Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita mulakan sesi Majlis dengan urusan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan.
Majlis mempersilakan Tuan Sim Tze Tzin, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang Di-Pertua, Selamat pagi. Soalan Bayan Baru, soalan nombor 1. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
1. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, tindakan penguatkuasaan MAQIS ke atas pengimportan dan penyeludupan haram daging khinzir dari luar negara terutamanya dari Thailand dan negara lain yang mempunyai wabak Streptococcus Suis dan African swine fever. Berapakah tangkapan yang telah dibuat ke atas aktiviti penyeludupan haram daging khinzir dalam tahun 2025?
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi, salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang Di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia atau MAQIS dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sentiasa mengambil langkah tegas bagi mengawal pengimportan dan membanteras aktiviti penyeludupan haram daging khinzir dari luar negara, terutamanya dari negara yang dikenal pasti mempunyai penularan penyakit berbahaya seperti Streptococcus Suis dan African swine fever (ASF).
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Kawalan pengimportan dilaksanakan oleh MAQIS adalah melalui mekanisme pemeriksaan dokumen, termasuk keperluan import permit dan sijil kesihatan veterinar serta pemeriksaan fizikal kontena di pintu masuk sempadan negara. Selain itu, pensampelan terhadap produk khinzir juga dijalankan bagi memastikan produk tersebut bebas dari sebarang penyakit sebelum dibenarkan masuk.
Bagi membendung penyeludupan yang berlaku di luar pintu masuk negara, perkara ini ditangani oleh pihak DVS terutamanya melalui kerjasama strategik seperti rondaan dan operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Bagi tempoh tahun 2024 sehingga bulan Julai 2025, MAQIS melalui tindakan penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan telah berjaya mengesan beberapa cubaan penyeludupan haram daging khinzir dengan jumlah tangkapan sebanyak 24 kes dan kuantiti dagangan adalah sebanyak 640 tan metrik.
Dalam tempoh yang sama, pihak DVS pula telah berjaya melaksanakan 18 kes rampasan yang melibatkan pemindahan karkas babi tanpa kebenaran dan rampasan di premis jualan atau simpanan karkas babi sejuk beku yang disyaki diimport tanpa kebenaran di Negeri Kelantan, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak 114 tan metrik karkas dengan nilai anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM3.05 juta.
Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang kemasukan daging khinzir secara tidak sah akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], termasuk denda yang tinggi dan tindakan mahkamah ke atas pihak yang didapati bersalah. Selain itu, peruntukan di bawah Akta Binatang 1953
(Akta 647) juga membolehkan pihak DVS mengambil tindakan terhadap isu berkaitan.
Kementerian juga akan terus memperkukuh penguatkuasaan, meningkatkan kerjasama dengan negara jiran dan menjalankan program kesedaran orang ramai bagi membanteras risiko kemasukan daging haram yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan industri penternakan negara. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bayan Baru, soalan tambahan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada KPKM kerana berjaya melaksanakan tugas untuk membanteras sebarang penyeludupan dan saya harap bahawa MAQIS teruskan usaha untuk sebarang — untuk mengelakkan sebarang penyeludupan. Pengeluaran daging khinzir telah menjunam ya
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
kerana akibat wabak ASF itu menyebabkan sekarang daging khinzir adalah yang termahal di dunia RM1,800 per 100 kg jadi, kita tidak boleh mengharapkan pengimportan dan kita perlukan meningkatkan pengeluaran tempatan.
Jadi, soalan tambahan adalah, bagaimanakah kerajaan boleh menurunkan – usaha menurunkan harga dagang daging khinzir? Kerana untuk golongan non-bumi, bukan Islam, terutamanya di — Chinese, bulan, bulan tujuh adalah Bulan Hantu ya — yang akan datang, dari kalendar Lunar dan permintaan akan melonjak naik.
[Dicelah]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan dan soalan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, saya harap bahawa kerajaan adakan usaha untuk menurunkan harga. Kedua adalah, apakah SSL terbaharu daging khinzir dalam negara dan apakah usaha jangka masa pendek kerajaan memulihkan krisis — crisis confidence di kalangan penternak supaya mereka menaikkan penternakan ke paras kuota yang diberikan oleh DVS? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kerajaan amat prihatin terhadap kenaikan harga daging khinzir yang disebabkan daripada penularan penyakit African swine fever (ASF) serta faktor kenaikan harga makanan ternakan.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Krisis ini, untuk makluman Yang Berhormat, telah menyebabkan jumlah ternakan menurun daripada 1.86 juta ekor pada tahun 2021 kepada hanya 1.24 juta ekor pada tahun yang lalu. Maka, untuk menurunkan harga dan memastikan bekalan yang stabil, kerajaan melalui DVS telah mengambil beberapa langkah intervensi.
Yang pertama, memudah cara pengeksportan khinzir hidup dari Sarawak ke Semenanjung. Setakat ini, sebanyak 1,600 ekor khinzir hidup telah selamat tiba di Pelabuhan Klang untuk tujuan penyembelihan. Ini akan membantu mengurangkan pengeluaran tempatan akibat ladang terkesan ASF. Ini kita jangka akan meningkat dalam bulan-bulan yang akan datang sebab kita sedang menerima permohonan yang baharu.
Untuk jangka masa panjang, kita menggalakkan pelaksanaan modern pig farming dan pig farming areas di negeri-negeri pengeluar, termasuk membangunkan sebuah kawasan penternakan babi atau PFA di Tongod, Sabah dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM26 juta bagi penyediaan infrastruktur. Projek ini akan memastikan penternakan khinzir yang lebih bersepadu, biosecurity-nya tinggi, terkawal pencemarannya serta lebih mampan.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Yang ketiga adalah, mengadakan sesi libat urus yang berterusan bersama penternak, pembantai dan pengimport bagi memastikan cabaran penternakan dan kawalan penyakit khinzir dapat ditangani dengan efektif.
Sebagai jawapan terakhir, untuk maklumat Yang Berhormat, kadar sara diri daging khinzir pada tahun 2024 adalah 67.8 peratus. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Assalamualaikum Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih. Dalam kita menghadapi cabaran dalam keterjaminan makanan, negara-negara seperti Belanda dan China telah berjaya meningkatkan hasil pertanian pintar ataupun dipanggil smart farming dan juga guna penuh ataupun utilize biotechnology serta pengurusan sumber yang efisien. Sebaliknya, Malaysia masih bergelut dengan produktiviti hasil pertanian yang rendah.
Kebergantungan kepada import bahan makanan dan ketidakstabilan harga yang memberi kesan kepada petani tempatan. Jadi, soalan saya, sejauh manakah tahap kebergantungan Malaysia terhadap import bahan makanan, daging babi ini dalam tempoh lima tahun akan datang? Apakah unjuran kementerian dalam menguruskan — apakah unjuran kementerian dalam mengurangkan kebergantungan ini? Dan bilakah sasaran swasembada makanan — saya ikut bahasa Yang Amat Berhormat Tambun, swasembada makanan dapat dicapai secara realistik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Yang Berhormat, berkaitan pula dengan kaedah penternakan yang lebih moden, kita akan mengetatkan lagi kaedah-kaedah untuk ladang-ladang penternakan khinzir melalui garis panduan yang dikeluarkan sebagai kaedah modern pig farming secara tertutup, secara ber- compartmentalization dan sebagainya. Ini akan menjadi wajib untuk ladang-ladang tertentu memperbaharui lesen-lesen mereka akan datang.
Kita perlu juga pada masa yang sama, meningkatkan hasil pengeluaran dalaman dalam negara kita. Yang pertama, mengurangkan kebergantungan kita kepada import. Dan yang kedua, supaya kita sendiri boleh mengawal keadaan penyakit untuk memastikan bahawa ASF sebagai contoh daripada negara luar, tidak masuk ke tempat kita dengan kerjasama kawalan pintu sempadan seperti MAQIS dan sebagainya.
Ini adalah penting sebab daging khinzir ini adalah sumber protein yang penting khususnya bagi kaum yang tidak beragama Islam. Maka, apabila bekalan itu cukup, dia juga
Datuk Arthur Joseph Kurup
membantu kepada kita mengawal sumber protein yang lain: harga, sebagai contoh: ikan, daging lembu, ayam dan sebagainya untuk mengawal secara keseluruhan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Majlis ke soalan yang ke-2, dengan ini dipersilakan Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak, Yang Berhormat Kuala Nerus. Silakan Yang Berhormat.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Kuala Nerus, nombor 2.
2. Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, status kajian untuk membenarkan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) serta garis masa untuk kajian dimuktamadkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Tuan Yang di-Pertua, bagi menilai kebolehlaksanaan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi atau rare earth elements (REE) secara bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah bersetuju supaya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melaksanakan kajian impak aktiviti perlombongan di kawasan berkenaan.
Kajian ini bertujuan menyediakan asas saintifik dan teknikal bagi pertimbangan dasar berkaitan larangan perlombongan di HSK, Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan juga kawasan rizab perlindungan.
Pelaksanaan kajian ini dirancang secara berfasa dalam tempoh lima tahun melibatkan fasa pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan. Ia turut melibatkan kerjasama agensi teknikal seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara serta Jabatan Alam Sekitar. Komponen kajian meliputi enam aspek utama iaitu hidrologi, tanah, flora, fauna, stok karbon dan sosioekonomi.
Di samping itu, FRIM turut menjalankan kajian jangka pendek pada tahun 2024 di kawasan ladang getah di Mukim Kenering, Perak yang menggunakan kaedah perlombongan larut lesap ataupun in-situ leaching.
Berdasarkan laporan kajian awal tersebut, ia boleh dirumuskan bahawa aktiviti perlombongan REE ini memerlukan lebih apa ini, masa untuk mendapat keputusan yang
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
konkrit untuk kita buat massive apa, perlombongan besar selepas ini, tetapi ini memerlukan masa. Pengumpulan data ulangan bagi tahun 2025 sedang dilaksanakan bagi membandingkan dapatan awalan dan terkini. Aktiviti ini dijangka selesai pada September 2025 bagi tujuan pelaporan pada Oktober 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab dengan panjang lebar itu.
Soalan saya, selain dari sumber petroleum yang terdapat di perairan Terengganu yang hasilnya dikongsi seluruh negara kerana Terengganu adalah sebahagian dari Malaysia, maka ianya tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Terengganu seperti yang sepatutnya.
Kini alhamdulillah, Terengganu dikurniakan pula rizab REE yang antara yang tertinggi di negara ini, tetapi terdapat beberapa halangan untuk mengusahakannya. Antaranya ialah sebahagian besar daripada REE ini berada di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal. Untuk mengatasinya, kerajaan negeri telah menangani dengan bercadang untuk mengapungkan kawasan yang berkenaan. Maknanya, untuk digantikan dengan kawasan hutan yang tidak mengandungi REE.
Soalan saya, apakah cadangan atau kerjasama kementerian bagi membantu usaha kerajaan negeri menjayakan perlombongan REE ini sebagai sumber hasil baharu dan negeri Terengganu akan dapat bangkit maju seperti negeri-negeri di Pantai Barat serta sumber ini kelak tidak jadi nasib seperti hasil petroleum? Seperti kata pepatah, “menang sorak, kampung tergadai”. Hasil dari bumi Terengganu, tapi manfaatnya tidak dirasai oleh rakyat Terengganu.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau saya boleh terangkan sedikit, soal perlombongan REE ini, dia kedua-dua belah pihak kena main peranan.
Satu, kerajaan negeri dan satu, Kerajaan Pusat.
Sebagai contohnya, lesen penjelajahan untuk kita buat mining REE ini dikeluarkan oleh kerajaan negeri, kemudian pajakan melombong, lesen melombong, kerajaan negeri, tetapi sebelum itu kena ada laporan EIA iaitu Kerajaan Persekutuan. Selepas itu, kebenaran merancang untuk melombong ini juga datang daripada kerajaan negeri, tetapi skim pengendalian perlombongan juga perlu mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kemudian, operasi. Setakat hari ini, kita belum ada apa-apa teknologi untuk memproses REE ini. Hanya dan setakat kita trial untuk melombong, tetapi untuk lesen eksport REE ataupun dipanggil kek ataupun clay itu, dia memerlukan Kerajaan Persekutuan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, sudah tentu apa yang diambil, inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan ialah untuk memastikan setiap perlombongan ini sebelum kita buka secara besar-besaran, ada dua benda kita kena perlu belajar.
Yang pertama, kita pernah pada satu ketika dulu, 1975-1999, kita mengadakan satu copper mining di Sabah, Ranau. Apa yang berlaku, lebihan daripada sisa mining ini, kalau tidak dikawal, dia akan menyebabkan ada satu bencana besar-besaran akan berlaku. Sebab itu, kita tutup dulu dekat Ranau ini kerana air-air yang keluar, yang ditakung ini, ikan pun tak boleh hidup.
Sebab itu, kita kena tengok very detail, proper research before kita jump into conclusion on this. Sebab itu, di Perak, di Kenering ini, kita ada mulakan satu proof mining consept, lebih kurang dalam 270 ekar.
Jadi, di sini, kita sedang — satu analisis sedang dibuat untuk melihat lebihan air yang kita keluarkan daripada perlombongan ini. Contoh, kerana tiap-tiap satu metrik tan REE, lima metrik tan of ammonium sulphate akan di-inject dalam proses itu. Jadi, selepas keluar kek REE ini untuk diproses ke China, fasal kita tidak ada tempat diproses, lebihan ini kita kena tengok apa jadi pada tanah tersebut.
Jadi, inilah yang saya berbincang dengan Menteri Besar Perak untuk memberi saintis kita tiga ekar tanah. Satu ekar, kita nak cuba tanam kelapa sawit. Satu ekar, nak tanam getah dan satu ekar nak bela ikan. Nak ambil lebihan air ini untuk dimasukkan ini sebagai air diguna pakai untuk pertanian dan juga perikanan yang kita buat ini, sama juga kita nak tengok apa jadi. Itu satu.
Nombor dua, kita juga ada satu pengalaman. Asia Rare Earth, Bukit Merah. Kita pun juga berdepan pada 1982 dengan 1994. Kita juga ada buat mining di sana. Akhirnya, lombong ini ditutup kerana tidak ada pematuhan SOP mengendalikan waste perlombongan tersebut.
Jadi, apa yang saya nak tekankan setakat hari ini, kita masih lagi dalam proses melihat kesemua ini untuk memastikan bahawa kalau kita betul-betul nak embark dalam kita punya rare earth industry ini, kita mesti very clear on how to handle the waste. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, seperkara tentang soal perlombongan ini,
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
khususnya di kawasan hutan simpan kekal, satu perkara yang masih ada di hadapan kita ialah dasar yang masih lagi kurang jelas, termasuk kawalan, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang beberapa jabatan dan agensi yang terlibat dalam sesuatu kajian.
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita perlu segerakan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Nasional ini? Dah berapa kali disebut dalam Dewan Yang Mulia ini tentang hasrat kementerian untuk — that is the overarching policy, sama ada perlombongan nadir bumi ataupun sebarang bentuk kajian yang melibatkan kelestarian alam ini.
Jadi, the main policy is still the main guiding principle. Adakah Yang Berhormat setuju supaya — ataupun Yang Berhormat boleh beri jaminan pada Dewan ini, kita akan dapat satu Rang Undang-undang Perubahan Iklim ini seberapa segera yang mungkin? Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, RUU Perubahan Iklim ini sedang diteliti oleh pasukan AG kita dan insya-Allah, once dia dah finalise, kita akan bentangkan di Dewan ini. Mula cadangannya insya-Allah, kalau tidak ada sebarang perubahan besar, RUU RUUPIN ini akan kita bentangkan sebaik saja selepas kita punya bajet pada tahun ini.
Kemudian, nanti kita akan debate, tetapi sementara menunggu itu, kita belum ada lagi mana-mana mining yang berlaku dalam hutan simpan kekal. Jadi, team saintis dan juga penyelidik yang diketuai oleh FRIM, mereka ini sekarang ini sedang pergi ke satu tempat, di Labis. Nak tengok kawasan Labis ini, hutan simpan kekal ini, apakah perkara-perkara yang perlu kita buat sebelum dan during mining dan selepas mining.
Dan, ini juga akan memberi kita pengetahuan kepada semua Ahli-ahli Parlimen tentang apa yang perlu kita jaga, SOP yang macam mana supaya dia tidak akan berlaku lagi isu-isu seperti di Ranau dan juga di Perak waktu kita: pada tahun 1982. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-3. Mempersilakan Datuk Matbali bin Musah, Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Datuk Matbali bin Musah [Sipitang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, status terkini dan garis masa secara terperinci setiap fasa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) khususnya bagi jajaran WP01: Sindumin-Malalia dan WP02: Malalia-Beaufort yang terletak di kawasan Parlimen Sipitang yang belum menunjukkan kemajuan ketara dan dilihat masih terbengkalai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya selalu mulakan jawapan dengan pantun Yang Berhormat Speaker.
*Sup cendawan, ulam pegaga; Kerabu kuini jadi santapan; Kepada soalan nombor tiga; Dengarkan ini sebagai jawapan...
[Tepuk]* Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sipitang, pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo, Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja.
Bagi kawasan Parlimen Sipitang, dua pakej kerja yang terlibat ialah Pakej Kerja 1:
Sindumin ke Malalia, 28.5 kilometer; Pakej Kerja 2: Malalia ke Beaufort, 34.7 kilometer. Skop kerja utama bagi kedua-dua pakej adalah melibatkan pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong, pembinaan jambatan baharu, naik taraf sistem saliran serta menambah baik infrastruktur keselamatan jalan.
Sehingga 31 Julai 2025, kemajuan fizikal Pakej 1 adalah sekitar 84.22 peratus berbanding jadual sebanyak 87.43 peratus, lewat sebanyak 3.21 peratus. Manakala, kemajuan fizikal Pakej 2 adalah 58.14 peratus berbanding sasaran, 60.89 peratus iaitu lewat sebanyak 2.75 peratus daripada perancangan.
Kedua-dua pakej mencatat kelewatan berbanding jadual asal adalah disebabkan oleh keadaan cuaca tidak menentu dan musim hujan berpanjangan, isu pengambilan balik tanah di beberapa lokasi kritikal yang telah pun diselesaikan dan kekurangan tenaga kerja.
Kementerian menyasarkan Pakej 1 dan 2 dapat disiapkan secara keseluruhan menjelang suku pertama tahun 2027, tertakluk kepada kelancaran kerja-kerja di lapangan dan prestasi pihak kontraktor. Pemantauan rapi oleh JKR Sabah dan KKR sedang giat dilaksanakan bagi memastikan kontraktor mematuhi jadual pemulihan, catch-up plan yang telah dirancang.
Kementerian ini mengambil maklum akan kebimbangan rakyat di Sipitang terhadap kemajuan projek ini. Justeru, langkah penambahbaikan termasuk pengukuhan kawalan projek, pemantauan secara berterusan, penglibatan pihak pengurusan atasan secara terus, sama ada daripada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, menerusi perwujudan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek Lebuhraya PAN Borneo, Sabah telah dilakukan dan mesyuarat berkala telah dilakukan, Bil.7/2025 pada 7 Ogos 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Yang Berhormat Menteri, oleh kerana kelewatan projek jalan PAN Borneo ini, banyak berlaku kemalangan yang menyebabkan kerosakan kenderaan, kecederaan dan juga meragut nyawa pengguna jalan raya berkenaan.
Adakah kementerian bersedia menyediakan peruntukan khas segera untuk pencahayaan jalan, papan tanda keselamatan serta kawalan trafik sementara projek siap sepenuhnya?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini, saya melawat tempat yang disebut oleh Ahli Parlimen Sipitang pada bulan lepas. Pakej Kerja 1, Pakej Kerja 2 dan saya ingin memaklumkan bahawa apa yang disebut sebagai tanda amaran, pencahayaan sesuai, rondaan, semua itu ada termasuk dalam skop kerja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya pergi, tiba waktu petang. Waktu malam balik dan melihat, memanglah jalan gelap gelita. Kita — kawasan-kawasan tertentu sahaja yang dipasang lampu. Contohnya, persimpangan di bulatan itu ada kawasan lampu tetapi kawasan keseluruhan lebuh raya itu tidak dipasang lampu kerana tidak cukup peruntukan. Begitu juga, Pan Borneo yang dah siap 99 peratus di Sarawak juga begitu keadaannya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Oleh itu, saya juga ingin memaklumkan bahawa insurans tanggungan awam perlu diambil oleh kontraktor jika ada kompelin yang tertentu seperti kerosakan kenderaan. Mereka boleh menemui dan sebarang kerja di tapak tak boleh dimula tanpa mengambil insurans tanggungan awam. Selain daripada itu, pemantauan dan audit kerja sentiasa dilakukan oleh pihak kami. Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tak boleh Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baiklah, terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan daripada Kulim.
Yang Berhormat Menteri, saya sering mendengar perbahasan Ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada Sabah dan Sarawak berkaitan dengan projek sakit terbengkalai terutamanya pembinaan yang berkaitan dengan lebuh raya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri, saya juga sering terdengar istilah-istilah iaitu kautim, ada orang dalam kah, ada kabel kah, dah ada tuan projek tu? Itu istilah-istilah lah. Ringkasnya projek anugerah politik. Mungkinkah punca projek sakit terbengkalai kerana kerja tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan: bukan berbahas. Kalau nak berbahas, saya tutup. Saya tidak benarkan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ini soalanlah. Okey, Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Pendekkan sedikit mukadimah itu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, soalan ini. Mungkinkah punca projek sakit atau terbengkalai kerana kontraktor tidak berkemampuan akibat projek anugerah politik ataupun istilah-istilah itu adalah andaian sahaja? Kerana saya percaya Kementerian Kerja Raya amat telus dan berintegriti, tetapi punca sebenar kelambatan ini adalah mungkin disebabkan oleh geografi, cuaca, birokrasi ataupun berbagai-bagai faktor lagi. Jadi, saya minta satu keabsahan daripada YB Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ada angka di sini. Fasa 1A, 16 pakej.
Jadual fizikal, 90.67 peratus – sebenar 84.2 peratus. Kewangan, 90.9 peratus – sebenar 84.16 peratus. 16 pakej ini dijangka siap Mac 2027.
Untuk Fasa 1B, jadual untuk fizikal 8.58 peratus sebab baru dimulakan. Sebenar, 6.6 peratus. Kewangan, 7.79 peratus jadual — sebenar, 6.04 peratus. 19 pakej dijangka siap Oktober 2028.
Apa yang sebut oleh Yang Berhormat tadi mengenai anugerah politik, kemampuan, tuan projek, orang dalam, kautim – itu persepsilah, persepsi dan tuduhan. Walau bagaimanapun, saya telah menegur satu pakej yang saya lalui sendiri pada minggu — dua minggu sudah iaitu daripada Telupid ke Sandakan, bagaimana dua pakej yang dibuat di situ.
Jalan tidak diselenggara dengan baik, Dato’ Yang di-Pertua.
Itu adalah tanggungjawab kontraktor yang membuat Jalan Pan Borneo itu untuk menyelenggara jalan di sebelahnya yang sedia ada. Jika kontraktor tidak menyelenggara dengan baik, maka pihak JKR Sabah boleh melantik kontraktor lain untuk menyelenggara jalan itu dan potong daripada kos yang telah dianugerah kepada kontraktor yang berkaitan.
Setakat ini belum lagi kita buat. Kita sedang memantau dengan rapi dan memberikan amaran- amaran supaya jalan diselenggara dengan baik walaupun pada ketika mereka membina lebuh raya itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut Majlis ke soalan yang ke-4. Dipersilakan Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk mengalu-alukan kehadiran Kesatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu, Parlimen Kepala Batas.
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
[Tepuk]
4. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan:
(a) dasar Automotif Negara terkini; dan
(b) apakah strategi untuk meningkatkan jumlah penjualan kenderaan tempatan dan import dalam negara melalui dasar ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Kepala Batas.
Kereta nasional yang pertama iaitu Proton Saga telah dilancarkan pada 9 Julai 1985 iaitu 40 tahun yang lalu. Pelancaran Proton Saga menandakan permulaan industri automotif negara yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
Dasar Automotif Nasional 2020 atau NAP 2020 adalah dasar terkini yang menetapkan hala tuju pembangunan industri automotif negara. Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab automotif serantau berdasar dan berasaskan teknologi inovasi dan nilai tambah tempatan. Di bawah dasar ini, tumpuan utama adalah kepada pembangunan teknologi baharu termasuk kenderaan cekap tenaga – energy efficient vehicle
(EEV), kenderaan elektrik – electric vehicle (EV), teknologi pemanduan autonomi dan penerapan konsep industri 4.0, IR 4.0.
Pada masa yang sama, NAP 2020 juga menekankan pembangunan vendor tempatan supaya mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Bagi memastikan pelaksanaan kekal relevan, MITI bersama agensi di bawahnya iaitu Malaysian Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) sedang menjalankan Kajian Separuh Penggal NAP 2020. Kajian ini melibatkan sesi libat urus secara mendalam dengan pemain industri, pembuat dasar dan agensi berkaitan bagi memastikan dasar ini sejajar dengan keperluan pasaran semasa dan perkembangan teknologi global.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Sebagai langkah tambahan, MITI telah menubuhkan Council of Automotive Eminent Persons (CAEP) pada Jun 2025 untuk membentuk hala tuju baru bagi industri automotif daripada perspektif berikut.
Pertama, mengurangkan penggunaan petrol sebagai bahan bakar utama automotif negara sekali gus mengembalikan status negara sebagai pengeksport minyak. Kedua, tumpuan terhadap komponen semikonduktor dalam sektor automotif bagi meningkatkan eksport automotif negara terutamanya komponen.
CAEP dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tengku Datuk Sri Zafrul bin Tunku Aziz, Menteri MITI dan dianggotai oleh peneraju sektor automotif, teknologi, kewangan, petroleum dan pembuat dasar. Ahli-ahli CAEP nanti saya akan bagi kepada Yang Berhormat Kepala Batas. CAEP telah bermesyuarat sebanyak dua kali pada 13 Jun dan 5 Ogos.
Kajian yang dihasilkan melalui CAEP akan dibentangkan kepada MITI dan seterusnya Jemaah Menteri sebagai syor strategik bagi memuktamadkan Kajian Separuh Penggal NAP 2020. Dasar yang dikemas kini ini akan menjadi pelan induk bagi masa depan automotif Malaysia agar selari dengan trend global seperti penggunaan EEV, mobiliti pintar dan automasi.
Untuk rekod, jumlah jualan kenderaan baharu pada tahun 2024 mencecah 816,747 unit melepasi paras 800,000 unit buat pertama kali dan menempatkan Malaysia di tangga kedua ASEAN bagi pasaran kenderaan penumpang. Prestasi ini mencerminkan keyakinan pengguna serta mengukuhkan penglibatan vendor tempatan. Terima kasih Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kepala Batas, soalan tambahan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan dan perkongsian inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan. Justeru, menurut penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri ada menyatakan tumpuan serius terhadap R&D adalah kunci untuk menjadikan Malaysia berdaya saing dalam industri berteknologi tinggi EV dalam memperkukuh kedudukan dalam ekosistem serantau.
Justeru persoalannya, apakah peranan yang dimainkan oleh MITI dalam menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah hab pembangunan automotif teknologi tinggi dan sebagai pesaing di Rantau Asia dan juga dunia?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Kepala Batas. Memang seperti apa yang saya sebut tadi, hasrat kita ialah untuk membangunkan teknologi dan membangunkan industri automotif kita supaya kita boleh eksport bukan saja dijual di negara kita...
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
[Bangun]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
...Dari segi eksport kita harap bukan saja kita mengeksportkan kereta secara CBU atau CKD, tetapi kita juga harap dalam usaha baharu ini kita boleh mengusahakan integrasi horizontal di antara industri semikonduktor dan industri automotif supaya kita boleh juga jadi pengeksport komponen yang berasas semikonduktor yang besar di rantau ini dan satu hari nanti di medan antarabangsa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri MITI tadi mengatakan tentang Dasar Automatif Negara iaitu NAP 2020, tapi saya rasa pihak kementerian perlu mengkaji semula. You need to review balik dasar ini kerana ia tidak selari saya rasa dengan perkembangan terkini EV, and we have the next generation vehicle, tenaga hijau dan integrasi serantau.
Jadi, saya harap supaya pihak kementerian dapat memberi jawapan, adakah ini pelan rancangan kementerian? Dan berapakah sasaran daripada sumbangan KDNK automatif negara? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Balik Pulau. Memang NAP 2020 ini adalah untuk jangka 10 tahun, untuk tempoh 10 tahun dan kementerian sedang mengadakan kajian separuh penggal. Dan dalam kajian seperti apa yang saya kata tadi kita memang mengambil kira keadaan baharu ataupun keadaan yang diwujudkan sekarang di mana teknologi baharu telah lebih luas iaitu EV dan juga energy efficient vehicle.
Dan kita harap ini boleh membantu negara kita membangunkan industri automotif yang lebih mampan dan juga membangunkan industri automotif berasas komponen dan berkaitan dengan semikonduktor yang lebih mampan. So, memang apa yang ditegurkan betul, memang memerlukan Kajian Separuh Penggal yang baharu dan kita mengambil kira pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima, mempersilakan Tuan Ku Pui Tiong, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 5 daripada Kota Melaka. Terima kasih.
5. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(c) adakah ahli lembaga syarikat pemaju dan syarikat pemaju bagi projek komersial juga akan disenaraihitamkan sekiranya syarikat subsidiari mereka terlibat dalam projek sakit; dan
(d) sejauh mana keberkesanan langkah di atas sekiranya hanya syarikat subsidiari mereka disenaraihitamkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sentiasa menegaskan bahawa prinsip akauntabiliti, integriti serta keadilan sosial menjadi asas dalam pengurusan sektor pemajuan perumahan.
Justeru, Kementerian KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara amat prihatin terhadap kes-kes projek sakit ataupun terbengkalai yang memberikan kesan kepada rakyat serta komited untuk pastikan pemaju bertanggungjawab memastikan amanah pemajuan projek diselesaikan sebagaimana perjanjian yang dimeterai.
Dalam hal ini perlu diperjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa skop bidang kuasa KPKT di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun dikenali sebagai Akta 118 adalah bagi projek-projek perumahan sahaja dan tidak termasuk projek-projek komersial.
Bagi pemantauan projek perumahan, KPKT telah melancarkan Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (Special Task Force) bagi mengenal pasti, menyelesai serta mencegah isu projek perumahan bermasalah serta mencadangkan strategi yang tuntas. Inisiatif ini adalah komitmen padu KPKT melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi, pemaju dan pemain industri.
Untuk tahun ini sahaja, sehingga 30 Jun, TFST telah mengesan 233 projek lewat dan 360 projek sakit. Dan antaranya dengan 220 projek sakit telah berjaya memperoleh CCC dan 14 telah bertukar status menjadi projek lancar melibatkan 25,822 unit rumah. Ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen tinggi KPKT dalam menyelesaikan isu yang membawa kegusaran dalam kalangan rakyat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga saat ini, 1,127 projek terbengkalai telah pun berjaya diselamatkan di mana KPKT telah berjaya memulihkan 100,127 projek melibatkan 135,000 pembeli rumah telah berjaya kerajaan selamatkan.
Untuk berkongsi satu kisah kejayaan baru-baru ini, dimaklumkan bahawa Projek Residensi Hektar Gombak yang melibatkan 2,400 unit kediaman mampu milik di bawah Program Residensi Wilayah (RUMAWIP) telah mula dibangunkan pada tahun 2018. Namun, telah gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah perjanjian jual beli iaitu sepatutnya siap 2022, tetapi dengan kepimpinan dan sifat cakna terhadap kesusahan rakyat, KPKT melalui JPN telah berjaya memperoleh suntikan dana baru sebanyak RM125 juta untuk menyambung semula kerja pembinaan.
Walaupun projek ini adalah di bawah seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan, usaha ini menandakan satu langkah proaktif ke arah pemulihan projek yang telah sekian lama tertangguh serta memberi sinar harapan kepada ribuan pembeli rumah yang menanti dengan penuh keresahan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apabila satu projek telah disahkan sakit, KPKT akan mengambil tindakan proaktif dengan menyenarai hitam pemaju perumahan serta ahli lembaga pengarah syarikat yang terlibat dengan projek sakit. Lanjutan daripada itu, pihak tersebut termasuk semua syarikat lain yang melibatkan ahli lembaga pengarah yang sama akan disekat daripada memohon lesen pemajuan baharu dan Akaun Pemajuan Perumahan (Housing Development Account) sedia ada juga turut akan disekat.
Walau bagaimanapun, KPKT menyedari akan kekangan peruntukan, perundangan yang sedia ada berhubung dengan isu yang dibangkitkan. Dalam hubungan ini, KPKT sekarang sedang meneliti cadangan untuk meminda Akta 118 untuk memperluaskan skop meliputi projek-projek komersial. Cadangan pindaan tersebut akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan lebih berkesan dan menyeluruh termasuk menyenarai hitam ahli lembaga syarikat pemaju, induk serta syarikat subsidiari dia atau beneficiary owner pun akan disenarai hitam.
Cadangan ini kelak diharapkan dapat memperkukuhkan tindakan dan kawalan yang lebih baik sebagai pencegahan awal serta tindakan jangka panjang bagi mengelakkan projek perumahan swasta menjadi sakit dan akhirnya terbengkalai. Maka, KPKT akan terus mempergiatkan lagi sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi penguatkuasaan, badan perundangan, pemain industri dan wakil pengguna bagi memastikan pindaan kepada Akta 118 nanti akan relevan, menyeluruh serta berimpak tinggi selaras dengan kerangka ekonomi MADANI.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Akhir kalam, terus ditegaskan, KPKT tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemaju yang bukan saja gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam pelaksanaan projek perumahan malah telah menyusahkan rakyat. KPKT terus komited untuk memulihkan projek-projek lama yang bermasalah bagi memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah mendapat kediaman yang selesa, selamat dan berdaya huni selaras dengan slogan kita, “baiti jannati” – rumah-ku Syurga-ku. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih kepada jawapan daripada Menteri dan tahniah kepada Menteri dan juga kementerian.
Begitu peka sekali terhadap masalah dihadapi oleh pembeli terutamanya projek terbengkalai.
Tahniah di mana 1,127 projek telah diselamatkan dan juga 135,000 pembeli telah mendapat manfaat daripada usaha kementerian.
Jadi, soalan tambahan saya, Menteri, seperti yang kita maklum, sering kali syarikat pemaju, syarikat induk mereka, mereka akan tubuhkan banyak syarikat subsidiari. Dan setiap projek akan dijalankan oleh subsidiary company tersebut, dengan izin. Dan akhirnya apabila projek tersebut terbengkalai, selalunya syarikat induk dan director ataupun bos sebenar tidak akan diambil tindakan. Jadi, daripada jawapan Menteri mengatakan Akta 118 akan di bubar untuk kita ambil tindakan terhadap mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan, Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, saya nak menarik perhatian kepada Menteri terhadap satu syarikat di Melaka, Hatten. Dia ada banyak projek di Melaka, sudah terbengkalai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, dan ada satu syarikat telah jadi bankrap, tetapi syarikat induknya masih lagi berurusan. Syarikat induk ini adalah tersenarai di Singapore, di Bursa Saham Singapore.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, saya harap — saya nak tanya kepada Menteri, adakah Akta Pembaharuan Bandar yang akan kita bincang, diluluskan dalam Parlimen ini?
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Melaka. I think you went aboard. Saya tanya, soalan – soalan. Tiga kali.
You keep jadi — and this landasan untuk perbahasan. Lagi sekali, direct to the question, alright?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, minta maaf. Jadi soalan saya, adakah kerajaan sedia menggunakan Akta Pembaharuan Bandar yang akan diperkenalkan untuk ambil alih tapak projek termasuk projek komersial ini dan diberikan kepada pemaju yang berkebolehan untuk menyelamatkan pembeli yang sengsara ini? Ya, terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka, yang sentiasa prihatin tentang kebajikan pembeli-pembeli rumah.
Soalan dia ada dua bahagian. Pertama, sama ada syarikat subsidiari itu akan mengikat syarikat the parent company. Sebab itu dalam jawapan saya jelas, di mana KPKT sedang dalam proses untuk meminda Akta 118. Bukan saja syarikat parent company akan disenaraihitam. Maka, pemilik sebenar di belakang tabir corporate view syarikat juga akan disenaraihitam. Itu adalah tindakan yang sedang kita perhalusi dan insya-Allah, sekiranya semua berjalan dengan lancar, okey, pindaan 118 ini akan kita bentangkan pada tahun depan.
Kedua, tentang projek Hatten. Ini adalah satu soalan spesifik yang agak rumit kerana projek ini memang dah banyak — ramai — banyak tahun berlarutan. Makna kita akan buka kertas siasatan dan cari jalan yang terbaik untuk pastikan kepentingan awam turut dan dibela.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat.
[Tidak jelas]
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri kerana prihatin dan di Kapar sendiri itu memang banyak pembeli-pembeli ini dah beli, bayar tiap-tiap bulan tapi kena sewa. Jadi, bayangkan kalau tengah ekonomi begini ya.
Jadi soalan saya, apakah perlindungan atau pampasan yang dijamin untuk pembeli rumah atau apartmen komersial apabila pemaju atau subsidiari mereka disenaraihitamkan?
Dan sejauh manakah keberkesanan blacklist ini jika tiada sistem pemarkahan terbuka atau
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
track record rating pemaju yang boleh diakses oleh orang awam sebelum — ah, sebelum, bukan tengah-tengah, sebelum membeli projek itu? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Terima kasih atas soalan ini yang memberikan ruang dan peluang untuk saya buat iklan marketing sedikit.
Sebenarnya KPKT sudah bangunkan sistem di bawah transformasi digital. Siapa-siapa pembeli yang beli rumah, sila rujuk kepada TEDUH. Sistem TEDUH di bawah pautan kpkt.gov.my. Semua maklumat sudah ada dipaparkan secara telus. Hanya beli rumah daripada mana-mana pemaju perumahan yang tidak disenaraihitamkan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tahun ini, saya telah pun menyenaraikan 109 buah syarikat pemaju perumahan, telah pun disenaraihitamkan. Mereka akan disekat daripada berniaga dalam sektor pemajuan perumahan demi untuk melindungi hak kepentingan awam. Sebab itu sistem TEDUH ada. Satu lagi, we also have developed dengan izin, Housing Industry Management System, H-I-M-S (HIMS). Kita ada dua sistem digital untuk pastikan semuanya adalah telus dan boleh dicapai untuk pengetahuan awam. Sekian, terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-6, mempersilakan Puan Vivian Wong Shir Yee, Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Dr. Speaker. Soalan Sandakan nombor 6.
6. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini berkenaan kajian struktur wad lama di Hospital Duchess of Kent Sandakan yang telah dibuat pada bulan April lalu dan apakah tindakan sewajarnya yang akan diambil supaya perkhidmatan kesihatan untuk Daerah Sandakan tidak terjejas?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Timbalan Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sandakan. Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Hospital Duchess of Kent Sandakan merupakan salah satu daripada hospital yang antara lain dalam — yang terpilih dalam kajian cadangan inisiatif baik pulih dan naik taraf hospital lama. Just like we did, di mana kita lakukan dalam klinik- klinik daif, Dato’ Yang di-Pertua.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ia adalah inisiatif baik pulih dan naik taraf hospital lama melibatkan beberapa hospital berusia lebih daripada 50 tahun — 21 hospital di fasa satu dan 26 di fasa dua ini ya dan objektif utamanya kajian ini adalah untuk menilai keadaan semasa dan tahap risiko bangunan- bangunan hospital sedia ada dan pematuhan kepada akta dan peraturan semasa dalam usaha menangani isu-isu keselamatan, kebakaran bangunan serta secara menyeluruhnya, Dato' Yang di-Pertua.
Susulan daripada dapatan kajian tersebut, pada tahun ini Hospital Duchess of Kent Sandakan, Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM21.72 juta di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP5, RMK12) bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan struktur dan pematuhan kepada notis bomba di Blok Bangunan Wad Lama dan Wad Materniti.
Yang mustahaknya saya sebutkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek ini. Dan JKR Sabah telah mengadakan beberapa sesi lawatan tapak di hospital pada Mac dan Mei dan akan melaksanakan sesi libat urus bersama agensi-agensi yang terlibat seperti JKR Malaysia, Bomba Malaysia dan juga serta kementerian KKM sendiri bagi memuktamadkan skop kerja dan seterusnya bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan segera.
Dato' Yang di-Pertua, bagi memastikan kesinambungan — ini soalan. Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan HDOK ini ataupun Duchess of Kent Hospital ini tidak terjejas sepanjang tempoh baik pulih, cadangan pelan decanting ataupun pengongsian dalam bahasa Melayu yang komprehensif telah kita rangka, melibatkan antara lainnya:
(i) pemindahan-pemindahan perkhidmatan dan bangunan klinik lama, bangunan materniti ini, klinik pakar serta perkhidmatan sokongan klinik dan bukan klinik ke satu bangunan dan kabin yang sifatnya modular yang telah pun tapak ini secara prefab;
(ii) pengubahsuaian fungsi dan renovasi bangunan klinik pakar bagi menempatkan sebahagian perkhidmatan pesakit dalam dan internal medicine dan juga serta — maaf. Inpatient serta katil tambahan;
(iii) penambahbaikan katil — penambahan katil. Maaf. Penambahan katil sementara di bangunan wad-wad sedia ada yang bersesuaian yang boleh kita tambah di situ;
(iv) penempatan pesakit yang stabil ke hospital-hospital cluster, the satellite hospital because Sandakan is the lead hospital seperti Hospital Kinabatangan dan Beluran; dan akhir sekali
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
(v) sewaan premis luar yang andainya perlu, yang bersesuaian bagi menampung keperluan penempatan semula perkhidmatan tertentu seperti OPD dan materniti dan rawatan pesakit luar.
Dato' Yang di-Pertua, jadi itu sedikit dan kalau saya sebutkan, langkah-langkah ini dirancang dengan teliti bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di HDOK, Hospital Duchess of Kent serta di Daerah Sandakan tidak terjejas sepanjang proses pembaikan dibuat.
KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan mengadakan sesi perbincangan khas bersama semua pihak dan agensi berkaitan untuk menyelaras dan memuktamadkan hal tuju pelaksanaan decanting perkhidmatan bangunan blok klinikal lama HDOK ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Sandakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut soalan tambahan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Dr. Speaker. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas lawatan ke Sabah meliputi enam daerah dan 22 fasiliti kesihatan dalam tempoh empat hari minggu lalu serta atas pengumuman peruntukan tambahan untuk naik taraf aset-aset hospital dan klinik kesihatan di Sandakan.
Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan kenyataan bahawa Sandakan tidak memerlukan hospital tambahan. Ini menimbulkan kebimbangan dan rasa rakyat Sandakan memandangkan kesesakan di Hospital Duchess of Kent. Mohon Menteri jelaskan, apakah skop projek naik taraf Hospital Duchess of Kent ke taraf hospital bertaraf negeri, status semasa projek tersebut, blok baru yang dijangka akan bina dan serta jangkaan tarikh pelaksanaannya? Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kesihatan, jawab.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Sandakan. Saya membuat lawatan ke enam daerah, melibatkan 22 fasiliti dalam masa empat hari, lima hari minggu lalu.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Lo Su Fui - Tawau
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, atas perkara ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat, pembinaan blok baru di HDOK ini ataupun Hospital Duchess of Kent ini, ia adalah satu — pertamanya saya ingin sebutkan mengapa disebutkan soalan macam tidak ada keperluan. Ia adalah bersabitan dengan kalau adalah cadangan hospital di daerah-
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
daerah yang kecil itu, itu yang dikatakan tidak, tidak ada keperluannya tetapi yang mustahaknya adalah kita sedang membuat pembinaan blok baru di Hospital Duchess of Kent itu sendiri yang kita cuba kalau saya sebutkan sikit kerja-kerja awalan bagi pembinaan blok baru di, di, dia, apanya ini, di hospital ini, pembinaan blok baru ini telah kita, telah diluluskan di bawah Rolling Plan 5, rancangan RMK12.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Berdasarkan status terkini, KKM sedang memuktamadkan jadual keperluan ruang ataupun schedule of accommodation pada 7 dan 10 Julai yang lalu dan seterusnya makmal pengurusan ataupun nilai, value assessment lab akan diadakan sebelum akhir tahun bagi memuktamadkan skop dan kos sebenar projek.
Bangunan ini dirancang dengan kapasiti sebanyak 594 katil Dato’ Yang di-Pertua. Katil pesakit dalam — yakni patient meliputi pelbagai disiplin. Kita ada 19 dah hari ini. Kita akan menambah pada 19 disiplin pakar dan sub-kepakarannya dan sub-speciality ya, termasuk pembedahan ortopedik, pediatrik, kardiologi, onkologi, psikiatri, rehabilitasi, perubatan dan serta unit rawatan klinikal seperti ICU, HDU dan CCU, dan juga unit-unit luka, melecur dan sebagainya, dan PICU, Pediatrik PICU.
Jadi, bangunan baru ini juga akan menyediakan sebanyak 94 bilik pemeriksaan klinikal yang merangkumi bidang pembedahan ortopedik, pediatrik, obstetrik dan psikologikal, obstetrik dan ginekologi, ENT, oftalmologi dan sebagainya. Dan bagi memperkuat, memperkukuh kapasiti rawatan pembedahan perancangan turut melibatkan kemudahan 15 dewan bedah moden dan juga dengan fasiliti sokongan termasuklah pra-induksi, bilik pemulihan dan bilik pembedahan, pemulihan pasca-anestesia dan sebagainya.
Dato’ Yang di-Pertua, ringkasnya, kalau saya sebutkan dengan itu, Duchess of Kent would be seeing around dengan izin hampir 1,000 katil apabila kita menambah pembangunan blok bangunan klinikal, blok baru ini Dato’ Yang di-Pertua, sekali gus ia tidak ― ia smaller hospital like seperti yang dicadangkan sama ada di Beluran atau yang ni tidak ― tidak diperlukan kerana kita telah memperkukuhkan dan memperbesarkan the main hospital. Hospital-hospital yang lain itu ataupun di luar district itu kita ― klinik-klinik kesihatan pun boleh memainkan peranan untuk kita step down dengan kita mengadakan what we call now as cottage hospital. Cottage hospital beberapa bed di klinik-klinik kita di kawasan satelit kepada Duchess of Kent ini Dato’ Yang di-Pertua. Itu ringkasannya. Sila Dato’ Yang di-Pertua kalau diizinkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang di-Pertua. Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dan realitinya Yang Berhormat Menteri, kemudahan yang ada sekarang di Duchess of Kent walaupun dengan naik taraf dan bangunan berblok baru ini, tidak akan dapat memenuhi kehendak keperluan kesihatan Sandakan dan daerah-daerah berdekatan Beluran, Kinabatangan, Libaran.
Itu realitinya, Tan Sri, kalau kementerian tidak ada perancangan dalam tempoh lima tahun akan datang ini untuk mewujudkan, membina satu kemudahan kesihatan yang baru selain daripada DOK, itu adalah realiti yang tidak betul kerana Sandakan memerlukan tambahan kemudahan kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya ingin tahu, adakah ini sedang dirancang, dilihat oleh kementerian berlandaskan kepada keperluan dan bukan dana yang ada pada kerajaan because Sandakan needs a better health facility seperti yang diperlukan sekarang ini. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Ya, kita sangat peka dan sangat memahami dan division ataupun bahagian perancangan kami meneliti keseluruhan permintaan dari seluruh negara, ya. Dan, kami sangat tahu bagaimana untuk terus memperkukuh dan memperkasakan hospital-hospital tambahan seperti Duchess of Kent yang telah pun dalam hal penambahan blok klinikal ini akan menjadi satu hospital yang kurang lebih mempunyai 1,000 katil dengan bukan saja 19, bahkan lebih daripada itu, kepakaran dan sub-sub kepakarannya.
Sementara YB Beluran yang sangat memandang kepada keperluan untuk diadakan hospital itu, kami lebih memerhatikan ataupun mempertimbangkan sebab building hospital is not the end game of everything, yang pentingnya adalah fasiliti-fasiliti yang merupakan satelit hospital dan juga ― maaf, yang ada di kawasan dan di sekitar Sandakan itu yang saya pasti kita juga mengambil tahu bahawa ini juga perlu kita pertingkatkan sama ada dari segi klinik- klinik yang kita mahu terus perkasakan.
Andainya ke depan nanti keperluan itu di-validate dan diakses, mungkin ada dalam perancangan. Buat sementara ini, kita akan memperkukuhkan dan memperkasakan dan menambah blok baru di HDOK itu, di Hospital Duchess of Kent itu sendiri dan kita akan membuat apa pun penambahan ataupun the services of facilities, the services of our pakar- pakar yang turun membuat regular visit kepada klinik-klinik kesihatan di kawasan sekitar Sandakan itu sendiri as the lead hospital, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Mempersilakan Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.
7. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah kriteria dan syarat bagi memohon sewa unit-unit kedai di Arked MARA serta nyatakan statistik bilangan penyewa terkini di seluruh Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, MARA menyediakan kemudahan sokongan melalui sewaan premis perniagaan dan perusahaan MARA kepada usahawan-usahawan bumiputera yang memerlukan ruang niaga untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Kriteria dan syarat kelayakan untuk memohon premis perniagaan MARA adalah seperti berikut.
Yang pertama, pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia, berstatus Bumiputera, berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan tidak boleh melebihi 60 tahun. Yang kedua, pemohon hendaklah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Pemohon perlu juga memiliki sijil pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Perniagaan yang dijalankan perlu mendapat lesen dan permit tambahan yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut jenis perniagaan yang dijalankan.
Seterusnya, pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam MARA dan tidak berstatus bankrap semasa permohonan. Dan, yang terakhir perniagaan yang dijalankan hendaklah mematuhi syariah.
Bagi usahawan yang berminat untuk menyewa ruang niaga tersebut, usahawan perlulah membuat permohonan secara dalam talian melalui portal MyPremis dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan. Begitu juga MARA mempunyai 518 projek premis dengan jumlah ruang niaga di seluruh Malaysia sebanyak 7,303. Untuk makluman, statistik pengisian setakat 30 Jun 2025 adalah berjumlah 6,567 daripada jumlah keseluruhan ruang niaga yang disediakan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sepanjang pengetahuan saya bahawa
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
MARA menyewakan premis mereka berdasarkan konsep inkubator iaitu untuk membantu usahawan baru mendapatkan premis dengan sewa yang rendah.
Namun, saya melihat ada di antara arked ini telah disewa oleh penyewa-penyewa dalam tempoh yang sangat lama selain turut disewa oleh syarikat yang kukuh seperti syarikat sendirian berhad. Ada juga terdapat premis MARA yang disewakan kepada agensi kerajaan lain seperti TEKUN dan lain-lain lagi yang saya lihat mengurangkan peluang perniagaan untuk menyewa. Sejauh manakah perkara ini berlaku dan apakah ia memang tidak bercanggah dengan polisi sewaan premis MARA? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Tuan Yang di-Pertua, memang terdapat beberapa premis MARA termasuk di arked-arked dan bangunan komersial disewakan kepada agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri. Sebagai contoh, kalau di Melaka kita ada PTPTN, kita ada TEKUN, kita ada Majlis Agama Islam Melaka, Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd, yang mana langkah ini adalah sebagai satu langkah menjana hasil sewaan, serta memastikan penggunaan optimum ruang yang tidak mendapat sambutan peniaga dan kurang strategik untuk operasi perniagaan.
Tambahan pula, penyewaan yang melibatkan agensi kerajaan ini berdasarkan fungsi dan peranan agensi berkenaan kepada masyarakat setempat.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Berkaitan dengan penyewaan yang agak lama, maksudnya lama, sebenarnya premis usahawan berkenaan memberi pulangan sewaan yang konsisten kepada MARA. Maksudnya, dari sudut kuantiti yang masih ada.
Yang kedua, penyewa berjaya mengekalkan perniagaan yang stabil dan memberi memberi manfaat kepada komuniti setempat, dan yang ketiga, tiada permintaan yang mencukupi daripada usahawan baru di kawasan tertentu.
Untuk makluman Yang Berhormat, dasar MARA ini adalah –– penyediaan premis perniagaan adalah untuk pembangunan usahawan bumiputera. Penyewaan kepada syarikat berkeupayaan dan agensi kerajaan tidak bercanggah selagi ia mematuhi garis panduan dan tidak menjejaskan majoriti, peluang perniagaan usahawan kecil. Namun begitu, bagi menangani isu yang dibangkitkan, MARA kini sedang dalam menilai semula dasar pengagihan lot termasuk cadangan had maksimum bilangan lot untuk setiap penyewa dan penyemakan semula peruntukan bagi penggunaan oleh agensi-agensi kerajaan.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Berdasarkan perhatian saya dan pengalaman peribadi saya, didapati kebanyakan Arked MARA ini kurang daya tarikannya walaupun terletak di tempat lokasi yang strategik.
Persaingan juga dilihat cukup tinggi berbanding pusat membeli-belah moden, pasar raya besar dan sebagainya.
Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejauh manakah sumbangan Arked MARA terhadap ekonomi setempat dari segi penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan usahawan bumiputera sehingga Jun 2025? Dan apakah strategi kementerian untuk menjadikan Arkib MARA ini lebih kompetitif dan mempunyai daya tarikan pelanggan yang tinggi supaya dapat meningkatkan lagi hasil jualan para usahawan MARA? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Tampin atas soalan tambahan.
Untuk makluman Yang di-Pertua, bagi tahun 2024, jualan terkumpul yang direkodkan oleh usahawan penyewa premis MARA adalah sebanyak RM2.2 bilion. Setakat bulan Jun 2025, nilai jualan terkumpul bagi kesemua 6,557 ruang niaga adalah sebanyak RM1.01 bilion iaitu peningkatan jumlah terkumpul sebanyak 5.6 peratus pada tempoh yang sama pada tahun 2024 berbanding RM176 juta pada tahun 2024.
Untuk makluman Yang Berhormat, Arked MARA ini merupakan satu lokasi yang sentiasa mendapat permohonan daripada usahawan-usahawan kecil. Namun, kekangan dari sudut ruang ataupun peluang, premis itu masih lagi agak terhad. Namun begitu, kebanyakan juga arked kita berada — maksudnya Arked MARA ini dibina pada tahun 70-an, 80-an dan keadaannya masih dalam keadaan yang perlu ditambah baik.
Sebab itu melalui RMK13, KKDW di bawah MARA, kita memohon peruntukan sebanyak RM50 juta untuk upgrade Arked-arked MARA dan bazar-bazar dan premis perniagaan MARA dalam usaha kita memastikan lokasi ataupun arked ini lebih bersesuaian, menarik, lebih selesa, dan apa yang penting juga sebenarnya ada separuh daripada arked kita kurang berdaya maju dari sudut strategik memandangkan pembangunan pada masa ini beralih ke kawasan lain.
Namun begitu, lokasi-lokasi itu masih kita tempatkan memandangkan peluang perniagaan ataupun keuntungan masih boleh dijanakan untuk tujuan berkenaan. Oleh itu, kita amat mengharapkan peruntukan. Begitu juga Arked MARA ini telah pun banyak memberi
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
peluang pekerjaan. Setakat ini, seramai 14,943 peluang pekerjaan di seluruh negara telah direkodkan di bawah perniagaan di bawah premis perniagaan MARA.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut, majlis mempersilakan Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.
Soalan Batu nombor 8.
8. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah perancangan kementerian untuk menggantikan pembahagi jalan besi dengan bahan alternatif yang lebih selamat dan kos efektif seperti pembahagi plastik fleksibel, pembahagi getah, kabel bertegangan tinggi atau konkrit bertetulang secara berperingkat di kawasan berisiko tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
YB tak berpantun, Dato’ Yang Berhormat. Saya suka berpantun.
*Susun papan satu persatu, Untuk mereka sebuah sampan; Soalan 8 YB Batu, Saya bersedia beri jawapan.
[Tepuk]* Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya fungsi penghadang jalan adalah untuk menghalang kenderaan keluar dari laluan jalan raya, berfungsi sebagai penghadang fizikal untuk memastikan kenderaan kekal berada di laluan jalan yang ditetapkan terutama di kawasan merbahaya seperti selekoh tajam atau tebing curam.
Kedua, melindungi struktur dan objek berhampiran, menghalang kenderaan daripada merempuh struktur penting seperti tiang lampu, papan tanda atau bangunan di tepi jalan.
Ketiga, mengurangkan risiko kemalangan sekunder dengan menyerap dan mengalih tenaga pelanggaran iaitu membantu mengurangkan kemungkinan pelanggaran berantai atau kemalangan susulan.
