Oct062025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Selamat kembali ke Dewan Rakyat, dan kita akan berada dalam masa yang panjang kali ini ya. Jadi, relaks.

Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Berhormat Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas yang lalu. Saya dengan ini menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang. Silakan.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “10 September 2025 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut:

  1. (D.R.24/2024) Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025; 2. (D.R.19/2025) Rang Undang-undang Fi (Feri Pengkalan Kubor)

(Pengesahan) 2025; 3. (D.R.16/2025) Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah

(Pindaan) 2025; 4. (D.R.23/2025) Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025;

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. (D.R.14/2025) Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025; 6. (D.R.26/2025) Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025; 7. (D.R.28/2025) Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025; 8. (D.R.13/2025) Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025; 9. (D.R.11/2025) Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025; 10. (D.R.12/2025) Rang Undang-undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025; 11. (D.R.21/2025) Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025; 12. (D.R.6/2025) Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025; 13. (D.R.7/2025) Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025; 14. (D.R.18/2025) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025; 15. (D.R.27/2025) Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025; 16. (D.R.22/2025) Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan

(Pindaan) 2025; 17. (D.R.15/2025) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat

(Pindaan) 2025; 18. (D.R.17/2025) Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2025; dan 19. (D.R.20/2025) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025.

Yang Ikhlas, t.t “SENATOR DATO' AWANG BEMEE BIN AWANG ALI BASAH” “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

draft • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, seperti semua sedia maklum, Parlimen Malaysia baru sahaja telah menganjurkan persidangan 46th General Assembly of the ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) dari 16 sehingga 22 September 2025. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, termasuk YB-YB secara langsung telah menjayakan penganjuran ini terutama oleh Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Parlimen Malaysia dan para pengamal media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kerjasama yang jitu daripada semua pihak menampakkan kecemerlangan kita dalam kalangan negara serantau dan negara pemerhati dalam menganjurkan persidangan 46th General Assembly of AIPA ini. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada semua.

[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bersidang mulai hari ini hingga 4 Disember 2025 selama 35 hari. Antara urusan penting yang akan dibahas dan dipertimbangkan ialah Bajet 2026.

Pada minggu ini ialah― pada minggu ini iaitu hari ini sehingga Khamis, urusan Dewan akan fokus kepada penerangan mengenai penyata oleh pengerusi-pengerusi jawatankuasa pilihan, perbahasan Usul Laporan Ketua Audit Negara, penerangan daripada menteri-menteri serta rang undang-undang.

Hari ini juga Dewan Rakyat telah mencatitkan satu lagi sejarah dalam akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat iaitu satu hari telah diperuntukkan untuk melaksanakan urusan penerangan oleh pengerusi jawatankuasa pilihan mengenai penyata- penyata jawatankuasa pilihan yang dibentangkan di Dewan Rakyat. Ini juga bertujuan memberikan pendedahan dan liputan luas kepada rakyat berkenaan fungsi dan peranan jawatankuasa pilihan dalam membincangkan isu-isu semasa.

Ahli Yang Berhormat, di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merujuk kepada kenyataan beberapa Ahli Yang Berhormat berkenaan dakwaan kewajipan rang undang-undang dirujuk kepada jawatankuasa pilihan berkaitan kementerian ataupun JKPK.

Saya tegaskan bahawa Peraturan Mesyuarat 80B(3)(a) dengan jelas memperuntukkan bahawa menjadi tanggungjawab JKPK untuk meneliti rang undang-undang yang telah dibacakan kali pertama.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 80B(5) membolehkan JKPK memanggil kementerian untuk memberikan penjelasan dan penerangan terperinci berhubung sesuatu rang undang-undang yang telah dibacakan kali pertama. Berkenaan status rang undang-undang yang diluluskan di

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dewan Rakyat tanpa JKPK memanggil kementerian untuk meneliti rang undang-undang tersebut, ingin saya maklumkan bahawa isu tersebut adalah tidak berbangkit. Rang undang- undang tersebut adalah teratur dan sah kerana pembentangan kepada JKPK bukanlah sebahagian— Ia proses meluluskan suatu rang undang-undang, sebaliknya sebagai platform rasmi untuk kementerian mendapatkan maklum balas awal berhubung rang undang-undang yang akan dibentangkan kelak.

Amalan yang sama ini juga telah dilaksanakan sebelum pindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat terkini, yang mana terma rujukan yang diguna pakai adalah lebih kurang sama dengan peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 80B yang memperlihatkan beberapa JKPK yang tidak memanggil kementerian untuk meminta penjelasan setelah bacaan pertama dibuat di Dewan Rakyat.

Selain itu, saya ingin juga menasihatkan kepada Ahli Dewan ini bahawa pentafsiran Peraturan Mesyuarat hendaklah dibuat secara menyeluruh dan bukan secara selektif supaya sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat hendaklah dielakkan demi menjaga kewibawaan Dewan yang mulia ini.

Ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat berkenaan kewajipan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Dewan Rakyat. Ahli Yang Berhormat diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum 7 November 2025. Pemeriksaan kesihatan ini sangat penting dan membantu Ahli Yang Berhormat untuk mengetahui tahap kesihatan mereka pada peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan segera diambil.

Ahli Yang Berhormat, salinan jadual kementerian menjawab semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan bagi mesyuarat ini juga telah diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat.

Saya turut ingin mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, sama ada Ahli Yang Berhormat yang bertanya dan ahli pentadbiran yang menjawab. Peraturan ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Apa khabar semua?

draft • 10:10 AM

Beberapa Ahli

Baik.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Speaker, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tan Sri Speaker.

*35 hari kita berkampung, Mencari solusi keluhan rakyat; Parlimen dihormati Perlembagaan dijunjung, Semoga mencapai kata sepakat.

Isu dibahas kian mendalam, Ruang bicara penuh bermutu; Dari Paya Besar sampaikan salam, Soalan Paya Besar nombor satu.* Terima kasih Tan Sri speaker.

draft • 10:10 AM

1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan:

(a) sejauh mana ketersediaan serta perkembangan ekosistem pasaran dagang karbon negara; dan

(b) berapakah jumlah senarai memorandum persefahaman (MoU) bilateral yang telah kerajaan termeterai dalam pasaran kredit karbon negara berdasarkan Nationally Determined Contribution (NDC) menurut Artikel 6.2 Perjanjian Paris.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Menteri menjawab. Silakan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, di bawah pasaran pematuhan Perjanjian Paris di bawah United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) telah menubuhkan dua mekanisme pasaran karbon iaitu mekanisme Artikel 6, Perenggan 2 iaitu mekanisme pendekatan kerjasama dua hala dan juga mekanisme Artikel 6, Perenggan 4 iaitu

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

mekanisme perdagangan yang dikelola oleh pihak UNFCCC yang dikenali sebagai Paris Agreement Crediting Mechanism (PACM).

Pelaksanaan kedua-dua mekanisme ini membolehkan projek karbon di Malaysia yang akan menyumbang kepada pengurangan atau penyingkiran GHG di Malaysia. Dalam masa yang sama, pelaksanaan projek karbon tersebut akan turut menyumbang kepada pembinaan teknologi pembangunan, kepakaran teknikal dan mewujudkan peluang pekerjaan hijau di Malaysia.

Pada masa ini, kementerian sedang memuktamadkan Pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang menetapkan asas bagi pelaksanaan Artikel 6.2 dan Artikel 6.4. Dan dalam masa yang sama turut menyokong pertumbuhan Pasaran Karbon Sukarela

(VCM) di Malaysia.

Pada masa ini, pelaksanaan Pasaran Karbon Sukarela di bawah BCX telah dilancarkan dan terbuka untuk perdagangan kredit karbon secara sukarela sejak 25 September 2023. Kerajaan menjangkakan mekanisme pasaran karbon pematuhan di bawah Artikel 6.2 dan Artikel 6.4 di bawah Perjanjian Paris untuk beroperasi seawal tahun 2026 dengan pelaksanaan DPKK. Buat masa ini, kerajaan juga sedang mempertimbangkan permohonan projek di bawah Clean Development Mechanism (CDM) dengan izin, untuk beralih ke mekanisme pasaran karbon pematuhan di bawah Artikel 6.4.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dua hala di bawah Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris iaitu dengan Republik Korea, Korea Selatan pada 25 November 2024 dan dengan Singapore pada 7 Januari 2025. Kedua-dua MoU ini membolehkan Republik Korea dan Singapore untuk membuat pelaburan bagi pelaksanaan projek karbon di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput Paya Besar.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri, ketersediaan Malaysia amat penting dalam ekosistem dagangan pasaran karbon. Kita mesti cepat bertindak dan mesti ke hadapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Laporan Asia Development Bank Institute menyatakan dengan izin, the Asia Pacific responsible for over 50 percent of GHG dan kita hadapi masalah yang besar dari segi untuk transition, into low carbon transition.

Dari segi potensi Tan Sri, kita jangka RM10 bilion ke RM15 bilion menjelang 2030.

Kalau kita ambil kira tan carbon dioxide equivalent USD10 to USD30. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Artikel 6.4 di bawah Paris Agreement, bagaimana status pelaksanaannya? Bagaimana ketersediaan Malaysia, adakah Malaysia ambil pendekatan

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

hanya nak melihat di bawah Artikel 6.2 ataupun kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan Artikel 6.4 di bawah Paris Agreement? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Setakat ini, di bawah mekanisme kreatif Perjanjian Paris Artikel 6.4 atau PACM, beberapa perkara telah dibangunkan iaitu penubuhan badan kawal selia, penetapan piawaian asas metodologi dan aktiviti penyerapan karbon serta registry sementara untuk merekodkan aktiviti dan urus niaga karbon.

Namun, beberapa elemen Malaysia tertangguh termasuk piawaian metodologi khusus registry yang lengkap serta lain-lain isu teknikal seperti perincian prosedur mengenai pelarasan pemadanan (corresponding adjustment) oleh sebab elemen teknikal dan peraturan pelaksanaan ini belum dimuktamadkan.

draft • 10:10 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Kredit karbon perlu dapat dikeluarkan secara rasmi serta pada kuantiti yang terhad. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Salak.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih YB Menteri. Soalan Pasir Salak, soalan tambahan Pasir Salak, bagaimanakah kerajaan ingin meningkatkan lagi penglibatan syarikat tempatan untuk menjana kredit karbon melalui projek karbon? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Buat masa ini pemaju projek karbon tempatan boleh membangunkan projek dan menjual kredit karbon yang dihasilkan di bawah pasaran karbon sukarela. Pemaju projek karbon boleh menggunakan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi melaksanakan urus niaga kredit karbon atau pasaran exchange yang lain.

Selain itu, dijangka melalui pelaksanaan Rang Undang-undang Perubahan Iklim blueprint, penglibatan syarikat tempatan bagi membangunkan projek karbon bagi menyertai pasaran pematuhan akan menjadi lebih rancak lagi di mana blueprint akan menetapkan tatacara. Bagi menyertai pasaran karbon, pematuhan di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris, Malaysia Forest Fund (MFF) juga telah ditubuhkan khusus bagi menggalakkan pembangunan projek karbon berasaskan hutan serta memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh syarikat tempatan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Pantun sikit boleh noh?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Hari ini kita bersua, Dari mantan kepada sekarang; Kota Bharu punya soalan dua, Menteri, sila jawab dengan terang. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tan Sri. Saya, ya lah tak pandai berpantun macam Yang Berhormat Pontian. Oh, Pontian tak ada.

[Ketawa] Kalau tak saya boleh wakilkan pantun pada dia. Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan untuk memisahkan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang sangat penting dan sentiasa diberi perhatian serius oleh Kerajaan MADANI. Isu ini bukan sekadar soal teknikal undang-undang tetapi berkait langsung dengan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan, prinsip akauntabiliti serta ketelusan pentadbiran undang-undang. Sebab itu kerajaan tidak mahu melaksanakan secara tergesa- gesa tetapi mengambil pendekatan yang teliti, menyeluruh dan inklusif.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua, pada 10 September 2025 tahun ini, Jemaah Menteri telah mengambil satu langkah yang besar dengan persetujuan dasar untuk menerima pakai model pengasingan penuh, di mana fungsi Peguam Negara dan pendakwa raya akan dipegang oleh dua individu yang berbeza dengan kedudukan yang setara.

Disebabkan oleh keputusan tersebut, maka langkah seterusnya adalah dalam menjayakan usaha reformasi ini, pertama sekali pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan perlu dibuat bagi memberikan punca kuasa dengan izin, enabler provision bagi membolehkan pelaksanaan pemisahan peranan dan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya dibuat sah dari segi undang-undang.

Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) ini dihasratkan untuk dibentangkan pada tahun hadapan. Ini adalah pindaan Perlembagaan yang sangat-sangat

draft • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

penting kerana ia akan mewujudkan kerangka undang-undang yang memisahkan secara rasmi fungsi nasihat undang-undang kerajaan oleh Peguam Negara dan fungsi pendakwaan jenayah oleh pendakwa raya dan juga peruntukan peralihan.

Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sekalian, selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan ini dikuatkuasakan, kerajaan akan membentangkan pula dua rang undang- undang susulan iaitu pertama, Rang Undang-undang Saraan bagi menetapkan struktur gaji dan elaun untuk jawatan baru pendakwa raya dan Rang Undang-undang Pembaharuan Undang-undang pendakwa raya iaitu sebuah Rang Undang-undang Omnibus yang akan meminda pelbagai undang-undang lain yang berkait rapat dengan fungsi pendakwaan. Ini bermaksud kerajaan telah menyediakan bukan sahaja pelan dasar tetapi juga garis masa yang konkrit untuk melaksanakan reformasi yang besar ini. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Bharu.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya ada dua soalan tambahan.

Soalan pertama ini ada dua rangkai. Rangkai yang pertama saya ingin tahu daripada kerajaan, apabila berlaku pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya kelak, adakah Peguam Negara akan menjadi anggota pentadbiran? Maksudnya menghadiri mesyuarat Kabinet dan juga menghadiri Parlimen sebagai anggota pentadbiran dalam Parlimen, pertama.

Yang kedua, setelah berlaku pemisahan ini juga, saya nak tahu di mana kedudukan Peguam Cara Negara atau Solicitor General yang mengendalikan kes-kes sivil bagi pihak kerajaan. Adakah dia duduk bawah Peguam Negara ataupun duduk di bawah pendakwa raya?

Soalan yang kedua Yang Berhormat Tan Sri, sejujurnya saya cukup teruja dengan pendirian dan juga ketegasan Yang Berhormat Menteri Undang-undang kita ini berhubung dengan integriti Institusi Peguam Negara dan juga Institusi Kehakiman itu sendiri. Saya masih ingat dalam pada tahun 2021, [Sambil menunjukkan sehelai dokumen] Yang Berhormat Menteri pada masa itu jadi Timbalan Speaker mengeluarkan satu kenyataan, “Tubuh RCI untuk bawa perubahan kepada Pejabat Peguam Negara”, kata Azalina pada 23 Julai 2021.

Setelah menjadi Menteri pula, pada 20 Februari tahun 2023, [Sambil menunjukkan sehelai dokumen] sekali lagi Yang Berhormat Menteri mengeluarkan kenyataan, “Kerajaan akan tubuh RCI. Teliti isu integriti kebebasan Institusi Kehakiman”. Saya ucapkan tahniah.

Cuma saya nak tanya sekarang ini, setelah Yang Berhormat menjadi Menteri Undang- undang dan Reformasi Institusi hampir tiga tahun. Soalan saya mudah saja, adakah kerajaan

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

ataupun Yang Berhormat sendiri bercadang ataupun mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan satu RCI yang menyentuh isu integriti khusus dalam Jabatan Peguam Negara iaitu berkaitan yang pertamanya, berkaitan dengan tindakan menyorok adendum yang telah dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan bahawa Titah Adendum wujud, sedangkan sebelum daripada itu Peguam Negara menyembunyikan adendum ini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] [Tepuk] Dan yang keduanya, satu juga melibatkan Peguam Negara berikutan bocornya satu minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC) yang bertarikh 16 Mei 2025, yang dengan jelas dalam minit ini menyatakan bahawa mantan Ketua Hakim Negara beritahu dalam mesyuarat ini*, “Peguam Negara tidak menghormati kebebasan kehakiman apabila Peguam Negara bertemu dengan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara memohon agar penghakiman bagi suatu kes dibuat memihak pihak tertentu dan juga telah meminta Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara pada masa itu, memindahkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes tertentu dengan cara yang tidak selaras dengan pendapat ketua — Peguam Negara”.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]*

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, adakah RCI dalam dua kes yang mencemar integriti Peguam Negara ini telah dibuat atau dicadang untuk dibuat oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

[Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya tahu Yang Berhormat memang, ya lah juga mantan Menteri Undang-undang dan Yang Berhormat juga pernah bertanggungjawab dari segi Parlimen.

Yang Berhormat memang tahu bahawa soalan Parlimen ini saya kena jawab soalan yang ditanya. Soalan yang Yang Berhormat tanya saya ialah berkenaan dengan status terkini cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya. Itu saya dah jawab, langkah-langkah yang akan kita ambil.

Yang mana Yang Berhormat cakap tentang isu kes yang baru-baru ini Yang Berhormat memberikan kes dalam kes JAC, kenyataan dan sebagainya. Jawapan saya di sini, di sini rekod semuanya sub judice. Masih dalam perbicaraan. Jadi, saya rasa tidak adil untuk saya memberi komen.

Berkenaan dengan isu integriti, bukan sahaja Peguam Negara tetapi sesiapa yang memegang jawatan sama ada di pihak kerajaan ke, bukan kerajaan dalam elemen politik tetapi jawatan-jawatan tertentu. Elemen integriti ialah elemen yang memang terpakai kepada

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

semua pihak. Itu sebabnya bagi pihak Kerajaan MADANI, bila nak bercakap tentang isu dengan izin, transparency and accountability, selain daripada mempunyai struktur-struktur yang ada sekarang dalam beberapa jawatankuasa, kita juga mahukan contohnya seperti isu kewujudan Akta FOI – Freedom of Information, diikuti pula dengan Akta Whistleblower dan juga dengan kewujudan ombudsman.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ini semua adalah struktur-struktur yang akan dapat membantu tentang elemen-elemen integriti, yang mana memberikan rakyat hak dan peluang untuk menyuarakan tentang beberapa isu yang mereka kehendaki. Tetapi bila bercakap tentang Peguam Negara, saya sebut dalam jawapan saya bahawa pemisahan itu mesti dilakukan di segi struktur iaitu Perlembagaan sebab dalam Perlembagaan kita, kita hanya merujuk kepada satu individu yang dipanggil Peguam Negara.

Berkenaan sama ada anggota Kabinet memegang jawatan Peguam Negara bila dipisahkan, terpulang kepada keputusan dasar Menteri-menteri Kabinet. Tetapi, apa yang kita nak lihat ialah saya nak rujuk kepada kenyataan media oleh Yang Berhormat Kota Bharu sendiri baru-baru ini, saya rasa pada bulan Mac 2025. Yang Berhormat sendiri selaku mantan Menteri Undang-undang telah mengatakan bahawa pemisahan ini dilihat sesuatu yang baik sebab selalunya bila bercakap tentang Peguam Negara, dilihat dalam kapasiti menasihati kerajaan, berbeza dengan pendakwa raya yang dilihat sebagai professional prosecutor, dengan izin.

Itu sebabnya Yang Berhormat juga telah mengatakan bahawa “Contoh yang paling dekat ialah penasihat undang-undang di peringkat negeri”. Penasihat undang-undang di peringkat negeri menasihati kerajaan negeri dan dia kadang-kadang duduk dalam mesyuarat Exco atas jemputan. Isunya sama ada kita nak kan supaya Peguam Negara itu datang ke Parlimen, sudah tentu Peguam Negara datang ke Parlimen kena menjadi seorang Ahli Parlimen, sama ada seorang Senator ataupun seorang Ahli Parlimen. Itu kalau kita kena datang ke Parlimen. Tapi, hari ini Yang Berhormat pun sedar dan tahu bahawa Peguam Negara bagi untuk menjawab soalan, keputusan Peguam Negara dan seterusnya, Menteri bertanggungjawab yang menjawab bagi pihak, tetapi itu bukan keputusan Menteri.

Jadi, saya nak berbalik kepada jawapan saya. Contohnya yang saya cakap, tentang isu undang-undang 19 akta-akta lain yang kita kena buat pindaan. Bererti, bukan sahaja pindaan kepada Perlembagaan, tetapi pelaksanaan kepada undang-undang lain yang perlu kita buat. Contohnya, isu dari segi— contoh Kanun Tatacara Jenayah, Akta Taksiran 1948, 1967; Kanun Keseksaan, Akta Cukai Pendapatan 1997; Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955; Akta Keterangan 1950; Akta Mahkamah Kehakiman 1964; Akta Mahkamah

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Rendah 1948; Akta Imigresen 1959, 1967; Akta Kesalahan-kesalahan di Luar Negeri 1976; Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952; Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992; Akta Kanak-kanak 2021; Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007; Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009; dan Akta Perlindungan Saksi 2009.

Jawapan saya Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI bukan kerajaan yang retorik, hanya cakap. Berbeza dengan Yang Berhormat masa menjadi Menteri Undang-undang tahun 2020, bercakap tentang...

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jawab soalanlah. Apa ini?

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

...Pemisahan kuasa, sampai Menteri Undang- undang tak pisah langsung.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jawablah soalan. Jangan melelong, melelong. You are playing politics.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Itu beza mereka dengan kami. Kami cakap, kami buat.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Apa ini? Jawab soalan. Very easy.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dia tak buat. Jadi, dia beretorik.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Soalan saya senang sahaja.

Jawablah.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tahun 2022 bercakap. Jadi Tan Sri Yang di- Pertua...

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak nak jawab, cakap tak nak jawab.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

...Cukuplah. Cukuplah.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak berani jawab.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kami cakap, kami buat. Hashtag, we walk the talk. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Please answer my question.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya...

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah beritahu...

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Peraturan 41...

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jap, jap, jap. Tunggu kejap. Bagi saya cakap dulu. Speaker sedang cakap. Duduk kejap. Saya tadi baru enco motor. Enco dia nak jalan pelan-pelan.

Rupa-rupanya pakai RXZ, terus yang laju hari ini ya.

draft • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Belum 35 hari lagi dah— save your energy. Save your energy.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Speaker. Ya, sepatutnya slow sikitlah pagi-pagi ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pelan-pelan, perlahan bercakap. Bagi saya faham.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pelan-pelanlah tu.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, pelan-pelan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Faham eh?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, faham.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Kota Bharu.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Isu apa ini? Isu apa?

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Isu sekarang ini etika berpakaian.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apa dia?

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Etika berpakaian. Saya masih tertanya lagi Perkara 41. 41...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Keputusannya ialah Speaker membenarkan pakaian ini.

Done. Keputusan Speaker.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh pakai? Orang lelaki boleh pakai itu juga?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Speaker boleh. Wanita, untuk wanita boleh.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Orang lelaki tak boleh pakai?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Orang lelaki tak boleh. Wanita sahaja.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Silakan Tampin. Ada soalan?

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker mengizinkan soalan tambahan saya. Meskipun objektif kuasa— pemisahan kuasa tersebut bertujuan untuk meningkatkan kebebasan institusi, namun pada pandangan peribadi saya, kebimbangan ataupun persepsi awam mengenai campur tangan politik dan penyalahgunaan kuasa masih wujud sekiranya lantikan dibuat oleh eksekutif.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Soalan saya, bagaimanakah kerajaan merancang untuk memastikan pendakwaan jenayah dapat dijalankan secara bebas tanpa pengaruh politik selepas pemisahan kuasa dikuatkuasakan kelak serta apakah mekanisme semak dan imbang yang akan diwujudkan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak selepas pemisahan kuasa dibuat? Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tahu dan saya faham isu yang selalu kita berhadapan ialah jaminan supaya yang menjalankan tanggungjawab itu betul-betul bebas. Itu sebabnya bila kita ke Kanada pada bulan Mei 2024, Australia Jun 2024, UK Mac 2025, wakil-wakil daripada parti seperti Yang Berhormat daripada Jelutong, Pendang, Yang Berhormat daripada Selayang dan beberapa Ahli-ahli Senator Dewan Negara, Senator Rita sebagai contohnya. Kita memang tanya soalan ini dan itu sebabnya soalan itu, tiap-tiap negara itu mempunyai format pelantikan dan pendapatan kerja berlainan.

Tetapi memang kita tahu daripada NGO-NGO kita yang dalam negara banyak mengatakan bahawa peranan yang sangat-sangat penting ialah sudah tentu isu kewangan, pembayaran, kenaikan pangkat dan menentukan bahawa pelantikan dan pemberhentian itu mesti dilakukan dalam elemen yang betul-betul bebas. Itu sebabnya bila kita kena bawa balik pindaan kepada Perlembagaan itu, elemen-elemen ini yang mana saya sebut bila daripada mula pemisahan itu yang kita nak bawa, kita kerajaan bersama jawatankuasa-jawatankuasa yang bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara ini secara umum, tahap demi tahap.

Saya boleh rujuk kepada hari ini, keputusan yang kita dapat untuk pemisahan kepada dua aspek ini kepada ada dua personaliti, seorang Peguam Negara dan seorang pendakwa raya. Pasukan petugas khas kajian komparatif, kajian doktoral, kajian saintifik kemasyarakatan, semua kita mempunyai elemen libat urus. Jadi, sekarang bila keputusan di peringkat dasar dibuat oleh kerajaan untuk menentukan pelaksanaan yang saya sebut dalam jawapan saya tadi, bermakna bahawa sesi seterusnya akan dilakukan libat urus pada semua pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sebab jaminan ini mesti diberikan.

Setakat ini bagi saya premis yang kita ada pada hari ini ialah isu tentang menentukan bahawa pendakwaan itu memang betul-betul seorang pendakwa raya yang bebas. Yang ini yang perlu kita pastikan yang mana bila dia di dalam channel pendakwa raya itu, dia memang bebas dari segi semua di bawah mereka adalah 100 persen pendakwa raya. Maknanya, dia bukan lagi macam hari ini, seorang pendakwa raya itu dalam elemen judicial and legal service. Dia juga adalah hakim mahkamah majistret, dialah juga kadang-kadang hakim mahkamah

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

sesyen, dia kadang-kadang menjadi penasihat undang-undang di peringkat negeri, penasihat undang-undang di peringkat agensi. Kemudian, dia pula menjadi pendakwa raya. Jadi, dia berpusing sebab mereka mahukan pengalaman.

Tetapi, ini kadang-kadang membawakan satu persepsi dan elemen seolah-olahnya adanya biasness. Saya pernah bercakap di sini ya Tan Sri Yang di-Pertua dan saya telah bertemu dengan beberapa ahli-ahli majistret dan juga sessions court, mereka tak menafikan kadang-kadang bila pendakwa depan mereka berjumpa berhadapan mereka dalam mahkamah dan pendakwa itu, DPP itu daripada jawatan yang skil lebih tinggi, mantan bos mereka. Kadang-kadang sebagai hakim pun mereka rasa kadang agak gementar disebabkan ya, mereka adalah sessions court judge dan magistrate court judge yang akan rendah pangkat berbanding dengan daripada Jabatan DPP sebagai contoh. Ini isu human factor. Jadi, itu sebabnya langkah yang sangat-sangat penting bagi kita dalam Dewan ini memberikan pemisahan itu di dalam Perlembagaan supaya ada dua jenis individu dan kemudian kita akan ikut dari segi rangkaian. Kalau ia menjadi satu profesion yang 100 peratus profesion pendakwa raya yang 100 peratus, 100 persen tiadanya elemen daripada mana- mana pihak dan dia mempunyai sistem mereka sendiri. Kemungkinan itu dapat menjamin tentang kebebasan. Sebab pendakwa raya ini dia bukan dia seorang sahaja, di bawah dia berbagai individu yang akan dilantik.

Jadi, kita melihat bahawa apa yang berlaku hari ini, bahawa jawatankuasa yang wujud dalam jabatan pendakwa raya itu di mana yang dalam elemen pendakwa raya itu mungkin akan diberi pilihan, tetapi ini belum dipastikan lagi. Tetapi saya mintalah dalam pindaan Perlembagaan Tan Sri Yang di-Pertua, sahabat-sahabat kita di sebelah sana dan di sebelah sini memberi undi kepada pindaan Perlembagaan. Itulah menunjukkan komitmen semua kita dalam Dewan ini kepada pemisahan ini sebagai langkah pertama yang menjamin integriti seterusnya dalam negara kita bagi individu yang sangat berkuasa yang dipanggil pendakwa raya ini yang akan wujud. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ini antara soalan penting dan soalan semasa.

Soalan Ledang nombor tiga.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

3. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan perubahan utama dalam pendirian dasar luar Malaysia selepas Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam, khususnya berhubung dengan situasi di Gaza dan Palestin.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, susulan Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar pada September 2025. Malaysia kekal konsisten dengan pendirian dasar luarnya yang berteraskan antara lain kepada prinsip keadilan sejagat, penolakan sebarang bentuk kezaliman serta sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin.

Malaysia dalam semua platform antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali

(NAM), ASEAN dan forum-forum lain telah dan akan terus menegaskan sokongan penuh terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan persempadanan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Malaysia menyokong tindakan susulan yang terkandung dalam kenyataan atau, dengan izin, communique Sidang Kemuncak Tergempar di Doha termasuklah:

(i) mengambil tindakan perundangan terhadap Israel berlandaskan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB berikutan serangannya ke atas Qatar;

(ii) menghentikan bekalan senjata dan kelengkapan ketenteraan kepada Israel;

(iii) mengkaji penggantungan keanggotaan Israel dalam PBB berikutan tindakannya melanggar piagam dan resolusi-resolusi PBB; dan

(iv) melaksanakan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa

(ICC) ke atas kepimpinan Israel yang didakwa atas kesalahan jenayah perang.

Malaysia akan meneruskan usaha diplomasi, meningkatkan kerjasama dengan negara-negara sepemikiran serta menyokong inisiatif kemanusiaan di Gaza. Antaranya termasuk penglibatan Malaysia dalam misi flotilla antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semasa membentangkan kenyataan negara di Perhimpunan Agung PBB di New York baru-baru ini menegaskan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

pendirian Malaysia bahawa penyalahgunaan kuasa veto telah melumpuhkan kemampuan PBB untuk bertindak balas terhadap konflik di Gaza.

Sehubungan itu, Malaysia menekankan tiga perkara utama:

(i) keperluan untuk mengambil tindakan konkrit terhadap kuasa pendudukan;

(ii) komitmen untuk memberikan sokongan jangka panjang kepada pembangunan sebuah negara Palestin yang berdaulat serta mampu mentadbir sendiri; dan

(iii) pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap struktur PBB, khususnya Majlis Keselamatan agar lebih inklusif dan berkesan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia turut menyokong Resolusi Perhimpunan Agung PBB mengenai Deklarasi New York, iaitu penyelesaian dua negara pada 12 September 2025 sebagai tanda solidariti dan senada dengan aspirasi majoriti masyarakat antarabangsa yang telah memberi sokongan jitu terhadap deklarasi berkenaan. Resolusi tersebut telah diluluskan dengan 142 undian menyokong, 10 undian menentang dan 12 undian berkecuali semasa proses pengundian yang telah dilaksanakan di Perhimpunan Agung PBB. Malaysia menegaskan bahawa deklarasi ini perlu menjamin secara nyata hak kebebasan dan kedaulatan Palestin sepenuhnya, mematuhi lunas perundangan antarabangsa dan hak penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

draft • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya ingin mengucapkan tahniah dan memberikan satu pujian dan sanjungan kerana Malaysia kekal berprinsip dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Tahniah kepada Malaysia dan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar.

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, bila kita melihat berkenaan dengan apa yang sedang berlaku sekarang di pentas global dunia ini hubung kait dengan secara langsung dengan isu Gaza dan juga Palestin. Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan pelan damai 20 perkara yang telah pun dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Apakah pendirian Kerajaan Malaysia mengenai perjanjian damai tersebut?

Dan di samping itu juga, apakah jawapan kita kepada pelbagai kegusaran yang ditimbulkan berkenaan dengan kehadiran Presiden Trump yang dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN pada penghujung Oktober ini? Saya berharap bahawa kerajaan kita dapat menggunakan peluang untuk kita memberikan kenyataan keras kepada Presiden Donald Trump bagi menjelaskan pendirian konsisten Malaysia dalam menyokong rakyat

draft • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Palestin serta mengecam tindakan penindasan berterusan oleh rejim zionis Israel. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Ledang di atas pertanyaan soalan tambahan. Benar dan saya ingin menyatakan bahawa Malaysia sebenarnya menyambut baik usaha Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui pengumuman 20 poin atau 20 point plan pada 29 September yang baru lalu di Washington D.C.

Tan Sri Yang di-Pertua, apabila Donald Trump mengumumkan tentang 20 point plan ini, apa yang kita dapat dan manfaat yang besar kesannya ialah arahan Donald Trump untuk menghentikan serangan serta-merta, pengeboman Israel terhadap Gaza. Ini yang kita nak.

Maknanya, apabila ada plan 20 point ini, kita akan dapat menyaksikan mudah-mudahan pemberhentian pengeboman, pemberhentian genocide, kemudian pemberhentian kemusnahan dan yang paling penting, jika adanya plan ini Tan Sri Speaker, akan membuka ruang bahawa masyarakat dunia dapat menyalurkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, tidak seperti sebelum ini. Jadi, ini yang kita sambut baik.

Walau bagaimanapun Tan Sri Speaker, ada beberapa perkara yang perlu dilihat dalam plan itu. Ada kebimbangan di kalangan kita juga dan beberapa negara lain bahawa ada loopholes di sana, bahawa kita juga ingin perdamaian secara total. Dan Hamas juga ingin melihat bahawa total withdrawal, pengunduran secara total oleh tentera Israel daripada Gaza itu dan kita mahu juga penentuan negara itu ditentukan oleh rakyat Palestin. Jadi, ini antara perkara yang tidak disebut secara jelas dalam plan Donald Trump itu.

Yang keduanya Ledang, tentang lawatan Donald Trump ke Malaysia bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN. Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia sebenarnya berkewajipan Tan Sri, berkewajipan menjemput semua rakan dialog ASEAN dan kita bertindak sebagai Chair of ASEAN, bukan sebagai negara Malaysia. Dan kita menjemput Donald Trump itu bukan berdasarkan secara bilateral biasa-biasa, tidak. Tetapi berdasarkan kita sebagai Chair of ASEAN dan kita berkewajipan untuk menjemput semua rakan dialog ASEAN untuk hadir dan yang paling penting, tanpa terkecuali, ia selaras dengan prinsip neutrality dan juga centrality ASEAN.

