Aug262025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

*Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca doa]* Setiausaha. Baik, sebelum saya memulakan. Petang semalam ada Yang Berhormat — Pengkalan Chepa ada? Baik, hanya tolong sampaikan pada dia, pasal saya bercakap itu dalam keadaan majlis yang rasmi ya. Beliau telah mencadangkan satu usul untuk mengambil tindakan kepada Menteri Agama berkaitan satu dokumen Akta Rahsia Rasmi.

Tolong pesankan kepada dia ya. Memang di dalam Dewan kita dilindungi oleh Perkara 63. Peguam pun ramai di sini ya, Pasir Gudang pun faham maksud dia. Tapi apa-apa dokumen rasmi, walaupun di dalam Dewan telah dinyatakan sedemikian, apa yang kita bercakap di sini akan dipancar keluar. Di luar, jika ada maklumat pertama, pihak yang berkuasa PDRM akan menjalankan penyiasatan. Ini berpandu kepada pengalaman saya 34 tahun dalam melaksanakan penyiasatan PDRM.

Ia sebagaimana kita dalam Dewan. Saya ada bukti bunuh orang, jenayah dah berlaku, peguam juga ya, you might understand what I'm trying to say. You bring up, dengan izin, anda bawa dokumen rahsia rasmi ya, yang terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta 88 ya. “Saya ada dokumen rasmi ini, saya dilindungi peraturan, Perkara 63”. Tapi apa yang kita bercakap di sini dipancar keluar di luar sana.

Allah, katakanlah rakyat-rakyat Malaysia ini seorang saja bagi first information pada PDRM, penyiasatan akan dibuka, guarantee 100 peratus, 110 peratus, YB Pengkalan Chepa akan dipanggil, from where you get the document? Jelaskanlah dan bahawa Akta Rahsia Rasmi seksyen 8, jelas yang paling beratnya

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

seksyen 16. Bila seseorang dituduh, beban bukti itu shift under seksyen 16. Boleh baca? Bermaksud orang yang dituduh itu kena buktikan dia tak bersalah. Itu anggapan. You can open under section 16. Ini beratnya Akta Rahsia Rasmi.

Prihatinlah pada Yang Berhormat-Yang Berhormat ya. Bila nak main dengan dokumen Akta Rahsia Rasmi. Berkaitan usul yang dicadangkan. Ini pendapat saya, tapi mungkin pengerusi yang lain, different version of it-lah. Yang Berhormat pun quite familiar I think dengan Akta Rahsia Rasmi ini, section 8, section 16, be careful, because beban bukti tu jatuh pada you. Ya?

Just an advice to Pengkalan Chepa lah. Baik, kita balik kepada urusan aturan mesyuarat kita. Ah, dengan ini saya mempersilakan Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

1. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu]: Soalan saya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1. Minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai bagi projek industri perladangan kayu balak ataupun Industrial Timber Plantation:

(a) Berapakah jumlah keluasan hutan simpanan yang terlibat dalam deforestation ataupun penebangan hutan di seluruh negara?; dan

(b) apakah impak ITP terhadap alam sekitar dan ekosistem persekitaran yang terlibat?

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

draft • 10:00 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, industrial timber plantation (ITP) adalah sebuah program penanaman pokok spesis balak pada skala besar untuk membekalkan sumber kayu sebagai bahan mentah kepada industri perkayuan negara.

Kementerian Perdagangan dan Komoditi sedang merangka mekanisme pelaksanaan dan rangka kerja framework ITP, antaranya inti pati rangka kerja ITP adalah seperti berikut iaitu penyediaan garis panduan yang komprehensif untuk pihak berkepentingan dalam merancang dan melaksanakan projek ITP.

Strategi untuk menangani kekurangan bekalan bahan kayu mentah dan juga penambahan bekalan kayu mentah untuk kegunaan tempatan. Komitmen serta penglibatan sektor swasta dan komuniti tempatan, sokongan kawal selia dan

draft • 10:00 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

mendapatkan pembiayaan tanah, pengetahuan teknikal dan penuaian, dan pengurusan ladang hutan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, buat masa ini tidak ada satu pun ITP dilaksanakan. Ini adalah kerana kerajaan telah memberi bantuan kewangan pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri untuk melakukan forest plantation development dan sebuah syarikat yang memberi peruntukan kewangan untuk mereka menanam ladang-ladang hutan ini.

draft • 10:00 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Setakat hari ini, kita telah menanam hampir 147,000 hektar yang melibatkan hampir lebih kurang dalam 88,088 syarikat, 147,000 hektar. Program ini bermula pada tahun 2007, setakat hari ini sudah 18 tahun projek ini dijalankan. Dalam masa yang sama, kerajaan juga ada menubuhkan penubuhan ladang hutan dalam hutan simpan kekal (HSK) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan dalam memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Penubuhan ladang hutan bukan sahaja sebagai satu usaha untuk mendapatkan bekalan kayu serta berterusan, malah untuk menggantikan kawasan- kawasan yang terosot ataupun degradation kepada kawasan yang lebih produktif dengan penanaman pokok-pokok dari spesies tempatan ataupun eksotik yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat dan bermutu tinggi.

Penubuhan ladang hutan dalam hutan simpan kekal (HSK) tidak dikira sebagai aktiviti penyahhutanan ataupun deforestation kerana aktiviti ini tidak melibatkan penukaran kawasan hutan secara kekal kepada guna tanah yang bukan hutan. Sehingga ini, keluasan ladang hutan dalam kawasan HSK di Semenanjung Malaysia sehingga 30 Jun 2025 adalah 259,654 hektar, yang mana seluas 175,331 hektar telah dilaksanakan penanaman semula. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan Dato' Yang di-Pertua. Terdapat banyak berita-berita negatif yang dikaitkan dengan ITP. Antaranya cadangan ITP di Pahang akan melibatkan beribu hektar tanah simpanan kekal yang akan mengancam biodiversiti. Laporan 2024 tentang situasi rain forest yang menunjukkan rancangan untuk mengembangkan ITP di hutan simpan kekal ini melibatkan rain forest seluas 2.4 juta hektar terbesar Negeri Sembilan dan juga Johor, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Beribu hektar ITP termasuk dalam kawasan penduduk Orang Asli juga. ITP membawa kesan buruk terhadap alam sekitar yang signifikan seperti kerosakan biodiversiti, destructed ekosistem, degradasi tanah, perubahan iklim mengganti diverse nature rain forest daripada mono, ke dengan monoculture satu jenis pokok sahaja ditanam, hakisan tanah kualiti dan sebagainya.

Soalan saya Tan Sri Yang di-Pertua, pertamanya adakah Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi seperti Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain melaksanakan EIA (environmental impact assessment) atau dan juga SIA (social impact assessment) dan membuat pemantauan berterusan kepada semua ITP di seluruh negara.

Keduanya ialah Kerajaan Persekutuan sebelum ini memberikan RM1.2 bilion dana kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan program ITP ini di seluruh negara. Soalan saya ialah adakah Kerajaan Pusat akan terus memberikan dana kepada syarikat-syarikat berkenaan di masa-masa yang akan datang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita kena bezakan ada dua proses ini. Satu adalah sokongan yang diberi oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat untuk menanam semula hutan yang saya sebut tadi sudah mencecah 147,000 hektar. Pinjaman yang diberi kepada syarikat-syarikat ini apabila mereka harvest hutan ini, maka duit itu perlu dipulangkan balik kepada Kerajaan Persekutuan dan kita jangkakan pinjaman ini lebih kurang dalam 1.2 bilion, dia akan start mula di-harvest dalam masa 20 — bila pokok itu berumur dalam 20 tahun atau 15 tahun.

Yang, Yang Berhormat sebut tadi adalah hutan simpan kekal yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Setiap kerajaan negeri yang ada hutan simpan kekal, kerajaan bagi lima peratus, tidak lebih daripada lima peratus untuk mereka harvest pokok-pokok hutan ini tidak lebih daripada lima peratus. Kalau macam satu- satu kawasan negeri itu dia ada katakan 200,000 ataupun 300,000 hektar, maksimum five percent kita benarkan untuk dia harvest kemudian replant balik proses ini. Selepas replant baru boleh kita buka balik kawasan lima peratus.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, dengan cara ini kita control kita punya hutan supaya kita tidak merosakkan biodiversiti dan kita masih lagi menyimpan hutan-hutan ini. Setakat hari ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita punya hutan ini, kita ada komitmen dan kita telah sign kepada United Nation iaitu Kerajaan Malaysia pada 1992 tak silap saya, kita telah commit sebagai sebuah negara kepada United Nation, kita akan menyimpan hutan-hutan kita tidak kurang daripada 50 peratus daripada saiz tanah yang kita ada dalam Malaysia ini.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Setakat hari ini kita berada dalam keadaan 54.3 peratus. Jadi, kita masih dalam within that limit cuma kita kena uruskan ladang kita ini, hutan-hutan kita ini kita jangan buat deforestation. Sebab itu kalau dalam konteks kita tengok pertanian, perladangan contoh macam kelapa sawit, kita telah buat satu polisi. Makna kita tidak benarkan mana-mana ladang hutan, kita nyahkan hutan tersebut dan kita tanam kelapa sawit, maka kelapa sawit itu yang ditanam dia tidak boleh pergi ke kilang untuk diproses, dia tidak akan dapat Malaysia Sustainable Palm Oil punya certification. Therefore, dia tak boleh eksport.

Tadi Yang Berhormat sebut, apakah jenis-jenis kayu ataupun ladang hutan yang kita ada. Kita ada macam-macam jenis. Dia bukan satu. Macam kita tanam palm oil itu dia satu tetapi sekarang dah tak boleh buat. Kita ada akasia, batai, binuang, kemudian kita ada lagi hevea ataupun getah punya spesies jati, kaya, kelempayan, sentang. All these adalah spesies-spesies hutan yang telah dikenal pasti kita bila harvest dalam masa 50 peratus itu perlu ditanam balik semula hutan- hutan ini ,supaya kita menjaga keluasan hutan kita sampai bila-bila. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bakri untuk soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, program ITP ini dia bertujuan untuk menguruskan ya sumber khazanah kita yang secara untuk menjaga kemampanan dan pada masa yang sama, kita tahu balak — kayu balak ini dia adalah satu sumber utama untuk industri perabot.

Jadi, di situ kita perlu mencapai keseimbangan. Maka saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bahawa adakah, ya adakah kerajaan ada rancangan untuk mengehad eksport kayu balak ini ke luar supaya memastikan balak yang menjadi bahan mentah untuk industri tempatan ini cukup, apa itu supply dia.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pada masa yang sama, sekiranya untuk menjaga kemampanan pengurusan hutan kita, adakah kerajaan ada rancangan untuk membenarkan kita mengimport kayu balak dari luar untuk mengurangkan tekanan ataupun permintaan terhadap kayu mentah tempatan, supaya kita dapat melambatkan sekiranya ada aktiviti pembalakan ini?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang bagus. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita tanam balik semula ladang ini kita ada 147,000 hektar. Tujuan dia kerajaan membiayai sebahagian daripada pinjaman ini, kita tak benarkan kayu-kayu ini dieksport secara balak. Kita hendak kayu-kayu ini diguna pakai untuk pemprosesan kegunaan dalam negara dan kalau ada furniture product yang bersangkut paut dengan kayu kita benarkan untuk eksport furniture tersebut.

Sebab itu dalam industri kayu ini kita merupakan salah satu daripada pengeksport furniture-based on wood kepada negara-negara luar daripada Malaysia ini. Setakat 2024, dia telah memberi export value RM22.3 bilion tetapi kita tak benarkan eksport kayu balak. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai adakah kita dibenarkan mengimport kayu balak? Ya, kita benarkan tetapi untuk sesuatu kayu balak itu diimport, kemudian diproses menjadi furniture, dia mesti datang daripada sumber yang sustainable.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Kalau dia pergi ambil kayu balak ini kepada negara-negara yang eksport kepada kita tetapi ia bukan dalam proses sustainable punya plantation, dia potong dia buat deforestation, kemudian dia jual kayu balak. Then, furniture — furniture kita ini juga mungkin akan tidak diterima sebagai furniture dalam kategori sustainable. Jadi, soal sama ada kita benar atau tidak, yes tetapi mesti daripada negara- negara sumber yang eksport kepada kita untuk diproses menjadi furniture ataupun bahan-bahan yang bersangkutan dengan pembinaan mestilah datang daripada balak-balak yang datang daripada sumber sustainable. Untuk kita punya balak, kita tak benarkan eksport logs secara total. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya, saya ke — Majlis ke soalan yang kedua.

Dipersilakan Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.

draft • 10:20 AM

2. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong]: Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang meletakkan moratorium ke atas projek kediaman di Kuala Lumpur memandangkan laporan Jabatan Perangkaan menyebut bandar raya ini akan mencapai tahap kemuncak penduduk pada 2031, iaitu 28 tahun lebih awal daripada unjuran nasional. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2031, selain daripada menjadi bandar dengan kemuncak penduduk, Kuala Lumpur juga akan menjadi kawasan paling awal memasuki fasa masyarakat menua.

Sehubungan dengan itu, laporan yang dirujuk oleh Ahli Yang Berhormat sebenarnya menunjukkan terdapatnya keperluan berdesak untuk menilai semula keseimbangan antara pembangunan fizikal dan daya tampung bandar, terutamanya dari segi kapasiti infrastruktur, perumahan mampu milik, kemampuan alam sekitar dan juga kualiti hidup penduduk. Dalam hal ini, pandangan Yang Berhormat Bentong yang merasakan berlakunya lambakan pembangunan bagi kediaman di Kuala Lumpur, ada asasnya tetapi kurang tepat mengambil kira pada penghujung tahun 2024, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat penurunan 10.3 peratus unit tidak terjual berbanding tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, cadangan moratorium ke atas projek kediaman di Kuala Lumpur mempunyai beberapa implikasi negatif dan di antaranya, pertama, penurunan kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kuala Lumpur yang banyak bergantung pada sektor pembinaan dan perkhidmatan berkaitan hartanah.

Kedua, pengurangan kutipan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke atas fi berkaitan pembangunan.

Ketiga, harga hartanah dan kadar sewa meningkat dan menyebabkan berlakunya perpindahan keluar penduduk khususnya B40 dan M40 yang ke pinggir bandar.

Hakikatnya, keperluan perumahan di Kuala Lumpur masih ada menjelang tahun 2040, penduduk di ibu kota ini diunjur akan mencecah 2.35 juta orang dengan keperluan lebih kurang 783,000 unit rumah baharu. Atas prinsip menjamin keseimbangan sosial di Kuala Lumpur, daripada jumlah ini, 40 peratus rumah yang

draft • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

dibina mestilah mampu milik dan inklusif termasuk untuk warga emas, OKU, belia serta skim sewa bersubsidi bagi golongan berpendapatan rendah.

DBKL juga telah mencadangkan pelaksanaan perancangan bangunan kediaman yang lebih bersasar dengan menekankan zon guna tanah dan tahap intensiti pembangunan termasuk di kawasan TPZ iaitu dengan izin transit planning zone dan TIZ iaitu transit influenced zone sepertimana yang digariskan dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040. Melalui pendekatan ini, setiap pembangunan dapat diselaraskan mengikut kapasiti, fungsi dan juga peranan kawasan, sekali gus menyanggah keperluan melaksanakan moratorium.

Seterusnya, DBKL turut melaksanakan kawalan pembangunan berpandukan data iaitu data driven development control dan juga data tampung kawasan ataupun capacity-based planning, iaitu kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan moratorium. Pendekatan ini memastikan pertumbuhan bandar terkawal dan mampan dengan menggalakkan pembangunan semula berorientasikan transit ataupun TOD di lokasi yang strategik, mengawal peluasan bandar secara mendatar iaitu urban sprawl, serta menilai kapasiti, infrastruktur dan kemudahan awam secara berterusan.

Untuk tujuan ini, DBKL sedang memperkukuhkan pemantauan melalui platform digital dan sistem maklumat geospatial bagi meningkatkan kecekapan kawalan pembangunan.

Dalam mengawal keseimbangan antara penawaran kediaman dan juga pembangunan infrastruktur Yang Berhormat, kerajaan menerapkan konsep MADANI dengan memastikan kemudahan jalan raya, pengangkutan awam, pusat kesihatan, sekolah dibina seiring dengan projek perumahan yang baharu. Pendekatan ini bukan saja menjamin keselesaan malah mengelakkan masalah kesesakan, kekurangan kapasiti sekolah atau kelewatan penyediaan kemudahan asas.

Seiring itu, visi CHASE yang menjadi panduan Jabatan Wilayah Persekutuan juga turut menekankan perancangan bandar secara menyeluruh dengan jaringan infrastruktur, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi setempat. Melalui integrasi ini, pembangunan Kuala Lumpur dapat diselaraskan dengan lebih teratur, sekali gus meningkatkan kualiti hidup warga kota. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Bentong, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang cukup lengkap dan baik itu. Menurut UN- Habitat, pencemaran udara menyebabkan kira-kira tujuh juta kematian setiap tahun

draft • 10:20 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

di peringkat global. Manakala, laporan WHO 2023 menganggarkan 6.7 juta kematian berlebihan pada tahun 2019 iaitu lebih tinggi berbanding kematian akibat jenayah dan kemalangan jalan raya.

Memandangkan peningkatan keluasan hutan bandar terbukti dapat mengurangkan bahan pencemar berbahaya di udara, soalan saya, adakah kementerian mempunyai perancangan khusus untuk menambahkan keluasan hutan di Kuala Lumpur bagi meningkatkan kualiti udara dan kesejahteraan hidup rakyat.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan YB Bentong kerana ada data daripada bandar raya di negara kita. Nota ini menunjukkan bahawa setiap peningkatan 10 mikrogram per meter padu dalam Indeks Pencemaran Udara (API) dikaitkan dengan peningkatan 0.97 peratus dalam kemasukan hospital kerana penyakit respiratory chronic dalam jangka masa 10 hari.

Walaupun pengurusan hutan ini bukan secara direct di bawah kami, Jabatan Wilayah Persekutuan, tapi kami sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan kelestarian hutan di negara ini terus kita pelihara. Juga atas dasar visi CHASE yang kita laksanakan di Wilayah Persekutuan ini di bawah Healthy City itu, strategi keempat, tadbir urus pelaksanaan bandar sihat, pemantauan kualiti udara menjadi antara KPI penting kami.

Pada September tahun lalu, saya juga telah mengadakan mesyuarat — bersama dalam Mesyuarat Inter-Ministerial yang melibatkan tiga kementerian iaitu kementerian saya, kemudian Kementerian Kesihatan dan juga NRES. Kita juga ada berbincang tentang perkara ini dan ini juga di antara satu perkara yang menjadi agenda utama kitalah.

Seterusnya menjawab pertanyaan Yang Berhormat tadi berkenaan dengan pertambahan hutan, ya kita memang ada perancangan Yang Berhormat, di mana Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan sedang berusaha untuk mewartakan kawasan Bukit Dinding yang seluas 20.57 hektar sebagai hutan simpanan kekal yang baharu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.

Status permohonan tersebut telah dipertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah yang bersidang pada bulan Mac lalu dan pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) telah juga

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

menghantar notis draf cadangan pembatalan rizab kepada pihak Jabatan Peguam Negara.

Selain pada itu, terdapat juga perancangan untuk mewartakan kawasan Pulai Trail. Yang ini lima hektar sebagai hutan simpanan kekal. Permohonan telah juga dikemukakan pada Mei tahun ini dan akan dinilai oleh pihak PTGWPKL dan ini adalah tambahan kepada pewartaan terakhir hutan simpan kekal pada tahun 2021 iaitu Hutan Simpan Sungai Besi yang tambahan seluas 23.83 hektar.

Jadi, terakhir dalam lawatan kerja saya baru-baru ini, Yang di-Pertua, ke Itali iaitu kita telah juga melihat projek dipanggil Bosco Verticale, yang ini ataupun terjemahannya ialah hutan menegak. Jadi, saya kira pendekatan ini mungkin juga kita boleh fikirkan Yang di-Pertua untuk kita terokai di Kuala Lumpur untuk membawa kehijauan ke dalam bandar. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Padang Serai, silakan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Dato’ Speaker, Menteri. Saya mohon sedikit lagi maklumat. Berdasarkan Laporan SPAN 2021 yang mendedahkan kadar air tidak berhasil (NRW), 26 peratus di Kuala Lumpur serta kedudukan bandar raya ini di tangga ke-100 dalam Indeks Kelestarian Arcadis.

draft • 10:20 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bagaimanakah infrastruktur kritikal air kumbahan sisa pepejal mampu menampung populasi puncak 2020 — tahun 2031 tanpa gangguan? Jika tidak, mengapa moratorium tidak dilaksanakan untuk elak krisis infrastruktur?

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sebenarnya yang ini memang kita ambil keprihatinan juga dalam saya sebut tadi, visi CHASE City. Kita ada satu yang dinamakan eco-friendly visi. Yang ini Yang Berhormat untuk kita mengawal penggunaan air. Contohnya, di Kuala Lumpur ini.

Kita tahu bahawa kita bergantung tinggi dengan Selangor ya, untuk mendapatkan bekalan air. Maka, kita menjalankan inisiatif-inisiatif untuk memastikan bekalan air sentiasa cukup di Kuala Lumpur. Di antara perkara-perkara yang kita laksanakan ialah contohnya kita ada OSD ataupun apa ini, pond yang kita terima.

Contohnya, kalau ada banjir dan sebagainya atau hujan yang berlebihan dan kita simpan dalam OSD itu dan kita ambil kembali air-air yang dikumpulkan itu untuk

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

kita gunakan contohnya untuk landscaping dan sebagainya, supaya water yang treated ini kita betul-betul gunakan dengan optimum.

Ya, itu di antara perkara-perkara yang kita laksanakan dan insya-Allah, kita juga sedang melihat beberapa perkara lain untuk melihat apakah lagi sumber- sumber air atau yang kita boleh dapat untuk memastikan perkara-perkara ini. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Sim Tze Tzin, Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya bermula, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Kelab Pemantau Masyarakat Tawau yang melawat ke Parlimen dan berada di Galeri Awam sekarang.

draft • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Bayan Baru ingin meminta Menteri Ekonomi menyatakan fenomena penuaan populasi yang sedang dialami oleh negara kita ini dan apakah persediaan kerajaan dalam menghadapi fenomena ini. Nyatakan projection trend populasi kelahiran, kematian dan perkahwinan 10 tahun akan datang. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bayan Baru. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menjadi negara menua (ageing nation) pada tahun 2021 apabila populasi berumur 65 tahun ke atas mencapai tujuh peratus daripada jumlah penduduk. Malaysia diunjurkan menjadi negara tua (aged nation) menjelang tahun 2048 berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Negara Malaysia (DOSM) pada Julai 2025.

Apabila populasi yang sama mencecah 14 peratus daripada jumlah penduduk, peningkatan jangka hayat dan kemerosotan kadar kesuburan menyebabkan jumlah penduduk umur muda antara 0–14 tahun akan terus berkurang, sementara jumlah penduduk umur tua lebih daripada 65 tahun akan terus meningkat.

Berdasarkan statistik DOSM juga, penduduk Malaysia pada tahun 2025 adalah seramai 34.2 juta dan diunjurkan meningkat kepada 36.4 juta pada tahun 2030 serta 38.3 juta pada tahun 2035. Kadar kesuburan, jumlah diunjurkan terus berkurangan dari 1.67 anak pada tahun 2025 kepada 1.66 tahun 2030 dan 1.6 pada

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

tahun 2035 bagi setiap wanita berumur antara 15–49 tahun. TFR ini berada di bawah paras penggantian semenjak tahun 2013. Taraf penggantian adalah 2.1.

Kadar perkahwinan kasar iaitu bilangan perkahwinan bagi setiap 1,000 penduduk dalam tahun tersebut telah pun menurun daripada 6.6 perkahwinan pada tahun 2022 kepada 5.7 perkahwinan pada tahun 2023. Perubahan dalam trend perkahwinan ini akan memendekkan tempoh reproduktif dan menyebabkan kejatuhan kadar kelahiran. Usaha untuk mempersiapkan negara menghadapi negara tua adalah kompleks, mengambil kira pelbagai cabaran termasuk keperluan fiskal, pasaran buruh serta perkhidmatan kesihatan dan penjagaan.

Sebagai tindakan prerogatif, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025- 2045 (NAB) telah pun dibangunkan pada tahun 2027–2025. NAB merangkumi perancangan dasar, rangka kerja dan pelan tindakan dalam bidang ekonomi, pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka masa panjang yang menyeluruh. Fokus NAB telah diterjemah melalui strategi dan inisiatif khusus di bawah RMK13 untuk mempersiapkan Malaysia menuju negara tua.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Malaysia ini kita tahu bahawa orang muda dia lewat kahwin, ada yang tidak mahu kahwin. Jadi akhirnya, kita tidak mempunyai reproductive rate yang mencapai replacing rate. Jadi akhirnya kita, negara kita semakin menua.

Jadi, nampaknya kita masih belum bersiap-siaga untuk menangani masalah populasi, penuaan populasi. Jadi, kita Malaysia mempunyai Kementerian Belia dan — Belia tetapi kita masih belum mempunyai Kementerian Warga Emas yang khusus menangani masalah penuaan.

Jadi, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan Kementerian Warga Emas untuk menangani masalah ini. Jadi, apakah langkah kerajaan bersiap-siaga dari segi peruntukan, dari segi bagaimana kita menangani masalah ageing nation — aged nation dari segi kesihatan, kebajikan, simpanan persaraan dan juga berbagai aspek dari segi warga emas? Dan apakah langkah kerajaan juga reverse the trend, memupuk supaya lebih — apakah peruntukan kerajaan untuk reverse the trend memupuk supaya perkahwinan yang lebih —

draft • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

menaikkan taraf wedding rate dan juga birth rate? Minta penjelasan Menteri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Memang benar dalam kerajaan kita tak ada Kementerian Warga Emas. Tapi, dalam kerajaan, kita ada banyak kementerian seperti Kementerian Kewangan yang mengawal selia aspek ekonomi dan fiskal, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi perlindungan sosial, Kementerian Sumber Manusia bagi aspek pekerjaan, kemahiran dan pendidikan, Kementerian Kesihatan bagi aspek kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi aspek penjagaan jangka panjang.

Jadi, yang penting ialah kesemua — semua kementerian yang ada dalam negara ini harus bekerjasama dari segi whole-of-nation approach. Untuk kerajaan, dari segi dasarnya, ada empat strategi utama yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh RMK13 iaitu strategi berkaitan penjagaan jangka panjang ataupun long-term care termasuk macam mana nak meningkatkan lagi lebih banyak orang yang berkecimpung dalam pekerjaan ini. Jadi, mereka yang mula berumur boleh dijaga di rumah, tak payah berpindah kepada nursing home. Kedua, daripada segi pasaran buruh dan kemahiran pendidikan, kita juga menggalakkan mereka yang mungkin dah bersara tapi boleh masih bergiat dalam sektor ekonomi dengan kerja sampingan. Jadi, kita juga meningkatkan lagi opportunity yang ada dengan perundangan yang ada juga.

Dan yang ketiga, memberi keutamaan kepada fiskal dan perlindungan sosial.

Jadi, menambah baik sokongan yang diberikan oleh kementerian-kementerian dengan cara bukan sahaja cara fizikal tapi juga meningkatkan aktiviti untuk warga tua. Jadi, mereka terus bersama masyarakat.

Dan akhirnya, dari segi kesejahteraan warga berusia, di mana simpanan persaraan juga kita harus melihat. Dari segi ini, KWSP ada mencadang untuk melihat, mengkaji di mana sebahagian daripada simpanan boleh dikeluarkan buat bila-bila masa bila sampai tahap persaraan. Tapi hal lain, dikeluarkan dari segi bulanan. Jadi, boleh memanjangkan lagi simpanan yang cukup untuk zaman persaraan. Jadi, saya rasa usaha-usaha inilah kita kena bekerjasama dan berusaha untuk menahan dan bergerak melalui negara luar. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri belum jawab tentang peruntukan untuk reverse the trend of birth rate, perkahwinan dan sebagainya. Sebab di negara luar seperti Jepun dan sebagainya, dan mereka betul-betul buat. Dan mereka berjaya reverse the trend. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Nak reverse birth trend ni saya rasa kena ada banyak usaha ya, dan dalam bahasa usaha ini, kita boleh melihatlah daripada cadangan-cadangan yang kita akan dapat daripada kementerian. Kita pun dah masuk –– berganjak kepada sesi libat urus untuk belanjawan. Saya akan melihat bila sampai masa itu. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Indera ‘Putera’.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, jawapan tadi itu memang cukup baik.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Indera Mahkota.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kita sedang bergerak daripada bentuk demokrasi yang –– demografi, maaf demografi yang agak lama. Kita ada the three stages of life, kanak-kanak, remaja, orang tua atau sekolah, kerja, bersara lebih kurang begitu. Tapi dalam dunia hari ini, apatah lagi bila orang makin — orang hidup makin lama, stages of life itu dah bercampur-campur dah. Dia dah jadi multi stages of life. Dia dah intertwine. Bila orang tua yang dah bersara, juga kita minta dia bekerja dalam bidang-bidang — so, dia dah intertwine. Dia dah tak bersara dah.

Jadi, soalan saya ialah dalam perancangan keseluruhan kerajaan, kalau saya bagi contoh mudah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau sekolah –– kalau pendidikan, berapa persen kita nak allocate untuk prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, IPT? So, dalam keseluruhan kehidupan manusia di Malaysia yang dijaga oleh Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan, apakah perancangannya? Yakni berapa percentage of the allocation untuk orang muda, untuk orang remaja, untuk orang tua dalam perancangan kerajaan.

Saya tidak minta the exact number, tetapi the planning untuk melihat supaya tidaklah setiap kali, setiap tahun bajet kita main tembak saja. Menteri lobi, Menteri dapat. Menteri lain kurang lobi, dia kurang dapat. Tapi kita ada satu kompas, and

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

understanding untuk lima tahun, 10 tahun, this percentage untuk this tahap ini, this percentage untuk tahap ini dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Indera Mahkota, terima kasih kerana soalan itu.

Memang ini adalah satu isu yang ditangani oleh kerajaan. Saya rasa yang pentingnya kalau kita tengok dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita ada pendekatan di mana kita akan ada cara untuk menolong mereka yang mula bergerak kepada umur penua, dan mana support yang akan diberi oleh kerajaan dan dari segi masyarakat akan ada menolong.

Jadi, saya ambil pendekatan macam inilah. Kalau kita tengok dari segi penuaan, kita tak boleh lari pada fakta yang kita akan menjadi negara tua, menua dan tua, ya. Dan lebih banyak populasi kita akan menjangkau umur 65 tahun. Jadi, yang pentingnya kita nak mereka bila mana sampai umur 65 tahun, mereka masih produktif. Produktif bukan kerana terpaksa terutamanya bila orang itu masih produktif dalam society, pemikiran dia masih berjalan, dia masih aktif, dia masih lagi sihat.

Jadi, dari pendekatan kerajaan, kita melalui whole-of-government approach, kita mengusaha di mana perundangan akan memberikan peluang, di mana masyarakat yang berumur ada peluang untuk kembali dan memilih kalau dia boleh buat pekerjaan part-time. Bila dia buat pekerjaan part-time, adakah perlindungan sosial diberikan juga kepada mereka. Jadi, ini jadi satu insentif untuk mereka terus hidup dengan lebih sihat dalam society. Kedua, kita pun faham, kita semua ada mak bapak, dan dalam society di Asia ini, kita tak suka hantar mak bapak kita ke nursing home, ke retirement home. Jadi, satu konsep macam kita kata age in place adalah satu benda yang penting. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita nak meningkatkan long-term care, meningkatkan penjagaan untuk mereka yang boleh datang ke rumah menjaga, menjenguk, membuat aktiviti untuk mereka. Jadi, mereka terus hidup di tempat mereka sendiri dan juga mereka memainkan peranan untuk mendidik anak-anak yang ada dalam society. Yang inilah pendekatan yang lain juga, yang kita perkenalkan juga.

Kita juga harap dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita meminta juga civil society bergerak bersama kerajaan, di mana mereka juga boleh memberi pertolongan untuk menolong penuaan ini. Jadi, saya rasa rangka kerja yang kita ada

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

untuk ageing society dan memang dah adalah RMK13, kita berusahalah macam mana untuk menghidupkannya. Jadi kita akan mencapai keadaan lebih baik. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, tamatlah pertanyaan-pertanyaan Menteri. Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Memulakan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan, saya mempersilakan Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Yang Berhormat Ledang.

draft • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Sedikit pantun.

Merdeka bersinar cahaya perpaduan, Membawa harapan rakyat bersatu; MyGov diperkasa demi kemajuan, Jawablah soalan Ledang nombor satu.

draft • 10:40 AM

1. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Digital menyatakan:

(a) bagaimana penggunaan sistem MyGOV akan meningkatkan akses awam kepada inisiatif dan perkhidmatan kerajaan; dan

(b) apakah kemajuan pelaksanaan sistem MyGOV.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Digital dipersilakan untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih. Nanti saya balas timbalkan pantun dan Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat rakan sahabat saya, Yang Berhormat Ledang.

MyGov Malaysia adalah aplikasi mudah alih perkhidmatan digital kerajaan bersepadu yang menghimpunkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan melalui pengintegrasian dengan agensi-agensi kerajaan dalam satu platform tunggal yang boleh diakses oleh rakyat dengan mudah dan pantas. Penggunaan MyGov Malaysia Yang Berhormat, mampu meningkatkan akses awam kepada inisiatif dan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

perkhidmatan kerajaan melalui pendekatan digital yang inklusif, mudah capai dan berpusat.

Melalui MyGov Malaysia, penggunanya tidak lagi perlu mengakseskan laman sesawang atau aplikasi mudah alih berasingan bagi setiap agensi kerana semua maklumat dan perkhidmatan yang relevan telah dikumpulkan secara sistematik dalam satu platform yang mudah dicapai. Ini memberikan kemudahan besar kepada rakyat khususnya dalam membuatkan semakan bantuan kita, permohonan lesen, pembayaran dan pendaftaran perniagaan dan pelbagai transaksi yang sebelum ini memerlukan kehadiran fizikal kita.

Melalui integrasi teknologi seperti log masuk tunggal atau single sign on dan juga pengguna MyDigital ID, pengguna dapat menikmati pengalaman perkhidmatan yang lebih pantas dan selamat serta mengurangkan keperluan pendaftaran berulang kali. Ia bukan sahaja menjimatkan masa Yang Berhormat, tetapi juga meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keselamatan data peribadi.

Aplikasi ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana jua melalui peranti mudah alih sekali gus membolehkan rakyat seluruh negara, termasuk di kawasan-kawasan luar bandar mendapat maklumat terkini dan akses pada perkhidmatan kerajaan yang disediakan secara atas talian dengan mudah. Aplikasi ini juga menyediakan notifikasi berkaitan inisiatif terkini kerajaan secara terus kepada pengguna dan membolehkan penyampaian maklumat yang lebih bersasar mengikut keperluan individu.

Secara keseluruhannya, penggunaan aplikasi MyGov Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengukuhkan transformasi digital perkhidmatan awam dan memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam arus kemajuan digital. MyGov Malaysia juga Dato’ Yang di-Pertua, misi beta telah diluncurkan kepada penjawat awam pada 27 Februari 2025 bagi mendapatkan pandangan awalnya sebelum dilancarkan kepada rakyat dan masyarakat.

Dalam visi ini, MyGov Malaysia menyediakan 17 perkhidmatan secara integrasi dengan enam agensi yang terlibat. Antara kategori perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi ini ialah satu, JPJ atau pengangkutan untuk semakan saman JPJ dan juga semakan status senarai hitam.

Yang kedua Yang Berhormat dia kata, JKM atau kebajikan serta juga untuk kita semakan mangsa bencana dan semakan status OKU yang memohon dan pesara juga. Ini ialah perkhidmatan-perkhidmatan yang pesara kerajaan kita.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Dan juga pendidikan untuk kita — semakan keputusan peperiksaan utama Malaysia seperti STPM. Urusan tanah seperti semakan harta tanah persekutuan dan juga semakan pembahagian pusaka kecil kita dan juga kita semakan berita dan hebahkan, ada benar atau tidak dan lain-lain perkhidmatan serta juga data yang terbuka. Manakala Dato’ Yang di-Pertua, 25 perkhidmatan disediakan melalui weblink melibatkan lima agensi antaranya ialah MySPRSemak, Semakan Strata, Semakan Status Permohonan Pencen Terbitan dan juga sistem semakan fatwa Wilayah Persekutuan.

MyGov Malaysia telah dinaikkan taraf ke edisi baru yang hanya mengambilkan kira perkhidmatan melalui integrasi secara terus dengan agensi yang memastikan pengalaman penggunaan yang seragam. Pada 16 Ogos 2025, aplikasinya telah diterbitkan dalam versi beta kepada rakyat di semua penyedia gudang iaitu Apple Store, Google Play Store, Huawei AppGallery untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan awal rakyat terhadap aplikasi tersebut.

Dan juga sebanyak 34 perkhidmatan daripada 15 agensi telah disediakan dan akan dipertingkatkan dalam ditambah baik dari semasa ke semasa dari aspek kualitinya Dato’ Yang di-Pertua dan juga fungsi dan skop perkhidmatan kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat kita. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Ledang, soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang pentingnya daripada MyGov ini sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah supaya ada akses awam, keselesaan buat rakyat dan juga satu perkara penting ialah berkenaan dengan keselamatan data itu sendiri.

