Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] [Berselawat] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Selamat pagi Yang Berhormat- Yang Berhormat. Sesi pada pagi ini dengan mula dengan Pertanyaan-pertanyaan Lisan.
Dengan itu saya mempersilakan untuk soalan yang pertama Tuan Chiew Choon Man, Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1.
1. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, perancangan kementerian supaya program Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics diperluas kepada kumpulan sasar di kawasan pedalaman dan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Miri.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited untuk memastikan penyertaan inklusif dalam program-program pembudayaan sains, teknologi dan inovasi, termasuk program Malaysia Techlympics yang merupakan salah satu inisiatif strategik di bawah Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.
Program Minggu Sains Negara (MSN) merupakan program perdana MOSTI sejak tahun 2018 dalam usaha untuk membudayakan dan memperkasakan sains, teknologi dan inovasi serta menggalakkan lebih ramai pelajar dan belia meminati bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui pengisian aktiviti berbentuk karnival, jelajah sains dalam talian dan juga pertandingan STEM di peringkat kebangsaan.
Manakala Malaysia Techlympics mula diperkenalkan pada tahun 2022 bertujuan mencungkil bakat muda dalam bidang teknologi, inovasi dan penyelesaian berasaskan sains.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Program ini telah menarik penyertaan ratusan ribu peserta dari pelbagai latar belakang dan merupakan platform pencarian bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi termasuk ke pertandingan inovasi antarabangsa.
Bagi memastikan tiada kumpulan yang tercicir daripada menikmati manfaat menyertai program Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics, MOSTI telah merancang beberapa langkah strategik dan bersasar untuk memperluas capaian program yang dirancang ke kawasan pedalaman dan luar bandar khususnya bagi Sabah dan Sarawak.
Antaranya pertama, pendekatan program outreach. Pelaksanaan program secara berperingkat di semua negeri dengan memberikan keutamaan kepada zon luar bandar dan pedalaman. Lokasi penganjuran akan melibatkan daerah-daerah terpencil seperti di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia.
Kedua, kerjasama strategik dengan agensi tempatan. MOSTI bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pejabat pendidikan daerah dan kerajaan negeri serta badan-badan berkaitan STI di kawasan-kawasan setempat bagi melaksanakan program serta menyelaras penyertaan sekolah-sekolah luar bandar dan komuniti tempatan.
Ketiga, penggunaan format hibrid dan mudah akses. Modul pertandingan dan latihan asas turut ditawarkan dalam bentuk dalam talian dan mudah alih agar dapat diakses walaupun dengan infrastruktur digital yang terhad. Ini termasuk platform pembelajaran dalam talian yang mesra jalur lebar rendah.
Keempat, sokongan logistik di mana peserta dari kawasan pedalaman dan luar bandar akan dibantu dari segi logistik dan insentif penyertaan untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh. Ini termasuk penyediaan pengangkutan, makan minum dan tempat penginapan sekiranya diperlukan untuk peringkat saringan dan akhir.
Yang kelima, akhir: program Training of Trainers (TOT). Guru dan fasilitator dari sekolah atau pusat komuniti luar bandar akan diberi latihan khas agar mereka dapat membimbing pelajar dengan berkesan dalam bidang robotik, pengaturcaraan, reka bentuk produk dan penyelesaian inovatif. Dengan langkah-langkah ini, Tuan Yang di-Pertua, MOSTI berhasrat untuk memastikan akses yang adil dan saksama kepada peluang pembangunan bakat, peningkatan minat dan pemilihan kerjaya dalam bidang STI selaras dengan prinsip inklusiviti dan keterangkuman. Langkah ini membantu mempercepatkan jurang digital dan membina asas modal insan STI negara terutamanya dalam kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga kepada YB Menteri atas jawapan tadi. Dalam dunia yang begitu menekankan kepentingan STEM, sesungguhnya keseimbangan dari segi pembangunan sains dan teknologi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga amat penting supaya tiada sesiapa yang dipinggirkan.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Oleh itu, peranan MOSTI sebagai daripada Kerajaan Persekutuan sebagai peneraju STI ini juga amat penting. Tadi ada sebut tentang capaian program akan turut ke Sabah dan Sarawak. Apakah perancangannya dan bilakah Miri akan menerima manfaat ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Miri. Demi Miri, bisa diatur.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2025, salah satu inisiatif yang kita, yang MOSTI lakukan adalah Kembara Sains Borneo, di mana program Jelajah Sains Borneo ini melibatkan 33 lokasi di seluruh Borneo, iaitu 14 lokasi di Sarawak, 19 lokasi di Sabah.
Dan setakat ini, Kembara Sains Borneo mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru, pelajar dan juga ibu bapa dan komuniti setempat. MOSTI melalui Pusat Sains Negara turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, MEITD Sarawak, Petrosains, Planetarium Negara serta rakan strategik lain untuk memastikan keberkesanan penganjuran ini.
Tuan Chang Lih Kang
Dan, mengenai cadangan penganjuran di Sarawak terutamanya di Miri, sukacita saya maklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini, di mana Miri memang adalah salah satu cadangan untuk sebagai perancangan laluan Kembara Sains Borneo pada tahun hadapan memandangkan kedudukan Miri yang strategik yang merupakan bandar raya pendidikan dan juga merupakan pintu masuk ke wilayah utara Sarawak. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat. Yang Berhormat, untuk soalan tambahan, mukadimah dipendekkan, jangan meleret jadi perbahasan pula. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya, saya ingin memuji MOSTI, kerana program ini sudah lama dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Bagaimana MOSTI menilai, setelah daripada bermulanya program Techlympics dilaksanakan dan begitu juga Minggu Sains Negara ini dari segi kadar perubahan di dalam apa ni, minat pelajar dan rakyat Malaysia di dalam STEM? Adakah berlaku sebarang perubahan dari segi nisbah minat yang berkenaan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Sila jawab.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Terengganu. Sebenarnya, memang kita nampak ada penambahbaikan, terutamanya dari segi pelajar masuk ke aliran STEM yang sebelum ini 40 lebih peratus, sekarang sudah
Tuan Chang Lih Kang
mencecah 50 peratus, tetapi saya rasa ini bukan satu – mungkin pembudayaan, aktiviti-aktiviti pembudayaan sains ini merupakan salah satu faktor, tetapi bukan sole factor dengan izin, bukan faktor yang satu-satunya.
So, kita perlu terus melaksanakan program ini, menambahbaikkan dan itu sebabnya selain daripada ada program-program flagship seperti MSN, seperti Malaysia Techlympic, kita juga menganjurkan apa tu — program-program yang inisiatif baharu seperti STEMCAM, seperti Innovathon, supaya inovasi ini dia betul-betul menyerap ke semua lapisan masyarakat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kedua. Berikut mempersilakan Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato’ Dr.
Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Perdana Menteri menyatakan, status terkini bagi Elaun Kelulusan Khas (EKK) kepada penjawat awam yang berkhidmat di Pulau Langkawi yang telah diluluskan oleh kerajaan memandangkan peningkatan kos hidup serta kekangan logistik dan bilakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan pembayaran EKK kepada penjawat awam yang terlibat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sila jawab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, elaun dalam perkhidmatan awam diberikan mengikut prinsip yang berikut:
(i) tidak sejagat — iaitu hanya kepada kumpulan atau perkhidmatan tertentu berdasarkan tugas unik yang dilaksanakan;
(ii) tidak kekal — iaitu diberi dalam keadaan tertentu sahaja, mengikut tugas atau gred jawatan;
(iii) tidak biasa — iaitu bersifat sementara dan boleh dihentikan bila-bila masa setelah tempoh kelulusan tamat; dan
(iv) kesaksamaan — iaitu pemberian elaun mesti adil, tidak menyeluruh dan hanya kepada kumpulan atau jawatan yang tertentu.
Manakala kriteria pemberian elaun pula adalah berdasarkan tanggungjawab tambahan iaitu tugasan rasmi atau tambahan. Mungkin juga disebabkan oleh kelayakan iaitu kemahiran dan kompetensi tambahan pegawai atau disebabkan oleh penempatan iaitu lokasi perkhidmatan yang berisiko sukar ataupun mencabar. Kemudian bayaran balik perbelanjaan iaitu kos — tuntutan kos yang ditanggung pegawai ketika melaksanakan tugas rasmi dan seterusnya sara hidup yang membantu menampung keperluan hidup di luar gaji asas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dengan menumpukan kepada pendapatan boleh guna, peningkatan produktiviti dan juga kesejahteraan penjawat awam dan kemampuan fiskal negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketika peringkat awal kajian SSPA, pelbagai faktor telah diambil kira termasuklah peningkatan kos sara hidup, termasuk juga kadar kos sara hidup penjawat awam yang berkhidmat di Pulau Langkawi sendiri.
Jadi, dalam hal ini penjawat awam yang memilih SSPA menerima kenaikan gaji sebanyak 15 peratus, iaitu lapan peratus telah diberikan pada 1 Disember 2024 yang lalu dan seterusnya tujuh peratus mulai 1 Januari 2026. Malahan, supaya beban penjawat awam ini menghadapi kenaikan kos sehari hidup dirasai lebih awal, kerajaan telah juga memberikan bayaran insentif awal berjumlah RM2,000 kepada semua penjawat awam bergred 56 atau gred 15 di bawah SSPA dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala bayaran RM1,000 diberikan kepada Pegawai Jawatan Utama Sektor Awam iaitu JUSA dan bayaran ini dibuat secara sekali gus pada Februari 2024.
Sehubungan dengan itu, langkah kenaikan gaji berstruktur melalui SSPA serta pemberian bayaran insentif awal tersebut telah meningkatkan kuasa beli penjawat awam secara menyeluruh. Jadi penjawat awam di Pulau Langkawi juga turut menikmati manfaat ini, Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Dato’ Dr.
Yang di-Pertua. Kita faham semua peraturan tersebut dan saya tentu pasti penjawat awam di Langkawi juga faham, tetapi soalan yang mereka timbulkan adalah, hasil ucapan Yang Amat Berhormat Tambun di Langkawi, pada 11 hari bulan, sehari sebelum PRN – 11 hari bulan lapan dan Astro Awani.
Saya mengambil Astro Awani yang quote begitu detail ucapan tersebut [Sambil menunjukkan helaian kertas] Di mana Yang Amat Berhormat sendiri menceritakan bagaimana beliau memanggil KSN dan juga SSP dan KKP – KPPA untuk berbincang dan beliau quoted, “Kita periksa semua fail. Jadi, saya selaku Menteri Kewangan kata kena ada keputusan gaji penjawat awam dinaikkan...”… [Dicelah]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
…Termasuk polis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Ya, penjawat awam dan juga disebutnya LADA juga, Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, apakah jawapan kepada ucapan tersebut dan apakah keputusan atau sebarang bantuan sementara? Sebab Yang
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tambun sendiri kata, “Kita akan membagi insentif awal sebelum perkara ini diluluskan.” Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya faham tentang kenyataan itu...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Dr. Zaliha binti Mustafa
...Tetapi Yang Berhormat Langkawi, kenyataan itu dibuat sebelum kerajaan melaksanakan Sistem Saraan Baru iaitu SSPA mulai 1 Disember 2024.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dr. Zaliha binti Mustafa
Bermakna segala perkara yang telah disebutkan itu telah pun diambil kira dalam mana apabila SSPA ini diwujudkan, Yang Berhormat. Jadi bagi saya, sokong — sebarang sokongan pertimbangan, sebarang pertimbangan ya, termasuk cadangan untuk bantuan sementara ataupun sokongan-sokongan lain berbentuk logistik dan sebagainya, saya kira yang ini perlu kita ambil kira kemampuan fiskal kerajaan juga, Yang Berhormat.
Jadi, keperluan keberkesanan dasar dan kesaksamaan antara penjawat awam di seluruh negara juga perlu diambil kira. Jadi, saya kira perkara ini masih lagi diperbincangkan dengan teliti dan insya-Allah kalau ada apa-apa perkara baru akan diberitahu. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Pasir Gudang, silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato’ Speaker.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Eh, tak dapat!
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Menteri. Adakah — soalan saya ialah adakah Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini akan membuka peluang kepada penjawat awam muda untuk dilantik sebagai KSU seperti di Singapura, di mana kebanyakan Setiausaha Tetap berusia sekitar 40-an sahaja? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Zaliha binti Mustafa: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang dilancar, dilancarkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri semasa M-A-P-P-A Ke-20, 15 Ogos 2025, sebenarnya memberi tumpuan kepada tentunya pembangunan bakat, laluan kerjaya yang jelas dan juga budaya kerja yang cemerlang, Yang Berhormat.
Jadi, penekanan diberikan kepada dua jenis bakat iaitu pertamanya bakat berpotensi.
Ini ertinya pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang serta berkemampuan untuk
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
melaksanakan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi. Dan yang keduanya, bakat kompeten. Ertinya pegawai yang memiliki set kompetensi yang diperlukan secara berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Jadi, dasar ini sebenarnya penekanan yang diberikan serupalah sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh negara jiran kita, iaitu Singapore Public Service Leadership Scheme yang memberi peluang laluan kerjaya yang lebih pantas kepada penjawat awam muda. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya masih perlu diperincikan lagi, Yang Berhormat. Saya kira JPA akan mengambil kira perkara ini dan sedang dipertimbangkan dan perlu dipertimbangkan itu dengan — secara yang sangat teliti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah tentunya mana-mana yang berkaitan dengan merit ini akan diberi tumpuan Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan ketiga Yang Berhormat Kota Marudu saya difahamkan tidak ada dalam Dewan ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya ke soalan yang keempat, mempersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.
[Soalan No. 3 – YB. Datuk Wetrom bin Bahanda (Kota Marudu) tidak hadir]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertahanan menyatakan status penempatan anggota dan aset pertahanan di sempadan Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan bagi mengawal risiko pencerobohan, penyeludupan dan aktiviti rentas sempadan yang semakin aktif sejak 2023.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik atas persoalan yang dikemukakan di mana Kementerian Pertahanan melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) telah ditugaskan bagi mengawal sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah hingga ke Rantau Panjang di Kelantan, sama-sama dengan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) melalui Pasukan Gerak Am (PGA).
Anggota ATM telah diatur gerak dalam penugasan operasi di perbatasan Malaysia- Thailand meliputi Ops Pagar 2 dan Ops Kota Bravo, Charlie dan Delta di Kedah. Operasi Pagar 3 dan Operasi Kota Echo /Foxtrot di Perak, serta Ops Merpati Sektor 8 Briged di Kelantan. Pelaksanaan operasi ini telah ditambah baik dengan penugasan pelbagai aset baharu dan senggaraan infrastruktur yang berterusan di semua pos penempatan operasi di bawah penyelarasan Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG). Dan aset-aset yang telah
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
diatur gerak antaranya seperti kenderaan 4x4, motosikal, scrambler, all-terrain vehicles dengan izin, ATV dan juga unmanned aerial vehicle (UAV). Dengan pertambahan aset di kawasan operasi, kawalan di sempadan akan dapat diperkukuhkan lagi dan seterusnya mencegah pencerobohan daripada luar.
Di samping itu hubungan bilateral yang baik antara Tentera Darat Malaysia dan juga Royal Thai Army (RTA) telah wujud melalui perjanjian General Border Committee (GBC) Malaysia-Thailand. Antara kerjasama dua hala yang melibatkan Tentera Darat dan juga Royal Thai Army ini adalah mesyuarat Regional Border Committee (RBC), mesyuarat Land Working Group (LWG) dan juga Combined Force Border Patrol (CFBP) yang dikoordinasi oleh Malaysia-Thailand Border Coordination Office.
Terdapat empat pos sempadan terkoordinasi telah diwujudkan melalui pembinaan pos secara bersebelahan antara kedua-dua negara. Pos-pos tersebut adalah PST Ban Di Da dan juga Ban Di Samoe, di daerah Sik sendiri. Manakala PST 34 dan 36 di kawasan Durian Burung, Padang Terap, Kedah dengan kewujudan PST ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan dua hala antara Tentera Darat Malaysia dan juga Royal Thai Army.
Dato’ Yang di-Pertua, dengan penugasan anggota dan penempatan aset-aset Pertahanan di samping kerjasama bersama agensi keselamatan termasuk dari dua negara jiran ini, Kementerian Pertahanan tetap komited dalam memperkukuhkan kawalan sempadan di utara Semenanjung Malaysia bagi memastikan kedaulatan dan juga keselamatan negara kita kekal terpelihara. Itu saja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sik, soalan tambahan. Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, sedia maklum, ancaman jenayah sempadan kita yang sangat serius termasuklah di perairan antarabangsa dan penyeludupan, pencerobohan juga aktiflah sepertimana yang disebut tadi termasuk di hutan-hutan di Daerah Sik, Padang Terap sebagainya. Dan begitu, isu integriti anggota juga ada kerisauan kita termasuklah baru-baru ini apabila SPRM melalui Ops Sohor menahan lima pegawai perisikan ATM, MDIO ini dalam sindiket penyeludupan.
Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri, selain tadi disebut berkaitan dengan aset- aset yang telah tersedia di sempadan itu, bagaimanakah teknologi pengawasan termasuk penggunaan sensor, dron ataupun kamera thermal atau radar dan rondaan bersama dapat diperkasakan supaya kita tidak hanya bergantung kepada anggota keselamatan itu sendiri yang risiko dipengaruhi oleh sindiket?
Dan yang kedua soalan dia, apakah langkah pencegahan rasuah dan integriti dalaman yang digerakkan termasuk sistem penggiliran anggota, audit digital operasi, termasuklah program community border alert dengan izin dengan masyarakat sempadan bagi memastikan barisan hadapan tidak mudah dibeli oleh penyeludup-penyeludup kita ini?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Sik atas dua persoalan tambahan yang dikemukakan.
Yang pertama adalah kita tahu bahawa tentang sempadan kita. Memang kita di peringkat Kementerian Pertahanan sentiasa memastikan atau peningkatan kepada penggunaan teknologi itu memang kita tak nafikan. Sebab itu macam daripada jawapan saya tadi, UAV antara yang kita pertingkatkan juga penggunaannya kerana kita tahu bahawa pengawasan bukan sahaja melalui anggota-anggota kita, tapi peningkatan kepada penggunaan teknologi itu sentiasa kita tingkat dari semasa ke semasa. Sebab itu macam jawapan saya tadi, memang kita sentiasa menambah aset-aset berteknologi kita supaya pengawasan itu dapat kita tingkatkan dari masa ke semasa.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Adapun dalam soalan Yang Berhormat itu ada merujuk kepada peningkatan kes. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Sik dan juga kepada Dewan ini, kalau kita lihat dari segi kes ini memang kita akan ada sentiasa kes-kes yang sama ada dua perkara yang menjadi tumpuan kita adalah tentang PATI dan juga rampasan barang tanpa tuan, tapi saya ambil contoh dalam tahun 2022, kita ada PATI ada 84 kes.
So, pada tahun 2023, 73 kes; 2024, 35 kes dan sehingga Jun tahun ini ada 24 kes.
Jadi, kalau kita lihat memang ada penurunan di situ, tetapi bukan isu peningkatan atau penurunan yang kita nak tunjukkan, tapi untuk menunjukkan bahawa anggota-anggota kita akan sentiasa dalam sebilang masa itu, kita pastikan bahawa sempadan kita itu sentiasa kita jaga walaupun kita tahu memang itu antara ancaman-ancaman kita.
Begitu juga kalau kita lihat rampasan barang, kalau kita lihat pada tahun 2022 ada 250 kes; 2023 ada 164 kes; 2024, 207 kes dan sehingga Jun tahun ini ada 74 kes. So, kalau kita lihat dalam tangkapan-tangkapan barang ini kita pun ada beberapa nilailah. Kalau kita lihat ada RM2.5 juta, RM2.9 juta dan seumpamanya. Jadi, sebenarnya asas kita adalah untuk pastikan bahawa sempadan kita ini sentiasa kita jaga dan bila berlaku kes-kes ini kita buat tangkapan dan kita akan bekerjasama dengan pihak PDRM.
Adapun yang soalan kedua, sedikit saya minta izin kepada Dato’ Yang di-Pertua sedikit masa tentang integriti anggota-anggota kita. Macam saya tak nafikan, semalam pun disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang kita di Kementerian Pertahanan dan seperti kenyataan Panglima Angkatan Tentera juga kita tegas dalam apa-apa isu yang terkait dengan integriti anggota kita.
Sebab itu penggiliran, ya, kita lakukan, kita ada proses penggiliran tapi dalam masa yang sama, kita juga akan pastikan bahawa model penggiliran itu juga kita akan tambah baik dari semasa ke semasa kerana kita tahu bahawa setiap penggiliran itu dan di kawasan yang tertentu di tempat yang tertentu dia ada model-model penggiliran kita. Sebab itu kalau kita
Tuan Haji Adly bin Zahari
lihat macam anggota operasi, ada yang sebahagian itu penempatannya mungkin mengambil masa tahun dan ada operasi itu mengambil masa antara tiga bulan hingga satu tahun.
Ini, penggiliran ini memang kita akan buat kerana itu adalah salah satu daripada prosesnya, cuma kita akan nilai balik tempoh-tempoh penggiliran itu. Ini antara yang kita lihat, di samping, saya tak nafikan bahawa sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita takkan bertolak ansur dengan soal-soal integriti dan juga rasuah sama ada yang melibatkan anggota ataupun mana-mana pihak dalam Kerajaan Malaysia MADANI ini.
Sebab itu kita akan berikan kerjasama dari segi penyiasatan, tapi dalam masa yang sama kita juga peringatkan bahawa keadilan harus diberi kepada semua pihak sebab itu dalam di Kementerian Pertahanan juga ada beberapa kes anggota kita dibawa ke mahkamah, tapi bila dibicarakan di mahkamah, dia didapati tidak bersalah dan kita kembalikan balik tugas dan tanggungjawab. Ini berlaku di Kementerian Pertahanan sebab itu kalau kita lihat bila sesuatu tangkapan itu dibuat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan, jawapan.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Kita secara tidak langsung memang memberikan fokus kita kepada soal-soal integriti itu dan kita takkan bertolak ansur dalam soal itu. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Yang Berhormat Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya untuk Timbalan Menteri ialah, apakah status cadangan kerajaan hendak membuat pos pengawalan di Long Singut Kapit bersempadan dengan Kalimantan untuk mengatasi aktiviti rentas sempadan? Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ada pun soalan khusus tentang Long Singut di Kapit itu, kita tahu bahawa kita memang di Kementerian Pertahanan ini untuk tahun lalu dan juga tahun 2025 ini, memang kita banyak memberikan tumpuan juga kepada kawasan-kawasan sempadan kita, sama ada di Sarawak ataupun kalau kita lihat di kawasan di wilayah Sabah kita.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Kerana untuk soalan khusus kepada Long Singut itu, saya akan bagi secara bertulis.
Tetapi secara keseluruhannya, memang dalam rangka kita tahun ini dan juga tahun-tahun seterusnya, memang peningkatan kepada pos-pos di Sempadan Kalimantan ini kita pertingkatkan. Saya sendiri secara peribadi memang sudah pergi beberapa pos di kawasan sempadan kita. Walaupun kita tahu cabaran kita untuk kita menyediakan pos-pos di kawasan sempadan dengan Kalimantan ini adalah secara dari segi logistiknya memang agak sukar
Tuan Haji Adly bin Zahari
juga. Sebab ada beberapa pos yang kita berdasarkan pengalaman kita, Dato’ Yang di-Pertua, memang pihak kontraktor pun agak sukar juga untuk membangun setengah-setengah kawasan-kawasan pos kita kerana dia benar-benar di kawasan pedalaman itu.
Jadi, tapi dalam masa yang sama kita secara asasnya tetap berusaha untuk pastikan bahawa pos-pos kita yang baru ini dapat kita bangunkan untuk pastikan keselamatan sempadan kita dengan Kalimantan itu sentiasa kita perbaiki. Itu saja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut Majlis mempersilakan Dato’ Seri Doris Sophia anak Brodie, Yang Berhormat Seri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan di-Pertua.
Soalan saya nombor 5.
5. Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Digital menyatakan bagaimana Malaysia memastikan penggunaan AI dalam keselamatan siber mematuhi prinsip etika dan hak privasi, demi mengejar keseimbangan antara keselamatan dan kebebasan individu, isu yang turut disentuh oleh ASEAN dalam konteks penggunaan teknologi baharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Digital untuk menjawab.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan izinkan saya menjelaskan bahawa hubungan di antara AI ataupun kecerdasan buatan dan keselamatan siber adalah bersifat dua hala.
Pertama, AI digunakan untuk kita memperkukuhkan keselamatan siber melalui keupayaan untuk mengenal pasti ancaman keselamatan siber dengan lebih pantas, juga untuk menganalisa pola ancaman yang rumit dan memberi amaran sebelum insiden keselamatan siber berlaku, ya. Jadi, di situ kita lihat bagaimana kita menggunakan dia untuk memperkukuhkan keselamatan siber. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, AI sendiri perlu dilindungi oleh langkah-langkah keselamatan siber agar ia nya tidak disalahgunakan oleh pelaku ancaman ataupun threat actors untuk mencipta serangan yang lebih rumit, seperti ancaman-ancaman yang kita biasa dengar seperti deepfake dan automated malware.
Inilah merupakan realiti yang dihadapi oleh semua negara termasuk Malaysia.
Justeru isu yang dibangkitkan ini menuntut keseimbangan antara aspek perlindungan keselamatan dan juga aspek kebebasan individu. Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan yang jelas berhubung kait penggunaan AI dalam RMK13 yang memberi penekanan kepada perlunya kita membangunkan satu ekosistem AI yang beretika, berdaya tahan dan berpaksikan hak privasi rakyat.
Aspirasi AI Nation 2030 Tuan Yang di-Pertua, adalah kerajaan akan memaksimakan teknologi AI bukan hanya sekadar pengguna, tetapi turut juga untuk menjadi bahan yang digunakan pencipta penyelesaian AI yang selamat, dipercayai dan berdaya saing mengikut acuan negara kita sendiri. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan Kebangsaan yang menetapkan
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
rangka tadbir urus yang jelas, yang turut melihat kepada aspek keseimbangan di antara keselamatan dan juga hak privasi berdasarkan kepada tiga prinsip utama.
First, kita menjurus kepada aspek ketelusan dan akauntabiliti Tuan Yang di-Pertua.
ya, di mana setiap model AI yang direka bentuk mestilah boleh dilaksanakan proses audit, ya. So, it’s auditable dengan jelas, termasuk siapa yang bertanggungjawab sekiranya berlakunya pelanggaran dan penyalahgunaan. Pelanggaran dari sudut standard dan sebagainya, penyalahgunaan seperti mana saya sebut tadi.
Kedua, Dato’ Yang di-Pertua, aspek privasi secara reka bentuk atau dalam Bahasa Inggeris yang sering dikatakan privacy by design dan keselamatan secara reka bentuk security by design, di mana perlindungan kepada data peribadi perlu diambil kira sejak daripada peringkat kita reka bentuk algoritma dan sistem, dan aplikasi AI dan bukannya ditambah, kemudian sebagai an afterthought, ya.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, kawalan manusia ataupun disebut sebagai a human in the loop. Di mana buat masa sekarang, AI masih belum lagi diberi kuasa mutlak, Tuan Yang di-Pertua. Kawalan manusia mesti dikekalkan di peringkat tertentu bagi kita mengelakkan kesilapan teknikal, berlakunya diskriminasi dan juga bias yang boleh mempunyai kesan terhadap AI tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Tindakan AI Kebangsaan dibangunkan secara bersama dan kolektif dengan mengambil kira inisiatif negara yang telah, sedang dan akan dibangunkan oleh kerajaan.
Sebagai contoh, pembangunan pelan tindakan ini mengambil kira aspek perundangan juga yang telah diperkenalkan dan di antaranya adalah Akta Perlindungan Data Peribadi yang telah pun baru kita pinda untuk mengukuhkan lagi peruntukannya dan juga Akta Keselamatan Siber yang dibentangkan tahun ini – tahun lalu.
Tuan Yang di-Pertua di peringkat serantau pula, Malaysia menyokong ASEAN AI Governance and Ethics Principles yang menetapkan tujuh prinsip etika AI termasuk aspek- aspek keselamatan, akauntabiliti, ketelusan, integriti dan hak privasi. Prinsip-prinsip yang membentuk kerangka pembangunan AI bagi melindungi keselamatan pengguna dan juga ekosistem digital secara keseluruhannya.
Selaku Pengerusi ASEAN tahun ini Tuan Yang di-Pertua 2025, Malaysia menerajui penubuhan ASEAN AI Safety Network, sebuah platform kolaboratif serantau bagi memastikan penggunaan teknologi AI dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan selaras dari segi piawaian antara negara-negara anggota. Inisiatif ini merangkumi pembentukan rangka kerja keselamatan AI serantau, perangkaan standard keselamatan AI, pembinaan kapasiti, promosi amalan selamat dan bertanggungjawab, serta menubuhkan multi-stakeholder working groups untuk menerokai aplikasi AI secara selamat dalam pelbagai sektor, termasuk juga Tuan Yang di-Pertua, kesihatan dan pertanian.
Pada masa yang sama, Malaysia turut menerajui penyediaan ASEAN Cyber Security Cooperation Strategy untuk tahun 2026 sehingga 2030 yang turut melihat cabaran keselamatan siber setakat AI. Pendekatan Malaysia adalah jelas Tuan Yang di-Pertua, kita
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
mahu pastikan AI digunakan untuk meningkatkan keselamatan siber, memelihara hak privasi rakyat serta mengukuhkan kepercayaan.
Melalui undang-undang, strategi nasional, pembangunan kapasiti rakyat dan kepimpinan ASEAN, Malaysia komited Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadikan AI bukan sekadar teknologi tetapi juga amanah yang dijaga secara beretika, selamat dan berpaksikan manusia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sri Aman, soalan tambahan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya rasa agak komprehensif, pertama sekali merangkumi ketelusan, keselamatan dan akauntabiliti.
Cumanya saya ingin mengutarakan satu lagi soalan Yang Berhormat, iaitu berkenaan dengan apakah mekanisme kawalan ataupun kill switch dengan izin, yang dirangka, yang dirangka sekiranya AI keselamatan siber ini gagal ataupun tidak — bertindak di luar kawalan?
Mohon jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada teknologi khususnya teknologi baharu dan teknologi yang bakal kita hadapi bergerak ke depan, ia nya menunjukkan bahawa realiti dia, kita akan menghadapi cabaran-cabaran yang baharu bergerak ke depan. Ini selaras dan selari dengan teknologi baharu yang bakal kita lihat as and when we go along. Jadi, soal dia bagaimana kita boleh bersedia untuk menghadapi cabaran ini, ya? Kita nak menggunakan teknologi. Ini sangat penting untuk kita memperkukuhkan lagi industri-industri negara kita, masyarakat negara kita, kerajaan negara kita dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kita mesti bersedia untuk risiko-risiko yang dihadapi ini sebab Yang Berhormat, kita lihat visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendirikan struktur-struktur yang baharu, di mana kita boleh memberikan perhatian kepada sebenarnya, apakah risiko yang kita lihat yang bakal kita hadapi as we go along. Dan, bila kita sedia maklum berkenaan dengan risiko ini ya, kita perlu mewujudkan struktur yang boleh melindungi kami daripada risiko-risiko tersebut bergerak ke depan, ya.
So, what is important is for us to build structures dengan izin. Kita perlu mendirikan struktur-struktur yang mempunyai apa ini kedudukan untuk memastikan sebenarnya di manakah arah teknologi ini, apakah sebenarnya langkah yang boleh diambil untuk kita memastikan kita selamat apabila teknologi itu hadir ataupun sampai ke negara kita.
Ini sebab kita lihat ada sekarang apa yang kita sebut sebagai the digital trust and data safety strategy yang dirangkakan untuk tahun 2025 — 2026 sehingga 2030. Dan, kita ada agensi-agensi sebagai National AI Office yang sekarang bekerjasama dengan data
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
committee yang telah pun diwujudkan. Dan, kita mengguna pakai undang-undang yang sedia ada untuk memastikan bahawa apabila ada sebarang pelanggaran kita dalam kedudukan untuk mengambil tindakan ya.
Dan, tindakan itu bergantung kepada keadaan dia ya, tapi yang penting itu mewujud institusi-institusi yang melihat kepada risiko, memastikan undang-undang sedia ada supaya bila berlaku masalah itu, kita dapat bertindak dengan pantas dan kemudian juga untuk memastikan bahawa kita dapat melihat ke depan untuk memastikan kita bersedia untuk risiko-risiko baharu yang kita bakal hadapi bergerak ke depan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada pihak Menteri di atas penganjuran ASEAN AI Malaysia Summit 2025 minggu lepas, 12 hingga 13 Ogos 2025, baru minggu lepas. Cuma, saya harap lain kali dapat — program besar seperti ini dapat dilibatkan juga jemputan daripada kami di pihak pembangkang. Macam Program LIMA. Sebab ini program yang agak besar tapi saya ikuti ucapan Yang Berhormat Menteri dan juga ucapan perasmian daripada Yang Berhormat, cukup baik untuk memandu teknologi ini untuk masa depan.
Cuma soalan saya, sejauh mana kerajaan menubuhkan badan semakan atau jawatankuasa bebas yang berperanan seperti AI Ethics Review Board bagi memastikan penggunaan teknologi seperti pengecaman wajah, pengawasan masa nyata, tidak melanggar hak privasi rakyat? Kerana ini selari dengan penekanan ASEAN iaitu tidak melanggar keseimbangan dan juga kebebasan individu. Negara-negara lain seperti saya boleh sebut, Singapura, United Kingdom, Kanada dan juga beberapa negara Eropah telah menubuhkan jawatankuasa bebas seperti ini. Terima kasih Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk jawapan.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, terlebih dulu saya minta maaf kerana sebenarnya jemputan ada dibuat dan Yang Berhormat daripada Kubang Pasu juga ada hadir dalam AI summit itu, but next time mungkin tak sampai pada masa yang tepat. Tapi yang pentingnya, kita lihat acara itu cukup menarik perhatian. bukan sahaja daripada rakyat Malaysia tapi juga rakyat serantau. Ramai yang hadir daripada negara-negara lain juga untuk melihat sebenarnya langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menyediakan negara kita, untuk AI dan cabaran-cabaran AI bergerak ke depan.
Soalan Yang Berhormat itu cukup pada tempatnya. Kita kena pastikan bahawa sementara kita lihat kepada bagaimana kita boleh semua menggunakan teknologi baru ini, kita sedia maklum risiko-risiko memang wujud. Dan apabila kita sebut berkenaan dengan
Tuan Gobind Singh Deo
risiko ini Yang Berhormat, perlu untuk kita ada mekanisme yang tertentu dan juga badan yang boleh melihat kepada aspek itu, supaya bila berlaku satu masalah, kita dapat ambil tindakan.
Di sini kita boleh melihatnya dari sudut jawatankuasa ataupun kita juga boleh lihatnya dari sudut agensi seperti National AI Office yang telah pun kita bangunkan di dalam Kementerian Digital. Salah satu perkara yang dibangkitkan di dalam RMK13 apabila dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah untuk kita membangkitkan seperti yang saya sebut tadi, digital trust and data security strategy. Di situlah kita lihat bagaimana kita boleh memastikan bahawa ada mekanisme yang boleh melihat kepada risiko itu dan juga ambil tindakan, as we go along.
Pada masa sekarang, kita memang ada Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang melihat kepada aspek-aspek data tapi data peribadi lah. Ia berbeza daripada data secara keseluruhan. Ia ada kuasa-kuasa untuk mengambil tindakan dan pelaksanaan dan sebagainya. Kita juga melihat kepada meluaskan perkara itu. Dan itu sebab kita sebut berkenaan dengan Data Commission yang akan melihat sebenarnya bagaimana kita boleh mewujudkan badan ini di dalam suruhanjaya yang kita wujudkan, supaya kita lihat kepada membangunkan rangka apa yang disebut sebagai governance. Kita nak pastikan kita ada piawaian yang tertentu, ia perlu diikuti. Kita ada peraturan tapi juga perlu dilaksanakan, undang-undang itu juga masih perlu kita laksanakan.
Jadi, sementara kita lihat kepada membangunkan ekosistem governance tersebut, kita perlu mewujudkan jawatankuasa yang boleh memberikan pelaksanaan kepada apa yang kita wujudkan itu. Dan itu memang akan diwujudkan dalam Suruhanjaya Data yang kita akan bangunkan. Tapi buat masa sekarang ia nya di bawah kawalan National AI Office tapi aspek- aspek yang merangkumi data peribadi, di bawah JPDP.
Dan kalau ada kesalahan dan sebagainya, undang-undang yang sedia wujud sepertimana saya sebut tadi, Cyber Security Act, kita juga ada akta-akta di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan sebagainya yang kita boleh guna pakai. Tapi ia dalam rancangan. Bergerak ke depan, saya harap kita dapat melihat Suruhanjaya Data itu ditubuhkan dengan cepat. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang berikutnya. Mempersilakan Datuk Muslimin bin Yahaya, Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Petua, soalan saya nombor 6.
6. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan Program Peningkatan Perniagaan, Program Pembangunan Penjaja dan Program Pendigitalan Perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil Malaysia masih dilaksanakan dan berapa peruntukan dan agihan peruntukan diberikan kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Mempersilakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Peningkatan Perniagaan, Program Pembangunan Penjaja dan Program Pendigitalan Perniagaan Kepada Komuniti Penjaja dan Peniaga Kecil masih dilaksanakan melalui siri Program Bimbingan Keusahawanan seperti Seminar Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil (EmpowerPPK).
Pada tahun 2024, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Program EmpowerPPK telah memberi latihan kepada 618 orang penjaja dan peniaga kecil.
Bagi tahun 2025 pula, sehingga Jun, KUSKOP melalui kerjasama dengan agensi- agensi seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Bank Rakyat, TEKUN Nasional dan rakan-rakan strategik seperti TikTok Shop, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menganjurkan Program EmpowerPPK di Sabah dan Putrajaya yang memberi manfaat kepada lebih daripada 210 orang peniaga dan penjaja kecil.
Secara keseluruhan, peruntukan bagi Program EmpowerPPK bagi tahun 2024 dan 2025 adalah hanya RM60,000. Tetapi walaupun tunai ia agak kurang ataupun memang kecil tapi kita ada banyak kolaborasi bersama dengan agensi-agensi yang lain seperti TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Corp dan juga INSKEN.
Selain daripada itu, agensi-agensi juga menyediakan bimbingan keusahawanan dan pembiayaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil. Seperti - saya bagi dua contoh adalah melalui INSKEN dengan pelaksanaan peningkatan kapasiti dan pendigitalan perniagaan. Program Bimbingan Pembangunan Produk (PDC) dan Program Bimbingan Pengurusan Wang (MAC) pada tahun 2025 yang telah memberi manfaat kepada seramai 288 peserta dan peruntukan berjumlah RM565,996.
Tetapi juga ada tiga program yang lain juga di bawah program bimbingan INSKEN yang melibatkan jumlah peserta yang telah menyertai program tersebut seramai 1,256 orang dan peruntukannya adalah RM4.089 juta. Bank Rakyat juga menyediakan pembiayaan bagi seramai 827 penjaja dan peniaga kecil yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta sehingga Julai 2025. Dan TEKUN Nasional telah menyediakan pembiayaan Skim TEKUN Online kepada seramai 390 peniaga kecil dan peniaga informal dengan peruntukan sebanyak RM3.506 juta. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Sungai Besar, soalan tambahan, silakan.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya agak tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan Program Pendigitalan Perniagaan. Ini satu program yang baharu, satu
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
transformasi yang sepatutnya memang PMKS mempelajari untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti. Jadi maksudnya, daripada tradisional, kita pada era yang lebih digital.