Dan insya-Allah, kita akan ambil kesempatan dengan kehadiran Donald Trump di Kuala Lumpur untuk menyuarakan tentang kegusaran kita, pandangan kita. Yang paling penting, kerjasama ini dapat dimantapkan antara Malaysia, antara ASEAN dan juga Amerika Syarikat, untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka. Dan kita bebaskan

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Palestin daripada segala ancaman genocide, kemusnahan dan yang paling penting, kita akan dapat membantu pembinaan semula Gaza nanti, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Machang.

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dalam sejarah moden Amerika Syarikat Tan Sri, tidak pernah ada Presiden Amerika yang mampu menghentikan keganasan Israel. Dan Presiden Trump adalah orang yang membenarkan genocide berlaku di Gaza. Apa maslahat yang membuatkan kita sanggup berkompromi? Nama alasan Chairman ASEAN dan sebagainya, untuk membenarkan seorang penjenayah perang jejak kaki ke tanah air kita.

Kita tahu Presiden Trump memiliki banyak kes-kes dakwaan yang membuatkan Israel boleh blackmail beliau. Nak nasihat apa lagi pada orang macam ini? Macam curah air ke daun keladi. Jadi, tiada maslahat sebenarnya untuk menjemput Trump hadir ke Malaysia atas apa jua kapasiti sekalipun. Jadi, saya tak bersetuju dengan Ledang, saya tak bersetuju dengan Wisma Putra.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalan ini apa dia?

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Soalan ia, apa maslahat yang membuatkan Wisma Putra sanggup berkompromi dalam hal ini?

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, itu soalan. Setuju tak setuju, cerita lain. Itu soalannya.

Silakan.

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tan Sri Speaker, Hamas menyambut baik 20-point plan yang diberikan oleh Donald Trump. Hamas. Jadi, kenapa kita tak bantu, kita tak sokong pendirian ini? Janganlah kita orang cakap, jadi lebih Hamas daripada Hamas ini apa fasal?

[Ketawa] Kita bantu, kita sokong ini. Kita ingin mencapai pendamaian di Palestin.

Jadi, kehadiran Donald Trump di Kuala Lumpur ini, kita lihat dari segi objektifnya sebagai ASEAN, Yang Berhormat Machang. Jangan kita terlalu memikirkan soal perkara- perkara yang — ya, memang kita concern tentang apa yang berlaku di Palestin. Tapi, faedah dan juga hubungan dagang kita, hubungan pelaburan ASEAN dan juga Amerika cukup besar.

Dan Malaysia ini dengan Amerika Syarikat Tan Sri Speaker, adalah dia sebagai satu negara yang memberi pelaburan yang terbesar, the largest investment country kepada Malaysia dan juga ASEAN ini.

Jadi, kita lihat daripada sudut ekonomi, tetapi insya-Allah dengan pendirian tegas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Luar sendiri, kita cukup optimis. Kita cukup yakin bahawa Donald Trump ini bersama-sama dengan semua negara sepemikiran dengan

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Qatar, dengan Mesir, sentiasa mencari jalan untuk mencari pendamaian di Palestin itu. Jadi Machang, jangan jadi Hamas lebih daripada Hamas ya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Speaker, satu lagi soalan tambahan. Mohon tambahan satu lagi.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

draft • 10:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tarik balik. Tarik balik, Kimanis.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:50 AM

Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk, duduk, duduk, duduk.

draft • 10:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kita pertahankan kedaulatan Palestin.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Machang, duduk! Tuan Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

draft • 10:50 AM

Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk. Dahlah itu, dah, dah.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Pahang teraju kenaf negara, Mengurangkan kemiskinan di desa-desa; Mohon Timbalan Menteri jawab dengan bijaksana, Demi rakyat, demi negara.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Soalan nombor berapa ini? Tangga Batu, soalan nombor berapa?

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sebut tadi, soalan nombor 4. Jawab soalan nombor 4 dengan bijaksana.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, pantun, pantun juga, soalan kena sebut. Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

4. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan status semasa industri kenaf di Malaysia khususnya daripada segi keluasan tanaman, penghasilan dan pasaran. Apakah langkah strategik kementerian untuk memastikan kenaf menjadi komoditi yang berdaya saing serta memberi pulangan ekonomi khususnya kepada penduduk luar bandar.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Okey. Tan Sri Speaker, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sentiasa prihatin dan komited dalam pembangunan industri kenaf bagi memastikan kenaf menjadi komoditi yang berdaya saing serta memberi pulangan ekonomi khususnya kepada penduduk luar bandar.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Status semasa industri kenaf adalah seperti berikut. Pada tahun 2025, LKTN telah menyasarkan tanaman kenaf seluas 2,500 hektar yang melibatkan 846 pekebun kecil dengan 1,200 hektar bagi pengeluaran fiber yang melibatkan 558 pekebun kecil dan 300 hektar yang melibatkan 88 pekebun kecil untuk pengeluaran biji benih. Selain itu, terdapat juga 1,000 hektar tanaman kenaf melibatkan 200 pekebun kecil untuk pengeluaran makanan ternakan.

Dan sehingga 31 Ogos 2025, seluas 1,174.3 hektar telah diusahakan oleh 555 pekebun kecil dan empat usahawan yang melibatkan keluasan berjumlah 721.3 hektar untuk pengeluaran fiber, manakala 453 hektar untuk pengeluaran makanan ternakan. Penanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih bagi musim 2025–2026 akan bermula pada bulan September 2025.

Transformasi industri di wilayah Sabah dan Sarawak mulai tahun 2024, LKTN akan membangunkan pembangunan industri kenaf yang dipacu oleh pihak swasta di Sabah dan Sarawak. Komponen program akan meliputi penyediaan fasiliti penyimpanan dan pembekalan benih bagi pengeluaran fiber dan core kenaf dan membangunkan kemudahan pengeluaran dan pemprosesan kenaf. LKTN dan lembaga kemajuan negeri — SLDB, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah sedang mengadakan kerjasama dalam membangunkan tanaman kenaf di Sabah. Pada peringkat permulaan, LKTN akan membangunkan kawasan tanaman kenaf berasaskan makanan ternakan di Sook, Keningau, Sabah dengan sasaran keluasan adalah 100 hektar.

Bagi pengeluaran dan pembangunan produk hiliran, LKTN memberi tumpuan kepada lima sektor utama seperti berikut:

(i) bahan binaan;

(ii) tekstil teknikal, woven or non-woven;

(iii) produk biodegradasi;

(iv) produk biokomposit;

(v) produk pet litter, makanan ternakan.

Bagi pasaran produk kenaf pula, prestasi jualan produk berasaskan kenaf telah menunjukkan perkembangan yang positif. Sehingga 31 Ogos 2025, nilai jualan produk berasaskan kenaf adalah sebanyak RM23.81 juta berbanding RM14.81 juta pada tahun 2024.

Bagi memperkenalkan produk kenaf, selain daripada promosi melalui kaedah jualan terus, promosi produk kenaf turut dilaksanakan melalui platform jualan atas talian seperti Kenaf Mall dan Shopee. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tangga Batu.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, sebenarnya kalau kita melihat industri kenaf Malaysia ini berpotensi besar dalam sektor biokomposit, tekstil hijau dan makanan ternakan seperti yang disebut oleh Timbalan Menteri. Tapi, dalam Dasar Agrikomoditi Negara, kita mensasarkan bahawa menjelang 2030, sepatutnya kita telah ada 10,000 hektar tanaman kenaf dengan pengeluaran sebanyak 20,000 tan. Tapi kalau kita lihat, kelihatannya agak perlahan. Kita hanya berbaki dari lima tahun lagi.

Daripada statement yang diberikan oleh Menteri, kita baru ada berapa ribu hektar saja.

Jadi, apakah tindakan-tindakan yang harus dilakukan oleh kementerian supaya benih ini dapat kita explore? Kerana saya yakin harga benih kenaf pun memang terlalu mahal hari ini, 12,000 hingga 20,000 satu tan dan harga kenaf sekitar 1,200 tan. Bagaimana dasar yang dapat kita gunakan khususnya untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang berada di luar bandar? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri, silakan.

draft • 10:50 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya. Kementerian KPK melalui LKTN, kita telah memperkenalkan Insentif Program Ladang Kluster yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam penanaman kenaf secara ladang. Dan di bawah inisiatif ini, pihak kerajaan telah menyediakan RM3,800 satu hektar, secara one-off. Yang ini untuk pihak swasta. Dan kalau untuk yang insentif untuk penanaman kenaf bagi pengeluaran fiber, satu hektar, kita akan memberikan jumlah insentif dalam bentuk in-kind RM4,697 untuk satu hektar.

Ini yang melibatkan yang pekebun yang kecil ini.

Dan satu lagi, kalau untuk memberikan insentif tanaman kenaf pengeluaran makanan ternakan. Satu hektar dalam bentuk in-kind, kita akan memberikan jumlah insentif yang sejumlah RM1,990. So, ini di antara bantuan dan insentif yang kita akan memberikan kepada pekebun-pekebun supaya kita sama-sama memperbanyakkan lagi keluasan tanaman kenaf ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Betong. Betong.

draft • 10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya mendengar jawapan tadi mengenai aktiviti downstream. Jadi, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, soalan tambahan ini. Apakah strategi kerajaan dalam kita membina permintaan domestik seperti yang telah dinyatakan tadi, industri automotif, biokomposit, binaan hijau supaya hasil kenaf tempatan ini tidak hanya bergantung kepada pasaran eksport? Dan oleh itu, apakah rancangan kerajaan dalam kita mewujudkan rantaian nilai yang lengkap ataupun complete supply chain dengan izin, daripada kita mengeluarkan benih, penanaman, pemprosesan sehinggalah produk akhir yang berasaskan kenaf? Mohon pencerahan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya. Untuk menjawab soalan daripada YB Betong, sebenarnya seperti apa yang saya katakan, ada lima jenis aplikasi untuk kenaf ini, di antara dia bahan binaan, tekstil teknikal, produk biodegradasi, biokomposit dan juga untuk makanan ternakan. Cuma untuk membina satu ekosistem yang matang, dia ambil masa.

Cuma, sekarang yang lebih popular di antara penggunaan atau promosi kenaf ini adalah Biokenaf, teh Biokenaf, okey. Teh Biokenaf ini satu jenis produk minuman infusi yang diperbuat daripada campuran unik daun kenaf, serai dan halia. Ia nya dirumus secara saintifik bagi membantu tahap kesihatan yang optimum. So, ini adalah RD& di bawah Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Di antara penggunaan aplikasi kenaf sekarang ini yang paling popular bermula dari suplemen dan makanan ini. Dan untuk makanan ternakan, biokomposit, kesemuanya walaupun ada penggunaan dia, cuma ekosistem yang di antara rantaian ini masih belum dapat dibangunkan secara mampan. So, itu dia ambil masa yang lebih panjang dan kita lebih memberikan fokus kita untuk yang pertama, untuk bahan makanan yang ternakan ini. Yang kedua, untuk fiber. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Edwin anak Banta, Selangau.

draft • 10:50 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 5.

draft • 11:00 AM

5. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan bagaimana Kementerian menangani isu kebolehpasaran graduan termasuk program-program yang dijalankan untuk memastikan bahawa graduan mempunyai kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa serta langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor swasta dalam menyediakan latihan industri dan peluang pekerjaan.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Selangau atas keprihatinan tentang generasi muda kita.

Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membangunkan bakat yang berdaya tahan, adaptive dan bersedia menghadapi perubahan pesat landskap teknologi, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan. KPT telah melaksanakan pelbagai usaha strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, terutamanya melalui penerapan teknologi terkini.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Antara inisiatif utama yang sedang digerakkan oleh kementerian adalah seperti berikut. Yang pertama, pembangunan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 sebagai dokumen strategik dan rujukan utama IPT bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui empat strategi yang telah digariskan iaitu pengukuhan kecemerlangan bakat, perluasan kerjaya pelajar, pemantapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pemerkasaan hubungan industri. Kesinambungan bagi pelan ini juga sedang dirangka melalui kajian dan pembangunan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2026-2030 di bawah RMK13.

Yang kedua, pelaksanaan program latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran seperti Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) dan Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTIP) kepada pelajar tahun akhir pengajian atau graduan universiti bertujuan memberi nilai tambah serta peluang kepada graduan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan memperolehi kemahiran baharu (reskilling) dengan izin. Program ini merupakan program jangka masa pendek yang akan menambah nilai kepada pengetahuan dan kemahiran graduan bagi menghadapi perubahan ekonomi dan keperluan industri semasa.

Yang ketiga, mempergiat kolaborasi bersama industri melalui platform-platform seperti Majlis Pekerjaan Negara dan Majlis TVET Negara yang bertujuan membincangkan isu-isu ketidaksepadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja serta menyediakan ruang dan peluang bagi membincangkan isu-isu kebolehpasaran graduan termasuk underemployment.

KPT juga menggerakkan Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) dengan izin, yang berperanan sebagai badan perantara yang menghubungkan pihak kementerian dengan industri bagi melaksanakan kerjasama bersama IPT dan merancang keperluan sumber tenaga buruh yang memenuhi kehendak pasaran semasa. Kementerian turut memperkukuh kerjasama dengan industri melalui program seperti Industry at University, CEO at Faculty, Employability Advisory Committee dan juga Industry Advisory Council.

Yang keempat, menjalinkan kerjasama strategik merentasi kementerian dan agensi- agensi berkaitan seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Ekonomi bagi membantu menangani isu seperti kekurangan tenaga pekerja, jurang kemahiran pekerja, ketidaksepadanan pekerjaan dan juga underemployment.

Dan yang terakhir, kelima, selain itu, untuk memastikan mahasiswa akan menjadi future ready, setiap program akademik di universiti awam sekarang ini diwajibkan untuk mengintegrasikan kecerdasan buatan, artificial intelligence dengan izin, dengan sekurang- kurangnya satu kursus dalam setiap program pengajian yang ditawarkan bermula pada tahun

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

ini. Inisiatif ini dilaksanakan untuk memastikan pelajar dibekalkan dengan kemahiran teknologi terkini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput Selangau.

draft • 11:00 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Timbalan Menteri. Jawapan yang bernas. Soalan tambahan saya ialah, apakah tindakan kementerian dalam memantau dan menangani kegiatan kolej swasta yang menawarkan tempat pengajian kepada pelajar sebelum keputusan SPM diumumkan, termasuk kes di mana wakil kolej mengadakan temu duga di hotel serta meminta bayaran pendahuluan yuran bagi mengelakkan pelajar menjadi mangsa penipuan institusi yang tidak berdaftar dan apakah langkah-langkah kementerian untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan ibu bapa di kawasan luar bandar agar tidak terpedaya dengan tawaran palsu ini?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Selangau atas persoalan tambahan yang diberikan.

Memang kementerian amat serius ya untuk menangani isu-isu penawaran yang dibuat oleh mana-mana pihak, sama ada swasta ataupun kalau ada yang terlibat dalam universiti awam juga, kita akan pastikan supaya tindakan akan diambil ya. Kita tidak mahu ada mana- mana pihak seperti yang disebut tadi itu, akan menawarkan program-program terutama program-program yang kebolehpasarannya agak tidak berjaya.

Jadi, kita ada akta untuk kolej swasta ini, akta dipanggil Akta 555. Dan ada beberapa kes yang telah membuat penawaran tersebut dan kita menjalankan siasatan dan mengeluarkan saman. Ada beberapa kes yang telah berlaku dan kita memang akan pastikan bahawa semua pihak, terutama yang berkaitan dengan institusi pengajian tinggi ini, mereka perlu melaksanakan penawaran dan memastikan juga sistem pengajaran, pembelajaran yang dibuat di institusi masing-masing mengikut selaras dengan Akta 555 dan juga dipantau serius oleh MQA. Okey, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Kuala Krai.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam permohonan UPU online, sehingga 12 pilihan diberikan kepada pemohon. Sedangkan pilihan sebenar pelajar adalah mungkin satu hingga tiga ataupun mungkin sampai lima sahaja. Selebihnya adalah sekadar untuk mengisi borang permohonan. Jadi, apakah penyelarasan pihak KPT bagi memastikan pilihan utama pelajar diutamakan dalam usaha menjamin kebolehpasaran graduan yang keluar dengan minatnya sendiri dan benar-benar bersedia untuk menghadapi tuntutan kerja sebenar?

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dalam yang sama saya ingin tahu, terdapat pelajar straight A SPM yang telah melepasi pengajian peringkat asasi dan telah melalui temu duga untuk pengajian peringkat ijazah tetapi tercicir daripada mendapat tempat pada sesi pengajian yang baru bermula ini.

Apakah KPT menyedari kes seperti ini berlaku dan apakah penyelarasan sebenar pihak KPT supaya tidak berlaku keciciran, apatah lagi jika yang tercicir itu adalah pelajar-pelajar yang mendapat straight A seperti ini? Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Memang isu ini sekarang agak hangat diperkatakan dan ramai pihak, sama ada daripada pihak kerajaan dan juga pihak daripada sahabat-sahabat kita daripada pembangkang, mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan persaingan yang agak sengit dalam kita mendapat tempat di universiti awam terutamanya.

Jadi apa yang kita sedang buat sebenarnya, yang pertama memang dari segi dasar, kita telah ubah dasar kita kepada sistem meritokrasi, di mana seperti yang kita sudah sedia maklum, 90 peratus akademik dan 10 peratus merangkumi kokurikulum. Dan memang persaingan amat sengit dan sebab semakin ramai anak-anak kita sekarang ini semakin pandai. Dan ini bila kita kaji, memang penawaran dan juga tempat yang ada di universiti awam pun tidak dapat menampung.

Jadi, memang kita sediakan 12 pilihan supaya ada banyak pilihan yang telah dibuat.

Dan untuk makluman juga dalam UPU online sekarang ini, setiap pilihan itu kita boleh lihat kebolehpasaran bidang tersebut. Jadi, kita mahu supaya pelajar-pelajar ini dapat memilih bidang yang satunya sesuai dengan merit keputusan dan juga kebolehpasarannya pada masa depan baik.

Jadi, ini di samping kita cuba untuk mengurangkan, memastikan bahawa pilihan anak- anak ini akan bertepatan dengan minat mereka dan juga penempatan di universiti. Buat masa ini memang setakat ini, itu yang dapat disediakan dan kita sudah juga, kita sedang menubuhkan Majlis Pendidikan Negara antara kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi untuk kita cuba menyelaras isu-isu ini.

Kita ambil maklum ya, Cuma Yang Berhormat Ayer Hitam selalu mengangkat isu ini dan juga yang lain. Jadi, kita akan pastikan bahawa kita akan cuba selesaikan isu-isu yang berkaitan dengan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Okey, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tan Sri, minta tambah satu soalan.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya difahamkan...

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini isu penting. Minta...

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa. Saya difahamkan Kalabakan tidak berada dalam Dewan. Sekarang saya jemput Dato’ Azman bin Nasrudin, Padang Serai.

[****Soalan No.6** – YB. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy (Kalabakan) tidak hadir]

draft • 11:10 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismilllahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat bersidang kembali. Saya pohon jawapan soalan no.7.

draft • 11:10 AM

7. Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Perdana Menteri menyatakan mengapa pembangunan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur seperti Kampong Bharu menghadapi cabaran yang ketara dan sejauh mana faktor-faktor seperti pemilikan tanah yang bertindih dan nilai pasaran yang terhad menyumbang kepada isu ini.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Bismilllahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin membetulkan salah faham banyak pihak termasuk Yang Berhormat sendiri dan mungkin setengah-setengah daripada Ahli Yang Berhormat yang lain. Mengenai status Kampong Bharu yang sering dianggap sebagai satu kawasan yang diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.

Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, Kampong Bharu Kuala Lumpur merupakan kawasan yang dirizabkan sebagai kawasan penempatan pertanian Melayu ataupun Malay Agriculture Settlement (MAS) dan ini diwartakan pada 12 Januari 1900 menggunakan peruntukan Seksyen 6 Enakmen Tanah 1897 melalui Kaedah-kaedah MAS Kuala Lumpur 1950 serta tidak tertakluk kepada Enakmen Rizab Melayu.

Jadi, tanah ini mempunyai sekatan kepentingan yang tidak membenarkan orang bukan Melayu memiliki serta menghuni. Selain daripada itu, tanah di kawasan Kampong Bharu mempunyai endorsan ataupun sekatan MAS kepada hak milik tanah. Manakala tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur ini adalah tertakluk di bawah peruntukan Enakmen Rizab Melayu (FMS Cap 142) sebagaimana terpakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perintah Ubahsuaian Enakmen Rizab Melayu Wilayah Persekutuan 1974 iaitu [P.U.(A) 60/1974] yang menetapkan bahawa tanah rizab Melayu hanya boleh dimiliki, dipindah milik atau dipajakkan kepada orang Melayu sahaja.

Jadi sehingga tahun 2025, jumlah keluasan tanah rizab Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah seluas 2,480 ekar atau 1.04 hektar yang merangkumi rizab Melayu Segambut dan rizab Melayu Selayang di dalam Mukim Batu. Kedua, rizab Melayu

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Sungai Penchala dan rizab Melayu Tanah Desa di dalam Mukim Kuala Lumpur dan juga rizab Melayu Gombak di dalam Mukim Setapak.

Jadi bercakap tentang cabaran-cabaran, Yang Berhormat, contohnya untuk pembangunan semula di kawasan tanah rizab Melayu ini, tentunya mempunyai pelbagai cabaran yang kompleks dalam melaksanakannya. Cabaran-cabaran ini bukan sahaja melibatkan aspek teknikal dan fizikal malah turut merangkumi isu seperti pemilikan tanah, persetujuan pembangunan, nilaian hartanah, persepsi masyarakat setempat dan juga nilai warisan budaya.

Faktor pemilikan tanah yang ramai pastinya menyukarkan persetujuan yang menyeluruh untuk dapat dicapai dan sebahagian tanah rizab Melayu merupakan tanah pusaka yang telah diwarisi sejak turun temurun, daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dan keadaan ini menyebabkan satu lot tanah dimiliki oleh puluhan kadang-kadang hingga ratusan individu. Yang ini yang dinamakan sebagai pemilikan bertindih sehingga kadang-kadang 256 orang dalam satu lot seluas 8,700 kaki persegi sahaja. Jadi, yang berdaftar sebagai pemilik bersamalah mereka ini. Jadi sekiranya terdapat seorang pemilik tidak bersetuju dengan tawaran pembangunan contohnya, ia nya boleh menggagalkan proses urus niaga atau pembangunan semula yang dicadangkan.

Nilai pasaran masa hadapan tanah rizab Melayu juga dianggap terhad kerana sekatan kepentingan melarang pindah milik kepada bukan Melayu yang secara langsung membataskan juga minat pelabur dan pasaran hartanah terhadap unit siap yang akan dijual.

Sedangkan kebanyakan kawasan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur terletak di lokasi yang strategik dan akan menelan kos pembangunan yang tinggi sekiranya hendak dimajukan.

Contohnya seperti yang kita tahulah, rizab Melayu Sungai Penchala.

Satu lagi cabaran dalam pembangunan tanah rizab Melayu ini ialah bagaimana untuk menyeimbangkan pembangunan fizikal dengan pemuliharaan nilai warisan budaya terutamanya di kampung-kampung tradisi yang sinonim dengan warisan Melayu yang kaya dengan sejarah, tradisi dan juga identiti komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah rizab Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dijalankan secara lestari dan juga inklusif dengan pendekatan yang menyeluruh dan sensitif terhadap aspek budaya, ekonomi dan juga undang-undang serta dilaksanakan dengan melibatkan semua pihak berkepentingan secara telus dan juga berterusan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Serai.

draft • 11:10 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan diberikan. Soalan tambahan saya ini ada berkaitan. Merujuk kepada Titah

draft • 11:10 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Sultan Selangor dan kenyataan mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang merupakan anak jati Kampung Sungai Baru berkenaan status Kampung Sungai Baru yang dikategorikan sebagai MAS juga, Malay Agriculture Settlement.

Jadi, memandangkan merujuk kepada perkara yang saya sebut tadi, nilai strategik dan lokasi utama tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur, ini berkampung Kampung Sungai Barulah.

Apakah model pembangunan ekonomi yang lebih kreatif dan lestari yang boleh dilaksanakan untuk memastikan pemilikan tanah kekal dalam komuniti Melayu sambil pada masa yang sama, menjana kekayaan dan faedah pembangunan yang maksimum kepada pemilik asalnya? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, saya maklum tentang Titah Yang Mulia Tuanku Sultan Selangor dan juga Tan Sri Ambrin Buang itu.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat dan juga sidang Dewan yang mulia ini, tanah buat masa ini adalah sebenarnya bukan tanah MAS ya, masih lagi sebenarnya ini dalam perbicaraan mahkamah. Jadi, saya tak mahu menjawab lebih detil sebab kita bimbang sub judice-lah tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, saya faham tentang pembangunan perlu dilaksanakan dan Tuanku Sultan Selangor juga tiada― maksudnya halangan dari sudut pembangunan. Cuma, bagaimana caranya untuk kita mengekalkan entiti Melayu di kawasan tersebut?

Jadi, sudah tentu ini kita sedang laksanakan pelbagai perancangan untuk memenuhi keperluan itu dan kita juga sedang dalam proses untuk mencari mereka-mereka yang berminat untuk bersama-sama dalam pembangunan di Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu tersebut. Jadi, insya-Allah saya sekarang ini pun dalam perbincangan dengan kedua- dua pihak antara pihak pemaju dan juga GLC-GLC yang ada seperti UDA dan sebagainya untuk kita lihat, di mana kita boleh bekerjasama.

Yang penting bagi saya, di Kampung Sungai Baru itu adalah untuk kita memastikan penduduk yang telah bersetuju itu diberikan rumah yang telah mereka tunggu sekian lama sehingga lebih daripada sembilan tahun. Saya rasa kita sebagai kerajaan kena fokus kepada isu bagaimana nak menyelesaikan masalah ini dan memastikan bahawa pembangunan di

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Kampung Sungai Baru dan Kampong Bharu menjadi catalyst kepada pembangunan di Kuala Lumpur, khususnya yang berkait dengan warisan Melayu ini.

Jadi Yang di-Pertua, saya sebenarnya ingin memberitahu bahawa insya-Allah pada hari Khamis ini, saya diberikan masa untuk penerangan Menteri, khusus untuk Kampung Sungai Baru. Jadi, saya kira ketika itu nanti banyak lagi perkara-perkara yang kita boleh jelaskan dengan lebih orang kata, lebih sejelas-jelasnyalah. Insya-Allah sebab masa yang diberikan lebih lama ketika itu. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan usul menubuhkan Lembaga Pembangunan Semula Bandar dalam Resolusi Konvensyen URA di PWTC pada 3 Oktober yang lalu bagi memastikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera di bandar terpelihara. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Jadi, ini adalah satu perkara baru yang saya kira agak menarik juga dalam Konvensyen URA di PWTC pada 3 Oktober yang lepas. Walaupun ini saya kira bukan dalam konvensyen saya lah ya tetapi bagi pandangan saya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sama ada kerajaan boleh mempertimbangkan atau tidak akan usul ini, mungkin kita boleh juga melihat ataupun belajar daripada beberapa modul di luar negara. Contohnya, Urban Redevelopment Authority seperti di Singapura, ada. Kemudian, Urban Renewal Authority di Hong Kong juga ada dan melihat sama ada ia nya sesuai atau tidak dalam konteks negara kita, Malaysia.

Dan ini termasuk kalau kita tengok kesesuaian itu dari sudut fungsi perancangan strategik, pelaksanaan semula kawasan usang, pengurusan aset awam serta perlindungan kepentingan sosial dan juga ekonomi masyarakat setempat. Jadi di Malaysia ini, buat masa sekarang kalau kita lihat perkara ini dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan ini termasuklah PLANMalaysia, Kementerian Ekonomi dan juga DBKL sendiri. Namun saya setuju bahawa penyelarasan lebih bersepadu perlu kita wujudkan bagi memastikan setiap pembangunan semula tidak mengetepikan hak pemilikan dan juga kesejahteraan semua kaum, termasuk orang Melayu serta bumiputera di bandar ini.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, walau bagaimanapun, sebenarnya mekanisme sedia ada seperti MPFN iaitu Majlis Perancangan Fizikal Negara dan Jawatankuasa Eksekutif Infrastruktur dan Projek Khas

(JKEI) juga sudah ataupun memadai bagi melihat kepentingan khususnya yang melibatkan orang Melayu dan juga Bumiputera di atas tanah rizab Melayu ini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

draft • 11:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:20 AM

8. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada kementerian telah menjalankan sebarang kajian pascanilai terhadap pelaksanaan modul PLKN setakat ini serta sejauh mana elemen perpaduan nilai dan persefahaman antara pelbagai komuniti dimasukkan dalam modul asas kenegaraan yang meliputi 30 peratus daripada komponen PLKN.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Selayang atas persoalan yang dikemukakan. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa memantau dan memastikan keberkesanan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 memenuhi pembinaan sahsiah dan juga jati diri generasi pewaris negara kita.

Jadi, untuk itu Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara

(JLKN) telah dan sedang melaksanakan satu kerangka penilaian pasca nilai yang komprehensif, telus dan juga berlapis. Pertama, penilaian dalaman yang dilaksanakan ke atas 560 orang pelatih siri satu dan juga siri dua tahun 2025, menunjukkan kadar kepuasan yang amat positif iaitu sekitar 82.5 peratus di mana Kementerian Pertahanan turut mengambil maklum cadangan-cadangan membina daripada pelatih.

Antaranya adalah modul ketenteraan ini diperkasa kerana pelatih ini mahu modul itu dapat dilaksanakan berulang kali, dia tak nak laksanakan sekali. Ini adalah permintaan daripada mereka dan aktiviti berbentuk praktikal ditambah baik dan supaya tempoh latihan dipanjangkan bagi membolehkan penghayatan yang lebih mendalam dan yang kedua, penilaian luaran oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dibuat untuk mengukur objektif program seperti patriotisme dan juga perpaduan dengan laporan penuh dijangka akan dibentangkan pada suku kedua tahun hadapan.

Berhubung dengan penerapan elemen perpaduan dan persefahaman antara pelbagai komuniti, modul asas kenegaraan yang merupakan nadi utama kepada PLKN 3.0 ini dibangunkan untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkasakan jati diri serta memupuk sikap toleransi dan kebersamaan dalam kalangan pelatih-pelatih kita.

Selaras dengan hasrat untuk membentuk peribadi yang luhur di kalangan generasi muda dan submodul perpaduan telah dirangka sebagai teras utama yang disokong oleh empat komponen iaitu masyarakat kepelbagaian, Malaysia MADANI sebagai paksi

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

perpaduan, rukun negara sebagai asas perpaduan serta isu dan strategi memperkukuh perpaduan.

Komponen-komponen ini diperkukuhkan lagi dengan kefahaman mendalam tentang hak dan tanggungjawab warganegara, keluhuran Perlembagaan serta sistem tadbir urus negara. Untuk tujuan itu, kerjasama merentasi sempadan kaum dan agama dalam segenap aktiviti sama ada di dalam kelas, di medan latihan mahupun sewaktu program khidmat bakti kepada masyarakat.

Jadi, melalui pendedahan bersepadu ini, pelatih-pelatih ini akan dibimbing untuk beralih daripada sekadar teori di dalam kelas kepada penghayatan dan juga pelaksanaan di sanubari mereka. Secara keseluruhannya modul asas kenegaraan ini berfungsi sebagai acuan untuk memperkukuhkan identiti nasional dan mempereratkan jalinan sosial sekali gus mengesahkan peranan PLKN 3.0 ini sebagai sebuah wadah strategik yang mampu membentuk masyarakat dalam Kerajaan Malaysia MADANI ini. Itu sahaja.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Selayang.

draft • 11:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih kepada Menteri untuk jawapan yang lengkap. Memandangkan topik perpaduan ini merangkumi pelbagai dimensi seperti sensitiviti budaya, identiti kenegaraan, identiti diri dan pelbagai lagi. Apakah kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan dalam melantik jurulatih dan tenaga pengajar yang menyampaikan modul atas kenegaraan ini dan apakah bentuk latihan yang lebih terperinci daripada apa yang telah dijawab tadi untuk disediakan dibuat kepada mereka? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, kita tahu bahawa PLKN ini ada tujuh teras yang mahu kita bina kepada generasi kita.

Yang pertama adalah tentang jati diri kita. Jadi, sudah barang pasti jurulatih-jurulatih kita sama ada macam kita sebut latihan kita dalam bentuk kewarganegaraan ataupun Akademi Kenegaraan itu yang membentuk jati diri kita mahupun dalam konteks latihan ketenteraan itu.

Yang kedua, kita tahu bahawa latihan ini adalah untuk membina disiplin dan juga daya tahan generasi ini. Sudah barang pasti jurulatih-jurulatih itu akan kita tahu bahawa latar belakang mereka harus mempunyai latar belakang sedemikian untuk pastikan bahawa generasi kita punya disiplin dan punya daya tahan.

Yang ketiga adalah dalam konteks perpaduan. Begitulah juga dalam konteks latihan awal pertahanan awam. Ini pun kita terapkan dalam Latihan Khidmat Negara dan kemahiran

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

insaniah dan juga kepimpinan. Sebab itu, kalau kita lihat dalam konteks kepimpinan itu sebenarnya latihan komunikasi adalah sebahagian daripada prosesnya kerana kita tahu bahawa dalam membina kepimpinan itu adalah antara aspek yang penting.

Begitulah juga dengan keselamatan dan kedaulatan negara kita. Ini juga kita terapkan.

Kadang-kadang kita sepertimana kita tahu bahawa dalam Kertas Putih Pertahanan Negara, keselamatan dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab rakyat Malaysia itu sendiri. Jadi, ini harus kita berikan kesedaran itu juga. Sebab itu, di kalangan jurulatih kita aspek-aspek ini kita berikan antara asas yang penting dan yang terakhir juga yang kita memang memberikan keutamaan dalam Program Latihan Khidmat Negara ini adalah tentang faktor kesukarelawan itu.