Oleh itu, penentuan dan pemilihan jenis penghadang jalan bagi sesuatu lokasi adalah berdasarkan pada ciri-ciri dan fungsi utama penghadang tersebut. Selain daripada itu, pemilihan jenis penghadang jalan turut mengambil kira faktor kejuruteraan bagi sesuatu lokasi seperti jalan berselekoh atau lurus, ketinggian tebing, had laju operasi, komposisi kenderaan berat dan keadaan persekitaran.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Justeru itu, jenis penghadang jalan alternatif atau inovasi seperti pembahagi fleksibel, pembahagi getah, roller barrier dan sebagainya perlu dikaji dengan teliti berdasarkan fungsi keupayaan, kesesuaian lokasi, keperluan penyenggaraan, implikasi kos sebelum penggantian penghadang jalan besi atau penghadang konkrit dilaksanakan secara berperingkat.
Meskipun penghadang jalan dipasang, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sekiranya kenderaan dipandu melebihi laju, daya dentaman, hentaman yang berlaku mungkin melebihi keupayaan penghadang jalan untuk menyerap impak sekali gus mengurangkan keberkesanannya. Oleh itu, penghadang jalan hanya dapat berfungsi dengan optimum sekiranya pemandu mematuhi had laju yang dibenarkan.
Berdasarkan rekod mengenai blackspot pula, sebanyak 194 lokasi pembaikan black spot dengan kos berjumlah RM67.86 juta telah dilaksanakan di Jalan-jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2022 sehingga 2024. Pembaikan yang dilaksanakan ini adalah bersifat penyelesaian kos rendah dan berimpak tinggi. Antara skop penambahbaikan blackspot yang dilaksanakan adalah menyediakan fasiliti keselamatan seperti tandaan jalan, lampu jalan dan papan tanda yang sesuai. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker dan terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan dan juga pantun. Apakah mekanisme penyelarasan antara Kementerian Kerja Raya dan juga agensi-agensi lain seperti MIROS, PDRM dan JPJ dalam merangka piawaian baharu pembahagi jalan supaya ia benar-benar menurunkan kadar kemalangan maut bukan sekadar penjimatan kos saja? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Yang Berhormat, kita ada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I mengenai keselamatan dan kesesakan jalan raya. Jadi, dalam Jawatankuasa Kabinet itu melibatkan pelbagai kementerian agensi termasuk Kementerian Kerja Raya, JPJ, PDRM, MIROS bagi memastikan tindakan yang dilaksanakan itu lebih menyeluruh, bersepadu serta berimpak tinggi.
Ya, betul. Bukan hanya sekadar kos tetapi kos memainkan peranan yang penting.
Sebagai contoh, saya ingin memaklumkan bahawa penghadang besi yang kita nampak banyak digunakan di semua jalan di Malaysia ini, kosnya ialah RM500 satu meter panjang
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
tetapi kos untuk penghadang roller yang ada kita buat di dua, tiga tempat sebagai percubaan kosnya ialah RM2,500 satu meter, Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jadi, lima kali ganda lebih tinggi. Bukan kita tidak mahu menggunakan, tapi peruntukan yang terhad menyebabkan kita menggunakan penghadang besi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Jalan bahaya pembahagi besi, Nyawa terkorban luka berdarah; Apa perancangan kementerian nanti, Soalan tambahan saya persembah. Sebab YB suka berpantun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Belum lagi Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Oh, belum.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Soalan saya ialah — sebab Timbalan Menteri nak pantun tadi. Soalan saya ialah adakah kementerian bersedia untuk menyemak semula piawaian keselamatan penghadang jalan negara secara menyeluruh dengan menetapkan penggunaan teknologi penyerapan hentakan sebagai standard baharu untuk semua jalan, projek jalan raya dan pada masa yang sama menyediakan pelan pelaksanaan berperingkat dengan Audit Keselamatan Jalan Raya ataupun RSA di laluan berisiko tinggi agar kita tidak terus bergantung kepada standard lama yang terbukti gagal melindungi pengguna.
Bolehkah Yang Berhormat nyatakan, jumlah kemalangan jalan raya yang direkodkan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini yang melibatkan pelanggaran dengan pembahagi jalan besi dan sejauh mana ia menyumbang kepada kecederaan serius ataupun kematian?
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
*Buah kuini buah pepaya, Dengarkan ini jawapannya.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Ketawa] Beginilah Yang Berhormat Kuala Krai. Ini data MIROS yang terkini saya kongsikan. Sebelum ini saya ada menyebut data ini tetapi yang ini lebih spesifik dan lebih terkini punca kemalangan. Kecuaian manusia 80.6 peratus, keadaan jalan 13.2 peratus, keadaan jalan ini termasuklah apa Yang Berhormat sebut itu. Keadaan kenderaan 6.2 peratus, 80.6 campur 13.2 campur 6.2 maka 100 peratus.
Oleh itu, walau bagaimanapun yang kita lakukan untuk memperbaiki jalan, jika kecuaian itu terus berlaku atas pengaruh manusia, atas kelalaian manusia, atas pemandu yang memandu laju yang banyak kes-kes saman dan sebagainya sebagaimana yang berlaku baru-baru ini di laluan Gerik–Jeli, 15 orang terkorban. Sepatut memandu 60 kilometer sejam, dipandu 111 kilometer sejam.
Kemudian, ada satu lagi di Teluk Intan, bagaimana 10 orang FRU yang meninggal dunia, kemalangan itu. Kenderaan yang membawa batu kelikir itu muatannya 75 peratus lebih tinggi pada sepatutnya. Jadi, apabila nak brek kerana momentum kenderaan yang lebih berat, maka brek itu tersasar. Jadi, perkara-perkara begini perlu dielakkan walaupun kita melakukan macam-macam perkara dari segi teknikal. Yang penting pada pandangan kami di kementerian dan juga jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I itu, yang penting tentunya ialah sikap dan kewaspadaan manusia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang terakhir untuk sesi Jawapan Lisan. Mempersilakan Tuan Haji Mohd Ismi bin Mat Taib, Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan komitmen kementerian untuk mempercepatkan pembangunan pusat sukan atau stadium di Seri Iskandar yang telah dirancang sebelum ini bagi memenuhi keperluan aktiviti sukan dan rekreasi golongan belia di kawasan Parlimen Parit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
dan Sukan telah pun mengemukakan permohonan cadangan pembinaan kompleks sukan di Seri Iskandar di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) tahun 2022 dan RP3 tahun 2023 dengan kos anggaran yang dipohon berjumlah RM24.9 juta menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas. Namun, ianya tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi kerana lokasi pembinaan atau cadangan pembinaan kompleks sukan di Seri Iskandar tersebut adalah berbukit dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah tapak kompleks sukan.
Walau bagaimana sekali pun, Kementerian Belia dan Sukan sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mencari tanah alternatif bagi cadangan pembinaan kompleks sukan di Seri Iskandar. Sehubungan dengan itu, isu ketersediaan tapak projek bagi pembinaan kompleks sukan di Seri Iskandar ini perlu diselesaikan di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum permohonan rasmi dikemukakan semula kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Permohonan tersebut juga perlu mendapatkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ini adalah penting agar pembinaan infrastruktur sukan yang memerlukan perancangan khusus serta rapi daripada kerajaan negeri dan KBS akan angkat semula cadangan pembinaan kompleks sukan di Seri Iskandar menerusi Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ya, terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Untuk makluman ya, Seri Iskandar ini lebih 60 peratusnya adalah warga pemuda, belia. Jadi, sangat memerlukan stadium ataupun kompleks sukan ini. Jadi, soalan saya, apakah garis semasa atau timeline sebenar yang telah ditetapkan oleh kementerian bagi merealisasikan pembangunan pusat sukan atau stadium ini?
Soalan kedua, apakah langkah segera atau short term measures yang diambil oleh pihak kementerian untuk menyediakan kemudahan yang sementara bagi belia di kawasan Parit sementara menunggu stadium ini dibangunkan, disiapkan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, untuk menjawab.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama, garis masa yang kita boleh anggarkan, kita boleh beri anggaran bahawa kelulusan hanya boleh kita dapat atau keputusan hanya boleh kita dapat setelah ada perbincangan atau keputusan berkait dengan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak.
Yang itu erti kata lain selagi mana kita tidak mendapat kata putus daripada kerajaan negeri berkait dengan tapak yang lebih sesuai maka kita tidak dapat memulakan proses
Tuan Adam Adli Abd Halim
tersebut. Walau bagaimana sekalipun, seperti yang kita sebut tadi, kita menjangkakan bahawa permohonan ini boleh untuk sekali lagi kita angkat buat kali ketiga ini menjelang RMK13, ertinya dalam tempoh– masih lagi dalam tempoh terdekat sekitar hujung tahun ini sehingga ke tahun hadapan.
Untuk soalan kedua, iaitu apa pula langkah dari sudut jangka masa pendek. Oleh yang demikian, bagi kita memenuhi keperluan untuk anak-anak muda terutama sekali dan seluruh masyarakat sebenarnya tanpa mengira lapisan umur, kita kenal pasti semula fasiliti sedia ada di bawah seliaan, sama ada Kementerian Belia dan Sukan, di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya yang memerlukan penambahbaikan atau pemulihan, maka yang itu yang kita akan utamakan terlebih dahulu agar kita boleh memenuhi keperluan sementara, sementara menunggu sebuah kompleks sukan yang lebih lengkap dibina di kawasan sekitar Parit dan Seri Iskandar. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker, Timbalan Speaker. Saya ingin berterima kasih kepada kementerian di atas pengesahan bahawa sukan silambam akan dibenarkan dalam Sukan SUKMA yang akan dipertandingkan tahun depan. Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Menteri dan kementerian, Timbalan Menteri.
Soalan saya, berkenaan dengan pusat sukan dan stadium. Sejauh manakah pusat sukan dan stadium ini digunakan bagi kita mencungkil bakat-bakat daripada negara kita, umpamanya bola sepak? Kita lihat bahawa pasukan bola sepak sekarang kita diwakili oleh banyak pemain-pemain dari luar negara.
Jadi, soalan saya adalah sejauh manakah pusat sukan dan stadium ini akan digunakan sepenuhnya oleh kementerian dan kerajaan bagi mencungkil bakat-bakat daripada dalam negara, maafkan saya, untuk memastikan bahawa pemain-pemain Harimau Malaysia daripada negara kita akan sewajarnya daripada warganegara Malaysia. Terima kasih Speaker di atas peluang yang diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, untuk menjawab.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuba jawab dengan seringkas mungkin. Yang pertama Yang Berhormat, berkait kalau dalam konteks bola sepak, kita tidak hanya memandang kepada kesediaan fasiliti sebaliknya juga kepada program yang telah dibangunkan. Antara lainnya, kita ada National Football Development Programme, Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang melibatkan rekrut daripada usia seawal 13
Tuan Adam Adli Abd Halim
hingga ke 17 tahun untuk diserap masuk kepada beberapa akademi yang lebih bersifat elit, contohnya di Akademi Mokhtar Dahari di Gambang.
Kita tidak terhad hanya menggunakan fasiliti sukan yang serba lengkap seperti padang-padang atau stadium di daerah-daerah tertentu, sebaliknya kita turut mengguna pakai fasiliti-fasiliti yang siap, yang telah pun tersedia. Contohnya, padang di sekolah ataupun padang di kawasan-kawasan perumahan untuk kita jalankan pusat-pusat latihan, untuk kita tumbuhkan pusat-pusat latihan yang bersifat akar umbi, contohnya Akademik Tunas, pusat latihan daerah dan pusat latihan negeri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Jadi, penumpuan bukan hanya semata-mata kepada soal fasiliti. Erti kata lain, jika padang di bawah seliaan PBT atau Kementerian Belia Sukan tidak cukup, kita masih lagi boleh mengupayakan ataupun kita boleh memanfaatkan fasiliti padang di peringkat sekolah dan sebagainya, supaya kita boleh terus jalankan program-program pembangunan bakat bola sepak di peringkat akar umbi ini.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis, saya mengambil budi bicara, memutuskan tambahan lagi satu soalan. Dengan ini, saya mempersilakan Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 10.
10. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah doktor dan jururawat yang telah meletak jawatan serta jumlah doktor dan jururawat baharu yang mula berkhidmat bagi setiap tahun dari 2020 hingga 30 Jun 2025 serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Kesihatan, untuk menjawab.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kluang.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 1,856 pegawai perubatan dan 1,754 jururawat lantikan tetap telah meletak jawatan dari 2020 hingga 2024. Dalam tempoh yang sama juga, KKM telah melantik tetap seramai 13,349 pegawai perubatan dan 8,121 jururawat terlatih atau staff nurse.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ahli Yang Berhormat, KKM sedar keperluan untuk meningkatkan jumlah petugas kesihatan seiring dengan peningkatan kedatangan pesakit, terutamanya ke fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Justeru, antara perkara-perkara yang, ataupun langkah-langkah yang telah dan sedang kita laksanakan adalah antara lainnya ya, satu, yang kita perlu rakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan dan komitmen beliau yang terus menambah, untuk menambah baik penjagaan kesihatan dengan meningkatkan perjawatan bagi melantik tetap pegawai perubatan kontrak.
Dan sejak tahun 2023 hingga kini seramai 13,552 pegawai perubatan kontrak telah ditawarkan dan ini sebenarnya adalah melebihi sasaran yang kita sasarkan, di mana sasaran 12,800 pegawai perubatan kontrak dalam tempoh 2023 hingga 2025, Tan Sri Yang di-Pertua dengan purata lebih 4,000 pegawai perubatan dilantik tetap pada setiap tahun.
Dan keduanya, bagi jururawat, pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan di Institut Latihan KKM (ILKKM) ditingkatkan daripada 1,000 pelatih pada 2023 kepada 3,000, tiga kali ganda kita tambah pelatih mulai tahun 2025, ya. Kita tahu bagaimana kita tergendala dalam hal ini dalam masa pandemik dan juga moratorium yang awal itu.
Dan selain itu menerusi kerjasama KKM dengan Kementerian Pendidikan Tinggi
(KPT), moratorium program Diploma Kejururawatan di IPTA dan IPTS sejak 1 Julai 2010 telah ditamatkan mulai 1 Ogos 2024 ya, untuk meningkatkan bilangan institusi pengajian yang menawarkan bidang kejururawatan bagi menghasilkan lebih ramai jururawat.
Dan ketiga, khususnya bagi mengisi keperluan pengisian perjawatan di Sabah dan Sarawak menerusi fasa pertama penempatan, KKM tetap menetapkan sebanyak 960 ya, kuota bagi penempatan pegawai perubatan lantikan tetap di Sabah dan Sarawak. Dato’ Tan Sri Yang di-Pertua, ya. Itu dahulu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tan Sri Speaker. Jadi, berhubung isu kekurangan jururawat dan juga pegawai perubatan, saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan daripada Menteri.
Yang pertama, apakah penyelesaian segera yang dirancang oleh kerajaan selain cadangan pengambilan jururawat dari Indonesia dan adakah cadangan ini datang dari Kerajaan MADANI?
Dan kedua, ini penting berkenaan cadangan ini. Ini penting kerana kerajaan sudah pun dari jawapan yang dinyatakan oleh Menteri tadi, sudah melaksanakan langkah jangka sederhana untuk atasi masalah sekarang. Jadi, iaitu — jadi, saya nak tahu adakah cadangan tersebut iaitu pengambilan jururawat Indonesia akan dijalankan?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kedua, terdapat juga laporan media bahawa Hospital Pasir Gudang tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat kekurangan jururawat dan doktor. Boleh tak Menteri memberikan pencerahan atau klarifikasi berhubung perkara ini?
Dan ketiga…
Tuan Yang di-Pertua
Haip. Dua saja. Saya benarkan. Silakan, Menteri.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tan Sri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Minta yang dua itu diulang, Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Soalan kedua, iaitu berkenaan isu Hospital Pasir Gudang yang dikatanya tidak dapat beroperasi sepenuhnya buat masa ini akibat kekurangan staf.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Terima kasih. Sepenuhnya.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan juga terima kasih sahabat saya, YB Kluang.
Yang saya perlu nyatakan, pertamanya cadangan daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia itu yang sedikit membuat perbincangan dan pengurusan dengan Kerajaan Johor yang terkait dengan kekurangan Hospital Pasir Gudang itu adalah sebenar-benarnya satu yang belum lagi kita dari segi Kementerian Kesihatan, Putrajaya mendapat apa-apa secara bertulis ya.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Maka, kita anggap itu belum lagi ada satu permohonan untuk jururawat daripada Indonesia itu dipertimbangkan untuk sebagai pengambilan secara acutely dengan izin, menyelesaikan masalah-masalah kepada acute shortage of our jururawat ya, dengan izin ya. Maka, kita kalau ada, kita sedia menimbangkan.
Tetapi pada akhirnya, saya perlu tekankan bahawa sama ada kita lulus atau tidak, ia tergantung juga kepada perkara-perkara ataupun faktor-faktor yang kita akan timbangkan secara serius sama ada dari sudut keberkesanan, keselamatan dan juga keperluan.
Dan kita kena kenal pasti dan mengadakan sedikit perbincangan di pihak JPA dan sebagainya. Jadi, itu bukan satu yang mudah untuk kita mengambil tindakan segera tetapi kita perlu teliti kan. Meskipun kita akui kita memperolehi kekurangan dari sudut jumlah jururawat yang ia di peringkat jururawatnya we acutely required, there are about 5,000 kurang lebih keperluan segera ya dan saya telah terangkan bagaimana kita akan mengatasi perkara ini dalam jawapan yang awal tadi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Keduanya, aspek Pasir Gudang — Hospital Pasir Gudang yang telah pun diserahkan kepada kami sedikit waktu dahulu. Persoalan untuk sesebuah hospital, Tan Sri Yang di- Pertua, bukan mudah juga ya. Sebab itu, saya katakan lebih mudah untuk membina brick and mortar, menambahkan hospital dari sudut facilities nya.
Tetapi, paling mencabar bagi saya adalah menyediakan dan membekalkan kakitangan itu bukan saja doktor dan jururawat termasuk juga kalau ia sebuah hospital pakar, pakar minor, pakar major, tambah-tambah lagi cabarannya di situ. Jadi, akan hal Pasir Gudang itu, ya kita memerhatikan dan kita bercadang untuk segera mengisi. Tetapi hakikatnya adalah buat sementara ini, kita mulakan dengan services A&E ataupun kecemasan dan essential services yang lain.
Tetapi, untuk mendapatkan 50 percent kakitangan itu, ia akan mengambil sedikit masa, Tan Sri Yang di-Pertua, dan kami sedang berusaha untuk mengisi keperluan ini dalam waktu yang sesegeranya. Begitu juga ada juga hospital-hospital yang saya perhatikan yang tidak beroperasi secara 100 peratus ya. There are few other hospitals, 60 peratus, 70 peratus beroperasi ya, Tan Sri Yang di-Pertua.
Ini adalah hakikatnya. Kekurangan-kekurangan kakitangan khasnya jururawat dan juga MOs, pegawai-pegawai perubatan, itu tidak termasuk pakar-pakarnya lagi. Perkara ini bukan satu yang — its’ an open secret. Ia satu rahsia terbuka bahawa kita sedang berusaha untuk mengatasi perkara ini dengan secepat mungkin dan kita telah mengambil langkah- langkah untuk mengatasi perkara itu, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput, Tanjong Karang.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Alah.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Tanjong Karang ingin mendapatkan penjelasan berhubung usaha membawa masuk insurans swasta melalui Malaysia Health Insurance Transformation (MHIT) ke dalam sistem perkhidmatan kesihatan awam.
Apakah pertimbangan utama di sebalik langkah ini dan bagaimana kerja memastikan ia tidak membawa implikasi kepada wujudnya jurang dua darjat dalam perkhidmatan kesihatan, sebaliknya kekal untuk menjamin universal health coverage dengan izin untuk semua rakyat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya kira persoalan yang terkait dengan pembiayaan, pembiayaan kesihatan dalam negara kita ini
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
perlu ditelitikan dengan satu yang lebih cermat, ya. Dan kita tidak boleh membuat terjahan ataupun cerapan dengan membuat perkara-perkara yang seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang sebentar tadi. Kita adalah sebuah negara yang mengamalkan dwi construct of public ya, perkhidmatan awam yang rata-ratanya adalah dibiayai oleh general taxation daripada wang taxpayers, ya. Dan ini adalah the core services, ya.
Perkhidmatan-perkhidmatan di hospital-hospital awam kita adalah core essential services yang menentukan antara lain yang apa dikatakan sebagai UHC (universal health coverage), ataupun liputan sejagat kesihatan. Dan kita tidak akan berkompromi dalam hal mempastikan bahawa essentially public services terdedah kepada semua. Bukan saja B40, pada semua rakyat. Ya, itu adalah datangnya daripada, daripada apa yang dikatakan sebagai taxation ya dan pada negara-negara yang mengamalkan general taxation sebagai pembiayaan kesihatan awam, dia semestinya adalah sama ada sifatnya free atau very low at point of care. Jadi, kita akan kekalkan bahawa perkhidmatan kesihatan awam, public facilities pada tahap, pada, pada, apa yang saya sebutkan sebagai almost free atau low at cost, low at point of care, ya. Ini adalah pasti satu yang kita pertahankan.
Yang dimaksudkan dengan pengenalan satu produk yang namanya MHIT itu, adalah yang terkait dengan pembiayaan sektor — sektor swasta ataupun sektor, swasta ataupun the medical private sector ya, perkhidmatan kesihatan swasta yang rata-ratanya adalah dibiayai oleh fees for services dan juga apa yang dikatakan out of pocket expenditure rakyat, yang pergi membuat rawatan di sana, mereka sama ada pay for fees for services, out of if, out of pocket ataupun, ataupun apa yang diistilahkan sebagai employer, employees insurance atau the private health insurances. Yang kita maksudkan dengan pengenalan produk MHIT itu adalah untuk ya, sektor swasta. Pembiayaan sektor swasta yang antara lainnya sedang mengalami medical inflation Dato’ Tan Sri Yang di-Pertua, sebab itu saya perkenalkan dengan beberapa produk, antara lainnya DRG dan juga yang lain ya, sebagai price transparency dan seumpamanya. Jadi, untuk Tanjong Karang faham bahawa yang dimaksudkan dengan produk MHIT itu adalah pembiayaan dalam perkhidmatan sektor swasta, bagi menghasilkan satu more efficient spending. Kalau kita tahu bahawa the private services requires pembiayaan insurances. Jadi, kita menggalakkan rakyat untuk — untuk mengambil, untuk mengambil atau subscribe ya, apanya, mengambil insurances ini kerana out of pocket adalah inflationary dan kadangkali T20 pun tak ada insurances, Tan Sri Yang di-Pertua. Dan sesekali mereka slap by RM100-RM200,000, they go catastrophic dari segi finance-nya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, akhirnya saya nak sebutkan bahawa ini adalah yang terkait dengan sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua
Swasta.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Perkhidmatan swasta. Dan, public, we shall continue to maintain core services, kita akan kekalkan essential services kita, emergencies dia, dan yang lain dia, semua itu, services itu, dengan pembiayaan general taxation.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, untuk selanjut, Tanjong Karang jumpa nanti.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tak apa, kita akan, saya bahaskan lagi dalam RMK-13. Perbahasan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Dan waktu Menteri jawab esok, tanya lagi, ya. Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
Menteri.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut peraturan mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua kementerian di nombor 1 hingga 7 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas Perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan selepas itu Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 19 Ogos 2025”.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang bukan tadi hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju kata setuju,
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr Shahidan bin Kassim - Arau
18(1) boleh datang selepas itu Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, selepas ini. Ya, okey. Silakan Setiausaha. Baik. Yang Berhormat, Menteri Dalam Negeri akan memberi penerangan berkenaan kecaknaan Kerajaan MADANI tentang landskap semasa isu keselamatan dan ketenteraman awam. Dan saya akan jemput Menteri selepas ini. Kemudian, saya akan buka untuk perbahasan. Saya bagi tiga sebelah kanan saya dan tiga sebelah kiri dan setiap pembahas saya akan bagikan tiga minit.
Cumanya, semasa Menteri memberikan penerangan, saya tidak benarkan celahan. Sebab kita nak concentrate betul-betul apa yang Menteri cakap, lepas tu, kita tanya. Untuk itu...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tan Sri Speaker.
Tiga minit, macam mukadimah ya Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tak pa.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin
Boleh ke lima minit ke begitu?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, yang itu saya akan adjust kemudian. Silakan Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan ini untuk saya membuat satu penerangan Menteri, terkait dengan isu-isu keselamatan semasa.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan mengajak sekalian kita kembali sejurus selepas pilihan raya umum yang menyaksikan tiada pihak yang menguasai suara majoriti.
Pada ketika itu, Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Tengku Abdullah, telah menitah mengadap sejumlah ketua-ketua parti dan diusulkan supaya diusahakan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, satu. Fokus mengembalikan semula kestabilan politik, dua.
Tiga, jaga kebajikan rakyat. Itu pesan Kebawah Duli Tuanku. Saya ikut menemani Tambun pada ketika itu.
Tan Sri Yang di-Pertua, Tambun kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri dan beliau segera mengemukakan hala tuju landasan dan landasan. Yang pertama, beliau bertekad untuk mewujudkan kestabilan politik. Yang kedua, bersungguh-sungguh untuk memakmurkan ekonomi, sementelah kita baru saja selesai dengan ujian COVID. Yang ketiga,
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
adalah jaga kebajikan rakyat dan melaksanakan prinsip keadilan sosial. Yang keempat, bertekad untuk mencapainya melalui satu sistem pentadbiran yang mengamalkan sistem tatakelola yang baik, practice of good governance, dengan izin. Dan itu dibingkai dengan kerangka MADANI. Sekarang sudah masuk tahun ketiga.
Tan Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah, politiknya stabil. Kerajaan ini compact dan united dan functioning. Alhamdulillah. Semua petunjuk dari sudut pembangunan ekonomi, pertumbuhan ekonomi, GDP, kadar inflasi yang relatifnya rendah dan terkawal, angka pengangguran yang juga rendah. Dan ini semua, kedudukan kita juga dari segi indeks persaingan, Global Peace Index, nilai pelaburan yang masuk, menunjuk bahawa negara sedang menuju ke arah the right direction, dengan izin.
Politik, alhamdulillah, turun naik. Rakan-rakan di sebelah sana tentunya menjalankan tanggungjawab sesuai dengan status sebagai ahli politik pembangkang. Mendesak Tambun turun dan sebagainya. Itu lumrah dalam politik. Tambun kata, “Gunalah standing order, cukup bilangan, urusan kerajaan akan kita belakangkan. Usul pembangkang untuk membuktikan Tambun tidak ada suara majoriti, silakan, ahlan wasahlan, bawa dalam Dewan ini. Tapi itu tak berlaku. Tapi tak apa, ya. Alhamdulillah, saya nak sebut bahawa kita terus dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Di peringkat ASEAN, kita terus mengepalainya.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kita mara satu lagi, kita berjaya pula mendamaikan dua negara yang sekarang sedang berselisih, Thailand dan Cambodia. Saya baru balik semalam dari Hanoi, menjadi tetamu jemputan kepada kerajaan untuk hadir dalam satu occasion yang sangat signifikan di peringkat negara Vietnam, sambutan 80 tahun tentang penubuhan department ataupun Kementerian Keselamatannya. Negara yang menempuh perang dengan Amerika, dengan Perancis dan sekejap dengan China dan dihadiri oleh para perwakilan asing.
Tan Sri, saya rasa macam Rock Star, bersalam ucap tahniah tentang peranan kita menjadi koordinator kepada perdamaian.
[Dewan tepuk]
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Perwakilan-perwakilan seluruh dunia mengikuti dan sangat menghargainya.
Tan Sri Yang di-Pertua, ketika ini negara kita ini punya beberapa isu yang boleh saja mengundang kepada keresahan. Episod kematian anak kita Zara, serangan ke atas anakanda kepada Ahli Parlimen Tambun. Insiden pemasang, er sorry.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Pandan, Pandan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tambun pula, Pandan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pandan di sini [Ketawa] — Okey, saya segera telefon Pandan..
Tuan Yang di-Pertua
Tambun dah tak ada anak dah...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Beberapa jam selepas apa nama insiden itu, saya telefon dan berikan dukungan. Alhamdulillah, Pandan dengan sikap terbuka memberikan kerjasama terus. Episod bendera terbalik ya, yang pada saya kalau ada kesalahan itu buat aduan, polis siasat. Kalau dengan niat jahat, kita charge-lah di bawah Akta Lambang ya, ataupun Akta Kesalahan Kecil. Tapi kalau kita blown out of proportion, sampai memancing keresahan itu tak bagus, dalam suasana negara kita macam ini, ya.
Itu kemudian membawa kepada siri-siri himpunan. Inilah prinsip kebebasan yang sangat mewah soal berhimpun, ya. Mahkamah Persekutuan kata 9(5) tidak berperlembagaan, we’re go along with it. Izin tuan punya premis seksyen 11 kita memang nak hapuskan dah — sampai tahap itu. Kalau ada suara yang mengatakan di sini tidak ada kebebasan bersuara, itu akan dapat ditolak dengan mudah, ditangkis dengan mudah. Zaman inilah paling mewah nak berhimpun di mana pun, sekarang ini ya, Alhamdulillah, baik.
Tapi pada masa yang sama Tan Sri, bercakap tentang isu ancaman keselamatan ini ianya rencam. Negara kita masih menjadi pangkalan penyusupan, espionage. Ini bukan calang-calang — Mossad, Israel, kita established. Ada anak, ada warga tempatan, pelajar, kakitangan awam, individu perseorangan — kita tangkap, kita bawa ke muka pengadilan, ada yang sedang dibicarakan, ada yang di tahanan reman. Sebab sikap dan pendirian Malaysia yang jelas dalam soal-soal keamanan sejagat dan sikap keras kita terhadap apa yang Israel lakukan.
Ini semua mempunyai dinamiknya tersendiri. Pernah beberapa bulan lepas juga kita tangkap lagi sel-sel keganasan, walaupun melibatkan warga asing dari Bangladesh. Yang ini, ditambah pula dengan siri-siri himpunan dan sebagainya. Kita berpendapat bahawa sekarang adalah masanya untuk kita memberikan penjelasan dan mengundang, menjemput perbahasan di kalangan Ahli-ahli Parlimen secara terus, terbuka dan bertanggungjawab.
Prinsip yang kita pakai, sementara prinsip maqasid syariah, soal nyawa, soal keselamatan ya, soal harta benda dan maruah ya, itu menjadi panduan kita. Saya juga di sini teringat dalam Al-Quran dalam surah yang Allah Taala sebut [membaca sepotong ayat al- Quran] Tanggungjawab kerajaan ni “min ju’” cukup makanan “min khawf” rakyat rasa selamat berada dalam negara. Yang ini panduan yang kita nak bawa menjadi panduan kita juga.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kerana itu, biar rakyat rasa selamat dalam negara. Inilah kita berpendapat bahawa isu kematian anak — adik kita, anakanda Zara Qairina ini nak saya ketengahkan. Saya faham Tan Sri Yang di-Pertua. Dalam bab ini, ada persamaan antara kita semua. Kita nak cari kebenaran dan kita nak tegakkan keadilan. Ini adalah motivasi yang mempertemukan kita.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Keadilan dan kebenaran mesti berdasarkan kepada fakta dan proses undang-undang yang sah. Dia tak boleh berasaskan kepada fakta separuh masak, tuduhan rambang yang tidak bertanggungjawab. Ianya mesti berdasarkan pada fakta dan proses undang-undang yang sah. Kita tolak kalau ada yang mainkan sentimen politik, kalau ada yang membuat spekulasi dan dakwaan yang jahat. Kita tangkap seorang guru, Tan Sri Yang di-Pertua, yang buat content TikTok bahawa adik Zara ini dibunuh dengan cara dimasuk dalam washing machine. Dan bila kita soal siasat, kenapa mesti buat begitu? Saya nak buat content saja katanya. Guru Bahasa Inggeris kita tangkap dan insya-Allah kita akan — kalau Peguam Negara bersetuju akan dituduh.
Tapi, content dia itu ditelan bulat-bulat oleh sebahagian besar pada rakyat di dalam dan di luar Dewan. Saya ingin membawa kepada sentimen yang membengkak dan membentuk gelombang. Yang create content itu, kita tangkap dan bila kita tanya, dia nak buat content je dia kata. Tapi cara dia susun ayat seolah-olah begitulah punca kematian, dahsyatnya kita. Di sinilah saya nak sebut. Kita tak boleh dasar pada sentimen dan emosi.
Saya teringat, saya ikut juga daripada dulu dan sekarang, kadang-kadang berapa panduan yang Ahli Parlimen Marang pernah ajar saya ikut, saya pakai dalam bab ini. Saya baca buku dia, saya dengar kuliah dia. Ada satu hadis yang Marang sebut [Membaca sepotong hadis]. Saya pakai Marang. Jasin saya tak boleh ikut sebab dia Qunut Nazilah.
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Hat ni saya ikut.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Maksudnya..
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Sebab apa pulak Qunut Nazilah tak boleh ikut?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
…sekiranya, sekiranya…
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Qunut Nazilah...
Tuan Yang di-Pertua
Jasin, Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Yang Berhomat, sebab apa Qunut Nazilah tak boleh diikut...
[Sambil angkat tangan]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
…Manusia diberikan…
Tuan Yang di-Pertua
Jasin, satu. Jasin, dua. Okey, duduk.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya. “Sekiranya manusia diberikan apa yang mereka dakwa, apa yang mereka dakwa manusia diberikan. Nescaya ada golongan yang akan menuntut harta dan darah orang lain. Akan tetapi, bukti adalah tanggungjawab penuntut dan sumpah adalah tanggungjawab yang menafikan”, hadis riwayat Muslim. Hadis ini menggariskan bahawa tuntutan atau dakwaan memerlukan bukti. Maka inilah yang pasukan polis lakukan dalam menyiasat kes adik Zara ini.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sejak saat pertama kejadian pada awal pagi 16 Julai, Tan Sri Yang di-Pertua, jam tiga pagi saat adik Zara ini terdampar di longkang asrama, setiap langkah yang diambil oleh pihak
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
terlibat mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan. Pembantu Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Kinarut tiba seawal 3:45 pagi untuk memberi rawatan awal dan pada masa itu adik Zara masih bernafas. Jatuh, masih bernafas. Penolong Pegawai Perubatan sampai pagi itu juga dan ini menunjukkan respons pantas dan komited dari barisan hadapan perkhidmatan kesihatan. It’s a statement of fact.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya nak establish yang itu dulu. Ibu mangsa, Puan Noraidah Lamat dihubungi dan dimaklumkan pagi itu juga oleh pihak sekolah, jam 4 pagi.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ini membuktikan pihak sekolah tidak berlengah…
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Nak minta penjelasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
…dan tertangguh. Ini membuktikan...
[Dicelah]
Tuan Yang di-Pertua
Marang. Sekejap, sekejap Menteri. Marang, nanti kejap. Saya minta maaf Marang. Saya dah beritahu tadi semasa Menteri memberikan apa nama sesi ini, saya tidak benarkan celahan. Marang boleh bertanya sebentar lagi.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Nak tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Tak. Saya bagi Marang bertanya sebentar lagi.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ini membuktikan pihak sekolah tidak berlengah dan tak ada tangguh-tangguh dalam memaklumkan kepada keluarga iaitu ibunya.
Adik Zara kemudian dibawa segera ke Hospital Queen Elizabeth jam 4:27 pagi untuk rawatan lanjut dan doktor segera memberikan rawatan dan memasang alat bantuan pernafasan. Pihak polis tidak berlengah dalam mengendalikan kes ini.
Laporan maklumat pertama, kita sebut first information record, telah dibuat oleh seorang guru pada pukul 8 pagi, pada hari yang sama. Ibu mangsa pula tiba di hospital jam 10 pagi untuk melihat keadaan anaknya. Dan selepas bertarung nyawa, adik Zara menghembuskan nafas terakhir pada 17 Julai, jam 1:07 tengah hari dan doktor mengesahkan adik Zara meninggal akibat kecederaan otak yang teruk.
Laporan polis kedua dibuat. Kali ini oleh ibu mangsa dan pada jam 1:40 petang pada hari yang sama. Pada jam 3:30 petang, Pegawai Penyiasat Polis Bukit Aman yang mengendalikan kes ini pada awalnya, sekarang team Bukit Aman ambik, ini pegawai penyiasat yang awal sampai di hospital. Doktor yang merawat mengesahkan punca kematian.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Doktor sahkan cause of death dan memaklumkan bahawa keputusan untuk menjalankan bedah siasat adalah urusan polis dan pegawai penyiasat kemudiannya
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
berjumpa dengan ibu mangsa dan memaklumkan tentang keperluan untuk melakukan proses itu. Ibu mangsa ketika itu menyatakan dia nak menyegerakan pengebumian, dia nak segerakan kebumi. Anak dia dah cukup derita, dia nak segerakan pengebumian.
Di sini, di pihak polis, pengarah siasatan jenayah mengakui ada ketidakpatuhan dari segi prosedur siasatan di pihak pegawai polis yang berkenaan. Pegawai polis pula bila minta maklumkan kepada ibu, ibu kata dia tak nak buat, dia nak segerakan pengebumian. Dan doktor yang bertugas pada jam 5 petang di bilik mayat, sekali lagi menemui ibu. Ibu kekal dengan pendirian bahawa dia nak segerakan pengebumian dan ibu kemudiannya mengisi dan menandatangani surat akuan enggan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri, disaksikan oleh kakak ipar kepada ibu itu.
Dokumen semua siap dan keputusan ini dibuat atas kehendak ibu, didokumenkan secara sah dan sikap pegawai penyiasat polis waktu itu menghormati sepenuhnya. Itu, menghormati tak teruskan dari sudut CPC 329 Kanun Acara Jenayah itu dianggap sebagai non-compliance dan itu telah ditegur dan pihak polis akan mengambil tindakan dalaman.
Mangsa dibawa untuk urusan pengebumian jam 6 petang. Polis segera buka kertas siasatan, sudden death report pada jam 6:54 petang hari yang sama dan memulakan siasatan dengan teliti. Dan ini adalah bukti jelas siasatan tidak terhenti.
Sejak dari 18 Julai hinggalah 25 Julai pada ketika itu Tan Sri, kita dah panggil sampai 38 saksi. Hari ini, sedang saya bercakap kita telah pun mengambil keterangan daripada 195 saksi. Pagi tadi, pihak polis telah menyerahkan kepada Peguam Negara dan sekarang tunggu keputusan Peguam Negara, sama ada yakin dengan hasil siasatan untuk meneruskan ya, apakah proses seterusnya.
Pada masa yang sama, di hari ini juga di Kota Kinabalu, siasatan mahkamah koroner inkues telah menetapkan tarikh-tarikh. Inkues akan dimulakan pada 3 dan 4 September, 8, 9 dan 10 September diikuti 22 hingga 30 September. Hal ini kita buat atas satu sahaja niat untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan dalam konteks episod ini Tan Sri Yang Di- Pertua.
Baik, siasatan kita menyeluruh dan terperinci dan untuk kali pertama, isu ini dibangkit oleh rakan-rakan saya Ahli Parlimen pada 30 Julai pada waktu itu sudah timbul beberapa kenyataan seperti yang terlibat cucu kepada TYT Tuan Yang Terutama, pengetua adalah isteri kepada Menteri, cara mati, cara didera dalam washing machine keadaan itu dah jadi toksik macam itu sekalilah keadaan itu. Siasatan polis tidak menemui semua perkara-perkara yang disebut begitu. Tidak ada sama sekali setelah keterangan daripada 195 saksi yang kita ambil.
Tidak ada sama sekali.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, setiap tindakan yang polis, sekolah, pegawai perubatan adalah berdasarkan maklumat yang ada pada ketika itu berdasarkan SOP yang ditetapkan. Ada ketidakpatuhan yang saya sebut tadi, tapi ini tidak sama sekali menjejaskan integriti siasatan apalagi setelah pasukan Bukit Aman mengambil alih. Polis terus siasat tanpa sebarang drama, kita tak nak – tak naklah buat dramatize semua ni sebab nak cari kebenaran okey. Komitmen polis adalah untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan bagi Allahyarham Zara.
Saya nak tegaskan setakat ini ketika saya sebut sini ya, saya katakan bahawa tuduhan cover-up SOP tidak dipatuhi itu tertolak sama sekali.
Tan Sri, saya ingin jelaskan bahawa mengenai kes kematian ini khususnya untuk menangkis sebarang dakwaan tidak berasas dan memastikan semua pihak dapat memahami akan integriti proses siasatan yang sedang berjalan. Tuduhan mengatakan bahawa kes ini cuba ditutup, cuba dimanipulasi adalah tuduhan yang sangat berat tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini. Siasatan ini sampailah membawa kepada diari adik Zara diserahkan oleh guru kepada polis.
Catatan 51 halaman yang memberikan luahan hati adik Zara pada momen-momen, apakah masalah yang sedang dia hadapi. Keterangan oleh rakan-rakan yang tinggal satu asrama dengan dia, apakah yang berlaku pada tarikh-tarikh 14 dan 15 hari bulan itu semua polis lengkapkan dalam siasatan dan polis kemudiannya cadangkan kepada Peguam Negara, apakah hal tuju siasatan yang akan kita bawa.
Saya tak tolak daripada membaca pertuduhan itu ada elemen buli. Ya,saya nak sebut ada elemen buli, jelas. Sebab itu pihak kita juga sama, tak boleh ada usaha atau percubaan menutup kalau ada elemen buli. Sekolah tempat yang patut jadi tempat selamat untuk anak- anak kita*.
[Tepuk]* Para pentadbir sekolah harus diingatkan kalau ada insiden ini dibawa ke tengah.
Sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli yang sudah pun kita lengkapkan siasatan itu ya. Ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. Ada, kita siasat dibawah elemen pengabaian. Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga. Demikian banyak, terpulang Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak.
Pada masa yang sama, kita kata bahawa inkues juga adalah satu platform terbaik, sebab di situ boleh semua pihak secara transparent, terang dan terbuka. Sekali lagi, ini kerana apa? Kerana kita nak cari kebenaran dan membawa kalau ada pelakunya ke muka pengadilan.
Tan Sri Yang di-Pertua, ibu Zara buat repot polis ketika dia mandikan mayat, ada kesan lebam kata dia, 3 Ogos. 4 Ogos pada ketika itu laporan awal kita serah pada Peguam Negara,
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
polis cadangkan supaya kubur digali semula untuk tujuan bedah siasat, sebab apa? Sebab mak dia kata ada kesan lebam pada mayat. Polis ketika menyerahkan siasatan awal, polis kata kepada – cadang pada Peguam Negara, gali semula kubur.
Menggali semula jenazah yang telah disemadikan adalah satu perkara yang sangat serius. Dia ada set prosedur operasi standard yang ketat dan rumit. Setiap peringkat perlu kelulusan kehakiman, penelitian forensik. Pihak polis tidak bertangguh sejurus selepas Peguam Negara mengarahkan digali semula. Beberapa jam selepas itu kita mulakan proses untuk mendapatkan kebenaran gali semula daripada majistret kelas pertama dan kita buat melalui aplikasi zoom dengan kehadiran pengarah pendakwaan negeri dan permohonan ini dibenarkan membuktikan sekali lagi setiap langkah kita ambil mengikut saluran undang- undang.
Proses menggali semula kubur dijalankan dengan disaksikan oleh Yang Arif Majistret, ibu allahyarham sendiri, peguam keluarga, pakar forensik dari Hospital Queen Elizabeth I, pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah. Pada hari yang sama juga, mayat adik Zara dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat pada 10 Oktober 2025 dan hasil bedah siasat itu disampaikan juga kepada ibu dan peguam keluarga.
Disampaikan secara terbuka terus walaupun itu adalah laporan awal untuk mengesahkan punca kematian yang menyebabkan kepada adik Zara meninggal dunia. Kita datangkan pula seorang lagi pakar dari Hospital Serdang dan semua itu dibuat dengan dihadiri oleh peguam keluarga. Saya terima kasih kepada peguam keluarga kerana buat kenyataan bahawa beliau berpuas hati dengan semua proses yang dilakukan secara telus, terbuka dan mengikut proses undang-undang.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan sekali lagi dalam Dewan mulia ini dari awal hinggalah proses bedah siasat dibuat dan siasatan lanjutan tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover up oleh mana-mana pihak berkuasa. Segala tindakan yang diambil adalah berdasar pada fakta, laporan dan permohonan yang sah. Polis telah dan akan terus melengkapkan siasatan, sudah pun lengkap pagi tadi diserah pada Peguam Negara.
Walau bagaimanapun dalam kes ini terutama apabila ia menarik perhatian umum akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengikut kepentingan masing-masing.
Siasatan kini diperluaskan untuk merangkumi mereka yang didapati cuba manipulasi isu ini untuk mengganggu gugat ketenteraman awam.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Cikgu tadi itu satu. Tapi kita buka 21 IP, kesemuanya. Penyebaran berita palsu di media sosial, penipuan yang mendorong kepada himpunan-himpunan jalanan. Saya faham,
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
rakyat yang turun ini menghantar satu isyarat kepada kerajaan, segera bertindak. Kalau ada elemen perpetrators, bawa ke muka pengadilan dan itulah yang akan kita laksanakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, komitmen kepada keadilan mesti berlandaskan bukti dan undang-undang. Kes ini adalah satu perkara yang sangat berat, sangat serius. Dia melibatkan kehilangan nyawa adik Zara yang baru berumur 13 tahun, anak tunggal dalam keluarga.
Kerana itu, kita mesti lakukan siasatan secara profesional dan telus, bukti yang sahih mengikut peruntukan lunas undang-undang.
Kita sebuah masyarakat yang bertamadun dan dalam negara yang berlandaskan kedaulatan undang-undang. Kita tak boleh bertindak berdasarkan andaian semata-mata, desas-desus di media sosial atau tekanan daripada ahli-ahli politik mahupun — kerana berlakunya demonstrasi-demonstrasi yang niat sebenar adalah untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan. Dan saya tegaskan, itulah yang keadilan yang kerajaan nak laksanakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, polis komited untuk menyelesaikan siasatan ini. Sambil itu, saya mengingatkan diri saya di sebelah sini dan rakan-rakan yang saya hormati di sebelah sana juga. Dalam Islam sendiri pun, kepentingan bukti dan peranan pemimpin dalam membuat keputusan berdasar kebenaran adalah sangat-sangat ditekankan.
Saya petik hadis Riwayat Muslim [Membaca sepotong hadis] ‘Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan semua yang dia dengar.’ Dia tengok TikTok, mati kerana masuk dalam mesin basuh, dia pun hebah. Cukuplah hadis ini mengingatkan kita bahawa peringatan keras kepada kita semua agar tidak tergesa-gesa menyebarkan berita yang belum dipastikan kebenaran, jauh sekali daripada mempolitikkan isu sensitif berdasarkan kepada khabar-khabar seperti ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya dah di penghujung kenyataan menteri ini. Yang saya sebut tadi adalah pagi tadi sudah pun berlangsung penyerahan kertas siasatan pada Peguam Negara di mahkamah — di Kota Kinabalu. Sudah ditetapkan tarikh inkues sama ada ada pertuduhan inkues berjalan. Ini menunjukkan bagaimana kita tak ada langsung sebarang niat untuk ride di atas isu ini kerana tujuan melindungi siapa pun pangkat, gelaran dan kedudukannya, selain daripada kita kena cari kebenaran dan keadilan dalam perkara ini.
[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, episod Jalur Gemilang terbalik, saya dah sebut tadi bahawa kita siasat dibuat Akta Lambang dan Nama. Kemudian demonstrasi dan perhimpunan atas mendesak supaya Justice for Zara. Saya bersama dengannya seperti mana semua yang berada di luar dan di dalam dewan. Kita nak cari apakah puncanya, sebab itu inkues dibuat, ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dan kita juga faham, ketika kita menguruskan perkara ini, ancaman keselamatan negara masih wujud di keliling kita. Fahaman pelampau seperti militan, pengganas, kumpulan radikal, wujud. Penyusupan oleh ejen-ejen asing wujud. Saya sebut ini berdasarkan kepada fakta. Saya tahu penjelasan yang saya bagi ini kalau dikesan menyatakan sesuatu yang tidak betul, saya boleh saja dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Kerana itu, apabila saya mengambil tempat di sini untuk memberikan Penyataan Menteri ini, saya datang dengan conscious yang sangat jelas. Seperti juga semua kita, baik di dalam atau di luar atau rakyat terbanyak, kita sebenarnya nak jaga keamanan dalam negara kita, ketenteraman di negara kita, hidup rukun damai. Dan kita tak mahu episod-episod seperti ini jika berlaku sehingga tak dapat dikawal.
Kita semua ada peranan untuk mengekalkan keamanan sekarang. Tapi bila ada insiden yang jelas berlaku pelanggaran dari segi undang-undang, percayalah pihak polis akan menjalankan tanggungjawab kita dengan penuh yakin dan bertanggungjawab bagi memastikan negara ini kekal aman dan terjaga.
[Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Sebelum saya jemput Ahli Yang Berhormat untuk berbahas, saya nak bacakan enam nama yang telah diberikan kepada saya oleh Ketua-ketua WHIP. Okey.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Minta izin untuk bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti kejap, nanti kejap. Jadi, saya akan baca, kemudian YB- YB bolehlah runding dengan pembahas-pembahas untuk minta time. Okey. Saya akan berikan untuk sama-sama menyatakan apakah yang berada dalam hati kita.
Baik. Enam nama yang diberikan kepada saya ialah Sipitang, Kota Bharu, Hulu Langat, Indera Mahkota, Bangi dan Alor Setar, okey. Namun, sebentar Marang, sebentar. Kota Bharu boleh bagi kat Marang, kalau nak bagi, eh. Jadi, share sebab saya tidak akan bagi terbuka selepas itu, dan mungkin saya akan berikan masa lebih, kalau saya kiranya diperlukan untuk ini, walaupun saya sebut.
Jadi sekarang, saya nak jemput Sipitang, lepas tu Marang, standby untuk Kota Bharu.
Lepas ni bincang Kota Bharu nak bagi kat Marang. Silakan, eh, bincang dulu. Sipitang, silakan. Tiga minit sebab kawasan dia.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Pertama sekali, Sipitang mengucapkan syukur dan terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, yang mengungkapkan kisah tragis yang menimpa anak kecil bernama Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia dalam teka-teki yang menyayat hati.
Penjelasan itu setidak-tidaknya diharapkan meredakan suara kebangkitan keadilan untuk Zara atau Justice for Zara dengan izin, terhadap seorang bintang kecil yang tiba-tiba malap di tengah cahaya siang. Saya berdiri hari ini dalam Dewan yang mulia ini bagi menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha Kementerian Dalam Negeri yang segera menyahut jeritan pilu ibu si gadis kecil ini. Dengan penuh iltizam, KDN telah menggerakkan langkah berani menubuhkan pasukan khas dari Bukit Aman yang disegani dan mengutus pasukan petugas ke bumi Sabah untuk menyelongkar kebenaran yang masih dirahsiakan di sebalik awan kelabu dan berduka.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita tahu siasatan bukanlah perkara mudah. Namun, dengan kehadiran mereka di lapangan yang menjadi bukti kerajaan ini tidak duduk diam memejam mata. Dan di negeri kami Sabah yang sedang berkabung, kita melihat bagaimana pemimpin negeri turut bertindak. Daripada institusi tertinggi Yang di-Pertua Negeri hingga ke peringkat akar umbi, semuanya telah bangkit bersuara agar siasatan ini tidak hanya di permukaan tapi menyeluruh hingga ke akar yang tersembunyi.
Beberapa hari lalu, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan isteri telah menghulurkan tangan simpati kepada ibu yang menangis sunyi, mengusap luka yang tidak terlihat di kulit tetapi membara di dalam dada yang merindui.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Sipitang, boleh sikit? Ya? Yang Berhormat, Menteri telah menjelaskan daripada peringkat awal bagaimana kronologi dia dan Menteri juga memaklumkan bahawa memang ada unsur-unsur buli. Dan unsur buli di sekolah ini berleluasa, Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat memaklumkan kepada Menteri Pendidikan mana-mana sekolah yang cover-up isu-isu buli ini sebab menjaga nama prestasi sekolah masing-masing? Sekolah itu, guru-guru dia perlu diambil tindakan serta-merta. Tidak boleh lagi Menteri pun ikut cover-up dengan mereka.
Setujukah Yang Berhormat?
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Saya setuju, masuk dalam perbahasan saya.
Kinabatangan, terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, di seluruh negara malah dunia telah bangkit dan bersatu. Tiada lagi beza parti, bangsa mahupun darjat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sipitang, Sipitang. Minta laluan sikit boleh? Eh, ringkas eh?
Tuan Yang di-Pertua
Sipitang hendak bagi tak? Dari Hulu Terengganu. Sipitang hendak bagi tak?
[Dewan riuh]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas sahaja.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tak payah. Saya tak cukup masa nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak cukup masa, dia tak bagi. Hulu Terengganu...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya hendak ucapkan...
Tuan Yang di-Pertua
Sat lagi Kota Bharu jawab. Sat lagi Kota Bharu berucap.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tan Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih dengan lawatan Wakil Ketua Menteri itu.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tak bagi. Silakan.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tan Sri Yang di-Pertua, seluruh negara malah dunia telah bangkit dan bersatu. Tiada lagi beza parti, bangsa mahupun darjat kerana Zara telah menyatukan kita dalam satu roh kemanusiaan sejati. Dari kota dan bandar hingga ke ceruk kampung di Sabah, poster-poster Justice for Zara dengan izin, berkibar tanpa henti.
Simbol dan lambang suara rakyat tidak mahu pemergian ini dilupakan begitu saja.
Almarhumah Zara si kecil ini telah pergi pada 17 Julai yang lalu, diiringi doa dan air mata seluruh pelosok negara.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Namun pada 8 Ogos, liang lahadnya di Kampung Tanjung Ubi, Mesapol dalam Parlimen Sipitang digali semula untuk mencari jawapan yang belum nyata. Selama 22 tahun — 22 hari jasadnya bersemadi, gelora kebangkitan meletus di sana sini.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita tidak mahu kes ini menjadi satu lagi statistik atau dibiarkan hilang ditelan masa dan dokumentasi. Sebaliknya, kita mahukan penyelesaian secepatnya dan sejelas-jelasnya. Yang bersalah, sama ada pembuli atau pembunuh, harus diheret ke muka pengadilan tanpa kompromi kerana keadilan bukan sahaja menghukum tetapi menyedarkan dunia bahawa setiap nyawa itu suci, tidak boleh dipermainkan.
Saya juga menyambut baik cadangan penubuhan inkues dalam kes ini kerana proses mencari punca kematian itu penting. Namun, kita harus jujur bahawa proses inkues itu lambat jalannya dan belum tentu membawa kita kepada si pelaku. Yang mendesak sekarang ialah pencarian kebenaran yang tuntas. Kenapa?
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Bagaimana dan siapa yang menyebabkan Zara sengsara sehingga menemui ajal dan dengan tubuhnya ditemukan terperosok dalam longkang pada jam 3.00 pagi.
Tuan Yang di-Pertua
Sipitang, saya bagi seminit lagi Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Itu yang ingin tahu, yang kita wajib jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Seminit lagi, silakan.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tan Sri Yang di-Pertua, gelombang Justice for Zara dengan izin yang masih berterusan hingga hari ini bukan semata-mata ledakan emosi tetapi sebenarnya suara naluri seluruh insan yang cintakan keadilan dan tidak akan reda selagi pelaku tidak dibawa ke pengadilan. Anak kecil bernama Zara ini telah menggerakkan hati dunia. Justeru, marilah kita dalam Dewan yang mulia ini, tanpa berlengah atau berselindung, bersama-sama menuntut, mendesak penyelesaian yang segera agar air mata ibu Zara itu tidak jatuh sia-sia dan roh anak kecil itu bersemadi dalam tenang akhirnya.
Akhir kata, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan sokongan sepenuhnya kepada penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri sambil berharap agar siasatan diteruskan dengan ketelusan dan keberanian kerana keadilan untuk Zara bukan hanya milik keluarganya, tetapi ini adalah amanah kita semua demi masa depan, demi nilai kemanusiaan yang sebenar. Buat Allahyarhamah Zara, tidurlah dalam lena abadi, dalam dekapan kasih Ilahi.
[Sebak] Dunia ini belum cukup aman untukmu, tetapi syurga pasti menyambutmu dengan tenang hati. Sekian, terima kasih.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana peluang diberikan kepada saya.
Pertamanya, saya ingin menyentuh dari sudut perundangan, terutamanya dari sudut proses undang-undang dan prosedur yang perlu dipatuhi oleh pihak berkuasa. Saya ucap terima kasih kepada sahabat saya, Menteri Dalam Negeri yang telah memberi penerangan.
