Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mula sesi pada hari ini Majlis untuk soalan-soalan pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Saya mempersilakan Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Yang Berhormat Lubok Antu.
1. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu]: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Lubok Antu minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah langkah-langkah pencegahan dan intervensi yang diambil oleh kementerian bagi mengatasi unsur-unsur pengintipan yang berlaku dan mampu menjejaskan keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Lubok Antu.
Ancaman pengintipan ini Tuan Yang di-Pertua oleh elemen asing, kita klasifikasikan sebagai isu keselamatan yang sangat serius, yang perlu kita tangani secara total. Seluruh negara di dunia berdepan dengan ancaman yang sama. Negara kita juga tidak terkecuali.
Pengintipan ini adalah satu kegiatan, satu aktiviti mencuri ataupun mendapatkan maklumat rahsia, maklumat sensitif tanpa kebenaran untuk tujuan politik, ketenteraan, ekonomi. Pengintipan ini dia ada modus operandinya yang khusus.
Pertama, dia akan mula dengan dia akan kenal pasti target dulu. Kemudian dia akan dapatkan data, dia buat profiling. Kemudian dia akan faham tentang struktur organisasi.
Kemudian modus operandinya boleh dalam bentuk dia rekrut orang dalam ataupun dia datang dalam bentuk dia jadi pelancong misalnya. Kalau orang dalam dia janjikan habuan, ada juga orang dalam yang dia rekrut terpaksa tunduk kerana dengan ugutan, ada juga rekrut orang dalam ini dia buat dengan dia tanam ideologi.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Modus operandi juga dikesan dengan cara cyber espionage. Dia dapatkan akses sistem maklumat melalui jaringan secara sulit, dia buat cara pitching ataupun disisipkan malware atau spyware dan dia akan curi maklumat sedikit demi sedikit. Maklumat yang dia dah dapat, dia akan kirim balik kepada tuan yang dia bekerja melalui dark web ataupun melalui encrypted communication. Kalau kita orang biasa tengok tak faham, but dia akan menggunakan segala macam sistem coding. Akhir sekali, dia akan cuba untuk mengelak daripada tertangkap.
Negara kita sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang kita buat untuk membendung atau menghadapi ancaman ini. Pertama, kita buat aktiviti pencegahan ataupun prevention.
Yang kedua kita detect, kita kesan. Yang ketiga kita buat penguatkuasaan.
Pencegahan — kita akan pantau senarai syak dari masa ke semasa. Di negara kita, pasukan keselamatan kita ada sejumlah senarai syak atau senarai hitam, kita pantau.
Yang kedua, kita tingkatkan keupayaan kepakaran unit siber kita, terutama badan- badan perisikan dalam negara. Kita akan koordinat program keselamatan maklumat dalam mengendalikan data-data kritikal dan sensitif. Tentunya kita kena ada kerjasama dengan badan-badan intelligence antarabangsa, termasuk INTERPOL dan ASEANAPOL dan tapisan keselamatan yang lebih cermat, terutama melibatkan pihak asing yang bekerja dalam negara kita.
Dari segi penguatkuasaan, kita ada sejumlah akta. Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan, kita ada SOSMA, kita libatkan juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram
(AMLA), Akta Imigresen, Akta Komunikasi.
Yang di-Pertua, bila penguatkuasaan kita pernah tangkap seorang perempuan namanya Nidarahayu Zainal, umur baru 30-an. Dia ada tiga orang anak dan dia direkrut oleh Perisikan Israel. Misinya adalah untuk menculik dua lelaki Palestin, Omar Albelbaisy dan Muhammad Al-Hadad. Ini berlaku 28 September 2022. Kita selamatkan. Dua lelaki Palestin ini dapat kita selamatkan oleh pasukan polis kita. Nidarahayu kita tangkap dan sekarang sedang dibicarakan, belum habis lagi. Ini satu contoh bagaimana modus operandi dibuat.
Tujuan pengintipan ini untuk tujuan apa? Politik, sebab dia direkrut oleh ejen Mossad Israel. Dia warga tempatan, kelulusan SPM saja, anak tiga. Ini berlaku. Sebab itu langkah yang kita ambil adalah bertepatan kerana ini membabitkan isu keselamatan yang saya anggap sebagai serius dan ini adalah tugas hakiki kami di Kementerian Dalam Negeri, khususnya pasukan polis dan perisikan kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Lubok Antu, soalan tambahan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan diberikan dan juga saya ingin berterima kasih kepada semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dengan tangkasnya membendung dan mengenal pasti pengintip-pengintip di Malaysia.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Jadi, saya ingin bertanya dari sudut perundangan dan hubungan antarabangsa, adakah perisik atau pengintip antarabangsa yang telah ditangkap dan disabitkan kesalahan di Malaysia akan diekstradisi ke negara asal mereka dan apakah negara-negara yang mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Lubok Antu. Kalau mereka jelas-jelas, terang-terang melakukan kesalahan dalam negara kita atas aktiviti pengintipan kita tangkap, kita siasat, kita bawa ke muka pengadilan dan sabit kesalahan. Setelah dia menjalani hukuman penjara, selesai hukuman penjara, kita akan hantar dia balik. Kita deport dia. Kalau ekstradisi, kita ada 11 negara yang kita ada perjanjian ekstradisi.
Ekstradisi ini kalau dia tu melakukan juga kesalahan di negara dia, kemudian dia datang ke negara kita. Jadi, negara dia beritahu negara kita, dia tu dalam senarai dikehendaki. Kalau negara kita dengan negara dia ada perjanjian ekstradisi, kita akan gunakan kaedah ekstradisi, tapi dalam kes ini lebih tepat kita deport dia, hantar dia balik dan sekali gus kita letak dia dalam senarai hitam.
Kita ada 11 negara yang kita ada ekstradisi lah yang kita pernah guna pakai ya.
Amerika misalnya, Indonesia, Thailand, Australia, itu sebahagianlah daripadanya. Jadi, memang ada kes yang kita guna pakai kaedah deportasi sejurus selepas mereka menjalani hukuman. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan daripada saya, saya nak tahu sehingga kini, berapa banyak negara asing yang menghantar ejen-ejen dia ke Malaysia dan sejauh mana ancaman ini memberi kesan kepada keselamatan dan juga kedaulatan negara Malaysia. Itu saja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Ketereh. Bekas askar, dia faham sangatlah ya.
Ketereh, soalannya adalah berapa ramai, berapa banyak negara yang menghantar ejen dalam negara kita? Kalau kita boleh tahu ejen pengintip ni, mudah kerja kita. Yang kita tahu dia buka kedutaan di negara kita. Dia ada duta, dia ada pesuruhjaya tinggi, dia ada kakitangan kedutaan, ataupun dia ada kakitangan ambilan tempatan. Itu struktur dalam sebuah negara, macam kita di negara luar juga.
Jadi, apakah kita tahu kehadiran ejen pengintip? Kita tak tahu. Sebab itu saya sebut tadi, modus operandi aktiviti pengintipan ini sifat dia sangat rahsia dan sulitlah. Sebab itu kita guna pakai tiga kaedah tadi. Kita mesti lebih kompeten dari segi perisikan. Jadi, itu apa
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
namanya perkara yang kalau ditanya kepada saya, kita punya keupayaan yang sangat baik dalam membuat pengesanan, contoh-contoh yang telah kita senaraikan tadi. Kita punya sejarah yang lama dan baru juga dalam mengesan aktiviti pengintipan. Yang jelas ialah ianya satu potensi ancaman yang sangat serius, terutama dalam geopolitik negara kita sekarang.
Boleh jadi kerana ketegasan Tambun dalam isu Gaza misalnya, kuat mengkritik negara yang terlibat misalnya. Kemudian di negara kita ada sejumlah NGO yang aktif memperjuangkan isu itu. Sebab itu negara kita boleh saja menjadi negara sasaran bagi negara Israel umpamanya. Dia boleh. Sebab itu, saya sebut aktiviti penyusupan ini boleh jadi ekonomi, boleh jadi politik, boleh jadi ketenteraan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Majlis ke soalan yang ke-2. Saya mempersilakan Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Sibu.
2. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua.
Saya meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, adakah Malaysia boleh menghoskan F1 lagi dan bagaimanakah Sepang International Circuit memaksimumkan penggunaan SIC, supaya ia membawa sumbangan dan manfaat kepada negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini banyak soalan dalam media sosial bertanyakan mengenai kemungkinan Malaysia menjadi penganjur kepada Kejohanan F1 sekali lagi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, aktiviti sukan bermotor adalah salah satu aktiviti yang tersenarai di dalam Jadual Pertama, seksyen 2 Akta Pembangunan Sukan 1997.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, buat masa ini Malaysia tidak merancang menganjurkan Kejohanan Formula 1 memandangkan kos yuran, hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi dan kalendar perlumbaan yang padat.
Kejohanan F1 mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 1999 dan Malaysia merupakan negara pertama di Rantau Asia Tenggara yang menganjurkan acara perlumbaan berprestij ini. Malaysia terus menjadi salah satu destinasi perlumbaan F1 untuk 19 tahun, tetapi akibat daripada yuran penganjuran yang meningkat saban tahun dan ketibaan penonton yang semakin lama semakin berkurangan, Malaysia telah berhenti menganjurkan kejohanan tersebut pada 1 September 2017.
Sebelum kita dapat mempertimbangkan kembali penganjuran semula kejohanan F1 di Malaysia, beberapa faktor perlu diteliti dengan lebih terinci. Satu, kos yuran dan hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi. Penganjuran Kejohanan F1 akan memerlukan kerajaan untuk melabur sekitar RM300 juta setahun untuk membayar yuran hak penganjuran kepada Liberty Media iaitu pemegang hak komersial F1. Secara amnya, Malaysia perlu mengikat kontrak penganjuran sepanjang tiga hingga lima tahun dengan
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Liberty Media dan ini akan melibatkan komitmen yuran hak penganjuran Kejohanan F1 sekitar RM1.5 bilion untuk tempoh tersebut.
Selain kos yuran hak penganjuran tadi, kos penyediaan litar dan penganjuran acara turut perlu diambil kira. Litar Antarabangsa Sepang masih mengekalkan penarafan homologasi litar Grade 1 FIA dan memerlukan sebanyak RM10 juta setiap tahun untuk memastikan keselamatan litar dan fasiliti sokongan menepati standard penarafan tersebut.
Keduanya, perbandingan kos dengan manfaat kepada rakyat dan atlet. Kos yuran hak penganjuran sebanyak RM300 juta setahun sebenarnya boleh digunakan untuk menampung pelbagai program penting di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Saya bagi contoh, melalui peruntukan tersebut, kementerian dapat melaksanakan program pembangunan 20 jenis sukan yang melibatkan seramai 363 atlet podium serta 9,834 atlet pembangunan bakat dengan kos keseluruhan hanya RM124 juta setahun. Dengan jumlah RM300 juta juga, KBS mampu menampung beberapa kali ganda pelaksanaan program iaitu bersamaan dua tahun ataupun empat tahun Program Podium sedia ada.
Yang keduanya, peruntukan kos penyediaan litar sebanyak RM10 juta boleh menampung program Road to Gold setahun. Bukan itu sahaja, dengan jumlah yang sama, kerajaan sekarang memperuntukkan Geran Padanan Sukan yang bernilai RM30 juta setahun. Dan kalau kita gunakan fi untuk F1, kita boleh tampung GPS untuk 10 tahun dan boleh menjana pelbagai impak ekonomi kepada Malaysia.
Yang faktor kedua, kalender perlumbaan F1 sangat padat. Pada musim 2025, Kejohanan Formula 1 bermula dengan sesi ujian pramusim di Bahrain pada bulan Februari dan pusingan pertama kejohanan tersebut dianjurkan di Australia pada 16 Mac dan terus berlumba di 23 destinasi yang lain. Kalendar perlumbaan kejohanan sekarang sangat padat dan sekiranya Malaysia berminat untuk menganjurkan semula, kita perlu bersaing dengan negara-negara lain untuk merebut tempat di dalam kalendar tersebut.
Sebagai contoh, Singapura telah menganjurkan F1 semenjak tahun 2008 dan Thailand juga bakal menjadi salah satu destinasi Perlumbaan F1 bermula tahun 2028.
Penganjuran oleh negara lain dalam Rantau Asia Tenggara boleh menjejaskan pulangan penganjuran di Malaysia.
Jadi, rumusannya Tuan Yang di-Pertua, satu, F1 merupakan satu acara sukan yang sangat berprestij dan diikuti oleh ramai peminat di seluruh dunia. Jadi, kalau kita mampu, it’s a good to have F1 event in Malaysia. Yang keduanya, dana yang diperlukan untuk membayar yuran hak penganjuran amat tinggi dan bermakna dana tersebut boleh digunakan untuk menampung keperluan sukan yang lain sekarang.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Yang ketiga, F1 Malaysia tidak menutup peluang sepenuhnya untuk F1 kembali. Jika ada pihak korporat yang berminat untuk menampung keperluan bagi yuran hak penganjuran F1, pihak yang berminat boleh menghubungi Sepang International Circuit untuk perbincangan lanjut. Kita terbuka dan kita boleh bekerjasama.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Empat, SIC kini menumpukan semua usaha kepada penganjuran acara MotoGP di Malaysia yang mampu memberikan nilai dan manfaat ekonomi yang lebih tinggi dengan kos yuran hak penganjuran yang jauh lebih rendah iaitu satu suku kos, berbanding yuran hak penganjuran F1. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sibu, soalan tambahan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih. Jawapan yang baik dari Menteri.
Jadi, bagaimanakah penggunaan Sepang International Circuit ini boleh digunakan supaya ia boleh membawa manfaat dan menyokong industri sukan negara kita?
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Sepang International Circuit ini bukan white elephant project. Kerajaan MADANI dengan komitmen untuk memudahkan akses rakyat kepada kemudahan fasiliti sukan, SIC telah dibuka kepada pengunjung awam melalui program SIC Time Out. Saya bagi contoh tahun 2023, kita telah buka circuit kita dua kali setahun kepada 2,400 orang. 2024, tiga kali setahun kita buka SIC dan tahun ini juga tiga kali setahun, menarik minat 4,500 orang.
Apa program yang kita lakukan di SIC? Program komuniti, memberi akses percuma kepada rakyat untuk melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal, bermain papan selaju dan kasut roda dan pelbagai aktiviti lain. Kita nak pembayar cukai mempunyai akses kepada fasiliti yang first class ini.
Dalam pada itu, penganjuran tahunan PETRONAS Grand Prix of Malaysia (MotoGP) menarik kehadiran penonton hampir 185,000 orang pada tahun lepas, menjana nilai tambah impak ekonomi sebanyak RM329 juta pada tahun lepas dan mencipta 4,463 peluang pekerjaan kepada rakyat. Jadi, SIC menjadi destinasi pilihan untuk penganjuran acara antarabangsa berprofil tinggi seperti Super GT, Michelin 24H, Series Middle East, GT World Challenge Asia, Asia Le Mans dan acara-acara perlumbaan tempatan seperti Malaysia Touring Car Championship, Malaysian Cup Prix, Malaysia Superbike Championship (MSBK) terus menyemarakkan industri sukan pemotoran negara.
Saya sendiri ada host satu open day dengan duta-duta di Malaysia supaya mereka juga tahu bahawa mereka boleh menganjurkan pelbagai aktiviti di Sepang International Circuit.
Dan yang akhirnya, kita sudah mula lihat penganjuran konsert dan Kejohanan SUKMA 2026 untuk acara pembukaan. Menteri Besar Selangor juga telah mengumumkan, mereka akan menggunakan Sepang International Circuit sebagai venue untuk perasmian SUKMA tahun depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kita Malaysia mungkin tidak lagi melihat untuk mengembalikan sukan Formula 1 dan kita memberikan tumpuan kepada sukan MotoGP.
Soalan saya ialah, pihak KBS pernah mengumumkan untuk berusaha memperjuangkan penurunan tiket MotoGP, 25 peratus pada tahun 2023. Jadi soalan saya, apakah status perjuangan KBS untuk mendapatkan subsidi ataupun diskaun tiket 25 peratus daripada Kerajaan Negeri Selangor? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Sejak dua tahun yang lalu, Yang Berhormat, Kerajaan MADANI telah mempromosikan konsep tiket RAHMAH untuk yang berminat MotoGP. Tahun lepas, saya tak ada data terkini, tapi saya akan bagi secara bertulis untuk penjualan tiket RAHMAH. Untuk tahun ini, untuk 24 jam pertama selepas pengumuman press conference, kita umumkan tiket jualan RAHMAH, ‘Buy One Free One’ untuk masyarakat yang mahu bersama kita. Jadi kita nak pastikan rakyat mempunyai akses kepada Sepang International Circuit seperti MotoGP.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, tahun lepas kita telah menjemput semua Ahli Parlimen untuk datang untuk MotoGP supaya wakil rakyat tahu, ini adalah nilai kejohanan seperti MotoGP di Sepang International Circuit dan mereka boleh bersama kita untuk mempromosikan. Jadi yang berminat boleh ikut media sosial Sepang International Circuit dan kita tahu mereka sekarang sedang giat mempromosikan penjualan tiket RAHMAH. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selanjutnya saya ke – Majlis ke soalan yang ke-3. Saya mempersilakan Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.
3. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, minta Perdana Menteri. Saya ingat Perdana Menteri nak jawab tadi sebab dia ada — menyatakan, adakah amalan perolehan secara runding terus masih diamalkan oleh agensi Tabung Haji, satu badan berkanun di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Tuan Yang di- Pertua, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya kita dapat berhimpun dalam Dewan yang mulia ini.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan para sahabat seluruhnya.
Dalam kita membahaskan sesuatu isu yang menyentuh kepentingan umat dan rakyat, saya ingin menggesa diri saya dan kita semua untuk sentiasa mengamalkan adab dalam berbeza pendapat. Firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat al-Quran] Dan taatlah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu bantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan-mu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. Rasulullah juga bersabda, orang mukmin yang paling sempurna iman ialah yang paling baik akhlaknya.
Tuan Yang di-Pertua, hadis ini menjadi pedoman bahawa perbezaan pendapat tidak boleh menghapuskan adab dan akhlak. Lebih-lebih lagi di Dewan yang mulia ini.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Tabung Haji ditubuhkan sejak tahun 1963 dengan objektif jelas, selari dengan hasrat pengasasnya Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz iaitu sebagai institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam Malaysia bagi urusan menaikkan Rukun Islam kelima. Bergerak seiring dengan masa, TH telah melalui pelbagai transformasi yang strategik dan penambahbaikan yang berterusan dalam menggalas amanah dengan penuh integriti dan tanggungjawab demi memberikan pengalaman yang terbaik kepada para pendeposit serta jemaah haji negara.
Selari dengan objektif utamanya, TH sentiasa berusaha untuk menarik minat umat Islam menyimpan secara konsisten bagi menunaikan ibadah haji kerana ibadah khusus ini pastinya memerlukan usaha yang berterusan. Justeru, TH ditubuhkan untuk membolehkan jemaah haji menabung sedikit demi sedikit dalam keadaan yang selamat dan terjamin bagi menunaikan ibadah haji dan dalam masa yang sama kekal dalam keadaan kewangan yang stabil selepas menunaikan ibadah haji.
Bagi mencapai matlamat ini, pengurusan tertinggi tabung haji telah melaksanakan kajian yang mendalam dan teliti serta proses semakan berkala terhadap proses kerja bagi memastikan kelangsungan institusi ini berdiri teguh menyampaikan khidmat.
Dalam usaha berkenaan, Tabung Haji telah melaksanakan pelbagai langkah strategik untuk mengukuhkan fungsi dan peranannya untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik serta kepentingan pendeposit sebagai pihak berkepentingan utama. Usaha meningkatkan perkhidmatan ini pastinya memerlukan kerjasama dan kepakaran daripada pelbagai pihak. Kepakaran pihak-pihak yang memberi perkhidmatan kepada Tabung Haji ini pastinya mengambil kira kepentingan organisasi dan akhirnya hasil daripada perkhidmatan berkenaan memberi kebaikan dan kesan positif berpanjangan kepada 9.6 juta pendeposit TH.
Ingin ditegaskan di sini, sebarang pembekal perkhidmatannya dan TH telah melalui proses saringan pemilihan yang ketat dan mematuhi sepenuhnya polisi dan garis panduan perolehan sedia ada dengan dikawal selia secara rapi oleh Ahli Lembaga Pengarah. Polisi dan garis panduan perolehan TH telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada Disember 2021 dan dikuatkuasakan pada Mac 2022. Kaedah perolehan yang dilaksanakan di Lembaga Tabung Haji melibatkan proses tender atau rundingan terus, di mana kebanyakan perolehan dilakukan melalui proses tender.
Pada tahun 2012, TH telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk dikecualikan daripada proses perolehan kerajaan dan kuasa melantik itu diberikan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
sepenuhnya kepada ahli lembaga pengarah. Merujuk kepada pertanyaan yang pernah diajukan sebelum ini, saya ingin menegaskan bahawa TH melalui proses rundingan terus yang ketat, telah memilih konsortium gabungan syarikat-syarikat perunding yang memiliki kepakaran berbeza berdasarkan keperluan khusus bagi menyusun semula strategi untuk memberi nafas baharu kepada institusi, terutamanya fungsi tabungan bagi menangani kedudukan simpanan yang rendah di kalangan pendeposit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Rundingan terus merupakan kaedah perolehan yang dibenarkan dalam keperluan tertentu, terutamanya bagi perkhidmatan strategik yang memerlukan kepakaran khusus seperti khidmat perundingan strategik, tinjauan dan kajian pasaran dan lain-lain perkhidmatan yang tidak dapat diperolehi melalui proses tender biasa dengan tujuan untuk memelihara kepentingan pendeposit TH.
Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Pemilihan ini telah melalui proses tadbir urus yang ketat, merangkumi penilaian kepakaran teknikal dan komersial yang menyeluruh, rundingan harga serta kelulusan jawatankuasa tender dan seterusnya lembaga pengarah bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan nilai terbaik kepada organisasi.
Selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap Tabung Haji, buat ke sekian kalinya, saya ingin menyatakan bahawa saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan TH iaitu Pengerusinya, Tan Sri Rashid Hussain, seorang tokoh korporat yang terbukti ketokohannya dalam urusan execution dengan izin dan saya mendapati penjelasan berkaitan runding terus TH kepada syarikat terbabit mempunyai kewajaran dan justifikasi yang munasabah. Syarikat yang dilantik juga tidak terlibat dalam perkara dan urusan dasar TH kerana strategi dan pengurusan akhir adalah terletak kepada kepimpinan TH.
Saya mohon dengan penuh keikhlasan supaya kita semua membantu kerajaan dalam usaha memelihara Tabung Haji. Janganlah sehingga perbahasan kita menyebabkan rakyat hilang keyakinan lalu terdorong untuk mengeluarkan wang simpanan mereka. Perlu kita insafi bahawa implikasi kepada tindakan tersebut sangat besar bukan sahaja kepada institusi Tabung Haji, malah kepada rakyat sendiri kerana simpanan inilah yang menjadi jalan untuk mereka menunaikan haji.
Akhir kalam, Tuan Yang di-Pertua, marilah kita sama-sama berpegang kepada firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.” Mudah-mudahan dengan semangat persaudaraan, penuh adab dalam perbezaan serta iltizam menjaga amanah, Allah SWT terus memberkati usaha kita dalam memelihara Tabung Haji demi maslahat umat dan negara.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk menghabiskan penjelasan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, silakan. Soalan tambahan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya hari ini rasa lega apabila Menteri telah mengesahkan apa yang saya bertanya beberapa hari lalu sehingga Menteri tidak menjawab secara tepat soal projek yang dianugerahkan kepada Five Grand Communication ini sama ada runding terus, selective tender ataupun open tender. Hari ini Menteri mengesahkan memang ini adalah projek runding terus.
Soalan saya Yang Berhormat. Pada tahun 2024, 9 Januari, Berita Harian melaporkan, “Tiada runding terus di bawah MADANI.” Kata Perdana Menteri. Saya faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri panjang lebar tadi. Sekiranya ada keperluan khusus, kepakaran yang tak boleh dijumpai, maka dipilih secara rundingan terus melalui kebenaran yang disebutkan oleh Menteri tadi.
Persoalan yang berbangkit kepada syarikat yang dilantik ini, syarikat dilantik untuk rebranding imej strategik entiti Islam seperti Tabung Haji diberi kepada syarikat bukan Islam.
Apakah ini keperluan khusus yang tidak dapat diperolehi daripada mana-mana syarikat Islam yang lain? Sedangkan, dalam negara kita ini ada berpuluh-puluh syarikat yang telah pun established Muslim dan boleh buat kerja-kerja rebranding ini.
Satu lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat sebut tadi digabungkan beberapa konsortium. Bermakna syarikat yang Yang Berhormat lantik, Five Grand Communication ini, dia secara sendiri tidak boleh melaksanakan kerja rebranding end to end. Jadi, kalau begitulah, pada hemat rakyat di luar sana, ini tak sepatutnya berlaku...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
…Kerana kalau tiga syarikat yang dilantik, sudah pasti kosnya akan lebih meningkat. Mengapa tidak dilantik hanya satu syarikat yang boleh buat kerja end to end Yang Berhormat? Terima kasih Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa atas soalan tambahan yang dikemukakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Sepertimana yang saya jelaskan sebentar tadi Dato’ Yang di-Pertua, bahawa pada tahun 2012, Tabung Haji telah menerima
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk dikecualikan daripada proses perolehan kerajaan dan kuasa melantik itu diberikan sepenuhnya kepada ahli lembaga pengarah...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Yang ini yang telah diputuskan pada tahun 2012. Dan saya telah jelaskan juga dalam jawapan saya di awal tadi itu dan saya telah sebut pada dua hari lepas tentang lebih daripada 81 peratus kaedah yang dilaksanakan oleh Tabung Haji adalah melibatkan tender terbuka. Cuma, kalau kita lihat, Dato’ Yang di-Pertua, hasrat daripada Tabung Haji ialah untuk memastikan supaya amalan runding secara terus ini dapat dikurangkan. Contohnya, tahun 2022, daripada 16 peratus, kemudian tahun 2023 diturunkan kepada 15 peratus dan kemudian tahun 2024 diturunkan kepada ― 15 kepada 12 peratus. Jadi, maknanya ada usaha di pihak Tabung Haji untuk memastikan supaya kaedah runding terus ini dikurangkan. Maknanya secara keseluruhannya adalah melibatkan kaedah tender terbuka.
Berkaitan dengan konsortium yang diwujudkan tersebut, setiap syarikat-syarikat yang dibentuk dalam konsortium tersebut, ada saya dijelaskan oleh Tan Sri Pengerusi Tabung Haji bahawa syarikat yang terlibat dalam konsortium tersebut ada niche ataupun pengalaman serta kepakaran masing-masing tersebut. Jadi, atas dasar tersebutlah, maka dilantik syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran tersendiri untuk mengendalikan usaha penjenamaan ataupun rebranding ini.
Sukacita Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan ― sebab Tan Sri Pengerusi Tabung Haji ini memang terkenal kepakaran dia dalam bidang rebranding sebab semasa beliau dalam RHB dulu memang banyak usaha-usaha rebranding yang beliau telah buat yang melibatkan RHB. Jadi, atas dasar tersebutlah apabila penjelasan dan pencerahan itu diberikan oleh Tan Sri Pengerusi, maka saya yakin bahawa usaha yang dibuat dan juga dalam pelantikan yang dibuat melibatkan konsortium tersebut itu, insya-Allah akan memberikan kebaikan kepada pendeposit Tabung Haji dan juga memastikan bahawa institusi Tabung Haji ini akan dapat manfaat daripada usaha rebranding tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, kita tidak belajar daripada kesilapan lampau. Sekarang ini di grup-grup WhatsApp kampung, masjid, heboh mengenai Tabung Haji diuruskan oleh orang Cina dan ada yang menghasut supaya pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.
Detik hitam Tabung Haji pada tahun 2016 harus kita jadikan pengajaran yang mana sehari selepas artikel penghasut bertajuk, “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015.” tersiar pada 9 Februari 2016, telah berlakunya peningkatan pengeluaran luar biasa oleh para pendeposit iaitu sebanyak RM41 juta pada 10 Februari, diikuti RM49.8 juta pada 11 Februari dan RM27.9 juta pada 12 Februari dan dianggarkan nilai keseluruhan yang terlibat sekitar RM500 juta menimbulkan tekanan terhadap kecairan Tabung Haji. Seramai 3,954 pendeposit
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
telah menutup akaun dan seramai 3,105 pendeposit telah hilang kelayakan menunaikan haji pada waktu itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, terus kepada soalan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, Dato’ Speaker, apakah usaha kerajaan untuk mengekang sekeras-kerasnya cubaan pembinaan naratif dan dakwaan jahat terhadap institusi Tabung Haji di pelbagai platform media sosial? Saya mencadangkan supaya tindakan tegas mengikut lunas perundangan diambil terhadap individu yang memanipulasi dan menyebarkan maklumat tidak benar terhadap Tabung Haji ini dengan segera. Tolonglah jangan rosakkan institusi berkepentingan Melayu dan Islam ini daripada nafsu serakah politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Rosak itu bila beri pada yang tak betul. Jangan nak sembunyikan yang tak...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Peraturan 35(1) menyatakan cara dan masa kita bercakap. Jangan langgar, ya. Saya tidak mahu apa yang berlaku awal minggu ini berlaku.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin dan saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin atas keprihatinan beliau untuk melihat supaya isu ataupun masalah yang berlaku sebelum pada ini, kita dapat atasi.
Sepertimana yang saya sebut awal tadi Dato’ Yang di-Pertua, bahawa institusi Tabung Haji ini sangat penting kepada umat Islam di negara kita ini. Almarhum Profesor Diraja sepertimana yang telah saya sebut telah menubuhkan Tabung Haji ini dengan harapan supaya ia ini menjadi satu institusi di mana umat Islam boleh menabung dan kemudian dapat menunaikan haji.
Jadi, maka sudah tentu menjadi tanggungjawab kepada kita semua khususnya di kalangan umat Islam untuk sentiasa menjaga dan memastikan supaya peranan dan tanggungjawab Tabung Haji ini dapat dijalankan dengan baik. Jadi, sebab itulah saya katakan di sini bahawa, kita perlukan kerjasama. Dan dalam konteks apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tampin sebentar tadi, saya maklum tentang beberapa video yang berlegar yang mungkin akan memberi kesan. Ada yang mengajak umat Islam di Malaysia ini untuk keluar daripada simpanan ataupun keluar daripada Tabung Haji. Hasutan-hasutan sebegini tidak memberikan manfaat ataupun kebaikan kepada usaha untuk kita mempertahankan Tabung Haji ini.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Maka, dalam konteks itulah di pihak kerajaan, kita sedang meneliti dan juga tindakan telah diambil. Contohnya, aduan ataupun laporan telah dikemukakan kepada MCMC, laporan polis juga telah dibuat ke atas — ada berapa video yang kita dapati menjurus kepada ke arah hasutan tersebut dan kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan atau menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan siasatan dengan adil.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, di pihak Tabung Haji dan juga agensi- agensi agama, khususnya TV Al-Hijrah, IKIM dan sebagainya, kita akan terus mengadakan kempen penjelasan secara terperinci untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan yang terbit, yang melibatkan Tabung Haji dan kita akan berikan penjelasan ini kepada rakyat.
Semoga dengan penjelasan yang diberikan kepada rakyat, kita harapkan agar semua kita akan sama-sama dapat bekerjasama menolong dan membantu untuk mempertahankan institusi Tabung Haji yang kita sayangi ini. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, peraturan Dewan, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jawapan daripada itu. Peraturan Dewan 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kerana jawapan Menteri itu agak mengelirukan. Berkaitan dengan Five Grand Communication tadi itu. Sama ada runding terus ataupun terbuka, satu. Yang kedua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat yang lain, tolong.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sabar, Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Marah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat yang lain....
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Marah boleh keluarlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Peraturan 35.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jangan marah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pagi-pagi dah marah dah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kena jual. Okey, Dato’....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, Dato’. Cuma persoalan, Tuan Yang di-Pertua, apa...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin. Peraturan 41 itu jelas cara nak bercakap. Bercakap, berdiri. Saya bagi amaran, Yang Berhormat. Lagi sekali Yang Berhormat bangun — kalau nak bercakap, bangun.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Baik Yang di-Pertua. Saya menurut perintah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya bagi amaran, kalau Yang Berhormat berdegil juga...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya marah sebab mengusik institusi agama saya. Itu saya marah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya faham. Saya faham. Di sini...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sama sayalah. Saya marah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, 42 itu bercakap. Bila saya bercakap, Yang Berhormat duduk, dengar. Saya marah sebab saya tengok belakang itu. Saya tak nak anak-anak muda ini mengikut perangai kita nanti di dalam ini kita macam, “Ya Allah, ya Tuhanku”, tapi di luar nanti bagaimana? Adakah kita nak mereka ikut perangai macam kita?
Baik, balik kepada peraturan Dewan. Amaran saya keras.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey, sekarang cakap.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey bereh, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Boleh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih Speaker. Itu baru betul. Cool.
Jawapan yang diberi itu agak mengelirukan. Cuma soalan saya, kenapa perlu rebranding? Kerana Tabung Haji telah dikenal di seluruh dunia. Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, sekarang Yang Berhormat bangkitkan Peraturan 36(12) bermaksud mengelirukan Dewan. Baik, dengar ini ruling saya. Daripada apa yang saya dengar, daripada apa yang saya tafsirkan, saya overrule apa yang Yang Berhormat cakap.
[Tepuk] Kita terus SUDR, ke agenda seterusnya.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebelum kita ke agenda selanjutnya, dengan ini saya sukacita memaklumkan bahawa kehadiran bersama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Heilongjiang Provincial Government yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yu Jian, Timbalan Governor Wilayah Heilongjiang.
Kepada Tuan Yang Terutama Yu Jian dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yu Jian dan delegasi akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan China. Terima kasih.
[Tepuk] Baik SUDR, kita balik kepada Aturan Urusan Mesyuarat. Dengan ini, bagi pertanyaan-pertanyaan Menteri, bagi pertanyaan-pertanyaan menjawab lisan, maaf. Saya silakan pertanyaan yang pertama daripada Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong. Yang Berhormat.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua yang mempunyai kesabaran yang begitu tinggi pagi ini. Soalan saya nombor 1.
1. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, adakah kerajaan mempunyai perancangan menjadikan Sarawak sebagai hab keterjaminan makanan atau 'Zon Tumpuan Keterjaminan Makanan' dalam dasar lima tahun baharu nanti sejajar dengan kejayaan pelaksanaan Sarawak PCDS 2030 dan berakhirnya Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas merupakan dokumen yang penting untuk melakar semua pembangunan negara termasuk berkaitan keterjaminan makanan bagi tempoh lima tahun yang akan datang. Melalui RMK13, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sudah menggariskan tiga strategi utama iaitu:
(i) mempertingkatkan pengeluaran makanan;
(ii) untuk memantapkan keterjaminan bekalan makanan; dan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
(iii) untuk memperkukuh rantaian bekalan makanan.
Bagi menangani isu keterjaminan makanan dalam tempoh RMK13, sektor agromakanan akan memfokuskan kepada projek pengeluaran agromakanan berskala besar, penggunaan teknologi termaju, inovasi dan amalan pertanian mampan. Dalam hubungan ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyambut baik serta menyokong penuh hasrat Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Sarawak sebagai hab keterjaminan makanan, sejajar dengan pelaksanaan Sarawak PCDS 2030. Usaha ini seiring dengan hala tuju nasional dalam memperkukuh sektor pertanian dan industri makanan asas tani demi menjamin keterjaminan makanan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Bagi memacu agenda menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi terbesar negara menjelang 2030, tumpuan diberikan kepada pelaksanaan dan penyiapan 10 projek pembangunan serta penaiktarafan infrastruktur pengairan dan saliran dengan jumlah kos keseluruhan RM271.89 juta. Manakala baki kos projek yang dipohon di bawah RMK13 adalah RM157.8 juta.
Selain itu, tiga projek baharu dicadangkan bagi kawasan IADA Samarahan, Bijat- Stumbin di Sri Aman dan Daro Padi di Mukah dengan jumlah kos sebanyak RM88.3 juta.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Pelaksanaan projek-projek ini akan memastikan kelestarian sumber air, peningkatan hasil padi, serta sokongan infrastruktur yang mampan demi memperkukuh keterjaminan makanan dan mengimbangkan pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dalam sektor tanaman, kerajaan memberi penekanan kepada pengeluaran makanan yang mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap import. Di Sarawak, tumpuan diberi kepada tanaman jagung bijian, bawang dan kopi melalui tiga projek bernilai RM10.21 juta sepanjang RMK13. Usaha ini sejajar dengan sasaran nasional untuk mencapai 30 peratus pengeluaran tempatan jagung bijian menjelang tahun 2040 dan bawang menjelang tahun 2030.
Selain itu, industri nanas turut diberi suntikan baharu di bawah Projek Pemodenan dan Pemerkasaan Industri Nanas Berimpak Tinggi Malaysia Timur. Melalui projek ini, rakyat Sarawak berpeluang menyertai keseluruhan rantaian nilai nanas daripada pengeluaran, pemasaran, pembangunan produk hiliran, pemanfaat sisa, sehinggalah mekanisasi dan automasi bagi meningkatkan produktiviti serta menjadikan industri ini lebih berdaya saing.
Perenggan akhir. Bagi sektor perikanan di Sarawak, tumpuan utama diberikan kepada pengukuhan bekalan benih dan makanan ikan melalui Skim Buy Back benih ikan rakyat serta sokongan kepada pengeluar makanan ikan tempatan bagi mengurangkan kos operasi penternak. Selain itu, infrastruktur asas seperti jalan ladang, bekalan elektrik dan air serta subsidi bahan bakar kepada pengusaha berdaftar turut dipertingkatkan bagi menyokong pertumbuhan industri. Kerajaan yakin Sarawak mampu muncul sebagai zon tumpuan keterjaminan makanan negara dan seterusnya, menjadi pemangkin kesejahteraan rakyat dan pengukuhan daya saing Malaysia di rantau ini. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Batang Sadong. Yang Berhormat menyatakan suara saya tinggi, saya tidak nafikan. Apa yang patut Yang Berhormat buat, menegur rakan-rakan Yang Berhormat di dalam Dewan ini, bukan tegur saya, ya. Faham saya – maksud saya itu. Dan jika Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan ini, 221 rasa saya tak layak. Yang mengangkat saya di atas ini adalah Yang Berhormat-Yang Berhormat usulkan, saya berserah. Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ingin membuat pembetulan sedikit Dato’ Speaker. Maksud saya tadi adalah, saya sangat memuji Dato’ Speaker mempunyai...
[Tepuk] Ini baru betul. Dato’ Speaker mempunyai kesabaran yang begitu tinggi disebabkan Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai – saya tak tahu nak sebut apa, tetapi menguji kesabaran Dato’ Speaker. Itu yang sepatutnya, yang sebenarnya yang saya nak ucapkan tadi.
Okey, saya terus ke soalan seterusnya. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu detailed mengenai sekuriti makanan negara yang berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan juga menyokong aspirasi Sarawak untuk menjadi pengeluar padi utama menjelang 2030.
YB Timbalan Menteri, Sarawak sama juga seperti Sabah, mempunyai keluasan tanah yang besar, kekayaan semula jadi dan sumber air yang luas. Jadi, berpotensi besar untuk menjadi hab makanan serantau. Soalan tambahan saya adalah, adakah kerajaan bersedia melabur? Dan apakah langkah-langkah dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur logistik pertanian serta rangkaian sejuk ataupun yang lebih sesuai kita panggil cold chain logistics, dengan izin, agar Sarawak dapat berperanan sebagai pusat pengeluaran dan pintu eksport makanan, bukan sahaja ke Semenanjung, bahkan ke pasaran ASEAN? Bagi saya, ini amat penting kerana usaha ini bukan sahaja sebahagian daripada strategi keterjaminan makanan nasional dan bukan sahaja untuk kepentingan ataupun inisiatif negeri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat Batang Sadong, cair saya.
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sila jawab.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Terima kasih atas soalan yang baik. Sebab kalau di Sabah dan Sarawak, antara cabaran kita adalah, infrastruktur, khususnya yang berkaitan dengan logistik. Dan sekiranya logistik itu tidak kukuh, maka kita tidak dapatlah untuk membawa produk-produk pertanian kita untuk dinikmati di seluruh negara ataupun di rantau ASEAN yang lain.
Maka, salah satu program baharu yang dicadangkan adalah Rantaian Pembekalan dan Pengedaran Agromakanan ataupun nama singkat adalah RANTAI, di bawah RMK13.
Program RANTAI adalah simbol komitmen Lembaga Pemasaran Malaysia ataupun FAMA untuk memperkukuhkan ekosistem agromakanan negara. Bagi Sarawak, sebanyak RM3.5
Datuk Arthur Joseph Kurup
juta telah diperuntukkan dengan sasaran seramai 200 orang petani dan usahawan di bawah skop pengukuhan pembekalan lestari. Tujuh buah pusat pengumpulan ladang, 13 buah pusat jualan sementara dan dijangkakan kuantiti kendalian sebanyak 800 metrik tan setahun.