Jadi, kalau kita lihat tanggungjawab sosial adalah sebahagian daripada aspek yang kita berikan penekanan supaya generasi muda kita bukan sahaja melihat kepada persoalan dunia pekerjaan, pendapatan dan seumpamanya tetapi tanggungjawab sosial. Antaranya adalah kepada keluarga mereka sendiri. Sebab itu, kita mendidik juga generasi PLKN ini untuk berinteraksi dengan keluarga mereka dalam tempoh latihan itu juga.

Ini antara didikan-didikan yang kita berikan dalam Program Latihan Khidmat Negara dan asas-asas jurulatih ini kita antara asas penting berdasarkan tujuh perkara yang kita berikan keutamaan itu. Itu sahaja jawapan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Sabak Bernam.

draft • 11:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mendengar dan meneliti soalan dan jawapan yang diberikan oleh Menteri dan Yang Berhormat yang bertanya. Soalan tambahan dari saya adakah kementerian akan memperkenalkan pendekatan baharu pasca latihan kepada peserta-peserta supaya mereka dapat menjadi ejen kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan jati diri yang tinggi dan kesilapan yang sama tidak berulang-ulang contohnya macam bendera terbalik dan sebagainya.

Dalam slot kewarganegaraan dan jati diri, latihan ini telah pun diterangkan macam mana hendak menghormati bendera. Jadi, para peserta ini kalau di luar mereka menjadi ejen kerajaan untuk menerangkan kepada ahli keluarga, rakan sebaya, jiran dan komuniti merentas kaum, perkara ini tidak akan berulang.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam atas persoalan tambahan yang dikemukakan. Memang saya tak nafikan bahawa teras asas sepertimana yang saya sebutkan tadi melalui PLKN adalah untuk membina bukan sahaja jati

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

diri tetapi banyak aspek-aspek perpaduan dan juga kalau kita lihat kepelbagaian masyarakat, bagaimana kita boleh membentuk generasi-generasi ini.

Sebab itu, macam tadi disebut oleh Sabak Bernam, kesinambungan kepada PLKN ini.

Kita tahu bahawa program PLKN kita bermula pada peringkat sekolah menengah lagi. Kita beri kesedaran di peringkat sekolah menengah. Lepas itu, kalau kita tahu bahawa fasa seterusnya kita bawa mereka sama ada latihan itu di universiti ataupun di kem-kem Latihan Khidmat Negara ini.

Begitulah juga kita ada fasa yang seterusnya fasa ketiga, di mana kita pantau dunia pekerjaan dia juga kerana kita tahu bahawa kesinambungan ini penting kerana penglibatan mereka kepada badan-badan beruniform, seumpamanya atau dalam konteks Kementerian Pertahanan adalah penglibatan mereka kepada Askar Wataniah juga yang ini kita akan pantau.

Sebab itu, ia tidak terhad sepertimana yang terdahulu, dia berakhir dengan PLKN tetapi kita fikir bahawa mereka harus dipantau sehingga dunia pekerjaan mereka kerana kalau peserta PLKN ini mendapat pekerjaan yang baik ia sebenarnya akan memberikan satu kesan yang baik juga kepada negara dan mereka adalah rantaian bagi menyampaikan maklumat tentang bagaimana kita boleh membangun dan memastikan kedaulatan dan keselamatan negara kita sentiasa terpelihara. Itu sahaja jawapannya.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Apa khabar Ahli Dewan?

draft • 11:20 AM

Beberapa Ahli

Baik.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar soalan 9, terima kasih.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan adakah kementerian bercadang memperluas dana dan geran keusahawanan untuk belia bagi menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ekonomi kreatif dan industri sukan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tan Sri Speaker.

Kerajaan amat menggalakkan golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan termasuk dalam sektor ekonomi kreatif dan industri sukan. Untuk capai matlamat tersebut, selain daripada dana di bawah Kementerian Belia dan Sukan, dana berkaitan keusahawanan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

belia turut boleh dimohon oleh golongan belia daripada kementerian-kementerian berbentuk pembangunan ekonomi dan inovasi serta pembangunan sektor kreatif seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Komunikasi.

Kementerian Belia dan Sukan, secara khususnya kita tidak sediakan dana yang boleh dimohon untuk tujuan keusahawanan belia, contohnya memulakan perniagaan oleh syarikat- syarikat kecil sama ada dalam bentuk geran ataupun kredit mikro. Sebaliknya, peruntukan oleh KBS kita gunakan bagi tujuan penganjuran program-program yang membentuk ekosistem yang menyumbang kepada pembangunan keusahawanan belia, termasuk dalam sektor-sektor yang dibangkitkan.

Antara lainnya, bermula tahun 2025, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memperkenalkan inisiatif dana Rakan Muda berjumlah RM2 juta. Dana ini menyokong pelaksanaan program berimpak tinggi di bawah inisiatif Rakan Muda. Dan di bawah Rakan Muda, melalui segmen Rakan Niaga, kita telah melaksanakan pelbagai program yang berbentuk misalnya aktiviti jualan dan pasar sehari bagi membuka ruang dan peluang kepada golongan belia kita ini menceburi bidang keusahawanan. Fokus utama adalah memasarkan produk-produk tempatan yang dihasilkan oleh golongan belia kita.

Langkah ini juga sebahagian daripada usaha strategik Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan bilangan belia yang terlibat dalam bidang perniagaan. Sehingga September 2025, sebanyak 17 lokasi program Rakan Niaga telah dilaksanakan di seluruh negara termasuk di negeri Perlis melalui program Rakan Niaga Pasar Lokal Belia di Kangar, Perlis.

Dalam aspek inovasi industri sukan, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama National Technology and Innovation Sandbox (NTRS), di bawah Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi (MOSTI), turut menggalakkan belia untuk meneroka peluang dalam program inkubasi dan inovasi sukan. Sehingga kini, sebanyak 30 syarikat pemula

(startup), telah menerima sokongan khususnya dalam aspek konsultasi teknikal, rangkaian industri, pengesahan produk serta pembangunan perniagaan bagi menukar idea kreatif mereka kepada produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan.

Kita juga beri tumpuan terhadap pembangunan ekonomi industri sukan dalam sektor penganjuran acara. Ini menerusi geran padanan sukan dan dana sukan komuniti, masing- masing RM30 juta dan RM25 juta, yang mana kita dapat secara berterusan menggalakkan golongan belia khususnya pertubuhan-pertubuhan belia menganjurkan acara-acara sukan yang berskala kecil hingga besar sekali gus menjadi pemangkin kepada ekonomi industri sukan seperti yang kita kehendaki.

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Dan terakhir, kita juga beri tumpuan dalam sektor ekonomi kreatif di mana kita jalinkan kerjasama rentas kementerian untuk memastikan golongan sasar dapat manfaat yang menyeluruh daripada inisiatif kerajaan. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan pelaksanaan Program Belia Kreatif MADANI yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di bawah Kementerian Komunikasi.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum dan selamat pagi, Yang Berhormat. Yang Berhormat, selamat kembali ke Dewan. Yang Berhormat Kangar, silakan soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Dato’ Speaker dan YB Timbalan Menteri.

Jadi, dunia anak muda pada hari ini amat berbeza lah. Mereka memulakan cabaran- cabaran baru dan terima kasih atas sokongan KBS kepada anak-anak muda. Jadi, soalan saya ini terkeluar sikit. Adakah KBS dapat berbincang ataupun berunding dengan MAM bagi memudahkan kawal selia kerana event pemotoran lebih bersifat akar umbi? Adakah KBS bersedia untuk membantu anak-anak muda di kawasan-kawasan ataupun di luar bandar bagi menjalankan aktiviti pemotoran tanpa susah payah dengan urusan dengan MAM ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Sila.

draft • 11:30 AM

Seorang Ahli

[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang Berhormat dan Dato’ Yang di-Pertua, berkait dengan penganjuran aktiviti ataupun kejohanan sukan pemotoran, ia nya turut melibatkan aspek-aspek yang agak rumit untuk kita permudahkan dengan begitu saja, contohnya aspek keselamatan dan sebagainya. Kita ada banyak aktiviti ataupun program-program yang melibatkan sukan pemotoran sebelum ini yang turut merakamkan insiden-insiden termasuk kehilangan nyawa, sama ada dalam kalangan mereka yang terlibat sebagai peserta ataupun penonton. Sebab itu ada syarat yang lebih ketat dikenakan terhadap aktiviti sukan pemotoran.

Namun bagaimana sekalipun, kita sedia untuk memudah cara kan lagi supaya kita dapat menggalakkan. Baru-baru ini, baru dua hari lepas kita laksanakan Karnival Sukan Pemotoran di mana kita menggalakkan penglibatan daripada, contohnya pemain-pemain industri tempatan untuk mereka menonjolkan kemahiran, bakat dan industri mereka dalam sektor ataupun dalam ruang yang lebih selamat. Dan sebab itu kita percaya bahawa ada ataupun ada peluang sebenarnya untuk kita bincang dengan MAM untuk memastikan mereka boleh memberi sedikit kelonggaran, bukan dalam bentuk aspek keselamatan sebaliknya

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

dalam, contohnya sanction dan proses-proses mendapatkan sanction tersebut dengan izin.

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh ke, Hulu Langat? Hulu Langat?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri. Adakah Kementerian bercadang mewujudkan satu platform sehenti (one stop center) bagi membimbing belia dalam permohonan dana dan geran keusahawanan agar tidak berlaku pertindihan antara agensi-agensi seperti KBS, SME Corp, MDEC, MOSTI ataupun FINAS? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Kita setuju bahawa kita amat memerlukan satu bentuk penyelarasan yang lebih bersepadu supaya setiap dana yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia sama ada dalam bentuk keusahawanan ataupun bantuan perniagaan ini dapat kita satukan dan dapat kita sampaikan kepada golongan sasar kita ini agar mereka tidak terkeliru.

Kita terima banyak situasi di mana golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan yang ingin memulakan perniagaan, yang ingin mendapatkan bantuan dana, mereka merujuk kepada Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu doorway ataupun pintu masuk pada mereka. Dan ini menjadikan kita sekarang ini sedang membangunkan dashboard ataupun sebuah papan pemuka agar ia nya memudahkan lebih banyak lagi golongan belia ini dapat mereka mohon, dapat mereka dapatkan pengetahuan atau maklumat berkait dengan dana-dana, geran, mikro kredit dan sebagainya yang tersedia untuk mereka.

Kita setuju dan ini sedang diusahakan dan kita harap dapat dilancarkan tahun hadapan dengan berkesan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Tuan Syahredzan bin Johan, Yang Berhormat Bangi.

draft • 11:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 10. Mungkin soalan yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya.

draft • 11:30 AM

10. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Perdana Menteri menyatakan usaha kerajaan dalam meningkatkan akses keadilan wanita dalam kes keluarga termasuk langkah digitalisasi mahkamah syariah, pemodenan prosedur guaman serta inisiatif lain bagi memperkukuh perlindungan hak dan kepentingan wanita.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Insya-Allah, saya akan tambah dua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Bangi atas soalan yang diajukan dan sekali gus memberi ruang kepada kami untuk memberikan pencerahan dan berkongsi inisiatif dan perkembangan terkini mengenai usaha kerajaan melindungi dan memberikan perlindungan hak dan kepentingan wanita.

Bagi meningkatkan akses keadilan wanita dalam kes keluarga, Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang menekankan aspek advokasi masyarakat serta pemodenan sistem kehakiman syariah.

Antaranya, program turun padang bersama komuniti dilaksanakan bagi memperkukuh literasi undang-undang syariah dan memberi kefahaman kepada wanita tentang hak-hak mereka dalam isu kekeluargaan di seluruh Malaysia seperti Program Literasi dan Karnival Undang- undang Syariah, Komuniti Suluh dan Rakan Suluh Komuniti, Konvensyen Harta dan Undang- undang Wanita dan banyak lagi.

Terkini, di bawah inisiatif Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), program Cakna Syariah Lestari MADANI melaksanakan Pelan Literasi Perundangan Syariah Kebangsaan yang bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman masyarakat tentang undang-undang syariah dalam aspek pelaksanaan dan penghayatannya.

Selain itu, program online legal clinics yang dilaksanakan pada setiap bulan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, program ini secara dalam talian diadakan dengan menggunakan platform media sosial Facebook dan YouTube JKSM dan PPWWP.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Rentetan itu, JKSM juga telah berjaya menyediakan platform perkhidmatan E- Konsultasi kepada semua penonton program online legal clinic yang melibatkan perkhidmatan runding cara dan nasihat perundangan syariah secara dalam talian.

Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan agenda digitalisasi mahkamah syariah melalui sistem e-syariah. Antara usaha utama yang dilakukan ialah aplikasi mudah alih e- syariah. Saya boleh tunjukkan kepada semua, ia nya boleh dimuat turun di dalam Apple App Store, di juga Google Play Store dan juga di Huawei Apps Gallery. Semua boleh dan setiap

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

orang boleh mendaftar dan boleh menyemak status kes nafkah, penceraian, hak penjagaan anak dan harta sepencarian secara kendiri tanpa perlu hadir ke mahkamah.

Selain itu, kita juga ada modul e-Nafkah. Modul e-Nafkah ini membolehkan untuk memantau pengurusan kes nafkah keluarga secara sistematik bagi memastikan pelaksanaan perintah dipenuhi. Ini termasuk semakan status nafkah, juga kutipan nafkah termasuk pelaksanaan perintah nafkah secara dalam talian.

Selain daripada itu, saya mohon sedikit masa iaitu pra-pendaftaran kes syariah kendiri ataupun DIY e-filing dan yang terakhir boleh saya kongsikan iaitu penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh di bawah kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang memudahkan pihak-pihak hadir tanpa perlu berada secara fizikal di mahkamah.

Langkah-langkah ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk memperkukuhkan sistem keadilan syariah yang lebih tulus, mesra pengguna dan berkesan khususnya bagi melindungi hak serta kepentingan wanita dan anak-anak. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Bangi, silakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas jawapan yang diberikan tadi. Saya fikir kita sama-sama mahu memastikan bahawa hak kaum wanita diangkat dan juga dilindungi.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Senator, adalah apakah inisiatif dan juga langkah pihak kerajaan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada kaum wanita mengenai hak-hak mereka dalam kes keluarga dan juga mengenai program-program yang telah disebut oleh Yang Berhormat Senator tadi dan juga program-program ini di lapangan dan juga bagaimana kita dapat menggunakan saluran seperti TV Al Hijrah dan juga IKIM FM untuk memberi kesedaran dan pendidikan ini. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri...

draft • 11:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Bangi di atas soalan tambahan...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila jawab.

draft • 11:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Sememangnya kita sentiasa memberikan penekanan dan meneruskan advokasi dalam memberi kesedaran serta pendidikan kepada kaum wanita mengenai hak-hak mereka. TV AlHijrah, IKIM, TV JAKIM dan agensi-agensi yang lain meneruskan advokasi ini secara konsisten dengan pelbagai inisiatif dan program yang inovatif untuk memberi kesedaran serta pendidikan kepada wanita. TV AlHijrah sebagai contoh telah pun mendapat Anugerah Kecemerlangan Penciptaan Kandungan Islam 2024 dan beberapa anugerah yang lain.

draft • 11:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Di antara inisiatif ataupun program-program yang berinovasi di antaranya adalah program Assalamualaikum An-Nisa’ yang memberikan fokus khusus kepada isu-isu wanita dan keluarga. Selain dari itu ada Bicara Fail Syariah. Bicara Fail Syariah ini memberikan penjelasan kepada aspek hibah, harta pusaka, rumah tangga, nafkah, pengabaian anak dan jenayah syariah dan sebagainya. Selain itu, kita ada juga program Peristiwa Wanita Akhir Zaman dan program-program yang lain.

IKIM pula, selain daripada penerbitan dan juga penulisan, IKIM juga mengadakan pelbagai program, di antaranya program rancangan Dari Hati yang membincangkan pelbagai persoalan kekeluargaan dan undang-undang, program Bicara Darah Wanita, program G- Alpha dan sebagainya. Dan secara rumusannya, memang kita mempergiatkan usaha untuk memberikan kesedaran kepada hak-hak dan perlindungan kepada wanita dan juga bukan wanita tetapi kepada seluruh masyarakat secara umumnya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 11:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memuji di atas tindakan Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Bangi bertanyakan tentang soal wanita, lindungan terhadap kanak-kanak juga.

Jadi soalan Masjid Tanah, adakah kerajaan bersedia ataupun bersedia untuk memberi jaminan? Ini mungkin ada hubung kaitnya dengan Kementerian Dalam Negeri yang mana demi melindungi kanak-kanak dan juga untuk mereka membesar bersama ibu mereka ataupun ayah mereka di tanah air berkaitan dengan ibu ataupun ayah yang bukan warga negara yang berhadapan dengan birokrasi yang berlebihan yang mana ia akan memberi kesan kepada hak penjagaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Jadi, bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa birokrasi ini tidak berlaku berlebihan supaya proses-proses yang lain, contoh proses kemasukan, permohonan permit masuk ataupun diberikan laluan khas untuk mereka bekerja sebab ia nya ada hubung kait dengan apa Yang Berhormat lakukan.

Jadi bagaimanakah penyelarasan yang dilakukan oleh keseluruhan kementerian yang terlibat bagi memastikan hujung ceritanya wanita, ibu dan kanak-kanak ini terbela dan juga dilindungi. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih di atas soalan yang diberikan walaupun soalan ini juga merentasi kementerian yang lain. Namun, kita kongsikan bahawa di pihak hal ehwal

draft • 11:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

agama, kita sentiasa mengadakan libat urus untuk menambah baik dan juga mempertingkatkan lagi dari aspek perkara ini termasuklah isu-isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Di peringkat ini, malahan ada juga perbincangan-perbincangan yang melibatkan perkara-perkara yang sangat penting itu diberikan penambahbaikan dari segi aspek birokrasi ataupun mengurangkan birokrasi.

Sekiranya kita lihat sekarang ini, mahkamah syariah dan juga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bergiat secara aktif dan juga mengadakan libat urus yang baik dengan merentas kementerian dan jabatan-jabatan agensi.

Dari aspek ini, kita merasakan bahawa telah banyak penambahbaikan yang telah diadakan, malahan dari segi aspek pengurusan kes, dari segi aspek pelaksanaan perintah, ia nya adalah sangat-sangat baik. Bagaimana dalam di antara inisiatif yang diberikan seperti bahagian sokongan keluarga, kita dapati bagaimana inisiatif ini telah dapat memberikan satu kesan yang sangat baik, memberikan pelindungan hak wanita yang baik kepada semua yang terlibat di dalam kes-kes tertentu.

Jadi secara umumnya, terima kasih di atas pandangan yang diberikan. Sememangnya usaha dan inisiatif telah dilaksanakan dan ia nya akan dipergiatkan dari masa ke semasa.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 11:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.

draft • 11:40 AM

11. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah tahap kesiapsiagaan semasa Angkatan Tentera Malaysia khususnya aset ketenteraan dalam berhadapan dengan kemunculan sistem persenjataan moden dan canggih seperti dron tempur, peluru berpandu jarak jauh, peperangan elektronik dan terkini teknologi kecerdasan buatan (AI).

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu atas soalan yang dikemukakan.

Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) sentiasa memantau perkembangan peperangan moden, khususnya melibatkan penggunaan dron tempur, peluru berpandu jarak jauh, peperangan elektronik (EW), serta teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Dalam hal ini, pembangunan keupayaan dan kesiapsiagaan ATM adalah berasaskan kepada hala tuju pertahanan negara yang telah digariskan melalui Kertas Putih Pertahanan

(KPP). Dan KPP menekankan transformasi ATM menjadi sebuah angkatan masa hadapan yang bersepadu, tangkas dan berfokus.

Dan komitmen pemodenan ATM ini dapat dilihat dalam dokumen Kertas Putih Pertahanan, Kajian Separuh Penggal KPP dan Strategi Ketenteraan Negara 2.0 yang menggariskan keperluan memperkukuhkan kesiapsiagaan pertahanan dalam aspek multi- domain termasuk ruang udara, maritim, daratan, siber dan juga angkasa.

Selaras dengan perkara ini juga, ATM telah melaksanakan beberapa perolehan aset baru seperti sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) ANKA-S yang meningkatkan keupayaan pemantauan dan pengumpulan maklumat risikan. Pada masa ini, ATM telah mempunyai keupayaan asas dalam peperangan elektronik (EW) dan dalam pertahanan udara jarak dekat untuk menghadapi ancaman udara tertentu.

Namun, perlu diakui bahawa masih wujud jurang kemampuan terutama dalam aspek pertahanan udara berlapis, jarak sederhana, Counter-Unmanned Aerial System (C-UAS), secara keseluruhan serta integrasi penuh AI dan juga automasi dalam sistem perintah dan juga kawalan (command and control). Dato’ Yang di-Pertua, pihak ATM telah mengambil langkah seperti berikut untuk memperkukuhkan lagi latihan kepakaran khusus dalam bidang EW, siber dan juga operasi dron. Mempertingkatkan lagi kawalan pangkalan dan aset strategik utama dengan teknologi pengesanan dan juga cegahan UAV dan menggiatkan lagi kerjasama dengan rakan strategik serantau dan juga di peringkat antarabangsa dalam mempertingkatkan lagi latihan bersama dan juga perkongsian teknologi serta kepakaran.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu kita sudah merangka dua pelan sama ada jangka pendek antara dua hingga lima tahun. Di mana kerajaan merancang untuk memperkukuhkan pertahanan udara bersepadu yang sepertimana yang saya sebutkan tadi.

Dan untuk jangka masa panjang, fokus akan diberikan kepada pembangunan keupayaan industri pertahanan tempatan dalam bidang dron, AI dan juga EW ini. Di mana Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa cabaran peperangan moden menuntut usaha pemodenan yang berterusan dan sokongan peruntukan kewangan adalah sesuatu yang konsisten, yang kita yakin bahawa melalui Kerajaan Malaysia MADANI ini, ia nya akan dapat kita pertingkatkan dan memenuhi keperluan bagi menjaga keselamatan dan juga kedaulatan negara kita. Itu sahaja jawapannya, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan saya, Dato’ Yang di-Pertua. Kekuatan pertahanan udara negara berhadapan dengan risiko yang tinggi jika interim measures, dengan izin tidak diambil dalam isu menangani combat aircraft capability gap ataupun jurang kemampuan jet pejuang, disebabkan oleh pembatalan pembelian jet pejuang Hornet F/A-18 dari Kuwait. Jurang ini mempunyai kesan langsung terhadap kekuatan pertahanan udara tanpa reinforcement, dengan izin bilangan jet pejuang yang mencukupi dan bersedia untuk combat.

Soalannya ialah, kenapakah pembelian jet pejuang Hornet F/A-18 dari Kuwait dibatalkan? Apakah pelan B Kementerian Pertahanan untuk memastikan kekuatan pertahanan udara Malaysia terjamin? Apakah pandangan Menteri Pertahanan berhubung dengan cadangan supaya negara Islam perlu ada pakatan pertahanan sepertimana yang disyorkan oleh Perdana Menteri Iraq dalam Sidang Kemuncak Antara Arab-Islam baru-baru ini? Sekian, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu terhadap soalan tambahan yang dikemukakan. Ingin saya sebutkan tentang pertahanan udara kita. Kita tahu bahawa kita di Kementerian Pertahanan ya, kita mempunyai beberapa kaedah untuk pastikan kesiapsiagaan pertahanan udara kita.

Yang pertama adalah kita perkara paling asas, adalah kita harus pastikan bahawa aset-aset yang sudah sedia ada boleh kita manfaatkan semaksimum mungkin. Antara perkara yang kita berikan keutamaan adalah tentang MRO (maintenance, repair, overhaul) kita. Untuk pastikan bahawa aset-aset yang sedia ada ini kita boleh tingkatkan supaya kesiapsiagaan itu dapat kita laksanakan.

Yang kedua adalah tentang sama ada pembelian ataupun— Terutamanya pembelianlah pesawat-pesawat sepertimana yang disebutkan tentang Kuwait itu pesawat yang sedia ada. Jadi, kita ada dua. Sama ada kita membeli pesawat-pesawat yang sedia ada, terpakai mahupun kita melengkapkan aset kita dengan pesawat-pesawat baru. Sebab itu kalau kita lihat di Kementerian Pertahanan ya, kita memang mempunyai perancangan dari segi kemampuan pertahanan udara kita sehingga tahun 2055.

Sebab itu kalau kita lihat dalam perancangan-perancangan kita itu memang antara perkara penting kita adalah guna tenaga kita, sumber manusia kita. Kadang-kadang ada aset

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

tapi guna tenaga tidak bersedia juga tidak mampu. Begitulah juga kalau kita ada guna tenaga, tapi aset kita juga tak ada. Tapi ini juga harus kita lihat. Sebab itu kita ada keseimbangan ini.

Sebab itu kita dalam negara melalui Kementerian Pertahanan, sepertimana yang disebut, walaupun kita membatalkan hasrat kita untuk mendapatkan pesawat terpakai itu, tapi kita dalam perancangan kita dengan pesawat yang sedia ada, kita akan tingkatkan penyelenggaraan supaya semua dapat dimaksimumkan.

Dan dalam masa yang sama, kita tahu bahawa kita sudah ada komitmen pembelian pesawat daripada Korea Selatan dan kita tahu bahawa kita dalam schedule itu untuk dapatkan pesawat-pesawat baru. Dan saya fikir itu tidak mengganggu pelan perancangan kita untuk pastikan bahawa pertahanan dan kawalan udara kita sentiasa berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang maksimum. Itu saja jawapannya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya, Timbalan Menteri.

Adakah kerajaan bercadang untuk memperkukuhkan industri pertahanan tempatan melalui program local content, dengan izin supaya kita tidak terlalu bergantung kepada pembekal luar negara dalam menghadapi ancaman berasaskan teknologi baru ini? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat atas persoalan yang dikemukakan.

Dato’ Yang di-Pertua, kita tahu bahawa langkah ke hadapan kita adalah bagi kita memastikan bahawa pertahanan kedaulatan negara kita ini sentiasa dapat kita jaga. Kita tak boleh lari daripada membangunkan industri pertahanan negara. Itu memang kita takkan boleh lari. Kerana kalau kita terlalu bergantung, ini memang kita akui, dia bukan sahaja melibatkan teknologi itu, tetapi sebenarnya dia juga melibatkan kos kita. Kadang-kadang kita mungkin boleh ada keupayaan kewangan, tapi sampai bila keupayaan itu mampu untuk kita menjaga keamanan negara kita. Sebab itu kita perlukan teknologi tempatan.

Sebab itu kalau kita lihat kita di Kementerian Pertahanan, kita memang sudah menubuhkan Majlis Industri Pertahanan Negara. Yang Berhormat Menteri sendiri yang mempengerusikan. Dan kita juga sudah memastikan bahawa industri pertahanan negara bukan sahaja melibatkan industri kita, tetapi bukan kita kumpulkan industri sahaja, tapi kita melibatkan universiti-universiti juga, pusat-pusat pengajian tinggi juga. Kerana kita tahu

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

bahawa industri pertahanan itu harus juga melibatkan beberapa perkara tentang kajian dan masa depan pertahanan negara.

Sebab itu macam tadi disebut oleh Batu Pahat ya, tahun lalu, kita sudah membangunkan kerjasama antara Kementerian Pertahanan melalui STRIDE, pusat penyelidikan kita dengan beberapa universiti bagi pembangunan dron juga. Kerana kita tahu bahawa di samping kita melihat dron yang sedia ada di pasaran itu, kita memang harus membangunkan industri pertahanan kita dan termasuk kalau kita lihat dalam konteks maritim kita. Kita tak nafikan bahawa Malaysia sebenarnya antara negara yang sudah ke hadapan dalam membangunkan industri pertahanan dari segi sektor maritim kita ataupun sektor laut kita, navy kita.

Sebab itu kalau kita lihat ada beberapa sektor memang sudah jauh ke hadapan, tetapi beberapa perkara yang melibatkan teknologi macam yang saya sebutkan tadi dron dan beberapa perkara tentang keperluan-keperluan aset baharu itu memang ke hadapan itu Malaysia harus memastikan bahawa kita juga punya industri pertahanan kita. Kerana itu adalah antara benteng paling penting kita untuk pastikan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara kita sentiasa dapat kita jaga. Itu saja jawapan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, soalan yang terakhir bagi sesi jawapan lisan. Saya mempersilakan Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan Sri Gading nombor 12.

draft • 11:50 AM

12. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan sejauh mana METMalaysia dan (JMG) telah melakukan kajian saintifik untuk mengesan punca berlakunya gegaran berulang di Segamat dan Batu Pahat serta adakah fenomena ini mempunyai kaitan dengan pergerakan sesar aktif. Daerah lain mana yang berisiko di masa hadapan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama METMalaysia, universiti tempatan dan agensi- agensi teknikal yang berkaitan, telah melaksanakan kajian bagi menghasilkan Peta Bahaya Seismik Malaysia yang telah diterbitkan pada tahun 2017. Peta bahaya seismik diguna pakai bagi tujuan reka bentuk struktur tahan gempa dalam mitigasi kejuruteraan dengan rujukan

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance – Part 1: General rules, seismic actions and rules for buildings oleh Jabatan Standard Malaysia.

Susulan kejadian gempa terkini di Segamat dan Batu Pahat, kementerian akan memperkukuh inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan berikut:

(i) pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia dengan mengambil kira maklumat-maklumat terkini seperti kejadian gempa bumi terkini, kewujudan sesar aktif, bahan geologi dan maklumat siasatan tanah;

(ii) keberluasan kajian pemetaan sesar aktif yang menilai bencana geologi gempa bumi ke negeri Johor;

(iii) perluasan peta bahaya seismik dalam reka bentuk bangunan tahan gempa.

Kejadian gempa bumi yang telah berlaku di Segamat dan Batu Pahat adalah satu proses pelarasan semula tenaga tektonik yang terkumpul dalam sesar-sesar kuno bagi menstabilkan semula kerak bumi. Dipengaruhi oleh lanjutan Zon Sesar Mersing iaitu sistem sesar utama di Johor timur. Justeru, berdasarkan data-data sedia ada dan data terbaharu, Segamat khususnya, dan Johor amnya masih berada dalam zon selamat.

Seterusnya, berhubung risiko gempa di daerah-daerah lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ancaman bencana geologi gempa bumi berlaku di zon-zon sesar yang wujud di seluruh Malaysia. Sehubungan itu, kejadian dan pematuhan secara berterusan akan dibuat di sepanjang zon-zon sesar ini bagi meningkatkan pencegahan dan kesiapsiagaan komuniti terhadap risiko bencana gempa bumi ini.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Berdasarkan kajian pemetaan sesar aktif JMG dan peta sismotektonik Malaysia, antara tong-tong sisa yang telah dikenal pasti yang terdedah kepada ancaman gempa bumi adalah di Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Seri Gading.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah menjawab dengan panjang lebar dan Alhamdulillah satu perkara yang berlaku luar daripada budaya ataupun pengalaman masyarakat Johor khususnya. Sebab gempa bumi dalam tempoh belum sampai dua bulan, untuk makluman Dato’ Speaker telah berlaku 10 kali. Tujuh kali di darat dan tiga kali di laut, dan magnitud yang agak tinggi ini 4.3 magnitud. Dan, ini satu perkara yang mungkin pada pandangan kita benda yang kecil. Tapi apakah — apa nama soalan saya, apakah sistem amaran awal yang perlu dibuat supaya

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

masyarakat dapat tahu kalau nak berlaku? Sebab ini kecil-kecil, andai kata berlaku besar, macam mana keadaannya? Yang pertama.

Yang kedua, apakah bentuk pendidikan untuk masyarakat alert ataupun bersedia seandainya berlaku gempa ini, apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu tidak dibuat? Sebab kadang-kadang bila kita tidak ada pendedahan ataupun tidak ada pengalaman dalam gempa bumi di Malaysia ini secara naturalnya, maka mungkin kita pun panik. Kita bimbang itu berlaku, maka dia akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada masyarakat sekiranya berlaku magnitud yang agak besar. Itu soalan saya. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. MET Malaysia dan JMG bekerjasama rapat dalam pemantauan aktiviti gempa bumi di negara ini. MET Malaysia melaksanakan pemasangan stesen seismik bagi menentukan pusat epicenter, magnitud, gegaran dan kedalaman manakala JMG menyokong melalui perkongsian data geologi tektonik seperti zon sisa aktif dan mekanisme gempa untuk memperkukuh ketepatan penentuan lokasi stesen seismik.

draft • 12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Bagi tujuan ini, MET Malaysia akan melaksanakan projek pemerkasaan perkhidmatan gempa bumi dan tsunami fasa 2 di bawah RMK13 Rolling Plan 1 yang merangkumi:

(i) pengukuhan sebanyak 12 buah stesen seismik di seluruh negara;

(ii) pembinaan dua stesen seismik baharu akan dibina di Segamat dan Muar, Johor; dan

(iii) menaik taraf empat buah stesen seismik sedia ada di Mersing, Johor Bahru, Batu Pahat dan Gelang Patah daripada jenis strong motion kepada weak motion di Johor. Langkah ini bertujuan meningkatkan keupayaan sistem dalam mengesan gempa bumi tempatan bermagnitud lemah.

Berhubung gegaran kecil dan bahaya serta gegaran kecil dikaitkan dengan gempa bumi berkekuatan magnitud 4.0 ke bawah kategori lemah. Berkemungkinan boleh menyebabkan retakan-retakan kecil yang tidak mendatangkan bahaya struktur bangunan.

JMG telah menguar-uarkan peta zon bencana seismik Malaysia bagi pengurusan bencana sebagai bantuan kepada masyarakat mengenai tindakan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu sekiranya berlaku kejadian gempa bumi.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Maklumat peta ini juga boleh digunakan oleh agensi responder dan pihak berkepentingan lain dalam perancangan dan pengoperasian tindak balas bencana geologi gempa bumi masing-masing. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Rompin.

draft • 12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Kajian METMalaysia dan JMG menunjukkan gegaran di Segamat dan Batu Pahat berpunca daripada pengaktifan semula sesar kuno tempatan khususnya sesar Mersing akibat tekanan tektonik serantau. Dan, untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, kawasan Rompin juga terlibat dengan gegaran ini iaitu di Selancar.

Soalan saya, apakah tahap magnitud gempa bumi maksimum yang boleh dijangka berlaku di Segamat dan Batu Pahat berdasarkan kajian METMalaysia dan JMG dan apakah garis panduan reka bentuk bangunan tahan gempa yang sedang atau akan dikuatkuasakan di kawasan berisiko? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Tahap magnitud gempa bumi maksimum yang boleh dijangka di Segamat dan Batu Pahat adalah pada skala sederhana berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh kumpulan kerja pakar seismometrik yang terdiri daripada agensi-agensi teknikal, akademia, penyelidik, dan badan profesional di bawah Jawatankuasa Tindakan Gempa Bumi yang diketuai oleh JMG.

