Aug192025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Sebelum kita mulakan Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pasukan Koir Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya yang dipimpin oleh Yang Mulia Raja Muzaffar Shah Raja Abdullah yang telah pun mengiringi majlis kita tadi, Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada anak-anak sekolah,

draft • 10:00 AM

[Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

yang telah menunjukkan — dan mereka ialah Johan Koir Dunia yang telah berlaku di luar negara baru-baru ini di Geneva.

draft • 10:00 AM

[Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan ha...

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Saya mulakan dengan menjemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput. Silakan.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput]: Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pelajar MRSM Balik Pulau Cougars di Dewan ini.

draft • 10:00 AM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan pantun.

Bersatu kita membina bangsa, Langkah diatur penuh semangat; MITRA memacu harapan bersama, Masyarakat India terus meningkat. Minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan fokus Kerajaan MADANI melalui MITRA atau lain-lain agensi dalam usaha untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India secara menyeluruh. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Perdana Menteri.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang di-Pertua, terima kasih kepada Sungai Siput yang membangkitkan soal yang juga dibahaskan di luar, bukan

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

saja oleh Ahli-ahli Parlimen tapi juga di kalangan masyarakat India. Tapi saya nak jelaskan pertamanya, soal Kerangka Ekonomi MADANI. Dia melihat permasalahan itu secara lebih menyeluruh.

Kalau kita sebut kemiskinan tegar, dia merentas kaum. Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Begitu juga program-program kita, itu sebenarnya tidak mengkhususkan kepada kaum. Walau bagaimanapun, ada beberapa program khas seperti PuTERA35 untuk masyarakat bumiputera — Melayu dan bumiputera.

Satu hal yang sangat membanggakan ialah kerana saya sebut di sini, pertama kali kita telah mengambil alih tanah yang telah terlepas kepada penguasaan asing lebih daripada 480 ekar tanah Sungai Besi yang sekarang jadi milik Khazanah dan sebahagian besarnya untuk pembangunan masyarakat Melayu di kota Kuala Lumpur. Dan juga pertama kali sejak merdeka tahun 1957, atas nama Kerajaan MADANI telah mengisytiharkan 50 ekar dari tanah prime di Sungai Besi itu sebagai tanah rizab Melayu.

Kemudian, pembangunan yang besar lain ialah Subang, yang dulu terlepas kepada yang lain tetapi dipertahankan untuk pembangunan itu mengambil kira kedudukan dan kepentingan kaum termasuk Melayu di bandar. Itu sebabnya dalam belanjawan ini kita juga tekankan supaya pembangunan kawasan-kawasan perumahan kampung Cina dan juga projek-projek yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat Cina yang miskin dan juga peniaga. Kalau projek SME umpamanya, bilion Ringgit yang diluluskan sepertimana kita tahu, itu penting dari segi penjanaan ekonomi negara tetapi manfaatnya tentunya lebih 90 peratus kepada masyarakat Cina, walaupun pekerjanya ramai di kalangan masyarakat Melayu dan India.

Untuk masyarakat India yang kita akan bahaskan secara khusus hari ini, saya nak sebut di sini ya. Sebelum saya sentuh MITRA. Umpamanya bantuan Sumbangan Tunai RAHMAH. Tahun 2022, peruntukan jenis yang kita mulakan untuk masyarakat India setengah bilion Ringgit. Untuk 2025, tiga tahun berikutnya sudah mencecah hampir RM1 bilion, RM972 juta ya. Jadi, kalau mengatakan bahawa bantuan masyarakat India itu hanya khusus kepada MITRA, itu tidak benar. Satu bilion itu terkeluar daripada peruntukan — adalah keluar daripada peruntukan MITRA.

Begitu juga tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan. Tentunya majoriti besar kepada bumiputera, sebahagian kepada Cina, tetapi kepada India itu, RM1.2 bilion ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan. Kemudian, melalui belanjawan tahunan, itulah peruntukan program pembangunan sosioekonomi masyarakat India di bawah MITRA. Itu kita katakan RM100 juta.

Tan Sri Yang di-Pertua, sengaja saya rangkum ini semua untuk mengelakkan pandangan yang dipermainkan seolah-olah tidak dipedulikan. Jadi sebab itu, saya sengaja bawa dan saya — terima kasih Sungai Siput kerana soalan itu juga kepada agensi-agensi terkait. Dan untuk peruntukan MITRA, dikatakan kita tidak menjalankan tugas ataupun kelulusan cepat.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Itu juga tidak benar kerana pada tahun 2024, dari RM100 juta, kita telah belanja RM98.9 juta yang memberi manfaat kepada 122,082 masyarakat India.

Kemudian untuk bantuan yang berikut ialah subsidi pendidikan awal, 9.32 juta.

Bantuan pengajian tinggi IPT B40 - 17.63 juta, ini tahun 2024. Bantuan komputer riba untuk SJK(T), 2.99 juta yang melibatkan 6,000 unit komputer secara berperingkat. Program pemeriksaan literasi STEM untuk murid SJK(T) tahun 2024, 218 juta — maaf, RM218,306.

Program Bantuan Subsidi Dialisis, 600 pesakit, 79 juta. Bantuan Sinar Cahaya MITRA, 6, 15.49 juta.

Kemudian, ada program-program lain, PMKS yang mula dilaksanakan hanya pada tahun 2023, 2.07 juta, Malaysian Indian Entrepreneurship Programme (MICEP) yang bantuan geran pembangunan sehingga RM20,000 yang telah menyasarkan 450 peniaga mikro. Kemudian, melalui MARDI Corp, RM3.88 juta iaitu Program Usahawan Tani, bantuan pembangunan pertanian dengan geran bantuan sehingga RM30,000.

Bila kita adakan program, umpamanya lesen — latihan untuk penerbangan, Licensed Aircraft Maintenance Technicians khusus untuk masyarakat India, RM6 juta melatih anak- anak India. Dan, dan, dan saya akan edarkan yang secara terperinci kerana dengan ini menjelaskannya ya tentang tuduhan bahawa ini dipinggirkan. Soal maklumat tak sampai, ini tanggungjawab kita bersama.

Saya mohon Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan rakan-rakan untuk menyampaikan keseluruhannya kerana penambahan itu besar, termasuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah KUSKOP. Ini tidak dilakukan dulu, dimulakan pada tahun 2023 dan biaya di antara mikro kredit di antara RM1,000 hingga 15, RM50,000 bergantung pada jenis perniagaan dan perbelanjaan pada tahun 2024, RM30 juta dan peruntukan yang sama. Ini adalah peruntukan yang sama yang tidak termasuk di bawah MITRA.

Kemudian, saya dah sebut tadi tentang STR di bawah TPM I diperluaskan kemasukan untuk TVET 1,500 orang yang dimasukkan sekarang ini, di bawah Amanah Ikhtiar yang dulunya khusus untuk Melayu bumiputera, diberikan juga kuota kepada masyarakat bukan bumiputera. Bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, itu telah memberikan faedah kepada 61,825 penerima.

Baik, untuk 2025 yang dibangkitkan apa yang pendekatan kita akan berbeza. Ini yang dipersoalkan kerana kalau KPKT ada projek perumahan, jadi kita selaraskan dana MITRA itu menambah apa yang kurang. Jadi, kalau KPKT belanja 20 juta tambah lima juta supaya diselaraskan. Kemudian peralatan makmal ICT di SJK(T), kategori bawah sekolah bantuan kerajaan. 50 SJK(T) dapat lima juta dari Kementerian Pendidikan dan disalur sebahagiannya dari MITRA — 200 buah rumah ibadat Hindu dan kuil Hindu yang berdaftar sebagai pusat komuniti setempat, RM20 juta.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Bantuan one-off penambahbaikan dan penyelenggaraan kecil rumah kediaman pekerja ladang, 10 juta. Itu peruntukan melalui ICU. Yang ini diselaraskan dengan — oleh MITRA. Dan sebab itu saya rasa perlu ada penyelarasan di antara MITRA dan juga kementerian-kementerian berkaitan supaya manfaat itu sampai kepada semua. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Siput.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas penjelasan yang terperinci mengenai dana MITRA, khususnya dan juga bantuan-bantuan lain daripada pelbagai agensi kerajaan untuk masyarakat India.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, masyarakat India meletakkan harapan yang besar di bahu, di mana perhatian yang khusus dalam beberapa soalan yang berbangkit dari masa ke semasa perlu diberikan keprihatinan. Saya amat setujulah dengan pandangan dan juga jawapan Perdana Menteri yang di mana selama beberapa bulan yang lalu, beberapa tuduhan telah dilemparkan kepada Kerajaan Perpaduan, khususnya kepada Perdana Menteri kononnya masyarakat India dipinggir terus dari arus pembangunan negara.

Saya amat tertarik apabila pembentangan Rancangan Malaysia yang ketiga belas, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menekankan pelaksanaan tindakan pembangunan masyarakat India yang telah digariskan bersesuaian dengan tema “Melakar Semula Pembangunan”, tiada masyarakat yang terpinggir ataupun tertinggal dalam arus pembangunan negara. Jadi, saya juga harap Pelan Tindakan Masyarakat India yang bakal akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang ini benar-benar memberikan manfaat dan saya mohon perincian dan juga penjelasan kepada masyarakat India secara detail melalui agensi-agensi ini.

Soalan tambahan saya, memandangkan masyarakat India bukan satu kelompok homogen, adakah MITRA melaksanakan pendekatan khusus untuk golongan yang paling terpinggir, contohnya seperti pekerja ladang, di mana mereka tidak ada keperluan asas tempat perlindungan rumah sendiri. Baru-baru ini, minggu lalu, ratusan pekerja estet dari seluruh negara menghantar memorandum dari perkarangan Parlimen memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan perhatian yang khusus supaya pekerja estet yang paling terpinggir dalam arus pembangunan negara, sekurang-kurangnya memiliki sebuah rumah sendiri apabila mereka besar kelak nanti dan juga belia tercicir India juga perlu diberikan perhatian. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Sungai Siput. Saya ambil perhatian bahawa isu seperti perumahan estet, saya sini ke Selangor, dekatan Tanjong Karang, baru- baru ini, di mana dibangunkan projek perumahan yang saya ingat 95 peratus masyarakat India di situ — itu sebagai contoh dan saya umumkan itu sebagai contoh. Kita dapat selaraskan dengan pembangunan in-situ dengan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan, termasuk sekolah.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tapi selain benda yang saya sebutkan tadi, menyusul soalan Sungai Siput ialah beberapa langkah yang menumpukan kepada masyarakat yang paling miskin.

draft • 10:10 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Soal ini umpamanya seperti pusat pesakit dialisis itu yang telah memanfaatkan belanja untuk dialisis saja 8.37 juta yang memanfaatkan 13,330 orang. Ini kalangan yang paling miskin memerlukan bantuan.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kemudian, kita ada kursus-kursus latihan pembangunan keusahawanan dan kerjaya masyarakat India. Ini 37.16 juta. Ini semua tambahan ikut kementerian, bukan ikut MITRA. Tapi saya telah minta supaya diselaraskan supaya rakan-rakan yang mengendali MITRA dan Ahli Parlimen dapat ikuti perkembangan itu.

Dan ini termasuk umpamanya peranan Bank Negara, stock market investment and trading. Itu latihan itu tiga juta, khusus macam India. Ada latihan TVET di negara China di bawah TPM 1 diperuntukkan peluang 500 anak-anak muda India, 500 orang belia dengan peruntukan tiga juta untuk dapat latihan intensif di negara China.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Malaysian Indian Skills Initiative, 2,730 orang di bawah KESUMA. Jadi, ini contoh yang saya sambut pandangan Yang Berhormat Sungai Siput. Walaupun dalam konteks MITRA, tumpuannya lebih banyak dalam bidang pendidikan. Sebab itu pendidikan awal tadika swasta, 4,450 kanak-kanak India dari keluarga B40 iaitu subsidi langsung RM200 sebulan kepada 4,450. 9,622 pelajar India bantuan pengajian tinggi, subsidi IPT RM2,000 seorang. Kemudian literasi STEM, RM698,227 juta, iaitu Buletin Sains dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris, 525 – SJK(T). Saya bagi contoh yang akan saya edarkan sepenuhnya dan saya rasa tumpuannya kemiskinan tegar dan perumahan terutama estet yang telah terbengkalai.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Saya jemput Kapar, lepas itu Klang. Sila, Kapar dulu.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey. Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita ini membicarakan tentang dua juta orang, lebih kurang, kelompok masyarakat di dalam negara kita ini iaitu etnik India. Di mana RM100 juta telah pun diluluskan untuk program MITRA ataupun Unit Transformasi Masyarakat India.

Persoalannya, saya juga didatangi oleh beberapa NGO dan berapa pihak yang mahu melihat, merasakan apa, sedikitlah daripada MITRA ini. Jadi persoalannya, Yang Amat Berhormat, tadi Yang Amat Berhormat sebut tentang tahun lepas. Tahun ini tak dapat lagi mereka katakan yang 100 juta ini tak dapat lagi.

Jadi, soalan saya ialah bagaimana kerajaan akan memastikan disusun secara teratur dan secara terancang. Sebab apa yang difokuskan oleh MITRA sepatutnya ialah khususnya bagi golongan B40 ini meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan latihan kemahiran. Itu fokus MITRA.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, oleh kerana ianya agak boleh disusun dengan rapi, jadi jadual pengagihan dana MITRA ini sepatutnya tidak ada masalah. Jadi, kita nak jaminan Yang Amat Berhormat bahawa MITRA ini juga tidak terpinggir sebagai projek khas untuk satu kaum tapi boleh dihubungkan dengan pembangunan nasional secara adil dalam arus perdana RMK13 itu sendiri supaya ia — MITRA kekal relevan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tan Sri Yang di-Pertua, kalau yang Berhormat Kapar dengar saya, dengar jawapan saya tadi, semua program itu, KESUMA, KPKT, Kementerian Wilayah, Kewangan. Itu semua dilibatkan.

draft • 10:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, bukan soal MITRA ini satu, 100 juta. Yang ratusan juta yang lain saya sebut itu terkeluar. Jadi, kalau Yang Berhormat dengar, saya dengar penjelasan itu.

Now, peruntukan untuk tahun 2025, 60 peratus sudah diluluskan tapi kelulusannya itu tidak melalui hanya persatuan-persatuan. Jadi, saya dah beritahu kepada MITRA, kita perkemaskan. Kalau untuk sekolah, sepertimana kita sebut tadi, tadika 10 juta diluluskan.

Subsidi IPT, 20 juta. Literasi STEM, 698,000 dan ini tumpuannya pendidikan termasuk SJK(T) dan rakyat miskin.

Saya setuju, cuma maklumat penyelarasan. Selalu MITRA dia tahu program MITRA saja. Jadi, saya kata sekarang ini, sepatutnya semua kementerian-kementerian yang melibatkan pembangunan rakyat yang kita buat secara menyeluruh, tapi kalau ada beberapa aspek seperti TVET di sini — saya sebut tadi berapa ribu yang ini dia? 4,500?

draft • 10:20 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] 500.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

500 yang pergi ke negara China ya, tapi 1,500 dimasukkan di TVET tempatan yang diberikan perhatian khusus, itu semua harus dimaklum supaya tahu. Jadi, maknanya pendekatan kita bukan pendekatan kaum yang dilihat khusus dalam soal MITRA tetapi secara menyeluruh.

Dan kalau — saya yakin insya-Allah, kalau diketahui jelas peruntukannya itu jauh lebih besar daripada sebelumnya. Jauh lebih besar dan saya ingat keberkesanannya kerana diselaraskan. Umpamanya, kalau projek sekolah lebih baik dipantau oleh jabatan atau Kementerian Pendidikan. Kalau projek untuk anak-anak di universiti dipantau oleh — bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Klang.

draft • 10:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana saya nampak keseriusan beliau, keprihatinan beliau sendiri menjawab isu berkenaan kaum India.

Yang Amat Berhormat, saya ingin tanya sebab kita sedar bahawa Yang Amat Berhormat sendiri menyatakan beberapa kali dan juga dengan benar kaum India adalah kaum

draft • 10:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

yang paling termiskin. Walaupun dia semua miskin, maka adalah harapan tinggi masyarakat India dalam RMK13, ada satu garis panduan yang jelas di mana peruntukan yang jelas untuk membantu dalam isu-isu yang dinyatakan untuk bagaimana mereka boleh keluar dari belenggu kemiskinan. Itu satu.

Kedua, kita nampak dalam 2023 dan 2024, program-program yang telah dijalankan seperti tadi, kejuruteraan penerbangan yang kita dengar tadi, adakah benar agensi yang telah memantau, benarkah 100 murid itu, 100 anak muda itu dapat training dan adakah mereka telah ditempatkan dalam pekerjaan?

Dalam satu lagi isu, adalah komputer riba yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah Tamil. Saya difahamkan kebanyakan tidak boleh diguna disebabkan secondhand. So, isu-isu ini timbul secara mendadak dan ramai yang datang mengadu kepada pihak seperti saya.

Dato’ Seri, bukan kita nak menyatakan kegagalan MITRA ataupun kita nak memberi satu naratif yang kegagalan. Kita nak Dato’ Seri memang maju ke hadapan. Kita nak kerajaan ini dikekalkan. Kita nak sokongan rakyat yang kita telah pilih itu bersama dengan kita, terus bersama dengan kita.

Maka, suara saya adalah hanya menyatakan bagaimana kita memantau segala usaha Dato’ Seri sendiri, Yang Amat Berhormat sendiri, yang mana memberi itu dapat disampaikan kepada tangan yang benar-benar diperlukan. Bagaimana jalan perjalanan itu dapat dikekalkan? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Klang. Dan, dan saya setuju, kita — kalau lihat Kerangka Ekonomi MADANI, pemusatan kita ialah menoktahkan kemiskinan tegar. Jadi, kita ada rekod setiap tahun dengan kerjasama negeri dan daerah atau jajahan di Kelantan. Kerjasama dari negeri-negeri itu baik. Jadi, ada penambahan dan dalam jumlah itu, dia tidak ikut kategori kaum. Semuanya.

Jadi, ada beberapa daerah, katalah Daerah Sentul itu majoriti India. Dapat. Tapi kita bukan kira soal kaum. Jadi, saya setuju, yang pentingnya ialah menyampaikan maklumat itu kepada semua.

Kalau ditanya soal latihan, itu kita ada nama-nama mereka. Latihan dari segi penerbangan ini, yang aircraft yang saya ingat diselaraskan oleh Weststar, itu nama-nama anak-anak India itu ada, jadi boleh disampaikan kepada Yang Berhormat. Begitu juga tentang masalah komputer diserahkan, kadang connectivity tidak ada. Itu bukan sekadar masalah sekolah Tamil saja, sekolah — banyak sekolah yang tidak punyai connectivity. Bukan saja Sabah, Sarawak, di beberapa daerah di Kelantan, di Pahang, itu yang sudah kita selesaikan atau cuba dalam proses.

Cuma saya nak sebut di sini, kadang-kadang bila kita sebut, ini seolah-olah peminggiran masyarakat India. Ini yang saya tak setuju. Itu dia, betul, saya sebut di Parlimen ini, bahawa jumlah miskin di kalangan Melayu, bumiputera itu terlalu tinggi. Majoriti penduduk

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

negara ini Melayu, yang miskin majoritinya Melayu. Maka program tentunya jauh lebih tinggi untuk masyarakat Melayu.

Tetapi di kalangan masyarakat India, walaupun jumlah penduduk kecil, jumlah miskin itu kecil ketimbang jumlah penduduk Melayu, tetapi ada kelompok masyarakat India yang relatif lebih miskin, yang termiskin. Itu harus kita tangani. Sebab itu saya, bagi saya, pemusatan program menoktahkan kemiskinan itu perlu ditingkatkan walaupun ada yang sinis.

Tapi, saya fikir yang kena noktah kemiskinan tegar ini. Maknanya yang beli susu anak pun tak cukup, pakaian sekolah pun tak ada.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi kita selesaikan yang itu dulu. Nak selesaikan masalah kemiskinan kadang- kadang dikelirukan. Ada ahli-ahli pembangkang itu yang nak noktahkan kemiskinan. Saya tak pernah sebut noktahkan kemiskinan. Saya selalu sebut noktahkan kemiskinan tegar.

Dengarlah betul-betul. Yang itu kita mampu ya, tapi nak sinis, tak boleh, tak boleh apa? Kalau belajar daripada sejarah Islam, penumpuannya itu golongan fakir, miskin. Jadi kita tekan gitu, noktah kemiskinan tegar. Tengok teks saya semua. Kemiskinan itu relatif.

Kemiskinan tegar itu kita beri jadual yang tepat, makan, minum, perumahan, pakaian, pengangkutan. Itu ada rekod dia, kriteria. Jadi untuk masyarakat India, saya ingin bagi jaminan. Ini satu dasar kita, jelas. Dan saya minta Yang Berhormat Klang untuk hadir dalam Majlis Penyelarasan, supaya kita faham. Kerana sudah, Yang Berhormat Klang tahu juga, kadang orang politik, dia politikkan isu ini. Dia pergi masyarakat India, kami pinggirkan kamu.

Pergi masyarakat Melayu, Melayu dah jadi alat DAP. Pergi masyarakat Cina, Cina tidak dilayan. Itu biasa. Politik hambar.

Tetapi yang kita nak ini, angka, data. Sebab itu saya baca keseluruhannya tadi bahawa jumlah peruntukan itu berbilion untuk masyarakat India itu jangan disamakan dengan peruntukan khusus untuk MITRA. Saya jelaskan tadi, kalau tanya saya pendekatan MITRA, oleh kerana sudah dimulakan, kita teruskan. Tapi kalau saya tak perlu kalau kita gunakan ikut selaras mengikut kementerian dan agensi kerajaan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tapah, silakan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat PMX atas jaminan beliau bahawa nasib masyarakat India akan dibela. Dan kehadiran Yang Amat Berhormat ke Parlimen ini untuk menjawab MITRA, menunjukkan keseriusan Yang Amat Berhormat [Tepuk] dan meyakinkan. Saya percaya kehadiran hari ini meyakinkan masyarakat India.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, kalau kita lihat seperti mana Dato’ Seri sedia maklum, pelbagai tindakan telah diambil untuk meningkatkan ekuiti masyarakat India daripada 1.5 peratus ke 3 peratus. Dan setakat ini 1.5 peratus ini adalah tertakluk daripada beberapa individu seperti mendiang Ananda Krishnan dan sebagainya. Maka hampir tiga dekad kita tak mencapai hasrat kita untuk meningkatkan ekuiti masyarakat India ke 3 peratus.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Pada tahun 2018, Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan satu program khas yang dikenali sebagai Amanah Saham Masyarakat India dengan hasrat meningkatkan ekuiti masyarakat India. Dan selepas 2018, program itu tidak diteruskan. Maka saya meminta, merayu, memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada tak Kerajaan MADANI berhasrat untuk meneruskan program khas seperti Amanah Saham Masyarakat India dengan hasrat meningkatkan ekuiti masyarakat India? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Ha, kalau Tapah bercakap situ di luar masyarakat India, baguslah. Bagi pandangan yang baik. Terima kasih, terima kasih. Saya ulang soalan macam tu. Itu tidak akan mengelirukan masyarakat India. Tapi kalau katakan dipinggirkan, ditekan sekarang, tak buat apa, jadi masyarakat India akan keliru, akhirnya tak dapat apa.

Jadi, tapi saya jawab di sini, program kesihatan, pendidikan, perumahan itu kita beri contoh jumlah. Kalau cakap soal kemiskinan, peruntukan tahun lalu, 2024, sudah mencecah hampir RM1 bilion untuk masyarakat miskin India. Itu rekod belum pernah dicatat sebelumnya. Jadi biar kita terima. Kemudian bagi saya perumahan sepertimana yang dibangkitkan tadi, perumahan estet India itu kelompok yang termiskin. Jadi tentang cadangan-cadangan lain itu kita boleh kaji dan pertimbangkan, tetapi kalau sebut ekuiti, masyarakat Melayu pun ekuiti belum capai, yang dimaksudkan. Penduduk Melayu 60 peratus, ekuiti tak sampai 30 peratus ya. Jadi janganlah bincang soal India, orang Melayu macam mana? Orang Cina dari segi ekonomi jauh lebih baik, tapi orang Sabah, orang Iban, orang Kadazan.

Jadi sebab itu saya mencadangkan kita kalau pimpinan di sini, lihat dari segi kerangka keseluruhannya. Sebab itu, untuk umpamanya program Melayu tanya mana-mana Melayu, ya betul ada usaha Melayu bumiputera tapi masih perlu ditingkatkan. Sebab itu saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan Jemaah Menteri. Bila kita bangkitkan soal pembangunan Sungai Besi, rakan-rakan Jemaah Menteri faham dan mengapa saya mulakan dengan rizab Melayu, mereka faham. Dia boleh terima dengan baik. Itu berbeda daripada telahan di luar. Tidak jadi masalah, cuma biar laku adil kepada semua yang lain.

Ada program tambahan masyarakat India, ada program masyarakat Cina, saya katakan tumpuan masyarakat Cina, masalah besar dia, ialah PMKS, SMEs, yang tidak diberikan penekanan sebelum ini. Bukan kerana mereka itu Cina, tetapi kerana dia boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik bagi negara kita.

Jadi, ada beberapa cadangan lain Yang Berhormat Tapah kemuka dengan baik dan kita boleh pertimbangkan seperti biasa. Kalau kemukakan cara garang-garang tak tentu arah, kita tangguh sikit.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Satu lagi Tuan di-Pertua.

draft • 10:30 AM

2. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Tan Sri di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya minta Perdana Menteri menyatakan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik dunia dan serantau. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pasir Mas. Lama tak dengar soalan Pasir Mas kepada saya.

[Ketawa] Saya setuju bahawa kedudukan geopolitik tidak menentu. Baru-baru ini timbul penambahan siapsiagaan ketenteraan Filipina dan Amerika di selatan Filipina yang berdekatan dengan Sabah. Saya hubungi Presiden Bongbong Marcos dan dia sebut itu kerana menghadapi ofensif negara China menurut beliau. Tetapi ini tentunya mengkhuatirkan dan mendesak kita supaya meningkatkan kesiapsiagaan kita di Pulau Banggi dan Sabah untuk menjaga ketahanan kita.

Ini isu-isu geopolitik yang telah disinggung oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi.

Sebab itu dari segi perbelanjaan kita lihat, umpamanya dari 2020, umpamanya, RM3 bilion untuk 2024 sudah mencecah RM5 bilion. So itu tambahan yang mendadak daripada peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan khususnya dalam usaha pembangunan dan perolehan.

Dan kita juga tahu kemelut dan skandal soal Kementerian Pertahanan ini dah puluhan tahun dari satu pembelian helikopter ke soal LCS, soal pesawat dan saya telah putuskan ya sejak tahun 2022 bahawa harus ada satu proses yang lebih telus, tender yang terbuka. Dan dalam beberapa keadaan umpamanya kita runding terus kerajaan dengan kerajaan, dengan Korea, dengan Turkiye. Sekarang ini kerajaan dengan kerajaan. Dengan ini, mengurangkan tekanan dari segi komisen oleh syarikat-syarikat ejen yang terlalu ramai.

Dan kita telah sangat berhasil umpamanya selain daripada lokal ini, industri lokal sangat penting. Kita dah belanja puluhan bilion Ringgit tetapi keupayaan tempatan sangat kurang. Sebab itu umpamanya kita telah beri tambahan peruntukan persiapan, termasuk di Lumut dan beberapa kegiatan lokal dan perolehan umpamanya fast interceptor craft (FIC) untuk TLDM itu banyak kekuatan lokal. Dari saya sebut tadi tentang Turkiye, kerajaan dengan kerajaan. Bila kita bincang terus dengan kerajaan, kos itu terus menurun kerana kos untuk ejen yang melampau tingginya itu telah kita hentikan.

Dan sebab itu proses pun sampai. Dulu kalau order mesti sangkut. Sekarang ini umpamanya untuk pesawat unmanned aerial system drones dari Turkiye, itu bulan Disember insya-Allah sampai. Kemudian dua set sistem pelancar surface to surface missile jenis naval strike missile TLDM dari Norway, sampai bulan ini, Ogos 2025. 48 unit surface to surface missile LCS untuk TLDM itu 86 peratus sudah siap dan dijadualkan siap 2025. Ini saya ucap terima kasih kepada TLDM dan juga kegiatan di Lumut kerana dah berlarutan puluhan tahun,

draft • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

berhempas pulas bawa ke Parlimen, kajian sana, kajian sini. Sekarang baru pengurusannya alhamdulillah lebih teratur dan lebih terjawab.

draft • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kemudian dengan Turkiye tadi saya kata, littoral combat ship (LCS) untuk TLDM itu laporan kemajuan sudah hampir 80 peratus. Dan juga, ini seperti saudara tahu — Yang Berhormat tahu begitu lama tertangguh, kemudian juga itu LCS ya.

Kemudian, pesawat dari Korea kita minta supaya ditingkatkan kerjasama dari segi kerajaan ini. Jadi, penghantaran pesawat fighter lead-in trainer light combat aircraft untuk TUDM akan sampai insya-Allah mulai Oktober 2026, yang pertama, dan akhir Ogos 2027.

Dan yang akhirnya, rundingan dengan Itali. Kita bincang dengan Perdana Menteri Itali supaya percepatkan dan kita guna G2G. Tan Sri Speaker, G2G ini bermakna dua-dua kerajaan bertanggungjawab dan kos itu jauh lebih rendah. Dan Kementerian Pertahanan ataupun dalam kes TUDM atau TLDM itu boleh terus contact counterpart dia tanpa melalui ejen. Ini unit maritime patrol aircraft untuk TUDM dari Itali. Itu dijangka siap project management review, Jun 2025 dan pesawat, Jun 2026.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pasir Emas.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Tambun. Kita menghargai usaha Yang Amat Berhormat Tambun dalam isu-isu perdamaian antarabangsa. Jadi, jika ada Yang Amat Berhormat sebut minggu lepas usaha- usaha untuk memperolokkan peranan Yang Amat Berhormat Tambun di peringkat antarabangsa, saya kira itu berpunca daripada interpretasi yang kurang tepat. Apa pun, Yang Amat Berhormat Tambun saya ucapkan tahniah di atas apa yang telah disebut tadi. Cuma barangkali perlu sedikit address kepada isu pembelian helikopter Black Hawk yang dititahkan supaya dibatalkan, mungkin ada penjelasan di pihak Yang Berhormat.

Tetapi apa yang saya nak sebut di sini ialah apabila kita menyebut pertahanan, ia bukan sahaja daripada luar tetapi juga masalah dalaman. Saya ambil contoh Yang Amat Berhormat Tambun. Pada 14 Ogos, dua warga China ditahan ketika menerbangkan dron di kawasan larangan Wisma Pertahanan. Tarikh yang sama, SPRM lumpuhkan sindiket penyeludupan didalangi oleh pegawai tinggi ATM membocorkan maklumat operasi ketenteraan. Ini satu isu yang sangat- sangat serius, dianggarkan jumlah sogokan RM30,000 hingga RM50,000 setiap trip. Belum lagi kita campur isu penangkapan SPRM melibatkan pegawai di pejabat KDN, Menteri KDN sendiri dalam isu permohonan taraf warga negara.

Kalau ikut teori Yang Amat Berhormat dulu semasa jadi Ketua Pembangkang, tiada tindakan tegas punca kes rasuah makin rancak. Ini kata Yang Amat Berhormat dululah, tapi saya fikir sekarang mungkin nadanya sudah berubah. Jadi, ini isu-isu keselamatan yang sangat serius yang berlaku pada hari ini. Belum lagi kita cerita tentang isu yang melibatkan anak Ahli Parlimen Pandan yang diserang, yang kata Yang Berhormat Pandan bahawa ia melibatkan — melibatkan skandal yang akan, yang sedang dalam usaha untuk didedahkan.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya fikir ini skandal yang sangat-sangat besar, malah inilah paling besar kerana sehingga melibatkan anak sendiri.

Jadi, soalan saya Yang Berhormat, apakah kerajaan telah menaik taraf indeks ancaman daripada fokus external kepada insider threat ataupun hybrid intimidation berasaskan empat insiden yang mutakhir, yang sangat-sangat penting ini? Bila dokumen penilaian risiko akan dibentang dalam Dewan? Dan jika belum, kenapakah belum lagi dibuat?

Kerana pencerobohan di MINDEF ini sedang berlaku dan kebocoran operasi sudah pun berlaku.

Dan bilakah audit keselamatan MINDEF, tarikh lengkap audit forensik keselamatan Wisma Pertahanan – perimeter, radio frequency, drone defense, SOP pengawasan? Jadi, bolehkah Yang Amat Berhormat memberikan jaminan ia boleh dibentangkan di dalam dewan ini termasuklah mitigasi insider threat yang melibatkan ATM, contohnya melibatkan anggota risikan dan sempadan, screening berkala, rotation berisiko, asset declaration selain tindakan mahkamah tentera. Berapa lama untuk kita membersihkan dan mengesan baki anggota ATM yang terlibat?

Sebab kita bimbang Yang Amat Berhormat. Lima orang pegawai ditangkap ini mungkin mewakili satu angka lebih besar. Malah lebih teruk lagi kalau ia mewakili the invisible hands. Maksudnya, kuasa yang kita mungkin kita tidak jangkau yang melibatkan satu masalah yang terpaksa kita hadapi dan sempadan negara yang merupakan lambang maruah kita inilah yang menjadi perkara yang sepatut untuk kita tangani. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, very compact, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang Berhormat Pasir Emas, soal sama ada Black Hawk atau F-18 daripada Kuwait yang dicadangkan itu seperti mana yang saya jelaskan dasarnya, saya dan Menteri Pertahanan jelaskan keputusan itu mesti dibuat oleh technical committee TUDM.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kalau dalam kes pesawat, TUDM sendiri, dan mereka akan penuh bertanggungjawab tentang kesiapsiagaannya. Kalau tidak dapat dipertahankan kita tidak akan menandatangani. Itu jelas dasar kita. Jadi, saya ucap terima kasih.

Keduanya, tentang dakwaan pencerobohan melalui dron oleh dua rakyat China. Itu sudah ditangkap dan dalam siasatan.

Ketiganya, tentang soal tindakan SPRM. Ini saya setuju, ini bukan perkara ringan. Ia melibatkan badan risikan negara. Tetapi, saya nak beritahu Yang Berhormat. Dalam kajian awal, ini sejak tahun 2020, perkara ini yang dapat dikenal pasti sejak 2020. Kalau ditanya mengapa sekarang terbongkar banyak, kerana sekarang kita beri laluan sepenuhnya kepada

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

SPRM, itu beda dia. Hal kes-kes yang lama tertangguh, yang orang boleh kumpul bilion- bilion, kadang-kadang Yang Berhormat pertahan pula, itu kita kaji dan buat siasatan dan kalau ada kes, akan ada pendakwaan.

Tapi bila ada kes-kes besar, janganlah pertahan. Kesianlah, dendam. Dendam apa?

Ini dalam kes seperti ini, ini bukan perkara ringan, saya panggil kepada PAT siasat secara serius. Menteri Pertahanan ambil berat perkara ini ya. Semalam, dengan menghadap Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, dibangkitkan lagi perkara ini dan kita akan bongkar sepenuhnya kerana ini saya setuju, ini soal keselamatan negara, tak boleh dikompromi. Tapi soalnya mengapa sekarang? Kerana kita bongkar sekarang. Kita tak tutup. Mengapa tidak tahun 2020? Itu tanya Yang Berhormat, tanyalah ketua-ketua pada masa itu, mengapa tidak mampu dibongkar awal? Ini saya nak sebut di sini. Jangan politikkan.

Bagi saya, kalau ada bukti siapa di — terkait, ini termasuk kes anak Yang Berhormat Pandan ataupun kes Zara semalam yang dikupas oleh Menteri Dalam Negeri, dia tidak lindung. Jadi, jangan guna ini sebagai senjata politik ya. Kalau ada Yang Berhormat ada maklumat tambahan, tambah, beri maklumat, saya tak ada masalah. Kalau rasanya besok bila Menteri Pertahanan dapat maklumat, Menteri Pertahanan kemukakan laporan awal, silakan. Ini soal keselamatan negara. Saya nak sebut di sini. Ini bukan soal parti, bukan soal kerajaan, bukan pembangkang. Kalau ada penyeludupan, masuk dalam badan risikan, itu suatu perkara besar.

Ada satu, dua kes pagi tadi baru saya sebut. Kalau ada satu, dua kes dan semalam pun mesyuarat itu lagi. Satu, dua kes tertentu itu seorang, MI5 ke, KGB. Itu kita pernah lihat.

Tapi kalau ada sekelompok, seperti kartel yang mengambil keuntungan dan menjual rahsia, ini soal besar dalam negara.

Jadi, biar ada siasatan awal, saya ada beri maklumat kepada PAT dan Panglima Tentera Utara dan juga semuanya, termasuk Pengarah Bahagian Risikan. Saya tunggu dulu laporan awal tapi kita tidak akan berselindung kerana kalau kita mula kompromi dengan masalah pencerobohan dalam badan risikan, itu malapetaka bagi negara kita. Tapi saya tegaskan jangan tuding jari kepada kita kerana perkara ini berlaku lama sebelum ini dan tidak ada tindakan sebelum ini. Sekarang, kita kata no compromise, zero tolerance terhadap corruption, apalagi melibatkan jentera kerajaan yang diamanahkan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Kerajaan MADANI kerana telah berjaya meneruskan semula projek perolehan aset pertahanan, sebelum ini mengalami kelewatan, dan kita boleh lihat daripada jawapan Yang Amat Berhormat, projek-projek tersebut ia telah dijalankan mengikut jadual. Jadi, bila kita bincang tentang bab, tahap kesiapsiagaan pertahanan negara, saya ingin tanya minta pandangan daripada Yang Amat Berhormat, tentang bagaimana kita nak mempertengahkan syarikat tempatan dalam industri pertahanan negara ini?

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bagaimanakah ya hala tuju ataupun rancangan kerajaan melalui Dasar Industri Pertahanan Negara untuk kita melibatkan lebih banyak syarikat tempatan? Dan juga saya lihat kita ada satu Malaysian Industry Council for Defence Enforcement dan industri. So bagaimana kita nak struktur semula ya badan ini untuk kita bantu syarikat tempatan dalam industri pertahanan? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Kota Melaka. Saya setuju, sebab itu dasar dia sekarang ini setelah puluhan bilion Ringgit dibelanjakan, mesti ada beberapa kekuatan. Umpamanya dron. Kita dah sebut dulu, dron dari segi pertahanan itu kita tidak kuat, tapi dron dari segi sivil itu kita di antara yang juga kuat yang dijual, yang digunakan oleh Google. Google menggunakan dron buatan Malaysia untuk kegunaan mereka di beberapa negara. Jadi, kita harus manfaatkan. Kalau boleh, mereka mula lakukan penyelidikan dalam bidang ketenteraan atau pertahanan.

Kemudian tentang LCS. LCS yang kita berjaya sekarang ini dengan kekuatan walaupun ada dari segi beberapa teknikalnya dari segi — dari Perancis saya lihat, tetapi dari segi kontraktor itu kontraktor tempatan.

Baru-baru ini ada perjanjian di antara Malaysia–Indonesia membeli tank dari Malaysia untuk kegunaan tentera darat Indonesia yang digunakan oleh syarikat MILDEF, umpamanya. Jadi, kita beri perhatian, pantau supaya keupayaan mereka meningkat.

Kemudian ada tank juga dari segi DEFTECH, syarikat peluru.

Jadi, ada beberapa keperluan kita memberikan tumpuan supaya tahap keupayaan mereka itu lebih tinggi kerana kita sementara kita nak beli dari hasil tempatan, dia tak boleh kompromi tentang standard keupayaan kita. Tapi saya nak bagi jaminan kepada Kota Melaka, memang menjadi dasar sekarang di mana procurement beri tumpuan kepada syarikat tempatan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Arau.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Yang Berhormat. Terima kasih di atas jawapan tadi dan ketegasan Yang Berhormat, saya minta pemikiran yang hebat ini meresap di sanubari semua Menteri-menteri dan mereka pun tegas. Jangan terbeliak mata pula, ya.

Okey, Yang Berhormat. Saya ingin bertanya. Ini spesifik, jawab bertulis pun tak apa ataupun jawab secara umum. Berapa biji kapalkah yang berumur 30 tahun? Dalam peraturan negara-negara maju, kapal yang berumur 30 tahun diganti. Malah dua biji kapal yang kita ambil daripada — disedekah — dihadiah daripada luar negara, berumur 30 tahun. Sekarang dah dekat 15 tahun. Sekarang ini umur kapal ini pun dah 45 tahun iaitu saya tak pasti. Bukan KM, bukan Datuk. KM Arau apa ya. KM Arau dengan Pekan. Bagan Datuk baru.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah cadang — kerajaan bercadang untuk mengganti kapal ini serta-merta? Makna kata, pembinaan kapal akan mengambil masa kurang-

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kurangnya tiga atau empat tahun. Jadi, kita jangan tunggu tiga puluh baru kita nak order.

Mungkin umurnya dua puluh lima kita dah kena order, di — tempahan. Tadi, Yang Berhormat berjawab tentang missile yang akan datang.

Yang kerajaan perlu sekarang ini ialah kapal. Contoh, Yang Berhormat di Beting Patinggi Ali, hanya satu tentera kapal Tentera Laut yang sudah berusia mungkin dekat 40 tahun. Yang duduk tunggu sebuah kapal pengawal China yang begitu besar dan panjang, sebesar panjang padang bola. Jadi, bagaimana kapal kecil boleh mengawasi kapal yang besar?

Apakah Yang Berhormat tuntutan China yang berada di sana itu mereka kata mereka nak tuntut Beting Patinggi Ali. Apakah Yang Berhormat sedar ini adalah pencerobohan, bukan tuntutan bertindih? Dan kenapa kerajaan mengumumkan untuk kerjasama dengan China padahal mereka membuat tuntutan – depa menceroboh, bukan tuntutan bertindih? Di Ambalat, Sulawesi tuntutan bertindih, tapi di Beting Patinggi Ali ialah menceroboh. Terima kasih. Jawab bertulis pun tak apa, cukup. Tan Sri, thank you.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ya. Dia di sini Arau.

[Sambil jari menunjuk kepala] Tak payah bertulis ini. Dah hapai dah.

Yang disebut tadi KM Arau, KM Pekan itu, bukan Tentera Laut, itu APMM dan disumbang oleh Jepun. Memang dah lama, tapi dalam kajian mereka masih boleh bertahan.

Pasal nama Arau, dia bertahan lama.

draft • 10:50 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik. Kemudian — biar saya habis dulu.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, Yang Berhormat. Saya yang pi ambil kapal tu. Saya tahu.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tapi soalannya...

[Ketawa] Ya, tapi sebab itu untuk APMM, bukan untuk Tentera Laut.

Tapi untuk yang soalan ni memang betul, sebab tu kita beri tumpuan pertama, untuk APMM tu dulu RM600 juta dibelanjakan, tak siap-siap. Terpaksa diberi suntikan 150 juta dan alhamdulillah, KM Fatimah itu siap dan boleh operasi.

Sebab itu saya kata dalam hal ini kena strict. Kalau tidak, tak jalan. Dia – dan jangan lagi guna ejen-ejen terlalu banyak ni. Dan saya lihat bila G2G itu, government-to-government itu lebih berkesan, bukan je murah, tapi maknanya kita boleh bagi tahu presiden atau Menteri Pertahanan pantau terus, bukan kepada syarikat.

Kemudian, mengenai soalan Yang Berhormat Arau, saya ada sebut tadi, LCS ini ya, 48 unit surface-to-surface missile LCS untuk TLDM itu, ya, itu jadual dihantar November 2025.

Saya setuju. Saya pergi ke Langkawi untuk lihat kapal-kapal baris. Jadi, dia panggil PM, tunggu-tunggu. Betul, Yang Berhormat Arau. Kapal tahun 1976 pun masuk sebab kita kapal tak ada. You bayangkan apa saya rasa? Belanja bilion Ringgit. Kapal tak ada. Tahun 1976, saya masih ‘rehat’ di Kamunting. Kapal itu masih dibawa kerana – saya tanya sebab apa ini.

Dia kata dah kapal lain tak ada, jadi dia letak jugalah bagi banyak.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini pengajaran kepada kita. Sebab itu saya katakan, soal perolehan ni mesti telus, mesti hentikan pergantungan kepada ejen-ejen ni berlebihan dan mesti sebaik mungkin guna G2G. You runding betul-betul, check cost, check expertise dan jangan campur aduk pertimbangan politik atau orang tertentu. Biar betul-betul sepertimana yang dibangkitkan.

F/A-18 dibangkitkan sebab di Kuwait katanya lama dan sebagainya.

Saya panggil TUDM, Panglima Tentera Udara. Kamu ambil tanggungjawab sepenuhnya. Kalau technical expertise tu beriya, baru bawa recommendation. Ada problem besok, kamu pegang tanggungjawab itu. Kalau tidak sekarang, jadi masalah kepada kita.

Jadi, terima kasih, peringatan baik daripada Arau.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya bagi last sekali. Sila.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya menghargai ketegasan Yang Amat Berhormat untuk membasmi rasuah kerana rasuah akan mengancam keselamatan negara. Sama ada yang berlaku di pihak Kementerian Pertahanan atau kementerian yang lain, ataupun berlaku di kalangan pegawai-pegawai tentera ataupun individu yang lain dan ia nya harus dibuat secara — tidak secara selektif tetapi menyeluruh.

Bagaimana dengan kes yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Sabah di kalangan ADUN Sabah Yang Berhormat? Lapan orang dikatakan mempunyai fakta kes yang sama.