Pembukaan dan penerokaan pasaran baharu dianggarkan sebanyak 12 kali di bawah inisiatif RANTAI dan antara tempat yang dikenal pasti ialah bahagian Kapit dan juga Sri Aman...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Kesimpulannya, Program RANTAI merupakan satu inisiatif strategik yang berperanan penting dalam memperkukuh keseluruhan sistem rantaian bekalan dan pengedaran agromakanan negara yang menyasarkan kepada peningkatan kecekapan logistik, pengurangan kerugian pasca tuai, serta pemadanan penawaran dan permintaan hasil pertanian secara lebih bersepadu dan berasaskan data.
Manakala, bagi cadangan Yang Berhormat untuk menjadikan Sarawak sebagai pusat makanan eksport serantau, kementerian menyambut baik cadangan ini. Dan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, FAMA telah menetapkan pelaksanaan 55 program inkubasi dan bimbingan eksport. Dan inisiatif ini dijangka melahirkan sekurang-kurangnya 50 produk tempatan yang bersedia menembusi pasaran global, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab agromakanan yang berdaya saing di persada antarabangsa. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Saya akan bercakap dengan penuh sopan.
Gunung tinggi sama didaki, Lurah dalam sama dituruni; Kalau Sarawak terus dipinggiri, Keterjaminan makanan negara rapuh berdiri. Batang Sadong jawab secara bertulis. Soalan saya, apakah kerajaan mempunyai sasaran kuantitatif yang jelas untuk perancangan-perancangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong tadi? Contohnya, berapa peratus bekalan beras, ayam, ikan, sayur-sayuran negara yang akan datang daripada Sarawak menjelang 2025 atau 2030?
Sasaran itu penting dalam apa-apa perancangan yang kita laksanakan supaya lebih mampan. Terima kasih. Saya duduk dengan sopan.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, tidak ada negeri ataupun wilayah yang dipinggirkan oleh kementerian ataupun oleh Kerajaan Persekutuan. Sarawak ada beberapa pencapaian yang sangat membanggakan. Sebagai contoh pada tahun hadapan, Sarawak akan mula mengeksport
Datuk Arthur Joseph Kurup
nanas varieti dia tersendiri iaitu SG1 ataupun Sarawak Gold 1. Buat pertama kali dieksport dari Sarawak ke negara China dan juga Singapura. Tahniah kepada negeri Sarawak.
Bagi komoditi yang lain, kita memang mempunyai sasaran dan kita mempunyai dasar yang cukup jelas. Sebagai contoh, dalam program pengukuhan jagung bijian negara kita, kita ingin meningkatkan pengeluaran jagung bijian tempatan sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2040 untuk mengurangkan kebergantungan kepada import. Bawang lagi contoh, menjelang tahun 2030, sasaran kita adalah 30 peratus juga untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada import.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Dan dalam RMK13 juga sasaran yang cukup jelas. Contoh, sektor ruminan 50 peratus juga menjelang tahun 2030 dan semua ini kita boleh rujuk dan saya boleh bagi juga salinan kepada Yang Berhormat sebagai rujukan, apakah sasaran dan dasar kementerian bagi lima tahun yang akan datang. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Dr. Hajah Halimah Ali, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Pantun sikit Speaker ya, sebab nak tenang, harmoni kan. Dengar Menteri, ya.
Bujang senang dimakan naga, Naga lari ke Singapura; Wahai Menteri, Kapar bertanya soalan kedua, Jangan biar rakyat Kapar kecewa. Terima kasih.
2. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah jangka pendek dan jangka panjang oleh kerajaan untuk menangani masalah jalan-jalan utama di kawasan Kapar, termasuk jalan penghubung ke kilang-kilang dan laluan ke Northport yang mengalami kerosakan serius akibat penggunaan kenderaan berat yang berulang-alik dan diletakkan secara tidak terkawal di tepi jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jawab pantun?
*Sungai Sarawak jangan dituba, Kalau dituba ikan tak mati; Menteri dari Sarawak, biarlah diminta, Saya minta, saya akan beri.
[Ketawa]*
[Dewan ketawa]
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Saya belum pandai lagi tapi okeylah belajar.
[Ketawa] Yang Berhormat Kapar yang bertanya, Tuan Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan nombor 2 adalah untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan jangka panjang yang telah dijalankan kementerian ini ialah projek Lebuhraya Pantai Barat, West Coast Expressway (WCE) yang merupakan lebuh raya utama yang menghubungkan kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia bermula
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
dari Banting, Selangor di bahagian selatan dan berakhir di Taiping, selatan Perak di bahagian utara. Jajaran WCE ini telah dibina melalui kawasan Kapar, bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.
Jadi, kementerian ini telah mengangkat pembangunan projek berikut pada Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ini yang baharu ya, yang berikut untuk mendapatkan pertimbangan agensi Pusat.
(i) naik taraf Jalan Perindustrian Kapar–Meru FT3217, dari persimpangan Jalan Haji Abdul Manan hingga persimpangan Jalan Limau, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan; dan
(ii) cadangan projek membina jejantas di hadapan SMK Tengku Idris Shah, Jalan Kapar FT005, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
Walau bagaimanapun, kelulusan bagi cadangan projek tersebut di atas akan dimaklumkan selepas pembentangan bajet kelak ya, tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan 2030 (HNDP 2030) merupakan pelan induk yang diterbitkan oleh KKR bertujuan untuk mengenal pasti keperluan menaik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baharu yang melibatkan Jalan Persekutuan dan jalan utama negeri, merangkumi Semenanjung Malaysia dan Lembah Klang ya.
Pembangunan HNDP 2030 telah mengambil kira Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) di seluruh negara, termasuklah Selangor dan Daerah Klang. Di dalam HNDP 2030, mendapati terdapat cadangan projek di kawasan Northport Klang adalah seperti cadangan pembinaan jajaran lebuh raya di Northport dan Westport dengan panjang 3.26 kilometer, di bawah Program Pelaksanaan Rancangan Melangkaui 2030 atau Beyond 2030.
Pelaksanaan projek-projek jalan yang dikenal pasti dalam kajian HNDP tersebut adalah tertakluk kepada permohonan dan keutamaan negeri. Dan, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri ya, berdasarkan senarai keutamaan negeri dan dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di samping itu juga, bagi memastikan rangkaian Jalan Persekutuan berada dalam keadaan selamat dan selesa, kementerian ini turut melaksanakan kerja-kerja penurapan semula permukaan Jalan Persekutuan di kawasan Parlimen Kapar yang melibatkan Jalan FT005 – Jalan Klang, Sabak Bernam; FT020 – Jalan Pintas Selat Klang, ya. Jadi, Utara dan Selat Klang Utara dan FT3217 – jalan masuk ke kawasan perindustrian Meru. Jalan-jalan ini merupakan Jalan Persekutuan yang disenggara oleh Syarikat Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Pada tahun 2023 hingga 2024, kementerian ini telah memperuntukkan sejumlah RM13.81 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berkala pavement dan RM1.62 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berkala bukan pavement. Kesemua kerja-kerja ini telah disiapkan sepenuhnya pada tahun semasa. Sehingga Ogos, bulan Ogos 2025 ini, kementerian ini telah memperuntukkan sejumlah RM3.5 juta bagi kerja penyenggaraan berkala pavement dan RM1.7 juta bagi kerja penyenggaraan berkala bukan pavement yang dilaksanakan secara arahan kerja (AK) kepada syarikat konsesi. Kerja-kerja ini dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2025.
Di samping itu, bagi pelaksanaan kerja tahun 2026, jalan-jalan yang rosak akan dikenal pasti oleh pihak Syarikat Konsesi Penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang dilantik dan pihak JKR akan menyediakan anggaran penyelenggaraan jalan (APJ) bagi tahun 2026 berdasarkan kerosakan jalan. Walau bagaimanapun, kelulusan kerja adalah tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan dan Jalan Persekutuan yang berada di bawah bidang kuasa kementerian ini, serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh JKR berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kapar, soalan tambahan. Silakan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Menteri dan saya harapkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, tolonglah luluskan ya.
Soalan saya. Adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan Tabung Khas Penyelenggaraan Jalan Industri di kawasan strategik seperti Kapar yang menjadi nadi perindustrian dan penghubung ke Northport dan penyumbang utama kepada KDNK kawasan ini, ya. Sebab Yang Berhormat Menteri pergi di DUN Selat Klang. Ada DUN Meru dan DUN Sementa, zon industri dan juga ada — apakah bentuk kerjasama antara Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat industri yang beratus-ratus di Kapar ini untuk memastikan mereka turut menyumbang kepada kos penyelenggaraan jalan yang mereka gunakan setiap hari? Makna connectivity throughout Kapar? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tabung khas yang dicadangkan, yang disebut itu, kita — saya ingat saya belum dengar lagi, kita belum ada lagi. Kalau itu dah, adalah satu idea yang mungkin kita boleh kajian, kita boleh kaji, kalau itu boleh membantu, kementerian ini terbuka kepada idea-idea sepertimana yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kapar tadi.
Sebab tujuan kita adalah untuk kita menyediakan infrastruktur kita yang selamat dan selesa untuk diguna. Apatah lagi di kawasan yang disebut itu tadi adalah sangat penting ya, kerana ia dah ada di kawasan aktiviti ekonomi negara kita. Jadi, saya setuju sangat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sebab itu selama ini pun di peringkat JKR dan Kementerian Kerja Raya (KKR), kami telah fokus kepada bagaimana untuk mencari kaedah yang lebih baik daripada yang sedia ada iaitu buatlah banyak research and development
(R&D) kepada bahan-bahan untuk kita boleh gunakan untuk buat pavement yang lebih kukuh, lebih tahan berat muatan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sebab kita tidak menafikan di sana, lori-lori ataupun trak-trak yang besar itu adalah selalunya membawa muatan yang berlebihan. Kalau setiap kali mereka kita tangkap, mungkin itu adalah satu masalah lain juga ya, sebab kita faham ini kuasa pelabuhan dan industri.
Jadi, selain itu Yang Berhormat, memang antara semua agensi kerajaan, tak kiralah KKDW – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan juga PBT dan sebagainya. Asalkan kami boleh duduk bersama dan kami juga bersama. Sama juga dengan Kementerian KPKT ya, sebab kita ada selalu bermesyuarat, ada majlis untuk fokus kepada keselamatan dan keselesaan dan fasal kegunaan jalan di negara kita.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, di situlah banyak yang dibincangkan untuk kita menyelaraskan semua isu-isu berkaitan dengan jalan kita. Bukan sahaja struktur jalan, bukan sahaja untuk baiki jalan, bila rosak, kita juga merancang untuk bagaimana jalan kita lebih kukuh dan lebih teratur dalam — sebab itu, kita ada HNDP – Highway Network Development Plan dan juga, ini dirunding bersama dengan kementerian-kementerian ataupun agensi-agensi berkenaan yang lain.
Jadi, ya. Terima kasihlah Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan untuk soalan tambahan, Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Baru-baru ini, kita melihat pihak kementerian dengan Yang Berhormat Menteri telah mengadakan satu kempen di Pan Borneo iaitu Kempen Jaga Pan Borneo Bait-Bait.
Jadi, saya nak bertanya dengan Menteri, apakah sebenarnya keadaan jika kita menyelusuri Pan Borneo itu, keadaan di — terutamanya di P-Turn itu, sampahnya terlalu banyak. Adakah ini disebabkan oleh kurangnya pusat R&R yang berada di kawasan Pan Borneo yang kita tahu cuma ada tiga dan adakah kementerian pada masa yang akan datang bercadang untuk menambah R&R di Pan Borneo Sarawak ini?
Dan, keduanya adalah berkenaan dengan lampu jalan. Kalau kita melalui Pan Borneo, memang amat gelap. Sebahagian sahaja yang dilengkapkan dengan lampu jalan dan saya berharap, pihak kementerian di bawah Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan untuk melengkapkan lampu jalan di sepanjang Pan Borneo kita di Sarawak ini. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun jauh menyimpang daripada Kapar ya, tetapi tak apalah. Ini Pan Borneo. Kapar pun ada kaitan dengan Sarawak. Saya difahamkan, Dato’ — eh, Doktor Yang Berhormat, ini adalah dilahir di Miri – eh, di Marudi, di Sarawak. Mungkin itu ada kaitan dengan Pan Borneo sedikit. Kalau dibenarkan, saya jawab. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terpulang kepada Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan apa sampah di — apa — di P-Turn yang merata-rata dibuang di P-Turn, sebab betul. Saya baru balik, belum seminggu sudah, melancarkan satu program untuk kita meminta kesedaran daripada komuniti, ya. Bukan sekadar agensi kerajaan sahaja, tetapi kita meminta komuniti untuk bersama dalam kempen ini.
Sebab itu, aplikasi MyJalan, apps itu kita gunakan. Kita luncurkan dan di mana aduan, tak kiralah aduan jalan rosak ataupun sampah yang dibuang merata-rata, di — lebih- lebih lagi yang sepertimana disebut oleh Yang Berhormat tadi, di P-Turn, memang kita dah mulakan ya. Kita berharaplah, dengan kempen ini, P-Turn ini akan semakin bersihlah, satu.
Kedua, R&R. Memang, kita kalau tengok, memang tidak mencukupilah tiga itu, ya.
Yang tengah dirancang, satu dah siap di Jelukong dan ada lagi yang kita belum siap sepenuhnya.
Jadi — tetapi R&R ini, kita kena tengok di mana sepatutnya, secara tempat yang sesuai. Kita dah kenal pasti pun ya. Akan juga dibina yang sebelum siap itu. Jadi, lampu jalan sepanjang Jalan Pan Borneo, kerajaan belum dapat peruntukanlah yang sangat besar, untuk kalau kita nak mencerahkan sepanjang Jalan Pan Borneo ini, hampir 800 kilometer ataupun lebih.
Jadi — tetapi memang, Pan Borneo ini direka pelannya supaya di mana-mana lokasi jambatan-jambatan, di lokasi yang dikatakan mungkin yang berisiko tinggi, kita dirikan lampu jalan ya, sebab kita belum mampu lagi untuk buat lampu jalan sepanjang jalan. Di Semenanjung pun, kita belum mampu lagi sebab banyak keperluan kewangan.
Tetapi, kita buat di mana yang sepatutnya ada lampu untuk kita cerahkan kawasan itu supaya kita, sekurangnya mengelakkan kemalangan itu berlaku di lokasi-lokasi yang gelap, kalau tiada lampu jalan itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau mengikut peraturan 24 itu, kalau lari topik, Menteri tak payah jawab pun tak apa. Tetapi, terpulanglah pada budi bicara Menteri, ya. Untuk makluman Dewan, kalau kita baca peraturan 24, 24A dan yang berkaitan dengannya.
Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Yang Berhormat Bera.
[Tepuk]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.
3. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Kesihatan menyatakan tahap ancaman varian COVID-19 yang terkini kepada golongan berisiko tinggi memandangkan negara mencatatkan kematian pertama pada tahun ini dan sebanyak 57 kematian pada tahun lepas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga 16 Ogos 2025, Minggu Epidemiologi ke-33 Tahun 2025, sebanyak 41,814 kes COVID-19 telah dilaporkan di seluruh negara, berbanding 83,018 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2024. Kebanyakan kes adalah bergejala ringan dan hanya dua kematian telah dilaporkan sehingga kini pada tahun 2025, berbanding 58 kes kematian dilaporkan sepanjang tahun 2024.
Selari dengan situasi global, terdapat peningkatan kes di negara ini bermula 6 April 2025. Peningkatan kes dikaitkan dengan perubahan sub-varian dengan kebanyakan kes adalah bergejala ringan dan vaksin sedia ada masih mampu memberikan perlindungan terhadap sub-varian ini.
Tahap ancaman varian COVID-19 terkini terhadap golongan berisiko adalah rendah dan terkawal kerana Malaysia kini berada dalam fasa hidup bersama COVID-19 di mana, penyakit ini dikendalikan sebagai sebahagian daripada jangkitan saluran pernafasan lain seperti influenza dan jangkitan virus yang lain. Walaupun trend peningkatan atau penurunan kes merupakan suatu perkara biasa, komplikasi masih boleh berlaku, khususnya dalam kalangan golongan berisiko seperti warga emas dan individu dengan comorbidity.
Sehubungan dengan itu, KKM sentiasa memantau situasi semasa COVID-19 di dalam dan luar negara, termasuk pelaksanaan penjujukan genomik bagi mengesan kewujudan varian atau sub varian baharu yang boleh menjejaskan kesihatan awam.
Pemberian vaksin COVID-19 secara sukarela dan percuma diteruskan di fasiliti kesihatan terpilih.
KKM juga terus menyalurkan maklumat dan syor terkini berdasar penilaian risiko semasa. Ini termasuk langkah-langkah pencegahan yang boleh diamal oleh masyarakat seperti pengambilan vaksin, terutamanya kepada golongan berisiko, amalan kebersihan kendiri, etika batuk dan bersin dan pemakaian pelitup muka apabila bergejala atau berada di tempat sesak.
Sebarang maklumat terkini berkaitan COVID-19 juga terus disalurkan melalui saluran rasmi KKM. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kejayaan Malaysia menyekat penularan COVID-19 adalah disebabkan oleh kerjasama rakyat dan juga pengambilan vaksin.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak spekulasi dan juga khabar-khabar angin, terutamanya daripada golongan anti-vaksin yang menyatakan bahawa pengambilan vaksin menyebabkan kesan sampingan yang serius.
Jadi, soalan saya, saya mohon YB Menteri menyatakan, apakah kesan jangka panjang pengambilan vaksin yang telah dikenal pasti oleh kementerian dan juga berapakah jumlah penerima vaksin di Malaysia yang dilaporkan mengalami kesan sampingan yang serius? Dan juga, apakah jenis penyakit akibat daripada pengambilan vaksin tersebut?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Yang Berhormat Ahli Parlimen Bera dan juga, saya juga ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada beliau yang telah mengetuai negara ketika kita berdepan dengan pandemik COVID-19 yang lepas.
[Tepuk]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Sememangnya isu berkenaan tentang vaksin ini telah pun kita kemukakan di atas kertas putih kesihatan yang telah dibentangkan pada dua tahun lepas.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga terdapat masih dijalankan kajian Yang Berhormat berkenaan tentang kesan jangka panjang vaksin. Walaupun demikian, sememangnya kita mengakui terdapat kes-kes post-COVID-19 yang berlaku di mana pesakit COVID yang mengalami jangkitan COVID yang telah keluar daripada hospital dalam tempoh sebulan ke dua bulan masih lagi berdepan dengan masalah COVID dan juga berlaku kematian dan juga kita mempunyai data.
Buat masa ini, saya tidak dapat memberi secara spesifik penyakit-penyakit yang dikait rapatkan dengan kesan daripada vaksin. Walaupun demikian, kita telah pun mengambil beberapa tindakan dan juga semakan berkenaan dakwaan-dakwaan berkenaan tentang jangkitan ataupun kesan pemberian vaksin dan setakat ini kerajaan meneliti kajian-kajian tersebut. Walaupun demikian kita menganggap bahawa kesan daripada pemberian vaksin ketika pandemik COVID-19 itu sebenarnya banyak membantu kerajaan untuk mengelak kadar kematian yang sangat tinggi ketika itu dan juga vaksin sebenarnya memberi perlindungan kepada penerima-penerima vaksin ketika itu.
Maka, sekiranya terdapat dakwaan kesan vaksin, pemberian vaksin COVID-19 memudaratkan pesakit, kita bersedia untuk menerima laporan tersebut dan juga kita akan memeriksa dan juga kemudaratan yang disebabkan COVID-19 ini juga kita mempunyai
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
senarai di dalam kertas putih untuk diberikan pampasan, sekiranya dakwaan tersebut adalah benar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan saya, adakah dua-dua kes yang terlibat dalam kematian akibat COVID-19 ini mendapat vaksin dan mempunyai comorbid? Dan, berapakah jumlah rakyat Malaysia yang telah diimunisasikan? Dan adakah, kekurangan kes atau kemudaratan ini bermakna kita telah mencapai herd immunity? Dan, saya nak tahu juga, apakah status pembangunan vaksin di dalam negara kita kerana tempoh hari pun disebutkan bahawa kita akan membangunkan pada tahun 2024 dan apakah persiapan kita sekiranya berlaku wabak-wabak virus selepas ini daripada sudut sumber manusia dan juga mungkin infra yang kita ada dalam negara kita.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan tentang dua kes kematian yang kita catatkan, saya tidak mempunyai data, sama ada pesakit tersebut menerima vaksin atau tidak. Walaupun demikian, punca kematian adalah disebabkan kadar komorbiditi yang tinggi. Dan juga pada tahun 2024, kita juga telah mencatatkan kadar kematian bagi post-COVID ada sekitar 22 kes dan juga jumlah secara keseluruhan adalah 58 kes. Dan kebanyakan kes-kes yang menyebabkan kematian adalah disebabkan apa itu penyakit-penyakit komorbiditi yang tinggi.
Berkenaan tentang rujukan kepada pembangunan vaksin, pembangunan vaksin ini dijalankan oleh kementerian ataupun MOSTI dan dibantu oleh KKM melalui data-data dan pembangunan keseluruhannya adalah di bawah kementerian tersebut. Dan seperti apa yang saya mendapat maklumat tambahan juga Tuan Yang di-Pertua, untuk menambah jawapan bagi kedua-dua kes tersebut, kedua-dua pesakit tidak mendapatkan vaksin tambahan. Itu yang dapat kami jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang keempat. Dengan ini dipersilakan Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih. Soalan nombor 4.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
4. Dato’ Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan menerangkan dasar kementerian berkaitan menggunakan khidmat pemain naturalisasi dalam pasukan-pasukan sukan kebangsaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara dan pemegang taruh yang berkaitan amat komited dalam melahirkan bakat-bakat tempatan yang berpotensi berbanding pengambilan pemain naturalisasi.
Namun, kita tidak menghalang penggunaan pemain atau atlet naturalisasi selagi mereka memenuhi syarat yang ditetapkan oleh badan sukan masing-masing dan mendapat kelulusan kewarganegaraan Malaysia yang sah daripada Kementerian Dalam Negeri.
Naturalisasi merupakan proses pemberian kewarganegaraan kepada individu luar negara supaya mereka dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa. Tujuan naturalisasi adalah untuk memperkukuh pasukan kebangsaan dan meningkatkan prestasi sukan negara.
Walau bagaimanapun, penggunaan pemain naturalisasi ke pasukan kebangsaan adalah tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh badan sukan antarabangsa dan inisiatif oleh persatuan sukan kebangsaan masing-masing. Tidak dinafikan bahawa pemain atlet naturalisasi atau pemain warisan dapat memberikan impak yang positif dan sebagai salah satu pemboleh ubah prestasi sukan kebangsaan.
Sebagai contoh, pada 10 Jun 2025, pasukan bola sepak kebangsaan mencatat kemenangan 4-0 ke atas Vietnam yang ketika itu berada di ranking ke-109 dunia dalam perlawanan kelayakan Piala Asia (AFC). Dalam perlawanan tersebut, seramai tiga orang pemain naturalisasi telah disenaraikan bersama skuad kebangsaan. Untuk makluman, kali terakhir pasukan kebangsaan menewaskan Vietnam adalah pada tahun 2014. Kehadiran pemain naturalisasi dan pemain warisan dilihat membantu meningkatkan mutu dan kualiti permainan bola sepak tempatan sekali gus membantu mempertingkatkan prestasi pasukan.
Selain bola sepak, penggunaan pemain atau atlet naturalisasi untuk mewakili negara pernah dilaksanakan oleh beberapa jenis sukan yang lain seperti angkat berat, akuatik terjun, menembak dan olahraga. Contohnya, Yuan Yu Fang yang berasal dari China merupakan atlet olahraga kebangsaan dalam acara 20 kilometer jalan kaki dan telah meraih pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Asia pada tahun 2000 dan 2003 serta di Temasya Sukan Komanwel pada tahun 2002. Selain itu, Hidayat Hamidon yang berasal daripada Indonesia telah meraih pingat emas dalam sukan angkat berat di Temasya Sukan Komanwel 1998.
Beliau juga telah dilantik sebagai jurulatih di bawah program MSN pada tahun 2010 hingga 2018.
Meskipun begitu, kita tetap berpendirian pengambilan pemain naturalisasi tidak boleh menjejaskan pembangunan bakat-bakat tempatan. Setiap persatuan sukan kebangsaan perlu mengambil kira syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkaitan agar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
keseimbangan dapat dicapai antara pembangunan atlet tempatan dengan peningkatan prestasi sukan negara melalui pemain naturalisasi. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat terutamanya kerana menyebut soal keseimbangan antara pemain naturalisasi dan bakat- bakat tempatan kerana ada waktunya yang sebahagian daripada kita menimbulkan kebimbangan kalau wajah pasukan negara itu dah tak macam pasukan negara kalau dah ramai sangat. Soalan saya Yang Berhormat, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) berhasrat untuk mengambil dua pemain naturalisasi lelaki dan seorang pemain warisan wanita. Dua itu dari Nigeria dan Kongo dan satu dari USA untuk persiapan Sukan SEA Thailand pada Disember 2025.
Saya berterima kasih kerana KBS telah menyokong permohonan kami. Saya difahamkan ia sekarang berada di meja Kementerian Dalam Negeri nak minta tolong KBS bantu mempercepatkan proses kelulusan. Dan sehubung dengan itu nak tanya juga lazimnya berapa lama proses kelulusan pemain naturalisasi dan pemain warisan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang dimaklumkan tadi Kementerian Belia dan Sukan kita tidak ada sebarang halangan dalam soal penggunaan pemain atau atlet naturalisasi termasuk seperti yang dimohon oleh Malaysia Basketball Association. Pernah di Kejohanan Sukan SEA 2023 di Cambodia, kita menyaksikan pasukan kebangsaan daripada Cambodia dan juga pasukan kebangsaan daripada Filipina dianggotai, dipenuhi oleh pemain-pemain daripada luar Asia dan mereka muncul sebagai kuasa besar dalam Sukan SEA.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Namun apabila masuk kepada peringkat yang lebih lain, peringkat yang lebih tinggi dan sukan-sukan temasya yang lain, ianya tidak membuahkan hasil. Tentu sekali kita tidak mahu perkara yang sama berlaku ke atas pasukan kebangsaan kita. Sebab itu kita terus menerus menggalakkan pembangunan bakat-bakat tempatan.
Untuk permohonan oleh Malaysia Basketball Association berkait dengan permohonan tersebut, tentu sekali seperti yang diketahui, kita mohon untuk kita tanyakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan kita akan berikan jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh terdekat untuk pemakluman bagi Malaysia Basketball Association. Untuk masa sekarang, kita tidak mempunyai jawapan kerana itu adalah urusan KDN. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato Dr.
Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.
Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tambahan? *Nobody.
Nobody,* sudah?
[Ketawa]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan Betong nombor 5.
5. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah strategik kementerian dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan sisa pepejal termasuk elemen ekonomi kitar semula (circular economy), penciptaan pekerjaan hijau dan integrasi teknologi inovatif dalam pengurusan sisa di peringkat nasional dan PBT.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan jawapan dengan serangkap pantun hari ini.
Pakai baju, baju kebaya, Buat bersanding pengantin berseri; Bersatu padu rakyat sejahtera, Raikan merdeka, mantapkan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, konsep Malaysia MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun memfokuskan kepada kemampanan, kesejahteraan dan ihsan yang begitu sinonim dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Sejajar dengan matlamat ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh tadbir urus pengurusan sisa pepejal dengan tumpuan kepada pelaksanaan ekonomi kitaran, pewujudan pekerjaan dan tenaga hijau serta penggunaan teknologi inovatif dan berkesan.
Banyak inisiatif telah pun KPKT lakukan, tapi atas kesuntukan masa, saya hanya petik tujuh inisiatif strategik KPKT yang telah dilaksanakan seperti berikut.
Pertama, latihan kemahiran di institusi penjara yang dilaksanakan oleh SWCorp dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia untuk melantik prospek penjara di 18 institusi seluruh Semenanjung Malaysia dalam bidang operasi manual pembersihan awam terhadap dua — Sehingga 2025 seramai 489 prospek telah menerima pensijilan ini.
Kedua, penempatan pekerjaan melalui parol yang mana prospek yang layak mendapat pelepasan parol boleh ditawarkan pekerjaan di syarikat konsesi seliaan SWCorp tertakluk kepada kelulusan Lembaga Parol. Pada masa ini, seramai 10 orang prospek dari ambilan Jun 2023 telah bekerja dengan syarikat konsesi dan yang lain masih menunggu kelulusan Lembaga Parol.
Ketiga, projek rintis rawatan sisa makanan serangga Black Soldier Fly (BSF) telah dilaksanakan oleh KPKT dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya serta UKM di
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
komuniti terpilih di bawah pentadbiran MPAJ, bagi mengubah sisa makanan menjadi sumber protein haiwan dan juga baja organik.
Keempat, projek rintis rawatan sisa makanan menggunakan teknologi pencernaan Anaerobic Digester oleh SWCorp dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson dan MPAJ untuk merawat sisa makanan bagi menghasilkan kompos cecair dan gas metana.
Kelima, pertandingan Waste to Wealth Innovation oleh SWCorp dengan kerjasama Majlis Reka Bentuk Malaysia untuk meningkatkan kesedaran awam serta industri tentang potensi barangan terpakai sebagai komoditi ekonomi.
Keenam, pengurangan sisa tekstil melalui kerjasama SWCorp dengan Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia dalam melaksanakan bengkel “Green Makeover; The art of Upskilling” bersama komuniti setempat.
Ketujuh, teknologi Artificial Intelligence telah dipakai di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Kuala Lumpur seperti sistem negative pressure untuk kawalan bau, vertical hammer bagi memampatkan sisa, sprinkle system bagi semburan effective microorganism secara automatik.
Manakala, tiga inisiatif strategik yang sedang dilaksanakan pula adalah Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (NCEC) sebagai national platform untuk menetapkan dasar, menyelaras serta memantau strategi dan inisiatif ekonomi kitaran.
Kedua, kajian kebolehlaksanaan rang undang-undang baru ekonomi kitaran bagi sisa pepejal. Ketiga, kerangka polisi Perluasan Tanggungjawab Pengeluar (Extended Producer Responsibility) untuk menyediakan hala tuju yang jelas kepada pihak industri dalam menguruskan sisa pepejal dihasilkan di bawah skim EPR.
Melalui pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, KPKT akan meneroka penubuhan satu agensi tunggal, single agency, bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pengurusan sisa pepejal merangkumi e-waste, kumbahan dan radioaktif yang bermula dari lima asas utama aktiviti pengurusan sisa iaitu kutipan, pengangkutan, pemulihan, rawatan dan pelupusan telah diketengahkan sebagai salah satu inisiatif penting di bawah strategi pemeliharaan kesihatan bumi.
Akhir kalam, usaha KPKT yang dizahirkan ini secara keseluruhan adalah seiring dengan komitmen negara MADANI untuk mencapai sifar sisa, di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi hijau, memangkinkan kesejahteraan sosial dan menjamin kemampanan alam sekitar sebagaimana ditetapkan menerusi Blueprint Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal di tanah air kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Sistem pengurusan sisa pepejal kita di Malaysia ini, daripada kita mengumpul sampah sehingga ke tempat kita pelupusan dan proses pelupusan itu memang menelan belanja yang besar.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi, soalan saya, apakah strategi kerajaan untuk membantu PBT kecil bagi menangani isu kos pengurusan sisa pepejal yang semakin meningkat? Sehubungan dengan itu, bagaimanakah kerajaan memastikan teknologi yang digunakan adalah kos efektif dan sesuai dengan kapasiti kewangan PBT, terutamanya di luar bandar?
Keduanya, sejauh manakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan dasar Zero Waste To Landfill seperti negara maju? Apakah timeline realistik yang telah ditetapkan sekiranya ada? Sekian, terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang sentiasa prihatin dengan dalam isu pembersihan awam. Memang menjaga kebersihan adalah satu kewajipan.
Kebersihan adalah sebahagian daripada keimanan.
Yang Berhormat, di mana di bawah Rancangan Malaysia Kelima Belas, kerajaan telah pun memberikan dana yang besar untuk menjaga pembersihan awam. Hampir setiap tahun RM2 bilion telah pun diperuntukkan kepada negeri-negeri yang telah pun menerima pakai Akta 672. Kini, Negeri Selangor, Negeri Pulau Pinang, secara prinsip juga telah pun bersetuju untuk menerima pakai akta yang sama. Bantuan berskala akan diberikan kepada PBT masing-masing untuk pastikan pengurusan sisa pepejal itu mampan, bersih serta mensejahterakan rakyat.
Dari segi inisiatif baru juga di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Reformasi Pembersihan Awam akan dilakukan. Menjelang 2027, kementerian KPKT telah sasarkan 20 peratus daripada kenderaan buang sampah akan kita guna pakai electric vehicles dan selaras dengan dasar dekarbonisasi negara menuju ke ekonomi karbon sifar. Ini adalah usaha sedang rancak dilaksanakan.
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia menjaga kebersihan memerlukan kerjasama kita semua. It is a whole nation’s approach, tanggungjawab kita semua untuk sama-sama pastikan Malaysia bersih, rakyat sejahtera. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bahan kitar semula mempunyai pasaran dan nilai komersial apabila dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kesedaran perlu sentiasa diberikan kepada rakyat agar lebih terdorong untuk mengitar semula.
Apakah langkah konkrit yang diambil oleh KPKT untuk memastikan penyertaan komuniti, tempatan dan pihak swasta dalam memacu ekonomi kitar semula? Bolehkah Menteri menjelaskan, sama ada KPKT bercadang untuk memperkenalkan insentif cukai ataupun rebate kepada syarikat yang mengamalkan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal? Bagaimana KPKT memastikan setiap PBT mempunyai fasiliti dan logistik yang mencukupi untuk menguruskan sisa kitar semula? Apakah terdapat insentif khas kepada PBT yang berjaya meningkatkan kadar kitar semula di kawasan mereka? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat, atas soalan yang membina.
Memang kesemua agensi untuk menggalakkan semua pihak turut serta bersama dalam usaha kita menjaga kebersihan awam. Kerajaan MADANI telah buat pertama kali dalam sejarah menubuhkan National Circular Economy Council (NCEC), menjadi platform utama melibatkan pelbagai stakeholders, termasuk syarikat, industri, PBT dan lain-lain. Kesemua itu kita sama-sama membuat inisiatif.
Dan sekiranya mengikut kadar kemampuan kerajaan, mereka yang telah pun berjaya melakukan kempen kitar semula yang memuaskan akan diberikan bantuan berkala dan juga insentif, termasuk pertambahan peruntukan. Sebab itu saya memang menaruh harapan yang tinggi pada pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober nanti, akan nampak ada lagi pertambahan pelaburan dan juga peruntukan untuk dalam soal aspek pembersihan awam.
Itu harapan saya bersama dengan Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Mordi anak Bimol, Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Puan Speaker, soalan saya nombor 6.
6. Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan kampung dan kawasan perumahan dalam Parlimen Mas Gading di Daerah Lundu yang belum mendapat air terawat serta status terkini dan jangkaan siap Projek BALB bernilai RM119.1 juta yang melibatkan kawasan tersebut.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod data permohonan di kementerian, terdapat 16 kampung yang masih belum mendapat bekalan air terawat di Parlimen Mas Gading. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, Projek Bekalan Air Luar Bandar di sebahagian Daerah Lundu, bahagian Kuching, Sarawak bernilai RM119.1 juta kini sedang dalam peringkat untuk ditender. Projek ini dijangka memberi manfaat bekalan air terawat kepada 36 buah kampung yang melibatkan 2,184 pintu rumah di Daerah Lundu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Puan Speaker, sebelum saya terus ke soalan tambahan, izinkan saya kongsikan sedikit situasi yang berlaku di luar bandar seperti Mas Gading.
Sebelum ini, terdapat banyak projek bekalan air graviti yang telah dilaksanakan tetapi gagal memberikan bekalan air yang berterusan atas faktor cuaca. Sebabnya, bila berlaku hujan, paip tersumbat. Bila berlaku musim kemarau, tiada sumber air.
Jadi, ada juga projek bekalan air graviti yang dilaksanakan sebelum ini hanya bertahan atau berfungsi sekejap sahaja. Ada yang terpaksa kembali menggunakan sistem
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
bekalan air graviti yang dibina oleh Jabatan Kesihatan 20 ke 30 tahun yang lepas. Jadi, itu pun tekanannya sangat rendah kerana tidak cukup untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah. Jadi, dalam dua tahun ini, saya sendiri telah melaksanakan beberapa projek bekalan air graviti menggunakan peruntukan khas kawasan saya. Namun, dalam masa yang sama, ADUN di kawasan saya pun turut melaksanakan projek yang sama, tujuan yang sama, di kampung yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, soalan?
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Jadi, berlaku pertindihan projek di sini. Jadi soalan saya, bagaimanakah strategi kementerian bagi mengelakkan pembaziran sumber akibat pertindihan projek ini seperti yang telah saya nyatakan tadi? Apakah mekanisme pemantauan untuk mengelakkan berlakunya ketirisan? Seterusnya, apakah bentuk sistem air yang akan dibekalkan di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ini yang bernilai RM119.1 juta ini dan senarai kampung penerima manfaat serta agensi yang akan menyelenggarakannya? Sekian, terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Mas Gading atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan air alternatif seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi termasuk dalam skop pelaksanaan Program Bekalan Air Luar Bandar bagi menyediakan bekalan air di kampung- kampung yang tidak ekonomik untuk penyambungan paip retikulasi. Kementerian ini menerima senarai permohonan projek bekalan air alternatif daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak, sebagaimana cadangan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak berdasarkan peruntukan tahunan yang diluluskan.
Memandangkan perancangan projek adalah di bawah kerajaan negeri, Yang Berhormat dicadangkan untuk merujuk kepada kerajaan negeri, khususnya Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi mengelakkan pertindihan projek seumpamanya di kawasan yang sama. Kementerian ini memberi penekanan kepada kepentingan penyelarasan di peringkat negeri sebelum mengemukakan senarai permohonan projek kepada kementerian untuk pertimbangan. Melalui mekanisme inilah ketirisan dan aspek pertindihan projek dapat kita elakkan.
Berkaitan dengan Projek Bekalan Air Luar Bandar di sebahagian Daerah Lundu, Bahagian Kuching, Sarawak melibatkan penyediaan sistem bekalan air terawat yang lengkap dengan skop kerja pemasangan paip pelbagai jenis dan saiz sepanjang 160 kilometer.
Pembinaan stesen pam penggalak dan tangki sedutan seperti pembinaan tangki simpanan air. Projek ini dijangka memberi manfaat bekalan air terawat kepada 36 buah kampung yang melibatkan 2,184 buah pintu di Daerah Lundu.
Projek ini sedang dalam peringkat untuk ditender dan melibatkan tempoh pembinaan selama dua tahun. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya projek ini merangkumi tiga kawasan sepatutnya, termasuk kawasan Biawak. Tetapi disebabkan
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
peningkatan kos yang agak ketara daripada RM40 lebih juta kepada RM119 juta, projek ini hanya memfokuskan dua kawasan iaitu Lundu dan juga Sematan.
Jadi, setelah projek ini siap nanti, ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri melalui pihak berkuasa air, pihak JBALB. Dan cadangan untuk Yang Berhormat bekerjasama dari sudut penyaluran maklumat dan sebagainya, kita sedia ke arah berkenaan. Namun, kita mengharapkan juga kerajaan negeri, khususnya JBALB mengemukakan cadangan baru untuk kawasan yang tertinggal tadi. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Speaker. Pertamanya, saya nak mendapat kepastian. Sejauh manakah perancangan KKW bersama PETRA dalam memperkukuhkan Projek BALB ini melalui inisiatif wakaf air seperti dapat dilaksanakan secara lestari? Itu satu. Kedua, apakah KKW akan mewujudkan kerjasama dengan FELDA untuk memberi keizinan kembali anak peneroka yang bina tanah — tapak rumah ayahanda itu dikembalikan semula sebagaimana yang sebelum ini pernah dibenarkan? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Soalan itu dua bahagian. Yang satu bahagian itu tiada kaitan sebenarnya tapi boleh kita jawab sebenarnya. Untuk makluman Yang Berhormat, kerjasama kementerian bersama dengan PETRA baru kita cadangkan sebenarnya untuk sistem wakaf berkenaan.
Suka saya maklumkan di sini, KKW ini hanya terlibat dalam penyambungan paip-paip retikulasi sahaja. Maksudnya, akaun tetapi berkaitan dengan sumber air, berkaitan dengan perkara-perkara lain, lebih kepada kerajaan negeri dan juga PETRA. Kita fokus kepada penyambungan air retikulasi. Namun, cadangan ini bagus. Kita akan lihat bagaimana kerjasama ini boleh kita jalinkan.
