Aug282025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat- Yang Berhormat. Sesi pagi kita mulakan dengan aturan mesyuarat iaitu Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Dalam sesi ini saya akan benarkan tiga soalan tambahan memandangkan dua soalan yang akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun. Dipersilakan. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Yang Berhormat Jelebu.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: *Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato’ Yang di-Pertua, Jelebu minta dan mohon Perdana Menteri menyatakan benarkah perancangan projek pembangunan infrastruktur oleh Kerajaan Persekutuan hanya tertumpu kepada negeri-negeri tertentu sahaja dan meminggirkan sebahagian yang lain? Sebagai contoh, Projek E-ART Wilayah Iskandar Johor dan juga Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tambun untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Yang di-Pertua.

Terima kasih Jelebu atas soalan ini dan kesempatan kepada saya untuk memberikan penjelasan berdasarkan angka yang diperolehi terkini dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dalam Kerangka Ekonomi MADANI dan pelan perindustrian baru, kita telah berikan beberapa projek keutamaan. Ini selari dengan pelan strategik semikonduktor umpamanya zon ekonomi khas Johor, Singapura. Tapi ini tidak bermakna beberapa pembangunan di negeri-negeri dipinggirkan. Umpamanya, Tuan Yang di-Pertua, Sabah, kalau kita lihat, umpamanya tahun 2022 ketimbang 2025 untuk perbelanjaan pembangunan itu peningkatan agak mendadak dari RM5.2 bilion naik RM6.7 bilion.

Sarawak dari RM4.7, tahun 2022 kepada RM5.9 bilion. Terengganu daripada RM1.4 naik ke RM1.8. Kelantan RM2.4 kepada RM3.2. Kedah dari RM1.6 kepada RM2.2 dan Perlis daripada RM0.4 kepada RM0.6.

Ini saya nak tunjukkan sengaja bahawa dalam Kerajaan MADANI bukan dipinggirkan malah, malah ditambah peruntukan berdasarkan keperluan. Tapi tentunya untuk umpamanya Sabah dan Sarawak berdasarkan pakej pembangunan lebuh raya itu jumlahnya besar. Umpamanya Lebuhraya Pan Borneo Sabah kosnya RM15.9 bilion.

Untuk Sabah-Sarawak Link Road itu hampir RM10 bilion. ECRL yang melibatkan Pahang, Terengganu, Kelantan dan sebahagian Selangor, itu jumlah keseluruhan RM74.96 bilion. Ini tak termasuk Central Spine Road, Pahang, Terengganu, Kelantan, kosnya RM6.38 bilion.

Jawapan ini perlu Yang di-Pertua kerana ia menolak sebahagian daripada tanggapan bahawa ada peminggiran seperti yang ditohmah selama ini dan bila kita beri angka-angka ini tidak dihadam dan naratif yang lama diteruskan. Saya sebut di Dewan ini berulang kali tentang RTB, rancangan tebatan banjir umpamanya untuk keseluruhan negara itu RM25.08 bilion dan tertumpu banyaknya di Kelantan, Pahang, Terengganu yang menelan kos RM8.8 bilion.

Ini bukan kerana soal pilih atau tidak, ini soal keperluan. Bekalan air melalui PAAB, pinjaman di bawah PAAB, RM1 bilion untuk Kedah, RM1 bilion untuk Kelantan.

Ini termasuklah apa yang disebut Skim Pemindahan Air Jeniang di Kedah dengan kos RM922 juta.

Untuk NCER, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, kita ambil umpamanya Hab Logistik Sidam, RM700 juta. RM723 juta untuk kemudahan infrastruktur pembangunan Lembah Chuping, Perlis. Jadi, apa yang saya sebut tadi tentang kos pembangunan, dia kan tak termasuk apa yang disebut di sini dari segi projek-projek pembangunan yang berskala besar. Menaik taraf Empangan Timah Tasoh Fasa 3, RM300 juta.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, angka-angka ini ada juga dalam buku Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Ketiga Belas. Jadi, kalau kita lihat umpamanya, kita akan pastikan tetap tentang jumlah-jumlah yang disebut dan jumlah keseluruhannya tentunya jauh lebih besar.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sebab itu untuk mempersiapkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan belanjawan, saya turun ke negeri-negeri. Anwar turun, tapi ke negeri untuk mendengar.

Dan kemudian atas permintaan Menteri Besar termasuk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, mereka cadangkan beberapa keutamaan dan itu kadang-kadang berbeza dengan keutamaan Persekutuan atau Kementerian Kewangan. Tapi saya ubah suai dan bagi jaminan, satu dua keutamaan yang negeri pilih, kita akan terima. Dan ini akan insya- Allah, saya umumkan dalam belanjawan bulan Oktober ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tambun. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jelebu untuk soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih di atas penjelasan yang begitu teliti oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Dan walaupun kita ada peningkatan seperti yang diumumkan, jumlah pelaburan dan juga peningkatan dalam soal kemudahan infrastruktur dan sebagainya, saya bangkitkan ini kerana saya melihat Dato’ Yang di-Pertua ya, jurang yang ekonomi antara negeri-negeri ini perlu kita rapatkan. Saya nak bagi contoh mengikut data kita ya, pada tahun 2024, Selangor mencatatkan GDP dengan nilai 432 bilion, berbanding dengan Negeri Sembilan berada di tempat yang kesembilan dengan nilai 54 bilion. Dan kalau saya sebut Perlis, jauh lagilah, 6.5 bilion.

Ini bukan tujuan untuk kita supaya samakan kerana saya tahu dalam soal yang berkaitan dengan justifikasi politik dan ekonomi Negeri Sembilan dengan Selangor, tentunya tak boleh sama. Tetapi, saya sebut Negeri Sembilan adalah second Klang Valley in the making. Maknanya, daerah negeri yang paling rapat dengan Selangor yang harus diberi penumpuan.

Pandangan saya Dato’ Speaker ya, perlu ada satu langkah panjang, jangka panjang yang khusus bagi memastikan jurang ataupun saiz ekonomi ini dapat kita, sekurang-kurangnya dapat kita rapatkan lagi. Sekurang-kurangnya pembangunan infrastruktur di antara negeri dan pembangunan antara daerah itu Dato’ Speaker. Negeri satu hal, kemudian daerah pula.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kalau kita tengok Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Tambun, Jelebu ini Yang Amat Berhormat Tambun, dulu Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bagi ECRL laluan ke Jelebu, akhirnya ditarik balik. Lepas tu saya minta jajaran daripada Jelebu ke Hulu Langat, akhirnya pun tidak mendapat perhatian. Bukan tak dapat perhatian, belum mendapat perhatian. Jadi perkara ini Dato’ Yang di-Pertua, saya fikir adalah satu perkara yang mesti diberi perhatian dan pertimbangan wajar oleh pihak kerajaan, terutamanya Kerajaan MADANI.

Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, bagaimana pihak kerajaan ya, boleh memastikan dasar pembangunan infrastruktur, pelaburan dan penyaluran peruntukan di setiap negeri ini seimbang di antara bandar dan juga luar bandar, sekali gus dalam masa yang sama dapat kita kawal populasi generasi muda daripada berhijrah daripada luar bandar ke bandar? Sekarang ini pengundi di luar bandar semakin kurang ini Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, saya nak supaya generasi muda ini dia tak boleh lari daripada luar bandar kerana banyak pelaburan, peluang pekerjaan dan juga peluang ekonomi yang dapat diwujudkan di kawasan luar bandar. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tambun.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Jelebu. Memang dari segi dasar, pendekatan sejak Almarhum Tun Abdul Razak, membicarakan soal pembangunan in- situ desa. Sebab itu ada projek-projek yang ditekankan melalui FELDA, RISDA, FELCRA untuk pembangunan setempat. Tetapi, tidak sepenuhnya berhasil kerana budaya penghijrahan ke bandar itu sesuatu yang memang berlaku dalam seluruh sejarah umat manusia. Sebab itu hijratun Nabi Muhammad SAW pun dari Makkah al-Mukarramah ke Kota Yathrib yang kemudian dikenal sebagai Madinatun Nabi. Ini juga teori Ibn Khaldun, pusat pembangunan dan tamadun itu, umran hadari itu di kota.

Jadi, kita harus tangani. Cuma, apa yang diusulkan oleh Yang Berhormat Jelebu itu sesuai kerana jangan sehinggakan kesenjangan itu terlalu melebar dan membengkak sehingga ada jurang yang ketara. Sebab itu bila bidang soal digital connectivity, soal pembangunan asas, sekolah, kemudahan-kemudahan asas itu dipastikan pengagihannya agak lebih adil.

Yang keduanya tentang ECRL, sepertimana saya sebut tadi, kosnya sudah mencecah RM74.9 bilion. Sebab itu saya ingat keputusan itu kekal. Walau bagaimanapun, soal cadangan Jelebu ke Hulu Langat itu memang sekarang di peringkat

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

mula dibawa ke Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan ini memang diteliti sebagai salah satu keutamaan untuk menjayakan program pembangunan yang agak lebih selesa untuk masyarakat Negeri Sembilan.

Now, tentang Negeri Sembilan, kita teliti, umpamanya rancangan Malaysia Vision Valley, itu sedang meningkat besar, cepat. Dan juga beberapa program pelancongan dan pembangunan sekitar Port Dickson untuk merapatkan jurang. Saya setuju pada dasarnya dan kita memang sediakan peruntukan untuk pembangunan desa di wilayah yang agak banyak untuk mengurangkan beban kesenjangan ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Beluran.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Tambun, air, lampu dan jalan raya merupakan penyakit tiga serangkai yang menghantui rakyat Malaysia yang berada di Sabah ketika ini. Pan Borneo umpamanya, walaupun dikatakan 15.9 bilion telah diuntukkan, link road 10 bilion diuntukkan, namun for the past nine years, Pan Borneo tak selesai, link road dalam keadaan yang daif.

Jadi, rakyat Sabah berhadapan dengan Jalan Pan Borneo yang tak selesai dan juga link road yang dalam keadaan daif Yang Berhormat. Apa masalah sebenarnya berbanding dengan negeri lain, berbanding dengan Sarawak contohnya? Sarawak over there, 99 percent dikatakan telah selesai Pan Borneo dan jalan link road juga dalam keadaan yang lebih baik daripada Sabah.

Mengapa perbezaan yang amat ketara di dua negeri di Pulau Borneo ini berlaku pada ketika ini? Rakyat Malaysia yang berada di Sabah for the last nine years Datuk Seri, berada dalam keadaan — berhadapan dengan keadaan yang sungguh daif. So, you will — akan menjadi cabaran kepada kerajaan untuk melaksanakan perkara ini di masa terdekat ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tambun untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Beluran. Memang benar kalau di Sabah, isu air, isu jalan berlubang dan isu Pan Borneo. Kita beri keutamaan, tetapi sepertimana kita disebut tadi, projek diluluskan dalam masa yang sama, dalam lapan, 10 tahun yang lalu. Di Sarawak dijalankan dan berhasil. Sekarang mencecah sekadar 97, 98 peratus dan kita boleh tambah sekarang tentang apa dipanggil, red line untuk

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

melengkapkan, tapi dia tidak berlaku di Sabah. Tentu sebabnya Yang Berhormat Beluran pun juga tahu, kita warisi sistem pengagihan kontrak yang sangat bermasalah.

Sebab itu sejak dua tahun yang lalu, kita minta supaya semua proses tender itu lebih telus dan tidak lagi beri alasan mesti syarikat tempatan, syarikat negeri. Saya kata syarikat yang boleh buat termasuk syarikat besar dengan syarat mesti ada pengagihan projek-projek kecil itu ke syarikat negeri. Sabah yang kita warisi ini bukan baru Yang di- Pertua, dia sejak tujuh, lapan tahun yang lalu.

Bila projek diluluskan, syarat-syarat — negeri memperketatkan syarat untuk melibatkan syarikat-syarikat negeri dan kemudian, pelaksanaan sangat lemah dan banyak terpaksa dibatalkan. Disambung — penyambungan kontrak itu ada yang dua kali dan ada yang tiga dan saya dah tamatkan supaya kita boleh kontrak semula. Dan insya- Allah, dapat berjaya untuk melihat, menyaksikan perkembangan projek Pan Borneo bergerak lebih cepat. Jadi, saya yakin dengan cara kita tender lebih telus ini, projek ini boleh berjalan dengan baik.

Saya terima teguran Beluran kerana tidak ada sebab. Projek sama, peruntukan masa yang sama, siap 98 peratus di Sarawak dan hampir gagal kebanyakan phase yang di Sabah. Sebab itu pendekatannya harus lebih tegas, berani dan lebih telus.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan yang ketiga, silakan Yang Berhormat Igan.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Igan mendengar dengan teliti jawapan yang telah diberikan dan betapa bagaimana Sarawak mendapat peningkatan pembangunan peruntukan yang sangat signifikan. Tadi disebut, daripada 4.7 bilion kepada 5.9 bilion. Terima kasih Yang Berhormat Amat Tambun.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Soalan tambahan Igan ialah bagaimana pula mana-mana kerajaan negeri yang lain dapat meningkatkan bilangan dan nilai projek yang dilaksanakan di negeri masing- masing? Kerana sudah tentu setiap negeri ingin meningkatkan pembangunan infrastruktur di negeri masing-masing. Itu soalan tambahan Igan Yang Amat Berhormat.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Amat Berhormat Tambun.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Igan. Dan, ini tak termasuk yang apa yang saya sebut tadi itu untuk jaringan di Sarawak itu, projek itu mencecah RM24.54 bilion. Jadi, kalau lihat keseluruhannya pengagihan itu lebih adil daripada sesetengah suara, seolah-olah ada peminggiran tetapi saya setuju sebab itu dalam perbincangan kita dengan kerajaan-kerajaan negeri, kadang-kadang selama ini projek-projek dikemukakan, kemudian kita putuskan di sini. Tetapi pendekatan saya ialah mengadakan siri-siri perbincangan saya dan beberapa Menteri dan ke KSP, KSU kementerian-kementerian mendengar sendiri dan memilih untuk bersetuju ataupun menempatkan keutamaan kepada beberapa cadangan negeri.

Umpamanya kalau di Sarawak, dicadangkan pusat kanser, mulanya tidak dalam perancangan kita. Sarawak kata tak apa, kita mulakan dengan 1 bilion dan Kerajaan Persekutuan akan bayar kemudian. Hal-hal ini kita teruskan berdasarkan keutamaan yang ditetapkan oleh negeri. Sama juga seperti yang kita buat di Johor, Kelantan dan lain-lain negeri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat. Berikut, majlis ke soalan yang kedua, mempersilakan Datuk Haji Ahmad Amzad bin Muhammad @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 10:20 AM

2. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Merdeka. Kuala Terengganu minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bilangan terkini rumah mampu milik yang telah siap dibina di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dan berapa peratuskah pencapaian itu telah dicapai setakat ini?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Amat Berhormat untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Kuala Terengganu, dia banyak angka-angka yang harus saya bacakan.

Tapi saya setuju bahawa keperluan kita beri penekanan soal-soal basic ya. Air, tenaga dan sekarang soal perumahan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, sasarannya tinggi, pelaksanaannya itu lemah. Sebab itu di bawah pengawasan KPKT diberikan keutamaan dan sehingga 30 Jun 2025, unit yang diluluskan berdasarkan rancangan awal adalah 100 yang dah siap, 197,311. Ini jauh daripada keperluan.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sebab itu dalam penekanan , kita tambah 217,371 unit atau 43.5 peratus di peringkat pembinaan, 79,192 atau 15 peratus telah mendapat kelulusan merancang. Ini menjadikan jumlah unit yang telah siap dan sedang berada di pelbagai pelaksanaan 493,874. Ini iaitu 98.8 peratus daripada sasaran. Maknanya kalau kita beri tumpuan dan dengan kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, ini boleh dilakukan.

Maknanya yang baki adalah 6,126 unit yang insya-Allah dapat disiapkan.

Makna, mampu milik, ada juga kaedah rent-to-own (RTO) dan juga transit- oriented development dan beberapa projek baru seperti Kota MADANI yang kita luncurkan di Putrajaya. Dan insya-Allah, kemudian di Cheras yang menumpukan kalau di Putrajaya, 90 peratus daripada 10,000 unit itu, 3,000 fasa pertama, 7,000 fasa kedua untuk penjawat awam, kerana penjawat awam di Putrajaya menunggu kesempatan dapat perumahan, rumah-rumah milik. Itu pun juga terlalu tinggi.

Jadi, saya juga nak sebut di sini tentang jumlah dana yang ditambah. Skim Jaminan Kredit Perumahan itu diperkenalkan tahun 2008, Tuan Yang di-Pertua. Tetapi tidak jaminan kerajaan. Jadi, sejak 2023 dia bagi jaminan kerajaan RM20 bilion, dengan jumlah itulah maka kita lihat penambahan kerana 20.9 bilion diluluskan melibatkan 88,507 pemohon. Ini menunjukkan bahawa tanpa bantuan dan jaminan kredit perumahan kerajaan sukar bagi pembeli, terutama di peringkat M40 dan ke bawah, B40 untuk memperolehi rumah.

Dan, SJKP umpamanya ada yang katakan pinjaman 100 peratus masih tak cukup, sebab rumah itu mesti diperbaiki ataupun kos pemindahan dan sebagainya.

Maka SJKP MADANI itu beri pinjaman sehingga 120 peratus, untuk memerlukan, untuk memberi peluang kepada pembeli berpindah dan berikan, beli perabot dan sebagainya keperluan yang lain.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih Yang Amat Berhormat, Dato' Yang di-Pertua. Mengikut dokumen rasmi Kajian Separuh Penggal Kedua Belas, sebanyak hampir 110,000 unit rumah telah siap dibina dalam tempoh 2021–2022 semasa pentadbiran Pagoh dan Bera. Sedangkan menurut angka dalam dokumen utama RMK13, hanya sekitar 179,000 unit rumah mampu milik siap hingga Mac 2025. Maknanya pertambahan cuma sekitar 69,000 unit sahaja sepanjang 33 bulan pentadbiran Yang Amat Berhormat Tambun.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, rumah mampu milik ini lazimnya mempunyai jangka hayat minimum 70 tahun, sebagaimana diperakui jurutera dan JKR. Dan rakyat pula membelinya dengan pinjaman sehingga maksimum 35 tahun. Maka soalan saya, mengapa pula Rang Undang-undang Pembangunan Semula Bandar membolehkan rumah yang sepatutnya bertahan sekurang-kurangnya 70 tahun seperti diperakukan oleh JKR, tahun itu dirobohkan dan dibangunkan semula secara paksa selepas hanya 30 tahun?

Dari mana datangnya angka ambang 30 tahun ini yang dimasukkan dalam PSB?

Adakah Kerajaan MADANI mahu rakyat terus menanggung hutang? Tadi disebut pasal hutang pinjaman rumah, ada kena tanggung lagi hutang 35 tahun tetapi rumah mereka boleh diroboh selepas 30 tahun. Terima kasih Dato'.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Baik. Pertama, saya nak betulkan angka ya. Pada tahun 2022, bukan tak ada lakukan tapi kecil kerana fasa pemulihan COVID. Yang siap itu 27,791, ditingkatkan pada tahun 2023 kepada 51,920, 2024 – 49,294, 2025 – 68,306.

[Tepuk] Jadi, peningkatan dan ini betul kita lakukan dengan kerjasama kerajaan negeri, kerajaan tempatan. Tetapi kesungguhan dalam hal ini kerana kita letakkan keutamaan perumahan rakyat ini. Sebab itu dalam projek-projek walaupun ada yang dikritik di Kota MADANI, dia kata kritik projek mega. Projek mega ini mercu tanda. Ini mega apa kita buat 10,000 unit untuk penjawat awam.

Itu pun dikritik, saya tak faham apa alasannya. Tetapi keutamaan kita projek- projek besar mesti beri. Ini bukan boleh check record, tidak dilakukan sebelumnya. Kos- kos tinggi perumahan besar di sekitar Kuala Lumpur berapa banyak itu khusus untuk golongan-golongan kaya. Tapi, sekarang tidak ada kelulusan baru tanpa memberikan ruang bagi projek-projek mampu milik dan kos rendah. Itu kita kata cross subsidi atau apa pun mesti dilakukan, itu syarat kelulusan sekarang ini termasuk vertical school. Ada pembangunan, dia kata pembangunan dibuat, sekolah tidak ada. Sebab itu kalau di Kuala Lumpur sesak, baik.

Yang keduanya, dibangkitkan soal nilai ambang, itu boleh kita bincangkan masa pembentangan. Tapi saya nak sebut pengalaman saya dan saya percaya, Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun di Kuala Terengganu boleh lihat, ada rumah-rumah macam Seri Perlis. Yang di-Pertua, satu bilik teruk benar. Kalau ada cadangan lain, kemuka cadangan. Tapi jangan seolah-olah nak rampas. Rampas apa?

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya pergi tengok rumah satu bilik, ada satu keluarga, enam anak, ada dua keluarga, ada satu rumah.

draft • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dan tanggungjawab kita ialah cari jalan dan kaedah untuk bangunkan semula dengan tiga bilik. Ya. Tiga bilik untuk keluarga. Satu keluarga minima. Ya, mungkin ada beberapa kelemahan, kita cuba betulkan. Tapi untuk hanya menyerang, tanpa. Saya nak tanya 33 bulan, ada tak cadangan bangunkan rumah kos rendah?

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tak ada.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dalam 33 bulan ada tak cadangan projek perumahan? Ada cadangan sebenarnya saya tengok, Menteri-menteri dulu ada kemukakan cadangan yang sama. Pembangunan semula bandar. Ada cadangan sekarang dia buat tunjuk perasaan, menentang. Saya nak tahu, dia yang mana satu ni?

Ya.

Kalau betul dia setuju, katalah ada beberapa kelemahan, betulkan kelemahan itu, tapi jangan menentang. Ya, bukannya kita nak dukung orang kaya. Lihat semua projek yang kita luluskan di Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur sekarang. Mana yang boleh kita katakan hanya memihak kepada orang kaya? Semua syarat, vertical school, syarat rumah rakyat, ya. Itu kita letakkan syarat dan tidak umpamanya kalau satu floor tambah komisen RM5 juta, itu tak diizinkan sama sekali.

Yang di-Pertua, saya rasa hal ini penting, kerana saya memang passionate soal perumahan rakyat. Saya rasa bagaimana boleh kita teruskan dalam pemerintahan dengan mencatat pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan, tetapi rumah rakyat kekal.

Berapa lama rumah di Seri Perlis? 60 tahun. Ya. Oh, kata — JKR kata boleh tahan 70 tahun. Pergi tengoklah.

Pergi tengok di Bandar Tuan Razak, pergi tengok rumah baru di Kampung Kerinchi. Kampung Kerinchi tu saya ingat saya bangunkan, semasa saya Menteri Kewangan dulu.

[Tepuk] Daif, ya. Tetapi memang ada masalah pada masa itu. Gunakan betul, sedikit sebanyak tindakan yang agak keras untuk memaksa, tapi kita ikut sekarang jalur perundangan yang lebih teliti.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kalau ada beberapa hal yang kita harus perbaiki, bimbang, takut, berapa syarikat-syarikat Cina ambil alih semua hak kawasan Melayu. Saya tanya ni, sejak kita ambil alih kerajaan dengan penyertaan DAP, kawasan mana yang kita serah. Yang puluh tahun ni, kerajaan mana yang serah tanah-tanah Melayu kepada China?

[Tepuk] Kerajaan mana yang sanggup berani sejak tahun 57 bagi tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur? Ya, kita yang bagi Yang di-Pertua dan tidak ada bangkangan. Ada persetujuan dalam Jemaah Menteri. Ini di antaranya ialah perumahan rakyat, pembangunan Sungai Besi sekarang, yang kita ambil alih sekarang.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kau duduk lah. Kau duduk.

Selain daripada projek yang telah jalankan dalam fasa 1. Keutamaannya tentu untuk veteran. Untuk veteran tentera udara. Mereka bertukar lumus puluhan tahun. Jadi, kita bagi keutamaan kepada mereka. Ini yang dikendalikan oleh syarikat khas yang kita pantau melalui syarikat milik PETRONAS dan kerajaan yang betul. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikutnya di sebelah kanan, saya mempersilakan Yang Berhormat, Sri Gading.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Aduhai, tak dapat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, adab.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan 41.

Silakan Sri Gading.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey. Terima kasih Dato’ Speaker. Pertama sekali. Apa yang kita faham tentang PSB lah, saya nak sebut PSB dulu Dato’ Seri. Kalau kata rumah yang diroboh tu pemiliknya. Dia dapat bayaran kekal dapat bercuma, itu satu. Adakah benar? Itu satu.

Soalan daripada soalan yang ada ini, berapa jumlah rakyat yang masih menunggu permohonan pemilik rumah mampu milik dan bagaimanakah kerajaan memastikan permohonan yang benar layak yang akan menerima tawaran pemilikan terutamanya di kalangan orang-orang, di kalangan orang-orang muda, bawah 40 tahun.

Kalau boleh berikan peratusnya.

Yang kedua, apakah bentuk bantuan sekiranya dalam tempoh dia dah duduk tiba-tiba dia hilang pekerjaan, sakit dan sebagainya? Apakah bentuk bantuan kerajaan

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

boleh beri untuk bayaran bulanan kepada yang duduk di rumah yang berkenaan? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Amat Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Seri Gading. Soal PSB tentang perumahan yang ditetapkan dalam juga dalam rang undang-undang adalah rumah yang dimiliki akan diganti dengan rumah jauh lebih baik. Maknanya kalau ada satu bilik, diganti dengan minimum tiga bilik.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Itu memang dalam perjanjian. Dibangkitkan soal yang menyewa. Yang menyewa lama, tentunya diberikan pertimbangan tapi keadaan menyewa itu the tenant agreement, berasingan. Tapi saya percaya KPKT harus berikan pertimbangan untuk mengurangkan beban mereka dan kebimbangan mereka tentang milik.

Ketiganya tentang demografi. Apakah umpamanya dengan cara ini, majoriti Melayu akan terhakis? Setakat yang kita bangunkan berbeza daripada dulu tidak ada syarat itu. Sekarang ini syarat kita jauh lebih ketat, Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sebab itu saya pertikai, orang yang menjerit tapi tidak laksanakan semasa mereka berkuasa.

draft • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ya. Saya selalu tegaskan di Parlimen ini, ujian paling kukuh bagi mana-mana kerajaan dan pimpinan ialah melaksanakan kata-kata semata kita berkuasa, termasuk projek perumahan ini. Boleh bagi contoh di mana kelulusan kita dalam tiga tahun, hampir tiga tahun ini, di Kuala Lumpur, di mana kita pindah demografi yang majoritinya Melayu kepada yang bukan Melayu. Tidak ada. Yang ada itu yang berlaku sebelumnya. Tanyalah Menteri-menteri yang sebelumnya yang sekarang dengan mereka. Mereka harus jawab, itu.

Yang keduanya, tentang permohonan. Tadi pagi saya tanya, kalau di Kuala Lumpur, tiap tahun permohonan baharu terutama di kalangan anak muda sekitar 10,000.

Tentang pegawai kerajaan yang masih menunggu itu mencecah lebih dari 10,000, itu sekitar Putrajaya. Sebab itu bagi kita keutamaan harus diberikan.

Now, soal yang dikaitkan dengan berapa peratus golongan muda yang saya tahu, STKP yang pinjaman tadi itu memang ada peratusan di kalangan belia. Mungkin saya jawab cara bertulis atau minta Menteri KPKT kalau mengulas nanti berikan sedikit angka yang lebih terperinci.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Di sebelah, silakan Yang Berhormat Larut.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tentang isu perumahan mampu milik untuk rakyat ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tambun bahawa kita ini nak membangunkan untuk kepentingan rakyat supaya semua rakyat mampu untuk memiliki rumah. Syabas, tahniah.

Tapi saya nak perbetulkan juga, bila Yang Berhormat Tambun mengatakan kami di sebelah sini menolak undang-undang ini, bill yang akan dibentangkan. Saya nak maklumkan kita bukan menolak, kita ingin minta tangguh supaya dapat kita bincang semula. Itu pertama.

draft • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Keduanya, Yang Amat Berhormat juga mengatakan tadi, kalau tak setuju, kita duduk bincang, jangan terus maki hamun. Kita tak pernah pun maki hamun. Cuma kita nak bangkit…

draft • 10:30 AM

[Dewan sorak]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Adab. Adab Peraturan 41, ingat ya.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ingatkan saya...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

I’m going to be serious — sebentar, Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya lah.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

I’m going to be serious about adab. Silakan, Yang Amat Berhormat — Yang Berhormat Larut. Direct to the point.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ingatkan saya di zoo mana tadi.

Saya terkejut.

Terima kasih. Saya nak katakan sebab itu kita, bila melihat ramai sangat rakyat di luar sana yang tak bersetuju, kita jumpa, kita buat engagement dengan mereka.

Mereka kata, pertama tentang ambang. Tentang ambang ini, Yang Berhormat Speaker, kita dah kata — tadi pun saya dengar salah seorang daripada kami bangkit kata kalau rumah boleh buat 70 tahun, kemudian ambangnya mengatakan kalau 30 tahun pun boleh dibenarkan nanti dalam undang-undang ini. Ini fasal — nanti kita boleh ambil gambar kat luar, Teluk Intan. Saya nak maklumkan — dia ambil kamera saya tengah berucap.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, kita nak beritahu Yang Amat Berhormat, pertamanya threshold itu unrealistic, satu. Keduanya, kita nak maklumkan sebab bila unrealistic, mereka kadang- kadang pinjam sampai 35 tahun. Tiba-tiba 30 tahun, mengikut undang-undang itu boleh diambil, oleh kerana nak buat pembaharuan, dua.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tiga, kita nak melihat kembali kalaulah delay, diberikan kepada developer. Kalau delay apa yang akan berlaku nanti? Orang dah keluar rumah, nak masuk balik lama, itu semua boleh dipersoalkan dan dia kita nak tahu tentang detil-nya. Ketiganya dari segi social disparities. Dulu Yang Amat Berhormat Tambun memperjuangkan, masa dia Timbalan, masa dia Timbalan Perdana Menteri zaman dia dalam UMNO dulu, “Ah, kita nak supaya orang kampung boleh duduk di bandar...”.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat soalan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab itu saya bersetuju dan saya kata kalau begitulah potential...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Larut soalan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Jangan ada social economic disparities nanti berlaku, sebab itu kita nakkan supaya diberikan keadilan satu persatu ini.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Larut, ini perbahasan kah pertanyaan?

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, saya minta...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kinabatangan, duduk.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mahu tanya bahas kah tanya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, itu tugas saya, bukan tugas Yang Berhormat, ya.

draft • 10:40 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tulah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Larut...

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

To the point, kalau tidak saya suruh duduk. Sila.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, soalan saya adalah, apabila mendengar jawapan tadi, apakah tidak boleh kita tangguhkan dulu kita duduk bincang semula dan insya-Allah kita akan sokong, banyak yang kita sokong pun sebelah sana.

Kalau yang baik dah pun di bincang, kita nak untuk menyokong. Yang ini kita tangguh, bawa dalam committee, kemudian selesai di situ, insya-Allah kami akan sokong selepas selesai itu nanti. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Amat Berhormat Tambun.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Larut. Saya dengar boleh sokong, sebenarnya saya dengar kenyataan itu bangkang, tolak semua, tapi tak apa kalau dah jawab nak sokong, baguslah, buat beberapa penyesuaian, umpamanya nilai ambang.

Kita kena fikir katalah kita naikkan 80 peratus, dalam projek perumahan kita nak dengar pandangan 80 peratus dan jamin, saya setuju. Saya tekankan jamin hak yang 20 peratus ataupun kita dengar 20 peratus dan tolak permintaan 80 peratus. Yang Berhormat Larut sebut tentang pengalaman, betul pembangunan perumahan Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Kawasan Melayu tengah bandar duduk dalam keadaan yang sangat merempat dalam selut dan sebagainya, semua tanah haram pada masa itu. Berpuluh tahun tak selesai, runding kerana 13 keluarga daripada 200 keluarga tak setuju, jadi semua tangguh. Pemimpin silih berganti. Mari, giliran saya, saya kata macam mana bolehkah saya sebagai pemimpin Melayu Pulau Pinang, lihat kelompok begitu dalam keadaan hidup merempat?

Maka kita guna, minta UDA bangunkan dan betul, kita paksa tiga keluarga, 13 keluarga itu paksa mereka pindah kerana mereka tidak boleh ugut sehinggakan kedudukan orang Melayu di situ itu hidup dalam keadaan merempat. Prinsip itu yang kita pakai dalam pindaan ini. Betul, ada yang tidak akan setuju di mana projek pun pasti, pengalaman saya di Tanjung Tokong.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tengok projek perumahan Tanjung Tokong sekarang ini. Yang bangunkan itu masa saya. 13 keluarga sampai kita bawa traktor kerana bagaimana boleh kita biarkan orang Melayu duduk Yang di-Pertua dalam keadaan sangat daif, jadi saya tak boleh terima. Begitu juga betul kalau ada kata umpamanya ambang perumahan itu patut 70 tahun, tapi tengoklah itu teorinya. Lihatlah rumah-rumah yang ada 50 tahun, 40 tahun, 60 tahun yang Sri Perlis tak boleh dihuni, ya.

Kalau kita kata nak socioeconomic disparities, betul, kalau betul teruskan. Kalau nak buat penyesuaian, saya terima, kalau nak buat penyesuaian. I'm not saying that they propose a legislation as a perfect one. We can always make adjustments. Tetapi, jangan kita, umpamanya buat tuduhan, penilaian kita nak ketepikan orang Melayu, nak tindas mereka, tak betul. Saya rasa di antara tugas saya, menekankan ini kerana nak menyelamatkan orang Melayu di bandar ya, saya tidak mahu Melayu hidup merempat.

Tengok saja, yang bangunkan baru itu, Yang Berhormat Larut tahu, baik Kerinchi, baik Wangsa Maju, semasa saya melakukan dulu sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dengan dana yang besar. Jadi saya nak teruskan itu sekarang kerana tertinggal berpuluh tahun. Baik. Dan kita rasa kekuatan legislation itu dia. Baik.

Ada yang kata ini ambang 30 tahun. Tapi mesti runding, tidak boleh kerajaan bulldoze. Kalau betul 40 tahun rumah itu, 80 peratus mesti setuju dengan syarat-syarat yang ketat dan kita tetapkan yang 20 peratus itu, jangan kita abaikan.

Kalau dia ada hak dan title dia, mesti bagi adequate compensation. Baik. Sekarang ini, ialah, petang ini ke besok?

[Dicelah] Petang ini dia bentang kita dengar dulu penjelasan dia, dan kalau ada cadangan-cadangan yang baik kita terima, tak ada masalah.

Tapi kalau kita dengar retoriknya, ya dengar Yang Berhormat Larut tak boleh nafikan, yang dibangkitkan itu ialah, menjahanamkan, mengkhianati, menzalimi. Itu istilahnya yang dikata, bukan maki hamun tu. Boleh tegur, saya tegaskan Larut bagi jaminan, saya terima baik. Tak mungkin legislation itu paling sempurna. Ada, bagi cadangan dan kalau perlu, kita pinda berikutnya, you see. Jadi jangan kita buat andaian ini strategi Cina untuk merampas hak Melayu, saya tidak setuju. Saya bukan boneka, ya. Saya duduk di sini dan saya terima duduk saya mandat mesti pertahankan kepentingan Melayu bumiputera yang majoriti, yang hak asasi. Ya, itu yang saya nak tekan. Tapi walaupun saya terima kasih kerana nada Larut itu tenang, saya pun jawab tenang dan jaminan akan menyokong kalau pandangan- pandangan yang baik kita boleh terima dan sesuaikan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tapi mesti terima satu kenyataan it has to be done Yang di-Pertua. Kita kena ada legislation, nak tukar 30, 40, 80 persen itu it’s a details yang kita boleh bincang, tapi it must be done. Tak boleh kita biar pembangunan bandar, Twin Tower ada, semua ada, kemudian rumah merempat macam itu. Tak boleh Yang di-Pertua.

So, saya ingat, kita lihat dari segi konteks itu, mesti dilakukan, beri ruang kepada kerajaan untuk bangunkan rumah yang lebih selesa, sesuai dengan masa sekarang, bagi kebanyakan rakyat, majoritinya Melayu. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Amat Berhormat Tambun. Maka dengan itu selesailah Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelum saya mula untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan, peraturan 41 berkaitan adab itu saya minta tolong beri perhatian, Yang Berhormat-Yang Berhormat ya. Kalau saya terpaksa jadi cikgu besar, saya akan jadi cikgu besar. Kalau sampai saya terpaksa pakai rotan, saya akan pakai rotan.

Dan ada Yang Berhormat-Yang Berhormat menyatakan saya tak berlaku adil.

Ingin saya menyatakan, when you say that I am, dengan izin, I am not being fair, tanggungjawab utama saya adalah terhadap Dewan ini. I must be fair terhadap Dewan ini dan rakyat di luar, memastikan perjalanan aturan mesyuarat ini lancar dan matlamatnya tercapai. Baik, berikut saya mempersilakan untuk soalan pertanyaan...

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker. Peraturan Dewan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, peraturan saya layan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Berkaitan dengan sayalah Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Speaker. Saya membangkitkan isu peraturan Dewan 35(4).

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang berbunyi, “Seseorang ahli yang bercakap dalam satu-satu masalah itu boleh bercakap menerangkan apa-apa perkara besar dalam ucapannya yang telah menerbitkan kesamaran faham”.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey. Semalam ketika Tuan Speaker menjadi Speaker, ketika saya berucap membahaskan isu JPKP buli, ada saya menyatakan bahawa dua kematian berkaitan jatuhnya pelajar. Cuma saya nak memperbetulkan di sini bahawa Zara dah meninggal, seorang lagi itu belum meninggal lagi. Itu saja. Kita mendoakan supaya adik Irfan daripada SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam diberi kesembuhan dengan segera.

Pembetulan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Untuk rekod.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Untuk rekod sebagaimana Yang Berhormat telah nyatakan, direkodkan. Kita balik pada aturan mesyuarat. Berikutnya saya mempersilakan Tuan Hassan bin Abdul Karim, Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.

draft • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan Pasir Gudang nombor 1.

draft • 10:40 AM

1. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana Kerajaan Persekutuan berusaha mengatasi ketirisan yang berlaku dari kontrak-kontrak kerajaan yang melibatkan kerugian dana awam bernilai berbilion Ringgit.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.

Kerajaan MADANI sentiasa menambah baik dan mengemaskini peraturan sedia ada bagi meningkatkan tahap tadbir urus baik dalam urusan perolehan kerajaan. Oleh itu, kerajaan komited dengan menguatkuasakan pelaksanaan perolehan secara tender terbuka bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dalam kontrak-kontrak kerajaan. Sejak mengambil alih pentadbiran, Kerajaan MADANI telah menghentikan amalan menganugerahkan projek biasa secara rundingan terus seperti jalan, sekolah dan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

hospital. Perkara ini adalah selaras peraturan perolehan kerajaan di bawah Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan 2.1 Kaedah Perolehan Kerajaan.

Pelaksanaan perolehan kerajaan secara tender terbuka adalah selari dengan amalan di peringkat antarabangsa. Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah melaksanakan mekanisme semak dan imbang ke atas perolehan projek-projek kerajaan melalui lawatan pematuhan secara berjadual, lawatan mengejut flying squad, pelaksanaan latihan atau kursus kepada pegawai-pegawai yang menguruskan perolehan kerajaan dan sebagainya.

Di samping itu, kerajaan juga telah mewujudkan mekanisme pemantauan berkala seperti Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) yang dikuatkuasakan melalui Arahan No. 1 Tahun 2018 di mana setiap kementerian adalah bertanggungjawab sepenuhnya memantau projek-projek di bawahnya.

Peraturan perolehan kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan adalah bagi memastikan kementerian dan agensi mempunyai garis panduan yang jelas dalam melaksanakan urusan perolehan termasuk peringkat pembuat keputusan bagi satu-satu perolehan berdasarkan prinsip pelaksanaan perolehan kerajaan secara tidak berpusat atau, dengan izin, decentralize. Pada masa ini, RUU Perolehan Kerajaan 2025 sedang dibentang dan telah dibahas semalam di Dewan Rakyat. RUU PK 2025 dan setelah diluluskan nanti akan diwartakan sebagai Akta Perolehan Kerajaan 2025. RUU PK dapat mengukuh tatakelola perolehan kerajaan dengan kuasa perundangan yang bermaksud hukuman boleh dijatuhkan jika bersabit kesalahan.

RUU PK 2025 digubal selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional

(NACS) yang diterajui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di mana RUU ini akan memperkasa tatakelola perbelanjaan dana kerajaan. RUU PK 2025 ini juga menggambarkan keyakinan dan komitmen kerajaan ke arah menghapuskan segala bentuk ketirisan termasuk yang melibatkan kontrak-kontrak kerajaan melalui beberapa strategi yang telah dikenal pasti dan turut dinyatakan dalam RUU PK 2025.

Inti pati RUU PK 2025 adalah untuk mengawal selia perbelanjaan awam secara profesional dan telus agar selaras dengan prinsip perolehan kerajaan iaitu berteraskan akauntabiliti awam, diurus secara telus, memberi nilai faedah terbaik, dilaksanakan secara saingan terbuka serta adil dan saksama.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, pelaksanaan perolehan kerajaan pada masa ini adalah bersifat pentadbiran iaitu merujuk kepada pekeliling dan peraturan sedia ada. Oleh itu, RUU PK 2025 setelah menjadi Akta Perolehan Kerajaan 2025 nanti akan mengukuhkan tatakelola perolehan kerajaan secara perundangan dan dijangka berupaya mengekang ketirisan dana awam pada masa akan datang.

RUU PK 2025 memperuntukkan fasal 35 di mana larangan pemindahan pemberian atau kontrak perolehan kerajaan tanpa kelulusan pegawai pengawal adalah satu kesalahan dan boleh didenda tidak kurang daripada tiga kali nilai pemberian atau kontrak yang ditawarkan di bawah RUU ini atau RM1 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan yakin dengan adanya RUU PK 2025 ini serta hukuman yang diperkenalkan akan dapat memberi impak positif dalam usaha kerajaan mengatasi ketirisan yang berlaku daripada kontrak-kontrak kerajaan yang melibatkan kerugian dana awam bernilai berbilion ringgit.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

Soalan tambahan saya ialah ― hampir tiga tahun Kerajaan MADANI mentadbir Kerajaan Persekutuan. Sejak itu, adakah kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, telah mengumpul data sebanyak berapa bilionkah ketirisan dana awam telah berlaku dalam tempoh tiga tahun itu?

Kalau ada statistik tersebut, soalan saya berikutnya ialah dari tahun apa ke tahun apa? Yang kedua, di kementerian mana ketirisan itu berlaku? Dan yang ketiga, kontrak apa, projek apa, perolehan apa, pembelian apa di mana ketirisan itu telah berlaku?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Sebab soalan Yang Berhormat amat-amat detail, jadi, pada sekarang, saya tidak ada maklumat tetapi saya akan mengemukakan jawapan

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

kepada pertanyaan tersebut secara bertulis selepas kita ada kumpulkan semua data- data yang diminta oleh Yang Berhormat. Sekian. terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. ePerolehan ialah antara kaedah terbaik bagi mengatasi ketirisan dan rasuah. Soalan saya yang pertama ialah berapa percent daripada kontrak-kontrak kerajaan ― kalau tak ada angka yang tepat, angka lebih kurang pun boleh saya terima. Berapa peratus daripada kontrak kerajaan menggunakan ePerolehan?

Dan yang keduanya, Yang Berhormat merujuk RUU Perolehan yang semalam saya berbahas soal masalah utamanya antaranya ialah pemusatan kuasa. Semalam Yang Berhormat Bagan kata kandungan RUU Perolehan selari dengan prinsip-prinsip Transparency International. Tetapi, kenyataan Presiden Transparency International Malaysia merujuk RUU Perolehan sebut yang sebaliknya dan saya petik dalam bahasa Inggeris, dengan izin, “The bill grants the Finance Minister and Chief Ministers sweeping discretion to exempt projects or entities from procurement rules.”

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

“These powers are dangerous loopholes that can be abused. They must be eliminated”. Jadi, apa reaksi Yang Berhormat kepada kenyataan Bagan itu?

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota.

Berkenaan dengan ePerolehan atau eProcurement, sistem ePerolehan telah kita mula go on live mulai tahun 2000 seperti yang disebutkan dalam perbahasan Yang Berhormat semalam dan telah ditambah baik sejak 1 Januari 2018 dan kini diguna pakai sepenuhnya secara end to end bagi semua urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan di peringkat Kerajaan Persekutuan, di peringkat ― penambahbaikan ke atas sistem ini sentiasa dilaksana dari semasa ke semasa agar seiring dengan perubahan dasar, peraturan dan tatacara turut diperkemaskan selaras dengan keadaan semasa.

Jadi, berkenaan dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat tentang kuasa Menteri, jadi, saya di sini saya tidak mahu buat tentang berkenaan dengan perbahasan semalam. Jadi, di sini saya nak tegaskan sahaja kuasa Menteri Kewangan dalam hal

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

ehwal perolehan termasuk meluluskan perolehan secara rundingan terus adalah berlandaskan peruntukan di bawah seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957.

Dengan ini, Kerajaan MADANI membentangkan RUU PK sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi tatakelola melalui pelaksanaan proses perolehan yang lebih seragam dengan mekanisme semak dan imbang, aduan dan rayuan serta tindakan punitif atas pelanggaran perolehan kerajaan.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Tuan Rushdan bin Rusmi, Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 10:50 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:50 AM

2. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah bentuk hasil atau pulangan ekonomi langsung yang diperolehi oleh negeri-negeri sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan daripada pergerakan harian kenderaan perdagangan dan kargo rentas sempadan Malaysia–Thailand.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, sila jawab.

draft • 10:50 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pergerakan harian kenderaan perdagangan dan kargo rentas sempadan Malaysia–Thailand di pintu masuk seperti Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Rantau Panjang berfungsi sebagai pemacu utama ekonomi setempat kerana aktiviti ini secara langsung menyumbang kepada ekonomi rakyat di negeri-negeri sempadan.

draft • 10:50 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Syarikat pengangkutan, gudang, ejen penghantaran, stesen minyak, bengkel lori dan syarikat insurans mendapat manfaat secara langsung daripada pergerakan harian kenderaan perdagangan dan kargo rentas sempadan Malaysia–Thailand. Pertambahan aktiviti logistik ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sebagai pemandu lori, pekerja gudang, operator pelabuhan darat serta kakitangan agensi

draft • 11:00 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

penguasaan. Hal ini seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah dan menyokong kesejahteraan ekonomi komuniti setempat.

