Aug132025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini dengan saya menjemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan. Silakan.

draft • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, jumlah keuntungan tahunan dan tambahan keuntungan yang boleh diperolehi oleh TNB selepas kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus ke atas sektor komersial pada 1 Julai dan bolehkah kenaikan ditangguhkan atau dipecah kecilkan memandangkan keuntungan TNB memang naik lebih 70 peratus pada 2024.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin memohon untuk menjawab soalan Bagan, bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Ayer Hitam pada nombor 3, 19 Oktober 2025.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kerajaan telah mengguna pakai mekanisme Incentive-based Regulation ataupun IBR dengan izin, mulai tahun 2014 bagi penetapan purata tarif asas elektrik di Semenanjung. Melalui mekanisme IBR ini, purata tarif asas akan dikaji setiap tiga tahun sekali, termasuklah kadar keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikawal selia oleh kerajaan bagi tempoh tiga tahun ke hadapan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jadual tarif elektrik di Semenanjung sedia ada telah digunakan sejak tahun 2014. Semakan jadual tarif perlu dilaksanakan berikutan perubahan yang ketara dalam perkembangan dan pembangunan industri tenaga elektrik dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini.

Kementerian dan Suruhanjaya Tenaga (ST) telah membuat semakan dan menstrukturkan semula jadual tarif elektrik di Semenanjung bagi menangani isu ketidakpadanan struktur kos pembekalan di dalam jadual tarif elektrik sedia ada yang mana meliputi sembilan peratus kos tetap yakni infrastruktur dan juga 91 peratus iaitu kos tenaga.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Semasa RP3, para pengguna telah membayar purata tarif yang meliputi tarif asas dan kos pelarasan bahan api melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through ataupun ICPT dengan izin, pada kadar 55.95 sen per kilowatt jam.

Mulai 1 Julai 2025, purata tarif asas telah disemak semula dan mekanisme ICPT telah digantikan dengan mekanisme Automatic Fuel Adjustment ataupun AFA. Proses ini menghasilkan purata tarif baharu maksimum bagi RP4 adalah 48.64 sen per kilowatt jam setelah mengambil kira purata tarif asas berserta AFA dan seterusnya menunjukkan penurunan kos secara keseluruhan sebanyak 19 peratus. Secara dasarnya, dengan penggunaan tenaga yang sama, pengguna domestik dan industri akan mengalami penurunan bil elektrik bulanan. Namun, terdapat segelintir pengguna bukan domestik yang mungkin mengalami kenaikan.

Berhubung kadar keuntungan TNB yang dikawal selia oleh kerajaan, yang mana kerajaan telah menetapkan had keuntungan yang boleh diperolehi oleh TNB bagi tempoh tiga tahun. Kadar keuntungan TNB yang ditetapkan bagi tempoh Regulatory Period 4 ataupun RP4 kekal 7.3 peratus dan kadar ini adalah sama semenjak tahun 2018 iaitu sejak RP2 lagi.

Sekiranya TNB mencatatkan keuntungan melebihi kadar yang ditetapkan, lebihan tersebut akan dipulangkan semula kepada pengguna melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik ataupun KWIE. Kalau boleh izinkan sedikit, Tan Sri.

Selain itu, jumlah keuntungan yang ditetapkan ini adalah — dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang perlu dibuat oleh TNB untuk menaik taraf dan mengukuhkan Grid Nasional, khususnya bagi menyokong aspirasi ASEAN Power Grid ataupun APG, pembinaan dan penyelenggaraan loji jana kuasa, pemasangan meter pintar dan digitalisasi sistem tenaga serta bagi menampung peningkatan kemasukan sumber tenaga boleh baharu untuk menyokong agenda peralihan tenaga negara.

Jadi, penetapan kadar keuntungan ini adalah supaya TNB akan kekal stabil sebagai syarikat utiliti yang berupaya memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna serta pada masa yang sama dapat memberikan pulangan yang munasabah kepada pemegang- pemegang saham utama TNB yang terdiri daripada Syarikat-syarikat Pelaburan Kerajaan ataupun GLIC seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan ataupun KWAP dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang mana TNB telah memberikan dividen sebanyak RM15.75 bilion sejak 2018 hingga 2023.

Akhir sekali Tan Sri, untuk tujuan CSR, TNB juga meliputi inisiatif komuniti seperti Projek Baiti Jannati, projek mesra rakyat yang melibatkan pembinaan rumah kepada kumpulan B40, bantuan pusat pendidikan, biasiswa dan lain-lain.