Namun demikian, saya ingin memetik salah satu daripada 13 intipati penting yang telah dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar pada 13 Ogos dalam kenyataan medianya. Intipati nombor dua Yang Berhormat ya. “Terdapat ketidakpatuhan siasatan di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk bedah siasat. Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan ketua bahagiannya.” Ini adalah kenyataan Pengarah CID Bukit Aman sendiri.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin memetik beberapa peruntukan di bawah undang- undang. Perkara yang perlu dilakukan oleh pegawai penyiasat dan juga pihak polis adalah terkandung dalam undang-undang ini, Kanun Tatacara Jenayah ataupun CPC. Saya ingin memetik seksyen 329, kewajipan pegawai penyiasat berkaitan dengan kes-kes siasat sama — kes kematian sama ada bunuh diri, telah dibunuh, mati dalam keadaan menimbul syak yang munasabah ataupun mayat dijumpai tidak diketahui sebab kematiannya. Ini disebut dalam seksyen 329.
Dalam seksyen 330 CPC, kewajipan pegawai penyiasat mengadakan pemeriksaan — pegawai mengadakan pemeriksaan post-mortem bagi kes-kes tertentu. Saya ingin baca.
“Tiap-tiap pegawai yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 329 tadi hendaklah jika tampak kepadanya apa-apa sebab untuk mengesyaki bahawa si mati itu mati secara terkejut atau dalam keadaan luar biasa, segera memberitahu kepada pegawai perubatan kerajaan dan segera membawa mayat ke hospital kerajaan untuk mengadakan pemeriksaan post- mortem terhadap mayat itu oleh pegawai perubatan kerajaan” — 330.
Dan proviso kepada perkara ini disebut, ini jelas. “Dengan syarat jika pegawai yang menyiasat itu berpuas hati sebab kematian dan bahawa si mati menemui ajalnya disebabkan kemalangan, ia boleh memerintahkan mayat itu dikebumikan dengan segera”. Maksudnya, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, apabila sesuatu kematian ini diketahui, ia nya berlaku disebabkan oleh sebab yang tidak boleh ditentukan, bukan kemalangan, maka post-mortem adalah wajib diadakan.
[Tepuk] Tetapi kenapa pegawai penyiasat yang telah menyiasat kes — ini juga adalah intipati Datuk M Kumar. “Terdapat persetujuan atau permohonan ibu mangsa supaya bedah siasat tidak dibuat.” Seolah-olah ibu mangsa pula yang bersalah. Persoalan saya, adakah ibu Zara ini telah diberikan kefahaman tentang sebab dan akibat jika sekiranya post-mortem tidak diadakan?
Kalau dalam mahkamah, seseorang tertuduh perlu diberikan penjelasan kesan kalau dia nak mengaku salah, dia panggil understand the nature and consequences of the plea.
Kena faham kesan daripada pengakuan. Adakah ibu Zara telah diberikan penjelasan oleh pegawai penyiasat bahawa kalau tidak buat post-mortem, apa akibatnya? Dan saya nak tanya, adakah pegawai penyiasat berpuas hati bahawa kematian Zara ini disebabkan oleh kemalangan? Sebab itu diberikan segera supaya ia nya dikebumikan dengan segera. Ini ada dalam CPC.
Jadi, aspek-aspek ini perlu dijelaskan oleh pihak kerajaan khususnya pihak polis dengan penuh hormat kepada profesionalisme polis, tetapi ini adalah ketidakpatuhan yang diakui sendiri oleh pihak.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
[Bangun]
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Boleh mencelah sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Marang.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Yang di-Pertua, saya nak mencelah. Perlunya satu tindakan yang diambil yang boleh menjejaskan keadilan terhadap media, khususnya media sosial yang membiarkan maklumat-maklumat yang betul, yang salah, yang mengelirukan, mengganggu siasatan, kadang-kadang mengganggu kehakiman.
Sangat luas, bebas sangat. Ia perlu satu langkah diambil.
[Tepuk]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya setuju dan masuk dalam part dalam ini. Saya juga ingin menyentuh apa disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada semalam, 17 Ogos yang mengatakan bahawa…
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Kota Bharu…
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
…Seramai 195 orang telah dipanggil untuk diambil keterangan di bawah seksyen 112, CPC. Adakah dengan 195 orang ini dipanggil, kes ini masih belum dapat di-conclude, belum dapat diselesaikan? Dan inilah saya nak persoalkan, apakah tindakan untuk mengadakan inkues ini menunjukkan bahawa siasatan sudah selesai?
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Tanjong — Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tetapi tidak ada seseorang yang boleh dianggap — boleh di-implicate melakukan sesuatu jenayah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Kota Bharu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kota Bharu. Kota Bharu
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Inkues ini dibuat…
Tuan Yang di-Pertua
Ada dua, satu Tanjong Karang, satu Beluran.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Beluran dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Beluran dulu.
[Tidak jelas]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima Kasih Kota Bharu. Ada tiga elemen yang dinyatakan oleh Menteri tadi. Ada elemen buli, ada elemen pengabaian oleh sekolah, ada elemen gangguan seksual. Kenapa elemen-elemen ini tidak disiasat, tidak diketahui, tidak dapat diambil tahu oleh pegawai penyiasat sebelum ini? Bila elemen-elemen ini diketahui oleh pegawai penyiasat, Yang Berhormat mengatakan bahawa — Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa profesionalisme anggota penyiasat memang tidak boleh dipertikaikan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kita, kita akui. Tetapi elemen, seperti yang dikatakan oleh Kota Bharu, soal bedah siasat yang meletakkan kes kematian ini sebagai satu kes kemalangan yang tidak dilihat serius pada asalnya, awalnya kenapa ini boleh berlaku dan diabai dan dicuai oleh pegawai penyiasat? Yang Berhormat Kota Bharu, terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih. Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Tanjong Karang, dibenarkan.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Kota Bharu, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, cause of death, penyebab kematian adalah kecederaan kepada otak yang serius ataupun brain death. Jadi bayangkan kepada seorang anak yang berumur 13 tahun mengalami kecederaan otak yang begitu teruk. Ini menimbulkan satu persoalan yang sangat besar. Apakah sebab ataupun punca kepada kecederaan tersebut?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey, terima kasih Tanjong Karang. Tanjong Karang, terima kasih. Terima kasih Tanjong Karang.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Dan berpunca kepada kematian. Jadi persoalan di sini, doktor sepatutnya bertanggungjawab. Saya nak sentuh soal doktor.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. Masuk dalam ucapan saya.
Masuk dalam ucapan saya.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Bertanggungjawab, menasihatkan ibu dan menasihatkan semua supaya dilakukan post-mortem.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tanjong Karang.
Saya pun nak landing dah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Tanjong Karang. Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tan Sri Speaker, ringkas sahaja.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey Tanjong Karang. Okey, okey. bila kita celah kita kena buat benda ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu, bolehkah Kota Bharu bertanya Menteri bahawa pandangan saya — itu pasal floor dia.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Lain kali kata yang begitu ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu nak bagi tak? Minta bagi tak?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh, boleh sikit sahaja.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit sahaja, sikit sahaja. Ringkas saja.
Tuan Yang di-Pertua
Sikit. “Bolehkah, bolehkah” mula ayat, ayat itu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jangan ambil masa.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey setuju tak Kota Bharu…
Tuan Yang di-Pertua
Ha, ha.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
…Bahawa apa yang berlaku dalam negara hari ini, daripada Sabah, Sarawak, seluruh Semenanjung berkaitan dengan Zara ini, kebangkitan, tiap-tiap malam, perarakan dan sebagainya adalah kerana kelambatan pihak berkuasa membuat keputusan...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya setuju.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
…Sehingga pegawai pendidikan, dua minggu baru dia ambil tindakan.
[Tepuk]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Bukan saja di Malaysia, di luar negara.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Di luar negara.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Itu saja terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Landing, landing.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Soalan saya mengenai inkues ― landing. Saya nak bertanya kepada mungkin Yang Berhormat Menteri atau Menteri Undang- undang-lah. Kenapa AGC terburu-buru nak buat inkues ini? Inkues ini, siasatan kematian oleh koroner dibuat apabila investigation completed, tetapi tidak boleh diketahui apa punca kematian. Itu barulah pergi kepada koroner. Itu apa yang saya faham.
Tapi sekarang ini Pengarah CID kata inkues dilaksanakan serentak dengan siasatan.
Bagaimana kalau finding atau verdict dalam inkues ini bercanggah dengan siasatan dibuat oleh pihak polis?
[Tepuk] Ini menimbulkan masalah. Siasat habis dulu, tidak ada conclusion daripada siasatan itu, barulah rujuk — biasanya saya pernah jadi majistret, rujuk pada majistret, majistret tengok evidence yang diberikan, kalau dirasakan perlu siasatan, baru diadakan inkues. Tapi sekarang ini nampak macam terburu-buru, pihak, apa ini pihak AGC sendiri. Jadi, saya nak minta penjelasanlah perkara-perkara yang saya bagikan ini. Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Kota Bharu. Saya jemput Hulu Langat.
Sebelum itu Hulu Langat, sebelum berucap, start dengan perlahan-perlahan dan fokus kepada isu ini saja. Tolong, eh. Baik, terima kasih. Silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pertamanya, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri. Kerana pada saya inilah Menteri yang berani, yang punya integriti, yang sanggup berhadapan dengan bukan saja kita sebagai Ahli Parlimen tetapi seluruh warga dan juga masyarakat dalam negara kita.
Persoalan berkaitan dengan kematian adik Zara, kes bendera terbalik dan juga soal apa yang dialami oleh anak Ahli Parlimen daripada Pandan. Saya nak menyebutkan begini, kalau inilah sikap dan juga pendekatan kita, rakyat dalam negara kita ini, yang tidak percaya dengan sistem, yang tidak percaya dengan amalan yang ada dalam negara kita. Soal berkaitan dengan apa yang telah dijalankan ataupun yang telah digerakkan, siasatan yang telah dilakukan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dalam negara kita.
Sebab pasukan polis ini pun adik-beradik kita. Pasukan polis sebagaimana tadi telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah menjalankan segala prosedur, telah menjalankan segala peraturan yang telah dibekalkan, yang telah diperuntukkan bagi menyiasat kes adik Zara. Adik kita bersama, keluarga kita bersama yang telah sebagaimana tadi disebutkan oleh Menteri Dalam Negeri bahawa ada unsur-unsur buli, ada unsur-unsur yang tidak sihat, ada unsur-unsur yang memerlukan satu siasatan rapi daripada pihak polis.
Sebab itu saya nak cakap syabas dan tahniah kepada pasukan polis, kepada pasukan perubatan, kepada pihak Peguam Negara sebagaimana tadi disebutkan sudah diangkat kertas siasatan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu saya nak menasihatkan kepada seluruh warga dan juga masyarakat, rakyat yang terdapat di dalam negara kita.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita berilah...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh mencelah?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Baru nak naik ‘syeikh’ ini. Ha cepat, cepat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Hulu Langat. Saya juga ingin membawa satu isu yang hampir sama dengan kes Zara ini. Tetapi tempoh masanya sudah lama ya. Dalam kes kematian pelajar sekolah agama, Allahyarham Wan Ahmad Faris bin Wan Abdul Rahman pada tahun 2013. Makna 12 tahun yang lalu di Tahfiz Kok Lanas, Kelantan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Inkues dilaksanakan tahun 2016, keputusan koroner pada tahun 2025 pada tahun ini yang menyatakan kematian disebabkan oleh pembunuhan oleh individu tidak dikenali. Kes ini telah melampaui limit masa pendakwaan yang dibenarkan, sebab lebih daripada 12 tahun.
So, minta tanya kepada Menteri. Apakah kerajaan akan mengecualikan limit masa pendakwaan ini bagi memberikan kebenaran dan keadilan kepada allahyarham?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kes kematian itu berlaku di negeri Kelantan, sekolah di bawah YIK. Dia ― kita tak kira di Kelantan ke, di Sabah ke, di Sarawak ke. Jika berlaku perkara-perkara sebegini, kita mengharapkan agar pasukan polis segera masuk siasat, sebab kita perlukan keadilan. Yang jadi masalahnya pembohongan, yang jadi masalahnya sebab fitnah, yang jadi masalahnya soal berkaitan dengan penipuan. Kita membangkitkan soal berkaitan dengan sentimen perkauman, sentimen…
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Hulu Langat, Hulu Langat, Pendang.
Pendang, Pendang.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Mana? Allah. Karang minta dekat sebelah sana.
Tuan Yang di-Pertua
Nak bagi ke tak nak bagi?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bagi sikit, sikit, sikit, cepat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Hulu Langat. Tadi disebut oleh Menteri, adik Zara ini jatuh. Itu yang kita nak tahu. Bila inkues ini dibuat, sama ada terjatuh ataupun dia terjun sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Inkues belum lagi kut.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Siasatan ini yang inkues dibuat ini, siasatan yang dibuat ini sama ada dia jatuh, ataupun dia terjun sendiri, ataupun terjatuh. Yang ini kita nak tahu, daripada siasatan yang dia buat ini. Itu terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sama ada enam bulan, ataupun setahun? Itu, nanti, maksudnya inkues itu nantilah. Sebab kita pun tak tahu nak jawab macam mana? Sebab itu perlukan siasatan. Sebab itu kita sebagai rakyat ini, kalau kita juga yang nak jadi polis, kita juga yang nak jadi doktor, kita juga yang nak jadi AG, maksudnya baik tutuplah.
Parlimen ini baik tutup. Baik.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri Dalam Negeri pun patut letak jawatan. KDN ini pun tak perlu, polis ini pun tak perlu. Sebab itu kita nak sebutkan...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Kampar bangun, nak bagi tak Kampar itu?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, sila Kampar. Sila.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar straight kepada soalan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, berdasarkan CPC (Criminal Procedure Code), seksyen 328 sampai 341, inkues memang boleh dijalankan sementara siasatan polis dijalankan. Jadi, itu tak ada masalah. Kerana inkues dijalankan ...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, Kampar kena tanya floor dulu, minta izin floor.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ya. Saya ― dah minta tadi.
Tuan Yang di-Pertua
“Bolehkah, bolehkah” ayat dia?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, tadi dia dah bagi, dah bagi. Okey. Jadi inkues ― ha? Soalan itu, saya nak tanya. Inkues itu memang boleh dijalankan oleh Majistret untuk menentukan punca kematian. Tetapi untuk siasatan polis ia adalah lebih luas untuk mengenal pasti sama ada berlaku jenayah dan siapa yang boleh dituduh. Itu tak sama. Jadi, saya nak tanya dengan Hulu Langat, tadi Kota Bharu tanya mengapa inkues jalan terburu-buru. Adakah pihak pembangkang tak mahu tahu apa punca kematian itu, nak guna ini untuk modal politik?
Ada setuju?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita, kita...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan. Saya minta landing terus.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita bagilah kepercayaan kepada pasukan polis. Kena bagi kepercayaan kepada pasukan polis. Kita nak harapkan siapa lagi, maksudnya. Ya, saya setuju. Maksudnya, demonstrasi jalan raya. Kita adakan himpunan untuk kita desak. Tak ada masalah untuk kita desak supaya siasatan ini berlaku secara adil, berhemah, secara bertanggungjawab, amanah dan juga berintegriti. Tetapi yang kita risaukan adalah apabila kita memainkan sentimen perkauman, sentimen bangsa, sentimen kita menyalahkan seseorang. Kita menyalahkan di antara parti-parti politik yang terdapat di dalam negara kita. Persoalan berkaitan dengan bendera terbalik ini, kena tabayun-lah sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang sayang negara ini bukanlah awak seorang sahaja. Kita juga sayangkan negara ini, betul?
[Dewan tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau berlaku kesilapan, kita tegur secara baik, kita tegur secara berhikmah, kita tegur secara kita sebagai rakyat yang kasih, cinta dan sayang akan negara kita, Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Syabas dan tahniah, Menteri Dalam Negeri. Syabas dan tahniah, Kerajaan MADANI. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat marah kat UMNO ke?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, pada pengamatan saya, siasatan berkaitan kematian Allahyarhamah Zara ini terbahagi kepada dua tahap. Tahap yang pertama ialah siasatan awal, yang itu yang banyak timbul kebimbangan di seluruh negara.
Siasatan yang kedua ialah apabila ia diambil alih oleh Bukit Aman. Yang ini saya terima sepenuhnya penerangan daripada Yang Berhormat Menteri KDN. Selepas hampir dua minggu kematian adik Zara, tidak ada penerangan yang jelas dari mana-mana pihak. Sebab itu, selepas berbincang dengan Ketua Penerangan, sebagai Ketua Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional, saya bangun pada 30 hari bulan Julai, membangkitkan lapan persoalan di hadapan Yang Berhormat Menteri Pendidikan tetapi Menteri Pendidikan tidak address lapan soalan itu.
Pada 1 hari bulan Ogos, di posting media sosial, saya mencadangkan kepada peguam keluarga Zara supaya diadakan bedah siasat. Dan saya menyatakan kebimbangan naratif yang menjejaskan siasatan Yang Berhormat Menteri KDN. Pada 3 hari bulan Ogos, saya buat posting media sosial kata setuju dengan kenyataan peguam keluarga Zara bahawa siasatan itu tidak lengkap dan berharap Perdana Menteri menasihati Peguam Negara agar mengembalikan semula kes ataupun kertas siasatan ke Sabah.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Pada 4 hari bulan Ogos, saya buat posting media sosial mengulangi persetujuan permohonan dari — saya bersetuju dengan permohonan peguam keluarga Zara yang dibuat pada 3 Ogos untuk diadakan inkues dan bedah siasat.
Pada 6 hari bulan Ogos, saya berucap lagi menyebutkan tentang siasatan awal itu lemah serta perlu diadakan bedah siasat dan inkues. Kemudian, ketika Kota Bharu berbahas pada 12 hari bulan Ogos, saya mencelah meminta supaya kelemahan siasatan terdahulu, yakni Yang Berhormat Menteri sebelum Bukit Aman mengambil alih juga disiasat. Ada lima persoalan saya termasuk melihat pelanggaran — kemungkinan berlaku pelanggaran seksyen 201 Kanun Keseksaan.
Kemudian, izinkan saya dalam seminit sahaja berkaitan dengan inkues, not with standing apa yang disebutkan oleh teman-teman, saya — kami menyambut baik arahan Peguam Negara agar inkues diadakan tetapi ada lima perkara. Pertama, ini soal kepentingan kebenaran dan keadilan. Ini peluang untuk merungkai fakta dan kedudukan sebenar mencari kebenaran. Ini juga yang kedua soal kepentingan proses yang bebas dan telus.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya berharap inkues ini akan dijalankan tanpa campur tangan atau tekanan daripada mana-mana pihak. Semua bukti perlu di bentang secara menyeluruh termasuk keterangan saksi dan laporan forensik yang lengkap.
Ketiga, mengembalikan keyakinan rakyat. Inkues yang adil dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan dan penguasaan undang-undang. Ia juga menghantar mesej jelas bahawa setiap nyawa rakyat mempunyai nilai yang sama di sisi undang-undang kerana Tuan Yang di-Pertua, rakyat tengok apa berlaku kepada A, berapa lama pihak berkuasa buat kenyataan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tapi bila berlaku kepada B, oh cepat pihak berkuasa membuat kenyataan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Indera Mahkota.
Tuan Yang di-Pertua
Ipoh…
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang keempat — tak.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tak bagi. Nanti kejap.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya minta, minta, saya minta penjelasan satu benda saya teliti dengar.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Keadilan bukan sekadar hukuman...
Tuan Yang di-Pertua
Ipoh Timur, Ipoh Timur, dia tak bagi.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Tujuan inkues bukanlah sekadar mencari pihak bersalah. Tujuan inkues bukanlah sekadar mencari pihak bersalah tetapi juga untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi dan menjadi asas kepada pembaikan prosedur siasatan, keselamatan awam dan juga menjadi panduan kepada agensi seperti Kementerian Pendidikan dan akhirnya…
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Indera Mahkota, dengan tenang, dengan senang satu soalan saja.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Akhirnya yang kelima, harapan kepada mahkamah ialah kita berharap semua yang terlibat akan mengendalikan inkues ini dengan penuh integriti. Saya menyokong tuntutan supaya ibu Zara juga dilibatkan dalam inkues ini. Dan saya rasa kita semua berharap seperti yang ditimbulkan oleh Pulai tadi, apabila inkues ini berjalan, janganlah sampai kes Zara ini jadi seperti kes Teoh Beng Hock. Saya terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri KDN cakna.
[Tepuk]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Indera Mahkota, saya pun teliti apa yang Indera Mahkota sebut hari tu.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Dan tahniah kerana Menteri KDN tak sibuk nak buat video Happy Birthday PMX.
[Tepuk]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Indera Mahkota nak tanya je.
Tuan Yang di-Pertua
Baik sekarang saya jemput Bangi. Silakan Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terutamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri atas penerangan tadi yang sedikit sebanyak saya fikir memberi pencerahan kepada beberapa isu yang timbul. Cuma saya berharap akan ada satu sesi khusus Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu berkenaan serangan ke atas anak kepada Yang Berhormat Pandan kerana saya fikir isu ini adalah satu isu penting dan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh menerima apa yang telah berlaku.
Tan Sri Yang di-Pertua, mutakhir ini kita melihat ya, ekspresi rakyat, tunjuk perasaan yang bermula daripada Sabah dan sekarang ini sudah pun sampai ke Semenanjung Malaysia, menuntut keadilan buat allahyarham adik Zara Qairina Mahathir. Ini merupakan satu penzahiran, satu gerakan massa untuk menuntut supaya pihak berkuasa memastikan kesemua yang terlibat dalam tragedi ini dibawa ke muka pengadilan. Dan saya sambut baik keputusan Pejabat Peguam Negara untuk mengarahkan satu inkues yang akan bermula bulan hadapan untuk kita tahu apa sebenarnya berlaku.
Dan inkues ini Tan Sri Yang di-Pertua harus dipastikan bahawa ia nya terbuka, maknanya tak boleh tertutup dan diberi peluang kepada keluarga Allahyarham Zara ini untuk terlibat sama dalam inkues tersebut. Dalam keadaan kita ada 1,001 persoalan, teori konspirasi dan sebagainya, satu inkues terbuka adalah cara yang terbaik untuk kita mendapat kebenaran dan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes ini.
Pujian harus juga diberikan atas keterbukaan pihak PDRM yang mengakui bahawa siasatan terdapatnya ketidakpatuhan prosedur dalam siasatan pada awalnya dan kemudian supaya kes ini dibawa, diambil alih oleh Bukit Aman. Ya...
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Bangi. Setujukah bahawa selepas PDRM telah mengaku kesalahan mereka ataupun kecuaian mereka, bagaimana mereka boleh menangkan keyakinan siasatan mereka seterusnya kepada rakyat di Malaysia?
Sebab selepas kes yang sebesar ini berlaku, memang adanya banyak teori-teori yang di luar, yang masih sedang tidak ada keyakinan terhadap siasatan-siasatan yang telah kami jalankan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bangi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sedikit Bangi. Terima kasih Bangi. Adakah Bangi setuju dengan saya bahawa Kota Bharu harus tarik balik dan meminta maaf atas kenyataan Kota Bharu pada 30 Julai apabila dalam perbahasan Indera Mahkota, Kota Bharu menuduh celah dan menuduh bahawa pengetua sekolah itu mempunyai kaitan dengan seorang VVIP yang ada di dalam Dewan ini di mana melalui penerangan Menteri itu memang tidak berlaku.
Dan juga, adakah Bangi setuju dengan saya bahawa dalam dua minggu yang lepas dalam perbahasan Rancangan Malaysia yang ketiga belas, rata-rata setiap MP daripada Perikatan Nasional bangkitkan isu Zara ini? Mereka cuba nak mempolitikkan isu ini. [Dewan riuh] Adakah setuju dengan saya Bangi?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Speaker. Sekejap, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, sekejap. Saya tak bagi, saya tak bagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tak bagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dok betul apa yang diperkatakan oleh itu, Kota Melaka dok betul.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak pe, tak pe. Terima kasih, terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kota Melaka, bahasa Melayu pun tak faham.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, saya bersetuju. Duduk, duduk. Okey.
Saya bersetuju dengan apa yang disebut berkenaan dengan YB Kota Bharu sebab saya pun ada dalam Dewan, memang disebut bahawa ada kena mengena dengan VIP yang ada dalam Dewan ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, saya berharap bahawa dengan…
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Itu soalan wei, itu soalan daripada Kota Bharu. Bukan tuduhan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak pe, tak pe. Tak de, tak de, tak de.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bangi pun tak faham bahasa Melayu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap, saya tak bagi. Saya dah tengok Hansard, apa yang dikatakan adalah…
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi, dalam Dewan ni tak boleh tanya ya, tak boleh tanya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, okey.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya dah jawab dah, saya dah jawab dah usul.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak pe, tak pe, tak pe.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu, baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak Sri, okey. Jadi, walaupun, ini isunya.
Apabila terdapatnya, fake news, terdapatnya kepalsuan di luar sana, saya berharap satu tindakan yang tegas juga diambil. Sebab kita tak nak apa yang berlaku dekat UK, tahun lepas berlaku. Yang mana terdapatnya rusuhan Tan Sri Yang di-Pertua disebabkan ada fake news yang keluar mengatakan bahawa ada orang — tiga anak telah dibunuh oleh seorang warga Muslim daripada luar negara. Sekali tengok rupanya bukanlah seorang warga Muslim tetapi seorang warga UK. Jadi, ia telah menyebabkan rusuhan yang teruk dan sebagainya. Kita tak nak perkara yang sama berlaku. Satu lagi perkara saya minta satu minit saja lagi saya nak cakap tentang perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, landing please ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Satu saya juga nak sentuh tentang insiden yang disebut juga oleh Yang Berhormat Hulu Langat yang mana kita melihat perhimpunan yang berlaku di Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya nak tekankan di sini, kita tidak sama sekali bersetuju ataupun condone dengan izin apa-apa insiden yang mana terdapatnya bendera terbalik dan sebagainya. Tetapi apabila kita ada perhimpunan seperti apa yang berlaku pada minggu lepas, it just takes one spark Tan Sri Yang di-Pertua, satu cetusan dan mungkin sesuatu perkara yang tidak diingini boleh berlaku.
Sebab itu saya katakan bahawa dalam pada masa perhimpunan itu pun, nasib baiklah walaupun ada ketegangan, tapi nasib baiklah akhirnya ia semua selesai dengan aman. Jadi sebab itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya fikir politikus-politikus muda ini boleh belajar daripada apa yang dilakukan oleh ADUN Bertam Dato’ Seri Reezal Merican. Saya tengok video dia.
ADUN Bertam bila keluar insiden bendera terbalik dia pergi ke tempat pekedai itu, kemudian dia cari dan dia berjumpa. Dia mendapat penjelasan, dia beri penerangan, kemudian dia buat laporan polis dan apa dia buat, dia kata semua bertenang, kita serahkan kepada pihak berkuasa.
Ini sebenarnya yang patut dilakukan oleh politikus-politikus muda. Kita belajar daripada orang yang lama.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, saya betul-betul menyokong Tan Sri Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bangi, minta laluan. Boleh?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak ada, saya tak bagi. Dah nak habis dah ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab bendera terbalik ini, sekarang pun berlaku. Dulu tak pernah berlaku.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apa, tak apa, tak apa. Sudah, sudah, sudah. Terima kasih. Duduk. Jadi sebab itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong penuh kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan tegas terhadap semua yang menghasut kebencian dalam negara ini dan mengambil tindakan tanpa mengikut sentimen. Walau sesiapa pun yang mengapi-apikan sentimen perpecahan tanpa mengira status atau kedudukan, kita harus ambil tindakan, Tan Sri Yang di-Pertua. Kita ada satu Malaysia sahaja, kita tak boleh benarkan sesiapa hancurkan negara kita ini. Tan Sri Yang di-Pertua, sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang akhir sekali...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, tegur ketua pemuda.
Tuan Yang di-Pertua
...Saya jemput Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya hanya menyentuh tiga poin sahaja tentang isu ini. Kita, saya menyentuh tentang isu buli, Tan Sri Yang di-Pertua. Kita mendengar banyak isu-isu buli yang telah pun berlaku. Kalau saya boleh baca balik nama-nama mangsa-mangsa yang pernah jadi mangsa buli ini, Allahyarham Syamsul Haris, yang terbaru. Baru berlaku, 28 Julai di UTM Skudai. Mendiang Rajeswary ataupun Esha, buli siber.
Zara Qairina, sekarang. Allahyarham Zulfarhan, 2017 dulu. Di MRSM, insiden buli dan semalam Tan Sri Yang di-Pertua, 17 Ogos, murid lelaki 10 tahun di Johor, dipaksa, ditelanjang, dipukul sehingga bergegar otak. Ini dilaporkan di dalam media dan termasuk juga kes Wan Ahmad Faris yang disebut oleh Hulu Langat tadi di Kok Lanas, di Kelantan.
Tan Sri Yang di-Pertua, poin yang pertama ialah, dalam hal begini, Tan Sri Yang di- Pertua, apabila benda ini semakin meruncing, saya cadangkan supaya kerajaan lebih serius menguruskan persepsi rakyat kerana dalam hal ini, di sebalik fakta yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, di sebalik proses undang-undang yang berlaku, rakyat, dia tak tengok teknikal, istilah undang-undang. Inkues, tak inkues, siasat, tak siasat. Layman, dia tak faham bahasa itu, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang rakyat mahu ialah dijawab dengan segera.
Masalahnya ialah, dah sudah hampir satu bulan, tiga minggu berlangsung. Sekarang dah
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
masuk satu bulan. Tidak ada fakta, tidak ada penyelesaian kecuali setelah Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan yang detil tadi, barulah rakyat tahu kedudukan isunya.
Dan perkara ini perlu direspons dengan pantas, dengan cepat. Bila respons lambat, Tan Sri Yang di-Pertua, maka dibuka ruang spekulasi. Maka orang buat video, content yang disebut oleh yang Yang Berhormat Menteri tadi. Orang bercakap, orang sebar itu, orang sebar ini, akhirnya membuka ruang pelbagai persepsi yang akhirnya memudaratkan lagi situasi tersebut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju tak bahawa jika penerangan ini ingin diberi seawal dulu, perkara yang berlaku sekarang tidak akan berlaku. Setuju atau tidak?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Kemungkinan risiko ini boleh dikurangkan. Saya setuju Hulu Terengganu, nampak sopan.
[Dewan ketawa]
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Tan Sri Yang di-Pertua, apabila benda ini berlaku panjang, lama, tidak diberi penjelasan, maka disebar dalam media sosial, sekarang ini media sosial pantas. Maka rakyat hari ini, dia rasa tak selamat. Yang Berhormat Menteri sebut tadi, kita ada premis, kita ada SOP, kita ada undang-undang, ini patut menyebabkan kita rasa selamat. Sistem kita dah ada tapi isunya ialah rakyat rasa tak selamat. Kita hantar anak kita pergi asrama, pergi sekolah bawa beg pakaian, tiba-tiba ada waris yang dapat balik daripada sekolah, daripada asrama, beg hitam yang mengandungi jenazah anak dia. Dia rasa tak selamat hari ini, Tan Sri Yang di- Pertua.
[Tepuk] Kita semua ada anak di asrama, kita tengok arwah adik Zara ini, kita terbayang anak kita sendiri. Ini benda yang membimbangkan. Maka sebab itu rakyat berhimpun, rakyat tunjuk perasaan, mereka tak puas hati. Apabila rakyat berhimpun, Tan Sri Yang di-Pertua, tak bolehlah kita salahkan rakyat itu berhimpun.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri tadi kata bagi kebebasan. Tak boleh kita kata rakyat kita ini maki. Ini ada pemimpin sebut, ada budak mati, rakyat maki. Apa ini guna istilah budak mati, Tan Sri Yang di-Pertua? Saya rasa tak sopan. Guna nama, arwah, Zara Qairina sebagai contoh.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Machang, Machang, sebelah itu sahaja. Nak bagi tak?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Sebab duduk sebelah, saya bagi dia.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, cuit, cuit pun tak apa itu.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Alor Setar. Saya nak tanya Alor Setar, apakah keutamaan Kementerian Pendidikan itu sebenarnya tempang? Mereka sanggup berbelanja besar untuk pin Jalur Gemilang tapi untuk CCTV, hanya tujuh juta berbanding lapan juta tadi apa? Apa pandangan?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, terima kasih Machang. Ya, saya terlihat Jasin, sila.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ya, kerajaan tidak perlu takut kepada Qunut Nazilah, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Jasin, Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Islam tidak pernah menutup aduan manusia yang dizalimi...
Tuan Yang di-Pertua
Jasin, Jasin. Jasin kena mula ayat ini, “Setujukah Yang Berhormat...”. Dia kena mula ayat itu.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ya, ya. Di hujung nanti saya akan sebut.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, masa hujung? Okey.
[Dewan ketawa]
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Saya ulang balik.
Tuan Yang di-Pertua
Tapi jangan panjang sangat fasal masa dah habis dah.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Baik, terima kasih Tan Sri. Kerajaan tidak perlu takut kepada Qunut Nazilah. Islam tidak pernah menutup aduan manusia yang dizalimi kepada Allah, penciptanya. Termasuk pengaduan dari orang-orang bukan Islam. Justeru itu, jikalau tidak zalim, tidak perlu takut. Jangan menghalang aduan insan kepada penciptanya, Islam tidak pernah menghalang dan membuka seluas-luasnya.
Tuan Yang di-Pertua
Setujukah Yang Berhormat?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Alor Setar setuju?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, ayat itu saya nak dengar itu.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya setuju, Tan Sri Yang di-Pertua. Poin akhir, Tan Sri. Saya cadangkan kerajaan dalam hal begini, setelah kita ada pengalaman menguruskan krisis, kita buat satu SOP ataupun satu garis panduan pengurusan krisis terutama berkaitan komunikasi. Lima cadangan, Tan Sri Yang di-Pertua.
Pertama, pastikan dalam isu sebegini, ada seorang jurucakap tunggal (single spokesperson). Maknanya kalau orang lain bercakap, ini tak boleh pakai tapi kalau dia
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
bercakap, kita pakai. Macam contoh waktu kita buat krisis COVID ataupun ketika apa-apa isu krisis sebelum ini.
Yang kedua, maklumat berkala, harian ataupun mingguan. Bera ada pengalaman menguruskan krisis.
Yang ketiga, kepelbagaian medium komunikasi...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar, sekejap.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
...Dalam pelbagai bentuk. Yang keempat...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar, sekejap saja.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, sila.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Adakah Yang Berhormat Alor Setar setuju bahawa dakwaan Kota Melaka yang menuduh ahli-ahli pembangkang daripada PN mempolitikkan isu ini? Sedangkan pihak kerajaan pun bercakap isu yang sama.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Isu ini, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Alor Setar, saya bagi seminit lagi.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya. Ini national issue, ini bukan isu politik. Jadi, tak perlu siapa-siapa ambil mileage, Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang keempat, Tan Sri. Sepanjang krisis ini berlangsung terutama dalam isu adik Zara ini, kita kena hormati keluarga mangsa. Jangan sewenang-wenangnya buat content. Saya tak setuju, saya rasa semua pihak tak setuju mana-mana pihak buat content untuk ambil kesempatan naikkan rating view dia. Tak setuju. Jangan gunakan sekolah untuk ucap selamat hari lahir kepada orang dalam keadaan sekolah itu orang sedang berduka cita.
[Tepuk] Jangan guna istilah budak mati apa semua, jangan. Saya rasa itu sensitiviti.
Dan yang kelima, untuk menguruskan krisis, Tan Sri Yang di-Pertua, saya cadang kerajaan umum langkah-langkah yang serius dan meyakinkan supaya rakyat lihat kerajaan serius. Apa dia contoh langkah serius? Pasang CCTV tiga juta, itu serius tapi harganya tiga juta, pin Jalur Gemilang tadi lapan juta.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Alor Setar, sekali lagi, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Patut CCTV lebih mahal daripada pin Jalur Gemilang.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Alor Setar, sekali lagi.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Laungan “Kami anti buli”, itu tidak memadai Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, masa. Masa.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Sepatutnya sebut apa projek kefahaman yang nak diberikan, pendidikan jangka masa panjang sebab kita nak kena baiki manusia yang ada di sekolah.
Dan yang ketiga, yang keempat, Tan Sri Yang di-Pertua, patut kerajaan umum mewujudkan jawatan warden asrama secara tetap. Ini langkah-langkah serius dan sekurang- kurangnya sebut kita akan gubal rang undang-undang anti buli. Itu akan lebih meyakinkan rakyat. Landing, landing, Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang kita mahu sebenarnya, tiga perkara. Kita nak kembalikan semula keyakinan rakyat kepada sistem yang ada. Kedua, kita nak supaya rasa selamat ahli keluarga, masyarakat, guru, semua rasa selamat kepada sekolah, institusi pendidikan yang kita ada dan yang ketiga, kita nak keluarga mangsa dihormati, rasa terbela, tak dipinggirkan dan tidak tertindas. Maka Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon bertanya soalan-soalan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
[Tepuk] Sekarang saya jemput untuk Menteri, silakan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya muliakan. Terima kasih banyak. Saya ada dua pilihan. Untuk sekarang, saya jawab dulu secara impromptu perkara-perkara yang dibangkit.
Saya akan dapat peluang kedua masa menggulung RMK13. Insya Allah, saya akan susuli pada masa itu juga. Untuk kalau nanti sebahagian daripada isu yang dibangkitkan, saya tak sempat sentuh, saya bersedia untuk respons pada pusingan kedua. Giliran saya adalah pada 20 hari bulan, kalau saya tak silap.
Baik. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Kota Bharu yang membangkitkan perkara tentang Kanun Tatacara Jenayah. Kota Bharu, sejak tajuk ini, saya pun terpaksa khatam juga fasal-fasal dalam perkara ini. 329, 330, 335, soal inkues, soal pertuduhan, kat mana silangnya. Kalau 333, kata kalau tuduhan dibuat, inkues tidak perlu diteruskan dan segala macam.
Hal itu sebenarnya telah diperhalusi di antara polis dengan Jabatan Peguam Negara.
Maka, buat masa sekarang, terlalu awal untuk kita buat kesimpulan. Sebab itu saya sebut, soalan pertama, apakah IP telah dilengkapkan?
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jawapannya, ya. Bila diserahkan pada Jabatan Peguam Negara? Pagi tadi. Apakah penetapan tarikh inkues juga telah dihebahkan? Jawapannya, ya. Bilakah akan dimula? Awal September nanti.
Inkues, sepertimana Kota Bharu sedia maklum adalah satu proses terbuka, ya. Tak ada selindung apa pun sebab tujuannya nak tahu apakah punca, bagaimana kematian itu berlaku. Semua kita tahu sama ada nak homicide ke, suicide ke, open-ended ke dia punya tu, semua itu akan diputuskan, biar proses itu berlaku.
Apa dia mesej yang kita bagi? Hakikat bahawa kita bersetuju inkues dibuat, itu menunjukkan bahawa sikap kita adalah kita tak ada apa pun nak selindung. Okey, ya. Jauh sekali bila saya sebut soal persetujuan ibu dalam menandatangani consent letter, saya langsung tak terlintas bahawa kenyataan fakta itu adalah untuk meletakkan ibu pula pada posisi bersalah, jauh sekali. Tak adalah.
Saya cuma memaklumkan satu penyataan fakta apa berlaku pada 17 hari bulan di antara pegawai penyiasat. Dia khilaf, ketidakpatuhan sebab niat dia itu nak mempermudahkan ibu yang sudah pun kematian anak dan nak menyegerakan pengebumian. Saya tak akan pertahankan perkara itu kerana Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah seperti yang Kota Bharu sebut telah pun mengambil satu pendirian akan ada satu langkah susulan termasuk kemas kini semua sekali proses dan prosedur siasatan dalaman sebab ini ada proses yang berterusan.
Apakah ibu itu telah diberi kefahaman dan sebagainya? Itu semua bila inkues nanti, perkara itu boleh saja dijelaskan. Apakah IO berpuas hati tentang cause of death (COD) yang telah disebut oleh doktor kecederaan parah, melibatkan oksigen tak sampai ke otak kerana otak sudah mengalami kecederaan? Hal itu semua akan di-establish nanti. Sebab itu saya katakan bahawa saya hargai Yang Berhormat Tuan Guru dari Marang yang mengingatkan kita tadi bahawa tindakan juga kena diambil ke atas pengamal social media yang menggunakan semudah jari di tangan ini untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang jelas mengganggu siasatan.
Saya hargai Marang kerana mengambil pendirian dan sikap seperti ini dan ini sikap yang harus kita raikan, kita setujui sebab itu saya memetik dalam banyak-banyak saya mengikuti pengalaman berdamping dengan beliau satu ketika dulu, memetik beberapa hujah beliau dalam tulisan-tulisan tentang kalaulah manusia itu diberikan apa yang mereka dakwa, nescaya golongan yang menuntut akan ada yang menuntut harta dan darah orang lain, tapi hakikatnya Islam ajar kita bukti adalah tanggungjawab penuntut, sumpah adalah tanggungjawab orang menafikan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, saya nak sebut bahawa Beluran tadi bangkitkan. Apakah tiga hala tuju siasatan itu IO tak tahu? Hala tuju itu, hanya kita tahu setelah kita menjalankan proses mengambil keterangan, tapi pada moment itu, 16 hari bulan, 3.00 pagi, 17 hari bulan, cause of death yang doktor sebut, tak ada siapa tahu, tak ada siapa tahu. Hanya setelah siasatan dibuat dengan memanggil saksi, kawan-kawannya di sekolah dan kawan di kampung, gurunya, warden, ibunya sendiri, ayahnya.
Jadi, saya nak tegaskan bahawa apabila Bukit Aman mengambil alih, ia nya tak mengubah hala tuju siasatan. Dia masih lagi kepada tiga basis yang saya sebutkan tadi dan sehingga tadi pun, diserahkan kepada Peguam Negara pagi ini, masih kekal acuan hala tuju siasatan yang sama.
Jadi, itu yang saya sebut tadi bahawa ketidakpatuhan terhadap proses siasatan itu tidak sama sekali menjejaskan keseluruhan integriti siasatan kerana ia nya yang perlu kita tengok sekarang adalah apakah penyataan cause of death oleh doktor pakar, dengan apakah setelah mayat digali itu, cause of death itu sama. Yang itu biarlah Jabatan Peguam Negara yang meneliti hasil laporan daripada polis.
Saya nak ucap terima kasih banyak Indera Mahkota. Saya hargai dia ini great debater, Malay College, pembahas terbaik. Dia sangat structured dalam memberikan penghujahan dia.
Siasatan memang ada dua tahap, sebab itu saya jelaskan tahap awal adalah permulaan yang menuntutkan landasan framing, kerangka siasatan dan hala tuju. Bila Bukit Aman teruskan, ia nya kekal atas landasan yang sama. Cuma bezanya adalah siasatan awal, setakat 3 Ogos cuma menemui 38 saksi, tapi bila Bukit Aman ambil, kita luaskan skop siasatan sehingga 195.
Rakan-rakannya saja 100 orang lebih. Ya, sila ya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Mungkin kalau ada perbezaan utama ialah satu, sebelum post-mortem dan satu, selepas post-mortem. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebab itu yang saya sebutkan bahawa setakat siasatan pertama, dia siasat di bawah sudden death kerana doktor kata punca kematian kecederaan pada otak. So, dia siasat kat situ pada sudden death, tapi bila kita pergi lebih lanjut terutama selepas mayat digali dan ada yang sekarang dilengkapkan oleh Jabatan Patologi, pakar kimia termasuk kita pakai pakar-pakar psikiatri kita daripada D11, Bukit Aman yang menyiasat sebab kita buka diari dia.
Kita baca catatan tangan dia, kita tahu momen-momen terakhir dia. Pada jam 11.00 malam dia berada di mana, 10.00 malam apa berlaku di asrama, pada pukul 1.00 pagi dia berada di mana sebelum dia ditemui. Kesemuanya itu adalah merupakan corroborative evidence yang kita lengkapkan untuk mengetahui tentang catatan dari dia, penting, pakar psikiatri kita sebab itu establish dia punya tahap fikiran dia, mental dia pada ketika itu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, dengan semua perkara persoalan yang dibangkitkan termasuk saranan bahawa kes buli harus dilihat dengan lebih serius, saya sambut baik. Sebab itu tak mudah untuk saya berdiri di sini. Indera Mahkota pernah jadi anggota pentadbiran di sebelah sini, pernah ya.
Sebab itu saya sebut tadi dengan jelas tanpa basa-basi, isu buli termasuk di sekolah, sikap yang kena ambil adalah meminta para pentadbir supaya tidak mengambil pendekatan atau cuba untuk menutup. Bawa ke tengah sebab sekolah sepatutnya beri tempat paling selamat.
Alor Setar menyentuh tentang buli perlunya ada pindaan baru. Kita dah buat, Disember tahun lepas kita pinda, kita masukkan 507D dan pindaan itu kita baru wartakan Julai tahun ini dan kes ini bila kita buka berdasar kes buli, ini kes pertama yang kita buka di bawah 507D. Ini kes pertama.
Sebelum ini kita pakai — apa dia Damansara? 233 Kanun Keseksaan dan yang lainlah. Saya tak berapa fasih yang itu, tapi 507, selepas insiden kematian buli siber di Wangsa Maju yang gantung diri. Kita semua meluluskan pindaan itu. Apakah perlu ada satu akta khusus rang undang-undang buli? Kita let the process jalan dulu. Kalau ada kewajaran, saya tak fikir kerajaan harus ada apa namanya, kekangan.
Cadangan Alor Setar bahawa penerangan awal mesti dibuat. Kalaulah penerangan macam ini diberi pada ketika itu, I can't. Saya tak boleh sebab siasatan sedang berjalan. Kita tak boleh nak establish apa-apa lagi. Hanya setelah satu tempoh dan sekarang tentunya semua hasil percakapan itu dah semakin jelas, tapi pada peringkat awal, katakanlah, pada ketika mula, TikTok mengatakan bahawa kematian secara macam itu. Tak boleh. Macam mana kita nak buat?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Itu yang Marang sebut tadi. Kenyataan hasil seperti itu jelas mengganggu siasatan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri, boleh saya?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kalau saya memberikan kenyataan yang bersifat belum selesai, saya tak fikir itu satu langkah yang bijaksana walaupun ada keperluan mendesak sebab gelombang itu sedang berlaku. Kita perlukan penerangan, tapi kalau saya nak jawab dengan cara — saya prinsip saya mudah. Nak redakan apa pun keadaan, just tell the truth. Nothing but the whole truth. Itu saja yang saya nak buat dalam konteks kita sekarang.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas. Saya beri Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Speaker. Saya nak rujuk satu, bila Menteri sebut tidak boleh buat kenyataan dan penerangan sedangkan pada 1 Ogos, Menteri telah pun keluarkan kenyataan bahawa siasatan telah pun selesai pada 1 Ogos
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dan ia disiarkan oleh media pada 2 Ogos. Jadi, pada waktu itu siasatan apa yang selesai dan rakyat mendapati banyak lagi persoalan yang timbul selepas daripada itu, itu yang jadi persoalan. Terima kasih Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sekalikan dengan Alor Setar?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Boleh? Saya boleh sambung, ya?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, silakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, mengenai kerespon awal Tan Sri Yang di-Pertua. Saya setuju Yang Berhormat Menteri tak dapat maklumat penuh sebab masa siasatan masih berlangsung. Sekurang-kurangnya, time to time basis respons itu. Dia tidak memadai dengan hanya statement bertulis. Rakyat nak tahu, orang bercakap isu itu sekian, sekian. Itu maksud saya tadi. Terima kasih, Tan Sri.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Menteri, sikit. Tadi Menteri sebut seksyen 507A Kanun Keseksaan. A? E?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] D. Denmark.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Oh, Denmark. Okey, okey. Kalau A itu stalking. E, ya? D? Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Denmark, Denmark.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey, okey.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
D, Denmark. 50D dia ada satu, dua, dan sebagainya. Saya boleh...
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta Menteri menjawab ketiga-tiga soalan. Lepas itu, terus Tumpat ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Saya dah nak, nak, nak tutup.
Tumpat ya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Menteri, satu saja.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sikit saja.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya sebut tadi. Tumpat, Arau, Indera Mahkota. Saya ada satu sesi lagi RMK13.
Tuan Yang di-Pertua
Kita ada sesi lagi.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Insya-Allah. Sabar ya.
Tuan Yang di-Pertua
Waktu itu boleh tanya apabila...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya nak sebut begini. Kenyataan awal adalah berdasarkan kepada hasil yang kita lengkapkan pada momen itu. Pada momen itu, ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebab itu bila — itulah pertama kali saya diberi penerangan penuh, ya. Kita ini terima 400,000 laporan sebulan. 400,000 jumlah laporan sebulan, ya. Banyak perkara. Hari-hari berlaku pembunuhan, segala macam.
Jadi, hanya apabila pihak polis berpendapat momen ini, pegawai — Menteri mesti diberi taklimat. Saya dengar, ya. Pada akhirnya, mengatakan bahawa pada tahap sekarang, ini hasilnya. Tapi hala tujunya jelas. Ada elemen buli, ada elemen gangguan seksual, ada elemen pengabaian, ada. Cukup dari segi hala tuju, dan sekarang apabila Bukit Aman meneruskan pun, ia nya tak berubah. Cuma kelebihannya kerana kita memanggil lebih ramai saksi, keterangan itu lebih menyeluruh. Itu jawapan saya.
Baik, saya nak sebut tadi. Bangi, saya ucap terima kasih. Pandan, sahabat saya ya, yang bersahabat berpuluh tahun kami ini bersahabat. Sebab itu bila insiden itu berlaku tak lama, selepas itu berapa jam selepas itu, saya terus hubungi beliau, ya. Saya berikan kata- kata semangat, dorongan. Saya kenal anakandanya, Benjamin, dan isterinya, Fisha, okey, dan saya kenal dia sebagai sahabat yang sangat dedicated.
Sebab itu bila berlaku, kita orang politik beza tak apalah, tapi jangan sampai masuk touch bagi sebab family dan anak-anak, keselamatan ini. Kita tak mahu. Saya bagi jaminan itu dan saya tahu dia bawa ke hospital dan doktor bagikan penjelasan, apakah satu, dua, tiga kemungkinan dan Benjamin, anaknya masih terus kena menjalani pemerhatian susulan oleh doktor, ya. Doktor sedang uruskan.
Sementara aspek jaminan keselamatan, saya kata bahawa polis akan bagi sokongan sedaya upaya supaya tak timbul persepsi di luar. Kalau berlaku pada anak bekas Menteri, oh polis cepat beri dukungan. Tapi orang biasa, dia ke situ pula. Sebab itu dia tak selesai. Sebab itu, buat masa sekarang adalah beliau diberikan satu sokongan oleh kita semua. Saya ucap terima kasih. Kota Bharu keluarkan kenyataan. Semua pihak keluarkan kenyataan dan menolak perbuatan seperti itu.
Baik, cucu Tuan Yang Terutama, pengetua. Pengetua kepada Timbalan Menteri memang pernah jadi sekolah di situ. Tapi dia dah berhenti bulan 11. Insiden ini bulan 7.
Memanglah dia pernah jadi pengetua tapi dah berhenti, ya tak? Cucu TYT pula katanya.
Memang nama sama, nama bapa pun sama. Sama betul tapi bukan anak, bukan cucu dia.
Orang lain. Ya, lah, dia macam ya.
Saya dulu di universiti, profesor komunikasi saya buat satu story di bangku di taman bunga. Seorang lelaki berlari-lari dengan seorang perempuan. Kemudian mereka tinggal di bangku, berhenti rehat di bangku dan tampar-menampar satu sama lain dengan penuh kemesraan. Kelas, apa kesimpulan daripada gambaran ini? Pasangan yang sedang bercinta dan segala macam. Dan profesor bagi maklumat tambahan, lelaki itu umur 75, perempuan itu
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
umur lima tahun. Persepsi segala berubah. Tok Wan dengan cucu pula. Sebegitulah gambaran kitanya, ya.
Jadi, bila kita tengok keadaan macam itu, media sosial yang pantas, saya hargai teguran rakan-rakan bahawa sebagai kerajaan, kita harus tangkas dan cepat dalam melaksanakan perkara ini. Sebab itu, saya address-kan perkara ini, saya buat catatan semua sekali. Saya berhasrat untuk mengulangi penggulungan ini. Buat masa ini pada saya, mari kita akhiri sesi tengah hari ini untuk saya memimpin satu doa yang sangat ringkas buat adik Zara.
*[Membaca sepotong doa] “Ya Allah, ampunilah untuknya, rahmatilah dia, berikanlah dia kesejahteraan, maafkanlah dia, muliakanlah tempat dia bersemadi, lapangkanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, dengan salji dan air batu, bersihkanlah dia daripada kesalahan dosa-dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih daripada kotoran.
Gantikanlah dia sebuah rumah lebih baik daripada rumahnya, keluarga lebih baik daripada keluarganya dan masukkanlah dia ke dalam syurga. Lindungilah dia daripada azab kubur dan daripada azab api neraka.
[Membaca sepotong ayat al-Quran]* . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Tan Sri, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
...Sekarang selesailah sesi penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan kuasa yang ada pada saya inilah 1.15 minit. Sebab itu kita berhenti rehat dan insya-Allah kita masuk balik pada jam 2.30 petang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1).
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.16 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1). 18(1) saya telah hantar usul ini. Saya belum dapat jawapan iaitu semasa RMK13, kerajaan telah mengumumkan peruntukan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kampung Baru Cina.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau telah menghantar usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 pada Jumaat, 15 Ogos 2025. Usul tersebut telah diterima selepas jam 10 pagi pada hari Jumaat dan tidak cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Usul tersebut masih dalam pertimbangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Terima kasih. Saya sentuh tadi supaya peruntukan kepada orang India diberi sebanyak RM2 bilion dan diuruskan oleh MIC.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang. Peraturan yang kedua, 36(12), Yang Berhormat ya, iaitu saya telah hantar iaitu untuk merujuk Ahli Parlimen Jelutong berkenaan dengan kenyataan bahawa PAS parti ajaran sesat di bawah 36(12) supaya dia dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya telah hantar, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau boleh tunggu nanti Tan Sri Speaker masuk pukul 4.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pukul berapa Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pukul 4.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Saya hormati Puan Speaker yang dikasihi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dikasihi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pemakluman Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulanya giliran bagi Yang Berhormat Menteri menjawab perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas selama empat hari iaitu sehingga Khamis, 21 Ogos 2025.
Tan Sri Yang di-Pertua ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu baru semasa Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.
Selain itu, Yang Berhormat Menteri juga boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan akan diberikan jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan usul ini, maka, ia perlu di e-melkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam tempoh lima hari.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua juga ingin memaklumkan terdapat pertukaran giliran kementerian menjawab pada hari ini. Kementerian Kemajuan Desa dan
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Wilayah akan — telah bertukar giliran dengan Kementerian Kewangan di nombor 2 dan 3 seperti dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi) untuk menjawab dalam masa 20 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Sumbangan, pandangan, cadangan dan kritikan membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mencerminkan kesungguhan bersama kita untuk memastikan hala tuju negara berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Sebagai Menteri yang pertama yang menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya memohon untuk menjawab hujah-hujah di bawah tanggungjawab saya yang menyentuh hal ehwal perundangan melibatkan agensi seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Walau bagaimanapun, bagi agensi dan jabatan berlainan seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Parlimen, saya akan jawab bagi pihak jabatan dan agensi-agensi ini.
Sejak bermulanya perbahasan pada 4 Ogos yang lalu, pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, mencerminkan kepelbagaian fokus dan keutamaan yang dibawa oleh kawasan masing-masing serta kepelbagaian disiplin dan pengalaman yang dinamik di dalam Dewan ini. Setiap isu yang diketengahkan adalah penting dalam konteksnya dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan penjelasan yang jelas, seimbang dan berpandukan fakta.
Walau bagaimanapun, mengambil kira keperluan memberi laluan kepada rakan Menteri yang lain untuk bergulung pada hari ini, saya telah menyusun dan mengumpulkan beberapa isu yang dibangkitkan dalam Dewan bertajuk kepada beberapa tema utama.
Pertama ialah tema reformasi institusi undang-undang dan tadbir urus yang baik ataupun dengan izin, good governance. Yang pertama adalah perkara berkaitan dengan usaha reformasi undang-undang dan institusi yang — serta tadbir urus yang baik yang telah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
diajukan oleh Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Kota Melaka. Saya tak tahu Larut, Kota Melaka ada ke tak ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya baca sajalah. Dalam hal ini, Yang Berhormat Larut telah membangkitkan pertanyaan berkenaan keberanian politik Kerajaan MADANI untuk melaksanakan reformasi institusi dan tadbir urus secara menyeluruh.
Puan Yang di-Pertua, reformasi institusi dan tadbir urus yang menyeluruh bukanlah satu proses dengan izin, straightforward kerana ia melibatkan pelbagai aspek daripada prinsip kedaulatan undang-undang, integriti, inclusivity, kredibiliti dan akauntabiliti. Namun, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10, berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif, reformasi undang-undang dan institusi secara efektif, meskipun menghadapi pelbagai cabaran.