Setakat ini dua orang dituduh, enam masih berlegar-legar dan jadi sebahagian daripada orang penting di Sabah. Apakah itu juga tidak harus diambil tindakan dan basmi untuk meleraikan ancaman keselamatan dari sudut rasuah di negara kita? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Beluran walaupun keluar tajuk tapi dia begini. Lapan yang dikaitkan dengan liputan video, tetapi SPRM bila dia lihat, dia tengok kes itu mesti kes yang kuat untuk didakwa. Saya tercampur. Saya tanya mengapa dua, dalam video itu ada apa? Dia kata kes, itu yang boleh berkesan. Kalau tidak, kes itu been thrown out in court. Itu alasan mereka. Ambil kes yang substantive in facts and law untuk prefer a prosecution. Kalau tidak substantive, dengar dari segi video saja tidak boleh. Sepertimana kita tahu, kalau pengalaman saya tahu tentang kalau dari recording dan video itu, tidak cukup tanpa back-up dari segi fakta dan undang-undang.

Mengikut SPRM, yang didakwa itu yang mereka yakin punyai alasan dan fakta yang cukup. Yang lain itu hanya dari hearsay, termasuk dari suara video yang berkenaan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang...

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, berkenaan Tambun dan Pagoh. bila nak selesai?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apa dia?

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Isu Tambun dengan Pagoh dan Hulu Terengganu?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah habis dah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bila nak selesai? Soalan tu je. Terima kasih.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Tan Hong Pin, Bakri.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker.

Jalur Gemilang berkibar tinggi, Semangat merdeka membara-bara; Pasangan asing masih menanti, Soalan 1 diberi jawapannya.

draft • 11:00 AM

1. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) kerajaan telah komited untuk menyelesaikan baki 11,000 permohonan PR menjelang Jun 2025. Bolehkah kementerian memberikan kemas kini status mengenai kemajuan yang telah dicapai ke arah sasaran ini; dan

(b) langkah jangka pendek yang akan diambil untuk membantu pemohon yang belum berjaya.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Speaker, terima kasih rakan saya dari Bakri atas soalan. Tan Sri Speaker, walaupun saya pernah menyebut bahawa KDN berikrar untuk selesaikan baki permohonan 11,000 menjelang Jun 2025, tapi saya ambil peluang untuk berkongsi prestasi semasa.

Tan Sri, KDN kumpulkan rekod permohonan permit masuk mulai 2013 hingga 2023.

Kes yang permohonan tertunggak, tak ada keputusan, jumlahnya 19,205. 2013–2023, jumlah permohonan yang belum diberikan keputusan ialah 19,205. Saya minta imigresen tubuhkan pasukan task force dia, petugas khas. Hasilnya, hari ini, kami telah selesaikan semua sekali 19,205. Semua sekali selesai, 15,081 lulus, 4,124 tolak.

Baik, sepanjang tahun 2024, Tan Sri, terdapat 2,575 permohonan. Yang ini bulan ini juga kami akan selesaikan semua sekali 2,575 ini, semua sekali. Sambil itu setakat Jun 2025, tahun ini sahaja, kita ada 1,900 permohonan. Dan saya minta pegawai-pegawai saya di KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara, September ini juga kena selesai semua sekali. Jadi, ini membolehkan kami menguruskan purata permohonan baru sebulan permit masuk ialah 300 permohonan sebulan.

draft • 11:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Hal ini kami boleh buat. Untuk makluman Bakri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, adalah kerana kami telah pun kemukakan satu kriteria baru yang lebih jelas sebagai panduan.

Misalnya, satu permohonan untuk permit masuk, piagam pelanggan kami mesti selesai dalam tempoh enam bulan daripada permohonan. Jadi, tak ada lah tunggu bertahun-tahun macam sebelumnya. Okey, ya?

Kemudian, kami juga asingkan. Kalau isteri itu warga asing, suami warga tempatan, mereka berkahwin di sini. Kemudian mereka, isteri dapat pas lawatan sosial jangka panjang pasangan warga negara. Panjang istilahnya, tapi maksudnya adalah spouse pass, dia pegang. Kalau sebelum ini untuk isteri warga asing, dia kena pegang lima tahun. Sekarang kita pendekkan, dia pegang tiga tahun saja. Dia berkahwin tiga tahun dan dia pegang spouse visa setahun saja. Sebelum ini, lima tahun dia kena ada spouse visa, baru boleh mohon permit masuk. Sekarang ini, kita kata spouse visa setahun saja, boleh mohon.

Tapi kalau suami warga asing, dia mesti daftar perkahwinan lima tahun juga. Kalau isteri warga asing tadi kita pendekkan tiga tahun, suami warga asing lima tahun. Dia kena pegang spouse visa lima tahun, baru boleh mohon PR. Isteri, kaum wanita, kita permudahkan. Begitu kasih sekali kita kepada kaum wanita ini, mempermudah sampai macam itu sekali. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bakri.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri dan terima kasih kepada Menteri atas jawapan tersebut. Yang Berhormat Tan Sri, kita terima satu jawapan yang begitu baik.

Dan saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri atas keberkesanan untuk menangani isu ini. Cuma, ada satu kategori di mana pasangan dia telah meninggal dunia dan ada ditinggalkan anak-anak. Jadi, bagaimanakah kementerian boleh bantu?

Pada masa yang sama, kita perhatikan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, masa menunggu untuk mendapat permit masuk ini lebih kurang lapan ke 10 tahun. Tapi, saya lihat golongan ini merupakan satu tenaga kerja yang penting. Mereka ini sebenarnya boleh mengisi keperluan tenaga kerja dalam pasaran tenaga buruh. Jadi, saya nak tanya pihak kementerian, sama ada kerajaan ada rancangan ataupun ada niat untuk membenarkan golongan ini, pasangan warga asing kepada warganegara ini supaya mereka dibenarkan untuk bekerja, sementara menunggu atau sementara dalam proses memohon permit masuk itu? Sebab sekarang ini mereka tak dibenarkan bekerja, bagi saya itu satu pembaziran.

Jadi, bagaimanakah kerajaan boleh membantu? Sebab ini satu, mengisi keperluan pasaran tenaga buruh. Dua, dia boleh membantu untuk menambah pendapatan isi keluarga.

Jadi, saya harap Menteri boleh memberikan berita baik dalam isu ini.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Bakri. Biar kita bagi jawapan yang jelas dan ikut keutamaan. Tujuan dia berada di sini untuk bekerja ke untuk berkahwin? Soalan pertama. Tujuannya untuk berkahwin. Itu soalan pertama. Jadi, kerana dia berkahwin, daftar di sini, beranak-pinak di sini, keberadaan dia di sini mesti ikut undang-

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

undang. Sebab itu saya sebut, dia daftar perkahwinan saja, dia kena dapatkan pas lawatan sosial jangka panjang pasangan warganegara, bukan pas kerja lagi. Memang dia kena, dia berkahwin. Baik, ya. Kemudian baru dia minta permit masuk, dia dapat MyPR. Okey.

Kemudian, kategori ini, mereka boleh mohon warganegara kalau dah tinggal di sini, beranak- pinak di sini, berkeluarga di sini, boleh. Baik.

Setelah mereka settle down, pasangan ini misalnya ada kepakaran khusus, kepakaran ikhtisas yang khusus yang warga tempatan memang sangat kurang, specialise.

Mereka nak mohon bekerja, boleh atau tidak? Jawapannya boleh dengan keizinan Jabatan Imigresen, boleh. Tapi kalau skill biasa, dia nak kerja di warung misalnya, tak payahlah. Tapi, kalau dia punya kemahiran, profesion yang ada sumbangan kepada negara, yang itu kita pertimbangkan dengan kelulusan oleh Jabatan Imigresen. Jadi, kita kena selektif juga supaya datangnya di sini, dia memenuhi tujuan dia berada di sini iaitu untuk membina keluarga dan rumah tangga. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Jerlun.

draft • 11:00 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan. Saya nak sentuh sedikit tentang aspek menguasai bahasa Melayu sebagai syarat permohonan MyPR. Kita semua masih ingat dalam sidang Oktober 2024 lepas, Dewan ini telah pun meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan fasal baharu iaitu fasal, Perkara 15A berkaitan kuasa khas permohonan taraf kewarganegaraan. Perkara 15A(3)(c) menyebut bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu. Dalam akta ibu, Perkara 19(1)(c) menyebut bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

Saya nak refer kepada satu kejadian yang berlaku pada tahun 2017. Negara kita digemparkan dengan seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina, Sam Ke Ting berusia 21 tahun, didakwa di mahkamah kerana melanggar dan menyebabkan kematian lapan orang remaja Melayu di Johor, dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Dalam isu berkaitan dengan bahasa Melayu ini, mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaraan kerana tertuduh tidak faham bahasa Melayu dan terpaksa dipanggil jurubahasa Mandarin. Soalan tambahan saya yang pertama di sini, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan ujian pengetahuan bahasa Melayu sebagai syarat tambahan kepada sesiapa sahaja yang memohon kewarganegaraan di negara ini dalam kes perkara 15A ini, Menteri ada kuasa khas?

draft • 11:00 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang kedua, bagi seorang anak ataupun pasangan kepada pemegang MyPR yang memohon MyPR tetapi anaknya atau pasangannya tidak faham, tidak tahu bahasa Melayu langsung sama ada mencukupi ataupun memadai dalam perkara yang dibincangkan tadi.

Apakah mekanisme kerajaan untuk menangani masalah ini supaya tidak berterusan di masa-

draft • 11:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

masa akan datang dan ia menjadi merit pemarkahan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum diluluskan permohonan kewarganegaraan.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Jerlun. Dia dua tajuk berbeza ini, Jerlun. Kewarganegaraan satu tajuk. Permit masuk satu tajuk. Dua tajuk berbeza.

Permit masuk dia tak ada fasal tapisan bahasa tak ada. Kita semak tempoh dia berkahwin berapa lama, berapa lama tempoh keberadaan dia di sini. Kita permudahkan tengok pula dah berada di sini, settle down di sini, berapa orang anak dia, yang ini. Ini permit masuk tak berkaitan dengan bahasa. Okey ya.

Soal bahasa ini misalnya, kalau suami dia warga asing jalan dia untuk dapat warganegara setelah dia ada spouse pass, setelah dia dapat permit masuk, kemudian dia mohon IC biru, kita proses di bawah Perkara 19(1). Yang itu ada syarat bahasa. Yang itu memang ada dah sekarang ini. Kita permudah — daripada asal sebelum kita pinda pun sebab itu ketika kita membahas sama-sama pindaan itu, kriteria bahasa masa itu walaupun pada asal sesi libat urus itu spektrumnya pelbagailah penerimaan. Ada segmen kata tak payah, ada segmen kata kena ada, tapi saya jelaskan. Kita semak amalan baik negara-negara maju sekalipun — Singapura, Amerika Syarikat, Australia. Syarat warganegara itu mesti dengan bahasa. Maka kita masukkan syarat bahasa. Okey, ya.

Tapi kalau dia mohon PR ataupun permit masuk ini, tak ada syarat itulah. Itu beza dia na. Jadi, kes yang disebut saya sangat pasti kes itu, tapi proses dalam mahkamah biasanya memang ada keperluan interpreter bila perbicaraan itu memerlukan. Jadi, kalau penangguhan disebab itu, saya biarkan dulu sebab itu territory mahkamah dan proses keadilan. Yang saya nak jelaskan di sini adalah ada beza antara permohonan permit masuk dengan permohonan warganegara. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sikit sahaja tambahan. Tentang merit itu tak dijawab tadi. Boleh tak jelaskan sikit tentang merit pemarkahan dari segi penguasaan bahasa tu.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dia begini. Merit pemarkahan bagi maksud permohonan orang yang umur 70, 80, 90 tahun, okey ya, kita ada merit pemarkahan sini, Jerlun. Memang ada sekarang ini. Mereka pegang IC merah dah lama. Dulu, ketika banci dibuat dahulu, belum pun Jabatan Pendaftaran mengeluarkan identity card semua ini, negara masa itu kosong lagi dilakukan proses besar-besaran seluruh negara. Itulah permohonan Jabatan Pendaftaran Negara, lalu dikeluarkan IC. Tapi kedapatan terutama di segmen- segmen pedalaman Sabah Sarawak, mereka tak boleh proof dengan bukti dokumen mereka pun. Tapi diyakini mereka itu memang generasi yang tinggal turun temurun, memang penduduk negara kita. Maka dikeluarkanlah mereka itu sebagai IC merah lah, ini. Tapi jumlah sekarang saya semak, sekitar 30-an ribu, yang ini.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Yang ini bila mereka mohon untuk jadi warganegara, syarat bahasa ada, tapi Yang Berhormat saya turun sendiri ke lapangan tengok sesi temu duga dibuat. Mereka kita harap nak menguasai bahasa macam kita cakap, tak. Jadi arahan saya apa dia?

Permudahkan. Misalnya, saya hadir sendiri sesi di Ipoh. Kalau dah umur 85 tanya dia, makcik India ini. Makcik, di manakah sekarang makcik tinggal? Kalau skrip dia macam itu, siapakah yang bawa makcik datang sini? Dia tak boleh. Dia kena permudahkan cakap bahasa bersembang Yang Berhormat.

Skrip itu saya minta tolak ke tepi sekarang ini. Kalau dia nak faham Rukun Negara kita hanya dengan kita tunjuk dia sate, muruku, lambang, Menara PETRONAS untuk dia tahu bahawa ini semua ada di dalam negara kita, gambar pun kita guna untuk syarat bahasa.

Sampai begitu. Markah lulus lapan — markah penuh lapan. Sekarang dua pun saya bagi sebab saya tanya dia umur berapa sekarang? 90. Kenapa nak minta IC? Nak minta bantuan kerajaan. Pendapatan hardcore poors. Kita nak impose syarat bahasa yang ketat?

Jawapannya tidak. Saya permudahkan.

Jadi, ada atau tidak syarat bahasa? Ada, tapi dari segi praktis, apa kita buat? Kita permudahkan, untuk segmen inilah. Jadi, kluster segmen ini berbeda, tapi syarat bahasa itu ada. Tapi cara kita terjemahkan untuk memenuhi kriteria pointers itu, yang saya minta sekarang adalah permudahkan. Sesuai dengan umur dia, ya. Itu practice sekarang. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sedikit pantun.

Parit Buntar tersegak bergaya, Senyum ceria menghitung hari;

draft • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Soalan kedua soalan saya, Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

2. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Ekonomi menyatakan bagaimana dasar ekonomi MADANI dapat membantu rakyat sedangkan kadar pertumbuhan upah tidak mengatasi kadar inflasi semasa dan kenaikan kos sara hidup rakyat.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menghitung hari itu kita bincang kemudian, ya. [Dewan ketawa] Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh Parit Buntar jawab pantun?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Mohon maaf saya tak pandai menjawab pantun.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Ekonomi MADANI adalah satu kerangka komprehensif mampan dan untuk jangka panjang bertujuan mengimbangi pelbagai cabaran ekonomi termasuk pertumbuhan gaji dan upah yang perlahan dan beban kos sara hidup.

Pada tahun 2023, gaji dan upah penengah bulanan meningkat tujuh peratus kepada RM2,602 berbanding tahun 2022. Pencapaian ini adalah selaras dengan sasaran RM2,700 pada tahun 2025 di bawah Kajian Separuh Penggal RMK12 dan RM3,500 pada tahun 2030 bagi RMK13. Kadar inflasi pula telah mula menyederhana dengan catatan 1.1 peratus pada bulan Jun 2025 yang terendah sejak Februari 2021. Ini mencerminkan pengurangan ketara tekanan harga dalam ekonomi negara.

Untuk mengatasi keadaan ini, pelbagai dasar dan inisiatif diperkenalkan di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Antaranya menaikkan gaji penjawat awam pada Disember 2024 dan Januari 2026, menguatkuasakan perintah gaji minimum 2024 daripada RM1,500 kepada RM1,700 mulai 1 Februari 2025, melaksanakan Dasar Gaji Progresif secara penuh pada tahun 2025 mengambil kira antara lain KDNK, produktiviti dan kadar inflasi dan GLIC juga secara kolektif bersetuju memberi gaji kurang-kurangnya RM3,100 sebulan untuk kehidupan yang wajar.

Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ini termasuk inisiatif Payung RAHMAH MADANI yang merangkumi Sumbangan Tunai RAHMAH dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion setahun, Sumbangan Asas Rahmah dengan penerima berjumlah 5.4 juta orang, Jualan RAHMAH MADANI di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM600 juta dan, Bakul RAHMAH yang mengandungi barangan keperluan asas dan disalurkan melalui NGO atau rakan strategik. Inisiatif dan bantuan lain termasuk langkah kawalan harga barang meningkatkan rumah mampu milik, program perumahan di desa dan di pedalaman dan program sokongan kewangan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar seperti Pelan Induk Industri Baru (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang bertujuan untuk memacu ekonomi Malaysia dan mewujudkan pekerjaan berkualiti dan bernilai tinggi yang menawarkan gaji yang lebih baik. Pendekatan yang diambil oleh kerajaan ini dijangka akan memberikan penyelesaian yang lebih mampan untuk jangka panjang. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Permatang Pauh.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat baik.

Cuma sedikit persoalan saya berkaitan dengan adakah kerajaan meneliti paradoks perkembangan ekonomi negara dengan peningkatan bebanan kos sara hidup sekarang ini yang semakin meruncinglah terutama makanan yang siap masak khususnya bagi golongan B40 dan saya sangat mengharapkan jawapan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bagaimana kerajaan begitu yakin dalam memberikan jaminan dalam setiap tindakan seperti peluasan SST, penstrukturan tarif elektrik, penghapusan subsidi bahan api tidak akan menambahkan tekanan kos sara hidup. Sedangkan kalau kita tengok, semua tindakan yang dibuat ini, menyebabkan berlaku kenaikan dalam beberapa harga barang dan menghakis kuasa beli rakyat yang berpendapatan rendah. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau dari segi apa yang kami cuba laksanakan adalah memastikan bahawa — macam yang telah dimaksudkan tadi adalah memastikan bukan saja dari segi gaji, tetapi dari segi bantuan kewangan, dari segi perumahan, dari segi makanan. Ini semua — dengan harga kawalan juga, ini semua memastikan bahawa apa yang kerajaan dapat melaksanakan, dilaksanakan yang terbaik.

draft • 11:20 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tetapi, selain daripada itu saya kurang pasti bagaimana dapat kita mengawalkan kerana memang dari segi ekonomi kita memang punya banyak cabaran. Tetapi, jikalau mempunyai cadangan yang lain, kami sedia mendengar dari segi cadangan yang terbaik. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Puncak Borneo.

draft • 11:20 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi laluan. Saya nak minta Timbalan Menteri untuk memberi penjelasan, sejauh manakah pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini mendapat reformasikan struktur gaji pekerja di Malaysia dan meningkatkan gaji secara sistematik, terutamanya dari segi daya saingan majikan, tekanan kos operasi dan penerimaan pihak industri ketika ini.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih. Dari segi Dasar Gaji Progresif, kita nak memastikan bahawa kita meningkatkan tahap yang lebih tinggi supaya ia dapat memberikan gaji yang berlebih untuk mereka dan juga memastikan bahawa dari segi pelaksanaan syarikat-syarikat kita juga meningkat.

Jadi, ia daripada pendapatan pekerja, selari juga dengan produktiviti. Jadi, dari segi tiga ciri asas ini, ia melaksanakan bersifatkan sukarelawan, berinisiatif dan produktiviti. Kita nak memastikan bahawa ia juga menangani kebimbangan utama pada pihak kebajikan, bukan saja pada pekerja dan inisiatif tunai yang telah disediakan oleh kerajaan adalah untuk berpanjangan waktu sekarang sehingga Disember 2027 dan ini membantu syarikat melakukan sesuaian tanpa tekanan kos yang terlalu besar. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya difahamkan Kudat tidak berada dalam Dewan.

Maka,sekarang saya jemput Tuan Sabri bin Aziz, Jerai.

draft • 11:20 AM

[Soalan No. 3 - YB. Dato’ Verdon bin Bahanda (Kudat) tidak hadir]

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan nombor 4.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

4. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan kementerian dalam menangani jenayah swinger dalam talian yang melibatkan penjawat awam dan pelajar universiti dan adakah peruntukan undang-undang sedia ada berjaya untuk membanteras jenayah seksual dalam talian.

draft • 11:20 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Jerai. Jenayah swinger ini dia merujuk kepada satu aktiviti individu ataupun pasangan yang bertukar-tukar dengan pasangan lain untuk tujuan melakukan aktiviti hubungan seksual secara sukarela. Itu takrif dia sebab itu dipanggil swing, okey.

Jadi, Jerai ingin tahu apakah dari sudut akta. Kita ada lima akta:

(i) Kanun Keseksaan. Di bawah Kanun Keseksaan ini, kita ada lima seksyen di bawah mengiklankan atau menawarkan khidmat persundalan, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii, melanggar kesopanan, perbuatan lucah dan pelacuran dan mengedar atau memiliki bahan lucah. Itu Kanun Keseksaan;

(ii) seksyen 233(1)(a) yang ini Akta Komunikasi dan Multimedia, sebab dia menggunakan platform ini secara tidak wajar, okey mengedarkan kandungan yang tidak senonoh;

(iii) kita ada Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017. Kalau yang terlibat itu di bawah umurlah mengikut Akta Kanak-kanak;

(iv) Akta Penapisan Filem pun kita guna juga sebab kalau dia hasilkan filem, bahan, tujuan dia, dia nak edarkan bagi tujuan jual, penjualan nak dapat keuntungan; dan

(v) Enakmen Syariah Negeri-negeri, yang ini pun sebab bila polis jalankan penguatkuasaan, kita buat kuatkuasakan secara bersama.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu dari segi akta. Jadi, Jerai ingin tahu setakat mana akta itu memberi keberkesanan. Baik. Saya bagi contoh, pada Ogos 2024, okey melalui penyusupan pengintipan dibuat oleh D7, Unit Pencegahan Judi dan Maksiat. Kita berjaya mengesan laman sesawang yang mempromosikan swinger activity ini ya.

Kemudian, akhirnya kita serbu satu kondo mewah di Kuala Lumpur. Kita tangkap pelajar universiti awam dan swasta, kita tangkap penjawat awam, kita tangkap juga warga asing, okey. Kemudian kita buka kes lah di bawah 372. Ini Kanun Keseksaan. Sekarang sedang berjalanlah, ya. Pertuduhan sedang dalam proses ya. Maksudnya kita ambil dekat atas siapa? Yang mencipta laman sesawang, yang gunakan akaun dia untuk mule account sebab nak masuk tu kena bayar dan kita ambil semua peralatan yang dibuat.

draft • 11:20 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, kita gunakan apa? Kita gunakan akta yang saya sebutkan tadi. Jadi, akta dan penguatkuasaan satu bab, tapi dia mesti melibatkan perkara yang paling basis sekalilah iaitu tumpuan kepada aspek menanam nilai-nilai yang baik dalam institusi keluarga dan masyarakat. Create awareness dalam organisasi kita, dalam komuniti kita, dalam masyarakat kita. Teknologi itu kalau diguna untuk tujuan baik, baik, tapi kalau digunakan untuk kegiatan macam ini, teknologi itu juga boleh menyebabkan kesan yang buruk. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Jerai.

draft • 11:20 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya berkenaan dengan sejauh manakah kementerian telah mengadakan penyeragaman ataupun keselarasan dengan kementerian-kementerian lain, umpamanya Kementerian Agama, Komunikasi untuk menangani isu-isu yang saya rasa bukan lagi menjadi budaya, tapi dia hampir akan menjadi budaya sekiranya perkara ini tidak dibendung terlebih awal. Sekian.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Jerai. Walaupun singkat, tapi saya faham maksudnya bahawa KDN khususnya polis dalam menjalankan penguatkuasaan mesti ada juga pendekatan bekerjasama dengan agensi kawal selia yang lain-lain. Kementerian Wanita, Kementerian Komunikasi bahkan Kementerian Pendidikan ya.

Jerai, tahun ini 2025, kita bongkar pula, kita tumpaskan pula geng budak sekolah. Itu tentu dengan kerjasama kementerian berkaitan. Umur baru 12 tahun, yang buat laman sesawang ini budak perempuan umur 12 tahun, pakat dengan kawan-kawan dia empat orang.

Grup dia ramai, grup WhatsApp dia 762 orang. Masing-masing ambil gambar, bahagian tubuh masing-masing, kemudian jual dan dia berhenti sekolah sebab pendapatan dia jauh lebih tinggi daripada pendapatan mak, bapak dia. Umur baru 12 tahun, tahun ini, ya. Dia ambil gambar, dia jual, dia dapat pendapatan. Total pendapatan sebulan lebih besar daripada pendapatan mak dia combined dengan bapak dia. Buat apa dia sekolah lagi? Umur baru 12.

Jadi bagaimana? Bila kita ambil tindakan, okey ya, undang-undang kita ini pelbagai.

Kalau kita nak ambil tindakan benda ini, SUHAKAM akan kata, “Eh, mereka ini bawah kanak- kanak. Mereka tak boleh dibawa ke mahkamah terbuka”. Satu bab. Apa jadi pada masa depan mereka? Bagaimana tindakan kita nak boleh ambil?

Jadi. dalam melaksanakan penguatkuasaan, bila kita jumpa kes yang macam ini, obviously dengan izin, kita tetap kena dapatkan pandangan daripada pelbagai agensi yang lain dan itu cara modus operandi. Kalau tadi, swinger digempur di bawah D7, tapi kanak- kanak sekolah ini, semua ini adalah di bawah D11, Bukit Aman juga. Yang ini khusus untuk menguatkuasakan Akta Kesalahan Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Kepong.

draft • 11:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tan Sri. Soalan saya, negeri-negeri mana yang mencatatkan kesalahan seksual yang paling tinggi di Malaysia dan sebab- sebabnya? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya minta notis untuk jawab. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Haji Azli bin Yusof, Shah Alam.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pantun enam kerat.

Pohon meranti rendang di taman, Tempat berehat Tan Sri Yang di-Pertua, Selepas kendali sidang di Dewan; E-Invois bagus untuk ketelusan, Soalan saya nombor lima, Mohon Menteri beri jawapan.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci status pelaksanaan e-Invoice sehingga ia dilaksanakan sepenuhnya dan unjuran peningkatan perolehan yang akan diperolehi kerajaan melalui inisiatif ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan e-Invois merupakan suatu mekanisme pelaburan baharu untuk meningkatkan pematuhan cukai. Langkah ini akan memberikan pelbagai manfaat kepada kerajaan, pentadbir cukai dan perniagaan iaitu dari segi meningkatkan kecekapan perniagaan, menangani shadow economy dengan izin dan mengekang ketirisan hasil cukai negara.

Sejak e-Invois mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pembayar cukai dalam aspek operasi perniagaan atau teknikal.

Antaranya, keperluan perniagaan untuk memahami piawaian perakaunan, perekodan, dokumentasi perniagaan, pengurusan sumber manusia serta ketersediaan sistem. Kerajaan sentiasa mendengar isu dan cabaran yang dibangkitkan perniagaan, terutamanya PMKS yang memerlukan tempoh persediaan yang secukupnya.

Oleh itu, kerajaan telah bersetuju menjadualkan semula fasa pelaksanaan e-Invois bagi perniagaan yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM5 juta seperti berikut:

(i) fasa keempat mulai 1 Januari 2026 yang melibatkan perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM1 juta hingga RM5 juta; dan

(ii) fasa kelima mulai 1 Julai 2026 yang melibatkan perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju meningkatkan nilai ambang pengecualian pelaksanaan e-Invois daripada RM150,000 kepada RM500,000. Pengecualian ini memberi manfaat kepada peniaga kecil kerana tidak akan terbeban dengan keperluan pelaksanaan e-

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Invois sama ada dari segi kos kewangan mahupun kemahiran teknikal. Walaupun terdapat pengecualian yang diberikan, kerajaan menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e-Invois selaras dengan aspirasi ke arah pendigitalan perniagaan.

Bagi mengatasi isu teknikal dan sistem, pihak LHDN turut aktif dalam menjalankan sesi libat urus bersama industri serta menyediakan pelbagai platform untuk membolehkan pembayar cukai menyalurkan pertanyaan termasuklah penyediaan Talian Meja Bantuan e- Invois yang beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu. LHDN juga menyediakan sesi taklimat dan webinar secara percuma untuk membantu pemahaman pembayar cukai.

Di samping itu, pihak Kementerian Kewangan dan LHDN sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan atau cadangan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.

Sehingga 18 Ogos 2025, sebanyak 475 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh — lebih daripada 98,800 pembayar cukai. Jumlah ini bukan sahaja melibatkan pembayar cukai fasa pertama hingga fasa ketiga yang melaksanakan e-Invois secara mandatori mulai 1 Julai 2025, malah turut disertai oleh pembayar cukai fasa keempat dan kelima secara sukarela iaitu sebanyak 37,000 pembayar cukai. Dengan penglibatan daripada pembayar cukai ini ia jelas menunjukkan tahap penerimaan yang baik oleh pembayar cukai dalam mematuhi pelaksanaan e-Invois.

Namun, pelaksanaan e-Invois pada masa ini masih lagi peringkat awal dan unjuran penambahan hasil hanya dapat ditentukan selepas pelaksanaan mandatori sepenuhnya pada 1 Julai 2026. Pada masa yang sama, kerajaan akan memantau keberkesanan pelaksanaannya dalam membantu meningkatkan pematuhan cukai. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Shah Alam.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan dan juga langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempastikan pelaksanaan e-Invois ini tidak membebankan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Namun, saya ingin juga bertanya, apakah bentuk insentif ataupun sistem sokongan yang disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan sektor PMKS menerima pakai sistem e-Invois ini?

Dan yang kedua, memandangkan pelaksanaan e-Invois ini memerlukan sistem digital, bagaimanakah kerajaan ingin menangani isu capaian Internet, khususnya di kawasan luar bandar, supaya tidak berlaku jurang pematuhan? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Kita memang tahu, kerajaan memang tahu terutamanya golongan PMKS memerlukan banyak bantuan, banyak perhatian. Jadi, LHDN dan Kementerian Kewangan telah melakukan banyak insentif dan sokongan yang satu daripadanya adalah menyediakan portal MyInvois atau sistem MyInvois e-POS iaitu satu platform digital point of sale yang digunakan secara percuma.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Itu antara satu, lagi satu adalah memudahkan peniaga iaitu melalui telefon pintar sahaja boleh menyediakan, boleh melaksanakan e-Invois iaitu menyediakan aplikasi MyInvois melalui telefon pintar juga seperti saya tadi telah sebutkan webinar percuma, libat urus dengan tunjuk ajar yang percuma akan diberikan kepada semua peniaga. Dan juga kita adakan ini iaitu consolidated e-Invoice dengan izin iaitu PMKS yang mungkin pada skala yang lebih kecil, mereka dibenarkan mengeluarkan e-Invois satu kali sebulan iaitu boleh disatukan.

Okey, ini juga akan mengurangkan beban mereka.

Dan akhir sekali iaitu ada lagi tentang Internet, tentang yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam di setiap pejabat LHDN di setiap negeri. Kita memang ada menyediakan kaunter perkhidmatan e-Invois di mana kemudahan Internet, kemudahan komputer ada disediakan.

Dan juga melalui penubuhan Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara juga dapat membantu PMKS untuk mengatasi masalah Internet. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 11:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Timbalan Speaker. Temerloh ingin tahu sejauh mana kerajaan membuat libat urus dengan pihak industri dan persatuan perniagaan sebelum menetapkan garis masa pelaksanaan e-Invois tadi. Dan adakah kerajaan juga dapat menilai keberkesanan pelaksanaan e-Invois dalam meningkatkan hasil cukai dan mengurangkan ketirisan? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, LHDN, pihak LHDN telah melakukan banyak libat urus dengan semua pemegang taruh. Jadi, itu — sebab itu kita telah memilih, telah mengeluarkan permulaannya tiga fasa iaitu pada syarikat yang mempunyai jualan tahunan yang amat tinggi iaitu kita memulakan dengan fasa.

Kita telah melakukan banyak libat urus dan sampai sekarang, sesi libat urus masih lagi diteruskan.

Jadi seperti tadi kata, cukai tambahan, kita tidak dapat kenal pasti sebab kita matlamat utama adalah untuk memastikan semua syarikat mematuhi supaya semua langkah- langkah — matlamat utama kita adalah untuk meningkatkan kecekapan perniagaan. Jadi, hanya mungkin dalam tahun 2026 selepas fasa kelima baru kita dapat dengan lebih jelas, berapakah akan menambahkan cukai negara. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Lim Lip Eng, Kepong.

draft • 11:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Soalan saya soalan 6.

draft • 11:30 AM

6. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tindakan kementerian terhadap 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN) yang gagal membuat sebarang bayaran selepas 10 tahun, melibatkan jumlah pinjaman RM5 bilion. Adakah kementerian bercadang memansuhkan hutang PTPTN secara bersasar bagi golongan miskin tegar?

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kepong.

Saya mohon izin untuk menjawab secara bersekali soalan dari Yang Berhormat Sri Gading, soalan nombor 32 pada hari ini juga kerana menyentuh isu yang sama dan berkaitan melibatkan PTPTN.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, model pembiayaan pinjaman PTPTN adalah berkonsepkan revolving funds, dengan izin, di mana sumber utama dana untuk membiayai pinjaman pendidikan PTPTN kepada pelajar diperoleh melalui kutipan bayaran balik pinjaman dengan keperluan dana tambahan akan diperoleh melalui pinjaman kepada institusi kewangan atau pengeluaran sukuk dengan jaminan kerajaan.

Kementerian, melalui PTPTN, sedang giat menjayakan kempen #LESTARIPendidikan. Melalui kempen ini, peminjam diseru untuk tampil ke hadapan dan berunding dengan PTPTN sekiranya menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka. Melalui pendekatan #PTPTNBolehBincang dan #PTPTNSediaMembantu, peminjam boleh berunding untuk menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman mereka mengikut kemampuan serta tidak membebankan atau boleh menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman sekiranya tidak mempunyai pendapatan atau sekiranya sedang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu, PTPTN juga sentiasa mengambil tindakan mengeluarkan surat-surat tuntutan serta notis peringatan sebagaimana termaktub dalam perjanjian bagi memperingati peminjam supaya membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Justeru, kementerian menyeru semua peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran membuat bayaran balik untuk tidak mengambil sikap mendiamkan diri atau menunggu sehingga tindakan penguatkuasaan bayaran balik pinjaman diambil ke atas mereka. Sebaliknya, mereka boleh hadir ke mana-mana 57 buah cawangan PTPTN di seluruh negara atau menghubungi talian khidmat pelanggan PTPTN untuk memaklumkan mengenai situasi mereka dan membuat perundingan yang sewajarnya.

Sehingga Julai 2025, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 3.1 juta peminjam daripada golongan B40 atau penerima STR dengan jumlah pinjaman dikeluarkan sebanyak RM59.44 bilion. Sekiranya pinjaman kepada golongan tersebut ingin dihapuskan, maknanya kerajaan perlu menghapuskan dan menanggung keseluruhan jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepong.

draft • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih. Soalan saya. Mengapa pengecualian membayar PTPTN untuk golongan ijazah kelas satu, first class, dihentikan? Dan soalan

draft • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

kedua, adakah kerajaan akan mengembalikan sekatan perjalanan ke luar negara bagi pesalah yang tegar enggan bayar walaupun mampu? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Kepong. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, memang laman sesawang PTPTN telah― untuk pengecualian bayaran balik, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama telah diselenggara sebelum ini. Tetapi, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Kepong dan juga peminjam PTPTN yang ada di luar sana bahawa sesawang ini akan mula dibuka pada 1 September 2025. Jadi, maknanya, kepada mereka yang berkenaan, bolehlah membuat permohonan semula terutama yang telah mendapat keputusan kelas pertama.

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa skim ini untuk kelas pertama ini telah dimulakan pada awal 2001 dan setakat ini, jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat manfaat sebanyak 133,159 dengan nilai sebanyak lebih kurang RM2.9 bilion.

So, ini maknanya ini adalah insentif kepada mana-mana mahasiswa kita yang mengambil pinjaman PTPTN bolehlah ― akan dikecualikan jika mereka mendapat kelas pertama dalam pengajian mereka. Terima kasih.

Dan satu lagi ― apa tadi?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekatan.

draft • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sekatan. Okey.

draft • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sekatan keluar negara.

draft • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sekatan. Yang ini pun sedang dalam pertimbangan.

Tapi buat masa ini, belum ada keputusan. Mungkin kita akan kaji semula. Tetapi, buat masa ini, masih lagi belum ada pertimbangan untuk mengadakan sekatan kepada peminjam- peminjam kita. Okey, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Muar.

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Muar faham keperluan untuk mewajibkan pembayaran semula supaya duit tersebut boleh disalurkan bagi pinjaman- pinjaman baharu kepada anak-anak muda yang memerlukannya.

Persoalan saya, masalah di sini adalah, di Malaysia khususnya, banyak graduan- graduan muda kita bukan setakat dibebankan dengan hutang pendidikan tetapi gaji permulaan yang sangat rendah. Lebih 50 peratus graduan bermula dengan gaji bawah RM2,200. Di negara-negara Pantai Timur jauh lebih teruk.

Persoalan saya. Pada tahun 2020, ada cadangan untuk memastikan bahawa pembayaran PTPTN itu dilakukan secara berfasa, di mana jikalau anak muda graduan itu mendapat gaji yang melebihi RM2,500 ke RM3,000, akan ada automatik debit. Maksudnya diwajibkan untuk bayar. Tapi mereka yang gaji di bawah, boleh ditangguhkan dulu sampai mereka dapat tangga gaji mencukupi. Minta maaf, ini sangat penting. 15 saat saja.

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Cadangan saya. Di Malaysia, kita lihat ― ya, betul, graduan bermula dengan tangga gaji yang rendah tetapi selepas lima tahun, tangga gaji itu menaik dengan mendadak. Jikalau kerajaan ada cadangan, kita tangguhkan dulu bagi graduan-graduan yang bergaji sangat rendah dan kajian-kajian menunjukkan selepas dua ke tiga tahun, mereka akan sampai aras yang boleh mewajibkan semula pembayaran itu. Adakah kerajaan terbuka untuk menerima cadangan ini? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih. Saya percaya Yang Berhormat Muar― memang sebelum ini, seperti yang kita sedia maklum juga, banyak cadangan-cadangan yang telah dilontarkan terutama dalam manifesto semasa pilihan raya supaya ada kadar tertentu untuk pembayaran. Jadi, itu yang saya sebut tadi, memang cadangan itu sebenarnya amat baik dan kita kena ambil kira tentang keadaan kebajikan peminjam-peminjam PTPTN itu.

Jadi, itulah yang seperti yang saya sebut tadi, kita ada ruang yang kita telah sediakan kepada semua peminjam. Datanglah ke pejabat PTPTN yang terdekat yang saya sebut tadi sebanyak 57 cawangan, kita boleh buat penstrukturan semula. Kita mahu beri ruang sepenuhnya bincang berapa sahaja yang boleh dibayar. Ataupun kalau masih memang tidak mampu untuk membayar, PTPTN sedia berunding.

Jadi, saya harap kita akan mempermudahkan. Kerajaan MADANI memang amat prihatin dengan peminjam-peminjam PTPTN kita. Jadi, kita akan sediakan ruang dan peluang yang secukupnya untuk mereka melunaskan bayaran mengikut kemampuan kewangan mereka. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Puan Speaker.

Soalan saya nombor 7.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:40 AM

7. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) sejauh manakah perkembangan kajian sambungan projek ECRL ke Rantau Panjang seperti yang dititahkan oleh Sultan Kelantan dan bilakah kajian tersebut dijangka dimuktamadkan; dan

(b) adakah kementerian bersedia mempertimbangkan laluan tersebut sebagai sebahagian daripada pelan perluasan strategik ECRL.

draft • 11:40 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Mas bersekali dengan soalan Rantau Panjang pada 28 Ogos dan 25 Ogos kerana menyentuh perkara yang sama.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Cadangan sambungan ECRL ke Rantau Panjang telah pun mula dibincangkan di peringkat kementerian bersama stakeholders selepas lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Kelantan pada 13 Mei 2024.

draft • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Bagi memastikan cadangan ini dapat memberikan manfaat jangka panjang terbaik kepada negara dan menggerakkan ekonomi sempadan untuk penduduk setempat, ia perlu disambungkan ke negara Thailand dan bukan sekadar berakhir di Rantau Panjang. Oleh yang demikian, dua perkara utama perlu diperincikan sebelum cadangan ini dapat memasuki fasa kajian kebolehlaksanaan dan seterusnya dilaksanakan.

Pertamanya ialah kesediaan kerajaan negara Thailand untuk menyokong sambungan ini termasuk aspek infrastruktur di bahagian Thai. Bagi tujuan ini, Kementerian Pengangkutan telah mengambil inisiatif untuk berkomunikasi dengan pihak Thailand. Pada 2 Mei 2025, Timbalan Perdana Menteri Thailand telah bertemu dengan saya di Bangkok dan saya telah menyampaikan cadangan Malaysia untuk menerokai penyambungan rel dengan Thailand dari Rantau Panjang. Pihak Thailand dilihat memberikan maklum balas positif terhadap cadangan ini dan sedang mendapatkan way forward dan pendirian daripada Kementerian Pengangkutan Thailand.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang giat menyediakan Memorandum Persefahaman (MoU) Cross Border Transport antara Malaysia- Thailand sebagai satu usaha untuk memastikan pergerakan rel rentas sempadan ini dapat direalisasikan.

Perkara kedua yang perlu diperincikan adalah sama ada sambungan tersebut patut menggunakan infrastruktur ECRL ataupun KTMB. Kementerian telah mengadakan lawatan tapak pada 12 Jun yang lalu ke Stesen KTMB Rantau Panjang, Jambatan Sungai Golok dan Stesen ECRL Kota Bharu bersama wakil dari Ministry of Transport Thailand, Department of Rail Transport and State Railways of Thailand (SRT). Lawatan diadakan untuk melihat sendiri keadaan semasa landasan, jambatan, stesen dan infrastruktur lain yang berkaitan di Rantau Panjang.

draft • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Ini juga penting bagi kerajaan menilai jumlah kos pembangunan tersebut. MOT akan terus mengambil tindakan susulan untuk memperincikan jajaran dan model kerjasama terbaik bersama pihak Thailand untuk menentukan hala tuju cadangan ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Mas.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan saya bagi pihak Ahli Parlimen Rakyat di Pasir Mas dan Rantau Panjang sangat menghargai kunjungan Yang Berhormat Menteri ke lokasi berkenaan. Sebab kita lihat ada gambar Yang Berhormat Menteri di lokasi berkenaan. Cuma saya terbaca kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa kalau sekiranya projek ini hanya sekitar sampai ke Rantau Panjang sahaja dia tidak akan menambah nilai sebab dia kena perlu sampai ke Thailand dan kita faham itu tapi bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan suatu jaminan bahawa walau apa jua yang berlaku sekalipun perundingan dengan Thailand itu kita sudahkan dulu dengan di Rantau Panjang supaya memudahkan perbincangan berikutnya dengan Thailand?

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Adakah — sebab kami di Rantau Panjang dan Pasir Mas ini kami faham bahawa lokasi ini terdedah kepada banjir yang sangat besar, jadi bagaimana kajian yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan walaupun jalan tersebut tidak terlibat ataupun tidak ditenggelami oleh banjir tetapi kiri kanannya itu akan menyebabkan pergerakan tanah yang boleh jadi akan memberikan kesan apa-apa kajian yang telah dibuat oleh Menteri.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Pasir Mas. Yang pertamanya, dari segi kajian teknikal itu, dia belum dilaksanakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Sebab, sudah tentu sekarang ini kita kena lihat kebolehlaksanaan terlebih dahulu. Apabila kita masuk kepada fasa untuk nak kebolehlaksanaan projek ini, sudah tentu beberapa kajian teknikal perlu dilihat termasuklah risiko banjir di kawasan tersebut.

Untuk maklumat itu sebabnya projek ECRL ini menelan kos belanja yang besar kerana banyak jajaran sepanjang ECRL ini ialah elevated iaitu menggunakan viaducts iaitu landasan itu berada dengan satu tahap yang lebih tinggi dengan jambatan, jejambat yang tinggi supaya dia dapat menangani isu banjir.

Cuma di Rantau Panjang, di Stesen Rantau Panjang yang saya telah pun turun pada tahun lepas untuk melihat sendiri. Keadaan di Stesen Rantau Panjang itu memang atas apa ini, ada — bukan elevated dan kawasan itu diperlukan untuk satu kawasan yard kerana kalau kita nak katakan menghubungkan Rantau Panjang ke negara Thailand ini, dia ada satu masalah teknikal antara ECRL ini dengan pihak SRT sebab ECRL ini menggunakan standard gauge, gauge yang lebih besar tetapi SRT mereka masih menggunakan meter gauge. Maksudnya dia punya landasan itu tidak selari, tidak bersamaan.

Bagaimana kita nak mengintegrasikan dengan negara Thailand ialah kita perlu membenarkan kereta api daripada SRT ataupun Thailand masuk ke Rantau Panjang dan dia mesti bersebelahan dengan landasan ECRL supaya apa-apa pemindahan kargo boleh dilaksanakan di atas landasan itu juga.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi ada beberapa perkara yang sudah tentu memerlukan kajian teknikal yang lebih terperinci untuk kita melihat kebolehlaksanaan. Soal sama ada kita boleh teruskan dengan Rantau Panjang terlebih dahulu, itu sedang dibincangkan sebab yang pertamanya projek ECRL ini masih berjalan. Sudah tentu kalau kita nak menyambung projek ECRL ini, ini part of the package dalam ECRL ini yang perlu kita bincang balik dengan pihak negara China sebab ini adalah di bawah kontraktor CCCC.