Jika kita lihat beberapa negara seperti Estonia, Korea Selatan, mereka ada sistem kerajaan digital yang berjaya untuk memudahkan bukan sahaja urusan rakyat dengan tahap kecekapan yang tinggi tetapi mempunyai satu pendekatan keselamatan yang amat ketat kepada data tersebut.

Jadi soalan saya, sejauh mana sistem MyGov kita boleh menandingi tahap integrasi seperti yang dilakukan di Estonia dan Korea Selatan? Apakah langkah tambahan yang dirancang supaya kita dapat pastikan rakyat benar-benar mendapat manfaat sepenuhnya tanpa banyak sangat birokrasi? Dan apakah langkah kerajaan

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

untuk memastikan keselamatan data dan kebolehgunaan rakyat di bandar dan juga di luar bandar?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Ledang, yang mengambil berat dengan keselamatannya. Setiap apa dalam kementerian saya, Kementerian Digital, keselamatan adalah tunggak pertama untuk rakyat mendengar dan trust is the most important.

Untuk menjawab itu, pembangunan MyGov Malaysia telah mengambil kira amalan terbaik, Yang Berhormat. Negara-negara yang membangunkan dan melaksanakan aplikasi mudah alih bersepadu seperti Estonia, India, Singapore dan juga Korea Selatan. Secara amnya, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh negara-negara tersebut berbeza mengikut keperluan dan juga budaya negara masing-masing, Yang Berhormat.

Oleh itu, Malaysia mengadaptasikan pembangunan MyGov ini berdasarkan pada gabungan pendekatan pembangunan yang dilaksanakan oleh negara-negara tersebut dan diselaraskan mengikut keperluan dan acuan Malaysia seperti melaksanakan kad digital seperti yang dilaksanakan oleh Singpass dari Singapore dan juga aplikasi kecemasan seperti yang dilaksanakan oleh Estonia. Saya ingat jelas Yang Berhormat, untuk saya menjawab bagi soalan yang kedua daripada Ledang. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya akui bahawa kerajaan memperkenalkan sistem MyGov ini satu niatnya sangat baik dan ia memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan kerajaan. Tapi tidak dinafikan ia masih dalam peringkat try and error. Dan terkini, kita tengok bagaimana ciri AI chatbot yang telah dinyahaktif kerana memberikan jawapan yang mengelirukan.

Jadi, dari aspek kos dan ketelusan Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan? Siapa kontraktor utama? Dan bagaimana kerajaan memastikan ia tidak menjadi gajah putih digital? Dan lebih penting lagi Menteri, adakah terdapat syarikat asing yang terlibat? Dan jika benar, tidakkah ia membuka ruang kepada data rakyat Malaysia diakses oleh pihak luar? Dan adakah kerajaan bersedia membenarkan audit keselamatan bebas termasuk ujian

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

penembusan atau penetration test, dengan izin oleh pihak yang ketiga dan bentangkan laporan di dalam Dewan ini? Terima kasih Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 10:50 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Okey, terima kasih saudara Pasir Mas.

Pertama, memang kita utamakan keselamatan data dan langkah keselamatan sepertimana yang dilaksanakan oleh seperti berikut. Satu, Pasir Mas, ialah dalam segi apa nama MyGov ini, pada 22, mulai 22 Ogos 2025, MyGov ini telah didaftarkan sebagai sebahagian daripada National Critical Information Infrastructure (NCCI). Ini sehubungan dengan itu, bagi aspek keselamatan aplikasi MyGov juga yang berada dalam pemantauan NC4 Yang Berhormat, dan akan dimaklumkan lebih awal sekiranya berlaku insiden keselamatan dan tindakan pasukan yang terlibat.

Selain daripada itu Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat, jumlah kos itu adalah dari segi aplikasi, pembangunan aplikasi ini, ini dibangunkan secara dalaman kementerian dan oleh pegawai-pegawai Jabatan Digital Negara dan juga menggunakan platform dan infrastruktur sedia ada. Jadi, tiada syarikat asing yang terlibat dalam pembangunan aplikasi itu. Saya ingat itu jawapan yang lebih terus kepada yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:50 AM

2. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan hak milik kilang pemasangan helikopter AW149 buatan Syarikat Leonardo yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan bakal dibina di Batu Berendam, Melaka serta apakah Kementerian Pertahanan (MINDEF) dirujuk terlebih dahulu bagi rancangan pembinaan kilang berkenaan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Diminta Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan.

Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan mendapat maklum bahawa kewujudan industri ini adalah lanjutan daripada perbincangan tiga hala antara

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Kerajaan Negeri Melaka, syarikat pengeluar helikopter, Leonardo dari Itali dan syarikat Weststar Aviation Sdn. Bhd. selaras dengan perjanjian konsesi pajakan 28 unit helikopter untuk kegunaan agensi-agensi kerajaan.

Kolaborasi ini merupakan suatu kerjasama antara syarikat-syarikat swasta yang berkaitan business-to-business dengan Kerajaan Negeri Melaka. Merujuk kepada perjanjian konsesi yang telah ditandatangani pada ― antara Weststar Aviation Sdn. Bhd. dan juga Kerajaan Malaysia pada 19 Disember 2024, syarikat Weststar Aviation Sdn. Bhd. telah dikenakan obligasi-obligasi tambahan iaitu untuk mengadakan kolaborasi strategik dengan pembuat helikopter yang berkenaan sebagaimana yang dinyatakan dalam klausa 8, “Additional obligations of the concession company on matters other than the concession”, dengan izin.

Sehubungan dengan itu, syarikat Weststar Aviation Sdn. Bhd.

bertanggungjawab membangunkan kilang pemasangan helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Projek ini dijangka menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan dan penyelenggaraan helikopter MRO terbesar di Asia Tenggara di samping memberi impak positif kepada ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor aeroangkasa. Itu saja jawapannya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tanah Merah, tambahan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan MENHAN. Saya nampaknya ya kerajaan bersungguh, Timbalan MENHAN bersungguh mempertahankan keputusan kerajaan untuk membina kilang helikopter AW149 di Batu Berendam, Melaka. Walaupun hakikatnya, ekosistem pembangunan industri aeroangkasa sudah lama berpusat dan bertapak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Dan saya ingin mengingatkan semua Ahli Dewan yang mulia ini, bukan saja memeterai perjanjian untuk menganugerah kontrak pajakan 28 helikopter GOCOM yang paling mahal dalam sejarah iaitu RM16.6 bilion yang bagi saya itu buat secara tergesa-gesa tanpa menunggu pelaksanaan LIMA 2025 ya, di mana dianugerahkan secara tanpa uji pandu sama ada ia benar-benar memenuhi keperluan end user.

Bolehkah ia?

Soalan saya daripada dulu saya tanya, bolehkah AW149 ini boleh buat underslung 105mm howitzer ya? Sama ada boleh? Saya kata tak boleh ya. Jadi,

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

bayangkan kita berbelanja begitu besar tapi tak boleh buat underslung meriam, ya.

Jadi, sebab itu, saya sampai sekarang ini kita dikejutkan pula bahawasanya Kerajaan Persekutuan yang akan membiayai kilang helikopter yang kepunyaan Weststar ini dengan kos RM16.45 bilion. Menteri masih belum jawab, milik siapakah kilang ini nanti?

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya percaya Yang Berhormat sedia maklum, syarikat Leonardo yang Yang Berhormat Menteri Timbalan MENHAN cakap tadi, iaitu syarikat OEM Helikopter AW139 ini, sudah lama bertapak dan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Dia dah lengkap dah dan siap dengan MRO ya. Jadi, di lokasi sama ini juga pembekal helikopter lain seperti Airbus...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan mana?

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, nak masuk soalan dah ya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak ada soalan, saya potong, saya pergi ke kanan saja.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Baiklah. Saya tanya soalanlah. Okey, di Subang ini semua dah complete ya. Sebab ini isu pertahanan negara, Dato’ Yang di-Pertua. Bagi sikit masa ya?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Sebab ini sejarah ini.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ini soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Jadi, soalan saya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat lagi, saya potong.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, soalan saya, Timbalan MENHAN, apakah MINDEF kini hanya ― apakah MINDEF ini seolah dilihat macam jadi jurucakap pada Weststar? Saya tak kisah bagi dekat Weststar. Cuma, pastikan helikopter yang dibekalkan ini memenuhi keperluan end user. Kalau AW149 tak boleh, bekalkan helikopter yang lain.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi, saya ingin juga tahu kepada Yang Berhormat Timbalan MENHAN, apakah Bahagian Industri Pertahanan (BIP) di MINDEF ataupun MyDef telah dirujuk sebelum kerajaan mempertimbangkan dan meluluskan peruntukan sebanyak 16.45 bilion kepada Weststar Group bagi pembinaan kilang di Batu Berendam, Melaka ini?

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah di atas soalan tambahan yang dikemukakan.

Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana yang saya maklumkan kepada Dewan ini, kita tahu bahawa ini adalah projek sewaan helikopter. Ada pun tanggungjawab bagi menentukan di mana bagi syarikat Weststar dan juga Leonardo untuk menentukan pemasangan dan juga MRO-nya, saya fikir itu adalah di bawah tanggungjawab pihak syarikat ya.

Tapi, dalam masa yang sama, macam tadi bila dikaitkan tentang KPP, Kertas Putih Pertahanan, kita tahu bahawa di Batu Berendam juga, kita tak nafikan di samping Subang, menjadi hab aeroangkasa kita. Tapi, kita lihat bahawa fasiliti di Batu Berendam juga, mereka ada juga keupayaan-keupayaan yang terkait dengan aeroangkasa di situ. Jadi, saya fikir dengan pembinaan syarikat ini ataupun industri ini di Melaka, dia boleh jadi pelengkap juga kepada Kertas Putih Pertahanan kita.

Ada pun persoalan tentang keupayaan AC149 itu sendiri, saya fikir ACW149 ini memang punya keupayaan itu. Sudah berkali-kali Yang Berhormat Menteri Pertahanan nyatakan dan memberi jawapan tentang sumber-sumber keupayaan underslung ACW149 itu.

Jadi, saya fikir kalau Tanah Merah berulang-ulang bertanya soalan yang sama dan kita memang di Kementerian Pertahanan ada sebut kita menjadi jurucakap kepada pihak swasta, itu sebenarnya tidak benar. Sebenarnya apa yang kita nak berikan adalah maklumat. Apa saja daripada persoalan yang dikemukakan oleh Tanah Merah, kami jawab, sama ada dari segi teknikalnya ataupun dari segi keupayaan kita. Sebab itu kita...

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Itu saya kata buatlah uji pandu, test drive macam kita beli kereta...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dato’ Yang di-Pertua, saya tambah sikit.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ini jawapan lisan. Yang Berhormat Tanah Merah bangun lagi sekali, lima hari saya halau keluar. Ini saya tak main-main ya.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, ini yang kita mahu, Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya harus ― sebab, soalan ataupun persepsi banyak dibina di situ. Jadi, saya fikir pemilikan industri ini adalah pemilikan pihak swasta. Tapi, dalam masa yang sama, kita tahu bahawa kepentingan penggunaan helikopter itu adalah pada kita, agensi-agensi kerajaan ini.

Ini yang saya sebutkan tadi bahawa kita di Kementerian Pertahanan, sama ada melalui KPP atau melalui Majlis Industri Pertahanan kerana kita ada empat penyelarasan. Bahagian Industri Pertahanan, kita libatkan. Dan kita boleh tahu apa industri yang kita wujudkan yang mana terkait dengan industri pertahanan.

Dan begitulah juga dengan penyelarasan teknikal. Penyelarasan teknikal dilaksanakan oleh pihak user sendiri kerana di perkhidmatan itulah yang menentukan teknikal apa yang mereka perlukan, teknologi apa yang mereka perlukan masa kini dan apa keupayaan negara diperlukan untuk menjaga keselamatan dan juga pertahanan negara.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, pendekkan jawapan.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Itu saja jawapan saya, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Sukan.

draft • 11:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya mengalu-alukan kedatangan atlet-atlet wusyu, pemenang World Games kali pertama, yang hadir dalam Dewan Rakyat sekarang. Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang mana satu?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Berikutnya, saya mempersilakan sebelah sini Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Apakah komitmen syarikat Leonardo dalam aspek transfer teknologi kepada Kerajaan Malaysia? Dan berapakah anggaran jumlah pekerjaan baru bakal diwujudkan oleh kilang yang bakal dibina di Melaka ini? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas persoalan yang dikemukakan.

Kerana kita tahu bahawa kewujudan industri baru, terutama yang terkait dengan industri pertahanan kita, sudah barang pasti dia dapat memberikan ― macam saya sebutkan tadi tentang impak ekonomi, tentang peluang pekerjaan. Dan kita tahu bahawa Industri ini juga melibatkan pemasangan dan juga MRO, maintenance, repair dan juga overhaul, yang sekarang ini, macam tadi disebut oleh Tanah Merah, sebahagian berlaku di Subang, tapi kita fikir bahawa ini boleh dipanjangkan kepada di Melaka juga.

Sebab itu, macam tadi disebut, bila industri ini kita bawa ke sini, kita juga libatkan ― antara yang kita bagi obligasi ini secara keseluruhan, macam tadi disebut, jumlah keseluruhan kepada guna tenaga. Itu mungkin kita akan, saya akan maklumkan kemudian. Tetapi, yang paling penting bagi saya adalah tentang teknologi pertahanan itu sendiri. Sebab itu, obligasi kelapan itu, bila kita nyatakan dalam kontrak kita itu, antara yang penting bagi kita bukan sahaja kita transfer teknologi itu tetapi, dalam masa yang sama, kita membina guna tenaga dan keupayaan masa depan negara kita.

Sebab itu, saya fikir sebenarnya kalau kita boleh melakukan pemasangan, boleh melakukan MRO, pada masa depan kita boleh― kita tahu bahawa contohnya macam di Batu Berendam itu, dia ada composite technology, lepas itu dia ada akademi-akademi latihan penerbangan dan seumpamanya. Dan saya fikir ini boleh jadi pelengkap kita sebagai negara ― bukan sahaja MRO tetapi pemasangan dan mungkin pada masa akan datang boleh jadi negara pengeluar kepada industri ini. Itu saja jawapannya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih. Majlis ke soalan yang ketiga. Dengan ini, dipersilakan Dato’ Verdon bin Bahanda, Yang Berhormat Kudat. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 3.

draft • 11:00 AM

3. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan jenis geran atau insentif sokongan kementerian dalam pembangunan infrastruktur pelancongan seperti sokongan modal, kemudahan tandas, jalan raya pelancongan, air dan elektrik. Bagaimanakah khusus untuk

draft • 11:00 AM

pengusaha ekopelancongan komuniti dan tempatan dapat memanfaatkan bantuan atau sokongan tersebut.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa memberi perhatian dan ketersediaan infrastruktur asas dalam menyokong aktiviti pelancongan di seluruh negara dan sentiasa bekerja rapat dengan semua kerajaan negeri, termasuklah Kerajaan Negeri Sabah, dalam memastikan kemudahan di lokasi-lokasi pelancongan utama di Malaysia berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk kegunaan para pelancong tempatan mahupun luar negara.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 sehingga 2025, Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC telah meluluskan sebanyak 77 projek pembangunan serta penyelenggaraan dengan peruntukan berjumlah RM72,052,228 kepada negeri Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, perancangan dan pelaksanaan pembangunan kemudahan pelancongan di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan.

Sehubungan dengan itu, MOTAC mencadangkan agar para pengusaha ekopelancongan komuniti mengadakan kolaborasi dengan pihak KePKAS, PBT yang berkenaan bagi membangun dan meningkatkan kemudahan pelancongan setempat yang bersesuaian dengan perancangan Kerajaan Negeri Sabah.

Walau bagaimanapun, MOTAC sentiasa mengalu-alukan cadangan oleh Ahli Yang Berhormat dan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baharu selaras dengan hala tuju MOTAC dan keutamaan Kerajaan Negeri Sabah melalui KePKAS.

Selain daripada aspek pembangunan, penyelenggaraan dan peningkatan kemudahan pelancongan, MOTAC turut mengambil inisiatif memperkasakan komuniti inap desa melalui peningkatan kemahiran dengan menyediakan bantuan pembangunan kapasiti modal insan kepada pengusaha homestay melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM). Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, MOTAC sedang melaksanakan Kursus Refresher Homestay bermula pada Februari 2025 di seluruh negara.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

MOTAC juga menyokong penglibatan pihak swasta dalam sektor pelancongan menerusi penawaran insentif kepada para pengusaha pelancongan.

Dalam konteks ini, MOTAC telah bekerjasama dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) dalam menawarkan insentif berbentuk pinjaman bagi projek pelancongan menerusi Program Pembangunan MADANI (PPM) dan Tabung Khas Pelancongan (TKP).

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh PPM adalah bermula dari RM20 juta sehingga RM100 juta atau sehingga 80 peratus daripada kos projek, yang mana lebih rendah. Manakala TKP menawarkan pinjaman bermula dari RM50,000 sehingga RM5 juta.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Sehubungan dengan itu, pengusaha pelancongan boleh memohon pembiayaan tersebut secara terus kepada BPMB dan SME bank. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kudat, soalan tambahan, silakan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kudat ini merupakan salah satu kawasan yang mempunyai daya tarikan pelancongan yang terbaik. Bukan sahaja di Sabah saya rasa, tetapi di seluruh Malaysia. Jadi, saya mohon kepada ataupun saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ada peruntukan yang khusus untuk Parlimen Kudat dalam tahun depan, 2026 dan juga dalam RMK16 yang diperuntukkan khusus untuk membangunkan industri pelancongan di Kudat? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Silakan.

draft • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kudat. Ada dua perkara yang telah disentuh.

Pertama, berkenaan dengan peruntukan, adakah ianya telah disediakan oleh pihak MOTAC kepada kawasan ataupun Parlimen Kudat di dalam perancangan tahun hadapan. Kedua pula, berkenaan dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, adakah peruntukan khas juga diperuntukkan kepada kawasan Kudat.

Untuk makluman Yang Berhormat Kudat, pada tahun hadapan, kita hanya boleh melaksanakan sebarang perancangan ataupun penentuan belanjawan itu,

draft • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

adakah ianya telah dimasukkan perkara-perkara yang melibatkan kementerian itu sendiri?

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Dalam kita berusaha untuk memastikan setiap tempat-tempat yang memerlukan perbelanjaan dari sudut yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kudat itu dapat dilaksanakan, ianya hanya kita boleh bagi jawapan selepas daripada pembentangan belanjawan.

Keduanya pula, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, tidak ada spesifik ataupun peruntukan spesifik yang telah disediakan untuk Parlimen Kudat setakat ini.

Namun, kita sentiasa terbuka untuk menerima sebarang permohonan dalam program PPUN, iaitu pemeliharaan dan juga pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kangar, silakan untuk soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Sahabat saya YB. Timbalan Menteri. Jadi, umumnya mengetahui bahawa peranan MOTAC penting dalam membangunkan kawasan pelancongan sama ada di negeri yang besar, negeri yang kecil, negeri yang maju dan juga negeri yang kurang maju.

Asalkan ianya berdaya saing.

Jadi, soalan saya, sejauh manakah MOTAC dapat memperluaskan skop geran infrastruktur kepada bidang pelancongan sukan, sport tourism terutamanya sukan motocross, bagi menarik penyertaan tempatan dan antarabangsa? Sebenarnya, Kelab Motor Lasak Perlis amat memerlukan sokongan MOTAC untuk membantu meningkatkan prasarana di Litar Motocross Sungai Batu Pahat, Perlis. Saya pun sudah berbahas dengan KBS, mungkin ada kolaborasi antara MOTAC dan KBS.

Dan soalan kedua, adakah geran infrastruktur ini turut mengambil kira penyelenggaraan jangka panjang kemudahan pelancong, kemudahan pelancongan atau hanya terhad kepada pembinaan baru? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Pertama sekali, berkenaan dengan geran ataupun sokongan di dalam bidang pelancongan sukan. Sebenarnya, seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar, kita sentiasa mempunyai satu koordinasi dengan pihak

draft • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kementerian Belia dan Sukan untuk kita melihat secara spesifik, apakah program- program ataupun apakah penyediaan berkenaan dengan sukan — pelancongan sukan ini membawa impak yang besar kepada industri pelancongan ataupun ianya juga membawa impak yang besar kepada industri sukan setempat.

Namun sebagai — sebagai Timbalan Menteri di dalam kementerian ini, kita sentiasa memberikan sokongan terutamanya program ataupun event yang boleh membawa limpahan pelancong-pelancong daripada luar sana. Untuk makluman Yang Berhormat Kangar, banyak program-program yang berkait rapat dengan pelancongan sukan telah diberikan geran oleh pihak kementerian untuk merancakkan lagi program-program yang seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar. Kedua juga, di dalam program PPUN, ianya melibatkan penaik taraf ataupun naik taraf. Ianya tidak melibatkan projek baru. Projek baru ianya lebih kepada masuk kepada Pelan Rancangan Malaysia.

Yang itu adalah dua perkara yang berbeza. PPUN hanya memfokuskan setiap-setiap kawasan itu yang memerlukan pemuliharaan, pemeliharaan dan juga penaik taraf ataupun naik taraf. Itu yang kita fokuskan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut, majlis ke soalan yang keempat. Mempersilakan Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Harga murah jadi dambaan, Rakyat gembira belanja berhemah; Peniaga kecil usah dilupakan, Soalan nombor empat saya persembah. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

4. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:

(a) apakah pertimbangan kementerian terhadap keluhan peniaga kecil yang mendakwa jualan mereka semakin terjejas akibat inisiatif pelaksanaan SARA dan Jualan RAHMAH yang menawarkan harga jauh lebih rendah; dan

(b) apakah langkah mitigasi bagi memastikan kelangsungan perniagaan kecil tidak terjejas dalam usaha membantu pengguna

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Diminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengambil maklum keluhan peniaga kecil berhubung kesan perlaksanaan SARA dan Jualan RAHMAH yang menawarkan harga lebih rendah.

Namun, pada masa yang sama, KUSKOP menyokong inisiatif ini yang merupakan sebahagian daripada aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekan, penekanan kepada kesejahteraan rakyat dalam menghadapi kos sara hidup. Dalam hubungan ini, pendekatan seimbang perlu diambil supaya keperluan rakyat berpendapatan rendah dapat dipenuhi tanpa menjejaskan kelangsungan peniaga kecil yang menjadi nadi ekonomi tempatan.

Bagi tujuan ini, KUSKOP sentiasa menyediakan bantuan dan sokongan kepada peniaga kecil dalam meningkatkan jualan melalui inisiatif-inisiatif seperti yang berikut.

Membantu usahawan bagi meningkatkan adaptasi digital untuk meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk mereka. Beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti studio TikTok dan juga platform MyMall, Program Pembudayaan Pemerkasan Keusahawanan Penjaja Kecil dan Peniaga, program bimbingan di bawah Institut Keusahawanan Negara. So, program-program ini dikendali di bawah TEKUN dan juga INSKEN.

Kementerian juga menyediakan program padanan perniagaan seperti Padan Niaga, SDSI di bawah Program Satu Daerah Satu Industri kepada usahawan tempatan. Melalui program ini, usahawan dapat memperluaskan rantaian perniagaan dengan pembeli, pengedar, ejen pemasaran, stokis dan juga pengimport dan hypermarket.

Kementerian juga melibatkan penyertaan usahawan melalui program karnival usahawan anjuran KUSKOP dan agensi seperti Hari Peniaga dan Penjaja Kecil

(HPPK), Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan, showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan juga Minggu PMKS dan karnival agensi-agensi KUSKOP termasuk TEKUN, UDA dan juga PERNAS.

Kementerian juga melaksanakan inisiatif seperti MARi Mart UDA One Stop Retail Center di bawah UDA Holdings bagi mengukuhkan pasaran produk usahawan tempatan. Sehingga 2025, lebih daripada 400 usahawan telah menyertai dan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

menetapkan produk mereka di outlet MARi Mart yang telah beroperasi di ‘Angkasa’ Johor Bahru Mall dan juga ‘Angkasana’ Ipoh Mall, ‘Angkasana’ Seremban dan juga Pusat Bandar Bertam Perdana dan memulakan projek pembangunan baharu dan naik taraf premis tamu desa yang bertujuan untuk membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan bina baharu infrastruktur peniaga dan penjaja kecil di kawasan luar bandar di Sabah dan juga di Sarawak.

Pada tahun 2024, KUSKOP telah melaksanakan 59 projek tamu desa di Sabah dengan memperuntukkan ber — sejumlah wang RM11.43 juta dan 39 projek tamu desa di Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM6.6 juta. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Krai, soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa pengusaha-pengusaha kedai runcit yang ingin berdaftar dengan MyKasih akan mengambil masa lebih dua bulan, walaupun janjinya satu bulan sahaja tempoh akan diselesaikan. Saya harap pihak kementerian Yang Berhormat dapat berkolaborasi dengan mana-mana kementerian yang terlibat supaya permudahkan urusan ini.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan saya, apakah jaminan kementerian bahawa pelaksanaan SARA dan Jualan RAHMAH tidak akan mematikan ekosistem peniaga kecil dalam jangka panjang. Adakah kementerian akan membuat pemantauan berterusan termasuk data jualan peniaga kecil sebelum dan selepas pelaksanaan inisiatif ini?

Apakah bentuk sokongan khusus walaupun tadi Yang Berhormat telah sebut beberapa inisiatif, tapi maksud saya ialah peniaga kecil di kampung yang memerlukan pada sokongan, sama ada dalam bentuk subsidi bersasar, pinjaman mudah, bantuan rantaian bekalan yang akan diberikan kepada peniaga kecil dan terjejas ini agar mereka mampu bersaing dalam persekitaran harga yang semakin rendah ini, khususnya berdepan dengan pengguna yang memilih membeli barangan MyKasih di pasar raya-pasar raya besar di bandar. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih soalan tambahan. Seperti yang saya mengatakan tadi, kita ada TikTok studio yang disediakan. Dia ada live

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

streaming. Penstriman live ini memberikan mereka satu peluang untuk berniaga. Studio pun disediakan secara percuma sehingga Disember 2025.

draft • 11:20 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Kalau kita lihat pembiayaan yang telah disediakan seperti MyMall. Pembiayaan untuk MyMall, dia percuma platform e- dagang bagi pemasaran sebagai satu alternatif as a market place bagi peniaga- peniaga dan juga penjaja kecil. Pencapaian bagi tahun 2024 dan 2025 telah mendaftarkan usahawan sebanyak 1,316 orang dengan nilai jualan 6.5 juta. Juga pada tahun 2025 sehingga Ogos ini, kita telah mendaftar 2,402 usahawan dengan nilai jualan hampir 15 juta.

Jadi, memang ada peningkatan dan program-program yang disediakan ini adalah untuk membantu usahawan sebagai satu peniaga, sama ada peniaga kecil atau penjaja, untuk mereka meniagakan produk-produk mereka secara percuma daripada talian online. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua mengizinkan saya soalan tambahan nombor 4. Suka tidak suka, mahu tidak mahu, sedikit sebanyak pelaksanaan SARA ini sudah tentu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil memandangkan rakan niaga program kedai MyKasih ini belum cukup meluas setakat ini dan saya difahamkan inisiatif ini juga adalah di luar kawalan dan tanggungjawab KUSKOP.

Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah inisiatif kementerian untuk memperkasakan para usahawan luar bandar dari sudut pemasaran agar tidak terkesan atau kalis cabaran yang sebegini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih soalan daripada sahabat saya daripada Tampin. Seperti yang saya katakan tadi, memang banyak program yang disediakan. Kita boleh lihat daripada program pemerkasaan skop program, termasuk program pembudayaan dan pemerkasaan keusahawanan penjaja kecil, EmpowerPPK.

Ini dijalankan oleh KUSKOP bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjaja dan peniaga dalam menjalankan transaksi mereka secara digital dan juga

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

termasuk adaptasi pendigitalan transaksi perniagaan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan perlindungan sosial di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

Juga disediakan latihan di bawah program ini secara percuma kepada para peniaga dan peniaga kecil. Walaupun kekangan itu bawah peruntukan yang diberikan adalah sebanyak 30,000 setahun sahaja, namun demikian seminar juga untuk meliputi pengisian modul yang bersesuaian dengan keperluan semasa penjaja dan peniaga kecil dari masa ke semasa. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang kelima, dipersilakan Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.

draft • 11:20 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

Rakyat bersuara tanda percaya, Kerajaan MADANI mendengar mesra; Parlimen medan bertanya bicara, Mohon Menteri jawab soalan saya nombor lima. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

5. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah aduan yang diterima dalam SISPAA setiap tahun dari 2018 hingga 30 Jun 2025 mengikut agensi kerajaan serta punca utama bagi tiga agensi kerajaan yang mencatat jumlah aduan tertinggi dalam tempoh tersebut.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sila jawab.

draft • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya tak nak menjawab pantun tapi saya jawab soalan.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Kluang, jumlah aduan awam yang diterima oleh Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dari tahun 2018 hingga ke 30 Jun 2025 adalah seperti berikut. Saya bacakan statistiknya.

3,862 aduan pada tahun 2018; 5,097 aduan 2019; 5,180 aduan 2020; 6,597 aduan pada tahun 2021; 10,739 aduan pada tahun 2022.

Kemudian 10,020 aduan tahun 2023; 12,958 aduan 2024 dan pada tahun ini sehingga daripada 1 Januari hingga 30 Jun kita menerima 6,978 aduan. Jadi, kalau kita tengok ada trend peningkatan daripada — kepada aduan saban tahun. Jadi, dalam hal ini Kerajaan Persekutuan melalui Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022 bertajuk Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam telah menggalakkan semua kementerian untuk menggunakan, mengguna pakai SISPAA sebagai medium utama bagi rakyat menyalurkan aduan terhadap perkhidmatan awam.

draft • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Dengan menggunakan sistem SISPAA, maklum balas aduan dapat direkodkan atau dipantau oleh BPA serta kementerian yang bertanggungjawab terhadap sesuatu aduan dengan lebih efektif dan juga telus. Keberkesanan sistem itu menunjukkan lebih banyak aduan dapat disalurkan kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab dan turut menjadi antara penyebab trend bilangan aduan yang meningkat dari tahun ke tahun.

Sejak tahun 2018 hingga 2025, BPA telah membuat pelbagai penyelarasan dalam mengkategorikan aduan-aduan perkhidmatan awam melalui SISPAA.

Sehubungan dengan itu pada tahun 2024, sebanyak sembilan kategori aduan telah diwujudkan dalam sistem SISPAA iaitu penguatkuasaan, kemudahan dan infrastruktur awam, ekspektasi pelanggan, penyampaian perkhidmatan, tatakelola atau integriti penjawat awam. Kategori seterusnya, prosedur atau proses kerja, kemudian keadilan dan kesaksamaan, pelaksanaan dasar dan undang-undang dan seterusnya pelbagai aduan.

Jadi kategori aduan yang mencatatkan bilangan yang tertinggi Yang Berhormat adalah:

(i) penguatkuasaan;

(ii) berkaitan dengan kemudahan ataupun infrastruktur;

(iii) ekspektasi pelanggan; dan

(iv) penyampaian perkhidmatan.

Jadi, kementerian yang paling banyak menerima aduan adalah yang pertama Jabatan Perdana Menteri, kedua Kementerian Kerja Raya dan ketiganya Kementerian Dalam Negeri. Jadi, kementerian-kementerian ini menerima bilangan aduan yang banyak memandangkan terdapat pelbagai agensi ataupun bilangan agensi yang lebih banyak ya, dan merupakan agensi-agensi yang mungkin juga menjadi tumpuan utama rakyat bagi penyampaian perkhidmatan awam. Contohnya seperti DBKL, di bawah Jabatan Perdana Menteri memang kita terima yang terbanyak Yang Berhormat. Yang kedua Jabatan Kerja Raya dan yang ketiganya Jabatan Imigresen untuk Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, selain daripada kategori aduan, ada juga kategori yang lainnya sebab kita juga terima contohnya cadangan ya, pertanyaan dan juga ada juga penghargaan alhamdulillah, yang menggunakan persepsi — yang menggambarkan persepsi positif rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan dan juga agensi.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kluang.

draft • 11:20 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Jadi, bolehkah Menteri menjelaskan apakah langkah penambahbaikan memandangkan statistik meningkat setiap tahun walaupun kita tahu ini adalah kerana semua kementerian menggunakan sistem SISPAA sebagai saran utama untuk menerima aduan dari rakyat.

Tapi apa penambahbaikan yang sedang dan akan dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan bilangan aduan yang tinggi dalam tiga kementerian tersebut, khususnya berkaitan kelewatan, tindakan susulan dan kualiti perkhidmatan dan juga berkenaan penguatkuasaan dan sebagainya.

Selain itu, adakah sistem SISPAA mempunyai mekanisme untuk menilai kadar penyelesaian aduan mengikut tempoh masa tertentu. Pada masa yang sama, walaupun KPM tidak dimasukkan ke dalam senarai yang tinggi menerima aduan tapi sebagai wakil rakyat, kadang-kadang saya juga terima aduan dari pihak guru, pihak pendidik yang mengatakan bahawa kalau sering kali terima aduan dari ibu bapa kerana mereka sudah berdepan dengan ibu bapa dan juga murid-murid mereka setiap hari sangat beban dengan tugas mereka dah.

Jadi, dengan ada sistem SISPAA yang mereka perlu jawab dengan aduan.

Kadang-kadang bagaimana SISPAA menilaikan aduan tentang aduan yang betul- betul genuine, authentic yang jadi isu untuk dijawab oleh pendidik kita.

draft • 11:20 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Jadi, ada mekanisme untuk menilaikan aduan tak? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya walaupun kita ada SISPAA, tetapi ada juga kementerian-kementerian dan juga agensi-agensi yang mewujudkan sistem ataupun sistem aduan mereka sendiri. Jadi, kita cuba sebenarnya integrasikan antara SISPAA dan sistem-sistem tersebut.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat, SISPAA mempunyai mekanisme penilaian. Ini berdasarkan kepada tempoh masa penyelesaian aduan. Jadi, sebagaimana yang ditetapkan oleh Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022 iaitu 15 hari bagi aduan yang bukan kompleks dan sehingga 365 hari bagi aduan yang kompleks.

Tetapi jika SISPAA mendapati tidak diselesaikan, maka SISPAA akan turun padang

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

untuk bertemu dengan agensi ataupun mungkin dengan kementerian tersebut untuk kita cuba membantu dalam sudut penyelesaian kepada aduan tersebut.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Kemudian, kerajaan telah juga melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Antaranya penubuhan jawatankuasa khas pemantauan aduan dan mesyuarat bulanan untuk memantau status kes. Kedua, mekanisme fast track untuk kes-kes yang segera. Ketiga, naik taraf SISPAA ke arah digitalisasi penuh termasuk integrasi antara agensi dan aplikasi mudah alih dan yang keempatnya, dashboard masa nyata dengan peringatan automatik bagi kes yang melepasi tempoh.

Manakala untuk mengelakkan beban tambahan terhadap urus sepertimana Yang Berhormat sebut tadi, sebenarnya setiap sekolah ini dia ada guru kanan yang akan menjadi penyelaras kepada aduan dan kemudian daripada aduan itu akan dibuat siasatan. Siasatan ini dia akan tengoklah berasas atau tak berasas, kemudian tindakan seterusnya diambillah.

Manakala untuk mengelakkan beban tambahan kepada guru juga, BPA telah menetapkan bahawa aduan pendidikan ini disalurkan terus kepada Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan negeri. Jadi, bukan hanya secara langsung kepada guru-guru yang tersebut. Jadi, itu di antara penambahbaikan yang kita lakukan di pihak SISPAA. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 11:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Peningkatan aduan daripada 3,800 kepada 13,000 dalam jangka masa ini menunjukkan bahawasanya kebergantungan rakyat kepada SISPAA dan menunjukkan sistem itu efektif and good.

Jadi, soalan saya ialah apakah kerajaan bercadang untuk mewartakan laporan tahunan prestasi pengurusan aduan SISPAA secara terbuka sebagai langkah penambahbaikan tatakelola dan keputusan? Yang kedua, adakah terdapat audit dalaman ataupun mekanisme bebas untuk menyemak kualiti maklum balas dan tindakan susulan terhadap aduan khususnya terhadap agensi yang kerap menerima aduan? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut. Jadi, saya juga bersetuju ya. Saya juga melihat trend yang semakin meningkat ini agak membimbangkan. Tapi dalam masa yang sama, dia menunjukkan bahawa keberkesanan ataupun orang makin kenal dengan SISPAA dan menggunakan sistem itu untuk menyatakan apa saja bentuk aduan yang menjadi concern mereka.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan sebenarnya ingin menegaskan bahawa SISPAA bukan sekadar dipanggil arkib kepada aduan tetapi sebuah sistem pemantauan prestasi yang hidup ataupun living system dan menjadi alat kawalan mutu perkhidmatan awam. Jadi, BPA turut mengadakan seperti yang saya sebut tadi, turun padanglah ya ataupun TUPA bagi memastikan aduan yang diterima bukan hanya kita rekodkan tetapi perlu juga dianalisa, kemudian diambil tindakan. Jadi, analisa ini penting sebab kita akan tahu selain daripada trend, apa benda yang perkara-perkara yang kita kena ambil tindakan secepat mungkin contohnya ya ataupun perkara-perkara yang menjadi lebih concern kepada rakyat.

SISPAA juga turut dilengkapi dengan beberapa mekanisme pemantauan yang ketat. Di antaranya dashboard pemantauan masa nyata ataupun real time. Jadi, setiap aduan dipantau dari mula hingga kepada ia selesai. Dan sistem automatik yang seperti saya sebut tadi ya bagi kes-kes yang melepasi tempoh yang ditetapkan serta laporan mingguan dan bulanan mengikut kategori dan juga agensi.