Selain itu, aktiviti pergerakan kargo yang sihat juga mendorong kepada pembinaan infrastruktur sokongan seperti terminal kargo, dry port serta pusat pemeriksaan bersepadu yang akan merangsang pembangunan di kawasan sekitar dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Sebagai contoh, pembangunan depoh pelepasan pedalaman Perlis Inland Port dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan melebihi 500 orang menjelang tahun 2030.

Penduduk di negeri-negeri sempadan bukan saja menerima hasil langsung daripada aktiviti ekonomi harian, malah memperolehi kesan berganda ataupun multiplier effect yang memperkukuhkan ekosistem ekonomi serantau Malaysia dan Thailand.

Secara keseluruhan, pergerakan harian kenderaan perdagangan dan kargo rentas sempadan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negeri sempadan.

Pergerakan harian menggalakkan pertumbuhan sektor logistik, mencipta peluang pekerjaan, merancakkan perbelanjaan domestik serta menarik pelaburan infrastruktur yang menyokong daya saing ekonomi negeri tersebut. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang penuh. Okey, memandangkan negeri-negeri sempadan ini, terutama Perlis ini merupakan pintu masuk utama untuk perdagangan antarabangsa melibatkan kos penyelenggaraan jalan. Apakah mekanisme yang sedang dirangka oleh kementerian bagi memastikan sebahagian daripada kutipan fi, caj logistik atau levi daripada pergerakan kargo rentas sempadan dapat disalurkan semula kepada negeri- negeri sempadan, terutama Perlis, Kedah dan Kelantan untuk pembangunan ekonomi tempatan dan infrastruktur logistik? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang pertamanya, dari segi pulangan hasil kepada negeri itu kena tanya Kementerian Kewangan. Dia bukan bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Cuma dari segi apa yang kita salurkan kepada pembangunan di negeri, umpamanya Perlis Inland Port, saya nak bagi tahu, nak bagi makluman kepada Dewan Yang Mulia ini dan juga kepada Ahli Yang Berhormat. Kerajaan Persekutuan telah pun

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

memperuntukkan RM340 juta untuk projek Perlis Inland Port dalam beberapa komponen infrastruktur yang kritikal kepada projek tersebut.

Walaupun projek Perlis Inland Port ini merupakan satu usaha sama syarikat swasta dengan pihak Kerajaan Negeri Perlis, tetapi sumbangan dan suntikan dana daripada kerajaan persekutuan merupakan komponen yang sangat kritikal untuk merealisasikan projek itu. Kerana tanpa sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, mustahil projek Perlis Inland Port ini dapat berjaya. Ini kerana ada beberapa komponen infrastruktur yang begitu kritikal, umpamanya perlu ada bonded road daripada sempadan Thailand masuk ke sempadan Malaysia, ke Padang Besar dan perlu ada CIQ dekat sana.

Yang keduanya, satu jambatan untuk merentasi landasan kereta api perlu dibina untuk mengalihkan trafik. Yang ketiga, perlu satu lintasan dan dipanggil sebagai spur line daripada main line KTMB sampai ke Perlis Inland Port hampir dalam lima hingga 10 kilometer. Jadi, ketiga-tiga komponen ini memakan belanja sebanyak RM340 juta dan itu merupakan sumbangan dan suntikan daripada Kerajaan Persekutuan kepada pihak Kerajaan Negeri Perlis. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua mengizinkan saya soalan tambahan nombor dua.

Pada penghujung depan, projek ECRL dijangka siap dan bakal menjadi pilihan ramai kerana dapat menjimatkan tempoh perjalanan. Namun berbeza dengan nasib KTM yang saya fikir tidak lagi menjadi pilihan rakyat dan berkemungkinan besar bakal dilupakan. Soalan saya, apakah perancangan kementerian terhadap stesen-stesen KTM di jajaran Pantai Timur, khususnya di stesen KTM Gemas, sekiranya rakyat memilih kepada ECRL.

Dan sejauh manakah stesen KTM Gemas berupaya untuk menjadikan sebagai kawasan hab logistik baru yang menghubungkan selatan dan pantai timur bagi melindungi ekosistem serta industri perkhidmatan KTM itu sendiri. Adakah kajian telah dibuat oleh Kementerian mengenai perkara ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih kepada rakan saya dari Tampin. Cuma saya nak betulkan persepsi dan juga kenyataan Tampin. Tak betul mengatakan bahawa KTMB itu akan tidak lagi menjadi pilihan rakyat. Memang betul ECRL akan beroperasi tak lama lagi dalam setahun lebih. Tetapi ECRL itu dia serve kepada jajaran Pantai Timur dari Kota Bharu ke Gombak ke Pelabuhan Klang.

KTMB masih amat kritikal dan amat penting untuk khususnya antara utara dan ke selatan dari Johor Bahru sampai ke Padang Besar. Dan baru-baru ini landasan berkembar daripada Gemas sampai Johor Bahru pun bakal disiapkan. Malah pada hari Sabtu yang lalu saya telah pun menemani Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membawa tren dari Kuala Lumpur sampai ke Kluang dan perkhidmatan daripada Kuala Lumpur ke Kluang melalui ETS akan bermula pada hari Sabtu ini 30 Ogos.

Jadi, sudah tentu mana-mana ETS ke selatan perlu melalui Gemas. Itu merupakan satu hab yang penting. Dan Gemas itu dari segi sejarahnya kepada sejarah kereta api kita merupakan satu pusat yang menghubungkan antara pantai barat ke pantai timur. Jadi peranan ini akan terus diteruskan.

Untuk makluman Yang Berhormat Tampin, depoh utama untuk ETS di selatan akan diletakkan di stesen Gemas. Jadi, tak perlu bimbang bahawa Gemas itu akan tetap memainkan peranan yang penting. Saya harap ini akan dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan khususnya di daerah Tampin. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Chow Yu Hui, Yang Berhormat Raub.

draft • 11:00 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

draft • 11:00 AM

3. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan pendirian Menteri dalam isu HEP Universiti Malaya yang menceburi autonomi mahasiswa dengan melantik pegawai penasihat badan pelajar dan badan-badan pelajar dipaksa untuk mendapatkan kelulusan HEP bagi penganjuran aktiviti-aktiviti.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Kementerian Pendidikan Tinggi telah melaksanakan Agenda Pemerkasaan Mahasiswa Fasa 1 bermula pada bulan Mac 2023 melibatkan tiga perkara berikut.

Yang pertama, pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti awam dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar. Yang kedua, autonomi pengurusan aktiviti pelajar dan yang ketiga, pengukuhan literasi politik di dalam dan luar kampus.

Seterusnya, selaras dengan berkuatkuasanya Akta Universiti dan Kolej Universiti

(Pindaan) 2024 [Akta A1713] pada 1 Oktober 2024, KPT telah melaksanakan Agenda Pemerkasaan Mahasiswa Fasa 2 secara lebih progresif merangkumi tiga fokus utama iaitu yang pertama, pengurusan kewangan MPP atau kesatuan mahasiswa dibenarkan untuk membuka akaun bank, menerima sumbangan atau dana luar, serta mengurus kewangan sendiri bagi aktiviti mereka.

Yang kedua, pengurusan kebajikan MPP atau kesatuan mahasiswa diberi kuasa untuk mengurus dan mengagihkan peruntukan bagi aktiviti kebajikan dan yang ketiga, penjanaan pendapatan oleh MPP atau kesatuan mahasiswa boleh menjana pendapatan sendiri.

Dalam hubungan ini, KPT komited untuk merealisasi Agenda Pemerkasaan Mahasiswa ini secara menyeluruh di Universiti Awam sebagai usaha untuk membentuk mahasiswa yang lebih matang dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab, mahir dalam mengurus sesebuah organisasi serta mendepani cabaran sebenar dunia luar setelah bergraduasi.

Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai terdapatnya pelanggaran bagi pelaksanaan perkara ini oleh pihak Universiti Malaya, ingin saya tegaskan di sini bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar. Universiti Malaya dan semua universiti awam yang lain melantik pegawai penasihat yang bertindak sebagai mentor dan pemudah cara kepada badan pelajar bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tanpa mencabuli autonomi mahasiswa yang telah diberikan.

Pegawai penasihat ini berperanan membimbing penganjuran aktiviti, membantu mahasiswa membuat penilaian risiko, serta memastikan pelaksanaan aktiviti yang berimpak. Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti juga bertanggungjawab memastikan pelaksanaan aktiviti oleh badan pelajar mematuhi tata cara kewangan, mengambil kira

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

aspek keselamatan dan kebajikan, memberi panduan serta melindungi mahasiswa daripada melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan mereka dan juga universiti.

Kementerian memberi jaminan kelulusan penganjuran program badan-badan pelajar adalah terletak di bawah Majlis Perwakilan Pelajar dan dalam konteks UM, kesatuan mahasiswa. Sesi libat urus dengan izin engagement melibatkan pengurusan universiti bersama Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil pelajar lain juga diadakan secara berkala. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi juga telah mengadakan sesi libat urus bagi perkara ini bersama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya pada 16 Julai 2025.

Justeru, KPT ingin menyatakan sekali lagi bahawa pengurusan perkara ini oleh semua Universiti Awam amnya dan UM khususnya adalah sejajar dengan pindaan AUKU. Peranan memudah cara dan memantau ini merupakan satu bentuk bimbingan tanpa mencabuli hak serta kebebasan mahasiswa dalam membuat keputusan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih jawapan Menteri. Berhubung dengan isu pengurusan kewangan badan mahasiswa, Parlimen telah meminda AUKU pada Mac 2024 bagi memberikan lebih kuasa autonomi kewangan kepada pertubuhan mahasiswa. Adakah dasar ini telah dikuat kuasa di semua universiti awam? Adakah badan mahasiswa dapat buka akaun bank sendiri sekarang?

Dan bolehkah KPT memastikan fungsi HEP benar-benar tidak bertindih dengan kuasa badan pelajar? Contohnya dalam hal kelulusan aktiviti. Sebelum ini hanya memerlukan kelulusan kesatuan mahasiswa tetapi sekarang tambah pula nak kelulusan HEP. Adakah dasar ini telah bercanggah dengan semangat pindaan AUKU yang memberi lebih autonomi kepada mahasiswa? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Raub atas soalan tambahan. Ada dua persoalan yang ditimbulkan. Yang pertama, tentang kebebasan untuk majlis program pelajar atau kesatuan mahasiswa untuk membuka akaun. Yang ini memang sudah dikuatkuasakan dan cuma untuk pelaksanaannya perlu juga dipantau oleh HEP sebab kita mahu melatih agar mahasiswa kita ini walaupun diberi kebebasan tetapi mereka akan menjalankan tugas mereka, tanggungjawab mereka dengan penuh akauntabiliti sebab ini melibatkan kewangan.

Dan pada masa yang sama juga, kita, seperti yang saya sebut tadi, pelantikan penasihat Hal Ehwal Pelajar ini sudah pun dipraktikkan lama, bukan baharu. Mungkin ada pandangan yang mengatakan ini baharu terutama di Universiti Malaya. Pelantikan sudah ada, cuma pada masa kejadian itu, pelantikan baru dibuat. So, ini mungkin menimbulkan persepsi bahawa timbul kekeliruan bahawa dilantik penasihat ini untuk seolah-olah mengekang aktiviti pelajar.

Bukan begitu sebenarnya dan memang tugas hal ehwal pelajar ini hanya untuk menasihati tetapi keputusan terutama menjalankan aktiviti adalah di bawah seliaan MPP dan kesatuan mahasiswa sendiri. Mereka yang meluluskan aktiviti-aktiviti pelajar itu dan juga mereka perlu mengurus tempat dan sebagainya. Jadi, hal ehwal pelajar ini hanya menasihati untuk memastikan bahawa aktiviti itu berjalan dengan baik dan tidak mencemarkan, pertama, mahasiswa sendiri yang kedua, tidak mencemarkan nama universiti. Okey, sekian terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Sebenarnya, aduan tentang campur tangan pihak tertentu dalam aktiviti universiti ini dah lama dan cuma saya nak tahu jauh mana kementerian membuat siasatan menyeluruh terhadap perkara ini berlaku. Apakah sekadar menerima laporan daripada pihak tersebut ataupun kerajaan ada satu mekanisme untuk memastikan benda ini betul-betul berjadi ataupun sebaliknya?

Sebab itu, apakah perlu yang keduanya, bercadang untuk memperkenalkan garis panduan nasional yang mewajibkan proses pemilihan pegawai penasihat ini dibuat secara bersama antara HEP dengan pelajar, bukan dilantik dari sebelah pihak saja.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih atas soalan tambahan. Memang kita banyak menerima aduan-aduan daripada universiti tentang kononnya cuba untuk mengekang pemerkasaan mahasiswa ini tetapi sebenarnya berdasarkan kajian kita, hanya berlaku salah faham, salah faham. Terutama apabila melibatkan pimpinan daripada luar, mungkin bukan daripada pihak kerajaan.

Sebenarnya kita tidak mengekang mana-mana pimpinan politik, terutamanya untuk masuk universiti. Cuma bila berlaku di dalam universiti, kita mahu supaya ada keseimbangan dari segi idea. Kita mahu menekankan kita bertolak atas dasar mencari titik-titik persamaan dan menghormati perbezaan.

Jadi, kita harapkan penganjuran yang diadakan di universiti ini akan melibatkan satunya daripada akademik, yang keduanya, daripada ahli politik kerajaan dan ketiga, daripada politik pembangkang. Jadi maknanya, mahasiswa akan menerima pelbagai view dan mereka boleh merumus secara kritis mana yang benar dan mana yang salah.

Itu yang kita cuba laksanakan dan memang garis panduan itu sudah ada. Cuma mungkin dari segi pelaksanaan, itu saya setuju.

Jadi yang penting sekarang ini, dari segi pelaksanaannya bagaimana? Yang itu kita akan pastikan supaya dapat dikuatkuasakan dan ini tidak akan menghalang proses pemerkasaan mahasiswa tetapi pada masa yang sama juga, kita tidak mahu mahasiswa ini terutama pengurusan kewangan terus diberi kebebasan begitu.

Dia kena juga belajar bahawa kewangan ini perlu diurus dengan baik, kena ada auditnya, kena ada laporannya. Jadi ini sebenarnya membentuk mereka supaya mereka bersedia nanti apabila berada di luar, apabila selepas mereka bergraduasi. Okey, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.

draft • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 11:10 AM

4. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan hasil kajian impak terhadap dasar semakan semula dan peluasan SST, pelbagai cukai baharu termasuk cukai digital ke atas golongan berpendapatan rendah serta mekanisme perlindungan untuk isi rumah B40 dan M40 di kawasan luar bandar.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kajian impak awal yang telah dibuat oleh kementerian sebelum semakan kadar cukai jualan dan perluasan skop cukai perkhidmatan atau SST dilaksanakan, kesan ke atas isi rumah terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dianggarkan rendah dan terkawal.

Ini kerana pengenaan cukai telah dibuat secara bersasar melalui pengecualian cukai jualan ke atas barangan keperluan asas meliputi makanan ruji, ubat-ubatan, buku serta mesin atau jentera untuk sektor pertanian dan penternakan. Kenaikan kadar cukai jualan kepada lima peratus atau 10 peratus hanya melibatkan barangan pilihan dan bukan keperluan asas.

Perkhidmatan berkaitan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat tidak dikenakan cukai perkhidmatan seperti perkhidmatan perbankan asas serta perkhidmatan sewaan atau kerja pembinaan yang melibatkan rumah kediaman. Cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas perkhidmatan komersial tertentu serta perkhidmatan yang lazimnya digunakan oleh golongan berkemampuan seperti yuran persekolahan swasta melebihi RM60,000 setahun, manakala perkhidmatan kesihatan swasta dan pendidikan tinggi hanya dikenakan kepada bukan warganegara Malaysia.

Di samping itu, pengecualian turut diberikan bagi perkhidmatan dan entiti perniagaan tertentu untuk mengurangkan kesan cukai berganda dan penetapan nilai ambang pendaftaran yang tinggi bagi skop perkhidmatan baharu iaitu RM1 juta setahun bagi perkhidmatan sewaan atau pajakan dan perkhidmatan kewangan berasaskan fi serta RM1.5 juta setahun bagi perkhidmatan kerja pembinaan dan jagaan kesihatan swasta.

Dalam masa yang sama, pemantauan harga barangan dan kos perkhidmatan dilakukan secara aktif dari semasa ke semasa oleh agensi penguatkuasaan. Langkah penguatkuasaan ini penting untuk melindungi pengguna daripada kesan rantaian yang

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

tidak wajar dan memastikan tiada pihak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga secara tidak munasabah.

Peluasan SST dijangka bukan sahaja membolehkan sumber hasil kerajaan dapat diperkukuh, tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat.

Tambahan hasil yang diperolehi ini akan disalurkan semula bagi manfaat rakyat secara keseluruhan melalui pelbagai inisiatif seperti yang telah dirancang di bawah dasar-dasar kerajaan dalam jangka masa pendek dan panjang. Ini termasuk pemberian bantuan dalam pelbagai bentuk seperti SARA, STR, subsidi minyak masak berpaket melalui Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak serta pelaksanaan program Payung RAHMAH dan Jualan RAHMAH di semua dewan undangan negeri sebagai usaha meringankan kos sara hidup rakyat.

Akhir sekali, berkenaan dengan cukai digital yang ditanya oleh Yang Berhormat.

Ia bukanlah cukai baharu seperti yang dinyatakan. Cukai digital ke atas perkhidmatan digital telah dilaksanakan semenjak 1 Januari 2020 lagi, yang mana cukai tersebut dikenakan ke atas penyelia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan yang diberikan atau dilanggan secara atas talian atau jaringan elektronik lain.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Oleh itu, berkaitan cukai tersebut dengan perluasan SST yang berkuat kuasa mula 1 Julai 2025 adalah tidak berbangkit yang mana kedua-dua jenis cukai ini mempunyai objektif dan mekanisme pelaksanaan yang berbeza. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Sik.

draft • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri, dalam tinjauan ekonomi Bank Negara pada 2024 disebut unjuran pertumbuhan ekonomi negara hanya sekitar empat hingga lima peratus dan dalam masa yang sama kerajaan telah memperluaskan SST seperti dinyatakan tadi dan sudah pasti dijangka akan menambahkan hasil fiskal negara.

Jadi soalan saya, apakah jaminan bahawa hasil cukai-cukai baharu ini akan dapat terus dikembalikan kepada rakyat khususnya yang disebut tadilah ya, B40 dan M40 di luar bandar seperti di daerah saya Sik dan sebagainya khususnya bagi memastikan kita dapat membasmi kemiskinan tegar yang masih tinggi di beberapa daerah di negara kita ini?

draft • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Begitu jugalah, bagaimana hasil-hasil cukai ini akan dapat diperuntukkan khusus untuk pembangunan sosioekonomi di daerah pendalaman ini termasuk juga pembaikan infrastruktur asas yang sangat diperlukan oleh rakyat, pembaikan jalan, lampu jalan, pembaikan titi dan jambatan yang rosak dan sebagainya? Bagaimana kaedah yang lebih baik yang dirancang oleh kerajaan untuk memastikan cukai-cukai ini terus dapat hasil kepada rakyat di bawah sana? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jawapan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Pertama sekali, saya ingin tegaskan Kerajaan MADANI tidak pernah atau tidak langsung berhasrat meminggirkan golongan B40 atau M40.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Langkah-langkah ini satu daripadanya adalah untuk menjaga mereka. Jadi, setiap hasil tambahan daripada langkah percukaian ini akan diurus dengan penuh ketelusan dan bertanggungjawab fiskal. Langkah tersebut ini bukan — kita tidak mahu membebankan rakyat malah kita bertujuan menambah keupayaan fiskal kerajaan supaya dapat dipulangkan semula kepada rakyat melalui program-program dan bantuan yang lebih bersasar seperti program-program yang saya sebutkan tadi.

Jadi, selain itu, kita antaranya adalah seperti STR, SARA. Berkenaan dengan perumahan dan infrastruktur sosial, kita memang ada memperuntukkan dana untuk memperbaiki sekolah, klinik daif di kawasan luar bandar termasuk di Kedah dan juga kita ada antaranya adalah peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditingkatkan, yang kita telah tingkatkan tahun ini untuk mengatasi atau menolong golongan-golongan B40 atau M40. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Ledang.

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Kita dengar tadi memang kita tidak mahu untuk menyusahkan rakyat, kita mahu meringankan beban rakyat. Tetapi apakah pihak kementerian memikirkan untuk mengambil dan memfokuskan kepada langkah-langkah

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

memastikan ketirisan hasil cukai itu dan juga aktiviti ekonomi yang tidak formal itu dapat dibanteras dengan lebih berkesan. Apakah ini tidak diambil kira oleh pihak kementerian?

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ya, betul. Selain daripada kerajaan melaksanakan peluasan SST, ini adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dan pada masa yang sama kita tidak abaikan usaha untuk membanteras kegiatan yang menyebabkan ketirisan hasil. Sebab kalau kita dapat mengatasi kegiatan-kegiatan ketirisan hasil, hasil negara juga akan tambah.

Banyak langkah telah diambil, tetapi antaranya adalah — antaranya, satu, dia adalah pengukuhan kawalan sempadan yang kita mesti pastikan pematuhan undang- undang mencegah barangan terlarang dan melindungi industri tempatan daripada ancaman penyeludupan. Lagi adalah tentang pelaksanaan teknologi, update terhadap aspek ketelusan penguatkuasaan seperti pengenalan sistem cukai dengan ciri-ciri keselamatan baharu yang ditambah baik bagi produk rokok dan minuman keras serta memulakan projek rintis penggunaan body-worn camera, dengan izin di beberapa lokasi strategik.

Dan lagi satu yang saya boleh berkongsi adalah berkenaan dengan kerjasama operasi dan perkongsian maklumat di antara agensi-agensi penguat kuasa di Malaysia.

Bukan hanya di Malaysia, tetapi juga agensi antarabangsa dan pihak industri. Langkah ini termasuk pelaksanaan dalam mesyuarat multi-agency task force yang menjadi platform pihak kerajaan dan industri berbincang dalam usaha bagaimana mengatasi, membendung isu penyeludupan terutamanya rokok dan minuman keras. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima, dipersilakan Tuan Riduan bin Rubin, Yang Berhormat Tenom.

draft • 11:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, kaansayan ra susuaf, kopisanangan do kosuabon, do’ fakak. Soalan nombor 5.

draft • 11:20 AM

5. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah kerangka strategik dalam merevolusikan landskap utiliti luar bandar di Sabah melalui penerapan teknologi mikrohidro dan sistem penyahgaram berkuasa solar baharu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap janakuasa diesel serta dapat menangani krisis air bersih secara struktural dan lestari demi kesejahteraan rakyat di kawasan pedalaman.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara berkaitan perancangan pembangunan serta pelaksanaan dasar bagi pembekalan elektrik di negeri Sabah termasuk pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah.

Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah, sasaran Kerajaan Negeri Sabah di bawah Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 adalah untuk mencapai 100 peratus elektrifikasi luar bandar menjelang 2030.

Usaha ini diselaras melalui Jawatankuasa Elektrifikasi Luar Bandar Sabah ataupun singkatannya JELAS yang menggabungkan peranan kementerian, kerajaan, syarikat utiliti, GLC dan NGO bagi mempercepatkan pelaksanaan projek.

Selain itu, di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar ataupun BELB oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, aspek yang merangkumi sambungan grid kaedah penjanaan alternatif seperti solar hibrid dan mikrohidro serta pemasangan lampu jalan kampung (LJK) bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya harap juga dilaksanakan.

Pada masa yang sama, program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif ataupun BELBA, B-E-L-B-A, yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB Sabah) adalah inisiatif pelengkap Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan membantu pembekalan elektrik di kawasan terpencil yang tidak dapat diliputi oleh BELB. BELBA menggunakan teknologi alternatif seperti solar, mikrohidro dan sistem komuniti dengan pembiayaan daripada peruntukan negeri serta kerjasama rakan strategik termasuk GLC, industri dan NGO.

Seterusnya, berkaitan persoalan mengenai pelaksanaan sistem penyahgaram berkuasa solar. Ini perlu dikaji secara terperinci terlebih dahulu bagi memastikan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

kebolehlaksanaan projek, cost benefit serta perancangan penggunaan sistem tersebut walaupun saya difahamkan ada beberapa pilot projek yang sedang diusahakan.

Walau bagaimanapun, buat masa ini kementerian tidak melaksanakan sebarang kajian berhubung pelaksanaan ini memandangkan permohonan projek perlu dibuat melalui Jabatan Air Negeri Sabah ataupun JANS yang bertanggungjawab terhadap isu air negeri untuk penelitian dan tindakan lanjut.

Kerajaan Persekutuan akan menimbang untuk menyediakan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya terdapat permohonan daripada kerajaan negeri untuk tujuan berikut sekiranya kawasan tersebut terletak di kawasan luar bandar, peruntukan boleh dipohon daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Tenom.

draft • 11:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Johor Bahru. Saya melihat ada keperluan mengenai permohonan dua teknologi ini lebih-lebih lagi di kawasan Sabah yang begitu banyak kawasan yang jauh terpencil seperti di kawasan pulau-pulau dan juga kawasan luar bandar yang sukar dicapai oleh grid elektrik utama.

Soalan tambahan saya, apakah kerajaan mahupun kementerian mempunyai pelan pembiayaan yang mampan serta jaminan peruntukan berterusan daripada kerajaan pusat bagi memastikan kos penyelenggaraan jangka panjang dapat ditanggung sekali gus mengelakkan projek tenaga boleh baharu di Sabah ini tergendala disebabkan kekurangan dana dan peruntukan bagi menjayakannya? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Untuk dari satu sudut apabila kita bercakap untuk kelangsungan industri tenaga elektrik sepertimana yang kita laksanakan di Semenanjung, pembiayaan projek-projek ini sebenarnya tidak dikeluarkan melalui

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

geran daripada kerajaan. Sebaliknya melalui tarif yang kita terima dan perkara itu yang dilaburkan kembali kepada sistem.

Namun dalam situasi yang berlaku, Yang Berhormat cuba sampaikan untuk — sebagai contoh di luar bandar, apabila disebut soal teknologi mikro hidro.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kalau sebagai rekod untuk mini hidro, mini hidro itu dia besar daripada mikro. Kalau di Sabah ini, kita — saya difahamkan ada lima dengan kapasiti mencecah 61.2 megawatt yang mana perkara ini diluluskan di bawah mekanisme feed-in-tariff. Maka, perkara itu diuruskan melalui sistem tadi.

Tetapi bila kita bercakap di luar bandar, saya difahamkan kalau di Sabah ini banyak menggunakan teknologi mikro dan pico hidro, yang lebih kecil yang akan memberi bekalan kepada sesebuah kampung ataupun di mana ada komuniti di kawasan pedalaman. Dan yang ini difahamkan banyak dilaksanakan secara CSR oleh syarikat- syarikat korporat mahu pun daripada pertubuhan bukan kerajaan.

Jadi cabaran dia, pandangan daripada pandangan saya ini adalah bagaimana untuk memastikan dalam keadaan untuk kita memastikan setiap ataupun keseluruhan kawasan itu mendapat bekalan sama ada secara melalui grid ataupun off-grid. Yang ini yang menjadi cabaran kepada ECoS dan sebagainya untuk memastikan tidak berlaku kesenjangan dan mengelakkan ada mana-mana kumpulan yang tidak mendapat bekalan tersebut. Jadi itu antara perkara yang kita perlu teliti dengan lebih lanjut di peringkat negeri Sabah. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya mencelah sikit. Bagi projek-projek yang dalam ni yang CSR oleh NGO dan sebagainya ini, isu yang selalu timbul adalah after that. Siapa nak maintain? Ini di kawasan saya menghadapi ini. Bila satu organisasi ataupun entiti private bagi CSR, mereka datang, bina lepas itu leave. Maintenance, adakah kementerian akan ambil alih?

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Okey, bagi menjawab persoalan daripada Dato’ Yang di-Pertua, untuk seperti Kementerian PETRA, kami menumpukan kepada sistem — maksudnya pelaksanaan sistem bekalan secara keseluruhan. Maka sebab itu, bila kita bercakap isu di luar bandar, tanggungjawab itu terletak di bawah Kementerian KKDW. Jadi sebab itu, bila kita cakap bagaimana apabila ada syarikat

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

ataupun NGO yang melaksanakan program tersebut yang bersifat CSR, tetapi memang itulah antara cabaran tekanan yang kita hadapi kerana ia bersifat one-off.

Mungkin di sini ada ruang untuk kita tambah baik untuk memastikan segala sumbangan itu ada continuity, dengan izin supaya kerajaan sebenarnya dah mendapat sedikit keuntungan — yalah, dah ada pihak membantu tetapi bagaimana untuk kita menguruskannya selepas itu. Cuma di peringkat PETRA ini kami melihat kepada grid yang bersambung itu. Jadi, bila dah off-grid di luar bandar, kami tidak dapat untuk masuk ke jurisdiction tersebut. Terima kasih, Dato' Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tenom, saya rasa isu yang sama.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, kita ke soalan yang seterusnya, Yang Berhormat. Saya mempersilakan...

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini soalan kedua. Ada soalan tambahan kedua, kan Yang Berhormat?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya off the record itu tadi. Duduk Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi, yang itu tadi soalan kedua?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh, soalan kedua? Sila, sila.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Soalan tambahan, Setiu.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bolehkah Yang Berhormat?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang soalan keduanya lepas ini ke kiri. Saya persilakan Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Ketawa]

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk membangunkan satu kerangka dasar tenaga luar bandar nasional yang menggabungkan antara teknologi mikro hidro, solar dan sistem penyahgaraman di kawasan pedalaman di Semenanjung selain daripada Sabah? Dan berkait dengan solar, adakah kerajaan bercadang untuk menyambung projek net energy metering (NEM) yang saya dimaklumkan telah tamat pada bulan Jun yang lalu? Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Berkaitan dengan sama ada keperluan untuk ada dasar tenaga luar bandar, saya rasa perkara yang sama sepertimana yang diperjelaskan kepada Dato’ Speaker sebelum ini, itu kita perlu teliti bersama dengan KKDW kerana dari segi ruang tanggungjawab itu terletak di bawah kementerian berkenaan. Namun, bila bercakap soal tenaga, ada juga kaitan dengan PETRA.

Berkaitan dengan persoalan NEM, sememangnya apabila kerajaan menawarkan net energy metering (NEM) ini, alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan dan kesedaran di peringkat rakyat mengenai penggunaan solar terutamanya di bumbung rumah itu dapat membantu juga dari segi pengurusan penggunaan tenaga mereka. Tapi pada masa yang sama, selain soal dari segi offset, dari segi bayaran dan sebagainya itu, saya rasa dari sebagai sustainability itu juga kesedaran itu kita perlu tingkatkan dengan lebih jauh.

Sama ada program ini akan dilaksanakan, insya-Allah, kementerian akan umumkan program yang baru selepas ini. Cuma insya-Allah, pengumuman itu akan dibuat oleh kementerian ataupun daripada Yang Amat Berhormat Menteri. Tetapi akan ada kesinambungan program untuk membolehkan pengguna domestik dan juga yang lain-lain ini untuk terus menikmati ruang untuk menggunakan solar di kediaman mereka.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Jonathan Yasin, Ranau.

draft • 11:30 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Salam. Terima kasih, Tan Sri. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:30 AM

6. Datuk Jonathan Yasin [Ranau] minta Menteri Ekonomi menyatakan pengagihan peruntukan yang tidak seimbang di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah penyebab kepada kemunduran Sabah. Adakah ada perubahan pengolahan dan rombakan inti pati naskhah RMK13 yang akan membawa perubahan kepada Sabah dan seterusnya menyeimbangkan masalah jurang pembangunan yang tidak seimbang di antara wilayah?

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Kerajaan telah memberikan keutamaan agihan peruntukan pembangunan asas kepada enam negeri kurang membangun bermula pada tahun 2021 di bawah RMK12 dan keutamaan ini akan terus dikekalkan dalam RMK13. Bagi tahun 2025, Sabah telah menerima peruntukan pembangunan asas kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan iaitu sebanyak RM6.12 bilion atau 14.84 peratus. Secara keseluruhan di bawah RMK12, Sabah memperoleh peruntukan pembangunan asas paling tinggi sebanyak RM28.64 bilion atau 16.78 peratus.

Dalam RMK13, usaha akan terus dipergiat bagi menambah baik kriteria negeri kurang membangun dalam memastikan tiada negeri yang terpinggir dalam agenda pembangunan negara termasuk memperkukuh kerjasama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan projek-projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan dengan lancar dan dinikmati rakyat setempat.

Pengimbangan kemajuan ekonomi, wilayah dan perkukuhan pembangunan luar bandar adalah salah satu tumpuan utama dalam RMK13. Ini dilaksanakan secara bersepadu dan holistik yang merangkumi aspek pengagihan peruntukan, pengukuhan asas ekonomi setempat, kemampanan program dan projek serta melaksanakan transformasi dalam kaedah pemantauan. Pembangunan ekonomi di kawasan kurang membangun dan desa akan dioptimumkan bagi meningkatkan keseimbangan kemajuan antara wilayah. Usaha ini termasuk memperluas akses kepada infrastructure dan perkhidmatan asas bagi menarik lebih banyak pelaburan serta mempercepat integrasi ekonomi.

Aspek keselamatan awam dan pertahanan negara akan turut dimampatkan — dimantapkan dengan memperkukuh kawalan sempadan dan perairan. Fungsi dan peranan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri serta Lembaga Kemajuan Wilayah akan turut diperkukuh bagi merancakkan asas ekonomi setempat. Usaha ini merangkumi galakan kepada kedua-dua agensi ini untuk menceburi aktiviti ekonomi bernilai tinggi termasuk industri bernilai tambah tinggi, HGHV dan sektor strategik berimpak besar.

Bagi negeri Sabah, ekonomi biru, pertanian pintar, industri hiliran berasaskan komoditi, pelancongan lestari dan tenaga boleh diperbaharui akan diberi tumpuan

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

sebagai sektor strategik di bawah RMK13. Kementerian Ekonomi telah pun memulakan gerak kerja memberi penerangan tentang RMK13 dan mendapatkan maklum balas daripada akar umbi mengenai keperluan sebenar di peringkat tempatan, di tempatan di Sabah dan Sarawak melalui program Jelajah Jalinan Borneo.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Kerajaan percaya bahawa inisiatif dan strategi dirangka dalam RMK13 ini akan dapat mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah di Malaysia, serta memastikan kelestarian rakyat serta desa setara dengan kawasan bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ranau.

draft • 11:40 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Menteri ke atas jawapan berkenaan. Namun, saya dapati bahawa jawapan itu adalah secara umum.

Sabah dan Sarawak berbanding dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak lebih luas daripada Semenanjung. Tetapi hanya mendapat peruntukan pembangunan hanya 11.16 percent setiap tahun. Jadi, jika ini berterusan, jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung itu akan menjadi tragik, membesar pula dengan sangat besar setiap tahun.

Jadi, soalan saya adakah wajar atau tidak supaya peruntukan itu dinaikkan?

Peruntukan pembangunan dinaikkan kepada 31 peratus untuk Sabah dan Sarawak.

Supaya kita dapat mengecilkan jurang pembangunan itu antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Apa jawapan Menteri?

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat memahami dari segi keadaan Sabah dan Sarawak ingin meningkatkan pembangunan yang lebih cepat dan mampan. Tetapi dari segi ini, ini adalah keputusan dari segi peringkat Kabinet, dari segi peringkat Dewan yang mulia ini, dari segi peruntukan bajet.

Tetapi jikalau kita melihat secara mendalam dengan meningkatkan siling kita dan lantai, insya-Allah dari segi memajukan pelaburan dan jenis inisiatif industri-industri ini, ia akan membantu dari segi meningkatkan dari segi pendapatan negeri secara masing- masing. Bukan saja di secara keseluruhan negara.

Jadi, insya-Allah kita dengan memberikan pendapatan pelaksanaan dari segi industri-industri yang mencapai ini, kita tidak mahu meninggalkan siapa-siapa dari segi

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

pembangunan. Dan insya-Allah dengan kenaikan gaji dengan inisiatif yang semua yang kita usahakan ia akan membantu keseluruhannya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya sebut Rantau Panjang.

draft • 11:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kita berterima kasih di atas pelbagai usaha kerajaan untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Dan realiti yang kita tahu, Sabah, Sarawak masih mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi dan infrastruktur yang masih rendah.

Jadi, saya ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk meletakkan satu formula khas sekurang-kurangnya 30 atau 40 peratus peruntukan untuk Sabah dan Sarawak?

Sebagaimana yang disebut Yang Berhormat tadi dan pendekatan baru untuk memastikan semua projek-projek ini, yang diberikan kepada Sabah, Sarawak supaya tidak berlakunya kelewatan, siap, tidak terbengkalai dan mengikut keperluan jurang mengikut daerah yang diperlukan? Minta penjelasan.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dari segi formula, maklum saya belum tahu lagi dari segi mempunyai formulalah.

Tetapi dari segi cara kita nak memperkukuhkan dari segi ekonomi pendapatan kita dan mempersiapkan kita untuk masa depan. Maka, dari segi hala tuju kita adalah memperkasakan dari segi perkhidmatan kita, dari segi sistem, dari segi cara kita berhubung rapat lagi dengan pihak Persekutuan dengan negeri.

Kita nak memastikan bahawa fahaman kita adalah menunjukkan keperluan.

Bukan saja untuk hari ini tetapi untuk jangka masa panjang dan untuk masa ke depan.

Kerana ada terlalu banyak perubahan mengikut dari segi teknologi, dari segi perubahan iklim dan cara dari segi keperluan. Bukan saja dari segi negara kita, tetapi secara global.

Jadi, itu sebab kita nak mengurangkan jurang itu. Nak memastikan bahawa apa yang kita tak mempunyai dan kita perlukan. Dan jika misalnya negara jiran kita mempunyai barang itu, bolehlah kita menyuruhkan dari segi pembelian daripada mereka ataupun dari segi cara teknologi yang baru yang kita boleh perkongsikan supaya kita dapat memajukan keperluan kita.

Jadi, dari segi formula. Seperti saya katalah saya tak pasti, tetapi dari segi rangka kerja itu kita harus melaksanakan dengan terbaik. Kerana jika kita tak ada, kita akan

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

ketinggalan okey. Kalau dari segi improving yang itu adalah antara improving system dan juga termasuk dengan maklumat data dari segi fahaman mengikutikan kelebihan ekosistem dia.

Jadi, bila kita makin memahami dari segi keperluan ekosistem, insya-Allah ia akan bukan saja menumpukan perhatian utama kepada menyelesaikan masalah ataupun memperkasakan keperluan kita, tetapi ia mempunyai ripple effect dia insya- Allah, terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Ini daripada portfolio perpaduan Tan Sri nak bagi pantun pada Menteri.

Rakyat resah musim tengkujuh; Menteri sendiri datang bersungguh; Terima kasih Kapar tersentuh; Soalan Kapar nombor tujuh.

draft • 11:40 AM

7. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan kenyataan, tindakan atau dasar yang dikeluarkan oleh Menteri atau agensi Kerajaan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas pantun Yang Berhormat Kapar.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara sentiasa memantau individu di setiap peringkat. Tidak kira rakyat biasa, pemimpin komuniti, mahupun ahli politik yang mengeluarkan kenyataan, tindakan atau dasar yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Pengesanan dan pemantauan isu-isu berkaitan perpaduan di peringkat akar umbi dilaksanakan melalui sistem e-Sepakat. Hasil daripada laporan sistem e-Sepakat ini, kementerian akan mengambil langkah-langkah intervensi sosial. Dengan menggunakan kaedah atau gerak kerja 5P merangkumi pelaksanaan program-program yang berbentuk penggalakan, pencegahan, pencelahan, pemulihan dan pembangunan keupayaan.

Selain daripada itu, Kementerian Perpaduan Negara telah melancarkan sebuah platform digital baru. Iaitu dinamakan Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional

draft • 11:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

(RAKAN) sebagai saluran rasmi bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan isu perpaduan dengan lebih mudah, lebih cepat dan selamat.

Melalui sistem ini, identiti pelapor akan sentiasa terpelihara. Manakala aduan yang diterima akan diproses oleh pegawai perpaduan daerah melalui saluran kepada agensi berkaitan. Pelaksanaan platform RAKAN ini bertujuan untuk memperkukuh respons kerajaan terhadap isu masyarakat di peringkat akar umbi di samping meningkatkan kecekapan pemantauan keharmonian serta keselamatan nasional.

Di samping itu, kementerian juga telah melantik 571 mediators community di seluruh negara bagi mengurus isu-isu perpaduan di peringkat komuniti. Bagi kes-kes yang memerlukan tindakan bersepadu antara agensi, ia nya akan dirujukkan kepada agensi-agensi berkaitan seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Majlis Keselamatan Negara dan pihak bertanggungjawab tempatan.

Dari segi tadbir urus pula. Pada Januari tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) yang dianggotai oleh 12 agensi kerajaan, termasuk KDN, Majlis Keselamatan, polis, komunikasi, KPKT, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia, JAKIM dan sebagainya. Dan jawatankuasa ini dipengerusikan oleh KSU Kementerian.

Dan perubahan kementerian ini bertujuan untuk menangani isu perpaduan secara lebih sistematik, menyeluruh dan berstruktur. Kementerian sentiasa memandang serius terhadap sebarang isu yang berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara akan terus melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi mencegah sebarang elemen yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk serta menjejaskan Perpaduan Nasional. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Jadi, kita 68 tahun dah menyambut hari kemerdekaan.

Saya melihat tema “Malaysia MADANI Rakyat Disantuni” untuk tahun ini dan di antara yang disebut oleh Kementerian Komunikasi ialah menekankan nilai kemanusiaan, keadilan dan perpaduan. Jadi, tahniah kepada Kementerian Perpaduan.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Apa yang Kapar nak dapatkan pengesahan daripada Menteri ialah dengan kita masih lagi tebal perasaan syak wasangka, defisit kepercayaan (trust deficit) ini.

Jadi, yang disebutkan oleh Menteri tadi, portal aduan daripada masyarakat awam tapi daripada penjawat awam katakan, daripada agensi-agensi itu sendiri yang bersifat anonymous kerana kalau dia complain pasal bos, nanti mungkin dia dapat tindakan, dia tak dapat naik jawatan dan sebagainya. Adakah yang berkesan, yang mudah mesra pengguna dan boleh diambil tindakan? Dan daripada tadi, tadi bagus apa yang disebutkan oleh Menteri, kementerian akan tegas. Siapa? Do you have that power untuk menguatkuasakan bila dah dapat findings tadi? So, where is the punca kuasa? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Saya ingat YB, tadi soalan adalah mekanisme pemantauan dan saya pun telah jelaskan di various mekanisme kita ada.

Ini menjurus kepada jawatankuasa untuk menjawab isu-isu yang di luar laporan. Ya, kita ini menerima laporan dan kita menguruskan isu-isu secara mencegahkan macam mana isu itu dapat diatasi melalui mediators yang kita ada. Tetapi kalau Yang Berhormat bertanya kepada apa nama itu, lebih daripada itu, perjawatan, kita memang tak ada lah.

Tetapi sekarang ini kita ada RAKAN ya. Yang saya sebutkan tadi, ini adalah extension of our e-Sepakat. Dan di sini pelaporan memang kita terima. Dan seperti yang saya sebutkan tadi, identiti pelapor itu akan dijamin tidak dilaporkan. Dan daripada aduan itu, kita akan menjurus kepada di mana agensi yang sepatutnya mengendalikan isu-isu itu ya, dengan daripada laporan RAKAN itu.

RAKAN itu dan sekarang ini adalah di peringkat orang awam. Dulu e-Sepakat peringkat kementerian. Kita buka sekarang untuk kepada orang awam buat laporan dan kita melihatlah isu-isu itu, kalau dia melibatkan KDN, KDN akan tadbir urus.

Kalau dia melibatkan belia, belia akan ambil urus untuk menyelesaikan masalah itu.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan tambahan saya. Menteri, baru-baru ini isu bendera telah menyebabkan ketegangan suasana di masyarakat kita. Jadi, apakah pendirian kementerian dan

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

juga apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian supaya kita dapat ya mempertahankan semangat perpaduan dan juga untuk mengekalkan suasana harmoni di negara kita? Apatah lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan kita yang ke-68 pada Ahad ini. Terima kasih Menteri.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kita pun telah menjawab dengan panjang lebar, Kamar Khas semalam.

Saya boleh bagi jawapan ini kepada YB nanti untuk melihat sebenarnya apa yang terkandung dalam akta dan sebagainya. Kita ada Akta Lambang dan Nama. Mungkin ramai YB yang tak, tak tahu. Kita ada pelbagai apa nama itu kementerian- kementerian yang memang diuruskan untuk menjaga isu-isu yang berkaitan dengan bendera ini.

Kita juga ada garis panduan Jabatan Perdana Menteri. Daripada Kementerian Komunikasi pun kita ada, daripada Kementerian Pendidikan pun kita ada, pelbagailah. Dan saya akan bagi jawapan kepada Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Tan Hong Pin, Bakri.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

*Seberangi sungai naik sampan, Di Dewan Rakyat bergema ucapan; Rakyat menanti jelas penerangan, Soalan saya, soalan lapan.

[Tepuk]*

draft • 11:50 AM

8. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(i) langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan penyalahgunaan kemudahan pengecualian visa kepada pelawat asing supaya tidak digunakan untuk membekalkan perkhidmatan dan berniaga bagi melindungi hak kepenggunaan dan perniagaan mikro tempatan; dan

(b) kes penyalahgunaan yang dapat dikesan dan tindakan yang dikenakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya tak pandai nak jawab pantun dia, Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, sahabat saya Bakri.

KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa komited untuk perkukuhkan kawalan ke atas kemasukan pelawat asing, khusus dalam usaha

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

membanteras penyalahgunaan kemudahan imigresen bagi tujuan bekerja atau berniaga secara tidak sah. Pendekatan dilaksanakan merangkumi tiga peringkat utama iaitu pengisytiharan awal sebelum pelepasan, kawalan di pintu masuk antarabangsa dan juga ialah penguatkuasaan di dalam negara.