Walaupun gempa bumi di Semenanjung Malaysia umumnya berskala lemah hingga sederhana, risiko tetap wujud terutama di kawasan yang berhampiran dengan jalur sesar seperti zon sesar Mersing dipengaruhi sifat geologi kawasan tersebut. Garis panduan yang digunakan bagi reka bentuk struktur tahan gempa dalam mitigasi kejuruteraan adalah Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of Structures for Earthquake Resistance yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di kesempatan ini saya menjemput semua Ahli-ahli Parlimen ke International Green Technology and Eco Protas Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2025, anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 15 hingga 17 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penerangan mengenai penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan seperti di nombor satu hingga tiga dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 7 Oktober 2025.”

draft • 12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 12:08 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Mohon menyokong.

draft • 12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya adalah usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:08 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG SEWA BELI 1967 (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Sewa Beli 1967 dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup [Datuk Armizan bin Mohd Ali]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang sama.

draft • 12:08 PM
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH P.M. 14(1)(ia)

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat tiga penerangan mengenai penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan yang akan dibuat iaitu pertamanya, Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi. Kedua, Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan dan ketiga, Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

draft • 12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Manis, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi memberi penerangan berkaitan penyata bertajuk Insiden Letupan Gas di Putra Heights.

Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi

draft • 12:10 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya berdiri pada hari ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi (IPK) untuk membuat penerangan penyata jawatankuasa kepada Dewan yang mulia ini berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights, Selangor yang berlaku pada 1 hari bulan April 2025.

Sebelum itu, saya ingin memperbetulkan typo di penyata jawatankuasa pada muka surat lima. Sepatutnya 1 hari bulan April, bukan 1 hari bulan Ogos.

Saya ingin memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang berada dalam jawatankuasa ini iaitu Yang Berhormat Klang selaku Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Ayer Itam, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Pasir Mas dan

draft • 12:10 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

ahli-ahli baharu adalah Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Padang Rengas.

Seperti yang semua Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada 1 hari bulan April 2025, kira-kira jam 8.07 pagi, satu insiden letupan dan kebakaran telah berlaku pada saluran paip gas utama milik Petronas Gas Berhad di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Selangor.

Satu bola api atau pun flame ball telah pun menjulang ke udara setinggi lebih kurang 30 meter.

Jumlah kebocoran keseluruhan gas dianggarkan sebanyak 369 juta kaki padu atau bersamaan dengan 535,000 tong gas asli 14 kilogram.

Letupan dan kebakaran ini telah mengakibatkan satu kawah besar terbentuk di ground zero, dengan izin, sebesar 80 meter panjang kali 70 meter lebar dan lapan meter dalam. Di samping itu, kawasan sekitar seluar 325 meter radius juga telah terkesan oleh letupan dan kebakaran gas tersebut. Api yang marak mencapai kepanasan melebihi 1,000 darjah celsius telah menjejaskan lebih 500 buah rumah, hampir 400 buah kenderaan serta lebih daripada 100 orang mangsa telah tercedera. Insiden letupan ini juga telah merosakkan dan menjejaskan satu daripada tiga saluran gas asli PETRONAS, dan insiden letupan dan kebakaran ini serta kesannya kepada pendudukan dan harta benda awam perlu diberi perhatian serius.

Dato’ Yang di-Pertua, pada 8 Ogos yang lalu, Jawatankuasa IPK telah mengadakan satu sesi libat urus yang telah dihadiri oleh pelbagai agensi terutama sekali yang terlibat dengan siasatan berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights. Antara agensi yang hadir termasuklah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau DOSH, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), PETRONAS Gas Berhad (PGB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Bandaraya Subang Jaya

(MBSJ) dan Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB).

Walau bagaimanapun, pada mesyuarat tersebut hanya empat agensi atau jabatan yang telah memberi taklimat laporan semasa libat urus berkenaan iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Polis Diraja Malaysia.

Jawatankuasa ingin memaklumkan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, PETRONAS Berhad serta syarikat-syarikat swasta yang telah menyumbang bantuan segera dengan jumlah melebihi RM10 juta kepada penduduk yang terkesan dengan insiden letupan ini termasuklah

draft • 12:10 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

penyediaan kediaman sementara, pampasan wang tunai, bantuan kenderaan serta berbagai sokongan logistik.

Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan laporan-laporan yang dibentangkan oleh agensi- agensi yang disebutkan di atas tadi, Jawatankuasa IPK mendapati bahawa siasatan-siasatan yang telah dilakukan oleh agensi-agensi tersebut adalah lengkap dan sangat terperinci dan telah mengambil kira semua aspek-aspek yang perlu. Laporan pelbagai agensi yang melakukan siasatan ke atas insiden ini telah mendapati punca insiden adalah seperti berikut:

(i) paip gas yang digunakan memenuhi spesifikasi tetapi gagal akibat muatan kitaran atau pun cyclic loading, dengan izin, ke atas paip gas tersebut;

(ii) persekitaran tanah yang tidak stabil dan mendapan tanah merupakan punca utama;

(iii) perubahan fizikal berlaku pada lapisan bawah permukaan tanah yang hilang daya tampungan disebabkan oleh pengumpulan air setempat;

(iv) aktiviti antropogenik telah mengubah topografi asal kawasan tersebut;

(v) geseran logam paip telah mencetuskan api dan menyebabkan letupan; dan

(vi) pihak PDRM telah mendapati tiada unsur sabotaj atau kecuaian yang dikenal pasti.

Dato’ Yang di-Pertua, setelah punca-punca insiden letupan ini dikenal pasti seperti di atas, pihak JKKP telah mengarahkan tindakan pencegahan dan kawalan dilakukan dengan segera oleh pihak yang terlibat, khususnya PETRONAS, seperti berikut:

(i) pengujian integriti ke atas semua injap sekat atau pun isolation valve, dengan izin;

(ii) penilaian dan analisa strain pergerakan talian paip melalui kaedah GeoPIG dan EML;

(iii) penilaian semula kajian Geohazard Risk Assessment;

(iv) membuat kerja penyelenggaraan, kawalan, pencegahan dan integriti sistem injap dan paip di sembilan kawasan berpenduduk kepadatan tinggi seperti Indera Mahkota, Tebrau, Jalan Masai, Seremban 2, Subang Jaya, Shah Alam, Putra Damai, Bandar Perai dan Kuala Muda;

(v) pemantauan tanah melalui satelit;

(vi) pengesanan rate of reduction alarm bagi tekanan gas dalam paip;

(vii) meningkatkan kekerapan pipeline patrolling ke atas paip gas;

draft • 12:10 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

(viii) memperkemaskan dan memperketatkan prosedur kelulusan pembangunan di kawasan right of way (ROW) kawasan paip;

(ix) meningkatkan latihan kesiapsiagaan pelan tindakan kecemasan;

(x) pemantauan masa nyata atau pun real time monitoring ke atas paip- paip gas; dan

(xi) menambah bilangan peranti pengesanan bagi tujuan pemantauan.

Dato’ Yang di-Pertua, setelah meneliti semua laporan-laporan dan tindakan pencegahan dan kawalan yang dikemukakan oleh berbagai agensi dan juga oleh JKKP, Jawatankuasa IPK juga mengesyorkan beberapa syor penting untuk diambil tindakan selain daripada apa yang telah dikemukakan oleh JKKP.

draft • 12:10 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Yang pertama, jawatankuasa mengesyorkan supaya diperkukuhkan pengawasan talian gas, paip gas melalui teknologi pemantauan satelit, GeoPIG dan Sistem Pengesanan Masa Nyata ataupun real-time monitoring di kawasan berisiko tinggi.

Yang kedua, memperketatkan prosedur kelulusan pembangunan berhampiran jajaran paip gas dengan mewajibkan penglibatan dan pandangan teknikal daripada JKKP, daripada JMG, daripada PGB dan pihak berkuasa berkaitan.

Syor yang ketiga, mewujudkan prosedur bantuan dan pampasan mangsa insiden infrastruktur kritikal yang jelas, telus dan konsisten termasuk mekanisme rayuan.

Yang keempat, menambah baik sistem amaran awal termasuk pemasangan siren di kawasan berpenduduk tinggi yang berdekatan dengan infrastruktur-infrastruktur yang kritikal.

Yang kelima, mempercepatkan usaha pemetaan geobencana ataupun Geohazard Mapping National melibatkan semua jajaran paip gas utama.

Yang keenam, menjalankan latihan kecemasan berkala ataupun emergency drill dengan izin bersama komuniti setempat, agensi penyelamat dan pihak industri.

Ketujuh, menubuhkan tabung bencana infrastruktur kritikal yang boleh digunakan segera untuk membantu — mangsa.

Yang kelapan, mengkaji semula perundangan sedia ada bagi memastikan aspek keselamatan infrastruktur kritikal diberi perlindungan perundangan yang lebih kukuh serta menutup sebarang jurang tanggungjawab undang-undang.

Yang kesembilan, memperkenalkan piawaian penyelenggaraan berkala yang lebih ketat untuk semua talian paip gas dan utiliti kritikal termasuk audit keselamatan bebas secara tahunan.

draft • 12:20 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Yang ke-10, menubuhkan mekanisme penyelarasan tetap antara agensi Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan syarikat utiliti bagi meningkatkan keberkesanan tindak balas serta mengelakkan pertindihan kuasa.

Yang ke-11, meningkatkan program kesedaran awam dan pendidikan komuniti di kawasan berhampiran infrastruktur kritikal agar penduduk mengetahui tanda-tanda risiko awal serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

Dato’ Yang di-Pertua, jawatankuasa berpandangan bahawa insiden ini merupakan amaran penting bahawa faktor alam sekitar, faktor teknikal dan pembangunan setempat perlu ditangani secara menyeluruh supaya insiden seperti ini tidak akan berulang lagi.

Baru-baru ini pada 20 September 2025, kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kebocoran saluran paip gas di tapak projek laluan ECRL. Namun, alhamdulillah tiada letupan berlaku pada ketika itu.

Justeru, Jawatankuasa IPK menekankan bahawa pelaksanaan syor-syor ini berserta dengan arahan kawalan dan pencegahan oleh JKKP amat kritikal demi menjamin keselamatan rakyat, mengukuhkan keyakinan terhadap keselamatan utiliti negara serta memastikan pembangunan negara tidak mengabaikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Sekian laporan daripada penyata jawatankuasa. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi ini dibuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberi pandangan.

Majlis menerima seramai tujuh orang Yang Berhormat yang akan membahaskannya.

Senarai itu adalah seperti berikut; Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Parit Buntar — Yang Berhormat Parit, maaf, Yang Berhormat Shah Alam.

Majlis membenarkan lima minit. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara Majlis. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong untuk memulakan.

draft • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Dato’ Speaker. Izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan penyata insiden letupan gas di Putra Heights.

Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa atas usaha untuk mendapatkan – taklimat berkenaan dengan insiden ini dan mengeluarkan, membentangkan penyata.

draft • 12:25 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Walaupun Putra Heights bukan berada di kawasan Parlimen Puchong, tetapi Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) di Parlimen Puchong turut terjejas oleh insiden ini kerana berada di sebelah Putra Heights.

Oleh itu, Puchong sangat menghargai usaha jawatankuasa dan saya mengalu-alukan semua cadangan syor JKP dan harap kerajaan boleh satu demi satu menerima dan melaksanakannya. Kadangkala jawatankuasa kita bentangkan banyak penyata dan banyak syor yang kita bentangkan, tetapi apa yang terjadi ialah kerajaan tidak memandang berat tentang syor-syor jawatankuasa.

Oleh itu, saya nak mengambil kesempatan ini untuk menggesa kerajaan supaya dengan insiden ini kita memandang berat insiden ini dan tengok satu persatu syor daripada jawatankuasa dan melaksanakannya.

Dengan — saya juga ada beberapa cadangan kepada jawatankuasa kerana untuk teruskan usaha mereka dalam insiden ini sebab insiden ini belum lagi habis sebab ada banyak untuk follow up. Ada beberapa taklimat susulan yang saya ingin cadangkan. Pertama, Puchong ingin cadangkan jawatankuasa untuk mendapatkan taklimat daripada agensi-agensi kerajaan berkenaan dengan status terkini kerja-kerja pemulihan yang diambil oleh kerajaan terutamanya status pembinaan semula dan pembaikan rumah.

Saya telah pun mendapat feedback daripada pemimpin tempatan di mana kerja-kerja pemulihan di KKSB adalah memuaskan, tetapi dari segi koordinasi dan komunikasi masih boleh diperbaiki. Sudah tentu di Putra Heights site walaupun saya tak ada apa-apa feedback daripada mereka sebab di kawasan yang lain, tetapi saya rasa mereka mungkin ada cabaran- cabaran tertentu dalam kerja-kerja pemulihan.

Oleh itu, satu taklimat daripada jawatankuasa follow-up untuk recovery ini sangat penting kerana ia mewujudkan satu sistem akauntabiliti di mana Parlimen ini bukan sahaja membuat penyata bagaimana sesuatu insiden berlaku, tetapi apakah follow-up untuk pemulihan untuk penduduk-penduduk tempatan?

Kedua, Puchong juga ingin cadangkan jawatankuasa untuk mendapatkan taklimat berkenaan dengan keselamatan seluruh rangkaian paip gas sepanjang 2,623 kilometer di Semenanjung Malaysia daripada PETRONAS Gas Berhad dan juga agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Saya sudah dengar tadi banyak syor, tetapi adakah ada satu pelan komprehensif untuk kita mengelakkan insiden seperti letupan gas Putra Heights daripada berlaku lagi? Ataupun jika dia berlaku macam mana kita mitigasikan apakah loss kita di insiden tersebut?

draft • 12:25 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Yang ketiga, Dato’ Speaker. Penilaian risiko geologi dan geoteknikal menjadi semakin penting untuk memastikan infrastruktur awam di Malaysia adalah selamat. Kita nampak bagaimana perubahan tanah sub permukaan mengakibatkan kes letupan Putra Heights.

Juga kita juga ingat lagi pemecahan paip pembetungan bawah tanah di sekitar Jalan Masjid India telah pun menyebabkan satu sinkhole yang besar dan menyebabkan tragedi seorang warga negara India terjatuh dan hilang di sinkhole di Kuala Lumpur. Ini adalah semua berkenaan dengan geologi dan geoteknikal tanah.

Dengan itu saya cadangan ketiga, Puchong bukan spesifik kepada insiden Putra Heights, tetapi kepada— lebih kepada infrastruktur awam dan juga premis swasta di Malaysia.

Saya cadangkan supaya jawatankuasa mendapatkan taklimat yang terperinci dengan Jabatan Mineral dan Geosains berkenaan dengan pelaburan kerajaan dalam equipment dengan izin dan juga sumber manusia bagi tujuan pemantauan dan penilaian risiko geologi kerana kita memang tahu bahawa ini adalah sangat penting bukan sahaja untuk keselamatan infrastruktur awam, tetapi juga untuk bangunan-bangunan swasta.

draft • 12:25 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Akhirnya, Puchong ingin cadangkan jawatankuasa untuk memanggil pihak PETRONAS Gas Berhad sebagai pemilik paip letupan gas ini. Puchong cadangkan JKP untuk explore bersama dengan pihak PGB sama ada mereka boleh menggunakan public liability insurance bagi jajaran paip gas untuk mendapatkan pampasan yang lebih banyak untuk penduduk-penduduk kita ataupun memberi bantuan tambahan untuk mangsa-mangsa tertentu yang lebih terjejas oleh letupan gas ini.

Dato’ Speaker, walaupun kerajaan negeri dan pusat serta masyarakat telah pun memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa, bagi sebahagian penduduk, bantuan itu tidak mencukupi untuk menampung kerugian kewangan fizikal dan mental yang dialami oleh mereka.

Sebab itu, saya bagi contoh di KKSB. Kerajaan melalui SPNB sedang membina rumah-rumah baru untuk mereka yang mengalami total loss. Dan setakat ini, progress adalah amat memuaskan. Tetapi, SPNB hanya membina satu rumah untuk satu lot rumah. Untuk pengetahuan Dato’ Speaker, KKSB adalah satu kampung tradisi Melayu di mana ada–– Ada contoh di mana satu lot tanah ada beberapa rumah yang mereka bina. Satu untuk pemilik, ada juga untuk keluarga-keluarga pemilik. Sebab anak sudah jadi besar, ada keluarga sendiri dia ada–– dia dalam lot tanah sendiri, membina satu lagi ataupun ada yang menjadi rumah-rumah sewa yang pemilik yang kadangkala yang kebanyakannya adalah pesara menggunakan sewa, rumah-rumah sewa ini untuk menjana pendapatan bagi mereka sebab

draft • 12:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

mereka sudah bersara. Ini adalah sumber pendapatan mereka yang satu-satunya sumber pendapatan mereka.

Contoh kedua yang saya boleh bagi adalah mereka yang mengalami kecederaan yang teruk. Kalau Dato’ Speaker, you melawat mangsa-mangsa ini, you sudah tentu tahu bahawa bukan sekadar kos perubatan sahaja, pampasan kos perubatan sahaja yang kita perlu beri.

Mereka mengalami bukan sahaja kecederaan fizikal tetapi the marks of the kecederaan, the injury ataupun alami the mental–– cabaran mental yang mereka hadapi adalah tidak setimpal dengan kos perubatan sahaja ataupun pampasan yang mereka terima.

Oleh itu, this injury actually change their life forever, dengan izin. Ini adalah contoh- contoh, sudah tentu ada contoh-contoh yang lain di mana ada mangsa yang lebih terjejas daripada mangsa-mangsa yang lain. Harapan saya ialah sama ada kita boleh explore dari segi PETRONAS memberi satu–– tengok sama ada kita boleh menggunakan public liability insurance untuk membayar lebih banyak ataupun memberi bantuan tambahan kepada golongan-golongan tertentu ini. Itu sahaja yang saya nak cadangkan dan saya sokong 100 peratus penyata jawatankuasa.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puchong dan silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kerana peluang untuk membahaskan penyata JKPK, insiden ngeri letupan Putra Heights, letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April 2025, musim raya puasa tahun ini. Alhamdulillah, saya secara peribadi sempat melawat dan melihat sendiri kemusnahan akibat tragedi kebocoran dan api marak yang melebihi 1,000 darjah celsius di Putra Heights yang menyebabkan kemusnahan harta, kediaman rumah, termasuk manusia yang terkesan dengan bahang terlalu panas dan sebab-sebab lain yang merekodkan 114 orang mangsa dan melibatkan Kampung Kuala Sungai Baru – 205 buah rumah, Taman Putra Harmoni – 306 buah rumah.

Apa yang disebutkan oleh Puchong tadi, saya melihat Yang di-Pertua di mana bumbung berlubang-lubang dihentam batu yang terbang daripada lokasi kebocoran disebabkan letupan paip gas dan juga kita difahamkan talian paip gas yang terlibat adalah sebahagian daripada rangkaian Peninsular Gas Utilization (PGU) sepanjang 2,623 kilometer bermula daripada Terengganu hingga ke Utara. Difahamkan juga tiga City Gate Stations Puchong, Batu 3 dan Meru, Meru ini dalam Kapar tau, telah ditutup secara berperingkat pada hari itu.

draft • 12:33 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Besar implikasinya, dengan izin, so extensive length of gas pipes dan boleh menjadi potensi tragedi, nauzubillah, jika tidak dicegah dari awal. Jadi, saya mohon kerajaan ambil serius syor daripada JKPK ini dan sentiasa menambah baik cara pemantauan pengurusan teknologi tinggi yang high precision dan early detection. Jadi, saya menyokong segala syor- syor yang telah disebutkan di dalam laporan ini.

Insiden letupan paip gas di Putra Heights ini bukan sekadar satu kemalangan terpencil, ia adalah cerminan kelemahan struktur dalam kawalan dan pemantauan infrastruktur kritikal negara. Jadi, laporan ini telah jelas mengenal pasti pelbagai kelemahan, daripada tahap kesiapsiagaan, pemantauan masa nyata hingga ke prosedur kelulusan pembangunan berhampiran laluan paip gas. Kita jangan fikir ekonomi semata-mata tapi Kapar mahu kerajaan melihat secara menyeluruh, holistik, short-term, long-term dan apa yang perlu dibuat untuk mencegah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Yang di-Pertua, saya melihat sendiri yang saya katakan tadi bumbung itu segala motosikalnya hancur, lembik, kipasnya berjuntai-juntai dan saya sempat berjumpa dengan nenek yang membawa cucunya berlari kerana bahang ini, bahang, bukan api, bahang ni terlalu panas daripada belakangnya, cari sungai, terjun ke sungai untuk lari daripada haba ni.

Jadi, kita perlu serius. Pre-empt apa yang boleh berlaku di dalam 2,623 kilometer pipelines tadi supaya ia nya tidak akan berlaku di skala besar seperti yang berlaku pada 1 April 2025.

Mengenai infrastruktur ini, Yang di-Pertua, saya nak kaitkan sedikit, sebab ini pun jawatankuasa yang sama. Saya setuju tadi dengan laporan ini mengenai insiden Putra Heights. Saya ada pengalaman, di Pulau Ketam, ada paip air SYABAS, bekalan air bersih daripada tanah besar ke pulau, dia lalu dasar laut. Dua kali, semasa saya jadi ADUN Selat Klang, dia terputus. Terputus, nak cari hujung paip ini, dalam murky water, dengan izin, sebab diver kita nak cari mana hujung paip ini nak dipertemukan, nak disambungkan, sebulan ambil masa, bulan puasa pula itu.

Jadi, saya baca Hansard daripada Pengerusi dengan apa yang telah ini, daripada muka surat 41 ke apa tadi, di mana di antara yang dikatakan, pergerakan paip termasuk yang depan welding dan sebagainya ialah ini disebabkan mendapan tanah. Persoalannya, persoalannya, kita tahu kita punya tanah ini mungkin tak stabil lima tahun yang lepas, 20 tahun lepas, 50 tahun yang lepas, 20 tahun akan datang mungkin tidak sama. Jadi, saya mengharapkan kerajaan ambil kira semua ini dan buat blueprint. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Puchong, kita kena merancang ada grand plan, apa yang ada dalam infrastruktur kita ini, supaya kosnya yang mencegah ini lebihlah menjimatkan daripada bila sesuatu insiden, sesuatu tragedi. Alhamdulillah, tak ada yang mati, tapi ramai juga yang sakit dan trauma, sampai sekarang pun masih trauma lagi.

draft • 12:33 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bayangkan berlari, ada yang kencing manis, ada yang OKU dan sebagainya, lari daripada haba, so kita tak naklah benda ini berlaku lagi.

Jadi, saya menyokong laporan ini dan saya mohon kerajaan bukan hanya membaca laporan ini tapi mengambilkan segala tindakan yang diperlukan supaya kita ini lebih selamat.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 12:33 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Alhamdulillah, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya turut berbahas dalam Penyata Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi berkaitan dengan insiden letupan gas di Putra Heights pada 1 April.

Jadi, saya melihat kejadian ini bukan kali yang pertama. Ia pernah berlaku di Lawas walaupun mungkin menyebabkan satu kematian warga Indonesia yang menjadi pemandu kepada jengkaut dan tiga orang yang melecur. Tetapi, kejadian yang berlaku di Putra Heights ini walaupun tidak menyebabkan kematian tetapi memberikan impak yang cukup besar kerana berlaku di kawasan yang berdekatan dengan perumahan dan juga kawasan kampung.

draft • 12:39 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya melihat adalah, bagaimana dengan insiden yang berlaku ini sebagai satu pengajaran untuk masa ke depan. Dan saya melihat daripada pembentangan laporan penyata ini tadi, beberapa syor-syor yang sangat baik. Sudah tentu, ia bukan — terutamanya, dikatakan oleh dua pembahas sebelum ini, sebagai bahan bacaan tetapi tindakan seterusnya selepas ini dalam kita menangani isu bencana dalam satu jawatankuasa yang lebih baik supaya kebajikan mereka yang terlibat dan juga ratifikasi-ratifikasi yang perlu dilakukan, ia menjadikan sesuatu impak yang lebih baik lagi.

Saya kira di Selangor juga memainkan peranan yang cukup penting. Dan saya berterima kasih pada Kerajaan Negeri Selangor, di mana semak dan imbang itu berlaku dengan baik di Dewan Undangan Negeri Selangor. Apabila secara— ya lah. Secara tidak langsung, satu desakan daripada pihak pembangkang supaya ia nya dibahaskan di dalam Dewan, yang pada mulanya mahu diberikan penerangan di luar daripada Dewan, tetapi akhirnya, ia dapat diberikan satu perbahasan, perbincangan yang cukup baik apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat membawa dalam penerangan di bawah Peraturan Tetap 13.1, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor 1965.

draft • 12:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Cuma, saya melihat daripada satu sudut, telah berlaku kelemahan demi kelemahan juga dapat dikenal pasti dan punca ia juga dapat dikenal pasti. Cuma, Alhamdulillah. Daripada perbincangan itu, akhirnya kita telah menuju — di Selangor telah mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk beberapa tujuan, melantik beberapa pakar-pakar bebas. Antaranya, untuk menyiasat punca sebenar letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights ini. Menilai sejauh mana prosedur operasi standard dipatuhi dalam kejadian tersebut dan mengemukakan cadangan dan langkah penambahbaikan keselamatan bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang serupa berlaku.

Ini baru sahaja diwujudkan, diberikan masa lebih kurang dalam sebulan atau dua bulan untuk dilaporkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan-tindakan seterusnya. Saya melihat selain daripada punca yang disebutkan tadi, harus dilihat juga oleh pihak-pihak, agensi-agensi yang tertentu ataupun pihak-pihak berkuasa yang ada autoritinya.

Termasuklah kalau di negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan, hatta KUSEL, Koridor Utiliti Selangor, yang memainkan peranan yang penting untuk melihat semua utiliti di negeri Selangor ini, memainkan peranan yang cukup untuk melihat apakah sebenarnya ataupun ada faktor-faktor aktiviti-aktiviti yang berlaku, yang akhirnya menyebabkan soal geologi dan juga soal struktur tanah, yang akhirnya menyebabkan letupan ini.

Sebab itu saya merasa ini adalah satu perkara yang sangat penting dan saya harapkan jawatankuasa yang akan dilantik ini akan memberikan satu keputusan yang terbaik untuk kita bergerak seterusnya selepas ini.

Kedua, saya nak melihat bahawa kebajikan-kebajikan yang sangat baik, yang telah disusun atur. Cuma, mungkin selepas ini apabila ada berlaku bencana seperti ini, soal kebajikan itu dapat diuruskan dengan sebaik mungkin dan dilihat secara menyeluruh.

Kejadian ini menjadikan satu trauma yang cukup besar, bukan sahaja kepada mereka-mereka yang dewasa, yang terlibat di dalam kejadian ini, tetapi juga kanak-kanak.

Saya berjumpa dengan satu keluarga, ada anaknya atau cucu yang masih kecil lagi, apabila disebutkan untuk balik ke rumah asal, mereka meraung, trauma yang tidak berkesudahan. Biasalah, bila ada kejadian seperti ini, acute traumatic reactivity itu berlaku daripada sudut psikologinya ataupun mental kepada anak-anak. Apa yang kita khuatirkan adalah masalah psikologi seterusnya. Mungkin boleh jadi post-traumatic disorder yang menyebabkan gangguan mental kepada mereka-mereka yang terlibat, terutamanya anak- anak ini.

Sebab itu saya melihat supaya ada satu bentuk daripada sudut kesihatan untuk melihat, adakah perkara-perkara ini berlaku kepada mangsa-mangsa kita? Terutamanya

draft • 12:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

kepada yang masih kecil dan juga orang dewasa, yang boleh dibuat satu kajian supaya kita boleh lagi bersiap sedia di masa akan datang.

Kemudian, saya nak melihat juga bagaimana — nak tahu juga status kepada pembangunan perumahan terutamanya. Kita dimaklumkan, Taman Putra Harmoni akan dibangunkan oleh Sime Darby yang dijangkakan selama dua tahun. Mungkin 2027 akan selesai. Tetapi di sebelah Kampung Kuala Sungai Baru yang kita dimaklumkan PNS — SPNB akan membangunkan bawah KPKT, yang dikatakan siap pada Oktober.

Jadi, kita nak dapat maklumat juga daripada kerajaan, sama ada pembangunan itu telah selesai dibangunkan rumah seperti – walaupun ada kekangan-kekangannya tetapi ini adalah satu perkara yang sangat penting.

Alhamdulillah, kerajaan negeri memberikan sumbangan untuk sewa rumah tetapi kalau ia berlarutan lebih daripada enam bulan, mungkin ia juga memberikan impak bukan sahaja kepada kerajaan negeri daripada sudut kewangannya, tetapi juga daripada sudut kelangsungan kehidupan kepada mereka-mereka ini.

Kemudian, saya melihat bahawa — yang penting juga adalah keterlibatan secara langsung apabila berlaku kejadian-kejadian ini, terutamanya agensi yang benar-benar bertanggungjawab. Contohnya, PETRONAS yang saya kira, sepatutnya dilibatkan daripada peringkat awal, memberikan maklumat-maklumat yang terperinci.

Saya melihat kalau daripada kenyataan media oleh Ketua Pegawai Eksekutif PGB yang memaklumkan bahawa segala apa yang telah dilakukan oleh PGB dalam pemasangan paip daripada peringkat awal reka bentuk sehinggalah operasinya, ia memenuhi piawaian standard.

Saya kira, seharusnyalah agensi-agensi yang seperti ini dilibatkan daripada peringkat awal kerana dalam kenyataan-kenyataan media itu, beliau mengatakan bahawa mereka ini tampil secara terbuka, seolah-olah tidak diterlibatkan daripada peringkat awal. Dan saya harapkan selepas ini, perkara yang telah disyorkan itu dapat diambil dengan sebaik mungkin dan keterlibatan agensi-agensi yang penting, ia harus juga dilibatkan daripada peringkat yang peringkat awal lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan juga Komunikasi yang telah mengambil inisiatif untuk menyediakan

draft • 12:47 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

penyata berkaitan dengan insiden letupan gas di Putra Heights ini. Tahniah kepada jawatankuasa.

Seperti yang kita maklum, laluan gas ini, gas pipe — paip gas yang pertama, yang telah ditanam di bawah tanah, yang pertama ialah pada tahun 1983. Waktu itu ialah daripada Ketir kepada Teluk Kalong. Selepas itu, kita lihat pada tahun 90-an, banyak paip bawah tanah gas ini telah dibina.

Jadi, sudah pasti lebih daripada 30 tahun paip-paip ini di bawah tanah dan memang kita perlu ambil berat tentang perkara ini, di mana seperti yang kita maklum, tempoh hayat paip ini adalah 30 tahun. Kalau pada tahun 90-an banyak telah ditanam, maka ini masalah yang paling kritikal, yang kita perlu ambil berat untuk kita ambil tindakan supaya insiden letupan gas Putra Heights ini tidak akan berulang lagi, ya.

Sebab kita lihat sepanjang 2,680 kilometer paip ini, yang sedia ada pada hari ini, bagaimana kita nak memastikan dia selamat dan supaya tidak berulang insiden tersebut, adalah tanggungjawab kita semua. Jadi, saya setuju dengan apa yang telah — syor-syor yang telah dikemukakan oleh agensi kerajaan dan juga syor-syor yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa pilihan khas ini.

Waktu ini, yang penting ialah bagaimana, ya – apakah mekanisme yang kita nak gunakan untuk memastikan semua syor-syor ini akan dilaksanakan. Jadi, di sini saya nak cadangkan supaya kita bentuk satu jawatankuasa khas, di mana kita menjemput pakar-pakar daripada swasta, daripada universiti supaya jawatankuasa khas ini dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk melaksanakan semua syor-syor yang dikemukakan oleh agensi dan juga jawatankuasa. Jawatankuasa ini perlulah bebas dan transparent.

Kita perlu ambil langkah untuk semak keselamatan 2,680 kilometer paip yang sedia ada dan juga apabila ada projek baharu, kita perlu adakan satu syarat yang lebih ketat supaya projek baharu tidak boleh diadakan di kawasan yang dekat dengan paip-paip ini.

draft • 12:47 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kenapa saya kata begitu, Timbalan Speaker? Sebab kita lihat laporan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia ya, di mana keputusan analisis mereka mengatakan bahawa secara keseluruhannya, kesan patah pada kimpalan adalah dalam bentuk tarikan berdasarkan ujian faktografi, ujian metalografi, ujian kekerasan dan juga tegangan serta analisis pemodelan struktur tanah, di mana telah berlaku pemendapan tanah sehingga 24.3 sentimeter dan berlaku pergerakan paip gas sehingga 15.9 sentimeter. Ini jelas menunjukkan bahawa paip gas mengalami pergerakan ketara dalam tanah sebelum kegagalan akhirnya berlaku.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ertinya, persoalan yang saya nak tanya kepada PETRONAS Gas. Mereka selalu mengatakan mereka menjalankan kawalan, ada buat semakan dari semasa ke semasa, tetapi kenapa bila ada pergerakan ketara sedemikian, tidak dikesan awal dan juga kita nak tahu kenapa pergerakan ini berlaku? Seperti dalam laporan yang kita dapat, sebenarnya di Putra Heights ini, tempat ini sebelum itu ialah ladang kelapa sawit, tanah mereka memang lembut.

Jadi, bagaimana waktu itu mereka boleh meluluskan tempat tersebut untuk menanam paip gas tersebut?

Saya risau sebab Timbalan Speaker, di kawasan saya ya, di Parlimen Kota Melaka, di kawasan saya Taman Merdeka. Sebelum itu beberapa tahun yang lepas, PETRONAS Gas juga menanam paip gas bawah tanah di kawasan tersebut dan kawasan tersebut merupakan salah satu kawasan perumahan dan juga perindustrian yang terbesar di negeri Melaka. Waktu itu penduduk, penghuni di sana bantah mereka nak menanam paip gas ini di kawasan tersebut dan waktu itu kita adakan perjumpaan dengan PETRONAS Gas. Waktu itu mereka memberikan jaminan bahawa dia kata itu adalah selamat, jangan risau jika ada bocor pun tak akan berlaku letupan. Tetapi, apa yang berlaku hari ini kita lihat letupan telah berlaku.