Jadi ini belum sampai ke Kabinet lagi dan saya akan membawa ke perbincangan Kabinet tempoh hari. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang.

draft • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker. Yang Berhormat Menteri, seperti kita tahu bahawa projek ECRL ini menelan kos berbilion ringgit, soalan saya ialah bagaimanakah tentang pemindahan teknologi? Apakah yang Malaysia dapat nikmati daripada projek yang besar ini?

Dan yang kedua berkaitan hal yang sama, adakah program latihan berkenaan kereta api yang moden ini kepada pelajar-pelajar Malaysia? Kalau ada, berapa ramai? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang pertamanya, Yang Berhormat, bukannya berbilion, berpuluh bilion. Projek ini mengambil kos lebih 50 bilion, belum termasuk financing cost lagi. Memang dalam satu kos, dalam satu projek gergasi seperti ini, sudah tentu kita mahu ada pemindahan teknologi, ada faedah kepada rakyat tempatan dan memang itulah antara syarat apabila kita berunding semula dengan negara China pada tahun 2018. Jadi, hasilnya ialah hasil perundingan semula itu ialah localization dan juga 40 peratus komponen itu mesti dilaksanakan oleh kontraktor- kontraktor tempatan.

Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah dari segi pengoperasian ECRL ini selepas ia siap. Jadi kita akan bekerjasama dengan pihak negara China untuk mengoperasikan laluan ini selepas siap nanti. Dan daripada itu, sekarang ini memang ada ramai pelajar-pelajar Malaysia telah pun dihantar ke negara China untuk belajar berkenaan dengan pengoperasian kereta api ini termasuk signaling, termasuk dia punya sistem dan sebagainya, maintenance dan sebagainya.

Satu program telah pun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu dan telah dihantar ke negara China. Dari segi angkanya mungkin saya dapatkan secara terperinci untuk Yang Berhormat. Saya tak ada terperinci dari segi angka jumlah pelajar yang telah dihantar. Tetapi memang kita amat menitikberatkan supaya pelajar-pelajar Malaysia ini terdedah kepada teknologi yang akan dipindahkan dan kita mahu pelajar-pelajar ini selepas mendapat latihan mereka juga akan ditempatkan sebagai pekerja, sebagai staff untuk mengendalikan perkhidmatan ECRL ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.

draft • 11:50 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mohon jawab soalan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Sorong papan, tarik papan, Soalan Jempol nombor lapan.

draft • 11:50 AM

8. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Komunikasi menyatakan mekanisme kawalan kepada teknologi AI yang berkembang terlalu pantas dan adakah kerajaan akan menggubal undang-undang yang mewajibkan penerbit kandungan meletakkan label pada konten termasuk imej dan video yang dijana atau di manipulasi oleh AI bagi mencegah penipuan digital dan melindungi rakyat daripada kandungan yang mengelirukan.

draft • 11:50 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] bagi meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia serta mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian.

Ketika ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang membangunkan instrumen subsidiari di bawah Akta 866 di mana peraturan dan kod yang sedang dibangunkan oleh MCMC turut memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian dan pengurusan risiko dalam talian. MCMC turut meneliti keperluan bagi penyedia perkhidmatan untuk melaksanakan pelabelan kandungan yang dijana secara automatik menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI melalui kod ini.

Inisiatif ini bertujuan membantu pengguna mengenal pasti kandungan yang berpotensi mengelirukan, manipulatif atau tidak sahih, selaras dengan usaha mengurangkan risiko penyebaran maklumat tidak tepat atau kandungan memudaratkan di platform dalam talian. Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti penyedia perkhidmatan dalam memenuhi obligasi keselamatan dalam talian mereka, penyedia perkhidmatan hendaklah menyediakan satu pelan keselamatan dalam talian mengenai pematuhan mereka terhadap kewajipan di bawah Akta 866.

Selain itu, kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian yang berfungsi untuk menasihati dan memberi syor kepada MCMC mengenai perkara- perkara yang berhubung dengan keselamatan dalam talian. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian akan diuruskan oleh Menteri Undang-undang dan keanggotaannya terdiri dari pelbagai pihak berkepentingan termasuk wakil dari penyedia perkhidmatan berlesen.

Saya ada beberapa angka terkini, Jempol, Yang Berhormat Jempol, mengenai statistik deepfake dengan izin, yang telah diambil tindakan oleh pihak MCMC dari 1 Januari sehingga 15 Ogos 2025. Jumlah scam yang berkait dengan deepfake yang menyalahgunakan aplikasi ataupun teknologi AI untuk menipu orang dengan niat untuk mencuri. Jumlah yang telah dimohon untuk diturunkan adalah sebanyak 439 kandungan.

Yang telah diturunkan adalah 417.

Majoriti daripada kesemua kandungan deepfake yang telah dipohon untuk diturunkan ini adalah di Facebook, sebanyak 363 kandungan yang telah dimohon untuk diturunkan.

Manakala di TikTok terdapat 59 kandungan dan YouTube, 17.

Bagi bullying dengan izin, buli ataupun harassment dengan izin, jumlah yang telah dimohon untuk diturunkan adalah sebanyak 203, yang mana 104 adalah di Facebook, 98 di TikTok dan satu di platform X. Ini semua yang menggunakan deepfake untuk melakukan

draft • 11:50 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

kesalahan terhadap pengguna ataupun penonton ataupun pengguna platform-platform ini untuk makluman. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jempol.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini tular di media sosial, terdapat sepasang warga emas dari Kuala Lumpur mengalami kerugian selepas terpedaya dengan video tular janaan AI, yang mana warga emas ini terpedaya dan terpengaruh dengan video palsu yang mempromosikan kononnya terdapat kereta kabel baharu, ya, pelancongan dari Pengkalan Hulu, Perak ke Baling, di Kedah. Jadi dimaklumkan dia mengalami kerugian yang besar jugalah kerana terpedaya. Jadi, nampak di sini jelas…

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 12:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

...Warga emas kita tidak dapat membezakan ya, antara video AI dengan video sebenar. Jadi soalan tambahan Jempol, apa kah strategi komunikasi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko penipuan digital yang menggunakan imej, audio dan video manipulasi AI. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Puan Yang di-Pertua, memang beberapa insiden memang telah dilaporkan oleh media, contoh sepasang suami isteri yang telah melakukan satu perjalanan 300 kilometer dari Kuala Lumpur ke Perak untuk melihat kononnya ada cable car di Kuak Hulu, di Gerik. Rupa-rupanya bukan. Dia adalah apa yang dihasilkan melalui kecerdasan buatan, imej ya...

draft • 12:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

...Dalam AI. Ini antara sebab kenapa kita berpandangan, platform-platform media sosial wajib bertanggungjawab. Dengan meletakkan label secara automatik bagi sebarang kandungan yang dihasilkan melalui kecerdasan buatan, AI. Kerana kita dapati banyak daripada kandungan dan juga aplikasi-aplikasi baharu yang boleh menghasilkan lagu, menghasilkan video menggunakan AI, dia mirip seolah-olah hampir seperti yang kita tengok rakaman biasa.

Jadi, platform-platform ini nanti setelah kita siapkan beberapa instrumen subsidiari seperti yang saya sebutkan tadi. Insya-Allah, kita akan pastikan mereka akur dengan, dengan arahan ini kerana kita tidak mahu berlaku satu keadaan, rakyat Malaysia tertipu dengan kecerdasan buatan ataupun generative AI yang seolah-olah membayangkan perkara-perkara yang tidak wujud, apa yang disebut sebagai hallucination. Ya.

Jadi, kita perlu berhati-hati. Untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat, peringatan bahawa kecerdasan buatan ini adalah satu bahan yang boleh membantu tapi jangan kita terlalu bergantung harap kepada dia. Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut tentang productivity paradox dan antara lain dan AI kecerdasan buatan adalah satu peralatan yang boleh kita gunakan, tapi akhirnya kecerdasan manusia juga perlu digunakan untuk mentafsir melihat apa yang sebenarnya berlaku.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 12:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Puan. Nak meraikan tetamu. Boleh? Saya meraikan dan mengucapkan selamat datang ke sidang Parlimen Malaysia kepada Persatuan Kuliah Sahabat Parlimen Temerloh seramai 44 orang.

[Tepuk] Selamat datang dan terima kasih.

Soalan tambahan saya, Puan Yang di-Pertua dan pihak Menteri adalah memandangkan teknologi AI ini semakin digunakan, ada advantages dan ada disadvantages.

Dan di antara elemen yang bersifat disadvantage adalah deepfake yang dinyatakan oleh Menteri tadi dan suara sintetik. Jadi, soalan saya ialah selain daripada langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan oleh pihak MCMC, yang pertama, apakah ada tindakan punitif yang lebih berat selain daripada tindakan menurunkan pautan-pautan tersebut? Dan apakah kerajaan ataupun kementerian bersedia untuk mewujudkan satu garis panduan khusus kepada syarikat media dan penyedia platform untuk mengesan serta menandai kandungan yang dihasilkan oleh AI sebelum diterbitkan kepada umum?

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, ini lebih kurang apa yang saya jawab tadi di mana kita akan melaksanakan melalui Akta Keselamatan Dalam Talian atau Akta 866. Dengan Akta Keselamatan Dalam Talian atau dengan izin Online Safety Act (ONSA), kita tidak perlu mengarahkan platform untuk menurunkan, tapi tindakan akan diambil oleh platform itu sendiri. Ini lebih baik kerana kita dapati dengan platform sendiri meletakkan label AI generated atau AI enhanced kepada sesuatu kandungan, maka terpulang kepada penonton untuk membuat keputusan sama ada bahan kandungan ini betul ataupun tidak, dan sama ada mereka perlu lakukan apa-apa ataupun tidak. Jadi kita nak minta supaya platform-platform itu sendiri.

Pada waktu ini memang beberapa platform seperti TikTok sudah mula membolehkan kandungan dilabelkan sebagai AI generated. Tapi kita tidak mahu perkara ini dibuat “seperti melepaskan batok di tangga”, tapi ia perlu diterapkan secara konsisten, secara berdasarkan akta, berdasarkan undang-undang, maka platform-platform mesti melaksanakan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Dr.

Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Pasir Puteh.

draft • 12:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor 9.

draft • 12:00 PM

9. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah justifikasi mendasar dalam membenarkan hutang negara kekal tinggi sekitar 60 peratus hingga 65 peratus daripada GDP negara dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan persaingan perdagangan yang semakin mencabar ketika ini.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan menyasarkan pengurangan defisit fiskal kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK, sejajar dengan komitmen untuk mengurangkan paras hutang negara secara berperingkat. Sehingga akhir Jun 2025, paras hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak 1.3 trilion atau 63.9 peratus daripada KDNK berbanding dengan 1.247 trilion atau 64.6 peratus pada akhir 2024.

Peningkatan hutang kerajaan adalah disebabkan oleh keperluan kerajaan untuk membiayai defisit fiskal bagi menampung perbelanjaan pembangunan atau DE. Pembiayaan ini secara langsung akan meningkatkan paras hutang kerajaan selagi mana kedudukan kewangan kerajaan mengalami defisit. Namun begitu, kerajaan tidak hanya bergantung kepada hutang sepenuhnya untuk membiayai DE. Ia turut dibiayai oleh pelbagai sumber lain seperti hasil cukai dan pendapatan bukan cukai.

Justeru, kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan fiskal secara beransur- ansur dengan meningkatkan hasil, antaranya melalui peluasan cukai jualan dan perkhidmatan dan pelaksanaan e-invoice serta mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan seperti menyasar semula subsidi, seterusnya mengurangkan paras defisit kerajaan dan hutang baharu setiap tahun.

Berikutan krisis COVID-19, kerajaan meluluskan Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan pada tahun 2020 yang meningkatkan had statutori hutang daripada 55 peratus kepada 60 peratus daripada KDNK. Had ini ditingkatkan lagi kepada 65 peratus daripada KDNK pada 2021 menerusi pindaan ke atas Akta 830 berikutan peningkatan siling perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 kepada RM110 bilion.

Selain bagi membiayai perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah mengekalkan had statutori hutang pada paras 65 peratus daripada KDNK melalui Perintah Pinjaman (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 berikutan nisbah hutang kepada KDNK yang tinggi dan keperluan pembiayaan di bawah RMK12. Sehingga kini, kerajaan tidak pernah meminjam melebihi had statutori yang dibenarkan di dalam akta-akta berkaitan hutang Kerajaan Persekutuan.

Setakat akhir Jun 2025, instrumen MGS, MGII dan MITB adalah pada kadar 62.7 peratus, iaitu tidak melebihi had 65 peratus KDNK yang ditetapkan di bawah Akta 637 dan Akta 275. Manakala, pinjaman luar pesisir berjumlah RM22.8 bilion iaitu tidak melebihi paras RM35 bilion yang ditetapkan di bawah Akta 403 dan MTB berjumlah RM2 bilion tidak melebihi paras RM10 bilion yang ditetapkan di bawah Akta 188.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Kerajaan yakin akan mencapai sasaran defisit fiskal pada kadar 3.8 peratus tahun ini dan memastikan paras hutang negara tidak melebihi hak statutori yang telah ditetapkan.

Malah melalui pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang lalu, kerajaan komited untuk mengurangkan defisit kepada kurang daripada tiga peratus dan menurunkan paras

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

hutang kepada bawah 60 peratus daripada KDNK dalam jangka sederhana. Sasaran ini selaras dengan kerangka yang digariskan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal iaitu (Akta 850). Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Puteh.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Respons saya dan soalan, dalam situasi negara kita menghadapi ketidaktentuan geopolitik, kerajaan benarkan hutang negara kekal tinggi sekarang ini dalam 60 hingga 65 peratus KDNK. Pada masa yang sama, Malaysia setuju membeli USD9.5 bilion pesawat Boeing dan komitmen US150 bilion dalam lima tahun sebagai pertukaran penurunan takrif Amerika Syarikat kepada 19 peratus.

Soalan saya, apakah pelan kontingensi fiskal kerajaan jika langkah ini menambah beban pembayaran khidmat hutang negara yang kini sudah mencecah hampir 15 hingga 18 peratus daripada hasil tahunan dan daripada jawapan yang diberikan tadi, saya lihat kerajaan bergantung kepada pungutan hasil dalam negara dan meningkatkan kadar hasil dan kadar cukai sama ada baru ataupun sedia ada. Semua ini bagi saya, dia memberi tekanan kepada kos hidup rakyat yang saya kira tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan pembelian Boeing itu, ini semua adalah dalam rancangan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Jadi, ini tidak, pada masa sekarang, ini tidak akan menjejaskan hutang atau defisit fiskal yang kita melalui.

draft • 12:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Dan juga seperti semalam Menteri Kewangan II juga telah menerangkan dengan terperinci bagaimana dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan membiayai, berkenaan membiayai perbelanjaan pembangunan DE sebanyak RM430 bilion itu, semalam Kementerian Kewangan II, Datuk Seri juga telah menjelaskan. Jadi, ini semua adalah kita memang dalam rancangan perbelanjaan kita. Jadi, ini memang dalam — memang dalam projek kita. Jadi, pada masa sekarang, semua adalah di bawah jangkaan kita. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Puan Speaker.

Kalau kita membaca apa tentang takrif yang disentuh oleh Pasir Mas tadi, eh Pasir Puteh tadi, tentang pembelian Boeing, saya rasa mungkin kita tidak memahami konsep pembelian yang dibuat oleh pihak swasta.

Soalan saya kepada Timbalan Menteri berkaitan dengan soalan yang berkenaan.

Apakah langkah yang diambil secara konkrit oleh kementerian ataupun oleh kerajaan untuk memastikan kadar keberhutangan ini tidak membebankan ataupun tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara Pada waktu yang sama kita nak membangunkan negara dan

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

pada waktu yang sama kita nak juga menyejahterakan rakyat yang telah menjadi tunggak ataupun asas kepada pembentukan kerajaan membela rakyat yang diutamakan? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang kerajaan telah merancangkan atau memang ada langkah-langkah untuk memastikan, mengekalkan atau kita nak, memang nak hasrat untuk menurunkan kadar keberhutangan negara.

Antara langkah-langkah yang kita telah ambil, yang juga telah disebut banyak kali.

Antaranya adalah langkah konsolidasi fiskal secara beransur-ansur bagi memastikan pinjaman baharu adalah lebih rendah berbanding dengan semasa dan tanpa utamanya tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Selain daripada itu juga, telah saya sebutkan tadi ialah memperluaskan asas hasil.

Kita nak tambahkan kutipan hasil yang juga supaya kita dapat menampung sebahagian besar daripada perbelanjaan pembangunan. Juga kita nak mengoptimumkan antaranya ialah mengoptimumkan perbelanjaan awam. Antaranya adalah pelaksanaan penyasaran subsidi diesel RON95 dan juga, ada langkah-langkah yang lain termasuk juga iaitu pinjaman kerajaan, kita hanya untuk membiayai projek dan projek di bawah DE dan tidak membiayai perbelanjaan operasi. Kita memang ada beberapa langkah lain untuk memastikan kadar keberhutangan negara akan turun. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Jelebu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Datuk Speaker, soalan nombor 10.

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

10. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah terdapat sebarang perancangan bagi menaikkan elaun pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti bagi sekurang-kurangnya menyamai paras gaji minimum.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Speaker dan juga Yang Berhormat daripada Jelebu.

Puan Yang di-Pertua, Program Pemulihan Dalam Komuniti adalah salah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi orang kurang upaya ataupun OKU dan program ini dilaksanakan melalui pendekatan multisektoral dengan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan, OKU, keluarga dengan disokong oleh agensi kerajaan, swasta serta pemimpin tempatan melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial dengan menggunakan sumber dan kemudahan setempat.

Mulai tahun 2018, semua PDK telah berdaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Dan tujuan utama PDK

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

didaftar sebagai NGO adalah untuk memastikan pengurusan kewangan dan aset atau fasiliti diurus mengikut tatacara pengurusan kewangan NGO seperti yang telah ditetapkan oleh R- O-S.

Selaku pihak yang melantik penyelia ataupun petugas PDK, pertubuhan PDK boleh membayar elaun kepada penyelia dan petugas PDK dengan kadar yang telah dipersetujui bersama. NGO selaku pusat ataupun selaku pihak berkuasa yang melantik penyelia dan petugas serta bertanggungjawab dalam pengurusan PDK boleh menentukan kadar bayaran elaun atau sagu hati kepada petugas dan penyelia tertakluk kepada kedudukan kewangan pertubuhan masing-masing.

Kerajaan telah memberikan peruntukan sebagai tanda sokongan kepada pelaksanaan PDK dalam bentuk geran pengoperasian. Dan untuk makluman Dewan, untuk tahun ini sebanyak RM143.1 juta telah diperuntukkan kepada 579 buah pusat PDK yang memberi manfaat kepada 20,801 orang OKU serta melibatkan seramai 579 orang penyelia dan 2,849 orang petugas PDK yang membantu mengendalikan program PDK termasuk tiga buah pusat PDK di Parlimen Jelebu.

Sebagai tanda keprihatinan kerajaan serta perkongsian tanggungjawab sosial, kerajaan telah meluluskan dua kali kenaikan elaun penyelia dan petugas iaitu pada tahun 2008, kenaikan daripada — bagi penyelia daripada RM800 kepada RM1,200 dan petugas daripada RM500 kepada RM800. Kemudian diikuti pada tahun 2021 pula iaitu kenaikan bagi penyelia daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan petugas daripada RM800 kepada RM1,200. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelebu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua ya.

Kepada jawapan Menteri tadi, terima kasih banyak. Yang PDK Jelebu ini, untuk makluman Datuk Yang di-Pertua, bantuan peralatan dah lama tak dapat Menteri. Jadi, minta tengok keperluan asas bantuan pelajaran dan pengajaran di PDK ini.

Datuk Yang di-Pertua, mengikut rekod, ya, daripada tahun 2013 sampai 2023, 663 peningkatan kanak-kanak Autisma di seluruh negara. Peningkatan daripada 6,991 orang sampai ke 53,323.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Maknanya, dia punya range Dato’ Yang di-Pertua, purata dia, setiap kanak-kanak daripada kanak-kanak seramai 108 orang kanak-kanak, satu kanak-kanak autisme. Kita kekurangan PDK di kawasan luar bandar. Yang swasta ni lagi susah nak dapat, Dato’ Yang di-Pertua, lebih mahal. Jadi, apa perancangan kerajaan untuk menambah PDK di kawasan luar bandar untuk menampung keperluan pertambahan kanak-kanak autisme ini?

Dan yang penting sekali, ada tak kementerian buat kerja-kerja atau pun perancangan kolaborasi dengan kementerian yang lain? Umpamanya pada 1 Januari 2025, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui program KEMAS Empowerment, mengumumkan akan mewujudkan PDK

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

autisme melalui Tadika KEMAS. Sejauh mana perancangan itu dan adakah perancangan itu berkaitan atau pun ada kolaborasi dengan kementerian? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih YB Jelebu di atas soalan yang diberikan dan sebenarnya kerajaan memang amat menghargai sumbangan dan pengorbanan sukarelawan di PDK ini yang saban hari memainkan satu peranan yang sangat penting dalam membimbing, mendidik, menjaga anak-anak istimewa kita.

Tadi Yang Berhormat Jelebu ada bercakap mengenai bentuk bantuan yang diberikan dan untuk — alat bantuan yang diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau alat bantuan mengajar ini, sebenarnya ada bantuan kewangan di bawah program pembangunan.

JKM ada salurkan one-off maksima berjumlah RM50 ribu untuk membeli peralatan pemulihan dan alat bantuan mengajar. Tapi Yang Berhormat kita ambil maklum yang alat ini memang sentiasa perlu dikemas kini dan kementerian akan teliti semula keperluan peruntukan alat membantu mengajar ini secara khusus dan kita juga ambil kira bilangan anak berkeperluan khas bertambah.

Tapi memang kementerian – tadi Yang Berhormat menyatakan mengenai kolaborasi bersama dengan agensi lain, kementerian lain dengan private sector dan memang untuk maklumat Yang Berhormat, kementerian sentiasa menggalakkan kerjasama strategik dengan GLC, korporat, swasta terutamanya bagi pelaksanaan bantuan alat mengajar ini. Nak wujudkan PDK itu memang itu kita memang galakkan setiap komuniti dia boleh melalui NGO boleh kemukakan permohonan kepada JKM dan mengenai KEMAS Empowerment, memang JKM dilibatkan bersama dalam penubuhan taska KEMAS untuk kanak-kanak autisme. Itu sedikit jawapan saya untuk Yang Berhormat YB Jelebu. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

draft • 12:20 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kita sangat menghargai usaha yang dibuat oleh kementerian dan juga usaha yang dibuat oleh pihak PDK dalam memastikan keberkesanan pendidikan untuk kanak-kanak dan kita semua tahu kanak-kanak OKU ini mempunyai pelbagai jenis OKU yang memerlukan kepakaran.

Jadi saya ingin tahu adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan pakar tetap yang sebagai rujukan terutama dalam jurupulih pertuturan untuk Pakar Pendidikan Khas di pusat-pusat pemulihan dalam komuniti untuk menjadi rujukan terutama pada ibu bapa untuk mendapat khidmat dan intervensi awal di peringkat komuniti sebagaimana yang amalan yang dibuat di Singapore melalui Early Integration Program? Jadi, minta penjelasan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan, Puan Yang di- Pertua kepada YB Rantau Panjang yang sentiasa prihatin, sentiasa membawa isu-isu dan memberikan pelbagai cadangan. Kami di pihak kementerian memang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat dan memang kerajaan

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

faham keperluan untuk memperkukuhkan perkhidmatan di setiap PDK, termasuklah akses kepada khidmat pakar seperti Yang Berhormat nyatakan tadi.

Tapi seperti jawapan saya sebelum ini, struktur operasi PDK itu adalah berasaskan komuniti dan juga NGO, tapi JKM memang memberikan sokongan. Sokongan kewangan, latihan dan modul pemulihan asas. Tapi untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian sentiasa mengalu-alukan ruang dan kerjasama dengan agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, KPM, IPT dan profesional untuk membantu menyalurkan kepakaran secara berstruktur dan juga berkala termasuk pakar-pakar yang Yang Berhormat cadangkan tadi.

Dan sekarang ini kementerian sedang meneliti model kerjasama untuk meletak pakar secara berkala ataupun tetap di PDK dan kementerian ada juga mempertimbangkan mekanisme secara hibrid dengan menggalakkan penempatan pakar melalui rakan strategik di IPT.

Contohnya dia boleh buat latihan kolaborasi dengan NGO dan juga korporat dan juga seterusnya dapat juga merangka kerja rentas kementerian. Tapi ini adalah berdasarkan kepada konsep sumber — perkongsian sumber antara kementerian dan komuniti. Tapi untuk short term Yang Berhormat, kita memang sentiasa menggalakkan pihak jawatankuasa PDK menjadi penghubung, contohnya untuk menjemput khidmat pakar secara sukarela. Kalau pengwujudan jawatan tetap secara immediate itu, belum lagi dimuktamadkan sebab dia nya sudah semestinya akan melibatkan implikasi perjawatan dan juga kewangan. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Masih ada masa.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN NEGARA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pendaftaran Negara 1959; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang sama.

draft • 12:20 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua kementerian di nombor 8 hingga 15 dalam susunan giliran YB Menteri menjawab ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan selepas itu Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 20 Ogos 2025.”

draft • 12:27 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:27 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab. Masa 30 minit.

draft • 12:27 PM
USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026-2030)

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar,

draft • 12:28 PM

strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tata kelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.

Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”

draft • 12:28 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, pertama kali sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana di bawah kepimpinan beliau, peranan Kementerian Luar Negeri diberikan peranan khusus dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, selepas tidak disertakan dalam tiga Rancangan Malaysia sebelum ini.

Peranan Kementerian Luar Negeri ditonjolkan dengan meluas dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Pendekatan ini mencerminkan pentingnya Kementerian Luar Negeri dalam turut menerajui dan meningkatkan tahap sosioekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Luar Malaysia yang bebas dan berkecuali melalui pendekatan berprinsip dan pragmatik yang kita amalkan sekian lama, berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara yang aktif dan bertanggungjawab di kalangan masyarakat antarabangsa. Pengamatan ini turut dilihat dalam Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2021-2025.

draft • 12:28 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas disokong oleh ketujuh-tujuh teras strategik dasar luar yang telah digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri.

Antaranya, Dato’ di-Pertua berhubung dengan pengukuhan diplomasi dua hala dan pelbagai hala, peranan proaktif dalam ASEAN serta pemeliharaan kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Selain itu, teras-teras strategik tersebut juga mencakupi perkhidmatan yang efisien kepada pemegang taruh dan pelanggan, diplomasi awam dan komunikasi strategik yang berkesan dan pengukuhan institusi demi kecemerlangan sumber manusia. Dalam konteks ini, Kementerian Luar Negeri yang berperanan sebagai penghubung utama antara kerajaan Malaysia dan negara-negara luar akan terus berada di barisan hadapan dalam mencapai objektif Dasar Luar Malaysia.

Sebagai peneraju dasar luar, Kementerian Luar Negeri akan terus memastikan diplomasi diamalkan secara berkesan. Langkah ini dapat mengeratkan kerjasama Malaysia dengan masyarakat antarabangsa dan meningkatkan imej positif Malaysia di persada dunia sepertimana yang ditekankan dalam dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dengan keutamaan dasar luar yang menyokong dasar ekonomi negara, Kementerian Luar Negeri

draft • 12:30 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

yang dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan yang lain sentiasa memacu kepentingan ekonomi negara di peringkat global.

Pendekatan dasar luar yang menekankan hubungan baik dengan negara-negara luar telah membolehkan Malaysia melebarkan jaringan hubungannya di peringkat antarabangsa.

Pada awal tahun ini, umpamanya Malaysia telah diterima sebagai negara rakan BRICS yang merupakan satu petanda pengiktirafan dan penerimaan kepada kewibawaan negara.

Penyertaan dalam BRICS membuka ruang kepada Malaysia untuk mengembangkan kerjasama ekonomi. Penyertaan ini turut menyediakan platform untuk Malaysia memperjuangkan agenda selatan global di samping untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan rakan-rakan dalam konteks hubungan dan kerjasama North-South.

Dalam masa yang sama, Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia akan terus memperjuangkan keamanan, keadilan sejagat, kesaksamaan dan nilai-nilai kemanusiaan.

Langkah ini akan mewujudkan imej global Malaysia yang positif dan juga menaikkan profil Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dan bertanggungjawab.

Dato’ Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya mewakili Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang telah mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Luar di sepanjang sesi perbahasan iaitu Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat daripada Ranau.

Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah konflik di Gaza, usaha diplomasi Malaysia yang berkaitan dengan kepengurusan ASEAN, peranan Malaysia dalam konflik Thailand- Kemboja Laut Sulawesi dan Dasar Pandang Ke Timur. Dato’ Yang di-Pertua, saya akan ulas satu persatu.

Yang pertama, konflik di Palestin dan usaha pembangunan semula Gaza. Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kuala Krai, dan Yang Berhormat Marang, yang telah membangkitkan hal berkaitan perjuangan keamanan sejagat, termasuk konflik di Palestin dan usaha pemulihan dan pembangunan semula Gaza.

Sokongan kita ke atas perjuangan Palestin Dato’ Yang di-Pertua, adalah berdasarkan kepada prinsip keadilan, hak asasi manusia serta hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, kembali ke tanah air mereka dan menubuhkan sebuah negara yang berdaulat berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan supaya Palestin diterima sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Machang. Oh, you bangun sahaja ya? Letih?

draft • 12:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik boleh ya, boleh? Yang Berhormat Menteri Sik mohon sikit penelasan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ya, silakan.

draft • 12:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ia berkaitan dengan perkembangan terbaharu di Gaza itu. Adakah pihak Kementerian Luar melihat persetujuan yang telah disebut bahawa Hamas bersedia untuk melakukan gencatan senjata terbaharu dan yang dikatakan usaha Mesir dan juga Qatar itu untuk 60 hari gencatan senjata dan adakah Malaysia juga mengambil masa yang sangat singkat ini untuk segera menghantar bantuan di sempadan, termasuklah bantuan kemanusiaan yang mungkin pintu sempadan Rafah itu dibuka dan peluang yang sangat baik untuk segera membantu kecemasan yang sedang berlaku dalam Gaza itu sendiri. Terima kasih Menteri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Sik. Tuan di-Pertua, kita mengambil bahagian dalam apa juga usaha yang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu kesengsaraan terhadap rakyat Palestin, yang mana mereka dilakukan begitu kejam sekali, dibunuh beramai-ramai lelaki dan perempuan, anak-anak dan disekat bekalan makanan selama hampir lima bulan. Baru-baru ini dibuka pintu-pintu dan walau bagaimanapun tidak semua yang boleh masuk tak cukupi dengan ruang bantuan digugurkan daripada udara.

Malaysia mengambil bahagian Dato’ Yang di-Pertua, kita tak sempat untuk menghantar barangan tetapi semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN baru-baru ini, kita mengadakan satu mesyuarat khas, mesyuarat CEAPAD iaitu mesyuarat, yang mana negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara berunding untuk cara mana untuk kita membantu dan membangunkan semula Gaza.

Di mesyuarat tersebut, Malaysia telah pun menambah. Kita menambah lagi bantuan kewangan. Tetapi kita memberi melalui saluran kepada UNRWA USD500,000 dan juga kepada palang merah ataupun bulan sabit merah di Palestine dan mereka dapat menggunakan dan belikan barangan keperluan kerana banyak barang-barang yang masih lagi beratus beribu trailer, beribu trak di luar di Rafah yang cuma dapat masuk dibenarkan beberapa trak ataupun kontena sahaja.

Dan banyak barang-barang tersebut kebanyakannya barang-barang yang diperlukan sekarang ini ialah barang-barang keperluan perubatan ya, bukannya barang makanan sangat tapi perubatan. Jadi kami membantu dengan memberikan tambahan bantuan kewangan. Kita telah pun memberi bantuan hasil daripada derma orang ramai. Terima kasih kita ucapkan kepada rakyat Malaysia.

Kita ada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestine yang telah dapat kita kumpul dan kita telah pun mengeluarkan sebanyak USD16 juta dan kita tambah lagi USD1 juta tempoh hari, Tuan Yang di-Pertua dan ini dapat memberikan bantuan kepada mereka- mereka yang memerlukan, khususnya kepada Bulan Sabit Merah Palestine untuk memberi barang-barang berkenaan dengan bekalan kesihatan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

YB Menteri, Pasir Gudang. Isu Gaza Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya ialah adakah wajar Malaysia sebagai

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Pengerusi ASEAN menjemput Presiden Donald Trump ke sidang kemuncak di Kuala Lumpur, sidang kemuncak ASEAN sedangkan kita tahu tangan Presiden Donald Trump ini berlumuran darah rakyat Gaza yang tidak berdosa dalam perang genocide itu. Adakah kita akan bentangkan permaidani merah kepada Presiden Amerika yang tangannya berlumuran darah?

Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Pasir Gudang. Jemputan kepada Presiden Trump ini merupakan jemputan untuk kita sebagai ketua negara yang akan mengadakan sidang kemuncak ASEAN dan Amerika. Kita menjemput, tetapi bila menyambut bahawa beliau akan datang, maka saya rasa ada baiknya jika kita dapat bersemuka.

Semua negara-negara ASEAN, semua negara-negara boleh menyatakan dengan sendiri seperti mana kita menyatakan dengan sendiri semasa Setiasuaha Negara Amerika datang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang baru-baru ini, yang tahun 58. Jadi kita jangan campur adukkan. Di situ nanti kita rasa kita akan dapat membawa suara ASEAN untuk kita menegaskan betapa ASEAN dengan sebulat suara.

Kita dah berjaya mendapatkan joint statement ataupun kenyataan bersama daripada ASEAN untuk kita menyatakan bahawa ASEAN amat kesal di atas kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestine. Jadi kita bawa, jadi kita jangan campur adukkan kerana hubungan dua hala tetap kita adakan hubungan dua hala dan kita yakin bahawa pihak Amerika juga mahu, terutama Presiden Trump mahu melihat supaya kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini dapat dihentikan dan kita mahu menegaskan seboleh jadi nanti kenyataan oleh Pengerusi ASEAN, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri kita semasa pembukaan Sidang Kemuncak 47 itu nanti, dapat kita tekankan lagi betapa Amerika perlu menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah negara besar untuk pastikan supaya keadaan di Gaza ini dapat diselesaikan segera, Insya-Allah.

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang, kalau bukan nak minta penjelasan, sila duduk. Boleh duduk di belakang kalau tak ada...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

[Ketawa] Saya sambung Tuan Yang di-Pertua ya. Sehingga kini dilaporkan...

draft • 12:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang Berhormat Menteri...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Sokongan kita terhadap rakyat Palestin adalah berasaskan prinsip seperti yang saya sebutkan tadi. Dan dapat membina sebuah negara yang berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara dan supaya Palestin diterima sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Sehingga kini, Dato’ Yang di-Pertua, dilaporkan lebih 60,000 rakyat Palestin telah terkorban — dibunuh. Saya tak sebutlah ‘terkorban’lah ya — ‘dibunuh’ akibat konflik berterusan di Gaza yang merangkumi ribuan nyawa tidak berdosa, termasuk wartawan yang sedang melaksanakan tugas mereka, wanita, kanak-kanak yang tidak berdaya, para petugas serta sukarelawan kemanusiaan yang berada di lapangan untuk menyalurkan bantuan, termasuk orang awam.

Dato’ Yang di-Pertua, kita mengecam sekeras-kerasnya. Malaysia sentiasa mengecam sekeras-kerasnya keputusan Kabinet rejim Zionis Israel baru-baru ini, untuk mengambil alih Gaza sepenuhnya. Tindakan rejim Zionis Israel ini merupakan perbuatan terancang untuk menjajah. Baru-baru ini juga, Malaysia telah mengutuk keras tindakan rejim Zionis Israel berkaitan agenda peluasan haram Greater Israel serta perancangan pembinaan penempatan di kawasan E1, di antara Baitulmuqaddis dan Ma’ale Adumim di wilayah Palestin yang diduduki.

Inilah bukti tindakan-tindakan haram oleh rejim Zionis Israel yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu. Malah, turut menafikan kedaulatan Palestin serta menjadikan penyelesaian dua negara, dengan izin, two-state solution, mustahil untuk direalisasikan.

Tragedi ini membuktikan dengan nyata bahawa kekejaman yang dilakukan adalah jenayah kemanusiaan yang melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, serta mencabuli prinsip asas Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk tindakan genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan merangkumi pemusnahan infrastruktur awam, pembersihan etnik dan juga pengusiran secara paksa.

Dato’ Yang di-Pertua, kita telah bekerjasama rapat dengan negara-negara lain seperti Mesir dan Jordan serta NGO antarabangsa melalui misi airdrop dan juga jambatan udara dengan izin, air bridge. Semua ini dilaksanakan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan di Gaza, walaupun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.

Pada bulan Julai lalu, seperti yang saya sebut tadi Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia, saya selaku Pengerusi ASEAN, Menteri Luar Jepun juga telah mempengerusikan secara bersama persidangan kerjasama antara negara-negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin Keempat (CEAPAD IV) di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Palestin, UNRWA dan juga Islamic Development Bank.

Satu kenyataan bersama CEAPAD telah dipersetujui, yang menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta menggesa gencatan senjata segera dan berkekalan di Gaza. CEAPAD IV juga meluluskan Pelan Tindakan Kuala Lumpur 2025 yang akan menyelaras usaha-usaha membantu rakyat Palestin dalam aspek pembangunan semula Gaza, pembangunan ekonomi dan modal insan, reformasi institusi, serta tadbir urus

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

di sana. Lanjutan persidangan tersebut, Malaysia telah menyalurkan USD1 juta kepada UNRWA dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah seperti yang saya sebutkan tadi.

Dato’ Yang di-Pertua, berhubung cadangan penubuhan ASEAN Kemanusiaan untuk Gaza yang diselaras oleh ASEAN Emergency Response and Assessment Team (ASEAN- ERAT) pula, untuk makluman Dewan yang mulia ini, ASEAN-ERAT telah ditubuhkan pada 2007 menerusi Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan, dengan izin, ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER). Peranan utama ASEAN-ERAT adalah untuk membantu agensi pengurusan bencana negara-negara ASEAN yang terjejas oleh bencana alam, seperti banjir, gempa bumi, taufan, bertumpu kepada bantuan kemanusiaan dan sokongan negara-negara anggota ASEAN.

Pengarahan pasukan ASEAN-ERAT akan dilakukan dengan syarat terdapat permintaan negara-negara yang terjejas. Walau bagaimanapun, Malaysia mengalu-alukan inisiatif mana-mana pihak seperti NGO, contohnya MERCY dan Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin dan bersedia memberi sokongan yang bersesuaian.

Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia akan terus bersuara, bertindak dan menyumbang dalam kapasiti yang kita miliki. Kita akan menggunakan setiap platform antarabangsa, sama ada PBB, OIC, ASEAN, NAM, G20, BRICS dan juga lain-lain forum bagi memastikan hak rakyat Palestin sentiasa didengari di pentas antarabangsa. Ini sekali gus memperkukuhkan perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan, serta memastikan aspirasi tersebut terus mendapat perhatian dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Nombor dua, Dato’ Yang di-Pertua, Kepengerusian ASEAN. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Pasir Mas atas ucapan tahniah serta pengiktirafan terhadap usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Bermula 1 Januari tahun ini Dato’ Yang di-Pertua, dengan berlandaskan tema “Keterangkuman dan kemampanan”, Malaysia telah mengemudi ASEAN sebagai platform neutral dan berprinsip, memastikan prinsip kepusatan ASEAN, atau dengan izin, ASEAN centrality kekal utuh dan menghadapi cabaran geopolitik semasa. Pelancaran Visi Komuniti ASEAN 2045 atau dengan izin “ASEAN 2045: Our Shared Future”, semasa sidang kemuncak ASEAN ke-46 pada bulan Mei baru-baru ini merupakan salah satu keberhasilan utama bagi Malaysia tahun ini. Para pemimpin ASEAN telah menandatangani Kuala Lumpur Declaration ASEAN 2045: Our Shared Future, bagi meraih kan detik bersejarah ini.

Selain itu, satu deklarasi Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-10 penubuhan komuniti ASEAN turut diperakui oleh para pemimpin ASEAN, di bawah Agenda Pembangunan Komuniti ASEAN. Dalam membentuk sebuah rantau yang lebih inklusif, Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia telah berjaya mendapatkan persetujuan para pemimpin negara- negara anggota ASEAN semasa sidang kemuncak ASEAN ke-46 untuk menerima Timor-

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Leste sebagai negara anggota ASEAN yang ke-11, menjelang sidang kemuncak yang ke-47 ini.

Ini dah lama — Timor-Leste dah lama menjadi pemerhati kepada ASEAN. Dan alhamdulillah pada sidang kemuncak 46 tempoh hari, sebulat suara negara-negara anggota ASEAN menerima Timor-Leste sebagai anggota yang ke-11 ASEAN. Alhamdulillah ya dan ini akan dimuktamadkan pada sidang kemuncak yang ke-47, 2025 nanti. Insya-Allah, terima kasih. Silakan.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Speaker. Mengenai ASEAN tadi, saya nak kaitkan ASEAN dengan Palestin sikit, Yang Berhormat Menteri. Bolehkah Malaysia menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN ini untuk mencadangkan wujudnya ‘Asian Humanitarian Coalition for Palestine’? Sekurang-kurangnya ada satu tekanan yang tidak begitu keras kepada US ini. Menunjukkan negara Asia ini, ada satu coalition untuk membantu Palestin. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh setuju dengan pandangan tersebut? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Itu satu pandangan yang baik daripada Alor Setar, satu pandangan yang baik. Tapi sama ada kita boleh terjemahkan atau tidak itu satu perkara yang lain. Kerana, ASEAN untuk pertama kalinya kita dapat mengeluarkan kenyataan bersama, joint statement. Kalau tidak, itu dulu susah juga. Kerana dalam ASEAN pun ada juga berbagai-bagai pandangan daripada negara-negara anggota.

Tetapi alhamdulillah pada tahun ini, pada awal tahun kita telah dapat mengumpulkan suara bersama ASEAN untuk kita mengeluarkan kenyataan mengutuk kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza. Itu pun dah mencukupi. Tetapi pandangan daripada Alor Setar tadi itu satu pandangan yang baik. Kita cuba dan kita akan bawa perkara ini untuk dirundingkan di peringkat pegawai kanan dulu, insya-Allah.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tahu ada jawapan berkenaan Dasar Pandang ke Timur?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ada.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, saya akan respons nanti. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ya, last sekali Pandang ke Timur.

Sabar [Ketawa] . Di bawah kepimpinan Malaysia, para pemimpin telah bersetuju agar pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (Five-Point Consensus) Datuk Yang di-Pertua, kekal sebagai panduan utama dalam usaha ASEAN, memudah cara penyelesaian damai di Myanmar.

Malaysia juga berjaya mendapat kesepakatan ASEAN agar gencatan senjata dilanjutkan dan diperluaskan melalui kenyataan ASEAN Leader’s Statement on the Extended and Expanded Ceasefire in Myanmar, dengan izin.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Malaysia juga telah mengadakan dialog dengan kepimpinan Majlis Pentadbiran Negara atau dengan izin, State Administration Council (SAC), National Unity Government serta pelbagai pemegang taruh di Myanmar dalam usaha mencari kata sepakat ke arah penyelesaian damai isu Myanmar ini, Dato’ Yang di-Pertua.

Pada awal tahun ini, Myanmar telah dilanda bencana gempa bumi yang mengakibatkannya kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda dan infrastruktur yang amat dahsyat. Satu misi kemanusiaan ke Naypyidaw, Myanmar telah dilaksanakan pada 5 April 2025. Misi ini merupakan manifestasi solidariti serantau dan sokongan kepada rakyat Myanmar sebagaimana dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Kecemasan Menteri-menteri Luar ASEAN berhubung gempa bumi di Myanmar dan Thailand yang dipengerusikan oleh Malaysia pada 30 April 2025.

Semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN Ke-58, dua buah negara iaitu Algeria dan Uruguay telah menandatangani instrumen penyertaan kepada Triti Persahabatan Dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) menjadikan jumlah keseluruhan negara yang menandatangani perjanjian persahabatan dan keamanan dengan ASEAN ini Dato’ Yang di- Pertua, sebanyak 57 buah negara. Insya-Allah Cyprus juga dijangka akan menandatangani perjanjian TAC ini disela-sela Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan Oktober ini.

Dari sudut ekonomi pula, Malaysia telah berjaya memimpin ASEAN dalam memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN termasuk memuktamadkan protokol kedua bagi meminda perjanjian perdagangan bebas ASEAN dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) yang akan ditandatangani semasa sidang kemuncak ke- 47 bulan Oktober ini, ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA) serta memimpin usaha menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersama rakan dialog ASEAN seperti China, India dan juga Republik Korea.

Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 dan ASEAN-GCC-China merupakan satu kejayaan Malaysia sebagai pengerusi dalam usaha memperluaskan kerjasama ekonomi ASEAN dengan blok ekonomi luar rantau. Baru-baru ini berkat usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memperkukuhkan perpaduan serantau, Malaysia telah diberikan tanggungjawab sebagai pemudah cara berhubung konflik sempadan Thailand dan Cambodia.