Pengisytiharan awal sebelum pelepasan sebagai langkah kawalan awal.

Semua individu yang ingin memasuki Malaysia dikehendaki membuat pengisytiharan awal melalui sistem Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) yang perlu dilengkapkan dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan. Ini bagi membolehkan saringan awal dibuat bagi pastikan sebarang risiko keselamatan atau ketidakpatuhan kepada peraturan imigresen, sebelum mereka tiba masuk di pintu masuk antarabangsa.

Sebagai pelengkap kepada sistem MDAC, kerajaan akan melaksanakan advanced passengers screening (APS) mulai Disember ini sebagai mekanisme deklarasi dan penilaian risiko tambahan.

Untuk maklumat, sistem ini menggunakan maklumat penumpang yang dibekalkan oleh syarikat penerbangan seperti butiran pasport, rekod perjalanan, tiket pulang dan sejarah imigresen. Dengan maklumat ini Yang Berhormat, sistem APS boleh melakukan penapisan awal sebelum pelawat dibenarkan menaiki pesawat ke Malaysia. Pelawat yang dikesan mencurigakan melalui APS boleh disekat awal, sekali gus mencegah kemasukan individu yang berpotensi untuk tinggal secara tidak sah atau menggunakan visa. Gabungan data APS dan MDAC membolehkan penilaian dibuat secara komprehensif sebelum seorang pelawat tiba di sempadan negara.

Kedua, kawalan di pintu masuk. Setibanya di pintu masuk, pelawat akan melalui proses pemeriksaan manual oleh pegawai imigresen sebagai langkah pengesanan akhir sebelum diberi kebenaran masuk. Pegawai Imigresen, dia akan menyemak pasport, visa, tiket pulang, tempat penginapan, maklumat yang dikemukakan melalui MDAC dan APS. Sesi soal jawab dilakukan bagi menilai kesahihanlah niat lawatan dan maklumat-maklumat berkaitan.

Jadi, dalam masa yang sama, data biometrik seperti cap jari dan wajah pelawat direkod untuk tujuan keselamatan. Dan sekiranya terdapat sebarang keraguan dan percanggahan maklumat, pelawat boleh diarah untuk menjalani pemeriksaan lanjut, ditolak masuk NTL itu atau ditahan sementara. Proses ini penting bagi pastikan hanya pelawat yang sah sahaja masuk ke negara.

Yang ketiga, Tan Sri. Bagi pelawat yang telah masuk ke negara dan kemudian tinggal lebih tempoh dibenarkan, tindakan penguatkuasaan tegas dilaksanakan oleh

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jabatan Imigresen. Operasi-operasi dilakukan dan dijalankan secara berkala di kawasan-kawasan tumpuan seperti tapak pembinaan, premis perniagaan, rumah kongsi dan sebagainya. Jadi, individu yang ditahan akan disoal siasat.

Tan Sri, penguatkuasaan juga dilaksanakan secara berterusan dan turut melibatkan kerjasama antara agensi. Antaranya ialah PDRM dan juga pihak berkuasa tempatan. Yang penting, siasatan lanjut kita akan jalankan termasuk di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, khususnya terhadap kes penyalahgunaan pas lawatan untuk bekerja atau meniaga. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM1,000, penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua ini sekali. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bakri.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi.

Yang Berhormat Tan Sri, baru-baru ini kita dapati melalui media sosial, di mana ada banyak iklan-iklan untuk mempelawakan servis seperti photographer, servis seperti gunting rambut dan ini bagaikan “cendawan tumbuh selepas hujan”.

Dan mereka menawarkan perkhidmatan itu dengan harga yang jauh sangat rendah dan memberikan impact yang besar kepada pengusaha-pengusaha mikro di negara kita terutama mereka yang menjalankan secara freelance.

Dan ini bukan sahaja saya kata tumbuh — “cendawan tumbuh selepas hujan”. Ia telah merebak kepada industri-industri lain, termasuk ya renovation

(pengubahsuaian) rumah. Di mana mereka akan mengumpul order sebelum mereka tiba di Malaysia. Dan apabila mereka tiba di Malaysia dalam masa sebulan, dalam masa dua minggu, mereka habiskan semua itu, semua order-order itu, ambil duit dan pergi.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dia bukan bagi impak kepada perusahaan kecil di Malaysia tapi selepas kerja-kerja sekiranya ada defect dan sebagainya, ada complaint pelanggan, consumer, pengguna tak boleh buat apa sebab dah tak tahu macam mana nak cari mereka.

Jadi soalan saya, sekarang ini sekiranya ada aduan ataupun ada orang awam mendapati ada iklan-iklan seperti ini, adakah ada satu mekanisme untuk membuat aduan dan pihak KDN boleh menjalankan penguatkuasaan sama ada menyenaraihitamkan (blacklist) orang-orang ini ataupun bersama-sama untuk menyediakan satu perangkap supaya kita boleh mengenal pasti orang-orang ini dan

draft • 12:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

kita buat sesuatu. Kita ambil tindakan ke atas fenomena ini sebagai satu jaminan dan perlindungan kepada pengusaha tempatan.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tan Sri, apa juga kesalahan yang kita kesan mempunyai bukti, memang kita akan ambil tindakan berasaskan undang-undang dan peraturan yang kita ada. Tapi bagi membolehkan keadaan lebih mudah, memang kita galakkan supaya orang awam membuat laporan-laporan kepada kita, di samping kita juga membuat penguatkuasaan dan siasat.

Kalau dibenarkan, saya nak sebut bahawa kita ada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang merupakan sistem yang dikawal oleh Biro Pengaduan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini merupakan sistem yang sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk membaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari semasa ke semasa dan dimudah cara oleh teknologi terkini. Dan oleh itu, kita harap orang awam boleh menggunakan sistem ini dapat mencepatkan proses pencapaian maklumat kepada agensi kerajaan yang berkaitan.

Untuk maklumat, melalui sistem Biro Pengaduan Awam ini, kita dapat lihat Jabatan Imigresen telah mendapat pelbagai aduan, perkhidmatan pun ada, pertanyaan pun ada, cadangan daripada awam. Kalau bermula daripada 1 Januari hingga 28 Ogos 2025, sebanyak 3,565 aduan telah direkodkan melalui SISPAA JIM ini.

Kalau kita lihat, kategori aduan yang diterima adalah meliputi pengurusan vendor, pintu masuk, tadbir urus, visa, pas dan permit, kesalahan dan pasport, pekerja asing, penguatkuasaan. Aduan penguatkuasaan mencatatkan aduan tertinggi sebanyak 59.4 peratus, diikuti oleh pekerja asing sebanyak 12.4 peratus dan keselamatan dan pasport sebanyak 12.3 peratus.

Ini menunjukkan kita ada saluran untuk buat aduan. Malah, kita juga boleh menggunakan sistem-sistem dan aduan-aduan berkaitan dengan PATI, aduan berkaitan dengan integriti yang disediakan melalui sistem aduan di bawah Jabatan Imigresen Malaysia. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerlun.

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Isu yang berbangkit daripada soalan ini berkaitan dengan penyalahgunaan pengecualian visa kepada pelancong. Dan kita sedia maklum bahawa penyalahgunaan ini berlaku dalam beberapa keadaan. Satunya mungkin dasar

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

pemberian visa yang longgar, penguatkuasaan terhad, mungkin disebabkan pegawai kakitangan imigresen, polis di tempat-tempat yang tertentu itu tidak cukup, termasuk juga pekerja asing sedia ada ini memberi penempatan kepada pelawat.

Saya rujuk dalam akhbar Sinar Harian 24 September 2024, dia seolah-olah wujud satu modus operandi di pintu masuk, sama ada KLIA1 ataupun KLIA2. Dan warga asing yang kerap menyalahgunakan pengecualian visa ini daripada Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Mungkin mereka ini kelompok yang datang untuk bekerja.

Isunya sekarang ini, mereka dilindungi oleh sindiket yang membayar wang ataupun rasuah dengan lebih tepat lagi kepada pihak yang berkuasa, penguat kuasa.

Dan pihak sindiket ini tidak menggunakan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) untuk mendaftar dan memantau pekerja asing di negara ini, sebaliknya menyalahgunakan visa pelancong.

Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah membuat satu kenyataan pada Mei yang lalu. Dia mengaku pelancong yang masuk ke negara kita ini menyalahgunakan visa bukan setakat negara kita saja, tapi global pun serupa.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Jerlun.

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik, soalan tambahan saya pertama. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dasar pengecualian visa pelancong kepada warga asing dengan menangani sindiket ataupun ejen pekerja asing yang jelas melanggar peraturan pengambilan pekerja asing?

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kedua...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, ada lagi?

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Adakah kerajaan bercadang untuk melakukan pemantauan digital melalui pelaksanaan identiti digital ataupun digital ID ini dengan kerjasama antarabangsa melalui perkongsian maklumat antara negara asal dengan negara kita Malaysia? Sekian.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tan Sri, memang keutamaan kita ialah untuk pastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus dipertahankan selaras dengan inspirasi untuk pastikan Malaysia bebas dari isu-isu yang dibangkitkan tadi.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Memang kita sedang berusaha untuk meningkatkan keupayaan kita dalam penggunaan teknologi sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dan kerjasama kita juga lakukan dengan negara-negara lain, termasuklah dengan kedutaan Malaysia. Misalnya, kalau bagi mengekang pelawat kemasukan atau pengurusan pulang semula mereka yang menyalahguna kemudahan imigresen.

Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa menjalin kerjasama dengan Pejabat Kedutaan Malaysia dengan pihak berkuasa negeri asal apabila terdapat pelawat asing yang disabitkan dengan kesalahan imigresen. Maklumat ini boleh disalurkan kepada kedutaan masing-masing untuk tindakan sewajarnya. Antara ini termasuk pengesahan identiti dan dokumen. Maknanya, JIM akan mendapat pengesahan terus daripada pihak kedutaan bagi memastikan identiti sebenar pelawat asing yang melakukan kesalahan imigresen. Kita juga meluahkan dokumen perjalanan sementara.

Selain itu, JIM juga akan memaklumkan maklumat penyenaraian hitam.

Maknanya, JIM memaklumkan status penyenaraian hitam kepada kedutaan agar warganegara tersebut tidak lagi dibenarkan masuk ke Malaysia. Maknanya, usul-usul kita lakukan termasuklah perkongsian maklumat-maklumat kesalahan.

Dan kita ada peraturan-peraturan dan undang-undang yang ada. Mana-mana pegawai atau pihak-pihak yang melakukan kesalahan, memang tindakan-tindakan sentiasa diambil dan saya percaya kita dapat lihat dan dengar melalui akhbar dan juga kenyataan media tindakan yang tegas tetap kita ambil bagi pastikan kedaulatan negara dipertahankan.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat, tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Menteri.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang diPertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.” Terima kasih

draft • 12:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 12:08 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Tan Sri Speaker, saya menyokong.

draft • 12:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:08 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; disetujukan]

RANG INDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PEROLEHAN KERAJAAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.

[27 Ogos 2025]

draft • 12:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Menteri Kewangan untuk menjawab dan saya beri 20 minit. Silakan.

draft • 12:08 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

draft • 12:09 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan kepada 21 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025

(RUU PK).

Ikhtiar penggubalan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) melengkapkan usaha kerajaan selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, terutamanya tonggak untuk mengukuhkan tatakelola pengurusan kewangan negara.

draft • 12:09 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

RUU PK merupakan kesinambungan kepada dasar Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) dan pindaan Akta Audit 1957 yang membawa pendekatan baharu follow the public money, dengan izin. RUU PK sebenarnya memperketatkan peruntukan yang sedia ada dalam Akta Tatacara Kewangan 1957.

Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat, antaranya Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Hulu Langat atas penegasan yang begitu jelas mengenai pentingnya RUU PK dalam memperkukuhkan tatakelola kerajaan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan negara.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, RUU PK memperkukuhkan aplikasi lima prinsip perolehan kerajaan iaitu akauntabiliti awam diurus secara telus, nilai faedah terbaik, saingan terbuka secara adil dan saksama.

Banyak cadangan penambahbaikan proses perolehan kerajaan telah dikemukakan oleh Yang Berhormat semasa perbahasan tempoh hari. Kementerian Kewangan komited untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan-cadangan tersebut untuk memperincikan peraturan dan garis panduan perolehan kerajaan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri. Boleh Pasir Mas sikit?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis. Semalam dah ada masa dah dibahaskan di Dewan. Saya nak terangkan apa yang ditanya semalam. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak bagi. Makna, duduklah.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey, tak. Menteri, terima kasih sikit kepada kami.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

RUU meletakkan kewajipan kuasa dalam urusan perolehan kerajaan kepada standard dan prosedur yang seragam sekali gus

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

mengurangkan ruang untuk tafsiran berbeza, ketidakpatuhan atau salah guna kuasa.

Dengan adanya RUU PK ini, satu sistem perolehan yang lebih berintegriti dan profesional dapat diwujudkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat 10 Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Arau membangkitkan isu kononnya RUU Perolehan Kerajaan meluaskan atau mewujudkan kuasa berlebihan kepada Menteri Kewangan dalam menentukan perolehan kerajaan.

Hakikatnya, selama ini, kuasa Menteri Kewangan dalam hal ehwal perolehan telah diperuntukkan di bawah seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 yang memberi kuasa menyeluruh atas dasar kelulusan dan pengecualian berkaitan perolehan kerajaan. Namun begitu, RUU Perolehan Kerajaan ini tidak sama sekali menambah kuasa, sebaliknya mengehadkan kuasa Menteri Kewangan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh.

Di bawah RUU PK ini, kewajipan dan kuasa Menteri Kewangan dalam urusan perolehan diperuntukkan dengan jelas secara perundangan. Berbeza dengan keadaan semasa, keputusan Menteri Kewangan kini boleh dicabar dan dikaji semula melalui proses panel kajian semula dan seterusnya Tribunal Rayuan Perolehan yang dikecualikan.

Tambahan pula, RUU PK ini turut memperkenalkan tindakan punitif atas sebarang pelanggaran dan Menteri Kewangan juga tidak terkecuali dari akauntabiliti sekiranya gagal menzahirkan kepentingan atau campur tangan dalam proses perolehan. Dengan izin, no one is above the law.

Di bawah RUU PK ini, Menteri Kewangan juga boleh disabitkan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang ini dan dikenakan tindakan punitif sama ada denda atau penjara sekiranya didapati bersalah. Ini jelas berbeza dengan keadaan semasa dan menjadi elemen kawalan terbaru yang turut terpakai ke atas Menteri Kewangan. Seperti yang disebut, don’t let perfection be the enemy of good. RUU PK ini adalah satu penambahbaikan dan satu pembaharuan penting yang bukan sahaja memperkukuhkan tadbir urus tetapi juga mengehadkan kuasa Menteri Kewangan berbanding keadaan terdahulu.

Saya bersependapat dengan Yang Berhormat Puchong yang menegaskan fasal 63 menetapkan mekanisme semak dan imbang melalui penubuhan Tribunal

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Rayuan di mana Menteri perlu melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dari kalangan pegawai kehakiman dan perundangan. Ahli tribunal juga...

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Menteri, sebelum tukar topik, boleh tak saya nak tanya? Semalam saya ada tanya, nak kena jawab.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri nak bagi kah tak bagi?

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dah nak habis dah. Tinggal 14 minit lagi.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri tak bagi.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sebelum tukar topik, Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri tak bagi.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Please.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya akan menjawab hujah-hujah yang...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Putrajaya. Silakan, Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ahli tribunal juga tidak boleh dilantik dari kalangan pegawai Kementerian Kewangan bagi memastikan tribunal berkecuali.

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ahli tribunal juga tidak boleh lari...

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri nak bagi kah tak?

draft • 12:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sedikit pencelahan.

draft • 12:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Dari kalangan anggota pentadbiran termasuk mana-mana orang yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana pembekal.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Oleh kerana Menteri tak, bagi sila duduk dulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Adakah strategi Menteri untuk sengaja tak nak bagi celahan?

draft • 12:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kita nak dapatkan pencerahan.

draft • 12:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Adakah itu strateginya untuk menghalang perbahasan?

draft • 12:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kenapa, Speaker? Menteri patut bagi ruang untuk kita bertanya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf.

draft • 12:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Semalam bahas, bahas. Kita nak tanya soalan pencerahan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Semalam dah banyak hujah diberi. Saya akan menjawab hujah-hujah yang diberi semalam. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jawab soalan kami.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, nanti kejap.

draft • 12:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Nak pencerahan, Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri. Menteri, duduk sekejap. Baik, semua duduk.

Sejak bila, bila seseorang menjawab dan tidak memberi laluan, kita boleh bertanya.

Kita tak boleh. Kerajaan dulu pun sama juga. When you are the government pun sama juga. Tanya Beluran. Sama juga. Bila Menteri menjawab, dia tak bagi jalan, tak beri jalanlah. Itu biasa. Tak boleh kata ini strategilah, itu ― tidak. Silakan, Menteri, sambung.

draft • 12:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tan Sri, buat penjelasan bagi pihak Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kecuali Menteri bagi jalan. Kalau tidak, saya tak akan berikan. Silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih semua Yang Berhormat. Kerana, yang pentingnya, saya diberi peluang untuk menjawab hujah-hujah yang dibangkitkan semalam.

Yang Berhormat Sandakan telah pun mencadangkan perincian dan kriteria di mana kuasa Menteri Kewangan atau Menteri Besar digunakan untuk meluluskan pengecualian kepada tatacara perolehan semasa. Saya bersetuju ketelusan dalam pengecualian dan penambahbaikan tatakelola perolehan kerajaan dan Kementerian Kewangan akan menyusuli agar perkara ini diperinci dalam peraturan, arahan dan pekeliling perolehan kerajaan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bertentang dengan apa dibahaskan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah, Kementerian Kewangan sebenarnya cakna dengan kegusaran yang timbul mengenai tangkapan kuasa Menteri Kewangan ke atas perolehan kerajaan yang mungkin menimbulkan konflik kepentingan di antara kuasa menetap kaedah perolehan dengan kuasa untuk melulus sesuatu perolehan. Secara amnya, kuasa melulus yang dirujuk kepada Menteri Kewangan bagi membuat keputusan selaras fasal 10 adalah mengikut nilai ambang iaitu lebih RM50 juta melibatkan perolehan bekalan dan perkhidmatan, dan melebihi RM100 juta bagi perolehan kerja.

Kaedah ini mengikut tatacara sedia ada, namun telah diperkukuhkan di bawah RUU ini melalui penyataan pemberian kuasa yang jelas di bawah undang- undang semak dan imbang serta penzahiran. Hanya perolehan yang melebihi ambang atau sekiranya berlaku keputusan tidak sebulat suara di peringkat lembaga perolehan kementerian berkenaan akan dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan.

Sepertimana yang ditetapkan melalui RUU PK, Menteri Kewangan dalam membuat satu proses melulus ini juga mesti membuat penzahiran kepentingan mengikuti fasal 37(1) yang mana kegagalan membuat penzahiran adalah satu kesalahan jenayah dan kesalahan memberi maklumat palsu adalah juga satu kesalahan jenayah di bawah fasal 82.

Menteri Kewangan juga, dalam proses membuat keputusan ini, terlindung daripada campur tangan pihak-pihak yang ingin mengganggu proses perolehan mengikut kesalahan di bawah fasal 38. Ini membolehkan Menteri Kewangan membuat keputusan secara objektif.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Sandakan membangkitkan kegusaran tentang kuasa Menteri Kewangan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Di bawah fasal 2(2), Menteri Kewangan terikat untuk menyiarkan Perintah Pengecualian melalui warta. Perintah yang diwartakan ini juga dijadikan asas untuk semakan kehakiman oleh mana-mana orang yang terkilan. Ini merupakan penambahbaikan daripada tatacara perolehan sekarang. Manakala di bawah fasal 24, mekanisme semak dan imbang dalam meletakkan Menteri Kewangan hendaklah berunding dengan pendaftar sebelum melaksanakan tindakan pengecualian berkenaan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pengecualian juga hendaklah disiarkan dengan warta bagi ketelusan. Bagi penyataan bahawa Kementerian Kewangan bertindak sebagai pemain dan pengadil, pelaksana dan pendakwa, unit penyiasatan akan diletakkan secara bebas dan tidak ber –– terkait dengan bahagian dasar dan perolehan.

Bagi menambah baik kebebasan unit penyiasatan tersebut...

draft • 12:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kementerian Kewangan komited untuk melantik pegawai penyiasat dari kalangan badan penguat kuasa bebas untuk menyiasat perolehan yang dilaksanakan. Bagi memastikan pematuhan dan pengawal seliaan perkara ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan berdasarkan fasal 39 akan mengeluarkan arahan dan pekeliling.

Saya beri ruang sikit.

draft • 12:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya masih lagi khuatir dan kami semua masih lagi khuatir kerana walaupun dijamin kononnya dalam rang undang ini ada kuasa mekanisme yang boleh menyemak imbang Menteri Kewangan lah. Tapi Menteri Kewangan hari ini ialah Menteri Kewangan yang berjawatan Perdana Menteri.

Beberapa high profile cases, scandal seperti Sabah mining case melibatkan bekas setiausaha politik beliau tidak disiasat oleh SPRM. Jadi bagaimana kita nak yakin yang benda ni boleh bagi ketelusan kepada Menteri Kewangan?

[Tepuk] Ya, jadi saya nampak kata-kata tak selari dengan tindakan. Ini masalah Kerajaan MADANI.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Seperti saya katakan tadi, kalau kita tengok dari segi apa yang rang undang-undang ini membawa, rang undang-undang ini adalah penambahbaikan kerana kuasa Menteri Kewangan memang dah ada dalam Akta 1957. Jadi apa yang kita buat adalah untuk menambahbaikan di mana sistem control-nya diletak dengan lebih baik sekali ya. Di mana ada semak dan timbal balik dalam proses yang ada dengan ketelusan, dengan pewartaan yang diadakan.

Itu penambahan yang baik. Saya rasa kita tak boleh menolak penambahbaikan.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri. Menteri, sedikit. Menteri, sedikit sahaja. Saya nak minta izin – minta izin.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ini suara di luar.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, Bachok. Menteri tak bagi Bachok.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya minta izin.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, Menteri tak bagi...

[Dicelah] Bachok, Menteri tak bagi.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Lepas ini boleh?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Lepas ini boleh?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya tunggu.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Putrajaya telah membangkitkan mengenai penggunaan kaedah perundingan terus dalam perolehan kerajaan yang dilihat bercanggah dengan prinsip keutamaan kepada perolehan terbuka.

Sebagai amalan standard, kerajaan sentiasa mengutamakan kaedah tender terbuka dalam pelaksanaan perolehan untuk memastikan proses yang adil dan berdaya saing. Selaras dengan fasal 28, RUU PK yang digubal ini telah meletakkan kaedah perolehan secara terbuka sebagai kaedah utama bagi memastikan persaingan yang sihat dan wujud memberi nilai faedah terbaik untuk wang rakyat.

Namun dalam sesuatu keadaan yang berkehendak, Menteri Kewangan diberi peruntukan kuasa untuk mengadakan kaedah lain. Melalui RUU PK ini, peruntukan kuasa untuk menetapkan kaedah lain selain secara perolehan terbuka dan bersaing diberi kepada Menteri Kewangan bawah fasal 28(2) melalui peraturan.

Sungguhpun demikian, Menteri Kewangan dalam mengadakan peraturan berkenaan kaedah selain terbuka dan bersaing hendaklah disertakan dengan kriteria, kelayakan, syarat dan sekatan. Jika ada ketidakpatuhan dalam penggunaan kaedah selain terbuka dan bersaing ini, keputusan perolehan yang dibuat boleh dibawa ke panel kajian semula dan tribunal seperti saya sebut sebelum ini oleh mana-mana pihak yang terkilan. Ini satu kontrol yang baru masuk yang tidak wujud dalam cara perolehan sekarang. Ini penambahbaikan kerana itulah kita membawa RUU macam ini.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Nak kontrol proses perolehan kerajaan.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya? Boleh berikan ruang pada Putrajaya untuk bertanya? Ini dah habis baik dah ini. Saya dah habis –– ini RUU penting. Saya ambil very frank here. Ini RUU penting.

Saya ketua portfolio kewangan. Saya ada tanggungjawab saya. Menteri ada tanggungjawab Menteri. Jadi bagilah ruang.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Putrajaya, seperti saya katakan tadi beri saya ruang untuk menjawab apa yang ditanyakan semalam.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak, saya nak mendapat penjelasan...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya akan beri ruang bila saya ada masa.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalan saya simple sahaja. Saya referee. Nak bagi, tak bagi?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya tak bagi.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak bagi, minta maaf.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, teruskan Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Maka, akan wujud disiplin yang jelas.

Walaupun kaedah perolehan ini tidak menggunakan perolehan terbuka dan bersaing.

Pertimbangan bagi melaksanakan perolehan secara kaedah lain akan diasaskan kepada kriteria yang munasabah seperti berikut:

(i) memerlukan kesegeraan dan kepentingan awam supaya tidak menjejas penyampaian khidmat kerajaan;

(ii) memastikan keseragaman dengan bekalan, perkhidmatan atau peralatan sedia ada;

(iii) hanya mempunyai satu punca bekalan atau perkhidmatan;

(iv) perolehan yang melibatkan elemen keselamatan dan strategik; dan

(v) kontrak dengan pembuat bumiputera tunggal.

Yang Berhormat Puchong ada mencadangkan supaya perolehan dilaksanakan di bawah secara PPP turut termasuk di bawah tafsiran perolehan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, memang benar PPP telah pun masuk dalam cara RUU PK ini dan tidak dikecualikan.

Yang Berhormat Bachok telah membangkitkan isu berkenaan dasar-dasar nasional sedia ada seperti dasar keutamaan kepada syarikat bumiputera. Adakah masih boleh dilaksanakan dan dikekalkan dalam RUU PK ini?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sekali lagi saya tekankan bahawa RUU PK tidak berdiri sendiri tapi ia disokong dan dilengkapkan melalui arahan serta pekeliling perolehan yang memperincikan dasar perolehan. Inti pati penggubalan RUU PK adalah untuk memperkukuhkan keberkesanan tadbir urus melalui prinsip perundangan. Prinsip dalam RUU PK diperincikan dalam peraturan perolehan kerajaan sementara kenyataan dasar perolehan akan dinyatakan dalam arahan berlandaskan dasar nasional utama termasuk agenda pembangunan bumiputera.

draft • 12:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, sedikit? Sedikit sahaja boleh?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sabar sedikit. Semalam itu orang berbahas. Saya nak jawab. Kalau ada masa saya akan bagi.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, saya merayu.

Apalah kiranya Yang Berhormat Menteri, sedikit belas kasihan berikan kepada saya untuk bertanya soalan?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagilah saya habis jawapan yang dihujahkan semalam. Nanti dia kata kita tak menjawab ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri teruskan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Puncak Borneo telah membangkitkan mengenai fasal 17 yang hanya membenarkan pembekal atau kontraktor yang berdaftar di bawah RUU PK ini menyertai perolehan kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, tujuan pendaftaran adalah untuk memastikan pembekal dan kontraktor yang bertauliah, berwibawa dan berkualiti didaftar untuk menyertai perolehan kerajaan. Senarai kriteria untuk menolak satu permohonan pendaftaran oleh pendaftar adalah termaktub secara telus di bawah fasal 19. Kriteria ini termasuk penolakan permohonan yang mempunyai kesalahan jenayah, orang yang bankrap dan syarikat insolven. Oleh itu, tidak wujud budi bicara kepada pendaftar untuk sewenang-wenangnya menolak sesuatu pendaftaran tanpa asas.

Fasal 36 pula memperuntukkan keperluan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan dilaksanakan melalui sistem ePerolehan. Setiap pembekal atau kontraktor yang berdaftar melalui sistem ePerolehan iaitu sistem perkomputeran yang digunakan oleh Kementerian Persekutuan sekarang. Pembekal atau kontraktor tersebut akan menerima notifikasi pelawaan...

draft • 12:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Assalamualaikum Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Dan sekali gus membolehkan pembekal atau kontraktor tersebut mengemukakan tawaran secara atas talian.

draft • 12:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sampai hati. Jawab salam Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, kalau senyum saya cair, Yang Berhormat. Bagi Masjid Tanah, bagi ruang pada Pengerusi PAC.

draft • 12:20 PM

Seorang ahli

Cair pun tak bagi.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya sebenarnya, hari ni kan yang penting untuk saya ialah untuk menjelaskan...

draft • 12:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak apalah.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Apa yang ada dalam perolehan.

draft • 12:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tetapi saya yakin dan percaya...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau saya diganggu macam ini, matlamat — lambat memberikan penjelasan daripada kerajaan.

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kalau Yang Berhormat Menteri boleh bagi penjelasan, pencerahan lebih baik...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Itukah matlamatnya?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri tak bagi kan, teruskan Menteri, jangan cair.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri, Menteri kita tak nak ganggu. Kami nak penjelasan sahaja.

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kita nak bagi Yang Berhormat Menteri pencerahan yang lebih baik supaya Ahli Pembangkang lebih memahami supaya kita tahu kaedahnya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya tak bagi.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak bagi.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Menteri, Bachok minta sedikit. Saya ada bangkitkan concern — saya minta izin, saya minta izin.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya bangkitkan concern daripada civil society seperti Rasuah Busters, C4, TI Malaysia, Menteri tak respons lagi. Minta Menteri?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya tak bagi tadi.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri akan respons, persilakan.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Minta respons Menteri, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bukan tak respons, ada respons ya. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan berhubungan inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, mengurangkan rasuah dan memberi kontrak kerajaan serta mengelakkan campur tangan penggangguan proses perolehan.

Beberapa peruntukan dalam RUU PK telah dirangka bagi memperkukuhkan pengawalseliaan, meningkatkan ketelusan serta membanteras salah laku dalam proses pemberian kontrak perolehan kerajaan. Antaranya fasal 37 RUU PK telah meletakkan kewajipan membuat penzahiran kepentingan oleh pihak yang menyertai perolehan kerajaan dan juga pihak yang mentadbir proses perolehan. Langkah ini bertujuan memperkukuhkan integriti dan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan di samping mencegah ketirisan perbelanjaan awam dan membendung penyalahgunaan kuasa.

Fasal 61 menyediakan ruang melaksanakan proses aduan atau bantahan dengan mewajibkan penubuhan panel kajian semula di semua agensi pelaksana perolehan kerajaan yang dikuatkuasakan melalui fasal 62. Selain itu, fasal 63 membolehkan tribunal rayuan perolehan kerajaan ditubuhkan sebagai badan dikecuali di bawah Kementerian Kewangan yang menjadikan mekanisme semak dan imbang ke atas rayuan keputusan panel kajian semula.

Fasal 36 pada masa ini proses perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan dilaksanakan secara elektronik menggunakan sistem ePerolehan. Semua syarikat yang mengambil bahagian dalam sebut harga dan tender akan dinilai berdasarkan kriteria teknikal dan kewangan secara dalam talian sebelum diputuskan sebagai pembekal yang layak. Selaras dengan prinsip, let managers manage, kuasa keputusan perolehan juga diturunkan kepada lembaga perolehan di kementerian dan agensi bagi membolehkan proses perolehan dilaksanakan secara telus, lebih teratur dan cepat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun] ePerolehan.

draft • 12:30 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Mungkin saya beredar kepada Bachok punya komen.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, silakan Bachok, dijemput.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sila.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jemput, Bachok. Jarang-jarang berlaku jemput, walaupun tak bangun, jarang berlaku.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Soalan yang sama.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jemput saya juga ya.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dengan penuh hormat dan Takzim, saya mohon Yang Berhormat Menteri respons concern, kebimbangan dibangkitkan oleh pertubuhan masyarakat sivil di luar antaranya C4, Rasuah Busters, TI Malaysia, Ideas yang mempersoalkan kelompangan yang ada dalam RUU ini dan disarankan supaya dirujuk kepada JKPK Kewangan dan Ekonomi. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bachok.

Saya bagi peluang tadi kan. Saya janji saya nak bagi menjawab, saya menjawab.

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

[Tepuk] Jadi, tadi banyak orang bertanya proses yang kita buat dalam RUU PK ini, sebenarnya proses ini bermula dalam tahun 2018 tetapi diberhentikan. Tetapi kerajaan ini telah mengambil balik iltizam untuk mengetatkan proses perolehan dalam kerajaan. Sejak 2023, kita telah ada banyak sesi libat urus.

Sesi libat urus kita adakan bukan sahaja dengan kementerian dan agensi kerajaan malah bersama juga kerajaan negeri, bersama juga perbadanan dan juga NGO termasuk Rasuah Busters, termasuk C4, dengan ini semua.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, tajuk, tajuk ini.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Daripada sesi libat urus yang terdiri daripada 2,063 orang yang masuk dalam sesi libat urus itu, penambahbaikan pun dah dibuat daripada apa yang diterima daripada cadangan-cadangan mereka. Saya terangkan sedikit apa penambahbaikan yang kita terima yang kita masukkan dalam RUU PK ini.

Pertama, pengawalseliaan penggunaan dana awam dengan lebih terperinci dan berdisiplin. Dari apa yang kita masukkan kita telah memperketatkan daripada apa yang memang sudah wujud dalam kerajaan sekarang.

Kedua, memperkenalkan reward dan punishment untuk peruntukan RUU PK.

Ini dah memang ada tetapi dah berganjak daripada disiplin secara pentadbiran kepada punitif. Ini menjadi satu mekanisme yang akan menangani isu yang orang

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

tak takut untuk melanggar peraturan yang ada. Yang ini yang penting kerana semua orang hendak buat pekerjaan yang betul. Dengan cara ini kita dapat lebih banyak gigi dalam menguasai PK.

Ketiga, memastikan bahawa satu platform semak dan imbang, memastikan orang yang terkilan mempunyai ruang untuk membuat bantahan, ini pun ditubuhkan.

Kita ada panel di semua agensi dan kementerian dan kita ada tribunal pun yang kita tubuhkan yang buat masa sekarang tak ada. Ini penambahbaikan, kita terima cadangan yang diberikan.

Keempat, penzahiran keputusan dan kepentingan dijadikan satu perkara mandatori. Yang ini untuk meningkatkan ketelusan dari tatacara kerajaan. Yang itu yang kita masukkan juga ini. Ini juga penambahbaikan, ini bukan nak rebut kuasa.

Yang kelima, memastikan perolehan kerajaan menyokong dasar dan perkembangan ekonomi dan sosial semasa. Dasar-dasar kerajaan kita masih memegang, kita tidak mengetepikan walaupun ada RUU PK.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri..

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua...

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Boleh saya bertanya?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Masa saya pun nak habis, biarlah saya gulung.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tajuk sama Menteri.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa minit lagi Menteri perlukan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya bagi ruang untuk dia tanya dan saya minta tiga minit.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Pasir Mas tanya, selepas itu Menteri terus gulung ya.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih banyak, banyak Menteri. Isunya saya bangkitkan ialah kenapa nampak begitu cepat proses ini. 12 Ogos, white bill diserahkan oleh AGC dan diedarkan MJM, 20 Ogos masuk Kabinet, hari ini terus bentang untuk bacaan ketiga, tidak melalui Jawatankuasa Parlimen. Kami tidak dilibatkan untuk libat urus sebagaimana RUU yang lain sedangkan Speaker kata apa-apa RUU penting ini bentang dahulu untuk Jawatankuasa Parlimen. Kami tak tahu menahu, tengok-tengok dah ada atas meja untuk — apa yang nak rushing sangat ini Menteri, yang nak kejar sangat ini kenapa?

Terima kasih*.

[Tepuk]*

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri jawab lepas itu terus landing. Memang saya tak bagi dah.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Speaker, saya ambil petua daripada Speaker.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Speaker, semalam saya bercakap. Soalan saya penting ini fasal...

[Tidak jelas]

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul, betul semua soalan penting, Arau. Semua soalan penting tetapi saya dah jawab tadi, jawab Pasir Mas, lepas itu Menteri gulung.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fasal kuasa Menteri Kewangan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada banyak lagi, banyak urusan-urusan hari ini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Banyak lagi tak apa, tengah hari kita. Bagi saya satu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, tolong Arau. Arau, please Arau. Arau, duduk dahulu, Arau.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menteri, bagi saya tanya satu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, duduk please. Ya, Menteri silakan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagi saya tanya satu, Menteri.

Kalau tidak, saya dendam anda.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya jawab Pasir Mas, Tan Sri. Biar saya jawab Pasir Mas, ya. Sebenarnya RUU ini seperti saya ceritakan tadi, kita mula usaha kita dari 2018.

[Tepuk] Ini bukan perubahan yang mendadak. Ini telah mengambil kira banyak libat urus yang diadakan dan menerima cadangan. Dan seperti saya ceritakan kepada Bachok, ada penambahbaikan kita buat dengan penerimaan libat urus kerana libat urus itu dah lebar, untuk Parlimen [Tidak jelas] dia tak wajib kerana kita dah melihat, dah lebar dah kita buat libat urus. Jadi cukup untuk dimasukkan kepada Dewan. Jadi, benarkan saya Tan Sri untuk menutup untuk hari ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya bagi peluang. Nak bagi ke tak bagi ke Arau?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Cukuplah.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau tak bagi, dia tak bagi. Silakan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(12) mengelirukan Dewan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, duduk sekejap.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab apa, persoalan yang besar sekarang ini ialah tentang kuasa Menteri Kewangan. Saya tanya seksyen 90, perkara 90.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau bangkitkan apa 36(12) itu apa dia?

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tak jawab, dia mencerita kebaikan, dia lupa yang Menteri Kewangan telah diberi kuasa mutlak. Itu soalannya.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawab yang itu, Menteri.

Perkara — seksyen 90, Menteri boleh ubah Jadual, Menteri boleh ubah Jadual, jawab yang itu. Kalau tidak, saya akan dendam anda tau.

draft • 12:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

36(6). 36(6) seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain. Tadi dia kata Menteri tidak menjawab tetapi Menteri dah jawab selama 30 minit tadi.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Masa itu Arau, masa itu Arau tiada dalam Dewan masa Menteri menjawab. Saya saksi.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta...

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kalau kita nak panjang, sebab saya kata, Arau pernah jadi Menteri dan Arau tahu semua prosedur. Sekarang, sekarang ini Menteri sedang jawab. Jadi, bila Menteri dah landing, dah nak tutup, habis. Jadi, Arau bangkitkan 12 — 36(12) yang tak berkenaan. Jadi, saya minta Arau duduk. Biar Menteri jawab dan kalau juga, kalau — nanti Arau, Arau. Kalau Menteri juga nak selitkan jawapan Arau, silakan. Kalau tidak, Menteri sila tutup. Arau, dengan hormatnya Arau.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, kalau saya duduk...

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengan penuh hormatnya, saya minta Arau duduk sekarang.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak boleh. Saya minta...

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau please. Arau, one. Please, Arau. Please.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, duduklah Arau.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, two. Please.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

How many? How many?

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk sekarang je. Please.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

How many?

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, please Arau. Silakan Menteri.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya terima petua daripada Tan Sri.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan RUU PK ini.

[Tepuk] Segala cadangan dan penambahbaikan yang telah dikemukakan...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cukup, tak payah cakap.

Cukup, cukup, cukup. Duduk. Kita bilang.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...akan diambil kira semasa Kementerian Kewangan menyediakan peraturan, arahan dan garis panduan perolehan kerajaan.

RUU PK ini adalah komitmen kita untuk memastikan setiap sen wang rakyat diurus dengan telus, cekap dan berintegriti.

[Tepuk] . Dengan kerangka yang lebih teratur, mekanisme penguatkuasaan yang kukuh, kita mampu mengelakkan ketirisan, menutup ruang salah guna kuasa dan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara.

Kita di Dewan mulia ini berkongsi tekad yang sama untuk melihat negara terus maju dan rakyat menikmati kesejahteraan yang sewajarnya. Justeru, RUU PK ini menjadi bukti kesungguhan kita untuk memperkukuhkan tadbir urus dan ketelusan perolehan kerajaan...

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...agar wang rakyat diurus dengan penuh amanah, berhemah dan berintegriti...

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...demi kemakmuran negara.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, standing order berapa?

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

80B(3)(a).

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baca, baca.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya baca, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap. 80?

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

B(3)(a).

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang baru punya, peraturan baru.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, bacakan. Bacakan.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh ya, Tuan Yang di-Pertua? Baik.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan 80B.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang baru ya? Yang kita buat amendment.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

“*Hendaklah ada jawatan-jawatankuasa pilihan berkaitan kementerian yang dinamakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual yang mengandungi tidak lebih daripada 12 orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih. Pengerusi dan naib pengerusi hendaklah dipilih dari kalangan ahli jawatankuasa.

(3) kecuali perkara-perkara yang diperiksa oleh Jawatankuasa* Kira-kira Wang Negara di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1). Menjadi kewajipan jawatankuasa untuk:

1. meneliti rang undang-undang berkaitan dengan kementerian yang telah dibacakan kali yang pertama.” Ini persoalan yang kami bawa tadi. Kenapa rang undang-undang ini tidak dirujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi?

[Tepuk] Kalau dirujuk, mungkin kita tak timbullah benda-benda macam ini. Sebab itulah ramai pihak bantah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini peraturan mesyuarat yang kita sama- sama setuju. Kenapa tidak menghormati peraturan mesyuarat ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Oleh kerana dia tidak mewajibkan, perkataannya ialah maka, ia terpulanglah kepada kementerian. Sekiranya kementerian merasakan bahawa harus...

[Tidak jelas] Okey. Oleh yang demikian, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan...

draft • 12:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, tapi...

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli yang bersetuju kata bersetuju...

draft • 12:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker. Mohon untuk belah bahagi, Yang Berhormat Speaker.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Belah bahagi.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Belah bahagian. [Dewan riuh]

draft • 12:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mohon untuk belah bahagi, Yang Berhormat Speaker.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang tidak bersetuju kata tidak.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak, tak,tak. Belah bahagi.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Belah bahagian, belah bahagian.

draft • 12:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Belah bahagi, belah bahagi. Belah bahagi, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ada 15. Ada lebih daripada 15 minta belah bahagian.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, oleh sebab — lebih 15 orang ya?

draft • 12:40 PM

Beberapa Ahli

Lebih, lebih, lebih.

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

Bangun, bangun semua. Bangun.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang tak bangun pun.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Bangun] [Ketawa]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Lebih 15.

[Semua Ahli Yang Berhormat di blok pembangkang bangun]

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua bangun? Baik. Ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.

Setiausaha, sila bunyikan loceng dua minit.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalah.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seperti yang saya telah pun diumumkan pada 13 Mac 2023, saya tempohkan mesyuarat Dewan selama 10 minit. Bunyikan loceng dahulu.

Bunyikan.

[Loceng dibunyikan]

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Untuk makluman, lepas berhenti dua minit ini, saya tempohkan untuk 10 minit supaya kawan-kawan di luar masuk. Kemudian, baru saya bunyikan untuk kali keduanya.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh bawa masuk peraturan mesyuarat sekarang?

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit, lepas itu saya tempohkan.

[Loceng dibunyikan]

draft • 12:40 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.46 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.59 tengah hari]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 12:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita akan mulakan pengundian. Namun pun begitu saya akan bacakan Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam proses penghitung dan pemerhati pengundian ini.

draft • 12:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Blok A — Papar sebagai penghitung undi; pemerhati Kubang Pasu.

Blok B — Kapit penghitung undi; pemerhati Indera Mahkota.

Blok C — Kulai penghitung undi; pemerhati Alor Setar.

Blok D — Selayang penghitung undi; pemerhati Jerai.

Blok E — Arau penghitung undi; pemerhati Sibuti.

Blok F — Sungai Besar penghitung undi; pemerhati Alor Gajah.

Dan Blok G— Kota Bharu penghitung undi; pemerhati Limbang.

Penghitung dan pemerhati sila ambil tempat dan sila pembantu-pembantu, bantu. Silakan. Dan saya minta dengan ini, pintu masuk juga dikunci sekarang.

draft • 1:00 PM

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

draft • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ini ialah keputusan pengundian.

Yang tidak hadir ― 32 orang.

Yang tidak mengundi ― seorang.

Yang tidak bersetuju ― 63.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang bersetuju ― 125...

[Tepuk] Oleh kerana lebih ahli yang bersetuju, maka rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

draft • 1:10 PM
Ahli-Ahli Yang Bersetuju:

  1. Ment eri Pengangkutan, YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 206. Ment eri Pertahanan, YB. Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin (Kota Tinggi) 207. Ment eri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 208. Ment eri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Datuk Ewon Benedick

(Penampang) 209. Ment eri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 210. Ment eri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB. Datuk Armizan bin Mohd Ali (Papar) 211. Ment eri Perladangan dan Komoditi, YB. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

(Titiwangsa) 212. Ment eri Digital, YB. Tuan Gobind Singh Deo (Damansara) 213. Ment eri Sumber Manusia, YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 214. Timb alan Menteri Pengangkutan, YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

(Limbang) 215. Timb alan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB. Datuk Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 216. Timb alan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu (Sepang) 217. Timb alan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) 218. Timb alan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB. Tuan Liew Chin Tong (Iskandar Puteri) 219. Timb alan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng

(Lanang) 220. Ment eri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 221. Ment eri Luar Negeri, YB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

(Rembau) 222. Ment eri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 223. Ment eri Komunikasi, YB. Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 224. Ment eri Perpaduan Negara, YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 225. Ment eri Pendidikan, YB. Puan Fadhlina binti Sidek (Nibong Tebal) 226. Ment eri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (Santubong) 227. Ment eri Belia dan Sukan, YB. Puan Hannah Yeoh (Segambut) 228. Ment eri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB. Datuk Seri Dr.