Metrik prestasi khusus termasuk sasaran kadar penyelesaian 80 peratus dalam tempoh 15 hari dan juga 95 peratus dalam masa 30 hari, di samping skor kepuasan pelanggan berdasarkan maklum balas rakyat. Jadi, data prestasi ini pula digunakan sebagai asas kepada penambahbaikan dasar, juga pemantauan dan keberhasilan dan penilaian accountability kementerian serta agensi yang terlibat.

Ringkasnya, SISPAA adalah instrumen penambahbaikan berterusan iaitu continuous improvement yang akan memastikan suara rakyat diterjemah kepada tindakan yang sebenarnya dan tindakan yang nyata, cepat dan efisien. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.

draft • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Puan Speaker, soalan saya nombor 6.

draft • 11:30 AM

6. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan:

(a) kesan pengembangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap industri sawit terutamanya sektor hiliran oleokimia; dan

(b) usaha kementerian untuk mengekalkan daya saing industri sawit di pasaran antarabangsa.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Ya, Tuan Yang di-Pertua, di bawah peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan

(SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, industri sawit termasuk sektor oleokimia turut terkesan dalam pengenaan SST ini.

Berdasarkan semakan kementerian, dua produk bahan mentah sektor oleokimia yang terkesan adalah minyak isirung sawit mentah atau CPKO dengan kod HS1513.21.1000 dan minyak isirung olein kod HS1513.29.1300, yang masing- masing dikenakan SST pada kadar lima peratus.

Sehubungan itu, kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak industri untuk mendapatkan pandangan ke atas impak pelaksanaan SST ini.

Maklum balas yang diterima daripada pihak industri sawit telah diteliti dan kementerian sedang mengemukakan permohonan pengecualian cukai kepada Kementerian Kewangan Malaysia ke atas kedua-dua bahan mentah tersebut.

Pengecualian ini adalah wajar memandangkan kedua-duanya merupakan bahan mentah dalam pengeluaran produk oleokimia dan bukan produk akhir yang tertakluk kepada cukai oleh kerajaan. Cadangan berkaitan pengecualian atau pelepasan SST bagi perkhidmatan tertentu yang bersifat kritikal kepada operasi industri juga telah diambil kira bagi mengurangkan tekanan kos kepada pihak industri.

Antara usaha-usaha kementerian untuk mengekalkan daya saing industri sawit di pasaran antarabangsa adalah seperti berikut. Pertama, Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Strategi kementerian untuk memastikan industri sawit yang mampan adalah melalui pelaksanaan skim pensijilan MSPO dan pembangunan sistem kebolehjejakan di sepanjang rantaian bekalan produk sawit.

Piawaian MSPO juga merangkumi amalan bertanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pemain industri sawit di sepanjang rantaian nilai mengenai hak dan kebajikan pekerja, piawaian keselamatan dan pematuhan kepada perundangan yang sedang berkuat kuasa. Kementerian turut giat berganding bahu dengan agensi dan

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

sektor korporat dalam meningkatkan usaha pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar.

Kedua, penggunaan teknologi. Perkembangan teknologi khususnya dalam pertanian tepat (precision farming) dengan menggunakan teknologi canggih seperti dron, kecerdasan buatan (AI), pengimejan satelit dan sensor untuk mengurus serta memantau ladang sawit dengan lebih berkesan, dapat meningkatkan pengeluaran minyak sawit negara.

Di samping itu, penggunaan teknologi dapat membantu mengoptimumkan penggunaan sumber seperti baja dan racun. Pengadaptasian teknologi ini juga berupaya meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos dan kesan kepada alam sekitar yang disebabkan oleh faktor persekitaran, cuaca dan keterbatasan keupayaan manusia.

Ketiga, penekanan pada penyelidikan dan inovasi. Kementerian melalui agensi di bawahnya iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menghasilkan varieti bahan tanaman sawit baharu yang dapat meningkatkan hasil dan kualiti minyak sawit, penyesuaian yang lebih baik terhadap perubahan iklim dan toleransi yang lebih tinggi melalui kaedah bioteknologi, pembiakan dan pengklonan bahan tanaman sawit.

Ciri-ciri peningkatan kualiti dan ketahanan pada bahan tanaman sawit hasil inovasi MPOB yang dinamakan palm series (PS) didapati ideal untuk memenuhi permintaan terhadap minyak sawit mampan Malaysia yang kian meningkat di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dua lagi poin ya.

Diversifikasi produk sawit bernilai tambah tinggi. MPOB sentiasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta mengembangkan produk sawit yang bernilai tambah tinggi seperti produk oleokimia, biobahan api, biofuel dan produk-produk kesihatan berasaskan minyak sawit seperti tocotrienols. Diversifikasi produk sawit bernilai tambah tinggi adalah bagi tujuan untuk memperluaskan pasaran dan meningkatkan nilai eksport.

Dan akhirnya, pemasaran dan diplomasi perdagangan. Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan akses pasaran melalui perjanjian perdagangan dan memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara-negara pengimport minyak sawit. Malaysia telah mengatakan perkongsian strategik dengan negara rakan dagang melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Perjanjian FTA dapat membantu Malaysia dalam akses pasaran lebih baik melalui liberalisasi atau

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

penurunan import tariff, mengatasi halangan bukan tarif dan memastikan eksport sawit yang stabil dan berterusan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seputeh.

draft • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, terima kasih jawapan panjang lebar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya ialah bilakah pengecualian cukai SST ke atas CPKO dapat dimuktamadkan. Dan juga saya ingin tanya, selain pelaksanaan cukai SST, sektor sawit turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan permintaan global.

draft • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, apakah pelan tindakan jangka pendek dan sederhana yang telah dirangka oleh Kementerian bagi membantu industri sawit menyesuaikan diri dengan pasaran Amerika Syarikat yang lebih mencabar dan apakah dasar yang komprehensif bagi memperbagaikan produk berasaskan sawit bagi mengurangkan kebergantungan kepada eksport minyak sawit mentah.

draft • 11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih kepada Seputeh mantan Menteri yang masih prihatin dengan perkembangan sektor sawit ini. Untuk menjawab soalan yang pertama, untuk isu pengecualian cukai bahan mentah untuk oleokimia ini, seperti apa yang saya katakan, kita telah buat sesi libat urus pada 15 Julai lalu bersama dengan MPOA, dengan PORAM dengan association-association yang mewakili industri sawit ini. Cuma sampai sekarang, kita masih tunggu black and white.

Okey, jawapan yang firm daripada yang jelas daripada MOF kerana lepas sesi libat urus, ada beberapa lagi sesi dialog dengan wakil-wakil industri sama MOF seperti yang saya dimaklumkan mereka diberikan secara verbal. Memang bahan ini dikecualikan, cuma kita masih tunggu black and white. So, ini soalan yang pertama, lepas itu soalan yang kedua ini mengenai US market ini, kerana tarif kita sekarang telah meningkat kepada 19 peratus.

Cuma saya nak memaklumkan untuk tahun 2024, Malaysia mengeksport sebanyak 191,231 matrik tan minyak sawit Amerika Syarikat. Nilai ini hanya 1.1 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport minyak sawit negara pada tahun tersebut. So, maksudnya US is not our major market. Bagaimanapun, untuk memastikan daya saing industri sawit ini di pasaran antarabangsa dapat diperkukuhkan, kita telah mengambil banyak cara seperti strategi MSPO, strategi untuk memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas seperti Malaysia UAE

draft • 11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Comprehensive Economic Partnership Agreement yang ditandatangani pada 14 Januari tahun ini dan juga Malaysia EFTA Economic Partnership Agreement (MEPA) yang ditandatangani pada 23 Jun 2025 ini. Ini kita men-diversify, we try to diversify market tak bergantung kepada market-market tertentu. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tangga Batu.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan sahabat saya Timbalan Menteri. Baik, kita tahu bahawa industri sawit ini adalah satu-satunya industri yang kena cukai berganda-ganda.

Cukai eksport, cukai keuntungan luar biasa, MPOB, ses, cukai jualan di Sabah dan Sarawak, cukai pendapatan syarikat, cukai tanah hasil ladang dan terbaru cukai SST yang dikenakan kepada sektor hiliran.

Dan kita tahu bahawa oleochemical atau sektor hiliran ini dia bergantung pada harga-harga komoditi CPO. Kalau harga CPO naik tinggi, biasanya mereka punya keuntungan margin tetap. Betul kan? Kalau harga CPO turun, margin mereka tinggi. Sekarang harga CPO tinggi dan ditambah lagi dengan SST. Ini saya ingat menjadi satu beban kepada industri inilah. Cuma pertanyaan saya, tadi Timbalan Menteri kata KPK akan buat libat urus.

Cuma pertanyaan saya, apakah MOF tidak rujuk kepada KPK sebelum mereka memperkenalkan peluasan SST ini kepada industri hiliran sawit? Yang kedua, sebenarnya dia ada advantage bila Amerika mengenakan tarif yang tinggi kepada produk kita sebenarnya persaingan adalah soya dan bunga matahari.

Sebenarnya, advantage pada kita kalau kita boleh teroka pasaran Eropah dan China, sebenarnya kita boleh bertahan dengan lebih lama industri sawit. Minta pandangan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih kepada Tangga Batu. Ini soalan yang agak kritikal. Okey, untuk makluman, Kementerian KPK ini, kita memang ada hubungan baik bersama MOF. Okey. So, selalu libat urus ini, selepas KPK berjumpa dengan wakil-wakil industri, kita juga ada berkomunikasi dengan pihak MOF. Dan untuk makluman YB, pada hari ini pada petang ini, kita adakan satu lagi sesi libat urus bersama pihak industri sebelum Belanjawan 2026. So, inilah yang selalu kita yang menjalankan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh, sikit saja. Masalah dia kenapa MOF…

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

…tak rujuk dulu. Kemudian dah ni, baru nak ni.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Tak boleh tanya macam ini.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Okey, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Khir bin Mohd Nor, Ketereh.

draft • 11:40 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, soalan saya nombor 7.

draft • 11:40 AM

7. Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah strategi jangka panjang kerajaan untuk memastikan veteran ATM berkemahiran tinggi terus menyumbang kepada industri keselamatan atau awam selepas bersara supaya bakat pertahanan negara dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak terbiar

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Timbalan Menteri Pertahanan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh atas soalan yang dikemukakan. Puan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Markas ATM dan juga Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sedang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensi-agensi di bawah KESUMA iaitu Talent Corporation Malaysia Berhad, TalentCorp, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan juga lain-lain usaha untuk mengumpulkan profil data bakal-bakal pesara ATM, seterusnya merangka hala tuju serta laluan kerjaya sebagai pilihan untuk meneruskan kerjaya kedua selepas menamatkan perkhidmatan.

Bermula dengan program Veteran MyWira bersama dengan Talent Corp, kerjasama yang bermula sejak Januari tahun lalu iaitu 2024 ini, telah membantu dalam mengenal pasti peluang untuk mengembangkan inisiatif kerjaya kedua veteran ATM, terutamanya dalam transisi kemahiran kepakaran veteran ATM ke dalam industri pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

Sehingga kini, seramai 49 orang veteran telah diberi latihan serta diambil bekerja di syarikat Micron Memory Malaysia Sendirian Berhad di Pulau Pinang sebagai penyelia dan juga juruteknik. Susulan kejayaan program ini, kolaborasi strategik dengan KESUMA digiatkan dengan aspek perancangan pembangunan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

pelan intervensi, pengukuhan ekosistem pembangunan kebolehpasaran dan peningkatan ketersediaan dan kebolehpasaran pesara ATM dan juga veteran ATM menerusi pelbagai inisiatif terkait dengan yang disediakan antara Jabatan Hal Ehwal Veteran dan juga KESUMA itu sendiri.

Pada masa ini, kementerian telah melaksanakan beberapa sesi libat urus dengan agensi awam dan juga swasta bagi penawaran peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk veteran ATM seperti dengan pihak swasta sepertimana tadi yang saya dalam jawapan nombor dua saya dengan syarikat Westa Aviation Sdn. Bhd. memerlukan kepakaran 100 juruteknik dan juga 100 jurutera Bousted Resort and Hotel yang memerlukan tenaga pekerja penolong pengurus keselamatan dan juga beberapa syarikat swasta yang lain termasuk Denso Sendirian Berhad dan juga GLC di Kementerian Pertahanan juga iaitu Bosted Plantation Berhad.

Selain daripada itu, kementerian juga beriktizam untuk pastikan juga anggota veteran ATM kita memiliki sekurang-kurangnya satu sijil pendidikan formal. Sebab itu program RPEL kita dan juga work-based learning (WBL) juga kita laksanakan dan juga program upskill dan juga reskill kita laksanakan bagi pastikan bahawa veteran kita kekal produktif dan punya keupayaan.

Dan untuk yang terakhir Puan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kementerian juga menyedari bahawa terdapat juga kelompok veteran ATM di luar sana yang tidak mampu untuk terus bekerja atau terlibat aktif dalam sektor ekonomi kerana telah menjadi rentan sama ada keuzuran oleh faktor usia, kecederaan lampau atau tahap kesihatan menyukarkan pergerakan mereka. Sehubungan itu, bantuan- bantuan kebajikan dan kemudahan perubatan akan diteruskan kepada veteran ATM dan tanggungan yang memerlukan. Itu saja jawapan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ketereh.

draft • 11:40 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang begitu panjang lebar. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri sedia maklum, perkhidmatan ATM ini tak sama dengan perkhidmatan awam. Mereka berkhidmat — semasa berkhidmat, mereka tidak boleh buat kerja lain selain pada training untuk berperang sahaja. Itu saja kerja askar ini. Jadi mereka tak ada ilmu lain. Jadi kalau bila dia berhenti, ada kursus peralihan yang dia beri. Enam bulan ke setahun di PERHEBAT. Tapi itu tidak mencukupi.

Apa yang membimbangkan saya sekarang ini, setahun mereka yang berhenti dalam askar ini, dalam tentera ini, semangat dekat dengan 6,000 orang, 6,000 setahun. Jadi, bila mereka berhenti, purata umur dia 40 tahun. Jadi, masa itu anak

draft • 11:40 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

masih bersekolah. Nak belajar memang tak mampu dah. Jadi, soalan saya, apakah perancangan MINDEF untuk cater sebab apa ni sejumlah besar yang bersara setahun ni lebih kurang 6,000 orang ni, apakah kerjaya kedua yang boleh mana program jangka panjang yang MINDEF boleh tawarkan kepada mereka. Kalau setakat nak belajar TVET ke apa semua, saya rasa dia tak berminat dah, cari benda- benda lain. Itu maksud saya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh atas soalan tambahan yang dikemukakan. Puan Yang di-Pertua, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh, kerana kita tahu bahawa di perkhidmatan ketenteraan kita.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebenarnya, apa yang telah dilalui oleh anggota pertahanan kita masing- masing sebenarnya mempunyai kepakaran yang cukup tinggi. Ini harus kita lihat.

Contohnya yang paling mudah, kadang-kadang kita melihat kepakaran dan keupayaan mereka mungkin dari segi penggunaan aset dan seumpamanya. Tapi sebenarnya disiplin antara kepakaran yang cukup tinggi terutamanya dalam bidang kejurulatihan.

Sebab itu, kalau kita lihat, sebenarnya kita di Kementerian Pertahanan ini, sebenarnya kalau kita lihat bila anggota pertahanan kita menamatkan perkhidmatan mereka, sebenarnya mereka memang mempunyai keupayaan yang cukup tinggi, cuma bagaimana kita menyusun keupayaan mereka yang boleh diselarikan dengan sama ada di kementerian-kementerian juga, antara kementerian dengan kementerian, mahupun antara pihak swasta.

Sebab itu, kita di Kementerian Pertahanan buat masa ini, memang kita berkolaborasi dengan KESUMA untuk kenal pasti. Contoh yang terakhir, mutakhir kalau kita lihat kerjasama kita dengan MARA, anggota-anggota pertahanan kita, veteran kita menjadi warden. Sebenarnya, latihan, kepakaran, disiplin yang ada pada mereka itu sebenarnya boleh membantu mengupayakan pelajar-pelajar kita dan membantu sistem kita dan menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi.

Sebab itu, kita di Kementerian Pertahanan Puan Yang di-Pertua, sebenarnya tak timbul soal kepakaran, bagaimana kita upayakan kepakaran itu untuk kita selarikan. Dan yang kedua adalah kita upskill juga reskill. Kerana kita tahu macam yang terkini, kita ada program yang kita panggil siber niaga veteran ATM. Kerana kita tahu bahawa teknologi digital itu perlu ada upskilling dan reskilling kepada anggota pertahanan kita. Itu saja jawapan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Dengan izin Timbalan Speaker, saya ingin mengalu- alukan kehadiran dan ketibaan warga Usanita Daerah Kuala Pilah ke Parlimen pada pagi ini.

[Tepuk] Selamat datang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, soalan saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala inisiatif dan usaha proaktif yang telah dibuat oleh Kementerian Pertahanan terutamanya dalam membela veteran ini dalam perspektif yang holistik. Jadi soalan saya, apakah inisiatif jangka panjangnya kerajaan untuk menyalurkan kepakaran veteran ATM ini ke sektor-sektor strategik negara seperti keselamatan siber, pengurusan bencana dan industri pertahanan agar pengalaman mereka terus menyumbang kepada daya tahan serta kesiapsiagaan negara? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Pilah atas persoalan tambahan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa kita di Kementerian Pertahanan Puan Yang di-Pertua, kita memang mempunyai polisi di mana kita harus memastikan bahawa 30 peratus di kalangan veteran angkatan tentera ini terlibat dalam industri pertahanan. Kerana kita tahu bahawa sebahagian besar juga di kalangan veteran kita ini ada keupayaan-keupayaan teknikal dan kepakaran peringkat tinggi untuk mereka kembali menyumbang kepada industri pertahanan. Itu antara strategi kita.

Sebab itu, kalau macam tadi yang saya sebutkan tadi, latihan, kepakaran mereka sebenarnya dalam perkhidmatan itu sudah boleh digunakan dalam industri pertahanan. Tapi di samping industri pertahanan ini juga, kita lihat juga industri- industri lain yang mana kita boleh berkolaborasi. Sebab itu, saya fikir kalau ada job matching yang dapat kita sempurnakan melalui sama ada PERHEBAT, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan kerjasama antara kementerian dengan kementerian. Saya fikir bahawa anggota pertahanan kita selepas mereka menamatkan perkhidmatan, mereka boleh mendapat kerjaya kedua yang lebih baik untuk pendapatan yang lebih baik. Itu saja jawapan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Willie Anak Mongin, Puncak Borneo.

draft • 11:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Soalan saya, soalan nombor 8.

draft • 11:50 AM

8. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Luar Negeri menyatakan penilaian semasa kementerian berhubung perkembangan konflik bersenjata di Timur Tengah. Adakah Malaysia merancang untuk menyemak dasar luar negara berkaitan Timur Tengah bagi melindungi kepentingan ekonomi, keselamatan dan rakyat Malaysia di rantau tersebut.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Timbalan Menteri Luar Negeri.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Puncak Borneo di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Puan di-Pertua, Kerajaan Malaysia sentiasa mengikuti rapat dan memandang serius perkembangan geopolitik yang semakin tegang di Timur Tengah khususnya konflik Israel–Palestin, serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas Gaza serta peningkatan ketegangan antara Israel dan beberapa negara serantau. Setakat ini, konflik di Palestin telah mengorbankan lebih 60,000 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 150,000 yang lain, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Konflik Timur Tengah juga turut mengorbankan ribuan yang lain termasuk di Lubnan, Iran dan Syria.

Situasi dan ketidaktentuan di Timur Tengah ini bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan serantau dan global, malah turut menimbulkan implikasi kepada kepentingan Malaysia dari segi ekonomi, perdagangan, tenaga, serta keselamatan rakyat Malaysia di rantau berkenaan.

Puan Yang di-Pertua, Dasar Luar Malaysia terhadap Timur Tengah adalah bersifat menyeluruh, berprinsip dan pragmatik. Malaysia mengekalkan hubungan yang konstruktif dengan semua pihak di rantau tersebut, berdasarkan prinsip keamanan, keadilan, dan kedaulatan undang-undang antarabangsa. Malaysia juga kekal peka terhadap perubahan landskap politik semasa dan menyesuaikan pendekatan dasar luarnya demi melindungi kepentingan negara. Malaysia juga memilih untuk mengambil pendekatan diplomatik dan menggalakkan dialog terbuka selaras dengan prinsip kita untuk menjadi jambatan dialog dan penyumbang kepada keamanan serantau.

Selain itu, Malaysia turut memperkukuh kerjasama dengan negara-negara serantau yang berkepentingan seperti Jordan, Mesir, Turkiye dan Qatar dalam mencari penyelesaian isu di Timur Tengah sambil memastikan bahawa suara Malaysia terus dihormati dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Malaysia juga komited untuk terus menyokong penyelesaian politik dan rundingan damai sebagai kaedah utama menyelesaikan konflik di Timur Tengah.

Pada masa yang sama, kerajaan giat memperkukuh kerjasama dua hala dan pelbagai hala, termasuk melalui platform-platform antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, ASEAN, BRICS dan G20 bagi memastikan keselamatan, kepentingan ekonomi serta kebajikan rakyat Malaysia di rantau tersebut sentiasa terpelihara. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puncak Borneo.

draft • 11:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya amat bersedih apabila melihat keadaan di Timur Tengah, di mana geopolitik ini agak merunsingkan, di mana ramai mangsa-mangsa, sama ada di sebelah Palestin ataupun Israel banyak yang telah menjadi, mengorbankan nyawa dan sebagainya. Dan saya tidak ingin perkara ini berlaku berterusan sebab ini telah melanggar hak kemanusiaan.

Jadi soalan saya, kita di negara Malaysia ini mengamalkan sikap yang berdiplomatik tetapi namun kita dilihat sebagai lebih pro kepada Palestin. Saya ingin bertanya, daripada kesan-kesan naratif kita pro kepada Palestin ini, adakah kita dipulaukan oleh negara-negara lain ataupun kerajaan-kerajaan lain daripada aspek ekonomi dan sebagainya? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Puncak Borneo. Pendirian kita terhadap isu Palestin ini bukan baru. Sudah lama dan kita memang konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Bukan hanya soal ianya sebagai negara Islam tetapi ianya soal kemanusiaan. Itu sebabnya kita amat konsisten untuk memperjuangkan rakyat Palestin. Jadi, kita bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam kita menyuarakan dan juga membela nasib rakyat Palestin.

Puan Yang di-Pertua, Menteri Luar sekarang ini berada di Jeddah untuk menghadiri mesyuarat tergempar OIC bagi membincangkan langkah-langkah yang harus kita ambil bagaimana untuk kita memastikan supaya Israel ini menghentikan secepat mungkin, sesegera mungkin kekejaman yang dibuat terhadap rakyat Palestin, termasuk juga apa Israel nak buat sekarang ini. Mereka nak buat apa namanya membincangkan serangan berterusan, satu. Kemudian mereka nak menakluk Gaza secara keseluruhannya melalui apa yang mereka katakan sebagai Greater Israel pada hari ini.

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ini kita tak boleh biarkan, Yang Berhormat. Kalau ini kita biarkan, maknanya kita tidak dapat belaan kepada Palestin, yang sudah lama menderita, yang sudah lama kehilangan tempat tinggal, kemusnahan yang begitu banyak sekarang. Jadi, hari ini kita perlu menyatakan pendirian kita dari soal kemanusiaan ini. Dan kita bersama-sama dengan banyak negara sepemikiran, like-minded countries, untuk mencari jalan bagaimana gencatan senjata berkekalan dan sesegera mungkin kita harus laksanakan.

Kita sokong pendekatan yang dibuat oleh Amerika Syarikat bersama-sama dengan Mesir dan juga Qatar yang inisiatif tentang gencatan senjata yang telah dibuat fasa pertama dahulu berjaya tetapi fasa kedua gagal. Israel telah mencabul perjanjian itu tetapi hari ini banyak negara yang telah tampil ke hadapan Yang Berhormat, menyatakan sokongan mereka kepada Palestin. Bukan hanya negara- negara Islam tetapi negara-negara Barat juga seperti, eh apa nama, eh, UK umpamanya yang terkini, ya. Mereka bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara Puan Speaker, dengan beberapa syarat tertentu. Itu tidak apalah, bersyarat.

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tapi, maknanya pengiktirafan, pembelaan kepada rakyat Palestin itu bukan hanya daripada kalangan negara-negara Islam, negara-negara Barat juga. Jadi, maknanya soal kemanusiaan ini harus kita berjuang bersama-sama. Jadi, insya- Allah, ya, Yang Berhormat, Puncak Borneo, soal ada barangkali ancaman, ugutan kepada kita, apabila kita terlalu lantang, membawakan naratif memperjuangkan right practice ini, saya ingat itu satu perkara yang boleh kita tangani, oleh kata pendirian kita ini kukuh dan berasas, dan bukan hanya kita seorang sahaja, tetapi kita mempunyai kerjasama di pelbagai platform antarabangsa, secara pelbagai hala PBB, OIC, NAM bahkan ASEAN juga kita akan perkasakan pembelaan terhadap rakyat Palestin, insya-Allah. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Speaker, soalan tambahan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sik.

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Terima kasih Tuan Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar. Ya, sedia maklum, hegemoni kezaliman dan kerakusan Israel ini dan sekutunya di Timur Tengah bukan hanya punca penerusan konflik dan ketidakstabilan di Palestin, bahkan juga di negara- negara jirannya di Syria, Yaman dan Iran itu sendiri.

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang mengangkat kerjasama strategik negara-negara Islam ini dan memainkan peranan penting dalam misi kemanusiaan di Gaza itu sendiri. Dan dalam ucapan Dasar Luar Negara pada 24 oleh Yang Berhormat Perdana Menteri dan menegaskan, Malaysia bersedia menjadi jambatan dialog antara kuasa-kuasa besar dan dunia Islam dan kredibiliti Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana yang tidak ada kepentingan geopolitik ini yang boleh menjadi jambatan antara blok yang bertentangan.

Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri, bagaimana Malaysia nak memastikan inisiatif ini tidak hanya sekadar retorik tapi diterjemahkan kepada peta jalan diplomatik dengan indikator kejayaan yang jelas, termasuklah rundingan damai, gencatan senjata dan sebagainya dan bagaimanakah pelan konkrit kementerian untuk mengembalikan Malaysia sebagai fasilitator dialog di antara di Timur Tengah itu, termasuklah bagaimana Malaysia untuk penerusan bantuan pembangunan semula Gaza yang telah pun hancur dibom oleh Israel itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Pertamanya, soal misi kemanusiaan terhadap Gaza. Kita akan teruskan dan kita faham misi ini bertambah sukar pada hari ini dengan Rafah ditutup, jalan utama yang dahulu kita gunakan kerana musnah diserang, dibom dan the only access, akses yang hanya ada pada waktu ini adalah melalui Jordan. Rafah ada, Mesir sudah buka yang di Rafah tetapi hanya laluan yang kecil dan hanya mampu dilalui untuk laluan- laluan trak yang amat terhad saja. Itu sebabnya kita tingkatkan kerjasama kita bersama-sama dengan Jordan umpamanya, dengan Mesir bagaimana untuk menyertai misi-misi bantuan yang bersesuaian.

Dulu kita pernah menyertai misi bantuan melalui airdrop, tetapi agak berisiko tinggi, mengakibatkan kematian dan sebagainya. Kemudian, kita juga menyertai misi bantuan melalui air bridge, jambatan udara. Ini juga telah memberikan risiko yang begitu besar kepada rakyat Palestin. Diletakkan barang-barang makanan itu tetapi mereka berebut-rebut ke arah untuk mengambil makanan tetapi mereka ditembak dan ini menzahirkan bahawa Israel itu sengaja menggunakan senjata kebuluran itu sebagai senjata perang. Mereka mahu rakyat Gaza itu mati kebuluran tak dapat ambil makanan. Mereka biar mati semuanya dengan menggunakan senjata kebuluran itu.

draft • 12:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat Sik, inisiatif yang telah, yang sedang kita buat untuk bagaimana kita memastikan kerjasama dengan negara lain dalam memperjuangkan isu Palestin ini, peringkat antarabangsa kita akan perkukuhkan dan kita akan teruskan pengekalan pendirian tegas dan konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Yang keduanya, kita juga akan memperkukuhkan keupayaan diplomasi dua hala dan pelbagai hala dan menegaskan sokongan terhadap penyelesaian dua negara ini, dengan izin two-state solution. Ini adalah pilihan yang ada pada kita dan pilihan yang begitu praktikal sekali dan ini tapi kita menyokong idea ini secara umumnya begitu. Deklarasi New York yang dibuat pada 28 hingga 30 Julai yang lepas telah mencapai kata sepakat pada waktu itu supaya kita menyelesaikan isu Israel-Gaza ini melalui pendekatan two-state solution.

Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, Malaysia masih lagi meneliti dengan sedalam-dalamnya Deklarasi New York untuk bagaimana kita menyokong pendekatan two-state solution. Dan insya-Allah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada dalam Dewan ini, Yang Berhormat Menteri Luar dan saya sendiri, menggunakan platform dua hala kita. Kita bercakap dengan rakan-rakan dengan negara yang lain. Kita bercakap di peringkat antarabangsa juga. Kita suarakan di peringkat PBB, di NAM Summit, kemudian di OIC juga. Yang Berhormat Menteri Luar berada di Jeddah waktu ini, yang saya katakan tadi, bagi menzahirkan kecaman kita kepada Israel yang berterusan menyerang Gaza begitu kejam sekali. Bahkan mereka akan menakluk Gaza itu sebesar-besarnya...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 12:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

...melalui pendekatan yang mereka cuba capai Greater Israel ini. Ini harus kita hentikan. Dan insya-Allah, Kementerian — Menteri Luar Negeri, Wisma Putra bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan Menteri Luar, kita akan terus menyuarakan, memperjuangkan, membela nasib rakyat Palestin ini. Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Jamaluddin bin Yahya, Pasir Salak.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua.

Tumpang kereta Proton Saga jiran, Dari Karak ke Kampung Pengkalan;

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Mohon Timbalan Menteri beri jawapan, Soalan Pasir Salak nombor 9.

draft • 12:00 PM

9. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah kementerian bercadang merangka mekanisme pasaran bagi menyokong pemprosesan sisa sawit sebagai produk komersial untuk memperkukuh ekosistem agrokomoditi negara.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Ya, Puan Yang di-Pertua, saya tidak berupaya untuk menjawab dalam pantun, okey, cuma berupaya untuk menjawab soalan ini.

So, untuk maklumat Yang Berhormat Pasir Salak, peranan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) pada masa kini adalah lebih menjurus kepada usaha memudah cara, menyelaras dasar dan menyediakan ekosistem sokongan yang kondusif termasuk melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2030

(PTPN 2030).

Pelan ini menggariskan hala tujuh strategik untuk membangunkan industri biojisim secara lebih teratur, mampan dan berdaya saing melalui penyelarasan dasar, menambahbaikkan infrastruktur, insentif pelaburan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pengukuhan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

Industri biojisim sawit pada masa ini telah menunjukkan perkembangan positif hasil permintaan pasaran yang semakin meningkat, terutamanya bagi tujuan penjanaan tenaga boleh baharu, pengeluaran baja organik, pembuatan pelet bio, penghasilan bioarang (biochar), pulp and paper (PUPA), kertas dan juga bahan kimia hijau. Beberapa syarikat tempatan telah berjaya mengkomersialkan biojisim sawit ini dan membangunkan nilai tambah baru yang memberikan pulangan ekonomi bukan sahaja kepada pemilik kilang kelapa sawit malah kepada pekebun kecil dan usahawan tempatan.

KPK berpandangan bahawa keperluan untuk merangka mekanisme pasaran baru secara khusus bagi menyokong pemprosesan biojisim sawit sebagai produk komersial boleh dipertimbangkan pada masa depan. Ini kerana pada masa sekarang, kegiatan ekonomi berkaitan biojisim sawit termasuk pemprosesan empty fruit bunches (EFB), palm oil mill effluent (POME), palm kernel shell (PKS) dan berbagai bahan sampingan lain telah pun berjaya berjalan secara aktif melalui model perniagaan ke perniagaan (B2B) yang melibatkan berbagai pihak industri, pengeluar teknologi, pembeli tempatan dan pasaran eksport.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Kementerian juga sentiasa memantau perkembangan semasa industri dan bersedia untuk menilai semula keperluan dasar dan campur tangan kerajaan sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk memperkukuh rangkaian nilai atau membuka peluang pasaran yang baru. Kementerian yakin bahawa dengan pendekatan yang inklusif dan sokongan berterusan daripada semua pihak, industri biojisim agrikomoditi akan terus menjadi salah satu pemacu penting dalam memperkukuh ekosistem agrokomoditi negara serta menyumbang kepada aspirasi pembangunan ekonomi hijau dan rendah karbon. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Salak.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana memberikan jawapan yang mantap. Okey, saya beralih kepada soalan tambahan iaitu soalan tentang produk hiliran sisa sawit. Memandangkan industri penanaman cendawan kini berdepan masalah kekurangan bekalan dan kenaikan kos habuk kayu getah sebagai bahan utama media bongkah, apakah langkah strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi memanfaatkan tandan kelapa sawit yakni EFB sebagai bahan alternatif untuk memastikan kelangsungan pengeluaran cendawan negara serta mengurangkan pembaziran sisa industri sawit. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, untuk menjawab soalan daripada Pasir Salak, yang EFP ini ada banyak cara utilization atau cara untuk mengguna pakai EFB untuk tujuan masing-masing. Seperti contoh, kita boleh pakai EFB sebagai bahan api untuk penjanaan tenaga ini. Kita boleh pakai EFB dan selepas melalui pemprosesan, kita boleh menghasilkan pulp and paper dengan kertas atau dengan food container yang lebih bersifat bio. Kita pun boleh buat begitu.

So, di antara aplikasi ini adalah bergantung kepada persaingan di antara kepenggunaan ini. Kalau untuk yang cadangan daripada Pasir Salak ini, saya rasa amat penting juga kerana ia berkaitan dengan keterjaminan makanan dan ini semua terpulang kepada macam mana business to business negotiation. Cuma, bagaimanapun, KPK, kita amat sukarela dalam facilitation untuk mengurus secara facilitation supaya permintaan boleh berjumpa dengan ― the supply and demand can meet with each other, dengan izin. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 12:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Yang di-Pertua. Salah satu daripada, apa ini, sisa daripada industri sawit ini ialah palm kernel cake ataupun PKC. Ianya telah terbukti sebagai satu bahan yang amat berguna dalam industri makanan ternakan terutamanya ternakan ruminan. Maka, adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan dasar untuk melarang PKC ini daripada eksport bagi kita mengutamakan bekalan ini untuk industri ternakan di Malaysia? Mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih. Untuk soalan kepada Betong, buat masa sementara, Kerajaan Persekutuan melalui KPK tak ada dasar untuk menghalang pengeksportan yang PKE ini kepada pasaran luar kerana dia masing- masing ada persaingan dari segi market dia.

Cuma, saya amat setuju, sebenarnya yang palm kernel cake ini sepatutnya kita boleh lebih mengguna pakai untuk penghasilan makanan untuk ruminan. So ― dan kita boleh lihat Kerajaan Negeri Sabah, mereka telah mengadakan satu dasar supaya sesiapa nak mengeksport keluar yang palm kernel cake ini tanpa proses, secara mentah, dia akan mengenakan caj cukai jualan semasa mereka eksport. So, ini merupakan salah satu contoh kerajaan negeri masing-masing kemungkinan boleh memainkan peranan dalam menggubal dasar supaya menggalakkan lebih perkembangan industri hiliran pada tempatan. So, kemungkinan Sarawak juga boleh mempertimbangkan sesuatu yang sama.

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.

draft • 12:10 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft • 12:10 PM

10. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah terdapat inisiatif atau mekanisme yang lebih berkesan dalam memastikan sekolah yang berjaya menghantar wakil pelajar ke mana-mana pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan menerima peruntukan yang sewajarnya untuk menampung kesemua kos yang terlibat.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari rakan saya, Yang Berhormat Lubok Antu.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam menyediakan peluang pendidikan yang terbaik kepada murid di seluruh negara termasuk ruang untuk menyerlah bakat dalam bidang sukan dan juga kokurikulum.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Sehubungan dengan itu, peruntukan bantuan sukan dan juga bantuan kokurikulum sekolah disalurkan kepada sekolah-sekolah berdasarkan jumlah enrolmen murid bagi membiayai pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dari Tahun Satu sehingga Tingkatan Enam di sekolah kerajaan ataupun di sekolah bantuan kerajaan selaras dengan ketetapan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1/2021.

Selain daripada bantuan terus kepada sekolah, KPM turut menerima peruntukan pengurusan sekolah ― pengurusan sukan dan kokurikulum di peringkat pusat. Peruntukan ini digunakan untuk merancang dan melaksanakan program serta penyertaan murid di pelbagai peringkat termasuk sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan. Pelaksanaan program ini disusun secara teliti berdasarkan keutamaan semasa mengambil kira peruntukan yang sedia ada agar manfaat dapat dioptimumkan untuk murid di seluruh negara.

Bagi tahun 2025, kerajaan telah meluluskan peruntukan pengurusan kokurikulum sebanyak RM53,321,500 bagi tujuan pelaksanaan program kokurikulum berbanding dengan 6.68 juta pada tahun 2024. Manakala bagi peruntukan pengurusan sukan pula, jumlah asal yang diluluskan adalah sebanyak RM23 juta.