Cuma satu, bagaimana KUSKOP nak memperkasakan usahawan B40 yang memang kebanyakannya melibatkan kaum Melayu, India, Sabah dan Sarawak? Dan ini kita nak melihat bagaimana bimbingan, pembiayaan, latihan yang diberikan kepada mereka? Dan adakah KUSKOP berhasrat memberikan perhatian serius, meningkatkan peruntukan melalui Belanjawan 2026 nanti? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Sungai Besar. Memang kementerian mengambil pandangan yang amat serius berkaitan dengan peruntukan, khususnya bagi yang di bawah B40. Memang kita sudah mohon, ada permohonan yang sedang dilaksanakan dan dilancarkan di bawah Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2023 – eh, 2030. Minta maaf.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
[Bangun]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Juga kementerian telah memohon peruntukan tambahan bagi capacity building dengan penjaja dan peniaga kecil. Kajian keberkesanan dan juga berimpak tinggi juga sedang dikendalikan melalui INSKEN dengan mengadakan latihan berterusan, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, A to Z untuk pendekatan kemahiran dan keupayaan secara berterusan.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Selain daripada itu, memang kita ada banyak lagi peruntukan disediakan melalui agensi-agensi di bawah pengendalian KUSKOP seperti Bank Rakyat. Seperti yang saya dah sebut tadi, juga INSKEN yang memberi latihan dan juga di bawah banyak lagi agensi-agensi yang bekerjasama melalui kementerian yang lain juga. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya ingin bangkitkan sedikit berkenaan dengan inisiatif Pendigitalan Bersepadu Perniagaan yang diluluskan di bawah MED4IRN, mesyuarat dan diletakkan penyeliaannya bawah MDEC, tetapi juga melibatkan strategic partner-nya ialah SME Corp. Jadi, inisiatif ini amat penting untuk tingkatkan produktiviti, untuk kurangkan kos operasi PMKS.
Tetapi persoalan saya, apakah status dari segi pelaksanaan inisiatif ini dan keterlibatan SME Corp. untuk akhirnya meningkatkan dari segi kapasiti PMKS, terutamanya untuk menggunakan teknologi digital. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya ingat untuk soalan itu luar daripada skop tapi saya akan berikan jawapan secara bertulis.
Tapi, untuk memberitahu kerjasama kita di bawah SME Corp. dengan pendigitalan, banyak yang kami buat program. Contoh, seperti yang saya telah menyebut tadi.
Kita ada program-program TikTok live yang dikendalikan bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain, di mana penstriman digital diberikan lebih khusus kepada peniaga- peniaga kecil dan juga penjaja-penjaja kecil dan penstriman itu dijalankan di studio-studio tersebut secara percuma sehingga Disember. Program-program seperti ini telah memberikan hasil kepada lebih banyak peniaga-peniaga.
Saya boleh bagi satu contoh. Kalau kita lihat, sehingga Julai, 400 usahawan telah menerima bantuan dan juga manfaat di mana penjualan mereka telah tingkat lebih daripada RM14 juta. Ini hanya melibatkan yang peniaga-peniaga kecil, bukan saja PMKS. Tetapi program-program khususnya seperti yang TikTok live diberikan kepentingan dari segi perniagaan dan juga untuk memberikan peluang untuk usahawan-usahawan menjalankan perniagaan mereka. Tetapi, saya akan jawab secara lebih teliti dalam — secara bertulis.
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan berikutnya. Mempersilakan Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Soalan Gopeng nombor 7.
7. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status semasa pelaksanaan Pelan Tindakan KL20 dan bagaimana kementerian boleh memposisi Malaysia sebagai hab startup yang kompetitif di peringkat ASEAN.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Dato Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Gopeng.
Pelan Tindakan KL20 yang telah dilancarkan pada 23 April 2024 merupakan inisiatif bersama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI). Pelan tindakan ini menggariskan 12 inisiatif utama bagi menyokong usaha menempatkan Kuala Lumpur sebagai antara 20 ekosistem syarikat pemula terbaik di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2030.
Ia memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih ramai pelabur, pengasas syarikat pemula serta bakat berkemahiran tinggi ke dalam ekosistem syarikat pemula tempatan.
Sehingga 30 Jun 2025, sebanyak 41,696 permohonan telah diterima merentasi kesemua 12 marquee inisiatif di bawah Pelan Tindakan KL20 dengan sejumlah 40,751 penerima manfaat.
Menerusi portal tetingkap tunggal MYStartup, sebanyak 4,464 syarikat pemula aktif telah mendaftar. Jumlah-jumlah ini menunjukkan terdapat minat dan sambutan yang luar
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
biasa bagi inisiatif-inisiatif yang ditawarkan melalui Pelan Tindakan KL20. Sebagai makluman juga, pada tahun 2025, kedudukan Kuala Lumpur telah meningkat ke tangga ke-18 di dalam senarai Emerging Startup Ecosystems dengan izin, yang diterbitkan oleh Startup Genome, berbanding dengan — berbanding pada tahun 2024 di mana Kuala Lumpur berada di tangga 21 hingga 30.
Bersempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025, MOSTI telah diberi mandat oleh ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI) untuk menerajui inisiatif Startup ASEAN. Bagi merealisasikan mandat ini, pihak kementerian telah melantik Cradle Fund Sdn. Bhd. sebagai agensi pelaksana dan langkah ini bukan saja mampu memangkin pembangunan ekosistem syarikat pemula tempatan, malah turut memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Inisiatif Startup ASEAN melalui teras strategik keempat, building a digitally resilient ASEAN dengan izin, mempunyai empat Priorities Economic Deliveries (PED) seperti berikut.
Pertama, pengumuman Tahun Startup ASEAN pada 22 April 2025, bertempat di Cyberjaya. Saya telah mengumumkan Tahun Startup ASEAN serta menerangkan berkenaan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan bagi menjayakan inisiatif Startup ASEAN oleh pihak Cradle.
Yang kedua, pelancaran platform tetingkap tunggal ASEAN Startup. Pada 25 Jun tahun ini, bertempat di MOSTI, Cradle telah melancarkan ASEAN Startup platform iaitu sebuah portal merangkumi pangkalan data, penjenamaan dan kandungan yang dikhususkan untuk ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara. Sejak dilancarkan, sebanyak 4,872 syarikat pemula dan 1,209 pelabur telah berdaftar di portal tersebut. Dalam tempoh kurang sebulan, jumlah ini menunjukkan minat dan sambutan yang tinggi bagi syarikat pemula dan pelabur serantau untuk inisiatif Startup ASEAN yang dilaksanakan oleh Cradle.
Yang ketiga, program pemecut Hackathon dan Pitch Competition serantau. PED ini melibatkan pelaksanaan program-program pembangunan kapasiti di peringkat ASEAN melalui penganjuran ASEAN Tech Startup Ignite pada tahun 2025. Program-program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama negara-negara ASEAN bagi memupuk inovasi dalam menangani cabaran bertemakan ASEAN atau berasaskan korporat.
Yang keempat, iaitu yang terakhir, Sidang Kemuncak Startup ASEAN. Cradle akan menganjurkan Sidang Kemuncak Startup ASEAN 2025 sebagai acara kemuncak di bawah inisiatif ini. Sidang kemuncak tersebut bakal berlangsung selama tiga hari, dari 3 hingga 5 November 2025 di Kuala Lumpur dan dijangka menarik penyertaan pelabur serta syarikat pemula serantau ke Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Gopeng, soalan tambahan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih kepada Menteri atas jawapan tentang KL20 dan juga ASEAN sebagai hab startup. Saya ada dua soalan tambahan kepada Menteri.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Yang pertamanya, kalau kita lihat KL20, dia adalah satu usaha yang baik untuk bagi satu platform yang menyediakan ekosistem yang lebih inklusif kepada pelabur-pelabur dan syarikat-syarikat pemula. Tapi, atas usaha yang baik ini, yang murni ini, ada juga pihak-pihak tertentu yang mendakwa KL20 ini hanya untuk golongan-golongan tertentu terutamanya syarikat-syarikat asing dan pelabur-pelabur asing sahaja, yang mana saya rasa tidak. Saya mohon penjelasan daripada Menteri tentang dakwaan ini yang tidak betul.
Yang kedua, kita lihat usaha untuk meletakkan Malaysia sebagai ASEAN Startup Hub. Ini adalah satu tindakan yang sungguh tepat dan dia boleh membawa penjanaan ekonomi. Tetapi, kalau kita lihat kepada dia punya tujuan untuk tubuhkan hab ini, sebenarnya tahun ini adalah Pengerusian ASEAN dan kita gunakan peluang ini untuk wujudkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Kita wujudkan hab ini tetapi apakah selepas tahun ini kita tidak lagi Pengerusian ASEAN, apakah kita ada fasiliti yang tetap atau usaha-usaha yang lebih kepada binding, sekarang adalah non-binding, untuk kita pastikan usaha ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Yang soalan pertama itu, memang kami menafikan dakwaan tersebut sebab KL20 ini dia bukan satu inisiatif yang hanya menarik minat syarikat pemula bakat ataupun pelabur asing yang masuk ke dalam negara. Malah, dia juga turut memperkukuhkan ekosistem syarikat pemula tempatan di peringkat global.
Yang keduanya tentang kesinambungan selepas tahun 2025. Kerajaan melalui MOSTI dan Cradle akan terus memperkukuhkan ekosistem syarikat pemula tempatan negara melalui beberapa inisiatif walaupun selepas ini kita bukan lagi Pengerusi ASEAN.
Tuan Chang Lih Kang
Yang pertama adalah penubuhan center of excellence (COE) yang merupakan one stop centre sebagai satu pusat untuk memupuk bakat dan syarikat pemula dan ekosistem yang inklusif bagi pelabur dan juga pemain ekosistem.
Yang kedua, pengukuhan platform serantau. Kita akan menyediakan platform rasmi serantau, ASEAN Startup Portal, yang bagi pemadanan pelabur, syarikat pemula dan pemain industri.
Yang ketiga, akses pasaran ASEAN yang berfokus Malaysia.
Yang keempat, melalui pemetaan dan penyelarasan program.
Maksudnya, Tuan Yang di-Pertua, mandat Malaysia sebagai peneraju ASEAN Startup Initiative ini, dia tidak akan berakhir selepas Kepengerusian ASEAN tahun ini, sebaliknya kita akan terus meneruskan kerangka, meneruskan usaha-usaha ini dalam kerangka COSTI dan kerjasama serantau yang berterusan. Dengan pendekatan ini, Malaysia
Tuan Chang Lih Kang
bukan saja berperanan sebagai tuan rumah persidangan tetapi kekal sebagai peneraju utama dalam membentuk landskap syarikat pemula serantau.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri, sedikit saja soalan saya. Bagaimana pelan ini akan diselaraskan dengan pelan-pelan lain seperti Rangka Tindakan Revolusi Industri Keempat ataupun 4IR? Dan juga, apakah strategi MOSTI untuk menarik pelaburan daripada syarikat modal teroka asing dan bagaimanakah MOSTI akan membantu startup tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Padang Serai.
Sebenarnya penarikan pelabur asing masuk ke Malaysia itu adalah di bawah portfolio MITI tetapi memang MOSTI sentiasa bersedia untuk membantu, sebab MOSTI juga berada dalam Jawatankuasa MED4IR dan juga MOSTI sebagai rakan strategik yang mempunyai keupayaan untuk membuat, dengan izin, due diligence atas teknologi yang syarikat pelabur yang nak masuk. Itu adalah peranan MOSTI.
Dan selain daripada itu, kita juga selalu bekerjasama dengan Kementerian MITI dan juga MOF untuk membincangkan bagaimana usaha-usaha untuk menarik pelabur asing berteraskan teknologi dan inovasi untuk melabur di dalam Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Dengan ini, dipersilakan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Soalan nombor 8.
8. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan kerjasama ekonomi bersama melibatkan Blok ND6 dan Blok ND7 yang telah dibincangkan dalam perundingan bersama Presiden Indonesia. Dikatakan usaha sama ini adalah antara inti pati Triti Laut Sulawesi yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri sebelum ini.
Adakah Kerajaan Negeri Sabah dilibat serta dalam perundingan tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semasa lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Indonesia pada 27 Jun 2025 yang lalu, kedua-dua pemimpin telah mengeluarkan kenyataan bersama berhubung dengan cadangan pembangunan bersama di Laut Sulawesi. Cadangan bersama ini adalah merujuk kepada perkara yang masih lagi di peringkat pertimbangan awal bagi meneroka kebarangkalian kerjasama tersebut, dan sememangnya belum lagi dimuktamadkan. Ini merupakan usaha-usaha awal kedua-dua pemimpin mencuba untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kedua-dua negara.
Dato’ Yang di-Pertua, cadangan bersama ini juga bukan merupakan inti pati Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun 2023 yang lalu memandangkan triti tersebut hanya melibatkan sebahagian daripada zon laut wilayah di kawasan Laut Sulawesi dan tidak melibatkan Blok ND6 dan Blok ND7 yang terletak di kawasan zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Persekutuan juga melalui Kementerian Luar Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan berhubung dengan perkara berkaitan persempadanan maritim Malaysia.
Usaha ini dilakukan dengan pendekatan, dengan izin, whole-of-government dan penuh komitmen dalam melaksanakan rundingan dengan negara-negara jiran bagi mencari penyelesaian yang dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Justeru itu, dalam menyelesaikan isu persempadanan maritim Malaysia dan Indonesia, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sabah dalam proses rundingan dan perbincangan tersebut. Wakil kerajaan Sabah turut dilibatkan di dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan serta rundingan teknikal persempadanan maritim di antara Malaysia dan Indonesia. Kerajaan Persekutuan juga sentiasa mengambil serius pandangan dan pendirian kerajaan Sabah dalam membuat apa-apa keputusan dalam memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia sentiasa terpelihara.
Perbincangan berkaitan sempadan maritim adalah berlandaskan kepada prinsip perundangan dan teknikal yang dilakukan secara teliti, cermat dan berhemat. Dalam hal ini, kerajaan sentiasa membuat penilaian terperinci dan menyeluruh berhubung sebarang cadangan penyelesaian termasuklah kerjasama ekonomi dalam mencari keputusan yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Beluran untuk soalan tambahan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Indonesia merujuk laut kepunyaan Malaysia ini sebagai Ambalat. Malaysia merujuknya sebagai Blok ND6, ND7. Adakah Malaysia bercadang untuk memberi nama yang lebih signifikan selain daripada Blok ND6, ND7 ke atas laut ini?
Perundingan yang dijalankan antara Perdana Menteri dengan Prabowo, adakah hak Sabah dilindungi melalui penglibatan Ketua Menteri Sabah dengan Ketua Menteri Sarawak
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
dalam rundingan itu? Difahamkan bahawa perundingan hanya berjalan empat mata dan bukan lapan mata dan tidak ada kehadiran kedua-dua Ketua Menteri dalam perundingan dengan Prabowo. Adakah itu berlaku, Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Datuk Mohamad bin Alamin
Untuk makluman Yang Berhormat Beluran, pada 28 hingga 29 Julai itu adalah mesyuarat ataupun rundingan tahunan, annual consultation, yang dilakukan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri di mana dalam delegasi itu, dijemput sama juga Ketua Menteri Sabah dan juga Premier Sarawak.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
[Bangun]
Datuk Mohamad bin Alamin
Dato’ Speaker, dalam rundingan konsultasi itu, benar disentuh soal Laut Sulawesi secara umum tetapi kedua-dua pemimpin telah bersetuju untuk meminta kedua-dua pihak Malaysia dan juga Indonesia meneruskan rundingan menggunakan mekanisme yang sedia ada. Mekanisme apa yang sedia ada itu ialah Mesyuarat Teknikal Persempadanan Maritim, Dato’ Speaker.
Banyak perkara dibincang dalam annual consultation itu, Datuk, untuk makluman Beluran. Bukan hanya soal hal-hal maritim tetapi banyak isu-isu semasa juga dibincang, termasuklah isu pendidikan yang ada di Sabah itu perlu kita bantu juga. CLC, umpamanya, community learning center yang ada banyak di Sabah itu juga dibincang, diangkat dalam mesyuarat itu. Dan demikian juga persempadanan darat juga, dibincang juga bersama-sama yang melibatkan kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak. Jadi, maknanya di sini ialah bukan hanya soal isu maritim yang dibincang dalam annual consultation yang diadakan pada 28 hingga 29 Julai itu.
Yang keduanya, soal menamakan nama baru itu, Dato’ Speaker, itu belum lagi ada dalam perbincangan kita. Tapi, kita kekalkan istilah ataupun term yang kita gunakan pada hari ini.
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Soalan Tenggara. Apakah jaminan strategik Kerajaan Malaysia bahawa perbincangan kerjasama pembangunan bersama (joint development) di area ND6 dan ND7 ini dengan Indonesia tidak akan menjejaskan tuntutan maritime Malaysia khususnya kepentingan Sabah Timur? Dan, apakah pendekatan-pendekatan diplomatik yang diambil oleh Malaysia berkaitan hal ini?
Dan, Tenggara ingin memberi peringatan kepada kementerian, kalau bincang itu biarlah start right from the start, kita pastikan menang-menang itu pada perbincangannya.
Sebab, melihat kepada perbincangan terutama dengan Singapura, kadang-kadang kita banyak yang terlepas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Pertamanya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Tenggara. Benar, dalam setiap rundingan, setiap mesyuarat, kita sentiasa mementingkan kedaulatan, hak kedaulatan, juga kepentingan Malaysia terutamanya melibatkan stakeholders yang terbesar dalam Laut Sulawesi ini ialah negeri Sabah.
Dan dalam menyelesaikan isu persempadanan maritim ini, negara-negara penuntut sentiasa memikirkan penyelesaian yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara berhubung dengan kenyataan kedua-dua pemimpin supaya...
[Tidak jelas] Dato’ Speaker, ada kebarangkalian untuk kita menerokai joint development ini. Jadi, ini adalah usaha-usaha dan pandangan-pandangan yang masih terlalu awal. Oleh sebabnya, kedua-dua pemimpin bersetuju kita meneruskan rundingan itu menggunakan mekanisme yang sedia ada sepertimana yang saya sebutkan tadi.
Dan mengenai jaminan strategik dalam membuat apa-apa keputusan, kerajaan sentiasa membuat penilaian terperinci, berhati-hati dan juga berhemat. Kita tidak mahu sebarang kepentingan akan digadaikan, kedaulatan akan digadaikan. Itu sebabnya kita sentiasa komited dan konsisten dengan pendekatan yang kita ada.
Datuk Mohamad bin Alamin
Kita gunakan mekanisme itu sebaik mungkin dan kita pelihara kedaulatan Malaysia dan juga kepentingan negeri Sabah itu. Insya-Allah, dalam setiap mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di hadapan, dan tahun ini sahaja, Dato’ Speaker, kita ada banyak mesyuarat antara Malaysia dan juga Indonesia berkenaan dengan mesyuarat teknikal persempadanan maritim ini. Ada lima mesyuarat tahun ini sahaja. Jadi, kita akan gunakan sebaik mungkin untuk kita merungkai, berbincang secara sahabat, tidak secara emosi, tetapi kita dalam masa itu kita mementingkan soal hak kedaulatan Malaysia, hak kedaulatan negeri Sabah dan kepentingan negara, juga negeri Sabah itu terus dipelihara. Terima kasih, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang berikutnya mempersilakan Tuan Edwin anak Bantar, Yang Berhormat Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 9.
9. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah pelajar di Selangau yang menerima bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan bantuan peralatan persekolahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Selangau. Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan yang terdiri daripada lima jenis bantuan persekolahan umum dan 13 jenis bantuan persekolahan khusus. Bantuan
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
persekolahan umum diberikan kepada sekolah bagi membiayai aktiviti sekolah dan bantuan persekolahan khusus diberikan kepada murid tertakluk kepada kriteria dan juga syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap jenis bantuan.
KPM melalui Jabatan Pendidikan Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Selangau telah menyalurkan bantuan persekolahan kepada murid-murid yang layak di kawasan Selangau seperti berikut. Nombor satu, Biasiswa Kecil Persekutuan bagi murid sekolah menengah termasuk Tingkatan 6 dengan pendapatan ibu bapa di bawah RM2,589 yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Seramai 368 orang murid di Selangau layak menerima BKP, bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan dengan bayaran antara RM770 sehingga RM1,210 setahun, melibatkan peruntukan sebanyak RM310,760.
Nombor dua, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diberikan kepada semua murid warga negara Malaysia berada di Tahun 1 sehingga Tingkatan 6. Bagi sesi persekolahan 2025-2026, KPM telah menyalurkan BAP sebanyak RM1,135,500 untuk manfaat 7,570 orang murid di Selangau.
Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin seramai 1,793 orang murid dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 3 dari keluarga kategori miskin tegar di Selangau telah menerima manfaat Bantuan Am Persekolahan 2025 melibatkan peruntukan RM195,250.
Rancangan Makanan Tambahan di Selangau, 1,213 orang murid menerima manfaat RMT dengan peruntukan RM921,880. Dan, Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas juga diberikan kepada murid keperluan pendidikan khas (MPPK) yang tergolong dalam kategori OKU, orang kurang upaya. Di Parlimen Selangau seramai 48 orang telah menerima elaun EMBPK dengan kadar RM150 setiap bulan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM41,550.
Dan, berkenaan dengan bantuan jaket keselamatan. Jaket keselamatan dibekalkan kepada murid yang menggunakan pengangkutan air ke sekolah. Bantuan ini diberikan kepada dua buah sekolah di Selangau, 42 unit di SK St Mark dan 35 unit di SK Kuala Lemai.
KPM sentiasa komited untuk memastikan kebajikan semua murid terutama daripada keluarga yang berpendapatan rendah, mendapat bantuan yang sewajarnya supaya tidak tercicir dalam pendidikan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, out of curiosity dengan izin. Bantuan-bantuan ini direct to the family, terus kepada keluarga ataupun bagaimana?
Tuan Wong Kah Woh
Untuk 18 jenis bantuan ini, lima kepada pihak sekolah.
Tetapi, berkenaan dengan bantuan khusus yang saya sebut tadi adalah terus kepada murid ataupun pelajar, ataupun keluarga dia iaitu kita namakan sebagai bantuan khusus, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah fokus kepada masalah air di SMK Ulu Balingian, Selangau. Jadi, apakah langkah segera yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah pencatuan air di SMK Ulu Balingian, Selangau? Kalau saya, boleh tak saya bagi senario masalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
...Di — air.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Sumber air diperolehi secara dipam terus dari Sungai Tepus. Pam air yang digunakan sebelum ini telah rosak disebabkan kurang penyelenggaraan berskala. Akibatnya, pihak sekolah terpaksa mencatu penggunaan air sekali gus menjejaskan kebajikan pelajar dan guru. Kini pula pelajar-pelajar asrama sekolah tersebut terpaksa balik ke rumah panjang setiap hujung minggu. Perkara ini amat membebankan kewangan ibu bapa mereka. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Secara amnya, bukan untuk sekolah ini. Secara amnya, bagi pihak KPM untuk sekolah-sekolah yang tidak mempunyai sambungan ataupun sambungan air terawat, maka, pihak KPM dalam beberapa tahun lepas ada melaksanakan projek telaga tiub.
Namun demikian, berkenaan dengan soalan spesifik, berkenaan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Balingian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selangau, saya pohon keizinan untuk menjawab secara bertulis supaya pihak kami boleh memberikan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan langkah-langkah yang boleh dan telah pun diambil. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bukan — kenapa Menteri, kerana kawasan-kawasan Orang Asli di dalam pedalaman lebih kurang macam Selangau jugalah keadaannya. Baik, berikutnya saya mempersilakan...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dato’, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tambahan, Yang Berhormat tambahan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Soal tambahan saya, saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan terdapat 1,213 orang penerima RMT. Dan, kita percaya bahawa rancangan RMT ini dibuat
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
berdasarkan kepada pelan strategik kerajaan khususnya untuk memerangi masalah malnutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia..
Soalan saya ialah sejauh manakah pemantauan dan kerjasama yang dibuat di antara KPM dengan KKM, terutamanya di peringkat daerah, di kawasan-kawasan pedalaman, bagi memastikan kualiti pemakanan diberikan, dibuat mengikut nutrisi, bukan kos?
Dan yang kedua, apakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kos RMT kerana hari ini kita tahu bahawa jumlahnya diberikan RM4 sahaja bagi Sabah dan Sarawak bermula tahun 2022, sedangkan kenaikan kos harga makanan telah pun berlaku berkali-kali hingga 2025 ini. Jadi, adakah akan dibuat sebarang kenaikan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Pertama sekali berkenaan dengan kos ataupun peruntukan yang diberikan bagi tujuan pelaksanaan RMT.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, skala ataupun kadar RMT sebenarnya telah dinaikkan sekali pada tahun 2022, bulan November. Iaitu di Semenanjung Malaysia, RM2.50.
Sudah naik RM1 jadi RM3.50 dan bagi Sabah dan Sarawak serta Labuan telah pun dinaikkan dari RM3 sehingga RM4.
Dan, KPM mengambil maklum berkenaan dengan kenaikan kos dan KPM bersedia untuk meneliti. Namun demikian, kesemua ini adalah tertakluk kepada keadaan ataupun kedudukan kewangan sedia ada khasnya kelulusan daripada MOF.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan RMT, sememangnya pada tahun ini peruntukan yang disediakan oleh pihak KPM yang diluluskan oleh pihak MOF telah pun meningkat. — Rancangan Makanan Tambahan tahun 2024, peruntukan yang disediakan RM784,295,100. Tahun ini, meningkat kepada RM869,656,100. Peningkatan sebanyak RM85 juta bagi tahun ini dengan suatu peningkatan pada kadar 10.88 peratus. Ini merupakan satu manifestasi dan komitmen daripada kerajaan untuk memastikan RMT ini dapat dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan memanfaatkan anak-anak kita.
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan pemantauan, sememangnya KPM selalu memastikan dasar pengoperasian Program RMT dipatuhi oleh semua sekolah yang melaksanakan Program RMT. Dan tahun 2024, telah pun ditubuhkan satu pasukan task force untuk pemantauan berfasa dan penubuhan pasukan task force ini bermatlamat menilai dan melaporkan berkenaan dengan penambahbaikan Program RMT yang sedang dilaksanakan. Pemantauan kali pertama, fasa pertama, bermula Disember 2024 dan kedua, pemantauan bagi kali kedua, Februari 2025. Dan kesemua usaha ini akan diteruskan, khasnya dengan kolaborasi bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan menu yang kita sediakan 20 jenis — 20 menu yang disediakan dan ditetapkan oleh KKM itu akan dipatuhi.
Dan pada masa yang sama, dari segi pelaksanaan, kualiti pelaksanaan itu juga akan dipantau
Tuan Wong Kah Woh
oleh task force dan juga akan dipantau oleh pihak PPD dan juga pihak pentadbir sekolah.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-10. Dipersilakan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Masjid Tanah nombor 10. Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan Ketua Jajahan Kuala Krai, merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai dan juga Ahli- ahli Majlis ke Persidangan Dewan Rakyat pada pagi ini. Selamat datang diucapkan.
[Tepuk]
10. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa ramaikah guru yang memilih untuk bersara awal bagi tahun
(2022-2024) dan apakah langkah kementerian bagi menangani isu kekurangan tenaga pengajar serta memastikan kesejahteraan guru melalui pengurusan beban kerja, terutama sekali apabila sekolah berhadapan dengan isu kekurangan tenaga pengajar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pendidikan, sila jawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap isu pengisian guru di sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah guru bersara awal dari tahun 2022 sehingga 2024 secara puratanya adalah seramai 5,594 orang setahun. Mengikut pecahan berkenaan dengan guru bersara pilihan yang telah pun diluluskan oleh JPA adalah seperti berikut. Tahun 2022 – 5,306 orang, 2023 – 6,394 orang, 2024 – 5,082 orang bersamaan dengan 1.17 peratus daripada jumlah warga pendidik yang kita ada dan 2025, sehingga Mei 2025 – 2,397 orang. So, untuk tahun 2025, setakat Mei.
KPM sentiasa komited dalam menangani isu kekurangan tenaga pengajar, di samping memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara. KPM melaksanakan pengambilan guru tetap sebanyak dua kali setahun, manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan membuka sistem permohonan guru sepanjang tahun bagi mempercepatkan pengambilan dan juga penempatan guru.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah membuat penambahbaikan ke atas fungsi pengurusan sekolah KPM melalui perwujudan Modul Tadbir Urus Sekolah
(MySG) sejak tahun 2021. KPM juga telah membangunkan dokumen deskripsi tugas (job description) sejak tahun 2016, mengambil kira — menjelaskan akauntabiliti tugas yang spesifik serta dapat membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih efektif.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, KPM juga telah mengambil pendekatan holistik dan progresif dalam memastikan guru kekal bermotivasi menerusi inisiatif tujuh langkah kesejahteraan guru. Inisiatif ini berfokuskan kepada pedagogi guru, pentaksiran
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
pengoperasian sekolah, penilaian peperiksaan dan pengurusan serta pentadbiran sekolah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rumusan Laporan Tinjauan Pelaksanaan Tujuh Langkah Kesejahteraan Guru yang dilaksanakan pada Disember 2024 melibatkan 1,007 buah sekolah di seluruh negara menunjukkan bahawa pelaksanaan inisiatif tujuh langkah ini berjaya dalam pelaksanaannya. Ia menunjukkan hasil yang positif berdasarkan kajian Indeks Kesejahteraan Guru pada November 2024 sehingga Januari 2025, yang mana kajian ini melibatkan 23,625 orang responden guru yang mencatatkan skor pada tahap tinggi iaitu 77.65 skor daripada skala maksimum 100.
KPM juga memanfaatkan teknologi secara sistematik melalui pelaksanaan MOEIS dan juga idMe yang mengintegrasikan data merentas pelbagai sistem. Ini membantu mengurangkan pengisian berulang dan juga beban perkeranian. Di samping itu, Pelantar DELIMa menyediakan aplikasi AI, bahan PdP digital dan latihan kejurulatihan untuk menyokong tugas guru secara efektif dan juga kreatif.
Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Masjid Tanah, soalan tambahan. Silakan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tersebut. Dan selain daripada modul yang ditambah baik dan juga tujuh langkah yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri, apakah reformasi pendidikan yang telah diuar-uarkan berjaya mengurangkan beban guru? Ini adalah kerana saya mendengar banyak rungutan daripada guru-guru bahawa kerja bertindih berterusan di sekolah dengan program yang dirancang sejak daripada awal tahun dengan program yang sama, yang harus dibuat apabila ada arahan daripada pihak KPM seperti Gotong-Royong MADANI dan sebagainya.
Seterusnya, saya ingin mendapatkan, bolehkah Yang Berhormat beri secara bertulis data iaitu berkenaan dengan jumlah guru yang bersara awal ikut negeri, opsyen subjek dan juga sekolah bandar ataupun luar bandar, supaya dapat kita lihat jurang yang kritikal, kekurangan guru di kawasan tertentu. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Masjid Tanah — Yang Berhormat — Sorry eh, Yang Berhormat mana entah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masjid Tanah.
Tuan Wong Kah Woh
Masjid Tanah. Betul. Ya, maaf, maaf. Yang Berhormat Masjid Tanah. Berkenaan dengan permintaan bagi data mengikut negeri, nanti pihak KPM akan bekalkan kepada Yang Berhormat nanti. Namun demikian, berkenaan dengan — isu berkenaan dengan selain daripada tujuh langkah bagi kesejahteraan guru ini, sememangnya
Tuan Wong Kah Woh
ada beberapa langkah yang amat holistik dan juga progresif, termasuklah pelantikan Pengawas Peperiksaan SPM dari kalangan bukan guru. Ini adalah untuk memastikan bahawa kita mempunyai segolongan — target kita 20 peratus daripada kesemua pengawas peperiksaan itu terdiri daripada mereka yang datang dari bukan guru. Namun, target itu belum lagi tercapai. Kita mempunyai pada tahun 2023, petugas sukarelawan 7,211 orang. SPM 2024, petugas sukarelawan 5,780 orang.
Selain daripada tujuh langkah yang saya sebutkan tadi, pada tahun ini juga KPM mengambil satu pendekatan ataupun satu pembaharuan iaitu untuk melantik Pembantu Guru MySTEP untuk ditempatkan di sekolah-sekolah yang mempunyai 1,500 orang murid ke atas dan juga ke sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas.
Dan pembantu guru ini sudah tentu dapat membantu untuk mengurangkan kerja- kerja bukan instruksional ataupun kerja-kerja pentadbiran bagi guru. Dan setakat ini, 282 sekolah telah mendapat manfaat. Setiap satu sekolah mencapai dua orang pembantu guru bertaraf MySTEP — pelantikan MySTEP sejumlah 564 orang. Dan ini merupakan — dan program ini ataupun pembaharuan ini akan diperluaskan kepada sekolah-sekolah yang lain pada masa yang terdekat ini juga.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Speaker. Jawapan Timbalan Menteri tadi berkaitan dengan permohonan bersara awal bagi 2022 sehingga 2024 iaitu 5,594 orang setahun. Ini merupakan suatu bilangan yang besar sebenarnya. Jadi, soalan saya Yang Berhormat. Bagaimana kementerian menilai keberkesanan mekanisme pengurusan beban kerja sedia ada, termasuk sokongan psikologi, latihan profesional dan sumber bantuan lain bagi memastikan kesejahteraan guru terjamin, terutama di sekolah yang menghadapi kekurangan tenaga pengajar? Apakah langkah tambahan yang dirancang untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan motivasi guru dan seterusnya, mengurangkan kadar persaraan awal? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Wong Kah Woh
Okey, dengan izin Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Mungkin saya mulakan jawapan dengan sedikit perkongsian berkenaan dengan punca utama yang dinyatakan dalam permohonan persaraan pilihan awal iaitu 67.44 peratus menyatakan bahawa mereka tidak lagi berminat, diikuti dengan masalah keluarga 17.43 peratus, masalah kesihatan 7.69 peratus, beban tugas 5.37 peratus, masalah peribadi 2.08 peratus.
Tuan Wong Kah Woh
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Pilah, berkenaan dengan bagaimana kita memastikan kita mempunyai bilangan guru yang mencukupi. Seperti yang saya jawab dalam jawapan asal saya, nombor satu, kita pastikan pengambilan guru itu diambil — pengambilan guru secara tetap diambil dua kali setahun dan pada masa yang sama juga kita memastikan bahawa pihak SPP juga melaksanakan pengambilan ataupun permohonan menerima permohonan sepanjang tahun. Dan ini membolehkan pihak SPP untuk mendapat satu talent pool dengan izin, yang lebih besar supaya kita boleh menarik lebih ramai calon untuk menjadi guru.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, baru-baru ini pada 8 hari bulan Ogos iaitu dua minggu yang lepas, KPM melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga telah membuka untuk pelantikan guru ataupun pengambilan guru dari kalangan mereka yang tidak mempunyai ikhtisas iaitu mereka yang tidak mempunyai diploma ataupun sijil dalam bidang pendidikan, secara COS. Maka, secara COS ini kita boleh dapat terus daripada graduan- graduan universiti awam, universiti swasta dan juga universiti luar negara berkenaan untuk menarik mereka untuk mengisi — menjadi guru dan mengisi kekosongan yang ada.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat pada tahun lepas — mulai tahun lepas, pihak KPM semasa menguruskan permohonan bagi persaraan pilihan juga, kami mengambil satu inisiatif iaitu untuk mereka yang memohon untuk pesara yang umur dia antara 40 hingga 44 tahun, pihak KPM melakukan intervensi, mengadakan perbincangan dengan golongan ini untuk cuba memujuk dan juga untuk melakukan intervensi berkenaan dengan keputusan guru-guru yang memilih untuk pesara ini. Ini adalah untuk age group dengan izin, golongan umur dari umur 40 hingga 44. Dan usaha berpanjangan akan diteruskan untuk memastikan kesejahteraan guru adalah terjaga dan pada masa yang sama memastikan kita mempunyai guru yang mencukupi di peringkat sekolah kerajaan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya memohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua kementerian di nombor 16 hingga 22 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan selepas itu Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 21 Ogos 2025.”
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan
Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun bawah 18(1). Okey yang pertama, dua usul yang dihantar iaitu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Yang pertama ialah berhubung dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Usul-usul Yang Berhormat hantar masih dalam pertimbangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mungkin saya nak check, mungkin dia ada terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Check dengan Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang pertama hukuman kepada Pendang saya rasa tidak adil sebab dia dua belah pihak. Ini saya bawa usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian keduanya ialah berhubung dengan nombor plate yang tidak mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Jadi, saya buat dua usul itu. Apakah dipertimbangkan ataupun masih ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berapa lama Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh tanya Tan Sri Speaker. Saya bukan Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pukul berapa dia masuk ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Nanti tanya Tan Sri Speaker, boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tahu tapi saya tak tahu pukul berapa dia masuk. Kami pun tengah sibuk hal dunia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pergi office Tan Sri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab. Masa, 30 minit.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Speaker. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Berlabuh sampan di tepi muara, Singgah sebentar di pasar tamu; PMKS dan sektor ketiga penggerak negara, Menjadi harapan ekonomi maju. Terlebih dahulu, izinkan saya berkongsi mengenai prestasi PMKS pada tahun 2024 secara ringkas, di mana PMKS telah mengeluarkan pertumbuhan 5.8 peratus atau sumbangan sebanyak RM652.4 bilion kepada ekonomi negara. Selain itu, eksport PMKS juga mencatatkan pertumbuhan 31.3 peratus atau sumbangan sebanyak 14.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara.
Dari segi pasaran pekerja pula, PMKS menggaji seramai 8.1 juta pekerja, meningkat 3.1 peratus atau tambahan hampir 250,000 pekerja, yang menjadikan sumbangan PMKS kepada jumlah guna tenaga meningkat kepada 48.7 peratus. Pencapaian ini mencerminkan daya tahan dan kebolehan PMKS untuk terus berkembang meskipun berdepan dengan ketidaktentuan global dan cabaran ekonomi semasa.
Dalam konteks pencapaian KUSKOP, bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 tahun ini, seramai 237,581 usahawan dan koperasi telah menerima pembiayaan dari agensi-agensi KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, PERNAS dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia melibatkan dana peruntukan berjumlah RM6.32 bilion. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan”, KUSKOP khususnya akan menerajui keutamaan penskalaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang antara lain bertujuan melahirkan entiti perniagaan tempatan yang mempunyai keupayaan daya cipta dan mampu bersaing di pasaran domestik dan global.
Di samping itu, di bawah keutamaan pemerkasaan sektor ketiga, KUSKOP melalui perusahaan sosial (SE), perniagaan inklusif (IB) dan Koperasi akan terlibat secara langsung untuk memastikan sektor ketiga ini menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi sosial yang terangkum dan mampan. Dan, KUSKOP juga akan terlibat dalam pembangunan sektor francais negara.
Dalam hal ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Paya Besar, Stampin, Padang Besar, Bagan Serai, Libaran, Padang Serai, Kalabakan, Sungai Besar, Petaling Jaya, Rompin, Tebrau, Gerik, Gopeng, Selangau, Klang, Wangsa Maju, Lumut dan Ranau yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh isu-isu di bawah seliaan KUSKOP semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RMK13 dari 4 Ogos hingga 14 Ogos yang lalu. Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan mengambil kira pandangan tersebut dalam pelaksanaan program keusahawanan dan koperasi KUSKOP di bawah RMK13 kelak.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Dengan mengambil kira perkara yang dibangkitkan, penggulungan saya pada hari ini telah diselaraskan berdasarkan kepada empat topik utama yang dibangkitkan iaitu:
(i) penskalaan PMKS;
(ii) sektor ketiga;
(iii) polisi dan dasar berkaitan PMKS; dan
(iv) program keusahawanan.