Zaliha binti Mustafa (Sekijang) 229. Timb alan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir (Johor Bahru) 230. Timb alan Menteri Pertahanan, YB. Tuan Haji Adly bin Zahari (Alor Gajah) 231. Timb alan Menteri Ekonomi, YB. Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 232. Timb alan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Dato' Mohammad Yusof bin Apdal (Lahad Datu)

draft • 1:10 PM

  1. Timb alan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 234. Timb alan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB. Dato' Sri Huang Tiong Sii (Sarikei) 235. Timb alan Menteri Luar Negeri, YB. Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) 236. Timb alan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB. Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan (Batu Sapi) 237. Timb alan Menteri Komunikasi, YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 238. Timb alan Menteri Kewangan, YB. Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 239. Timb alan Menteri Belia dan Sukan, YB. Tuan Adam Adli bin Abd Halim (Hang Tuah Jaya) 240. Timb alan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud

(Sepanggar) 241. Timb alan Menteri Kesihatan, YB. Dato Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 242. Timb alan Menteri digital, YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 243. Timb alan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) 244. Timb alan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 245. Timb alan Menteri Pendidikan, YB. Tuan Wong Kah Woh (Taiping) 246. YB. T uan Haji Aminolhuda bin Hassan (Sri Gading) 247. YB. I r. Ts. Zahir bin Hassan (Wangsa Maju) 248. YB. T uan Yuneswaran a/l Ramaraj (Segamat) 249. YB. D atuk Matbali bin Musah (Sipitang) 250. YB. T uan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) 251. YB. T uan Ganabatirau a/l Veraman (Klang) 252. YB. T uan Syahredzan bin Johan (Bangi) 253. YB. P uan Hajah Rodziah binti Ismail (Ampang) 254. YB. T uan Haji Manndzri bin Haji Nasib (Tenggara) 255. YB. T uan Tan Kar Hing (Gopeng) 256. YB. T uan Chow Yu Hui (Raub) 257. YB. T uan Tan Hong Pin (Bakri) 258. YB. D ato' Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) 259. YB. D ato' Haji Adnan bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 260. YB. D ato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol) 261. YB. D atuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) 262. YB. T uan Edwin Anak Banta (Selangau) 263. YB. D ato Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri (Betong) 264. YB. D atuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy (Kalabakan) 265. YB. P uan Young Syefura binti Othman (Bentong) 266. YB. P uan Syerleena binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 267. YB. T uan Roy Angau Anak Gingkoi (Lubok Antu) 268. YB. T uan Chiew Choon Man (Miri) 269. YB. T uan Mohd Sany bin Hamzan (Hulu Langat) 270. YB. T uan Haji Azli bin Yusof (Shah Alam) 271. YB. T uan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 272. YB. T uan Haji Onn bin Abu Bakar (Batu Pahat) 273. YB. T uan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 274. YB. T uan Chong Zhemin (Kampar) 275. YB. T uan Lee Chuan How (Ipoh Timor) 276. YB. D r. Mohammed Taufiq bin Johari (Sungai Petani) 277. YB. D ato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail (Bandar Tun Razak) 278. YB. T uan Lim Guan Eng (Bagan)

draft • 1:10 PM

  1. YB. P uan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 280. YB. D ato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli (Pandan) 281. YB. T uan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 282. YB. T uan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 283. YB. T uan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 284. YB. D ato' Seri Amirudin bin Shari (Gombak) 285. YB. D ato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 286. YB. T uan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 287. YB. D atuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jelebu) 288. YB. T uan Tan Kok Wai (Cheras) 289. YB. T uan Chong Chieng Jen (Stampin) 290. YB. D atuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 291. YB. D ato' Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman) 292. YB. P uan Yeo Bee Yin (Puchong) 293. YB. P uan Isnaraissah Munirah binti Majilis (Kota Belud) 294. YB. D ato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 295. YB. T uan Wong Chen (Subang) 296. YB. D ato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 297. YB. D r. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 298. YB. D atuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 299. YB. D atuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 300. YB. P uan Wong Shu Qi (Kluang) 301. YB. P uan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 302. YB. D atuk Hajah Siti Aminah binti Aching (Beaufort) 303. YB. I r. Haji Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 304. YB. T uan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 305. YB. T uan Mordi Bimol (Mas Gading) 306. YB. T uan William Leong Jee Keen (Selayang) 307. YB. D ato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) 308. YB. D ato Anyi Ngau (Baram) 309. YB. T uan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 310. YB. T uan Lim Lip Eng (Kepong) 311. YB. T uan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 312. YB. T uan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) 313. YB. T uan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 314. YB. T uan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 315. YB. T uan Pang Hok Liong (Labis) 316. YB. T uan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 317. YB. T uan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 318. YB. T uan Cha Kee Chin (Rasah) 319. YB. T uan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 320. YB. T uan Riduan bin Rubin (Tenom) 321. YB. D ato' Verdon bin Bahanda (Kudat) 322. YB. P uan Rodiyah binti Sapiee (Batang Sadong) 323. YB. D atuk Wetrom bin Bahanda (Kota Marudu) 324. YB. D atuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) 325. YB. D ato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 326. YB. K apten Datuk Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) (Tanjong Karang) 327. YB. T uan Mohd Azizi bin Abu Naim (Gua Musang) 328. YB. T uan Zahari bin Kechik (Jeli) 329. YB. D ato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan)

draft • 1:10 PM
Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:

  1. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 5. YB. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Machang) 6. YB. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 7. YB. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) 8. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 9. YB. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Langkawi) 10. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 11. YB. Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) 12. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 13. YB. Tuan Haji Kamal bin Ashaari (Kuala Krau) 14. YB. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin (Tangga Batu) 15. YB. Dr. Siti Mastura binti Muhammad (Kepala Batas) 16. YB. Kapten Azahari bin Hasan (Padang Rengas) 17. YB. Dr. Haji Abd Ghani bin Haji Ahmad (Jerlun) 18. YB. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah (Rompin) 19. YB. Tuan Zakri bin Hassan (Kangar) 20. YB. Tuan Rushdan bin Rusmi (Padang Besar) 21. YB. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor (Temerloh) 22. YB. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) 23. YB. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib (Parit) 24. YB. Tuan Kalam bin Salan (Sabak Bernam) 25. YB. Tuan Wan Razali bin Wan Nor (Kuantan) 26. YB. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya (Pasir Salak) 27. YB. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 28. YB. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 29. YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 30. YB. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 31. YB. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 32. YB. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 33. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 34. YB. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 35. YB. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh (Besut) 36. YB. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Tumpat) 37. YB. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Parit Buntar) 38. YB. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Kuala Langat) 39. YB. Tuan Zulkifli bin Ismail (Jasin) 40. YB. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak (Kuala Nerus) 41. YB. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 42. YB. Tuan Fathul Huzir bin Ayob (Gerik) 43. YB. Tuan Nurul Amin bin Hamid (Padang Terap) 44. YB. Tuan Roslan bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 45. YB. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 46. YB. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 47. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 48. YB. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 49. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 50. YB. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman (Bachok) 51. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 52. YB. Datuk Ali Anak Biju (Saratok) 53. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 54. YB. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh)

draft • 1:10 PM

  1. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 56. YB. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 57. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 58. YB. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 59. YB. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan (Merbok) 60. YB. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 61. YB. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan (Permatang Pauh) 62. YB. Dato’ Azman bin Nasrudin (Padang Serai) 63. YB. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun (Hulu Selangor) 64. YB. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jerantut) 65. YB. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas (Mersing) 66. YB. Tuan Hassan bin Saad (Baling)

draft • 1:10 PM
Ahli-Ahli Yang Tidak Mengundi:

  1. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang)

draft • 1:10 PM
Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:

  1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

(Tambun) 2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hami di (Bagan Datuk) 3. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) 4. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 5. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB. Dato Sri Tiong King Sing (Bintulu) 6. Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

(Pontian) 7. Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 8. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 9. Menteri Kesihatan, YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 10. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang (Kota Samarahan) 11. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 12. YB. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali (Pekan) 13. YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 14. YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) 15. YB. Datuk Lo Su Fui (Tawau) 16. YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 17. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 18. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 19. YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 20. YB. Dato’ Sri Dr. Richard Riot Anak Jaem (Serian) 21. YB. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Tapah) 22. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) 23. YB. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun (Port Dickson) 24. YB. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan)

draft • 1:10 PM

  1. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Gapari bin Katingan @ Geoffrey Kitingan

(Keningau) 26. YB. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) 27. YB. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad (Simpang Renggam) 28. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 29. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Kemaman) 30. YB. Dato' Khlir bin Mohd Nor (Ketereh) 31. YB. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Mohd. Yassin (Pagoh) 32. YB. Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang) Digantung Daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat: 1. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat...

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun di bawah peraturan mesyuarat.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa?

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(12).

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(12)? Isu apa?

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menteri telah mengelirukan Dewan. Menteri menyebut tidak ― sekarang semua akan dibuat tender terbuka.

Menteri baca tak habis. Iaitu 28(1), tender terbuka. 28(2), Menteri Kewangan pula boleh kecualikan. 17, mesti daftar. 24(1), Menteri boleh kecualikan. Semua sekali undang-undang ini, Menteri ― Jadi, yang ini, saya ingin merujuk Menteri ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebab mengelirukan Dewan. Ini Menteri EPF ini, asal orang EPF, tapi Akaun 3 pun tak boleh jawab. Jadi, saya akan merujuk kepada Jawatankuasa Dewan. Yang Berhormat setuju dengan saya tak?

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengan penuh hormatnya. Yang pertama, Arau bekas Menteri.

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang kedua, Arau kawan saya.

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Namun pun begitu, sila duduk, Arau...

[Ketawa]

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Beluran.

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat suruh saya duduk...

[Tidak jelas] rakyat sedang perhati saya sekarang.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan Mesyuarat 80B, Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Arau.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

80B. Ini merupakan peruntukan baru di dalam Peraturan Mesyuarat dan ianya tiada dalam ini... [Sambil menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] Tapi dalam buku ini... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya nak membaca 80B kerana saya inginkan tafsiran yang benar-benar jelas dan bukan off the cuff seperti yang berlaku tadi terhadap perkara 80B ini. Saya ingin baca dalam bahasa Melayu dulu. 80B(1). Tajuk 80B ini adalah Jawatankuasa Pilihan Khas berkaitan kementerian.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau ― Beluran, sorry.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

80...

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau hendak saya ― Beluran. Bukan Arau ya, sorry.

Saya tarik balik Arau. Saya tuju ke Arau. Arau nak bangkitkan isu apa sekarang?

Terus isu saja.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Okey. 80B.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beluran, Beluran.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Beluran, Beluran. 80B(1)― Jawatankuasa. It shall be ― jawatankuasa.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, Beluran nak tanya apa?

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

80B(3), Yang Berhormat.

Kecuali perkara yang di bawah PAC, menjadi kewajipan Jawatankuasa untuk meneliti rang undang-undang berkaitan. “Untuk meneliti rang undang-undang”.

Dalam bahasa Inggerisnya, 80B(3), “Except for matters examined by the Public Accounts Committee under Standing Order 77(1), it shall be the duty of the Committees to― (a) scrutinize bills related to the relevant Ministries that have been read the first time.” Dah jelas dalam peruntukan baru, Tan Sri, bahawa setiap bill itu mesti dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Bill yang tadi itu, perolehan kerajaan itu tak dirujuk. So, what is this pindaan for? Jawatankuasa ini untuk apa, Tan Sri?

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dan perkara yang wajib, shall, yang dimaktubkan di dalam peraturan baru ini tak diikuti oleh Parlimen ini...

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Terhadap bill yang dibawa tadi.

Apakah penjelasan dan tafsiran Tan Sri terhadap perkara pindaan baru dalam peraturan mesyuarat yang ada sekarang?

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya telah pun sebutkan semasa perbincangan awal dahulu bahawa jawatankuasa melalui Pengerusi mestilah menulis kepada mana-mana kementerian yang akan memasukkan apa pun juga rang undang- undang dalam kes ini. Selepas saja pembacaan pertama, you tulis, “We want that bill to be referred to us”. Itu yang saya maklumkan dahulu. Tapi, saya dah check dengan pejabat bahawa tidak ada permohonan untuk jawatankuasa minta ini di-refer- kan kepada mereka. So, untuk itu, saya anggap tidak ada permintaan waktu itu. Itu yang Beluran minta pandangan saya. Itulah jawapan saya. Bahawa you must request. Ya, Ketua Pembangkang.

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tan Sri Yang di-Pertua, ini yang saya katakan. Kalau undang-undang telah pun kita buat ― ini peraturan baru. Ini adalah perjuangan daripada Speaker sendiri. Kami ini mendengar cakap. Kami mahu kalau kami boleh dengar, mengapa tidak sebelah sana? Bukan semata-mata tidak menyokong. Ini adalah satu proses yang Speaker sendiri mahukan. Sebab itu kami menolak hari ini kerana perkara ini langsung tidak dibawa dalam mana-mana Committee sekalipun.

Jadi, jangan buat alasan mengatakan mengapa Jawatankuasa tak tulis surat.

Apa ini? Hari ini kita dah bangkit dalam ― kalaupun tidak menulis surat, sebelum kita mengundi tadi pun, kita dah bawa usul ini. Dan kita dah minta ini. Kalau begini caranya, saya minta semua kita luluslah perkara itu dan kita akan keluar menunjukkan bahawa kita tidak setuju. Terima kasih.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 1:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri, Tan Sri...

draft • 1:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, Speaker.

draft • 1:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham

Ini sandiwara...

draft • 1:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Nampak Speaker ini cuba mengalih tiang gol.

[Ahli-ahli Pembangkang berjalan keluar meninggalkan Dewan]

draft • 1:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Keluar, keluar.

draft • 1:10 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Dah kalah baru keluar.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti. Saya hendak bagi satu-satu dahulu.

draft • 1:10 PM

Seorang Ahli

Duduklah Hulu Langat.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, keputusan Ketua Pembangkang...

draft • 1:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Backbenchers pun kena ignore.

draft • 1:10 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Hei, nak balik awal, cakaplah.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti, nanti. Keputusan...

draft • 1:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hendak balik awal.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang nak keluar, keluar. Sebab itu permintaan Ketua Pembangkang. Namun begitu, Bangi, silakan. Yang nak keluar, keluar. Yang hendak tunggu, tunggu. Tak ada masalah.

draft • 1:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker sendiri yang mempengerusikan mesyuarat itu, tetapi tidak dihormati pindaan peraturan mesyuarat tersebut.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya bagi dekat Bangi dahulu.

draft • 1:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Backbenchers pun kerajaan ignore, apatah lagi rakyat di luar.

draft • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Bangi.

draft • 1:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri, terima kasih, Tan Sri. Saya rasa kita kena put the record straight.

Pertamanya, sudah tentu kita nak, kalau boleh, memang setiap Jawatankuasa perlu dirujuk untuk apa-apa rang undang-undang. Tetapi, kalau kita baca apa yang termaktub dalam 80B ini, dia tidak memberi satu obligasi kepada Menteri atau kementerian untuk merujuk. Dia tak ada obligasi. Tapi, obligasi dia pada siapa? Pada Jawatankuasa Pilihan Khas berkaitan dengan kementerian untuk ― (a) itu, meneliti.

Jadi, maknanya, tak ada positive obligation kepada Menteri untuk rujuk, tapi obligasi itu adalah pada Jawatankuasa untuk go through. Jawatankuasa itu nak go through atau tidak, tidak bergantung kepada sama ada Menteri rujuk. Jadi, kalau Jawatankuasa nak buat, dia boleh buat. Dalam hal ini, mereka kata seperti kita dah ada satu ruling baru, setiap rang undang-undang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa.

draft • 1:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini saya fikir bukanlah apa yang diperbincangkan. Saya baca penyata mesyuarat semua Tan Sri, I’m probably the only person yang buat itu. Tapi saya dah tengok memang perbincangan itu tidak...

draft • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul.

draft • 1:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...ke arah itu. Tidak ke arah itu. Jadi kita kalau tiba-tiba sekarang kita nak kata ada satu positif obligation untuk setiap rang undang-undang, maknanya rang undang-undang yang sedikit saja ataupun yang tidak signifikan pun kena rujuk, akan makan masa yang lebih banyak, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, saya fikir kita harus pragmatik dalam isu ini. Kita juga harus menzahirkan niat kita untuk adakan pindaan ini. Niat yang baik tapi kita jangan jadikan ia seperti satu perkara yang akhirnya akan memberi –– menyebabkan kita membazir masa. Terima kasih Tan Sri.

draft • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebab itu dalam syarat dulu, saya katakan kalau ada rang undang-undang itu, biar Pengerusi Jawatankuasa dengan Menteri duduk bincang. Kalau perlukan ia nya dibawa ke Select Committee, perlu. Sebab dia tidak mandatori, dia tidak ada pun dalam ini mandatori.

Sebab itu saya katakan very jelas. Namun pun begitu, keputusan telah pun dibuat. Bahawa sekarang saya nak minta majlis dalam jawatankuasa sebab kita ada banyak bill yang kena selesai dan hari ini ialah hari terakhir. Silakan. Silakan.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft • 1:20 PM

Fasal-fasal 1 hingga 93 – Tuan Pengerusi

Ya.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dalam Jawatankuasa, saya nak –

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Jawatankuasa dah lepas dah.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, ya. Dah lepas Jawatankuasa.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Sekarang ini kita Jadual dah.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak. Jawatankuasa saya dah bangun. Saya minta saya nak bahas – dalam Jawatankuasa.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Jawatankuasa, okey.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Isu apa itu? Yang ke berapa?

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Fasal 10.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

  1. Sebentar ya. Fasal 10. Menteri, ya.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri Pengerusi, saya sebagai pembuat undang-undang kalau saya lihat ada kelabu dalam ni, saya perlu beritahu kepada Dewan. Kita tak boleh nak bulldoze ataupun kita tak boleh nak teruskan dengan undang-undang ya. Tak boleh membabi buta.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang berapa tu, number berapa?

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Fasal 10.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Fasal 10.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Apa yang menjadi kekeliruannya?

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kekeliruannya nanti saya beritahu. Fasal 10 adalah berkenaan dengan pelantikan. Okey, sekarang ni kita tengok fasal 10. Kelulusan. Kelulusan oleh Menteri. Satu, okey. Dua, lembaga perolehan. Tiga, jawatankuasa. Empat, pegawai pengawal. Yang paling rendah sekali, pegawai pengawal. Tidak lebih 50,000. Nilai ambang. Nilai ambang dirujuk kepada Jadual Pertama.

Okey, Jadual Pertama. Kalau mengikut Jadual Pertama, yang pertama, Menteri atau Menteri Besar atau semua, semua. Kalau perolehan barangan dan perkhidmatan lebih daripada RM50 juta tapi perolehan bagi kerja-kerja lebih daripada RM100 juta. Saya nak tanya di sini. Sehingga berapa? Apa silingnya? Adakah RM1 bilion? RM2 bilion? RM3 bilion atau berbilion?

Jadi persoalan saya sekarang ini, boleh tak KSP mengawal sepertimana peruntukan seksyen 6? Kawalan hanya oleh KSP ada kepada lembaga perolehan, jawatankuasa dan juga pegawai pengawal.

Persoalan saya seterusnya, adakah dengan kuasa yang diberikan lebih daripada RM100 juta ini akan ada J Low yang kedua? Ada nampak sekarang disebut berkenaan dengan Farhash? Bolehkah Farhash menjadi J Low? Itu persoalan saya yang pertama. Yang kedua, kalau merujuk kepada [Dicelah] Jadual Kedua.

draft • 1:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Besut, Jho Low atau J Low?

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jho Low, J Low sama lah.

Faham, faham sahaja lah. Faham, faham.

draft • 1:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Beza itu. Beza.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maknanya kalau dulu...

draft • 1:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Beza, beza.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Ada Jho Low sekarang...

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Besut, Besut, Besut,...

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sekarang Farhash disebut...

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Besut, fokus pada...

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya fokus. Ada gangguan. Okey, kemudian kita lihat bawah Jadual Kedua okey. Kalau kita lihat ahli lembaga perolehan. Yang melantik adalah Menteri. Kena ingat Menteri yang melantik. Dia kata mana-mana pegawai awam. Kita kena nyata, siapa ini pegawai awam ini?

Adakah yang mempunyai pengetahuan tentang kewangan dan perolehan?

Kalau semua nak lantik, kerani boleh lantik penjawat awam? Tak jelas, kelabu. Jadi saya nak katakan bahawa undang-undang ini kelabu. Tak boleh kita nak menyokong dengan babi buta, tak boleh.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, ada lagi?

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi kena ada kriteria dia.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey. Saya faham. Lagi?

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kemudian yang keduanya –– yang ketiga kalau kita tengok. Wakilnya Pengarah Jabatan Kerja Raya dan wakilnya dan ahli tambahan juga dan wakilnya. Siapa ni? Wakil macam mana ni? Wakil ni. Jangan sebut wakil sahaja. Tak jelas.

Kalau tengok bawah Kementerian Kewangan. Dia boleh melantik Ketua Setiausaha, KSP ini atau mana-mana pegawai awam. Siapa pegawai awam? Kalau setiausaha sulit juga pegawai awam boleh melantik setiausaha sulit. Kanan ke kiri ke, tak kira lah.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maknanya tak jelas. Jadi, kita kena jelaskan...

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Sekarang kita minta Menteri tolong jelaskan yang tak jelas tadi.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, maknanya sekarang...

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Menteri nak jelaskan?

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Sebab itu terpakai yang 80 tadi. 80 ini sebab dikata perkataan ‘shall’. ‘Shall’ itu adalah wajib, wajib. Dikatakan tidak wajib, salah. Kalau ‘may’ itu betullah tak wajib, tetapi kalau English version, wajib – ‘shall’. Jadi maknanya perkara-perkara ini...

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Menteri.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Tidak dijelaskan.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Menteri, silakan.

draft • 1:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Jadual tu kita belum masuk lagi. Sekarang ni baru masih fasal-fasal. Kita selesaikan Jadual dulu, lepas itu kita masuk fasal.

draft • 1:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadual masuk

draft • 1:20 PM

fasal... Tuan Pengerusi

Tidak. Kalau – sebab itu kita pengamal undang-undang, dia tengok dulu. Kita sekarang fasal dulu, lepas itu baru Jadual. Kita tak boleh lump in sekali ya. Baik, silakan.

draft • 1:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Besut ya. Kerajaan tak bersetuju yang undang-undang adalah kelabu kerana kita telah memperhalusi dan meletak kriteria-kriteria yang penting untuk keanggotaan dalam panel yang ditubuhkan dari setiap kementerian, agensi. Dalam panel itu pun ada kelayakan yang diminta untuk menjadi ahli panel.

Yang keduanya, dalam panel juga dia letak orang yang dikira independent, bukan daripada kementerian atau berkepentingan dalam perolehan yang diadakan.

Ini adalah satu tatakelola yang penting untuk memastikan apa yang kita buat itu betul.

Yang kedua, dalam Rang Undang-undang PK yang kita tubuhkan – yang kita bentangkan ini, kita juga ada semakan oleh tribunal dan tribunal itu dikeluarkan daripada kementerian berkenaan dan dianggotai oleh mereka yang berkemahiran.

Pengerusi, timbalan pengerusi mesti ada experience dalam kehakiman atau perundangan. Yang ini memastikan dia mengikut tatacara yang betul dan apa yang kita letak dalam rang undang-undang, peraturan yang akan keluar, dia kena mengikut tafsiran yang ada itu. Jadi, ini bukan undang-undang yang kelabu. Terima kasih.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Tumpat.

draft • 1:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tan Sri Pengerusi.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

draft • 1:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya merujuk kepada seksyen 12, iaitu 12(9). Bagi maksud seksyen ini, anggota keluarga termasuklah suami atau isterinya, ibu bapa dan seterusnya sehinggalah kepada yang kelima.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, undang-undang ini kita buat khas bagi menjaga integriti, terutama berkaitan dengan perolehan. Jadi, kalau dilihat maksud penjelasan definisi anggota keluarga ini berbeza di antara akta ini dan Akta SPRM.

Jadi dalam kes ini, bila berlaku percanggahan di antara kedua-dua akta ini yang mana lebih prevail? Sebab bila membabitkan SPRM, saya rasa senarai yang dikemukakan lebih ramai daripada senarai ahli keluarga yang ada dalam seksyen ini.

Terima kasih.

draft • 1:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, silakan Menteri. Perkara 12 ya.

draft • 1:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat. Seksyen 12(9) yang menerangkan kriteria mereka yang ada konflik yang ada dalam isu ini kan?

draft • 1:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Jadi, untuk kita mewujudkan sebarang tindakan punitif yang ada, ia harus mengikut apa yang dalam akta. Ya, kalau akta mendefinisikan apa yang dalam akta perolehan, dia boleh menggunakan tatacara yang ada dalam akta perolehan. SPRM ada akta dia sendiri. Dalam SPRM, dia ada keluasan yang boleh dipakaikan dan kemungkinan kalau ada apa caj yang dia dikenakan dalam itu, dia boleh menggunakan akta SPRM. Terima kasih.

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 1:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tan Sri, adakah ini bermaksud dia akan boleh caj dua kali? Menggunakan dua akta yang berbeza terhadap kes yang sama?

draft • 1:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ia kalau kita tengok dari cara perundangan yang kita gunakan dalam Akta Perolehan, siasatan akan dibuat. Bila siasatan dah siap, dia akan dikemukakan kepada AG’s office, untuk lihat sama ada boleh di- charged atau tidak kerana pelanggaran dalam akta.

Jadi, inilah satu tatakelola yang penting untuk mengasingkan daripada siasatan dan penjenayahan yang diadakan.

draft • 1:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya nyatakan, Tan Sri, kerana ia akan memberikan kekangan kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Jadi kalaulah senarai ini berbeza, akan memberikan kekeliruan kepada yang terlibat dalam isu-isu perolehan.

draft • 1:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, sekiranya ada percanggahan di antara kedua-dua akta ini mungkin Menteri perlu melihat kembali supaya kalau sekiranya perlu ada pindaan, dibuat pindaan kerana kita percaya ini akan jeopardise kepada mana-mana pegawai yang terlibat. Terima kasih.

draft • 1:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat. Sekali lagi saya menekankan yang akta ini adalah akta yang dibuat untuk perolehan kerajaan dan terpakai kepada semua benda dalam perolehan kerajaan.

Jadi apa yang digunakan dalam definisi dalam akta ini akan terpakai bila ada apa-apa yang nak di-charged dan dilihat oleh AG. Dalam proses AG itulah dia memastikan dia selari dengan apa dalam akta. Terima kasih.

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tan Sri Speaker.

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Puncak Borneo.

draft • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Izinkan saya minta penjelasan sedikit. Semasa perbahasan RUU apa ini…

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Fasal berapa itu YB?

draft • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ini mengenai, saya tak ingat fasal berapa?

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Tak boleh, tak boleh. Kena cite. Sebab kita di peringkat Jawatankuasa sekarang. Kena cite.

draft • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Mengenai tribunal, Jawatankuasa Tribunal.

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Ah?

draft • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya nak sikit penjelasan mengenai…

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Fasal berapa itu? Isu yang YB bangkitkan sebab kita di peringkat Jawatankuasa ini YB mesti cite-kan atau namakan ataupun…

draft • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya cari dulu, cari dulu Tan Sri.

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

[Fasal-fasal 1 hingga 93 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft • 1:30 PM

Jadual – Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, ini saya — Besut bangun lagi.

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Ada dia itu, Jadual?

draft • 1:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab tadi tak dibenarkan untuk — okey Jadual.

draft • 1:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Jadual. Okey, saya benarkan.

draft • 1:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, soalan pertama saya tentang Jadual. Okey, dalam Jadual Pertama ini…

draft • 1:33 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Jadual Pertama ya?

draft • 1:33 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 1:33 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 1:33 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadual Pertama diletak pegawai pengawal ya sebagai di bawah nilai ambang kelulusan ini. Okey, RM50,000 ke bawah ya, kedua-dua itu sama ada barangan ataupun kerja. Jadi, dan dia diletak pula di bawah lembaga perolehan. Dia yang paling bawah. Jadual satu.

Jadual Kedua, dia pergi, boleh duduk atas. Boleh duduk sebagai lembaga perolehan. Yang kelulusannya lebih daripada RM500,000 hingga RM100 juta.

Maknanya? Ini macam mana ini? Dia berada di bawah Jadual satu. Jadual Kedua, dia letak dia di atas nombor dua sebagai pegawai. Macam mana ini? Kenapa orang yang sama? Kenapa tak orang lain? Ya.

Dan seperti saya sebut tadilah, siapa yang boleh mengawal ini, yang untuk, yang pertama ini, Menteri ini, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri ini? Siapa yang boleh mengawal ini? Adakah KSP boleh mengawal? Ya, sebab kelulusan tak ada siling, boleh diluluskan sebanyak mana yang mungkin, tak kiralah ya.

Jadi, pohon jawapan daripada pihak Menteri.

draft • 1:33 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

draft • 1:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker?

draft • 1:33 PM

Tuan Pengerusi

Ya, silakan.

draft • 1:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong bangun untuk fasal 20 berkenaan dengan saya nak tanya juga.

draft • 1:33 PM

Tuan Pengerusi

Why not we do this, kita minta Menteri respond ini dulu, lepas itu — kejap confused kang. Silakan Menteri, pada Besut tadi.

draft • 1:33 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Besut.

Kalau kita tengok dari tatakelola yang kita ada sekarang, dalam perolehan yang ada sekarang, memang kita mengikut apa yang dah ada dalam perolehan sekarang.

Jadi, bila kuasa diturunkan kepada kementerian-kementerian melalui pegawai pengawal, diturunkan kepada individu spesifik yang ada ataupun bila dia lebih tinggi daripada nilai ambang, ia akan sampai kepada jawatankuasa yang tertentu. Sama ada jawatankuasa di dalam kementerian ataupun jawatankuasa dibawa balik kepada Kementerian Kewangan kerana lebih pada nilai ambang atau tidak mencapai kata sepakat. Jadi, inilah control framework yang lain.

Kalau benda itu benda yang nilai ambangnya rendah, yang kita dah turunkan kuasa kepada pegawai pengawal, dia boleh buat decision setakat itu. Macam apa- apa decision yang kita ada dalam kerajaan juga.

Tapi bila nilai ambang dah naik, kita harus ada collective decision, di mana pandangan diterima daripada jawatankuasa yang akan balance isu kerana perolehannya lebih tinggi dan bila dah naik lagi, kita pulangkan balik kepada Kementerian Kewangan dengan independence yang ada dalam proses.

Untuk kawal selia, saya tekankan sekali lagi. Dalam rang undang-undang perolehan kerajaan kita masuk kali ini, kita dah terangkan yang — apa yang kita buat ialah kita perketatkan. Kita perketatkan dengan ada panel kawal selia untuk melihat kalau ada aduan daripada mereka yang rasa terkilan. Kalau aduan itu pun tidak mencapai satu resolusi yang orang terkilan itu rasa cukup, dia boleh juga memohon kepada tribunal.

Inilah penambahbaikan yang ada dalam apa kita masukkan dalam proses pengurusan kerajaan sekarang. Ini jauh lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang ini.

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, persoalan saya, Menteri, sekarang kita hanya letak pegawai pengawal saja sedangkan kuasa dia bawah RM50,000. Tapi bila diletakkan di dalam lembaga, kuasa dia sehingga RM100 juta.

Kenapa yang jawatankuasa ini tak diletak sama? Kenapa kita ambil hanya kepada pegawai pengawal? Ini peliklah kita tengok ya. Yang bawah sekali kita ambil tapi yang tengah-tengah itu, yang sehingga RM500,000 itu tak ada pula, ambil. Letak di bawah lembaga. Itu yang persoalan dia. Dan yang lain-lain tadilah, yang kriteria saya tanya tadi pun, belum jawab lagi, ya. Siapa dia pegawai awam punya?

draft • 1:35 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 1:35 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tan Sri Speaker, kalau boleh izinkan saya. Penjelasan tadi saya cari Jadual.

draft • 1:35 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak, saya nak bagi Yang Berhormat Jelutong dulu kejap.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya terima penjelasan Timbalan Ketua Menteri. Mungkin Yang Berhormat Besut juga boleh rujuk kepada fasal 15. Soalan yang dilontarkan tadi.

Yang Berhormat Besut, bertujuan berkenaan dengan KSP. Fasal 15 berbunyi seperti berikut, “Bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan kuasa pendaftar yang secara amnya bagi menasihati Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengenai perkara yang berhubungan dengan pendaftaran pembekal dan kontraktor untuk memantau dan menyiasat apa-apa pelanggaran dan ketidakpatuhan oleh orang berdaftar”. Jadi, saya rasa memang ada mencukupi kawal selia dalam rang undang- undang ini untuk mengesahkan bahawa, peruntukan ini mengesahkan bahawa Ketua Setiausaha Perbendaharaan diberi kuasa untuk memantau dan menyiasat apa-apa pelanggaran.

Jadi, persoalan Yang Berhormat Besut tadi terjawab tersendirinya oleh…

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa pelanggaran? Saya tak kata pun, saya tak cerita pasal pelanggaran ini pun. Ini pun kelabu ini saya rasa.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, no, no.

draft • 1:35 PM

Tuan Pengerusi

Okey, okey.

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini kelabu ini Speaker.

Tak habis nak petik saya ini. Saya tanya pasal jawatankuasa sahaja.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker. Saya belum habis lagi. I’m not finished.

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

You tak faham apa yang saya cakap.

draft • 1:35 PM

Tuan Pengerusi

Besut, Besut.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

That’s the problem with Besut.

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia tak faham. Saja nak petik saya ini.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, tadi bila Besut bangun. Saya dengar. Bagilah saya peluang.

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab you petik saya.

Saya tak petik kamu. Awak petik saya tak faham. Bukan saya tak faham. Awak yang tak faham.

draft • 1:35 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam mana Besut jadi Ketua Hakim, tak faham benda-benda asas ini.

draft • 1:35 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik, baik.

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sekarang saya Ahli Parlimen tahu, bukan hakim lagi tahu.

draft • 1:35 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 1:35 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu lawyer, lawyer buruk. Apa perangai.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Eh, kamu memang teruklah.

draft • 1:35 PM

Tuan Pengerusi

Jelutong dan Besut, bangun sekali lagi, minum kopi di luar.

Okey? Okey, dua-dua orang, dua-dua orang. Menteri tak payah jawablah. Sebab saya rasa jelas dah tadi. Okey.

draft • 1:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya minta maaf. Saya minta maaf. Bila kita mengetengahkan fikiran kita, he must accept our explanation.

draft • 1:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey, okey. Sebab itu saya kata okey.

draft • 1:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila dia bahas, kita dengar dengan sabar.

draft • 1:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan quote saya.

Boleh. Jangan quote saya sudahlah.

draft • 1:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam mana jadi hakim?

draft • 1:40 PM

Tuan Pengerusi

Listen. Sit down.

draft • 1:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa ini. You... [Tidak jelas]

draft • 1:40 PM

Tuan Pengerusi

Semua akan direkodkan. Kita ada 26 TV tahu? 26 kamera yang saya duk sebut itu. Kita ada 26 kamera all over. Whatever you say, rakyat

draft • 1:40 PM

Tuan Pengerusi

dengar di luar. Itu menilai kita cerdik ke tak cerdik. Okey. Dan juga bukan ini, di seluruh dunia tengok kita. So, bear in mind that you are watched by the world.

Okey.

[****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft • 1:40 PM

Tuan Pengerusi

Timbalan Menteri, proceed. Sorry Menteri, proceed.

draft • 1:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]

draft • 1:40 PM
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 76

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di- Pertua, “Mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76, Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya memohon mencadangkan supaya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Ahli Parlimen Port Dickson dilantik sebagai Ahli jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 76 untuk tempoh Parlimen ke-15 bagi menggantikan Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli, Ahli Parlimen Pandan”.

draft • 1:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Ahli Yang Berhormat.

draft • 1:42 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Saya menyokong.

draft • 1:42 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENTERI KEWANGAN
AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa mengikut seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 [Akta 431], Dewan ini mengambil ketetapan supaya Kerajaan Malaysia membuat sumbangan sebanyak USD9 juta kepada program penambahan dana ke-21 Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) diluluskan.

[Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah mempengerusikan Mesyuarat] Tan Sri Yang di-Pertua mengikut peruntukan seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 [Akta 431], bila masa jua apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada persatuan dibenarkan menurut seksyen 1, Perkara 3 perjanjian, tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu yang ditandakan melalui ketetapan daripada Dewan rakyat.

Sehubungan ini, persetujuan Dewan yang mulia ini adalah dipohon bagi membolehkan Kerajaan Malaysia memberi sumbangan berjumlah USD9 juta kepada program penambahan dana ke-21 bagi Persatuan Pembangunan Antarabangsa dengan izin, International Development Association (IDA).

IDA merupakan salah sebuah agensi di bawah Kumpulan Bank Dunia atau dengan izin, World Bank Group yang bertanggungjawab memberikan geran dan pinjaman jangka panjang tanpa faedah atau dengan kadar faedah yang sangat rendah dengan izin, concessional loans kepada 78 buah negara kategori termiskin.

Malaysia mula menjadi negara penderma mulai 1 Julai 2014 semasa pusingan IDA ke-17 dengan komitmen sumbangan sebanyak USD27 juta.

Malaysia terus memberikan komitmen dengan sumbangan kepada IDA sebanyak USD27 juta semasa IDA 18 dan USD9 juta bagi kedua-dua IDA 19 dan IDA 20. Negara ASEAN lain yang turut menjadi negara penderma bagi IDA 21 adalah Indonesia sebanyak USD30 juta, Singapura sebanyak USD85.21 juta dan Thailand USD11.62 juta. Malaysia ingin meneruskan sumbangan melalui IDA ke-21 dengan jumlah sebanyak USD9 juta.

Pembayaran untuk komitmen baharu ini akan ditunaikan secara ansuran bermula pada tahun 2026 sehingga 2034 iaitu dalam tempoh sembilan tahun.

Persetujuan pemberian sumbangan Malaysia kepada IDA ke-21 selaras dengan

draft • 1:43 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

pendirian negara untuk sentiasa komited dalam menyokong dan menjadi rakan strategik pembangunan global khususnya melalui World Bank Group.

Pemberian sumbangan ini membuktikan komitmen Malaysia dalam menyokong usaha World Bank Group membantu pembangunan negara-negara miskin kerana ia memberi impak yang signifikan khususnya dalam memperkukuh sokongan terhadap ketahanan iklim, pembangunan infrastruktur mampan serta usaha pemulihan ekonomi bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir. Dengan ini disyorkan supaya Kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak USD9 juta kepada Program Penambahan Dana ke-21 IDA.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 1:43 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 1:43 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin

Saya menyokong.

draft • 1:43 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Memandangkan senarai nama yang telah dikemukakan dan Ahli Yang Berhormat tiada dalam Dewan, saya teruskan ke untuk membuat keputusan.

[Tiada perbahasan]

draft • 1:43 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini di No. 3 hendaklah disetujukan.

draft • 1:43 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 1:43 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan, “Bahawa mengikut peruntukan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], agar majlis ini mengambil

draft • 1:48 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM30 bilion di bawah subseksyen 3(1) akta yang sama, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin Malaysian Government Investment Issue (MGII) bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke Kumpulan Wang Pembangunan”.

draft • 1:48 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 1:48 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Belum lagi. Ada...

draft • 1:48 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Belum? Teruskan.

draft • 1:48 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Okey, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin — teruskan ya? Dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].

draft • 1:48 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan...

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Yang Berhormat baca yang aturan urusan yang keempat, Yang Berhormat.

draft • 1:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Nanti ya. Peraturan sekarang adalah― sebab, saya ada tiga.

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas.

draft • 1:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Binatang buas. Oh, okey, okey. Binatang buas ya. Maaf, maaf. Sebab terlalu banyak.

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, saya faham.

draft • 1:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Binatang buas. Okey. Saya minta maaf. Tuan Yang di- Pertua, saya memohon mencadangkan, “Supaya Majlis ini mengambil ketetapan supaya Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas ditutup berdasarkan peruntukan seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan [Akta 61], Jadual Kedua akta berkenaan dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas.” Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi mengikut keperluan seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan [Akta 61] supaya Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas

draft • 1:50 PM

Puan Lim Hui Ying

ditutup dan Jadual Kedua Akta 61 dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas telah ditubuhkan di bawah seksyen 10 Akta 61 dan digunakan untuk memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas yang mengalami kecederaan atau kehilangan upaya atau kematian. Perbelanjaan keseluruhan bagi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas bermula pada tahun 2007 hingga Februari 2025 adalah sebanyak RM8,075,800.

Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas tidak lagi digunakan bermula tahun 2023 apabila bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas dilaksanakan di bawah belanja mengurus di bawah Maksud B.48 dan tiada lagi transaksi pembayaran di bawah kumpulan wang amanah ini. Kumpulan wang amanah ini juga telah mencapai maksud tujuan penubuhannya dan perlu ditutup.

Penutupan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas tidak memberi sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan kerana penutupan kumpulan wang amanah ini hanya melibatkan pemindahan baki wang daripada kumpulan wang amanah ini kepada mana-mana kumpulan wang amanah yang lain. Sekiranya masih terdapat pemulangan semula wang Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas yang tidak dibelanjakan setelah kumpulan wang amanah ini ditutup, wang tersebut akan dimasukkan ke mana-mana kumpulan wang amanah yang lain.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac 2025 telah bersetuju agar Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas ditutup dan Jadual Kedua Akta 61 dipinda bagi mengeluarkan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Dengan ini, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan [Akta 61], membuat ketetapan bersetuju supaya Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas ditutup dan Jadual Kedua Akta 61 dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 1:50 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Saya menyokong.

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Memandangkan dua pembahas telah kemukakan nama tapi saya lihat tidak berada dalam Dewan, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

[Tiada perbahasan]

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini di nombor 4 hendaklah disetujukan.

draft • 1:50 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 1:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’

draft • 1:55 PM

Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut peruntukan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], agar Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM30 bilion di bawah subseksyen 3(1) akta yang sama iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke Kumpulan Wang Pembangunan”.

Dato’ Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue sebanyak RM30 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindahan ini dilaksanakan untuk membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan.

draft • 1:55 PM

Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan

Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan. Sumber dana Kumpulan Wang Pembangunan diperoleh melalui pindahan daripada akaun hasil disatukan, akaun pinjaman disatukan, terimaan balik pinjaman dan terimaan pelbagai untuk pembangunan.

Secara umumnya, pindahan daripada akaun pinjaman disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan pula terdiri daripada terimaan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Securities atau MGS, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII), bil perbendaharaan dan pinjaman luar negeri.

Subseksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan prinsip syariah ini juga telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275. Antara tujuan utama terbitan berasaskan prinsip syariah ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam.

Dato’ Yang di-Pertua, dengan ini, saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebanyak RM30 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat.

draft • 1:55 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 1:55 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Saya menyokong.

draft • 1:55 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Memandangkan hanya ada satu pembahas yang mengemukakan nama dan Ahli Yang Berhormat tersebut tidak berada dalam Dewan, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

[Tiada perbahasan]

draft • 1:55 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini di nombor 5 hendaklah dipersetujui.

draft • 1:55 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PEKERJA GIG 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Menteri.

draft • 1:55 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk melindungi hak pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak, untuk mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dan pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal Pekerja Gig dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

draft • 1:59 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Dato’ Yang di-Pertua, 17 Ogos 2023 tragedi sedih sebuah kapal terbang terhempas di Bandar Elmina. Takdir tak dapat dielak, ajal tak dapat ditunda. Dua orang pekerja gig yang ketika itu sedang dalam perjalanan mencari rezeki halal demi menyara hidup dan keluarga telah maut dalam kejadian tersebut.

Mangsa korban yang pertama, seorang pemandu p-hailing namun sebab arwah sempat sambung caruman PERKESO dua bulan sebelum kejadian, maka pada hari ini waris arwah sedang menerima pencen bulanan PERKESO hampir RM2,000 sebulan. Mangsa korban yang kedua seorang pemandu e-hailing pernah menjadi pencarum PERKESO namun telah terputus caruman. Justeru keluarga arwah tidak mendapat apa-apa perlindungan PERKESO. Arwah mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah. Dua orang pekerja gig, dua orang mangsa tragedi yang sama pulang menemui pencipta mereka pada hari yang sama namun nasib lain-lain kerana kelemahan dalam sistem keselamatan sosial buat pekerja gig pada masa kini.

draft • 2:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Pada Julai 2024, mahkamah tertinggi negara telah menolak permohonan seorang pekerja gig Loh Guat Ching untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendukung langkah Menteri Sumber Manusia ketika itu menafikan untuk merujuk kes pendakwaan pemecatan atau kes pendakwaan pemecatan tidak adil beliau ke Mahkamah Perusahaan Malaysia. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pekerja gig tidak termaktub dalam takrifan kerja di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Dalam kata lain, pekerja gig tidak ada saluran dalam institusi buruh negara untuk membuat aduan serta pembelaan apabila berlaku pertikaian dalam kontrak mereka.

Kelompangan ini amat serius kerana melibatkan isu keadilan kepada pekerja gig. Justeru pada Disember 2021, dalam Dewan yang mulia ini, ahli dari Pendang yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu telah menyatakan bahawa kerajaan ketika itu sedang dalam kajian untuk menambah baik undang- undang bagi menampung kelompangan tersebut.

Permasalahan pekerja gig bukan benda yang baru, seawal Oktober 2019 ahli dari Muar sekali Menteri Belia dan Sukan ketika itu telah menjemput para pekerja gig ke rumah beliau untuk membincangkan isu-isu berkaitan kadar bayaran. Malah Yang Berhormat dari Muar turut menyatakan keperluan untuk satu perundangan yang lebih baik bagi ekonomi gig yang mengutamakan pekerja.

Kerajaan silih berganti, Menteri datang dan Menteri pergi. Nasib pekerja gig ini menjangkau perbedaan parti politik kita. Saya harus mengiktirafkan bahawa setiap pentadbiran tak kira parti politik apa sekali pun, mempunyai niat yang murni untuk membetulkan kelemahan perundangan sedia ada demi memberi pembelaan kepada pekerja gig.

Tuan Yang di-Pertua, perangkaan menunjukkan bahawa sehingga suku pertama 2025 jumlah tenaga kerja di Malaysia telah mencatat 16.7 juta orang.

Daripada jumlah tersebut seramai 3.45 juta orang terlibat dalam pekerjaan tidak formal yang merangkumi lebih kurang 21 peratus daripada keseluruhan guna tenaga.

Pekerjaan tidak formal ini termasuklah pekerjaan dalam sektor gig dan juga mereka yang bekerja sendiri yang dianggar seramai 1.2 juta orang. Daripada jumlah 1.2 juta tersebut rekod PERKESO menunjukkan seramai lebih kurang 133,481 orang mencarum dalam sektor p-hailing dan 189,450 orang dalam sektor e-hailing melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 ataupun Akta 789.