Atas inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang disokong oleh pemimpin- pemimpin ASEAN yang lain dan di dokong oleh pelbagai agensi termasuk KLN, Kementerian Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara, kita telah berjaya menganjurkan mesyuarat khas di antara pucuk pimpinan tertinggi Thailand dengan Cambodia yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Malaysia kemudiannya memanfaatkan kepercayaan yang diberi dengan meneruskan peranan sebagai pemudah cara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persempadanan Am (GBC) antara Thailand dan Cambodia di Kuala Lumpur daripada 4 hingga 7 Ogos yang lalu, menjadikan Malaysia sebagai lokasi neutral.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Hasil dari usaha ini Dato’ Yang di-Pertua, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan komunikasi ketenteraan yang berterusan, mengelakkan tindakan provokatif dan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC). Untuk memastikan pematuhan gencatan senjata ini, Malaysia menyelaraskan penubuhan pasukan pemerhatian sementara atau dengan izin, Interim Observer Team yang diselia oleh Penasihat Pertahanan Malaysia di Thailand dan juga di Cambodia serta dianggotai oleh penasihat-penasihat pertahanan dari negara-negara anggota ASEAN yang lain.

Pendekatan yang diambil oleh Malaysia ini menggambarkan peranan kita selaku Pengerusi ASEAN sebagai perantara yang neutral, inklusif dan dipercayai, selaras dengan prinsip konsensus ASEAN yang menghormati kedaulatan dan tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota selaras dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan Piagam ASEAN itu sendiri. Matlamat utama peranan kita adalah untuk memastikan pertempuran di sempadan dihentikan dan gencatan senjata dipenuhi sepenuhnya supaya kedua-dua negara boleh kembali ke meja rundingan secara damai dan diplomasi.

Dato’ Yang di-Pertua, dengan berbaki hanya empat bulan sebelum tamat kepengerusian, Malaysia akan terus komited untuk mengekalkan momentum positif ini khususnya dalam menjamin kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-47 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan pada Oktober tahun ini. Malaysia juga akan menghoskan Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau atau dengan izin, Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) disela-sela sidang kemuncak itu nanti.

Kehadiran pemimpin-pemimpin utama dunia pada bulan Oktober ini akan mengangkat profil Malaysia sebagai hab diplomasi serantau yang disegani sekali gus membuktikan komitmen kita terhadap keamanan, kestabilan dan kesejahteraan serantau dan sejagat. Dato’ Yang di-Pertua, tentang Laut Sulawesi.

Ini saya hendak jawab pertanyaan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Ranau. Seperti mana yang telah saya jelaskan di Dewan yang mulia ini, Dato’ Yang di-Pertua pada 5 Ogos yang lalu bahawa kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pada — Presiden Indonesia pada 27 Jun 2025 berhubung dengan cadangan pembangunan bersama di Laut Sulawesi adalah merujuk kepada perkara yang masih lagi di peringkat pertimbangan awal atau dengan izin, exploratory punya stage lagi.

Kedua-dua pihak masih meneroka kebarangkalian kerjasama tersebut dan sememangnya belum lagi dimuktamadkan. Maka tiada isu berhubung kebarangkalian cadangan pembangunan bersama ini memandangkan perkara ini belum dimulakan pun.

Perkara ini turut dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 Julai, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar pada 30 Julai di Dewan yang mulia ini.

Ingin juga saya tekankan di sini dalam menyelesaikan isu sempadan dan maritim Malaysia dan Indonesia, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama rapat dengan

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

pemegang-pemegang taruh yang berkaitan. Usaha ini dilakukan dengan pendekatan dengan izin, whole-of-government, dengan penuh komitmen dalam melaksanakan rundingan dengan negara-negara jiran bagi mencari penyelesaian yang dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Ini Dato’ Yang di-Pertua, termasuklah kerjasama rapat dengan kerajaan Sabah dalam proses rundingan dan perbincangan tersebut. Wakil kerajaan Sabah turut dilibatkan di dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan serta rundingan teknikal persempadanan maritim di antara Malaysia dan Indonesia. Dalam membuat apa-apa keputusan jua Dato’ Yang di- Pertua, Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil serius pandangan dan pendirian kerajaan Sabah dalam memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia sentiasa terpelihara. Perbincangan berkaitan sempadan maritim adalah berlandaskan kepada prinsip perundangan dan teknikal yang dilakukan secara teliti, cermat dan berhemah.

Kerajaan terus komited untuk memperhalusi dan mencari kesepakatan mengenai perkara ini melalui mekanisme rundingan sedia ada dan memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara, termasuklah kepentingan negeri Sabah akan sentiasa dipertahankan. Dasar Pandang ke Timur...

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

You bangun nak cakap ke apa?

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Duduklah dulu. Dasar Pandang ke Timur, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, kepada isu seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Machang yang menyentuh mengenai Dasar Pandang ke Timur.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan pada tahun 1982 ini telah menyumbang banyak kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia terutamanya dalam perdagangan, pelaburan serta pembangunan sumber manusia. Mengambil kira perubahan landskap geopolitik dan geoekonomi semasa, Dasar Pandang Ke Timur wajar diperkukuhkan agar terus relevan dengan keperluan negara. Penambahbaikan dasar ini perlu menekankan bidang baharu yang selari dengan keutamaan nasional seperti ekonomi digital, tenaga boleh baharu, keselamatan makanan serta teknologi hijau agar manfaatnya lebih meluas kepada rakyat.

Pada masa ini kajian semula Dasar Pandang Ke Timur sedang dilaksanakan dengan mengambil kira tahap hubungan Malaysia dengan bukan sahaja — dengan Jepun atau Republik Korea malah dengan Republik Rakyat China. Dalam melaksanakan penambahbaikan ini sebarang perubahan tidak sepatutnya, saya ulangi, sebarang perubahan tidak sepatutnya menjejaskan hubungan sedia ada dengan ketiga-tiga buah negara ini malah pengukuhan dasar ini dilihat sebagai satu peluang untuk memperdalamkan lagi hubungan dengan setiap rakan strategik secara tersendiri tanpa menjejaskan keseimbangan

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

kepentingan bersama sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan yang diyakini di peringkat serantau dan global.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh saya respons, Yang Berhormat Menteri?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Yes.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya gembira mendengar pandangan yang bagi saya adil tetapi saya rasa Bagan Datuk tidak berapa faham kenyataan beliau baru-baru ini yang mengatakan Dasar Pandang ke Timur sudah tiada lagi.

Beliau bercakap tahun lepas ya dan bila mana Yang Amat Berhormat Tambun pun sama mengatakan Dasar Pandang Ke Timur akan ditukar ke Dasar Kerjasama Timur.

Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, it offended the Japanese. Why I said this? Kita tahu semua pakar-pakar hubungan antarabangsa tahu China dan Jepun ini tak boleh duduk sekali dalam satu grouping because of geopolitical differences. Jadi, eloklah saya minta jasa baik Wisma Putra perjuangkan dan kekalkan Dasar Pandang ke Timur dan tak apa untuk libatkan China masukkan dalam Dasar Kerjasama Timur itu.

Sebab Yang Berhormat Menteri, China ini is a natural hegemon, dia berbeza dengan Jepun. Dia tak ada Dasar Pandang ke Timur pun dia tetap dengan kita. Jadi, tak perlulah kita, we know, merosakkan hubungan yang baik 40 tahun dengan Jepun kerana — kerana apa? Bagi saya, saya risau Tambun ini dia nak hapuskan legasi Tun Dr. Mahathir, ini yang saya bimbang. Hanya kerana dendam, kita rosakkan 40 tahun hubungan baik kita dengan Jepun. Jadi, saya minta Wisma Putra tolong pertahankan. Tak ada gunanya, tak ada maknanya kita buat benda macam ini. Baik. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih kepada Machang.

Saya dah sebut tadi bahawa kita — sebarang perubahan tidak sepatutnya menjejaskan hubungan sedia ada dengan ketiga-tiga negara tersebut. Kita dalam kajian, baru dalam peringkat kajian. Bila disebut begitu dalam Dewan ini, kita — Wisma Putra sebagai the Guardian of this foreign policy of Malaysia dengan izin, kita buat kajian dan kita akan membawa perkara ini ke peringkat Kabinet. Mendengarkan pandangan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi kita akan memperkasakan lagi hubungan kita dengan Jepun dan Korea dengan tidak kita mengurangkan pula persahabatan dan juga kepentingan kita dengan negara China. Itu asas yang kita lakukan, insya-Allah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ya?

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Masa sudah tamat, sedikit lagi ya. Bagi saya satu minit setengah. Kajian tersebut sedang dilaksanakan secara bersama oleh pelbagai agensi, diterajui oleh Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan,

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Perdagangan dan Industri serta dianggotai oleh kementerian-kementerian berkaitan termasuk Kementerian Luar Negeri.

Ini yang saya katakan tadi kajian untuk kita mengkaji semula tetapi mengkaji bukannya untuk menghapuskan, mengkaji untuk menambah nilai, mengkaji untuk kita melihat keadaan dunia dan juga geoekonomi setempat dan untuk kita memperkasakan lagi hubungan kita dengan Jepun, dengan Korea, dengan tidak mengurangkan kerana kita ada kita punya mekanisme sendiri dengan China. Jadi, ini yang kita lakukan dan kita akan berikan pertimbangan dan pandangan sebaik mungkin kepada pihak kerajaan, insya-Allah. Pada tahun 2013, hubungan telah dinaik taraf, nanti sekejap [Tidak jelas] dengan Jepun, dalam konteks hubungan dua hala dengan Jepun, keberkesanan pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur ini telah membantu memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada di antara Malaysia dengan Jepun melalui penaiktarafan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik komprehensif iaitu Comprehensive Strategic Partnership dengan izin, pada 2023 bulan Disember. Ini merupakan antara taraf tertinggi hubungan dua hala antara Malaysia dengan sesebuah negara.

Dengan Republik Korea pula Dato’ Yang di-Pertua, pada masa yang sama, hubungan diplomatik Malaysia-Republik Korea yang terjalin sejak tahun 1960 telah dinaik taraf pada perkongsian strategik pada 20 November baru-baru ini iaitu 2024. Dengan Republik Rakyat China, di samping hubungan diplomatik Malaysia dengan Republik Rakyat China yang telah terjalin sejak 31 Mei 1974, terus berkembang maju dengan kerjasama dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.

Pada tahun 2013, hubungan ini telah dinaik taraf daripada kerjasama strategik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif atau dengan izin, Comprehensive Strategic Partnership yang menandakan pengukuhan hubungan merangkumi pelbagai bidang kerjasama sedia ada dan baharu. Pada tahun 2024, kedua-dua buah negara telah menyambut ulang tahun ke-50 perhubungan diplomatik bersama.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya tutup Dato’ Yang di-Pertua.

Sebelum saya tutup penggulungan saya ingin menyatakan bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas bukan sekadar dokumen pembangunan tetapi pengiktirafan terhadap usaha- usaha diplomasi Malaysia dalam pembangunan sosioekonomi negara. Penyertaan KLN dalam pelaksanaannya adalah amanah besar yang akan kami laksanakan dengan penuh komitmen bagi membuka lebih banyak ruang kemajuan untuk negara.

KLN bertekad untuk memastikan semua strategi dan pendekatan yang telah digariskan dalam dokumen RMK13 dicapai bagi tempoh lima tahun akan mendatang.

Sepanjang pelaksanaan RMK13 kelak, KLN akan memastikan setiap inisiatif diterjemahkan kepada manfaat yang jelas untuk pembangunan nasional dan kesejahteraan rakyat.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Masa sudah tamat.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sekejap, saya minta jawapan bertulis. Jawapan bertulis ya, Tok Mat ya...

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung sampailah jam 2.30 petang nanti.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa]

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] SUDR, baik. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang, Yang Berhormat–Yang Berhormat.

Sesi jawapan daripada Menteri belah sesi petang ini, saya mempersilakan Menteri Kerja Raya untuk memberi jawapan atas apa yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat– Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:30 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Salam Segulai Sejalai.

Terlebih dulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya semasa seminggu perbahasan yang lalu.

Saya menyambut baiklah segala cadangan dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat semua. Saya meneliti setiap sudut isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan juga, ada menyediakan jawapan yang berkenaan. Cumanya, dari segi mengambil kira konteks hala tuju dan rangka sederhana pembangunan negara yang diterjemahkan melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu tahun 2026 ke 2030, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Julai 2025 lepas.

Saya terlebih dahulu ingin meletakkan keutamaan penggulungan ini untuk berkongsi pembentukan rangka strategi Kementerian Kerja Raya yang lebih holistik bagi menyokong langkah kemajuan ekonomi yang lebih berdaya saing di masa hadapan. Dasar yang dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah mengambil kira semua pandangan stakeholders ya, yang terlibat termasuklah semasa sesi libat urus bersama pemain industri.

draft • 2:33 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Dan, saya memohon izin Tuan Yang di-Pertua, sekiranya saya tidak dapat menjawab semua isu yang dibangkitkan, saya akan menyediakan jawapan secara bertulis.

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat Menteri dan juga mana Ahli Parlimen yang tiada dalam Dewan pun boleh di-skip jawapan mereka.

draft • 2:33 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya menyambut baik aspirasi kerangka pembangunan negara yang progresif, inklusif dan holistik, seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (2026-2030). Terima kasihlah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, baru- baru ini.

Kementerian Kerja Raya akan terus komited untuk merealisasikan infrastruktur MADANI demi kesejahteraan negara dan rakyat dengan secara konsisten menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan bagi menjadikan infrastruktur negara lebih berkualiti, mampan, lestari, selamat dan selesa untuk rakyat di bandar dan juga di luar bandar, di seluruh negara.

Antara inisiatif Kementerian Kerja Raya yang terangkum dalam pelan pembangunan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, antaranya iaitu meningkatkan akses sempadan dan kesalinghubungan antarabangsa seperti menaik taraf Jambatan Rantau Panjang–Sungai Golok yang menghubungkan Malaysia dan Thailand serta Jalan Kalabakan–Simanggaris yang menjadi laluan penghubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Yang kedua, iaitu kesalinghubungan lebuh raya antara negeri dan nasional, termasuklah pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dan yang dijangka memberi rangsangan besar kepada pembangunan Pantai Timur.

Yang ketiga, Kementerian Kerja Raya juga komited menyiapkan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan di Sarawak dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas, di samping meneruskan pembinaan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Lebuhraya Trans Borneo (LTB) sebagai pemacu utama integrasi Borneo.

Keempat, naik taraf keupayaan lebuh raya utama, termasuk kerja pelebaran laluan PLUS dari Juru ke Sungai Dua di Pulau Pinang dan dari Senai Utara ke Machap di Johor bagi menyokong pertumbuhan ekonomi koridor utara dan selatan.

Kelima, iaitu sokongan kepada infrastruktur luar bandar, yang menyasarkan pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar sepanjang 2,800 kilometer menjelang tahun 2030, berbanding dengan 2,436 kilometer pada tahun 2024 ini. Penambahbaikan turut merangkumi jalan kampung ya, dan sistem saliran dan utiliti asas, khususnya di kawasan FELDA, FELCRA dan wilayah pembangunan luar bandar.

draft • 2:33 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Keenam, iaitu meningkatkan keselamatan jalan raya dan pengurusan infrastruktur pintar dengan pemasangan lebih banyak lampu jalan, lampu isyarat, sistem pemantauan had laju dan peralatan keselamatan lain untuk melindungi pengguna jalan raya.

Seterusnya, sebagai peneraju dalam sektor pembinaan negara, Kementerian Kerja Raya juga akan terus memperkasakan penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan seperti Building Information Modeling (BIM), Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk pengurusan projek yang lebih cekap, berkualiti, meningkat ataupun mengikut jadual, di samping mengurangkan kos dan kebergantungan kepada pekerja, lebih-lebih lagi pekerja asing.

KKR juga akan terus mengadaptasi inisiatif pendigitalan melalui program MYJalan, Highway Network Development Plan (HNDP), National Construction Information Platform

(NCIP) dan Road Accident Management System (RAMS) bagi memperkukuh perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur negara ke arah yang lebih berkualiti, mapan, responsif dan kos efektif dengan mengurangkan extension of time (EOT).

draft • 2:33 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

KKR turut menyokong sasaran negara ke arah sifar bersih karbon menjelang 2050 ataupun 20-50 dengan menggalakkan penggunaan bahan binaan mesra alam dan membina infrastruktur rendah karbon.

Tuan Yang di-Pertua, program MyJalan ini. Setelah dua tahun pelancarannya sejak Ogos 2023, aplikasi ini telah merekodkan 54,330 pengguna berdaftar dan 40,938 aduan sepanjang tempoh tersebut sehingga 31 Julai 2025. Sebanyak 12,459 iaitu bersamaan dengan 30.43 peratus daripada aduan tersebut melibatkan aduan jalan seliaan KKR dan agensi. 11,860 atau iaitu 95.19 peratus aduan telah diselesaikan dan selebihnya 599 atau 4.81 peratus ya aduan masih dalam siasatan. Manakala –– ha, ini penting berbanding dengan apa yang telah disebut.

Manakala 28,479 atau bersamaan 69.57 peratus yang kita sebutkan sebagai no wrong door policy adalah bagi pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

(KKDW) dan kerajaan negeri yang melibatkan jalan bandaran, jalan kampung, jalan pertanian, jalan negeri dan jalan persendirian. Jadi itu bergantung kepada merekalah untuk buat kerja-kerja dengan segera atau ada sebabnya lewat sikit, ya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Indeks Lebuhraya Hijau (MyGHI) sebagai menyokong dasar teknologi hijau negara di samping pelan strategik Malaysian Sustainable Development 2013 ke 2050. Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia telah melaksanakan penerapan Indeks Lebuhraya Hijau Malaysia (MyGHI) ya. Pelaksanaan inisiatif penarafan MyGHI ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pengurangan inisiatif ataupun intensiti kadar pengeluaran gas rumah hijau berbanding dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus daripada asas yang dicapai pada tahun 2005, 2-0-0-5.

draft • 2:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Bagi kitaran pertama perlaksanaan MyGHI tahun 2016 ke 2020, semua jajaran lebuh raya bertol telah mencapai 100 peratus sasaran bagi penarafan MyGHI, melepasi kategori certified, manakala pada peringkat kitaran kedua iaitu bermula pada tahun 2021 sehingga 2025, sasarannya adalah untuk mencapai 70 peratus daripada lebuh raya bertol mendapat penarafan silver.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan komitmen kerajaan untuk mencapai status negara sifar bersih karbon menjelang tahun 2050, Kementerian Kerja Raya melalui LLM, Lembaga Lebuhraya Malaysia, terus komited untuk menyokong agenda mobiliti lestari negara melalui inisiatif pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) terutamanya pengecas pantas DCFC di sepanjang jajaran lebuh raya dan inisiatif ini merupakan komponen kritikal dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

Jadi, Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau Malaysia (GTMP) dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB). Jadi objektif utama program ini adalah untuk membina satu rangkaian infrastruktur pengecas yang strategik dan efisien, bagi menyokong penggunaan kenderaan yang lebih lestari selain menyumbang secara langsung kepada agenda mobiliti rendah karbon dengan menurunkan kadar pelepasan karbon dioksida daripada sektor pengangkutan.

Kemajuan yang amat baik telah dicapai dalam melaksanakan inisiatif ini di mana tahun 2025, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia telah menetapkan petunjuk prestasi utama ataupun KPI untuk membina 30 poin pengecas kenderaan elektrik baharu yang akan menjadikan jumlah keseluruhan 112 poin pengecas beroperasi di sepanjang lebuh raya bertol di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, LLM atau Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Building Information Modeling (BIM) dalam kitaran hayat projek lebuh raya bagi menyokong Agenda Transformasi Digital Negara. Selaras dengan RMK13 dan Dasar Pembinaan Negara 2030, pelaksanaan BIM adalah satu keperluan strategik bagi memastikan infrastruktur lebuh raya yang lebih pintar, selamat dan mampan.

Komitmen ini diperkukuhkan lagi dengan pengenalan polisi BIM di LLM yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 di mana ia mengintegrasikan penggunaan BIM dari fasa perancangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan naik taraf lebuh raya.

Seiring dengan polisi BIM tersebut, beberapa lebuh raya bertol telah menjadi projek perintis dengan sasaran Level of Development (LOD) yang telah ditetapkan di antaranya projek pelebaran Lebuhraya KL–Karak, projek pelebaran Lebuhraya Lingkaran Kajang, projek tebatan banjir Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, Jambatan Sungai Perak dan beberapa kawasan rehat terpilih di Lebuhraya Utara–Selatan.

Selain itu, beberapa projek lain dalam peringkat perancangan juga telah mengambil kira keperluan ke arah pelaksanaan BIM seperti cadangan projek Lebuhraya WISE, projek

draft • 2:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

pelebaran Lebuhraya SILK, S-I-L-K ya fasa 3 dan projek penyuraian trafik Juru–Sungai Dua di Lebuhraya Utara–Selatan.

Selain itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah melabur secara signifikan dalam pembangunan modal insan bagi peningkatan kepakaran dalam bidang BIM. Sehingga kini LLM telah mula melatih pegawai berkelayakan bagi BIM Manager, BIM Coordinator dan BIM Modeler. Pelan strategik yang komprehensif juga telah dirangka dengan pembangunan garis panduan BIM Infra…

draft • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Yang di- Pertua, boleh minta laluan Menteri?

draft • 2:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

...Dan jalinan kerjasama strategik dengan agensi...

draft • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Yang di- Pertua boleh minta laluan?

draft • 2:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

...Utama CIDB serta institusi industri akademik.

Sila.

draft • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Dato’ Yang Pertua dan terima kasih Menteri. Dalam ucapan perbahasan saya mengenai RMK13, saya menyebut tentang bagaimana kita nak divert atau melencongkan trafik yang menuju ke utara Kedah dan Perlis perlu dilihat secara rasional iaitu betul boleh buat flyover ataupun naik taraf jalan laluan Juru ke Sungai Dua di Butterworth di Pulau Pinang.

Tapi saya, Kubang Pasu berpendapat bahawa cara yang terbaik untuk kita divert atau melencongkan trafik ini ialah dengan membina lebuh raya bertol daripada Changkat Jering melalui bandar baharu Kedah terus ke Sungai Petani, Dato. Apakah perancangan kerajaan tentang perkara ini? Terima kasih banyak.

draft • 2:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di...

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Lebuh raya juga.

draft • 2:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okeylah, Bagan...

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Speaker. Iaitu berkenaan dengan –– saya nak memberikan cadanganlah berkenaan dengan selalu berlaku kesesakan terutama lepas daripada Terowong Menora. Di situ kalau boleh kena buat satu plan untuk ada satu kontra jalan, apabila berlakunya accident sebelah nak hala ke utara boleh buka cepat-cepat untuk menghala ke utara –– kontra tadi. Kalau tidak sampai kadang-kadang sampai dua jam sedangkan tol terpaksa kita bayar, sedangkan berlaku pula jam di sana. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik. Tuan Yang di-Pertua, kalau diizinkan, semua yang soalan-soalan ini, lebih-lebih lagi kalau telah dibangkitkan dalam perbahasan, saya memang dah ada jawapannya yang kita buat secara detil ya. Tapi di peringkat ini, biarlah saya selesaikan dulu apa di peringkat dasar, strategi dan sebagainya dalam Rancangan

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Malaysia Ketiga Belas yang telah kami olah dan rangka untuk secara lebih holistik saya nak maklumkan dan saya nak kongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Sebab kita bincang RMK13 ini mungkin menjurus ke lebih dasar dan polisi, ya sebab dia Rancangan Malaysia Ketiga Belas, lima tahun.

Jadi, yang spesifik ini memang kita ada jawapan. Jadi, kalau dalam perbahasan bajet, ya kita bincang lebih detail dalam setahun ke setahun. Memang juga kita ada maklumat. Jadi kalau diizinkan Yang Berhormat, setakat ini saya ambil maklum dahulu kedua-dua Ahli Yang Berhormat ini dan saya akan sampaikan jawapannya nanti atau penjelasannya nanti secara bertulis kepada Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Kubang Pasu ke? Boleh ya? Okey, saya teruskan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, statistik pelaksanaan projek di bawah JKR menunjukkan bahawa sejumlah 2,277 projek keseluruhan di mana 863 daripadanya adalah masih dalam pembinaan. Bagi tahun 2025, sebanyak 164 projek yang telah disiapkan di mana 33 projek iaitu 20.12 peratus daripadanya telah siap awal, ahead of time (AOT) dari tarikh siap asal.

Jadi, manakala bilangan projek sakit sehingga kini adalah sebanyak 58 projek berbanding 863 projek dlm pembinaan iaitu bersamaan dengan 6.72 peratus. Kementerian Kerja Raya komited untuk memastikan segala projek yang dilaksanakan akan siap mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan lebih baik lagi jika projek-projek tersebut dapat disiapkan AOT- ahead of time.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan IBS iaitu Industrialised Building System di Malaysia menunjukkan peningkatan yang konsisten. Sehingga tahun 2024, 36 peratus projek pembinaan telah menggunakan IBS dengan pecahan 81 peratus projek kerajaan dan 10 peratus projek swasta. Perbandingan tahun sebelumnya menunjukkan 30 peratus pada tahun 2023 dan 25 peratus pada tahun sebelumnya iaitu 2022.

Kajian CIDB pada tahun 2024 mendapati pelaksanaan IBS dalam projek swasta masih rendah walaupun projek swasta merangkumi 70 peratus daripada keseluruhan projek pembinaan di Malaysia. Jadi, bagi meningkatkan pelaksanaan IBS sektor swasta, jadi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan Pekeliling KSU KPKT Bilangan 4 Tahun 2024 yang mewajibkan penggunaan IBS bagi projek swasta bernilai RM50 juta dan ke atas serta berkeluasan 50,000 meter persegi dan ke atas.

Projek-projek ini perlu mencapai skor IBS minimum iaitu 70 semasa permohonan keluasan pelan pembangunan di pihak berkuasa tempatan. Jadi, CIDB telah dilantik sebagai Agensi Teknikal Luaran (ATL), teknikal luar bagi memantau pematuhan dan pelaksanaan IBS dalam projek-projek swasta di bawah pelaksanaan pekeliling ini.

Kajian kes terkini terhadap projek perumahan menunjukkan IBS dapat menjimatkan masa pembinaan sebanyak 32 peratus.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

IBS juga mengurangkan kos buruh tapak bina sehingga 49 peratus di samping mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

dan juga ada peningkatan penggunaan IBS memberi kesan positif terhadap produktiviti industri pembinaan dan menyokong agenda negara untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sila.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya ingin tahu status projek RMK12 berkenaan dengan Taman Perindustrian IBS di Labok, Machang.

Apakah akan diteruskan oleh Menteri dalam RMK13?

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Lagipun Yang Berhormat, ini spesifik eh. Saya tak ada maklumat di sini. Nanti saya akan sampaikan maklumat yang lebih teliti kepada Yang Berhormat Machang. Ini di Machang ya?

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, saya sebut dalam perbahasan saya. Ini kementerian tak ambil maklum. Saya minta terus jawapan bertulis ya.

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik.

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sama.

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey, Yang Berhormat. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

Selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Strategi D4.1: Meningkatkan Penyediaan Perumahan Berkualiti, Berdaya Huni dan Terangkum. Pelaksanaan IBS khususnya bagi projek perumahan mampu milik dan perumahan awam dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan pelaksanaan projek serta mempercepatkan tempoh pembinaan. IBS juga menyokong Strategi C4.2: Membangunkan Mekanisme Kawalan Kos dengan mengurangkan kos buruh dan pembaziran bahan binaan.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kajian kes CIDB membuktikan IBS lebih efektif bagi projek perumahan kerana faktor skala ekonomi (economies of scale). Unit yang banyak dan reka bentuk berulang memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan pemasangan. Sila, nanti.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Menteri, minta maaf. Saya mencelah sekali lagi. Semalam saya nak tanya Yang Berhormat Teluk Intan, tapi dia tak nak jawab. RMK13 sasarkan satu juta rumah mampu milik.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tak disebut dalam RMK13 siapa yang nak buat, PR1MA ke apa. Dan saya tahu, teknologi IBS antara teknologi yang mampu menjayakan misi tersebut. Tapi target RMK12 nak buat 500,000, tak capai-

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

capai lagi. Jadi, macam mana RMK13 nak buat satu juta rumah tanpa ada strategi yang jelas?

Boleh Yang Berhormat Menteri terangkan?

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, tepatlah tadi sebab ini di bawah KPKT. Jadi, pelaksanaannya pun perlu diharmonikan. Kami dan mereka, dan merekalah yang buat keputusan. Ini perlu diperhalusi. Mungkin sekadar itu saya belum lagi boleh dengan secara tepat, rasmi nak maklum kepada Yang Berhormat, takut nanti tak tepat. Tapi oleh kerana Yang Berhormat kata tadi dah diajukan kepada Yang Berhormat, mungkin dia ada respons secara lain nantilah. Tetapi, terima kasihlah.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, Yang Berhormat Menteri, sikit. Sebab you have the solution, he is the project owner?

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, will you work with him?

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yes.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

All right.

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kalau perlu, memang. Kita ni mengamalkan whole of government approach, Yang Berhormat ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik.

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

We are more than willing to work with them.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Libatkan kami sekali. Kami pun boleh bantu.

[Ketawa]

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih lah Machang. Okey, Tuan Yang di- Pertua, saya bagi seorang perempuan ya. Jadi, dari apa? Mana ni?

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat.

draft • 2:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tumpat. Sila Tumpat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya ada dua isu. Satu, berkenaan dengan polisi kerajaan. Dalam kes IBS, saya rasa sangat bagus untuk dibuat kerana ia akan menguntungkan kerajaan dan juga rakyat. Isunya sekarang ialah sekiranya ini dibuat di bawah dua kementerian berbeza berkenaan dengan isu perumahan rakyat. Contoh, rumah rakyat yang hanya ada dua bilik sekarang. Ada ramai lagi rakyat kita yang masih ada dua bilik. Cuma nak tambah satu bilik. Bila nak tambah satu bilik, kosnya sepatutnya boleh dikurangkan kalau betul-betul menggunakan sistem yang YB sebut.

Tapi hari ini, terdapat beberapa polisi dalam beberapa kementerian bahawa tidak boleh diberikan bantuan melainkan untuk membina rumah baru atau kalau baiki pun mereka ada certain kriteria yang tertentu. Jadi, kalaulah boleh dalam RMK13 ini dijadikan polisi bahawa penambahan satu bilik rumah untuk yang tertentu menggunakan kaedah ini perlu

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

dijadikan satu polisi supaya boleh membantu ramai rakyat yang terlibat dalam kes melibatkan perumahan tadi. Itu yang pertama.

Dan yang kedua — saya juga terlibat dalam meeting JKPK, terpaksa pergi sekarang.

Berkenaan dengan isu polisi keseimbangan di antara perkembangan wilayah Pantai Timur dengan Pantai Barat. Sekarang, perkembangan ECRL dah hampir selesai, ada perubahan, ada perkembangan. Cuma, dari segi LPT3 yang saya kira perlu sebenarnya. Saya rasa semua YB-YB daripada Pantai Timur sangat mengharapkan penjelasan yang terperinci supaya kami boleh terangkan kepada rakyat. Kesediaan kerajaan dari sudut polisi untuk memastikan connectivity daripada rakyat di sempadan sampai ke ibu negara kita sehingga menggabungkan seluruh Malaysia. Kerana sampai hari ini, susahlah untuk kami di Kelantan sebagai contohnya nak sebut kami adalah satu negeri yang tidak ada lebuh raya sampai hari ini.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, kalaulah kita dapat tengok RMK9 sampai ke hari ini RMK13, kita belum dapat lagi satu polisi yang jelas daripada pihak kerajaan, bagaimana hendak menjadikan ini satu realiti. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dua isu tadi ya. Satu isu itu memang kami ambil maklumlah.

Cadangan itu baik tapi oleh kerana kita ada apa, separation of responsibility-lah. Kami pelaksana, JKR, KKR ya. Yang projek-projek ini adalah di bawah tangan kementerian lain.

Sekiranya mereka ini setuju dengan cadangan Yang Berhormat, kalau dia ambil maklum apa yang di apa, disyorkan oleh Yang Berhormat, kita kalau terlibat dalam pelaksanaannya, kita tak ada masalah ya. KKR, JKR ini sebab kita ini, we are technical agency ya. Yang memutuskan dasar dan sebagainya, kaedah, dari peringkat lain. Saya berharaplah cadangan yang baik Tumpat ini tadi...

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, boleh sikit Menteri?

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Boleh, saya nak...

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, saya rasa macam inilah Menteri, saya rasa sebab kami pun nak dengar jawapan Menteri juga. Saya rasa kalau melibatkan kementerian lain, saya rasa Menteri jangan jawablah. Ini nasihat sayalah Menteri.

Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat, kerana membantulah.

[Ketawa] Terima kasih. Ya. Jadi — saya dah hilang sikit. Yang kedua tadi, tentang apa, perhubungan di antara utara, di timur dan di apa kata, di central ataupun lepas itu ke barat ini, memang kita ada HNDP - Highway National Development Plan ya. Memang selalu disebut juga dalam Dewan ini, tadi pun saya sebut. Kita ada boleh dikatakan yang telah dirangka dengan teliti supaya mana-mana kawasan tidak ketinggalan dari segi accessibility dan mobiliti rakyat. Jadi, Yang Berhormat, setakat inilah saya boleh jelaskan itu. Memang itu tidak terlepas pandang daripada kerajaan ya. Cuma, kita dalam pelaksanaannya ya, kita,

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

mana kita nak percepatkan, diutamakan, ia mengikut banyaklah keperluan yang lain, kemampuan juga.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, ini satu lagi perkara pentinglah iaitu berkaitan dengan proses verifikasi bahan binaan sebab kita industri binaan ini ya. Bahan-bahan yang diguna yang diimport, lebih-lebih lagi sekarang banyak bahan binaan diimport. Ada yang melalui saluran rasmi, ada yang tidak. Jadi, bahayalah kalau kualiti barang binaan itu tidak menepati standard yang sepatutnya dari segi keselamatan. Jadi, pindaan Akta 520, Perlembagaan ataupun Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memperkukuhkan keperluan pemantauan atau pematuhan terhadap piawaian mandatori bahan binaan.

Langkah ini bukan sekadar memastikan bahan yang digunakan memenuhi standard negara, tetapi juga untuk mengekang kemasukan produk yang tidak berkualiti ke pasaran kita. Jadi, cabaran yang hadapi adalah — dihadapi adalah proses verifikasi kilang dan produk luar negara yang sebelum ini dijalankan secara manual. Jadi, proses ini mengambil masa panjang sehingga 21 hari bekerja dan tidak lagi seiring dengan peningkatan jumlah permohonan setiap tahun.

Jadi, menyedari hakikat ini, CIDB telah mengambil langkah proaktif membangunkan sistem CIDB Imported Material Inspection and Compliance atau CIMC. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada agenda reformasi kerenah birokrasi di bawah Kementerian Kerja Raya untuk memendekkan tempoh verifikasi daripada 21 hari kepada tujuh hari bekerja ya. Adalah dimaklumkan bahawa pembangunan sistem CIMC kini telah mencapai 50 peratus. Apabila siap kelak, ia akan:

(a) mendigitalkan sepenuhnya proses permohonan dan pelaporan verifikasi;

(b) memastikan data lebih tepat dan proses lebih efisien;

(c) mengurangkan kos dan masa pemprosesan;

(d) meningkatkan kapasiti untuk menampung jumlah permohonan yang lebih tinggi tanpa beban tambahan; dan

(e) menyediakan pelaporan yang komprehensif secara automatik.

Seiring dengan agenda Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menekankan inovasi dan transformasi digital, semua pihak industri digalakkan untuk menyokong pelaksanaan sistem ini. Jadi, dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, negara mampu memperkukuhkan daya saing industri pembinaan negara ke tahap yang lebih tinggi.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, boleh saya minta penjelasan? Biasa jawapan Menteri dia sebut, Ahli Parlimen sekian bangkit, sekian jawapan.

Jadi, Menteri saya nampak jawab macam menjawab dalam bentuk dasar dan polisi sahaja.

Boleh saya minta penjelasan, adakah perkara khusus yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen ini akan dijawab secara bertulis?

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya. Sebab dari awal tadi Yang Berhormat, saya minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua sebab Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini adalah secara kita bincangkan dasar ya. Jadi, walaupun tak dibangkit, bagi saya perkara-perkara ini penting dan perlu kami kongsikan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai pemimpin dan juga rakyat di luar sana, apa tindakan-tindakan, strategi, langkah-langkah kami telah buat, ambil, supaya kita boleh meyakinkan lagi industri pembinaan dan sebagainya. Apa yang mungkin tak diketahui oleh Ahli Yang Berhormat dan tidak dibangkit dalam perbahasan ya.

Sebab itu saya, bagi saya, ini penting untuk diketahui oleh semualah.

Jadi, yang dibangkit oleh secara individu, kami dah semak, teliti. Kebanyakannya hampir 90 peratus adalah menyentuh perkara spesifik di kawasan masing-masing. Saya di sini ada, sangat teliti, panjang lebar tapi memandangkan masa tidak mengizinkan, akan kami sampaikan kepada Yang Berhormat, Yang Berhomat nanti. Jadi, mungkin maklum balas di sini nanti bolehlah digunakan sebagai bahan perbahasan bajet kelak ya.

Sebab itu kalau diizinkan, biarlah saya berkongsikan apa — dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini, apa langkah-langkah, apa strategi, apa semua, yang akan kita guna dan kita buat penambahbaikan dalam segala tanggungjawab core business ataupun responsibility KKR, JKR ini dalam pembinaan dan juga dalam penyenggaraan jalan dan juga perancangan jalan dan sebagainya dalam lima tahun ke depan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Saya nak kongsikan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat ini tahu mana framework kita kalau dibenarkan ya. Baik.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sebentar.

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sila.

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, apa Yang Berhormat Menteri nak sampai, ini floor Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan akan menjawab dan saya pasti ada komitmen sebagaimana yang dinyatakan.

Yang Berhormat Menteri telah memberi komitmen untuk memberi jawapan bertulis kepada isu-isu yang dibangkitkan secara spesifik semasa perbahasan usul ini. Maka, ia perlu di-e-melkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam tempoh lima hari dan saya percaya Yang Berhormat akan laksanakan. Jadi, tak perlulah kita nak ulang-ulang dan saya nak ingatkan lagi ya, nak mencelah itu ada adat, Peraturan 35. Saya akan tolerate sebaik mungkin tapi kalau saya tak boleh tolerate nanti, saya janji lima hari saya bagi. Saya tak mahu satu, dua, tiga dah ya. Teruskan Yang Berhormat, saya bagi masa sikit lagi. Silakan.

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya bagi Langkawi dulu?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan. Itu floor Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua. Bercakap soal dasar tadi yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, saya, sebelum saya berbahas RMK15 — RMK13, saya melihat RMK5, enam, tujuh, lapan dan bila saya melihat kepada RMK9, RMK9 telah dibentang blueprint pelaksanaan rangkaian jalan raya di Malaysia. Cukup complete, komprehensif dan saya ingin bertanya dan saya bertanya dalam perbahasan saya, adakah RMK13 juga mengeluarkan blueprint ini seperti mana 2007 yang dibuat untuk selama lima tahun? Jadi, tak payah lagi dah bertanya soal Jalan Sungai Petani ke Changkat Jering sebab sudah ada dalam blueprint tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Ya, memang apabila kita merangkakan blueprint ataupun perancangan kita dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, saya tumpukan kepada yang mana jatuh di apa, tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Memang kita rujuk kepada apa, mana-mana polisi, dasar yang sudah dirangka dan kita buat penambahbaikan.

draft • 3:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jika dirujuk kepada rangkaian jalan raya di negara kita, memang HNDP kita sekarang, Highway National Development Plan kita sekarang adalah juga kita angkat daripada yang selamanya sudah ― mana yang sudah dibuat, kita gugurkan. Mana yang dipohon, keperluan baharu, kita angkat dan masukkan. Sebab itu, saya sebut tadi, Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini mengambil kira apa yang keperluan baharu ini. Mungkin dulu dari satu lokasi ke satu lokasi tak perlu tapi sekarang mendesak kerana ada pertumbuhan aktiviti-aktiviti di kawasan tertentu.

Jadi, kita sentiasa update, kata orang, dasar kita. Jadi, blueprint, asalnya memang kita guna sebagai foundation ataupun asas kepada yang baharu ini, Langkawi. Jadi, kita taklah buang, tak gunakan yang terdahulu itu. Tapi, mana yang kita dah capai memang kita gugurkan. Meaning to say, Sir, there is a synergy daripada blueprint yang sudah kepada blueprint ― saya bincang tentang KKR, strategi KKR. Yang keseluruhannya itu bukan bab sayalah. Bukan peringkat saya respons sebab itu yang lebih tinggi, kalau dikatakan RMK13 keseluruhan. Saya hanya menyentuh kepada yang berkaitan dengan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya.

Yang Berhormat ya.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Tuan Speaker. Sik depan ini. Yang Berhormat Menteri, boleh?

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Alexander Nanta Linggi

Boleh.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih, Menteri. Saya lihat penerangan Yang Berhormat Menteri ini di peringkat dasar itu sangat penting. Namun, rakyat juga sedang menunggu mungkin perkembangan dan dasar khusus untuk penambahbaikan Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli dan jalan raya ini sangat penting untuk kementerian melihat dengan serius. Seperti mana direkodkan, sudah 257 kes

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

kemalangan dan kemalangan maut yang melibatkan lebih 15 kematian anak-anak pelajar UPSI pada Jun yang lalu.

Sangat serius untuk dilihat dari segi struktur jalan itu sendiri yang sudah rosak dan perlu ada satu pelan yang kukuh di pihak kementerian dalam RMK13 ini untuk menambah baik jalan raya ini yang menghubungkan seluruh rakyat di utara dan timur itu dan termasuklah perhubungan di antara selatan dan juga di seluruh Semenanjung ini.

Terima kasih Menteri.

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, Yang Berhormat, terima kasih dan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, oleh kerana ini khusus kepada, spesifik kepada satu perkara yang saya dah sediakan, memang dah ada, tapi dia kalau ikut giliran, jauh, jadi saya awalkan di sini sebab dibangkit sekarang.

Jadi, Yang Berhormat, yang berbahas tentang projek Lebuhraya Timur-Barat ini YB Pasir Mas, YB Jeli dan YB Gerik yang membangkitkan tentang Lebuhraya Timur-Barat ini.

Jadi, berdasarkan data Bancian Lalu Lintas 2024, tahap perkhidmatan jalan, level of service

(LOS) di Lebuhraya Timur-Barat FT004 Gerik-Jeli adalah LOS A yang mana ianya masih mampu menampung trafik sedia ada. Tetapi, kita tidak menafikan perlu kita buat repair, perbaiki dan naik taraf.

Jadi, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembaikan struktur turapan jalan di Lebuhraya Timur-Barat FT004 Gerik-Jeli dari seksyen 83.74 ke seksyen 198.40 Hulu Perak Darul Ridzuan dengan kos sebanyak RM100 juta pada tahun 2024. Jadi, skop projek adalah merangkumi seperti berikut: iaitu kajian awal soil diversification dan ukur tanah ― RM500,000; Pavement Condition Assessment (PCA)― RM1 juta; penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat ― RM3,588,000; penyelenggaraan berkala bukan pavement ― RM14,504,000; penyelenggaraan berkala pavement ― RM80,408,000. Jumlah keseluruhannya RM100 juta.

Merujuk kepada jadual butiran peruntukan projek seperti yang dinyatakan, senarai aktiviti kerja telah berlangsung sejak 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 nanti. Sekarang dalam proses.

Bagi aktiviti di perkara satu tadi iaitu kajian awal, ini telah siap dijalankan pada tahun 2024. Untuk pelaksanaan kerja tahun 2025 ini, aktiviti di perkara dua, tiga dan empat tadi, yang telah saya sebut, dan sebahagian perkara kelima iaitu penyelenggaraan berkala pavement sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun semasa iaitu 2025 ini.

Manakala sebahagian aktiviti di perkara lima iaitu penyelenggaraan berkala pavement yang berjumlah RM45 juta akan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2026. Jadi, apabila projek ini siap, tahap keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya akan meningkat.

Selain itu, kementerian telah membuat permohonan lagi bagi menaik taraf laluan persekutuan FT004 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) pada Rolling Plan 1 tahun depan, Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk kelulusan agensi pusat seperti berikut — cadangan menaik taraf Lebuhraya Timur-Barat (LRTB) FT004 dari seksyen 83.74 sehingga seksyen

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Alexander Nanta Linggi

198.40 di Negeri Perak Darul Ridzuan, cadangan menaik taraf Lebuhraya Timur-Barat di seksyen yang sama tadi sehingga — yang tadi ya ― FT004 dari seksyen 198.40 sehingga seksyen 224.90 di Daerah Jeli, Kelantan Darul Naim. Jadi, sambungan ya.

Jadi, kalau kita melihat apa yang telah saya jelaskan di sini, memang kita akan sempurnakanlah sepanjang jalan itu mengikut peruntukan yang diberikan. Jadi, kita dah dapat juga peruntukan itu.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, tiga minit. Gulung.

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Alexander Nanta Linggi

Gulung?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dan yang lain- lain itu bagi jawapan bertulis.

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Alexander Nanta Linggi

Okeylah.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tiga minit.

Penanda masa.

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Alexander Nanta Linggi

Okey. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon maaflah sebab sebenarnya dasar pun, langkah-langkah strategik pun banyak lagi yang mustahak yang penting untuk diketahui oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Apatah lagi lebih hampir 40 orang Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Kerja Raya. Jadi, dalam masa lima hari yang dah dijanjikan tadi, kami akan sampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Bukan sekadar yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi dasar-dasar dan langkah-langkah strategik yang perlu diketahui oleh Ahli- ahli Yang Berhormat.