Jadi, bagaimana kita nak yakinkan supaya rakyat dapat hidup dengan tanpa ketakutan? Maka, saya minta supaya pihak kerajaan, pihak kementerian bekerjasama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas supaya kita laksanakan syor-syor yang kita kemukakan tersebut untuk memastikan semuanya dapat hidup dalam suasana yang selamat.

Akhir kata, kita dapat lihat mangsa di Putra Heights ini bukan saja mengalami kecederaan fizikal juga ya, masalah sakit mental dan juga mereka kehilangan harta dan juga aset mereka, rumah mereka. Jadi dalam bab ini, barangkali kementerian dan juga agensi- agensi yang berkaitan dapat membantu mereka secara keseluruhan sehinggalah menyelesaikan masalah mereka. Itu saja daripada saya, terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Selanjutnya, saya silakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 12:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan penyata Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung insiden letupan gas di Putra Heights.

Pertama kali, izinkan saya untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada semua mangsa dan keluarga yang terkesan dalam tragedi ini. Insiden ini dilaporkan tiada mengorbankan nyawa tetapi menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan dan ini wajar

draft • 12:54 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

dijadikan pengajaran kepada kita semua kerana saluran gas tetap masih ada dan beroperasi di negara kita ini untuk keperluan rakyat negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di Putra Heights adalah— *“Sesuatu yang tak disangka.

Sering kali mendatangi kita, Itukah suratan dalam kehidupan, Atau sekadar satu kebetulan, Kita asyik membicarakan...” [Menyanyi serangkap lagu]* Letupan gas di Putra Heights sahaja yang melibatkan panjang paip hanya 500 meter, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, bagaimana nasib 2,623 kilometer paip yang masih beroperasi sekarang ini? Apakah langkah-langkah penyelenggaraan berkala yang dilakukan?

Apakah kesedaran rakyat negara kita terhadap kebocoran-kebocoran yang baru hendak terjadi? Macam mana nak mengesan dan apakah tindakan pantas yang patut kita buat?

Tuan Yang di-Pertua, penyata JKPK ini telah mendedahkan beberapa kelemahan ketara dalam menguruskan keselamatan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang- undang berkaitan penggunaan gas terutamanya di bangunan komersial dan kawasan kediaman.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah kegagalan pemeriksaan berkala oleh pihak berkuasa dan pengendali premis. Ramai pemilik kedai dan restoran menggunakan gas dalam kuantiti yang besar tanpa pemantauan rapi, malah ada yang tidak tahu pun tentang tempoh sah pemeriksaan sistem paip dan injap keselamatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh saranan JKPK agar diwujudkan satu sistem pensijilan keselamatan gas nasional di mana hanya juruteknik bertauliah boleh mengesahkan pemasangan dan penyelenggaraan gas. Lesen operasi perniagaan hendaklah digantung kepada sijil keselamatan ini. Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mesti memainkan peranan yang lebih aktif dan tidak sekadar menyerahkan tanggungjawab kepada agensi pusat. Koordinasi antara PBT, bomba, JKKP dan Suruhanjaya Tenaga perlu diperhalusi supaya tindakan kecemasan dapat dilaksanakan dengan cepat dan tersusun sepertimana yang saya katakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak boleh memandang ringan aspek kesedaran awam.

Ramai pengguna tidak tahu tanda-tanda awal kebocoran gas atau langkah pertama ketika berlaku letupan kecil. Saya mencadangkan agar kempen keselamatan gas komuniti dijalankan secara berterusan di peringkat taman perumahan dan sekolah dengan kerjasama NGO serta syarikat pembekal gas.

Dalam jangka panjang, kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan sensor gas pintar dan sistem penggera automatik di bangunan baharu, khususnya di kawasan padat

draft • 12:54 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

penduduk. Saya turut mencadangkan agar setiap bangunan komersial diwajibkan mempunyai pelan tindakan kecemasan gas dan latihan kecemasan diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, undang-undang seperti Akta Bekalan Gas 1993 perlu diperkukuh agar hukuman terhadap kecuaian yang menyebabkan kehilangan nyawa benar- benar memberi kesan pencegahan. Insiden Putra Heights bukan sekadar satu tragedi. Ia adalah amaran keras bahawa nyawa manusia tidak boleh dikompromi atas alasan kelalaian atau kekangan kos.

Maka, marilah kita pastikan penyata JKPK ini diterjemah kepada tindakan sebenar, bukan sekadar catatan di Hansard. Saya menyokong saranan Puchong tadi supaya rumah yang terlibat dengan insiden ini diberikan peruntukan khas bukan hanya untuk satu unit untuk satu lot tanah tetapi bergantung kepada bilangan rumah yang terlibat untuk meringankan beban rakyat. Saya menyokong laporan ini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Juga terima kasih Yang Berhormat Sabah Bernam. Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Shah Alam akan membahas pada jam 2.30 petang. Dengan itu, ditangguh mesyuarat ini ke jam 2.30 petang.

draft • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat petang. Baiklah, kita akan meneruskan dengan sesi penerangan JKPK. Saya percaya tadi kita berhenti dengan Yang Berhormat Sabak Bernam.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Parit untuk membahaskan sesi ini. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Insiden letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini amat menyayat hati dan membangkitkan keresahan rakyat. Ia bukan sekadar kemalangan tetapi satu peringatan keras bahawa sistem pemantauan keselamatan infrastruktur kritikal di negara ini masih mempunyai ruang kelemahan yang besar.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sudah sampai ke tahap di mana keselamatan awam tidak boleh lagi disandarkan kepada prosedur lama atau pemantauan manual. Kita berdepan dengan jaringan paip gas bawah tanah yang merentasi kawasan perumahan, industri komersial, iaitu satu ekosistem kompleks yang menuntut pendekatan keselamatan bertaraf dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan untuk memperkukuhkan pemantauan menggunakan teknologi satelit dan sistem pengesanan masa nyata, tetapi saya ingin menambah bahawa data tersebut mesti disatukan dalam satu pusat kawalan nasional.

Pada masa ini, data disimpan berasingan oleh syarikat utiliti dan agensi kerajaan. Apabila berlaku kecemasan, maklumat tidak sampai tepat pada waktunya. Saya mencadangkan supaya pusat kawalan infrastruktur kritikal nasional ditubuhkan untuk menyelaras semua maklumat pemantauan paip gas, elektrik, air dan komunikasi.

Kedua, berhubung prosedur pembangunan berhampiran jajaran paip gas. Kita perlu melangkaui lebih dari sekadar kelulusan teknikal. Saya mencadangkan supaya setiap pelan pembangunan yang melibatkan laluan infrastruktur bawah tanah mesti disertai sijil impak keselamatan infrastruktur sama seperti EIA untuk alam sekitar. Ia akan memastikan pemaju tidak hanya menilai keuntungan projek, tetapi turut mengambil kira risiko kepada keselamatan awam.

Ketiga, mengenai pampasan kepada mangsa. Saya ingin menyarankan supaya diwujudkan skim perlindungan awam nasional yang dibiayai melalui levi kecil daripada operator utiliti. Jangan bergantung kepada tabung bencana semata-mata. Bila ada levi khas, tanggungjawab sosial korporat menjadi automatik, bukan bergantung kepada belas ihsan semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal sistem amaran awal. Kita sering bercakap tentang siren atau hebahan SMS, tetapi rakyat jarang tahu apa yang perlu dilakukan selepas amaran dibunyikan. Maka, saya mencadangkan supaya sistem latihan komuniti diperluas ke tahap pendidikan asas keselamatan awam di sekolah lagi, bukan sekadar latihan kebakaran, tetapi juga latihan menghadapi kebocoran gas, tumpahan bahan kimia dan ancaman infrastruktur lain.

Dalam soal pemetaan geobencana pula, saya berpandangan ia mesti digabungkan dengan data perancangan bandar. Banyak kawasan yang dibangunkan hari ini tanpa mengambil kira pergerakan tanah dan tekanan bawah permukaan. Maka JMG atau Jabatan Mineral dan Galian perlu mempunyai kuasa mandatori dalam kelulusan pelan struktur negeri supaya peta risiko benar-benar diambil kira dalam keputusan pembangunan.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Tuan Yang di-Pertua, saya turut melihat perlunya ada satu pelan audit keselamatan tahunan yang bebas daripada semua infrastruktur utiliti utama. Bukan hanya oleh operator, tetapi oleh auditor ketiga yang dilantik oleh kerajaan. Ini untuk memastikan tidak ada konflik kepentingan antara penyelenggara dan pengawal selia. Saya juga ingin mencadangkan supaya kita menggubal akta keselamatan infrastruktur kritikal nasional yang bukan sahaja menetapkan piawaian teknikal, tetapi juga bertanggungjawab dari segi undang-undang secara jelas apabila berlakunya kecuaian. Tanggungjawab undang-undang secara jelas apabila berlakunya kecuaian. Di sinilah kelemahan terbesar kita sekarang, tanggungjawab sering bertukar tangan antara agensi dan syarikat.

Akhir sekali, saya berpandangan bahawa tragedi seperti Putra Heights ini mesti menjadi titik tolak untuk membina budaya keselamatan nasional, bukan reaksi sementara sahaja. Rakyat perlu dididik, agensi perlu diselaraskan dan undang-undang mesti tegas.

Tuan Yang di-Pertua, keselamatan infrastruktur bukan isu teknikal semata-mata. Ia soal kehidupan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Apabila rakyat keluar dari rumah dengan rasa cemas terhadap apa yang berada di bawah tanah mereka, itu tandanya ada sesuatu yang salah pada sistem kita.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memuji langkah Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi yang dipengerusikan oleh sahabat saya, YB Tanjong Manis dan ahli-ahli jawatankuasanya yang terdiri daripada blok kerajaan dan pembangkang di mana mereka sentiasa cakna menilai keselamatan infrastruktur yakni infrastruktur kritikal negara seperti insiden ini dan saya berharap mereka terus melakukan kerja mulia ini. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 2:33 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit.

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Shah Alam. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut membahaskan penyata Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi (IPK) mengenai insiden letupan gas di Putra Heights berkenaan dengan kejadian berlaku baru-baru ini.

Saya menyambut baik usaha jawatankuasa IPK mengangkat isu ini kerana ia merupakan satu perkara yang sangat penting, besar bagi negara, industri dan juga orang ramai. Tahniah dan syabas kepada ahli-ahli jawatankuasa.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan pandangan saya berdasarkan sedikit pengalaman. Tak banyak, Dato’ Speaker, lebih dua dekad sahaja dalam

draft • 2:38 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

industri pembuatan dan juga pembinaan termasuk penglibatan dalam sektor petrokimia, satu industri yang terkenal dengan standard ataupun piawaian keselamatan yang sangat ketat dan terperinci. Dalam industri ini, kemalangan adalah sesuatu yang jarang berlaku kerana piawaian pelan kesihatan dan keselamatan yang tinggi, setiap prosedur, peralatan dan setiap tindakan kawalan dengan disiplin yang sangat ketat. Namun apabila kemalangan berlaku, ia boleh mengundang malapetaka yang sangat besar. Kesannya, lazimnya besar, meluas dan sering melibatkan kehilangan nyawa.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks insiden di Putra Heights, kita bersyukur kerana meskipun letupan tersebut besar dan menggegarkan kawasan kediaman berhampiran, tetapi pada saya ia merupakan suatu rahmat. It is a blessing in disguise kerana tiada kehilangan nyawa yang berlaku. Namun pada yang sama, ia merupakan satu amaran dan panggilan untuk kita semua, it is a wake-up call.

draft • 2:38 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kita tidak boleh memandang ringan implikasi insiden seperti ini kerana ia menandakan bahawa sistem pemantauan, penyelenggaraan dan komunikasi antara pihak berkuasa, pemain industri dan juga operator serta komuniti sekitar perlu dikaji semula dengan serius.

Tiba masanya kita menilai semula keselamatan jaringan paip yang melalui kawasan-kawasan kediaman, komersial dan juga industri.

Saya telah meneliti syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa IPK dan ingin memberikan beberapa penekanan. Dalam masa yang sama, saya bersetuju dengan keseluruhan syor yang dikemukakan.

Yang pertamanya, satu semakan menyeluruh ke atas semua peta rangkaian paip gas negara termasuk umur, tahap tekanan, jarak yang selamat dengan kawasan penempatan perlu diberikan kepada pihak berkuasa tempatan yang mengadakan perancangan bagi sesuatu bandar yang lebih selamat kerana design, jarak dengan kediaman dan sebagainya itu dia bergantung kepada klasifikasi paip, reka bentuk dan semua standard yang digunakan.

Sebab itulah pihak berkuasa tempatan mesti mengetahui hal ini.

Yang keduanya, yang penting ialah mesti diwujudkan pelan kecemasan komuniti ataupun community emergency preparedness plan bersama PETRONAS, bomba dan pihak keselamatan, PBT dan penduduk tempatan supaya diadakan latihan berkala di kawasan- kawasan jajaran yang mana kawasan ini terjejas ataupun sangat berhampiran dengan kedudukan jaringan paip gas ini. Saya mahu mendapat kepastian daripada Jawatankuasa IPK supaya mendapatkan pelan kecemasan komuniti ini tersedia supaya kita boleh menyediakan pelan mitigasi sekiranya kemalangan ini berlaku.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menekankan pentingnya penyelarasan antara agensi PETRONAS Gas, Suruhanjaya Tenaga, bomba, DOSH, PBT dan JKR agar tiada pertindihan tanggungjawab apabila insiden berlaku. Rakyat tidak boleh melihat pihak-pihak ini saling menuding jari. Mereka mahu melihat penyelesaian dan jaminan keselamatan.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Gombak yang telah berjaya mengetuai dan menangani krisis ini dengan baik, lancar, hasil daripada kerjasama semua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor, pemain industri khususnya PETRONAS, pihak swasta dan NGO dan semua pihak yang terlibat langsung ataupun tidak langsung. Insiden di Putra Heights ini harus dijadikan pelajaran nasional, bukan sekadar laporan siasatan. Biarlah tragedi ini menjadi pemangkin kepada standard keselamatan yang lebih tinggi dan boleh meyakinkan semua pihak awam dan juga orang ramai.

Akhir kata, saya menyeru agar semua langkah penambahbaikan ini diambil secara menyeluruh dan bersepadu. Bukan hanya untuk kawasan Putra Heights, tetapi di seluruh negara di mana paip gas utama melintasi kawasan-kawasan kediaman termasuklah kawasan kediaman saya, Tuan Yang di-Pertua iaitu di Bukit Bandar Raya, Shah Alam. Memang ramai daripada jiran-jiran saya juga bertanyakan adakah kawasan kita ini selamat. Saya kata kawasan kita ini selamat jika tidak berlaku letupan, itulah jawapan saya, tetapi yang lebih pentingnya rakyat, masyarakat terutama yang tinggal berhampiran dengan jaringan ini mestilah diberikan pendidikan, mesti ada drill, evacuation, fire dan juga evacuation supaya mereka bersedia kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.

Akhirnya saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada Jawatankuasa IPK di atas usaha untuk membangkitkan dan mencari jalan penyelesaian supaya insiden seperti ini dapat ditangani dengan baik dengan semua pihak yang terlibat. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Itu saja pembahas-pembahas yang ada dengan saya.

Saya kini menjemput Yang Berhormat Klang sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Klang.

draft • 2:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai penggulungan kepada penerangan Pengerusi pada hari ini, izinkan saya menegaskan semula bahawa insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April 2025 bukan saja satu tragedi kecil, tetapi juga satu peringatan besar tentang keperluan kita memastikan keselamatan infrastruktur kritikal negara berada pada tahap tertinggi. Maka sebenarnya saya setuju kepada

draft • 2:45 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

banyak cadangan dan juga input daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi sekalian. Isu yang telah jawatankuasa ini meneliti dari aspek teknikal, alam sekitar, pembangunan setempat serta pengurusan kecemasan bukanlah soal teknikal semata-matanya. Ia menyentuh beberapa perkara asas yang sangat dekat dengan kehidupan rakyat dan keselamatan negara.

Pertama, keselamatan dan nyawa rakyat. Letupan yang berlaku mengakibatkan lebih 100 orang cedera, ratusan rumah dan kenderaan musnah, serta trauma yang mendalam kepada seluruh komuniti Putra Heights. Ia mengingatkan kita bahawa satu kelemahan kecil dalam infrastruktur kritikal boleh membawa padah yang amat besar dan meragut nyawa, memusnahkan harta benda dan menggugat rasa selamat di kediaman sendiri.

Kedua, keyakinan umum terhadap sistem utiliti negara. Paip gas bukan saja membekalkan tenaga kepada ribuan isi rumah dan industri, malah ia adalah nadi kepada ekonomi negara. Sekiranya rakyat hilang keyakinan terhadap keselamatan utiliti asas seperti gas, elektrik dan air, maka ia akan menjejaskan kepercayaan mereka terhadap kerajaan dan institusi negara. Keyakinan ini sukar dibina, tetapi boleh runtuh dalam sekelip mata apabila berlaku tragedi seperti Putra Heights.

Ketiga, tanggungjawab kerajaan serta semua pihak berkepentingan. Pembangunan negara perlu bergerak seiring dengan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kita tidak boleh membiarkan infrastruktur dibina hanya untuk mengejar pertumbuhan ekonomi semata- mata, tetapi mengabaikan risiko kepada masyarakat. Insiden ini menjadi amaran jelas bahawa faktor geologi teknikal dan perancangan bandar perlu diambil kira secara menyeluruh agar pembangunan tidak menggadaikan keselamatan rakyat.

Keempat, daya tahanan infrastruktur kritikal. Insiden ini membuktikan bahawa infrastruktur utama negara perlu direka bentuk, diselenggara dan dipantau agar mampu menampung cabaran cuaca ekstrem, mendapan tanah serta tekanan penggunaan yang semakin meningkat.

Kelima, kesiapsiagaan pihak berkuasa. Letupan ini menunjukkan betapa pentingnya keberkesanan sistem amaran awal, koordinasi agensi keselamatan dan tindak balas kecemasan yang pantas bagi menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kerugian harta benda.

Keenam, perlindungan komuniti setempat. Penduduk sekitar kawasan infrastruktur kritikal tidak boleh dibiarkan terdedah tanpa maklumat jelas, tanpa pelan pemindahan dan tanpa jaminan sokongan segera sekiranya berlaku insiden kecemasan.

Ketujuh, kepentingan komunikasi yang telus. Dalam sebarang krisis, rakyat berhak mendapat maklumat tepat, pantas dan telus agar tidak timbul panik atau kekeliruan.

draft • 2:45 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Kepercayaan rakyat hanya boleh dipupuk apabila kerajaan dan agensi bertindak dengan penuh keterbukaan.

Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa berpandangan bahawa insiden ini telah membuka mata kita semua tentang kelemahan yang wujud dalam aspek pemantauan, penguatkuasaan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana. Apa yang berlaku di Putra Heights bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu isyarat jelas bahawa kita perlu lebih berhati-hati dalam pembangunan infrastruktur yang menyentuh kehidupan seharian rakyat.

Sehubungan itu, saya menyeru agar Dewan yang mulia ini memberikan perhatian serius terhadap hasil penelitian jawatankuasa. Kita tidak boleh membiarkan insiden sebegini berulang kerana implikasinya bukan sahaja kepada mangsa, tetapi juga kepada keyakinan rakyat dan kestabilan negara.

draft • 2:45 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Segala cadangan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian akan diambil kira oleh jawatankuasa. Juga akan memanjangkan kepada pihak yang berwajib dan jabatan dan juga kementerian untuk tindakan seterusnya.

Dengan ini, saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa, kementerian, jabatan teknikal, Kerajaan Negeri Selangor, pihak industri serta agensi keselamatan yang telah memberikan input bernilai kepada jawatankuasa. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Baiklah, kita selesai dengan penerangan yang pertama.

Seterusnya, saya meminta Yang Berhormat Kuala Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, akan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk, “Potensi dan Hala Tuju Air Bawah Tanah di Malaysia.” Silakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Al-Anbiya’ ayat 30, yang bermaksud, “Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup.” Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan telah membentangkan penyata jawatankuasa berhubung potensi dan hala tuju air bawah tanah di Malaysia DR2025 di Dewan Rakyat pada 27 Ogos 2025.

draft • 2:51 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jawatankuasa ini telah mengadakan satu seminar pada 17 Jun 2025 bagi membincangkan potensi, cabaran dan strategi pembangunan air bawah tanah sebagai sumber alternatif bagi kegunaan domestik, industri dan pertanian di Malaysia. Dengan menghimpunkan pakar, pembuat dasar dan pihak berkepentingan, seminar ini diharapkan dapat merangka pelan tindakan ke arah penggunaan air bawah tanah yang lebih sistematik dan mampan.

Malaysia bersama kementerian, jabatan, agensi dan pihak industri seperti yang berikut:

(i) Parlimen Malaysia;

(ii) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA);

(iii) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES);

(iv) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);

(v) Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM);

(vi) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG);

(vii) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA);

(viii) Agensi Nuklear Malaysia;

(ix) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS);

(x) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); dan

(xi) Japan Water Forum.

Selain itu, beberapa buah agensi seperti JMG, NAHRIM, MYSA, Agensi Nuklear Malaysia dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut mempamerkan hasil kajian inovasi teknologi dan perkhidmatan yang ditawarkan di ruang pameran masing-masing.

Satu taklimat juga telah dijalankan pada 9 Julai 2025 bagi membincangkan berkenaan potensi dan hala tuju air bawah tanah di Malaysia bersama kementerian-kementerian, jabatan dan agensi. Antara yang terlibat adalah daripada PETRA, NRES, MOSTI, NAHRIM, JMG dan juga MYSA.

Melalui sesi mesyuarat dan libat urus yang diadakan, jawatankuasa telah meneliti dan mengkaji isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat dan seminar. Fokus utama meliputi aspek pengurusan dan pemantapan sumber air bawah tanah, teknologi dan inovasi dan tadbir urus serta perancangan strategik. Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut yang pertamanya berkaitan dengan pengurusan dan pemantapan sumber air bawah tanah.

Pengurusan sumber air di Malaysia berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran yang semakin kompleks. Antara cabaran utama termasuklah kekurangan bekalan air, tekanan akibat pembangunan pesat, tadbir urus yang tidak bersepadu, risiko keselamatan sumber air serta kesan perubahan iklim.

draft • 2:51 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kesan perubahan iklim turut merangkumi pengurangan hujan tahunan sehingga 22 peratus yang berpotensi menyebabkan kemarau berpanjangan serta menjejaskan bekalan air dan sektor pertanian. Terdapat kes bekalan air pertanian disekat untuk mencukupkan keperluan air penduduk. Permintaan air di Semenanjung Malaysia dijangka terus meningkat menjelang tahun 2030 hingga 2050, terutamanya dalam sektor-sektor pengairan, industri dan domestik.

Oleh itu, cabaran-cabaran ini memerlukan pendekatan holistik dan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kelestarian sumber air negara dapat dipelihara. Jawatankuasa telah mengemukakan tiga syor bagi pengurusan dan pemantapan sumber air bawah tanah di Malaysia iaitu lah yang pertama, jawatankuasa mengesyorkan PETRA memanfaatkan penggunaan air bawah tanah secara conjunctive bersama air permukaan bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air dan menjamin keselamatan sumber air negara.

Yang kedua, jawatankuasa mengesyorkan PETRA menjadikan air bawah tanah sebagai sumber bekalan strategik negara khususnya sebagai simpanan jangka panjang yang boleh diaktifkan semasa musim kemarau atau situasi kecemasan bekalan air.

Yang ketiga, jawatankuasa mengesyorkan NRES menyelaras dan menggubal semula undang-undang dan peraturan berkaitan air bawah tanah dengan memberikan penekanan kepada perlindungan zon imbuhan aquifer sebagai langkah penting dalam menjamin kelestarian sumber air bawah tanah.

Berkaitan dengan teknologi dan inovasi. Teknologi dan inovasi berkaitan air bawah tanah berpotensi besar untuk dimanfaatkan sebagai salah satu sumber bekalan air alternatif negara. Seiring dengan cabaran perubahan iklim dan peningkatan permintaan air, pemerkasaan, penyelidikan, pembangunan dan penerapan teknologi baharu dalam pengurusan air bawah tanah amat penting untuk menjamin kelestarian sumber ini.

Penetapan hala tuju yang jelas akan membantu Malaysia memaksimumkan potensi air bawah tanah secara mampan, mengukuhkan keselamatan air negara dan menyokong agenda pembangunan hijau.

Transformasi digital di dalam pengurusan air melibatkan proses pendigitalan dan digitalisasi teknologi melalui penggunaan Internet of Things (IoT) sensors, Kecerdasan Buatan (AI), Analitik Data Raya, Geographic Information System (GIS), remote sensing, Digital Twin, blockchain dan cloud computing. Transformasi digital menggunakan AI, data besar dan simulasi digital membantu di dalam pemantauan, ramalan dan pengurusan air secara lebih cekap dan proaktif.

Jawatankuasa telah mengemukakan dua syor bagi teknologi dan inovasi. Antaranya ialah yang pertama, jawatankuasa mengesyorkan PETRA dengan kerjasama NRES dan

draft • 2:51 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

MOSTI mengaplikasikan teknologi canggih seperti pemetaan 4D, Internet of Things, Artificial Intelligence, Digital Twin dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) secara bersepadu di dalam pengurusan pemantauan dan pembangunan sumber air bawah tanah.

Yang kedua, jawatankuasa mengesyorkan amalan pengurusan air bawah tanah di negara Belanda seperti Managed Aquifer Recharge and Storage (MARS), pembangunan dasar, penggunaan sumber air bukan konvensional serta penghasilan tenaga daripada air bawah tanah dijadikan sebagai rujukan untuk mentransformasi dan mengarusperdanakan penggunaan sumber ini secara menyeluruh di Malaysia.

Secara keseluruhan, syor ini bertujuan memastikan teknologi digunakan secara maksimum dan strategik agar pengurusan air bawah tanah lebih efisien, telus, lestari dan berdaya tahan terhadap cabaran masa hadapan. Berkaitan dengan tadbir urus dan perancangan strategik, tadbir urus dan perancangan strategik yang berkesan merupakan asas penting kepada kejayaan sesuatu dasar atau program pembangunan negara.

Dalam menghadapi cabaran semasa seperti perubahan iklim, peningkatan permintaan sumber dan keperluan pembangunan mampan, keupayaan kita memperkukuhkan sistem tadbir urus serta merangka perancangan strategik yang holistik dan bersepadu akan menentukan keberkesanan pelaksanaan inisiatif. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan ketelusan dan akauntabiliti malah menjamin keberhasilan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Jawatankuasa telah mengemukakan tiga syor bagi tadbir urus dan perancangan strategik iaitu lah yang pertama, jawatankuasa mengesyorkan kerjasama strategik bagi penyelarasan dasar dan tadbir urus yang lebih mantap dapat dijalinkan antara PETRA dan NRES bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan memperkukuhkan pengurusan air bawah tanah secara menyeluruh.

Yang kedua, jawatankuasa mengesyorkan NRES dengan kerjasama MOSTI dan MYSA membangunkan satu inventori dan pangkalan data berpusat mengenai air bawah tanah bagi menyokong proses perancangan dasar, penguatkuasaan dan pelaksanaan projek yang berkaitan dan yang ketiga, jawatankuasa mengesyorkan PETRA dengan kerjasama NRES dan MOSTI memastikan pembangunan berkaitan air bawah tanah dilaksanakan secara berfasa berdasarkan keutamaan peruntukan dan ketersediaan inovasi bagi memastikan pelaksanaan yang lebih strategik dan mampan.

Kerjasama strategik antara PETRA, NRES, MOSTI dan MYSA perlu diperkukuhkan bagi menyelaraskan dasar membangunkan pangkalan data berpusat serta melaksanakan pembangunan sumber air bawah tanah secara berfasa mengikut keutamaan peruntukan dan ketersediaan inovasi agar pengurusan lebih tersusun, berkesan dan mampan.

draft • 2:51 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Oleh yang demikian, sekian sahaja penerangan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan bagi Penyata Potensi dan Hala Tuju Air Bawah Tanah di Malaysia.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, perbahasan ini akan digulung oleh Ahli Parlimen Padang Serai, Yang Berhormat Dato' Azman bin Nasrudin. Terima kasih.

Assalamualaikum.

draft • 3:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

Saya ada senarai pembahas. Setiap pembahas akan diberikan lima minit. Ada lima orang pembahas. Pertamanya ialah Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Machang, dan yang terakhir Yang Berhormat Mersing.

Saya jemput Yang Berhormat Bakri. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Laporan Potensi dan Hala Tuju Air Bawah Tanah di Malaysia yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu persoalan. Adakah negara kita sekarang ini berdepan dengan krisis kekurangan air mentah atau sebenarnya kita berhadapan dengan satu krisis ataupun masalah tadbir urus air permukaan? Kita perlu jawab soalan ini sebelum kita masuk lebih mendalam untuk menerokai kemungkinan atau kebolehlaksanaan kita menggunakan air bawah tanah sebagai salah satu sumber air yang digunakan atau dirawat untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, fakta SPAN, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah menunjukkan bahawa non-revenue water (NRW) negara kita pada tahun 2023 masih sekitar 37 peratus. Di beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan, Sabah dan Kedah kadar NRW adalah melebihi 50 hingga 60 peratus. Bermakna separuh daripada air terawat hilang begitu sahaja sebelum sampai kepada pengguna. Di Johor saya ambil sebagai satu contoh.

NRW adalah sekitar 25 hingga 27.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya nak bagi tahu, maklumkan kepada Dewan yang mulia ini kadar 25 peratus ini dia telah kekal di sana sejak saya menjadi Ahli Dewan

draft • 3:01 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Negeri di Johor iaitu lebih daripada 10 tahun lalu. Perkara ini saya lihat tak ada perkembangan yang memberangsangkan, tak ada pertambahan baik. Walaupun kita lihat kalau dibandingkan dengan beberapa negeri yang saya sebut sebentar tadi, tahap 25 peratus nampak macam okey. Nampak macam boleh tahanlah tetapi sebenarnya pencapaian ini ataupun tahap ini telah berlanjutan lebih 10 tahun sejak saya menjadi Ahli Dewan Negeri dulu.

Jadi, walaupun begitu — walaupun kita lihat ya di Johor 25, 27 peratus rakyat di Johor masih lagi sering berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air yang berulang disebabkan oleh paip agihan yang berusia dan kerap pecah. Inilah masalah infrastruktur yang lama. Bukan seperti ― saya rasa kalau kita bincangkan laporan ini adalah masalah tiada sumber air. Maka, masa ― kita perlu bincang. Boleh bincang tak ada masalah. Cuma adakah masalah yang lebih penting yang perlu diberikan perhatian tidak dibincangkan.

Seperti satu lagi contoh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kualiti sumber air yang mana selalunya akan menjadi satu masalah yang menjejaskan kebolehoperasian loji rawatan air. Saya bagi contoh beberapa insiden okey. Di kawasan seperti di Muar, insiden pencemaran ammonia di Sungai Muar pada Disember 2019 hingga Januari 2020 telah menyebabkan Loji Rawatan Air Panchor 3 terpaksa menangguhkan operasi sementara lalu telah mencetus gangguan bekalan air di kawasan termasuk Parit Jawa, Bukit Pasir dan Bakri. Ini telah membuktikan bahawa cabaran di hadapan kita bukan isu sama ada, ada air ataupun tidak ada air, tetapi kita mampu atau tidak untuk mengekalkan kualiti dan kesinambungan operasi Loji Rawatan Air.

Kalau begitu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adakah wajarnya kita belanja atau melaburkan beratus-ratus juta ringgit untuk menggali dan mencari sumber air yang baru di bawah tanah sedangkan air di permukaan masih pun banyak tetapi banyak yang bocor dan tercemar.

Maka Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, penerokaan kita perlu lihat penerokaan air bawah tanah dia membawa beberapa risiko geotechnical seperti yang berikut. Yang pertama penurunan tanah di kawasan-kawasan lembut. Sebagai contoh mungkin ada risiko di Selangor dan Kinta Valley.

Kedua intrusi air masin di kawasan pesisir pantai seperti di Johor dan Kelantan.

Ketidakstabilan batu kapur yang boleh menyebabkan mendapan tanah dan kerosakan struktur bangunan. Dan yang saya rasa agak kritikal ya adalah pencemaran bawah tanah yang bagi saya sekarang ini sukar untuk kita tangani sekarang dengan apa yang kita saksikan atau perhatikan pada hari ini. Maka sekiranya air bawah tanah tercemar, bagaimana hala tuju dan jalan keluar yang kita ada.

draft • 3:01 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Maka Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa keutamaan kita pada hari ini perlu kita tumpukan kepada dua langkah yang saya rasa yang begitu penting yang perlu kita laksanakan. Di hadapan kita juga pilihan itu...

draft • 3:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat satu minit lagi ya. Gulung.

draft • 3:01 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Boleh. Sebelum kita membincangkan atau mengambilkan langkah seterusnya untuk meneroka secara besar-besaran sumber air bawah tanah. Yang pertama adalah pemuliharaan sumber air permukaan iaitu sungai, empangan dan kawasan tadahan air hujan supaya dilindungi daripada pencemaran. Segala pencemaran daripada aktiviti industri ataupun pertanian dan segala bentuk pencerobohan tanah.

Kerajaan sepatutnya meningkatkan pemantauan huluan ya, menguatkuasakan DOE, Jabatan Alam Sekitar dan sistem early warning untuk loji supaya kejadian seperti Sungai Muar itu tidak berulang.

draft • 3:01 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kedua adalah pengurangan NRW secara sistematik. Sebab, setiap pengurangan satu peratus NRW maknanya berjuta meter padu ya dapat dijimatkan dan disalurkan kepada mereka yang memerlukannya. Seperti di negeri Johor, Selangor telah terbukti bahawa melalui district metering zone, penggantian paip lama dan pengurangan tekanan dan penukaran meter secara besar-besaran, NRW boleh ditekankan atau dikurangkan kepada satu tahap di bawah 30 peratus, tetapi kita tidak boleh berpuas pada pencapaian itu. Kita perlu terus meningkatkan keberkesanan kita untuk mengurangkan NRW...

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat...

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kalau semua negeri dapat mengurangkan ia mencapai tahap yang begitu cemerlang, negara kita sebenarnya tidak ada keperluan untuk mencari sumber air tambahan untuk sekurang-kurangnya saya jangka 10 tahun akan datang. Dan maka Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, air bawah tanah sekarang ini berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Tanpa rangka undang-undang nasional, maka sesiapa – siapakah yang akan memantau kadar pengepaman? Siapakah yang akan tanggung ke atas kerosakan tanah?

