Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seorang Ahli
Waalaikumussalam.
Tuan Yang di-Pertua
Salam sejahtera dan selamat pagi. Sebelum kita mulakan dengan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan bahawa lapel pin “Aku Kasih Malaysia” telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Lapel pin ini telah diberikan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Saya menyarankan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memakai lapel pin ini di baju masing-masing. Cantik lapel pin itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Boleh tak saya nak bawa 18(1)? Atau saya bawa lepas PMQT?
Tuan Yang di-Pertua
18(1) lepas kita Q&A.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pasal — ini pasal kes anak Rafizi ya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham. Lepas 18(1) ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Sebelum saya teruskan soalan saya, saya ingin menyatakan di sini yang saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyerang ahli keluarga Pandan dan menggesa supaya pihak polis atau pihak autoriti...
[Dewan tepuk]
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
menyiasat secara terperinci dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
1. Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau]: Balik Pulau minta Perdana Menteri menyatakan, apakah rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset PETRONAS dan apakah strategi PETRONAS menghadapi ketidaktentuan pasaran global melibatkan penjualan aset seperti di Kanada dan di Brazil?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Balik Pulau.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pertamanya, tahniah kerana menerima menantu. Yang keduanya, soal yang dibangkitkan tentang — yang dukacita kerana sudah ada budaya yang agak melampau dalam negara kita. Selain daripada buli, kemudian kematian dan kini anak Ahli Parlimen Pandan menerima serangan.
Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis untuk meneruskan siasatan yang telus dan rapi kerana budaya ini sangat membimbangkan dan saya beri jaminan bahawa apa yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan cara yang telus untuk bukan sahaja mengambil tindakan, tapi menghentikan budaya yang jahat ini.
Mengenai PETRONAS. PETRONAS sebagai satu badan korporat, diiktiraf di antara yang terbaik – 10 yang terbaik di dunia. Maka, perspektif jangka panjang itu harus diambil kira melihat kepada ketidaktentuan dalam pasaran minyak dan gas global, tetapi PETRONAS harus mengambil kira portfolio asetnya, sebab itu kita lihat ada di beberapa negara seperti di Brazil – dia ada tujuh blok sektor huluan, tiga blok pembangunan dan empat blok penerokaan.
Jadi, ada keperluan bila diperolehi kawasan minyak yang agak sampai tahap maksimum, dijual untuk ditambah pelaburan di aset baharu.
Ini harus kita faham keputusan dan kebijaksanaan sepertimana juga berlaku di Kanada. Kerana operasi di Kanada itu menjadikan pasaran yang strategik kerana kekuatan rizab gas asli itu besar, sekitar 50 trilion kaki padu, TCF. Yang ini – dan dah mula mengeksport, tapi harus dilakukan bersama dengan beberapa syarikat gergasi yang lain. Jadi sebab itu, penilaian semula aset huluan sepertimana berlaku di Brazil itu penting dilakukan terus-menerus. Dan mengikut pengalaman kita, kita serahkan kebijaksanaan dan pertimbangan komersial itu dan pelaburan kepada PETRONAS tanpa campur tangan politik.
Mereka hanya melaporkan.
Sebab itu sekarang ini ada pandangan-pandangan, di mana beberapa aset lama dilepaskan untuk menambah, umpamanya di kawasan serantau ini. Kemasukan TotalEnergies Perancis, gergasi dalam bidang ini dan ENI gergasi dalam bidang CCUS, Itali.
Itu menyebabkan PETRONAS bergerak bersama dengan syarikat-syarikat ini di rantau. Di Suriname, portfolio deep water dalam konteks PSC. Di Indonesia bersama Pertamina melalui PSC. Serpang dan Binayak di Turkmenistan kerjasama dengan HRG dan beberapa syarikat lain untuk blok satu, PSC. Vietnam, Abu Dhabi. Ini ada — Abu Dhabi ini satu yang bagi saya sangat membanggakan. Kerana jarang berlaku, di mana di kawasan dunia Arab, Negara Teluk mahu menyerahkan kepada syarikat yang bukan dari Barat. Malaysia – PETRONAS telah diberikan onshore block on two.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sudan — kalau satu pun yang dijual adalah di Sudan Selatan. Ini kerana ada peperangan di antara Sudan dan Sudan Selatan dan tahap keselamatan itu membimbangkan. Walau bagaimanapun, kerana operasi itu sejak 1993-1994, PETRONAS telah mencatat keuntungan yang cukup, maka diambil keputusan atas dasar keselamatan menjual asetnya di Selatan Sudan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Beberapa langkah lain yang diambil termasuk CCUS dan sesuai dengan hala tuju peralihan tenaga seperti mana Grid — ASEAN Power Grid dari Vietnam ke Kelantan dan turun ke Singapura itu akan diteruskan dan ini tentunya besar. Begitu juga perbincangan awal dengan kerajaan Sarawak — PETRONAS, TNB bersama kerajaan Sarawak untuk undersea cable dari Sarawak ke Johor.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Perdana Menteri atas jawapan tadi.
Saya meneliti tadi bahawa rasionalisasi ini dibuat disebabkan oleh tekanan global tentang permintaan minyak yang semakin, yang semakin menurun. Ini juga disebabkan oleh faktor global seperti peralihan tenaga dan kerumitan yang – operasi yang semakin tinggi.
Justeru itu, saya nak bertanya, apakah jangkaan manfaat yang diperolehi oleh PETRONAS dalam masa jangka pendek, sederhana dan panjang. Dan juga soalan saya berkenaan dengan berapakah peratusan N-O-R ataupun non-revenue pendapatan bukan minyak yang diunjurkan oleh PETRONAS dalam tempoh lima tahun akan datang? Apakah rancangan, strategic plan ataupun pelan strategi untuk mencapai sasaran N-O-R tadi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Balik Pulau: tentang cara terperinci tentang unjuran hasil PETRONAS sama ada dari gas dan minyak serta yang – alternative energy yang sekarang diperhebat kegiatannya oleh PETRONAS. Itu akan saya sampaikan melalui jawapan bertulis, tetapi yang penting ialah keputusan PETRONAS menumpukan kepada kegiatan tradisional, konvensional mereka kerana operasinya masih menguntungkan termasuk yang di negara-negara yang saya sebutkan tadi dan sambutan sangat baik.
Ada undangan lagi dari Libya, dari Somalia yang meminta PETRONAS terus berkembang kerana nama PETRONAS itu sangat positif dan harum bagi mereka, tapi yang keduanya tentang alternatif seperti yang telah saya maklumkan di Parlimen baru-baru ini di Tasik Kenyir itu tentang solar, green hydrogen itu di antara projek yang besar telah pun dimulakan di Tasik Kenyir bersama TNB...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang saya sebut dari Vietnam itu termasuk alternative energy, tetapi yang Vietnam itu dia mengambil sedikit waktu kerana dia melibatkan undersea cable dari Vietnam ke Kelantan sebelum dipasang grid baharu tambahan dari Kelantan ke Johor, ke Singapura. Begitu juga saya sebut tadi dari Sarawak ke Semenanjung.
Unjuran terperinci tentunya akan memerlukan sedikit masa untuk kita teliti, tetapi dengan CCUS dan kemasukan syarikat-syarikat Jepun — baru-baru ini ACWA ke Semenanjung dan terutama ke Sarawak dengan permulaan dana USD10 bilion itu telah berunding dan mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Ini menunjukkan bahawa alternative source of energy itu menjadi tumpuan kegiatan PETRONAS memenuhi low carbon – dasar low carbon yang kita terima pakai setakat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Saya mulakan dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berjaya merunding semula kadar tarif yang dikenakan ke atas Malaysia daripada 24 peratus ke 19 peratus.
Persoalan susulan saya, pada hari ini PETRONAS mengimport dalam 3.3 juta metrik tan LNG. Bukan setakat daripada Amerika Syarikat, tetapi daripada pelbagai sumber. Salah satu prasyarat yang diletakkan oleh Amerika Syarikat adalah, supaya kita mengimport tambahan LNG berjumlah USD3.4 bilion setiap tahun. Itu bersamaan dalam 4 juta metrik tan per annum. Sekali gus menunjukkan kita diharapkan untuk mengimport tambahan dua kali ganda jumlah LNG yang sebelum ini kita import daripada pelbagai sumber.
Persoalan saya, bagaimana PETRONAS boleh mengekalkan it’s profit portfolio jikalau kita diharapkan untuk mengimport dua kali ganda jumlah LNG yang sebelum ini kita import daripada pelbagai sumber. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Muar. Dalam persetujuan itu, kita import apa yang kita perlukan. Di antara negara yang sudah sekarang ini diimport adalah, dari Amerika Syarikat. Jadi, keputusan PETRONAS itu tertakluk kepada keupayaan dan keperluan kita. Kita tidak import lebih daripada itu, tapi kena ingat juga bahawa kita juga eksport.
Dan kalau harga itu kompetitif dianggap projek itu conventionally viable, ada kemunasabahannya kita import tambahan, termasuk di Amerika Syarikat kalau menguntungkan kerana keperluan kita dan hasil kita masih lagi diperlukan di Jepun, Korea dan negara China. Permintaan negara tinggi.
Jadi kalau kita lihat cara, teliti perjanjian persefahaman itu ialah sekiranya — andainya keperluan itu mengimport kerana imbangan kita dengan perdagangan dengan Amerika Syarikat itu terlalu tinggi...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi kalau kita pun dengan negara lain kita proses yang sama. Mana-mana negara di mana ada imbangan yang memihak kepada kita atau kepada mereka ini menjadi pertimbangannya. Jadi saya tidak fikir ini jadi satu masalah kerana kita hanya import apa yang kita perlukan dan berdasarkan terma komersial yang tidak akan membebankan PETRONAS dan negara.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Menurut Presiden dan CEO Kumpulan PETRONAS, rasionalisasi atau langkah penstrukturan semula PETRONAS kali ini bakal menjejaskan lebih 5,000 orang kakitangan yang mana mereka berkemungkinan besar terpaksa diberhentikan ataupun dalam erti kata lain kehilangan pekerjaan. Tindakan ini memangnya mengejutkan memandangkan jumlah yang terlibat bukanlah satu jumlah yang kecil malah turut melibatkan masa depan ribuan isi rumah.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Perdana Menteri, sejauh manakah langkah pengurangan 10 peratus daripada tenaga kerja syarikat itu benar-benar perlu dibuat pada
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
masa ini? Apakah tiada kaedah, cadangan ataupun pendekatan lain yang lebih lestari dan apakah tindakan kerajaan dalam membantu nasib pekerja yang diberhentikan? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Tampin. Ini yang disebut rasionalisasi dan juga penstrukturan semula organisasi. Ini berlaku daripada semua syarikat-syarikat minyak utama dalam negara. Saya tidak kata perkara ini ringan, memang prihatinkan.
Saya sendiri pun berbincang dengan Presiden dan CEO PETRONAS, Tengku Taufik berulang kali tentang menangani masalah ini, tapi sebagai contoh, British Petroleum mengumumkan umpamanya pembuangan 6,200 pekerja menjelang akhir 2025. Chevron:
8,000 hingga 9,000 yang diumumkan pada Februari tahun ini. Jadi bukan suatu yang asing dan ini termasuk semua syarikat-syarikat yang disebut ExxonMobil, Shell, Equinor, ConocoPhillips dan LSB.
Soalnya, PETRONAS masih mencatat keuntungan. Jadi oleh itu, mengapa dan apa kemunasabahannya untuk membuang pekerja-pekerja ini atau untuk menghentikan?
Alasannya ialah pertama: soal peralihan dari segi keberkesanan kerana menggunakan teknologi baharu termasuk digitalization, AI. Jadi ada pertindihan dan redundant pekerja, tetapi dalam pembangunan itu tidak sepertimana kita dengar biasa.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Umpamanya, dipastikan orang-orang yang mahu dihentikan secara berperingkat ini diserahkan kepada syarikat-syarikat yang ada. Jadi, ada kerjasama dengan GLC dan GLICs, satu.
Keduanya, perbincangan dengan PERKESO untuk beri latihan dalam bidang-bidang baru. Ketiganya, minimum mereka mendapat jaminan gaji sepanjang tahun. Jadi, dan beberapa terma lain, soal kemudahan perubatan dan sebagainya. Jadi, tidak dianggap sebagai suatu yang berlaku dalam pembuangan pekerja-pekerja biasa.
Jadi, ini yang telah ditetapkan, kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada 5,000 walaupun secara berperingkat. Dimulakan dengan pekerja-pekerja kontrak terlebih dahulu.
Mereka kontrak, jadi tamat kontrak, kemudian dihentikan. Kemudian, barulah dianggap fasa yang kedua dengan jaminan-jaminan tertentu tentang kedudukan diri mereka dan keluarga mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita bergerak ke soalan kedua, Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu. YB steady, perlahan-lahan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Slow, slow.
Tuan Yang di-Pertua
Slow, slow.
2. Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Terima kasih Yang di-Pertua. Sebelum itu Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan kedatangan belia-belia dari Besut ke Dewan ini. Terima kasih dan tahniah kerana mereka bekerja dengan sukarela dan merentas parti, Yang di-Pertua.
[Tepuk] Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2. Sebelum itu saya nak mulakan soalan saya ini dengan satu hadis Nabi ya, untuk ingatan kepada saya dan kepada semua iaitu Hadis Riwayat Muslim yang berbunyi...
[Membaca sepotong hadis] Maksudnya ialah empat perkara yang ada pada setiap orang, kalau ada, dia adalah munafik tulen dan siapa yang ada daripadanya satu daripada sifat tersebut, maka padanya satu sifat munafik.
Apa dia, diberi amanah, khianat; bercakap bohong; berjanji, mungkir; bila bertengkar, melampaui batas. Yang di-Pertua, soalan saya yang nombor 2 berbunyi, minta Perdana Menteri menyatakan, senarai undang-undang yang disifatkan sebagai lapuk yang akan dipinda dan dimansuhkan oleh kerajaan bagi memastikan ia selaras dengan semangat dan prinsip reformasi yang dilaungkan sebelum ini segaris masa pelaksanaannya. Okey, slow, slow Yang di-Pertua, ya?
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Hulu Terengganu, dengan nada yang agak sopan pagi ini. Terima kasih. Peringatan hadis itu terpakai kepada semua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, selama ini sopan dah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Selama ini sopan, sopan dah selama ini pun.
[Ketawa]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Dia sebab itu ia wajib juga mendengar. Kalau kita lihat umpamanya, penyemakan undang-undang dan reformasi undang-undang yang dilakukan dalam tempoh lebih dua tahun ini, itu rekod dalam negara kita sejak 1957 sehingga sekarang, belum pernah ada pindaan dan reform yang dilakukan dalam dua tahun setengah ini. Itu satu kenyataan. Maka, kalau kita guna pakai umpamanya, apa dia yang dilakukan ya, itu jawatankuasa, satu hal. Jawatankuasa Reformasi Undang-undang Jenayah dan saya ingat Menteri dipertanggungjawabkan telah menjalankan tugas yang sangat membanggakan.
Pelaksanaan itu juga kita tahu akan mengambil masa, tetapi dalam dua tahun setengah saya katakan, ada beberapa yang tertangguh lama. Umpamanya seksyen 309 Kanun Keseksaan, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak, pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak dan pelbagai. Jadi, kalau kita rumuskan umpamanya di jumlahnya itu, besar.
Bagi tahun 2025, Akta Perkhidmatan Parlimen yang dibincangkan puluhan tahun, itu hanya diluluskan, dibentangkan dan diluluskan di sini. Kemudian Ombudsman, Rang Undang-undang Kuasa Admiralti, Rang Undang-undang Jenayah Siber, pemisahan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya. Ini pemisahan ini memang tuntutan yang agak lama dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Undang-undang akan membentangkan kepada Jemaah Menteri akhir bulan ini. Jadi, kemajuan itu menggalakkan sebelum dibawa kepada PSA.
Seluruh data itu ada di JPM yang diterajui oleh BHEUU – Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di laman sesawang Peta Reformasi Institusi (PetaRI). Itu diberikan senarai yang lebih. Kalau diperincikan dari segi jumlahnya, tahun 2023, lima akta baharu dan 34 akta yang telah dipinda. Tahun 2024, lima akta baharu dan 57 akta yang dipinda. Tahun 2025 setakat ini, empat akta baharu, enam akta yang dipinda, dua rang undang-undang baharu dan 11 rang undang-undang sehingga kini. Jadi, kejumlahannya ialah 23 setakat ini termasuk dua pindaan Perlembagaan. Satu, menyentuh warganegara. Kedua, PSA.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau kita lihat perkembangan ini walaupun masih dalam tindakan, banyak yang dalam — masih dalam tindakan oleh BHEUU dan juga kementerian-kementerian. Ini saya tegaskan, adalah rekod dua setengah tahun pentadbiran Kerajaan MADANI yang belum dapat ditandingi oleh kerajaan, termasuk kerajaan Yang Berhormat sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Hulu Terengganu, silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tahniah! Hebat, memang hebat.
Tahniah! Cumanya Yang di-Pertua, sopan ya, sopan. Terima kasih dengan jawapan yang diberi panjang lebar.
Cuma persoalan saya ialah undang-undang lapuk dan undang-undang baharu sebagaimana yang digubal tersebut yang dinyatakan tersebut, bagaimana undang-undang lompat parti yang dikatakan tidak memenuhi kehendak atau spirit undang-undang tersebut digubal? Itu satu, kerana kita tak mahu lagi wujud lagi mamba-mamba baharu. Minta maaf, ini guna perkataan “mamba” dalam Dewan ini, kerana adakah ia hendak dipinda?
Yang kedua, berkaitan dengan undang-undang baharu iaitu RUU SKMM iaitu undang-undang yang berkaitan dengan berita-berita palsu kerana sekarang kita menyaksikan ya, baru-baru ini, pertama sekali, pertama kali dalam sejarah dunia barangkali ataupun sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri terkeliru dengan fake news. Adakah juga perlu dipinda undang-undang tersebut?
Dan adakah Tambun bersedia untuk memohon maaf terhadap Pagoh yang dikatakan menyokong subsidi kepada orang asing? Dan saya tahu yang kata sokong subsidi orang asing itu ialah Menteri Pertanian...
[Dicelah] Ha, Kota Raja. Dia kata tak perlu tarik, apa — warga asing perlu makan nasi juga. Jadi, apakah Tambun bersedia untuk memohon maaf kepada Pagoh dan juga kepada saya, yang mengatakan saya tak buat homework. Terima kasih Yang di-Pertua.
[Dewan ketawa]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Tepuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Pertama, saya tahniah Hulu Terengganu, walaupun ada teguran, tapi paling sopan terhadap saya.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tambun. Terima kasih Tambun.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
[Ketawa] Yang pertama, undang-undang lompat parti. Kalau kita lihat, Larut pun ada di sini. Cadangan daripada PH masa itu adalah, pindaan yang lengkap yang dibantah oleh pada masa itu, Bera, Pagoh dan lain-lain.
Jadi, itu undang-undang yang ada. Kalau dikemukakan, bawa balik kepada PSA, saya akan cadangkan supaya diperlengkapkan. Itu saya tidak menjadi masalah ya, tetapi kena ingat yang menghalang dulu itu sebelah sana. Ya, itu kenyataan. Kita ingat betul-betul.
Kita akan bantah, tapi akhirnya oleh kerana dalam perbincangan terakhir, empat wakil dari kedua-dua pihak dan bila saya berjumpa dengan Bera, kata okeylah, ini sahaja mereka mampu setakat itu, maka setakat itu kita setujulah. Jadi, saya pun tandatangan bagi pihak pembangkang masa itu.
Jadi, walaupun ada tuntutan atau cadangan baharu, tak apa lah, tapi janganlah kita padamkan bahawa yang menghalang dulu itu Yang Berhormat belah sana. Jadi, janganlah
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
salahkan kita di sini kerana kita guna pakai tuntutan Yang Berhormat belah sana dan wakil- wakil yang ada. Kota Bharu, Larut, masa itu.
Baik, tapi baiklah, kalau mengaku, mengaku silap dulu, kita betulkan. Ha, itu baharu ada semangatnya. Ini tak mahu mengaku silap, semua kita salah, tak betullah. Memang betul silap masa itu kerana empat wakil tidak bersetuju.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, akhirnya Bera, kerana Bera ini dia ambil sikap yang agak lebih lunak, dia panggil bincang, dia kata setakat ini sahaja kita boleh. Jadi, saya kata okey, bawa balik kepada PH dan kita setuju setakat itu...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sekarang ini bila kena kepada mereka, barulah dia runsing dan faham mengapa kita tuntut itu dulu. Okey, kita akan proses.
Yang kedua, yang dibangkitkan soal kenyataan saya di Parlimen. Saya telah bawa kepada MCMC untuk dapatkan semua keterangan yang berkenaan dan saya tak ada masalah kerana kalau dipastikan tidak ada sumber yang sahih itu satu kesilapan. Saya tak ada masalah.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, dengar. Jadi, dengar — jadi, saya dah minta MCMC mendapat penjelasan. Ada yang salah faham, kata MCMC siasat Pagoh, tidak. Saya nak jelaskan. Saya kata sumber ini dari satu, dua, tiga. Tolong siasat satu, dua, tiga ini, apakah sahih? Kalau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar, tapi biar tunggu keputusan MCMC dulu. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Rasah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Yang di-Pertua, masalah sekarang ini berita palsu bawa ke Dewan, tak betul Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, yang PM kata kita tunggu MCMC. Once MCMC buat keputusan, saya minta PM clear-kan, okey. Sekarang kita tunggu MCMC. Silakan Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi.
Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia MADANI, yang mana Yang Amat Berhomat menjadi Ketua Majlis yang menyaksikan bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen digubal, diluluskan dan digazetkan ketika ini sebagai sebahagian daripada reformasi yang dijanjikan.
Dan rakyat di luar sana saya yakin tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ini walaupun hanya dalam tempoh dua tahun setengah, syabas dan tahniah.
Cuma satu soalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini kalau orang lain mungkin tak berani jawab, tapi saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berani jawab sebab sentiasa Yang Amat Berhormat, sentiasa di pihak yang benar. Ada kata-kata mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat mohon supaya diberikan kekebalan ataupun imuniti dari segi undang-undang untuk menghadapi kes tak kira sivil ataupun jenayah di mahkamah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya nak mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita, kata orang apa, padamkan segala tuduhan yang tidak benar terhadap Yang Amat Berhormat Tambun di luar sana. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Rasah. Yang pertama, terima kasih. Ini maknanya kalau maksud kita bawa hadis tadi untuk mempertikai seolah-olah Tambun atau saya beri keterangan dan tidak menunaikan janji, itu bohong.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Itu saya telah buktikan bahawa janji kita, kita tunaikan lebih daripada apa yang mereka janjikan dari segi penstrukturan dan reformasi undang- undang. Saya harap kenyataan itu akan memberikan penjelasan supaya tidak lagi difitnah di luar.
Yang keduanya, soal yang dibangkitkan ialah soal permohonan kekebalan dan imuniti. Cuba baca permohonan itu. Permohonan itu atas nasihat peguam-peguam saya, adalah memohon keputusan mahkamah. Apakah frivolous, vexatious, abuse of process diterima dalam semua kes termasuk kes sivil? Mana-mana Menteri sekarang kalau dapat, sebelah sana pun banyak kes jenayah, tidak pun berhenti. Dalam kes ini saya tanya tafsiran vexatious. Apakah mahkamah boleh beri keputusan, kalau sesiapa saja buat keputusan?
Kalau mahkamah kata tidak benar, boleh teruskan. Apa yang imuniti di situ? Imuniti, kekebalan, maknanya tidak boleh dipertikai. Itu kekebalan.
Yang dimohon ialah bertanya keputusan mahkamah. Apakah mungkin sesiapa sahaja boleh buat serangan kepada Perdana Menteri, sesiapa sahaja secara frivolous dan vexatious, yang mengganggu bidang kerja kita? Itu, cuba kalau baca, itu maksud dalam permohonan dan terserah pada mahkamah. Mahkamah yang membuat keputusan, bukan Perdana Menteri. Keputusan itu keputusan mahkamah Jadi, terima kasih kepada Rasah, saya dah bagi penjelasan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas nak bagi kepada Ketua Pembangkang? Silakan Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih. Minta maaf Yang Berhormat Pasir Mas. Pertamanya, saya bersyukurlah kepada Allah SWT Tuan Yang di-Pertua, kerana Perdana Menteri hari ini memaklumkan kepada semua. Dia minta supaya kita kalau ada kesalahan, mengaku dulu buat salah. Kemudian kita minta maaf. Jadi, sebab itu dia terpaksa minta MCMC melakukan sesuatu investigation mendalam supaya pastikan yang dia buat salah dan insya-Allah dia akan minta maaf.
[Tepuk] Itu perasaan, betul salah itu bab lain. Itu perasaan kami yang mendengar. Perasaan juga bila menjawab tentang penggunaan, salah guna, proses abuse of power. Apa yang dibangkitkan dan PM juga menjawab bahawa yang dia minta adalah jangan menyalahkan, menggunakan kaedah mahkamah untuk melindungi sesiapa. Saya juga mengucapkan terima
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
kasih, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya Yang Amat Berhormat Tambun sedar, jangan menyalahkan atau menyalahgunakan kuasa yang ada.
Sebab itu soalan saya adalah, kalau boleh kita hilangkan perasaan semua rakyat yang ada. Jangan timbulkan perkara-perkara yang seperti ini lagi sehinggakan ada orang yang mengatakan seolah-olah negara ini dah ada shadow government atau deep state. Ini bukan perkara, perasaan. Saya minta sangat, kalau boleh, candour principle yang jelas, terangkan. Yang tak jelas, jangan nak lindung, nak tunggu, tak, apa. Salah ke kalau kata, “Okey, saya minta maaflah sebab Pagoh punya hari itu, tak betul.” I mean, kita terima. Jangan, supaya tak timbul perasaan bahawa Yang Amat Berhormat ini, ada sesuatu yang di lindung.
Begitulah juga soalan tentang imuniti. Itu saya minta Yang Amat Berhormat. Kita di sini sebenarnya untuk kepentingan rakyat. Apa pun Yang Amat Berhormat jawab tadi, saya tahu ada perkara-perkara untuk rakyat. Ada perkara-perkara nak sindir tentang kita. Dan saya pun hari ini ada perkara-perkara nak sindir Yang Amat Berhormat, sama. Itu perkara yang memang biasa dalam Parlimen. Saya minta kalau boleh jelas, jangan lagi ada perkara- perkara yang boleh merosakkan perasaan kita semua. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, ini nasihat Ketua Pembangkang, Larut.
Saya terima baik. Yang pertama ialah tentang kenyataan, balik kenyataan Pagoh, saya...
[Tidak jelas] Saya tidak ada masalah, kalau — cuma pengesahan kerana saya ada tiga sumber yang disahkan tidak benar, satu sumber. Kalau betul dua sumber tidak, saya tidak ada masalah, memang, memang kalau kesilapan sesiapa sahaja, berdasarkan sumber digunakan itu, kalau disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh, tapi tunggulah dulu. Itu yang saya sebut.
Tak ada masalah, tetapi saya belum pernah dengar Ketua Pembangkang dan rakan- rakan sana yang memfitnah berhari-hari minta maaf sepatah pun.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, yang kita, ya. “Anwar, PMX zalim. Tidak beri peruntukan kepada Kelantan.” Ya. “PMX gunakan hakim untuk menekan. PMX gunakan SPRM untuk membuat pendakwaan.” Hari-hari kita dengar, ya. Tak ada pula nak sebut minta maaf, guna hadis pula pertahan, guna pula Qunut Nazilah, tapi tak apalah, tapi kalau semangat itu terpakai saya tidak ada masalah. Ini baru sivil dalam hubungan kita.
Siapa yang cuba membawa kebaikan dan masing-masing ada kelemahan, kita baikilah. Itu dia tujuan. Terima kasih banyak bab itu, tetapi tentang yang disebut oleh Ketua Pembangkang, tentang persepsi. Kita di Parlimen ini dalam kerja kita, cari dan guna fakta, kalau benar, ya, ini persepsi, tuduhan kerana ini persepsi. Orang ramai telah menyatakan, orang ramai mana: dalam isu, sampai hubungan antarabangsa diperolok-olokkan. Dunia iktiraf pun macam Kemboja, Thailand, tetapi masih ada yang perolok-olokkan.
Soal yang Sulawesi, itu bagi saya serius sebab saya tidak mahu hubungan antarabangsa dan tuntutan kita itu terjejas, tetapi dipermainkan. Ada minta maaf? Tak ada.
Walaupun kita dah jelaskan dan baru-baru ini nota persefahaman saya dengan Presiden Prabowo telah disebarkan. Ada minta maaf? Tak ada. Kerana persepsi.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi kita ingat, jangan berselindung di sebalik persepsi. Kalau ditegur baik sepertimana yang Larut lakukan, saya terima. Tak ada masalah. Cuma saya minta biar dua- dua pihak ambil sikap yang lebih sopan dan beradab. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Boleh, sedikit je? Terima kasihlah. Yang Amat Berhormat Tambun, saya ucap terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Jarang berlaku tapi untuk ini saya nak berikan Ketua Pembangkang. Jadi, pendekkan ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pendek je, pendek. Saya ucap terima kasih. Kalau inilah pendekatan yang nak dibawa, kami di sini bersedia. Sebab itu kita banyak persoalkan. Kita bukan menuduh, mempersoalkan. Yang di sana, jawab. Kalau yang betul, kita kata okey, kita terima, tapi kalau tak betul, itu yang menimbulkan persepsi yang banyak.
Jadi sama-sama kita lakukan ini untuk kepentingan, bukan bising tak tentu hala, tapi itu adalah perkara yang kita lakukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat PM tak payah jawab. Itu statement lah kut ya.
Terima kasih.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Soalan satu, bila saya boleh bawa?
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Arau nak bangkit berkenaan apa Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang pertama yang kes yang berlaku kepada anak Rafizi, Pandan, anak Pandan. Saya rasa benda ini benda penting. Prime Minister telah pun keluarkan kenyataan, Menteri Dalam Negeri dah keluarkan kenyataan. Dia patut dibincangkan. Saya bimbang pemikiran pendekatan mafia mula nak muncul di negara ini yang tidak wajar berlaku [Tepuk] Saya di antara orang yang juga terbuka dalam membuat kritikan.
Saya juga bimbang sekarang. Malah saya telah ditegur oleh anggota keluarga, sedarkah dia kata anak dan cucu berada di mana-mana? Ini yang termasuk kawan-kawan saya di sini, termasuk kawan-kawan di sana. Ini harus diperbincangkan Yang Berhormat, diperbahaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya difahamkan oleh Menteri Dalam Negeri yang hubungi saya, beliau akan mengadakan sesi penerangan insya-Allah secepat mungkin untuk memaklumkan apa juga investigation daripada pihak polis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, insya-Allah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, terima kasih. Saya percaya kepada kemampuan kerajaan, tetapi kena ambil tindakan serta-merta.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, insya-Allah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang kedua, kelmarin saya bawa 18(1).
Kelmarin, Jelutong telah mengeluarkan kenyataan bahawa, “PAS parti ajaran sesat.” Jadi saya telah merujuk dia kepada perkara 36(12), Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Yang di-Pertua
Dah masuk belum? Dah masuk belum usul itu pada saya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya? Dah masuk, dah masuk.
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah, saya akan studi dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seperti yang semangat yang telah ditunjukkan oleh PMX tadi iaitu kalau salah, kita minta maaf. Kami kalau minta maaf, all right, tapi kalau terus menggunakan perkataan tersebut yang mana perkataan tersebut tidak boleh disebut, sebab kami ialah parti yang di sah dan didaftarkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya akan dapat, saya jawab.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker, perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Perkara yang sama, Tan Sri Speaker.