Kedua, berkaitan dengan kebenaran untuk membuat rumah kepada generasi kedua di tanah FELDA yang sedia ada. Sebenarnya, kita dalam proses pindaan Akta GSA. Kita sentiasa memberi — KKW sentiasa bekerjasama dengan FELDA sebenarnya, dalam usaha kita memastikan case by case berkaitan dengan permohonan pembinaan rumah ini dapat kita selesaikan secara...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Dia masuk air, kalau rumah dibina lah?
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Ya, termasuk bekalan elektrik dan juga bekalan air. Perkara ini memang kita rujuk bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Puan Speaker.
Senyum menawan cekal teguh, Pohon jawapan soalan tujuh.
7. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan keperluan peruntukan khas daripada pihak kementerian bagi menyelenggara Ban Kampung Batin sehingga Kampung Mergong yang rosak akibat hakisan sepanjang satu kilometer.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi, terima kasih Puan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil maklum mengenai kejadian runtuh ban sepanjang satu kilometer di Jalan Ban Kampung Batin hingga Kampung Mergong yang terletak dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Jalan ini telah didaftarkan dalam sistem MARRIS sebagai jalan pertanian dan berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Kedah. Sehubungan dengan itu, segala urusan berkaitan penyelenggaraan dan pembaikan jalan ladang yang telah didaftarkan di bawah MARRIS adalah terletak di dalam bidang kuasa JPS.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada agensi teknikal yang berkaitan bagi memastikan kelestarian infrastruktur pertanian serta kesejahteraan komuniti setempat. Hasil semakan Kementerian Pertanian mendapati bahawa antara langkah yang telah diambil oleh pihak JPS untuk menangani masalah ini adalah melalui kerja-kerja pembaikan yang akan dilaksanakan di dalam skop wang peruntukan sementara di bawah tender kerja jalan pertanian MARRIS yang sedang berjalan dengan anggaran kos pembaikan berjumlah RM500,000. Kerja-kerja tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan daripada tarikh pelaksanaan pada bulan November 2025.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato'Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Walaupun jalan itu tadi disebut di bawah selenggaraan MARRIS, namun saya kira dia juga berkait dengan kementerian Yang Berhormat. Soalan saya yang pertama, Yang Berhormat Menteri. Di jalan tersebut, ada lapan lokasi yang turut mengalami kerosakan. Saya ada gambar di sini...
[Sambil menunjukkan beberapa helai kertas] Mungkin saya boleh pass- kan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri selepas ini. Adakah peruntukan yang disebut tadi RM500,000 turut mengambil kira kerosakan di lapan lokasi tersebut?
Dan yang kedua, yang akhir, saya dapat aduan daripada orang kampung, jalan itu rosak sebab dibuat kerja-kerja pembersihan dan pendalaman sungai. Jadi, bila buat kerja- kerja begitu, maka jalan itu sedikit sebanyak akan hakis, terhakis, terhakis. Jadi, soalannya ialah adakah kementerian Yang Berhormat bersama dengan pihak JPS ataupun pihak-pihak kementerian lain bercadang supaya semua kerja-kerja pembersihan sungai selepas ini dibuat bersekali dengan pembaikan jalan itu? Jadi, tak perlu buat banyak kali kerja kerana nanti akan ada banyak kali kerosakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato'Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan itu dia akan berdasarkan kepada terma rujukan yang telah diluluskan. Dan berdasarkan terma tersebut, jabatan dan agensi pelaksana, sebagai contoh JPS ataupun MADA sekiranya ia di bawah penyeliaan MADA, akan mengemukakan permohonan peruntukan berasaskan senarai kerja yang telah dikenal pasti.
Sekiranya berlaku kerosakan yang di luar jangka atau terdapatnya keperluan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang tidak termasuk dalam perancangan asal, maka pihak berkenaan boleh mengemukakan permohonan tambahan untuk dipertimbangkan dan kelulusan akan dipertimbangkan oleh kementerian. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli, Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua, untuk mengalu-alukan kesampaian Kumpulan Srikandi dari Parlimen Jempol dan juga Seremban...
[Tepuk] Soalan Jempol nombor 8.
8. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah kerajaan dalam membanteras ketirisan subsidi gas petroleum cecair (LPG) dan apakah langkah bagi mengurangkan beban kos kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) seperti warung dan gerai makan dalam usaha kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi LPG kepada sektor komersial.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol di atas soalan.
Puan Yang di-Pertua, gas petroleum cecair ataupun LPG merupakan barang kawalan yang diwartakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 ataupun Akta 122 di bawah kawal selia KPDN dan telah diberikan subsidi oleh kerajaan. Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas industri yang berurus niaga dan menggunakan LPG ini telah dilaksanakan oleh KPDN semenjak ia disenaraikan sebagai barang kawalan berkuat kuasa 21 Oktober 1974.
Bagi mengawal isu ketirisan barang kawalan, KPDN melaksanakan Ops Tiris 3.0 bermula 1 Januari 2024 yang melibatkan penguatkuasaan di bawah enam barang kawalan iaitu diesel, gula putih bertapis kasar dan halus, minyak masak bungkusan polibeg satu kilogram, tepung gandum, petrol RON95 dan gas petroleum cecair ataupun LPG.
Berdasarkan statistik penguatkuasaan, sebanyak 489 kes yang melibatkan aktiviti penyelewengan subsidi LPG bermula tahun 2024 sehingga 18 Ogos 2025, ia telah pun dengan nilai rampasan lebih kurang RM3.1 juta.
Selain itu, KPDN telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan menerusi Operasi Gas Memasak ataupun Ops Gasak bermula 1 Mei 2025 hingga 31 Oktober 2025 yang bertujuan
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
untuk membanteras penyelewengan subsidi LPG yang disalah guna oleh sektor tidak layak dalam industri komersial dan perniagaan berskala besar.
Salah satu bentuk penyelewengan yang menjadi sasaran ialah menangani kegiatan decanting, dengan izin Puan Yang di-Pertua. Decanting iaitu pemindahan LPG secara haram daripada tong bersubsidi ke tong industri ataupun tong komersial. KPDN juga akan memanfaatkan teknologi digital dalam memperkasa pemantauan dan penguatkuasaan berhubung pengedaran, penyimpanan dan penggunaan LPG bersubsidi.
Harga bagi LPG bersubsidi adalah tertakluk kepada kawalan harga di setiap peringkat rantaian pengedaran merangkumi pengeluar, pemborong dan peruncit selaras dengan peruntukan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 4) Tahun 2015 yang diwartakan pada 1 Julai 2015. Manakala harga bagi LPG bagi kegunaan industri adalah tertakluk pada harga pasaran. Tidak ada kawalan di situ.
Dalam hal ini, harga runcit bagi tong LPG bersubsidi sepuluh kilogram adalah RM19.00, 12 kilogram adalah RM22.80 dan 14 kilogram adalah RM26.60.
Puan Yang di-Pertua, buat masa ini, tidak ada― kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi bagi produk LPG. Maka, oleh itu, perusahaan mikro dan kecil masih boleh menggunakan LPG bersubsidi dan sewajarnya tidak melibatkan kenaikan harga makanan.
Buat masa ini, kerajaan juga akan terus memastikan subsidi kepenggunaan LPG dinikmati oleh isi rumah dan perniagaan mikro serta sederhana terutamanya sektor makanan dan minuman.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Jempol bertanya tentang kesan subsidi LPG kepada peniaga mikro dan kecil ini kerana wujud kekeliruan dan ketidakfahaman mengenai hala tuju subsidi LPG ini dikatakan subsidi tidak ditarik. Peniaga kecil juga dikehendaki menggunakan tong komersial iaitu berwarga ungu dan juga ― berbanding dengan tong bersubsidi iaitu warna hijau dengan harga RM26.60.
Jadi, soalan tambahan Jempol. Setakat ini, berapakah jumlah sesi libat urus dijalankan dengan persatuan peniaga usahawan kecil telah dilaksanakan dan apakah respons mereka? Kerana didapati dalam bab komersial ini, masih ramai lagi di kalangan mereka yang menggunakan tong komersial iaitu berharga RM70. Sudah tentu ini memberi kesan kepada peniaga kecil. Dan apakah ada kajian terperinci dilaksanakan tentang impak dan kesan harga kepada peniaga mikro dan kecil jika subsidi LPG ini benar-benar ditarik?
Terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Banyak soalan Jempol ini. Puan Yang di-Pertua, saya kira saya nak bezakan di antara yang komersial dan juga yang industri mikro, kecil.
Yang komersial ini, Yang Berhormat Jempol, seperti kedai dobi, contohnya. Terutamanya
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
kedai dobi yang melibatkan industri seperti yang memberi perkhidmatan kepada hospital, contohnya. Itu maksud komersial.
Jadi, di dalam ― okey, saya ini. Di dalam peraturan berkenaan dengan LPG ini, pada mulanya, pada awalnya, dia ada peruntukan ini.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Tapi sepanjang kita melaksanakan Ops Gasak, mesyuarat Jemaah Menteri memperakukan supaya sepanjang tempoh Ops Gasak ya dan sehingga pindaan kepada peraturan PPKB ini dimuktamadkan, tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap perniagaan, jualan dan makanan berskala mikro dan kecil berkaitan penggunaan silinder LPG bersubsidi dan keperluan premis perniagaan sendiri. Dan para peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman dibenarkan untuk mendapatkan bekalan tong LPG bersubsidi tanpa keperluan permit barang kawalan berjadual.
Jadi, maksudnya sepanjang kita laksanakan Ops Gasak ini kita masih mendapatkan maklum balas berkenaan dengan sekiranya kalau kita guna tong tidak bersubsidi, apakah impaknya Yang Berhormat Jempol, ya? Kita belum ada data tersebut, kita masih mengutip data sepanjang Ops Gasak ini. Jadi, Yang Berhormat Jempol sebaik kita telah mengadakan libat urus,Puan Yang di-Pertua, cuma details-nya sebab kita juga mengadakan di peringkat negeri dan sebagainya, secara terperincinya saya boleh berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Jempol. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Kerajaan perlu mengambil satu pendekatan yang lebih strategik dan menyeluruh dalam menangani isu ketirisan subsidi LPG dan kesan rasionalisasi terhadap sektor PMKS ini. Soalan saya, apakah pendekatan atau teknologi khusus yang sedang atau akan diambil oleh kerajaan untuk mengesan dan membanteras ketirisan subsidi di LPG supaya ia nya hanya dinikmati oleh golongan sasar sahaja? Terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Jempol. Puan Yang di-Pertua, izinkan saya...
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Rompin.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Sorry, maaf, maaf Rompin. Puan Yang di-Pertua, izinkan saya sebelum saya teruskan menjawab untuk mengalu-alukan kehadiran Wanita Perpaduan Parlimen Sepang seramai 27 orang yang kini berada di galeri awam.
[Tepuk] Selamat datang.
Yang Berhormat Rompin, tersasul tadi ya. Soalannya berkenaan dengan tindakan ya? Ini yang saya sebut tadi di kantin. Ini yang saya sebut tadi di kantin, Yang Berhormat Rompin. Di kantin ini dia punya operasi dia ini di sini ada ketirisan yang agak ketara ya. Di mana mereka ada apa orang kata sindiket. Di mana mereka menggunakan tong-tong gas bersubsidi kemudian dialihkan ke tong gas yang tidak subsidi. Jadi, katakanlah 14 kilo itu
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
harganya RM26.60 yang bersubsidi. Yang kalau mereka dah alihkan ke dalam tong yang warna ungu itu yang tak ada subsidi itu, 14 kilo mereka boleh menjual dengan harga dalam dekat RM70. Jadi, maksudnya dalam RM40 lebih lah sebab kita tak ada kawalan harga kepada tong-tong yang tidak ada subsidi itu. Di situ, satu tong itu mereka boleh untung dalam lebih kurang RM40.
Jadi, inilah operasi Ops Gasak sebenarnya. Di mana ada risikan, di mana ada pelaporan daripada lapangan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti ini dan penguat kuasa kita sentiasa apa orang kata memantau supaya aktiviti ini tidak diteruskan dan sebab itulah kita dapat membanteras banyak juga kes seperti yang saya sebut tadi. Untuk Ops Gasak saja, untuk tahun ini Ops Gasak ya. Saya rasa Ops Gasak ada 196 kes ya sejak daripada permulaannya sehingga sekarang dan ini banyak ditumpukan kepada proses di kantin.
Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kangar soalan 9.
9. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan hala tuju liga bola sepak Malaysia setelah pasukan-pasukan gergasi seperti Kedah, Perak dan Pahang menarik diri akibat kekangan kewangan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan, kita pandang serius situasi yang melibatkan penarikan diri beberapa pasukan utama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) seperti Kedah FC, Perak FC dan Sri Pahang FC.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, KBS sebagai kerajaan tidak boleh terlibat secara langsung dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang merupakan badan induk yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan kemajuan sukan bola sepak negara. Ketetapan ini turut merangkumi hal-hal berkaitan dengan kekangan kewangan yang telah dikenal pasti sebagai antara punca penarikan diri beberapa kelab daripada saingan Liga Bola Sepak Malaysia.
Namun demikian, kita sentiasa jalinkan kerjasama dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam menangani isu kekangan kewangan ini. Dalam usaha untuk kita bendung masalah kewangan yang lebih serius, pihak FAM telah menetapkan agar kelab- kelab di bawah MFL untuk menghantar laporan kewangan setiap dua bulan sekali. Perkara ini membolehkan MFL memantau prestasi perbelanjaan serta kedudukan kewangan semasa kelab-kelab tersebut supaya berada dalam keadaan yang baik.
Selain itu, MFL turut memberi peringatan agar sentiasa bagi setiap kelab ini memastikan sumber peruntukan yang mampan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelaksanaan liga bola sepak di peringkat antarabangsa juga menetapkan kriteria dan syarat-
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
syarat tertentu yang wajib dipatuhi oleh kelab-kelab di bawah liga negara masing-masing.
Penekanan terhadap sumber kewangan yang mampan merupakan salah satu kriteria utama yang perlu diberikan perhatian. Sebagai contoh, Persatuan Bola Sepak bagi sebuah negara tidak dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan kelab bola sepak yang berstatus kelab.
Walau bagaimanapun, sekiranya kelab tersebut berada di bawah gabungan atau naungan Persatuan Sukan Kebangsaan, kelab tersebut boleh dinilai dan dipantau bagi memastikan tadbir urus kelab di bawah naungan Persatuan Bola Sepak tersebut dilaksanakan dengan baik. Untuk itu, ketiga-tiga pasukan yang berstatus kelab ini perlu mempunyai hala tuju serta pelan pembangunan yang lebih jelas bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dan mampu beraksi secara konsisten di bawah penganjuran Liga Bola Sepak Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi memperkukuhkan Liga Bola Sepak Malaysia, Persatuan Bola Sepak telah pun melancarkan Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30 dengan perencanaan menjadi lima negara terbaik di Asia menjelang tahun 2030. Peta hala tuju dengan tempoh 12 tahun ini dibahagikan pada tiga pelan strategik.
Yang pertama, fasa pertama tahun 2019 hingga 2022 untuk bina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.
Disusuli fasa kedua, tahun 2023 hingga 2026 untuk mencapai peringkat Asia. Dan yang ketiga, akhir sekali, tahun 2027 hingga 2030 melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang bertaraf dunia.
Selain itu sedikit lagi, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Ini turut kita laksanakan di peringkat akar umbi untuk memperkuatkan lagi Liga Bola Sepak Malaysia.
Program ini membolehkan pasukan di peringkat negeri diwujudkan dan pengurusan persatuan tersebut dilaksanakan dengan pemantauan sepenuhnya oleh FAM. Kategori umur yang dirangka untuk pelatih di bawah 12, bawah 15 serta bawah 16 untuk kita pastikan kesinambungan latihan dan pertandingan serta pembangunan di peringkat negeri lebih terjamin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih, YB Timbalan Menteri. Jadi, pada pandangan saya isu pemilikan pasukan daripada Persatuan Bola Sepak atau FA bertukar menjadi FC menyebabkan pasukan gergasi bola sepak tanah air menjadi lemah kerana kos operasi pasukan amat tinggi. Sukar untuk penaja-penaja bertahan seperti Perak lah, XOX.
Jadi soalan saya, apakah MFL dan kementerian bersedia untuk memulihkan potensi Liga Malaysia supaya kekal kompetitif, menarik minat penonton serta penaja khususnya untuk Liga Super? Dan soalan seluruhnya, adakah MFL bersedia untuk menarik pasukan Singapura untuk bersaing dalam Liga Malaysia pada tahun hadapan bagi mengembalikan reputasi Liga Malaysia? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Untuk soalan terakhir berkait dengan penglibatan pasukan di Singapura, mahupun Brunei ke dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan, itu kita perlu tanyakan kembali kepada MFL dan kalau dapat saya akan bagi secara bertulis. Bagi contoh untuk kita tarik minat penajaan, minat penonton dan sebagainya, tentu sekali antara lainnya kita pastikan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat swasta atau badan korporat itu terus menerus dijadikan sebagai salah satu daya tarikan utama.
MSN contohnya adalah entiti berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan kita beri kelulusan untuk tujuan pengecualian cukai ini. Jadi, FAM dan sebagainya sebenarnya persatuan-persatuan sukan ini boleh memanfaatkan subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan ini bagi tujuan untuk mendapatkan dan meyakinkan lebih banyak penajaan.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Kita tahu kalau kita lihat balik kepada apa yang berlaku terhadap kelab-kelab ini, kita harus lihat juga, ia nya bukan semata-mata soal tiada penaja tapi juga kerana contohnya, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan juga berlaku tunggakan gaji akibat daripada pengurusan kewangan yang tidak telus dan tidak cekap. Yang ini antara perkara yang seharusnya diperbaiki terlebih dahulu. Berbelanja mengikut kemampuan dan itu yang seharusnya diberi penekanan dalam konteks apa yang telah berlaku dalam MFL tersebut.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak ada Menteri bangun, saya bangun.
18(1). Yang Berhormat, oleh kerana Menteri tak bangun, saya bangun.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diputuskan Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas itu, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 25 Ogos 2025.”
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bawa 18(1), Yang Berhormat.
18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Selepas ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, iaitu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, duduk dulu. Selepas ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, tapi saya — usul datang dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tunggu dulu. Saya benarkan Yang Berhormat Menteri untuk baca rang undang-undang dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bangun untuk menentang usul yang dibawa oleh Menteri. Menteri tidak wajar bawa usul, sebab usul ini mesti melibatkan Majlis Raja-Raja, sebab dia melibatkan tanah. Jadi, saya tidak bersetuju usul ini dibaca kali yang pertama ataupun yang kedua. Kita minta dirujuk kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bila melibatkan kuasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Mesti dirujuk kepada Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Menteri, di bawah Peraturan Mesyuarat 48 mempunyai hak untuk membuat bacaan pertama. Jadi, Yang Berhormat boleh berbahas rang undang-undang pada minggu hadapan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, macam mana nak berbahas sebab undang-undang ini tidak dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, sebab dia melibatkan tanah. Tanah ialah hak raja, hak negeri. Tanah, air dan juga hutan belantara ialah hak negeri. Dan rang undang-undang ini kita lihat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Meliputi kuasa negeri...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dengan tidak melalui Exco. Kita tidak setuju undang-undang ini dibaca kali yang pertama. Bukan saya, rakyat Malaysia.
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau betul-betul, kita rujuk Majlis Raja-Raja. Untuk yang Wilayah Persekutuan, mesti rujuk kepada Agong. Kita tidak boleh merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong. Jadi, dengan itu, kami minta...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Arau, you boleh bahas dalam bacaan kedua, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bukan bahas. Ini undang-undang ini...
[Pembesar suara dimatikan] ...Tidak layak dibahas.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jangan dapat politik... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup Arau. Point taken. Sila duduk.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Yang Berhormat — Puan Yang di-Pertua, ini Rang Undang-undang Bantuan Guaman ya, bukan tanah.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Yang Berhormat Arau terlampau...
[Ketawa]
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk memperkukuhkan khidmat bantuan guaman di Malaysia dengan mengadakan peruntukan bagi pemberian bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam kepada orang tertentu, mengadakan peruntukan bagi pelantikan Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan pegawai yang lain berhubung dengan penyediaan khidmat bantuan guaman kepada orang yang dibantu dan pelantikan Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam berhubung dengan penyediaan khidmat pembelaan awam kepada tertuduh yang dibantu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang sama.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengawal dan mengawasi pembaharuan semula bandar bagi maksud perancangan bandar dan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Tuan Nga Kor Ming]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Mohon izin.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Menteri KPKT telah membentangkan untuk bacaan kali pertama RUU D.R.25/2025 Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 yang mana kita tahu bahawa rang undang-undang ini telah menjadi suatu percakapan awam di luar sana yang begitu hebat sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat yang mana satu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan 54.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Muka surat 72. Oleh kerana rang undang-undang ini tidak dimaklumkan dengan jelas dan tidak diberikan kefahaman yang jelas sehingga menimbulkan kontroversi di luar sana. Dan saya ingin juga menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini bahawa di tangan saya ini ada satu surat daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi yang ditujukan kepada Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT bertarikh 20 Ogos. Ini jawatankuasa pilihan yang berkaitan dengan rang undang-undang ini.
Dalam surat ini, pengerusi jawatankuasa pilihan ini, Yang Berhormat Tanjong Manis telah menulis surat kepada Menteri. Perenggan yang kelima, saya baca. Perenggan yang satu, dua, tiga, empat mungkin tak berkaitan dengan apa yang saya nak sebut. Perenggan yang kelima Yang Berhormat, “Jawatankuasa dimaklumkan bahawa Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membentangkan rang undang-undang ini...” dirujuk pada rang undang-undang ini. “...untuk bacaan kali pertama pada Khamis, 21 Ogos 2025. Justeru, Jawatankuasa memohon agar pembentangan bacaan kali kedua dapat ditangguhkan sehingga semua isu berbangkit yang dalam sesi libat urus baru-baru ini dapat diselesaikan.” Ini kandungan surat daripada jawatankuasa pilihan yang berkaitan dengan rang undang-undang ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dalam Standing Order 54(1) berbunyi, “Sesuatu rang undang-undang boleh diserahkan kepada satu jawatankuasa pilihan sebelum bacaan kali kedua.” Sekarang ini kali pertama. Sebelum bacaan kali kedua dikatakan hari Rabu ini, boleh diserahkan kepada satu jawatankuasa. Ini kan pula surat ini, jawatankuasa pilihan yang berkaitan dengan rang undang-undang ini minta bacaan kali kedua ditangguhkan sehinggalah semua isu-isu diselesaikan.
[Tepuk] Jadi saya, untuk rekod Dewan Yang Mulia ini, memohon supaya Yang Berhormat Menteri menangguhkan bacaan kali kedua untuk diselesaikan selaras, bukan saja dengan permintaan pihak pembangkang tapi jawatankuasa pilihan itu sendiri, kerana banyak lagi perkara-perkara yang belum diselesaikan berkaitan dengan rang undang-undang ini. Itu permohonan dan juga saya mohon direkodkan di sini. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Tuan Chang Lih Kang]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar,
strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun di bawah 36(12) iaitu merujuk Menteri Agama kepada Jawatankuasa Hak dan Pemilihan kerana telah mengelirukan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tak dengar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya telah hantar kepada Yang Berhormat Speaker — oh, sorry.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Mic dekat sikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun di bawah 36(12) iaitu ingin merujuk Menteri Agama kepada Jawatankuasa Hak dan Pemilihan kerana telah mengelirukan Dewan. Yang Berhormat, saya pagi tadi ditakdirkan kawan saya hantar...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau sudah hantar usul kepada Tan Sri Speaker?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya sudah hantar kepada Speaker, tak jawab tetapi sebab saya terpaksa, sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, Yang Berhormat tunggu keputusan Tan Sri Speaker. Saya tak dapat buat keputusan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya. Yang Berhormat bagi tak saya cakap dekat rakyat sepatah? Sepatah sahaja, iaitu Kerajaan MADANI...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Tidak ada rundingan terus, tapi Tabung Haji masih ada rundingan terus. Dia bukan sahaja melanggar [Tidak jelas]
(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Melanggar MADANI. Ini yang saya marah, langgar yang lain tak apa, langgar MADANI saya marah Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu marah Yang Berhormat. Tunggu keputusan Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, sampai bila dia hendak jawab ini, sebab dah lama hantar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bukan Tan Sri Speaker, saya tak dapat jawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Yang kedua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang kedua Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bangun di bawah 18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu pun pertimbangan Tan Sri Speaker, bukan saya yang buat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sudilah kiranya saya baca tajuk sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu baca. Saya tak dapat buat keputusan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi tajuk ini penting, rakyat hendak tahu Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Iaitu peraturan mesyuarat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Memohon penjelasan Menteri Pengangkutan berhubung isu plate khas VIP.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab dia melibatkan Tuanku Raja Perlis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, sudah. Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya harap tidak ditutup, sebab kalau tidak, kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Menderhaka kepada Raja. Ya, sekarang saya kena duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, sekarang saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Arau duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Usul saya yang berpuluh saya hantar, satu pun dia tak — diterima. Tolonglah jawab saya, saya hendak dengar jawapan. Supaya saya bagi tahu rakyat ini dia jawapan. Terima kasih. Terima kasih rakyat, orang muda, tap, tap skrin, guy.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab, masa 40 minit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 11 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan telah menyentuh secara langsung bidang kuasa dan kefungsian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang juga turut menyentuh, memberi, membangkitkan pelbagai perkara terkait isu kos sara hidup dalam perbahasan mereka dan menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan yang lebih menyeluruh untuk menangani isu ini. Sebahagian menyentuh secara umum dan yang lain mengutarakan perkara-perkara yang terkait dengan bidang kuasa khusus kementerian-kementerian lain.
Sebelum saya memberikan respons kepada isu-isu dibangkitkan dalam perbahasan RMK13 yang telah bermula pada 4 hingga 14 Ogos 2025, izinkan saya untuk menyentuh secara ringkas komitmen kerajaan khususnya KPDN di bawah RMK13. Sebagaimana digariskan RMK13 akan meneruskan wadah ekonomi MADANI bagi merealisasikan untuk menaikkan siling dengan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, menaikkan lantai dengan meningkatkan darjat hidup rakyat dan memperkukuh tatakelola baik dengan memantapkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Kita juga maklum bahawa dasar dan inisiatif yang dirangka dalam RMK13 disusun dalam empat tonggak utama:
(i) meningkatkan kerencaman ekonomi;
(ii) meningkatkan mobiliti sosial;
(iii) mempercepat pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam; dan
(iv) mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.
KPDN adalah antara kementerian yang akan terlibat secara langsung untuk melaksanakan dasar-dasar di bawah tonggak meningkatkan kerencaman ekonomi dan meningkatkan mobiliti sosial melalui strategi-strategi berikut:
(i) mempertingkatkan kecekapan industri peruncitan;
(ii) memperkukuh rantaian bekalan makanan;
(iii) meningkatkan penciptaan nilai harta intelek;
(iv) memperkukuh ekosistem persaingan; dan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
(v) memperkukuh pengurusan kos sara hidup.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh secara langsung dengan bidang kuasa dan tanggungjawab KPDN:
(i) bermula dengan kefungsian perdagangan dalam negeri;
(ii) aspek kepenggunaan; dan
(iii) diakhiri dengan isu kos sara hidup.
Pertamanya, YB Jelebu ada membangkitkan isu keperluan menyegerakan pindaan Akta Persaingan 2010 tanpa perlu menunggu tahun 2030 dan mencadangkan penambahbaikan terhadap proses siasatan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Berdasarkan dokumen RMK13 yang menggariskan strategi di bawah A6.2, memperkukuh ekonomi persaingan, cadangan pindaan perundangan ini dimaksudkan menjelang 2030 adalah penyediaan perundangan persaingan yang lebih menyeluruh dan berkesan, yang mana semua industri termasuk komunikasi dan multimedia, penerbangan awam serta tenaga akan dikawal selia di bawah satu perundangan persaingan khusus.
Hala tuju RMK13 adalah untuk memusatkan kawal selia isu dan perkara persaingan di bawah satu perundangan persaingan yang khusus. Langkah tersebut akan melibatkan pindaan Akta 712 dan perundangan lain yang berkaitan.
Walau bagaimanapun, merujuk kepada tindakan terkini MyCC yang sedang dalam proses meminda Akta 712, ia nya melibatkan penambahbaikan kepada kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. Ini termasuklah memperkenalkan rejim kawalan percantuman yang boleh membantu kerajaan mengekang dari awal pembentukan kartel atau monopoli dalam pasaran. Proses pindaan ini telah pun berada di peringkat akhir dengan sasaran untuk dibentang di Parlimen sebelum akhir tahun 2025. Maksudnya, apa yang dimasukkan dalam dokumen RMK13 menjelang 2030 adalah pindaan yang lebih menyeluruh, yang memusatkan, cadangan untuk memusatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan persaingan di dalam satu kerangka undang-undang.
KPDN juga mengambil maklum cadangan penambahbaikan agar pengesanan dan siasatan terhadap sebarang unsur kartel dan pakatan bida dilaksanakan sebelum proses perolehan dimuktamadkan. Berhubung perkara ini, di bawah Akta 712, MyCC diberikan mandat untuk memulakan penyiasatan berlandaskan kepada empat kaedah iaitu sama ada:
(i) secara ex-officio, proaktif oleh MyCC sendiri, di bawah seksyen 14(1);
(ii) arahan yang dikeluarkan oleh YB Menteri, seksyen 14(2);
(iii) berdasarkan maklumat dan aduan yang diterima daripada mana- mana pihak seperti orang awam, agensi kerajaan dan pihak industri, seksyen 15; dan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
(iv) adalah melalui rejim kelonggaran iaitu penerimaan maklumat daripada yang terlibat dalam aktiviti antipersaingan di bawah seksyen 41(1).
Puan Yang di-Pertua, semasa sebarang penyiasatan berjalan, MyCC tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan kementerian dan agensi kerajaan mengeluarkan atau mengecualikan mana-mana pembida dari proses penapisan dan pemilihan pembekal ataupun kontraktor bagi satu-satu tender. Ini kerana mereka masih belum dibuktikan melanggar Akta 712. Walau bagaimanapun, kementerian dan agensi kerajaan boleh membuat tindakan sewajarnya untuk mengeluarkan atau mengecualikan syarikat-syarikat yang telah diputuskan melanggar undang-undang persaingan.
Berdasarkan rekod penguatkuasaan, MyCC telah mengeluarkan beberapa keputusan pelanggaran di bawah seksyen 40 Akta 712. MyCC telah mengeluarkan keputusan yang melibatkan sebanyak 270 perusahaan. Sebanyak 268 perusahaan didapati terlibat dalam aktiviti kartel dan dua perusahaan didapati menyalahgunakan kedudukan monopoli mereka. Sementara itu, sejumlah 26 perusahaan yang terbukti melanggar seksyen 4 Akta 712 kerana terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida telah dikenakan penalti kewangan berjumlah RM97.71 juta.
Dalam hal ini, keputusan pelanggaran oleh kartel tipuan bida tersebut ada disiarkan di laman web MyCC dan saluran media secara meluas yang mana ia boleh dijadikan rujukan kementerian dan agensi kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mempertimbangkan dan menguruskan perolehan kerajaan. MyCC juga mengalu-alukan kerjasama lanjut dengan kementerian dan agensi kerajaan dalam menjalankan advokasi untuk memberi kesedaran tentang isu kartel tipuan bida dalam perolehan awam. Pada masa ini, CIDB juga merupakan antara rakan strategik MyCC dalam memerangi isu kartel tipuan bida.
Selain itu, bagi memastikan keteraturan pemilihan pembekal dan kontraktor bagi perolehan kerajaan, Kementerian Kewangan telah menyediakan panduan dan rujukan kepada semua kementerian dan agensi melalui Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan. Pekeliling perolehan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan iaitu PK 1.6 Integriti Dalam Perolehan Kerajaan.
Pelaksanaan Integrity Pact sejak 1 Jun 2022 iaitu pemberitahuan kendiri oleh syarikat atau pembida atau perisytiharan non-collusion untuk tidak menawar atau memberi rasuah sebagai dorongan mendapatkan sesuatu kontrak atau bagi mempercepatkan sesuatu urusan perolehan kerajaan atau terlibat dengan tipuan, pakatan tipuan bida. Akuan atau perjanjian tersebut juga menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran iaitu syarikat berkenaan boleh dikeluarkan atau dikecualikan dari proses penilaian tender.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Selain daripada itu, dalam Surat Setuju Terima juga mempunyai perakuan daripada pembida yang berjaya untuk tidak terlibat dengan sebarang unsur suapan dan tipuan bida.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ini adalah seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perolehan iaitu PK 4.2 Surat Setuju Terima, Pesanan Kerajaan dan Inden Kerajaan Bagi Perolehan Kerajaan. Perkara ini dimasukkan dalam pekeliling tersebut sejak 1 September 2017.
Jika pembida yang berjaya didapati melanggar Akta 712, tawaran tender yang dimenangi boleh dibatalkan atau ditarik balik. Maksudnya Puan Yang di-Pertua, bersandarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan dan dimasukkan juga dalam syarat Surat Setuju Terima, sekiranya mana-mana syarikat yang berjaya dalam sesuatu tender dan didapati terlibat dan didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Persaingan, maka kemenangan tender tersebut boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh Kementerian Kewangan.
Puan Yang di-Pertua, YB Puchong?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tiada, ya? YB Puchong tiada dalam Dewan. Saya jawab secara bertulis. Yang ketiga adalah YB Sungai Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ada. YB Sungai Besar telah menyentuh berkenaan usaha kerajaan untuk membawa produk usahawan ke peringkat antarabangsa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif pengantarabangsaan produk usahawan tempatan digerakkan secara merentasi kementerian dan agensi antaranya melalui KUSKOP, MITI dan KKDW. Peranan KPDN dalam hal ini adalah menjurus kepada bantuan kepada PMKS tempatan, meneroka pasaran ke peringkat antarabangsa melalui sektor peruncitan.
Antara strategi yang dilaksanakan adalah program latihan pembangunan perniagaan kepada PMKS untuk menembusi pasaran runcit global. Untuk tahun 2024, sebanyak 420 usahawan telah terlibat dalam 10 siri latihan kursus yang telah dilaksanakan. Melalui 10 modul latihan yang dilaksanakan, program ini memfokuskan kepada tiga komponen utama dalam pembangunan perniagaan:
(i) pematuhan industri dan perundangan;
(ii) penembusan produk, pembangunan produk dan strategi perniagaan; dan
(iii) promosi serta pasaran.
Program bimbingan tersebut disusuli dengan program Local to Global Retail yang bertujuan membantu usahawan memasarkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa termasuk melalui strategi pemadanan perniagaan dengan premis peruncitan yang mempunyai cawangan di luar Malaysia.
Pada tahun 2024, sejumlah 65 syarikat dengan 275 SKU telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Emiriah Arab Bersatu, Thailand dan Jepun melalui kerjasama dengan pasaran asing yang beroperasi di Malaysia. Maksudnya di sini bahawa KPDN fokus dalam program pengantarabangsaan ini melalui program Local to Global Retail adalah
Datuk Armizan bin Mohd Ali
dengan izin, kita leverage dengan premis-premis peruncitan yang ada di dalam negara kita yang untuk membawa SKU lokal ke premis peruncitan yang ada di luar Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuhkan tentang aspek kepenggunaan yang sebahagian besar isu kepenggunaan ini dibangkitkan berkaitan dengan subsidi kepenggunaan. YB Pulai?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
YB Segamat dan YB Hulu Langat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semua tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Semua tiada, ya. Saya jawab secara bertulis. Yang seterusnya YB Sungai Besar, juga membangkitkan tentang isu subsidi LPG.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tadi.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya fikir sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri KPDN telah pun menjawab juga di Dewan ini dan saya ingin ulangi bahawa komitmen Kerajaan MADANI pada hari ini bahawa kita tidak akan menarik subsidi LPG dan para pengusaha sektor perniagaan makanan dan minuman — perusahaan mikro dan kecil akan terus untuk mendapat manfaat daripada subsidi LPG dan pengiktirafan tersebut akan kita masukkan dalam pindaan kepada PPKB (Pindaan) 2021 tersebut untuk memberikan pengiktirafan.
Dan pada masa yang sama, dalam pindaan tersebut, kita mengambil kira apakah dia aspek mekanisme pengurusan risiko untuk memastikan subsidi tersebut tidak tiris dalam konteks penyelewengan melalui aktiviti decanting dan juga penyeludupan keluar negara.
Insya-Allah, komitmen kerajaan untuk memastikan perusahaan kecil dan mikro makanan dan minuman akan terus memanfaatkan subsidi LPG.
Puan Yang di-Pertua, YB Miri?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tiada, ya. YB Miri tiada dalam Dewan dan seterusnya YB Rompin?
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
YB Rompin. Puan Yang di-Pertua, YB Rompin ada bertanyakan status, status permohonan subsidi diesel oleh operator feri ke Pulau Tioman.
KPDN telah dimaklumkan melalui surat daripada MOF bertarikh 19 Disember 2024 kepada MOT, Kementerian Pengangkutan, bahawa MOF telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang di pulau-pulau utama termasuk Pulau Tioman.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Selain itu, perluasan subsidi ini turut melibatkan pengoperasian RORO yang memberi kemudahan kepada penduduk setempat dan pelancong membawa kenderaan dari pulau ke tanah besar dan sebaliknya. Harga subsidi
Datuk Armizan bin Mohd Ali
diesel bagi feri bot penumpang dan feri RORO ditetapkan pada kadar RM2.50 seliter dengan jumlah maksimum subsidi yang boleh dituntut adalah 50 sen bagi setiap liter.
Kerajaan percaya bahawa dengan adanya kemudahan subsidi ini, ia dapat membantu mengurangkan kos operasi pengusaha feri dan secara tidak langsung menstabilkan kadar tambang, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk tempatan serta merancakkan semula sektor pelancongan di kawasan-kawasan terlibat. Jadi, kalau maklumat ini belum sampai kepada pengusaha-pengusaha feri, saya mohon bantuan daripada Yang Berhormat Rompin untuk memaklumkan mereka tentang keputusan kerajaan ini.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
YB, terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Puan Yang di-Pertua, YB Kalabakan? Okey. YB Kalabakan telah membangkitkan cadangan untuk mewujudkan semula kedai rakyat yang melibatkan elemen subsidi kepenggunaan sepertimana sebelum ini dan dijenamakan sebagai kedai MADANI yang menawarkan harga mampu milik dengan keseragaman harga di seluruh negara.
Perkara ini juga saya pernah jawab di Dewan yang mulia pada sesi kali ini.
Sebagaimana ketika sesi waktu MQT pada 12 Ogos 2025. Pada masa ini, KPDN tidak berhasrat untuk mewujudkan kedai rakyat ataupun kedai MADANI kerana kita mahu menumpukan kepada pengukuhan dan perluasan kerjasama strategik dengan rangkaian sektor peruncitan sedia ada, sama ada pasar raya, pusat pembelian termasuklah kedai runcit melalui Program Jualan RAHMAH MADANI.
Maksudnya di sini Puan Yang di-Pertua adalah dalam kita menggerakkan PJRM pada fasa awal ini, kita leverage premis-premis peruncitan sedia ada termasuk pasar raya, pusat membeli-belah, kedai-kedai runcit kerana kita juga memikirkan kekhuatiran mereka sekiranya wujud kedai khas, maka ia akan memberi kesan kepada perniagaan premis-premis peruncitan tersebut. Dan kita membuka ruang kepada mana-mana premis peruncitan, kedai runcit, pasar raya, pusat membeli-belah yang ingin terlibat dengan program PJRM ini bolehlah memohon.
Namun dua faktor yang penting untuk dipertimbangkan adalah pertama, aspek lokaliti sama ada premis tersebut mempunyai akses yang meluas untuk rakyat kita datang ke PJRM yang ditawarkan. Yang kedua, premis-premis peruncitan tersebut perlulah berupaya untuk menawarkan SKU jumlah barangan yang mencukupi supaya apabila rakyat kita hadir ke sesuatu program PJRM, Jualan RAHMAH MADANI yang dilaksanakan, mereka mempunyai pelbagai pilihan dan tidak perlu pergi ke tempat lain untuk mendapatkan bekalan SKU-SKU yang mereka perlukan untuk kegunaan rumah masing-masing.
Puan Yang di-Pertua, KPDN menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dalam usaha untuk menangani isu kos sara hidup. Ini termasuk persoalan mengenai tindakan kerajaan dalam mengawal kenaikan harga barang sepertimana dibangkitkan dalam perbahasan YB Pasir Puteh serta tindakan intervensi dalam mengatasi peningkatan kos sara hidup seperti yang disentuh oleh YB Tanjung Piai.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Selain itu, Ahli-ahli Yang Berhormat seperti YB Selayang, YB Pagoh, YB Lubok Antu dan lain-lain turut memberikan penekanan agar isu-isu kos sara hidup dilihat dengan lebih menyeluruh. Kita menghargai keprihatinan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terkait dengan isu kos sara hidup kerana kita tahu bahawa isu kos sara hidup ini bukanlah isu yang unik hanya untuk negara kita Malaysia tapi ia merupakan isu global yang perlu ditangani melibatkan kerjasama semua pihak.