Dan siapakah yang akan bayar kos pemuliharaan sekiranya perlu?

Maka saya menyeru supaya kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menerokai ataupun memulakan ya, segala projek air bawah tanah ini terutamanya bagi projek yang berskala besar sebelum satu akta atau perundangan diwujudkan supaya segala penerokaan air bawah tanah ataupun penggunaan air bawah tanah perlu dilengkapkan dengan mekanisme pemantauan yang saintifik dan penilaian risiko geotechnical yang profesional.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kesimpulannya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, air bawah tanah ada potensinya tetapi kita tidak perlu membuat secara tergesa-gesa. Apa yang perlu diselesaikan di depan mata adalah perkara-perkara yang saya sebut tadi. Kita selesaikan yang itu dahulu, sebelum dijalankan apa-apa projek terutamanya dalam skala besar. Saya sangat bimbang.

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, Yang Berhormat..

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, kita berbincang, tapi jangan tergesa-gesa untuk mulakan perkara ini...

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, baik.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik. Jangan risau. Semua saya akan bagi peluang untuk berbahas tentang isu ini.

Yang Berhormat Sik, saya jemput pembahas yang seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat Bakri ya, terima kasih. Yang Berhormat Sik?

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, petang ini saya juga bersama untuk memberi maklum balas, kritikan dan cadangan berkaitan laporan Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan berkaitan potensi dan hala tuju air bawah tanah di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama iaitu berkaitan dengan isu struktur tadbir urus dan ketidakselarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Laporan ini membuktikan bahawa masalah utama negara bukan kekurangan sumber air, malah Malaysia menerima hampir 990 bilion mililiter hujan setiap tahun, tetapi kelemahan tadbir urus dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

Air bawah tanah berada di bawah bidang kuasa negeri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya, pelaksanaan dasar pusat seperti Pelan Strategik Air Bawah Tanah 2040 sering tertangguh dan tidak ada keseragaman. Hanya Selangor dan Kedah mempunyai sistem pelesenan aktif manakala negeri lain masih tiada peraturan jelas menyebabkan ketidaksamaan pengurusan telaga, kehilangan data, eksploitasi berlebihan dan risiko pencemaran.

Laporan turut mencadangkan penggubalan rangka perundangan baharu namun tiada draf atau garis masa ataupun mekanisme penguatkuasaan yang telah dikemukakan. Akta sedia ada iaitu Akta 129 hanya menyentuh aspek pemetaan hidrologi dan tidak berfungsi sebagai instrumen kawal selia moden bagi pelesenan kuota pengambilan atau kawalan abstraksi air bawah tanah.

draft • 3:13 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tanpa undang-undang operasional yang khusus, pelaksanaan pelesenan dan kuota penggunaan akan terus terbantut bahkan menggagalkan aspirasi AIR 2040 untuk membangunkan pengurusan air bawah tanah yang lestari. Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menggubal Akta Pengurusan Air Bawah Tanah yang menyeragamkan pelesenan, piawaian dan kawalan di semua negeri.

Kita boleh mengambil contoh amalan di negara Belanda melalui sistem Managed Aquifer Recharge and Storage atau MARS dengan izin, yang berdasarkan data saintifik dan telus dalam pelaporan. Kita tidak perlukan sekadar cadangan, tetapi tindakan konkrit, draf undang-undang, mekanisme pelesenan berdasarkan kapasiti aquifer serta kuasa penguatkuasaan yang jelas. Tanpa ini, Dasar AIR 2040 akan kekal sebagai niat di atas kertas bukan transformasi negara dalam pengurusan sumber air negara.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, soal potensi besar air di bawah tanah dan kegagalan mengoptimumkan sumber negara. Krisis air di negeri seperti Kelantan, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan bukan disebabkan kekurangan sumber, tetapi kerana ketergantungan hampir 98 peratus terhadap air permukaan.

Malaysia sebenarnya memiliki kira-kira 5,000 bilion meter padu air bawah tanah dengan kadar imbuhan tahunan sekitar 64 bilion meter padu menurut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Kelantan telah menggunakan sekitar 221...

[Pembesar suara dimatikan] Kelantan telah menggunakan sekitar 221 juta liter sehari daripada sumber bawah tanah namun negeri lain masih enggan mengoptimumkannya akibat kos pembangunan tinggi dan ketiadaan dasar insentif nasional.

Di Kedah, kadar non-revenue water (NRW) mencecah 49 peratus menunjukkan separuh bekalan air bersih hilang sebelum sampai kepada pengguna. Projek seperti TAPS di Langkawi, Empangan Bawah Tanah Ulu Melaka membuktikan potensi besar air bawah tanah mampu menampung lebih 22.6 hingga 66 juta liter sehari tetapi belum dijadikan model nasional.

Tuan Yang di-Pertua yang ketiga, kos awal tinggi dan kelemahan dana pembiayaan projek air bawah tanah. Kelewatan pembangunan air bawah tanah di Malaysia berpunca daripada kos eksplorasi dan infrastruktur yang tinggi. Menurut JMG, kos ini bergantung kepada tahap basin delineation assessment atau proses pemetaan dan penilaian akuifer yang memerlukan kepakaran serta pelaburan besar sedangkan kebanyakan kerajaan negeri kekurangan peruntukan bagi melaksananya secara menyeluruh.

Namun, dalam jangka panjang, kos operasi air bawah tanah jauh lebih rendah berbanding projek air permukaan kerana tidak memerlukan empangan besar, pemindahan air

draft • 3:13 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

jarak jauh atau menanggung kehilangan akibat penyejatan bakal menjadikannya lebih lestari dari segi kos dan alam sekitar.

Saya mencadangkan penubuhan dana khas Air Bawah Tanah Nasional berasaskan model public-private partnership (PPP) bagi menggalakkan pelaburan bersama sektor awam dan swasta.

Yang keempat Tuan Yang di-Pertua, iaitu keperluan pelan data dan – Pelan Data Bersepadu dan Teknologi 4.0. Laporan jawatankuasa telah – Air Bawah Tanah Kebangsaan menegaskan keperluan mewujudkan inventori dan pangkalan data nasional yang di selaras bersama oleh JMG, NAHRIM, MYSA dan MOSTI. Walaupun sistem seperti MyGEMS, ‘NAGNIS’ dan Grow Analytic telah dibangunkan bagi menyokong dasar berdasarkan bukti, data masih terpisah antara agensi dan negeri tanpa integrasi masa nyata atau perkongsian lintas kementerian yang berkesan.

Maka saya menggesa kerajaan mempercepatkan transformasi digital pengurusan air bawah tanah dengan penggunaan IoT, Digital Twins, AI dan GIDS 4D bagi membolehkan pemantauan paras imbuhan dan kualiti akuifer dilaksanakan secara automatik, telus dan boleh diakses oleh pembuat dasar serta penyelidik.

Yang kelima, yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, soal reformasi digital dan kewangan bagi pengurusan lestari air bawah tanah. Faktor utama kelewatan pembangunan pula ialah kos eksplorasi dan infrastruktur yang tinggi.

draft • 3:13 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Namun dalam jangka panjang, air bawah tanah lebih menjimatkan kerana tidak memerlukan empangan besar atau pemindahan air jarak jauh. Akhirnya, pengurusan air bawah tanah mesti berpaksikan daya tahan iklim dengan suhu meningkat 1.55 darjah Celsius dan hujan menurun 22 peratus di Pantai Barat. Saya mencadangkan penubuhan jawatankuasa tetap air bawah tanah di bawah Majlis Air Negara dan pelaksanaan Managed Aquifer Recharge serta integrasi air bawah tanah, air hujan dan air sisa dirawat sebagai sistem hibrid di kawasan industri dan bandar besar.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, air bukan sekadar komoditi. Ia sumber hayat, keselamatan dan kedaulatan negara. Namun, kelemahan tadbir urus serta sikap berlepas tangan antara Kerajaan Pusat dan negeri menyebabkan rakyat terus berdepan gangguan air walaupun Malaysia memiliki rizab bawah tanah yang besar. Saya mendesak kerajaan menggubal dasar air bawah tanah negara, menubuhkan hab data hidrogen nasional dan melabur secara serius agar Malaysia tidak lagi menjadi negara lembap yang kehausan.

Yang Berhormat Menteri yang mungkin berada di sini, jika kerajaan benar-benar komited, nyatakan dengan jelas tarikh pembentangan rang undang-undang air bawah tanah

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

nasional dan pelaksanaan telemetri wajib bagi semua telaga dalam tempoh 12 tahun serta peruntukan OMM bagi projek komoditi dan sistem margin supaya berfungsi secara nyata.

Tanpa garis masa dan komitmen kewangan yang tegas, segala potensi besar dalam laporan ini akan kekal sekadar cantik di atas kertas tanpa manfaat sebenar kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Sik.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Speaker atas diberi peluang untuk membahas Penyata DR.20, Tahun 2025 iaitu Potensi Kepentingan Air Bawah Tanah di Malaysia.

Timbalan Speaker, air bawah tanah merupakan sumber air yang tersimpan dalam lapisan aquifer bawah tanah dan terbentuk secara geological melalui batuan, pasir serta kerikil yang berfungsi sebagai penampung air dalam kuantiti besar. Potensi sumber ini adalah amat tinggi, bahkan mengambil air permukaan seperti sungai, tasik dan empangan. Lebih daripada 95 peratus air tawar yang boleh dibangunkan di dunia terdiri daripada air bawah tanah dan menjadikannya aset penting yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya di setengah negara termasuk Malaysia.

Beberapa negara maju seperti Denmark, Jepun, Indonesia, Libya, Mesir, Saudi, Thailand dan lain-lain telah lama menyedari kelebihan air bawah tanah. Sebagai contoh, Denmark telah menggunakan lebih 90 peratus air bawah tanah sebagai sumber utama bekalan air mereka. Langkah ini membolehkan negara tersebut mengurangkan kebergantungan terhadap air permukaan yang lebih mudah tercemar dan memerlukan rawatan yang lebih rumit. Jepun pula sebagai negara yang kerap mengalami bencana alam seperti gempa bumi, tsunami bergantung kepada air bawah tanah kerana kestabilan dan kebolehpercayaannya yang lebih tinggi.

Namun begitu, Timbalan Speaker, Malaysia hanya menggunakan daripada tiga peratus air bawah tanah dalam sistem bekalan air negara. Hal ini agak membimbangkan memandangkan negara kita sebenarnya mempunyai kapasiti air tanah sebanyak 5,000 bilion meter padu dengan keupayaan penjanaan semula sebanyak 64 bilion meter padu setahun.

Keadaan ini didorong oleh kadar hujan tahunan yang tinggi iaitu antara 1.8 hingga 3.5 meter setahun di Semenanjung Malaysia. Maka, jelas bahawa potensi air bawah tanah Malaysia sangat besar, tetapi masih belum dimanfaatkan secara optimum.

Timbalan Speaker, pengurusan dalam pembangunan sumber ini perlu dilakukan dengan teliti agar tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar. Di Malaysia, pengurusan air

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

bawah tanah adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menerusi Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974 iaitu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Akta ini memberi kuasa kepada JMG untuk menjalankan penyiasatan dan pemantauan terhadap sumber air bawah tanah agar ia dimanfaatkan secara mampan dan lestari. Namun demikian, bekalan air pula di bawah PETRA. Maksudnya ada dua kementerian yang terlibat. Jadi, mana satu kementerian? Atau kedua-dua yang perlu dilibat urus?

Timbalan Speaker, salah satu kelebihan utama air bawah tanah ialah kebersihannya yang lebih tinggi berbanding air permukaan. Ini kerana air bawah tanah telah melalui proses penapisan semula jadi dalam lapisan bumi, menjadikan ia lebih selamat untuk digunakan.

Tambahan pula, dari segi ekonomi, kos pengeluaran air bawah tanah adalah lebih rendah sekitar 21 sen per meter padu berbandingkan air permukaan di atas bumi iaitu 29 sen.

Perbezaan ini menunjukkan bahawa penggunaan air bawah tanah bukan sahaja lebih bersih, malah lebih menjimatkan. Untuk merancang perancangan air bawah tanah secara berkesan, Malaysia telah disarankan untuk mengguna pakai teknologi canggih seperti teknologi pemetaan 4D yang di bentang oleh seorang pakar dari Japan Water Forum. Teknologi ini dapat mengenal pasti lokasi dan potensi air bawah tanah dengan lebih tepat.

Selain itu, penggunaan teknologi special effect frequency atau special logger juga mampu mengesan air bawah tanah dengan ketepatan sehingga 99 persen, sekali gus memudahkan untuk usaha penggerudian dan pengambilan air secara lebih efisien.

Timbalan Speaker, Malaysia boleh mencontohi pengalaman-pengalaman negara seperti Jepun, Belanda dan Denmark dalam menggunakan sumber air bawah tanah. Belanda misalnya yang terletak di bawah paras laut telah berjaya membangunkan sistem pengurusan air bawah tanah yang sangat canggih bagi menampung keperluan rakyatnya. Air bawah tanah mereka dilindungi daripada pencemaran dengan ketat dan digunakan secara cost effective.

Pengalaman negara-negara ini wajar dijadikan panduan agar Malaysia terus bergantung sepenuhnya kepada air permukaan yang semakin terdedah kepada pencemaran dan penyusutan sumber.

Manfaat yang disebutkan iaitu penggunaan air bawah tanah juga mempunyai kebaikan dari segi kestabilan bekalan. Air bawah tanah tidak mudah terjejas oleh fenomena cuaca ekstrem seperti kemarau yang sering menyebabkan paras sungai dan empangan menurun secara mendadak. Tambahan pula, sistem perolehan air bawah tanah juga dilaksanakan di kawasan pedalaman dan luar bandar di mana infrastruktur paip air terawat telah tersedia sepenuhnya.

Sebagai kesimpulan Timbalan Speaker, sudah tiba masanya Malaysia melangkah lebih agresif dalam membangunkan potensi air bawah tanah sebagai sumber bekalan air

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

utama negara. Dengan langkah yang strategik dan lagi moden dan pengurusan yang telus, air bawah tanah mampu menjadi penyelesaian lestari bagi cabaran bekalan air di masa hadapan. Dengan sumber air bawah tanah ini juga dapat memastikan keterjaminan bekalan air dalam keadaan iklim yang berubah-ubah.

Mengenai empangan bawah tanah di Langkawi, difahamkan contohnya di Jepun, empangan bawah tanah hanya untuk pertanian, bukan sumber bekalan air. Jadi kalau boleh, buat kajian yang tepat supaya dapat dilaksanakan di Langkawi.

Akhir kata, Batu Pahat ingin mengucapkan tahniah kepada JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan atas penyata ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:22 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft • 3:22 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada rakan-rakan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Alam Sekitar, Sains dan Perladangan yang membentangkan hala tuju baharu tentang pengurusan sumber air bawah tanah negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan satu kenyataan fakta yang tegas.

Kelantan tidak miskin sumber air. Negeri saya ini dikurniakan hujan tahunan lebih 2,500 milimeter dan mempunyai sumber air bawah tanah yang besar. Dianggarkan 1,000 juta meter padu di lembangan Sungai Kelantan. Tetapi Yang di-Pertua, kalau boleh saya nak bawa, memberi pandangan kepada laporan yang komprehensif ini kerana melibatkan banyak agensi: NAHRIM; Jabatan Mineral dan Galian; MYSA; dan sebagainya.

Bagi saya, penyata ini terlalu tertumpu kepada dimensi teknologi tinggi AI, Internet of Things (IoT), digital twin, GIS – Global Information System. Saya belajar dahululah semasa di buat chemical engineering tetapi kurang memberi perhatian kepada realiti lapangan di negeri- negeri miskin infrastruktur seperti Kelantan. Bukan salah JKPK lah. Ini kerajaan, Kerajaan MADANI.

Teknologi sehebat manapun takkan dapat selesaikan masalah paip pecah, loji rawatan 30 tahun dan NRW melebihi 55 peratus. Kita perlukan kerjasama jujur dalam tadbir urus dan pelaksanaan di peringkat negeri dan juga di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, dalam sidang Dewan tahun ini sahaja, saya beberapa kali bangkitkan isu peruntukan yang diumumkan oleh Tambun kepada negeri-negeri yang miskin seperti Kelantan tentang nak baiki paip dan sebagainya ini. Janji dalam Dewan, pergi Kota Bharu, janji lagi kepada rakyat Kelantan tetapi bila kami minta, Kementerian PETRA

draft • 3:27 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

okey, SPAN okey. Saya jumpa Charles Santiago, Pengerusi SPAN, dah nak kena tukar dah pun tetapi MOF tak bagi.

draft • 3:27 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sudahnya, banyak infrastruktur lama ini tak diselesaikan. Masalah NRW tak diselesaikan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi cadangan balas kepada JKPK dan kerajaan. Saya mohon kerajaan mengangkat Machang sebagai contoh kecil dalam perbahasan ini.

Machang terletak di zon batuan pasir kuarza dan batu kapur retak sederhana.

Menjadikan Machang kawasan aquifer semula jadi yang berpotensi tinggi. Namun, banyak telaga di Machang ini mengalami penyusutan paras air bawah tanah 1 hingga 1.5 meter setahun. Kualiti air pun makin merosot, kandungan ferum melebihi piawaian WHO, menyebabkan air berbau dan berwarna.

Ini membuktikan kita sedang mengeksploitasi lebih cepat daripada kadar imbuhan semula (recharge). Inilah tanda awal ground water stress, dan jika tidak diurus, kita bakal menyaksikan krisis air bawah tanah yang baharu di Pantai Timur. You cannot blame the Kelantanese people or the state government, when the Federal Government has been oppressing us for 30 years. Jadi cadangan saya, Tuan Yang di-Pertua. Dekat, mungkin Bangi tak ada saya rasa, masalah ini sangat kot. Projek rintis nasional, Machang Ground Water Inovation Pilot Zone ataupun dengan nama ringkasnya MAGIP Zone.

Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan Kerajaan Persekutuan seperti PETRA, MOSTI dan N-R-E-S mewujudkan projek rintis nasional pertama di Malaysia ini dengan memberi fokus kepada air bawah tanah yang saya sebutkan tadi.

Objektifnya tiga. Jadikan Machang model pengurusan air bawah tanah bersepadu; laksanakan sistem Managed Aquifer Recharge and Storage ataupun ringkasannya MARS; menakung air hujan musim tengkujuh untuk digunakan di musim kering kemarau; menggunakan sensor internet of things; dan sistem pemantauan masa nyata bagi paras air serta kualiti sumber.

Saya dah bawa teknologi ini menghadap PETRA, dan PETRA pun okey sebenarnya.

Masalah lagi ialah geran daripada MOF tak nak diturunkan kepada kami. Ini masalah birokrasi politik MADANI yang menzalimi rakyat Kelantan.

Ada banyak kawasan di Machang yang boleh jadikan tempat untuk kita buat pilot project ini – Bukit Bakar, Temangan, Labok, zon imbuhan semula jadi dengan litupan hutan yang masih stabil. Manfaat daripada projek rintis ini, kita boleh menjana tambahan 25 hingga 30 juta liter sehari MLD air bersih musim kemarau; mengurangkan kebergantungan terhadap

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

sistem rawatan permukaan yang mahal; dan menjadikan Macang model kepada negeri-negeri lain dari Jeli hingga Kuala Pilah.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, nak gulung. Saya mahu tekankan bahawa air bawah tanah bukan sekadar isu bekalan, tetapi aset ekonomi hijau masa depan. Jika di Jepun, air bawah tanah digunakan untuk menyejukkan bandar – Aquifer Thermal Energy Storage (A-T- E-S) dan di Belanda, sistem M-A-R-S, menjimatkan kos rawatan sehingga 40 peratus. Kita iktiraf kerja kajian dibuat oleh JKPK. Kenapa tidak dijadikan Kelantan negeri yang serba kekurangan sebagai makmal dasar air negara? Tempat kita mencuba pendekatan baharu yang lebih murah, lestari dan berpaksikan komuniti.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bila kita bercakap tentang air, kita sedang bercakap tentang maruah negara dan masa depan rakyat. Selagi rakyat di Machang terpaksa menadah air hujan untuk mandi, selagi itulah dasar kita belum sempurna. Jadi, saya mohon Dewan menyokong usul yang saya katakan ini. Dewan menyeru Kerajaan Persekutuan melalui PETRA, N-R-E-S dan MOSTI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan zon rintis inovasi air bawah tanah Machang (MAGIP Zone) di bawah RMKe-13 sebagai projek nasional pertama pengurusan air bawah tanah pintar dan lestari di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, air bukan sekadar sumber semula jadi. Ia adalah hak rakyat dan tanggungjawab moral kita bersama. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Free consultation untuk Kerajaan MADANI kalau nak perlukan kami, tak ada masalah. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

Seterusnya saya jemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Mersing.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan berkaitan potensi dan hala tuju air bawah tanah di Malaysia. Penyata ini amat penting kerana ia mendedahkan satu hakikat besar bahawa Malaysia mempunyai sumber air bawah tanah dianggarkan sebanyak 5,000 bilion meter padu, namun hanya sekitar dua peratus sahaja digunakan. Selebihnya masih tersembunyi di bawah tanah, belum diteroka secara menyeluruh.

Dalam masa yang sama, 98 peratus bekalan air negara datang daripada sumber air permukaan seperti sungai dan empangan, iaitu sumber yang kini semakin terdedah kepada perubahan iklim, pencemaran dan pembangunan tidak terkawal. Laporan jawatankuasa ini menyentuh isu teras yang kritikal iaitu tadbir urus dan perundangan air bawah tanah yang

draft • 3:35 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

tidak seragam. Sumber air bawah tanah kini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri menyebabkan wujud pelbagai tafsiran, prosedur pelesenan dan tahap kawalan yang berbeza- beza antara negeri.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan melalui PETRA dengan kerjasama N-R-E-S serta MOSTI menggubal satu dasar pengurusan air bawah tanah negara. Dasar ini perlu menjadi rujukan tunggal bagi semua negeri, menetapkan garis panduan berhubung perlindungan zon imbuhan, had pengabstrakan, pelesenan dan kualiti air.

Tuan Yang di-Pertua, menurut NAHRIM, tahun 2024 direkodkan sebagai tahun paling panas dalam tempoh 85 tahun, dengan peningkatan suhu global sebanyak 1.55 darjah Celsius berbanding zaman pra industri. Jumlah hujan tahunan pula dijangka berkurang sehingga 22 peratus di beberapa negeri seperti Johor, Perak dan Selangor menjelang tahun 2100. Keadaan ini memberi tekanan besar kepada sumber air permukaan khususnya di kawasan pesisir dan bandar-bandar padat. Malah sudah sampai masanya, air bawah tanah diangkat sebagai sumber strategik nasional, bukan sekadar alternatif.

Pengalaman negara seperti Belanda menunjukkan bahawa Managed Aquifer Recharge and Storage (M-A-R-S) mampu menstabilkan bekalan air semasa musim kemarau dan mencegah banjir dengan menyimpan air lebihan ke dalam aquifer. Pendekatan seumpama ini wajar diterokai di Malaysia, terutama dalam konteks pengurusan lembangan sungai dan tadahan air hujan.

Walau bagaimanapun, pembangunan air bawah tanah tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Isu pencemaran industri dan pertanian kini menjadi kebimbangan besar.

Banyak kawasan aquifer berada berhampiran zon perindustrian, kawasan perlombongan atau tapak pelupusan sisa. Tanpa kawalan ketat; bahan kimia, logam berat, sisa toksik dan baja pertanian boleh meresap ke dalam tanah, mencemarkan air bawah tanah dan membahayakan kesihatan awam.

Selain itu, pengambilan air bawah tanah secara berlebihan boleh menyebabkan penurunan paras air bawah tanah (lowering of water table) yang membawa kepada penenggelaman tanah (land subsidence) dan risiko sinkhole. Fenomena ini telah berlaku di Jakarta dan Bangkok, dan tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia, sekiranya kawalan kuota pengambilan air tidak dilaksanakan dengan tegas.

Justeru, saya mencadangkan tiga tindakan utama:

(i) wujudkan zon perlindungan air bawah tanah (ground water protection zone) yang diwartakan di kawasan imbuhan utama;

draft • 3:35 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

(ii) laksanakan sistem pemantauan masa nyata (real-time monitoring) di kawasan berisiko tinggi; dan

(iii) masukkan air bawah tanah sebagai komponen wajib dalam rangka dasar adaptasi perubahan iklim nasional.

Laporan ini juga menonjolkan kejayaan beberapa projek rintis di kawasan luar bandar, kepulauan dan pedalaman. Sebagai contoh, projek telaga tiub tenaga solar di kawasan Pos Bekapit dan Pos Lois di Pahang serta Pulau Tambisan di ESSZone Sabah telah berjaya membekalkan air bersih kepada komuniti pedalaman dan pasukan keselamatan. Kajian NAHRIM dan JMG menunjukkan bahawa air bawah tanah di kawasan seperti ini sering lebih stabil dan kurang tercemar berbanding air permukaan.

Justeru, saya mencadangkan agar program sedemikian diperluas ke kawasan kepulauan khasnya di Mersing, Johor serta perkampungan orang asli dan FELDA pedalaman yang masih menghadapi isu bekalan air terhad. Penggunaan teknologi tenaga hibrid yang menggabungkan air bawah tanah dan air hujan juga boleh menjadi penyelesaian lestari jangka panjang bagi pulau-pulau kecil. Saya juga tertarik dengan model projek dwifungsi Krubong-Durian Tunggal di Melaka yang berperanan sebagai kolam tebatan banjir dan sistem simpanan air bawah tanah.

draft • 3:35 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Model ini wajar diperluas ke negeri lain, khususnya Johor di kawasan seperti Sedili dan Mersing yang mempunyai struktur geologi dan lembangan sungai yang sesuai untuk pembangunan akuifer. Selain itu, teknologi seperti aquifer thermal energy storage boleh diterokai bagi tujuan penyejukan bangunan dan tenaga hijau. Ini membuka peluang kepada industri hijau, pelancongan mampan dan pembangunan ekonomi baharu.

Saya juga ingin menekankan aspek kapasiti insan. Malaysia masih kekurangan pakar hidrologi tempatan dan tenaga mahir TVET dalam bidang ini. Saya menyokong cadangan penubuhan pusat hab air bawah tanah kebangsaan di bawah JMG serta program persijilan profesional hidrologi nasional bagi membina keupayaan jangka panjang. Dari segi struktur pentadbiran, saya mencadangkan agar Majlis Air Negara menubuhkan jawatankuasa tetap air bawah tanah yang menggabungkan agensi Persekutuan dan negeri bagi memastikan dasar, peruntukan dan pelaksanaan bergerak selari tanpa pertindihan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh saranan Jawatankuasa agar syor-syor dalam penyata ini diambil tindakan segera. Air bawah tanah adalah warisan alam yang tersembunyi tetapi berharga. Jika kita gagal mengurusnya hari ini secara pintar, bersepadu dan lestari, kelak generasi akan datang mungkin hanya mampu menggali tanah yang kering untuk mencari harapan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Itu sahaja pembahas-pembahas untuk usul – maaf, untuk penerangan ini.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai, Ahli Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan untuk menjawab.

draft • 3:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Padang Serai pada petang ini akan menggulungkan syor-syor yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa ini untuk diberi perhatian oleh pihak kementerian atas pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh pembahas-pembahas sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama, air bawah tanah merupakan salah satu sumber air yang berpotensi besar dalam menyokong keperluan air di Malaysia. Ia terbentuk melalui infiltrasi air hujan ke dalam tanah yang kemudiannya disimpan ke dalam lapisan akuifer.

Walaupun air permukaan seperti sungai dan tasik sering menjadi sumber utama bekalan air, air bawah tanah menawarkan kelebihan tersendiri seperti kualiti air yang lebih bersih dan kurang terdedah kepada pencemaran luaran.

Yang kedua, Malaysia memiliki sumber air bawah tanah yang luas, namun tahap penggunaannya masih rendah berbanding negara lain. Pada tahun 2022, penggunaan air bawah tanah secara nasional telah meningkat kepada 323 juta liter sehari dan negeri Kelantan mencatat penggunaan tertinggi iaitu 221 juta liter sehari. Sumber air bawah tanah penting digunakan sebagai strategik di kawasan luar liputan air paip awam dan sebagai sumber conjunctive bagi menampung permintaan sektor domestik dan perindustrian terutamanya di negeri-negeri yang mempunyai kekangan air sumber air permukaan.

Dalam menghadapi cabaran seperti perubahan iklim, peningkatan populasi, dan tekanan ke atas sumber air permukaan, pengurusan dan pembangunan air bawah tanah perlu diberi perhatian lebih mendalam. Teknologi moden seperti pemetaan hidrogeologi, pemantauan digital dan sistem pengurusan akuifer dapat membantu dalam memastikan eksploitasi sumber ini dilakukan secara lestari.

Yang keempat, penemuan dan pembangunan air sumber bawah tanah memerlukan pendekatan menyeluruh. Jawatankuasa berpendapat bahawa langkah-langkah strategik perlu diambil termasuk memperkukuh kerangka perundangan, meningkat kapasiti institusi, memperluas penyelidikan saintifik serta menggalakkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menguruskan sumber ini secara lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa telah meneliti pelbagai isu dan cabaran yang berkaitan termasuk ketiadaan dasar nasional khusus mengenai air bawah tanah, kekangan

draft • 3:41 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

data saintifik yang komprehensif, keperluan pembangunan kapasiti teknikal dan keperluan.

Namun begitu, cabaran kita adalah memastikan setiap sektor ini berkembang dengan seimbang.

Oleh itu, Jawatankuasa telah mengemukakan beberapa syor penting untuk memperkukuh potensi dan hala tuju air bawah tanah di Malaysia. Cadangan ini meliputi pelbagai aspek, antaranya:

(i) pengurusan dan pemantapan sumber air bawah tanah;

(ii) teknologi dan inovasi; dan

(iii) tadbir urus dan perancangan strategik.

Syor ini menekankan keperluan mengoptimumkan penggunaan air bawah tanah secara conjunctive bersama air permukaan bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan dan mengurangkan risiko gangguan sumber. Pada masa yang sama, air bawah tanah perlu dijadikan sumber bekalan strategik negara sebagai simpanan jangka panjang yang boleh diaktifkan ketika musim kemarau ataupun kecemasan bekalan.

Bagi menjamin kelestarian jangka panjang, undang-undang dan peraturan sedia ada juga perlu diselaraskan dan digubal semula oleh NRES dengan penekanan khusus kepada perlindungan zon imbuhan akuifer sebagai kawasan kritikal yang menyokong keseimbangan dan kelangsungan sumber air bawah tanah.

Selain itu, syor ini menekankan penerapan teknologi canggih seperti pemetaan 4D, internet of things (IoT), kecerdasan buatan (AI), digital twin dan sistem maklumat geografi

(GIS) secara bersepadu bagi meningkatkan pemantauan, analisis serta pengurusan air bawah tanah. Pada masa yang sama, amalan terbaik antarabangsa seperti Managed Aquifer Recharge and Storage (MAR) di Belanda wajar dijadikan rujukan untuk mentransformasikan dan mengarusperdanakan penggunaan sumber ini secara lebih moden, lestari dan berdaya saing di Malaysia.

Tambahan pula, kerjasama strategik antara PETRA dan NRES diperlukan bagi menyelaras dasar serta tadbir urus air, sekali gus mengelakkan pertindihan fungsi dan memperkukuh pengurusan sumber air bawah tanah. Pada masa sama, NRES dengan kerjasama MOSTI dan MYSA disaran membangunkan inventori serta pangkalan data berpusat sebagai rujukan utama untuk perancangan dasar, penguatkuasaan dan pelaksanaan projek.

Selain itu, pembangunan berkaitan air bawah tanah perlu dilaksanakan secara berfasa mengikut keutamaan peruntukan dan ketersediaan inovasi supaya pelaksanaannya lebih terancang, strategik dan mampan.

draft • 3:41 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Selain peranan kementerian dan agensi teknikal, Jawatankuasa berpandangan bahawa pihak berkuasa tempatan serta komuniti setempat turut memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan air bawah tanah. Pendidikan dan kesedaran awam perlu dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat memahami kepentingan sumber ini serta langkah-langkah menjaga kawasan imbuhan daripada aktiviti yang boleh menjejaskan kualitinya seperti pembuangan sisa, penerokaan tanah secara tidak terkawal dan pembangunan yang tidak mampan. Pendekatan berasaskan komuniti ini diyakini mampu memperkukuh kawalan serta meningkatkan tanggungjawab bersama dalam pengurusan sumber air negara.

Akhir sekali, Jawatankuasa menegaskan bahawa pembangunan sumber air bawah tanah bukan sekadar usaha teknikal tetapi merupakan pelaburan jangka panjang terhadap keselamatan air negara. Dalam konteks perubahan iklim yang semakin ketara, sumber ini boleh menjadi penampan strategik bagi menjamin kesinambungan bekalan air kepada rakyat, sektor pertanian dan industri. Justeru, dengan pelaksanaan syor-syor yang dikemukakan, diharapkan Malaysia dapat melangkah ke arah pengurusan air yang lebih mampan, berdaya tahan dan berpaksikan sains demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh YB Bakri, YB Sik, Machang, Batu Pahat dan juga Mersing tadi ― seperti persoalan YB Bakri mengenai adakah kita kekurangan air mentah atau masalah pengurusan tadbir air di permukaan.

Yang keduanya, masalah disebabkan masalah infrastruktur yang sama, seperti paip, membuatkan penduduk Johor masih mengalami masalah air. Pandangan YB Bakri perlukan pemantauan saintifik sebelum segala akta diperkenalkan.

Jadi, perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh YB Bakri, YB Sik, YB Machang khususnya tadi, Mersing dan Batu Pahat, kita mohon kepada PETRA dan NRES untuk mengambil hal-hal yang telah dibangkitkan secara serius supaya pengurusan sumber air negara khususnya sumber air bawah tanah ini dapat dilakukan secara strategik.

Keseluruhan cadangan ini mempunyai matlamat yang jelas iaitu membangunkan sektor air bawah tanah sebagai sumber yang mampan, inovatif dan berdaya saing dalam menyokong keperluan air negara. Pada masa yang sama, kita memastikan perlindungan alam sekitar, kelestarian sumber asli dan kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa menjadi teras utama. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:41 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai.