Reformasi ini juga mempunyai banyak aspek yang saling melengkapi, ada yang menyentuh perkukuhan institusi negara, ada yang melibatkan perlindungan hak asasi, ada yang menambah baik undang-undang yang sedia ada dan ada juga yang memperkukuh tadbir urus yang baik. Kesemuanya digerakkan secara selari supaya sistem perundangan kita sentiasa relevan, berkesan dan mencerminkan aspirasi rakyat serta perkembangan global.
Dalam aspek reformasi institusi, Kerajaan MADANI telah menggerakkan usaha berikut. Pertama sekali, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang diluluskan awal tahun ini yang mengembalikan autonomi Parlimen yang sebelum ini terhakis sekali gus memperkukuh fungsi semak dan imbang dalam Demokrasi Berparlimen.
Dalam isu pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya, di mana usaha ini dalam proses pada fasa akhir. Kajian perbandingan dengan beberapa negara telah dilakukan dan hasil kajian berserta cadangan model pemisahan akan dibawa ke pertimbangan Jemaah Menteri tidak lama lagi dan menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa menjawab soalan PMQT pada hari Khamis lepas, telah mengatakan insya- Allah, pada hujung bulan ini. Harapannya keputusan dasar oleh pihak Menteri Kabinet dalam pemisahan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Kedua-dua reformasi ini dilihat antara reformasi yang terbesar untuk melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan undi dua pertiga majoriti. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat pada pihak kerajaan, juga pihak pembangkang dalam isu berkenaan dengan Akta Perkhidmatan Parlimen. Kita mendapat undi majoriti dua pertiga.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Dan insya-Allah, saya percaya juga dalam pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, saya yakin juga setelah penerangan, setelah keputusan dasar dibuat oleh Mesyuarat Kabinet, saya cukup yakin bahawa setelah diberikan penerangan Yang Berhormat- Yang Berhormat pihak kerajaan dan juga pembangkang akan sama-sama memberi sokongan kepada kerajaan dalam membawa pindaan kepada Perlembagaan ini.
Kerajaan MADANI juga telah mengambil langkah besar reformasi daripada aspek access to justice dengan izin. Pertama, memperkasa dan membaharui sistem bantuan guaman negara melalui penggubalan Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam yang akan dibentangkan dalam sesi Parlimen ini. Insya-Allah pada minggu depan, bacaan pertama akan dilaksanakan dan kemudiannya bacaan kedua. Dan sebelum bacaan kedua, taklimat akan diberikan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada pihak kerajaan ataupun pembangkang.
Dan dalam proses memperkukuhkan mandat Jabatan Bantuan Guaman dalam negara kita, kita mahu melihat bahawa Jabatan Bantuan Guaman ini akan dibentuk dalam pembentukan yang mengambil kira bukan saja bantuan guaman tetapi pembelaan awam.
Dalam bahasa Inggeris, dengan izin bukan saja legal aid tetapi juga akan diberikan apa yang disebut sebagai public defender. Dan ini dapat memberikan fokus kepada golongan rentan dan rakyat menyeluruh yang dilihat sebagai mencukupi syarat-syarat untuk mendapat bantuan tersebut, akses yang lebih luas kepada khidmat guaman dan pembelaan berkualiti, sejajar dengan prinsip keadilan untuk semua.
Dan yang kedua, inisiatif kedua yang dilihat kepada masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman. Pejabat Ketua Pendaftaran Mahkamah dengan Ketua Hakim Negara yang baru yang saya telah bertemu pada minggu lepas juga bersetuju dengan inisiatif mahkamah bergerak untuk kawasan Semenanjung. Sebab mahkamah bergerak di kawasan Sabah, Sarawak itu memang telah dilaksanakan belum lagi di peringkat Semenanjung.
Dan harapannya satu negeri, satu mahkamah bergerak, yang mana program ini membolehkan rakyat di kawasan luar bandar khasnya, yang begitu jauh daripada bandar.
Maksudnya, selalunya mahkamah-mahkamah ini kalau dia tidak berada di ibu negeri, bandar negeri tersebut, ia akan mungkin berada di peringkat daerah-daerah yang besar.
Dan kita harap dengan adanya mahkamah bergerak ini Puan Yang di-Pertua, konsep akses kepada sistem perundangan, access to justice dengan izin, sama ada khidmat guaman, penyelesaian kes kecil-kecil, pendaftaran dokumen penting ialah langkah inklusif untuk memastikan keadilan tidak hanya dinikmati di pusat bandar tetapi juga di desa dan kawasan pedalaman. Dan kita berharap dalam Belanjawan tahun 2026 yang akan dibawa oleh Yang
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sidang Belanjawan, insya-Allah perkara ini boleh menjadi satu kenyataan dan satu kebenaran.
Ketiganya, kerajaan juga memberi tumpuan kepada pengukuhan mekanisme penyelesaian alternatif pertikaian ataupun dalam bahasa Inggeris alternate dispute resolution dengan izin, seperti mediasi dan timbang tara. Reformasi besar ini dilaksanakan termasuk pindaan kepada Akta Timbang Tara 2005 dan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA) pada Julai 2024 yang mewujudkan AIAC, Court of Arbitration dengan izin dengan proses lebih cekap dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Selain itu, semakan ke atas Akta Mediasi 2012 ini juga harapannya pada sesi yang akan datang, Akta Mediasi 2012 ini boleh dibawa sekali lagi ke Parlimen untuk dijalankan kepada pindaan untuk membolehkan Malaysia meratifikasi Singapore Convention on Mediation dan usaha ini digalakkan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau dalam penyelesaian pertikaian sivil dan komersial secara cepat, adil dan berkesan.
Jadi, dalam bab alternate dispute resolution dengan izin, ataupun dalam bahasa Malaysia penyelesaian alternatif pertikaian, kita mempunyai tiga prinsip iaitu pertama, commercial arbitration (timbang tara antarabangsa). Kedua, adjudication dan ketiga adalah konsep mediasi.
Berkenaan dengan reformasi undang-undang jenayah, di mana kerajaan telah melaksanakan beberapa pindaan penting terhadap Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi menangani cabaran jenayah moden. Antara reformasinya ialah pindaan kepada Kanun Keseksaan pada tahun 2023 untuk memperkenalkan peruntukan baharu menangani jenayah gangguan hendap iaitu stalking dengan izin. Pindaan kepada Kanun Keseksaan pada tahun 2024 untuk menangani fenomena akaun keldai ataupun mule account dan untuk memperkenalkan peruntukan baharu untuk menangani jenayah buli.
Penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Jenayah pada tahun 2025 ini adalah untuk mengkaji bagaimana undang-undang jenayah dalam negara kita boleh lebih responsif terhadap bentuk penjenayah dan cabaran baru dalam kompleksnya. Jadi, bila sebut tentang reformasi undang-undang komersial pula Puan Yang di-Pertua, kita melihat tentang elemen pertama penggubalan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan (Cross- border Insolvency) pada tahun 2025, yang bukan sahaja diluluskan di Dewan Rakyat, di mana UNCITRAL Model Law telah diadaptasi mengikut kesesuaian negara dan usaha ini telah mendapat global recognition daripada pertubuhan antarabangsa seperti INSOL.
Kemudian kita melihat kepada pindaan kepada Akta Jualan Barangan 1957 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, di mana pindaan
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
ini akan dalam proses untuk melindungi pengguna, meningkatkan daya saing perniagaan serta memudahkan urusan komersial di peringkat serantau dan antarabangsa.
Ketiga, penubuhan Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Akta Kontrak 1950.
Seperti kita semua tahu bahawa Akta Kontrak kita daripada falsafahnya daripada negara India dan kita melihat bahawa Akta Kontrak kita sudah tiba masanya untuk dikaji dan dikemas kini untuk bertujuan memastikan undang-undang kontrak dalam negara kita dengan satu standard dengan piawaian antarabangsa dan mampu menangani cabaran moden. Dan salah satu daripada cabaran yang paling berhadapan dalam penggunaan teknologi iaitu kontrak-kontrak yang dilihat dalam premis pada AI, Artificial Intelligence.
Dan keempat, penggubalan Rang Undang-undang Bidang Kuasa Admiralti, kerjasama bersama dengan Kementerian Pengangkutan untuk memperbanyakkan mahkamah- mahkamah admiralti iaitu mahkamah yang berhadapan dengan kes-kes laut. Admiralti itu yang ialah kes-kes marin. Sekarang ini, pusat marin antarabangsa kita dengan isu-isu tentang elemen undang-undang marin, undang-undang laut antarabangsa itu, mahkamah kita hanya ada satu ya Puan Yang di-Pertua, iaitu hanya di Kuala Lumpur. Sepatutnya mahkamah ini diperbanyakkan juga di negeri-negeri yang pelabuhannya semakin merancak supaya kes-kes ini tidak memakan masa yang begitu lama.
Oleh itu Puan Yang di-Pertua, kerajaan juga melalui BHEUU di mana dalam memacu inisiatif undang-undang yang sebahagian pada usaha kolektif memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik dengan izin good governance, ialah seperti yang saya sebut pada soalan Parlimen tentang RUU Ombudsman Malaysia, yang mana antara lain bertujuan untuk menyerap fungsi Biro Pengaduan Awam bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Persekutuan dan kini dalam fasa akhir dan diharapkan pada sesi akan datang kita dapat bawa kepada sidang Parlimen.
Diikuti pula dengan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat ataupun FOI, Freedom of Information. Ini juga adalah untuk memberi akses kepada rakyat untuk mendapat maklumat daripada badan awam dan kerajaan dan kini berada pada fasa akhir juga dalam sesi libat urus dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dengan izin dan pihak-pihak berkepentingan dan ini juga harapan pada sesi yang akan datang.
Dan kemudiannya pada Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat yang akan dilakukan secara berfasa di mana pindaan fasa pertama telah diluluskan oleh Dewan pada sesi yang lepas akan dibawa pada fasa kedua untuk bergerak seiring dengan penubuhan. Jadi, harapan bagi Kerajaan MADANI bila kita sebut tentang Ombudsman Malaysia, Ombudsman Malaysia juga bertanggungjawab kepada FOI dan juga kepada Whistleblower Act. Inilah harapan kerajaan untuk melihat bila bercakap tentang good
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
governance, ia berlandaskan kepada aspek menentukan bahawa ada semak dan imbang kepada pentadbiran negara.
Yang Berhormat daripada Kota Melaka pula, dia pun tak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Eh, sudah masuk.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Sudah masuk ya. Baru masuk. Panjang umur dia. Kota Melaka tentang Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat yang Kota Melaka tanya lebih kepada FOI. Untuk menjawab persoalan yang diajukan berkenaan dengan RUU FOI, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Februari tahun ini telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan pendapatan dasar dan penubuhan Jawatankuasa Protem.
Jawatankuasa Protem tersebut mula bersidang pada 17 April dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai wakil termasuk kementerian dan agensi pusat, penubuhan beberapa pertubuhan CSO dan beberapa pertubuhan NGO dengan izin, Majlis Peguam, SUHAKAM dan ahli-ahli akademik yang merupakan susulan daripada keputusan dan manfaat dan mandat yang sama diturunkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Disember 2024.
Dalam premis sekarang, Jawatankuasa Protem telah mengadakan lima siri mesyuarat, dua sesi perbincangan, satu sesi bengkel, dua sesi libat urus bersama dengan beberapa kementerian dan agensi dalam penyelarasan untuk menentukan dan memuktamadkan dasar-dasar penggubalan Rang Undang-undang FOI agar lebih komprehensif, bersesuaian dengan keperluan semasa serta selaras dengan aspirasi rakyat untuk memperoleh akses kepada maklumat yang tulus dan berintegriti.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Selain daripada itu, beberapa isu perbincangan meja bulat telah juga diadakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang masih perlu dalam proses perbincangan lebih iaitu pemakaian Rang Undang-undang FOI di peringkat negeri Tuan Yang di-Pertua, seperti yang juga berlaku dalam cadangan untuk mewujudkan ombudsman, juga cabaran di peringkat negeri.
Ini memandangkan kerana beberapa negeri mempunyai enakmen negeri FOI mereka dan ada beberapa negeri memang mempunyai perancangan mereka secara spesifik bila berhadapan dengan enakmen FOI yang nak mereka wujudkan. Jadi, ini yang akan dibawa dalam pertimbangan dasar Jemaah Menteri ya, sama ada FOI yang kita nak buat nak dibawa sekali ataupun akan kita pisahkan antara peringkat negeri dengan peringkat Pusat.
Keduanya, berkenaan dengan – kedua ialah tema tentang cadangan penambahbaikan pengoperasian Parlimen. Selain daripada pertanyaan khusus mengenai reformasi undang-
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
undang dan tadbir urus yang baik, terdapat cadangan menambah baik telah dibangkitkan daripada Yang Berhormat Kota Melaka, Stampin dan juga Yang Berhormat Beluran.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Antara cadangan tersebut, termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) untuk meneliti keputusan dasar kerajaan serta menjalankan kajian penambahbaikan terhadap sistem Parlimen Malaysia.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Puan Yang di-Pertua, kerajaan menyambut...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, sedikit tentang FOI, Kota Melaka.
Menteri nak tanya, agak-agak bila rang undang-undang ini akan dibentang di Parlimen, pertama. Yang kedua, adakah dia akan termasuk juga GLC? Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih, Yang Berhormat. Tadi saya dah jawab, tapi saya ulang fasal dia baru masuk. Memang harapannya pada sesi yang akan datang. Itu sebab di peringkat dasar itu Jemaah Menteri akan buatkan penentuanlah tapi selalunya FOI ini dilihat kepada agensi kerajaan dulu. Jadi dia akan buat dasar tentang berkenaan dengan GLC untuk dalam perbincangan di dasar dan juga di peringkat negeri lah dan kita kembali ke – Tapi walau bagaimanapun, saya yakin dengan Parlimen dan juga JKPK yang kita – yang mana pada minggu lepas telah kita luluskan 10, di mana bersama dengan kementerian-kementerian yang digabungkan ya. Banyak isu-isu yang boleh dibawa oleh JKPK.
Berbalik kepada jawapan saya pada pengoperasian Parlimen ya. Puan Yang di- Pertua, sebenarnya antara format dan juga fokus oleh pihak kerajaan ialah memberikan dalam masa dua tahun selepas daripada kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen itu ialah kebebasan kepada Parlimen berterusan dalam memperkukuh institusi Parlimen ini serta meningkatkan keberkesanan fungsi semak dan imbang. Ini menjadi kewajipan kerajaan, terutama sekali komitmen kepada Akta Perkhidmatan Parlimen.
Walau bagaimanapun, isu sekarang ini ialah ia memakan masa dan kita membuat fasa demi fasa dari segi perubahan. Malah saya ingin membawa perhatian kepada semua Ahli Yang Berhormat, bahawa Dewan Rakyat telah meluluskan yang saya sebut tadi tentang Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Kalau kita tengok kepada penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas, langkah ini sangat-sangat penting kerana ia mengkodifikasikan peranan dan bidang kuasa Jawatankuasa-jawatankuasa Khas tersebut, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Dengan pindaan ini, fungsi penyeliaan semak dan imbang serta akauntabiliti dapat diperkukuh dengan lebih tersusun dan berkesan. Berbalik kepada cadangan Ahli Yang
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Berhormat, cadangan seperti lazimnya melibatkan pelbagai pihak berkepentingan serta merangkumi banyak aspek, termasuk implikasi dari segi Perlembagaan Persekutuan, perundangan sedia ada, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, struktur organisasi Parlimen, sumber manusia dan implikasi kewangan memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan libat urus yang menyeluruh dan menyambung. Saya berucap terima kasih kepada...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Pihak Parlimen Malaysia kerana sentiasa berhubungan dengan pihak kerajaan supaya fasal demi fasal itu dapat kita laksanakan untuk menjadikan satu kenyataan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Oh, sila, sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya nak ucap tahniah kerana Yang Berhormat bawa cadangan pindaan Peraturan Majlis Mesyuarat minggu lalu, kalau saya tak silap dan kita sebulat suara melulus. Tapi oleh kerana tiada kesempatan untuk berbahas atas petua Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya telah hantar surat mengemukakan enam cadangan, kalau boleh ditambah baik apa-apa yang telah kita luluskan. Ini saya saja nak bagi maklumat ini kepada Yang Berhormat, minta tolong tengok surat yang saya hantar kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.
Memang inilah yang kita nak, terutama sekali daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Sentiasa mengingatkan sebab pengingatan bukan pada kerajaan tetapi lebih kepada Parlimen untuk menentukan ia menjadi satu kenyataan, tetapi wakil-wakil daripada parti memang ada dalam jawatankuasa supaya dapat memperbincangkan dengan lebih segala cadangan.
Tetapi bila contohnya saya menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Speaker, saya mewakili kerajaan hanya sebagai watching brief. Saya tidak langsung terlibat dalam perbincangan, setuju ke tidak sebab itulah kebebasan yang nak kita takrifkan ya.
Disebabkan oleh masa dan Yang Berhormat tiada, saya nak menjawab tentang isu Yang Berhormat Beluran, Kota Belut, Jerlun, Hulu Terengganu. Saya akan memberi Stampin iaitu isu tentang SPRM dengan isu tentang SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis dalam jangka masa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima hari.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Sebelum lima hari, cukup. Jadi, saya ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat dan segala yang saya tak sempat jawab pada
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
awal tadi akan saya berikan juga jawapan secara bertulis. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, kalau boleh...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Saya bangkitkan Perkara 49A.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Adakah kerajaan bercadang untuk meminda iaitu anti lompat parti? Mohon jawapan bertulis lah kalau boleh.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
49A? Yang mana? Yang mana Yang Berhormat?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
49, anti lompat.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Article 49?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya bangkitkan Perkara 49A, tapi tak ada.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Oh, peruntukan melarang dua keahlian.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya boleh beri jawapan bertulis. Saya tak bersedia sekarang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan.
Masa 20 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Izinkan saya untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh perihal Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Penyelarasan Persekutuan (ICU), Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kesemuanya ada 29 orang, walau bagaimanapun, terlebih dahulu saya akan menjawab isu yang berkaitan Wilayah Persekutuan daripada lima Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat-Yang Berhormat Seputeh, Kuala Terengganu, Labuan, Batu dan Bukit Naning. Saya lihat ramai yang tak ada Yang di-Pertua, tetapi saya perlu jawab kerana ini adalah isu yang menjadi perhatian ramai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Isu yang berkaitan dengan Wilayah Persekutuan ini, yang pertama yang dibawa oleh YB Seputeh, menzahirkan kebimbangan mengenai pewartaan Kaedah-kaedah
(Perancangan) Wilayah Persekutuan 2025 pada 13 Jun 2025, khususnya Kaedah 3 yang dilihat kurang memberi ruang konsultasi awam.
Untuk makluman, kaedah ini dilaksanakan selaras dengan PTKL 2040 dan Akta 267 yang bersifat pentadbiran serta teknikal bagi memperkemaskan proses permohonan kebenaran merancang tanpa mengubah dasar sedia ada. Kaedah 3, 2025 hanya menggantikan amalan sedia ada di bawah Kaedah 7 dan Kaedah-kaedah Rancangan
(Pembangunan) 1970. Proses pelaksanaan yang sama dan prinsip pelawaan pandangan awam masih dikekalkan.
Dalam hal ini, satu garis panduan yang jelas akan dibangunkan dan akan diperhalusi bersama oleh semua pihak berkepentingan termasuk Ahli Parlimen semasa dalam sesi konsultasi bersama Datuk Bandar atau dalam Majlis Menteri Wilayah. Walau bagaimanapun, Datuk Bandar juga sebenarnya bersedia selepas daripada ini untuk proses libat urus bersama the stakeholders ataupun pihak-pihak berkepentingan untuk penerangan yang lebih lanjut, Yang di-Pertua.
Kedua, Yang Berhormat Batu membangkitkan isu tanah kuil dan juga rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di mana sehingga 31 Mei 2025, terdapat 54 kes Yang Berhormat, yang mendiami tanah kerajaan, rizab atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, termasuk 25 kes yang tidak berdaftar. Perkara ini sedang ditangani melalui Jawatankuasa RIBI dengan kerjasama Malaysia Hindu Sangam ataupun MHS sebagai pemudah cara dan pemantauan akan diteruskan oleh JWP bagi memastikan penyelesaian yang lebih teratur.
Ketiga, yang dibawa oleh YB Bukit Bintang. Saya kira, saya lepaskan yang ini dulu sebab dia agak teknikal. Saya juga ingin sebutkan perkara yang disentuh oleh YB Bukit Bintang berkenaan dengan warga emas ya. Yang ini penting sebab peningkatan warga emas daripada 4.6 peratus pada tahun 2010 kepada 6.6 peratus pada tahun 2020 dan dijangka 17.3 peratus pada tahun 2040 peningkatannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Sehubungan itu, PSKL 2040 mencadangkan penyediaan rumah persaraan berdikari, rumah dengan bantuan perubatan, dan rumah penjagaan. Manakala PTKL 2040 pula memperincikan konsep perumahan mesra warga emas seperti perkampungan persaraan, perumahan dwikunci dan perumahan mampu milik mesra warga emas.
Dalam hal ini, lapan tapak perumahan awam sewa bersubsidi, PASS — bukan P-A-S, P-A-S-S telah dikenal pasti termasuk dua di Bukit Bintang iaitu di Pekan Salak Selatan dan Wayfield Sungai Besi untuk ditawarkan kepada golongan yang tidak berkemampuan termasuk
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
warga emas. PTKL 2040 juga turut mencadangkan pembangunan semula perumahan awam
(PA) dan PPR untuk menambah ke sekurang-kurangnya 20 peratus unit perumahan mampu milik.
Mengenai — kemudian berkenaan dengan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung pula, buat masa ini Kuala Lumpur telah pun mempunyai 24.64 kilometer laluan yang bersambung dengan stesen MRT atau LRT dan hentian bas dan usaha ini akan diteruskan selaras dengan matlamat lima PTKL 2040, iaitu menumpukan pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya mobiliti cekap dan mesra alam dengan pembangunan rangkaian laluan pejalan kaki yang selamat, berterusan dan juga mudah sampai.
Yang Berhormat Labuan, tak ada juga tapi saya perlu sebut juga yang ini Yang di- Pertua, iaitu Yang Berhormat Labuan membangkitkan isu tentang kedudukan Labuan dalam perancangan nasional, termasuk isu pembangunan dan keterhubungan. Untuk makluman, pembangunan Labuan dipandu oleh Rancangan Struktur Labuan 2040 atau RSL 2040 yang diwartakan pada April 2025 sebagai dokumen statutori merangkumi pemerkasaan ekonomi pelabuhan, minyak dan gas, perikanan, pelancongan mampan serta juga pengukuhan status kewangan antarabangsa.
Dari segi keterhubungan, perkhidmatan feri dan bot laju juga telah ditambah baik, manakala kajian kebolehlaksanaan jambatan Labuan-Sabah sedang dijalankan dan dijangka siap pada 2026.
Walau bagaimanapun, izinkan saya menarik perhatian Dewan kepada kejayaan Borneo Floral Festival 2025 yang kita laksanakan baru-baru ini yang telah mencatat kemasukan hampir 17,000 kenderaan dari luar dalam tempoh lima hari serta menerima kehadiran sekitar 66,000 pengunjung luar. Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa Labuan kekal berdaya saing sebagai destinasi pelancongan dan ekonomi walaupun jambatan Labuan-Sabah belum lagi dibina. Jadi sudah tentu kerajaan tidak menafikan keperluan jambatan tersebut tetapi Labuan sudah pun menunjukkan potensi pertumbuhan yang mampan melalui kekuatan sedia ada.
RSL 2040 turut menetapkan dasar, strategi dan juga inisiatif bagi memastikan pembangunan Labuan konsisten walaupun berlaku perubahan kepimpinan. Manakala dari segi peruntukan pembangunan pula, di bawah Rolling Plan 5 (RP5) RMKe-12 tahun 2025, sebanyak 76 projek baharu dengan kos RM1.17 bilion dan 17 projek sambungan dengan kos RM589.38 juta ringgit telah pun diluluskan di Labuan.
Yang Berhormat Kuala Terengganu pula membangkitkan isu komposisi 40 peratus Melayu-bumiputera dalam PSKL 2040. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PSKL 2040 mengunjurkan jumlah penduduk Kuala Lumpur pada tahun 2040 seramai 2.35 juta orang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Berdasarkan unjuran kadar pertumbuhan tahunan 1.04 peratus, penetapan ini diperincikan mengikut komposisi kaum sebagai strategi keseimbangan sosial dan inclusivity.
Bumiputera diunjurkan mewakili 41.5 peratus daripada jumlah penduduk tetap Kuala Lumpur menjelang 2040. Unjuran ini disokong oleh penambahbaikan DBKL yang memperuntukkan 40 peratus kuota bumiputera bagi projek persediaan dan 70 peratus — sorry, bagi projek persendirian, dan 70 peratus bagi projek kerajaan atau usaha sama yang merujuk kepada pemilikan hartanah, bukan penyewaan.
Sebelum saya beralih daripada isu yang berkaitan dengan Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa ada satu perkara yang saya sama sekali tidak bersetuju kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Marang, iaitu Kuala Lumpur punca masalah yang dalam pantun beliau ketika berbahas pada 13 Ogos 2025 yang lalu. Bagi saya, ia berbaur persepsi dan juga emosi, bukan sebenarnya perkara yang sebenar ataupun fakta.
Jadi, untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, banyak perkara yang telah kita tambah baik di Kuala Lumpur ini dari sudut pentadbiran khususnya yang mewujudkan — apa-apa yang telah kita wujudkan di antaranya ialah Majlis Konsultasi Datuk Bandar, ini antara Ahli Parlimen dan juga Datuk Bandar, kemudian Majlis Menteri Wilayah, pertemuan Menteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
...dan Ahli Parlimen secara berkala. Kemudian juga sesi temu rapat Menteri bersama rakyat ataupun stakeholders dan kita memperkasakan juga majlis perwakilan penduduk dan pelbagai lagi yang telah kita lakukan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
...dalam memastikan pentadbiran hari ini memberi yang terbaik kepada rakyat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, terima kasih Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
YB, dengan izin...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sikit je, Menteri. Saya ingin ucapkan tahniah kerana kalau kita lihat di Asia Tenggara, Kuala Lumpur adalah di antara destinasi yang paling dikunjung oleh orang dari luar negara sebagai destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia. Jadi, terima kasih dan teruskan dengan usaha, syabas kepada Menteri dan kerajaan. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jelutong, saya kira banyak lagi sebenarnya pencapaian yang telah kita catat sebagai ibu negara Kuala Lumpur yang dikenali di seluruh dunia, bukan negara sahaja.
Jadi, saya nak ungkapkan serangkap pantunlah sebagai balasan kepada pantun Yang Berhormat Marang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Dari Sekijang menuju Marang, Singgah sebentar di bandar Kemaman; Kuala Lumpur kini gemilang, Di bawah MADANI, rakyat jadi keutamaan. Jadi Yang di-Pertua, saya teruskan. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Dungun. Pada kali ini, saya akan menceritakan tentang atau menjawab Bahagian Istiadat Dan Urusetia Antarabangsa iaitu BIUPA. Penghargaan saya berikan kepada Yang Berhormat Dungun dan juga YB Kapar yang telah membangkitkan isu berkaitan tindakan undang-undang terhadap insiden pengibaran Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik. Isu yang sama juga dibawa oleh Arau...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, boleh Sik mohon sikit...
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
...melalui Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2)
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...pencerahan, boleh?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
...dalam mesyuarat ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya tinggal 10 minit, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sikit, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Banyak lagi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Berkaitan Kuala Lumpur, boleh?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya dah berubah topik dah, minta maaf.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh Menteri?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya habiskan dulu Yang Berhormat, minta maaf. Jadi, isu ini juga telah disentuh sebenarnya pagi tadi oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ketika sesi penjelasan Menteri tadi dan saya sendiri semalam juga saya telah menyampaikan pesanan supaya kita semua ini berhati-hati ketika kita menaikkan Jalur Gemilang kerana ia nya adalah simbol maruah negara.
Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat, kawalan penggunaan dan pengibaran Jalur Gemilang adalah tertakluk kepada beberapa undang-undang sedia ada termasuklah Akta Lambang dan Nama 1963, yakni Akta 414; Akta Lambang Kebangsaan 1949 [Akta 193] dan juga Akta Hasutan 1948, iaitu Akta 15. Ketiga-tiga akta ini memperuntukkan larangan penggunaan yang tidak wajar serta hukuman yang setimpal bagi kesalahan yang berkaitan, terutamanya seksyen 11, Akta 15 yang membenarkan pegawai polis yang berpangkat inspektor ke atas untuk membuat tangkapan tanpa waran sekiranya terdapat kesalahan.
Manakala tindakan tambahan boleh diambil di bawah peruntukan undang-undang lain mengikut budi bicara Timbalan Pendakwa Raya.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya, kemudiannya beralih kepada...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, Menteri tak jawab. Saya tanya, berapakah kes yang telah pun tersabit dengan kesalahan itu di bawah undang-undang yang disebutkan oleh Menteri?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, saya minta maaf kerana saya tidak ada apa ini, statistik itu, dan saya akan jawab secara bertulis, Yang Berhormat. Terima kasih.
Jadi, kita menyentuh Jabatan Perkhidmatan Awam pula. Tuan Yang di-Pertua, ada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang menyentuh isu di bawah tanggungjawab JPA ini, iaitu Yang Berhormat Hulu Selangor, Kepala Batas, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Batu Pahat, Bakri, Bandar Kuching, Kuantan, Bentong, dan juga Langkawi. Jadi, enam orang daripada Ahli Yang Berhormat tersebut membangkitkan cadangan kenaikan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun termasuk kebimbangan kesannya terhadap peluang pekerjaan graduan baharu dan cadangan pelaksanaan secara berperingkat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, umur persaraan masih lagi kekal di usia 60 tahun sebagaimana termaktub dalam Akta Pencen 1980, iaitu Akta 227 dan Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, iaitu Akta 239. Walau bagaimanapun, Rangka Tindakan Penuaan Nasional di bawah Kementerian Ekonomi melihat adanya keperluan dasar bagi menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun bagi sektor swasta dan juga awam. Namun, JPA tidak terburu-buru dalam hal ini dan sedang melaksanakan kajian menyeluruh merangkumi aspek kesihatan, produktiviti, peluang kenaikan pangkat pegawai muda serta implikasi fiskal jangka pendek dan juga jangka panjang.
Dalam perbincangan dengan pihak CUEPACS pula, beberapa aspek masih lagi diteliti dengan lebih lanjut. Yang berkaitan dengan peningkatan umur persaraan akan dibuat secara berperingkat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang keduanya, pegawai perlu diberi pilihan umur persaraan. Yang ketiganya, pegawai yang memilih untuk berpencen pada usia 65 tahun hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan dan juga psikometrik yang berkaitan dengan mental dan yang keempatnya, prinsip melanjutkan usia persaraan adalah bagi mengekalkan...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Speaker, Tumpat bangun.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
...pegawai yang kompetensi benar-benar diperlukan oleh kerajaan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, saya bimbang takut terlepas. Saya ada tanya soal mengenai banjir. Persediaan untuk banjir bawah
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
NADMA untuk pusat pemindahan kekal di Tumpat. Jadi, saya bimbang soalan itu terlepas sebab dah - masa dah singkat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya mengambil maklum tentang hal ini dan saya akan semak.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Kalau di bawah JPM, maka saya akan jawab.
Saya bimbang - saya kira mungkin yang itu di bawah kelolaan TPM.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor, tajuk yang sama.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik dalam...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tajuk yang sama berkaitan dengan pencen dan perkhidmatan awam itu.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Okey.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Boleh saya tahu, siapakah di antara yang berada dalam — duduk dalam kajian tersebut? Itu sahaja.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Ulang balik Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dalam kerangka pencen sehingga 65 tahun tadi, siapakah yang berada dalam kajian tersebut? Maksud dia, yang duduk membincangkan perkara tersebut.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Maksudnya, the stakeholders-lah, the stakeholders. Ya, yang ini sebenarnya JPA sedang membuat pelbagai kajian bersama dengan pelbagai stakeholders, termasuk CUEPACS, Yang Berhormat. Yang lainnya, saya kira nanti saya akan jawab bila saya dapatkan siapa-siapakah mereka yang dilibatkan dalam kajian tersebut.
Baik, saya sambung. Dalam kajian menentukan umur persaraan yang sesuai ini, kerajaan akan mengambil pendekatan yang komprehensif dan juga teliti untuk mengukur kemampuan kewangan kerajaan jangka pendek dan juga jangka panjang, yang juga akan turut diteliti bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah holistik dan seimbang dengan mengambil kira kepentingan negara serta juga kebajikan penjawat awam secara keseluruhan.
Keduanya, Yang Berhormat Kepala Batas membangkitkan pelaksanaan kuota satu peratus pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam. Dalam jawapan lisan bertarikh 12 November 2024, saya juga telah melaporkan pengisian OKU dalam perkhidmatan awam adalah 0.3 peratus.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Pencapaian yang dilaporkan ketika itu adalah daripada data HRMIS semata-mata.
Sehingga suku kedua 2025, jumlah pencapaian telah pun dikemas kini kepada 0.64 peratus, bersamaan dengan 9,331 orang OKU dalam perkhidmatan awam, melalui padanan maklumat antara sistem HRMIS dan juga Sistem Maklumat OKU ataupun SMOKU serta kutipan manual yang dilaksanakan sendiri oleh JPA.
Langkah penambahbaikan terus diambil seperti penganjuran bengkel bersama pegawai sumber manusia, pelaksanaan Program Jelajah Organisasi Mesra OKU iaitu JOM OKU 2025 dan penyediaan kursus kesedaran seperti Disability Equality Training (DET) serta juga kursus bahasa isyarat.
Seterusnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya akan menjawab ringkas sahaja mengenai isu bayaran insentif wilayah (BIW) yang dikemukakan oleh YB Bandar Kuching dan elaun kelulusan khas (EKK) oleh YB Langkawi. Memandangkan terdapat pertanyaan lisan yang ditujukan kepada JPM menyentuh isu ini, pada hari Rabu nanti saya akan menjawabnya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Untuk maklumat, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang memberikan kenaikan gaji 15 peratus secara berperingkat, di samping pelbagai imbuhan lain, telah mengambil kira kadar pendapatan penjawat awam yang berkhidmat rentas wilayah ataupun di kawasan khas tertentu seperti di pedalaman. Jadi, berbalik kepada soalan YB Kuching...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Sikit lagi, sikit lagi. YB Bandar Kuching, JPA telah pun mencadangkan kepada KKM supaya menjalankan kajian bagi memahami faktor keengganan pegawai kesihatan berkhidmat di Sabah dan juga di Sarawak ataupun di Labuan, sama ada mungkin juga berkait dengan kadar BIW ini ataupun tidak langsung berkait. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya? Okey. Yang Berhormat Menteri, saya — dalam perbahasan saya, saya bangkitkan isu berkenaan rebranding, dengan izin, Dasar Pandang ke Timur yang selama hari ini merupakan dasar yang menjadi custodian di bawah JPA. Boleh saya dapatkan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang hal ini? Ataupun JPA dah lupa dah tentang tanggungjawab JPA dalam
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
memantau Dasar Pandang ke Timur yang kerajaan pada hari ini nak — kononnya nak batalkan. Terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat, saya nak bangkitkan mungkin satu, dua itu dijawab hari Rabu nanti.
Satu, kebetulan Pengerusi Majlis TVET Negara pun ada dalam Dewan. Ini timbul masa kami berbincang soal TVET dalam Select Committee yang saya pengerusikan. Sebab ada pegawai-pegawai, dia ini instructor atau guru TVET. Ada yang di bawah perkhidmatan guna pakai bersama dan ada yang di bawah perkhidmatan tertutup. Isunya ialah motivasi dan career path. Kalau dia perkhidmatan tertutup, dia nak naik pangkat itu, dia agak sempit sikit.
Yang kedua ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Adakah ini isu baru atau Yang Berhormat...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tak, tak. Ini saya bahaskan dalam RMK...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau sudah bahas, suruh Menteri jawab.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua, ada masanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kerana tak cukup masa lagi.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya. Saya bahas bawah Pendidikan tapi dia ada kaitan dengan JPA. Yang kedua, ringkas saja — juga saya minta jawab kemudian. Ini soal perancangan JPA untuk memastikan ada skim guru yang lebih baik, skim pensyarah yang lebih baik dan akhir sekali ialah soal tatatertib perkhidmatan awam ni. Orang yang kena tatatertib ni selalu kita dengar dia kena tukar saja tapi lama-lama lepas tu, naik pangkat juga. Jadi, isu tatatertib, siapa kena tukar, tak tukar, turun gred, ini mungkin boleh dijawab kemudian.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, tadi janji nak beri dekat Sik tadi, berkaitan pembangunan Kuala Lumpur, boleh ya?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya tinggal 17 saat saja.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sedikit YB Menteri, ya. Tadi, Yang Berhormat Menteri sebut bahawa ada representasi daripada penduduk berkaitan dengan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
pembangunan Kuala Lumpur. Tetapi apa yang berlaku dalam isu kolam takungan banjir Kampung Bohol yang sangat serius, dipantau oleh penduduk, namun tidak dipedulikan dan berlaku pengambilan tanah di tepi kolam takungan ini. 5,000 pangsapuri akan dibina dan penduduk telah bertemu dan mereka kesal kenapa DBKL tidak pun mengambil peduli bantahan mereka. Jadi, representasi disebut — dan disebut oleh Maran itu adalah benar bahawa ada masalah dalam pembangunan di Kuala Lumpur ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat Sik, sebenarnya saya dah jawab panjang tentang isu Bohol ini. Yang Berhormat kena cari balik mungkin Hansard ataupun kenyataan-kenyataan media yang saya telah lakukan sebelum ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila gulung. Masa sudah tamat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Masa dah tamat. Cumanya untuk menjawab kepada Indera Mahkota dan juga Machang ini, saya kira saya perlu teliti soalan-soalan tersebut dan mungkin kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih. Kena gulung dah ke?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Sebenarnya, ada banyak lagi isu-isu yang saya belum sentuh berkaitan dengan MKN, NACSA dan ICU. Tapi saya telah minta digulung — menggulung perkara ini. Jadi, yang lainnya saya kira saya jawab secara bertulis, Yang di- Pertua.
Jadi, saya akhiri penggulungan ini dengan — sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa RMK13 ini bukan saja dokumen perancangan lima tahun, bahkan merupakan kompas jangka panjang untuk memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara maju, inklusif dan juga berdaya saing.
Sekiranya masih ada isu, seperti saya sebut tadi, yang saya belum jawab lagi, saya mohon untuk mengemukakan secara yang bertulis dan akhir sekali, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, untuk meneruskan tradisi menutup penggulungan ini dengan dua rangkap pantun iaitu, *Gunung tinggi sama didaki, Lurah dalam sama dituruni; RMK13 pedoman murni, Demi Malaysia makmur harmoni.
Mekar indah di laman desa, Bunga cempaka harum mewangi; RMK13 harapan bangsa, Malaysia MADANI rakyat disantuni.*
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Semoga dengan izinnya, segala perancangan di bawah RMK13 dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat dan juga kemakmuran negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama. Masa 20 minit sahaja. Jawab yang berada dalam Dewan dulu.
Yang tak berada dalam Dewan, jawab secara bertulis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker atas teguran dan nasihat tadi. *Bismillahirahmanirahim.
[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia MADANI.
Puan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan penggulungan ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat bersama-sama merenung firman Allah SWT dalam Surah Saba’, ayat yang ke-15.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda yang membuktikan kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu dua kumpulan kebun yang luas lagi subur, yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri kampung mereka, lalu dikatakan kepada mereka, makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya, negeri kamu ini adalah negeri yang baik, aman dan makmur dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama sepanjang tempoh perbahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, seramai 15 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama, bermula dari 4 Ogos hingga 14 Ogos 2025 yang lalu. Senarai pembahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Paya Besar, Temerloh, Seri Gading, Shah Alam, Sungai Besar, Hulu Langat, Bagan Serai, Bukit Gantang, Pokok Sena, Jerlun, Baling, Kuala Kedah dan Kepala Batas.
Puan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab terlebih dahulu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa meskipun ianya di luar tajuk pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, “Melakar Semula Pembangunan”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah membangkitkan persoalan berkaitan projek penjenamaan Lembaga Tabung Haji (TH), proses perolehan yang digunakan dan justifikasi membelanjakan RM20 juta untuk sekadar projek penjenamaan. Yang Berhormat Puan Speaker, TH sentiasa melaksanakan kajian dan semakan terhadap tahap keyakinan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri, Menteri, tanya sikit boleh Menteri? Menteri, soal berkaitan dengan penjenamaan tadi itu. Saya nak tanya, masa zaman kerajaan 33 bulan dulu, kerajaan sebelah sana dulu, dia ada tak bagi projek tu kepada kontraktor-kontraktor yang bukan, non-bumiputera? Terima kasih Speaker. Saya pandang Speaker tepat pada hari ini. Terima kasih Speaker, terima kasih Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Puan Speaker, Yang Berhormat Hulu Langat, boleh saya: ingat saya selesaikan dulu jawapan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Selesaikan dulu, ya.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
TH sentiasa melaksanakan kajian dan semakan terhadap tahap keyakinan dan kualiti perkhidmatan yang turut melibatkan penambahbaikan kepada penawaran produk perkhidmatan dan proses kerjanya. Ini adalah penting untuk memelihara kepentingan pendeposit dan memberi perkhidmatan yang memenuhi keperluan semasa umat Islam Malaysia. Semakan berkala ke atas imej sesebuah syarikat atau organisasi yang telah lama ditubuhkan adalah suatu keperluan untuk meningkatkan kualiti dan keyakinan pendeposit. Ia bertujuan memberi nafas baharu kepada jenama TH dan memastikan TH kekal relevan terutamanya kepada generasi baharu dan golongan belia masa kini dan masa akan datang.
Hasil kajian TH telah mendapati bahawa 53 peratus daripada pendeposit TH memiliki simpanan tidak melebihi RM1,300 dan ini menunjukkan ketidakmampuan pendeposit menerima tawaran menunaikan ibadah haji.
Oleh itu, TH berusaha untuk menyusun semula strategi dan menangani perubahan demografi. Perubahan demografi yang besar sedang berlaku dan TH tidak mempunyai hubungan baik dengan pendeposit yang lebih muda. TH perlu mencapai, memahami dan mengikuti segmen yang lebih muda. TH perlu memodenkan pemesejan dan teknologinya dan meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan TH dan keperluan untuk menabung awal dan secara konsisten serta saranan dalam memenuhkan jumlah minimum untuk memberi peluang menunaikan haji.
Sorotan perkembangan trend gaya hidup dan ketidaktentuan global dan tempatan tahun demi tahun, ditambah lagi dengan evolusi demografi pendeposit menunjukkan betapa pentingnya TH meneruskan usaha mempertingkatkan imej serta penawarannya untuk terus cekap dan berdaya saing dengan produk dan perkhidmatan berinovatif agar dapat
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
menyantuni dan menjaga kebajikan para pendeposit dan jemaah haji buat jangka masa panjang, long-term sustainability dengan izin, Yang Berhormat Puan Speaker.
Sejak 1963, TH telah melakukan semakan penjenamaan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1969, 1995 dan 2009. TH sentiasa mendukung amalan tadbir urus korporat terbaik dan mematuhi segala polisi serta proses perolehan. Syarikat yang telah dilantik adalah gabungan konsortium daripada empat buah syarikat tempatan berpandukan kepakaran dan kebolehan selari dengan keperluan kerja penjenamaan ini.
Gabungan konsortium ini dianggotai oleh golongan profesional berbilang kaum.
Pemilihan syarikat ini telah mendapat kelulusan melalui kaedah dan tadbir urus perolehan TH yang dikawal selia oleh lembaga pengarah. TH sentiasa mengutamakan syarikat bumiputera di bawah polisi perolehannya. Pada tahun 2024, 81 peratus daripada vendor dilantik TH adalah syarikat bumiputera melibatkan 70 peratus daripada jumlah perbelanjaan TH. TH mengesahkan bahawa kos menggunakan perunding ialah sebanyak RM5.9 juta untuk tiga tahun dan bukan RM20 juta seperti yang didakwa.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Pengkalan Chepa turut menyentuh isu status aset di bawah Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. Dalam hal ini...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, saya tunggu Yang Berhormat Menteri jawab tujuh minit. Hanya soalan yang saya bangkitkan ini.
Pertamanya, terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri telah memberikan dan mengesahkan angka yang sebenar walaupun ada argumen lain kerana kita bercakap tentang dokumen yang confidential, yang mungkin melibatkan OSA. Jadi, kalau RM9 juta yang dibelanjakan, sudah boleh menaja berapa ramai jemaah haji Yang Berhormat? Satu.
Kemudian, keperluan untuk rebranding, kita memang faham tentang perkara itu dan perbelanjaan untuk rebranding itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, kenapa syarikat yang dilantik itu adalah 5gram Communications Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh non- Muslim? Saya ada senarai nama, saya buat carian di sini. Lembaga pengarah dia, Teh Le Vin, Choo Lee Ping, Yeow Ai Lin, Quah Seng Chit dan pemegang saham dia, Teh Le Vin 20 peratus saham, Choo Lee Ping 10 peratus saham, Quah Seng Chit 70 peratus saham.
Apakah sudah tandus syarikat bumiputera Melayu beragama Islam? Saya tak kisah kalau Yang Berhormat nak beli kertas daripada company yang — ini bukan soal rasis tapi soal you nak rebranding Tabung Haji, yang ada perkataan di situ hayya 'alal-falah, yang ada labbaikallah. Soal urusan haji. You nak persembahkan imej baharu kepada masyarakat Malaysia, masyarakat dunia tentang Tabung Haji. Macam mana company boleh company daripada yang bukan Islam?
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, jangan berbahas.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sedangkan Tabung Haji pernah melantik berapa company, bzBee Konsultan Sdn. Bhd. yang pernah menaikkan imej Tabung Haji, satu.
Yang keduanya Yang Berhormat, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat, bagaimana perolehan projek ini diberikan kepada 5gram Communication? Bagaimana perolehan ini dibuat? Saya mendapat dan memperoleh maklumat, Yang Berhormat tak jawab tadi. Saya jangka bila Yang Berhormat tak jawab, itu adalah titik lemah kepada apa yang saya bangkitkan.
Bagaimana perolehan dibuat kerana konsultan yang ada di luar, yang bumiputera, beragama Islam, pernah berurusan dengan Tabung Haji, pernah mendapat tender secara terbuka. Mereka menanti-nanti dan setiap kali, setiap hari buka website Tabung Haji tidak ada.
Tahu-tahu dianugerahkan kepada syarikat non-Muslim untuk rebranding. Jadi, apa cara rebranding?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat cukup.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kalau Yang Berhormat tak tahu nak jawab, saya nak jawab bagi pihak Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini adalah award secara runding terus. Apakah Yang Berhormat tidak mendukung hasrat Perdana Menteri yang selalu disebut soal tatakelola, tender terbuka?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sekarang Menteri menjawab, bukan Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tambah lagi, ini adalah perkara yang sangat sensitif Yang Berhormat. Sila jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Puan Timbalan Speaker.
Terima kasih Pengkalan Chepa atas — saya rasa soalan yang sama yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat sebentar tadi. Saya jawab sekali, Puan Speaker.
Seperti mana yang saya jelaskan, pelantikan konsortium ini seperti mana pelantikan- pelantikan syarikat-syarikat dalam apa jua proses perolehan yang dikemukakan oleh Tabung Haji, dia melalui proses. Maknanya, proses yang agak ketat sebelum dibawa ke Jawatankuasa Perolehan dan kemudian terus diluluskan oleh pihak ahli lembaga pengarah.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Begitu juga dalam konteks konsortium ini, Yang Berhormat, makna dia melalui a stringent process, dengan izin, sebelum ianya diluluskan oleh ahli lembaga pengarah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat boleh sebut tak…
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Bagilah Menteri jawab dulu. Bagi habis.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini berkaitan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, biar Yang Berhormat Menteri untuk jawab.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Sebab itu saya kata, Yang Berhormat, dalam isu ini, kepentingan pendeposit itu menjadi kepentingan utama. Kepentingan Tabung Haji itu menjadi keutamaan kepada Tabung Haji. Maknanya, pengurusan tertinggi termasuklah ahli lembaga pengarah mengambil kira dalam isu penjenamaan ini melihat kepada syarikat-syarikat yang ada dan kemudian memastikan supaya yang terbaik itu dilantik untuk memastikan penjenamaan ini berjaya. Ia bukan persoalan isu rasis dan sebagainya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Sebab, kalau saya nak bawa isu, Yang Berhormat Puan Speaker, 23 syarikat bukan Muslim ― saya tekan, 23 syarikat bukan Muslim yang telah dipilih semasa Yang Berhormat Pengkalan Chepa menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri...
[Dewan riuh]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
23 syarikat bukan Muslim yang diterima. Saya percaya kenapa….
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Untuk urusan apa itu, Yang Berhormat?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Rasis. Rasis. Rasis.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Untuk urusan apa? Ini untuk urusan rebranding. Kalau you nak beli kain ihram…
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sudahlah tu, Pengkalan Chepa.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak mahu dengar jawapan boleh keluar ya...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, boleh bercakap, tapi nanti boleh keluar juga.
Seorang Ahli
Sini bagi laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu. Masa tinggal tujuh minit sahaja.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Betul, betul. Jadi, sebab itu saya kata saya nak tutupkan. Isu dia, makna dia sekarang, isu sama ada dulu ke sekarang, kita nak utamakan keutamaan adalah kepada pendeposit dan juga Tabung Haji.
Seorang Ahli
Dah 10 kali cakap benda sama.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Jadi, itu yang saya tekankan sini, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, terima kasih. Saya…
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Maknanya, dalam isu pemilihan orang bukan Islam itu berlaku daripada masa zaman sebelum daripada ini juga.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey, untuk tujuan apa, Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya tidak membenarkan Yang Berhormat minta penjelasan lagi kerana masa sudah tidak cukup. Saya guna Peraturan Mesyuarat 37(2). Sila duduk.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Janganlah. Dia telah menuduh saya. Saya tak pernah meluluskan untuk 23 syarikat tadi. Ini mislead.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Amaran pertama.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Dak. Yang Berhormat, saya…
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bukan wewenang saya sebagai Timbalan Menteri nak luluskan semua perkara itu.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Dak. Bukan saya yang luluskan juga.
Saya kata di sini…
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat bercakap dalam...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Puan Speaker, saya rasa ada puluhan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini ingin mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Sila duduk.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat tak jawab soalan. Runding terus, selective tender ataupun open tender?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jawab yang itu dulu.
Betul tak syarikat tu non-bumi dan juga non-Muslim? Tak jawab juga. Kenapa Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya silakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk rehat sekejap...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau bangun sekali lagi, terus keluar. Teruskan, Yang Berhormat Menteri. Masa tinggal lima minit sahaja.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Okey. Saya rasa yang UGSB ini saya bawa untuk beri keadilan kepada Yang Berhormat lain yang bertanya soalan, Yang Berhormat.
Saya pergi kepada penjelasan ini berhubung perkara yang menjawab isu-isu dan perkara yang berbangkit berkaitan dengan agensi agama, Yang Berhormat Puan Speaker, dalam RMK13.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Speaker, soal Tabung Haji ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila keluar.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Soal Tabung Haji ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Maksudnya, topik lain tak penting bagi Pengkalan Chepa kah?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jawapan Yang Berhormat Menteri tergantung. Dia tak jawab soalan. Dia berpusing. Ini tak boleh macam ni.
Saya tanya dengan mudah. Open tender...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentara, silakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa keluar...
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Apakah syarikat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengkalan Chepa, sila keluar. Teruskan, Yang Berhormat Menteri. Rehat di luar. Setengah jam baru masuk.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Syarikat non-Muslim itu tak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, setengah jam tak cukup, saya bagi dua hari.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
23 syarikat non-Muslim.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain pun mahu dua hari? Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Speaker, mana boleh...
[Pembesar suara ditutup]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tadi saya kata setengah jam, tapi Yang Berhormat masih berucap tanpa kebenaran. Jadi, mahu dua hari kah? Saya tanya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mahu dua hari? Okey, teruskan dua hari. Silakan, Yang Berhormat Menteri. Masa tinggal tiga minit sahaja.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Prakarsa satu, memastikan perkhidmatan telus, tangkas dan tuntas. Seramai tiga orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas berkenaan perkara ini iaitu Kepala Batas, Jerlun, Kuala Kedah yang dikelompokkan kepada enam isu.
Isu yang pertama berkaitan dengan pemerkasaan rang undang-undang 355 dan harmonisasi fungsi mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Semasa perbahasan, ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu pemerkasaan rang undang-undang 355 dan harmonisasi fungsi mahkamah untuk menggubal undang-undang Islam yang telah ditubuhkan turut meneliti cadangan pindaan kepada Akta 355. Dalam hal ini, setelah melalui perbincangan dan mesyuarat di peringkat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
(MKI) dan Majlis Raja-Raja, syor-syor laporan akan diperhalusi kerajaan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Isu kedua berkaitan dengan reformasi undang-undang syariah melalui penambahbaikan enakmen keluarga Islam. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) [Akta 303] mula berkuat kuasa pada 28 Jun 1984 dan bertujuan untuk mengatur hal ehwal berkaitan perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan anak dan isu kekeluargaan lain dalam masyarakat Islam berpandukan prinsip-prinsip syariah Islam demi memastikan keadilan, kemaslahatan dan kesejahteraan keluarga Islam.
Kerajaan sentiasa mengkaji kelompongan ataupun lacuna, dengan izin, dalam Undang-undang Keluarga Islam ini dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, kerajaan komited dalam membuat pindaan dan penambahbaikan peruntukan undang-undang bagi memastikan
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Akta Undang-undang Keluarga Islam ini kekal relevan dan seiring dengan perkembangan semasa.
Isu ketiga berkaitan dengan cadangan kewujudan bidang kuasa suruhanjaya pelantikan kehakiman syariah di peringkat Persekutuan. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang dipertanggungjawabkan akan meneliti dari sudut kesesuaian perundangan dan pelaksanaannya dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan serta menghormati bidang kuasa Raja-Raja Melayu. Cadangan ini hanya melibatkan Wilayah-wilayah Persekutuan yang berada di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3(5), Perkara 73 dan Perkara 74(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang berkaitan hal ehwal Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan.
Isu keempat berkaitan dengan pelaksanaan sistem e-filing syariah. Mahkamah syariah telah memulakan pelaksanaan e-filing ini pada bulan Mei 2023 bagi memudahkan pemfailan kes secara dalam talian melibatkan peguam Jabatan Bantuan Guaman dan Pendakwa Syarie Negeri. Sehingga kini, 27,044 kes telah didaftarkan melalui sistem ini.
Berdasarkan pengalaman dua tahun pelaksanaan, JKSM telah menambah baik fungsi e-filing bagi membolehkan penggunaannya oleh peguam syarie swasta termasuk penyesuaian keperluan dokumen dan kemudahan bayaran dalam talian. Sesi libat urus dan latihan bersama peguam syarie swasta sedang diatur dengan pelaksanaan penuh penggunaan e-filing oleh firma guaman swasta dijadual bermula pada Oktober 2025.
Manakala isu yang kelima pula berkaitan dengan cadangan keseragaman tatacara lafaz wakalah secara dalam talian. Kerajaan mengambil maklum isu tatacara ini yang masih mewajibkan kehadiran fizikal yang menyukarkan pihak-pihak terlibat terutama semasa sekatan pergerakan.
Beberapa negeri termasuklah negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Perlis dan Sabah telah membenarkan lafaz wakalah secara dalam talian melalui pindaan akta ataupun enakmen, manakala Terengganu turut mengambil langkah sama melalui cadangan pindaan enakmen negeri. Bagi negeri yang belum meminda enakmen, pelaksanaan dalam talian masih boleh dibenarkan atas budi bicara mahkamah.