Dan melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), telah diputuskan bahawa agenda menangani isu kos sara hidup perlu digerakkan mengguna pakai pendekatan “serampang dua mata” iaitu pertama bukan hanya kita melihat kepada aspek bagaimana kita dapat menstabilkan harga barang dan juga perkhidmatan tersebut.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tetapi kita juga perlu melihat kepada aspek pendapatan rakyat. It’s a dengan izin, two-pronged strategy kerana ia tergantung juga, harga barang dan perkhidmatan juga bergantung kepada kemampuan dan juga jumlah pendapatan boleh guna rakyat tersebut.
Dan inilah agenda yang telah digerakkan di bawah Kerajaan MADANI dan ia menuntut kebersamaan bukan hanya ia melibatkan bidang kuasa pelbagai kementerian dan agensi tetapi juga kebersamaan daripada sektor swasta dan juga para pemegang taruh yang lain.
Dan di bawah RMK13, agenda ini akan dimaknai dengan lebih menyeluruh dengan pelbagai dasar, strategi dan pendekatan. Antara komitmen kerajaan untuk menangani isu yang dibangkitkan, diterjemahkan di bawah RMK13 melalui Strategi A4.3 iaitu Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.
Ia meliputi penambahbaikan infrastruktur, penambahbaikan sektor peruncitan, penyediaan platform untuk ketelusan harga dan penguatkuasaan kawal selia secara menyeluruh. Ini termasuklah pembangunan repository harga dan bekalan untuk menyediakan maklumat bagi memastikan ketelusan harga di sepanjang rantaian bekalan yang akan diperincikan bersama dengan Kementerian Ekonomi.
Saya fikir, Yang Berhormat Pandan maklum tentang perkara ini bersama-sama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan. Kita ingin membangunkan repository harga dan bekalan ini bermula daripada peringkat asas pengeluar dan kalau melibatkan barang- barang import daripada pengimport sehinggalah ke peringkat pemborong, sehinggalah ke peringkat peruncit. Dengan adanya repository harga dan bekalan ini kita boleh melihat pergerakan harga dan boleh membantu penguat kuasa kita melihat di mana berlakunya pencatutan, ataupun yang sering disebutkan sebelum ini adalah manipulasi oleh orang tengah.
Kalau sebelum ini kita sejak beberapa tahun ini disebutkan tentang wujudnya kecenderungan manipulasi pihak tertentu yang memanipulasi harga termasuklah elemen pencatutan namun kita tidak mempunyai data yang terkait. Jadi, dengan adanya repository ini kita boleh mengesan di mana berlakunya pergerakan harga dan di mana berlakunya shortage of bekalan sekiranya ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Dan di bawah langkah jangka panjang pula pengurusan bebanan kos sara hidup merupakan antara tumpuan penting di bawah RMK-13 sebagaimana yang digariskan di bawah Strategi B3.1, Memperkukuh Pengurusan Kos Sara Hidup yang diperincikan dalam strategi dan inisiatif merentasi bidang keutamaan dan peranan pelbagai kementerian dan agensi. Berhubung perkara ini, selaku urus setia NACCOL, KPDN akan menggerakkan ikhtiar bersama-sama kementerian dan agensi berkaitan untuk menumpukan kepada pembangunan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2026-2030.
Pelan ini akan memfokuskan kepada beberapa isu utama rakyat seperti makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, pendapatan dan utiliti kerana wujud kecenderungan sebelum ini apabila bercerita tentang sara hidup hanya melihat kepada aspek makanan dan minuman, itu sahaja. Sedangkan komponen kepada kos sara hidup itu diukur dengan komponen-komponen lain termasuklah aspek utiliti, harga perumahan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya.
Dan pelan ini juga dibangunkan bagi memperkukuh perancangan pelaksanaan dan pemantauan strategi untuk menangani kos sara hidup dengan memberi tumpuan antara lain kepada penstabilan harga barangan dan perkhidmatan, pengurusan subsidi dan penjanaan pendapatan rakyat. Ia juga akan memberikan fokus kepada penguatkuasaan secara menyeluruh dengan mengintegrasikan skop penguatkuasaan di seluruh rantaian bekalan dan pengedaran untuk menangani gejala pencatutan dan anti-persaingan.
RMK13 juga memberi perhatian serius kepada pengukuhan pendayaupayaan dan advokasi hak pengguna melalui pengenalan Pelan Tindakan Kepenggunaan 2030 yang akan memperincikan Dasar Pengguna Negara 2.0. Pelan tindakan ini akan merangkumi aspek pengukuhan tadbir urus, pendayaupayaan pengguna dan pembudayaan pengguna lestari.
Kita mahu supaya pengguna-pengguna kita memahami akan lapan hak universal pengguna termasuklah hak untuk memilih. Dan ini penting untuk memastikan pengguna memainkan peranan dalam kita mengawal dan menstabilkan harga bekalan dan perkhidmatan tersebut.
Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas pandangan, cadangan dan persoalan yang dibangkitkan bagi perkara-perkara di bawah bidang kuasa khusus KPDN. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi untuk menjawab. Masa 30 minit.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tenggara, YB Sipitang dan YB
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saratok yang telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan dan pandangan mereka melibatkan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komuniti semasa perbahasan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas di Dewan yang mulia ini. Justeru itu, saya ingin mengambil sedikit masa untuk memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merangkumi perkara-perkara yang — yang diperjelaskan ini.
Pertama, YB Seputeh, Tangga Batu, Sipitang dan YB Saratok telah membangkitkan mengenai isu penanaman semula pokok sawit yang dah tua dan peruntukan program tanaman semula yang tidak mencukupi. KPK ingin memberi maklum balas berhubung pelaksanaan dan pemerkasaan program tanam semula yang sedang giat dilaksanakan serta dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi menggalakkan aktiviti tanam semula sawit khususnya oleh pekebun kecil.
Berdasarkan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOB, purata hasil buah tandan segar yang berada di bawah ― telah berada di bawah 19 tan sehektar sejak tahun 2014. Dan, usaha berterusan oleh kementerian telah membantu meningkatkan hasil BTS estet ― di peringkat estet yang telah menunjukkan peningkatan bagi tiga tahun berturut- turut iaitu daripada 15.49 tan per hektar sehingga 16.7 tan per hektar pada tahun 2024. Ini masih lebih rendah kalau dibandingkan pada tahun 2014 iaitu on average 19 metrik tan.
Kadar penanaman semula yang rendah telah menyebabkan peningkatan keluasan pokok sawit tua dan menyekat pertumbuhan produktiviti hasil BTS negara. Purata kadar tanaman semula sawit hanyalah sekitar dua peratus bagi tempoh 2014 hingga 2024 di mana untuk independent smallholders hanya 0.7 peratus, organized smallholders cuma satu peratus, dan estet-estet yang besar hanya 2.5 peratus. Ini agak jauh berbanding industry standard, sepatutnya empat peratus setiap tahun.
Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan tanaman semula pada tahun 2024 dan juga 2025. Tiap-tiap tahun kerajaan memperuntukkan 100 tahun untuk memberi peluang kepada pekebun-pekebun kecil untuk dapat menikmati program tanaman semula ini. Dan ia nya masih tidak mencukupi dan pihak kementerian akan cuba membentangkan permintaan yang lebih besar peruntukan ini kepada ― untuk kita agihkan kepada seluruh pekebun-pekebun kecil yang dianggarkan on average RM280 juta setahun. Ini kita belum dapat kelulusan lagi, kita akan buat permintaan.
Sementara itu, bagi mencapai sasaran tanam semula sawit pada kadar ideal 400 setahun, kementerian sentiasa menyokong syarikat perladangan, pengusaha dan pemilik kebun sawit untuk melaksanakan program tanam semula sawit bagi memastikan pokok sawit tua dan tidak produktif ditebang dan ditanam semula dengan bahan-bahan tanaman yang berkualiti tinggi. Kementerian juga menetapkan hanya pekebun kecil persendirian yang memenuhi kriteria kelayakan wajar menerima manfaat dari peruntukan tanaman semula sawit ini. Ini adalah bagi memastikan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan dana kerajaan serta mengelakkan sebarang pembiayaan bertindih.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
KPK mengambil maklum bahawa kos penanaman semula sawit pada masa ini adalah tinggi iaitu sekitar 18,000 hingga 20,000 per hektar. Dengan peruntukan yang kita cuba dapatkan 280 juta setahun, ia nya sedikit sebanyak boleh dapat membantu pekebun-pekebun kecil ini. Walaupun angka ini hanya mampu menyokong sebahagian dari keperluan penanaman semula sawit, ia adalah langkah permulaan yang paling penting untuk memperkukuhkan sokongan berterusan kepada pekebun-pekebun kecil persendirian yang mewakili 14.6 peratus daripada jumlah keluasan tanam sawit di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu — Tangga Batu tak ada, saya skip-lah ya. Saya skip, nanti saya tulis. Tenggara?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tenggara tak ada, saya skip, nanti saya tulis jawapan bertulis. Selesai sawit.
Getah. YB Padang Terap tak ada? Tak ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya bagi jawapan bertulis ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kota Marudu? Tak ada? Ha, ada. Datang ya.
Padang Terap — Kota Marudu tak ada ya. Saya bertulis juga ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ya, Puan Yang di-Pertua.
[Dicelah] Tangga Batu, Tangga Batu ada.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey. Tangga Batu tu hari tanya pasal apa ha?
Tangga Batu tanya—– oh, industri carbon dioxide removal (CDR). Kita dah jawab masa NRES tadi. Jadi, sama itu ia dibincang. So ada lagi?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Replanting, replanting.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Oh, replanting dah habis saya sebut.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Ya.
[Ketawa]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
So, replanting — replanting memang kita ada allocate RM100 juta tiap-tiap tahun, tapi dalam RMK ini, kita cuba, kementerian akan buat pembentangan khusus untuk dapat RM280 juta setahun untuk lima tahun turut-turut.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Cuma saya lihat peruntukan ini lebih menjuruskan kepada smallholder. Smallholder pula kita ada dua bahagian. Satu dipanggil organised smallholder dan independent smallholder. Saya yakin peruntukan sebanyak RM1.4 bilion itu untuk lima tahun itu ditujukan kepada smallholder.
Tapi kalau kita lihat rekod-rekod, saya tak nafikan syarikat-syarikat besar memang mereka mencatat keuntungan tinggi. Tapi kita ada juga syarikat-syarikat kecil sederhana yang mengalami masalah. Mereka pun tak boleh buat replanting sebab kos yang tinggi. Jadi,
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
maksud saya, apakah kerajaan juga menyediakan peruntukan untuk membantu syarikat- syarikat ini supaya kita boleh melonjakkan sebenarnya kita punya yield per hektar itu dengan lebih tinggi lagi? Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya sangat bersetuju Yang Berhormat kerana kalau tidak ada replanting yang kita keep minimum four percent tiap-tiap tahun, dia akan menjejaskan pendapatan negara dari segi eksport kerana kelapa sawit ini adalah penyumbang ketiga terbesar eksport negara. Pada tahun 2024, kita punya eksport mencecah hampir RM120 bilion.
Jadi, kalau pokok-pokok ini dah tua, dalam kita punya industri sekarang ini, pokok- pokok tua ini sudah mencecah hampir 520,000 hektar. Jadi, kalau syarikat-syarikat yang besar ni saya rasa saya quite comfortable sebab dia boleh spend duit dia. Cuma yang paling penting yang saya nak tekankan ialah organised agency. Kalau yang smallholders yang independent ni kita akan handle di kementerian, tetapi yang organised smallholder ni dia punya replanting rate ni tidak sepatutnya rendah. Jadi, itu kita nak minta mereka lihatlah Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab saya sebenarnya melihat kepada efficiency sebab kita daripada RM100 juta kita allocate untuk pekebun kecil pun, saya rasa setakat ni kerajaan baru belanjakan lebih kurang 0.7 peratus saja. Itu pun slow juga kan. Jadi, macam mana kita boleh melihat? Makna saya kita bantu syarikat small and medium company dan juga kita lihat juga pekebun-pekebun kecil ni bagaimana kita boleh mempercepatkan. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Dia RM100 juta tu kita bagi kepada pekebun kecil yang independent. Sebab itu kita minta RM280 juta setahun untuk lima tahun ni. RM280 tiap-tiap tahun ialah kerana kita nak naikkan balik 0.7 peratus replanting rate, paling tidaknya dia melepasi tiga peratus.
Jadi, kalau dengan ada itu, saya bagi contoh, kalau 1.5 juta hektar yang ada di tangan pekebun-pekebun kecil sama ada independent atau organised, kalau setiap daripada mereka ini boleh meningkatkan pengeluaran buah tandan sawit ini dua tan saja setahun, meningkatkan dua tan, dia akan memberi RM2.5 bilion. Selalunya kalau kita buat penanaman semula yang konsisten, dia boleh menambahkan dengan good planting material, good clone, good seed, kemudian good agriculture practices.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
[Bangun]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Dia akan boleh beri lapan tan additional. Lapan to 10 tan. So, imagine kalau dua tan RM2.5 bilion, kalau lapan tan is a RM10 bilion. RM10 bilion ni akan pergi kepada semua pekebun-pekebun kecil.
Jadi, saya memang mengambil berat soal replanting ni kerana kita ada satu dasar baharu dalam negara ialah kita tak boleh buat new area yang fall under deforestation. Kalau ada deforestation, kita punya produk ini tidak akan dapat certification MSPO. Maka bila tak
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
dapat certification MSPO, maka produk itu tidak boleh eksport ke luar negara khususnya negara-negara di Eropah. Terima kasih.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Datuk Seri, Kota Marudu tadi, minta maaf.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Oh, Kota Marudu. Saya sudah ingat mahu tulis pakai surat. Okey, kita jawab. Okey, Kota Marudu telah mencadangkan agar kerajaan meningkatkan harga lantai getah kepada RM4 satu kilogram.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, harga komoditi getah seperti juga komoditi- komoditi lain, ia nya ditentukan oleh mekanisme pasaran bebas berasaskan supply dengan demand. Mekanisme pasaran bebas berasaskan prinsip penawaran dan permintaan dan tidak dikawal selia secara langsung oleh kerajaan. Harga getah yang dilaporkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) merupakan harga rujukan berdasarkan purata harga urus niaga sebenar yang berlaku di lapangan.
Jadi, apa yang kerajaan buat untuk menggalakkan pengeluaran ini, maka kita put the siling bahawa harga getah kalau jatuh bawah daripada RM3 satu kilo, dia akan dapat subsidi.
Kalau kata harga getah jatuh katakan RM2, tapi dia keluarkan getah, dia tetap dapat RM3.
Tapi bila harga lebih daripada RM3, itu kita tak bagi subsidi. Jadi, itu sahaja yang kerajaan boleh buat.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ya.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Padang Terap tadi noh.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ha, okey.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Baik. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Oh, tadi Padang Terap [Tidak jelas] . Dah ada dah? Okey. Okey, [Tidak jelas] . All right, terima kasih.
Padang Terap, mengenai tarif ke atas sarung tangan getah ya. Okey. Yang Berhormat Padang Terap telah membangkitkan isu berkenaan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh industri getah setelah Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas produk sarung tangan getah.
Bagi sektor eksport sarung tangan getah, Malaysia telah merekodkan nilai eksport sebanyak RM15.4 bilion pada tahun 2024. Sementara itu bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, nilai eksport mencecah RM6 bilion.
Berdasarkan data tahun 2024, sebanyak 40 peratus daripada jumlah eksport iaitu RM61 bilion, kita eksport ke Amerika Syarikat. Diikuti oleh Kesatuan Eropah 21 peratus, Jepun enam peratus, China empat peratus. Selebihnya dieksport lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia.
Jika dilihat kepada angka terkini Mei 2025, Amerika Syarikat kekal sebagai pasaran utama dengan menyumbang 46 peratus daripada jumlah eksport sarung tangan getah Malaysia. Ini menunjukkan bahawa walaupun penggantungan kepada pasaran Amerika
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
adalah tinggi, Malaysia masih mengekalkan eksport meluas di pasaran global. Ini adalah kerana dari segi tarif, Malaysia dikenakan hanya 19 peratus, Thailand — sama dengan Thailand, so kita sama. Manakala China 55 peratus.
So, dari konteks ini, kita masih ada lagi kita punya kompetitif dan keadaan ini memberikan sedikit kelebihan kepada negara dari segi persaingan dan Malaysia berbanding dua negara pesaing utama tersebut. Dalam pasaran sarung tangan getah dunia, Malaysia menguasai kira-kira 40 peratus daripada pegangan pasaran global berbanding China dan Thailand dari segi jenis produk. Saya ingat itu jawapan ya.
So, jadi kalau kita kena 19 peratus sebab orang lain pun juga kena, ada some of them more, jadi kita tak nampak sangat, tetapi kita continue to remain as the best or the first choice orang nak beli kita punya apa ni rubber glove ni kerana kita punya kualiti.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat Menteri, sikit saja sebab saya pun ada sentuh soal kita punya sarung tangan getah ni dan memang betul seperti jawapan Menteri tu bila kita punya apa tarif tu lebih rendah pada China dan Vietnam, makna kita punya advantage. Cuma pertanyaan saya, keperluan industri ni sebenarnya daripada dalam pun tak cukup.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kita masih lagi import concentrated latex daripada luar. Jadi, apakah perancangan kerajaan supaya kita boleh menggalakkan lagi pengeluaran lateks tempatan sebab saya ada sebut. Kalau — cuba, bagaimana kalau kita tidak kita buat, kita panggil two tiers incentive supaya lebih banyak lateks dikeluarkan. Kita panggil apa — pekebun akan dapat lebih tinggi dan kita boleh mengurangkan import lateks kita. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetujulah fasal kalau kita tengok, kita ni sebenarnya dulu adalah merupakan pengeluar getah pertama dunia, tapi hari ni kita merupakan salah sebuah negara pengimport terbesar getah dunia. Jadi, apa yang berlaku ialah kita sekarang ini mengimport hampir RM7.5 bilion untuk import getah dan untuk lateks saja kita import hampir 220,000 metrik tan.
Jadi, hari ini lateks yang di-produce dalam negara kita hanya lebih kurang dalam 19,000 ke 20,000 metrik tan. So, makna kita ada short for 200,000. Yang itu kita import. Jadi, sudah tentu kerajaan akan teruskan usaha, cuma yang kita punya masalah ialah 95 peratus daripada kita punya apa ni, smallholders ini, yang terlibat dalam getah ni dia cuma dah berumur.
Jadi sebab tu kerajaan sedang menggunakan LGM, Lembaga Getah Malaysia dan bersama RISDA dan juga FELDA, yang mana ada ladang-ladang getah ini kita nak buat consolidation supaya kita boleh, akhirnya kita dapat keluarkan kita punya susu getah.
Walaupun tak kesemuanya, at least kita boleh reduce kita punya import 50 peratus. Ini ada dalam proses, termasuk juga kita bagi insentif kepada pengeluaran getah lateks di mana setiap kilo yang dia orang keluarkan, kita akan bagi dia insentif RM2. Kalau dia within 50 kilometer ke factory ataupun kilang yang memproses susu getah.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey, Sipitang tak ada ya?
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Oh, Sipitang ada, okey. Sipitang telah mencadangkan bahawa kerajaan mewujudkan satu pelan pemulihan industri getah nasional bagi memartabatkan industri getah negara. Kerajaan menyedari akan trend penurunan pengeluaran getah asli di peringkat huluan yang telah berlarutan sejak lebih dekad lalu, iaitu bermula sekitar tahun 2009.
Walau bagaimanapun, subsektor hiliran khususnya pengeluaran sarung tangan getah masih terus memberikan sumbangan yang signifikan kepada pendapatan eksport negara dengan nilai sekitar 15.3 bilion. Kalau kita tengok Yang Berhormat ya, kita import getah 7.5 bilion tetapi hasil daripada kita punya produk hiliran ini, kita eksport semula jumlah 33.7 bilion. So, makna walaupun kita import tetapi 33.7 bilion hasil produk itu kita eksport, 33.7 bilion. Sarung tangan getah saja 15.3 bilion.
Cuma, bila kita boleh fokus kepada industri huluan ini, maka retention value ke dalam negara ini lebih tinggi, kalau dibandingkan kalau kita import. Saya bagi contoh macam kelapa sawit, kita memang tak import. Kita basically apa yang kita produce 19.3 million metric tan, kita pakai empat million, balance 15 million metric tan itu kita akan eksport ke luar negara dan kita dapat hasil 120 bilion. So, ini yang saya nak perkongsikan, Yang Berhormat.
Okey, so getah dah habis. Dan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit lagi?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sebab — boleh tak, macam mana cara kita boleh synchronize-kan LGM dengan LGS ni, sebab dulu saya pernah bangkitkan isu Tabung Haji mempunyai 14,000 hektar, memanglah kita panggil virgin trees lah, yang berada di Beluran, tapi mereka tidak boleh buat apa-apa sebab dia juga terikat dengan forest plantation punya apa, punya project.
Jadi macam mana pun, sebab ini saya rasa bila dia virgin, virgin tree ini memang production dia selalunya tinggilah....
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Betul.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
...Dan dia tanam pula dengan dipanggil LTC, latex timber clone yang kita tahu kayu boleh pakai, lateks dia pun tinggi.
Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya setujulah tapi Lembaga Getah Sabah ni dia ada dia punya authorities ni. Jadi, kalau kita nak encroach itu dia punya susah. Cuma Kerajaan Persekutuan, apa Kerajaan Persekutuan buat kita insentif tu kita masih lagi bagi kepada dia, tetapi dari segi administration, regulation dekat situ, sebenarnya LGM tidak ada.
Tapi kita selalu collaborate lah. Yang Berhormat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
YB. YB. Menteri, izinkan saya mencelah, saya tak sempat bahas to that.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Boleh.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Iaitu bolehkah Kementerian Komoditi dan Perladangan ini bincang dengan ladang-ladang besar ini, supaya rizabkan keluasan estet-estet besar mereka, untuk kita tanam jagung bijiran secara apa tu, jagung bijian ya, cara besar-besaran kerana untuk makanan ayam, lembu dan khinzir ini, di negara kita, kita import lebih empat bilion setahun daripada Argentina dan Brazil. Jadi, kalau Kementerian Perladangan dan Komoditi ini dapat berbincang dengan ladang-ladang yang besar-besar ini, sekian ekar kita rizabkan untuk tanam jagung biji-bijiran secara yang apa- apa. Production besar-besaran. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan yang sangat bagus, cuma kita ni ada masalah pasal tanah. Kalau kita tengok sekarang ni macam ladang getah, kita ada lebih kurang dalam 5.7 hektar. 5.7 hektar ni boleh menghasilkan export value 120 bilion. Kita import corn untuk bagi makanan ayam. Corn, gula kita import 100 percent. Corn, 100 percent, wheat, tepung 100 percent. Tetapi ini semua kalau kita tanam secara kecil-kecilan, dia tak boleh. Dia tidak ada economies of scale. Jadi, banyak orang cuba tak berjaya. Tapi kenapa kelapa sawit ini berjaya, because 5.7 hektar itu menyebabkan kita jadi pengeluar nombor dua terbesar dunia.
Jadi, saya melihat dari segi konsep ekonomi ini, kalau kita cerita pasal food security, di Singapura, dia tak ada tanah tetapi food security dia lebih bagus daripada kita, sebab dia ada banyak melakukan reverse investment. Dan dia ada strategi dia macam mana dia nak protect dari segi food security dia. In fact, dia di tangga 12, kita 28. Jadi, apa yang saya tengok dari segi soal ini, kita tengok apa yang kita boleh buat, boleh menjadi pengeksport terbesar. Kemudian hasil eksport ini boleh kita gunakan untuk beli barang yang kita nak pakai.
Tetapi kalau kita nak tanam jagung, nak tanam apa ni kita punya wheat ataupun kita nak buat kita punya soya bean ni, maybe it takes a long time dan kemudian kita nak cari tanah yang bersesuaian dengan ini. Jadi, saya pun pernah tengok benda ini, tapi sebenarnya is all about skill and kita punya competitiveness. Bila kita tidak ada skill, kita tidak akan mendapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar besar di luar negara.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh saya tambah sikitlah. Dia sebenarnya untuk grain corn ni Yang Berhormat Pasir Gudang ya, dia memerlukan kawasan yang agak kering 120 hari, dia tak sama dengan apa — apa nama tu jagung manis ni. Jagung manis 75 hari. Dan saya lihat kalau nak buat tu kat Malaysia, makna sesuai dekat belah Kedah. Kedah, Perlis. Sarawak pun saya tak pasti, sebab Sarawak dia punya rainfall dia tinggi.
Cuma saya melihat bahawa daripada kita punya apa palm kernel expeller, kita punya apa daripada cut, kita boleh proses untuk jadikan makanan haiwan. Sebab saya ingat MPOB dah ada teknologi dah. Dulu dia kata because of the dipanggil crude fiber tu tinggi, so dia
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
untuk ruminan lembu okey, tapi untuk ayam tak sesuai. Tapi sekarang ni MPOB dah ada teknologi kan. Melalui proses fermentation, dia boleh bring down crude fiber tu kepada below 11 percent dan sesuai untuk ternakan ayam.
Tapi bila saya tanyakan kawan-kawan dekat ni kata ayam Malaysia tak biasa makanan tu, dia nak jagung juga. Jadi, saya rasa kita perlu lihat benda macam ni, bagaimana kita boleh buat adaptation, supaya kita boleh mengurangkan import yang bernilai empat hingga lima bilion setahun tu lah. Ini pandangan saya. Dan sebenarnya saya pun nak ucap terima kasihlah sebab bila TOT baharu ni, saya lihat KLK, syarikat saya lama dulu, dah take up projek PKE ni untuk keluarkan makanan kepada apa, kepada lembulah dan saya ucapkan tahniah kepada MPOB dan Kementerian Komoditi. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya setujulah macam makanan ayam base ni adalah corn. Jadi, kalau kita kena import, macam mana over the period of time, kita guna all this alternative apa ni by product of the kita punya ladang ni dan kita substitute. Instead of kita beli 100 peratus, now kita beli 80 peratus atau 90 peratus, kita substitute 10 percent. So over time nanti ayam-ayam yang tak sesuai tu akan jadi sesuailah ya. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri saya terpaksa untuk menangguhkan Dewan pada 1.15 minit.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey. Saya nak habis dah ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Dah habis, last, last. Ha, Sipitang.
Pembangunan semula industri koko negara. Ha, ini last. Saya bersetuju Sipitang, bahawa koko ini adalah salah satu daripada komoditi yang very attractive now, dulu mungkin tidak.
Kalau untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada satu ketika dulu, kita adalah merupakan salah satu daripada pengeluar koko. Dulu kita produced koko 300,000 metrik tan, sekarang ni kita produced 400 tan. Dulu 300,000 sekarang 400 tan.
Jadi, kenapa hari ini koko ini so lucrative? Because harga dia sekarang, lebih kurang dalam lapan ke 10,000 range, US. Satu tan. So, sudah tentu jadi lucrative. Jadi, apa yang berlaku hari ini, kita nampak penghijrahan. Sowly ramai orang menanam koko ini. Daripada sekarang ini 6,000, sekarang target dalam masa ini akan sampai 10,000 hektar.
Tetapi kita juga merupakan pengimport koko yang terbesar juga. Kita import satu tahun 500,000 metrik tan koko. Masuk ke dalam negara kita, kita proses, kita grind dan kita eksport balik. So berapa nilai dia? Nilai dia ialah kita import 500,000 nilai lebih kurang dalam 7.5 bilion. Kemudian, bila kita proses, kita eksport balik, kita dapat export value 15 bilion. So, jadi ada value added. Tetapi kalau kita boleh menumpukan some of the pertanian ini dan kita import 500 dan ini akan menjadi satu keuntungan yang besar kepada negara, kerana kita boleh reduce kita punya import. Tetapi masalah dia sekarang ini, masih lagi soal tanah, nak
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
dapat tanah. So, sebab value kelapa sawit pun tinggi, koko pun tinggi, masing-masing ada dia punya option.
Jadi, di Sabah kita kenal pasti bahawa Sabah ini adalah merupakan satu hab koko ini dan kita akan terus untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah, untuk kita lihat bagaimana will become a center kita punya pengeluaran koko di Sabah. Saya harap apa ni, Yang Berhormat, kita akan berterusan bekerjasama untuk memastikan bahawa Sabah boleh menjadi satu tempat ataupun negeri yang boleh kita belajar penanaman koko ini, yang dapat menghasilkan hasil yang begitu tinggi. Boleh ya, okey.
Jadi saya, sekian...
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Sipitang.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey. Saya ingat nak tanya lagi.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh sikit Menteri, saya ada bangkitkan isu — apa kita punya penyelidikan, mechanization-kan dan diberitahu dan dibentangkan dalam RMK13 bahawa kita punya apa nama tu allocation untuk R&D dinaikkan kepada 2.5 peratus daripada KDNK sebelum ni, kosong perpuluhan lebih.
Jadi saya rasa allocation ni besar dan memang antara masalah utama kita di ladang sawit adalah masalah tenaga kerja dan kita dah tubuhkan MARCOP beberapa tahun lalu tapi — itu cuba tengok balik sebab saya cadangkan supaya MARCOP ni jadikan sebagai main research center. Kalau sekarang kita cuma sediakan geran saja, individual researcher akan ambil geran dan sebagainya, saya rasa dia agak slow. Dia bagus kita binakan dia bawah satu roof. Bermakna dengan tenaga-tenaga researcher pakar daripada — daripada apa disiplin yang berbeda supaya kita dapat satu, kita panggil apa, jawapan yang tuntas bagi menyelesaikan masalah mechanization dan kelapa sawit. Sekian terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya setuju Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, MARCOP ni sangat penting tapi saya nak beritahu, banyak syarikat-syarikat teknologi ni dia datang jumpa pengurusan MARCOP atau MPOB, dia propose macam-macam. Tapi pasal yang datang propose ini dia tak faham soal kelapa sawit.
Maka, baru ini 26 companies datang, kita pun spend time evaluate dia, satu pun kita tak boleh funding dia, pasal dia tak berapa faham basic. Jadi, apa yang pengurusan MARCOP buat sekarang ni, dia sekarang ni instead orang datang cari dia, kita uar-uarkan apa yang kita nak. Jadi, baru ni dia telah menyuarakan dan memberi pandangan kepada semua mereka yang berminat ni, kita bagi kita punya masalah.
So, ada 19 company yang kita evaluate baharu ni, sembilan kita nak bagi geran untuk dia buat. Dia bersekitar banyaklah soal harvesting, soal collection of fruits,
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
soal mechanization, dari segi kita punya kerja-kerja yang boleh mengurangkan pekerjaan.
Jadi, nanti kita tengok apa hasil dia. Nanti I ingat memang saya nak invite Yang Berhormat- Yang Berhormat berkongsi pengalaman ni, untuk tengok apa benda yang kita boleh panggil lebih ramai lagi anak-anak muda kita yang ada teknologi punya apa kreativiti dan kita boleh bawa dia untuk melihat dan boleh dapat geran daripada MARCOP ini. Terima kasih Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.15 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita teruskan penggulungan dengan saya menjemput Menteri Digital. Silakan. 30 minit.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri, terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul RMK13 iaitu Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat daripada Bukit Bintang.
Tan Sri Yang di-Pertua, negara AI adalah sebuah negara yang meletakkan kecerdasan buatan sebagai pemacu utama pembangunan sosioekonomi, tadbir urus dan kehidupan seharian, di mana perlaksanaan AI merentas sektor perniagaan, kerajaan dan masyarakat dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam serta memastikan manfaat kemajuan teknologi diagihkan secara saksama, inklusif dan mampan.
Aspirasi negara AI menjelang tahun 2030 berteraskan tiga matlamat yang utama.
(i) menjadi hab teknologi AI serantau;
(ii) membangunkan produk dan perkhidmatan dibuat oleh Malaysia; dan
(iii) memastikan pembangunan AI dilaksanakan secara inklusif dan mampan.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Bagi mencapai aspirasi ini, RMK13 menetapkan lima elemen pembangunan utama iaitu:
(i) membangunkan dasar yang berpandangan jauh;
(ii) memperkukuhkan ekosistem bakat;
(iii) memperkukuhkan kepercayaan digital;
(iv) membangunkan infrastruktur data dan digital generasi baharu; dan
(v) menarik pelaburan berkualiti tinggi.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk mencapai hasrat ini, Kementerian Digital akan memacu pembinaan negara di atas lima fokus utama yang mana isu-isu berkaitan dengannya telah banyak dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Izinkan saya memperincikan bagaimana kerajaan akan memperkukuhkan setiap fokus yang saya sebutkan sebentar tadi.
Pertama berkaitan dengan tadbir urus digital negara. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk membina sebuah negara AI yang kukuh, tadbir urus digital yang cekap, telus dan berkesan adalah sangat signifikan. Tanpa tadbir urus yang jelas, agenda besar negara berisiko menjadi retorik semata-mata dan perlaksanaannya akan pincang.
Hala tuju kementerian adalah jelas. Malah, terpahat dalam dua dokumen induk iaitu Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara atau D4IRN dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia 2021 sehingga 2030. D4IRN merupakan dasar yang memacu usaha mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi termaju 4IR, manakala RTEDM 2021-2030 memacu transformasi digital bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong teknologi digital dan menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Kerajaan sedang melaksanakan kajian separuh penggal bagi kedua-dua dokumen ini dengan mengambil kira perkembangan teknologi masa hadapan untuk memastikan Malaysia bersedia dan tidak ketinggalan dalam evolusi teknologi digital. Kajian ini dijangkakan akan selesai selewat-lewatnya pada akhir tahun ini, bulan Disember tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, struktur tadbir urus kita juga telah diperkukuh bagi memastikan perlaksanaan strategi dan inisiatif yang lebih kemas. Di peringkat tertinggi, agenda digital negara dipandu secara langsung oleh Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara atau dikenali sebagai MED4IRN dan majlis ini dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
MED4IRN adalah platform strategik tertinggi negara yang berperanan untuk menyelaras dasar induk berkaitan digital iaitu D4IRN dan RTEDM. Bagi memastikan agenda ini tidak terpusat di peringkat Persekutuan sahaja, platform ini juga telah pun dijajarkan ke peringkat negeri melalui penubuhan MED4IRN di peringkat negeri. Langkah ini bertujuan, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk menyelaras dasar dan perlaksanaan program transformasi digital antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan secara bersepadu, sistematik dan menyeluruh.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Selaras dengan pembentangan RMK13 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kementerian Digital telah mengambil langkah untuk menyokong pembangunan dasar ini melalui pembinaan ekosistem digital yang kukuh dan selamat dan, pada masa yang sama, membolehkan rakyat menikmati faedah daripada teknologi AI. Usaha ini merangkumi pembangunan kerangka perundangan dan penubuhan agensi-agensi pelaksana seperti NAIO ataupun Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (National AI Office) dan seterusnya GovTech dan Suruhanjaya Data yang bakal ditubuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur digital negara merupakan asas utama dalam pembangunan sesebuah negara AI. Usaha dalam memastikan kesalinghubungan ataupun connectivity, dengan izin, telah pun bermula sejak tahun 2018 melalui projek National Fiberization and Connectivity Plan (NFCP) 2019 yang dijenamakan semula kepada JENDELA yang berjaya membawa perkhidmatan 4G kepada rakyat Malaysia.
Mulai tahun 2021, rangkaian 5G telah pun dimulakan dan melalui usaha gigih Digital Nasional Berhad (DNB), liputan 5G telah berjaya mencapai 82.4 peratus liputan di kawasan berpenduduk ataupun coverage of populated areas, Tan Sri Yang di-Pertua, di seluruh negara. Rangkaian 5G DNB juga telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa daripada organisasi penanda aras global yang berprestij seperti Ookla dan Opensignal atas prestasi dan juga kebolehpercayaannya (reliability). Kesalinghubungan yang disediakan oleh rangkaian 5G ini kini dinikmati oleh 28.1 juta pengguna aktif di seluruh negara.
Dalam membina ekosistem digital yang selamat dan dipercayai, aspek data, Tan Sri Yang di-Pertua, juga merupakan fokus utama dalam pembangunan teknologi baharu seperti AI dan GenAI. Di sini, Tan Sri Yang di-Pertua, dua perkara diberi penekanan.
Pertama, bagaimana kita boleh kenal pasti semua data yang kita ada merentas semua sektor dan memastikan bahawa ia nya disediakan dalam bentuk digital supaya ia nya dapat digunakan untuk tujuan solusi digital. Kekuatan sebenar, Tan Sri Yang di-Pertua, AI adalah dengan menggunakan data dan data dalam bentuk digital, maksudnya.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Kementerian melalui Jabatan Digital Negara sedang merangka polisi pendigitalan data sektor awam yang merangkumi aspek pengenalpastian data yang wujud dalam semua kementerian dan agensi kerajaan. Ini bagi memastikan supaya data itu sama ada dalam bentuk analog, bentuk audio, bentuk visual ataupun gabungan daripadanya dapat didigitalkan dengan segera mengikut piawaian-piawaian yang ditetapkan, mengambil kira jenis data, tahap keselamatan dan aspek privasi yang diperlukan untuk membolehkan ia digunakan dengan segera sekiranya perlu. Polisi ini dijangka akan disiapkan hujung tahun ini, Tan Sri Yang di-Pertua.
Kedua, perlu ditekankan bahawa selepas data tersebut digitalkan aspek penyimpanan data ataupun data storage perlu dipertimbangkan. Dalam pembentangan RMK13, Yang Amat Hormat Perdana Menteri telah pun menyentuh dan menyatakan bahawa bank data akan diwujudkan bagi tujuan simpanan data. Kementerian ini sedang merangka
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
tindakan yang perlu untuk menjayakan agenda ini. Tan Sri Yang di-Pertua, sekiranya data itu telah disediakan dalam bentuk digital dan disimpan dengan selamat, maka perlu kita juga lihat kepada aspek yang membolehkan data ini digunakan dengan cekap dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, Dewan ini telah pun meluluskan Rang Undang-undang Perkongsian Data pada Disember 2024 yang seterusnya diwartakan pada bulan April tahun ini. Akta ini memperuntukkan secara terperinci mengenai tata cara proses permohonan dan perkongsian data yang membolehkan data digital dikongsikan dengan selamat dan berkesan pada peringkat Kerajaan Persekutuan. Kementerian Digital telah pun dalam lapan bulan yang lalu menyeru juga supaya semua kerajaan negeri meluluskan undang-undang yang sama supaya data peringkat negeri dan juga kerajaan tempatan dapat digunakan untuk tujuan aplikasi digital yang merentas Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri melalui seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, aspek ketiga berkaitan dengan keselamatan digital dan kedaulatan data. Seterusnya, kita perlu lihat kepada aspek kepercayaan data dari sudut keselamatan digital dan kedaulatan data. Aspek ini dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua, oleh Yang Berhormat Padang Besar dan juga Yang Berhormat Merbok berkaitan kebocoran data peribadi, kedaulatan data dan keselamatan siber. Dalam era di mana data diibaratkan sebagai aset terpenting negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memikul tanggungjawab mutlak untuk memastikan transaksi digital adalah selamat, data rakyat terpelihara dan kedaulatan digital negara tidak sama sekali terancam. Kerajaan memberikan tumpuan yang khusus ke aspek keselamatan digital negara melalui pemantapan tadbir urus dan pembangunan kerangka perundangan yang menyeluruh.
Bagi memperkukuhkan tadbir urus data yang merangkumi proses pendigitalan data, penyimpanan data dan juga perkongsian data sepertimana yang saya sebut tadi, sebuah badan kawal selia perlu diwujudkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan RMK13 juga telah pun mengumumkan bahawa kerajaan akan menubuhkan satu Suruhanjaya Data bagi memastikan tadbir urus, pematuhan piawaian serta keberkesanan perlindungan data di negara ini kekal selamat, telus dan juga berintegriti.
Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan ekosistem digital yang selamat dan dipercayai telah pun dimulai dengan pemerkasaan kerangka perundangan seperti penggubalan Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) tahun yang lalu. Kementerian ini juga telah pun bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara ataupun MKN dan National Cyber Security Agency (NACSA) bagi menambah keupayaan pertahanan siber negara serta mengorak langkah ke arah teknologi kuantum.
Selain daripada itu, dalam memastikan tahap keselamatan sentiasa di tahap terbaik, pelbagai ujian keselamatan ICT dilaksanakan melalui pensijilan Malaysian Common Criteria Evaluation and Certification (MyCC) dan Technology Security Assistance atau TSA. Penilaian kerentanan dan ujian penembusan, vulnerability assessment and penetration testing serta pematuhan kepada piawaian-piawaian antarabangsa yang terpakai seperti ISO 27001. Kita
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
juga melatih DPO ataupun Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer) dan memperkasa pemimpin keselamatan siber sektor awam melalui pensijilan profesional seperti Certified Chief Information Security Officer atau CCISO.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Merbok membangkitkan isu berkaitan AI. Yang Berhormat Merbok, ada? Kalau tidak ada Tan Sri Yang di-Pertua, saya teruskan ya, boleh? Ada masa sikit. Yang Berhormat daripada Merbok membangkitkan isu mengenai AI beretika dan patuh syariah. Malaysia mengiktiraf bahawa pembangunan AI yang selaras dengan prinsip Islam seperti keadilan, amanah, tidak memudaratkan dan pemeliharaan hak asasi bukan sahaja penting dari sudut agama, malah memperkukuhkan kepercayaan awam.
