, mengambil ibarah daripada surah Asy-Syu’araa dan sifat Khalifah Abu Bakar, saya selaku Ketua Pembangkang dan rakan-rakan dalam keluarga besar Perikatan Nasional, akan terus menjadi suara kepada rakyat, menyemak tiap butiran belanjawan, menegur without fear and favor demi memastikan kepentingan agama, bangsa dan negara kekal terpelihara.
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun menggariskan tatakelola terbaik sebagai tekad pertama Belanjawan 2026 dan kami alu-alukan kerana inilah jua hasrat Perikatan Nasional yang ingin melihat akauntabiliti, kecekapan dan ketelusan dalam sesebuah kerajaan.
Namun, ketika lidah menuturkan tatakelola terbaik, tindak-tanduk kerajaan mencetuskan paradoks kerana ada epilog kronisme yang telah menjadi rahsia terbuka hari ini yang tidak boleh lagi ditutup dengan daun nyiru hinggakan pemimpin dalam kerajaan sendiri, pemimpin dalam kerajaan sendiri, contohnya Yang Berhormat Pandan, mempersoalkan kewujudan watak ala-ala Rasputin dalam koridor kuasa Kerajaan MADANI yang menjadi kaya sekelip mata sehingga diangkat sebagai ikon anak muda.
Dakwaan serius yang perlu dijawab dan ditangani oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Beliau perlu juga mengangkat dirinya sebagai pejuang antirasuah. Beliau mengangkat dirinya sebagai pejuang antirasuah, tapi dalam skandal video rasuah yang sekarang ini berleluasa disebarkan di seluruh negara terutamanya di Sabah, hanya dua ADUN sahaja yang didakwa. Mana dia yang enam lagi? Jika tatakelola terbaik diangkat sebagai tekad, mengapa ada dua layanan yang berbeza?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut, Larut. Awal eh?
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Larut. Saya tertarik dengan tatakelola-tatakelola ini dan banyak menjadi tata ke laut bukan tatakelola. Cuma, bila berkaitan hal tatakelola ini, setuju tak Larut bahawa bulan — tahun depan Tambun akan menghadapi kes sivil dengan Yusof Rawther? Bersetuju tak Tambun untuk Tambun berehat seketika sementara menunggu kes tersebut selesai kerana ini akan tidak mewujudkan dua darjat dari segi penghakiman? Terima kasih Larut.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Puan Yang di-Pertua, ini soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Hulu Terengganu. Betullah, kalau ini yang dibangkitkan sebagai contoh. Saya nak bagi contohlah, saya teringat akan kisah Saidina Ali Abu Talib r.a. Kisahnya mengenai beliau dan seorang lelaki Yahudi.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saidina Ali ketika itu hilang dalam peperangan. Contohnya, hilang baju besi beliau.
Kes ini dibicarakan di depan seseorang hakim. Walaupun beliau seorang khalifah, tiada layanan istimewa yang sebenarnya diberikan kepada Saidina Ali. Akhirnya, dalam kes tersebut hakim telah memutuskan bahawa Yahudi itu yang menang.
Pengajaran daripada kes ini adalah hakim itu memang bertanggungjawab dan beliau sedar akan amanah yang dipertanggungkan kepada beliau, yang dipikul, maka akhirnya Saidina Ali menerima tanpa meminta imuniti ke, tangguh ke, beri apa- apa ke, tidak dan beliau menerima keputusan tersebut dengan rela hati sehinggakan akhirnya Yahudi tersebut telah pun memeluk Islam. Itu yang sebenarnya berlaku ketika itu dan kalau diberikan contoh yang dibangkitkan oleh Hulu Terengganu tadi, saya memohon supaya tidak ada imuniti, teruskan Yang Amat Berhormat Tambun pergi dan terus menghadapi kes tersebut di mahkamah.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Tambun, kes video Yang Berhormat Larut, kes video enam ADUN di Sabah mencatatkan aspirasi dan kehendak Yang Amat Berhormat Tambun untuk melihat negara ini bersih daripada rasuah terutama di kalangan pemimpin-pemimpin.
Daripada pemberi maklumat yang sama, alat perakam yang sama dan jalan cerita yang sama, hanya dua orang dituduh di mahkamah dan sekali gus dituduh pemberi maklumat. Macam mana kes ini boleh berjalan baik di mahkamah sekiranya pemberi maklumat pun dituduh bersama? Apakah bukti-bukti yang akan dikeluarkan oleh pemberi maklumat akan menganiaya pemberi maklumat sendiri dalam kes mahkamah?
Jadi, nampak aspirasi dan kehendak Perdana Menteri untuk melihat soal dan isu integriti ini dibanteras sedemikian rupa, cacat kerana nampak di kalangan rakyat adanya pendakwaan terpilih yang sedang berlaku, yang sedang dilakukan oleh kepimpinan ini. Apa pendapat Yang Berhormat Tambun?
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Puan Yang di-Pertua, inilah yang saya katakan tadi, dalam tekad pertama iaitu tatakelola yang terbaik. Yang Amat Berhormat Tambun mahukan sesuatu yang begitu baik, yang dikatakan, yang dituturkan dalam ucapan belanjawan. Tapi yang kita lihat, seperti yang dikatakan oleh Beluran, Yang Berhormat Beluran, bahawa nampak, rakyat nampak. Yang video keluar banyak, yang dituduh hanya dua. Apakah kerana dia dua itu ikan bilis, yang lain-lain itu mempunyai kedudukan dalam Kerajaan Sabah? Ini menunjukkan betullah, pendakwaan terpilih berlaku dalam negara ini. Inilah yang ditentang oleh rakyat seluruhnya dalam negara kita ini [Tepuk]
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Amat Berhormat Tambun juga mendabik dada kononnya beliau memperkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (RUU FRA) sebagai bukti komitmen terhadap disiplin kewangan negara, tapi angka membuktikan sebaliknya. Di bawah kerajaan ini, setelah RUU FRA diluluskan, nisbah hutang meningkat kepada 64.6 peratus pada tahun 2024 dan diunjur 64.7 peratus pada tahun 2025.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Walhal, Timbalan Menteri ketika menggulung RUU FRA, ha Pandan — apa ini, Pontian. Dia yang menggulung ketika itu. Dia janji, dia janji. Ini, ini dia janji ini.
Engkau yang janji, angguk sikit.
[Ketawa] RUU FRA, beliau kata, Timbalan Menteri ketika itu kata, memberikan jaminan bahawa nisbah kepada— hutang kepada KDNK akan turun kepada 60 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Turun mana? Sudah tiga tahun dah, Yang Berhormat Pontian. Sebab itu, kena tukar pergi kementerian lain.
[Tepuk] Hampir dua tahun berlalu, hampir dua tahun dah berlalu. Ia masih kekal di paras menghampiri 65 peratus dan masih tiada tanda-tanda bahawa ia dapat diturunkan ke paras yang dijanjikan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Boleh mencelah, Larut?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Indah khabar daripada rupa. Inilah yang maknanya kerajaan ini— maknanya kerajaan ini berhutang lebih mendadak daripada kadar pertumbuhan ekonomi.
[Tepuk]
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Minta laluan.
Minta laluan, dulu.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kita tidak mahu tatakelola yang dinyatakan itu hanyalah kosmetik semata-mata. Kita tak mahu. Puan Yang di-Pertua, tak pakai kosmetik. Cantik, tak apa. Ini kosmetik sahaja.
Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah membentangkan Belanjawan 2026 yang berjumlah RM470 bilion dan menyasarkan pertumbuhan KDNK hanyalah antara empat hingga 4.5 peratus. Yang Amat Berhormat Tambun mentakrifkan peruntukan sebesar RM470 bilion itu sebagai perbelanjaan- perbelanjaan awam, yang meliputi RM338.2 bilion bagi belanja mengurus (OE) dan RM81 bilion bagi belanja pembangunan (DE) Persekutuan.
Walau bagaimanapun, perbelanjaan sebenar yang keluar daripada poket kerajaan hanyalah berjumlah RM420.2 bilion. Manakala selebihnya, RM50.8 bilion
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
dikatakan datang dari dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Soalannya, adakah RM50.8 bilion ini boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan awam, sedangkan ia tidak dicatat dalam Akaun Hasil Disatukan dan tidak termasuk dalam jumlah hutang rasmi kerajaan? Memandangkan dana tersebut tidak datang daripada hasil kerajaan, adakah ia merupakan pelaburan sedia ada yang dipaksa untuk diguna semula bagi projek kerajaan?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut, sekali lagi, Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Atau, adakah ia pinjaman baharu yang akan menambah tanggungan dan liabiliti luar jangka kerajaan?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut, sekali lagi, Larut. Yang dicatat, yang diumum, RM470 bilion. Yang ada dalam Buku Bajet, RM420 bilion.
Makna, di sini ada berlaku scammer. Setuju tak, Larut bahawa kerajaan hari ini, cuba scam rakyat, cuba scam ahli pembangkang dan cuba scam kerajaan yang ada pada hari ini? Setuju atau tidak, kerajaan ini kerajaan scammer?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Guna ayat-ayat scam ini, saya tak mahulah. Nanti Puan Yang di-Pertua kata, ayat ini tidak boleh digunakan dalam Dewan ini. Jadi, yang saya nak guna adalah takut ia nya merupakan silap mata.
Scam tak nak, tapi mungkin, silap mata. Kerajaan harus berterus terang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Larut, minta mencelah sikit.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ha, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, terima kasih.
Saya nak tanya, apabila disebut berkenaan dengan angka-angka tadi, iaitu 420 dengan 50.8 untuk GLIC dan GLIC ini, adakah amalan baharu ini merupakan satu silap mata? Saya sebut silap mata. Satgi, jangan buh saya pula. Saya sebut silap mata ataupun dia panggil, yang silap mata yang direka oleh Kerajaan MADANI untuk menampakkan angka defisit lebih kecil daripada realiti sebenar.
Apakah ini satu orang kata nak mengelabui supaya kita tak dapat mengesan, tetapi kita mengesan apabila kita melihat secara terperinci buku yang apa ini— bajet yang telah dibentangkan kepada kita? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ha, ini soalan baik daripada Pendang. Kalau yang ini cara dia, tak payah keluar lagi enam bulan.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus berterus terang. Kerajaan ini tidak boleh bermain apa— silap mata, dengan mentakrifkan perbelanjaan tersebut sebagai perbelanjaan awam, semata-mata mahu mengekalkan angka defisit yang rendah, sedangkan pada hakikatnya, ia tidak mencerminkan tanggungan kewangan sebenar yang perlu ditanggung oleh negara.
Yang Amat Berhormat Tambun menyasarkan bahawa defisit pada tahun 2026 akan berkurangan kepada 3.5 peratus, berbanding 3.8 peratus bagi tahun 2025 dan 4.1 peratus bagi tahun 2024.
Dalam hal ini, Perikatan Nasional menegaskan bahawa penurunan defisit 3.5 peratus yang dibangga-banggakan oleh kerajaan, hakikatnya bukanlah kerana berlaku peningkatan hasil atau perbelanjaan yang efektif, tapi sebaliknya adalah semata-mata kerana pemindahan tanggungjawab fiskal kepada GLIC, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan. Ini creative accounting.
Lebih membimbangkan lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, apakah jaminan sasaran kutipan hasil kerajaan sebanyak RM343 bilion itu, bagi tahun 2026 ini, mampu untuk kita capai? Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu jujur dalam soal jumlah sebenar hutang dan liabiliti kerajaan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jangan hanya menyebut soal hutang baharu kerana laporan tinjauan fiskal anggaran hasil Kerajaan Persekutuan 2026, mendedahkan jumlah hutang dan liabiliti kerajaan sehingga akhir tahun sehingga akhir Jun 2025 adalah berjumlah RM1.69 trilion atau 84.1 peratus daripada KDNK.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya nak dapat penjelasan sebab, kalau kita tengok dalam pembentangan Perdana Menteri, Perdana Menteri tak clear, tak jelas, GLIC mana sebenarnya yang dilibatkan, ya.
GLC mana dan GLIC mana. Sepatutnya, Dewan harus tahu sebab ada effect pada GLIC tersebut, income pendapatan dia dan pelaburan dia.
Tetapi, kerajaan PM secara umum, hanya menyebut secara general dan Dewan perlu diberitahu, supaya sekurang-kurangnya kita dapat penjelasan, mana agensi yang dipaksa untuk menanggung beban kerajaan atau kos dalam belanjawan kerajaan. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul. Puan Yang di-Pertua, ada dalam buku...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mic, mic.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ada dalam buku belanjawan itu, dia tak bagi secara detail, tetapi dia sebut beberapa GLIC yang dipertanggungjawabkan untuk membantu dari segi development perbelanjaan untuk negara pada kali ini. Nanti, saya sebut satu-persatunya.
Bukankah ini, yang saya sebut tadi bahawa hutang kerajaan hari ini sudah sampai RM1.69 trilion? Itu angka yang besar. Bukankah ini angka yang besar dan membimbangkan? Belanjawan 2026 juga mendedahkan bahawa perbelanjaan kerajaan untuk membayar hutang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Perikatan Nasional bimbang apabila melihat bagaimana nilai nisbah bayaran khidmat hutang kepada hasil kerajaan (debt service ratio) kini berada di luar kawalan.
Pada tahun 2022, nisbah debt service ratio hanyalah 14 peratus. Kemudian, meningkat kepada 14.7 peratus bagi tahun 2023, 15.5 peratus bagi tahun 2024 dan, tahun ini, 16.3 peratus bagi tahun 2025.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bagi tahun 2026, jumlah bayaran khidmat hutan untuk― hutang. Bayaran khidmat hutang. Hutan pula. Diunjurkan sebanyak RM58.3 bilion dan ini menjadikan nisbah debt service ratio dijangka melonjak mencecah paras 17 peratus. Maka, bermakna debt service ratio-nya meningkat tahun ke tahun. Ini menyebabkan hutang negara semakin besar, faedah yang perlu dibayar semakin tinggi dan hasil negara untuk digunakan bagi kepentingan rakyat semakin berkurangan. Itulah yang sebenarnya angka yang telah pun diberikan kepada kita semua.
Sedangkan, sebelum ini Yang Amat Berhormat Tambun janji memastikan kadar bayaran khidmat hutang akan kekal di bawah paras 15 peratus daripada hasil tahunan seperti yang diperakui oleh kenyataan Kementerian Kewangan pada 18 Julai 2024.
Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun pula membentangkan satu belanjawan yang sarat dengan angka-angka indah, seolah-olah semuanya baik- baik belaka, tanpa penyelesaian sebenar kepada cabaran ekonomi semasa terutamanya kos sara hidup. Realitinya dalam keadaan hari ini, banyak perkara- perkara yang kita lihat rakyat telah pun― banyak saya dengar dalam social media dan sebagainya, macam-macam telah pun dibangkitkan oleh rakyat. Rakyat tertekan, perniagaan terhimpit, graduan menganggur dan keyakinan terhadap kerajaan semakin menipis.
Belanjawan 2026 yang sepatutnya menjadi lembaran pertama kepada rancangan lima tahun atau Rancangan Malaysia Ketiga Belas kini boleh dilihat
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
sebagai sebuah katalog semata-mata. Seharusnya belanjawan merupakan peluang keemasan untuk kerajaan mengatur semula atau reset dari segi kerangka ekonominya. Bukan hanya sekadar cadangan untuk bertahan tetapi untuk menyediakan landasan yang kukuh bagi melonjakkan keberhasilan negara.
Seperti tahun-tahun lalu, Perikatan Nasional tampil bukan sekadar mengkritik tetapi menawarkan kebijakan ekonomi yang lebih baik berpaksikan kepada prinsip keadilan, kejujuran dan kepertanggungjawaban. Perikatan Nasional percaya sebelum kita mahu membina sesuatu yang lebih baik, kita mesti berani membetulkan apa yang pincang. Sebelum kita mampu menambahkan hasil, kita mesti menyalakan semula api keyakinan. Dan sebelum negara dapat mengecapi kemajuan, kesempitan hidup rakyat mesti dilegakan.
Angguk Puan Yang di-Pertua. Setuju? Macam itulah...
[Tepuk] Puan Yang di- Pertua pun angguk, setuju dengan apa yang saya sampaikan.
Jadi, bermakna belanjawan yang dibentangkan harus berpaksikan kejujuran dan keberanian untuk membetulkan kesilapan, bukan menutup permasalahan pokok dengan perkataan dan angka persembahan. Inilah naratif ekonomi Perikatan Nasional dalam membahaskan Belanjawan 2026 iaitu kami ― temanya bagi kami adalah membetulkan struktur, menyemarakkan ekonomi dan melegakan rakyat...
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, tiada ekonomi yang kukuh tanpa asas dan kerangka yang betul. Yang Amat Berhormat Tambun harus mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi negara berhadapan dengan cabaran seperti hasil tidak berkembang dengan optimum, pelaburan tidak produktif dan sumber penghasilan terlalu sempit.
Perikatan Nasional mempunyai iltizam politik yang berani untuk membetulkan kerangka asas ekonomi negara, bukan sekadar menambah subsidi semata-mata.
Dan, asas pertama yang mesti diperbetulkan ialah sistem percukaian hasil negara dan hala tuju institusi pelaburan.
Rejim cukai kita hari ini ibarat enjin yang lama berjalan tetapi perlahan. Sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sekarang adalah cukai dua lapis...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sales dan service.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Dalam banyak keadaan, ia menyebabkan double taxation di mana pengguna membayar cukai dua kali bagi barangan dan perkhidmatan yang sama.
Saya melihat kerajaan ketika ini melaksanakan rejim cukai seolah-olah seperti GST seolah-olah― tetapi buat melalui SST menerusi pelaksanaan mandatori e-Invois bagi tahun hadapan, sebagai contoh. SST adalah rejim percukaian yang tidak menyeluruh, tidak cekap dan terdedah kepada banyak ruang ketirisan. Malah, banyak syarikat besar menggunakan struktur perkhidmatan dalaman untuk mengelak cukai berganda.
Akhirnya, yang menanggung beban adalah peniaga kecil dan pengguna biasa. Tambahan pula, black economy atau ekonomi gelap dianggarkan mencecah 20 peratus daripada KDNK, bersamaan lebih RM400 bilion, aktiviti ekonomi yang tidak direkod dan tidak dicukai.
Perikatan Nasional berpendapat kita perlu mengkaji semula keseluruhan rejim percukaian nasional secara holistik, bukan sekadar ubah kadar SST atau tambah levi di sana sini, ditambahnya levi, tapi sebaliknya memperkenalkan sistem cukai yang adil, telus dan menggalakkan pematuhan sukarela.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Larut, boleh sedikit? Sedikit saja.
Memandangkan Larut berikan banyak pandangan, pendapat, saya nak tanya kepada Larut, adakah pihak pembangkang sana menyediakan bajet alternatif supaya rakyat boleh buat pembandingan? Kamu ada sediakan tak bajet, belanjawan alternatif?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, Kota Melaka ini dia tak reti melihat, menilai bagaimana caranya. Mula-mula kita beritahu kerajaan, “Engkau buat ni gini, gini, banyak yang tak sesuai”. Sekarang, kita katalah. Kan saya dah kata, cukai itu biar buat alternatif cukai cara lain. Ini sebagai contoh. Kota Melaka, dengar sikit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita nak tahu bagaimana secara detail.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Puan Yang di-Pertua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bukannya secara umum macam itu.
Kita nak tahu secara detail.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Masalah yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, adalah kebergantungan kerajaan yang kronik kepada PETRONAS. Bagi tahun 2026 sahaja, kerajaan terus bergantung dengan bayaran dividen sebanyak RM20 bilion daripada PETRONAS. Selain itu, PETRONAS juga membiayai projek
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bandar Madani berjumlah RM4 bilion, manakala RM12 bilion lagi bagi transaksi Bandar Malaysia. Ini, Kubang Kerian, salah satunya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Persoalannya sampai bila, sampai bila? Sudah beberapa kali saya bangkitkan, jangan kita sembelih angsa yang sekarang ini membantu mengeluarkan telur-telur emas untuk rakyat. Adakah ini sumber hasil yang mapan atau sekadar suntikan sementara untuk menutup defisit? Kita tidak boleh bergantung kepada dividen PETRONAS setiap kali kerajaan kekurangan dana.
PETRONAS bukan tabung kecemasan kerajaan. Ia syarikat strategik yang sepatutnya melabur untuk masa depan negara. Jika setiap tahun hasil PETRONAS digunakan untuk menampung operasi kerajaan, maka tidak lama lagi PETRONAS akan menjadi lembaga zakat kepada kerajaan, bukan syarikat minyak negara.
[Tepuk] Perikatan Nasional menegaskan bahawa hasil negara...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Mesti datang daripada aktiviti ekonomi sebenar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kota Melaka dengar ni. Ia mesti merupakan pelaburan inovasi dan produktiviti, bukan daripada memerah syarikat milik negara.
[Tepuk]
Seorang Ahli
Ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Institusi pelaburan kerajaan atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memainkan peranan penting dalam membina kekayaan negara.
Namun, Belanjawan 2026 ini hala tuju mereka kelihatan seolah-olah menyimpang, digunakan bukan untuk pelaburan strategik tetapi untuk tujuan yang lain. Sebagai contoh, Belanjawan 2026 ini, KWAP, Kumpulan Wang Persaraan kini terlibat dalam dana pelaburan bersama bernilai RM1.2 bilion untuk syarikat sedang berkembang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ini seolah-olah sebuah badan yang menguruskan dana persaraan awam melebihi RM100, ialah — KWAP ialah sebuah badan yang menguruskan dana persaraan awam melebihi RM158 bilion.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Perikatan Nasional tidak mahu KWAP berperanan seperti venture capital. KWAP tidak boleh terdedah kepada pelaburan risiko tinggi yang tidak menjamin pulangan jangka panjang, [Tepuk] hasil pelaburan bersama syarikat yang masih belum stabil. Tak boleh, itu yang kita tidak mahu. Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Bila disebut apa ini hasil baru. Saya sekarang ini, saya agak skeptikal kerana perbelanjaan bajet pada tahun ini 470 bilion. Dan, kita punya revenue, ataupun kita punya pendapatan, 343 bilion, jadi kita masih lagi depreciate ataupun shortfall 100 billion plus.
Jadi, adakah dukacitanya kita ataupun Yang Amat Berhormat Tambun selalu sebut sukacitanya kali pertama kita memasukkan untuk kita dapat revenue ini daripada GLIC dan juga GLC? Ini adakah satu akan berlaku penambahan lagi apabila cukai baru ini yang akan dikenakan menekan rakyat supaya membayar cukai untuk nak mencukupi apa depreciate tadi yang di antara perbelanjaan bajet dan juga income yang kita dapat ini masih lagi kekurangan.
Jadi, saya nak minta pandangan, apakah ini satu lagi penipuan yang sedang ditayangkan kepada rakyat Malaysia bahawa kita hebat? Selalu sebut sukacita, tapi hari ini saya sebut dukacitanya duit-duit GLC ini diambil dan akhirnya apa ini dia punya shareholder akan mendapat kurang dividen yang mereka akan terima setiap tahun apabila kerajaan menggunakan hak mereka kepada untuk menampung bajet yang ada sekarang ini.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pendang, hati-hati nak menggunakan apa-apa ayat sekalipun. Nanti kena lagi enam bulan. Tak, tak kerajaan tak menipu, hanya menggunakan silap mata sahaja.
[Tepuk] Jadi, kalau silap mata ni, sebab itu saya dah beritahu awal-awal lagi, bacalah kepada yang Islam, Surah Asy-Syu’araa. Banyak cerita di mana pemimpin diminta untuk menentang kezaliman. Jadi, saya minta supaya hari ini kalau nampak ada kezaliman, ada benda yang tak betul, kita benar-benar kena tentang. Ini terutamanya pada rakan-rakan saya daripada UMNO yang merupakan sahabat Muslim, tengok betul-betul. Jangan main angguk, saya sokong, akhirnya, sokong membawa rebah.
Jadi, begitu jugalah saya nak maklumkan tentang Khazanah Nasional Berhad. Ini Khazanah Nasional Berhad merupakan satu badan yang kita bentuk untuk kepentingan rakyat, masa depan negara, sovereign fund untuk negara. Apa kena mengena nak guna 600 juta duit Khazanah ini nak membaiki Carcosa ini?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Tepuk] Saya hairan. Sepatutnya, kalau nak kan Carcosa itu nak dibangunkan, bukan minta duit Khazanah, guna duit Khazanah, repair Carcosa, bukan itu caranya, rugi.
Sovereign fund ini sepatutnya invest dalam banyak investment opportunity yang boleh kita berikan, yang boleh menghasilkan lebihan yang lebih baik. 600 juta nak repair Carcosa, apa ini, kepentingan apa?
Saya nak maklumkan, ini Menteri Kewangan (II), fikir sendiri. 600 juta itu kalau senang, tak payah kita bagi privatize Carcosa itu bagi kepada syarikat-syarikat yang mampu dan kita bagi tahu, “Okey engkau ambil 30 tahun dan ada pulangan hasil, engkau sewa...”. Mungkin dua juta setahun, tiga juta setahun. Kalau 30 tahun dah sampai menghampiri RM100 juta. Apakah 600 juta ini boleh buat pulangan seperti sebegitu rupa? Saya takut ini hanyalah semata-mata silap mata untuk lakukan sesuatu, RM600, kontrak RM300, RM300 hilang. Itu yang saya takutkan. Ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Larut, terima kasih. Itulah saya tengok banyak keputusan yang dibuat oleh Kerajaan MADANI ini, oleh Tambun ni, Tambun ni sibuk, selalu keluar. Jadi, dia terpaksa bergantung dengan penasihat-penasihat dia. Adakah ini satu bentuk percubaan untuk mengumpul dana pilihan raya melalui penswastaan ataupun menggunakan Khazanah dengan projek-projek yang sebegini?
Dan saya minta Larut, mungkin kita boleh tanyalah pada Tambun, senaraikan semua penasihat-penasihat yang beliau lantik dalam kementerian-kementerian dan GLIC dan GLC sebab saya rasa orang-orang inilah yang membuat keputusan bagi pihak Tambun, yang sebenarnya kalau ikutkan Almarhum Tun Daim, taklah pakar mana pun dalam hal kewangan.
Jadi Yang Berhormat Larut, ini betul-betul luar tabii. Dia janji dulu MAHB bila kita swastakan boleh bantu. Ini Aerotrain rosak berapa kali dah di KLIA. Nampak sangat tak pandai mentadbir.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ha, patutlah Machang dengan Pendang ni selalu kena keluar.
Puan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Machang ini.
GLIC ini kita mesti kembalikan kepada tujuan asal penubuhannya, mengukuhkan daya tahan ekonomi, menjana pulangan jangka panjang untuk rakyat. Menteri Kewangan (II) awak dulu duduk kat EPF tahu tujuannya, bukan untuk repair Carcosa.
GLIC perlu diberikan kebebasan korporat, bebas daripada campur tangan politik. Jawapan yang awak berikan kepada kami dulu dan setiap keputusan pelaburan mesti dinilai berdasarkan prestasi. Jawapan yang sama awak beri kami
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
dulu. Jadi Yang Amat Berhormat Tambun perlu sedar apabila GLIC mengalami kerugian, yang menanggungnya tetap rakyat seperti pencarum KWSP, pesara KWAP dan pelabur PNB.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kalau tak percaya tanya Ayer Hitam, Yang Berhormat Ayer Hitam. Banyak kalilah bangkit perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua, setelah kita membetulkan asas dan perkukuh struktur fiskal negara, langkah seterusnya ialah menyemarakkan semula enjin pertumbuhan. Kerajaan tidak boleh terus berbelanja untuk bertahan.
Negara mesti berbelanja untuk berkembang. Kota Melaka dengar, ekonomi negara ini ibarat sebuah kek. Masalahnya, kek sekarang tidak cukup besar dan yang kecil itu pula diagih tanpa strategi. Kita tidak boleh terus berubah berebut bahagian kecil, sedangkan sepatutnya kita bersama-sama membesarkan kek itu untuk semua rakyat.
Daripada RM470 bilion perbelanjaan negara pada tahun 2026, sebanyak RM338.2 bilion adalah belanja mengurus meliputi gaji penjawat awam, pencen pesara dan bayaran faedah hutang. Hanya RM81 bilion saja untuk pembangunan, berbanding RM86 bilion bagi tahun lalu. Tahun lalu 86, tahun ini 81. Analogi mudahnya saya nak beritahu Puan Yang di-Pertua analoginya. Catat, ambil pen catat. RM100 Puan Yang di-Pertua. Oh, dalam Hansard, tak payah catat. Analoginya seperti ini ya. Kalau RM100, RM31 digunakan untuk membayar gaji, RM17 untuk membayar faedah hutang, RM14 untuk menanggung subsidi dan RM12 bagi pembayaran pencen. Itu saja sudah RM74. Berapa baki yang tinggal untuk membina sekolah, untuk membina jalan, untuk membaiki hospital atau membantu rakyat?
Inilah hakikat ekonomi sebenar yang kerajaan cuba sembunyikan, di sebalik angka-angka indah. Kita tidak lagi berbelanja untuk berkembang, kita hanya berbelanja untuk bertahan, sedangkan sepatutnya perbelanjaan pembangunan datang daripada lebihan hasil dan bukan hutang semata-mata. Dengan hasil kerajaan hanya RM343 bilion, perbelanjaan mencecah RM470 bilion tetapi perbelanjaan mencecah RM470 bilion, negara berbelanja melebihi kemampuan hampir RM127 bilion. Jurang inilah yang ditampung dengan hutang.
Perikatan Nasional berpendirian, ekonomi negara tidak boleh diselamatkan hanya dengan agihan. Kita mesti membesarkan kek ekonomi, mencipta peluang dan menambah hasil supaya setiap rakyat mendapat bahagiannya dengan adil.
[Tepuk] Apabila tiga perempat daripada hasil negara digunakan hanya untuk membayar gaji, hutang, pencen dan subsidi, ini bermakna kerajaan sudah kehilangan ruang fiskal
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
untuk bernafas. Negara ini tidak akan maju kalau setiap tahun kita hanya menampal, bukan membina.
Sebab itu Perikatan Nasional percaya jalan keluar utama bukan dengan menambah cukai, tetapi dengan memotong pembaziran. Kita mesti berani melakukan rasionalisasi melalui belanja mengurus yang tidak produktif dan mengalihkan dana itu kepada pembangunan sebenar yang memberi kesan langsung kepada rakyat. Setiap sen yang perbelanjaan pembangunan mesti mempunyai pengganda ekonomi, mesti ada economic multiplier dan manfaat social return ataupun manfaat sosial. Ini bagi benda yang tak menentu. RM100 diberikan kepada semua. Apa hal ini?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Larut, sekali lagi. Pendang sekali lagi, Yang Berhormat larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kita tidak mahu projek-projek kecil dibuat dengan kos besar dan projek besar pula diluluskan tanpa semakan kos faedah. Saya nak bagi contohlah. Contoh pertama, tandas awam RM1 juta. Kalau setiap tandas bernilai RM1 juta, maka siapa yang sebenarnya kaya? Rakyat atau kontraktor? Ini umum. Projek MyKiosk RM25,000 seunit. Kebanyakannya telah menjadi gajah putih kerana dibina bukan berdasarkan keperluan.
Saya nak tanyalah kepada kerajaan, apa status terkini? Di kampung saya ada...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya nak bagi status terkini di kawasan saya MyKiosk Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ha, silakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Berpuluh-puluh MyKiosk ini sekarang duduk berdiri di atas ruang yang tak ada orang, tak ada penghuni, tak ada penyewa. Dijadikan sebagai landskap baru bagi kawasan Parlimen Beluran sepertinya dibina dan dihantar mengikut keperluan. Saya setuju Yang Berhormat Larut. Ada MyKiosk ini yang dikatakan meraih keuntungan pendapatan sehingga RM25,000 kononnya. Tak apalah, betul. Kawasan-kawasan yang strategik, tetapi mengapa hantar MyKiosk ke pedalaman Sabah, kawasan Parlimen Beluran untuk dijadikan sebagai landskap? Nah, yang itulah yang saya katakan. Betul kata Larut, dihantar, diguna tanpa keperluan. Sepatutnya buat di mana yang perlu dan hantar di mana yang perlu.
Dahlah kawasan kita luar bandar, ruang terhad, yang ada konkrit terhad, yang lain-lain itu lumpur, terpaksa letak di kawasan-kawasan yang tak berlumpur,
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
mengambil ruang dan sebagainya, sebagai landskap. Yang Berhormat Larut, memang betul cadangan Yang Berhormat Larut kaji semula MyKiosk ini supaya ia nya dapat dimanfaatkan. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tambah Hulu Terengganu.
Terima kasih. Sama apa yang berlaku di Beluran dengan Hulu Terengganu. Dan dikatakan bahawa benda ini satu pembaziran, tak digunakan, tak ikut spek sebagaimana yang dikehendaki oleh peniaga dan yang lebih penting harganya jika orang lain nak buat mesti ditempah daripada satu syarikat saja. Itu ceritanya. Betul tak? Bersetuju tak Larut dengan apa yang berlaku tersebut?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sudahlah ia nya menjadi gajah putih seperti yang disebut oleh kedua-dua rakan saya tadi. SPRM kata tak ada salah.
Jadi, ini masalahnya.
Pembinaan LRT Mutiara sebagai contoh lagi. Saya nak tambah daripada apa yang mereka kata. Kos pembinaan yang meningkat. Mula-mula kata projek ini projek PPF (public-private financing), kemudian tukar kepada projek kerajaan. Mula-mula PPF RM10 bilion. Kemudian naik kepada RM17 bilion kerajaan bayar. Adakah projek ini untuk benar-benar kepentingan negeri? Saya tanya orang-orang Pulau Pinang, dia kata, “eh kami tak perlukan sebenarnya LRT ini.” Jadi, kalau tak perlu, siapa yang perlu? Kroni kot yang perlu.
[Tepuk] Jadi, sebenarnya rakyat tidak marah kerana negara berhutang, mereka tak marah. Sebenarnya mereka marah kerana hutang digunakan untuk perkara yang tidak masuk akal. Kerajaan harus berani menilai semula keutamaan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Larut, sikit lagi.
LRT tadi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya nak bangkit bila kerajaan umumkan pembangunan untuk projek pembangunan dikurangkan daripada RM90 bilion lebih pada 2025 kepada RM83 bilion.
Jadi, bila kita kurangkan pembangunan ini, maknanya negeri-negeri di wilayah Pantai Timur, wilayah Utara yang mana tidak ada keagihan yang agak nak mengimbangkan jurang pendapatan ataupun KDNK di antara negeri ini. Itu yang kita bangkitkan supaya kerajaan merancang untuk nak mengimbangkan jurang pendapatan di antara negeri-negeri Pantai Timur, Utara dan juga negeri yang telah maju ini. Kenapa kerajaan tidak buat? Asyik dok tumpu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Cuma kita tengok, bila DE dikurangkan kepada RM83 bilion, tetapi kerajaan menanggung 100 percent LRT di Pulau Pinang. Jadi, maknanya, mengorbankan negeri-negeri lain untuk satu pembangunan yang kita tengok tadi, yang tak dikehendaki. Minta pandangan daripada Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Puan Yang di-Pertua, ini yang saya katakan kalau kita tak buat RM17 bilion ini, hutang kita yang RM70 bilion yang kita nak buat, nak membangunkan itu buat DE ini kita kurangkan RM17 bilion, tak payah buatlah LRT. Ini yang rakyat tanya ini. Sebab itu saya kadang-kadang, saya mintalah kalau bolehlah biarlah belanja dengan bijak.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kita boleh membesarkan ekonomi tanpa menambahkan defisit kalau kita buat secara yang betul dan tidak ada pembaziran. Kita tidak payah membina projek-projek yang tidak bermakna kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi bukan hanya bergantung kepada bajet kerajaan tetapi juga keyakinan pelabur. Hari ini keyakinan itu semakin rapuh. Buktinya, Laporan DOSM. D-O-S-M menyebut pelaburan langsung asing
(FDI) yang bersih, FDI bersih negara hanya berjumlah RM1.6 bilion bagi suku kedua tahun 2025, jatuh 83 peratus daripada RM14 bilion, berbanding tahun yang sama sebelumnya.