Dan, saya akan memberi keutamaan untuk menjawab perbahasan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan pada ketika ini.
Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar, telah menyentuh mengenai strategi dan pendekatan dalam usaha penskalaan PMKS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agenda penskalaan PMKS adalah selari dengan usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi serta membentuk ekosistem PMKS yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing. Di bawah agenda ini, sasaran telah ditetapkan untuk meningkatkan peratusan syarikat bersaiz sederhana dalam komposisi keseluruhan PMKS kepada lima peratus pada — menjelang tahun 2030 berbanding 1.8 peratus pada tahun 2023.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Inisiatif baharu yang telah dikenal pasti sebagai pemacu utama agenda penskalaan PMKS ialah:
(i) menggalakkan penyertaan PMKS dalam aktiviti bernilai tambah tinggi;
(ii) menggalakkan penglibatan dalam model perniagaan disruptif;
(iii) memperluas keterlibatan dalam rantaian nilai global; dan
(iv) meningkatkan penyenaraian syarikat PMKS di papan pasaran.
Yang Berhormat Paya Besar juga telah mencadangkan supaya sektor guaman disenaraikan di bawah usahawan PMKS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, definisi PMKS meliputi semua sektor ekonomi termasuk sektor perkhidmatan, pembinaan, pembuatan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian. Dalam hal ini syarikat guaman dikategorikan di bawah sektor perkhidmatan dan ditakrif sebagai PMKS tertakluk kepada pematuhan jualan tahunan dan bilangan pekerja. Syarikat juga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau dengan pendaftar peniagaan atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak atau badan berkanun bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan profesional.
Yang Berhormat Bagan Serai telah menyentuh mengenai usaha penskalaan PMKS dalam konteks perkembangan industri halal. Sebagai makluman Yang Berhormat, pembangunan industri halal negara dipacu oleh majlis atau jawatankuasa Kabinet yang dipanggil Majlis Pembangunan Industri Halal yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I, di mana KUSKOP juga menjadi anggota kepada majlis ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
KUSKOP telah melaksanakan beberapa program strategik dan secara berperingkat untuk memacu penskalaan PMKS dalam sektor halal bermula daripada bimbingan mendapatkan pensijilan halal, pembangunan produk inovasi hinggalah akses ke pasaran antarabangsa. Di bawah program pembangunan perusahaan halal yang merangkumi perincian seperti berikut:
(i) program pembangunan kapasiti industri halal yang memfokuskan kepada pembudayaan jenama halal dalam ekosistem keusahawanan;
(ii) program pembangunan kapasiti produk halal bertujuan memantapkan keupayaan rantaian bekalan halal melalui sinergi antara agensi serta menaik taraf pembungkusan produk;
(iii) program inovasi dan teknologi halal yang memberi fokus kepada pengeluaran produk halal melalui adaptasi teknologi dan inovasi; dan
(iv) program pengantarabangsaan usahawan halal di mana usahawan yang berada di tahap eksport ready akan dibawa untuk menerokai pasaran antarabangsa secara bersasar.
Dan sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, agensi-agensi KUSKOP juga mempunyai pegawai-pegawai yang dipanggil Halal Development Officer (HDO) bagi membantu usahawan-usahawan di bawah agensi masing-masing terutama untuk mendapatkan pensijilan halal. Tekun Nasional mempunyai 30 pegawai tersebut, SME Corp.
mempunyai 37 pegawai HDO, Bank Rakyat, 18 orang pegawai dan SME Bank 10 orang pegawai.
Yang Berhormat Padang Besar dan Sungai Besar telah menyentuh mengenai usaha mempertingkatkan pertumbuhan usahawan PMKS bumiputera agar selari dengan sasaran sumbangan PMKS kepada KDNK sebanyak 50 peratus di bawah RMK13 ini, terutama di bawah inisiatif penskalaan PMKS. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP melalui Dasar Keusahawanan Nasional 2030 atau ringkasnya DKN 2030 dan juga Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau ringkasnya PuTERA35 telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan khusus untuk memperkukuh daya saing PMKS bumiputera bagi menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara.
Ia memberi fokus kepada inisiatif penskalaan yang menekankan kepada akses pembiayaan secara bersasar, pembangunan kapasiti dan produktiviti, penerokaan pasaran baharu termasuk eksport. Dan antara program yang sedang dilaksanakan adalah:
(i) Peningkatan Enterpris Bumiputera ataupun BEEP di bawah SME Corp;
(ii) program galakan eksport bumiputera di bawah SME Corp. dan Business Exports Programme oleh SME Bank;
(iii) program Bumiputera Rapid Acceleration & Value Enhancement atau program BRAVE di bawah SME Corp;
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
(iv) program Jaguh Serantau oleh SME Corp; dan
(v) program pembangunan vendor yang dilaksanakan oleh kementerian.
Kementerian juga melalui agensi-agensi telah melaksanakan program khusus untuk bumiputera, seperti program INSKEN Bumiputera Business Coaching yang dilaksanakan oleh INSKEN, program pembiayaan di bawah francais untuk bumiputera oleh PERNAS dan juga program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp.
Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Paya Besar telah mencadangkan supaya peranan dan fungsi perniagaan Koperasi Permodalan FELDA dikembalikan demi manfaat peneroka dan generasi baharu FELDA. Untuk makluman Ahli Yang dihormati, bagi memastikan matlamat asal penubuhan FELDA terus dipelihara, Koperasi Permodalan FELDA ataupun KPF terus diberi ruang untuk terlibat secara aktif dalam ekosistem perniagaan FELDA. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah pelantikan KPF sebagai ejen tunggal bagi urusan pembelian, penjualan dan pengagihan buah tandan segar di seluruh rancangan FELDA.
Di samping itu, FELDA juga telah memberi kebenaran kepada KPF untuk menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan di atas tanah milik FELDA termasuk pengoperasian pasaraya D'Mart Segi Fresh yang kini mempunyai 46 cawangan, 33 stesen minyak serta 38 cawangan Ar-Rahnu di lokasi terpilih. KPF turut terlibat dalam program penanaman semula kelapa sawit. Ini membuktikan bahawa keterlibatan KPF dalam aktiviti perniagaan FELDA masih berterusan dan diperkukuhkan dari masa ke semasa.
Ahli Yang Berhormat Gerik telah membangkitkan supaya kajian dilakukan bagi menghidupkan semula Koperasi Peneroka FELDA. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2024, terdapat sebanyak 321 Koperasi Peneroka FELDA. Ia juga merekodkan keanggotaan koperasi berjumlah 392,561 orang anggota, modal syer dan yuran berjumlah RM3,079 juta dan jumlah aset sebanyak RM5,349 juta dan perolehan RM1,107 juta. Pada tahun 2025, sebanyak sembilan koperasi FELDA tersenarai dalam kedudukan 100 koperasi terbaik Malaysia.
Dalam konteks kajian bagi memperkasakan koperasi FELDA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM telah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan SKM bersama FELDA.
Platform ini adalah untuk membincangkan isu dan permasalahan koperasi-koperasi FELDA, status dan prestasi semasa serta tindakan penambahbaikan bagi memperkasa koperasi FELDA.
Ahli Yang Berhormat Kalabakan telah mencadangkan peruntukan khas disediakan kepada koperasi bagi membolehkan koperasi terlibat dalam aktiviti rantaian bekalan makanan secara menyeluruh. Untuk makluman Yang Berhormat, gerakan koperasi boleh terlibat secara aktif dalam keseluruhan rantaian bekalan melalui kemudahan bantuan dan pembiayaan yang disediakan oleh KUSKOP dan SKM.
Bagi tahun 2025, peruntukan kewangan yang disediakan oleh KUSKOP melalui SKM kepada gerakan koperasi adalah seperti berikut:
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
(i) pembangunan perniagaan melalui koperasi sebanyak RM4.75 juta;
(ii) program pemerkasaan rantaian bekalan koperasi sebanyak RM2 juta;
(iii) program penggalakkan koperasi sebagai perusahaan sosial sebanyak RM3 juta; dan
(iv) pembiayaan tabung modal pusingan sebanyak RM100 juta.
Ahli Yang Berhormat Ranau telah membangkitkan mengenai nilai pencapaian koperasi yang dikatakan masih rendah di Sabah berbanding koperasi-koperasi di Semenanjung Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah koperasi berdaftar di Sabah bagi tahun 2024 adalah sebanyak 1,994 koperasi dengan keanggotaan seramai 376,559 orang , jumlah modal syer dan yuran sebanyak RM273.37 juta, jumlah aset sebanyak RM1,008.15 juta atau pun RM1 bilion lebih dan nilai perolehan sebanyak RM774.45 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Ini menjadikan Sabah sebagai negeri kelima tertinggi yang mencatatkan nilai perolehan terbaik selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan Selangor.
Pada tahun 2024, sebanyak 10 koperasi di Sabah telah menerima bantuan bagi Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi dan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi dengan amaun kelulusan sebanyak RM1.23 juta.
Bagi Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM, pada tahun 2024 sebanyak tujuh koperasi di Sabah telah diluluskan pembiayaan dengan amaun sebanyak RM38.1 juta, di mana Sabah merupakan negeri kedua tertinggi menerima amaun kelulusan tabung modal pusingan selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan juga dalam senarai 100 koperasi terbaik di Malaysia, sebanyak enam koperasi datangnya dari Sabah.
Ahli Yang Berhormat Selangau telah mencadangkan supaya koperasi desa dijadikan jentera ekonomi baharu di bawah RMK13. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fokus pembangunan koperasi di bawah RMK13 adalah di bawah pemerkasaan sektor ketiga bagi memastikan pertumbuhan ekonomi sosial yang terangkum dan mampan dalam meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat.
Dalam hubungan ini, KUSKOP menghargai cadangan supaya koperasi desa bertindak sebagai jentera ekonomi baharu di bawah RMK13. Bagi tujuan ini, pada tahun 2025, peruntukan kewangan yang disediakan oleh KUSKOP melalui SKM kepada gerakan koperasi termasuk koperasi desa adalah seperti Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi, Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi dan Pembiayaan Simpanan Modal Pusingan.
Ahli Yang Berhormat Lumut telah mencadangkan penubuhan koperasi veteran tentera yang terlibat dalam projek perniagaan berskala besar dalam bidang logistik, agroteknologi dan industri maritim. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2024 terdapat sebanyak 82 koperasi veteran tentera telah berdaftar dengan SKM dengan jumlah anggota seramai 9,059 orang. Modal syer terkumpul berjumlah RM2.5 juta, jumlah aset sebanyak RM10.3 juta dan perolehan bernilai RM696,470.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Pada masa ini, koperasi veteran tentera yang ada hanyalah berskala mikro. Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah perladangan kelapa sawit, pertanian, sewaan, pelaburan dan perkhidmatan. Selaras dengan prinsip koperasi, KUSKOP dan SKM tiada halangan sekiranya Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam berkongsi kepakaran serta operasi perniagaannya. Ia nya sudah pasti akan dapat meningkatkan lagi prestasi koperasi ke tahap yang optimum dalam mengembangkan aktiviti perniagaan dan tatakelola pengurusannya.
Yang Berhormat Wangsa Maju telah membangkitkan usaha mempertingkatkan usaha akreditasi perusahaan sosial yang didapati masih mempunyai kelemahan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Ya. Pasal koperasi?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Boleh? Pasal koperasi.
Datuk Ewon Benedick
Okey.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Boleh sikit ya. Saya dalam RMK13 ini, koperasi merupakan sektor ketiga yang hendak diberi keutamaan. Dan kalau kita tengok antara koperasi terbesar adalah Bank Rakyat. Ini — hasil Bank Rakyat merupakan sekitar 10 peratus daripada keseluruhan hasil koperasi. Cuma saya ada membaca artikel dari akhbar The Edge bertarikh 4 Ogos 2025 bahawa, “Kerajaan mempunyai perancangan untuk menjadikan Bank Rakyat sebagai bank komersial. Bukan lagi sebagai koperasi.” Jadi, kalau boleh Menteri ulas sikit berkaitan adakah terdapat kebenaran di atas apa yang disebut dalam artikel ini?
Datuk Ewon Benedick
Pada ketika ini, Bank Rakyat masih kekal sebagai bank koperasi. Ia nya kekal sehingga ahli-ahlinya memutuskan sebaliknya. Sebab ia nya melibatkan beberapa peringkat kelulusan sekiranya ia beralih kepada bank komersial. Satu, mesyuarat agung ahli-ahlinya. Keduanya, Bank Negara juga — Bank Rakyat juga tertakluk kepada Akta Bank di bawah Bank Negara. Dan sebahagian lagi prosesnya itu perlu diproses di Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Apa yang saya boleh sahkan ia nya kekal sebagai satu koperasi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tidak ada perancangan di pihak kerajaan untuk menggerakkan perkara-perkara yang perlu dibuat tadi? Sebab kalau kerajaan tak gerakkan, tak boleh. Jadi, saya nak tanya apakah terdapat perancangan dari pihak kerajaan kerana ini koperasi terbesar, ramai ahlinya.
Datuk Ewon Benedick
Setakat hari ini, setakat yang saya tahu belum ada rancangan ke arah itu.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey, terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat Wangsa Maju telah membangkitkan usaha — mempertingkat usaha akreditasi perusahaan sosial yang didapati masih mempunyai kelemahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP amat menggalakkan pembangunan perusahaan sosial di negara ini bagi menangani isu berkaitan sosial dan alam
Datuk Ewon Benedick
sekitar. Perkara ini dapat diterjemahkan dalam membangunkan ekosistem perusahaan sosial seperti yang digariskan dalam Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030
(SEMy2030). Proses penerapan SE telah diperkenalkan sejak 2019 dan masih dilaksanakan.
Sehingga Ogos 2025 ini, terdapat 520 entiti perniagaan termasuk PMKS dan koperasi yang telah menerima penerapan sebagai SE untuk tiga peringkat pelaksanaan iaitu pertama, perusahaan sosial diakreditasi; kedua, perusahaan sosial asas; yang ketiga, tunas perusahaan sosial.
Dalam hal ini, KUSKOP mengambil maklum akan pandangan supaya usaha akreditasi SE dapat dipertingkatkan. Bagi tujuan ini, inisiatif untuk membangunkan badan kawal selia dan kerangka perundangan yang bersesuaian bagi SE akan dibangunkan dalam Fasa 2 SEMy2030, setelah ekosistem SE diarusperdanakan seiring dengan agenda pembangunan sektor ketiga sepertimana dalam RMK13.
Yang Berhormat Padang Besar telah membangkitkan keperluan supaya impak kepada aspek sosial dan ekonomi turut diberi perhatian secara — serta tidak sekadar keuntungan sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan fokus pada sektor ketiga dalam RMK13, KUSKOP akan memberi tumpuan kepada inisiatif perusahaan sosial (SE) dan perniagaan inklusif (IB).
KUSKOP berpandangan pendekatan ini bukan sahaja membuka pintu kepada inovasi dan penyelesaian kreatif untuk menyelesaikan masalah sosial, tetapi juga akan dapat memperkukuh struktur komuniti.
Ia memastikan lebih ramai individu dan kumpulan yang terpinggir dapat membina perniagaan yang berjaya, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara secara menyeluruh dan mampan. Selain itu, ia juga memberi kesan positif kepada impak sosial melalui sumbangan keuntungan kepada kumpulan sasaran dan sumbangan dari segi peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar.
Yang ketiga, mengenai dengan polisi dan dasar berkualiti berkaitan PMKS. Yang Berhormat Petaling Jaya masih ada di sini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak ada, tak ada.
Datuk Ewon Benedick
Tak ada. Yang Berhormat Klang?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak.
Datuk Ewon Benedick
Pun tidak ada. Yang Berhormat Gopeng?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak ada.
Datuk Ewon Benedick
Tidak ada. Yang Berhormat Padang Besar?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak ada.
Datuk Ewon Benedick
Pun tidak ada. Yang Berhormat Tebrau?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Ewon Benedick
Pun tidak ada. Yang Berhormat Gopeng, tidak ada.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih.
[Ketawa]
Datuk Ewon Benedick
Yang keempat, melalui program keusahawanan. Yang Berhormat Stampin dan Rompin? Tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Libaran? Tidak ada. Yang Berhormat Sungai Besar?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada.
Datuk Ewon Benedick
Ada? Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan usaha bagi memudahkan proses pembiayaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP sentiasa berusaha untuk menambah baik mekanisme proses pembiayaan selaras dengan Agenda Reformasi Karenah Birokrasi Sektor Awam.
Antara inisiatif yang diambil oleh agensi-agensi pembiayaan di bawah KUSKOP bagi memudahkan proses pembiayaan ialah:
(i) TEKUN Nasional telah melaksanakan penambahbaikan prosedur permohonan dengan usahawan hanya perlu menyediakan empat dokumentasi sahaja. Di samping itu, kuasa had melulus permohonan di bawah RM20,000 juga telah dipertanggungjawabkan di peringkat negeri;
(ii) Amanah Ikhtiar Malaysia memberi kelulusan pembiayaan dalam tempoh 16 hari bekerja daripada tarikh permohonan. Selain itu, AIM juga menyediakan kaedah pembayaran balik melalui platform cashless micro credit collection system dan perbankan internet;
Datuk Ewon Benedick
(iii) SME Bank telah memperkenalkan proses permohonan secara dalam talian dan saluran komunikasi untuk tujuan khidmat nasihat dan bimbingan sepanjang proses permohonan;
(iv) Bank Rakyat telah mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro daripada 10 hari kepada enam hari bekerja;
(v) PERNAS telah membina sistem pembiayaan E2E S3P yang merupakan platform digital yang menguruskan keseluruhan proses pembiayaan daripada permohonan hingga kelulusan; dan
(vi) SME Corp bekerjasama dengan P2P yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memproses permohonan melalui platform digital dalam tempoh 48 jam bagi proses kelulusan dan penyaluran pembiayaan dalam tempoh 72 jam atau tiga hari.
Yang Berhormat Rompin? Tidak ada. Yang Berhormat Stampin?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak ada.
Datuk Ewon Benedick
Tidak ada. Yang di-Pertua, yang selebihnya saya akan beri secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hadir. Setakat inilah penjelasan- penjelasan yang dapat saya berikan mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan berkaitan dengan kementerian ini sepanjang tempoh perbahasan RMK13.
Saya berharap penjelasan tersebut telah dapat menjawab semua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kami di KUSKOP akan menjalankan amanah ini dengan penuh komited dan bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan usahawan PMKS dan koperasi tempatan.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
YB Menteri. Boleh mencelah?
Wangsa Maju.
Datuk Ewon Benedick
Okey.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Dalam konteks social enterprise, YB Menteri telah menjelaskan tadi dan telah respond daripada apa yang dikemukakan oleh Wangsa Maju. Cuma, saya ingin dapatkan kepastian. Adakah KUSKOP bercadang untuk menjadi lead kementerian dalam social enterprise ini? Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat, di bawah RMK13, KUSKOP akan menjadi kementerian peneraju kepada pembangunan sektor ketiga, terutamanya perusahaan sosial
(SE) dan juga inclusive business (IB).
Bunga melur harum mewangi, Tumbuh segar di laman permai; PMKS dan sektor ketiga dipacu selari, Ekonomi makmur hasrat tercapai. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab. Masa 30 minit sahaja.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Puan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas perkara-perkara di bawah Kementerian Pertahanan sepanjang perbahasan mengenai Rancangan Malaysia yang ketiga belas. Perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sememangnya diberikan perhatian serius oleh Kementerian Pertahanan kerana semuanya menjurus ke arah matlamat yang sama iaitu memastikan pertahanan dan keamanan negara terus terjamin.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah membangkitkan mengenai peruntukan yang tinggi buat sektor keselamatan dan pertahanan berbanding sektor-sektor lain. Walaupun Yang Berhormat tak hadir tapi saya ingin jawab kerana ia merujuk kepada perkara-perkara dasar dan perlu ia nya direkodkan
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
dalam Dewan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepentingan peruntukan besar yang akan disalurkan kepada pertahanan negara.
Saya ingin nyatakan dengan tegas bahawa keamanan yang kita nikmati hari ini bukanlah sesuatu yang datang secara semula jadi, percuma atau kebetulan. Sebaliknya, keamanan adalah hasil usaha pertahanan yang berterusan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan sepanjang tahun. Keamanan negara mestilah kita pelihara secara aktif dengan kekuatan dan keupayaan yang mantap, bukannya dibiarkan secara pasif.
Atas sebab itulah, kita perlu menerima hakikat bahawa ada harga yang perlu dibayar demi keamanan dan ia nya tidak murah. Bagi mengekalkan keamanan ini, kita memerlukan pelaburan untuk kekuatan pertahanan negara yang kukuh. Kita mempunyai tentera yang gagah dan berwibawa, namun mereka tidak boleh berjuang tanpa kelengkapan senjata, aset, latihan dan teknologi terkini. Kekuatan ini memerlukan pelaburan yang berterusan agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman, sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Adalah menjadi tanggungjawab dan hasrat Kementerian Pertahanan untuk membina dan mengekalkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia yang bukan sahaja mampu mempertahankan tanah air tetapi juga sentiasa dihormati dan disegani kawan serta lawan.
Kita ingin memastikan tiada jurang keupayaan dalam angkatan tentera kita berbanding angkatan tentera negara-negara lain, terutamanya negara-negara jiran.
Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan amat menyambut baik peruntukan kewangan yang signifikan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk menangani ancaman pertahanan sama ada yang tradisional ataupun baharu, memodenkan Angkatan Tentera Malaysia serta meningkatkan kesejahteraan warga pertahanan dan masyarakat.
Tanpa keamanan dan keselamatan yang mantap, apa-apa usaha atau agenda pembangunan negara juga akan terjejas. Pendek kata, keamanan dan keselamatan adalah asas kepada segala pembangunan dan kemakmuran negara.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Indera Mahkota telah mencadangkan agar Program Latihan Khidmat Negara 3.0 dibatalkan dan segala peruntukan untuknya dipindahkan kepada kementerian yang lain. Saya ingin menjelaskan, walaupun Yang Berhormat tak hadir, mengapa PLKN ini amat diperlukan. Pertama, kerana ia adalah satu intervensi strategik yang dirancang khas untuk membina generasi muda Malaysia yang berdisiplin, berjiwa patriotik dan berdaya tahan. Dalam dunia yang semakin kompleks, pemupukan nilai kenegaraan dan kesedaran pertahanan adalah asas penting untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Namun, Kajian Indeks Belia Malaysia oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia bagi tahun 2015 hingga 2019, menunjukkan kemerosotan skor dalam domain identiti belia yang merangkumi patriotisme, kesukarelawanan dan juga perpaduan. Dan perkara ini amat kritikal dan perlu dibendung dengan segera. Kita seharusnya membentuk satu kelompok dalam masyarakat yang benar-benar memahami soal keselamatan dan
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
pertahanan negara, bukan sekadar mengetahui secara umum. Golongan ini juga akan menjadi penghubung dan penyokong kepada Angkatan Tentera Malaysia dengan menyemai semangat patriotisme dan memberi dorongan kepada masyarakat untuk bersama-sama mempertahankan negara.
Kita mesti sedar bahawa pertahanan negara bukan tugas eksklusif angkatan tentera.
Malah, ia memerlukan pemahaman dan sokongan seluruh rakyat. Semakin ramai rakyat yang memahami pertahanan dan keselamatan, semakin licin dan berkesanlah tugas yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Atas sebab inilah PLKN diwujudkan semula.
Supaya wujudnya dalam masyarakat, ada kumpulan yang betul-betul faham, mampu bertindak dan bersedia menyumbang jika negara memerlukan.
Melalui gabungan latihan ketenteraan, pembangunan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerjasama dan kesukarelawanan, serta penekanan kepada nilai perpaduan nasional, PLKN 3.0 melengkapkan pembangunan modal insan yang tidak hanya fokus kepada akademik tetapi juga sahsiah dan semangat kenegaraan yang sejajar dengan doktrin pertahanan menyeluruh.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kini, kekuatan angkatan tentera kita terdiri daripada 121,000 orang anggota...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
...Dan 34,086 orang anggota...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Menteri, Ledang.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
..Sukarelawan. Ini nak jawab Ledanglah ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sebab ada sentuh sikit nanti PLKN.
Nanti saya, saya celah kemudian. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okey. Angka ini menunjukkan bahawa kita masih jauh daripada sasaran nisbah satu kepada satu antara anggota tetap dan simpanan dan perkara inilah yang disentuh oleh Yang Berhormat Ledang dalam ucapannya.
Beliau telah bangkitkan soalan tentang langkah untuk meluaskan kekuatan anggota simpanan tentera demi kesiagaan pertahanan yang lebih menyeluruh.
Untuk makluman Yang Berhormat Ledang, salah satu inisiatif penting dalam menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah melalui pelaksanaan PLKN 3.0 ini yang berfungsi sebagai pintu masuk kepada penyertaan lebih ramai rakyat dalam pasukan sukarela seperti Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela TLDM ataupun TUDM. Seperti yang saya katakan tadi, sasaran nisbah antara anggota tentera yang berkhidmat dengan sukarelawan ialah satu kepada satu. Kita ada 121,000 anggota tentera yang berkhidmat tetapi kita hanya ada 34,000 anggota sukarelawan.
Melalui usaha kita dalam PLKN 3.0 yang telah pun kita mulakan tahun ini.
Alhamdulillah, setakat ini seramai 40 orang pelatih PLKN 3.0 telah pun menyertai Latihan Perajurit Muda, manakala 148 orang pelatih telah menyertai Askar Wataniah. Angka ini
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
dijangka akan terus meningkat, seiring dengan pelaksanaan PLKN 3.0 secara lebih meluas mulai tahun depan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Menteri. Saya sebenarnya memang antara ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Keselamatan Parlimen dan telah pun memantau beberapa kem di PLKN juga. Saya percaya kita perlu sokong usaha- usaha untuk memastikan PLKN ini dapat dilaksanakan dengan baik. Pada masa yang sama juga, boleh menyumbang tadi kepada peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang terlatih dan bersedia untuk berkhidmat.
Dalam pada itu, cuma Yang Berhormat Menteri, kita lihat memang cabarannya saya rasa ialah untuk mendapatkan sukarela. Mereka yang sukarela untuk bersama dalam program-program begini. Apakah kaedah-kaedah yang boleh dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menarik lebih ramai daripada kalangan anak-anak muda untuk menyertai PLKN, di samping apakah kaedah untuk kita menyampaikan pengetahuan ini kepada ibu bapa dan kepada pemimpin-pemimpin supaya melihat PLKN ini sebagai satu kaedah penting untuk masa depan dan juga untuk persediaan dari segi angkatan-angkatan masa depan negara kita. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas sokongan dan kefahaman betapa pentingnya usaha kita untuk meneruskan PLKN 3.0 ini dan sememangnya pendekatan untuk menyertai PLKN ini selain daripada mereka yang telah terpilih. Kita juga mengalu-alukan mereka yang secara sukarela ingin menyertai PLKN dan dalam konteks ini, saya percaya pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menguar-uarkan supaya mana-mana mereka yang telah pun terpilih ataupun yang ingin menyertai PLKN itu wajar untuk bersama-sama menjaya dan menyertai apabila terpilih ataupun secara sukarela.
Dan seperti yang kita sedia maklum, salah satu daripada kelebihan juga yang kita sediakan untuk PLKN 3.0 ini, ia tidak akan berakhir hanya dengan latihan-latihan yang disertai tetapi juga kita sediakan dan wujudkan laluan-laluan pembangunan dan kerjaya yang jelas untuk mereka pilih setelah mereka tamat kepada latihan-latihan yang mereka ikuti.
Kita melalui PLKN 3.0, kita juga sediakan peluang untuk pelatih mengikut potensi mereka, sama ada mereka nak pilih bidang kemahiran, sama ada mereka nak menyertai pengajian tinggi ataupun untuk mereka meneruskan usaha-usaha menyumbang kepada komuniti melalui penyertaan dalam khidmat komuniti dan sebagainya.
Jadi, ada kelebihan-kelebihan yang kita lakukan dan kita harap selain daripada pemimpin masyarakat, mereka yang telah juga menyertai PLKN 3.0 ini apabila mereka keluar, mereka dapat menghebahkan mengenai kelebihan-kelebihan yang mereka telah dapat nikmati sepanjang mereka menyertai PLKN 3.0. Jadi, terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah sama-sama memahami dan memberi terus sokongan kepada PLKN 3.0 pada hari ini.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kudat dan Yang Berhormat Semporna telah membangkitkan persoalan tentang keselamatan perairan Sabah. Kementerian Pertahanan memangnya amat-amat mengambil berat isu keselamatan dan pertahanan negara, termasuk wilayah Sabah kerana lokasi Sabah terletak di sempadan antarabangsa yang kritikal dan strategik. Secara umumnya, kementerian memberikan jaminan bahawa wilayah Sabah adalah aman dan selamat.
Pada masa sekarang, keselamatan sempadan darat dan laut antarabangsa di sekeliling Sabah dikawal melalui pelbagai lapisan pertahanan oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara, menerusi pelaksanaan pelbagai operasi. Kawalan keselamatan oleh trup ATM turut dibantu dan dilaksanakan secara bersepadu dengan operasi daripada agensi keselamatan lain seperti ESSCOM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Selain itu, operasi rondaan zon maritim Sabah khususnya Laut Sulu juga dilaksanakan secara koordinasi oleh kapal-kapal peronda Malaysia, Filipina dan Indonesia di perairan masing-masing melalui Trilateral Maritime Patrol. Secara ringkasnya, di sepanjang perairan Sabah, sama ada di Laut Cina Selatan, Laut Sulu atau Laut Sulawesi, operasi keselamatan dan pengawasan sentiasa dilaksanakan sepanjang masa selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.
Kementerian juga komited memperkasakan keupayaan pertahanan di Sabah secara berterusan pada jangka masa panjang. Ini termasuk dengan perancangan pemasangan radar-radar pertahanan udara jarak jauh di Pulau Layang-Layang dan Tawau bagi liputan 360 darjah untuk meningkatkan detection capability dengan izin, serta membantu memperkukuh penguasaan udara, air superiority dengan izin, di wilayah Sabah. Pengukuhan air superiority ruang udara Sabah akan diperkasakan lagi dengan perolehan unmanned aerial system, ANKA-S, pesawat LCA FA-50 serta Maritime Patrol Aircraft.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ini semua akan diletakkan di Sabah. Kini, pengoperasian sebanyak lapan unit coastal surveillance system radar sedang dilaksanakan bagi memantau sebarang pergerakan atau ancaman yang masuk melalui perairan Sabah. ATM juga sedang merancang perolehan tambahan empat unit radar coastal surveillance radar bagi mengukuhkan lagi pengawasan perairan wilayah tersebut. Pendek kata, kementerian membuat rancangan agar tiada kawasan di Sabah dan Malaysia amnya yang kita tidak akan nampak. Kita akan ada mata untuk memantau dan mengawasi keselamatan di mana-mana sahaja di seluruh negara termasuk Sabah.
Dari segi perolehan aset lain pula, sebaik sahaja kapal littoral mission ship (LMS) dan littoral combat ship diterima kelak, sebahagian daripada aset-aset ini turut akan ditempatkan di Sabah bagi memperkukuh keupayaan pertahanan maritim di kawasan tersebut. Selain itu, kementerian dalam usaha untuk menggantikan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang bersifat statik dengan satu pangkalan operasi hadapan (forward operating base) yang
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
bergerak ataupun mobile sebagai kesinambungan kepada pengukuhan operasi keselamatan di pantai timur Sabah.
Puan Yang di-Pertua, Semporna pun tak ada di sini, saya skip. Satu perkara yang dibangkitkan oleh Semporna ialah tentang pembukaan pangkalan tentera negara asing di Malaysia. Saya ingin maklumkan dan memberi jaminan dengan tegas iaitu tiada mana-mana angkatan tentera negara asing boleh mengoperasikan pangkalan tenteranya di Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Lumut yang telah membangkitkan keperluan penggunaan teknologi termaju dalam sektor pertahanan negara. Sememangnya pemodenan aset pertahanan adalah salah satu agenda utama Kementerian Pertahanan terutama ketika dunia sedang menghadapi pelbagai ancaman baharu dan juga bukan tradisional.
Sehubungan dengan itu, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian sememangnya sedang memuktamadkan Dasar Industri Pertahanan Negara. Ia adalah sebuah rangka strategik ― sebuah rangka kerja strategik untuk membangunkan ekosistem industri pertahanan Malaysia yang mandiri, inovatif, berdaya tahan dan juga berdaya saing.
Dasar Industri Pertahanan Negara ini akan memberi penekanan kepada beberapa bidang kritikal dalam industri pertahanan negara. Antaranya:
(i) bidang maritim yang melibatkan kapal perang dan kapal sokongan;
(ii) bidang aeroangkasa yang fokus kepada pembangunan pesawat tanpa pemandu dan teknologi penerbangan;
(iii) automotif ketenteraan yang merangkumi pembuatan dan inovasi kenderaan tentera darat berteknologi tinggi;
(iv) keselamatan siber dan elektromagnetik termasuk perlindungan data, pertahanan siber dan keselamatan sistem komunikasi;
(v) persenjataan dan amunisi, dengan izin, ammunition yang melibatkan pembuatan dan pembangunan senjata dan peluru; dan
(vi) bidang teknologi baru seperti kecerdasan buatan, sistem autonomi, teknologi ruang angkasa serta pertahanan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan.
Yang Berhormat Ledang juga turut menyentuh mengenai langkah pengukuhan angkatan masa hadapan. Selaras dengan hala tuju Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia sedang melaksanakan reformasi dan transformasi ke arah pembentukan angkatan masa hadapan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dengan berteraskan enam ciri utama iaitu kebersamaan, kebolehoperasian, berasaskan teknologi, keupayaan beroperasi serentak di dua wilayah, berorientasikan misi dan kecekapan logistik.
Selari dengan pelan transformasi ini, pengukuhan angkatan masa hadapan akan dilaksanakan melalui pendekatan berikut:
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
(i) pemodenan aset dan perolehan baharu untuk membina keupayaan pertahanan yang moden;
(ii) pemerkasaan teknologi dan inovasi tempatan;
(iii) pembangunan modal insan melalui penambahbaikan sistem latihan dan pendidikan ketenteraan;
(iv) kerjasama serantau dan antarabangsa dalam latihan bersama, forum keselamatan dan perkongsian maklumat risikan; dan
(v) pendekatan keselamatan menyeluruh seperti pemerkasaan askar Wataniah, pasukan simpanan dan PLKN 3.0.
Batu Pahat ada? Yang Berhormat...
[Dicelah] Ha, ada. Saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat yang menyentuh khusus soal perolehan multi-role support ship dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Rancangan perolehan MRSS ini sememangnya merupakan salah satu keutamaan perolehan aset bagi TLDM dan telah pun didaftarkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kapal MRSS ini akan memainkan peranan penting dalam menyediakan keupayaan strategik sealift, iaitu ia merujuk kepada keupayaan mengangkut anggota, aset dan peralatan tentera dalam skala yang besar melalui laut sama ada bagi tujuan penempatan operasi, sokongan logistik atau pemindahan segera ke kawasan operasi.
MRSS ini juga adalah bertujuan untuk menyokong Operasi Amfibi Angkatan Tentera Malaysia. Operasi ini merujuk kepada operasi ketenteraan yang melibatkan pergerakan pasukan dari laut ke darat sama ada untuk tujuan mempertahankan keselamatan, melaksanakan operasi serbuan atau membantu misi kemanusiaan di kawasan pesisir pantai.
Dengan keupayaan tersebut, kapal MRSS ini akan membolehkan ATM mempunyai keupayaan yang tangkas dan seimbang dalam menyokong ketenteraan di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak sejajar dengan matlamat Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan. Jadi, ini memang dalam perancangan kita. Sama-samalah kita sokong Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi meluluskan permohonan Angkatan Tentera Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Lumut kerana membangkitkan hal ehwal veteran ATM. Sememangnya agenda kesejahteraan dan kebajikan warga veteran sentiasa menjadi salah satu teras utama Kementerian Pertahanan.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kehidupan mereka lebih sejahtera, tetapi juga sebagai tanda penghargaan yang tinggi terhadap jasa dan pengorbanan veteran ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah? Tanjong Karang. Tanjong Karang. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Tanjong Karang ingin bertanya, apakah status semasa cadangan pembelian sekitar 30 ke 33 buah pesawat F/A-18C/D Hornet terpakai daripada Kuwait? Apakah proses ini telah dimuktamadkan selepas kelulusan daripada pihak US pada Jun 2025? Dan bilakah tarikh jangkaan sebenar pesawat-pesawat ini akan diterima oleh Tentera Udara Malaysia?
Memandangkan mereka masih menunggu pesawat pengganti untuk Kuwait. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat kerana bangkitkan persoalan mengenai perkara itu kerana saya percaya bahawa rakyat Malaysia pun masih tertunggu-tunggu bila kita akan memperolehi pesawat tersebut.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pesawat F/A-18 ini merupakan satu usaha stopgap untuk — yang kita lakukan kerana kita berhasrat dan merancang untuk memperolehi pesawat-pesawat jenis baharu menjelang tahun 2040 memandangkan kita masih lagi ada pesawat seperti Sukhoi dan sebagainya yang masih lagi boleh berkhidmat dan kekurangan- kekurangan itu kita rancang ditampung dengan perolehan F/A-18 daripada Kuwait.
Kita telah pun berbincang dengan Kuwait. Kita telah pun juga mendapat makluman bahawa Amerika Syarikat tidak ada halangan supaya Kuwait menjual F/A-18 mereka kepada Malaysia. Tetapi, kita perlu melalui beberapa proses yang mana pada bulan hadapan, pasukan daripada tentera udara kita akan pergi untuk menilai dan untuk melihat kapal terbang ataupun jet-jet tersebut dari segi kesediaannya, dari segi kekurangannya, dari segi sama ada perlu untuk di-upgrade, pertingkatkan dan sebagainya dan selain daripada kos untuk membeli, sama ada akan kena lagi kos-kos tambahan yang lain.
Dalam pada itu, pada masa yang sama walaupun ada persetujuan daripada Amerika Syarikat kerana sememangnya menjadi amalan apa-apa aset tahanan terutamanya termasuklah jet mesti dapat kelulusan daripada negara pembekal yang kita telah pun lalui dan dapat keizinannya. Penghantaran ataupun penerimaan daripada kita terhadap jet tersebut hanya akan berlaku apabila Kuwait menerima jet-jet tempahan yang baharu, yang telah mereka buat daripada Amerika Syarikat. Seperti yang kita sama-sama sedia maklum, masa untuk kita mendapat penyerahan jet itu, telah pun makan masa yang terlalu lama dan sehingga kini masih lagi pihak Kuwait belum ada ketentuan bila mereka boleh dapat jet baharu mereka. Selagi mereka tak dapat jet baharu mereka, selagi itu mereka tak boleh nak serahkan jet F/A-18 itu kepada kita.
Memandangkan kepada keadaan itu dan jika ia nya terlalu lewat, kementerian tak ada halangan menjelang tahun 2030 untuk menimbang pertamanya, Sukhoi yang kita ada, 18 biji, kita nak pastikan semuanya boleh beroperasi. Maknanya, kita tumpu pertama, pastikan semua Sukhoi, 18 jet pejuang kita itu, semuanya boleh terbang. Sekarang ini, hanya
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
beberapa saya tak perlulah sebutkan jumlahnya mungkin kerana peruntukan dan sebagainya tetapi jet itu juga adalah memadai untuk menjaga, melindungi keselamatan negara.