Aspek ini akan dibangunkan dengan kerjasama Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Garis panduan tadbir urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara ataupun AIGE, National Guidelines on AI Governance and Ethic, Tan Sri Yang di-Pertua, turut menggariskan penggunaan AI secara bertanggungjawab dan beretika dari perspektif Islam.
Berkaitan aspek menambah baik sistem perkhidmatan digital kerajaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Masjid Tanah dan Yang Berhormat daripada Tebrau. Sukacita saya maklumkan Kementerian Digital akan melancarkan aplikasi MyGOV Malaysia yang merupakan sebuah pusat sehenti perkhidmatan digital kerajaan yang mengintegrasikan perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan secara berperingkat dengan MyDigital ID sebagai kunci masuk utama.
Aplikasi ini menawarkan pelbagai kategori perkhidmatan seperti paparan maklumat, semakan, pembayaran dan permohonan. Integrasi dengan perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan sehingga tahun 2030.
Yang di-Pertua, pelaksanaan MyDigital ID dan MyGOV Malaysia akan menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan secara digital yang lebih selamat, pantas dan bersepadu. Langkah ini bukan sahaja mempercepatkan urusan rakyat dengan kerajaan, malah ia turut meneguhkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan integriti ekosistem digital negara. Kerajaan komited memperkasakan keselamatan digital negara melalui dasar yang kukuh, infrastruktur yang berdaya tahan serta literasi rakyat yang berterusan.
Dengan gabungan inisiatif seperti Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan 2030, Suruhanjaya Data yang saya sebut tadi, MyDigital ID telah pun dilancarkan dan MyGOV Malaysia yang bakal dilancarkan, ekosistem digital yang lebih selamat, lebih diyakini dan lebih berdaya tahan dapat dibangunkan demi kepentingan rakyat dan juga kedaulatan negara.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo
Sila, Yang Berhormat.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Masjid Tanah mendengar dengan teliti tentang penjelasan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya berpuas hati dengan penjelasan daripada awal tadi tentang lima elemen pembangunan utama yang sedang diperkasakan melalui kementerian Yang Berhormat. Begitu juga dengan penjelasan Yang Berhormat berkenaan dengan tadbir urus dan juga hala tuju digital negara.
Dan saya ingin mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya agenda ini adalah satu agenda yang sangat penting demi masa depan negara ke arah negara AI. Dan saya ingin mencadangkan agar Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, JPA dan yang lain-lain sama-sama mendukung segala apa yang telah pun dibawakan oleh Yang Berhormat Menteri supaya aspirasi ini dapat sama-sama dicapai dan digembleng bersama.
Dan kalau boleh, bajet pada hujung tahun ini bagilah lebih pada kementerian Yang Berhormat sebab yang ini ada melibatkan semua kementerian yang menjurus kepada digital negara.
Dan begitu juga saya mengharapkan supaya tak payahlah kita berkira sangat kalau nak tambah pegawai dekat kementerian Yang Berhormat, maka kita harus diperkasakan di kementerian. Memang masa dalam saya punya ucapan, saya cakap kementerian ini agak junior nak pegang satu agenda yang sangat penting, tetapi saya kira kalau kita betul-betul nak jadikan negara ini sebagai negara AI, bukan negara Anwar Ibrahim, negara artificial intelligence, dengan izin.
Jadi saya bangkit ni, bukan saya tak percaya pada Menteri, tetapi saya nak supaya di bawah juga rasa apa yang dibawakan oleh Yang Berhormat Menteri dan seluruh pasukan di kementerian Yang Berhormat. Yang satu.
Yang keduanya, kita ada ramai bakat. Dan apabila kita bercerita tentang bakat di dalam AI ini, pastinya saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat dan seluruh pasukan di Kementerian Digital supaya dapat mungkin difikirkan satu insentif khas diberikan kepada pengguna-pengguna AI apps di dalam negara kita.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Contoh, saya sendiri ada menggunakan apps AI yang perlu bayar. Anak saya belajar di universiti pun sama juga ada membuat bayaran untuk apps yang digunakan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sekiranya, kerajaan dapat memberikan insentif khas kepada seluruh tenaga yang menggunakan AI ini pasti ia akan meringankan beban seluruh keluarga. Mungkin Yang Berhormat boleh fikirkan tentang insentif khas ini dalam pengumuman bajet pada hujung tahun ini. Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat.
Yang paling penting, kita nak negara AI, bukannya another illusion, tetapi negara yang betul-betul AI. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Baik. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Menteri, Ledang.
Boleh? Ada kaitan tadi dengan....
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Ada kaitan? Baik. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ataupun ada nanti akan sentuh? Akan sentuh eh? Okey. Tak apa. Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas sokongan yang saya terima daripada Yang Berhormat daripada Masjid Tanah. Sebenarnya isu dia bukan junior ministry. It’s a new ministry. Kementerian baharu, di mana kita perlu mula dengan seluruh rancangan bagaimana kita akan membentuk satu kementerian yang dapat melihat kepada keperluan negara bergerak ke depan. So, kita di dalam proses itu.
Saya telah pun dengar dengan cukup teliti apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam pembentangan RMK13 tempoh hari, di mana di situ Tan Sri Yang di-Pertua, dapat kita lihat cukup jelas, bahawa usaha dan langkah diambil oleh Kementerian Digital dalam 18 bulan yang lalu memang diberi tumpuan dan banyak daripada pengumuman yang dibuat itu adalah hasil daripada kerjasama daripada Kementerian Ekonomi.
Dan, saya cukup setuju Yang Berhormat Masjid Tanah. Perkara ini kalau kita nak jayakan memerlukan dana yang cukup besar. Kita lihat negara-negara jiran memang mereka melaburkan banyak daripada aspek kewangan untuk menjayakan usaha mentransformasikan negara kepada negara digital.
Jadi, saya memang telah pun dalam perbincangan. Semalam ada perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan II berkaitan dengan berapa jumlah — saya memang mengucapkan terima kasihlah kerana juga disuarakan oleh Yang Berhormat, tapi itulah satu perkara yang kita berikan tumpuan.
Yang Berhormat, berkaitan dengan aspek bakat, saya akan huraikan secara terperinci as we go along, tapi semalam juga perbincangan itu dibawa berkaitan dengan insentif ya. Bagaimana kita — kalau ada penyelesaian digital, ada tools sepertimana yang disebutkan dan sebagainya. Kita perlu pastikan bahawa pertama, rakyat tahu bahawa wujudnya tools tersebut. Kemudian, bagaimana kita boleh pastikan bahawa tools itu digunakan ataupun apps is adopted. Adoption also is awareness. Kemudian, adoption. Lepas itu kita perlu lihat kepada scale. tapi aspek kos dia juga kita perlu pertimbangkan, kerana ini bukan setakat satu saja yang akan digunakan, mungkin dalam satu perniagaan atau keluarga banyak apps yang akan digunakan.
Bagaimana kita boleh pastikan bahawa apps yang betul-betul diperlukan itu dapat kita lihat dan kerajaan dapat membantu. Itu adalah satu dalam perbincangan dan saya harap bahawa bulan depan kita akan dengarlah berita berkaitan dengan aspek itu, tapi memang dalam tumpuan kita juga.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Kita nak bina satu ekosistem digital yang membawa manfaat kepada rakyat, tapi saya menerima hakikat bahawa sekiranya kita adapun aset-aset dan juga infra dan sebagainya yang cukup canggih, tapi kalau rakyat tidak dapat menggunakan teknologi itu, maka ia nya tidak akan menunjukkan kesan secara langsung kepada aspek kemasyarakatan, aspek industri dan juga aspek kerajaan sepertimana kita niatkan di dalam menjayakan Kementerian Digital. Jadi, terima kasih atas cadangan-cadangan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan. Kemudian, saya akan datang ke aspek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang di dalam ucapan beliau. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat daripada Paya Besar, Ledang, Bukit Bendera, Pulai dan Bukit Bintang yang telah menyentuh isu berkaitan modal insan yang merupakan nadi kepada kejayaan agenda digital dan aspirasi AI kita. Perkara ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tadi.
Teknologi terhebat di dunia tidak akan bermakna jika rakyat tidak dapat memiliki kemahiran untuk memanfaatkannya. Oleh itu, kerajaan memberikan tumpuan penuh untuk melahirkan bakat digital di semua peringkat daripada sekolah sehingga kepada tenaga kerja profesional bagi memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam arus transformasi ini.
Yang Berhormat Paya Besar telah menyeru agar kita menerajui bidang teknologi pasca AI khususnya beliau sebut berkaitan dengan quantum computing, generative AI dan explainable AI. Maksud dia AI itu, bila ada keputusan boleh juga memberi penjelasan bagaimana keputusan itu dicapai.
Dan sukacita saya maklumkan, kerajaan melalui kementerian ini sedang membangunkan dasar-dasar berkaitan teknologi termaju seperti dasar kuantum negara iaitu dalam proses kita diberikan arahan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang diteliti dan kemudian, Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain Negara yang juga sangat penting Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kita berada di barisan hadapan kemajuan teknologi.
MDEC melalui inisiatif Malaysia Digital (MD) juga sedang melihat kepada teknologi masa depan ataupun kita sebut dalam bahasa Inggeris, next generation technology bagi memastikan negara bersedia menghadapi cabaran yang baharu. Langkah yang diambil termasuk menawarkan insentif pelaburan yang kompetitif memudah cara pelaburan melalui digital investment office bersama MIDA sebagai pusat sehenti fasiliti pelaburan serta memberi fokus kepada bidang pemacu seperti AI kecerdasan buatan, cloud dan data centre, blockchain, Internet of Things ataupun kita sebut secara singkat IoT, drone tech dan keselamatan siber.
Usaha ini adalah bagi membina ekosistem yang kondusif dan berdaya saing untuk teknologi generasi baharu seterusnya memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital ASEAN. Selaras dengan RMK13, MDEC akan terus mengadakan usaha ini bagi menarik lebih pelaburan strategik dan bernilai tinggi. Di sini ya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyatakan bahawa sementara kita melihat kepada membina ekosistem, sudah tentu di dalam proses itu akan lihat banyak perkara yang melibatkan pelaburan-pelaburan yang
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
diperlukan. Jadi, di situ kita menggunakan MDEC untuk melihat secara spesifik very focus, targeted areas dengan izin, yang kita perlukan pelaburan itu dan kita mula bergerak untuk memastikan bahawa kita boleh memastikan bahawa syarikat-syarikat yang mempunyai keupayaan dalam bidang-bidang yang kita lihat sebagai penting dalam masa depan untuk membangunkan teknologi masa depan...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Memang sedia ada di Malaysia supaya kita boleh menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan mereka apabila masa sampai di mana kita perlu menggunakan teknologi yang baharu itu.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
YB Menteri, boleh Ledang?
[Ketawa]
Tuan Gobind Singh Deo
Yang Berhormat Ledang menyentuh, tapi bangun juga.
So, nak tambah juga? Sila.
[Ketawa]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih. Mungkin akan disentuh, tapi sebelum — sebab saya lihat tadi sudah beralih sedikit kepada insentif untuk pelaburan digital dan sebagainya. Saya fikir dari segi RMK13 ini sendiri, antara diagnosis yang dibuat kerana struktur peralihan — peralihan struktur ekonomi kita masih perlahan.
Jadi, sebab itu kita memerlukan satu economy structure yang lebih kompleks, yang lebih rencam. Itu yang — tadi saya disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri supaya kita beralih kepada teknologi termaju, next gen tech. Saya rasa itu adalah in the right direction, dengan izin. Dan pada masa yang sama kita juga tahu bahawa penerima gunaan, adoption tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri terutama dalam segi — dari segi AI dan pendigitalan itu pun masih rendah. Ini juga disebutkan dalam RMK13.
Dan oleh kerana itu, saya setuju bahawa kita perlu ada satu usaha bersama selain daripada kita ada pelan kecerdasan 2030, tapi kita perlu ada satu usaha sama di antara semua kementerian-kementerian. Kerana saya percaya ia nya buka hanya melibatkan Kementerian Digital, tetapi sudah tentu daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan yang mana kebanyakan daripada bakat-bakat ini akan datang daripada Kementerian Pendidikan, daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Dan inilah yang akan sebenarnya mengisi peluang-peluang ekonomi baharu ataupun peralihan kepada ekonomi yang lebih rencam itu.
Jadi, saya rasa persoalan persoalannya mungkin ialah apakah kaedah-kaedah strategik dalam tempoh lima tahun akan datang ini di mana kita boleh pastikan ada contoh- contoh yang mana mereka ini mahu ceburi dalam bidang kecerdasan buatan dan next gen tech, iaitu sekiranya, misalnya ada contoh-contoh used case dengan izin, used cases yang rakyat dan pelajar-pelajar, ibu bapa, pemimpin juga nampak ianya satu yang boleh dilaksanakan, yang boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk tujuan rakyat, untuk tujuan negara dan juga boleh membangunkan negara. Saya rasa itu boleh membantu kita dalam moving forward. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, sebelum Menteri bangun, saya, walaupun tidak menyentuh isu AI, tapi terpesona dan terpegun dengan penggulungan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Memandangkan tiada gangguan pada hari ini, saya mengambil kesempatan untuk juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Menteri, terutamanya dengan isu-isu yang melibatkan MITRA.
Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri telah membawa perkara ini kepada Kabinet untuk dibincangkan supaya dana MITRA itu diagihkan dan hasilnya daripada usaha Yang Berhormat Menteri, saya mendapati bahawa ada pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun dua, tiga hari yang lalu dan ini diterima baik oleh masyarakat India di luar sana.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan Yang Berhormat Sungai Buloh juga.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Jelutong dan juga daripada Ledang.
Yang Berhormat Jelutong, memang benar isu itu telah pun dibawa ke Kabinet dan saya gembira melihat Yang Berhormat Tambun sendiri hadir di dalam Dewan yang mulia ini untuk memberi ulasan berkaitan aspek itu dan juga menunjukkan komitmen supaya isu-isu yang dihadapi oleh komuniti India itu dapat kita selesaikan dan juga, melihat secara terperinci bergerak ke depan, ya.
Yang Berhormat daripada Ledang, saya setuju bahawa bila kita lihat kepada aspek bakat ini, ia sangat penting tetapi sebelum itu, saya ingin nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya Tan Sri, kepada Yang Berhormat Ledang.
Beliau Pengerusi MDEC dan dengan team beliau, kita lihat sokongan yang padu diberikan kepada Kementerian Digital dan aspek-aspek berkaitan dengan teknologi baru dan keperluan kita untuk melihat secara terperinci, bagaimana kita boleh bersedia adalah satu perkara yang memang di dalam perhatian MDEC. Terima kasih atas kerjasama itu.
Yang Berhormat, apabila kita lihat kepada AI, ia merentasi semua kementerian, semua sektor. AI ini adalah pemangkin kepada bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah masa dulu dengan menggunakan data yang wujud tetapi dengan teknologi hari ini.
Jadi, itu yang kita sebut sebagai *solutions.
So,* jadi, kalau kita ada infrastructure, kita ada compute power itu, kita ada data yang telah pun didigitalkan, kita menggunakan teknologi baru, dapat kita melihat kepada penyelesaian-penyelesaian tertentu, tetapi soal dia, bagaimana kita akan memastikan bahawa tidak ada mana-mana sektor yang tertinggal.
Tuan Gobind Singh Deo
Di sini kita lihat kerjasama di antara kementerian-kementerian, semua kementerian itu sangat penting kerana setiap kementerian itu ada cabaran-cabaran masing-masing kerana ia industri, sektor-sektor yang berbeza.
Saya bagi contoh, Kementerian Kesihatan. Sahabat saya daripada Kuala Selangor, Menteri ada bersama dengan kita di dalam Dewan hari ini. Sering membincang dengan saya, bagaimana beliau boleh mempercepatkan proses mendigitalkan rekod kesihatan dan sebagainya.
Dan kalau kita lihat kepada kemajuan Kementerian Kesihatan, mereka telah melaksanakan sistem di mana tidak perlu untuk kita beratur di klinik atau hospital-hospital untuk mendapat rawatan. Jadi, itu adalah dengan menggunakan data yang kita ada. Kalau kita ada data yang membolehkan apa yang kita sebut masalah dulu itu, kita dapat selesaikan, ia nya membawa manfaat kepada rakyat.
Sama juga dengan Kementerian Pengangkutan. Ya, kalau kita ada data berkenaan dengan pergerakan bas, pengangkutan dan sebagainya. Kalau kita gabungkan kedua-dua data itu, maka orang yang nak hadir di klinik itu, beliau tahu jam berapa bas sampai, di perhentian bas mana, pergerakan ke klinik, jam berapa dan selepas daripada itu, balik ambil bas jam pukul berapa, sampai pukul berapa dan sebagainya.
Ini menunjukkan bagaimana kita menjimatkan masa dengan menggunakan data daripada dua kementerian yang berbeza, tetapi bila dibawa bersama, itu membawa kepada apa yang kita sebut sebagai digital solution kepada masalah ini.
Ini sebab, kita kena lihat kepada kerjasama di antara semua kementerian. Semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan mahupun peringkat Pusat ataupun peringkat negeri ataupun kerajaan tempatan, perlu melihat kepada proses pendigitalan data dengan segera, secepat mungkin. Kemudian, bagaimana kita boleh mengongsikan data itu supaya kita dapat membina apa yang kita sebut sebagai digital solutions untuk kebaikan semua.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, saya juga perlukan data daripada Menteri. Berapa minit lagi perlu data, Menteri perlukan, sebab kita ada tiga kementerian lagi.
Tuan Gobind Singh Deo
Baik. Saya ada banyak lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Roughly?
Tuan Gobind Singh Deo
I can’t finish all.
Tuan Yang di-Pertua
Can I give you five minutes?
Tuan Gobind Singh Deo
Baik, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Lima minit ya.
Tuan Gobind Singh Deo
Saya cuba. Terima kasih. Saya minta maaf. Saya tidak akan jawab semua tetapi saya akan berikan jawapan bertulis kepada mereka, sekiranya tidak sempat untuk saya jawab. So, di situ, Yang Berhormat daripada Ledang, kita lihat kepada aspek kerjasama di antara kementerian.
Keduanya, Yang Berhormat Ledang bangkit berkenaan dengan isu bakat. Bakat ini perlu dilihat daripada dua aspek yang berlainan. Satu, dari sudut pendidikan, Tan Sri. Kalau
Tuan Gobind Singh Deo
kita lihat dari sudut pendidikan, maka aspek bagaimana kita boleh mewujudkan kokurikulum di sekolah-sekolah, peringkat rendah, peringkat menengah dan sebagainya, pengajian tinggi, untuk memastikan bahawa kita ada kokurikulum yang juga, diperluaskan kepada aspek- aspek digital.
Jadi, kita akan melahirkan satu generasi baru di mana, semua murid-murid sekolah, mereka ini fasih dalam bidang digital, faham sebenarnya apakah digital ini, apakah perlu dilaksanakan untuk mereka boleh menggunakan AI dan teknologi baharu bergerak ke depan, tetapi kita juga ada ramai yang telah pun habis masa persekolahan dia. So, ini melibatkan aspek bagaimana kita boleh angkat prestasi dari sudut bakat mereka dan ini memerlukan training ataupun upskilling ataupun reskilling, ya.
Kita lihat kepada cadangan yang dibawa oleh Perdana Menteri. Beliau sering kali sebut, aspek bakat sangat penting. Jadi, kerjasama diwujudkan dengan Kementerian Sumber Manusia di mana kita telah pun sekarang mewujudkan satu platform, Tan Sri Yang di-Pertua.
Kita lihat kepada aspek-aspek atau sektor-sektor yang akan terkesan dengan teknologi baru ini bergerak ke depan dan kita sekarang memulakan rancangan kita. Kita menilaikan sebenarnya sektor-sektor mana yang paling memerlukan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu, dalam lima tahun yang akan datang.
Kita juga membuat penilaian berkenaan dengan ketersediaan kita dan kalau tidak cukup, kita sekarang mulakan proses menaikkan bakat supaya bila sampai masa dalam lima tahun yang akan datang, bila diperlukan bakat-bakat di dalam sektor-sektor ataupun industri- industri tersebut, maka kita tersedia di dalam aspek perancangan untuk kekurangan- kekurangan yang bakal kita hadapi itu.
Kedua, kita juga ada kerjasama dengan Timbalan Perdana Menteri I, Yang Berhormat daripada Bagan Datuk, di mana kita cuba untuk juga meningkatkan aspek kemasukan pelajar-pelajar dalam institusi-institusi TVET. Di mana ada pelajaran khusus dalam bidang-bidang tertentu untuk kita ini, apa ini — mengurangkan jurang keperluan pekerjaan dan bakat bergerak ke depan.
So, bakat sangat penting. Kita perlu membuat pelaburan ke dalam bakat ini kerana kalau AI akan mengubah teknologi dan juga wajah bagaimana kita bekerja ataupun kita bergerak ke depan, maka saya rasa kita perlu ada masyarakat yang memang berpengetahuan berkenaan dengan teknologi dan juga boleh menggunakan teknologi untuk kekuatan mereka bergerak ke depan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Ledang juga membangkitkan aspek-aspek kadar penerima gunaan AI yang masih rendah akibat kekurangan bakat digital.
Saya ada jawapan di sini. Saya akan berikan secara bertulis, aspek-aspek yang menyentuh penjawat — langkah-langkah untuk penjawat awam, langkah-langkah untuk industri dan graduan, langkah-langkah untuk rakyat dan juga, aspek-aspek lain.
Tuan Gobind Singh Deo
Yang Berhormat Pulai membangkitkan isu berkaitan dengan Majlis AI Negara. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang, kita ada sepertimana saya sebut tadi, kita ada jawatan kuasa MED4IR yang dipengerusikan oleh Yang amat Berhormat Perdana Menteri. Kita juga boleh membawa cadangan tersebut di situ dan saya akan mengusulkan perkara ini pada mesyuarat yang akan datang.
Yang Berhormat daripada Rompin dan Bukit Bintang telah pun menyentuh secara besar aspek pemerkasaan ekonomi digital dan khususnya PMKS. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis kerana ia panjang, Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya nak sebut di sini bahawa apabila kita sebut berkenaan dengan AI, sepertimana permulaan saya tadi, fokus yang kita berikan kepada masyarakat – kerajaan, tetapi juga industri ya, sangat penting untuk kita faham bahawa dalam tahun 2023, Tuan Yang di-Pertua, teknologi ataupun ekonomi digital menyumbangkan 23 peratus kepada GDP negara kita, ya KDNK dan dalam tahun ini 2025, ia nya dianggarkan untuk mencecah 25.5 peratus. Ini menunjukkan kekuatan sebenarnya, teknologi untuk membantu kita menaikkan peringkat ataupun nilai KDNK kita.
Jadi, dalam keadaan tersebut, kita perlu fokus kepada industri. Bagaimana kita boleh pastikan bahawa industri ada akses. Masjid Tanah bawa soal itu tadi, ya. Kalau ada tools yang boleh memperkasakan perniagaan mereka, kita kena tengok bagaimana kita memastikan mereka ada pengetahuan berkenaan wujudnya tools tersebut.
Kemudian, mereka boleh menggunakan tools tersebut. Dalam aspek itu, cost dan sebagainya, kita ada banyak usaha-usaha untuk kita ini, especially adopt awareness dan sebagainya, itu kita akan memberikan penumpuan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya tahu masa tidak mengizinkan. Saya akan berikan jawapan bertulis kepada semua Yang Berhormat yang lain, yang tak sempat saya jawab tadi.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah pun mengambil bahagian di dalam ucapan perbahasan untuk RMK13. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang, saya jemput Menteri Kesihatan.
40 minit. Silakan.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera salam Malaysia MADANI Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan terlebih dahulu mengucapkan banyak terima kasih kepada 61 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ dan telah membangkitkan 107 isu-isu terkait dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dengan masa yang ada, yang terhad ini saya pastinya tidak akan dapat menghuraikan seluruhnya. Mungkin saya akan mengangkat agenda-agenda penting dalam
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
tema-tema tertentu untuk saya perjelaskan. Dan selainnya hal-hal yang terkait dengan fasiliti dan sebagainya itu akan saya jawab secara bertulis Tan Sri Yang di-Pertua.
Dan rangkuman ucapan ini akan mengikuti strategi yang digariskan di bawah RMK13.
Bermula daripada Yang Berhormat Bagan Serai yang memulakan perbahasan menyinggung Kementerian Kesihatan berakhir dengan Yang Berhormat Tumpat. Tan Sri Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas memberikan penekanan untuk sektor kesihatan di bawah tunggak D, mempertingkatkan kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar melalui keutamaan D3 yakni reformasi kesihatan. Matlamat utama bagi keutamaan D3 yang digariskan untuk sektor kesihatan adalah antara lainnya membolehkan rakyat mendapat akses yang saksama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bermutu dan mampu dibayar.
Dan kedua, melaksanakan pendekatan proaktif dan inovatif dalam pembiayaan kesihatan. Ketiganya meningkatkan daya saing pemain industri dalam pengeluaran ubat- ubatan dan peranti perubatan tempatan, dengan izin, medical devices.
Bertitik mula daripada matlamat ini, KKM akan mengusahakan lima strategi utama untuk reformasi kesihatan. Saya ingin merakamkan penghargaan pertama-tamanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memberikan penekanan ataupun peruntukan yang begitu besar kepada sektor kesihatan sesuai dengan keprihatinannya untuk kami terus memacu membangunkan sektor kesihatan ini.
Selaras dengan hasrat untuk memastikan rakyat Malaysia benar-benar menikmati sebuah sistem dan penghantaran ataupun system and delivery dengan izin, kesihatan yang lebih adil atau mampu milik atau mampan dan juga berdaya tahan, berdaya saing dan juga future focus dan future ready. Insya-Allah.
RM40 bilion yang peruntukan ini satu lonjakan peruntukan sebanyak 31 peratus berbanding RMK12 Tan Sri Yang di-Pertua yang kalau kita perhatikan ia adalah melebihi 10 bilion kurang lebih dalam lima tahun maknanya 2 bilion setahun peningkatannya. Pastinya kita sangat bertuah dan mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga sifatnya selaku Menteri Kewangan tapi kita sedia maklum bahawa keperluan dalam sektor kesihatan untuk kita memacu to close the gap atas sebab kita telah been underspending dengan izin, kita tidak berbelanja dalam dekad-dekad yang lalu meletakkan ini masih lagi satu peruntukan yang kita akan cuba untuk menambah ataupun sumber-sumber pendapatan kita khasnya untuk kita membiayai fasiliti-fasiliti dan perkhidmatan di sektor awam.
Tan Sri Yang di-Pertua, tugas reformasi kesihatan ini harus dirangka dan atas kefahaman yang jelas mengenai sistem kesihatan di negara kita ini. Teras saya ingin tekankan. Teras kepada sistem kesihatan negara kita ini pastinya perkhidmatan penjagaan kesihatan di sektor awam ya untuk semua sedia maklum — diperingatkan yang mana di situlah penjagaan yang dikatakan sebagai perlindungan kesihatan sejagat ataupun yang diistilahkan sebagai universal health coverage itu adalah menjadi tugas utama sistem ataupun fasiliti-fasiliti kesihatan awam kita.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan pada waktu yang sama, kita tahu penjagaan kesihatan di sektor swasta adalah pelengkap dan tidak pernah menjadi pengganti. Jadi, kita punya, kita punya dwi construct kita punya landskap ataupun architecture ataupun — ya, kita ada dua. Public yang merupakan awam dibiayai oleh general taxation, cukai dan juga sektor swasta yang lazimnya kalau kita boleh sebutkan adalah daripada fee for service bayaran itu, yuran bayaran dan juga out-of- pocket expenditure, OOP dan juga insurance based ataupun yang bersifat insurans sama ada employer-employee, majikan dan pekerja ataupun seperti diistilahkan PHI ataupun private-health insurances ya.
Jadi sebelum itu saya teruskan dengan detail garis — untuk menggariskan ini.
Pemerkasaan — saya sekarang terangkan sekali dan tegaskan sekali lagi. Pemerkasaan penjagaan kesihatan sektor awam adalah tunjang ya. Dan ia merupakan tunjang untuk kita capai UHC. UHC nak capai macam mana kalau nak mengharapkan swasta? Sebab mereka tidak pergi kepada daerah-daerah yang di luar bandar.
Saya baru ini kembali membuat ziarah lawatan fasiliti. Antara enam kawasan yang saya ziarahi, lima tidak ada satu pun hospital swasta. Seumpama Sandakan, Kinabatangan kemudian itu di Lahad Datu, kemudian saya pergi ke Kunak dan saya pergi ke Semporna, hanya di Tawau sahaja ada tak silap saya satu hospital swasta. Dengan kata lain hospital- hospital — untuk hospital-hospital awamlah yang merupakan tunjang untuk kita dapat memberikan liputan kesihatan sejagat Tan Sri ya di mana itulah dia. Macam mana pun kita terkekang dengan kewangan dan sebagainya, that is still apanya merupakan fasiliti yang akan dapat memberikan, memberikan UHC itu.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Berapa kali dah saya tengok sahabat saya bangun ini, Tan Sri. Sekejap boleh, Machang? Pendek sahaja. Pendek.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Baik, ringkas. Ya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
I am not started. Belum masuk gear lagi Machang. Sila.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila, sila.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Okey. Ringkas sebab tadi Yang Berhormat Menteri menyentuh berkenaan dengan belanjawan yang saya bangkitkan juga.
Saya rekodkan dalam Dewan ini belanjawan KKM rendah berbanding Kementerian Pertahanan. Bukan saya menafikan Pertahanan, tapi Kementerian Kesihatan juga sangat penting. Apakah ada cadangan daripada Yang Berhormat Menteri untuk naikkan bayaran RM1 itu untuk menampung kekurangan kemampuan KKM?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, baik. Soalan pendek Tan Sri, tapi kalau saya nak jawab panjang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tapi, insya-Allah dalam proses saya memberikan huraian ini saya tahu dan kita juga sedar ya pada sifatnya sebuah negara yang mengamalkan — yang berdasarkan sistem cukai atau general taxation sebagai pembiayaan kesihatan awam ia adalah, pada sifatnya almost like free atau very low pada pangkalan atau point of care.
Itu adalah semua negara-negara yang mengamalkan itu sama ada di NHS United Kingdom ataupun di mana pun Germany dan sebagainya. Memang at point of care for general taxation is almost free or low, kerana apa? Kerana ia adalah mengandaikan bahawa rakyat sudah pun membayar cukai. Dan itulah dia wang yang disatukan untuk kita kemudiannya membiayai pembiayaan kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan.
Maka, we do not want, kita tidak mahu bagaimana rakyat akan terbeban walaupun kita nampak RM5 ke RM50, RM50 itu at every time they got to go for to see a specialist they got to pay mereka kena bayar RM50 itu adalah bebanan bagi B40 ataupun the lower income group.
Jadi, saya boleh panjang syarahkan itu tapi mungkin pada tempat yang sesuainya YB Machang. Saya akan cuba menghuraikannya kembali.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya tak mula apa-apa lagi ini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terpulang kepada Menteri. The floor is yours.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Cepat-cepat. Saya belum masuk gear lagi ini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Okey, sebab — Yang Berhormat Menteri sebab tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa hospital awam ini merupakan tunjang di bandar- bandar yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Sebenarnya saya nak beritahu Yang Berhormat walaupun ada di tempat-tempat yang mempunyai fasiliti dan kemudahan hospital swasta pun, hospital awam juga menjadi pilihan utama bagi majoriti rakyat. Ia bukan saja — tidak terhad kepada B40 sahaja, tetapi majoriti rakyat. So, masalah dia adalah penyelenggaraan hospital awam ini pada satu tahap yang kurang memuaskan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Okey.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bagaimanakah pihak kementerian mengatasi isu ini?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Sebagai contoh saya bagi Hospital Muar. Walaupun merupakan satu hospital pakar...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Maaf. Saya terpaksa — kalau nak panjang bersyarah macam itu saya terpaksa — saya faham. Saya faham isunya ya. Tan Sri Yang di-Pertua saya membawa isu tadi untuk mengingatkan kita semua bahawa fasiliti awam
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
punya peranan dan peranan complimentary ataupun peranan sokongan itu dibawa — dimainkan oleh sektor swasta. Fasiliti swasta.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tidak akan boleh kita menidakkan dan menafikan peranannya ke sektor swasta dengan tidak ― dengan kita ya akan akhirnya menjejaskan pesakit-pesakit yang kalau mereka tidak pergi ke sektor swasta akan membanjiri fasiliti-fasiliti awam. Jadi, saya nak tekankan tadi persoalannya adalah bagaimana ia nya berperanan complementary saling, saling bantu-membantu. Tetapi tunjangnya untuk kita capai liputan kesihatan sejagat seluruh negara adalah atas fasiliti awam ya.
Jadi, untuk saya juga terangkan sikit ― tak apalah panjang sangat nanti kalau saya menyimpang situ, kalau saya syarahkan perkara itu ya. Jadi, itu point yang nak saya tekankan dahulu ya, dan ya juga kalau saya sekali masuk terus ya. Kalau kita lihat kepada, kepada taburan specialist, bolehlah saya katakan specialist berada di apa, berada lebih almost like 60 to 70 percent dalam, dalam, dalam, dalam, dalam swasta ya berbanding yang bakinya di awam.
Tetapi dari sudut load work patient care atas speciality like oncology, pediatric, anesthesiology dan sebagainya, dia mismatch. 60 jaga, 60 yang 70 percent dalam private itu jaga only about 30 dan sebaliknya 30 jaga 70 percent of patient load. Itu point adalah penting ya. Tetapi point nanti Bakri, saya cuba huraikan kembali ya.
Baik, terus Tan Sri Yang di-Pertua. Sekali lagi saya sebutkan, namun kita tidak boleh mengabaikan juga penjagaan kesihatan sektor swasta ini sebab kalau berlaku seumpama sekarang ini, berlaku medical inflation dan kita tidak mengawal dan akhirnya tekanan daripada ITO, tekanan daripada insurans dan takaful organization untuk meningkatkan premium ke paras yang macam mana yang pernah dibahaskan di Dewan ini, maka akhirnya mereka akan tidak mahu membeli insurans-insurans ini dan akan beratur di fasiliti-fasiliti swasta kita. Jadi, itu mustahaknya untuk kita imbangi peranannya sektor swasta, supaya, supaya mereka mengambil bebanan tugas itu yang mana pada M40 dan T20 mereka perlu memberikan khidmatnya itu.
Strategi pertama mereformasi pembiayaan. Ini poin pertama, Tan Sri. Strategi pertama yang nak saya sebutkan hal yang terkait dengan pembiayaan dan tadbir urus kesihatan, Tan Sri. Kita perhatikan strategi reformasi kesihatan di bawah RMK13 diilhamkan demi mencapai matlamat utama reformasi ya reformasi kesihatan berkenaan akses capaian yang saksama, adil kepada perkhidmatan kesihatan yang juga mesti ada kualiti dan mampu milik, mampu dibayar.
Antara inisiatif penting di bawah strategi ini adalah pembentukan Dana Kesihatan Nasional. Saya akan huraikan kemudian, apa ini Dana Kesihatan Nasional. Sebab itu saya katakan sementara ― sepertimana yang Bakri cuba untuk sebutkan tadi dana ― dan juga Machang ya, dana ataupun pembiayaan ataupun peruntukan kesihatan itu walaupun tinggi, nombor dua tingginya dan setiap tahun ada about 10 percent increment, tapi kita tahu bahawa
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
ia tidak mencukupi. Sebab itu, kalau kita hanya berpandukan kepada sumber cukai, maka kita akan berdepan dengan pelbagai masalah. Kita masih berdepan dengan pelbagai masalah tentang meningkatkan sama ada dari segi facilities mahupun perkhidmatannya.
Jadi oleh kerana itu, kita memandang kepada keperluan untuk kita bentuk dan kita bangunkan satu Dana Kesihatan Nasional dan juga antara lain. Jadi, ini perkaranya. Saya berdepan dengan cabaran, antara lain membangunkan seterusnya fasiliti kesihatan awam.
Pada waktu yang sama, aliran ataupun peninggalan ataupun specialist yang keluar daripada facilities kita termasuklah juga MO, termasuklah juga jururawat ya.
Jadi, cabaran-cabaran itu meletakkan saya bagaimana untuk mengekang mereka, bagaimana untuk menangani, bagaimana untuk retain our specialist dalam keadaan kita tidak boleh berbayar lebih daripada macam mana swasta membayar, Tan Sri. Jadi oleh kerana itu, Menteri ini berdepan dengan cabaran ini ya.
Oleh kerana itu, kita berpandangan begini, bahawa perlu kita bangunkan satu Dana Kesihatan Nasional dan juga program saya yang semua sudah sedia mula memahami Rakan KKM yang akan saya huraikan kemudian dan juga pengenalan satu apa yang disebutkan sebagai satu asas ya insurans takaful, medical ataupun health insurance takaful atau MHIT asas dalam mempertingkatkan bagaimana untuk kita membuat penyumberluaran
(outsourcing) perkhidmatan kesihatan ya. Seterusnya ― saya akan hurai lagi perkara ini untuk kita berikan faham dengan lebih lagi.
Strategi ini menyasarkan untuk pengurangan peratus perbelanjaan. Ini juga sekali gus akan mengurangkan rakyat keluar out-of-pocket expenditure tadi yang kita sebut RM1, RM5 itu out-of-pocket itu sebenarnya. Ia tidak ada, it is actually very inflationary. Sebab itu, kita kena dapatkan satu sistem pembiayaan yang sifatnya prepaid and pool. Dalam kata lain, ia adalah berasaskan insurans. Jadi oleh kerana itu, kita perhatikan out-of-pocket expenditure adalah 36 peratus pada tahun 2023. Kita berharap akan dapat mengurangkan ini kepada, kepada satu yang lebih munasabah, kepada hopefully 32 percent, 20, 30 Tan Sri Yang di- Pertua.
Seterusnya, saya menyebutkan sebagai sebuah negara yang berpendapatan sederhana tinggi, upper middle-income economy, perbelanjaan sektor swasta saya telah pun sebutkan adalah five, six percent of the KDNK. Tetapi kita tahu untuk saya tuntut dan sepertimana Menteri-menteri sebelum dahulu saya pun duk tuntut untuk mendapatkan pembiayaan lebih, kita kena wajar diingatkan bahawa satu percent penambahan KDNK itu adalah dalam kurang lebih RM20 bilion Tan Sri.
Tahun 2024 saya diberikan berbanding 2025, hanya peningkatan RM4 bilion saja. Itu pun peningkatan sebanyak, sebanyak empat peratus. Kalau ambil DE-nya, hanya kurang lebih RM600 juta. Jadi oleh kerana itu, saya berdepan dengan situasi dan realiti dan hakikat bahawa saya memandang kepada — kepada bagaimana untuk menjana diversify sources untuk kita pelbagaikan sumber ini.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Oleh kerana itu, strategi ― justeru strategi ini amat penting supaya sektor kesihatan mempunyai kemampanan, mempunyai sustainability, bijak mencerakinkan, menggayakan sumber sendiri. Sebab itu, saya menyebutkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, if you cannot give me the resource, allow me to be a resourceful. Dengan kata inovasi-inovasi yang perlu kita buat dan kita gayakan dan jayakan, sebab itu kita datang pertamanya dengan saya terus menyebutkan tentang penubuhan Dana Kesihatan Nasional ini adalah inisiatif dalam strategi pertama, yakni prinsip pertama KDN adalah mempelbagai dan menambah sumber pembiayaan awam.
Dana ini akan mempertunjangkan hasil percukaian negara, itu pertamanya, pastinya sama ada cukai langsung atau tidak langsung dan merangkumi cukai pro-kesihatan kepada, ke atas produk-produk yang high risk group atau produk-produk berisiko tinggi dari segi kesihatan, tembakau, rokok elektronik, vape, alkohol dan minuman bergula dan sebagainya.
Semua itu adalah juga apa yang dikatakan possible sumber untuk kita tambah daripada sumber cukai, Tan Sri ya.
Pelaksanaan langkah cukai pro-kesihatan ini akan dapat menggalakkan, sedikit juga menggalakkan perubahan tingkah laku. Kita akan ini ― this is what is so very important, kita nak nudge them untuk kita buat sedikit perubahan tingkah laku, behavioral change yang mana kalau dengan pendekatan-pendekatan yang telah kita mulakan dengan kita reformulasi bahan processed food, minuman dan sebagainya, ia dapat mengurangkan gula dan sebagainya. Pada waktu yang sama kita charge, kita kenakan sugar, sweetened taxes dan sebagainya.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kuala Nerus, masuk dah ke?