Sebagai penyelarasan, JKSM telah mengeluarkan Arahan Amalan Bilangan 5 Tahun 2014 sebagai panduan pelaksanaan…
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, mohon sedikit penjelasan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Ya?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang pelaksanaan wakalah secara online ataupun e-Wakalah. Sementara negeri-negeri yang lain, tadi disebut Terengganu telah pun membuat pindaan, adakah boleh JKSM membuat pengarahan supaya setiap negeri ini membuat pekeliling, membolehkan Peguam-peguam Syarie ini melaksanakan e-Wakalah tadi sementara menunggu pindaan enakmen di negeri masing-masing? Sekian.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia memang telah mengeluarkan satu arahan amalan bertarikh 2014. Dan arahan amalan ini walaupun tidak wajib, tetapi ia menjadi panduan untuk negeri-negeri. Jadi kita harapkan dengan adanya garis panduan berkaitan dengan lafaz wakalah melalui online ini akan dapat diikutilah dan negeri-negeri akan mengikuti supaya satu arahan amalan dapat dikeluarkan bagi negeri-negeri yang belum meminda akta atau enakmen tatacara enakmen mereka. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih, Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila gulung dan yang tak sempat jawab, bagi jawapan bertulis.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Puan Speaker. Yang baki daripada soalan, apa itu, yang dibahaskan oleh Yang Berhormat itu akan saya kemukakan secara tulisan. Puan Yang di-Pertua…
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker. Sikit nak tanya. Saya nak penjelasan jugalah berkenaan dengan ada 23 syarikat itu yang kononnya kalau boleh berikan apa, secara bertulislah kerana benda itu benda yang pengalaman saya waktu saya duduk 18 bulan itu tidak ada maklumat berkenaan dengan itu. Cuma ada sedikit saya tegur, ada satu syarikat yang dilaksanakan waktu PH 1.0 dulu, dilaksanakan, diberikan kepada satu kontrak IT yang saya sebenarnya saya mencadangkan supaya suruh batal syarikat tersebut.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Yang Berhormat, Bagan Serai, penjelasan kepada 23 syarikat itu, nanti insya-Allah akan kita bukakan secara tulisan nanti.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini. Semoga kita dapat bekerjasama demi memartabatkan agama, bangsa dan negara dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan berdaya maju. Terima kasih Puan Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab bagi isu-isu berkaitan MITRA. Masa tujuh minit sahaja.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Selamat sejahtera, salam Malaysia MADANI, Puan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan pembangunan masyarakat India di Malaysia. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, tahun 2026 hingga 2030 yang melibatkan Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Pendang.
Puan Yang di-Pertua, seperti mana saya sedia maklum MITRA yang diterajui oleh Pejabat Perdana Menteri merupakan sebuah unit khas bertanggungjawab dan menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak pernah meminggirkan kaum India, malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasakan masyarakat India di negara ini.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab isu berhubung keperluan pelan pembangunan masyarakat India yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen, Yang Berhormat daripada Klang, Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Sungai Siput. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) pada 31 Julai 2025, yang menyebutkan berhubung penaiktarafan taraf sosioekonomi masyarakat India melalui perlaksanaan inisiatif dan program berdasarkan Malaysian Indian Blueprint dan Pelan Tindakan Masyarakat India.
Inisiatif dan strategi yang telah digariskan dalam meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat India adalah seperti yang berikut. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan melalui pendidikan, pembangunan bakat, termasuk pendidikan sains dan teknologi, kejuruteraan matematik, STEM dan juga TVET. Juga telah disertakan adalah penambahbaikan infrastruktur asas, penyediaan bantuan baik pulih rumah serta akses kepada perumahan. Juga memperkukuhkan aktiviti ekonomi, keusahawanan dan pembangunan sosial.
Kesemua ini memantapkan tata kelola pengurusan masyarakat India termasuk pada peringkat komuniti. Juga, memperluaskan penggunaan teknologi AI dan pendigitalan bagi memastikan sasaran yang tepat dapat keberhasilan yang maksimum.
Yang penting kalau kita ambil lihat, untuk makluman Yang Berhormat, dakwaan bahawa MITRA tidak dijalankan dengan baik dan peruntukannya tidak sampai adalah
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
dakwaan yang tidak benar sama sekali kerana sememangnya MITRA pada tahun 2023 telah membelanjakan 100 peratus daripada peruntukan tersebut. Kesemua program yang telah terlibat di dalam tahun 2023 adalah 221 inisiatif, di mana 134,510 masyarakat India telah mendapat manfaat daripada program-program MITRA tersebut. Semua penyenaraian nama telah pun disiarkan di laman web MITRA, tetapi kalau diperlukan, saya boleh bagi secara bertulis ke semua nama-nama tersebut.
Kedua, pada tahun 2024, 99 peratus dana MITRA telah diperuntukkan dan digunakan.
Ini melibatkan 13 program yang berjumlah RM98.9 juta yang melibatkan penerima sebanyak 122,082 penerima. Kesemua program saya ada di sini dan boleh bekalkan sekiranya diperlukan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Timbalan Menteri, satu saja. Saya, saya, saya sangat, agak teruja menerima segala bentuk jawapan tadi dengan secara peribadi kepada saya dan tulisan. Lagi satu, saya bukan minta saja, saya turut ada kata, adakah 2023 itu ada dana yang tak pakai? Adakah inquiry masih jalan? 2024, berapa banyak wang telah dikembalikan?
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Kalau bagi saya habis Yang Berhormat, saya akan bagi jawapan seterusnya. Ini sama sekali berbeza daripada tahun-tahun yang sebelum ini. 2018 hingga 2022, dana sebanyak RM108 juta telah dikembalikan kepada Kementerian Kewangan. Hanya peratusan 62 sehingga 65 peratus yang digunakan. Oleh itu, saya berharap agar kita janganlah ada pihak yang memainkan sentimen di dalam luar Dewan ini, serta di media sosial yang mengatakan masyarakat India tidak dibela oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI pada hari ini.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin juga memberitahu bahawa 19 program yang dijalankan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India bagi tahun 2025 telah diperuntukkan jumlah sebanyak RM22.27 juta yang memberikan tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu pendidikan, latihan, kerohanian dan kebudayaan dan juga kesejahteraan sosial.
Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa permohonan. Antaranya melibatkan pelbagai program berkaitan pendidikan, latihan TVET yang bertindih, serta berada di bawah bidang kuasa dan selenggaraan Majlis TVET Negara. Justeru itu, penelitian lanjut telah dilaksanakan bagi setiap permohonan dan telah diterima bagi memastikan peruntukan disalurkan secara langsung kepada penerima mahupun melalui agensi kerajaan yang berkaitan.
Kerajaan MADANI akan menggunakan pendekatan yang baru dengan lebih strategik dan efektif dalam merangka inisiatif dan program baru di bawah MITRA. Untuk makluman Ahli
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membuat pengumuman beberapa inisiatif yang baru di bawah MITRA di Dewan ini esok semasa PMQT. Inisiatif-inisiatif yang baru ini saya yakin akan dapat memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat India dalam memastikan masyarakat India akan terus dibela dan akan mendapat menikmati pembangunan daripada inisiatif ini.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Menteri, terima kasih Menteri. Menteri, terima kasih di atas penjelasan yang diberikan sekali gus menangkis tuduhan yang dibuat oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakan saya terpelajar, Yang Berhormat Kota Bharu ada di sini. Kita telah bertelagah minggu lalu apabila Yang Berhormat Kota Bharu membuat tuduhan bahawa tidak ada sebarang pelan tindakan masyarakat India. Perkara itu telah tercatit secara terbuka dalam buku yang telah dibentangkan di muka surat 15 dan saya terima penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat, Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sungai Buloh, boleh sikit? Ya, saya nak betulkan rakan terpelajar saya Jelutong ni.
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya tak pernah sebut, tidak ada. Bila saya sebut, dalam buku RMK13, ada pelan pembangunan Kampung Baru Cina. Saya tanya, di mana pelan pembangunan masyarakat India? Terutamanya perumahan, ialah saya tanya, ha, perumahan kepada pekerja-pekerja ladang yang mereka ini setengahnya ada tanah, nak buat rumah sendiri, tak boleh nak buat tak ada, ya. Jadi itu saja, tanya pun tak ada bolehkah? Tanya pun tak ada bolehkah? [Dewan ketawa]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Saya mungkin tak sempat sampai ke Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Belum, belum.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Ni Pengerusi MITRA, saya kena bagi…
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Jawab dulu, jawab dulu, jawab dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa pun sudah tamat.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Untuk menjawab sama ada ketirisan atau apa- apa salah guna kewangan tidak berbangkit sebab ini adalah di bawah pemantauan Jabatan Perdana Menteri di mana TKSUS di bawah JPM yang sendiri mengendalikan dan memberi
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
kelulusan bagi semua program yang dijalankan. Juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jaminan…
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya juga ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman yang esok dan juga soalan saya kepada Timbalan Menteri berkaitan dengan Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI).
Banyak lagi yang MITRA telah menghantar program-program untuk kelulusan di Pejabat Menteri. Mohon dapat jawapan supaya kita boleh menjawab kepada komuniti masyarakat India.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Saya jawab, ini pengurusan MITRA Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Secara ringkas.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih. Untuk menjawab soalan tersebut, memang antara yang telah diluluskan setakat hari ini adalah 19 program. Walaupun banyak program lagi telah dihantar, kita lihat ada pertindihan yang berlaku.
Jadi, untuk menyelenggarakan perkara tersebut dan mengelak daripada program yang sama dijalankan oleh dua atau tiga kementerian berlainan ataupun agensi-agensi yang lain contohnya di bawah KPKT, di bawah KESUMA, kita telah membuat saluran supaya program itu diketepikan dulu and program-program yang baharu dengan inisiatif-inisiatif yang baharu akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri esok semasa soalan PMQT, Yang Amat Berhormat akan jawab. Setakat ini saja…
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Setakat ini saja saya boleh bagi penjelasan sebab masa sudah pun habis. Jadi, saya sangat berterima kasih kepada semua yang telah meminta soalan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab, masa 40 minit.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang mulia, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang sarat dengan visi berpaksikan strategi menyeluruh dan berkesan menjadi landasan telus, tangkas dan tuntas bagi memacu kemajuan negara secara adil, seimbang dan mampan demi kesejahteraan seluruh rakyat.
Selain daripada KKDW, saya juga dipertanggungjawabkan untuk memantau operasi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu FELDA, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam dan juga Majlis Latihan Teknikal dan Vokasional (Majlis TVET).
Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada 63 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengajukan pertanyaan serta pandangan. Terima kasih diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan izin, saya baca satu-satu.
Pasir Mas, Pasir Puteh, Merbok, Temerloh, Paya Besar, Kluang, Sik, Gua Musang, Kudat, Sandakan, Stampin, Permatang Pauh, Kota Marudu, Libaran, Puncak Borneo, Padang Serai, Kalabakan, Lawas, Indera Mahkota, Pekan, Kepala Batas, Betong, Tangga Batu, Tenggara, Raub, Kuala Kangsar, Miri, Sungai Besar, Setiawangsa, Rompin, Rasah, Julau, Mersing, Kemaman, Baling, Batang Sadong, Gerik, Sabak Bernam, Kuala Krai, Kuala Pilah, Jelebu, Putatan, Kulim-Bandar Baharu, Beaufort, Tanjong Manis, Selangau, Kuantan, Semporna, Bentong, Muar, Tampin, Parit, Kuala Krau, Tenom, Sipitang, Segamat, Wangsa Maju, Pasir Salak, Jempol, Baram, Jasin, Bukit Gantang dan Ranau.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan telah menyampaikan pelbagai pandangan, mengutarakan isu-isu dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang dapat saya rumuskan kepada sepuluh kluster utama dan saya akan menjawab mengikut kluster- kluster berkenaan:
(i) pemerkasaan FELDA;
(ii) pengukuhan TVET;
(iii) pemantapan pengurusan bencana;
(iv) reformasi pendidikan;
(v) mengurangkan kesenjangan luar bandar;
(vi) pemerkasaan masyarakat orang asli;
(vii) ekonomi desa dan pembangunan usahawan;
(viii) peningkatan sosioekonomi pekebun kecil;
(ix) memperkukuhkan tatakelola yang baik; dan
(x) jaringan prasarana.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, saya ingin menjawab secara ringkas mengikut kluster-kluster berkenaan. Kluster Pemerkasaan FELDA, Yang Berhormat Paya Besar, Tenggara, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Kuala Krau dan Mersing telah bertanya dan mencadangkan pindaan dan penambahbaikan Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA 530) termasuk isu berkaitan perwarisan tanah-tanah FELDA.
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kerajaan telah memulakan proses semakan dan pindaan akta ini sejak September 2022 melalui mesyuarat penyelarasan pindaan Akta 530. Diikuti mesyuarat jawatankuasa teknikal, bengkel serta empat sesi libat urus bersama pihak berkepentingan pada tahun 2024.
Lima hala tuju utama diberi keutamaan dalam pindaan ini merangkumi sumbangan kepada dasar negara, perlindungan kepentingan pemilikan tanah GSA, pemantapan tadbir urus, pemenuhan keperluan generasi baharu FELDA serta pemerkasaan akta agar kekal relevan pada masa ini dan masa hadapan.
Pihak kerajaan melalui bahagian kawal selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri dan FELDA sendiri sangat komited dalam usaha menangani pelbagai isu kawasan penempatan berkelompok atau GSA termasuk berkaitan pemilikan rumah generasi kedua dan ketiga FELDA.
Pihak FELDA telah menetapkan pelaksanaan perumahan secara sistematik melalui garis panduan dan terma rujukan lot generasi 2022 dan 2024. FELDA juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri bagi memastikan kawalan pembangunan di dalam kawasan FELDA lebih tersusun dan mempunyai infrastruktur yang baik.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Dato’ Seri Menteri. Tadi disebut tentang proses penggubalan Akta GSA sedang berlaku atau bermula September baru ini. Cuma saya nak, adakah dalam pengetahuan Menteri, pengedaran hak milik sementara STR generasi kedua FELDA Jengka ini, Jengka 2 yang telah pun disebarkan baru ni, adakah dalam pengetahuan Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat, benar sebagaimana Yang Berhormat sebutkan bahawa proses GSA ini walaupun telah dimulakan pada 2022, ia nya diteruskan hingga 2024 dan insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan selesaikan dan saya sendiri akan ke FELDA Jengka pada 6 hari bulan September nanti untuk menangani sebahagian daripada permasalahan itu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, Paya Besar dan Gerik bertanya dan memohon kerajaan untuk mengembalikan hak peneroka sepertimana matlamat asal penubuhan FELDA. Peranan dan fungsi perniagaan Koperasi FELDA dikembalikan melalui penglibatan perniagaan secara langsung kepada Koperasi Permodalan FELDA dalam FGV Holding juga. Sebagai jawapannya, FELDA telah memberi peluang kepada Koperasi Permodalan FELDA (KPF) untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan di bawah kumpulan FELDA. Antaranya, KPF telah dilantik sebagai ejen tunggal bagi aktiviti pembelian, penjualan dan pengalihan buah tandan segar (BTS) di seluruh rancangan FELDA.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
FELDA juga telah memberikan kebenaran kepada KPF untuk menjalankan perniagaan di tanah-tanah milik FELDA termasuk pembukaan pasar raya iaitu D’Mart Segi Fresh yang kini mempunyai 46 cawangan, 33 stesen minyak serta beberapa kedai Ar-Rahnu di lokasi terpilih dalam rancangan FELDA. KPF juga terlibat dalam aktiviti penanaman semula kelapa sawit yang dijalankan oleh FELDA dan FGV. FELDA sentiasa membuka ruang dan peluang kepada KPF untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat Gerik bertanya tentang kebergantungan kepada pekerja asing, potongan hasil dan hutang peneroka yang berlarutan serta ladang yang kekal berstatus pembangunan atau pemulihan melebihi tempoh perjanjian. Saya ingin menjawab bahawa FELDA cuma diberikan kuota pengambilan 3,000 pekerja asing pada 27 Julai 2024 dan kuota ini telah dipenuhi sepenuhnya pada Mac 2025. Sehingga Julai 2025, jumlah keseluruhan pekerja ladang FELDA adalah seramai 12,587 orang dengan pengambilan pekerja asing dilaksanakan melalui FELDA Plantation Management Sdn. Bhd.
Bagi menangani kekurangan tenaga kerja, FELDA telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dan strategik termasuk menambah baik penggajian pekerja tempatan dengan gaji minimum RM1,700 serta elaun motor, perumahan, pencaruman KWSP dan PERKESO serta pemberian insurans. Juga menggalakkan penggunaan mekanisasi bagi menarik minat golongan muda, memudahkan cara inisiatif kerja borong kecil atau KBK untuk membolehkan warga FELDA sendiri menjadi kontraktor kecil dan menawarkan tender pertanian berskala besar kepada syarikat milik warga FELDA yang berkelayakan.
Potongan hasil turut dilaksanakan bagi menampung kos operasi ladang, pinjaman peneroka dan tabung caruman tanaman semula dengan jaminan bayaran pendapatan minimum RM150 seekar atau RM1,500 untuk sepuluh ekar. Kutipan insurans ladang telah dihentikan sejak Jun 2022 dan pemulihan ladang ini diuruskan oleh badan-badan di bawah
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
rancangan FELDA ini. Tabung tanam semula masih diteruskan dengan potongan RM12 seekar sebulan dan sedang dikaji untuk disesuaikan dengan kos semasa FELDA kerana FELDA turut melaksanakan dasar pendapatan minimum dengan kos dan potongan yang tidak dapat dikutip akan ditangguhkan serta dikutip semula pada bulan berikutnya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri. Sik, depan – Sik.
Yang Berhormat Menteri, ya saya ingin bertanya adakah pihak FELDA dalam melihat pengekalan keluasan ladang komoditi getah itu sendiri, dan sebab ada sebahagian FELDA kita mereka menghasilkan getah termasuk FELDA di Sik sendiri – FELDA Teluk Timur dan di FELDA Lubuk Merbau.
Ketika ini, sebahagian besar peneroka kita telah pun membuat penanaman semula dan menggantikan daripada getah ke kelapa sawit jadi sudah pastilah berlaku penyusutan keluasan getah ini yang sangat ketara. Dia adakah ini juga sedang dilihat oleh FELDA sendiri bagaimana nak pengekalan kedua-dua komoditi ini supaya kestabilan hasil itu dapat diteruskan. Terima kasih Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Sik, memang kita memantau penukaran daripada getah ke kelapa sawit ini, tetapi kita mempunyai jumlah keluasan yang tertentu untuk kita pertahankan getah dan mempertahankan juga jumlah keluasan kelapa sawit. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan FELDA akan terus memantau dan membantu jika ada broker-broker yang berkenaan yang menukar daripada kegunaan tanaman itu daripada getah ke kelapa sawit dan ini kita akan murnikan peraturan- peraturan yang sedia ada.
Saya juga ingin menyebutkan pertanyaan Pasir Mas tentang langkah-langkah bagi memperkukuh – memperkukuhkan pembangunan infrastruktur di penempatan FELDA di Kelantan, khususnya yang melibatkan penambahbaikan jalan kampung, sistem saliran serta bekalan air di kawasan FELDA. Sebagai jawapannya, saya ingin memaklumkan bahawa FELDA telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dan menaik taraf jalan kampung, sistem perparitan dan saliran di negeri Kelantan.
Di bawah RMK12, Rolling Plan tiga dan empat sebanyak enam pakej projek bernilai RM30.85 juta telah dilaksanakan. Bagi Rolling Plan pertama RMK13, FELDA telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM8.2 juta untuk pelaksanaan projek seumpama itu. Selain pada itu, di bawah RMK11 dan RMK12 sejumlah RM73.9 juta telah diperuntukkan bagi projek menaikkan taraf bekalan air di kawasan penempatan FELDA.
Yang Berhormat Kepala Batas telah mencadangkan inisiatif pembangunan FELDA dan penyelarasan semula dasar pertanian diselaraskan dengan realiti ekonomi semasa yang
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
dijangka memberi impak dalam usaha membasmi kemiskinan. FELDA telah melaksanakan inisiatif dan penyelarasan dasar pertanian bukan komoditi selaras realiti ekonomi semasa yang memberi impak kepada penambahan pendapatan kepada peneroka-peneroka. FELDA menyelaraskan program pembangunan usahawan kepada generasi FELDA dari sumber FELDA serta data kerajaan. Inisiatif pembangunan usahawan dengan sumber dari FELDA telah merekodkan seramai 3,130 usahawan dalam bidang pertanian dan FELDA:
(a) telah memberikan latihan keusahawanan dari segi pemasaran online dan offline – Latihannya, pendigitalan, pembungkusan produk akreditasi halal keselamatan dan keterjaminan makanan;
(b) menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah menerusi Tabung Usahawan Belia FELDA atau TUBF dengan kerjasama Bank Islam;
(c) mempromosikan produk-produk usahawan dengan memberi penajaan kepada usahawan untuk menyertai pameran dan business matching dengan syarikat induk;
(d) menawarkan usahawan menjadi vendor savaari ataupun satu wilayah, satu industri yang bertujuan memberi peluang kepada para usahawan menjadi pembekal pada outlet savaari FELDA; dan
(e) akhirnya memberi pengiktirafan kepada usahawan yang berpotensi serta berdaya saing menerusi penganjuran anugerah usahawan FELDA secara tahunan mengikut kategori.
Bagi melaksanakan projek pertanian dari sumber dana kerajaan untuk program pembangunan peneroka, seramai 53,420 warga peneroka menerima manfaat dari 471 projek yang dilaksanakan. Selain daripada projek yang dijalankan secara berskala kecil, tumpuan juga diberikan kepada projek berskala besar yang lebih ekonomik dan berdaya saing seperti tanaman nanas MD2, melon dan ternakan ayam pedaging.
Yang Berhormat Ranau dan Semporna bertanya mengenai status tanah yang diperuntukkan pada FELDA di Sabah memandangkan keluasan yang diusahakan dan jumlah peneroka yang terlibat masih jauh lebih rendah. Saya ingin memaklumkan bahawa FELDA telah membangunkan 123,758 hektar bersamaan dengan 305,812 ekar tanah-tanah di Sabah dengan bayaran premium sebanyak RM122,920 — RM122,922,000 juta pada tahun 2000.
Pembangunan ini meliputi tiga kawasan utama iaitu Gugusan Sahabat di Lahad Datu seluas 106,000 hektar; di Kelabakan di mana keluasannya adalah seluas 8,362 hektar dan di Umas, Tawau seluas 8,636 hektar.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Mengikut rekod FELDA, seluas 115,699.74 hektar telah menerima geran hak milik.
Jumlah peneroka FELDA di Sabah adalah seramai 1,647 orang dengan 775 orang di FELDA Umas telah menerima hak milik manakala 872 di FELDA Gugusan Sahabat masih belum menerimanya. Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa tiada lagi pengambilan peneroka baharu di semua tanah rancangan FELDA mulai 1 Januari 1990 dan mana-mana rancangan yang tidak dimasukkan peneroka selepas tarikh tersebut telah diuruskan sebagai ladang komersial.
Yang Berhormat Segamat mencadangkan supaya pegawai-pegawai FELDA turun padang bagi memantau isu masyarakat termasuk masalah tekanan air, jalan perhubungan dan lain-lain perkara yang masih belum diselesaikan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini, FELDA kekal komited menyelesaikan isu yang dihadapi warga peneroka termasuk bekalan air bersih, jalan keluar masuk dan juga kemudahan bangunan awam.
Keduanya di bawah RMK13, kemudahan infrastruktur awam seperti bekalan air bersih dan jalan akan diberi keutamaan di tanah rancangan FELDA bagi tempoh lima tahun akan datang.
Saya beralih kepada kluster yang kedua iaitu pengukuhan TVET sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh tadi.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Indera Mahkota, Indera Mahkota.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ah, Indera Mahkota, minta maaf. Dulu kawasan lama, sorry. Indera Mahkota bertanya mengenai dan memohon Majlis TVET Negara memperkukuhkan penyelarasan secara sistematik antara 12 kementerian dan institusi TVET bagi mengelakkan pertindihan serta pembaziran.
Saya ingin memaklumkan, sejak Majlis TVET diberikan amanah kepada saya, tindakan telah dibuat untuk Majlis TVET melaksanakan penyelarasan yang lebih sistematik, memandangkan pada waktu ini terdapat 12 kementerian dan 1,398 institusi TVET di seluruh negara. Kerajaan komited untuk memastikan penyelarasan ini dilaksanakan dengan berkesan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan pembaziran sumber.
Begitu juga, Dasar TVET Negara 2030 telah dibangunkan dan dilancarkan pada 8 Jun 2024 sebagai rujukan utama dalam setiap inisiatif serta pelaksanaan oleh penyedia TVET awam dan swasta termasuk 12 kementerian berkaitan yang melaksanakan ekosistem pendidikan TVET ini. Dasar ini menetapkan aspirasi dan hala tuju, hala tuju kerajaan ke arah
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpaksikan modal insan berkemahiran melalui program TVET yang responsif, fleksibel dan inklusif.
Melalui dasar ini juga, langkah rasionalisasi dan konsolidasi program TVET akan dilaksanakan secara berperingkat di setiap kementerian penyedia TVET bagi memastikan penawaran program benar-benar menepati keperluan industri, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Selaras dengan aspirasi tersebut, dalam pembentangan RMK13, Yang Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan untuk memperkukuhkan pelaksanaan Dasar TVET Negara 2030 melalui penubuhan Suruhanjaya TVET Negara sebagai entiti khusus untuk mengawal selia institusi TVET, memantau pelaksanaan strategi dan inisiatif serta memastikan penyelarasan merentasi semua kementerian telah pun siap diatur.
Kerajaan yakin pendekatan ini akan mengunjurkan ekosistem TVET yang lebih sistematik, berfokus dan responsif terhadap keperluan industri di samping mengoptimumkan penggunaan sumber dengan mengelakkan sebarang pembaziran serta pertindihan fungsi antara kementerian dan institusi-institusi itu.
Saya ingin memaklumkan pada Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa kita juga telah menyelaraskan pengambilan sebagaimana UPU. Kita panggil UP_TVET dan kita menyelaraskan pengambilan supaya tidak berlaku pertindihan dan juga kursus-kursus yang ditawarkan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih dan syabas, Yang Berhormat. Dua perkara sahaja saya nak timbulkan juga dalam ucapan saya. Satu ialah soal motivasi career path pegawai-pegawai, instructor ataupun pengajar sebab ada istilah perkhidmatan guna pakai bersama dan ada istilah perkhidmatan tertutup. Ini soal kelayakan dan juga masa depan kerjaya mereka.
Dan yang kedua ialah adakah Majlis TVET Negara atau suruhanjaya yang disebut tadi juga akan menubuhkan pasukan kurikulum untuk menilai balik kurikulum ini? Banyak sangat model, banyak sangat subsistem ini yang mungkin dalam usaha penyelarasan itu boleh diselaraskan juga termasuk soal kurikulum pengajaran dan sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Itu soalan yang baik terutama dari segi motivasi dan juga perkhidmatan guna pakai bersama. Oleh kerana terdapat 12 kementerian yang terlibat dan terdapat semua kerajaan negeri yang mempunyai TVET. Di samping itu, MARA sendiri mempunyai 232 institusi TVET di bawahnya. Jadi, perkara-perkara ini telah diselaraskan dan ianya telah dibawa ke Majlis TVET dan kita akan murnikan. Dan mana-mana jawatan yang guna bersama dan juga khidmat tertutup, kita sedang mengkaji bersama-sama dengan JPA untuk — supaya ada cross-fertilisation kepada semua institusi TVET ini.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sebab kita tahu bahawa TVET swasta terdapat 697 jumlahnya dan ini harus disantuni juga. Di bawah Kementerian Pendidikan terdapat 86 kolej vokasional. Di bawah negeri terdapat 28 institusi TVET. Dan selain pada itu, kita lihat bahawa di bawah KKDW sendiri terdapat 281 institusi TVET termasuk MARA tadi dan untuk KPT terdapat 105 buah kolej komuniti di dalamnya. Jadi kita lakukan pemurnian ini supaya cross-fertilisation ini dapat kita lakukan.
Yang Berhormat Kluang, Pekan, Puncak Borneo dan Batang Sadong telah mencadangkan supaya kerajaan memperkasakan TVET agar setaraf dengan laluan akademik sekali gus mengubah persepsi bahawa ia hanya untuk pelajar kurang cemerlang dan menyarankan agar TVET diperluaskan ke seluruh negara khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang mahir dan juga kompeten.
So, dalam perkara ini saya ingin nyatakan bahawa sejak Majlis TVET ditubuhkan, semua cadangan-cadangan yang telah disebutkan ini telah dilaksanakan dan sedang dipertingkatkan di mana berdasarkan kepada pelancaran Dasar TVET Negara, kita telah melakukan anjakan untuk menawarkan program-program TVET berimpak tinggi khususnya dalam sektor bernilai tinggi, high growth, high value. TVET pada keadaan kini, ibu bapa telah menukar mindanya bukan sebagai pilihan kedua tetapi sebagai aliran perdana pendidikan juga. Umpamanya sekarang permohonan untuk pengambilan bulan September ini daripada tahun lalu permohonan hanya sekitar 95,000. Pada tahun ini, ianya telah melonjak kepada 229,000 permohonan.
Jadi, ertinya ada terdapat kesedaran di kalangan ibu bapa kerana kita juga menawarkan gaji premium, bukan hanya gaji minimum. Dan perluasan kawasan TVET ini termasuk di kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dan juga di FELDA serta di kawasan luar bandar terutama GIATMARA. Hampir di setiap kawasan Parlimen wujud GIATMARA ini terutamanya tumpuan pada kawasan-kawasan di desa.
Yang Berhormat Stampin memohon kerajaan...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Menteri, sebelum beralih, tentang TVET saya hendak tanya sejauh mana perkembangan Tahfiz TVET dari sudut permohonan dan juga kemajuannya, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya sangat teruja dengan pertanyaan Kuala Krau itu.
Saya ingin memaklumkan bahawa program khusus untuk maahad tahfiz khususnya hufaz, mereka yang telah hafal 30 juzuk selepas tasbih, tafsir dan juga mendapat syahadah.
Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 6,700 yang sedang belajar di maahad
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
tahfiz yang sedang mengikuti kursus-kursus TVET. Manakala yang memasuki Fakulti Aeroangkasa di bawah UniKL, jumlahnya telah meningkat kepada lebih kurang 600 orang yang hufaz, ya, ertinya telah tamat. Begitu juga yang masuk ke Fakulti Marin, kelautan, ianya telah berada di sekitar 400 orang.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ertinya mereka ini meminati bidang kejuruteraan. Dalam pemantauan yang saya lakukan, semua fakulti yang telah memberikan peluang kepada pelajar-pelajar hufaz ini, mereka sangat teruja kerana pelajar-pelajar ini berdisiplin, sangat fokus dan cepat menangkap semua mata-mata pelajaran teknikal.
Saya ingin berkongsi juga dengan Yang Berhormat, UNITEN umpamanya telah mengambil dan graduate telah bergraduat dalam 466 hufaz yang telah mengambil semua kursus kejuruteraan dan telah keluar sebagai jurutera daripada UNITEN, 466. Dan sekarang ini yang sedang belajar di UNITEN adalah seramai 217 orang yang menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 683 orang. Ertinya ini merupakan satu game changer yang dilakukan supaya kita dapat mengalirkan pelajar-pelajar dalam bidang penghafazan al-Quran apatah lagi yang hufaz untuk masuk ke bidang-bidang yang di luar daripada syariah dan juga bidang usuluddin dan ini alhamdulillah telah berjaya dilakukan. Selanjutnya saya ingin…
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tan Sri Speaker…
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Kluang bangun.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Timbalan Perdana Menteri, sini. Kluang.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Okey, sila.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya, terima kasih. Jadi, saya ada cadangan dan juga soalan iaitu berkenaan model Future Skill Talent Council di bawah TalentCorp yang mengizinkan industri berkumpul dan berbincang dan identify mana satu jawatan dan juga kemahiran yang kurang bakat dan lepas itu mereka sendiri melantik training provider dan kerajaan yang menawarkan sokongan kewangan supaya kita kurangkan mismatch daripada apa bakat yang kita sediakan training dan lepas itu dan match dengan apa yang diperlukan oleh industri. Dari sini dengan model ini, kita kurangkan mismatch itu. Sama ada kerajaan berniat di bawah Majlis TVET Negara, kita boleh mendalamkan atau meluaskan kerjasama antara kerajaan dengan industri supaya kita kurangkan mismatch. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Apa yang kita sedang lakukan bagi Majlis TVET dengan kerjasama MQA dan juga JTK dan juga
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
dengan TalentCorp, kita melakukan engagement dengan izin, dengan semua industry players tentang apa bidang yang mereka perlukan dan kursus serta syllabus itulah yang kita ajar di TVET. Berbanding dengan sistem dahulu, TVET menyediakan kursus-kursus yang mismatch dengan kehendak pasaran. Itu sebabnya apa yang kita lakukan ini telah kita ubah suai mengikut kehendak industri dan kehendak pasaran.
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya ingin sebutkan bahawa kebolehpasaran, employability untuk lepasan TVET berada di tahap 95.1 peratus. Ertinya keboleh pasarannya dan keboleh pekerjaannya cukup tinggi dan TVET di bawah MARA, GiatMARA, IKM dan sebagainya lebih tinggi lagi. Kalau tadi paras peratusan peringkat nasional tapi untuk MARA 98.7 peratus dia punya kebolehpasarannya dan ini memperlihatkan satu pencapaian yang baik. Dan saya ucapkan terima kasih pada Ahli-ahli Dewan yang cukup mendukung rancangan TVET ini sama ada rakan-rakan daripada pihak kerajaan ataupun rakan-rakan di sana yang turut mendukung apa yang dilakukan dan kita tidak ada agenda politik atau berlainan warna dalam perkara ini.
Apa yang kita perlukan ialah supaya anak-anak muda khususnya memperolehi peluang pekerjaan dan apa yang sedang dijalankan sekarang ini untuk SKM 1, 2 dan 3. SKM 3 sama dengan taraf dengan SPM. Untuk SKM 4 dan 5, SKM lima sama dengan taraf diploma.
MQA dan juga JTK bersama-sama dengan MBOT telah mengemukakan satu saranan agar untuk SKM 6 sama dengan tarafnya dengan ijazah pertama, SKM 7 sama tarafnya dengan sarjana dan SKM 8 sama tarafnya dengan PhD.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bagan Datuk.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ini adalah satu game changer yang boleh mengurangkan ekosistem konvensional yang ada dan saya tahu Bachok tidak pernah masuk TVET, tapi beliau adalah seorang jurutera petroleum. Kebetulan beliau junior saya di sekolah, tapi fikiran politiknya berbeza, namun di dalam hal TVET ini mungkin kita bersama.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Bagan Datuk, terima kasih Speaker. Memang senior yang baiklah, jaga junior ini kan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada buli ya?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Jadi ― kami tak ada buli zaman itu. Legasi daripada senior yang baiklah. Tentang TVET ini ada saya terbaca dan menarik minat juga tentang betapa minatnya Bagan Datuk untuk program TVET dengan China khususnya program melibatkan kereta EV. Jadi, boleh Yang Berhormat kongsikan sedikit tentang program ini dan adakah negara-negara lain juga turut menjadi tumpuan?
Dan adakah Yang Berhormat Bagan Datuk setuju apabila disebutkan tentang program TVET Tahfiz ini adalah satu legasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz? Di Kelantan lama
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
dah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kelantan ni buat program Tahfiz Sains, Tahfiz Vokasional ini dan apa yang diteruskan pada zaman ini adalah kesinambungan daripada dasar yang dimulakan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Memang ada usaha oleh Allahyarham Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz melakukannya tetapi tidak dapat diperkembangkan. Mungkin dua, tiga sahaja Maahad Tahfiz yang melakukannya tetapi dalam dasar TVET negara kita memperluaskannya di seluruh negara sebagaimana yang saya sebutkan tadi ia telah berjaya kita laksanakan dan insya-Allah daripada 125,000 pelajar tahfiz di 1,199 maahad tahfiz yang berdaftar, ini akan kita salurkan kepada kursus-kursus yang sesuai, tetapi terdapat kira-kira 1,250 maahad tahfiz yang tidak berdaftar dan terdapat hampir 150,000 pelajar-pelajar ini yang kurikulum pedagoginya adalah berbeda. Maka saya santuni sama ada berdaftar atau tidak berdaftar untuk saya beri peluang kepada hufaz khususnya untuk terjun di dalam bidang ini.
Mengenai soalan kerjasama dengan pihak China, saya ingin menyebutkan bahawa 5,125 tawaran tempat untuk pelajar-pelajar kita melanjutkan pelajaran di dalam bidang TVET di China itu telah berjalan dan sedang ditambah. Untuk latihan Electronic Vehicle (EV Cars) ada penajaan enam buah EV cars yang berjenama yang telah dihantar ke enam TVET institut di negara kita dengan percuma ya. Dan saya ingin menyebutkan bahawa usaha-usaha sedang dibuat untuk menambahkan penajaan supaya jenama lain juga yang mempunyai sistem EV yang sama dihantar pada kita.
Dan kerjasama kita lakukan juga untuk automatif ini dengan German-Malaysia Institute
(GMI). Dan kita lihat GMI terlalu penuh sekarang ini dan tempat agak berkurangan. Namun, kita bekerjasama dengan beberapa negara yang lain seperti Japan-Malaysia Institute, Spanish, Malaysian Institute, sekarang kita dengan Korean, Malaysia Institute dan yang terbaru ialah dengan Malaysia-China Institute (MCI) supaya kerjasama ini dapat kita lakukan.
Dan yang paling menarik untuk maklumat Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa peserta-peserta kursus ini sebelum tamat kursus, tawaran telah diterima untuk mereka terjun di dalam pelbagai bidang mengikut kehendak pasaran.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dan dalam hal ini saya ingin menyambut apa yang dicadangkan oleh Padang Serai dan juga Kuala Kangsar yang memohon kerajaan untuk mengukuhkan kerjasama dengan industri bagi memastikan graduate TVET memiliki kemahiran sejajar dengan keperluan pasaran sebagaimana disebut oleh Kluang tadi.
Saya ingin menyebutkan bahawa beberapa inisiatif telah dilakukan di dalam rangka kurikulum yang baru ini. Pertamanya, kurikulum berasaskan industri ataupun industry oriented syllabus atau industrial-based education training.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang keduanya, pemadanan program dengan keperluan pasaran sebagaimana yang mana saya sebutkan tadi, teaching factory. Yang keempatnya, dwi pensijilan atau dual certification dan kelima, tenaga pengajar berteraskan industri. Dan ini dilakukan ya sebenarnya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Begitu juga apa yang ditanya oleh...
Tuan Yang di-Pertua
Ipoh Timor nak — Menteri nak respons Ipoh Timor dulu?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ipoh Timor...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tumpat.
Tuan Yang di-Pertua
Tumpat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Tumpat dan juga...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kita sedia maklum bahawasanya ada inisiatif yang agak lengkap dan juga mendalam dari segi menarik minat dan juga mengarusperdanakan penyertaan warga Malaysia, anak-anak muda berketurunan India untuk memasuki bidang-bidang TVET, seperti melalui inisiatif MISI, Malaysian Indians Skills Initiative bawah KESUMA dan juga melalui MITRA.
Kita tahu melalui MARA dan beberapa agensi lagi kaum keturunan Melayu juga yang nampak sangat positif sambutan kursus TVET di kalangan anak Melayu muda. Dan udah tentu seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini berkenaan dengan TVET untuk Orang Asli dan Orang Asal melalui JAKOA.
Cuma, kalau kita tengok dan lihat angka yang sedia ada, satu-satu kumpulan etnik yang kurang dapat sambutan dalam kursus-kursus TVET adalah kaum keturunan Tionghoa seperti saya, walaupun saya warga TVET. Jadi, saya nak mohon pandangan Yang Amat Berhormat, adakah wajar untuk kita bawa perkara ini ke dalam Majlis TVET Negara untuk dipertimbangkan dari sudut mungkin dari segi promosinya, mungkin dari segi penyampaian maklumat dia, mungkin dari segi akses kepada proses permohonan juga kursus-kursus.
Adakah wajar untuk kita pertimbangkan satu inisiatif yang lebih bertumpu kepada menarik penyertaan anak-anak muda kaum Tionghoa di Malaysia khususnya dalam TVET kerana memang ada keperluannya mengikut angka yang sedia ada? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
TPM nak ambil soalan sekali ke macam mana?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
So, saya jawab ini dulu. Tan Sri Yang di- Pertua, saya amat teruja apa yang dicadangkan oleh Ipoh Timor kerana beliau sendiri adalah lulusan TVET yang berjaya dan dapat menggalakkan pelajar-pelajar di sekolah menengah
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
dan lepasan sekolah menengah untuk bersama-sama dalam bidang TVET ini. Kerjasama dengan beliau — sekarang ini kita turut menggamit penyertaan pelajar-pelajar keturunan Cina untuk masuk TVET dan beliau telah menjadi catalyst atau pemangkin untuk mengajak pelajar- pelajar Cina masuk dalam TVET dan ini merupakan satu kejayaan kepada Majlis TVET atas usaha yang dilakukan oleh beliau.
Untuk pelajar India, kita mempunyai satu program khas kerana bukan kita mahu melihat warna-warna bangsa, tetapi kita lakukan kursus-kursus yang bersesuaian dengan minat mereka dan juga kebolehpasaran. Untuk Orang Asli, rakyat Sabah dan Sarawak, umpama juga kita mempunyai sistem yang didedikasikan kepada sistem itu.
Oleh kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan II sedang menunggu untuk menjawab, jadi saya...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Ya, Yang Berhormat sikit tentang isu FELCRA.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Saya ingin menyebutkan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat sikit tentang isu FELCRA.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Kluster-kluster yang lain. Kejap Yang Berhormat ya. Kluster lain...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh, Tangga Batu?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Seperti pengurusan bencana, NADMA.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ya, pengurusan bencana.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Soal reformasi pendidikan, mengurangkan kesenjangan luar bandar, memperkasakan masyarakat Orang Asli.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu minta izin sikit Yang Berhormat isu FELCRA?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang lain-lain saya mohon pada Tan Sri untuk mengizinkan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh, isu...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Saya menghantar jawapan saya — jawapan secara bertulis sekarang ini juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Amat Berhormat saya mohon dulu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Isu-isu FELCRA, sikit saja.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Dah, dah Menteri dah duduk dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Amat Berhormat semasa, semasa bukan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tak, tak. Saya ada soal tentang NADMA tapi tak ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semasa Menteri mengulas tadi, Nama Arau tak disebut.
Tuan Yang di-Pertua
Baik yang kita — Okey, okey saya faham, saya faham.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nama Arau tak disebut.
Tuan Yang di-Pertua
Seperti yang telah pun disebut oleh TPM tadi, beliau akan menghantar sekarang juga. Jadi oleh itu — Kejap, kejap, kejap
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya menunggu, kami menunggu Yang Berhormat Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Oleh demikian...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tak sebut nama Arau tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bercakap, saya sedang cakap Arau nanti sat dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, okeylah.
Tuan Yang di-Pertua
Sabaq, sabaq. Duduk dulu, duduk dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, okeylah.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi kita ada sistem sekarang bahawa kita, semua jawapan tak datang ke Parlimen. Semua sistem, pegawai akan hantar terus melalui e-mel masing-masing kepada Ahli-ahli Berhormat. Cuma, permintaan saya Ahli Berhormat kena buka e-mel.
Ada kompelin daripada Menteri-menteri, bila kita hantar maklumat, dia bounce. Makna Ahli Yang Berhormat terlalu sibuk, saya tahu hinggakan penuh dia punya e-mel itu ya. Jadi, tolonglah kosong-kosongkan. Jadi, pegawai-pegawai di belakang, tolong ambil tindakan serta-merta, tekan, hantar terus. Ya, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bercakap pasal model pembangunan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya cakap pasal Saemaul Undong.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya ingat masa Yang Berhormat jawab tu, Yang Berhormat terlupa sebut nama Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau telah bercakap. Jadi, dia tak bubuh nama...
Tuan Yang di-Pertua
Minta pegawai tambahkan nama Arau ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tak jawab, dia tak tau. Saya sebut saya Saemaul Undong ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab pegawai sekarang banyak yang tak tau Saemaul Undong.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Jadi, saya minta, Yang Berhormat jawab esok pun tak apa, bagi tau model pembangunan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Yang disebut oleh Arau ya jangan lupa yang itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang saya sebut model pembangunan luar bandar ini berdasarkan Buku Merah.
Tuan Yang di-Pertua
Okay roger.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang ini...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Tapi Korea pakai Saemaul Undong ya.
Tuan Yang di-Pertua
Faham dah.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Tumpat, Tumpat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh, Tangga Batu sikit, di isu FELCRA.
Tuan Yang di-Pertua
Dak, Tumpat, Tumpat kejap.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey. Saya ada menyebut tentang isu NADMA, berkenaan dengan pusat pemindahan banjir kekal di Tumpat dan juga tentang mitigasi banjir di Tumpat. Dan saya ingin rakamkan ucap terima kasih kerana pada banjir yang lepas, telah membenarkan penggunaan MRSM yang telah menempatkan hampir 3,000 orang mangsa. Jadi, kalau tak dibuat akan bermasalah dan saya harap jawapan ini ada kerana...
Tuan Yang di-Pertua
Ada.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
...Tadi tak sebut nama Tumpat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh, Tangga batu sikit isu FELCRA?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Tumpat akan disebut. Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sikit saja, sebab saya baca semalam berita mengatakan bahawa FELCRA...
Tuan Yang di-Pertua
Ini benda baharu ke apa dia?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tidak, tidak benda tata kelola. Saya bahas tentang tata kelola FELCRA. Mengatakan bahawa keuntungan melonjak 81 peratus dan akan diberikan interim kepada 74,300.
Cuma, pertanyaan saya kalau sebelum ini diberikan dividen kepada 67,000, 38,000 tak dapat, kali ini nak diberikan kepada 74,300 sedangkan 32,830 tak dapat. Dan dikatakan bahawa keuntungan melonjak sebanyak 81 peratus daripada sawit. Kalau saya lihat data 2023, jumlah yield per hektar sawit 15.58. 2024, 17.02 naik sebanyak sembilan peratus saja.
Sedangkan harga sawit, harga CPO average pada 2023 adalah RM3,800 dan pada 2024 lah RM4,200, sekitar 10 peratus. Jadi, saya pun agak tertanya-tanya, betul ke 81 peratus naik.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang kedua, perolehan Ladang Telupid yang pernah saya sebut di Sabah. Saya ingin tahu apakah ladang ini dimiliki oleh Kerajaan Sabah ataupun syarikat swasta non bumi dari Semenanjung.
Yang kedua, bagaimana perolehan yang dibuat kepada bangunan di Kelantan dibuat perolehan dengan harga 10 juta dan renovation empat juta. Sedangkan, yang saya dimaklumkan bahawa kalau satu-satu daerah atau region nak buka pejabat FELCRA, dia mesti mempunyai minimum 10,000 hektar sedangkan di Kelantan baru 3,000 hektar sahaja.
Jadi, minta dijawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Insya-Allah saya jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sebelum saya menjemput Menteri Kewangan menjawab ataupun menggulung, saya nak selesaikan — sat Arau, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Tadi saya bawa 18(1). Speaker bagi tahu tunggu Speaker datang pukul 4.00.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab itu saya tunggu lama...
Tuan Yang di-Pertua
Sat tak apa, saya layan Arau dulu. Apa dia isu dia Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, okey. Yang pertama, saya dah hantar pada hari Jumaat iaitu peruntukan kepada kaum India, terutamanya pekerja ladang. Iaitu
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sebanyak dua bilion dan diberi diuruskan oleh MIC. Sebab yang diberi kepada sekarang ini gagal untuk berbuat apa-apa.
Jadi, saya tanya apakah saya — adakah benda ini akan diperbincangkan atau menunggu jawapan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya dah terima surat itu, sedang saya kaji.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, yang keduanya, saya bawa 13 — 36(12). Jelutong berkata, “PAS parti ajaran sesat”. Jadi, kita merujuk Jelutong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Apakah Yang Berhormat Speaker telah pun menerima?
Saya telah hantar begitu lama benda ni dan saya belum mendapat jawapan
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya akan jawab sebentar lagi ya. Sekarang ini saya nak selesaikan isu apa yang terjadi pada 13 Ogos yang lalu. Saya dah pun minta semua unit-unit teknikal memberikan saya semua bukti-bukti yang seperti yang semua kita tahu apa yang berlaku dan untuk itu, inilah keputusan saya ya.
Bahawa saya mendapati ya...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Saya Ketua Whip PN. Sebelum Yang Berhormat jatuh hukum itu, adakah dibenarkan untuk menyatakan sesuatu berdasarkan fakta?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak. Boleh buat secara appeal.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tak. Sebelum, kalau mitigation sebelum jatuh hukum.
Tuan Yang di-Pertua
Ya tapi unfortunately we are not court, we are in the House.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, you act as a judge. You act as a judge.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tak, satu je Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat merujuk pada 44(2).
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan Mesyuarat 44(2) iaitu tatatertib mesyuarat — dalam mesyuarat. Saya faham bahawa Yang Berhormat ingin mengambil tindakan terhadap Yang Berhormat Pendang, tapi sebagai seorang pengadil, apa ni, Yang di-Pertua, saya menyarankan ataupun saya mencadangkan supaya Yang Berhormat kena melihat the maximum evaluation apa yang berlaku dari segi ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya nak petik Hansard pada 13 Ogos, muka surat 48. Ini apa yang berlaku. Ini Yang Berhormat sebut. “Baik. Pendang dan Jelutong, you want me to suspend you? Pendang dan Jelutong, please behave. Kalau tidak, saya suspend.” Ini dalam Hansard.
Kemudian saya mencelah, “Jelutong banyak provokasi Yang Berhormat. Banyak provokasi Jelutong daripada awal lagi.” Kemudian Yang Berhormat sebut, “Nobody. Kalau nak keluar, keluar elok-elok, jangan provoke. Jelutong duduk. Malu kat orang, very shame both of you. Shameful.” So, dalam hal ini yang menjadi insidennya ialah dua orang, bukan seorang dan insiden yang berlaku itu semua yang dalam Dewan ini nampak. Jelutong, orang Kedah kata *celapak.
Celapak pi* situ. Pendang, celapak pi situ. Dua-dua ter, ter apa ini beraksi situ.
Jadi, saya mencadangkan to be fair, tindakan harus diambil kepada semua pihak yang mencetuskan tatatertib dalam Dewan.
[Tepuk] Kami tidak ada halangan kalau Pendang diambil tindakan, tapi lihatlah totality of the incident yang berlaku. Jadi, saya harap dipertimbangkan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, insiden hampir bergaduh ini. Dia tak — bukan pertama kali berlaku antara Jelutong dengan Pendang. Sebelum ini Tan Sri Speaker, daripada 1999 sampai ini, saya melihat dua insiden. Satu antara Pokok Sena, Pokok Sena yang dulu dengan Tampin. Tampin yang dulu.
[Dicelah] Kemudian — bukan Tampin sekarang, Tampin yang dulu.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Mantan Tampin.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Lepas itu insiden kedua kali Tan Sri, sebelum insiden yang sekarang ini, antara Kota Tinggi yang dahulu dengan Kapar, pernah berlaku insiden hampir bergaduh. Apa tindakan Speaker? Kedua-dua cuma diberi — dalam Hansard pun tak ada, dalam amaran Speaker pun tak ada, tapi dia beri — tidak ada tindakan diambil kerana kalau insiden bergaduh ini, dia mesti melibatkan dua pihak, Tan Sri. Dua pihak.
Apatah lagi di Hansard yang dibaca oleh Kota Bharu tadi, Tan Sri sendiri mengiktiraf kedua- dua nama itu.
Jadi, kalau satu pihak diambil tindakan, it doesn’t look nice dan bukan kali pertama hampir bergaduh — tak bergaduh pun Tan Sri. Daripada pintu itu, sampai Jelutong, mereka bertemu di belakang Kota Marudu, Tan Sri. Jadi, ada pergerakan antara sana ke sana dan antara pergerakan daripada sana ke sana. Bertemu dekat belakang kerusi Kota Marudu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Bertemu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Bertemu dekat sana.
Tuan Yang di-Pertua
Di belakang kota?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tak bergaduh pun.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri recognized dua-dua nama ini.
Jadi, hampir insiden, hampir bergaduh ini bukan kali pertama. Dulu pun bergaduh. Hampir juga, tapi tidak ada tindakan Speaker. Jadi, Speaker yang budiman, yang faham...
[Tepuk] Tentu tak boleh ambil tindakan seorang, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tak nice, tak nampak cantik Tan Sri.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya Speaker.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit. Sebelum sesuatu kesalahan, sesuatu hukuman nak dibuat, mesti kita tahu dulu apa kesalahannya.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kena tahu dulu apa kesalahannya.
Makna Speaker kena tentukan apa kesalahan apa ni, Pendang. Sekarang, nak...
Tuan Yang di-Pertua
Saya belum sebut Pendang lagi, silakan.
[Ketawa] You jump the gun, you jump the gun.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nampak itu yang nak dibuat kan.
Okey. Jadi, kena tentukan dulu sebelum mana Tan Sri membuat apa hukuman, kena tentukan bawah mana. Bawah peraturan ini kah?
Tuan Yang di-Pertua
Hmm.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Standing order ni ataupun bawah akta privilege — privilege and powers haa, itu yang, yang itu kena, kena tentukan dulu. Sebab kalau kita lihat dalam ini, apa yang berlaku tak ada disebut langsung dalam peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Hmm.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, kemungkinan kesalahan di bawah yang akta keistimewaan.
Tuan Yang di-Pertua
Hmm. Okay, point taken.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, maknanya kena tentukan dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Arau pula. Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dan kalau nak dibuat apa-apa pun, prosiding sepertimana mahkamah kena ada pertuduhan dan sebagainya. Dan hukumannya tidak lebih daripada RM1,000 sahaja. Kalau ini kena tiga hari, lima hari dan 10 hari. Mana-mana satu yang Tan Sri nak buat sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Tak pe yang itu saya akan jelaskan. Point taken, point taken.
Thank you. Okay. Saya bagi Kampar, lepas tu Arau, lepas tu saya nak buat decision.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Bayan Baru?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tan Sri. Tadi apa yang dikatakan oleh Kota Bharu itu tak betul, dia berat sebelah. Sebenarnya kalau kita teliti balik apa yang berlaku semasa sepanjang persidangan...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, begini you just raise your point. Tak payah masukkan.
Lepas itu saya buat keputusan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Apa isu, raise isu terus.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, kita tengok kembali. Yang pertama, provokasi itu datang dari sana, permulaan.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pertama, biar saya habis dulu. Pertama sekali, Pendang lontarkan Mei 13 untuk ugut rakyat. Lepas itu, Jelutong keluarkan surat minta Speaker bagi keputusan, tetapi masa itu Pendang tak berani jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dan, dia tuduh Jelutong terlibat dalam Mei 13, lepas tu dia tarik balik. Dan juga pada masa itu ….
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kalau story itu semua saya tahu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
You tak payah repeat, I know, I know. Jadi, saya akan base- kan…
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, saya nak, okey. Kalau Kota Bharu, kalau Kota Bharu nak gunakan Hansard...
Tuan Yang di-Pertua
You nak raise, raise factual-nya apa benda?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okay, I raise factual. Kalau Kota Bharu nak gunakan Hansard untuk katakan Speaker hari itu katakan Pendang dan Jelutong dua-dua itu tak betul
Tuan Chong Zhemin - Kampar
sebab masa itu Bentong sedang bagi perbahasan dan Speaker tak nampak. Speaker hanya nampak mereka dua bertemu di sana.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tetapi video jelas, video jelas tengok. Video jelas.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tengok Hansard, tengok Hansard.
Tengok Hansard.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang jalan dari sana, masuk ke sini.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, point taken.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jelutong hanya nak keluar saja, tapi ditahan oleh Pendang. Jadi, mana boleh kata Jelutong bersama dengan, Jelutong tak keluar buku tangan — buku lima, tak ada.
Seorang Ahli
Belit-belit.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Siapa yang ajak melawan. Kita tengok balik video siapa yang ajak melawan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Kampar, saya dah tengok semua video.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
For your information, MP-MP sekalian, video ni ada yang secret you tak tahu. Saya sorok ini, saya sorok dan ada juga mikrofon yang you all tak tahu. Dia tak mute. So, jangan main cakap-cakap sebab terus Speaker dengar apa yang berlaku. Ya, Arau, last kali. Silakan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker, saya saksi hidup yang melihat perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan insya-Allah saya akan jadi saksi sampai akhirat, Yang Berhormat. Okey yang pertama sekali kita tahu bahawa kami ini jadi mangsa provokasi puak-puak belah sanalah kan. Semua orang tahu. Dan pada hari tersebut, saya juga disebut nama oleh Jelutong, tapi masa itu saya ditakdirkan berjumpa Tok Guru.
Jadi, tak terjadilah apa yang terjadi, tetapi sebagai saksi hidup, Jelutong datang dulu. Ini Batang Sadong, tempat pertemuan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Habis.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Arau, Arau. Kalau saksi, ada nampak Pendang angkat buku lima tak?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Last sekali, last sekali…
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sebab Arau bahas dalam Dewan cakap tak ada ajakan untuk bertumbuk, tapi kita nampak video. Saksi ini tak boleh percaya, saksi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Last sekali Yang Berhormat…
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. I think, I think kita dah — saksi hidup kah, saksi mati kah, saya ada video.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Very important. Arau, if you have nothing else to say...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Something else, something else.