Namun, menyedari keperluan semasa dan realiti kos penganjuran program sukan, kerajaan telah meluluskan satu peruntukan tambahan sebanyak 14.7 juta, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sukan pada tahun ini, 2025 sebanyak 37.7 juta.

Peruntukan ini diagihkan berdasarkan bilangan murid yang menyertai program serta keperluan sebenar setiap negeri sekali gus membolehkan pelaksanaan program sukan yang lebih adil dan menyeluruh termasuklah di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk juga di Sabah dan juga Sarawak.

Selaras dengan komitmen untuk memperkukuhkan penyertaan murid dalam bidang sukan dan kokurikulum secara menyeluruh, kerajaan turut memperkenalkan satu lagi inisiatif tahun ini ― Bantuan Persekolahan Umum Khas Sekolah Pedalaman KPM.

Sebanyak 10 juta telah pun diperuntukkan bagi tahun ini untuk membolehkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman membiayai pelaksanaan serta penyertaan murid dalam program sukan dan juga kokurikulum sama ada dalam ataupun luar sekolah. Inisiatif ini secara langsung memperkukuhkan prinsip keterangkuman dan keadilan dalam penyertaan murid tanpa mengira lokasi, geografi ataupun kekangan logistik.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lubok Antu.

draft • 12:10 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Timbalan Menteri atas penjelasan yang diberikan. Kita mahu pastikan bakat pelajar dapat diketengahkan tanpa halangan kos dan kelewatan peruntukan, lebih-lebih lagi apabila sekolah di luar bandar dan pedalaman terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi untuk menghantar wakil ke pertandingan.

Soalan saya. Bolehkah kementerian menjelaskan bagaimana mekanisme mengenai pengagihan peruntukan-peruntukan dibuat supaya tidak ada sekolah yang tercicir menerima sokongan peruntukan wang ini? Dan juga, adakah kementerian mempunyai perancangan khusus untuk memberi keutamaan kepada sekolah di luar bandar dan pedalaman yang lazimnya menanggung kos yang lebih tinggi untuk menyertai mana-mana pertandingan?

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lubok Antu.

Berkenaan dengan mekanisme, sememangnya setiap tahun pihak KPM melalui BSKK akan melaksanakan unjuran setiap tahun bagi belanjawan pada tahun hadapan. Dan setiap peruntukan yang akan diunjurkan setiap tahun itu, kita akan pastikan bahawa ia adalah mencukupi dan juga dapat menampung keperluan kesemua sekolah sama ada di bandar ataupun di luar bandar, sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah, Sarawak ataupun Labuan.

Dan berkenaan dengan peruntukan bagi sekolah luar bandar, seperti yang saya sebut tadi, tahun ini kita telah pun memperkenalkan Bantuan Persekolahan Umum Khas kepada sekolah pedalaman KPM. Kita bagikan kepada tiga kategori ― Pedalaman 1 mendapat kadar RM10,000; Pedalaman 2, setiap sekolah RM15,000; Pedalaman 3, setiap sekolah RM20,000. Saya ada salinan ataupun senarai bagi sekolah di bawah daerah Lubok Antu. Nanti saya boleh serahkan pada Yang Berhormat.

Cuma, saya ingin jelaskan di sini bahawa, Puan Yang di-Pertua, bagi Sabah dan Sarawak, untuk dua-dua tahun berturut-turut sememangnya bagi MSSM, Sukan MSSM, kedua-dua negeri mendapat peruntukan yang paling tinggi pada tahun 2025.

Sabah, tahun ini, jumlah dia untuk MSSM, 3.624 juta. Sarawak, 3.737 juta.

Dan dengan bantuan ini, kita percaya bahawa Sabah telah pun mencapai satu prestasi yang amat baik iaitu telah pun muncul sebagai juara bagi MSSM dua tahun berturut-turut. Dan pada tahun ini, kita telah pun― baru habis di negeri Perlis,

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

yang mana Sabah menjadi johan keseluruhan 2024-2025 dengan 19 emas, 22 perak, 17 gangsa dan tujuh rekod kejohanan MSSM oleh Sabah.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah― kos membawa atlet sekolah dalam mana-mana pertandingan memang banyak, dan saya mohon sekali lagi agar usaha-usaha pihak sekolah melahirkan atlet yang cemerlang memerlukan belanja yang besar. Dan soalan saya, adakah dengan perbelanjaan yang besar kepada atlet sekolah dapat melahirkan atlet yang hebat di mata dunia dapat ditambah di seluruh sekolah-sekolah seluruh negara?

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerai. Jerai.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Untuk soalan tambahan. Sememangnya sekolah merupakan tempat di mana lahirnya pakar-pakar kita dan juga atlet-atlet sukan kita dan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, sampailah sekolah sukan, terbukti sekolah-sekolah di bawah KPM merupakan tempat di mana terlahirnya atlet- atlet sukan kita.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Dan demi untuk membantu ― kita faham berkenaan dengan kos yang terpaksa ditanggung dan perlu ditanggung oleh pihak ibu bapa ataupun pihak sekolah. Maka dalam tiga tahun ini, saya boleh senaraikan yang mana peruntukan yang telah pun disalurkan bagi tujuan sukan dan kokurikulum oleh KPM telah pun meningkat setiap tahun. Saya bagi contoh, bagi kokurikulum tahun 2023, jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak 9.05 juta, 2024 – 6.68 juta, tahun ini kita tambah sampai 53.321 juta.

Bagi tujuan sukan, peruntukan tahun 2023 – 26.9 juta, 2024 – 27.1 juta dan 2025 telah pun melebihi 35 juta, jumlahnya RM37.7 juta bagi pembangunan pengurusan aktiviti-aktiviti sukan. Dan ini menunjukkan manifestasi pihak KPM untuk terus memastikan anak-anak kita cemerlang, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi kokurikulum dan juga sukan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) DI BAWAH P.M. 14(1)(ia)
PEMBANGUNAN TANAH KUALA LUMPUR

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Seputeh, Naib Pengerusi PAC akan memberi penerangan berkenaan Penyata PAC berhubung Pembangunan Tanah Kuala Lumpur. Silakan.

draft • 12:22 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membentangkan Penyata...

draft • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa tujuh minit.

draft • 12:22 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

PAC Parlimen berhubung Pembangunan Tanah Kuala Lumpur di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu D.R.24/2025 di Dewan Rakyat pada 25 Ogos 2025.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PAC membuat keputusan untuk memulakan prosiding berhubung isu ini melalui punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) iaitu isu yang bukan di bawah Laporan Kedua Audit Negara, sebaliknya “apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa itu.” Demi kepentingan awam, memandangkan isu pembangunan tanah di Kuala Lumpur telah mendapat perhatian umum serta menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti, terutamanya dalam pengurusan dan pembangunan tanah ibu kota kita ini.

Dalam menjalankan prosiding ini, PAC telah menetapkan terma rujukan

(TOR) iaitu:

(i) tanggungjawab dan peranan spesifik pihak-pihak berkaitan dalam pembangunan tanah;

(ii) proses-proses berkaitan pembangunan tanah;

(iii) penyelarasan antara agensi;

(iv) pemantauan pembangunan bandar; dan

(v) kajian kes bagi isu semasa yang dibangkitkan.

(a) kolam tadahan banjir Kampung Bohol.

(b) tanah rizab Balai Polis Taman Desa.

draft • 12:22 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

(vi) matlamat atau perancangan jangka masa pendek atau panjang berhubung pembangunan tanah Kuala Lumpur.

PAC telah mengadakan sembilan prosiding mulai 5 Februari 2025 hingga 21 Mei 2025. PAC telah memanggil beberapa pihak untuk memberi keterangan.

Antaranya termasuklah yang satu, agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pembangunan tanah Kuala Lumpur iaitu Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS).

Mantan Ketua Setiausaha Negara yang berperanan sebagai mantan Pengerusi Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah iaitu Land Exco Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Dan yang ketiga, wakil daripada pertubuhan dan NGO iaitu Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA), Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA+SD) dan Persatuan Selamatkan Kuala Lumpur (Save KL) serta wakil penduduk.

Melalui prosiding yang diadakan, PAC mendapati berlakunya pertukaran status tanah yang asalnya diperuntukkan bagi maksud awam, seperti kawasan lapang dan kolam tadahan, kemudian telah ditukar, diberi milik atau dijual kepada pihak swasta untuk tujuan pembangunan komersial, kediaman atau pembangunan bercampur. Tindakan ini menimbulkan kebimbangan kerana ia mengurangkan ruang awam yang penting untuk kesejahteraan penduduk bandar dan fungsi ekologi seperti tebatan banjir. Proses ini seringkali dilihat kurang telus dan tidak mengambil kira kepentingan awam untuk jangka panjang.

Selain itu, PAC mendapati terdapat beberapa projek pembangunan yang menimbulkan masalah dan menunjukkan kegagalan dalam pengurusan pembangunan mampan dan berorientasi awam. Contohnya, projek Pinnacle Condominium Seri Petaling yang melibatkan pertukaran guna tanah, daripada pasar awam kepada komersial.

Isu kawasan lapang Jalan 3/149E Seri Petaling yang ditukar statusnya daripada kawasan lapang kepada kediaman dan kolam takungan banjir Kampung Bohol telah menjadi tumpuan di mana cadangan pembangunannya dilihat bercanggah dengan rancangan asal sebagai infrastruktur tebatan banjir

draft • 12:22 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

meningkatkan risiko banjir di kawasan sekitarnya. Kes-kes ini menunjukkan perlunya semakan semula proses kelulusan dan pengawasan projek pembangunan.

PAC juga mendapati kurangnya penglibatan awam dalam proses membuat keputusan berkaitan pembangunan tanah di Kuala Lumpur. Bantahan awam dan penduduk atau pihak berkepentingan sering kali tidak diberi pertimbangan sewajarnya dalam keputusan akhir, terutamanya apabila melibatkan pembatalan pewartaan sesuatu kawasan awam. Ini jelas dilihat dalam kes kolam takungan banjir Kampung Bohol.

Selain itu, proses memberi milikan tanah milik kerajaan kepada pihak ketiga didapati kurang telus, di mana tiada notis awam yang jelas dikeluarkan. Ini menyukarkan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan memberikan pandangan mereka, sekali gus menjejaskan akauntabiliti pihak berkuasa.

Kita dapat lihat terdapat pertumbuhan pesat dalam sektor pembangunan perumahan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, PAC mendapati pembangunan projek perumahan yang terlalu banyak dalam satu kawasan tanpa mengambil kira kapasiti infrastruktur sedia ada seperti jalan raya dan kemudahan awam. Ini menyebabkan banyak masalah timbul. Contohnya, kajian kes di Jalan Kuchai Lama menunjukkan bagaimana pembangunan yang pesat menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang teruk dan masalah banjir kilat juga telah kerap berlaku.

PAC selanjutnya mendapati Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang digunakan sejak tahun 1995 didapati belum pernah dipinda selama lebih 30 tahun. Akibatnya, nilai pemberi milikan tanah yang dikira menggunakan kaedah lapuk ini tidak lagi sejajar dengan harga pasaran semasa. Ini berpotensi menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang sepatutnya atau tanah kerajaan dijual di bawah nilai pasaran sebenarnya.

Seterusnya, PAC juga mendapati terdapatnya kelemahan dalam struktur tadbir urus Bandaraya Kuala Lumpur. Akta yang berkaitan contohnya, Akta Ibu Kota 1960 dan Akta Perancangan 1982 iaitu Akta 267 didapati tidak mengandungi peruntukan yang jelas mengenai peranan dan kuasa ahli majlis. Ketiadaan peruntukan ini menyebabkan kurangnya mekanisme semak dan imbang yang berkesan dalam proses membuat keputusan berkaitan pembangunan tanah. Ahli majlis yang sepatutnya mewakili suara penduduk di kawasan masing-masing tidak mempunyai pengaruh yang cukup dalam membantah atau mempersoalkan keputusan pembangunan setempat.

draft • 12:22 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

PAC juga mendapati bahawa Sistem OSC 3.0 Plus DBKL direka untuk menjadi sumber maklumat komprehensif mengenai status dana kerajaan dan proses pembangunan. Walau bagaimanapun, sistem ini sepatutnya dapat diakses oleh orang awam untuk mendapatkan maklumat telus belum dapat diakses oleh orang awam. Kegagalan menyediakan akses awam kepada sistem ini menafikan hak penduduk untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan pembangunan di kawasan mereka, sekali gus menjejaskan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus bandar.

draft • 12:22 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Secara keseluruhannya, PAC merumuskan perkara-perkara seperti berikut:

(i) peranan Lembaga Penasihat Bandaraya adalah terhad sebagai penasihat di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. Itu Akta 190. Dan tidak mempunyai kuasa membuat keputusan secara bersama, yang berbeza dengan sistem Ahli Majlis di pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri lain. Ini menyebabkan ketiadaan mekanisme semak dan imbang yang berkesan dan sebarang keputusan berkaitan pembangunan tanah kerajaan di Kuala Lumpur;

(ii) perlanggaran terhadap Pelan Tempatan Kuala Lumpur yang berterusan menyebabkan menjadi penyebab pembangunan yang tidak terkawal dan membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk memohon pembangunan;

(iii) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 iaitu Akta 190 dan Akta Perancangan 1982 iaitu Akta 267 memberi kuasa kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengawal pembangunan Kuala Lumpur sepenuhnya;

(iv) pembatalan rizab tanah awam dan kawasan hijau yang telah diwartakan dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) dan diberi milik kepada pihak pemaju adalah isu kritikal yang boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk dan fungsi ekologi bandar. Ini menunjukkan terdapat kelemahan dalam sistem perancangan pembangunan tanah di Kuala Lumpur yang memerlukan semakan semula, terutamanya berkaitan kewajaran pembangunan seperti pemberi milik tanah bagi projek potensi tinggi di kawasan lapang atau hijau;

draft • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

(v) proses pertimbangan dan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Kerja Tanah WPKL berkaitan pemberi milikan tanah tidak melibatkan Ahli Parlimen yang mewakili kawasan terjejas;

(vi) PAC dimaklumkan keputusan Jawatankuasa Kerja Tanah WPKL dibuat secara consensus oleh semua ahli jawatankuasa dan bergantung sepenuhnya kepada ulasan agensi teknikal. Kelulusan tidak akan diberikan jika terdapat bantahan, percanggahan pendapat atau tanpa clearance daripada DBKL yang sepatutnya telah membuat libat urus dengan pihak kepentingan;

(vii) walau bagaimanapun, merujuk kepada isu Kolam Takungan Kampung Bohol, pandangan dan bantahan daripada 1,275 penduduk tidak diambil kira dan dipertimbangkan dalam pemberi milikan tanah tersebut kepada pihak pemaju;

(viii) pengurusan pembangunan tanah di Kuala Lumpur melibatkan pelbagai agensi dan jawatankuasa. Terdapat proses penilaian tertentu dan bergantung kepada kaedah- kaedah tanah sedia ada. Formula kiraan premium tanah yang digunakan sejak 30 tahun menyebabkan nilai pemberi milikan tanah tidak sejajar dengan harga pasaran, menyebabkan tanah kerajaan dijual dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran yang boleh menyebabkan kerugian. PAC mengambil maklum formula yang digunakan sejak 30 tahun ini akan ditambah baik dan dipinda sewajarnya;

(ix) terdapat tanah yang telah diserahkan kepada pemaju untuk pembangunan walaupun terdapat aset infrastruktur milik JPS di tanah tersebut. Ada kalanya permohonan pemberimilikan tanah oleh JPS turut ditolak;

(x) perbezaan pandangan berhubung spesifikasi teknikal Kolam Takungan Banjir Kampung Bohol iaitu mengenai reka bentuk, kedalaman dan keluasan serta penyelenggaraan kolam takungan banjir dilihat sebagai isu kritikal. Perkara ini

draft • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

dibimbangi akan menjejaskan keseluruhan fungsi kolam takungan banjir;

(xi) pemberi milikan Lot 54780 seluas 0.86 ekar di Taman Desa Kuala Lumpur yang pada asalnya ialah tanah rizab balai polis telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah WPKL untuk diberikan kepada pemaju, walaupun terdapat bantahan daripada pihak kerajaan iaitu KDN dan PDRM.

Seperti mana yang dinyatakan dalam jawapan Parlimen oleh Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Seputeh;

(xii) didapati Sistem OAC 3.0 Plus DBKL belum dapat diakses oleh orang awam. Platform ini sepatutnya berfungsi sebagai sumber maklumat komprehensif yang menyediakan perincian lengkap mengenai status, lokasi dan butiran lain berkaitan tanah-tanah kerajaan. Berikutan masalah ini, PAC merasakan terdapat keperluan untuk perancangan pembangunan yang lebih holistik dan seimbang.

PAC menggesa penambahbaikan dan reformasi berkaitan pembangunan tanah Kuala Lumpur seperti berikut iaitu:

(i) pihak kerajaan hendaklah mewujudkan jawatankuasa tetap untuk memantau hal ehwal tanah termasuk pemberi milikan dan pembangunan tanah Kuala Lumpur yang turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan

(ii) pihak kerajaan haruslah mengembalikan Kepengerusian Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Menteri yang bertanggungjawab mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur demi meningkatkan akauntabiliti demokrasi.

Komposisi Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dicadangkan adalah seperti berikut iaitu Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Pengerusi. Ketua Setiausaha Negara, Timbalan Pengerusi. Dan lepas itu yang sedia ada adalah Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; Peguam Negara atau wakil; Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) atau wakil; Ketua Pengarah Jabatan; Ketua Pengarah Tanah dan Galian; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri; dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

draft • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang ketiga, kerajaan perlu menyemak semula membuat pindaan sewajarnya terhadap akta berkaitan pembangunan tanah Kuala Lumpur seperti Akta Ibu Kota 1960 dan Akta Perancangan 1982 iaitu Akta 267 bagi memperkenalkan sistem ahli majlis lantikan DBKL seperti yang dilaksanakan di negeri-negeri lain demi memastikan semak dan imbang.

Keempat, DBKL hendaklah memastikan semua transaksi dan keputusan penggunaan tanah DBKL selaras dengan pelan struktur dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur yang telah diwartakan. Sebarang ketidakpatuhan perlu diberi justifikasi secara terbuka.

Kelima, pihak kerajaan perlu memastikan penjualan tanah kerajaan dibuat secara terus dan terbuka melalui tender, mengikut prosedur yang jelas serta menyeluruh dan bukannya secara rundingan terus.

Yang keenam, pihak kerajaan hendaklah memastikan pindaan kaedah pengiraan premium tanah yang telah digunakan selama 30 tahun disiapkan dan diguna pakai selewat-lewatnya pada akhir tahun 2025 supaya nilai pemberi milikan tanah sejajar dengan harga pasaran bagi mengelakkan tanah kerajaan dijual dengan harga yang tidak berpadanan dengan harga pasaran.

Yang ketujuh, pihak kerajaan perlu mempersiapkan Kuala Lumpur menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin meruncing dengan memastikan semua kolam takungan banjir mencapai tahap perlindungan ARI iaitu Average Recurrence Interval ataupun Purata Selang Ulangan seperti yang ditentukan oleh JPS.

Yang kelapan, pihak kerajaan hendaklah memastikan tanah-tanah yang mempunyai aset dan infrastruktur JPS diberi milik kepada JPS supaya reka bentuk asal terus dipelihara.

Yang kesembilan, pihak kerajaan hendaklah memastikan pembangunan yang dijalankan di tanah rizab sungai tidak menjejaskan fungsi sungai dan tidak mengakibatkan kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Dan ke-10, pihak kerajaan digesa menyemak semula pemberimilikan dan konsep pembangunan tanah Kolam Takungan Banjir Kampung Bohol bagi memastikan ketelusan dan menjamin kepentingan awam dan akhirnya yang ke-11, pihak kerajaan hendaklah memastikan sistem OSC 3.0 Plus di bawah DBKL yang mengandungi maklumat semua tanah milik agensi kerajaan termasuk nombor lot, lokasi, saiz, zon dan status penggunaan dapat diakses oleh orang awam dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Ahli-ahli Yang Berhormat...

[Tepuk] Penerangan daripada Yang Berhormat Naib Pengerusi PAC ini terbuka untuk Ahli- ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Saya jemput...

draft • 12:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, kejap. Nak mengalu- alukan kehadiran rombongan daripada Dewan Muslimat PAS Setiu ke Dewan seramai 13 orang. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Seramai empat Ahli Yang Berhormat ingin meminta penjelasan. Yang Berhormat Setiawangsa, Padang Serai, Cheras dan Arau. Setiap pembahas diberi masa tiga minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa.

draft • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Pengerusi dan juga Naib Pengerusi PAC yang telah membentangkan laporan. Bagi Setiawangsa, isu ini sebenarnya isu yang besar dan signifikan. Pokoknya ia adalah soal reformasi tadbir urus Kuala Lumpur. Setiawangsa sendiri secara peribadi pernah berada di Kerajaan Negeri Selangor sama seperti Seputeh dan kini kita berada di Kuala Lumpur.

draft • 12:39 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Bajet DBKL mencecah RM3 bilion. Lebih kurang bajet negeri Selangor, lebih besar daripada bajet negeri Johor. Tetapi, governance. Ya, pokok dia ialah governance di Kuala Lumpur ini. Kami Ahli-ahli Parlimen warga kota pun mereka tidak ada suara di Kuala Lumpur. Kalau dikatakan alasannya ialah kerana ia Wilayah Persekutuan, kita ada model seperti District of Columbia di Amerika Syarikat ataupun Canberra di Australia, yang mana kedua-duanya mempunyai pentadbiran mereka tersendiri yang mana rakyat ada hak untuk memberikan pandangan dan input mereka.

Jadi bagi saya, bagi Setiawangsa, laporan ini harus diambil dengan serius dan kami menyokong laporan PAC tersebut. Contohnya, apa yang disebut oleh Laporan PAC ialah DBKL ada mekanisme lembaga penasihat. Tapi nama dia pun dah lembaga penasihat. Biasanya ada wakil-wakil daripada disiplin-disiplin tertentu seperti jurutera, perancang dan sebagainya, dan juga ada wakil-wakil politik yang akan dipilih oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi fungsi mereka hanya untuk menasihati Datuk Bandar, berbeza dengan PBT-PBT lain yang mana ada sistem majlis. Datuk Bandar is first among equals dengan izin, sama seperti Perdana Menteri dalam Kabinet atau Menteri Besar di peringkat negeri.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tetapi di Kuala Lumpur, di bawah Akta Ibu Kota dan juga akta-akta lain yang berkaitan, Datuk Bandar dengan izin, is all powerful. Dapat Datuk Bandar yang baik dan bagus, Alhamdulillah. Dapat Datuk Bandar yang sebaliknya dan kita berhadapan dengan masalah. Jadi, satu lagi isu ialah tentang pengurusan tanah. Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan biasanya akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Ketua Setiausaha Negara seorang penjawat awam.

Saya difahamkan, antara 2004 sehingga 2008, Ahli-ahli Parlimen pada waktu itu pada era Barisan Nasional, mereka dipanggil untuk memberikan input mereka dalam soal-soal tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tapi hari ini, kami Ahli- ahli Parlimen Kuala Lumpur, kita tidak ada apa-apa ruang. Yang kita dapat ialah bila ada bantahan ataupun ada pembangunan yang sudah berlaku, barulah soal ini sampai ke meja kami.

Jadi sebab itu sebagai kesimpulan, kita merasakan Kerajaan MADANI dengan komitmen yang sudah pun ada di dalam manifesto Pakatan Harapan, kita boleh memulakan sebagaimana syor PAC itu ada sistem ahli majlis. Tetapi, kami juga berpandangan bahawa lebih elok in the long run untuk Kuala Lumpur, saya tidak sentuh tempat lain, kita boleh kembalikan pemilihan kerajaan tempatan di Kuala Lumpur. Itu merupakan pokok penyelesaian kepada masalah governance pembangunan dan tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Setiawangsa. Saya jemput, Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Speaker. Setelah meneliti Laporan PAC berdasarkan penyata tentang pembangunan tanah di Kuala Lumpur, ada 15 poin yang saya akan bentangkan sedikit untuk tatapan PAC dan pihak berkaitan supaya diambil perhatian.

Yang pertama, kehilangan hasil kerajaan akibat jualan tanah di bawah harga pasaran. Faktanya, tanah dijual dengan harga jauh lebih rendah daripada nilai pasaran. Lot 54780 Taman Desa dijual dengan premium RM1.91 juta, sedangkan nilai pasaran dianggarkan RM16 juta, kerugian RM14.11 juta.

Pemberi milikan tanah rizab kepada pemaju. Tanah rizab awam seperti kolam takungan banjir dan balai polis diberi milik kepada pemaju. Tanah rizab balai polis Lot 54780 di Taman Desa diluluskan untuk pemaju walaupun ada bantahan, ada bantahan daripada KDN dan juga PDRM.

draft • 12:43 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Kemudian, ketirisan dalam proses tender dan rundingan terus. Tanah kerajaan sering dijual melalui rundingan terus, bukan tender terbuka. Contoh, tanah di Desa Sri Hartamas, Lot 481453 dijual di bawah harga pasaran tanpa tender.

Perkara keempat, ketiadaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 yang diwartakan. PTKL 2040 belum diwartakan sehingga 2025 membuka ruang untuk pembangunan yang tidak terkawal. Kemudian, kesan pembangunan diluluskan tanpa panduan jelas melanggar prinsip perancang bandar.

Kemudian, penggunaan rule nombor tujuh untuk mengelak proses awam.

DBKL menggunakan rule seven untuk menukar zon tanpa libat urus awam.

Contohnya, 10 cadangan perubahan zon dalam PTKL 2020 dibuat menggunakan rule seven antara November 2024 hingga Januari 2025.

Ketiadaan mekanisme semak dan imbang yang kukuh. Tiada peruntukan untuk Ahli Majlis DBKL dalam Akta 267 berbeza dengan Ahli-ahli Majlis PBT yang lain. Jadi, kuasa ini tertumpu veto kepada Datuk Bandar dan tanpa pengawasan yang efektif daripada pihak-pihak yang berkaitan.

Kegagalan fungsi kolam tanggungan banjir seperti Kampung Bohol hanya berfungsi pada 4 ARI tidak mempunyai piawaian JPS. Banjir besar berlaku pada Disember 2021 dan 2022.

Nombor lapan, penyerahan tanah dengan infrastruktur JPS kepada pemaju.

Tanah yang mempunyai infrastruktur JPS seperti kolam takungan diserahkan kepada pemaju. Kolam takungan di Batu, Jinjang diserahkan untuk pembangunan kondominium.

Ketidakselarasan antara pelan tempatan dan tindakan DBKL. DBKL meluluskan pembangunan yang bercanggah dengan pelan tempatan. M Resort Hotel di kawasan lapang KGPA diluluskan pada tahun 2017.

Ketiadaan akses awam ke sistem OSC 3.0 Plus. Faktanya, sistem OSC 3.0 Plus DBKL tidak boleh diakses oleh orang awam sejak 2023. Kesannya masyarakat tidak dapat memantau status permohonan pembangunan.

Yang ke-11, pembatalan rizab tanah tanpa justifikasi dan libat urus awam.

Pembatalan rizab tanah awam dilakukan tanpa justifikasi dan tidak mengambil kira bantahan awam. 1,275 bantahan awam terhadap pembatalan rizab kolam takungan Bohol diabaikan.

Nombor 12, kaedah penilaian tanah yang ketinggalan zaman. Formula penilaian tanah yang digunakan sejak 1995, 30 tahun tidak dikemas kini. Kesannya, premium tanah dikira jauh lebih rendah daripada nilai pasaran.

draft • 12:43 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Pembangunan — nombor 13. Pembangunan keterlaluan dan kesan terhadap infrastruktur. Faktanya, pembangunan tinggi tanpa infrastruktur dan sokongan yang mencukupi, dan contohnya, Jalan Kuchai Lama mengalami penambahan 4,925 unit kediaman dari 2014 hingga 2024 menyebabkan berlakunya kesesakan dan banjir yang teruk.

Nombor 14, ketiadaan pewartaan tanah lapang awam. Hanya 39 peratus tanah lapang awam di Malaysia telah diwartakan. Pendedahan KPKT 2024.

Kesannya, 61 peratus tanah lapang berisiko diubah untuk menjadi projek pembangunan.

Yang ke-15, isu integriti dan akauntabiliti pegawai. Faktanya, terdapat kesalahan prosedur, penyalahgunaan kuasa dan ketelusan yang rendah. Contohnya, tandatangan Ahli Parlimen disalah guna dalam surat mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Tanah.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, pembangunan di Kuala Lumpur ini juga melibatkan pembangunan di Kampung Sungai Baru. Saya nak sebut kaitannya.

Kampung Sungai Baru ini sudah pun dimaklumkan ada berstatus tanah Malay Agriculture Settlement (MAS). Tetapi saya nak bertanya kepada pihak yang berkaitan. Bagaimanakah status sebenar tanah pembangunan di Kampung Sungai Baru ini yang berstatus Malay settle — agreement settlement ini. Adakah boleh dibuatkan pembangunan bercampur-campur? Maknanya, boleh melibatkan pemilikan kepada yang bukan Melayu untuk tanah di Kampung Sungai Baru ini?

Jadi, saya minta pihak-pihak berkaitan khususnya DBKL, JKPTG Kuala Lumpur untuk melihat isu ini dengan lebih serius tentang hak pemilikan orang Melayu di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. Terima kasih.

draft • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Cheras.

draft • 12:43 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan sokongan penuh terhadap penemuan serta mengalu-alukan cadangan penambahbaikan dan reformasi yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Penyata Kira-Kira Wang Negara berhubung pembangunan tanah Kuala Lumpur pada 25 Ogos.

Cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa tetap yang melibatkan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan adalah penting supaya Ahli Parlimen diberi peluang untuk memberi cadangan dan memantau hal ehwal tanah termasuk pemberi milikan

draft • 12:49 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

dan pembangunan tanah di Kuala Lumpur. Ahli Parlimen di ibu kota sering disalahkan oleh rakyat terhadap urusan tanah yang tidak sesuai dan melampau, walaupun keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa penglibatan Ahli Parlimen dalam proses membuat keputusan.

draft • 12:49 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Selain itu, DBKL tidak mempunyai sistem ahli majlis seperti yang diamalkan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri-negeri lain. Keadaan ini menyebabkan banyak keputusan pemberimilikan tanah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah adalah amat tidak wajar dan mendatangkan bantahan daripada orang ramai kerana mereka sebenarnya tidak memahami situasi sebenar di kawasan berkenaan.

Saya mencadangkan dalam pindaan terhadap Akta Ibu Kota, setiap Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberi kuasa melantik dua orang ahli majlis dalam DBKL. Sebelas orang Ahli Parlimen di KL pun dapat melantik 22 orang ahli majlis di DBKL. Dengan adanya sistem ahli majlis lantikan yang diberi tugas dalam pelbagai jawatankuasa di dalam DBKL, maka baru dapat wujud mekanisme kerjasama di samping semak dan imbang yang berkesan dalam keputusan serta pengurusan DBKL.

Kekurangan ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik dalam DBKL adalah suatu perkara yang membimbangkan. Kes-kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di DBKL. Dan kami amat berduka cita dengan apa yang berlaku semalam, kes melibatkan seorang pegawai kanan DBKL yang ditahan oleh SPRM.

Puan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur adalah ibu kota kebanggaan kita, nadi Malaysia, dan tempat tinggal berjuta-juta rakyat. Namun, hari ini, saya juga ingin menyentuh satu isu yang mendesak iaitu masalah pembangunan berlebihan dan salah urus guna tangan yang semakin meruncing dan mengancam jiwa sebenar seluruh rakyat Kuala Lumpur berhubung dengan pelbagai masalah yang timbul akibat pembangunan berlebihan ekoran pemberimilikan tanah secara tidak wajar, melampau dan sewenang-wenangnya termasuk kawasan hijau dan taman rekreasi, ruang komuniti, tanah rizab sekolah, balai polis, kolam takungan banjir dan sebagainya.

Saya menyeru kerajaan supaya menjalankan semakan menyeluruh terhadap segala kesilapan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pentadbiran terdahulu dalam keputusan pemberimilikan tanah yang akhirnya mengorbankan

draft • 12:50 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

kepentingan jangka panjang rakyat. Projek-projek yang bakal membawa kerosakan kekal terhadap alam sekitar dan menjejaskan kualiti kehidupan mesti dihentikan.

Maka Puan di-Pertua, secara kesimpulan, saya menyeru kerajaan memberi perhatian serius terhadap penemuan dan cadangan yang dibentangkan oleh PAC demi memastikan penambahbaikan pentadbiran dan kelulusan di Wilayah Persekutuan. Sekian.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Cheras. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih kepada Pengerusi PAC, Timbalan Pengerusi dan juga Ahli-ahli PAC yang telah membentangkan satu laporan yang cukup luar biasa. Tapi, persoalan saya ialah bila syor yang telah diberikan oleh PAC tadi hanya syor biasa, tetapi orang yang melakukan kesalahan tidak diambil apa-apa tindakan. Kerajaan rugi RM217 juta, tetapi tidak ada usaha kata mesti ambil balik duit ataupun sebagainya, termasuk di balai polis di Taman Desa, kerajaan rugi RM14 juta. Cuma cerita rugi, tetapi apa tindakan? PAC ini adalah tinggal jawatankuasa yang terakhir yang kami bergantung harap. Yang lain-lain, kita tak berapa harap sangat. Macam-macam RUU yang dibuat, kita menghadapi masalah termasuk yang akan dibentangkan besok. PAC lah harapan kami yang terakhir, harapan rakyat Malaysia...

[Tepuk] Jadi, PAC kena buat yang terbaik dan PAC kena tengok betul-betul cara mereka ini melakukan kerja. Nilai tanah dibuat berdasarkan 100 peratus rumah mampu milik, premium plus 30 percent. Premium ini ialah rule of thumb, dengan izin, separuh daripada harga pasaran. Harga pasaran dikatakan 300, premium lebih kurang 150, campur 30 percent, kalau 50 peratus, apa itu, rumah mampu milik.

Tetapi, kalau sekiranya 50 peratus rumah mampu milik, 50 peratus bebas, nilai tanah ialah― harganya ialah nilai komersial plus 10 percent.

Saya nak beritahu macam Kampung Bohol, nilai tanah yang telah dimaklum kepada PAC ialah 300 kaki persegi, tetapi Jawatankuasa Tanah Wilayah telah turunkan kepada 200 di atas dasar nak bina kolam, nak buat rekreasi dan sebagainya. 200 itu pun dia tak ikut sebab harga 200, harganya ialah RM217 juta, tapi yang dia bayar 81 juta. Harga 200 pun bayar 81. Siapa yang turunkan harga?

Jadi, PAC saya rasa patut tanya siapa turunkan harga sehingga tinggal 81 juta.

draft • 12:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dalam peraturan penjualan tanah kerajaan, kita kena jual dulu. Kalau harga pasaran 300 juta, jual 300 juta. Kemudian dia nak buat apa kemudian, kita akan tolak harga DO, development order, nanti. Cost development itu kita akan tolak. Jadi, tak boleh ambil harga tanah. Ini saya tengok dah lama, saya observe lama. Minta maaflah, saya pun ada di zaman saya itu. Saya observe lama, harga tanah dibuat bukan mengikut panduan yang telah kita sebutkan. Depa turunkan harga. Siapa turunkan harga? Dan saya setuju dengan syor PAC supaya dibuat tender terbuka.

Dan dalam masa yang sama, dicadangkan satu jawatankuasa untuk memantau yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah. Timbalannya ialah KSN. Saya tak setuju yang itu. Sebab, KSN ini adalah setiausaha kepada Kabinet. Dia — kita boleh cadangkan menjadi pengerusi bersama, co-chairman, bukan menjadi timbalan pengerusi. Sebab, dia dalam keadaan ― di Kabinet itu, dia lebih tinggi daripada Menteri-menteri. Jadi, dengan itu, kita cadang sebagai co-chairman.

Dan saya juga meminta supaya kerajaan ambil tindakan. Kekurangan daripada nilai 217 juta itu, apa kita harus buat? Kita mesti dapatkan balik wang yang berkenaan dan kita kena siasat. Kemudian, kekurangan ― kemudian, yang pertama tadi, Kampung Bohol ini, ditentang oleh 1,275 penduduk. Apakah tentangan penduduk itu kita buat tak tahu? Ataupun kita nak bubuh nama ‘jawatankuasa tanah wilayah pekak’ ke? Sebab kita tak mahu dengar orang cakap, orang complain. Kalau tak mahu dengar orang complain, pembangunan ini pembangunan untuk siapa?

Kalau untuk manusia, kena dengar rungutan daripada orang ramai.

Yang keduanya, hok yang ini yang penting. Sebab apa, ini berlaku pada tahun lepas. Kerajaan MADANI ― Yang Amat Berhormat baru keluar. Kerajaan MADANI telah luluskan pada tahun lepas. Yang Berhormat Menteri terlibat, iaitu tanah rizab polis di Taman Desa. Ditentang oleh KDN, ditentang oleh polis tetapi jawatankuasa tak peduli, dia bagi, dia jual juga. Saya nak tanya, punca kuasa untuk jual tanah ini untuk apa. Adakah kerajaan telah mengarahkan KSN untuk menjual semua tanah sebab kerajaan tidak ada duit? Saya tak pernah dengar langsung kerajaan kata, “KSN, tugas kamu jual tanah”. Tidak pernah. Yang saya tahu tanah telah dijual dengan begitu berleluasa termasuk kawasan lapang. Ini kawasan takungan, termasuk rizab balai polis yang ditentang oleh KDN tapi dijual juga.