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tadi ada Yang Berhormat menyebut tentang Rakan KKM. Ada nak ulas lagi sebelum ni ataupun dah habis dah disebut itu?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tidak, saya akan huraikan lagi.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Okey, okey.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Kuala Nerus. Sebab saya memang peka tentang Rakan KKM ini. Okey, saya teruskan, ya.
YB Tanjong Karang ada mencadangkan agar KKM mempertimbangkan Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan bagi mencapai universal health coverage. Ya, ini adalah satu yang kerap ditimbulkan oleh Tanjong Karang. Saya pun telah dalam beberapa hari yang lalu membuat sedikit penjelasan.
Saya ingin tekankan di sini, satu perkara yang perlu difahami, pengenalan insurans kesihatan nasional ini memerlukan sumbangan wajib. Kalau diingatkan kepada semua, 1Care zaman Dato’ Sri Najib dan juga Menterinya Tan Sri Subra dulu, macam mana pun dicuba untuk dibangunkan, akhirnya tak dapat dibentangkan di Dewan ini. Kabinet pun tak lulus sebabnya sumbangan wajib tambahan daripada ― tambahan pula kalau pekerja formal yang
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
makin kurang ya, dengan gig ekonomi dengan lebih ramai lagi, lebih rancak lagi hari ini, akibatnya yang tidak diingini ataupun the unintended consequences adalah terhadap ekonomi rakyat dan pasaran buruh ya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Selain itu, sebab perubahan ini dan of course moving toward satu masyarakat yang menua, ageing society kesemua ini akan terbeban kepada rakyat dan kenaikan kos penjagaan perubatan juga akan membebankan pekerja formal kerana dia akan terpaksa menampung mereka yang tidak punya sumber yang mampu untuk pay sebagai penyumbang wajib kalau kita ambil pendekatan, sama ada social health insurances (SHI) ataupun national health insurances. Sebab itu kita mahu bermula dengan satu yang sifatnya voluntary, Tan Sri. Kita perkenalkan MHIT ataupun asas medical health insurance takaful itu sebagai satu yang akan menjinakkan rakyat supaya lebih dapat subscribe to insurance policy ini dan juga kita mahu merombak apa yang ada dalam pasaran supaya ITO’s, insurans dan takaful organization ini tahu untuk kita benchmark-kan mereka. Kita benchmark pricing mereka ataupun kita memberikan sedikit saingan untuk kita dapat memperkenalkan cara-cara insurans supaya rakyat di samping yang datang kepada, kepada fasiliti-fasiliti awam kita.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Juga akan dapat mampu membayar ataupun mampu membiayai dalam...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Yang Berhormat Menteri, Pulai, Pulai.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sebentar Pulai. Dalam pembiayaan di sektor kesihatan swasta ya. Saya habiskan sedikit ayat ini. Jadi, oleh kerana itu penjagaan, pengenalan kepada dasar ataupun kita kata Dana Kesihatan Nasional (DKN) ini secara langsung ya akan kita lihat dapat sedikit sesuai dan mengimbangi keperluan UHC secara mampan untuk masa depan kerana kita sudah ada satu lagi sources dan diversifying mempelbagaikan sumber pembiayaan awam kerana kita punya sumber-sumber yang telah saya sebutkan tadi.
Sumber-sumber itu telah saya sebutkan. Sebentar ya, belum lagi saya sebutkan ada di poin yang seterusnya ya. Kalau saya diizinkan habis sedikit, boleh Pulai?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sedikit sahaja, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Dana Kesihatan Nasional ini merupakan satu agenda yang sangat baik yang digagaskan dan di sana ada cabaran yang besar sebab dana ini kita kumpul dalam satu fund yang sama ya. Jadi, ini bukan satu yang mudah ya.
Jadi soalan saya tu bila jangkaannya yang akan dilaksanakan sepenuhnya dan setakat ini tahap itu di mana Menteri? Dia punya progress dia itu?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya, Pulai. Pulai pun merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Sedia maklumi kita adakan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
beberapa libat urus dengan PSSC dan dia orang sedia memaklumi kita belum dapat lakukan dalam fasa segera, dia mungkin datang dengan fasa kedua.
Fasa pertama ini kita pelbagaikan sumber kesihatan, sumber pembiayaan kesihatan kita dengan memperkenalkan antara lainnya adalah rakan KKM ataupun HSOP, outsourcing program dalam fasiliti yang kita libatkan swasta supaya kita tidak akan membuat capital outlay perbelanjaan CapEx atau DE yang lebih besar.
Jadi, kita adakan sedikit public private kerjasama kolaborasi begitu dan untuk jawab soalan itu dengan lebih tepat. Ya, kita jangkakan mungkin tahun hadapan, tetapi kita perkenalkan dahulu dengan MHIT sebagai satu insurance based produk yang asas untuk rakyat khasnya yang M40, lower middle M40 dan yang lain untuk mula berjinak menggunakan apanya tidak spend out of pocket dan dapatkan sumber kewangan itu bila kita prepaid dan kita pull supaya di bank for the buck orang kata ataupun perbelanjaan yang lebih strategik, more strategic purchasing dapat kita lakukan dan kita kurangkan wastage.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Juga kita ke arah satu yang sifatnya value based. Lebih bersifat nilai dan outcome hasilnya. Kalau saya boleh teruskan Tan Sri Yang di- Pertua sedikit lagi.
DKN ini adalah juga kita sifatkan sebagai transformasi pembayaran perkhidmatan penjagaan kesihatan daripada pembayaran berdasarkan, ini susah sedikit hendak faham, tetapi kalau boleh saya sebutkan ianya akan ke arah ke situ. Dengan kewangan seperti itu kita akan dapat mengamalkan the value based healthcare system bermakna kita bukan hanya pay for services, kita pay for health outcome dan kesihatan. Sila sahabat saya Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih YB Menteri. Satu minit sahaja. Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Malaysia kerana telah menyiapkan Hospital Pasir Gudang seperti yang dijadualkan. Hanya nak tanya Yang Berhormat Menteri, hospital dah siap, tetapi belum dapat beroperasi sepenuhnya. Jadi, apa masalahnya dan boleh ke kita atasi dengan segera? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Gudang yang sangat peka dengan hal perkhidmatan kesihatan di Pasir Gudang. Ya, saya memandang dan saya mendapat penyerahan daripada Menteri KKR, Hospital Pasir Gudang yang saya kira sangat trophy asset ya, sangat baik dan dibina dalam waktu yang tidak ada extension of time dan sebagainya, sangat menggalakkan.
Cumanya hal yang saya selalu sebutkan Tan Sri, mudah buat build brick and mortar ini, Tan Sri. Banyak mana pun hospital kalau ada duit kita boleh bina. Persoalan besarnya adalah bekalan dan supply sides of our kakitangan. Bukan sahaja doktornya, bukan sahaja jururawatnya, termasuklah juga pakar-pakarnya. Kalau kita adakan, ya kalau kita bangunkan hospital-hospital yang bakal minor atau lagi, lagi kalau major.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, oleh kerana itu Pasir Gudang sebagai hospital kita sedang bertungkus lumus sebab itu sebelum sesebuah hospital siap, kita sudah mula memikirkan bagaimana untuk mengisi kakitangannya itu.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, saya – jujurnya saya mengharapkan kita akan dapat beroperasi dengan lebih besar lagi pada penghujung tahun ini, Yang Berhormat Pasir Gudang ya.
Saya juga ada berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan beberapa cadangan beliau untuk jururawat itu yang dicadangkan sepertimana yang dicadangkan ada dalam dada akhbar, tetapi dalam liputan akhbar seperti saya ingat poin nya tadi kita akan, kita sedang berusaha untuk memberikan peruntukan-peruntukan khusus dari segi kakitangan di Pasir Gudang.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri, Menteri sedikit Pulai, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sekali lagi.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya difahamkan maklumat yang saya dapat 87 peratus kekosongan berlaku di Hospital Pasir Gudang ini dan dalam masa kami membuat mesyuarat dengan KKM dan juga JPA kami dapati di sana ada masalah penyelarasan antara kedua ini menyebabkan sebahagian posting ini, maknanya posting nurse dan sebagainya jadi lewat begitu, Menteri. Mungkin ini boleh dilihat sedikit masalah ini.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Pastinya Yang Berhormat Pulai, saya sangat peka dan saya sangat insaf. Kalau nak saya sebutkan terdahulu daripada itu saya pernah menyebut di Dewan yang mulia ini ada 13 hospital, hospital awam yang masih lagi beroperasi 60 hingga 70 peratus daripada maximum capacity-nya.
Sebab itu mustahak Tan Sri Yang di-Pertua, untuk saya tekankan bahawa satu daripada cabaran saya, di samping saya menekankan tentang membawa reformasi di dalam pembiayaan kesihatan awam khasnya dan juga di swasta dan juga untuk saya memacu pendigitalisasi healthcare sektor kesihatan ini. Saya sebenarnya memang berdepan dengan cabaran yang paling utama adalah cabaran sumber manusia, Tan Sri Yang di-Pertua yang telah pun saya bangkitkan dalam banyak platformnya, termasuklah dalam Kabinet dan sebagainya.
Jadi, saya sangat sedar dan saya sangat peka dan kita sedang mengambil pelbagai pendekatan untuk kita atasi. Jadi, Pasir Gudang it’s not an exception, but ada satu yang kita berdepan dengan cabaran itu ya. Saya teruskan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Yang Berhormat Menteri, Libaran boleh, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Libaran belakang.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, sila. Libaran, sila. Pendek sahaja ya saya tidak punya masa lagi.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih. Satu minit, satu minit sahaja Yang Berhormat Menteri.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri telah turun ke Sandakan baru-baru ini dan telah mengumumkan lebih kurang RM1.55 juta diperuntukkan untuk penambahbaikan Hospital Sandakan dan juga pada tahun – RMK12 peruntukan RM21.7 juta di bawah RP5 telah dilaksanakan.
Cuma yang menjadi persoalan saya Yang Berhormat Menteri, tapak Duchess of Kent ini sudah cukup padat, penambahan blok dan penambahan begitu sesak.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Mengikut kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri pada waktu berada di Sandakan, bahawa Sandakan tidak perlu ada hospital baru tetapi penambahan kepada kepakaran. Namun, apa yang menjadi persoalan, yang menjadi ini, walaupun blok tambahan diluluskan, isu asas kekal. Duchess of Kent ini tidak lagi praktikal untuk jangka panjang. Dalam RMK13 ini, kita nak membuat unjuran bahawa satu hospital, sama ada Duchess of Kent kedua, diwujudkan di Sandakan untuk mengurangkan keluhan masyarakat.
So, apa yang perlu saya ingin tambahkan di sini, Yang berhormat Menteri, nisbah katil selepas penambahan hanya 1.36 per 1,000 penduduk, jauh di bawah sasaran kerajaan sendiri iaitu 2.08. Apa justifikasi Yang Berhormat Menteri menganggap masalah ini selesai?
Sedangkan WHO menganggarkan tiga hingga lima berbanding 1,000 penduduk Libaran.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. Libaran, sebab saya...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Bukankah lebih wajar hospital baru dibina kerana tapak Duchess of Kent ini sudah cukup padat? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. Kalau dari segi nisbah katil kepada penduduk, mana pun kita, kalau Sabah lah negerinya, mana pun, dia akan nisbah kepada katil dan penduduk, tidak ada perbezaan pun.
Persoalan besarnya adalah dalam bahagian perancangan kementerian. Kita melihat kepada bagaimana di samping hospital yang nak kita bina, Tan Sri, yang kurang lebih akan dapat dalam Duchess of Kent, Sandakan itu akan menerima satu blok klinikal baru yang akan dapat menambah kurang lebih dalam 594, tak silap saya, katil yang penambahannya menjadikan Duchess of Kent kurang lebih ada hampir 1,000 katil ya. Dengan kata lain, kalau kita perkukuhkan dan perteguhkan kepakaran dan sub-sub kepakaran itu, dia menjadi lead hospital yang akan dapat serve yang dikatakan satellite hospital dan daerah-daerah satellite itu.
Dengan kata lain ya, apa yang menjadi penting, Tan Sri, saya sebutkan tadi dan saya sebutkan di mana-mana pun saya berucap, yang pentingnya adalah healthcare, yang pentingnya adalah strengthening healthcare dan pentingnya dalam healthcare ini adalah klinik-klinik kesihatan. Di situ sebenar-benarnya kita menjaga health status rakyat kita. Yang kita buat the primary care, yang kita buat saringannya yang kita susuli kesihatan mereka,
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
especially dalam mendepani cabaran yang dikatakan NCDs ataupun cabaran penyakit kronik tak berjangkit itu.
So, kita tahu apabila kita melakukan sesuatu perancangan, kita tahu bagaimana kita akan dapat pada akhirnya memperkukuhkan the lead hospital, yang lain itu kita jadikan dia hospital-hospital yang sifatnya― dan juga kita melihat sekarang ini klinik-klinik yang boleh juga menjadi cottage hospital. Cottage hospital itu maknanya mereka juga ada bed, ada juga katil-katil ya, dan kita ada perhatikan di Lahad Datu dan sebagainya.
Ya, kita akan perkembangkan konsep itu supaya ada step down yang kita boleh buat daripada hospital-hospital besar ini, kita nak decongest hospital-hospital besar ini.
Perancangan bahagian perancangan kami memang melihat kepada perkara ini. Ya, memang kalau nak hospital, setiap daerah pun nak hospital, Tan Sri. When do we finish? Then, when do we end.
But, kalau rakyat masih lagi in crisis of endemic NCDs ya dan premature death daripada diabetes, daripada hypertension dan kolesterol ini tak dapat kita tangani daripada klinik-klinik kesihatan, di situ penghalangnya. Menjaga kesihatan rakyat bermula dengan klinik-klinik ibu anak, vaccination yang kita lakukan, di situ. Sebenarnya di situ. Yang hospital ini is sick care, Tan Sri. Dah sakit baru kita pergi cari hospital.
Kita nak memperkukuhkan amalan― dan this is bagaimana saya akan memberikan penekanan dan peruntukan supaya kita tangani masalah-masalah NCDs, diabetes, hypertension, obese, obesiti, berat badan kerana ia adalah punca kepada segala premature death yang berakhir dengan premature death sama ada serangan jantung, sama ada cardiovascular accident, ahmar dan sebagainya dan terutamanya apa yang dikatakan sebagai lung-related diseases ataupun smoke-induced lung injury itu juga adalah secara gaya hidup yang kita kena tangani bukan di hospital.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kita kena tangani daripada klinik-klinik kita. Klinik sama ada klinik kita, KKs kita, tujuh type KKs kita, klinik-klinik komuniti kita dan juga klinik-klinik desa kita yang menjaga penjagaan anak-anak from womb to tomb.
Maknanya from womb, daripada mereka kecil lagi, vaksinasi mereka dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
Sila, Yang Berhormat Tumpat, kalau ada sikit. Dah habis dah masa saya pun.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya cuma terlepas isu yang saya highlight-kan itu dan kalau boleh, walaupun dapat sedikit jawapan tapi [Tidak jelas] — Sebab ini melibatkan lebih daripada 200,000 penduduk di Tumpat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya apa? Tak dengar. Tak jelas. Tak jelas, Tumpat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Soalan, tak dengar.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey. Saya ada bangkitkan tentang isu Hospital Tumpat...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Oh, ya.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
...Yang memerlukan― yang sekarang penduduk ada 200,000. Jadi, sangat perlu jawapan walaupun singkat daripada...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, insya-Allah, saya akan menjawabnya secara bertulis, Yang Berhormat Tumpat.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tan Sri Speaker.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri. Tan Sri Speaker.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Wah, ramai yang bangun ini. Bagan.
Bagan Serai, maaf. Ya, sila, Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya tentang isu dasar yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang menangani NCD yang memang makin parah di negara kita.
Satu isu, seperti yang dinyatakan tadi, respiratory habits, contohnya vape. Saya nak tanya secara terperinci, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menangani kejadian di mana vape laced with dadah seperti etomidate yang semakin berleluasa, contohnya di negeri Singapura di mana mereka mengambil penekanan yang sangat tegas, is a national agenda bagi mereka. Apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap ini? Apakah langkah-langkah yang akan diambil? Itu perkara nombor satu.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Bangun]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Nombor dua, saya nak bangkitkan satu isu di mana kita lihat ada perkembangan industri aesthetic dan surgery di Malaysia. Tetapi, kita lihat ada beauticians yang melakukan prosedur yang kita lihat sebagai medical procedure. Ada penetration of skin, ada laser, ada injection dan sebagainya. Saya nak tanya, apakah pendirian Kementerian Kesihatan dalam isu ini? Adakah beautician yang melakukan prosedur ini boleh melakukannya atau kita perlukan medically trained personnel untuk lakukan prosedur tersebut?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya ingat jawapan itu ada pada Bandar Kuching. Soalan nombor dua tadi tu ya. Apa pun, saya tahu bahawa prosedur-prosedur menggunakan laser dan beberapa imaging dan juga sometime ultrasound dan sebagainya yang berada dalam aesthetic clinic ini, Bahagian Perkembangan Perubatan dan juga Amalan ya memerhatikan perkara ini dan akan dalam waktu yang terdekat, saya ingat, akan dapat kita simpulkan. Because there is always been ― sentiasa ada aduan, sentiasa ada cabaran dan kita yang paling kita takut sekali, adalah nyawa dan keselamatan, safety and life ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, kita aesthetic ― aesthetic become very popular sebab they made more money there, but kita akan menjaga ya dari sudut safety dan ― bukan sahaja safety dan efficacy tetapi akhirnya nyawa ya. Jadi, itu perkara yang ―
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Soalan pertama tadi adalah perkara yang saya sedang ― as we are talking here, my expert committee juga sedang membuat satu laporan yang segera mahu dibentang kepada Kabinet tentang apa yang saya katakan ia bukan lagi ‘kalau’ tetapi ‘bila’. It’s no longer ‘if we ban’ but ‘when we will ban’. Ini yang menjadi isi laporan yang akan kita angkat kepada PMX, kepada Kabinet. So, perkara itu dah almost, like saya dah sebutkan beberapa kali, saya ulangi sekali lagi, the way forward is to actually ban vape, particularly setelah berlaku how they are laced atau pun bagaimana mereka dicemari, especially sistem-sistem yang bersifat open system itu.
You can find seperti sintetik methamphetamine dan juga cannabinoids yang di-spike dalam sistem open itu, Tan Sri. It’s just not about system open, open system dalam vape ataupun peranti-peranti vape ini, tetapi kita memandang ini kepada seluruhnya as a whole ya, kesan-kesan ataupun apa pun yang hari ini kita lihat sebagai injury-induced lung― vape- induced lung injury, EVALI itu, dan kita akan lihat keseluruhannya.
Cumanya, setelah kita bangun dan kita lulus dan kita bentang dan kita telah juga pada hampir setahun meletakkan dan membangunkan Akta 852, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 itu, maka kita bertanggungjawab, Tan Sri, setelah kita mahukan industri ini membuat pendaftaran dan sebagainya, kita kawal selia end to end. Jadi, wujud satu apa yang dikatakan dalam bahasa undang-undang sebagai legitimate expectation yang mana kita tahu kalau kita suddenly ban sementara kita telah bangunkan Akta 852 dan kita kena bersedia untuk berdepan dengan apa yang dikatakan sebagai whatever yang mereka boleh ambil tindakan undang-undang ke atas kami.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...undang-undang ke atas kami.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Menteri. Sebentar, sebentar, ya. Menteri, masa dah habis. Menteri perlukan berapa minit lagi?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Paling tidak...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Satu jam.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab kita ada dua kementerian lagi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Paling tidak five, ten minutes, Tan Sri.
Saya boleh habiskan dua, tiga perkara lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi lapan minit dari sekarang. Silakan, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Lapan minit, okey. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dan jangan yang — saya minta Yang Berhormat yang lain, kalau tidak dibangun — tidak dibangkitkan semasa perbahasan awal, jangan bangkitkan perkara baru, ya. It’s not fair to the Minister sebab Minister tak prepared. Then, lepas itu, kita
Tuan Yang di-Pertua
berpusing-pusing, berpusing-pusing itu sebab dia tak prepared. So, you ask question untuk penjelasan ke atas apa yang telah pun ditanya dahulu. Silakan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. Terima kasih, Tan Sri atas kemurahan...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya beri sedikit cadangan, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Siapa Menteri?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Saya ada berbahas.
Tuan Yang di-Pertua
Nak bagi dekat siapa ni?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya ada lapan minit tambahan, janganlah ambil lagi.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sekejap sahaja sebab saya ada bahas.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Minta maaf, ini isu ini, lepas ini Menteri boleh bagi. Saya nak habiskan isu ini. Saya cuma nak bagi cadangan. Saya menyokong penuh apa yang Kementerian Kesihatan nak lakukan.
Cuma saya nak cadangkan isu ini haruslah dibawa, bukan saja isu nasional tapi kita sebagai Pengerusi ASEAN, we should bring it to ASEAN level. Sebagai contohnya kita vape, kita ada isu sempadan dan sebagainya. Kalau kita bekerjasama dengan negara jiran kita contohnya Singapore...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ringkaskan, Bandar Kuching. Saya sebenarnya telah pun mengangkat isu ini dalam ASEAN and the next year, 2026, ASEAN Health Ministers Meeting saya pun telah meng-agenda-kan perkara. Terima kasih Bandar Kuching. Kalau Gerik boleh...
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey, terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...diberikan 30 saat, ya, Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey, sekejap ya. Gerik ada bahas pasal isu Hospital Gerik seperti yang dapat jawapan daripada — Hospital Gerik seperti yang dapat jawapan daripada kementerian juga.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
[Tidak jelas] Ke tidak?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Jadi, kita nak tahu Menteri ada jawapan ke?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya boleh bekalkan Yang Berhormat Gerik dengan jawapan...
Tuan Yang di-Pertua
Bertulis.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...secara bertulis. Terima kasih, Gerik, ya.
Baik, Tan Sri saya sambung sedikit lagi kalau boleh? Hal yang terkait dengan skim insurans dan takaful perubatan ini. Banyak yang bertanya tentang ini dan kita — saya perlu menyebutkan dalam Dewan yang mulia ini betapa pada kali ini kita mengambil pendekatan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
untuk menangani, to mitigate, mitigasi cost inflation, medical inflation khasnya di sektor swasta ini dengan satu penggemblengan tenaga.
Dan kita tubuhkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri mana dua Menteri bergandingan. Menteri Kewangan II dan saya sendiri, Menteri Kesihatan. Ya, kita tubuhkan satu Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta
(JBMKKS) telah kita lancarkan inisiatif RESET, Tan Sri Yang di-Pertua.
Ini bukan kali pertama saya menyebutkan tapi saya mungkin nak huraikan lebih sikit lagi yang secara tuntas bertindak sebagai butang tekan semula, set semula, RESET.
Namanya pun RESET untuk kita dengan izin akan merombak landskap insurans dan penjagaan perubatan swasta sebagai pelengkap kepada reformasi kesihatan sektor awam yang saya telah sebutkan lebih awal tadi.
Apa itu RESET? Inisiatif RESET ia bertemakan dan berlandaskan lima strategi utama. Pertama adalah ‘R’. Yang pertama adalah revamp ataupun merombak produk-produk insurans dan takaful untuk menjadi lebih daya saing dan mampu milik dan sebagainya. Sebab itu kita perkenalkan produk kami sendiri yang bernama produk asas MHIT (medical and health insurance/takaful) daripada gandingan daripada Bank Negara, daripada MOF, KKM dan juga syarikat-syarikat ITO ataupun insurers and takaful operators dan yang lain bergandingan untuk sama-sama yang menangani perkara ini. Itu first ‘R’.
Kedua adalah mempertingkatkan ‘E’ (enhance), ketelusan harga. Di sini juga kita telah memperkenalkan bagaimana untuk kita menangani medical inflation dengan kita membuat satu ya, polisi untuk menayangkan dan memaparkan harga. Bukan price determination atau price control tetapi price display sama ada di peringkat hospital mahu pun di peringkat klinik-klinik swasta, ya. Itu kedua.
Dan ‘S’, the next R-E-S adalah untuk kita perkukuhkan (restrengthen). Memperkukuhkan sistem kesihatan digital. Ini sudah sedia kita maklumi disebutkan oleh Menteri sebentar tadi bagaimana dalam konteks KKM. KKM sangat memacu hal ini. Mungkin untuk pengetahuan semua dalam 2025 ini saja dalam masa setiap 1.4 hari, satu CCMS, satu klinik cloud-based clinical management system kita bangunkan. So, kita telah lakukan dan kita bangunkan 255 CCMS klinik dalam tahun 2025 ini yang belum pun berakhir.
Sepertimana kalau boleh saya sebutkan, Tuan Sri Yang di-Pertua mengingatkan kita kepada capaian kita pada era dalam abad atau century yang lalu, in the last decade, dalam tahun 50-an dan 60-an, kita membina satu klinik pada setiap empat hari sepanjang 23 tahun, Tan Sri. Mungkin kita tak perasan ini. Now, we are repeating this performance. Halnya sekarang ini adalah digitalisation yang dalam digitalisation ini kita telah, kita bercadang untuk digitalise the entire — our primary healthcare. KKs kita dan juga akan berikutan dengan 15 hospital kita tahun ini, 2025 dan 2026, 16 hospital akan kita letakkan EMR dan HIS (Hospital Information System). Jadi, perkara itu adalah sangat penting untuk saya sebutkan dalam konteks RESET, ya. RESET yang membawa maksud tadi adalah the S yang kita sebutkan adalah S itu
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
bermakna strengthen digital, wahana ataupun infra digital ke arah National EMR dan ke ‘E’ yang seterusnya adalah untuk kita luaskan (expand) akses kepada rawatan mampu milik.
Kita sedang melakukan pelbagai pendekatan yang inovatif untuk modernise our healthcare, perkhidmatan kesihatan kita dengan pelbagai pendekatan.
Antara lainnya untuk memulakan the global surgery dengan surgery yang bukan hanya di hospital tetapi di klinik-klinik kita pun kita dapat lakukan the lumps and bumps ataupun prosedur-prosedur mudah itu dapat kita juga tak payah pergi ke hospital dan kita buat banyak step down daripada klinik-klinik dan hospital-hospital daerah kita, kita decongest our big state hospital.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
YB Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan akhir sekali adalah ‘T’...
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
YB Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...untuk kita transformasi pembayaran kepada penyediaan penyedia perkhidmatan. So, ini yang saya telah terangkan serba sedikit yang telah saya sebutkan. Jadi, saya mahu beralih kepada...
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
YB Menteri, Batang Sadong.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Batang Sadong, sila. Ringkas, ya. Dah habis masa saya.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
YB Menteri dalam perbahasan, saya ada bertanya tentang status penambahbaikan Hospital Simunjan. Sepatutnya dilaksanakan dalam perancangan tahun ini. Mungkin saya nak sedikit penjelasan sama ada ianya akan dijalankan atau pun dilaksanakan dalam RMK13 ataupun dalam masa terdekat. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Saya harap akan dapat menyusuli dengan jawapan bertulis untuk Yang Berhormat.
Seterusnya, Tan Sri Yang di-Pertua, dalam saat-saat akhir ini, saya ingin menegaskan kembali betapa RESET ini ya akan mampu menangani medical inflation di sektor swasta dan asas kepada itu adalah juga antara lainnya MHIT yang kita dapat seragamkan dan kita perkenalkan yang membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan swasta pada kadar yang sangat berpatutan.
So, maknanya kita decongest lagi our public facilities because now they have access, mampu bayar, mampu mendapat akses rawatan dengan perkenalan MHIT ini. Jadi, penjagaan kesihatan berasaskan nilai inilah ataupun value based healthcare. This is my overarching, ini adalah tumpuan utama saya dari sudut maqasid-nya, dari sudut maksud dan tujuan besarnya adalah pada akhirnya berganjak daripada bayaran hanya bayaran dalam sektor swasta ini masalahnya adalah bila kita bayar for service atau bayar for volume of service, dia menjadi masalah kerana tidak akan ada. Kalau patutnya banyaknya ultrasound boleh menyelesaikan masalah, kita buat MRI atau CT scan dan sebagainya.
Memanglah the more you're paying for volume or so, you pay for service fees for volume of procedures. Jadi, kita nak tekankan kepada kepentingan untuk kita melaksanakan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
dan mengamalkan value-based. Maknanya, kita nak health outcome dan kesihatan dan outcome itu yang kita mahu diberikan penekanan, bukan kepada banyaknya test dan procedures yang dilakukan yang pastinya akan menjadikan medical inflation itu akan melambung.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
YB Menteri, singgung sedikit berkenaan dengan Rakan KKM, terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Boleh. Kalau saya dapat...
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta Menteri landing sebab saya ada dua kementerian lagi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Seminit boleh, Tuan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, please. Last paragraph-lah, last para.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Satu minit lah, Tan Sri. Tak sempat kalau satu para. Berdepan dengan apa yang saya sebutkan tadi, tekanan untuk saya terus memperkasakan sistem kesihatan awam yang telah pun saya sebutkan, Tanjong Karang terlepas kereta api sebentar tadi.
Apa pun nak saya sebutkan, ketika saya berdepan dengan tekanan untuk saya retain specialist — bagaimana untuk saya retain, bagi saya mengekalkan specialist saya supaya tidak berhijrah, beralih and the attrition rate, aliran keluar specialist saya. Bagaimana untuk saya perteguhkan fasiliti-fasiliti awam saya dan sebagainya.
Jadi, berdepan dengan kesemua itu, dalam keadaan kekangan kewangan untuk saya bangunkan seterusnya fasiliti-fasiliti awam yang merupakan kunci, the essential core services yang menentukan liputan kesihatan sejagat, the universal health coverage yang saya sebutkan tadi. Hospital swasta tak pergi kepada daerah-daerah yang saya sebutkan sepertimana yang saya telah sebutkan awal tadi, maka saya terpaksa mengambil pendekatan untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan saya.
Di situlah saya telah kenalkan dengan apa yang dikatakan dana kesihatan nasional, sebentar tadi saya telah syarahkan. Tanjong Karang tak sempat dengar, tak apa. Dengar balik dan yang paling mustahak adalah juga pengenalan yang hari ini PMX tuntut saya, bila untuk saya dapat tunjukkan the first patient out of Rakan KKM facilities, Tan Sri Yang di- Pertua.
Jadi, Rakan KKM adalah satu pendekatan, satu program yang akan dapat menggemblengkan beberapa partners. Pertamanya adalah specialist itu sendiri. Kedua adalah KKM. Ketiga adalah satu – sebuah ataupun siapa pun yang menjadi investor-nya yang hari ini kita sebutkan dengan nama GLIC ataupun GLIC (government-linked investment company) dan akhirnya, adalah pastinya patient yang sedia untuk datang mendapat rawatan ini.
So, it is a specialized, dengan izin, personalized, specialized care yang tidak terkait dengan hal core essential services yang hanya diberikan dalam hospital-hospital awam.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sama ada emergency services. Sama ada it is the primary healthcare, the NCDs. Tetapi ini adalah prosedur yang terkait dengan elective procedures. Kalau kita perlu buat total knee replacement (TKR). Kalau dalam public services, kita tunggu enam bulan tetapi kerana kita punya — kalau tidak, kita pergi ke swasta pun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
So, swasta — last word, last sentence. Kalau daripada kita pergi ke swasta, hari ini ada choice untuk mereka datang kepada Rakan KKM. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, atas — sangat pemurah untuk memberikan masa lebih kepada saya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih juga kepada Menteri telah yang — saya telah pun bekerjasama dengan Menteri dan saya telah juga mengutus surat kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk buat *check-up.
[Tepuk]* Jadi, saya dah bagi deadline. Jadi, siapa yang Ahli Yang Berhormat yang tak buat check-up, saya akan naikkan nama Ahli Yang Berhormat di website. Jadi, saya nak pastikan Yang Berhormat sihat, boleh berdegar-degar dalam Dewan. Jadi, mesti sihat.
Untuk itu, saya jemput...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya tuntut tu, Speaker. Berdegar- degar tu, saya tuntut
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa. Menteri Sumber Manusia, 40 minit dari sekarang.
Silakan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Saya bagi peralihan dulu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat datang kembali ke kerusi Speaker.
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam pekerja ke semua bangsa.
Sungguhlah kertas cuma alatan, Tetap pena menulis perutusan; Sungguhlah cerdas kini buatan, Tetap pekerja sempurna tugasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Membaca Doa] Silakan.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang telah memberikan peluang kepada saya untuk menjawab dan memberi penjelasan kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan RMK13 berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia ataupun KESUMA.
Penghargaan juga kepada 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan saranan berkaitan bidang tugas KESUMA sepanjang tempoh perbahasan. Sejarah kita sering kali mengangkat nama pemimpin besar, tokoh politik dan negarawan.
Namun, amat jarang sekali kita menyingkap kisah wira yang senyap dari kalangan kaum pekerja biasa dan rakyat marhaen yang diam-diam membina negara ini dengan peluh keringat dan tangan mereka. Saya amat menghargai. Justeru, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah memberikan suara kepada wira-wira negara bergelar pekerja di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mulakan penggulungan saya dengan menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Gerik, Setiawangsa dan Bagan tentang isu gaji minimum.
Berdasarkan seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, KESUMA melalui MPGN ataupun Majlis Perundingan Gaji Negara bertanggungjawab melaksanakan kajian semula Perintah Gaji Minimum (PGM) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Penetapan gaji minimum yang baharu akan melalui proses kajian semula yang saintifik dan sistematik, selaras dengan aspirasi kita ke arah evidence-based policy, dengan izin.
Sesi libat urus akan dilaksanakan di seluruh negara melibatkan penyertaan persatuan majikan, wakil industri, kesatuan sekerja, wakil pekerja, agensi kerajaan serta pakar antarabangsa seperti International Labor Organization (ILO). Kajian semula turut melibatkan soal selidik yang diproses bagi mengenal pasti kesan dan cabaran pelaksanaan PGM semasa oleh pihak majikan dan pekerja. Dan hasil kajian ini akan didokumenkan, dijadikan input perbincangan di Majlis Perundingan Gaji Negara nanti sebelum penetapan gaji minimum baru diputuskan.
Seterusnya, Majlis Tripartite iaitu MPGM akan menilai kebolehlaksanaan kadar gaji minimum, liputannya, ketidakbolehpakaiannya, permulaan kuat kuasa, kadar gaji mengikut sektor, jenis pekerjaan, kawasan dan sebagainya.
Berhubung saranan YB Gerik supaya peneroka FELDA diberi gaji minimum. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, para peneroka FELDA tidak terikat dengan majikan dalam hubungan kerja konvensional. Hubungan antara peneroka dan FELDA merupakan hubungan usaha sama dan bukan hubungan majikan/pekerja seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955. Justeru, liputan gaji minimum ini tidak terpakai kepada mereka.
Tuan Sim Chee Keong
Tentang isu guru PASTI yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa, mengikut Perintah Gaji Minimum, pematuhan terhadap gaji minimum tetap terpakai kepada guru PASTI sama ada - sama seperti semua pekerja sektor swasta yang lain.
Justeru, sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap PGM 2024 yang baharu, saya sarankan agar perkara ini dilaporkan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja untuk siasatan dan tindakan lanjut. Saya juga ingin menjawab...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tuan Pengerusi, minta – Dato’ Speaker. Terima kasih Menteri, terima kasihlah berkenaan dengan PASTI. Bagaimana pula dengan kedudukan PDK iaitu apa — program petugas-petugas yang bekerja di pusat pemulihan dalam komuniti. Mereka juga gaji minimum, tak sampai pun dan hanya dapat dalam RM1,500 dan manakala pembantunya pula ialah RM1,200 dan mereka ini merupakan yang dapat bantuan daripada kerajaan. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Seperti yang saya maklumkan, semua pekerja swasta, kalau mereka adalah di bawah takrifan pekerja di bawah Akta Kerja dan juga Akta Majlis Perundingan Gaji Negara, maka semuanya seharusnya diberikan gaji, dibayar gaji minimum.
Kalau ada sebarang pelanggaran, saya sarankan, sama ada pihak awam ataupun Ahli Yang Berhormat sendiri, boleh membuat laporan tersebut di Jabatan Tenaga Kerja.
Saya juga ingin jawab...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Termasuklah juga imam, noja, siak.
Tuan Sim Chee Keong
Kalau mereka dianggap sebagai digajikan sebagai pekerja di bawah takrifan Akta Kerja, maka mereka juga termaktub di bawah perlindungan gaji minimum. Kalau ada sebarang pertanyaan tentang status apa itu, seorang pekerja anda di kawasan, mungkin boleh mendapatkan pandangan daripada pejabat-pejabat buruh yang berhampiran untuk mengenal pasti dari segi kontraknya, dari segi susun atur, tata cara pelantikannya dan sebagainya untuk mengenal pasti sama ada orang tersebut, individu tersebut adalah di bawah perlindungan Perintah Gaji Minimum.
Tuan Sim Chee Keong
Saya ingin menjawab pandangan daripada Yang Berhormat Bagan mengatakan ataupun cadangan beliau supaya pekerja asing tidak perlu dibayar gaji minimum. Hakikatnya Dewan yang mulia ini, saya ingin maklumkan bahawa lebih kurang, di kalangan lebih kurang 4.37 juta pekerja di Malaysia yang mempunyai gaji di bawah kadar gaji minimum baharu iaitu RM1,700 sebulan. Sebelum pelaksanaan kadar gaji minimum ini, 80 peratus daripada mereka merupakan pekerja Malaysia iaitu orang kita juga, apabila kita melaksanakan kadar gaji minimum yang baharu ini.
Justeru, kenaikan gaji minimum sebenarnya memberi manfaat paling besar kepada rakyat Malaysia. Malah statistik menunjukkan pekerja Malaysia bergaji 10 persentil terbawah, the tenth bottom percentile, mengalami peningkatan gaji sehingga 60 peratus dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan mekanisme gaji minimum.
Tuan Sim Chee Keong
Namun, dari segi perundangan, Akta Kerja 1955 dengan jelas memperuntukkan gaji minimum kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan. Undang-undang ini bukan sekadar angka dan aksara dalam warta kerajaan tetapi lambang nilai kemanusiaan kita. Asas isu ini bukan sekadar ILO ataupun undang-undang tetapi kita harus membuat perkara yang betul. We have to do the right thing, dengan izin. Ini hak asasi manusia tapi jika ada yang tidak bersetuju dengan hujah hak asasi, maka ingin saya mengingatkan bahawa kita jika menafikan hak gaji minimum kepada pekerja asing, kesannya bukan sahaja kepada golongan ini, tetapi juga kepada pekerja tempatan.
Apabila gaji pekerja asing ditekan rendah maka gaji pasaran buruh akan ditanda aras ke tahap yang sama. Majikan akan mengutamakan pekerja asing dan akhirnya gaji anak tempatan, orang Malaysia kita pun akan diheret turun. Inilah bentuk persaingan yang tidak adil ke bawah ataupun unfair competition to the bottom dengan izin, yang akan merugikan rakyat negara kita sendiri. Jika kita biarkan sistem perburuhan negara menindas golongan tertentu waima pekerja asing maka sistem yang sama akhirnya akan memudaratkan rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Balik Pulau ada menyentuh berkaitan cadangan menaikkan had umur persaraan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, RMK13 memberi penekanan kepada persiapsiagaan negara menghadapi keadaan negara menua ataupun aging nation, dengan izin. Peralihan kepada negara menua ini memerlukan penyelesaian dalam — dan penyesuaian dalam pasaran buruh dilaksanakan dengan kadar segera.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Dalam hubungan ini, langkah untuk meningkatkan penyertaan pekerja berusia dalam pasaran buruh akan dipergiatkan sebagai inisiatif menambah baik pasaran buruh kita. KESUMA telah memulakan langkah awal pada tahun 2025 ini dengan melihat kepada isu reformasi perundangan perburuhan yang turut serta meneliti dan mengkaji cadangan pindaan Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
Semakan perundangan ini yang termasuk dalam usaha kita menyemak semula lebih kurang 28 perundangan perburuhan di bawah KESUMA akan mengambil kira cadangan peningkatan umur persaraan sehingga 65 tahun dan pengenalan perundangan berkaitan ataupun mekanisme dan dasar yang berkaitan penggajian semula dengan terma yang lebih anjal ataupun fleksibel kepada pekerja berusia yang produktif untuk terus kekal dalam pasaran buruh.
Yang Berhormat Paya Besar…
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
…Merbok. Silakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan jawapan berkenaan dengan isu gaji kepada pekerja asing.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Isu yang saya timbulkan dalam perbahasan dalam RMK13 ialah negara perlu ada satu pelan yang strategik untuk menghadapi kebergantungan kita ini patut dikurangkan kepada pekerja asing. Jadi, dengan apa yang kita disebutkan hari ini, kita memerlukan satu pelan tindakan yang dapat bergerak untuk jangka panjang. Jadi, sejauh manakah kerjasama di antara KESUMA dengan Kementerian Wanita dan Kementerian Ekonomi untuk memastikan bahawa target kebergantungan kita ini dapat kita kurangkan secara bersasar dan berjadual. Itu yang pertama.