Bukan itu sahaja, Bank Negara Malaysia juga mengakui bagi suku kedua 2025, imbangan akaun semasa atau Malaysia’s current account surplus jatuh ke tahap terendah iaitu hanya RM0.3 bilion atau RM300 juta atau 0.1 peratus daripada KDNK. Begitu juga pegangan asing dalam ekuiti tempatan yang kini berada pada paras terendah dalam sejarah moden. Kalau sejarah dulu sebelum moden, mungkin RM300 juta itu besarlah.
Dana asing keluar lebih RM17.3 bilion pada tahun 2025. Ini kerajaan kena jawab, fasal apa ini? Kita juga mahu pelaburan yang berkualiti, bukan hanya gah pada nama. Kerajaan hari ini berbangga dengan pelaburan pusat data raya (data center). Wow, hebat tetapi realitinya, sektor ini walaupun menggunakan sumber utiliti tinggi tetapi menawarkan peluang pekerjaan yang terhad dan pulangan cukai yang kecil.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut, sekali lagi, Larut, ringkas.
Bilion-bilion.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pelaburan sebenar ialah pelaburan yang mewujudkan pekerjaan yang bergaji tinggi, yang bergaji tinggi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Memindahkan teknologi dan memperkukuh rantaian nilai tempatan, bukan semata- mata seperti data center yang dibangga-banggakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bilion-bilion ini Larut, lawatan Menteri dan juga Perdana Menteri ke luar negara dikatakan bawa bilion-bilion masuk tetapi dalam laporan ini, maknanya tidak berlaku pun perkara itu. Apakah ketidakberjayanya Perdana Menteri bawa pelabur masuk ataupun ketimbang masih lagi berlaku dalam kerajaan hari ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Masukkanlah Tuan Speaker, supaya Yang Amat Berhormat Tambun jawab. Untuk melonjakkan pertumbuhan lebih tinggi, Perikatan Nasional bersedia menawarkan Dana Pemangkin Perniagaan Berimpak Tinggi (High Impact Business Catalyst Fund).
[Tepuk] Prinsipnya mudah.
Kerajaan tidak boleh terus menjadi pemberi bantuan, sebaliknya kerajaan mesti menjadi rakan kongsi strategik (strategic partnership). Apabila syarikat berjaya, kerajaan akan menuai hasil melalui dividen dan cukai melalui strategic partnership.
Ini bukan subsidi tetapi merupakan perkongsian risiko untuk mencipta nilai.
Antara sasaran pelaburan adalah syarikat tempatan yang telah menembusi pasaran antarabangsa tetapi memerlukan suntikan dana dan sebagai pemangkin bagi meningkatkan hasil. Sebab itu kita mencari strategic partnership ini, kita mencari syarikat-syarikat tersebut yang saya namakan tadi supaya ia boleh memberikan hasil yang lebih tinggi kepada kerajaan. Jadi akhirnya, kek ekonomi kita dapat kita besarkan.
Kerajaan juga boleh menjadi rakan kongsi kepada entiti asing yang beroperasi di Malaysia dengan nilai tambah tinggi. Contohnya, sektor farmaseutikal, tenaga baharu dan automasi pintar. Insya-Allah dengan pendekatan ini, Perikatan Nasional yakin dapat menjana pelaburan tambahan bernilai berbilion-bilion Ringgit.
[Tepuk] Serta mencipta ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi yang benar-benar memberi kesan kepada rakyat. Inilah maksud sebenar menyemarakkan ekonomi, Kota Melaka. Bukan mengumumkan angka tetapi menghidupkan semula keyakinan dan keupayaan bangsa untuk mencipta nilai.
Tuan Yang di-Pertua, Perikatan Nasional bukan hanya mahu menyalakan ekonomi negara tetapi kami mahu membina semula rasa percaya antara rakyat dan negara, berlandaskan jaringan keselamatan sosial yang adil, prihatin dan bermaruah. Untuk itu, kami akan merombak semula seluruh kerangka jaringan sosial negara agar setiap bantuan dan setiap sen— minum dah? Setiap sen bantuan yang dibelanjakan membawa makna keadilan yang sebenar.
[Tepuk]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Daripada apa yang dibentangkan oleh kerajaan, Perikatan Nasional yakin sebenarnya dibentangkan dengan angka-angka itu. Daripada situ, Perikatan Nasional yakin bahawa kalau diberikan kedudukan fiskal tersebut, negara mempunyai keupayaan untuk kami kalau Perikatan Nasional memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional sehingga RM6,000 setahun [Tepuk] kepada isi rumah yang memerlukan. We know we can do it. Ini berbeza dengan bantuan yang bersyarat, terhad seperti Skim SARA yang mengekang pilihan rakyat. Bagi duit SARA, “Eh, kau tak boleh yang ini, kau kena belanja yang ini”, apa hal ni? Kita, Perikatan Nasional akan beri bantuan dan kita serahkan kepada rakyat, apa yang mereka perlukan.
[Tepuk]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut, sekali lagi, last. Janji tak bangun dah selepas ini.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Banyak betul, Hulu Terengganu ini. Macam mana ini Tuan Yang di-Pertua, angguk atau geleng kepala.
[Ketawa]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Ketawa] Tetapi Larut bagi, okeylah. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. RM6,000 setahun ini maknanya, kalau rakyat nak RM6,000 setahun, sokonglah Perikatan Nasional. Yang kedua, berkaitan SARA. Dahulu Bantuan Prihatin, bantuan ini semua itu dikatakan dedak tetapi dedak tersebut masih diteruskan. Cuma persoalannya adalah, di bawah sana, kedai runcit di kampung bersungut, apa yang dibelanjakan, diberikan kepada rakyat untuk dibelanjakan, mereka tidak dapat merasa. Malah, golongan maha kaya dapat merasai nikmat daripada bebanan SARA ini. Apa pandangan Larut? Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya, saya dah kata dah, kalau Perikatan Nasional, kita tak buat gitu. Kita nak bagi, biarlah rakyat yang tahu. Dia nak apa yang dia perlukan. Ini kau bagi, lepas itu kau kata jangan beli ini, jangan beli itu, jangan beli— eh.
Seorang Ahli
Kedai ini, kedai itu.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kedai ini, kedai itu sahaja. Kedai pula itu, kedai yang kami buat. Petrajaya, kedai yang diberikan itu, yang kerajaan buat sahaja.
[Ketawa]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Larut, Larut. Pulai sedikit, boleh?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tidak apa, saya bagi peluang.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Kalau kita bagi ruang sebebasnya kepada rakyat untuk membeli, kalau mereka ini beli rokok, macam mana Yang Berhormat?
Adakah kita benarkan gunakan duit SARA itu?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kepada rakyat yang tengok secara langsung ini, Pulai bagi pihak kerajaan kata, “Engkau kalau kami bagi duit, kau beli rokok. Sebab itu kami tak bagi supaya bebasnya”. Itu Pulai kata, yang saya kata pula...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya tanya, Yang Berhormat. Saya tanya sahaja sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Okey, saya perbetulkan. Apa yang Pulai tanya itu seperti buruk sangka.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya perbetulkan ayat itu. Seolah- olah buruk sangka bahawa rakyat ini tak reti langsung.
[Tepuk] Jadi, kalau saya cakap banyak Pulai, saya kasihan pula, Pulai ini sahabat saya tetapi sekarang dah jadi duduk belah sana, dia fikirkanlah.
Ini isu pendidikan. Hal sama, membabitkan sektor pendidikan. Perikatan Nasional memberi perhatian serius terhadap pendidikan kerana inilah sektor yang menjadi tiang seri kepada tamadun bangsa. Kerajaan memperuntukkan lebih RM66 bilion kepada Kementerian Pendidikan dan RM16 bilion kepada Pendidikan Tinggi dalam Belanjawan 2026 tetapi walau sebesar mana pun angka itu, persoalan pokoknya tetap sama.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ke mana arah pendidikan kita? Apakah kita benar-benar sedang memperkukuh kualiti dan keadilan sistem pendidikan negara atau sebaliknya?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, Kota Bharu.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kerajaan menyebut tentang peranti...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kota Bharu, sebelum teruskan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Okey.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, saya berminat apabila Yang Berhormat Larut mempersoalkan ke arah mana sistem pendidikan kita, memperkukuh kualiti dan keadilan sistem pendidikan negara. Kita tahu, kebetulan Yang Berhormat Larut bekas Menteri KDN. Soalan saya ini sesuai. Kita tahu dalam rangka mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah, di sana berlaku
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sekolah. Saya bersetuju pandangan Yang Berhormat Menteri Wanita semalam. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak tetapi tiba-tiba sekolah sudah tidak menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak.
Persidangan lepas, kita dikejutkan dengan kes Zara, 13 tahun pelajar, begitu, belum selesai lagi. Beberapa hari yang lepas, seorang pelajar Tingkatan 3 dirogol bergilir oleh pelajar Tingkatan 5 di sekolah dan saya nak sebut pada hari ini, satu kejadian kematian pelajar berusia 10 tahun, pelajar Tahun 4 di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan, yang berlaku ya. Dan saya mendapat maklumat pihak polis setelah mendapati pelajar ini, murid ini meninggal dunia di klinik setelah dibawa.
Siasatan dibuat di bawah seksyen 503C sahaja iaitu kes buli. Sedangkan ini maklumat yang saya dapat, ya. Saya bertanggungjawab atas maklumat ini. Kalau polis panggil, saya boleh pergi.
Pelajar ini saya mahu siasatan dibuat. Maklumat saya dapat, pelajar ini ditemui mati ataupun ditemui dalam keadaan tergantung dengan skarf Pengakap digunakan sebagai tali gantung dan skarf itu tergantung di penyangkut baju tandas tersebut. Guru menurunkan murid tersebut. CPR dimulakan, tak berhasil. Guru bawa pelajar ini, murid ini ke klinik, disahkan meninggal dunia di klinik itu.
Adakah— apa yang dibuat? Menteri pun tak ada, Timbalan Menteri Pendidikan pun tak ada. Apa yang akan dibuat lagi oleh Menteri? Adakah nak kata “Jangan kacau sekolah kami, jangan kacau murid kami.” [Tepuk] Anak rakyat mati, tuan-tuan. Rakyat mendengar, murid mati di sekolah, jatuh dalam lubang tandas.
Inikah kualiti pendidikan yang kita nak, dengan perbelanjaan paling besar diberikan oleh kerajaan kepada sektor pendidikan? Saya mahu pandangan daripada Yang Berhormat Larut dalam perkara ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Allahuakbar, Puan di-Pertua.
Inilah yang kami perjuangkan. Kita mahu melihat kembali akan sistem keseluruhan, termasuklah isu keselamatan di sekolah. Kadang-kadang kita memberikan ilmu ini, kita juga harus melihat, menilai semula tentang apa yang kita ajar dari segi moral, akhlak dan itu juga harus diberikan kepentingan. Hari ini kita nak buat macam- macam.
Contohnya tentang peranti pintar, digitalization pada semua sekolah-sekolah yang ada. Pernah kah kita melihat juga tentang isu keselamatan? Janganlah sebab kita nak berikan kepada kroni, akhirnya kita lupa akan tanggungjawab kita yang sebenarnya. Apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya Kota Bharu tadi, saya ingin
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
jelaskan, Perikatan Nasional akan bangkit dan akan menentang segala kezaliman daripada sekolah hinggalah segala-galanya dalam negara kita ini.
[Tepuk] Inilah juga yang mendorong kritikan dan teguran. Mungkin teguran keras Yang Berhormat Pandan ke atas Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Kita dengar apa yang telah pun Yang Berhormat Pandan bangkitkan. Pada masa yang sama...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Larut, Puncak Borneo nak minta penjelasan sikit.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sila.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional terdahulu sebab daripada situlah apabila TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi menjadi Menteri Undang-undang, beliau memulakan penyerahan banyak perkara dalam MA63. Jadi, saya ingin bertanya sama ada sebagai Ketua Pembangkang Kerajaan Perikatan Nasional, adakah pihak Yang Berhormat Larut bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya hak MA63 khasnya kepada sektor pendidikan dan kesihatan, sekiranya Perikatan Nasional memerintah menjadi kerajaan pada masa akan datang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bila yang akan datang itu? Itu soalan yang baik. Saya nak maklumkan kepada rakyat apabila Presiden saya, Yang Berhormat Pagoh, menjadi Perdana Menteri, buat kali pertamanya satu kementerian, satu Menteri, kita berikan sebagai satu jawatan yang penting untuk menilai kembali MA63. Itu telah pun kita lakukan.
[Tepuk] Kita yang mula lakukan.
Ketika itu, Puncak Borneo Timbalan Menteri, di Jabatan Perdana Menteri untuk menilai kembali MA63. Maknanya kita telah pun bermula daripada situ dan seterusnya, kalaulah ketika itu, selepas pilihan raya baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Pagoh masih lagi diberikan tugas sebagai Perdana Menteri, saya yakin masalah MA63 ini selesai.
[Tepuk] Siapa kata saya gaduh dengan Pagoh ni?
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sorry, Sir, selit-selit sikit, boleh ya?
Salam.
[Bersalam dengan Yang Berhormat Pagoh] [Tepuk] Ini isu pendidikan. Saya nak juga kita ingatkan, kita jangan lupa lebih 167 graduan masih menunggu pekerjaan tetap.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pekerja gig semakin ramai tetapi tiada jaminan sosial dan tiada masa depan yang pasti. Kita bercakap tentang AI
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
nation tetapi hakikatnya majoriti rakyat masih berjuang untuk menjadi surviving nation. Ini apa nak jadi? Hari ini Malaysia sedang berdepan cabaran besar dalam aspek ketidakseimbangan pasaran kerja. Pertindihan kemahiran serta kegagalan menghubungkan tenaga kerja dengan keperluan industri.
Alhamdulillah, peruntukan TVET untuk 2026 naik kepada RM7.9 bilion tetapi integrasi sebenar TVET di antara industri dan institusi latihan serta strategi untuk menjadikan TVET sebagai arus perdana pembangunan ekonomi masih lagi kabur.
Jadi, Yang Berhormat Menteri Kewangan (II), berikan Bagan Datuk sesuatu yang jelas. Bagi peruntukan dia buat, dia lakukan semua. Ini saya difahamkan buat macam ini. Bila minta duit, tak sampai kepada Menteri yang sepatut menjalankannya. Apa nak jadi?
Perikatan Nasional mencadangkan, menerusi program TVET ini mahasiswa diberi ruang untuk terus menjejak kaki ke dunia industri sejak di pengajian tinggi agar mereka tidak lagi melangkah dengan ketidakpastian. Sebaliknya, mereka melangkah dengan keyakinan yang berpaksikan kepada kemahiran yang sebenar.
[Tepuk] Wanita juga harus diangkat sebagai penggiat utama dalam agenda TVET ini.
Statistik menunjukkan penyertaan wanita dalam bidang TVET masih sekitar 30 ke 40 peratus, rendah berbanding negara maju yang mencapai melebihi 50 peratus sehingga 60 peratus.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
TVET juga perlu diolah menjadi transformasi sosial dengan membuka ruang kepada golongan berpengalaman, termasuk mereka yang bersara awal seperti pesara tentera sebagai rakan strategik.
Bagi...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebelum— Ketereh.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Wah, Ketereh ini saya sebut pesara, dia yang tebuk sorang-sorang dia. Lain tak mahu tebuk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Larut, sebelum berpindah tajuk ke pertahanan, saya nak sentuh fasal TVET sebab saya pernah jadi Pengerusi TVET suatu ketika dahulu. Boleh tak kita bila kalau sekiranya diizinkan Allah Taala, kita memerintah, kita merancang untuk menjadikan sebuah universiti TVET yang pertama, sebab tak ada lagi. Untuk buat degree dan degree lanjutan, kita terpaksa kena hantar ke luar negara. Jadi, saya nak minta pandangan daripada Larut, boleh tak kita jadikan universiti TVET yang pertama dalam negara kita kerana
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
sekarang ini E&E, manufacturing dan juga wafer fab sedang berkembang dalam dunia sekarang ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, saya pendekkan supaya Menteri jawab. Sesungguhnya soal pendidikan ini, kami mahu setiap anak Malaysia, sama ada di Putrajaya atau di pedalaman Long Pasia diberikan peluang yang sama untuk berjaya kerana masa depan Malaysia bukan diukur pada tingginya menara tetapi pada tingginya nilai budi dan ilmu generasi ini.
Perikatan Nasional akan menawarkan pendidikan percuma di peringkat prasiswazah kepada semua golongan rentan dan yang memerlukan, terutamanya penerima Bantuan Prihatin Nasional. Perikatan Nasional juga akan memastikan mana-mana pelajar yang layak mengikut merit akan diberikan biasiswa bagi menyempurnakan pengajian ijazah pertama dalam bidang strategik. Pada masa yang sama, autonomi kepada institut pengajian tinggi awam akan diperluaskan melalui tabung endowment atau khususnya kepada membabitkan research universiti.
Tuan Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua, kesihatan rakyat adalah nadi kekuatan negara tapi hari ini, kita berdepan dengan hakikat yang semakin meresahkan, di mana klinik dan hospital awam sesak, petugas kesihatan kita bekerja dalam tekanan dan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapat khidmat kesihatan. Mereka terpaksa ke hospital kerajaan yang sudah pun sesak. Lalu meningkatkan beban sistem kesihatan awam. Ini satu langkah yang bercanggah dengan aspirasi kerajaan untuk memperluas akses kesihatan kepada semua lapisan masyarakat.
Kerajaan harus sedar, dalam ekonomi yang himpit ini, setiap Ringgit yang dikeluarkan dari poket rakyat adalah amat berharga. Justeru, Perikatan Nasional mahu sektor kesihatan diberikan keutamaan melebihi daripada kementerian- kementerian lain.
[Tepuk] Perikatan Nasional akan memberikan peruntukan secukupnya kepada sektor kesihatan awam bagi menampung kenaikan kapasiti hospital kerajaan di seluruh negara, selaras dengan prinsip maqasid syariah.
Puan Yang di-Pertua, semua yang disebutkan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Perikatan Nasional yang terkandung dalam gagasan besar Konsensus Nasional Baharu. Konsensus Nasional ini akan kami angkat sebagai agenda nasional untuk kami tawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat Malaysia. Konsensus untuk menjadikan negara ini hebat semula. Kita pernah
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
bergelar Asian Tiger dan kita boleh lakukan sekali lagi apabila ditunjang oleh Perikatan Nasional.
[Tepuk]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Larut, Kota Melaka. Larut, nak tanya sikit. Larut, kalau jadi kerajaan, siapa akan jadi calon Perdana Menteri?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kami bukan menjanjikan bulan dan bintang tetapi menawarkan masa depan yang lebih realistik, lebih adil, lebih baik kepada rakyat Malaysia yang kami sayangi ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Siapa calon Perdana Menteri?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kami tawarkan... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Larut mahu bagi laluan? Tak bagi? Larut tak bagi. Sila duduk.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Puan Yang di-Pertua, saya tahu dia nak mengacau.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Untuk meyakinkan rakyat, siapa ialah calon Perdana Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Larut tak bagi laluan. Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Calon Perdana Menteri siapa? Siapa calon Perdana Menteri?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, Kota Melaka...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya jawab, saya jawab. Duduk, duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kota Melaka, Perdana Menteri, Hulu Terengganu.
[Dewan Ketawa]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Puan Yang di-Pertua, kalau nak tahu, kami di sini semua dah tahu siapa calon Perdana Menteri. kalau Kota Melaka nak tahu, sila masuk ke Perikatan Nasional.
[Dewan Ketawa]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Semua tak tahu siapa akan jadi calon Perdana Menteri. Kalau ikut jawapan daripada Larut, ertinya tak tahu siapa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Puan Yang di-Pertua, kalaupun saya bagi tahu dengan dia, bukan dia nak mengundi kita pun. Jadi, engkau tak payah sibuklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan perbahasan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ini kerja kami. Ini saya naik marah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan marah.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Janganlah kacau. Haru biru betul Kota Melaka. Kami bukan menjanjikan bulan dan bintang, kami menawarkan masa depan lebih realistik, lebih adil, lebih baik kepada rakyat. Kami tawarkan game plan yang lebih baik untuk Malaysia kerana matlamat kami jelas iaitu reignite yakni menyalakan, menyemarakkan semula ekonomi negara. Kami akan besarkan kek ekonomi Malaysia, kami tawarkan pembaharuan ekonomi dengan nilai murni, kami sediakan landasan moral. Kami bina jambatan politik untuk kita semua bergerak ke arah nation building merentasi sempadan kaum, agama, parti, mahupun diskriminasi geografi. Kami tolak politik dendam, kami tolak political survivalism.
Kami jadikan konsensus ini sebagai doktrin nasional untuk memandu Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang dinikmati kemakmuran yang dapat dikongsi bersama oleh seluruh rakyat dalam negara kita.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ketua Pembangkang, saya telah memberikan teguran yang jujur dan pandangan yang konstruktif berkaitan Belanjawan 2026 ini.
Saya angkat dan perjuangkan suara hati rakyat. Saya julang dan juarai denyut nadi mereka di Dewan yang mulia ini. Saya dan rakan-rakan saya sentiasa menyuarakan demi kepentingan rakyat. Saya dan rakan-rakan yang ada di sini akan sentiasa tampil membawa idea dan gagasan di bawah Konsensus Nasional sebagai tawaran dan hamparan baru buat rakyat seandainya Allah mengizinkan untuk kami memerintah pada PRU16 nanti.
[Tepuk] Akhir kalam, saya ingin tegaskan. Banyak lagi? Jadi, jangan tutup lagi. Puan Yang di-Pertua, banyak yang saya sebutkan hari ini tentang belanjawan ini, yang saya ingin sampaikan adalah untuk semua rakyat memahaminya. Apa yang saya sebutkan hari ini adalah bagi pihak bukan hanya kami sebagai pihak pembangkang tapi kepada pihak rakyat di seluruh negara.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang pentingnya, kami mahukan keadilan. Yang pentingnya kami tahu bahawa perbelanjaan ini atau bajet ini memerlukan sesuatu idea yang terbuka. Kami mahu melihat supaya kek ekonomi ini diperbesarkan bukan hanya dalam kaedah yang sekecil itu semata-mata tapi biarlah ia nya boleh dibuka untuk diberikan sesuatu yang bertanggungjawab, dapat dikongsi kenikmatannya oleh seluruh rakyat dalam negara kita ini.
Apabila kita dapat melakukan ini, insya-Allah, saya yakin bahawa negara ini akan menjadi sebuah negara bukan hanya boleh membantu rakyatnya tetapi juga membantu rakyat termiskin seperti ada di negara-negara yang memerlukannya.
Palestin, sebagai contoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kami bukan hanya dapat menentukan bahawa ia nya semata-mata merupakan kaedah menaikkan semangat atau hanya untuk mengangkat seseorang semata-mata.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menangguhkan Mesyuarat sekarang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Okey, okey. Saya tutuplah kalau begitu, Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak ada 10 minit? Ada 10 minit?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Dah nak menutup. Saya tak mahu sambung 2.30 nanti.
Puan Yang di-Pertua, sebagai Ketua Pembangkang, saya telah memberikan teguran yang jujur dan pandangan yang konstruktif berkaitan Belanjawan 2026 ini.
Saya angkat dan perjuangkan suara hati rakyat. Saya julang dan juarai denyut nadi mereka di Dewan yang mulia ini. Tidak hanya itu, Perikatan Nasional juga tampil membawa idea dan gagasan di bawah Konsensus Nasional baru sebagai tawaran dan hamparan baru buat rakyat, seandainya negara ini diperintah oleh kami nanti.
Akhir kalam, sekali lagi saya tegaskan, segala apa yang saya ikrarkan tadi bukan dongengan saudagar mimpi tetapi merupakan tekad dan janji perjuangan demi keadilan, demi kesejahteraan, demi kepentingan agama, bangsa dan negara yang tercinta lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
*Tidaklah boleh serendah padi, Sekamlah jua ditumbuh luluh; Tidaklah boleh kehendak hati, Kehendak Allah pasti yang sungguh.
Insya-Allah,* rahmat dan petunjuk Allah berserta sokongan rakyat bersama Perikatan Nasional akan menjadi kenyataan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Tepuk] .
[Semua ahli pembangkang bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita sambung perbahasan belanjawan peringkat dasar dengan saya menjemput YB Paya Besar. YB Paya Besar ada 60 minit, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, apa khabar semua?
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Baik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya bagi pihak Backbenchers Club ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Belanjawan 2026. Tidak dilupa juga seluruh jentera kerajaan khususnya keluarga besar Kementerian Kewangan.
Bunga mawar harum wangi, Indah sungguh di tepi kali; Ucapan terima kasih setulus hati, Atas budi dan jasa yang murni.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Emas sepuluh disusun rapi, Tersimpan indah dalam peti; Ekonomi makmur negara lestari, Tonggak diperkukuh tekad dipateri. Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya Belanjawan 2026 ini merupakan kesinambungan kepada agenda reformasi fiskal yang telah bermula sejak 2023. Ia digubal dengan mengambil kira realiti baru dunia seperti polikrisis yang mencantumkan ketegangan geopolitik, keselamatan iklim dan tekanan ekonomi yang saling bertindih. Maka, belanjawan ini adalah terjemahan disiplin fiskal dan keberanian moral seiring semangat ekonomi MADANI yang menuntut pertumbuhan disertai keadilan dan ihsan.
Alhamdulillah, Tan Sri Yang di-Pertua, asas ekonomi negara kekal kukuh.
Pada separuh pertama 2025, KDNK berkembang 4.4 peratus. Didorong oleh perbelanjaan isi rumah, pelaburan swasta dan awam yang meningkat kukuh serta pengangguran menurun ke paras tiga peratus. Jumlah pelaburan diluluskan mencecah 190 bilion, meningkat 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia serta kestabilan dasar kerajaan dalam mengemudi cabaran global. Ringgit yang terus mengukuh, inflasi yang kekal terkawal, momentum pertumbuhan yang terus menjadi petanda jelas bahawa ekonomi kita sedang berada dalam landasan yang kukuh. Walaupun Bank Negara telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2025 kepada antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus berbanding julat asal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus, akan tetapi, ia kekal lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi dunia yang diunjurkan berkembang 3.0 peratus pada tahun ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini Bank Dunia juga turut menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia dari 3.9 peratus pada Jun yang lalu kepada 4.1 peratus baru-baru ini. Bagi saya, ini merupakan satu pengiktirafan terhadap daya tahan ekonomi serta keberkesanan dasar kerajaan dalam memacu pemulihan dan pembaharuan struktur.
Tan Sri Yang di-Pertua, dengan izin, the best way to predict the future is to create it. Maka, belanjawan ini adalah medan untuk kita mencipta masa depan berteraskan lima tunjang utama iaitu people, prosperity, policy, partnership dan planet. Tunjang pertama, rakyat (people). Sentiasa menjadi keutamaan dalam kerangka ekonomi MADANI. Dengan matlamat memastikan setiap isi rumah hidup lebih bermaruah, berpendapatan mencukupi dan peluang maju bersama. Isu kos
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
sara hidup ini bukan lagi sekadar statistik ekonomi, tetapi inilah realiti yang menekan hampir setiap isi rumah.
Kerajaan MADANI mendengar perkara tersebut daripada keperluan asas seperti makanan dan utiliti hinggalah komitmen bulanan seperti perumahan dan kenderaan. Saya ada juga, Tan Sri Yang di-Pertua, membuat tinjauan dalam media sosial saya. Ramai yang bagi komen positif, negatif, pertengahan dan bagi cadangan. Rata-rata ada juga melahirkan resah terhadap peningkatan kos sara hidup walaupun kadar inflasi dijangka hanya sekitar 1.8 peratus di separuh kedua 2025.
Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Belanjawan tempoh hari, Kerajaan MADANI ini telah menunjukkan komitmen berterusan untuk melindungi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana melalui peningkatan STR dan SARA sehingga setiap bulan pada tahun hadapan sehingga mereka mendapat RM4,600 setahun.
Namun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar penyaluran STR disemak semula daripada setiap tiga bulan kepada setiap bulan atau setiap dua minggu sepertimana yang dilaksanakan di negara India.
Langkah ini pasti dapat membantu rakyat mengurus perbelanjaan dengan lebih baik dengan mengelakkan perbelanjaan berkala.
Bantuan tunai bukan penyelesaian kekal. Kerajaan mesti melangkah ke langkah dan tahap seterusnya melalui kenaikan gaji minimum yang progresif, latihan semula tenaga kerja, pemerkasaan ekonomi komuniti agar rakyat mampu membina daya saing yang tersendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa peningkatan bahagian pekerja, COE, perlu dijadikan teras utama dalam memperkukuhkan asas ekonomi negara. Apabila lebih banyak bahagian KDNK diagihkan kepada gaji dan pampasan pekerja, ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah, merangsang perbelanjaan domestik dan memperkukuhkan daya tahan ekonomi.
Tan Sri Yang di-Pertua, kenapa Bank Negara menyemak semula daripada 3.9 peratus KDNK negara kepada 41 peratus? Kerana pada hemat Bank Dunia, rakyat kita mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi atas dasar yang dibuat dan reformasi dibuat oleh Kerajaan MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan pada pihak kerajaan agar menyemak semula pelepasan cukai korporat, khususnya kepada syarikat yang
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
merekodkan keuntungan luar biasa tetapi mengekalkan jurang gaji yang terlalu besar antara pengurusan tertinggi dan pekerja bawahan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sudah tiba masanya kita melaksanakan prinsip tax fairness di mana insentif cukai dikaitkan dengan dasar gaji yang adil, lebih bertanggungjawab kepada sosial dan korporat. Selain itu, saya mahu kerajaan untuk memperkukuhkan kesatuan sekerja, mesti menjadi sebahagian daripada reformasi struktur ekonomi.
Hari ini, hanya enam peratus tenaga kerja Malaysia terlibat dengan kesatuan sekerja. Ini jauh lebih rendah berbanding Korea Selatan – 13 peratus, Indonesia – 12 peratus dan Sweden – 65 peratus. Kesatuan yang kuat bukan sahaja memperjuangkan hak pekerja, tetapi juga membantu memastikan dasar gaji dan produktif yang berkembang seiring.
Tan Sri Yang di-Pertua, rumah untuk semua. Pasaran perumahan negara kini berdepan dengan ketidakseimbangan struktur yang serius. Tumpuan berlebihan kepada projek yang bernilai tinggi didorong oleh insentif pemaju dan hasil negeri lebih mewujudkan jurang besar di antara penawaran dan kemampuan rakyat sebenar khususnya golongan M40 dan B40. Akibatnya, lambakan hartanah tidak terjual terus meningkat, manakala Rumah Mampu Milik semakin sukar untuk dicapai.
Tan Sri Yang di-Pertua, komitmen kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk membina satu juta Rumah Mampu Milik menjelang 2035 bagi menangani defisit RM1.2 juta sepertimana yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas khususnya di bandar utama.
Langkah ini betul mencerminkan kesungguhan kerajaan melaksanakan intervensi berasaskan penawaran selaras dengan prinsip Keynesian bagi menstabilkan pasaran perumahan sejajar dengan dapatan KRI bahawa 78 peratus pembeli rumah pertama mencari unit di bawah RM250,000. Langkah seperti RPGT, loan-to-value ratio, sebelum ini hanya mengawal risiko kredit tetapi tidak menyentuh punca utama pasaran yang digerakkan oleh spekulasi.
Saya ingin mencadangkan Tan Sri, di Dewan yang mulia ini, tiga langkah pembaharuan utama:
(i) laksanakan reformasi cukai harta dengan menggantikan RPGT kepada cukai keuntungan modal progresif serta memperkenalkan cukai spekulasi dan kekosongan bagi mengekang aktiviti penahanan stok rumah tidak terjual;
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
(ii) perkemaskan urusan perancangan perumahan melalui model permintaan sebenar dan reformasi hasil negeri supaya perancangan tidak lagi bergantung kepada projek berharga tinggi; dan
(iii) wujudkan perlindungan bersasar bagi pembeli rumah pertama dan semak semula MM2H agar pelaburan asing tidak menambah lambakan hartanah mewah.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu ketidaksepadanan pekerja masih menjadi cabaran besar buat ekonomi negara. Walaupun kadar pengangguran rendah sekitar tiga peratus, hakikatnya hampir 1.96 juta rakyat bekerja di bawah tahap kelayakan mereka dan 35 peratus graduan pula bekerja di luar bidang pengajian.
Ketika saya membentangkan kajian pengajian saya, PhD saya di SOMET Jepun bulan lepas Tan Sri, saya berkesempatan untuk melawat Kyushu Institute of Technology. Pensyarah di sana berkongsi bahawa kadar kebolehpasaran graduan Jepun hampir mencecah 100 peratus. Sistem pendidikan mereka benar-benar berpaksikan kerjasama rapat antara universiti dan industri. Setiap pelajar diberikan pendedahan langsung kepada keperluan pasaran, menjadikan mereka bersedia untuk bekerja sebaik tamat pengajian. Saya yakin Malaysia boleh mencapai tahap yang sama.
Maka, saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini dasar satu tenaga pengajar, satu jalinan industri dijadikan KPI nasional di mana setiap pensyarah mempunyai kerjasama rasmi dengan sekurang-kurangnya satu syarikat atau agensi relevan bagi tujuan latihan industri, penyelidikan bersama dan pembangunan pelajar.
Ganjaran, kenaikan pangkat, pengiktirafan akademik perlu dikaitkan dengan impak sebenar terhadap kemahiran dan kebolehpasaran graduan. Hanya dengan cara ini Tan Sri, universiti kita boleh melahirkan tenaga kerja yang benar-benar kompeten dan selaras dengan kehendak industri masa depan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kesihatan dan cabaran populasi menua. Menjelang 2030, jumlah warga emas berusia 60 tahun ke atas akan melebihi kanak-kanak bawah lima tahun. Menurut WHO, menjelang 2050, hampir satu daripada enam orang di dunia adalah warga emas. Fenomena ini sudah pasti memberi kesan langsung kepada ekonomi. Negara dengan populasi muda dan produktif dianggap lebih menarik kepada pelabur kerana tenaga kerja yang melimpah, pasaran pengguna yang lebih besar, potensi pertumbuhan jangka panjang. Sebaliknya,
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
negara yang menua dengan cepat berdepan risiko pertumbuhan perlahan, tekanan fiskal, beban pencen dan kos kesihatan yang meningkat.
Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2035 apabila lebih 15 peratus rakyat berusia 60 peratus ke atas. Ketika ini, kira-kira lapan peratus penduduk ialah warga emas. Namun, kadar penyertaan tenaga kerja warga emas masih rendah berbanding Jepun dan Korea Selatan. Silver economy berasaskan warga emas kini bernilai berbilion dolar di negara-negara maju. Industri penjagaan warga tua, kemudahan kesihatan khas, teknologi bantuan hidup boleh menjadi sumber sektor pertumbuhan baru buat negara kita.
Saya turut bimbang dengan situasi di mana hanya 54 peratus rakyat memiliki perlindungan insurans hayat atau takaful. Menurut laporan Bank Negara Malaysia, golongan B40, warga emas pula ramai yang tidak dilindungi sama ada kerana premium yang terlalu tinggi ataupun pendapatan terhad. Akibatnya, jutaan rakyat masih bergantung sepenuhnya kepada sistem kesihatan awam yang kian terbeban.
Pada masa sama, penyakit NCDs kini menyumbang 70 peratus beban penyakit dan 67 peratus kematian pramatang dengan prevalent meningkat 38.1 peratus pada 2019 menurut NHMS. Ini menuntut Tan Sri, langkah yang berani untuk memperkukuhkan sistem kesihatan dan perlindungan sosial negara.