Tentang keselamatan yang dibangkit.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia? Tak dengar, tak dengar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Keselamatan. Tentang isu yang sama, keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua
Keselamatan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, kita semua mengutuk tentang apa yang berlaku terhadap anak kepada Pandan. Ya, keselamatan ahli keluarga kita, tetapi saya nak bangkitkan juga tentang keselamatan dalam Dewan ini di mana insiden semalam, Pendang telah ajak untuk bertumbuk, bergaduh. Saya rasa itu Tan Sri Speaker perlu ambil satu tindakan yang tegas terhadap Pendang sebab insiden ini telah disiarkan satu dunia [Tepuk] Semua orang sudah lihat apa berlaku semalam di dalam Dewan.
Dalam masa ini, kita bincang tentang ya perbuatan buli kita harus banteras, tetapi apa yang berlaku semalam di sini, Pendang nak bergaduh dengan Ahli Parlimen yang lain.
Saya rasa itu satu perbuatan, satu contoh yang amat tidak harus berlaku dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi saya minta satu petua daripada Tan Sri...
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya akan bagi petua sekarang. Saya dah faham isunya.
Ini petua saya. Yang lain duduk dulu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, sikit, sikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang lain duduk dulu, yang lain duduk dulu termasuk Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Duduk ya, okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Please, please. Arau duduk, please. Okey, Kota Melaka. Saya telah pun mengarahkan semua unit di dalam Parlimen ini termasuk unit video, unit voice untuk memberikan saya bukti. Kalau ada bukti menunjukkan bahawa perlakuan tersebut terjadi ataupun tindakan untuk menyerang itu jadi, saya akan ambil tindakan tegas sekali ini.
[Tepuk] Sebab –— nanti Kota Melaka, nanti.
Anda boleh bercakap. Saya biarkan. Saya tak mati pun suara anda dalam mic sebab saya hendak supaya beri peluang. I mean, you are politician, cakaplah, tetapi bila menggunakan atau mencuba menggunakan tindakan fizikal, I think that is you have gone beyond — you have crossed the red line. Jadi, tapi saya tak mahu tuduh. Saya dah arah semua pihak untuk buat investigation dan saya akan buat keputusan hari Isnin ini. Saya nak matikan isu di situ. Saya tak akan layan isu itu. Tunggu sampai hari Isnin.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker. Sebab saya mewakili BBC Club.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab Pengerusi saya sekarang berada di Brunei. Dia minta saya untuk bangkitkan isu ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya akan…
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab semalam apabila insiden itu berlaku, ramai antara...
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Ahli Parlimen sini mereka rasa takut terutamanya wanita. Ahli Parlimen wanita maklum kepada saya, mereka takut...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Cukup Kota Melaka. Tak ada lah Kota Melaka. Cukup.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Fobia bila nak masuk dalam Dewan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Satu, sikit, sikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no. Isu ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Agak-agak berapa lama masa...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Inilah provokasi. Kota Melaka suka provokasi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Masa, masa, berapa lama akan diambil?
Tuan Yang di-Pertua
Besok — Isnin.
Seorang Ahli
Cukup Kota Melaka, cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Hari Isnin ni saya akan buat investigation. Hari Isnin juga — take my word for this. Hari Isnin juga saya akan buat keputusan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sekarang Arau. Apa dia Arau? Ada apa, tak ada dah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, Yang Berhormat. Kami ini orang yang baik-baik, bersopan sebab PMX
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi kami selalu diganggu dan mereka buat macam-macam provokasi.
Tuan Yang di-Pertua
Tapi tak apa. Bagi saya hari Isnin...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau dikawal daripada awal...
Tuan Yang di-Pertua
...Saya akan panggilkan unit kamera, saya akan panggilkan SB, saya akan panggilkan SUDR, saya akan panggilkan semua sekali. Don’t worry, trust me.
I will do it on Monday.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi saya nak bagi tahu Yang Berhormat, semasa kami tunggu ramai-ramai, kami tunggu tok guru untuk pimpin dia keluar.
Tuan Yang di-Pertua
Saya kata saya akan buat keputusan hari Isnin. Until and unless.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami ajak pi minum. Ajak pi minum.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Hulu Terengganu, apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tan Sri Speaker, ringkas saja Tan Sri Speaker. Sehubungan dengan apa yang dibawa oleh Arau iaitu berkaitan dengan anak Pandan lah. Kita minta pandangan Menteri juga berkaitan dengan serangan terhadap saksi kes Bagan di rumah [Tepuk] Itu pun satu bentuk mafia yang dilakukan, kalau boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, satu-satu. Ya, Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya nak minta petua. Saya ada dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak dengar, tak dengar.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, saya ada dalam Dewan masa apa yang ditimbulkan oleh Kota Melaka. Saya lihat, at one point, Tuan Yang di-Pertua cuba meredakan keadaan. Saya cuma nak tanya petua je.
Ada masa bila kita bising itu, dia terakam dalam Hansard, tapi Yang di-Pertua dah kata “Cukuplah tu. Over.” So, yang terakam tu akan terakam terus atau akan dipadam because Tuan Yang di-Pertua dah kata “Dah cukup, cukup. Tak mahu dengar dah.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, kita ada very simple. Selagi mic ini merah, suara kita rakam, tapi TV tak terakam. TV masih rekod. Whatever you say without mic pun akan dengar.
We pick up. Ha, itu be careful. Ahli-ahli Parlimen, be careful. You talk, you off the thing. You menjerit-jerit maki, tak dengar. Saya dengar sebab rakaman TV tu tak off. Di sini saja yang off. So be careful ya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan — teruskan dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dengan saya menjemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu. Silakan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan saya nombor 1.
1. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah terdapat rancangan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk membangunkan jajaran jalan keselamatan sempadan di sempadan Sarawak-Kalimantan sebagai langkah untuk memperkasa kawalan keselamatan di kawasan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan pelaksanaan projek pembinaan tembok serta jajaran jalan keselamatan sejauh lima kilometer di kedua-dua arah, kiri dan kanan, Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sedia ada yang telah dikenal pasti di negeri Sarawak.
Kajian kebolehlaksanaan bagi projek ini akan dimulakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI untuk meningkatkan keberkesanan kawalan sempadan negara secara tersusun di samping menutup atau mengurangkan jalan ataupun laluan tetikus dan laluan haram yang sering digunakan untuk kegiatan penyeludupan serta kemasukan pendatang asing tanpa izin
(PATI). Pelaksanaan projek ini dijangka dapat memperkukuh keupayaan pemantauan, pencegahan dan tindakan penguatkuasaan di kawasan sempadan secara lebih bersepadu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Pembangunan infrastruktur keselamatan di sempadan ini akan dilaksanakan secara cepat dan terperinci melalui penyelarasan MKN bersama agensi-agensi berkaitan meliputi penambahbaikan, kemudahan akses keluar masuk, pos kawalan keselamatan serta fasiliti keselamatan yang lain.
Jadi sebagai tambahan, kerajaan turut menilai semula kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai natural barrier iaitu kawasan bergunung dan berhutan tebal yang menjadi sempadan semula jadi antara Malaysia dengan negara jiran. Walaupun kawasan ini sebelum ini sukar atau hampir mustahil untuk dilalui, tanda-tanda pencerobohan telah dikesan. Bagi kawasan tersebut, kerajaan akan mempertimbangkan pembinaan pos keselamatan serta pemasangan pagar atau tembok keselamatan.
Dan yang terakhir, kerajaan sedar akan pentingnya pembinaan semangat nasionalisme dan ketahanan nasional dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan, terutamanya yang mempunyai hubungan kekeluargaan merentasi sempadan.
Bagi menghadapi pelbagai cabaran yang dikenal pasti ini, penglibatan aktif penduduk sempadan adalah perlu menerusi program komuniti seperti rondaan sukarela atau unit
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
keselamatan komuniti bagi memupuk peranan penduduk terhadap moral keselamatan sempadan negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri atas jawapan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan sempadan di Sarawak bukan sahaja menjadi benteng keselamatan dan kedaulatan negara, ia juga menjadi nadi perdagangan rentas sempadan di negara Malaysia.
Justeru itu bagi memastikan potensi ini dimanfaatkan sepenuhnya saya ingin bertanya, bagaimana kerajaan merancang untuk menyokong pembangunan bandar-bandar baharu di kawasan sempadan negara khususnya di negeri Sarawak bagi memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan masyarakat setempat serta keselamatan dan kedaulatan negara.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Dalam hal ini Yang Berhormat, Majlis Keselamatan Negara
(MKN) sebagai penyelaras projek pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak telah mengambil pendekatan proaktif melalui sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi merangka dasar pembangunan dan juga keselamatan yang komprehensif.
Ini adalah susulan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 19 Januari 2023, iaitu kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi projek pembangunan di sempadan Sabah dan Sarawak, Kalimantan termasuk penyediaan infrastruktur asas, kemudahan keselamatan dan juga aktiviti ekonomi. Dan, langkah ini juga sebagai persediaan menghadapi perpindahan ibu negara Indonesia di Nusantara, Kalimantan.
Sebagai strategi sokongan, konsep rancangan keselamatan dan pembangunan di kawasan sempadan ataupun KESBAN yang pernah dilaksanakan di sempadan Malaysia- Thailand ketika negara masih diancam dengan kegiatan komunis akan diaplikasikan semula di sempadan Malaysia-Indonesia. KESBAN 2.0 akan memfokuskan pembangunan ekonomi bandar-bandar sempadan tanpa menjejaskan keselamatan negara dengan lima komponen utama iaitu ekonomi, keselamatan dan kawalan pintu masuk, pertahanan sempadan, sosial dan juga komunikasi.
Konsep KESBAN 2.0 telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Sidang MKN, Bilangan 2, Tahun 2025. Jadi, program pembangunan sempadan Sarawak yang dirangka oleh kerajaan negeri juga dilihat sebagai komplemen ataupun pelengkap kepada KESBAN 2.0. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan ‘Putrajaya.’
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kerana negara jiran kita di sebelah Kalimantan itu sudah pun lama menggiatkan pembinaan jajaran jalan keselamatan termasuklah jalan infra dan kemudahan sampai ke kawasan kampung terpencil.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya nak alih daripada Sarawak pergi ke Kelantan boleh Yang Berhormat? Okey, kalau sebelum ini kita dengar satu pengumuman bahawa akan dibina satu tembok keselamatan di sempadan antara Sungai Golok dan juga negeri Kelantan. Jadi saya nak tanya, apakah status dan jangkaan tarikh pembinaan tembok keselamatan itu kerana amat penting untuk mencegah penyeludupan dan kita tahu bahawa sempadan Kelantan dan Sungai Golok ini menjadi titik panas kes-kes penyeludupan dan juga jenayah rentas sempadan. Jadi apa mitigasi yang telah pun disediakan oleh pihak Yang Berhormat dan kementerian Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat, alhamdulillah saya juga telah menyediakan sedikit jawapan tentang Sungai Golok ini sebab saya dah jangka juga soalan ini mungkin akan timbul. Jadi, saya bacakan di sini Yang Berhormat Pengkalan Chepa, terima kasih atas soalan tersebut.
Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, Majlis Keselamatan Negara, JPM, telah memajukan permohonan membina pagar dan juga tembok keselamatan kepada Kementerian Ekonomi bagi cadangan pembinaan tembok sepanjang 106 kilometer sempadan Sungai Golok, Thailand. Bagi melaksanakan projek ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MKN, JPM telah mengadakan juga satu bengkel pengurusan nilai ataupun VE untuk melihat kebolehlaksanaan perubahan skop projek Lembangan Sungai Golok Bersepadu (PLSB) Fasa 2 dan Fasa 3 untuk menukarkan ban tanah kepada tembok dwifungsi iaitu penghadang air dan keselamatan bagi menyelesaikan dua isu yang penting iaitu isu banjir dan juga isu penyeludupan.
Projek ini insya-Allah, dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya Yang Berhormat pada tahun 2028 dan MKN akan membina pagar keselamatan bagi kawasan yang tidak dilaksanakan di bawah projek PLSB yang dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2030.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya jemput Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad, Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Pergi ke Mekah tunaikan haji, Tambang bertambah tak tentu masa; Soalan nombor dua mohon jawapan Menteri, Moga jemaah haji rasa gembira.
2. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah Tabung Haji bercadang untuk menyediakan kemudahan pengangkutan shuttle bus bagi jemaah haji yang tinggal di maktab yang jauh daripada Masjidil Haram memandangkan ramai jemaah yang lebih selesa menunaikan solat di maktab dengan alasan jauh jika berjalan kaki.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Tabung Haji mengambil maklum cadangan ini dan akan mengkaji keperluan dan kos perkhidmatan pengangkutan tersebut pada musim haji yang akan datang. Namun begitu, bagi Musim Haji 1446 Hijriah ini, TH telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselesaan jemaah haji Malaysia termasuk menyediakan kemudahan pengangkutan bas di tanah suci untuk memudahkan pergerakan jemaah dan memastikan mereka dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa.
Kemudahan pengangkutan bas ini adalah sebahagian daripada usaha TH untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji negara. Pengangkutan ini meliputi pergerakan yang jauh bagi jemaah haji seperti pergerakan dari lapangan terbang ke bangunan penginapan jemaah haji, pergerakan domestik jemaah haji merentasi Mekah, Jeddah, Madinah dan pergerakan dari bangunan penginapan ke tempat Masyair, Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Bagi memudahkan pergerakan jemaah haji untuk urusan ke Masjidil Haram, TH telah memastikan semua bangunan penginapan yang disewa berada dalam jarak satu kilometer sahaja dari perkarangan masjid. Jarak yang dekat ini memudahkan jemaah untuk berjalan kaki ke masjid, namun jemaah haji turut mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan teksi atau bas awam yang tersedia berhampiran kawasan penginapan jemaah.
Lokasi bangunan penginapan jemaah Malaysia juga adalah jauh lebih dekat dengan Masjidil Haram berbanding penginapan jemaah negara lain yang terletak lebih dari lima kilometer dari masjid. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang diberikan berkaitan dengan cadangan untuk mengadakan perkhidmatan shuttle bus daripada tempat penginapan ke Masjidil Haram.
Cuma saya nak beralih sedikit tentang tempoh masa berada di Madinah. Sekarang ini Tabung Haji menetapkan tempoh enam hari saja jemaah haji berada di Madinah, manakala bakinya 39 hingga 42 hari berada di Mekah. Sebelum itu, pengalaman saya pada tahun 2008, Tabung Haji membenarkan berada dalam tempoh lapan hari di Madinah. Ini membolehkan jemaah haji dapat menunaikan solat di Masjid Nabawi selama 40 waktu.
Perkaitan dengan kelebihan sembahyang 40 waktu ini, ada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabarani yang menyebut, saya baca mafhum dia, “Barang siapa yang solat di masjid ku, Masjid Nabawi 40 kali solat, 40 waktu, dalam keadaan dia tidak pernah terlepas walaupun satu solat waktu, akan ditulis baginya keselamatan daripada api neraka, dilepaskan daripada azab dan terselamat daripada munafik.”
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Walaupun ada ulama yang mengatakan hadis ini...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, point of order, Tan Sri. Tan Sri, sebelum Tan Sri berundur. Minta maaf ya, Tan Sri. Tan Sri, Point of Order 36(6). Sebelum Tan Sri berundur, saya minta satu ruling dibuat. Tan Sri, sini. 36(6) “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain...” dan juga dibaca bersama...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Eh, soalan tak habis lagi. Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tak apa, tak apa. Saya...
Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bagi.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Mana boleh.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Apa ini...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Soalan tak habis lagi.
[Dewan riuh]
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk semua.
[Membaca doa] [Membaca selawat] Baik, di mana kita tadi? Soalan tambahan, baik. Yang Berhormat Kampar, saya lihat kamu bangun, apa cerita?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak bangkit standing order kalau dibenarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(6), “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain,” dan juga dibaca bersama dengan Akta 347, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, seksyen 9(g) yang berbunyi:
*“Majlis boleh, untuk atau berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang disebut kemudian daripada ini, sama ada yang dilakukan oleh seseorang Ahli atau oleh mana-mana orang lain, menghukum secara terus kerana menghina dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit sebagaimana yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan mesyuarat atau oleh Akta ini; dan jika apa-apa denda yang dikenakan itu tidak dibayar dengan serta-merta pesalah itu hendaklah diletakkan dalam jagaan penjaga mana-mana penjara atau seorang pegawai Majlis di suatu tempat sebagaimana yang diarahkan sehingga bayaran dibuat atau sehingga Majlis dibubarkan atau diprorogkan, mengikut mana-mana yang terdahulu.
Kesalahan tersebut ialah —
(g) menghantar kepada seseorang ahli apa-apa surat ugutan atau mencabar seseorang ahli untuk berlawan kerana kelakuannya dalam Majlis;”* Timbalan Yang di-Pertua, semalam dalam Dewan ini beberapa kaki daripada tempat duduk...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
I get your point. Saya tak suruh kamu berbahas. You get me the point. Sekarang ni saya faham. Alright.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya belum sampai poin saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa dia?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya. Semalam ada seorang Ahli, Pendang di belakang sini menunjukkan...
Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Speaker, Tan Sri Speaker dah buat ruling sebentar tadi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya belum habis. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat — [Pembesar suara dimatikan] Peraturan 42, menyatakan bila saya bercakap, Yang Berhormat semua dengar. Buka buku kalau rasa nak kena sekolahkan. Saya sekarang bercakap dengan Kampar. Yang Berhormat lain jangan ganggu.
Setelah melihat apa berlaku semalam, saya akan jadi head prefect dan guru besar.
Saya bagi amaran sekali. Saya janji dengan nama Allah Taala, lima hari, dari hari pertama.
Degil juga, 10. Kalau perlu, saya bawa kepada jawatankuasa. I'm not going to let what happened semalam nampak mockery of this place. Ini sepatutnya tempat kita membahaskan kepentingan rakyat. Ni, tengok belakang. Ini anak-anak generasi rakyat Malaysia masa depan. Kalau kita dalam ni bercakap, bab bulilah, bab bagai, tapi kita di sini, melambangkan apa?
Saya tadi masuk, saya berharap, what has been happened yesterday jadi satu pengajaran kepada semua. Sekarang ini, saya tengah berurusan dengan Kampar. Haih, saya cakap Melayu ya. Faham semua, kan?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Bercakap dalam bahasa Orang Asli ] Ini cakap Orang Asli dah. Itu dah marahlah ni. Tolong ya. Baik. Kampar, sambung di mana tu?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya. Semalam, Ahli Parlimen Pendang, semasa sebelum keluar dari Dewan, dia telah menunjukkan buku lima untuk mencabar Ahli Parlimen Jelutong untuk berlawan, bertumbuk. Nah, ini jelas ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya rasa tak perlu apa-apa bukti CCTV sebab video sudah tular di media sosial.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, apa Yang Berhormat hendak sampaikan ini saya sudah preemptive, saya dah nampak dah towards it. Saya nak cut short, nak balik pada Aturan Urusan Mesyuarat.
Benda ini telah dibawa ke pengetahuan Speaker dan beliau telah menyatakan bahawa this semua, dengan izin, will be resolved by Monday, hari Isnin. Yang Berhormat lagi nak api-apikan ini, kenapa?
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sebab semalam Speaker kata hari ini. Saya bangkitkan hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya ikuti walaupun saya semalam kurang sihat, saya ikut online what's happening in this Dewan, apa yang berlaku dalam Dewan ni. Okey, duduk Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Usul tu, perkara tu telah dibawa kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, keputusan pada hari Isnin, tapi saya akan menyokong sekuat-kuatnya, kalau boleh, Speaker — kalau sayalah, kalau saya buat keputusan, enam bulan tu tak cukup.
[Tepuk] Kalau saya buat keputusan.
Kita try to condone — di luar tu, sikap bulilah dan sebagainya. Kita bangkitkan dalam Dewan ni, tapi kalau kita sendiri yang diamanahkan oleh rakyat, what do you expect ya? Haih sudah. Duduk, duduk, duduk. Nampak gaya saya kena sekolahkan.
Buka Peraturan 35. Buka Peraturan 36. Simple, senang saja. Kita marah anak kita tak mahu belajar, kita marah kita tegur. Saya terpaksa jadi bapak di sini sekarang ni. Saya ingat benda ni dah habislah *you’ve learned your lesson.
So,* kita balik kepada Aturan Mesyuarat ya, sambung balik. Yang Berhormat Kampar telah sedia faham. You bangkit lagi perkara ini dalam saya duduk sini, saya tak akan maafkan, lima hari saya akan — right.
Yang sebelah sini pun ya, ambil maklum, saya kena tegur juga ni, dah melalut dah ni. Buka perkara 36(10), yang pertama tu cakap apa. Jelas, perkataan-perkataan yang menyakit hati pada di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kalau saya preside, orang yang pertama yang menyebabkan tu dulu, saya akanlah hukum, saya tak pedulilah ketua parti ke, Menteri ke, Perdana Menteri ke, I will do it. So, let us be frank about this.
Tanggungjawab kita di sini untuk kepentingan rakyat.
Okey, teruskan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya sambung soalan tambahan saya, rentetan daripada hadis yang saya bacakan tadi.
Walaupun ada ulama mengatakan hadis ini sahih ya, seperti Imam Ibn Hibban, Imam Al- Haitami dan Imam Al-Munzir, dan ada pula yang mengatakan daif. Seperti Imam At-Tabarani, Syeikh Al-Albani dan sebagainya.
Soalan tambahan saya, adakah kerajaan ataupun Tabung Haji sendiri akan mengubah tempoh masa berada di Madinah daripada enam hari kepada lapan hari untuk membolehkan kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
...Mengamalkan 40 waktu itu sebagai fadhail a'mal? Itu yang pertama.
Yang kedua, satu lagi tentang Visa Haji. Saya difahamkan baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis dan TYT Sarawak gagal menunaikan haji tahun ini disebabkan masalah visa sedangkan saya difahamkan dan kita semua sedia maklum Kementerian Haji Arab Saudi dia ada visa khas haji kepada orang kenamaan iaitu Visa Furada. Jadi, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jawab kepada soalan yang pertama itu berkaitan dengan cadangan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Tabung Haji sentiasa komited untuk menjaga kebajikan jemaah-jemaah haji Malaysia termasuklah dalam konteks hadis yang dibacakan oleh Yang Berhormat Jerlun sebentar tadi itu. Tabung Haji akan ambil kira, cuma Yang Berhormat Dato’ Speaker, pengurangan jumlah hari daripada lapan kepada enam hari itu diambil kira disebabkan kos yang tinggi dalam konteks penginapan di Madinah.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Jadi kalau ada tambahan hari di situ dia akan menyebabkan kos yang lebih yang akan ditanggung oleh pihak Tabung Haji.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Jerlun, insya-Allah Tabung Haji akan komited, akan mengadakan kajian untuk mengkaji cadangan Yang Berhormat sebut sebentar tadi. Dalam konteks soalan yang kedua itu pula, persoalan berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jerlun sebentar tadi itu, kuasa untuk menentukan Visa Furada atau Visa Mujamalah ini adalah budi bicara.
Budi bicara mutlak Kerajaan Arab Saudi khususnya Kementerian Haji dan Umrah.
Jadi apa yang berlaku, persoalan itu di luar daripada kuasa. Cuma dalam perbincangan saya dengan Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi, saya ada sebut tentang permasalahan yang timbul ini dan insya-Allah isu-isu ini akan diambil kira dan akan diselesaikan insya-Allah pada haji yang akan datang, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi mengenai penyediaan kelengkapan dan sebagainya kepada jemaah haji.
Jadi soalan tambahan saya, apakah penambahbaikan yang akan dirancang pada musim akan datang dan juga saya juga berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini dan saya menjadi Sahabat Maktab.
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dan Tabung Haji, adakah, bagaimana untuk memperkasakan lagi peranan Sahabat Maktab ini untuk membantu melicinkan urusan jemaah haji di tanah suci? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Bentong. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Bentong yang terlibat, telah menawarkan diri untuk menjadi
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
sebahagian daripada keluarga Sahabat Maktab yang membantu jemaah-jemaah haji di Malaysia.
Peranan yang dimainkan oleh Sahabat Maktab ini sangat-sangat penting dan kita mengharapkan akan lebih ramai di kalangan jemaah-jemaah haji khususnya mereka yang muda-muda ya, untuk tampil ke depan ya dan menjadi sukarelawan Sahabat Maktab untuk membantu supaya: pertama, lebih banyak lagi mereka ini akan memperolehi pahala sebab lagi banyak bantuan dikemukakan oleh Sahabat Maktab ini akan lebih banyak pahala yang mereka akan, akan perolehi.
Dalam konteks untuk memastikan bantuan yang diberikan oleh Sahabat Maktab ini akan bertambah baik pada masa-masa yang akan datang, Tabung Haji bercadang untuk mengadakan modul khusus didikan dan latihan untuk Sahabat Maktab. Dan insya-Allah dengan adanya latihan yang lebih berstruktur ini, apabila Sahabat Maktab ini mengendalikan jemaah-jemaah di haji di Malaysia khususnya di kalangan warga emas pada sesi haji pada tahun yang akan datang ini, kita harapkan ianya akan lebih berkesan. Dan lebih ramailah saya percaya akan di kalangan jemaah haji itu yang akan menawarkan diri mereka untuk menjadi Sahabat Maktab. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya sekolahkan juga lagi untuk bertanya dan menjawab. Buka 24(3)(i). Senang saja, ya. Buang masa sahaja lebih.
Baik, berikutnya saya mempersilakan Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, tegas bijaksana; Soalan Ampang nombor tiga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat daripada Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
3. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Perdana Menteri menyatakan, bilangan keseluruhan golongan muda bawah 40 tahun dengan hutang tidak melebihi RM200,000 yang menjadi audiens sasaran dengan perluasan skop Dasar Peluang Kedua dalam Belanjawan 2024 dengan sasaran membebaskan kira-kira 200,000 individu dari kemuflisan menjelang hujung tahun 2025.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024, Kerajaan MADANI pada mulanya telah memberikan fokus melalui Dasar Peluang Kedua ini kepada golongan muda yang berumur 40 tahun ke bawah yang mempunyai jumlah hutang tidak melebihi RM200,000.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang berada di fasa awal dan pertengahan kerjanya yang merupakan aset penting negara agar dapat bangkit semula dan kembali menyumbang secara aktif kepada ekonomi keluarga dan negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kemudiannya, atas saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, inisiatif ini telah diperluaskan untuk merangkumi semua golongan yang layak bagi mencapai sasaran 130,000 orang pelepasan sehingga akhir tahun 2024. Dasar ini kemudiannya diteruskan pada tahun 2025 dengan sasaran pelepasan keseluruhan sebanyak 200,000 orang bankrap.
Selaras dengan matlamat keseluruhan Dasar Peluang Kedua dan pindaan Akta Insolvensi 1967, Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdi) telah berjaya melepaskan seramai 187,652 orang daripada kebankrapan sejak Mac 2023 hingga Jun 2025. Jumlah tersebut turut merangkumi golongan muda berumur 40 tahun dengan hutang tidak melebihi RM200,000.
Pencapaian ini adalah sejajar dengan sasaran untuk membebaskan 200,000 orang menjelang akhir tahun 2025. Pencapaian ini adalah bukti jelas kesungguhan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan reformasi yang memberi impak langsung kepada rakyat.
Melalui pendekatan yang strategik dan inklusif, kita bukan sahaja membebaskan individu daripada beban hutang, tetapi kita juga memulihkan maruah dan memberi mereka harapan baru untuk membina semula kehidupannya.
Adalah besar harapan Kerajaan MADANI bahawa peluang kedua ini dapat memberi nafas baharu dalam lembaran hidup untuk meneruskan kehidupan seharian selaras dengan agenda Malaysia MADANI yang menekankan konsep insan iaitu belas insan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ampang, soalan tambahan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya sebenarnya amat teliti tadi. Kalau ikutkan 187,000 telah pun dapat bebas golongan belia ini daripada belenggu muflis dan saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI.
Persoalannya, walau bagaimanapun kita lihat jumlah itu telah pun dikeluarkan untuk bagi mereka peluang kedua. Apakah mungkin mereka akan kembali terhumban ataupun kembali semula menjadi muflis kalau ianya tidak dikawal dengan baik?
Dan saya nak bagi tahu, sama ada kita juga ada inisiatif-inisiatif yang tertentu untuk kita masukkan sebagai prasyarat sebelum mereka dikeluarkan daripada apa ni sistem muflis itu, apakah ada satu advokasi inisiatif dengan izin, untuk kita berikan latihan literasi ataupun pendidikan kewangan yang mendalam ataupun program pemulihan hutang yang kita lihat ianya boleh membantu golongan muda ini supaya tidak terjebak? Itu soalan tambahan saya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih soalan yang dikemukakan.
Sebenarnya sebelum mereka dilepaskan, mereka akan dipanggil, diberi taklimat dan mereka, ramai di antara yang mendapat kelulusan dan melepaskan diri dari muflis ini mereka sedar, ramai di antara mereka sedar bahawa ada kesalahan yang tidak diingini telah dibuat di mana antaranya mereka menjadi social guarantor, mereka meminjam wang, tetapi tidak tahu bahawa perlu bayar dalam tempoh masa dan sebagainya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jadi ada kelonggaran dan juga mereka diberitahu bahawa jangan lagi buat sedemikian kerana ramai di antara mereka insaf. Maka itu adalah perkara yang sedang dibuat. Jadi dengan apa yang dibuat oleh kementerian ini, saya percaya ia dapat mengatasi dan mereka tidak akan balik untuk menjadi seorang yang insolvent. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Yang di-Pertua. Err, Menteri ya. Kita lihat prinsip Dasar Peluang Kedua ini baik. Okey, tapi masih tidak jelas dalam menangani isu akar dia, isu utama dia ialah yang membuatkan kenapa rakyat itu menjadi muflis.
Jadi, contohlah saya bagi, maknanya pemberian pinjaman ini dia berdasarkan kepada nasihat yang mengelirukan oleh pihak bank tanpa mengambil kira situasi kewangan sebenar peminjam iaitu dipanggil mis-selling, dengan izin.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya nak tanya, ada tak apa-apa tentang langkah-langkahlah, reformasi perundangan ini. Contohnya, dalam — dia panggil apa — fiduciary duty ini, statutory fiduciary duty, dengan izin. Maknanya, dia punya tanggungjawab secara – dia panggil apa, statutory fiduciary di bawah Akta 133, Akta Syarikat.
Maknanya, kalau ada kesilapan dan sebagainya, adalah menjadi satu kesalahan.
Jadi, adakah kita mengambil pendekatan menggunakan 133, Akta Syarikat ini dalam kita menentukan dasar untuk melepaskan peminjam ini? Sebab, dia akan — dia secara...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey. Secara rotation-nya maknanya, kita lepaskan tapi masalahnya, yang meminjam tanpa ada kewangan dan sebagainya, diberi pinjam. Itu maksud saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, pertama adalah kita perlu tahu, peminjam peribadi merupakan punca utama bankrap, iaitu setakat statistik Jun 2025.
Tapi Yang Berhormat, kita perlu juga faham, ramai di antara yang meminjam dari institusi kewangan, pada masa mereka meminjam, dia ada kelayakan-kelayakan tertentu, nombor satu.