Kedua, ia juga bermakna kita sudah boleh menimbang untuk memikirkan perolehan jet-jet baharu 5G sama ada daripada Perancis ke US ke Russia ke yang mana keputusan penilaian akan ambil masa yang panjang, mereka boleh kemukakan, keputusannya mungkin hanya 2033, 2034 kerana jangkaan kita nak menggantikan semua pesawat dengan pesawat baru menjelang tahun 2040. Jadi, itu perancangan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat tapi saya benarkan untuk jawab soalan. Ketereh.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ketereh nak soal yang sama lah?
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya tak minat beli-beli barang ini. Okey, sekarang ini 40 minit dah cerita je semua tapi mana benefit untuk pesara? Dekat dengan 300,000 pesara ini? Apa yang RMK13 bagi? Kalau FELDA, FELDA RM100,000 satu kampung, berapa puluh ribu kampung? Askar ini berapa? Berapa ramai? Ramai juga, tetapi apa benefit dia dapat? Makna, itu saya nak tanya. Apa yang pesara dapat daripada RMK13 ni? Tolonglah bagi tahu. Saya, itu je saya tunggu. Saya tak tunggu lain. Saya, untuk pesara saya ini, tolong Menteri jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri jawab Ketereh. Lepas itu, gulung.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya jawab. Ya lah benda ini sentiasa dibangkitkan. Kita terima kasihlah kepada Yang Berhormat kita yang memang juga merupakan salah satu daripada pesara Angkatan Tentera Malaysia.
Seperti kita sedia maklum, kalau kita lihat kepada Kerajaan MADANI ini, kita dapati bahawa dengan adanya Kerajaan MADANI, peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Veteran telah meningkat dengan begitu ketara sekali. Kalau kita lihat pada tahun 2024, 266 berbanding dengan sebelumnya, sebelum Kerajaan MADANI dan pada tahun ini, RM280 juta.
Dan saya percaya di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, peruntukan itu akan terus meningkat sekurang-kurangnya tidak kurang daripada apa yang didapati sekarang kerana melalui Kerajaan MADANI, kita telah memperluaskan segala program kebajikan dan juga kemudahan untuk veteran. Kita memperkenalkan Bantuan Sara Hidup, kita mempertingkatkan lagi bantuan perubatan, bantuan pendidikan anak-anak, Inisiatif Perumahan Veteran ATM.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Yang Berhormat Menteri, itu saya faham. Saya dah terima kasih daripada PM ke kepada bekas Menteri Pertahanan ke kepada Menteri Pertahanan, saya dah terima kasih dah. Saya nak tahu yang RMK13 ini. Kalau FELDA dapat RM100,000, yang negeri-negeri ni veteran tak boleh bagi kah? Takkan tak ada apa-apa untuk ini? Itu maksud saya.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Insya-Allah kita tunggu masa bajet apa yang kerajaan akan umumkan. Jadi, itu sajalah Yang Berhormat Puan Speaker. Lain-lain
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
perkara yang tak sempat dijawab, kita akan jawab secara bertulis dan saya terima kasih pada semua Ahli Yang Berhormat.
Saya berharap kita tak politikkan hal-hal pertahanan. Perkara pertahanan jangan dipolitikkan kerana ini melibatkan keselamatan, kedaulatan dan keamanan negara. Betul, Yang Berhormat, setuju. Itu saja yang saya nak, persetujuan daripada Ketereh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, dan Ahli Dewan Rakyat yang dihormati sekalian, sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengajukan pertanyaan yang terkait dengan tanggungjawab dan bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Saya amat menghargai dan berterima kasih di atas segala pertanyaan, pandangan dan cadangan yang saya yakin ini menggambarkan keprihatinan semua yang terlibat untuk memastikan setiap daripada kita dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara. Sebelum kita bergerak ke cadangan dalam RMK13, izinkan saya untuk merumuskan pencapaian bidang Sains Teknologi dan Inovasi
(STI) sepanjang RMK12 iaitu daripada tahun 2020 hingga 2025.
Untuk makluman semua, peratus pencapaian Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) setakat 2022 dilaporkan sebanyak 1.01 peratus berbanding sasaran nasional iaitu 2.5 peratus. Ini berikutan kesan pandemik COVID-19 yang telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor R&D yang perlahan.
Namun, kini menunjukkan trend peningkatan yang memberangsangkan.
Perbelanjaan industri ke atas R&D ataupun business enterprise expenditure on R&D (BERD) pula dilaporkan 51 peratus dengan sasaran nasional sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2030. Dari segi kedudukan dalam Global Innovation Index (GII) pula, Malaysia kini berada di tangga ke-33, menunjukkan peningkatan daya saing inovasi negara di peringkat global.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
MOSTI yakin dengan strategi berfokus dalam RMK13, Malaysia akan kembali pada landasan yang kukuh untuk naik ke kelompok 20 terbaik dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas kali ini saya amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memberi penekanan yang eksklusif dan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
mendalam terhadap perlaksanaan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara di bawah koordinasi MOSTI bersama kementerian-kementerian yang lain Selain itu, pelaksanaan inisiatif seperti penskalaan start-up ataupun PMKS, pembangunan teknologi dan inovasi AI, pembangunan industri dengan izin, high growth high value dan rare earth element (REE) dalam negara. Pengukuhan pendanaan R&D secara mission-based dengan izin serta sektor pelaburan teknologi dalam negara telah dinyatakan dengan jelas dalam dokumen RMK13.
Dalam hal ini, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) akan memastikan kedudukan dua indikator keberhasilan RMK13 yang terkait dengan SDI iaitu indikator 20 teratas kedudukan GII serta sasaran pencapaian 2.5 peratus bagi perbelanjaan kasar R&D kepada KDNK iaitu GERD tercapai yakni menjadi indikator utama kepada strategi pemacu SDI di bawah MOSTI bagi tempoh lima tahun akan datang.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MOSTI kini mensasarkan beberapa inisiatif mega yang dijangka dapat memberi pulangan yang positif kepada negara. Antaranya melalui satelit penderiaan jauh negara atau dengan izin, remote sensing satellite, reaktor penyelidikan R&D nuklear baharu ataupun multipurpose research reactor bagi menggantikan reaktor penyelidikan Triga Puspati yang berusia lebih daripada 40 tahun serta projek MyGenom yang melibatkan penjujukan genom manusia bagi memberi maklumat kepelbagaian genetik rakyat untuk rujukan asas kepada pelaksanaan perubatan G2 ataupun precision medicine, dengan izin.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
[Bangun]
Tuan Chang Lih Kang
Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti setiap isu perbahasan daripada 13 orang Yang Berhormat yang bertanya, seterusnya izinkan saya untuk menjawab satu persatu mengikut giliran Yang Berhormat yang berbahas.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Segamat nak tanya dan selit sikit.
Tuan Chang Lih Kang
Belum waktu lagi.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Sedikit sahaja berkenaan dengan Triga Puspati berkenaan dengan R&D research for nuclear energy. Bagaimana – adakah Menteri boleh jawab berkenaan research-research baharu yang sedang melakukan untuk towards the energy sector oleh this jabatan. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat Batu, sorry Yang Berhormat Segamat. Sebenarnya yang research reactor ini kita jalankan semua research-research berkaitan dengan nuklear, tetapi bukan tentang power generation sebab power generation ini adalah di bawah purview PETRA, tetapi yang Triga Puspati ini adalah untuk kita menjalankan research-research yang berkaitan dengan nuclear, medicine ataupun industri-industri yang berkaitan. So, itu menjawab soalan Segamat.
Puan Yang di-Pertua, pertama adalah pertanyaan daripada Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat menyentuh mengenai inisiatif kerajaan dalam perkembangan
Tuan Chang Lih Kang
teknologi AI termasuk technology quantum computing, kapasiti superkomputer sedia ada dan semikonduktor.
Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif-inisiatif ini amatlah dekat pelaksanaan di bawah kementerian ini yang memfokuskan kepada aspek berkaitan pembangunan teknologi dan bakat di bawah agensi MOSTI. Sebagai contohnya, dalam aspek pembangunan teknologi, MOSTI melalui MIMOS Berhad sedang menerajui pelbagai inisiatif strategik untuk memacu pembangunan teknologi negara, khususnya dalam quantum computing, HPC iaitu high performance computing dan industri semikonduktor.
Untuk makluman Yang Berhormat, MIMOS telah melancarkan Pusat Kecerdasan Kuantum ataupun Quantum Intelligence Centre Facility National pertama untuk – kuantum gunaan pembangunan bakat serta kolaborasi industri. Pelancaran rasmi berlaku semasa MOSTI Quantum Day 2025 iaitu pada 25 Februari tahun ini. Usaha ini merangkumi pembentukan Malaysia Quantum Valley dan makmal satelit yang akan menjadi zon inovasi tinggi untuk ujian aplikasi kuantum, insentif pelaburan dan struktur kerjasama antara akademia, industri dan kerajaan.
Sejak RMK9, MIMOS telah menggiatkan penyelidikan berkaitan kuantum, menghasilkan lebih 37 paten dalam teknologi kuantum dan meneroka bidang seperti komunikasi kuantum serta pemprosesan menggunakan fotonik.
Pada 24 Mei 2024, MIMOS telah melancarkan portal MY-AI iaitu portal nasional sehenti bagi sumber AI dan HPC merangkumi peralatan latihan, alat, bahan ilmu dan saluran maklum balas kepada pengguna. MIMOS kini sedang membangunkan infrastruktur HPC cost efffective yang selamat untuk mengendalikan data kritikal penting untuk membangunkan modal AI termaju seperti large language models (LLM).
Dalam aspek pembangunan teknologi semikonduktor pula, fokus R&D MIMOS termasuk bidang advance packaging, wide band gap semiconductors dan teknologi khusus bernilai tinggi.
MIMOS Academy juga melatih tenaga mahir dalam bidang IC, semikonduktor, AI, block chain dan lain-lain. Selain itu, penubuhan Industrial Technology Innovation Centre
(ITIC) menyokong pembangunan automated test equipment (ATE) bagi mempertingkatkan pengujian komponen elektronik secara tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.
Pencapaian STC di MIMOS pula telah membangunkan pelbagai platform fabrikasi wafer tempatan termasuk teknologi seperti digital, Analog/Mixed-Signal Test Sytem, CMOS, high voltage MOSFETs and schottky diode serta sensor berasaskan nanomaterials impregnated. Pusat ini juga berperanan melatih tenaga.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon laluan sikit. Sikit sahaja, terima kasih. Sebelum beralih kepada topik lain, saya fikir ada isu kita tentang research yang dibuat di peringkat MIMOS. Kita dapati ada bottleneck di antara hasil penyelidikan dengan untuk menukar kepada produk komersial. Isu kita sekarang ialah jurang
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
akademik yang agak jauh dengan pihak industri, di mana pihak kerajaan biasa membiayai penyelidikan, bukan industri yang membiayai penyelidikan, akhirnya penyelidikan dibuat itu gagal dimanfaat oleh industri. Minta penjelasan.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Kubang Kerian atas soalan tersebut, sebab memang kita menghadapi masalah untuk masa yang panjang di mana kita berjaya menghasilkan produk R&D yang bagus, yang berkualiti, tetapi kita gagal dalam mengkomersialkan produk tersebut dan untuk menyelesaikan masalah itu, MOSTI sekarang mengambil pendekatan di mana kita tidak lagi bekerja dalam silo, dengan izin supaya kita merapatkan jurang tersebut dengan kita mengumpulkan akademia, penyelidik dan juga industri supaya mereka boleh bincang dan kerjasama atas satu-satu produk R&D, di mana dia bukan bermula dari akademia, tetapi ini adalah satu apa itu hasil perbincangan di antara industri, akademia dan juga agensi penyelidik supaya produk yang dihasilkan itu ia ada nilai untuk digunakan dalam industri. Itu adalah usaha yang kami sedang lakukan. Terima kasih.
Pertanyaan seterusnya, sorry...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar berdiri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit..
Tuan Chang Lih Kang
Oh, ya, ya silakan.
[Ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya yakin MOSTI sedang bergerak maju berdasarkan jawapan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, cumanya Puan Yang di-Pertua, bagaimana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi working in the silo, tidak bekerja dalam keadaan sektorial.
Bajet tempoh hari, Belanjawan tempoh hari peruntukan RM20 juta telah diberikan untuk kita meningkatkan quantum computing technology disebutkan MIMOS tadi.
Jadi, bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat koordinasi di antara MOSTI dan Kementerian Digital supaya apa? Supaya kita dapat memastikan literasi teknologi termaju ini dapat kita selerakkan di peringkat bawahan, bagaimana kita merakyatkan teknologi termaju ini. Saya hendak bagi contoh Puan Yang di-Pertua, China this coming September dia telah mewajibkan umur enam tahun untuk pendidikan AI secara mandatori.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat — pertama, ada koordinasi di antara dua kementerian? Yang keduanya, bagaimana untuk kita mandatorikan literasi teknologi termaju dan kita merakyatkan. Bukan hanya the elites, tetapi the bottom of billion itu dapat manfaat daripada teknologi termaju ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Paya Besar. Ini adalah satu soalan yang merangkumi banyak melibatkan banyak kementerian. Tapi untuk menjawab soalan tentang kerjasama antara MOSTI dengan Kementerian Digital (KD).
Tuan Chang Lih Kang
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Digital sekarang mengendalikan polisi AI, blockchain dengan kuantum teknologi. Dan MOSTI, peranan kita adalah untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti R&D dan itu adalah peranan masing-masing. Dan, kita mengambil pendekatan whole-of-government approach, di mana semua kementerian- kementerian ini bekerjasama, kita duduk bersama untuk bincang dan tidak ada masalah territorial dengan izin, dan working in silo. Dan itu sebabnya kita boleh kerjasama dengan baik.
Seperti yang dikatakan oleh Paya Besar tadi, kita perlu ada literasi dalam emerging technology. Kita juga MOSTI akan duduk bersama dengan KPM dan juga KPT, supaya kita boleh masukkan dalam syllabus yang pendidikan kitalah. Izinkan saya untuk teruskan ya.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Boleh ya? Boleh Menteri? Terima kasih banyak.
Saya nak ucap tahniah kepada Menteri semenjak beliau menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini. Banyak inisiatif-inisiatif baharu yang dilaksanakan. Kita tertinggalan jauh dengan negara-negara yang maju. Sungguh pun kita buat banyak perkara, tapi kita perlu bergerak lebih pantas lagi supaya kita boleh kurangkan jurang kita dengan negara-negara maju.
Sebagai contoh ya, Yang Berhormat Menteri. Saya selalu bagi contoh Taiwan sebab saya di sana tiga tahun sebagai head of mission. So, saya selalu visit Hsinchu Science Park, E3 Industrial Technology Research Institute dan sebagainya. Taiwan ini, tahun 80-an, awal 80-an dia macam kita. Dia tak maju macam sekarang, tapi dia sekarang adalah the top semiconductor, TSMC dan sebagainya.
Dan kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh Taiwan, banyak perkara. Tapi perkara yang penting sekali kita tengok ialah tadi disebutkan oleh Menteri tentang peratus bajet yang kita gunakan based on KDNK, ya. Kita tadi — Yang Berhormat Menteri sebut 1.01 percent. Oleh kerana COVID-19 dan sebagainya dan target kita 2030, 2.5 peratus. Tapi kita kena tengok pula GDP Taiwan is five times ours. So, that 2.5 percent pun kita jauh daripada mereka.
Dan mereka membelanjakan dalam USD29 bilion ataupun RM125 bilion untuk R&D.
Bukan hanya kerajaan termasuk dengan swasta. Jadi, sebab itu negara-negara macam Taiwan, Amerika, Jepun sebagainya mereka tiap-tiap tahun mengeluarkan paten antara 5,000 sehingga 10,000 patenlah, Yang Berhormat Menteri.
Apakah perancangan kita untuk kita kejar negara-negara maju ini supaya kita tidak ketinggalan? Salah satu contoh Yang Berhormat Menteri, ialah kita punya National Semiconductor Strategy. Taiwan kenapa dia maju dalam semikonduktor lead by TSMC dan sebagainya ialah kerana mereka ada satu – sebuah institut yang merupakan technical
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
leadership di peringkat nasional untuk menggerakkan semikonduktor dan juga industri- industri lain.
Apa yang namakan di bawah, di dalam Hsinchu Science Park, E3 tadi. Dan saya cuba buat perbandingan antara Malaysia dengan mereka, kita tak ada institut yang macam itu. E3 ini ada 6,000 engineers dalam pelbagai disiplin dan bidang untuk melaksanakan R&D dalam pelbagai bidang terutama dalam semikonduktor tadi.
Apakah perancangan kerajaan moving forward untuk kita kurangkan jurang kita dengan negara-negara maju dalam memajukan industri kita terutamanya NSS ataupun semikonduktor yang telah duduk dalam perancangan kita untuk 2030?
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Kubang Pasu.
Kita baru isu pertama saja iaitu semikonduktor. Izinkan saya untuk kita rangkumkan semua sekali apa yang disebutkan – dibangkitkan oleh Kubang Pasu. Saya rangkumkan sekali dalam pelaburan dalam R&D. Tidak spesifik pada semikonduktor tetapi untuk pelaburan.
Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Labuan dengan Pengkalan Chepa. Dan Puan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Yang Berhormat-Yang Berhormat Labuan dan Pengkalan Chepa terhadap pelaburan dalam R&D serta sektor teknologi tinggi dipertingkatkan. Pandangan ini diterima baik oleh MOSTI.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini merupakan cabaran utama negara kita. Dan bagi RMK12, sebanyak 157 projek telah diluluskan di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategi (PEMACU) RMK12, dengan jumlah kelulusan sebanyak RM331.02 juta.
Namun begitu, peruntukan ini tidak mencukupi bagi meningkatkan nilai perbelanjaan kasar R&D, GERD negara kita. Seperti yang disebutkan tadi oleh Kubang Pasu, memang negara-negara maju mereka lebih daripada dua ataupun 2.5 peratus dan saiz GDP mereka besar. Dan itu sebabnya memang Malaysia pada setakat ini jauh ketinggalan. Kita cuba untuk merapatkan jurang tersebut.
Bagi RMK13, MOSTI telah merancang untuk pelaksanaan R&D and C&I iaitu R&D, Commercialization and Innovation secara mission-based, di mana sektor angkasa, hidrogen, nuklear, bioteknologi, bahan termaju dan syarikat pemula teknologi akan difokuskan. Melalui ini, agihan dana akan lebih tersusun dan bertumpu terhadap inisiatif utama kerajaan supaya kesan limpahan ekonomi mampu menambahkan peluang pekerjaan baharu dalam negara.
Dalam aspek pelaburan hijau pula, MOSTI melalui Malaysia Debt Venture (MDV) di bawah MOSTI dimandatkan untuk menawarkan pembiayaan kepada sektor teknologi tinggi, termasuk sektor teknologi hijau, Green Tech dengan izin. Menjelang Julai 2025, pembiayaan bagi projek-projek Green Tech merangkumi 36 peratus daripada keseluruhan portfolio pembiayaan MDV. Manakala, baki 64 peratus terdiri daripada projek-projek teknologi tinggi lain. Perkara ini mencerminkan komitmen MDV terhadap kelestarian serta fokus strategiknya
Tuan Chang Lih Kang
dalam menyokong projek yang memacu kelestarian alam sekitar, meningkatkan kecekapan tenaga dan memperkukuh ekonomi hijau negara.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya nak jawab soalan Betong – tak ada ya?
Betong tak ada. Tenggara?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Tuan Chang Lih Kang
Tak ada. Kemaman tak ada. Seterusnya saya jawab soalan Kubang Pasu, Yang Berhormat Kubang Pasu yang rata-rata amat mengambil berat terhadap peruntukan untuk R&D negara seperti yang dibangkitkan tadi.
Saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat, supaya pelaburan R&D negara perlu dipertingkatkan. terutama terhadap aktiviti R&D yang berdaya saing, memfokuskan terhadap R&D industri. Satu permasalahan kita sekarang adalah keupayaan R&D sedia ada untuk menghasilkan pulangan pelaburan yang tinggi. Rata-rata R&D sedia ada berada dalam fasa pra-pengkomersialan dan perlu beralih ke fasa lebih tinggi menghampiri pengkomersialan melalui perkembangan teknologi serantau. Usaha ASEAN ini, MOSTI melalui platform ASEAN Startup dipercayai mampu menarik lebih banyak bakat teknologi serantau untuk membuka perniagaan mereka di Malaysia.
Melalui kolaborasi ini mampu meningkatkan lagi keupayaan daya saing R&D negara.
Selain itu, walaupun pelaburan dalam R&D eksperimental telah meningkat kepada 60.97 peratus dan berada pada 51.4 peratus pada tahun 2022, hanya 0.3 peratus perusahaan perniagaan berbelanja untuk aktiviti R&D. Ini menunjukkan sektor swasta kurang melabur dalam aktiviti R&D dan insentif khas perlu diwujudkan bagi meningkatkan minat mereka dalam pelaburan R&D dalam negara.
Dalam konteks bidang kuasa MOSTI, pelbagai langkah telah dilaksanakan.
Antaranya yang pertama; melaksanakan Malaysia Science Endowment (MSE) bagi membangunkan pembiayaan alternatif yang memanfaatkan kerjasama pelbagai pihak.
Dan yang kedua, pelaksanaan inisiatif berasaskan misi iaitu mission-oriented initiative untuk menyatukan keseluruhan Agenda Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi Negara (RDICE), di bawah satu misi strategik yang jelas, terarah dan berpaksikan penyelesaian kepada isu-isu kritikal di peringkat nasional.
Seterusnya, saya nak jawab satu soalan tentang REE sebab ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya tentang REE. Dan Puan Yang di-Pertua, walaupun ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang tidak dalam Dewan sekarang, tetapi saya menjawab soalan inilah, tentang hala tuju pembangunan REE.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rare earth elements (REE) adalah aset strategik global yang penting dalam teknologi masa depan seperti super magnet, bateri, kenderaan elektrik, pertahanan dan semikonduktor. MOSTI menyokong pembangunan sektor REE melalui penguasaan dalam R&D technology frontier, termasuk semikonduktor dengan izin, embedded system dan bahan termaju, yang menjadikan MIMOS rakan strategik utama dalam pengembangan teknologi REE.
Tuan Chang Lih Kang
MIMOS juga bersedia memainkan peranan strategik dalam penyepaduan REE dengan industri teknologi tinggi khususnya sektor semikonduktor bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan tidak tercicir dalam membina kelebihan daya saing di peringkat global.
Bagi menyahut cadangan Yang Berhormat Julau. Sekiranya hasil pemisahan daripada REE yang diproses di China boleh dibawa masuk ke Malaysia, MOSTI melalui MIMOS bersedia untuk kerjasama kepakaran teknologi R&D dan jaringan kerjasama strategik supaya menjadi pemangkin pembangunan industri downstream REE di Malaysia termasuk pengeluaran super magnet dan komponen berteknologi tinggi.
Puan Yang di-Pertua, selain daripada itu, sebab...
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sebentar, saya...
Tuan Chang Lih Kang
Ya.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
...Saya bangkitkan sikit tapi saya tak pasti sama ada MOSTI atau pihak lain tentang polisi hala tuju REE ini.
Perdana Menteri telah buat pengumuman bahawa REE tidak akan dieksport dalam bentuk raw material, akan diproses di Malaysia. Tetapi dalam urus niaga kita dengan Amerika, kerajaan berjanji untuk eksport ke Amerika. Saya dapat penjelasan apakah polisi ini dah berubah? Ataupun yang dieksport itu ialah setelah diproses di Malaysia? Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Memang tak ada. Setakat ini memang kita, moratorium masih berjalan dan tidak dibenarkan mana-mana orang untuk eksport raw material ke luar negara. So, mungkin soalan untuk Amerika Syarikat itu kita boleh tanya MITI. Tetapi untuk makluman Dewan ini, moratorium masih berjalan. Memang raw material tidak boleh dieksport ke mana-mana negara.
Dan yang tentang REE ini, saya rasa Yang Berhormat Kubang Pasu juga ada bangkitkan tentang pembangunan REE supaya pembangunan REE dipercepatkan melalui tumpuan terhadap pembangunan kapasiti tempatan. Sepertimana jawapan untuk Yang Berhormat — yang seperti jawapan tadi, MOSTI melalui Agensi Nuklear dan MIMOS telah memberikan perkhidmatan dan latihan berkaitan nadir bumi sejak tahun 2023. Dan untuk nuklear, seramai 28 orang daripada Universiti Teknologi Petronas, sektor awam dan swasta telah dilatih dalam bidang asas nadir bumi seperti teknik pemetaan dan teknik mengenal pasti keberadaan unsur nadir bumi dalam tanah.
Puan Yang di-Pertua, yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dalam Dewan ini saya akan bekalkan dengan jawapan bertulis, dan sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dan mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Akhir kata, saya berdoa agar Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus bersedia mengandar amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat. Menyampaikan perkhidmatan terbaik melalui MOSTI, di samping
Tuan Chang Lih Kang
turut mengambil kira pandangan-pandangan serta cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat secara keseluruhannya dalam sesi RMK13 ini. “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi”. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan mesyuarat akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita sambung penggulungan dengan saya menjemput Menteri Komunikasi, 40 minit dari sekarang. Silakan.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam memberi pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi sepanjang perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Seramai 24 orang Ahli Yang Berhormat, telah membangkitkan isu-isu di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi seperti berikut:
(i) industri kreatif atau ekonomi jingga;
(ii) keselamatan dalam talian;
(iii) penerangan dasar dan inisiatif kerajaan; dan
(iv) perkhidmatan telekomunikasi.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Gombak, Bukit Bendera, Puncak Borneo, Shah Alam dan Bangi menyentuh isu industri kreatif. Saya mengambil maklum akan keprihatinan Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Yang Berhormat Gombak yang menggesa kerajaan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap industri kreatif agar ia dapat berkembang seiring dengan sektor-sektor lain dalam pembangunan negara.
Kementerian Komunikasi mengakui akan hakikat bahawa dalam era digital dan globalisasi kini, industri kreatif berpotensi sangat besar untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu, penciptaan pekerjaan, serta penjenamaan negara di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu, Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia atau FINAS telah merangka dan melaksanakan beberapa inisiatif berimpak tinggi bagi mengukuhkan ekosistem industri kreatif atau ekonomi jingga. Antaranya termasuk:
(i) memperkasa penghasilan kandungan bernilai komersial tinggi dengan potensi eksport ke pasaran antarabangsa melalui
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
pemasaran kandungan kreatif tempatan di festival filem antarabangsa seperti Hong Kong FILMART; Marché du Film, Perancis; MIPCOM, Perancis;
(ii) menyokong pembangunan harta intelek tempatan melalui pemberian pembiayaan geran Dana Kandungan Kreatif atau DKK dan pemberian rebet tunai melalui filem — melalui Film in Malaysia Incentive atau FIMI;
(iii) meluaskan akses pembangunan modal insan industri kreatif tempatan melalui pensijilan dan pentauliahan; dan
(iv) memantapkan rantaian ekosistem industri filem tempatan yang bermula dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca- produksi.
Melalui insentif seperti program pemasaran antarabangsa kandungan kreatif tempatan, FINAS telah mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak RM25.21 juta bagi tempoh 2022–2024. Manakala bagi FIMI, pulangan pelaburan atau dengan izin, return on investment bagi tempoh yang sama adalah sebanyak RM365.87 juta bagi projek filem antarabangsa dan RM243.75 juta bagi projek filem domestik.
Manakala bagi pemberian pembiayaan geran DKK, antara kejayaan DKK adalah filem Snow in Midsummer arahan Chong Keat Aun yang merangkul Anugerah Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award) di 23rd New York Asian Film Festival yang berlangsung dari 12– 28 Julai di 2024 di New York, Amerika Syarikat. Turut menempa kejayaan di peringkat tempatan adalah filem Sheriff: Narko Integriti terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. yang berjaya mendapat kutipan tertinggi di pawagam berjumlah RM59 juta. Filem ini turut dinobatkan sebagai penerima...
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh saya mencelah? Kuala Pilah.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ada sebut tadi tentang industri kreatif dan kita lihat dengan kepesatan industri kreatif ini dan ekonomi jingga terutamanya dalam bidang filem, muzik dan animasi ini, di Malaysia kita lihat ia nya banyak di-drive dengan izin, dasar ini dengan Dasar Industri Kreatif Negara yang lama ini oleh MOTAC.
Dan saya rasa perlunya — adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa perlunya collaboration, dengan izin dan komplemen daripada kementerian ini sendiri bagi membantu dari segi aspek kewangan kepada mereka-mereka — mereka ingin bergiat dalam industri kreatif ini? Ekonomi jingga. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat setuju, Tan Sri Yang di-Pertua bahawa untuk memastikan pembangunan ekonomi jingga ataupun industri kreatif ini perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak, bukan hanya
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
di antara ataupun merentas kementerian tapi juga perlu keterlibatan daripada sektor perbankan, kewangan kerana banyak daripada usaha ini memerlukan sokongan yang padu serta pemahaman bahawa industri ini mampu menjana pendapatan.
Itulah antara sebab kenapa saya telah minta supaya pihak FINAS dan MyCreative Ventures berusaha dengan lebih gigih merapatkan kumpulan perbankan korporat untuk memahami bahawa filem-filem tempatan sebenarnya boleh menjana pendapatan yang agak lumayan bila kita berikan sokongan yang padu. Berbanding dengan banyak negara lain di rantau Asia Tenggara dan juga Asia Pasifik, di Malaysia kita lihat jumlah penonton di pawagam kekal ataupun telah hampir sama dengan pra-pandemik. Kalau dibandingkan dengan Indonesia dan Korea Selatan, di mana rata-rata penduduk di kedua negara itu lebih memilih untuk menonton filem-filem melalui over-the-top platforms, OTT ataupun platform- platform dalam talian. Jadi, ini satu perkara yang merupakan kebaikan dan satu advantage dengan izin, bagi Malaysia. Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Tan Sri dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada juga menyebut tentang FIMI iaitu insentif perfileman di Malaysia ini. Saya rasa kita mempunyai potensi yang sangat baik dari segi sudut membawa ataupun mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perfileman.
Tetapi untuk menarik lebih ramai pelabur ataupun mereka berminat untuk masuk ke Malaysia dari segi sudut merancakkan industri perfileman ini, saya rasa FIMI memerlukan funding yang lebih untuk menggalakkan industri ini. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Benar, saya, saya amat hargai dengan izin, observation daripada Shah Alam itu dan saya harap dengan sokongan yang padu dari Dewan ini, maka program FIMI akan dapat diteruskan dengan lebih menggalakkan.
Kita dapati rata-rata bukan hanya produksi antarabangsa tapi produksi tempatan, Tan Sri Yang di-Pertua, mereka melihat kepada format FIMI sebagai satu cara pendanaan yang agak positif di mana berbanding dengan sebelum-sebelum ini, filem dihasilkan — maaf.
Geran diberi tapi kadangkala filem tak dihasilkan. Berbanding dengan FIMI, filem diselesaikan, kemudian baru mereka menerima manfaat daripada rebat dari FIMI itu. Jadi, kita dah perluaskan juga untuk filem-filem tempatan. Jadi, saya harap Yang Berhormat boleh juga menggalakkan Kementerian Ekonomi untuk memberikan dana yang lebih untuk tujuan FIMI.
Tan Sri Yang di-Pertua...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat Menteri, saya ada soalan ataupun perkara yang nak dibangkitkan sebab bila kita bercakap tentang produksi filem antarabangsa dan sebagainya memang menarik sebab saya — ramailah yang menampakkan bahawa Malaysia ini mempunyai satu peluang yang cukup cerah.
Jadi, ada juga beberapa organisasi dan juga stakeholders dalam dunia filem tempatan dan sebagainya yang telah menyuarakan, sekali lagi saya bagi contoh macam The
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
White Lotus, TV Show HBO yang cukup popular sekarang. Saya dapat info lah di mana sebenarnya krew production itu dengan izin, telah datang ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Thailand tapi ini sekadar perbincanganlah. Dan didapati bahawa tempat di sini ataupun mereka telah pergi ke sebuah hotel di sebuah pulau ya di Malaysia tapi tempat resort itu kata tidak. Jadi, sebagai langkah yang seterusnya production crew itu telah pergi ke Thailand dan the rest is history-lah, so to speak dengan izin.
Jadi, balik kepada potensi filem ataupun potensi creative economy di Malaysia, ada juga menyuarakan kalaulah kita dapat membangunkan satu industri filem tourism dan sebagainya tapi again, ia crosses through MOTAC dengan izin. Tapi, nak tahulah pandangan Yang Berhormat dari segi pembikinan dasar sebuah blueprint creative economy. Ada tak kementerian Yang Berhormat akan melaksanakan sesuatulah sebab dikatakan kalau kita tengok dari segi industri, creative industry kita, it needs help dengan izin.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Yang Berhormat, saya amat setuju dan memang di peringkat kerajaan dan khususnya Kementerian Komunikasi melalui perancangan seperti FIMI, kami tidak mengarahkan tapi sekiranya ada mana-mana syarikat produksi yang berminat untuk mendapat insentif membuat penggambaran di Malaysia maka setelah mereka memperoleh lokasi dan melakukan sejumlah perbincangan mereka akan rujuk kepada pihak kementerian khususnya FINAS untuk tujuan ini. Tapi saya ambil maklum, saya akan teliti kes tersebut untuk lihat apa yang boleh kita lakukan untuk menjadikan Malaysia destinasi yang lebih banyak insentif mungkin dan menjadi destinasi penggambaran bagi filem-filem produksi termasuk dari luar negara. Insya-Allah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan dan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan digital dalam industri perfileman negara, FINAS akan membangunkan sektor animasi dengan perancangan yang meliputi antara lain:
(i) pemberian Dana DKK kepada projek-projek animasi dan kandungan harta intelek tempatan berpotensi tinggi;
(ii) pemberian rebat tunai melalui insentif FIMI sebagai galakan menarik pelaburan pengeluaran kandungan tempatan dan antarabangsa dengan fokus kepada harta intelek yang boleh dieksport;
(iii) melaksanakan program pensijilan melalui pentauliahan kepada bakat-bakat kreatif tempatan selari dengan keperluan pasaran dan teknologi semasa; dan
(iv) menambah baik proses pengeluaran lesen aktiviti perfileman khusus buat penerbit filem cereka animasi untuk tayangan pawagam dan televisyen bagi memastikan pematuhan standard serta memberi akses pasaran yang semakin meluas dan pelbagai.
Selain itu, MyCreative Ventures atau MyCV sejak penubuhannya pada tahun 2012 telah memperkenal pelbagai inisiatif dalam bentuk pendanaan dan pembangunan industri
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
untuk membantu syarikat-syarikat kreatif tempatan menjadi lebih berdaya saing dan mampan selain muncul sebagai antara pemain industri penting di peringkat antarabangsa.
Antara syarikat-syarikat kreatif tempatan yang telah mendapat manfaat daripada pelaburan dan bantuan kewangan MyCV dan telah berjaya di dalam pasaran adalah seperti syarikat produksi animasi tempatan dengan status MSC yang terkenal dengan penerbitan siri animasi 2D dan 3D, syarikat reka bentuk dan pengeluar kasut dan beg tangan dan syarikat produksi filem tempatan.
Antara jenama-jenama industri kreatif yang telah MyCreative Ventures bantu untuk bangunkan termasuk Christy Ng, fashion, kandungan TikTok oleh pihak Christy Ng ini sangat-sangat baik Tan Sri Yang di-Pertua dan memang mencuit hati dan FIZIWOO fashion, Khoon Hooi fashion, Kenny Loh Couture fashion, Animasia dan Lil Critter penciptaan kandungan, Stephanie Design perabot, Famsy cenderahati, Buku Fixi sastera dan Kualiti Books sastera Selain itu, MyCV juga melaksanakan Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik pada tahun 2022 dan Skim Dana Padanan MyCreative (SDP) pada tahun 2024 bagi memperkukuh ekosistem muzik negara. Sehingga Julai 2025, sebanyak 119 projek DKK dan 10 projek SDP telah dilengkapkan. Melalui DKK, lebih 189,000 tiket persembahan telah terjual untuk projek yang disokong di bawah Dana Persembahan Muzik dengan penciptaan hampir 9,000 pekerjaan baharu. Melibatkan artis ternama seperti Liza Hanim, Ziana Zain, Lah Ahmad, Masdo dan ramai lagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Manakala melalui SDP, sebanyak 37 harta intelek telah dihasilkan, lebih 3,000 tiket terjual serta 294 peluang pekerjaan diwujudkan dengan penglibatan syarikat seperti Fidle Fix Studio, Pen Productions dan banyak lagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, Speaker. Terima kasih Menteri dan tahniahlah atas apa yang telah diperkatakan tadi. Cuma, saya masih ingat dua tiga tahun lepas, ada satu filem Yang di-Pertua iaitu Untold Story, dikatakan akan dibuat sambungan kisah tersebut. Adakah apa cadangan untuk menyambung kisah The Untold Story: Anwar Ibrahim, dengan filem tersebut?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tak ada dalam apa yang dimaklumkan kepada saya setakat ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab saya dengar dulu Menteri KDN beritahu, kata akan menyambung kisah tersebut. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, saya teruskan. Kisah kejayaan turut jelas dibuktikan. Artis Balan Kash dengan lagu CEKAP yang mendapat sokongan MyCV berjaya melonjak ke pentas tertinggi industri muzik tanah air. Lagu tersebut kini tercalon dalam kategori lagu hip-hop terbaik AIM 2024.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Melalui Dana Permata Muzik Negara, karya agung Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab juga sedang didokumentasikan oleh anak beliau, Nasir Nawab, dalam sebuah buku yang bakal menjadi khazanah penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Tan Sri Yang di-Pertua, pencapaian-pencapaian ini membuktikan bahawa pelaburan kerajaan dalam sektor kreatif memberi impak menyeluruh bagi menjana ekonomi, menghasilkan pekerjaan-pekerjaan baharu, memelihara warisan dan pada masa yang sama memperkukuh kehadiran muzik Malaysia di peringkat global.
Di samping itu, antara usaha yang telah dan sedang di laksana oleh MyCV adalah pelaksanaan Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa di bawah DKK yang bertujuan menyokong pemerkasaan mobiliti artis tempatan serta memperluas pasaran kandungan kreatif ke peringkat antarabangsa.
Sejak diperkenal pada tahun 2023, 15 syarikat telah menerima manfaat dari inisiatif ini dan berjaya mewujudkan 118 peluang pekerjaan kepada artis dan penggiat seni tempatan.
Dana ini menyasarkan pasaran strategik termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah bagi memasarkan karya tempatan di peringkat global.
Bagi memangkin ekosistem promosi dan pembangunan kreatif di lapangan, platform RIUH diperkenal sejak 2017 oleh MyCV sebagai ruang inkubasi komuniti dan pasaran yang berperanan penting dalam mengetengahkan produk kreatif dan bakat tempatan. Bermula di APW Bangsar sebelum berpindah ke Sentul Depot pada tahun 2018, RIUH terus berkembang sebagai ruang yang menyatukan jenama dan penggiat seni dengan masyarakat umum, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kreatif negara.