Maka, Belanjawan 2026 mesti memperuntukkan lebih kepada pencegahan dan kesihatan awam termasuk langkah reformasi penubuhan insurans kesihatan sosial nasional bagi menyediakan dana pelengkap dan saya penuh keyakinan langkah ini boleh diperkukuhkan dengan pengukuhan penjagaan premier, akses ubat mampu milik serta skim insurans asas mampu bayar sepertimana MHIT di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, memetik kata mantan Presiden Indonesia, Soekarno, “Lelaki dan perempuan adalah seperti dua sayap dan seekor burung. Jika dua sayap sama kuat, maka terbanglah burung itu ke puncak yang tertinggi. Jika patah satu daripadanya, maka tidak terbanglah burung itu sama sekali”. Agenda wanita dan ekonomi gender bukanlah isu sampingan, tetapi teras kepada pembangunan mampan, keadilan sosial negara. Realitinya, wanita kini mendominasi pendidikan tinggi.
Namun, penyertaan tenaga buruh wanita kekal rendah sekitar 56.5 peratus.
Halangan systemic seperti fenomena sticky floor, glass ceiling dan beban kerja penjagaan yang tidak berbayar terus menghalang kemajuan wanita. Ramai akhirnya
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
meninggalkan kerjaya kerana ketiadaan ekosistem sokongan, suatu faktor yang menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran negara.
Justeru, saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini tiga langkah utama bagi memperkukuhkan Belanjawan 2026. Pertama, laksanakan belanjawan responsif gender secara menyeluruh serta memperkenalkan geran penjagaan nasional bagi mengiktiraf sektor penjagaan sebagai komponen ekonomi rasmi.
Kedua, memperkasakan penyertaan wanita dalam pasaran kerja melalui lanjutan insentif cukai bagi wanita kembali bekerja dan pelaksanaan cuti paterniti berbayar 14 hari di semua sektor sebagai simbol perkongsian tanggungjawab keluarga.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ketiga, menubuhkan dana pemerkasaan kepimpinan politik wanita yang bipartisan serta dana latihan semula dan keusahawanan digital bagi melahirkan pemimpin wanita masa depan.
Tan Sri Yang di-Pertua, tunjang kedua prosperity, kemakmuran, pertumbuhan ekonomi dan daya saing masa depan negara. Kerangka MADANI mencerminkan keyakinan bahawa kemakmuran tidak boleh dicapai tanpa kita, dengan kita mengubahkan nilai kemanusiaan. Ekonomi bukanlah matlamat akhir, tetapi alat untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Di bawah Kerajaan MADANI, disiplin fiskal terus diperkukuhkan.
Defisit negara berjaya dikurangkan daripada 5.5 peratus (2022); kepada 4.1 peratus (2024), disasarkan 3.8 peratus (2025) menuju 3.5 peratus (2026). Ini bermakna hutang baharu kerajaan semakin mengecil dan Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk mencapai defisit tiga peratus dalam jangka sederhana.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak boleh melihat diri kita sendiri untuk kita mengatakan kita telah melakukan sesuatu yang baik. Agensi Penarafan Antarabangsa turut mengekalkan keyakinan terhadap Malaysia. A3 oleh Moody’s; A minus oleh Standard & Poor’s; Triple B Plus oleh Fitch Ratings; dan kesemuanya dengan outlook yang stabil.
Fitch misalnya, menegaskan bahawa Malaysia mempunyai dasar ekonomi yang kondusif, pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh, kedudukan luaran yang sihat. Ini jelas mencerminkan keyakinan antarabangsa terhadap keupayaan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan reformasi fiskal tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Walaupun pagi tadi Tan Sri, saya dengar dengan penuh teliti ucapan Ketua Pembangkang, dan sebelum saya masuk tadi Tan Sri, ada orang bagi saya pantun.
Izinkan saya baca Tan Sri, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Asyik mengata tanpa keruan, Konon pandai untung dan rugi; Bila diminta bahas Belanjawan, Rupanya kosong cakap berapi.
Saya tolong sampaikan Tan Sri.
[Dewan tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dia bagi kat saya, saya bacalah Tan Sri. Takut dia marah saya.
Tan Sri Yang di-Pertua, namun keyakinan ini hadir bersama tanggungjawab besar. Kos khidmat hutang kini semakin meningkat. Jika pada 2011, kurang daripada 10 sen bagi setiap ringgit hasil digunakan untuk membayar faedah hutang, hari ini jumlah ini telah mencecah 16 sen. Peningkatan hampir 60 peratus dalam tempoh sedekad. Kadar ini sudah pasti mencipta crowding out apabila bayaran faedah yang tinggi mengurangkan ruang fiskal bagi perbelanjaan pembangunan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mendengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ya betul, saya setuju. Debt service charges sudah meningkat mencecah 16 peratus. Tetapi, perkara pokoknya Tan Sri, adakah Kerajaan MADANI tidak mampu nak bayar hutang ataupun bunga yang dikenakan ke atas hutang. Itu perkara yang penting.
Bagi kita, hasil negara sepenuhnya digunakan untuk operating expenditure – 97.2 peratus locked item. Dan, sudah pasti kita nak lakukan pembangunan yang mengembang, kita mesti meminjam. Tetapi, kita mesti adil dalam kita membuat telahan dan perimbangan terhadap formula ekonomi mana yang kita pakai. Ya betul, beliau nyatakan kita ada hutang yang meningkat, saya tak nafikan perkara itu. Tetapi, elok untuk kita lihat adakah hutang baharu meningkat? Hutang baharu kita menurun.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Hutang baharu kita tidak membesar, tetapi menurun kerana kita ada FRA dan FRA inilah komitmen Kerajaan MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Dewan. Rakyat tahu saya pernah berada di Kementerian Kewangan di bawah dua kerajaan yang terdahulu. Saya tahu, bagaimana usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan...
[Tidak jelas] undang- undang perolehan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun] Sungai Besar, boleh sedikit Sungai Besar?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Paya Besar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sungai Besar pula, Paya Besar. Saya nampak Kota Melaka.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sekejap lagi, sekejap, sekejap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nampak Kota Melaka.
Saya nampak Kota Melaka bangkit dahulu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, Yang Berhormat. Sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kita ada Kota Melaka dan kita ada Hulu Langat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya, bagi saya seminit. Saya nak habiskan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, okey, okey. Bagi Kota Melaka dahulu lah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Rang undang- undang perolehan dimulakan oleh Kerajaan Pakatan, dan kemudiannya, Kerajaan Perikatan mengambil alih. Tetapi persoalannya, kenapa rang undang-undang tak tersebut? Saya adalah sebahagian pada perkara itu. Jadi, saya adalah orang yang bertanggungjawab dan orang yang boleh bercakap tentang perkara ini.
Dan, saya ucap tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana teruskan Rang Undang-undang Perolehan dan Fiscal Responsibility Act. Kerana ini lah yang diperlukan oleh Agensi Penarafan Antarabangsa; inilah yang diperlukan oleh Moody’s; inilah yang diperlukan oleh Standard and Poor’s; dan inilah yang diperlukan oleh Fitch Rating.
Tan Sri, kita tak boleh lihat diri kita untuk mengatakan kita baik, Tan Sri.
Macam mana kita nak mengarahkan agensi antarabangsa untuk menilai dan rating kita? Ini laporan, Tan Sri. Ini fakta bukan auta. Sila Kota Melaka dan kemudiannya, Hulu Langat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Paya Besar. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Paya Besar, tadi ada sebut tentang hutang, dan pagi tadi kita ada dengar perbahasan Ketua Pembangkang, Larut tentang hutang, ya. Dia kata dia risau kata hutang banyak. Tetapi dalam teks ucapan Ketua Pembangkang tadi, yang mana kita
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
lihat tak ada isi punya ucapan. Dia juga ada sebut nak besarkan kek ekonomi negara kita. Jadi, bagaimana dia nak capai? Jadi, saya nak minta pandangan daripada Paya Besar.
Lagi satu, tadi saya ada tanya kepada mereka siapakah calon Perdana Menteri mereka kalau mereka jadi kerajaan, tetapi tak dapat bagi jawapan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalaulah calon Perdana Menteri pun tak ada jawapan, tak boleh bagi satu nama, bagaimana mereka hendak jadi kerajaan yang baik? Macam mana mereka nak dapat keyakinan daripada rakyat?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada tiga lori.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Apa pandangan Paya Besar?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini masalah Kota Melaka ni.
Itu yang tadi tu, Ketua Pembangkang daripada Larut tadi tu, dia marah. Dia sebut tadi tu dia marah. Sepatutnya Kota Melaka tadi, patutnya Kota Melaka ni, kena sebut sepatutnya tadi ni. Perdana Menteri calon daripada Perikatan Nasional sepatutnya daripada Larut, bukan Pagoh. Sepatutnya.
Sayalah, kalau dia kata diberikan peluang nak menyokong, memang saya sokong Larut ini sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional. Sebab Marang pun sokong Larut ni sebagai calon Perdana Menteri, bukan Pagoh. Ini, di Kota Melaka ni sepatutnya kena kumur-kumur dia punya mulut ni.
Saya nak tanya dengan Paya Besar, kalau kita berbelanja sikit, kita berhutang pun tak apa. Yang penting kita tidak rasuah, kita tidak songlap, kita tidak menyeleweng; dan juga kita tidak sakau duit rakyat. Tak apalah pada saya, untuk kita kembalikan semula hasil kemakmuran negara ini kepada seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita.
Dan kalau kita dengar tadi daripada Larut, dia nak bagi RM6,000 kepada seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita ini setahun.
Kalau angan-angan dia Perikatan Nasional ini boleh jadi kerajaan. Cuma saya nak tanyalah, saya nak beritahu kepada Larut ni, sebelum dia nak suruh kita yang buat ni, dia minta empat kerajaan negeri yang dia perintah itu— Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Perlis bagi RM 6,000 ni kepada warga dan juga masyarakat yang terdapat di empat negeri ini. Terima kasih Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di- Pertua, kedua yang sebut tadi saya kira mereka sangat matang kerana mereka tidak bangkitkan sangat ketika Ketua Pembangkang sebab kita nak bagi ruang. Dan ini
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
merupakan ruang kepada kelab penyokong kerajaan. Sekurang-kurangnya kita boleh mencairkan persepsi yang agak tidak betul. Kerana apa Tan Sri, ekonomi ini dia mesti berasaskan statistik, Tan Sri. Dia tak boleh hanya berasaskan prestasi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Paya Besar, Paya Besar, Paya Besar, saya sikit sahaja, Paya Besar. Paya Besar jangan duduk. Dia begini.
Yang umumkan pendidikan percuma ini, nak mansuhkan PTPTN ini — sebab itu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat daripada Kubang Kerian.
Sebab dia yang umumkan nak bagi pendidikan percuma, dan juga nak hapuskan PTPTN. Dia umum, tetapi yang menggerakkan, yang memberikan peruntukan, yang menyatakan dengan jelas dalam pembentangan bajet baru-baru ini, pendidikan percuma sebanyak 5,800 adalah Yang Amat Berhormat daripada Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI.
Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang memberikan pendidikan percuma di peringkat awal ini untuk 5,800 rakyat yang eKasih, yang dapat dilihat melalui pendaftaran eKasih. Syabas dah tahniah kita ucapkan kepada Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI walaupun yang umumkan itu adalah Yang Berhormat daripada Kubang Kerian, Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di Pertua...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Paya Besar, boleh celah sedikit?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh, boleh.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sedikit sahaja. Tadi kita dengarlah ucapan daripada Ketua Pembangkang nak bagi 6,000 lah, ada janji bintang dan bulan kepada rakyat Malaysia. Tapi, saya nak tanya Paya Besar, apa pandangan Paya Besar, duit itu akan turun daripada langit ke? Dia ada sebut tak kalau nak bagi semua ini, duit datang dari mana? Senanglah cakap saja itu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, sebelum saya jawab rakan-rakan saya ini, Tan Sri, izinkan saya untuk mengalu-alukan kehadiran bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Malaysia- Australia Future Leaders Program yang diketuai oleh Dr. Syed Mohamad Syakir bin Syed Omar...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Welcome.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kepada Tuan dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Tan Sri, *it is our hope that your visit to the Parliament of Malaysia will provide a deeper understanding of the functions and roles of our legislative institution and add to the ongoing program. To the foreign delegations, please make some time to explore the beautiful of Kuala Lumpur. Thank you...
[Tepuk]* Tan Sri Yang di-Pertua, tiga Ahli-ahli Yang Berhormat yang bangkitkan perkara ini, Tan Sri, izinkan saya membuat penerangan sebab dia tidak ada dalam skrip saya, Tan Sri. Tapi, saya terpaksa membuat penerangan ini, Tan Sri, kerana saya adalah sebahagian daripada mereka dan saya tahu apa yang berlaku dan saya perlu perjelaskan kerana inilah Dewan yang mulia, kita mesti berbahas berdasarkan fakta.
Rang Undang-undang Perolehan, Tan Sri, dimulakan oleh Kerajaan Pakatan tetapi kerajaan sebelum ini telah menghentikan dan tidak melakukan usaha-usaha untuk Akta Perolehan Kerajaan. Tan Sri, bukan mudah, Tan Sri...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Nanti kejap. Saya tahu Pasir Mas akan bangun.
Tan Sri, bukan mudah Kerajaan MADANI nak menyerahkan kuasa kepada pihak Parlimen. Eksekutif nak serahkan kepada legislatif is not easy. Tetapi, kita lakukan kerana apa? Kerana kita mahu ada tatakelola yang baik, ada pengurusan yang baik. Kita dapat kurangkan defisit sehingga mencecah 3.8 peratus pada tahun ini. Ini merupakan satu perkara yang amat penting untuk kita memahami kenapa rang undang-undang ini dilaksanakan dan rang undang-undang ini dibahaskan di Dewan Rakyat ini, Tan Sri.
Yang kedua― Pasir Mas sabar ya. Nanti kita bagi ruang sepenuhnya. Masa pun ada lagi 29 minit. Jangan bimbang.
Apabila kita bercakap pasal hutang, Tan Sri, sepertimana yang saya sebutkan tadi, hutang ini selalu dimanipulasikan, dipolitikkan berkaitan dengan hutang negara.
Tan Sri, selagi kita lakukan perbelanjaan defisit, hutang mesti meningkat. Tetapi, perkara yang perlu kita lihat adalah adakah hutang baru itu meningkat?
Tan Sri, 2023, hutang baru RM92.6 bilion. 2024, RM80 bilion. 2026, kita sasarkan RM75 bilion. Tan Sri, betullah Tan Sri, ada orang kata RM75 bilion itu memang tinggi. Tetapi, kita tidak boleh bandingkan nilai RM75 bilion 2025 dengan RM75 bilion tahun 2000. Kita ada inflasi, kita ada pertumbuhan populasi, kita ada
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
faktor-faktor lain yang menunjukkan bahawa nilai RM75 bilion ia tidak sebesar pada tahun 2000.
Yang paling penting, fakta ekonomi. Kaedah untuk kita berbahas ― mari kita tengok pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR). Saya harap Larut tahulah apa saya cakap ini ya. Pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) hutang nak dibandingkan dengan CAGR KDNK negara. 2022 hingga 2024, Kerajaan MADANI merapatkan jurang, Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga 16 basis poin, 16 mata asas, Yang Berhormat Larut. Kalau kita nak bandingkan 2027 hingga 2018, CAGR KDNK nominal 7.18 peratus, jauh lebih rendah dengan CAGR hutang terkumpul 9.34 peratus, Tan Sri.
Tan Sri, kalau dua-dua hutang dengan GDP ini melebar, ini perkara yang perlu kita uruskan. Dan, alhamdulillah, masuk Fiscal Responsibility Act. Untuk apa?
Untuk pastikan kerajaan berbelanja betul-betul. Value for money. RM1 yang dibelanjakan, berapa banyak impak. Tetapi, kita amat realistik pada keadaan semasa dan kerajaan kena datang ke Dewan Rakyat. Untuk apa? Untuk bentangkan kenapa nak melakukan exit policy dalam Fiscal Responsibility Act yang saya sebutkan tadi, Tan Sri Yang di-Pertua. It is not easy, Tan Sri Yang di-Pertua.
Itu sebabnya saya ulang sekali lagi, Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Untuk Yang Berhormat Larut, selagi kita ada perbelanjaan defisit, selagi itu hutang akan meningkat. Tetapi, yang paling penting, kerajaan mesti berupaya untuk servis that service charges. Bayaran terhadap nisbah hutang itu mesti kita kecilkan. Bukanlah kita nak biarkan, Tan Sri, RM1.20 bayar, sekarang ini RM1.16 bayar untuk interest. Ada usaha-usaha. Tak perlulah saya jawab. Biarlah kerajaan jawab. Tapi, saya tahu usaha tersebut. Itu sebabnya saya tak masukkan dalam ucapan saya. Sokong ― sokong, Tan Sri. Bagi cadangan ― bagi cadangan. Sebab, kita adalah Kerajaan MADANI yang meletakkan keadilan dan insan. Ini yang saya nak beritahu, Tan Sri.
Biarlah kita berbahas berkaitan ekonomi, kita sikit-sikit kena belajar kelas ekonomi, Tan Sri. Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Paya Besar. Saya ambil maklum tentang perkara yang telah dibahaskan. Kita juga lihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan telah mengumumkan projek-projek besar bukan saja di negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan tetapi juga di negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
pembangkang. Kita lihat bahawa ada projek besar di Kedah, di Perlis, di Kelantan, di Terengganu, sekolah khas di Kelantan. Saya dengar dengan teliti.
Tetapi, apakah komen Yang Berhormat Paya Besar bahawa walaupun sejak kita memerintah, sejak Yang Amat Berhormat Tambun memerintah, memegang tampuk pimpinan negara, beliau selalu mengumumkan pemberian-pemberian projek besar mengambil kira hak dan juga kenikmatan rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang, pihak pembangkang masih terus tiap-tiap kali mengadakan demonstrasi, mengadakan perarakan menuntut bahawa kerajaan ini, beliau meletak jawatan? Dan menganjurkan pelbagai demonstrasi, perarakan yang secara tidak langsung dan langsung menggugat kestabilan politik negara kita.
Apakah ini juga perlu kita beri perhatian?
Dan rakyat perlu tahu bahawa kalau kita ingin mengecapi kenikmatan di negara kita ini, memberi ruang dan peluang untuk kerajaan terus mentadbir dengan baik, tindakan-tindakan pihak pembangkang yang terus menggugat kerajaan haruslah diberhentikan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di- Pertua, semasa pagi tadi, Tan Sri, saya di antara tiga Ahli Parlimen dijemput oleh Kedutaan Singapura untuk bercakap tentang domestic political development in Malaysia dan antara panel itu ada datang daripada pembangkang seorang dan beliau mengatakan, “Kami akan buat alternative budget”. Jadi, saya berlari, Tan Sri, daripada Kedutaan Singapura nak sampai ke Dewan, takut saya terlepas. Tapi, Tan Sri, indah khabar daripada rupa, Tan Sri.
Saya tak berniat untuk mengatakan sedemikian tetapi saya agak kecewa kerana saya mengharapkan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tebrau tadi ― betul, nak naikkan 6,000. Naikkanlah 10,000. Tetapi, berilah tahu kepada kami, apakah langkah-langkah untuk mencapai kepada tersebut? Sebut pertumbuhan berbilion-bilion. Berapa bilion? RM100 bilion? RM200 bilion? RM10 bilion? Dan beritahu, berapa banyak pekerjaan? Kita tak boleh, Tan Sri, dalam ekonomi ini, kita hanya sebut dalam konteks mantik kerana ia tidak akan memberi kesan yang positif kepada hala tuju dan negara kita dan ini yang saya nak lihat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, ada juga dalam ucapan tadi disentuh berkaitan penglibatan GLC GLIC, dan GLC. Saya, Tan Sri, Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Kewangan dan Ekonomi. Semasa perbincangan, kita panggil semua CIO,CIO, GLC,GLC. Kita tanya
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
kepada mereka, kenapa tak melabur dalam negara? Kenapa asyik melabur luar negara? Bila dia melabur dalam negara, marah pula.
Itu sebab Tan Sri, biarlah kita walk the talk. Dan saya puji gear up di bawah GLC. Kerana apa? Kerana equation ekonomi sekarang ini bukan lagi hanya tertumpu kepada equation,equation yang mudah. Sekarang ini bukan lagi ekonomi Tan Sri, geoekonomi. Faktor geografi memainkan peranan dalam menentukan prestasi ekonomi sesebuah negara.
Dan alhamdulillah, hari ini kerajaan tubuhkan Center National Geoeconomy. Untuk apa? Untuk melihat perkembangan dunia dalam konteks penyelesaian. Dan sudah pasti, langkah yang mereka buat adalah mantapkan pelaburan domestik negara. Selesaikan domestic consumption.
Kalaulah luar itu nak berperang Tan Sri, kita ada domestik ekonomi yang kuat.
Sepertimana yang saya sebut di awal tadi, Bank Negara. Saya SMS kepada senior ekonomis World Bank. Saya tanya, apa sebab Bank Dunia meningkatkan daripada 3.9 peratus kepada 4.1 peratus? Jawab Dr. Apurva, dia hantar saya satu dokumen yang lengkap bagaimana World Bank melihat Malaysia.
Faktor utama adalah domestic consumption. Segala dasar yang dibuat, peningkatan gaji oleh penjawat awam, bantuan tunai Rahmah dan pelbagai reformasi fiskal dibuat, itu yang meningkatkan jumlah pendapatan boleh guna masyarakat.
Rakyat berbelanja, rakyat ceria, rakyat happy. Dan itu sebabnya Tan Sri, saya harap sangat dalam konteks yang kita lakukan biarlah kita betul-betul memahami tentang apa itu ekonomi dan jangan sebut perbelanjaan daripada GLC itu bukanlah menggunakan perbelanjaan awal.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Paya Besar, sikit lagi boleh Paya Besar?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap. Sekejap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak boleh dah?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya banyak ni Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya. Tak, saya nak tanya sikit je. Kalau macam tu...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau macam itu, saya nak minta Paya Besar bersetuju tak dengan saya, sebab Perdana Menteri ni pun banyak sangat bagi bajet ni kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dengan Perlis ni.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau macam tu lah, saya nak minta Yang Berhormat Perdana Menteri ni jangan bagilah bajet kepada empat kerajaan negeri ni, sebabkan kerjanya nak hentam, nak minta Perdana Menteri untuk lepaskan jawatan, letak jawatan dan sebagainya. Kalau kita dengar tadi ucapan daripada Larut ini, memang daripada awal sampai habis, hentam saja.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat. Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi, saya nak minta pandangan daripada Paya Besar, setuju atau tidak? Maksudnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jangan bagi bajet lagi kepada empat kerajaan diperintah oleh pembangkang ini. Sila, Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya tak setuju.
[Dewan riuh]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kerana itu bukan cara Kerajaan MADANI berurusan. Seteruk macam mana pun dihentam, kita mesti pastikan kapal ini terus ke depan untuk rakyat.
[Dewan riuh]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kerana Tan Sri, dalam konteks kita melihat pembangunan, betul tu apa yang, Yang Berhormat Tambun buat. Kelantan bagi, Kedah bagi, Terengganu bagi, Pahang bagi juga, lebih banyak dari tempat lain. Terima kasih Yang Berhormat Tambun. Kampung saya Tan Sri, Pahang.
Kerana apa? Kerana ada jurang di antara dua wilayah, yang dulu, dulu, dulu tak buat, sekarang baru buat. Kalau buat dulu tak adalah kami di Pantai Timur ni merasai rasa peritnya. Pasir Mas nak balik ke Kuala Lumpur, nak datang ke Kuala Lumpur. Lepas ni dah ada ECRL. Maknanya apa? Maknanya, teruskan Tambun, bagi peruntukan, bagi projek. Yang paling penting, perbelanjaan yang disalurkan, perbelanjaan yang dilaksanakan mesti memenuhi keperluan value for money dan mesti berasaskan kepada defisit yang berkurang walaupun perkembangan dari segi perbelanjaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira apa yang telah saya sebutkan berdasarkan fakta-fakta yang tertentu Tan Sri, ada saya dengar mengatakan bahawa Kerajaan MADANI telah hilang kepercayaan perniagaan rakyat Tan Sri. Saya memang faham benar Tan Sri, agensi antarabangsa ni Tan Sri. Semasa saya di MOF dulu, kerajaan hantar saya untuk pergi lawatan dan saya selalu ambil kerja tambahan untuk bertemu dan memahami bagaimana mereka melihat negara kita.
Ini, IMD World Competitive Report naik 11 tangga daripada 34 tangga kepada 23, prestasi yang terbaik sejak 2020. Prestasi Ringgit kecoh bila turun, bila naik tak ada siapa yang nak sebut. Pelaburan lebih RM384 bilion pada tahun 2024 sehingga 2024 dan separuh tahun 2025 dah mencapai RM190 bilion.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, saya catit Tan Sri. Saya ni suka menulis Tan Sri. Saya catit orang tulis takut saya tersalah anggap apa yang saya dengar. Beritahu sindiran berkaitan pelaburan. Tan Sri, saya dapat lihat bukan mudah orang luar nak melabur dekat Malaysia kalau kita tidak ada stabiliti, tetapi Kerajaan MADANI hari ini ada stabiliti, ada polisi yang baik, diiktiraf oleh agensi antarabangsa. Itu sebab kita dapat keyakinan daripada negara-negara luar untuk datang melawat negara kita.
Bila orang datang melawat negara kita Tan Sri, kita mesti melawat negara orang. Kerana apa? Kerana kita tak boleh hanya melihat hubungan itu perkara- perkara yang kecil. Bila CEO jumpa CEO, berbeza general manager jumpa CEO, Tan Sri. Kalau general manager pergi jumpa CEO, sudah pasti banyak perkara- perkara yang tidak dapat ditunaikan, tetapi when CEO met CEO, banyak perkara dapat diselesaikan Tan Sri.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira apa yang paling pentingnya adalah untuk kita melihat dalam konteks antarabangsa untuk kita menguatkan apa yang ada dalam konteks daya saing negara dan produktiviti masa depan.
Tan Sri, saya juga bangga Tan Sri, Malaysia kekal dalam kelompok 15 teratas dunia Tan Sri, dari segi kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan, infrastruktur asas. Ini menunjukkan bahawa kita ada asas daya saing yang baik, masih kukuh dan mampu bersaing di rantau Asia Pasifik. Ini bukan saya cakap Tan Sri. Ini laporan IMD World Competitiveness 2025 yang telah menempatkan Malaysia kedudukan 27 daripada 69 negara. Ini satu pencapaian yang baik dalam kelompok ekonomi negara membangun.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya harap juga Tan Sri supaya satu dana khas dapat diwujudkan untuk program TVET, reskilling, latihan digital agar tenaga kerja kita benar-benar bersedia menghadapi gelombang automasi dan kecerdasan buatan.
Yang kedua, perkenalkan insentif cukai bersyarat kepada syarikat yang melabur secara signifikan dalam R&D, teknologi frontier, inovasi tambahan, tempatan dan ini sudah pasti akan memacukan pertumbuhan berasaskan pengetahuan dan nilai tambah negeri.
Tan Sri, saya nak sentuh juga Tan Sri dalam ucapan saya ini. Tahun sehingga 2025, nilai aset perbankan Islam Malaysia telah mencecah hampir USD260 bilion, menjadikan Malaysia antara pasaran kewangan Islam terbesar di dunia.
Malaysia juga mengekalkan kedudukan tempat pertama dalam Islamic Finance Development Indicator (IFDI) selama beberapa tahun berturut-turut. Ini bukti
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
kukuh bahawa kepimpinan global kita dalam sektor ini terus diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Semasa lawatan JKPK Kewangan dan Ekonomi bersama Yang Berhormat Tebrau dan beberapa lagi Yang Berhormat, Hong Kong sendiri menyatakan minat untuk menjadikan Malaysia sebagai rujukan utama dalam kewangan Islam dan kita mempunyai lebih 16 institusi perbankan Islam termasuk lima bank Islam penuh dan ini semua yang diunjurkan lapan peratus oleh RAM rating.
Tan Sri Yang di-Pertua, masa depan kewangan Islam tidak lagi boleh bergantung kepada instrumen tradisional semata-mata, tetapi pada keupayaan berinovasi, kita kini muncul dalam bentuk wealth-based instrument, sukuk hijau, takaful digital dan integrasi menyeluruh dengan ekonomi halal.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Aset global kewangan Islam dijangka mencecah USD5 trilion menjelang 2030. Tan Sri, saya harap sangat Malaysia dapat mengekalkan kedudukannya.
Bukan sekadar menjadi peneraju kewangan Islam global tetapi menjadi hab inovasi berasaskan nilai, value-based finance yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan polisi merakyatkan tadbir urus, memulihkan kepercayaan. Tunjang ketiga, polisi atau tadbir urus. Orang Melayu lama berpesan Tan Sri, “lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut”. Kita mesti memasak dan memancang asas kukuh mentadbir demi kesejahteraan rakyat.
Komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan tatakelola, disiplin fiskal dan keberanian melaksanakan reformasi struktur demi menjana hasil negara secara mampan tanpa membebankan rakyat untuk jangka masa yang panjang harus dihargai.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mengenai Rasuah, Tan Sri, saya amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM agar kerajaan lebih tegas dengan— dalam menangani isu integriti rasuah, memperkasakan peranan agensi penguat kuasa di seluruh negara dan negara kita telah kerugian hampir RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat jenayah rasuah. Untuk negara dengan populasi hanya 34 juta orang, jumlah ini amat besar dan membimbangkan.
Saya puji Kerajaan MADANI atas komitmen tegas membanteras ketirisan rasuah dengan tindakan konsisten agensi penguat kuasa seperti SPRM, PDRM,
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
KPDN, JKDM dan MyCC yang berjaya memulih hampir RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun.
Alhamdulillah, belanjawan ini telah menzahirkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu-isu yang kritikal. Lebih RM700 juta akan diperuntukkan tahun ke hadapan bagi meningkatkan keupayaan latihan dan aset penguatkuasaan. Tan Sri Yang di-Pertua, isu infrastruktur sekarang ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Paya Besar, tentang bab...
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka, di belakang.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka sini, tentang bab rasuah ini. Tahniahlah, Paya Besar dilantik sebagai jawatankuasa — Pengerusi ya, jawatankuasa yang dilantik oleh SPRM.
Jadi, boleh tak Paya Besar, dalam mesyuarat akan datang, tolong bangkitkan kes anak menantu Pagoh?
[Ketawa] Saya rasa itu adalah mustahak sebab waktu itu, kejadian ialah waktu Pagoh menjadi Perdana Menteri. Itu adalah satu isu yang amat serius.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, saya harap supaya dalam mesyuarat akan datang, tolong bangkitkan sebab rakyat ingin tahu. Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Paya Besar, minta...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, saya nak betulkan sikit. Bukan dilantik oleh SPRM tetapi yang dilantik, tujuh Ahli Yang Berhormat, termasuk Senator oleh Yang di-Pertuan Agong. Sila.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Paya Besar, minta. Tadi dalam ucapan Ketua Pembangkang, beliau telah umumkan bahawa jika Perikatan Nasional menjadi kerajaan, mereka akan bagi Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 satu bulan untuk satu tahun kepada semua golongan yang memerlukan.
Tetapi dia tak kata siapa golongan memerlukan. Jadi, katakanlah — Katakanlah kita nak bagi semua B40. Berapa jumlah duit yang kita perlu bayar? B40, kita ada 3.6 juta isi rumah, kali dengan RM6,000 setahun, jumlahnya RM21.6 bilion dan dia juga umum nak bagi pendidikan percuma.
Saya anggarkan pendidikan percuma RM2.1 bilion. Tambah biasiswa, RM1.2 bilion. Jumlah, RM3.2 bilion. Dua polisi yang tadi Larut umumkan, jumlahnya RM24.8 bilion. Jadi soalan saya, macam mana Perikatan Nasional hendak membiayai RM24.8 bilion tanpa meningkatkan hutang negara?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi mereka balun. Hutang negara naik, nak balun tetapi sekarang, nak bagi duit. Jadi, adakah mereka nak ikut apa macam dekat— nak tabur duit helikopter, nak cetak wang bagi dekat rakyat? Saya minta penjelasan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di- Pertua, Kampar ini terlepas bas ini, Tan Sri. Saya dah cakap tadi, saya takkan ulang.
Lain kali bila Pengerusi BBC berucap, datang awal ya.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam konteks rasuah ini, JKMR bukan bertindak dalam operasi. Bersama dengan saya adalah Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Batang Lupar dan Yang Berhormat Tawau, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kami tak jaga operasi dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, mungkin Yang Berhormat boleh ajukan kepada Yang Berhormat Menteri nanti. Kami hanya melihat polisi dan apakah penambahbaikan.
Tan Sri, saya nak ambil kesempatan ini juga, Tan Sri. Untuk melihat kepada landskap arena antarabangsa. Dasar luar Malaysia yang kini mengadaptasi pendekatan yang konstruktif dalam kaedah membingkaikan identiti antarabangsa. Ia berasaskan naratif MADANI, kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Nilai teras domestik ini Tan Sri, mesti diterjemahkan ke arah global sebagai soft-power ataupun South-South Cooperation, dengan izin, khususnya kepada negara-negara membangun untuk memajukan penglibatan berasaskan nilai bersama. Saya lihat ini satu penjenamaan iaitu diplomasi MADANI.
Saya menyambut baik usaha kerajaan melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun dan dasar luar Malaysia melalui Wisma Putra yang lebih aktif dan lantang menumpukan kepada intensif humanitarian diplomacy serta preventive diplomacy bagi memupuk hubungan serantau dan global. Pendekatan ini Tan Sri, jelas dalam isu kemanusiaan, termasuk pendirian tegas terhadap Myanmar dengan prinsip tidak campur tangan, bukan lesen untuk kita berdiam diri.
Komitmen kerajaan juga terserlah dalam memastikan keselamatan 34 rakyat Malaysia dan 500 peserta antarabangsa dalam Global Sumud Flotilla ke Gaza terjamin dan menyelar habis-habisan tindakan rejim zionis Israel.
ASEAN Centrality yang diketengahkan berikutan kejayaan Summit ke-46 bersama China, Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk dan penyelesaian konflik antara Thailand dan Kemboja serta sokongan konsisten, termasuk kemasukan Timor Leste ke ASEAN menjelang 2025.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kunjungan Presiden Xi Jinping ke Malaysia di pertengahan tahun dan akan datang, kunjungan Presiden Donald Trump ke Malaysia, dapat diduga bahawa Malaysia berupaya dan bersedia melalui diplomasi MADANI, seiring Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Maka – sekejap ya.
Saya habiskan ini. Maka dengan ini, untuk memastikan kemampanan diplomasi MADANI, saya minta agar Belanjawan 2026 wajar memberi sokongan strategik yang berterusan, mengambil kira hala tuju pasca Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 kepada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana ketiga-tiga ini merupakan tonggak utama pembinaan Deklarasi Kuala Lumpur di ASEAN Community 2045. Tan Sri, dalam dunia yang penuh ketidaktentuan geopolitik Tan Sri, Belanjawan 2026 juga akan terkait dan terkesan — apa sekiranya berlaku pada masa hadapan berkaitan geopolitik pada hari ini. ASEAN Centrality bukanlah kelemahan.
Ia adalah kekuatan strategik dan kedudukan rantau ini yang neutral menjadikan medan persaingan sihat antara kuasa besar dan destinasi utama aliran modal global.
Ini peluang untuk ASEAN melahirkan jaguh ekonomi rentas sempadan yang mampu berdiri setanding jenama dunia.
Kita tidak boleh Tan Sri, terus-menerus menjadi pasaran pengguna semata- mata. ASEAN mesti membina ekosistem yang melahirkan syarikat serantau berskala global. Mr. DIY, Jollibee, ZUS Coffee, dia orang tak bagi saya royalti Tan Sri tetapi saya sebut, yang memperkukuhkan rantaian nilai serantau melalui pelaburan intra- ASEAN dan integrasi pasaran yang lebih mendalam.