Selesai sudah kita untuk sesi penerangan yang kedua untuk hari ini.

draft • 3:41 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Seterusnya, saya meminta Yang Berhormat, Puchong. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat akan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk Penjagaan dan pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia.

Silakan.

Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat

draft • 3:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Jawatankuasa Pilihan JKP Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk memberi penerangan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, JKP Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat telah pun membentangkan dua penyata pada sidang yang lepas iaitu penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia yang dibentangkan pada 19 Ogos 2025 dan kedua, buli dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia yang dibentangkan pada 26 Ogos 2025. JKP telah pun mengadakan Penerangan Pengerusi berkenaan Penyata: Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah di Malaysia pada 27 Ogos 2025 di Dewan Rakyat.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, jawatankuasa telah menganjurkan satu townhall, “Hentikan Buli: Suara Rakyat Tanggungjawab Kita.” pada 10 September 2025.

Bagi Penyata: Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia, saya rasa ini adalah satu penyata yang sangat komprehensif di mana kita telah pun mengadakan sebanyak 13 sesi libat urus yang melibatkan kementerian, jabatan, pakar rujuk universiti serta pertubuhan bukan kerajaan seperti yang berikut:

(i) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

(ii) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);

(iii) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional;

(iv) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia);

(v) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

(vi) Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara;

(vii) Universiti Pendidikan Sultan Idris;

(viii) Universiti SEGI;

(ix) Persatuan Pengasuhan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PBBM);

(x) Persatuan Montessori Malaysia Dignity For Children Foundation; dan

draft • 3:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

(xi) World Bank Group.

Jawatankuasa ini juga telah pun mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 17 hingga 20 Jun 2025 dalam melihat dengan lebih mendalam penjagaan dan pendidikan awal yang dilaksanakan di Singapura.

Oleh itu, saya ingin dapatkan izin daripada Yang di-Pertua untuk bagi saya sedikit masa untuk menerangkan penyata yang kita menggunakan banyak masa untuk sediakan.

Tuan yang di-Pertua, kajian...

[Tidak jelas] Dan analisis kos manfaat telah pun menunjukkan pelaburan dalam pembangunan awal kanak-kanak akan menghasilkan ROI ataupun pulangan yang tertinggi kepada masyarakat dalam pembangunan modal insan. Oleh itu, pembentukan insan yang berdaya saing dan berakhlak mulia harus bermula sejak usia yang awal.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas yang penting dalam mencorak masa depan individu dan negara kita. Setelah meneliti secara mendalam isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat serta lawatan kerja yang telah pun dijalankan, kami ingin berkongsi di sini beberapa perkara utama yang dikenal pasti untuk sektor penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak ataupun lebih dikenali sebagai early childhood care and education (ECCE).

Pertama, sektor pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia masih berdepan dengan cabaran yang besar dari segi dasar dan tadbir urus. Secara keseluruhannya, negara kita tiada dasar yang menyeluruh ataupun akta yang khusus bagi sektor ECCE.

Selain itu, terdapat banyak pertindihan fungsi antara pelbagai fungsi, pelbagai agensi sama ada KPM, KEMAS ataupun Jabatan Perpaduan. Yang paling penting lagi, sektor ini menghadapi kekurangan peruntukan yang berbanding kalau kita berbanding dengan sektor pembangunan modal insan yang lain seperti sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi ataupun latihan pekerjaan. Ini saya telah pun rangkumi dalam perbahasan saya di sesi yang lepas.

Cabaran kedua adalah berkenaan dengan proses pelesenan dan pengawal seliaan taska dan tadika yang merumitkan. Peraturan dan pelesenan dan garis panduan premis adalah tidak seragam dan ia berbeza dari satu Pihak Berkuasa Tempatan ke PBT yang berbeza dan birokrasi adalah sangat membebankan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam engagement kita, sesi libat urus kita dengan pengusaha- pengusaha ECCE, kita sentiasa dengar aduan ini berkenaan dengan birokrasi untuk mendapatkan pendaftaran, untuk mendaftarkan premis mereka, untuk mendaftarkan perniagaan mereka. Ini adalah sangat menyulitkan dan kadangkala mereka give up. Ini telah pun menyebabkan kadar pendaftaran taska dan tadika swasta sebenarnya adalah sangat

draft • 3:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

rendah kalau kita banding dengan apa yang sebenarnya ada di negara kita. Kita perlu sedar bahawa kalau kita menjadikan regulation terlalu rumit, orang tidak boleh comply dia menjadi tidak berlesen, ini akan meningkatkan risiko keselamatan kepada kanak-kanak kita.

Cabaran ketiga ialah tenaga kerja dalam sektor pendidikan awal masih belum diberi satu laluan yang jelas. Ini telah pun menyebabkan kekurangan tenaga kerja berkualiti dan ketidakseragaman dalam kelayakan penjaga dan guru yang biasa kita panggil educarer pendidikan awal kanak-kanak.

Cabaran keempat yang kami dapati ialah pengusaha pendidikan awal swasta yang menawarkan yuran mampu milik, bukan yang mahal-mahal “kayangan” itu, yang yuran mampu milik, tetapi swasta mereka sentiasa menghadapi tekanan kewangan yang serius.

Kos operasi yang tinggi, pelbagai levi, caruman agensi, tiada subsidi daripada kerajaan telah pun menjejaskan kelangsungan operasi mereka.

Untuk menangani masalah kos mereka tidak ada apa-apa pilihan, ada dua pilihan sahaja. Satu, mereka kena tingkatkan yuran. Ini akan membebankan ibu bapa. Kedua, mereka akan menghadapi kerugian. Inilah: inilah situasi banyak operator dan pengusaha di luar sana Tuan Yang di-Pertua.

Akhir sekali, JKP juga ingin menekankan bahawa masih wujudnya jurang yang ketara dari segi akses, kualiti dan kemudahan ECCE antara kawasan bandar, luar bandar, pinggir bandar serta antara penyedia awam, swasta mampu milik. Maksudnya swasta yang bagi sedikit yuran yang mampu milik dan juga swasta “kayangan”, mereka yang boleh bayar dengan lebih tinggi, mereka dapat kualiti yang lebih baik. Dalam masa yang sama, cabaran berkaitan dengan kekurangan zat makanan dan kadar bantut dalam kalangan kanak-kanak turut membimbangkan. Ini adalah antara cabaran-cabaran utama yang perlu diberi perhatian segera.

Sehubungan itu, untuk maklumat yang selanjutnya YB-YB boleh baca penyata- penyata ini. Sehubungan itu, jawatankuasa ini telah pun mengemukakan beberapa syor dalam penyata dan saya akan rumuskan di sini. Untuk maklumat lanjut juga, YB-YB sekalian digalakkan untuk baca dan harap-harap kita bukan sahaja bahas pada hari ini, tetapi juga YB boleh bahaskan di sesi akan datang ataupun di bajet untuk meningkatkan lagi kesedaran kepentingan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di Malaysia.

Terdapat enam syor utama yang saya ingin kemukakan iaitu secara keseluruhannya, jawatankuasa mengesyorkan supaya satu akta khusus digubal bagi mengawal selia dan membangunkan sektor ECCE di Malaysia.

Kedua, ini adalah sangat-sangat penting. Jika bukan terpenting, kami mengesyorkan supaya tanggungjawab kawal selia dan pembangunan bagi sektor ECCE diletakkan di bawah

draft • 3:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

satu agensi, jangan agensi berlainan bertanggungjawab dengan isu yang sama. Kita mahu tanggungjawab kawal selia dan pembangunan bagi sektor ECCE diletakkan di satu agensi seperti Early Childhood Development Authority (ECDA) di Singapura.

Selain itu, kami juga mengesyorkan Majlis Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak- kanak Kebangsaan ditubuhkan untuk menyelaras agenda ECCE merentasi kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini juga memandang berat kekurangan peruntukan sektor pendidikan awal yang serius. Kami berharap Kementerian Kewangan boleh merombak semula peruntukan pembangunan modal insan dan memastikan jumlah peruntukan awam bagi sektor ECCE sekurang-kurangnya 0.5 peratus daripada KDNK.

Cadangan-cadangan perluasan peruntukan adalah untuk tujuan yang berikut:

(i) memberi geran tetap tahunan kepada pengusaha taska dan tadika swasta yang tidak berorientasikan keuntungan dan mampu milik yang layak;

(ii) menyediakan premis ECCE awam yang mencukupi;

(iii) mewujudkan skim insentif kewangan dan bukan kewangan kepada taska dan tadika yang berdaftar;

(iv) memperluaskan subsidi yuran taska dan tadika yang kepada keluarga yang layak;

(v) menyelaras dan meningkatkan kualiti skim latihan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak, educarer bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme mereka dan akhirnya; dan

(vi) meningkatkan kadar bantuan makan bagi prasekolah mengikut kadar semasa, khususnya jawatankuasa ingin mencadangkan supaya bantuan makanan di prasekolah di Sabah dan Sarawak boleh dinaikkan kepada RM 5 per kapita setiap hari dengan segera.

draft • 3:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Selain itu, jawatankuasa ini juga ingin mengesyorkan supaya semua Tabika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan diserap masuk di bawah KPM supaya kita boleh mengoptimumkan sumber kerajaan.

Akhir sekali, dua lain-lain syor yang turut kita diketengahkan di penyata adalah seperti berikut. Satu, jawatankuasa mengesyorkan supaya PLANMalaysia di bawah KPKT dengan kerjasama KPM dan KPWKM menyemak semula garis panduan perancangan dan penubuhan tadika dan taska yang sedia ada dengan mengambil kira kos, tempoh masa dan birokrasi bagi meningkatkan kadar pendaftaran tadika dan taska. Kami amat berharap bahawa masalah

draft • 4:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

yang selama lebih daripada 10 tahun –– mungkin 20 tahun ini boleh diselesaikan oleh Kerajaan Perpaduan dalam penggal ini juga.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang kedua, jawatankuasa juga mengesyorkan supaya KPM menetapkan dan menyelaras standard kelayakan dan pensijilan semua Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah KPM, KEMAS dan Jabatan Perpaduan bagi menyelaraskan mutu serta tahap profesionalisme secara menyeluruh merentasi agensi.

Secara ringkas, Dato’ Yang di-Pertua, Pendidikan Awal Kanak-kanak memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan peruntukan yang mencukupi. Jawatankuasa berharap dengan usaha-usaha ini, kita dapat membentuk satu ekosistem ECCE yang lebih inklusif, lebih berkualiti dan mampan.

Matlamat adalah jelas iaitu kita hendak pastikan bahawa no child left behind dan perkembangan holistik setiap kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang sosioekonomi mereka. Bagi mewujudkan satu generasi masa hadapan yang berdaya saing dan sekali gus memacu kemajuan negara.

Sekian sahaja pembentangan saya. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

Jadi, berikut daripada itu, kita ada enam orang pembahas iaitu Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Arau.

Masa diberi lima minit, dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Wanita Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial atas pembentangan laporan ini dan cadangan untuk menambah baik penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Ini merupakan salah satu langkah yang begitu penting untuk membangunkan modal insan untuk negara kita.

Justeru, saya menyokong kepada cadangan jawatankuasa untuk menggubal satu akta penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak atau Akta ECCE yang menyeluruh bagi kanak- kanak berumur di bawah enam tahun. Buat masa sekarang, sektor ini diurus oleh pelbagai agensi iaitu antaranya adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian

draft • 4:02 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perpaduan dan juga mungkin terlibat pihak berkuasa tempatan.

Dato’ Yang di-Pertua, keadaan ini menjadikan sistem kita terlalu berpecah dan tidak selaras dari segi lesen, kurikulum, latihan tenaga kerja, latihan dan kemahiran para pengajar dan juga piawaian keselamatan. Oleh itu, cadangan untuk meletakkan pengurusan ECCE di bawah satu kementerian atau satu agensi tunggal adalah penting dan merupakan satu langkah ke arah penyelarasan yang amat diperlukan.

Di sini saya ingin menambah lagi satu isu penting iaitu masalah ketidakselarasan data di antara agensi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada masa ini tiada satu pangkalan data nasional yang menghubung kaitkan maklumat berkenaan kanak-kanak sama ada daripada taska, tadika, klinik kesihatan dan mungkin sekolah rendah. Seorang kanak-kanak yang beralih dari tadika ke tahun satu. Darjah 1 seolah-olah saya gambarkan sebagai dilahirkan semula dalam sistem baharu.

Tanpa sistem data bersepadu, dasar yang kita rangkakan tidak akan berasaskan fakta dan keadaan sebenar. Dengan itu, saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu sistem bersepadu national child data system yang menggabungkan segala maklumat berkenaan pendidikan, kesihatan, nutrisi dan kebajikan setiap kanak-kanak di bawah satu pangkalan data.

Dato’ Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah menyatakan dan menggariskan hala tuju atau hasrat untuk menjadikan pendidikan pra sekolah sebagai – bagi umur lima tahun sebagai wajib. Sebelum melangkah ke Darjah 1 pada umur tujuh tahun. Saya menyambut baik matlamat ini kerana ia menepati aspirasi UNESCO bahawa pendidikan awal seharusnya menjadi hak universal, tetapi bukan pilihan bagi golongan yang mampu sahaja.

Dato’ Yang di-Pertua, kalau bagi zaman saya, zaman saya, saya satu-satunya murid yang tidak berkemampuan untuk memasuki kelas pra sekolah dalam – apabila saya masuk Darjah 1, tetapi pada masa itu ia bukan jadi masalah sebab saya boleh – masa itu saya masih boleh catch-up, saya masih boleh mengikuti apa ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam Darjah 1, tetapi sekarang, sekiranya kita membiarkan keadaan ini berterusan, iaitu hanya mereka yang mampu untuk hantar anak ke kelas pra sekolah, ia nya akan menimbulkan masalah apabila budak-budak ataupun anak-anak kita masuk ke Darjah 1 nanti.

Saya sendiri telah melihat kurikulum pra sekolah anak saya, saya terpaksa akui bahawa sekiranya saya –– keadaan itu berlaku masa saya, saya akan menjadi antara yang tercicir apabila saya masuk Darjah 1 nanti. Maka, isu yang ada pada depan kita, adalah bagaimana kita merapatkan jurang dan memastikan bahawa setiap anak-anak kita mampu ataupun berpeluang masuk ke kelas pra sekolah sebelum mereka memasuki Darjah 1.

draft • 4:02 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, kerajaan perlu menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini apakah cabaran yang sebenarnya kita hadapi dalam melaksanakan pendidikan wajib untuk pendidikan pra sekolah ini. Adakah kita mempunyai kapasiti taska dan tadika yang mencukupi di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

Bagaimana pula dengan latihan tenaga pengajar, kemudahan bangunan serta mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan bahawa setiap anak-anak kita mendapat satu tempat untuk pendidikan pra sekolah ini. Laporan jawatankuasa turut mencadangkan pemberian subsidi yuran taska dan tadika serta elaun minimum kepada pengasuh sebanyak RM1,700 sebulan.

draft • 4:02 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya ingin menegaskan bahawa tanpa intervensi kewangan yang kukuh, dasar wajib prasekolah ini akan menjadi satu beban baru kepada keluarga yang berpendapatan rendah.

Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi dimensi yang perlu diberikan perhatian adalah beban kewangan keluarga dan kaitannya dengan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja.

Hari ini kadar penyertaan tenaga buruh wanita Malaysia masih sekitar 56 peratus. Jauh lebih rendah jika berbanding negara jiran iaitu Singapura dan Thailand.

Antara sebab utama adalah ketiadaan sistem penjagaan kanak-kanak yang mampu milik dan boleh dipercayai. Yuran taska di bandar-bandar besar boleh mencecah RM800 hingga RM1,200 sebulan. Jumlah yang hampir separuh daripada gaji isi rumah B40. Ini menyebabkan ramai ibu-ibu terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka kerana kos penjagaan anak lebih tinggi daripada pendapatan mereka. Oleh itu, kerajaan perlu melihat ECCE bukan sekadar isu sosial tetapi juga sebagai satu strategi ekonomi untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dan meningkatkan produktiviti negara kita.

Saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan satu child care voucher scheme atau baucar penjagaan kanak-kanak yang boleh digunakan untuk menampung kalau bukan semua, sebahagian besar...

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Perbelanjaan untuk penjagaan anak-anak di taska- taska berdaftar. Serta insentif cukai kepada majikan yang sudi menyediakan kemudahan taska di tempat kerja.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, usaha untuk meningkatkan dan memperkasakan ECCE ini, dia perlu menjadi satu hala tuju dan usaha sebagai the whole government approach, sebagai satu usaha rentas agensi.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit, saya akan tutup mic.

draft • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dan saya harap perkara ini mendapat sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang dimulia ini, tetapi ia merupakan masa depan dan hala tuju masa depan negara kita. Ia tidak – bukan merupakan satu isu politik.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua yang saya muliakan, pandangan saya ini agak konservatif.

Saya melihat bahawa isu besar kita ialah kita kehilangan anak lebih awal daripada yang sepatutnya. Anak-anak kita tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. Bayangkan dalam tempoh tiga bulan, anak kita terus dipisahkan daripada ibu bapa. Kita hantar mereka ke pusat penjagaan. Kita ambil mereka pukul 6, pukul 7 petang. Hanya dua, tiga jam berada di rumah – tidur. Pagi besok, kita hantar balik. Isu besar kita ialah anak-anak kehilangan kasih sayang ibu bapa.

Sebenarnya isu ini lebih besar daripada apa yang kita bincang, kerana masalah kita ialah masalah kos yang menyebabkan ibu terpaksa bekerja, yang sepatut menjaga anak.

Sampai bila situasi ini kita perlu teruskan? Kita perlu memikir secara besar. Isu buli, isu pelbagai insiden di sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya melihat punca besar ialah anak-anak hilang kasih sayang daripada keluarga.

Lantaran itu, kalau kita nak bincang soal bagaimana untuk pendidikan awal anak-anak, kalau kita balik pada fitrah anak-anak ini, ia tanggungjawab ibu bapa. Bayangkan kalau kita hantar pada pihak lain, third party, pihak ketiga untuk besarkan anak kita, didik anak kita. Apa yang disuap, apa yang diberi makan, apa yang diajar tentulah berbeza dengan kasih sayang daripada ibu bapa sendiri.

Kalau kita rujuk pada hadis Nabi SAW, kata Rasulullah.

[Membaca sepotong hadis] . Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah menentukan masa depan anaknya dalam konteks agama, dalam konteks hidup dan sebagainya. Kalau kita lihat pada pandangan Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina Ali menggariskan tiga peringkat latihan untuk anak-anak. Kata Saidina Ali...

[Bercakap dalam bahasa Arab] Bermain, berguraulah dengan anak kamu, umur dia satu hingga tujuh tahun...

[Bercakap dalam bahasa Arab] Ajar

draft • 4:13 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

kepadanya adab dalam usia tujuh tahun berikutnya...

[Bercakap dalam bahasa Arab] Jadikan dia sahabat kamu tujuh tahun berikutnya.

Tujuh tahun pertama ialah zaman ibu bapa mendidik, bergurau, bermain dengan dia.

Bayangkan tuan-tuan semua, dalam usia empat bulan kita hantar anak kita ke pusat asuhan, berpisah dengan mak ayah sampai umur 18 tahun, sampai tamat universiti. Sebenarnya, kita hilang anak lebih awal. Lantaran itu, saya ingin melihat supaya kementerian, jawatankuasa juga melihat bagaimana mekanisme supaya nilai kasih sayang seorang ibu, seorang ayah kepada anak itu dapat diperkukuhkan.

Selain daripada kita mengakui bahawa perlunya pengukuhan sistem penjagaan awal daripada baru lahir hingga empat tahun di bawah Kementerian Pembangunan Wanita. Masuk sekolah bawah kementerian pelbagai agensi yang telah dibangkitkan tadi. Saya setuju bahawa perlunya satu penyelarasan dari sudut itu ya.

Jadi, ini poin saya yang kedua. Daripada poin yang pertama ialah bagaimana untuk wujudkan suatu entiti penyelarasan yang sekata daripada pelbagai pihak yang telah dibangkitkan tadi, daripada KPM, KPWKM, KPKT, ada JAKIM, ada Majlis Agama Islam dan sebagainya. Ada juga bawah PBT. Kita perlukan penyelarasan agar perlunya wujud satu entiti tunggal yang bertanggungjawab atas dasar ini. Dan saya menyokong tentang akta – sebuah akta pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan dapat diwujudkan...

draft • 4:13 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Kubang Kerian.

draft • 4:13 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Masa tak panjang.

draft • 4:13 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Kubang Kerian.

draft • 4:13 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya nak terus kepada – ya?

draft • 4:13 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sikit Kubang Kerian. Kalau tadi pandangan Kubang Kerian supaya kasih sayang ibu bapa ini diberi kepada anak-anak. Apakah mungkin boleh Kubang Kerian bersetuju, kalaulah kerajaan boleh pertimbang, suri rumah itu dianggap sebagai satu pekerjaan profesional dan dipertimbang diberi elaun yang sesuai. Barulah ibu ini boleh sepenuh masa tumpu memberi kasih sayang dan didikan pada anak-anak di rumah. Terima kasih Kubang Kerian.

draft • 4:13 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya, saya setuju 100 peratus.

Masukkan sebahagian dari ucapan saya. Sebab ini ya, kita bayangkan kos menghantar anak itu kadang-kadang elaun ibu yang bekerja itu habis di situ saja ya. Jadi, kalau kita boleh bagi ini sebagai satu sumbangan, sebagai buah negara yang perlu melihat pada aspek ini.

draft • 4:13 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak tutup dengan berapa cadangan sayalah. Satu, saya setuju tentang wujudnya – tubuhkan majlis pembangunan kanak-kanak — awal, negara kita dapat kita wujudkan.

Yang keduanya, kita perlu perkukuhkan latihan dan profesionalisme guru-guru ECCE ini dan diberi geran dan insentif kepada pusat ECCE komuniti ya. Soal pensijilan profesional yang diiktiraf oleh MBQA sebagai contoh. Dan kerajaan boleh perkenalkan geran latihan kepada geran pedagogi ataupun keselamatan kanak-kanak dan sebagainya. Namun, apa yang jelas di kawasan luar bandar, kita perlu mencari mekanisme bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab golongan yang tidak mampu ini sebenarnya, akhirnya dia terpaksa berdepan dengan masalah yang sangat serius dalam pendidikan awal anak-anak ini.

Akhir sekali, saya mencadangkan supaya suatu birokrasi yang melambatkan proses pendaftaran, soal elaun yang setimpal kepada pengasuh dan penjaga dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian dan beberapa syor yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa tadi juga perlu diambil kira. Dengan ini, saya menyokong laporan yang telah dibentangkan, terima kasih. Mu ada? Okey.

draft • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat berikutnya, saya silakan Yang Berhormat Muar.

draft • 4:13 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya kasihani nasib ibu muda di Malaysia. Dengan perkembangan moden mereka diharapkan untuk jadi seorang profesional, doktor, engineer, lawyer, membawa gaji bagi keluarga, tetapi pada masa yang sama untuk mengekalkan sistem tradisional di mana mereka turut diharapkan untuk jadi suri rumah, pengasuh, pendidik bagi anak-anak dan pada masa yang sama itu jaga responsibilities ini dengan baik.

Dengan situasi ekonomi bukan setakat di Malaysia tetapi di seluruh dunia, ibu muda- ibu muda diharapkan untuk bekerja secara profesional. Mereka sibuk dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang bekerja seperti biasa. Balik rumah jadi pengasuh dan juga suri rumah. Hujung minggu menguruskan anak-anak tanpa gaji sekalipun. Ini adalah beban tanggungjawab yang besar. Sistem tradisional dan pada masa yang sama sistem yang moden. Sampai ke satu tahap di mana banyak ibu muda-ibu muda di Malaysia ada burn out di mana ada segelintir daripada mereka sanggup meninggalkan kerja kerana terpaksa menjaga anak-anak dan pilihan ini bukanlah pilihan yang baik. This is bad for Malaysia.

draft • 4:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Nak harapkan taska? Yuran taska realitinya sangat membebankan. Kalau kita lihat di kawasan bandar bukan setakat bil bulanan RM350, tetapi kos pendaftaran RM2,000. Nak harapkan golongan tengah — Golongan pertengahan atau B40? Jangan haraplah. Nak harapkan KEMAS ataupun taska kerajaan? Tidak mencukupi. Kita lihat laporan yang dikeluarkan. Malaysia memerlukan dalam 40,000 taska, tetapi taska yang berdaftar tak sampai 4,000 pun. Maksudnya, kita kekurangan sembilan daripada 10 taska yang sepatutnya ada.

Taska yang berdaftar hanya satu dari tiga. Maksudnya, lebih 75 peratus taska di Malaysia tidak berdaftar pun. Apa alternatif kepada taska? Alternatif kepada taska adalah pengasuh ataupun pembantu rumah. Kita lihat situasi di Malaysia berkenaan pengasuh dan pembantu rumah. Makin lama, makin mahal. Mencekik dan tak masuk akal. Dulu, nak bawa masuk kosnya tidak membebankan. Hari ini, diiklankan kos siling RM15,000. Realitinya kita semua tahu ini adalah penipuan. Kos — kos minimum hendak bawa masuk RM20,000 one- off. Ini belum ambil kira lagi kos bayaran gaji bulanan.

Lagi sekali, nak harapkan ibu muda, doktor muda, peguam muda, engineer muda nak bayar? Jangan haraplah. Mungkin perlu bergolok, bergadai untuk bawa masuk pembantu rumah ataupun suri rumah — pembantu rumah ataupun pengasuh untuk membantu situasi di rumah.

Dan yang lebih mencemaskan, lepas ada segelintir ibu muda sanggup tak apa, saya nak kekalkan karier saya, saya nak jaga anak-anak saya. Bayar kos one-off RM20,000. Bayar gaji bulanan RM1,700. Bawa mereka masuk, tak sampai tiga bulan pembantu ini lari. Larikan diri dan ini bukan situasi kecil. Kamu boleh pergi. Minta maaf, bukan kamu. Tuan Pengerusi, boleh tengok di Facebook, sampai ada group yang dah cecah ribuan ke puluhan ribu.

Ibu bapa, dia buat group kerana pembantu rumah mereka melarikan diri selepas satu, dua bulan: RM20,000 terbakar macam ‘tu sahaja dan bila pembantu rumah ini larikan diri, dia dapat kerja dekat sekolah berdekatan. Tak sampai dua kilometer daripada rumahnya. Siap boleh buat TikTok lagi, ada TikTok. Keluarkan video, “Oh, ini majikan yang baharu.” Amboi, majikan baru syok lah, kan? Tak perlu bayar RM20,000 ini. Akhirnya, ibu muda ini, yang bergolok, bergadai, mungkin pregnant nak dapat anak, berada dalam situasi yang sangat sukar. Bila lapor ke polis, polis kata, “Oh, ini bukan bidang mereka.” Pergi ke Jabatan Imigresen kata, “Oh, komplen kepada syarikat yang membenarkan kamu membawa masuk pembantu rumah ini.” This is not fair. Saya kongsi kan ini berdasarkan kepada situasi yang di-kongsi-kan kepada saya secara terus dan saya sangat risau kerana kalau situasi ini berterusan dengan taska yang tidak mencukupi, tidak berdaftar, pada masa yang sama pembantu rumah dan

draft • 4:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

pengasuh yang cepat melarikan diri selepas modal yang besar dikeluarkan oleh ibu muda dan keluarga muda ini. Kita sampai ke situasi yang sangat kritikal di mana kita mencipta situasi di mana ibu muda, golongan profesional wanita terpaksa berhenti bekerja, melupakan karier mereka kerana masalah-masalah yang tidak dapat kita uruskan dengan baik.

Saya ada tiga cadangan. Pertama sekali, saya memuji usaha kerajaan dalam RMK terbaru ini di mana mereka ingin mewajibkan — bukan mewajibkan, memberi pendidikan prasekolah percuma. This is a game changer dan kalau berjaya dilaksanakan pada belanjawan tahun ini, I think that will bring great news kepada ibu muda dan keluarga muda di Malaysia. Cuma, perinciannya tiada. Saya menanti perincian tersebut.

Yang kedua. Tolong naikkan nilai ambang pengecualian cukai bagi perbelanjaan taska.

Ini sangat penting kerana pada hari ini pelepasan cukai yang diberikan itu sangat sedikit walhal, kos taska makin lama, makin meningkat. Mencekik golongan ibu-ibu muda ini. Tak cukup pengecualian cukai sedia yang sangat kecil, naikkan.

Dan cadangan ketiga. Pengecualian cukai baharu bagi keluarga muda yang melatih dan menggajikan pengasuh supaya mengasuh ini dapat mendidik anak-anak mereka supaya mereka dapat keluar bekerja, terus advance their career supaya mereka tidak perlu memilih, adakah saya ingin menjadi ibu yang baik atau adakah saya ingin menjadi seorang profesional yang berkerjaya?

Kita jangan paksa ibu muda memilih, satu. Realitinya, kalau lelaki itu boleh jadi ayah yang baik dan boleh jadi seorang yang berjaya dalam kariernya, wanita berhak dapat masa depan yang sama. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Dipersilakan, Yang Berhormat Langkawi.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Dato’ Dr.

Yang di-Pertua. Pendidikan awal di Malaysia sifatnya sporadik, sepertimana yang terdapat dalam laporan yang dibentangkan. Negara kita mempunyai sistem pendidikan awal yang diuruskan oleh agensi kerajaan seperti KEMAS, MAIWP, KPM sendiri. Namun, ia tidak boleh dibuka untuk semua rakyat Malaysia atas sebab keterbatasan sumber.

Realiti ini menunjukkan satu blunder atau kesilapan dasar kerajaan terutamanya dalam bentuk penyaluran dana. Kekuatan fiskal negara sejak berpuluh tahun dahulu digunakan untuk membuka agensi, kementerian dan jabatan yang bersifat redundant atau bertindih fungsinya antara satu sama lain.

Akibatnya, kerajaan tidak punya cukup dana untuk menampung pendidikan percuma untuk kanak-kanak awal usia khususnya empat hingga enam tahun. Ibu bapa juga terpaksa

draft • 4:26 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

mengeluarkan wang mereka sendiri demi memastikan anak mereka tidak ketinggalan apabila masuk Darjah 1 – 20 tahun dahulu harga yuran tadika dan play school ini mungkin mampu ditanggung oleh keluarga, tetapi golongan M40 semakin tersepit dan yuran pula semakin meningkat harganya.

Kita baru-baru ini dikejutkan dengan laporan semakin ramai M40 membatalkan langganan insurans kesihatan mereka kerana ketidakmampuan mereka menanggung bayaran premium bulanan. Tidak lama lagi, masalah hospital sesak akan menjadi lebih kritikal kerana pesakit yang dahulunya mampu untuk ke hospital swasta beralih kepada hospital kerajaan.

Hal yang sama turut saya jangkakan akan berlaku dalam hal pendidikan awal. Jika M40 mula merasakan bahang kos bulanan tadika swasta, tidak mustahil mereka juga akan merebut tempat untuk anak-anak mereka di tadika kerajaan khususnya merebut slot untuk kanak-kanak dari keluarga miskin. Tidak hairanlah kita menyaksikan PASTI di bawah parti PAS semakin mendapat tempat di kalangan rakyat. Walaupun dihentam, saya melihat bahawa success story yang baru-baru ini telah diperoleh oleh anak kita yang berumur tujuh tahun:

Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, berumur tujuh tahun yang telah menjadi juara dunia di Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali ke-63 di Hong Kong...

draft • 4:26 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dan success story kedua, yang saya melihat adalah — maaf. Penyertaan sesi hafazan Al-Quran teramai kategori prasekolah bagi mencipta rekod dalam Malaysia Book of Record sebanyak 121,180 hafazan pada suatu masa. Ini success story yang kita sebut secara tidak banyak. Masih ada banyak lagi yang perlu kita timbulkan, tetapi alhamdulillah, kita melihat PASTI, SRITI dan juga SMITI begitu successful sekali dan ini menyebabkan ramai mereka- mereka yang telah pun memberi kata-kata negatif.

draft • 4:26 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ramai cybertrooper kerajaan mengkritik pembayaran elaun kepada guru-guru PASTI tetapi ini juga masalah dengan banyak lagi pengusaha tadika lain. Sebab itu disyorkan agar Skim Bantuan Subsidi Gaji Minimum diberikan kepada pengusaha taska yang layak bagi meringankan beban pengusaha taska yang tidak mampu membayar gaji minimum RM1,700.

Dr. Yang di-Pertua, isu lain yang disentuh ialah bab silibus yang berbeza-beza. Saya melihat ada ketidakselarasan antara silibus dan cara pengajaran di tadika dengan apa yang diharapkan dari kanak-kanak ini apabila melangkah masuk sekolah rendah. Kanak-kanak Darjah 1 diharapkan atau expected menguasai asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, tetapi di beberapa tadika milik agensi kerajaan sendiri, pendidikan formal tidak ditekankan

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

sebaliknya mereka mengambil pendekatan yang lebih santai dan sesuai dengan tahap kognitif kanak-kanak.

Saya bukan bermaksud ingin menyalahkan para Guru Tadika KEMAS atau agensi kerajaan, poin yang saya mahu sampaikan ialah perlunya ada pelarasan antara agensi penyelia taska dan KPM. Adalah tidak wajar untuk kanak-kanak daripada tabika milik kerajaan sendiri tidak boleh mengejar silibus KPM Darjah 1. Di kesempatan ini, saya juga ingin menegur KPM yang masih lena dan tidak ada sense of urgency dalam mereformasikan silibus pendidikan kita. Saya bangkitkan hal ini kerana dalam syor laporan tersebut ada dinyatakan supaya agensi tunggal yang menyeliakan tadika dan taska diletakkan di bawah KPM. Justeru, KPM perlu bersedia untuk melakukan reformasi silibus besar-besaran sebelum diamanahkan untuk menjaga agensi ini.

Dr. Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan anggaran daripada pihak KPM, KEMAS atau MOF sendiri mengenai berapakah anggaran bajet yang diperlukan untuk KPM menguruskan semua tadika dan taska yang buat masa ini di bawah agensi lain seperti KEMAS dan Jabatan Perpaduan. Dan jika jumlahnya besar, apakah strategi fiskal yang akan diumumkan untuk menampung peningkatan jumlah dana kepada KPM ini? Adakah kerajaan bakal memperkenalkan cukai baru atau naikkan cukai sedia ada atau mansuhkan kementerian, agensi yang bertindih di antara satu sama lain?