Pada tahun 2022, MyCV bersama Kementerian Komunikasi telah memperkenal Kembara RIUH bagi merancakkan semula industri kreatif tempatan pasca pandemik. Melalui format jerayawara, program ini telah menjelajah ke negeri-negeri di Malaysia, membuka peluang kepada jenama bagi produk kreatif, gaya hidup dan makanan, serta minuman, untuk berkembang ke pasaran yang lebih besar. Memperkenalkan jenama baharu, serta menguji pasaran baharu seperti di Kelantan, Sarawak, dan Sabah.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, Malaysia ni bab-bab muzik ni saya cukup berminatlah. Jadi, Malaysia ini memang cukup terkenal dengan kepelbagaian muziknya. Dari muzik kontemporari hinggalah ke muzik tradisional. Orang kata di negara lain muzik ini digunakan sebagai — orang kata, daya tarikan pelancong dan sebagainya dan ia juga menghasilkan satu identiti negara.
Jadi, saya nak tahulah apakah langkah-langkah kerajaan dan juga kementerian untuk memperkenalkan insentif khususnya untuk menggalakkan pembangunan muzik tempatan, antarabangsa dan sebagainya? Adakah dalam bentuk pengecualian cukai, geran sokongan, promosi bersama dan sebagainya untuk menghidupkan semula Malaysia ini sebagai satu destinasi hub music festival?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, ini merujuk kepada program rebat kewangan, Concerts and Events in Malaysia Incentive atau CEMI. Yang mana kerajaan pada tahun ini telah memperuntukkan dana sebanyak RM10 juta.
Inisiatif ini bertujuan menarik minat penganjur tempatan dan antarabangsa untuk menganjurkan konsert serta acara bertaraf antarabangsa di Malaysia. Semua adalah bersifat muzik.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Objektif utama CEMI adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh melalui peningkatan hasil pelancongan, pewujudan peluang pekerjaan serta sokongan kepada perniagaan tempatan. Cuma, ada ― bagi tahun pertama, kita baru buka insentif ini dan kita akan lihat prestasi sebelum kita kembangkan untuk tahun-tahun yang akan datang, insya-Allah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, sila.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, Tan Sri Yang di-Pertua. First sekali, saya nak ucapkan tahniah jugalah kepada MyCreative Ventures. Pengerusi pun ada dekat sini. Saya telah dijemput untuk menyaksikan beberapa persembahan yang dananya datang daripada MyCreative Ventures.
Saya ini bukan biasa sangat pergi konsert-konsert ini. Kadang-kadang seriau juga bila pi, takut orang ambil gambar. Nanti jadi polemik lain. Walau macam mana pun, saya dijemput untuk menyaksikan dan saya rasa ada kejayaan yang dicapai.
Cuma, saya rasa tadi kita berbincang mengenai insentif untuk diadakan persembahan dalam negara. Saya rasa pemikiran kita kena diperbesarkan lagi supaya fokus kita juga ialah kepada mengeksport produk-produk kita untuk menjadi tarikan di luar negara.
Jadi, mungkin kalau boleh, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk jelaskan, apa target kita dari segi bilangan filem-filem, bilangan persembahan-persembahan yang berjaya diadakan di luar negara? Boleh tak kita set satu target, ini dia pencapaian dari tahun ke tahun.
Second point ― supaya saya tak perlu bangun selepas ini ialah mengenai kebajikan penggiat-penggiat dalam industri kreatif ini. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang untuk memastikan bahawa kebajikan pekerja- pekerja yang terlibat dalam industri kreatif, yang mungkin boleh dianggap sebagai gig workers, ini dapat dijaga kebajikannya? Adakah ada apa-apa perancangan, terutama dengan dari segi rang undang-undang gig workers yang bakal diperkenalkan?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, memang mengenai dari segi sasaran ataupun target, dengan izin, bagi kandungan kreatif yang kita hasilkan, memang kita sedang meneliti apakah cara yang terbaik.
Ada satu isu yang berbangkit yang dibangkitkan oleh pengkarya-pengkarya sebelum ini, di mana dana kandungan kreatif, bila dana itu diberikan, intellectual property atau copyright itu bukan dimiliki oleh pengkarya. Dia adalah kerana dana datang daripada pihak
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
kerajaan, maka IP itu adalah hak milik kerajaan. Jadi, perkara ini sedang diteliti untuk membantu merancakkan lagi usaha untuk mengeksport, dengan izin, intellectual property ataupun IP ke peringkat antarabangsa.
Masa yang sama, kita juga dapati ada setengah negara ASEAN, mungkin mereka mempunyai persepsi tertentu ataupun halangan-halangan tertentu, berkaitan dengan kandungan daripada mana-mana negara luar. Dan hal ini, kita cuba untuk uruskan melalui sama ada diplomasi ― dan saya juga jemput Yang Berhormat untuk datang, insya-Allah, ke ASEAN X RIUH yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Oktober, insya-Allah, yang bertempat di― maaf. Nanti saya akan share-kan detail dia. Tetapi akan bertempat di Stadium Merdeka, bulan Oktober, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Dan itu merupakan tempat di mana kita akan peragakan pemuzik-pemuzik bukan hanya tempatan tetapi juga dari ASEAN.
Jadi, ini satu peluang yang baik untuk kita merapatkan lagi hubungan di antara para pemuzik dalam dan luar negara, terutama membina satu semangat di kalangan negara-negara ASEAN, insya-Allah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin teruskan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang isu kebajikan tadi itu?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Oh, ya. Isu kebajikan. Memang― Yang Berhormat, memang sebelum ini kita ada memberi melalui FINAS, dalam industri filem, bantuan ataupun sokongan untuk setahun bagi semua, dengan izin, cast and crew yang terlibat dalam mana-mana produksi ― PERKESO. Caruman PERKESO untuk setahun dan pihak kementerian sekarang sedang dalam penelitian akhir bersama dengan pihak FINAS untuk membawa satu pindaan Akta FINAS kerana kita dapati konsep filem itu hari ini telah berubah sangat-sangat secara terlalu pantas dan kita ingin pastikan, walaupun perubahan itu berlaku tetapi beberapa aspek termasuk dari segi kebajikan pekerja dalam bidang filem dan muzik ini dapat― Bagi filem, kita akan usahakan melalui pindaan kepada Akta FINAS, di mana beberapa aspek termasuk PERKESO dan KWSP akan dirangkumkan. Perbincangan telah diadakan dengan GAFEMA yang mewakili 16 persatuan pelbagai sektor dalam bidang perfileman. Tetapi, bagi muzik, pada waktu ini, kita tidak ada akta khusus. Oleh itu, pihak kementerian sedang meneliti apakah cara terbaik untuk pastikan dapat digubal satu akta bagi memastikan aspek kebajikan, kelestarian dan pembangunan industri muzik, insya-Allah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin beralih dalam 17 minit yang berbaki ini. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekiranya saya tidak dapat sentuh, saya akan jawab secara bertulis.
Tapi, saya ingin juga sentuh mengenai apa yang Yang Berhormat Shah Alam ada bangkitkan mengenai industri muzik, yang mana kita di Kementerian Komunikasi sedang menjalankan kajian pembangunan industri muzik untuk memberi fokus kepada perkara- perkara melibatkan pembangunan industri tersebut secara keseluruhan, termasuk isu dan
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
cabaran, dan cadangan pelan tindakan yang bersesuaian dalam memperkasakan pembangunan industri muzik Malaysia yang mampan dan dinamik. Kajian ini turut memperhalusi model perniagaan, tadbir urus perjawatan dan undang-undang khusus.
Yang Berhormat Tasik Gelugor, ini yang saya maksudkan. So, kita tengah teliti.
Kajian ini turut mengambil kira pandangan dan input pemain industri muzik melalui Jawatankuasa Pro Tem Industri Muzik. Seramai 20 orang ahli Jawatankuasa Pro Tem Industri Muzik yang telah dilantik terdiri daripada pelbagai bidang termasuk komposer, penulis lirik, syarikat rakaman atau studio, penyanyi, pemuzik, organisasi pengurusan kolektif (CMO), syarikat penerbitan, wakil persatuan, ahli akademik dan pengurusan acara. Hasil kajian ini akan dijadikan sebagai input dalam menentukan ketersediaan dan keperluan badan khusus dalam mengawal selia pembangunan industri muzik atau memasukkan industri muzik ke dalam fungsi agensi atau badan kawal selia yang sedia ada.
Yang Berhormat Shah Alam dan Puncak Borneo mencadangkan supaya Akta FINAS dipinda agar seiring dengan keperluan semasa. Ini, saya ada sentuh tadi, dan memang antara skop peluasan yang sedang dipertimbang menyentuh kawal selia, tadbir urus, fungsi serta aspek penguatkuasaan akta tersebut. Cadangan pindaan Akta 244 dijangka akan dibentang dalam Mesyuarat Parlimen akan datang.
Antara cadangan pindaan adalah seperti berikut ― Pertama, berkaitan dengan keahlian Ahli Perbadanan FINAS yang terletak di bawah skop tadbir urus. Pindaan ini bertujuan menambah baik struktur keanggotaan agar terdiri dari penggiat industri filem tempatan yang berpengalaman, memiliki rekod pencapaian cemerlang dalam bidang perfileman tempatan serta mempunyai kredibiliti dalam memperjuangkan kebajikan penggiat industri dan pembangunan keseluruhan industri filem negara.
Kedua, melibatkan peluasan skop kawal selia, termasuk pindaan kepada tafsiran beberapa istilah utama seperti ‘filem’, ‘pengeluaran filem’ dan ‘pengedaran filem’. Selain itu, tafsiran baharu turut diperkenal. Antaranya, ‘aplikasi’ dan ‘perkhidmatan aplikasi kandungan’ bagi memperjelas lagi definisi ‘filem’ selaras dengan perkembangan teknologi dan medium penyiaran semasa.
Ketiga, penambahbaikan skop fungsi FINAS dengan memperinci peranan dalam aspek pengarkiban serta aktiviti promosi dan pemasaran filem tempatan di peringkat antarabangsa.
Dan keempat, penambahbaikan dalam skop penguatkuasaan khususnya berkaitan dengan pelaksanaan denda dan kompaun melibatkan pelesenan di bawah FINAS.
Yang Berhormat Bukit Bendera menyentuh kebajikan dan perlindungan sosial terhadap artis tempatan. Kementerian Komunikasi sentiasa cakna terhadap perlindungan buat para seniman khususnya melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO. Oleh itu, FINAS dan KESUMA menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) telah mengadakan kerjasama strategik melalui satu memorandum persefahaman bertarikh 23 April 2024 dan menyediakan sokongan jaringan keselamatan
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
sosial merangkumi faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, orang tanggungan, pengurusan jenazah, pemulihan dan pinjaman pendidikan kepada penggiat seni filem tempatan.
FINAS dan PERKESO telah melaksana program kesedaran dan advokasi terhadap kepentingan kesedaran caruman PERKESO di bawah inisiatif SKSPS melalui beberapa program dialog atau bicara industri kreatif pada tahun 2024. FINAS turut mewajibkan perjanjian produksi mengambil kira standard kebajikan yang tinggi, termasuk gaji minima, faedah sosial dan caruman KWSP, agar para seniman mendapat bahagian yang adil daripada keuntungan industri. Ia telah diperuntukkan dalam perundangan subsidiari Akta 244 di bawah Peraturan Pelesenan FINAS. Maka, dalam kita meminda Akta FINAS, kita juga akan meminda perundangan subsidiari bagi memastikan aspek kebajikan ini terkandung dalam Akta FINAS itu sendiri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Yang Berhormat Bangi menyentuh Skim Wajib Tayang yang dikhuatiri di manipulasi dan tidak adil terhadap penerbit filem indie tempatan, dengan izin. Indie ini bermaksud independent Tan Sri Yang di-Pertua. FINAS telah mewujudkan satu perundangan subsidiari di bawah Akta 244 iaitu Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Skim Wajib Tayang) 2005 yang berkuat kuasa sejak 23 Jun 2005. Skim ini diperkenal bagi memastikan lebih banyak filem tempatan mendapat ruang tayangan di pawagam-pawagam tempatan, sekali gus menyokong pembangunan industri perfileman negara. Industri ini memberi impak ekonomi kepada pawagam melalui keuntungan jualan tiket dan peningkatan bilangan penonton.
Pada 2023, sebanyak 62 tajuk filem tempatan telah diluluskan tayangan di pawagam di bawah Skim Wajib Tayang dengan jumlah keseluruhan kutipan jualan tiket pawagam sebanyak RM108 juta. Manakala pada tahun 2024, 62 tajuk filem tempatan dengan kutipan kasar jualan tiket pawagam sebanyak RM122 juta. Jumlah yang sama, tapi pendapatan meningkat. Ini satu tanda yang agak positif. Walau bagaimanapun, saya ambil maklum atas kekhuatiran Yang Berhormat Bangi dan saya insya-Allah akan minta FINAS untuk teliti dan mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan Skim Wajib Tayang benar-benar menjadi platform sokongan yang menyumbang kepada industri perfileman negara.
Yang Berhormat Kubang Kerian ada? Tak ada. Baik. Yang Berhormat Tebrau? Ada.
Baik. Ini menyentuh sebaran kandungan negatif dalam media sosial serta bahan pornografi yang dikhuatiri memberi kesan buruk kepada masyarakat.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, bagus juga sudah 30 minit kita cerita wayang. Jadi, 10 minit kita cerita soal komunikasi lah, boleh?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya. Ya.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Minta laluan sikit.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik. Sebab kebiasaannya sebelum ini saya utamakan...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, kes Zara ini sebetulnya dia telah mengakibatkan rakyat marah, gelisah dan hilang keyakinan kepada kerajaan. Jadi, apakah Yang Berhormat menjadikan prioriti kes ini? Macam hari ini lima orang telah didakwa tetapi netizen tidak boleh terima.
Jadi, bolehkah Yang Berhormat membuat makluman bahawa nama tidak boleh didedahkan sebab ini kes juvana, tetapi rakyat kurang faham. Jadi, masing-masing sekarang ini hidup rakyat di bawah ini, mereka percaya dengan media sosial. Jadi, tanggungjawab kementerian ini memberi makluman bahawa memang dalam peraturan negara kita tidak mengizinkan pendedahan nama supaya mereka...
Tuan Yang di-Pertua
Juvenile. Juvenile.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Boleh maklum dan faham. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat.
Memang saya setuju, Tan Sri Yang di-Pertua. Kita nampak ada satu budaya sekarang ini di mana rata-rata warganet ataupun netizen mereka menerima bulat-bulat apa yang mereka lihat dalam media sosial. Ada yang menjadi mangsa kepada scam yang melibatkan AI deepfake, sebagai contoh. Ada sampai yang percaya di Gerik di Hulu Perak ada cable car, sebagai contoh. Ada yang percaya akibat daripada fitnah yang dihasilkan bahawa Allahyarhamah Zara Qairina telah meninggal dunia akibat dimasukkan dalam mesin basuh.
Ada pakar patologi kononnya yang masuk dalam TikTok Live dan berkata konon- kononnya dia adalah pakar. Walhal bila kita buat semakan dengan KKM dia bukan doktor pun. Kami dimaklumkan dia ada sejarah scam.
Jadi, itulah sebab kenapa kita dapati media sosial ini kita perlu berhati-hati. Dia bukan seperti media arus perdana. Dia bukan seperti akhbar Tan Sri Yang di-Pertua. Di mana akhbar kita tahu dia ada etikanya, dia ada integriti kewartawanannya. Itu lah sebab, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Sabah Journalist Association (SJA) telah mengeluarkan satu kenyataan mengkritik netizen. Bukan netizen, tapi pempengaruh (influencer) yang datang memenuhi tempat-tempat, seolah-olah mereka adalah wartawan bertanya, tapi sebenarnya niat mereka adalah untuk menghasilkan kandungan dengan niat profit kepada diri sendiri.
Bila jumlah tontonan berjuta mesti ada pulangan kewangan kepada pempengaruh itu, tapi aspek integriti, aspek pengesahan identiti ini tidak dilakukan. Jadi, saya telah mengarahkan supaya Jabatan Penerangan, BERNAMA, Jabatan Penyiaran...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
...menghasilkan kandungan untuk memastikan rakyat memahami bahawa bukan semua yang mereka saksikan dalam media sosial ini benar dan khusus, Tan Sri Yang di-Pertua. Mengenai kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu. Memang benar.
Akta Kanak-kanak 2001 seksyen 15 dengan sangat jelas menyatakan bahawa terdapat sekatan-sekatan yang dikenakan apabila sesuatu kes itu melibatkan kanak-kanak.
Dia bukan atas arahan mana-mana pihak, tapi berdasarkan undang-undang sedia ada.
Mana-mana kes yang melibatkan kanak-kanak bawah 18 tahun memang Akta Kanak-kanak akan terpakai. Jadi, dia secara automatik. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri. Sikit.
Sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Sungai Petani, Segamat dan Hulu Selangor — Hulu Terengganu.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Segamat, sikit.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik. Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Baik, terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Baik saya nak bangkitkan isu berkaitan dengan online ini sebenarnya. Semalam.
Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta 233 in certain clause itu is unconstitutional bahawa mengatakan jelik dan menyakitkan hati, it is unconstitutional. Kalau kita boleh nampak, is it benda ini akan mula kembali balik dalam sosial media, yang pertama.
Means it’s going to be allowed these things to come back. Nombor dua, adakah kementerian – sebab kes-kes ini adalah kes pertama di Mahkamah Rayuan. Mungkin ada kes-kes di bawah: mungkin menjadi precedent kepada kes ini di bawah Akta 233. Adakah Yang Berhormat Menteri akan adakan perbincangan dengan Pejabat AG supaya untuk kes-kes yang masih ada itu dan bagaimana untuk mengendalikan lagi? Supaya kita memberi kebebasan, pada masa yang sama mengawal isu-isu jelik dan juga yang melampau ini. Terima kasih.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih penjelasan Yang Berhormat Menteri cukup baik dalam Dewan ini. Kalau kita tengok dalam sebulan dua ini, negara kita havoc dengan pelbagai isu. Sebelum ini di bawah kementerian Yang Berhormat ada satu program ‘Biar Betul.’ Jadi, saya harap kalau boleh untuk counter segala bentuk spekulasi, persepsi masyarakat dan sebagainya secara online ini, boleh tak Yang Berhormat Menteri kalau kita ada kan slot harian di televisyen atau radio sebagainya? Slot harian untuk menjelaskan isu- isu semasa walaupun kes sedang berjalan, tapi dapat meredakan keadaan dengan kita counter semula apa juga isu-isu yang dibawa oleh netizen. Di dalam slot tersebut kita boleh bahagi mungkin untuk Kementerian Dalam Negeri, kita highlight kan. Kementerian Pendidikan, kita highlight dan sebagainya. Jadi, slot harian itu
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
ada untuk menjawab kegelisahan dan keresahan rakyat di bawah. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua.
Dua perkara. Pertama, berkaitan dengan kanak-kanak tak boleh disiarkan dalam media, nama-nama tersebut, tapi apa yang berlaku dalam kes beberapa tahun dulu, remaja yang membakar pondok ataupun madrasah di Keramat. Nama mereka disiar. Jadi, adakah itu bercanggah?
Kemudian, seorang pelajar memukul guru pun gambar dengan nama terpampang dalam surat khabar. Jadi, ini nampak ada percanggahan lah dalam segi undang-undang.
Keduanya, Yang di-Pertua saya sokong apa yang dibawa oleh Menteri. Tidak pasti, jangan kongsi. Persoalan saya, masalah fake news ini Perdana Menteri pun bawa dalam Dewan dan sampai sekarang pun belum terjawab betapa susahnya nak cari berita yang mengatakan Pagoh membenarkan orang asing ataupun ucap setuju. Jadi, sejauh mana siasatan dibuat...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Peraturan. Peraturan tetap.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, apa ini? Tunggu dulu tak habis lagi.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Peraturan tetap.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tan Sri, benar dia, benar saya dulu?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya teruskan. Habiskan lepas itu saya...
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Habis dulu. Duduk dulu, Tebrau.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, habiskan.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, maknanya siasatan — sejauh mana siasatan? Sebab Dewan kata dah nak habis. Kota Bharu bawa usul. Jadi, itu maknanya. Kalau Perdana Menteri bawa berita tersebut, jadi ini suatu perkara yang amat memalukan. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Menteri nak jawab dulu kah ataupun nak ambil soalan lagi?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya rasa dalam tiga minit. Saya minta maaf. Masa dah...
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Saya ringkas sahaja. Fasal telekomunikasi. Fasal sempadan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Sekejap sahaja. Tak apa lah. Saya bagi ruang.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap, kita ada standing order. Standing order berapa itu?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
36(12).
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia isunya?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis. Tadi, Hulu
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terengganu. Dia kata Yang Berhormat Perdana Menteri Tambun telah menyatakan fake news. Benda itu masih dalam siasatan. Dia tak boleh kata benda sebegini di Parlimen. It’s unfair to the Prime Minister.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa. Baik, saya buat keputusan. Hulu Terengganu tanya Menteri. Itu soalan dia bertanya kepada Menteri. Bukan buat statement. Okey? Menteri, Menteri. Macam mana nak jawab kah nak ambil dulu soalan? Menteri cuma ada tiga minit lagi.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik. Saya cuba jawab dengan pantas.
Machang, ringkas dan bolehlah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey. Tadi Yang Berhormat Pandan baru mengeluarkan satu kenyataan media dalam bentuk video berhubung dengan kes anaknya yang dicederakan dan beliau menamakan atas sumber whistleblower.
Melihat pengalaman MCMC menguruskan sumber maklumat yang dibocorkan seperti kes MalaysiaNow, apakah pendirian Yang Berhormat Menteri dalam menangani aduan Yang Berhormat Pandan lakukan tadi, berkenaan dengan keselamatan anaknya?
Apakah ada tindakan untuk menyiasat whistleblower tersebut berdasarkan maklumat yang beliau dedahkan? Ataupun MCMC akan tutup video Pandan kerana mendedahkan nama suspek? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Okey. Ringkas ya?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya jawab Machang dulu sebelum ini, itu polis. Jadi, kita serahkan kepada polis. Sila.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Okey. Saya mewakili Ahli-ahli Parlimen di sempadan Malaysia-Thailand nak minta kalau boleh jasa kebijaksanaan kementerian agar memantau menara telekomunikasi sempadan yang rapat dengan kita punya SUKS. Itu sahaja. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya tahu. Saya tahu kes ini. Ya. Ya.
Yang Berhormat, memang masalah kita bukan hanya di Padang Besar, tapi ia banyak lokasi di sempadan termasuk di Pulau Sebatik, termasuk di Johor, di Selat Tebrau. Ini satu perkara yang kita – saya telah minta supaya pihak MCMC bekerjasama dengan badan-badan kawal selia di negara-negara jiran kerana ada beberapa perkara yang perlu diselaraskan. Jadi, insya-Allah ini dalam tindakan.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, insya-Allah.
Yang Berhormat Tebrau bertanya mengenai isu keputusan Mahkamah Rayuan dan saya difahamkan Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, tapi untuk makluman semua, inilah antara sebab kenapa Kementerian Komunikasi dan saya, dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri, kami sewaktu mula
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
menjawat jawatan ini, kami diberikan satu draf asal pindaan kepada Seksyen 233 yang – kalau saya boleh maklumkan sekarang, dia bersifat lebih drakonian Tan Sri Yang di-Pertua, daripada akhirnya apa yang kami telah uruskan murnikan dan bawa ke Dewan ini.
Yang mana, sekarang kita tahu Seksyen 233 tidak hanya melibatkan jelik, tapi jelik melampau dengan enam huraian yang dengan jelas menyatakan beberapa aspek ini bukan satu kesalahan seperti satira dan parodi. Jadi, apa yang kita ada sekarang jauh lebih baik daripada cadangan yang cuba dibawa oleh Perikatan Nasional sebelum ini, pentadbiran sebelum ini, tapi apa pun, insya-Allah saya akan teliti, ikuti perjalanan proses rayuan tersebut dan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu mengenai percanggahan Akta Kanak-kanak, walaupun dia tidak – dalam hal ini saya akan teliti kes-kes yang dimasukkan, tapi memang di kalangan para wartawan yang telah berkhidmat lama, insya-Allah kita akan bekerjasama dengan Majlis Media Malaysia dan juga dengan persatuan-persatuan kelab-kelab media untuk pastikan mereka faham apabila membuat pelaporan mengenai kanak-kanak, terutama kes-kes jenayah, maka Akta Kanak-kanak 2001 Seksyen 15 terpakai.
Tan Sri Yang di-Pertua, ini Sungai Petani minta supaya ‘Biar Betul’ dikembangkan.
Insya-Allah sekarang sedang diteliti. Isu kita bukan untuk siarkan dia setiap hari dalam TV Tan Sri Yang di-Pertua. Masalahnya, ramai yang tertipu dengan kisah-kisah seperti mesin basuh dan sebagainya. Mungkin mereka lebih tengok TikTok. Jadi, mungkin saya kena jemput platform-platform media sosial ini untuk bantu kami mempromosikan segmen ‘Biar Betul’ dalam platform-platform mereka tanpa kos kepada kerajaan.
Jadi...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, masa dah habis, Menteri perlukan masa lagi tambahan?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tak apa. Saya rasa cukup di situ. Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tak sempat untuk jawab, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Baik, terima kasih Menteri. Sekarang saya jemput Menteri Pendidikan, 40 minit. Silakan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillah, saya rafakkan rasa syukur apabila pembentangan RMK13 ini telah pun berlangsung yang telah pun disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Ahli Yang Berhormat sekalian, RMK13 ini adalah kanvas penting untuk kita melihat bagaimana kita menyusun semula dan juga melakar semula pembangunan negara
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
khususnya melihat bagaimana peranan dan juga anjakan-anjakan yang harus dilakukan melalui mobiliti sosial yang mendorong kepada keadaan yang lebih baik dalam hierarki sosial.
Keutamaan mobiliti sosial untuk menggerakkan dan menjadi navigasi utama RMK13 ini pastilah reformasi pendidikan yang telah diletakkan sebagai keutamaan dalam melihat kepada keutamaan-keutamaan memulakan dan menjadi aspirasi ekonomi MADANI sebagai kerangka utama melatari RMK13.
Tan Sri Speaker, saya melihat sepanjang perbahasan ini, sebanyak 237 perkara dibangkitkan dan pertanyaan begitu juga senarai pembahas adalah seramai 95 orang Tan Sri Speaker. Ini menunjukkan bahawa dalam isu pendidikan ini ia telah pun menjadi keutamaan semua pihak. Jadi, jawapan saya ini Tan Sri Speaker adalah berdasarkan kepada strategi yang telah pun kita gariskan di bawah reformasi pendidikan ini dan juga melalui persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Reformasi pendidikan dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bukan sahaja memperkenalkan rombakan struktur, tetapi menjadi tunjang utama kepada perubahan yang lebih besar untuk negara. Jadi, dalam RMK13 ini telah melakarkan lapan strategi utama untuk merealisasikan reformasi ini.
Saya mulakan Tan Sri Speaker, strategi yang pertama, memperkukuh tadbir urus pendidikan dan dalam soal ini, tatakelola di semua peringkat pembelajaran daripada prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah prauniversiti akan diperkukuh bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dengan lebih tuntas.
Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, sebuah akta baru akan digubal bagi memastikan kawal selia dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Sehubungan dengan itu, dalam RMK13, kerajaan akan menubuhkan sebuah Majlis Pendidikan Negara yang berperanan menyelaras, memantau serta mencadangkan intervensi yang bersifat strategik.
Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, Miri, Ampang, Gopeng telah membangkitkan cadangan penubuhan Majlis Pendidikan Negara. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia menyambut baik usaha ini bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian serta menentukan hala tuju strategik pembangunan sistem pendidikan negara.
Jadi, sehubungan dengan itu, KPM sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan tinggi untuk menyediakan memorandum Jemaah Menteri bersama yang dijangka akan dibentangkan pada pertengahan September 2025 dan dari segi keahlian Majlis Pendidikan Negara bakal melibatkan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, tokoh akademik, wakil industri, NGO serta GLC agar keputusan yang dibuat lebih inklusif.
Penubuhan Majlis Pendidikan Negara akan menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta mengenal pasti tindakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan sistem pendidikan kekal relevan dan berkesan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Yang kedua, strategi yang kedua Tan Sri Speaker adalah merasionalisasikan fungsi dan peranan institusi pendidikan. Kerajaan bertekad untuk melihat bahawa fungsi dan peranan institusi pendidikan supaya lebih terarah, berkesan dan berdaya saing. Soal rasionalisasi ini bukan semata-mata soal penyusunan semula struktur, tapi juga satu usaha untuk mengoptimumkan penggunaan sumber seterusnya memastikan kualiti pendidikan negara berada pada tahap tertinggi.
Penstrukturan semula institusi pendidikan akan dilaksanakan bagi memastikan setiap entiti memainkan peranan yang jelas dan selaras dengan keperluan semasa serta masa hadapan.
Saya mendengar perbahasan ahli Yang Berhormat Petaling Jaya, Batang Sadong, Bayan Baru mengenai pemerkasaan pendidikan lepasan menengah khususnya Tingkatan 6.
Untuk makluman, KPM sentiasa komited memastikan kedudukan STPM sebagai kelayakan prauniversiti bertaraf antarabangsa dapat terus dikekalkan. Dengan jumlah kemasukan pelajar sekitar 50,000 sehingga 55,000 orang setiap tahun, pelbagai langkah sedang dan akan terus dilaksanakan bagi menarik minat lepasan SPM khususnya melalui Pelan Hala Tuju Pendidikan Tingkatan 6 2024-2030.
Pelan ini memberi tumpuan kepada lima fokus utama iaitu penjenamaan imej, peningkatan infrastruktur, penambahbaikan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel serta kurikulum yang setara dengan piawaian antarabangsa seperti A-Level.
Antara prakarsa yang sedang berjalan termasuklah penambahbaikan sukatan pelajaran, perluasan peluang melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru, pelaksanaan program rintis Tingkatan 6, kampus universiti awam UKM dan USM, pemberian bantuan awal persekolahan mulai 2025 serta penajaan 300 tempat khusus bagi lepasan STPM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di dalam dan luar negara.
Selain itu, KPM turut merancang pembinaan kolej Tingkatan 6 baru, lengkap dengan kemudahan moden supaya laluan ini lebih berdaya saing dan kompetitif. Sebagai makluman kepada ahli Yang Berhormat Batang Sadong, ketika ini terdapat 635 pusat Tingkatan 6 di seluruh negara yang meliputi Kolej Tingkatan 6, Pusat Tingkatan 6 Mod 2 serta Pusat Tingkatan 6 Mod 3.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Di Sarawak sahaja, terdapat 79 pusat termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan, Parlimen Batang Sadong. Pada masa yang sama, KPM turut merancang perluasan pusat ini secara berperingkat berdasarkan permintaan, keperluan setempat serta kelestarian pengoperasian.
Kerajaan juga menyedari bahawa guru dan pendidik merupakan nadi kepada kecemerlangan pendidikan. Justeru, mereka harus dibekalkan dengan latihan yang relevan dan berterusan agar kemampuan profesionalisme mereka terus berkembang. Jadi untuk itu, IPG ini Tan Sri Speaker, akan diberikan perhatian penuh khususnya untuk memastikan soal- soal bukan sahaja tentang latihan, tetapi bagaimana melihat bahawa peranan IPG ini akan
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
terus diperkasakan, melihat kepada soal latihan pengukuhan pedagogi, begitu juga dengan ikhtisas dan juga sebagai tempat untuk melihat bagaimana inovasi-inovasi dalam pendidikan harus diperluaskan dan lonjakan ekosistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.
Tan Sri Speaker, strategi yang ketiga, mempertingkatkan keberhasilan pendidikan.
Dalam usaha mempertingkatkan keberhasilan pendidikan, kerajaan dalam RMK13 merangka satu transformasi menyeluruh yang menyentuh setiap peringkat pembelajaran. Seiring dengan aspirasi ini, kita telah pun terlebih dahulu mengorak langkah proaktif. Salah satu langkah yang kita lihat bahawa ia akan memberi kesan langsung kepada pendidikan negara dan kualiti pendidikan negara adalah melalui pindaan terhadap Akta Pendidikan yang telah pun diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Ahli Yang Berhormat Temerloh, ada tak? Tak ada. Ahli Yang Berhormat Temerloh tak ada Tan Sri Speaker. Saya terus kepada yang bertanya yang ada dalam Dewan saja, Tan Sri Speaker.
Baik. Bagi melihat kepada mempertingkatkan keberhasilan pendidikan ini juga, Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota memohon agar kurikulum prasekolah dibangunkan berasaskan keperluan perkembangan kanak-kanak. Saya setuju penuh dengan pandangan ini bahawa setiap kurikulum itu harus dilihat dan dibangunkan berdasarkan keperluan keutamaan pendidikan. Jadi untuk itu Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM akan memperkenalkan Kurikulum Prasekolah 2026 yang berpaksikan kerangka Kurikulum Persekolahan 2027.
Kurikulum ini menekankan pembentukan sahsiah, keyakinan diri, nilai kasih sayang...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Speaker, minta Menteri dekat sikit mic.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Menteri tolong tarik mic dekat mulut sikit. Dia tak berapa dengaq. Bila jauh itu, dengaq seksi sangat. Dekat sikit.
[Dewan ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
Tan Sri Speaker, suami saya tengok live ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ha ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
...Dan daya tahan — meningkatkan keyakinan diri, nilai kasih sayang dan daya tahan melalui pendekatan berasaskan pengalaman yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Sehubungan dengan itu, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan akan dijadikan mandatori kepada semua institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan penekanan kepada nilai karamah insaniah, pembentukan karakter, pemikiran kritis serta kemahiran hidup. Untuk menjayakan perkara ini, penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 akan diperkukuh. Sila, Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Maknanya, yang saya faham ialah akan tengok baliklah sebab dulu kita ada enam tahun sekolah rendah, sekarang kita ada tujuhlah kalau nak kira. Enam campur satu. Jadi,
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
soal foundation dia itu terutamanya soal menulis, membaca itu akan disusun semula untuk mengelakkan ada lagi keluar Tahun 6 masih belum menguasai 3M, ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Betul Yang Berhormat. Saya ambil perhatian penuhlah semua isu-isu yang sering kita bangkitkan dan menjadi keprihatinan kita bersama. Apabila kita bercakap tentang prasekolah ini Tan Sri Speaker, antara perkara yang maknanya pasca kita meluluskan Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah ini, kita juga melihat keperluan itu, bagaimana Dasar Pendidikan Wajib Prasekolah ini boleh membantu soal-soal yang dibangkitkan oleh Indera Mahkota sebentar tadi.
Cuma untuk sekarang ini, tumpuan kita adalah untuk memastikan perjalanan Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah ini maknanya diteruskan dan dalam masa yang sama, menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke prasekolah dengan lebih awal sebelum dasar itu yang menjadi antara teraju utama dalam RMK13 ini.
Jadi sebab itu Yang Berhormat, antara dalam bahas Indera Mahkota juga melihat bahawa kepentingan prasekolah ini adalah untuk memastikan bahawa anak-anak B40 ya, yang barangkali perlu juga diberikan tumpuan dalam soal memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan ini. Jadi secara keseluruhannya, kita melihat bahawa memastikan juga dalam soal berkaitan dengan prasekolah ini menjadi keutamaan kita.
Ahli Yang Berhormat Merbok, Ledang, Ampang...
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Sebelum ke apa itu, topik lain...
Puan Fadhlina binti Sidek
Ha, okey. Sila.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Saya juga berbahas mengenai prasekolah ini, tapi argument saya ialah kita tak boleh semata-mata terikut-ikut nak push prasekolah disebabkan ramai negara mulakan prasekolah, tapi the most compelling reasons kita mulakan prasekolah ini kerana kita terdapat academic disadvantage kepada mereka yang datang daripada keluarga miskin tegar yang tidak menghantar anak mereka ke prasekolah.
Jadi, apabila mula Darjah 1, anak-anak yang pergi prasekolah awal lebih advance daripada — itu more compelling reasons for us to start preschool. Saya cuma — sebab ada banyak school of thoughts tentang patut mula awal ke ataupun mula umur tujuh tahun ke.
Jadi, dia — di Jepun pun sendiri dia tak mula enam tahun, dia mungkin enam setengah tahun baru dia mulakan preschool. Jadi, itu cuma saya nak tahu, adakah sebab utama kita mulakan prasekolah ini adalah kerana nak membantu yang tadi, Yang Berhormat sebut fasal B40 tadi, ya?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Speaker, boleh mencelah sikit?
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ada kaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Menteri nak jawab dulu?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ada kaitan sikit dengan prasekolah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Habiskan kalau ada kaitan dengan prasekolah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Okey. Terima kasih Speaker dan Menteri.
Saya rasa masalah isu prasekolah ini, saya ucapkan tahniah kalau kita memang ada apa ini, ada ke arah untuk membuat satu rang undang-undang berkaitan dengan perkara tersebut. Tinggal lagi, kita nak cakap sementara kita nak pergi kepada tempoh ataupun mensyaratkan kewajipan itu, apakah – bagaimana kita nak tangani Tuan Speaker, masalah keciciran ya, kanak-kanak yang memang dalam golongan B40 yang tak mampu ataupun tidak dapat tempat sama ada di KPM ataupun di KEMAS atau Perpaduan, mereka sebenarnya dah mula tercicir semasa sekolah rendah lagi.
Jadi, saya harap sangat isu keciciran ini ditangani dengan baik. Lepas itu kalau boleh, bila kita bercakap tentang prasekolah ini, jangan lupa untuk menggarap semua sekali, ya.
Jangan saja di KPM atau di agensi kerajaan, semua baik swasta ataupun NGO yang ada sekarang ini, perbetulkan mana-mana yang mana orang kata, yang ada terlepas pandang supaya kurikulumnya, guru-gurunya dan infrastrukturnya dapat dibuat dengan baik. Itu pandangan saya dan minta Menteri respons tentang keciciran.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Balik Pulau dan Ampang.
Sebenarnya Balik Pulau, apa yang Balik Pulau bangkitkan itu adalah sebahagian besar daripada justifikasi mengapa prasekolah ini kita lihat sebagai satu intervensi penting yang kita mahukan ia berjalan dalam konteks bahawa ia membantu. Memang telah pun kajian kita menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan keciciran daripada peringkat awal. Sebab itu komitmen kita Ampang, daripada awal kita sebut pertambahan prasekolah ini sangat kritikal. Setiap tahun kita maknanya, membuat pertambahan prasekolah dan semua aset KPM digunakan sepenuhnya untuk membuat perluasan prasekolah itu.
Sebab itu kalau ditanya tentang infrastruktur, memang sedaya upaya ketika ini kita memaksimumkan, mengoptimumkan semua ruang yang kita ada di peringkat KPM. Kita ada semua prasekolah di IPG. Kita ada prasekolah di sekolah menengah. Kita ada prasekolah di KV. Kita ada prasekolah di mana sahaja ada ruang dalam institusi kita untuk memastikan supaya gap itu, kesenjangan itu dapat kita kurangkan. Apatah lagi, memastikan apa yang disentuh oleh Ampang sebentar tadi bahawa tidak ada anak-anak B40 yang keciciran.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, keutamaan kita ketika ini memastikan bahawa soal galakan itu ya, advokasi kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti mesti dibina tentang soal bagaimana kepentingan prasekolah ini. Sebab itu juga, kita melihat bahawa kurikulum baharu yang akan diperkenalkan untuk prasekolah 2026 ini sangat penting.