Kita juga Tan Sri, nasihat saya kepada pihak kerajaan, perlu mengimbangi peluang pelaburan dan penyesuaian sosial. Pelaburan besar, terutamanya daripada China, telah mengubah landskap industri ASEAN, dari sektor nickel sehingga ke tekstil. Dasar serantau perlu memastikan gangguan ini tidak menekan golongan rentan sambil mengukuh dasar industri dan inovasi tempatan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Paya Besar, laluan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Satu lagi, sekejap.
Saya bagi. Satu lagi cabaran, pasaran modal ASEAN yang masih berpecah.
Walaupun digabungkan, saiznya hanya sebesar Hong Kong atau satu per sepuluh NASDAQ. Maka Tan Sri, penyelarasan dasar, regulasi dan mobiliti bakat serantau
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
perlu dipertingkatkan bagi menarik modal institusi dan memperkukuhkan keyakinan pelabur. Sistem kewangan serantau perlu lebih progresif, pinjaman berasaskan cagaran tidak lagi sesuai untuk syarikat teknologi baharu. Kita perlu memperluaskan pembiayaan berasaskan aliran tunai, kredit digital bagi menutup jurang pembiayaan dan menyokong inovasi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya bagi Jelutong dan kemudiannya Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Paya Besar. Saya dengar tentang ucapan berkenaan dengan Global Sumud Flotilla dan kita lihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengusahakan bahawa semua yang telah bersama-sama dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ini telah pun kembali ke tanah air dengan selamat.
Dan kita juga tahu tentang Tan Sri Speaker, pendekatan kerajaan berkenaan dengan Israel. Kita mengecam Israel. Kita tahu bahawa Israel ini melakukan pelbagai isu yang melibatkan kemanusiaan dan kita mengecam dengan kuatnya pendekatan ataupun kerajaan Israel ini bila-bila masa. Yang paling mendukacitakan Tan Sri Speaker dalam konteks ini, tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mempertahankan insiden bendera Israel dikibarkan di Sungai Kelantan, di Kelantan pada hari Jumaat.
Persoalan saya, kita lihat bahawa apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengusahakan kejayaan membawa balik aktivis yang memperjuangkan hak asasi manusia ini dalam Global Sumud Flotilla, tak ada seorang pun daripada sebelah sana memuji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tak ada seorang pun.
Tak ada pemimpin PAS atau Bersatu.
Tetapi apabila isu bendera Israel dikibarkan di Sungai Kelantan, takkan orang Kelantan tak tahu? Kalau kita nak demonstrasi, bakar bendera itu, pijak bendera itu.
Ini mereka kibarkan dan Timbalan Menteri Besar Kelantan tampil menjelaskan perkara ini. Ini adalah perkara yang paling mengecewakan. Tak ada seorang pun daripada sebelah sana yang mengutuk kejadian ini, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik, masa, masa.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih. Nak bagi terus ke, nak jawab dulu?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya, boleh. Saya pun masa tinggal sikit Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas. Ringkas saja. Bukan panjang macam Jelutong. Terima kasih Speaker. Slow, slow Speaker ya.
Persoalan saya berkaitan dengan ASEAN. Saya berbanggalah kerajaan mengambil inisiatif untuk pilihan raya di Kemboja yang akan dilangsungkan. Cuma persoalan saya, suatu ketika dahulu, kerajaan melantik Thaksin sebagai penasihat ASEAN. Soalan saya, apa peranan beliau kerana beliau sekarang sedang menghadapi satu kes lagi di mahkamah untuk dipenjarakan dan apakah jasa beliau dalam ASEAN setakat ini? Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Paya Besar dan selepas itu landing terus.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, Jelutong dengan Hulu Terengganu ini, dia orang keliru Tan Sri. Saya ini Pengerusi Backbencher Tan Sri. Saya bukan eksekutif untuk menjawab bagi pihak dasar-dasar kerajaan. Jadi, saya fikir soalan tersebut patut mereka tanya semasa perbahasan mereka, Tan Sri. Tan Sri, saya minta sedikit masa, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sebab Ketua Pembangkang tadi tak habis masa. Jadi, saya pakai masa yang dia tak habis itu, Tan Sri. Boleh ya?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di- Pertua, saya nak sentuh sikit berkaitan kedudukan strategik Parlimen Paya Besar yang terletak di antara Pantai Barat dan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, menjadikan lokasi ini amat signifikan untuk masa depan pendidikan dan pembangunan wilayah.
Tan Sri, bila siap sahaja ECRL, Paya Besar akan hanya mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit untuk dihubungkan terus dengan Ibu Negara Kuala Lumpur.
Ini sudah pasti meletakkan Parlimen di bawah jagaan saya, Paya Besar ini, dalam jarak kedudukan geografi yang hampir setara dengan institusi ternama di dunia.
Kalau kita ambil University of Oxford Tan Sri, kira-kira 1 jam 30 minit daripada Kota London. Kyoto University mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja menaiki Shinkansen daripada Tokyo. Tambahan pula, Pahang mempunyai perancangan untuk membina lapangan terbang antarabangsa yang sedang dirancang dan sudah
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
pasti kedudukan Parlimen Paya Besar ini akan bertambah kukuh sebagai destinasi strategik untuk pendidikan edu-tourism dan mobiliti pelajar antarabangsa.
Saya yakin Tan Sri, Paya Besar bakal menjadi game changer dalam landskap pendidikan tinggi negara. Saya berharap pihak kerajaan dapat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi hab pendidikan tinggi antarabangsa Wilayah Pantai Timur dan seterusnya merealisasikan impian kami di Paya Besar.
Tan Sri, isu yang terakhir Tan Sri adalah berkaitan kapasiti tenaga boleh baharu Tan Sri. Saya perlu sebut ini kenapa Tan Sri, selain ekonomi, energy juga merupakan perkara yang kita kena selesaikan di waktu ini supaya masa hadapan nanti kita akan tidak menghadapi sebagaimana yang kita hadapi pada hari ini.
Kapasiti tenaga boleh baharu negara dijangka mencecah 31 peratus menjelang akhir tahun ini. Ini menunjukkan Malaysia sedang berada di landasan tepat mencapai sasaran 30 peratus menjelang 2030. Di sini pentingnya Tan Sri, ASEAN Power Grid. Saya memuji pihak Kerajaan MADANI, khususnya kerjasama TNB dan PETRONAS dalam Projek Vietnam, Malaysia, Singapura yang akan menyalurkan tenaga boleh baharu dari selatan Vietnam ke Malaysia dan Singapura.
Apabila APG ini beroperasi sepenuhnya menjelang 2045, Malaysia bakal muncul sebagai hab tenaga bersih serantau dan menerima limpahan pelaburan, inovasi, peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi hijau.
Kini adalah masa yang terbaik Tan Sri, untuk kita memperkukuhkan rantaian bekalan tenaga hijau, melibatkan anak tempatan dan mempereratkan kerjasama antara universiti, industri dan kerajaan bagi melahirkan unicorn tenaga serantau yang mampu bersaing di pentas global.
Saya juga minta Tan Sri, supaya kita dapat melihat bagaimana sasaran dalam keselamatan maritim dan penguasaan undang-undang laut. Saya menyokong cadangan untuk menubuhkan dialog maritim G2G dengan Korea Selatan bagi memanfaatkan keunggulan teknologi maritim mereka. Ini langkah untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab maritim serantau serta menzahirkan kepimpinan diplomasi ekonomi MADANI berasaskan kelestarian dan kemakmuran bersama.
Tan Sri Yang di-Pertua, penutupnya, dalam semangat ekonomi MADANI, kemakmuran tidak boleh dipisahkan dengan keadilan. Pertumbuhan tidak boleh dicapai dengan mengorbankan nilai kemanusiaan. Tanggungjawab kita bukan sekadar mengimbangkan angka-angka buku bajet tetapi mengimbangkan hati dan rakyat dalam perjalanan pembangunan negara.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya yakin dengan disiplin fiskal yang mantap, tadbir urus yang telus, diplomasi yang matang serta keutamaan kepada rakyat, Malaysia di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI mampu melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang berdaya tahan, berprinsip dan berperanan besar di pentas global. Adam Smith, Tan Sri, bapa ekonomi moden, no society can surely be flourishing and happy, of which the far greater part of the members are poor and miserable.
Maka Tan Sri, tugas saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini ialah untuk memastikan kemakmuran tidak berhenti di angka pertumbuhan tetapi terasa di meja makan setiap keluarga. Berbahaslah dengan fakta, jangan hanya memainkan persepsi kerana persepsi itu akan membunuh prestasi untuk jangka masa yang panjang. Dengan semangat itu Tan Sri, saya menyokong penuh Belanjawan 2026.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Paya Besar. Sekarang saya jemput Sandakan. Sandakan ada 15 minit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Maaf saya punya — Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sertai dalam perbahasan Belanjawan Tahun 2026 ini.
Di dalam perbahasan kali ini saya ingin meneliti komitmen kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif dan seimbang, khususnya bagi merapatkan jurang pembangunan yang masih ketara antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan dasar dan rancangan pembangunan juga mesti dilakukan dengan cekap dan berkesan, memandangkan Sabah mempunyai keadaan muka bumi yang mencabar, komuniti luar bandar yang terpencil serta infrastruktur asas yang telah lama ketinggalan.
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM6.9 bilion sebagai bajet pembangunan terbesar pernah diberikan kepada Sabah serta geran khas RM600 juta untuk wilayah Sabah.
Ini adalah langkah yang positif dan amat dialu-alukan.
Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa kedua-dua kerajaan, Persekutuan dan negeri mesti memastikan peruntukan besar ini disalurkan secara berkesan untuk menangani masalah sebenar rakyat Sabah.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Kita tidak boleh terus terjebak dalam kecenderungan menyalurkan dana kepada projek bersifat kosmetik ataupun berimej semata-mata yang tidak membawa manfaat langsung kepada rakyat biasa. Keutamaan ini mesti diberikan kepada projek infrastruktur kritikal seperti bekalan air, tenaga, jalan luar bandar, kesihatan dan pendidikan yang benar-benar menyentuh kehidupan seharian rakyat. Jadi, rakyat kini tidak lagi menilai pada janji tetapi pada hasil yang mereka dapat rasai setiap hari.
Jadi, saya juga mohon Kementerian Kewangan untuk memberikan kami apakah yang dengan peruntukan RM6.9 bilion, apakah yang termasuk dan berapakah yang kawasan Sandakan dapat?
Jadi, bekalan tenaga dan air, isu keselamatan negara. Tan Sri Yang di-Pertua, saya sendiri mengalami gangguan elektrik selama 15 jam dan gangguan air selama tiga ke tujuh hari apabila bencana alam melanda Sabah pada 13 September lalu.
Hujan lebat berterusan di Pantai Barat telah mencetuskan tanah runtuh di Kolopis, Penampang yang menyumbangkan sebuah menara penghantaran voltage tinggi memutuskan talian grid elektrik Timur Barat Sabah. Lebih daripada 1.5 juta penduduk dari Sandakan hingga Tawau terkesan serta-merta. Kejadian ini membuktikan bahawa jurang infrastruktur tenaga dan air di Sabah kini telah menjadi satu isu keselamatan negara.
Jadi, saya memuji Yang Berhormat Perdana Menteri atas peruntukan RM765 juta bagi projek Southern Link Transmission Line yang telah sekian lama tertangguh.
Jadi, projek ini boleh dikatakan penting untuk meningkatkan kestabilan sistem grid elektrik Sabah dan mengurangkan risiko gangguan berskala besar. Namun begitu, projek Southern Link sahaja ini tidak mencukupi.
Ketidakseimbangan besar dalam sistem penjanaan tenaga masih wujud di mana Pantai Timur terlalu bergantung kepada bekalan elektrik dari Pantai Barat.
Apabila satu menara tumbang mampu melumpuhkan separuh negeri ini. Jadi, itu adalah amaran yang jelas bahawa sistem tenaga Sabah berada pada tahap yang sangat kritikal.
Oleh itu, saya juga menggesa kerajaan untuk membina sebuah loji janakuasa berkapasiti sekurang-kurangnya 300 megawatt di Pantai Timur Sabah dengan segera bagi menjamin keselamatan dan kelestarian bekalan elektrik negeri ini.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, gangguan air besar-besaran selepas insiden itu berpunca daripada terhentinya operasi di Loji Rawatan Air Segaliud di Sandakan.
Jika bekalan tenaga kita stabil dan terjamin, separuh daripada masalah air di Sabah
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
akan selesai secara automatik. Jadi, saya menyambut baik peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf sistem bekalan air di Sabah. Namun persoalannya, berapakah, berapa banyak kah dari jumlah ini akan disalurkan ke Sandakan?
Loji Rawatan Air Segaliud yang dibina pada tahun 2009 dengan kapasiti 125 juta liter sehari, kini telah tidak lagi mencukupi menampung pertumbuhan pesat penduduk. Tambahan pula, insiden air masin dua tahun lalu telah merosakkan banyak paip utama dan menyebabkan tekanan air yang rendah dan kerap. Jadi, saya menyeru kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kementerian PETRA agar mempercepatkan pelaksanaan projek Segaliud Fasa 2 serta program penggantian paip yang lama di Sandakan sebagai satu keutamaan tertinggi menaik taraf sistem bekalan air di Sabah.
Jadi, seterusnya adalah berkenaan dengan pengangkutan dan masa untuk bandar sekunder. Selama ini, pembangunan pengangkutan tertumpu di ibu kota dan juga bandar-bandar utama. Kini, apabila bandar besar telah mencapai kematangan pembangunan, sudah tiba masanya kerajaan mengalihkan fokus kepada bandar sekunder bagi memastikan pembangunan yang lebih seimbang dan inklusif di seluruh negara.
Saya ingin memuji Kementerian Pengangkutan atas kejayaan memperkenalkan sistem MyBAS di Kota Kinabalu. Buat kali pertama rakyat Sabah menikmati perkhidmatan bas awam yang selesa, berjadual dan juga menggunakan teknologi kad pintar termasuk pas perjalanan My50 yang membantu mengurangkan kos sara hidup.
Kini, saya juga menyeru agar skim MyBAS boleh diperluaskan juga ke kawasan-kawasan lain supaya penduduk di Pantai Timur turut menikmati manfaat yang sama. Pelaksanaan ini akan juga menjadi satu mercu tanda penting dalam pembangunan, pengangkutan awam di kawasan-kawasan lain apabila bas merah jambu ini, pink bus ini, MyBAS mula beroperasi di jalan raya.
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atas pengumuman untuk menambah dua jambatan utara (aerobridge) di Lapangan Terbang Sandakan. Langkah yang sangat tepat pada masanya. Namun itu, selain penumpang, aspek kargo udara juga adalah sangat penting. Saya juga menggesa agar sistem Electronic Pre-Alert Manifest (ePAM) dilaksanakan di lapangan terbang sekunder seperti Sandakan bagi memudahkan pergerakan barangan khususnya produk e-dagang. Langkah ini mampu meningkatkan daya saing ekonomi tempatan dan juga membuka peluang pekerjaan baru di luar bandar.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Untuk pengangkutan laut, sekali lagi saya ingin menggesa agar kerajaan memperuntukkan bajet yang besar bagi mendalamkan laluan masuk ke Pelabuhan Sandakan. Kedalaman laluan yang cetek ini akan mengehadkan jenis kapal yang boleh berlabuh. Apabila laluan ini didalamkan, kapal berkapasiti besar akan dapat masuk. Seterusnya, menjadikan Sandakan sebagai satu hab transshipment yang strategik bagi rantau BIMP-EAGA dan juga mengukuhkan kedudukan maritim Malaysia di Selat Makassar. Jadi, untuk seterusnya adalah berkenaan dengan pelancongan. Promosi mesti seiring dengan juga infrastruktur.
Ya, Tan Sri Yang di-Pertua, Sandakan telah lama dikenali sebagai Gateway to Borneo’s Wildlife, malah ditampilkan dalam siri dokumentari National Geographic dan juga Discovery Channel. Namun itu, kemudahan asas pelancongan kita masih belum seiring dengan reputasi antarabangsa yang dimiliki. Setiap hari ratusan pelancong menuju ke pulau-pulau indah seperti Pulau Lankayan, Selingan, Bakungan Kecil dan Berhala. Tetapi, sehingga kini, tiada satu pun jeti pelancongan yang sempurna dan selamat disediakan. Pembinaan jeti pelancong ini amatlah mendesak dan tidak boleh lagi ditangguhkan.
Saya juga menyambut baik geran padanan RM50 juta bagi menarik lebih banyak penerbangan antarabangsa dan charter ke Malaysia. Jadi, apabila lebih banyak pelancong datang ke Sandakan akan juga tetapnya melawat ke pulau-pulau yang tertentu, pulau-pulau pelancongan tetapi apabila kami tiada satu jeti pelancongan, bagaimana pelancong kami menuju ke tempat-tempat tersebut?
Jadi, saya juga sangat berharap MOTAC dapat menggunakan geran-geran yang telah diberikan untuk menambah penumpang-penumpang, penerbangan- penerbangan ke Sandakan dan juga supaya kami boleh merealisasikan penerbangan terus Sandakan–Singapura ataupun Sandakan–Johor, Sandakan– Penang yang telah lama dirancang dan kalau boleh, Sandakan–Hong Kong dan Sandakan ke China juga.
Jadi, selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar pelepasan cukai individu 1,000 bagi pelancongan domestik turut meliputi perbelanjaan penginapan hotel dalam negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi memperkukuhkan integriti, integrasi nasional dan juga pertumbuhan pelancongan tempatan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan kesihatan, naik taraf Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Jadi, pada tahun 2022, Kementerian Kesihatan telah mengumumkan rancangan menaik taraf Hospital Duchess of Kent
(HDOK) di Sandakan untuk menjadi satu hospital major pakar Sabah, sama seperti
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dengan peningkatan perkhidmatan pakar daripada 18 ke 49 bidang kepakaran. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, jadi apakah status yang terkini atau kerja-kerja atau program menaik taraf HDOK ini? Adakah tempoh masa telah ditetapkan untuk pelaksanaannya secara berperingkat?
Pada masa ini, HDOK juga masih berdepan dengan masalah kesesakan yang teruk, kekurangan pakar dan juga peralatan perubatan termasuk ketiadaan peralatan rawatan mata menyebabkan pesakit dari Sandakan perlu terbang ke Kota Kinabalu setiap bulan untuk rawatan. Jadi, ini bukan sahaja membebankan dari segi kewangan tetapi juga emosi bagi pesakit-pesakit dan juga keluarga mereka. Menaik taraf HDOK bukan hanya satu soal infrastruktur tetapi juga soal maruah dan juga hak rakyat Pantai Timur Sabah untuk mendapatkan rawatan berkualiti di tanah sendiri.
Jadi, sekali lagi saya juga ingin mengingatkan Kementerian Kesihatan bahawa Hospital Duchess of Kent bukan hanya tertumpu untuk rakyat atau Parlimen Sandakan juga tetapi dari Kinabatangan, Beluran, kesemuanya dihantar ke Hospital Duchess of Kent. Jadi, ini memang adalah salah satu projek yang tidak boleh ditangguhkan lagi. Walaupun pengumuman telah dijalankan pada tahun 2022, tetapi sehingga kini belum lagi ada nampaknya dari fizikal, dari mata kami, belum lagi ada apa-apa yang sedang berlaku dengan penaiktarafan. Kemungkinan masih tersekat dengan dokumentasi ataupun dengan BQ-BQ yang tertentu.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Kami berharap Kementerian Kesihatan boleh memberikan satu update kepada semua rakyat supaya kami ini akan— dinampakkan Kerajaan MADANI memang menetapkan janji yang diberikan.
Jadi sebagai penutup, Tan Sri Yang di-Pertua, peruntukan yang besar adalah tidak mencukupi untuk membawa perubahan. Yang lebih penting ialah kecekapan pelaksanaan dan tadbir urus yang telus. Untuk Sabah benar-benar ke hadapan, kita mesti memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan memberi kesan langsung kepada rakyat di lapangan bukan sekadar angka di atas kertas. Hanya dengan pelaksanaan yang berkesan, pemantauan yang teliti dan tadbir urus yang baik, barulah Belanjawan 2026 ini akan membawa satu perubahan yang nyata kepada rakyat Sabah.
Jadi — sering kali, saya juga akan bertanya kepada Kementerian Kewangan, berapakah peratusan peruntukan yang telah digunakan oleh yang telah dibelanjakan oleh negeri Sabah pada dekat-dekat dengan akhir tahun. Sering kali saya dijawab
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
50 peratus ataupun 60 peratus. Dan, apabila saya juga tanya kerajaan negeri akan dijawab, “Oh, terlalu banyak SOP dan juga banyak yang tidak — kes-kes yang tertentu, masalah-masalah yang tertentu dan menyebabkan projek-projek yang betul-betul kami perlukan tidak dapat dilaksanakan”. Dan, oleh itu peruntukan pun tidak dapat dibelanjakan. Jadi, saya juga menyeru kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan untuk lebih erat untuk menjalankan, melaksanakan projek-projek yang betul-betul akan membawa manfaat kepada rakyat Sabah.
Dan saya— jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, sila izinkan saya baca satu pantun sebagai satu penutup.
Indah mentari di ufuk Sandakan, Ombak berhala menyapa mesra; Demi rakyat bina kemajuan, Sandakan maju Sabah sejahtera. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Sandakan. Sekarang saya jemput Bachok, 15 minit.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan Belanjawan 2026.
Saya mulakan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, niscaya Allah SWT akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakal, yakni berserah diri sepenuhnya pada Allah SWT, maka cukuplah Allah SWT baginya untuk menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah SWT tetap melakukan sesuatu perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah SWT telah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah Al-Talaq, Ayat 2 hingga 3.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mewakili ibu, ayah dan adik, kakak di kawasan Parlimen Bachok menzahirkan solidariti dan kebersamaan terhadap saudara kami di bumi Palestin, khususnya di wilayah Gaza yang terkepung.
Sesungguhnya, perjuangan untuk membebaskan Palestin amat dekat di hati rakyat Malaysia, termasuklah di Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Seawal perjuangan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bachok yang pertama, Almarhum Prof. Zulkifli bin Mohamad, mantan Timbalan Yang di-Pertua PAS secara lantang telah mendesak di Parlimen ketika itu supaya Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel walaupun penubuhannya telah diluluskan melalui Resolusi 181, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sesungguhnya, pengorbanan dan daya juang yang tinggi berserta strategi diplomasi dan advokasi mutakhir ini telah membuka mata dunia dan pastinya akan membuka lembaran baharu kepada seluruh rakyat warga Palestin untuk mengecap nikmat kemerdekaan seterusnya hidup dengan aman di negara Palestin yang berdaulat dan merdeka, insya-Allah. Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik pada Belanjawan 2026 yang bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’ dibentangkan dalam suasana politik dan ekonomi yang mencabar dalam keadaan kerajaan, Putrajaya berdepan dilema untuk mengekalkan disiplin fiskal dan tanggungjawab menjana pertumbuhan, di samping keutamaan untuk meringankan beban hidup rakyat.
Justeru, yang akan menilai dan menghakimi kejayaan dan keberhasilan sesebuah belanjawan bukanlah pakar ekonomi dan para birokrat tetapi adalah rakyat. Pakcik yang masih menunggu lama di hospital dan klinik kerajaan, makcik yang apabila ke pasar berkira-kira untuk membayar harga ikan dan sayuran, petani, penternak dan nelayan yang masih menunggu pemberian insentif dan bantuan, anak muda dan graduan yang masih tercari-cari peluang pekerjaan dan ibu bapa yang gusar akan keselamatan anak-anak di sekolah kerajaan.
Sebelum ini, Tan Sri Yang di-Pertua, kes di Sabah. Hari ini, kita dipertontonkan dengan kes di Melaka. Sangat menyayat hati dan sangat menjijikkan.
Jauh daripada nilai karamah insaniah yang cuba diterapkan oleh Menteri dan juga kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kekangan fiskal dan keperluan menyusun kembali ekonomi. Secara umumnya, kerajaan dilihat meneruskan langkah berhemat ke arah pengukuhan fiskal secara berperingkat dengan unjuran defisit fiskal 3.5 peratus kepada KDNK. Selaras dengan sasaran 3.0 peratus yang ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
Sejumlah RM338.2 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus manakala RM81 bilion diperuntukkan untuk belanja pembangunan iaitu DE. Dana GLC dan GLIC yang dimasukkan sekali itu di luar skop perbahasan kita pada hari ini. Bagi
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
tahun 2026, ekonomi Malaysia diunjur berkembang lebih rendah antara 4.0 hingga 4.5 peratus susulan ketidaktentuan ekonomi dunia yang berterusan.
Namun dengan strategi peningkatan hasil yang terhad, kerajaan berdepan dengan struktur belanjawan yang tepu dan kaku yang mengehadkan perbelanjaan pembangunan. DE, Perbelanjaan pembangunan kekal pada kadar RM81 bilion iaitu kurang daripada empat peratus kepada KDNK. Sebahagian besarnya terikat dengan projek-projek sedia ada seperti ECRL, LRT3, projek RTS Link dan Lebuhraya Pan Borneo. Hal ini mengehadkan keupayaan fiskal bagi pelaburan baharu berimpak tinggi di bawah RMK13.
Kedudukan hutang negara juga kekal tinggi, meninggalkan hanya sedikit penampan fiskal terhadap kejutan di masa hadapan. Langkah seperti menstruktur semula perbelanjaan, mengurangkan ketirisan serta penglibatan GLC dan GLIC dalam program awam masih merupakan penyumbang lemah terhadap penampan fiskal berbanding langkah penjanaan hasil yang amat diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu golongan M40 yang berdepan dengan kewangan lebih hebat berbanding B40. Kemampuan golongan berpendapatan sederhana M40 untuk menyimpan semakin merosot sekali gus meletakkan kumpulan itu dalam kedudukan lebih rentan berbanding golongan berpendapatan rendah B40, demikian menurut Tinjauan Celik Kewangan Malaysia 2025 oleh RinggitPlus. Kaji selidik ini mendedahkan Tan Sri Yang di-Pertua, hanya 23 peratus responden M40 mampu menyimpan antara 1,000 hingga 1,500 sebulan.
Manakala mereka yang menyimpan kurang daripada RM500 melonjak daripada 39 peratus kepada 31 peratus pada tahun yang lalu. Kajian Bank Negara Malaysia turut mengesahkan fenomena ini. Dilaporkan hanya 58 peratus rakyat Malaysia yang aktif membuat simpanan untuk masa depan, manakala sebahagian besar masih tidak mampu berdepan kecemasan kewangan bernilai RM1,000.
Cabaran lain yang turut disentuh termasuklah transformasi digital yang mengubah cara rakyat berbelanja daripada e-wallet, e-dompet kepada Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang hadir dengan risiko pembelian tidak berhemah dan kes penipuan atas talian.
Malaysia juga bakal berdepan status negara menua dalam tempoh sedekad yang akan datang dengan peratusan warga emas yang semakin meningkat. Namun tahap persediaan kewangan masih jauh ketinggalan apabila hanya 36 peratus pencarum KWSP mencapai penanda asas simpanan persaraan. Justeru, perancangan persaraan, pembiayaan kesihatan, melindungi warga emas daripada
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
penipuan atas talian ini, semua ini menuntut tindakan tegas untuk menjamin kesejahteraan kewangan rakyat pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, agenda membasmi kemiskinan adalah usaha kolektif dan tidak boleh dipikul oleh kerajaan semata-mata. Sebaliknya, usaha tersebut menuntut kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, baitulmal, badan korporat, NGO dan individu prihatin. Pengukuran kemiskinan tradisional yang hanya menilai tahap pendapatan tidak lagi mencerminkan realiti sebenar hidup rakyat. Di Malaysia, secara tradisinya, kemiskinan diukur dalam satu dimensi iaitu menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2024, nilai PGK nasional terbaru pada RM2,705. Paras miskin tegar ditetapkan pada RM1,236.
Manakala kemiskinan relatif melibatkan jurang perbandingan antara isi rumah miskin dan juga masyarakat setempat.
Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Adapun kemiskinan pelbagai dimensi pula menggabungkan pelbagai aspek termasuk kesihatan, pendidikan, taraf hidup dan akses kepada kemudahan asas, sekali gus memberikan gambaran yang lebih tepat tentang kesejahteraan sebenar rakyat.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Puan Speaker, sebagai salah satu strategi untuk memerangi kemiskinan, program latihan berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) harus dibangunkan untuk memberikan pengetahuan yang lengkap kepada agensi pelaksana di lapangan termasuklah organisasi dan individu yang terlibat bagi memahami dan menangani kerumitan kemiskinan yang melangkaui langkah berasaskan pendapatan semata-mata.
Khusus untuk Bachok, kami bersedia dengan lapang tangannya menyambut segala program, kerjasama untuk meneruskan program pembasmian kemiskinan yang telah pun dijalankan sebelum ini. Saya, Bachok mengharapkan penglibatan lebih ramai ketua isi rumah, ibu tunggal, golongan belia akan dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, program bantuan tunai dan mobiliti sosial. Bantuan tunai seperti STR dan SARA, dahulunya BRIM, BSH, BPN dan BKM sememangnya penting bagi meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah. Namun
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
persoalannya, adakah dasar ini benar-benar memperkukuh mobiliti sosial rakyat atau sekadar menjadi alat melegakan kesusahan sementara? Matlamat sebenar bantuan tunai bukan sekadar menyara hidup tetapi hendaklah mampu mengubah taraf kehidupan yang disebut mobiliti sosial.
Mengambil inspirasi daripada sistem zakat dalam Islam iaitu memberikan zakat kepada orang miskin supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan dapat mengubah daripada penerima zakat kepada pembayar zakat. Perlu difahami, bantuan yang disalurkan tanpa penyasaran yang teliti bukan sahaja tidak efisien malah berisiko mengalihkan sumber daripada kumpulan yang lebih memerlukan.
Kajian Khazanah Research Institute membuktikan bahawa bantuan tunai hanya berkesan apabila direka dengan baik, disasar tepat dan dipantau rapi. Namun, sistem bantuan negara kini masih terpecah antara pelbagai agensi dan cenderung bersifat reaktif. Oleh itu, dasar bantuan tunai mesti iringi strategi keluar (exit strategy) dengan izin, yang berperingkat menghubungkan penerima dengan latihan kemahiran, peluang pekerjaan dan pengawalan kos sara hidup yang lebih menyeluruh.
Puan Yang di-Pertua, mengukuhkan kerjasama negeri dan Persekutuan.
Pelaksanaan Belanjawan 2026 hanya akan berjaya jika wujud kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dalam sistem federalisme, kecekapan pelaksanaan dasar bergantung kepada sejauh mana negeri diberikan ruang merancang dan menilai pembangunan di negeri dan di daerah masing-masing.
Pertama, dalam aspek perkongsian hasil. Sudah tiba masanya diwujudkan formula tetap yang mengiktiraf sumbangan ekonomi negeri-negeri pengeluar sumber seperti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu di samping mengiktiraf peranan negeri-negeri maju; Selangor, Johor, Pulau Pinang yang lebih terkehadapan dalam aspek perkongsian kutipan cukai.
Kedua, dari segi pembangunan wilayah. Projek di bawah Belanjawan 2026 dan juga RMK13 mesti berpaksikan keperluan sebenar negeri dengan penyelarasan rapi antara EPU, MOF dan juga UPEN.
Ketiga, dalam aspek pelaburan. Negeri juga perlu diberikan kuasa rundingan lebih fleksibel untuk menarik pelabur strategik di sektor pertanian, pelancongan dan industri halal melalui model perkongsian pelaburan bersama Persekutuan dan juga GLC tempatan. Pendekatan ini bukan sahaja adil tetapi memperkukuh rasa memiliki terhadap pembangunan nasional.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Puan Yang di-Pertua, bagi negeri Kelantan, isu utama bukan hanya jumlah peruntukan, tetapi mekanisme pelaksanaan dan ketelusan projek. Banyak projek pembangunan Persekutuan tertangguh kerana kelewatan proses teknikal antara agensi Persekutuan dan negeri. Terbaharu, projek LPT3. Kawan-kawan kata projek LPT3 ini Lebuhraya Pantai Timur, kena sampai Pahang, Terengganu, Kelantan.
Sekarang ini hanya di Pahang dan Terengganu, tak sampai Kelantan lagi. Jadi, kawan-kawan kata boleh panggil Lebuhraya Pahang-Terengganu sahaja kalau tak sampai ke negeri Kelantan di samping prestasi kontraktor dan kelewatan projek yang ketara.
Semalam saya ikuti bengkel bajet bersama Kerajaan Negeri Kelantan, YB.- YB. EXCO dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ada pengaduan tentang— ini saya akan sentuh secara lebih detail dalam peringkat jawatankuasa. Ada perjawatan jurutera jajahan. Kelantan panggil JJ, di negeri lain panggil JD (jurutera daerah) yang masih kosong menyebabkan sekali gus menjejaskan proses pemantauan projek Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan.
Selain itu, status pelanjutan insentif pelaburan ke wilayah ECER oleh Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini telah dilanjutkan untuk tempoh dua tahun.
Mohon pihak MITI, Menteri pun sedang menghitung hari, dan MIDA jelaskan. Ini kerana pakej insentif ini amat penting dalam menarik pelaburan baharu dan mengembalikan momentum ekonomi di wilayah ECER.
Dalam konteks Bachok pula, kawasan ini mencerminkan realiti sosioekonomi luar bandar yang sedang bergerak dari ekonomi tradisional ke ekonomi baharu dengan kedudukan strategik antara Kota Baharu dan juga Pelabuhan Tok Bali.
Bachok berpotensi menjadi hab pertumbuhan baharu yang menggabungkan kelestarian alam sekitar dengan pembangunan ekonomi rakyat. Potensi besar wujud dalam sektor pertanian moden, perikanan bernilai tambah, pelancongan pesisir pantai, pendidikan tinggi dan keusahawanan luar bandar.
Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, kejayaan sebenar Belanjawan 2026 bukan diukur pada defisit atau pertumbuhan KDNK semata-mata, tetapi kesejahteraan sebenar rakyat di setiap daerah dan juga desa. Belanjawan yang baik bukan sekadar dokumen perbelanjaan tetapi instrumen polisi pembangunan untuk memperkukuh ekonomi rakyat, memperbaiki sistem dan memulihkan kepercayaan kepada keadilan dasar negara. Bachok akan terus memainkan peranan sebagai suara rakyat di luar bandar, menuntut pembangunan yang seimbang dan berhemah
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
tanpa menolak tanggungjawab bersama membina Malaysia yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bachok, sebelum berakhir.
Setuju tak Bachok bahawa peruntukan yang digunakan untuk LRT Pulau Pinang sebanyak RM17 bilion ditukar ke LPT3 untuk negeri Kelantan. Setuju atau tidak?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Itu sila masukkan dalam ucapan saya dan saya minta Menteri memberikan penjelasan kerana kita jelas dalam anggaran perbelanjaan DE itu, ada peruntukan yang sangat besar di bawah MOT. Sedangkan jelas disebut projek LRT di LRT Mutiara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut. Jadi, kita minta penjelasan di pihak kerajaan, priority di antara keperluan menangani trafik di Pulau Pinang itu dan juga keperluan menangani trafik di Pantai Timur.
Puan Speaker, pembangunan hendaklah menyeluruh dan kemakmuran hendaklah dikongsi bersama. Sekian daripada Bachok. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Pandan.
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Puan Speaker, anggota Dewan yang dihormati. Sudah menjadi amalan apabila belanjawan dibentangkan setiap tahun, fokus adalah kepada tahun belanjawan itu.