Saya fikir, terdapat keperluan untuk meletakkan laporan ini dalam konteks yang lebih besar. Kerajaan berhasrat mewajibkan pendidikan prasekolah bermula lima tahun. Ini termaktub dalam RMK-13. Jadi, bagaimana dengan persediaan prasarana tadika ini? Apakah kerajaan akan membina tadika-tadika baru atau menyerap tadika-tadika swasta sedia ada?

Mekanisme ini perlu dijelaskan terlebih dahulu. Apakah bentuk kerjasama antara agensi kerajaan dan pengusaha tadika swasta khususnya yang mempunyai rangkaian besar?

Adakah tenaga pengajar akan diserap sebagai kakitangan kerajaan atau mereka kekal di bawah pengurusan swasta? Ini paling penting bagi memastikan pelancaran dasar mewajibkan pendidikan awal lima tahun ini. Terima kasih Dr. Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Segala puji bagi Allah, saya merafakkan setinggi kesyukuran atas ruang dalam membahaskan penyata jawatankuasa pilihan khas mengenai penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

draft • 4:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Malaysia hari ini masih belum memiliki satu rangka dasar yang menyeluruh dan berpaksikan visi kebangsaan bagi anak kecil berusia kosong sehingga enam tahun. Generasi yang bakal mencorakkan wajah negara ketika kita melangkah ke tahun 2050. Kita sering berbicara tentang kemajuan ekonomi, teknologi dan pembangunan lestari. Namun ironinya, kita masih belum membangunkan jiwa kecil yang bakal mengemudi semua itu. Sudah tiba masanya kita berani mengaku bahawa membina negara bermula bukan di universiti, bukan di sekolah menengah, bahkan di pangkuan ibu dan di tangan pendidik awal anak-anak kita.

Dato’ Yang di-Pertua, masalah struktur yang kronik. Hari ini kita bercakap tentang sistem yang berpecah belah. Taska di bawah KPWKM, Tabika Perpaduan di bawah KPN, tabika dan Taska KEMAS di bawah KKDW selain prasekolah di bawah KPM. Hasilnya, empat kementerian, empat set garis panduan tetapi nun di sana anak-anak kita yang sedang keliru.

JKPK menyebut dengan jelas, tiada akta induk, tiada penyelaras tunggal, tiada visi nasional. Kita tidak boleh lagi memadam kesilapan dasar ini dengan taskforce sementara.

Sudah tiba masanya Malaysia menggubal akta penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan yang menyatukan semua dasar di bawah satu payung perundangan yang jelas.

Jika kembali kepada pandangan Islam, pendidikan awal kanak-kanak bukan sekadar satu keperluan sosial tetapi satu amanah suci yang menentukan arah perjalanan ummah.

Kanak-kanak bukan the future of the nation semata-mata. Bahkan, mereka adalah amanah Allah yang mesti dibentuk sejak dari buaian agar mereka menjadi insan yang mengenal pencipta, berakhlak mulia dan berilmu yang luas.

Dalam hadis Nabi bersabda.

[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikan ia yahudi, nasrani atau pun majusi.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis ini menjadi asas utama pendidikan Islam bahawa pembentukan akidah, nilai dan akhlak mesti bermula seawal mungkin. Justeru, Islam tidak melihat pendidikan awal hanya sebagai tempat bermain atau pun penjagaan tetapi medan penanaman tauhid, akidah, adab dan ilmu secara bersepadu.

Islam memandang pendidikan awal sebagai proses membangunkan fitrah insan. Ia bukan sekadar menyiapkan kanak-kanak untuk dunia persekolahan, tetapi membina jati diri rabbani mengenal Allah, menghargai ilmu, menghormati ibu bapa dan menyayangi makhluk.

Pendidikan awal dalam Islam adalah gabungan tarbiah ruhiyyah, aqliah dan jasadiah: rohani, akal dan fizikal secara seimbang.

Dato’ Yang di-Pertua, tubuhkan suruhanjaya kanak-kanak awal. Saya mencadangkan bukan sekadar pihak berkuasa tunggal tetapi sebuah suruhanjaya bebas dan profesional seperti Early Childhood Development Agency di Singapura namun lebih inklusif dan tempatan.

Suruhanjaya ini perlu diberi kuasa undang-undang sebaiknya termasuklah mengurus data

draft • 4:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

nasional kanak-kanak awal termasuk status kesihatan, imunisasi, perkembangan dan kemasukan ke sekolah rendah.

Juga menjadi pusat data sosial negara yang boleh menghubungkan maklumat kanak- kanak daripada hospital, JKM dan sekolah dalam satu sistem. Kita sudah ada PADU untuk rakyat dewasa walaupun entah ke mana PADU ini. Mengapa tidak ada PADU kanak-kanak untuk memastikan setiap anak Malaysia tidak tercicir sejak usia bayi.

Dato’ Yang di-Pertua, isu tenaga kerja, nilai masa depan bukan kos semasa. Di sini saya berhasrat mencadangkan tubuhkan institusi latihan nasional pendidikan awal sebagai pusat utama latihan pendidik awal dengan standard setara IPG. Kita tidak boleh lagi menganggap cikgu tadika sebagai penjaga sambilan. Mereka ialah arkitek masa depan bangsa.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan pendidikan awal sebagai pelaburan ekonomi, kajian Bank Dunia menunjukkan setiap RM1 yang dilaburkan dalam pendidikan awal akan menghasilkan pulangan ekonomi RM7 dalam jangka panjang melalui peningkatan produktiviti, pengurangan jenayah dan kesihatan yang lebih baik.

Maka saya mencadangkan skim dana amanah awal kanak-kanak nasional, dibiayai melalui sumbangan tetap tahunan daripada cukai korporat dan CSR syarikat GLC, geran padanan kerajaan, dana khas Bank Negara bagi sektor pembangunan insan. Dana-dana ini akan mempunyai subsidi pusat jagaan komuniti, latihan guru dan pemakanan kanak-kanak miskin. Selain itu, perluaskanlah lagi pelepasan cukai bertujuan membiayai pendidikan awal kanak-kanak ini.

Dato’ Yang di-Pertua, penjagaan awal berusia kosong hingga tiga tahun adalah merupakan lompong paling besar. Ketika terlalu fokus kepada prasekolah empat hingga enam tahun sedangkan ― kita terlalu fokus kepada prasekolah empat hingga enam tahun sedangkan otak manusia berkembang 80 peratus sebelum umur tiga tahun. Namun, sektor ini paling terabai. Pusat jagaan bayi tidak teratur, tiada kawalan kualiti dan kadar penderaan meningkat.

draft • 4:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Cadangan saya wujudkan child wellness center di setiap Pusat Kesihatan Daerah digabungkan dengan khidmat kesihatan ibu dan anak. Setiap pusat ini menjadi hab untuk pendidikan keibubapaan, pemantauan nutrisi dan latihan pengasuh komuniti. Pengasuh komuniti dilatih dan dibayar melalui dana amanah kanak-kanak tadi bukan bekerja tanpa jaminan.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan perlindungan dan keselamatan kanak-kanak, laporan JKPK mengesahkan kes penderaan masih tinggi. Saya menggesa agar kerajaan

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

menubuhkan talian 24 jam, Anak Selamat 111 dikendalikan oleh pakar psikologi dan kebajikan sosial. Bukan hanya pusat panggilan biasa. Semua warden, pengasuh dan guru prasekolah mesti melalui pertama, pemeriksaan latar belakang polis. Yang kedua, ujian psikometrik asas.

Yang ketiga, kursus wajib perlindungan kanak-kanak. Kita tidak boleh tunggu tragedi untuk bertindak.

Dato’ Yang di-Pertua, menyusun semula tadbir urus daripada birokrasi kepada ekosistem. Hari ini pelbagai kementerian mengendalikan lebih 18 sistem data berkaitan kanak-kanak. Tiada yang benar-benar bercakap antara satu sama lain. Kita perlukan ekosistem data kanak-kanak nasional, integrasi antara KPM, KPWKM, KKM dan JPN.

Dengan itu – jika seorang kanak-kanak tidak hadir ke prasekolah contohnya sistem akan memberi isyarat awal kepada JKM dan klinik kesihatan. Inilah pencegahan pintar bukan penyelesaian selepas bencana.

Dato’ Yang di-Pertua, polisi mesra ibu bapa dan tenaga kerja. Saya juga mencadangkan polisi yang sering kita abaikan. Galakan syarikat besar menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui potongan cukai berganda, benarkan cuti bapa minimum 14 hari dan cuti ibu 120 hari supaya tanggungjawab penjagaan awal lebih seimbang.

Perkenalkan insentif parenting credit dengan kredit cukai khas untuk keluarga berpendapatan rendah yang menyertai program keibubapaan atau menghantar anak ke pusat berdaftar. Kita sering berbicara tentang Malaysia MADANI, tetapi MADANI bermula dari buaian bukan dari podium.

Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup dan harapan kita. Kalau kita gagal mendidik anak kecil hari ini maka kita sedang menanam benih masalah sosial yang akan dituai 20 tahun lagi dalam bentuk jenayah, pengangguran dan ketidakseimbangan sosial.

Anak kecil bukan statistik pembangunan manusia. Mereka adalah peta masa depan negara. Saya berharap kerajaan tidak membiarkan laporan JKPK ini sekadar menjadi dokumen cantik dalam rak Parlimen. Jadikan ia asas reformasi sebenar bukan sekadar seminar dan kertas kerja. Kalau negara ini sanggup membelanjakan berbilion untuk infrastruktur fizikal maka biarlah kali ini kita bina infrastruktur manusia, minda, hati dan masa depan anak-anak Malaysia.

Dengan ini saya dengan penuh harapan agar kerajaan dapat melangkah dengan berani dan menjadikan kanak-kanak sebagai agenda nasional, bukan lampiran kecil dalam bajet sosial. Pelaburan terbaik untuk Malaysia bermula dari tapak tangan seorang ibu. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda. Yang Berhormat Tuan Speaker yang dikasihi. Pertama sekali, kita ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana didikan awal diberi perhatian oleh semua pihak, pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Maka terdidiklah manusia-manusia seperti yang ada sekarang.

Saya ambil contoh perbandingan ya. Sekarang ‘ni guru-guru KEMAS kita ada 12,214.

Guru prasekolah, 10,106; Guru-guru PASTI, 9,979. Kemudian guru-guru Perpaduan ialah 3,386 studen; KEMAS ada 216,029; Prasekolah ada 215,920; PASTI telah meningkat daripada 125,000 ke 142,648; sementara Perpaduan ialah 34,794.

Apa yang berlaku? Kita kena ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi perhatian kepada pendidikan awal. KEMAS berjaya, prasekolah berjaya, Perpaduan berjaya, PASTI berjaya. Cuma yang kelainannya satu sahaja. Prasekolah, KEMAS, Perpaduan dapat peruntukan kerajaan. Dibiayai oleh kerajaan. Sementara PASTI terpaksa menanggung sendiri kerana ia nya dikendalikan oleh sukarelawan.

Walaupun baru-baru ini telah disebut pelbagai perkara berhubung dengan PASTI, tetapi saya nak beritahu saya sedia berinteraksi dengan mana-mana pihak sebab apa yang berlaku pada masa lepas kita kena ucap terima kasih. Sebab inilah yang telah kita capai selama ini. Ada kecapaian cemerlang ataupun tidak cemerlang, tetapi itu yang telah kita capai.

Dalam masa yang sama untuk membolehkan ibu bapa yang terutamanya di bandar untuk membolehkan anak-anak mereka berada di tahap yang cukup tinggi dalam pendidikan terutamanya bila masuk ke sekolah maka mereka masuk anak-anak ke sekolah swasta bahasa Inggeris yang mana kosnya cukup tinggi. Harganya tinggi. Ada juga swasta yang sederhana. Ada juga swasta yang terkini ialah bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab.

Semua ini mendapat perhatian tapi seperti yang kawan-kawan kita sebut tadi bahawa kerajaan harus bagi perhatian yang serius tentang perkara ini. Dia melibatkan didikan awal anak-anak kita. Bagaimana kita boleh melihat anak-anak kita yang di peringkat awal bila dia masuk sekolah sudah berbeza.

Kena ingat, sistem yang ada di sekolah itu masih tidak diubah sampai sekarang.

Sebab bila anak-anak pergi tadika, dia sudah boleh membaca dan menulis. Dia sudah boleh membaca novel, tetapi Darjah 1 masih mengajar ABC dan sebagainya. Jadi yang ini kena

draft • 4:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

ubah. Makna kata tindakan sekarang ini supaya anak-anak sudah masuk ke tahap Darjah 2 bukan Darjah 1 yang memberi perhatian kepada 3M.

Baiklah, saya bagi tajuk ini balik. Sekarang ini kerajaan kena lihat seperti yang sahabat saya sebut tadi supaya memberi pendidikan awal ini diberi percuma oleh kerajaan. Ini kena ingat – bagi ingat bahawa ini ialah untuk masa depan rakyat Malaysia. Ada orang tegur PASTI dulu. Kena ingat PASTI ini dikendalikan oleh sukarelawan yang mencari keredaan Allah, mencari pahala, tetapi kita lihat produk daripada PASTI ialah di antara yang terbaik. Itu sebab ada pertambahan yang agak ketara daripada pelajar-pelajar yang mendaftar ke PASTI yang telah meningkat daripada 125,065 orang kepada 142,648 orang dalam masa beberapa tahun.

Jadi inilah masa yang kerajaan patut tengok kembali. Kalau kita tak boleh bagi 100 peratus, kita bagi sumbangan geran kurang-kurangnya dua pertiga daripada kos yang ditanggung oleh – contohnya PASTI itu diberi geran oleh kerajaan. Kementerian Sumber Manusia akan memberi penekanan. Mesti gaji RM1,700. Kementerian ini hanya bagi penekanan, tapi kita nak cari duit di mana?

Jadi, saya setuju bahawa Kementerian Kewangan kena bagi perhatian, tetapi bukan bagi perhatian. Ini ialah select committee yang merupakan keputusan daripada kita dan kerajaan kena ikut. Kalau tidak select committee disampaikan kemudian ada orang jawab lepas tu habis. Jadi buat apa select committee? Untuk membolehkan kita buat kerja buat select committee. Select committee mesti diikut oleh kerajaan.

Dan cuma mintalah supaya pembentang tadi menyebut contoh Singapore. Itu tak betul. Saya ingat even kementerian kerajaan tempatan juga mengambil contoh Singapore.

Kenapa Singapore? Singapore ialah pengurusan sebuah pulau yang luasnya 316 batu persegi. Ini berlainan dengan pengurusan sebuah negara yang besar seperti Malaysia. Kita kena buat acuan kita sendiri. Kenapa pergi Singapore?

Jadi dengan itu saya minta supaya perkataan, bila kita nak uruskan pendidikan awal ini pendidikan awal – acuan Malaysia. Dan kita minta supaya semua sekali select committee yang telah dibentangkan di sini diterima oleh Kementerian Kewangan sebagai sebahagian daripada cadangan yang dibawa oleh Ahli Parlimen.

Kalau sekiranya kerajaan ada pandangan yang lain, jadi select committee ini untuk apa? Hanya untuk pembentangan, balik bincang, bincang, balik. Saya rasa itu tak sesuai sebab kita juga terpaksa memberi perincian kepada apa yang telah dibentangkan. Kita juga panggil kementerian, panggil Peguam Negara dan sebagainya.

Jadi kalau sekiranya kita telah buat keputusan di sini, ini adalah keputusan select committee dan kerajaan mesti patuh kepada peraturan. Mesti sebelum rang undang-undang dibawa, dibawa kepada select committee. Kalau sekiranya tidak dibawa oleh select

draft • 4:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

committee, maka rang undang-undang itu dianggap sebagai tidak terpakai. Contohnya baru- baru ini Rang Undang-undang Perolehan. Rang Undang-undang Perolehan tidak dibawa kepada select committee. Di bolos dan diluluskan di Parlimen ini.

Jadi sewajarnya kalaupun telah diluluskan, tetapi juga kena bawa juga select committee untuk nak bincang beberapa kekurangan yang terdapat dalam Rang Undang- undang Perolehan.

draft • 4:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cukup banyak kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh rang undang-undang tersebut.

Kerana niatnya ikhlas untuk memberi keterbukaan, tetapi di sebaliknya, memberi kuasa yang besar kepada Menteri untuk membuat apa saja yang Menteri nak.

Jadi, saya minta lagi sekali supaya kerajaan memberi perhatian kepada pendidikan awal ini. Kalau sekiranya swasta, kita bagi geran, tapi kalau sekiranya kita nak gemblengkan di bawah satu bumbung, ini satu masalah yang besar. Buat perlahan-lahan. Yang pertama, bagi geran. Yang kedua, barulah kita bincang bagaimana nak gemblengkan di bawah satu bumbung, tapi kerana kerajaan tidak bagi apa-apa langsung. Ini adalah satu perbuatan yang agak tidak bagus bagi kerajaan kerana seperti Kuala Krai sebutkan tadi, MADANI itu bukan MADANI sekarang. MADANI itu ialah bermula daripada awal pendidikan seseorang anak.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ampang, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menjawab.

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua enam-enam Yang Berhormat yang telah pun memberi banyak pandangan- pandangan yang tambahan dan juga ada yang banyak juga selari dengan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa.

Sebenarnya, kita semua kena maklum bahawa yang paling kita bersyukur bila mana jawatankuasa ini ditubuhkan, saya rasakan ini adalah satu jawatankuasa yang tepat yang selama ini tidak ada di dalam Parlimen, tapi penggal ini kita tubuhkan khususnya untuk kita melihat isu-isu yang paling fundamental dalam kehidupan sumber manusia negara iaitu

draft • 4:51 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jawatankuasa Pilihan Hak Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat. Oleh itu, saya rasa syor-syor yang telah dikemukakan itu sebenarnya memperkukuhkan lagi.

Saya juga suka tengok, dengar pandangan yang ada Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana pandangan-pandangan diberikan sahaja bukan sahaja menjurus kepada isu pendidikan awal ataupun isu berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak, tetapi kita lihat yang dibentangkan ataupun yang dikemukakan oleh Yang Berhormat semua, ia mengaitkan juga tentang isu bagaimana bebanan-bebanan sedia ada yang kita selama ini menanggung dan kita belum dapat jalan ataupun keputusan bagaimana untuk menyelesaikannya.

Isu yang dibangkitkan oleh keenam-enam Yang Berhormat, terutama saya suka pandangan yang mengatakan bahawa kita perlu melihat isu ini bukan saja isu penjagaan dan pendidikan semata-mata. Ia nya adalah isu berkaitan dengan aspek ekonomi yang kita sentiasa ingin lihat Malaysia maju ke depan, ingin mahu adanya tenaga kerja 60 peratus ke depan, tetapi kita ada benda yang memegang kaki kita untuk tidak boleh ke depan iaitu di antaranya bila wanita perlu bekerja, di manakah ingin diletakkan isu aspek kanak-kanak dan pembangunan ini.

Jadi, untuk itu saya rasa, saya mengharapkan sangat kesemuanya bacalah laporan yang telah ataupun pernyataan yang kita buat ini dan saya mencadangkan kepada beberapa agensi ataupun kementerian yang ada di sini. Alhamdulillah, kita tengok sini ada KPWKM, Menterinya dan Timbalan KPM ada di sini untuk kita ambil serius apa yang kita sebutkan ini.

Untuk itu, saya nak mengatakan di sini bahawa seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat Puchong, enam perkara yang disebutkan itu amat penting walaupun yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puchong itu ada hanya sentuhan surface sahaja, di permukaan saja, tapi kalau di-detail-kan lagi, banyak kerja-kerja yang perlu dibuat. Di antaranya – Ada lagi tambahan. Kita tengok tentang dua tambahan tentang isu untuk mendapat lesen yang susah dan sebagainya dan akhirnya juga syor untuk semua guru-guru ini diberikan sijil dengan baik, itu semua banyak kerja sebenarnya, Yang di-Pertua. Jadi, tetapi bagi saya, walaupun ia nya nampak banyak benda yang nak buat, we need to start somewhere. Kalau kita tidak mulakan, kita tidak akan dapat hasil yang akan datang. Untuk itu saya mengharapkan supaya kita akan – perkara-perkara yang dilaporkan ini diambil serius.

Apa yang saya ingin sentuh sedikit tambahan adalah kenapa kita bicarakan isu pendidikan awal dan juga penjagaan awal-awal ini. Kalau kita tengok di Malaysia ini, kosong hingga empat tahun, kita kata ia nya di bawah Pendidikan, kita akan panggil taska, ya, penjagaan. Taska di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila pergi kepada lima ke enam tahun, ia nya di bawah pendidikan awal bawah KPM, ya Kementerian Pendidikan Masyarakat,

draft • 4:51 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

tetapi bila anak-anak kita yang pergi sekolah, lepas tu perlu penjagaan sebab mereka dalam akta tidak membenarkan mereka duduk bersendirian, maka duduk di dalam rumah penjagaan, maka itu pulang balik kepada kementerian ataupun di bawah KPWKM ataupun JKM.

Jadi, ia nya agak kompleks dan renyah untuk menguruskan kanak-kanak ini, tetapi bagi saya, bagaimana renyah pun kita kena berikan perhatian sewajarnya. Kerana kalau tidak nanti, kita tidak boleh menyelesaikan banyak lagi yang ada.

Sebab itu pada saya, kami alhamdulillah, walaupun Arau tak suka kita pergi ke Singapore kan, tetapi bagi saya paling tidak, negeri yang terdekat telah pun membuatkan satu contoh. Dan pada saya, satu agensi yang ditubuhkan yang dapat menyelesaikan masalah yang telah ada, saya rasa kita tak perlu bersusah payah untuk melihat ruang-ruang lain yang ada kerana bagi saya, kalau kita nak ambil contoh best practices daripada negara luar, dengan izin, banyak sebenarnya yang boleh kita bicarakan.

Saya hanya ingin nak berkongsikan tambahan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerusi dan rakan-rakan. Saya ingin mengatakan di sini bahawa perkembangan otak kanak-kanak ini amat penting dan saya mengharapkan kita semua akan datang, bajet akan datang juga merasakan bahawa pelaburan dalam pendidikan awal kanak-kanak ini penting. Sebab itu kita mengharapkan sangat bahawa apa yang disebut dalam syor ini supaya adanya tambahan jumlah peruntukan yang lebih baik yang sekarang ini hanya 0.1 peratus daripada KDNK yang diberikan, kita perlu tingkatkan kepada lebih tinggi iaitu 0.7 peratus paling tidaknya, insya-Allah.

Jadi, di situlah saya rasa penyelesaiannya boleh diselesaikan, sama ada kita nak tingkatkan, memperbanyakkan taska tadika ataupun kita nak memberi subsidi kepada anak- anak yang tak dapat masuk tadika kerana kurangnya tawaran pusat-pusat pendidikan awal ini yang mampu milik ataupun mampu dibayar kan. Tempat KEMAS yang tak cukup, JPNIN- nya tak cukup. Mungkin saya tak tahu PASTI, ABIM dan sebagainya mungkin tak cukup, maka mereka terpaksa menidakkan untuk anak-anak ini tidak pergi ke pendidikan awal ataupun tadika, maka berlakulah keciciran di situ. Jadi bila dah tercicir di situ, saya bimbang keciciran akan berlaku sehingga seterusnya.

Oleh itu, saya juga ingin mengatakan di sini, apa yang dibangkitkan juga oleh rakan- rakan kita. Bakri, saya rasa apa yang disyorkan itu memang perlu iaitu kita tiada pangkalan data, kita perlu adakan. Beban kewangan keluarga, perlu dipertingkatkan. Insya-Allah, kita harap kementerian akan melihat perkara ini.

Kehilangan kasih sayang yang disebut oleh Kubang Kerian. Bagi saya, kasih sayang ini bukanlah hanya kita letakkan kepada keluarga. Kita boleh menyediakan satu environment yang baik untuk boleh menyediakan kasih sayang. Kasih sayang itu bukan semata-mata dapat

draft • 4:51 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

daripada ibu. Kesemuanya daripada bapa, daripada keluarga, daripada persekitaran juga perlu disediakan satu kasih sayang ataupun tempat yang anak-anak kita boleh menumpang kasih sayang.

Jadi, isu yang saya nak sebut itu, isu wanita tumpu hanya di rumah. Mungkin itu tugas berat yang diberi pada wanita, tetapi saya nak mencadangkan, kita tidak boleh – saya sebutkan tadi, kita tidak boleh hanya mengatakan “Kalaulah”, “Kot-kot”, “Kalau wanita itu tumpu 100 peratus ke rumah, selesai masalah.” Saya yakin ia tidak menyelesaikan masalah, tetapi insya-Allah, kalau kita gabungkan ataupun kita letakkan satu situasi di mana sistem sokongan yang lebih baik yang kita boleh sediakan. Tak kiralah lelaki atau perempuan, dia boleh memberikan ataupun boleh menyediakan ataupun memberikan perkhidmatan yang terbaik walaupun di mana mereka berada dengan hati yang tenang, dengan hati yang lebih baik.

Jadi, itu pandangan saya, tapi saya harap ia nya boleh menjadi pegangan ataupun urutan daripada apa yang kita bincang di sini, tetapi bagi saya, memang kita lihat kadang- kadang keluarga ataupun ibu bapa tiada pilihan, ya. Mereka terpaksa bekerja tetapi mereka tidak ada tempat untuk meletakkan anak-anak. Jadi, sebab itu saya tak kiralah bebanan yang ditanggung bukan saja mungkin pada pihak PASTI atau sukarelawan yang berkhidmat untuk menjaga anak-anak.

Saya ingin memaklumkan satu penemuan yang dibuat oleh Universiti SEGI ya di dalam pelaporan semasa kami buat jawatankuasa pilihan khas.

draft • 4:51 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebenarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghadapi kekurangan seramai 70 guru prasekolah dan 574 orang kanak-kanak – PPM ataupun guru penolong ini.

Kenapa ini berlaku, bagaimana Muar sebut tadi kan?

Kalau kita tidak dapat memberikan gaji yang minimum kepada mereka, kita akan kekurangan guru yang akan mengajar. Bila kita kurang guru, maka kita akan adalah guru-guru ataupun pusat-pusat asuhan ataupun tadika yang akan ditutup, ya. That’s why kita hanya dapat kalau 10, satu sahaja yang ada. Patutnya, 10 kita punya keperluan, tetapi kita hanya dapat sedia satu.

Jadi pada saya, sebab itu kita cadangkan – JKPK mencadangkan supaya adanya subsidi, Yang di-Pertua. Dua jenis subsidi: satu subsidi terus kepada rakyat miskin kerana dia boleh masuk taska atau tadika; yang keduanya, subsidi kepada pusat-pusat yang menyediakan perkhidmatan ini. Ia perlu dipertimbangkan sewajarnya.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Kalaulah hasrat kita untuk mempercumakan pendidikan awal ini, adalah lebih molek dan mungkin risikonya itu tinggi, tetapi pada saya, itulah game changer, sebagaimana yang disebut oleh rakan tadi, perkara yang paling penting yang akan kita perolehi, insya-Allah.

Jadi, untuk itu, saya harap — saya mengucapkan terima kasih kepada semua...

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan sikit boleh? Minta penjelasan sikit boleh tak, boleh tak minta penjelasan sikit?

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sikit sahaja ‘tau. Jangan banyak, ‘tau.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat mencadangkan supaya ditingkatkan KDNK kepada pendidikan awal. Apakah ini untuk agensi kerajaan saja ataupun untuk semua tadika?

Sebab kita kena ingat, kehadiran PASTI mewakili 142,000. Perpaduan hanya 33,000, Yang Berhormat. Jadi, kalau dibandingkan dengan prasekolah 215,000. Jadi, hampir separuh daripada prasekolah itu ialah PASTI. Jadi, apakah yang kita tuntut kenaikan sumbangan kerajaan ini adalah untuk kerajaan sahaja, ataupun untuk semua tadika?

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Okey, terima kasih Arau. Saya faham.

Sebab, kalau kita baca apa yang kita cadangkan ini, sebenarnya ia tidak khusus hanya agensi kerajaan, ya.

Mana-mana pihak swasta ataupun mana-mana pihak yang ada menyediakan perkhidmatan ini wajar dipertimbangkan. Kerana apa? Kerana benda ini penting...

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang.

Setuju tak Yang Berhormat Ampang, sekiranya suatu agensi ataupun seperti tadi kata, taska ini, sekiranya dia ingin mohon bantuan ataupun geran daripada kerajaan, kita perlu menekan satu syarat supaya PASTI ataupun taska ini, dia sekurang-kurangnya perlu sehaluan dengan kerajaan.

Sekurang-kurangnya, kurikulum dia perlu mengikuti apa yang ditetapkan, tetapi bukan menyebarkan. Mungkin, ada. Saya tak pasti, perkara-perkara yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

draft • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Okey. Sebab, saya belum habis tadi.

Sebab itu, penting – yang JKPK cadangkan adalah satu agensi yang menguruskan, ya.

Agensi inilah akan menyelaraskan, baik silibusnya. Silibus itu tidak semestinya semua kena ikut ya. Kita ada minimum syarat yang perlu ada ya, yang perlu diletakkan supaya semua pihak yang menguruskan pendidikan awal ini perlu akur.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Seterusnya, kita ada mungkin pelesenan itu – pelesenan guru-gurunya, tempat operasinya, data kanak-kanaknya, hak kanak-kanaknya, semua dapat diuruskan oleh agensi ini untuk memantau. Jadi, macam – tidak macam sekarang. Dia berterabur, semua tempat.

Masing-masing ada dia punya kaedahnya.

Apa yang kita cadangkan, saya ulang, adalah tidak semestinya kepada agensi kerajaan. Ia nya adalah termaktub pada mana-mana pihak yang menjalankan – apa ini, penyediaan pendidikan awal kanak-kanak ini, yang perlu diberikan satu tumpuan. Jadi itu saja yang: alhamdulillah saya dapat gulung.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit sahaja. Sikit sahaja. Sikit lagi. Sorry.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ha, tak nak balik ‘ker?

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah Yang Berhormat sedar, kerajaan sanggup memberi RM100 juta kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan?

Saya ingat, pemikiran itu kena ditengok, dan DAP baru sahaja jadi kerajaan. Jangan dok anggap bahawa orang lain yang tak bersama dengan kerajaan, bukan kerajaan. DAP baru sahaja. Baru dua tahun.

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau perlu faham bahawa – Yang Berhormat Arau perlu...

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tak ada kena-mengena ‘kut.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baru dua tahun. Banyak lagi dasar DAP yang perlu dikaji. Kerajaan itu hanya pada...

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, tiga-tiga Yang Berhormat ini. Kita membincangkan, ya. Jadi, kalau benda itu bersesuaian, kita bercakap. Saya beri ruang untuk Pengerusi Select, atau wakil Pengerusi Select menjawab, bukan untuk ruang untuk berbahas dan bertelingkah luar daripada topik.

Saya akan halang. I’m strict to the rule. Baik. Yang Berhormat, satu minit tutup.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Ampang, bagi laluan. Minta laluan sikit.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya rasa, tidak ‘kut. Cukup, cukup.

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya nak memberi penjelasan sedikit bahawa tadi saya sebut secara general. Saya tak menyentuh pun mana-mana kepartian ataupun mana-mana parti. Saya harap, Yang Berhormat yang lain, jangan salah faham.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya rasa Bakri, benda itu dimaklum.

Harap maklum pada semua.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya...

[Tidak jelas]

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tetapi, Arau tak faham. Kalau Arau tak faham, saya nak...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Arau, duduk. Tidak, saya gantung. Besok, tak masuk Dewan ini.

draft • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey?

Yang Berhormat, gulung. Cukup.

draft • 5:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Okey. Apa pun Yang Berhormat Pengetua – Yang di-Pertua, saya alhamdulillah, syukur. Saya seronok sangat, dengar semua nak berbahas, bagi pandangan, tetapi apa yang penting dekat sini, saya harap juga sebagaimana yang disebut, semua syor-syor ini diambil perhatian oleh kementerian yang berkaitan. Dah sampai masanya kita bertindak, bukan lagi mendengar, ya. Kita bertindak dalam ruang – ambil yang mana keutamaan, yang pada saya keutamaan yang boleh mengubah banyak perkara, bukannya yang kita mampu.

Mungkin hasrat ini juga memang perlu disampaikan kepada Kementerian Kewangan kerana jangan lagi treat ya, perkara begini sebagai second priority atau whatever priority, dengan izin, sebenarnya ia nya adalah keutamaan yang perlu kita berikan. Sampai masa, Malaysia melaburkan duit banyaknya di dalam pendidikan awam dan pendidikan kanak- kanak. Terima kasih. Wabillahitaufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat–Yang Berhormat.

Seperti kita sedia maklum, tiga Jawatankuasa Pilihan telah membentangkan finding.

Ini apa yang saya lihat, ya: kita dapati, banyak juga soalan yang tidak dijawab. Banyak cadangan yang kita tak tentu, sama ada menjadi dasar kerajaan atau tidak. Saya rasa, that is a fact. Ini finding Select Committee. Apa tidaknya, dengan cadangan Pengerusi-pengerusi Select Committee mengusulkan Menteri – kementerian yang berkaitan untuk menjawab. Jadi, you get a clear picture, sama ada cadangan Select Committee ini diterima atau tidak.

[Tepuk] Ini pandangan saya ya, tetapi terpulang kepada kerja Pengerusi-pengerusi Select Committee. Baik.

Selain pada itu, saya ingin ambil kesempatan ini. Untuk makluman Yang Berhormat – Yang Berhormat dalam Dewan ini, banyak pindaan kepada buku kitab kita ini, ya. [Sambil menunjukkan dua buah buku] Ada pindaan kepada Peraturan 7, 14, 16, 17, 44, 8, 26, 36A, 36, 54, 76, 80A, 80B, 81, 83. Saya pohon, Yang Berhormat–Yang Berhormat ambil maklum

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

perkara ini kerana it will impact you punya perbahasan dan cara peraturan dalam Dewan ini, ya. Itu very important kerana ini kitab kita dalam mengendali Dewan, ya. Baik.

Yang Berhormat–Yang Berhormat, sekarang selesai sesi penerangan daripada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pilihan pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 7 Oktober 2025 [Mengetuk tukul]

draft • 5:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.08 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026