Hakikatnya amat jelas, 1.2 juta rakyat Malaysia dalam sektor gig ini bekerja setiap hari tanpa sebarang perlindungan perburuhan, seolah-olah sumbangan

draft • 2:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

mereka dalam pembangunan ekonomi tidak mendapat pengiktirafan langsung. Atas faktor ini, atas sebab ini, KESUMA berpendirian bahawa undang-undang yang saya bentangkan ini amat-amat diperlukan dengan kadar segera.

Pada Mac 2024, KESUMA telah menerima mandat daripada Yang Amat Berhormat Tambun untuk merangka satu mekanisme bagi membela pekerja gig.

Berikutan mandat tersebut, KESUMA telah bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk melakukan kajian kerangka dasar. Dalam pada itu setiap kementerian dalam Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak telah dirujuk.

Kemudian graf kerangka perundangan pekerja gig telah dibawa ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak dalam hampir 40 sesi libat urus, melibatkan hampir 4,000 orang pemegang taruh dari kalangan pekerja gig dan persatuan pekerja gig, syarikat platform, majikan, persatuan majikan, kesatuan sekerja, ahli- ahli akademik dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Antaranya Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang merupakan antara individu yang menjuarai perjuangan pekerja gig ini telah mempengerusikan dua sesi libat urus tersebut. Saya juga telah mempengerusikan town hall yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang peserta dari pelbagai pihak. Bagi yang tidak dapat menghadiri sesi libat urus KESUMA secara bersemuka, portal atas talian ataupun online, dengan izin disediakan dan kita telah menerima hampir 500 maklum balas melalui wadah tersebut.

Pihak KESUMA juga melakukan penandaarasan dengan izin, benchmarking dengan undang-undang yang setara di seluruh dunia termasuk negara-negara tetangga di ASEAN. Kerangka perundangan ini juga telah dibentangkan di Jawatankuasa Teknikal Decent Work di Platform Ekonomi di IAO di Geneva dan berdasarkan perbincangan tersebut dapat dirumuskan bahawa RUU Pekerja Gig yang disediakan ini adalah selari dengan piawaian antarabangsa.

Akhir sekali RUU ini juga telah dibentangkan dalam dua buah Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Satu adalah Jawatankuasa Pilihan Semakan Undang-undang, satu lagi Jawatankuasa Pilihan Kewangan dan Ekonomi yang dipengerusikan sendiri oleh Dato' Yang di-Pertua. Justeru, RUU yang ada di depan kita ini bukan dirangka, ditulis dari imaginasi dan khayalan Menteri di pejabat berlantaikan marmar di kantor berhawa dingin, tidak. RUU ini dikarang dari pungutan suara dan aspirasi rakyat, khususnya pemegang taruh dalam sektor gig.

Saya merasa bangga kerana badan penyelidik isu perburuhan negara kita North South Initiative telah memuji proses penggubalan RUU ini sebagai telus dan

draft • 2:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

telah melalui proses rundingan awam yang meluas. Seorang pakar ekonomi di negara kita juga secara terbuka menyatakan bahawa RUU ini berpotensi menjadi dengan izin, standard global, global standard dalam perundangan ekonomi gig.

Saya tidak menuntut segala pujian ini untuk diri saya, tidak. Tetapi hakikatnya ini merupakan pengiktirafan buat 15,000 warga KESUMA yang telah bekerja kerja selama lebih setahun bagi menjayakan RUU Pekerja Gig 2025. Bukti profesionalisme penjawat awam kita.

Dato' Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. RUU Pekerja Gig ini mengandungi 112 fasal yang dibahagi kepada sepuluh bahagian memberi penekanan kepada empat aspek utama iaitu berdasarkan kepada permasalahan yang kita bincangkan di atas tadi:

(i) definisi pekerja gig;

(ii) majlis tripartite untuk menetapkan isu seperti pendapatan;

(iii) mekanisme penyelesaian pertikaian; dan

(iv) perlindungan keselamatan sosial.

Aspek pertama, definisi pekerja gig. Fasal 2 RUU Pekerja Gig memberikan definisi yang jelas kepada perkara-perkara berkaitan sektor pekerjaan gig.

Contohnya pekerja gig yang sebelum ini tidak terangkum dalam mana-mana tafsiran pekerja sama ada dalam Akta Pekerja, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak, Akta Perhubungan Perusahaan Malaysia dan sebagainya kini diberi tafsiran yang amat jelas.

Dalam kata lain, melalui RUU ini pekerja gig sudah bukan lagi anak terabai yang tiada penjaga dalam pasaran kerja, kerana kini mereka sudah ada ayah angkat yang memberikan sijil lahir yang sah. Definisi ini mengekalkan status pekerjaan anjal ataupun pekerjaan sendiri ataupun flexible working model. RUU ini tidak sama sekali mengubah status pekerja gig jadi pekerja sepenuh masa seperti yang dikhuatiri sesetengah pihak. Malah definisi menekankan sifat freelancer atau bekerja sendiri melalui perjanjian contract for service sekali gus membezakan mereka daripada golongan pekerja sepenuh masa, contract of service atau contract of employment contohnya di bawah Akta Kerja.

draft • 2:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Secara spesifiknya, RUU Pekerja Gig ini mendefinisikan pekerja gig sebagai seorang individu yang merupakan seorang warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia yang memeterai perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak dan menerima pendapatan atas perkhidmatan yang dilaksanakan.

draft • 2:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Entiti kontrak pula merangkumi penyedia platform atau bukan penyedia platform yang menawarkan perkhidmatan seperti yang disenaraikan dalam jadual RUU Pekerja Gig ini. Perkhidmatan di bawah jadual adalah seperti lakonan, aktiviti perfileman, aktiviti berkaitan dengan muzik, estetik ataupun kecantikan, terjemahan, kewartawanan, penjagaan atau rawatan sebelum dan selepas ibu bersalin, penjagaan paliatif, orang tua dan pemulihan serta fotografi dan videografi.

Melihat kepada dinamika sektor gig, maka jadual ialah senarai yang hidup.

Jadual tersebut boleh dipinda melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam warta berdasarkan keperluan dari masa ke semasa. Selain definisi pekerja gig, RUU ini juga menetapkan definisi entiti kontrak, perjanjian perkhidmatan, penyedia platform dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Aspek kedua, penetapan mekanisme pendapatan. Ketidaktentuan kadar pendapatan ataupun kadar bayaran merupakan antara permasalahan utama dalam kalangan pekerja gig. Pada masa kini, kadar bayaran ditetapkan sepenuhnya oleh platform dan pekerja gig tidak mempunyai sebarang hak kuasa atau kata putus dalam penetapan kadar bayaran. Bahagian VI RUU Pekerja Gig ini memperuntukkan penubuhan sebuah majlis tripartite yang disebut majlis perundingan seperti dalam fasal 46 dan majlis tripartite yakni tiga pihak ini merangkumi pihak kerajaan, pekerja gig dan entiti kontrak seperti syarikat platform.

Fungsi dan kuasa majlis perundingan ini adalah antara lain seperti dalam fasal 47(1) dan (2) iaitu membincangkan isu-isu berkaitan kadar bayaran, started minimum contract dan sebagainya. Dalam kata lain, dengan RUU ini, maka pekerja gig akan diberikan hak dan kuasa untuk sama-sama menentukan kadar bayaran.

Pada masa kini, tidak ada kuasa untuk tentukan kadar bayaran di pihak pekerja.

Selepas lulusnya RUU ini, maka pekerja diberi hak dan kuasa untuk sama-sama menentukan kadar bayaran kepada perkhidmatan mereka.

Kaedah majlis perundingan ini dilihat sebagai jalan tengah yang paling sesuai untuk menyelesaikan kemelut isu kadar bayaran yang sudah sekian lama menjadi antara permasalahan utama dalam sektor pekerjaan gig. Sekiranya syor kadar bayaran oleh majlis perundingan ini dipersetujukan, maka suatu perintah rasmi akan dikuatkuasakan terhadap syor kadar bayaran tersebut.

Aspek ketiga, mekanisme penyelesaian pertikaian. RUU Pekerja Gig ini juga akan menangani isu yang saya sebut awal ucapan saya tadi tentang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lau Guad Cheng pada tahun 2024 yang memutuskan bahawa pekerja gig tidak layak membuat tuntutan di Mahkamah

draft • 2:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Perusahaan Malaysia sekali gus dinafikan sebarang saluran institusi buruh negara untuk mendapatkan pembelaan sekiranya berhadapan dengan situasi ketidakadilan seperti pemotongan pendapatan tanpa sebab yang jelas, penamatan kontrak secara tiba-tiba serta isu eksploitasi.

RUU ini menggariskan dengan jelas prosedur kilanan atau dengan izin, grievance procedure dalam Bahagian IV bermula dengan mekanisme kilanan dalaman dengan izin, internal grievance mechanism dan sekiranya gagal, maka aduan boleh dibuat ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) untuk proses rundingan damai dan sekiranya tiada penyelesaian juga di peringkat JPPM, maka pegawai pendamai boleh merujuk kes tersebut kepada Tribunal Pekerja Gig.

Ini hanya sekiranya pegawai pendamai berpuas hati bahawa tidak mungkin pertikaian ini dapat diselesaikan.

Tribunal Pekerja Gig ditubuhkan di bawah fasal 24 RUU ini merupakan sebuah badan kuasa kehakiman yang memudah cara penyelesaian pertikaian di mana kedua-dua pihak bertikai tidak kira pekerja atau majikan tidak boleh diwakili oleh peguam selain hadir sendiri dalam prosiding pendengaran oleh kedua-dua pihak. Bagi entiti kontrak, mereka boleh diwakili oleh pekerja mereka yang diberi kuasa sewajarnya berpandukan fasal 36(2)(a), manakala bagi pekerja gig pula, selain menghadiri sendiri, mereka juga boleh diwakili oleh persatuan masing-masing yang diberi kuasa atau mana-mana ahli keluarga berdasarkan peruntukan fasal 36(2)(b). Justeru, tanpa kerumitan seperti dalam mahkamah sivil, proses penyelesaian pertikaian di tribunal adalah bersifat mudah, cepat dan cost effective.

Aspek keempat, penetapan perlindungan keselamatan sosial. Keselamatan sosial merupakan antara aspek yang penting diutamakan dalam RUU ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa kini, melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], sememangnya pekerja gig dalam sektor e- hailing dan p-hailing wajib mencarum PERKESO. Namun, perlu diakui bahawa akta ini yang dipinda, digubal sejak 2017 ini mempunyai beberapa kelemahan khususnya dari segi kebolehkuatkuasaan.

Justeru, RUU Pekerja Gig ini khususnya Bahagian VIII bertujuan antara lain menangani kelemahan tersebut dengan potongan secara automatik melalui integrasi sistem pengantara program aplikasi (API) dengan izin, application programming interface dengan sistem yang disediakan oleh platform. Berapa jumlah potongan?

1.25 peratus terhadap pendapatan selepas ditolak komisen dan tip sebagainya.

Dalam kata lain, setiap RM1 hanya potong satu sen. Bandingkan dengan keadaan

draft • 2:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

sekarang di mana pencarum perlu bayar lump sum untuk pakej lindung kendiri. Ada empat pakej.

Pakej paling murah, RM157.20 setahun sehingga pakej paling mahal RM592.80 setahun. Jadi, ini kita bayar satu sen. Satu sen berbanding dengan keadaan sekarang dia perlu bayar lump sum. Yang bezanya, kaedah masa kini adalah berbentuk prepaid, yakni pekerja harus bayar dulu baru dapat pelindungan.

Manakala selepas RUU ini, kita gunakan model postpaid di mana pekerja akan mendapat pelindungan walaupun belum mula membayar.

Saya bagi contoh tadi, kes di Bandar Elmina, tragedi kapal terbang terhempas. Oleh sebab pekerja gig pertama, beliau telah mencarum dua bulan sebelum ataupun menyambung caruman dua bulan sebelum tragedi tersebut, maka beliau bayar dulu, dapat pelindungan. Pekerja gig mangsa korban yang kedua, beliau terputus caruman, tidak bayar, maka tidak mendapat pelindungan PERKESO.

Tetapi selepas adanya RUU ini, pekerja gig yang telah berdaftar dengan syarikat sebagai pekerja gig di hari pertamanya, belum lagi mula kerja, tekan app untuk tunggu job, belum ada potongan sebab belum ada kerja, kan? Potongan satu peratus itu. Walaupun kalau terjadi sebarang kemalangan ataupun bencana, sebelum bayar, satu sen pun belum bayar lagi, beliau akan dianggap seperti telah bayar dan diberi pelindungan oleh PERKESO. Sudah tentu model ini yang diperuntukkan oleh RUU Pekerja Gig 2025 ini adalah lebih menguntungkan pekerja gig kita sekali gus menjamin keselamatan sosial yang lebih baik buat mereka.

Saya faham ada kerisauan tentang perundangan baru ini sama ada kerana kefahaman yang kurang tepat dan KESUMA termasuk saya sendiri telah cuba sedaya upaya untuk memberikan penjelasan ataupun kerana kekhuatiran atas pegangan pendapat yang berbeza. Saya yakin dalam perbahasan mereka nanti, Ahli-ahli Parlimen akan membangkitkan perkara-perkara tersebut dan ini saya amat alu-alukan. Namun, yakinlah bahawa KESUMA sudah turun padang meredah lapangan, berhempas pulas memastikan semua suara didengari. Penyelarasan juga telah dibuat ke atas draf asal berikutan maklum balas daripada pemegang taruh di pelbagai peringkat dan pelbagai pihak.

“Bagai bilah keris yang ditempa dan dibakar dengan bahang yang bara”, RUU ini sudah versi terbaik buat masa kini dan mendapat pengiktirafan pihak-pihak yang pakar serta pemegang taruh. Tidak mungkin ada satu undang-undang manusia yang boleh memuaskan semua pihak. Namun, jika kita masih terus bertegas untuk

draft • 2:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

bincang dan bincang, dan bincang dan bincang dalam bilik pejabat serta Dewan kita, maka apa pula nasib 1.2 juta pekerja gig di luar sana yang sudah bertahun-tahun menunggu, bertahun-tahun mengadu, bertahun-tahun mengeluh? Ada yang setiap hari bertarung nyawa di jalan raya bermandi keringat tanpa apa-apa pelindungan.

draft • 2:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Justeru, saya berharap masih berbaki tiga hari sebelum negara kita menyambut Hari Kebangsaan. Ayuh, Parlimen ini, sama-sama kita memberikan hadiah merdeka terbaik buat 1.2 juta pekerja gig rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.

Saya ingin mengiktirafkan, sebelum saya gulung. Saya ingin mengiktirafkan kehadiran pemegang-pemegang taruh, beberapa pemegang taruh dalam sektor gig, sama ada dalam Dewan ini ataupun di luar Dewan ini, dalam Parlimen pada masa ini. Wakil dari Kerajaan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas sektor perburuhan di Jabatan Premier Sarawak. Wakil Kerajaan Sabah, Yang Berhormat Datuk Phoong Jin Zhe merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah dan ADUN Luyang.

Sudah tentu, Badan Peguam Malaysia, CUEPACS daripada Gabungan e- hailing Malaysia, daripada Gabungan Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Persatuan TPAD, Gerakan Badan Bertindak Sahabat E-hailing Malaysia, Persatuan Sahabat E-hailing Malaysia, PROFIMA. Ada juga syarikat TROOPERS, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC). Ini adalah kesatuan sekerja.

Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), unit — pensyarah dari Universiti Malaya yang juga terlibat dalam merangka RUU ini, Platform Colla Tech Sdn Bhd, wakil daripada JUPEBIM, wakil daripada Malaysia Bumiputera Makeup Artist Association, wakil majikan, wakil Malaysian Employers Federation, NGO North-South Initiative, wakil Malaysian Film Makeup Artist Association, Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia, Persatuan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia, Persatuan Advokasi Pekak Malaysia dan juga ada pemandu e-hailing dan p-hailing daripada komuniti pekak yang berada dalam Dewan ini.

Kaum pekerja bukan sekadar jentera ekonomi, jauh lagi hamba kepada golongan pemodal. Mereka adalah pembina bangsa dan nusa.

Kita bukan hamba, kita bukan jentera, Kita perlu rehat dan gaji yang bermaruah, Kitalah wahai pekerja, buruh yang bangga,

draft • 2:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Kita kuat bersama. Ini lirik lagu Solidariti Perjuangan yang dinyanyikan oleh kesatuan-kesatuan sekerja. Saya mohon mencadangkan, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 2:20 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Saya menyokong.

draft • 2:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk melindungi hak pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak untuk mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dan pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan majlis perundingan, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan tribunal pekerja gig dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai yang telah dikemukakan seramai 23 orang bagi membahaskan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. Pembahas pertama Yang Berhormat Seputeh, dituruti Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Langkawi dan yang terakhir Yang Berhormat Kluang.

Majlis menjemput pembahas yang pertama, Yang Berhormat Seputeh, lima minit.

draft • 2:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Seputeh untuk membahaskan Rang Undang- undang Pekerja Gig 2025 yang bersejarah ini. Pekerjaan gig melibatkan pekerja

draft • 2:25 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

bebas atau individu yang diupah untuk menyelesaikan tugas tertentu dalam tempoh yang ditetapkan.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia melaporkan pada tahun 2023, gabungan sektor ICT dan e-dagang menyumbang 23.5 peratus kepada KDNK negara dengan nilai RM427.7 bilion. Jadi, adalah penting bagi pekerja di dalam sektor ICT, e-dagang dan pekerja kontrak di sektor-sektor lain diberi perlindungan.

Saya selaku mantan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kewangan dan Ekonomi Parlimen telah pun terlibat di dalam dua perbincangan iaitu pada 18 Ogos 2025 dan 21 Ogos 2025 mengenai Rang Undang-undang Pekerja GIG ini.

Pembentangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan dengan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi telah berlangsung selama lebih empat jam. JKPK memang mengambil serius terhadap beberapa persoalan yang dibangkitkan pra dan pasca pelaksanaan rang undang-undang ini dan kesannya terhadap ekonomi digital.

Adalah jelas Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 ini menepati roh dan semangatnya memberikan perlindungan asas kepada pekerja gig dan tidak memberi apa-apa kos langsung tambahan ataupun kita kata direct cost kepada syarikat platform selepas pelaksanaannya. Ini juga selari dengan pandangan beberapa pakar ekonomi yang berpendapat bahawa pelaksanaan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 ini tidak akan memberi kesan kepada kenaikan caj perkhidmatan.

Seperti apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah

(KRI) iaitu Dr. Nungsari Ahmad Radhi kerana caruman yang dibuat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja gig berkenaan sama seperti sebelum pelaksanaan rang undang-undang ini dan ia tidak berkait dengan harga barangan atau caj penghantaran yang dikendalikan.

Begitu juga dengan penganalisis ekonomi Putra Business School Prof. Dr.

Ahmed Razman Abdul Latiff yang berpandangan bahawa caj perkhidmatan tidak harus dinaikkan selepas RUU ini diluluskan. Menurut beliau, apa saja kos tambahan kepada majikan hanya berlaku jika pertikaian isu di antara pekerja dan majikan.

Sekiranya semuanya berjalan seperti sedia kala, nescaya tidak akan peningkatan pada caj perkhidmatan.

Kedua-dua pakar ekonomi ini juga berpandangan bahawa RUU ini adalah langkah penting bagi kerajaan melindungi hak pekerja gig dengan memastikan

draft • 2:25 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

bahawa tidak ada pihak yang akan ambil kesempatan selain ia nya sangat diperlukan memandangkan konsep pekerjaan itu sendiri sudah lama berubah.

Seorang lagi pakar ekonomi, Dr. Geoffrey Williams juga memberikan pandangan beliau bagaimana RUU Pekerja Gig 2025 ini dilihat sebagai satu langkah progresif dan berhemah dalam menangani isu-isu kritikal yang membelenggu sektor ekonomi gig tanpa merencatkan perkembangannya. Menurut pandangan Dr.

Geoffrey Williams juga, RUU ini tidak mencampuri mekanisme pasaran secara melampau, malah mengukuhkannya dengan menyediakan kerangka perundangan yang membolehkan kontrak yang adil dan boleh dikuatkuasakan antara pekerja dan penyedia platform.

Selain itu juga, klausa penyelesaian pertikaian secara berperingkat yang diperkenalkan di dalam RUU ini juga mendapat sokongan daripada pakar ekonomi ini. Menurut beliau, melalui pendekatan ini, undang-undang akan berkembang secara organik berdasarkan kes sebenar tanpa perlu meramal semua kemungkinan dari awal sekali gus mengelakkan beban regulasi yang tidak produktif.

Pandangan-pandangan daripada kesemua pakar ekonomi ini jelas menunjukkan Rang Undang-undang Pekerja Gig ini tidak akan memberi kesan kepada kenaikan apa-apa caj perkhidmatan lantas tidak membebankan syarikat dan platform-platform gig.

draft • 2:25 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Namun begitu, suka saya bawa perhatian ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada insan-insan yang turut disenaraikan dalam Jadual seksyen 2 seperti pelakon dan petugas pengeluaran filem.

Sudah kian lama industri perfileman memberikan saranan kepada kerajaan untuk memberikan perlindungan yang wajar buat pekerja-pekerja di dalam industri great gig ini. Hampir 100 tahun lamanya pekerja-pekerja gig di dalam industri perfileman dipinggirkan. Baik mereka berada di hadapan kamera mahupun mereka berada di belakang tabir.

Saya ingin mengambil satu contoh kemalangan yang berlaku pada 16 Mac 2023. Sekumpulan pekerja filem mengalami kemalangan kilometer – di kilometer 269 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara ketika dalam perjalanan menaiki van dari Rawang menuju ke Perlis bagi membuat tinjauan lokasi penggambaran untuk filem Aku Awang Belanga. Enam orang daripada mereka terlibat dalam kemalangan tersebut, namun hanya seorang pekerja iaitu Encik Wan Saiful, mempunyai caruman PERKESO di

draft • 2:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Beliau dikejar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak untuk rawatan dan dimasukkan ke wad selama 12 hari. Yang disebabkan caruman tersebut, beliau seorang sahaja yang layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) berserta peralatan sokongan pemulihan.

Ketika itu, beliau layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara di bawah SKSPS berjumlah RM4,960.01 berdasarkan cuti sakit selama 120 hari yang diberikan oleh doktor yang merawatnya. Oleh kerana kecederaan dialami oleh beliau amat serius, PERKESO mengisytiharkan beliau seorang hilang upaya kekal berjumlah hampir RM300,000 sepanjang hayat, dengan beliau mendapat bayaran bulanan sebanyak RM800 sebulan.

Sehingga ini, Encik Wan Saiful masih lagi menjalani rawatan pemulihan di Pusat Rehab PERKESO di Melaka, biarpun pada awalnya beliau diisytiharkan hilang upaya kekal dengan fisioterapi manual dan robotik. Kini beliau sudah mampu berjalan semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, keperluan mendesak memang Dato’ Speaker, bagi perlindungan bagi pekerja gig ini perlu diberikan segera. Saya menyokong sepenuhnya agar Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 ini diluluskan di Dewan yang mulia ini sebagai perlindungan asas kepada 1.2 juta pekerja yang berhempas pulas di dalam sektor ini. Sekian, terima kasih.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 2:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Menteri dan semua ahli-ahli Dewan sekalian. Secara asasnya saya menyokong RUU ini kerana dia memberi perlindungan kepada para pekerja gig yang telah pun lama kita bincangkan dalam Dewan ini sejak setahun yang lalu lebih kurang. Namun pada pemerhatian kita, ada didapati ada beberapa kelemahan yang saya kira kerajaan perlu atasi terlebih dahulu sebelum rang undang-undang ini dapat menjadi undang-undang.

draft • 2:33 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang pertama Puan Speaker ialah saya merujuk kepada seksyen 14 yang menyebutkan tentang kuasa untuk nyahaktif kepada pengguna ataupun pekerja gig yang ada aduan daripada pelanggan. Dalam seksyen 14 ini, setakat yang difahami, kuasa itu diberi penuh kepada penyedia platform. Contohnya, apabila ada aduan daripada pelanggan terhadap pekerja gig, maka penyedia platform boleh menggantung ataupun menyahaktif pekerja gig itu selama 14 hari. Dan jika didapati tidak ada salah laku yang dibuat, barulah tempoh itu dibuka kembali ataupun diaktifkan kembali.

Soalannya ialah kenapa terlalu lama tempoh 14 hari ini, Puan Speaker?

Kerana 14 hari ini, pekerja gig ini, dia setiap hari dia makan dengan — dia hidup dengan dia punya keuntungan itu, pendapatan itu. Jadi kalau 14 hari, maknanya 14 hari dia tidak ada income, dalam keadaan aduan itu belum lagi disiasat ataupun belum dapat dibuktikan lagi salah lakunya. Bagaimana?

Jadi, itu saya kira pekerja gig — agak tidak adil kepada pekerja gig sampai 14 hari untuk dia digantung ataupun dinyahaktif. Dan dalam hal itu juga, juga disebut dalam seksyen 14 itu terdapat salah laku yang dilakukan, kalau terdapat salah laku dilakukan oleh pekerja gig. Namun dalam rang undang-undang ini, saya tidak menemui siapakah pihak yang menentukan apakah salah laku itu, siapa yang define salah laku tersebut. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan selepas daripada ini.

Perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan, Yang Berhormat Puan Speaker ialah proses penyelesaian pertikaian yang dilihat agak, agak panjang masa dan agak menyusahkan pekerja gig. Saya sambung poin yang pertama tadi.

Sudahlah dia digantung ataupun dinyahaktif selama 14 hari, kemudian setelah itu pula kena dirujuk kepada kilanan dalaman, kalau ikut istilah ini, selama 30 hari.

Jadi, kalau 14 hari dia tak dapat bekerja, tak dapat income, tambah lagi 30 hari, jadi siapa yang nak sara pendapatan dia pada tempoh-tempoh dia digantung itu? Sudah tentulah mereka ini akan, akan merana, kerana tidak ada sumber pendapatan. Maka saya cadangkan kepada Dewan yang mulia ini, tempoh penyahaktif itu, apakah kalau boleh dibuat mungkin selama 48 jam sahaja.

Kalau kita tak bagi tempoh yang pendek sebegitu, kita bagi tempoh yang panjang, ini akan memberi ruang kepada pihak penyedia platform ini, mungkin salah guna kuasa dia untuk, untuk menyahaktif mana-mana pekerja gig yang belum dapat dibuktikan apa kesalahan berdasarkan aduan yang dibuat oleh pelanggan. Kita ada, kita bagi ruang yang adil, dia pun ada ruang untuk dia, dia membela diri dan dia ada

draft • 2:33 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

ruang untuk dia mencari makan dan ada ruang juga untuk pelanggan membuat aduan. Saya kira tempoh 48 jam itu lebih memadai berbanding tempoh 14 hari yang telah pun diletakkan dalam rang undang-undang ini.

Dan proses pertikaian yang saya sebutkan tadi itu, kalau kita lihat berdasarkan rang undang-undang ini, ada empat proses pertikaian yang perlu pekerja ini lalui. Pertama, kilanan dalaman ataupun internal, aduan dalaman. Yang kedua, pihak pendamai. Yang ketiga, merujuk kepada Menteri ataupun tribunal. Yang keempat, baru pergi kepada mahkamah. Jadi dia terlalu panjang, empat step.

Kalaulah hanya dengan satu, dua kesalahan kecil yang menyebabkan dia terpaksa lama dia hilang tempoh pendapatan kerana empat proses itu, saya kira ini tidak adil.

Apa kata kalau disingkatkan, mungkin menjadi dua proses sahaja yang Berhormat Menteri, daripada dia mengadu kepada JTK, kemudian terus kepada tribunal. Cukup dua step sepertimana yang sedia ada dalam SOP Jabatan Tenaga Kerja.

Dan yang kedua terakhir, Puan Speaker, ialah saya dapat makluman juga, RUU ini tidak dirujuk ataupun tidak dilaksanakan analisis impak peraturan (RIA).

Sepatutnya dicadangkan oleh pihak-pihak yang, yang mengkaji tentang rang undang-undang ini dibuat dahulu analisis impak pelaksanaan. Setelah ada model kerangka itu barulah kita bentang rang undang-undang ini supaya mencakupi segenap sudut dan mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada.

Dan akhir sekali, Puan Speaker, ialah saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa dalam rang undang-undang yang penting ini tidak dilibatkan pihak SUHAKAM dan pihak Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, kerana mereka membuat pernyataan media mereka tidak dilibatkan. Bagi saya, dalam hal yang besar, Rang Undang-undang Gig ini, pihak SUHAKAM juga pandangan mereka perlu diambil kira dan juga pihak Kesatuan Sekerja.

Dan akhir sekali Puan Yang di-Pertua, bukanlah bermaksud saya mempertikai ataupun membangkitkan kelemahan ini bermakna kita menolak. Tidak, tetapi mencadangkan beberapa penambahbaikan supaya rang undang-undang ini tidak hanya memihak kepada penyedia platform tapi memihak adil kepada pekerja, penyedia platform dan juga kita selaku penggubal undang-undang. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 2:33 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Speaker kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan RUU Pekerja Gig 2025. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada KESUMA dan semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam merangka RUU ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, RUU ini amat penting untuk dibahaskan dan diputuskan kerana melibatkan kepentingan lebih 1.2 juta rakyat yang terlibat secara langsung dalam ekonomi gig, sama ada sebagai penghantar makanan, pemandu e-hailing, pekerja digital mahu pun effluencer atau pun pekerja yang bekerja secara bebas. Namun demikian, setelah meneliti kandungan RUU ini yang punyai 10 bahagian dan mengandungi 12 fasal ini, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya dan memerlukan penjelasan daripada pihak KESUMA.

draft • 2:39 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Puan Speaker, pertamanya adalah berkenaan definisi “pekerja gig” yang mana RUU ini buat pertama kalinya telah memberikan definisi secara rasmi terhadap apa yang dimaksudkan dengan pekerja gig. Merujuk Bahagian I fasal 2, bagi maksud pekerja gig yang ditafsirkan dalam RUU ini, saya berpendapat bahawa definisi RUU ini terlalu sempit dan tidak cukup meluas.

Apakah tafsiran ini hanya terpakai kepada pekerja-pekerja gig di platform e- hailing dan p-hailing sahaja atau turut meliputi sektor bidang freelance yang lain seperti digital, penulisan, grafik dan sebagainya? Saya mohon agar perkara ini dijelaskan kerana jika tafsiran pekerja gig ini kelihatan kabur atau sempit, saya bimbang banyak golongan pekerja yang mungkin terpinggir. Justeru itu, saya mohon agar KESUMA menyenaraikan kesemua bidang ekonomi gig yang akan mendapat manfaat daripada RUU ini serta jaminan KESUMA bahawa tidak akan ada sebarang bidang atau perkhidmatan gig yang terkecuali.

Puan Speaker, saya difahamkan suatu majlis tripartite rasmi akan diwujudkan yang mana pekerja dan majikan akan duduk semeja dan bersama-sama berbincang untuk menentukan kadar bayaran. Saya menyambut baik usaha ini kerana rata-rata pekerja e-hailing dan p-hailing sememangnya telah lama tidak berpuas hati dengan kadar komisen yang dikenakan oleh syarikat pengendali platform.

Meskipun begitu, saya berpendapat masih tiada jaminan bahawa pendapatan mereka tidak akan jatuh di bawah paras gaji minimum. Hal ini kerana masa

draft • 2:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

menunggu mereka tidak diambil kira dan disebabkan itulah mereka sering berdepan dengan situasi pendapatan yang tidak stabil.

Oleh itu, saya mencadangkan bahawa satu peruntukan dimasukkan yang boleh memastikan pekerja gig turut menerima bayaran minimum per jam atau tugas agar mereka tidak terus dieksploitasi oleh algoritma syarikat pengendali platform.

Saya fikir cadangan ini tidak keterlaluan dan wajar dipertimbangkan untuk kebaikan pekerja gig khususnya dalam bidang e-hailing dan p-hailing.

Seterusnya, Puan Speaker merujuk kepada Bahagian VIII fasal 82(a) iaitu bagi pemotongan caruman keselamatan sosial secara automatik dan lebih mampu milik. Saya menyambut baik langkah ini dan kita tidak boleh menafikan realiti bahawa majoriti pekerja gig khususnya p-hailing yang bawa motosikal berdepan dengan risiko keselamatan yang tinggi.

Walaupun masih terdapat kelemahan yang mana ia nya tidak melangkumi caruman KWSP secara wajib. Bagaimana pekerja gig ini boleh menjamin masa depan dan persaraan mereka jika hanya bergantung pada skim PERKESO asas sahaja?

Saya sedar bahawa mungkin ada yang berpendapat bahawa bidang gig ekonomi ini bukan bidang part time atau separuh masa. Namun, kita juga perlu menyedari bahawa terdapat sebilangan besar pekerja gig hari ini yang sudah mula bergantung kepadanya dan menjadikan sebagai punca pendapatan utama keluarga.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar KESUMA mempertimbangkan caruman bersama antara pekerja dan syarikat pengendali platform, sekurang- kurangnya untuk simpanan KWSP yang asas. Mungkin KESUMA boleh memulakan dengan kadar yang lebih rendah seperti tiga peratus untuk pekerja dan lima peratus untuk syarikat pengendali platform. Saya menggesa agar perlindungan sosial yang menyeluruh diberikan agar tidak timbul isu penindasan pekerja gig pada masa akan datang.

Yang terakhir Puan Speaker, iaitu mengenai perwakilan dan suara pekerja.

Saya dapati RUU ini tidak membetulkan hak untuk pekerja gig menubuhkan kesatuan atau badan perwakilan rasmi. Bagaimanakah suara mereka dapat dibela jika hanya kerajaan dan syarikat pengendali platform sahaja diberikan kedudukan dalam rundingan? Saya mencadangkan agar diwujudkan majlis pekerja gig nasional dengan mandat undang-undang supaya pekerja gig juga mempunyai suara yang setara di meja rundingan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Puan Speaker, RUU Pekerja Gig 2025 ini merupakan satu langkah yang bersejarah dan tidak sepatutnya hanya menjadi kosmetik. Kita perlu memastikan bahawa pekerja gig benar-benar dilindungi, mempunyai pendapatan yang adil, keselamatan sosial yang menyeluruh serta mempunyai suara kolektif dalam rundingan. Maka, saya mendesak agar KESUMA meneliti fasal-fasal kritikal agar RUU ini benar dapat menegakkan prinsip keadilan sosial.

Sekian saja daripada saya setakat ini. Saya mohon menyokong. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Hari ini kita bicarakan tentang nasib lebih 1.2 juta rakyat Malaysia.

Mereka bukan sekadar angka di atas kertas. Mereka bukan sekadar penghantar makanan, pemandu e-hailing, jurugambar. Mereka adalah anak muda yang gigih mencari rezeki.

Tetapi realitinya walaupun ini melibatkan 1.2 juta orang, ramai daripada mereka hidup tanpa perlindungan asas. Hari ini bekerja ada pendapatan, esok akaun digantung, pendapatan hilang serta-merta. Hari ini sihat boleh bekerja, esok kemalangan, tiada jaminan. Ramai tidak ada simpanan hari tua, ramai tidak berani bersuara kerana takut disekat dalam platform.

Ramai dalam ketakutan kerana tuhan algoritma, the god of algorithm yang dikuasai oleh syarikat gergasi gig yang boleh menghancurkan nasib pekerja gig dalam beberapa saat sahaja. Sekelip mata. Hari ini terima RM100 selepas bekerja 10 jam, esok dengan perubahan algoritma boleh dipotong 50 peratus dengan sekelip mata sahaja tanpa rundingan, tanpa pemakluman, tanpa belas kasihan.

Sebab itu saya ingin memulakan ucapan saya dengan memberikan tabik hormat kepada Yang Berhormat Menteri kerana ada keberanian dan ketokohan untuk menginstitusikan nasib pekerja gig di Malaysia. Saya setuju dengan ucapannya. Perkara ini sudah lama dibincangkan, dibicarakan, dibahaskan tetapi akhirnya di bawah Yang Berhormat Menteri, isu ini insya-Allah ada permulaan kepada penyelesaian yang lebih besar.

Sebab itu Rang Undang-undang Pekerja Gig ini sangat penting. Mereka berhak dibayar dalam masa tujuh hari kalau ada pertikaian. Mereka berhak mendapatkan perlindungan PERKESO bila ditimpa musibah. Ya, mungkin orang kata

draft • 2:44 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

mereka boleh dapat perlindungan PERKESO. Tetapi realitinya pada hari ini, hanya dalam 250,000 saja yang mencarum PERKESO. Itu pun kadangkala tidak konsisten.

Dengan perlindungan yang diberikan melalui akta gig ini, ia perlindungan sebelum individu itu didaftarkan secara rasmi. Dengan itu kalau ada kemalangan, mereka jelas akan dapat perlindungan, keluarganya akan dapat pembelaan dan itu adalah perkara yang sangat penting.

Mereka juga berhak tahu kenapa akaun mereka ditutup dan berhak untuk membela diri. Betul, mungkin tidak ada mana-mana situasi yang sempurna tetapi perbezaannya dengan hari ini di mana pembelaan itu tiada. Nak terus pergi ke proses mahkamah yang sangat mahal dan memakan masa. Sedikit sebanyak dengan penubuhan tribunal ini, it is a soft landing kepada jalan penyelesaian yang lebih baik.

Tetapi yang lebih besar adalah mereka berhak tahu bagaimana algoritma menentukan pendapatan mereka. Kerana pada hari ini dengan dynamic pricing yang sedia ada, ia boleh berubah pada bila-bila masa, tidak ada kawalan daripada pihak kerajaan ataupun daripada pihak-pihak pekerja yang tidak dimaklumkan, tidak dilibatkan, diasingkan, disisihkan.

Walaupun majlis rundingan ini bukanlah majlis yang berautoriti besar atau ada kuasa diktator, betul. Tetapi sedikit sebanyak pertama, at least there is ketelusan, ada transparency. Kedua, ada penglibatan. Sama dengan sistem majlis yang menyelaraskan isu gaji minimum di Malaysia. Saya rasa dalam bab ini, at least it is a good start daripada situasi di mana mereka tidak dilibatkan langsung dan dalam sekelip mata nasib mereka boleh berubah.

Saya ingat pada tahun 2019 apabila pada masa tersebut syarikat Foodpanda serta-merta sekelip mata boleh mengubah algoritma pembayaran kepada pekerja gig. Ramai datang di rumah saya, kita ada sesi libat urus dan mereka memaklumkan mereka tidak dimaklumkan, tidak tahu secara tiba-tiba diubah nasibnya. Sedikit sebanyak apa yang Yang Berhormat Menteri cadangkan ini boleh menyelesaikan masalah mereka. Sedikit sebanyak at least they are included in the process of negotiation, dengan izin.

Namun Tuan Yang di-Pertua, kita jangan — Puan Yang di-Pertua. Kita jangan menipu diri kita. Ada jurang besar yang masih belum ditutup. Selepas kita meluluskan RUU ini bersama, yang saya sokong dan saya dukung, kita perlu terus mendesak supaya masa depan pekerja gig terbela dengan savings account via KWSP. Ini cadangan tambahan saya. Tanpa semua ini, pekerja gig masih terdedah, masih rapuh, masih hidup dalam ketidakpastian.

draft • 2:44 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kita lihat model yang telah diguna pakai di Singapura contohnya. Di Singapura, bagi pekerja gig di sana bukan setakat syarikat platform, tetapi pekerja gig akan memberikan sumbangan secara bulanan supaya akhirnya apabila mereka bersara, mereka ada CPF account. At least they have something to fall back on.

Saya tahu ada desakan ataupun pushback daripada platform-platform gig yang terbesar. Tetapi jawapan saya kepada mereka mudah. Kalau mereka mendapat keuntungan terbesar dalam rantau Asia Tenggara ini di Malaysia, tetapi mereka tak beri caruman KWSP kepada pekerja gig di Malaysia, di mana mereka dapat keuntungan terbesar, tetapi mereka tiba-tiba boleh pula beri caruman CPF di Singapura. Not just bigger market. That’s not fair.

draft • 2:44 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sebab itu, dalam bab ini, saya berharap selepas kita luluskan undang-undang ini akan ada penambahbaikan kerana kita nak pastikan bahawa nasib masa depan, bukan setakat pada hari ini, melalui PERKESO. Dengan akaun KWSP, masa depan mereka akan terjamin. 30 saat, Puan Yang di-Pertua, untuk merumuskan.

Hari ini kita ada peluang untuk buktikan bahawa Parlimen Malaysia tidak akan membiarkan 1.2 juta pekerja gig ini bersendirian. Kita berdiri bersama mereka pertahankan masa depan mereka, menjaga maruah mereka. Ya, memang betul tidak ada mana-mana undang-undang yang sempurna. Tetapi, saya rasa dalam bab ini, at least it reaches 80 percent thrash lebih baik daripada yang buruk. Apa yang buruk, kita boleh perbaiki dan boleh tambah baik.

Cuma, saya berharap kita menghantar mesej yang jelas, Parlimen pada hari ini, dwipartisan, menyokong Rang Undang-undang Pekerja Gig ini supaya kita menghantar mesej yang jelas bahawa pekerjaan kamu diiktiraf, diinstitusikan, kita mendengar suara kamu dan kita akan terus mempertahankan dan membela masa depan kamu. Tahniah, Yang Berhormat Menteri. Moga diberikan kesihatan dan perlindungan untuk terus membela masa depan pekerja gig. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 2:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Sungai Petani untuk bersama-sama turut serta membahaskan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025, RUU Pekerja Gig.

draft • 2:51 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan menyatakan bahawa di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan khususnya kepada YB Menteri KESUMA, kerajaan telah menunjukkan kesungguhan untuk memodenkan landskap buruh nasional agar lebih sejajar dengan realiti ekonomi platform. KESUMA mengadakan 37 siri libat urus melibatkan 3,873 peserta dan 485 maklum balas atas talian termasuk penanda aras ke atas platform Workers Act Singapura. Ini memberi keyakinan bahawa rangka undang-undang yang dibentangkan datang daripada proses libat urus yang luas dan serius.

RUU ini tidak mengubah pekerja gig menjadi pekerja di bawah Akta Kerja tetapi memperkenalkan perlindungan buruh asas yang selama ini tiada. Ini usaha yang tepat. Kita menyelesaikan masalah sebenar sambil mengekalkan ciri-ciri fleksibiliti yang menjadi tarikan utama gig.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengaitkan perbahasan ini dengan wajah- wajah anak muda Malaysia. Data menunjukkan majoriti pekerja gig kita ialah belia.

Dalam tinjauan 2024, 25 hingga 34 tahun merupakan kumpulan terbesar iaitu sekitar 39 peratus. Malah, di sektor penghantaran, suatu tinjauan lapangan mendapati sehingga 98 peratus penunggang berusia bawah 30 tahun. Ini bukan hanya angka tetapi ia melibatkan satu generasi.

Pada saya, isu ini juga bersifat peribadi. Seorang anak Kedah yang berasal daripada Sidam, Sungai Petani merupakan seorang yang terlibat dengan tragedi.

Allahyarham Muhammad Hafiz Amir, seorang penunggang p-hailing, menjadi mangsa peristiwa tragis Elmina 2023.

Tuan Yang di-Pertua, antara perkara penting yang diperkenalkan dalam RUU ini ialah hak asas pekerja gig. Buat pertama kali, undang-undang mewajibkan pekerja dimaklumkan secara jelas tentang terma perjanjian, kadar pembayaran dan sebarang perubahan syarat. Ini kedengarannya asas tetapi realitinya ramai pekerja gig selama ini beroperasi dalam ruang gelap, tidak tahu kadar sebenar sehingga selepas tugasan atau tiba-tiba terpaksa akur pada perubahan syarat tanpa diberi pilihan.

Dan lebih signifikan lagi, bagi kes platform, ada tambahan perlindungan terhadap sistem automasi dan algoritma. Saya menyokong perkara ini kerana algoritma telah lama berfungsi sebagai majikan senyap yang membuat keputusan kritikal daripada tugasan penghantaran hinggalah penilaian prestasi tanpa mekanisme semakan manusia. Dengan adanya keperluan human review, dengan izin, pekerja tidak lagi diperlakukan semata-mata seperti angka dalam sistem.

draft • 2:51 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut ― perkara yang banyak dikeluhkan oleh pekerja gig sebelum ini ialah penyahaktifan akaun secara tiba-tiba. Dipadamkan oleh algoritma tanpa amaran. RUU ini memperkenalkan tatacara yang jelas tempoh siasatan terhad, notis bertulis, hak untuk didengar, dan jika tiada salah laku dibuktikan, akaun mesti dipulihkan serta pekerja diberi pampasan separuh pendapatan harian sepanjang penggantungan. Walaupun saya melihat ada ruang untuk memperhalus definisi salah laku, sekurang-kurangnya undang-undang ini menamatkan zaman di mana periuk nasi pekerja boleh hilang hanya dengan satu klik di dalam sistem sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini juga mengikat platform untuk memastikan pekerja gig dilindungi di bawah PERKESO. Semua ini akan mengurangkan risiko perlindungan terputus yang menjadi kebimbangan utama dan saya memandang baik model pekerja, model caruman postpaid dengan kadar yang mampu milik.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa syor penambahbaikan yang ingin saya ajukan. Pertama, isu penyahaktifan akaun. Saya menghargai bahawa RUU ini akhirnya memperkenalkan garis panduan jelas bagi prosedur penyahaktifan. Buat pertama kali, pekerja gig tidak lagi boleh dipadamkan oleh algoritma tanpa proses wajar. Pada masa yang sama, notis ringkas yang disertakan dengan bukti digital seperti cap masa atau rekod tugasan sepatutnya diwajibkan agar pekerja benar- benar tahu asas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Kedua, berhubung isu algoritma dan ketelusan, saya menyambut baik langkah RUU yang mewajibkan wujudnya semakan manusia terhadap keputusan automasi. Namun, dalam realiti harian, pekerja gig berdepan dengan sistem penilaian dan penugasan yang sering kali dianggap systemic atau sukar difahami.

Maka, saya ingin mengusulkan agar kewajipan pendedahan ditingkatkan daripada sekadar memberitahu adanya automasi kepada menjelaskan faktor penentu utama yang mempengaruhi skor atau tugasan.