Ini Belanjawan 2026, maka kita selalunya tumpu kepada angka-angka untuk 2026. Sementara fokus itu betul Puan Yang di-Pertua, kita juga jangan lupa bahawa kredibiliti dan konteks angka-angka yang dirancang bagi 2026 itu sebenarnya bergantung kepada prestasi semasa 2025. Oleh itu, saya ingin bermula dengan perbandingan semakan prestasi 2025 berbanding dengan apa yang dibentangkan untuk Belanjawan 2025 setahun yang lepas. Saya tumpukan kepada beberapa kategori hasil dan perbelanjaan.
Berikut adalah unjuran angka sebenar 2025 yang telah disemak semasa dibentangkan Jumaat yang lalu berbanding dengan apa yang telah dibentangkan setahun yang lepas. Untuk hasil, dijangka menurun sebanyak RM5.6 bilion, yang dibentangkan tahun lepas RM340 bilion, angka sebenar menjelang akhir tahun ini
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
dijangka menurun kepada RM334 bilion sahaja. Belanja mengurus juga berkurang RM2.9 bilion, yang dibentangkan RM335 bilion, angka sebenar RM332 bilion.
Bagi belanja pembangunan akan berkurang banyak sebanyak RM6 bilion daripada RM85 bilion yang dibentangkan, angka sebenar dijangka hanyalah 78.7 bilion. Bayaran khidmat hutang, alhamdulillah kurang sebanyak RM400 juta.
Dibentang RM54.7 bilion, angka sebenar akhir tahun ini diunjurkan RM54.3 bilion dan belanja bantuan sosial dan subsidi naik RM4.5 bilion dari RM52.6 bilion kepada RM57 bilion.
Puan Yang di-Pertua, jumlah hasil yang menurun sebanyak RM5.6 bilion ini diperolehi, dicapai oleh kerajaan walaupun Yang Amat Berhormat Tambun menyebut dalam ucapan beliau tempoh hari, ada hasil tambahan RM15.5 bilion daripada rampasan dan juga kutipan penalti dalam tempoh dua tahun yang lepas.
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Maknanya, mungkinlah penurunan hasil ini akibat daripada dividen PETRONAS yang lebih rendah, tetapi harga minyak mentah yang lebih rendah sepatutnya mengurangkan tanggungan subsidi minyak kerajaan secara mendadak.
Saya sebut perkara-perkara ini untuk menyatakan kebimbangan saya bahawa dalam kebingitan semua pengumuman-pengumuman kebelakangan ini, hakikatnya yang Dewan perlu tumpukan ialah Malaysia sangatlah terdedah kepada cabaran pertumbuhan ekonomi yang menyederhana dalam tahun 2026 dan ke atas.
Pengumuman-pengumuman mengenai hasil tambahan dari rampasan RM15.5 bilion contohnya, dari penjimatan-penjimatan subsidi dan semua langkah- langkah lain, tidak pun berjaya menutup jurang hasil yang dikutip bagi tahun 2025 berbanding dengan yang diunjurkan oleh kerajaan. Maksudnya 2025 kita rancang, kita tengok kalau yang rampasan itu, itu semua hasil luar jangka. Kalau tidak ada hasil luar jangka itu, maksudnya hasil kutipan kerajaan sebenarnya jauh lebih rendah daripada yang dibentangkan tahun lepas. Dan cabaran itu akan menjadi lebih besar bagi 2026 dan tahun-tahun yang akan mendatang.
Jadi, sesiapa pun yang nak jadi kerajaan dalam tempoh dua tahun daripada sekarang, maksudnya cabaran hasil kerajaan ini adalah perkara yang sebenar dan bagi tahun 2026 contohnya, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan dalam empat ke 4.5 peratus sahaja untuk mendapatkan hasil sebanyak RM343 bilion.
Maksudnya begini. Pertumbuhan ekonomi diunjurkan menjadi lebih perlahan, tetapi kita juga menganggarkan bahawa kutipan akan naik RM9 bilion. Jadi masalah di situ itu, ya. Itu saja dah jadi satu isu, tapi katakanlah, kalau kita ambil untuk tahun
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
2025, berdasarkan keadaan sekarang, untuk separuh tahun pertama seingat saya, pertumbuhan adalah sekitar 4.4 peratus. Kita bernasib baik kalau untuk tahun 2025 ini, pertumbuhan kita dapat 4.1 atau 4.2 peratus berdasarkan semua yang berlaku.
Jadi, kalau untuk 2025 ini kita telah tersasar jauh daripada unjuran awal lima peratus sebab 2024 dulu 5.1 peratus. Maknanya, untuk tahun 2026 ada kemungkinan yang serius pertumbuhan ekonomi negara akan jatuh di bawah paras empat peratus iaitu lebih rendah daripada yang diunjurkan oleh kerajaan dalam belanjawan ini – empat kepada 4.5 peratus. Kalau kita capai pun, dia cukup-cukup makan saja untuk empat peratus bagi tahun 2026.
Kita yang biasa menguruskan hatta perbelanjaan isi rumah kita sendiri tahu bahawa untuk kita menganggarkan pendapatan itu lebih susah daripada untuk kita tahu belanja. Belanja ini selalunya tetap. Yang turun naik ini adalah pendapatan. Jadi, sementara hasil adalah tidak menentu kerana bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara, sebenarnya anggaran-anggaran untuk perbelanjaan adalah lebih tepat.
Belanja mengurus dianggarkan naik RM6 bilion tahun depan. Maknanya, jika kutipan kerajaan tersasar lebih daripada RM6 bilion bagi tahun 2026 dan kita tahu untuk 2025 ini memang telah tersasar RM5.6 bilion. Jadi, kemungkinan tersasar RM6 bilion itu adalah betul-betul ada sebab pertumbuhan ekonomi akan lebih rendah.
Jadi, kalau tersasar lebih dari RM6 bilion bagi tahun 2026, kita tahu bahawa segala kutipan itu tidak mampu pun untuk menampung pertambahan daripada belanja mengurus. Itu yang pertama, ya.
Dan, yang lebih membimbangkan apabila kita perincikan belanjawan ini satu persatu, setelah segala perkara dilaksanakan; setelah segala rampasan; setelah segala penalti dikenakan; perbelanjaan yang paling toksik iaitu bayaran khidmat hutang sebenarnya terus melonjak. Dan, kita tak banyak bincang tentang bayar faedah ini, baik di dalam Dewan ini ataupun di luar ataupun kita tak dengar banyak daripada kerajaan sendiri daripada RM6 bilion pertambahan bersih belanja mengurus kerajaan.
Saya sebut tadi pertambahan bersih sebab ada yang naik, ada yang turun.
Keseluruhan pertambahan belanja mengurus kerajaan bersih RM6 bilion tahun depan. Daripada RM6 bilion itu, dua pertiga adalah disumbangkan oleh pertambahan bayaran faedah hutang iaitu RM4 bilion.
Tahun depan, jumlah faedah hutang yang perlu dibayar ialah sebanyak RM58.3 bilion berbanding dengan 54.3 bilion bagi tahun 2025 ini. Jadi maknanya,
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
bagi setiap RM1 pertambahan perbelanjaan mengurus kerajaan, 67 sen sebenarnya adalah untuk membayar lebih banyak faedah. Yang saya paling terkilan bila kita tengok secara keseluruhan adalah begini; bila dibandingkan jumlah bayaran faedah hutang setiap tahun dengan jumlah yang disalurkan untuk membantu kehidupan harian rakyat, ya. Kalau tengok daripada kategori perbelanjaan, satu kategori ialah bayaran khidmat hutang. Yang ini memang terus pergi untuk bayar faedah hutang.
Satu lagi kategori besar ialah apa yang disebut belanja bantuan sosial dan subsidi. Yang ini yang pergi terus pada poket rakyat, baik dalam bentuk untuk menyediakan subsidi, baik dalam bentuk bantuan tunai, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semuanya. Jadi, untuk kita melihat bagaimana perbelanjaan itu diuruskan, satu cara yang agak mudah ialah membandingkan berapa banyak kita bayar faedah berbanding dengan berapa banyak yang sebenarnya dibelanjakan untuk masuk poket rakyat secara terus, ya.
Untuk tahun 2026, bila kita bandingkan kedua-dua ini, kerajaan seperti yang saya sebut tadi, untuk belanja bayar hutang, RM58.3 bilion. Untuk belanja bantuan sosial dan subsidi, itu akan berkurang sebanyak RM8 bilion berbanding dengan 2025 menjadi RM49 bilion. Jadi, jika kita bandingkan dua kategori ini antara berapa banyak yang dibayar faedah dengan berapa banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat, saya harap kita boleh bermuhasabah dengan nisbah-nisbah ini yang mungkin lebih difahami dengan mudah oleh rakyat untuk mencerna satu dokumen belanjawan yang tebal itu.
Contohnya, bagi setiap RM1 untuk dua kategori perbelanjaan ini, 54 sen untuk bayar faedah, 47 sen sahaja untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Itu hakikat dia bagi setiap RM1. Ambil satu lagi perspektif. Setiap tahun, belanja bayar faedah yang perlu ditanggung oleh setiap rakyat, secara purata oleh setiap rakyat Malaysia ialah RM1,822 setiap rakyat. Ini yang semua kita tanggung. Ambil jumlah bayaran hutang faedah, bahagi dengan rakyat Malaysia, puratanya setiap rakyat kita tanggung RM1,822 berbanding dengan contohnya, faedah bantuan sosial dan subsidi yang didapati oleh rakyat hanyalah sebanyak RM1,531 sahaja...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Bagi saya depan sikit Pasir Puteh, ya.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey, baik.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Maka, saya sebut semua ini kerana dalam belanjawan, tidak kisah siapalah jadi kerajaan, memang dia akan sebut yang cantik. Jadi, kalau Dewan tidak tengok sesuatu yang membengkak dan yang berbahaya, maka kita hanya akan membincangkan perkara titik bengik di bawah.
Sedangkan soal pertama ialah adakah Dewan berpuas hati kalau setiap RM1 yang dikutip, yang dibelanjakan itu, 57 sen untuk bayar faedah, 43 sen untuk sampai kepada rakyat. Baik, ya.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Maka sebab itu, ini bahagian kedua ini. Saya ada tujuh minit sahaja lagi. Kita tidak boleh lari dari ancaman nombor satu sebenarnya apabila kita berbincang mengenai belanjawan negara. Ancaman nombor satu kepada kesejahteraan rakyat dan negara ini di masa akan datang ialah sebenarnya kadar keberhutangan yang sangat tinggi.
Setakat Jun 2025, kadar hutang dalam negeri dan luar pesisir adalah sebanyak RM1.3 trilion iaitu 64.7 peratus daripada saiz ekonomi negara. Jumlah ini adalah terlalu hampir dengan siling 65 peratus daripada KDNK iaitu garis yang kita tak boleh langgar. Jika berlaku gangguan dalam tahun 2026, sama ada pertumbuhan ekonomi itu lebih perlahan seperti yang saya sebut ataupun ada gangguan geopolitik yang melonjakkan harga minyak mentah ataupun harga komoditi seperti makanan, kerajaan akan berdepan dengan risiko bahawa hutang negara akan melebihi garis 65 peratus daripada KDNK. Ini mungkin berlaku tahun depan.
Ini tidak lagi termasuk jaminan-jaminan hutang yang diberikan oleh kerajaan bagi pihak agensi dan juga syarikat-syarikat milik kerajaan di bawah kawalan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) atau pun projek kerjasama awam-swasta yang sebenarnya telah meningkat sebanyak RM15 bilion dalam tahun 2023 dan 2024 sahaja. Setakat tahun 2024, jumlah jaminan kerajaan di luar penyata kewangan kerajaan― yang ini Bagan selalu sebut dahulu sebagai off-balance sheet financing ― contingent liabilities adalah sebanyak RM332.8 bilion dan jumlah ini bersamaan dengan 17.2 peratus daripada saiz ekonomi kita.
Kita tahu bahawa syarikat-syarikat ini, agensi-agensi ini perlu mengambil hutang kemudian dijamin oleh kerajaan kerana projek-projek infrastruktur atau projek yang mereka laksanakan itu tidak berupaya mendapatkan pembiayaan pada nilai komersial projek. Sebab itu kerajaan kena jamin. Jadi, besar kemungkinan semua jaminan hutang itu suatu hari nanti akan terus ditanggung oleh kerajaan, tak kisah kerajaan manalah. Ini termasuklah, contohnya, jaminan kepada DanaInfra yang telah
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
naik kepada RM85 bilion, ECRL telah naik dalam tempoh dua tahun yang lepas kepada RM50 bilion, PTPTN telah mencecah RM41 bilion dan Prasarana sebanyak RM42 bilion.
Maka, gambaran sebenar kadar keberhutangan negara adalah dua peringkat, dua komponen. Komponen pertama ialah hutang yang diambil terus oleh kerajaan sebanyak 64.7 peratus, dah nak hampir siling daripada yang dibenarkan oleh undang-undang. Kemudian, ada off-balance sheet sebanyak 17.2 peratus dari hutang yang dijamin oleh kerajaan bagi pihak agensi dan badan-badan kerajaan...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
[Bangun]
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
...Jadi, sebenarnya hutang kerajaan adalah sebanyak 81.9 peratus daripada saiz ekonomi negara.
Jadi ― Pasir Puteh nak tanya ya?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pandan yang memberi laluan untuk saya.
Saya ingin mengambil inti pati yang disebut oleh Yang Berhormat selari sebagaimana yang saya baca dalam banyak artikel-artikel yang dibandingkan antara unjuran pembentangan bajet pada tahun ini berbanding dengan unjuran ekonomi sebenar yang dimiliki oleh negara adalah tidak seimbang.
Justeru itu, saya lihat pembentangan belanjawan ini ada sedikit banyak seolah-olah satu pembentangan yang ada unsur-unsur kosmetik di dalam pembentangan ini. Jadi, sebab itu, saya kira pihak kerajaan dia tidak boleh membentangkan belanjawan ini sebagaimana yang disebut oleh Pandan...
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Soalan Pasir Puteh? Sebab masa pendek ini.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Jadi, saya minta Pandan untuk komen, adakah bajet yang dibentangkan ini mampu dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini, mengikut pandangan Pandan?
Dan, yang keduanya, saya tengok, perhati Pandan ini sentiasa lihat di sebelah ini. Tengok. Dan saya rasa lebih indah kalau Pandan ini berpindah sebelah ini. Lagi mantap bercakap. Sekian, terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pandan, ringkas, Pandan.
Ringkas sahaja.
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Tak boleh. Tak boleh Hulu Terengganu sebab saya tahu Yang di-Pertua ini garang, dia takkan bagi. Saya ada masa sedikit.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas sahaja.
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Tak boleh, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju tak Pandan, GLIC dan GLC masukkan balik...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Terengganu.
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya takkan layan. Saya takkan layan kerana tidak menghormati Yang di-Pertua Dewan.
Pasir Puteh, sebenarnya setiap belanjawan itu disediakan mengikut peraturan kewangan antarabangsa. Mana angka yang disemak, mana angka yang diunjurkan, semua itu mengikut peraturan antarabangsa. Kalau kita sebagai Ahli Dewan yang tak reti baca, itu salah kita...
[Ketawa] Jadi, sebab itu, pentinglah untuk kita faham satu-satu dan itulah yang gunanya perbahasan kali ini supaya kita boleh bawa kepada rakyat perbezaan semakan, unjuran dan sebagainya.
Sebab itu ucapan saya Puan Yang di-Pertua, ialah untuk menunjukkan risiko- risiko itu. Kalau tidak, perbahasan kita tergelincir daripada perkara yang sebenar iaitu risiko keberhutangan yang boleh merungkai semua yang dirancang itu kerana belanja yang paling cepat naik mendadak ialah bayar hutang faedah. Baik.
Puan Yang di-Pertua, saya ada satu minit lebih lagi ya. Jadi, untuk saya rangkumkan begini ya. Perkara-perkara yang saya sebut tadi mungkinlah menerangkan sebab ada satu perkara yang saya tak pasti orang di luar, rakyat yang menonton boleh semak dan imbangkan ke tidak ini.
Pada satu ketika, kita kata bahawa hutang semakin berkurang. Tetapi, kalau kita lihat kepada belanjawan, kita nampak belanjawan makin besar, makin besar dan hutang itu nampak makin tinggi. Sebabnya ialah kerana walaupun kerajaan telah berjaya mengurangkan hutang dan perkara itu ada sedikit benarnya. Hutang baru yang diterbitkan itu sebenarnya memang makin kurang setiap tahun, tetapi oleh kerana jumlah bayaran khidmat hutang telah naik daripada RM40.5 bilion tahun 2022, dia naik kepada RM58.3 bilion untuk 2026.
Maksudnya, peningkatan sebanyak RM17 bilion. Yang inilah yang menyebabkan jumlah hutang kita itu terus naik dari satu tahun ke satu tahun. Ini
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
bersamaan dengan jumlah penjimatan daripada bantuan sosial dan subsidi yang makin berkurang itu daripada RM67 bilion tahun 2022 akan turun kepada RM49 bilion bagi tahun 2026 iaitu pengurangan sebanyak RM18 bilion.
Maksudnya begini, sebelum Tuan Yang di-Pertua jegil dekat saya. Bahasa mudahnya begini ya. Setelah kita melalui segala kesusahan dan kepayahan untuk kita rombak subsidi untuk kita jajarkan balik perbelanjaan kerajaan, semua itu telah berlaku, tetapi oleh kerana pengurusan hutang kita tidak dirombak dengan lebih menyeluruh, akhirnya kesemua penjimatan itu habis kita guna untuk bayar khidmat hutang yang naik sama banyak. Jimat RM18 bilion, hutang bayar faedah naik RM18 bilion. Hangus begitu sahaja.
Jadi, saya nak kesimpulan dua. Pertama, pengurusan hutang kita tidak lagi boleh berjalan business as usual. Kita tidak boleh membuat rombakan-rombakan besar dalam perkara yang hanya menyentuh poket rakyat sahaja. Subsidi, perbelanjaan bantuan, tetapi soal menguruskan hutang: macam mana unjuran hutang dibuat, macam mana hutang baru diterbitkan, bagaimana kita menguruskan belanja-belanja hutang ini, setakat ini selepas tiga tahun, ia hanya kekal di Perbendaharaan semata-mata tanpa penelitian dan perbahasan yang panjang baik oleh kementerian-kementerian lain atau baik oleh Parlimen sendiri.
Jadi, saya harap Jawatankuasa Pilihan Kewangan dan Ekonomi selepas ini meneliti perkara-perkara ini supaya ia dapat kita bawa dan kita rungkai dengan lebih baik dan akhirnya― yang terakhirnya, kita perlu lebih terbuka untuk meneliti dan berbahas panjang mengenai kaedah bila mana ia melibatkan belanja kepada kerajaan yang melibatkan hutang ini. Bagaimana hutang ini dirancang, diterbitkan?
Kerana kita tidak lagi boleh terima bahawa jawapan kepada soalan-soalan ini, “Ini adalah di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan” semata-mata.
Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
Ia perlu dibuka kepada semua supaya jangan kita mengulangi selepas berhempas pulas, selepas tiga tahun, semua susah payah rakyat dan kerajaan itu akhirnya hanya ditelan untuk membayar kadar faedah yang lebih tinggi.
Jadi, saya ingat saya dah cuit ramai orang dan saya percaya Kementerian Kewangan perlu membentangkan dengan panjang lebar kerana itu satu perkara yang belum dibincangkan dengan mendalam di Dewan. Saya ucap terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Izinkan saya mengingatkan Dewan yang mulia ini dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Israq, ayat 26 hingga 27.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Berikanlah hak kepada kaum kerabat, kepada orang miskin dan kepada musafir dan janganlah engkau membazir secara berlebihan. Sesungguhnya orang- orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.” Ayat ini mengingatkan kita bahawa pengurusan kewangan termasuk bajet negara bukan sekadar soal angka di atas kertas, tetapi amanah yang menuntut keadilan, kejujuran dan keberanian untuk menolak pembaziran. Puan Yang di- Pertua, Bajet 2026 ini menampakkan tanda-tanda jelas bahawa kerajaan sedang berdepan masalah kecekapan fiskal yang serius dan ini realiti yang sedang kita hadap.
Langkah Bank Negara menurunkan statutory reserve requirement dengan izin, atau SRR sebanyak satu peratus yang menyuntik kira-kira RM19 bilion kecairan ke dalam sistem perbankan adalah isyarat jelas bahawa ekonomi negara sedang kekurangan darah segar walaupun kerajaan cuba menafikan sebarang tanda kelemahan.
Jika sistem perbankan berdaya saing seperti yang sering diuar-uarkan, kenapa perlu suntikan kecairan sekala besar ini selepas lebih empat tahun, kadar ini tidak berubah? Hakikatnya langkah ini menunjukkan tekanan likuiditi semakin ketara berpunca daripada pengurusan fiskal kerajaan yang tidak tersusun termasuk penyasaran subsidi yang gagal menstabilkan perbelanjaan dan kelewatan dalam melaksanakan projek pembangunan.
Pemotongan SRR ini oleh Bank Negara bukanlah sesuatu yang lazim dilakukan. Terakhir ia dilakukan pada Mac 2020 ketika kita berdepan dengan COVID- 19. Pada waktu itu diturunkan daripada 3.0 kepada 2.0, menyuntik RM30 bilion dalam sistem perbankan untuk mengelakkan pembekuan kredit dan kejatuhan ekonomi.
Sebelum itu juga pada tahun 2016 dilakukan ketika kejatuhan harga minyak global.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menariknya, selepas penurunan SRR pada 2016, dua tahun selepasnya kerajaan bertukar tangan. Penurunan SRR Mac 2020, dua tahun selepasnya kerajaan bertukar tangan. Penurunan SRR pada tahun ini, kita tak tahulah dua tahun lagi apa berlaku, maka apabila SRR sekali lagi diturunkan pada tahun ini, selepas kekal stabil selama lebih empat tahun, ia memberi isyarat jelas bahawa ekonomi sedang menghadapi tekanan struktur yang sangat ketara. Ia bukan langkah rutin, tapi satu langkah penyelamat yang diambil apabila bank pusat melihat risiko kecairan mula menular dalam sistem kewangan.
Dari sudut bajet 2020-an ini pula, hasil kerajaan hanya meningkat sekitar satu peratus daripada RM340 bilion pada tahun 2025 kepada RM343.1 bilion pada tahun 2026. Itu unjuran, yang aktualnya kita belum tahu sebagaimana disebut oleh Pandan tadi, satu keadaan yang sangat serius dan sangat kritikal.
Perbelanjaan melonjak hampir empat peratus daripada RM450 bilion kepada RM470 bilion. Ini bukti bahawa pertumbuhan hasil negara tidak seiring dengan kadar perbelanjaan kerajaan dan lebih membimbangkan walaupun kerajaan berbangga dengan dasar penyasaran subsidi. Penjimatan yang kononnya diperolehi tidak membawa pengurangan belanja, sebaliknya wang itu dialihkan kepada pengurangan, kepada perbelanjaan yang lain.
Datuk Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua, ini belum lagi kita bangkitkan soal hutang yang sedang dibuat oleh kerajaan. Saya ingin ingatkan, pada Belanjawan 2025, kerajaan unjurkan hutang baharu pada tahun ini, RM80 bilion, tetapi sehingga Oktober, bulan ini, kalau kita semak di dalam laman web Bank Negara, kerajaan dah pinjam RM85 bilion.
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan tak berani beri unjuran hutang baharu.
Hanya berani sebut, diusahakan akan turun. Dalam keadaan kerajaan sebut dengan jelas unjuran RM80 bilion pun, kerajaan takkan mudah capai dan terlebih RM5 bilion.
Walaupun bolehlah kita mungkin kita boleh bagi alasan menjelang akhir tahun ini dengan sedikit penyesuaian dengan redemption dan sebagainya, tapi realitinya sehingga bulan ini kerajaan dah pinjam RM85 bilion. Saya bimbang yang kerajaan tak umum akan terlebih dari hutang yang dibuat.
Persoalan pertama saya ialah adakah kerajaan masih kekal dengan unjuran bahawa kerajaan akan bebas sepenuhnya pada hutang pada tahun 2053? Saya petik, petikan akhbar pada 30 Mac 2023. Kenyataan daripada MOF, “Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka Selesai Sepenuhnya Pada Tahun 2053.” Soalan saya, adakah unjuran ini masih kekal dalam keadaan saya tidak nampak dan kita
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
tidak nampak bagaimana kerajaan boleh mengurangkan hutang ini daripada satu tahun ke setahun dalam keadaan terpaksa menerima hakikat ia semakin membengkak dengan pengurusan hutang pada hari ini?
Saya juga menimbulkan persoalan besar. Apakah wajar pelaburan oleh GLC dan GLIC dimasukkan sekali dalam angka spending nasional seperti diumumkan oleh Belanjawan 2026? Dalam ucapan Perdana Menteri, disebut bahawa jumlah RM470 bilion akan digembleng sebagai sumber nasional termasuk RM30 bilion pelaburan daripada GLIC, RM83 bilion perbelanjaan bangunan kerajaan dan dana institusi di bawah MOF.
Namun secara— MOF Incorporation. Namun secara prinsip fiskal, pelaburan oleh GLIC seperti KWSP, PNB, Khazanah dan Petronas adalah dana milik pencarum dan pelabur. Bukan perbelanjaan awam yang tertakluk pada kelulusan Parlimen. Jika ini dimasukkan dalam pengiraan perbelanjaan nasional, ia boleh mengelirukan rakyat, menggambarkan seolah-olah kerajaan berbelanja lebih besar daripada hakikat sebenar.
Dengan bahasa mudah, yang kita nak luluskan dalam perbahasan ini ialah RM470 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri atau RM420 bilion? Dalam buku ini kata RM421 bilion, tetapi kerajaan atau PM umum RM470 bilion termasuk perbelanjaan daripada GLC atau GLIC. Di antara dua angka ini, yang mana kita nak lulus? Sudah tentu jawapannya ialah dalam buku besar ini, dalam buku ini RM421 bilion. Jadi, apa sebenarnya sebab dimasukkan secara pasti akan ada spending daripada GLIC sebanyak RM30 bilion? Apa nak jadi dengan perancangan- perancangan korporat yang telah dibuat oleh GLC dan GLIC sebelum daripada ini?
Puan Yang di-Pertua, saya beralih kepada tajuk berikutnya iaitu melalui Khazanah Nasional Berhad. Dilaporkan akan melabur RM600 juta bagi kerja-kerja pemulihan dan pembangunan Carcosa Seri Negara. RM600 juta ini bukan jumlah kecil Puan Yang di-Pertua. Wang sebesar ini boleh membina ratusan sekolah baharu, menaik taraf hospital daerah, memperluas jaringan Internet di pedalaman.
Ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup, kerajaan mula melabur ratusan juta untuk memulihkan sebuah penggunaan mewah yang hanya akan dinikmati oleh segelintir golongan berada. Kita tidak menolak pembangunan, tetapi kenapa RM600 juta ini diumumkan dalam keadaan kita bergelut dengan isu kewangan dan ekonomi kos sara hidup pada hari ini?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya masih ingat Pandan, ketika mana bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib mengumumkan pada tahun 2016, mengumumkan RM650 juta, ketika itu tahun 2016 untuk naik taraf Taman Tasik Perdana, yang dikenali sebagai Lake Gardens.
Pada masa itu, Pandan keluarkan artikel, apa jaminan RM650 juta ini tidak akan digunakan untuk dana PRU14? Maka, hari ini saya nak bertanya, apa jaminan RM600 juta ini tidak akan digunakan untuk dana PRU yang ke-15?
[Tepuk] Soalan ini penting, sebab itu saya nak minta— menuntut kerajaan supaya memastikan tiga perkara penting. Pertama, proses ukur bahan bagi menentukan kos sebenar kerja-kerja pemulihan ini dibuat secara terbuka, dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara.
Yang kedua, proses bidaan tender bagi setiap pakej kerja hendaklah dilaksanakan secara terbuka dan telus dan yang ketiga, setiap pembida mesti membuat perisytiharan terperinci yang menunjukkan pemilikan sebenar struktur pegangan dan aliran wang projek.
Puan Yang di-Pertua, saya beralih pada berikutnya isu digital. Kerajaan berbangga kononnya, peruntukan RM1.55 bilion bagi peluasan points of presence dan pelaksanaan Jendela Dua di bawah Bajet 2026.
Namun, selepas lima tahun pelaksanaan, sasaran jendela fasa pertama masih belum tercapai sepenuhnya. 87 peratus kemajuan direkodkan di Sabah dan Sarawak setakat Oktober 2025. Tempoh kelulusan menara telekomunikasi luar bandar pula Puan Yang di-Pertua hanya mengambil masa kira-kira 24 bulan. Masih mengambil masa 24 bulan berbanding hanya lapan bulan di kawasan bandar.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tempoh kelulusan menara telekomunikasi luar bandar pula Puan Yang di- Pertua, hanya mengambil masa kira-kira 24 bulan— masih mengambil masa 24 bulan berbanding hanya lapan bulan di kawasan bandar.
Persoalannya, apakah langkah konkrit yang telah diambil oleh Kementerian Digital untuk mempercepatkan proses ini dan mengurangkan jurang digital untuk kawasan luar bandar, bandar dan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak?
Sasaran liputan 20 peratus bagi 4G dan 80 peratus bagi 5G menjelang tahun 2027 ini, ia realistik atau sekadar menjadi angka indah dalam teks ucapan belanjawan semata-mata?
Laporan PAC menunjukkan pelaksanaan JENDELA masih tidak sepenuhnya berasaskan tender terbuka. Saya ingin bertanya, apakah penanda aras kos pemasangan gentian optik per kilometer yang digunakan oleh kerajaan, oleh MCMC
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dan pihak industri? Adakah sebagaimana disebut, kos Malaysia ini lebih tinggi berbanding dengan Thailand dan Vietnam? Dan jika benar, apa faktor yang menyebabkan perbezaan ini? Saya minta Kementerian Digital bentangkan kepada Dewan ini perbandingan kos sebenar per kilometer bagi memastikan tiada ruang ketirisan berlaku di bawah program yang besar ini.
Puan Yang di-Pertua, dalam isu pendidikan, saya terima kasih Yang Berhormat Tambun telah mengumumkan pembinaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pasir Mas. Terima kasih daun keladi, kalau ada lagi nak lagi. Insya-Allah. Cumanya, saya ingin memberikan sedikitlah respons membalas. Jika ia dilaksanakan dengan naik taraf sekolah menengah sedia ada kepada sekolah pendidikan khas sepenuhnya, ia akan jimatkan kos dengan ketara. Walau bagaimanapun, jika dilaksanakan dengan membina sekolah baru dan prasarana baharu pun, kami rakyat Pasir Mas sangatlah berterima kasih.
Namun demikian, saya syorkan kerajaan bagi tumpuan sebanyak-banyaknya kepada latihan intensif dan kursus pembangunan profesional kepada guru-guru arus perdana dan agar mereka benar-benar mampu menangani murid-murid keperluan khas di dalam kelas sedia ada. Hakikatnya, guru kita, dengan sedihnya kita perlu akui bahawa guru-guru kita masih belum lagi dapat menjadi pelatih atau jurulatih yang sebenar kepada murid-murid berkeperluan khas.
Ibu bapa hantar anak-anak mereka yang berkeperluan khas pergi ke aliran pendidikan khas, mereka boleh tengok sendirilah. Guru-guru kadang-kadang tidak mampu untuk nak menangani murid-murid yang berkeperluan khas kerana mereka tidak daripada pendidikan— pendidikan ataupun mereka tidak lahir, mereka tidak melalui sesi latihan khas untuk menangani keperluan murid-murid tersebut. Akhirnya, bila kita hantar anak-anak kita yang berkeperluan khas, kita akan tengok anak-anak ini hanya dibiarkan aktiviti mewarna. Setiap hari hanya mewarna. Hanya mewarna semata-mata.
Jadi, ibu bapa ambil keputusan hantar di pusat di luar dan itu memerlukan kos yang tinggi. Jadi sebab itulah, daripada kita membina bangunan baru dan itu sebenarnya lebih juga baik, tetapi lebih baik kita juga menghantar guru-guru untuk menjalani latihan yang sebenar untuk menangani anak-anak yang berkeperluan khas ini. Ertinya, kalau anak-anak perlu— anak-anak autisme seperti contohnya, kita ada di sana terapi-terapi yang sepatutnya diajar kepada guru-guru kita ini sendiri.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan ini menerima peruntukan yang banyak. Alhamdulillah, tetapi ia, peningkatan bajet pendidikan ini tidak, tidaklah
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
menggambarkan peningkatan sistem pendidikan ini sendiri. Melihat kepada graf pertumbuhan pendidikan sepanjang 10 tahun ini, trendnya menunjukkan kenaikan purata setiap tahun sekitar 3.1 peratus, tetapi adakah kita telah berjaya membangunkan manusia di sekolah itu?
Soal yang kedua, isu yang berlaku di Melaka, sebagai contoh. Kita sedih bila Menteri Pendidikan ditanya semalam, adakah murid-murid ini boleh menduduki SPM? Dijawab bahawa murid-murid ini masih boleh lagi untuk menduduki SPM, yang terlibat empat orang ini dalam kes video. Saya nak sebut dalam Dewan ini pun kita rasa sedih, bagaimana sekolah sudah menjadi tempat yang tidak selamat untuk murid-murid kita. Diangkat ataupun disebut bahawa mereka masih boleh lagi ambil SPM, sedangkan isu ini bukan isu boleh atau tidak ambil SPM. Isunya, memastikan sekolah ini menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita.
[Dewan tepuk]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Alhamdulillah, sebentar tadi KSU Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan, murid-murid yang terlibat ini dipecat daripada sekolah serta-merta dan kalau nak ambil SPM pun, ambil SPM di tempat yang lain. Kalau perlu, ambil SPM di Pejabat Menteri Pendidikan. Kalau perlulah, buat-lah situ.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ambil, ambil dan saya rasa— sebab itu kadang-kadang, kenyataan- kenyataan ini janganlah orang politik yang keluarkan kenyataan. Bagi kepercayaan pada penjawat-penjawat awam, KSU-KSU kementerian. Mereka lebih mahir dan mereka boleh tahu macam mana cara berdasarkan polisi-polisi yang sedia ada.
Menteri mungkin boleh buat video Happy Birthday PM, okeylah. Makna, setakat itu, tapi kalau nak bincang lebih lagi, ini kena bagi kepada penjawat-penjawat awam.
Dan ini— kita menyedihkan, itu belum lagi kita bincang soal-soal yang melibatkan isu Zara dan sebagainya. Saya tak nak salahkan Menteri. Sebab apabila perkara itu berlaku, ia bukanlah salah Menteri, tetapi menangani persoalan yang telah berlaku itu perlu kepada kebijaksanaannya dan juga keprihatinannya lebih.
Sepatutnya kita perlu wujudkan sekarang, polisi sekolah selamat. Apa polisinya?
Kita perlu untuk bertindak segera untuk mewujudkan bagaimana sekolah menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Hari ini kita tengok video, kita melihat isu kes video yang tersebar, yang tak tersebar, yang berlaku, yang kita tak tahu macam mana lagi? Yang berlaku isu-isu yang kita tidak tahu, masih belum lagi kita— masih belum lagi sampai ke pengetahuan kita.
Puan Yang di-Pertua, sebab itulah saya ingin ingatkan bahawa dalam kita menangani ataupun menerima bajet yang besar ini, biarlah bajet ini boleh memanusiakan pelajar-pelajar kita. Menjadikan atau dalam istilah pendidikan,
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
kemenjadian murid-murid dan juga pelajar-pelajar kita. Puan Yang di-Pertua, saya juga nak respons apa yang disebut tadi bahawa, kalaulah kita jadi kerajaan, siapakah calon Perdana Menteri?
Puan Yang di-Pertua, soal calon Perdana Menteri ini, di kawasan, di barisan kerajaan pun tak sepakat, hanya Pakatan Harapan sahaja yang— yang tegas menyatakan, Yang Berhormat Tambun akan jadi Perdana Menteri. Saya tak nampak lagi Barisan Nasional bangun dan kata, kalaulah mereka menang pilihan raya, Tambun akan menjadi Perdana Menteri. Rakan di Sabah dan Sarawak pun tak pernah kata, Tambun akan menjadi Perdana Menteri.