Saya setuju Ampang, bahawa galakan dan soal penekanan tentang prasekolah ini tidak boleh hanya berlaku dalam KPM sahaja. Sebab itu sesi libat urus kita berlaku dengan
Puan Fadhlina binti Sidek
sangat meluas dan kita galakkan semua perbincangan-perbincangan itu untuk melihat kepada keperluan-keperluan itu dan juga keutamaan pendidikan kita ketika ini. Silakan, Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Menteri. Mengenai prasekolah juga iaitu perluasan, perluasan prasekolah itu tadi.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, saya pun bimbang sebab di Kapar, sekolah rendah dan sekolah menengah yang padat itu, yang mana satu Menteri nak fokus dulu? Nak settle masalah padat ataupun nak luaskan prasekolah di SK Binjai? Dan tadi kata di sekolah menengah pun boleh letak prasekolah kan? Dan SK Meru. Jadi, saya bimbang sebab yang itu pun dah padat. Sebab nak buli ini — kalau yang padat-padat ini risiko untuk buli lagi tinggi, Menteri. Tolonglah settle.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Kapar. Kapar ini — isu prasekolah ini sebab tu saya sebut tadi bahawa di mana ruang yang ada ruang kosong, bilik tambahan yang boleh memuatkan 25 orang satu kelas. Jadi, kalau di kawasan Kapar itu memang kita tak tambah dahlah sebab kita kena selesaikan juga soal sekolah padat.
Ada jawapan saya untuk Kapar berkaitan isu sekolah padat itu tapi dalam masa yang sama Kapar, kita tidak boleh maknanya, meninggalkan dalam soal kepadatan itu, soal keutamaan pendidikan untuk prasekolah. Ia mesti juga berlaku dalam kapasiti tertentu yang akan kita tentukan selepas ini, melihat kepada keperluan di Kapar itu.
Jadi, concern Kapar itu Tan Sri Speaker adalah sangat penting dan signifikan. Ketika kita nak mengendalikan soal sekolah padat, kita juga mesti memastikan bahawa soal yang lebih kondusif. Soal foundation learning ini juga mesti diselesaikan. Jadi, insya-Allah Kapar, saya bagi jaminan untuk soal sekolah padat itu, kita sedang buat intervensi di Kapar dan manakala soal-soal yang terkait rapat dengan pendidikan prasekolah ini juga keutamaan kita.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit Menteri, sebab sebelah Menteri itu Menteri Perpaduan. Jadi, mungkin nak bantukan Kementerian Pendidikan, mungkin Tabika Perpaduan kena ditambahkan di Kapar ini. Saya cerita pasal Kapar ini. Dan juga Tabika KEMAS mungkin diperbanyakkan ataupun swasta. Mungkin itu boleh membantu Kementerian Pendidikan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kapar pun ada PASTI kan? PASTI pun kena bantu kitalah dalam soal – maknanya, berkaitan prasekolah ini.
[Tepuk] Saya ingat, sila Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang ini tak perlu dijawab, tapi saya sekadar: sementara benda ini ada. Mulai Belanjawan 2026, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh – ini boleh jadi additional point untuk memperkukuh cadangan supaya ada pengecualian-pengecualian cukai yang lebih kreatif kepada alumni sekolah-sekolah premier, kepada ibu bapa yang terlibat membantu kurikulum di sekolah. Sebab sebahagian daripada dana itu, kalau sekolah-sekolah premier itu — kalau alumninya dah diberikan sedikit insentif
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
cukai, sedikit daripada dana itu boleh dihalakan, contohnyalah, untuk prasekolah dan sebagainya. Ini sekadar cadangan saja. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Di atas pandangan itu, saya ingat kita boleh pertimbangkan. Dalam masa yang sama, saya juga melihat - kebetulan soalan dan saranan Kapar itu terkait rapat dengan yang juga yang dibangkitkan oleh Indera Mahkota, yang menyentuh soal keperluan penyelarasan pengurusan prasekolah agar lebih bersepadu.
Jadi untuk makluman, pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia kini dikendalikan oleh pelbagai agensi, termasuk JKM, JPNIN, KEMAS serta KPM sendiri. Jadi dalam konteks ini, KPM telah pun dipertanggungjawabkan Tan Sri Speaker, untuk menerajui jawatankuasa khas bagi mengawal selia secara bersepadu, penubuhan dan operasi institusi pendidikan awal kanak-kanak serta pasukan petugas khas penyelarasan prasekolah dan berperanan menyelaras pendaftaran, keselamatan, kesihatan, kurikulum serta memastikan pelaksanaan PAKK ini — pendidikan awal kanak-kanak lebih tersusun dan seragam di seluruh negara.
Jadi, inisiatif ini telah pun kita terajui melalui sesi libat urus dan penubuhan jawatankuasa untuk memastikan penyelarasan, khususnya yang terkait rapat dengan beberapa perkara penting. Kalau di peringkat prasekolah ini pastilah soal kurikulum. Jadi, sebab itu Jawatankuasa KPM, Perpaduan, Wanita, KEMAS, semua berada dalam sesi libat urus ini untuk memastikan - dan jawatankuasa ini untuk memastikan isu-isu penyelarasan itu dapat berlangsung.
Ahli Yang Berhormat Pekan ada?
Rantau Panjang?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, sila.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya ada beberapa isu yang saya bangkitkan ketika perbahasan dan antaranya berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak.
Jadi, bila berhubung dengan perkara ini, saya nak tanya kepada pihak kementerian.
Adakah kerajaan akan menggubal Akta Pendidikan Awal Kanak-kanak memandangkan terlalu banyak isu yang kita perlu cater daripada perkara ini dan tidak lagi bergantung pada hanya Akta Pendidikan? Itu yang pertama.
Yang kedua, isu pembinaan negara sangat penting. Nation building, sangat penting dan kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat concern tentang bahasa. Jadi, pembinaan awal kepada negara bangsa ini mesti bermula di peringkat pendidikan awal kanak-kanak, termasuklah penguasaan bahasa Melayu yang ditegur oleh YDPA kita, sangat lemah di kalangan rakyat. Jadi, ia nya harus bermula daripada prasekolah sehingga ke peringkat yang tertinggi dan kita lihat DBP berada di bawah Yang Berhormat Menteri. Jadi, bagaimanakah pemerkasaan bahasa Melayu di kalangan warganegara, bukan lagi menjadi isu dan patutnya menjadi target utama dalam RMK13?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dan yang satu lagi, berkenaan dengan tulisan Jawi. Kalau dulu semua orang boleh menguasai tulisan Jawi tapi sekarang sangat sukar, walaupun benda ini dijamin di bawah Akta Bahasa Kebangsaan. Jadi, saya dah tanya soalan Jawi, tiba-tiba dijawab oleh pihak JAKIM dan dia hanya kaitkan bahawa Jawi ini untuk urusan-urusan agama. Saya rasa ini perkara yang silap kerana ia nya dijamin di bawah Perlembagaan dan juga di bawah Akta Bahasa Kebangsaan. Tulisan rasmi kita bukan hanya Rumi tapi juga Jawi.
Dan semasa perbahasan baru-baru ini, saya dah sebut tentang isu — apa, dalam kita punya IC sebagai contoh. Nama kita di dalam tulisan Jawi dengan tulisan Rumi sangat berbeza. Jadi, adakah mungkin kita perlu menerapkan supaya ia nya menjadi satu identiti negara kerana kalau kita tidak pertahankan Jawi di Malaysia, mana lagi negara dalam dunia ini yang akan pertahankan Jawi? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya jelaskan sedikit tentang pendidikan awal kanak-kanak. Sepertimana Yang Berhormat sebut tadi, memang RMK13 ini antara lain, pendidikan awal – akta yang menerajui pendidikan awal kanak-kanak ini akan menjadi antara teraju utama dalam RMK13. Jadi, soalan itu terjawab bahawa RMK13 ini – maknanya, Akta Pendidikan Awal Kanak-kanak ini akan menjadi salah satu daripada tunjang utama melihat kepada reformasi pendidikan ini.
Berkaitan dengan soal bahasa ini, saya sangat setuju dengan pandangan Yang Berhormat, bahawa soal bahasa ini mesti terus diperkukuhkan. Betul. Dari segi melihat bahawa kualiti yang harus - dan juga komitmen harus terus diperkasakan dalam soal itu dan memang Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai – maknanya, legitimasi untuk melakukan itu dalam konteks bahawa kekuatan bagi memastikan bahawa bahasa Melayu ini diperkasa adalah juga tanggungjawab yang mesti juga dipikul oleh kita bersama.
Dewan Bahasa dan Pustaka, saya sangat yakin ketika ini sedang merekayasa program-program, khususnya melihat kepada kualiti-kualiti penggunaan bahasa Melayu yang betul, kualiti bahasa Melayu dan juga memastikan bahawa munsyi-munsyi bahasa ini terus diperkasakan, khususnya di program-program yang diterajui di peringkat kementerian.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, dalam perbincangan dan juga jawatankuasa berkaitan dengan bahasa ini Tan Sri Speaker, kita juga melihat bahawa ada keperluan setiap kementerian ditempatkan dengan munsyi bahasa bagi menunjukkan komitmen kerajaan terkait rapat dengan penggunaan bahasa ini.
Saya juga melihat satu lagi reformasi pendidikan yang sedang kita laksanakan adalah MBM, Memperkasa Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ini Yang Berhormat, sangat penting kerana kita bukan sahaja bercakap tentang soal bagaimana pengukuhan bahasa – pemerkasaan bahasa tetapi juga melihat bagaimana ekosistem itu harus didukung dengan program-program yang berkualiti.
Begitu juga dengan penggunaan bahasa yang betul dan juga budaya dari segi bagaimana kita melihat kualiti bahasa ini harus dibudayakan dalam konteks pendidikan dan
Puan Fadhlina binti Sidek
juga di institusi pendidikan kita. Jadi, sebab itu komitmen itu kita ambil penuh dan tanggungjawab itu bagi memastikan bahawa soal terkait dengan bahasa Melayu ini mesti terus diperkukuhkan.
Berkaitan dengan tulisan Jawi...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, boleh, boleh saya?
Puan Fadhlina binti Sidek
Ada kaitan apa?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Pasal DBP. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teringat dengan jasa dan sumbangan Almarhum ayahanda Yang Berhormat Menteri dalam soal bahasa. Dan cuma saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah DBP bekerjasama dengan MOSTI dan juga pada badan- badan lain dalam usaha munsyi-munsyi bahasa ini untuk mengeluarkan kata-kata kunci yang baru, sesuai dengan perubahan zaman dalam bidang sains dan teknologi? Maknanya, kita tak bergantung sangatlah kepada terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris, sebaliknya kita sendiri menamakan konsep ataupun apa-apa bentuk fenomena ataupun bentuk AI.
Apakah munsyi-munsyi bahasa kita ada yang dilatih dalam bidang ini? Sepertimana tahun 70an, 80an dahulu. Dan kita pun dah lama tak ada pendeta. Selepas Za'ba, pendeta – siapa lagi selepas Za'ba?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi, anak muda nampak bahasa Melayu ini macam tak ada nilai masa depan ataupun komersial ataupun saintifik. Jadi, mungkin Menteri boleh cerahkan kepada kami sebab ini soalan dasar.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Saya ingat sepertimana yang saya tegaskan tadi Tan Sri Speaker bahawa soal berkaitan dengan pelantikan munsyi dan melihat bagaimana penggunaan bahasa Melayu mesti terus dipertingkatkan dan menjadi kewajipan kerajaan itu adalah berdasarkan kepada apa yang kita sebut sebagai rekayasa program di peringkat kementerian.
Memang ada kerjasama dengan MOSTI dan juga pelbagai kementerian lain juga untuk memastikan bahawa soal bahasa ini terus diperkukuhkan. Berkaitan dengan soalan Machang juga, berkaitan dengan bagaimana melihat bahasa-bahasa yang baharu ini...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
...Khususnya sains dan teknologi ini kita memang melihatnya Tan Sri Speaker sebagai satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam konteks bahawa bahasa Melayu ini adalah bahasa ekonomi, bahasa sains dan teknologi, bahasa yang mesti dilihat bahawa ia terangkum dalam semua disiplin ilmu.
Sebab itu dalam konteks Dewan Bahasa dan Pustaka, kita juga sudah mengeluarkan beberapa siri kamus yang terkait rapat dengan contoh segmen sains dan teknologi, contoh undang-undang, contoh pertanian. Semua ini Yang Berhormat Machang, adalah berkaitan dengan terminologi bahasa kita sendiri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, saya ingat nanti saya nak minta Dewan Bahasa dan Pustaka bagi hadiah dekat Machang lah, kamus-kamus bahasa ini, supaya Machang pun boleh bantu kita dalam melibatkan soal melihat bagaimana perkembangan bahasa ini sedang berlaku dengan sangat baik dalam negara...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Dan istilah-istilah itu Tan Sri Speaker, lahir daripada sebuah institusi yang sangat penting dalam negara yang telah melakukan proses pengayaan bahasa bertahun-tahun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, saya setuju Yang Berhormat tapi agaknya kita juga harus mendidik anak-anak murid kita untuk mengelak daripada bahasa-bahasa mencela. Kalau di kalangan orang dewasa agaknya sekarang ini kan timbul isu nak membuat definisi tentang hate speech. Saya bagi contoh hari ini di mahkamah di Kota Kinabalu ada lima orang remaja yang dituduh buli kerana antaranya mengguna bahasa mencela yang ada kaitan dengan kes Allahyarhamah Zara. Jadi, minta supaya kita juga lihat, mengelak daripada bahasa mencela ini.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya setuju Yang Berhormat dan sebab itu Tan Sri Speaker dengan kuasa yang ada pada Tan Sri Speaker, dalam konteks bahasa ini ia harus bermula di kalangan Ahli Parlimen ini juga, Tan Sri Speaker. Bahawa soal mencela, bahasa yang tidak baik itu tidak boleh dilihat juga berlaku dalam Dewan ini. Sebab itu saya fikir kita inilah sebagai orang dewasa yang harus menjadi suri teladan kepada anak bangsa kita. Ada satu puisi Rendra yang sangat maknanya signifikan bila bercakap tentang soal kegagalan generasi yang gagal mempamerkan suri teladan dan pedoman kepada bangsanya.
Sajak itu ditulis dan diungkapkan sebagai tajuknya adalah Angkatan Yang Gagap maknanya merujuk kepada satu generasi yang telah gagal mempamerkan soal pedoman, suri teladan dan menyebabkan kegagalan kepada generasi yang seterusnya. Ini yang saya fikir kita harus elakkan, Tan Sri Speaker. Seterusnya, saya ingat kita — Ahli Parlimen Paya Besar...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jawi sikit. Takut tertinggal, Jawi.
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh, Jawi. Baik, tulisan Jawi ini Yang Berhormat, ketika ini tulisan Jawi ini dalam di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, kita melihat bahawa ada keperluan untuk dipertingkatkan sebagaimana seruan Yang Berhormat tadi. Ketika ini tulisan Jawi ini diperkasakan melalui subjek Pendidikan Islam dan juga diperluaskan kepada subjek-subjek yang lain khususnya yang terkait rapat dengan syariah, usuluddin dan juga kita memberikan kebebasan kepada anak-anak kita untuk menjawab soalan juga menggunakan bahasa Jawi untuk beberapa subjek yang lain supaya tulisan Jawi ini dapat kita perkasakan sebagaimana hasrat Yang Berhormat tadi.
Namun demikian Yang Berhormat, saya lihat bahawa tidak cukup di situ bahawa kita harus melihat bahawa soal bahasa Jawi ini perlu penguasaan di kalangan anak-anak kita ini diperluaskan dan dipertingkatkan. Sebab itu dalam soal ini untuk Kurikulum 2027 ini, kita
Puan Fadhlina binti Sidek
melihat bahawa satu aspek peningkatan itu harus berlaku khususnya dalam subjek-subjek yang melibatkan penggunaan tulisan Jawi itu secara maksimum. Jadi, itu satu langkah.
Yang kedua adalah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi Tan Sri Speaker, bahawa soal tulisan Jawi ini bukan dalam pendidikan sahaja. Dia harus dilihat dalam komuniti juga. Jadi, komuniti yang sudah pun berada dan menguasai tulisan Jawi ini, komuniti-komuniti ini harus diperkasakan. Saya lihat bahawa saranan Yang Berhormat, kalau dulu Yang Berhormat, nama saya...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
...Ini kita nak cerita tentang bagaimana evolusi tulisan Jawi ini berlaku dengan sangat cepat dan bagaimana penguasaan itu mesti juga segera.
Saya beri contoh Yang Berhormat, kalau nama saya kalau zaman bapak saya eja. Ini Jawi lama, fa, dot, lam, ya, nun, alif - ا ن ي ل ﺽ ف , tapi saya baharu diberitahu bahawa ejaan sekarang adalah, fa, dot, lam, nun, alif - ا ن ﻞ ﺽ ف . Jadi, kita ni daripada satu generasi ke generasi yang lain juga harus belajar bagaimana bahawa perubahan-perubahan ejaan dalam bahasa Jawi ini juga, standard- standard bahasa Jawi ini juga berlaku dengan sangat pantas dan penguasaan itu kita lihat berlaku di kalangan guru-guru kita dengan sokongan daripada komuniti dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka melihat bahawa masa hadapan Jawi ini sangat baik khususnya dalam komuniti. Ia tidak hanya dalam bidang pendidikan, tetapi juga mesti dibawa dalam komuniti.
Sebab itu komuniti-komuniti ini mesti melihat bahawa evolusi tulisan Jawi ini harus diperkasakan dalam program-program dan juga penglibatan dan juga mengasah minat. Dulu kita ada akhbar Jawi dan sebagainya. Kini perkara-perkara tersebut mesti juga berlaku dalam konteks bahawa peluasan itu melihat kepada komuniti-komuniti yang sedia ada, yang boleh juga melaksanakan kerja-kerja bagaimana terus memperkasakan
Tuan Yang di-Pertua
YB Segamat bangun, Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Siapa? Oh.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Bayan Baru juga.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kita tinggal lagi tujuh minit sebab kita dah nak fokus tentang infra sedikit dalam KPM ini sebab matlamat RMK13 ini secara keseluruhan, holistik.
Ada beberapa perkara yang saya bangkit dalam perbahasan saya, saya telah pun terima sebuah surat daripada Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Tamil. Sebab isu relokasi ini penting saya rasa perlu dimasukkan dalam RMK13. Ada lima buah sekolah yang telah dicadangkan. Di antaranya adalah sebuah sekolah daripada RRI Sungai Buloh, Selangor, Ladang Bahau, Negeri Sembilan, Ladang Kemuning Kru, Melaka, Cangkat Salak, Perak dan Ladang Sungai Muar di Segamat iaitu di kawasan saya.
Lima-lima buah sekolah ini pun telah memiliki tanah dan telah mendapat kelulusan KPM. Saya rasa lebih daripada lima tahun. Saya rasa wajar kita pertimbangkan dan ia
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
membantu KPM untuk menyelesaikan masalah sekolah yang kurang murid yang berdekatan dengan sekolah-sekolah ini. Contohnya sekolah di Segamat ini, Parlimen Segamat ini ada mempunyai enam sekolah Tamil. Di mana kalau kita mampu memberi lokasi ini, kita dapat menyelesaikan masalah kurang murid.
Ada yang tiga sekolah ini, kita boleh cantumkan supaya kos bebanan yang akan ditanggung pada masa-masa akan datang oleh KPM ini akan kurang dan kita boleh memberi peruntukan yang wajar kepada sekolah-sekolah ini supaya mutu dan kualiti dan infra itu kita dapat mencapai. So, oleh itu, saya rasa surat ini juga diterima kepada Kementerian Pendidikan supaya kita teliti sebab RMK yang next five years kita boleh merancang, jumlah kos pun telah diberikan.
Contohnya, jumlah kos untuk lima sekolah yang akan dibina ini adalah anggaran RM48 juta. Saya rasa dalam lima bajet yang kita buat mulai tahun ini dapat kita membantu isu relokasi dan juga mencantumkan sekolah-sekolah kurang murid bagi Kementerian Pendidikan. Khususnya saya bangkit ini adalah berkenaan dengan Sekolah Ladang Sungai Muar yang terletak jauh, 8 kilometer daripada jalan besar. It’s very far dan juga sekolah ini adalah antara sekolah kluster di dalam Daerah Segamat. Satu-satunya sekolah Tamil daripada 12 sekolah Tamil...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya rasa wajar kementerian memberi perhatian dan juga memberi tumpuan kepada isu ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Bayan Baru...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri. Menteri, sedikit.
Puan Fadhlina binti Sidek
Masa perbahasan Segamat tak bangkitkan ya, ada berbangkit?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ada?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh, sebab dalam catatan nota saya tentang TVET.
Tentang lepasan menengah.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
YB ada bangkitkan? Baik.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri. Menteri, Bayan Baru boleh...
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, terima kasih Tan Sri Speaker. Sekejap, Bayan Baru. Saya respons dulu Segamat ini sebab isu Segamat ini sangat penting. Dia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan juga relokasi, tetapi juga bagaimana komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia melihat kepada isu-isu yang mesti diselesaikan. Soal relokasi, soal sekolah daif, soal pembinaan bangunan dan juga bagaimana menyelesaikan isu-isu yang terkait rapat dengan SJKT-SJKT yang lain juga, soal tanah dan sebagainya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya melihat bahawa apa yang dibangkitkan oleh Segamat ini mesti mendapat perhatian penuh bila kita bercakap tentang akses pendidikan. Kerana core business kita, Tan Sri Speaker, adalah akses pendidikan. Jadi untuk itu, saya fikir untuk persoalan yang dibangkitkan oleh Segamat itu akan menjadi perhatian penuh kita dan, insya-Allah, bagi kita sedikit masa untuk kita selesaikan.
Silakan, Bayan Baru.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Menteri. Saya bangkitkan tentang isu STPM. STPM kita adalah gold standard. Tetapi sekarang, pelajar-pelajar kita, dia semakin rasa tidak ― mereka menjadikan last choice dalam memasuki universiti kerana dia ada persainganlah antara matriks dan ― kita tidak pertikaikan matriks tetapi saya rasa ada keperluan untuk meningkatkan daya tarik tentang STPM dan nak masuk UPU harus mempertimbangkan STPM sebagai prioriti kerana dia memang standard yang lebih baik.
Jadi, saya harap bahawa Menteri boleh selamatkan STPM kita ya. Mohon pencerahan daripada Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Adalah keutamaan kita bila melihat kepada pendidikan pasca menengah ini khususnya melihat bahawa STPM ini adalah akses pendidikan penting.
Sebab itu, saya barangkali melihat bahawa apa yang sedang kita lakukan ini perlu sampai kepada masyarakat, Bayan Baru. Contoh yang saya telah pertegaskan dari awal perbahasan tadi, contoh bahawa kita sedang melaksanakan yang kita sebut sebagai penjenamaan semula Tingkatan 6. Sebab itu, Tingkatan 6 ini dikenali sebagai, untuk peringkat kita, adalah pra universiti KPM. Nombor satu.
Yang kedua, kita telah memperkenalkan juga bagaimana kurikulum-kurikulum baru untuk mendukung STPM ini. Begitu juga dengan kita melihat bahawa program-program yang ditawarkan di peringkat STPM ini adalah bersifat bahawa ia mesti meningkatkan kualiti, Tan Sri Speaker. Kolej Tingkatan 6 kita bangunkan, Bayan Baru, untuk memastikan bahawa mod satu ini menjadi keutamaan kita kerana fasiliti, infrastruktur dan keutamaan pendidikan untuk Tingkatan 6 ini mesti diberikan perhatian. Walaupun ada lagi mod dua, mod tiga yang mesti kita selesaikan juga.
Kita juga melihat satu lagi ― kita juga melihat aspek-aspek yang telah pun kita tambah baik. Sebab itu, saya sebut tadi, dalam konteks laluan pendidikan mereka, Bayan Baru, contoh ketika ini, sebelum ini, untuk masuk IPG hanya pelajar SPM sahaja. Kini kita dah buka kepada pelajar STPM. Kita juga bercakap tentang soal bagaimana kita nak pastikan kualiti mereka ini dibawa secara langsung untuk menyumbang kembali kepada pendidikan.
Sebab itu kita tawarkan 300 biasiswa untuk mereka melaksanakan menyambung pendidikan mereka dalam bidang pendidikan khususnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mula tahun ini untuk dalam negara dan tahun depan mereka akan dihantar ke luar negara khusus untuk pendidikan membuat ijazah dalam bahasa Inggeris.
Puan Fadhlina binti Sidek
Bantuan Awal Persekolahan. Tidak pernah sebelum ini, Yang Berhormat, diberikan kepada mereka. Untuk Kerajaan MADANI, kita berikan Bantuan Awal Persekolahan untuk Tingkatan 6.
Dan insya-Allah, bulan 10, Yang Berhormat, kita tengok aspek akademik. Jangan sekali-sekali kita lupa aspek kepimpinan mereka. Jadi, insya-Allah, jawatankuasa kepimpinan pelajar Tingkatan 6 akan kita tubuhkan selepas ini bagi memastikan bahawa mereka juga mempunyai ruang dalam kepimpinan khususnya melihat kepada bagaimana mereka sendiri menerajui isu-isu dan juga kepimpinan di peringkat Tingkatan 6.
Ini masa saya pun hampir habis.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, Menteri.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Menteri, Puncak Borneo.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, sebenarnya isunya bukan kualiti STPM.
Kualiti STPM sangat bagus. Cuma, mereka apabila mereka dibandingkan. Masuk universiti, UPU, mereka setanding dengan matriks. Jadi, isunya adalah STPM mereka, mereka belajar dua tahun, lebih komprehensif, lebih high standard, tapi mereka kalah dari segi masuk ― sebab, lebih senang dapat A dalam matriks berbanding dengan STPM.
Jadi, yang penting adalah weightage UPU kena harus diberi lebih kepada STPM supaya mereka mempunyai peluang yang lebih untuk masuk ke STPM. Apabila ― ke universiti. Apabila mereka senang masuk universiti, automatically mereka akan pilih STPM.
Saya rasa itu adalah penting untuk Menteri berbincang dengan KP, apa ini, Kementerian Pendidikan Tinggi supaya selaraskan bagi peluang yang lebih baik kepada STPM. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Sebelum Menteri jawab, Menteri perlukan berapa minit lagi?
Puan Fadhlina binti Sidek
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi Menteri jawab last Bayan Baru, lepas itu Menteri gulung.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Menteri, Puncak Borneo.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya berdiri tadi lagi, Speaker.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo ada bangkitkan isu dalam perbahasan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih kepada Bayan Baru kerana keprihatinan itu. Sebenarnya selari dengan apa yang sedang kita laksanakan melihat kepada kajian kita untuk terus meningkatkan Tingkatan 6. Jadi, untuk itu, Bayan Baru, saya ingat kita sedang melaksanakan beberapa kajian penting. Antaranya, melihat bagaimana yang disebut oleh Bayan Baru sebentar tadi juga termasuk dalam pemerhatian kita soal matrikulasi dan juga Tingkatan 6 ini.
Puan Fadhlina binti Sidek
Cuma, Bayan Baru, saya barangkali dengan data yang saya ada ini, saya perlu sebut juga bahawa dari segi penerimaan kemasukan STPM, anak-anak STPM ke IPT ini, sebenarnya sangat tinggi, Bayan Baru. Maksudnya mereka dapat masuk ke universiti ini dalam sekitar 80 hingga 90 peratus sebenarnya. Jadi, ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada masalah dalam untuk menyambung pendidikan itu. Saya selesaikan yang itu dulu.
Cuma, mungkin concern itu adalah tentang kursus, tentang ― maknanya, keperluan untuk melihat bagaimana mempertingkatkan lagi STPM khususnya anak-anak yang mengambil aliran sains. Begitu juga dengan Indera Mahkota, selalu bangkitkan ini, soal markah yang juga dilihat sebagai tidak kompetitif untuk STPM tapi kenapa ada beza STPM dan matrikulasi. Yang saya fikir ini memang menjadi perhatian kita kerana kita telah pun melihat bahawa isu-isu tersebut dibangkitkan berulang kali.
Jadi, saya fikir penting ketika ini, Yang Berhormat, untuk kami melaksanakan beberapa, maknanya penelitian semula pada dasar-dasar ini supaya kita dapat melihat bahawa STPM ini memang kedudukannya itu dan peluang itu mesti juga dilihat sebagai satu, maknanya dalam konteks memartabatkan kualiti negara melalui STPM.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Menteri, minta sikit laluan, Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, ada lagi?
Puan Fadhlina binti Sidek
Tak ada dah. Saya tutup, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Habis?
Puan Fadhlina binti Sidek
Habis.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya ucapkan terima kasih. Dan sekarang saya jemput Menteri Perpaduan Negara.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Tan Sri. Yang Berhormat Tan Sri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya ada cadang hari itu dalam perbahasan untuk diambil veteran jadi warden. Saya nak tahu. Veteran tentera itu.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, tak apa yang itu.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Saya tak setuju. Kalau Ketereh jadi warden, saya tak setuju. Saya tak setuju.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Adatnya apabila Menteri duduk, dah habislah. Lepas itu, boleh jumpa Menteri dekat luar sat lagi nah. Silakan, Menteri. Menteri Perpaduan Negara.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
30 minit ya, Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
...Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada lima Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam
Datuk Aaron Ago anak Dagang
perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi Kementerian Perpaduan Negara iaitu Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Setiawangsa. Segala pandangan yang bernas, kritis dan membina yang telah dikemukakan mencerminkan keprihatinan bersama terhadap usaha memperkukuhkan perpaduan nasional. Sesungguhnya iltizam ini adalah asas penting dalam menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Kementerian Perpaduan Negara telah diberi mandat besar untuk menerajui tonggak D1 iaitu pembentukan negara bangsa.
Pendekatan utama diberikan kepada usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat, bermaruah dan utuh demi menjamin keharmonian, keamanan serta kestabilan negara.
Sejajar dengan itu, perpaduan yang berpaksikan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadikan asas utama dalam memperkukuhkan identiti nasional.
Dalam konteks Malaysia, konsep negara bangsa tidak boleh ditafsir secara sempit sebagai satu kaum satu budaya. Sebaliknya, negara bangsa Malaysia terbentuk daripada rakyat yang datang daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan bangsa bersatu padu di bawah satu identiti nasional yang dikongsi bersama. Identiti inilah yang menjadi asas kepada perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian negara.
Negara bangsa yang kukuh dapat dikenali melalui beberapa ciri penting. Pertama, ciri ini adalah mewujudkan rakyat yang bersatu padu tanpa mengira perbezaan latar belakang. Kedua adalah semangat patriotisme yang membara dalam kalangan warganegara.
Ketiga adalah kedaulatan undang-undang yang dipertahankan demi menjaminkan keadilan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Keempat adalah bahasa kebangsaan yang dimartabatkan sebagai lambang penyatuan rakyat. Yang kelima, adalah Perlembagaan Persekutuan yang dihormati sebagai undang-undang tertinggi negara. Yang keenam, adalah simbol-simbol negara seperti Jalur Gemilang, lagu Negaraku serta Jata Negara yang disanjung sebagai tanda cinta dan kesetiaan kepada tanah air.
Dalam membina negara bangsa Malaysia, terdapat beberapa elemen utama yang menjadi tunjangnya. Satu adalah bahasa Melayu diperkukuhkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Kedua, sistem pendidikan nasional pula berperanan melahirkan generasi yang celik ilmu, berakhlak dan berpandangan global. Ketiga, Perlembagaan Persekutuan menjadi tonggak perundangan yang menjamin hak rakyat serta mengekalkan kemurnian.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Keempat, Rukun Negara yang menjadi fungsi sebagai panduan nilai dan moral masyarakat. Dan kelima, sejarah menjadi perjuangan negara ditanam sebagai kesedaran bersama agar generasi kini menghargai pengorbanan yang membina Malaysia merdeka.
Namun, usaha membina negara bangsa tidak terlepas daripada cabaran, antaranya adalah termasuk diskriminasi dan stereotaip kaum yang masih wujud. Kedua, penyebaran kebencian melalui social media serta manipulasi emosi oleh pihak tertentu menggunakan naratif perkauman. Ketiga, polarisasi sosial. Dan keempat, ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan kelima, lemahnya penghayatan terhadap nilai-nilai kebangsaan yang turut menjadi ancaman yang perlu ditangani secara berhemah dan berkesan.
Oleh itu, pembinaan negara bangsa Malaysia memerlukan komitmen semua dari semua pihak, kerajaan, masyarakat sivil, serta swasta, malah semua rakyat. Hanya dengan semangat kebersamaan inilah kita dapat melahirkan sebuah negara bangsa yang benar- benar bersatu, makmur dan disegani di persada dunia.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas, pelbagai usaha telah kita gerakkan di bawah semangat, seperti meningkatkan semangat perpaduan dan kesamaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjurus kepada pembinaan negara bangsa. Hasil daripada pelaksanaan inisiatif tersebut, tahap perpaduan nasional menunjukkan perkembangan yang positif apabila skor Indeks Perpaduan Nasional meningkat daripada 0.56 pada tahun 2018 kepada 0.63 pada tahun 2022.
Kajian IPNas ini, tahun ini sedang dilaksanakan dan ia akan menjadikan kajian ketiga yang dijalankan oleh kementerian. Selaras dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, kita menetapkan pencapaian skor IPNas sebanyak 0.7 sebagai penanda aras dalam mengukuhkan perpaduan rakyat serta mengukuhkan asas negara bangsa Malaysia.
Manakala dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, skor indeks ini akan disasarkan untuk lebih tinggi dalam tahun 2030 kepada 0.8. Oleh itu, pelbagai usaha yang lebih menyeluruh dan berfokus perlu digembleng bagi mencapai hasrat tersebut. Bagi merealisasikan matlamat ini, beberapa strategi utama telah dikenal pasti dan digariskan melalui dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Antaranya adalah mengukuhkan integrasi dan perpaduan nasional melalui pengukuhan jaringan hubungan rakyat pelbagai kaum, agama dan wilayah.
Kedua adalah mengukuhkan semangat patriotisme serta identiti nasional yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan sekali gus utama pembinaan negara bangsa. Kementerian....
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
...Telah mengadakan — ya?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan negara bangsa dan juga perpaduan tadi.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi cadangan saya, adakah kita boleh memastikan dalam kita menjadi kepengerusian ASEAN ini menaikkan martabat bahasa Melayu agar digunakan dalam persidangan-persidangan antarabangsa, sebab hari ini, bahasa ini tidak menjadi alat komunikasi perpaduan negara kita kerana mereka tak merasakan nilai dan identiti tersebut.
Jadi, kalaulah kita mula mempunyai polisi yang lebih tegas berhubung dengan penggunaan bahasa Melayu yang normal, yang standard dalam semua urusan-urusan rasmi, bukan hanya urusan yang dianggap sebagai bersifat terlalu rasmi baru guna. Jadi, dalam hal ini, kalaulah dapat kementerian boleh memastikan di bawah perpaduan di muzium, di arkib memastikan semua manuskrip-manuskrip yang lama yang patut mengenai sejarah ini dibawa dan semuanya ini harus mempunyai satu identiti.
Jadi, kalau kita dapat buat, kerana saya tak — kita ketahui di seluruh ASEAN ini, ramai yang faham bahasa Melayu. Jadi, kalaulah kita dapat gunakan ini, saya rasa kita boleh mengangkat kembali bahasa sehingga boleh menjadi alat perpaduan. Sebab sekarang ini, kadang-kadang di kalangan rakyat pun menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi, terutama di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Terima kasih.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat. Begitulah hasrat kita apabila kita ingin membangunkan negara bangsa. Satu daripada ciri-ciri yang kita ingin bangunkan adalah bahasa kebangsaan yang akan menjadi lambang penyatuan rakyat.
Bagi peringkat antarabangsa, ini mungkin akan dipersetujui apabila kita — kita akan adakan satu persidangan besar selepas ini di mana kita akan mengambil, melibatkan kesemua tokoh-tokoh di negara ini. Sekarang, kita sedang mengadakan libat urus dan beberapa libat urus telah kita adakan dan mungkin sebelum penghujung tahun kita akan adakan satu persidangan besar di mana kita akan identify kesemua ciri-ciri dan persetujuan apakah itu negara bangsa bagi kita.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri, Jempol. Jempol.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Dalam perbahasan tempoh hari, Jempol ada menyentuh tentang perpaduan. Iaitu salah satu cadangan daripada Jempol hari itu ialah untuk memantapkan lagi integrasi dan juga perpaduan nasional yang kita juga telah mengambil tempoh yang lama dan pelbagai program kita lakukan untuk memantapkan perpaduan rakyat. Tetapi sejak akhir-akhir ini, kita tengok agak longgar, kita nampak perpaduan itu di permukaan saja. Jadi, tak sampai ke akar umbi.
Jadi, sudah sampai masanya bagi peringkat seterusnya, Jempol mencadangkan supaya kita laksanakan semula bermula daripada peringkat akar umbi iaitu di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, telah pun memperkenalkan program silang budaya bermula daripada semua jenis Sekolah Kebangsaan, SJKT, SJKC, SK. Kemudian, sekolah
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
menengah, semua jenis sekolah menengah, dan juga saya cadang nanti kepada IPTA, awam dan swasta dan juga agensi-agensi kerajaan.
Jadi, supaya tiga kaum yang terbesar, termasuk juga di Sabah dan Sarawak, mereka daripada akar umbi lagi. Anak-anak kita ini, kita perkenalkan dengan silang berbagai budaya yang mana boleh rujuk Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dia sudah ada modul dia dan kita tengok sangat berkesan dan saya harap Kementerian Perpaduan, Kementerian Pendidikan bolehlah melihat supaya dapat kita implementasikan satu program silang budaya.
Sudah sampai saya rasa lonjakan yang kedua kita untuk memantapkan semula integrasi dan juga perpaduan nasional di negara kita pada hari ini. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Terima kasih atas cadangan. Kita, di Kementerian Perpaduan Negara ini memang sedar. Tugas dan program yang kita adakan selama ini adalah menjurus kepada — dari awal lagi, dari tabika lagi, terus kepada peringkat dewasa. Kesemua program kita adalah menjurus kepada aktiviti- aktiviti yang dapat memberi jalinan mesra dan integrasi kepada semua masyarakat yang kita sentuhi dengan program-program kita.
Untuk makluman Yang Berhormat, tahun lepas kita telah mengadakan 70,000 program dan aktiviti seluruh negara. Dan, signature program kita yang besar adalah Sambutan Minggu Perpaduan, yang di mana kita akan adakan di setiap negeri, dan kita telah mengadakan peringkat kebangsaan di Pulau Pinang dengan sambutan 200 lebih ribu pengunjung datang kepada program kita.
Dan mungkin Yang Berhormat mungkin tidak sedar, kita di Kementerian Perpaduan ini memang dari awal lagi apabila saya duduk di kementerian ini, kita mulakan aktiviti kita dari mengangkatkan kembali Rukun Negara dan bermula dari sekolah, sekarang sudah sampai di Parlimen pun kita lafaz Rukun Negara. Itulah usaha kita.
Jadi, terima kasih Yang Berhormat. Kita sedar apa Yang Berhormat dikehendaki dan kami berharap kerjasama semua dapat kami tumpukan kepada jalinan integrasi dan perpaduan negara kita.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yang Berhormat Tumpat ada? Ada. Okey, telah membangkitkan isu berkaitan usaha memperkukuhkan integrasi nasional, khususnya dari aspek pengukuhan semangat patriotisme dan identiti nasional. Seperti kita sedia maklum Yang Berhormat, peranan utama kementerian adalah untuk mewujudkan platform dan tapak integrasi yang dapat meningkatkan integrasi sosial antara rakyat pelbagai bangsa iaitu dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program.