Dan yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, tentang Majlis Perundingan yang diperkenalkan dalam Bahagian VI. Saya menyokong penuh penubuhan majlis ini kerana ia menginstitusikan suara pekerja dan majikan dalam struktur rasmi. Tetapi, untuk menjadikan benar-benar berkesan, saya fikir beberapa perkara mesti dipertegaskan. Majlis ini perlu mempunyai KPI tempoh masa tertentu untuk mengemukakan syor, kadar atau formula bayaran supaya pekerja tidak dibiarkan menunggu tanpa kepastian.

draft • 2:51 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Maka, Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini kita sama-sama, baik pihak pembangkang ataupun kerajaan, untuk sama-sama kita dapat meluluskan RUU yang pada akhirnya memberikan satu pencerahan dan juga kebaikan untuk seluruh pekerja-pekerja gig khususnya untuk belia anak muda di Malaysia ini.

Sekian. Sungai Petani mohon menyokong.

draft • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 2:51 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana beri ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025.

Pada asasnya, saya memberi pengiktirafan kepada golongan pekerja gig yang selama ini kurang diberi perhatian. Namun, saya ingin memberi beberapa penegasan tentang risiko dalam RUU ini yang tidak boleh dipandang ringan.

Puan Yang di-Pertua, pertama, dari segi definisi. RUU ini menggunakan istilah ‘pekerja gig’ tetapi tidak ada memperincikan sama ada mereka dikategorikan sebagai pekerja tetap, kontrak atau pekerja bebas. Kekaburan ini bakal menimbulkan konflik. Apakah hak sebenar mereka? Adakah syarikat platform dianggap majikan?

Jika tidak jelas, maka pekerja gig akan terus berada dalam ketidaktentuan ataupun grey area.

Kedua, soal beban kos dan pendapatan. RUU ini mewajibkan caruman keselamatan sosial, namun beban itu akhirnya akan ditanggung oleh pekerja gig. Di luar sana, netizen sentiasa bertanya, adakah bayaran dibuat dua kali jika mereka telah sedia mencarum? Kerana pendapatan mereka terlalu kecil dan tidak menentu dan akan sentiasa berkurang. Mereka kena mencapai target lebih kurang dalam 130 transaksi sebulan. Jika bercakap tentang golongan B40, anak muda, ramai ― malah, masih ramai yang menjadikan kerja gig sebagai sumber utama menyara keluarga.

Jika caruman dikenakan tanpa subsidi, mereka akan tertekan.

Ketiga, RUU ini tidak menjamin pendapatan minimum. Walaupun ada perlindungan asas, ia tidak menyelesaikan masalah besar iaitu kadar bayaran yang ditentukan sepenuhnya oleh algoritma syarikat platform. Ramai pekerja gig yang sudah mengadu, walaupun bekerja dalam masa yang panjang, mereka masih gagal mencapai gaji pokok RM1,700. Lainlah kalau mereka masih rancak dan kurang

draft • 2:57 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

persaingan seperti dulu. Apakah perlindungan sebenar kalau asas keadilan upah pun tidak disentuh? Penyedia platform juga perlu bertanggungjawab.

Keempat, kita harus berhati-hati bahawa RUU ini berisiko mengorbankan fleksibiliti yang menjadi tarikan utama kerja gig. Jika pekerja gig dibebankan dengan syarat ketat seperti pekerja separa tetap, mereka mungkin hilang kebebasan yang menjadi faktor utama memilih sektor ini. Rakyat akan bertanya kalau dah jadi macam pekerja biasa, baik kerja kilang sahaja. Bagaimana pula nasib mereka yang menjadikan pekerjaan ini sebagai pekerjaan untuk menambah pendapatan keluarga? Ada rakyat yang melakukan dua tiga pekerjaan dalam satu hari atas sebab ketidaktentuan ekonomi sekarang. Nak cari duit lebih tapi kena potong banyak pula.

draft • 2:57 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Kelima, ancaman besar juga wujud daripada pihak majikan dan platform.

Syarikat global seperti Grab, foodpanda dan Shopee boleh mengurangkan operasi di Malaysia kerana tidak mahu menanggung liabiliti tambahan. Kos baharu ini akan dipindahkan kepada pengguna, menyebabkan harga perkhidmatan meningkat. Lebih membimbangkan, platform ini boleh mengehadkan bilangan pekerja gig yang aktif, lalu mengurangkan peluang pekerjaan. Tambahan pula, wujud risiko lahirnya pasaran gelap pekerjaan gig. Ada pekerja dan majikan akan cuba elak daripada kos caruman dengan beroperasi secara tidak berdaftar. Akhirnya, tujuan asal RUU ini untuk melindungi pekerja kita akan boleh gagal sama sekali.

Keenam, jika kerajaan pula memberi subsidi untuk menampung caruman pekerja gig, ini akan menambah beban fiskal negara. Adakah kerajaan benar-benar bersedia menanggung kos jangka masa panjang ini? Saya juga nak tanya, apa progress penubuhan majlis ataupun suruhanjaya ekonomi gig Malaysia? Adakah hanya untuk pelesenan sahaja? Bagaimana pula dengan kebajikan pekerja gig yang ditindas penyedia platform nanti? Undang-undang dahulu, pengawal kemudian.

Ibarat bagi kunci sebelum pintu siap.

Saya juga pernah menerima aduan daripada Chuping iaitu balu kepada arwah Mohd Nazri Elias yang meninggal pada 29 Mei 2023 akibat kemalangan jalan raya. 4 Jun 2025, baru masuk mahkamah sesyen di Sungai Petani. Jarak antara Padang Besar ke Sungai Petani itu jauh. Sepanjang tempoh itu, bagaimana keadaan keluarga yang tidak dibantu, diabaikan oleh platform?

Justeru, saya menyokong –– menggesa kerajaan supaya meneliti semula dengan serius. Jangan kita luluskan satu undang-undang yang akhirnya menjerat

draft • 3:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

pekerja gig lebih teruk daripada keadaan asal mereka. Dan kenapa nampak terburu- buru untuk bentang? Adakah kajian impak telah dibuat?

Puan Yang di-Pertua, RUU ini tidak boleh hanya comel di atas kertas tetapi bahkan menyusahkan di lapangan. Golongan pekerja gig tidak mahu janji yang kosong. Mereka mahu perlindungan yang benar-benar adil.

Saya akhiri dengan satu pantun.

Kerja gig perlu cerdas, Hak pekerja jangan di korban; Janji diulang rakyat ditindas, Janganlah RUU ini menambah beban. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.

draft • 3:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Speaker. Saya ingin merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri KESUMA, Yang Berhormat Bukit Mertajam, seluruh pasukan Kementerian KESUMA, termasuk Yang Berhormat Bandar Kuching dan kerajaan kerana akhirnya mengiktirafkan sumbangan pekerja gig melalui rang undang-undang yang amat penting ini.

Jadi, Malaysia kini berpotensi untuk menjadi antara negara pertama di Asia yang menyediakan perlindungan undang-undang khususnya kepada pekerja gig.

Malah, pakar ekonomi Profesor Geoffrey Williams menyatakan, undang-undang ini mampu menjadi piawaian global dalam ekonomi gig. Satu pencapaian yang wajar kita banggakan.

Ekonomi gig Malaysia berkembang pesat. Pada 2024, 3.1 juta rakyat terlibat dalam sektor ini. Hampir seorang daripada lima pekerja negara. Namun, mereka beroperasi dalam keadaan yang tidak menentu. Tiada perlindungan asas, kadar bayaran yang rendah dan juga tanpa saluran undang-undang untuk menyelesaikan pertikaian. Dengan arus digitalisasi dan dominasi AI, jumlah pekerja gig akan terus meningkat dan RUU ini hadir pada masa yang tepat untuk memastikan mereka tidak terus dipinggirkan.

Pengalaman saya di Sandakan membuktikan keperluan mendesak RUU ini.

Pada Ogos 2023, lebih daripada 30 pemandu e-hailing berhimpun di pejabat saya menuntut sistem bayaran yang adil. Ketika itu, tiada sebarang mekanisme undang-

draft • 3:02 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

undang yang boleh membantu mereka. Dengan adanya RUU ini, mereka bakal mempunyai tribunal dan majlis perundingan, saluran yang sah untuk menuntut hak mereka secara adil dan teratur.

Namun, saya ingin mengangkat persoalan berhubung dengan takrifan pekerja gig dalam fasal 2 dan jadual seksyen 2. Mengapa pereka grafik (graphic designer), pembangun – web developer, pencipta kandungan (content creator), penulis bebas (freelance writer) dan penulis iklan (copywriter) tidak dimasukkan?

Jadi, apakah mereka ini tidak dianggap sebagai pekerja gig? Bagaimana kita boleh memastikan perlindungan yang benar-benar inklusif secara definisi ini mengecilkan –– definisi dan mengecilkan skop lagi sedangkan pekerja digital baharu terus muncul setiap hari? Jadi masa depan kerja adalah digital, jarak jauh dan hibrid. Jika kita mahu Malaysia kekal berdaya saing dalam ekonomi global, kita tidak boleh mengabaikan realiti ini.

RUU ini adalah langkah permulaan yang penting. Namun, saya mendesak agar ini ia disemak secara berkala supaya inklusif, adaptive dan responsif terhadap perubahan landskap pekerjaan masa depan. Dengan itu Puan Speaker, Sandakan mohon menyokong RUU ini.

draft • 3:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya jemput Yang Berhormat Machang, tak ada. Yang Berhormat Bentong.

draft • 3:02 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia serta Yang Berhormat Menteri dan barisan KESUMA kerana telah berjaya membawa RUU ini.

Ketika kita dilanda pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu, kita tidak dapat menjangka berapa lama lagikah kita perlu dikurung di rumah, tidak boleh keluar bekerja, tidak boleh beriadah dan anak-anak tidak dapat ke sekolah. Banyak urusan seharian kita yang terganggu. Beberapa kilang ditutup. Banyak syarikat yang gulung tikar kerana tidak dapat beroperasi dengan kesannya. Ramai pekerja yang dibuang kerja dan ramai juga yang gulung tikar dan ramai pekerja yang dibuang kerja dan syarikat tidak lagi mampu menanggung kerugian. Kesannya, mereka kehilangan pekerjaan ini dan terpaksa bergantung kepada e-hailing dan p-hailing untuk mencari rezeki buat keluarga. Impaknya, begitu besar.

draft • 3:05 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Di saat ekonomi kita lumpuh, pergerakan kita terbatas, industri gig ini menjadi benteng untuk kita tetap bertahan. Para pekerja gig menjadi barisan hadapan untuk terus bekerja dan menghantar makanan ke pintu rumah. Mereka terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan dan keselamatan demi mencari sesuap nasi. Akan tetapi, mereka tidak mempunyai perlindungan sosial yang asas. Sehingga kini, hanya 26 peratus dari 1.2 juta pekerja gig yang mencarum dan mempunyai perlindungan. Jika ada yang mencarum pun, ada kemungkinan besar untuk mereka terputus caruman di tengah jalan dan akhirnya tidak mendapat perlindungan.

Puan Yang di-Pertua, akhirnya setelah beberapa kali tertangguh dan menerima tekanan dari pihak industri, kerajaan tetap teguh dan berani untuk berdiri bersama pekerja. Sesungguhnya, melindungi kebajikan pekerja itu bukanlah sebuah pemberian oleh majikan atau kerajaan. Ia adalah hak yang mesti dipertahankan.

Saya melihat RUU Pekerjaan Gig ini sebagai dokumen yang menyeluruh dan seimbang. Jika selama ini kita tidak punyai definisi yang rasmi tentang pekerja gig, kini status mereka diakui sebagai pekerja yang layak dihargai dan dilindungi. Jika selama ini mereka tidak punyai tempat untuk mengadu, kini sudah ada medium untuk menyelesaikan pertikaian.

Jika selama ini mereka tiada hak untuk merunding gaji atau kadar upah, kini sudah ada majlis perundingan untuk menentukan kadar upah dan lain-lain faedah.

Jika sebelum ini mereka tidak ada perlindungan keselamatan sosial, kini kerajaan mewajibkan penyedia platform untuk membuat caruman yang diambil sebanyak 1.25 peratus daripada kadar upah pekerja gig.

Pendekatan ini saya fikir seimbang kerana ia mengangkat martabat pekerja.

Dalam masa yang sama, ia juga dasar yang munasabah dan berbaloi kepada industri. Di dalam melonjakkan ekonomi industri gig, pasaran mestilah diuruskan dan dikawal selia agar ia tidak di manipulasi oleh dan dieksploitasi. Inilah pendekatan ekonomi yang manusiawi dan bermaruah. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan beberapa persoalan dan kebimbangan.

Pertama, saya lihat definisi pekerja gig ini telah diperluaskan kepada selain e-hailing dan p-hailing, ia merangkumi warganegara dan pemastautin tetap, ada perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak sama ada platform atau bukan platform dan menerima pendapatan daripada perkhidmatan tersebut. Dan di dalam Jadual Satu, pekerja gig turut melibatkan industri seni seperti lakonan, perfileman dan muzik, jurugambar, kewartawanan dan sebagainya.

draft • 3:05 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Persoalan saya ialah bagaimanakah pihak kementerian membuat keputusan untuk menambah atau mengeluarkan industri atau pekerjaan tertentu dalam Jadual ini dan apakah kriteria yang melayakkan atau menidakkan mereka dalam Jadual ini?

Bagaimanakah rundingan dibuat dan apakah proses bagi mereka yang belum ada di Jadual ini untuk memohon turut dimasukkan?

Jika kita lihat di Singapura, mereka mewujudkan akta pekerja platform yang khusus untuk mengendalikan pekerja gig yang mempunyai platform. Memandangkan industri gig ini merupakan budaya kerja yang baru, yang tidak terikat dan lebih bebas, ia perlu dikawal selia yang berperingkat. RUU ini saya lihat lebih menyeluruh untuk turut melibatkan pekerja gig di luar platform. Apakah pihak kementerian bersedia untuk menangani masalah lebih kompleks bagi pekerja di luar platform dan apakah jaminan untuk mereka turut diberikan perhatian dari sudut perlindungan?

Sebelum ini kita memahami pekerja gig dalam ruang lingkup e-hailing dan p- hailing sahaja. Disebabkan itu, kita risau terhadap trend anak muda yang begitu minat dengan pekerjaan ini dan sepatutnya bersifat sementara sahaja.

draft • 3:05 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ini kerana pekerjaan ini dilihat kurang kemahiran tinggi sedangkan negara kita memerlukan lebih ramai golongan profesional dan pakar berteknologi tinggi.

Akan tetapi dengan peluasan definisi ini yang merangkumi golongan seni, perfileman, muzik, penjagaan paliatif, fotografi dan sebagainya, ini sebenarnya satu laluan kerjaya gig yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

Negara juga dapat mendapat manfaat daripada industri perfileman dan muzik yang diberikan penghargaan dan bertaraf antarabangsa. Maka saya mendukung sebarang pendekatan yang melindungi kebajikan. Puan Yang di-Pertua, satu minit.

Kedua, saya juga ingin mengulangi kebimbangan yang diutarakan oleh wakil- wakil persatuan gig berkenaan dengan tafsiran pendapatan perkhidmatan berdasarkan sebab munasabah yang dilihat agak kabur dan terbuka kepada tafsiran yang tidak memihak kepada pekerja. Satu lagi kebimbangan ialah seperti yang dinyatakan dalam fasal 14(1) yang memberikan hak kepada penyedia platform untuk menggantung akaun pekerja selama 14 hari bagi tujuan siasatan. Pekerja gig ini bergantung kepada pendapatan harian mereka. Jika satu hari tiada order pun mereka akan terkesan. Jadi saya fikir 14 hari ini terlalu panjang proses siasatannya dan ia perlu dikurangkan.

Akhirnya saya mendukung tribunal pekerja gig yang bakal diwujudkan agar nanti dapat mengurangkan beban mahkamah sivil dan ia selari dengan matlamat

draft • 3:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

pembangunan mampan SDG 8 iaitu pekerjaan bermaruah dan pertumbuhan ekonomi. Saya berharap tribunal ini dapat diperkasakan dan mempunyai anggota yang mencukupi bagi menangani kes-kes di tribunal nanti yang akan turut melibatkan entiti kontrak bukan platform seperti individu dan mana-mana kumpulan yang berdaftar.

Puan Yang di-Pertua, saya menyeru agar kita dapat ketepikan perbezaan politik kita, menolak fitnah tidak berasas dan bersatu padu untuk meluluskan RUU ini. RUU ini mungkin tidak sempurna, akan tetapi ia harus menjadi langkah pertama yang kita ambil untuk melindungi dan berdiri bersama pekerja. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Yang Berhormat Machang.

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dalam Mesyuarat JKPK tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri KESUMA. Sahabat saya. Kami bersama dalam Kerajaan Pakatan Harapan dulu. Saya yakin beliau seorang yang berhati mulia, mempunyai niat yang baik untuk membantu membela pekerja-pekerja gig. Walau bagaimanapun saya lihat dalam Dewan Rakyat ini, tema-tema perbahasan di sebelah backbenchers suka sangat menggunakan hujah, kita buat dulu, tak sempurna tak apa. Lepaskan dulu.

Saya rasa ini satu perkara tidak baik, Tuan Yang di-Pertua. Sebab apa?

Pepatah Inggeris mengatakan “the road to hell is paved with good intentions”.

Pepatah Inggeris juga mengatakan “the devil is in the details”. Jadi selepas saya meneliti rang undang-undang ini, saya minta maaflah kepada Yang Berhormat Menteri KESUMA sahabat saya ini yang insya-Allah bakal Ketua Menteri Pulau Pinang suatu hari nanti dan Setiausaha Agung DAP. Ya, zaman saya insya-Allah kalau saya survive. Jadi, ada banyak perkara yang saya minta kementerian Yang Berhormat Menteri rujuk semula perkara ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Ekonomi. Kerana apa? Kerana ada banyak lompong-lompong ini yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.

Saya senada dengan rakan-rakan daripada Alor Setar dan ramai lagi. Kita bukan pengkhianat nak menolak rang undang-undang ini sepertimana yang ditohmah oleh macai-macai yang di luar sana. Kononnya kami ini nak menjahanamkan hak dan kebajikan pekerja gig. Kita nak jawab satu persatu beberapa persoalan-persoalan dibangkitkan. Siapa bantah RUU ini pengkhianat kepada pekerja gig. Yang kita soal bukan niat RUU ini tetapi kelemahan kandungan

draft • 3:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

dia. Semua di dalam Dewan ini setuju pekerja gig mesti dilindungi. Kalau kita tegur kelemahan, itu bukan pengkhianatan. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen untuk pastikan undang-undang benar-benar melindungi rakyat bukan sekadar di atas kertas.

Ada lagi tuduhan yang mengatakan kalau kita tangguh, pekerja gig akan terus tanpa perlindungan. Fakta, sejak 2021, pekerja gig sudah pun dilindungi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (PERKESO). Jadi tidak ada vakum, tidak ada lacuna. Persoalannya adakah RUU baru ini menambah baik atau hanya menggandakan undang-undang sedia ada sambil menambah beban kepada pekerja? RUU ini perlu lulus segera untuk beri keadilan, kata Bentong tadi. Kita semua mahukan keadilan. Tetapi keadilan tidak datang daripada undang-undang yang tergesa-gesa.

Sepanyol juga mahukan cepat hasil nak buat undang-undang ini. Hasilnya platform keluar daripada negara tersebut. Ribuan pekerja hilang daripada menjadi pekerja gig. Saya suka kita belajar daripada contoh Singapura yang ambil pendekatan berfasa. Dalam sandbox dulu. Mereka beri tumpuan kepada pekerja gig dalam sektor p-hailing dan e-hailing dahulu. Tak perlu lagi kita bawa yang lain-lain itu bukan kerana apa, kita nak tengok macam mana rang undang-undang ini atau akta ini mampu membela the pride of the majority gig workers yang dalam sektor p-hailing dan e-hailing.

Jadi kalau kita minta tangguh untuk buat regulatory impact assessment (RIA) dan wujudkan Suruhanjaya Gig Ekonomi (SEGiM), itu bukan kelewatan sia-sia. Itu cara kita pastikan keadilan betul-betul dapat dicapai.

Dan saya nak ingatkan kepada Yang Berhormat Menteri, bukan kami sahaja yang bantah benda ini. MTUC pun bantah. SUHAKAM pun bantah tapi bantah dengan syarat iaitu penambahbaikan. Perlu ada lebih banyak libat urus. Kerana apa?

Kerana rang undang-undang ini dibuat dengan secara tergesa-gesa. Walaupun dah dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tapi masih banyak lagi pihak-pihak berkepentingan yang tidak dijemput untuk dirunding khususnya persatuan-persatuan p-hailing dan e-hailing yang begitu banyak saya lihat di luar sana yang menghantar memorandum kepada kami semua meminta rang undang-undang ini ditangguhkan.

Bukan kita menentang. Kita minta ditangguhkan dahulu supaya penambahbaikan dapat dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, kita maklum saya sedih melihat anak-anak muda khususnya anak-anak muda Melayu yang underemployed, terpaksa jadi p-hailing

draft • 3:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

dan e-hailing drivers. Dan mereka ini sepertimana Muar katakan tadi, at the mercy of the God of algorithm. The tyranny of the algorithm. Platform-platform gig ini adalah platform yang sebenarnya berselindung di sebalik ataupun mengguna pakai teknologi algoritma yang kadangkala boleh dimanipulasi kerana kita tidak ada source code ataupun transparency bagaimana algorithm itu berfungsi.

draft • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:11 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Machang mohon.

draft • 3:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik Shah Alam. Sikit.

draft • 3:11 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya. Terima kasih Machang. Machang selalu bagi saya laluan. Saya ucap terima kasih. Tadi Machang ada sebut tentang road to hell is paved with good intention. Ini English proverb oleh Saint Bernard. Saya nak tanya Machang kenapa kita tak boleh gunakan kaedah syarak. [Berucap dalam bahasa Arab] Kenapa kita tak boleh gunakan? Kalau kita tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Terima kasih Machang.

draft • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa] Kalau saya ada setengah jam, saya boleh syarahkan jawapan tersebut. Tapi saya mengambil pendekatan yang lebih konservatif berbanding Shah Alam. Macam mana tadi kita membantah Rang Undang-undang Perbekalan? Bukan kita tak menyokong sepenuhnya tetapi kita bimbang tindakan dan apa yang digariskan dan digubal itu tak selari. The action is not the same with the intention. Jadi sebab itu saya kata tadi, proverb bahasa Inggeris itu cukup-cukup menggambarkan keadaan Kerajaan MADANI yang cuba buat reformasi tapi sebaliknya yang berlaku.

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mohon sahabat saya Menteri KESUMA tangguhkan dulu. I have nothing personal against you. I will support you brother. Just that defer this to the Parliamentary Select Committee. Kita bincang balik elok-elok dan kita jadikan ini pendekatan whole-of-government. Pembangkang akan sokong kalau betul-betul KESUMA bela pekerja-pekerja gig yang ribuan, jutaan di luar sana yang membantah rang undang-undang ini diluluskan pada hari ini.

draft • 3:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi saya mohon kerajaan backbenchers bersetuju dengan kami. Kita tangguh dulu dan insya-Allah kita buat yang lebih baik untuk membantu KESUMA capai KPI dia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput YB Bagan Serai.

draft • 3:11 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di- Pertua. Pada hari ini saya nak membahaskan berkenaan dengan Rang Undang- undang Pekerja Gig 2025 kerana di luar sana harapan 1.2 juta pekerja gig yang ada di negara kita pada hari ini.

Sebenarnya di dalam soal kebajikan hal gig ini, pekerja-pekerja gig, saya pernah berbicara sejak daripada tahun 2023 lagi untuk menekankan betapa pentingnya soal kebajikan mengenai pekerja gig-pekerja gig ini. Cuma Puan Yang di-Pertua, hal yang kita nak bincang ini definisi yang agak longgar. Di dalam kita nak bicarakan yang berhubung kait dengan soal rang undang-undang gig ini.

draft • 3:19 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Seolah-olah, semuanya undang-undang ini dirangkumkan sama ada yang bekerja sebagai e-hailing, p-hailing, freelance, penjaja, sedangkan nature kerja itu berbeza antara satu dengan yang lain. Maka dengan sebab itu, sepertimana yang disebutkan oleh sahabat saya daripada Machang tadi, kita melihat Singapura mengadakan secara cermat, dimulakan dengan sektor ride-hailing dulu dan delivery untuk melihat terutama cabaran berkenaan dengan yang terlibat dengan soal kebajikan yang terlibat dengan gig ini ialah mereka yang menjadi cabaran besarnya ialah terdiri dari kalangan e-hailing dan p-hailing kerana merekalah sebenarnya bertarung nyawa di tengah-tengah jalan raya.

Saya kadang-kadang bila berjumpa dengan mereka, saya kata, saya pesan bawa motor dengan perlahan-lahan. Dia kata kat saya, “YB, kami terpaksa untuk nak kejar trip. Kalau tidak, kami tak dapat”. Sebab itu banyak, kita boleh tengok dari segi perangkaan-perangkaan yang meninggal dunia terdiri dari kalangan anak-anak muda yang di belakangnya pula terpaksa menanggung anak-anak kecil hasil daripada pekerjaan yang mereka cari tadi.

Maka dengan sebab itu, dalam hal seperti begini, ia nya mesti jangan diletakkan dalam satu bakul. Sebab itu kita nak supaya definisi yang e-hailing, p-

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

hailing ini mesti diletakkan dalam bentuk yang lain kerana cabaran kerja mereka itu agak berlainan.

Begitu juga dengan soal berkaitan dengan PERKESO, caruman yang dibuat oleh pekerja secara mandatori iaitu melalui potongan. Ini bagus cadangan ini, tapi sepatutnya ialah hal seperti begini, PERKESO ini dicarumkan sendiri oleh platform itu sendiri kepada pekerja. Itu agak baik.

Bukan senang, Puan Speaker. Mereka hanyalah mendapat order, sekali order lebih kurang RM5 hingga RM10. Hitung panjang untuk mendapat minimum untuk mereka layakkan dapat untuk kebajikan daripada PERKESO ini sekurang- kurangnya 100 pesanan dalam masa sebulan. Itu dalam keadaan cuaca yang biasa, dalam keadaan cuaca yang baik. Tapi cuba bayangkan dalam keadaan mereka berada dalam suasana cuaca yang tidak baik, hujan dan sebagainya, maka sudah tentulah kadang-kadang nak dapat 100 pesanan ini agak sukar terutama dari kalangan mereka yang memang full time melakukan kerja terutama saya cakap tadi berkenaan dengan Grab ataupun e-hailing dan juga p-hailing tadi.

Dan yang ketiganya mengenai hal yang berkaitan dengan soal tribunal.

Tribunal ini yang kita nak tengok siapa pula yang menganggotai tribunal. Kita bimbang ia nya tidak menyebelahi di pihak pekerja. Maka, sebab itu kita harapkan tribunal ini mesti melibatkan juga dari kalangan persatuan-persatuan. Dari kalangan e-hailing, p-hailing, mereka ini mesti menganggotainya termasuk jangan lupa ialah dari kalangan MTUC.

Walaupun kita dimaklumkan MTUC ini kononnya tak terlibat kerana mereka pekerja yang terlibat dengan gig ini ialah mereka bukan merupakan seorang pekerja.

Maka pada saya ialah orang yang terlibat, orang yang tahu secara langsung berkenaan dengan budaya kerja ini ialah dari kalangan MTUC. Sepatutnya dimasukkan juga kerana untuk menjamin masa depan tentang hal keadaan pekerja tadi.

Yang keempatnya, penglibatan MTUC. Pelik juga apabila MTUC tidak dilibatkan dalam penglibatan urus untuk rang undang-undang ini. Ini satu perkara yang tidak baik kerana MTUC adalah merupakan payung kepada pekerja-pekerja yang terdapat di Malaysia.

Dan yang kelimanya berkenaan dengan Suruhanjaya Ekonomi Gig ini tadi.

Maka, sebab itu kita harapkan supaya Suruhanjaya Ekonomi Gig ini akan diadakan serentak. Kurang-kurang ia dapat menjadi penaung kerana yang terlibat dengan soal gig ekonomi ini, sebagaimana yang kita maklum, ia terlibat daripada Kementerian

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Pengangkutan, Kementerian Komunikasi. Ini semua adalah merupakan ataupun digital.

Kalau dalam soal RUU Gig ini hanyalah di bawah Kementerian Sumber Manusia sahaja, maka ia nya tidak boleh untuk nak mengganggu hal-hal berkaitan dengan kaitan kementerian-kementerian yang lain.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Maka, sudah tentu kebajikan yang tidak ada kepada pekerja inilah yang menjadi satu kerunsingan kepada kita. Maka, sebab itu saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini kalau nak diadakan, kita cadangkan supaya Suruhanjaya Gig ini juga diadakan serentak sekali supaya ia nya dapat memberikan manfaat kepada pekerja kita di seluruh Malaysia. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kerana memberi ruang untuk Batu Pahat untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 pada petang hari ini.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, RUU ini amat signifikan kerana buat pertama kalinya, kerajaan mengambil langkah konkrit untuk mengiktiraf serta melindungi kumpulan pekerja gig yang selama ini berada di luar kerangka perlindungan undang- undang yang sedia ada. Golongan ini sebenarnya telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada pertumbuhan ekonomi digital negara. Namun, kebajikan mereka sebelum ini tidak dilindungi sewajarnya.

Oleh itu, Batu Pahat ingin merakamkan ucapan tahniah pada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kerana akhirnya kerajaan berjaya membentangkan RUU yang sangat penting selepas melalui lebih tujuh siri bengkel, 37 siri libat urus serta sesi town hall yang melibatkan pelbagai pihak termasuk beberapa kementerian, persatuan dan penyedia platform. Difahamkan juga sebanyak lebih 485 maklum balas telah diterima secara dalam talian dan melibatkan lebih 3,893 peserta, satu jumlah yang sangat besar dan membuktikan isu ini dekat di hati rakyat.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, mengikut data semasa lebih satu juta rakyat Malaysia terlibat dalam sektor ini. Malangnya, ramai antara mereka terdedah kepada risiko kemalangan, malah ada yang kehilangan nyawa ketika menjalankan tugas.

draft • 3:25 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Justeru itu, penggubalan RUU ini amat tepat pada masanya untuk memberi keadilan dan perlindungan yang sewajarnya. Apatah lagi Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan Kali ke-68, maka jadilah RUU ini dapat diluluskan dan dijadikan hadiah sempena Hari Kebangsaan yang ke-68.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, memandangkan jumlah pekerja gig ini semakin meningkat, saya mencadangkan agar pekerja gig digalakkan menubuhkan persatuan atau kesatuan sekerja supaya suara mereka lebih tersusun dan kedudukan mereka dapat diperkukuhkan. Dalam hal ini, Batu Pahat ingin bertanya adakah hak berpersatuan ini akan disandarkan kepada Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) nombor 87 dan 98 yang menjamin kebebasan berpersatuan serta hak untuk berunding secara kolektif?

Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin menyentuh juga isu kadar bayaran. RUU ini memberi ruang kepada pekerja gig untuk berunding kadar bayaran bersama penyedia platform. Namun, beberapa perkara perlu diperjelaskan. Adakah mereka terikat dengan kadar gaji minimum nasional? Bagaimana pula dengan pekerja gig sambilan yang jumlah jam bekerjanya tidak mencukupi kadar jam minimum sebulan? Adakah terdapat nisbah upah atau formula asas yang boleh dijadikan garis panduan rasmi serta rundingan antara pekerja gig dengan penyedia platform?

Selain itu, Batu Pahat ingin mencadangkan agar setiap surat tawaran atau perjanjian kerja menyatakan jelas pilihan pekerja gig untuk mencarum secara sukarela kepada KWSP sekiranya tiada caruman daripada majikan. Ini penting untuk menjamin simpanan persaraan mereka.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin menyentuh soal waktu kerja.

Ramai pekerja gig menjadikan kerja ini sebagai pekerjaan kedua atau sampingan.

Maka, satu garis panduan waktu kerja yang jelas perlu diperkenalkan bagi mengelakkan keletihan yang melampau yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya atau prestasi kerja utama mereka boleh terjejas. Oleh itu, kita perlu mencari keseimbangan antara fleksibiliti dan kesejahteraan pekerjaan.

Selain itu, selain perlindungan sosial, kerajaan juga wajar mempertimbangkan aspek perlindungan insurans bagi pekerja gig, khususnya dalam kategori berisiko tinggi seperti penghantaran makanan dan pemandu e-hailing.

Mungkin boleh diwajibkan sumbangan kecil dari kedua-dua pihak, sama ada pekerja dan penyedia platform, bagi memastikan perlindungan lebih menyeluruh.

draft • 3:25 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga perlu membina satu pangkalan data nasional pekerja gig yang lengkap bagi tujuan perancangan dasar, pemantauan pelaksanaan kerja serta rujukan dalam isu kebajikan dan keselamatan sosial.

Akhirnya, Puan Timbalan Yang di-Pertua, RUU ini memberi nilai tambah yang besar kepada ekosistem pekerjaan gig di Malaysia. Ia bukan sahaja memperkukuhkan perlindungan sosial malah mengiktiraf sumbangan mereka dalam menjayakan agenda ekonomi digital negara.

Batu Pahat menyokong penuh RUU ini, namun berharap ianya terus ditambah baik dari masa ke semasa supaya lebih inklusif, adil dan berdaya tahan untuk semua pihak yang terlibat. Sekian. Batu Pahat mohon menyokong.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 3:30 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada Rompin untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pekerja Gig.

Saya ingin merakam tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana membentang Rang Undang-undang Pekerja Gig ini. Usaha ini adalah satu langkah ke hadapan yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib satu segmen ekonomi yang semakin penting dan berkembang pesat. Ia adalah pengiktirafan kepada ekonomi gig yang kini menjadi nadi kepada kehidupan jutaan rakyat Malaysia. Namun, pengiktirafan ini harus datang dengan tanggungjawab yang sama beratnya.

Saya ingin merujuk kepada fasal 11, merupakan salah satu fasal paling penting dalam Rang Undang-undang Pekerja Gig yang menjadi tumpuan perbincangan hari ini. Fasal 11 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi hak kepada pendapatan bagi pekerja gig adalah fasal yang paling penting kerana isu pembayaran gaji yang tidak konsisten dan lewat sering menjadi keluhan utama di kalangan pekerja gig. Fasal ini menyatakan bahawa mana-mana pihak yang gagal membayar pendapatan kepada pekerja gig dalam tempoh yang ditetapkan akan melakukan satu kesalahan.

Walaupun fasal ini adalah langkah positif, ia boleh ditambah baik dengan menetapkan tempoh pembayaran yang lebih spesifik dan munasabah. Sebagai

draft • 3:31 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

contoh, tempoh maksimum tujuh hari bekerja selepas perkhidmatan selesai, seperti yang dicadangkan oleh beberapa kesatuan pekerja gig.

Contoh terkini yang berkaitan ialah isu yang sering dihadapi oleh penghantar makanan atau pemandu e-hailing di mana pembayaran bonus atau insentif sering tertangguh atau jumlahnya tidak sepertimana yang dijanjikan. Ini menunjukkan perlunya perincian yang lebih jelas dalam undang-undang bagi menguatkuasakan pembayaran tepat pada masanya dan adil.

Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini, seperti yang dibentangkan, menimbulkan kebimbangan. Ia dikatakan digubal untuk melindungi fleksibiliti dan inovasi. Namun, sejauh manakah ia benar-benar melindungi nyawa dan masa depan pekerja gig itu sendiri? Di luar sana, ribuan anak muda dan pencari rezeki hari ini menunggang motosikal, memandu kereta dan menghantar pesanan, namun mereka berbuat demikian tanpa jaringan keselamatan yang minimum.

Kerangka yang dicadangkan oleh syarikat gergasi seperti Grab menekankan fleksibiliti, tetapi bagi pekerja, fleksibiliti itu sering kali bermakna ketidakpastian pendapatan. Pendapatan mereka tidak stabil. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa komisen yang semakin rendah memaksa mereka bekerja lebih lama, meletakkan diri dalam bahaya semata-mata untuk menampung kos hidup yang kian meningkat.

Puan Yang di-Pertua, lihatlah langkah yang telah diambil oleh negara maju seperti Sepanyol. Pada tahun 2021, Sepanyol menggubal undang-undang Ley Rider yang mengklasifikasikan semula pekerja penghantaran sebagai pekerja bergaji, bukan kontraktor bebas. Ini bermakna syarikat platform secara undang-undang wajib menyumbang kepada jaminan sosial pekerja. Pendekatan seperti ini membuktikan bahawa model perniagaan platform boleh wujud dan berkembang sambil pada masa yang sama menjamin kebajikan serta hak-hak pekerja.

Puan Yang di-Pertua, isu perlindungan insurans. Mereka berdepan risiko kemalangan setiap hari. Di dalam kes-kes kemalangan, siapa yang bertanggungjawab? Siapa yang akan membayar bil hospital? Siapa yang akan menanggung beban kewangan keluarga jika mereka lumpuh atau maut? Rang undang-undang ini kelihatan tergesa-gesa, terlalu fokus kepada kerangka perundangan yang menguntungkan platform tanpa peruntukan jelas, adil dan inklusif untuk pekerja. Ini akan menyebabkan pelaksanaan yang lemah dan merugikan mereka yang paling memerlukan perlindungan.

draft • 3:31 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Puan Yang di-Pertua, saya menyeru agar rang undang-undang ini dikaji semula secara menyeluruh. Kita perlu duduk semeja, bukan sahaja dengan penyedia platform tapi sesi libat urus dengan wakil-wakil pekerja gig itu sendiri. Marilah kita sempurnakan satu Rang Undang-undang Pekerja Gig ini yang benar-benar holistik dan adil yang merangkumi mekanisme penyelesaian pertikaian yang berkesan dan tidak memihak dasar pendapatan minimum yang menjamin kelangsungan hidup.

Saya percaya melalui perbincangan yang teliti dan berasaskan data, kita dapat menggubal undang-undang yang bukan sahaja memacu inovasi tetapi, yang lebih penting, membina sebuah masyarakat yang lebih saksama. Jangan biarkan golongan pekerja gig ini yang kebanyakannya anak muda dan belia bakal pewaris negara kita terus terkapai-kapai tanpa jaringan keselamatan dan hala tuju masa depan.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 3:31 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya menyokong RUU Pekerja Gig 2025, satu RUU penting bagi masa depan pasaran buruh dan ekonomi digital negara.

Menurut Jabatan Perangkaan, 1.12 juta rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig terdiri daripada anak muda lepasan sekolah, graduan universiti, mereka yang hilang pekerjaan semasa pandemik hinggalah yang menjadikannya kerja yang utama menyara keluarga. Mereka inilah nadi ekonomi digital negara. Tanpa mereka, tidak mungkin kita menikmati perkhidmatan e-hailing, penghantaran makanan, barangan dan pelbagai khidmat lain yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat. Namun, sumbangan besar ini masih belum diimbangi dengan perlindungan sewajarnya.

Seterusnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada isu pekerja gig khususnya e-hailing dan p-hailing. Pasaran gig hari ini hampir dikuasai oleh dua syarikat utama iaitu Grab dan foodpanda. Dominasi ini memberi kuasa besar kepada pengendali untuk mengaut keuntungan, manakala pekerja gig kekal tanpa kuasa tawar-menawar. Pekerja terpaksa menerima kadar bayaran yang ditetapkan sepihak, malah kadar itu pula sering berubah-ubah, kadangkala turun tanpa penjelasan.

draft • 3:36 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Puan Yang di-Pertua, RUU ini selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menekankan pembangunan inklusif, reformasi pasaran buruh, pemerkasaan ekonomi digital dan pengukuhan jaringan keselamatan sosial.

Saya menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig sebagaimana yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Hari Pekerja 1 Mei 2024. Suruhanjaya ini penting untuk menjadi pemantau dasar dan platform suara kolektif pekerja gig melalui persatuan yang sah. Seperti di Taiwan, wujud National Delivery Industrial Union, manakala di India ada All Gig Workers Union. Mereka mempunyai saluran rasmi untuk duduk semeja dengan kerajaan membincangkan kadar upah dan perlindungan sosial.

Namun begitu, izinkan saya mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan.

Yang pertama adalah berkenaan dengan standard pendapatan minimum.

Saya mencadangkan diwujudkan formula khas pendapatan minimum pekerja gig seperti yang dilaksanakan di New York City dan Washington State, Amerika Syarikat, di mana pendapatan dijamin berdasarkan masa aktif, jarak perjalanan atau kadar minimum per trip.

draft • 3:36 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Di Malaysia, formula ini boleh berpandukan Gaji Minimum Kebangsaan iaitu RM1,700 sebulan ataupun RM8.70 sejam diselaraskan mengikut kos sara hidup dan inflasi. Saya bukanlah pakar formula tapi ingin berkongsi idea.

Yang kedua, tentang holiday pay. Di UK, pekerja kontrak menerima roll up holiday pay iaitu 12.07 peratus daripada upah kasar mereka. Kalau kita aplikasikan di Malaysia, jika seorang riders sebagai contoh, memperoleh RM2,000 sebulan, dengan holiday pays pada kadar 10 peratus, dia akan mendapat tambahan pendapatan sekitar RM2,400 setahun iaitu melebihi sebulan gaji minimum. Dengan skim ini, pekerja gig boleh bercuti tanpa bimbang kehilangan pendapatan.

Yang ketiga, berkaitan dengan perlindungan sosial dan hak pekerja. Saya menyambut baik caruman PERKESO dan KWSP mandatori. Namun, ia mesti diperkukuh dengan model dana bersama di mana syarikat turut menyumbang melalui levi setiap perjalanan. Selain itu, ketelusan algoritma amat penting. Saya dengar ramai Ahli Parlimen yang menyebut ataupun mengutarakan tentang algorithm. Pekerja berhak tahu bagaimana kadar bayaran dan agihan kerja ditentukan. Hari ini, ramai rider mengadu kadar bayaran berubah tanpa sebab atau

draft • 3:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

akaun digantung tanpa penjelasan. Maka, perlu ada mekanisme semakan ataupun rayuan bebas yang jelas untuk memberi ruang pembelaan kepada pekerja gig.

Puan Yang di-Pertua, dengan meluluskan RUU ini, kita bukan sahaja mengangkat suara pekerja gig tetapi kita juga sedang mengangkat martabat jutaan rakyat yang menjadi tulang belakang ekonomi digital. Maka, mereka berhak mendapat perlindungan, keadilan dan pengiktirafan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 3:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Padang Terap untuk membahaskan Rang Undang-undang Gig 2025 pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, RUU Gig ini sangat penting. Saya mengakui keperluan undang-undang ini untuk melindungi 1.2 juta rakyat kita yang bekerja sebagai e- hailing, penghantar p-hailing dan lain-lain sektor gig. Saya sendiri dan bersama dengan beberapa rakan Ahli Parlimen telah bertemu dengan mereka secara rasmi iaitu dengan Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) yang ada bersama kita pada hari ini di Dewan Rakyat untuk mendengar suara mereka dan luahan mereka.

Tetapi saya perlu tegaskan, RUU ini ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Dibimbangi RUU ini sepatutnya membela nasib para pekerja gig akan menjadi beban pula kepada mereka pada masa akan datang. Kita tidak perlu gopoh meluluskan suatu rang undang-undang tetapi mesti memastikan rang undang- undang yang hendak diluluskan betul-betul masak dan adil kepada semua pihak.

Sesi libat urus yang saya difahamkan banyak yang bersifat satu hala dan lebih bersifat briefing kementerian, sangat kurang perbincangan dua hala dan mengambil kira permasalahan sebenar pekerja gig. Malahan pada 24 Ogos, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah melahirkan rasa kesal apabila mereka tidak dilibatkan dalam proses penyediaan awal Rang Undang-undang Pekerja Gig yang mana kebiasaan pihak mereka dijemput di peringkat awal lagi. Sehingga MTUC telah terpaksa menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk meneliti draf tersebut secara menyeluruh tetapi kelihatan agak terlewat.

draft • 3:42 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Saya juga menerima dan membaca memorandum yang dihantar kepada kami daripada Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa lagi persatuan gig. Antara isu utama ialah RUU Pekerja Gig 2025 akan menyebabkan pertindihan undang-undang di bawah Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta 715 dan akta-akta sedia ada. Pada tahun 2018, di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan 1.0, pemandu-pemandu e- hailing di Malaysia telah diletakkan di bawah badan kawal selia Kementerian Pengangkutan.

Penghantar-penghantar p-hailing kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan pada tahun 2022. Di bawah Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat, pelbagai syarat dan perundangan telah ditetapkan kepada pemandu-pemandu e-hailing iaitu wajib memiliki lesen vokasional PSV, wajib memiliki insurans tambahan iaitu insurans e-hailing, wajib menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom, wajib memiliki EVP yang disediakan oleh penyedia platform. Sehingga kini, tiada syarat perundangan untuk penghantar- penghantar p-hailing sebagaimana yang ditetapkan ke atas pemandu-pemandu e- hailing. Dan RUU ini, halaman 60 hingga 61, senarai pekerja gig yang berkenaan dalam Jadual tidak termasuk perkhidmatan e-hailing, teksi dalam talian dan p- hailing. Ini menimbulkan soalan yang membimbangkan. Mengapakah kategori pekerjaan ini yang merupakan sebahagian besar daripada ekonomi gig tidak disebutkan secara khusus? Adakah mereka dikecualikan atau RUU ini terlupa?

Perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan ialah tentang caruman PERKESO pekerja gig, fasal 78 sehingga 94. Dalam RUU ini, penyedia platform diwajibkan untuk memotong caruman daripada pendapatan pekerja gig untuk setiap transaksi. Kemudian platform wajib membayar potongan itu kepada PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017. Platform juga perlu menyediakan sistem digital yang disambungkan dengan PERKESO dan menyerahkan maklumat pekerja bila diminta.

Isu utama untuk p-hailing ini ialah pendapatan mereka kecil, manakala beban caruman tinggi. Purata pendapatan p-hailing ialah RM5 sehingga RM10 setiap pesanan. Untuk mencapai caruman RM13 sekupang yang minima, seorang penghantar perlu mendapatkan lebih 100 pesanan sebulan. Jika kurang, mereka tetap perlu menambah baki dengan duit poket sendiri. Ini memberikan risiko kepada pekerja p-hailing. Mereka tidak layak untuk mencarum.

draft • 3:42 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua. RUU Pekerja Gig ini sangat penting untuk kebaikan dan kebajikan para pekerja gig. Tetapi isi kandungan RUU ini banyak dilihat tidak membela nasib pekerja gig bahkan menjadi suatu beban kepada mereka nanti.