Jadi, saya akurlah kepada arahan daripada Tuan Yang di-Pertua. Sebagai penutuplah, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya (KKR) kami terus komited untuk memberikan tumpuan pembangunan infrastruktur mampan ke arah memperkasakan agenda pembangunan Malaysia MADANI demi untuk kesejahteraan rakyat.

Walau bagaimanapun, kita turut perlu mengambil kira kemampuan kewangan semasa kerajaan kita.

Kementerian Kerja Raya akan ― ataupun akui, bukan mudah, Tuan Yang di-Pertua, untuk mencari kesempurnaan untuk memuaskan semua pihak, tetapi sehabis sempurna itulah yang KKR cuba usahakan. Jadi, apa yang kurang akan terus diperhalusi dan diteliti dan apa yang baik akan terus diberikan tumpuan penambahbaikan. Apa yang mungkin tak seberapa, kita harmonikan. Jadi, segala pandangan dan cadangan daripada semua stakeholders termasuklah rakyat dan wakil rakyat akan terus diambil kira sebaiknya untuk kita terus bergerak maju ke hadapan.

Jadi, terima kasihlah sekali lagi atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kementerian Kerja Raya. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Belia dan Sukan. 30 minit untuk menjawab soalan.

draft • 3:10 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan penting bagi pembangunan belia dan sukan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ini merangkumi tiga dimensi, tiga teras dan sembilan tumpuan utama. KBS terlibat secara langsung dalam empat tonggak RMK13 iaitu meningkatkan kerencaman ekonomi, meningkatkan mobiliti sosial, mempercepatkan pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

draft • 3:19 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat mengenai perancangan KBS untuk melonjakkan pertumbuhan industri sukan strategik dengan membangunkan industri sukan negara melalui tadbir urus. Antaranya melalui kerjasama kerajaan swasta, keusahawanan dan pengkomersialan, inovasi dan pembangunan mampan. Ini dirancakkan dengan pemberian Geran Padanan Sukan (GPS). KBS telah menawarkan GPS sebanyak RM101 juta kepada 1,055 penerima pada tahun 2023 sehingga 2025 dengan pecahan berikut:

(i) RM40 juta pada tahun 2023 kepada 467 acara sukan;

(ii) RM35.5 juta pada tahun 2024 kepada 307 acara sukan; dan

(iii) RM25.5 juta pada tahun ini kepada 281 acara sukan.

Acara sukan berperingkat kebangsaan dan antarabangsa seperti ini adalah tonggak kepada industri sukan dengan ekosistem pengurusan acara, logistik, kejurulatihan dan teknikal insurans, media serta peralatan dan perkhidmatan sukan. Berdasarkan Akaun Satelit Sukan 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, industri sukan menjana RM49.5 bilion kepada ekonomi Malaysia, dengan nilai ditambah kasar berjumlah RM19.6 bilion pada tahun 2022.

Usaha Kerajaan MADANI jelas menampakkan peningkatan penganjuran acara berskala besar peringkat antarabangsa. Saya bagi contoh, pada tahun 2023, sebanyak 134 acara sukan telah menerima kelulusan penganjuran acara sukan antarabangsa. Pada tahun lepas, meningkat kepada 235 acara sukan antarabangsa. Inisiatif ini berjaya mengukuhkan penglibatan sektor swasta, membuka peluang perniagaan baru dan melonjakkan keusahawanan belia dalam pelbagai segmen industri sukan. Mengambil kira impak ini, saya amat berharap agar GPS akan diteruskan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh isu berkaitan KBS. Sebanyak 13 isu telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, yang merangkumi tiga isu berkaitan belia, dua

draft • 3:20 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

berkaitan sukan dan lapan berkaitan fasiliti dan kemudahan sukan, yang telah kita ulang berkali-kali dalam Parlimen mengenai proses permintaan ini.

Jadi, izinkan saya untuk terus masuk ke dalam isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lubok Antu dengan YB Tenggara, membangkitkan isu yang hampir sama. Jadi, saya akan jawab mengenai pembangunan belia dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Pendekatan kerajaan dalam RMK13 memberi tumpuan kepada pemerkasaan belia dalam ekonomi baru dan strategik. Ini termasuklah usaha untuk menurunkan kadar pengangguran belia dan peningkatan peluang pekerjaan.

Sebelum itu, suka saya kongsikan bahawa pembangunan belia dikendalikan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dan bukan KBS sahaja. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Tinggi untuk belia dalam IPT, Kementerian Kesihatan untuk kesihatan reproduktif belia dan remaja, Kementerian Sumber Manusia untuk belia dalam sektor pekerjaan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk belia yang ingin berniaga, serta Kementerian Pendidikan untuk belia berumur 15 tahun ke atas, yang sedang bersekolah.

Sebagai pemantauan, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ditubuhkan pada 3 Februari 2010, dianggotai antaranya oleh kementerian yang saya sebutkan tadi. Ahli anggota adalah 29 kementerian termasuk KBS okey dan Jawatankuasa Kabinet ini kini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I, berperanan sebagai platform perundingan dan penyelarasan tindakan strategik dalam usaha pembangunan belia negara yang melibatkan semua kementerian dan agensi berkaitan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa pembangunan belia dan memperakukan langkah tindakan tertentu daripada aspek dasar, perancangan serta pelaksanaan agenda pembangunan belia. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran belia berusia 15 hingga 30 tahun pada Jun 2025 adalah 6.2 peratus iaitu 396,800 orang penganggur.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah KBS, melalui kajian Indeks Belia Malaysia 2022, melaporkan antara faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran dalam kalangan belia adalah kekurangan penguasaan bahasa Inggeris, jurang antara kemahiran dengan keperluan pasaran, tiada pengalaman semasa pemohon pekerjaan dan keempat, permintaan gaji yang tidak realistik. Ini antara faktor-faktor yang telah ditemui dalam kajian tersebut. Dapatan ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Khazanah pada tahun 2018, yang antara lain juga berkaitan permintaan gaji yang tidak realistik.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai pendekatan rentas sektor untuk pembangunan belia dalam pekerjaan. Antaranya seperti (a) — memperkukuhkan ekosistem TVET, termasuk TVET belia. Yang ini saya nak ceritakan sedikit mengenai usaha KBS dalam memasarkan TVET kepada belia. Program TVET dilaksanakan melalui 21 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di bawah KBS. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah kerjasama

draft • 3:20 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

strategik bersama 214 syarikat industri dan lima NGO, dari tahun 2020 hingga 2025.

Kerjasama ini memberi manfaat kepada lebih 10,000 pelajar TVET di ILKBS, termasuklah belia minoriti.

Kerjasama dengan Microsoft Malaysia dengan memberi latihan AI kepada seramai 471 pengajar ILKBS dan bakal memberi manfaat kepada lebih 14,000 pelajar TVET.

Pertandingan seperti Youth Robot Challenge dan Innovation Development Through Educational Activities. Sehingga kini, sebanyak 2,407 projek inovasi dari enam kategori utama telah dihasilkan. Bagi pertandingan robot, sebanyak 655 projek robot telah dipertandingkan.

Pelaburan berasaskan industri dengan pertumbuhan dan nilai yang tinggi dan sektor strategik serta teknologi termaju dan ini ditawarkan melalui kursus penyelenggaraan kereta elektrik dan hibrid dan kursus pemasangan solar kepada belia. Secara keseluruhannya, kebolehpasaran pelajar TVET ILKBS pada tahun 2023 ialah 95.92 peratus dan meningkat kepada 97.01 peratus pada tahun lepas.

Berdasarkan data yang diperolehi, pelajar yang tidak bekerja disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah graduan tidak mampu berhijrah keluar dan memilih untuk mencari peluang pekerjaan berhampiran kampung halaman yang amat terhad peluang pekerjaan dan tiada industri berkaitan.

KBS melaksanakan penambahbaikan dan pembaharuan bagi meningkatkan kemasukan pelajar ke ILKBS. Lima skop penambahbaikan yang telah kita cuba, kita telah laksanakan adalah syarat kemasukan pelajar ke ILKBS dibuka kepada pemohon yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia, namun mempunyai asas 3M serta pelajar orang kurang upaya seperti pelajar autisme, fizikal, pekak, gagap atau sengau dan buta warna mengikut kesesuaian jurusan TVET yang kita berikan.

Pelajar juga diberi pilihan penginapan di asrama atau di luar dan pelajar dibenarkan untuk outing harian, bermula jam 5 petang sehingga jam 8 malam. Dan ini antara pindaan yang telah kita lakukan dalam institusi kita untuk menjadikan TVET lebih menarik kepada golongan belia. Kita tahu mungkin ada yang tak nak tinggal dalam kampus ataupun tidak mahu dikawal, tak boleh keluar. Semua itu kita telah cuba untuk menjadikan TVET kita lebih menarik kepada golongan belia.

Pada sesi ambilan Julai tahun ini, ILKBS mendapat permohonan yang tinggi untuk belia menyambung pelajaran dalam TVET. KBS menerima permohonan sebanyak 17,725 melalui portal UP_TVET dan kapasiti pengambilan pelajar di ILKBS adalah seramai 3,246.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan pelajar memperolehi latihan kemahiran, kementerian menawarkan kursus jangka pendek terutama dalam bidang teknologi elektrik dan bidang teknologi awam. Jadi, peratusan yang tinggi dalam permohonan ini menunjukkan bahawa tindakan bersepadu dan usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet untuk mempromosikan TVET sedang berjaya dilaksanakan sekarang.

Untuk Ahli Yang Berhormat Lubok Antu juga, kita ada pelbagai program belia yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara. KBS telah membangunkan Pelan

draft • 3:20 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 bagi mengatasi isu belia seperti pengangguran, peluang dan kebolehpasaran pekerjaan, keberhutangan, beban kewangan dalam kalangan belia. Pelan ini turut merangkumi program literasi kewangan dan pengurusan kredit belia bagi menjamin daya ketahanan kewangan belia.

Kita juga ada program Rakan Muda. Kita sasarkan 50 peratus ataupun 4.5 juta penyertaan belia daripada jumlah populasi belia. Dan tahun lepas, kita telah berjaya menganjurkan 3,215 program dan melibatkan 2.52 juta belia.

draft • 3:20 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kekangan kita adalah kekangan bajet kerana kita hanya mendapat lebih kurang RM25 juta untuk program Rakan Muda dan RM8 juta untuk program pembangunan belia di bawah JBSNKBS.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya, terima kasih. Saya minta maaf tertinggal bas sikit tentang TVET. Saya ada berbahas berkaitan memperkasa TVET.

Adakah KBS juga ada program atau dalam perancangan supaya antara program TVET di bawah KBS itu dihubungkan juga dengan perkembangan yang berkaitan misalnya automotif dan motosikal itu dengan lumba motosikal dengan Sepang International Airport dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita ada usaha untuk melakukan specialisation dalam TVET KBS iaitu lebih kepada pembangunan sukan, industri sukan. Tetapi apabila dikaji, kita lihat kampus ataupun institusi sedia ada kita dan kita perlu pastikan tenaga pengajar kita perlu mempunyai expertise tersebut.

Jadi kita sekarang sedang melancarkan pilot project dulu untuk satu institusi kita dulu untuk tengok kerana dalam bidang sukan sahaja, bukan sahaja motor, kita ada aviation sports yang sedang membangun menggunakan AI dan usaha kita first step, kita telah minta Microsoft masuk ajar tenaga pendidik ILKBS kita dulu.

Dan kajian ataupun usaha tersebut telah mendapatkan hasil yang bagus kerana tenaga pengajar, pendidik kita, mereka rasa they are very interested dengan izin, untuk belajar perkara baru dan ini menunjukkan trend yang bagus untuk ILKBS kita. Jadi ada perancangan jangka masa panjang bukan saja untuk motorsport, untuk sports photography kita laksanakan town hall dan itu adalah minat-minat penglibat sukan yang mahu tengok bagaimana TVET kita menjurus kepada pembangunan sukan.

Okey, untuk pemantauan ya, program Pembangunan Belia spesifik oleh YB Lubok Antu dan Tenggara, mekanisme pemantauan yang dilaksanakan bukan sekadar di atas kertas, tetapi membawa perubahan positif dalam kehidupan belia terutama dalam konteks peluang pekerjaan dan kesejahteraan mereka. Ini yang dibangkitkan oleh YB Lubok Antu.

KBS melalui IYRES telah membangunkan sistem Dashboard Belia iaitu sebuah platform

draft • 3:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

berpusat one stop centre yang menghimpunkan data dan inisiatif program pembangunan belia di seluruh negara.

Melalui pendekatan bersepadu, whole-of-nation approach yang melibatkan 28 lagi kementerian yang lain, semua maklumat berkaitan program dan aktiviti belia dapat dirujuk dan diakses merentasi kementerian, jabatan, agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat.

Sehingga Ogos tahun ini, seramai 1,505 orang focal point telah berdaftar dalam sistem ini yang melibatkan 15 kementerian, 84 jabatan bahagian agensi dan tiga pertubuhan bukan kerajaan. Secara keseluruhan, sebanyak 8,606 program yang merangkumi 9,537 aktiviti pembangunan belia telah direkodkan sejak tahun 2018 hingga 2025.

Dalam pada itu, Majlis Perundingan Belia Negara juga merupakan platform kepada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia di semua peringkat daerah, negeri, kebangsaan untuk mengetengahkan isu-isu pembangunan belia kepada pihak kerajaan. Persidangan ini memberi ruang kepada pertubuhan belia untuk mengemukakan usul, pandangan dan cadangan bagi memartabatkan dan meneruskan agenda pembangunan belia. Dan program ini kita telah dua kali gandakan. Dulu sekali setahun, sekarang kita buat dua kali setahun melalui usul-usul yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

Untuk Gombak, Gombak tak ada. Alor Setar telah bangkitkan isu e-sukan. Bagi menjawab Yang Berhormat Alor Setar, tentang satu komitmen kewangan jangka panjang untuk e-sukan dalam RMK13. Sukan elektronik e-sukan telah diiktiraf sebagai salah satu sukan dalam Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 melalui pindaan pada Mac 2023.

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah menetapkan e-sukan sebagai salah satu sukan teras prestasi tinggi bersama 19 sukan lain bagi tempoh empat tahun mengikut kitaran temasya sukan Olimpik. Kenapa prestasi tinggi? Kerana atlet kita telah ke Sukan Asia, Hangzhou dan memenangi pingat.

Bagi membentuk ekosistem yang menyokong pembangunan e-sukan, KBS telah membangunkan garis panduan pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan, NESDEG.

Dokumen ini menjadi panduan utama dalam aspek tadbir urus, etika, had dan tanggungjawab, kawalan dalaman, pengurusan risiko serta pengurusan keputusan dalam industri. Walaupun RMK tidak memperincikan peruntukan khusus untuk e-sukan, usaha pembangunan berterusan ini akan tetap dilaksanakan melalui pendekatan pelbagai agensi dan kolaborasi awam swasta.

Sebagai penyelesaian yang lebih sistematik, Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020–2025 telah dibangunkan dan kini sedang dalam peringkat penambahbaikan berdasarkan perkembangan teknologi terkini. Pelan strategik ini akan dihasilkan pada penghujung tahun ini untuk 2030 bagi menyokong pembangunan ekosistem dan industri sukan elektronik menjelang lima tahun akan datang.

Rancangan menaik taraf pusat siber ataupun makmal gaming atau pusat latihan berteknologi tinggi. RMK13 tidak menyatakan secara khusus projek menaik taraf pusat siber

draft • 3:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

atau pusat latihan e-sukan, namun KBS dari semasa ke semasa akan menilai keperluan bagi kemudahan berkaitan seperti yang telah dilaksanakan di bawah RMK12.

Perkara ini telah dijayakan menerusi pembangunan kemudahan di bawah kawal selia kementerian, termasuklah e-sports integrated hub, ESI hub di Puchong berfungsi sebagai ruang acara dan hab jaringan industri, Pusat Latihan Casa 1 di Bukit Jalil milik MSN serta menerusi Persatuan Sukan Elektronik Negeri.

Studio e-sukan telah diwujudkan di setiap negeri termasuk di Melaka yang sedang dibangunkan. Di samping itu, sebuah fasiliti di KL Sports City sedang dinaik taraf sebagai arena e-sukan dengan kerja utama bermula September ini dan dijangka siap pada suku kedua 2026. Bagi RMK13, KBS berharap agar tanggungjawab untuk membina fasiliti sukan bukan hanya terletak di bawah kementerian sahaja, malah melibatkan usaha kolektif dan kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri. Justeru itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan boleh memainkan peranan yang signifikan dalam mewujudkan jaringan kerjasama dengan pihak swasta untuk pembinaan fasiliti sukan ini.

Pelbagai langkah boleh dilakukan apabila e-sukan telah diwartakan sebagai sukan.

Saya kira semua PBT juga harus melihat dari segi pewartaan sukan itu, aktiviti sukan itu untuk yang memohon license. Saya bagi contoh, dulu cybercafe, kalau memohon lesen, dia dikenakan rate commercial. Tetapi apabila e-sukan telah diwartakan sebagai sukan, kita telah meminta banyak PBT untuk melakukan penyelarasan. Bukan saja e-sukan, snooker juga diwartakan sebagai sukan, dart dan banyak lagilah penyelarasan di peringkat PBT.

Untuk isu spesifik pembangunan bakat e-sukan di peringkat sekolah, IPT dan sebagainya, Yang Berhormat, KBS meskipun mengakui kepentingan pendedahan awal e- sukan di sekolah, pengukuhan kepada sistem sokongan adalah diperlukan bagi menangani cabaran dari segi tahap kesedaran dan penerimaan apabila stigma masih wujud dalam kalangan masyarakat bahawa e-sukan hanyalah hiburan semata-mata dan bukan bidang kerjaya yang berpotensi.

Pada masa ini, isu ketagihan gajet serta penggunaan berlebihan dalam kalangan pelajar kekal menjadi kebimbangan. Justeru, kawalan dan bimbingan bermula dari rumah oleh ibu bapa amat diperlukan agar minat terhadap e-sukan dapat diurus secara seimbang.

Silakan dulu, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato’ Speaker.

Saya tertarik tadi Yang Berhormat Menteri jawab stigma yang masih mengatakan e- sukan adalah sebagai satu hiburan. Apakah kiranya kalau pihak kementerian boleh pertimbang dalam tempoh lima tahun akan datang ini, kita dapat wujudkan mungkin ijazah e- sukan di universiti supaya dia dianggap sebagai satu bidang profesional yang akhirnya dia bukan lagi stigma sebagai hiburan.

Yang kedua, dia dianggap sebagai kerjaya yang berlesen. Itu yang telah dilaksanakan di Korea dan di China. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Sebelum itu,

draft • 3:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dato’ Speaker, saya diminta Pasir Salak mengalu-alukan rakyat Pasir Salak, 40 orang di belakang. Tapi dah keluar kut tadi. Saya menjalankan mesej Pasir Salak.

Terima kasih, Speaker. Terima kasih, Menteri.

draft • 3:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih, Yang Berhormat. Mengenai perancangan untuk dijadikan kursus jangka panjang, yang itu saya akan bincang dengan KPT.

draft • 3:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tetapi untuk jangka masa pendek memang Persatuan Sukan Kebangsaan telah mulakan latihan ini dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara. Kita sudah mulakan kursus- kursus pendek untuk mendidik mereka untuk menjadikan e-sukan ini satu industri. Dan, selepas kemenangan Selangor Giants, mereka bawa pulang ganjaran yang besar. Ramai sudah mula melihat e-sukan sebagai satu karier, okey. Tetapi kerisauan kita sebagai ibu bapa juga memang wujud. Ketagihan gajet adalah satu masalah serius di Malaysia. Malah salah satu e-mel pertama yang saya terima sebagai Menteri Belia dan Sukan adalah untuk tidak mempromosikan e-sukan oleh seorang ibu bapa yang e-mel kepada saya. Tapi kita kena cari balance perkara ini.

Berita Harian pada hari ini, menariknya, melaporkan kajian yang dilakukan oleh saudara Antasha Mohd Nor , Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam. Kajian mendapati bahawa jurang psikologi dalam kalangan belia khususnya dari segi kesiapsiagaan mental juga perlu diberi perhatian serius supaya penglibatan dalam gaming dan e-sukan tidak menjejaskan tumpuan akademik, prestasi permainan sebagai seorang atlet dan kesejahteraan sosial mereka.

Dalam mendepani cabaran ini, beberapa siri libat urus telah diadakan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian.

Hasil dari libat urus tersebut, KPM telah menyediakan kertas cadangan dan draf garis panduan bagi pelaksanaan e-sukan di sekolah. Berdasarkan status semasa yang diterima daripada KPM, buat masa ini tiada dasar di bawah KPM yang menyokong pelaksanaan e- sukan di sekolah dan perkara ini masih dalam proses kelulusan polisi peringkat dasar. KPM juga belum melaksanakan sebarang program e-sukan di peringkat sekolah.

Walau bagaimanapun, KPM tidak menghalang penglibatan murid dalam aktiviti e- sukan yang dianjurkan oleh pihak luar. Namun demikian, penglibatan tersebut belum dapat diberikan pengiktirafan dalam pentafsiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum sehingga garis panduan dan dasar pelaksanaan dimuktamadkan. KBS menerusi Majlis Sukan Negara dan IMPACT telah menyumbang input, termasuk penyerahan NESDEG sebagai dokumen rujukan utama untuk draf garis panduan e-sukan sekolah oleh KPM.

KBS dan KPM terlibat bersama dalam satu Jawatankuasa High Level Committee yang dipengerusikan oleh TPM I dan kita memang selalu membincangkan isu ini kerana e- sports merupakan salah satu minat Timbalan Perdana Menteri I untuk pembangunan e- sports.

draft • 3:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Dalam konteks komuniti dan IPT, bagi menyokong RMK13, kementerian akan meneruskan dana e-sukan KBS yang telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya pada tahun ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Silakan Yang Berhormat Alor setar.

draft • 3:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri. Kalau KPM belum ada lagi garis panduan e-sukan itu, saya rasa akhir nanti kita kena terima juga bahawasanya e-sukan dia dah jadi satu budaya. Walaupun kita bimbang anak-anak kita ketagih gajet tapi dari zaman AI dan kita pun mungkin nanti akan ada pendedahan pelajaran AI di sekolah, di universiti, saya rasa dia boleh seimbangkan nanti. Maknanya untuk masa ke depan, nak tak nak kita kena terima juga gajet ini adalah dah jadi sebahagian kepada kehidupan dan macam mana cara kita nak kawal. Saya rasa itu perkara yang perlu diberi perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya setuju tapi saya tak boleh jawab bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi kita semua tahu banyak sokongan, sistem sokongan untuk kanak-kanak ini dan belia perlu diwujudkan untuk jalan bersama dalam pembangunan sukan. Okey, jadi ada dana untuk sokongan aktiviti akar umbi.

Untuk lima minit yang terakhir, Yang Berhormat, saya mahu menjelaskan sekali lagi walaupun telah banyak kali kita jelaskan mengenai infrastruktur sukan. Sepanjang perbahasan RMK13, Yang Berhormat Padang Rengas, YB Tenggara, YB Kangar, YB Parit, YB Beaufort, Tampin, Jempol dan Segamat telah membangkitkan isu berkaitan permohonan pembinaan baru dan menaik taraf kemudahan sukan di kawasan Parlimen masing-masing.

KBS menegaskan bahawa sebarang cadangan ataupun pertanyaan yang dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini tidak dianggap sebagai permohonan rasmi. Bagi permohonan projek berskala kecil, contohnya baik pulih gelanggang ataupun naik taraf padang, permohonan hendaklah dimaklumkan, dikemukakan secara rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui jabatan belia dan sukan negeri ataupun Exco belia dan sukan negeri tersebut ataupun majlis sukan negeri berserta anggaran kos pembinaan dan keperluan teknikal yang lengkap.

Bagi projek naik taraf, bina baru, berskala besar seperti pembinaan kompleks, stadium atau naik taraf keseluruhan kompleks sukan, permohonan perlu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Permohonan ini perlu disenaraikan dalam wish list negeri sebelum KBS boleh mengangkat permohonan tersebut untuk pertimbangan dan kelulusan dalam Rolling Plan, Rancangan Malaysia. Ini adalah penting kerana pembinaan dan naik taraf kemudahan fasiliti sukan berskala besar melibatkan kos pengoperasian yang tinggi serta melibatkan pertambahan sumber manusia bagi menguruskannya.

Selain itu juga, permohonan projek pembangunan baru, naik taraf adalah tertakluk kepada garis panduan penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan permohonan projek pembangunan tahun 2026 hingga 2030. Antara syarat utama yang perlu dipatuhi

draft • 3:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

adalah bahawa tapak dan tanah projek mestilah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) ataupun diwartakan sebagai rizab Persekutuan atau rizab negeri bagi maksud Persekutuan. Tapak juga hendaklah bebas daripada sebarang bebanan atau sekatan serta sedia ada dimasuki bagi tujuan pembinaan.

Tanggungjawab permohonan pembinaan baru, naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan sukan memerlukan kerjasama semua pihak. Masalah yang kita ada, Yang Berhormat, adalah bila Ahli Parlimen hantar wish list yang berbeza dengan Exco negeri.

Kemudian selepas kita bina, kita perlu serahkan kepada satu pihak untuk buat maintenance.

Kita juga ada pihak, khasnya kerajaan negeri yang kata, “Saya tak mahu menerima kerana kos maintenance terlalu tinggi, terutamanya kompleks-kompleks sukan ataupun stadium yang besar.” Bila kita ada masalah seperti itu dan kini kita ada satu masalah seperti ini, sukar untuk Kementerian Ekonomi mempertimbangkan pembinaan baru kerana kos operasian kompleks sukan tidak murah. Jadi, saya minta kerjasama semua Yang Berhormat untuk pastikan perkara-perkara asas ini telah dilaksanakan sebelum diminta status dalam Parlimen.

Untuk makluman semua, projek baru yang mohon 51 projek oleh Ahli Parlimen.

Tetapi apabila kita hantar kepada Kementerian Ekonomi, peratusan yang lulus sedikit, 30 peratus sahaja dan banyak lagi penyelarasan yang perlu dilakukan. Itu sahaja daripada Kementerian Belia dan Sukan dan saya harap yang tidak hadir nanti saya akan sampaikan melalui jawapan bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah, betapa bahagianya kalau boleh berdebat macam ini.

Banyak masalah selesai. Peraturan 35(1), isi 36, dan 36(10), sakit,sakit hati itu kalau boleh dielak, ada yang macam ini, banyak urusan rakyat selesai.

[Tepuk] [Ketawa] Baik, Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita ke kementerian yang berikutnya. Saya mempersilakan Menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2025 bertemakan, “Melakar Semula Pembangunan”. Ini yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat yang mulia ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga atas semua pandangan, syor mahupun cadangan yang telah dibangkitkan berkaitan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sepanjang tempoh perbahasan berlangsung. Semoga kita sentiasa cakna dan prihatin terhadap semua isu, demi misi menjadikan aspirasi Malaysia satu kenyataan.

draft • 3:48 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putrajaya telah membangkitkan perkara berkenaan hasil daripada keputusan perundingan tarif dengan Amerika Syarikat. Untuk makluman, pengecualian cukai jualan ataupun SST ke atas produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat merupakan antara hasil rundingan bagi pengurangan tarif timbal balas ke atas Malaysia.

Jadi, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Putrajaya, sama ada pengecualian cukai jualan akan turut diberikan kepada barangan import dari negara-negara lain, MITI ingin menjelaskan bahawa pengecualian yang diberikan kepada Amerika Syarikat adalah hasil rundingan yang telah dimuktamadkan berdasarkan kepentingan bersama. Oleh itu, sebarang pertimbangan pengecualian cukai kepada negara lain adalah tertakluk kepada rundingan berdasarkan permintaan serta tawaran balas daripada negara berkaitan. Dengan syarat ia memberikan manfaat dan keuntungan kepada Malaysia, silakan.

draft • 3:48 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Pertama sekali, sepertimana yang saya sebut yang Amerika Syarikat menganggap perkara itu sebagai satu diskriminasi dan kalau kita tengok WTO pun menganggap bahawa bila barang itu dah masuk ke negara tersebut, barang itu perlu dilayan sepertimana barang yang dikeluarkan di negara tersebut.

Jadi, kalau barangan pertanian di Amerika Syarikat masuk ke sini tak kena dan kerajaan kenakan cukai jualan pada barangan pertanian daripada negara lain, maka contohnya, negara-negara sempadan, Thailand sebagai contoh. Adakah selepas ini kalau perkara ini dibangkitkan, maka cukai jualan ini akan dihapuskan juga untuk barang-barang tersebut?

Apakah pendekatan kementerian secara keseluruhan? Kalau tak, nanti satu negara dah buka, maknanya negara lain akan datang kata dah bagi dekat Amerika Syarikat, mengapa tak bagi kat negara kami? Bagaimana nak tanganinya, Menteri?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey. Soalan susah itu.

Apa yang kita telah bincangkan memanglah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Putrajaya itu, betul. Kalau kita nak beri pertimbangan pengecualian cukai kepada negara lain kerana kita telah memberi kepada Amerika Syarikat, ini adalah satu keputusan yang kita perlu buat, terutamanya yang disebut tadi mengenai WTO.

Situasi semasa ini sememangnya tidak pernah dialami, di mana Malaysia sebenarnya tidak bersendirian. Kalau kita lihat, banyak negara berada di dalam situasi, di mana prinsip atas perdagangan pelbagai hala. This is dengan izin multilateralism. WTO terpaksa diketepikan demi melindungi kepentingan ekonomi dan politik masing-masing.

Ini semua adalah disebabkan oleh langkah-langkah Amerika Syarikat yang dilihat bertujuan untuk mencipta satu order perdagangan dunia yang baru berdasarkan penjajaran geopolitik dan juga geoeconomic semasa. Kelestarian langkah-langkah yang akan diambil dengan peraturan WTO ini bergantung kepada reka bentuk dan pelaksanaan yang spesifik.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, Yang Berhormat Putrajaya, betul. Saya dengar perbahasan hari itu. Keputusan, komitmen WTO ini seperti layanan terhadap negara paling dihargai ataupun most-favoured- nation (MFN) dan kadar tarif menetapkan parameter yang jelas. Di mana sebarang pengecualian, termasuk berdasarkan keselamatan negara atau kepentingan awam adalah tertakluk kepada tafsiran dan penyelesaian pertikaian dispute settlement WTO. Jadi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putrajaya, MITI akan membantu mematuhi pelbagai peraturan perdagangan antarabangsa yang telah berkuat kuasa.

Jadi, dalam hal ini, kita di MITI akan mengkaji perkara tersebut dengan lebih terperinci dan akan berbincang dengan kementerian yang berkenaan, Kementerian Kewangan. Walau apa pun kita mesti berpegang kepada prinsip perdagangan adil dan saksama dan tidak diskriminasi kepada negara-negara. Termasuklah negara-negara jiran kita dan terutamanya negara-negara yang kita ada FTA lah, Perjanjian Perdagangan Bebas.

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, itu maknanya, itu baru satu contoh ya. Maknanya, kalau kita tengok balik secara keseluruhan apa yang dirundingi nanti, akan ada kesan kepada perkara-perkara lain juga dengan negara-negara lain. So, bagaimana kerajaan tengok secara keseluruhan? Maknanya, banyak perkara.

Menteri pun sebut tadi dah order-nya berbeza. Jadi, apakah ketersediaan kementerian dalam konteks ini?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, dalam perbincangan kita dengan Amerika Syarikat memanglah dalam rundingan itu kita terpaksa memastikan kementerian-kementerian yang berkenaan yang dari soal SST ini, Kementerian Kewangan memahami dalam prinsip WTO ini kita perlu memastikan apa yang diberi kepada Amerika Syarikat, kita perlu beri kepada negara-negara lain.

Termasuklah isu-isu yang Amerika Syarikat sendiri membangkitkan. Dia ada mengatakan kenapa setengah-setengah keputusan yang bukan berkenaan tarif, the non-tariff barriers terhadap Amerika Syarikat berbeza dengan kepada negara lain. Kita, kalau dalam FTA itu kita boleh bincangkanlah kerana Amerika Syarikat tidak ada dalam FTA tetapi dari isu tarif itu memang very clear lah kerana Amerika Syarikat adalah ahli WTO juga. So, di sini dalam isu non-tariff barriers itu berbeza sedikit kerana mereka bukan di dalam apa-apa perjanjian FTA dengan kita.

Tapi yang penting ialah apa yang kita telah janji dalam perundingan kita dengan Amerika Syarikat. Apa yang kita telah berikan kepada Amerika Syarikat, kita mesti memastikan rakan dagang kita yang lain mendapat layanan yang sama, yang adil. Tak habis lagi. Okey. Tuan Yang di-Pertua, ada dua soalan. Satu daripada Putrajaya. Satu lagi daripada Kuala Terengganu yang telah membentangkan...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya, Yang Berhormat Menteri, saya dah seronok dah, ingat dah nak tutup dah.

[Ketawa]

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ada, Kuala Terengganu pun ada, ada membangkitkan persoalan mengenai potensi pelaburan dalam AI, kecerdasan buatan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyambut baik cadangan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ada, Kuala Terengganu sini? Tak ada? Tak — ha? Tak apa kita jawab je lah?

Okey, ini untuk mengkaji potensi Tasik Kenyir sebagai hab pelaburan pusat data dan kecerdasan buatan. This is AI lah, dengan izin. Kerajaan bersetuju bahawa gabungan sumber tenaga hijau, bekalan air yang mencukupi dan infrastruktur sokongan ialah faktor utama bagi menarik pelaburan berteknologi tinggi. Dari segi tenaga, kawasan Tasik Kenyir dari negeri Terengganu secara keseluruhan mempunyai sumber bekalan tenaga yang mencukupi bagi menyokong projek pusat data di negeri tersebut.

Infrastruktur sedia ada termasuk stesen janakuasa hidro di Kenyir dan juga di Hulu Terengganu yang disokong oleh perancangan projek tenaga boleh baru seperti solar terapung dan juga Hub Hidrogen Hijau. Jadi, gabungan sumber-sumber ini menjamin bekalan kuasa yang stabil dan hijau iaitu kriteria utama yang amat dititikberatkan oleh peneraju pusat data berteknologi tinggi.

Daripada aspek bekalan air pula, Terengganu bakal mempunyai margin simpanan bekalan air yang mencukupi dan membolehkan pembekalan air terawat kepada pusat data di kawasan Hulu Terengganu melalui pembangunan loji rawatan air Kenyir yang mempunyai kapasiti 20 juta liter sehari dan penaiktarafan loji rawatan air Hulu Terengganu yang mempunyai kapasiti 65 JLH ataupun juta liter sehari yang dijangka bermula sekitar tahun 2026-2027.

Selain itu, kawasan Kuala Nerus juga mempunyai potensi untuk pembangunan pusat data melalui penaik tarafkan LRA Bukit Berapit. Sementara itu, daripada aspek rangkaian telekomunikasi, semakan terhadap data infrastruktur di kawasan Tasik Kenyir, khususnya di Pengkalan Gawi, menunjukkan terdapat akses talian tetap Unifi oleh TMTEC dengan kelajuan sehingga 1 gigabit per second, selain sambungan gentian optik melalui projek Broadband for General Population oleh FELDA Prodata di bawah Kementerian Komunikasi.

Projek ini bertujuan memperluas liputan jalur lebar di luar bandar. Namun, kelajuan sedia ada masih belum mencukupi bagi memenuhi keperluan pusat data dan penaiktarafan adalah diperlukan sekiranya pembangunan pusat data dilaksanakan di kawasan ini. Melihat kepada elemen infrastruktur telekomunikasi, terdapat empat struktur pemancar 4G beroperasi di sekitar Tasik Kenyir iaitu di Pulau Sah Kecil, Sungai Como, Pulau Bayas dan Pulau Camal.

Mengikut garis panduan perancangan Pusat Data PLANMalaysia, sekurang- kurangnya dua pembekal perkhidmatan diperlukan bagi menjamin kelangsungan dan kebolehpercayaan sambungan. Sehubungan itu, sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, kerajaan menyambut baik akan cadangan mengkaji potensi Tasik Kenyir sebagai hab projek pelaburan pusat data dan AI.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Namun demikian, kerajaan berpandangan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan harus melaksanakan analisis kos faedah atau cost benefit analysis bagi menentukan kesesuaian projek pusat data secara menyeluruh.

Buat masa ini, Terengganu masih belum berada dalam hotspot bagi pusat data.

Oleh yang demikian, perbincangan lanjut harus dilaksanakan dengan semua pihak berkepentingan bagi meneliti dan mengkaji kesesuaian Tasik Kenyir sebagai hab pusat data dan AI dari segi infrastruktur tenaga, air dan rangkaian teknologi komunikasi yang memenuhi piawaian industri bagi menarik pelaburan strategik ke Terengganu. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, sebagai penutup. Boleh, boleh silakan.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sedikit, berkaitan dengan pusat data...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dua soalan sahaja. Ya.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pusat data tadi, Yang Berhormat Menteri.

Kita tengok banyak perbincangan sekarang ini tentang tekanan kepada sumber khususnya tenaga dan air. Dan kalau kita tengok, banyak syarikat-syarikat baru nak buka syarikat — pusat data dan sebagainya. Setakat mana kita boleh pertahan berkaitan dengan sumber tenaga dan air ini dalam konteks kita menerima pelaburan dalam pusat data ini?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Dari segi soalan mengenai pusat data itu, memanglah dia tiga isu, pusat data ini. Satu ialah dari segi tenaga terutamanya di kawasan-kawasan yang di kawasan Johor, di kawasan Selangor pun ada dan pelaburan digital yang diterima memang besar setakat ini. Sejak 2021, Malaysia, kita dah lulus hampir RM209 bilion dalam pelaburan digital di mana pusat data ialah RM145.4 bilion yang diperuntukkan kepada projek berkaitan pusat data ini lah. Jadi, besar.

Dan oleh itu, memang isunya ialah adakah tenaga mencukupi, tenaga elektrik, air dan kalau kita tanya manakah fokusnya ialah di Sedenak, di Bukit Jalil, di Cyberjaya dan juga di Nusajaya. Kawasan-kawasan yang diberi fokus. Kenapa mereka datang ke Malaysia ialah kos tanah dan tenaga adalah masih lagi kompetitif walaupun tenaga elektrik mungkin lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Tetapi, kestabilan elektrik juga penting dan tenaga kerja mahir juga penting. Dan bila kita lihat sama ada cukup mencukupi, dalam perbincangan kita dengan tenaga buat masa ini, mencukupi.

draft • 3:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tetapi pada masa yang sama, kita nak memastikan ada garis panduan pembangunan yang mampan untuk pusat data. Contohnya, Kecekapan Penggunaan Tenaga (PUE), Power Utility Efficiency.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Sasarannya, kita nak pastikan pusat data ada power usage effectiveness di bawah 1.4 bagi pusat hyperscale dan 1.6 pusat data multi penyewa. Ini inisiatif hijaulah.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 4:00 PM

Mesyuarat] Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, pusat data digalakkan menggunakan tenaga boleh diperbarui dan juga teknologi itu kena cekap tenaga.

So, kita nak pastikan walaupun pada buat masa ini tenaga itu mencukupi, kita nak memastikan mereka membuat pelaburan yang secukupnya untuk memastikan kecekapan penggunaan tenaga.

Begitu juga dengan CUE - Carbon Usage Effectiveness dan juga Water Utility Effectiveness iaitu penggunaan air yang mampan. Jadi, contohnya water usage effectiveness ini pusat data tidak boleh melebihi 2.2 meter persegi MWh, megawatt. Dia ada condition yang kita ikut piawaian antarabangsalah. Ini akan meningkatkan kos untuk pusat data, tetapi kita rasa memandangkan pentingnya kita memastikan kelestarian pembangunan pusat data ini, kita telah pun membuat keputusan untuk memberi garis panduan yang baru untuk pusat data dari segi tenaga yang digunakan. Elektrik dan juga air dan juga carbon emission.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Tuan Yang di-Pertua, Menteri.

draft • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya pun nak tanya.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh saya nak habiskan satu lagi pasal — because lonjakan permintaan elektrik itu, betul. Jadi pusat data adalah pengguna tenaga yang terbesar, melangkah ke hadapan dalam industri-industri yang kita lihatlah.

Jadi, Malaysia kita sedang menilai semula tarif dan subsidi tenaga untuk memastikan keseimbangan antara keperluan pelabur dan kestabilan tenaga nasional juga. Ini adalah satu perbincangan dan juga memastikan komponen-komponen dalam pusat data itu sekurang- kurangnya 20 hingga 30 peratus adalah pembuatan Malaysia, tetapi itu tak ada kena dengan tenagalah. Cuma tenaga itu memang ada. Dan juga tekanan bukan sahaja elektrik, ada tekanan terhadap bekalan air juga.

Pusat data ini boleh menyebabkan tekanan kepada sumber air tempatan terutamanya di kawasan dengan indeks tekanan air tinggi. Penggunaan sistem kitar semula air, that means recycling water-lah dan sumber air alternatif digalakkan juga bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar. So, itulah antara apa yang kita perlu pantaulah melangkah ke hadapan.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri mahu bagi laluan kepada Putrajaya?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Bagi, bagi, bagi.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh bagi laluan pada Kubang Pasu?

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain off mic.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh saya tanya sikit lagi pasal pusat data Yang Berhormat Menteri ya? Berkaitan dengan carbon tax, because cukai karbon ini menumpukan kepada sektor tenaga. Jadi, apakah projection MITI berkaitan dengan pengenaan carbon tax yang sedang dibincangkan oleh Kementerian Kewangan ini terhadap pelaburan dalam pusat data nanti?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Perbincangan kita dengan Kementerian Kewangan mengenai carbon tax ini kita memang telah membuat cadangan supaya kita mulakan dulu dengan sektor-sektor yang carbon emission-nya tinggi.

Yang carbon emission yang paling tinggi buat masa ini ialah aluminium, besi keluli, dan juga simen dan belum lagi kita berbincang mengenai pusat data.

Jadi, tahun depan kita nak — dah cadangkan kepada Kementerian Kewangan, kita mulakan dengan dua sektor ini kerana satu kilang besi keluli itu dah 20 peratus daripada jumlah carbon emission di dalam industri.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dalam belanjawan yang lepas disebut secara spesifik kepada keluli dan juga tenaga. Jadi, nak kena jelas. Kalau tidak, industri di luar sana, pelabur nak datang pun dia tak tahu ke arah mana polisi kerajaan berkaitan dengan perkara ini.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita dari pihak industri memang nak tanya apakah kuantum yang akan dikenakan, tetapi mereka faham dan bersetuju terutamanya pihak industri besi keluli Malaysia kerana mereka dalam isu persaingan. Kalau nak buat pelaburan dalam CCUS, contohnya ataupun apa-apa yang meningkatkan tahap mengurangkan carbon emission itu mereka memerlukan pelaburan, tetapi mereka yang tidak buat akan dapat saingan yang tidak level play field, tidak samalah.

Memang kita perlu melihat, bukan saja besi keluli dan juga pusat data ini. Nanti mereka yang melabur dalam PUE, WUE, CUE ini akan katakan dia melabur tapi tak adillah kalau mereka yang tak labur tak kena carbon tax. Ya, Machang.

draft • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berminat nak tahu reasoning ataupun pandangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kemerosotan FDI kita yang jatuh 83 peratus year on year, suku kedua tahun ini. Daripada RM9 bilion kepada RM1.61 bilion. Apa faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan ini?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Itu data itu, data yang lain. Data itu ialah daripada data Jabatan Statistik Negara (DOSM). Itu saya boleh biar Menteri Kewangan jawab itu. Saya akan cuba jawabkan juga. Kerana apa yang kita

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

umumkan, pelaburan yang diluluskan dalam sektor-sektor industri pembuatan dan juga services.

Yang you nampak itu ialah DOSM punya numbers. Yang nombor-nombor DOSM yang include dividen, jual saham, jual bon dan sebagainya. Jadi, dia lain sikitlah dan kadang- kadang memang confuse. Jadi, memang saya dah berbincang dengan DOSM. Kita terminology itu patut kita bezakan sedikit DFI dengan DI, tapi FDI dengan FI. That's why dia punya sebutan dalam itu dia tukar sikit. Foreign investment, kita guna FDI dengan DDI. Cuma, memang kita — saya faham kadang-kadang rakan-rakan sebelah sini pun ada tanya benda yang sama.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Tuan Yang di-Pertua. Minta laluan Menteri.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Itu kita kena bagi pencerahan. Tapi I can give you the difference-lah. Tapi dia boleh tally balik. Cuma, dia ada capital inflow, outflow kita tak tengok. So, dia tengok dividen, jual saham, dengan bon, dengan juga repatriation of profit dan sebagainya. Itulah beza dia. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Menteri, boleh?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh, boleh.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih. Saya setuju dengan Datuk Menteri MITI mengenai yang tadi, figure tadi itu because dia more on finance, not the actual physical investment. Kita — your kementerian adalah your big portfolio for moving forward your NIMP- National Industry Master Plan 2030 dan NSS. I don’t want to take — to talk about NIMP, tapi more of NSS.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, kita Malaysia ni kalau dari segi semikonduktor kita dah mula semenjak tahun 70-an, 80-an dengan pembinaan kilang syarikat Hitachi, Intel dan sebagainya. Tapi mostly it backend lah. Tapi setelah 50 tahun, we are still talking about backend. So, saya dah bincang dengan banyak rakan-rakan yang terlibat dalam apa ni semikonduktor ni. Mereka mengatakan bahawa salah satu sebab faktornya ialah — I bagi satu sebab banyak lagi sebab yang dia sebut dengan saya ialah salah satu faktornya ialah kelemahan, kekurangan kepimpinan strategik dan kelestarian.