Tuan Yang di-Pertua
…Saya nak proceed. I am giving you last minute, one minute.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, thank you very much. Ini yang terakhir sekali. Yang Berhormat tak ada, majoriti semua tak ada. Saya ingat siapa pun tiada di sini, saya berada di sini. Saya duduk kat tempat Jelutong, Pengerusi Backbencher negara dunia, Malaysia, eh. Pergaduhan di antara Samy Vellu dengan Lim Kit Siang.
Tuan Yang di-Pertua
Oh panjang cerita Samy Vellu pula dah.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, bukan.
Tuan Yang di-Pertua
Kita tak bincang pasal Samy Vellu hari ni.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak beritahu …
Tuan Yang di-Pertua
Dah, dah. Yang tu dah. Panjang sangat, panjang sangat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
…Speaker telah membuat satu keputusan yang cukup adil.
Tuan Yang di-Pertua
Dia dah arwah dah.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Arau lupa makan ubat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Okay, now. Saya dah dengar semua sekali.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan. Peraturan mesyuarat.
Seorang Ahli
Kota Bharu pun gelak ini.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya okey. Peraturan muka surat berapa?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya terima kasih. 44(2), Pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana ahli berkelakuan tidak senonoh, tidak mengendahkan kuasa Pengerusi keluar dari Majlis. Ini yang penting, tidak melebihi 10 hari. Bukan 10 hari, tidak melebihi. Jadi, sebagai mitigasi, kalaulah itu keputusan Tan Sri, saya minta tidak dikenakan sehingga 10 hari.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kerana peruntukan kata tidak melebihi.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Not more than 10 days.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, tapi dua-dualah kena.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Listen to me. Bila saya cakap, siapa mencelah saya, bagi dua hari. Now, I’m going to be very strict now. Dua hari ya, jangan bangun tau. Kalau bangun dua hari.
Baik, apabila Yang Berhormat-Yang Berhormat berdebat, kadang-kadang minta pandangan, kadang setuju. Jarang sangat saya off mic because saya nak beri peluang kepada Yang Berhormat bercakap.
Tuan Yang di-Pertua
Walaupun kadang-kadang agak berdesing juga telinga ini ya, tapi tak apa sebab saya tahu Yang Berhormat-Yang Berhormat ialah politician. Orang di kampung nak dengar apa Yang Berhormat cakap ya. I understand that. Saya di situlah, 15 tahun. I know, I understand.
Tetapi, bila ada niat ataupun petunjuk yang anda go beyond that, bukan suara, tetapi fizikal.
Mungkin Beluran cites beberapa cases, tapi saya tak mahu campur dengan Speaker waktu itu, sama ada keputusan itu betul, tidak betul tapi tak boleh gunakan itu sebagai untuk memberikan pedoman kepada saya. Sebab waktu itu mungkin berbeza.
Now, saya nak ambil tindakan hari ini kerana very simple. Kita terlalu bercakap fasal bulilah, macam-macam kita cakap, pasal tindakan tidak cukuplah, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap macam-macamlah. Pagi tadi kita dengar apa yang berlaku. Now, saya — masa saya itu, saya preside. Saya nampak dari sini apa yang sedang berlaku dan beberapa orang yang lain, tapi saya tak mahu sebut benda itu, okey. Sebab saya nak zoom in kepada Pendang sahaja.
Kenapa saya ambil tindakan kepada Pendang hari ini? Kerana yang pertama, waktu itu, saya yang preside, saya, dan saya tengok apa yang berlaku. Yang kedua, apa yang saya amat kecil hatilah Pendang ya, penuh galeri itu budak-budak sekolah. That really take me back. Kita cuba sedang bercakap bagaimana perlakuan anak-anak kecil kita di sekolah.
Bagaimana mereka tidak berlaku bersantun tetapi kita sendiri depan budak-budak...
[Menunjukkan isyarat bertumbuk] ...Tunjuk macam-macam. It doesn't look good, it doesn’t look good. Saya yakin Pendang juga ada anak-anak lain yang dah berumah tangga kan?
Tuan Yang di-Pertua
Tentu mungkin dah ada cucu sekarang. Bayangkan apa yang cucu tengok Tok Wan dia buat lagu itu. It doesn't look good, it doesn't look good.
Baik, ini keputusan saya.
[Tepuk] Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 42(2), saya dengan ini memerintahkan Pendang untuk keluar dari Dewan ini untuk selama 10 hari...
[Tepuk] mulai hari ini, mulai hari ini. Baik, silakan Bentara untuk ambil keputusan. [Bentara mengiringi Yang Berhormat Pendang berjalan keluar meninggalkan Dewan].
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Yang di-Pertua. Belum terjawab apa yang saya...
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah buat keputusan, 42.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, saya pun rujuk kepada 4...
Tuan Yang di-Pertua
MP tidak boleh contest ialah 42(2).
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, penjelasan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya juga merujuk 44(2) ini, ya.
Yang mana satu ini yang, yang, yang Tan Sri tengok sekarang ini?
Tuan Yang di-Pertua
44(2).
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia ada tiga. Dalam 44(2) itu ada tiga. (1) tidak senonoh, (2) menghina Majlis Mesyuarat dan tidak mengendahkan kuasa Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua
Menghina Majlis Mesyuarat. Kerana yang pertama, saya ada di sini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menghina Majlis? Yang kedua?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, yang kedua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa yang menghina itu?
Tuan Yang di-Pertua
Oh, jangan buat lagu itu pula.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yalah, kita tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah buat keputusan, minta maaf.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jangan hukuman jadi salah.
Tuan Yang di-Pertua
Menghina kerana saya preside...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kita kena jaga juga. Majlis Mesyuarat kita, kita kena jaga. Jangan buat hukuman ikut suka hati juga. Kan?
Tuan Yang di-Pertua
Dah, done. Okey, Arau. Arau nak bangkitkan apa tadi? Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi sekarang ini, Jelutong tak salah?
Tuan Yang di-Pertua
Tak, saya mengambil...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi sebenarnya, tak salah?
Tuan Yang di-Pertua
Saya mengambil ini, tindakan kepada Arau sahaja. Sorry, kepada Pendang sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat kena tarik balik itu, Sebut Arau tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tarik, minta maaf.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Arau bangkitkan tentang — baik. Ini satu lagi petua saya dan juga arahan sayalah. Bukan petua lagi. Ada kadang-kadang 40, seperti yang saya katakan, 36(10)(c) ini amat jelas.
[Yang Berhormat Arau bangun untuk meninggalkan Dewan]
Tuan Yang di-Pertua
Arau, saya nak selesaikan berkenaan Arau dulu. Sekejap sahaja. Duduk, duduk, duduk sekejap. 36(10)(c) ini, jelas. Jangan ungkapkan “perkataan- perkataan yang harus menaikkan perasaan kecil hati ataupun bermusuh-musuhan antara satu,” sesama kita ya.
Baik, saya dengan ini walaupun ada Ahli-ahli Yang Berhormat jumpa saya dan telefon saya kata, “Eh, depa kata boleh, saya kata tak boleh?”. Now, isunya gini ya. Jangan lagi sebut tentang P-A-S ini ‘parti ajaran sesat’. Jangan sebut lagi. Walaupun, walaupun saya tahu dan saya telah dapat video mantan Perdana Menteri Pagoh pernah sebut itu, mantan Perdana Menteri Langkawi dulu pernah sebut itu, tapi itu disebut di luar.
Kalau mereka sebut itu di luar, itu none of my business. Biarlah authority yang lain ambil tapi the moment you all berada dalam Dewan ini, jangan lagi. Sekali lagi saya kata, jangan, cukuplah. Dia tidak memberi apa-apa manfaat pun dengan bermusuh-musuhan dengan mengatakan P-A-S ini ‘parti ajaran sesat’. Ada sensitiviti di situ. Begitu juga saya sebut kali kedua, janganlah panggil-panggil kawan-kawan kita kafir. Kafir mengkafir ini tak elok, tak elok. Anak-anak kita dengar pun pelik di luar itu. Jadi, tak elok.
Cukuplah di sini, kerana perkataan ini kadang-kadang misunderstood, dia jadi membarah. Untuk membina sebuah rumah cukup lama tapi untuk membakar sebuah rumah amat pantas sekali. Jadi, saya minta, sebab itu sekarang ini Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia kena bangun, tarik balik perkataan itu.
[Merujuk kepada Ahli Parlimen Jelutong] Dan minta maaf, bertaubat tak kata lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya dah, saya dah sebutkan di sini jangan lagi, jangan lagi sebut perkataan-perkataan itu dan saya bagi warning. Siapa-siapa juga sebut kafir meng- kafir ataupun ‘parti ajaran sesat’ ini, saya akan ambil tindakan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dato’ Speaker, apa pula perkataan “barua” itu yang selalu diungkapkan oleh pihak sana?
Tuan Yang di-Pertua
Tahu. Barua itu kita bincang kemudian. Saya bincang dua perkataan itu dulu, sebab kalau saya layan “barua”, saya akan berpanjang sampai pukul 7.00 malam tak habis. Oleh yang demikian [Mengetuk meja] , saya menjemput Menteri Kewangan.
40 minit dari sekarang. Terima kasih.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 31 Julai 2025 di Dewan Rakyat, merupakan pelan pembangunan lima tahun negara untuk tempoh 2026 hingga 2030, berlandaskan kerangka Ekonomi MADANI dengan tema “Melakar Semula Pembangunan”.
Pembaharuan berlandaskan kerangka Ekonomi MADANI telah membuahkan hasil dengan prestasi ekonomi kekal kukuh.
Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 4.4 peratus pada suku kedua tahun 2025, iaitu tahap sama dengan suku pertama 2025. Pertumbuhan kukuh tersebut dicapai, manakala pengangguran menurun ke paras tiga peratus iaitu paras terendah dalam 10 tahun dan kadar inflasi Jun 2025 pada tahap 1.1 peratus iaitu terendah dalam tempoh 52 bulan.
Dasar kerajaan mengukuhkan fiskal negara telah menyumbang kepada keyakinan pelabur global yang dicerminkan dengan prestasi ringgit yang mengukuh 5.1 peratus dalam suku kedua 2025 berbanding dengan Dolar Amerika iaitu prestasi mata wang terbaik di Asia.
Dengan kejayaan yang tercapai, penting untuk kita meneruskan agenda pembaharuan ekonomi MADANI.
Di bawah RMK13, pembangunan negara dimajukan dengan tumpuan kepada, pertama, menaikkan siling dengan mencepatkan transformasi structure ekonomi selaras dengan strategi meningkatkan kerencaman ekonomi. Ini termasuk memajukan sektor nilai tinggi, pertumbuhan dan tinggi (HGHV) dengan penglibatan GLC, serta menyokong pembangunan dan pembayaran perusahaan mikro, kecil, sederhana (PMKS).
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kedua, meningkatkan lantai dari segi darjat hidup rakyat, antaranya melalui projek pembangunan supaya rakyat dapat menikmati infrastruktur asas dan perkhidmatan awam berkualiti. Dan ketiga, memperkukuhkan tata kelola termasuk pembaharuan fiskal yang mampan, cekap, berintegriti dan telus.
Unjuran pertumbuhan KDNK pada tahun 2025 adalah empat hingga 4.8 peratus, manakala tempoh RMK13 pula secara puratanya adalah di antara 4.5 hingga 5.5 setahun.
Peningkatan prospek pertumbuhan dalam tempoh RMK13 disokong oleh pelaburan awam dengan komitmen sebanyak RM611 bilion iaitu merangkumi, pertama, peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) RM430 bilion dengan tumpuan kepada projek keutamaan rakyat terutamanya pendidikan, kesihatan, pengangkutan, tebatan banjir dan infrastructure asas.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kedua, pelaburan langsung domestik oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sebanyak RM120 bilion dengan bertumpukan sektor strategik serta menyokong syarikat pemula. Dan ketiga, pelaksanaan projek perkongsian awam swasta (PPP) berjumlah RM61 bilion.
Buat masa ini, mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global, dalam tempoh terdekat, kerajaan tidak memilih melaksanakan projek mega yang memberi kesan terhad kepada rakyat terbanyak. Sebaliknya, pendekatan kerajaan adalah untuk menyalurkan perbelanjaan dalam program-program yang benar-benar memanfaatkan kehidupan rakyat seperti pembaikan sekolah, klinik luar bandar yang turut menjana limpahan ekonomi dan turut menyediakan peluang perniagaan untuk usahawan PMKS.
Meskipun ruang fiskal yang diwarisi adalah terhad, Kerajaan MADANI tetap memanfaatkan segala sumber yang ada dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sungguhpun keadaan ekonomi dunia semakin mencabar. Langkah- langkah penambahbaikan tadbir urus telah diperkenalkan untuk memastikan setiap sen yang dikutip dibelanja secara berhemah demi menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia serta menambah baik taraf hidup dan mata pencarian rakyat.
Dengan itu, sebagai wakil Kementerian Kewangan, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian berbahas terkait usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Seramai 57 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh pelbagai perkara melibatkan Kementerian Kewangan, mencakupi kepentingan rakyat dan negara. Saya hargai pandangan dan izinkan saya memberi penjelasan isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perbahasan selama lapan hari, dua minggu lalu.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya mulakan dengan menjawab kenyataan yang dibangkitkan oleh lima Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Larut selaku Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Besut mengenai keadaan fiskal dan ekonomi negara khususnya soal kebertanggungjawaban kerajaan dalam mengurus hutang negara.
Kerajaan MADANI mula mentadbir ketika Malaysia berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran dari luar dan dalam negara. Dari dalam, kita mewarisi hutang melebihi RM1 trilion dengan 16 peratus hasil negara digunakan hanya untuk membayar khidmat hutang. Asas hasil cukai rendah berbanding negara serantau, sementara perbelanjaan tinggi meliputi peruntukan subsidi pukal yang tiris kepada golongan dan sektor yang tidak selayaknya. Dari luar, kita diasak ketidaktentuan geopolitik global. Tambahan lagi, sekarang dengan dasar tarif Amerika Syarikat dan langkah timbal balas negara-negara dunia.
Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seketika soalan PMQT pada 5 Ogos yang lalu, Kerajaan MADANI berjaya menurunkan jumlah hutang baharu secara konsisten setiap tahun. Kerajaan MADANI komited untuk melakukan pembaharuan fiskal secara berfasa untuk meningkatkan hasil, mengoptimumkan perbelanjaan secara menyasar semula subsidi yang akhirnya mengurangkan hutang baharu dalam belanjawan negara.
Sejak Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran negara, pinjaman baharu telah berkurang daripada RM99.4 bilion pada 2022 kepada RM92.6 bilion pada 2023 dan seterusnya RM76.8 bilion pada 2024. Secara amnya, sumber pembiayaan DE di bawah Rancangan Malaysia diperolehi oleh lebihan akaun semasa dan juga pinjaman kerajaan.
Oleh yang demikian, kerajaan perlu memastikan kutipan hasil yang mampan setiap tahun supaya kerajaan sentiasa mempunyai lebihan baki semasa untuk menampung sebahagian DE dan sebahagian lagi ditampung melalui pinjaman kerajaan. Pinjaman yang dibuat oleh kerajaan adalah bagi membiayai DE yang mana projek dan program tersebut hendaklah memberi pulangan kepada rakyat dan negara dalam tempoh jangka masa panjang.
Reformasi fiskal di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI telah berjaya menurunkan kadar defisit secara konsisten setiap tahun dan beransur iaitu daripada 6.4 peratus tahun 2021 kepada 5.5 peratus tahun 2022, seterusnya lima peratus tahun 2023 dan 4.1 peratus pada tahun 2024.
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan menyasarkan pengurangan defisit fiskal kepada 3.8 peratus daripada KDNK. Sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan defisit fiskal pada kadar tiga peratus daripada nisbah hutang kepada KDNK tidak melebihi 60 peratus dapat dicapai dalam jangka masa sederhana seperti diterapkan dalam Akta Kewangan Awam
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023. Oleh itu, secara amnya, kita berada di landasan bagi pencapaian ketetapan yang digariskan di dalam FRA pada penghujung tahun 2028 bermula dengan pencapaian defisit tiga peratus.
Selagi mana kerajaan mengamalkan perbelanjaan defisit, selagi itulah jumlah hutang akan terus meningkat. Dengan defisit yang ditanggung, jumlah hutang telah meningkat daripada RM1,172.5 bilion pada akhir 2023 kepada RM1.304 trilion pada akhir Jun 2025 atau bersamaan dengan 63.9 peratus pada KDNK.
Namun, seperti yang dijelaskan, peningkatan jumlah hutang adalah untuk membiayai defisit yang digunakan untuk perbelanjaan pembangunan bagi manfaat rakyat. Dari aspek pengurusan hutang, kerajaan tidak pernah gagal dalam memenuhi obligasi bayaran faedah dan bayaran balik hutang yang matang pada masa yang ditetapkan. Malah, kerajaan sentiasa memastikan paras hutang sentiasa di bawah had statutori yang ditetapkan dalam perundangan hutang berkaitan.
Di samping itu, kerajaan akan terus meneruskan langkah-langkah bersesuaian bagi mengurangkan defisit dan hutang baharu serta kebergantungan negara kepada hutang yang antaranya adalah seperti berikut. Pertama, meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur-ansuran bagi memastikan pinjaman baharu adalah lebih rendah tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Kedua, memperluaskan asas hasil dan memastikan ketepatan hasil yang mampan antaranya melalui peluasan cukai jualan dan perkhidmatan dan pelaksanaan e-invoice supaya kerajaan sentiasa mempunyai lebihan baki serta dapat menampung sebahagian DE.
Ketiga, mengoptimumkan perbelanjaan awam antaranya melalui pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel dan RON95 seperti rasionalisasi agensi kerajaan dan badan berkanun.
Keempat, memastikan pinjaman kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberi pulangan kepada rakyat dan negara dalam tempoh jangka masa panjang. Dan akhir sekali, strategi pinjaman yang mengutamakan sumber pasaran modal tempatan untuk meminimumkan pendedahan kepada risiko tukaran mata wang asing.
Kerangka Ekonomi MADANI menjadi panduan dasar-dasar kerajaan untuk melaksanakan pembangunan Malaysia secara menyeluruh, terangkum dan lestari. Dasar- dasar yang digubal dan dilaksanakan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, Pelan Induk Perindustrian Baharu...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh sebelum masuk topik lain dah nampak?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis yang ini, nanti saya bagi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dan Strategi Semikonduktor Nasional bukan digubal secara berasingan. Sebaliknya, semua disusun sebagai satu ekosistem menyeluruh untuk membentuk sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan masyarakat yang lebih makmur dan sejahtera.
Sebelum saya beredar kepada isu lain, saya benarkan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Berkaitan dengan isu cukai, saya ada banyak tanya persoalan tentang isu cukai ini. Pertama sekali apabila strategi C4.5 dalam RMK13 ini menyatakan kerajaan akan perluaskan asas hasil termasuklah untuk membuat semakan kadar dan skop cukai jualan.
Jadi saya tanya apakah pendekatan kerajaan, kerangka kerajaan dalam konteks cukai jualan ini?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kalau tahun lepas, kerajaan telah naikkan cukai jualan daripada enam peratus jadi lapan peratus, kemudian kembangkan skop cukai jualan. Tahun ini, kembangkan lagi skop cukai jualan. Dan di dalam RMK dikatakan akan dikembangkan lagi skop cukai jualan. Jadi, saya mahu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya kerangka berkaitan dengan cukai jualan dan perkhidmatan ini yang kerajaan akan laksanakan. Kerana apa? Ini mewujudkan banyak ketidaktentuan di luar sana. Industri khususnya, peniaga khususnya, tak tahu. Bila cakap nak luaskan skop belanjawan tahun ini, apa lagi skop yang akan diluaskan. Jadi, boleh tak bagi gambaran kasar sebenarnya ke arah mana kerajaan ingin membawa perluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan ini? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya atas soalan berkenaan. Sebenarnya, saya baru nak masuk topik cukai sebelum Yang Berhormat Putrajaya. So, biarkan saya menjawab cukai. Dan kalau ada apa yang kurang, saya boleh tambah lagi, ya.
Tan Yang di-Pertua, kebanyakan soalan berkaitan cukai yang sebenarnya kerap dijawab oleh Kementerian Kewangan melalui soalan lisan dalam Mesyuarat ini. Namun, saya akan menjawab beberapa soalan yang sering ditanya dengan lebih terang sekali lagi.
Kira-kira 10 Ahli Yang Berhormat mencadangkan pelaksanaan semula cukai barang perkhidmatan (GST) selain menyatakan bahawa peluasan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) menyumbang kepada kenaikan kos harga hidup dan membebankan rakyat. Antaranya, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kalabakan, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Kuantan.
Kerajaan mengakui kedua-dua sistem percukaian kepenggunaan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setelah diteliti, kerajaan memilih untuk mengekalkan SST dengan meluaskan skop. Pelaksanaan peluasan SST mulai 1 Julai 2025 telah dirangka dengan bersasar dan progresif bagi memastikan beban cukai diagih dengan lebih adil dan ditanggung oleh semua pihak yang mempunyai kemampuan.
Antara asas pertimbangan utama adalah satu, kesediaan sistem dan impak segera.
Kedua, pendekatan bersasar dan kesan yang terkawal, tidak seperti GST yang bersifat menyeluruh. SST memberi peluang kepada kerajaan untuk mengambil pendekatan yang lebih progresif berbanding dengan GST dengan menetapkan skop pengecualian secara lebih terfokus. Walaupun GST menyediakan senarai pengecualian dan kadar sifar, jumlah adalah lebih kecil berbanding dengan senarai barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan SST.
Kesan kepada rakyat dapat dikawal dengan secara lebih berkesan seperti berikut:
(i) semakan semula kadar jualan hanya melibatkan barangan pilihan dan bukan keperluan asas rakyat;
(ii) pengecualian ke atas barangan keperluan asas terus dikekalkan meliputi makanan ruji, ubat-ubatan, buku serta pelbagai barangan yang penting yang sering digunakan oleh rakyat;
(iii) cukai perkhidmatan dikenakan kepada perkhidmatan yang lazim digunakan oleh golongan yang berpendapatan tinggi seperti yuran persekolahan swasta melebihi RM60,000 setahun atau digunakan sektor komersial seperti sewaan bangunan komersial serta perkhidmatan kewangan berasaskan fi;
(iv) cukai perkhidmatan ke atas kesihatan dan pengajian tinggi hanya dikenakan kepada bukan warganegara bagi memastikan rakyat tidak dibebankan apabila menggunakan perkhidmatan asas tersebut; dan
(v) perkhidmatan berkaitan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat tidak dikenakan cukai perkhidmatan termasuk perkhidmatan perbankan asas serta perkhidmatan sewaan atau kerja pembinaan melibatkan rumah kediaman.
Pendekatan ini diambil bagi memastikan kos sara hidup rakyat tidak terkesan secara langsung akibat pelaksanaan cukai ini. Selain itu, pemantauan harga dan kos perkhidmatan dilakukan secara progresif dan aktif oleh agensi penguat kuasa bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga secara tidak munasabah.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam melaksanakan pelbagai operasi penguatkuasaan akan terus diperkasakan melalui Ops Kesan, Ops Catut, Ops Terjah, Ops Tiris, Ops Menu, Ops Pasar dan Ops Samar bagi membendung sebarang usaha untuk menjejas kestabilan bekalan makanan, barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ketiga, menjana hasil tambahan untuk perkhidmatan awam. Kerajaan menganggarkan untuk menjana kutipan hasil tambahan sebanyak RM5 bilion untuk tahun ini dan RM10 bilion bagi tahun sepenuhnya 2026.
Peningkatan kutipan hasil dari peluasan SST akan digunakan terus melabur dalam menambahbaikkan sistem jaringan sosial demi kesejahteraan rakyat dan juga melabur dengan bijak dan bertanggungjawab dalam menambahbaikkan infrastruktur negara, meningkatkan kualiti hidup rakyat untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Sebagai contoh, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditingkatkan daripada RM10 bilion pada tahun 2024 kepada RM15 bilion pada tahun ini bagi membantu rakyat dengan cabaran kos sara hidup.
Peningkatan bilangan infrastruktur pembinaan sekolah baharu daripada 26 buah sekolah pada tahun 2024 kepada 44 sekolah pada tahun ini.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Pembinaan semula sekolah daif yang meningkat daripada 450 buah sekolah 2024 kepada 543 sekolah pada tahun 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri ada Beruas bangun, Machang, nak beri peluang tak?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, boleh saya?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tan Sri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi habis ya?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi peluang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Menteri jawab dulu. Lepas itu Beruas, ya. Silakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dan penyelenggaraan klinik daif daripada 422 buah klinik pada 2024 kepada 486 klinik 2025.
Keempat, menyokong industri tempatan melalui, pertama, kewajipan pendaftaran SST hanya terpakai kepada mereka yang mengilang dan mengimport barangan bercukai lebih ambang satu julat…
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu pun nanti minta laluan juga. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi sektor tertentu yang diluaskan skopnya seperti pembinaan dan perkhidmatan kesihatan, ambang itu lebih tinggi iaitu 1.5 juta. Pengecualian juga kepada pengguna terakhir tertentu diperkenalkan. Sebagai contoh, sektor sewaan dalam pembinaan tidak dikenakan di atas kediaman supaya rakyat tidak dikena kenaikan asas atas sewa atau harga beli rumah. Di samping itu, perniagaan PMKS dengan perolehan tahunan kurang daripada RM1 juta tidak dikenakan SST walaupun pembekal telah didaftar.
Kita merasa dengan usaha ini, kita dapat mengurangkan impak kepada sistem ekonomi dan untuk ― dengan lebih bersasar lagi. Kalau kita tengok daripada pengenalan peluasan yang kita ada juga tahun lalu dan juga tahun ini impaknya kepada inflasi juga terkawal dan pembangunan ekonomi negara masih rancak juga lagi. Oleh itu, kita merasa pendekatan yang telah digunakan oleh Kerajaan MADANI adalah satu pendekatan yang baik, yang terus dapat dikekalkan.
Untuk pertanyaan yang ditanya oleh Putrajaya tadi, ya. Sekiranya dasarnya kita telah menerangkan dari segi cukai yang kita akan buat hari ini, kita buat daripada segi peluasan yang kita telah pun umumkan tahun lalu dengan tahun ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dan cukai di tahun depan yang kita telah umumkan masa Belanjawan 2025 adalah untuk cukai karbon ya, yang saya akan perhalusi lepas ini.
Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kalau boleh saya sambung?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat Menteri, ada empat que, ya. Beruas, kemudian Machang, Putrajaya, Tangga Batu.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya, saya sambung ya?
Tuan Yang di-Pertua
Ikut, ikut urutanlah ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Seputeh, Seputeh.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kalau boleh saya teruskan dengan soalan saya tadi, Tan Sri Speaker.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Mudah sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Beruas dululah. Kita bagi Beruas dulu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ada terima satu aduan dan harap Menteri dapat menjawab masalah ini. Ada seorang kontraktor yang telah mendapat projek kerajaan semasa GST dilaksanakan dan dalam kontrak tersebut,
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
dinyatakan kerajaan akan membayar jumlah GST yang akan dikenakan. Tetapi kemudian kerajaan telah memansuhkan GST dan telah mengenakan cukai SST. Jadi, kerajaan mengatakan GST tidak akan dibayar kepada kontraktor tersebut tetapi barangan yang beliau beli untuk projek grid tersebut, grid-grid elektrik tersebut dikenakan cukai SST.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, ini akan menambah kos pembelian barangan yang ada cukai SST. Jadi, pihak kementerian memohon untuk bukti SST telah dibayar. Kita tahu SST yang dibayar tidak boleh, kita tidak boleh mohon dibayar balik. Bagaimanakah mereka boleh buktikan kerana dikatakan customs mesti menunjukkan mereka telah membayar SST di pihak customs dan dokumen tersebut bukan di bawah kawalan orang biasa. Pihak customs tidak akan membenarkan bukti tersebut diberikan. Jadi, saya nak tanya, bagaimanakah kerajaan boleh membayar balik tambahan cukai SST yang telah dibayar oleh kontraktor tersebut?
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, saya kira ini ialah isu baru ya. Mungkin Menteri sat lagi nak jawab boleh, tak boleh jawab. Silakan Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ada bangkit dalam perbahasan tempoh hari berkenaan dengan peruntukan kewangan. Dekat mana, celah mana Kerajaan MADANI nak cari duit, nak biayai semua projek-projek yang diumumkan itu?
Jadi, saya nak tanya kepada Menteri, susulan daripada perbahasan saya tersebut, boleh tak kerajaan beri jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kita tiada masalah aliran tunai untuk dalam masa dua tahun pertama nak melaksanakan RMK13. Dan selain daripada PETRONAS dan SST, apa lagi sumber yang kita nak guna untuk biayai pelan-pelan RMK13 ini?
Kita tahu Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan II, *PETRONAS is in a very bad shape because of the stalemate between PETROS and PETRONAS. You were in PETRONAS, I was in PETRONAS. We are part of PETRONAS family.
So*, kalau kerajaan tidak ada candid principle about PETRONAS punya survivability dengan isu South Sudan-nya, dengan isu Pengerangnya, dengan isu di Kanada. Jadi, how on earth are we going to bankroll our development in RMK13? That's my question. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bertanya tadi tentang peluasan cukai.
Pertama sekali saya nak betulkan Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya, saya tak sentuh tentang GST. Saya tak ada sentuh tentang GST tapi tumpuan saya adalah berkaitan dengan strategi C45 ini, yang disebut dalam buku RMK13. Yang Berhormat Menteri
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
sebut tadi kata, peluasan cukai dah berdasarkan pengumuman sebelum ini dah tak ada dah, peluasan cukai jualan tapi ini disebut dalam buku RMK13. Itu saya tanya tadi. Peniaga dan industri di luar sana nak tahu gambaran. Kalau disebut di sini saya baca, “Peluasan asas hasil akan diteruskan termasuk membuat semakan ke atas kadar dan skop cukai jualan dan perkhidmatan”, itu saya tanya tadi.
Soalan saya, setakat mana skop ini akan diperluaskan? Jadi, industri di luar sana akan mendapat gambaran. Kerana apa? Kerana sekiranya perluasan skop ini — tadi yang Yang Berhormat Menteri kata GST ini terlalu luas tetapi kalau kerajaan meneruskan perluasan skop ini, dah jadi macam hampir macam GST dah. Itu saya nak tanya setakat mana tadi.
Dan yang kedua, isu dengan SST ini adalah cukai ke atas cukai dan juga cukai bertingkat-tingkat dan bertindan-tindan dalam rantai bekalan. Ini saya bangkitkan daripada tahun lepas lagi berkaitan dengan logistik sebagai contoh. Jadi, apabila kerajaan sebut dalam RMK13, sebagai salah satu komponen hasil adalah peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan, tentunya industri di luar sana tertanya-tanya kat mana kerajaan nak bawa sistem percukaian ini.
Dan ini membawa saya kepada soalan berikutnya tentang apakah ketidaktentuan dasar kerajaan ini termasuklah dasar cukai yang menyumbang kepada ketidakpercayaan pelabur asing kalau kita tengok dalam konteks pengeluaran ekuiti di Bursa Malaysia. Jadi, kalau boleh kerajaan ambil peluang ini jelaskan apakah kerangka besar sistem cukai ini untuk RMK13 ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Last ke atau apa nak tunggu dulu? Tangan Batu.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ada last, seorang lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Okey, terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Baik, saya ada bangkitkan isu tentang windfall levy dan juga reinvestment allowance. Sebab kalau kita lihat industri sawit hari ini menghadapi masalah pokok tua, pokok tua. Dan kalau mereka buat felling, four years dia akan tak ada revenue. Jadi, sekarang setahu saya bahawa daripada windfall levy yang dikutip sebanyak satu bilion lebih setahun, apakah — memang permintaan saya dan supaya boleh digunakan kembali sebagai insentif untuk mempercepatkan proses tanaman semula. Dan apakah kerajaan ingin memperkenalkan, memberikan insentif, reinvestment insentif sebagai satu skim galakan untuk mempercepatkan proses penanaman semula sawit? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Menteri, bagilah Seputeh last...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
...Lepas itu Menteri jawab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya terima banyak aduan tentang itu SST yang mana lapan peratus cukai perkhidmatan ke atas sewa yang bagi syarikat yang mempunyai hasil tahunan melebihi RM1 juta.
So, bagi khususnya SME yang satu tahun dapat satu juta hasil adalah biasa tapi mereka kata kerajaan sepatutnya mengenakan cukai pada keuntungan, tapi sekarang adalah mengenakan cukai lapan peratus ke atas sewa. Sewa adalah merupakan kos operasi, cost of doing business mereka. Jadi, saya nak minta pihak kerajaan boleh mentimbangkan semula kerana bagi SME yang kecil, kedai-kedai yang kecil macam di shopping complex dan sebagainya, ini yang lapan peratus cukai perkhidmatan atas sewa mereka ini adalah amat membebankan mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mula dengan Beruas. Seperti yang dibagi petua oleh Tan Sri Speaker, isu itu kalau kita boleh berbincang, kita sedia mendengar apa yang diketarakan oleh Beruas.
Untuk isu yang ditanya oleh Machang, isu — semasa kita membuat pembentangan RMK13, kita dah ada perbincangan antara kementerian-kementerian dan bila kita meletak siling 430 daripada DE, itu telah mengambil kira perancangan kerajaan di mana hasil kerajaan akan mencukupi untuk menanggung DE itu dengan tahap-tahap had statutory kerajaan yang kita ada. Jadi, saya kira kita percaya dalam proses yang kita buat adalah cukup untuk menampungi projek yang kita ada.
Untuk pertanyaan Putrajaya tadi, Putrajaya banyak membuat andaian yang kata banyak lagi cukai-cukai akan berubah. Tapi seperti saya katakan tadi, yang kita telah buat SST masa kita perluaskan tahun lalu dan perluasan yang kita buat bulan Julai ini kita dah umumkan. Dan kita buat masa sekarang hanya melihat untuk mengemaskinikan proses yang kita ada dan untuk collect yang ada itu. Kerana seperti saya katakan kepada Machang tadi, hasil yang kita menjana daripada peluasan itu adalah cukup untuk menampung RMK13 buat masa sekarang.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya, Yang Berhormat, Tan Sri Speaker, saya nak kena betulkan Yang Berhormat Menteri. Bukan saya buat andaian. Saya sebut tadi, daripada strategi C45 buku RMK13, itu saya kata. Ini maknanya RMK13 ini ke depan bermula daripada 2026 sampai 2030. Jadi, ini bukan andaian. Ini disebut word by word daripada buku RMK. Jadi kalau ikut buku RMK ini — tadi Yang Berhormat Menteri kata kerajaan dah buat
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
projection tentang hasil. Maknanya, dalam projection hasil tadi, dengan izin, dah adalah tentunya apakah pendekatan cukai itu. Itu yang saya tanya Yang Berhormat Menteri tadi, ini yang disebut dalam buku RMK, bukan saya buat andaian ya. Itu minta Menteri betulkan. It's not andaian, ini disebut dalam buku.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Putrajaya. Seperti saya katakan tadi, kita dah buat peluasan daripada SST, kita telah mula dikuatkuasakan dan kita akan perkemaskan. Jadi, hasil yang kita dapat seperti saya katakan kepada Machang, dah memang mencukupi. Hanya cukai-cukai baharu yang kita katakan seperti carbon tax yang telah pun diceritakan semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2025 hari itu akan diperkenalkan bila kita dah ada cukup asas dan basis untuk diperkenalkan. Buat masa sekarang kita tak ada apa lagi yang kita nak melihat dia ya. Tapi yang pentingnya...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Menteri, satu lagi carbon tax, itu soalan saya juga itu. Minta jelaskan sebab saya dapat ramai pertanyaan daripada industri di luar sana, carbon tax ini disebut tentang industri keluli dan juga tenaga. Jadi, tidak ada penjelasan yang lebih mendalam tentang carbon tax telah dibentangkan sewaktu pembentangan belanjawan tahun lepas. Ini nak masuk belanjawan baharu dah. Masih ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang hendak dilaksanakan? Kalau Menteri boleh ambil masa sikit. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Putrajaya. Saya ada jawapan untuk carbon tax dan saya akan berikan selepas ini, okey.
Seperti saya katakan tadi ramai yang bertanya pasal cukai tapi cukai dia ada banyak benda yang ditanyakan. Antara pertanyaan ditanyakan ialah insentif cukai.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Mersing menyentuh tentang special tourism tax investment zone, manakala Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Bukit Bintang dan Yang Berhormat Tangga Batu membangkitkan tentang insentif percukaian negara. Pendekatan yang kita buat melalui RMK13 adalah untuk melihat penambahbaikan daripada kerangka insentif percukaian yang kita akan perkenalkan tahun ini. Ia akan menekankan untuk keberhasilan yang lebih baik, di mana kita memberi penekanan untuk insentif diberikan kepada development yang akan diadakan kepada wilayah-wilayah yang kurang development, ia akan mendapat penekanan yang lebih. Untuk industri-industri yang selari dengan apa yang kita katakan dalam New Industrial Master Plan, NHS, ia juga akan memberi penekanan yang lebih. Jadi, bila selari dengan Ekonomi MADANI, kita akan memberikan insentif yang lebih baik lagi.
Melalui special incentive tourism tax itu, dia melihat beberapa area yang kita ada di Malaysia ini yang mungkin belum lagi dikuat sangat dalam pelancongan seperti di Sabah yang memang ada banyak peluang tapi kita nak menekankan lagi di Sabah, di Desaru, di Langkawi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Area, area ini akan kita lihat dalam segi menggunakan kerangka insentif yang baharu yang kita perkenalkan.
Juga ditanya pasal Zon Perdagangan Bebas. Yang Berhormat Tuaran pula menyentuh tentang Zon Perdagangan Bebas di Lahad Datu. Untuk makluman, syarat sah yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan dalam kelulusan dasar telah diberikan, merupakan syarat yang standard dan perlu dipatuhi bagi membezakan dan mengasingkan kawasan utama Kastam dan kawasan zon bebas, selaras dengan keperluan di bawah Akta Zon Bebas 1990 dan Peraturan Zon Bebas 1991. Penyediaan keperluan kawalan yang dinyatakan dalam syarat kelulusan dasar tersebut adalah penting bagi menjamin dapat dilakukannya untuk mengurangkan risiko ketirisan. Kerana kalau tak ada kawalan, risiko ketirisan adalah tinggi.
Ada juga ditanya oleh Yang Berhormat Labuan berkenaan potongan cukai kenderaan untuk kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Labuan dan Langkawi. Sebenarnya, mereka dah memangnya layak mendapat pengecualian cukai, duit import dan duti eksais ke atas kenderaan persendirian yang dibawa balik daripada Labuan dan Langkawi. Ini dah memang sedia ada.
Yang Berhormat Putrajaya ada juga memohon penjelasan tentang cukai karbon. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan merancang untuk memperkenalkan cukai karbon pada tahun 2026 sebagai komitmen untuk mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050. Pada peringkat awalnya, ia akan ditumpukan kepada sektor besi, keluli dan tenaga yang menjadi penyumbang utama pelepasan gas rumah kaca. Cukai karbon ini bukan saja menyokong usaha untuk menyahkarbon industri, malah penting untuk melindungi eksport negara yang terkesan dengan Carbon Border Adjustment Mechanism (CBAM) Kesatuan Eropah.
Kementerian Kewangan ini sedang meneliti amalan terbaik antarabangsa, termasuk daripada Norway, United Kingdom, Kanada, Korea Selatan, Jepun serta Singapura dan Indonesia dalam tahun ini yang telah atau sedang dilaksanakan cukai karbon serta emission trading scheme.
Kerangka pelaksanaan cukai karbon ini akan diselaraskan dengan dasar perubahan iklim dan pasaran karbon negara, di samping mengambil kira langkah seperti penyasaran semula subsidi bahan api fosil yang akan dilaksanakan. Jadi, yang pentingnya kita kena rangkumkan ia semua, melihat perundangan yang ada agar dia selari, dia tak boleh buat sendiri tanpa perundangan yang ada sepatutnya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Jadi, kalau saya boleh saya tanya. Apakah jangka masa? Bilakah kerajaan merancang nak laksanakan, kalau nak dilaksanakan cukai ini? Dan bagaimanakah kesannya
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
kepada industri, khususnya tenaga yang bakal memberi kesan kepada rantaian bekalan dan seterusnya kepada pengguna? Boleh Yang Berhormat Menteri jelaskan sedikit? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Seperti saya katakan tadi, bila kita dah ada rang undang-undang iklim yang akan dibuatkan, kita ada mekanisme yang akan diceritakan dalam rang undang-undang itu, memberikan basis untuk kita mengira karbon yang akan dikeluarkan.
Selepas itu, dengan sesi libat urus yang diadakan, Kementerian Kewangan akan melihat pengendalian melalui berfasa kepada industri yang saya katakan tadi dan ia akan buat berfasa mengikut juga kebolehan industri untuk mitigate cost yang ada. Jadi, ia tidak akan mendadak sekali gus tapi dengan secara berfasa. Terima kasih.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Mungkin saya beredar kepada isu — baik. Saya tinggal satu minit sahaja.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih. Itu saya bangun ini. Yang Berhormat Menteri tak jawab soalan saya dalam perbahasan. Saya tanya pasal LPPSA.
Sekarang ni, askar saya beli rumah. Tetapi masalahnya, rumah tak siap. Mereka dah berpencen. Rumah tak siap. Kemudian hari itu saya ada minta tolong Pontian. Dia bagi surat, saya pergi LPPSA. Dia orang pergi sana tetapi tak ada. Dia buang je surat itu.
Jadi, macam mana nak selesai ini? Pencen kecil. Lepas itu, potong lagi rumah. Rumah tak siap. Bukan sikit tahu. Beribu-ribu. Itu saya nak tanya macam mana pendekatan saya nak buat ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Ketereh. Sebenarnya saya dah siap nak bagi jawapan — nanti bagi secara bertulis sebab ucapan ini panjang sikit. Tapi akan fokus...
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Kalau boleh saya nak jumpa Yang Berhormat?
Pasal apa, saya nak selesai isu ini.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Boleh, terima kasih. Mungkin saya nak buat beberapa perkara sebelum saya habis menggulung ya. Juga ditanya beberapa perkara mengenai pemberian penyelenggaraan jalan negeri MARRIS. Empat Ahli Yang Berhormat iaitu Hulu Selangor, Kuala Pilah, Jelebu dan Baram ada menyentuh perkara ini. Pemberian penyelenggaraan jalan negeri disalurkan oleh Kementerian Kewangan secara terus kepada kerajaan negeri setiap bulan, berdasarkan panjang jalan negeri yang berdaftar, yang telah
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
diperakukan oleh Jabatan Kerja Raya, selaras dengan peruntukan Bahagian II, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, kerajaan negeri dibenarkan untuk menyelenggara semua jalan negeri yang berdaftar di dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), tertakluk kepada kategori jalan dan skop penyelenggaraan, termasuk langkah pencegahan seperti yang digariskan dalam garis panduan MARRIS. Segala urusan dan tatacara pengagihan, peruntukan dan pelaksanaan penyelenggaraan jalan di peringkat negeri di bawah kawalan Pegawai Kewangan Negeri, selaku Pegawai Pengawal.
Kerajaan juga menyediakan kelonggaran, di mana kerajaan negeri dibenarkan membelanjakan sehingga 20 peratus daripada perbelanjaan sebenar MARRIS atau RM50 juta, yang mana lebih rendah, untuk menyelenggara jalan yang tidak mencapai piawaian minimum JKR dan tidak didaftar dalam sistem MARRIS. Namun begitu, peruntukan MARRIS tidak boleh digunakan atas jalan-jalan yang telah diwartakan oleh Jalan Persekutuan, termasuk kawasan FELDA yang diwartakan sedemikian. Secara amnya, pemberian jalan negeri ini bertujuan untuk menyelenggara jalan negeri berdasarkan skop yang ditetapkan dalam garis panduan MARRIS.
Jadi, ada beberapa perkara lagi, saya mungkin tak ada masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Izinkan saya menutup penggulungan saya dan juga untuk saya mengatakan beberapa perkara yang saya tak mungkin sampai menjawab, saya akan bagi jawapan bertulis.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Kalau boleh?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Minta masa tambahan, sebab ini kementerian penting.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta Menteri, sebelum menggulung.
Sikit sahaja. Saya ada tanya tentang LHDN, pulangan cukai lebihan. Kebanyakan merungut, sekarang hanya dapat lima percent daripada lebihan cukai yang telah dibayar, akan dibayar balik dalam tempoh empat tahun, sedangkan setiap dua bulan dia kena bayar, tak boleh buat offsetting.
Adakah LHDN sedia mendengar rungutan ini? Dan kedudukan LHDN itu ditentukan satu jumlah kita kena bayar. Tak ada rayuan. Rayuan kemudian.
[Tidak jelas] Jadi, adakah kerajaan melihat dalam RMK13 berlaku adil. Kalau tidak disebut berapa jumlah yang kita kena bayar dan kita dimufliskan dulu sebelum kita dapat rayuan?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dan apa kedudukan tentang kes TNB bersama dengan [Tidak jelas] ? Kalau tak sempat, kita boleh dapat bertulis. Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, Menteri. Saya ada soalan tambahan,...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan dan gulung.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, sebelum — saya ada soalan berkenaan.
Ada tuduhan liar bahawa dikatakan TNB kalau dikenakan bayaran cukai yang telah diperintah oleh mahkamah RM8.3 bilion ini, simpanan rakyat akan berkurangan RM5 bilion.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak tanya, kalau berdasarkan logik ini, adakah bermakna jika TNB naikkan harga elektrik bermakna simpanan rakyat akan naik? Adakah itu betul? Dan saya nak tanya RM8.3 bilion itu kalau dibayar kepada Menteri Kewangan, adakah itu juga bermakna itu duit rakyat?
Minta penjelasan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di-Pertua, biar saya jawab satu benda sini, lepas itu saya gulung dan siapa saya tak dapat jawab saya akan bagi dengan bertulis ya.
Jadi, dari segi LHDN. LHDN sentiasa melihat untuk claim balik apa yang mungkin tidak — asalkan permintaan telah dimasukkan. Dia akan menerusi proses LHDN. Kerajaan MADANI komited untuk terus bekerjasama dengan LHDN melihat macam mana buat. Kalau ada apa-apa aduan, sila berjumpa, kita akan cuba ya.
Untuk TNB, sebenarnya ini bukan isu usul RMK13 tetapi kalau nak berbincang pasal TNB kita buat bincang dekat luar ya.
Jadi, untuk mengakhiri penggulungan saya, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada, atas semua pandangan dan input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan. Perlu saya tekankan sini sekali lagi bahawa menurut hala tuju RMK13 seperti yang dinyatakan sebentar tadi, disiplin dalam pengurusan fiskal bukan sekadar tuntutan tetapi satu amanah yang wajib dipikul bersama demi memastikan kedudukan kewangan negara terus mampan. Dengan peluasan asas hasil serta asas hasil negara diurus dengan secara cekap, kerajaan mampu melakar pembangunan yang bukan sahaja membangun negara tetapi yang juga benar-benar mensejahterakan rakyat di setiap lapisan.
Saya yakin kita semua mahukan yang terbaik untuk negara dan atas kesedaran inilah kita berusaha sedaya upaya untuk mengatasi segala cabaran dan rintangan ekonomi demi kesejahteraan rakyat melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang, saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab, masa 40 minit. Terima kasih.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terlebih dulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA sepanjang tempoh perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada hari ini.
Puan Yang di-Pertua, antara perkara-perkara yang diberi keutamaan melalui dokumen yang dibentangkan adalah merangkumi strategi pembekalan tenaga, akses bekalan elektrik hijau dan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik bersih.
Manakala bagi sektor air, keutamaan akan diberikan pada perencanaan Pelan Transformasi Air 2040, selain memberi fokus pada Air Tidak Terhasil nasional ataupun NRW dan pengurusan air boleh guna. Isu berkaitan mitigasi dan adaptasi banjir akan diperkukuh seperti mana ia menjadi keutamaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Puan Yang di-Pertua dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah memberikan penekanan serta mengorak langkah untuk meliberalisasikan pasaran bekalan elektrik agar ia lebih telus, berdaya saing dan berdaya harap. Bagi tujuan ini, kerajaan telah meluncurkan dokumen National Energy Transition Roadmap (NETR) dengan izin. Bagi menetapkan hala tuju makro untuk peralihan tenaga negara bagi meningkatkan campuran Tenaga Boleh Baharu ataupun TBB kepada 70 peratus menjelang tahun 2050.
Peralihan tenaga telah dikenal pasti sebagai salah satu strategi utama dalam memantapkan pembekalan tenaga di bawah pelonjakan industri high-growth, high-value atau HGHV dan sektor strategik berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Antara strategi yang akan dilaksanakan adalah termasuk pertamanya Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga. Kedua, peluasan skop pelaksanaan garis panduan Prestasi Tenaga Minimum atau singkatannya MEPS.
Yang ketiga, pembangunan garis panduan Energy Efficiency and Conservation for Malaysian Industries, electrical energy use equipment and thermal energy use dengan izin.
Keempat, pelaksanaan Geran Audit Tenaga Bersyarat ataupun Energy Audit Conditional Grant (EACG) dan untuk sektor industri dan komersial.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang kelima, pelaksanaan Government Lead by Example (GLBE) dan Malaysian Energy Literacy Program (MELP) dan sesi libat urus dengan pemegang taruh berkaitan.
Selain itu, sistem pasaran tenaga elektrik berdasarkan mekanisme yang lebih inovatif akan diwujudkan bagi menjamin perkhidmatan bekalan elektrik yang berkualiti dan berdaya harap. Pembangunan mekanisme baharu ini akan memberi tumpuan kepada perolehan penjanaan yang telus dan berdaya maju serta pembangunan dan naik taraf grid yang lebih meluas dan pintar.
Langkah penukaran pada meter pintar akan diperluas untuk membolehkan tarif elektrik di bawah Skim Masa Penggunaan yang diperkenalkan pada Julai 2025 dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna bagi menggalakkan penggunaan elektrik yang lebih kos efektif.
Keanjalan grid akan diperkukuh melalui pelaksanaan sistem penyimpanan tenaga bateri dan grid pintar serta pembangunan infrastruktur rantaian bekalan elektrik.
Inisiatif penawaran bekalan elektrik hijau berdasarkan akses pihak ketiga akan terus diperkukuhkan bagi membuka akses bekalan elektrik hijau kepada lebih ramai pengguna daripada sektor industri untuk mendapat — untuk dapat memenuhi komitmen ESG menerusi program seperti pertamanya Corporate Renewable Energy Supply Scheme singkatannya CRESS, yang kedua Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM) dan yang ketiga, program solar bumbung termasuk Self-Consumption (SELCO).
Selain daripada itu, kementerian juga akan mengenal pasti inisiatif-inisiatif baru bekalan elektrik hijau yang akan dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi memangkin pelaburan dan aktiviti ekonomi berimpak tinggi kepada negara. Pada masa yang sama, projek sambung tara elektrik hijau antara Vietnam, Malaysia dan Singapore bagi menyalurkan TBB akan dilaksanakan untuk menyokong visi ASEAN Power Grid dan mewujudkan pasaran tenaga yang berdaya tahan, mampan serta saling berhubung antara negara.
Program pembangunan tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik sebagai sumber tenaga bersih dalam campuran tenaga negara akan mula diterokai dan dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia, lima tahun ke hadapan. MyPower Corporation akan berperanan sebagai Nuclear Energy Programme Implementing Organization yang bertanggungjawab dalam tadbir urus program nuklear negara selaras dengan ketetapan International Atomic Energy Agency.
Entiti ini akan menyelaras pelaksanaan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam, pelaburan dalam infrastruktur baharu, pengukuhan penyelidikan dan pembangunan dan latihan kepakaran serta kerjasama antarabangsa dengan pelbagai pihak mengenai nuklear.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Puan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR 2040) akan dipergiatkan pelaksanaannya. Inisiatif bagi mengurangkan air tidak terhasil (NRW) dan penggunaan air mentah serta mempelbagaikan penggunaan air boleh guna secara mampan akan terus dilaksanakan. Tumpuan turut diberikan kepada pembangunan teknologi air tempatan yang inovatif, cekap air dan berdaya saing, terutamanya dalam sistem rawatan dan kitar semula air serta pengurusan dan pemantauan pintar sumber dan perkhidmatan air.
Kemampanan operator air akan turut diberi perhatian supaya operator air mampu untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat. Usaha ini adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Sektor Air 2040 bagi memperkukuh kelestarian dan daya tahan sektor air negara. Puan Yang di-Pertua, bencana banjir bukan sahaja memberi impak besar kepada sejahteraan rakyat. Malah kepada kelangsungan perniagaan yang seterusnya menjejaskan daya saing dan kemampanan ekonomi negara.
Berbagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani bencana banjir termasuk melalui pendekatan berasaskan struktur dan bukan struktur di seluruh negara. Namun masih wujud isu dan cabaran terutama kerencaman pembangunan infrastruktur banjir dengan kos yang tinggi serta langkah adaptasi dan tadbir urus yang tidak bersepadu.
Dalam usaha melaksanakan projek-projek pembangunan bagi sektor air, kementerian sentiasa berdepan dengan cabaran-cabaran yang menjadi penghalang kepada kepesatan pembangunan projek. Antara cabaran utama projek ini adalah isu pengambilan tanah persendirian di sepanjang jajaran sungai yang memerlukan kerjasama erat daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kerja-kerja pengalihan utiliti juga menjadi faktor kekangan kepada kemajuan pelaksanaan projek. Untuk itu, PETRA telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu operasi dan juga pelaksanaan di tapak.
Usaha mitigasi banjir terus diperkukuh melalui pelaksanaan 43 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi ataupun TBBT dengan peruntukan sebanyak RM12 bilion termasuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kota Bharu di Kelantan, RTB Sungai Langat dan kolam takungan dwifungsi Sungai Klang hingga Sungai Rasau di Selangor, RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus di Terengganu.
Pasukan tugas khas diterajui oleh kementerian dan kerajaan negeri juga telah ditubuhkan bagi menambah baik mekanisme pelaksanaan projek tebatan banjir termasuk projek PLSB Sungai Golok di Kelantan yang melibatkan kos sebanyak RM3 bilion.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Lima sasaran terpilih ditetapkan dan usaha untuk memperkukuh mitigasi dan adaptasi banjir dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas seperti berikut:
(i) tambahan bilangan penduduk dilindungi daripada bencana banjir daripada 154,000 orang kepada 1,000,000 orang menjelang 2030;
(ii) tambahan keluasan kawasan dilindungi banjir ataupun bencana banjir sehingga 1,400 kilometer persegi;
(iii) sebanyak 55 projek tebatan banjir baharu dijangka dapat disiapkan menjelang 2030 berbanding 17 projek sehingga 2024;
(iv) pembinaan empat kolam takungan dwifungsi dimulakan; dan
(v) pembangunan 12 lembangan sungai bersepadu baharu dimulakan.
Bagi pengukuhan mitigasi dan adaptasi banjir dan usaha memelihara kesihatan rakyat dan meningkatkan kemampanan ekonomi negara, langkah akan diambil untuk menyegerakan pembangunan infrastruktur mitigasi banjir, menerapkan kaedah alternatif dalam adaptasi dan pengurusan banjir serta memantapkan mekanisme tadbir urus.
Pelaksanaan semua strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan dipantau secara telus, sistematik dan menyeluruh bagi memastikan manfaat daripada keberhasilan dapat dinikmati oleh rakyat. Kejayaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan dapat mempercepat peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai dan meningkatkan pengaruh dan imej positif negara di persada dunia serta memastikan kehidupan rakyat yang lebih sejahtera dan bumi yang sihat.
Puan Yang di-Pertua, sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas, PETRA telah melaksanakan pelbagai projek bagi memastikan bekalan air dan tenaga negara sentiasa stabil dan mampan. Antara projek-projek yang dilaksanakan adalah seperti yang saya maklumkan tadi. Sebagai makluman, buat masa ini, sebanyak 495 projek pembangunan PETRA berada dalam kategori pelaksanaan.
Antaranya, sebanyak 113 projek telah berjaya disiapkan, manakala 256 projek pula dalam peringkat pelaksanaan. Sebanyak 123 projek masih dalam peringkat pra pelaksanaan yang merangkumi pelbagai peringkat seperti proses reka bentuk, proses perolehan, pengambilan balik tanah dan notice of change ataupun NOC.
Bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas pula, PETRA akan meneruskan projek-projek menjadi keutamaan kementerian dan negeri-negeri.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 36 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan lebih kurang 42 isu berkaitan dengan PETRA dan Jabatan Perdana Menteri di
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
(i) banjir dan saliran;
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
(ii) bekalan air dan pembetungan;
(iii) bekalan elektrik;
(iv) tenaga lestari; dan
(v) hal ehwal Sabah dan Sarawak.