Sehubungan itu, diharapkan KESUMA meneliti dan memperhalusi isu-isu yang telah dibangkitkan.

Anak muda gig rajin bekerja, Siang dan malam di jalan raya; RUU Gig niat baiknya ada, Perlu ditambah baik demi semua. Terima kasih.

draft • 3:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 3:42 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Jadi, izinkan saya mulakan dengan bukan statistik tetapi dengan sebuah kisah hidup.

Namanya Aida, seorang ibu tunggal dari Kampung Tanjung Bunga, membesarkan dua anak kecil sambil menjaga ayahandanya yang uzur. Beliau bekerja sebagai penghantar makanan melalui sebuah platform e-hailing. Hujan atau panas, dia tetap menunggang motosikal kerana dalam dunia gig, jika tidak bekerja, maka tiada rezeki. Suatu malam, Aida terlibat dalam kemalangan ketika bergegas menghantar pesanan. Syarikat mengucapkan simpati tetapi mengingatinya bahawa beliau hanyalah seorang rakan bebas, partner dengan izin, bukan pekerja.

Maksudnya, tiada cuti sakit bergaji, tiada perlindungan SOCSO, tiada pampasan.

Yang tinggal hanyalah hutang, kesakitan dan tekanan untuk kembali bekerja walaupun belum pulih.

Puan Yang di-Pertua, Aida bukan kes terpencil. Beliau adalah wajah kepada lebih 1.2 juta pekerja gig berdaftar di Malaysia dan jutaan lagi dalam sektor yang tidak formal yang hidup tanpa sebarang jaminan keselamatan sosial. Apabila kita bercakap tentang pekerja gig, ia sebenarnya bukan hanya penghantar makanan ataupun pemandu e-hailing, ia juga jurusolek yang menyiapkan pengantin, pereka grafik bebas yang membantu usahawan kecil, pelakon yang mencurahkan jiwa di pentas dan filem, pemuzik dan buskers yang hidup dari satu persembahan ke persembahan yang lain, tutor dalam talian, juru foto, pengacara majlis.

draft • 3:47 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Semua ini adalah sebahagian daripada tenaga kerja yang tidak kelihatan penting tetapi ia penting.

draft • 3:47 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Mereka memberi warna dalam ekonomi kreatif dan juga perkhidmatan negara. Namun kehidupan mereka rapuh, pelindungan minima dan sering diabaikan.

Jadi sudah terlalu lama kerja gig dianggap kerja sambilan. Hakikatnya, kini ia adalah sumber rezeki utama bagi jutaan rakyat. Mereka yang menghantar makanan malam kita ketika parlimen bersidang hinggalah ke lewat malam, mereka bentuk poster kempen menghiburkan anak-anak kita. Namun di bawah undang-undang sedia ada, mereka dalam zon kelabu, bukan pekerja sepenuhnya bukan juga benar-benar bebas. Jadi rang undang-undang ini adalah pengiktirafan dan juga satu keadilan sosial.

Ada yang berkata, ia akan membebankan perniagaan, sebenarnya tidak. Ia hanya membebankan amalan eksploitatif. Syarikat yang bertanggungjawab, majikan yang bertanggungjawab tidak perlu risau. Rang undang-undang ini memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dan merampas hak pekerja.

Ekonomi gig bukan trend sementara. Pada tahun 2024, 1.2 juta pekerja gig daftar dan anggaran lebih luas mencecah tiga hingga lima juta rakyat Malaysia.

Hampir sepertiga tenaga kerja negara kita. Jadi jika Malaysia meluluskan rang undang-undang ini, kita bukan sekadar mengejar, malah akan memimpin serantau seperti Singapura, UK dan EU yang telah bergerak melindungi pekerja gig.

Jadi, izinkan saya berterus terang kita tidak boleh berdabik dada sebagai pembela rakyat jika kita tidak memilih siapa ataupun jika kita memilih siapa yang kita nak lindungi. Kita tidak boleh mengaku negara berpendapatan tinggi jika ia masih dibina atas tulang pekerja tanpa pelindungan. Ini bukan soal bantuan. Ini adalah soal keadilan. Ini bukan serangan terhadap mana-mana perniagaan. Ini adalah serangan terhadap amalan eksploitasi.

Puan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini bukan sekadar menyokong rang undang-undang ini. Jika benar-benar kita memilih keberanian, memilih keadilan dan memilih rakyat, sokonglah Rang Undang-undang Pekerja Gig. RUU ini bukan tentang politik, ia tentang maruah, tentang rezeki, tentang masa depan. Jika kita gagal hari ini, sejarah akan mengingati kita sebagai sebuah Parlimen yang memilih untuk berpaling. Tetapi jika kita meluluskan rang undang-undang ini, sejarah akan menulis bahawa Parlimen ini berdiri bersama rakyat Malaysia. Dengan itu, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jumpa Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 3:50 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, apabila saya meneliti kertas RUU ini, saya berpandangan seperti rakan-rakan yang lain, ia adalah suatu tindakan yang wajar. Tujuannya untuk melindungi mereka yang bekerja dalam sektor ini dalam mendapatkan hak yang adil selain memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin.

Ini adalah hasrat utama yang harus diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. Memandangkan golongan pekerja gig ini semakin berada dalam arus perdana sektor pekerjaan di negara ini.

Namun, saya juga berpandangan pelbagai peruntukan yang dinyatakan dalam kertas RUU ini masih mempunyai kelompongan yang ketara dan memerlukan penambahbaikan oleh pihak kementerian. Antaranya yang pertama, dalam fasal yang kesebelas iaitu hak bagi pendapatan jika perjanjian perkhidmatan tidak memperuntukkan apa-apa terma dan syarat berhubung pembayaran pendapatan, maka hendaklah membayar dalam tempoh tujuh hari. Peruntukan ini bagus, cuma persoalannya ialah tempoh tujuh hari yang diletakkan ini agak keterlaluan untuk seorang pekerja gig yang mendapat pendapatan secara harian. Jadi persoalan, apa rasionalnya meletakkan tujuh hari ini?

Kemudian fasal 11(2) iaitu mana-mana entiti kontrak yang melanggar subseksyen (1) tadi dianggap melakukan kesalahan. Titik. Berhenti sekadar itu saja.

Apakah hukuman yang dikenakan kepada mereka secara spesifik? Ini tidak dinyatakan.

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah soal penyahaktifan di bawah perjanjian perkhidmatan. Dalam subseksyen (3), penyedia platform boleh mengubah suai atau menggantung akses pekerja gig bagi satu tempoh tidak melebihi 14 hari bagi maksud siasatan. Soalnya bagaimana nasib para pekerja gig dalam tempoh ini jika sesuatu langkah penyahaktifan ini dilaksanakan secara longgar, bukan disebabkan oleh pekerja tetapi berpunca daripada majikan itu sendiri.

Kemudian subseksyen (6)(b) pula berkenaan lanjutan selama tidak lebih tujuh hari pergantungan tersebut yang kalau dicampurkan dengan jumlah keseluruhan ertinya 21 hari pergantungan. Jadi sepatutnya siasatan ini tidak mengambil jalan yang terlalu lama sehingga memberikan implikasi kepada pekerja gig sebagaimana isu yang kita selalu dengar sejak kebelakangan ini.

draft • 3:53 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Puan Yang di-Pertua, yang ketiga, saya meneliti Bahagian VIII, perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja gig bermula daripada kewajipan mendaftar dan mencarum oleh para majikan sehinggalah kepada denda dan hukuman jika para majikan enggan untuk melaksanakan caruman perlindungan sosial kepada para pekerja. Saya boleh bersetuju dengan peruntukan ini.

Namun persoalannya, bagaimana langkah kementerian untuk menguatkuasakan perkara ini serta dalam masa yang sama, bagaimana mahu memastikan syarikat platform kecil dan syarikat pemula dapat bertahan dengan syarat yang ketat ini atau akhirnya ia akan didominasi syarikat-syarikat gergasi yang sudah mempunyai kewangan yang stabil untuk mematuhinya.

Jadi, bagaimana kementerian mahu menyeimbangkan perkara ini? Soalnya yang kita kena perhatikan juga adalah potongan ke atas pendapatan pekerja gig.

Adakah ia tidak akan menjejaskan pendapatan nominal mereka jika ia dilaksanakan?

Jadi mohon penjelasan lanjut daripada pihak kementerian?

Puan Yang di-Pertua, yang keempat, saya juga tertarik dengan Bahagian V mengenai tribunal sebagaimana disebut rakan-rakan. Ia memang langkah yang wajar dan adil kepada pekerja gig dalam menyampaikan suara dan isu-isu sektor gig yang sering kali berbangkit di dada-dada akhbar dan dalam media. Cuma apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana literasi perundangan serta khidmat guaman diberikan kepada mereka dalam soal tenaga yang terhad, masa yang terhad, serta pengetahuan terhad, undang-undang juga terhad?

Bagaimana kementerian mahu memastikan golongan ini mendapat akses terhadap tribunal secara mudah dan saksama? Ini harus diperhatikan secara mendalam kerana apa yang menjadi kebimbangan adalah ketidakseimbangan maklumat boleh mendorong kepada manipulasi keadaan dan situasi. Oleh demikian, saya berpandangan sebaik-baik isu yang dibangkit ini dirujuk terlebih dahulu kepada jawatankuasa pilihan khas untuk ditambah baik serta dibentangkan semula pada sesi mesyuarat yang akan datang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 3:53 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Puan Speaker kerana telah memberikan ruang kepada Mas Gading untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. Pertama sekali, izinkan Mas Gading merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber

draft • 3:59 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Manusia di bawah kepimpinan Yang Berhormat Bukit Mertajam kerana berjaya membawa rang undang-undang ini ke hadapan Dewan Yang Mulia pada hari ini.

RUU ini merupakan langkah bersejarah kerana buat kali pertama kerajaan memberikan pengiktirafan undang-undang kepada golongan pekerja gig. RUU ini bersifat menyeluruh, meliputi hak pekerja untuk mendapat maklumat jelas tentang pendapatan, mekanisme penyelesaian pertikaian, penubuhan Tribunal Pekerja Gig, majlis perundingan dan juga perlindungan keselamatan sosial melalui PERKESO.

Semua ini adalah bukti jelas komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi digital dengan memastikan kebajikan pekerjaan gig terbela.

Jadi Mas Gading menyatakan sokongan penuh terhadap RUU ini, namun sebagaimana mana-mana rang undang-undang baru, pasti ada ruang yang boleh diperbaharui dan diperhalusi.

draft • 3:59 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, Mas Gading ingin mengangkat tiga perkara utama yang wajar diberi perhatian. Pertama adalah beban caruman sosial perlu diperhalusi, Puan — Dato’ Speaker. RUU ini mewajibkan caruman PERKESO melalui platform. Langkah ini progresif tetapi kesannya berat kepada pekerja sambilan. Sebagai contoh, menurut pandangan yang pernah dikemukakan oleh My Mobility Submission, seorang penunggang foodpanda hanya memperoleh sekitar RM8 hinggalah RM12 pada setiap tugasan.

Dengan kadar sebegini, pekerja perlu menyiapkan hampir 100 tugasan sebulan semata-mata untuk mencapai ambang caruman yang ditetapkan. Situasi ini boleh menjejaskan pendapatan bersih. Justeru itu, Mas Gading mencadangkan agar kos caruman ini ditanggung secara bersama oleh pekerja dan syarikat platform dan mungkin kerajaan supaya perlindungan sosial lebih adil dan inklusif.

Perkara kedua adalah struktur Majlis Perlindungan harus diperkaya. Dato’ Speaker, Majlis ini berperanan menasihati kerajaan tentang pendapatan minimum, standard pekerjaan dan semakan dasar. Namun, fasal 51 hingga 61 memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk membuat pelantikan. Supaya ia benar-benar berfungsi, Mas Gading mencadangkan agar wakil pekerja gig dan kesatuan sekerja membentuk sekurang-kurangnya separuh daripada keanggotaan Majlis.

Dengan itu, suara pekerja bukan sahaja didengar tetapi juga menjadi asas kepada keputusan. Sebagai teladan, kita lihat kepada Majlis Media Malaysia yang

draft • 4:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

ditubuhkan sebagai badan berkanun di bawah seliaan Kementerian Komunikasi di mana struktur keanggotaan berasaskan latar belakang industri dengan wakil kerajaan yang minimum. Amalan ini boleh dijadikan rujukan untuk memperkukuhkan Majlis Perundingan Pekerja Gig agar ia lebih telus, inklusif dan berkesan.

Perkara ketiga adalah mekanisme semakan kadar komisen perlu digubal.

Dato’ Speaker, RUU ini memberi kuasa kepada Majlis untuk menasihati tentang kadar pendapatan minimum. Namun, isu besar yang selalu dibangkitkan oleh pekerja gig ialah kadar komisen tinggi dan pendapatan yang tidak menentu. Jadi, RUU ini masih belum memberikan mekanisme jelas bagi mengawal atau menyemak kadar komisen. Jadi, Mas Gading mencadangkan supaya Majlis turut diberi mandat khusus untuk menilai kadar komisen dan membuat syor semakan berkala. Ini penting supaya pekerja gig menikmati pendapatan yang lebih stabil dan berdaya tahan.

Dato’ Speaker, cadangan yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pelaksanaan RUU ini supaya undang-undang yang kita gubal benar-benar memberi manfaat dan keberkesanan kepada pekerja gig. Mas Gading percaya, dengan semangat keterbukaan YB Menteri dan komitmen kerajaan, syor- syor ini boleh dipertimbangkan dalam pelaksanaan dasar kelak. Kita tidak mahu golongan ini terus diperas oleh struktur pasaran yang tidak seimbang dan kita juga tidak mahu platform kecil terhimpit sehingga hanya syarikat gergasi sahaja yang menguasainya.

Akhir kata, Mas Gading menyokong penuh Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. Dengan pelaksanaan yang teliti dan penambahbaikan berterusan, Mas Gading percaya undang-undang ini akan menjadi mercu tanda baharu sejarah perburuhan negara dalam usaha kita membela pekerja gig iaitu golongan yang selama ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi digital negara. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 4:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut menghargai langkah kerajaan untuk memperkenalkan RUU ini sebagai usaha untuk memberi pengiktirafan terutama kepada pekerja gig.

draft • 4:03 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Namun, setelah meneliti beberapa peruntukan, terdapat banyak persoalan kelemahan yang perlu diperhalusi. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana libat urus telah dibuat secara menyeluruh terutama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan agar RUU ini yang melibatkan lebih daripada 1.2 juta pekerja gig ini kita dapat bela kebajikan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu apakah status sebenar mereka pekerja gig ini? Adakah mereka dianggap pekerja sepenuh masa yang berhak mendapat caruman KWSP, PERKESO dan cuti berbayar atau sekadar rakan niaga yang hanya menerima bayaran kerja tanpa hak sosial? Jika status ini kabur, maka undang- undang ini gagal mencapai matlamat untuk melindungi pekerja gig.

Kita semua mempunyai niat yang sama. Kita mahu pekerja gig yang ada perlindungan PERKESO. Masalah yang jelas ialah pekerja yang sudah bayar caruman secara manual melalui Akta 2017 akan tetap kena potongan automatik melalui platform RUU ini. Jadi persoalannya, adakah mereka ini harus membayar dua kali? Jadi, saya — kita mengharapkan supaya isu ini dapat diselesaikan sebab isu sebenar caruman lama tidak diiktiraf bila sistem automatik bermula. Jadi, kesannya kepada pekerja terutama part-time yang buat sikit trip tapi tetap kena potongan tapi mungkin tak cukup untuk capai kelayakan penuh. Mereka dah bayar tapi tetap tidak layak untuk claim. Jadi kita mencadangkan supaya dimasukkan klausa atau kredit caruman lama bila potongan automatik bermula.

Tuan Yang di-Pertua, ya, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan kuasa syarikat platform yang terlalu besar di mana RUU ini masih memberi kuasa dominan kepada syarikat platform untuk menetapkan kadar upah. Jadi, saya ingin tahu bagaimana kerajaan memastikan pekerja gig ini tidak terus dieksploitasi dengan kadar upah yang rendah, masa kerja yang panjang tetapi tiada perlindungan.

Begitu juga tentang perlindungan sosial dan kesihatan. Majoriti pekerja gig bergantung kepada motosikal, kereta dan terdedah dengan kemalangan jalan raya.

Namun, RUU ini tidak memperincikan kewajipan syarikat platform untuk menanggung perlindungan insurans atau keselamatan pekerja. Adakah kerajaan bercadang mewajibkan caruman PERKESO dan skim perlindungan kemalangan kepada semua pekerja gig?

Dan begitu juga jaminan pendapatan minimum. Jika pekerja gig hanya bergantung kepada permintaan aplikasi, mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Jadi persoalannya, adakah kerajaan bercadang mewujudkan satu jaminan pendapatan minimum ataupun kadar upah lantai kepada semua pekerja gig supaya

draft • 4:03 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

dia tidak dibayar terlalu rendah? Begitu juga hak bersuara pekerja gig supaya mempunyai platform yang sah untuk berunding dalam syarikat platform. Jadi, cadangan saya, supaya pihak RUU ini membenarkan untuk menubuhkan persatuan dan kesatuan untuk mereka memperjuangkan hak bersama.

Jadi, saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya status pekerja gig yang jelas, tetap kategori khas pekerja gig yang memberi mereka akses kepada perlindungan sosial seperti KWSP, PERKESO, cuti sakit berbayar minimum tanpa menjejaskan fleksibiliti kerja. Begitu juga kadar upah yang sesuai yang seiring dengan kos hidup semasa. Begitu juga perlindungan insurans yang wajib, wajibkan syarikat platform untuk menyediakan insurans kemalangan jalan raya dan insurans hayat untuk semua pekerja gig yang aktif. Begitu juga mewujudkan mekanisme bagaimana mereka boleh mencarum dalam KWSP dan PERKESO yang dikongsi antara pekerja gig dan syarikat platform dan kerajaan bukan hanya ditanggung oleh pekerja.

Begitu juga hak membenarkan pekerja gig untuk menubuhkan persatuan yang sah untuk bersuara bagi pihak mereka dan begitu juga ketelusan untuk supaya syarikat platform ini mesti mendedahkan secara terus bagaimana kadar upah, tugasan dan penalti yang ditentukan agar pekerja gig tidak dipermainkan oleh sistem yang kabur. Jadi, saya mengharapkan supaya RUU ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum ia diputuskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:03 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Rantau Panjang, ada sikit masa lagi. Boleh?

draft • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:03 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ada masa?

Ya, sila.

draft • 4:03 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dato’ Speaker, sikit je.

draft • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, masa dah habis. Saya mengejar masa ini.

draft • 4:03 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Baik, terima kasih.

[Ketawa]

draft • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 4:03 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bayan Baru hari ini sangat bangga untuk membahaskan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. Satu rang undang-undang yang sangat penting untuk 1.6 juta pekerja gig di seluruh Malaysia. Di antara kita semua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita selalu ambil Grab atau kita ambil parcel dan sebagainya, beli barang.

Kita tahu bahawa pekerja gig ini, mereka adalah antara golongan yang sangat considered frontliner dan juga menyumbangkan kepada ekonomi negara kita. Dan saya selalu terkesan apabila saya sembang dengan Grab driver ke, mereka selalu memberi feedback bahawa keselamatan sosial mereka, pekerjaan mereka, ya selalunya tidak terjamin dan selalunya platform mempunyai upper hand.

draft • 4:08 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan itu sebab, kerana semua feedback ini, kita ― saya hari ini pun ambil manifesto Pakatan Harapan. Manifesto Pakatan Harapan keempat sebenarnya telah merangkumi tentang jaminan keselamatan sosial untuk ekonomi gig. Dan saya baca, “Untuk memenuhi keperluan konsep pekerjaan baharu, contohnya ekonomi gig, jaminan keselamatan sosial akan diwujudkan bagi melindungi kebajikan pekerja gig”. Ini termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan dan saya hendak ucapkan tahniah kepada Menteri KESUMA kerana telah mengangkat manifesto Pakatan Harapan ini dan berjaya melaksanakannya. Tahniah kepada Menteri...

[Tepuk] Dan kita tahu bahawa ini adalah satu permulaan kerana kita tahu bahawa sejumlah 1.6 juta pekerja gig dan dia merangkumi pelbagai sektor dan pelbagai jenis pekerjaan. Dan saya ingin highlight di sini bahawa kewartawanan juga termasuk dalam schedule. Ini bermaksud bahawa dengan keadaan ekonomi yang lain, dengan ekonomi nomad, digital nomad dan juga transformasi digital, banyak pekerjaan telah menjadi boleh dikategorikan sebagai ekonomi gig dan saya harap bahawa lebih banyak usaha untuk merangkumkan lagi kebajikan dan juga social protection untuk pekerja-pekerja gig juga.

Ya, saya ucapkan tahniah kepada KESUMA juga merangkumkan wartawan.

Wartawan yang sekarang tengah dengar perbahasan kita, saya ucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada mereka kerana mereka, ada yang secara kontrak sebagai pekerja dan ada yang freelance, sekarang juga mendapat protection di bawah gig ini. Okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan saya juga ada beberapa soalan saya ingin tanya Menteri adalah hak untuk mogok dan juga protes. Kita tahu bahawa dalam sektor-sektor lain, mereka boleh form kesatuan, mereka boleh form union dan mereka mempunyai hak untuk mogok dan sebagainya dan protes. Kita tahu bahawa gig ini dia lain, dia very special kind of employ ― bukan employment tetapi contract for service. Jadi, mereka― walau bagaimanapun, mereka berhadapan dengan satu syarikat-syarikat gergasi dan sememangnya mereka tidak mempunyai suara. Dan apabila mereka ingin melakukan protes atau membawa ― contohnya, Grab driver yang dahulunya protes apabila mereka merasa tekanan juga kerana nama mereka, gambar mereka tersiar di surat khabar dan mungkin mereka kenakan schedule banned. Dia ada sistemnya supaya mungkin mereka dikatakan budak jahat, mereka di-identified sebagai golongan yang lantang dan syarikat tidak suka dan mungkin mereka kenakan schedule banned. So, apakah cara kementerian untuk menyelesaikan masalah ini? Ini soalan pertama.

Kedua adalah tentang high value gig. Kita tahu bahawa ada― sekarang kita menuju kepada digital nomad. Ada ramai expat ― bukan. Sorry, bukan expat. Ada ramai rakyat Malaysia sekarang sebenarnya mereka kerja mendapat kontrak daripada syarikat-syarikat international, mereka mungkin menjadi translator. Saya tahu ada kawan-kawan yang bekerja, dia translate Netflix punya filem, dia punya bahasa dia. Mereka mendapat kontrak daripada luar negara tetapi mereka stay di Malaysia. Netflix tidak register dekat sini. Bagaimana boleh selesaikan kalau mereka ditindas dan ada isu-isu yang berbangkit?

Jadi, akhir sekali, sekali lagilah saya ucapkan tahniah kepada Menteri berani membawa perubahan, berani untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan dan berani untuk membawa kebajikan kepada 1.6 juta pekerja gig di negara Malaysia.

Tahniah!

Terima kasih. Bayan Baru menyokong.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kangar.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Jadi, pada petang ini, Kangar ambil peluanglah untuk membahas Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. Kita mula dengan pantun bagi hilang mengantuk.

draft • 4:14 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

*Bunga cempaka harum mewangi, Tumbuh segar di tepi halaman; Hak pekerja gig jangan kita sepi, Kerana mereka adalah wira jalanan...

[Tepuk]* Jadi, pada petang ini, mereka yang bekerja sebagai pekerja gig bersiap sedia ataupun sedang menonton untuk melihat suasana perbahasan di Dewan Rakyat berkaitan dengan hak-hak mereka. Walaupun RUU ini ada asas kebaikan, YB Menteri, tetapi RUU ini juga mempunyai lompong-lompong kelemahan yang boleh meragut kepercayaan kepada pihak KESUMA. Di luar sana, ramai pekerja-pekerja gig kurang berpuas hati dengan RUU ini.

Saya faham hasrat KESUMA. Hasrat KESUMA adalah untuk memberi perlindungan kepada semua warga Malaysia, bukan setakat pekerja gig. Apa yang saya faham, KESUMA ini dia hendak bagi perlindungan kepada semua warga Malaysia. Tapi dalam konteks perbahasan hari ini ialah berkaitan dengan pekerja- pekerja gig. Saya faham.

Namun begitu, banyak kelompongan-kelompongan. Saya pergi kepada fasal 2 – tafsiran. RUU ini tidak memberi definisi yang jelas tentang tafsiran pekerja gig dan di luar sana pekerja-pekerja ini masih tertanya-tanya, “Aku ini pekerja gig ataupun tidak?”. Masing-masing tertanya-tanya. Adakah mereka ini adalah e-hailing, p-hailing?

Seperti yang rakan-rakan lain sebut, penulis bebas, mungkin pelajar-pelajar yang di universiti mereka membuat part-time, adakah mereka tergolong dalam golongan tersebut? Jadi, kegagalan menjelaskan maksud pekerja boleh menimbulkan sedikit kekeliruan berkaitannya dengan skop pekerja gig. Jadi, soalan saya, siapakah pekerja gig yang sebenar? Siapakah fokus sebenar KESUMA dalam pekerja gig ini?

Dato' Yang di-Pertua, fasal 10 berkaitan hak pekerja gig untuk menyertai, mengambil bahagian dalam atau menubuhkan persatuan pekerja gig. Apakah terma- terma dan syarat perkhidmatan hendaklah terbatal? Jika ini berlaku, pekerja-pekerja akan kehilangan suara ataupun hak mereka dalam menuntut hak. Kadang-kadang pekerja ini dia ada hendak bincang sesuatu, ada benda yang mungkin KESUMA tidak tahu tetapi pekerja dia rasa dia perlu cakap kepada KESUMA. Jadi, soalan saya, kenapakah mereka ini tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan? Lagi pun, mereka datang dari platform yang berbeza. Lagi banyak platform, lagi banyak persoalan yang berlaku.

draft • 4:14 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dato' Yang di-Pertua, saya pergi kepada fasal 82 berkaitan hak pekerja gig di bawah perlindungan keselamatan sosial atau PERKESO. Bila sebut PERKESO, ia adalah berkaitan dengan caruman. Caruman, maksudnya duit hangus. Saya faham caruman ini adalah duit hangus. Duit yang kita keluarkan pada setiap bulan tak boleh dapat balik duit ini. Kalau insurans, dia ada juga yang boleh dapat balik. Tetapi, caruman untuk PERKESO tidak boleh dapat balik kecuali untuk pencen-pencen ilat dan sebagainyalah. Itu dari segi perlindungan.

Dan kemungkinan pekerja-pekerja gig ini mereka kurang pendapatan sebab mereka ini berada di pekerjaan yang berbeza. Bila pekerjaan berbeza, mungkin pendapatan mereka berbeza. Macam saya sebutkan tadi, kalau student, mereka juga mungkin malam buat part-time dan sebagainya, adakah mereka terlibat dalam caruman tersebut? Jadi, harapan saya supaya satu mekanisme penyelarasan dibuat bagi menyokong perlindungan keselamatan sosial pekerja gig.

Dan, yang terakhir, hukuman bagi kemungkiran bayar caruman. Ini biasa.

Bukan setakat pekerja gig, yang sebelum ini peniaga-peniaga jalanan pun saya rasa masalah yang sama, tak boleh bayar caruman. Hendak bayar macam mana? Nak bayar sewa kedai pun tak boleh. Ini apa lagi pekerja gig yang pendapatan mereka agak kecil. Jadi, saya minta KESUMA untuk melihat balik aspek ini supaya pekerja mendapat hak.

draft • 4:14 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Kangar sedikit?

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya, Alor Setar. Silakan.

draft • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Apa pandangan Kangar ada aduan pemandu-pemandu e-hailing ni mereka kena ambil lesen PSV macam teksi. Tapi bila lalu di tol, dia kena bayar penuh sedangkan teksi dia bayar separuh. Jadi sepatutnya kalau pemandu e-hailing ni ambil lesen PSV, kos macam teksi sepatutnya lalu tol pun dapat keistimewaan macam teksi. Apa pandangan Yang Berhormat Kangar?

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kalau macam ni penatlah.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey penat. Pekerja-pekerja e-hailing penat. Jadi, minta KESUMA untuk – mengambil – perkara ini. Jadi, masukkan ucapan Alor Setar dalam ucapan saya. Jadi, saya cadangkan akhirnya RUU Pekerja Gig

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

2025 ditangguhkan terlebih dahulu untuk kita rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas terlebih dahulu. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 4:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih Datuk Timbalan Speaker memberi ruang Pulai untuk membahaskan Rang Undang-undang Gig ini.

Timbalan Speaker, Pulai merasakan sangat berbangga dengan usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya KESUMA kerana telah merangka satu rang undang-undang yang ditunggu-tunggu oleh 1.6 juta pekerja gig di negara kita.

Saya tak setuju menyatakan bahawa kita kena tangguh, kena tangguh ini.

Sebab mereka sedang menunggu. Kalau setiap masa nak tangguh, tangguh, bila nak mula? Inilah masa yang kita nak mula kerana inilah yang ditunggu-tunggukan oleh mereka. Ini kalilah kita terus laksanakan.

[Tepuk] Timbalan Speaker, dalam rang undang-undang ini telah dinyatakan kontrak perlu jelas. Setiap perkhidmatan perlu ada perjanjian perkhidmatan dalam seksyen 3 rang undang-undang ini. Dengan ini di pihak pekerja akan lebih jelas tugas dan tanggungjawab mereka. Di samping itu juga, pihak platform juga tidak boleh lari daripada tanggungjawab yang telah termaktub dalam kontrak ini. Ini sangat berbeza dengan yang ada pada waktu ini di mana pekerja-pekerja gig ini terumbang-ambing, dia tak tahu nak pegang di mana.

Dia mengharapkan kepada platform, platform tidak melayan apa yang diutarakan. Jadi selama ini mereka berasa susah untuk menghadapi perkara ini. Ini adalah satu rang undang-undang yang baik untuk mereka ini.

Dinyatakan juga tentang hak pekerja dalam seksyen 8 ini dengan jelas. Juga dinyatakan bahawa pekerja gig ini tidak boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab yang munasabah. Saya dimaklumkan bahawa pada masa sebelum ini, jika ada komplen daripada customer kepada pekerja-pekerja gig ini tanpa notis yang jelas, tanpa sebab yang jelas dia kena terminate daripada perkhidmatan ini. Ini sudah tentu tidak adil tetapi bila dinyatakan dengan jelas dalam rang undang-undang ini kita dapat rasakan ada satu jaminan yang lebih baik kepada pekerja-pekerja ini.

Seterusnya dari segi dibenarkan juga untuk pekerja gig ini melaksanakan atau mengikat perjanjian lebih daripada satu pihak ataupun lebih daripada satu

draft • 4:21 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

platform. Maknanya dia bekerja dia bukan satu syarikat saja yang dia akan bersama tapi dia boleh banyak syarikat boleh terlibat. Ini memberikan kebebasan kepada mereka untuk memilih mana yang lebih baik.

Sebelum ini dari segi gaji ini banyak dinyatakan khususnya e-hailing ini menyatakan kepada kita mereka mahu satu gaji yang munasabah. Adanya apa disebut sebagai harga tambang, harga lantai tambang ini. Kerana apabila kita tidak ada ini menyebabkan pihak syarikat ini, pihak platform ini sesuka hati menurunkan.

Mereka bersaing antara satu sama lain. Maka dia akan tawarkan yang terendah sekali kepada pasaran. Ini menyebabkan di kalangan pekerja-pekerja gig ini mereka tertekan sebab yang menanggung kos operasi itu adalah mereka bukan syarikat ini.

Jadi setiap masa mereka memikir macam mana mereka nak kurangkan kos ini tetapi syarikat dengan mudah menurunkan harga tambang ini. Ini menyukarkan.

Akhirnya mungkin mereka terpaksa juga ambil walaupun mereka tak ada duit, mereka terpaksa juga mengambil walaupun dengan harga yang murah. Tapi di hujung bulan, mereka tak cukup duit. Di hujung tahun, mereka berdepan dengan masalah maintenance kenderaan mereka. Inilah selama ini membebankan mereka.

Hari ini, rang undang-undang ini insya-Allah boleh membantu mereka keluar daripada masalah yang mereka hadapi ini.

[Tepuk] Cuma saya nak dapatkan beberapa penjelasan ini daripada Menteri. Kita ada polisi gaji minimum RM1,700 ini tetapi pekerjaan mereka ini bebas. Macam mana kita nak pastikan bahawa mereka ini tetap mendapat RM1,700 sebulan? Macam mana kita nak imbangkan keadaan itu dalam keadaan mereka ini bekerja secara bebas?

Yang keduanya adalah di mana platform ini ada algorithm dia. Apakah tribunal ini boleh cross melihat kepada algorithm ini? Jika kita nak fair juga kepada platform ini kalau kita buka keseluruhannya algorithm ini, so mungkin strategi-strategi syarikat itu akan diketahui umum.

So, macam mana seimbang ini? Apakah ada dua kepentingan itu?

Kepentingan pekerja gig yang nak tahu tentang algorithm ini...

draft • 4:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:21 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Dan kepentingan syarikat. Jadi saya ingin mohon penjelasan daripada Menteri dan juga apa jaminan kita boleh berikan harga lantai kepada pekerja gig ini. Terima kasih.

draft • 4:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi.

draft • 4:21 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk berbahas rang undang-undang ini. Saya juga turut mengucapkan dan memberi pujian kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Menteri kerana membawa satu rang undang-undang yang lama kita menunggu dan juga ditunggu oleh para-para pekerja gig ini.

Kalau kita melihat statistik Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri telah pun mendahului negara Afrika. Banyak negara Afrika yang belum ada undang- undang kecuali Kenya, Bangladesh, yang ada Labor Act 2006 tapi tidak memasukkan pekerja-pekerja gig. Di Philippines juga begitu. Canada dan surprisingly dengan izin, Hong Kong tidak ada undang-undang yang jelas berhubung dengan gig ini.

Yang Berhormat Menteri, saya juga melihat Wikipedia tentang Yang Berhormat Menteri. Secara conclusion-nya dalam Wikipedia tersebut menyatakan fokus utama Menteri adalah melindungi pekerja dalam ekonomi baru gig digital automasi sambil memastikan majikan dapat mengekalkan daya saing global.

Tahniah kerana salah satu yang tiga itu ditunaikan pada hari ini.

Juga kalau kita melihat pekerja-pekerja gig ini amat besar angkanya. Kalau kita melihat seluruh dunia daripada tujuh sources, di antara 535 juta hingga 1.6 bilion orang bergantung kepada pekerjaan gig ini. Juga nilai pasaran ekonomi gig ini berjumlah di antara 455 bilion hingga 556.7 bilion antara 2024 dan 2025. Juga kalau kita melihat antara negara-negara yang besar mempunyai angka ini, China contohnya mempunyai 84 juta, Amerika dengan 36 juta, United Kingdom tujuh juta, India 77 juta, 23.5 juta menjelang 2029 tambahan dan Kanada. Begitu juga dengan Eropah.

Yang Berhormat Menteri, cuma masalah yang ditimbulkan di beberapa tempat mempunyai persamaan yang sama dengan Malaysia.

draft • 4:26 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kalau kita melihat angka-angka tersebut, maka kita dapati perlulah kita melihat kepada cadangan Yang Berhormat Menteri, perkara 10, hak pekerja gig untuk menyertai, mengambil bahagian dalam atau penubuhan persatuan pekerja gig.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dan saya bersetuju sangat kalau dapat kerajaan juga membantu supaya mereka ini menubuhkan satu union, hanya satu, jangan berpecah terlalu banyak.

Yang Berhormat Menteri, walaupun saya memberi pujian, tapi ada juga Yang Berhormat Menteri yang belum memberi pujian. Malah hari ini SUHAKAM mengeluarkan kenyataan, Kuala Lumpur, Ogos 28 di Human Rights Commission, dengan izin, of Malaysia's Suhakam has expressed concern over the drafting process of the Gig Workers Bill 2025 despite welcoming its intent. In a statement, the Commission criticised the government for not consulting SUHAKAM during the preparation of the bills. Ini yang kita tak sedap dengar, Yang Berhormat.

Sebab itu, ada kawan-kawan kita yang minta supaya ditangguhkan dahulu.

Bukan kita tak mahu buat, tapi kita menyokong, tapi ditangguh, dikaji semula supaya perkara-perkara yang ditimbulkan oleh mereka-mereka ini, SUHAKAM, MTUC, kalau tak salah saya satu lagi kesatuan pekerja yang menyatakan supaya mereka perlu involved dengan izin, dalam perbincangan — perbincangan bersama-sama dengan kementerian. Begitu juga di pihak kami.

Jadi perlulah saya rasa dibawa kepada jawatankuasa terlebih jauh. Yang Berhormat Menteri, masalah utama yang diadukan oleh pekerja gig ini adalah kadar upah di mana saja. Di Pulau Langkawi lagi susah kerana pulaunya kecil, lebih-lebih lagi sekarang ini syarikat besar-besar mempunyai pemandu mereka sendiri yang menghantar barang-barangan yang dibawa oleh mereka ini.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dalam satu minit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Habis sudah Dato’ Yang di-Pertua, saya insya-Allah lah akan bawa perkara ini mungkin melalui TikTok dan sebagainya.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi, that was a good one, dengan izin. Berikutnya saya memanggil pembahas yang terakhir. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.

draft • 4:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk memulakan perbahasan, saya ingin memetik kata-kata novelis Jepun yang terkenal, Haruki Murakami, pada awal ucapan saya. Dengan izin, between a high, solid wall and an egg that breaks against it, I will always stand on the side of the egg.

Dengan semangat yang sama, saya berdiri menyokong Rang Undang- undang Pekerja Gig 2025 kerana ia menyentuh terus kehidupan jutaan rakyat

draft • 4:32 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Malaysia yang mencari rezeki melalui pekerjaan gig. Dari penghantar makanan, pemandu e-hailing hinggalah wartawan sambilan, jurubahasa, jurusolek dan ramai lagi.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi gig bukanlah sesuatu yang muncul hanya selepas kewujudan ekonomi platform. Sejak dahulu lagi, syarikat-syarikat besar telah mengambil bekerja sebagai kontraktor. Contohnya, syarikat media yang mengupah wartawan bebas atau kontrak jangka pendek. Dengan cara ini, syarikat tidak perlu menanggung caruman PERKESO atau KWSP.

Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan sahaja p-hailing atau e-hailing driver adalah pekerja gig. Ramai pekerja dalam sektor lain juga adalah pekerja gig. So, untuk pekerja gig ini, walaupun mereka jalankan kerja seperti seorang kakitangan sepenuh masa, mereka langsung tidak menikmati kebajikan seperti pekerja konvensional. Dan hari ini, fenomena ini berkembang lebih meluas dengan wujudnya platform digital yang menghubungkan penyedia perkhidmatan dengan pengguna. Oleh itu, lebih ramai rakyat kini berada dalam kategori pekerja gig. Namun, walaupun model ini memberi fleksibiliti, kita tetap perlu menyediakan kerangka undang-undang untuk melindungi hak asas mereka.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini menetapkan bahawa entiti kontrak mesti memberi maklumat jelas mengenai terma perjanjian, kadar bayaran, skop kerja dan hak untuk dirunding. Ia juga melarang penamatan secara sewenang-wenangnya serta memberikan hak kepada pekerja gig untuk mencabar penyahaktifan atau akaun yang tidak adil.

Saya alu-alukan ketetapan bahawa penyahaktifan mesti disiasat dalam tempoh 14 hari dan jika tiada asas, pekerja gig mesti diaktifkan semula serta dibayar pampasan separuh daripada pendapatan jangkaan mereka. Buat pertama kali juga, pekerja gig diberikan akses kepada tribunal pekerja gig yang membolehkan pertikaian diselesaikan secara cepat, murah dan mudah. Saya berharap tribunal ini benar-benar mesra rakyat, termasuk akses dalam talian dan yuran minimum.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering kali mendengar luahan daripada pekerja gig.

Khususnya, mereka dalam e-hailing dan p-hailing. Ramai mengadu, kadar bayaran terlalu rendah sehingga tidak menampung kos perjalanan. Namun, mereka tetap terpaksa ambil pesanan kerana jika tidak, peluang untuk terus dapat kerja terjejas.

Benar, mereka pemilik kenderaan sendiri. Tetapi dalam ekonomi gig ini, mereka tidak mengawal means of production dengan izin. Yang paling penting, iaitu platform teknologi. Walaupun banyak aduan dibuat, situasi masih kekal sama. Inilah

draft • 4:32 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

sebabnya kita perlu satu kerangka undang-undang untuk memberi kedudukan setara antara pekerja gig dengan pemilik platform. Kuasa platform terlalu besar untuk dipandang oleh individu. Dengan adanya Majlis Perundingan, barulah pekerja gig boleh duduk sama tinggi dengan pemilik platform.

Paling penting sekali, seksyen 51(5) menetapkan bahawa bilangan wakil entiti kontrak mestilah sama dengan bilangan wakil pekerja gig. Inilah semangat yang mengangkat kedudukan pekerja kita sehingga setaraf dengan pemilik modal dan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, proses RUU ini dibuat secara tidak — bukan dibuat secara terburu-buru. Sebanyak 37 libat urus telah dijalankan. Dengan 3,873 orang peserta terlibat. NGO dan kesatuan juga banyak menyatakan sokongan mereka.

Geram, mahukan perlindungan adil untuk wartawan bebas. Gabungan e-hailing Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Persatuan Pekerja Profesional Filem, Persatuan Jurubahasa Isyarat, Persatuan Rakan Penghantar Malaysia, Kesatuan TV3 lagi. Semuanya mengatakan sokongan.

Ahli akademik berpendapat RUU ini akan memperkasakan dialog sosial.

Pakar ekonomi pula bersetuju, ia tidak akan menambah beban kepada pengguna, malah meningkatkan kesejahteraan pekerja gig. Kesatuan sokong. Pekerja gig sokong. Pakar ekonomi juga sokong. Maka bagaimana dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini?

Dengan izin, saya sekali lagi memetik ucapan Haruki Murakami. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, *each of us is more or less an egg. Each of us is a unique, irreplaceable soul enclosed in a fragile shell. And each of us, through a greater or lesser degree, is confronting a high, solid wall. The wall has a name. It is the system.

The system is supposed to protect us but sometimes it takes on a life of its own. And then it begins to kill us and cause us to kill others coldly, efficiently, systematically.* Apabila sistem mula menindas, tugas kita sebagai pembuat dasar adalah memperbetulkannya. Di balik tembok, ada jiwa. Telur kecil rapuh berharga. RUU ini menjulang suara. Melindungi pekerja gig demi adil sejahtera. Saya menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 ini. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikutnya saya mempersilakan Menteri untuk menjawab, 30 minit. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan Peraturan 37, isi-isi

draft • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

perbahasan, 36, dan jangan lupa 41, adab di dalam Parlimen. Silakan Yang Berhormat Menteri, 30 minit.

draft • 4:32 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan RUU Pekerja Gig ini.

Saya nak jawab pantun Ahli Parlimen Kluang, pembahas terakhir dahulu. Walaupun saya tidak ada ungkapan Murakami, tapi saya jawab dalam pantun beliau.

Cuba menyenduk baki di hujung, Periuk hitam penuh jelaga; Ayam berinduk sirih berjunjung, Tiap pekerja termasuk pekerja gig harus dijaga. Saya juga nak ingatkan bahawa ada beberapa orang Ahli Parlimen menggunakan perkataan kelompongan, tapi sebenarnya dalam ucapan saya, saya sebut kelompangan. Jadi, saya check juga dengan Dewan Bahasa. Dewan Bahasa kata kelompangan. Jadi, kita cubalah gunakan frasa yang lebih tepat oleh autoriti bahasa Melayu negara kita.

Saya rasa saya mengungkapkan rasa terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat waima dari barisan pembangkang sebab rata-rata semuanya menyatakan bahawa ada keperluan mendesak satu undang-undang seperti RUU Pekerja Gig ini.

Jadi, itu saya rasa kita semua setuju. Saya dah iktirafkan niat, hasrat setiap kerajaan tak kira parti politik memang ingin menganjurkan ataupun melaksanakan satu mekanisme untuk membela nasib pekerja gig.

Ini dah berlaku bertahun-tahun. Saya setuju dengan YB Kluang bahawa pekerja gig ini ada yang kata kita buat berfasa kepada e-hailing dulu, p-hailing dulu dan sebagainya. Tetapi, perlu kita fahami bahawa pekerja gig ini bukan hanya kepada e-hailing, p-hailing. Ia sememangnya satu fenomena baharu dalam kerangka ekonomi negara. Kita belum lagi bincang tentang sektor perfileman.

Tadi, saya dengar ada seorang pembahas kata ini dah 100 tahun sektor perfileman ini mereka dah bekerja dan sifat pekerjaan mereka adalah gig walaupun masa itu belum dipanggil giglah. Tapi, mereka belum ada apa-apa pembelaan mekanisme yang melindungi mereka. Jadi, bukan hanya takat e-hailing, p-hailing yang ada keperluan tetapi juga sektor-sektor lain.

Satu lagi saya tengok, Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada barisan pembangkang agak keliru sebab dia tidak senada dan sesuara kecuali dia kata yang senada itu dia nak tangguhlah. Tapi saya tengok undang-undang lain pun dia duk

draft • 4:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

suruh tangguh. Sebab apa? Contoh Rompin. Dia minta supaya kita tengok pelaksanaan mekanisme undang-undang berkaitan pekerja gig di Sepanyol (Spain).

Tapi, Machang pula kata, “Jangan tiru Spain, nanti pelabur lari, nanti syarikat-syarikat lari”.

Ada yang seakan-akan membangkitkan kebimbangan yang selama ini disuarakan oleh syarikat korporat seakan-akan undang-undang ini harus memuaskan hati syarikat korporat. Kalau tidak, kita jangan setuju dulu. Jadi, saya rasa kita harus faham bahawa undang-undang ini adalah untuk membeti pembelaan kepada pekerja gig tetapi pada masa yang sama mengekalkan daya saing ekonomi negara.