Dan yang kedua, kita juga perlu tahu tentang hari ini kalau disebut tentang gaji kepada pekerja asing. Setakat mana hari ini kita boleh jamin bahawa pekerja di Malaysia, pekerja di tempatan ini boleh hidup dengan kadar bahan-bahan makanan yang sangat mahal, yang rasanya mungkin tak mampu pun nak di-cover dengan gaji yang mereka ada hari ini.
Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Tadi Speaker telah memberikan petua. Kalau ada isu-isu baharu, cuba dielakkan dulu untuk menjawab isu yang telah dibangkitkan. Tapi sebenarnya tentang isu pengurangan pekerja asing, saya akan jawab juga sebab ada soalan walaupun mungkin bukan oleh Tumpat tapi saya akan jawab dan isu lain mungkin saya akan selit- selitkan dalam ucapan saya nanti.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Saya nak bangkitkan isu Paya besar, Merbok. Mungkin selepas ini, saya bagi kepada rakan saya dari Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Paya besar, Merbok, Ledang, Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pekan, tentang isu guna tenaga tidak penuh ataupun under employment yang mengakibatkan pembayaran gaji rendah kepada graduan tempatan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran ketika ini menunjukkan trend penurunan iaitu daripada 36.9 peratus pada suku tahun pertama 2022 kepada sekarang lebih kurang 35 peratus pada suku tahun pertama tahun ini. Walau bagaimanapun, KESUMA berpandangan masih terdapat banyak lagi ruang penambahbaikan bagi memastikan graduan kita mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan serta menerima gaji yang sepadan dengan kemahiran mereka. Mungkin jawab juga soalan tadi yang Tumpat itu.
Untuk makluman rakan-rakan Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, atas segala dasar dan usaha oleh kerajaan dan KESUMA, tahun ini kita nampak peningkatan gaji minimum sebanyak lebih kurang 13 peratus. Peningkatan gaji median pula rakyat, meningkat lebih kurang 11 peratus. Dan buat kali pertamanya, gaji median pekerja Malaysia telah menjangkaui angka RM3,500 sebulan. Sudah tentu ini bukan satu kejayaan yang kita dah puas hati. Kita masih akan terus berusaha untuk memastikan kadar kenaikan gaji ini adalah bergerak dengan segera supaya negara kita boleh mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi setara dengan penarafan dunia.
Tuan Sim Chee Keong
Setiap tahun dalam isu guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran. Saya nak bagi gambarannya. Setiap tahun negara melahirkan lebih kurang 300,000 sehingga 400,000 graduan daripada universiti, institusi pengajian tinggi dan juga institusi TVET.
Namun, kalau kita ikut pola perkembangan ataupun pertumbuhan ekonomi dalam tempoh 20 hingga 30 tahun ini, kita hanya mampu menghasilkan jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi yang jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah keluaran graduan.
Jadi, keadaan ini mewujudkan ketidakpadanan pekerjaan, job mismatch dengan izin, dan juga mengurangkan kuasa tawar-menawar ataupun bargaining power dengan izin, graduan kita sehingga menyebabkan mereka terpaksa menerima pekerjaan-pekerjaan dengan gaji yang tidak setimpal. Justeru, isu ini sedang ditangani bukan hanya oleh KESUMA tetapi secara menyeluruh oleh Kerajaan MADANI melalui pendekatan rentas kementerian yang lebih bersepadu.
Tumpuan utama kerajaan contohnya, untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih lumayan.
Contohnya, pada tahun 2024 sahaja, negara berjaya mencatat nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM378.5 bilion yang dijangka mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan baharu.
Menerusi RMK13 ini juga, kerajaan komited untuk mewujudkan lebih 1.2 juta pekerjaan mahir, ya bukan pekerjaan biasa, pekerjaan mahir, khususnya dalam sektor pembuatan dan ekonomi digital. Tumpuan pelaburan diberikan kepada industri bernilai tinggi, berteknologi maju seperti AI — kecerdasan buatan, semikonduktor serta tenaga boleh baharu.
Usaha ini diyakini mampu meningkatkan pendapatan pekerja sekali gus mendorong kenaikan gaji penengah kepada RM3,500. Dan pada masa yang sama, strategi ini juga dijangka dapat melonjakkan pendapatan per kapita negara kepada RM77,200, menjadikan Malaysia setanding dengan negara berpendapatan tinggi di peringkat global. Silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya, apakah ada respons kepada perbahasan saya berkenaan dengan kadar pampasan pekerja? Ya.
Tuan Sim Chee Keong
Kadar pampasan tentang apa?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey. Saya ulang baliklah, sedikit ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
RMK13, dalam buku dokumen menyasarkan pampasan pekerja lebih kurang 40 peratus, berbanding 33.1 peratus tahun ini, lebih rendah berbanding sasaran 45 peratus dalam RMK12. Dan nak bandingkan negara-negara kapitalis seperti Amerika yang lebih 50 peratus. Jadi, kenapa kementerian KESUMA tidak perjuangkan kadar pampasan yang lebih tinggi? Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Komponen pampasan pekerja ataupun compensation of employee dalam KDNK, GDP kita target-nya pada masa sekarang hanya lebih kurang 30 lebih peratus. Jadi dalam masa lima tahun yang akan datang, memang sasaran kita untuk sekurang-kurangnya mencapai 40 peratus. Itu adalah sasaran orang kata tahap minimum, this is not a maximum level. Of course, kita kalau boleh kita nak meningkatkan lagi tahap CE itu kepada lebih 40 peratus, tetapi apa yang kita lakukan sebab sekarang 34 peratus.
Kita nampak seperti yang saya katakan tadi, pola pertumbuhan ekonomi 20–30 tahun yang lalu ini menyebabkan gaji ataupun upah pasaran kerja ini terbantut, terperangkap dalam apa yang kita panggil middle-income trap. Jadi, kita harus mempunyai satu sasaran yang realistik. Bukan saja untuk memastikan ekonomi kita terus berkembang tetapi memastikan kemakmuran itu boleh dirasai juga, dinikmati oleh para pekerja.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Tenggara, masing-masing membangkitkan soalan tentang TVET. Kadar pengambilan lepasan SPM atau setaraf ke program TVET sebenarnya telah menunjukkan peningkatan yang amat signifikan, iaitu dari 31.3 peratus pada tahun 2022 — 2020 kepada 53.6 peratus pada tahun lepas. Jadi, ini menunjukkan satu peningkatan yang amat-amat besar dan ketara.
Pada masa yang sama, kadar kebolehpasaran graduan TVET juga meningkat ketara.
Daripada 87 peratus pada tahun 2020 kepada 95.6 peratus pada tahun 2024. Seiring dengan itu, peruntukan bagi pembangunan TVET turut diperkukuhkan daripada 5.9 bilion pada 2020 kepada 7.5 bilion pada tahun 2024, membuktikan iltizam dan kesungguhan kerajaan dalam mengangkat TVET sebagai teras penting pembangunan modal insan negara. Bagi memperkukuhkan lagi agenda ini, KESUMA melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK), kini sedang memperluas tahap pensijilan kemahiran di bawah sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia ke tahap 6, 7 dan 8 berbanding hanya tahap 1–5 pada masa kini.
Usaha ini akan direalisasikan melalui pindaan kepada Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 dengan matlamat memartabatkan TVET sebagai laluan yang ketara dan seimbang dengan laluan akademik konvensional dalam sistem pendidikan tinggi negara. Berhubung dengan saranan agar PTPK ni diangkat — Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), diangkat sebagai pengurusan tunggal bagi semua skim pembiayaan TVET. Saya ucapkan terima kasih atas cadangan yang baik ini.
Namun, sememangnya pada hari ini, dana PTPK boleh digunakan sebagai pembiayaan untuk kursus TVET di semua institusi latihan yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan peruntukan untuk tahun 2025 bagi skim ini adalah sebanyak hampir RM500 juta, iaitu 480 juta.
Selain itu, KESUMA juga dalam proses menambah baik Akta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 bagi membolehkan PTPK membiayai kursus-kursus kemahiran di luar pentauliahan JPK, kursus-kursus kemahiran profesional dan kursus-kursus kemahiran untuk tujuan pelesenan. Contohnya, yang ditawarkan oleh jenama- jenama besar seperti Microsoft, kursus Occupational Safety and Health (OSH), pentauliahan badan-badan
Tuan Sim Chee Keong
dalam negara seperti Suruhanjaya Tenaga (ST) dan badan-badan luar negara seperti the American Welding Society dan sebagainya.
Dengan penambahbaikan ini melalui pindaan yang saya sebut tadi, nescaya PTPK bakal memainkan peranan dana TVET kebangsaan seperti yang telah dicadangkan. Dan sudah tentu kami akan mengkaji peranan PTPK dari masa ke semasa agar mandat dan pembiayaan PTPK mampu memenuhi keperluan kemahiran negara.
YB Pekan, Merbok dan Gerik membangkitkan isu berkaitan kebergantungan kepada pekerja asing dan kekurangan pekerja asing dalam industri sawit. Di sudut satu pihak kekurangan pekerja asing. Satu lagi pihak, keperluan pekerja asing. Dan juga mungkin untuk menjawab sebab sedikit soalan yang telah dibangkitkan oleh Tumpat tadi.
Berhubung dengan isu kebergantungan pekerja asing, kerajaan mengambil beberapa pendekatan. Satu ialah penetapan jumlah pekerja asing kepada 10 peratus daripada tenaga kerja menjelang tahun 2030, berbanding 15 peratus pada masa kini. Dan perkara ini juga — angka ini juga akan disusutkan sehingga lima peratus pada tahun 2035.
Keduanya, kadar pengambilan pekerja asing mengikut sektor akan mengambil kira keperluan pekerja dalam kategori 3D. Kotor, bahaya dan sukar. Ketiga, pelaksanaan mekanisme levi pelbagai peringkat (multitier levy mechanism), dengan izin menjelang tahun 2026 tahun depan...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Dengan levi tersebut disalurkan kepada Akaun Amanah bagi tujuan menggalakkan proses automasi dan juga mekanisasi, agar industri boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja yang intensif buruh dan berkemahiran rendah.
Dalam isu...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Saya jawab habis dahulu. Nati saya bagi peluang.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey.
Tuan Sim Chee Keong
Dalam isu kekurangan pekerja asing dalam industri sawit pula. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, kerajaan telah meluluskan kuota khas untuk pekerja asing bagi sektor perladangan. Seramai 24,570 orang secara one-off kepada 143 syarikat perladangan dengan syarat yang cukup ketat pada 9 Julai 2024 dan sehingga 31 Julai tahun ini, seramai 259,000 orang pekerja asing telah bekerja dalam sektor perladangan.
Tuan Sim Chee Keong
Silakan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Menteri. Mengenai pekerja asing keperluan. Nelayan-nelayan yang agak berskala besar, contohnya di Pulau Ketam, tempat saya, di mana nelayan-nelayan asal di Pulau Ketam ni sudah semakin berumur. Jadi, mereka ini tak larat nak jadi nelayan. Mereka perlu pekerja-pekerja. Pekerja tempatan, anak mereka kalau pandai dia pergi PJ, dia pergi KL, pergi tempat lain, dia tak bekerja apa, mewarisi apa yang dikerjakan oleh bapa mereka. Jadi mereka kata, bila mereka gunakan pekerja asing,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
ditangkap pula. Jadi, bagaimana kerajaan membantu nelayan-nelayan ini untuk mendapatkan pekerja asing yang, yang legal lah? Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih, YB. Sebenarnya soalan dari Kapar itu sebenarnya telah dijawab, bahawa Jawatankuasa Bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri telah membuka permohonan untuk sektor perikanan secara case-by-case basis. Jadi, saya minta supaya mungkin Kapar boleh memberikan makluman ini kepada pengusaha sektor perikanan di kawasan YB untuk memberitahu mereka, mereka boleh membuat permohonan. Tapi kita nak pastikan bahawa syarat ini haruslah ketat untuk menjaga kepentingan pekerja, keutamaan kepada pekerja tempatan dahulu. Terima kasih.
Yang Berhormat Pekan telah mengutarakan pertanyaan tentang tindakan KESUMA untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi yang berada di luar negara untuk memberikan khidmat bakti. KESUMA melalui TalentCorp telah memperkenalkan Program Kepulangan Pakar ataupun REP, Returning Expert Programme, dengan izin.
Program ini menawarkan pelbagai insentif kepada diaspora Malaysia yang berada di luar negara untuk kembali ke tanah air. Antaranya:
(i) kadar cukai rata sebanyak 15 peratus ke atas pendapatan pekerjaan selama lima tahun;
(ii) pengecualian cukai bagi barangan peribadi kecuali kenderaan bermotor; dan
(iii) pengecualian duti eksais sehingga RM100,000 untuk kenderaan CKD.
Sebenarnya ada pelbagai faktor yang mendorong kepada penghijrahan rakyat Malaysia ke luar negara termasuk faktor ekonomi seperti gaji, peluang pekerjaan, faktor pendidikan, faktor sosial seperti perkahwinan dan sebagainya. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, terdapat lebih kurang 2.4 juta rakyat Malaysia di luar negara. Namun, 60 peratus daripada mereka ataupun 1.55 juta sebenarnya berada di negara tetangga kita, sebelah kita yakni Singapura.
Tuan Sim Chee Keong
Saya bukan hendak memberi gambaran yang terlalu optimis. Dengan izin, I don’t want to paint an unrealistically optimistic picture, tapi sememang — dan sememangnya, tak kira di mana jua, masalah aliran keluar bakat kita harus ditangani dengan serius. Tapi hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia di luar negara sebenarnya berada di Singapura yang berada di sebelah dengan sempadan kita.
KESUMA sedar, jika sekadar pujuk untuk pulang tanpa memandang kepada peluang ekonomi yang lebih baik, maka peluang untuk mereka pulang adalah lebih tipis. Justeru, Program Kepulangan Pakar yang saya sebut tadi itu juga dilaksanakan melalui kerjasama dengan majikan di Malaysia di mana TalentCorp bersama dengan kumpulan majikan bersama-sama menganjurkan program outreach kepada pakar-pakar kita, bakat-bakat kita di luar negara, menawarkan peluang pekerjaan dan sebagainya.
Tuan Sim Chee Keong
Jika mereka ingin pulang, kita alu-alukan dan KESUMA akan memudah cara. Namun, bukan semua orang boleh pulang ke tanah air serta-merta. Tetapi, tak dapat pulang sekarang, tidak bermaksud mereka tidak boleh menyumbang kepada negara kita. Kita mengambil pendekatan bakat-bakat Malaysia di luar negara itu sebagai pinjaman kepada dunia. It’s like a loan to the world, dengan izin. Kalau tak dapat mendapatkan kembali sepenuhnya pinjaman itu buat masa ini, kita masih boleh meraih faedahnya.
Contoh, melalui dana TalentCorp, kerjasama TalentCorp, Dr. Amy Poh, seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang cendekiawan di University of Tokyo telah menganjurkan persidangan akademik Malaysia-Jepun yang memberi manfaat kepada penyelidik kedua-dua negara seterusnya merapatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Jepun.
Dengan dana yang serupa, Dr. Ainurul Rosli, seorang rakyat Malaysia yang menjadi pensyarah di London telah melaksanakan projek literasi AI dan robotik kepada guru-guru sekolah di kawasan pedalaman di Sabah. Walaupun kedua-dua pakar ini tidak dapat kembali ke tanah air buat masa ini, melalui program MyHeart oleh KESUMA, mereka masih boleh menyumbang kepakaran dan bakat mereka kepada rakyat dan negara Malaysia.
YB Stampin membangkitkan isu berkenaan dengan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh kepada pekerja. Terima kasih Yang Berhormat Stampin atas keprihatinan dalam isu ini. KESUMA sentiasa cakna untuk memastikan hak pekerja terus dilindungi termasuk memberi perlindungan sosial yang lebih menyeluruh, lebih komprehensif, adil dan saksama kepada pekerja. Sebelum ini, pelbagai pihak sudah pun menggesa agar satu skim perlindungan keselamatan sosial 24 jam dilaksanakan. Bukan saja pihak kesatuan sekerja yang mendesak, malah wakil majikan seperti MEF sendiri telah pernah menyatakan pendirian mereka bahawa mereka menyokong pelaksanaan skim sebegini.
Justeru, KESUMA melalui PERKESO sedang dalam usaha penambahbaikan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ataupun Akta 4 untuk memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang bertujuan memberikan perlindungan keselamatan di luar waktu kerja kepada hampir 10 juta orang pekerja di Malaysia bagi melengkapkan skim PERKESO sedia ada yang hanya memberikan perlindungan untuk bencana berkaitan pekerjaan.
Jadi, sekarang ini hanya bencana dan kemalangan berkaitan pekerjaan. Jika kita berjaya meluluskan pindaan kepada Akta 4 ini dan melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja, maka 10 juta pekerja Malaysia akan menikmati satu skim perlindungan yang lebih menyeluruh selama 24 jam termasuk di luar waktu kerja seperti yang dicadangkan oleh Stampin. Okey, silakan Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Speaker, berkenaan isu yang sama, hak pekerja. Yang Berhormat Menteri, ada golongan pekerja yang baru, pekerja gig, Foodpanda dan Grab yang hantar makanan ini, e-hailing, p-hailing ini, ya. Jumlah mereka ramai dan kita boleh lihat depan mata kita, di
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
lebuh raya, di jalan-jalan raya. Saya melihat dari segi pendapatan mereka tak ada terjamin, ditindas oleh majikan sebelah yang syarikat besar-besar, tiada perlindungan KWSP dan SOCSO.
Jadi, soalan saya, adakah Kementerian Sumber Manusia bercadang — kerajaan ya, untuk mengemukakan, buat satu undang-undang baru khusus kepada pekerja yang ramai ini yang memainkan peranan mereka dalam masyarakat kita? Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Pasir Gudang yang selalu prihatin kepada isu- isu pekerja. Sebenarnya, ada juga YB lain yang menanya soalan ini dan saya jawab bersama nanti.
YB Lumut berkaitan dengan kebajikan veteran tentera. Berhubung dengan cadangan penubuhan rehabilitasi — pusat rehabilitasi veteran tentera yang menggabungkan rawatan perubatan, pemulihan mental, latihan semula. Sukacita saya ingin maklumkan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat bahawa PERKESO sebenarnya kini mempunyai dua buah pusat rehabilitasi. Satu di Melaka, satu di Ipoh yang mempunyai perkhidmatan-perkhidmatan yang disebut di atas, yang dicadangkan oleh YB Lumut. Sebuah lagi Pusat Rehabilitasi PERKESO di Terengganu sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2027.
Selain itu, PERKESO juga mempunyai empat pusat rehabilitasi satelit di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Terengganu. Semua pusat-pusat rehabilitasi ini menawarkan modul latihan kemahiran di bawah program rehabilitasi pemulihan jasmani dan vokasional bagi memastikan individu boleh kembali berdikari dan memasuki semula ke alam pekerjaan selepas kecederaan ataupun penyakit. Sudah tentu, pusat-pusat ini juga menyediakan perkhidmatan psikologi klinikal untuk membantu para pesakit dari segi pemulihan psikososial.
Saranan YB Lumut supaya ada perkongsian data rentas kementerian agar tiada yang terlepas daripada radar bantuan amat-amat dialukan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, PERKESO contohnya, menerapkan strategi sinergi sosial untuk membantu prospek mendapatkan bantuan yang sewajarnya merentas agensi. Contohnya, penerima manfaat PERKESO juga akan dihubungkan dengan agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipertimbangkan juga bantuan daripada JKM dan sebagainya.
Sistem sinergi sosial ini adalah dua hala di mana penerima bantuan agensi dan jabatan lain turut akan dirujuk untuk mendapatkan bantuan di pihak PERKESO dan KESUMA.
Melalui strategi ini, kita dapat memastikan agar tiada golongan yang terlepas dari radar bantuan termasuk golongan veteran.
Dari segi pekerjaan kepada golongan veteran, melalui portal MyFutureJobs PERKESO, para veteran telah dipadankan dengan peluang pekerjaan yang sesuai pengalaman dan kemahiran mereka. Sejak tahun 2023, seramai 2,538 orang veteran telah berjaya mendapat pekerjaan selepas bersara. Ramai antara mereka kini menikmati pendapatan yang mencecah sehingga RM4,000 sebulan.
Tuan Sim Chee Keong
TalentCorp pula dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
(PERHEBAT) melaksanakan program Veteran MyWira yang bukan saja memberikan latihan, malah membuka jalan kerjaya kepada veteran ATM kita. Saya bagi contoh, pada tahun ini sahaja, melalui program Veteran MyWira, seramai 52 orang veteran telah mendapat penempatan pekerjaan di sebuah syarikat MNC yang dengan purata gaji permulaan hampir RM3,000.
Setakat bulan Ogos tahun ini, lebih 1,200 peluang pekerjaan untuk veteran ditawarkan menerusi pelbagai syarikat melalui program Veteran MyWira ini. Kita akan terus berusaha memastikan agar para veteran kita mendapat sokongan dari segi kerjaya selepas perkhidmatan tentera agar mereka boleh meneruskan kehidupan yang bermaruah.
Soalan oleh Paya Besar tentang hak pekerja dan kesatuan sekerja. Sejajar pandangan Yang Berhormat Paya Besar, KESUMA melihat peri pentingnya mengukuhkan kuasa tawar-menawar pekerja melalui wadah gerakan kesatuan sekerja. Pada masa kini, terdapat 782 buah kesatuan sekerja dengan jumlah ahli seramai lebih 1,046,000 orang ahli.
Tahun lepas, pada 15 September 2024, KESUMA telah menguatkuasakan dua undang-undang penting untuk kesatuan sekerja, yakni Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959, yang bukan saja memperkasakan lagi hak ahli-ahli kesatuan, malah memudah cara penubuhan kesatuan sekerja. Ini selaras amalan terbaik antarabangsa. Antaranya, Konvensyen ILO 87 berkaitan dengan, dengan izin, Freedom of Association and Protection of the Rights to Organise.
Selain itu, pada 1 Mei 2025 tahun ini, Yang Amat Berhormat Tambun telah melancarkan Kad Pekerja MADANI untuk ahli-ahli kesatuan sekerja.
Tuan Sim Chee Keong
Pemegang Kad Pekerja MADANI ini boleh menikmati diskaun sehingga 30 hingga 40 peratus ke atas barangan produk dan perkhidmatan terpilih. Malah di Sabah, ada sebuah syarikat pemaju perumahan yang menawarkan diskaun sehingga 10 peratus ke atas pembelian rumah oleh pemegang Kad Pekerja MADANI. Dalam kata lain, pemegang Kad Pekerja MADANI ini boleh menikmati manfaat Jualan RAHMAH sepanjang tahun di mana- mana sahaja.
Sejak pelancaran oleh PMX pada Hari Pekerja tahun ini, seramai hampir 200,000 pekerja berkesatuan telah menjadi pemegang Kad Pekerja MADANI dan sebanyak 210 syarikat yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan telah menjadi rakan strategik. Hasil segala semua usaha ini, kita telah merekodkan peningkatan penubuhan kesatuan baharu dalam setahun ini sebanyak 30 peratus lebih tinggi berbanding peningkatan yang telah dicatat dalam tempoh 3 tahun sebelum ini iaitu dari 2021 hingga 2024.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan akhir yang saya ingin jawab adalah, berkaitan dengan pekerja gig yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar, Merbok dan juga Yang Berhormat dari Pasir Gudang tadi. Setiap hari, 1.2 juta pekerja gig Malaysia
Tuan Sim Chee Keong
menghempas pulas, bermandi keringat malah ada yang bertarung nyawa di atas jalan raya demi sesuap nasi, mencari rezeki halal.
Ketika ini, golongan ini hampir tiada pembelaan dari segi perundangan perburuhan.
Kerajaan silih berganti, penantian pekerja gig masih belum berakhir. Justeru, menginsafi nasib pekerja gig yang menaruh harapan kepada kita semua sebagai penggubal undang- undang, seluruh warga KESUMA bekerja keras selama lebih setahun dan akhirnya draf RUU Pekerja Gig sudah sedia untuk dibentangkan di Dewan yang mulia ini minggu hadapan.
RUU ini bukan dikarang dalam bilik hawa dingin semata-mata, tetapi lahir dari aspirasi pelbagai pihak pemegang taruh khususnya pekerja gig yang sudah lama menanti satu mekanisme formal untuk pembelaan hak mereka. Dalam proses menyiapkan draf RUU ini, sebanyak hampir 40 sesi libat urus dilaksanakan dengan penyertaan hampir 4,000 pihak berkepentingan dan 500 maklum balas secara atas talian.
Yang menyertai sesi-sesi ini termasuk pekerja gig, persatuan yang mewakili pekerja gig, kesatuan sekerja, pihak majikan dan pengusaha platform, persatuan-persatuan yang mewakili majikan, ahli-ahli akademik, penjawat awam sudah tentu dan badan-badan bukan kerajaan. Sepadan ucapan perbahasan beliau itu yang menggesa agar akta berkaitan pekerja gig harus dibawa ke Parlimen dengan kadar segera.
Yang Berhormat Paya Besar telah memainkan peranan yang amat penting sebagai antara orang pertama yang menyambut bola RUU Pekerja Gig ini. Mewakili 1.2 juta pekerja gig, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Ahli-ahli Jawatan Kuasa Pilihan khususnya Ahli Yang Berhormat dari Tebrau, dari Tuaran, Seputeh, Kampar, Putrajaya, Pendang walaupun beliau tidak ada di sini, yang telah bermesyuarat pada minggu lalu dan minggu ini: sebenarnya tadi, sebelum ini – saya datang ke sini, untuk menelitikan RUU tersebut dan harapannya ialah untuk memberikan lampu hijau bagi pembentangan minggu depan.
RUU ini bakal akan menangani isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi. Isu-isu tentang pendapatan mereka, isu-isu tentang proses menguruskan pertikaian, mendapatkan keadilan dan juga keselamatan sosial.
Kini, bolanya dalam gelanggang kita semua. Dengan izin Tuan Speaker, we can all score together as a team. Kita menang sama-sama kerana kemenangan ini akan merupakan hadiah merdeka yang terbaik buat 1.2 juta pekerja gig rakyat Malaysia serta keluarga mereka.
[Tepuk] Pekerja bukan sekadar jentera ekonomi, jauh lagi hamba kepada golongan pemodal.
Mereka adalah pembina bangsa dan nusa. Kita tepuk dada dan berasa bangga dengan gelaran Silicon Valley of the East, tapi jangan kita lupa, gelaran ini bukan dibina oleh modal tauke-tauke dan pelabur-pelabur semata-mata. Ia dibina oleh kudrat keringat para pekerja kita. Tanpa pekerja, tiada istana megah. Tanpa pekerja, negeri tidak terbela. Tanpa pekerja,
Tuan Sim Chee Keong
ekonomi tak berjaya. Itulah sebabnya kerajaan menobatkan kaum pekerja sebagai, “KESUMA bangsa.” Sekian terima kasih, saya mohon untuk menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri KESUMA.
Berikut, saya mempersilakan Menteri Kementerian Ekonomi sebagai panduan, tapi terpulang pada Menteri lah ya. Sama ada mereka untuk menjawab, mereka yang tidak ada di dalam Dewan, saya serahkan kepada budi bicara Menteri. Silakan Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menzahirkan ucapan penghargaan kepada 153 Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Julai yang lalu.
Secara umumnya, RMK13 telah diterima baik oleh segenap rakyat Malaysia seluruhnya. Saya menghargai pandangan semua dan kerajaan terbuka menerima pandangan dan kritikan berkaitan RMK13.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang telah selesai menggulung. Saya percaya bahawa semua perkara khusus yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, terutama berkaitan sektor dan industri telah pun dijelaskan oleh kementerian berkaitan.
Sehubungan itu, bagi memastikan penjelasan kerajaan adalah terangkum, penggulungan saya pada hari ini akan menumpukan kepada perkara dasar yang bersifat makro mengenai RMK13. Seramai 72 Ahli Yang Berhormat telah berbahas perkara-perkara yang dasar yang menyentuh secara khususnya bidang dan tanggungjawab Kementerian Ekonomi.
Penggulungan saya akan menumpukan kepada empat perkara utama iaitu pembaharuan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerencaman ekonomi, keseimbangan wilayah dan kesejahteraan rakyat. RMK13 dengan temanya, ‘Melakar Semula Pembangunan’ merupakan tekad berterusan kerajaan untuk merealisasikan aspirasi ekonomi MADANI.
Pembangunan negara untuk tempoh lima tahun mendatang akan ditunjangi peralihan secara menyeluruh kepada pendigitalan dan teknologi termaju terutama Kecerdasan Buatan
(AI) serta pembangunan sistem sosial berasaskan dan berteraskan insan MADANI dengan masyarakat yang bersatu di bawah pendekatan keseluruhan negara.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Penstrukturan semula ekonomi yang berlandaskan teknologi dan pembentukan sistem sosial yang utuh merupakan elemen penting dalam membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.
Peralihan ini memerlukan perancangan dan tindakan bersepadu untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara seumpama menaikkan siling, menaikkan darjat hidup rakyat seumpama menaikkan lantai dan memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan ke arah tatakelola terbaik.
Usaha untuk merancakkan ekonomi akan dipergiatkan dengan memperhebatkan transformasi struktur, melonjakkan pertumbuhan yang terangkum dan mampan, meningkatkan keseimbangan pembangunan antara wilayah dan pembangunan desa serta memperluaskan integrasi ekonomi pada peringkat global.
Selain itu, darjat hidup rakyat atau mobiliti sosial akan ditingkatkan dengan memperkasakan rakyat dalam menangani isu kos sara hidup, membentuk sistem sosial berteraskan insan MADANI dan mempertingkatkan mutu kehidupan. Bagi mewujudkan tatakelola terbaik, tadbir urus MADANI akan menumpukan kepada usaha memperkukuhkan integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal.
Semua usaha ini akan dapat menyumbang kepada kehidupan rakyat yang sejahtera, bumi yang sihat serta negara berdaulat dan bermaruah yang dikenali di persada dunia.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan mengenai beberapa pembaharuan serta isu cabaran menyediakan RMK13. Sebelum saya menjawab persoalan pokok yang mendasari RMK13 sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Larut, Pasir Mas, Machang, Sik, Kapar, Maran dan Langkawi.
Penyediaan RMK13 telah melalui proses yang menyeluruh dan melibatkan lebih banyak pihak berkepentingan termasuk semua kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pemain industri, akademia, NGO, CSO serta pemimpin masyarakat dan rakyat.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Pendekatan ini bagi membolehkan pandangan dan cadangan daripada semua pihak diambil kira dalam merangka dasar yang holistik, terangkum dan mampan. Input yang diperolehi dibincangkan dalam pelbagai peringkat mesyuarat seperti Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG) dan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) sebelum diangkat ke Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan.
Terima kasih kepada semua ahli Jemaah Menteri yang telah memberi pandangan dan komitmen semasa sesi libat urus bersama kementerian dalam menambah baik inti pati RMK13. Kementerian Ekonomi menyambut baik komitmen kementerian-kementerian untuk bersama merangka RMK13 secara dasar negara dan bersiap sedia untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang dicadangkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, RMK13 bertemakan ‘Melakar semula pembangunan’ merupakan tekad berterusan kerajaan untuk menangani isu dan cabaran
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Dunia telah berubah dan Malaysia pada masa ini perlu menangani cabaran global dan trend mega seperti ketidaktentuan politik, ledakan teknologi dan digital, perubahan demografi serta krisis kesihatan bumi. Semua cabaran ini bukan sahaja memberi impak kepada negara malah turut menjejaskan kesejahteraan rakyat.
Kita juga berhadapan dengan kelemahan struktur ekonomi yang masih belum dapat menyelesaikan sepenuhnya ketersediaan bakat, pasaran buruh yang kurang berdaya saing serta kekurangan infrastruktur penting termasuk infrastruktur digital dan kelemahan ekosistem RDCI yang kurang menyokong penciptaan nilai.
Kerajaan juga memahami isu mengenai kesejahteraan rakyat dan kesenjangan pembangunan seperti peningkatan kos sara hidup, ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah, negeri, desa, masalah kemiskinan dan kesenjangan, pendidikan dan pembangunan bakat, kesihatan, perumahan dan kelestarian alam sekitar yang perlu ditangani dengan segera...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ruang fiskal yang terhad dan isu berkaitan tatakelola turut memerlukan tindakan yang tegas dan menyeluruh.
Bagi saya habis dahulu. Saya bagi masa nanti.
Semua cabaran ini dan isu ini perlu melalui satu pendekatan baharu yang lebih terangkum, mampan dan berorientasikan rakyat.
Oleh itu, rancangan pembangunan perlu dilakar semula dan bersesuaian dengan matlamat jangka masa panjang Kerajaan MADANI. Penyesuaian ini juga bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Apa yang lebih penting adalah untuk membolehkan negara keluar daripada perangkap pendapatan menengah yang sekian lama cuba diatasi.
Saya bagi masa sedikit.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri sedar tentang perbezaan kesenjangan antara wilayah.
Jadi, antara perkara yang selalu disebut dan hampir semua MP daripada Pantai Timur sebut tentang LPT 3. Jadi, kita mahu ― apakah dalam RMK13 ini boleh menyelesaikan isu dalam RMK9 iaitu LPT 3 yang kita perlukan di Kelantan dan juga tentang perkembangan di sempadan? Kita tengok dalam PM sebelum ini sebut tentang jambatan Rantau Panjang dan juga Tumpat, tetapi akhirnya yang tinggal, tinggal Rantau Panjang sahaja.
Sekarang ini, daripada sudut kepentingan ini, saya kira perlulah ada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, dan Timbalan Menteri JKR pun sebut kena tanya Menteri Ekonomi untuk development expenditure. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Sebenarnya ada beberapa bab yang saya akan berbincang karang dan saya akan masuk
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
tentang keseimbangan daerah. Then, saya cuba jawab semasa saya sampai dekat tahap itu.
Saya teruskan.
RMK13 merupakan terjemahan kerangka Ekonomi MADANI untuk tempoh lima tahun yang akan datang iaitu bagi tahun 2026 hingga 2030. Hala tuju berpaksi kepada tiga teras Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuhkan tatakelola.
RMK13 juga disandarkan kepada matlamat untuk mengangkat semula darjat dan martabat rakyat dengan meningkatkan taraf hidup rakyat serta menstruktur semula ekonomi.
Matlamatnya untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di Rantau Asia Tenggara.
Tiga perkara asas yang melandasi RMK13 adalah, pertama, menjadikan Malaysia sebagai negara berteraskan kecerdasan buatan ataupun AI yang terangkum dan mampan serta menjadi hab pengeluar teknologi digital serantau khususnya dalam penciptaan inovasi serta penghasilan produk dan perkhidmatan made by Malaysia, bukan hanya made in Malaysia.
Peralihan kepada AI ini adalah, satu keperluan untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti hidup rakyat. Peralihan Malaysia sebagai negara AI yang dipacukan teknologi termaju memerlukan anjakan daripada semua pihak termasuk rakyat dan komuniti perniagaan. Bagi menjayakan aspirasi ini, bakat tempatan akan dilatih dengan lebih mahir.
Maka, undang-undang dan etika AI akan digubal untuk melindungi privasi, keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Kedua, mewujudkan sistem sosial berteraskan insan MADANI yang berpaksikan nilai-nilai kerohanian, aspek manusiawi dan jati diri yang teguh serta masyarakat yang saksama, harmoni dan bersatu padu bagi membentuk sistem sosial yang utuh, terangkum dan responsif. Pembentukan insan dan masyarakat bagi memperkukuhkan sistem sosial yang menyeluruh akan melibatkan ikhtiar untuk membina insan dan generasi hadapan sesuai dengan prinsip maqasid syariah.
Dan yang ketiga, pembentukan negara bangsa berdaulat dan bermaruah untuk menjamin keharmonian sosial, kestabilan politik dan kemajuan ekonomi serta meningkatkan imej positif Malaysia di persada dunia.
Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh YB Sik, Kapar dan Machang mengenai RMK13 yang dikatakan kabur dan tak wow factor, saya mohon Ahli Yang Berhormat untuk meneliti dengan lebih mendalam dokumen RMK13 ini.
Usaha melakarkan semula pembangunan tidak boleh hanya berlandaskan dasar dan pendekatan sedia ada yang telah dilaksanakan sekian lama. RMK13 menetapkan keutamaan untuk melaksanakan beberapa pembaharuan dan reformasi termasuk: pertama, penstrukturan semula ke arah ekonomi berasaskan penciptaan nilai; kedua, peralihan kepada negara berteraskan kecerdasan buatan (AI); ketiga, reformasi pendidikan; keempat, reformasi pasaran buruh; kelima, reformasi perumahan...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Keenam, reformasi kesihatan; dan ketujuh, reformasi perkhidmatan awam.
RMK13 dirangka menggunakan pendekatan pelbagai dimensi melalui empat tonggak bagi memastikan dasar yang dilaksanakan tidak hanya dilihat dari satu aspek secara silo, tetapi menekan hubungan kait dengan pelbagai aspek dalam pembangunan.
Nanti saya datang balik.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sekejap. Bagi saya habis. Saya bagi balik nanti kat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya nak sentuh sedikit sahaja.
Boleh?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi ― kejap. Bagi saya habis ini, saya bagi dekat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, okey.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh YB Rantau Panjang mengenai kurangnya penekanan kepada Matlamat Pembangunan Mampan
(SDG) dalam RMK13, saya ingin menjelaskan bahawa penjajaran RMK13 kepada rangka kerja Ekonomi MADANI adalah selari dengan aspirasi dan prinsip SDG. Walaupun istilah SDG tidak disebut secara terperinci, namun aspirasi dan prinsip SDG telah diintegrasikan dan diarusperdanakan sepenuhnya ke tiap bidang keutamaan dan strategi yang digariskan.
Teras-teras seperti kemampanan alam sekitar, kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi yang inklusif dan tata kelola baik adalah sejajar dengan 17 matlamat SDG.
Pendekatan ini memastikan SDG bukan berdiri sebagai agenda berasingan, tetapi menjadi asas yang menyokong keseluruhan perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dalam hubungan ini, pemantauan matlamat pembangunan mampan akan ditambah baik dan melalui pembangunan mekanisme pemantauan dan penilaian nasional yang dijajarkan dengan inisiatif RMK13. Kalau Temerloh nak masuk.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih, Menteri. Tadi saya mendengar tentang menaikkan lantai dan setakat yang saya lihat kita tidak membincangkan tentang ekuiti bumiputera. Minta Menteri menyatakan sama ada RMK13 akan menetapkan dasar baru untuk menaikkan lantai pemilikan ekuiti bumiputera yang kini masih rendah dan apakah sasaran peratusan lantai tersebut menjelang 2035 nanti?
Dan juga saya minta supaya Menteri Ekonomi menjelaskan mekanisme yang akan diperkenalkan dalam RMK13 bagi memastikan lantai ekuiti bumiputera tidak hanya sekadar angka, tetapi benar-benar memberi kuasa pemilikan dan penguasaan ekonomi dan kita tahu bahawa ekuiti bumiputera sudah tertinggal jauh belum lagi mencapai 30 percent. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Seperti tadi Tumpat, saya juga ada jawapan untuk bumiputera yang kita akan terangkan dan ciri-ciri yang ditanya oleh Temerloh akan di cover masa saya sampai tahap itu. Kalau saya boleh teruskan.
Bagi menaikkan siling, pembangunan ekonomi negara perlu beralih kepada pivot ketiga iaitu ekonomi berasaskan penciptaan nilai dengan meningkatkan kerencaman ekonomi. Tumpuan akan diberikan kepada sektor dan industri bernilai tinggi berasaskan teknologi dan inovasi. Peralihan ini akan dapat menumpukan budaya mencipta seiring dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar produk pengguna utama yang dieksport ke seluruh dunia.
Ini sejajar dengan usaha beralih daripada konsep 'Made in Malaysia' kepada 'Made by Malaysia'. Dalam hubungan ini, keutamaan akan diberikan untuk melonjakkan industri high-growth, high-value. Merangkumi industri elektrik, elektronik bernilai tinggi, terutamanya semikonduktor, peralihan tenaga serta teknologi dan digital. Strategi ini selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Selain itu, subsektor agromakanan, agrokomoditi akan terus dilonjakkan bagi memastikan keterjaminan makanan dan mengurangkan import. Manakala unsur-unsur nadir bumi, ekonomi hijau dan ekonomi biru serta inisiatif pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) akan menjadi sumber baru pertumbuhan ekonomi.