Bagi isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat secara spesifik, PETRA akan memberikan jawapan secara bertulis.
Mengambil kira jumlah isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat serta kekangan masa yang ada, saya mohon pertimbangan dan ruang daripada Dewan yang mulia ini agar saya dapat menumpukan perhatian pada isu-isu utama yang timbul sepanjang perbahasan ini.
Puan Yang di-Pertua, seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan isu banjir dan saliran meliputi rancangan tebatan banjir (RTB), masalah saliran dan juga struktur sungai serta kawalan hakisan pantai. Untuk Ahli Yang Berhormat, PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan strategi struktur dan bukan struktur di seluruh negara untuk meningkatkan sistem saliran dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko banjir.
Sebagai penyelesaian struktur jangka panjang, kementerian menaik taraf infrastruktur dan saliran, projek RTB, pengurusan sungai, saliran mesra alam, kolam takungan, kawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara serta program pemulihan dan pembersihan sungai.
Kementerian mengambil maklum perbahasan dan soalan Ahli Yang Berhormat berkaitan status pelaksanaan projek RTB. Seramai 17 Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu tersebut iaitu Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Keningau dan juga Yang Berhormat Segamat.
Selain itu, isu mencegah hakisan pantai dan mengorek kuala-kuala sungai turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Sipitang. Kementerian prihatin terhadap isu, cadangan dan pandangan dibangkitkan tersebut dan akan terus memberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas terhadap pendekatan secara struktur.
Dan juga, kementerian mengambil maklum dengan perbahasan dan soalan Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Sipitang berkaitan
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
pemasalahan saliran dan struktur sungai. Kementerian akan memberi jawapan bertulis pada soalan-soalan Yang Berhormat tersebut. Disebabkan masa.
Melalui pendekatan bukan struktur pula, kementerian membangunkan pelan induk dan peta hazard banjir. Sehingga 2025, 54 pelan induk telah siap, lima sedang dalam pelaksanaan. Kementerian melalui JPS membangunkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun PISMA bagi mengenal pasti isu saliran, kualiti air dan juga cadangan naik taraf.
Cadangan berkenaan pembangunan PISMA untuk bandar utama akan diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Sebagai usaha untuk memastikan kelestarian sungai, kementerian juga melaksanakan Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, ataupun singkatannya IRBM, di seluruh negara.
Bagi menjawab status pelaksanaan projek pengawalan hakisan pantai yang dibangkitkan oleh dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kudat dan Yang Berhormat Tanjong Manis, kementerian melalui JPS akan terus melaksanakan pelbagai projek pengawalan hakisan pantai di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Puan Yang di-Pertua, seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu berkaitan isu bekalan air, projek loji rawatan air, kehilangan air tidak terhasil, penggantian paip dan juga loji rawatan kumbahan di kawasan masing-masing.
Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, tanggungjawab untuk mengurangkan kadar NRW adalah di bawah operator air negeri masing-masing. Namun begitu, bagi membantu kerajaan negeri dan operator air untuk mengurangkan NRW, kerajaan telah melaksanakan Program Pengurangan NRW Kebangsaan Pendekatan 1 dan 2 bermula pada tahun 2018.
Program Pengurangan NRW Kebangsaan Pendekatan 1 telah dilaksanakan di negeri dengan kadar NRW lebih daripada 40 peratus iaitu Kelantan, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak meliputi skop seperti penggantian meter sistem input volum ataupun SIV dan meter pengguna, pemetaan Geographical Information System
(GIS) serta penggantian dan pembaikan tangki dengan peruntukan berjumlah RM535.5 juta.
Pendekatan kedua pula melibatkan negeri-negeri dalam NRW kurang daripada 40 peratus, di mana operator air boleh menuntut imbuhan balik bagi kos pelaksanaan program NRW sekiranya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pada Julai 2024, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan cadangan penambahbaikan Program NRW Kebangsaan dengan kos sebanyak RM2.52 bilion yang akan dilaksanakan bermula tahun 2025 hingga 2030. Program penambahbaikan ini merangkumi pelaksanaan Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1 Fasa 2 yang meliputi penggantian
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
paip kritikal di seluruh Malaysia dan penyelesaian NRW secara holistik di enam negeri yang telah dikenal pasti termasuk di Sabah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
Selain itu, mekanisme imbuhan balik pada operator air berjaya mencapai sasaran NRW juga akan diteruskan dengan pengenalan kadar prorata di negeri-negeri yang telah dikenal pasti.
Puan Yang di-Pertua, seramai lima Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu berkaitan bekalan elektrik di kawasan masing-masing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penetapan purata tarif asas elektrik di Semenanjung adalah berdasarkan mekanisme Incentive-based Regulation ataupun IBR di mana semakan dibuat setiap tiga tahun sekali oleh kerajaan, bersama-sama dengan Suruhanjaya Tenaga ataupun ST. Dalam hal ini, tadbir urus bekalan elektrik di Semenanjung merupakan pasaran bercampur, di mana sektor awam dan swasta terlibat dalam pengurusan bekalan elektrik.
Walaupun terdapat unsur liberalisasi, kerajaan masih memainkan peranan penting dalam aspek pengawal seliaan dan memastikan kestabilan harga pada semua pengguna.
Walaupun TNB memonopoli sektor elektrik di Semenanjung Malaysia, tetapi telah terdapat penyertaan sektor swasta dan penjanaan tenaga seperti penjana tenaga bebas ataupun Independent Power Producer (IPP). Pendekatan bercampur ini adalah untuk mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air melalui Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan jadual tarif elektrik baru di Semenanjung dan pengenalan mekanisme Automatic Fuel Adjustment ataupun AFA pada 20 Jun 2025 dengan pelaksanaannya bermula pada 1 Julai 2025. Pengumuman ini telah dibuat awal bagi memberikan masa yang mencukupi bagi pihak industri untuk membuat persediaan sepatutnya bagi operasi syarikat sebelum bermula pelaksanaannya.
Untuk makluman juga, kementerian bersama-sama dengan ST dan TNB juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh di zon timur, selatan, tengah dan utara bagi mendapatkan input sebelum kementerian memuktamadkan jadual tarif elektrik tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya juga, di bawah mekanisme IBR, pihak TNB juga mempunyai key performance indicator ataupun KPI yang ditetapkan bagi tempoh kawasan selia tersebut bagi memudahkan kementerian dan ST untuk mengukur dan memantau prestasi kecekapan dan pencapaian TNB. Ini adalah untuk memastikan pihak TNB memberikan perkhidmatan bekalan elektrik yang berkualiti tinggi kepada pengguna di Semenanjung. Dalam hal ini, KPI telah ditetapkan merangkumi setiap entiti di bawah TNB
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
seperti grid, rangkaian ataupun distribution network, peruncitan (retail), operator sistem grid, serta penjanaan dan operasi single buyer ataupun single buyer generation and operation dengan izin.
Selain itu, standard prestasi perkhidmatan bekalan elektrik telah ditetapkan oleh ST bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan bekalan elektrik di Malaysia. Standard prestasi perkhidmatan bekalan elektrik ini adalah satu standard yang perlu dipatuhi oleh TNB dalam memberikan perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna. Terdapat dua kategori dalam standard prestasi iaitu guaranteed service level (GSL) dan minimum service level (MSL).
Bagi kategori GSL, sebarang ketidakpatuhan oleh TNB, pengguna layak menuntut rebate. Manakala bagi MSL, tiada sebarang rebate boleh dituntut oleh pengguna. Bagi kes memberi bekalan elektrik kepada pengguna, ia nya tertakluk di bawah MSL 3 yang telah menetapkan tempoh masa yang perlu dipatuhi oleh TNB. Namun, pengguna tiada sebarang rebate dikenakan sekiranya standard tersebut tidak dipatuhi.
Kemudian, melalui ST akan terus memantau prestasi TNB dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan TNB kepada pengguna dan akan menambah baik kriteria standard prestasi perkhidmatan bekalan elektrik ini dari masa ke semasa.
Tambahan daripada itu, mesyuarat penyelesaian diadakan secara berkala di antara TNB, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga agensi teknikal bagi menyelesaikan isu berkaitan pembekalan elektrik dengan lebih cepat. Sebagai pengawal selia industri tenaga negara, ST juga komited untuk memastikan kelulusan bekalan elektrik dilaksanakan secara telus, cekap dan selaras dengan undang-undang.
Isu pelombongan Bitcoin haram juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
(PETRA) dan ST bersama-sama dengan TNB sentiasa komited dalam membanteras aktiviti pengusikan meter dan penggunaan bekalan elektrik secara haram, terutamanya dalam perlombongan Bitcoin atau mata wang Crypto. Aktiviti ini bukan saja mengancam keselamatan pengguna tetapi juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi negara, meningkatkan risiko keselamatan awam serta kerosakan benda dan mencetuskan ancaman serius kepada sistem bekalan tenaga negara.
Dalam usaha mengekang isu ini, pangkalan data yang menyimpan rekod lengkap pemilik dan penyewa premis yang disyaki terlibat dalam kecurian elektrik berkaitan aktiviti perlombongan Bitcoin telah diwujudkan oleh TNB. Pangkalan data ini memainkan peranan penting sebagai rujukan dalaman untuk mengenal pasti dan memantau premis mencurigakan serta menjadi asas kepada tindakan operasi pemeriksaan.
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
Operasi bersepadu sentiasa dilaksanakan oleh ST dan TNB bersama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pihak berkuasa tempatan untuk mengekang dan membanteras kes kecurian elektrik melibatkan aktiviti perlombongan Bitcoin atau mata wang Crypto secara haram daripada terus berleluasa.
Selain itu, pemantauan teknikal dibuat melalui projek perintis Distribution Transformer Meter (DTM) di pencawang pembahagian untuk mengesan corak penggunaan tenaga luar biasa, mengenal pasti jurang tenaga dan mengesan kemungkinan wujudnya kecurian elektrik.
Meter pintar juga dipasang bagi membolehkan penggunaan tenaga secara masa nyata ataupun real-time dapat dipantau dan sebarang gangguan atau manipulasi terhadap meter dapat dikesan dengan cekap dan pantas. Sehingga kini lebih 4.5 juta meter pintar telah dipasang.
Pengesanan utama aktiviti kecurian elektrik adalah melalui DTM untuk merekod jumlah tenaga yang keluar dari pencawang. Data ini akan dibandingkan dengan bacaan meter pengguna untuk mengesan jurang tenaga. Jurang ini boleh menunjukkan indikator kepada kehilangan tenaga yang disebabkan oleh faktor teknikal — bukan teknikal seperti kecurian elektrik termasuk mengenal pasti sambungan haram oleh sindiket pelombongan Bitcoin. Oleh itu, fungsi DTM adalah lebih khusus dan berkesan untuk tujuan pengesanan kecurian di peringkat pengagihan ataupun distribution.
Yang Berhormat Sandakan, Kalabakan dan Tawau menyentuh berkenaan dengan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan ke atas bekalan elektrik Sabah selepas penyerahan kuasa termasuk juga projek Southern Link Transmission dan Sambungan grid Sarawak-Sabah untuk menambah kapasiti bekalan elektrik di Sabah.
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman semua, walaupun penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah pada Kerajaan Negeri Sabah melalui Energy Commission of Sabah (ECOS) telah berkuat kuasa mulai 3 Januari 2024, Kerajaan Persekutuan komited untuk terus membantu Kerajaan Negeri Sabah dengan penyaluran subsidi bekalan elektrik sehingga tahun 2030 seperti yang telah dipersetujui dalam pakej penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik.
Jumlah siling indikatif subsidi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. bagi tahun 2024 hingga 2030 yang merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif dan subsidi tenaga boleh baru iaitu FiT adalah berjumlah RM3.54 bilion. Jumlah ini adalah berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga. Sekiranya Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan pelarasan tarif elektrik dalam tempoh tersebut, subsidi ini perlu dimohon oleh Sabah Electricity melalui Kerajaan
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
Negeri Sabah dan tertakluk kepada rundingan, pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan.
Manakala fasa kedua penyeliaan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah membabitkan pengambilan kepentingan Tenaga Nasional Berhad di dalam Sabah Electricity Sdn. Bhd. pula telah dipersetujui untuk dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun selepas Pelan Transformasi SE selesai, jangkaannya 2030.
Di samping itu, Kerajaan Persekutuan juga akan terus melaksanakan dan menyiapkan baki projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas berjumlah RM2.17 bilion membabitkan projek membina dan menaik taraf talian penghantaran dan pengagihan bagi meningkatkan kestabilan bekalan elektrik di Sabah oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES)
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
Di bawah kementerian ini, projek-projek PKBES yang telah siap ini akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Electricity yang akan memiliki dan mengendalikan aset yang telah siap tersebut.
Berhubung dengan permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan keupayaan bekalan elektrik di Sabah, PETRA tiada halangan, malah menyokong permohonan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk mendapatkan pinjaman kewangan atau geran daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek-projek utama infrastruktur elektrik di Negeri Sabah, termasuklah projek talian Southern Link, tertakluk pada kelulusan oleh Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan.
Soalan daripada Yang Berhormat Labuan, cadangan pemilihan loji jana kuasa 120 megawatt di Labuan, sama ada usaha sama di antara PETRONAS dan Sabah Energy Corporation masih diteruskan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan pada awal tahun 2024 telah bersetuju dengan pembangunan projek loji jana kuasa baharu berkapasiti 120 megawatt di Wilayah Persekutuan Labuan.
Projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat special purpose vehicle (SPV) iaitu konsortium yang didaftarkan sebagai Rancha Power Sendirian Berhad yang terdiri daripada PETRONAS Gas Berhad melalui anak syarikatnya PG Energy Sendirian Berhad, Sabah Electricity Sendirian Berhad ataupun SE melalui anak syarikatnya Sustainable Power Sendirian Berhad dan Sabah Energy Corporation Sendirian Berhad melalui anak syarikatnya SEC Power Sendirian Berhad. Tarikh pengoperasian yang dijadualkan atau dengan izin, Scheduled Commercial Operation Day (SCOD) untuk loji jana kuasa baharu ini ialah pada 1 Januari 2028.
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jempol ada membangkitkan mengenai perancangan spesifik dalam membangunkan solar farm di daerah Jempol dalam kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Berhubung perkara ini, PETRA bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan Kerajaan Negeri Sembilan untuk membincangkan pelan pembangunan tenaga boleh baharu terutamanya sumber solar secara spesifik di Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu yang merupakan kawasan terkering dan panas sepanjang tahun di Malaysia. Bagi isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat secara spesifik, PETRA akan memberikan jawapan secara bertulis.
Puan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada hal ehwal Sabah dan Sarawak.
Di samping perkara-perkara berkaitan bekalan air dan bekalan elektrik, saya juga telah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan portfolio berkaitan hal ehwal Sabah dan Sarawak atas kapasiti saya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Terdapat satu isu saja dibangkitkan oleh Yang Berhormat Saratok yang menyarankan supaya perjanjian terkandung dalam MA63 dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Di samping itu juga, beliau mencadangkan supaya laporan tahunan MA63 diwujudkan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang memaparkan kemajuan, cabaran dan langkah seterusnya secara telus.
Kerajaan MADANI telah menambah baik platform perundingan mengenai MA63 dengan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis yang telah ditubuhkan, dipengerusikan oleh saya sendiri dan antara lain berfungsi untuk meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berdasarkan pada perundangan dan pelaksanaan tuntutan-tuntutan yang telah dipersetujui.
Selain itu, beberapa jawatankuasa kerja juga telah ditubuhkan di peringkat kementerian, jabatan bagi meneliti tuntutan-tuntutan yang berkaitan dengan kementerian, jabatan tersebut. Jawatankuasa kerja tersebut perlu melaporkan hasil perbincangan dan keputusan yang telah dicapai ke mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 dan mesyuarat MTPMA63.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, terdapat 29 tuntutan yang dibincangkan di bawah platform rundingan MA63 iaitu Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63). Sehingga kini, 13 telah dapat diselesaikan yang mana sembilan daripadanya telah dimuktamadkan semasa pentadbiran Kerajaan MADANI.
Manakala bagi baki 4 tuntutan telah mencapai persetujuan di bawah kerajaan terdahulu.
Antara tuntutan yang telah diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI adalah seperti berikut:
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
(i) pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah-Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan AP182;
(ii) pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 bagi melantik Wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN;
(iii) penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah; dan
(iv) tenaga buruh di Negeri Sabah dan Sarawak, pindaan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.
Dalam masa yang sama, MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 sedang meneliti pelaksanaan baki 16 tuntutan yang masih belum selesai termasuk tuntutan- tuntutan seperti berikut:
(i) isu pendidikan;
(ii) isu kesihatan;
(iii) royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum;
(iv) mineral minyak dan medan minyak;
(v) Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750]; dan
(vi) hak negeri ke atas pelantar benua.
Kajian MADANI amat beriltizam untuk menyegerakan penyelesaian kepada semua tuntutan di bawah MA63. Namun, tempoh masa bagi penyelesaian setiap tuntutan adalah tertakluk pada proses perundangan yang berkaitan.
Selain itu, tahap kesediaan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Sarawak dari sudut operasi, sumber manusia dan kewangan juga merupakan antara aspek yang perlu diambil kira sebelum suatu tuntutan di bawah MA63 dapat diselesaikan.
Kerajaan sentiasa menjunjung prinsip federalisme dan menghormati kedudukan khas (special position), dengan izin bagi Sabah dan Sarawak sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selain bersedia untuk melaksanakan inisiatif penurunan kuasa ataupun devolution of power dan pemberian kuasa empowerment sebagai sebahagian daripada pengiktirafan kepada semangat MA63.
Jadi Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta menyumbangkan pandangan, cadangan, teguran yang membina termasuk fokus hari ini seorang pun tak ada interject. Terima kasih banyak-banyak*.
Insya-Allah*, dengan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama, kita akan terus berusaha memberikan khidmat yang terbaik dan menangani segala isu yang
bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
dibangkitkan. Apa yang lebih utama ialah kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, negeri dan negara tercinta untuk kita mencipta kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab dalam masa 30 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya mulakan penggulungan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan serangkap pantun.
Teguh berpadu membina dasar, Langkah disusun penuh bererti; Rancangan Malaysia Ketiga Belas menyusun ikhtiar, Malaysia MADANI menjulang aspirasi. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak KPKT dengan penuh rasa bangga dan syukur ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bukan saja menyeluruh malah sarat dengan visi besar untuk masa hadapan negara.
Ucapan penghargaan yang tulus turut dizahirkan kepada Kementerian Ekonomi atas penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang begitu komprehensif dan tuntas. RMK13 jelas mencerminkan iltizam kerajaan untuk melakar semula pembangunan negara dengan lebih inklusif, mampan serta berdaya tahan.
Sesungguhnya, saya juga berpandangan bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini digarap dengan luhur, di mana ikhtiarnya jelas, memahami denyut nadi rakyat, meredakan keresahan yang membelenggu nurani, menyemai ketenteraman dalam ketidaktentuan dan membina jambatan kepercayaan yang kukuh antara insan merentasi sempadan kawasan, kaum, agama dan budaya.
KPKT menyambut baik dan menyokong sepenuhnya hala tuju RMK13, khususnya dalam aspek pembangunan perbandaran, perumahan mampu milik, kelestarian bandar, pembersihan awam dan pemerkasaan kerajaan tempatan.
KPKT percaya bahawa strategi dan inisiatif yang digariskan mampu membawa perubahan yang besar kepada landskap kehidupan rakyat dari desa hingga ke kota.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Dalam semangat Malaysia MADANI, KPKT komited untuk melaksanakan segala projek dan program yang telah dipersetujui dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
KPKT akan memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berimpak tinggi dan menyentuh kehidupan rakyat secara langsung. Hala tuju RMK13 sejajar dengan komitmen yang telah dinyatakan oleh Malaysia di peringkat global iaitu melalui mandat sebagai Presiden Perhimpunan UN-Habitat selepas pelantikan secara rasmi pada 31 Mei tahun ini. Kejayaan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan negara dalam aspek perumahan, kelestarian termasuk dalam mencapai sifar sisa dan pembangunan semula bandar akan menjadi contoh teladan kepada 193 buah negara anggota UN-Habitat. Dan, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dan juga rujukan global dalam perancangan bandar mampan berpaksikan prinsip kemakmuran bersama dan kelestarian alam.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 44 orang Ahli Yang Berhormat, telah memberikan komitmen dan perhatian dalam membahaskan secara tuntas enam bidang utama di bawah tanggungjawab KPKT iaitu pengurusan sisa pepejal, kesejahteraan komuniti, perancangan bandar, kerajaan tempatan, perkhidmatan kebombaan serta perumahan.
Perbahasan yang telah berlangsung mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap isu-isu rakyat dan juga memperlihatkan semangat kolektif dalam memperkukuh dasar serta pelaksanaan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara secara holistik.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjawab kepada isu perbahasan yang dibangkitkan, izinkan saya berkongsi pencapaian dan kejayaan telah pun direkodkan oleh warga KPKT sepanjang pelaksanaan RMK12. KPKT bukan sekadar mencapai sasaran, malah telah membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membina sebuah negara MADANI yang inklusif serta mampan.
Antara pencapaian direkodkan oleh KPKT di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas adalah pertama, sebanyak 98.5 peratus daripada sasaran 500 ribu unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun telah berjaya dilaksana, telah pun masuk mendapat kelulusan.
Kedua, pembasmian kemiskinan bandar di mana 9,871 orang penerima telah mendapat manfaat daripada program baik pulih rumah di bandar.
Ketiga, 365 ketua isi rumah telah berjaya mendapat manfaat daripada program bina baru rumah di bandar iaitu mereka telah diberikan rumah percuma oleh Kerajaan MADANI.
Keempat, di mana 5,424 orang telah menerima manfaat daripada program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar melepasi sasaran 4,900.
Dan yang kelima, di mana 4,196 projek pembangunan Kampung Baru Cina telah pun dilaksanakan meliputi 2,575 Projek Kemajuan Kampung Baru, 1,542 – Program Bantuan Baik Pulih Rumah, 62 – Program Bina Baru Rumah, serta 17 Geran Pembangunan Sosioekonomi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Dari segi pembangunan bandar mampan, di mana 120 bandar mampan dan 14 bandar hijau, 113 bandar telah diiktiraf sebagai bandar mampan iaitu 94 peratus daripada sasaran.
Yang kedua, 43 bandar telah menerima pengiktirafan sebagai bandar pintar termasuk 41 PBT di tahap satu iaitu Smart City Early Adopter dan dua PBT di tahap dua, Developing Smart City.
Yang ketiga, enam PBT perintis telah menggunakan modul bandar pintar dalam Malaysia Urban Observatory System (MUO). Dari segi kadar kitar semula kebangsaan, kita telah mencapai 37.9 peratus dan dijangka akan meningkat ke 40 peratus semasa penghujung Rancangan Malaysia yang kedua belas. Seterusnya, bebanan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awal SWCorp telah berjaya melaksanakan 15,720 kali operasi pembasmian tapak sampah haram dan berjaya mendakwa 125 kes dan jumlah denda keseluruhan yang diterima sebanyak RM1.97 juta.
Loji Waste to Energy di Port Dickson telah mula beroperasi pada tahun 2023 dengan kos RM300 juta menggunakan teknologi termaju berdasarkan kepada sistem jeriji dengan rawatan abu dan pemulihan tenaga (advanced thermal facility using grid system with ash treatment and energy recovery) dan loji WTE di Sungai Udang, Melaka pula dijangka siap pada tahun 2029 dengan kos RM600 juta.
Seterusnya, penambahbaikan kemudahan awam. KPKT melalui Jabatan Landskap Negara telah melaksanakan lima projek taman awam berskala besar, lima projek landskap perbandaran dan 145 projek Taman Rekreasi MADANI dengan jumlah peruntukan RM162.9 juta. Selain itu, 100 lagi projek Taman Rekreasi MADANI sedang dalam pembinaan dan dijangka siap Disember 2025. Selaras dengan impian 1,000 taman dalam tempoh 10 hari, KPKT akan terus melestarikan pembangunan mampan.
Melalui Jabatan Perumahan Negara, KPKT telah berjaya menjalankan projek penyelenggaraan dan penggantian lif kediaman di PPR, iaitu sebanyak 508 unit lif telah pun berjaya diselenggara dan ditukar baharu. Seterusnya, 314 projek baik pulih perumahan berstrata kos rendah awam dan swasta telah dilaksanakan melalui peruntukan RM9.4 juta melibatkan 280,000 orang penerima manfaat pada tahun 2023. 282 projek melibatkan 344,000 penerima pada 2024 dan tahun ini, 360,000 lagi orang penduduk di PPR akan menerima manfaat daripada 334 projek baik pulih perumahan berstrata kos rendah yang sedang rancak dilaksanakan.
KPKT telah melaksana inisiatif pembangunan ruang komuniti sebagai platform bagi menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, memperkukuh jaringan sosial serta menyokong agenda pembangunan bandar yang inklusif dan mampan. Sehingga petang ini, sebanyak 60 ruang komuniti telah berjaya dibangunkan di pelbagai lokasi hingga bergantung kepada KPKT melalui juga Jabatan Ruang Komuniti adalah menerusi URBANICE Malaysia.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Seterusnya, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan inisiatif MyKiosk 1.0 – 3,189 unit telah berjaya dilaksanakan dan kini jumlah pengisiannya sudah sampai 93.23 peratus. Selepas itu, kita lancarkan MyKiosk 2.0 pada 2024. Sebanyak 4,054 unit MyKiosk 2.0 telah pun siap dibina. Ini pengisiannya sudah mencapai 86 peratus. Selain itu, JKT telah menyalurkan peruntukan lebih RM100.9 juta kepada 139 PBT untuk naik taraf kebersihan awam iaitu tandas awam PBT supaya bertaraf BMW iaitu bersih, menawan, wangi.
JKT juga membaik pulih, menyelenggara dan menaik taraf 193 unit Gerai MADANI dengan peruntukan RM60 juta dan kita juga berjaya melaksanakan penyelenggaraan di 191 pasar awam yang uzur dan tahun ini, kita telah luluskan 80 projek lagi untuk meningkatkan, membaik pulih pasar-pasar awam yang uzur.
Dalam aspek perkhidmatan bomba, penyelamatan, JBPM telah berjaya menyiapkan 27 balai berbagai kategori, termasuk balai baharu dan naik taraf. Selain itu, 10 projek perolehan kenderaan dan kelengkapan bomba seperti 40 unit kenderaan penyiasatan kebakaran light utility vehicle, 500 unit breathing apparatus set serta accessories dan 150 unit bot berserta aksesori untuk penyelamatan komuniti telah dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan operasi JBPM.
KPKT juga telah berjaya pecah tiga rekod dalam Malaysia Book of Records melalui pelaksanaan Hari Cuci Malaysia tahun lepas. Segala pencapaian ini adalah bukti nyata bahawa KPKT sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, iaitu memastikan setiap rakyat tanpa mengira negeri atau latar belakang dapat hidup dalam komuniti yang selesa, selamat dan berdaya huni. Pencapaian ini bukan saja membuktikan keberkesanan strategi dan pelaksanaan KPKT, malah mengangkat imej Malaysia sebagai negara yang progresif dalam pembangunan bandar lestari, moden dan inklusif.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya akan berikan penjelasan berhubung semua isu yang telah dibangkitkan dengan menggabungkan soalan yang berkaitan di bawah skop perkhidmatan kementerian.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Pendekatan ini bukan sahaja menjamin bahawa tiada isu yang terlepas pandang, malah membolehkan kita menilai secara menyeluruh pencapaian KPKT sepanjang pelaksanaan RMK12. Kejayaan yang telah dicapai seterusnya menjadi asas kukuh dan pemangkin kepada perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang lebih strategik di bawah Rancangan Malaysia Tiga Belas.
Pengurusan sisa pepejal. Di bawah Rancangan Malaysia 13, pengurusan sisa pepejal akan diperkasa...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
...Melalui pemantapan dan reformasi pembersihan awam, tadbir urus peralihan kepada pendekatan yang lebih bersepadu, berteknologi tinggi, mampan serta dilengkapi dengan infrastruktur kitar semula moden ke arah mencapai ekonomi kitaran yang mampan dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal juga akan ditambah baik melalui kerjasama antara pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan penglibatan komuniti setempat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Boleh saya tanya, bila boleh...
Tuan Nga Kor Ming
Tapi masa saya memang sangat-sangat terdesak.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Bila nak jelaskan berkenaan rumah mampu milik? Ada dalam jawapan? Okey, saya tunggu dulu.
Tuan Nga Kor Ming
Sebenarnya saya telah sediakan teks penggulungan 3 jam. Tapi masa amat cemburu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
30 minit sahaja.
Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua bagi saya 30 minit. Sebab itu sekiranya Yang Berhormat, tak sempat, saya akan bagilah jawapan bertulis. Kita ada 102 perenggan.
Saya hanya di perenggan 14 sekarang.
Seramai lima Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan pengurusan sisa pepejal. Untuk makluman Yang Berhormat Bangi, JPSPN merupakan agensi di bawah KPKT yang ditubuhkan berdasarkan kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Akta 672. Fungsi JPSPN adalah khusus bagi menyelaras dasar, perancangan dan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal perbandaran termasuk aktiviti kutipan, pengangkutan, pemulihan, rawatan dan pelupusan bagi sisa pepejal domestik.
JPSPN mempunyai rekod pelaksanaan yang kukuh dalam memperkenalkan pendekatan berstruktur serta berasaskan data dalam pengurusan sisa pepejal. Ini termasuk kejayaan pelaksanaan dasar kutipan berasingan di punca (separation at source), pembinaan fasiliti berteknologi tinggi seperti waste-to-energy, serta pelaksanaan pelan tindakan ekonomi kitaran dan peluasan tanggungjawab pengeluar. Kejayaan ini membuktikan keupayaan JPSPN menyelaras sistem pengurusan sisa moden secara menyeluruh merentas pelbagai peringkat pelaksanaan serta kerjasama dengan agensi serta pihak swasta.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, JPSPN telah berjaya memecah rekod Malaysia Book of Records, yang mengiktiraf stesen pemindahan Kuala Lumpur sebagai the
Tuan Nga Kor Ming
largest solid waste transfer station with artificial intelligence, dengan purata pemindahan sisa pepejal sebanyak 2,500 metrik tan dalam tempoh sehari.
Yang Berhormat Kota Belud, menanyakan tentang bilangan loji WTE yang akan dibina di Sabah. Untuk makluman, pembangunan fasiliti waste-to-energy merupakan antara inisiatif utama kerajaan dalam memperkukuh pengurusan sisa pepejal negara, melalui lawatan — kaedah rawatan yang lebih mampan serta berupaya menjana tenaga boleh baharu.
Untuk makluman, YB Kota Belud, YB Bangi, YB Kota — Kuala Nerus. Sehingga kini JPSPN sedang dalam perancangan untuk pembinaan sebanyak 18 buah loji WTE di seluruh negara yang sedang giat dilaksanakan serta dijangka menyumbang kepada 600 megawatt kapasiti tenaga boleh baharu menjelang tahun 2040 seiring dengan sasaran negara mencapai 70 peratus kapasiti terpasang tenaga boleh baharu menjelang 2050. Sekali gus dapat membekalkan bekalan elektrik kepada lebih 500,000 unit rumah menggunakan tenaga yang dijana daripada sampah.
Sebagai rujukan kejayaan, dua projek perintis Loji Waste-to-Energy telah pun dimulakan iaitu di WTE Ladang Merah di Negeri Sembilan dan juga kini WTE Sungai Udang di Melaka akan siap menjelang 2029. Ini, kejayaan pelaksanaan kedua-dua projek ini membuktikan bahawa teknologi WTE melalui pendekatan PPP bukan sahaja berdaya maju, malah selari dengan strategi nasional ke arah pengurusan sisa berteknologi tinggi dan penjanaan tenaga boleh baharu secara lestari.
Buat masa ini, tiada perancangan pembinaan loji WTE di negeri Sabah.
Memandangkan negeri Sabah belum menerima pakai Akta 672. Akta ini merupakan asas perundangan yang membolehkan KPKT merancang, melaksana dan menyelaras pengurusan sisa pepejal serba pusat dan sistematik termasuklah pembangunan loji WTE. Namun demikian, kementerian sentiasa…
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri. Bangi, YB Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya cuma nak dapatkan, mungkin maklumat daripada Yang Berhormat Menteri mungkin bertulis nanti. 18 loji WTE yang dalam perancangan untuk dibina itu mungkin kalau boleh kita dapatkan senarai loji-loji kawasan nak dibina. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi. Kita sayangkan bumi, kita akan pastikan di mana ini masih dalam pihak perancangan dan belum lagi kita buat.
Langkah-langkah konkrit sedang kita rancangkan dan saya akan bagikan maklumat kepada Yang Berhormat .
Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timor atas cadangan berhubung pengurusan sisa…
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Menteri. Kuala Nerus.
Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak
Terima kasih, Menteri. Cuma tadi saya sebut tentang Pantai Timur, pelupusan sisa pepejal klinikal yang pengalaman kita semasa COVID-19 dulu…
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak
…Kita terpaksa hantar sisa pepejal kita yang banyak itu ke Telok Panglima Garang di Selangorlah. Adakah rancangan untuk di, apa ini, Pantai Timur dibina sebuah pusat pelupusan, apa ni, sisa pepejal klinikal? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Menteri. Terus, dekat, ya.
Tuan Nga Kor Ming
Boleh, sila.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey. Sebab saya masih ada di Dewan, saya minta Menteri sentuh sikitlah tentang isu rumah PR1MA Junjong, Kedah tentang pembayaran LAD yang tertangguh begitu lama. Mohon Menteri sentuh sikit.
Tuan Nga Kor Ming
Alright. Pertama, tentang clinical base. Untuk makluman, berdasarkan kepada prinsip tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir. Saya mengalu- alukan, Yang Berhormat supaya dapat pujuk kerajaan-kerajaan negeri seperti Kerajaan Kelantan, Terengganu yang belum lagi menerima pakai Akta 672. Ini clinical base kini di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
Tapi kita sendiri, di bawah Rancangan Malaysia 13, kita ada cadangan supaya dia dimasukkan di bawah bidang kuasa JPSPN. Supaya dia ada satu agensi pusat untuk menguruskan pengurusannya. Tapi, memang saya mengalu-alukan khas sekiranya apa daya, khususnya Kelantan, Terengganu semua juga menerima pakai akta yang sama supaya kita dapat pastikan pengurusan sisa pepejal negara kita selaras dengan kehendak masa. Dan juga tentang bayaran tertangguh itu, itu merupakan soalan spesifik. Saya mohon Yang Berhormat bagi saya notis untuk kita berikan jawapan.
Seterusnya, terima kasih kepada Ipoh Timor kerana telah memberikan cadangan berhubung pengurusan sisa pepejal daripada — di bawah JPSPN. Bagi kategori sisa lain yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada masa ini, setiap jenis sisa tersebut diletakkan di bawah perundangan dan bidang kuasa agensi yang berbeza.
Pertama, sisa elektronik (e-waste) dan sisa terjadual sebenarnya di bawah kawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling iaitu tahun 1974.
Tuan Nga Kor Ming
Kedua, sisa kumbahan. Ia diuruskan oleh Indah Water Konsortium dan diselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Akta 655. Dan sisa radioaktif kawal selia, sebenarnya terletak di bawah Agensi Nuklear Malaysia serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengikut Akta 304.
Walaupun pelbagai kategori sisa ini berada di bawah bidang kuasa agensi berasingan, KPKT menyedari keperluan untuk penyelarasan yang lebih teratur dan bersepadu. Justeru, dalam Rancangan Malaysia Tiga Belas, untuk makluman Ipoh Timor dan juga Kuala Nerus, cadangan untuk meneroka penubuhan satu agensi tunggal bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pengurusan sisa yang bermula dari lima asas utama aktiviti pengurusan sisa iaitu kutipan, pengangkutan, pemulihan, rawatan dan juga pelupusan telah diketengahkan sebagai salah satu inisiatif penting di bawah strategi pemeliharaan kesihatan bumi.
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan tadbir urus, mengurangkan pertindihan fungsi serta menyokong integrasi dasar dan pelaksanaan merentas semua jenis sisa. JPSPN telah membuktikan keupayaan cemerlang dalam melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal moden dan berimpak tinggi. Justeru, KPKT melalui JPSPN komited untuk memainkan peranan aktif dalam perancangan yang sistematik melalui keputusan dasar kerajaan dan kajian kebolehlaksanaan yang akan dijalankan secara menyeluruh termasuk mengambil kira kapasiti institusi, peruntukan undang-undang sedia ada, keperluan pembiayaan dan kesediaan ekosistem pelaksanaan.
Secara keseluruhan, keupayaan teknikal dan prestasi JPSPN membanggakan dalam sektor pengurusan sisa pepejal. Adalah wajar dijadikan asas kukuh dalam memperkasakan JPSPN sebagai agensi tunggal untuk melaksanakan kefungsian bagi menguruskan semua jenis sisa secara menyeluruh dan juga efektif. KPKT sentiasa mengambil serius terhadap isu yang memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan awam.
Sebarang langkah ke arah penyelarasan yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan secara berfasa dan strategik agar tidak menjejaskan sistem yang sedia ada. Sebaliknya dapat memperkukuh keberkesanan pengurusan sisa negara secara keseluruhannya.
Tuan Nga Kor Ming
Di samping itu, kerajaan akan melaksanakan reformasi pembersihan awam di bawah SWCorp. Ia merangkumi pertama, perkhidmatan deep cleansing, okey, di mana inisiatif jalan tanpa habuk di kawasan berimpak tinggi seperti pusat bandar, lokasi pelancongan bermula pada tahun 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia.
Kedua, pembersihan waktu malam. Pembersihan waktu malam sebagai langkah meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan gangguan kepada pengguna jalan raya
Tuan Nga Kor Ming
dan menyediakan persekitaran yang bersih kepada masyarakat untuk memulakan hari yang baru. Dan ketiga, mengautomasikan 50 peratus kerja pembersihan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing.
Reformasi pembersihan awam ini serta ― di mana termasuk juga keempat iaitu penggunaan electric vehicle (EV) sehingga 20 peratus menjelang tahun 2027 bagi mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong agenda dekarbonisasi negara kita. Dasar ini juga membuka ruang kepada Malaysia menjadi hab kenderaan atau jentera EV di rantau ASEAN.
Untuk makluman Yang Berhormat YB Ipoh Timor, seterusnya sebanyak 53 PBT di tujuh buah negeri telah menerima pakai Akta 672. Kedudukan ada beberapa tunggakan mengikut negeri sehingga 31 Julai adalah sebanyak RM493 juta. Tunggakan ini sebenarnya kini telah menurun sebanyak 44 peratus sejak 2024 melalui 53 sesi libat urus oleh SWCorp.
Usaha berterusan akan dilaksanakan untuk mengutip baki sebanyak RM281 juta.
Langkah proaktif lain yang dilaksanakan termasuk pertama, PBT yang tidak berkemampuan meningkatkan ansuran bulanan untuk melunaskan tunggakan dicadang supaya memohon pinjaman mudah ataupun soft loan daripada kerajaan negeri atau Persekutuan. Pinjaman soft loan ini akan membolehkan tempoh bayaran balik dipanjangkan sekali gus memastikan tunggakan KWPSPPA dijelaskan segera dan pembayaran kepada syarikat konsesi dapat dibuat setiap bulan.
Kedua, daripada tujuh negeri di bawah Akta 672, Pahang menunjukkan komitmen tertinggi membantu PBT menyelesaikan tunggakan dan wajar dicontohi negeri lain. Seperti yang saya selalu tegaskan, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Dan ketiga, SWCorp turut mencadangkan kajian semula perjanjian tripartite antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT termasuk semakan kadar tanggungan kewangan sedia ada iaitu 70 peratus Kerajaan Persekutuan dan 30 peratus kerajaan negeri dan PBT agar dia disesuaikan mengikut kemampuan kewangan PBT.
Yang Berhormat Bangi membangkitkan isu dasar larangan pembukaan tapak pelupusan baru di bawah RMK13, memohon kerajaan memastikan loji WTE tidak membawa kesan negatif kepada persekitaran masyarakat. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia kini menghasilkan kira-kira 39,000 tan sisa pepejal setiap hari iaitu bersamaan 1.17 kilogram per orang per kapita. Jumlah ini memberi tekanan besar kepada kapasiti tapak pelupusan yang sedia ada di mana kebanyakannya dijangka mencapai hak penggunaan maksimum pada tahun 2050.
Bagi menangani cabaran sengit ini, KPKT melalui JPSPN sedang melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Akta 672 termasuk peluasan penggunaan teknologi WTE. Teknologi
Tuan Nga Kor Ming
Waste to Energy terbukti mampu mengurangkan jumlah sisa yang dilupuskan di tapak pelupusan sehingga 85 peratus dengan baki abu sekitar 15 peratus boleh digunakan semula sebagai bahan binaan atau diuruskan secara selamat.
YB Bangi juga membangkitkan mengenai isu tapak pelupusan sampah haram menyebabkan PBT terpaksa menanggung kos untuk penutupan tapak sampah haram. Untuk makluman, dalam menangani isu tapak pelupusan sampah haram, peruntukan di bawah seksyen 71 Akta 672 jelas memperuntukkan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan iaitu SWCorp untuk mengambil tindakan penguatkuasaan di semua kawasan PBT dan bukan PBT yang menerima pakai Akta 672 sahaja.
KPKT melalui SWCorp telah melaksanakan 3,036 penutupan tapak sampah haram dan operasi pembasmian pada tahun lepas serta 2,679 operasi sehingga bulan Julai tahun ini. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 51 kes telah didakwa di mahkamah dan disabit kesalahan dengan jumlah denda keseluruhan melebihi RM897,000. Tapak pelupusan sampah haram, dia bukan sekadar haram, tapi bagi saya, ia adalah haram jadah.
Bagi memperkasakan penguatkuasaan dan kawal selia di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, KPKT melalui SWCorp akan menyediakan kenderaan peronda bagi meningkatkan kualiti pemantauan perkhidmatan di kawasan tumpuan pelancong dan hotspot sampah haram. Pemerkasaan ini juga meliputi penggunaan aplikasi pemantauan AI terhadap tujuh jenis sisa terkawal yang ditetapkan di bawah Akta 672.
Kerajaan turut mencadangkan penubuhan rakan komuniti MADANI di 84 kawasan Parlimen bagi negeri yang menerima pakai Akta 672 sebagai whistleblower serta ejen pembudayaan kebersihan dalam kalangan masyarakat. Suka cita diingatkan semua dalam Dewan yang mulia ini telah sebulat suara meluluskan akta hukuman masyarakat, maka jangan buang sampah jika nanti dijemput pula cuci longkang dan juga sapu jalan.
Selain itu, inisiatif lain diambil seperti pelaksanaan operasi mega, penguatkuasaan sampah haram setiap tahun, perwujudan BIT kebersihan dan penubuhan unit pendakwaan.
SWCorp juga sedang mempergiatkan tindakan mengesan pesalah membuang sampah merata-rata tempat menerusi CCTV. Pesalah akan dijejak hingga ke rumah dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan bagi dikenakan tindakan di bawah Akta 672.
Dalam operasi khas Ops Haram bermula pada 1 hari bulan Ogos tahun ini, sebanyak enam tangkapan dan sitaan lori. Kini kita bukan saja hukum dia kompaun, kita sita lori dia supaya tidak ada lagi sindiket yang berani. Kini telah kita sita enam lori, kes dia dibawa pendakwaan di bawah seksyen 71 Akta 672 dan ia akan membawa hukuman maksimum RM100,000 dan penjara lima tahun. Sebab itu, hukuman kesalahan buang sampah, kita memang sentiasa pandang dengan serius.
Tuan Nga Kor Ming
YB Setiawangsa mencadangkan satu perundangan plastik nasional perlu digubal dalam menangani isu perubahan iklim. Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, KPKT secara progresif telah mula beralih kepada model ekonomi kitaran yang menyasarkan pertumbuhan ekonomi di samping mengutamakan perlindungan alam sekitar selari dengan komitmen ke arah matlamat pembangunan mampan.
Inisiatif ekonomi kitaran yang dilaksanakan memfokuskan kepada usaha pengurangan penjanaan sisa pepejal termasuk penggunaan plastik sekali guna. Okey, single used plastic, we want to ban single use plastic dengan izin. Melalui Akta 672, KPKT sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai usaha termasuk melancarkan blueprint ekonomi kitaran pada tahun lepas dan di samping itu, kita sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan Rang Undang- undang Ekonomi Kitaran bagi sisa pepejal termasuk sisa plastik, yang merangkumi penggubalan draf Akta Ekonomi Kitaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu sebenarnya saya ada lagi lebih kurang 80 perenggan yang memang saya nak jawab kepada Yang Berhormat semua isu yang telah bangkit. Kita semuanya sudah ada jawapan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Saya, jika tak sempat itu, nanti saya bagi jawapan yang bertulis dalam tempoh seminggu ini. All right. So Tuan Yang di-Pertua, saya mematuhi disiplin dan juga masa. Cuma saya sekali lagi lah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang di mana berbahas dengan suci hati, membantu kita sama-sama mencari jalan untuk selesaikan masalah. Maka saya akhiri juga penggulungan saya dengan serangkap pantun.
Bersatu hati menjunjung amanah, Berpaksikan nilai, berteraskan bakti; 2026 Rancangan Malaysia Ketiga Belas membuka langkah, Menuju MADANI, penuh integriti. Sekian, terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Aik, sudah habis?
Aiyo.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab. Masa 40 minit.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pertama sekali, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan RMK13 yang bertemakan melakar semula pembangunan yang telah berlangsung 4 hingga 14 Ogos yang lalu.
Sepanjang perbahasan, 48 orang yang mengambil bahagian dalam hal Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dalam kerangka RMK13, sektor pertanian dan keterjaminan makanan diberi penekanan strategik bukan sekadar menjamin bekalan makanan negara malah turut menjadi pemangkin kepada agenda pemodenan ekonomi luar bandar, pengukuhan rantaian nilai dan peningkatan kesejahteraan masyarakat peladang, penternak dan nelayan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pendekatan melakar semula pembangunan menuntut kita keluar daripada kerangka lama dan bergerak ke arah transformasi yang lebih bersepadu serta berdaya tahan.
Transformasi ini bukan saja melibatkan aspek fizikal dan teknikal tetapi juga perubahan minda yang progresif agar sektor pertanian kekal relevan, berdaya saing dan mampu mendepani cabaran global dengan penuh keyakinan.
Sehubungan itu, Kementerian telah meneliti dengan cermat segala pandangan Ahli- ahli Yang Berhormat meliputi keberkesanan dasar, pemodenan sektor agromakanan, kelestarian sumber serta kesejahteraan komuniti petani, penternak dan nelayan. Bagi menjawabnya secara tuntas, izinkan saya menghuraikan berdasarkan tiga strategi di bawah perkara A4 pengukuhan keterjaminan makanan iaitu:
(i) mempertingkatkan pengeluaran makanan;
(ii) memantapkan keterjaminan bekalan makanan; dan
(iii) memperkukuh rantaian bekalan makanan.
Penekanan terhadap jawapan yang akan saya berikan ini merangkumi sudut pandang jangka sederhana dan panjang khususnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun yang akan datang. Segala dasar dan program yang terbukti berkesan akan terus diperkukuh kerana setiap batu asas yang dibina pada hari ini bukan sahaja mencorakkan hala tuju semasa malah menjadi warisan dasar yang akan diteruskan oleh sesiapa jua yang memegang amanah sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah strategi pertama iaitu mempertingkatkan pengeluaran makanan, Kementerian memberi penekanan khusus kepada pembangunan pertanian berskala besar sebagai transformasi sektor ini. Pendekatan ini bukan saja berupaya meningkatkan hasil pengeluaran secara konsisten, malah mampu mengurangkan pergantungan kepada import serta memperkukuh daya saing negara dalam jangka panjang.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah berhubung keberhasilan program penanaman lima musim dalam tempoh dua tahun telah diberi perhatian yang serius oleh kementerian. Setakat ini, pelaksanaan program tersebut menunjukkan peningkatan purata hasil sebanyak 10.9 peratus di kawasan Jelapang MADA iaitu 4.97 tan metrik berbanding dengan sebelum ini 4.37 tan metrik sehektar. Walau bagaimanapun, penurunan hasil di setengah kawasan turut dipengaruhi oleh serangan penyakit dan penanaman di luar musim juga mendedahkan tanaman kepada risiko serangan makhluk perosak yang memberi tekanan tambahan kepada produktiviti pesawah.
Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling, projek penanaman padi skala besar di Kedah dan Perlis yang diterajui oleh MADA kekal menjadi hala tuju utama di bawah RMK13 dengan permohonan peruntukan sebanyak RM35 juta dengan menyasarkan keluasan baru seluas 5,000 hektar menjelang tahun 2030. Pencapaian semasa projek ini telah mencapai keluasan hampir 11,000 hektar dengan penglibatan sekitar 4,000 peserta dengan merekodkan pencapaian hasil tertinggi 6.3 tan per hektar dan purata hasil projek sebanyak 5.63 tan per hektar.
Selain itu, usaha ini diperkukuh dengan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di Kawasan Muda melalui kerjasama awam dan swasta. Untuk tahun 2025 sahaja, hampir satu bilion telah diluluskan bagi fasa pertama melibatkan pembangunan dan penyelenggaraan 15 blok pengairan sistem tersier serta pemulihan menyeluruh Empangan Pedu yang akan memberi manfaat kepada 5,000 orang pesawah dengan kawasan meliputi hampir 11,000 hektar sawah di Kedah dan Perlis.
Manakala menjawab kebimbangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan Parit Buntar. Kementerian mengiktiraf bahawa kejayaan program penanaman lima musim dalam dua tahun amat bergantung kepada keberkesanan sistem pengairan, khususnya di daerah Kerian. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 54.58 juta di bawah RMK12 bagi menaik taraf infrastruktur pengairan di IADA Kerian dan seterusnya memohon projek baru sebanyak 55.2 juta di bawah RMK13 untuk mengukuhkan sistem yang sedia ada.
Selain itu, bagi menangani isu kompleksiti air...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Laluan, pencelahan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dah bagi pun nak tanya lagi?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak puas hati.
Tanyalah, ada peluang. Masa panjang lagi. Saya bangkitkan isu yang berkaitan dengan janji
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri sewaktu menjawab soalan lisan saya dan juga soalan bertulis berkaitan dengan naik taraf penanaman padi di Kerian, Parit Buntar yang berskala besar mengikut teknologi moden yang sering Menteri sebut dengan meniru model di Sekinchan.
Jadi soalan saya, adakah sudah diadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak yang berkaitan.
Itu- Sebab tak nampak ada kesan pun. Tak nampak pun, para petani dok bertanya, mengapa tak ada langkah-langkah untuk naikkan taraf sistem pertanian di Kerian mengikut model Sekinchan?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sistem berskala besar ini perlu dikempen sebab kita nak mencantumkan satu kerjasama supaya membuat sawah yang lebih besar secara bersyarikat ataupun secara koperasi itu misal — kita mesti berkempen sebab sekarang baru tak sampai dua peratus lagi yang dibuat secara berskala besar. Ini kita kena kempen berterusan termasuk Yang Berhormat Bagan Serai kena bersama kita mengajak mereka untuk menyatukan kumpulan sawah ini supaya membuat skala besar. Selain itu bagi menangani isu kompleksiti air di kolam Bukit Merah...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Satu lagi, sikit lagi, sikit lagi.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ha?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Satu lagi projek yang berdiri 5.3 juta ini di panggil projek EMM ini yang melibatkan 1,829 hektar ini inisiatif daripada NCIA tapi sampai sekarang saya tak nampak petani tak nampak projek ini berjalan peruntukan, 5.3 juta. Jadi para petani nak tanya kedudukan projek 5.3 juta yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2019 sehingga 2020 yang melibatkan 1,829 hektar tanah di Kerian.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ya. Pertanyaan itu spesifik saya jawab secara bertulislah, insya-Allah. Sebab kita dalam RMK kita lebih pergi kepada dasar daripada peruntukan kawasan Parlimen dan sebagainya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sekali. Last-last, lepas ni saya tak tanya dah. Bukan senang.
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pakat tak jawab dah orang lain.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Dak. Last ni last, last, last. Janji RM600 itu, sampai sekarang para petani di Kerian tak dapat lagi. Ini janji Menteri, janji PMX. Nak bagi RM600 sementara menunggu padi dituai. Bulan sembilan nak masuk musim menuai baru tapi para petani tak dapat lagi duit 600. Jadi bila nak suruh petani bersabar dah banyak kali sabar dah.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pegawai-pegawai saya di belakang kita akan cari penyelesaian dan selesaikan segera, insya-Allah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri, Sik.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Selain itu bagi menangani isu kapasiti air di kolam Bukit Merah yang merupakan sumber utama pengairan sawah padi di Kerian dan sebahagian Seberang Perai, kementerian melalui Bahagian Pengairan dan Saliran...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri Sik sikit. Boleh sikit mencelah.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Pertanian. Sat, sat, sat. Telah melantik perunding bagi melaksanakan kajian penyelesaian masalah gambut di empangan tersebut.
Kajian ini di jangka siap tahun 2026. Ertinya Bagan Serai jangan bimbanglah kita ambil berat ke semua dan akan memberi cadangan konkrit bagi meningkatkan kapasiti kolam berkenaan.
Serentak itu, satu kajian sumber air di IADA Kerian dan IADA Pulau Pinang sedang dijalankan untuk menghasilkan pelan pengurusan air pengairan yang akan menjadi panduan penting dalam memastikan penggunaan sumber air lebih cekap, berkesan dan mampan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, Tuan Menteri, sikit...
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Jerai.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Berkaitan beras - padi tadi. Saya ingat ini isu dasar dan polisi berkaitan pengekalan kawasan tanah sawah ini yang semakin mengecil sekarang. Isunya sama ada sawah-sawah yang ada itu sangat kecil yang tidak ekonomik satu petani mungkin satu hektar begitu ya, satu ekar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dan juga masalah konflik guna tanah ini, maksudnya asakan pembangunan yang orang hendak buat rumah dan sebagainya. Jadi, usaha-usaha ini menyebabkan kawasan tanah sawah kita semakin mengecil. Jadi, perlu ada satu konsolidasi polisi pihak kerajaan bagaimana kita hendak memastikan tanah-tanah sawah ini terus kekal termasuklah penubuhan ataupun kawasan-kawasan baharu sawah-sawah yang kita bina sebagai jelapang untuk meningkatkan hasil yang kita kata tak sampai lagi ini SSL kita itu, terima kasih Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang itu kita fikirkan secara serius, sebab itu kawasan-kawasan sawah yang terbiar selama ini dibangunkan semula terutama di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan kita mengambil serius dalam ucapan kemudian nanti iaitu perkembangan tanaman padi di Sarawak dan juga Sabah.
Sebagai langkah intervensi segera, operasi pembenihan awan telah dilaksanakan pada 4 Ogos 2025 bagi menambah simpanan air di kolam Bukit Merah demi menjamin kelangsungan pengairan sawah padi. Alhamdulillah, semalam saya pergi ke Bukit Merah saya
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
lihat paras airnya telah meningkat dan itu kehendak Allah selepas membuat pembenihan awan, 45 minit selepas itu berlaku hujan lebat. Ini satu perkara yang baiklah berlaku.
Manakala menjawab Yang Berhormat Bagan Serai berhubung modal SMART sawah padi berskala besar ala Sekinchan, kementerian sedang memperluas program ini kerana terbukti mampu meningkatkan hasil melebihi enam tan metrik sehektar. Ertinya kita kena kempen bersama untuk membuat skala besar ini.
Beralih kepada negeri-negeri Borneo, Sabah dan Sarawak turut diberikan keutamaan di bawah RMK13, sebahagian daripada agenda memperkukuh keterjaminan makanan negara. Di Sabah, kementerian telah mengangkat permohonan lapan projek baru dengan kos anggaran RM224.56 juta serta sembilan projek sambungan dengan baki kos RM90.72 juta.
Fokus utama tertumpu kepada pembangunan sistem pengairan dan saliran pertanian serta pembinaan jalan ladang di kawasan IADA Kota Belud, di samping tumpuan tambahan di Keningau, Ranau dan Pitas.
Bagi kawasan luar Jelapang pula iaitu kajian pengurusan sumber air pertanian dirancang dengan kos RM8 juta meliputi sawah padi di Kudat, Kota Belud, Tuaran dan Kota Marudu dalam tempoh RMK13.