Mereka juga kata bahawa macam mana nak bincang soal macam mana bajet ataupun duit yang kami akan ambil untuk nak laksanakan apa disebut oleh Ketua Pembangkang tadi, yang kita nak bahaskan dalam ucapan kita ialah Bajet 2026 yang di-bentang oleh Perdana Menteri, bukan bajet daripada Ketua Pembangkang. Kalau nak bahas bajet Ketua Pembangkang, kita jadikan Ketua Pembangkang sebagai Perdana Menteri, barulah kita bahas. Insya-Allah. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Saya mohon untuk melihat dulu, nak sokong atau tak nak. Terima kasih. [Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Pertama sekali, Igan ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan kepada Igan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Berdirinya Igan pada hari ini di Dewan yang mulia ini sebagai pembahas pertama daripada GPS adalah sebagai mewakili suara rakyat kami yang saban tahun mengharapkan pembangunan yang seimbang dari segi sosioekonomi, khususnya akses kepada pendidikan yang adil dan sama rata.
Tuan Yang di-Pertua, menerusi Belanjawan 2026, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan RM66.2 bilion dan dengan jelas dinyatakan mutu prasarana sekolah kekal menjadi keutamaan kerajaan. Daripada jumlah itu, RM2 bilion disediakan untuk menaik taraf lebih 520 sekolah daif, khususnya di Sarawak dan Sabah, selain membaik pulih serta menyelenggara semua jenis sekolah, termasuk
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
kemudahan murid dan guru. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan ini jelas membuktikan kerajaan sentiasa mengutamakan prinsip keadilan ataupun ekuiti dan kesamarataan dan ataupun ekualiti dalam akses pendidikan yang berkualiti, kondusif dan inklusif.
Hakikatnya, jurang pendidikan di antara wilayah iaitu Semenanjung, Sarawak dan Sabah tetap wujud. Tuan Yang di-Pertua, bercakap mengenai jurang pendidikan ini, Igan meminta Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyatakan. Apakah jurang pendidikan yang masih wujud di antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah? Sila nyatakan dengan terperinci kerana rakyat ingin tahu.
Dan apakah langkah-langkah strategik dan pelan jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mengurangkan jurang pendidikan ini supaya murid di Sarawak dan Sabah mendapat peluang dan akses pendidikan yang adil dan setara seperti rakan mereka di Semenanjung?
Tuan Yang di-Pertua, Igan tidak menafikan bahawa kerajaan komited untuk memastikan tiada murid yang tercicir dan terpinggir hanya kerana mereka lahir di pedalaman. Pendidikan adalah hak, bukan keistimewaan. Maka, jurang pendidikan di antara wilayah harus dihapuskan berasaskan keperluan dan berpaksikan kemanusiaan.
Tuan Yang di-Pertua, di antara isu-isu kritikal pendidikan yang amat dekat di hati rakyat Sarawak ialah sekolah daif dan infrastruktur yang teruk, jurang kualiti pendidikan bandar dan luar bandar, infrastruktur asas dan akses digital, kekurangan guru, sekolah kurang murid, kualiti pendidikan dan keciciran pelajar, isu jurang prestasi dan kemasukan ke aliran STEM dan autonomi pendidikan dan tadbir urus negeri.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, inilah di antara isu-isu struktural pendidikan yang harus diambil perhatian dan keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya melalui Belanjawan 2026 yang baharu dibentangkan dan Igan mengharapkan agar kerajaan dan Kementerian Pendidikan merangka pelan strategik jangka pendek dan jangka panjang agar segala isu-isu pendidikan yang berkenaan diambil tindakan sewajarnya, khususnya sepanjang tempoh pelaksanaan RMK13.
Tuan Yang di-Pertua, Sarawak masih mencatatkan jumlah sekolah daif tertinggi di Malaysia. Setakat Julai 2024, terdapat 555 sekolah daif, termasuk 361 sekolah tahap 6 iaitu tidak sesuai digunakan dan 194 buah sekolah skala 7 iaitu tidak selamat digunakan. Igan ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, bilakah
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
projek pembinaan sekolah daif ini akan selesai sepenuhnya? Apakah perancangan kementerian untuk mempercepatkan pelaksanaan membina baharu sekolah-sekolah daif ini dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas?
Igan ingin mencadangkan agar kementerian melaksanakan pelan induk sekolah daif Sarawak 2030 dengan sasaran 100 sekolah disiapkan setiap tahun. Igan juga ingin tahu apakah kementerian bercadang untuk melaksanakan pembinaan semula sekolah daif di Parlimen Igan yang masih mempunyai 18 sekolah daif dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Tuan Yang di-Pertua, Igan juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk meneruskan inisiatif pelan pembiayaan terdahulu ataupun pre-financing dengan izin, untuk projek kementerian di Sarawak. Termasuk sekolah daif bagi memastikan projek dapat dimulakan dengan cepat tanpa menunggu peruntukan penuh daripada Kementerian Pendidikan. Melalui kaedah atau formula ini iaitu kerajaan Sarawak membiayai kos dahulu dan Kerajaan Persekutuan membayar kemudian. Igan yakin masalah pembinaan sekolah daif di Sarawak akan dapat dipercepatkan.
Selain daripada itu, Igan juga mencadangkan agar kementerian bekerjasama dengan pihak swasta daripada syarikat korporat besar yang beroperasi di Sarawak khususnya dalam sektor minyak, gas dan perladangan untuk mengambil sekolah angkat dan menaja baik pulih struktur ataupun komponen terpilih sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka. Igan juga mencadangkan agar kerajaan memberi peruntukan khas kepada Sarawak dan Sabah untuk menoktahkan isu sekolah daif dalam tempoh pelaksanaan RMKe-13.
Puan Yang di-Pertua, pembinaan sekolah bukan sahaja tentang bangunan fizikal semata-mata tetapi juga tentang infrastruktur yang disediakan. Seperti kemudahan air bersih, tenaga elektrik, akses jalan raya, Internet, makmal sains, perpustakaan, smart board dan lain-lain peranti. Harus diingat, sekolah-sekolah di bandar sudah beralih kepada konsep smart classroom dengan akses Internet berkelajuan tinggi dan kemudahan ICT yang tidak dinikmati oleh pelajar-pelajar sekolah di luar bandar dan pedalaman Sarawak. Isu sekolah daif bukan sekadar isu infrastruktur, ia adalah isu maruah, kemanusiaan dan keadilan wilayah.
Anak-anak di Parlimen Igan, Hulu Rajang, Baram, berhak mendapat— dapat berhak belajar dalam suasana yang selamat, kondusif, bersih dan bermaruah, sama seperti anak-anak di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Anak-anak Sarawak tidak
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
menuntut keistimewaan, tetapi kami menuntut kesamarataan dan keadilan sebagai rakyat Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, Igan ingin meminta Menteri Pendidikan menyatakan maklumat terkini berkenaan dengan sekolah-sekolah di Sarawak yang masih tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, capaian Internet dan fasiliti teknologi pengajaran seperti smart board, projektor, komputer dan sebagainya.
Apakah pendekatan segera dan perancangan jangka panjang kementerian untuk mengatasi masalah ini?
Puan Yang di-Pertua, Igan juga ingin membangkitkan satu isu yang penting dalam usaha memperkukuhkan pembelajaran berasaskan teknologi digital iaitu cabaran pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di Sarawak, khususnya bagi sekolah- sekolah di luar bandar dan pedalaman. Pelaksanaan pendidikan digital memerlukan akses Internet stabil dan peranti mencukupi, namun di Sarawak sebahagian besar sekolah masih belum mempunyai capaian Internet, kekurangan peranti dan peralatan pengajaran digital dan kesiapsiagaan dan latihan guru yang kompeten digital. Isu ini jika tidak ditangani dengan komprehensif akan mewujudkan jurang baharu iaitu digital divide dengan izin, di antara murid bandar dan luar bandar.
Pelajar di Kuching, Miri, Sibu mendapat kelebihan daripada fasiliti lengkap dan guru berkemahiran ICT, namun murid di Kapit, Baram, Ulu Rajang, Belaga dan Igan semakin jauh tertinggal bukan kerana kurang minat, tetapi kerana sistem tidak menyediakan peluang yang sama rata.
Puan Yang di-Pertua, terus terang, Igan amat risau dengan keupayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di Sarawak kerana infrastruktur asas digital yang masih lemah. Kalau mengikut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan ini pada sidang paling lepas, hanya lima buah sekolah menengah di Sarawak dilengkapi 25 unit smart board, semuanya di sekolah di kawasan Lanang, Tuan Yang di-Pertua dan 50 unit smart TV. Secara keseluruhannya, jumlah peranti dibekalkan di Sarawak adalah 20,346 unit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah peranti dan smart board serta smart TV yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan amat sedikit berbanding dengan jumlah sekolah di Sarawak, sebanyak 1,459 buah sekolah. Oleh itu, Igan ingin tahu apakah perancangan pihak kementerian untuk memastikan dasar pendidikan di Sarawak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bilakah Kementerian bercadang untuk membekalkan smart board dan smart TV ke seluruh sekolah di Sarawak?
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Igan juga bercadang agar Kementerian melaksanakan program satu murid, satu peranti secara bersasar bagi murid B40 luar bandar dan dalam masa yang sama wujudkan pusat pinjaman gajet sekolah untuk tugasan digital. Igan juga bercadang agar kementerian menjalankan program jurulatih digital sekolah untuk melatih guru sebagai pemimpin ICT.
Dato’ Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Igan juga menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu peningkatan jumlah guru yang memilih bersara awal. Data terkini menunjukkan Mei tahun ini, seramai 19,176 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah telah memohon untuk bersara awal. Malah di Sarawak, data Kementerian Pendidikan menunjukkan secara purata, guru memilih untuk bersara awal adalah seramai 241 orang setahun sejak empat tahun yang lepas. Hal ini bukan sekadar angka, tetapi tanda bahawa sesuatu yang tidak sihat dalam ekosistem pendidikan perkhidmatan perguruan kita.
Fenomena ini memanifestasi bahawa profesion perguruan berdepan krisis motivasi dan kesejahteraan yang serius. Tuan Yang di-Pertua, di antara punca utama yang dikenal pasti ialah beban tugas bukan akademik yang keterlaluan, tekanan emosi yang tinggi, persekitaran kerja yang tidak kondusif dan sebagainya. Selain itu, guru bukan sahaja mengajar, tetapi menjadi kerani, juruteknik, jurulatih, pentadbir, pemandu bot, mekanik sekolah yang membaiki berbagai-bagai kerosakan di sekolah.
Igan ingin tahu, berapakah jumlah sebenarnya guru-guru yang memohon bersara awal sejak tahun 2020 hingga kini. Berapakah permohonan yang tidak diluluskan? Apakah alasan permohonan mereka ditolak? Igan juga meminta kementerian menyatakan apakah langkah-langkah konkrit yang telah dan akan diambil bagi menangani peningkatan kadar guru bersara awal termasuk di Sarawak dan bagaimana kementerian memastikan guru-guru tidak terbeban dengan urusan bukan akademik.
Puan Yang di-Pertua, Igan maklum bagaimana kementerian berusaha mengurangkan beban tugas guru. Salah satunya ialah dengan menguatkuasakan dasar Melindungi Masa Instruksional ataupun MMI, bagi memastikan masa pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu dengan aktiviti luar, ertinya guru mengajar, murid belajar. Perkara ini telah ditegaskan oleh Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu, tetapi hingga sekarang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru besar dan pengetua belum lagi menerima surat pekeliling ataupun surat siaran.
Pihak Kementerian sudah mengeluarkan, seharusnya sudah mengeluarkan surat
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
pekeliling ataupun garis panduan kepada GPN, JPN, PPD dan sekolah untuk menjelaskan secara terperinci bagaimana MMI ini akan dilaksanakan.
Apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh, harus dijelaskan oleh— agar guru-guru tidak kebingungan. Igan memohon agar surat pekeliling mengenai pelaksanaan MMI ini dikeluarkan secepat mungkin.
Puan Yang di-Pertua, ramai guru menyambut baik dasar MMI ini, tetapi ramai juga guru-guru yang skeptikal dengan pelaksanaannya kerana realiti di lapangan seperti aktiviti luar sekolah, pertandingan olahraga dan sukan, perkhemahan, sering bertembung dengan waktu PdP, menyebabkan guru dan murid kehilangan masa pengajaran yang sepatutnya. Di luar bandar Sarawak, kekangan masa seperti cuaca, masa perjalanan dan kemudahan terhad, menyebabkan aktiviti kokurikulum sukar dijadualkan di luar waktu persekolahan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Akhirnya, masa instruksional terhakis. Harus diingat, sekolah juga berdepan dengan tekanan memenuhi KPI sekolah, di mana sekolah digalakkan mencapai sasaran prestasi kokurikulum hingga mengorbankan keutamaan masa instruksional.
Oleh itu, Igan mencadangkan agar kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu menyusun semula kalendar aktiviti supaya tidak bertembung dengan PdP dan mengeluarkan arahan-arahan yang jelas kepada JPN dan PPD.
Selain daripada itu, Igan ingin tahu apakah tindakan dan perancangan Kementerian Pendidikan bagi memastikan pelaksanaan dasar MMI benar-benar berkesan di semua sekolah, khususnya dalam menyelaraskan jadual PdP dan aktiviti kokurikulum agar kedua-duanya dapat berjalan seiring tanpa menjejaskan masa PdP.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kesatuan, Presiden Kesatuan Guru Sarawak telah membangkitkan isu pengambilan guru khas Sarawak agar Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ataupun SPP menilai semula kriteria pengambilan guru daripada kolej ataupun universiti swasta, bagi memastikan calon guru yang benar-benar berkualiti dan layak dilantik sebagai guru dan tidak dilakukan secara terburu-buru, di mana ramai guru-guru dari kolej ataupun universiti swasta mendapat penempatan di seluruh sekolah-sekolah seluruh Sarawak.
Menurut STU, pemilihan mereka diragui kerana kebanyakan graduan kolej, universiti swasta tidak melalui saringan ketat seperti ujian inventori, pemilihan pendidikan Malaysia, ujian kelayakan calon guru, ujian psikometrik dan temu duga khas. Dato’ Yang di-Pertua, Igan telah membangkitkan isu ini dalam perbahasan
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
RMK13 yang lepas tetapi langsung tidak dijawab oleh Kementerian Pendidikan, termasuk beberapa isu pendidikan yang lain. Igan membangkitkan isu ini, kerisauan ini amat serius dan menjejaskan reputasi Kementerian Pendidikan dan jika benar seperti yang didakwa oleh STU ini, ia amat dikesali dan menjejaskan ekosistem pendidikan di Sarawak.
Sebab itu Igan memohon dengan kementerian menjawab segala persoalan isu yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini dan Igan memohon agar Yang Berhormat Menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu mengambil perhatian serius dan jangan memperlekehkan dan jangan pernah diam seribu bahasa. Igan— isu yang penting bagi kami jangan dianggap tidak penting oleh Kementerian Pendidikan. Kalau semasa penggulungan Yang Berhormat Menteri tidak menjawab, kami faham kerana kekangan masa tapi mohon dijawab secara bertulis. Kami bersuara untuk rakyat dan rakyat berhak untuk tahu.
Perlu diingat, Igan adalah Friends of Ministry KPM. Kalau sebagai Friends of Ministry KPM ini tidak dijawab segala perbahasan isu-isu yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, tidak guna kami menjadi Friends of KPM. Lebih baik saya meletak jawatan sebagai Friends of Ministry. Jadi, tolonglah hormat kepada kami, bukan sahaja saya sebagai Ahli Parlimen Igan tetapi semua Ahli-ahli Parlimen yang berbahas di Dewan yang mulia ini membangkitkan apa-apa isu saja, sama ada isu pendidikan dan lain-lain. Itu adalah suara rakyat daripada kawasan kami dan rakyat perlu tahu apa yang berlaku, apa yang kementerian lakukan.
Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, 30 saat. Akhir sekali, Igan ingin tahu berapakah status terkini jumlah kekosongan guru di Sarawak dan apakah perancangan kementerian untuk mengatasi masalah kekosongan ini? Ini juga saya tanya pada persidangan yang lepas tapi tidak juga dijawab oleh kementerian kerana kementerian terlalu sibuk dengan tugas masing-masing. Pada masa ini, jumlah kekosongan guru di kawasan Parlimen Igan di bawah seliaan PPD Daro ada 76 orang kekosongan, di mana dua orang adalah guru besar. Igan ingin tahu, bilakah kekosongan ini akan diisi dengan secepatnya? Puan Yang di-Pertua, demikian saja, Igan menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Al-Hasyr ayat 27 yang bermaksud, “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya Muhammad dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat Rasulullah dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir yang berkeputusan. Ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya beredar di kalangan orang-orang kaya di kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah dan amalkanlah dan apa jua yang dilarangnya, maka kamu lakukannya maka patuhilah larangannya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab seksanya bagi orang-orang yang melanggar perintahnya”. Ayat ini membawa maksud keadilan dalam pengagihan harta dan apa jua tindakan ekonomi, mesti berpaksikan kepada ketakwaan Allah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka Belanjawan Malaysia 2026, kita melihat bagaimana kerajaan seharusnya berperanan sebagai penjaga, perancang dan pengagih hasil negara demi kesejahteraan rakyat. Sebarang hasil cukai, bukan cukai dan pinjaman perlu diatur berpaksikan keadilan dan keperluan jangka pendek dan jangka panjang mengikut keadaan dan keperluan negeri.
Pemberian lima projek utama kepada semua negeri yang dimaklumkan oleh UPEN semalam bahawa ia nya diberikan sama sahaja semua negeri, lima projek utama. Ini bukan bererti sudah adil. Ini hanya saksama. Kerana kita perlu melihat bagaimana Kelantan perlu diberikan keadilan dan keutamaan, berikan bajet yang lebih untuk pembangunan kerana telah ketinggalan sejak merdeka daripada dulu sehingga kini, sebagaimana yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
Tumpat mengesyorkan agar satu majlis eksekutif khas seumpama ECERDC diwujudkan sebagai jawatankuasa tetap pembangunan negeri Kelantan dan Persekutuan yang terdiri pada Menteri Ekonomi dan Menteri lain yang berkaitan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan agar dapat mengejar status dan mengurangkan kesenjangan antara wilayah dan koridor dan diberi bajet khas sehingga Kelantan boleh berdiri sama tinggi dan duduk di antara satu sama lain dengan negeri-negeri lain.
Kerana bila kita bincangkan dalam Kamar Khas, kita tanya soalan, kebanyakan Menteri akan memberikan alasan daripada satu kementerian kepada kementerian yang lain. Jadi, perlu ada satu jawatankuasa khas supaya semua boleh
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
duduk sekali, bincang supaya selesai isu ini. Dah 70 tahun kita menghadapi perkara yang sama.
Isu yang kedua, mengenai tebatan banjir di Kelantan. Mengikut rekod NADMA, Tumpat dan Rantau Panjang adalah lokasi banjir tahunan dan mangsa paling ramai dan paling lama berada di pusat pemindahan di Malaysia. Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk projek-projek rancangan tebatan banjir. Masalahnya ialah bila announced projek baru bererti allocation akan menjadi terlalu sedikit dan tiada siapa akan dapat manfaat daripada projek separuh siap. Itu realiti di lapangan.
Dalam hal ini, Tumpat mencadangkan agar kerajaan memberikan keutamaan kepada projek tebatan banjir yang sudah mencapai fizikal tinggi, kemajuannya sehingga 70 peratus untuk disiapkan segera sebelum membuka banyak projek baru di seluruh negara. Selesaikan dulu projek tebatan banjir Sungai Golok PLSB
(KESBAN) Fasa 3, menaik taraf ban di Sungai Meranti, Sungai Alor Mengkuang, Sungai Mentua dan Pengkalan Nangka, meninggi jalan KESBAN 12 kilometer, menaik taraf pintu air Kuala Jambu dan Fasa 1 Tumpat melibatkan pembinaan flat wall 1.4 kilometer dan earth level 5.6 kilometer dan pusat pembinaan kekal yang dijanjikan sendiri oleh Perdana Menteri di lokasi di kawasan banjir Tumpat, Rantau Panjang juga Pasir Mas.
Tumpat mengesyorkan dalam aliran bajet dan kawalan pelaksanaan projek tebatan banjir di Kelantan dipantau secara dashboard, pusat dan negeri supaya setiap sen yang diperuntukkan benar-benar sampai ke tapak dan tidak tertangguh.
Tumpat juga mencadangkan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) yang diberikan peruntukan lebih RM460 juta untuk dijadikan sebagai agensi peneraju tunggal khidmat bencana profesional.
Ia tidak boleh lagi diletakkan di bawah struktur pentadbiran JKM untuk membantu mangsa di pusat-pusat pemindahan. NADMA perlu diperkasa sebagai agensi profesional sebagaimana BNPB di Indonesia. Kita boleh mulakan dengan core professional bencana yang terlatih sepenuh masa, rangkaian logistik dan komunikasi masa nyata, standard protokol pusat pemindahan dan pelan minimum mobilisasi bantuan yang disasarkan terus dengan PBT dan pejabat daerah.
Kita lihat hari ini berlaku di Johor, berlaku di Sabah, berlaku di Kelantan.
Bayangkan kalau berlaku serentak, bagaimana pihak JKM dengan kekuatan yang sedemikian mampu menyelesaikan kes-kes harian dan juga menyelesaikan kes
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
bencana secara serentak. Oleh itu, kita mohon agar operasi bencana diterajui sepenuhnya oleh NADMA secara berasingan.
Tumpat juga ingin mempersoalkan bila mana disebut tentang LPT3. Di tempat lain boleh bagi RM17 juta, RM17 bilion tapi bila sebut pasal LPT3, RM9.8 bilion, besar. Bila kita tanya kenapa tak boleh buat? Dia kata rugi. Saya nak minta data daripada kerajaan, tentang lebuh raya mana yang rugi ini?
Kalau kerajaan tidak disclose, di sini mudah kita nampak kerajaan tidak berminat untuk bagi, tiada keinginan politik. Kerajaan beri tempat lain dahulu. Dan, kita lihat dalam RMK menyebut bahawa kerajaan akan memberikan penumpuan mengikut keperluan. Mana lebih perlu, satu negeri berbanding tiga negeri. Jadi, ini kita nampak bahawa sepatutnya kerajaan memberikan penumpuan kepada negeri- negeri Pantai Timur. Dah lah tahun ini dalam bajet kita lihat, peruntukan untuk permohonan dikurangkan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sekiranya terus-terusan dikurangkan, ertinya peluang untuk negeri-negeri yang tidak maju untuk menjadi sama tinggi dengan negeri lain tidak akan berlaku kerana mereka akan berada selalu di bahagian belakang kerana tidak mampu untuk mengejar yang di depan.
Kita juga ingin bertanya tentang kedudukan ya. Kita dapati bahawa kerajaan telah pun menjemput Trump untuk ke Malaysia. Kita lihat kejayaan gencatan senjata antara Hamas dan Israel bukanlah penamat. Ia nya adalah permulaan kepada fasa baru perjuangan kemanusiaan. Wanita, kanak-kanak menjadi korban.
Tumpat mengesyorkan Malaysia mesti memainkan peranan lebih berani dalam pasca gencatan ini selaku Pengerusi ASEAN. Kita mencadangkan agar diwujudkan inisiatif pemulihan sosial di bawah kerjasama KPWKM dan Wisma Putra dengan menubuhkan Pusat Trauma Kanak-kanak Palestin dengan kerjasama NGO Islam antarabangsa, menyediakan latihan kemahiran untuk balu perang dan ibu tunggal di Gaza, menaja pendidikan anak-anak yatim Palestin menerusi Skim Wakaf ASEAN. Kita sentiasa kena ingat bahawa gencatan senjata tidak bermakna kedamaian total, hanya sekadar mengurangkan luka. Kita tidak harus berkompromi dengan penaja genosid global dan jangan sekali-kali menunggang ASEAN untuk validate jemputan kepada Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN.
Namun sekiranya tetap terjadi, Malaysia mesti berdiri dengan prinsip, bukan tergadai, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Ini premis Dialog ASEAN untuk merundingkan tarif negara supaya semua anggota ASEAN mendapat tarif yang
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
sama dan satu. Jangan negeri-negeri di ASEAN, negara-negara di ASEAN mendapat tarif yang berbeza. Tidak ada gunanya kedatangan Trump ke sini kalau tidak boleh mendapat suatu tarif yang lebih rendah dan sama kerana kita perlu melihat dalam perbincangan mestilah wujud suasana menang-menang dan berdaya saing, di mana akses pasaran teknologi dan penarafan halal tidak harus dijadikan sacrifice untuk mendapatkan perbincangan dengan lebih lanjut dengan US.
Kita harus beringat bahawa isu halal dan bumiputera merupakan isu yang dijamin Perlembagaan, identiti serta maruah negara. Dalam dialog diplomatik, Malaysia mesti tegas. Kerajaan perlu mempersiapkan Malaysia sebagai penimbang tara, mampu bekerjasama dengan US, dengan China, dunia Islam dan blok lain tanpa tunduk kepada tekanan luar. Kita mesti berdialog tapi tidak boleh tunduk.
Dalam hal ini, Tumpat ingin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Indeks Etika Pembekal Nasional, sebuah pangkalan data awam yang menyenaraikan syarikat-syarikat berdasarkan tahap komitmen mereka terhadap hak asasi, prinsip antiaparteid dan keadilan perdagangan. Dengan adanya indeks ini, setiap kementerian, GLC dan agensi adalah wajib mematuhi penanda aras tersebut dan sebarang proses peralihan terutamanya kita lihat dalam kes MySARA boleh pula dibeli dan dibenarkan untuk beli barang-barang yang diboikot. Sepatutnya kita lebih sensitif tentang isu ini.
Seterusnya berkaitan dengan pembangunan sempadan zon ekonomi. Saya merujuk kepada Pelan Induk Sempadan Antarabangsa Malaysia–Thailand yang merancang enam buah special economic zone di Utara Semenanjung. Di mana special zone economy ini antaranya Pengkalan Kubor yang berpotensi, strategik sebagai pintu perdagangan sempadan halal ASEAN.
Namun, dalam bajet kali ini tidak ada sedikit pun peruntukan untuk Pengkalan Kubor. Sedangkan berkisar di kalangan rakyat negara jiran akan memperkenalkan yuran pelancong asing berjumlah RM40 per kepala selepas ini. Yang menjadi satu anomali ialah di mana bila di selatan, mata wang kita murah, rakyat Singapura bermeriah berbelanja di Johor kerana wujud pelbagai suntikan. Tetapi di utara sana, tukaran wang Thailand lebih mahal, tapi rakyat kita berbondong-bondong ke sana.
Apakah polisi kerajaan dalam belanjawan ini untuk mengambil langkah menarik rakyat kita belanja di sempadan negara dan kerana kita ada pelan induk sempadan ini? Sepatutnya zon bebas cukai, kedai bebas cukai di sempadan memiliki peluang yang komprehensif sama seperti Johor supaya lebih kompetitif dengan barangan berkualiti dan harga berpatutan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Langkah tempatan ekonomi di pintu sempadan ini harus dilihat serius.
Tumpat mencadangkan agar kerajaan menggubal Akta Pembangunan Bandar Sempadan Nasional dengan inisiatif cukai, kelonggaran kawal selia dan kuasa autonomi untuk kerajaan negeri bagi pengurusan projek sempadan dan pengaman ekonomi sempadan agar hubungan ASEAN menjadi lebih kita menang-menang.
Dalam hal ini, kita haruslah melihat juga bagaimana dalam ekonomi anak- anak muda. Dewasa ini kita melihat satu kenyataan daripada mantan bank, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim yang menyebut bahawa jumlah gaji minimum sepatutnya kepada pelajar-pelajar yang telah pun tamat ijazah sarjana muda, mestilah di antara 7,000 hingga 8,000.
Tapi hari ini hanya dapat 1,700 sahaja dengan langkah yang minimum.
Kenapa jadi begini? Kita harus melihat bahawa kerajaan perlu membantu. Tidak bolehlah kita marah kepada anak-anak kita yang tak mahu belajar, tapi kerana hari ini keadaan yang mereka hidup, mereka hanya mampu hidup dengan gig economy yang hanya mampu untuk sewa rumah dan beli makanan sahaja. Mereka tiada jaminan kehidupan, tiada simpanan dan rumah terlalu mahal.
Tumpat mencadangkan bahawa kerajaan mesti mengambil langkah sebelum memperkenalkan sebarang RUU sebagaimana URA, untuk memastikan bahawa terdapat skim subsidi perumahan bandar anak muda. Mana-mana rumah strata yang terjual di bandar-bandar besar boleh dijadikan residensi bagi orang-orang dalam kumpulan gig untuk disewa beli dengan potensi memiliki berperingkat untuk mereka mendapat harta pada masa akan datang.
Kita juga melihat bahawa di Kelantan terdapat insya-Allah, rare earth elements dan kita mencadangkan supaya diwujudkan satu pusat TVET mineral hijau di Gua Musang untuk melatih anak-anak muda dari segi geologi dan teknologi bahan supaya ia kita dapat menjalankan kerjasama dengan negara-negara BRICS supaya kita dapat melahirkan modal insan dan yang mempunyai teknologi untuk memproses barangan ini.
Yang seterusnya berkaitan dengan memartabatkan wanita dan peranan laki- laki sebagai Qawwam. Dalam hal ini kita melihat bagaimana negara ini harus kita bina. Kita boleh bina dengan material tetapi manusia itu lebih penting. Bila mana dilihat kes yang berlaku kes Zara, kes rogol, kes bunuh, kita melihat ini berlaku kerana tidak ada lagi sifat untuk menghormati lelaki sebagai pelindung dalam keluarga dan mereka tidak bertanggungjawab untuk menjaga wanita.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Abang tidak lagi menjaga adik, ayah tidak lagi menjaga anak, suami tidak lagi menjaga isteri. Dan bagaimana pemartabatan wanita sebagai wanita yang solehah tidak diangkat terutama genre dalam filem-filem di negara kita. Tidak ada filem, tidak ada drama dalam negara kita yang kita boleh melihat sebagai contoh untuk melahirkan wanita-wanita yang berperanan dan bertanggungjawab. Hanya digambarkan seolah-olah kesemuanya kehidupan mencari orang yang mudah dalam keadaan yang mewah.
Jadi, perkara-perkara ini mesti kita hentikan kerana kita perlu mengambil semula pendekatan, peningkatan silabus dan pendidikan. Saya mencadangkan — ini buat kali ke berapa dah saya cadangkan agar Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Belia serta JAKIM membangunkan silabus keibubapaan dan kekeluargaan mandatori di sekolah menengah, IPT dan kursus pra-perkahwinan. SKT kerajaan harus lihat kepada rumah tangga mereka. Ini adalah untuk membentuk masyarakat yang cakna, bertanggungjawab dan juga berakhlak. Bukan hanya berpendapatan tinggi tapi juga berjiwa sejahtera.
Seterusnya berkaitan dengan kos pengambilan pembantu rumah. Ini adalah perkara yang sangat mengganggu dan juga menjejaskan keselesaan ibu bapa untuk bekerja kerana mereka tak mampu untuk mengambil pembantu rumah kerana kos yang ditawarkan terlalu tinggi di antara 15,000 hingga 20,000 bagi setiap seorang termasuk levi, visa dan bayaran agensi.
Tumpat mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Agensi Nasional Pengambilan Pembantu Rumah di bawah satu payung Persekutuan yang mengurus secara langsung pengambilan, latihan dan penempatan pembantu rumah asing.
Kenapa negara jiran boleh dengan RM4,000 sahaja mereka boleh dapat pembantu rumah asing? Negara kita perlu sehingga RM16,000. Jadi, perkara ini perlu kerana fungsi ini dapat dibuat supaya kita boleh jalankan serentak dengan JPK bagi memastikan pembantu rumah mempunyai sijil kompetensi domestik dan juga selaras dengan bantuan levi yang berpatutan serta menjamin sistem penilaian dan jaminan kualiti untuk mengelakkan eksploitasi kepada masyarakat.
Saya juga — Tumpat juga ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan Malaysia yang menjadikan mereka ini competent administrators untuk mengurus dengan izin manage over incoming immigrants. Kita boleh baca daripada negara lain, yang mana pengurusan imigran mereka amat teratur dan berjaya, bukan menjadi beban dan liabiliti kepada kerajaan. Belajar dan melatih diri
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
menjadi tuan rumah yang baik, satu kebajikan juga. Jadi, kita cadangkan bahawa hari ini supaya insentif untuk insurans dan latihan domestik untuk pembantu rumah ini diletakkan juga di bawah subsidi untuk di bawah — dan diiktiraf di bawah HRD Corp.
Dan yang terakhir berkenaan dengan blue economy. Negara kita merupakan negara maritim. Kita kaya dengan kepulauan, kita kaya dengan pantai namun potensi ekonomi laut, bioteknologi marin dan tenaga pasang surut masih belum dirancang sepenuhnya. Dalam belanjawan, kerajaan mengatakan bahawa akan memberikan cuti sabbatical leave kepada pensyarah untuk mereka mengkomersialkan produk- produk daripada finding mereka.
Saya mencadangkan agar Blue Innovation Fund diwujudkan agar Kelantan Terengganu boleh bersama-sama dengan Sabah untuk menjadi zon rintis blue economy bagi Malaysia supaya pemprosesan hasil laut, teknologi akuakultur dan pelancongan pesisir menjadi satu alternatif baru kepada kita dan perkara ini sangat perlu kerana kita sepatutnya mengguna pakai segala bank data, produk-produk yang telah pun dihasilkan oleh para akademia ini. Jadi kita mencadangkan supaya diwujudkan satu unit khas di bawah KPT untuk memantau sabbatical leave dan memastikan bahawa kesemua projek ini betul-betul dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan kepada masyarakat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya sebagai Ahli Parlimen Kudat untuk turut sama serta dalam perbahasan Belanjawan 2026.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atas pembentangan belanjawan yang menyeluruh dan komited dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat. Ini merupakan kali keempat saya mengambil bahagian dalam perbahasan dasar belanjawan sejak diberikan mandat oleh rakyat Kudat pada tahun 2022.Sebagai wakil rakyat daripada Sabah, saya menyambut baik pengumuman peruntukan sebanyak RM6.9 bilion kepada wilayah Sabah. Jumlah yang merupakan peruntukan tertinggi berbanding dengan tahun-tahun terdahulu.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Namun, saya ingin tegaskan di sini, sebesar mana pun angka yang diumumkan, nilai sebenar belanjawan itu hanya akan dapat dirasai apabila pelaksanaan belanjawan ini benar-benar sampai ke akar umbi masyarakat dan dilaksanakan dengan telus, berintegriti dan bebas dari ketirisan. Sabah masih merupakan antara wilayah yang paling tercicir dari segi pembangunan infrastruktur asas. Justeru, peruntukan yang besar ini tidak boleh sekadar menjadi angka dalam dokumen rasmi. Ini adalah masanya untuk memastikan setiap sen digunakan dengan telus dan berintegriti.
Puan Yang di-Pertua, sebagaimana angka besar tidak bermakna sekiranya peruntukan yang diumumkan gagal dibelanjakan sepenuhnya. Sebagaimana yang berlaku dalam Belanjawan 2023 dan 2024, saya anggarkan kurang daripada 50 peratus peruntukan pembangunan Sabah berjaya dibelanjakan dan ini adalah satu kerugian yang besar buat wilayah kami. Jika trend ini berterusan sehingga 2027, Sabah dijangka kehilangan lebih daripada RM15 bilion dalam bentuk dana pembangunan yang sepatutnya diterima tetapi tidak dilaksanakan dalam penggal Parlimen yang Kelima Belas ini. Ini bukan soal Sabah minta lebih, tetapi apa yang telah diumumkan sepatutnya dilaksanakan.