Jadi, saya minta supaya kerajaan ambil tindakan kepada kekurangan yang berlaku. Saya cadangkan kerajaan ambil balik. Balik-balik ― dia beli satu 1.9 juta…

draft • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Arau.

draft • 12:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

…Ambil balik harga itu.

Termasuk juga tanah di Kampung Bohol, dibayar 81 juta, kerajaan kena bayar balik.

Sebab apa? Kerajaan tidak pernah diarahkan untuk menjual tanah ― tanah di wilayah pula ― untuk mendapat hasil kepada kerajaan.

draft • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih, Yang Berhormat Arau. Masa sudah tamat.

draft • 12:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta supaya PAC melihat suatu tindakan yang wajar perlu diambil supaya kekurangan yang berlaku itu bukan setakat kita bentang tetapi kita nak mengesyorkan tindakan serta-merta.

Sebab, saya nak katakan sekali lagi…

draft • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Sila duduk.

draft • 12:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

…Yang di-Pertua, PAC ialah harapan terakhir. Terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah, Pengerusi PAC untuk menjawab. Masa lima minit.

draft • 12:53 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Saya berdiri di hadapan Yang Berhormat sekalian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi menggulung perbahasan yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 12:59 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Cheras dan juga Yang Berhormat Arau, yang telah pun membangkitkan tentang pelbagai isu yang telah pun mendapat perhatian umum dan juga menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan juga integriti di dalam pengurusan tanah di ibu kota kita.

Dan PAC telah pun mengadakan sebanyak sembilan prosiding, bermula daripada 5 Februari sampai 21 Mei dan kita telah pun memanggil pelbagai saksi, termasuklah mantan KSN, mantan Menteri Wilayah dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur serta wakil daripada penduduk awam. Jadi, PAC mendapati terdapat banyaknya kelemahan dalam sistem tadbir urus dan juga perundangan berkaitan dengan pembangunan tanah di Kuala Lumpur, selain daripada penemuan utama yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Seputeh sebentar tadi.

draft • 1:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi, kita lihat sebagaimana yang telah pun disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan isu ketiadaan semak dan imbang, yang mana Akta Ibu Kota 1960 dan Akta Perancangan 82 ini memberi kuasa penuh kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur serta berlakunya pelanggaran pelan tempatan. Jadi, berdasarkan penemuan ini, PAC mengesyorkan supaya kerajaan menyemak semula dan pinda akta berkaitan, terutamanya Akta Ibu Kota 1960 dan Akta Perancangan 1982 ini untuk memperkenalkan sistem ahli majlis lantikan DBKL serupa dengan PBT di negeri lain bagi mewujudkan semak dan imbang.

Dan begitu juga, PAC juga mengesyorkan untuk mengembalikan Kepengerusian JKTWPKL sebagaimana yang telah pun disentuh oleh Setiawangsa dan juga Arau tadi dan PAC juga akan mengambil cadangan yang dibangkitkan oleh Arau untuk co-chair tersebut, yang mana ini adalah satu keputusan besar berkenaan dengan tanah. Tanah di Kuala Lumpur yang memberikan kesan kepada orang awam dan juga pembangunan bandar harus dipertanggungjawabkan kepada wakil rakyat iaitu Menteri yang dilantik bagi meningkatkan akauntabiliti demokrasi.

Dan ini adalah mekanisme semak dan imbang yang cukup penting. Menteri sebagai ahli politik yang bertanggungjawab kepada Parlimen akan lebih peka dan juga teliti dalam membuat keputusan, terutamanya yang melibatkan kepentingan awam dan ia nya haruslah juga mengambil kira pandangan dan juga pendapat oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sebab itu kita juga minta supaya Ahli-ahli Parlimen juga turut dilibatkan supaya engagement itu akan memberikan input yang baik kepada sebarang keputusan yang dibuat.

Dan seterusnya, berkenaan dengan — kita lihat dalam siasatan kita juga, kuasa yang diberikan kepada Datuk Bandar di bawah akta ini adalah sangat luas.

Walaupun Datuk Bandar bertanggungjawab mengawal pembangunan, ketiadaan sistem ahli majlis yang mempunyai kuasa eksekutif seperti di PBT negeri lain telah pun menyebabkan tiada mekanisme semak imbang yang berkesan dalam membuat keputusan berkaitan pembangunan tanah di Kuala Lumpur.

Jadi, lembaga penasihat di bawah Akta 267 tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan secara bersama. Akibatnya, kami mendapati berlakunya pelanggaran berterusan terhadap Pelan Tempatan Kuala Lumpur yang membolehkan pembangunan tidak terkawal dan juga pembatalan rizab tanah awam serta kawasan hijau yang telah pun diwartakan. Dan hal ini jelas menunjukkan berlakunya kelemahan sistem perancangan sedia ada yang perlu disemak semula.

draft • 1:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Berkaitan dengan isu, berkaitan dengan isu Kolam Takungan Banjir Kampung Bohol. Walaupun terdapat 1,275 bantahan awam, pandangan mereka langsung tak diambil kira dan kami juga amat kecewa dengan perkara ini kerana sepatutnya 1,275 itu adalah satu jumlah angka yang cukup besar, yang harus diberikan perhatian tetapi langsung tidak diberikan — tidak diendah.

Sebab itulah kita merasakan bahawa dalam prosiding ini, apabila terdapatnya percanggahan pendapat yang kritikal mengenai isu ini, JPS pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan naik taraf kolam oleh pemaju kerana spesifikasi yang dicadangkan tidak memenuhi piawaian JPS pada ketika itu. Namun, perkara ini dibawa kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pertimbangan. Walaupun yang terdapat bantahan 1,275 ini telah pun diterima, pandangan dan juga bantahan ini tidak diambil kira, apabila membuat keputusan pemberi milikan tanah kepada pemaju.

PAC memandang serius tentang perkara ini kerana ia nya boleh menjejaskan fungsi keseluruhan kolam takungan banjir. Dan syor kami adalah jelas, kerajaan perlu semak semula pemberi milikan dan konsep pembangunan di kolam takungan ini untuk memastikan ketelusan dan kepentingan awam ia nya terjamin. Ini termasuk memastikan semua kolam takungan banjir mencapai tahap pelindungan yang ditentukan oleh pihak JPS.

Jadi, Ahli Parlimen — sebab itu saya katakan perlu pandangan dan juga engagement bersama Ahli Parlimen supaya mereka ini yang dipilih oleh rakyat dapat membawa suara. Bukan hanya setakat 1,275 itu tetapi suara wakil rakyat juga turut diberikan perhatian. Itu sahaja dan saya harap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, begitu juga dengan status tanah Kampung Sungai Baru selepas ini, mereka akan datang kembali kepada PAC untuk memberikan maklum balas kepada PAC dalam tempoh tiga bulan dan saya yakin dan percaya, mereka perlu memberikan respons dan maklum balas kepada PAC.

Ya betul, kita tak ada, apa nama tidak ada kuasa mendakwa dan sebagainya, PAC tidak ada kuasa mendakwa tetapi di dalam PAC kita ada ex officio iaitu SPRM yang boleh mengambil tindakan, sekiranya ada kecurangan ataupun berlakunya masalah integriti, sebagaimana yang telah pun berlaku tangkapan DBKL semalam.

Syabas dan tahniah kepada pihak SPRM. Jadi, kita harap segalanya dapat dilakukan dengan baik supaya apa yang kita rancangkan di pusat Malaysia, Kuala Lumpur ini dapat terjaga dan limpahannya dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia.

draft • 1:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Itu saja, terima kasih atas sokongan daripada pihak PAC kepada semua. YB Arau boleh jumpa dengan saya kat luar selepas ini.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: [Membaca

sepotong ayat al-Quran] [Berselawat] Assalamualaikum dan selamat petang, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:30 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya memohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dibacakan kali kedua sekarang.

Dato’ Yang di-Pertua, Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 ataupun Akta 504 telah digubal dan dikuatkuasakan oleh MITI dengan tujuan menangani amalan perdagangan yang tidak adil oleh pengeluar atau pengeksport luar negara. Akta ini adalah kerangka perundangan yang digunakan bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap barangan import yang di ambak di dalam negara atau barangan import bersubsidi yang membawa kemudaratan ke atas industri tempatan.

Akta 504 merupakan satu-satunya undang-undang sedia ada yang boleh membantu industri tempatan yang terjejas oleh barangan import yang bersaing secara tidak adil. Sewaktu Akta 504 digubal lebih daripada 30 tahun yang lalu,

draft • 2:33 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

penggunaan serta pengenalan tindakan-tindakan remedi perdagangan tidak menjadi suatu kebiasaan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia

(WTO) yang ditubuhkan pada tahun 1995. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat juga, ketika Akta 504 ini digubal pada tahun 1993, perjanjian-perjanjian WTO berkenaan remedi perdagangan masih belum dimuktamadkan dan ini adalah sebelum Malaysia menandatangani perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dengan rakan-rakan dagang.

Semakan serta pindaan terdahulu ke atas Akta 504 telah dipinda pada tahun 1998 dan berkuat kuasa pada tahun 1999. Namun, dengan perubahan dinamik situasi perdagangan global dan persekitaran perniagaan tempatan, terdapat keperluan untuk menyemak semula, mengemas kini, serta menambah baik Akta 504 selaras dengan perkembangan dan dinamik amalan perdagangan semasa di peringkat antarabangsa.

Pindaan-pindaan kali ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah baik undang-undang sedia ada bagi melindungi kepentingan industri tempatan daripada sebarang amalan perdagangan yang tidak adil yang mengakibatkan kesan kemudaratan yang tidak ditangani secara cekap boleh memaksa pengeluar tempatan menghentikan operasinya. Lebih-lebih lagi, langkah remedi perdagangan khususnya langkah anti-lambakan dan timbang balas boleh digunakan untuk mengatasi lencongan perdagangan ataupun dengan izin, trade diversion yang berpunca daripada ketegangan perdagangan global yang sedang berlaku antara kuasa-kuasa besar dunia.

Malaysia telah mengambil 43 tindakan anti-lambakan terhadap pengeksport luar negara antara tahun 1995 hingga tahun 2010 dan jumlah ini meningkat kepada 67 tindakan bagi tempoh tahun 2011 sehingga tahun 2024. Peningkatan bilangan tindakan anti-lambakan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk menyemak semula, mengemas kini serta menambah baik Akta 504 bagi memastikan pelaksanaan tindakan remedi perdagangan adalah berkesan dan tidak terjejas oleh sebarang kelemahan daripada segi prosedur penyiasatan dan interpretasi yang kurang jelas dalam peruntukan-peruntukan sedia ada.

Remedi perdagangan bertujuan untuk menangani cabaran seperti kemasukan import yang dilambak atau bersubsidi yang boleh memudaratkan industri tempatan sekiranya tidak ditangani. Dalam situasi seperti ini, sesebuah negara dibenarkan mengambil langkah-langkah remedi perdagangan, khususnya melalui

draft • 2:33 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

langkah-langkah anti-lambakan dan timbal balas bagi melindungi industri tempatan daripada kesan negatif perdagangan.

Dato’ Yang di-Pertua, pindaan-pindaan terhadap akta ini boleh di klasifikasi kepada tiga kategori. Kategori pertama ialah untuk memberi pencerahan dan pemahaman yang lebih jelas dalam penyampaian maksud peruntukan undang- undang sedia ada serta memperkenalkan beberapa takrif baharu bagi memastikan maksud sebenar undang-undang difahami serta mengelakkan kekeliruan dalam takrifan — tafsiran peruntukan tersebut.

Pindaan terhadap takrif-takrif seperti dagangan subjek, harga eksport dan lambakan khususnya penting untuk mengelakkan penyelewengan harga eksport oleh pengeksport asing yang berpotensi memudaratkan industri tempatan. Manakala pengenalan takrif baru seperti pihak berkuasa penyiasat dan pemintasan circumvention akan membolehkan kerajaan untuk mengambil tindakan remedi perdagangan yang lebih berkesan dan industri tempatan akan mendapat perlindungan yang lebih diperlukan untuk bersaing apabila berhadapan lambakan atau import bersubsidi.

Sebagai contoh, dua pengeksport besar dari negara Vietnam sebelum ini telah memanipulasi takrifan harga eksport sehingga mengelirukan mahkamah.

Akibatnya keputusan semakan kehakiman dalam kes terlibat telah memihak kepada mereka dan membenarkan syarikat-syarikat tersebut mengeksport barangan dagangan mereka tanpa dikenakan sebarang duti anti-lambakan.

draft • 2:33 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Kategori kedua ialah untuk memperuntukkan peruntukan sedia ada disusun semula dan peruntukan baharu ditambah untuk memberi pencerahan proses dan prosedur penyiasatan timbal balas dan anti-lambakan yang antara lain menggariskan proses khusus yang terpakai bagi pelbagai jenis kajian semula pentadbiran berkaitan remedi perdagangan. Dengan kefahaman prosedur, industri tempatan akan dapat memahami dan memanfaatkan hak mereka. Ia juga dapat mengelakkan permohonan kajian semula pentadbiran, administrative review yang bertindan dan dengan itu, industri tempatan boleh memastikan tindakan remedi perdagangan yang berkuat kuasa kekal efektif atau disesuaikan mengikut keperluan.

Sebagai contoh, dengan pindaan ini pengeluar tempatan akan lebih arif mengenai hak-hak mereka dalam memohon kajian semula pentadbiran untuk menyemak semula duti anti-lambakan yang telah dikenakan terhadap pengeksport asing sekiranya didapati langkah yang sedang berkuat kuasa tidak berkesan.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Dan ketiga, mewujudkan peruntukan baharu berkenaan prosedur penyiasatan anti-pemintasan atau anti-circumvention bagi menangani aktiviti pengeksport asing yang mengelak duti timbal balas dan atau anti-lambakan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia. Peruntukan ini membolehkan kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas aktiviti pemintasan.

Sebagai contoh, industri tempatan sebelum ini pernah membuat aduan bahawa terdapat kemungkinan pengelakan duti yang dikenakan terhadap pengimportan cold-rolled coil (CRC) dari Republik Rakyat China dan Republik Korea yang dieksport menerusi Taiwan. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan anti-pemintasan berikutan ketidakadaan peruntukan spesifik dalam akta sedia ada.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mengemas kini dan menambah baik Akta 504 ini, kementerian ini telah menjalankan penyelidikan dan menanda aras

(bench marking), amalan-amalan terbaik bagi siasatan remedi perdagangan oleh pengguna langkah remedi perdagangan ini seperti Australia, United Kingdom, India, Thailand, Kesatuan Eropah, Vietnam dan Thailand.

Oleh yang demikian, penggubalan RUU ini adalah berdasarkan analisa model-model perundangan dan amalan terbaik oleh pelbagai negara dan ia telah disesuaikan dengan landskap negara kita. Tambahan kepada itu, kementerian ini juga telah memperkenalkan peruntukan berkenaan anti-pemintasan yang tidak terdapat dalam perjanjian WTO, malah terdapat dalam undang-undang domestik negara-negara yang telah ditanda aras.

Objektif peruntukan anti-pemintasan dalam pindaan RUU Akta 504 ini adalah bagi memastikan pengeluar atau pengeksport luar negara tidak dapat mengelak duti remedi perdagangan yang telah dikenakan dengan pemintasan atau circumvention seperti membuat perubahan kecil pada produk mereka atau mengeksport melalui laluan yang berbeza sekali gus menjejaskan keberkesanan langkah remedi perdagangan yang dikenakan.

Dato’ Yang di-Pertua, beberapa sesi libat urus juga telah dilaksanakan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) bagi memastikan pindaan Akta 504 ini merangkumi pelbagai aspek dan mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh terutamanya Ahli- ahli Parlimen.

Dato’ Yang di-Pertua, pindaan terhadap ruang undang-undang ini mempunyai 21 fasal sebagaimana yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

28 Julai. Perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah ruang undang-undang ini adalah seperti berikut.

Fasal 1 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan tarikh kuat kuasa yang berbeza bagi peruntukan tertentu. Dalam konteks ini, peruntukan mengenai prosedur penyiasatan timbal balas dan atau anti-lambakan serta anti- pemintasan boleh mula berkuat kuasa pada tarikh yang berlainan daripada proses penyiasatan utama bagi membolehkan industri serta pihak berkuasa penyiasat menyesuaikan tatacara kerja mereka.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 bagi memperkenalkan beberapa takrif baharu seperti pihak berkuasa penyiasat dan pemintasan serta memberi kejelasan yang lebih terhadap beberapa takrif sedia ada. Sebagai contoh, takrif pemintasan menjelaskan keadaan di mana pengeluar atau pengeksport luar negara mengeksport dagangan melalui negara ketiga bagi mengelakkan pengenaan duti.

Takrif ini adalah selaras dengan Artikel 13.1 Anti-Dumping Agreement WTO.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 9(1) bagi memperjelas bahawa penentuan kemudaratan kepada industri dalam negeri ditentukan oleh kerajaan semasa penyiasatan dijalankan. Penentuan ini akan mengambil kira kecederaan material seperti volum import, kesan terhadap harga dan impak ke atas pengeluar tempatan.

Fasal 4 bertujuan meminda subseksyen 12(1) bagi membolehkan kerajaan menggantung penyiasatan jika kerajaan negara pengeksport membuat aku janji bagi menghapuskan subsidi atau pengeksport bersetuju menyesuaikan harga eksport seperti dibenarkan di bawah Artikel 18 Subsidies and Countervailing Measures Agreement WTO.

Fasal 5 bertujuan meminda subseksyen 12A dengan menetapkan tempoh maksimum lima tahun bagi pengenaan duti timbal balas atau aku janji kecuali ia nya dilanjutkan berdasarkan keputusan kajian semula sebelum tamat tempoh. Langkah ini selaras dengan Artikel 21.3 SCM Agreement, di mana lanjutan hanya dibenarkan selepas penilaian semula yang membuktikan bahawa subsidi serta kemudaratan masih berterusan.

Fasal 6 bertujuan meminda subseksyen 13(1) di mana apa-apa maklumat kepada kerajaan hendaklah dikemukakan melalui petisyen dengan data yang lengkap dan peruntukan kajian semula tamat tempoh disusun semula sebagai seksyen baharu 13C dan 13D.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Fasal 7 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 13C dan 13D yang mengatur proses kajian semula tamat tempoh dan penentuan semula duti timbal balas. Berdasarkan seksyen ini, jika pengeluar tempatan membuktikan bahawa subsidi masih wujud, kerajaan akan menilai semula sama ada wajar meneruskan atau menamatkan duti tersebut.

Fasal 8 adalah bertujuan meminda subseksyen 17(1) dengan memperjelaskan takrif harga eksport bagi dagangan subjek dari negara pengeksport.

Sebagai contoh, sekiranya maklumat harga eksport yang dikemukakan oleh pengeksport adalah meragukan, harga eksport boleh ditentukan oleh kerajaan atas dasar yang munasabah.

Fasal 9 bertujuan meminda subseksyen 24(1) bagi menjelaskan bahawa apa- apa kemudaratan kepada industri dalam negeri hendaklah ditentukan oleh kerajaan semasa penyiasatan sebagaimana digariskan dalam Artikel 3 ADA.

Fasal 10 bertujuan meminda subseksyen 27(1) bagi memperuntukkan bahawa kerajaan boleh menggantung penyiasatan jika pengeksport membuat aku janji untuk mengubah harga eksport bagi menghapuskan lambakan. Sekiranya pengeksport menawarkan dengan izin, price undertaking untuk menjual pada harga yang menghapuskan margin lambakan, langkah penggantungan siasatan adalah selaras dengan Artikel 8 ADA.

Fasal 11 bertujuan meminda subseksyen 27A bagi memperuntukkan pengenaan duti anti-lambakan atau aku janji hendaklah tidak melebihi lima tahun melainkan ia dilanjutkan hasil daripada kajian semula tamat tempoh.

Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 28 di mana apa-apa maklumat kepada kerajaan dikemukakan melalui petisyen dengan data yang lengkap dan peruntukan kajian semula tamat tempoh disusun semula di bawah seksyen baharu iaitu 28C dan 28D.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Fasal 13 bertujuan memperkenalkan seksyen baharu 28C dan 28D yang mengatur proses kajian semula tamat tempoh serta penentuan semula duti antilambakan. Melalui peruntukan ini, jika pengeksport tempatan — pengeluar tempatan membuktikan bahawa harga eksport kekal di bawah harga pasaran, kerajaan akan mempertimbang sama ada wajar untuk meneruskan atau menamatkan duti tersebut.

Fasal 14 bertujuan meminda seksyen 30 bagi memberi Menteri kuasa melantik mana-mana pegawai kerajaan atau orang awam sebagai pihak berkuasa

draft • 2:50 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

penyiasat bagi menjalankan penyiasatan di bawah akta. Fasal ini juga meminda subseksyen 30(4) agar Menteri yang bertanggungjawab membuat syor kepada Menteri Kewangan bagi pengenaan duti timbal balas atau anti-lambakan dan kutipan duti di bawah Akta Kastam 1967.

Fasal 15 bertujuan meminda seksyen 31 sebagai pindaan berbangkit kepada seksyen 30 berkaitan perlindungan pihak berkuasa penyiasat di bawah akta. Ini adalah untuk memastikan keterjaminan perlindungan pihak berkuasa penyiasat yang bertindak secara dengan izin, good faith, dilindungi daripada tindakan undang- undang.

Fasal 16 bertujuan meminda seksyen 34A. Peruntukan berkaitan kajian semula kehakiman dengan memasukkan subseksyen (3A) yang memperuntukkan sekiranya sesuatu kajian semula kehakiman masih belum selesai, pihak berkepentingan tidak boleh memfailkan kajian semula pentadbiran. Selain itu, penyelarasan dengan Aturan 53 subkaedah 3(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 diperjelas. Ini adalah untuk mengekalkan hasrat kerajaan bagi memastikan kebenaran semakan kehakiman dengan izin, leave for judicial review tidak disalahgunakan sebagai satu penggantungan kutipan duti anti-lambakan atau duti timbal balas dengan izin, nullification of measure. Ia juga bertujuan melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan yang tidak adil dan memastikan langkah remedi perdagangan dapat dikuatkuasakan secara berkesan.

Fasal 18 bertujuan meminda seksyen 37 dan — seksyen 37A bagi memperuntukkan perkara berhubung dengan anti-pemintasan dan prosedurnya.

Fasal 21 adalah berkenaan peruntukan kecualian dan peralihan.

Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, pindaan yang dibentangkan melalui rang undang-undang ini akan memastikan kerangka perundangan negara dalam mempertahankan perdagangan sentiasa relevan, jelas dan lebih tersusun. Ia bukan sahaja memperkukuh proses siasatan bagi kes timbal balas, anti-lambakan dan anti-pemintasan, malah turut menambah baik keberkesanan penguatkuasaan untuk melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil.

Kerajaan akan memastikan langkah remedi perdagangan hanya akan diambil sekiranya perlu dan pengenaan langkah remedi perdagangan tidak disalahgunakan dan tidak diguna pakai atau dilanjutkan bagi tempoh yang berpanjangan sehingga mengakibatkan gangguan pasaran serta menghalang pertumbuhan perdagangan yang bermanfaat. Saya memohon semua pihak tanpa kira parti atau perbezaan

draft • 2:50 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

pendapat untuk bersama-sama menyokong pindaan ini demi kepentingan industri tempatan.

Dengan meluluskan pindaan ini, kita bukan saja melindungi industri tempatan, tetapi juga meletakkan Malaysia sebagai contoh negara yang tegas dalam menangani amalan perdagangan yang tidak adil dalam usaha menegakkan perdagangan bebas. Saya yakin bahawa dengan sokongan semua pihak, Malaysia mampu mencapai matlamat ini.

Sekali lagi, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk memberi sokongan penuh kepada proses dan rang undang-undang ini. Bersama kita mampu membawa perubahan yang bermakna untuk menjaga industri tempatan Malaysia. Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Menteri, ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 2:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Saya menyokong Menteri.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya telah menerima seramai 10 orang Yang Berhormat yang akan berbahas pindaan rang undang-undang ini, masa diberi lima minit. Walau bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis Mesyuarat.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Ipoh Timor.

Dengan sedemikian, saya mempersilakan pembuka tirai, Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Bayan Baru ingin menyokong rang undang-undang untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.

Tuan Yang di-Pertua, Adam Smith dalam The Wealth of Nations, dia telah menunjukkan bahawa — dia telah membangkitkan tentang satu konsep iaitu

draft • 2:56 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

comparative advantage. Setiap negara semestinya mempunyai advantage-nya masing-masing. Contohnya di Malaysia ini, advantage kita adalah dari segi kelapa sawit. Cuacanya, iklimnya, tanahnya. Jadi, dari segi Malaysia ini, kita memang hebat untuk mengeluarkan kelapa sawit dan kita merupakan yang kedua terbesar di dunia.

Tetapi di Malaysia ini, kita kerana cuacanya tidak berapa — iklimnya, kita tak boleh keluarkan gandum, ya. Itu sebab kita terpaksa import gandum daripada negara lain untuk keperluan semasa. Dan negara lain, dia tidak dapat, dia tidak boleh keluarkan kelapa sawit, maka dia import kelapa sawit kita, minyak sawit kita ke negara mereka.

Jadi, ada global trade. Kita macam berdaganglah antara satu sama lain. Itulah sebabnya kita ada satu globalization dan global trade yang begitu rancak sekali.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, Adam Smith punya comparative advantage itu atas teori saja, dia bukan boleh dipakai merata tempat. Contohnya, di negara tertentu, negara besar, dia hebat dalam semua bidang. Okey? Dia boleh keluarkan kerana dia adalah continental economy. Pasaran besar, dia punya industrial power-nya besar, maka dia boleh mengeluarkan segala barang dengan harga yang lebih rendah, jauh lebih rendah daripada Malaysia. Negara jiran, ada beberapa negara jiran atau negara besar, kuasa besar, mereka mempunyai kapasiti tersebut.

Jadi akhirnya, Malaysia ini walaupun kita cuba melakukan yang terbaik pun, kita tidak dapat bersaing dengan mereka. Jadi, saya nak bangkitkan beberapa contoh. Contoh pertama adalah katakan petani-petani sayur-sayuran di kawasan Tuan Yang di-Pertua, di Cameron Highlands. Mereka produce kubis dan sebagainya.

Tetapi di negara besar, mereka mempunyai industrial capacity, dia boleh menurunkan harga. Jadi Malaysia, Cameron Highlands punya — petani di Cameron Highlands tidak akan bersaing dengan mereka, tidak akan berjaya bersaing dengan mereka. Jadi, apa kita buat tentang isu ini?

Dan saya difahamkan bahawa negara besar, mereka sekarang mereka merupakan satu supply chain daripada pengeluar sampai eksport kubis ke Malaysia.

Mereka bukan sahaja eksport dan dijual kepada pemborong lokal, tetapi mereka menjadi pemborong sendiri. Mereka itu bukan syarikat 100 percent warga negara asing, mereka menjadi peruncit juga. Jadi, supply chain ini semuanya dikuasai oleh warga asing.

draft • 2:56 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akhirnya Malaysia hanya merupakan pembeli sahaja, konsumer. Ini adalah satu persaingan yang tidak sihat kepada for me ya kerana dulu kita ada pemborong.

draft • 3:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

At least our Malaysian make some money from there. Tetapi sekarang, pemborong pun depa, peruncit pun depa dan kita hanya konsumer. Jadi, ini dari segi ini bukan isu lambakan. Walaupun kita bahaskan tentang lambakan, tetapi kerana cost of production mereka begitu rendah dan mereka menguasai supply chain dan akhirnya kita menjadi konsumer sahaja. Industri penanaman kubis di Cameron Highlands akan di wipe out. Kerana kita tidak dapat bersaing, ini contoh.

Dan kita pun tahu bahawa ada sekarang perabot. Perabot Malaysia ini adalah satu industri yang sangat hebatlah di kawasan YB Timbalan Menteri. Di Batu Pahat, Muar, negeri Timbalan Menteri. Tetapi kerana ada industri perabot yang besar di negara jiran kita, mereka menguasai supply chain. Jadi, mereka akan eksport perabotnya. Walaupun dulu kita import tetapi kita pemborong dan juga retail pun orang Malaysia, kita orang Malaysia ini dapat keuntungan sikit. Tetapi sekarang the whole supply chain ini dikuasai oleh orang asing. Jadi, kita hanya menjadi konsumer.

Dan industri perabot di Negeri Johor mungkin terjejas akibat dengan overcapacity di negara-negara tertentu.

Jadi, saya nak mohon Menteri boleh jawabkan kepada kita, bagaimana kita menyelesaikan masalah sebegini. Tidak ada masalah tentang — saya sokong sepenuhnya tentang akta anti-lambakan ini. Kerana kita tahu kita mempunyai proses, kita mempunyai tatacara, kita mempunyai satu mekanisme petisyen. Ini semuanya bagus, tetapi sekarang kita berdepan dengan industri supply chain yang berbeza.

Sebab global trade war ini trade diversion dia tak boleh jual ke Amerika Syarikat, dia jual ke Malaysia.

Dan mereka kerana mereka begitu kompetitif, mereka ada continental economy, maka ramai SME sehinggakan persatuan-persatuan perniagaan telah complain kepada saya dan mohon saya bawa syor ini kepada Menteri dan kerajaan.

Bagaimana kita boleh protect our own local supplier and our local apa ni, businesses ya, daripada this unfair trade.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada beberapa soalan yang saya ingin minta Menteri jawab sedikit. Dalam akta ini, mengapa diperkenalkan had tempoh lima tahun bagi pengenaan duti? Dan juga apa yang dimaksudkan dengan kajian semula tamat tempoh dan kepentingannya dalam undang-undang ini?

Okey, ada juga saya mohon kerana Menteri tadi kata tentang pemintasan, dia circumvention. Bolehkah ditakrif dan dimaksudkan lebih teliti kerana saya bukan trade expert tapi saya perlukan sedikit penjelasan.

draft • 3:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan adakah akta ini betul-betul melindungi SME kita? Kerana kita tahu SME ini –– mereka contohnya Pasar Borong Kuala Lumpur. Pasar Borong Kuala Lumpur itu mereka traders. Mereka sekarang menghadapi so-called lambakan daripada negara pengeluar dan supply chain mereka. Di Pasar Borong Kuala Lumpur, mereka bukan orang yang expert dari segi traders dan sebagainya. Mereka tak tahu tentang trade convention, undang-undang, WTO. Mereka bukan — mereka sibuk dengan kerja mereka sendiri tiap-tiap hari. Jual kubis, jual macam-macam buah-buahan. Dan mereka –– bagaimana mereka boleh petition? Kalau sekarang mereka menghadapi masalah tersebut, bagaimana mereka petition? Mereka kebuntuan, mereka tidak tahu ke mana bagaimana boleh petition.

Jadi, kita harus ada satu mekanisme supaya peniaga-peniaga kecil SME itu mempunyai cara untuk menyuarakan mereka, menyuarakan kesusahan mereka dan kerajaan ambil tindakan. Mereka minta saya, saya berjumpa Persatuan Pemborong Kuala Lumpur, ya, Pasar Borong Kuala Lumpur dua minggu lepas. Mereka kata ada masalah ini, dia minta saya bawa ke Dewan ini. Dan saya terpaksa bawa hari ini supaya Menteri tahu ada keluhan, mereka terasa terancam, mereka rasa sangat susah dan perlu kerajaan ambil tindakan segera untuk menghalang trade practices yang tidak sihat itu.

Dan juga saya terpaksa membawa isu tentang de minimis ini. De minimis ini sekarang kita tahu bahawa kerana ada trade war, maka barang-barang kecil ini dia trade divert ke negara kita. Barang-barangan yang murah kita beli daripada online, online platform. Tetapi tidak ada charge, tak ada duti atau tak ada cukai ke atas mereka. Maka, dia sangat murah dan ini telah menyebabkan bahawa pemborong- pemborong kecil atau syarikat-syarikat kecil yang kita jual barangan-barangan di atas platform ini mengalami kerugian atau langsung tidak dapat compete.

Jadi, saya harap bahawa kita boleh membawa cukai duti de minimis ini.

Kerana di Amerika Syarikat itu Donald Trump pun dia telah mengenakan 50 peratus kepada cukai de minimis ini. Jadi, kenapa kita merendahkan segala trade barrier, menyebabkan lambakan atau barangan flood the whole market and kill off our businesses, our small local businesses here?

Dan saya juga akhir sekali saya minta pandangan dan komen Menteri.

Adakah RUU ni terpakai pun kepada semua sektor ya? Kerana di Malaysia ini kita ada pelbagai sektor sekarang. Contohnya, sektor besar pun mengalami cabaran.

Contohnya di Bayan Baru. Syarikat-syarikat besar automation company. Sebenarnya syarikat daripada negara lain mereka masuk membina apa ini kilang-kilang

draft • 3:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

automation. Dan mereka ini sebenarnya walaupun dikatakan FDI, tetapi mereka ni mempunyai what do you call cost of production yang sangat rendah dan dia compete.

Mereka akan memberi cabaran yang sengit terhadap syarikat-syarikat tempatan terutamanya di industri di kawasan Parlimen Bayan Baru.

Jadi, ini menyebabkan kita ini kerana we are very open trading nation, kita mengalu-alukan kesemua masuk, tetapi kesemua itu tidak semestinya baik untuk negara. Dan akhirnya Malaysia menghadapi persaingan yang sengit dan kita akan lingkup kerana kita tidak dapat bersaing dengan mereka. Kerana mereka mempunyai market, mereka mempunyai industrial capacity, mereka mempunyai cost of production yang sangat rendah. Dan akhirnya kita kerana market kita kecil, syarikat kita lebih kecil, cash flow kita terhad, maka kita tidak dapat bersaing dengan mereka.

Jadi, inilah isu-isu besar yang perlu perhatian kerajaan. Kita tidak dapat terlalu baik hatilah. Kita jangan terlalu baik hati dan akhirnya yang susah adalah syarikat Malaysia dan juga rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bayan Baru. Tumpang sikit.

draft • 3:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Silakan Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, adakah ini melibatkan juga barang-barang elektronik yang di produk di Pulau Pinang itu? Baik...

draft • 3:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih masukkan ucapan Tuan Yang di-Pertua ke dalam ucapan Bayan Baru. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, berikutnya saya persilakan Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 3:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang pertama, berkenaan dengan pindaan ini sangat signifikan kerana ia memastikan Malaysia kekal konsisten dengan piawaian WTO. Khususnya WTO Anti- Dumping Agreement (ADA) dan WTO Agreement on Subsidies and Countervailing Measure (ASCM). Ia menutup ruang kelemahan dengan memasukkan peruntukan baharu mengenai anti-pemintasan, agar tidak ada pihak luar yang boleh memanipulasi pasaran kita melalui saluran import yang tidak adil.

draft • 3:09 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

RUU ini memberikan mesej yang jelas bahawa Malaysia serius dalam melindungi industri tempatan. Negara-negara lain sudah lama melaksanakannya.

Brazil, contohnya menggunakan undang-undang anti-dumping yang ketat untuk melindungi industri keluli mereka daripada persaingan yang tidak adil daripada China. Indonesia pula melaksanakan langkah serupa bagi melindungi industri tekstil dan produk pertanian mereka. Malaysia tidak boleh ketinggalan. Kita mesti ada perisai yang sama agar industri kita tidak dimatikan sebelum berkembang.

Ketiga, izinkan saya menyentuh isu pelaburan strategik di kawasan saya iaitu Padang Terap, iaitu projek Kedah Rubber City di Padang Terap. Pelabur besar dalam sektor getah dan tayar telah masuk ke KRC, Kedah Rubber City dengan pelaburan bernilai bilion ringgit. Mereka memerlukan jaminan bahawa produk tempatan tidak akan ditenggelami oleh lambakan produk luar yang disubsidi secara agresif. Dengan adanya pindaan ini, kita sebenarnya sedang memberi isyarat kukuh kepada pelabur bahawa Malaysia ialah destinasi pelaburan yang selamat, stabil dan berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini memperkenalkan aspek proaktif dalam penguatkuasaan duti. Antaranya ialah kuasa untuk kerajaan menerima dengan izin, price undertaking daripada pengeksport asing iaitu aku janji harga untuk menghentikan eksport pada harga dumping yang merosakkan pasaran Malaysia.

Langkah ini memberikan kerajaan fleksibiliti, menyelesaikan isu perdagangan secara pantas tanpa perlu melalui proses siasatan yang panjang.

Namun, perlu diingat bahawa beban pembuktian tetap terletak pada industri tempatan. Siasatan anti-lambakan hanya bermula apabila terdapat petisyen rasmi daripada industri yang disokong bukti yang mencukupi. Ini merupakan cabaran besar bagi industri kecil dan sederhana (IKS) yang tidak mempunyai kapasiti pengumpulan data dan dokumen setara dengan syarikat yang besar. Di sinilah kerajaan perlu menyediakan mekanisme sokongan khusus untuk membantu IKS sama ada melalui panduan mudah diakses ataupun bantuan teknikal supaya mereka dapat menikmati perlindungan yang sewajarnya.

Pindaan ini juga memperkukuh kredibiliti kerangka perdagangan negara dengan menegaskan larangan terhadap taktik pemintasan seperti transshipment melalui negara ketiga atau pengubahsuaian kecil pada produk-produk untuk mengelak duti. Ini penting untuk meningkatkan integriti sistem perdagangan Malaysia dan memberikan keyakinan kepada pelabur asing bahawa pasaran kita terkawal dan berlandaskan undang-undang yang kukuh. Oleh itu, apakah kriteria khusus yang

draft • 3:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

akan digunakan untuk menentukan amalan transshipment ataupun pengubahsuaian produk kecil-kecilan adalah bertujuan untuk mengelak duti dan bukan tujuan pasaran yang sah?