Ini kita membentuk satu ekosistem di mana kesemua rakyat kita dari pelbagai lapis dapat bersama-sama mengadakan beberapa aktiviti yang menjuruskan kepada perpaduan dan keamanan. Usaha ini dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan juga Dasar Perpaduan Negara. Dasar Perpaduan Negara yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2021 telah menetapkan tiga objektif utama.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Pertama adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas kebersamaan rakyat. Kedua, membentuk identiti nasional yang inklusif dengan menanam nilai jati diri, semangat patriotisme, toleransi, serta hormat dan tanggungjawab dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ketiga, melahirkan masyarakat yang bukan sahaja menghargai, malah mengamalkan nilai perpaduan dalam kehidupan seharian.
Pada tahun 2023, Kementerian Perpaduan Negara telah memperkenalkan satu kerangka penting yang dikenali sebagai kerangka perpaduan membangunkan Malaysia MADANI. Kerangka inilah menjadi asas kepada pendekatan strategik kementerian dalam memupuk perpaduan berlandaskan nilai-nilai MADANI.
Selepas dengan itu, selaras dengan itu, kementerian mengguna pakai perkataan “pendekatan” ataupun tema “Perpaduan Dalam Kepelbagaian” ataupun “Unity In Diversity” sebagai fokus utama dengan memberikan pendekatan kepada penghayatan semula Rukun Negara termasuk pelaksanaan lafaz Rukun Negara, ikrar Rukun Negara di sekolah, institusi pengajian tinggi, majlis rasmi kerajaan, Parlimen dan kini turut diperluaskan ke beberapa Dewan Undangan Negeri di seluruh negara serta pelaksanaan inisiatif Eksplorasi Rukun Negara.
Pada tahun ini, tema kita adalah “Harmoni Dalam Kepelbagaian” yang diperkenalkan untuk meningkatkan keharmonian antara penganut agama di negara ini. Tema ini mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang majmuk di mana perpaduan hanya dapat dicapai melalui penerapan nilai faham, hormat dan terima antara satu sama lain.
Di bawah segmen patriotisme dan identiti nasional juga, sebanyak sembilan fokus utama akan diberikan perhatian khusus sepanjang tempoh 2026 hingga 2030. Usaha ini akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan jati diri rakyat Malaysia, di samping mengukuhkan kesedaran secara warisan dan nilai kebangsaan dalam membentuk negara bangsa yang berdaulat. Satu daripadanya adalah untuk meningkatkan nilai patriotisme jati diri serta identiti nasional.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kedua adalah untuk menghasilkan karya yang mempunyai elemen perpaduan, nilai jati diri negara dan identiti nasional. Ketiga, membangunkan indeks untuk mengukur tahap patriotisme dalam kalangan rakyat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Keempat, menyemarakkan penghayatan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Kelima, memperolehan bahan-bahan sejarah Malaysia dari luar negara. Keenam, memperkasa usaha pendigitalan khazanah negara.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
YB Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ketujuh —
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Mentransformasikan perkhidmatan perpustakaan, arkib dan muzium. Kelapan, meningkatkan amalan membaca dan menyelidik khazanah warisan negara dan kesembilan adalah meningkatkan penyebarluasan khazanah warisan negara. Yes?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey. Terima kasih Menteri. Saya nampak sekarang, apabila kita bincang tentang isu perpaduan ini, antara perkara yang sangat signifikan ialah syiar iaitu lambang, menyentuh isu bendera sebagai contohnya.
Sepatutnya dalam negara kita yang 68 tahun, isu bendera bukan lagi menjadi satu isu yang sepatutnya dibuat oleh mana-mana pihak dan patutnya semua kenal. Ini adalah benda yang saya rasa perlu diambil tindakan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Perpaduan.
Dan yang kita lihat kejayaan, antara kejayaan perpaduan melambangkan pelbagai bangsa dalam negara kita adalah dalam segi tarian. Tarian kebudayaan kita nampak ada integrasi, tapi daripada sudut yang lain, sebagai contohnya, program-program mitigasi untuk menangani konflik antara kaum, jarang kita lihat dibuat bengkel-bengkel yang seumpama dengan ini dan fungsi pusat integrasi nasional yang saya rujuk tadi nampaknya adalah berkisar kepada Jabatan Perpaduan Negara.
Jadi, adakah kerajaan bercadang dalam RMK13 ini untuk mewujudkan pusat-pusat yang real bagi integrasi nasional khususnya di kawasan-kawasan yang betul-betul mempunyai kepelbagaian dan kemajmukan bangsa-bangsa di Malaysia? Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tambah boleh? Pertamanya Menteri, adakah dalam RMK13 ini, perancangan daripada kementerian untuk mengambil perhatian dinamika populasi negara kita? Kalau 20 tahun mungkin tak ada yang kepelbagaian itu boleh diagak, boleh di-expect, you can pre-empt. Sekarang MM2H-lah, urbanization dan sebagainya, urban poor. Adakah kementerian bercadang untuk buat kajian yang menyeluruh mengenai keadaan semasa kita realitinya?
Yang kedua Menteri, saya pergi ke pejabat perpaduan di daerahlah, tempat saya.
Saya difahamkan mereka ini tidak ada peruntukan. Mereka hanya menjalankan program daripada negeri, makna Jabatan Perpaduan Negeri. Sepatutnya perpaduan ini dia kena lokal.
Nak disebutkan oleh Tumpat tadi, nak menyelesaikan masalah apa semuanya, dia mesti bersifat lokal. Dia kalau sampai negeri baru nak minta dan sebagainya, it’s too far — apa — you cannot solve the problem. Jadi, saya mencadangkanlah kementerian, berilah peruntukan, berilah mandat kepada pejabat perpaduan daerah. Insya-Allah.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, dari segi proposal yang disebutkan oleh Yang Berhormat — apa tadi? Tumpat ya. Berkenaan dengan silang budaya, tarian, integrasi dari segi pelbagai aktiviti menjurus kepada integrasi dan perpaduan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita dengan sedaya upaya selama ini dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kita pun telah mengadakan pelbagai
Datuk Aaron Ago anak Dagang
aktiviti menjurus kepada minoriti grup dan kita memang kadang-kadang kita disebut sebagai “Kementerian Festival”. Kita melibatkan dalam semua festival yang dianjurkan oleh the small- small any group, sampai Songkran pun kita ikut, Orang Asli pun kita ikut, orang asal pun kita ikut, semua dan dalam semua program ini, bermacam-macam budaya, tarian dan sebagainya yang menjurus kepada silang budaya di antara pelbagai etnik grup. Of course bengkel, banyak bengkel kita adakan.
Dari segi konflik di peringkat akar umbi, kita sudah ada 570 lebih mediators yang dapat mengendalikan konflik di peringkat akar umbi dan kita harap semua itu akan ditambahkan lagi. Of course kita cuba menambahkan tempat ataupun pusat mediasi ataupun pusat perpaduan di setiap negeri.
Untuk menjawab soalan Kapar, betullah, kesemua yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi especially di peruntukan, kita baru semalam kita mengadakan townhall, dialog dengan kita punya stakeholders. Ramai yang datang, mungkin dalam dekat 1,000 orang datang.
Jadi, kita pun telah mengadakan dialog. Memang semua faham bahawa peruntukan di bawah kementerian kita, especially untuk program adalah amat sedikit. Sampai dia orang pun proposed untuk apa yang kita pohon sekarang ini untuk di-double, daripada RM250 juta kepada RM500 juta. Kalau compare dengan kementerian-kementerian memang amat sedikit.
Jadi, terima kasih.
Dari segi kajian ataupun populasi yang kita ada di negara ini, itulah harapan kita apabila kita mengadakan satu persidangan besar nanti, kita melihat resolusi ataupun the way forward yang kita akan adakan mulai daripada 2026 menjurus kepada 2030 dan sebagainya, sebab kita akan dapat satu pelan tindakan untuk pembinaan negara bangsa.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, Yang Berhormat Dungun...
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya satu?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yang Berhormat Dungun ada?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Gerik nak tanya satu boleh?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Boleh, ya.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, dari tadi saya dengar perbahasan Yang Berhormat Menteri. Nampak gaya macam bajet pun agak kekangan macam-macam.
Tapi saya nak tanya, adakah satu usaha daripada kementerian berkenaan dengan galakan kepada perpaduan melalui filem ataupun drama ke atau melalui iklan-iklan.
Contohnya macam raya selalu rakyat tertunggu-tunggu iklan-iklan perpaduan. Iklan time Hari Merdeka daripada PETRONAS, daripada macam-macam agensi lah kan, Sime Darby dan sebagainya. Jadi, apakah kementerian ada satu galakan, bagi anugerah ke ataupun nak kata bagi geran mungkin bajet pun tak cukup kan? Adakah ada apa-apa lah seumpama macam tu?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri. Kalau saya boleh...
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab ini dulu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kalau saya boleh selit sikit, same issue. Boleh ya?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, saya Pengerusi kepada APPGM Keharmonian Kaum dan Agama. Ada dua ahli kami pun ada dekat sini, Indera Mahkota dengan Kapar. Kami baru ada mesyuarat pada hari ini dan ada banyak perkara yang kita bincangkanlah. Cuma salah satu perkara ialah berkenaan dengan sokongan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Perpaduan kepada APPGM ini.
Kami juga merasakan bahawa untuk membantu merancakkan lagi program-program perpaduan di peringkat akar umbi, kami bersetuju untuk mencadangkan supaya setiap KRT itu diberikan peruntukan untuk 2026 ini, peruntukan yang lebih. Maksudnya daripada RM6,000 sampai jadi ke RM10,000 supaya mereka boleh buat lebih banyak program di lapangan. Jadi, kami berharap bahawa perkara ini boleh direalisasikanlah. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, terima kasih YB. Memang betul apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua Yang Berhormat. Saya katakan dari awal tadi, masalah peruntukan bagi kita adalah amat — jadi satu constraint. Untuk makluman Yang Berhormat- Yang Berhormat, banyak NGO-NGO datang untuk jumpa dengan kita dan mencadangkan pelbagai aktiviti dan kita pun, bersetuju. Tapi itulah, peruntukan yang kita amat sedikit. Tapi ada juga NGO ataupun syarikat-syarikat besar yang memerlukan cooperation daripada kita.
Justeru, sekarang ini kita sedang revive Wayang P. Ramlee melalui satu syarikat filem, filem Cinta — whatever, I forgot about it. Jadi di situ, mereka memerlukan sokongan dari kita. Jadi, di kerajaan juga, kita pun sedang, sekarang ini sedang cuba untuk mendapat contribution daripada syarikat-syarikat yang besar di bawah CSR mereka dan kita pun sedang mengadakan, telah menubuhkan satu yayasan yang mana syarikat-syarikat besar ini dapat memberi bantuan untuk kita mengadakan pelbagai aktiviti.
Bagi Yang Berhormat Bangi, untuk makluman Yang Berhormat Bangi, kita di kementerian ini, jentera utama kita adalah Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Dan yang sekarang ini yang standard kita bagi untuk sesebuah KRT adalah RM6,000. Tapi above itu kita pun diberi peruntukan RM20 juta, di mana selepas kita mengadakan pelbagai kajian dan untuk memperbanyakkan lagi aktiviti KRT, kita mendapatkan RM20 juta lebih.
Last year 2024/2025, kita boleh dapat juga RM20 juta dan ini kita bagi kepada KRT Progresif, kita namakan. Progresif di mana mereka adalah banyak terlibat dalam dari segi aktiviti pertanian dan kita memberi bantuan sampai RM100,000 untuk satu KRT yang ingin melibatkan di dalam kegiatan ekonomi dan juga kepimpinan, penggunaan SRS, penggunaan sukarelawan, kita bagi. Dan tahun ini kita berharap akan lebih mendapat lebih banyak lagi peruntukan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Dari yang RM6,000 untuk setiap KRT, kita pun telah mohon untuk ini dinaikkan kepada RM10,000 dan mungkin kita akan pohon lebih banyak lagi. Sebab itu adalah permohonan dari kesemua KRT yang kita ada iaitu 8,000 lebih KRT kita ada di seluruh negara dan kita berharaplah permohonan itu akan dapat pertimbangan daripada pihak kerajaan.
Yang Berhormat Dungun ada? Tak ada. Hulu Langat? Tak ada. Jelutong? Oh, Jelutong ini berkenaan dengan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sentiasa ada.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Permohonan peruntukan untuk Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk tujuan ini, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang boleh mengemukakan permohonan peruntukan kewangan tersebut kepada MOF melalui kementerian kita dan segala keputusan adalah di atas budi bicara MOF, YB Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri, terima kasih Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Last sekali Yang Berhormat Setiawangsa? Tiada.
So, kalau begitu, itulah Yang Berhormat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kementerian Perpaduan. Sekarang sampai giliran Menteri Dalam Negeri untuk menjawab soalan-soalan Yang Berhormat semasa perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa] .* Dato’ Speaker, pertamanya saya nak rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah pada Kementerian Ekonomi yang menjadi teraju kepada pembikinan naskhah Rancangan Malaysia lima tahun RMK13 yang telah dibentangkan oleh Tambun dengan mengangkat tema, “Melakar Semula Pembangunan” dan RMK13 menjadi panduan utama dalam usaha Malaysia membina ekonomi berdaya saing, mampan dan inklusif.
Tan Sri Yang di-Pertua, melalui dokumen RMK13 tempoh hari, sektor keselamatan diperuntukkan RM51 bilion daripada RM430 bilion peruntukan keseluruhan. Kementerian Dalam Negeri tentunya sangat menghargai peruntukan sebesar ini dan kita akan terus mengekalkan kesungguhan kita untuk memastikan peruntukan ini akan dapat dimanfaatkan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan itu adalah tugas hakiki Kementerian Dalam Negeri, menjaga keamanan dan ketenteraman.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak rakamkan penghargaan terima kasih pada semua Ahli Yang Berhormat. Kalau mengikut catatan, 40 pembahas semuanya yang telah mengambil bahagian dan menyentuh 50 isu dan berkisar dalam tiga kluster, tiga topik utama iaitu keselamatan, keimigresenan dan pendaftaran dan warganegara.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, pertama, tajuk keselamatan yang disinggung oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dari hal kawalan sempadan dan penyeludupan. Benar, isu kawalan terhadap ancaman jenayah rentas sempadan ini sekarang menjadi semakin rencam dan kompleks. Dan tentang isu dan cabaran ini telah digariskan dengan nyata dalam dokumen RMK13. KDN akan memberikan penekanan kepada:
(i) meningkatkan keberkesanan operasi;
(ii) meningkatkan penambahbaikan aset; dan
(iii) kita nak kukuhkan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan, dia tak boleh dengan agensi tunggal sahaja.
Dan, dalam konteks ini, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab melalui agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, itu yang baru saja kita tubuhkan. Dan serentak dengan itu, di bawah tajuk ini, saya ingin memberikan reaksi kepada perkara yang dibangkitkan oleh Kinabatangan. Ini tentang penyeludupan rokok dan arak yang berleluasa di sempadan negara kita.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam menguruskan isu ini, penguatkuasaan yang dijalankan oleh KDN melalui agensi tertumpu pada, pertama, mengukuhkan operasi penguatkuasaan.
Itu dah tentu. Maka, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin, Wild Crime Bureau, Perisikan Siasatan Khas, Polis Diraja Malaysia dan kita gerakkan operasi seperti Ops Kontraban, Ops Taring Alpha. Dibantu pula dengan Pasukan Polis Marin dan APMM. Kita gerakkan Ops Tiris, Ops Benteng Laut, Ops Landai, Ops Khas Pagar Laut. Yang ini hanya musim perayaan saja. Ketika musim raya, rakyat balik dan kampung dan sambut hari raya, APMM tidak. Mereka akan jalankan Ops Khas Pagar Laut, ini hanya musim perayaan dan juga Ops Kontraban.
Yang kedua, kita buat kerjasama strategik merentas agensi, bukan sahaja polis dan agensi di bawah KDN tapi juga kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Dan bila kita lakukan operasi ini, tumpuan turut diberikan kepada — kita buat pengesanan aliran kewangan, financial tracking dan pelucut hak hasil haram bagi melumpuhkan sindiket ini.
Ketiga, sudah barang pasti Tan Sri Yang di-Pertua, pemantapan kerjasama serantau.
Kita saja tak padan. Kita libatkan juga negara-negara rantau ASEAN. Kalau dari segi perkongsian intelligence, semua negara ASEAN kita libatkan. Kalau dari segi joint operation, sekarang ini angka yang tinggi kita lakukan adalah dengan Singapura, dengan Indonesia.
Manakala dari segi capacity building, kita libatkan Vietnam, Singapura, Indonesia dan Thailand. Jadi, memantapkan kerjasama serantau sebab ia bukan hanya masalah dalam negara kita, tetapi juga di negara-negara jiran kita.
Mas Gading juga bangkitkan soal penyeludupan barang bersubsidi dan terlarang serta penguatkuasaan di laluan tikus. Terima kasih Mas Gading. Ada 71 laluan-laluan haram
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
atau laluan tikus kerana di — yang saya maksudkan ini adalah di Sarawak, sempadan dengan Kalimantan, Indonesia, 71 ya.
Dan Kementerian Dalam Negeri melalui Briged Sarawak (PGA) Pasukan Gerakan Am, kita terlibat secara langsung bagi kawalan keselamatan sempadan Sarawak– Kalimantan. Dan antara lokasi panas, dia ada hotspots yang kita kenal pasti termasuk Raso, Stass, Teluk Melano, Mongkos, Tebedu, Lachau, Lubok Antu dan Ba’kelalan. Bagi menangani isu jalan tikus ini Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan alhamdulillah telah meluluskan kepada KDN RM28 juta. Tujuannya nak bangunkan tujuh pos kawalan keselamatan tambahan kepada yang sedia ada. Yang ini kita akan letak di Pos Raso 1, Lundu; Pos Stass, Bau; Pos Sapit, Padawan; Pos Tepoi, Serian; Pos Kaluh, Sri Aman; Pos Gua Ming, Sri Aman; dan Pos Sungai Putong, Sri Aman.
Kerajaan juga luluskan peruntukan tambahan RM64.318 juta di bawah peruntukan khas pembangunan sempadan Sarawak. Ini dimanfaatkan oleh Briged Sarawak PGA bagi 22 projek, terdiri 14 projek bukan fizikal dan lapan projek fizikal.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Lubok Antu. Apakah kawalan keselamatan di sepanjang jajaran sempadan Sarawak– Kalimantan akan ditingkatkan dengan penambahan bilangan anggota polis dan memperkasakan agensi kawalan dan perlindungan? Sudah tentu. Kerana itu terdapat tiga agensi di bawah KDN yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman pintu masuk dan sempadan negara iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Terdapat 20 pos kawalan PGA bagi kawalan sempadan Sarawak dengan Kalimantan. Buat masa ini, peruntukan yang saya sebut tadi kita akan tambah lagi tujuh. Jadi, ini di bawah tanggungjawab Briged Sarawak iaitu Batalion 23 PGA, Sri Aman. Dan sehubungan itu juga, kita kena imbangi tahap keselamatan sempadan Sarawak–Kalimantan ini. PDRM melaksanakan juga pengukuhan struktur Briged PGA ini dengan kita tubuhkan satu batalion baharu PGA di Sarawak iaitu Batalion 23 di Sri Aman sebagai tambahan kepada tiga yang sedia ada. Ini semua tentunya akan diikuti dengan penambahan anggota iaitu 390 anggota terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan kakitangan awam.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada Stampin. Di bawah tajuk...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
YB Menteri, minta penjelasan sikit boleh?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sila.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih YB Menteri. Tadi YB Menteri ada menyebut mengenai Pos Kawalan Sapit, Padawan iaitu di kawasan saya. Jadi, saya ingin mengetahui, apakah kelengkapan ataupun detail pos kawalan ini dengan jumlah anggota dan sebagainya. Dan bilakan dia akan dilaksanakan? Supaya kita boleh maklumkan kepada penduduk, khasnya di Kampung Sapit. Terima kasih.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bilakah akan dilaksanakan? Sekarang dalam peringkat kita siapkan dokumen tender. Okey, peruntukan di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Peringkat mana sekarang? Fasa kita siapkan dokumentasi tender. Jadi, nanti akan dibangunkan pos kawalan. Ya, basic pos kawalan, sudah tentu dia ada physical building dia lah. Ya, standard dia, specs dia itu. Kemudian, sesuai dengan kekuatan anggota, dia tergantung. Dia boleh jadi sampai tujuh atau lapan, tergantung bagi satu-satu pos. Dan mereka adalah terdiri daripada pasukan PGA yang latihan khususnya hanya untuk kawalan sempadan negara.
Ini tambahan kepada 151 yang ada di seluruh negara, daripada Perlis sampai Sabah.
So, bila kita dapat RM28 juta ini, tujuh pos kawalan itu Yang Berhormat sebut tadi, Sapit di Padawan itu termasuk ya. Saya akan — saya boleh bagi update yang lebih lengkap, bilakah tender akan dibuat dan specs yang lain, tak ada masalah. Saya boleh kongsi. Silakan Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih YB Menteri. Saya ada membangkitkan isu berkenaan dengan IPD Tumpat. Kerana bila menyebut tentang keselamatan sempadan, kewujudan IPD yang sesuai dengan kemudahan semasa, dengan fasiliti-fasiliti yang bagus mestilah jadi keutamaan. Jadi, Yang Berhormat Menteri dah sebut banyak kali, tak pernah pergi ke Tumpat tengok macam mana keadaan IPD kita. Jadi, apakah respons untuk RMK13 berkenaan perkara tersebut?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Tumpat. IPD Tumpat, saya sampai. Saya juga jemput Yang Berhormat ada sama masa kita tinjau keadaan banjir.
Lokasinya itu memang lokasi yang sentiasa ditenggelami. Bangunannya juga agak uzur, sistem perparitan, sistem pendawaian, catnya juga lusuh, tak semua kuarters dapat diduduki.
Itu semua di dalam perhatian kita kerana itu — dari sudut way forward, itu ada satu daripada IPD yang dalam perancangan kitalah. Jadi Yang Berhormat, dari sudut kita ini, kita kena queue untuk bertarung, terutama bagi mendapatkan dana atau peruntukan daripada Kementerian Ekonomi yang mengawal development expenditure.
Tapi buat masa sekarang, sementara kita tunggu senarai untuk submit bagi memohon — apa namanya, tujuan kelulusan bagi IPD Tumpat, kita diberi dulu beberapa IPD lain, termasuk Kemaman, Padang Besar, Kapit, Wangsa Maju, Ampang, itu antaranya. Jadi, kita selesaikan berperingkat.
Saya kalau nak bagi pledge pun, saya tak dapat nak agak. Sebab keutamaan kita di kawasan Yang Berhormat adalah memperkemaskan dulu PGA yang bersempadan dengan laluan Sungai Golok. Sebab itu lebih serius kerana itu adalah barisan yang paling depan sekali, yang menempuh dengan semua ancaman penyeludupan, barang perlu, binatang, dadah, penyusupan PATI dan segala macam.
Jadi, kita buat sekarang ni, arahan saya kepada Polis Kelantan adalah banteras semua pangkalan haram. 212, semua kita potong tali, ya. Tak ada lagi pangkalan haram yang dulunya sangat sinonim dengan Sungai Golok. Cuma Yang Berhormat, saya nak minta
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
bantuan sedikit iaitu kerjasama dengan kerajaan negeri, terutama pihak berkuasa tempatan juga sangat diperlukan. Terutama rumah-rumah yang tinggal di tebing sungai itu yang dipasangkan tembok dan dinding tinggi. Kita tak tahu aktiviti di dalamnya dan itu dari segi enforcement, kita ada local authority yang juga bertanggungjawab.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, sementara polis usahakan mengikut ruang keupayaan kami termasuk menaik taraf, apa nama — premis PGA yang sangat berkesan sekarang ini, dalil, contoh ialah maklum balas kita dapat, industri hiburan di sebelah sana merosot sampai 90 peratus bila kita ketatkan kawalan. Di seberang sana tu, nampak tak berapa meriah lagi dah. Maknanya yang ramai pergi tu bukan orang belah sana masuk tempat kita, orang kita banyak masuk belah sana.
Jadi, bila kita ketatkan kawalan sempadan, jadi alhamdulillah lebih tu. Jadi, IPD Tumpat, saya hanya boleh sebut bahawa kami akan masuk dalam senarai permohonan untuk bertarung bagi mendapatkan peruntukan di bawah bajet pembangunan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Cuma YB Menteri, saya nak maklumkan bahawa command centre kepada semua PGA tersebut berada di IPD Tumpat dan ia juga berfungsi sebagai pusat untuk kawalan banjir. Jadi, monsun baru ni sangat teruk, jadi saya harap diberi keutamaan, jangan bagi kami bertarunglah sebab saya memang tak boleh bertarung dah. Jadi, tolonglah untuk bantu segerakan. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, Tumpat. Saya ambil maklum dan pegawai-pegawai saya juga mengambil catatan.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah keselamatan juga, ini di bawah tajuk pencegahan jenayah. Saya nak respons kepada Stampin. Stampin bangkit secara khusus tentang tindakan yang diambil ke atas TV Sarawak yang membabitkan CEO dan sebagainya. Stampin nak tahu apakah yang terjadi dengan kes tersebut.
Saya nak sebutkan bahawa pada 10 Januari 2025 telah dilangsungkan satu operasi kita panggil Ops Ragada. Operasi ini dilaksanakan susulan risikan yang mengesan transaksi kewangan yang mencurigakan di antara 2017 hingga 2024. Hasilnya pada Januari itu dibuat satu operasi dan sekarang ini kes ini disiasat di bawah:
(i) seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram;
(ii) seksyen 409 Kanun Keseksaan di bawah pecah amanah Jenayah;
(iii) seksyen 420 Kanun Keseksaan di bawah penipuan;
(iv) seksyen 403 Kanun Keseksaan, pecah amanah; dan
(v) seksyen 23 Akta SPRM 2009, penyalahgunaan jawatan atau kedudukan untuk suapan.
Jadi, menjawab soalan Stampin, apakah status siasatan? Ia nya masih berlangsung.
Apakah seksyen perundangan yang digunakan? Seperti yang saya sebutkan tadi dan ia nya masih lagi disiasat. Stampin juga bangkitkan soal banyaknya kedai judi yang beroperasi di
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sarawak. Kami akui, pemerhatian Stampin. Terima kasih bawa ke tengah kepada Parlimen iaitu premis judi yang terselindung di sebalik perniagaan kedai runcit malah kedai kopi.
KDN dalam operasi Ops Dadu yang kami jalankan Julai bulan lepas, di Sarawak sahaja kita telah melakukan 509 serbuan setakat Julai. Januari–Julai tahun ini kita buat 509 serbuan. Jadi, dalam enam bulan, 509 serbuan. Jadi, lebih kurang kita agak tinggi peratusan yang kita buat dan kita telah buat tangkapan seramai 535. Itu Julai, sehingga Julai saja. Jadi, tindakan ini akan terus kita ambil melibatkan Akta Rumah Perjudian Terbuka, Akta Pertaruhan, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan juga AMLA.
Kita jalankan operasi dan serbuan berterusan termasuklah Ops Dadu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Kita kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sebab kita kena sekat akses ke lelaman sesawang perjudian. Kita juga kerjasama dengan syarikat utiliti seperti Sarawak Energy Berhad dan syarikat bekalan air sebab bila kita potong bekalan elektrik dan bekalan air, kita mampu untuk menghentikan aktiviti ini. Dan tentunya kita akan tengok lagi penelitian undang-undang sedia ada sama ada ia memadai atau perlu lagi kita tambah baik.
Rakan saya Jelutong bangkitkan soal kes Pamela...
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Minta penjelasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, sila.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan yang begitu teliti dan detail dengan — tentang serbuan dan tangkapan yang dibuat telah dilakukan bulan Julai. Tetapi mengikut penelitian saya, masih banyak premis perjudian yang di terselindung di sebalik kedai kopi, kedai itu convenience store yang masih beroperasi di Kuching, di Sibu, di merata-rata tempat di Sarawak dan sehinggakan walaupun ada yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tetapi tak nampak kesan di mana ada kekurangan.
Adakah itu tempat-tempat itu ditutup, operasi ini? So, sehinggakan ada ramai orang ramai yang berkata-kata bahawa sudah di kautim. Orang atasan atau PDRM sudah di kautim dan untuk memberi perlindungan kepada sindiket yang menjalankan perjudian itu.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Oleh itu, soalan saya adalah bagaimanakah kerajaan dan PDRM nak menangani masalah ini dan juga persepsi orang ramai bahawa kerajaan membenarkan atau PDRM membenarkan operasi sebegitu dijalankan seterusnya.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Menteri, boleh sikit?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, silakan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Okey, berkenaan dengan judi online ini Menteri, adakah pihak kementerian maklum bahawasanya premis-premis judi ini bukan saja wujud di bandar-bandar besar tetapi keadaannya di Sarawak ia nya telah menular di kampung-kampung, di luar bandar, di rumah panjang. Malahan lebih teruk Menteri, kita ada runner, runner di kampung.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Dia tak guna lagi premis-premis judi, premis fizikal itu tetapi ada runner, runner yang di kampung yang menjual token ataupun apalah yang kita berkenaan dengan judi. Soalan saya, apakah inisiatif yang diambil oleh kementerian untuk membendung runner, runner yang berada di kampung-kampung yang kita tak dapat lihat fizikalnya itu? Terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, Batang Lupar dan saya nak sebut begini, ya. Bila ditanya apakah langkah atau tindakan yang diambil, Tan Sri Yang di-Pertua, sudah tentu dari segi penguatkuasaan kita kena guna undang-undang yang sedia adalah sebab itu sahaja yang kita ada. Kalau ditanya, apakah akta sedia ada itu memadai yang saya sebut tadi. Akta Rumah Perjudian 1953, Akta Pertaruhan, Akta Pencegahan Jenayah, AMLA, apakah ia nya memadai ataupun apakah ia perlu dilihat kembali bagi melakukan penambahbaikan supaya kita dapat tangani modus operandi sindiket perjudian ini termasuk perjudian dalam talian secara lebih berkesan.
Soalan pertama, penguatkuasaan ada atau tidak undang-undang? Ada. Apakah kita guna pakai? Ya. Apakah perisikan berlaku secara berterusan? Ya. Apakah ada kelemahan?
Seperti yang disebut tadi, ada elemen memberi pelindungan dan sebagainya. Saya, Tan Sri Yang di-Pertua, saya sangat terbuka soal ini. Siapa saja yang mempunyai maklumat, tampil, memberi kerjasama kepada pasukan polis. Itu saja jalannya supaya kita dapat melakukan tindakan yang bertepatan.
Saya akui Batang Lupar sebab nama pun online. Asal ada device saja dia boleh ambil bahagian dan saya pernah membentang Ministerial Statements dalam Dewan ini, menceritakan tahap di mana keadaan, ancaman atau operasi judi atas talian dalam negara kita ini. Bagaimana keupayaan sindiket ini bertindak beberapa langkah di depan, umpamanya. Kita boleh lumpuhkan laman sesawang dia segera, split second dia boleh create mirror dengan menggunakan segala macam inovasi teknologi. Jadi, sebab itu kita kena bersaing dua, tiga step ke depan.
So, oleh kerana dibangkitkan khusus di sini oleh Stampin tentang keadaan yang berlaku dalam kawasan, maka saya memberikan maklum balas mengikut skop persoalan itu.
Tapi kalau kita nak kembangkan perbahasan secara — ancaman judi atas talian secara menyeluruh di peringkat nasional dan sebagainya saya bersedia untuk sekali lagi membentangkan Ministerial Statements.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon beralih kepada Jelutong. Jelutong bertanya tentang apakah keadaan terkini siasatan ke atas kehilangan Pamela Ling. Jelutong, kita siasat di bawah seksyen 365 iaitu kesalahan menculik dan melarikan seseorang dengan niat untuk mengurungnya secara sulit dan tanpa hak. Sehingga kini, sehingga hari ini, sedang saya menyampaikan ucapan jawapan ini, kita telah merakam keterangan daripada 48 orang saksi termasuk empat orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dalam siasatan membabitkan Pamela.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dan kes ini, saya boleh katakan bahawa masih dalam siasatan dan kertas siasatan sedang dilengkapkan oleh pegawai penyiasat sebelum akhirnya kita serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa polis akan menyiasat setiap laporan kes penculikan atau kehilangan orang mengikut prosedur operasi standard dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Kita akan bagi kerjasama rapat dengan lain-lain agensi penguatkuasaan, termasuk SPRM, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.
Ya, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang diberikan. Saya amat menghargai sikap keterbukaan Menteri dan kementerian.
Cuma, saya ingin menyatakan bahawa perkara ini perlu disiasat dengan lebih teliti.
Ini adalah insiden kedua. Pertamanya adalah kita tahu, umum mengetahui tentang kejadian Altantuya, for example, dengan izin, dan ini adalah kes kedua di mana seorang dikatakan telah pun ghaib atau hilang di Putrajaya.
Jadi, saya menyambut baik penjelasan yang diberikan. Cuma, saya ingin tanya, adakah pihak kementerian juga telah menyemak dengan imigresen untuk mengesan sama ada beliau telah meninggalkan negara dengan merujuk kepada nombor pasport dan sebagainya? Kerana perkara ini membelenggu. Sebagai seorang peguam, saya ada pihak- pihak yang berjumpa kita di luar, bertanya dengan kita apakah hasilnya seorang yang telah hilang di pusat pentadbiran negara kita di Putrajaya. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Apabila siasatan kita buat, kerjasama dengan semua agensi yang terkait itu kita lakukan termasuk dengan imigresen. Sebab itu, untuk makluman Jelutong, kenderaan yang dikatakan diguna pakai, kita temui nun di utara, di sempadan Bukit Kayu Hitam dengan Thailand. Dan kita buat pemeriksaan dan sebagainya.
Insiden itu berlaku di Putrajaya. Kenderaan yang dipercayai, belum affirmative, tapi dipercayai diguna pakai, kita temui di mana? Di utara. Jadi, sudah tentu mengumpul maklumat di pintu sempadan itu perlukan kerjasama Jabatan Imigresen. Dalam skop siasatan, memang kita gunakan yang itu. Baik.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
YB Menteri, sikit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, sila.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Saya rasa bila masuk isu keselamatan, kehilangan, kematian, pembunuhan yang berlaku hampir berturut-turut sekarang, dari segi rakyat, saya dah rasa tak tenteram. Jadi, antara cara yang mungkin dapat dibuat oleh pihak kerajaan untuk kita menghadapi RMK13 ini ialah mewujudkan satu SOP yang terbaik bagi menangani isu-isu seperti ini kerana
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
kehilangan ini berlaku hampir setiap hari, dengan kes-kes yang berlaku, kes Zara dan sebagainya. Jadi, perlu satu pengesahan tentang laporan terkini yang menyebabkan rakyat lebih rasa selamat. Sekarang ini sekolah tak selamat, universiti tak selamat, tempat latihan tak selamat, rumah tak selamat, kereta tak selamat. Jadi, kita perlu satu warranty sekarang.
Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, Tumpat. Saya berbeza pendapatlah ya. Saya tak membuat generalization. Saya akan membuat kenyataan secara bertanggungjawab di sini berpandukan kepada data. Kalau saya semak data jenayah di negara kita termasuk data orang hilang, bagi setiap 10 orang hilang, sembilan ditemui sebenarnya. Dalam rekod polis, dalam rekod kita ya, bagi setiap 100, 90 itu ditemui. Kita ada pecahan pula ― ditemui hidup, ditemui mati. Kita ada. Jadi, kadang-kadang hilang itu sebab apa? Ikut kawan. Kadang-kadang hilang itu masalah bergaduh dengan mak dan ayah, merajuk sekejap, kemudian mak ayah lapor kata hilang.
Jadi, secara spesifiknya, insiden orang hilang ini, kalau segi data, menceritakan bahawa keadaan tidaklah seperti yang diberi gambaran sebagai satu tahap yang sangat membimbangkan. Pada masa yang sama, saya pun tak mahu ambil pendekatan denial syndrome. Walau satu, dua pun, kalau membabitkan nyawa, itu penting dari perspektif polis.
Kita akan guna pakai seluruh kekuatan kita untuk mengatasinya. Itu sikap yang kita ambil.
Baik, Kepala Batas bangkitkan tentang aktiviti love scam. Ini di bawah penipuan online. Kita ― sebenarnya penipuan atas talian ini, dia satu insiden yang semakin meningkatlah. Kalau tengok trend jenayah...
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
…2024, dia meningkat sebanyak 43 peratus kalau kita bandingkan dengan base 2020.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dan nilai kerugian pula dah pun mencecah RM1.5 bilion dan jumlah mangsa pula 35,000 orang, dan trend itu trend meningkat dan membimbangkan. Jadi, kerana itu, satu daripada segmen penipuan atas talian ini adalah sindiket love scam, dan jenayah ini, kalau saya tengok statistik sehingga Julai tahun ini― saya bagi statistik terkini― dah 527 kes dah yang dilaporkan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kerugian pula RM22.9 juta. Jadi, tak pasal-pasal dia ini. Dia hanya diumpan dengan kononnya dia berminat menjalinkan hubungan, kemudian tanpa sedar diminta untuk kirim duit melalui akaun dan sebagainya.
Dan jumlah ini, jumlah RM22.9 juta dan mangsa ini, Tan Sri Yang di-Pertua, orang pandai- pandai, orang mengaji. Bukan kata orang yang tak terdedah dengan, apa namanya, ilmu dan teknologi komunikasi sekarang ya.
Oleh itu, saya mengajak kita semua untuk mengingatkan ya. Perkara paling mudah adalah asal sahaja komunikasi dalam social media yang berakhir dengan kita diminta
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
berkongsi nombor akaun, apalagi kemudiannya minta disampaikan, dikeluarkan akaun, perkara pertama sekali adalah hentikan masa itu juga. Sebab, tak mungkin ia nya boleh dapat ini jika sekiranya kita, apa namanya, melayannya.
Sebelum saya bagi peluang yang lain, saya nak sebut langkah ke hadapan. Kita boleh sebut cerita masalah trend yang membimbangkan, tapi apa yang lebih penting adalah untuk Dewan ini diberitahu apakah tindakan ke depan yang kita nak buat.
Yang pertama, sekarang ini bila ada mangsa ― yang pertama, dia mengadu dengan siapa? Dia mesti mengadu dengan talian hotline 997. Dan sekarang ini, ia nya adalah di bawah Pusat Respons Penipuan Kebangsaan. Singkatannya, NSRC (National Scam Response Center). Sekarang ini, siapa kendalikan? Sekarang, polis adalah lead agency.
Premis baru kita sedang direnovasi di Cyberjaya. Perdana Menteri bersetuju bagi peruntukan tambahan dan juga diminta JPA wujudkan perjawatan baru. Dan besok pun mesyuarat dengan Perdana Menteri, kami diminta untuk memberikan maklum balas tentang persiapan ini. Siapa lagi yang terlibat? Bank Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Ini semua terlibat ya. Dan polis nanti menjanjikan operasi 24 jam, tujuh hari seminggu. Dan hari ini, purata kita terima panggilan, sehari 500 panggilan. Sehari. Dan trend terus meningkat ya.
Sila, Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih kepada Menteri. Cuma persoalan daripada saya. Daripada love scam tersebut, ada laporan, aduan yang sampai ke peringkat Parlimen Kepala Batas sampai kepada perkahwinan. Dan apabila disemak, perkahwinan itu bukan perkahwinan yang pertama, kedua, tapi melebihi tiga, empat dan sebagainya. Bukan setakat ditipu dari sudut akaun dan sebagainya tapi juga dalam bab perkahwinan. Dan dilaporkan ada penceraian dan sebagainya.