TNB juga kita minta untuk laksanakan program CSR bagi melindungi alam sekitar, membangunkan industri, menyokong perkembangan sukan di negara dan menunaikan tanggungjawab zakat kepada golongan asnaf. Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Bagan.

draft • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

draft • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sungguhpun kita akui bahawa memang Khazanah dan pelabur-pelabur dalam TNB akan mendapat faedah, tetapi apabila kita lihat kuantum keuntungan yang begitu besar iaitu untuk tahun lepas naik 70 peratus sebanyak RM4.7 bilion dan untuk quarter pertama, suku pertama tahun ini naik sebanyak RM1.5 bilion iaitu kalau kita lihat ialah double digit figure- lah, dengan izin.

Tan Sri Yang di-Pertua, kesemua ini, 70 peratus tahun lepas, 51 peratus suku pertama ini. Kesemua ini Tan Sri Yang di-Pertua, tambahan adalah sebelum penyelarasan semula tarif pada 1 Julai. Selepas itu, kenaikan akan lebih ketara lagi, akan melonjak. So, saya nak tahu, apakah jumlah keuntungan, berapa peratus yang akan naik dan akhirnya Tan Sri, ini akan diuntung daripada rakyat dan juga perniagaan.

draft • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, yang untung daripada faedah kenaikan dividen sebagainya ialah hanya sebilangan kecil yang akan ditanggung kesemua ini ialah rakyat Malaysia kerana akhirnya sungguhpun bukan...

[Tidak jelas] Peniaga-peniaga, tapi kosnya akan disalurkan juga kepada pengguna. Bolehkah saya mohon, kerana keuntungannya begitu besar, sebelum pelarasan tarif sebanyak 14.2 peratus. Selepas ini saya rasa naik lagi, mungkin sampai 100 peratus tahun ini berbanding dengan 70 peratus tahun depan.

Bolehkah kenaikan ini dipecah kecilkan kepada tiga bahagian? Supaya dapat meringankan beban kepada itu peniaga. Kita tidak minta tak naik, kita faham, tapi bolehkah dipecah kecilkan kepada tiga bahagian, iaitu lima peratus, lima peratus, 4.2 peratus. Supaya beban ini tidak dirasai begitu besar kepada rakyat dan juga peniagaan. Lebih-lebih lagi apabila kita berdepan dengan cabaran tarif yang menaikkan kos kepada semua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Bagan. Saya cuba terangkan sekali lagi. Walaupun tadi lebih kepada jawapan berstruktur.

Kadar keuntungan untuk yang diikat dengan tarif ini dikawal selia oleh kerajaan. Dan mana kerajaan tetapkan kadar itu pada 7.3 peratus. Kadar 7.3 peratus ini kita guna pakai sejak 2018 lagi, RP2, kerajaan ketika itu tetapkan 7.3 peratus. RP3, 7.3 peratus. Kali ini kerajaan menetapkan juga kadar keuntungan itu kekal 7.3 peratus. Itu untuk industri yang dikawal selia oleh kerajaan iaitu melibatkan grid dan juga retail yang kemudiannya diuruskan melalui tarif tadi.

Jadi, sebab itu untuk soal keuntungan tadi sebenarnya itu adalah kadar keuntungan yang sama dan sekiranya TNB membuat lebihan untung untuk regulated industry ini, kadar keuntungan itu perlu dipulangkan balik dalam tabung KWIE, Kumpulan Wang Industri Elektrik.

draft • 10:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Perkara yang kedua, apabila TNB melaporkan kepada Bursa sebagai contoh, pemahaman saya TNB juga ada pelaburan yang lain. Maksudnya, selain daripada regulated yang terikat dengan kerajaan ini, iaitu melibatkan

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

grid dan peruncitan retail untuk tenaga mereka juga mungkin ada pelaburan yang lain di luar negara dan sebagainya. Jadi, angka pelaburan itu juga menggambarkan keseluruhan yang diuruskan oleh syarikat TNB.

Manakala di peringkat kerajaan kita, mengawal melalui proses IDR ini setiap tiga tahun kita review supaya beban tarif itu kita kawal melalui kaedah tersebut yang mana kadar keuntungan itu kekal pada 7.3 peratus. Tetapi pada masa yang sama, walaupun ada 7.3 peratus keuntungan itu, sebahagian besarnya pemegang saham yang menerima pulangan daripada keuntungan tersebut adalah GLICs iaitu syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan mahupun orang ramai melalui KWAP, KWSP ataupun Khazanah.

Jadi, sebab itu untuk tujuan tersebut tahun ini sudah pasti mungkin dari segi absolute numbers itu ada peningkatan. Sebab, walaupun kita kekalkan peratusan itu sama 7.3 peratus kerana perkembangan industri ini dengan kemasukan permintaan dan kemudian pelaburan yang perlu dibuat dan sebagainya, maka dilihat bahawa dari segi absolute numbers itu membesar, tetapi portion kek itu masih sama, Tan Sri Yang di-Pertua. Kita kekalkan, hadkan kepada 7.3 peratus yang terkait secara langsung dengan penggunaan tarif kepada pengguna domestik mahupun bukan domestik. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Besar.

draft • 10:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Okey, terima kasih kepada jawapan Timbalan Menteri tadi, sangat menarik.