Definisi pemintasan dalam RUU ini adalah luas iaitu suatu tindakan pengeksport atau pengeluar dagangan subjek untuk mengelak atau menjejaskan duti timbal balas atau anti-lambakan yang dikenakan oleh kerajaan. Justeru, garis panduan yang lebih jelas amat diperlukan agar penguatkuasaan dapat dijalankan dengan adil tanpa menjejaskan perdagangan yang sah yang memberi manfaat kepada ekonomi negara.

Yang terakhir, pindaan seksyen 12. Seksyen 12 hanya menetapkan jangka masa penguatkuasaan duti timbal balas tanpa had yang jelas pindaan sebelum ini.

Pindaan terbaru ini menambah subseksyen (2) yang memberikan tempoh maksimum duti tersebut boleh dikenakan iaitu had masa lima tahun. Apa-apa duti timbal balas yang dikenakan tidak boleh kekal daripada lebih daripada lima tahun daripada tarikh- tarikh ia mula dikenakan.

Jika duti itu disemak semula melalui mekanisme kajian semula tamat tempoh, maka duti tersebut boleh diteruskan sehingga lima tahun setelah tarikh kajian semula tarikh terakhir disiapkan. Dengan kata lain, kerajaan hanya boleh mengekalkan suatu duti timbal balas selama lima tahun satu kitaran kecuali ia disemak semula dan dilanjutkan.

Cadangan mengenai penambahbaikan seksyen 12 ini yang pertama ialah memperkenalkan mekanisme semakan interim (interim review) iaitu memasukkan peruntukan tambahan supaya setiap duti timbal balas yang dikenakan perlu melalui semakan interim sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun sebelum ianya tamat tempoh lima tahun. Yang kedua, cadangan penambahbaikan seksyen 12A ini ialah keperluan laporan awam dan notis ketelusan iaitu menambah subseksyen yang mewajibkan kerajaan mengeluarkan laporan ringkas awam setiap kali duti timbal balas dikenakan atau ditamatkan.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, kedudukan Malaysia di rantau ASEAN menuntut untuk kita bergerak pantas. Jika kita lambat, negara jiran akan menjadi lebih kompetitif dan pelabur mungkin memilih negara lain seperti Thailand, Vietnam, Indonesia sebagai destinasi pelaburan. Dengan RUU ini, kita bukan sahaja melindungi industri dalam negeri tetapi juga meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang diyakini. Dengan itu, saya

draft • 3:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

menyokong penuh pindaan RUU ini dengan beberapa cadangan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Padang Terap, ada poin lain? Ada tambah lagi? Tak ada? Cukup? Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Machang. Hari ini saya dalam mood nak bagi ruang masa tapi Yang Berhormat ikut panduan ya.

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi lebih ruang dan masa untuk kami berkongsi pandangan berhubung dengan rang undang- undang ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, kita agak janggallah nak membahaskan rang undang-undang ini dalam kita merujuk semula kepada badan perdagangan dunia ataupun World Trade Organization tatkala Presiden Donald J. Trump sebenarnya telah pun mengubah wajah dan undang-undang perdagangan dunia yang ada pada hari ini.

Walau bagaimanapun, saya mengambil maklum dan menyokong pendekatan dan usaha yang dibuat oleh kerajaan dari segi memperkenalkan, menambah baik semula rang undang-undang ini bagi melindungi kepentingan nasional kita dalam usaha memastikan Malaysia kekal kompetitif berdepan dengan ancaman perang dagang yang Trump lancarkan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan ini ialah perisai kita daripada perdagangan tidak adil ketika dunia bergolak dengan tarif baharu Amerika Syarikat. Realitinya, bila pasaran AS dan EU mengetatkan barangan berlebihan dari China, mereka mencari pintu-pintu lain. Dan sudah tentulah ASEAN kini menjadi sasaran utama lambakan barangan-barangan daripada China.

Banyak akhbar-akhbar dan kajian menunjukkan ASEAN sudah pun menjadi pasaran eksport terbesar China dengan eksport China ke ASEAN naik lebih kurang 12 peratus tetapi eksport ASEAN ke China hanya naik dua peratus. Jadi, jurang ini menekan kilang-kilang tempatan khususnya bukan saja di Malaysia tapi di Thailand dan juga di Indonesia.

Gambaran lebih besar. Kita tahu China ada yang disebut sebagai istilahnya factory zombies. Baru-baru ini saya tengok dalam berita, Presiden Xi Jinping menegur beberapa provinsi mereka yang bersaing dalam sektor-sektor yang sama

draft • 3:15 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

dengan provinsi-provinsi lain. Kalau kita pergi ke Beijing atau Shanghai, kita lihat begitu banyak jenama syarikat-syarikat kereta yang memperkenalkan kereta elektrik.

Jadi, bila ada over capacity dari segi ini, dulu China ini dia ada grand design, grand strategy yang kita kenali sebagai one belt, one road atau yi dai yi lu ya yang mana dengan adanya lambakan penghasilan besi dan sebagainya mereka jadikan lebihan ini untuk dibawa ke negara-negara yang memerlukan, khususnya negara-negara di Afrika, di Asia dan Asia Tenggara antaranya ECRL, Melaka Port, Melaka Gateway dan sebagainya.

Jadi, itu strategi China untuk mengurangkan atau menyelesaikan masalah over capacity. Tapi BRI (Belt and Road Initiative) ini tidak mampu menyelesaikan kesemua masalah lambakan penghasilan produk-produk industri China. Maka, mereka berdepan dengan satu lagi musibah. It’s a double whammy, dengan izin, bila mana Trump mengenakan tarif yang begitu besar dan kini produk-produk China juga sedang dilambakkan ke negara kita dan negara ASEAN yang lain. Maka dengan itu, perlu ada satu rang undang-undang yang saya sokong apa yang MITI bawa untuk kita perketatkan dan melindungi sektor-sektor kritikal kita.

Saya bagi contoh apa yang sedang berlaku di rantau kita. Di Indonesia, sektor atau industri tekstil berdepan dengan lambakan ini daripada produk China yang menekan dari segi harga dan membuatkan kilang-kilang mereka berdepan dengan penguncupan pesanan dan persaingan harga melampau. Mungkin sebab itulah, di Indonesia mereka regulate dengan izin, TikTok ya, TikTok market ini ataupun yang kita beli barang di TikTok ini memang menekan SME atau PMKS di Indonesia.

draft • 3:15 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang kedua, lambakan dari segi barangan-barangan elektrik dan elektronik dan solar. China, memanglah dia mampu, dia ada kapasiti yang cukup besar dan dia boleh main dari segi pricing untuk itu. Jadi, kita pun berdepan dengan hal yang sama di sini.

Tapi, selain daripada China, Tuan Yang di-Pertua, saya nak bangkitkan juga kepada Dewan yang mulia ini, ancaman dumping daripada Amerika Syarikat. Dalam rundingan baru-baru ini antara Malaysia dan Amerika, kita membuka ruang untuk Amerika mengeksport barangan-barangan tenusu dan daging mereka ke Malaysia.

Dan, Menteri MITI beri jaminan tiada kompromi dari segi standard halal, walaupun mereka tak naklah JAKIM yang ini, firm yang JAKIM lantik dipersetujui untuk menjadi orang yang menyemak standard halal di Amerika.

draft • 3:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tapi, Tuan Yang di-Pertua, saya nak ingatkan Dewan yang mulia pada hari ini, halal ini bukan satu komponen sahaja. Halal dalam Quran bercakap tentang halal dan toyyiban. Ha, ini selalu kita lupa. The missing dimension dalam perbincangan halal ini, iaitu dimensi toyyib, iaitu baik ataupun dalam bahasa Inggeris, wholesome. Jadi, bila kita nak bawa masuk produk-produk daripada Amerika, yang dia paksa kita beli, akibat rundingan tarif ini, jangan kita lupa produk-produk Amerika ini juga antara produk-produk yang berisiko untuk kita makan walaupun halal. Saya bagi contoh.

Di Eropah, mereka tak bagi masuk produk tenusu, daging-daging daripada Amerika kerana dikhuatiri mengandungi pelbagai masalah yang bersifat barangan dalaman yang klorin dan juga mungkin penambah masukkan agen-agen yang menjadikan pemakanan lembu-lembu tersebut ataupun ayam-ayam dia, hormon- hormon yang boleh merosakkan kesihatan manusia.

Malah, kita tahu Amerika Syarikat juga terkenal dengan produk-produk GMO, genetically modified organism, yang mana produk-produk mereka ini mendapat banyak sekali uji kaji ataupun kajian sains yang bagi saya kadang-kadang bukan organik, malah memberi risiko kepada kesihatan kita.

Jadi, MITI perlukan rang undang-undang ini untuk menyemak sebarang aktiviti dumping, dengan izin, yang dibuat oleh bukan sahaja China tapi juga Amerika dalam hal yang melibatkan perang tarif.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, kita bimbang kalau mana kita begitu mudah membuka laluan hanya kerana kita tidak mahu ataupun tak nak bergaduhlah dengan Washington, dengan Trump, kita juga memberi risiko yang besar kepada rakyat Malaysia. Kalau Eropah pun, sekutu mereka pun sanggup lawan, kita pun kena berani lawan.

Saya harap Menteri MITI boleh bagi jaminan. Ini satu lagi garis merah yang kita harap MITI juga boleh pantau, bukan sahaja halal, tapi juga aspek toyyib must be wholesome and safe for human consumption. Jadi, saya minta rang undang- undang ini menjadi, boleh kata pendinding ataupun pengawal kepada maslahah ataupun maqasid yang melibatkan rakyat Malaysia dalam soal urus niaga muamalah yang kita beli daripada mana-mana negara yang menjual atau mengeksport produk mereka.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai pembangkang, saya menyokong.

Cuma, saya beri peringatan tadi, jangan leka. Kalau ada apa-apa tanda-tanda yang China melambakkan barangan mereka, tak kisahlah barang apa sekalipun,

draft • 3:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

hendaklah kerajaan tangkas dan pantas menanganinya sebelum PMKS kita terkesan teruk. Dan saya harapkan tadi, isu paling utama tadi tentang halal dan toyyib, janganlah bagi ruang yang mudah untuk produk-produk Amerika yang kita khuatiri tidak memenuhi standard halal dan toyyib itu dilambakkan dalam pasa raya kita.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong dan saya harap apa yang saya bangkitkan tadi boleh diambil maklum oleh kerajaan dan jagalah maslahah rakyat kita dalam berdepan dengan perang tarif ini. It will not end soon. In fact, it is a new world order. Thank you. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Ada penambahan pada pembahas. Pembahas yang ke-11, Yang Berhormat Puncak Borneo ya. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan mengenai RUU Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 2025 di Dewan yang mulia ini.

Saya akui bahawa tujuan RUU ini adalah baik, khususnya pada masa ini yang untuk melindungi industri tempatan dari persaingan yang tidak adil. Malaysia sememangnya tidak boleh menjadi tempat lambakan produk murah dari luar negara.

Justeru, saya ingin mengangkat beberapa perkara yang saya percaya memerlukan perhatian yang lebih mendalam dalam pelaksanaan RUU ini untuk memastikan lindungan bagi pasaran negara kita melalui RUU ini dijaminkan dengan ketelusan dan inclusivity dalam proses keadilan kepada semua pihak termasuk PMKS kita serta persaingan yang adil bagi produk lokal.

Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya adalah tentang kuasa Menteri dan ketelusan dalam proses. RUU ini secara jelas memberi kuasa penuh kepada Menteri untuk menyiasat, memutuskan dan melaksanakan. Hal ini bermakna segala keputusan yang dibuat bergantung sepenuhnya kepada seseorang individu tanpa sebarang badan bebas yang boleh memberikan pandangan atau menyemak dan mengimbang keputusan yang dibuat oleh Menteri tersebut.

Walaupun di Malaysia wujudnya Bahagian Kerjasama dan Amalan Perdagangan di bawah Kementerian MITI, ia masih berada di bawah kuasa Menteri atau kerajaan sepenuhnya. Sebagai contoh, di negara Eropah dan Kanada, keputusan siasatan perdagangan tidak dibuat oleh Menteri seorang saja, malah

draft • 3:25 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

dibuat oleh tribunal bebas seperti European Commission dan Canadian International Trade Tribunal (CITT) yang merupakan badan-badan khusus yang dianggotai oleh pakar ekonomi, undang-undang dan industri. Mekanisme sebegini diwujudkan untuk memastikan bahawa keputusan yang dibuat adalah berpandukan bukti dan data dan tiada pengaruh politik di dalamnya.

Maka dengan ini, saya ingin bertanya, bagaimanakah kerajaan mahu menjamin bahawa siasatan ini bebas daripada kepentingan politik? Dan adakah laporan penuh akan didedahkan kepada umum?

Sehubungan itu, saya juga ingin mencadangkan agar sebuah jawatankuasa bebas ataupun tribunal diwujudkan untuk menilai siasatan dan sebelum segala keputusan dibuat. Pendekatan inklusif ini akan menjamin bahawa proses semak dan seimbang benar-benar mencerminkan kepentingan semua pihak, termasuk melindungi kepentingan negara kita, bukan hanya bertumpu kepada kuasa discretionary saja. Dengan ini, keputusan yang diambil juga akan lebih berlandaskan fakta, kepakaran dan ketelusan.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan persaingan yang tidak adil, saya ingin menyentuh tentang lambakan produk murah melalui saluran digital kelmarin. Kini, kita berdepan dengan cabaran baharu apabila produk import semakin mudah membanjiri pasaran Malaysia melalui saluran digital.

MDEC telah melaporkan bahawa nilai pasaran e-dagang Malaysia telah mencecah lebih RM1 trilion pada tahun 2021 dengan sebahagian besar transaksinya melibatkan barangan import. Kajian daripada UM pula telah menunjukkan bahawa lebih 70 peratus produk di platform e-dagang utama datang dari luar negara.

Daripada 200 produk di saluran digital, hampir-hampir, Dato’ Yang di-Pertua, 180 produk tersebut datang dari secara langsung dari negara lain. Sebagai contoh, di platform atau aplikasi seperti Shopee, Lazada, kita search saja, kita nampak banyak produk, tapi daripada 200 item tersebut, mungkin 180 adalah secara langsung dari luar negara.

Fenomena ini bukan saja menekan harga pasaran, malah mengancam kelangsungan PMKS tempatan yang tidak mampu bersaing buat masa ini. Lebih membimbangkan, Akta Anti-Lambakan yang sedia ada tidak meliputi transaksi digital rentas sempadan. Pada masa yang sama, pelabur asing juga boleh membuka kedai runcit fizikal di Malaysia dengan begitu mudah. Apa nak jadi dengan produk lokal di pasaran negara kita? Jika tiada intervensi dasar, banyak PMKS tempatan kita berisiko lingkup ataupun gulung tikar saja.

draft • 3:25 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Atas sebab itu, saya juga tertarik dengan hujah Machang tadi yang sebut bab PMKS dan juga tentang trade war. Kita sedar bahawa dalam unprecedented times, dalam masa sebegini, kita perlukan cadangan ataupun tindakan yang sewajarnya.

Jadi, saya ingin mencadangkan agar dalam kes ini, Dato’ Yang di-Pertua, Digital Free Trade Zone ataupun DFTZ yang dilancarkan pada tahun 2017 itu disemak semula agar tidak menjadi pintu terbuka kepada lambakan produk asing.

Dan untuk pelaburan asing dalam sektor runcitan, Dato’ Yang di-Pertua, diwajibkan meletakkan deposit. Saya bagi contoh, RM300,000 sebagai ― untuk setiap outlet.

Jadi, bagi pelabur asing yang ingin berniaga, ingin bersaing di peringkat runcitan, mereka perlu bayar deposit.

draft • 3:25 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Bila mereka tutup, deposit boleh dikembalikan namun kalau mereka teruskan operasi, itu juga menunjukkan satu komitmen mereka terhadap masa depan dan pembangunan ekonomi kita.

Dan ketiga, seperti yang saya selalu sebut, Dato' Yang di-Pertua, adalah untuk memperkasakan PMKS. Tadi Machang sebut adalah kita perlu melindungi tempatan, industri tempatan dan semua tapi lebih penting adalah kita juga perlu memperkasakan PMKS kita dan saya lihat, dasar PMKS sekarang agak terlalu berfragmentasi, terlalu berpisah-pisah bagi memastikan penyelarasan yang lebih berfokus dan berkesan adalah amat penting.

Sebahagiannya program PMKS dikendalikan oleh MITI, sebahagiannya oleh KUSKOP, sebahagiannya oleh Bank Negara, sebahagiannya oleh KPDN. Jadi saya nampak tidak ada satu dasar yang jelas, yang sehaluan dan yang nyata untuk bantu memperkasakan PMKS kita, dan itu penting. Dan akhirnya, saya juga ingin sebut tentang GLC. GLC tidak perlulah bersaing dengan PMKS. Biarlah GLC membuat pelaburan ataupun libatkan diri dalam sektor yang strategik. Kita harus memberanikan GLC kita untuk bersaing di arena antarabangsa, memecahkan monopoli, di samping itu, memberikan peluang kepada PMKS kita, PMKS bumiputera dan bukan bumiputera supaya dapat memperkembangkan nilai tambah mereka, produk mereka dan perkhidmatan mereka.

Jadi, saya berpendapat bahawa kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme sokongan dari segi bantuan teknikal, bantuan eksport, dana penyelidikan, penglibatan inklusif agar perniagaan-perniagaan ini juga dapat akses dan peluang pelindungan yang saksama. Akhir kata, saya yakin bahawa dengan pelaksanaan

draft • 3:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

RUU ini secara telus, inklusif dan seimbang, industri tempatan akan lebih terlindung daripada lambakan yang tidak adil.

PMKS akan lebih berdaya saing dan pengguna juga tidak akan terbeban.

Kuasa Menteri yang dikawal melalui semak seimbang akan menjadi lebih diperkasakan dan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa dan sokongan khusus kepada PMKS adalah amat penting dan bersepadu supaya memastikan pasaran negara kita adil, mampan dan memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 3:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan RUU Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025 [Akta 504].

Untuk itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada pindaan yang dibentangkan berhubung fasal 4, pindaan seksyen 12(1), khususnya peruntukan yang membolehkan kerajaan menggantung sesuatu siasatan sekiranya pengeksport atau kerajaan asing memberi aku janji untuk menghapuskan subsidi atau mengubah harga eksport mereka.

Dato' Yang di-Pertua, kita memahami bahawa peruntukan ini memberi ruang fleksibiliti kepada kerajaan untuk menyelesaikan lambakan dan subsidi secara diplomatik tanpa perlu menunggu siasatan penuh yang memakan masa sehingga 18 bulan. Ia juga boleh mengelakkan pertikaian perdagangan antarabangsa dan melindungi pengguna daripada kenaikan harga yang mendadak sekiranya duti dikenakan. Namun, saya ingin menegaskan bahawa pindaan ini juga membawa implikasi besar kepada ketulusan integriti siasatan dan keyakinan industri tempatan terhadap mekanisme perlindungan perdagangan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, beberapa persoalan yang saya ingin bangkitkan.

Yang pertamanya, hal berkaitan ketulusan. Apakah jaminan bahawa aku janji ini akan dipantau dengan rapi? Adakah pelaporan pematuhan akan didedahkan kepada umum atau hanya kekal sebagai dokumen sulit MITI?

draft • 3:32 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Hal yang kedua, risiko penyelewengan. Apakah langkah yang diambil untuk memastikan keputusan menerima aku janji ini tidak dipengaruhi oleh lobi industri besar atau tekanan diplomatik daripada negara pengeksport?

Hal yang ketiga, keseimbangan kepentingan awam. Adakah kepentingan pengguna harga lebih rendah diutamakan sehingga industri tempatan terpaksa berdepan dengan persaingan tidak adil? Bagaimana kerajaan menilai public interest test sebelum menerima aku janji tersebut?

Yang berikutnya ialah mekanisme penguatkuasaan. Jika pengeksport gagal menunai janji, adakah siasatan disambung semula serta-merta atau kita perlu bermula semula dari awal? Dato’ Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar, yang pertamanya, aku janji hanya diterima bersyarat dengan mekanisme pemantauan ketat dan pelaporan pematuhan wajib yang diumumkan kepada Parlimen setiap enam bulan.

Yang kedua, hak industri tempatan didengar dahulu sebelum kerajaan memutuskan untuk menggantung siasatan dan yang ketiga, kerajaan menyediakan prosedur segera, fast track untuk menyambung siasatan sekiranya berlaku pelanggaran aku janji. Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan adalah pada fasal 7 yang memasukkan seksyen baharu 13C. Seksyen 13 sedia ada memperuntukkan kajian semula tamat tempoh hanya jika ada permohonan daripada industri. Namun cadangan baharu ini menjadikan ia wajib dijalankan setiap kali duti hampir tamat.

Dari satu sudut, langkah ini memberi jaminan kepastian kepada industri tempatan bahawa perlindungan perdagangan tidak akan luput begitu sahaja tanpa penilaian menyeluruh. Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah konotasi pemakaian perkataan “dikehendaki” di sini membawa maksud compulsory atau membawa pengertian lain kerana ia boleh ditafsirkan sebagai wajib atau terdapat ambang nilai tertentu untuk maksud dikehendaki itu.

Sekiranya ia membawa maksud wajib, maka ia juga akan berkait dengan hal ketelusan dan accountability kerana kerajaan wajib mengemukakan keterangan sokongan rasmi iaitu termasuk data kerosakan industri, margin lambakan, subsidi berterusan dan unjuran pasaran. Ini selaras dengan prinsip tadbir urus baik dan akan meningkatkan keyakinan industri terhadap mekanisme perlindungan negara.

Namun, saya ingin memberi amaran bahawa pelaksanaan secara compulsory juga menimbulkan cabaran besar.

draft • 3:32 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Iaitu, yang pertamanya, kapasiti pentadbiran. MITI dan pihak berkuasa penyiasat perlu mengendalikan setiap kajian semula secara berkala. Proses ini rumit, memakan masa antara 12 hingga 18 bulan, melibatkan soal selidik kepada pengeksport asing, pengimport, kerajaan luar, serta pendengaran awam. Adakah kita mempunyai kapasiti sumber manusia dan kewangan untuk melaksanakan semua ini secara serentak?

Hal yang kedua, kos tinggi. Kajian sebegini bukan sahaja memakan kos pentadbiran, malah kos industri yang terpaksa membekalkan data jika dibuat secara automatik tanpa justifikasi kukuh, ia boleh jadi bebanan yang tidak perlu.

Yang ketiga, risiko perlindungan berlebihan. Jika semua duti dilanjutkan secara automatik kerana kajian semula wajib, ia boleh menyebabkan harga barang asas seperti simen dan keluli meningkat, sekali gus membebankan sektor pembinaan, perumahan dan pengguna akhir.

Yang keempat, kepatuhan WTO. Malaysia mesti berhati-hati agar langkah ini tidak dilihat sebagai dasar protectionist yang berlebihan kerana WTO hanya membenarkan lanjutan jika ada bukti kukuh risiko lambakan berulang.

Dalam hal ini, saya ingin membangkitkan persoalan.

Yang pertamanya, hal yang berkaitan keseimbangan kepentingan awam.

Bagaimana kerajaan menimbang perkara keperluan melindungi industri tempatan dengan kepentingan pengguna, khususnya apabila duti yang dilanjutkan boleh menaikkan kos projek infrastruktur, harga rumah dan barangan asas.

Yang kedua, mekanisme pemantauan. Adakah kerajaan bersedia mewajibkan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai semua kajian semula tamat tempoh berserta data sokongan dan justifikasi sambungan duti?

Yang ketiga, strategi jangka panjang. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan industri tempatan tidak terlalu bergantung kepada perlindungan berpanjangan, sebaliknya memperkukuhkan daya saing melalui inovasi, produktiviti dan standard quality. Demikianlah perbahasan saya, sekian terima kasih.

draft • 3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

draft • 3:32 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri hari ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)

draft • 3:39 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

2025 dengan menumpukan perhatian kepada beberapa kebimbangan dan penambahbaikan yang saya harap mendapat maklum balas jelas daripada pihak kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri.

Pertama, saya ingin bertanya, dalam fasal 11, adakah jaminan kerajaan bahawa penguatkuasaan duit antilambakan ini tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang dilihat terlalu protectionist dan mengganggu komitmen kita terhadap perjanjian perdagangan bebas antarabangsa seperti CPTPP iaitu perjanjian perdagangan bebas antara 11 negara merentasi Asia Pasifik bertujuan memudahkan perdagangan, pelaburan dan integrasi ekonomi antara ahli.

draft • 3:39 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Begitu juga dia akan menjelaskan perjanjian perdagangan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Iaitu perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia melibatkan 15 negara Asia Pasifik termasuk China dan ASEAN. Ia bertujuan mewujudkan rangkaian ekonomi serantau yang lebih kukuh dan menyelaras peraturan perdagangan antara ahli.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa antara tahun 2016 hingga Jun 2024, negara telah mengutip kira-kira RM500 juta hasil daripada duti anti-lambakan. Ini membuktikan keberkesanan mekanisme ini, namun ia juga membuka persoalan tentang bagaimana dasar ini boleh dilihat oleh rakan dagang kita.

Adakah kita sedang menggunakan langkah-langkah remedi perdagangan ini secara bersasar atau secara luas tanpa panduan yang ketat. Yang kita tahu tujuan langkah remedi adalah untuk melindungi industri tempatan daripada kerugian besar atau penutupan. Memastikan persaingan sihat antara pengeluar tempatan dan asing, mengelakkan penguasaan pasaran secara tidak adil oleh pengeluar luar negara.

Kedua, saya ingin menyentuh soal ketelusan proses siasatan dalam fasa yang keempat. Tuan Yang di-Pertua, sistem terima yang dilaksanakan oleh MITI wajar diperkukuh dan dimanfaatkan sepenuhnya. Saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah sistem ini cukup mesra pengguna kepada pengeluar tempatan berskala kecil? Dan adakah ada jaminan bahawa semua pihak luar yang terlibat dalam siasatan juga diberi hak untuk menjawab melalui platform ini secara adil dan telus.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan sejauh mana proses siasatan lambakan melalui sistem TRIMA dijalankan secara telus dan terbuka kepada berkepentingan termasuk pengguna dan peniaga kecil tempatan. Kita tidak mahu satu situasi di mana siasatan hanya memberi kelebihan kepada pemain industri

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

besar. Tetapi peniaga kecil dan pengguna tidak faham kenapa harga barang naik khususnya besi, keluli, plastik dan bahan binaan. Rakyat wajar tahu apa yang berlaku dan kenapa sesuatu produk dikenakan duti yang tinggi.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan soal tempoh dan fleksibiliti pelaksanaan duti yang berkait fasal lima meminda seksyen 12A. Adakah terdapat had masa yang jelas dalam pelaksanaan duti ini agar ia tidak dikenakan terlalu lama hingga menyekat aliran import strategik untuk sektor pembinaan dan perkilangan negara.

Sebagai contoh, kita lihat produk gulungan rata besi, keluli, bukan aloi, disalut timah dari China, India, Jepun dan Korea, dikenakan duti sehingga 36.80 peratus selama lima tahun, dari 2025 hingga 2030. Ini satu tempoh yang agak panjang. Kita bimbang jika ia tidak disemak secara berkala, pengguna akhir seperti kontraktor kecil dan sektor perumahan mampu milik akan menerima kesan negatif yang akhirnya sektor perumahan akan mengalami kos yang tinggi. Secara langsung harga rumah terus meningkat.

Keempat, saya ingin bertanya kepada YB Menteri berkait dengan fasal yang kelapan. Adakah bentuk komunikasi awam yang disediakan oleh MITI kepada pengguna akhir agar mereka faham rasional sesuatu duti dikenakan dan apakah kesan jangka pendek dan panjang kepada harga barangan. Tanpa penjelasan yang telus, masyarakat akan anggap kerajaan menaikkan kos hidup melalui dasar perlindungan yang terlalu berat sebelah. Ini boleh mencetuskan kekeliruan atau bahkan bantahan yang tidak perlu.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 13 memasukkan seksyen baharu 28C dan 28D.

Adakah MITI telah menetapkan satu sistem pemantauan pasca pelaksanaan duti bagi menilai sama ada duti yang dikenakan benar-benar membantu industri tempatan berkembang atau sekadar menjadi penghalang kepada persaingan sihat dan inovasi. Jika tiada ukuran prestasi selepas sesuatu duti dikenakan, kita bimbang industri akan selesa dilindungi dan tidak lagi berdaya saing di peringkat global.

Fasal 14 rang undang-undang ini yang mencadangkan penambahbaikan subseksyen baharu (2A) dalam seksyen 30 Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan 1993 [Akta 504]. Peruntukan ini memberikan kuasa kepada Menteri untuk melantik dan memberikan kuasa kepada mana-mana pegawai awam bagi menjalankan penyiasatan atau mengambil tindakan di bawah akta ini.

Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan penting bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Apakah rasional utama penambahan subseksyen (2A) ini? Adakah

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

terdapat kekangan kuasa atau isu pentadbiran dalam pelaksanaan siasatan di bawah akta ini sebelum ini yang mendorong kepada keperluan untuk melantik pegawai awam dari luar kementerian.

Yang kedua, bagaimana proses pelantikan dan pemberian kuasa ini akan dijalankan? Adakah Menteri akan menggunakan budi bicara mutlak atau akan satu ada garis panduan dan kriteria yang telus bagi memastikan hanya pegawai yang berkelayakan dan bebas akan dilantik?

Yang ketiga, apakah bentuk kuasa yang akan diberikan kepada pegawai yang dilantik ini? Adakah termasuk kuasa siasatan, kuasa mengakses maklumat sulit atau bahkan kuasa penguatkuasaan seperti penyitaan barangan dan pemantauan kilang?

Keempat, bagaimanakah kerajaan akan memastikan tidak berlaku salah guna kuasa atau pertindihan bidang kuasa. Adakah pegawai ini akan tertakluk kepada sebarang mekanisme audit atau pemantauan bebas seperti laporan tahunan kepada Parlimen atau semakan kehakiman.

Yang kelima, apakah impak langsung subseksyen ini terhadap keberkesanan penguatkuasaan anti-lambakan dan perlindungan terhadap industri tempatan?

Adakah akan mempercepatkan tindakan terhadap kes lambakan yang merugikan pengeluar tempatan atau hanya mewujudkan satu lagi lapisan birokrasi?

Contohnya PKS Temerloh, adakah akan mendapat sokongan polisi kerajaan ini dan mengharapkan pasaran tempatan tidak dibanjiri produk import yang merugikan seperti produk agro dan perusahaan kecil berasaskan pertanian dan kraf tangan.

Beberapa soalan sebelum mengakhiri perbahasan tentang kesan duti timbang balas. Yang pertama, adakah harga barang import akan meningkat? Kerana cukai tambahan akan menyebabkan harga barang lebih mahal. Yang kedua, adakah berlaku risiko tindak balas negara lain dan boleh menjejaskan eksport Malaysia?

Adakah boleh menimbulkan inflasi kerana produk keperluan dikenakan duti?

Kita menyokong usaha kerajaan memperkukuh akta ini demi melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil. Namun, dalam memberikan kuasa luas kepada Menteri, kita juga perlu memastikan adanya semak dan imbang yang sewajarnya agar kuasa tersebut tidak disalah guna dan kekal dalam semangat tata kelola yang baik. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian dan berharap agar fasal ini diteliti secara mendalam demi menjamin keberkesanan serta ketelusan pelaksanaannya.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kesimpulannya, akhirnya saya menyokong semangat RUU ini untuk melindungi industri tempatan. Namun, perlindungan tanpa ketelusan dan semakan berkala boleh membawa kepada ketidakseimbangan pasaran dan beban kos kepada rakyat. Saya mohon YB Menteri memberikan jawapan dalam persoalan-persoalan yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.

draft • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Pertama, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana membenarkan Tebrau untuk terus terlibat dalam pembahasan Rang Undang- undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025.

Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk meminda dan memperkukuhkan akta ini sebab pindaan ini adalah sangat relevan dalam Malaysia untuk menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Namun ketika kita tengah memperketatkan kemasukan import lambakan yang menjejaskan industri tempatan, saya hanya ingin mula dengan menarik perhatian kementerian kepada satu cabaran lain iaitu tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan duti anti- pemintasan atau dalam bahasa Inggeris, countervailing ke atas produk Malaysia termasuk besi, perabot dan semikonduktor.

Pada Oktober 2024, Jabatan Perdagangan Amerika telah memutuskan bahawa produk keluli Malaysia termasuk dengan izin cold-rolled steel coils dan coated steel yang berasal dari China dan diproses ringan di Malaysia akan dikenakan duties countervailing sehingga 19 peratus.

draft • 3:48 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Namun menurut laporan daripada New Straits Times bulan ini juga kadar sebenar mungkin akan naik setinggi 50 hingga 60 peratus. Manakala laporan Bloomberg pula menunjukkan nilai eksport besi dan keluli kita Malaysia ke Amerika dijangka akan merosot 37 peratus pada — untuk hujung tahun 2024. Ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada pemain industri tempatan di Malaysia.

Maka saya harap Menteri boleh memberi sedikit penjelasan dalam perkara countervailing ini.

Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan besar-besaran atau lambakan produk murah daripada negara lain tentunya seperti China ke

draft • 3:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Malaysia telah memberi satu kesan yang sangat serius terhadap PMKS tempatan.

Dalam era globalisasi dan perdagangan bebas, ekonomi Malaysia semakin terikat dengan rantaian bekalan antarabangsa.

Namun, keterbukaan ini turut membawa cabaran besar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya beri contoh. Lambakan tayar, alat ganti automotif (spare part) dan produk perkakasan murah daripada China telah membanjiri pasaran Malaysia dan telah memberi tekanan yang cukup hebat kepada pemain industri tempatan.

Harga tayar dari China begitu kompetitif sehingga ramai pengeluar tempatan di Malaysia mengalami penurunan keuntungan dan kehilangan banyak pasaran. Kos pengeluaran tempatan jauh lebih tinggi berbanding China, terutamanya dari segi bahan mentah dan buruh. Ini mewujudkan satu persaingan yang tidak seimbang dan pengeluar tempatan sukar menangani strategi lambakan China berasaskan murah tetapi berkualiti rendah.

Ini secara terusnya telah memaksa banyak pemain tempatan yang terpaksa tutup kedai. Begitu juga dengan komponen automotif (spare part) seperti brek dan penyerap hentak turut ditekan oleh produk murah dari China. After sales, after market produk yang dahulunya dibekalkan oleh PMKS tempatan kini semakin dikuasai oleh produk import. Industri berkaitan mengalami penyusutan keuntungan, pembekuan pelaburan dan tentunya lagi penting bagi saya, Dato’ Speaker, ialah kelembapan inovasi sebab mereka rasa tidak ada poin lagi untuk mereka innovate kalaulah produk-produk China boleh masuk ke tempatan, lebih baik mereka pindah keluar daripada segmen ini saja.

Ini juga mengakibatkan bukan saja penutupan banyak kilang dalam produk ini, tetapi saya nak tegaskan satu benda lagi iaitu produk spare part after sales kereta yang datang China itu, dia tidak ada piawaian SIRIM. Maka, itu juga satu isu keselamatan yang patut diperhatikan oleh kerajaan. Selain daripada itu, isu dalam industri hardware, skru dan lain-lain hardware, produk China juga menguasai pasaran di Malaysia. Akibatnya, ramai pengilang kecil terpaksa mengurangkan pengeluaran atau menutup operasi.

Dato’ Yang di-Pertua, PMKS merupakan sumber pekerjaan terbesar di Malaysia. Ada lebih satu juta entiti perniagaan di Malaysia, hampir 96 peratus adalah PMKS dan mereka menyumbang 40 peratus kepada KDNK negara. Dan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam lima tahun ini, kerajaan berazam untuk naikkan daripada 40 peratus ke 50 peratus. Sekiranya PMKS ini dia runtuh ataupun

draft • 3:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

dia tidak boleh naik mengembang akibat gelombang lambakan ini, saya khuatir dan bimbang ratusan ribu kerja akan kehilangan mata pencarian dan kerajaan terpaksa menanggung kos sosial sedangkan kadar pengangguran yang meningkat.

Ya, mungkin pasaran sekarang kita ada barang yang lebih murah untuk pengguna. Saya akui itu satu benda yang baik dalam free market. Tapi, apa guna kalau pasaran ada benda yang murah tetapi orang Malaysia sendiri hilang pekerjaan, kilang tutup dan dia tidak membantu dalam pembinaan ekonomi? Maka, saya harap sangat kerajaan mengambil penting isu ini dan hari ini saya nampak dengan akta ini sekurang-kurangnya we are on the right move, dalam langkah yang betul.

Dato’ Yang di-Pertua, bukan saja Malaysia menghadapi isu ini, tetapi kita juga menghadapi banyak-banyak isu lagi daripada overcapacity China. Sebab China overcapacity, maka mereka akan dumping atau lambakkan produk mereka ke pasaran Malaysia. Maka, saya nak tanya kepada kementerian, apakah kos kepada industri tempatan bagi mereka membolehkan mereka merealisasikan manfaat daripada pindaan akta ini? Baru-baru ini juga Yang di-Pertua, kita juga mendapat dua berita yang agak sedih bagi saya.

Satu, Presiden Trump telah kata dia akan mengenakan tarif ke atas cip semikonduktor hampir sampai 100 peratus dan Malaysia kini merupakan pengeksport nombor enam di dunia dalam bidang ini, memegang 30 peratus pasaran dalam Outsourced Semiconductor Assembly and Test (OSAT) dan export amount kita ke Amerika mencecah RM18 bilion. Kalaulah tarif ini dikenakan, tentu dia akan memberi satu tekanan yang sangat hebat kepada pemain industri semikonduktor.