Saya faham tanggungjawab kerajaan amat besar, terutama dalam usaha menangani defisit fiskal negara. Namun, usaha menstabilkan fiskal tidak sepatutnya mengorbankan peruntukan pembangunan, khususnya wilayah Sabah. Kita tidak boleh terus menggunakan pendekatan penjimatan atas kertas dengan cara membawa baki peruntukan yang tidak dibelanjakan tahun sebelumnya ke tahun berikutnya. Ini mungkin nampak baik dari segi angka kewangan negara, tetapi hakikatnya ia menafikan hak pembangunan rakyat di wilayah ataupun negeri yang sepatutnya menerima manfaat segera.
Saya menyifatkan ini sebagai satu bentuk creative accounting yang mungkin memperindahkan laporan fiskal, tetapi dalam masa yang sama mengorbankan Sabah dan wilayah-wilayah lain yang memerlukan pembangunan yang mendesak.
Justeru, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, berapakah jumlah sebenar peruntukan pembangunan yang telah dibelanjakan bagi Sabah untuk tahun 2023 dan 2024 dan berapakah peratusan pelaksanaan berbanding jumlah belanjawan yang telah diperuntukkan?
Puan Yang di-Pertua, saya difahamkan ratusan projek sakit dan terbengkalai masih berlaku di Sabah sehingga ke hari ini. Persoalannya, daripada ratusan projek gagal ini, berapa ramai kontraktor ataupun agensi yang benar-benar dibawa ke muka
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
pengadilan? Kerajaan MADANI sering menegaskan komitmen terhadap ketelusan dan integriti dalam perbelanjaan awam. Namun, selepas tiga tahun saya di Dewan ini, saya masih belum nampak tindakan konkrit terhadap kegagalan projek-projek di Sabah.
Sebagai contoh, saya sendiri telah membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa projek yang gagal dalam Parlimen Kudat. Projek solar di Pulau Tigabu, Manawali dan Balambangan tidak pernah disiapkan walaupun peruntukan telah disalurkan. Projek bekalan elektrik luar bandar di Mengkubau yang bermula sejak 2013 tetapi masih gagal disiapkan mengakibatkan kerugian berjuta Ringgit dan sekurang-kurangnya sembilan kampung masih belum menerima bekalan elektrik hingga ke hari ini. Saya menuntut siasatan yang telus dan menyeluruh oleh pihak SPRM, serta tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuai atau menyeleweng di dalam pelaksanaan projek-projek ini. Jangan biarkan rakyat terus menanggung akibat daripada kelemahan dan kelalaian orang lain.
Saya juga ingin menyuarakan kebimbangan berhubung cara penganugerahan dan pelaksanaan projek pembangunan yang sedang berjalan ketika ini, khususnya Projek Pan Borneo. Saya dimaklumkan terdapat kontraktor utama yang menang tender kerana bidaan paling rendah, tetapi selepas itu menjual semula projek tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang jauh lebih rendah.
Kontraktor utama ambil untung atas angin 30 peratus dan projek dijual kepada subkontraktor yang tidak berkeupayaan yang akhirnya pakej diserahkan sepenuhnya kepada kontraktor asing, sekali gus menafikan peluang kepada syarikat-syarikat tempatan. Apa jadi dengan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus pelaksanaan projek harus melibatkan kontraktor tempatan? Ia kini tinggal sekadar angan-angan di atas kertas.
Saya percaya, tanpa ketegasan dan intervensi yang segera daripada pihak kerajaan, projek sebesar Pan Borneo ini berisiko besar untuk menjadi satu lagi kegagalan, sama seperti banyak projek terdahulu di Sabah yang sakit dan terbengkalai. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas kelulusan beberapa projek baharu di Parlimen Kudat.
Antaranya, pembinaan Jalan Matapun-Pitas dan Kompleks Maritim Zon Kudat.
Namun begitu, saya ingin mengulangi permohonan saya kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kelulusan beberapa projek naik taraf jalan raya yang sangat penting dan telah lama dinantikan oleh rakyat di kawasan saya. Di Daerah Pitas, Jalan Lok Dangkaan, Jalan Pantai Taradas Mapad, Jalan Kabatasan Botung,
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Manduring, Jalan Pinapak Kobon, Jalan Sulungkapit Mandurian, Jalan Tiga Tarok, Malubang. Di Daerah Kudat, Jalan Sikuati Marabau Rampai, Jalan Dampirit, Masangkong, Sumandakon, Jalan Gumandang, Jalan Loro, Jalan Longgom Tiga Papan dan Jalan Nangka Pinorat. Di Pulau Banggi, sekali lagi saya mohon supaya Jalan Trans Banggi daripada Malibu ke Dogoton dibina dengan segera.
Projek-projek ini bukan sahaja penting untuk menghubungkan kampung- kampung di pekan, tetapi juga penting untuk akses pendidikan, kesihatan, pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar. Saya harap agar permohonan ini diambil serius, kerana setiap jalan yang saya sebutkan ini membawa harapan ribuan rakyat di kawasan saya yang selama ini masih bergelut dengan akses kemudahan asas yang sangat terhad.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengulangi dengan tegas bahawa masih terdapat lebih daripada 4,000 buah rumah di Parlimen Kudat yang belum mendapat bekalan air bersih dan elektrik. Masalah ini bukan baru dan saya yakin ia memerlukan penyelesaian segera yang proaktif dan berkesan.
Isu bekalan air. Saya sedar bahawa untuk menyalurkan air terawat ke seluruh kawasan pedalaman memerlukan kos yang besar. Maka dengan itu, saya mencadangkan semula agar kerajaan memperuntukkan pembinaan telaga tiub untuk kampung-kampung yang jauh daripada saluran paip utama. Ini adalah salah satu alternatif yang praktikal dan boleh dilaksana dengan segera demi menjamin akses air bersih, khususnya kepada masyarakat luar bandar yang selama ini terpinggir.
Isu bekalan elektrik. Bagi Pulau Banggi, masalah elektrik sangat kritikal dan berulang malah boleh putus bekalan sehingga tujuh kali sehari sepertimana yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya mendesak agar kerajaan menyegerakan pelaksanaan kabel dasar laut, sama ada daripada Kudat ataupun Pitas ke Pulau Banggi untuk menstabilkan bekalan elektrik di pulau tersebut.
Selain itu, saya turut memohon kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar mencari alternatif jangka pendek untuk memastikan elektrik yang lebih stabil dan tidak terus membebankan rakyat dan para peniaga di Pulau Banggi. Kudat merupakan nadi utama dalam Rancangan Ekonomi Biru sejajar dengan wawasan pembangunan lestari yang memberikan tumpuan kepada sektor maritim dan sumber laut.
Oleh itu, pembukaan semula operasi Pelabuhan Kudat, khususnya bagi urusan perdagangan antarabangsa perlu dipercepatkan dan dilaksanakan secara menyeluruh. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Sabah dan telah pun
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
diluluskan oleh Kabinet Sabah agar diwujudkan satu kawasan industri strategik yang dinamakan Blue Economy Industrial Park di Kudat. Kawasan ini bakal menjadi pemangkin utama pembangunan berskala besar di Parlimen Kudat dan sekitar Zon Utara Sabah sekali gus membuka peluang pekerjaan dan ekonomi baharu kepada masyarakat setempat.
Saya memohon sekali lagi kepada Kementerian Pengangkutan untuk mempertimbangkan dan meluluskan penambahbaikan Lapangan Terbang Kudat bagi memperkukuhkan jaringan connectivity udara dan logistik serantau serta menyokong sepenuhnya agenda Ekonomi Biru ini.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Sekali lagi saya mohon agar klinik desa dibina di Pulau Tigabu, Pulau Balambangan dan Pulau Tanjong Malawali. Saya mencadangkan agar Klinik Kesihatan Banggi sedia ada dinaik taraf menjadi hospital daerah. Hal ini amat wajar memandangkan jarak perjalanan yang jauh dan risiko perjalanan laut yang perlu dilalui pesakit untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kudat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada masa yang sama, saya ingin mendesak supaya peralatan dan kemudahan di Hospital Kudat turut dinaik taraf termasuk penambahan katil, peralatan rawatan kecemasan serta fasiliti sokongan pesakit luar bandar. Pelaksanaan projek- projek infrastruktur kecil adalah nadi utama kepada kemajuan luar bandar. Ia secara langsung memberi kesan kepada usaha rakyat di kampung dalam mengusahakan tanah terbiar, meningkatkan hasil pertanian dan memperbaiki taraf ekonomi keluarga mereka.
Saya menyambut baik inisiatif Kementerian Ekonomi yang memberikan peruntukan dana bagi pelaksanaan projek berskala kecil ini. Namun, saya ingin menyuarakan kekesalan saya terhadap kaedah pelaksanaan dan permohonan yang dilihat tidak menepati keperluan sebenar rakyat terutama sekali di kawasan luar bandar Sabah.
Contohnya, sistem permohonan dalam talian yang diwujudkan oleh Menteri Ekonomi terdahulu, meskipun niatnya baik, tapi gagal mencapai golongan sasaran iaitu rakyat di kawasan yang tidak mempunyai capaian Internet, tidak celik teknologi ataupun tidak faham prosedur permohonan digital.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Justeru, saya mendesak agar Kementerian Ekonomi mengguna pakai cadangan-cadangan daripada Ahli Parlimen kawasan yang lebih memahami keperluan sebenar masyarakat setempat dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sistem dalam talian yang tidak inklusif. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KUSKOP yang telah meluluskan beberapa cadangan pembinaan tamu desa di Parlimen Kudat.
Projek-projek ini amat bermakna kepada masyarakat kampung kerana ia membuka peluang kepada mereka untuk memasarkan hasil pertanian dan tangkapan laut, menjana pendapatan sampingan dan mewujudkan ekosistem ekonomi desa yang lebih aktif dan mampan. Saya mohon kepada KUSKOP untuk mempertimbangkan pembinaan beberapa lagi cadangan tamu desa dalam Parlimen Kudat.
Saya berterima kasih juga kepada kerajaan atas inisiatif jalan-jalan ladang melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya mohon agar lebih banyak jalan ladang dibina di Parlimen Kudat memandangkan sebahagian besar penduduk di Parlimen Kudat bergantung sepenuhnya kepada mata pencarian hasil ladang sawit dan getah.
Puan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya mohon penjelasan terbuka daripada kementerian yang berkaitan. Apakah benar desas-desus bahawa cadangan Tabung Haji Kudat akan ditutup? Sekiranya benar, maka saya membantah sekerasnya kerana tindakan ini tidak selari dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang kemudahan antara wilayah. Sebaliknya, kerajaan wajar memperluaskan capaian perkhidmatan asas seperti Tabung Haji, dan bukannya mengecilkan akses terhadapnya terutama sekali di kawasan yang jauh dari pusat bandar utama.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Dato’ Yang di-Pertua dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan saya mohon jawapan secara jujur dan bukan jawapan politik. Berapa banyak perkara di dalam Perlembagaan Malaysia yang boleh dianggap tidak wajib untuk ditunaikan? Setahu saya, setiap undang-undang dan peruntukan di dalam Perlembagaan adalah wajib dijunjung dan dilaksana kerana ia merupakan asas kepada keluhuran perlembagaan negara ini.
Namun begitu, terdapat satu perkara yang tercatat dengan jelas dalam Perkara 112(C) Jadual Kesepuluh Bahagian IV perkara (2) iaitu hak Sabah untuk menerima dua perlima ataupun 40 peratus hasil kutipan cukai perlu dikembalikan
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
kepada Sabah. Malangnya, hak ini tidak pernah ditunaikan sepenuhnya sejak penubuhan Malaysia sehingga ke hari ini. Saya berpendapat bahawa kegagalan untuk menunaikan peruntukan ini merupakan satu pencabulan terhadap Perlembagaan dan ia memberi kesan langsung kepada kepercayaan rakyat Sabah terhadap keikhlasan Kerajaan Persekutuan.
Atas keingkaran ini, rakyat Sabah beranggapan bahawa Kerajaan Pusat dan secara tidak langsung rakyat pada keseluruhannya di Semenanjung berhutang kepada Sabah kerana hak yang dijamin undang-undang tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya. Dalam dan selama ini kita terus dan selama ini kita terus mengabaikan perkara ini, selama itulah jurang kepercayaan antara Sabah dan Pusat akan kekal terpisah jauh. Amat mengecewakan apabila janji demi janji terus dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin negara, berkenaan tuntutan hak Sabah ini, tetapi sehingga ke hari ini, yang tinggal hanyalah gema kosong tanpa penyelesaian. Wahai rakyat Sabah, kita telah menyaksikan penipuan demi penipuan selama berpuluh tahun. Hak kita dijadikan umpan politik setiap kali pilihan raya menjelma, tetapi selepas itu, kita kembali ditinggalkan. Menjadi sekadar penumpang di tanah sendiri, saya ingin menegaskan tiada siapa yang akan mengubah nasib kita selain diri kita sendiri. Jika kita tidak berani mengangkat suara, jika kita terus menyerahkan masa depan kita kepada orang luar, sampai bila-bila pun kita akan terus hidup sebagai peminta sedekah di tanah sendiri.
Kita bukan pengemis, kita bukan pelengkap statistik dalam pelan orang lain.
Kita adalah nadi kepada Sabah yang sebenar dan kuasa ada di tangan kita melalui undi kita.
[Dewan riuh]
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Dato’ Yang di-Pertua, sekian daripada Kudat. Kudat mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Audzubillahiminasyaitonirojim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2026 ini.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan Belanjawan 2026. Mudah-mudahan ia akan memudahkan kehidupan rakyat di tahun hadapan, insya-Allah. Saya juga mewakili rakyat Permatang Pauh menzahirkan penghargaan terhadap apa juga usaha, tindakan dalam membela saudara kita di Palestin. Mudah-mudahan Allah Taala memberikan bantuan kepada mereka, amin.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan perkara dasar sahaja berkait dengan isu belanjawan pada kali ini. Perkara-perkara lain saya akan sentuh di peringkat Jawatankuasa nanti. Kita semua mengakui bahawa Allah SWT itu tuhan kita semua, dan bagi orang Islam, beriman kepada Allah merupakan satu daripada Rukun Iman. Dan, semua orang mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan Allah dan Baginda telah meninggalkan warisan untuk umatnya iaitu al-Quran dan juga hadis ataupun kita boleh rangkumkan kedua-dua perkataan itu dengan perkataan yang mudah iaitu Islam.
Dan, yang menariknya di dalam negara kita yang tercinta ini, Islam menjadi agama bagi Persekutuan, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia – Islam adalah agama bagi Persekutuan. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah cara hidup bagi Persekutuan kerana perkataan agama merupakan bermaksud peraturan hidup dalam bahasa Sanskrit dan juga dalam bahasa Arab bermaksud cara hidup yang menyeluruh.
Ini juga menunjukkan bahawa dalam menguruskan kehidupan kita di negara ini adalah berpandukan kepada Islam kerana Islam merupakan cara hidup bagi Persekutuan. Cara hidup individu, cara hidup berkeluarga, bermasyarakat, bekerja, bersosial, bersukan, berundang-undang, berniaga, berekonomi, melaksanakan hubungan antarabangsa dan sebagainya. Bahkan, segala sudut kehidupan manusia ini perlu menggunakan Islam sebagai aturan kerana ia telah ditetapkan oleh tuhan dan dia ada dalam Perlembagaan kita.
Saya hendak berkongsi satu perkara berkaitan dengan belanjawan kali ini.
Kalau kita tengok dalam ajaran Islam itu sendiri, dan saya pun dah bincang isu ini pada sesi yang lalu, berkaitan dengan pendekatan negara hidayah dan negara jibayah. Dan, hari ini kalau kita tengok lebih detail lagi berkaitan dengan dua perkara tersebut, saya merasakan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kali ini sebenarnya tidak lari daripada konsep negara jibayah iaitu negara yang diasaskan ataupun diuruskan berdasarkan kutipan cukai.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Dan tahun ini, kalau kita tengok dalam belanjawan, belanjawan tahun ini kurang menekankan berkaitan dengan penambahan cukai tetapi banyak memberikan kepada rakyat. Tapi, kita jangan lupa, sejak kerajaan ini ditubuhkan pada tahun 2022― 2023, 2024, 2025 adalah tiga tahun yang sangat memeritkan rakyat. Di mana rakyat diperah, diambil dengan kenaikan cukai, dikenakan pelbagai cukai yang baru, cukai SST juga ditingkatkan dan yang terbaru, penarikan subsidi diesel tahun lepas dan petrol pada tahun ini, dan juga beberapa perkara yang lain.
Secara tak langsung, ini akan membesarkan kantung kerajaan sepanjang masa tiga tahun ini dan sekarang dia adalah waktu untuk diagihkan pada rakyat.
Ada sahabat-sahabat saya mengatakan bahawa ini belanjawan pilihan raya.
Tetapi, bagi saya, saya merasakan konsep seperti ini tak kiralah pilihan raya ataupun tidak, saya merasakan konsep sebegini dia akan berterusan. Mana-mana pihak yang memenangi pilihan raya nanti di sesi akan datang, tiga tahun yang pertama ambil daripada rakyat, kemudian tahun terakhir ataupun dua tahun terakhir ditabur semula kepada rakyat dengan harapan rakyat akan mengundi semula. Rakyat yang berkuasa ketika itu. Ini sama sekali tidak lari daripada kesan daripada konsep negara jibayah yang saya sebut pada sidang yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya nak kongsi sikit bagaimana dengan pendekatan konsep negara hidayah. Kalau kita nak melihat berkaitan dengan konsep ini, konsep ini sekarang tidak berlaku di negara orang bukan Islam, bahkan di negara- negara orang Islam sekarang ini, ia juga tidak berlaku. Tetapi, konsep ini pernah dilaksanakan pada zaman kegemilangan Islam dan telah lama dipraktikkan di atas muka bumi ini dan ini juga menjadi satu sebab kenapa sebahagian masyarakat merasa aneh dengan pendekatan seperti ini.
Allah SWT menceritakan dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Kahfi… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Kahfi, ayat 93 sampai ayat 95. Ini di antara asas yang boleh kita ambil untuk negara hidayah ini. Maksudnya, sehingga apabila Dzulkarnain sampai di antara dua gunung, beliau mendapati di sisinya ada satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata, “Wahai Dzulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran untukmu dari hasil pendapatan kami?”― ataupun dengan makna yang lain, cukai― “Dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” Dzulkarnain menjawab, “kekuasaan dan kekayaan yang Tuhanku
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
jadikan aku menguasainya lebih baik daripada bayaran kamu. Oleh itu, bantulah aku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.” Tuan Yang di-Pertua, poin yang saya nak kongsikan di sini adalah berkaitan dengan peristiwa Dzulkarnain ini ketika mana beliau ditawarkan dengan cukai yang juga disebut sebagai ‘kharjan’ di dalam ayat tersebut oleh rakyat di kawasan tersebut untuk membina satu projek mega. Apa yang Dzulkarnain laksanakan adalah beliau tidak meminta duit ataupun mengambil cukai daripada rakyat untuk membina projek tersebut.
Apa yang Dzulkarnain minta adalah tenaga. Dan ini kalau kita tengok dalam Tafsir Al-Qurtubi, contohnya, ini menunjukkan bahawa pemimpin bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyat, pemimpin bertanggungjawab terhadap memberikan perlindungan kepada rakyat dan, yang menariknya di sini, rakyat bersama-sama dengan Dzulkarnain membangunkan perkara tersebut. Bahkan disebutkan oleh Al- Imam Qurtubi, sekiranya Dzulkarnain mengambil cukai tersebut, Dzulkarnain akan melakukan sendiri pekerjaan tersebut. Tetapi, oleh kerana tidak mengambil cukai daripada penduduk di tempat tersebut, maka projek tersebut boleh dilaksanakan bersama dengan rakyat.
Persoalannya, projek membina tembok tersebut memerlukan dana yang besar. Daripada mana Dzulkarnain mendapatkan dana? Adakah Dzulkarnain hanya melaksanakan projek itu secara percuma? Sedangkan semua projek mega, termasuk pada hari ini, kesemuanya boleh dikatakan memerlukan dana yang besar.
Projek LRT Penang pun sudah RM16.8 bilion sedangkan tidak semua rakyat Pulau Pinang memerlukan perkara tersebut. Ada banyak lagi perkara lain yang boleh diutamakan.
Tuan Yang di-Pertua, inilah yang perlu difahami di dalam negara hidayah.
Kerana sumber kekayaan sebuah kerajaan di zaman dahulu, sudah seribu tahun kerajaan Islam memerintah, sumber kekayaan utama negara datang daripada dua perkara besar. Yang pertama daripada sumber bumi ataupun hasil bumi ataupun galian, yang mana hasil bumi dan galian ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, dimiliki sepenuhnya oleh pemerintah. Dan apabila hasil bumi dan galian tersebut diperolehi, hasil keuntungan diagihkan semula kepada rakyat, terutama rakyat miskin dan sebagainya, berdasarkan pecahan tertentu. Dengan hasil bumi, rakyat akan mendapat manfaat dan merasai hasil tersebut.
Ini, kalau kita tengok, berlaku di Malaysia di mana kalau kita lihat syarikat kita yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi sebagai angsa emas― PETRONAS,
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
sebuah syarikat milik kerajaan. Syarikat tersebut menguruskan petroleum hasil bumi di Malaysia dan hasilnya dipulangkan balik kepada rakyat dalam bentuk dividen dan lain-lain. Ini adalah satu konsep yang bertepatan dengan Islam yang merupakan agama bagi Persekutuan ini. Saya sangat sokong perkara ini. Dan ini juga jasa-jasa besar orang-orang yang terdahulu daripada kita dan kita doakan semoga mereka semua diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Tapi, yang perlu kita nak bincangkan dengan lebih luas, negara kita mempunyai hasil bumi yang banyak, ada yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, ada yang dimiliki oleh kerajaan negeri, bahkan ada yang dimiliki oleh pihak tertentu.
Soalannya sekarang, apakah ada usaha agar hasil-hasil bumi sekarang ini dimiliknegarakan ataupun dimiliknegerikan sepenuhnya? Apa perancangan ke arah perkara tersebut? Ada ataupun tidak? Ataupun hanya membiarkan pihak tertentu menikmati keuntungan, sedangkan rakyat tidak merasai, bahkan ditekan untuk memenuhkan kantung kerajaan? Ini soalan yang boleh dijawab nanti, insya-Allah. Sekiranya hasil bumi ini dimiliki sepenuhnya oleh negara dan negeri, bermakna cara ini bertepatan dengan ajaran yang ditetapkan oleh Islam dan inilah yang berlaku di zaman Dzulkarnain dan kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam selepas itu. Beliau mengawal dan mentadbir negara dan hasil bumi dipulangkan kepada rakyat. Itu yang pertama.
Yang kedua, di zaman Islam dahulu, selain daripada hasil bumi yang dimiliknegara atau dimiliknegerikan, public interest, dengan izin, perkara-perkara yang menjadi keperluan keseluruhan masyarakat juga menjadi perkara yang dimiliknegarakan ataupun dimiliknegerikan. Sebab itu dalam Islam, apa-apa perkara yang menjadi keperluan kepada keseluruhan rakyat, ia adalah perkara yang tidak boleh diswastakan kepada mana-mana pihak, seperti air, transport, airport, makanan asas dan juga lain-lain. Dan poin ini, kalau kita nak lihat, boleh dilihat di dalam Surah Yusuf bermula daripada ayat 43. Saya tak nak panjangkan perbahasan tersebut, tetapi berkaitan dengan isu takwil mimpi oleh Nabi Yusuf terhadap mimpi raja. Boleh dilihat di situ, boleh diikuti perbahasan di situ.
Inilah yang menjadi persoalan kepada saya. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan perkara yang bersifat public interest yang menjadi milik tauke ataupun kartel diambil semula menjadi milik negeri ataupun negara? Sepertimana yang pernah berlaku di Selangor dahulu, satu daripada syarikat air di zaman Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim yang menjadi milik syarikat swasta, kemudian dimiliknegerikan. Apa yang berlaku di Kedah sebelum ini, pengurusan air Langkawi
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
yang tidak disambungkan kontraknya kepada pihak tertentu, lalu dipulangkan kepada agensi di bawah kerajaan negeri.
Ini semua adalah langkah yang bagi saya, sangat baik dan bertepatan dengan negara hidayah ataupun dengan ajaran Islam itu sendiri. Jika kedua-dua perkara ini di-reset-kan dengan baik, dengan izin, akan menjadikan kerajaan mendapat hasil yang besar tanpa perlu menetapkan pelbagai cukai kepada rakyat keseluruhan. Yang ini yang disebut tadi oleh sahabat saya Kampar dan juga Tebrau, tak silap saya, berkaitan dengan bagaimana kerajaan nak mendapatkan hasil. Ini di antara jalan. Dan cara ini telah pun dibuat oleh kerajaan-kerajaan terdahulu sebelum ini. Baik.
Jadi, ada yang bertanya, bolehkah diambil cukai? Boleh. Sebelum ini pun saya telah mencadangkan agar dikenakan cukai simpanan korporat yang khusus untuk orang-orang kaya dan juga syarikat-syarikat besar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Permatang Pauh, nak tanya sikit boleh, Permatang Pauh?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Sila.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi dalam ucapan Ketua Pembangkang, dia sebut orang Pulau Pinang ini tak perlu pembinaan LRT itu. Jadi, saya nak tanya dengan Permatang Pauh sebab Permatang Pauh ini orang Pulau Pinang. Adakah Permatang Pauh bersetuju ataupun tidak dengan pembinaan LRT di negeri Pulau Pinang yang berjumlah hampir RM17 bilion itu?
Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih, Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih banyak, Hulu Langat. Sangat bersopan. Terima kasih. Baik.
Sebenarnya projek LRT ini merupakan projek yang, bagi sayalah, sebahagian sahaja rakyat Pulau Pinang yang memerlukan perkara tersebut dan kebanyakan rakyat Pulau Pinang hanya memerlukan perkara yang lebih utama daripada itu dan saya rasa projek tersebut ia bukan satu keperluan sebenarnya di Pulau Pinang. Itu sebenarnya. Ini jawapan daripada rakyat negeri Pulau Pinang [Tepuk] Terima kasih.
Tak apa, saya sambung.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik. Dan saya dah sebut berkaitan dengan— balik kepada tajuk. Saya sebut berkaitan dengan isu cukai simpanan korporat dan juga cukai saham dan jika perkara ini sebenarnya kalau kita betulkan balik, negara kita akan berada dalam landasan yang benar.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok hasil anggaran, anggaran hasil pada tahun hadapan, kalau kita tengok dalam RM419 bilion ini, 64.5 peratus datangnya pada hasil cukai. Maka, ini adalah faktor kenapa dalam konteks ‘negara jibayah’ ini, negara akan berhadapan dengan kekurangan sumber menyebabkan hasilnya kerajaan akan menarik balik pelbagai subsidi termasuk subsidi petrol.
Ini sudah dilaksanakan baru-baru ini sedangkan subsidi petrol salah satu daripada matlamat belanjawan di dalam Islam sebenarnya, tapi dalam konteks ‘negara jibayah’, disebabkan cukai sudah tepu dikutip kepada rakyat, maka subsidi pula ditarik untuk menjimatkan belanja kerajaan. Akhirnya apa yang berlaku?
Kerajaan tarik subsidi untuk menyelesaikan masalah fiskal, ini membebankan rakyat dan inilah sebenarnya konsep ‘negara jibayah.’ Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita lihat berlaku kepada rakyat pada hari ini merupakan tekanan yang besar sebenarnya. Rakyat ditekan dengan pelbagai kos kehidupan. Walaupun saya faham kerajaan membantu memberikan bantuan, tetapi tekanan yang dihadapi oleh rakyat ini bukanlah daripada satu sudut bahkan daripada pelbagai sudut. Dari sudut kos sara hidupnya, pendidikannya, pengangkutannya, kediamannya, pekerjaan. Semua perkara tersebut memberikan tekanan sekarang kepada rakyat.
Dan pengumuman yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “Sukacita diumumkan...” Tujuh kali disebut di dalam teks belanjawan itu, sebenarnya tidak dapat membetulkan struktur ekonomi, meningkatkan taraf hidup secara berterusan dan jangka panjang sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, mohon maaf sekiranya pandangan saya ini tidak selari dengan pendirian kerajaan yang mengamalkan konsep ‘negara jibayah.’ Mudah- mudahan kita boleh bergerak ke arah ‘negara hidayah’ selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Saya sangat berkeyakinan pendekatan secara Islam ini adalah penyelesaian terbaik terhadap penyelesaian masalah di dalam negara.
Yang terakhir, pantun.
Dunia hari ini semakin kelam, Manusia alpa hidup terbiar; Kembalilah kepada penyelesaian Islam, Itulah solusi umat yang sebenar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadang.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pematang Pauh. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Marudu sebagai wakil parti, 20 minit.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya bagi membahas Bajet 2026 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat yang lepas di Dewan yang mulia ini.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan MADANI atas usaha kerajaan dalam menyusun Bajet 2026 demi untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Tema Belanjawan MADANI Keempat: ‘Perbelanjaan Rakyat’ adalah amat sesuai khususnya buat rakyat Parlimen Kota Marudu yang masih memerlukan perhatian daripada kerajaan supaya dapat menikmati kemajuan yang lebih mampan, sama seperti daerah-daerah yang lain di Malaysia.
Dato’ Yang di-Pertua, suka saya ingin mengutip kata-kata Yang Amat Berhormat Tambun semasa pembentangan Bajet, Jumaat yang lepas. Kerangka besar ekonomi MADANI adalah untuk rakyat. Memastikan kita mempunyai kemampuan, menyediakan kemudahan untuk rakyat, mencipta pekerjaan, menjana pendapatan dan meringankan kos sara hidup rakyat. Saya menyokong penuh kenyataan ini dan berharap ia nya dapat direalisasikan di Sabah khususnya di kawasan saya, di kawasan Kota Marudu, sepertimana yang telah saya ulang berkali- kali di Dewan yang mulia ini.
Kota Marudu masih lagi memerlukan perhatian khusus daripada Kerajaan MADANI. Masih banyak keperluan asas yang perlu disediakan dan diturunkan kepada rakyat Kota Marudu serta masih banyak penambahbaikan yang perlu diutamakan dalam usaha untuk mensejahterakan kehidupan rakyat Kota Marudu supaya ia nya selaras dengan kemajuan kawasan-kawasan yang lain dalam negara kita.
Dato’ Yang di-Pertua, Kota Marudu memohon kepada Kerajaan MADANI agar peruntukan projek asas prasarana desa sebanyak RM3.3 bilion yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dapat mengutamakan kawasan-
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
kawasan di negeri Sabah, khususnya di Parlimen Kota Marudu yang masih jauh tertinggal di belakang.
Masih banyak jalan-jalan yang perlu dibaik pulih dan diselenggara, masih banyak jambatan yang perlu dinaik taraf, diperbaiki dan banyak kawasan luar bandar di Pekan Kota Marudu masih belum menikmati keperluan asas bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik.
Saya ingin menekankan pentingnya keperluan pembangunan infrastruktur yang mengeluarkan daerah saya daripada belenggu kemiskinan. Peruntukan untuk pembangunan jalan raya, pengangkutan awam dan utiliti asas adalah penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini adalah perkara asas dan dasar kepada kesejahteraan rakyat yang sebenar.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi daerah Kota Marudu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan MADANI yang telah menyelesaikan pembinaan beberapa batang jalan di kawasan Kota Marudu. Sepanjang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memimpin negara ini dan melalui bajet kali ini, saya memohon untuk lebih banyak peruntukan pembangunan infrastruktur jalan raya dapat disediakan kepada rakyat Kota Marudu.
Saya merayu kepada Kerajaan MADANI agar kampung-kampung yang ada jaringan jalan raya yang sempurna, agar kampung-kampung yang belum ada jaringan jalan raya yang sempurna seperti Kampung Garung, Kampung Menisulang, Kampung Sonsogon Mogis dan Paliu dapat dibina ke jalan gravel. Manakala jalan- jalan utama desa yang tidak ubah seperti kubang kerbau waktu musim tengkujuh dapat dinaik taraf secara berperingkat ke jalan berturap. Antara jalan tersebut adalah Jalan Gomon, Jalan Nerasen, Jalan Muhang, Jalan Bingolon, Jalan Rendang, Jalan Rampai di kawasan Matunggong manakala kawasan Kota Marudu, Jalan Malangkap Tagibang, Jalan Bambangan, Jalan Koromoko dan banyak lagi yang tidak sempat saya sebut pada hari ini.
Selaku wakil rakyat daripada negeri Sabah, saya juga ingin mohon supaya Sabah khususnya Kota Marudu tidak tercicir daripada peruntukan RM2.5 bilion yang diumumkan Yang Amat Berhormat Tambun untuk selenggara Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang, memasang lampu jalan di kawasan yang berisiko serta memasang papan tanda keselamatan jalan raya. Keadaan jalan yang tidak selamat sering kali mengundang bahaya kepada pengguna dan merupakan perangkap maut kepada mereka. Dengan keprihatinan kerajaan dalam
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang perlu, perkara ini dapat dielakkan dan keselamatan rakyat terjamin.
Dato’ Yang di-Pertua, kita semua sedar bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan negara. Anak-anak merupakan simpanan tetap modal insan negara yang akan menentukan masa depan negara Malaysia yang lebih maju dan berdaya saing. Oleh itu, saya menyokong penuh pengumuman peruntukan yang lebih besar untuk sektor pendidikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun termasuk penambahbaikan infrastruktur sekolah dan juga latihan guru.
Selaku wakil kepada suara Kota Marudu, saya mohon agar Kota Marudu juga tidak ketinggalan dalam jumlah pembahagian peruntukan. Terdapat banyak sekolah di daerah Kota Marudu yang masih memerlukan selenggara dan penambahbaikan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dapat diwujudkan buat anak-anak sekolah di kawasan luar bandar. Saya juga mengulangi keperluan untuk mewujudkan SMK Marak Parak yang pada dasarnya telah diluluskan oleh kerajaan perlu disenaraikan perancangan pembinaan sekolah yang telah diumumkan dalam belanjawan yang diumumkan.
Sebagai tambahan, saya juga mohon kepada Kerajaan MADANI meneliti keperluan bagi bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu yang kini tidak lagi dapat menampung keperluan semasa pendidikan di Daerah Kota Marudu. Saya dimaklumkan bahawa keputusan untuk mengambil alih sebuah bangunan di Kota Marudu telah dimuktamadkan dan mendapat kelulusan, tetapi masih lagi menunggu bajet kewangan untuk pengambilalihan. Saya berharap pada bajet sebanyak RM66.2 bilion yang diumumkan bagi Kementerian Pendidikan agar dapat memasukkan peruntukan pengambilalihan bangunan PPD yang baharu di Kota Marudu.
Dato' Yang di-Pertua, selain daripada memastikan prasarana sekolah yang baik dan selesa, keselamatan pelajar juga diutamakan. Sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian buli dan kes-kes jenayah terpapar dalam media sosial yang melibatkan pelajar-pelajar, murid-murid yang berlaku di kawasan sekolah. Baru-baru ini saya dikunjungi oleh persatuan guru-guru besar yang mana amat bimbang dengan perkara yang berlaku dalam keadaan semasa ini. Mereka mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan peruntukan dalam belanjawan ini untuk memasang CCTV di kawasan sekolah dan juga bilik darjah di seluruh negara.