Nombor dua, guarantor-guarantor ini pun ada sedemikian. Mereka layak untuk menjadi guarantor. Bukan senang. Bila seorang nak jadi guarantor, dia ada kriteria-kriteria yang terkena. Tetapi, ramai di antara juga yang terlibat dalam perniagaan dan sebagainya, mengambil risiko tetapi nampaknya menjadi muflislah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jadi hasratnya, hasrat kerajaan, dasarnya adalah untuk menolong mereka memberi peluang kedua. Tapi, kita tidak boleh mengatakan, menyalahkan mereka bahawa menjadi muflis dan sebagainya dan lepas itu, katakan tidak memberi peluang langsung. Kita perlu faham itu dan akhir sekali, kerajaan berniat untuk menolong semua orang-orang yang bankrap di negara ini tapi ada beberapa kriteria yang tertentu.
Antara kriteria-kriteria Yang Berhormat, kita perlu tahu bahawa ada beberapa prosedur bila dia menjadi bankrap. Seseorang bankrap yang disebabkan menjadi peminjam sosial. Kedua, seseorang bankrap yang berdaftar sebagai OKU, menurut Persons with Disabilities Act. Nombor tiga, bankrap telah meninggal dunia dan sebagainya.
Ini ada keluasan sedikit diberi kepada mereka tapi pada asasnya, adalah untuk menolong semua orang kerana ramai di antara mereka muflis tanpa kesedaran dan jika ada insolvensi syarikat dan sebagainya, dia ada kriteria-kriteria yang tertentu sebelum mereka boleh dilepaskan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Majlis ke soalan yang keempat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya rasa, dia tak jawab yang saya tanya pasal 133, Akta Syarikat tadi. Dia tak jawab pun. Makna, di pihak bank, ada tak tindakan — apa — perundangan reformasi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh jawab secara bertulis pun tak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk. Tidak ada di dalam peraturan mesyuarat, Yang Berhormat dulu pun hakim, saya boleh memaksa Menteri untuk menjawab ya. Ini peraturan. I think, dengan izin, you are well-versed with this, ya. Kalau perlu, Yang Berhormat Menteri nak menjawab secara bertulis?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya boleh bagi secara bertulis perkara yang khusus, yang ditanya oleh Yang Berhormat. Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Komitmen oleh Menteri, Yang Berhormat Besut.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sure.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikut, majlis ke soalan yang keempat. Saya mempersilakan Datuk Muslimin bin Yahaya, Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapakah bilangan terkini usahawan Informal, usahawan mikro, usahawan kecil dan sederhana, bilangan usahawan wanita dan berapa peratus para usahawan yang dijangka akan terlibat dengan e-Invoice.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Perangkaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan PMKS yang direkodkan tahun 2024 adalah sebanyak 1,086,386 pertubuhan.
Dengan pecahan komposisi seperti berikut, perusahaan mikro 761,897 pertubuhan ataupun merangkumi 70.1 peratus. Yang kedua, perusahaan kecil sebanyak 306,764 pertubuhan, merangkumi 28.2 peratus, dan yang ketiga, perusahaan sederhana sebanyak 17,725 pertubuhan atau 1.6 peratus.
Bagi usahawan informal, statistik terkini adalah merujuk kepada data tahun 2023 iaitu sebanyak 1.37 juta orang usahawan informal yang berstatus bekerja sendiri dan majikan.
Manakala, bagi usahawan wanita, berdasarkan dapatan Banci Ekonomi 2023, bilangan pertubuhan milikan wanita yang direkodkan adalah sebanyak 219,015 di mana 185,582 pertubuhan milikan wanita berstatus PMKS.
Berdasarkan Kementerian Kewangan sehingga 31 Julai 2025, sebanyak 417 juta e- Invoice telah dikeluarkan oleh 84,000 pembayar cukai yang turut merangkumi usahawan PMKS. Dalam hubungan ini, kita mengunjurkan sebanyak empat peratus usahawan PMKS yang berstatus sederhana dan kecil akan terlibat dalam pelaksanaan e-Invoice selepas pematuhan pemakaiannya bermula pada 1 Julai 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat untuk soalan tambahan. Silakan.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Yang Berhormat Menteri, menurut kajian yang dijalankan oleh SME Malaysia tahun 2025, lebih daripada 55 peratus PKS masih tidak bersedia untuk peralihan daripada sistem manual kepada e-Invoice, terutamanya ini sektor perkhidmatan dengan sektor peruncitan lah.
Pertamanya, kerana melibatkan peningkatan kos pematuhan. Kemudian, PKS perlu melabur dalam perisian perakaunan bersepadu. Contohnya, nak latih pekerja lagi. Kemudian, nak sesuaikan dengan proses kerja dan lain-lain dan paling meresahkan PKS adalah risiko penalti jika tidak mematuhi peraturan.
Jadi, adakah KUSKOP bersedia untuk memberi pendidikan pelaksanaan e-Invoice ataupun memberi latihan ataupun memberi bimbingan kepada usahawan ataupun menangguhkan terus berkaitan dengan perkara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan pandangan dan juga persoalan Yang Berhormat. Sememangnya, inilah concern yang selalu dibangkitkan oleh usahawan-usahawan PMKS setiap kali saya dan kementerian turun ke lapangan dan mengadakan libat urus dengan mereka.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Datuk Ewon Benedick
Sebab itulah, kita juga mengambil bahagian dalam perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan. Dan, telah pun diputuskan supaya kadar itu ditingkatkan kepada 500,000 itu masih dikecualikan.
Dalam masa yang sama, KUSKOP melalui agensi-agensi kita, terutamanya SME Corp Malaysia telah mengadakan program bersama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) untuk program memberi penerangan berkaitan inisiatif e-Invoice yang telah pun kita laksanakan sejak 2024 dan ini kami akan teruskan.
Begitu juga dengan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), agensi KUSKOP yang juga telah melaksanakan Seminar Usahawan MADANI, e-Invoice di beberapa tempat di Semenanjung ini dan juga di Kota Kinabalu dan juga di Kuching, dan saya percaya, ini akan mengambil masa dan kita akan teruskan program-program bersama LHDN untuk memberi penerangan, untuk menggalakkan PMKS kita ini untuk juga menggunakan e-Invoice. Tetapi, saya tidak nafikan memang ini adalah concern yang besar, terutama di kalangan usahawan kecil dan apatah lagi usahawan mikro. Walaupun, sebahagian besarnya itu dikecualikan kerana nilai jualan itu tidak melepasi RM500,000 satu tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan berikut, silakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Setelah mendengar jawapan daripada Menteri bahawa pelaksanaan sistem e-Invoice ini secara menyeluruh akan bermula tahun depan dan ianya dilihat sebagai titik penting dalam transformasi ekonomi negara, khususnya bagi sektor PMKS ini.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi, saya ingin bertanya. Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa pelaksanaan e-Invoice ini tidak membebankan PMKS kita, terutamanya bagi golongan yang di luar bandar yang kurang celik digital atau yang tidak mempunyai akses kepada Internet yang stabil dan juga bagaimana untuk memastikan bahawa e-Invoice ini benar-benar akan meningkatkan daya saing PMKS dan bukan menjadi sekadar beban pentadbiran tambahan kepada mereka. Mohon pencerahan Menteri.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, ya, kita mengambil makluman soal pelaksanaan dari sudut practicality pelaksanaannya. Memang kalau di luar bandar, terutama yang tidak mempunyai capaian Internet, ini akan menjadi satu isu teknikal. Ini satu isu pelaksanaan. Dan apa lagi kalau usahawan ini datang daripada luar bandar di Sarawak dan juga sebahagian di Sabah. Begitu juga di Semenanjung ini, yang saya percaya memerlukan tumpuan untuk kita meningkatkan akses kepada Internet yang menjadi pemboleh ubah kepada pelaksanaan e-Invoice.
Dalam masa yang sama, Lembaga Hasil juga telah memberi jaminan bahawa sekiranya menggunakan sistem yang mereka sediakan, ia nya percuma sebenarnya. Apa yang Kementerian KUSKOP laksanakan adalah program berterusan untuk memberi
Datuk Ewon Benedick
penerangan kepada usahawan-usahawan PMKS. Sebab itu saya nyatakan tadi, SME Corp, INSKEN adalah antara dua agensi peneraju yang terkehadapan di dalam menggerakkan penerangan-penerangan ini kepada usahawan-usahawan PMKS kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis telah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Putatan tidak dapat hadir atas sebab urusan di luar.
[Soalan No. 5 – YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) tidak hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya lompat ke soalan yang keenam. Saya mempersilakan Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengalukan kehadiran penuntut Pusat Pengajian Pondok Moden Kandis Kelantan.
[Tepuk]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yayasan Islam, Yayasan Islam.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yayasan Islam. Soalan saya nombor 6, Dato’ Yang di-Pertua.
6. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta
Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan
(a) bagaimanakah kementerian menyokong penghasilan produk inovatif berasaskan tayar terpakai serta pembangunan industri hiliran getah untuk mentransformasikan sektor ini ke arah ekonomi sirkuler dan lestari; dan
(b) insentif atau kerjasama strategik untuk memperkukuh penyelidikan, pengkomersialan dan penggunaan produk mesra alam ini di pasaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
Ya, Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia mengimport berbagai jenis tayar yang bernilai RM3.53 bilion pada tahun 2024 bagi memenuhi penggunaan tempatan yang dianggarkan sebanyak 22 juta unit setahun. Data ini juga menggambarkan bahawa berjutaan unit tayar akan menjadi bahan buangan sekiranya tidak dikitar semula. Menyedari hakikat tersebut, Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengambil langkah melalui penyelidikan dan pembangunan R&D bagi mengembangkan potensi tayar terpakai sebagai sumber ekonomi sekular.
Dalam hal ini, kajian berkaitan penggunaan carbon black purely (recovered carbon black – (rCB)) sedang giat dijalankan. rCB diperoleh melalui proses termokimia yang berpotensi digunakan sebagai bahan alternatif yang lestari bagi pengisian karbon hitam,
(carbon black filler), dalam pengeluaran produk getah. Memandangkan karbon hitam
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
merupakan komponen utama dalam hampir semua produk getah, penggunaan rCB memberi sumbangan penting ke arah kelestarian industri tayar dan getah.
Selain itu, kajian turut dilaksanakan terhadap potensi penggunaan getah dari tayar terpakai yang diproses melalui kaedah seperti reclaiming, devulcanization, atau pyrolysis.
Bahan ini berpotensi digunakan dalam berbagai aplikasi, termasuk sebagai bahan tambah dalam bitumen, pembuatan bata, bahan penurapan jalan, hamparan getah atau rubber mat dan kasut.
LGM juga terus menyokong dan sedia memberi khidmat nasihat bagi memintakan teknologi yang telah dibangunkan kepada pihak industri seperti recovered carbon black (rCB) dan bahan lain dihasilkan dari tayar terpakai. Kolaborasi dengan berbagai pihak termasuk institusi penyelidikan dan pemain industri digalakkan bagi memastikan lebih banyak produk baharu dari tayar terpakai dapat dibangun dan dikomersialkan.
Di samping itu, Majlis Getah Malaysia (MRC) turut menyediakan dana khas di bawah inisiatif Automation and Green Technology untuk menggalakkan industri produk getah mengadaptasi automasi, pendigitalan dan teknologi hijau. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan daya saing industri dalam jangka masa panjang.
MRC juga menawarkan dana pra pengkomersialan dan pengkomersialan produk berinovasi melalui Dana Hubungan Industri 2.0 (ILF 2.0) dan Dana Pengkomersialan MRC,
(MCF) termasuk bagi produk dihasilkan dari tayar terpakai.
Melalui pembiayaan dana ILF dan oleh MRC, antara produk inovatif yang menggunakan tayar terpakai yang telah dibangunkan adalah pre-cast wall panel terbaharu yang kini dalam proses pra-pengkomersialan bersama industri di mana serbuk daripada tayar getah terpakai (rubber crumb) telah digunakan dan tambahan bahan ini telah menawarkan ciri-ciri isolasi yang tinggi terhadap haba atau api dan bunyi kepada panel di dinding yang dibangunkan.
Selain itu, pengumpulan dan penyebaran maklumat mengenai inovasi, teknologi kebakaran, servis dan fasiliti berkaitan getah sedia ada dari universiti dan institut penyelidikan seluruh negara untuk diguna pakai atau dibangunkan dengan lebih lanjut oleh industri yang berminat, di mana semua ini boleh diakses melalui buku fasilitasi, pengkomersialan dan platform padanan dalam talian MRC.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kuala Terengganu, soalan tambahan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya, terima kasih. Jawapan yang baik. Teknologi Crumb Rubber Modified Asphalt (CRMA) yang menggunakan getah kitar semula daripada tayar terpakai terbukti meningkatkan ketahanan turapan jalan, mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 26 peratus dan mesra alam yang terbukti di Lebuhraya SKVE.
Apakah strategi kementerian untuk memperluaskan pengeluaran crumb rubber berkualiti tinggi, memperkukuhkan piawaian kebangsaan dan memperluaskan penggunaan
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
CRMA dalam projek sektor awam dan swasta termasuk membangunkan peluang untuk mengeksport bahan ini?
Terima kasih.
Datuk Chan Foong Hin
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri.
Datuk Chan Foong Hin
Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Getah Malaysia dan juga MRC, kita selalu nak mempergiatkan industri getah yang diguna pakai untuk downstream atau aplikasi yang berlainan.
Cuma untuk isu macam mana nak mengguna pakai ini kepada projek awam yang dibiayai oleh kerajaan, kita harap Kementerian Kerja Raya, kita boleh bersama-sama untuk melihat bagaimana kerjasama ini dilakukan dan kemungkinan soalan tambahan boleh ditanya kepada Ahli Parlimen Pontian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri tentang kitar semula tayar terpakai ini.
Daripada jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri, nampaknya ada banyak cara yang kita boleh pakai ya, tayar terpakai ini. Akan tetapi apa yang kita lihat di luar sana ialah sering kali kita lihat pengusaha kedai tayar mereka sukar untuk dispose dengan izin, tayar-tayar terpakai tersebut.
Jadi, bolehkah kementerian melalui lembaga untuk kita ada whole-of-government di mana bekerjasama dengan kementerian yang lain, supaya semua tayar terpakai ini, semua dapat dikitar semula dan digunakan semula? Sebab Timbalan Speaker, ya. Di luar sana kedai tayar selalu mengadu kepada kita, sukar untuk mereka nak Southern Waste pemungut sampah, mereka tak nak ambil semua tayar terpakai ini. Tapi, daripada jawapan, sebenarnya semua ini dapat digunakan, dikitar semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, bagaimana kita nak atasi masalah ini?
Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, ya. Terima kasih kepada soalan yang begitu baik dari Kota Melaka. Memang kita menyedari bahawa industri ini, dia ada potensi yang banyak.
Okey, di mana ada ruang yang kita boleh terokai. Cuma masalah dia, dari segi pengawal seliaan untuk waste, okay, untuk ini sisa pepejal ini, dia bukan terletak di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Ia terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Dan kebetulan sekarang Menteri saya pun juga merangkap Menteri yang acting Minister untuk NRES ini, kemungkinan kita boleh melihat isu ini dengan lebih komprehensif.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak ada?
Berikutnya kita ke soalan yang ketujuh. Saya mempersilakan Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 7.
7. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan sejauh mana keberkesanan promosi sektor pelancongan oleh kementerian, khususnya pelancong yang datang daripada negara-negara ASEAN dan bagaimanakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi meningkatkan kehadiran para pelancong ASEAN susulan tahun Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa memberi tumpuan kepada pasaran ASEAN kerana negara-negara jiran ini merupakan penyumbang utama pelancong asing ke Malaysia. Pada tahun 2024, Malaysia telah menerima seramai 28.19 juta pelawat dari ASEAN, meningkat 23.7 peratus berbanding tahun 2023. Jumlah ini mewakili 74.3 peratus daripada keseluruhan pelancong antarabangsa.
Trend positif ini berterusan pada tahun 2025 dengan ketibaan seramai 15.09 juta pelawat ASEAN direkodkan antara Januari hingga Jun iaitu meningkat sebanyak 15.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Peningkatan ketibaan pelawat dari ASEAN membuktikan strategi promosi di rantau ini berada pada landasan yang betul. Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN juga menyumbang kepada lonjakan ini, terutamanya melalui penganjuran mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang menarik kehadiran delegasi dari seluruh rantau.
Ketibaan pelawat dari negara-negara ASEAN ke Malaysia, Januari hingga Jun 2024 dan 2025. Perbezaan, Brunei dalam tahun 2025 ada 747,851 orang. Comparison with 2024, kita ada 885,420 orang. Kita turun 15.5 peratus. Cambodia, kita pada masa yang sama 2025, 31,525. Dari 2024, 39,702 orang. Kita turun 20.6 peratus.
Indonesia pada 2025 masa yang sama 2,197,288. Pada tahun 2024, kita 2,031,111 orang. Kita naik 8.2 peratus. Laos, kita masa tahun 2025, 14,713 orang. Pada masa yang sama 2024, kita ada 12,836. Kita naik 14.6 peratus. Myanmar, pada tahun 2025 kita ada 104,017 orang. Pada masa itu tahun 2024, 63,353 orang. Kita naik 64.2 peratus. Filipina, kita pada tahun 2025, kita ada 296,298 orang. Pada tahun 2024, kita ada 268,628 orang. Kita naik 10.3 peratus.
Singapura, kita ada 10,288,256 orang. Pada masa yang sama di 2024, 8,397,886.
Kita naik 22.5 peratus. Thailand, kita pada tahun 2025, kita ada 1,237,979 orang. Pada masa yang sama tahun 2024, 1,174,818 orang. Kita naik 5.4 peratus. Vietnam, kita pada tahun 2025, kita ada 168,677. Pada tahun 2024, kita ada 184,667. Kita turun 8.7 peratus. So, jumlah dia daripada Januari sampai Jun 2025, kita jumlah ada - daripada ASEAN ada 15,086,604
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
orang. Pada tahun yang sama, Januari sampai Jun 2024, kita ada 13,058,421 orang. Kita naik 15.5 peratus.
Namun, bagi tahun hingga – tempoh Januari hingga Jun 2025, ketibaan pelawat daripada pasaran seperti Cambodia dan Vietnam, kita menurun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, banyak lagi?
Dato Sri Tiong King Sing
Sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau panjang, bagi jawapan bertulis.
Dato Sri Tiong King Sing
Ya. Sebelum ini kita sekurangan aktiviti promosi serta kemudahan sampaian yang terhadap daripada kedua-dua negara tersebut ke Malaysia. Oleh itu, kita sekarang sudah jalankan promosi yang mana yang kita mampu, kita boleh pasal kita punya tidak mencukupi peruntukan dan juga kita punya kekurangan pejabat di Vietnam dan Cambodia. Jadi, lain-lain nanti saya akan jawab bertulis. Ada panjang lagi. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tanjong Piai, soalan tambahan.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan, apakah kekangan utama yang memberikan cabaran bagi pihak kementerian dalam memastikan strategi mempromosi sektor pelancongan negara sedia ada yang menyebabkan negara jiran seperti Thailand dan Vietnam lebih menarik minat pelancong daripada negara ASEAN yang lain berbanding Malaysia serta apakah pendekatan intervensi pihak kementerian dalam mengatasi isu ini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tanjong Piai. Jadi, kita memang — MOTAC bersedia menjalankan promosi dan kempen. Termasuklah kita [Tidak jelas] di seluruh dunia ini. Tetapi masalahnya, kita memang tertakluk kepada kewangan ataupun bajet bersedia. Walau bagaimanapun, kita sudah bersedia berbincang sama Kementerian Kewangan, kita bersama-sama akan mencari dana ataupun sumber mana kita yang mampu.
Contoh, macam di Vietnam. Kita ada pejabat di Ho Chi Minh tapi Ho Chi Minh kalau pergi Hanoi, ada lebih - 1,500 lebih kilometer. Kita tiada pejabat sana, memang kekurangan kempen. Kita sekarang dalam agensi kita, kementerian kita, kita berbincang macam mana kita struktur balik semula. Kemungkinan kita akan lantik pejabat wakil ataupun representative offices di negara - di provinces-provinces masing-masing. Kita menjalankan promosi dan juga kita mahu cari - paling mustahak, bajet mesti mahu sedia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, tekan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Malaysia mempunyai keunikan seni dan warisan yang tidak terdapat di mana-mana negara, hasil dari kepelbagaian bangsa yang hidup secara aman.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Mengambil kira Malaysia yang kini menjadi Kepengerusian ASEAN, soalan saya.
Apakah dasar khusus kementerian bagi memperkukuh pelancongan rentas sempadan antara negeri-negeri yang bersempadan dengan negara ASEAN seperti Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak? Adakah kementerian mempunyai pelan komprehensif yang merangkumi pembangunan infrastruktur, pelancongan bertaraf antarabangsa serta pelaksanaan promosi bersama dengan negara jiran yang dapat memberi limpahan ekonomi secara langsung kepada komuniti setempat, khususnya usahawan kecil dan sederhana. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat dari mana? Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Kedah. Tadi persoalkan mengenai isu infrastruktur itu dinaik taraf. Kalau boleh Yang Berhormat banyak kali saya sudah jawab mengenai infrastruktur itu dinaik taraf kita mesti memperbincang sama kerajaan negeri. Jadi bila kerajaan negeri bersetuju boleh bawa — Sudah banyak perkara kerajaan negeri daripada Kelantan sudah bawa kepada kita MOTAC. Kita pun sudah banyak peruntukan kita sudah dibantu. Kalau kita nak detail itu nanti saya boleh sediakan kasi sama Yang Berhormat maklumat kepada kita.
Mengenai promosi sama juga kita kerajaan negeri mestilah bekerjasama industry player kita bersedia pakej-pakej yang bersedia yang ada kita boleh bersama-sama. Selalu kita pergi promosi kita ada jemputan kepada negeri-negeri bersama-sama tapi saya minta maaflah Kelantan selalu tidak hadir bersama-sama pergi promosi di luar negara. Ini lah jadi satu isu. Kalau boleh tolong sampaikan Exco di Kelantan. Kita marilah bersama-sama berkongsi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Ahli Parlimen Cameron Highlands ada nak bertanya satu benda. Okey, Tahun Melawat Malaysia 2026 pihak Parlimen Cameron Highlands bercadang untuk mempromosikan Cameron Highlands. MOTAC boleh bantu?
[Dewan riuh]
Dato' Sri Tiong King Sing
Yang Berhormat.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, cadangan daripada Tuan Speaker memang kita akan bantu mana kita boleh daya upaya.
Mesti kita bantu Cameron.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Amin, ya rabbal al alamin.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikut, Majlis ke soalan yang kelapan. Mempersilakan Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dato' Speaker soalan saya nombor 8.
8. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Pendidikan menyatakan terdapat perancangan kementerian untuk membaik pulih sekolah-sekolah di WP Labuan terutamanya sekolah berasrama penuh Labuan (Sekolah Menengah Sains Labuan) di mana terdapat fasiliti yang usang dan tidak kondusif untuk digunakan oleh pelajar lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Labuan. Kementerian Pendidikan sentiasa komited dan berusaha memastikan peruntukan penyelenggaraan diagihkan dengan adil dan juga sewajarnya kepada semua sekolah kerajaan — kepada semua sekolah KPM termasuk sekolah berasrama penuh.
Untuk maklumat Yang Berhormat sehingga Julai 2025 Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan institusi pendidikan sebanyak RM5.89 juta bagi 21 buah sekolah kerajaan di Parlimen Labuan termasuklah sekolah berasrama penuh. Selain itu penyaluran sumbangan bantuan penyelenggaraan sebanyak RM350,000 bagi enam buah sekolah bantuan kerajaan telah pun disalurkan. Kesemua penyaluran peruntukan ini adalah bagi kerja-kerja pembaikan dan juga penyelenggaraan, termasuklah inisiatif khas penyelenggaraan kantin dan musala tahun 2025 khusus bagi Sekolah Menengah Sains Labuan.
Pada tahun 2024, Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan institusi pendidikan sebanyak RM1.137 juta kepada Sekolah Menengah Sains Labuan bagi kerja-kerja penyelenggaraan termasuk kerja pembaikan dan juga penyelenggaraan.
Seterusnya, bagi tahun 2025 setakat bulan Julai Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM47,828 bagi kerja penyelenggaraan tangki air dan juga sistem pam kumbahan bagi Sekolah Menengah Sains Labuan. Sekian terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapannya. Terima kasih juga kerana menyebut memaklumkan tentang banyaknya peruntukan yang diberikan kepada sekolah- sekolah di Labuan. Walau bagaimanapun bila saya melihat kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi ia tidak menunjukkan perbelanjaan sebenar bila mana masih banyak sekolah termasuk sekolah berasrama penuh yang masih mengalami pelbagai kekurangan.
Minggu lepas saya mendapat video klip daripada Sekolah Bebuloh yang mana pelajarnya daripada kelas ke kantin terpaksa pakai khemah hanya untuk menyeberang. Saya mintalah kalau boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri berapakah peruntukan dalam RMK13 yang disediakan oleh pihak kementerian bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan. Itu saya sahaja berminat nak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Labuan. Berkenaan dengan bahagian pertama soalan adalah berkenaan dengan sekolah berasrama penuh di Parlimen Labuan adalah Sekolah Menengah Sains Labuan. Suka saya nyatakan di sini bahawa berkenaan dengan peruntukan
Tuan Wong Kah Woh
penyelenggaraan yang saya sebut tadi tahun 2024 RM1.137 juta, tahun 2025 setakat ini RM47,828.
Kedua-dua peruntukan ini adalah seperti yang dipohon oleh pihak Sekolah Menengah Sains Labuan. Ada dua permohonan lagi yang belum lagi diluluskan tetapi kedua- dua permohonan itu adalah berkaitan dengan — kita telah pun memohon lebih banyak dokumen sokongan daripada pihak Sekolah Menengah Sains Labuan untuk kita menyalurkan ataupun meluluskan peruntukan. Itu satu.
Nombor dua berkenaan dengan peruntukan yang telah pun disalurkan melalui Rolling Plan. Sebenarnya ada banyak bagi Parlimen Labuan. Izinkan saya untuk menyebut untuk RP5, Rolling Plan 5. RMK12 Rolling Plan 5 tahun 2025 Pembinaan Semula Kantin dan Bangunan Tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan, RM14 juta dalam status pra bina. RMK12 RP5 tahun 2025 Menaik Taraf Peralatan Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, RM350,000.
RMK12 RP5 (2025) Menaik Taraf Peralatan Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah kebangsaan, RM300,000. RP5 juga Menaik Taraf Peralatan Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas di dua buah sekolah, RM60,000. Saya ada satu senarai lengkap Dato' Yang di- Pertua. Nanti saya akan bagi secara lengkap kepada Yang Berhormat Labuan berkenaan dengan projek-projek yang telah diluluskan khasnya di bawah RMK12.
Bagi RMK13 sekarang pihak KPM telah pun mengemukakan cadangan-cadangan.
Kesemua cadangan itu adalah tertakluk kepada keutamaan dan juga situasi kewangan negara pada ketika ini. Sekian terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat sebelah kanan. Labuan adalah sebelah kiri. Sebelah kerajaan tidak ada soalan saya akan pindah. Silakan Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Ya terima kasih Dato' Speaker. Saya ingin bertanya berkenaan dengan bangunan IBS. Umum mengetahui bangunan IBS ini mempunyai jangka tempoh masa apa nama — lima tahun, enam tahun perlu dibaik pulih semula. Apakah perancangan pihak kementerian apabila tamat tempoh bangunan IBS ini untuk membina blok-blok bangunan baharu di sekolah-sekolah terutamanya yang di pedalaman Sarawak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar atas persoalan berkenaan dengan IBS. Konsep IBS digunakan Dato' Yang di-Pertua adalah bagi kes-kes yang mana selalu kita menggunakan konsep IBS adalah untuk kes-kes yang memerlukan tindakan segera dan juga satu impak yang segera untuk menampung keperluan di sekolah masing-masing.
Dan, sememangnya untuk IBS ini dia tidak sependek lima hingga enam tahun, dia lebih panjang. Walau bagaimanapun IBS ini bagi pihak KPM merupakan satu konsep yang baik dalam menangani isu sama ada kepadatan sekolah atau menangani isu sekolah daif yang mana sekiranya kita hendak ada satu blok tambahan. Walau bagaimanapun untuk
Tuan Wong Kah Woh
pembinaan secara konvensional seperti yang kita selalu sebut dalam Rolling Pelan, sememangnya itu memang dalam rancangan KPM juga. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semakan telah mengetahui bahawa Yang Berhormat Kalabakan tidak dapat hadir. Ada urusan di luar. Saya ke majlis, majlis ke soalan yang ke 10 mempersilakan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Yang Berhormat Pasir Puteh. Silakan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan keselamatan maritim dan keseimbangan strategik Malaysia tidak terancam dengan perkembangan pakatan AUKUS yang akan membawa kapal selam berkuasa nuklear beroperasi di perairan rantau ASEAN, termasuk kawasan berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh atas soalan yang dikemukakan. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan mengambil serius perkembangan Pakatan AUKUS, Australia, United Kingdom dan juga Amerika Syarikat khususnya berkaitan rancangan pengoperasian kapal selam berkuasa nuklear di rantau Asia Tenggara termasuk di zon maritim Malaysia.
Pendirian Malaysia berhubung AUKUS adalah konsisten bahawa AUKUS menimbulkan kegusaran kerana dikhuatiri boleh menggugat keamanan dan kestabilan di rantau Asal Tenggara terutamanya di Laut Cina Selatan. Kerjasama ini dilihat berpotensi mencetus provokasi kepada kuasa-kuasa lain untuk bertindak lebih agresif, seterusnya meningkatkan ketegangan dan risiko silap perhitungan.
Bagi memastikan pakatan AUKUS ini tidak memberi kesan negatif kepada negara di rantau ini, Kementerian Pertahanan melaksanakan sesi libat urus secara konstruktif dengan negara-negara AUKUS melalui saluran diplomatik serta pertemuan dengan rakan sejawat di platform dua hala dan juga pelbagai hala. Itu saja jawapannya Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Dato’ Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang ringkas.
Apa pun saya ingin mengemukakan satu persoalan, saya kira persoalan bersama kita tentang kedudukan keselamatan negara.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
AUKUS adalah satu pakatan yang terdiri daripada tiga negara, dua negara saya kira tidak menimbulkan apa-apa permasalahan bagi kawasan perkitaran. Namun, apabila adanya Amerika Syarikat, dia biasanya Amerika Syarikat ini pendekatan dia adalah pendekatan peperangan, bukan pendekatan rundingan dan seumpamanya sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah.
Justeru itu saya ingin bertanya, sejauh mana sikap Kerajaan Malaysia pada hari ini dengan timbulnya isu yang sangat besar di negara-negara lain berpunca daripada Amerika, sejauh mana kerajaan mengambil pendekatan untuk mengadakan satu hubungan ketenteraan dengan negara-negara lain seperti Rusia, China, Jepun dan di blok kawasan timur ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh atas soalan tambahan. Puan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kita sebagai negara berkecuali, kita menggunakan kita punya diplomasi pertahanan sebagai teras penting kita dalam kita menjalinkan hubungan dengan negara-negara pertahanan yang lain kerana sepertimana yang disebut oleh Pasir Puteh, perkara paling asas yang kita mahu adalah kita harus pastikan bahawa keupayaan pertahanan masa hadapan kita boleh menjaga kedaulatan dan keamanan negara kita, itu perkara paling asas.
Jadi, kalau macam tadi disebut walaupun disebut dengan negara-negara ini, tapi kita ada forum-forum lain. Contohnya macam Five Defence Arrangements kita (FPDA), Five Power Defence Arrangements kita. Jadi, melalui pertemuan ini juga kita boleh menyampaikan mesej-mesej kita atau perkara-perkara yang terkait dengan konflik-konflik yang terkait dengan sama ada Laut China Selatan ataupun yang terkait dengan ASEAN itu sendiri.