Dua hari lepas, kita pula di datang juga dengan pengumuman oleh Presiden Trump bahawa sekarang bukan saja semiconductor chip, dia juga akan buat tarif ke atas furniture, perabot di mana Johor merupakan salah satu pengeksport utama juga ke Amerika Syarikat. Maka, dalam dunia yang begitu banyak cabaran ini, saya haraplah kementerian boleh fikirkan macam mana kita, pertama, nak protect market kita dan masa yang sama macam mana kita nak bantu pengeksport kita ke negara lain untuk memastikan ekonomi Malaysia terus mengembang. Dalam hal itu, saya ada beberapa cadangan.

Sedikit sahaja, Dato’ Yang di- Speaker, saya harap ada satu penubuhan unit khas antara MITI, MOF dan Wisma Putra untuk memantau dan menangani tindakan negara luar terhadap eksport Malaysia. Kedua, boleh dari semasa ke semasa kita memperkenalkan lebih banyak peraturan untuk menguatkan lagi mekanisme pertahanan eksport termasuk bantuan undang-undang kepada syarikat tempatan.

draft • 3:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ketiga, mewujudkan sistem pengesahan asal usul digital bagi semua produk eksport strategik seperti keluli, perabot dan semikonduktor. Keempat, kita memperkukuhkan penyertaan Malaysia dalam World Trade Organization (WTO) dan blok perdagangan serantau untuk memastikan Malaysia tidak diketepikan dalam pembentukan peraturan perdagangan antarabangsa.

Akhir kata, hari ini PMKS kita ini berada dalam satu keadaan yang cukup mencabar dan perlukan banyak-banyak pertolongan daripada kerajaan. Maka, adalah tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat dan Kerajaan Malaysia untuk memastikan kita dapat dan kita mengadakan perundangan yang lengkap dan baik untuk menyokong dan melindungi mereka. Justeru, Tebrau menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini dan menyeru agar ianya diperkasakan lagi dengan pendekatan strategik dan menyeru roh demi kelangsungan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Selanjutnya saya silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 3:50 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 iaitu akta asal ialah undang-undang Malaysia yang digubal untuk melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan asing yang tidak adil seperti lambakan penjualan barang pada harga yang lebih rendah daripada kos pengeluaran dan praktik perdagangan timbal balas yang menjejaskan persaingan yang sihat. Akta asal 1993 telah dipinda hanya sekali saja iaitu pada tahun 1999 bagi membaiki supaya selaras dengan WTO ataupun World Trade Organization yang ditubuhkan pada 1 Januari 1995.

Akta ini merupakan alat penting dalam perdagangan antarabangsa Malaysia untuk memastikan persaingan yang adil dan menyokong pertumbuhan industri tempatan. Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025 yang dicadangkan oleh kerajaan, MITI khususnya adalah untuk memastikan akta tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perkembangan perdagangan global dan melindungi industri Malaysia daripada amalan perdagangan tidak adil yang sentiasa berubah.

draft • 3:58 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ia membolehkan Malaysia mengambil langkah-langkah pemulihan ataupun remedial measures terhadap praktik perdagangan yang tidak adil melalui rangka kerja undang-undang bagi menyiasat tuduhan-tuduhan yang memberi kemudaratan kepada industri tempatan disebabkan lambakan ataupun import barangan yang disubsidi ke dalam Malaysia. Pendeknya, ia bertujuan untuk mengelak penjualan barangan dari luar negeri melambak di Malaysia.

draft • 3:58 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Antara objektif pindaan ini, pertamanya ialah memberikan kejelasan interpretasi yang lebih baik dalam seksyen 2 untuk memastikan ia konsisten dengan WTO ADA dan ASCM ― ADA (Anti-Dumping Agreement) ― memasukkan provinsi- provinsi yang berkait dengan proses dan prosedur anti-pemintasan ataupun circumvention dan penyiasatan.

Apa yang saya faham, pindaan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu memberi penjelasan terhadap bahasa, takrif dan istilah supaya lebih jelas dalam seksyen 2, membaik pulih peraturan yang sedia ada dan prosedur penyiasatan ― seksyen 12, seksyen 27 ― dan memasukkan peruntukan baharu bagi anti- pemintasan, contohnya jika terbukti ada lambakan barangan berkenaan, akan dikenakan duti. Ia terdapat dalam seksyen 37, 37A dan 37B.

Secara keseluruhan, pindaan ini memberikan kejelasan seperti perubahan terhadap bahasa dan memastikan aliran dan kesepaduan yang logik ataupun ensuring flow and logical coherence supaya ia dapat menyampaikan makna yang dihasratkan dalam undang-undang iaitu, S2 – interpretasi; S9, S24 – langkah- langkah provisi, S12, S27 – mengambil langkah-langkah pergantungan dan penyiasatan, S13 dan S28 ataupun S itu ialah semakan pentadbiran, S17 – harga eksport dan S30 – perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran.

Pindaan-pindaan termasuk provisi-provisi yang berkaitan proses dan prosedur penyiasatan untuk memastikan ia konsisten dengan WTA, WTO ADA dan WTO ASCM, perkara-perkara ini diperincikan dalam seksyen-seksyen yang saya tak mahu sebutkan di sini kerana ia terlalu banyak. Ia akan mengambil masa yang panjang.

Pada pandangan Kubang Pasu, pindaan akta ini mesti dilaksanakan. Mesti dilaksanakan. Sebenarnya it is already high time, dengan izin. Sepatutnya dilaksanakan lebih awal lagi. Tapi, it’s better late than never, dengan izin. Ini kerana banyak dagangan barangan daripada syarikat negara luar yang merugikan negara dan menjejaskan syarikat-syarikat tempatan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Contoh, syarikat pembuatan keluli, umpamanya. Keluli tempatan menghadapi tekanan yang kian meningkat apabila besi yang import yang murah daripada negara China, Korea Selatan dan negara lain membanjiri pasaran tempatan. Mereka menjual keluli dengan harga yang lebih murah daripada harga yang dijual di negara mereka sendiri sama ada disebabkan oleh subsidi, umpamanya elektrik di negara mereka oleh kerajaan mereka, yang membolehkan mereka menjual dengan harga di bawah kos pengeluaran.

Contoh lain ialah seperti harga tayar umpamanya, yang mungkin tanggapan saya tapi saya rasa ini benar. Sebuah syarikat tayar yang terkemuka yang bertapak begitu lama di Malaysia, lebih daripada 50 tahun, terpaksa ditutup kerana tak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di China yang menjual tayar mereka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada syarikat-syarikat berkenaan.

Syarikat-syarikat yang dimaksudkan ialah Goodyear Tyre, sudah pun ditutup, dan Continental Tires akan tamat operasi Disember 2025. Ada lagi beberapa syarikat macam Toyo di Kamunting. Kalau tidak kita tak jaga betul-betul, mungkin mereka juga akan menghadapi masalah yang sama.

Terdapat banyak lagi contoh-contoh, Dato’ Speaker, yang dapat diberikan.

Jika harga sepasang kasut dijual di Malaysia dengan harga RM100 tetapi kasut yang sama dijual di negara asal mereka RM150, lebih mahal daripada kita. Ia bermakna lambakan dan Akta Anti-Lambakan boleh dikenakan. Barangan seperti handbag dan sebagainya yang dijual di pasar malam ataupun online dengan harga yang lebih murah daripada harga yang dijual di negara asal juga adalah satu lambakan.

Masalah yang terbesar yang kita hadapi sekarang ini ialah sebab China sekarang ini menghadapi sedikit masalah ekonomi dan mereka terus mengeluarkan barang-barang dengan kuantiti yang besar dan mereka mempunyai overcapacity― there is overcapacity daripada segi production. Dan overcapacity ini akan dihantar ataupun dieksport ke negara-negara termasuk negara kita sendiri. Ini satu perkara yang patut kita elakkan dan akta ini memang timely untuk kita berhadapan dengan masalah ini.

Sebelum mengakhiri perbahasan, Kubang Pasu ingin mengemukakan pertanyaan kepada MITI seperti berikut. Segmen atau sektor industri ekonomi yang manakah sebenarnya yang akan mendapat manfaat yang besar daripada pindaan akta ini?

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini kerana ia baik untuk negara. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam. Yang Berhormat, kilang dekat Gurun itu pun silap hari bulan tutup. Betul itu. Motor 600cc, produk Malaysia. Produk Malaysia keluar 38,000. China keluar sama taraf boleh 40,000.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Itu memang timely-lah. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 13 dan seksyen 37A RUU ini, kerajaan menggunakan terma “keterangan yang mencukupi”. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan “keterangan yang mencukupi” tersebut? Apakah maklumat yang perlu diberikan bagi membolehkan sesuatu petisyen itu memenuhi kriteria keterangan yang mencukupi? Mohon kerajaan berikan contoh dalam konteks ini.

Jadi, katakanlah. Katakanlah pempetisyen menghantar satu petisyen dan kerajaan baca go through the petisyen dan mendapati bahawa maklumat yang diberikan atau keterangan yang diberikan itu tidak mencukupi. Adakah kerajaan akan pergi balik kepada pempetisyen untuk bertanya pempetisyen supaya mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun kerajaan akan membantu pempetisyen untuk memberikan maklumat yang lebih lanjut bagi membolehkan satu keterangan yang mencukupi dihantar balik kepada kerajaan?

Ini penting kerana kita lihat bahawa sektor ini banyak sektor-sektor yang mana ada PMKS yang mungkin tidak ada kapasiti untuk melaksanakannya. Jadi, kerajaan perlu menjadi pemudah cara dalam keadaan tertentu.

Yang kedua, selain itu, saya nak tanya kerajaan pada waktu ini kerana setakat ini sumbernya adalah daripada pihak yang berkepentingan dan juga sumber daripada kerajaan. Jadi, saya nak tahu, selain daripada sumber pihak yang berkepentingan, pada waktu ini apakah sumber maklumat yang digunakan oleh kerajaan untuk membentuk atau menjadikan asas kepada sesuatu tindakan itu?

Makna, sumber daripada mana, kalau bukan daripada pemegang taruh?

Seterusnya, seksyen 12 di bawah Bahagian II – duti timbal balas, dan seksyen 27 di bawah Bahagian III – anti-lambakan, menyentuh tentang penggantungan siasatan. Disebut bahawa dalam kedua-dua seksyen ini siasatan boleh digantung pada bila-bila masa sekiranya ada aku janji daripada pihak

draft • 4:05 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

pengeksport yang dipersetujui oleh kerajaan. Kalau pengeksport buat aku janji, kerajaan setuju, maka siasatan itu akan digantung, maknanya tak diteruskan.

Jadi, soalan saya, apakah mekanisme pemantauan yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap aku janji yang telah dibuat termasuk dalam konteks aku janji harga? Maknanya, dia dah buat aku janji dan kerajaan kata okey, memandangkan dah ada aku janji, maka kerajaan tangguh siasatan. Apakah mekanisme nak pastikan supaya mereka sentiasa patuh pada aku janji tersebut khususnya dalam konteks harga? Takut nanti di kemudian hari, ada pula permainan harga.

Seterusnya, pindaan Akta 504 ini turut melibatkan pengenalan seksyen baru iaitu 37A dan 37B berkaitan dengan penyiasatan anti-pemintasan dan juga penentuan anti-pemintasan. Pemintasan ditakrifkan dalam akta ini sebagai satu tindakan pengeksport atau pengeluar dagangan subjek untuk mengelakkan duti timbal balas atau anti-lambakan yang dikenakan kerajaan. Jadi, secara umumnya, pengenalan seksyen berkaitan anti-pemintasan ini bertujuan antara lain adalah untuk mengatasi tindakan pihak tertentu yang menggunakan pendekatan transshipment, sebagai contoh, di negara lain bagi mengelakkan tarif atau duti termasuk duti anti- lambakan tadi.

Jadi, dalam konteks perang dagang pada hari ini khususnya mengambil kira tarif timbal balik Amerika Syarikat yang turut memberi tumpuan kepada transshipment, penting untuk kita melihat keadaan di mana Malaysia sendiri mungkin digunakan sebagai lokasi transshipment produk-produk tertentu daripada negara lain. Jadi, ikut fahaman saya, akta ini cuba melindungi atau mengambil kira keadaan di mana sebuah negara hantar ke negara yang lain untuk transshipment sebelum masuk ke Malaysia bagi mengelakkan duti anti-lambakan.

Tetapi, dalam konteks Malaysia dijadikan lokasi sebagai transshipment itu sendiri, apakah terdapat mekanisme penyiasatan dalam akta ini? Ataupun, apakah mekanisme penyiasatan yang kerajaan gunakan dalam konteks untuk mengenal pasti transshipment yang berlaku di Malaysia?

draft • 4:05 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ini penting kerana kita lihat bagaimana Amerika Syarikat memberi penekanan kepada isu transshipment ini.

Dalam konteks tarif timbal balik Amerika Syarikat juga, saya nak tanya berapakah kadar minimum local content ataupun kandungan tempatan yang telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat untuk memastikan sesuatu eksport dari Malaysia

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

atau daripada negara lain tidak dikategorikan sebagai transshipment? Dengan itu, tidak tertakluk kepada duti 40 peratus transshipment yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Jadi maknanya, apakah local content, berapa persen untuk suatu produk itu tidak dikenakan atau tidak ditakrifkan sebagai transshipment sama ada di Malaysia ataupun di negara lain.

Seterusnya berkaitan dengan isu transshipment juga, apakah kesannya sekiranya barangan eksport Malaysia yang telah menerima Sijil Rules of Origin tempatan oleh MITI, tetapi tidak diiktiraf sebagai barangan tempatan oleh Amerika Syarikat. Maknanya, MITI kata ini barangan tempatan, tetapi Amerika Syarikat meneliti semua dan melihat, menyatakan bahawa ini tidak diiktiraf sebagai barangan tempatan. Adakah wujud risiko bahawa eksport tersebut akan dikenakan tarif yang lebih tinggi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 4:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Sejak akta asal 504 diperkenalkan pada tahun 1993, ia berfungsi sebagai kerangka utama Malaysia bagi melaksanakan obligation dengan izin, di bawah WTO khususnya apa nama, Anti-Dumping Agreement and WTO’s Agreement on Subsidies and Countervailing Measures. Namun Timbalan Speaker, tadi saya dengar ramai rakan-rakan berbahas istilah overcapacity dan lagu yang senada dengan itu, tariff war yang sedang berlaku.

Saya nak rujuk kepada — ya lah, ramai yang hentam pasal China punya over capacity termasuk rakan-rakan yang saya sebelah sini. Tapi, tak dengar pun orang yang hentam pasal WTO is out of the window dengan izin, dengan rundingan yang berlaku akibat atau ekoran daripada tariff war yang telah dibawa kepada dunia khususnya kepada Malaysia.

Apa yang berlaku, tariff war itu sendiri telah menghancurkan WTO sendiri.

Tak dengar pun orang hentam pasal itu. Baik. Namun demikian, kita tetap kekal taat dan setia kepada prinsip dan kerangka WTO. Itulah yang menjadi — akta inilah yang menjadi pemerkasaan kepada komitmen kita dalam WTO, maka inilah sebabnya saya rasa akta ini atau rang undang-undang ini perlu disokong sepenuh-penuhnya seperti saya akan sokong sepenuh-penuhnya.

Ramai rakan-rakan dah sentuh pasal seksyen 37A dan seksyen 37B. Akta lama ini tak ada ‘A’ dan ‘B’, sekarang adalah ada ‘A’ dan ‘B’ apa ini, untuk langkah

draft • 4:11 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

akta, langkah anti-pemintasan. Saya rasa mungkin rakan-rakan ada yang tak faham bahawasanya sekarang dengan — dulu tanpa ‘A’ dan ‘B’, kita ada pintu yang berkunci, tapi tingkapnya tak ada jeriji. Dengan tambahnya seksyen 37A dan B, makanya pintu masih terkunci dan ada kuncinya, tapi kita dah tambah jeriji. Jadi, ada yang rasa perkara ini tak ada dan mempersoalkan langkah anti-pemintasan ini tak jelas. Bagi saya, pandangan Ipoh Timor adalah ini memang [Tidak jelas] dan perlu dipuji usaha pihak MITI.

Saya pun nak pujilah pasal seksyen 12A dan 27A, seksyen 13C dan 28C turut diperkenalkan untuk mengatur semakan tamat tempoh ini. Tadi Putrajaya pun ada sentuh. Saya rasa sunset review yang dibawa dengan pindaan ini adalah perlindungan diberikan cukup lama untuk memulihkan industri, tapi tak terlalu lama hingga menjadi penghalang kepada persaingan. Jadi, perlindungan dia macam apa, dia macam vaksinlah. Cukup untuk pulih, untuk apa ini, imuniti itu untuk naik, tapi tak sampai mematikanlah.

Lebih daripada itu, RUU ini memperkukuhkan proses semakan. Di bawah seksyen 13 dan 28, industri kini boleh memfailkan petisyen pentadbiran dengan bukti yang mencukupi dan kerajaan diwajibkan memeriksakannya dalam tempoh yang tertentu. Ini yang paling penting sebab ramai yang duk pening nak tunggu berapa lama. Keputusan sama ada menerima atau menolak mesti dimaklumkan secara bertulis. Saya sendiri pernah ada pengalaman di mana petisyen masuk waktu kita ada import yang nak masuk dan eksport yang nak keluar. Tapi tunggu-tunggu, jawapan tak sampai-sampai, dululah.

Seksyen 13D dan 28D memperincikan semakan, manakala seksyen 34A memberi ruang kepada semakan kehakiman. Dengan erti kata lain, kuat kuasa undang-undang ini bukan sahaja datang daripada kuasa kerajaan sendiri, tetapi daripada proses yang dipercayai. Proses yang jelas melahirkan keputusan yang dipercayai. Ini induknya.

Tuan-tuan dan puan — rakan-rakan Yang Berhormat, tadi saya dengar asyik hentam China saja. Saya bukan kata China ini sempurna, tetapi sebenarnya dumping ini dia bukan datang saja daripada China. Izinkan saya bawa contoh yang nyata, dalam tempoh setahun yang dua ini, Malaysia telah menjadi mangsa kepada beberapa siri lambakan. Okey, Jun 2025, kita mengekalkan duti anti-lambakan ke atas cold-rolled coils daripada China dan Jepun, manakala duti ke atas Korea dan Vietnam ditamatkan. Sebab sebelum itu, Korea dan Vietnam ada buat.

draft • 4:11 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

July 2025 juga kita kenakan duti sementara ke atas keluli tergalvani daripada China, Korea dan Vietnam sebab mereka pun berdosa dalam benda ini juga. Pada Mei 2025, kita mengenakan duti ke atas resin PET dari China dan Indonesia, jiran kita selepas siasatan bermula Ogos 2024. Dan tak lama begitu — tidak lama sebelum itu, kita kenakan duti ke atas tinplate dan flat steel yang dilaporkan eksport secara dumping daripada China, India, Jepun dan Korea.

Jadi, jika undang-undang kita longgar, Malaysia akan menjadi tong limpahan lambakan dunia. Tapi, kita bukan saja tong limpahan untuk China, tetapi ada negara- negara yang lain juga. Ini adalah — saya tak nak orang baca benda ini selepas mendengar perbahasan kita, ini menjadi satu anti-China punya akta. Ini adalah anti- lambakan kepada Malaysia, kepada sesiapa yang nak melambak di Malaysia.

Saya juga tak dapat menafikan ada yang bimbang bahawa dan saya harap kementerian boleh jawab, pengenaan duti akan meningkatkan harga barang. Saya rasa susah untuk dinafikan dah. Sudah tentu pastinya akan ada sedikit faktor kenaikan harga, tapi lebih baik kita bayar sedikit tambahan untuk keadilan daripada murah yang akhirnya membunuh industri kita sendiri.

Lebih penting lagi, tadi Putrajaya ada sentuh tentang transshipment. Saya rasa saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri untuk apa nama, sebab dengarnya overcapacity, sudah tentu akan ada transshipment. Tapi, adakah apa-apa mekanisme yang akan pastikan — sebab saya rasa transshipment yang tulen sebenarnya dia tak akan terkena dengan akta ini sebab transshipment yang ada certificate of origin, dia adalah hal antara yang origin dengan destinasi. Jadi dia melalui sini saja, dia tak akan dikenakan atau tidak akan terkena dengan akta ini.

Dan kita juga perlu melindungi dan mempertahankan hak pelabuhan-pelabuhan kita untuk buat business dan berniaga dalam transshipment ini yang sebenarnya agak dengan izin, lucrative. Kita takkanlah kita nak aniayakan pelabuhan-pelabuhan kita pula.

Jadi Tuan Speaker, dalam menyokong, saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan yang sangat ringkas. Pertama, berkenaan dengan seksyen 37A(4), yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menolak sesuatu petisyen jika ia bukan demi kepentingan awam. Kepentingan awam ini, dia dengar macam luas sangat. Malah, saya rasa dia terlampau luas sehingga adakah ia akan mengambil kira harga pengguna, pekerjaan tempatan atau keselamatan bekalan. Jika kriteria itu tak cukup jelas, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan persepsi bahawa keputusan dibuat

draft • 4:11 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

secara subjektif. Dia mungkin akan dijadikan satu push factor untuk orang yang nak menggunakan Malaysia sebagai value added center, dengan izin.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua, pindaan ini meletakkan beban yang lebih besar kepada pihak industri khususnya untuk memfailkan petisyen dengan bukti yang lengkap. Bagaimana — walaupun dia memang menambah kejelasan, tetapi dia mungkin menjadi satu burden of proof oleh pihak industri. Bagaimana kerajaan bercadang untuk membantu PKS yang mungkin tidak mempunyai kapasiti teknikal atau sumber kewangan untuk menyediakan analisis antilambakan yang kompleks? Adakah ia akan juga — adakah akan ada pusat bantuan teknikal atau helpdesk dengan izin, untuk memastikan perlindungan ini tidak hanya dinikmati oleh syarikat besar sahaja?

Ketiga, pindaan ini memperluas kuasa Menteri khususnya dalam melantik pihak berkuasa penyiasat di bawah seksyen 2 yang baharu.

draft • 4:11 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kuasa ini penting, tetapi sejauh mana mekanisme semak dan imbang wujud untuk memastikan lantikan itu benor-benor bebas dan profesional? Apakah laporan tahunan atau audit akan dikemukakan ke Parlimen agar kita dapat memastikan proses penyiasatan ini telus, ataupun sekiranya betul-betul tak ada perlunya, saya mohon kementerian dan kekanda saya Timbalan Menteri untuk memberi sedikit penjelasan kenapa tak perlunya sesebuah mekanisme seperti itu.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Saya akan gulung. Yang Berhormat Saudari Speaker, dalam gelombang besar perdagangan dunia, negara tanpa benteng akan karam. RUU ini adalah benteng kita. Ia menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia neutral dalam geopolitik, tetapi tegas dan bebas dalam prinsip keadilan perdagangan. Ia menghantar mesej bahawa Malaysia bukan destinasi pelupusan tambakan –– lambakan, tetapi sebuah negara berdaulat yang menghargai perdagangan adil, pelaburan jangka panjang dan pekerjaan rakyatnya.

Maka dengan segala hujah, persoalan dan bukti, saya menyokong sepenuh- penuhnya dan harap rakan-rakan Yang Berhormat akan sokong seperti saya penuh- penuhnya kepada Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-lambakan

(Pindaan) 2025 ini demi industri kita, demi pekerja kita dan demi masa depan perdagangan tanah air kita. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Pembahas terakhir, Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 4:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang di-Pertua Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan pindaan terhadap Akta Duti Timbal Balas dan Anti-lambakan 1993 atau Akta 504.

Saya menyokong pindaan ini sebagai satu langkah penting untuk melindungi kepentingan industri tempatan daripada amalan perdagangan yang tidak adil, khususnya aktiviti lambakan barangan asing ke dalam pasaran negara pada harga yang tidak munasabah, yang boleh menjejaskan kelangsungan pengeluar domestik.

Pindaan ini amat penting dalam konteks ekonomi semasa, di mana industri kecil dan sederhana ataupun IKS serta pengeluar tempatan menghadapi tekanan besar akibat kemasukan barangan import murah, khususnya dari negara-negara yang memberi subsidi besar kepada pengeluar mereka. Tanpa perlindungan yang sewajarnya, industri kita tidak mampu bersaing secara adil, apatah lagi untuk berkembang dan mencipta peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa pindaan ini bukan satu bentuk protectionism melampau, tetapi satu mekanisme pertahanan yang adil dan sah di sisi undang-undang perdagangan antarabangsa termasuk di bawah peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia iaitu WTO. Namun begitu, saya ingin menyentuh beberapa aspek yang perlu diperhalusi agar pindaan ini benar-benar efektif.

Pertamanya, prosedur siasatan terhadap dakwaan lambakan ataupun subsidi tidak wajar mestilah dilaksanakan secara telus, cekap dan juga berpaksikan bukti.

Kita tidak mahu berlaku kelewatan sehingga menyebabkan kerugian yang tidak boleh dipulihkan kepada pengeluar tempatan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak MITI ataupun agensi berkaitan menyediakan garis masa yang jelas serta saluran rayuan yang telus bagi semua pihak terlibat termasuk pengeluar tempatan, pengimport dan juga pengguna.

Dalam masa yang sama, saya tidak boleh menafikan bahawa pengenaan duti anti-lambakan boleh memberi kesan kepada harga barangan tertentu di pasaran.

Oleh itu, setiap keputusan untuk mengenakan duti mestilah mengambil kira kepentingan pengguna dan juga industri hiliran agar tidak berlaku kenaikan harga yang mendadak dan gangguan kepada rantaian bekalan. Saya mencadangkan agar diwujudkan satu penilaian impak pengguna ataupun consumer impact assessment sebelum penguatkuasaan duti anti-lambakan dilaksanakan.

draft • 4:21 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Selain itu, di dalam era digital dan juga e-dagang, lambakan barangan tidak lagi berlaku hanya melalui perdagangan konvensional. Kita melihat perniagaan –– peningkatan kemasukan barangan melalui platform digital yang tidak terkawal, yang berpotensi menjejaskan pengeluaran tempatan. Apakah mekanisme yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memantau dan menguat kuasa duti anti-lambakan dalam ekosistem digital ini? Kesiapsiagaan dalam era digital, perniagaan digital ini harus ada dan saya ingin bertanya adakah kerajaan telah memiliki kesiapsiagaan ini?

Manakala dalam konteks Sarawak, saya ingin melihat RUU juga bakal mempunyai implikasi terhadap pembangunan ekonomi Sarawak dan negeri-negeri yang lain. Sarawak sedang melaksanakan Post COVID-19 Development Strategy ataupun PCDS 2030 dengan tumpuan kepada industri hiliran, petrokimia, tenaga hijau serta pengukuhan sektor pertanian dan pembuatan. Oleh itu, RUU ini tidak boleh dilihat daripada sudut Semenanjung sahaja, tetapi juga perlu menilai kesannya terhadap ekonomi Borneo, khususnya Sabah dan Sarawak.

Di mana Sarawak mempunyai industri keluli, minyak sawit, kayu kayan, LNG dan juga produk makanan berproses. Industri ini terdedah kepada lambakan produk murah daripada luar khususnya dari Asia Timur dan Asia Tenggara. Dengan itu, RUU ini, kerajaan kini boleh mengenakan duti anti-lambakan dan juga duti timbal balas untuk melindungi kilang dan juga pengusaha tempatan di Sarawak dan juga di Sabah. Ini penting untuk menjaminkan pekerjaan rakyat Sabah dan Sarawak dan menggalakkan pertumbuhan syarikat tempatan.

Selari dengan PCDS 2030, Sarawak juga mahu menambah nilai melalui industri hiliran petrokimia, hidrogen dan juga tenaga boleh diperbaharui. Pelabur luar negeri hanya akan datang jika yakin pasaran tempatan tidak dibanjiri dengan produk dumping. Maka itu, RUU ini memberi mesej jelas kepada Malaysia, di mana ia komited menjaga pasaran yang adil. Justeru, pindaan ini akan meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk menempatkan projek mega mereka, bukan saja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia.

Kita tidak boleh menafikan bahawa pengguna Sarawak mungkin menghadapi kenaikan harga sesetengah barang import seperti besi binaan ataupun makanan murah dari luar negara. Namun, faedah jangka panjang lebih besar melindungi industri tempatan, mengurangkan ketergantungan kepada import, menjamin peluang pekerjaan untuk anak-anak Malaysia. Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan menimbang mekanisme sokongan logistik ataupun subsidi khas bagi mengurangkan

draft • 4:21 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

beban kos di Sarawak memandangkan kos penghantaran ke Borneo memang lebih tinggi berbanding Semenanjung.

draft • 4:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:21 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Oleh itu — saya landing. Maka dengan itu, saya akhir sekali ingin menyentuh tentang keperluan untuk memperkukuhkan kapasiti teknikal dan kepakaran pegawai-pegawai penyiasat dalam bidang anti-dumping, penilaian subsidi dan audit perdagangan sebab tanpa tenaga kerja yang mahir dan bebas ini, pelaksanaan undang-undang ini mungkin tidak mencapai matlamatnya.

Maka dengan itu, saya menyokong pindaan Akta 504 ini dengan harapan, ia akan mengukuhkan daya tahan industri tempatan, memastikan keadilan dan dalam perdagangan antarabangsa, dan dalam masa yang sama melindungi pengguna serta menjamin kemakmuran ekonomi negara secara menyeluruh.

Dengan itu, sekian terima kasih. Tuhan berkati.

draft • 4:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit.

draft • 4:21 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

draft • 4:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic.

draft • 4:29 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada 11 Ahli Yang Berhormat yang telah membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993. Saya ingin jelaskan beberapa konsep terdahulu supaya memberi pencerahan apa sebenarnya undang- undang ini bertujuan.

Undang-undang ini bukan untuk selesaikan semua masalah. Ia ada tujuan khusus untuk selesaikan beberapa masalah yang khusus. Dan, matlamat undang- undang ini ialah untuk memastikan perdagangan yang adil.

draft • 4:29 PM

Tuan Liew Chin Tong

Dan prinsip perdagangan yang adil sangat penting dalam suasana sekarang, di mana kita dilandasi tarif Donald Trump. Juga kita mengalami second-order effect

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

daripada tarif dan juga kekhuatiran sistem multilateral WTO. Ini adalah background ataupun latar belakang yang kita alami.

Akta ini untuk melindungi siapa? Secara khususnya, akta ini ialah untuk melindungi pengeluar tempatan. Dia bukan ― akta ini bukan untuk melindung traders. Kalau dia pemborong, dia sebelum ini dia ambil produk dari China kah Jepun kah tempat lain dan dia memborong, sekarang ini dia mengalami cabaran Shopee kah cabaran daripada pemborong lain, ada yang sebut tadi ada pemborong atau supply chain dari lain, ini bukan di bawah akta ini.

Memang apa yang telah disebut oleh Ahli-ahli Parlimen ini penting dan harus ditangani oleh kerajaan tetapi tidak tertakluk di bawah undang-undang ini. Undang- undang ini, khususnya untuk melindungi pengeluar tempatan yang ada kilang ataupun dia membuat value adding activity di negara kita. Kalau produk itu dia ada saingan harga tetapi tidak ada pengeluar tempatan. Dia tidak tertakluk di bawah undang-undang ini. So, I think to make it specific supaya kita memahami bahawa tujuan dan siapa kita melindung? Kita melindung pengeluar tempatan yang menghadapi persaingan harga daripada pengeluar atau pengeksport luar negara?

Apa itu lambakan secara spesifik? Definisi lambakan ialah kalau dia jual di negeri China lebih mahal daripada apa yang dia jual di sini. Kalau dia pengeksport dari negeri China, atau pengeksport daripada Jepun, pengeksport daripada Thailand atau Vietnam, dia jual di home country lebih mahal daripada apa yang dia jual di sini, itu kira lambakan, dumping. Definisi itu secara khusus.

Countervailing atau timbal balas ialah bahawa subsidi daripada kerajaan pengeksport luar negeri itu mengakibatkan ia boleh jual lebih murah di sini. Itu countervailing. Circumvention ataupun pemintasan di dalam konteks undang-undang ini, rang undang-undang ini ialah bahawa apabila satu produk ataupun satu pengilang atau pengeksport luar negeri telah dikenakan duti anti-lambakan atau duti timbal balas tetapi dia tidak lagi guna nama ini atau negara ini dia eksport melalui negara ketiga. Mungkin dia tukar nama sikit, dia tukar — rebadge sikit, dia masuk balik tapi produk yang sama. Itu dia akan dikenakan circumvention. Dikira sebagai circumvention dalam konteks ini. Konteks undang-undang ini.

Tapi saya juga perlu ― saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan Putrajaya bahawa transhipment yang ada ahli-ahli yang lain juga sebut tentang transhipment daripada konteks US. MITI telah mengambil balik insurance of a Non-Preferential Certificate of Origin. Preferential Certificate of Origin adalah bermaksud bahawa kalau kita negara Malaysia dengan negara yang lain sudah ada

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

FTA, free trade agreement, kita ada 16 free trade agreement, apabila pengeksport Malaysia mengeksport kepada negara-negara yang kita ada free trade FTA, maka dia perlu dapat Preferential Certificate of Origin dari MITI.

Tapi sebelum 6 hari bulan Mei, semua negara yang tidak ada FTA, hubungan FTA, hubungan free trade agreement dengan Malaysia, dulu sebelum ini, Non- Preferential Certificate of Origin dibenarkan ataupun dikeluarkan oleh chambers, business chambers untuk persatuan-persatuan peniaga tapi memang ada manipulasi, ada kesalahgunaan, maka pada 6 hari bulan Mei, MITI mengambil balik pengeluaran ataupun insurance of NPCO ke Amerika Syarikat supaya semua mesti dikeluarkan oleh MITI. So that is, ini untuk transshipment. Penggunaan perkataan transshipment ini ada masa definisi itu tidak tertentu kerana penggunaannya oleh Kerajaan Amerika Syarikat sekarang ini tidak semestinya apa yang kita terima. Transshipment kalau transshipment di Pelabuhan Klang ataupun PTP itu, ataupun Singapore Port, sebenarnya dibenarkan. Dia satu aktiviti yang boleh diterima di sisi undang-undang. Tetapi apa yang dimaksudkan sebenarnya transshipment yang tidak boleh diterima ialah kalau dia datang sini, dia produk Thailand ke produk China, dia datang ke Malaysia, dia keluar kata dia produk Malaysia. Itu salah. Itu rebadging ataupun dia guna pakai cara-cara atau pendekatan yang salah dari sisi undang-undang. Ya, sila.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan transshipment tadi, saya setuju bahawa definisinya sekarang ini agak luas apabila Amerika Syarikat memperkenalkan tarif ini dan definisinya amat luas. Apa pun kita tak pasti, banyak pihak yang tak pasti.

Jadi, sebab itu saya nak tanya tadi, untuk sesuatu komponen barangan itu dikirakan sebagai barangan bukan transshipment, apakah telah ada kadar local content yang ditetapkan dan apakah itu diguna pakai untuk semua negara? Jadi, ini saya rasa amat penting kerana sepertimana yang disebut tadi, banyak jenis transshipment di pelabuhan ke masuk sekejap campur local content berapa percent dan sebagainya. Jadi, yang mana? Itu satu soalan tadi.

Dan yang kedua, mengambil kira bahawa Amerika Syarikat memberi penekanan yang cukup tinggi pada transshipment ini di mana kadar yang mungkin dikenakan sehingga 40 peratus. Jadi, apakah sekarang ini MITI dah ambil tanggungjawab tersebut? Dan sekiranya ditolak kemudian bila sampai dikira ini telah dikenal pasti oleh MITI sebagai memenuhi kriteria dan sebagainya tapi ditolak oleh Amerika Syarikat, adakah komponen-komponen ini atau barangan ini juga terdedah

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

kepada kadar tarif yang 40 peratus tadi? Saya rasa ini perkara yang amat relevan.

Dalam konteks ini mungkin tak secara langsung tapi amat penting. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Putrajaya. Memang ini tidak termasuk dalam undang-undang ini tetapi saya beri penjelasan sedikit. Biasanya kalau NPCO ke Amerika Syarikat, kalau 25 peratus local content, Malaysian content, value adding, ia boleh dikira, dianggap sebagai produk Malaysia, untuk konteks Amerika Syarikat.

Untuk banyak FTA, dia perlukan 40 peratus.

Dan dalam konteks Amerika Syarikat, kalau produk ini sampai ke Amerika Syarikat, dia syaki atau dia kata produk ini bukan produk Malaysia, dia akan dikenakan duti di mana autoriti di Amerika Syarikat anggap produk ini sebenarnya dari mana? Kalau pihak kastam atau pihak kastam Amerika Syarikat kata okey, ini adalah produk China bukan produk Malaysia, maka, dia akan dikenakan duti yang dikenakan kepada produk China, mungkin lebih tinggi daripada mereka, dari Malaysia. Lepas itu kalau ada permintaan, appeal semua ini, lepas itu dia akan diuruskan oleh pengimport.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, bukan duty transshipment? I just need to understand that. Bukan duty transshipment, ya? Duti negara tersebut.

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Sebenarnya tak ada duty transshipment.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey. All right.

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Transshipment ― that’s why saya kata transshipment ini definisi atau penggunaan perkataan transshipment oleh pentadbiran Trump ini sangat baru.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sangat luas. Betul.