Sementara itu di Sarawak, kementerian menyokong penuh hasrat kerajaan negeri untuk menjadi pengeksport utama makanan menjelang 2030. Melalui BPSP, tumpuan diberikan kepada pelaksanaan dan penyiapan 10 projek pembangunan serta menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran dengan jumlah kos RM271.89 juta. Manakala bagi kos projek yang dipohon di bawah RMK13 adalah RM157.8 juta. Selain itu, tiga projek baharu turut dicadangkan bagi kawasan IADA Samarahan, Bijat, Stumbin dan Daro Padi di Mukah dengan jumlah kos RM88.3 juta.
Alhamdulillah, kerjasama yang amat baik dengan Kerajaan Sarawak untuk kita membangunkan hab pertanian khasnya untuk mencukupkan beras di Sarawak dan di Malaysia. Secara keseluruhan bagi Sabah dan Sarawak, sebanyak 30 projek telah dipohon dengan nilai keseluruhan RM561.38 juta untuk tempoh lima tahun RMK13.
Pelaksanaan projek-projek ini akan memastikan kelestarian sumber air, peningkatan hasil padi serta sokongan infrastruktur yang mampan demi memperkukuh keterjaminan makanan dan menyeimbang pembangunan antara Semenanjung, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak.
Keseluruhan langkah ini jelas mencerminkan tekad kerajaan untuk menjadikan pertanian berskala besar bukan sahaja sebagai instrumen peningkatan produktiviti, malah sebagai medium memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan RMK13 telah menyentuh tentang keperluan memperkukuh penggunaan teknologi moden dan pertanian pintar bagi meningkatkan pengeluaran. Hal ini membuktikan kesedaran Dewan yang mulia bahawa transformasi digital adalah kunci utama untuk melonjakkan produktiviti sektor pertanian dan agro makanan negara.
Kita mencontohi negara-negara maju dalam pertanian seperti China, Taiwan, Belanda dan sebagainya. Menjawab persoalan Yang Berhormat Kuala Kedah, kerajaan memberi jaminan bahawa program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun akan dilaksanakan dengan penuh berhati-hati agar tidak menjejaskan kelestarian tanah mahupun ekologi.
Justeru, kementerian sedang memperkenalkan pendekatan precision farming berasaskan Internet of Things dan AI bagi mengurus jadual penanaman, nutrien tanah serta sistem pengairan dengan lebih berkesan. Malah, cadangan penubuhan Common Center Digital di peringkat MADA turut diberi pertimbangan agar prestasi pesawah dapat dipantau secara langsung berdasarkan data hasil dan kualiti tanah. Kita akan dapat kerjasama termasuk di pihak universiti dan juga pihak jabatan-jabatan di bawah kementerian.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih, terima kasih Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling dan Pekan berhubung capaian pesawah kecil terhadap teknologi turut ditangani melalui pelaksanaan program pemacu Digital Industri Padi (DX Padi). Antara inisiatif utama program ini adalah peningkatan kapasiti operator dron pertanian bersendirian di sawah padi melalui latihan dan pensijilan pembangunan sistem pemantauan hasil tuaian berdasarkan AI dan pembangunan generatif AI padi untuk pengesanan perosak serta penyakit tanaman. Di samping itu, Agrobank juga melaksanakan program modenisasi rantaian nilai agro makanan dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tanjong Karang, kementerian sedang melaksanakan program bagi menyatu adaptasi teknologi pertanian dalam kalangan golongan sasar, seterusnya menyediakan peluang kepada pesawah untuk menjana pendapatan berasaskan teknologi.
Antaranya termasuk program mekanisasi dan automasi agro makanan yang bernilai RM150 juta sejak RMK11, program DX Padi 2025 serta kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation melalui Digital AG Tech yang melibatkan pemasangan sistem digital kepada 700 pengusaha agro makanan di seluruh negara.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dalam masa yang sama, Yang Berhormat Temerloh turut menekankan kepentingan insentif teknologi kepada petani, penternak dan nelayan kecil. Kerajaan telah memperuntukkan Geran Agropreneur Muda Skill-up sehingga RM50,000. Di samping Geran Padanan Tanaman Sayuran dengan nisbah 50/50 bagi mekanisasi automasi dan pertanian pintar.
Bagi pertanian vertikal pula, kerajaan menyediakan geran dengan nisbah 40/60.
Kesemua inisiatif ini bertujuan memastikan golongan sasar tidak ketinggalan dalam arus transformasi pertanian pintar. Dalam subsektor tanaman, transformasi digital telah diterjemahkan melalui projek rintis di peringkat negeri dan penyelidikan oleh institusi tempatan. Perkara ini dibuktikan menerusi pelaksanaan projek ladang padi IR 4.0 di Kawasan Muda, Kedah yang menggabungkan teknologi dron, penderiaan jauh, remote sensing dan aplikasi digital berjaya meningkatkan hasil padi sebanyak 12 peratus. Di samping itu pelbagai projek fertigasi pintar tanaman telah dilaksanakan di pelbagai negeri bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air, baja dan tenaga kerja, antaranya pada tanaman melon dan cili.
Pada masa yang sama, Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan pakej precision farming bagi padi yang mengintegrasi penggunaan dron, jentera penabur – jentera penabur baja pada kadar boleh ubah serta sistem perataan tanah berautomasi. Hasilnya, produktiviti sawah meningkat antara 10 hingga 15 peratus, manakala kos operasi dapat dikurangkan sehingga 20 peratus.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Selain itu, MARDI juga sedang meningkat — menggiatkan pembangunan teknologi kilang tanaman melalui sistem penanaman bertingkat kawalan pencahayaan tanaman — ini vertikal farming ya, formula pembajaan optimum. Teknologi ini terbukti mampu menjana hasil yang konsisten sepanjang tahun dengan kecekapan penggunaan air sehingga 90 peratus lebih baik berbanding kaedah konvensional.
Dalam sektor ternakan pula, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengaplikasikan Assistant Reproductive Technology seperti teknologi permanian beradas untuk meningkatkan kualiti genetik ternakan supaya ternakan yang dihasilkan mempunyai tumbesaran yang tinggi, tahan kepada penyakit, mempunyai hasil produktiviti yang tinggi. Misalnya dalam hal veterinar ini, penternakan ini, kita meletakkan tahun 2030 kita akan cuba mencapai kadarnya sehingga 50 peratus.
Sehingga kini seramai 167 orang juru permainan — permanian beradas swasta yang dilantik dan 70 orang anggota DBS telah dilatih dengan kejayaan melahirkan puluhan ribu anak baka ternakan yang berkualiti tinggi. Kerajaan turut memperkenalkan insentif galakan cukai bagi sistem reban tertutup dengan potongan cukai sebanyak 200 peratus ke atas
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
perbelanjaan modal yang layak. Insentif ini telah mula dinikmati sejak tahun 2023 dan dijangka meningkat kadar adaptasi reban tertutup kepada 40 peratus ketika ini kepada 70 peratus menjelang 2030.
Dalam sektor perikanan, penerapan pertanian pintar berteraskan teknologi IoT, AI, automasi dan GIS telah melonjakkan produktiviti serta memperkukuh daya tahan industri.
Antara inovasi utama termasuk aplikasi shotspotter bagi pengesanan awal penyakit udang.
Selain itu, pembangunan model AI bagi pengesanan penyakit ikan bintik putih telah diperkenalkan untuk meningkatkan kawalan kesihatan ternakan, manakala sistem amaran awal ledakan alga berbahaya telah membantu mengurangkan risiko kerugian yang menjejaskan sehingga 418 tan metrik ikan bernilai RM10.84 juta pada tahun 2024.
Selain itu, teknologi web GIS turut dimanfaatkan untuk pemetaan ladang dan pemantauan biosekuriti. Inisiatif ini diperkukuh melalui kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dan MDEC yang telah memperluas penggunaan Smart Aquaculture System kepada 30 pengusaha aquaculture pada tahun 2024. Secara keseluruhannya, transformasi ini bukan saja mengurangkan kos dan risiko kerugian, malah memastikan bekalan makanan laut negara kekal selamat, moden dan lestari. Dalam memperkukuh agenda ini, kerajaan turut memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi biru sebagai teras pertumbuhan baharu negara.
Pendekatan ini menekankan pengurusan sumber marin secara lestari, pemantapan biosekuriti serta penerapan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.
Teknologi biru ini amat ditekankan oleh kerajaan negeri Sabah. Potensi aquaculture marine, perikanan laut, dalam dan bioteknologi marin terus diperkasa dengan subsektor perikanan kini menyumbang lebih RM14 bilion setahun kepada ekonomi negara dan eksport bernilai RM6.5 bilion. Perkara ini akan terus dipertingkatkan dalam RMK13 nanti.
Kesemua inisiatif ini menegaskan bahawa RMK13 benar-benar menterjemahkan tema melakar semula pembangunan melalui pemerkasaan teknologi dan pertanian pintar. Ia bukan saja menjadi sektor agromakanan lebih produktif, malah mengukuhkan asas keterjaminan makanan negara sebagai benteng strategik kedaulatan nasional.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, sebelum pergi ke tajuk yang lain, tentang nelayan tadi.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kapar, Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ya, ya. Keberhasilan daripada laut. Jadi apa yang Menteri sebut tadi adalah yang mega, yang agak besar kan. Jadi, Kapar nak tahu bagaimana daripada segi perspektif kerajaan, mengenai nasib nelayan kecil persisiran pantai. Kan kita di Malaysia inikan banyak pantai kan? Seluruh persisiran itu adalah nelayan berskala kecil. Jadi, bagaimanakah kerajaan membela nasib mereka, supaya memberikan hasil untuk negara?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Nelayan pantai tetap diberi perhatian. Mereka kadang diberi subsidi pukat, subsidi bot dan juga bantuan RM300 sebulan. Berbagai-bagai inisiatif diteruskan termasuk dalam rancangan lima tahun yang ke-13 nanti. Kita bercakap ini soal dasar umum untuk RMK. Perkara-perkara yang bercakap pantai mana, kawasan mana itu, kita berbincang dalam Belanjawan Negara nanti.
Ahli Yang Berhormat Bagan Serai telah menyuarakan kebimbangan berhubung kadar sara diri, makanan negara yang masih rendah khususnya beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. Memang masih rendah sebab itulah kita tumpu dengan begitu hebat dalam hal beras ini kerana kita tahu dia adalah makanan ruji negara. Di antaranya saya sebut tadi, peranan yang dimainkan di Sarawak dan Sabah, insya-Allah termasuk kawasan-kawasan terbiar yang sedang diusahakan semula di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Insya-Allah akan menambah SSR kita dalam hal beras ini.
Sehubungan itu, di bawah Dasar Agromakanan Negara, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan SSR beberapa komoditi strategik. Sebagai contoh, SSR sayur- sayuran disasarkan mencapai 78.9 peratus menjelang 2030, iaitu peningkatan sebanyak 34.3 peratus berbanding tahap asas 44.6 peratus pada tahun 2019. Bagi beras putih tempatan pula sasaran SSR yang ditetapkan 80 peratus menjelang 2030. Sasaran itu tinggi, capai atau tidak, kita usaha. Jadi sama-sama kena berusaha dengan Kerajaan Federal, kerajaan negeri, para pesawah, semua pemain industri akan bersama — infrastruktur pengairan, perubahan cuaca, bencana alam, serta penggunaan varieti baru yang lebih lasak.
Kerajaan menyedari bahawa untuk mencapai sasaran SSR ini, pendekatan bersepadu amat diperlukan. Pertama, melalui penyediaan peruntukan sejumlah RM102.7 juta di bawah RMK12, program seperti pengukuhan SSR sayuran terpilih, pembangunan Agro Food Park dan program peningkatan pendapatan pesawah luar jelapang B40 telah mula menunjukkan hasil yang positif.
Sebagai bukti, pengeluaran sayur-sayuran dalam negara meningkat 1.31 juta tahun 2021 kepada 1.35 juta tan metrik pada tahun 2023. Walau bagaimanapun, peningkatan import sayuran beriklim sederhana seperti kentang dan bawang telah melebar jurang SSR sayuran secara keseluruhan. Namun jika dilihat khusus bagi sayuran-sayuran tropika, pencapaian SSR negara sudah pun mencecah 83 peratus pada tahun 2023.
Kedua, untuk padi dan beras beberapa inisiatif sedang giat dilaksanakan termasuk Program Smart Sawah Berskala Besar. Yang saya sebut tadi kena kita berkempen soal sawah berskala besar ini kerana ia telah bukti peningkatan hasil yang berlaku di Lat 1000, yang berlaku di Kesidang, yang berlaku di beberapa tempat yang kita cuba dengan berskala besar ini.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ketiga, dalam konteks sayuran strategik seperti bawang merah. Bagi tahun 2025, PKPM telah meluluskan peruntukan RM6 juta bagi Projek Pembangunan Tanaman Bawang di tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Kelantan. Sehingga kini, seramai 80 peserta terlibat dalam keluasan 94.85 hektar melibatkan pecahan 11 petani di Negeri Sembilan, 52 petani di Kelantan dan 17 petani di Perak. Terkini, negeri Kelantan telah melaksanakan tuaian yang pertama dengan jangkaan hasil pengeluaran 18.4 tan metrik dengan keluasan 4.6 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Telung, Bachok yang menanam menggunakan varieti BAW1 dan BAW2.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Hasil tuaian ini menunjukkan satu pencapaian yang positif apabila mencatatkan pengeluaran yang tinggi sekitar empat metrik tan per hektar. Jadi, insya-Allah tahun depan kita mahu Kelantan akan menjadi pengeluar utama bawang ini, kerana tanahnya subur dengan penanaman bawang. Sila.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya sedikit bab bawang ini. Banyak Yang Berhormat Menteri cerita tadi. Tentang kos kita, kalau kita keluarkan di Malaysia ini, adakah secara keseluruhannya kalau nak dibandingkan dengan bawang yang diimport, berapa banyak beza kos pengeluaran bawang — kos bawang dikeluarkan di Malaysia dengan kalau kita import? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang kajian menyeluruh belum dibuat lagi tapi kita yakin bila kita keluarkan bawang tempatan, ada bawang luar. Selalunya rakyat dia akan melihatlah harga yang berbeza. Macam beraslah kategori ini, kategori ini, kategori ini.
Tapi orang yang nak membeli itu dia mengikut keselesaan mereka.
Kajian menyeluruh berapa harga sepatutnya itu belum dilaksanakan lagi. Cuma, yang sebut tadi berapa tempat yang dicuba ini termasuk di Sabah, pengeluaran bawang amat baik.
Dan tahun ini pengeluaran benih, tahun depan akan disebarkan. Insya-Allah kalau semuanya berjalan dengan lancar, kita dapat jimat satu pertiga. 30 peratus daripada pengimportan bawang, itu harapan kita.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kos pengeluaran sekarang kita belum jelaslah? Sebab kalau kita tengok sekarang, saya ada tengok yang guna greenhouse dan sebagainya untuk keluarkan bawang. Itu kosnya tinggi. Jadi, secara keseluruhan kerajaan masih belum ada berapakah kos pengeluaran untuk satu tan bawang tempatan sebagai contoh.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Satu tan sudah ada kos pengeluaran bawang tempatan mengikut kadar tempat. Sama ada di open, di ruang yang terbuka atau di
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
greenhouse. Tapi kita nampak ianya tidaklah jauh beza harga dengan bawang luar. Kajian telitinya insya-Allah, kita akan boleh beri maklumat itu kepada Putrajaya.
Selain itu juga di bawah RMK13, kementerian akan melaksanakan program penggantian import. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada keluaran pertanian yang segar yang diimport. Inisiatif ini telah dimulakan dengan penanaman jagung bijian dan bawang merah kecil.
Selain itu, tanaman tempatan yang mempunyai nilai nutrisi yang lebih tinggi berbanding tanaman bersuhu iklim sederhana, boleh diperluas penanamannya di dalam negara. Sebagai contoh, penanaman rozel bagi menggantikan minuman berasaskan blackcurrant dan markisa bagi menggantikan minum berasaskan epal.
Apa yang lebih penting, agenda SSR ini bukan semata-mata angka statistik yang mencerminkan daya tahan ekonomi dan kedaulatan makanan negara. Justeru, langkah- langkah seperti mengukuhkan R&D, perluasan pertanian moden seperti fertigasi, hidroponik, aeroponik dan rumah hijau bagi melatih pesawah menggunakan teknologi dron, IoT dan mekanisasi sawah akan terus diperkasa.
Kerajaan optimis bahawa dengan pelaksanaan dasar yang tepat, integrasi teknologi, sokongan berterusan kepada petani, nelayan dan penternak, sasaran SSR negara mampu dicapai.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebut oleh sahabat kita Yang Berhormat Machang tadi. Kerajaan umum projek itu, projek ini, belanja itu, duit ambil mana? Sebab itu kita mahu berusaha supaya para petani yang kita bantu ini lama-kelamaan sampai ke peringkat dia berjaya dan boleh sampai ke peringkat membayar cukai kepada kerajaan di atas pendapatan yang meningkat.
Kejayaan program ini jelas terpamer melalui kisah anak-anak muda di seluruh negara.
Contohnya di Simpang Renggam, Johor. Seorang agropreneur berusia 27 tahun meningkatkan hasil cili fertigasi pintar daripada 18 tan kepada 28 tan setahun dengan keuntungan bersih sebanyak RM250,000. Malah, berjaya menembusi pasaran Singapura.
Di Raub, Pahang, usahawan berusia 30 tahun yang memanfaatkan intensif reban tertutup, menurunkan kadar kematian ayam daripada tujuh peratus kepada tiga peratus dan meningkatkan produktiviti sehingga 45,000 ekor setiap pusingan, kini membekalkan ke pasar raya utama di Lembah Klang.
Sementara itu di Tawau, Sabah. Sekumpulan belia berusia bawah 35 tahun telah mengusahakan penternakan udang putih menggunakan sistem bioflok, dengan purata pengeluaran sebanyak 12 tan setiap musim. Usaha ini menjana nilai jualan lebih RM2 juta setahun termasuk pasaran eksport ke Hong Kong.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Jadi, kita lihat usaha-usaha kita itu telah mula mendapatkan hasil. Dan anak-anak muda telah melihat pertanian ini bukan lagi satu perkara yang sambilan. Ianya boleh mendatangkan pendapatan kepada mereka dan mereka terjun dengan sepenuh masa. Tuan Yang di-Pertua, contoh-contoh ini jelas membuktikan bahawa apabila latihan, insentif dan teknologi digabungkan dengan semangat belia, sektor pertanian mampu melahirkan pelapis- pelapis agropreneur yang progresif, berdaya saing dan menjadi benteng utama keterjaminan makanan negara dalam dekad mendatang.
Tuan Yang di-Pertua, strategi keterjaminan makanan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan, Batang Sadong dan Jerantut memperlihatkan kesepakatan bahawa cabaran utama negara tidak boleh lagi diukur semata-mata melalui untung rugi ekonomi, tetapi harus dinilai sebagai agenda keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Atas kesedaran ini, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara, yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Struktur ini meliputi kluster-kluster merentas kementerian. Termasuk Kluster Indikator Keterjaminan Makanan yang dipimpin di Jabatan DOSM, Jabatan Perangkaan Malaysia bagi membangunkan 46 indikator awalan meliputi dimensi ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan dan kestabilan. Di mana ini diterbitkan Laporan Awal Indikator Keterjaminan Makanan 2025. Selaras dengan pandangan Yang Berhormat supaya kita mempereratkan hubungan dagang dengan negara-negara BRICS.
Memang kita punya hubungan dagang dalam pertanian ini. Yang paling tinggi dengan negeri China, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Persekutuan Rusia. Dan kita akan meneroka dalam RMK13 ini ke negara-negara Afrika. Termasuk di kalangan negara BRICS dan bukan BRICS, di negara-negara Afrika.
Pandangan Yang Berhormat Jerantut pula membuka dimensi baru pengurusan risiko melalui pendekatan reverse investment. Ini kita sedang membuat kajian lawatan-lawatan kita supaya adanya reverse investment yang sekarang ini telah pun dibuat oleh ternakan lembu susu di Australia, oleh Farm Fresh. Dan kita akan berusaha lagi beberapa negeri yang lain termasuk di Kampuchea dan beberapa tempat yang lain iaitu reverse investment.
Secara keseluruhan, strategi ini membentuk tiga lapisan utama. Pertama, penyediaan indikator nasional untuk memantau keterjaminan makanan dengan lebih menyeluruh. Yang kedua, rakan dagang serta pengukuhan kerjasama. Antaranya melalui BRICS dan negara- negara utama lain. Sebagaimana ditekankan oleh Yang Berhormat Batang Sadong.
Termasuk, kita kekalkan hubungan dagang ini dengan negara-negara yang sedia ada.
Sesudah kita meneliti dan menimbang segala pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan yang mulia ini, izinkan saya menegaskan bahawa
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
rancangan bagi sektor pertanian dan keterjaminan makanan RMK13 bukan sekadar dokumen pembangunan lima tahun. Ia adalah pelan hala tuju negara untuk melangkah lebih jauh ke hadapan dengan berpaksikan keterjaminan makanan, keupayaan ekonomi serta kesejahteraan rakyat yang inklusif.
Tuan Yang di-Pertua, bagi persoalan yang bersifat khusus. Bagi Ahli Parlimen, Yang Berhormat dan tidak sempat saya huraikan dalam penggulungan yang lebih bersifat makro ini, akan dijawab secara bertulis. Daripada mereka yang akan jawab — yang akan saya jawab secara bertulis itu — Satu minit lagi ya. Ialah Yang Berhormat Pasir Puteh, Sri Aman, Mersing, Sik, Pekan, Tanjong Piai, Kudat, Temerloh, Tumpat, Rantau Panjang, Sandakan, Stampin, Kota Belud, Beaufort, Tasek Gelugor, Tuaran, Kuala Krai, Tenom, Batang Lupar, Parit Buntar, Keningau, Langkawi, Jempol, Bukit Gantang, Tanjong Karang, Tanjong Manis, Machang, Kota Marudu, Betong, dan Tangga Batu kerana, persoalan mereka bersangkut-paut dengan kawasan ataupun daerah mereka.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua, kita harus sedar bahawa cabaran masa depan tidak bersifat lokal semata-mata. Keterjaminan makanan kini berkait rapat dengan perubahan iklim, geopolitik dan persaingan global yang kian sengit. Sejarah moden telah menunjukkan bahawa makanan boleh dijadikan senjata peperangan dalam konflik antarabangsa, menekan negara dan rakyat yang lemah.
Justeru, Malaysia mesti membina daya tahan yang lebih kukuh, memperkukuh sekuriti makanan dan memastikan rakyat tidak sekali-kali dijadikan mangsa permainan geopolitik dunia. Maka marilah kita semua berganding bahu menyatukan kudrat dan kebijaksanaan agar segala rancangan yang telah dirangka dalam RMK13 ini bukan saja menjadi kenyataan tetapi juga meninggalkan legasi yang akan diwarisi oleh generasi yang akan datang. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya adalah jawapan daripada kementerian yang terakhir untuk hari ini. Saya mempersilakan Menteri Kementerian Pengangkutan, 30 minit.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 20 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dalam RMK13.
Infrastruktur pengangkutan dan logistik merupakan antara pemboleh daya utama kepada pembangunan sosioekonomi negara. Di bawah kerangka RMK13 ini, sektor
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
pengangkutan dan logistik akan dipertingkatkan lagi kecekapannya dalam usaha untuk membangunkan sektor pengangkutan yang mampan, cekap dan inklusif.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai telah membahaskan isu projek LRT Pulau Pinang yang dikatakan oleh Yang Berhormat menelan kos yang tinggi dan lebih sesuai untuk digunakan untuk membina Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Projek LRT Laluan Mutiara, Pulau Pinang yang diluluskan mempunyai jajaran yang bermula dari Pulau Silikon sehingga ke Komtar sepanjang 23.7 km dan turut disambungkan dari Macallum ke Pinang Sentral sepanjang 5.78 km di Butterworth melalui jambatan rel sepanjang 3.06 km yang merentasi Selat Pulau Pinang.
Kawasan tumpuan penduduk, catchment area yang lebih besar ini bakal memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta penduduk di pulau serta komuniti di Seberang Perai, Kedah Selatan dan Perak Utara. Tambahan juga terdapat anggaran 3.5 juta pengunjung termasuk pelancong ke Pulau Pinang setiap tahun yang akan memanfaatkan infrastruktur ini. Usaha membangunkan pengangkutan rel ini bukan saja mengurangkan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang apabila operasi bermula kelak dan melancarkan pergerakan di kawasan yang padat tetapi juga penting untuk mengekalkan momentum ekonomi di koridor utara.
Laluan Mutiara menghubungkan Butterworth akan memudahkan pengguna KTM dari Perlis, Kedah dan bahagian utara Perak yang bekerja di Pulau Pinang sekali gus merancakkan lagi kegiatan ekonomi rakyat. Ini akan mengurangkan masa perjalanan dan menambah masa bersama keluarga selari dengan nilai kesejahteraan dalam konsep Malaysia MADANI.
Projek infrastruktur rel bandar yang berskala besar ini dilaksanakan dengan pendekatan perancangan yang teliti termasuk penilaian kos yang telus, pengurusan risiko yang rapi, dan jajaran yang dioptimumkan untuk keberkesanan perkhidmatan bagi memastikan kecekapan perbelanjaan awam dipatuhi. Projek ini telah melalui proses pengurusan nilai, value management yang merangkumi kajian makmal nilai, value assessment lab, dan kajian kejuruteraan nilai ataupun value engineering lab yang bertujuan untuk memastikan perbelanjaan projek digunakan secara optimum, dan projek dilaksanakan benar-benar memberikan impak positif kepada rakyat.
Kerajaan tidak mengetepikan keperluan rakyat di Pantai Timur dan telah pun memperuntukkan projek infrastruktur rel ECRL yang merupakan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo baru berkapasiti tinggi, cekap dan moden untuk manfaat seluruh rakyat di Pantai Timur. Projek ECRL melibatkan jajaran sepanjang 660 km dan 20 stesen di empat negeri termasuk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, menghubungkan Kota Bharu di Pantai Timur ke Pelabuhan Klang di Selangor dan dijangka siap pada tahun 2027.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Selain daripada meningkatkan kesalinghubungan dan menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih selamat dan reliable untuk penumpang dan kargo, projek ECRL juga berfungsi sebagai pemangkin ekonomi di wilayah Pantai Timur dan membangunkan kluster ekonomi yang menyokong perniagaan tempatan dan pertumbuhan yang seimbang. Projek ECRL juga selaras dengan matlamat negara untuk pembangunan wilayah yang seimbang, memastikan negeri-negeri Pantai Timur yang menempatkan ramai penduduk serta warisan budaya dan alam semula jadi yang kaya dapat menyertai sepenuhnya dalam kemajuan ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, projek-projek pengangkutan rel ini membuktikan bahawa kerajaan mengutamakan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam utama yang berimpak tinggi di semua wilayah dan tidak hanya bertumpu di kawasan yang terlalu maju.
Jumlah keseluruhan kargo yang bakal dibawa melalui ECRL dianggarkan sebanyak 24.6 juta tan bersamaan dengan 1 juta trip lori 20 tan.
Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Jerantut …
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
… Kerana menyokong peluasan sistem pengangkutan awam, terutamanya rel berbanding lebuh raya. Yang Berhormat Tumpat dan Rantau Panjang telah membangkitkan isu berkenaan sambungan perkhidmatan stesen ECRL di Kelantan sebagai pembangunan ekonomi sepadan. Jadi, saya nak ucapkanlah terima kasih kepada Tumpat, Rantau Panjang, Jerantut, yang Ahli-ahli Parlimen di Pantai Timur mungkin lebih faham memerlukan rel. Jadi, yang Padang Serai itu dia patutnya dari Perak, dia tak faham keperluan di Pantai Timur. Jadi, saya harap Yang Berhormat Padang Serai ini fokus kepada negeri Perak saja dan kawasan dia. Sila Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Penjelasan LRT Pulau Pinang, saya ada banyak soalan. Saya tanya, tak tahu sama ada belum sampai ataupun tidak akan dijawab atau macam mana, atau akan dijawab kemudian. Just to check. Kalau tak mungkin boleh jawab sekarang.
Pertama Yang Berhormat Menteri, saya tanya dalam Belanjawan 2024, dibentang di sini 13 Oktober 2023 Perdana Menteri kata kos LRT Pulau Pinang adalah RM10 bilion dan akan dilaksanakan secara kerjasama awam-swasta. Dan pada 19 Februari 2025 pula, Menteri sendiri di sini kata bahawa kosnya meningkat menjadi RM13 bilion dan disebut bahawa projek ini akan dibiayai oleh kerajaan. Jadi, saya nak kepastian, dalam belanjawan disebut bahawa ianya adalah PPP, kerjasama awam-swasta dan di sini disebut bahawa ia nya adalah
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
merupakan projek peruntukan pembangunan kerajaan sepenuhnya. Jadi soalan saya, saya tanya apakah justifikasi mengapa ditukar daripada PPP kepada kaedah menggunakan peruntukan pembangunan sepenuhnya, itu satu.
Yang kedua Yang Berhormat Menteri, saya juga minta penjelasan mengapakah kosnya naik daripada RM10 bilion kemudian kepada RM13 bilion, kemudian dimaklumkan dalam media disebut bahawa silingnya adalah sekitar hampir RM17 bilion. Jadi, saya nak kepastian bahawa silingnya RM17 bilion kerana itu adalah peningkatan hampir 70 peratus Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Mohon…
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya saya dah agaklah, Putrajaya memang soalan-soalan daripada Yang Berhormat Putrajaya. Yang pertamanya seperti yang saya katakan, anggaran awal ialah RM10 bilion. Itu yang baru kita apabila nak ambil alih projek itu.
Belum ada value management, belum ada value lab. Sekarang ini memang kita dah buat value management, value lab dan dipecahkan kepada tiga pakej. Pakej kedua dan pakej ketiga belum dianugerahkan lagi. Jadi, kita pun belum tahu lagi berapa kosnya. Walaupun ada siling yang diletakkan tetapi itu siling saja.
Biar saya jawab. Saya nak nyatakan pakej pertama yang kita ambil alih, yang dianugerahkan kepada SIS Konsortium, mengapa dianugerahkan kepada SIS Konsortium, single source punya RFP, sebab projek itu telah pun dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui model lama, melalui open tender model lama iaitu ada...
[Tidak jelas] dan sebagainya dan kita berikan kepada kontraktor ini nilainya berapa? Nilainya RM7.98 bilion, kurang daripada RM8 bilion. Selepas value management, selepas ada value lab turun daripada RM8.32 bilion apa yang diminta oleh pihak kontraktor. Jadi itu RM7.98 bilion. Itu pakej pertama. Pakej kedua dan pakej ketiga, itu belum lagi. Itu akan di-open tender. Itu akan tender. Jadi tender, kita akan lihatlah nilai yang terbaik.
Soal mengapa PPP dan sekarang ini jadi direct DE, Yang Berhormat pernah jadi Menteri. PPP bukannya bermaksud kerajaan tak perlu bayar. Kadang-kala PPP itu, biar saya jawab Yang Berhormat okey. PPP itu dia PFI, itu pihak swasta akan funding dulu, lepas itu akan dibayar kemudian oleh pihak kerajaan.
Tuan Loke Siew Fook
Itu model PPP untuk public transport project. Tetapi sekarang ini, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan, kita ada ruang dalam DE sebab kita punya projek-projek infrastruktur pengangkutan lain yang mengambil DE dalam Kementerian Pengangkutan, dah hampir siap dah, akan menjadi penghujungnya. Gemas-JB dan sebagainya dah hampir siap.
Jadi, kita ada ruang dari segi pembiayaan melalui e-DE. Jadi, pembiayaan melalui DE itu
Tuan Loke Siew Fook
lebih direct dan lebih menguntungkan kerajaan dalam jangka masa panjang. Jadi itu sebabnya kita menggunakan DE. Jadi itu yang telah pun diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya minta Yang Berhormat Menteri, satu, sedikit penjelasan lagi. Berapakah siling yang diluluskan? Sebab, saya sentuh perkara ini kerana apabila kita lihat 17 bilion, minta Menteri sahkan ya, sama ada silingnya memang 17 bilion untuk peruntukan DE kerana 17 bilion bahagi lima tahun, dapat dalam 3.4 bilion setahun.
Ini merupakan satu peruntukan yang cukup besar untuk setiap tahun penggunaan DE itu.
Jadi kalau boleh Menteri jelaskan, pertama sekali, berapakah siling sebenar. Yang kedua, tadi saya faham tentang PPP ini cuma, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri umumkan bahawa ini sebahagian daripada PPP tetapi kemudiannya menggunakan DE, saya khuatir because, kerana, dalam RMK13 ini ada komponen PPP itu.
Saya tak nak nanti kalau trend ini berlarutan, maknanya komponen PPP itu dalam DE sekitar seingat saya dalam 60 bilion itu pada bila-bila masa saja akan menjadi sebahagian daripada DE yang akan ditanggung dalam konteks RMK itu. Minta penjelasan Menteri. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Seperti yang saya katakan, pakej pertama lapan bilion, tak sampai lapan bilion. Jadi, siling itu sudah tentunya kita letakkan lebih tinggi daripada apa yang diperlukan tapi dia akan, kita akan cuba untuk rendahkan kos itu melalui dari segi tender. Itu sebabnya, jangan terlalu kita letak keutamaan kepada nilai siling itu, tapi yang pentingnya ialah dari segi jumlah nilai yang kita akan award itu.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak, Menteri kena bagi tahu. Saya tanya siling, siling ini penting because RMK13 ini, bila dah ada siling untuk satu projek, ia nya memberi kesan kepada projek yang lain.
Tuan Loke Siew Fook
Betul lah, ia boleh melalui...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Menteri jawab saja lah siling dia berapa?
Tuan Loke Siew Fook
Ya, tak apa. Saya faham.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya nak tanya siling dia berapa.
Tuan Loke Siew Fook
Saya faham, saya faham. Ya. Jadi, siling yang kita letak ini antara 16 hingga 17 bilion.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
17 bilion, okey.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, 16 hingga 17 bilion.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey. Terima kasih, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Tapi, bukannya maksudnya kos keseluruhan projek itu. Itu yang saya nak tekankan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak, bila dah siling, dia dah log in projek lain, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Sebab kita tak nak letak, kita tak nak letak satu angka bahawa seolah-olah kontraktor dah tahulah berapa kita punya nilai.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak, saya tak bercakap tentang kos, saya bercakap tentang siling.
Tuan Loke Siew Fook
Okey. Ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Because bila 17 bilion...
Tuan Loke Siew Fook
Okey.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Diletak pada satu projek, maka untuk projek- projek pembangunan DE, menggunakan DE lain dah log in 17 bilion itu.
Jadi, confirm silingnya adalah 17 bilion?
Tuan Loke Siew Fook
Saya kata, saya letak, nilai siling yang kita letak itu antara 16 hingga 17 bilion, okey.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak ada figure berapa bilion? Banyak satu bilion itu beza dia.
Tuan Loke Siew Fook
Ya lah, mengapa? Mengapa kita hendak terlalu apa ini? 16.8 bilion yang telah pun diluluskan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, dia tak patut kita letakkan satu angka kerana kita tak nak bagi tahu kontraktor bahawa inilah nilainya, dia akan tahu. Jadi kita nak rendahkan daripada apa yang kita letakkan itu supaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
...Tender itu mendapat nilai yang lebih baik untuk kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Putrajaya.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, Putrajaya, okey? Terima kasih, terima kasih. Tak apa, tak apa. Tak apa, tak apa.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Putrajaya, saya tahu Putrajaya konsisten tanya soalan ini, saya jawab, okey? Konsisten dan kita telus. Pakej pertama yang telah pun di award hanya 7.98 bilion. Okey? Terima kasih.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Menteri, sebelum...
Tuan Loke Siew Fook
Soal mengapa PPP, tadi saya dah jawablah. Kita ada ruang untuk DE ini sebab saya tahu, saya yakin Yang Berhormat Putrajaya, dia faham sebab dia pernah menjadi Timbalan Menteri Ekonomi juga. Dia faham bahawa apabila ada ruang untuk satu kementerian untuk DE, kita lebih baik untuk menggunakan DE supaya tidak menambah hutang ataupun liabiliti kerajaan pada masa akan datang. Okey, saya bagi kepada Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tadi, sebelum berpindah pada tajuk lain, tadi Menteri nampak positif kepada ECRL dan saya rasa kebanyakan daripada Ahli Parlimen dan kami yang duduk dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi dan kita dah pergi pun site visit di stesen di Kelantan dan kita lihat baik kalau boleh di-extend ke Rantau Panjang dan bila kita tanya dengan pihak yang terbabit, kos dalam anggaran 2.5 ke tiga bilion.
Jadi, kita nak tanya respons daripada pihak Menteri kerana, kalau diikutkan telah ada kajian di antara MRL dan Kementerian Pengangkutan tentang perkara ini. Jadi, apakah boleh bagi pendapat yang very positif terhadap projek ini.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman, memang saya akan ada jawapan untuk perkara ini. Cadangan untuk memanjangkan ke Rantau Panjang, kita telah pun dibincangkan di peringkat kementerian selepas lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Kelantan pada Mei 2024, termasuk penilaian semula laluan sedia ada dari Pasir Mas ke Rantau Panjang yang terhenti operasi sejak 2007 lagi.
Penyambungan ini dilihat berpotensi memperkukuh kesalinghubungan sepanjang jajaran ECRL menghubungkan kawasan Pantai Timur terus ke Rantau Panjang. Namun pelaksanaannya tertakluk kepada hasil perbincangan terperinci dan kebolehlaksanaan selaras dengan aspirasi RMK13. Perkara ini juga akan saya jawab esok dalam sebab ada soalan. Tapi cuma yang saya nak katakan, memang saya dah nyatakan secara terbuka pun bahawa memang dari segi pendirian Kementerian Pengangkutan, saya sebagai Menteri Pengangkutan, sudah tentu saya menyokong usaha nak menyambung ke Rantau Panjang sebab saya melihat nilai untuk masa depan, kerana kita nak menyambungkan ini ke negara Thailand.
Sebab kalau apabila dia cross kepada negara Thailand, maka ada satu kesalinghubungan yang lebih baik, satu connectivity yang lebih baik. ECRL itu bukan sahaja dalam negara kita malah dia boleh tap into Thailand punya network. Tetapi, itu juga
Tuan Loke Siew Fook
memerlukan kerjasama daripada pihak negara Thailand. Kita tak boleh di sebelah kita saja, sebelah mereka kena juga sambut.
Jadi pendirian kita memang jelas, saya dah turun pun ke kawasan sana dan menyatakan sokongan saya. Tetapi seperti biasa, dari segi kelulusan projek itu, kita kena bawa ke Kabinet untuk diluluskan ya, untuk Yang Berhormat Jerantut. Cuma saya nak haraplah, Yang Berhormat ahli-ahli daripada sebelah sana, Langkawi pun, sekali lagi saya, Langkawi tak ada. Langkawi sekali lagi mencadangkan pembinaan LRT, MRT terus ke Pulau Langkawi.
Jadi saya nak nyatakan, apabila kita ada projek pengangkutan awam ini, kita sama- sama sokonglah, tak kira kat mana. Di Pantai Timur baik, di Pulau Pinang baik, ini adalah kebaikan untuk negara. Apabila ada pengangkutan awam, ada connectivity yang lebih baik, ya baik untuk semua bukannya kita tengok soal dekat negeri mana. Jadi, saya selalu dengar hujah daripada sebelah sana, seolah-olah LRT Pulau Pinang ini, mereka persoalkan padahal mereka juga minta di negeri-negeri mereka tetapi kena lihatlah feasibility-nya. Umpamanya, kalau nak buat LRT atau MRT dari Kuala Kedah ataupun Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, itu sudah tentu tak begitu masuk akal, Tuan Yang di-Pertua.
Yang pertamanya, kosnya akan mencecah begitu tinggi. Yang keduanya, jarak antara Kuala Kedah ke Pulau Langkawi adalah 50 kilometer, jarak atas laut, manakala Kuala Perlis ke Kuah pun 30 kilometer. Bayangkan, nak bina satu jambatan rel 30 kilometer daripada Kuala Perlis nak sampai ke Langkawi, itu sudah tentu memakan kos yang begitu besar sekali.
Jadi sementara itu, memang kita tak akan pertimbangkan cadangan tersebut untuk membina LRT ataupun MRT ke Pulau Langkawi. Tetapi sudah tentu kita ada pelbagai cadangan lain untuk menambah baik connectivity antara Kuala Kedah, Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Antaranya, kita sedang melihat apa jenis bot ataupun feri yang lebih baik, yang lebih moden yang boleh diperkenalkan untuk membantu connectivity antara Kuala Kedah, Kuala Perlis sampai ke Langkawi.
Seterusnya, ada beberapa isu spesifik, saya akan jawab secara bertulis memandangkan masa tak begitu cukup.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Isu Padang Besar, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya?
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Isu Padang Besar, yang saya bangkitkan tentang plat number yang...
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Padang Besar...
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Ya.
Tuan Loke Siew Fook
Plat number itu, kita dah jawab dah, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa tak perlulah diungkit-ungkitkan.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Dijawab di mana itu?
Tuan Loke Siew Fook
Ya?
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Dijawab hanya dibawa kepada Kabinet?
Tuan Loke Siew Fook
Ya lah, memang pihak kita dah bincang di Kabinet...
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tak, adakah Kabinet tahu tentang kewujudan warkah itu?
Tuan Loke Siew Fook
...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memperjelaskan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis mengapa “VIP” itu tak sesuai. Kita tahu ada syarikat minta. Mengapa Yang Berhormat begitu beria-ia nak minta nombor itu?
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tak, cerita dia sekarang ini, kenapa selepas itu di Selangor, boleh dapat pula di Selangor?
Tuan Loke Siew Fook
Tak apalah, tak, tak, tak buat. Saya tak benarkan. Tak apa.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Selangor boleh dapat?
Tuan Loke Siew Fook
Tak apa. Kita dah jawab dalam Dewan... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya nampak dah, dah lari keluar dah ini. Ya? Saya kuatkuasakan Peraturan 37(2) itu, sekarang ini sesi Menteri menjawab. Jadi, apa yang dijawab, benda yang tak dibangkitkan semasa perbahasan.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ha? Kalau– sebentar sini, saya tak habis cakap, 42 itu berkuat kuasa. Kalau nak cakap, saya bagi Yang Berhormat bercakap, lepas itu saya suruh keluar. Baik ya? Baik. Jawapan Menteri adalah berdasar apa yang telah dipersoalkan. Kalau jika tidak ada komitmen Menteri telah bagi, mereka akan jawab. Baik, saya bagi ruang sekarang ini untuk Menteri habiskan, lagi ada dalam 15 minit.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan itu telah pun dijawab sebelum ini oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi tak timbul lagi. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara yang penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau. Yang lain-lain itu soalan spesifik kita akan menjawab secara bertulis.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Tebrau telah membangkitkan isu berkenaan dengan kesesakan lalu lintas rentas sempadan dan pemandu e-hailing. Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, bagi menangani isu kesesakan trafik terutamanya di Tambak Johor, kerajaan sedang menaik taraf rangkaian jalan raya utama untuk menghubungkan stesen RTS Link Bukit Chagar supaya aliran trafik lebih efisien.
Pembinaan jalan akses utama ke RTS Link sedang dilaksanakan dan akan siap selaras dengan pembukaan perkhidmatan RTS Link nanti. Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan JB Sentral ke Kompleks ICQ Bukit Chagar yang sedang dalam pembinaan akan memberikan kemudahan kepada penumpang-penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan RTS dan juga KTMB ETS Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Kemudahan kawasan mengambil dan menurunkan penumpang khusus sedang dibina di sekitar Bukit Chagar bagi mengelakkan kesesakan dan bottleneck di pintu masuk stesen.
Tambahan pula, kemudahan parkir bertingkat sebanyak 1,500 ruang lot tempat letak kereta sedang dibina di Bukit Chagar dan dijangka siap pada tahun 2027 serta tambahan 781 lot tempat letak kereta dan motosikal di Coronation Square yang dikhaskan khusus untuk penumpang RTS Link.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan bersama Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan inisiatif peluasan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti
(SBST) sebagai penyelesaian jangka sederhana (medium-term solution). Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti 13 laluan bas dari JB Sentral ke tempat-tempat strategik untuk kemudahan penumpang-penumpang. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan rangkaian bas perantara yang lebih cekap dan menghubungkan kawasan perumahan dan komersial ke stesen RTS Bukit Chagar.
Kementerian Pengangkutan melalui KTMB sedang merancang dan memperkenalkan perkhidmatan Komuter Selatan bertujuan melengkapkan perkhidmatan rel di selatan Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan ini akan menyediakan akses mobiliti rakyat dengan menyediakan kemudahan perjalanan harian yang lebih cepat, selesa dan kos efektif. Pada masa yang sama, Komuter Selatan dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi wilayah melalui peningkatan keterhubungan dalam wilayah, seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya dengan menawarkan alternatif yang lebih mampan berbanding penggunaan kenderaan persendirian.
Yang Berhormat Tebrau, berkenaan dengan cadangan pelaksanaan perkhidmatan e- hailing di antara Johor dan Singapura. Perkara ini memang dalam perhatian saya dan kita memang secara dasarnya berharap bahawa cross-border e-hailing ini dapat dilaksanakan.
Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau, sebelum ini pun saya pernah membangkitkan idea
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
ini dengan mantan Menteri Pengangkutan Singapura iaitu Yang Berhormat Chee Hong Tan, tetapi Singapura pada ketika itu belum bersedia untuk membincangkan isu tersebut.
Tetapi saya nak nyatakan bahawa dari segi prinsip dan dasarnya, kita bersedia untuk membincangkan perkara ini bersama-sama dengan kerajaan Singapura demi mempertingkatkan lagi connectivity cross-border antara Johor Bahru dan Singapura, tetapi perkara ini tidak boleh hanya kita tepuk sebelah tangan saja. Dia mesti ada both sides agree ataupun kedua-dua pihak bersetuju baru perkara itu boleh dilaksanakan.
Setakat ini melalui Ops Khas e-hailing kenderaan asing pada 13 Ogos yang lalu, JPJ telah menahan dan menyita empat buah kenderaan persendirian yang dipandu oleh individu warga negara Singapura yang masih dalam siasatan JPJ. Mengapa ada ops khas ini? Sebab di peringkat Singapura mereka juga menguatkuasakan ada kenderaan-kenderaan persendirian daripada Malaysia khususnya dari negeri Johor dan Johor Bahru yang masuk ke Singapura ditahan dan dikatakan bahawa mereka mengamalkan satu perkhidmatan secara tidak sah ataupun perkhidmatan e-hailing dan sebagainya.
Jadi, kita pun mengambil pendekatan yang sama menguatkuasakan undang-undang kita sebagai reciprocal punya approach terhadap apa yang dilaksanakan di pihak Singapura, tetapi kita harap ada satu solusi ataupun penyelesaian jangka panjang yang lebih baik supaya cross-border connectivity ini dapat ditambah baik. Dan apabila ada cadangan untuk kita memberikan kebenaran untuk e-hailing cross border ini, sudah tentu ini memerlukan perbincangan yang lebih lanjut antara kedua-dua pihak kerajaan Singapura dan juga Malaysia. Jadi, saya berharap bahawa perkara ini dapat kita teruskan perbincangan dan kita harap perkara ini dapat disambut oleh pihak Singapura supaya bersama-sama kita dapat mengangkat idea ini untuk menjadi realiti.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan ada menyentuh berkenaan dengan kerja-kerja pengerukan di Pelabuhan Sandakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelabuhan Sandakan merupakan pelabuhan negeri di bawah kawal selia Lembaga Pelabuhan Sabah, manakala pengurusan dan operasi Pelabuhan Sandakan diswastakan kepada Sabah Port Sendirian Berhad.
Dengan mengambil kira amaran di Pelabuhan Persekutuan adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa pelabuhan dan operator pelabuhan untuk membuat kerja- kerja pengerukan bagi membolehkan kapal-kapal melabur dengan selamat di Pelabuhan Sandakan. Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak kerajaan negeri bagi menilai tahap keperluan semasa berhubung kerja-kerja pengerukan di Pelabuhan Sandakan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Seterusnya, Yang Berhormat Arau telah meminta kerajaan membantu pertumbuhan Pelabuhan Sanglang, Perlis manakala Yang Berhormat Jerlun pula telah mengetengahkan projek pelabuhan di Kuala Sanglang, Kedah dan mempersoalkan sama ada terdapat pertindihan antara projek-projek ini di kedua-dua negeri.
Jadi, di antara kedua-dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional ini, saya minta mereka bincang dulu, mana sebelah mana yang mereka nak. Nak Sanglang kat Perlis ke ataupun Sanglang kat Kedah. Jadi, bincang baik-baik dulu supaya ada satu pendirian bersama dan kita boleh bincang.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis telah memberikan kelulusan kepada sebuah syarikat usaha sama antara Kerajaan Negeri Perlis dan pihak swasta untuk membangunkan Perlis Inland Port dalam menggiatkan pengendalian aktiviti kargo di antara Malaysia dan Thailand. Pada masa yang sama, PIP akan menjadi pelabuhan multi-modal bagi membolehkan urusan logistik serantau dibuat secara efisien dan produktif melalui pengangkutan laut dan mod kereta api. Syarikat usaha sama yang sama turut terlibat dalam membangunkan Perlis Sanglang Port yang merupakan satu cadangan yang belum lagi dilaksanakan.
MOT juga mengambil maklum pengumuman Kerajaan Negeri Kedah berkenaan dengan cadangan sektor swasta untuk membangunkan pelabuhan laut di kawasan Sanglang, di sebelah Kedah. MOT tidak menerima sebarang cadangan lagi yang komprehensif daripada sektor swasta untuk maksud pembangunan pelabuhan di kawasan tersebut.
Sebarang cadangan bagi pembangunan pelabuhan tersebut masih di peringkat conceptual. Dengan demikian, penggubalan dan penjajaran hab pelabuhan baru bagi maksud pembangunan pelabuhan di Sanglang di sebelah Kedah dan Perlis adalah tidak berbangkit.
Pada dasarnya, MOT sentiasa menggalakkan pelaburan swasta dalam menggiatkan aktiviti maritim dan itu MOT akan memudah cara mana-mana pihak swasta untuk membangunkan pelabuhan di kawasan tersebut.
Kementerian juga mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Jerantut bagi melaksanakan projek pembesaran Pelabuhan Kemaman. Sehubungan itu, MOT melalui Lembaga Pelabuhan Kemaman telah meminta Konsortium Pelabuhan Kemaman yang merupakan operator pelabuhan untuk mengemas kini dan mengemukakan cadangan pembangunan Pelabuhan Kemaman selaras dengan Pelan Pembangunan Pelabuhan Perjanjian Konsesi. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Jerantut, memang perkara ini akan dilihat dan memang kita berharap ia dapat dilaksanakan melalui konsesi yang telah pun sedia ada.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Igan telah membangkitkan isu-isu beg hilang dan penangguhan penerbangan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 yang berkuat kuasa 1 Julai 2016 merupakan kod yang digubal bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna syarikat penerbangan di Malaysia, khususnya berkaitan kelewatan dan pembatalan penerbangan, kehilangan atau kerosakan bagasi, ketelusan tambang serta bayaran balik kepada penumpang.
Pindaan juga telah dibuat ke atas MACPC pada tahun 2024 yang mana pindaan mempertingkatkan hak pampasan serta layanan minimum kepada penumpang, di samping memperkukuh tanggungjawab syarikat penerbangan agar lebih telus dan bertanggungjawab dalam menangani sebarang gangguan perkhidmatan.
MACPC menetapkan kewajipan syarikat penerbangan untuk menawarkan hak kepada pengguna penerbangan yang antara lain meliputi kelewatan dan pembatalan penerbangan seperti menawarkan pilihan bayaran balik dalam bentuk pembayaran asal untuk sebarang kelewatan penerbangan melebihi lima jam termasuk kelewatan yang disebabkan oleh keadaan luar biasa.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) bertanggungjawab memantau pematuhan syarikat penerbangan terhadap peruntukan MACPC. Jadi, untuk isu-isu berkenaan dengan hak dan juga hilang bagasi dan sebagainya, memang ada peraturan sedia ada yang akan membantu melindungi hak kepada pengguna.
Yang Berhormat Kinabatangan ada membangkitkan isu frekuensi penerbangan dan kualiti penyediaan makanan. Isu frekuensi tidak timbul kerana memang ada sentiasa frekuensi tidak berkurangan kerana kadangkala apabila Yang Berhormat check dalam website, kadangkala dia flight itu tak ada banyak mungkin dia dah – dia habis dijual ataupun dah ditempah secara keseluruhannya. Jadi, tidak ada – tidak timbul bahawa frekuensi penerbangan antara Semenanjung dan Sabah Sarawak dikurangkan. Memang sentiasa kita cuba menambah penerbangan antara – khususnya antara Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Berkenaan dengan kualiti penyediaan makanan, saya mengambil maklum dan perkara ini akan kita nyatakan kepada pihak pengurusan Malaysia Airlines untuk melihat dan menambah baik berkenaan dengan kualiti makanan yang dinyatakan.
Yang Berhormat Sandakan, ada membangkitkan isu menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan dan penerbangan antarabangsa terus ke Hong Kong, Guangzhou dan Singapura yang masih belum dimulakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan negara atau asing untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
antarabangsa secara terus dari luar negara termasuk dari Hong Kong, Guangzhou dan Singapura ke Sandakan dengan mengambil kira langkah-langkah seperti yang berikut:
Rundingan dua hala dengan negara-negara asing pada setiap tahun mewujudkan dan meningkatkan hak trafik penerbangan antara Malaysia dan negara tersebut.
Memasukkan Sandakan sebagai salah satu bandar untuk direalisasikan di bawah Perjanjian ASEAN Multilateral Agreement on the Full Liberalization of Passengers Services. Melalui perjanjian ini, syarikat-syarikat penerbangan ASEAN dibenarkan untuk mengadakan penerbangan antara mana-mana destinasi ASEAN tanpa had kekerapan, kapasiti ataupun jenis pesawat dan menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat penerbangan untuk masuk ke lapangan terbang kita oleh Malaysia Airport Holdings Berhad.
Okey. Berhubung isu kebocoran bumbung di Lapangan Terbang Sandakan, Malaysia Airport Holdings Berhad telah pun memulakan kerja-kerja pembaikan pada 12 Ogos yang lalu dan kita akan memantau dan memastikan kerja-kerja tersebut akan dapat dilaksanakan dengan baik dan tidak timbul lagi isu kebocoran bumbung di Lapangan Terbang Sandakan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Ataupun mana-mana lapangan terbang yang lain.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
YB Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya. Sila. Mungkin dua minit lagi.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih YB Menteri.
Dalam perbahasan, saya ada membahaskan berkenaan dengan status untuk projek Trans-Borneo Railway. Mungkin YB Menteri boleh mengulas sedikit mengenai status tersebut.
Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman Yang Berhormat — terima kasih. Memang dari segi feasibility study Trans Rail — Trans-Borneo Rail itu sedang dibuat kajian dan laporan interim ini akan dibentangkan kepada pihak Kerajaan Sarawak juga. Jadi, memang ongoing sekarang dan kita akan memberikan penjelasan dan juga laporan secara berfasa.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Dijangka bila itu, Yang Berhormat?
Tuan Loke Siew Fook
Dia akan siap menjelang suku ketiga tahun depan, tapi kita akan buat interim report terlebih dahulu secara berfasa.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Okey, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu lain yang saya akan jawab secara bertulis kerana isu yang spesifik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan isu-isu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Tuan Loke Siew Fook
...Berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit saja.
Tuan Loke Siew Fook
Ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, saya minta dijawab.
Tuan Loke Siew Fook
Baru masuk ini, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, tidak.
Tuan Loke Siew Fook
Tadi saya dah sebut Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, saya minta yang ini pasal kes nombor VIP ini yang menggunakan nama sempena ulang tahun pemerintahan ke-25 Jubli Perak Yang Mulia...
Tuan Loke Siew Fook
Yang di-Pertua, saya rasa Arau, dia dah lepas kereta api dah.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Arau, saya kuatkuasakan Peraturan 3. Saya perkuatkuasakan Peraturan 37(2). Benda ini, Menteri dah jawab pun. Jadi, Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia jawab Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Yang Berhormat, saya memutuskan, Yang Berhormat, kuasa 37(2) itu, Yang Berhormat duduk ya. Saya nak tutup Majlis pada hari ini, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Masih tidak jawab lagi.
Tuan Loke Siew Fook
Arau, hari itu sudah jawab dalam Dewan yang mulia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya sendiri dengar, Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Tak apalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini melibatkan.
[Tidak jelas]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, cukup.
Tuan Loke Siew Fook
Tak melibatkan istana. Yang Berhormat, jangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
...Jangan cuba nak bangkit, nak, nak libatkan pihak istana dalam perkara ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Arau, duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10 pagi, hari Selasa, 19 hari bulan Ogos.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.04 malam]