Dan saya fikir dalam konteks ASEAN juga, kita memanfaatkan upaya kita dalam ASEAN untuk pastikan bahawa rantau kita ini, sepertimana yang kita tahu untuk makluman Pasir Puteh, ini adalah rantau yang paling aman dalam dunia. Jadi, model yang kita gunakan melalui diplomasi kita adalah satu model yang cukup baik.
Sepatutnya dunia boleh menjadikan kita sebagai satu contoh yang terbaik dalam kita memastikan bukan sahaja rantau ini aman, tetapi yang paling penting adalah dunia itu juga harus aman. Sebab itu macam tadi disebut oleh Pasir Puteh, kebimbangan kepada kuasa- kuasa besar, tetapi bagi kita sama ada kuasa besar itu di Timur mahupun di Barat, tetapi diplomasi adalah perkara paling teras dalam memastikan keamanan dalam negara kita, itu antara perkara yang ingin saya jawab.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sedikit laluan, bukan nak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak boleh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya nak mengalu- alukan kehadiran rakan-rakan daripada PAWE dan warga emas Putrajaya. Sekian, terima kasih.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.
Soalan saya, soalan 11.
11. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bakat dan kepakaran perlu dititikberatkan dalam memastikan kemampanan ekosistem hidrogen terutama dalam aspek pembangunan teknologi dan infrastruktur hidrogen di Malaysia. Apakah perancangan dalam memastikan aspek sumber manusia tempatan dapat memenuhi keperluan industri.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat PJ yang tanya soalan tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, MOSTI melihat Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen ataupun HETR sebagai landasan yang menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Dasar Tenaga Negara. Pembangunan teknologi dan infrastruktur dalam negara perlu diimbangi dengan pembangunan bakat dan kepakaran tempatan bagi memastikan ekosistem hidrogen yang lestari.
Teras strategik keempat dalam dokumen HETR menggariskan pembangunan kapasiti dan peningkatan keupayaan, capacity development and capability enhancement dengan izin. Maka, sasaran jangka masa pendek HETR iaitu sehingga tahun 2030 ialah supaya Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri meneraju pembangunan pengetahuan dan kemahiran yang berterusan bagi memenuhi jangkaan keperluan tenaga kerja pada masa depan.
Inisiatif pembangunan bakat akan menghasilkan tenaga pakar dan pengajar merangkumi rantaian nilai hidrogen daripada penjanaan, penukaran, pengangkutan, penyimpanan hingga kegunaan akhir. HETR mensasarkan 8,000 hingga 45,000 peluang pekerjaan baru di dalam sektor tenaga bersih akan diwujudkan menjelang tahun 2030.
Setakat ini dianggarkan seramai 1,500 bakat telah tersedia dalam ekosistem hidrogen tempatan.
Sebagai contoh, MOSTI melalui Nano Malaysia Berhad telah menumbuhkan Makmal Hidrogen Elektrik Vehicle Battery atau HEBATT di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. HEBATT akan bertindak sebagai pusat pembangunan teknologi terkini berkaitan hidrogen termasuklah sistem penjanaan hidrogen keadaan pepejal, membran untuk electrolyzer dan pemangkin skala nano untuk penguraian molekul air kepada hidrogen dan oksigen menggunakan tenaga suria tanpa electrolyzer. Inisiatif ini dapat merangsang pembangunan bakat menerusi penyelidikan dan inovasi ekonomi hidrogen serta memperkukuh pemindahan teknologi hidrogen melalui kerjasama strategik bersama institusi penyelidikan termasuk universiti dan pemain industri tempatan. Nano Malaysia Berhad juga memacu pengkomersialan teknologi komponen sistem hidrogen berdasarkan prinsip “build-some, buy-some” dengan izin.
Program Hidrogen Eco Nano My mendorong jalinan kerjasama strategik di kalangan pihak universiti, institut penyelidikan tempatan dan industri. Melibatkan interaksi antara penyelidik dengan jurutera bagi peralihan teknologi daripada peringkat makmal kepada aplikasi di industri.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Sarawak juga tidak ketinggalan membangunkan pusat latihan yang menawarkan kursus berkaitan hidrogen. Sarawak Skills melalui kerjasama strategik bersama institusi di negara China menyediakan kepakaran teknologi hidrogen global. Program yang dibangunkan memberi tumpuan kepada teknologi piawaian keselamatan dan amalan pengendalian kenderaan sel bahan api hidrogen, selari dengan peralihan kerajaan negeri kepada sumber tenaga lebih bersih dan lestari. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Malim.
Puan Yang di-Pertua, saya percaya salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh MOSTI dalam industri hidrogen ialah pembangunan Stesen Pengisian Semula Hidrogen Mudah Alih ataupun Mobile Hydrogen Refueling Station (MHRS). Bagaimanakah pembangunan ini dapat membantu industri hidrogen dalam negara kita? Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. MHRS ini, Mobile Hydrogen Refueling Station yang diterajui oleh Nano Malaysia Berhad (NMB) dan juga Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) telah mengadakan satu projek perintis di Putrajaya. Itu adalah lokasi pertama yang kita telah menggunakan sebagai projek perintis yang kita akan membahagikan kepada dua fasa.
Fasa pertama untuk kenderaan persendirian, yang kedua adalah untuk bas dan lori komersial. Setakat ini, usaha pembangunan kenderaan awam berteknologi hidrogen adalah di dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan masih di fasa demonstrasi di Putrajaya.
Tuan Chang Lih Kang
MHRS ini boleh dipindah dengan mudah ke lokasi yang berbeza dan untuk menyokong pelaksanaan ujian tempatan dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, MHRS ini dia boleh memberikan — membolehkan sorry, membolehkan semua negeri terlibat dalam rantaian nilai ekonomi hidrogen ini dan dengan adanya hidrogen refilling station dengan izin, kita boleh melibatkan kerajaan-kerajaan negeri dalam semua rantaian nilai hidrogen.
Termasuk bekalan hidrogen, pengeluaran hingga ke penggunaan akhir untuk memastikan penglibatan yang adil di semua lokasi dan juga negeri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Persaingan yang kuat antara negara-negara serantau dalam mengejar bakat-bakat dan juga kepakaran yang dihasilkan negara. Migrasi bakat bakal menjadi ancaman kepada usaha negara menghasilkan bakat-bakat kepakaran ini sekiranya mereka lebih tertarik dengan tawaran negara lain.
Sejauh manakah persiapan pihak industri dalam negara dalam mengekang situasi yang mungkin berlaku ini dan setakat ini di manakah kedudukan Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain dalam persaingan untuk memperkasakan teknologi hidrogen ini? Apakah langkah-langkah diambil kerajaan dalam memperkasakan kedudukan
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
negara dalam kalangan negara-negara ASEAN dalam industri ini? Terima kasih Yang Berhormat,
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai memang satu isu yang sangat penting. Bakat, pembangunan bakat. Sebenarnya di dalam sekarang kita ada satu kedudukan GII - Global Inovasi Indeks. Global Innovation Index, di mana Malaysia berkedudukan di tangga ke-33, nombor dua di rantau ini iaitu rantau ASEAN dan kita berada di kedudukan yang baik.
Dan, teknologi hidrogen ini, kita telah mengambil kesempatan ini untuk kita menjadi salah satu pioneer, negara pioneer dalam membangunkan teknologi hidrogen ini dan ini — sebab kita ada kelebihan dari segi tenaga suria dan juga tenaga hidro, terutamanya di Sarawak. Dan setakat ini kita sedang giat membangunkan ekosistem supaya sekiranya kita sudah melatih bakat kita, kita akan ada satu industri yang boleh menyokong bakat-bakat kita supaya mereka tidak akan keluar dari negara kita. So, dia untuk orang kata retain talent dengan izin, dia bukan saja tengok dari segi gaji tetapi juga tengok dari segi peluang dalam ekosistem.
Sekiranya kita tidak mula untuk membangunkan ekosistem sekarang, pada masa lima, sepuluh tahun akan datang, walaupun kita ada bakat yang boleh menyumbang kepada ekosistem ini, tetapi kita tak cukup peluang pekerjaan. Itu sebabnya kita perlu mulakan pembangunan ekosistem sekarang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan nombor 12, Yang Berhormat Machang tak ada dalam dewan. Jadi, saya jemput Dato’ Ngeh Koo Ham, Beruas.
[****Soalan No. 12** – YB. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Machang) tidak hadir]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 12.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
13, mohon maaf.
13. Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah bilangan tenaga buruh yang diperlukan untuk sektor perladangan terutamanya sawit dan getah dan berapakah kuota pekerja asing diberikan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa prihatin dan komited untuk memastikan keperluan guna tenaga di sektor perladangan sentiasa mencukupi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi secara optimum. Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030
(DAKN2030) melalui teras dasar produktiviti telah menggariskan pengiraan intensiti buruh di ladang adalah berdasarkan nisbah keluasan tanah kepada buruh.
Bagi subsektor sawit, nisbahnya adalah lapan hektar tanah kepada satu buruh 8:1, manakala untuk subsektor getah juga, nisbahnya ialah 4 hektar tanah kepada satu buruh.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
Sektor agrikomoditi terutamanya industri perladangan sawit merupakan sektor yang sangat bergantung kepada tenaga kerja asing yang mana lebih daripada 70 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di sektor ini adalah terdiri daripada pekerja asing. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja di sektor ini adalah bersifat 3D iaitu dirty, dangerous and difficult yang menyebabkan sektor ini kurang diminati oleh warga tempatan.
Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga 30 Jun 2025, jumlah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) aktif bagi sektor perladangan adalah sebanyak 258,153 orang.
Jumlah ini masih tidak mencukupi dan pihak industri melaporkan masih terdapat keperluan tambahan guna tenaga sebanyak 30,000 hingga 40,000 orang, mengambil kira pekerja asing yang telah pulang ke negara asal kerana tamat tempoh permit. Bagi mengatasi isu kekurangan tenaga kerja tersebut, kerajaan telah memberi kelulusan khas permohonan kuota penggajian pekerja asing secara case by case basis untuk sektor perladangan.
Sehingga 9 Julai 2025 sepanjang 434 syarikat melibatkan lebih 34,000 kuota telah disyorkan untuk kelulusan dan dengan adanya kelulusan khas tersebut ia nya dapat menampung kekurangan tenaga kerja dan sekali gus dapat meningkatkan produktiviti dan hasil negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan.
Soalan tambahan saya ialah saya difahamkan kerajaan berniat untuk menurunkan peratusan tenaga kerja di Malaysia bagi warga asing diturunkan daripada 15 peratus kepada 10 peratus menjelang tahun 2030 tetapi saya, daripada taklimat ini diberikan oleh mereka dalam industri dengan izin, mechanization ataupun menggunakan jentera-jentera untuk mengganti pekerja buruh dalam sektor perladangan tidak begitu berjaya sampai hari ini.
Jadi, adakah Kementerian Perladangan akan berbincang dengan kerajaan supaya polisi untuk mengurangkan tenaga kerja buruh asing daripada 15 peratus kepada 10 peratus mesti dilaksanakan mengikut keadaan? Kalau tidak, industri perladangan kita akan lumpuh.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas untuk membawa pandangan beliau untuk isu ini dan memang, dalam RMK13, kerajaan bercadang untuk mengurangkan kebergantungan tenaga pekerja asing daripada 15 peratus kepada 10 peratus daripada jumlah keseluruhan guna tenaga di Malaysia ini. Dan untuk Kementerian Perladangan dan Komoditi, kita berpendapat bahawa selagi KPK, yang sektor perladangan ini dia melibatkan kerja 3D, okay, dirty, dangerous and difficult. Sektor perladangan ini kita rasa akan perlukan tenaga kerja yang memenuhi kehendak pekerjaan yang tersebut.
Cuma pada masa yang sama kita juga melakukan latihan TVET untuk cuba menarik generasi muda tempatan untuk menceburi dalam bidang tersebut. Cuma pada masa yang sama, yang penting sekali itu kita kena memastikan produktiviti perladangan tidak terjejas akibat kekurangan tenaga kerja asing. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semalam, kelmarin, MP Kota Bharu ada bercerita tentang isu rumah peladang kita khususnya daripada kaum India.
Kalau ada pelan induk pembangunan untuk masyarakat Cina, kenapa tidak ada pelan induk pembangunan masyarakat India yang khusus di peringkat ladang kerana mereka adalah pekerja ladang yang kata Menteri tadi untuk tidak mengganggu ekosistem perladangan ini bila kita buang pekerja asing, kita kurangkan pekerja asing maka pekerja, ia perlu diganti. Sebab itu saya bertanya, apakah ada satu tindakan yang holistik untuk kita pastikan adanya pelan pembangunan khususnya untuk masyarakat India di ladang, satu dan keduanya, apakah perkara itu telah dinyatakan di dalam RMK13?
Datuk Chan Foong Hin
Ya, okey, terima kasih. Soalan saya sebut tidak berkaitan dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 18 Ogos 2025.”
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Pasir Gudang, YB Langkawi, YB Hulu Langat, YB Pasir Salak, YB Jempol, YB Bukit Gantang, YB Baram, YB Arau, YB Ranau, YB Jasin, YB Balik Pulau, YB Lumut dan YB Saratok. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang untuk berucap. 12 minit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang kepada Pasir Gudang membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Puan Speaker, Perdana Menteri dalam ucapannya dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada 31 Julai 2025 telah menyatakan di perenggan nombor 261 teks ucapan beliau seperti berikut. Perdana Menteri berkata, “Kita ingin beranjak daripada konsep penyelesaian berasaskan kaum kepada konsep penyelesaian berasas keperluan sebenar”.
Secara peribadi, saya menyokong konsep penyelesaian berasaskan keperluan sebenar yang ingin dibawa oleh kerajaan sekarang ini bermula dengan RMK13.
Kenapa saya menyokong? Saya melihat bukti nyata konsep penyelesaian berasaskan kaum sejak negara kita merdeka, sejak Dasar Ekonomi Baru bermula tahun 1971
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
sehingga 1990 dan lain-lain dasar ekonomi berikutnya sehinggalah sekarang, saya lihat pada umumnya ternyata telah gagal.
Buktinya, mengikut data Jabatan Perangkaan tahun 2023, kaum bumiputera menjadi golongan rakyat paling ramai miskin mutlak di mana pendapatan bulanan di bawah RM2,589.
Ramai terdiri pada kaum bumiputera, iaitu sebanyak 85.2 peratus. Orang India pun ramai yang miskin mutlak. Peratusnya 9.4, bumiputera 85. Kaum Cina pun ada yang miskin mutlak, peratusannya 3.9 peratus. Kaum lain-lain sebanyak 1.5 peratus.
Puan Speaker, bukti lain penyelesaian berasaskan kaum telah gagal seperti berikut; Rakyat Bumiputera merupakan 70 peratus penduduk negara ini. Saya ambil contoh, rakyat bumiputera yang majoritinya Melayu di tiga buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Unfederated Malaya States, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, paling ramai berada dalam kemiskinan.
Ini data daripada statistik kependudukan Jabatan Perangkaan pada tahun 2023. 96.6 peratus individu bumiputera di Kelantan berada dalam kemiskinan iaitu seramai 1.74 juta orang. Manakala di Terengganu, 97.6 peratus individu bumiputera di Terengganu berada dalam kemiskinan iaitu seramai 1.13 juta orang. Manakala di Kedah, seramai 1.67 juta orang di Kedah, individu bumiputera berada dalam kemiskinan iaitu peratusannya 80.5 peratus. Di Borneo, Puan Pengerusi, di Sabah yang akan ada pilihan raya tak lama lagi, 88.9 peratus, hampir 89 peratus individu bumiputera berada dalam kemiskinan seramai 2.36 juta.
Jadi apabila dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini, Kerajaan Persekutuan ingin beranjak kepada konsep penyelesaian berasas keperluan sebenar bukannya berasaskan kaum, maka saya anggap ini adalah satu langkah reformasi ekonomi yang baik. Satu langkah ke depan yang betul dan berani.
Konsep baru ini saya percaya akan turut menyelesaikan 9.4 peratus kaum India yang berada dalam kemiskinan mutlak termasuk seperti yang datang ke Parlimen semalam, ratusan pekerja-pekerja ladang di seluruh Semenanjung, ramainya rakyat kaum India kita, sampai sekarang tak ada rumah. Jadi perlu dibela di bawah pendekatan penyelesaian ekonomi bukan melalui kaum tapi keperluan. Apa keperluan mereka? Iaitu mereka nak rumah. Negara kita dah merdeka lebih 70 tahun. Saya juga percaya bukan semua orang Cina ini kaya. 3.9 peratus, hampir 4 peratus yang miskin. Begitu juga kaum-kaum lain.
Puan Speaker, apakah kaitannya apabila kerajaan hendak beranjak kepada dasar penyelesaian ekonomi secara keperluan need-based, bukan lagi perkauman? Adakah ini bercanggah dengan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan yang biasa disebut affirmative action yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu? Kalau kita baca Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153 Perlembagaan ini, Puan Speaker disebut pada 153, Fasal 1 menyatakan bahawa — untuk tidak silap saya baca. Izinkan ya Pengerusi.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah...”, saya ulang, “...Kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”. Ini bermakna,
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
dasar affirmative action di bawah Perkara 153 ini untuk rakyat keseluruhannya bukan hanya untuk kaum Melayu sahaja tetapi juga untuk anak-anak bumiputera di Sabah, di Sarawak perlukan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dan, dasar affirmative action 153 ini perlu dikekalkan dan begitu juga melindungi kepentingan kaum-kaum yang lain. Kaum Cina, kaum India yang miskin, yang taikun-taikun itu tak perlu. Yang miskin ini. Ya, Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Satu perbahasan yang sangat menarik. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau Orang Asli juga dimasukkan dalam Peruntukan 153 ini sebab memang tidak ada di situ. Dan, adakah Yang Berhormat juga terkilan kenapa Orang Asli ini tidak dimasukkan sama hak dengan orang Melayu dan bumiputera anak negeri Sabah dan Sarawak?
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh sambung sedikit?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, silakan, silakan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Pasir Gudang. Melihat isu kemiskinan ini melebar di seluruh negara, melibatkan bumiputera.
Apakah Yang Berhormat mungkin terfikir untuk Yang Berhormat mencadangkan di Dewan ini untuk kita mewujudkan satu jawatankuasa khas di kalangan Ahli-ahli Parlimen membantu kerajaan mencari pendekatan, bagaimana untuk menyelesaikan isu kemiskinan ini secara total. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih YB. Tuaran dan YB.
Kinabatangan. Ya, itu sudah sampai masanya dengan pendekatan yang kerajaan mulakan ini, saya percaya bukan ini satu sandiwara atau retorik naratif, tidak. Ini ada kesungguhan.
Dalam hal ini saya sokong, pendekatan kerajaan yang ingin memulakan pendekatan need based. Perkara 153 ini kita perlukan untuk menolong bukan orang Melayu sahaja, yang kita nak tolong orang Melayu ini ialah yang 80 peratus miskin itu. Bukan taikun-taikun usahawan Melayu yang bukan usahawan, dia hanya jadi alat sahaja. Bersekongkol. Negara ini, kalau kita lihat yang benar-benar dapat keistimewaan 153 bukan rakyat Melayu yang susah, bukan anak-anak Sarawak, bukan Orang Asli, bukan anak-anak negeri Sabah, tetapi yang dapat ialah mereka yang control misalnya syarikat IPP (independent power producer). Dia jual elektrik kepada TNB dan TNB nak naikkan harga elektrik sekarang ini. Itu satu, itu.
Jadi, merujuk kepada persoalan Tuaran dan juga Kinabatangan tadi, saya percaya memang tak kena, something wrong iaitu kaum bumiputera, Orang Asal, Orang Asli di Semenanjung ini tidak dimasukkan dalam Perkara 153 untuk menikmati kedudukan istimewa sedangkan mereka, Orang Asli. Sebab –– saya landing dalam satu minit ini. Orang Asli Semenanjung ini, di bawah tafsiran Perlembagaan 160, tafsiran Perlembagaan, mereka bukan orang Melayu. Jadi, mereka tidak menikmati hak kedudukan istimewa di bawah 153.
Dan pandangan YB. Kinabatangan tadi, iaitu betul, memang sampai waktunya, bipartisan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, kita sama-sama selesaikan untuk
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
negara ini. Saya sayangkan bangsa saya orang Melayu, tapi selama ini hampir 70 tahun dasar yang menggunakan pendekatan kaum, yang untung segelintir saja orang Melayu tapi akhirnya dia dapat faedah itu, syarikat dia pun jatuh, kerajaan kena bail out dan sebagainya, yang susah ini.
Jadi, saya tidak mahu mengambil masa yang lebih. Terima kasih Puan Speaker, saya menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya dan memberi peluang untuk membahas RMK13 yang mana saya mendengar keikhlasan Pasir Gudang tadi. Pasir Gudang telah dengan ikhlas dalam Dewan ini dan juga podcast- podcast yang saya mendengar, beliau membuka, secara terbuka dan ini juga memberi sokongan. Dan kita, mengambil maklum juga. Inilah yang diperjuangkan oleh Pagoh semasa beliau bercakap berhubung dengan RMK13.
[Tepuk] . Jadi, dua orang Johor yang memperjuangkan bumiputera ini patut diberi penghormatan setinggi-tingginya. Saya juga bersetuju, kemiskinan mutlak yang disebutkan oleh Pasir Gudang tadi, 85.2 peratus, yang lain di bawah sembilan peratus dan kemiskinan mutlak ini dimonopoli oleh orang-orang Melayu. Maka apa yang dibincangkan oleh di pihak kami ini, maka ada kebetulannya dan sekiranya selepas ini ada lagi yang bangun untuk challenge sekiranya kita bercakap soal bumiputera, saya rasa Datuk Speaker perlu memberhentikannya.
Puan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan supaya kita mereformasikan juga RMK13 ini kerana RMK1 sampai ke-13 semenjak 1966, kalau tak salah saya, kita mengadaptasikan daripada Soviet dan kemudian kita ambil daripada India dan kemudian kita perelokkan. Dan maka jadilah RMK1 hingga ke-13 ini. Tetapi saya melihat bahawa RMK13 ini dan kemungkinan ke hadapan ini, agak sukar kita kerana prediction ekonomi sudah menjadi satu perkara yang amat sukar untuk di-predict, dengan peperangan dan sebagainya.
Dan kita perlu, saya rasa merubah sebab kita sekarang ini kalau kita melihat dengan Kerajaan MADANI ini mungkin tak sampai lima tahun, RMK kita lima tahun. Maka saya melihat supaya kita reform-kan, supaya dia panjangkan dan kerajaan mana saja yang mengambil alih, maka RMK ini perlu diteruskan. Secara keseluruhan, terdapat trend peningkatan dalam kadar pertumbuhan KDNK purata tahunan bagi kebanyakan negeri dari RMK11 hingga ke-13 menunjukkan perkembangan ekonomi yang semakin pesat.
Kadar pertumbuhan negeri secara purata berada dalam lingkungan 1 hingga 4.8 peratus pada RMK11, meningkat ketara. Tetapi kita masih melihat bahawa ada perbezaan di antara negeri-negeri yang disebutkan oleh Pasir Gudang tadi. Kelantan ketinggalan di belakang, Terengganu ketinggalan di belakang, Kedah, Perlis, the G four. Dan kita melihat sekiranya dibandingkan dengan negeri-negeri lain, maka tidak ada keadilan dalam RMK ini.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Dan kalau kita melihat RMK13 sekalipun, kalau dibezakan sempadan di antara Kedah dengan Pulau Pinang itu, amat berbeza sekali peruntukannya.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan sikit, Langkawi?
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tak boleh, saya tak cukup masa sat lagi dok bercakap bab––ini.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini ndak demokratik, ini namanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kinabatangan, dia tak bagi laluan.
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Langkawi juga...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini kuku besi.
[Ketawa] .
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...Mempunyai hampir 100,000 penduduk dan menerima jutaan pelancong setiap tahun.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Langkawi, kerajaan negeri juga berperanan untuk memajukan ekonomi negeri masing-masing.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Pulau ini memerlukan perkhidmatan ambulans laut...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak boleh bergantung kepada Kerajaan Persekutuan. Faham?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...sebagai satu keperluan asas kesihatan dan keselamatan yang wajar diberikan keutamaan.
Kami memerlukan ambulans laut, Yang Berhormat. Bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan tetapi juga ada pelancong-pelancong yang jatuh sakit mengalami kemalangan dan kadang-kadang mereka ini terpaksa diletakkan di Hospital Langkawi yang masih lagi dalam proses upgrading. Kami juga memerlukan dialysis centre yang baru kerana sekarang ini kita hanya ada 33 mesin dialisis yang beroperasi di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Jumlah ini amat- amat tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit sedia ada yang semakin meningkat dan kita tidak ada dialysis centre swasta yang dijalankan di Langkawi.
Selain itu, masalah bekalan air juga antara yang masih membelenggu penduduk Langkawi. Buat masa ini, ia hanya mencukupi untuk keperluan penduduk, hotel-hotel dan premis berkaitan di Langkawi. Tetapi ada masanya bekalan tidak mencukupi sehingga menimbulkan rungutan daripada rakyat. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sumber utama bekalan air diperolehi melalui paip dasar laut sepanjang 37 kilometer yang telah pun berumur 45 tahun.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Sebab itu saya pernah mencadangkan supaya kita memikirkan pengangkutan cara lain ke Langkawi contohnya kereta api tak kiralah MRT ke, LRT ke dan kita tidak mahu jambatan yang membawa kereta masuk ke Langkawi. Kita nak kereta api saja yang membawa passenger masuk ke Langkawi dan ini akan menambahkan lagi keindahan ke Pulau Langkawi tersebut. Dan di bawahnya seperti juga jambatan Pulau Pinang, semua kabel-kabel dapat disatukan di bawah landasan tersebut.
Setelah 30 tahun beroperasi, saluran paip ini telah mengalami keuzuran yang begitu teruk. Dan saya dimaklumkan bahawa banyak sekali peruntukan yang diperuntukkan untuk kerja-kerja melengkapi ataupun membaiki kerosakan tempat tersebut.
Tidak lengkap jika saya bercakap soal Langkawi tetapi tidak menyentuh soal nelayan dan pesawah. Golongan nelayan berdepan dengan cabaran pembelian minyak subsidi yang hanya terdapat di jeti LKIM Kampung Penarak. Nelayan dari kawasan jauh Kuala Teriang, Pantai Kok, Kubang Badak dan Teluk Yu terpaksa berlayar sejauh 30 ke 40 kilometer untuk mengambil sejam perjalanan untuk mendapatkan minyak tersebut.
Langkawi mempunyai 28 pangkalan nelayan yang mana hampir semuanya memerlukan kerja-kerja baik pulih jeti bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi nelayan. Muara di pangkalan ini kini didapati menjadi cetek akibat pemendapan lumpur dan aliran sungai. Kerja-kerja pendalaman muara secara berkala bagi memudahkan laluan keluar masuk bot khususnya ketika air surut amat diperlukan dan saya mencadangkan supaya ia nya dimasukkan dalam peruntukan RMK13 ini. Bantuan lain termasuk peralatan penangkapan ikan, proses permohonan lesen yang perlu dibuat secara berterusan dan pemantauan terhadap pencerobohan bot pukat tunda.
Bagi pesawah pula, golongan ini berdepan dengan kekurangan jentera pertanian seperti traktor. Ini menyebabkan ada kawasan yang tidak dapat ditanam padi dua kali setahun. Langkawi memerlukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 traktor bagi menjamin tanaman padi dua kali setahun. Kekurangan jentuai pula menjejaskan proses penuaian.
Selain itu, projek menaik taraf longkang konkrit semua kawasan sawah perlu disegerakan untuk tujuan pengairan. Begitu juga dengan infrastruktur pam air, rumah pam dan kandungan air bagi menyelesaikan isu berbangkit mengenai bekalan air untuk kegunaan sawah di Langkawi seluas 5,000 relung.
Pada masa yang sama saya ingin menyampaikan penghargaan kepada kementerian pertanian melalui BERNAS yang sedang dalam usaha membina kilang padi di Langkawi.
Sebagai rekod, pembinaan kilang ini tertangguh akibat penukaran status yang amat senang diselesaikan status tanah yang masih lagi dibelenggu. Cadangan saya, kementerian pertanian bolehlah membuat pengambilan tanah bagi membina tasik buatan di Ulu Melaka sebagai alternatif menggantikan empangan sedia ada, melaksanakan pengaliran air Sungai Batu Asah ke Sungai Macang bagi mengoptimumkan bekalan air sungai selain mempercepatkan bekalan benih padi pulut dengan tempoh matang singkat iaitu 100 hingga ke 120 hari sahaja.
Selaras dengan aspirasi RMK13 ini, saya juga menggesa kerajaan memberikan elaun tambahan kepada penjawat awam dari luar Langkawi yang berkhidmat di Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Golongan ini perlu berdepan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi termasuk sewa rumah, pengangkutan dan logistik.
Untuk pengetahuan Dewan, perkara ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun semasa beliau di Langkawi. Dalam ucapannya, beliau berkata, “Ini lulus”. Sebab itu pegawai-pegawai kerajaan bertanya kepada saya, Yang Amat Berhormat — ucapan Yang Amat Berhormat itu ke mana? Jadi, saya mintalah kalau boleh Menteri Kewangan dapat melihat perkara ini. Apakah yang terjadi dengan ucapan tersebut?
Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan oleh JPA bersama agensi berkaitan bagi menilai kos sebenar penempatan di pulau ini dan impaknya terhadap kesejahteraan penjawat awam. Seterusnya, elaun wajar diberi berdasarkan kiraan elaun wilayah sedia ada. Bahkan, Kesatuan CUEPACS pernah menyarankan Elaun Kesulitan Khas (EKK) untuk penjawat awam di Langkawi sejak 2016 yang lalu.
Saya nak pendekkan. Langkawi memerlukan scanner. Baru-baru ini semasa membuat pemeriksaan secara rambang, Polis Diraja Malaysia dan Kastam dan Marin telah menjumpai sepucuk pistol yang dibawa oleh bukan tuan punya pistol tersebut. Dan pintu masuk ke Langkawi sekarang ini tidak ada scanner dan ini amat berbahaya kecuali di airport sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, sila gulung.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Dato’ Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya nak beri peluang kepada Kinabatangan yang nak tanya saya tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah keluar ya.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Dah keluar dah? Satu perkara lagi, Yang Berhormat Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya nak bertanya KKR, Kementerian Kerja Raya. Pada 2007, saya melihat semasa the late Tun Samy Vellu pernah membentang blueprint pelaksanaan rangkaian jalan raya Malaysia RMKe-9 dan saya melihat blueprint tersebut cukup baik dan selepas itu tidak ada lagi dah blueprint yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya. Jadi saya nak bertanya, apakah blueprint ini dikeluarkan semasa — waktu RMK13 ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Datuk Yang di-Pertua, akhir sekali kita juga bersimpati. Saya selaku Pengerusi Tetap Bersatu Malaysia bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga Pandan, Yang Berhormat Pandan dan kami mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak akan berlaku kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam rahmah. Terima kasih, Timbalan Speaker di atas kebenaran kepada saya untuk membahaskan soal berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kira-kira dua minggu yang lalu.
Yang pertamanya, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Saya mengharapkan kepada Kerajaan MADANI ini agar Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini supaya ia nya sampai kepada seluruh masyarakat, warga dan juga rakyat dalam negara kita ini tanpa berlaku ketirisan.