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Kita belum ada definisi yang kita persetujui.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, terima kasih. Terima kasih Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Saya juga ingin ― seperti apa yang saya kata tadi, rang undang-undang ini bukan untuk selesaikan semua masalah. Maka, isu toyyiban yang macam disebut tadi itu di bawah bidang kuasa DVS, Kementerian Pertanian dan juga di bawah Kementerian Kesihatan dan juga JAKIM dan bukan di bawah bidang kuasa undang-undang ini. Tadi, ada Ahli Parlimen yang menyebut tentang low value goods.

draft • 4:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Sebenarnya, di bawah Kementerian Kewangan, cukai low value goods telah dilaksanakan pada 1 hari bulan Januari 2024.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tebrau sebut tentang tarif terhadap keluli, apa ini, besi dan keluli. Sebenarnya tarif terhadap besi dan keluli di bawah seksyen yang lain, bukan di bawah reciprocal tariff. Dan keadaan sektor besi dan keluli kerana tarif 50 peratus yang dikenakan oleh Presiden Trump pada 12 Mac, dan ini mengakibatkan keadaan yang berlaku setakat ini. So, dia tak ada kaitan dengan apa yang kita sebut di bawah konteks ini.

Yang Berhormat Bayan Baru sebut tentang de minimis. De minimis ialah paras subsidi atau lambakan yang terlalu kecil untuk memberi kesan material ke atas pasaran. Sekiranya margin lambakan kurang daripada dua peratus atau margin subsidi kurang daripada satu peratus, maka tiada duti boleh dikenakan selaras dengan peraturan WTO.

Bayan Baru juga sebut tentang apakah perbezaan di antara kajian semula pentadbiran dan kajian semula tamat tempoh. Kajian semula pentadbiran dijalankan atas permintaan pihak berkepentingan atau atas inisiatif pihak berkuasa bagi menilai semula kadar duti, kesahihan maklumat atau keperluan langkah-langkah anti lambakan atau timbal balas yang sedang berkuat kuasa.

Kajian ini boleh membawa kepada perubahan, penggantungan atau penamatan duti. Sebaliknya, kajian semula tamat tempoh dilaksanakan khusus menjelang tamat tempoh lima tahun sesuatu duti. Tujuannya ialah untuk menentukan sama ada penghapusan duti akan menyebabkan berulangannya amalan perdagangan tidak adil serta kemudaratan kepada industri tempatan.

draft • 4:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, terima kasih atas jaminan. Walaupun saya tahu bukan MITI yang bertanggungjawab, malah DVS yang perlu memantau, tapi saya maklum yang di bawah kementerian MITI, dari segi local standi-nya ialah National Geoeconomic Command Centre. Jadi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bawa ke perhatian dalam mesyuarat ini berhubung dengan kebimbangan ataupun kekhuatiran rakyat Malaysia yang perlu menerima kemasukan ataupun lambakan produk-produk tenusu, daging daripada Amerika Syarikat kerana hasil rundingan kita dengan Trump tempoh hari. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Machang. Point taken. Bayan Baru juga membawa isu mengapa diperkenalkan had tempoh maksimum lima tahun bagi pengenaan duti.

Puan Yang di-Pertua, penetapan had lima tahun adalah selaras dengan Artikel 11.3 Perjanjian Anti-Lambakan dan Artikel 21.3 Perjanjian Subsidies and Countervailing Measures WTO. Ia bertujuan memastikan bahawa pengenalan duti tidak berlarutan secara automatik tanpa semakan lanjut. Duti hanya boleh dikenakan jika satu kajian semula tamat tempoh menunjukkan bahawa kemudaratan dijangka akan berterusan sekiranya duti tersebut dihentikan. Ini secara― apa ini, jawab soalan-soalan Ahli-ahli Parlimen yang lain yang mengatakan, adakah ini ada semakan ataupun ada, apa ini, kuasa yang terlalu besar diberikan kepada Menteri.

Bayan Baru juga membawa soalan, apakah yang dimaksudkan dengan ― okey, pemintasan. Itu saya sudah jawab tadi.

Ada beberapa Ahli Parlimen ― Bayan Baru, Petaling Jaya, Tebrau dan saya ingat mungkin Temerloh juga ada tanya soalan bahawa adakah syarikat kecil dan sederhana turut dilindungi. Bagi menjawab persoalan ini, mana-mana syarikat termasuk PMKS daripada semua sektor industri berhak memfailkan petisyen dengan syarat syarikat berkenaan dapat mengemukakan bukti yang material berkaitan lambakan atau subsidi yang mengakibatkan kemudaratan kepada industri domestik.

draft • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, sikit.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tadi, kami pun membahaskan tentang isu the practice, business practice yang mereka ― contohnya negara besar, mempunyai cost of production yang rendah dan they flood the market. Walaupun tidak ada lambakan, technically bukan lambakan, but because they are so efficient and cost effective, PMKS kita tidak mungkin bertanding, tidak dapat compete dengan mereka. So, what ― apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?

Sebab, ini isu yang sebenar berlaku. Lambakan ini satu dua kes saja. Kalau kita nampak contoh-contoh dulu yang boleh membawa isu lambakan itu, very small case, not a lot, tapi business practice yang flooding the market sekarang adalah the real isu. Yang di luar sana, PMKS semua tengah menunggu jawapan daripada kerajaan. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Bayan Baru. Kalau ― biasanya, sesiapa yang berikan, maklumkan maklumat yang sama, saya akan minta mereka bawa association, bawa pertubuhan mereka, persatuan mereka datang ke MITI, jumpa dengan pihak MITI. Biasanya kami akan meminta sesiapa yang membuat aduan memaklumkan MITI apa HS Code. Di bawah HS Code yang mana produk ini telah membawa kemudaratan dan kami akan semak dengan DOSM. Kami akan semak dengan DOSM supaya mencari trend enam bulan.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Kalau dalam enam bulan atau sembilan bulan yang lalu kita telah menyaksi satu surge of import, satu kenaikan import yang sangat mendadak, maka kami akan cadangkan tindakan susulan. Quick one.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, ini berkaitan dengan pertanyaan saya berkaitan dengan terma “keterangan yang mencukupi” tadi.

I mean, setakat mana yang mencukupi? Sebab, dalam akta ini sebut, kalau tak cukup, tak boleh. Jadi, kalau tak cukup, adakah kementerian akan bantu dalam konteks tersebut? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih. Saya sampai sana. Okey. Kerajaan melaksanakan siasatan Duti Anti-Lambakan dan Timbal Balas tanpa sebarang kos dan caj terhadap industri tempatan. Ianya merupakan satu bentuk perkhidmatan awam di mana pihak industri tempatan hanya perlu mengisi borang soal selidik dan memberikan maklumat berkenaan operasi mereka serta bukti dakwaan atau import bersubsidi dan mengemukakannya secara digital melalui Sistem Pengurusan Siasatan Remedi Perdagangan (TRIMA) yang dikendalikan oleh MITI.

Kos untuk menjalankan pengesahan di premis pengeksport asing juga adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan memandangkan kerajaan adalah yang prihatin terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri tempatan berikutan amalan perdagangan yang tidak adil dan bersedia mempertahankan industri tempatan dengan sedaya upaya. Kerajaan turut menyediakan khidmat ― ini jawapan kepada YB. Khidmat nasihat teknikal dan bimbingan bagi membantu syarikat- syarikat kecil dan sederhana meningkatkan pemahaman berkaitan langkah-langkah anti lambakan dan timbal balas.

Biasanya di piawaian dunia, setiap kes biasanya mengambil masa 18 bulan untuk siasatan dan untuk keputusan. Tapi, dalam konteks kita, biasanya MITI selesaikan kes dalam sembilan bulan. Kira cepatlah berbanding dengan piawaian ataupun average antarabangsa.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Satu lagi. Itu terima kasih, penjelasan tempoh itu. Tapi tempoh, mengambil kira dinamika keadaan semasa perang tarif ini, sembilan bulan pun tempoh itu masih terlalu panjang. Berapa banyak lambakan boleh berlaku dalam tempoh tersebut. Adakah terdapat pendekatan untuk percepatkan lagi tempoh tersebut? Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih. Point taken. Okey. Petaling Jaya, Temerloh, Kuala Kedah tanya bagaimana kerajaan memastikan bahawa siasatan langkah-langkah perdagangan dijalankan secara telus, adil, bebas daripada sebarang pengaruh politik serta berasaskan fakta dan bukti yang tepat, seumpamanya proses tribunal, bagi menjamin integriti hasil siasatan tersebut.

Kerajaan memastikan setiap siasatan dijalankan secara telus, adil dan bebas daripada pengaruh politik dengan berasaskan semata-mata kepada fakta serta bukti material yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkepentingan.

draft • 4:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Proses siasatan ini dilaksanakan mengikut kerangka undang-undang sedia ada serta selaras dengan peruntukan perjanjian WTO. Yang menekankan ketelusan, ketidakberpihakan dan hak kepada semua pihak untuk mengemukakan pandangan serta bukti-bukti masing-masing.

Dalam erti kata ini, siasatan ini dilaksanakan oleh badan pentadbiran yang berperanan secara teknikal dan bebas daripada pengaruh politik, dengan nilai dan disiplin setaraf tribunal. Di mana keputusan hanya ditentukan berasaskan merit dan ketetapan fakta, bukan pertimbangan luar. Kuasa untuk melantik pegawai penyiasat adalah terletak di bawah bidang kuasa Menteri, selaras dengan peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa.

Pegawai penyiasat yang dilantik bertanggungjawab menjalankan siasatan secara menyeluruh merangkumi pengumpulan data, pengesahan maklumat serta analisa fakta, berhubung dakwaan lambakan atau subsidi. Hasil siasatan tersebut akan dijadikan asas bagi menyediakan syor dan cadangan kepada kerajaan.

Sebenarnya MITI dalam pengendalian kes-kes ini, semua kes boleh dicabar di dalam mahkamah. Dan memang pernah dicabar di dalam mahkamah. So, MITI sebenarnya menjalankan tugas secara profesional dan berasaskan fakta.

Soalan daripada Kubang Pasu, segmen ekonomi mana yang sebenarnya akan mendapat manfaat daripada pindaan akta ini? Memang banyak sektor. Tetapi yang utama ialah sektor industri besi dan keluli, kimia dan petrokimia serta bahan binaan yang mereka paling mendapat manfaat kerana sektor-sektor ini menghadapi

draft • 4:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

cabaran yang sangat besar. Tetapi ini juga pindaan kini ialah untuk memastikan bahawa manfaat rangka kerja undang-undang yang telah diperkukuhkan memberi manfaat kepada semua pemain industri. Bukan saja bagi syarikat besar tetapi termasuk industri-industri kecil dan sederhana.

Yang akhirnya, Kuala Kedah. Bagaimana kerajaan menilai sama ada siasatan itu demi kepentingan awam dan kos bagi siasatan yang dijalankan? Kerajaan menilai impak tindakan terhadap kelangsungan industri tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada barang import, harga pengguna, bekalan barangan, kesan kepada industri hiliran, inflasi dan peluang pekerjaan. Jika duti mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada rakyat secara keseluruhan, ia tidak akan dikenakan walaupun terdapat bukti lambakan atau subsidi.

Dalam melaksanakan siasatan Duti Anti-Lambakan dan Timbal Balas, kerajaan tidak mengenakan kos sebarang kos. Ini dah jawab. So, memang biasanya dia tidak akan wujudkan keadaan di mana inflasi akan berlaku kerana bukan banyak kes telah dijalankan. Dan apabila kes-kes ini dijalankan, memang dia sudah ada keadaan di mana apa ini kes lambakan berlaku secara cepat dan mengakibatkan kos sebahagian daripada industri diganggu. Tetapi bukan secara seluruh nilai value chain. So, saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli...

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

...Yang menyokong undang-undang ini dan saya harap kita bersama-sama mempertahankan industri tempatan.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, last. Sini, sini, sini.

Tak nampak pula. Padahal soalan saya tak jawab.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan, ringkaskan.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Pasal kepentingan awam, definition huraian kepentingan awam itu yang agak meluas. Jadi, saya nak minta sedikit penjelasan.

draft • 4:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Seperti apa yang saya kata tadi, kepentingan awam yang paling utama ialah untuk mempertahankan industri tempatan, yang pengeluar tempatan. Kalau dia bukan pekilang atau dia tidak mengeluar, tidak ada value adding di sini, dia bukan sasaran untuk dibantu dalam dibawa undang-undang ini.

Tetapi secara amnya, kepentingan awam termasuk kebergantungan kepada barang import, harga pengguna, bekalan barangan, kesan kepada industri hiliran, inflasi, semua akan diambil kira sebagai kepentingan awam. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 21 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

(Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]*

draft • 4:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN NEGARA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim. Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025, RUU PN dibaca kali kedua sekarang.

Yang di-Pertua, Peraturan-peraturan Darurat Kawasan-kawasan Pendaftaran 1948 telah dikuatkuasakan pada tahun 1948. Sebagai suatu langkah untuk menentang ancaman keselamatan negara pada ketika itu. Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperoleh kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk meneruskan dasar mendaftarkan penduduk melalui Akta 78. Akta ini adalah

draft • 4:57 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

suatu akta berkaitan pendaftaran individu dan pengeluaran kad pengenalan di Malaysia. Akta 78 telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1972 dan 2001.

Akta ini memenuhi lapan seksyen yang merangkumi seksyen berkenaan tafsiran, pelantikan orang yang menjalankan kuasa, pendaftaran, prosedur pendaftaran dan daftar, peraturan-peraturan dan kuasa mahkamah, Majistret Kelas Satu serta obligasi pemilik dokumen perjalanan.

Jemaah Menteri pada 3 September 2024 semasa menimbang memorandum daripada Menteri Dalam Negeri Nombor M469-2025 bertajuk Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 Akta 78, antara lain telah bersetuju dengan cadangan penetapan dasar supaya suatu Akta Pendaftaran Negara 1959 Akta 78 dipinda. Bertujuan untuk meminda seksyen 2, seksyen 6(2) dan memasukkan seksyen baharu 6A dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 Akta 78 agar ia selari dengan beberapa inisiatif dan dasar baharu kerajaan. Terutamanya pelaksanaan MyDigital ID.

Manakala Rang Undang-undang Pendaftaran Negara Pindaan 2025 telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 18 Julai 2025.

draft • 4:57 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Pindaan ini memperkukuhkan pengiktirafan statutori kepada MyDigital ID sebagai suatu pengenalan yang sah. Dalam hubungan ini, terdapat keperluan penambahan pengambilan, perekodan dan penggunaan jenis data biometrik yang bersesuaian dengan keadaan dan tahap keselamatan serta kerahsiaan maklumat, terutamanya bagi pendaftaran dan rekod pengenalan diri rakyat Malaysia.

Bagi tujuan penggubalan Rang Undang-undang Pendaftaran Negara

(Pindaan) 2025 ini, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan seperti kementerian, jabatan, agensi pusat melalui beberapa siri mesyuarat Majlis Identiti Digital Nasional yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Keselamatan pada 19 Mei 2025. Sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi juga telah diadakan masing-masing pada 19 Mei 2025 dan 31 Julai 2025.

Secara keseluruhannya, mereka menyokong cadangan pindaan Akta 78 dan antara perkara yang disyorkan adalah ciri-ciri keselamatan pada kad pengenalan hendaklah ditingkatkan agar ia tidak disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya serta option penggunaan fungsi kad pengenalan dalam transaksi digital.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 mengandungi empat fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta 78.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 78 untuk memasukkan takrif baru “biometric data”.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 6(2) Akta 78 untuk menambah baik kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan seperti berikut. Subfasal 3(a) bertujuan untuk menggantikan perenggan 6(2)(d) Akta 78 untuk memberi kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan bagi pengambilan dan perekodan data biometrik dan syarat yang boleh dikenakan bagi pengambilan dan perekodan data biometrik.

Subfasal 3(b) bertujuan meminda perenggan 6(2)(e) Akta 78 untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan bagi kawalan terhadap penggunaan dan maklumat dalam kad pengenalan. Subfasal 3(c) bertujuan memotong perenggan 6(2)(j) Akta 78 yang memberi kuasa Menteri untuk menetapkan caj maksimum bagi pengambilan gambar memandangkan caj tidak dikenakan bagi pengambilan gambar.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 6A ke dalam Akta 78 untuk memberi Menteri kuasa dengan kelulusan pendakwa raya untuk membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun serta kaedah dan tata cara bagi mengkompaun kesalahan itu.

Fasal ini juga bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mengkompaun kesalahan yang boleh dikompaun dengan keizinan secara bertulis pendakwa raya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Bukit Bendera, YB Besut, YB Tuaran, YB Jerlun, YB Pulai, YB Pokok Sena, YB Tebrau, YB Pematang Pauh, YB Betong, YB Kuantan, YB Rasah, YB Kuala Krai, YB Jelutong, YB Hulu Selangor, YB

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sandakan, YB Merbok, YB Jempol, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Tampin, YB Tumpat, YB Kluang dan YB Labuan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Tak ada. Saya jemput Yang Berhormat Besut. Lima minit.

draft • 5:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025.

Kita lihat kepada seksyen 6(2) ini dipinda dengan menukarkan frasa, “photograph and finger impressions” daripada akta ibu ke “biometric data” dalam rang undang-undang ini. Maknanya sebelum pindaan, kuasa Menteri terhad kepada gambar dan cap jari sahaja. Selepas pindaan, ia diperluas menjadi biometrik yang merangkumi lebih banyak ciri fisiologi individu. Jadi apabila skop data peribadi yang boleh diambil menjadi lebih luas, maka implikasinya adalah risiko privasi dan keselamatan data rakyat juga menjadi lebih besar.

Jadi sebelum ini sudah banyak kali sebenarnya timbul kebocoran, isu kebocoran data rakyat ini. Kalau kita lihat contoh tahun 2023, CyberSecurity Malaysia ada melaporkan bahawa sektor kerajaanlah sebenarnya yang banyak berlaku kebocoran. Jadi dalam keadaan rakyat masih belum mendapat closure dengan izin, tentang dakwaan kebocoran data melibatkan agensi kerajaan, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan tindakan apa yang telah diambil? Jadi kerajaan fokuskan pula pada pindaan sebegini sedangkan implikasi negatif kepada rakyat akibat kebocoran ini adalah begitu besar seperti pencerobohan privasi dan juga penipuan kewangan. Malah ada warga emas yang kehilangan ratusan ribu simpanan persaraan akibat ditipu oleh scammer. Sebelum meluaskan jenis data yang boleh dikutip, apakah jaminan kerajaan bahawa keselamatan siber ini kita sudah cukup mantap untuk melindungi data rakyat ini daripada terdedah dengan ancaman-ancaman sebegini.

Puan Yang di-Pertua, pada tahun lepas kita sudah membahaskan satu pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) untuk menaikkan kadar denda kepada satu juta bagi kesalahan pelanggaran perlindungan data iaitu data peribadi.

Namun demikian, PDPA ini hanya terpakai pada sektor swasta saja atau komersial.

Jadi bagaimana pula dengan sektor awam? Sedangkan data paling kritikal dipegang oleh agensi-agensi kerajaan dan seperti disebutkan sebelum ini, sektor awamlah sebenarnya yang banyak berlaku kebocoran.

draft • 5:04 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi tambahan kepada seksyen 6A hanya menyebut tentang kompaun. Itu pun ditetapkan tidak lebih 50 peratus daripada denda maksimum. Apabila dikompaun, pesalah akan terlindung pula daripada pendakwaan dan tiada kenaikan denda sehingga satu juta seperti PDPA, seolah-olah ada ruang kompromi untuk kesalahan kebocoran data rakyat jika dibuat dalam sektor awam.

Ini berlawanan dengan semangat pindaan PDPA sebelum ini yang mahu mewujudkan satu kesan deterrent dengan izin, dan kepercayaan rakyat bahawa kebocoran data ini diambil secara serius. Jadi langkah yang sewajarnya diambil kerajaan adalah dengan memasukkan mekanisme pencegahan yang lebih tegas terhadap kesalahan kebocoran data rakyat, bukan sekadar kompaun yang tidak lebih daripada siap on the risk dengan izin.

Puan Yang di-Pertua, insiden gangguan sistem auto gate di kompleks CIQ Johor Bahru baru ini yang dikatakan berpunca daripada isu integrasi sistem menampakkan kerentanan infrastruktur digital negara kita. Selain isu kesiapsiagaan infrastruktur digital tersebut, masih belum ditangani. Jadi pindaan ini adalah satu langkah pramatang dan terburu-buru demi mengejar sasaran kerajaan untuk melaksanakan MyDigital ID.

Jadi berkenaan dengan implikasi kewangan pula, adakah munasabah untuk berkata RUU ini tiada implikasi kewangan? Sedangkan infrastruktur biometrik dan juga MyDigital ID ini semestinya memerlukan pelaburan yang besar. Bagaimana pula dengan ekosistem infrastruktur digital yang sedia ada? Adakah sudah cukup baik sehingga tidak perlu menelan apa-apa perbelanjaan tambahan untuk penambahbaikan? Mohon satu penjelasan.

draft • 5:04 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dan sebagai penggulungan, pertanyaan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan setakat ini dalam menangani dari segi aspek keselamatan penggunaan dan juga kawalan perkongsian data biometrik itu sendiri?

Dan pengurusan, melihat kepada pengurusan dan juga mekanisme pengambilan serta perekodan data metrik juga, apa langkah-langkah yang diambil? Dan juga dari segi aspek keselamatan dalam penggunaan kad pengenalan itu sendiri? Dan bagaimana pula dengan kad pengenalan palsu yang berleluasa setakat ini yang tak dapat kita kesan dia punya ketulenan dia? Macam mana langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi perkara ini?

Dan akhirnya, bagaimana dengan kalau ada rakyat yang mempersoalkan aspek keselamatan biometrik dan juga kad pengenalan ini, adakah mereka kalau...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 5:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...mereka complaint ke, semua mempersoalkan keselamatan, mereka akan dipanggil memberi keterangan sebagainya ataupun ditangkap dan sebagainya? Itu saja yang dapat saya bahaskan pada petang ini. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 5:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih, Puan Speaker. Jadi, rang undang-undang ini mungkin kelihatan seperti sekadar pindaan kecil kepada Akta Pendaftaran Negara 1959 tapi mari kita jelaskan. Ia sebenarnya adalah knight draft, mengenai draf taraf keselamatan kepada tulang belakang negara kita iaitu sebuah identiti. Ia memberi MyKad kita satu baju perisai baharu di zaman penipu siber, pemalsu dan juga sindiket penipuan.

Jadi, izinkan saya jelaskan inti pati utama. Pertama, rang undang-undang ini secara rasmi mentakrifkan data biometrik, cap jari, imbasan iris, ciri wajah ke dalam undang-undang. Dengan itu, kita bukan sahaja mengiktiraf bahawa Malaysia hidup dalam abad ke-21 tetapi juga menjadikan jauh lebih sukar untuk sindiket memalsukan atau menggandakan kad pengenalan. Kalau gambar bernilai seribu perkataan, cap jari bernilai seribu laporan polis yang dapat dielakkan.

Kedua, rang undang-undang ini meluaskan kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkaitan bagaimana data kad pengenalan di rekod dan juga digunakan.

Ini membolehkan kita menyesuaikan diri dengan cepat terhadap ancaman dan teknologi baharu. Jadi, hari ini mungkin biometrik, esok mungkin ID digital yang selamat. Tanpa perlu tunggu pindaan undang-undang baharu setiap kali, kerajaan boleh kekal tangkas dan juga laksanakan langkah-langkah perlindungan secara masa yang ternyata. Jadi sebagai nota kecil, ia juga dapat memansuhkan klausa lama mengenai caj untuk gambar. Sekarang ini tiada siapa lagi yang membayar untuk mengambil gambar IC mereka kecuali kalau masih mahu nampak berlainan.

Ketiga, rang undang-undang ini memperkenalkan seksyen 6A yang membolehkan sesetengah kesalahan dikompaun. Diselesaikan dengan denda, bukan diseret ke mahkamah. Ini satu perkara yang logik. Kenapa hendak melibat sistem kehakiman dengan orang yang sekadar lupa? Kadang-kadang nak tukar alamat sedangkan kita boleh kenakan denda dan teruskan? Kaedah ini

draft • 5:11 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

membolehkan mahkamah fokus kepada jenayah yang serius yang mengancam nyawa, bukan kesilapan kertas kerja.

Namun, Puan Yang di-Pertua, menyokong bukan bermaksud kita menutup mata. Walau sebaik mana RUU ini, kita wajib beri sedikit tough love, dengan izin.

Izinkan saya bangkitkan tiga perkara. Perkara yang pertama mengenai privasi. Data biometrik sangat sensitif. Kalaulah nombor telefon bocor boleh tukar tapi kalau cap jari ataupun muka ini bocor, takkan nak tukar muka pula? Tukar cap jari? Maka peraturan mesti pastikan sistem sekuriti kita kukuh, enkripsi kuat, akses terhad dan hukuman berat jika berlaku sebarang penyalahgunaan.

Jadi yang kedua, pengawasan kuasa kompaun. Kompaun memang efisien tapi jangan sampai dilihat sebagai keadilan yang berdiskaun. Keizinan pendakwa raya sudah jadi satu kawalan yang baik tapi marilah kita tambah lagi. Lapor kepada Parlimen setiap tahun berapa banyak kes dikompaun untuk kesalahan apa dan juga berapa nilainya. Jadi, di sini ketulusan ialah pembasmi yang terbaik dan ia tidak perlukan bajet yang banyak.

Jadi ketiga, kejelasan dalam peraturan. RUU ini memberi kuasa luas berkaitan dengan penggunaan maklumat kad pengenalan dan juga syarat pengambilan data biometrik. Jadi, fleksibiliti itu berguna tetapi Parlimen tidak boleh menandatangani cek kosong. Jadi, peraturan mesti jelas, dibentangkan dengan teliti dan direka bagi mencegah apa jua penyalahgunaan yang mungkin berlaku.

Jadi, Puan Yang di-Pertua, RUU ini adalah satu naik taraf yang amat diperlukan. Teknologi tinggi yang bagus, tepat pada masanya. Dan ia memang boleh memberi satu impak yang besar. Jadi, marilah kita memperhalusi RUU ini dan supaya ketika kita menutup pintu kepada pemalsuan, salah guna dan sebagainya, kita dapat menguncikan keyakinan rakyat.

Jadi, Puan Yang di-Pertua, RUU ini memang sebuah RUU yang bagus dan Bukit Bendera memang menyokong. Tapi apa-apa pun dengan biometrik, peraturan yang jelas dan ketulusan, kita bukan sahaja menaik taraf MyKad, kita menaik taraf keyakinan rakyat sepertimana yang telah dinyatakan. Jadi dengan itu, Bukit Bendera menyokong.

draft • 5:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 5:11 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Puan Yang di-Pertua, saya berdiri menyokong Rang Undang-undang Pendaftaran (Pindaan) 2025.

draft • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pindaan ini amat penting dalam membawa tatakelola sistem pendaftaran dan kewarganegaraan negara ke era digital dengan tujuan meningkatkan kecekapan, ketelusan, integriti dan keselamatan data iaitu melalui sistem biometrik.

Namun, dalam menyatakan sokongan ini, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa isu pendaftaran dan kewarganegaraan tidak hanya tentang soal teknikal, tetapi ia merupakan soal integriti dan kedaulatan negara. Sejarah telah menunjukkan kelemahan dalam sistem ini yang membawa kesan yang amat besar terhadap kependudukan negara, khususnya di negeri Sabah.

Puan Yang di-Pertua, pada tahun 2006, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai integriti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Bernard Dompok ketika itu, Ahli Parlimen Ranau, telah membangkitkan persoalan serius mengenai salah guna kuasa, pemberian kad pengenalan secara tidak sah. Malah laporan tersebut, Hansard dia ada sini, Puan, [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] saya bawa di sini. Malah laporan tersebut menyebut kebenaran manipulasi proses pendaftaran yang melibatkan salah laku, salah guna kuasa yang telah dibuat oleh orang yang berkepentingan politik.

Berdasarkan laporan pada ketika itu, wujud percanggahan antara jumlah penduduk Sabah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara berbanding jumlah penduduk Sabah yang dikeluarkan Jabatan Statistik yang kini dikenali sebagai Jabatan Perangkaan Malaysia. Menurut laporan yang dikemukakan Timbalan Pengarah JPN dalam pendengaran awam jawatankuasa tersebut, jumlah penduduk Sabah pada tahun 2000 hanya dua juta. Lebih kurang dua juta penduduk, juta orang.

Manakala sumber laporan Jabatan Perangkaan pada tahun yang sama bagi penduduk Sabah ialah berjumlah lebih kurang sebanyak 2,499,389 orang. Ini merupakan satu percanggahan yang sangat besar iaitu perbezaan sekitar 400,000 orang. Pada Tuaran, ini menimbulkan satu persoalan yang besar. Siapakah 400,000 orang ini? Mengapa data yang dikeluarkan ini tidak sama?

Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai integriti pada ketika itu. Di dalam laporan prosiding jawatankuasa ini juga menyaksikan semua ahli-ahli membangkitkan persoalan ini termasuk mempersoalkan rekod-rekod kelahiran yang mencurigakan di beberapa kawasan seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Kunak.

Kemudian, Suruhanjaya Siasatan Diraja akhirnya Jawatan Kuasa Pilihan Khas Parlimen ini telah mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja

draft • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

ditubuhkan dan akhirnya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja telah ditubuhkan pada tahun 2012, iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah. Dan setelah suruhanjaya ini mengadakan pendengaran awam, pelbagai testimoni yang telah memberi banyak sarat dengan pelbagai bukti mengenai pengeluaran kad pengenalan biru yang tidak sah melalui salah guna kuasa.

Antara dibangkitkan ialah kewujudan projek IC. Projek politik yang menyalahgunakan proses pendaftaran bagi mengubah komposisi demografi dan daftar pemilih. Saksi- saksi mendedahkan bagaimana kelemahan kawalan institusi membuka ruang manipulasi berskala besar.

draft • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Puan Yang di-Pertua, dalam hal ini, saya ingin membuat sedikit perbandingan antara Sabah dan Sarawak dari segi pendudukan, hasil daripada manipulasi, hasil daripada salah laku yang telah dibuat oleh orang-orang yang terlibat ini.

Penduduk Sabah pada 1960 ialah hanya 450,421 orang, manakala Sarawak pada ketika itu mempunyai 744,529. Namun, pada tahun 2024, tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk Sabah ialah sebanyak 3.75 juta berbanding Sarawak hanya 2.5 juta. Statistik ini menunjukkan penduduk Sabah bertambah secara drastik mengatasi penduduk Sarawak dengan lebih satu juta orang, sedangkan pada tahun 1960, penduduk Sarawak 300 lebih ribu lebih banyak daripada Sabah.

Dan menurut dua saksi dalam pendengaran awam yang ada dalam Hansard ini, Puan, iaitu Jabar Khan dan Hassnar Ebrahim, juga dalam sesi pendengaran awam RCI, pertumbuhan penduduk luar biasa di Sabah adalah disebabkan oleh perbuatan manipulasi projek politik atau projek IC.

Justeru, Tuaran ingin bertanya, bilakah semua syor laporan RCI mengenai PTI di Sabah ini akan dilaksanakan oleh kerajaan? Sebab, sehingga pada hari ini, rekomendasi dalam laporan RCI itu tidak dilaksanakan.

Puan Yang di-Pertua, pengajaran daripada laporan-laporan ini jelas wujudnya kelemahan dalam undang-undang, sistem semak imbang dan perlindungan institusi.

Justeru, dalam mendigitalkan urusan pendaftaran, kita mesti memastikan kelemahan lama tidak diulang dalam bentuk baharu.

Tuaran ingin mencadangkan, yang pertamanya, klausa anti-manipulasi.

Sebarang perubahan status kewarganegaraan mesti melalui proses undang-undang terbuka, bukan arahan pentadbiran. Audit bebas berkala oleh badan yang melapor terus kepada Parlimen, bukan hanya kepada eksekutif. Jejak audit digital yang kekal

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

agar setiap transaksi pendaftaran boleh dijejak dan tidak boleh dipadamkan. Yang keempat, peranan Parlimen diperkukuhkan supaya proses ini diawasi secara berkala melalui jawatankuasa pilihan khas.

Puan Yang di-Pertua, terkait dengan digitalisasi ini juga...

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, ini menggulung sudah ini, Puan. Tuaran tertarik dengan kenyataan Presiden Sarawak Federation of Chinese Association, Dato Richard Wee, di dalam portal Dayak Daily pada 24 Ogos 2025. Ia berhubung dengan prosedur pembaharuan lesen perniagaan dan pendaftaran syarikat yang masih lagi dilakukan secara manual. Beliau menyeru proses tersebut dilaksanakan secara atas talian. Ini kerana beberapa keterlewatan yang tidak sepatutnya berlaku akan terjadi akibat proses masih dilaksanakan secara manual. Ini saya sebut kerana pendigitalan ini penting. Dan dibuat dengan online ini penting sebab ini akan melicinkan lagi urus tadbir, sama ada dalam hal perniagaan atau hal dalam pendaftaran.

Puan Yang di-Pertua, kita mesti belajar daripada sejarah. Seperti yang saya nyatakan awal tadi, kita tidak boleh biarkan isu projek IC berulang dalam bentuk digital. Digitalisasi tanpa integriti hanya akan mempercepatkan salah guna dengan cara yang lebih canggih.

Oleh itu, saya mohon penuh rang undang-undang ini tetapi dengan penegasan bahawa pelaksanaannya mesti berlandaskan integriti, ketelusan dan perlindungan institusi yang kukuh sebagaimana diingatkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti pada tahun 2016 itu dan juga daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.

Dengan itu, Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 5:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, Jerlun juga mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78] Pindaan 2025 pada hari ini.

Saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memodenkan sistem identiti digital. Namun, saya tegaskan di sini bahawa modenisasi tidak boleh mengabaikan hak rakyat, privasi dan kebertanggungjawaban eksekutif.

draft • 5:24 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Merujuk fasal 2, seksyen 2 dipinda dengan memasukkan tafsiran “biometric data”. Teknologi biometrik sememangnya menjanjikan satu dimensi keselamatan yang tinggi seperti cap jari, wajah, iris dan suara adalah identiti unik setiap insan yang sukar ditiru. Teknologi biometrik mempunyai kaitan secara langsung dengan Identiti Digital Nasional ataupun IDN atau Digital ID.

Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital. Bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian. Jika pindaan ini diluluskan, teknologi biometrik yang dihubungkan dengan Digital ID memudahkan pengesahan dan pengagihan bantuan dalam situasi krisis atau bencana alam, sekali gus memastikan bantuan cepat dan tepat sampai kepada mereka yang memerlukan.

Saya merujuk pandangan Dato’ Ahmad Noordin bin Ismail, Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Disember 2023. Dia menyatakan Digital ID mampu mengurangkan birokrasi dan mengoptimumkan impak penyaluran subsidi kerajaan dengan membantu proses penyaluran bantuan kepada golongan sasaran secara terus, lebih tepat dan berkesan. Namun begitu, dalam keterujaan kita menerima teknologi ini, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa cabaran pelaksanaannya tidak boleh dipandang ringan.

Negara kita bakal berdepan dengan tiga isu pokok yang perlu dimitigasi secara menyeluruh. Pertama, risiko kebocoran data. Kedua, kepatuhan terhadap kerangka perundangan yang kukuh. Dan yang ketiga, tahap penerimaan serta kefahaman pengguna terhadap teknologi ini.

Oleh itu, kerajaan perlu meneliti isu penting iaitu kemungkinan Digital ID dijadikan sebagai ‘mule ID’ atau ‘keldai ID’ oleh pihak ketiga dengan identiti digital yang sepatutnya melindungi data pengguna boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan atau aktiviti haram. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa terdapat langkah-langkah keselamatan yang kukuh untuk mencegah penyalahgunaan Digital ID dan menjaga integriti sistem bagi mengelakkan ia disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan Digital ID ini.

Keselamatan sistem biometrik bukanlah terletak semata-mata kepada keupayaan alat pengimbas atau sensor. Ia bergantung sepenuhnya kepada kewujudan satu pendekatan keselamatan berlapis atau multi-factor authentication, dengan izin, yang mantap dan penggunaan end-to-end encryption dari saat data

draft • 5:24 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

dikutip, disahkan sehinggalah ia disimpan. Jika ekosistem keselamatan ini tidak dibina secara menyeluruh, maka walaupun data yang dikutip itu datang daripada ciri- ciri tubuh yang paling unik sekalipun, ia tetap akan kekal terdedah dan terancam.

Malaysia perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku di India pada Mei 2024 yang lalu. Sebuah pangkalan data tidak dilindungi dengan kata laluan yang dimiliki oleh dua firma India, ThoughtGreen Technologies dan Timing Technologies ini dua syarikat di India yang terbabit― terdedah melibatkan hampir 500 gigabait data biometrik termasuk cap jari, imbasan wajah, tanda tangan, butiran fizikal seperti tanda lahir dan parut di badan melibatkan jutaan pegawai polis, tentera, guru dan kakitangan kereta api. Data ini juga disyaki dijual melalui Telegram. Kes ini mengingatkan kita bahawa data biometrik tidak boleh ditarik balik. Sekali bocor, ia kekal terdedah.

Oleh itu, Jerlun menyarankan agar kerajaan tidak hanya memberi fokus kepada pengumpulan data biometrik sahaja tetapi perlu memberi keutamaan kepada tiga aspek yang penting. Pertama, pembinaan ekosistem keselamatan digital yang menyeluruh. Kedua, pematuhan undang-undang perlindungan data yang ketat. Dan yang ketiga, pendidikan dan kesedaran pengguna mengenai hak dan risiko mereka.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 27 Ogos 2025.

draft • 5:24 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026