Cuma, persoalan di sini, adakah mereka-mereka yang telah dilaporkan daripada laporan polis dihantar ke peringkat atasan, adakah mereka ini akan di-blacklist hingga ke tahap tidak dibenarkan masuk ke Malaysia? Dan kebanyakan kes-kes ini adalah mereka- mereka yang berada di― saya sebut secara jelaslah― Thailand, Indonesia, termasuklah daripada negara-negara terdekatlah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Apakah mereka ini akan disenarai hitam? Sudah tentu. Jika siasatan mendapati ada elemen penipuan, mereka masuk sebagai pas sosial berakhir dengan perkahwinan, kemudian terlibat pula dengan aktiviti jenayah dan kita boleh establish dengan bukti melalui jalur hukum dan perundangan. Soalannya, apakah kita ke arah untuk senarai hitam? Sudah tentu. Itu dah tentu, ya. Sebab itu kalau ada kes yang spesifik, Kepala Batas boleh angkat kepada kita untuk tindakan yang selanjutnya.
Jadi ― tadi apa yang saya sebut tadi? Pusat Respons Penipuan Kebangsaan sekarang di bawah seliaan pasukan polis sambil dibantu oleh agensi yang lain. Dan kalau dah 500 panggilan sehari, kita boleh bayangkanlah. Dan dia macam-macamlah kalau kita
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
tengok profil dia. Pesara kerajaan, juruterbang, profesor, ahli perbankan, ahli akademik, ahli perniagaan, habis kena.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, kalau kita profil itu menarik menunjukkan bahawa kempen yang lebih agresif perlu dibuat. Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak bangkitkan isu SOP, siasatan polis apabila melibatkan kes buli. Kita digegarkan dengan lagi satu kes buli yang besar di Johor, melibatkan anak yang baru berumur 10 tahun, pesakit kanser. Yang baru-baru ini bukan setakat dipukul dengan teruk di kepala, ditelanjangkan sampai perlu di hospital-kan. Dan salah anak ini hanya kerana dia merupakan adik kepada kakak yang menolak cinta si pembuli. Alhamdulillah baru-baru ini Pemangku Sultan Johor telah pun lawat adik ini.
Persoalan yang melibatkan siasatan polis. Bila saya baca artikel yang diterbitkan oleh FMT dengan MalaysiaKini, dia ada wawancara ibu kepada mangsa ini. Ibu itu katakan, “Pada peringkat awal walaupun ibu telah buat laporan polis, polis kata tak perlu dulu biar polis cuba jadi pengantara di antara dua keluarga”. Dan ada juga laporan mengatakan ini adalah kerana pembuli itu adalah bawah umur. Saya sangat gusar, Yang Berhormat Menteri. Dalam bab ini, Yang Berhormat Menteri sangat straightforward.
Saya ikuti perkembangan semalam, your answer has been very good. Cuma, kerisauan saya, kes buli ini, dia kadang-kala pihak polis nak cuba mediate, jadi orang tengah.
Exact word to mediate. Walhal ini kes buli sampai adik itu di hospital-kan. Sepatutnya terus buka siasatan, terus ambil tindakan. Kini, hanya apabila sudah di-viral-kan Yang Berhormat Menteri, baru siasatan diambil alih dan sekarang akan ada tindakan.
Kerisauan saya, puluhan ribu lagi anak muda di luar sana dibuli, ibu bapa pergi ke polis tetapi tidak di-viral-kan, dengan itu tidak ada tindakan. Ini bukan masa untuk mediasi, kerana mediasi sedikit sebanyak akan menormalisasikan buli. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pengerusi, tadi saya sedang respons fasal online scam. Sekarang, terkalih sikit kepada buli. Tapi saya okey, saya akan respons dulu buli. Ia begini, saya kena ucap terima kasih Ahli-ahli Parlimen sebab selepas tragedi seorang gadis yang bunuh diri kerana mangsa siber buli. Satu negara terkejut kerana pelakunya yang dituduh ke mahkamah hanya kena RM100 saja kompaun.
Sebab dia disiasat di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Masih terbayang saya lagi tengok dalam TV dia keluar dengan senyum saja. Dan itu mendorong kita bawa ke Dewan ini pinda 507B, C, D, E, F, G dan kita wartakan bulan Julai baru ini. Dan sebelum ini, kes buli, kita siasat di bawah jenayah kekerasan, Kanun Keseksaan. Buli fizikal saja. Buli siber, buli mental, tak ada. Jadi, bila kita pinda 507 ini dan dikuatkuasakan, sejak dikuatkuasa 11 Julai, polis dah pun buka IP 11, kertas siasatan. 11, yang masing-masing lah. Ada yang bawah 507B, ada 507C, ya D dan sebagainya lah ya, baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Menunjukkan bahawa adanya penambahbaikan undang-undang itu membolehkan polis bertindak. Sekarang ini, macam kes Zara misalnya, sudah pun dituduh hari ini. Itu adalah tuduhan di bawah satu seksyen yang kita pinda, menjadikan dia kes yang pertama kita tuduh.
22 tadi IP yang dibuka, belum berakhir pertuduhan. Yang ini, berakhir pertuduhan hari ini. Itu kes pertama. Sama ada ia beri kelebihan atau tidak, let’s the court develop the law. Then, daripada situ kita tengok nanti.
Jadi, Muar tadi bangkitkan, terima kasih maklum balas ya. Sikap yang kami ambil sekarang adalah bahawa jika ada elemen penambahbaikan. Sementara polis mungkin ada niat baik, berperanan sebagai mediator umpamanya. Tapi itu tidak dianggap memadai bahawa polis harus segera menjalankan tindakan siasatan. Saya terima baik oleh kerana di situ Muar membangkitkan secara khusus, saya akan segera hubungi di Johor. Apakah fakta kes yang dimaksudkan? Jadi, supaya itu lebih jelas dalam penerangan kita nanti. Silakan, Langkawi dulu.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Saya nak balik daripada buli tadi kepada sekuriti, Yang Berhormat. Keselamatan, yang dibangkitkan oleh Tumpat tadi dan juga Jelutong. Saya terlewat sedikit untuk bangun.
Dan saya bangkitkan dalam ucapan saya bahawa sekuriti di Langkawi ini agak daif sedikit, Yang Berhormat. Dan boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada Menteri ke Langkawi. Sama ada program dan bercuti. Dan ASEAN kalau kita tengok semua pembesar-pembesar ASEAN ke Langkawi. Tapi, scanner tidak ada di tiap-tiap pintu masuk. Sama ada feri ataupun roro. Dan telah berlaku, telah dilaporkan dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah oleh PDRM Langkawi. Bahawa sepucuk pistol telah dijumpai bersama-sama dengan bukan tuan punya pistol tersebut.
Dan ini amat membimbangkan. Sebab itu, saya bangun dalam RMK13, supaya dimasukkan scanners di pintu-pintu masuk Langkawi. Ini belum termasuk pembesar- pembesar dari luar negara lagi, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Dato’ Dr. Yang di- Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, Langkawi. Bila kita jadi Pengerusi ASEAN. Tahun ini dari Januari sampai Disember, kita akan jadi tuan rumah tak kurang pada 400 mesyuarat. Di peringkat pegawai, senior officers, Ministers, Head of Governments. Perdana Menteri dia ambil sikap jangan semua tertumpu di Kuala Lumpur.
Tolong buat juga di luar Kuala Lumpur. Langkawi antara pilihan hangatlah. Foreign Ministers, ASEAN Foreign Ministers pun pilih Langkawi.
Saya terima baik teguran Langkawi soal scanner satu keperluan asas. Sebab itu, sebelum ini, practice kita, scanner itu dipasang oleh Jabatan Kastam. Tapi, sekarang kita ada Agensi AKPS. Kastam satu komponen di dalamnya, imigresen juga satu komponen di dalamnya. Oleh kerana AKPS ini kita baru saja take off, dia baru saja menjalankan kawalan ke atas 19 pintu masuk. Kita akan kembangkan sehingga 122. Yang itu, termasuk dalam
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
senarai semak kita, yang kena ada. Kalau tak ada, kena ada. Kalau ada tapi usang, kita kena tambah baik.
Itu semua adalah dari sudut pengisian aset bagi memastikan kawalan pintu masuk sempadan itu berjalan dengan kemas. Bila kita centralise di bawah satu bumbung, sebelum ini, amalan kita adalah kawalan sempadan itu ada lebih 20 agensi yang menguatkuasakan undang-undang, lebih 20. Singapura ada satu je, ICA, noktah. Kita bila mesyuarat sempadan ini, kita nak kena dapat ulasan lebih 20 agensi dan kementerian.
Jadi, itulah yang kita kemukakan bahawa kita buat Akta AKPS dan dia telah di lulus dan sekarang kita jalankan. Oleh kerana dia masih di peringkat awal, kita berpeluang untuk mendengar maklum balas. Termasuk yang disebut oleh Langkawi. Baik, misalnya saya nak sebut ya. Apa maksud AKPS berbeda dengan pendekatan sebelum ini?
(i) dari segi mobility. People’s and goods mobility mesti seamless;
(ii) sistem penyampaian mesti lebih cekap. Orang yang berurusan itu cuma berurusan dengan satu. Tak payah dengan pelbagai agensi;
(iii) kita boleh address isu integriti;
(iv) kita boleh tingkatkan soal pengutipan hasil. Sebab kastam dia pemeriksaan, penilaian and pembayaran, tiga peringkat.
Jadi, yang ini kita dah buat. Termasuk kita berdepan dengan masalah pintu masuk di selatan.
Sekarang ini Tan Sri Yang di-Pertua, Singapura-Johor ini adalah yang paling sibuk di dunia. Sebelum ini Mexico-Amerika tapi dah Amerika dah tutup, menjadikan Johor-Singapura paling sibuk. Kita hampir mencecah sampai 500 ribu daily travellers. Tak boleh lagi pakai sistem cap, tak boleh.
Sebab itu bila RTS, Woodland dengan Bukit Cagar siap nanti, kita akan buat sistem co-located. Imigresen kita ada di Singapura, Singapura ada di imigresen kita. Sekali je kita cap. Sekarang tak, dua kali. Dan nanti siap hujung 2026 nanti, dekat dah. Dia akan bawa 10,000 penumpang satu jam. Sebab itu kita kena bersedia. Termasuk, kita kena pinda 32 akta. Sebab semua agensi terlibat dan kita ada timeline pula.
Saya kena bentangkan dalam Dewan ini tak boleh lewat daripada Februari tahun depan. Sebab September tahun depan dah mula dah dry run. Bulan 12 dah full force. Jadi, tanpa kita luluskan akta itu dalam Parlimen, co-located tak boleh dibuat. Itu contoh. Jadi, ia dinamik ya. Sebab itu kita sedang memberikan tumpuan pada ini. Tujuannya apa?
Keselamatan, people’s mobility, goods mobility, isu-isu itu adalah.
Jadi, saya terima kasih kepada Langkawi di atas maklum balas yang diberikan.
Silakan, Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga nak bangkitkan soal SOP, tapi kali ini kes berbeza iaitu
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
gangguan seksual ke atas anak kecil yang berlaku di Kajang yang mana siasatan PDRM enam bulan lambat. Walaupun telah dikesan suspek iaitu pekerja asing, tiada CIC, tiada kawat cam dan akhirnya bila mak atau bapa budak tersebut, mangsa bawa tularkan di media sosial baru OCPD nak buka balik siasatan.
Jadi, apakah ini satu norma baru dalam PDRM, viral baru nak siasat balik macam kes Zara? Adakah ini sesuatu kelemahan yang boleh ditambah baik Yang Berhormat Menteri, kekurangan bajet atau bagaimana?
Sebab saya bimbang kes-kes yang sebegini bukan anak VIP, bukan apa suspek VIP, tapi kesan trauma kepada anak kecil ini cukup membahayakan semua anak-anak dan anak ibu bapa yang mana bapa budak tersebut kerana polis lambat bertindak terpaksa menjadi vigilante ambil tindakan untuk mengasari suspek. Jadi, tak nak benda ini berlaku Yang Berhormat Menteri, apa jawapan Yang Berhormat Menteri nak memperbaiki SOP seperti ini?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Machang. Kes spesifik tak dibawa dalam perbahasan, berlaku adil pada saya, spesifik terus maklumkan insiden bila, kes apa, besok juga saya akan semak dengan OCPD Kajang. Dalam tempoh berbaki ini juga sidang yang ada saya akan bagi maklum balas. Itu komitmen saya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang
Berhormat Menteri. Ini suara daripada rakyat di bawah, terima kasih. Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Menteri. Memandangkan Dewan Rakyat pada hari ini berkelakuan baik, tak ada haruk piruk, saya akan benarkan berapa minit yang Yang Berhormat Menteri perlu sebelum gulung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
[Ketawa] [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau macam ni lah gaya ya Allah, Alhamdulillah.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Sebab Hulu Langat tak ada.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab Pendang pun tak ada.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebentar. Saya tengah berurusan dengan Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Gerik, sebelum Gerik tanya soalan, saya hendak update dulu, Gerik tanya soalan secara spesifik tentang ICQS Gerik, Pengkalan Hulu.
Saya sudah buat semakan dengan pegawai-pegawai. Isunya begini eh. Di Pengkalan Hulu tu, sebelah sana, Betong. Sebelah sini, Pengkalan Hulu lah, Gerik, kawasan Yang Berhormat. ICQS kita ni, dulu, yang saya warisi, ya, legasinya. Pemeriksaan sebelah Siam,
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
bila dibuat, kemudian orang Siam tu boleh masuk jauh, dekat kawasan kita baru sampai ICQS. Dia boleh pergi masuk semua sekarang, masuk tempat kita, okey.
Jadi, apa saya buat, saya dekatkanlah. Nak ubah ICQS dengan bangunan tak boleh, jadi kita buat counter betul-betul depan Thailand supaya jangan sampai dia masuk sempadan kita baru jumpa imigresen kita. Baik ya, itu sementara. Langkah jangka panjang apa? Kita akan bangunkan ICQS.
Okey, Yang Berhormat tanya soalan yang betul, diperlukan penduduk nak tahu. Jadi, tanah di bawah kerajaan negeri, kerajaan negeri telah pun mencadangkan tanah kepada KDN untuk kita bangunkan ICQS. Halnya yang berlaku adalah tanah yang diperuntukkan itu curam.
Cerunnya itu terlalu dalam untuk kita buat kerja tanah, nak persiapkan tanah sebelum bina bangunan ICQS di kawasan Yang Berhormat itu, kita perlu dalam RM40 juta lebih.
Jadi sekarang, kita kena mulakan dulu satu kajian feasibility tentang kesesuaian tanah itu atau pilihan lain, kerajaan negeri kena cadangkan tapak lain. Tak mungkin kita boleh bangunkan segera bangunan ICQS di sempadan walaupun dekat kerana curam sangat tak boleh. Itu status semasa Yang Berhormat tanyakan dalam soalan tentang ICQS. Silakan.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Itu adalah satu hal berkenaan itu dan saya pun sebenarnya dah dapat satu jawapan daripada kementerianlah.
Cuma saya nak tambah sikit lagi adalah berkenaan dengan ada bangunan terbengkalai di kawasan itu. Bangunan katanya milik swasta. Saya tak pasti bangunan itu milik siapa, tapi maksudnya kalau bangunan itu pun tak diselesaikan sama ada kerajaan beli bangunan tu ke atau macam manakah, keadaan bangunan tu juga berada di dalam kawasan di antara tu juga dan dia mungkin ke depan dia akan mengganggu juga situasi ICQS tu, bangunan ICQS tu.
Yang keduanya Menteri, Gerik juga sebenarnya nak ingin tambah satu laluan persekutuan FT1157 di antara satu lepas pada sempadan, Kampung Air Panas tu membawa ke satu kampung lagi, tetapi dia melalui sempadan, pagar sempadan tentera. Laluan itu dia tak ada lampu tak ada ciri-ciri keselamatan. Jadi, sebelum-sebelum ni pernah berlaku apa ni lah jenayah rentas sempadanlah kecil-kecilan bawa berbagai barang dan sebagainya la kan.
Jadi, saya minta apabila kita minta lampu daripada pihak JKR, JKR dok kata okey dia nak tengok keutamaan dan sebagainya, tapi kalau saya rasa mungkin melalui KDN, benda ni adalah isu keselamatan dan benda ni pun dah lama sangat. Jadi, saya mohon boleh tak pihak KDN melalui bajet KDN atau sebagainya ke untuk pasang lampu solar di jalan tu, lebih kurang 15 kilometer kawasan itu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang Berhormat Gerik, terima kasih banyak. Saya akan tengok dari sudut – KDN juga mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan. Saya akan minta pegawai-pegawai saya membuat catatan untuk lihat kesesuaian cadangan Yang Berhormat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Jalan itu FT1157.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
1157, terima kasih banyak.
Permatang Pauh bangkitkan soal, apakah ada satu kaedah pemberitahuan secara bersepadu di antara kerajaan, ini mengenai pengesahan kematian iaitu dikeluarkan sijil mati oleh JPN. Ini bagi memudahkan penyelesaian isu harta faraid.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Permatang Pauh, KDN sekarang ini, di bawah tajuk pengesahan kematian. KDN melalui Jabatan Pendaftaran telah membangunkan sistem pengesahan data integrasi kematian, dah ada.
Ini merupakan inisiatif kerjasama antara polis dengan JPN, tujuan dia nak mudahkan proses pengesahan kematian yang berlaku di rumah asal tidak melibatkan unsur jenayah.
Kalau tak ada dia straight forward dan melalui sistem ini pengesahan kematian oleh JPN akan dilaksanakan atas talian.
Sekali gus mempercepatkan proses pendaftaran serta pengeluaran sijil mati kepada waris, waris perlukan itu untuk urusan-urusan seterusnya termasuklah soal tuntutan harta dan sebagainya. Jadi, melalui sistem ini soalan Yang Berhormat terjawab kerana sistem itu yang kita panggil sebagai SPDIM ini adalah sistem yang beroperasi dengan baik melalui maklum balas awam.
Saya terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat, silakan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
YB Menteri, Padang Rengas. Okey, hendak tanya satu mengenai isu yang saya bangkitkan baik pulih Balai Polis Kati, mengenai kuarters dan juga kekurangan kenderaan peronda. Minta respons daripada Menteri, terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, saya memilih soalan-soalan yang bersifat localize begitu, saya akan jawab secara bertulis, itu lebih afdal kerana itu Yang Berhormat boleh refer terus, boleh rujuk terus kepada jawapan itu.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
[Bangun]
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, terima kasih. Masjid Tanah bangkitkan dua perkara. Ini tentang penggubalan akta digital ID nasional dan satu lagi pindaan akta pendaftaran negara.
Jawapan saya begini. Akta pendaftaran negara di bawah kawal selia KDN lah dan baru ni, semalam saya bentang Bacaan Pertama sebab kita nak pinda. Kenapa kita nak pinda? Sebab kita ke arah digital ID. MyKad itu wajib, kena ada. Sekarang 24 juta rakyat pegang MyKad. Tapi kita ke arah kerajaan digital, maka digital ID ini juga adalah kita ke arah itu.
Sekarang ini rakyat Malaysia yang dah daftar lebih kurang 2.8 juta. On boarding, baik.
Tapi dalam tahun ini juga kita harap kita boleh capailah sampai katalah 10 ke 15 juta. Ini adalah satu digital ID yang membolehkan kita menjalankan urusan-urusan di kaunter
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
kerajaan dengan secara single log-on. Jadi, identiti itu lebih jelas, lebih selamat dan untuk membolehkan digital ID diguna pakai, Akta Pendaftaran Negara mesti dipinda. Kerana itu, Dewan ini akan membahaskan akta itu, baik.
Tetapi Akta MyDigital ID itu di bawah kementerian lainlah, mungkin Kementerian Digital. Ini menjawab soalan Masjid Tanah. Tapi yang penting ialah rakyat Malaysia supaya memiliki digital ID kerana bila kita laksanakan nanti program subsidi bersasar, petrol, verifikasi identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Satu, MyKad. Dua, Digital ID. Kedua-duanya boleh kita guna pakai dan alangkah baiknya kalau kita boleh menyokong supaya Digital ID ini dapat dimiliki dengan masukkan saja dalam phone kita saja. Itu saja. Nanti semua urusan kerajaan akan hanya menggunakan Digital ID. Ini dalam, dalam proses kitalah. Dalam pipeline kita untuk siapa yang dah daftar Digital ID dan nak guna pakai dalam sektor swasta atau sektor kerajaan. Sektor swasta macam perbankan, insurans, segala macam. Maka kita perlu meminda akta ini. Itulah yang akan kami buat. Sila, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Saya pun rasa tengok Dewan tenang. Petang ini jadi, saya rasa soalan ini, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.
Tentang isu keselamatan tadi, Yang Berhormat Menteri. Kalaulah seseorang itu, dia rasa dia terancam pada waktu tertentu, bolehkah dia rakam video? Mungkin, saya tak pastilah. Mungkin ada undang-undang tak membenarkan kita ambil foto ataupun video orang tanpa izin. Tapi dia rasa terancam. Dan adakah video itu ataupun foto itu dianggap sah dijadikan bukti dalam perbicaraan sebagainya? Itu satu.
Yang kedua, yang last Yang Berhormat Menteri. Mungkin Yang Berhormat Menteri nak ambil kesempatan sikit nak perjelaskan kerana ini, ini kes Zara ini, Yang Berhormat Menteri sebut sebelum ini, akan dituduh di bawah 507D tapi Peguam Negara ini kalau saya tak silap dengarlah. Peguam Negara sebut 507C. Tapi kalaulah dapatan inkues ataupun siasatan selepas ini mendapati ada penerimaan baharu, adakah boleh dipinda pertuduhan itu kepada pertuduhan yang lebih berat sesuai dengan kes? Itu, itu sampingan sikit. Peluang yang ada.
Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Alor Setar. Tan Sri Yang di-Pertua, saya sebut, ya, semua kita ini, biar kita bersetuju satu perkara. Kita nak cari kebenaran ke atas insiden ini. Kita nak tegakkan keadilan.
Saya ingat yang itu jangan kita beza. Kalau kita, basis kita bersetuju, kemudian mari kita berkongsi maklumat dan perkembangan. Bila polis satu-satunya autoriti mengikut undang-undang negara kita yang mempunyai kuasa menyiasat, polis akan jalankan siasatan.
Sebab itu pada hari saya membuat Minister statement, saya sebut. Daripada mula, ya,
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
daripada mula, insiden itu 16 hari bulan, 3 pagi. Kemudian laporan polis pertama dibuat keesokan harinya. Selepas doktor memberikan pengesahan tentang cause of death. Dalam bahasa mudah kita, ialah kecederaan parah pada otak yang menyebabkan oksigen tak sampailah. Itu puncanya baik. Baik, ya.
Jadi, siasatan polis bermula di situ. Apabila laporan polis dibuat tanpa lengah, tanpa tangguh. Dan apabila cause of death telah dikenal pasti, IO mengambil alihlah. IO sudah tentu kena approach dengan family dia dan pada ketika itu saya sebut berdasarkan kepada keterangan yang dibuat oleh polis. Polis ambil 195 keterangan. Keterangan doktor yang membuat pengesahan, polis ambil. Pengesahan ibu, polis ambil. Ada tak, ibu tandatangan dokumen atau disebut consent letter? Ada. Sebab itu polis sebut dalam siasatannya tanpa tangguh, ya.
Dan apabila ibu berpendapat dia nak segerakan pengebumian, maka doktor kemudiannya pada hari yang sama meninggal, 1.07 minit. IO bagi tahu, kemudian jawapannya nak disegerakan pengebumian. Doktor kemudian beritahu lagi sekali kepada ibu.
Ibu kekal dengan pendirian itu. Dan itu keterangan diberikan oleh doktor kepada polis dalam siasatan. Jelas itu, ya. Jadi, saya sebut ini sebab, inilah menjadi punca bahawa kegagalan melakukan proses post-mortem. Tujuan post-mortem apa dia? To examine the body, to know cause of death. Dan bila doktor dah sebut, tentulah tugas seterusnya adalah kita bagi tahu dengan keluarga.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Saya mohon mencelah sikit. Tanjong Karang.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya belum. Biar, biar saya habiskan sekejap, ya.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Okey.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya nak sebut begitu. Jadi, siasatan itu tanpa tangguh. Saya nak sebut, ya. Dan kita jalankan mengikut lunas undang-undang. Itu kita sebut. Baik.
Berapa banyak kita ambil keterangan? 195. Sebahagian besar adalah rakan-rakan Zara di sekolah. Satu dorm dengan dia, satu blok asrama dengan dia, satu kelas dengan dia, termasuk kawan baik dia di kampung, kita ambil keterangan. Guru, warden, sekuriti, pengawal keselamatan dia, doktor, mak, ayah, semua kita ambil. Orang awam, yang tahu, kita ambil keterangan. Pada akhir siasatan kepada siapa kita serahkan? Kepada Peguam Negara.
Siasatan ini Tan Sri Yang di-Pertua, faham sangat. Dia ada, akan ada syorlah pada pandangan polis. Tapi Perlembagaan Persekutuan mengatakan ada seorang saja iaitu Peguam Negara. It is up to the Attorney General whether to prosecute or not to prosecute dan kalau dia kata to prosecute, dia akan menganalisa setiap butiran siasatan kita dan itulah yang dia kemukakan pada hari ini. Kita mungkin beza pendapat. Tapi undang-undang mengatakan kuasa itu ada pada Peguam Negara, ya. Sebab itu kita sebut daripada situ.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Alor Setar bertanya, apakah setelah pertuduhan itu dibuat, inkues juga berjalan.
Kalau ada pertembungan, bagaimana keadaannya?
Kota Bharu bangkitkan, Perkara 333, Kanun Acara Jenayah bahawa ia nya boleh berlaku pertembungan begitu. Sebab itu, penjelasan Peguam Negara apa dia? Dia tuduh di bawah satu pertuduhan yang membabitkan buli. Manakala inkues adalah proses siasatan yang dijalankan oleh koroner untuk mengetahui punca kematian, ya. Punca. Macam adik Faris dulu. Adik Faris, kesnya bila? 2013. Inkues, keputusan bila? 2016.
Apa dia keputusan inkues? Adik Faris ditemui tergantung dan ada penglibatan pihak ketiga yang menyebabkannya. Itu kedudukan inkues. Inkuesnya begitu. Sebab itu sekarang family adik Faris kata, mereka pun mendesak untuk dilihat semula dan saya nak bagi tahu, yes, polis akan buka semula. Kertas siasatan kita dah siap. Sebab pada waktu itu DPP mengatakan no further action dan sekarang ini, famili mengatakan ada kewajaran untuk dilihat semula. Polis dah buka.
Saya bincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Apa yang menghalang kita untuk tengok semula? Ada kewajaran? Polis kata tak ada masalah apa-apa. Kita boleh buka balik kertas siasatan itu. Tengok balik sebab siasatan dah lengkap. Cuma, keputusan DPP pada waktu itu. See, inkues ada keputusan dia tentang punca kematian. Begitu juga di sini. Sebab, kalau charge yang dikenalkan sekarang, oleh AG yang saya faham daripada kenyataan AG melalui media, ya. Dia akan cuba establish ada perbuatan buli. Ada pelakunya.
Ada saksinya. Ada kalimah atau kata-kata yang dianggap boleh ditafsirkan sebagai buli yang menyebabkan harassment, distress, pressure dan sebagainya mengikut definisi undang- undang, ya. Jadi, proses itu akan berlaku.
Manakala inkues, kalau berjalan mengikut aturan dengan keterangan saksi, polis akan sediakan saksi, ya. Dan di situ boleh bersoal jawab semua sekali untuk mengetahui puncanya. Puncanya akan diberitahu kemudian.
Baik, soalan Alor Setar ialah apakah jika perjalanan inkues nanti mendapati ada bukti-bukti secara affirmative terkait dengan pelaku? Saya percaya, ya. Inkues akan terhenti sebab pelaku dah diketahui dan tentulah tuduhan itu boleh dipinda. Meminda pertuduhan dalam satu-satu proses adalah perkara biasa. Kadang-kadang seorang itu dituduh di bawah 302. Kemudian diubah pada 304 menyebabkan kematian, umpamanya. Saya faham proses undang-undang begitu. Jadi, buat masa sekarang, itulah keputusan Peguam Negara. Tapi saya jelaskan di sini bahawa tugas polis selesai di situ.
Saya mohon sangat, ya, supaya tidak diberikan satu gambaran seolah-olah ini percubaan untuk melindungi. Bila saya tengok balik kronologi dan rentetan, siasatan dengan angka yang begitu ramai, keterangan yang begitu lengkap diambil, saya pun rasa sedih melihat kesungguhan pasukan polis hanya kerana satu part itu saja. Hanya satu part itu saja di mana polis dikatakan gagal untuk, post-mortem bukan polis buat. Post-mortem doktor buat, ya. Post-mortem dibuat oleh doktor, ya. Sebab itu, bila diketahui cause of death disebut tapi tak apalah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tetapi satu fakta lagi apa yang saya sebut, pada 4 Ogos, pada hari di mana kali pertama kita serahkan laporan polis kepada AG. 3 Ogos, ibu ada membuat laporan polis.
Ketika dia memandikan mayat Zara, dia kata ada kesan lebam, dia buat laporan polis.
Serentak dengan itu juga, dalam kertas siasatan yang polis serah kepada Peguam Negara adalah kita cadangkan supaya dibuat exhume, digali.
Kita tahu pedih, kita pun kalau kena pada kita, kaum kerabat kita, dah disemadikan, biarlah dia bersemadi dengan tenang. Tetapi atas nama nak cari kebenaran juga, kerana ibu dah buat laporan polis. Polis juga dalam kertas siasatan itu mencadangkan kepada Peguam Negara supaya digali balik. Apa maksudnya? Kita tak ada basa basi lagi bab itu. Kalau itulah kebimbangan ibu, silakan. Maka, kita buat dan proses buat balik itu penuh dengan tertib dan aturan undang-undang. Ada kehadiran majistret, doktor, familly, semua yang terlibat.
Dan bila dibuat, dilakukan post-mortem, ya. Sudah post-mortem adalah untuk melihat sama ada laporan awal cause of death itu dengan laporan post-mortem setelah mayat digali, yang itu fokus kita. Ada perbedaan, ada persamaan, itu terpulang.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, silakan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya difahamkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tak, nak tanya...
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Tanjong Karang dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu. Sebentar, saya bercakap.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dengar saya cakap, Peraturan 42. Memandangkan agak-agak panjang juga ini Yang Berhormat Menteri, saya hadkan pukul 5.45, ya.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tunggu Sipitang dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, terima kasih Timbalan Speaker. Menteri, saya cuba hendak fahamkan. Saya difahamkan Adik Zara ini, bila dia belum meninggal, bila dia dimasukkan ke hospital. Maknanya, apabila kami sebagai doktor perubatan ini, bila dia masuk, dia akan buat pemeriksaan daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Ada lebam ke, ada apa ke, bengkok ke, apa semua, dia akan nampak kan?
Jadi, saya nak fahamkan. Di ketika itu, tidak adakah kesan-kesan yang menunjukkan bahawa mungkin ada penderaan ke, apa ke, yang lebam ini mungkin ada — ya lah, yang
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
terkait dengan buli ini, ada ke tidak? Sebelum cerita yang kena exhume balik dan sebagai- bagainya lah. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, saya faham. Saya jawab, bagus.
Soalan itu bagus. Saya minta tolong, Yang Berhormat. Saya baca IP lengkap, saya baca setiap detik itu, saya baca. Soalannya adalah, pada ketika Adik Zara jatuh, dia masih bernafas. Siapa sahkan? Penolong pegawai perubatan sahkan. Jadi, dia bukan meninggal di sekolah. Kalau dia jatuh dan meninggal, lain tau. Terus dibawa — post-mortem terus, tak ada isu apa dah. Ketika dia dibawa, masih bernyawa.
Apa tindakan doktor pada waktu itu, selamatkan dia dulu. Letakkan segala wayar, selamatkan dia dulu, itu keutamaan dia. Sebab waktu itu, siapa yang cerita kes buli? Siapa pun tak tahu kes buli. Keutamaan kita adalah selamatkan dia dulu, nyawa dia dulu. Betullah.
Sekarang baru kita tahu ada elemen buli. Pada momen itu, kita nak semak bukti-bukti buli ke, nak selamat nyawa dia dulu? Ya, pilihan doktor selamatkan dulu nyawa dia.
Itu fact-nya lah dan setelah diberitahu tentang cause of death, ada terminologi doktor, saya pun tak boleh nak hafal. Saya sebut ini bawa makna lain, salah pula tetapi yang faham, bahasa kita, apa dia? Kecederaan teruk pada otak yang tak memungkinkan oksigen sampai, itu punca. Ya, dah dibuat...
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kemudian, pada laporan perubatan itu dibuat, diberitahu semua sekali, termasuk Yang Berhormat tanya tadi itu. Semua dah dibuat.
Semua dah ditulis, tak ada masalah apa, itulah catatannya. Saya tak maulah pergi detail macam itu, sat gi tanya pula apa kandungan diari. Panjang cerita pula. Yang itu biar inkues lah, saya tak boleh campur sebenarnya itu.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Saya ingin menambah sedikit...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang Berhormat tanya tadi, apakah laporan perubatan itu lengkap dan komprehensif? Jawapannya, ya. Lengkap dan komprehensif.
[Tepuk] Sudah pun jelas bab itu tetapi jangan tanya saya lebih daripada itu*. I can’t, I’m not in the position to answer those questions. Every single detail, nitty-gritty, I can’t.
That’s not the job or the duty of the Minister*. Apa sahaja yang beri taklimat kepada saya, itu dia yang saya jawab.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, bagi memahami aspek pada momen itu, tak ada siapa tahu elemen buli, tak ada. Keutamaan kita, selamatkan nyawa.
Setelah ditentukan cause of death, doktor buat *a complete, comprehensive medical report.
Yes, they did*, ya.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Tanjong Karang ingin menyambung...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, kita akan tahu bila inkues nanti didengar. Kita ada lima minit lagi, silakan Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Isu cause of death, sebagai seorang doktor, sebagai seorang doktor...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Yang Berhormat, sebentar. Saya bagi sehingga Sipitang dan saya akan minta Menteri tutup. Lepas Yang Berhormat, Sipitang, itu sahaja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Pandangan seorang doktor, so apabila diagnosa cause of death adalah disebabkan kecederaan otak yang serius. Sebagai seorang anak berumur 13 tahun, sepatutnya doktor lebih bertanggungjawab memberi diagnosa yang lebih komprehensif atau lebih lengkap. Penyebab kematian adalah kecederaan otak akibat dari kemalangan jalan raya, akibat dari kecederaan jatuh atau apa-apa.
So, apabila dia complete-kan diagnosanya, ini akan menimbulkan persoalan, yang mana kita tidak pasti apakah penyebab kepada kecederaan otak yang serius ini. Jadi, perkara ini perlu diselidiki dan memerlukan post-mortem. So, itu isunya. Terima kasih.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sipitang terkait dengan kes Zara juga. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri menyebut nama anak sama dan bapa pun sama. Saya ingin mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya membuat satu pencerahan dan juga pembetulan berkenaan dengan terkaitnya Datuk Muhamad Arifin, anaknya juga Farisha. Untuk makluman, anak Muhammad Datuk Arifin ialah Sofea Raihana binti Muhammad Arifin dan juga Safa Arifa binti Muhammad Arifin, untuk makluman Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Sipitang. Tan Sri Yang di- Pertua, saya akui khilaf saya dari segi menyebut nama. Nama bapa betul, nama anak itu ada khilaf sikit. Saya tarik balik yang itu, pembetulan tetapi ia nya tidak mengubah supaya apa namanya, hal yang menjadi dispute dan kecelaruan itu, kita establish faktanya dulu. Soalnya, ia nya bukan anak Datuk Ariffin.
Tanjong Karang, setelah body itu di-exhume, laporan post-mortem dibuat pun, dah lengkap dah. By now, kita dah tahu sebab musabab. Ibu dan juga peguam pun telah diberitahu, ya. Tentunya saya kata bahawa pada kedudukan saya, okey. Saya dari masa ke semasa diberi taklimatlah oleh polis. Terutama apabila kes dah menjadi begini. Saya terpaksa bagi masa lah untuk diberi taklimat. Taklimat polis itu berpandukan kepada progress siasatanlah ya. Jadi, saya kena...
[Dicelah]
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Maksud saya, laporan pertama itu dah menimbulkan keraguan sepatutnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, ini bukan perbahasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Betullah, saya tak mau debate begini.
Saya cuma jelaskan fakta. Apakah doktor dah menjalankan tanggungjawab dia? Setakat siasatan polis, begitulah keputusan dia. Tetapi kita kan ada platform iaitu inkues koroner dan DPP boleh tanya doktor, apakah telah dibuat? Itu akan terjawab nanti.
Jadi, sebagai — terima kasih Dato’ Speaker, bermurah hati bagi masa yang begini lumayan pada saya untuk membuat penggulungan. Saya hargai 17 pembahas yang banyak menyentuh tentang Zara. Saya yakin pertemuan antara kita adalah kerana kita nak cari kebenaran. Kita nak tegakkan keadilan, nak buat satu perkara kena pada tempatnya dan untuk tegakkan keadilan, mesti ikut lunas undang-undang.
Sebab itu polis kena jalankan siasatan dengan baik, penuh bertanggungjawab. Kalau ada kekurangan di sebab pihak polis, Pengarah Siasatan Jenayah telah akui, Bukit Aman telah ambil alih. Kita selesaikan. Sekarang di pihak AG, ada dua medium. Satu mahkamah pertuduhan, satu lagi inkues. Itu prosesnya. Dan saya pada ketika ini, sudah pun diberikan taklimat oleh pihak polis berdasarkan kepada catatan siasatan mereka. Saya fikir memadai, saya telah tunaikan tanggungjawab masa ini.
Di luar sana Yang Berhormat, tak semestinya semua orang setuju dengan kita, tak semua, ya. Kalau kita kata bukan anak. Dia kata, semak balik sijil lahir dia. Panjang pula kat situ. Dia tak abih benda itu. Dan semalam Dato' Yang di-Pertua, kita tangkap pula doktor patologi. Semalam kita tangkap dia. Dia — cara dia buat TikTok, seolah dia yang menjalankan post-mortem selepas mayat digali. Kita tangkap dia semalam dan sedang kita proseslah. Cikgu itu satu bab. Semalam, dia pula jadi doktor patologi, dia bersyarah. Jadi, TikTok siapa yang tengok itu, wah begini. Jadi, netizen punya komen, tak guna punya kerajaan punya ini, segala macam. Kita tangkaplah semalam, betul tak?
Tak abih kerja kita macam ini, Yang Berhormat. Tak abih. Jadi, biar saya fikir - saya pun tak mahu lagi hendak prolong tajuk ini. Kalau saya berada pada kedudukan family Zara, saya pun berasa sedih. Biarlah Zara tenang di sana. Kuburnya, biarlah menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga. Dia diberikan rahmah dan keberkatan. Itulah tanggungjawab kitalah yang lebih daripada itu dan saya tak mau lagi tengok bahawa keadaan di mana ada yang nak mengambil peluang dan sebagainya. Saya faham di luar sana siri-siri perhimpunan betul-betul nak cari kebenaran, keadilan. Saya ambil sikap begitu. Sekian, *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, mana yang perlu dijawab dengan bertulis itu, pohon dijawab dengan bertulis. Saya ambil kesempatan ini Yang Berhormat, saya berharap beginilah cara kita berbahas, amat baik ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Syabas Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini di tangguh sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 21 Ogos 2025.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada jam 5.41 petang]