Ini Jelebu, kita nak bagi amaran kepada Kerajaan MADANI, kepada Kerajaan Perpaduan ini. Maksudnya, apa yang dibentangkan ini kita mahu dia sampai, telus, bertanggungjawab, amanah, berintegriti. Maksudnya peruntukan ini, bajet ini wajib sampai kepada seluruh masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini tanpa mengira di mana kedudukannya, tanpa mengira apa agama, apa warna kulit, apa keturunan dan juga apa warna parti politik kamu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itulah dia Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan yang menjadi pemerintah pada hari ini walaupun tadi Langkawi menyebutkan persoalan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini tak sampai: dia kata sebab kerajaan yang ada pada hari ini berbaki lebih kurang dua tahun tiga bulan ataupun dua tahun empat bulan sahaja.
Jelebu, kalau nak Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini sampai kepada fasa ataupun penggal tahun depan, maksudnya kena sokong dan juga undi Kerajaan MADANI ataupun Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini.
[Tepuk] Sebab! Saya hendak sebutkan Tampin...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sehingga hari ini alhamdulillah. Bukan kita hendak mendabik dada, tetapi kita hendak menyebutkan bahawa tak ada seorang pun daripada kalangan pimpinan-pimpinan Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI ini yang dapat disabitkan dengan kesalahan mentekedarah, curi, rompak, ragut, samun duit rakyat dalam negara kita ini.
Ini nak memperlihatkan kepada kita Pasir Gudang bahawa, apa yang kita sebutkan soal berkaitan dengan integriti, soal berkaitan dengan tata kelola, soal berkaitan dengan amanah dapat dipraktikkan oleh Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI yang ada pada hari ini. Sebab itu kita nak bagi amaran kepada Perdana Menteri, kita nak bagi amaran kepada menteri-menteri bahawa kita mahu supaya Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, dia sampai dan dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat dan juga rakyat yang terdapat di dalam negara kita pada hari ini.
Yang pertamanya, saya hendak menyebutkan persoalan berkaitan dengan: saya hendak menyebutkan persoalan berkaitan dengan khutbah yang hari ini kita lihat, saya ingin
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
mencadangkan kepada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri kalau boleh, khutbah kita ini seminggu, kalau boleh isi khutbah ini kita membicarakan persoalan berkaitan dengan isu tempatan, isu lokal. Kerana kita hari ini kita melihat terlalu banyaknya isu yang dihadapkan kepada kita warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita pada hari ini.
Kalau boleh saya ingin mencadangkan maksudnya, khutbah-khutbah ini diberikan sedikit keistimewaan kepada khatib ataupun pihak masjid untuk membicarakan, untuk membahaskan, untuk memberikan khutbah persoalan berkaitan dengan isu-isu setempat yang berlaku di satu-satu kawasan ataupun yang berlaku di satu-satu kariah masjid di dalam negara kita ini.
Yang keduanya saya hendak menyebutkan soal berkaitan dengan perpaduan.
Jelebu, dalam negara kita ini ada tiga perkara yang dahulunya biasa kita sebutkan yang kita tidak boleh berkompromi iaitu soal berkaitan dengan pendidikan tak kiralah kamu orang kaya kah, kamu orang sederhana kah, kamu orang miskin kah, kamu orang susah kah, persoalan berkaitan dengan pendidikan ini kita kena bagi soal berkaitan dengan pendidikan ini kepada anak-anak kita.
Yang keduanya soal berkaitan dengan keselamatan. Ini persoalan yang kita sama sekali tidak boleh berkompromi soal berkaitan dengan keselamatan dalam negara kita ini.
Yang ketiganya persoalan berkaitan dengan soal berkaitan dengan kesihatan. Tadi pendidikannya, keselamatannya kemudian kesihatan, dan yang keempat ya Jelebu: saya hendak menyebutkan bahawa ini empat perkara yang kita tidak boleh berkompromi dalam negara kita adalah persoalan berkaitan dengan perpaduan.
Sebab itu soal berkaitan dengan perpaduan ini kalau boleh Tampin, kalau boleh Kampar walaupun kita ada perbezaan ideologi politik, saya ada perbezaan pandangan dengan Pasir Gudang. Saya ada perbezaan pandangan dengan Jelebu, tetapi itu kita letakkan bawah. Soal berkaitan dengan perpaduan ini, kita sama sekali tidak boleh berkompromi, soal berkaitan dengan perpaduan.
Hasil kenikmatan yang dapat kita rasai pada hari ini, kemakmuran, kesejahteraan kehidupan warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita pada hari ini adalah diteraskan berkaitan dengan soal perpaduan. Sebab itu saya hendak menyebutkan bersempena dengan bulan kemerdekaan negara kita yang ke-68 tahun pada tahun ini dengan tema, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Ini tema sambutan bulan kemerdekaan kita pada tahun ini.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya bermula pada tahun ini agar kalau boleh kita meletakkan syarat. Kalau kebiasaannya yang menggantung, yang mengibarkan ataupun yang menaikkan Bendera Jalur Gemilang ini kebiasaannya kita naikkan di agensi-agensi kerajaan, di pejabat-pejabat kerajaan, di sekolah ataupun di premis- premis perniagaan, tetapi pada tahun ini saya ingin mencadangkan agar Jalur Gemilang itu dapat dinaik, dikibarkan di setiap premis kediaman yang terdapat di dalam negara kita ini.
Tak kiralah! Kamu tinggal di kampung kah, kamu tinggal di desa kah, kamu tinggal di rumah teres kah, kamu tinggal di rumah bertingkat kah, kamu tinggal di rumah panjang kah, kamu tinggal di rumah banglo kah, di istana kah, maksudnya kita wajib untuk kita mengibar,
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
untuk kita menaikkan Jalur Gemilang, bendera kebanggaan kita sebagai warga masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita.
[Tepuk] Tak ada yang hendak menyampuk? Sebab saya macam mengah juga ini, macam mengah juga ini masalahnya.
[Dewan ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tunggu juga kalau-kalau andai kata ada yang hendak bangkit, hendak bertanyakan soalan ke, kan. Kalau tak ada, tak jadi masalah!
Yang ketiganya saya hendak ingin membicarakan persoalan berkaitan dengan masalah kesihatan. Saya sangat bersetuju bila Pulai dan juga Kuching itu hari yang menyatakan bahawa gula ini adalah merupakan masalah besar, merupakan pembunuh dalam kehidupan kita pada hari ini. Sedar ataupun tidak sedar kita, pengambilan gula itu adalah merupakan satu pengambilan makanan yang sangat merbahaya.
Sebab itu saya sangat bersetuju apabila juga Pulai dan juga Kuching mencadangkan supaya subsidi gula ini ditarik balik. Kadang-kadang saya pun nak menasihatkan juga kepada warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita ini. Kadang-kadang kita ini sebagai wakil rakyat ini kadang-kadang bila dijemput hari Jumaat, hari Sabtu, hari Ahad ini kadang-kadang makan kenduri, kadang-kadang bila ada program itu kadang-kadang sebelum itu jamuan, selepas habis program itu pun jamuan kadang-kadang.
Yang buat air itu kadang-kadang Jelebu, yang menyediakan air itu kadang-kadang.
Kadang-kadang saya pun tak tahulah nak cakap sama ada kita minum air sirap ataupun kita minum pati sirap kadang-kadang. Inilah kadang-kadang. Sebab itu saya hendak mencadangkan juga kepada pihak kerajaan, saya dah bercakap dulu soal berkaitan dengan pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan ini mewajibkan setiap warga dan juga masyarakat dalam negara kita ini melakukan full medical check up setiap tahun kepada seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita.
Seterusnya persoalan berkaitan dengan apa yang disebutkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini pembinaan satu juta unit kediaman untuk warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita. Saya sangat bersetuju, tetapi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan khususnya pihak KPKT. Ya, kita nak projek perumahan ini siap sebab kalau projek perumahan ini dia tak siap, dia akan balik semula kepada kita wakil-wakil rakyat.
Maksudnya orang ramai pembeli ini dia akan datang jumpa kita, Pontian.
Bertanyakan kepada kita minta bantuan kepada kita untuk menyelesaikan masalah projek- projek yang tergendala ataupun projek-projek terbengkalai ini. Ya, kita hendak projek perumahan ini siap, tetapi dalam masa yang sama projek perumahan ini siap, kita juga ingin supaya pihak kementerian...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Speaker, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, sila. Sila Jelebu. Kalau boleh lama sikit.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Pasal dia dah sebut banyak sangat Jelebu ini, Tuan Speaker dan Timbalan Menteri KKR ada di sini. Dalam perbahasan saya RMK13, saya ada sebut Hulu Langat, saya sebut cerita tentang objektif dan matlamat Hulu Langat hendak lihat kawasan Parlimen kita ini untuk bantu tentang soal kesesakan lalu lintas.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dan saya cadang supaya KKR ambil Jalan Hulu Langat-Chennah, Hulu Langat – Klawang ini sebagai Jalan Persekutuan supaya jalan yang melalui dua kawasan kita ini, kawasan lintas daripada Klawang ke Hulu Langat ini dapat dinaik taraf melalui peruntukan persekutuan. Apa pandangan Hulu Langat?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, sangat bersetuju dengan Jelebu ini. Sebab di Hulu Langat ini saya biasa sebutkan Hulu Langat ini kawasan pelancongan sama juga dengan Jelebu. Kami ini — Pontian, tak ada lautnya, tetapi sebut je lah yang lain ada gunung, ada ganang, ada jeram, ada sungai, ada air panas, ada tempat orang mendaki bukit, mendaki gunung, kita ada macam-macam.
Cuma isu kami ini, kami ini bersempadan ini dengan Bentong pun kami juga bersempadan. Masalah kami ini soal berkaitan dengan kesesakan. Projek perumahan di Hulu Langat ini sangat banyak- Pontian, tetapi sebab itu saya hendak sebutkan tadi itu. Kita nak projek perumahan ini siap, tetapi hendak kena tengok juga jalan rayanya macam mana, masjidnya macam mana, sekolahnya macam mana, tanah perkuburannya macam mana, padang permainannya macam mana. Ini juga harus diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Jangan asyik bina je rumah ini.
Memanglah kita perlukan rumah, tetapi maksudnya infrastruktur persekitaran itu kita hendak kena tengok juga. Masjid tak cukup, sekolah tak cukup di Hulu Langat ini sekolah tak cukup. Di Prima Saujana kita perlukan sekolah, di pekan Semenyih maksudnya kita perlukan sekolah juga. Di Pekan Suntex pun kita perlukan sekolah selain daripada itu balai bomba juga di Hulu Langat ini juga untuk pengetahuan Jelebu kita perlukan juga balai bomba.
Dan juga untuk menaik taraf jalan daripada Sungai Lalang, Kampung Pasir nak pergi ke Pekan Semenyih, daripada Pekan Semenyih nak pergi ke Bangi Lama. Begitu juga daripada Petron Batu 10 Kampung Melaka itu perlu juga jalan itu dinaik taraf daripada Batu 10 sehingga Pekan Batu 14, Hulu Langat dengan pembinaan sebuah flyover. Sebab itu Timbalan Menteri pun ada, jadi memang nasib dialah. Maksudnya dia pun sanggup untuk duduk, untuk tunggu maksudnya kita hendak minta supaya apa yang dicetuskan tadi, apa yang disuarakan tadi oleh Jelebu itu dapat perhatian daripada pihak kerajaan. Begitu juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Wah, Speaker ini janganlah tiru Speaker macam yang seorang lagi itu garang sangat, kan. Aduh..
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tarik nafas.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bila bercakap ini macam itu nak buat macam mana kan. Rasanya sudah habis sudah saya bercakap itu. Cuma saya hendak menyebutkan bahawa tadi saya dengar juga kawan-kawan daripada sebelah sana Jelebu dia menyatakan soal berkaitan dengan harga barang naik ini. Harga barang ini bila turunnya?
Zaman Jelebu sekolah dulu nasi lemak berapa sepinggan? Saya sekolah dahulu nasi lemak sepuluh sen. Sekarang ini anak-anak kita, cucu-cucu kita sekarang ini mak bapak dia bagi belanja dekat RM10 sekarang ini. Sekolah pagi RM5, sekolah petang RM5.
Maksudnya harga barang ini memang tak pernah turun. Harga barang ini memang naik cuma macam mana kerajaan membantu rakyat pada hari ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu kita tengok program-program macam STR. STR rasanya hari ini masuk ini, Jelebu. Kemudian dapat SARA lagi, kemudian gaji pegawai dan juga kakitangan kerajaan hari ini naik RM18 bilion dibelanjakan oleh Kerajaan MADANI untuk menaikkan gaji pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang terdapat dalam negara kita. Banyak lagi insentif-insentif yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan kepada warga dan masyarakat yang kita dapat dalam negara kita ini.
Cuma Kementerian Komunikasi ini, saya nampak Kementerian Komunikasi ini kena pederas sikit untuk menerangkan insentif-insentif, kemudahan-kemudahan, kebajikan- kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan MADANI ini kepada seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita. Dia ambil, dia rasa, tapi kadang-kadang dia tak tahu bajet peruntukan ataupun bantuan ini diberikan oleh Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Banyak bantuan yang telah diberikan.
Anak-anak kita masuk sekolah dapat RM150 bantuan per kapita. Kepada sekolah agama rakyat yang dulu ditarik oleh penasihat, penaung SG4 ini dulu dia yang tarik. Kerajaan yang ada pada hari inilah yang memberikan bantuan kepada seluruh warga dan juga masyarakat. Begitu juga harga kelapa sawit naik, harga getah naik, harga siling padi pun telah dinaikkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cuma turun, turun, turun PM tak turun. Turun, turun, turun Perdana Menteri tak turun. Turun, turun, turun Tambun tak turun yang turun adalah harga minyak dalam negara kita yang telah diturunkan oleh Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini. Sekian. *Wabillahi taufik walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Hulu Langat menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat sekali lagi Peraturan Mesyuarat 35(1), Yang Berhormat perlu mengarahkan ucapan kepada Pengerusi dan bukan kepada Yang Berhormat Jelebu, Kampar, Tampin [Ketawa] Dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain.
[Dewan ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya takut nanti saya terpesona.
[Dewan ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa] Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, Hulu Langat berucap hari ini penuh ilmiah, penuh dengan kesopanan dia. Tahniah Hulu Langat.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setuju. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Kita terus dengan sambungan pembahas-pembahas, Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*. Dato’ Dr. Yang di-Pertua, pada petang yang berbahagia ini, Pasir Salak ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi jangka masa lima tahun daripada 2026 hingga 2030.
Firman Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan miliki dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang yang dengan persiapan itu kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh-mu dan orang-orang selain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepada-mu dan kamu tidak akan dianiaya.” Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Pasir Salak ingin menyentuh tumpuan kelapan, meningkatkan mutu kehidupan rakyat di dalam prakarsa Dasar Industri Pengukuhan Keselamatan dan Pertahanan Negara bagi kemandirian pertahanan menghadapi masa depan.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Malaysia walaupun mempunyai sumber yang terhad bagi pembangunan sosioekonomi negara, Malaysia masih berusaha dalam membangunkan industri pertahanan sendiri sesuai dengan konsep self-reliance dengan izin, iaitu kemandirian pertahanan. Walaupun negara perlu mengimport input kritikal seperti reka bentuk, sistem dan komponen berteknologi tinggi. Negara membangun seperti Malaysia komited dalam mencapai self-reliance yang tidak bergantung kepada negara-negara maju yang lain.
Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) buat kali pertamanya diperkenalkan dalam RMK12 sebagai salah satu langkah proaktif dan strategik bagi memperkukuh pembangunan industri pertahanan negara. Namun begitu, sehingga kini, pelaksanaannya masih belum dimulakan secara rasmi. Pada kali ini dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), pelaksanaan DIPN dinyatakan dengan jelas, terutamanya bagi memberi tumpuan kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dan inovasi dalam bidang teknologi termaju.
Keperluan negara dalam mencipta dan membangunkan teknologi pertahanan masa hadapan seperti drone, artificial intelligence (AI) dan pertahanan siber wajar diberi keutamaan terutamanya dalam mendepani arus moden dunia yang semakin laju dan maju. Malaysia perlu langkah ke hadapan dalam bidang pertahanan moden dan menjadi hab bagi industri pertahanan Asia Tenggara.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Seterusnya, Pasir Salak ingin menyentuh tentang PDRM. Dato’ Dr. Yang di-Pertua, tanggal 13 Mei 2025, bumi Pasir Salak kembali basah bukan sekadar dek hujan, tetapi dibasahi air mata darah dan kesedihan yang tak terucap. Di laluan Sungai Lampam-Chikus dua buah kenderaan besar, satu mewakili kuasa keselamatan negara dan satu lagi mengangkut muatan berat untuk industri bertembung dalam satu tragedi yang tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun yang mendengar. Ia bukan sekadar kemalangan, ia adalah kehilangan, ia adalah luka, nyawa yang terkorban, harapan yang terkubur.
Lori milik Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang membawa sekumpulan anggota keselamatan dipercayai sedang dalam perjalanan menuju pulang ke kediaman masing-masing untuk berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing selepas selesai tugasan jaga aman perayaan Chitra Pournami di Pekan Teluk Intan. Di lorong yang sama, sebuah lori muatan berat membawa beban pasir dan batu gagal dikawal selepas dipercayai mengalami masalah kawalan steering.
Dalam sekelip mata, dua jentera bertembung dalam impak yang amat dahsyat menyebabkan sebahagian kenderaan remuk dan beberapa anggota tersepit serta terkorban di tempat kejadian. Sembilan nama-nama anggota yang gugur terpampang keesokan harinya di dada-dada akhbar. Di belakang nama-nama itu ada anak kecil yang menanti ayah tidak pulang, isteri yang masih menunggu panggilan telefon dan ibu tua yang menahan air mata ketika menatap seragam terakhir anaknya.
Peristiwa menyayat hati ini yang berlaku baru-baru ini telah mencetuskan gelombang keresahan dan kemarahan rakyat. Apakah nilai nyawa di jalan raya kita? Dato’ Dr. Yang di- Pertua, kita harus bertanya kepada diri sendiri berapa banyak lagi nyawa yang perlu terkorban sebelum kita bertindak tegas. Tragedi di Sungai Lampam di Parlimen Pasir Salak melibatkan lori muatan berat yang hilang kawalan dan merempuh pengguna jalan raya yang tidak bersalah.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Di pihak yang lain, tragedi yang menimpa anggota keselamatan kita yang sedang menjalankan tugas telah menimbulkan beberapa persoalan iaitu adakah wujudnya aset kenderaan yang uzur serta kegagalan penyelenggaraan teknikal? Adakah ini semua harus kita biarkan berlalu begitu sahaja?
Fakta yang tidak boleh kita abaikan. Menurut statistik rasmi JPJ dan PDRM, kemalangan yang melibatkan lori dan kenderaan berat meningkat setiap tahun. Puncanya berulang. Lori muatan berlebihan, pemandu keletihan dan tidak cukup rehat, kenderaan lama tidak diselenggara, jalan raya sempit tidak sesuai untuk kenderaan berat. Kita tidak boleh membenarkan normalisasi tragedi ini berterusan. Ini bukan takdir, tetapi tanda kecuaian sistemik.
Rakyat di Pasir Salak khususnya penduduk di Kampung Chikus di kawasan sekitar Sungai Lampam sudah lama meluahkan kebimbangan tentang lori-lori muatan berat yang menggunakan laluan kampung sebagai jalan yang utama. Mereka kata, *“Kami takut nak lepaskan anak naik motosikal ke sekolah. Lori besar lalu setiap hari, laju dan jalan sempit.
Kalau ada masalah brek dan tayar meletup, habislah rumah-rumah di tepi jalan.”*
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Suara-suara ini bukan baru. Sudah bertahun-tahun mereka bersuara, tetapi tiada tindakan konkrit. Kini, apabila tragedi berlaku, semua menuding jari. Tanggungjawab siapa?
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan, adakah pemantauan terhadap lori muatan berat dilakukan secara berkala? Kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), mengapa tidak ada sekatan atau kawalan khas di jalan kampung? Dan yang paling penting, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM, apakah kenderaan FRU diselenggara mengikut SOP? Apakah nyawa anggota kita dirisikokan dengan kenderaan usang? Cadangan Pasir Salak ialah:
(i) audit yang pertama, audit menyeluruh ke atas semua kenderaan berat kerajaan dan swasta;
(ii) laluan khas lori berat perlu diwujudkan mengelakkan laluan kampung dan kawasan sekolah;
(iii) pemasangan kamera had laju dan pemantauan automatik di laluan berisiko tinggi;
(iv) penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk menyiasat tragedi FRU di Sungai Lampam di dalam Parlimen Pasir Salak; dan
(v) pampasan segera dan menyeluruh kepada keluarga mangsa dengan jaminan sokongan pendidikan dan kesihatan.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, kita boleh gantikan kenderaan, kita boleh baiki jalan, tetapi kita tidak boleh gantikan nyawa. Anak-anak kini yatim, ibu-ibu kini menangis dan rakyat menanti bukan sekadar janji manis, tetapi tindakan sebenar dari Dewan Yang Mulia ini. Jadi, marilah kita tunjukkan bahawa Parlimen ini tidak tuli terhadap jeritan rakyat. Saya mohon, Pasir Salak mohon, supaya tragedi ini menjadi titik perubahan bukan sekadar catatan berita yang dilupakan minggu depan.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, seterusnya ialah isu-isu di Parlimen Pasir Salak juga.
Kawasan padi di FELCRA Seberang Perak adalah lebih kurang 3,000 hektar. Isunya ialah kenapa produktivitinya masih rendah sekitar tiga hingga lima metrik tan per hektar per musim? Iaitu gagal mencapai produktiviti sawah persendirian seperti di Sekinchan, Selangor yang kadar puratanya tujuh hingga lapan metrik tan per hektar per musim.
FELCRA Berhad sebagai sebuah badan korporat pertanian sepatutnya mampu mencapai tahap produktiviti yang disebutkan tadi kerana Estet Padi FELCRA Seberang Perak telah diusahakan hampir 40 tahun. Pendapatan hasil padi setiap peserta masih terus rendah.
Justeru, Pasir Salak mencadangkan satu forensic audit yang menyeluruh perlu dijalankan ke atas pengurusan estet FELCRA Seberang Perak mulai sekarang untuk mengelakkan FELCRA menanggung hutang seperti yang berlaku kepada FELDA sebelum ini. Untuk makluman, hutang FELCRA sekarang sudah menjangkau 1.5 bilion.
Dan akhir sekali, Pasir Salak ingin bertanya apakah kemajuan terkini terhadap projek perumahan untuk generasi kedua FELCRA Seberang Perak yang telah diumumkan dalam PRU13, dulu masih berbangkit sebelum PRU14.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Seterusnya, akhir sekali, ramai di antara peserta FELCRA Seberang Perak telah meninggal dunia. Bagaimana urusan pemilikan tanah kepada generasi kedua sehingga kini masih tidak diselesaikan sepenuhnya?
Itu saja Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Baram
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih dan salam MADANI, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker.
Pertama, saya ingin ucapkan terima kasih kerana beri kesempatan untuk bahas Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan juga tahniah kepada Kerajaan MADANI, pimpinan PMX kerana telah membentangkan satu dasar pembangunan di negara kita yang berterusan.
Dato’ Timbalan Speaker, kebelakangan ini ataupun sebelum ini kita sebagai wakil rakyat sentiasa menerima panggilan ataupun aduan daripada rakan-rakan ataupun kenalan kita di luar sana. Dan kebelakangan ini setelah pembentangan RMK13, seorang rakan saya yang jauh di Baram nun, menelefonkan saya mengatakan bahawa jalan ke kampung halaman beliau tidak dapat dilalui dengan selamat.
Yang kedua, seorang lagi rakan juga memberitahu saya semalam bahawa sekolah di kampung — di rumah panjang beliau juga adalah, dalam keadaan yang daif. Yang pokok dia, bahawa masih wujud lagi jurang pembangunan di antara luar bandar dan bandar walaupun dalam sekian 12 Rancangan Malaysia ke — Rancangan Malaysia. Perkara-perkara yang babit dengan mengecilkan jurang antara bandar dan luar bandar ini menjadi topik ataupun isu hangat dalam kita membentang dalam RMK mahupun dalam bajet-bajet tahunan.
Ini bererti bahawa RMK memang adalah satu dokumen yang begitu penting yang boleh mengubah nasib rakan-rakan kita ataupun diri kita sendiri yang tinggal di luar bandar.
Dan saya bukan pakar, tetapi saya beranggapan bahawa setelah rancangan-rancangan ini dilaksanakan, sudah pasti ada satu kajian yang boleh kita kata yang menganalisakan di manakah kelemahan, apakah cabaran kita dan sehingga hari ini masalah antara pembangunan antara luar bandar dan bandar ini masih lagi wujud sehingga membabitkan kita ini untuk — yang boleh menjejaskan perpaduan kita di negara kita.
Saya beranggapan positif bahawa pihak-pihak yang berkenaan telah pun membuat analisa, telah pun mengenal pasti pencapaian dan juga kelemahan-kelemahan dan juga cabaran-cabaran yang telah kita lalui sejak RMK yang pertama.
Saya beranggapan juga Dato’ Timbalan Speaker bahawa dalam kita punya RMK ini, kita mungkin belum lagi fokus. Kita tak ada tumpuan. Kita tidak ada menentukan apa yang:
saya punya kawan cakap, dia kata, “The true note of development.” Dengan izin ini. Sebab kita dah sekian lama dah bercakap berkenaan dengan jurang ini, tetapi sampai 60 tahun dan mungkin dalam masa-masa yang akan datang juga. Kini akan menjadi — kita mungkin akan menjadi hangat di Dewan kita dan juga di luar ini.
Dato Anyi Ngau - Baram
Saya cadangkan supaya satu badan khas khusus untuk menangani masalah ataupun pembangunan di luar bandar diwujudkan. Saya faham kita ada corridor of development pada masa ini. Dan di Sarawak saya percaya kita Kerajaan GPS di Sarawak telah menubuhkan beberapa autoriti ataupun badan di bawah RECODA seperti URDA di Ulu Rajang dan juga HDA di kawasan Baram dan juga di Northern Limbang di Limbang dan juga beberapa tempat yang lain lagi ini.
Saya percaya, badan ini boleh diguna pakai dan boleh dicontohi di peringkat Persekutuan supaya badan ini dapat menganalisakan, memberi keutamaan, memberi penekanan kepada infrastruktur-infrastruktur asas seperti jalan, seperti bekalan air, seperti elektrik ini supaya — sebab ini merupakan masalah yang berlarutan. Ini masalah yang kita kata kita sebut di sini, di luar sana pun kita sebut tetapi masih lagi kita sebut dia di Dewan ini seolah-olah masalah ini memang tak ada penyelesaian. Kita faham, saya akui bahawa sejak 60 tahun yang dulu kawasan luar bandar ini memang dah meningkat tapi hakikat dia kita tak dapat nafikan bahawa masih wujud lagi jurang ini.
Maka saya percaya dan yakin kalau kita dapat mencontohi Negeri Sarawak...
[Batuk] Wilayah Sarawak supaya ditubuhkan ini jawatan badan-badan khas ini yang menangani masalah-masalah ataupun cabaran-cabaran yang kita, yang berkaitan dengan pembangunan ini. Dan dalam konteks ini, saya ingin mengatakan bahawa di kawasan Baram dan saya percaya ini juga yang terdapat di kawasan-kawasan luar bandar yang lain seperti yang telah disebutkan oleh rakan-rakan kita, oleh kita semua dalam Dewan ini bahawa masalah pendidikan ini masih lagi wujud.
Khususnya berkenaan dengan kita punya bangunan ah, bangunan sekolah yang daif dan saya berasa amat terkilan kerana kerajaan pada hari ini telah menentukan supaya kita adakan — kita wajibkan pendidikan menengah dan pendidikan rendah, namun kita nampak sekolah kita masih lagi dalam keadaan yang begini rupa.
Saya cadangkan dan saya merayu melalui RMK13 ini, semua masalah ini diselesaikan dengan segera-segeranya ini. Ini saya merayu juga kepada Kementerian Pendidikan supaya sekolah berasrama penuh juga diberikan kepada sekolah-sekolah pendalaman yang masih lagi belum ada sekolah berasrama penuh seperti SK Long Atip di mana murid-murid yang kat situ itu adalah dari golongan yang B40, tetapi mereka terpaksa menggunakan tenaga apa ni, kewangan mereka sendiri untuk menjadi invest sekolah dan perlu juga dibantukan ini.
Jadi jalan ini pun saya rasa perlu ditangani sebab kita dah sebut bukan saja di kawasan Sarawak, saya dengar pun di kawasan lain-lain pun ada. Jadi di Sarawak saya difahamkan, bahawa terdapat 4,000 kilometer jalan yang perlu dibaiki ataupun yang perlu dibina baharu. Di kawasan saya yang seperti yang Dato’ Speaker sedia maklum bahawa kita di kawasan pendalaman seperti Baram sentiasa berkata, menyebutkan bahawa jalan yang kita ada adalah bekas jalan balak ataupun jalan balang.
Saya percaya kerajaan memang mempunyai tanggungjawab ini. Saya yakin bahawa kerajaan perlu dengan konsep MADANI ini, untuk pastikan supaya jalan-jalan balak bukan
Dato Anyi Ngau - Baram
saja di Baram, tetapi di kawasan Ulu Rajang dan juga kawasan-kawasan lain ini perlu diambil alih dan diberikan peruntukan tahunan supaya dapat di-repair ataupun di selenggara dan jambatan perlu di-repair kan juga.
Ini untuk memastikan supaya pergerakan mereka ini bukan saja kita sebagai orang awam bahkan juga pegawai kerajaan juga menggunakan jalan-jalan ini demi untuk keselamatan kita semua. Dan di samping itu sudah semestinya untuk menggerakkan lagi ekonomi setempat di kawasan-kawasan ini. Saya mohon pihak Jabatan Kerja Raya...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Baram, boleh celah?
Dato Anyi Ngau - Baram
Untuk pastikan — Sekejap, untuk pastikan supaya bekas jalan balak, jalan balak ini disenaraikan dalam MARRIS dan diberi peruntukan tahunan seperti juga di kawasan-kawasan yang lain. One minit, 30 saat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit je, orang Marudi pesan.
[Ketawa] Terima kasih Baram. Mungkin bersetujukah Baram kalau katakan dibuat Baram Regatta kah, barulah macam-macam projek akan datang dan menghidupkan balik Marudi itu dan segala infrastruktur termasuklah jalan dan sebagainya. Setuju tak Baram?
Dato Anyi Ngau - Baram
Kita memang tahun ini...
Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Yang Berhormat Speaker.
Dato Anyi Ngau - Baram
Pun kita memang ada Baram Regatta. Kita akan madahkan Baram Regatta pada 18 sampai 21 hari bulan depan dan ini memang satu tarikan untuk kita juga membangunkan kita punya kawasan ini. Menteri pun mahu.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Timbalan Speaker, boleh tak? Tadi Baram sebut dua kali nama Hulu Rajang oleh kerana saya sebagai Kabinet tak boleh cakap? Boleh saya tolong Baram sekejap, boleh Baram: Baram setuju tak? Saya dengar Baram dari dulu hingga sekarang semasa kita jadi backbencher juga, kita selalu mengatakan bahawa kita nak kan jalan, air yang bersih dan sebagainya.
Jadi saya mintalah Baram, kalau Baram setuju, senarai nama jalan telah diluluskan dalam Kementerian Luar Bandar kita supaya semua jalan itu — yang sudah lulus dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, 12 dan 13, er 12 ini harus diberikan tender Dato’ Speaker.