Salah satu jurang paling kritikal ialah setelah jelas tiada kepimpinan teknikal yang kompeten dan konsisten di peringkat nasional. Saya terlibat banyak, yang Penang pun saya pergi baru ni, CREST dan sebagainya. Tidak seperti contohnya Taiwan. Saya selalu bagi contoh Taiwan sebab saya duduk di sana dulu tiga tahun, selalu melawat Hsinchu Science Park, ITRI dan sebagainya. Taiwan ada ITRI, kita mungkin ada MIMOS, tapi it is not forthcoming until today.

So, kita perlu melihat kepada kaedah baru bagaimana kita nak mewujudkan kepimpinan teknikal di peringkat nasional itu supaya ada sebuah organisasi macam ITRI. Tak semesti nama ITRI – Industrial Technology Institute yang dapat menjadi sebagai peneraju

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

dalam bidang semikonduktor ini. Dan, kita boleh belajar daripada negara-negara yang maju.

Seperti Taiwan, dia ada ITRI di Hsinchu Science Park. Inilah yang membentuk ataupun menubuhkan syarikat TSMC yang paling terkemuka dalam segi semikonduktor dalam dunia ini. Mungkin itu mungkin dapat dipertimbangkan dalam NSS ini Yang Berhormat Menteri. We have to move.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

We cannot do the same thing, expect to get the different result. We have to do different things so that we get different result for the semiconductor industry. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Nanti kita akan pertimbangkan. Tadi ada perbincangan. Sebenarnya CREST ada buat cadangan supaya kita menubuhkan satu institut seperti yang ada di Taiwan dan juga ada beberapa buah negara lain. Netherlands juga ada. Cuma, kita akan berjumpa dengan Yang Berhormat Kubang Pasu nantilah. Terima kasih. Yes, Tuaran.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya, Tuaran ada membangkitkan bagaimana peranan MITI untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam sektor pembuatan di Sabah, khususnya di taman-taman perindustrian dan khusus di POIC, Lahad Datu. Kementerian Kewangan telah pun dari segi prinsip meluluskan free trade zone dan — tetapi banyak keperluan untuk realisasikan perkara ini termasuk beberapa peruntukan supaya ada infra dia.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pertanyaan saya di situ ialah apakah peranan MITI, apakah yang sedang dibuat?

Adakah MITI mahu terlibat membantu supaya kita dapat realisasikan apa ini — pelaburan yang lebih tinggi khususnya ya silakan, free trade zone itu.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, tetapi soalan ini tak ada dalam perbahasan tetapi saya jawab jugalah. Tidak ada...

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Memang ada, memang saya sebut dalam perbahasan.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ada?

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Memang ada.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Memang ada saya sebut.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Pusing belakang, tengok belakang.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Memang ada saya sebut.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Minta maaf. Saya difahamkan tak ada tetapi...

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Memang saya sebut dalam perbahasan. Saya mohon Menteri jawab.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey. Mungkin bawah kementerian ekonomi kot.

[Ketawa] Okey, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kalau tidak pun dibuat secara bertulis pun saya okey tetapi memang saya ada sebut.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, Yang Berhormat Tuaran, saya akan cuba jawab kerana kita memang ada JBI bersama Sabah pada bulan sembilan ini, bulan depan, di mana akan dipengerusikan bersama dengan Ketua Menteri Sabah untuk membincangkan pembangunan dari segi pelaburan dan juga perdagangan di negeri Sabah. Kita pun ada pejabat di sana, di MIDA.

Dalam sektor pembuatan ini, kita – saya pun telah beberapa bulan yang lepas ada melawat beberapa kilang dan juga industrial park yang ada di sana. Ada juga yang satu, yang ada masalah sikit dari segi tenaga. So, kita akan dalam perbincangan dengan JBI bersama dengan negeri Sabah kita akan bincang isu-isu yang kita dapat perbaikilah.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya lebih sangat familiar dengan benda ini sebab dulu saya menjaga, mengatur hal-hal taman-taman perindustrian ini, dan di Lahad Datu.

Bila kita buat free trade zone, suatu yang sangat pentinglah. Macam Penang dengan semikonduktor tadi itu pun kalau bukan free trade zone dia tak jadi. Jadi, ini Kementerian Kewangan sudah ada prinsip, tetapi kita memerlukan infra yang lebih besar. Airport perlu diperbaiki, dinaik taraf dan pelbagai lagi infra yang diperlukan, barangkali Yang Berhormat sudi melawat POIC Lahad Datu dan sendiri melihat potensi yang ada di sana.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Okey...

draft • 4:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Padang Terap sikit.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Silakan.

draft • 4:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Padang Terap.

draft • 4:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Padang Terap. Saya melihat tentang isu tarif yang dikenakan dalam sektor getah Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Sektor?

draft • 4:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sektor getah.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Oh, getah.

draft • 4:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Jadi, getah ini, glove ini, pasaran utamanya ialah Amerika Syarikat. Lebih 60 peratus produk-produk getah dieksport ke Amerika Syarikat. Jadi, sudah tentulah memberikan kesan yang besar kepada industri getah negara, persaingan dengan negara-negara lain. Jadi, apakah concern daripada kementerian untuk memberikan apa-apa insentif kepada industri player, player, getah ini dan dia juga berkaitan dengan Kedah Rubber City di Padang Terap. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya ada bangkitkan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Dasar Pandang ke Timur, do you have the answer?

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tak, saya — apa yang you bangkitkan? Tak beritahu. Mungkin ini bawah Kementerian Luar Negeri rasanya.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Betul, tapi ada kaitan dengan MITI.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sebab mandat untuk kajian, rebranding dengan izin diberi kepada MITI dan juga Kementerian Ekonomi. Jadi, saya perlu penjelasan daripada MITI, apa pendirian MITI.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita memang sokong, bila perbincangan kita dengan Kementerian Luar. Cadangan kita adalah untuk menyokong Dasar Pandang ke Timur dan kita kalau boleh kita masukkan sekali China lah, bukan saja Jepun dan Korea.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Itu cadangan kitalah tapi keputusan saya tak berapa pasti apakah keputusan terakhir.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tahu sebenarnya benda ni bukan daripada Yang Berhormat Menteri, daripada Yang Berhormat Tambun dan saya dah bagi amaran kepada Kementerian Luar Negeri tadi, it’s going to be suicidal for our Malaysia-Japan bilateral. Kalau kita ubah Dasar Pandang ke Timur kepada ‘Dasar Kerjasama Timur’ dengan bawa China masuk. China is separate matter, Japan is separate matter, you know very well, the sensitivity in diplomacy.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat. Biar Menteri jawab.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, I mean. Saya bagi maklumat pada dia.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa tinggal empat minit sahaja.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, alright. Tak apa. Dia pun, you know. Okey. So, Menteri, saya minta tolong jangan sokong ‘Dasar Kerjasama Timur’ yang macam tu.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, itu dia kena dua hala.

Kalau Korea dengan Jepun tak setuju, benda ini takkan berlaku.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, I can you give you a blank, they will not say to your face, I'll say to you, they don’t like it.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih. Balik kepada Padang Terap tadi mengenai industri getah terutamanya sarung tangan getah ini,

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

mereka sebelum tarif pun memang terkesan kerana kos mereka berbanding dengan beberapa negara lain, terutamanya China yang baru-baru ini lebih terlibat dalam sektor ini, terutamanya selepas COVID-19, mereka dah mula melabur lebih banyak dalam sektor ini.

Isunya ialah mengenai produktiviti juga, bukan sahaja mengenai isu tarif.

Jadi, dalam perbincangan yang akan kita adakan dengan pihak berkepentingan dalam industri ini, kita perlu lihat secara holistik. Kalau tarif ada atau tarif tak ada pun, mereka nampaknya kurang kompetitif berbanding dengan beberapa negara jiran yang telah mula melabur lebih tinggi dalam, terutamanya dalam pembangunan getah ini, pembangunan getah sarung tangan ini. Terima kasih. Okey, terima kasih tuan, Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu saja?

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Itu sahaja.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjawab, masa 30 minit.

draft • 4:10 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pertamanya, izinkan saya terlebih dahulu untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan keprihatinan dan memberikan sokongan, kerjasama dan dedikasi sepanjang — secara konsisten kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Seramai 34 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai perkara melibatkan kementerian ini secara keseluruhannya sepanjang tempoh perbahasan RMK13, bermula daripada 4 hari bulan hinggalah ke 14 Ogos.

KPT memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju strategik negara termasuk melihat semula kerangka pendidikan atau kita panggil sebagai satu proses reformasi pendidikan tinggi negara. Ini melibatkan soal-soal pembinaan insan, soal melihat semula ke dalam kurikulum pendidikan dan latihan seperti TVET dan lain-lain dalam konteks digitalisasi, pengantarabangsaan universiti, pembangunan penyelidikan dan berimpak tinggi, pelajaran sepanjang hayat. Termasuk juga merasionalisasi fungsi dan peranan IPT, meningkatkan keberhasilan pendidikan dan memantapkan kompetensi warga pendidik.

Oleh itu, bagi penggulungan pada kali ini, saya telah mencerakinkan kesemua perkara yang diutarakan sepanjang tempoh perbahasan untuk dijawab mengikut kategori isu yang dibangkitkan. Sekiranya ada yang tidak sempat saya sentuh pada kesempatan masa yang terhad ini, jawapan akan diberikan secara bertulis.

Pertama, melibatkan isu Majlis Pendidikan Negara. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pandan, Indera Mahkota, Balik Pulau, Gopeng dan Miri kerana telah membahaskan mengenai peri pentingnya Majlis Pendidikan Negara ini.

Kerajaan sedar perlunya ada pendekatan bersepadu atau whole-of-common approach dengan izin, supaya dasar pendidikan negara kekal relevan dan dinamik, selaras

draft • 4:15 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

dengan agenda pembangunan sosioekonomi negara, mengambil kira keperluan tenaga kerja masa hadapan serta memastikan akses yang adil dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengabaikan dasar-dasar affirmative yang sedia ada.

Justeru, di bawah hala tuju baru Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035, Majlis Pendidikan Negara akan ditubuhkan pada tahun ini selari dengan bidang keutamaan reformasi pendidikan. MPN akan berperanan sebagai jawatankuasa tertinggi di peringkat nasional yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menyelaras dasar pendidikan negara secara menyeluruh merentasi pelbagai peringkat iaitu peringkat pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan tinggi dan pendidikan sepanjang hayat. Dengan erti kata yang lain, ia nya melibatkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam hal ini, kita menjangkakan kementerian akan menyediakan memorandum untuk Jemaah Menteri dan kita akan bentangkan dan akhirnya akan bersidang untuk kali pertama pada suku keempat tahun ini.

draft • 4:15 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat tapi sebelum itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari Kolej Yayasan UEM ke Dewan Rakyat.

[Tepuk] Yang Berhormat Menteri, berkaitan Majlis Pendidikan Negara, boleh agaknya dijelaskan adakah keanggotaan itu hanya dua kementerian, bagaimana dengan kementerian- kementerian lain yang juga ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pendidikan dan juga kalau dari Parlimen ini, bagaimana agaknya di kalangan anggota Dewan Rakyat, bagaimana agaknya boleh ada yang diajak terlibat? Terima kasih.

draft • 4:15 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Soalan yang dikemukakan, sama ada ada pihak-pihak lain selain daripada dua kementerian ini. Jawapannya ialah kita juga melibatkan seluruh ekosistem dalam kementerian-kementerian yang lain. Sebagai contoh, sama ada melibatkan Kementerian KESUMA, MITI dan pelbagai lagi termasuk MOSTI dan lain-lain lagi.

Dan kerana ekosistem sistem pendidikan tinggi itu meluas, sangat-sangat luas dan ini termasuklah wakil-wakil daripada NGO, komuniti dan lain-lain lagi, termasuk pakar-pakar sama ada daripada dalam negara mahupun di luar negara. Dan tidak dilupai, saya juga ada berbincang untuk dipertimbangkan sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh Indera Mahkota turut berada di dalam Majlis Pendidikan Nasional ini kerana Majlis Pendidikan Nasional ini perlu merentasi parti, kerana dia demi kepentingan dan kesejahteraan masa depan negara kita. Terima kasih.

Soal yang kedua ialah― isu yang kedua dibangkitkan ialah berkaitan dengan pembangunan bakat. Puan Yang di-Pertua, ia dibahaskan oleh Yang Berhormat Sri Gading, Bagan Serai dan Kemaman.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang Berhormat Sri Gading telah mencadangkan pembangunan hab pendidikan kemahiran sebagai projek rintis yang mengintegrasikan politeknik, kolej komuniti dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Untuk makluman, program TVET di MTUN pada masa ini telah sedia ada dijajarkan melibatkan kerjasama antara universiti dan politeknik.

Penjajaran ini menyediakan laluan yang lebih lancar bagi pelajar SPM dan lepasan politeknik untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda mereka.

Cadangan ini cadangan bernas dan kami menyambut baik cadangan ini kerana ia berpotensi untuk menggerakkan institusi seperti UTHM ini untuk menjadi sebagai hab pendidikan kemahiran luar bandar melalui kolaborasi strategik bersama politeknik dan kolej komuniti. Dan itulah yang sedang kita lakukan, khususnya melibatkan MTUN atau Malaysian Technical University Network yang melibatkan empat universiti utama dalam negara kita. Dan yang terbaru, juga turut melibatkan UniKL.

Dan pelbagai program yang boleh dianjurkan termasuklah program-program seperti teknologi makanan, sains analitik data dan komputasi, pembangunan web, grafik dan video serta lain-lain lagi kursus-kursus yang ditawarkan. Dan ini juga melibatkan program-program pembelajaran sepanjang hayat yang inklusif sifatnya yang melibatkan juga komuniti daripada luar bandar.

Puan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pembangunan bakat ini, Yang Berhormat Bagan Serai ada menyentuh mengenai kekurangan bakat kecerdasan buatan yang turut mempunyai kepakaran dalam kewangan Islam. Melalui Bajet 2024, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk menubuhkan fakulti AI pertama Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia. Antara program AI yang ditawarkan ialah yakni termasuk Masters of Science yang bermatlamat melahirkan profesional ICT yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang business intelligence dan analytics.

Sukacita saya juga memaklumkan dalam Dewan ini bahawa sekarang ini hampir semua universiti telah pun mengadakan program yang berkaitan dengan AI. Dan terkini, semalam, telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, MMU sekali lagi mewujudkan fakulti AI-nya. Dan inilah perkembangan-perkembangan yang terkait dengan AI.

Dan dalam konteks kewangan Islam pula, business intelligence memainkan peranan yang penting untuk memastikan kepatuhan syariah melalui automasi pemeriksaan syariah, pengurusan risiko yang beretika serta penilaian pelaburan yang mematuhi prinsip Islam seperti mengelakkan riba dan gharar.

draft • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Universiti awam Malaysia, termasuk UTM, juga berupaya untuk membangunkan program ini, Bachelor of Finance with AI, yang juga merupakan prinsip-prinsip kewangan Islam yang bersesuaian dengan keperluan negara.

draft • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Silakan.

draft • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ada tak jawapan lanjut berkenaan AI dalam perbahasan?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Soalan-soalan spesifik. Tapi ada soalan-soalan general yang dikemukakan. Yang Berhormat nak bertanya tentang apa?

draft • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ada. Sedikit. Apa jaminan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan sebarang pengenalan ataupun kita nak introduce, dengan izin, courses yang macam AI ini, tak jadi like a white elephant macam dulu kita buat biotech, IT? Apa jaminan KPT untuk kalis masa depan dari segi ini?

Sebab apa? Saya bimbang kita jump into the bandwagon, follow the trend, without knowing the basic principles. Nak jadi Elon Musk, you must learn physics and mathematics, not AI. I mean, how do you respond to this?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan yang baik sebenarnya. Apabila kita bercakap tentang AI, benar sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kita tidak boleh mengkhususkan hanya kepada bidang AI kerana asas kepada AI itu juga melibatkan bidang-bidang yang terkait dengannya seperti matematik, umpamanya, dan bidang STEM in particular yang mesti dibuat persiapan awal sebelum kita memasuki ke dalam bidang AI itu sendiri. Itu satu perkara yang sangat penting.

Lantaran itu, persiapan-persiapan kurikulum baru perlu dilihat semula. Jadi, seluruh universiti, mereka melihat semula dalam penyediaan kurikulum itu. Dan ini sangat penting untuk membuat persiapan dan termasuk juga bidang-bidang yang berkaitan dengan AI, sama ada AI empowered program yang ada dengan kursus-kursus yang lain tetapi bagi kursus- kursus yang berkaitan dengan khusus untuk bidang yang berkaitan dengan engineering AI dan sebagainya, itu perlu mereka lakukan perubahan-perubahan sesuai dengan keperluan masa kini. Baik, silakan.

draft • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya suka pandangan Yang Berhormat begitu. Cuma, saya nak tanya.

Betul, kita nak kemajuan sains dan teknologi, STEM, tapi terlupa ‘A’ itu, the arts itu ya. Dan sewaktu Yang Berhormat jadi antara batch terawal UIA, ada Fakulti Falsafah. Sekarang ini dah tak ada. Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Tambun, kita semua dalam satu liga intelektual yang sama. We believe in philosophy as a future to educate our ethics.

Jadi, kenapa― apa pandangan kementerian untuk RMK13 memperkenalkan subjek-subjek yang soft ini?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Sebab dia come from the same school of thought dengan saya, walaupun dia duduk di sana. Indera Mahkota satu lagi. Itu memang benar. Apabila kita bercakap tentang soal AI ini, dia bukan hanya satu subjek yang terkhusus kepada satu disiplin. Bacalah apa karya-karya apa sekalipun, buku-buku besar yang bercerita tentang AI. Mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa AI itulah satu bidang yang multi-disciplinary dan termasuk asas yang dipanggil soft sciences. Itu sangat penting sebenarnya. Apatah lagi apabila kita bercakap tentang masa depan, tentang

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

matlamat manusia, ke mana manusia pergi, soal etika. Itu sangat-sangat penting perlu diajarkan.

Falsafah adalah merupakan salah satu asas bagi― kalau ditanya saya secara peribadi. Dan ini juga saya lontarkan kepada pihak universiti. Sebagai contoh, apabila kita membicarakan tentang dunia falsafah, dunia pemikiran, ada dua unsur yang sangat penting iaitu deduction dan induction, ya. Yang Berhormat Machang lebih sedia maklum. Dan ini adalah sangat penting. Kita belajar the falsafah tetapinya the application of that principle itu juga berlaku di dalam konteks AI pada hari ini. Itu yang pertama.

Yang kedua, melibatkan multi-disciplinary, khususnya yang menceritakan tentang matlamat apa yang kita nak bina tentang AI ini, ke mana kita nak bawa sebenarnya? Dan sebab itulah dalam konteks universiti, saya menyarankan, kita menyarankan juga supaya dimasukkan unsur-unsur ini. Jangan kita pisahkan hanya terkhusus kepada AI semata-mata kerana kita nak berikan supaya kita pun berada di persada antarabangsa, mengejar bersama- sama, tapi akhirnya kita tak tahu ke mana kita nak capai. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih, Yang Berhormat. Kita ada pengalaman silam. Kerana mengejar moden, kita tinggalkan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan. Norway ada pengalaman mengejar ICT, tinggalkan segala buku teks hardcopy, semuanya digital.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Beberapa tahun selepas itu dapati itu satu kesilapan, sekarang berbalik untuk lebih seimbang. Saya cadangkan benda-benda inilah, pemikiran ini agenda pertama Majlis Pendidikan Negara, itu saja. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat atas peringatan itu kerana kebetulan saya pun dalam masa yang sama memikirkan perkara- perkara yang sama. Itu yang dipanggil sepertimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu tentang productivity, productivity puzzle atau productivity paradox di mana yang berlaku sebelum ini, apa, di Amerika, apabila nak semua nak pergi ke ICT, ICT, mungkin dengan jangkaan bahawa dengan hasil itu kita dapat membangunkan negara ke hadapan dengan menambahkan lagi produktiviti. Apa yang berlaku pada tahun 1970 sehingga 1990, bukan produktiviti naik tetapi sebaliknya produktiviti itu turun.

Demikian juga satu peringatan kepada kita ketika mana kita nak mengejar dalam konteks AI ini dengan tujuannya untuk menambahkan produktiviti, akan adanya peluang- peluang pekerjaan yang lebih terbuka sebagai contoh. Yang ini semua peringatan yang perlu kita ambil supaya kita tidak terperangkap di dalam permainan dengan istilah-istilah dan juga bidang-bidang baru yang kita jangka kita dapat bersaing tetapi sebenarnya kita tidak dapat bersaing bersama. Silakan Bagan Serai.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Okey, terima kasih. Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih kepada Menteri lah.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dan kita harapkan supaya program untuk dilaksanakan di UTM yang melibatkan RM20 juta bajet itu dapat dilaksanakan dengan baik. Mungkin di UTM itu mungkin dalam konteks untuk mengadakan di sudut program, programmer sebagainya. Tapi yang menjadi kekangan kita pada hari ini yang saya sebutnya ialah bagaimana penguasaan dalam konteks, saya bercakap tentang kewangan Islam untuk mengisi dari segi apa, dalam AI ini. Walaupun AI dia tetap juga dia perlukan kepada bahan mentahnya ialah daripada yang disediakan oleh manusia. Itu satu.

Yang keduanya, semasa dibangkitkan oleh Indera Mahkota dan juga Machang ini, kita bimbang juga dengan zaman AI ini kalau kita tak berhati-hati sebagaimana peringatan disebut oleh Imam Malik, dia kata “hendaklah kamu belajar adab dahulu sebelum kamu belajar tentang ilmu”. Kita bimbang juga kalau kita cakap tentang AI, tentang, kita lupa tentang adab berkenaan dengan yang sepatutnya ada kepada pelajar. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kita sependapat dalam soal itu, Yang Berhormat Bagan Serai. Kerana tidak boleh tidak bahawa asas-asas penting untuk pembinaan manusia itu sangat mustahak untuk kita letakkan terlebih dahulu sebelum kita membicarakan soal-soal teknikal yang besar-besar ini. Soal-soal, soal generatif AI dan sebagainya. Asas itu yang akan kita berikan perhatian. Terima kasih atas ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Kemaman membahaskan berkenaan pengukuhan ekosistem kolaborasi sektor awam, swasta dan akademik. Dan ini juga kita terdengar, kita dengar ada pihak yang mempersoalkan seolah-olah tidak ada kerjasama antara universiti dan industri. Kononnya, Kementerian Pendidikan Tinggi tidak ada perancangan langsung dalam soal itu, dan kononnya kalau ada pun usaha-usaha yang dibuat oleh pensyarah- pensyarah yang tidak ada sebenarnya attachment yang sebenar dengan, dengan syarikat.

Hanya melalui contact, contact kawan yang ada boleh mereka bekerja ataupun membuat kajian-kajian kerjasama dengan syarikat-syarikat.

Saya ingin membetulkan sedikit sebanyak pandangan ini kerana dia seolah-olah menjadi bahan dalam TikTok dan sebagainya yang dibicarakan oleh seorang, saya tak perlu sebut siapa, tetapi disebutkan seolah-olah begitu, bahawa langsung tak ada program- program yang bersifat antara kerjasama antara universiti dan juga industri. Ingin saya sebutkan di sini bahawa pelbagai sebenarnya. Kalau saya nak terangkan satu persatu mungkin tidak ada masa dalam Dewan ini, tapi saya nak sebutkan di sini, pelbagai program yang diaturkan sama ada di peringkat universiti, di peringkat politeknik dan juga di peringkat kolej komuniti dengan kerjasama industri-industri itu sendiri.

Dan kita mempunyai universiti-universiti yang bersifat teknikal iaitu empat universiti teknikal utama yang mesti mahu tidak mahu, universiti-universiti yang berkenaan itu perlu ada kerjasama dengan industri-industri. Jadi, saya ambil contoh umpamanya, kalau ada yang mengatakan bahawa kita tak — kita tidak bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar seperti Osram, seperti Intel, seperti Sandis dan sebagainya, dan ingin saya jelaskan di dalam Dewan ini. Intel sebagai contoh, kita mengadakan program bersama dengan mereka melalui USM.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Demikian juga dengan OpStyle, dengan UniMAP dan USM, Infineon dengan UniMAP, AT&S dengan USM dan UniMAP. Ini beberapa syarikat-syarikat besar. Sekadar saya nak sebutkan di sini.

Dalam erti kata yang lain, kita mewujudkan satu ekosistem kolaborasi yang baik iaitu antara awam dan swasta, akademik dan untuk menjadi agenda penting dalam kelestarian pendidikan tinggi kita. Ini termasuk juga program-program sijil professional industry yang menawarkan peluang reskilling dan upskilling.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, Puncak Borneo minta penjelasan sikit boleh ke?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya habis sekejap. Lepas itu saya bagi.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dan upskilling dalam, dalam teknologi baru seperti AI, data raya, IoT diperkukuhkan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat global seperti Google, seperti Microsoft dan Huawei.

Jadi satu lagi program sebagai contoh ialah program Industri On Campus atau IOC tadi, yang saya sebutkan iaitu dengan kita mempunyai hubungan strategik dengan industri melalui penubuhan facilities latihan dan peluang on job training di kampus. Dan ini termasuk sebagai contoh, baru-baru ini minggu sudah saya pergi ke SanDisk CiA, bukan CiA lain, CiA Lab di, di, di Pulau Pinang. Iaitu kerjasama antara USM dengan SanDisk. SanDisk ini merupakan sebuah syarikat besar dan para pengkaji kita termasuk pensyarah berada di dalam industri itu sendiri. Jadi ini dapat menghasilkan satu penemuan-penemuan yang baik yang mereka sekarang mereka berada di dalam industri itu sendiri.

Silakan, Tuan.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih YB Menteri. Semasa perbahasan RMK13, saya ada menyebut dan meminta kepimpinan kerajaan supaya keluar daripada kepompong lama supaya di mana kerajaan harus menawarkan high value courses dengan izin, di peringkat universiti kepada anak-anak semua lapisan kaum supaya kepintaran dan potensi anak-anak ini tidak tercicir begitu sahaja dengan penawaran kursus yang non- high value courses. Jadi saya juga ada bertanya mengenai berapa ramaikah anak-anak peribumi Sabah dan Sarawak yang ditawarkan high value courses ini? Sebab ini adalah amat penting kerana kita tidak mahu negara kita membazir sumber modal insan di mana anak- anak peribumi yang pintar ini hanya diberi kursus-kursus biasa.

Jadi oleh itu, saya sekali lagi memohon kepada YB Menteri untuk memberi penjelasan dan juga apa ini...

draft • 4:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin

...Enlightenment kepada pihak kita supaya kita tidak mahu kesenjangan ini akan lebih lebar ataupun jurang ini akan menjadi lebih lebar dan kita

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin

tidak menggunakan modal insan kita dengan sebaiknya untuk kemajuan dan kemakmuran negara kita. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Menteri, boleh? Berkaitan juga.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ada kaitan dengan soalan itu, atau?

draft • 4:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ini berkaitan dengan anak peribumi Sabah dan Sarawak khususnya. Dalam perbahasan saya, ada saya menyebutkan supaya ditambahkan lagi bilangan kemasukan anak-anak Sabah, Sarawak ke dalam Fakulti Perubatan kerana hari ini kita berhadapan dengan kekurangan doktor terutamanya yang nak pergi ke Sabah dan Sarawak berkhidmat di sana. Dan mungkin boleh ditambahkan satu lagi Institut Fakulti Perubatan di salah satu universiti atau diperkasakan di UNIMAS, Sarawak itu untuk pengambilan anak-anak tempatan dengan mungkin boleh kita pertimbangkan syarat- syarat kemasukan yang lebih, lebih ringan kepada mereka.

Begitu juga, seingat saya, saya juga menyebutkan bahawa semenjak 1976, Jemaah Menteri sudah mula memutuskan bagaimana kita nak memperkasakan latihan kepakaran.

Hari ini kita kekurangan 11,000 kepakaran dan kita ada 15,000 pesakit-pesakit yang menunggu pembedahan antara tiga hingga dua puluh satu bulan. Apakah strategi untuk kita menangani masalah kepakaran yang ada di dalam negara kita dan menangani isu-isu yang lambakan dan kelewatan untuk melakukan pembedahan dan rawatan selanjutnya? Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang ini perlukan jawapan bersama dengan Kementerian Kesihatan, dari segi unjuran mereka. Jadi di peringkat universiti seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Berhormat juga daripada latar belakang perubatan, tentang bagaimana universiti-universiti yang ada pada hari ini kita menyediakan peluang itu untuk mereka melanjutkan pelajaran mereka di peringkat master dan seterusnya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Semua universiti kita menawarkan itu. Dan, dan sepertimana Yang Berhormat sedia maklum juga, sebelum ini ada masalah kerana ada dua sistem yang berbeza. Jadi, pendekatan Kementerian Pendidikan Tinggi, kita minta ianya diselesaikan dan bagi kita tidak ada halangan bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran di setiap hospital-hospital universiti yang ada.

Baik, menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan bidang-bidang kritikal seperti iaitu dalam bidang perubatan bagi Sabah dan, dan, dan Sarawak. Itu turut dibincangkan. Dan sepertimana yang kita sedia maklum, sekarang ini kita ada Fakulti Perubatan di UNIMAS dan juga kita ada sedang siapkan Fakulti Perubatan di UMS hospitalnya sendiri. Jadi, bagi memulihkan supaya sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat perkara-perkara untuk menambahkan lagi, itu dapat dilakukan.

Malah Kerajaan Sabah -- minta maaf, Kerajaan Sarawak turut mencadangkan kepada kita universiti-universiti private yang dapat mereka buat kerjasama. Saya ambil contoh yang terkini yang dikemukakan oleh Kerajaan Sarawak untuk bekerjasama dengan

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

sebuah universiti ternama daripada China iaitu Fudan University. Fudan University adalah salah sebuah universiti yang ternama di China, one of the top schools juga, dengan izin, dalam, dalam dunia. Jadi, ini antara pendekatan-pendekatan yang sedang dilakukan oleh pihak dan kita memberi kerja, kerjasama itu dengan pihak Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Bagi, bagi saya menjawab dulu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu berkaitan dengan menyediakan peluang-peluang bagi bidang-bidang, bukan lagi bidang- bidang yang lama yang outdated tapi bukakan satu ruang-ruang baharu. Dan kebetulan Yang Berhormat, saya pada pagi tadi, saya mengadakan pertemuan mesyuarat dengan satu jawatankuasa khas untuk melihat semula dalam konteks politeknik dan juga kolej komuniti akan bidang-bidang pekerjaan yang baharu yang diperlukan oleh, oleh negara untuk lima tahun yang akan datang, daripada tahun 2025 dan hingga ke tahun 2030.

Ini termasuk sebagai contoh dalam bidang digitalisasi pendidikan dan keselamatan siber. The demand untuk lima tahun yang akan datang. Sebagai contoh saya ambil kalau, kalau hari ini, pada ketika ini, kita hanya mempunyai 18,500 orang. Dan untuk tahun 2030 nanti kita menjangkakan bahawa kita diperlukan sebanyak 49,200 orang dan termasuk juga dalam bidang-bidang yang lain seperti dalam bidang pembinaan, pembuatan dan satu lagi environmental, social and governance iaitu ESG. Ini bidang-bidang baharu yang akan muncul dalam dunia pekerjaan kita nanti termaksuklah sebagai contoh, yang diperlukan untuk tahun 2030 nanti ialah 930,000 keperluan.

Jadi, di peringkat kita, kita perlu melihat perangkaan-perangkaan yang diberikan untuk kita merangka bagi lima tahun yang akan datang untuk sepertimana yang disebutkan bidang-bidang yang baharu ini dapat diwujudkan termasuk juga untuk daripada pelajar- pelajar dan juga daripada Sabah dan Sarawak. Kita tidak membezakan, tidak mendiskriminasikan sama ada mereka datang daripada kawasan ini ataupun kawasan Semenanjung kah ataupun di Sabah dan Sarawak tapi kita memberi keutamaan itu kepada semua. Terima kasih. YB.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Dato’ Seri Menteri.

Saya nak menyentuh sedikit tentang dasar pengambilan pelajar. Ada beberapa perkara pertama semasa perbahasan, saya pernah bangkitkan. Ini saluran terbuka, open channel.

Hari itu berdepan dengan Timbalan Speaker mungkin saya tak dapat bagi. Saya akan terus tanya dasar. Apa dasar kita? Pelajar asing datang ke sini untuk postgraduate atau degree? Ini sangat penting. Kalau degree, setakat berapa peratus kita beri? Sebab apa yang menjadi isunya -- saya setuju dengan Menteri, susah. 61 peratus saja peruntukan diperoleh oleh MU. Saya setuju dengan Naib Canselor. Kerajaan kena bagi secukup-cukupnya. Tapi saya tak setuju bahawa saluran terbuka, naikkan yuran, ini akan mendiskriminasi golongan miskin. Saya dah bangkitkan.

Kedua, apa yang menakjubkan? Saya anak Malaysia keturunan Cina. Bila saya masuk kampus, empat, saya kampus yang saya sebut. Pelajar luar negara lebih ramai daripada sini. Saya beri contoh. Yang Berhormat Menteri ini, apabila tentang profesion

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

mungkin tak tahu. Sebab apa? Naib Canselor tak semestinya beritahu. Saya nak tanya, kenapa sekarang khusus sarjana muda, saya ambil contoh UKM, kejuruteraan elektrik dan elektronik. Tiga tahun yang lalu, orang Cina Malaysia, 10 orang. Jumlah pengambilan 100.

Jumlah tempat dia pergi pada China Tanah Besar, 10 orang. Okey, seimbang.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, ringkaskan. Masa Menteri sudah habis.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tahun berikutnya, jumlahnya Malaysia, Chinese Malaysian Chinese, 15, China, 23. Tahun lalu, malu saya mahu sebut.

Rakyat Malaysia 17. From Tanah Besar hampir 90 kejuruteraan elektrik dan elektronik. Kita pengeluar terbesar dari semikonduktor. Saya tak percaya anak Malaysia, anak Cina di situ, tak nak belajar E&E.

[Tepuk] Itu yang saya kata, kalau telah menular sampai ke peringkat sarjana muda, kita mesti ada satu dasar jelas.

Saya kata empat universiti, kenapa macam ini? Sebab China buat satu pusat. You come to Malaysia, you kena ambil top ranking 200. Sebab itu melambak masuk universiti- universiti ini dan ini akan menjejaskan tempat. Itu satu. Bukan – saya kata ini secara komersial dan terlalu banyak. Apa dasar kita? Post graduate ataupun sarjana muda.

Kedua Yang Berhormat ...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat jangan berbahas, masa sudah habis untuk Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya, saya tak bahas Yang Berhormat.

[Sambil menunjukkan helaian kertas] Hari itu saya tunjuk. Ini, saya tidak tipu.

Saya bawa maklumat daripada pihak UM, UKM, saluran inklusif, satu.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat boleh bincang dengan Yang Berhormat Menteri nanti.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Sekejap, sekejap, sekejap Yang Berhormat. Saya nak tanya Yang Berhormat saja. Open to all candidates. Maksudnya, Bumiputera, tak Bumiputera boleh masuk. Yang ini kata, saluran terbuka kepada semua, tapi you tak boleh masuk UPU lagi, terus kena bayar secara komersial. Bukankah ini saluran komersial dan kita menganaktirikan rakyat Malaysia? Itu, saya rasa prinsip itu sangat penting.

Terima kasih Yang Berhormat sentiasa prihatin.

Semalam, kita buat satu kes, OKU. Tak akan dasar kita mendiskriminasikan OKU.

Adik Aniq, autisme 3.82, tak boleh dapat universiti, tak boleh mohon. Adik Lim Chin Hong.

Terima kasih Yang Berhormat...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, jangan berbahas.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

...Sekurang-kurangnya, Yang Berhormat bawa ini dan saya nak tanya apakah dasar pengambilan tentang perkara. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Sila duduk. Yang Berhormat Menteri.

[Tepuk] Yang Berhormat Menteri, sila gulung, masa sudah habis.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh. Saya sebenarnya…

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini masa untuk Menteri menjawab.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh. Saya perlu jawab sebab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam itu sangat penting dan perlukan penjelasan.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi dua minit sahaja.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Mungkin saya boleh bagi jawapan bertulis. Tetapi apa pun saya nak sebutkan kepada Yang Berhormat. Sebab kita bukan berbahas, saya bukan nak, nak, nak challenge itu dan ini. Tetapi ini perkara, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan dasar. Yang Berhormat pernah menjadi Timbalan, Timbalan Menteri. Timbalan Menteri Pendidikan. Indera Mahkota pernah menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Seperti yang kita tahu bahawa dasar, dari segi dasar pengantarabangsaan pendidikan Malaysia, perubahan sistem pendidikan bermula pada tahun 1996 lagi. Apabila bermulanya kita membuka ruang bagi universiti-universiti luar juga berada beroperasi dan begitu juga kemudiannya pada 199,6 Akta Pendidikan Swasta diperkenalkan, maka bermulalah penubuhan-penubuhan universiti-universiti swasta dan sebagainya.

Baik, daripada situ kita melihat proses-proses pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa bermula termasuklah waktu zaman Yang Berhormat, waktu zaman kita Yang Berhormat Indera Mahkota. Cuma mungkin di waktu itu yang menjadi persoalannya ialah dari segi berapa bilangannya yang masuk dan mungkin nombor yang ada itu dikira tidak begitu alarmingdari segi keinginan untuk pelajar-pelajar antarabangsa untuk datang belajar ke negara kita.

Tetapi dasar yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu berkaitan dengan dasar apakah kita memberi ruang lebih kepada pelajar-pelajar antarabangsa untuk belajar di peringkat prasiswazah iaitu di peringkat undergrad dan melebihi daripada pelajar-pelajar daripada – Tak, daripada pelajar tempatan sebab ada yang dibangkitkan.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya ingat lagi, saya ikuti antara yang dibawa oleh Yang Berhormat termasuk soal asasi. Dikatakan bahawa lebih ramai pelajar daripada luar daripada pelajar kita dan seperti mana yang...

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat, saya rasa saya kena betulkan. Rujuk Hansard. Saya tak pernah sebut asasi pada warga negara asing, tak ada. Saya cuma kata, kenapa boleh dijual RM19,600? Itu kuota bumi. Itu memang saya

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

sebut. Mungkin ada yang campur adukkan, ingat sebab daripada pihak sana ada yang sebut, saya cakap, saya tak pernah sebut, sebab itu saya rujuk dia kepada jawatankuasa, kepada Speaker.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Okey, tak apa.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Itu bukan saya sebut. Kedua, Dato’ Seri, betul apa Dato’ Seri cakap. Saya, ketika saya, five to ten percent, betul, Indera Mahkota?

Sekarang, penambahan dua tahun, tempat E&E engineering, 100, second year 143, the third year 200. Penambahan sepatutnya memanfaatkan rakyat Malaysia, tetapi, rakyat asing, *90.

Malaysian Chinese, only 17*. Apa ni?

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya sebutkan...

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Itu yang saya kata, apa dasar kita?

Kita kena betulkan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang Berhormat...

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya tak menuding jari, siapa salah, siapa buat. Dasar ini, dalam keadaan ini, ada keperluan untuk kita ubah balik. Itu saja. Demi kebaikan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya sebutkan ini. Bagi saya habis dulu. Sebab itu saya seperti biasa...

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa tambahan pun sudah habis.

draft • 4:50 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya kena, saya kena jawab juga sebab...

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Sebab dasar-dasar yang disebutkan seolah-olah kita membuka ruang kepada semua. Dan saya nak sebutkan di sini, ambil contoh ya. Dasar untuk memberikan tempat kepada pelajar-pelajar di peringkat prasiswazah ditetapkan oleh UPU, berapa. Sebagai contoh, saya ambil contoh satu-satu tempat disediakan 100 tempat. Maka, 100 tempat itu dipenuhi. Itu adalah keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi suatu-suatu universiti itu. Dan begitu juga dia applies kepada universiti- universiti yang lain dan ada lebihan, mungkin ada lebihan-lebihan yang diberikan itu dibuka kepada yang lain.

Seperti mana kalau saya boleh ambil contoh kalau ikut bilangan keseluruhannya.

Sebagai contoh, bilangannya untuk tahun 2024 adalah seramai 497,000 pelajar warga negara Malaysia berbanding dengan 13,000 pelajar antarabangsa yang masuk ke universiti- universiti kita dan yang sedang mengikuti. Ini yang dalam kes yang sedang mengikuti kursus- kursus prasiswazah.

Jadi, dari segi jumlah itu yang daripada jumlah pelajar warga negara, pelajar yang mengikuti ijazah pertama adalah seramai 365,000. Jadi, jumlah kalau kita lihat dari segi keseluruhannya, tentunya kalau Yang Berhormat hendak mengambil kursus-kursus yang

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

itu,boleh. Mungkin maklumkan dengan saya tentang bilangan-bilangan di tempat-tempat mana. Tapi, berdasarkan kepada apa yang terkumpul di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi kita ialah pertama, kita tidak membuka terus. Terbuka begitu saja untuk pelajar-pelajar luar dan Malaysia bersaing bersama.

Tapi, yang dasar yang kita buat ialah menetapkan apa pun keutamaannya diberikan terlebih dahulu kepada pelajar — setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh UPU.

Sebagai contoh, bilangan diperlukan oleh UPU untuk satu universiti ini sekian-sekian banyak.

Maka, dipenuhi dulu kuota itu dan kemudian kalau ada lebihan dari segi kapasiti kepada universiti yang berkenaan, maka dia akan buka seperti mana Yang Berhormat pun sedia maklum seperti yang saya kembalikan semula tadi atas dasar-dasar yang telah pun kita laksanakan selama ini iaitu pada tahun 1996 dasar yang terbuka yang kita bawa untuk bawa pelajar-pelajar luar negara dan selain daripada itu juga ia merupakan satu lagi proses perkembangan pengantarabangsaan universiti-universiti kita dan itulah antara perkara- perkara yang kita lakukan.

Apakah kita akhirnya kita kata kita kena sekat? Tak boleh, seumpamanya. Sebab itu, dari segi dasar kita yang kita berikan keutamaan ini kepada kursus-kursus pascasiswazah.

Itu yang lebih menjadi keutamaan yang kita beri ruang kepada mereka.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya setuju tapi generalise data...

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

...Dibanding dengan secara khusus saya beritahu, saya minta Menteri tengok balik.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang kes UKM tadi. Kenaikan *100...

[Pembesar suara dimatikan]*

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah, Yang Berhormat. Masa Menteri sudah habis.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya sebut je secara spesifik. Kenapa kenaikan 100 peratus...

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Tempat itu, dia pergi pada warga negara asing?

[Tidak jelas]

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Baik, Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi dekat saya figure. Tapi, saya nak bagi tahu pada Yang Berhormat juga. Yang Berhormat tengok juga universiti-universiti yang lain. Kita ada 20 universiti awam keseluruhannya. Kalau Yang Berhormat mendapati ada masalah pada universiti yang berkenaan, bagi tahu.

Tetapi, kalau secara perbandingan keseluruhannya, saya boleh sebutkan, sebab itu dia berdasarkan kepada angka yang ada. Jadi hal-hal begini, kita perlu sama-sama tengok dan kita tak akan melakukan sesuatu yang mengorbankan anak tempatan. Peluang-peluang

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

untuk anak-anak tempatan melanjutkan pelajaran tak ada tetapi kita beri ruang itu kepada orang lain terlebih dahulu.

Sebagai contoh, saya ambil. Apabila Yang Berhormat jumpa dengan saya, minta supaya tengok kes-kes tertentu termasuk semalam kes yang melibatkan seorang pelajar yang dianggap OKU. Bila penilaian di peringkat OKU, mengatakan bahawa dia tak boleh sebab atas penilaian universiti ini tak boleh terima. Saya kata, *“Result dia macam mana?”.

Result* dia, four As. Four straight As. Bila Yang Berhormat beritahu dengan saya, “He deserves it”. Tetapi, disebabkan oleh kekangan-kekangan alasan yang diberikan oleh universiti kita, kita tak ada kemudahan ini. Saya kata, “Tak boleh”. Kita kena ubah dasar universiti yang mesti lebih bersifat inklusif kepada OKU.

Lantaran itu, saya nak beritahu pada Yang Berhormat ya, permohonan itu yang melibatkan seorang pelajar four As ini insya-Allah, beliau akan mendapat tempatnya.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, jawapan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah. Masa Yang Berhormat Menteri sudah habis. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab. Masa 30 minit.

draft • 4:50 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dari 4 hingga 14 Ogos 2025 yang lalu.

Pada hari ini, saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan yang telah menyentuh isu MOTAC oleh 23 Ahli Yang Berhormat dari Tumpat, Tasek Gelugor, Kudat, Padang Besar, Sandakan, Gombak, Puncak Borneo, Jerlun, Labuan, Mas Gading, Batu Gajah, Bukit Bendera, Jeli, Kuala Kedah, Kuala Kangsar, Miri, Masjid Tanah, Kemaman, Mersing, Port Dickson, Beaufort, Batang Lupar, Semporna.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC sentiasa mengalu-alukan inisiatif daripada semua pihak termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat, agensi kerajaan dan sektor swasta untuk membangunkan destinasi serta produk pelancongan baharu termasuk infrastructure di kawasan Parlimen masing-masing. Semua cadangan ini perlu diselaraskan terlebih dahulu dengan kerajaan negeri melalui exco pelancongan negeri. MOTAC bersedia pertimbangkan permohonan projek, pembangunan baharu selaras dengan dasar dan polisi kerajaan serta

draft • 4:56 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

keutamaan kerajaan negeri bagi mengukuh industri pelancongan, kebudayaan dan warisan negara, tertakluk kepada kelulusan dari Kementerian Ekonomi.