Pembangunan sektor strategik berimpak tinggi pula akan ditumpukan untuk usaha memantapkan sektor pelancongan, industri halal dan ekonomi jingga. Di samping itu, industri pengangkutan udara, perkhidmatan global dan kewangan, perdagangan pengedaran serta logistik sukan akan dirancakkan. Bagi melonjakkan pertumbuhan sektor dan industri ini, ekosistem sokongan akan ditambah baik melalui perkukuhkan dasar dan tatakelola, penyediaan insentif dan pembiayaan serta pembangunan infrastruktur. Langkah ini akan menyokong pelaburan berkualiti dan penskalaan industri. Selain itu, ketersediaan bakat dan pengukuhan TVET serta peningkatan penggunaan teknologi termaju termasuk AI telah diberi tumpuan khusus dalam RMK13.
Saya ingin juga beralih kepada topik yang selalu berkaitan dengan sasaran ekonomi negara secara mikro bagi menjawab pertanyaan YB Larut, YB Padang Serai, YB Kemaman dan YB Rantau Panjang...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
YB Menteri, Pasir Gudang.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya ada bahas dalam perbahasan saya dan apa yang YB Menteri cakap kemukakan tadi itu betul, kan? Mustahak, tapi ada kebimbangan di luar sana. Masyarakat khususnya masyarakat bumiputera dalam ucapan Perdana Menteri ada menyebut bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini akan
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
memulakan satu perubahan beranjak daripada dasar yang selama ini berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan sebenar: need-based.
Jadi soalan saya, di negara kita di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ada dasar affirmative action kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan masyarakat yang lain. Soalan saya ialah, adakah pendekatan yang baharu ini, penyelesaian ekonomi secara keperluan ini, berjalan serentak, saling melengkapi dengan dasar affirmative action yang ada sekarang, atau pada akhirnya akan merubah, bertukar? Makna, dasar yang ini ditinggalkan, bermulalah dasar berasaskan keperluan sebenar sahaja? Mohon penjelasan ya YB.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Kalau kita tengok dari segi prinsipnya, kerajaan sentiasa memahami yang apa, yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan kriteria yang diletakkan untuk bumiputera akan sentiasa dipelihara.
Namun, kita juga kena memahami yang isu-isu yang ada dalam negara ini juga harus ditangani. Kalau kita tengok daripada segi kemiskinan. Kemiskinan tidak mengira bangsa, tidak mengira agama. Jadi, kita kena menangani isu kemiskinan. Jadi, seperti yang disebut oleh YB Pasir Gudang, kita akan buat dua-duanya sekali ya. Kita tidak akan meminggirkan, tapi kita nak cover semua. Jadi, isu-isu asas untuk melengkapkan masyarakat akan dapat juga di sana ini.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri kalau boleh, topik yang sama. Berkaitan dengan apa yang disebut oleh Pasir Gudang tadi, dasar berasaskan keperluan. Jadi, kalau kita tengok dalam Wawasan Kemakmuran Bersama yang diluluskan sewaktu PH 1.0 dan sepatutnya meliputi dua Rancangan Malaysia hingga 2030, WKB 2030.
Pertama sekali disebut dalam WKB 2030 ini, perkara kedua dalam objektif keduanya untuk menangani ketidaksamaan, ya...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Pertama, Yang Berhormat bercakap tentang jurang kaya-miskin. Dalam Wawasan Kemakmuran Bersama disebut untuk merapatkan jurang antara kaya dan miskin. Tak kisahlah siapa mereka, etnik apa pun itu merupakan satu pendekatan yang akan digunakan. Satu.
Yang kedua, dalam Wawasan Kemakmuran Bersama juga disebut bukan sahaja kaya miskin, tetapi jurang antara wilayah. Sesiapa sahaja yang tinggal dalam wilayah yang ketinggalan, tak kira etnik apa, mereka akan dibantu. Yang kedua.
Yang ketiga adalah, jurang dalam rantai bekalan. Ada rantai bekalan ini dikuasai oleh kumpulan-kumpulan tertentu, kerajaan akan merapatkan jurang. Tak kisahlah siapa menguasainya, akan rapatkan jurang antara atau di dalam rantai bekalan. Itu yang ketiga.
Yang keempat, disebut bahawa jurang antara etnik. Jadi, apa yang disebut oleh WKB itu dah jelas, sepertimana Pasir Gudang sebut. Jadi, tumpuan yang ini dikatakan bahawa, dasar berdasarkan keperluan, tetapi apa yang disebut oleh Wawasan Kemakmuran Bersama
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
lebih menyeluruh. Pertama sekali berdasarkan keperluan: betul – yang miskin kita bantu, tak kira siapa. Wilayah yang ketinggalan: kita bantu, tak kisah siapa dan rantaian bekalan yang jauh jurangnya: kita bantu, tak kisah siapa, tetapi kita sedar keperluan dalam Perlembagaan, keperluan negara berkaitan dengan etnik kerana kita belajar dari sejarah.
Sebab itu, ada satu komponen keempat iaitu jurang antara etnik. Yang itu hendak ditangani secara lebih menyeluruh. Sebab itu sasaran dalam WKB ini lebih menyeluruh.
Kerana dia sedar bahawa kita bukan saja melihat kaya-miskin, tetapi kita tahu dalam konteks ekonomi dan sosial negara kena ambil kira juga perbezaan antara etnik. Jadi, kalau boleh Menteri jelaskan kenapa diketepikan? Nak tumpukan pada satu sahaja sedangkan boleh kekalkan apa yang telah ditunjangkan di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama itu?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Amat Berhormat Menteri...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Machang nak, Machang nak...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Boleh saya masuk? Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri, menyebut nama saya tadi dan Putrajaya.
Saya bercakap tentang kenapa tiada wow factor. Sebab saya merujuk kepada salah satu indikatornya ialah ketika pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun Indeks KLSE kita. Ini bukti. Petang lepas diumumkan RMK13 jatuh, tak naik pun. There’s no excitement dekat stock market kita. Mungkin Titiwangsa boleh bantu terangkan lagilah.
Yang kedua, tiada war factor sebab macam Putrajaya katakan tadi, di mana komponen pembangunan agenda bumiputera yang jelas?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kenapa kita apologetic, tak nak bawa agenda affirmative action yang jelas?
Sedangkan dasar ini complementary sebenarnya, Yang Amat Berhormat – Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya nampak jurang antara wilayah ini. Ini gambar KDNK. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Tak ada excitement kepada Kelantan, Terengganu, Kedah. Kami masih lagi dilabel sebagai food basket for the country dengan izin. Jadi, di mana RMK13 ini nak bawa orang Melayu kita sebenarnya? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Biar saya jawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit, ja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri, boleh saya tambah?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Arau, bagi saya jawab dulu. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nak sambung sebenarnya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri, tentang isu ini, boleh saya tambah sedikit?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tak, tak. Biar saya jawab dulu, ya. Terima kasih.
Saya dah bagi ruang. Saya nak jawab apa yang ditanyakan, itu yang penting, ya.
Seperti yang mungkin Machang kata, dia pakai data, dia tengok apa yang keluar daripada pasaran, tapi kalau kita tengok dari segi bila RMK13 dibentangkan sampai hari ini,
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
bursa dah naik 70 mata. Itu bermakna, ada penerimaan RMK13. So, janganlah kata dia turun, ya. Tak boleh buat macam tu. Tengok satu data, lepas tu dia kata, inilah data yang betul, ya.
Kalau kita tengok daripada segi apa yang ditanyakan tadi, saya dah jawab Pasir Gudang. Dalam jawapan Pasir Gudang, saya kata dari segi pendekatan yang kita buat dalam RMK13, needs-based tu penting. Bila orang tu miskin, dia memang miskin. Jadi, kita kena menolong dengan cara kita ada. Dan dalam persediaan RMK13, kita ada intervention yang kita buat untuk mengurangkan jurang.
Namun, mungkin ada area, area yang kita boleh perbaiki. Dan kita dah ada pun dalam area tu yang diberi dari segi etnik, dari segi wilayah: yang kita berusaha untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan. Seperti yang tanya tadi – Tumpat, saya jawab nanti untuk wilayah nanti. Jadi, yang pentingnya kena memahami apa yang dah masuk dalam RMK13, tak boleh tengok melulu. Terima kasih.
Bagi saya teruskan, Timbalan Speaker.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri, boleh saya tanya tentang isu sama?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis dululah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit, sikit ja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Arau, bagi saya habis dulu. Nanti saya bagi masa lepas tu Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, tidak. Saya cukup baik, Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Arau, nanti saya bagi masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis, lepas tu saya bagi masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini floor Menteri.
Kalau dia bagi, no issue.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tak puas hati, saya minta. Jangan mengajar saya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri, setengah minit saja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi masa kepada – nanti saya bagi masa kepada Arau. Tak ada masalah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri, boleh saya – isu sama?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Beruas, duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh tak?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi – saya, bagi habis dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, jangan buang masa.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tadi saya – saya nak habis, saya tak bagi masa ke Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri punya floor, kalau dia bagi, jawab. Cakaplah. Jadi, semua flowing. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Seperti yang saya katakan tadi, sebelum ditanya tadi, balik pasal isu bumiputera dan keseimbangan ini semua. Saya nak pulang balik kepada soalan yang saya ceritakan tadi mengenai sasaran ekonomi seperti yang ditanya oleh Larut, Padang Serai, Kemaman dan Rantau Panjang.
Kajian telah meletakkan sasaran ekonomi pada tempoh RMK13 dengan mengambil kira prestasi RMK12 serta perspektif ekonomi dan perdagangan dunia seperti berikut.
Pertama, pertumbuhan KDNK disasarkan antara 4.5 ke 5.5 peratus setahun. Angka ini merupakan angka purata untuk tempoh lima tahun. Pertumbuhan sebenar setiap tahun akan ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk pertumbuhan ekonomi dunia, dasar yang dilaksanakan oleh negara maju serta impak perubahan iklim yang mempengaruhi prestasi pertumbuhan tahunan KDNK.
Kedua, sasaran Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita adalah RM77,200 menjelang 2030. Dengan ini, dapat melepasi nilai ambang negara berpendapatan tinggi.
Ketiga, RMK13 akan menyumbang kepada pencapaian aspirasi menjadikan Malaysia antara 30 ekonomi terbesar di dunia.
Dan keempat, Indeks Kesejahteraan Malaysia disasarkan berkembang sebanyak 1.6 peratus setahun. Sasaran keberhasilan ini ditetapkan bukan hanya tertumpu kepada kemajuan ekonomi semata-mata, tetapi juga merangkumi aspek sosial, tatakelola baik dan kelestarian alam sekitar.
Keberhasilan RMK13 pula disasarkan untuk merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI yang tujuh itu yang merupakan indikator perbandingan yang diterima pada peringkat global dan boleh dijadikan penanda aras antarabangsa. Antara sasaran yang ingin dicapai, termasuklah kedudukan ke-12 teratas dalam Daya Saing Global, 25 teratas dalam Indeks Pembangunan Masyarakat dan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah.
Tadi Arau nak tanya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, terima kasih.
Pertama, saya nak ucap tahniah dalam RMK ini. Dia masuk pembangunan Kampung Baru China sebanyak RM1 bilion. Tahniah, terima kasih. Dan kelmarin, PMX telah bercakap selama setengah jam iaitu sumbangan kepada orang India melalui MITRA dan pelbagai lagi.
Dan saya sendiri mencadangkan supaya RM2 bilion diperuntukkan kepada orang India.
Jadi, apabila kita menggunakan perkataan “kampung baru” dan juga “orang India”, dia akan jadi kayu pengukur. Ini bukan perkauman, untuk membolehkan kayu pengukur bagi mereka yang nak buat kajian. Kalau tidak ada kayu pengukur, maka kita hadapi masalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bumiputera ni, Yang Berhormat Pasir Gudang tadi sebut 153, tapi dia kena baca sekali dengan Perkara 40. Perkara 40 tu, Agong telah diamanahkan untuk menjaga 153.
Jadi, kalau sekiranya kita nak keluarkan perkataan “bumiputera”, dia mesti melibatkan Perkara 40, Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat tak payah jawab yang ini.
Jawab bertulis, tak apa. Jadi, saya minta supaya perkataan “bumiputera” itu dimasukkan untuk menjadi kayu pengukur kepada usaha-usaha kita. Kalau kita keluarkan, kita akan keluarkan kampung baru, kita keluarkan bantuan kepada orang India, nanti timbul masalah.
Ini untuk bumiputera, gunakan perkataan itu. Yang Berhormat, saya bukan – ini saya minta supaya dipertimbangkan. Ini bukan saya bercakap. Rakyat bercakap, social media cakap, dunia bercakap. Pasal apa – kenapa ditarik balik perkataan “bumiputera” yang melanggar Perlembagaan 153 dan juga Perkara 40?
Akhir sekali Yang Berhormat, last sekali eh. Banyak Menteri tak jawab kita tanya soalan. Oleh kerana Yang Berhormat menggulung yang penghabis, apakah Menteri yang berkenaan berjanji untuk bagi jawapan bertulis? Parlimen nak habis dah minggu depan.
Sampai hari ini kami tak dapat jawapan bertulis.
Kepada Yang Berhormat yang saya kasihi. Yang Berhormat tahu saya sayang Yang Berhormat. Jawab KWSP, cukup. Akaun 3. Sebab orang tertanya-tanya. Ini saya masuk Akaun 3 Yang Berhormat. Berjuta orang akan masuk menyokong saya. Jadi, Yang Berhormat tak jawab. Jawab betul, janji jawab bertulis cukup. Alhamdulillah lah. Ini nak balik petang ni, Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Arau. Nanti saya bagi Beruas sekejap lagi, ya.
Untuk Arau tadi, seperti saya ceritakan kepada Pasir Gudang tadi, kita tak mengetepikan hak bumiputera seperti yang dilandaskan dalam Perlembagaan. Jadi, ini bukan isu yang saya nak bahas kerana memang dalam RMK13 dah ada. Baca bab yang diceritakan pasal Putera 35. Yang itu saya sarankan kepada Arau.
Mungkin Beruas nak mencelah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk menolong semua rakyat Malaysia yang miskin dan perlukan bantuan. Terutamanya keadaan sekarang di Malaysia sudah bertukar.
Seperti di negeri Perak, mengikut Department of Statistics (DOSM). Pendapatan isi rumah orang Melayu lebih tinggi daripada orang Cina di negeri Perak. Dan begitu juga dengan rakyat Malaysia, semua 70 – lebih kurang 78 peratus sudah berkumpul dan duduk di urban area.
Oleh demikian, saya rasa: saya mendapat aduan daripada developer, developer bahawa oleh kerana rakyat sudah berkumpul dan mencapai matlamat dasar untuk menyatukan dan memastikan rakyat berbagai kaum dapat duduk di tempat yang sama, polisi memastikan developer untuk membina 30 peratus khas untuk orang-orang bumiputera atau Melayu itu tidak terjual.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, harapan – memang kita nak jual rumah kepada semua rakyat, tapi kalau dulu niatnya untuk membolehkan orang-orang kampung datang ke bandar, itu sudah mencapai matlamat. Harap polisi itu dapat dihalusi semula mengikut keperluan. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Beruas. Sebenarnya, yang itu tak ditanya semasa perbahasan, ya, tapi boleh dilihat kalau kajian menunjukkan ini isu, tak ada masalah. Kita boleh tengok, tapi saya tak boleh kata yang kita akan melonggarkan apa — kerana ini dasar semasa yang masih penting, yang masih digunakan. Ya, terima kasih.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Jadi, mungkin saya jawab. Arau, saya dah bagi masa tadi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tadi, Tumpat ada bertanya ya, tentang keseimbangan pembangunan. Saya nak beredar kepada isu keseimbangan pembangunan.
Sebenarnya, seramai 38 Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, tentang kemiskinan tadi. Saya nak...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sekejap, saya bagi habis. Saya baru buka topik baharu. Nanti saya bagi masa ya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seramai 38 orang Yang Berhormat telah membangkitkan isu mengenai ketidakseimbangan dan jurang pembangunan antara wilayah, negeri dan desa.
Untuk maklumat Yang Berhormat, dalam RMKe-12 sebanyak RM83 bilion telah diperuntukkan untuk enam negeri yang kurang pembangunan dalam usaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri. Peruntukan digunakan untuk membangunkan infrastruktur asas termasuk jalan, lebuh raya, liputan akses kepada air bersih dan selamat, dan liputan bekalan air serta akses kepada pencapaian Internet. Usaha ini membolehkan rakyat memanfaatkan kemudahan yang disediakan untuk mempergiatkan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup.
Usaha melakarkan semula pembangunan di bawah RMK13 juga bertujuan untuk meningkatkan keseimbangan pembangunan antara negeri, wilayah dan desa. Langkah untuk meningkatkan kerencaman ekonomi dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor baharu akan membolehkan pelaburan dibawa kepada kawasan yang kurang diberi tumpuan sebelum ini dan merancakkan pembangunan desa. Usaha ini disokong melalui penambahbaikan infrastruktur dengan sasaran membina 2,800 kilometer jalan luar bandar di seluruh Malaysia.
Dari jumlah ini, 70 peratus jalan luar bandar adalah untuk enam negeri yang kurang pembangunan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Usaha untuk meningkatkan mobiliti sosial merangkumi reformasi dalam pasaran buruh dan pendidikan, termasuk tumpuan kepada TVET yang akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk desa. Bagi tujuan ini, 5,000 usahawan digital luar bandar akan diwujudkan dalam tempoh RMK13.
Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Padang Terap, Sik, Padang Besar, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kemaman, Tebrau dan Mersing telah membangkitkan kepentingan memberi tumpuan kepada pembangunan zon ekonomi khusus dalam usaha merapatkan jurang antara wilayah.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah pun memperkenalkan pendekatan pembangunan wilayah melalui kawasan-kawasan pembangunan khusus seperti Kedah Rubber City, Delapan Zon Ekonomi Sempadan Khas, Bukit Kayu Hitam, Perlis Inland Port, Taman Teknologi Kulim, Taman Perindustrian Bersepadu Kerian dan Bandar Perindustrian Maritim Lumut untuk menarik pelaburan ke wilayah utara.
Usaha ini akan dipergiatkan untuk menarik pelaburan di kawasan ini termasuk industri E&E, unsur nadir bumi, perdagangan dan kargo serta industri hiliran berasaskan getah melalui kerjasama pelbagai pihak dan meneliti pakej galakan insentif khas yang bersesuaian. Infrastruktur tambahan yang bersesuaian akan dipertimbangkan bagi memastikan daya saing zon-zon ini.
Kedudukan Kedah dan Perlis yang bersempadan dengan negara Thailand akan meningkatkan peranan negeri ini di utara Semenanjung sebagai hab kesalinghubungan serantau. Dengan adanya Perlis Inland Port serta kemudahan pergerakan kargo dan sumber yang lebih mudah, kita mempunyai kelebihan untuk menjadi pemangkin pembangunan peringkat serantauan.
Bagi negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu...
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit Yang Berhormat sebab saya dengar nama Perlis ada.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya: bagi habis ini dulu. Selepas itu saya bagi dekat semua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagi dia dulu.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi habis ini dulu ya.
Bagi pantai – negeri Pantai Timur: Pahang, Kelantan Terengganu, kerajaan meletakkan sasaran untuk menjadikan negeri ini antara jajaran pengeluaran makanan utama negara. Pengoperasian ECRL yang dijangka bermula pada awal RMK13 membuka peluang yang besar kepada penduduk dalam tempoh — untuk penduduk di sepanjang jajaran ini untuk diwujudkan aktiviti ekonomi baharu terutamanya berasaskan pertanian, pengeluaran makanan dan industri halal.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan juga akan mempertimbangkan zon pembangunan berasaskan transit sejajar dengan strategi yang digariskan dalam RMK13. Negeri-negeri ini mempunyai potensi besar dalam ekonomi biru, terutamanya perikanan dan perkapalan yang akan dirancakkan lagi dalam tempoh RMK13.
Zon Ekonomi Johor-Singapore telah diwujudkan bagi mempertingkatkan pelaburan baru di selatan Semenanjung. Pada masa ini, rangkaian tindakan terperinci pembangunan JS-SEZ sedang dibangunkan. Setakat ini, JS-SEZ telah berjaya menarik komitmen pelaburan lebih daripada RM1.34 bilion dengan tambahan minat pelaburan sebanyak RM78 juta yang masih dalam fasa perundingan. Ia melibatkan lebih 70 syarikat daripada Singapura, China, Jerman, United Kingdom, Belanda dan pelaburan tempatan.
Melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), 20,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi bakal diwujudkan melalui kerjasama langsung antara pelabur, syarikat, enam universiti serta 15 pusat TVET terpilih di Johor. Peluang pekerjaan ini dimanfaatkan sepenuhnya, diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat tempatan, terutama penduduk Johor.
Negeri Sabah, Sarawak akan terus diberi tumpuan dalam usaha untuk mencapai keseimbangan pembangunan yang lebih terangkum. Dalam hubungan ini, negeri Sabah telah dikenal pasti sebagai hab ekonomi biru seperti perkapalan, perikanan dan pelancongan pantai, manakala inisiatif utama di Sarawak ialah pembangunan hab tenaga berasaskan kuasa hidro dan teknologi hidrogen dan penekanan kepada pelaburan tenaga yang boleh baharu.
[Tidak jelas] ...Saya boleh. Ada soalan tadi, nak bercelah tadi.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Shah Alam.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kalau mengikut data daripada DOSM mengatakan bahawa dari sudut kemiskinan dan ketidakseimbangan bantuan ataupun pembangunan ini, terutama yang paling terkesan dengan kemiskinan adalah orang asli. Yang keduanya, bumiputera. Sama ada Melayu ataupun bumiputera Sabah dan Sarawak. Ketiga India, keempat Cina, tTapi bila kerajaan menetapkan dasar bahawa yang diutamakan adalah untuk membantu kemiskinan dan ramai mempertikaikan tentang tidak ada satu penyataan yang jelas untuk agenda bumiputera, tapi sebenarnya bila kita mengutamakan kemiskinan, ketidakseimbangan dari segi sudut siapakah yang benar-benar memerlukan.
Akhirnya yang akan mendapat bantuan yang lebih adalah, daripada kalangan Orang Asli bumiputera Melayu itu sendiri kerana itulah yang paling ramai terkesan dengan kemiskinan dan juga dari segi sudut bantuan keseimbangan sama ada wilayah ataupun pembangunan di mana-mana juga, tapi dalam masa yang sama, dia tidak mengetepikan keperluan untuk membantu masyarakat lain yang terkesan seperti masyarakat India di
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
kawasan ladang dan juga beberapa poket kaum Cina yang juga terkesan sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Mohon komen daripada Yang Berhormat Menteri, terima kasih .
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya rasa komen yang dibuat oleh Yang Berhormat Shah Alam memang tepat sekali kerana kalau kita lihat — kerana itulah penekanan saya tadi, saya kata, needs-based itu memang betul.
Kalau kita nak menoktahkan kemiskinan, kemiskinan tegar kita kena noktahkan. Jadi, tak kira kaum, tak kira agama.
Tapi kalau kita tengok dengan usaha-usaha kerajaan, dengan apa-apa yang dibuat pun penekanan akan diberikan kepada kaum-kaum kerana mereka merupakan yang lebih terkesan dalam statistik yang ada dalam itu. Kalau kemiskinan kebanyakan orang India dengan orang Melayu kat dalam itu, dia akan mendapat daripada usaha needs-based yang kita buat, tapi...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Saya tekankan sekali lagi, baca dalam RMK13 itu, memang ada penekanan khusus yang diberikan bawah PuTERA35 yang akan diteruskan, di mana penekanan untuk ekuiti, penekanan untuk peluang untuk bumiputera akan terus dilandaskan seperti apa yang diterangkan dalam itu ya. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ini banyak orang nak mencelah ni. Kalau bolehlah saya minta, saya minta bagi saya habis lagi sikit.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Dah, tadi yang part saya takut dah terlepas sebab Yang Berhormat Menteri dah sebut tadi.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Saya dah sebut pasal sempadan. Boleh saya, sekejap?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sempadan: saya, saya benarkan. Kepada lain, bagi saya habis dulu dan kalau saya ada masa, saya bagi.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang pembangunan sempadan Malaysia-Thailand dan juga hab zon ekonomi eksklusif tadi. Sering kali sebut Perlis, Kedah dan Kelantan, tetapi banyak kali saya tengok dalam buku RMK pun tidak ada satu yang menyebut tentang Pengkalan Hulu, Perak. Jadi saya, saya khuatir bila begini berterusan, kita takut bajet itu di kawasan kita pun tak ada. Satu.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang kedua, sehingga sekarang masih tak ada satu perancangan yang jelas tentang sempadan Pengkalan Hulu itu. Dia tak ada pembangunan ekonomi yang betul-betul mantaplah. Jadi, minta Yang Berhormat Menteri boleh tengok.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih kerana Yang Berhormat ada memberi cadangan sikit tentang Pengkalan Hulu. Saya akan ambil maklum kerana proses untuk memantapkan DE bawah RP1–5 akan terus dibuat masa sekarang. Saya, saya akan melihatnya ya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang pentingnya dasar untuk mengurangkan perbezaan wilayah dengan desa, dengan ini, akan jadi penekanan. Kita gunakan pendekatan itu untuk mengurangkan jurang yang ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Jadi, kalau boleh biar saya habiskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perlis. Sebut tadi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Arau. Arau, saya dah bagi dua kali.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak. Perlis, saya sebut Yang Berhormat. Perlis. Saya orang Perlis.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya faham, Perlis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tapi Perlis pun kita dah cerita tadi, pasal Perlis Inland Port.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi sebab Yang Berhormat sebut pasal Inland Port semua itu. Dia melibatkan sempadan. Saya nak, saya sebut cadangan, saya bukan nak, tak perlu jawab pun akan dipertimbangkanlah.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tak, tak, tak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bagi tahu Yang Berhormat, pembangunan sempadan sebelah Perlis ataupun Perak ataupun Kelantan, Terengganu, dia tahap pembangunan yang rendah, tapi sebelah sempadan negara jiran, dia contohnya macam kita buat bangunan dua tingkat, dia buat empat tingkat. Kita dua lorong, dia orang empat, empat lorong. Itu sebab saya kata pembangunan di checkpoint itu: macam di Tebedu, Sarawak, ya. Kita dua tingkat, dia orang empat tingkat. Dia orang dah enam lorong, ya, macam di Wang Kelian. Kita bukan satu tingkat, separuh tingkat kot. Jadi, saya minta supaya pembangunan di checkpoint itu diselaraskan.
Yang kedua Yang Berhormat, saya nak tanya. Yang Berhormat sebut, negeri ini dapat sekian banyak. Apakah, apakah peruntukan yang dibagi itu untuk buat infra? Kalau infrastruktur, untuk buat bangunan kerajaan: kami tak untung, tapi kalau dia bagi untuk pembangunan ekonomi, itu baru kita nampak keuntungan rakyat. Jadi sekarang ini, bila dia bagi peruntukan kepada negeri itu, kita bukan nak tengok jumlah, kita tengok berapa yang dia bagi untuk membangunkan ekonomi rakyat dan sebagainya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Membina jalan, setengahnya, tidak berapa untung Yang Berhormat. Saya telah cadangkan dulu. Contohnya, 200 juta jalan di satu kampung di Sarawak, ada 200 orang penduduk. Kalau bagi penduduk tu seorang 1 juta, duduk di bandar lebih bagus daripada bina jalan sebab kita nak bina insan, bukan kita nak bina infra yang kita tak, belum tahu keuntungannya. Pada pandangan saya, perkataan luar bandar itu, tak boleh digunakan.
Lebih baik kita bandarkan seluruh Malaysia supaya senang cerita...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Supaya Menteri KPKT pun gembiralah, tapi dia akan ditentanglah, ya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Arau. Saya, saya, saya datang untuk menggulung apa yang masuk dalam RMK13. Pendekatan RMK13 untuk mengurangkan jurang, kita akan berusaha untuk mengurangkan jurang dengan pendekatan yang kita memakai dalam proses itu, tapi saya ambil maklum apa yang, yang diceritakan oleh Arau.
Saya rasa berapa Ahli Yang Berhormat, 15 sebenarnya juga bertanya perbelanjaan untuk RMK13. Dalam RMK13, kita kata pendekatan yang kita ambil ialah pendekatan yang menyeluruh: 430 bilion akan datang daripada dana DE kerajaan, ya; 120 bilion datang daripada penambahan investment yang dibuat oleh GLIC; dan 61 bilion. Jadi, kita mempunyai pendekatan yang menyeluruh – memasukkan agar kita dapat merancakkan lagi apa yang kita akan buat dalam negara ini.
Dari segi ini…
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
…Biar saya beredar kepada kesejahteraan rakyat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, kalau boleh tentang DE tadi.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Boleh.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol, Yang Berhormat Menteri. Jempol.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Boleh, Yang Berhormat?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Boleh tak, saya bagi habis beberapa perkara?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Takut Yang Berhormat masuk topik lain.
Saya sentuh topik yang sama saja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Pasal saya ada 10 minit. Saya ada 10 minit lagi masa saya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan peruntukan DE tadi. Saya ada tanya itu.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya ada 10 minit masa saya.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dahlah dia tak bagi.
Putrajaya duduklah.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri, Jempol lama dah ini.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya? Terima kasih.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jempol duduk.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol, Jempol.
[Tidak jelas] Jempol.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tersilap pula.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Kejap, kejap saja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Jempol. Jempol, saya hutang tadi.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jempol boleh.
Tersilap pula.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Okey, terima kasih. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan, Jempol menyebut tentang B5 RMK13 iaitu pengimbangan kemajuan ekonomi wilayah dan pengukuhan pembangunan luar bandar.
Jadi, di Jempol ini ada: kawasan Negeri Sembilan Timur ini ada Golden Triangle juga iaitu persempadanan daripada Negeri Sembilan Timur dengan Pahang dan juga negeri Johor.
Jadi, di sini ada kelompongan dengan kawasan di Negeri Sembilan Timur ini majoriti FELDA, ya. Keseluruhannya: Bera FELDA, di Rompin FELDA dan juga di Segamat dan juga di kawasan Bentong. Jadi, kita tanaman utama kita sana adalah kelapa sawit, getah, ternakan dan juga produk hiliran. Jadi sekarang ini, ada kelompong kekosongan di wilayah itu. Kita hanya menjadi feeder, hasil-hasil di situ. Hanya menjadi feeder kepada kawasan-kawasan lain.
Jadi, saya berharap — itu sebab saya lontarkan nama agak gah juga: penubuhan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur ya, supaya kita dapat menjadi pemangkinlah, supaya seimbang pembangunan di sana. Dan itulah harapan kami supaya pihak kerajaan dapat memikirkan satu kaedah, satu wilayah koridor, ya di — untuk pembangunan ekonomi di kawasan yang agak tercicir, tertinggal di kawasan itu. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seperti saya katakan tadi, dari segi dasarnya, dari segi tumpuannya, kerajaan akan melihat macam mana nak mengurangkan ketidakseimbangan. Daripada segi prosedur yang ada, dari segi insentif yang kita ada, kita akan mengadakan kerangka yang akan menggalakkan pelaburan di area, area yang kurang pembangunan. Jadi, dengan menggunakan pendekatan itu, saya rasa pembangunan akan lebih seimbang dalam negara ini di masa depan. Jadi, kita harap dengan cara inilah kita dapat melebarkan kesaksamaan yang ada dalam negara.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biar saya beredar kepada isu kesejahteraan rakyat. Dalam kesejahteraan rakyat ini termasuk mengenai gaji dan pendapatan, kemiskinan, pembangunan terangkum dan agenda pemerkasaan bumiputera yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Larut, Kuala Terengganu, Pendang, Tasek Gelugor, Paya Besar, Pasir Puteh, Pasir Mas, Merbok dan Temerloh.
Matlamat untuk memperkasakan rakyat dibawa dalam wadah ekonomi MADANI untuk mencakupi hasrat kerajaan untuk mengangkat semula darjat dan martabat hidup rakyat dan negara. Bagi merealisasikan matlamat ini, RMK13 memberi tumpuan kepada peningkatan mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat. Usaha untuk dipergiatkan untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup, membentuk sistem sosial negara berteraskan Ihsan MADANI, mempertingkatkan mutu kehidupan serta memperkukuhkan tahap sosioekonomi golongan sasar ke arah mencapai kehidupan wajar.
Kerajaan terus komited untuk meneruskan usaha pengukuhan pembangunan terangkum berdasarkan perspektif pelbagai dimensi bertujuan untuk menunjukkan peluang yang saksama dalam meningkatkan mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat. Pembangunan terangkum berdasarkan keperluan (need-based) seperti saya ceritakan tadi, akan memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapat faedah daripada pembangunan sosioekonomi tanpa mengira kaum, lokasi, jantina, latar belakang sosioekonomi.
Pembangunan terangkum dalam RMK13 ini ditumpukan kepada penyediaan peluang saksama dan perspektif di pelbagai dimensi. Berbeza dengan rancangan sebelum ini yang lebih menumpukan kepada dimensi pendapatan. Perspektif ini termasuk meningkatkan akses kepada pendidikan, kesihatan dan perumahan, serta penciptaan kekayaan bagi memperkukuhkan pengurusan kos sara hidup, menangani kemiskinan, merapatkan kesenjangan dan menambahbaikkan perlindungan sosial. Usaha ini akan memberi manfaat kepada semua golongan sasar yang memerlukan termasuk bumiputera, Orang Asli, anak negeri Sabah, bumiputera Sarawak, masyarakat India dan Cina.
Kerajaan akan melaksanakan strategi “serampang dua mata” bagi memastikan peningkatan kos sara hidup rakyat dapat dibendung dan memastikan masa yang sama pendapatan dan kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan. Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memastikan harga bahan makanan kekal stabil dan tidak membebankan rakyat. Antaranya, meningkatkan jumlah keseluruhan STR dan SARA kepada 15 bilion pada tahun ini, termasuk sumbangan bantuan tunai secara one-off RM100 setiap warganegara berusia lebih pada 18 tahun pada bulan Ogos ini.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Meneruskan inisiatif Payung RAHMAH, antaranya program Jualan RAHMAH, Bakul RAHMAH dan Menu RAHMAH bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Dan ketiga, Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan community drumming bagi mengedarkan barangan keperluan asas dengan harga seragam ke kawasan pedalaman terpilih. Pendekatan kerajaan tidak boleh ditumpukan kepada strategi untuk mengurangkan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
harga pasaran barangan dan perkhidmatan semata-mata. Ia hanya boleh dibuat sebagai langkah jangka masa pendek.
Bagi jangka masa panjang, strategi perlu dilaksanakan bagi mengurangkan beban perbelanjaan melalui kaedah peningkatan pengeluaran makanan serta memastikan rakyat mempunyai peluang untuk menjana pendapatan dan kehidupan wajar yang mampan.
Langkah ini tidak akan ― tidak langsung akan meringankan beban fiskal kerajaan apabila rakyat boleh berdikari dan tidak perlu bergantung hanya kepada bantuan kerajaan.
Di samping itu, strategi jangka sederhana dan jangka panjang untuk menangani kemiskinan dan kesenjangan dan pelbagai dimensi akan terus ditumpukan dalam RMK13.
Keutamaan akan diberikan untuk meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan, mereformasikan pendidikan dan pasaran buruh, memperkukuhkan pembangunan terangkum serta meningkatkan tahap sosioekonomi golongan sasar, meningkatkan akses kepada sokongan sosial seperti kesihatan dan perumahan.
Reformasi pendidikan bukan hanya untuk meningkatkan kecemerlangan, tetapi membolehkan rakyat mencapai kehidupan yang lebih baik. Reformasi ini bertumpukan kepada tiga aspek utama iaitu keberhasilan pelajar yang menumpukan kepada kemahiran masa depan, terutamanya digital, teknikal dan keusahawanan, kompetensi guru dan pemerkasaannya, pemerkasaan institusi pendidikan dan penambahbaikan infrastruktur pendidikan.
Reformasi kesihatan juga menjadi prasyarat ke arah pewujudan sistem kesihatan negara yang saksama, mampan dan daya tahan. Reformasi ini akan membolehkan rakyat mendapat akses yang saksama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bermutu dan mampu dibayar. Peruntukan kewangan kerajaan dapat dioptimumkan melalui pendekatan proaktif dan inovatif dalam membiayai kesihatan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kat mana?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bangi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri. Saya tahu YB Menteri dah ke depan sikit, tapi saya nak ― just nak sentuh. Tadi ada sedikit kita menyentuh tentang kuota Bumiputera untuk perumahan. Saya lega mendengar jawapan Menteri bahawa kita tidak terburu-burulah untuk melihat semula dasar ini. Sebab kita ada sebab kenapa kita ada dasar ini.
Jadi walaupun saya terima, mungkin ada developer yang nak perkara ini dilihat semula dan sebagainya, namun kita kena betul-betul kajilah sebelum buat apa-apa keputusan yang memberi impak dan juga membawa polemik. Jadi saya nak ucapkan terima kasih lah, kepada YB Menteri atas jawapan tadi. Terima kasih,
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Bangi. Daripada reformasi perumahan pula, kita akan melihat untuk memberi tumpuan untuk meningkatkan penawaran
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
perumahan yang berkualiti dan berdaya huni dengan sasaran sebanyak 1 juta rumah mampu milik yang akan dibina dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, akses kepada pembiayaan perumahan akan ditambah baik melalui pengenalan model baru skim rent-to-own, serta peluasan skim jaminan kredit perumahan.
Kajian juga akan diadakan untuk menyemak Akta Pemaju Perumahan bagi memandatorikan pembinaan rumah berdasarkan konsep bina dan jual. Melalui usaha ini lebih banyak, ramai rakyat dapat akses kepada tempat tinggal yang selesa, berdaya huni dan mampu dibayar.
Mungkin saya rumuskan beberapa perkara yang mungkin kerana kekurangan masa, kalau boleh saya minta lagi dua, tiga minit ya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Last ya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tak. Saya ada dua, tiga minit. Bagi saya habis dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta Yang Berhormat jelas pasal KWSP.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat, kalau yang tu dah tanya dalam soalan lisan, saya jawab dengan soalan lisan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi ni bawah rumusan Yang Berhormat. Sebab Yang Berhormat tak jawab di bawah Menteri Kewangan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tak. Dia akan jadi, dia akan jadi bertulis. Terima kasih Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak. Yang Berhormat, boleh jawab bertulis tak?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat, kalau dah tanya masa tu saya akan menjawab bertulis ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawab bertulis. Sebab apa? Di bawah
Menteri Kewangan
Yang Berhormat tak jawab. Jadi sekarang ni, Yang Berhormat menggulung bagi pihak kerajaan. Jadi, saya minta KWSP …
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Terima kasih, ya. Saya ambil maklum dan saya akan melihat macam mana. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi Yang Berhormat buat, nak buat pilihan tak mahu menjawab pun okey, no problem.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti apa yang kita telah berbincang dalam perbahasan yang telah diadakan, RMK13 ada banyak pendekatan yang dibuat. Dalam pendekatan yang kita buat ni, kita memahami yang kita harus fokus untuk melakar semula pembangunan negara kerana kita berdepan dengan cabaran-cabaran yang lain daripada apa yang kita dah buat.
Dalam apa yang kita telah letakkan dalam RMK13 ya, kita telah melakarkan semula di mana prioriti yang penting untuk negara, di mana kita dapat mengurangkan jurang
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
keseimbangan yang ada, dan di manakah kita nak merancakkan dan meningkatkan kerencaman ekonomi yang ada. Inilah usaha yang paling baik kerana dia akan menolong negara pierce to the middle income trap yang kita ada sekarang, ya. Jadi, saya harap dengan usaha yang kita buat semua ― kita buat bersama, kajian akan menjadi lebih mantap lagi di masa depan.
Mungkin sebagai penutup, saya nak berterima kasih kepada semua orang kerana perbahasan yang rancak, perbahasan yang penuh memenuhi banyak-banyak area dan ada beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya. Namun yang pentingnya sekarang kita harus bersama. Bersama-sama berganding bahu untuk fokus untuk membina negara Malaysia yang lebih kuat lagi, membina negara yang lebih bersatu padu, negara yang bukan hanya berteraskan ekonomi, tapi negara yang ada terasnya untuk pembangunan insan, kerohanian, harmoni bersama.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bila kita bersatu padu, bila kita bergerak bersama, majulah Malaysia. Itulah harapan saya. Sekian, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan**
Mesyuarat] Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat, Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Last, last. Yang Berhormat dah pandai bersyarah sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya. Ada improvement.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada improvement.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di nombor 1 hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Libatkan kami Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 36(6). Dia tuduh, dia sebut perkataan Arau tadi. Arau di sini, saya. Saya tak kata apa. Dia, dia yang ni. Saya tengok siapa yang sebut Arau tadi. Sebab Speaker ada ...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker ada hidden camera. Saya minta kamera ni tolong tengok. Hidden camera Speaker tolong tengok...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, Arau buat usul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Siapa yang kata kepada Arau?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih Arau.
Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman pada minggu hadapan, sesi Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada Selasa 26 Ogos 2025 akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri- menteri. Ini kerana pada waktu tersebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai urusan rasmi di Istana Negara.
Oleh itu, sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada Khamis 28 Ogos 2025, akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 25 Ogos 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.48 petang]