Jalan saya, jalan Rumah Nyamuk dari Simpang Garik, Rumah Garik, Rumah Layang, Rumah Nyamuk dengan Sepatai terus ke kawasan rumah saya Timbalan Speaker. Saya minta supaya jalan itu ditender dengan secepat mungkin. Ya setuju tak Baram? Baram juga banyak jalan yang dalam senarai kita.
Dato Anyi Ngau - Baram
Dato’ Speaker, masukkan apa yang disebut oleh Hulu Rajang sebagai sebahagian daripada saya punya ucapan.
Dan seterusnya yang terakhir Dato’ Speaker ialah berkenaan dengan sistem penyampaian. Saya ingat sistem penyampaian yang kita ada memang kita kata memang kukuh. Namun kita perlu akui juga bahawa di kawasan-kawasan bandar mungkin sistem yang kita ada ini mungkin sesuai, tetapi di kawasan luar bandar di mana tak ada pejabat kerajaan ataupun agensi-agensi kerajaan untuk menyampaikan maklumat kerajaan, untuk sampaikan
Dato Anyi Ngau - Baram
memberi bantuan kepada rakyat ini sudahlah jalan mereka jahat dan juga jauh dan terpaksa juga pergi ke tempat yang jauh juga.
Bayangkan dari Ulu Baram pergi kat Marudi ataupun pergi ke Long Lama, ini kawasan yang begitu jauh dan menggunakan pengangkutan yang begitu rumit. Saya mohon supaya pihak kerajaan mewujudkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di Daerah Beluru dan juga di Daerah Telang Usan memandangkan bahawa Kerajaan Sarawak telah mengiktirafkan bahawa kedua-dua daerah ini telah sudah pun menjadi taraf – sudah diiktiraf sebagai daerah penuh.
Dato Anyi Ngau - Baram
Yang ada dekat situ pada hari ini adalah pegawai daerah sahaja dan dia punya kakitangan itu khusus untuk pejabat daerah, tetapi agensi-agensi lain. Klinik pun perlu dibuat.
Saya pun tertanya-tanya dengan klinik ini sebab Klinik Long Lama yang sekarang ini beroperasi dari dewan masyarakat masih lagi belum kita – akibat hakisan tanah. Saya mohon klinik di Long Lama ataupun dinaikkan taraf sebab Long Lama sudah jadi daerah jadi dibinakan sebuah hospital di Daerah Telang Usan berpusat di Long Lama.
Saya rasa saya dah ambil masa orang lain Dato' Speaker. Jadi, saya punya kawan kata bahawa ukuran kejayaan RMK13 dia kata, bukan sahaja pada jumlah peruntukan yang diumum...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit.
Dato Anyi Ngau - Baram
Okey, tetapi pada sistem air yang mengalir ke rumah kami. Saya quote dia ini dan lampu yang menyala di malam hari dan jalan yang boleh dilalui sepanjang tahun. Ini saya quote saya punya kawan yang mengatakan bahawa ini yang kita maksudkan dengan pembangunan dan kita bersatu padu juga.
Dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Speaker dengan harapan agensi-agensi yang melaksanakan pembangunan di luar bandar sentiasa akan mengambil berat berkenaan dengan mereka keutamaan khusus kepada kawasan-kawasan luar bandar untuk kita menyatupadukan kita punya rakyat ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Silakan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan untuk saya turut sama membahaskan RMK13 ini.
Pertama sekali saya nak menyentuh tentang pendidikan. Saya menyentuh mengenai kepentingan pendidikan yang seimbang. Pendidikan negara tidak sepatutnya hanya menekankan pencapaian akademik semata-mata.
Pertama, akademik membekalkan kemahiran untuk mengurus kehidupan dunia.
Kedua, pendidikan agama khususnya al-Quran kelak membimbing manusia menuju
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
kebenaran dan keselamatan akhirat. Gabungan kedua-duanya akan melahirkan insan yang cerdas mindanya, bersih hatinya serta baik adab dan akhlaknya. Keseimbangan kedua-dua bidang ini mampu menghalang kemunduran dan keruntuhan adab dan akhlak dalam kalangan generasi akan datang. Oleh itu, saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat marilah kita bersatu hati dan mengetepikan perbalahan demi kepentingan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan di Dewan ini bahawa setelah mendapat ramai banyak pengaduan daripada pengetua-pengetua sekolah menengah termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang di mana pengetua-pengetua menyatakan bahawa hanya tak sampai 30 peratus pun pelajar-pelajar mereka telah pun boleh membaca al-Quran dengan lancar. Malah ada yang tidak mengenal huruf Hijaiyah pun. Ia satu keadaan yang membimbangkan, memerlukan tindakan segera jika al-Quran tidak dapat dibaca maka bagaimana ingin menghayatinya.
Justeru, saya mencadangkan agar program pemerkasaan pendidikan al-Quran dilaksanakan secara keseluruhan dan secara serius dan juga melibatkan pemimpin- pemimpin tempatan dan guru-guru di peringkat tempatan. Selari dengan kurikulum akademik dengan bagi tujuan melahirkan generasi Ulul Albab yang menguasai dunia dengan panduan wahyu dan mempunyai adab dan akhlak yang tinggi yang menjadi contoh dan teladan kepada semua lapisan masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya nak sentuh ialah tentang jualan murah untuk kurangkan kos sara hidup. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu fenomena yang sedang berlaku di platform TikTok di mana 68 akaun yang dapat saya kenal pasti menjual barangan keperluan asas secara aktif. Apa yang membezakan mereka adalah harga jualan yang dijual lebih rendah daripada pasaran. Mereka mengurus sendiri pengambilan barang-barang asas secara terus daripada sumber iaitu memotong supply chain dengan izin, dan menjual secara volum kepada masyarakat secara terus, kebanyakan melalui platform digital seperti TikTok.
Saya ingin menarik perhatian kepada kenyataan Yang Berhormat Larut baru-baru ini menyatakan bahawa harga ikan kembung di pasar mencecah RM16 sekilogram. Namun begitu terdapat sebuah pasar di Puchong yang mampu menjual kepada RM12 pada masa yang sama. Pasar ini pun telah dilawati oleh Larut dan Putrajaya bersama-sama dengan saya di Pasar Kuala Sungai Baru Puchong. Harga ini bukan sahaja memberikan manfaat besar kepada rakyat, tetapi juga membuktikan bahawa apabila rantaian bekalan dikurangkan dan pemilihan secara volum, maka secara – rakyat mampu menikmati hasil jualan dengan harga yang lebih murah.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting semua ini dilakukan tanpa sebarang bantuan subsidi daripada kerajaan. Para penjual ini mengambil barang keperluan asas terus daripada sumbernya dan membuat belian secara pukal tanpa melalui perantara dan yang penting tanpa menerima satu sen pun subsidi daripada kerajaan. Model perniagaan bergantung kepada kecekapan menguruskan rantaian bekalan dan mendapatkan sumber yang banyak.
Bukan bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat melihat sendiri bagaimana mereka ini menjual secara live di akaun TikTok seperti di pasar contohnya di pasar di Tikam Batu, stesen minyak di Kuantan, pasar raya di Baling dan pasar segar yang terletak di Kampung Baru, Kampung Kuala Sungai Baru Puchong. Saya jemput semua ramai datang tengok di setiap hari Pasar Puchong ini akan menjual ikan dengan harga yang lebih murah di pasaran.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan jualan murah melalui agensi kerajaan seperti Jualan Murah Rahmah, Jualan Murah AgroMADANI.
Namun begitu, program ini hanya mampu dijalankan kerana menerima subsidi besar daripada kerajaan. Hakikatnya lebih banyak Jualan Rahmah atau AgroMADANI dilaksanakan lebih besar pula perbelanjaan kerajaan untuk menampung subsidi tersebut. Ini bukanlah satu penyelesaian yang real dengan izin, dan penyelesaian jangka panjang kerana ia akan membebankan fiskal negara.
Oleh itu Tuan Dato’ Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan menilai semula strategi penstabilan harga barangan keperluan asas. Kita perlu mengiktiraf dan menyokong insentif pasaran terbuka yang terbukti mampu menjual pada harga yang rendah tanpa subsidi seperti yang dilakukan oleh peniaga-peniaga di TikTok ini.
Jika mereka boleh lakukan secara bebas, kenapa kita tidak boleh pelajari, kemaskan dan kembangkan model ini. Dengan itu rakyat dapat membeli pada harga yang rendah, nelayan dapat pendapatan yang lebih adil dan kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya nak sentuh ialah mengenai padi dan beras. Padi dan beras masih belum selesai lagi Dato' Yang di-Pertua kerana padi dan beras merupakan dekat di hati orang-orang Melayu dan dalam masa yang sama terlalu banyak kilang-kilang Melayu telah ditutup kerana tak mampu lagi bersaing di pasaran. Pembeli padi utama sekarang ialah ada tiga syarikat besar yang mengawal pembelian padi sebanyak 70 peratus dan pengedaran beras. Mereka ini ialah kartel yang besar yang semua orang tahu kartel ini, tapi tak boleh ambil tindakan langsung sehinggalah beras terpaksa disubsidi oleh kerajaan.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Subsidi RM150 juta yang akan berakhir 31 Ogos ini, kita tak tahu apa akan jadi selepas 31 Ogos. Kalau lah saya bandingkan RM150 juta yang telah pun dibelanjakan oleh kerajaan hanya mampu menampung sebanyak 24 metrik tan sahaja: beras, tetapi kalau RM150 juta yang digunakan untuk membeli padi, maka kerajaan boleh membeli padi sebanyak 100 metrik tan dan menghasilkan beras sebanyak 60 tan metrik beras dan mengupah kilang-kilang Melayu yang tak mampu nak beli padi ini untuk dapat hidup semula.
Malahan, sekarang ini bukan hanya beras ini di manipulasi, tapi sekarang beras juga di manipulasi kualiti beras, harga beras RM26 tidak ada kualiti. Sebab itu Timbalan Menteri KPDNKK memaklumkan dalam Dewan ini bahawa tidak ada pembeli untuk beras RM26.
Sebenarnya bukan tak ada pembeli, tapi kerana beras itu telah di paket kan dalam kualiti yang sangat rendah yang mencecah 40 peratus beras hancur. Siapa nak akan beras hancur 40 peratus ya, dan lebih rendah daripada standard yang biasa digunakan 15 peratus sahaja.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Seterusnya, beras import yang dikuasai oleh BERNAS semata-mata ada lah pengimport utama sahaja. Pada hakikatnya, beras ini tidak dapat dikawal apabila beras dunia naik, tapi sekarang beras dunia dah turun dah sehingga RM1,494 satu tan. Ini harga semalam, yang kita contact dengan pengimport beras dari Pakistan, India dan sebagainya.
Harga beras import sekarang RM1,494 tan. Mengapa masih dijual dengan lebih harga yang tinggi? Apakah kawalan yang dibuat oleh kerajaan terhadap BERNAS yang menjual sesuka hati mereka tanpa mengambil kira beban yang ditanggung oleh rakyat.
Saya nak bawa cerita bencana di kawasan saya. Dato’ Yang di-Pertua, kawasan Bukit Gantang juga adalah kawasan luar bandar yang terpaksa berhadapan dengan bencana.
Sehingga bulan Ogos ini, saya mengira bahawa 500 keluarga telah terlibat dengan bencana.
Masalahnya, dari segi bantuan bencana terlalu lambat oleh agensi kerajaan. Kalau rumah dah masuk air, banjir, selut dalam rumah, dah tak boleh duduk di rumah, terpaksa pindah ke pusat pemindahan. Kalau rumah yang diterbangkan bumbungnya oleh angin, maka bumbung terbuka tak dapat bantuan segera, bagaimana mereka nak duduk dalam rumah.
Jadi caranya ialah, kerajaan nak kena police report dulu, disahkan oleh agensi bencana dan dibawa masyarakat, baru boleh dia keluarkan bantuan. Saya mencadangkan supaya bantuan ini dikeluarkan secara segera oleh pihak pejabat daerah dengan mendahulukan 30 peratus daripada anggaran pembinaan rumah serta-merta, supaya tuan- tuan punya rumah boleh membina secara segera rumah-rumah mereka sementara menunggu bantuan penuh daripada pihak kerajaan.
Bukan susahlah bagi pihak daerah untuk mengesahkan sesuatu rumah kerana struktur di peringkat daerah itu telah ada Penghulu, di bawah Penghulu ada Pengerusi JPKK, ada Ketua Kampung, ada JKKK di setiap kampung. Di peringkat awal boleh disahkan oleh mereka dan boleh dikeluarkan terus bantuan itu.
Kemudian, saya juga nak menyentuh sedikit mengenai jalan-jalan di kawasan Bukit Gantang yang belum diselesaikan. Jalan-jalan federal yang telah banyak menyambungkan bandar-bandar seperti Kuala Kangsar ke Taiping, Lumut ke Taiping. Semua jalan- jalan ini hendaklah dinaikkan taraf dan selalu berlaku bencana sebagaimana disebutkan oleh Pasir Salak tadi, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar,Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat, Arau. Yang Berhormat, kalau nak selfie, kat luarlah, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu.
Bayangkanlah kalau saya di sini selfie pula. Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tolong, ya.
Peraturan 41 itu banyak lagi. Saya tegur. Yang Berhormat. Sambung.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Arau bagus orangnya.
Okey, yang kedua, pencemaran sungai yang telah dibangkitkan di Dewan ini berkali- kali, masih lagi belum diselesaikan. Penternak-penternak ayam di kawasan Sungai Limau melepaskan sisa-sisa najis ke dalam sungai sehingga lah Sungai menjadi hitam. Tak boleh, ikan pun mati dalam tu ya.
Kemudian sekolah pendidikan khas yang telah saya bangkitkan lima kali dalam Dewan ini masih lagi belum diselesaikan di kawasan tapak Maktab Perguruan Matang. Saya ingat itu sahaja Dato’ Speaker. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gantang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat, Ranau.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Salam hormat. Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih kerana diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMK13 2026 hingga 2030. Kerana mengalu-alukan hasrat murni dan komitmen Kerajaan MADANI untuk menstruktur semula pembangunan sosial di dalam negara ini. Dan hasrat Kerajaan MADANI supaya dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini bahawa Malaysia akan mencapai status Negara Maju 2030, kami mendoakan supaya ia akan tercapai.
Namun, Tuan Yang di-Pertua. Setelah lebih 62 tahun Sabah, Sarawak membentuk negara ini bersama- sama dengan Semenanjung. Saya perhatikan dan dengan ikhlas, serta jujur, serta penuh kerendahan hati, ingin membahas beberapa perkara yang ingin kami bawakan sebagai suara hati daripada rakyat Sabah sendiri.
Meneliti kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dikemukakan di dalam Dewan Mulia ini, kerana mendapati bahawa tiada rencana Kerajaan Persekutuan untuk benar-benar menuntaskan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Ini kerana dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dikemukakan tiada dasar atau polisi yang nyata untuk menterjemahkan kata-kata Allahyarham Tunku Abdul Rahman, untuk menjadikan Sabah dan Sarawak dan Semenanjung duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Anggaplah pada kali ini saya berbahas dalam Dewan ini untuk menelusuri sejarah lalu kita daripada 62 tahun yang lalu, untuk melihat keadaan sebenar dan kenapa saya berkata demikian? Jika kita lihat kepada sejarah lalu, sehingga sekarang kita melihat bahawa Sabah masih lagi tidak mendapat keadilan yang sepenuhnya ketika hasrat murni untuk membentuk negara ini bersama-sama dengan Sarawak dan juga Semenanjung. Bahkan, melalui rentetan sejarah yang berlaku, kita lihat bahawa hak Sabah dan juga hasil Sabah semakin lama, semakin hilang, semakin kurang, ada yang diserahkan kepada orang luar, dan ada juga yang diambil oleh pihak lain, sehingga menjadikan Sabah menjadi suatu wilayah
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
yang mempunyai pendapatan atau kurangnya hasil untuk Sabah, rakyat Sabah di sini untuk membangun.
Saya akan bagi contoh. Fakta yang jelas yang kita lihat ia lah pada tahun 2009, misalnya, penyerahan Blok L dan M kepada Brunei tanpa persetujuan daripada kerajaan dan Dewan Undangan Negeri Sabah. Dan keluasan ini adalah 5,850 kilometer persegi. Dan menurut anggaran daripada Tun Dr Mahathir sendiri, nilai kehilangan untuk kawasan ini ialah USD1,000 bilion, USD100 bilion nilainya, akibat daripada penyerahan ini kepada Brunei.
Ia nya tidak ada dapat, diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Sedangkan menurut Perkara 2, Perlembagaan Persekutuan, ia nya perlu dapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Dewan Negeri Sabah dan kemudian daripada Yang di-Pertuan Agong, ini ada lah perkara pertama. Keluasannya bukan sedikit, keluasannya hampir setengah negeri Johor, atau hampir sama dengan keluasan Negeri Sembilan.
Kedua, saya juga ingin menyatakan bahawa Sabah, pembuka dan penutup kata, ‘juga telah hilang Labuan', memasuki kawasan Wilayah Persekutuan, tanpa sebarang pampasan. Sabah juga telah kehilangan hak wilayah lautan daripada tiga batu nautika hingga 200 batu nautika EEZ. Keluasan ini adalah ratusan ribu kawasan lautan yang kaya dengan sumber segala-galanya. Yang kini bukan lagi dikuasai negeri Sabah.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Jadi, kita dapati bahawa semakin kurang, semakin kurang hasil kita. Kalaulah ini yang dicernakan kepada pemimpin kami di masa lalu, tahun ’63, bahawa Sabah akan kehilangan ini, ini, ini, ini selepas 60 tahun, tidak mungkin rakyat kami akan bersetuju untuk membentuk sama-sama dalam negara ini. Ini adalah kebenarannya.
Sebab itu, saya mahu tekankan sekali lagi, dalam kita merencanakan polisi tentang rancangan masa depan Malaysia dan negara ini, jangan lupa bahawa Sabah telah menyumbang besar untuk pembangunan, untuk kemakmuran Malaysia ini. Sabah juga telah kehilangan banyak perkara. Pertama, seperti Jabatan Imigresen, kastam, pendidikan, kesihatan, JPJ, Jabatan Perangkaan, Jabatan Penyiaran Sabah, sebahagian fungsi Jabatan Perikanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat bahkan juga Jabatan Kehakiman Sivil Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Jabatan Perpaduan Negeri Sabah, LLS, SESB juga kita kehilangan. Juga telah diberi tawaran baru-baru ini untuk mengambil alih, tetapi manalah kita ada untuk mengambil alih kerana duit 2 bilion. Tidak sanggup dilupuskan oleh Kerajaan Persekutuan, sedangkan 8 bilion dilupuskan untuk FELDA.
Saya telah bersuara di dalam Dewan ini sebelum ini, tolong lupuskan 2 bilion supaya Kerajaan Negeri Sabah dapat mengambil alih semula SESB ini tetapi sehingga sekarang tidak ada yang dibuat. Sedangkan ini adalah untuk kebajikan. Kenapa FELDA boleh dapat sampai 8 bilion, dilupuskan hutang, tetapi Sabah, 2 bilion tidak dilupuskan hutang. Saya mahu satu jawapan daripada kerajaan. Bahkan juga, Sabah juga kehilangan tanah FELDA di Sabah. 263,697 keluasan yang mana sepatutnya untuk semua peneroka, tetapi hanya 1,000 lebih peneroka.
Hasilnya yang diperolehi terlalu besar diperolehi oleh pihak FELDA sendiri dan kita tahu bahawa mereka membayar cukai-cukai kebanyakannya dari — kepada Semenanjung,
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
tidak kepada LHDN Sabah. Begitu juga dengan agensi-agensi Persekutuan yang lain.
Berebut-rebut peneroka-peneroka masuk ke wilayah Sabah dan mereka mempunyai dana yang besar kerana sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi hasilnya daripada mana? Kebanyakan hasil daripada negeri Sabah sendiri.
Lihat sahajalah koperasi-koperasi di Semenanjung, ratusan juta mereka punya dana.
Tengok koperasi di Sabah; 20-lebih juta, 4 juta, 1 juta. Sangat kesian dengan nilai koperasi yang begitu kecil, tetapi hasilnya daripada mana? Kita punya hasil daripada Sabah tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat Sabah. Janji untuk 40 persen hasil Sabah tidak pernah ditunaikan sepenuhnya. Kita minta supaya bayaran diberi tetapi yang diberi hanya 600 juta.
Terima kasih kepada Perdana Menteri, PMX kerana telah memberikan kenaikan kepada 600 juta, tetapi kalau ambil perkiraan kasar tahun 2024, jumlah kutipan cukai di negeri Sabah ialah 5.7 bilion. Sepatutnya dikembalikan 2.28 bilion dalam setahun kepada negeri Sabah.
Maka sebab itu, kita mintalah, ini yang paling basic. Sebenarnya jumlah hasil yang diperoleh daripada negeri Sabah melebihi — lebih besar daripada itu. Kita tahu kerana Kerajaan Negeri Sabah juga sudah mengumumkan, meminta kepada Kerajaan Persekutuan menyerahkan 40 persen itu, iaitu jumlahnya lebih kurang 20 bilion dalam setahun dan kita masih menunggu jawapan, tidak pergi ke mahkamah, bagus lagi runding, bincang, duduk, berapa jumlah hasil sebenar supaya, kita di negeri Sabah juga mendapatkan hasil daripada yang telah dijanjikan selama berpuluh tahun.
Dan sebab itu kita minta, tolonglah, tidak payah lagi pergi argue di mahkamah.
Runding bagus-bagus, kita cari jalan penyelesaian. Ini yang terbaik daripada pergi ke mahkamah bertahun-tahun, rakyat kami pun terlalu lama menunggu. Ramai yang susah, ramai yang miskin, ramai yang menderita, tetapi kerajaan nampak-nampaknya seperti memperlambat-lambatkan daripada orang Sabah mendapat menikmati hasilnya sendiri.
Begitu juga dengan pembangunan fizikal. Kita minta supaya semua projek-projek besar di Sabah sepatutnya diberi ruang keutamaan kepada rakyat Sabah sendiri yang menjalankan projek-projek itu supaya orang kami pun dapat berhidup, dapat menjalankan aktiviti ekonomi supaya rakyat kami juga boleh bangkit, tetapi kalau sekiranya tumpuan hanya diberi kepada syarikat-syarikat gergasi daripada Semenanjung, bagaimana kami dapat bersaing?
Bagaimana kami dapat hidup dengan lebih baik? Bagaimana kita mahu merapatkan jurang pembangunan yang ada itu? Itu sebab saya katakan, tolonglah. Kalau boleh jangan hanya setakat 50 juta di Sabah yang diluluskan. Luluskan sampai katalah sama dengan Semenanjung kerana kita sama, mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Kalau sekiranya di sini boleh meluluskan berapa jumlah, di Sabah juga sepatut, di Sarawak juga sepatutnya begitu. Bila hanya di Sabah Sarawak, hanya 50 juta diberikan kuasa untuk kelulusan, itu ertinya budak-budak kecil. Bukan setaraf, bukan sama rata, bukan sama duduk, sama tinggi, tetapi itu adalah bercakap tentang seperti kita sebuah negeri kolonial.
Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, saya juga ingin menyentuh satu perkara juga berkenaan dengan Blok ND6 dan ND7 atau pihak sebelah mengatakan Ambalat. Selama setahunya saya, kalau saya tidak silap, tidak pernah Kerajaan Negeri
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Sabah dilibatkan sebelum pengumuman untuk kerjasama dengan Indonesia dibuat. Saya minta sekali lagi supaya hormatilah Sabah.
Bawalah sama-sama dulu membuat mesyuarat keputusan sebelum mengumumkan tanah wilayah yang ada di dalam negeri Sabah sendiri. Jangan membuat keputusan seperti di Blok L and M, tidak memberitahu, tetapi terus membuat keputusan. Penyerahan pun ditandatangani di Kuala Lumpur sedangkan itu adalah tanah di dalam kawasan wilayah Sabah. Minta supaya kerajaan serius dalam hal ini. Janganlah kami dianggap sepele atau tidak penting di dalam negara ini.
Dan juga mahu menyentuh tentang peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak yang tidak pun mencapai 11 persen di dalam negara ini. Sekali lagi, saya minta berilah 31 persen yang mencerminkan tentang kedudukan Sabah dan Sarawak seperti komposisi di dalam MP, iaitu 31 persen untuk menjamin pertama, kelangsungan daripada segi ekonomi; kedua, di dalam Dewan ini supaya tidak ada penggugatan terhadap segala hak-hak yang telah dijamin di dalam Perlembagaan atau di dalam MA63 sepertimana yang telah disetujui oleh bapa leluhur kami yang lalu.
Saya juga ingin menyentuh tentang pelantikan-pelantikan yang terbaru yang saya tahu, tentang pelantikan hakim-hakim sangat kurang daripada Sabah. Saya kurang pasti Sarawak, mungkin ada lebih sedikit, tetapi tolong-tolonglah, pelantikan hakim-hakim juga kepada pegawai-pegawai yang mempunyai jawatan-jawatan yang penting dalam Kerajaan Persekutuan, tolong beri ruang kepada anak-anak muda negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menutup perbahasan saya dengan pantun, boleh?
*Sejuk damai di Maragang Hill, Menulis dengan sebatang pensel; Janganlah membuat kami terpencil, Wilayah kami dah beri banyak hasil.
Negara ini kita hidup bersama, Diikat triti baru dapat bersama; Jangan lupa janji yang ada, Agar hidup kita sentiasa bahagia.
Bila kami tengah bicara, Janganlah sugul, marah dan gulana; Kami hanya tuntut yang ada, Tidak lebih daripada yang sepatutnya.* Sekian, terima kasih. Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya panggil Raub, saya mempersilakan Jempol untuk mengalukan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih. Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kesampaian rombongan pelajar-pelajar dan guru-guru daripada Sekolah Menengah Palong 7, Jempol, Negeri Sembilan.
[Tepuk] Teruskan ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk. Saya akan bagi kemudian. Yang Berhormat Arau.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.* Rakyat Malaysia, orang muda, apa khabar adik-adik semua?
Pertama sekali ialah kita melihat RMK ini mempunyai 211 muka surat. Kalau kita bandingkan RMK12, ada 554 muka surat; RMK11 ada 389 muka surat; RMK10 ada 451 muka surat. Jadi, RMK13 kira yang paling kecil. Saya percaya sudah pasti ada lampiran, ini adalah cara pengurusan yang dibuat sekarang ini, dia ada lampiran. Jadi, saya minta lampiran tambahan nanti supaya dia masukkan perkataan “bumiputera” dan juga Perlis bukan negeri miskin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Burung tiung, burung dokeh, Warna bulunya cukup pekat; Perlis bukan negeri lekeh, Jangan miskinkan kami sepanjang hayat. Perkataan miskin daripada merdeka sampai sekarang, daripada saya pernah memegang pelbagai jawatan di dunia ini sampai sekarang, Perlis disebut negeri miskin. Apa usaha yang dibuat untuk tidak jadi miskin? Persoalan besar sekarang ini ialah perkataan miskin itu, kenapa dirujukkan kepada negeri dengan begitu rupa? Kalau sekiranya dia miskin, tugas Kerajaan Pusat untuk bagi jadi tak miskin. Kalau sekiranya kita luluskan peruntukan, saya tengok peruntukan yang dipohon tahun lepas RM150 juta, diluluskan RM107 juta, tapi tidak dimasukkan secara penuhnya pembinaan sosioekonomi. Dia lebih kepada infra yang pada dasarnya tidak menjadi penyumbang utama kepada pembinaan apa itu sosioekonomi dan juga pendapatan kerajaan negeri...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, boleh sikit Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau sekiranya pendapatan kerajaan negeri bertambah, dia jadi tak miskin. Makna kata, kita kena buat lebih banyak pertumbuhan kawasan baru ataupun pembinaan kawasan perindustrian supaya Perlis tidak lagi miskin.
Saya tidak setuju dengan perkataan miskin ini. Saya minta supaya sudah sampai masanya Malaysia negara maju, mesti negeri itu berpendapatan sederhana.
Sebagai contoh, Perlis, KDNK ialah RM6.55 bilion. Pulau Pinang, RM1.21496 bilion per kapita, Perlis, RM24,000 dan Penang lebih daripada RM76,000, tapi bila bagi peruntukan, Penang dapat RM11 bilion lebih. Perlis hanya dapat RM110 juta lebih kurang macam itu. Jadi, bagaimana Perlis nak jadi — tak jadi miskin?
Jadi, kalau sekiranya dalam Malaysia ini kita nak sebut perkataan “miskin”, maka kita gagal mentadbir dengan sebaiknya. Jadikan Perlis seperti negeri-negeri yang lain. Mesti berpendapatan sederhana, sebagai sebahagian besar daripada harta Kerajaan Pusat itu, mesti di-share bersama dengan izin, oleh negeri-negeri, supaya dia jadi tak miskin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perlis negeri atas bayu, Hidup rakyatnya penuh muafakat; Kami cergas, bukan layu, Kami miskin kerana Kerajaan Pusat. Saya nak beritahu, walaupun empat negeri ini di miskin — tidak diberi sumbangan yang mencukupi, tapi ada negeri-negeri di empat negeri ini yang dapat membina insan yang lebih baik.
Saya bagi contoh Kelantan: SPM dapat yang terbaik sepanjang masa. Dan kita lihat di Perlis ada 14 jabatan negeri, 63 jabatan Persekutuan. Lebih 50 peratus ketua jabatannya adalah daripada orang Kelantan. Demikian juga di peringkat pusat. Jadi, makna kata, bina insan mereka cukup tinggi. Di negeri mereka miskin, tapi mereka sebenarnya membina, memberi sumbangan kepada negara.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, boleh sikit tak Arau, Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukit Chuping Gua Beringin, Tempat orang mengambil baja; Putih kuning jangan diingin, Banyak orang balik saja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sampai hati Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Inilah pantun. Saya tak bagi Yang Berhormat, kejap lagi saya bagi ya. Ini adalah pantun rakyat. Saya nak bagi. Saya ucap terima kasih kerana kerajaan: Yang Berhormat telah menyebut beberapa kali, iaitu memberi peruntukan kepada inland port dan juga Chuping Valley Industrial Area.
Jadi, di samping itu, saya minta kepada kerajaan, saya perincikan sebab saya ada tujuh minit untuk saya cakap pasal umum, supaya Wang Kelian, CIQ dan juga kawasan pertumbuhan. Jika kita juga minta Kerajaan Pusat memperbaiki Pelabuhan Kuala Perlis serta pertumbuhan di Sanglang, Perlis dan juga Kuala Sanglang, Kedah. Jadi, kita minta pertumbuhan ini diambil kira sepertimana yang mereka lakukan untuk Iskandar, Johor dan juga Lembah Klang.
Saya bagi satu, untuk pintu masuk, checkpoint. Checkpoint Wang Kelian patutnya diperbaiki selaras dengan di Thailand. Di Thailand ada empat lorong, bangunan baru. Di Perlis, dua lorong, dua lorong sempit. Jadi, kita minta supaya Perlis juga dijadikan empat lorong. Saya sudah tengok dulu, saya tak tahu apa yang jadi sekarang. Di Tebedu, Sarawak.
Kita, dua lorong dengan bangunan yang rendah tetapi di Entikong, Kalimantan Barat sudah ada empat lorong dan bangunan empat tingkat. Jadi, kita lihat negara jiran membina kawasan pintu masuk dengan hebat, tapi kita masih lagi ditakuk lama.