Ini penting untuk mengenal pasti setiap insiden yang berlaku, punca dan pelaku dapat dikenal pasti, juga menghalang pelaku buli takut untuk melakukan rancangannya dengan adanya CCTV di setiap penjuru sekolah. Dalam masa yang
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
sama, ini akan dapat mengembalikan keyakinan ibu bapa dan rakyat secara keseluruhan akan keselamatan anak-anak mereka di kawasan sekolah.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada pendidikan, aspek kesihatan juga harus diberikan perhatian. Dengan peruntukan yang lebih untuk sektor kesihatan, kita dapat memastikan bahawa semua rakyat, terutamanya yang kurang berkemampuan, mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Sesuai dengan pengumuman Bajet 2026, saya berharap agar peruntukan RM46.5 bilion untuk Kementerian Kesihatan juga akan dapat disalurkan untuk menjadikan dan menjayakan perancangan Hospital Kota Marudu sebagai kluster kesihatan bagi Pantai Barat-Utara Sabah, sesuai dengan pihak Kementerian Kesihatan.
Saya mengharapkan infrastruktur kesihatan awam di Kota Marudu akan ditingkatkan. Begitu juga wad Hospital Kota Marudu perlu dinaik taraf dan peralatan hospital yang lapuk di hospital ini akan diganti dengan peralatan canggih dan baharu.
Pada saya, ini adalah langkah penting untuk membina masyarakat yang sihat dan produktif.
Saya juga menggesa Kementerian Kesihatan, seperti yang telah diumumkan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa peruntukan untuk pembinaan hospital:
bangunan hospital tambahan Kota Marudu yang telah diluluskan agar pembinaan dapat dilaksanakan pada tahun 2026 ini kerana ia nya adalah yang amat mendesak bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat Kota Marudu.
Dato’ Yang di-Pertua, Bajet 2026 ini dari sudut ekonominya, saya juga ingin menekankan pastinya— pentingnya sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan tulang belakang ekonomi Daerah Kota Marudu.
Melalui peruntukan RM50 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, diharap dapat membantu insentif yang lebih baik dan akses kepada pembiayaan. Ini amat perlu bagi memastikan rakyat dapat bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar.
Saya memohon kerajaan agar Kota Marudu tidak ketinggalan dalam penyediaan insentif-insentif yang telah ditawarkan dalam PKS ini. Saya juga mohon pihak Kerajaan MADANI, bagi jumlah RM2.5 bilion bentuk pinjaman mikro yang disediakan di bawah BSN dan juga TEKUN, saya mengharapkan semoga ia nya tidak terlalu dirumitkan dan dipermudahkan bagi pemohon pemilik-pemilik PKS,
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
terutamanya yang berada di kawasan luar bandar seperti Kota Marudu, mendapat manfaat.
Selain itu, saya juga ingin mohon kerajaan agar peruntukan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Koperasi sebanyak RM50 juta sebagai dana pembiayaan menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara juga dapat diperluaskan di Kota Marudu bagi menyokong pertumbuhan ekonomi setempat yang lebih mampan.
Berhubung peruntukan RM20 juta yang telah diumumkan, yang disediakan untuk menambah tapak— menambah baik tapak dan juga ruang niaga, dilengkapi kemudahan asas kepada peniaga kecil Tamu desa di Sabah dan Sarawak. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun untuk insentif ini. Saya mengharapkan peruntukan ini dapat dinikmati oleh rakyat bagi tapak Tamu mingguan, Pekan Kota Marudu, Tandek dan juga Matunggong di Parlimen Saya.
Selain itu, antara teras ekonomi Kota Marudu adalah pertanian. Saya mohon melalui peruntukan RM2.62 bilion yang disediakan untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah. Diharapkan Kota Marudu tidak terpinggir daripada bantuan kerajaan bagi membantu pesawah dan meningkatkan produktiviti bagi padi Daerah Kota Marudu.
Sebagai maklumat Dewan yang mulia ini, seperti dalam perbahasan saya yang lepas, Kota Marudu mempunyai anggaran keluasan sawah terbiar 2,601 hektar.
Melalui bajet ini, saya ingin mencadangkan agar kawasan terbiar ini dapat dibaik pulih dan dibina semua keperluan prasarana asas bagi menjadikan kawasan Kota Marudu sebagai antara pengeluar padi negara bagi menyeru— menyahut seruan Kerajaan MADANI dalam memastikan keterjaminan dan kestabilan makanan negara yang selamat dan mencukupi.
Saya juga tertarik dengan bajet Tambun yang mengumumkan bajet RM55 juta bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan. Saya berharap agar peruntukan ini juga dapat disalurkan ke Daerah Kota Marudu bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan. Tanaman nanas di Kota Marudu adalah berpotensi untuk dikembangkan dan menjadi produk penting yang akan dapat meningkatkan ekonomi rakyat Kota Marudu dengan bantuan daripada pihak kerajaan melalui Bajet 2026.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun juga kerana telah memperkenalkan program insentif tanaman kelapa sawit bagi pekebun-pekebun kecil. Kota Marudu mohon agar program ini dapat diberikan
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
keutamaan kepada pekebun-pekebun kecil di kawasan Kota Marudu bagi meningkatkan produktiviti dan ekonomi rakyat dengan kadar faedah pinjaman yang rendah daripada Agrobank, yang mana ini akan dapat membantu meringankan beban bayaran untuk pinjaman tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam bajet yang diumumkan di Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan Rakan Muda yang diberi nafas baru supaya tidak tertumpu untuk mengisi masa lapang, tetapi wahana membentuk jati diri, menjauhkan belia daripada gejala yang merosakkan. Saya amat mengalu-alukan Program Rakan Muda ini di kawasan Kota Marudu dan yakin dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM40 juta, kita dapat mendekati belia dan di desa yang tercicir dan terpinggir daripada pendidikan dan juga pekerjaan.
Seperti yang diumumkan, sebanyak RM1 bilion disediakan bagi memperhebatkan Ikhtiar MADANI untuk rakyat. Saya juga mohon agar Kota Marudu turut diberi peluang pemberian peruntukan ini, terutamanya untuk kumpulan belia.
Saya berharap inisiatif MADANI yang diperluaskan untuk melibatkan anak-anak muda, menambah pendapatan komuniti dalam bidang pertanian dan juga perniagaan akan diperkenalkan kepada belia dan juga Parlimen Kota Marudu.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk memperkasa TVET di kawasan luar bandar seperti Kota Marudu dengan peruntukan yang besar dalam belanjawan yang dibentangkan. Kota Marudu memohon agar Pusat GIATMARA Kota Marudu dapat diperkasakan, dinaikkan taraf bangunan dan dilengkapkan dengan kelengkapan bagi memastikan kualiti graduan dari pusat ini memenuhi keperluan pasaran semasa.
Dalam masa yang sama, Kota Marudu juga memohon agar Kolej Komuniti Kota Marudu, yang sekarang ini menyewa di bangunan kedai, yang disahkan oleh pihak bomba bahawa bangunan tersebut tidak memenuhi piawaian keselamatan dan pelajar berisiko bahaya seperti kebakaran supaya kerajaan dapat menyegerakan pembinaan bangunan kolej yang baru.
Ini amat penting bagi melancarkan kolej ini untuk melahirkan belia yang berkemahiran di bawah Program TVET. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai wakil daripada Sabah, saya diminta untuk mewakili mereka menyuarakan kepentingan Wilayah Sabah yang pada saya selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Tambun dalam Kerajaan MADANI untuk melaksanakan Perkara 112C yang terkandung dalam Malaysian Agreement 1963.
Perkara ini amat penting bagi mempercepatkan pembangunan Wilayah Sabah. Dengan adanya pelaksanaan 40 peratus kutipan cukai, hak Sabah yang
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
memang termaktub dalam Perlembagaan dan telah dipersetujui oleh pemimpin- pemimpin yang mengasaskan penubuhan negara Malaysia, suara rakyat memohon, biarpun ada perbincangan dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah, bahawa pelaksanaan ini dimuktamadkan selepas 2029. Dan sekarang ini, diganti dengan pemberian khas RM600 juta pada tahun ini sehingga 2029. Namun, ia nya masih belum memperlihatkan kesan yang positif dan ketara untuk pembangunan negeri Sabah.
Sebab itu, ada asasnya rayuan rakyat Sabah supaya pelaksanaan 40 peratus ini dapat disegerakan bagi mengimbangi pembangunan Sabah yang agak tertinggal berbanding dengan Semenanjung dan juga wilayah jiran kami iaitu Sarawak.
Dato’ Yang di-Pertua, ini merupakan sesuatu perkara yang pada kami, wakil- wakil dari Sabah amat berat untuk diketengahkan, tetapi ini merupakan tanggungjawab kami untuk membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini. Supaya perkara ini tidak lagi ditarik oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Malah, dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat atau dalam bajet tahun depan. Sekurang- kurangnya rakyat Sabah mempunyai kelegaan untuk melihat bahawa pembangunan di Sabah selari dengan pembangunan di Semenanjung dan juga wilayah rakan, Sarawak.
Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya menyeru agar kita perlu memastikan bahawa semua peruntukan ini dilaksanakan dengan penuh integriti dan ketelusan di semua peringkat pelaksanaan. Saya amat yakin melalui sembilan tekad utama yang diperkenalkan dalam bajet ini dan berpaksi kepada tiga tonggak ekonomi MADANI, bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini akan berjaya dan mensejahterakan rakyat Malaysia tanpa mengabaikan Wilayah Sabah, khususnya Daerah Kota Marudu.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya juga dalam— akhir sekali, saya menyeru rakan-rakan sama ada di peringkat Ahli-ahli Parlimen, di peringkat kementerian, di peringkat pelaksanaan, pegawai-pegawai pelaksanaan, di peringkat daerah-daerah, kita gemblengkan tenaga untuk memastikan Bajet 2026 berjaya untuk mensejahterakan rakyat Malaysia, khususnya negeri Sabah dan juga Kota Marudu.
Sekian. Kota Marudu mohon menyokong. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Berikutnya, saya mempersila Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk terus berbahas dalam agenda penting mengenai Belanjawan 2026. Izinkan saya memulakan perbahasan dengan satu penghormatan buat wira- wira kemanusiaan yang baharu sahaja pulang daripada misi Sumud Nusantara dan Global Sumud Flotilla. Mereka tidak berlayar dengan kapal mewah, tetapi dengan jiwa yang teguh demi kemanusiaan dan doa dari rakyat seluruh dunia.
Mereka bukan sahaja membawa bekalan semata-mata tapi misi mereka adalah, untuk break the siege and break the silence dengan izin, dalam membawa maruah dan solidariti seluruh dunia Islam buat saudara kita di bumi Palestin. Kini rakyat serata dunia sudah mula membuka mata. Palestin tidak lagi keseorangan.
Dunia sedang bersama mereka menanti kebebasan dan kemerdekaan Palestin, bumi para anbia. Selamat pulang wira kemanusiaan Nusantara, semoga roh Sumud ini terus menyala dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia. Hidup dengan prinsip, berjuang dengan maruah.
Dato’ Yang di-Pertua, saya berdiri sini mewakili suara rakyat di kawasan sempadan, negeri kecil di peta namun besar jasanya kepada negara, dari kampung di pinggiran bukit hingga ke pos kawalan terakhir, rakyat Padang Besar, salah satu penjaga pintu depan Malaysia. Namun dalam setiap helaian buku belanjawan saban tahun, nama kami sering muncul di pinggir laporan, namun bukan di tengah perancangan nasional. Nama kami hanya disebut jika timbul isu keselamatan, tapi jarang pula disebut dalam agenda kemakmuran. Lalu saya ingin mengingatkan kembali firman Allah SWT dalam surah Al-Ma'idah ayat 8. “Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu penegak keadilan kepada Allah dan janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum mendorong kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” Ayat ini, Dato’ Yang di-Pertua, menjadi dasar seruan saya dalam agenda Belanjawan 2026. Dalam angka trilion dan projek mega yang diumumkan, keadilan pembangunan tidak terus meminggirkan negeri kecil di utara ini. Antara perkara yang saya ingin bangkitkan dalam belanjawan ini berkaitan dengan pembangunan asas, dari janji ke bukti. Saya mengalu-alukan projek yang diumumkan untuk Perlis bagi naik taraf Kampung Batu Dua ke Beseri, Kolam Takungan Banjir Chuping, Kuarters
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Hospital Tengku Fauziah, serta Sekolah Kebangsaan Chuping, satu penghormatan buat negeri Perlis, tetapi saya juga ingin mengingatkan, jalan dari Batu Dua ke Beseri itu bukan jalan biasa, ia nya nadi kehidupan rakyat, pelajar, petani, pekerja, setiap hari melaluinya.
Jalan itu kini sempit, rosak, gelap dan berisiko tinggi. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia kerana meluluskan permohonan lampu jalan yang saya minta untuk masjid-masjid di sekitar Padang Besar, yang mana permohonan itu telah dibuat pada Jun 2023, tetapi tiada maklum balas.
Kemudian, saya hantar kali kedua pada Julai 2025, akhir Julai 2025 dan terus diluluskan. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya mohon agar projek ini tidak sekadar menjadi angka dalam ucapan, tetapi benar-benar siap dengan kualiti yang boleh dirasai rakyat. Begitu juga dengan Kolam Takungan Banjir Chuping, ini bukan saja projek kejuruteraan semata-mata, ini soal maruah dan keselamatan rakyat. Saya turut ingin bangkitkan berkaitan ekonomi rakyat, peluang bukan janji manis.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik semangat ikhtiar MADANI untuk rakyat. Misalnya, kejayaan di Kampung Abi menjana RM15,000 sebulan melalui ekonomi desa. Namun saya mengharapkan giliran kampung lain pula di Padang Besar, insya-Allah. Sampai bila kita perlu menunggu giliran yang ‘tak kunjung tiba dari Putrajaya?
Anak muda kami berhijrah ke selatan bukan kerana tidak cintakan kampung halaman, tetapi kurang peluang yang menunggu di tanah kelahiran sendiri. Maka saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan pusat keusahawanan rentas sempadan Padang Besar, sebuah hab latihan, pembungkusan, pemasaran dan e- dagang bagi produk tempatan yang mana hasil tani, makanan sejuk beku hingga ke kraf tangan. Dengan peruntukan RM50 bilion jaminan pinjaman PMKS dan RM2.5 bilion di bawah TEKUN dan BSN, saya rayu agar KUSKOP memperuntukkan sebahagian dana ini khusus kepada borderpreneur iaitu usahawan kecil sempadan.
Mereka tidak perlu simpati, hanya akses dan peluang yang adil.
Sebab itu saya mencadangkan dasar ekonomi sempadan nasional melalui penulisan di akhbar, forum dan dialog sempadan, advokasi di media selain pertanyaan di Parlimen, secara tidak langsung mengurangkan kes penyeludupan jika dibuat secara legal. Di kawasan saya juga, perlu diambil perhatian berkaitan dengan ekonomi sempadan. Jangan jaga pagar sahaja, tapi lupakan rakyat di sekitarnya.
Kawasan sempadan bukan hanya pagar keselamatan, tapi nadi ekonomi rakyat.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tahniah atas pengumuman pembangunan Bukit Kayu Hitam dengan pelaburan RM2.7 bilion, tetapi Padang Besar bagaimana? Tidakkah wajar diwujudkan dasar ekonomi sempadan nasional supaya negeri-negeri sempadan seperti Padang Besar ini terus menjadi penonton pembangunan.
Begitu juga yang dibangkitkan oleh YB Tumpat sebentar tadi, pelan ini perlu menumpukan kepada sistem percukaian khas iaitu kerana kita mengenal pasti isu utama penyeludupan adalah kerana tidak mahu membayar cukai. Lesen perniagaan fleksibel atau permit niaga sempadan yang mesra rakyat. Penglibatan koperasi tempatan dalam aktiviti rentas sepadan, insentif khas untuk usahawan sempadan.
Jangan biarkan rakyat di sempadan hanya hidup antara pagar dan pos kawalan. Biar mereka menjadi pemain ekonomi juga, bukan sekadar penjaga garis sempadan.
Rakyat Padang Besar juga turut minta saya bangkitkan mengenai perumahan rakyat, dari impian ke kenyataan.
Dato’ Yang di-Pertua, antara rungutan utama rakyat B40 dan M40 kini ialah perumahan, harga rumah terus naik, manakala kadar pinjaman bank membebankan.
Maka saya mencadangkan agar kerajaan menggalakkan skim sewa beli di bawah PR1MA, SPNB dan koperasi, bukan hanya melalui institusi konvensional yang mengenakan kadar faedah yang tinggi. Model seperti Ansar Housing Corporation yang boleh dijadikan contoh, melalui skim ini rumah dimiliki melalui sewa beli tanpa faedah kerana pembiayaan ditanggung koperasi atau agensi kerajaan, bukan bank.
Dengan ini bayaran bulanan lebih rendah, tempoh pelunasan lebih cepat dan risiko beban hutang dapat dikurangkan. Selain itu, saya mohon kerajaan tidak sekadar memberikan potongan cukai khas untuk pengubahsuaian rumah, tetapi menyalurkan dana langsung kepada agensi seperti PR1MA dan juga SPNB untuk membeli bangunan komersial terbengkalai di bandar dan menukarkan kepada rumah mampu milik.
Cara ini jauh lebih praktikal dan tidak perlu memburu tanah kosong di tengah- tengah bandar. Bangunan sedia ada boleh diubah suai menjadi kediaman moden dan ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang tinggal di kawasan bandar. Pendekatan ini bukan saja mengurangkan kos pembangunan, malah menghidupkan semula bangunan terbiar dan menjana ekonomi tempatan.
Perlis bukan sekadar tempat masuk, keluar masuk, tetapi gerbang ekonomi Utara, Pelabuhan Darat Padang Besar (PIP).
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Dato’ Yang di-Pertua, RM400 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan dan RM500 juta lagi oleh pihak swasta namun Pelabuhan Darat Padang Besar masih belum beroperasi secara penuh. Masalahnya bukan kerana infrastruktur, tetapi kekangan politik, kekangan diplomatik dengan pihak Thai Customs. Saya ingin tegaskan, apa maknanya bercakap tentang integrasi ASEAN dan Pan-Asia Rail jika kereta api Malaysia masih perlu menumpang di pintu penumpang. Saya desak agar rundingan segera di antara Malaysia-Thailand disegerakan, diadakan bagi memuktamadkan peraturan perdagangan rentas sempadan ini. Jangan biarkan pelaburan rakyat terbiar hanya kerana kelewatan politik.
Wira negara juga perlukan keadilan sama rata, keselamatan dan veteran sempadan, wira tanpa air paip. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membawa kisah benar hasil lawatan saya bersama dengan beberapa agensi di sempadan, pos kawalan di sempadan Chuping hingga ke Wang Kelian. Pagar berduri sudah reput, jalan rondaan berlubang dan lebih memilukan ada pos yang tiada air paip bersih.
Saya melihat sendiri mereka mengangkut air untuk dibawa ke pos-pos kawalan.
Anggota keselamatan kita berwuduk dengan air hujan, masak dengan air yang berlumpur namun merekalah benteng pertama negara.
Saya mohon kerajaan menyegerakan pembinaan tembok konkrit keselamatan baharu di kawasan berisiko tinggi, serta menyediakan paip air atau borehole di pos utama. Boleh secara berfasa jika kita tiada bajet, tapi perlu disegerakan. Tahniah juga saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah ada usaha memasang solar panel di beberapa pos kawalan tersebut. Apa pun, saya ucapkan tahniah juga pada kerajaan atas tambahan RM45 juta kepada AKPS. Saya akui mereka juga menghadapi masalah pegawai dan anggota yang tidak cukup.
Saya menyambut baik projek Air Space Sandbox di Sungai Batu Pahat oleh UniMAP. Namun, biarlah ia tidak dimonopoli, libatkanlah pelajar TVET, anak muda dan usahawan tempatan supaya teknologi ini benar-benar mengangkat rakyat Perlis.
Saya turut mencadangkan agar Perlis dijadikan sandbox sukan nasional dengan kerjasama MOSTI, MSN dan KBS bagi menjadikan negeri kecil ini makmal bakat sukan, teknologi peralatan, pelancongan sukan dan kejohanan dwi sempadan Malaysia-Thailand.
Dato’ Yang di-Pertua, di hujung utara di sempadan tanah air terhampar Perlis kecil di peta, tapi besar di hati ‘tak terukir. Di sinilah bendera mula berkibar dan angin bumi Siam menyapa sawah yang tidak pernah jemu berakar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tiap kali belanjawan di bentang di Dewan sana, kami menadah telinga, bukan tangan, mendengar angka berlari ke kota besar, sedangkan kami di Utara ini hanya menunggu sisa yang jatuh dari meja peruntukan negara. Kata mereka, Perlis kecil, maka cukuplah sedikit. Seolah saiz menentukan hajat dan perit, tapi bukankah kami juga penjaga sepadan? Benteng pertama jika negara diuji kekuatan. Bukankah setiap inci tanah kami yang menyimpan darah pejuang dan peluh petani yang memberi makan pada bumi ini tanpa banyak bunyi?
Kami ‘tak minta istana emas. Cukuplah jalan ‘tak berlubang dan sawah yang ‘tak ditinggalkan kering. Kami ‘tak mahu limpahan mewah dan megah, cuma hak yang adil bukan ihsan yang dipilih-pilih. Oh, Belanjawan 2026, engkau mungkin adil di atas kertas, tapi di sepadan utara ini kami membaca di antara baris dan siapa yang tertinggal di celah garis. Namun jangan gusar, wahai tanah kecil ku, kita tetap besar di mata perjuangan kKerana kekuatan Perlis bukan pada jumlah peruntukan, tetapi semangat negeri kecil di sepadan yang hatinya sebesar sebuah watan.
Belanjawan 2026 membawa harapan, tetapi harapan hanya bermakna jika janji ditunaikan. Biarlah Perlis kali ini tidak disebut negeri kecil yang tertinggal, tetapi dikenal sebagai gerbang Utara Malaysia MADANI, tempat di mana sepadan dijaga dan masa depan negara dijunjung. Walaupun kami Ahli Parlimen Perikatan Nasional hampir tiga tahun masih belum menerima sekupang pun peruntukan sepatutnya daripada Pusat, namun perjuangan untuk negeri kami, kawasan Parlimen kami tetap kami teruskan tanpa goyah. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Besar. Sekarang, tibalah kepada pembahas yang terakhir untuk sesi hari ini. Saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam sesi perbahasan Belanjawan 2026.
Dato’ Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara pertama yang melibatkan di Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Kementerian Kerja Raya berkaitan perkara yang menyentuh kebajikan penjawat awam dan pengurusan aset kerajaan, iaitu kuarters kerajaan di seluruh negara.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Semakan semula perlu dibuat melibatkan kesemua kuarters kerajaan di seluruh negara. Berapakah jumlah kuarters kerajaan yang rosak dan uzur, serta memerlukan baik pulih segera? Berapa pula jumlah kuarters yang kosong dan tidak didiami, serta punca kekosongan? Adakah kerana lokasi yang tidak strategik, kerosakan dan sebagainya?
Dalam konteks Belanjawan 2026 ini, tumpuan perlu diberikan kepada kerja- kerja baik pulih dan naik taraf kuarters lama. Kuarters kosong pula boleh dioptimumkan bagi kegunaan agensi lain yang memerlukan. Jangan kita terburu- buru membina yang baharu sedangkan yang sedia ada pun tidak terjaga. Adalah satu pembaziran, apabila kuarters yang sepatutnya digunakan oleh kakitangan awam, tetapi tidak boleh digunakan atas faktor kerosakan.
Kerajaan kena proaktif bagi melaksanakan audit teknikal dan fizikal yang menyeluruh terhadap semua kuarters kerajaan bagi memastikan kuarters yang uzur mendapat peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan kuarters yang terbiar dibaik pulih untuk dimanfaatkan semula atau diserahkan kepada agensi-agensi kerajaan yang tiada penempatan dan sehingga sekarang menyewa di premis persendirian.
Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada Kementerian Pendidikan iaitu isu sekolah-sekolah daif di seluruh Malaysia. Banyak sekolah di negara kita telah berusia 40 ke 50 tahun dan berada dalam keadaan uzur. Keadaan infrastruktur sekolah perlu diberikan perhatian serius bagi menjamin risiko keselamatan pelajar- pelajar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah.
Sebagai contoh, kejadian yang berlaku baru-baru ini, melibatkan murid Tahun 3 yang maut akibat terjatuh dalam lubang pembetungan di sebuah sekolah di Lenggeng. Begitu juga dengan prasarana yang daif terutamanya di Sabah dan juga Sarawak. Adakah jumlah yang diperuntukkan sebanyak RM2 bilion mencukupi bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif di seluruh Malaysia?
Dalam konteks keutamaan perbelanjaan, adalah lebih baik jika dana yang ada dapat dimanfaatkan secara langsung kepada sekolah daif bagi pembaikan fasiliti dan sebagainya daripada digunakan untuk program pendidikan bermodal besar, tapi impaknya rendah. Jadi, saya mohon untuk sesuatu peruntukan yang ingin dibelanjakan ia nya dikaji terlebih dahulu keperluan dan keutamaan untuk kebaikan seluruh pelajar dan sekolah di Malaysia sepertimana pemilihan pin bendera yang dilihat tidak efektif.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dengan kes yang terbaru yang melibatkan empat orang pelajar merogol seorang pelajar Tingkatan 3 dalam kelas dan siap merakamkan perkara yang tidak senonoh dan tidak sewajarnya dilakukan. Sewajarnya pihak kementerian mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar-pelajar ini bukan dengan lemah lembut, sehinggakan Menteri membenarkan pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan SPM yang akan datang. Ini bukan soal masa depan mereka.
Soalnya, mereka melakukan kesalahan yang cukup besar. Mana mungkin mereka yang jelas melakukan kesalahan besar, boleh bebas begitu sahaja.
Sepatutnya, beri satu pengajaran. Kita duk bicarakan masa depan perogol.
Bagaimana pula dengan masa depan yang dirogol?
Mohon kementerian kaji semula silibus Pendidikan Sivik di sekolah dan kembalikan semula rotan di sekolah. Kiranya itu kaedah yang lebih berkesan dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Zaman sekarang ini, guru usik sikit pun tak boleh. Macam mana guru nak mendidik? Dulu-dulu boleh je rotan ataupun pelempang, semua ada. Pesanan orang-orang tua dulu bila menghantar anak ke sekolah, saya rasa semua merasai benda ‘ni, “Cikgu, saya serahkan anak saya pada cikgu, cikgu ‘nak buat apa, buatlah, asal jangan patah riuk.” Mohon kementerian mengambil serius akan perkara ini dan saya mohon maklum balas kementerian.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya sentuh berkait dengan Kementerian Kerja Raya. Akan tetapi, perkara yang ingin saya bangkitkan adalah, isu berkaitan penyelenggaraan pokok di sepanjang Jalan Persekutuan atau jalan negeri di seluruh negara.
Apa yang berlaku di tempat saya, Jalan B23, Jalan Sungai Tua ke Ulu Yam, yang menghubungkan Daerah Hulu Selangor dan juga Daerah Gombak, penyelenggaraan infrastruktur jalan sememangnya di bawah bidang kuasa JKR Daerah yang terlibat. Walau bagaimanapun, terdapat kekeliruan tentang penyelenggaraan landskap jalan raya khususnya pokok-pokok di bahu jalan. Kerap kali berlakunya insiden pokok tumbang sehingga menyebabkan kematian serta kecederaan parah.
Masalah utama yang saya lihat berkaitan dengan penyelenggaraan pokok adalah JKR kekurangan dana untuk menguruskan perkara ini. Saya ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Kerja Raya dapat membincangkan untuk penyelenggaraan pokok yang berada di tepi jalan diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi pihak berkuasa tempatan iaitu PBT,
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
atau diserahkan kepada agensi yang lebih bersesuaian untuk menguruskan. Perkara ini saya sentuh disebabkan ia nya melibatkan nyawa manusia dan sememangnya telah berlaku kematian berpunca daripada pokok tumbang di jalan tersebut. Saya mohon jawapan kementerian berkaitan perkara ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara melibatkan warga FELDA yang ditujukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkaitan pembinaan balai bomba di FELDA Soeharto. Perkara ini telah saya suarakan dalam perbahasan saya sebelum ini termasuk dalam Kamar Khas. Saya juga telah bawa perkara ini untuk perhatian pihak Jabatan Ketua Pengarah, Tanah dan Galian Persekutuan supaya perizaban tanah bagi tapak Balai Bomba FELDA Soeharto ini disegerakan. Namun, sehingga sekarang, tidak ada sebarang perkembangan. Di sini saya mohon juga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tolong ambil perhatian akan perkara ini.
Secara keseluruhannya, lebih kurang 13,000 orang penduduk dan hampir 3,600 unit rumah kediaman di Gugusan FELDA Hulu Selangor yang mempunyai empat FELDA. Berdasarkan rekod yang dikumpulkan sekitar tahun 2018 sehingga April 2025, terdapat lebih kurang 20 kes kebakaran yang berlaku. Bahkan pada 10 Julai 2025 yang lepas, baru lagi, terjadi kes kebakaran rumah seorang Pengurus Technoplant di FELDA Sungai Tengi Selatan. Setiap kali insiden seperti ini berlaku, hakikat yang amat menyedihkan di mana balai bomba terdekat ialah Balai Bomba Tanjung Malim yang terletak sejauh 30 ke 40 kilometer daripada kawasan FELDA ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Pasukan bomba terpaksa mengambil masa hampir 30 minit. Masa yang terlalu lama sedangkan setiap minit berharga dan situasi kecemasan bagi menyelamatkan harta nyawa, nyawa dan harta benda. Jawapan sebelum ini oleh KPKT, ada Pasukan Bomba Sukarela, namun tidak akan mampu untuk memadam kebakaran yang besar. Apa pun, terima kasih kepada Pasukan Bomba Sukarela.
Jadi, saya amat berharap pihak Kementerian ‘Pembangunan’ Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia supaya pembinaan balai bomba baharu di kawasan FELDA Soeharto ini dapat disegerakan. Sememangnya ia nya berkeperluan untuk dibina.
Dalam masa yang sama, saya mohon dengan keadaan balai bomba yang tiada di kawasan FELDA Hulu Selangor ini, sewajarnya, Pasukan Bomba Sukarela
(PBS) sedia ada diberi kelengkapan peralatan yang mencukupi dan sesuai. Saya juga ingin tahu, apakah bentuk bantuan kebajikan atau inisiatif yang disediakan oleh
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
kerajaan kepada anggota PBS yang sentiasa bersedia membantu walaupun hanya berstatus sukarela?
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan FELDA juga. Saya mohon Perdana Menteri menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk melihat kembali keperluan bagi membina dan menambah rumah generasi kedua FELDA di seluruh negara khususnya di Hulu Selangor. Saya juga pernah terlibat dalam pembinaan rumah generasi kedua FELDA, yang mana isu paling utama adalah mereka tidak boleh membuat pinjaman bank untuk membeli rumah tersebut.
Oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya konsep pembinaan kali ini difokuskan untuk membina ibu rumah dengan harga yang berpatutan bagi membolehkan pinjaman bank dibuat. Dalam masa yang sama juga, perlu dilihat dari sudut keluasan tanah tersebut dan bagi membolehkan pengubahsuaian dilakukan pada masa akan datang. Mohon diambil perhatian perkara ini dan dibincangkan secara serius.
Dato’ Yang di-Pertua, berkait dengan isu FELDA ini juga, yang mana isu yang tidak berkesudahan sehingga sekarang iaitu isu geran tanah untuk satu lot tanah rumah. Masalah utama mereka tidak boleh membina rumah di atas satu lot yang sama, sedangkan kawasan itu luas. Kita faham berdasarkan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 [Akta 530], tidak membenarkan.
Namun, dengan usia FELDA yang telah melebihi 69 tahun, maka wajarlah untuk akta GSA ini digubal bagi membolehkan membina rumah di lot yang sama serta boleh dimasukkan asas penting elektrik dan juga air. Ia nya adalah satu keperluan yang cukup mendesak di seluruh negara yang mempunyai 317 tanah rancangan FELDA dan dengan jumlah peneroka seramai 112,635 orang yang melibatkan pelbagai generasi.
Saya bukan anak FELDA. Akan tetapi saya dapat merasai apa yang mereka rasai. Oleh sebab itu, saya selaku wakil rakyat yang mana ada FELDA di dalamnya, bersama-sama dengan warga FELDA merayu dan memohon supaya Perdana Menteri menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyegerakan pindaan akta GSA ini.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara seterusnya, saya tujukan lagi kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi PBT berkaitan isu serangan anjing yang mengancam keselamatan awam. Isu serangan anjing ini bukan sahaja anjing liar, bahkan anjing peliharaan yang tidak dikawal oleh pemilik juga telah menyebabkan kecederaan yang serius. Pada awal September yang lepas, seorang
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas diserang dan digigit seekor anjing di kawasan taman perumahan Batu 9, Cheras. Ini tidak termasuk kes-kes sebelum ini.
Saya melihat, kerajaan wajar mempertimbangkan pindaan seksyen 289, Kanun Keseksaan Malaysia [Akta 574] untuk meningkatkan hukuman maksimum ke tahap yang lebih berat. Hukuman sedia ada iaitu penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 sahaja dilihat amat ringan dan tidak setimpal dengan kesan yang berlaku seperti kecederaan parah dan juga kematian.
Dato’ Yang di-Pertua, mungkin juga sekiranya tidak ada pilihan di atas kedegilan sehingga boleh mendatangkan kecederaan, maka saya mencadangkan untuk mewajibkan mana-mana pemilik untuk mengambil insurans liabiliti minimum seperti di negara-negara lain bagi menggalakkan pemilik lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka. Bukan sahaja hak haiwan dipertahankan, tetapi keselamatan nyawa manusia perlu diutamakan kerana ia nya tidak boleh dipertaruhkan.
Dato’ Yang di-Pertua, isu yang seterusnya melibatkan Kementerian Pengangkutan iaitu isu penyajian arak dalam penerbangan milik kerajaan Malaysia Airlines. Mungkin pernah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini dan saya melihat satu kewajaran untuk tindakan perubahan dilakukan. Jangan pandang ringan isu ini.
Saya melihat sendiri dan mendengar dilema yang dialami oleh pramugara dan juga pramugari yang beragama Islam, tetapi terpaksa menghidangkan sesuatu yang jelas haram dalam agama Islam. Begitu juga dengan penumpang yang tidak selesa dengan situasi yang berlaku. Ini bukan soal menafikan hak sesiapa, tetapi ini soal menghormati agama dan sensitiviti majoriti rakyat Malaysia. Saya menggesa Kementerian Pengangkutan agar penyajian arak dalam penerbangan milik kerajaan ini dapat dihentikan sepenuhnya.
Dato’ Yang di-Pertua, belanjawan ini wajar diteliti semula dengan lebih mendalam khususnya dalam konteks kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Apa yang dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif bantuan sememangnya membantu meringankan beban golongan B40 dan M40. Namun, tidak menyelesaikan punca sebenar masalah.
Isu pokok ialah kenaikan harga barang dan perkhidmatan asas yang terus menekan rakyat dari pelbagai lapisan. Selagi mana perkara ini tidak ditangani secara menyeluruh melibatkan aspek pengeluaran, kawalan harga dan rantaian bekalan,
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
maka apa juga bentuk bantuan hanya meringankan beban sementara, bukan penyelesaian jangka panjang.
Dato’ Yang di-Pertua, minta sedikit saja lagi. Justeru, saya menyeru agar kerajaan meneliti semula dasar dan strategi fiskal dalam belanjawan ini supaya ia benar-benar menyentuh akar permasalahan rakyat, bukan sekadar menampung sementara kesannya.
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri perbahasan ini, saya mohon sangat-sangat jasa baik melalui Tan Sri Speaker untuk mengarahkan semua kementerian yang terlibat menjawab persoalan-persoalan yang telah kami bahaskan.
Banyak jawapan yang kami tidak terima dari perbahasan yang lepas sehingga menyebabkan kesukaran untuk kami menilai semula isu-isu yang dibangkitkan.
Akhirnya, saya mencadangkan agar perbahasan ini diteliti— belanjawan ini diteliti semula. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Majlis Mesyuarat Dewan ditangguh ke esok, 14 Oktober 2025, pada jam 10 pagi.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.38 petang]