Satu lagi perkara yang mungkin sering disebut oleh rakan-rakan saya. Alor Setar, Machang ada sebut ialah tentang MTUC tidak dirujuk sebagai label centre yang utama di negara kita. Tadi saya sebut dalam ucapan saya, bacaan kedua tadi, bahawa presiden ataupun wakil MTUC ada hadir dalam Dewan yang mulia ini, dalam Parlimen ini. Satu kenyataan pun telah dikeluarkan.

Saya rasa dua tiga hari lepas, kenyataan bersama sokongan ke atas RUU Pekerja Gig oleh persatuan dan kesatuan sekerja Malaysia. Saya hanya baca perenggan pertama, “Kami gabungan persatuan dan kesatuan sekerja yang mewakili jutaan pekerja di seluruh negara dengan ini menyokong penuh menyatakan sokongan penuh dan tidak belah bahagi”. Jadi, jangan ada belah bahagian nanti terhadap pembentangan RUU Pekerja Gig 2025 oleh Kementerian Sumber Manusia

(KESUMA) di Dewan Rakyat. Ini ditandatangani oleh Gabungan E-Hailing Malaysia yang merupakan gabungan yang ada 22 persatuan, koperasi dan kumpulan komuniti dengan lebih kurang tujuh hingga 10,000 orang ahli.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang dikatakan tidak dirujuk, tidak setuju dan sebagainya yang mempunyai gabungan 200 kesatuan sekerja, 500,000 orang keahlian, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia

(UNI-MLC) iaitu label centre yang kedua negara kita yang gabungan 118 buah kesatuan sekerja dengan 300,000 keahlian.

Saya nak sebut tadi. Selain daripada saudara Datuk Abdul Halim, Presiden MTUC ada seorang lagi veteran kesatuan sekerja yang hadir di Parlimen ini untuk memberikan sokongan iaitu saudara Datuk Shafie Mammal, seorang veteran gerakan kesatuan sekerja lebih 50 tahun beliau di sini. Persatuan beliau juga menyatakan sokongan melalui kenyataan ini.

draft • 4:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Satu lagi, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam

(CUEPACS), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) yang mewakili 70,000 para penggiat seni. Malaysian Science Language Interpreters and Translators National Organisation mewakili 100 orang keahlian. Jumlahnya ialah 487 kesatuan, persatuan dan NGO dengan keahlian hampir 1.42 juta pekerja.

Jadi tidak adil dan benda ini dah keluar dalam paper. Jadi, tidak adil untuk petik kata, “Tidak dirujuk, ini tidak dirujuk dan itu tidak dirujuk”. Saya nak betulkan kenyataan Alor Setar tentang isu 14 hari ini. Kalau saya tak sempat jawab, nanti saya minta kenyataan ataupun soalan bertulis kepada Ahli-ahli Parlimen dalam masa seminggu. Saya minta pegawai-pegawai KESUMA untuk beri perhatian. Saya takut juga sebab tulisan saya ini macam cakar ayam, takut terlepas. Ada beberapa orang Ahli Parlimen, Alor Setar khususnya yang pertama dia menyuarakan kebimbangan tentang seksyen 14, tentang penyahaktifan. Dikatakan kuasa diberi penuh kepada platform dan 14 hari terlalu panjang dan sebagainya.

Untuk makluman rakan-rakan Yang Berhormat, sebelum adanya RUU ini, platform juga yang mempunyai kuasa penuh untuk menyahaktif ataupun menggantungkan ataupun menamatkan kontrak perkhidmatan dengan pekerja gig.

Dan saya dah sebut tadi, kes Loh Guet Ching, Mahkamah Persekutuan 2024. Beliau mendakwa ada penamatan tidak adil. Unfair dismissal or unfair termination of contract, dengan izin, tetapi tidak ada sebarang kerangka undang-undang berkenaan dengan itu dan beliau juga tidak dibenarkan untuk merujuk pertikaian tersebut ke Mahkamah Perusahaan.

Dengan adanya fasal 14 ini, sebenarnya fasal 14 inilah yang memberikan satu proses yang lebih adil berpandukan undang-undang dan jelas kepada kedua- dua pihak dan mempunyai kekangan-kekangan mengehadkan kuasa, contohnya entiti kontrak iaitu syarikat platform daripada melakukan sewenang-wenangnya. Nak menghentikan, boleh tapi ada syaratnya yang termaktub dalam RUU ini dan kemudian 14 hari. 14 hari ini adalah satu piawaian yang kita adjust, yang kita selaraskan selepas sesi libat urus dan piawaian ini juga boleh dibandingkan atau dicerminkan dengan peruntukan penggantungan 14 hari dalam Akta Kerja.

Walaupun ya, betul dua benda yang tidak sama tetapi kita menggunakan penanda arasan piawaian, satu.

Keduanya, kalau penyahaktifan itu — dalam tempoh penyahaktifan, pekerja diberi hak. Sekarang tidak ada. Dalam undang-undang ini, pekerja diberi hak untuk membela diri, untuk didengari versi dia. Takkan senang-senang, mungkin ada

draft • 4:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

customer, bukan kata customer is wrong tapi kadangkala ada juga customer yang membuat aduan yang tidak munasabah. Jadi, pekerja itu perlu diberi hak untuk didengari dalam tempoh itu dan kemudian kalau didapati penyahaktifan itu didapati tanpa sebab, tanpa salah laku di pihak pekerja, maka majikan perlu bayar pampasan.

50 percent of the average daily pay, dengan izin. 50 peratus daripada purata bayaran setiap hari, dengan formulanya disebut dalam itulah.

draft • 4:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Benda ini tak ada. Kalau sekarang tanpa undang-undang ni, kalau nyahaktif, tak boleh buat apa-apa. Nak pergi ke mahkamah pun tak boleh. Jangan kata bayaran. Satu.

Keduanya, kalau tidak berpuas hati, kalau pekerja itu masih tidak berpuas hati...

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya akan jawab dulu. Tidak berpuas hati, pekerja itu tak perlu melalui mekanisme kilanan dua, tiga kali. Tak perlu masuk lagi mekanisme kilanan dalaman. Dia boleh terus merujukkan kes ini ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Sebenarnya ada dalam akta. Dia kata untuk mekanisme kilanan tidak, apa itu, tidak terpakai kepada apa-apa pertikaian berhubungan dengan penyahaktifan di bawah seksyen 14, kalau kita lihat 17(3). Jadi, dia tak payah, dia boleh skip dah itu. Dia boleh terus pergi ke JPP, kemudian JPP ada proses rundingan damai. Kalau tak puas lagi, bawa ke tribunal, ya.

Bab SUHAKAM, MTUC, saya dah jawab.

Boleh. Okey, tak apa. Sebab dia pembahas pembangkang pertama, saya bagi peluang. Dan juga rakan saya dekat BM.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sahabat lama saya dulu.

Mengenai seksyen ataupun fasal 14 itu, Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri sebut ― saya setuju dia jadi satu undang-undang dan boleh dibawa ke pihak tribunal ataupun mahkamah. Namun, isunya, Yang Berhormat Menteri, ialah kalau tadi disebut bayaran ― katalah kalaulah didapati dia tak bersalah, 14 hari itu dia dibayar separuh. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut ada dalam undang-undang. Pada saya, kalaulah dia tak bersalah, sepatutnya dia dibayar penuh, Yang Berhormat Menteri. Kalau dibayar separuh ini macam satu ketidakadilan sebab didapati dia tak bersalah.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang kedua, Yang Berhormat Menteri, yang last, dalam ini disebut diberi notis kepada pekerja tersebut kalau dia buat salah, tapi tak disebut dalam seksyen 14(4) ini tempoh dia patut dapat notis. So, saya cadangkan penyedia platform itu bagi notis pada dia itu 24 jam awal supaya dia boleh bersedia untuk cari sumber pendapatan lain. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih, Speaker.

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Dia ini memang kalau kita nak tambah- tambah lagi kepada semua undang-undang manusia ini memang boleh ditambah.

Tapi, saya rasa dengan adanya peruntukan sedia ada memang sudah memberikan, apa itu, orang kata kerangka yang jelas mengehadkan kuasa, bukan hanya diberikan kuasa sewenang-wenangnya kepada entiti kontrak dan juga memberikan keadilan berbanding dengan keadaan sekarang, zero.

Jadi, saya rasa kalau mungkin satu hari nanti kita lihat― sebab, ini undang- undang baru. Seperti yang saudara saudari dalam Dewan yang mulia ini katakan, kita kena melaksanakan undang-undang baru ini dengan cara yang bersederhana.

Jadi, saya rasa sudah memadai buat masa kini peruntukan-peruntukan yang disediakan.

Keduanya, daripada Ahli dari Tampin tentang majlis tripartite. Dan juga beberapa orang rakan-rakan Ahli Parlimen. Nanti kalau ― saya tidak sebut. Kalau saya dah jawab, saya tak sebut nama Ahli Parlimen lagilah selepas ni. Majlis tripartite ini, sebenarnya itulah fungsi majlis tripartite. Ada yang tanyakan bolehkah letak formula, adakah mereka juga layak RM1,700 gaji minimum dan sebagainya. Perlu difahamkan bahawa pekerja gig ini ada ― ada yang kata kita harus jadikan dia macam pekerja biasa, tapi ada yang kata jangan jadikan macam pekerja biasa.

draft • 4:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jadi...

[Menerima nota daripada Bentara] Okey, ini adalah arahan daripada Dewan. Jadi, saya akan patuh sebaik mungkin. Maaf, saya jawab dulu.

Jadi, dalam undang-undang ini, memang mereka akan kekal statusnya sebagai pekerja gig, freelancer yang bekerja sendiri. Jadi, dia bukan pekerja dalam erti kata contract of employment or contract of service. Dia contract for service. Itu kita dah tegaskan. Jadi, tidak ada kekhuatiran tiba-tiba dia kena minta apply leave, cuti sakit dan sebagainya. Jadi, isu-isu cuti itu dia tak berkaitan sebab dia bukan pekerja dalam erti kata tradisional Akta Kerja, contohnya, ataupun Akta Perhubungan Perusahaan. Dia adalah pekerja gig. Itu yang kita gariskan.

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Maka, sebagai pekerja gig, memang Akta Perundingan Gaji Negara tidak― yang apa itu, orang kata yang memberikan gaji minimum itu, tidak terikat kepada pekerja gig. Namun, apa yang kita nak buat untuk menangani kelompangan yang ada itu, isu-isu kadar bayaran itu, isu-isu pendapatan, isu-isu komisen, isu-isu algorithm, kita kata buat satu majlis. Kalau dalam pekerjaan pasaran kerja biasa itu ada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk membincangkan gaji minimum, dalam sektor pekerjaan gig, kita ada majlis rundingan untuk pekerja gig.

Dan dalam majlis rundingan inilah, bukan kerajaan yang tentukan kadar ataupun formula, bukan syarikat yang tentukan kadar ataupun formula seperti sekarang, tetapi pekerja dengan majikan sama-sama duduk dalam platform yang saya suka petik Kluang cakap tadi, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Kalau pekerja seorang-seorang pi jumpa syarikat platform minta naik gaji, Speaker, rasanya boleh ke tidak? Tak dan. Tak dan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jadi, dalam keadaan itu, kita melalui undang- undang tubuhkan satu majlis yang, apa orang kata, diperakui oleh undang-undang.

Majlis tripartite rundingan ini berikan mereka duduk bincangkan formula, bincangkan kadar dan segala syor, kalau diperakukan, dia adalah boleh dikuatkuasakan. Kalau dah bincang, dah setuju, contohnya satu kadar bayaran, maka kadar itu akan dikuatkuasakan. Semua kena ikut.

draft • 4:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Menteri, boleh saya mencelah?

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Tiada ― sekejap. Saya pun belum sampai ke Machang lagi. Sabar, Machang. Nanti kita sampai ke Machang dulu...

[Dicelah] Settle Tampin dulu. Ya.

Tiada caruman KWSP ya. Kita mengiktirafkan bahawa untuk fasa kali ini, keselamatan sosial ataupun instrumen keselamatan sosial yang dimaksudkan adalah PERKESO. Jadi, mungkin dalam fasa-fasa yang seterusnya kita boleh mempertimbangkan. Saya rasa rakan saya di Kementerian Kewangan juga sudi untuk mempertimbangkan kemasukan KWSP ini.

Apa itu ― kadangkala itulah, tulisan saya ini ― rundingan damai, hak berpersatuan. Oh, okey. Dia kata perwakilan. Apakah, you know, perwakilan― minta untuk kesatuan. Sebenarnya, seperti yang saya katakan, Akta Kesatuan Sekerja ini adalah untuk pekerja. Pekerja dalam erti kata Akta Kerja, contoh. Ini pekerja gig. Jadi, mereka bukan― dia tidak ada hubungan master and servant, majikan dengan

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

pekerja, dengan entiti kontrak. Kita panggil entiti kontrak. Kita tak panggil majikan.

Jadi, isu kesatuan tidak wujud. Satu.

Tetapi, kita memberikan mereka dalam fasal 10 itu, hak untuk berpersatuan.

Dan apa kuasa ataupun apa fungsi persatuan? Contoh, fungsi persatuan, boleh mewakili pekerja dalam rundingan damai di Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Satu. Keduanya, persatuan juga boleh mewakili pekerja kalau ada prosiding di tribunal. Jadi, pekerja kalau mungkin dia rasa dia punya pengetahuan undang- undang tidak mencukupi, dia mungkin rasa tidak mampu untuk mewakili diri sendiri di tribunal itu, maka persatuan boleh mewakili beliau. Jadi, untuk jawab lagi soalan Ahli Parlimen yang tadi kata isu tentang pengetahuan dan ilmu undang-undang. Dan akhir sekali, persatuan itu juga boleh mewakili pekerja dalam Majlis Perundingan.

Itulah kuasa ataupun fungsi persatuan sekerja.

Muar, terima kasih, Muar, sebab saya sebut dalam perbahasan saya memang antara orang paling awallah. 2019, Muar telah pun membangkitkan isu tentang keperluan mengadakan undang-undang yang lebih baik untuk pekerja-pekerja gig.

Dan beliau juga sebut tentang KWSP, ada di Singapura, CPF, cadangkan agar Malaysia juga ada KWSP. Saya setuju dan saya dah sebut tadi, bagi fasa pertama ini, kita masukkan PERKESO sahaja tapi kita boleh pertimbangkan untuk fasa-fasa seterusnya.

Padang Besar, definisi ― saya dah sebut. Kekal status mereka sebagai pekerja freelance. Tidak jadi pekerja sepenuh masa. Dia tidak tiba-tiba besok dia kena lapor diri, check in, punch in, punch out dengan syarikat platform. Nak sakit kena minta MC. Nak pergi bercuti kena minta cuti. Tidak. Mereka masih lagi kekal freelancer. Nak ambil job, tak mahu ambil job, pilihan sendiri.

Bayar dua kali. Ini juga antara mungkin silap faham.

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Kita telah terangkan banyak kali tentang kalau dia seseorang pekerja gig itu ada dua tiga platform, adakah beliau terpaksa bayar dua tiga kali? Sebenarnya, tidak.

Semua caruman akan masuk dalam satu akaun, akaun beliau. Jadi kalau saya sebagai pekerja gig itu, platform A saya carum mungkin saya carum 2 sen untuk job hari ini. Platform B mungkin saya carum 1 sen jadi 3 sen. 3 sen itu masuk ke dalam satu akaun sahaja iaitu akaun saya dan akaun itulah yang akan dikira caruman pakej lindung kendiri itu RM157 sehingga RM592 setahun bergantung kepada pakejnya.

Ancaman besar kepada syarikat, takut syarikat keluar dari Malaysia, kos naik dan sebagainya. Saya rasa ini telah pun diterangkan. Ada Ahli-ahli Parlimen yang

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

menerangkan bahawa sebenarnya tidak ada isu sebegini. Ada syarikat-syarikat –– banyak negara telah buat perkara ini dan kita juga telah seperti yang saya katakan tadi mengambil jalan yang agak sederhana dalam beberapa isu supaya dalam pada kita melindungi hak dan kebajikan pekerja gig, kita juga mengekalkan daya saing sektor ekonomi digital contohnya di negara kita.

Jadi saya tidak lihat ada isu tentang kos dan sebagainya. Dan benda isu dengan kos ini sebenarnya dah banyak kali apabila kita melaksanakan kadar gaji minimum bukan kali ini sahaja bukan tahun ini sahaja bertahun-tahun, dah sepuluh tahun kita buat kadar gaji minimum. Setiap kali gaji minimum naik, memang akan ada orang yang mungkin khuatir, ada yang khuatir itu orang kata tulenlah. Dia memang ikhlas khuatir kita faham tetapi ada juga bukan khuatir tetapi sebab mereka orang kata lebih memihak kepada syarikat-syarikat besar, golongan-golongan pemodal kapitalis.

Jadi dia kata kalau naik gaji minimum, maka harga akan naik. Maka mungkin pekerja akan hilang kerja sebab bos tak mau bayar gaji tinggi tetapi kita dah tunjukkan satu, pengalaman global 2021 pemenang hadiah Nobel Alan Krueger dan David Card menunjukkan bahawa kenaikan dan pelaksanaan gaji minimum ini tidak mempunyai efek dan kesan negatif kepada pengangguran kepada kehilangan kerja, tidak. Malah ada kesan positif tetapi itu pengalaman global bagaimana pula dengan Malaysia?

Kita dah tunjukkan, saya pernah berbicara di Dewan yang mulia ini kenaikan gaji minimum dalam tempoh sepuluh tahun ini, setiap kali kita tengok tidak ada kesan yang negatif ke atas contohnya inflasi, ke atas pengangguran, ke atas pertumbuhan ekonomi. Sepuluh tahun pengalaman kita buat kajian sepuluh tahun. Kalau kita ikut pakar statistik ataupun pakar ekonomi dia kata Pearson correlation, amat rendah dari segi kadar gaji minimum kepada inflasi. Gaji minimum ke atas pengangguran tetapi ada correlation yang tinggi atas apa, atas produktiviti pekerja.

Maka saya yakin kalau dilaksanakan kadar bayaran yang lebih baik, maka produktiviti pekerja akan meningkat. Syarikat juga yang akan untung, ekonomi kita akan berkembang.

Okey, SEGIM. Ramai yang tanya tentang Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia. Saya ingin menjelaskan bahawa undang-undang ini, RUU ini adalah perlindungan perburuhan kepada pekerja gig dan sebenarnya dia tidak bercanggah dengan SEGIM.

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Kerajaan telah membuat keputusan meletakkan jawatankuasa untuk mengkaji penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang saya sebut tadi antara juara perjuangan pekerja gig ini. Saya yakin beliau akan memberikan satu orang kata terma, syarat TOR dan sebagainya bidang kuasa SEGIM yang tidak bercanggah dengan undang-undang yang kita ada.

Undang-undang yang kita ada itu pun tidak boleh ada yang kata ini tidak ada penguat kuasa, tidak betul. Tidak betul undang-undang ini tidak ada penguat kuasa.

Tidak ada orang kata pihak berkuasa, tidak betul sebab penguat kuasa ada, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Tribunal Pekerja Gig, PERKESO, ada agensi penguatkuasaannya. Jadi tidak betul kalau kita kata belum ada Suruhanjaya Ekonomi Gig ini, maka undang-undang tidak ada pihak yang orang kata bertanggungjawab. Salah sama sekali. Suruhanjaya Ekonomi Gig dengan RUU Pekerja Gig ini dua benda berbeda dan tidak bercanggah. Kerajaan dalam proses untuk mengkaji bagaimana kita boleh menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig kelak.

Sandakan dan juga ramai juga yang sebutkan kenapa pereka grafik tak masuk, pereka laman web, content creator dan sebagainya. Jadual yang kita masukkan ini sebenarnya definisi ini cukup jelas. Definisi ini ada yang tanya kenapa dalam Jadual itu tidak ada e-hailing, p-hailing? Saya tengok pegawai saya pun senyum sudah, ketawa pula. Jangan ketawa. Jadual tunggu saya –– Jadual ini dia tak sebut e-hailing, p-hailing sebab kalau kita baca fasal satu tentang tafsiran pekerja gig ini, kalau baca pekerja gig seorang individu:

(a) warganegara dan pemastautin tetap Malaysia;

(b) membuat perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak bagi pelaksanaan,

(i) apa-apa perkhidmatan dengan mana-mana entiti kontrak yang merupakan penyedia platform.

Jadi e-hailing dah masuk sini dia tak payah disenaraikan sebab yang disenaraikan adalah apa-apa (b)(ii) apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dengan mana-mana entiti kontrak yang bukan merupakan penyedia platform.

Jadi hak yang ada kat Jadual itu, p-hailing, e-hailing tak payah masuk dah.

Sebab depa dah masuk dalam takrifan entiti kontrak berplatform. Jadi hak yang masuk Jadual itu adalah hak yang tak ada platform dan bagaimana kita masukkan

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

mereka. Contohnya aktiviti lakonan, perfileman, muzik estetik ini diwakili oleh –– kita bagi peralihan tugasan Speaker. Selamat kembali Tan Sri Speaker.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jadi saya bagi contoh tadi lakonan, filem, muzik estetik ini semua diwakili oleh contohnya PROFIMA iaitu Persatuan Pekerja Profesional Perfileman Malaysia. Mereka terlibat dalam sesi libat urus dan mereka kata amat mendesak memerlukan orang kata RUU ini. Jadi kita masukkan sektor mereka ke dalam ini.

So, semua yang ada di sini dalam Jadual ini adalah orang yang kita telah adakan sesi libat urus, satu. Keduanya kita juga lihat kepada keadaan sosioekonomi, kebolehkuatkuasaan. Kalau kita maksudnya contoh saya bagi contoh ada dalam sesi libat urus ada tanya, kenapa orang yang potong rumput dekat kampung tak masuk dalam Jadual? Itulah apabila kita kata kita kena lihat juga kepada kesesuaian, keadaan ekonomi dalam sektor itu dan juga kebolehkuatkuasaan akta ini pada masa kini.

Jadi Jadual ini adalah Jadual hidup di mana kalau diperlukan dan Menteri akan di guided ataupun dinasihatkan oleh Jawatankuasa Dasar yang akan dari masa ke semasa kita boleh lihat nak tambah kah nak kurang, bergantung kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi gig di Malaysia ini. Tetapi buat masa kini, dengan adanya takrifan, buat masa kini termasuk dalam Jadual ini, kita telah merangkumi saya rasa lebih daripada 50 peratus daripada apa yang saya sebut tadi.

Pekerja-pekerja gig di luar sana. Lebih 50 peratus mungkin almost 60 to 70 percent of the gig workers.

Maaf Speaker tadi saya dah beritahu Timbalan Speaker tadi saya kena ada masa untuk baca tulisan saya sendiri ini, nota ini, cakar ayam.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cuma Menteri saya nak ingatkan hari ini hari last day.

Jadi ada banyak yang dah book flight dan sebagainya. Jadi saya minta stick to the time, please.

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Boleh, boleh malam Jumaat lagi saya faham.

draft • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Chee Keong

Jadi saya dah kata tadi kalau tak sempat saya minta pegawai untuk bagi jawapan bertulis dalam kadar segera dalam masa seminggu. Okey, okey.

Machang saya bagi satu chance sebab Machang tadi hendak bangun. Tadi kalau tak bagi chance nanti dia kata tak adil.

draft • 5:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa] Ya, brother. I used brother in to you not the other MP’s you know, all Minister’s. Okey, Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya bukan kecewa tapi saya tak nak Yang Berhormat Menteri berselindung di sebalik kesederhanaan kerana banyak rungutan di luar sana mengatakan kenapa KESUMA tidak menggunakan dasar negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) dengan mengambil kira regulatory impact assessment berkenaan penggubalan rang undang-undang ini. Boleh tak KESUMA...

draft • 5:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey.

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Dedahkan kepada kami berkenaan dengan kajian, berkenaan dengan impak rang undang-undang ini? Sebab di luar sana our riders, our gig operators persoalkan kesan ini. Jadi, boleh tak...

draft • 5:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya jawab, saya jawab. Saya dah kata tadi.

Persatuan dan kesatuan yang sokong tadi dia.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu Menteri, Menteri jawab lepas itu terus Menteri...

draft • 5:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya tutup. Lepas saya jawab saya tutup.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing terus.

draft • 5:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey. Kita melakukan, apa itu orang kata sesi libat urus yang paling meluas. Ini bukan kenyataan saya, ini kenyataan NGO buruh. Tidak pernah ada sesi libat urus yang begitu meluas. Hampir 40 sesi, hampir 4,000 orang pemegang taruh. Tak termasuk lagi yang kat internet, tak termasuk lagi dengan ILO, dengan Universiti Malaya dan sebagainya. Jadi, saya rasa itu sudah menjadi lebih baik daripada apa-apa kerangka untuk kajian impak dan sebagainya.

Namun, ada detil, detil maklumat lanjut. Contohnya, macam kadar bayaran dan sebagainya. Kalau dilakukan, perkara analisa boleh dilakukan dalam peringkat majlis rundingan. Itu tidak jadi masalah sebab itu adalah detil. Ini adalah kerangka luas. Detil itu kita boleh lakukan analisis secara terperinci.

Rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Pagi ini saya datang ke Parlimen dengan e-hailing. Pemandunya saudara Nazarudin, enam tahun beliau jadi pemandu. Dan beliau mengeluh bahawa memang isu gaji, isu perlindungan dan sebagainya. Dan apabila saya perkenalkan diri sebab mungkin dulu dia berjanggut, berjambang dia tak kenal bila saya dah shaved. Saya bagi senaskhah blue bill ini

draft • 5:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

kepada beliau sign tarikh hari ini. Saya kata inilah yang akan menyelesaikan, membela saudara. Dan beliau rasa begitu terharu dan meminta supaya ini dijayakan.

Perniagaan yang bergantung hidup dengan membayar upah yang rendah, menafikan hak munasabah kepada golongan pekerja, tidak harus ada tempatnya di sebuah negara yang bertamadun. Di sebuah bangsa yang MADANI. Kemajuan bangsa kita tidak harus diukur semata-mata dengan sama ada kita mampu menambahkan kekayaan kepada mereka yang sudah kaya. Tetapi sama ada kita mampu memberikan secukupnya kepada mereka yang tidak berpunya, khususnya golongan pekerja, khususnya pekerja gig dalam erti kata RUU ini.

Saya mohon mencadangkan agar kita sama-sama meluluskan RUU Pekerja Gig. Menoktahkan penantian, menoktahkan ketidakadilan terhadap pekerja-pekerja gig, 1.2 juta orang di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 112 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Tuan Adam Adli Abd Halim) dan diluluskan]

draft • 5:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 5:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan rang undang-undang suatu akta untuk mengawal dan mengawasi pembaharuan semula bandar bagi maksud perancangan bandar dan bagi perkara lain yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang.

draft • 5:17 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 5:17 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa berusaha untuk memastikan hak dan kepentingan rakyat terbela tanpa meminggirkan mana-mana pihak dalam setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan. Hak ini adalah selaras dengan hasrat penggubalan Rang Undang-undang Penggubalan Semula Bandar (RUUPSB) 2025, iaitu bagi menyediakan satu kerangka perundangan khusus yang memberikan punca kuasa kepada kerajaan untuk memperkukuhkan tadbir urus yang berkesan dalam menangani proses urbanisasi yang semakin pesat dalam negara kita.

Di samping itu, RUUPSB akan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pembangunan masa hadapan sentiasa akan memastikan kemampanan, inclusivity, daya tahan, daya huni dan menjamin kesejahteraan untuk semua termasuk yang bangunan seperti dalam gambar ini tidak akan wujud dalam negara kita lagi [Menunjukkan gambar] . Ini adalah antara sebabnya mengapa kita perlukan supaya kesejahteraan rakyat sentiasa terbela.

Untuk makluman, berikut adalah kronologi ringkas proses penggubalan RUUPSB. Maklumat ini penting supaya Dewan yang mulia ini faham akan ketelusan serta profesionalisme KPKT dalam menggubal perundangan baru iaitu:

(i) Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaruan Semula Bandar (GPP PSB) pada 30 hari bulan Ogos 2023. Dan garis panduan ini memang ikut acuan kerajaan terdahulu juga lebih kurang saja;

(ii) regulatory impact analysis telah dilaksanakan sebagai keperluan penggubalan undang-undang baru;

(iii) Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan MNKT kali ke-81 pada 2 November 2023 telah bersetuju dengan

draft • 5:17 PM

Tuan Nga Kor Ming

pemakaian GPP PSB sebelum Akta Pembaruan Semula Bandar digubah dan di waktu itu semua wakil kerajaan negeri ada hadir bersama dan telah pun bersetuju;

(iv) Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2024 telah bersetuju secara dasar ke atas cadangan penggubalan RUU PSB diikuti dengan kelulusan dasar oleh MNKT kali ke-83 pada 10 September 2024; dan

(v) Mesyuarat Jemaah Menteri sekali lagi pada 15 Ogos 2025 telah bersetuju dengan cadangan KPKT untuk membentangkan RUU PSB di Parlimen.

draft • 5:17 PM

Tuan Nga Kor Ming

RUU PSB sekali lagi dibawa ke MNKT kali ke-86 pada 20 Ogos 2025. Sudah tiga kali MNKT setuju di mana mesyuarat tersebut semua wakil kerajaan negeri termasuk rakan-rakan di sebelah sana, sebulat suara bersetuju dengan RUU PSB untuk dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Maka, jelas menunjukkan bahawa KPKT menghormati Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan hal-hal di bawah Senarai Bersama dibincangkan, diputuskan secara harmoni tanpa melanggar hak mana-mana pihak.

Maka, KPKT turut telah mengadakan sesi mesyuarat bersama Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi sebanyak bukan satu kali, tapi dua kali pada 17 Oktober 2024 dan 13 Ogos 2025 dengan semangat Kerajaan MADANI yang sentiasa bersedia mendengar dan menyantuni pandangan semua pihak. KPKT turut mengambil kira cadangan-cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk penambahbaikan RUU PSB ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk — ini maklumat penting. Kawasan- kawasan yang dikenal pasti untuk pelaksanaan pembaharuan semula bandar, sebenarnya datangnya dari cadangan pihak berkuasa negeri dan diwartakan oleh kerajaan negeri sendiri, bukan oleh Kerajaan Persekutuan, melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, PLANMalaysia. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengenal pasti sebanyak 22 tapak, manakala Kerajaan Negeri Kedah juga telah mengenal pasti sebanyak 55 tapak, kerajaan negeri Kelantan telah mengenal pasti empat tapak. Kesemua itu telah dipersetujui, dicadang oleh kerajaan negeri sendiri dan diwartakan oleh kerajaan negeri. Itu fakta, bukan auta.

Perancangan negeri dalam melaksanakan pembaharuan semula bandar dapat dilihat dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kuala

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terengganu, Terengganu 2030. Saya bagi, Warta nombor 438, tarikhnya 23 April 2015. 2015 pun dah dicadangkan nak buat pembaharuan semula bandar. Sekarang sudah 2025, tak ada lagi. Sudah 10 tahun menanti. Itu Kerajaan Negeri Terengganu.

Dan seterusnya, Rancangan Tempatan Daerah Majlis Bandaraya Alor Setar 2035

(Penggantian). Saya bagi, Warta nombor 736. Jilid nombor pun saya bagi, Jilid 61, nombor 2. Pada bila? Pada 27 September 2018. 2015, 2018, rakan duduk sebelah sana sudah cadang, sudah setuju, sudah warta. Tapi, apa berlaku? Apa pun tak berlaku.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan. Boleh minta penjelasan?

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sebab itu — tapi tak apa, dengan RUU PSB ini — bagi saya bentang dulu Arau. Saya hormat Arau sebagai veteran, tapi ini floor saya.

Sekurang-kurangnya dengarlah dulu sebelum — saya akan bagi ruang dan peluang yang cukup meluas untuk bahas.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita faham. Bagi terang elok- elok, bagi terang elok-elok. Kami tak menentang. Bagi terang elok-elok.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sabar. Kesabaran itu sebahagian daripada keimanan.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terang elok-elok. Kami tak menentang, kami minta ditangguh.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sabar, sabar. Okey, dengan RUU PSB ini — saya akan, nanti. Pelaksanaan pembaharuan semula bandar, sebenarnya niat kita, nawaitu kita, suci murni Tuan Yang di-Pertua. Kita nak supaya pembaharuan semula bandar dapat diselaraskan, lebih teratur melalui, dengar, Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan dan Jawatankuasa Eksekutif Negeri yang dipengerusi oleh Menteri Besar Kedah, Menteri Besar Perlis, Menteri Besar Terengganu dan juga Menteri Besar negeri-negeri lain dan yang paling utama dia menjamin hak orang berkepentingan secara khusus melalui peruntukan undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, apakah hak kita ini sebagai manusia, insan yang kerdil termasuk Ahli-ahli Parlimen yang hidup dalam keadaan yang selesa, rumah besar seperti Arau, kereta mewah untuk menidakkan keperluan mendesak ini?

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peruntukan tak ada.

Peruntukan tak ada macam kerajaan.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ini bukan sangkaan jahat. Saya pernah nampak kereta Arau. Tak apa, Arau orang kaya semua orang tahu.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peruntukan tak ada.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih. Arau pun sangat bermurah hati.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peruntukan menyusul itu. Menyusul itu.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya gurau sikitlah. Malam Jumaat, gurau, gurau sikit.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

DAP yang paling kaya sekarang.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey, okey. Apakah hak kita ni untuk menidakkan keperluan mendesak pembaharuan semula dibuat? Seperti semalam, Makcik Rahimah datang. Pergilah, saya pergi rumah dia. Saya tengok tangisan, saya nak nangis ini. Jika keadaan yang begitu terdesak dan kita tak sanggup nak bantu Makcik Rahimah, umur 71 tahun. Dengarlah, ini adalah naluri hati rakyat. Yang susah kita bantu, tak kira dia siapa, kan? Inilah dia, semangat yang bersama kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya katakan, kita jangan untuk — apalah hak kita untuk menidakkan keperluan mendesak pembaharuan semula dibuat untuk menggantikan perumahan rakyat yang sudah uzur, rosak, malah tidak selamat yang seperti gambar yang saya tunjukkan tadi. Tambahan pula jika mereka dalam kalangan orang yang kurang berkemampuan.

Justeru, Tuan Yang di-Pertua, saya akan bentangkan rang undang-undang ini secara keseluruhannya mengandungi lima bahagian yang melibatkan 31 fasal.

Saya mohon untuk menghuraikan fasal-fasal utama dalam rang undang-undang ini.

Bahagian I, RUU PSB yang dicadangkan memperkatakan perkara permulaan yang merangkumi fasal 1 hingga 4 untuk menerangkan pemakaian, kuat kuasa, ketidakpakaian dan juga takrifan akta.

Bahagian II pula memperkatakan mengenai pentadbiran yang mengandungi 12 fasal iaitu fasal 5 hingga fasal 16 dan memperincikan fungsi keanggotaan dan badan pelaksana dengan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan dan Jawatankuasa Eksekutif Negeri.

Seterusnya, Bahagian III memperkatakan mengenai pembaharuan semula bandar yang mengandungi dua penggal, divisions dan lapan fasal iaitu fasal 16 hingga fasal 23 menjelaskan kehendak dan tatacara pelaksanaan satu projek pembaruan semula bandar.

Yang kesebelas, fasal 16 memperuntukkan suatu projek pembaruan semula bandar boleh terdiri daripada projek pembangunan semula bandar (urban redevelopment), penjanaan semula bandar (urban regeneration) atau penyegaran semula bandar (urban revitalisation). Izinkan saya menjelaskan perbezaan antara tiga aspek ini iaitu pertama, penyegaran semula bandar iaitu urban revitalisation iaitu

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

kita memulihkan sesuatu kawasan atau bangunan dengan naik taraf, mencantikkan atau pelandskapan atau menukar fungsi kawasan atau bangunan terlibat.

Aspek kedua, penjanaan semula bandar iaitu kita menjana semula suatu kawasan atau bangunan termasuk bangunan yang terbiar, usang, daif atau terbengkalai dengan bantu membaik pulih bangunan sedia ada, naik taraf kemudahan infrastruktur, utiliti ataupun landskap.

Dan yang ketiga, pembangunan semula bandar iaitu pembangunan yang dibuat untuk mengubah keadaan fizikal sedia ada termasuklah merobohkan bangunan, membersihkan tapak, mendirikan bangunan yang moden, baru, cantik dan menambah baik kemudahan infrastruktur dan utiliti.

Bagi penggal satu, division satu, ia dikhususkan bagi menjelaskan mengenai pembangunan semula bandar dan penjanaan semula bandar yang dirangkumkan dalam lima fasal bermula daripada fasal 17 hingga 21. Untuk perinciannya, fasal 17 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana pemaju yang diluluskan, dia perlu mematuhi kehendak bagi maksud menjalankan suatu projek pembaruan semula bandar. Hal ini antara lain termasuk keperluan berunding dengan orang berkepentingan, mendapat persetujuan mengikut ambang persetujuan yang ditetapkan. Kemudian, dia kena memastikan perakuan-perakuan diperolehi bagi bangunan terbengkalai, terbiar atau disalah urus.

FasaL 18 pula menjelaskan mengenai laporan cadangan pelaksanaan pembaHAruan semula bandar. KPKT cakna dengan keresahan ramai pihak berkaitan dengan komposisi penduduk di satu-satu kawasan yang terlibat dengan pembaharuan semula bandar. Maka lanjutan daripada itu, KPKT telah pun mendengar pandangan rakan-rakan sebelah sana juga. Juga dengar pandangan Jawatankuasa Pilihan Khas. Maka, kita akan pinda fasal itu sewajarnya untuk menjamin demografi di kawasan terlibat tertakluk perincian yang akan dibincang bersama Jabatan Peguam Negara. Itu Kerajaan MADANI sedia mendengar. Itu kita bezanya.

[Tepuk] Pindaan ini akan memastikan maklumat demografi setempat di sesuatu kawasan projek pembaharuan semula bandar diambil kira oleh, bukan oleh saya tapi oleh Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan dan Jawatankuasa Eksekutif Negeri supaya ia diuruskan dengan teratur untuk mengelakkan perubahan komposisi penduduk setempat dengan drastik.

Seterusnya, fasal 19 bertujuan untuk menjelaskan ambang persetujuan untuk menyertai projek pembaharuan semula bandar iaitu (a) bagi orang berkepentingan

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

yang bersetuju secara sukarela menyertai projek pembaharuan semula bandar, ambang persetujuan adalah 100 peratus;

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Kedua, bagi projek pembaharuan semula bandar yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan atau Jawatankuasa Eksekutif Negeri, ambang persetujuan untuk menyertai projek pembaharuan semula bandar hendaklah diperolehi, iaitu pertama, sebanyak 80 peratus bagi bangunan berusia 30 tahun atau kurang. Kedua, sebanyak 75 peratus bagi bangunan berusia melebihi 30 tahun dan sebanyak 51 peratus bagi bangunan yang ditinggalkan dan bagi bangunan yang telah dikeluarkan laporan pemeriksaan visual oleh JKR ke, jurutera profesional dengan perakuan amalan.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 19 RUU PSB ini, setelah kita mendengar pandangan dari pelbagai pihak, juga akan dipinda untuk menaikkan nilai ambang persetujuan sebagai menghormati dan menyantuni pandangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melalui sesi perbincangan khas pada 21 hari bulan Ogos 2025. Kesemua nilai ambang ini diseragamkan ke paras 80 peratus tanpa mengira usia bangunan, di mana kenaikan nilai ini daripada 75 peratus, masih dalam lingkungan yang wajar untuk memberi ruang pertimbangan dalam melaksanakan projek pembaruan semula bandar secara berintegriti dan adil untuk pihak-pihak yang terlibat, di samping mengambil kira isu hak milik dalam kalangan 20 peratus.

Antara mengapa kita tetapkan 20 peratus itu kerana isu hak milik yang dicagar atau digadai bagi pembiayaan kewangan atau seumpamanya. Ini memang masalah on the ground. Kedua, isu hak milik yang mengalami non-performing loan dari institusi kewangan. Ketiga, isu suratan hak milik yang belum atau tidak dikeluarkan kepada pemberi atau pemegang perjanjian jual beli (sales and purchase agreement). Dan yang keempat, banyak berlaku, isu pemilik asal tidak dapat dikesan, mungkin sudah berhijrah. Sebab itu apabila kita tetapkan ambang 100 peratus ― dia tak dapat dikesan. So, bagaimana pun kita wartakan, tak dapat dicari.

Then, macam mana? Kita kena cari penyelesaian. Sebab itu saya memohon jasa baik rakan-rakan di Dewan yang mulia ini, kita sama-sama menjayakan perkara yang berniat suci dan murni.

Seterusnya, izin saya juga menjelaskan di sini bahawa kelapukan dan keusangan bangunan serta utiliti, dia disandarkan kepada beberapa dimensi, seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang pagi ini. Dia bukan semata-mata bergantung kepada umur fizikal bangunan. Dia juga termasuk, pertama, keusangan

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

fizikal (physical obsolescence) yang bergantung kepada jenis, kualiti struktur― contohnya, konkrit, keluli, kayu ― yang diselenggara dengan baik atau tidak termasuk keadaan tanah yang turut dipengaruhi faktor alam sekitar, cuaca dan perubahan iklim.

Kedua, keusangan fungsi. Selain daripada keusangan fizikal, ada keusangan fungsi (functional obsolescence) yang berlaku apabila ruang sains, teknologi sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Contohnya, rumah pangsa semalam yang datang tanpa lif. Kebiasaannya, keusangan berfungsi boleh berlaku dalam tempoh 20 hingga 30 tahun.

Ketiga, kelapukan ekonomi (economic obsolescence) yang berlaku apabila kos penyelenggaraan dan operasi sudah melebihi nilai pasaran atau manfaat yang diperolehi dan boleh muncul selepas tiga hingga 40 tahun bergantung kepada lokasi serta pasaran hartanah.

Keempat, kelapukan peraturan (regulatory obsolescence), di mana bangunan dianggap lapuk ― bukan bujang lapuk ya, tapi bangunan lapuk apabila tidak lagi mematuhi piawaian keselamatan, kebakaran atau kecekapan tenaga terkini.

Sehubungan dengan itu, jangka hayat infrastruktur dan utiliti atau kemudahan yang ada di bangunan seperti lif, tangki air, sistem pendawaian elektrik, sistem retikulasi, perpaipan, sistem kumbahan najis dan sistem bekalan gas akan semakin merosot mengikut peredaran masa. Kemerosotan kualiti infrastruktur dan utiliti dalaman bangunan tersebut akan menjadi semakin kritikal sekiranya ia menghadapi masalah perbadanan pengurusan yang lemah dan gagal melaksanakan penyelenggaraan dengan baik termasuk kepada bangunan yang usianya masih baru.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 21 menerangkan mengenai pengisytiharan kawasan pembaharuan semula bandar oleh Menteri Wilayah Persekutuan, pihak berkuasa negeri dan Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia pelaksanaan pembaharuan semula bandar. We take an inclusive approach, Tuan Yang di-Pertua. Menteri Besar, Menteri― semua kita libatkan bersama.

Selanjutnya― sebab itu selepas pembentangan ini pun, saya akan terus mengadakan libat urus, jumpa wakil-wakil kerajaan negeri-negeri SG4 itu, we will continue to engage. We are friends, we are not enemies. Kita sepatutnya ada semangat kekeluargaan untuk menjayakan perkara yang baik.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, sebentar. Tadi dalam usul yang dikemukakan oleh Menteri di bawah 12(1), tidak disebut bahawa rang undang-undang ini hendaklah dihabiskan. Jadi, saya terikat dengan peraturan mesyuarat― 5.30. Jadi, boleh Menteri sambung dalam persidangan yang akan datang?...

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya― terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Saya sebagai seorang yang sentiasa menghormati Dewan yang mulia ini, saya akur dan hormat, di mana kita akan teruskan pada sesi yang akan datang. Insya-Allah, kita jumpa lagi.

Sekian, terima kasih...

draft • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Mesyuarat ― baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, housekeeping sikit. Housekeeping. Jangan balik lagi. Sekejap. Housekeeping sikit.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas telah berlangsung selama 24 hari mulai hari Isnin, 21 Julai 2025 hingga hari ini, 28 Ogos 2025. Mesyuarat kedua ini menyaksikan Dewan Rakyat telah meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Usul Laporan Ketua Audit Negara 2/2025, Usul Laporan SUHAKAM 2023 dan 19 rang undang-undang serta lima usul dari kementerian. Selain itu, terdapat tiga penerangan Menteri iaitu dua penerangan di Dewan dan satu penerangan di Kamar Khas serta empat penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai penyata-penyata yang dibentangkan juga telah dibuat.

Pada mesyuarat ini juga, Dewan telah meluluskan pindaan Peraturan- peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meningkatkan lagi tahap akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat dan taraf jawatankuasa pilihan khas telah dinaikkan taraf menjadi jawatankuasa pilihan tetap dan dikenali sebagai Jawatankuasa Pilihan Berkaitan Kementerian.

Ahli Yang Berhormat, saya mengingatkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Oleh itu, saya mohon kerjasama daripada semua Ahli Yang Berhormat tidak membuat untuk ― oleh yang demikian, Ahli Yang Berhormat untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum Jumaat, 7 November 2025.

Pada tahun ini, Parlimen Malaysia merupakan Presiden ASEAN Inter- Parliamentary Assembly (AIPA). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, The 46th AIPA General Assembly bakal diadakan pada 17 hingga 22 September 2025. AIPA General Assembly ini akan menghimpunkan Ahli Parlimen dari rantau ASEAN dan

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

merupakan platform terbaik untuk memperkukuh kerjasama, terutama dalam bidang legislatif, di antara negara serantau.

Saya mengharapkan agar Ahli Yang Berhormat menggarap ruang dan peluang yang tersedia untuk memperoleh pengalaman baru dan dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik serta mencari penyelesaian bersama-sama rakan serantau dalam menangani cabaran serantau dan global.

Ahli Yang Berhormat, saya dan timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini.

Saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan Dewan kali ini.

Saya mengucapkan kepada semua selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Ke-68 dan Hari Malaysia Ke-62.

Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan...

[Mengetuk tukul] Terima kasih.

draft • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.39 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026