Dan akhir sekali untuk Arau lah, tak pernah minta seumur hidup untuk Arau apa ini Speaker yang dikasihi. Jangan marah, jangan marah sangat, tenang, tenang. Di Arau, saya minta supaya Menteri Pendidikan dulu, Datuk Maszlee Malik telah luluskan suatu sekolah berasrama penuh. Saya minta itu saja, tapi sampai sekarang tidak ada dibuat dan Menteri sekarang, saya ingat tak tahulah apa. Saya tak mahu tegur dia sebab netizen telah tegurnya dengan teruk – mempertimbangkan apa yang saya minta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, yang akhir sekali Yang Berhormat. Saya ini tak mahu ambil masa yang panjang. Kita dapati dalam Perlembagaan 153 menyebut perkara ini, “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini”. Perkara 40, “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.” Kita di Malaysia ini, dari segi demografi Tuan Yang di-Pertua, Dr. Yang di-Pertua, bumiputera 70 peratus. Bermakna orang Cina 22.6 peratus, orang India 6.6 peratus, orang Islam 64 peratus. Maka, semasa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, diperkenalkan Melayu, Sabah, Sarawak ini sebagai bumiputera.
Jadi, perkataan “bumiputera” itu diletakkan matlamat untuk capai 30 peratus.
Sehingga tahun 2019, kita baru capai 17 peratus. Itu bukan individu, tetapi ekuiti yang dipegang oleh GLC. GLC bukan bumiputera. Dia ialah untuk semua rakyat Malaysia. Jadi, saya minta supaya kalau sekiranya kita keluarkan perkataan “bumiputera”, ini melanggar Perlembagaan. Kalau sekiranya kita nak keluarkan juga, mesti pergi kepada Majlis Raja-Raja dan sebagainya...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Arau. Arau, Sik mohon sikit pandangan Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Unta berarak ke Gurun Sahara, Debu berterbangan menutup pandangan; RMK asas pembangunan negara, Tegakkan keadilan bukan kesamarataan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Arau boleh, ya? Arau, Sik mohon Sik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali. Tak bagi. Sikit lagi, bagi saya habis.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagilah, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Model pembangunan luar bandar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik belakang ini Arau. Sedikit saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh Sik ya, ya? Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, sambung sikit pandangan Arau berkaitan agenda bumiputera ini, Arau ya.
Pada tahun 2012, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah JPM telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Dan kita, sedia maklum: tujuannya untuk memperkasa modal insan bumiputera dalam bidang pendidikan, kemahiran profesional dan sebagainya.
Namun, Yang Berhormat Arau adakah sedar pada ketika ini, kalau saya melihat dalam website Yayasan Peneraju itu, namanya itu sudah diubah daripada “Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera” hanya tinggal “Yayasan Peneraju” dibuang perkataan “Pendidikan Bumiputera” tanpa ada penjelasan daripada pihak Kementerian Ekonomi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, alright. Okey, okey, terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jadi, adakah ini satu agenda yang perlu dilihat serius oleh kerajaan? Terima kasih, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Termasuk sebahagian daripada ucapan saya. Okey, cukup ya, cukup. Semua rakyat Malaysia. Terima kasih. Sebahagian daripada ucapan saya.
Okey, sekarang model pembangunan luar bandar. Saya mahu tanya apa dia model pembangunan luar bandar? Dengar sini, Hulu Langat. Model pembangunan luar bandar Malaysia ini berdasarkan Buku Merah, itu sebab dulu ada JKK. Sekarang, orang panggil JKKK macam-macam. JKKK — Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Ditakdirkan Allah saya hidup bersama dengan kehidupan tersebut. JKK, Buku Merah. Lepas itu, Korea datang belajar dari Malaysia konsep Buku Merah yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Abdul Razak. Dan mereka perkenalkan Saemaul Undong, Saemaul Undong di Korea sekarang ni telah mencapai taraf dunia.
Dan Korea menjadi negara maju melalui pendekatan Saemaul Undong pembangunan luar bandar, tapi kita apa ada? Kita peruntukkan pada tahun ini, kita tahun lepas kita bagi RM11 bilion kita bagi kepada luar bandar. Penduduk luar bandar sekarang tinggal 22 peratus. Mungkin ada Hulu Langat sikit, Arau sikit. Itu saja, tak ramai, 22 peratus.
Peruntukan RM11 bilion, tapi RM11 bilion ini banyak orang kata untuk membantu agensi di bawah Kementerian Luar Bandar.
Kenapa tidak gunakan peruntukan ini untuk membina insan? Sebagai contoh, sebuah jalan di Sarawak sebagai contoh. Harganya RM200 juta untuk bina jalan kepada 200 orang penduduk. Kalau tanya saya, lebih baik bagi satu orang RM1 juta, pindahkan mereka ke kawasan bandar dan mereka dapat bekerja di bandar, tapi dengan membina RM200 juta, tidak menjamin bahawa mereka akan dapat peluang pekerjaan dan juga pemasaran produk- produk mereka.
Okey, nombor dua, Tuan Pengerusi ialah KWSP. Saya minta supaya Akaun 3 ini…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Sebentar, sebentar. Sebentar, sebentar. Sebentar, sebentar. Sebentar. Yang Berhormat Hulu Langat, Peraturan 35(1) menyatakan kalau nak bercakap, berdiri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya minta tadi, dia tak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dia tak bagi, itu hak dia: 37(1), (2).
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, sekarang saya minta.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekarang, saya suruh kamu duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, sekejap. Bila saya habis saya bagi ya. Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekarang, saya suruh kamu duduk. Kuasa 37(2). Duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jangan garang sangat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk. Duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Hulu Langat, Yang Berhormat bangun lagi sekali, saya akan halau, usir lima hari. Duduk!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, Yang Berhormat teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Allahu Akbar. Kasihan dengan dia janganlah kalau boleh ya.
Okey, KWSP saya minta supaya Akaun 3, di masuk Akaun 1, dimasukkan sekurang- kurangnya 30 peratus. Yang kemudian zaman PM8 tiga kali dia bagi KWSP, zaman PM9 sekali, PM10 belum kita nampak lagi. Akta Lompat Parti saya cadangkan supaya enam kerusi ini dikosongkan kita buat pilihan raya kecil, wallahualam. Kemudian nama-nama misteri di Malaysia yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat. Saya minta supaya kerajaan memberi penjelasan tentang Riza Chalid, Pak Riza Chalid orang kaya Indonesia yang sekarang ini telah dicabut pasportnya oleh Indonesia.
Sekarang kita tak tahu berada di mana. Kita — sudah pasti kita tahu dia ada di mana-mana dan sudah pasti kerajaan sedang berbuat sesuatu.
Cuma Pak Riza Chalid ini cuba lihat daripada sumbangannya dari segi ekonomi juga besar. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang terbaik ya. Farhash Salvador, dia telah kaya kerana mendapat pelbagai projek. Saya tidak anti Farhash, saya sokong diwujudkan lebih banyak ‘Farhash’, lebih banyak orang yang macam Farhash. Jangan bagi dia seorang, masa dulu pernah kita dengar cerita Halim Saad, tetapi kita tengok sederet manusia diwujudkan dan sekarang ini kita bukan marah pada Farhash, kerajaan tambah lagi Farhash supaya jadi lebih hebat. I mean bangga.
[Tepuk] Saya ucap tahniah kepada Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Pengarah Agensi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh tiga minit ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Allahu Akbar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dari sekarang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ketua Pengarah — hat penghabis saya, pantun ini penting sebab pantun ini untuk PMX ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kuasa 37(2) saya mengehadkan satu minit dari sekarang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, ya saya. Seminit...
[Tidak jelas] Dapat 16 minit tadi, wallahualam. Okey. Kepada Dato’ Sri Shuhaily, Pengarah Agensi saya tahu dia bertegas tetapi cara dia menyampaikannya itu saya tahu tak mendapat sokongan netizen tetapi berhati-hati pendekatan kita sebab boleh menjejaskan moral kawan-kawan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
saya di dalam Imigresen. Saya minta supaya Shuhaily, saya hendak tanya soalan. Kenapa pelancong-pelancong daripada Pakistan, Bangladesh, Indonesia dipersoalkan banyak?
Kenapa pelancong dari China dimudahkan masuk?
Jadi, akhir sekali ialah tentang Zara Qairina supaya polis melancarkan kehebatan kerjanya seperti yang berlaku kepada anak Rafizi. Saya tengok Speaker hari ini nampak tegas dan nampak garang sikit, saya bagi satu pantun sahajalah. Ya
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat, saya tutup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tentera Jepun pakai bayonet, Second World War penuh angan-angan; Bila berlaku rombakan Kabinet, Nurul Izzah Menteri Kewangan...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada Jempol berbahas bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Alhamdulillah, pada petang ini saya ditemani oleh anak-anak saya.
[Tepuk] Kepada Sekolah Menengah Palong 7 dan juga guru-guru, apatah lagi kami tiga serangkai ini tetap setia dalam perbahasan ini.
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Belakang pun setia juga.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Dan juga Kuala Langatlah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hulu – Hulu Langat.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Hulu Langat.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ladang menghijau di Batu Kikir, Sawah terbentang luas memikat; RMK13 hadir bukan sekadar difikir, Dilaksana dengan semangat rakyat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan atas kejayaan merangka RMK13 yang menyeluruh demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, Jempol fokus kepada FELDA pada petang ini iaitu dalam kerangka RMK13 iaitu pemerkasaan FELDA dalam kerangka RMK13. Jumlah peneroka di 317 skim tanah rancangan FELDA di seluruh negara berjumlah 112,635 orang dan di Parlimen Jempol terdapat 36 skim tanah rancangan FELDA. Sukacita Jempol ingin mengemukakan beberapa cadangan pemerkasaan FELDA dalam kerangka RMK13.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Pertama, pendigitalan pengurusan FELDA. Sesuai dengan Dasar Pendigitalan Negara, Jempol menyokong agar FELDA dapat menjayakan peralihan kepada sistem dokumentasi elektronik sepenuhnya sesuai dengan strategi dua RMK13 pemerkasaan GovTech dan mengupaya aplikasi MyFELDA agar menjadi platform utama rujukan ketelusan maklumat kewangan bagi peneroka.
Seterusnya yang kedua, menambah baik pengurusan ladang tanah rancangan FELDA. Masalah ketirisan pengeluaran hasil ladang perlu diatasi melalui pertanian pintar berpandukan analitik data dan menggunakan teknologi moden seperti dron dan mesin robotik di ladang kelapa sawit bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sebagaimana sasaran Strategi A1.7, RMK13, melonjakkan subsektor agromakanan dan juga agrikomoditi.
Seterusnya yang ketiga ialah memperbaiki infrastruktur usang di tanah rancangan FELDA. Merujuk Strategi B5.1, RMK13, mempercepat pembangunan kawasan yang kurang membangun. Jempol menggesa agar strategi ini di laksana melalui usaha penambahbaikan infrastruktur asas, amenity social dan perumahan komuniti FELDA disegerakan termasuk menaik taraf jalan kampung, jalan ladang, sistem perparitan dan juga bekalan air yang sering terputus di tanah rancangan FELDA kerana paip ini telah lama, usang, sering pecah kerana rata-rata paip di tanah rancangan FELDA di seluruh negara, di Jempol berusia 40 tahun ke atas.
Keempat, pembangunan modal insan di tanah rancangan FELDA. Jempol mencadangkan agar generasi muda FELDA diberikan keutamaan dalam menjayakan program usahawan agro seperti Program Agropreneur NextGen sebagaimana Strategi A4.1, RMK13 supaya memberi peluang kepada FELDA untuk melahirkan usahawan mahir terutama di dalam teknologi di pertanian moden.
Dan yang kelima yang terakhir berkaitan FELDA ialah perumahan lot generasi FELDA. Sudah sampai masanya komitmen kerajaan untuk memberikan lot-lot kosong kepada generasi baru FELDA harus dilaksanakan dalam kerangka RMK13 ini terutamanya di lokasi yang telah dikenal pasti di seluruh wilayah kawasan FELDA terutamanya beberapa lokasi di kawasan Parlimen Jempol.
Dato' Yang di-Pertua, seterusnya penubuhan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur. Selaras dengan aspirasi B5, RMK13, penyeimbangan kemajuan ekonomi wilayah dan pengukuhan pembangunan luar bandar untuk memastikan pembangunan wilayah yang inklusif dan seimbang. Jempol mencadangkan kepada pihak kerajaan penubuhan satu koridor baru yang dipanggil Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur iaitu kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Jempol yang bersempadan dengan negeri Pahang dan Johor yang melibatkan beberapa daerah seperti Bentong, Bera, Rompin dan juga Segamat terus ke Kuantan.
Koridor ini amat berpotensi dengan sumber ekonomi pertanian seperti kelapa sawit, getah, ternakan serta industri hiliran berasaskan agrikomoditi dan pusat janaan tenaga solar untuk zon selatan tanah air. Penubuhan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur ini bertujuan
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
untuk memajukan daerah Jempol dan sekitar dengan fokus kepada industri agrikomoditi dan memberikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan termasuk generasi muda FELDA.
Dato' Yang di-Pertua, seterusnya Lebuhraya Seremban-Kuala Pilah-Jempol yang mana sudah dua tahun kita — saya bersama Ahli Parlimen Kuala Pilah memperjuangkan pembinaan lebuh raya baharu ini. Dato' Yang di-Pertua, kejayaan inisiatif koridor ekonomi yang saya sebut tadi amat bergantung kepada akses jalan baharu iaitu dengan pembinaan Lebuhraya Seremban-Kuala Pilah-Jempol yang akan menjadi laluan utama daripada Seremban-Kuala Pilah-Jempol dan seterusnya ke Kuantan di kedua hala.
Untuk makluman Dewan, pihak JKR telah membuat kajian terperinci berkenaan cadangan jajaran lebuh raya ini. Kajian ini disokong oleh laporan konsultan daripada sebuah syarikat swasta yang sudah bersedia untuk membina sebuah lebuh raya bertol sepanjang 48 kilometer daripada Seremban ke Jempol...
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
...Dalam laporan konsultan tersebut laluan dari Jempol-Kuala Pilah-Seremban merekodkan 34,940 pergerakan trafik dalam tempoh 16 jam kedua hala untuk hari biasa dan ianya meningkat dua kali ganda pada hujung minggu dan berkali ganda pada musim perayaan.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Jempol, izin mencelah.
Adakah Jempol bersetuju bahawa laluan ataupun jalan yang dicadang ini merupakan jalan utama? Secara alternatifnya, jikalau berlakunya apa jua kemalangan dan juga kesesakan lalu lintas di laluan Karak, jadi, inilah laluan yang digunakan oleh mereka pengguna-pengguna ke Pantai Timur. Adakah Jempol bersetuju?
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol amat bersetuju.
Masukkan dalam sebahagian teks ucapan saya.
Mengikut unjuran laporan tersebut, kadar pergerakan trafik akan naik tiga peratus setahun, menjadi jumlah trafik harian sebanyak 41,723 kenderaan sehari menjelang tahun 2030.
Cadangan pembinaan lebuh raya ini mampu menyuraikan trafik dan meningkatkan limpahan ekonomi Jempol sebagai kawasan cadangan koridor ekonomi di Negeri Sembilan Timur. Cadangan projek ini telah dibangkitkan dan seperti yang saya katakan tadi, dua tahun lepas bersama Ahli Parlimen Kuala Pilah. Persoalan Jempol kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, apakah pendirian terkini kerajaan berhubung dengan pembinaan Lebuhraya Seremban-Kuala Pilah-Jempol ini?
Dato’ Yang di-Pertua, ladang solar di Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur.
Jempol juga ingin menarik perhatian Dewan kepada Strategi A1.4 RMK13 iaitu meningkatkan akses bekalan elektrik hijau yang mana kawasan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur dengan tanah yang luas dan cuaca panas amat berpotensi menjadi hab tenaga hijau dengan pembinaan ladang solar berkapasiti tinggi.
Jempol percaya hab tenaga hijau ini mampu menarik pelabur-pelabur luar sesuai dengan aspirasi negara untuk mencapai komitmen Pelepasan Karbon Sifar Menjelang 2050-
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
an. Tambahan, daerah Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah merupakan antara kawasan yang terkering yang panas sepanjang tahun di negara kita kerana kurang menerima hujan adalah amat sesuai untuk dijadikan tapak ladang solar.
Persoalan Jempol kepada Yang Amat Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, apakah terdapat perancangan spesifik membangunkan solar farm secara mega di daerah Jempol di bawah kerangka RMK13?
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya ialah reformasi kesihatan. Kerangka RMK13 menekankan kesejahteraan rakyat dan pengukuhan sistem kesihatan negara. Jempol ingin mengangkat isu kekurangan pegawai perubatan dan jururawat yang semakin membimbangkan di seluruh negara. Jadi, dalam hal ini, Jempol percaya bahawa perluasan perkhidmatan kesihatan hendaklah disusuli dengan pertambahan perjawatan pegawai perubatan dan jururawat.
Isunya pada hari ini, kebanyakan hospital kekurangan perjawatan tetap dan juga – iaitu pegawai perubatan dan jururawat. Masalah timbul apabila pegawai perubatan kontrak yang ramai sekarang ini berhenti kerana tiada jaminan pekerjaan dan mendapat tawaran yang lebih. Ini menimbulkan beban tugas kepada pegawai perubatan tetap sedia ada kerana setiap kali doktor kontrak dan jururawat berhenti, doktor kontrak itu mereka perlu dilatih dan diberi pengawasan. Jadi, inilah yang berlaku pada hari ini, bebanan yang ditanggung oleh doktor-doktor pakar di seluruh negara kita.
Jadi, Jempol memohon pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk segera menambah perjawatan tetap di hospital yang mempunyai kapasiti pesakit yang tinggi. Jempol mohon maklum balas Yang Berhormat Menteri Kesihatan berkaitan status bilangan penambahan perjawatan baru dan tetap pegawai perubatan dan jururawat dalam tempoh RMK13 ini.
Seterusnya, pembinaan Hospital Pengajar USIM. Semalam, sahabat saya Yang Berhormat Tampin ada membangkitkan persoalan semasa sesi soal jawab lisan berkenaan pembinaan Hospital Pengajar USIM dari Nilai ke Kota Tinggi. Jempol menyokong agar cadangan pemindahan Hospital Pengajar USIM ini dikaji semula dan dipertimbangkan untuk dikekalkan di Negeri Sembilan kerana ianya akan memberi nilai tambah dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti buat masyarakat di Negeri Sembilan.
Akhirnya – sebelum itu, Jempol juga ingin menyentuh tentang perpaduan. Perpaduan ini adalah teras kepada pembinaan negara bangsa kita selama ini yang kita berpaksi mendukung prinsip Rukun Negara dan juga Perlembagaan Persekutuan negara kita. Asas pembinaan identiti nasional dan juga negara bangsa.
Mutakhir ini, perpaduan antara kaum masih longgar dan banyak provokasi berbau perkauman melalui dalam media massa seperti perbuatan akhir ini mengibarkan Jalur Gemilang cara terbalik dan ini membawa kepada kegusaran ketenteraman awam di negara kita. Kita – selama ini maju berjaya daripada sebuah negara pertanian, sebuah negara miskin, kita berjaya sampai ke tahap yang ada pada hari ini kerana teras perpaduan di kalangan rakyat negara kita.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, dalam hal ini, Jempol mencadangkan dalam Strategi D1.1: Memperkukuh Integrasi Dan Perpaduan Nasional, menekankan supaya dilaksanakan program silang budaya di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan juga kementerian-kementerian lain yang mana ianya telah pun dapat dilaksanakan selama ini di Negeri Sembilan.
Jadi, Negeri Sembilan telah pun melaksanakan program silang budaya yang mana ia bermula daripada sekolah rendah, sekolah menengah, di IPTA awam, swasta dan juga agensi-agensi kerajaan supaya anak-anak kita dari kecil...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jempol...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
...Dan juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Satu minit.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya, terima kasih. Dan sampailah keseluruhannya dapat kita tanamkan semangat sayang, jati diri, perpaduan di kalangan rakyat di negara kita.
Dan akhir sekali, permohonan projek pembangunan. Jempol telah mengemukakan permohonan projek-projek pembangunan dalam RMK13. Terima kasih kerana beberapa projek sebelum ini telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Cadangan Jempol kepada kerajaan dalam RMK13 ialah cadangan menaik taraf FT44 Jalan Utama Palung. Ha, anak-anak jadi saksi hari ini, jalan ini banyak kemalangan maut dan saya dah bahaskan sebelum ini.
Kemudian, cadangan kedua menaik taraf Kompleks Sukan Batu Kikir dan bina baru jalan penghubung luar bandar, Kampung Orang Asli Batu Peti dan juga Kampung Orang Asli Pancu. Projek-projek yang saya sebutkan ini telah saya bahaskan di Dewan yang mulia ini dua tahun lepas dan Jempol amat berharap ianya dapat diluluskan dalam Rolling Plan pertama RMK13. Dato’Yang di-Pertua, Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Steady Jempol!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak dapek den nolong.
Seorang Ahli
*[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak dapek den nolong.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
*Tigo tu macam laghi bergilir-gilir yo.
[Ketawa] Tampin, Jompol samo Pilah.* Baik. Yang Berhormat. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Oleh kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut di dalam ucapan beliau ayat al-Quran mengenai ummatan wasata iaitu umat yang adil, maka izinkan saya memberikan sedikit pandangan berhubung konsep keadilan dalam Islam.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Pertamanya, perlulah difahami bahawa keadilan di dalam Islam adalah bertunjangkan kepada akidah. Akidah yang mengiktiraf adanya pengawasan berterusan dari Allah Yang Maha Kuasa ke atas setiap perbuatan manusia. Akidah yang mendukung kemestian pembalasan ke atas para penzalim dan pendukung-pendukungnya dalam bentuk perundangan Islam di dunia yang tidak berpihak dan dalam bentuk hukuman seksaan yang besar selepas kematian dan di hari akhirat.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah An-Nisa ayat 105: [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Yang bermaksud: "Sesungguhnya kami menurunkan kepada-mu, wahai Muhammad, kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepada-mu melalui Wahyu-Nya. Dan janganlah engkau menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat." Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113 bermaksud, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka kalau kamu berlaku demikian api neraka akan membakar kamu sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian dengan sebab kecenderungan kamu itu, kamu tidak akan mendapat pertolongan."
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Khalifah Islam yang keempat iaitu Saidina Ali Karamullah Wajhah berpesan kepada anakandanya, Sayidina Hassan Radiallahu anhu. Beliau berkata, “Wahai anakandaku, hendaklah engkau perhatikan bagaimana engkau membuat keputusan kerana sesungguhnya keputusan yang engkau tetapkan itu kelak Allah akan mempertanyakannya mengenainya di hari akhirat.” Menegakkan keadilan dalam pentadbiran negara dan menolak kezaliman menurut Islam adalah tuntutan akidah ke atas setiap golongan yang beriman. Justeru itu, ia bukanlah dari jenis keadilan pincang ciptaan manusia yang boleh dipermain-mainkan atau ditegakkan secara selektif ataupun dimanipulasikan melalui janji-janji politik bermusim sebagaimana yang dapat kita saksikan berlaku pada hari ini. Keadilan, integrity, good governance, dengan izin, memerangi rasuah, kemanusiaan dan sebagainya apabila mafhum dan pelaksanaannya tidak berdasarkan Islam, ia hanya tinggal sebagai slogan sahaja dan laungan politik kosong serta retorika yang menipu para pengundi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Keduanya, konsep keadilan dalam Islam adalah tidak terpisah dari konsep memenuhi amanah atau prinsip menunaikan hak sehingga wujudnya kesaksamaan sejati di antara rakyat. Dengan lain perkataan, tuntutan menegakkan keadilan akan terjadi apabila amanah gagal dipenuhi sehingga berlaku perselisihan dan permusuhan. Negara kita sendiri pernah melalui episod hitam...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jasin, tanya sikit boleh, Jasin?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
...Perselisihan dan pertelingkahan berdarah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
...Dalam peristiwa 13 Mei 1969...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, boleh nak tanya sikit?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
...Yang tercetus antara lainnya akibat dari pengagihan tanah dan kekayaan negara secara tidak seimbang oleh Kolonial British dan dasar memiskinkan orang-orang Melayu dan peribumi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jasin, tak boleh eh, Jasin eh?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Al-Quran telah menegaskan kesatuan ini di dalam firman Allah, dalam surah An-Nisa, ayat 58 bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik- baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.” Al-Imam Sha'rawi Rahmatullah alaih berkata dalam tafsirnya, “Sekiranya setiap orang menunaikan apa sahaja bagi orang yang lain, apa yang ada di sisinya dari sesuatu hak, sudah tentulah tidak akan ada keperluan kepada menegakkan keadilan.” Menegakkan keadilan hanya sanya terlahir dari perselisihan dan tuntutan. Tuntutan bermakna, adanya seseorang telah mengingkari hak orang lain. Jikalau setiap orang dari kita menunaikan apa sahaja tanggungjawab yang berada dalam tanggungannya daripada hak orang yang lain, maka sudah tentulah tidak akan timbul sebarang tuntutan dan tidak akan ada sebarang perselisihan. Justeru itu, tidak ada keperluan kepada tuntutan menegakkan keadilan.
Saya berpandangan, berdasarkan konsep keadilan Islam tersebut, melakar semula pembangunan berteraskan race based kepada need based dengan izin. Ini andai kata masih mengambil pendekatan meminggirkan hak kesaksamaan ekonomi orang-orang Melayu dan bumiputera, hak dipulangkan semula tanah-tanah simpanan Melayu yang telah hilang dan hak mengembalikan semula kuota sebenar orang-orang Melayu dan bumiputera dalam semua peringkat. Maka, ia sebenarnya pada hemat saya, bukanlah lakaran semula pembangunan yang benar-benar terbangun di atas dasar keadilan yang dikehendaki Islam seperti yang menjadi hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, selaku Ahli Parlimen Jasin, saya memohon agar kerajaan semasa dapat memasukkan ke dalam RMK13 ini, penaikan taraf jalan Kampung Parit Sialang Sungai Rambai, pemasangan lampu secara menyeluruh di Lebuh AMJ dari Serkam ke Sungai Rambai dan pemasangan lampu jalan dari Simpang Bekoh ke Kampung Orang Asli Lubuk Bandung, persimpangan jalan lama Rim ke Chabau dan persimpangan jalan lama ke Simpang Bekoh. Saya berharap perkara ini diberi keutamaan bagi melindungi nyawa para pengguna jalan-jalan raya di Jasin.
Tuan Yang di-Pertua, terakhir. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada rakyat dan netizen dalam negara ini, terutamanya dari Sabah. Mereka telah berjaya membongkar kes buli yang mengorbankan penuntut berumur 13 tahun bernama Zara Qairina. Pembongkaran ini telah memberi harapan yang tinggi kepada seluruh rakyat agar kes-kes buli lainnya turut mendapat perhatian dan pembelaan segera kerajaan.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Fenomena buli dalam negara kita jelas sudah berada di luar kawalan apabila bertukar menjadi pembunuhan berkumpulan yang membawa kematian dan kecederaan seperti yang berlaku kepada Almarhum Zulfarhan, Almarhum Wan Ahmad Faris, Almarhum Syamsul Haris dan yang terbaru, Almarhumah Zara Qairina. Ia adalah indikator jelas kepada kegagalan sistem pendidikan negara dan lampu amaran kepada masa depan negara yang membimbangkan.
Seterusnya, sikap selektif sebahagian pemimpin dalam menangani isu buli ini dan tindakan-tindakan kerajaan yang seolah-olahnya tidak bersedia meraikan suara rakyat adalah menggambarkan runtuhnya kualiti kepimpinan di dalam negara. Sabda Rasulullah SAW, berdasarkan riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud, “Sesungguhnya yang membinasakan manusia sebelum kamu adalah bahawa mereka itu apabila mencuri di kalangan mereka orang yang berkedudukan, mereka lepaskan namun apabila mencuri di kalangan mereka orang yang tiada kedudukan, maka mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.” Walau bagaimanapun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat dan generasi muda serta netizen telah memberikan harapan besar bahawa perubahan yang menyelamatkan negara masih boleh dilakukan dan fenomena favoritism atau pilih kasih dapat dihapuskan. Sesungguhnya keberanian rakyat, generasi muda dan netizen negara ini bukan sahaja akan menjadi elemen check and balance, dengan izin, dan ejen perubahan yang berkesan. Bahkan, lebih besar dari itu, sebagai rakyat yang berani menegur kecuaian kerajaan, mereka akan berupaya menyekat pemimpin-pemimpin diktator dan gila kuasa daripada berkuasa dan muncul dalam negara ini.
Justeru itu, ustaz mengucapkan tahniah sekali lagi kepada anda semua. Peranan penting yang anda lakukan, inilah yang disimpulkan oleh Ira Chaleff dalam bukunya, “To Stop A Tyrant” dengan izin. Beliau berkata, "While it appears that leaders create their followers, it is equally true that followers create their leaders.” Yang bermaksud, “Tatkala kelihatannya bahawa pemimpin-pemimpin melahirkan pengikut-pengikut mereka, adalah sama benarnya juga bahawa pengikut-pengikut itulah yang melahirkan pemimpin-pemimpin mereka.” Rakyat yang baik akan melahirkan pemimpin yang baik dan rakyat serta pengikut yang membiarkan kezaliman akan melahirkan pemimpin-pemimpin dan diktator-diktator yang zalim. Silakan.
[Merujuk kepada Yang Berhormat Hulu Langat]
Beberapa Ahli
Tak ada, tak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah keluar.
Seorang Ahli
Dah keluar dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah keluar.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Baik Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan Yang di-Pertua, Balik Pulau ingin mengucapkan terima kasih atas peluang untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Saya ingin merakamkan setinggi- tinggi ucapan tahniah kepada Perdana Menteri atas pembentangan RMK13 baru-baru ini dan ucapan penghargaan juga disampaikan kepada seluruh warga pentadbiran kerajaan, khususnya Kementerian Ekonomi atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan.
Saya ada beberapa topik yang saya ingin sentuh. Yang pertama ialah mengenai pendidikan. Dalam RMK13 menyatakan penyusunan semula masa depan pendidikan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Saya menyokong penubuhan Majlis Pendidikan Negara yang merangkumi pelbagai pemegang taruh. Bukan sahaja daripada pegawai-pegawai penjawat awam, malah ia perlu diwakili oleh ahli akademik, wakil industri, teknologi, agamawan, masyarakat sivil dan belia.
Majlis ini perlu menjadi badan pemikir nasional yang bebas dan strategik dalam menyatukan visi dan hala tuju pendidikan negara.
Pelan Pendidikan Negara 2026-2030 ataupun PPMM. Pelan Pendidikan Pembangunan Negara, sorry. Mesti dirangka sebagai satu pelan menyeluruh yang merentas semua peringkat pendidikan, daripada prasekolah, sekolah, pendidikan tinggi hingga ke latihan teknikal dan vokasional. Penyelarasan ini penting bagi memastikan kesinambungan pembelajaran dan kemahiran selari dengan tuntutan masa depan.
Ini tidak wajar hanya berada di bawah Kementerian Pendidikan sahaja. Malah, dia patut digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi tapi perlu juga mempunyai mandat merentasi pelbagai kementerian termasuklah Kementerian Ekonomi, MOSTI, MITI dan KESUMA dan sebagainya kerana pendidikan tidak boleh dilihat sebagai silo, tetapi mesti disepadukan dengan strategi pembangunan negara secara keseluruhan.
Saya juga ingin menyentuh mengenai pendidikan wajib yang perlu distruktur semula.
Saya mencadangkan bermulanya umur enam tahun, Darjah 1 itu bermula dengan enam tahun dan berakhir pada umur 16 tahun. Ini akan membolehkan generasi muda memasuki alam pekerjaan seawal umur 17 tahun. Permulaan awal enam tahun ini memberikan peluang kepada anak-anak yang datang daripada keluarga miskin tegar yang tidak dapat menghantar anak ke prasekolah.