Bagi memperkasa industri pelancongan negara, MOTAC telah menyediakan pelbagai bantuan sokongan dari segi bantuan fizikal. Kerajaan sediakan Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), Geran Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) dan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) bagi menggalakkan penggiat industri melaksanakan program dan promosi pelancongan secara aktif di dalam dan luar negara.

MOTAC juga memudah cara pelbagai insentif kerajaan, antaranya Program Pembangunan MADANI oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk menaik taraf kemudahan dan perkhidmatan.

draft • 4:56 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Tabung khas pelancongan oleh SME Bank bagi membantu PKS meningkatkan kualiti produk dan memodenkan operasi. Selain itu, MOTAC juga bekerjasama dengan MIDA untuk memberi insentif cukai kepada projek pelancongan di Malaysia.

Dari aspek pembangunan, sebanyak 75 projek dengan kos berjumlah RM31.4 juta telah diperuntukkan di negeri Terengganu. Bagi bantuan bukan fiskal pula, ini merangkumi program pembangunan modal insan, meningkat — peningkatan kapasiti penggiat industri serta penganjuran aktiviti promosi. Antara inisiatif...

draft • 5:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Ialah kursus meningkatkan kualiti homestay…

draft • 5:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

…Yang dipanggil transformasi digital pelancongan dan acara-acara seperti Karnival Candat Sotong, Pantai Timur [Tidak jelas] 2025 dan berbagai karnival promosi. Sokongan promosi juga diperkukuh melalui through operator support dan penglibatan dan pameran pelancongan.

draft • 5:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya berkenaan dengan GSSK sebagaimana Yang Berhormat Menteri tanyakan tadi. Pada tahun lepas, untuk GSSK ini, bila sign SST saja dapat 50 peratus dan bila buat program, hantar laporan, dua bulan lepas itu terus dapat bantuan daripada pihak kementerian. Boleh tak nyatakan kepada pihak dalam Parlimen ini, program JSSK itu berapa banyak yang telah pun diluluskan untuk tahun ini dan adakah terdapat lagi yang belum dibuat pembayaran? Sebab saya mendapat maklumat bahawa programnya dah lepas, dah buat, tetapi masih lagi belum dapat pembayarannya walaupun dah masuk pada tahun 2025. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Kalau you tanya sama saya maklumat berapa sudah lulus semua, sekarang saya anggaran tiada. Nanti saya balik, saya dapat maklumat saya salurkan kepada sesama kita Yang Berhormat. Tadi

draft • 5:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

mengenai bayaran itu semua, kalau ada kes-kes mana tidak dapat bayar, belum lagi bayar sila kemukakan kepada sama saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC melalui Tourism Malaysia, komited mempromosikan destinasi pelancongan negara melalui berbagai inisiatif termasuklah kerjasama dengan sektor swasta dan menggunakan platform media sosial utama seperti Xiaohongshu, Douyin, Line, Facebook, Instagram, TikTok, WeChat, KakaoTalk dan lain-lain. Usaha ini juga disokong dengan penglibatan pempengaruh bagi mempercepatkan sebaran maklumat serta menarik lebih ramai pelawat ke Malaysia.

Di samping itu, MOTAC juga bersedia untuk mempromosikan semua negeri termasuk Sabah, Sarawak untuk menyertai misi jualan Tourism Malaysia di luar negara. Bagi kempen Visit Malaysia 2026, semua promosi dan pengiklanan telah dirancang dan dilaksanakan sehabis baik secara strategik di pelbagai pasaran utama walaupun menghadapi kekurangan peruntukan. Sebaiknya, usaha ini janganlah dipolitikkan atau disensasikan oleh mana-mana pihak ataupun mana-mana Ahli Yang Berhormat.

Bagi tahun Januari hingga Jun 2025, Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah pelawat asing seperti berikut. Dari Januari sampai Jun 2025/2024 kita buat comparison, permintaan dia di — naik ke ataupun diturun. Contoh, macam ini. Saya bagi 10 negara.

Contoh:

NEGARAJUMLAH PELAWAT TAHUN2024JUMLAH PELAWAT TAHUN 2025PERATUS (%)
Singapura839788610288250Meningkat 22.5 peratus
Indonesia20311112197288Meningkat 8.2 peratus
China16074132178857Meningkat 35.6 peratus
Thailand11748181237979Meningkat 5.4 peratus
India638109807664Meningkat 26.6 peratus
Brunei885420747851Menurun 15.5 peratus
Filipina268628296298Meningkat 10.3 peratus
Korea Selatan267514279223Meningkat 4.4 peratus
Australia208861233147Meningkat 11.6 peratus
Chinese Taipei194372218171Meningkat 12.2 peratus

Di samping itu, penyasaran [Tidak jelas] jauh seperti United Kingdom juga menunjukkan prestasi yang baik iaitu 215,813 pelawat, meningkat 9.5 peratus. Oleh itu, peruntukan promosi dan pengiklanan tidak hanya tertumpu kepada satu pasaran sebaiknya disesuaikan mengikut potensi dan saiz pasaran. Bagi memastikan impak yang positif, aktiviti promosi lebih tertumpu kepada platform digital dan media sosial terutamanya di pasaran

draft • 5:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

potensi tinggi memandangkan ada negara-negara yang mempunyai kadar nilai tukaran wang yang terlalu tinggi. Justeru, usaha promosi ini memerlukan peruntukan yang lebih.

Yang Berhormat Masjid Tanah, saya punya kawan baik, dimohon untuk bersama- sama membantu mempromosikan Malaysia terutama sekali Melaka, agar kempen Visit Malaysia 2026 dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

draft • 5:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, terima kasih sebut saya sebagai kawan baik. Saya rasa sangat terharu dan juga berbangga Yang Berhormat Menteri kata macam tu.

draft • 5:00 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan saya pada perbahasan yang lepas, saya ada minta untuk Yang Berhormat Menteri nyatakan berapakah jumlah A&P kementerian?

Supaya kita dapat melihat bahawa sebagaimana Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa ia nya tertumpu kepada pasaran, tetapi dapat disesuaikan ikut potensi dan juga saiz pasaran.

Dan kalau kita tengok China kemudian Singapura dan saya yakin dan percaya, dalam perbahasan saya menyatakan “Jangan diletakkan dalam satu bakul saja”. Maksudnya, nampak macam Yang Berhormat fokus ya, fokus kepada pihak negara China.

Jadi, soalan saya untuk, kalau dapat Yang Berhormat bekalkan A&P itu untuk kita melihat dan juga membuat perbandingan. Dan syabas dan tahniah atas kenaikan pelancong tapi saya rasa tak cukup lagi itu, Yang Berhormat kena ekstra kerja keras lagi untuk merancakkan lagi potensi pelancongan kita. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Kita, macam tadi saya katakan. Mana saya sudah soalkan, bukan kita taruh satu basket ataupun di mana-mana. Lain-lain punya negara macam ada punya negara macam di Middle East, kita tidak boleh terlampau aggressive promotion. Macam di Bahrain, kita mahu setakat RM12, baru dapat satu Dinar. Itulah, kita sekarang memohon Kementerian Kewangan mesti mendapatkan lebih peruntukan barulah kita boleh lagi agresif.

Jadi, you mau detail itu, nanti, saya tak ada maklumat sekarang. Nanti kita balik, kita boleh bagi. Kita memang bukan fokus satu China saja. Kita dalam masa yang Parlimen yang lalu saya sudah beritahu, kita mesti target mana high end punya tourism ataupun mana tourist ataupun dia orang boleh high spending punya. Memang kita mau fokus dan juga termasuklah lain-lain. Termasuk di Thailand, kita di Vietnam, kita punya ASEAN punya country juga dan Asia country kita pun masuk juga.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey, Yang Berhormat. Adakah ini bermaksud apa nama ni? Hala tuju kementerian pelancongan hari ini adalah untuk maksudnya, high value tourist untuk masuk ke negara kita? Ataupun berdasarkan jumlah pelancong masuk ataupun daripada apa yang mereka belanjakan? Yang mana satu menjadi hala tuju ataupun keutamaan pihak MOTAC?

draft • 5:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kita memang semua mahu fokus. High value kita mahu fokus, pelancongan punya volume flow kita pun fokus juga. Jadi, ada punya domain dengan

draft • 5:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

izin. Saya pergi bila, saya misi gerakan, ada punya negara, dia tak, even dia tak tahu Melaka di mana? Bila kita terangkan kepada sama dia…

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Itu salah Ketua Menteri Melaka lah.

draft • 5:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ha, you boleh tanya you punya exco pun ada ikut sama saya, dia pun terkejut. Itulah, kita tertakluk kepada peruntukan. Kadang-kadang kita peruntukan tidak cukup, kita tidak boleh lancarkan kita punya kempen. So, saya haraplah Yang Berhormat Masjid Tanah boleh bantu kita kementerian. Kita pun Timbalan Menteri itu, masalah juga yang lalu, bolehlah membantu. Kita dapat lebih, kita memanglah. Sedaya upaya, we will do our best dengan izin.

Okey, bagi menjadikan Malaysia destinasi yang menarik, MOTAC memberi tumpuan kepada segmen pelancongan yang unik, yang berdaya tarikan seperti pelancong sempadan, antara usaha yang dilaksanakan oleh safe travel tourism dengan Thailand. Penglibatan dalam Thai International Travel Fair, Bangkok serta program lawatan suai kenal (fam trip) untuk pempengaruh dan media antarabangsa.

Dengan pemindahan ibu kota baharu Indonesia ke Kalimantan, potensi pelancongan sempadan dijangka semakin luas, promosi bersama dengan destinasi berhampiran seperti di Bau di Sarawak boleh dilaksanakan dalam meningkatkan daya saing industri ini.

Pihak kerajaan negeri perlulah mengenal pasti produk pelancongan dan destinasi khusus untuk diketengahkan dan penggalakkan pemain industri tempatan dalam menghasilkan pakej serta mempromosikan menerusi kerjasama strategik Tourism Malaysia dan Sarawak Tourism Board bersama ASITA Kalimantan Barat sebagai ejen penjual.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC sememangnya memberi tumpuan kepada semua segmen pelancongan, termasuklah pelancongan mesra Muslim yang mempunyai potensi yang sangat besar. MOTAC melalui Islamic Tourism Centre komited dalam membangunkan dan mempromosikan pelancongan dan di hospitaliti mesra Muslim. Antara segmen yang diketengahkan adalah pelancongan berasaskan al-Quran di mana, Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri. Antara tarikan utama di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya dan Yayasan Restu di Shah Alam.

ITC telah bekerjasama dengan kedua-dua institusi ini dan berbagai rakan strategik dengan penganjuran Islamic tourism [Tidak jelas] bagi mempamerkan seni warisan Islam di Malaysia. Antaranya termasuk membawa delegasi Muslim pengaruh dari Republik Rakyat China melalui Program China Muslim Representative Fam Trip, ITC juga telah melaksanakan misi gerakan pelancongan ke empat buah negara utama iaitu negara China, Arab Saudi, Uzbekistan dan Vietnam sebagai usaha memperkasa jumlah kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia, khusus yang menjelang Visit Malaysia 2026.

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Misi ini memberi tumpuan kepada promosi pelancongan Islam, dengan mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim. Yang menawarkan kemudahan lengkap dari aspek makanan halal, kemudahan solat, pengalaman budaya Islam serta hospitaliti yang diyakini. Selain itu, rangkaian Hotel Seri Malaysia telah menyertai Program Pengiktirafan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition yang dilaksanakan oleh ITC.

Sehingga ini, sebanyak 17 premises telah berjaya memperoleh status “Mesra Muslim” di bawah program ini. MOTAC mengalu-alukan kerjasama kerajaan negeri, agensi pelancongan negeri dan pihak swasta untuk memanfaatkan kelebihan dan kekuatan serta reputasi Malaysia dalam pelancongan mesra Muslim dalam menarik lebih ramai pelawat Muslim dari dalam dan luar negara.

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya? Machang, Machang.

draft • 5:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kamu tak ada bahas. Yang Berhormat tidak bahas.

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh bertanya?

Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya cuma nak bagi sedikit pandangan, mungkin minta bantuan daripada Kementerian Pelancongan. Untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio Menteri Agama, untuk membantu memudahkan pelancong-pelancong asing yang melawat masjid-masjid di Malaysia.

Saya beritahu Yang Berhormat Menteri, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh juga pergi lawat Masjid Putra di Putrajaya. Setiap hari or average per month, 5,000 foreign visitors, 5,000 orang tapi prasarana di situ agak kurang baik untuk bantu kemasukan pelancong asing yang begitu ramai pada satu-satu masa.

Contohnya, masjid tour guide. Volunteers bayaran allowance kurang. Jadi, banyak pelancong asing tidak dapat manfaat yang sepatutnya bila mereka melawat di masjid-masjid ini. Mungkin ada kerjasama Kementerian MOTAC dengan Kementerian Agama.

draft • 5:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Bukan hari ini, kita sudah menjalankan lama sudah promosi Masjid di Putrajaya. Bukan itu sahaja, lain-lain punya negeri kita pun promo dan juga kita promosi masjid yang terbesar punya di Kuala Lumpur, kita pun ada promosi. Jadi, kita pun ada bawa negara luar punya imam pergi melawat juga. Terima kasih atas cadangan ini.

draft • 5:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Menteri, Padang Besar. Saya hendak tanya sedikit sahaja. Pertamanya, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas inisiatif MOTAC membantu negeri Perlis, menunjukkan Perlis juga tidak ketinggalan dalam naratif pelancongan Malaysia.

Cuma, saya hendak minta tolong jasa baik Yang Berhormat Menteri, Wang Kelian itu dah jadi macam pekan mati. Negeri ada buat permohonan untuk flying fox di Wang Kelian View Point. Harap dapat perhatian daripada Yang Berhormat Menterilah.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Itu, Yang Berhormat Padang Besar, itu tak ada masalah.

Selalu you punya exco ada buat engagement bersama-sama saya.

draft • 5:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih banyak.

draft • 5:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Okey, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Mana kalau kita boleh bantu, kita akan bantu.

draft • 5:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Mana boleh kita kerjasama...

draft • 5:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Tumpat. Saya memang bahas. Okey, saya ada dua soalan. Pertama yang saya ada bahaskan dalam RMK13 ialah berkenaan dengan visi pelancongan di Tumpat berkenaan dengan gastro-tourism. Jadi, setakat ini, adakah di pihak kementerian mempunyai suatu perancangan khusus untuk gastro-tourism terutama bagi negeri-negeri Pantai Timur yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang perlu penjagaan daripada sudut preservation, dengan izin, makanan tersebut benar sebagaimana yang kita hendak promote? Sebab, sekarang ini bila macam-macam kedai yang buat, macam-macam orang yang buat, keaslian tarikan tersebut kadang-kadang boleh kita pertikaikan dari segi kualiti. Itu yang pertama.

Yang kedua, Kelantan antara lokasi pelancongan. Sebelum COVID, kekerapan penerbangan adalah sangat banyak. Tetapi, selepas COVID, penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan sangat kurang dan saya kira perlu bantuan daripada Yang Berhormat Menteri untuk berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan supaya ia tidak menjejaskan pelancongan di Kelantan kerana kekurangan penerbangan yang telah pun dihantar ataupun bergerak ke Kelantan sekarang. Sangat-sangat ― dia punya jarak sangat besar. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Inilah satu action mesti mahu ambil daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Terutama sekali kita exco, kalau bolehlah, datang kita punya pejabat bersama-sama industry player, kita boleh kemukakan apa produk ataupun pakej kita yang ada. Then, bolehlah kita bekerjasama. Tiada masalah.

Saya tak kira daripada sana, daripada sini. Mana kita boleh bantu, kita bantu. Kita Kerajaan Negeri Kelantan pun banyak peruntukan kita sudah disalurkan. Mana kita boleh buat, kita buat. Jadi, mintalah exco, kalau boleh, lebih ambil masa sedikit, kita berbincang produk- produk ataupun pakej-pakej kita yang ada.

draft • 5:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Terima kasih banyak.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC juga komited dalam pembangunan pelancongan di peringkat komuniti melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia dan Program Hos Komuniti Setempat di mana produk tempatan boleh dilatih untuk memperkasa ekonomi tempatan dan memperkenalkan budaya dan warisan mereka kepada pelawat dalam dan luar negara. Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran penduduk tempatan malah menambah pendapatan komuniti. Kerajaan negeri

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

mestilah proaktif untuk mengenal pasti komuniti yang berpotensi untuk dibangunkan dan bersedia untuk menjalani program yang ditawarkan.

Dalam usaha meningkatkan sumbangan pelancongan kepada pendapatan negara, segmen MICE atau acara perniagaan merupakan antara bidang penting yang perlulah diberikan perhatian. Sehingga 30 Jun 2025, MyCEB telah berjaya membida 3,412 acara dan menarik lebih 4.3 juta delegasi dengan impak ekonomi berjumlah RM25.3 bilion. MOTAC melalui MyCEB akan terus memperkukuh segmen MICE atau acara perniagaan.

MOTAC juga akan mempromosikan MICE atau acara perniagaan dengan lebih agresif di seluruh dunia terutama di pasaran yang berpotensi dengan memfokuskan pasaran ASEAN seperti Cambodia, Vietnam dan Thailand. Dengan strategi tersusun ini, saya yakin industri MICE bukan sahaja terus pulih malah akan menjadi pemacu ekonomi negara serta mengangkat Malaysia sebagai destinasi MICE utama di rantau Asia.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC juga memberi penekanan kepada pembangunan platform digital dan komprehensif. Tourism Malaysia mempunyai kerjasama strategik bersama Agoda, Traveloka dan Klook untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama di rantau ASEAN. Kempen digital ini akan mengetengahkan tarikan budaya dan alam semula jadi kepada pelawat antarabangsa. Pada masa yang sama, Tourism Malaysia juga bekerjasama dengan beberapa platform e-dagang lain bagi pasaran Asia Utara dan Asia Timur bagi meluaskan capaian promosi negara seperti k-d.com, c3.com, fliggy.com, tongchengir.com, qunar.com dan lain-lain bagi memasarkan pakej pelancongan ke Malaysia.

Cadangan inisiatif zon khas pelabur pelancongan (special tourism investment zone) diperkenalkan bagi menggalakkan pelaburan bernilai tinggi oleh sektor swasta dalam usaha membangunkan kawasan pelancongan berpotensi serta mempelbagaikan pilihan produk pelancongan yang unik, inovasi dan berdaya saing. Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak pemaju swasta.

Oleh yang demikian, MOTAC bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri yang telah mengenal pasti kawasan berpotensi berdasarkan permintaan pasaran yang kukuh dan minta dari pelabur terutamanya bagi membangunkan projek pelancongan bersepadu di kawasan tersebut. Dalam hal ini, sebarang cadangan kawasan STIZ yang diusulkan oleh Ahli Yang Berhormat hendaklah diselaraskan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri melalui exco pelancongan negeri. Selanjutnya, mekanisme pelaksanaan STIZ, termasuklah pakej galakan yang bersesuaian adalah tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Puan Speaker, tolong bagi tambahan masa kepada Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri begitu berhati-hati membaca. Saya pun menunggu dengan penuh ini.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Banyak lagi isu yang belum dapat Yang Berhormat ini. Belum lagi Hari Kraf Kebangsaan, belum lagi seni dan budaya. Ini adalah satu isu. Bagi masa 10 minit, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak bagi. Boleh bagi jawapan bertulis.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, tengok Yang Berhormat Menteri baca perlahan-lahan, tengok dah tak dapat pun jawapan. Yang Berhormat Menteri patut baca laju dengan...

draft • 5:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat bukan membaca.

Mengeja, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat..

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Itulah, tadi saya sudah bagi masa kasi Yang Berhormat, masa sudah habis. Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak bagi sedikit masa...

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Hari Kraf Kebangsaan, Masjid Tanah, saya hendak tahu sahaja.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kalau tidak bagi masa, saya terpaksa mahu jawab bertulis. Tetapi mana-mana yang...

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Alah, asyik bertulis sahaja. Saya dah catit, Yang Berhormat hutang saya hari itu pun tak bayau lagi.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Sabar, Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Nanti bila masa, bagi tau saya punya pegawai ataupun panggil sama saya...

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Minum dekat sebelah, Yang Berhormat. Saya nak...

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Nanti kita pergi lobby lounge sana kita berbincang.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey.

Sekarang saya jumpa Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ha, boleh, tiada masalah.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Hutang kena bayar.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tiada masalah. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab. Masa 40 minit.

draft • 5:20 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 29 Ahli Parlimen

draft • 5:29 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

yang telah berbahas dan yang mengenai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah NRES sepanjangan tempoh perbahasan.

draft • 5:29 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Izinkan saya menjawab dan memberikan pandangan terhadap persoalan yang dibangkitkan mengikut isu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pertama, mengenai REE. Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Jerantut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan sebuah agensi badan kawal selia seperti PETRONAS melalui penggubalan Akta REE yang berupaya memacu pembangunan industri nadir bumi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil maklum cadangan untuk menubuhkan sebuah entiti tunggal seperti PETRONAS bagi mengawal selia dan membangun industri REE. Buat masa ini, kerajaan belum berhasrat untuk menubuhkan satu entiti tunggal bagi mengawal selia pembangunan industri REE ini kerana dalam beberapa platform perbincangan dan libat urus sebelum ini, beberapa pihak negeri menyatakan bantahan kepada cadangan seumpama ini yang dilihat sebagai cubaan — nationalization sumber mineral kepada negeri. Teruk betul saya nak sebut ini.

Seperti sedia maklum, pengurusan sumber petroleum di luar perairan negeri adalah berbeza dengan pengurusan hal ehwal tanah yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.

Ia sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Dua (Senarai Negeri) yang menyatakan bahawa bidang kuasa negeri meliputi permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong, pajakan dan melombong dan perakuan melombong.

Oleh sebab itu, ia sangat berbeza dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Larut dan Jerantut untuk mewujudkan satu entiti seperti PETRONAS kerana ini adalah bersangkut-paut dengan kerajaan negeri, akta yang telah spesifik dalam konteks ini.

Sehubungan itu, sebarang inisiatif seumpama ini memerlukan penelitian mendalam serta libat urus yang rapi bersama semua kerajaan negeri bagi memastikan kepentingan dan hak negeri sentiasa terpelihara.

Yang Berhormat Machang, Kubang Kerian dan juga YB Merbok, YB Kemaman juga mohon penjelasan kerajaan mengenai rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat yang melibatkan unsur nadir bumi negara memandangkan dasar larangan eksport mentah masih berkuat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ingin menegaskan bahawa dalam rundingan tarif perdagangan dengan Kerajaan Amerika Syarikat, Malaysia tidak pernah menawarkan pengeksportan mentah REE sebagai timbal balas atau syarat bagi pengurangan tarif perdagangan. Lebih-lebih lagi, membekalkan REE secara

draft • 5:30 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

eksklusif kepada Amerika Syarikat seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri MITI pada 17–7 Ogos 2025 bahawa rundingan tarif tidak melibatkan komitmen membekal REE.

Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang Pasu memohon supaya kerajaan memberi jaminan bahawa pembangunan jangka panjang industri nadir bumi akan mengambil kira kepentingan kerajaan negeri termasuk limpahan manfaat ekonomi seperti pembinaan loji pemprosesan, R&D, infrastruktur dan hasil keuntungan dikembalikan ke negeri tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati bidang kuasa kerajaan negeri berhubung urusan tanah dan mineral, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah merangka perancangan jangka panjang yang jelas untuk membangunkan industri nadir bumi secara menyeluruh selaras dengan hala tuju yang telah dipersetujui di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebarang dasar atau mekanisme pengagihan hasil REE akan dirumus dan diputuskan secara inklusif melalui Majlis Mineral Negara yang berperanan sebagai platform utama bagi libat urus dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri pengeluar.

draft • 5:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Perancangan ini berasaskan prinsip kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan industri REE mengambil kira kepentingan, hak dan bidang kuasa negeri seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

draft • 5:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

YB Menteri, Tumpat.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sila.

draft • 5:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Menteri. Soalan saya ialah bila mana disebut tentang REE, kita nampak macam perkara ini mungkin di peringkat awal. Tetapi dah sekarang, saya kira dalam perbincangan dengan — even dengan USA pun ada sebut berkaitan dengan REE.

Jadi, sepatutnya sudah sampai tahap perlu selesai dan lebih spesifik. Jadi, khas untuk Kelantan, saya ingin bertanya, apakah perancangan spesifik yang akan dibangunkan di Kelantan bagi perkembangan REE ini? Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

[Bangun]

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat, setakat hari ini, kita tidak ada apa-apa persetujuan dengan mana-mana pihak, selain daripada sebuah syarikat yang telah membuat trial mining di Perak. Jadi, proses ini sedang kita susun atur dan kemudian, ini akan melibatkan penerangan yang jelas kepada setiap negeri yang mempunyai stok REE dalam setiap negeri tersebut. Jadi, buat sementara ini, team di NRES masih sedang menyusun benda ini dan kita tidak ada komitmen kepada mana-mana negara kerana REE ini, kita kena be careful, sebab kena berhati-hati kerana kita tidak ada pengalaman.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Dalam dunia pun, daripada mining, processing dan sampailah ke hiliran, midstream saja, ini banyak dia punya expertise ini di China. Saya nak bagi contoh kenapa saya tekankan ini kita kena berhati-hati. Sebab, saya nak repeat balik ini, saya pernah sebut dalam Dewan ini. Semalam, kalau kita tengok, kita pernah ada pengalaman. Kita buat Asia Rare Earth, Bukit Merah pada tahun 1982–1994. Apa yang berlaku, kita tidak ada kepakaran untuk melihat waste REE ini. Akhirnya, dia telah memberi satu kesan yang sangat-sangat tidak baik kepada komuniti dalam kawasan tersebut. Radioactive waste from monazite, processing content thorium and uranium. Hari ini pun ada. Jadi, kalau kita tak manage ini, maka itu yang berlaku di rare earth Bukit Merah ini.

Terpaksa tutup kerana banyak kesan-kesan sampingan sehinggakan ia melibatkan kehidupan manusia. Sebab itu, kita tutup dan saya ingat lagi, mengikut daripada research yang kita dapat, terpaksa datang kemudian, mengalihkan semua waste ini, naik ke atas, tutup seal, tidak ada exposure kepada manusia. Sebab itu, kita nak kena belajar. Itu satu.

Nombor dua, kita juga ada environmental issue. Sebuah mining, copper mining di Ranau, pasal kita tak ada pengalaman. Jadi, kita ingat ada copper. Kita pun sedut copper ini, 520,000 metrik tan copper, 39 tan gold, 250 tonne of silver. Kita mining 500 meter ke dalam.

Apa berlaku? Bila tutup, air hujan penuh. Air jernih, ikan satu tak boleh hidup. So, sebab itu, kita kena hati-hati.

Walaupun kita tahu bahawa rare earth ini, dia mempunyai sumber value yang sangat tinggi, tetapi dia mesti melalui proses daripada perlombongan midstream dan downstream dan setiap proses ini ada waste. Waste ini kena dikendalikan. Sebab itu, kita masih lagi dalam membuat penyiasatan ini.

Baru-baru ini, saya jumpa Menteri Besar Perak. Saya minta dia bagi tiga ekar tanah.

Satu ekar, saya nak cuba tanam kelapa sawit. Satu ekar nak tanam getah dan satu ekar nak bela ikan.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya suruh team NRES ini pergi tengok, dapatkan tanah ini, kita ambil sisa-sisa air ini yang keluar daripada mining ini, kita nak tengok ada tak kesan kepada tanaman-tanaman ataupun perikanan kita untuk kita lihat bagaimana kita untuk mengatasinya.

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang Berhormat Menteri boleh?

draft • 5:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey. Saya nak tanya sikit, ini tambahan.

Jadi kalaulah sebagaimana jawapan Yang Berhormat Menteri bahawa kita dah ada pengalaman dekat Bukit Merah, ada pengalaman dekat Ranau tadi dan kita tahu kepakaran yang dimiliki oleh negara China. Jadi pagi tadi kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa ada hubungan kita dengan China iaitu TVET, contoh.

Jadi hari ini apakah kerjasama eksklusif ataupun inklusif dengan Kerajaan China daripada sudut knowledge dengan technic transfer dan manakah universiti yang secara spesifik membuat kajian perkara ini kerana bekalan yang kita ada tentang REE ini sangat

draft • 5:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

banyak. Jadi kita perlu satu investment daripada sudut sumber manusia supaya kita bersedia daripada semua hal. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Itu yang kita sedang –– itu yang kita sedang bincangkan tapi belum sampai tahap agreement ni sebab kita pun nak tengok dulu apa dia buat ni. Kemudian kita pun buat kita punya own research kemudian nanti baru kita sit down sebelum kita melebarkan apa yang kita nak pakai teknologi dia. Kita tak boleh bergantung saja hanya kepada China sebab di Russia pun ada, jadi –– tapi mereka ni tak datang ke tempat kita. Tapi China offer they want to prove to us dan kita tengoklah nanti kalau apa-apa dia punya outcome kita akan bincang.

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya daripada Gerik. Jadi tempat perlombongan pertama REE adalah di tempat sayalah di Gerik, di Bukit Kendering di bawah Parlimen Lenggong juga sebenarnya. Jadi sebenarnya projek tu dah bermula lama, saya ingat dah masuk di tahun kelima kot. Jadi apakah dapatan daripada projek tersebut sebab saya dapat makluman hasil telah pun dihantar dan dijual dan sebagainya tapi apakah –– kenapakah kita masih tak boleh buat di tempat lain membuka lesen.

Adakah ada apa-apa bahaya atau apa-apa kesan sebab kita tak dapat laporan yang sepenuhnya dalam masa dah berlaku lima tahun ni kan.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya pun tengah tanya soalan tu. Saya pun tengah tanya soalan tu. Ha, jadi nantilah kita nak dapatkan soalan tu.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sebab apa, saya juga telah bertanyakan perkara ini kepada saintis-saintis dan researcher kita dan kita akan tengok apa pengakhirannya kerana saya difahamkan dah hantarlah beberapa shipment keluar dan ada nilai dia tetapi saya nak tengok dari segi how much detail Malaysia dapat daripada knowledge yang dibuat ini. Nanti once kita dah dapat nanti kita akan beritahu Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang Berhormat Menteri tambahan sikit, Yang Berhormat Menteri. Kalau ikutkan di kawasan saya sebenarnya dia menjadi satu polemik di kalangan masyarakat dan juga pimpinan tempatan. Nampak macam syarikat ni dia macam terlampau berahsia, pegawai kerajaan semua kan? Bila saya tanya...

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Setuju ya, setuju?

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ya.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Setuju?

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Tapi kenapa jadi macam tu, satu.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tak apa nantilah, saya pun tengok gambar saya pun takut.

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ya. Dan...

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya akan pergilah tengok, saya tengok cari time nak pergi tengok sendiri.

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ajak saya sekali.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ha, boleh saya akan bawa.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Kita pergi sekali Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri, sini Ipoh Timor. Apa yang saya nak tanya ada dua bahagianlah. Satu adalah adakah pihak kementerian dan Yang Berhormat Menteri sendiri setuju tadi kita dengar panjang lebar yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri setiap apa nama stop dalam value chain-nya dari segi perlombongannya sehingga ke dia punya downstream pun ada waste dia.

Tapi adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawasanya mungkin itu adalah pengalaman dengan pemprosesan rock-based ore, monazite, xenotime, bastnasite, loparite dan sebagainya. Tetapi apa yang kita praktikkan di Malaysia dan apa yang dibenarkan di Malaysia adalah in situ leaching dan yang dihasilkan itu adalah ion adsorption clay. Dan ion adsorption clay itu radioactive material-nya sebenarnya dia kekal di bawah tanah.

Jadi saya rasa adakah perlunya –– pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah perlunya untuk kita terangkan bahawasanya kita tak proses dan kita tak lombong monazite, xenotime, bastnasite dan sebagainya dan kita guna dan kita lombongkan hanya ion adsorption clay yang radioactive material-nya kekal di bawah tanah. Itu pertama.

Keduanya, ya saya setuju dengan sahabat saya dari Gerik bahawasanya udah lama dah benda ni kita punya apa nama kita punya projek perintis kat Kenering tu udah lama dan udah dua, tiga tahun dah. Sat kita tak bagi raw material pergi keluar, sekarang disebabkan ada stockpile dan memang ada keperluan dan rege kat pasaran antarabangsa tu memang elok dan cantik jadi dibuka balik untuk eksport.

Ya, ada telatah-telatah mislabeling yang keluarnya rare earth tapi labelnya invoice- nya sebenarnya dia ball clay, keluarnya adalah kaolin tapi itu kita letak tepi. Tapi kita tahu sama ada di Perak, di apa nama, di Kenering, itu memang dah sah sebagai bagi maklumat yang Caucus Critical Minerals dapat dan saya sendiri dapat memang dah selamat.

Tailings dia, radioactive reading dia memang hampir tak ada, sihat. Cuma kenapa masih kita stuck kat perintih, perintih, perintih. Sebenarnya teknologi dah ada udah juallah kita banyak kat luar kenapa kita masih stuck kat perintis padahal kita SOP yang kat Perak ni, udah jalan dan sudah sihat. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ya, okey. Dia macam semua kind of proof of concept. Semua proof of concept ni, kadang-kadang dalam smaller scale dia okey, tapi when you start going for a big scale, dia mungkin akan create ada banyak benda yang kita tak nampak. Macam saya tunjuk tadi dua mining tu, an example. Sebab tu yang ini, saya bersetuju maka ini bukan rock, dia, dia pakai solution, okey. Kita tak nampak benda tu dia gali jadi kosong tanah.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tetapi yang paling penting ialah kita kena ingat every tan of the cake of REE yang kita keluarkan itu bila dia larut itu dan kemudian kita proses jadi cake, dia kena masuk five tan of aluminum sulfate –– ammonia sulfate. So jadi bila dia masuk lima yang keluar itu yang tinggal berapa dan yang sisa ini apa jadi? Bila air hujan jatuh keluar air itu kalau pergi find its own way pergi ke sungai pergi ke mana, ini yang kita nak study, apa kesan dia kepada hutan, apa kesan dia kepada tanaman, apa kesan dia kepada ikan. Kita tak boleh bagi dia terus pi masuk sungai.

Sebab air ni macam mana you nak control pasal dia pakai solution. Kalau dia pakai batu, yang Lynas buat bawa daripada Australia, kemudian kita crack the batu dan the way kita simpan dalam tanah itu pun sekarang ni menjadi dispute kepada ramai orang.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Contoh ya. Jadi ini dua benda yang sangat berbeza satu dari segi liquid, lagi satu daripada dia punya waste yang kita simpan di bawah tanah.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri sikit nak tanya.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ini dua benda yang kita nak tengok.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sikit nak tanya. Tadi, Yang Berhormat Menteri sebut, ammonium sulfate atau ammonium chlorite digunakan.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ammonium sulfate.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sulfate ya. sebab dia source N tu untuk pokok tu.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ya, okey. Alright. Nanti kita dapat more detail, saintis tengah buat kerja ni, dan kita dah minta kepada kerajaan negeri bagi tiga ekar tanah untuk kita buat ni, on our own.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri. Satu, saya sudah pasti tanah yang ada tailings tu lagi subur mungkin boleh tambah durian banyak boleh tambah sawit.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Kita tengoklah. Thats why kita nak tengok sebelum kita hantar kepada ladang-ladang kelapa sawit dan getah.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ya.

[Ketawa]

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Mungkin ladang getah ni nanti keluar susu macam susu lembu.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dan secara terbuka dan rasmi saya mohon Yang Berhormat Menteri santunilah anggota-anggota Caucus Critical Minerals yang sedia membantu.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh, boleh, boleh.

draft • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Sentiasa.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh, boleh. Nanti kita buat annuals. Okey.

Ini semua adalah saya tak ada jawapan the scientists have to go through research have to go through and work on it, kita tengok. Sebab belajar daripada past kesilapan kita, jadi kita tengok macam mana kita nak tengok. Walaupun China ada teknologi tetapi ini negara kita, kita kena tengok macam mana kita menjaga soal-soal waste yang ditinggalkan. China mungkin dia ambil, the clay dia proses kat sana, tapi yang tinggal ini berapa. So, itu yang kita nak tengok.

Dan apa jadi bila ammonia sulfat itu tinggal kat dalam tanah, adakah hutan kita ni satu hari nanti ada masalah. Ha, ini semua nak kena tengok, sebab kebanyakan daripada reserve ni, dia dalam hutan simpan kekal. Okey, alright.

draft • 5:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Sikit-sikit ya, Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh, kalau boleh, boleh tak kalau kita buka lagi satu tempat testing REE. Sebab kita nak tahu dekat –– sebenarnya penghasilan dia macam mana. Sebab sekarang ni bila ada satu saja tempat dan tertutup macam tu, kita pun tak tahu cerita kan. Jadi boleh mungkin boleh pertimbangkan.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sebenarnya Perak buat keputusan lama dah ni.

draft • 5:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Boleh. Nanti saya usul.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Perak buat keputusan lama. So sekarang ni kita akan tengok. Dan ada satu lagi tempat saya difahamkan di hutan simpan kekal, baru nak mula nak tengok macam mana nak buat di dalam hutan simpan kekal tapi bukan di Perak tetapi di tempat lain. Saya difahamkan di Johor, Labis. Nak tengok macam mana.

Jadi daripada situ, baru kita dapat tengok bahawa apa yang ada yang kita nak buat ini, dari segi ekonomi, mungkin nampak bagus tetapi kita tidak ada teknologi atau kepakaran nak buat ini, kita terpaksa bergantung kepada mereka yang ada. Tetapi kita sebagai negara, kita akan berdepan dengan waste ini. Yang ini kita nak kena manage fasal kita tak nak jadi macam apa yang berlaku sebelum ini.

Okey. So kerajaan mengenai potensi pengguna yang melibat. Okey. Yang ini saya ingat kita semua tahu, pembangunan industri hari ini dirancang secara menyeluruh untuk merangkumi pembangunan teknologi dan pemerkasaan kepakaran tempatan, selaras dengan Pelan Strategik NRES serta Pelan Transformasi Industri Mineral Negara. Kerajaan juga menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan, inovasi dalam bidang teknologi pembersihan mineral, pemisahan dan pemurniaan, pemulihan sisa serta teknologi perlombongan mesra alam.

Semua ini kita akan tengok. Dia ambil masa sikit tak apa tapi reserve itu dia tak pergi mana. Dia akan tetap situ tapi kita nak kena pastikan apabila kita nak buat benda ini, kita don’t rush sampai semua negara – negeri dalam Malaysia ini nak buat, akhirnya, no one know how to handle this. Itu sangat penting. Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

NRES, Jabatan Mineral dan Geosains, MOSTI, universiti tempatan, institusi penyelidikan dan pihak industri.

Pada masa yang sama, program TVET khusus mineral diperkukuhkan untuk melahirkan tenaga kerja mahir tempatan termasuk juruteknik proses, pakar keselamatan radiasi, pakar jaminan kualiti QA, QC dan penyelia operasi pelombongan. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar negara, malah membina ekosistem teknologi dan bakat tempatan yang mampu menyokong REE secara mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Yang Berhormat Kemaman mencadangkan supaya mewujudkan pusat kecemerlangan nasional REE bagi memperkasakan pemprosesan berteknologi tinggi dan pemulihan tanpa sisa dalam industri negara. Untuk pengetahuan Puan Yang di-Pertua, ini semua telah saya sebut tadi, dia merangkum semua. Jadi apabila perkara ini berlaku nanti, kita boleh kongsikan fact finding ini kepada semua kerajaan negeri supaya mereka dapat daripada hasil research and development yang kita buat ini untuk dapat dikongsi oleh kerajaan negeri dan mereka masing-masing boleh menjaga dia punya peraturan untuk mengeluarkan REE ini.

Julau juga memohon penjelasan kerajaan mengenai status rundingan dengan Kerajaan China berhubung dengan cadangan pembelian semula REE yang telah diproses bagi memastikan negara menerima manfaat melalui industri hiliran. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, rundingan dengan pihak China berkaitan REE lebih memfokuskan kepada pengukuhan kerjasama sahaja bagi membolehkan industri REE tempatan dibangunkan secara berkeseluruhan rantaian nilai. Ini termasuklah mengenai pembangunan loji pemprosesan. Ini baru too early. Dia nak tengok bahawa kita punya REE ini, dia menghasilkan produk-produk yang kita – mereka nak untuk jadikan produk hiliran. So buat masa ini, tiada rundingan rasmi dibuat bagi membeli semula REE yang telah diproses di China.

Yang Berhormat Kuantan mohon penjelasan mengenai sejauh mana kajian kesan negatif perlombongan terhadap alam sekitar dan kesihatan rakyat serta perancangan kerajaan dalam menangani masalah ini. Sebarang aktiviti perlombongan haram tanpa kawalan boleh menyumbang kepada kesan-kesan negatif seperti pencemaran sumber air setempat akibat tiada kawalan terhadap hakisan dan efluen. Kemusnahan ekosistem akibat pembukaan tanah yang berleluasa serta kemusnahan tanah akibat tiada perancangan dan kawalan.

Agensi kerajaan seperti JMG memainkan peranan penting dalam menjalankan kajian geosains, pemetaan mineral dan penyelarasan dasar berkaitan pembangunan mineral. Pusat Penyelidikan Mineral di bawah JMG merupakan institusi penyelidikan berkaitan mineral terulung di Malaysia. Pada masa ini, PPM sedang giat melaksanakan kajian berkaitan mineral termasuk teknologi pemprosesan mineral yang mampan dalam konteks small scale masih terang melalui proses ini.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya dah habis pasal REE. Next subject.

draft • 5:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Cuma satu Menteri. Menteri, Hulu Terengganu.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ha.

draft • 5:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya dengar dengan teliti apa yang dijawab oleh Menteri. Tahniah dan syabaslah persiapan yang dibuat.

Cuma, rang undang-undang tersebut jangan terlalu lama kerana di sana ada berlaku kecurian REE ini. Yang pertama.

Yang kedua, kita berharap apa yang dilakukan Menteri ini tidak jadi macam Lynas dulu. Dulu orang berguling-guling anti Lynas. Hari ini mereka mendapat manfaat daripada Lynas. Itu pandangan saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, sedikit komen berkenaan sebelum ditutup ya. Saya setuju dengan Hulu Terengganu.

Isu kita nak capitalize, dengan izin nadir bumi ini time sensitive. And you know, being a businessman yourself, you know, now we are at a critical juncture where China and US both weaponize rare earth. Jadi kalau kita tidak ada concerted effort daripada kerajaan untuk – you know, find ways to resolve the side impact – side effect of the mining, dengan izin. Jadi kita tak boleh lama sangat tunggu. Nanti nilai itu pun tidak ada – mungkin jatuh. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh libatkan kami. Kita cari jalan.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya mempunyai perbezaan agak different sikit sebab bila kita walaupun kita tahu kita ada reserve ini tetapi research ini sebenarnya sangat penting. Sebab partner yang datang nak buat benda ini semua adalah daripada luar negara.

Jadi dia mengambil hasil daripada mining tersebut tetapi yang tinggal pemprosesan ini, kita.

Sebab itu saya lebih suka tengok bagaimana team research kita ini ambil a little bit masa.

Tetapi kita tidak mahu apa yang berlaku yang pernah kita tengok dua isu ini.

Saya setujulah kalau cerita soal rare earth ini, industri ini memang not everyone can do and then, macam dalam konteks kita ini, kita suddenly realize that kita ni bukan jenis yang rare earth yang rock tetapi dia lebih boleh pakai solution. So that is dalam konteks itu saja dia memerlukan different dia punya approach tu agak berbeza dengan rock yang kita beli daripada Lynas.

Dan saya nak beritahu macam Lynas ini pun, apabila dia dah bawa dia punya rare earth in a rock form itu, bila dia dah proses, dia still ada kat dalam tempat kita tu ada 1.6 million bawah tanah tu. So yang itu in one place. So jadi kalau tengok dia cakap takde risk lah. Kalau saya jumpa Lynas ni dia cakap takde risk. Kita pun takde lah, takde apa lah.

Tetapi, kita nak continue buat research. Kalau katakan waste itu dia tidak membahayakan kalau tidak ada human intervention. Itu yang saya dimaklumkan. Kalau tidak ada human intervention, storage itu concrete, everything okey, tidak ada leakage then okeylah. Tetapi kalau ada human intervention, sama ada kita negara kita bersedia tak, ada

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

tak kita punya strategi untuk mengatasi itu kalau sekiranya berlaku sesuatu. Yang itu nak kena tengok.

Sebab itu saya tekankan bahawa kalau kita rush yang kita tak berapa sure, then kita kena berhati-hati. Itu pandangan sayalah, tapi saya ambil maklumlah. Memanglah kalau kita tengok dia punya price ni memang expensive-lah. Tapi dia bukan kita bawa – kita bawa keluar lima tan then lima tan tu kita jual. Tak. Dia lima tan tu, dia berapa yang kita jual dan daripada hasil itu dia akan produce mungkin tak banyak. Mungkin 7.5 percent saja yang akan end up harga yang menjadi sampai 79,000 per tan US. Ada yang satu item itu sampai 275,000 per tan US, lebih kurang macam itu. So jadi ini detail saya pun tak berapa pakar benda ni jadi saya nak tunggu research yang berlaku ni.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

So, jadi ini details saya pun tak berapa pakar benda ini. Jadi, saya nak tunggu research yang berlaku ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak pergi kepada perubahan iklim. Yang Berhormat Tangga Batu memohon penjelasan mengenai usaha kerajaan dalam merangka dasar khusus bagi teknologi penyingkiran karbon, carbon dioxide removal (CDR) agar ia diiktiraf dalam dasar iklim negara dan menyumbang kepada sasaran pengurangan 45 peratus intensiti GHG menjelang 2030.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaan teknologi penyingkiran karbon, carbon dioxide removal technology telah menjadi tumpuan utama global dalam usaha untuk menyokong menyahkarbonkan ekonomi khususnya bagi sektor yang sukar mengurangkan pelepasan karbon seperti industri besi dan keluli serta simen. Dari konteks perubahan iklim, teknologi CDR ini seperti teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon ataupun carbon capture, utilization, and storage atau short form CCUS merupakan sebahagian daripada tindakan mitigasi pelepasan gas rumah kaca, greenhouse gases (GHG).