Cuma, saya nak tanya, adakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan mekanisme reservable tariff atau tarif boleh balik, yang mana keuntungan bila sampai satu tahap tertentu dipulangkan balik pada rakyat.

Dan, adakah kerajaan bersedia untuk pindah lesen operasi TNB sendiri? Maksud dia, bila keuntungan itu melebihi hak tertentu, dipulangkan balik dalam bentuk mungkin rebate pada bil bukan setakat dividen, kepada apa nama ini: apa ini syarikat, kepada pemegang syarikat atau pemegang syer syarikat? Dan benda itu kalau yang Timbalan Menteri sebut tadi – kalau bagi pada untuk CSR tak semua dapat. Jadi, kita kalau boleh, dapat dipulangkan balik dalam bentuk rebate pada pengguna. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Padang Besar. Kerana itu bila disemak balik yang kita nyatakan, kali ini jadual tarif itu berubah sama sekali. Selama ini jadual sebagai contoh: untuk pengguna domestik kita ikut band, kosong sampai 100 kilowatt, berapa sen; 100 sampai 300 kilowatt, berapa sen?

Kali ini kita samakan iaitu untuk kadar tarif yang sama rata, tetapi pulangan kepada rakyat itu telah pun dibuat daripada sekarang yang mana mereka yang menggunakan tenaga di bawah 600 kilowatt sebagai contoh, dia akan dapat Insentif Cekap Tenaga dari sekarang lagi. Dan yang kedua sebagai contoh, untuk membantu lagi kumpulan yang menggunakan tenaga yang cekap ini retail untuk kos peruncitan itu tidak perlu dibayar.

Jadi, sebab itu yang disebut tadi kesenjangan itu berlaku untuk dalam jadual sebelum ini, iaitu yang mana sembilan peratus sahaja itu reflect kepada kos infrastruktur, sementara

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

itu lebihan dekat majoriti, dekat 90 peratus itu reflect kepada kos tenaga. Sekarang ini, kita cuba imbangkan supaya kos-kos yang ditanggung oleh pengguna ini, dia menjurus ke arah pembangunan infrastruktur, sementara kos tenaga itu kita cap sekitar dalam 40, 50 peratus.

Yang itu saya kena semak untuk angka yang tepat, tetapi...

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

...Daripada segi dasarnya, perlindungan dan juga untuk memulangkan balik kepada rakyat itu berlaku. Even daripada awal kita dah rancang supaya tempoh tiga tahun ini juga pengguna yang di bawah kadar yang saya sebut tadi AFA iaitu nilai perubahan disebabkan perubahan kos bahan api dan juga yang mana kita reflect melalui ICPT sebelum ini sekarang kita panggil AFA, automatic every month yang tidak melibatkan pengguna domestik.

Jadi sebab itu, perancangan kali ini sebenarnya kalau teliti dengan mendalam 85 percent pengguna TNB ketika ini terutamanya domestik menikmati penurunan apabila menggunakan elektrik pada kadar yang sama kerana insentif-insentif yang kita susun ini telah diberikan lebih awal bukannya melalui agihan yang seperti Yang Berhormat kemukakan tadi.

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput…

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Soalan tambahan, Tan Sri. Boleh? Satu lagi soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Saya jemput Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.

draft • 10:10 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Petani tekun menuai padi, Untuk dijual di pinggir kota; Wahai Tan Sri Speaker yang baik budi, Soalan Tanjong Karang bernombor dua. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:10 AM

2. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Komunikasi menyatakan, perkembangan dan data terbaru berkenaan kemajuan projek 5G dan apakah strategi kerajaan dalam memperluas lagi liputan ke kawasan luar bandar seperti Sungai Burong, Sekinchan dan Permatang khususnya di dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang.

draft • 10:10 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sentiasa komited dalam menyokong aspirasi untuk merapatkan jurang komunikasi dan memperluas liputan perkhidmatan Internet termasuk 5G di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar.

Setakat 31 Julai 2025, kadar liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Malaysia adalah sebanyak 98.82 peratus. Bagi Parlimen Tanjong Karang,

draft • 10:10 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

kadar liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk adalah sebanyak 99.75 peratus.