Jadi, untuk merapatkan jurang defisit skil akademik dengan anak-anak yang telah pun mendapat peperiksaan prasekolah, jadi ia dapat terus catch-up dengan mereka yang pergi belajar ke preschool. Cadangan ini juga kita ambil kira realiti negara kita yang sedang menuju status negara tua di mana kekurangan tenaga kerja akan menjadi cabaran besar dalam masa terdekat.
Kita juga harus mula membentuk kurikulum dan latihan kepimpinan untuk pelajar hari ini yang akan menjadi pemimpin negara menjelang tahun 2050. Pendidikan hari ini bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi perlu membina karakter, kemahiran berfikir kritikal, kebolehan menyelesaikan masalah (problem solving skill), kecekapan teknologi dan digital,
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
dan nilai murni untuk membina generasi pemimpin berwibawa. Pendidikan masa ini perlu memberi penekanan kepada pembinaan karakter dan kompetensi asas kehidupan, bukan sekadar keupayaan menghafal atau lulus peperiksaan. Aspek seperti daya tahan (resilience), pemikiran kritikal, kreativiti, komunikasi, kerja berpasukan dan literasi emosi perlu dijadikan teras dalam kurikulum.
Dunia masa depan yang lebih mencabar dengan ketidaktentuan ekonomi, teknologi baru dan perubahan iklim memerlukan generasi yang bukan sahaja bijak, tetapi berkarakter, berprinsip dan berdaya saing secara insani. Saya ingin memetik Yuval Noah Harari dalam bukunya 21 Lessons for the 21st Century. “21st century schools need to give students less information and more critical thinking abilities”, ya dengan izin.
Pada masa ini, sekolah cenderung memberi terlalu banyak penekanan kepada menghafal maklumat. Pendekatan ini sesuai untuk abad ke-19 kerana pada ketika itu maklumat sukar diperolehi. Itu adalah zaman tanpa akhbar, tanpa radio, perpustakaan awam dan televisyen tapi sekarang, zaman sekarang amat berbeza. Zaman sekarang memerlukan bagaimana membezakan antara maklumat yang benar dan maklumat yang palsu.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbicara tentang masa depan negara, kita tidak boleh mengabaikan keselamatan anak-anak kita. Saya rasa ramai kawan-kawan saya yang Ahli-ahli Parlimen lain membicara tentang kes buli dan sebagainya kerana aset — anak-anak kita ini merupakan aset paling berharga dalam negara ini.
Dalam hal ini, ada satu yang boleh kita pelajari daripada negara Australia. Di sana, guru perlu menjalani ujian latar belakang jenayah ataupun latar belakang, background personality bagi memastikan keselamatan kanak-kanak. Proses ini yang dinamakan working with vulnerable people (WVP) menapis mereka yang mempunyai rekod kesalahan dengan minor dan hanya mereka yang lulus ujian ini serta memiliki sijil kelayakan dibenarkan bekerja di sektor sekolah ataupun prasekolah dan di mana mereka bekerja dengan vulnerable people.
KPM perlu — juga boleh memperkenalkan standard yang sama di mana semua guru, kakitangan sekolah dan siapa sahaja yang bekerja di pusat asuhan kanak-kanak, prasekolah, di sekolah diwajibkan menjalani pemeriksaan sebelum melapor diri. Langkah ini bukan sahaja melindungi anak kita daripada potensi bahaya malah membina keyakinan ibu bapa bahawa sekolah dan prasekolah adalah tempat paling selamat untuk anak mereka membesar.
Pada 7 Ogos yang lalu, Menteri Pendidikan memberi jaminan bahawa semua sekolah berasrama penuh di seluruh negara masih berada dalam keadaan selamat. Saya percaya ini adalah komitmen yang baik, tetapi dalam realitinya kita masih melihat laporan peningkatan kes buli di sekolah berasrama penuh. Jadi, pelaksanaan pemeriksaan latar belakang ketat untuk semua yang bekerja di persekitaran sekolah termasuklah warden, guru dan staf sokongan tidak akan menyelesaikan semua isu tapi ia boleh menjadikan satu filter, lapisan pencegahan yang signifikan.
Perkara ini dapat memberi isyarat tegas bahawa keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama dan kita tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana akhirnya Tuan Yang di-Pertua, pelaburan terbesar kita bukan setakat pembangunan infrastruktur sekolah
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
ataupun teknologi bilik darjah tapi memastikan setiap anak yang melangkah ke pintu sekolah pulang ke pangkuan keluarga mereka dengan selamat setiap hari.
Saya beralih kepada medical tourism ataupun tourism kesihatan, pelancongan kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, saya faham Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun membeli 100 ekar tanah, khusus untuk membangunkan pusat pendidikan di kawasan Balik Pulau. Saya menyeru agar tanah ini dimanfaatkan dengan menarik pelabur-pelabur untuk membangunkan kolej perubatan bertaraf antarabangsa. Inisiatif ini akan melengkapkan hab pendidikan serta menyokong ekosistem, kreativiti dan pelancongan perubatan di negeri ini.
Pulau Pinang mendominasi sektor pelancongan perubatan negara, menerima kira- kira 50 peratus daripada keseluruhan pelancong perubatan ke Malaysia. Pertumbuhan dalam jumlah pesakit antarabangsa dan hasil adalah lebih daripada 100 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan peningkatan kira-kira 194,327 pesakit dan RM378.4 juta hasil pada 2022 ke 406,469 pesakit dan 831.94 juta pada tahun 2023. Ini bermakna pertumbuhan lebih 100 peratus dalam kedua-dua jumlah pelancong dan pendapatan negara pada 2023.
Sektor ini menyumbang lebih RM2 bilion hasil pelancongan perubatan Malaysia pada tahun 2023 dengan lebih 60 peratus daripadanya berasal daripada pesakit-pesakit daripada Indonesia, India, Singapura dan UK. Jadi, saya ingin mengesyorkan supaya Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) berusaha dengan lebih kuat lagi, dengan lebih agresif lagi untuk menarik mereka, untuk pesakit-pesakit untuk datang ke negara kita di Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh tentang kajian Stanford University yang mengatakan bahawa negara Malaysia ataupun mereka, rakyat Malaysia, ketiga malas dalam dunia. Hanya mencatat purata 3,963 langkah sehari berbanding dengan negara-negara lain.
Ini tidak baik kerana menunjukkan bahawa kita kurang daripada aktiviti fizikal. So, data ini memberi isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia perlu lebih aktif kerana gaya hidup sedentary bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit kronik, malah menjejaskan produktiviti serta kualiti hidup secara keseluruhan.
Justeru, saya menyeru KPKT mewajibkan laluan pejalan kaki yang lebih luas, yang lebih selesa, mesra OKU dan teduh dalam setiap pembangunan baru bagi menggalakkan rakyat berjalan kaki serta mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan motor. Di samping itu, penanaman pokok di sepanjang laluan pejalan kaki perlu dipergiatkan untuk memberikan teduhan, menurunkan suhu persekitaran dan meningkatkan kualiti udara.
Akhir sekali, saya sambut baik cadangan kerajaan untuk menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun kerana banyak negara-negara lain seperti Vietnam, Perancis, Jepun dan Australia telah pun meningkatkan umur persaraan mereka yang berada antara 65 hingga 70 tahun. Jadi, saya sambut baik pernyataan KSN baru-baru ini untuk mengkaji meningkatkan umur persaraan ke 65 tahun.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Puan Yang di-Pertua, saya ada satu minit lagi. Saya ingin menyentuh tentang isu-isu kawasan. Saya mengalukan KKR yang mengangkat permohonan kerja awalan projek naik taraf jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong di Laluan Persekutuan
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
FT06 dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar, seksyen 20 hingga seksyen 23 Daerah Barat Daya pada Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk pertimbangan agensi pusat.
Saya telah beberapa kali bangkit untuk menyatakan keperluan untuk membesarkan jalan ini sejak saya menjadi wakil rakyat dan hari ini ada sedikit sinar dan saya cukup berasa gembira kerana projek ini akan diangkat menjadi realiti. Jadi, saya berharap juga dengan adanya pembesaran jalan ini akan membolehkan isu kesesakan itu dapat diatasi dan mereka dapat bekerja, dapat pergi kerja dengan apa itu — traveling time yang lebih singkat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi tapi memandangkan masa tidak mencukupi. Saya dengan ini menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Rancangan bertemakan “Melakar Semula Pembangunan”, satu inspirasi yang besar dan penting Namun ia hanya akan menjadi kenyataan sekiranya pelaksanaannya bersifat adil, telus dan inklusif.
Kerangka RMK13 menunjukkan tentang menaikkan siling dan menaikkan lantai.
Namun terdapat satu kelompok masyarakat sering diberi ucapan penghargaan tetapi jarang sekali menerima pelan tindakan yang benar-benar menyeluruh iaitu veteran Angkatan Tentera Malaysia. Dalam perbahasan ini, saya sebagai seorang veteran, saya ingin memfokuskan kepada agenda pemerkasaan veteran merangkumi bukan sahaja aspek kebajikan tetapi juga peluang kerjaya, pengukuhan keusahawanan serta penglibatan mereka dalam sektor-sektor strategi ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, veteran ATM adalah satu legasi yang perlu diurus dengan strategi bukan sekadar retorik. Veteran ATM adalah kumpulan yang unik. Mereka telah menghabiskan sebahagian besar usia dewasa mereka dalam perkhidmatan yang penuh disiplin, pengorbanan dan keberanian. Namun, di antara mereka yang menghadapi realiti sukar selepas bersara seperti kekangan pendapatan selepas pencen yang terhad atau tiada pencen, kesukaran menyesuaikan diri dalam pasaran kerja sektor awam, masalah kesihatan fizikal dan mental yang berkait dengan pengalaman perkhidmatan.
Kita sering melihat veteran diangkat sebagai simbol patriotisme dalam acara rasmi, tetapi dalam dasar ekonomi negara, mereka jarang menjadi subjek rancangan yang komprehensif. RMK13 sepatutnya mengubah keadaan ini. Mereka memiliki kemahiran kepimpinan, kecekapan teknikal, ketahanan mental dan disiplin yang tinggi. Soalnya, bagaimana kita boleh memanfaatkan aset ini dalam rangka pembangunan negara.
Bercakap tentang kebajikan veteran, kita tidak boleh lagi melihat sekadar bayaran tunai dan elaun bulanan. Veteran ATM memerlukan ekosistem sokongan menyeluruh yang berfungsi seperti payung perlindungan sosial sepanjang hayat. Cadangan saya, pertama,
Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut
adalah penubuhan pusat rehabilitasi veteran nasional yang menggabungkan rawatan, perubatan, pembangunan mental dan latihan semula kemahiran.
Kedua, penyediaan kad kesihatan veteran digital yang menghubungkan rekod perubatan dengan kemudahan rawatan di hospital kerajaan dan swasta melalui panel khas.
Ketiga, penyediaan program perumahan veteran dengan skim sewa beli jangka panjang terutama untuk veteran tidak berpencen. Kita juga perlu mencantumkan data antara Jabatan Hal Ehwal Veteran, Menteri Pertahanan, PERKESO dan HRD Corp supaya tiada veteran terlepas daripada radar, bantuan dan peluang. Kerjaya pasca perkhidmatan dari uniform ke sektor strategik.
Tuan Yang di-Pertua, pengalaman veteran dalam logistik, pengurusan aset, keselamatan, maritim dan operasi kecemasan adalah kemahiran bernilai tinggi yang sering tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor awam dan swasta. Saya cadangkan RMK13 dimasukkan skim penempatan semula pekerjaan strategik di mana veteran dilatih semula untuk sektor seperti keselamatan siber, pengurusan bencana, tenaga boleh baharu dan logistik pelabuhan. Insentif cukai kepada syarikat yang menggajikan veteran dalam bidang yang memerlukan kemahiran kritikal, pusat latihan peralihan kerjaya yang diurus bersama oleh kerajaan, GLC dan persatuan veteran dengan modul berasaskan keperluan industri semasa.
Ini bukan sekadar soal menyediakan pekerjaan tetapi memastikan pekerjaan itu setara dengan kemahiran dan pengalaman yang telah mereka bina selama bertahun-tahun.
Keusahawanan veteran menukar disiplin tentera kepada disiplin perniagaan. Veteran memiliki satu kelebihan besar dalam dunia keusahawanan iaitu disiplin operasi. Namun, tanpa modal permulaan dan sokongan pasaran, potensi ini tidak berkembang. Saya mencadangkan tiga langkah konkrit iaitu langkah pertama menyediakan dana padanan perniagaan veteran atau veteran business matching fund dengan izin, di mana kerajaan memadankan pelaburan swasta dalam syarikat veteran sehingga 50 peratus modal permulaan.
Langkah kedua adalah penyediaan inkubator perniagaan veteran di setiap negeri dalam menyediakan kemudahan bersama khidmat nasihat dan laluan pasaran. Langkah ketiga penubuhan koperasi strategik veteran yang menggabungkan kuasa beli dan kuasa tawar-menawar darat untuk projek skala besar seperti logistik, sejuk beku, agroteknologi dan industri maritim.
Veteran dalam ekonomi biru dari pengawal perairan kepada pemain industri. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah negara maritim dengan garis pantai sepanjang 4,675 kilometer dan zon ekonomi eksklusif yang luas. Tetapi penyertaan rakyat tempatan dalam industri maritim strategik masih rendah apatah lagi veteran. Saya mencadangkan agar RMK13 membentuk dana dan insentif untuk melibatkan veteran dalam bidang-bidang berikut.
Pertama, perikanan laut dalam dengan sokongan teknologi seperti sistem penjejak kapal, pemprosesan hasil tangkapan di laut dan pemasaran bersepadu. Kedua, keselamatan maritim komersial untuk melindungi laluan perdagangan strategik. Ketiga, pelancongan maritim termasuk penyelaman skuba, pelayaran dan penyelenggaraan kapal rekreasi.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut
Dengan pengalaman mereka, veteran bukan sahaja mampu mengisi jurang tenaga kerja mahir dalam sektor ini, tetapi juga membina perniagaan sendiri yang berdaya saing.
Pemilihan dalam CSR, GLC dan model pelaburan alternatif. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjayakan agenda ini, kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada bajet tahunan kerajaan. Kita perlu membina ekosistem pembiayaan hibrid yang menggabungkan kerjasama CSR di mana syarikat-syarikat korporat yang terlibat dalam pertahanan, logistik, minyak dan gas atau maritim boleh menyalurkan dana terus kepada projek veteran sebagai sebahagian daripada komitmen CSR mereka.
GLC sebagai rakan strategik boleh menyediakan kontrak jangka panjang atau peluang subkontrak untuk syarikat milik veteran. Instrumen pelaburan alternatif seperti sukuk sosial atau dana pelaburan impak yang dikhususkan untuk pemerkasaan veteran. Dengan pendekatan ini, kita dapat mengurangkan pergantungan kepada peruntukan fiskal yang terhad dan pada masa yang sama memastikan kesinambungan projek.
Tuan Yang di-Pertua, kita selalu berkata bahawa negara yang menghormati wira lampaunya akan melahirkan lebih ramai wira pada masa depan. RMK13 adalah peluang untuk membuktikan kata-kata itu. Veteran ATM menuntut strategi atau pelan yang mengiktiraf sumbangan mereka dan membolehkan mereka terus menyumbang dalam era baru.
Sekiranya kita gagal, kita bukan saja mengabaikan kumpulan yang telah mempertahankan negara ini, tetapi juga melepaskan potensi ekonomi dan sosial yang besar.
Saya menyeru agar kerajaan memberi komitmen jelas bahawa dalam tempoh lima tahun RMK ini, veteran akan diarusperdanakan dalam semua agenda pembangunan negara, bukan sekadar disebut dalam nota kaki bajet.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengangkat beberapa isu di kawasan saya di Lumut yang memerlukan dimasukkan dalam RMK13. Di Lumut terdapat satu destinasi pelancongan namanya Teluk Batik. Di sini terdapat gerai-gerai perniagaan yang telah dibina sejak tahun 2001 dan dilihat tidak teratur dan uzur. Saya mohon pihak Kementerian KPKT memberi perhatian dan meluluskan peruntukan kewangan bagi permohonan menaik taraf kompleks perniagaan dan pusat kraf komuniti Teluk Batik.
Isu kedua mengenai banjir di kawasan Lumut yang memerlukan peruntukan kewangan bagi kerja-kerja menaikkan taraf sistem saliran yang melibatkan kawasan- kawasan di bawah seliaan PBT seperti berikut, Kampung Tersusun Batu 7 Lekir, Kampung Serdang, Jalan Kampung Lumut Kiri dan Pusat Perniagaan Manjung Point.
Saya juga memohon Kementerian Kerja Raya untuk memberi perhatian dengan permohonan peruntukan bagi cadangan menaik taraf Jalan Persekutuan dari Kampung Deralik ke Lumut Kiri dan jalan negeri dari Teluk Batik ke simpang Teluk Muroh.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menumpukan perhatian dalam sektor yang sangat penting dan strategik iaitu sektor pertahanan negara.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut
RMK13 memperlihatkan sejumlah peruntukan kepada sektor ini, namun kita mesti tanya adakah kita memperkukuhkan pertahanan negara secara menyeluruh atau sekadar membelanjakan tanpa hala tuju strategi yang jelas. Dalam landskap geopolitik yang semakin
Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut
mencabar, konflik Laut China Selatan, ketegangan rantau Indo-Pasifik dan peningkatan aktiviti pengintipan siber, kerajaan mesti memastikan kita tidak ketinggalan.
Pelaburan dalam sistem pengawasan maritim, radar, dron dan keupayaan siber adalah keperluan mendesak, namun pelaksanaan dalam RMK13 masih belum meyakinkan.
Kita perlukan peralihan menyeluruh kepada pertahanan berasaskan teknologi tinggi. Bukan lagi bergantung kepada pembelian sistem dari luar tanpa pemindahan teknologi. Saya ingin tegaskan bahawa kedaulatan pertahanan tidak boleh dicapai tanpa membina ekosistem industri tempatan yang mampan.
Saya ingin mencadangkan penubuhan dana inovasi pertahanan nasional untuk syarikat tempatan dan kerjasama strategik antara ATM, universiti dan sektor swasta. Kerajaan mesti hentikan amalan monopoli dan memastikan perolehan terbuka serta telus.
Tuan Yang di-Pertua, pertahanan negara bukan sekadar tentang senjata dan peralatan. Ia adalah tentang maruah, keupayaan berdikari dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan untuk menjaga tanah air ini. Rancangan Malaysia Ketiga Belas menjadi pelan yang berani dan berpandangan jauh bukan sekadar belanja tanpa hasil. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya merupakan pembahas terakhir dan ini merupakan satu keistimewaan. It is an honour to be the last one.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada. Tak ada masa tambahan. Tak ada masa tambahan.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
[Ketawa] Dah awal-awal Speaker beritahu. Selamat petang, salam sejahtera semua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Saratok untuk terlibat saya membahaskan RMK13 di Dewan Parlimen pada hari ini.
Pada keseluruhannya, wadah RMK13 yang berlandaskan melakar semula pembangunan untuk mencapai tujuh aspirasi melalui sembilan tumpuan mengetengahkan rancangan yang komprehensif merangkumi semua lapisan masyarakat dan wilayah. Akan tetapi, di dalam keadaan kita asyik dengan impian RMK13 ini, kita jangan lupa banyak aspek pembangunan dan kebajikan rakyat yang kurang mendapat perhatian terutama semasa implementasinya nanti memandangkan tidak ada penekanan khusus pada sasaran pencapaian, pemantauan keberkesanan dan kelancaran projek ataupun project delivery. Puan Yang di-Pertua, sememangnya terdapat projek diumumkan dengan penuh gah tetapi pelaksanaannya lambat bukanlah perkara baru di negara kita. Malah jika kita tidak mengambil langkah tegas daripada awal, projek-projek di bawah RMK13 juga berisiko mengalami nasib yang sama. Rakyat sudah terlalu biasa melihat pelan yang cantik di atas kertas lengkap dengan grafik dan slogan menarik.
Namun, apabila kita turun ke lapangan, realitinya berbeza. Ada yang bergerak perlahan, ada yang tertangguh, malah ada yang terhenti ataupun sakit. Sebagai contoh, Jalan
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Bajau Kupang di Saratok telah diumumkan sejak 2016, semasa PRN dahulu. Tetapi, hanya pada tahun ini, barulah kerja dimulakan, iaitu penungguan sembilan tahun melangkaui lima Perdana Menteri. Kelewatan implementasi mengakibatkan penambahan kos kerana kos bahan binaan sudah bertambah, satu kerugian perbelanjaan kepada kerajaan.
Projek bekalan air bersih di Ulu Ruban yang dijanjikan dalam RMK untuk membuat air bersih kepada ribuan penduduk masih belum bermula meskipun bajet RM14 juta sudah diperuntukkan.
SK Abang Leman di Kabong pula mengambil lebih masa bertahun-tahun lewat, sehingga kini fasa 2 masih belum bermula. Begitu juga Jambatan Sungai Krian belum pasti bila implementasinya.
Klinik baharu di Saratok masih belum bermula pembinaannya kerana masalah pembelian tapak bertahun-tahun belum lagi selesai. Pembinaan semula SK Langkabong pun belum diketahui permulaannya. Pembinaan balai bomba di Kabong masih belum ada tarikh mula meskipun tapak sudah dikenal pasti.
Menaik taraf jalan dari Pakan ke Kabong masih dinanti. Pembinaan Jalan Serandong/Perpat/Paloh/Batang Maro entah bila akan bermula. Projek ini sepatutnya dibuat pada RMK11 yang dahulu. Kelewatan ini bukan sekadar masalah teknikal atau logistik. Ia adalah isu tadbir urus, pengurusan projek dan yang paling penting adalah kebertanggungjawaban.
Rakyat tidak menilai pemimpin hanya pada majlis pelancaran atau ucapan perasmian tetapi pada kesungguhan memastikan projek siap dan berfungsi pada waktunya yang berpatutan. Perkara ini perlu difahami bahawa kepercayaan rakyat bukan dibina melalui kata- kata indah, ia dibina melalui hasil yang nyata yang mereka boleh lihat dan guna pakai.
Reformasi pendidikan. Puan Yang di-Pertua, dalam ucapan Perdana Menteri, kita mendengar banyak tentang tatakelola baik, tentang AI dalam pendidikan, tentang teknologi canggih yang akan digunakan di dalam sekolah-sekolah kita. Semua itu kedengaran hebat dan saya menyokong arah tuju itu.
Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya, bilakah sekolah daif di pedalaman Sarawak yang berjumlah lebih kurang 350 buah yang lantainya berlubang, dindingnya reput, kuartersnya uzur akan diselesaikan? Bilakah guru dan staf di sekolah daif dapat tinggal di kuarters yang selesa? Bukannya ada rumah sewa di kawasan pedalaman? Apa gunanya kita berbicara tentang teknologi tercanggih jika penggunaan tempat anak-anak kita belajar tidak selamat, tidak selesa dan serba kekurangan keperluan asas.
Sejak RMK11, rakyat sudah mendengar janji untuk menoktahkan sekolah daif. Akan tetapi, di dalam RMK13, kita masih tidak nampak cahaya di hujung terowong. Kita masih tidak melihat angka jelas, tarikh yang tegas atau sasaran yang konkrit untuk menamatkan, menoktahkan masalah sekolah daif terutamanya di Sarawak dan Sabah. Konsep penerapan AI, GovTech dalam sektor awam dan pelaburan pendidikan sememangnya dialu-alukan dan kedengaran hebat secara retorik. Tetapi, jika murid di luar bandar masih belajar dalam bangunan usang tanpa elektrik, tanpa air bersih, itu bukan kemajuan, itu adalah tanda kita gagal meletakkan keutamaan kita di tempat yang betul.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Teknologi boleh mengubah pendidikan tetapi ia memerlukan asas yang kukuh iaitu sekolah yang selamat, bersih, lengkap dengan kemudahan asas. Sebelum kita membicarakan smart classroom, pastikan dahulu semua sekolah kita mempunyai bilik darjah yang selesa.
Puan Yang di-Pertua, sejak dahulu lagi, melonjakkan subsektor agromakanan dan agrokomoditi. Sejarah membuktikan bahawa sektor pertanian bukan sekadar sebuah industri tetapi nadi kehidupan yang menghidupkan kampung-kampung, mengisi meja makan dan menjadi tali penyelamat ribuan keluarga luar bandar daripada cengkaman kemiskinan.
Di Sarawak, pekebun kecil khususnya kelapa sawit, getah dan lada bukan saja menambah pendapatan, malah membuka jalan bagi ibu bapa menghantar anak ke sekolah, membaiki rumah dan memberi sinar baru kepada masa depan mereka. Setiap pokok yang ditanam adalah benih harapan dan setiap hasil dituai adalah satu langkah ke arah keluar daripada kesusahan hidup. Banyak kebun sawit berkenaan perlu penanaman semula.
Sehubungan itu, RMK13 perlu fokus kepada usaha penanaman semula bagi menjamin kehidupan pekebun kecil di samping mengekalkan eksport komoditi utama negara.
Bantuan subsidi penanaman sawit oleh MPB perlu diperkenalkan semula di Sarawak kerana program yang terdahulu terbukti berjaya membasmi kemiskinan golongan bumiputera di luar bandar di mana tanah adat yang terbiar memang banyak.
Namun, apa juga kejayaan, ia tidak menjadi alasan untuk kita berpuas hati. RMK13 harus menjadi titik perubahan, bukan sekadar memperkenalkan dasar tetapi benar-benar mengukuhkan sektor pertanian di luar bandar Sarawak. Ini bukan hanya soal memberi subsidi baja atau benih walaupun ia penting, ia juga tentang memastikan bantuan daripada agensi sampai tepat pada waktunya, memberi alatan moden kepada petani, menyediakan teknologi yang bersesuaian dan memastikan pemasaran yang adil supaya mereka tidak dibeli dengan harga yang merugikan.
Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk menjadi food basket di Malaysia. Jika kita benar-benar serius mahu mengurangkan input makanan, Sarawak bukan saja mampu memenuhi keperluan negara, malah boleh muncul sebagai pusat eksport utama ke pasaran Asia Tenggara. Saya yakin dengan perancangan teliti, pelaksanaan yang pantas dan sokongan berterusan, sektor pertanian Sarawak akan bukan saja dapat mengangkat ekonomi luar bandar, tetapi juga mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan pedalaman.
Membangunkan sosioekonomi bumiputera Sarawak. Puan Yang di-Pertua, untuk mengukuhkan sosioekonomi bumiputera Sarawak, pembangunan agrokomoditi dan agromakanan memang tepat sekali memandangkan tanah yang belum dimajukan masih banyak terbiar. Sehingga kini, lebih daripada 1.1 juta hektar tanah rizab komunal bumiputera telah disukat, manakala 935,760 hektar daripada jumlah tersebut sudah digazetkan. Dari tahun 2010 hingga 2019, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM171.8 juta untuk program mengukur Tanah Adat Bumiputera, manakala RM19 juta diperuntukkan pada tahun 2024.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Sehingga 31 Mei 2025, sebanyak 120,608 hektar tanah adat telah diukur secara lot individu di bawah Seksyen 18, dengan 101,271 lot terlibat dan 32,530 surat hak milik telah dikeluarkan.
Ini bermakna, Puan Yang di-Pertua, hanya 10 peratus tanah rizab bumiputera di bawah Seksyen 6 telah ditukar, diukur lot individu ke Seksyen 18. Oleh itu, Saratok menyeru lebih banyak peruntukan diberi untuk menyukat tanah di bawah Seksyen 18. Dalam RMK13 tidak dinyatakan apakah sasaran dan peruntukan khas dari Kerajaan Persekutuan. Bagi masyarakat bumiputera Sarawak, terutama kawasan luar bandar, tanah bukan sekadar aset, malah ia adalah maruah keluarga, warisan nenek moyang dan identiti yang mengikat generasi.
MA63. Puan Yang di-Pertua, setelah penelitian RMK13, saya ingin menyuarakan rasa kebimbangan apabila Perjanjian Malaysia 1963, iaitu asas pembentukan negara kita hanya disentuh secara umum. Perjanjian pelaksanaannya yang tidak jelas. Dalam ucapan RMK13, Perdana Menteri tidak menyatakan sebarang pelan terperinci ataupun roadmap bagi menyelesaikan atau memenuhi tuntutan MA63 yang masih tertangguh. Isu-isu yang masih tertangguh termasuk:
(i) Pemindahan kuasa autonomi dalam bidang pendidikan dan kesihatan;
(ii) Isu Akta Pembangunan Petroleum 1974 berbanding dengan Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak Umum 1958 yang melibatkan PETRONAS dan PETROS;
(iii) Isu kawasan sempadan maritim; dan
(iv) Status sebenar erti kata wilayah, di mana pada realitinya sekarang, peruntukan pembangunan untuk Sarawak hanya sekitar 7.5 peratus daripada RM395.8 bilion Belanjawan Persekutuan 2024.
Peruntukan pembangunan yang rendah peratusan ini tidak mencerminkan status sebagai wilayah. Walaupun geran khas di bawah Perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan telah ditambahkan kepada RM300 juta untuk Sarawak.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
[Bangun] Yang Berhormat Saratok.
Puncak Borneo minta pencelahan sedikit, boleh?
Datuk Ali anak Biju
Okey, sikit.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Saratok...
Datuk Ali anak Biju
Minta tambahan masa ya.
Datuk Willie anak Mongin…kerana memberi ruang kepada saya. Saya baru-baru ini mendengar jawapan ataupun statement daripada Menteri Undang-undang, yang mengatakan bahawa PDA adalah menguasai semua oil and gas di Sarawak dan tiada pendudukan dalam PDA yang mengecualikan PETRONAS daripada mematuhi undang- undang negeri, seperti Ordinan Cukai Jualan Negeri. Sebab itulah semasa perkara ini
Datuk Ali anak Biju
berlaku, PETRONAS terpaksa membayar Kerajaan Negeri Sarawak dan pemimpin Persekutuan sepatutnya, seharus tidak terlepas pandang mengenai DGO, ataupun Ordinan Sarawak ini dan juga harus menghormati MA63 untuk recognize PETROS sebagai sole aggregator. Apa pandangan Yang Berhormat, Saratok?
Datuk Ali anak Biju
Saya amat bersetuju dengan pandangan Puncak Borneo, masukkan di dalam ucapan saya. Kerajaan MADANI sering menekankan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Prinsip ini akan lebih bermakna sekiranya janji-janji terkandung dalam MA63 dilaksanakan dengan konsisten dan penuh keikhlasan. Sehubungan itu, bagi menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam melaksanakan tuntutan MA63, saya mencadangkan agar diwujudkan laporan tahunan MA63 di bawah kerangka RMK13 yang memaparkan kemajuan, cabaran dan langkah seterusnya secara tulus. Langkah ini akan membantu memastikan setiap komitmen dapat diukur, dilihat dan diyakini oleh rakyat.
Dengan ini, Tuan Speaker, saya ingin mengakhiri bahas RMK13 ini dengan dua rangkap pantun.
Terbit mentari di ufuk timur, Menyinari desa kota dan pekan; RMKe-13 jadi pedoman, Agar kemajuan tidak berbelah bahagian. Okey. Satu lagi.
Janji pembangunan dari tahun ke tahun, Dicanang megah di Dewan Mulia; Tetapi rakyat Sabah Sarawak masih termangu, Menanti janji yang tak kunjung tiba.
[Dewan tepuk]
Datuk Ali anak Biju
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 18 Ogos 2025.
[Mengetuk Tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.45 petang]