Di Malaysia, teknologi berkaitan CDR telah sedia terkandung di dalam dasar-dasar utama berkaitan perubahan iklim seperti Malaysia’s Nationally Determined Contribution Roadmap and Action Plan, Malaysia’s Long-Term Low Emissions Development Strategy, National Energy Transition Roadmap dan juga New Industrial Master Plan. Dari segi perundangan, rang undang-undang CCUS juga telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Mac 2025. RUU tersebut bertujuan bagi mengawal selia pelaksanaan aktiviti CCUS terutamanya bagi tujuan penyimpanan kekal karbon dioksida di kawasan luar pesisir pantai negara khususnya zon ekonomi eksklusif.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada masa ini sedang menyediakan NDC iaitu Nationally Determined Contribution Malaysia yang baharu di bawah Perjanjian Paris yang akan mengandungi sasaran pengurangan pelepasan GHG yang baharu menjelang tahun 2035. Antara tindakan mitigasi yang dipertimbangkan di dalam penetapan sasaran tersebut adalah penggunaan teknologi CDR, iaitu pelaksanaan CCUS di kawasan luar pesisir pantai dan negara.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat...

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah sikit? Boleh?

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Clear-lah sebab bagi saya, saya melihat bahawa CCUS ini, kita captured carbon itu daripada proses itu sendiri. Tetapi kalau CDR ni, dia lebih — saya bercakap soal biomass yang ada dalam negara kita. Di kementerian komoditi pun kita ada hala tuju biomass negara, di mana kita ada lebih kurang 184 juta tan yang kita tidak memanfaatkan untuk CDR, kerana proses CDR pyrolysis ini akan menghasilkan biochar. Dia boleh dijadikan sebagai stok karbon yang akan boleh bertahan hampir sampai ratusan tahun.

Kemudian dari sana, kita boleh dapat biochar, kita boleh dapat apa — tenaga boleh baharu (TBB), boleh menjana elektrik. Dan saya melihat ini satu opportunity. Walaupun kita mempunyai dasar, tapi dari segi pelaksanaan saya ingat terlalu perlahan. Dan kalau kita boleh bangunkan CDR ini sebab dia berkaitan dengan komoditi, biojisim daripada pertanian dan dia akan beri satu kita panggil new job kepada negara dan juga kepada ekonomi negara.

Itu yang saya tekankan. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya sangat bersetuju Yang Berhormat kerana CDR ini kalau dia tidak menjadi satu polisi oleh kerajaan, maka tak ramai syarikat-syarikat ataupun investors nak venture. Tapi kalau dalam negara kita ini, nanti bila dah ada RUUPIN, dah ada carbon tax, dah ada platform karbon untuk kita trade carbon credit, kemudian kita ada market yang kita boleh sell whatever yang kita buat untuk jadikan dia kredit, saya rasa dia akan lebih ramai orang akan datang.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tambah sikit saja. Baik, sekarang ini kalau kita lihat antara syarikat yang membuat audit inilah, dipanggil Puro.earth, mereka dah buat di Finland dan sebagainyalah. Jadi, saya rasa kalau tahun depan seperti mana statement yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika beliau melawat apa nama, Paris baru ini mengatakan bahawa 2026 kita akan mengenakan carbon tax kepada industri kelulilah dan saya rasa ini satu peluang sebenarnya. Kalau — kalau kita panggil industri komoditi sendiri mengambil inisiatif, saya kata ini satu peluang. Sebab hari ini saja, harga CDR itu satu tan karbon sekitar USD100, USD150-lah. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya ambil maklum, Yang Berhormat. Dan kalau ada mana-mana syarikat-syarikat yang Yang Berhormat kenal yang interested on this, kita akan engage.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih. Saya tambah sikit sajalah. Ini untuk kebaikan negara kitalah.

Sebenarnya, saya dah buat kerja dengan Carbon Zero. Kita dah ada model sebenarnya, tujuh tan model kita di Jelilah, di Sungai Balah.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Jadi, sebab itu saya nak cuba push industri ini supaya saya melihat dia akan beri suatu sumbangan besar kepada negara dan juga job opportunity dan cara paling efisien rasa saya untuk mengurangkan — menuju ke arah carbon zero menjelang 2050. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh Yang Berhormat. Saya bersedia mendengar proposal tersebut dan kita tengok macam mana kita boleh facilitate.

Okey, Yang Berhormat Setiawangsa mencadang kerajaan agar merangka strategi dan langkah bagi memastikan usaha Malaysia menangani isu perubahan iklim terus diperkukuhkan meskipun Amerika Syarikat telah menarik diri daripada Perjanjian Paris.

Malaysia tetap komited sebagai negara ahli kepada Perjanjian Paris walaupun Amerika Syarikat menarik diri dari menyertai perjanjian tersebut buat kali kedua di bawah kepimpinan Presiden Trump. Ini adalah komitmen yang penting kerana kerajaan berpandangan usaha untuk menangani perubahan iklim adalah bergantung kepada kerjasama dan usaha bersama di peringkat global dan tidak bergantung kepada satu-satu negara sahaja.

Komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Paris bukanlah retorik semata-mata, namun ia nya adalah berlandaskan kepada usaha sedia ada negara dalam menangani isu perubahan iklim. Antara usaha yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan adalah menetapkan sasaran pengurangan pelepasan GHG di bawah Perjanjian Paris melalui Nationally Determined Contribution.

Sepertimana yang Yang Berhormat ketahui, kita ada komitmen untuk pelepasan gas ini, kita ada komitmen untuk me-reduce-kan kita punya greenhouse gas sebanyak 45 peratus daripada kita punya KDNK pelepasan karbon. Kita nak reduce by 2030. Jadi, setakat hari ini, kita dah dapat reduced 37.12 persen. Jadi, sumber yang banyak yang kita dapat carbon emission ini adalah daripada industri sektor tenaga. Kemudian, kilang besi dan keluli, simen.

Ini, ketiga-tiga ini; tenaga, kilang besi, keluli dan simen ini mewakili hampir 82 peratus daripada kita punya carbon emission.

draft • 6:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, YB Menteri, sedikit. Okey, terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Menteri.

Terdapat laporan daripada Sarawak Tribune yang menyebut tentang Projek Grid Kuasa ASEAN yang akan membolehkan tenaga alternatif. Sebagai contohnya, daripada hidro dan gas daripada Vietnam akan dialirkan melalui Kelantan sebelum disambungkan ke Johor dan Singapura. Bolehkah Yang Berhormat Menteri sahkan perkara ini, adakah ia nya benar?

Apakah langkah yang diambil untuk memastikan Kelantan dan Pantai Timur akan menerima manfaat infrastruktur daripada projek ini dan adakah dia tidak akan menjadi laluan transit sahaja? Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat, saya tidak ada maklumat mengenai ini dan nanti saya check dengan Menteri PETRA untuk dia confirm-kan apa yang Yang Berhormat beritahu tadi.

draft • 6:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, ya Sik. Boleh sikit penjelasan? Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.

draft • 6:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ketika perbahasan RMK13, saya menyentuh berkaitan dengan pemuliharaan ekosistem hutan simpan kita, khususnya hutan simpan yang menjadi sumber bekalan air di beberapa buah negeri. Ketika saya mencadangkan supaya kerajaan menilai untuk mewujudkan tabung pemuliharaan hutan simpan kita ini, khusus saya melihat kes di daerah sayalah.

Di daerah saya ada Hutan Simpan Ulu Muda, 160,000 hektar yang menghasilkan sumber air kepada Penang — Kedah sendiri dan juga Pulau Pinang. Namun, Kedah sendiri terpaksa menanggung kos peluang ataupun forgone revenue ini kerana tidak membalak dan sebagainya. Kesannya, maknanya hasil kepada negeri itu sangat kurang. Namun, negeri yang mendapat hasil air itu termasuk Pulau Pinang, mereka mendapat air yang murah dan manfaat yang besar.

Jadi, perlu dilihat bagaimana kita nak membantu negeri-negeri ini supaya maknanya, pembayaran perkhidmatan ekosistem itu dapat dilihat sebagai satu alternatif dan Kerajaan Persekutuan menjadi orang tengah kita kata, sebagai proses untuk menimbang balik bahawa setiap negeri itu ada manfaat yang besar apabila kita mengekalkan hutan-hutan simpan kita ini. Terima kasih Menteri.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih. Saya mengambil maklum ini.

draft • 6:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Menteri...

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang saya difahamkan bahawa ada peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri untuk menjaga hutan mereka, ada peruntukan diberi kerajaan negeri.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya tidak ada figures dekat sini tetapi yang saya tahu memang setiap negeri yang kita bagi peruntukan untuk dia protect some of the, kita punya hutan ini. Tapi kalau nanti saya dapatkan detail nanti saya bagi.

draft • 6:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri. Izinkan saya mengusulkan satu perkara berkenaan dengan biodiversiti kita.

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-68 ini dan juga semangat Yang Amat Berhormat Tambun yang mengajak kita melihat sejarah kita di luar kerangka kolonial, boleh tak Yang Berhormat Menteri menggunakan kuasa yang Yang Berhormat Menteri ada dalam NRES ini, Jabatan Alam Sekitar untuk menukar nama bunga terbesar di Malaysia iaitu Raflesia.

Raflesia ini nama diambil sempena nama Stanford Raffles. Penjajah kita. Orang yang tak berakhlak,ak beretika kita bagi nama yang begitu baik kepada bunga kita. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh cadangkan kepada Kabinet. Carilah nama lain yang lebih cantik.

Nama Anwar Ibrahim pun tak apa. Tak ada masalah asalnya yang lebih baik. We have been living under his shadow for 68 years. Tak baik begini Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya ambil maklum. Kalau ada nama cadang lah.

[Ketawa] . Tuan Yang di-Pertua, dah habis. Yang mana balance itu nanti saya hantar pakai...

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mana-mana jawapan yang itu, yang tak dijawab melalui bertulis lah, ya. Berikutnya saya memanggil kementerian terakhir untuk hari ini, saya mempersilakan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.

draft • 6:10 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bermula pada 4 Ogos sehingga 14 Ogos.

Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan diambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan termasuklah syor, penambahbaikan yang dinyatakan mahupun yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini yang bertema ‘Melakar Perubahan’, menyaksikan pelbagai inisiatif melibatkan KPWKM telah diberi perhatian oleh kerajaan. Inisiatif-inisiatif berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat terutama kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya serta industri penjagaan telah digarap kemas di bawah bab meningkatkan mobiliti sosial dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Sesungguhnya inisiatif-inisiatif yang saya nyatakan tadi merupakan agenda lima tahun mendatang yang memerlukan sokongan semua pihak berlandaskan konsep dengan izin, whole-of-goverment and whole-of-nation approach. Pada masa yang sama memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negara serta dapat membentuk masyarakat yang inklusif, penyayang dan sejahtera. Insya-Allah pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan RMK13 berkaitan dengan KPWKM.

Tuan Yang di-Pertua bagi isu pertama saya ingin memberikan maklum balas terhadap pertanyaan berhubung persediaan negara menjadi negara tua serta isu-isu berkaitan dengan warga emas. Saya sangat menghargai keprihatinan ramai Ahli Yang Berhormat terhadap perkara ini. Kerajaan menyedari pelbagai rintangan yang perlu dihadapi dalam mendepani cabaran negara menua. Sehubungan itu kerajaan melalui Kementerian

draft • 6:11 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ekonomi sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan sebagai panduan strategik dan menyeluruh dalam menghadapi cabaran negara tua.

Rangka tindakan ini merangkumi pendekatan rentas kementerian dan agensi serta mengambil kira aspek penting seperti perancangan infrastruktur, sosial dan dasar yang berkaitan demi memastikan negara bersedia dari segi dasar, struktur dan pelaksanaan. Pada masa yang sama di bawah Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan ini juga KPWKM akan menerajui usaha menyediakan ekosistem perkhidmatan penjagaan jangka panjang ataupun dengan izin, long-term care (LTC) yang menyeluruh dan berkesan.

Dalam hal ini KPWKM telah mengambil inisiatif mengadakan pelbagai sesi konsultasi serta kajian termasuk mengadakan makmal bersama pihak-pihak berkepentingan bagi membangunkan kerangka strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Nasional 2026-2030.

Kerangka ini kini dalam fasa akhir pembangunannya.

Selain itu, KPWKM juga akan membangunkan Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2026-2030 yang antaranya akan meliputi aspek keselamatan dan perlindungan, pembelajaran sepanjang hayat serta penglibatan dan kesepaduan antara generasi. Bagi memastikan kesejahteraan warga emas di negara ini ia terus terjamin, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai inisiatif sokongan sosial seperti berikut;

(i) kita ada bantuan warga emas berjumlah RM600 sebulan;

(ii) kita ada institusi warga emas iaitu Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ihsan;

(iii) kita ada Program Khidmat Bantu di Rumah (KPDR) ataupun Home Help; dan

(iv) Pusat Aktiviti Warga Emas ataupun PAWE.

Dalam usaha melahirkan penjaga berkemahiran pula, KPWKM menerusi agensinya Institusi Sosial Malaysia ataupun ISM menyediakan latihan dan pensijilan untuk meningkatkan ilmu serta kemahiran kepada penjaga atau dengan izin, caregivers. ISM yang juga merupakan pusat bertauliah menawarkan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia ataupun SKM Tahap 3 bagi bidang operasi pusat jagaan orang tua. Kursus ini terbuka kepada penjawat awam, pengusaha pusat jagaan, badan bukan kerajaan dan juga sukarelawan.

Selain daripada inisiatif kebajikan yang disediakan oleh KPWKM, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia juga telah membuat pindaan Akta Kerja 1955 iaitu Akta 265 dengan mengadakan peruntukan baharu yang melarang diskriminasi dalam pekerjaan serta sistem aturan kerja fleksibel kepada warga emas dan penambahbaikan perlindungan. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memberikan galakan cukai pendapatan kepada majikan yang menggaji warga emas. Pemberian insentif sebegini secara keseluruhannya membantu warga emas untuk kekal aktif dan berdikari.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu Dasar Warga Emas (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas — saya lupa sebut nama-nama mereka yang tadi itu Tuan Yang

draft • 6:11 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

di-Pertua. Ia adalah soalan daripada Yang Berhormat Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok, Yang Berhormat Puan Wong Shu Qi, Kluang, Yang Berhormat Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor, Yang Berhormat Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat, Yang Berhormat Dato' Dr.

Haji Alias bin Razak, Kuala Nerus. Seterusnya daripada Yang Berhormat Dato' Siti Zailah bin Mohd Yusoff, Rantau Panjang, Tuan Cha Kee Chin, Rasah, Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang, Yang Berhormat Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.

Tuan Yang di-Pertua dalam pada itu Dasar Warga Emas Negara (DWEN), D-W-E-N dan Pelan Tindakan Warga Emas, P-T-W-E-M yang dibangunkan oleh KPWKM memberi panduan kepada semua pihak bagi melahirkan generasi warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong.

draft • 6:11 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

draft • 6:11 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Di samping itu, bermula tahun 2023 KPWKM telah menetapkan industri penjagaan sebagai salah satu fokus utama kementerian. Pun begitu, dalam hal ini KPWKM berpegang dengan pendirian bahawa penjagaan terbaik kepada warga emas adalah bersama keluarga.

Oleh itu, KPWKM sentiasa memberi penekanan kepada prinsip penjagaan berasaskan keluarga dan menerapkan konsep penuaan setempat ataupun ageing in place, dengan izin. Justeru kerajaan melalui Dasar Warga Emas Negara berusaha untuk memberi sokongan kepada keluarga dan masyarakat untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah berumur di tempat yang selesa bagi menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup warga emas. Biar saya habis ini dulu, ya.

KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kewangan bulanan seperti Bantuan Warga Emas, B-W-E dan bantuan penjagaan pesakit kronik terlantar, B-P-T kepada yang layak dengan objektif untuk membantu mengekalkan mereka bersama keluarga.

draft • 6:11 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Dari Januari hingga Jun 2025, kerajaan telah menyalurkan RM555 juta kepada lebih 160,000 orang penerima bantuan warga emas dan RM100 juta kepada lebih 30,000 orang penerima manfaat bantuan BPT. Bagi membantu warga emas yang hidup bersendirian di rumah, JKM turut melaksanakan Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR). Melalui program ini, sukarelawan KBDR akan melawat dan membantu dari segi keperluan harian seperti mengemas rumah, membeli barang, keperluan asas dan menemani warga emas dalam urusan janji temu di hospital. Kita juga sedang meneliti usaha untuk memperluas dan mempelbagaikan konsep KBDR ini agar ia boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai warga emas.

Menyedari keperluan warga emas untuk tinggal dengan sejahtera dalam komuniti, KPWKM bekerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dalam menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas iaitu PAWE. Sehingga kini, sebanyak 193 buah PAWE sedang

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

beroperasi di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih daripada 50,000 warga emas.

Penubuhan PAWE adalah bagi menggalakkan penuaan yang aktif dan produktif dalam kalangan warga emas dengan melibatkan penyertaan komuniti setempat. Untuk menggalakkan lebih banyak PAWE ditubuhkan, KPWKM telah membuat penambahbaikan bermula tahun ini menerusi Program Pemerkasaan Warga Emas atau PAWE@3A ataupun anywhere, anytime, any place, dengan izin. Melalui pembaharuan ini, PAWE boleh melaksanakan program atau aktiviti pemerkasaan warga emas dalam lokaliti masing-masing secara lebih fleksibel tanpa terikat kepada premis dan waktu tertentu.

Sementara itu, institusi warga emas kendalian kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE). Walau bagaimanapun, penempatan warga emas di institusi kebajikan kendalian JKM ini merupakan pilihan terakhir selaras dengan prinsip aging in place, dengan izin yang dinyatakan sebentar tadi.

draft • 6:20 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pelbagai inisiatif yang telah dibuat oleh kementerian untuk kesejahteraan warga emas. Ini satu perkara yang membanggakan kita dan patut kita puji.

Apa yang saya nak tanya di sini ialah dari sudut Pelan Tindakan Warga Emas 2030 ini, sejauh mana penghayatan pembelajaran sepanjang hayat contohnya untuk kita sama- sama mengiktiraf dan untuk kita sama mengambil kesempatan untuk merai terutama golongan warga emas yang tinggal di pondok-pondok, yang pengajian sistem pondok yang majoritinya adalah warga emas dan mereka ini — mereka berada di sana, mereka belajar setiap hari, malam beribadah dan perkara ini ada juga perlu kepada bantuan, terutama dari segi bimbingan, kesihatan macam mana untuk hidup yang lebih sihat selain daripada ibadah rutin harian.

Dan sejauh mana perkara ini dilaksanakan dalam Pelan Tindakan Warga Emas 2030 untuk kita memasukkan ataupun mengiktiraf peranan pendidikan sistem pondok-pondok di seluruh negara terutamanya di Malaysia ini dalam kita membangunkan warga emas? Minta penjelasan.

draft • 6:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Sedikit, Menteri berkaitan dengan itu juga. Cuma, saya nak tanya dalam perbahasan saya juga, saya ada menimbulkan berapakah sebenarnya had usia warga emas yang kita gunakan? Sama ada 60 tahun ataupun 65 tahun? Kalau kita ambil umur 60 tahun, bermakna 2030 kita sudah berada dalam negara tua. Dan ini saya kira mempunyai kesan kepada beberapa insentif yang mungkin kita berikan kepada warga emas dan juga perancangan kita melibatkan juga dasar dan juga fiskal ataupun kewangan peruntukan dalam negara juga. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Soalan itu saya rasa setiap kali ianya sentiasa ditanya. Kita telah menasihatkan supaya

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

biarlah mereka diberi panduan supaya mereka menubuhkan PAWE. Kalau mereka menubuhkan PAWE, mereka bertanggungjawab terhadap apa juga aktiviti bergantung kepada masyarakat di situ ataupun komuniti di situ. Mereka boleh membuatkan apa saja yang mungkin berbentuk pelajaran mereka long-term learning, dengan izin yang mereka nak buat di pondok tersebut.

Apabila — sebab kalau pondok saja kita tak ada berdaftar dengan kita sebagai PAWE, maka kita tidak dapat memberi apa-apa bantuan. Maka, sebab itu Yang Berhormat, YB-YB yang setempat itu boleh membantu mereka. Bantu mereka untuk mendaftar sebagai sebuah PAWE dan kalau mereka mendaftar sebagai PAWE, di situlah mereka akan memohon bantuan daripada kita. Sebab pengajaran ke apa-apa aktiviti situ bukan di dalam bidang kuasa kita.

Sebab ianya bergantung kepada aktiviti yang biasanya disukai oleh komuniti-komuniti setempat. Jadi, galakan mereka untuk apply, dengan izin memohon untuk membinakan PAWE sebab ianya melibatkan local authority juga dengan izin. Jadi, itu saja yang boleh saya tekan sebab ianya adalah community-based, dengan izin dan perlu mendapat keizinan daripada local community. Terima kasih.

Tadi, mengenai umur itu Yang Berhormat. Sebenarnya kita masih menggunakan umur 60 tahun. Namun, perkara ini masih sedang dalam diteliti oleh kami juga dan juga Kementerian Ekonomi untuk selaraskan nama aktiviti dan warga emas di bawah RMK13. Jadi, setakat ini kita masih menggunakan umur 60 tahun ya. Kita tidak mengubahkannya dulu.

Jadi, saya teruskan dengan soalan yang seterusnya iaitu, ini daripada Yang Berhormat Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua, sementara itu Yang Berhormat Kota Melak mencadangkan agar diberikan insentif untuk menarik sektor swasta bersama-sama untuk membangunkan lebih banyak pusat jagaan profesional.

Untuk makluman, di Malaysia terdapat institusi warga emas yang dikendalikan oleh kerajaan dan juga pusat jagaan warga emas kendalian pihak swasta. Institusi warga emas kendalian kerajaan melalui JKM dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE). Di samping itu, dengan izin, KPWKM melalui JKM juga menyediakan bantuan kewangan kerajaan kepada pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO atau kita kenali sebagai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada warga emas.

Tujuan pemberian bantuan ini adalah sebagai galakan penubuhan pusat yang memberi perkhidmatan kepada warga emas serta membantu untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Bagi tempoh 2020 hingga 2024, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM84.2 juta kepada sebanyak 971 PSK yang memberikan jagaan dan perlindungan kepada kumpulan sasar kementerian termasuk warga emas. Sebagai usaha untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta, kerajaan turut menawarkan potongan cukai korporat kepada syarikat yang melabur atau menubuhkan pusat jagaan warga emas berdaftar.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Seterusnya...

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, boleh saya cadang? Boleh saya cadang?

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Boleh.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang tak ada di dalam Dewan, jawab bertulis sahajalah. Boleh, ya?

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Okey. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan dengan — seterusnya Yang Berhormat, Puan Wong Shu Qi, Kluang. Ada di dalam Dewan? Tak ada.

Okey, saya teruskan. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua, boleh menjimatkan masa.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Mumtaz, ada di sini? Tak ada. Tak nampak dia.

Kita terus kepada soalan daripada Yang Berhormat Puan Teresa Kok. Tak ada? Dan juga daripada Yang Berhormat Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh, ada ya?

Okey. Nanti saya balik kepada soalan daripada Mumtaz.

Seterusnya, Yang Berhormat Temerloh membangkitkan isu berkaitan sasaran penyertaan wanita sebanyak 60 peratus dalam tenaga buruh serta memastikan keselamatan dan maruah pekerja wanita terjamin. KPWKM sentiasa menyokong sebarang bentuk usaha yang dapat meningkatkan peluang penyertaan wanita dalam pasaran buruh secara inklusif.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Kita sedar bahawa wanita sering berhadapan dengan tekanan menyeimbangkan antara kerjaya dengan peranan domestik dalam kehidupan seharian atau iaitu beban berganda berbanding golongan lelaki. Ini menyebabkan wanita cenderung keluar daripada pasaran buruh atau memilih untuk berkecimpung dalam sektor tidak formal.

Dalam hal ini, pelbagai inisiatif dan insentif telah disediakan oleh kerajaan dalam memastikan usaha meningkatkan tenaga kerja wanita tanpa mengorbankan kesejahteraan mereka. Dari aspek penambahbaikan perundangan, kerajaan telah meminda Akta Kerja 1955 bagi memastikan tiada diskriminasi terhadap wanita. Ia juga membolehkan para bapa memberi sokongan sewajarnya kepada isteri yang baru melahirkan anak.

Antara kemudahan lain yang diberikan, termasuklah kemudahan aturan kerja fleksibel sebagai usaha untuk meningkatkan keseimbangan dalam kehidupan bekerja dan berkeluarga, khususnya bagi golongan wanita. Tempoh cuti bersalin untuk wanita bekerja juga ditingkatkan iaitu kepada 90 hari. Ini memberikan lebih banyak masa untuk ibu yang baru bersalin menjaga anak mereka tanpa perlu berfikir tentang kembali bekerja dalam tempoh yang singkat.

KPWKM juga telah menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 dan menubuhkan Tribunal Antigangguan Seksual dalam usaha mencipta persekitaran yang selamat bagi wanita, termasuklah di tempat kerja. Jadi, sasaran 60 peratus penyertaan wanita dalam tenaga kerja dalam dasar wanita negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (DWN)

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

dan (PTPW) 2025–2030 boleh dicapai dengan komitmen menyeluruh oleh semua pihak berkepentingan iaitu kerajaan swasta dan masyarakat.

Sasaran ini merupakan salah satu sasaran keberhasilan dalam bidang ekonomi dan pelaksanaan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) dalam tempoh lima tahun adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, lengkap dengan mekanisme pemantauan seperti data berasaskan gender, bajet responsif gender dan audit gender untuk memastikan keberkesanan DWN.

Saya balik kepada soalan daripada Yang Berhormat…

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh nak respons sedikit.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sekejap, Temerloh nak ada soalan tambahan.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, sebenarnya saya juga ada mencadangkan supaya kerajaan juga memberikan inisiatif ataupun allowance kepada mereka yang menjaga keluarga. Dan dia tidak, sekarang ini kita lihat mereka yang menjaga keluarga, membesarkan anak tidak dimasukkan dalam pasaran buruh sedangkan mereka menyumbangkan dari segi tenaga, masa untuk keluarga mereka. Jadi, saya mencadangkan supaya allowance diberikan kepada mereka yang berkhidmat untuk keluarga sebagai tanda menghargai sumbangan mereka. Itu saja. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Kami pun mencadang sebenarnya. Kami pun ada mencadang.

Cuma apa yang kita dapat pada hari ini, kita telah memberi untuk mereka yang menjaga mereka terutama sekali orang yang kurang upaya, I mean orang yang telantar, tak kira sama ada anak ataupun terutama sekali warga emas yang telantar. Merekalah yang menerima elaun itu, elaun untuk orang yang telantar itu, pesakit kronik, mereka yang menerima RM500 dan merekalah yang mengguna itu untuk menjaga. Jadi, yang saya faham, yang maksud Yang Berhormat itu adalah unpaid care work dengan izin, ya.

Jadi, bila Yang Berhormat cakap begitu, saya nak nyatakan di sini sebenarnya kita serupa, pemikiran kita ini sama, cuma kita akan usahakan, sentiasa usahakan untuk supaya mereka juga mendapat pembayaran elaun itu. Namun begitu, pada masa ini hanya setakat itu sajalah mereka — mana mereka menjaga sama ada orang tuanya yang sakit kronik ke, mereka mendapat elaun itu untuk mereka membantu membeli diapers ke apa.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Maknanya Menteri, kalau dia menjaga anak dia sebagai sumbangan membesarkan anak, menjaga anak, mendidik anak, maknanya setakat ini kita tidak memberikan apa-apa sumbangan kan, tak ada berikan elaun.

Jadi, saya mencadangkan supaya perkara ini, jadi ambil juga perhatian supaya mereka itu dihargai sebenarnya kan. Duduk di rumah tapi sebenarnya sumbangan mereka lebih besar daripada mereka yang bekerja di luar, mereka tak ada cuti itu.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri - Santubong

Faham Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri - Santubong

Cuma apa yang ada sekarang ini, mereka yang berkelayakan untuk diberi bantuan kebajikan itu, sampai seribu lebih untuk setiap keluarga itu yang mana mereka tidak berkemampuan.

Jadi untuk anak-anak mereka, untuk mereka, kalau tak silap saya harap my staff will correct me, kalau tak silap tidak lebih daripada RM1,200 lah kalau tak silap, ataupun lebih daripada itu RM1,500. Maybe my staff can give me the actual figure tapi memang ada kita bagi, tapi tidak semestinya anak itu adalah anak yang cacat ke apa, yang penting mereka tidak berkemampuan dan mereka akan dibantu. Jadi, asalkan mereka layak. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Mumtaz, saya baru nak, okey — saya jawab.

Jadi, berhubung isu kadar kelahiran oleh Yang Berhormat, kelahiran yang rendah, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Batang Sadong bertanya mengenai perkara ini. Mengenai ingin mengetahui sasaran populasi nasional menjelang tahun 2035 serta dasar agresif untuk menyokong keluarga muda.

Statistik menunjukkan bahawa kadar kesuburan keseluruhan ataupun dengan izin total fertility rate (TFR), Malaysia kini berada pada 1.7 pada tahun 2023. Ia berada di bawah paras penggantian penduduk iaitu 2.1 anak bagi setiap wanita berumur 15 hingga 49 tahun.

Penurunan ini juga dapat dilihat dalam trend global, di mana negara maju dan negara membangun sedang mengalami cabaran serupa akibat perubahan gaya hidup, kos sara hidup yang tinggi dan perancangan keluarga yang lebih teratur.

Pada masa kini, belum ada perancangan untuk menetapkan lagi sasaran populasi dengan menentukan bilangan anak dan saiz keluarga penduduk di Malaysia. Namun, kita memang dalam usaha untuk membawa ke perkara ini dalam mesyuarat kita yang seterusnya iaitu untuk kita menentukan, membincangkan mengenai target kita. Belum habis Yang Berhormat ya. Penentuan saiz keluarga adalah hak individu berdasarkan — terima kasih, berdasarkan keputusan bersama pasangan suami isteri. Jadi hak untuk membina keluarga tidak boleh diukur hanya pada aspek fizikal tapi juga dari sudut emosi, sosial dan struktur sokongan.

Dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi penurunan TFR, pendekatan holistik merentasi pelbagai kementerian dan agensi diperlukan bagi memastikan kesejahteraan keluarga dan kestabilan pertumbuhan penduduk negara. Di pihak KPWKM pula, tumpuan diberikan untuk akses kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif dalam usaha membantu pasangan mendapatkan zuriat serta pendidikan kekeluargaan bagi memperkasa rakyat termasuklah golongan muda untuk membentuk keluarga yang sejahtera.

Yang Berhormat, ada lagi soalan?

draft • 6:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ya, saya nak tanya sikit. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dalam menyebut perkara ini, bila kita menyebut tentang dasar warga emas, menyebut pula tentang kadar kelahiran yang kita tidak ada lagi apa, target yang secara spesifik. Saya percaya ia nya sangat berkaitan dengan sistem sokongan. Dalam negara kita

draft • 6:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

ini, bila kita nak wanita itu bersalin, anak ramai, keluarga lebih besar, kita dapati bahawa contohnya macam taska, hari ini hanya mungkin bilangan anak yang dapat diberikan subsidi untuk penjagaan anak-anak masih lagi mengikut — sangat terhad. Bukan kepada semua anak-anak yang memerlukan jagaan. Itu yang pertama.

Yang kedua, sokongan yang boleh diberikan oleh pihak kerajaan bukan hanya berbentuk material, tapi juga dalam berbentuk pengecualian cukai dan sebagainya. Kita melihat di mana hari ini bila mana ibu-ibu ini menyusu, mereka akan kekurangan banyak kalsium dalam tubuh mereka.

Hari ini kos untuk gigi, kos untuk penjagaan ketika kehamilan dan after selepas kelahiran ini sepatutnya juga diberikan kajian dan penekanan serta imbuhan sebab bukan hanya melahirkan, bukan hanya menjaga tetapi kesihatan ibu yang masih lagi produktif itu perlu diberi perhatian terutamanya yang kita kira sebagai yang sangat membantu negara dalam dari segi ekonomi dan juga bukan ekonomi.

Yang terakhir berkenaan dengan tadi disebut tentang cuti untuk wanita, cuti untuk ayah, tapi di negara lain mereka juga memperkenalkan parental leave. Kedua-dua pihak berhak untuk menggilirkan kerana kita lihat hari ini dengan bilangan anak yang sedikit, cabaran yang besar dan tanpa ada parenting skill keibubapaan yang wajib, kita dapati makin banyak masalah membabitkan dera, buli dan sebagainya.

Jadi kalau dapat pihak kementerian dalam RMK13 ini mewujudkan satu polisi bahawa proses keibubapaan ataupun parenting skill ini dijadikan suatu subjek mandatori kepada semua yang berkahwin ataupun penjaga yang ada anak supaya kita boleh melihat keberkesanan keadaan ini pada masa depan dan saya mohon agar pendidikan awal kepada kanak-kanak diberikan bajet yang lebih besar. Mungkin YB Menteri kena minta lagi dengan semua kementerian.

draft • 6:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Sebab kita lihat kalau ini tak dijaga, soal kebergantungan kita kepada orang luar akan menjadi sangat tinggi dan kita tak mampu melahirkan warga yang sangat berkualiti. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang bersetuju. Saya suka idea seperti itu dan kebetulan besok kami ada, ada perbincangan mengenai bajet, saya akan bawa perkara ini. Namun sebelum itu pun memang kita sentiasa membawa perkara minta bajet lebih tapi itulah, kadang-kadang kita yang bukan membuat kerja itu mungkin kita tidak memahami tanggungjawab mereka.

Sebelum Temerloh balik, saya nak bagi tahu Temerloh, kadar maksimum tadi kita bagi RM1,000. Temerloh, saya nak bagi tahu sini RM1,000 ini yang kita — saya dapat ini figure yang tadi. Sorry, saya terpaksa campur aduk sebab Temerloh baru nak balik. Jadi, ada kita bagi ya RM1,000. Terima kasih. Saya sambungkan lagi Dato’ Mumtaz, Yang Berhormat Dato’ Mumtaz.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sebenarnya dari segi kita mempunyai pelbagai program. Parenting program melalui LPPKN. Jadi, sama ada dia parenting ataupun dari segi bagaimana untuk mereka yang baru nak menjadi ibu bapa pun kita ada, SMARTSTART, semua ada. Kita mempunyai program- program yang meliputi — sebab kita nak dengan izin, create the system, ecosystem untuk negara kita, apatah lagi dari segi nilai-nilai murni itu. Memang program ini semua ada cuma dari segi peruntukan tadi, insya-Allah. Kita, saya akan lihat sama ada yang kita put up itu dengan izin, lebih tinggi daripada apa yang kita nak letak untuk tahun depan, berbanding dengan tahun lepas.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tadi bercakap mengenai...

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

...Subsidi.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Boleh saya habiskan ini dulu? Kejap ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Subsidi untuk mereka yang menghantar anak ke taska, kita selaraskan dengan usaha penambahbaikan sistem yang sedia ada. Tempoh perakuan taska kita ada bagi, kerajaan ada memberi subsidi untuk mereka yang menghantar anak ke taska yang setakat inilah. Jadi, ya, memang ada dah diambil kira. Sorry, terima kasih Puchong.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Berbahas ya?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada Menteri. Atas isu...

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Eh, sorry Jelutong. Sorry.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, maafkan saya. Temerloh hampir-hampir balik tetapi Jelutong masih menunggu, menyokong kementerian dan Menteri di atas segala inisiatif yang diambil untuk memartabatkan wanita. Saya cuma nak sentuh isu buli dan juga isu sexual harassment, dengan izin.

Di mana kita masih lagi perlu memantapkan dan juga meningkatkan lagi inisiatif kita untuk memastikan bahawa penghormatan yang sewajarnya diberikan kepada wanita, nombor satu.

Nombor dua, di Malaysia secara amnya kita kena memastikan bahawa tidak ada sebarang perkara yang dinyatakan yang boleh merendahkan martabat wanita. That’s very important. Ibu saya seorang wanita, isteri seorang wanita dan saya ada adik wanita. Kita ada kakitangan dan juga saudara mara kita dan rakan kerja seorang wanita.

Jadi, perlu kah kementerian juga melihat, apakah kempen yang boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa, di mana kita akan memastikan tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan untuk merendahkan martabat wanita seperti menyamakan wanita dengan mana- mana binatang? Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih kerana perkara ini memang penting sebab kita sentiasa mengadakan program terutama sekali bercakap, ada dua kategori di sini. Kita bercakap mengenai apa nama — Akta Antigangguan Seksual, di mana kita masih dalam proses ini. Kita mula pada tahun 2023. Kita sudah mula pergi, ada roadshow, ada — kita mengadakan ceramah-ceramah bersama dengan pihak polis dan pihak-pihak yang berkaitan untuk membantu kita memberi penerangan dan juga memberi contoh-contoh terutama sekali dari segi undang-undangnya.

Itu lebih kepada wanita.

Mengenai kita nak menyerap nilai ini kepada kanak-kanak. Jadi, apa yang kita lakukan, kita mengadakan advokasi kanak-kanak. Di sinilah kita menyentuh mengenai hak- hak kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini seharusnya tidak ada orang nak menyeksa mereka, mencabul mereka. Semuanya ini kita adakan di sekolah-sekolah.

Setakat kalau tahun lepas kita target 300, tahun ini kita juga target 300. Namun, tahun lepas kita dah sampai lebih daripada 300 untuk seluruh negara dan kali ini juga kita masih lagi meneruskan dan ada di kalangan sekolah itu kita campurkan sekolah, sekolah primary school dan juga secondary school, dengan izin.

Baru-baru ini kita mengadakan dengan pembimbing pelajar sekolah supaya mereka tahu bagaimana untuk membantu di sekolah-sekolah ini kalau berlaku buli ke apa, merekalah yang akan ke hadapan dahulu untuk membantu dan juga sama ada memberi nasihat dan juga memantau. Kalau yang rakan mereka tidak tahu apa nak dibuat, mungkin trauma, dia akan membantu dengan SOP yang ada dengan mereka ini. Malah kita sentiasa mempromosikan nombor Talian Kasih kita, 15999 ya. Terima kasih. Yang Berhormat ada tak, ada ini ke? Sebab saya ini banyak lagi nak di ini.

draft • 6:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tentang kanak- kanak tadi Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Isu Zara inilah, yang terbaharu ini. Pandangan Yang Berhormat Menteri, dituduh dulu sedangkan inkues masih belum selesai. Yang Berhormat Menteri juga orang undang-undang saya rasa. Supaya kanak-kanak ni dia rasa dia terbela, takut nanti pertuduhan itu tidak betul dengan hasil siasatan, hasil bedah siasat. Dia berkait dengan kanak-kanak tadi. Mungkin agak lari sedikit tetapi saya yakin Yang Berhormat Menteri boleh menjawab. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Saya cuba ingatlah my knowledge on undang- undang, dengan izin. Sebenarnya bagi saya dia tiada masalah sebab yang dituduhkan — saya, kita bergantung pada soalan tadi ya. Soalan yang pertama, dia dituduh. Prosecution boleh bersama dengan — sebab dia punya prosecution itu dia bergantung, dia, it is dependent on apa yang dengan izin, apa yang telah didapati menjadi bukti yang ada, sedia ada itu. They can still proceed with it, dengan izin.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Lepas itu, the inquest pun they can still proceed with the inquest later sebab inkues itu dia punya tujuan itu lain. Jadi, mungkin kalau adalah prosecution dengan izin, mengenai yang bergantung kepada evidence daripada inkues itu. Mungkin itu akan melibatkan orang lain ataupun melibatkan bergantung kepada kesalahan-kesalahan yang lain.

Jadi, ini jawapan seorang yang dah lama dah, tidak ada lagi dalam bidang undang- undang. Cuma bagi saya itulah, mengikut bacaan saya mengenai undang-undang because I was also interested in the case. Jadi, sebab itu saya nak tahu sama ada dia boleh bersama, dia boleh dilakukan secara sama, serta ya. Okay, thank you, sorry, terima kasih.

So, saya Saya teruskan lagi. Apa lagi ya?

[Tidak jelas] ...pun tak ada. Maaf Yang di- Pertua, saya terpaksa ambil masa juga tengok ini. Yang Berhormat Puan Rodziah binti Ismail, Ampang, ya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ampang ingin mengetahui berkaitan komitmen strategik terhadap kepimpinan politik wanita dan peranan membuat keputusan.

Inilah selalu topik yang di suka-suka oleh ramai wanita.

Untuk makluman, kerajaan telah menetapkan sasaran sekurang-kurang 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam pada tahun 2004. Tindakan afirmatif ini telah diambil kira dalam pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan.

Selanjutnya, kerajaan telah mengumumkan peluasan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita pada peringkat pembuat keputusan ini ke sektor swasta pada tahun 2011. Ini mencerminkan komitmen dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan kaum wanita serta melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merapatkan jurang gender dan memperkasakan penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan.

Namun, tidak dinafikan bahawa peratusan penglibatan wanita dalam politik masih kekal menjadi cabaran. Ini dapat dilihat menerusi perwakilan di Parlimen dan juga Dewan- dewan Undangan Negeri yang rata-rata mempunyai ahli wanita yang masih rendah. Begitu juga kedudukan wanita sebagai Yang di-Pertua ataupun YDP Majlis atau Datuk Bandar bagi pihak-pihak berkuasa tempatan yang belum boleh dibanggakan.

Walaupun wanita kini telah mencapai sekitar 30 peratus penguasaan dalam bidang kepimpinan, penglibatan mereka dalam sektor politik masih jauh ketinggalan berbanding lelaki. Berdasarkan Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, skor pariti wanita dalam sub indeks penguasaan politik merupakan yang paling rendah antara semua sub indeks iaitu hanya mencatatkan nilai 0.096 dan berada di tangga 114 daripada 146. Jurang ini yang menjadi asas kepada keperluan untuk mempertingkatkan usaha bagi pelaksanaan 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan pembuat keputusan dan politik.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, parti-parti politik, jangan lupa wanita ini penting ya.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

KPWKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menambah baik kedudukan ini sama ada melalui program-program pemerkasaan kepimpinan wanita mahupun meningkatkan kesedaran terhadap― tunggu, saya belum habis― perkara ini terutamanya di kalangan kepimpinan tertinggi.

Antara program yang dilaksanakan oleh KPWKM dalam mencipta sumber bakat wanita yang lebih besar adalah melalui Program Perantisan Kepimpinan Wanita yang kita panggil PERANTIS. P-E-R-A-N-T-I-S. Kita mulakan pada tahun lepas. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan bilangan wanita berbakat besar yang antara lain kemudiannya boleh diketengahkan sebagai individu yang layak dan sesuai untuk memegang jawatan tinggi sama ada di pejabat awam, sektor swasta mahupun memainkan peranan yang lebih berpengaruh di peringkat komuniti.

Program ini tidak hanya terhad fokus kepada kategori-kategori tertentu seperti wanita dalam STEM atau keusahawanan, malah turut boleh dimanfaatkan untuk wanita dalam politik. Ia selaras dengan usaha KPWKM dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan wanita secara lebih inklusif dalam pelbagai bidang. Actually, it is an ongoing program sekarang ini, dengan izin. Masih lagi kita dalam penilaian untuk tahun ini.

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sementara itu, bagi memastikan dasar sedia ada sentiasa relevan dalam mencapai agenda memperkasakan wanita seterusnya mencapai kesaksamaan gender, KPWKM telah melancarkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025 hingga 2030. Bidang kepimpinan dalam Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita telah menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam jawatan pembuat keputusan terutamanya dalam sektor yang masih ketinggalan.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Saya sedar bahawa masa saya sudah habis.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Parit Buntar, duduk.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya minta jawab bertulis pun tak apa.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk!

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

PPDK.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk! Selalu sangat. Hujung-hujung ada hal.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Mungkin, Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya, sama ada soalan dia sudah ada dalam ini?

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ada. Saya bangkitkan isu program komuniti dalam pendidikan.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ha, saya bagi...

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tak benarkan.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Kita akan bagi secara bertulis.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tak benarkan. Yang Berhormat Menteri, tutup.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Nak minta jawab bertulis pun tak apa. Jawab bertulis.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya, ada lagi banyak.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sekali lagi bangun, saya akan hukum,

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Mohon maaflah, Tuan Yang di-Pertua, kerana terpaksa mengambil masa sedikit. Jadi, untuk penutupannya, Yang di-Pertua, di sini bagi pihak kementerian, berakhirlah sesi penggulungan kita dan saya mewakili kementerian dan bercakap bagi sesi penggulungan ini, ucapkan banyak terima kasih.

Sekali lagi, ingin merakamkan penghargaan kepada terutama sekali Tuan Yang di- Pertua dan Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif-inisiatif kementerian, terutamanya dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita ini diharap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Yang lain, saya akan beri jawapan bertulis.

Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 20 Ogos 2025.

draft • 6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.54 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026