Walau bagaimanapun, untuk perincian bagi liputan 4G bagi lima syarikat telekomunikasi yang terbesar bagi Parlimen Tanjong Karang, yang tertinggi adalah 97.49 peratus manakala yang paling rendah adalah 35.68 peratus. Kalau Yang Berhormat inginkan perinciannya, nanti saya boleh berikan telco mana yang paling baik di kawasan Yang Berhormat dan mana yang paling corot.

Bagi liputan 5G, Digital Nasional Berhad telah menyiapkan sejumlah 7,489 tapak pemancar 5G di seluruh negara yang secara keseluruhan telah menyediakan 82.4 peratus liputan 5G dalam kawasan berpenduduk. Manakala sebanyak 19 tapak pemancar 5G di Parlimen Tanjong Karang tersedia yang memberikan liputan 5G di kawasan berpenduduk sebanyak 85 peratus. Peluasan liputan 5G ke kawasan luar bandar termasuk di Parlimen Tanjong Karang akan dilaksana secara berperingkat berdasarkan keperluan dan kesediaan infrastruktur.

draft • 10:10 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bagi perkembangan rangkaian 5G kedua pula, MCMC telah menjalankan beberapa sesi mesyuarat kemajuan pelaksanaan 5G bersama syarikat U Mobile. Untuk makluman, rangkaian 5G kedua oleh U Mobile telah beroperasi pada 14 Julai 2025 dan sebanyak 1,232 tapak telah dinaik taraf kepada liputan 5G. 17 tapak telah dirancang untuk dibangunkan di Tanjong Karang bagi tujuan liputan 5G.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat 31 Julai, kadar penembusan jalur lebar mudah alih 5G bagi 100 penduduk di seluruh negara adalah sebanyak 82.7 peratus, yang bermaksud lebih daripada 28 juta akaun pengguna Internet ini adalah mereka yang menggunakan perkhidmatan 5G. Untuk makluman, pelaksanaan JENDELA 1 dijangka siap sepenuhnya pada hujung 2025, manakala perancangan untuk pelan JENDELA 2 sedang diteliti dan akan diumum pada suku keempat 2025 oleh MCMC.

Ia memerlukan penilaian dan pertimbangan kaedah pemberian perkhidmatan yang sesuai dengan izin, fit for purpose serta keupayaan dana pemberian perkhidmatan sejagat atau dengan izin, Universal Service Provision Fund (USP Fund) untuk membiayai perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi bagi projek ini. Senarai lokasi bagi projek ini sedang dikenal pasti. Jenis penyelesaian pemberian perkhidmatan yang akan dipertimbang pada peringkat perancangan ini jangka akan melibatkan pembinaan menara baharu dan penyediaan Internet menggunakan teknologi satelit. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Karang.

draft • 10:20 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif.

Tanjong Karang amat menghargai usaha kerajaan yang membawa kemajuan teknologi melalui pelancaran 5G yang memberi manfaat yang sangat besar kepada negara.

Namun memandangkan teknologi 5G ini akan menjadi asas kepada pelbagai aplikasi pintar termasuk perbankan, kesihatan dan keselamatan negara, apakah langkah-langkah konkrit kerajaan untuk memastikan keselamatan data rakyat terpelihara, mengelakkan

draft • 10:20 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

pencerobohan siber dan menjamin kedudukan kedaulatan digital negara daripada pengaruh pihak luar.

Dan akhirnya, adakah jaminan bahawa harga pakej 5G ini akan kekal mampu milik supaya rakyat luar bandar tidak hanya menjadi penonton kepada kemajuan teknologi ini.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang ini satu dilema yang kita lihat berlaku sekarang bila masa kita menyediakan Internet yang laju – laju manfaat, laju juga mudarat. Itulah antara sebab kenapa pihak MCMC telah meminta supaya satu kempen dilaksanakan iaitu Kempen Internet Selamat. Dan, saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melawat reruai yang telah disediakan di sebelah kafeteria, untuk melihat usaha pihak MCMC meningkatkan pemahaman di kalangan rakyat termasuk di kalangan para pelajar sekolah tentang kemudaratan dalam talian ataupun dengan izin, online harm. Di pihak kementerian kita dapati beberapa usaha untuk memastikan penggunaan Internet ini lebih baik telah kita tingkatkan melalui pindaan kepada pelbagai undang-undang.

draft • 10:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Dan seperti Yang Berhormat telah mendengar sebelum ini, hari ini juga masalah buli dan buli siber terutama buli siber, buli dalam talian ini telah dijadikan dan ditakrifkan sebagai satu jenayah. Jadi kita ingin pastikan pelbagai ancaman kemudaratan sama ada dengan izin, scam, spam, buli dan macam-macam kemudaratan lain dapat diuruskan dengan lebih baik.

Dan akhir sekali soalan Yang Berhormat mengenai pakej-pakej yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Semestinya bagi pihak kerajaan kita ingin pastikan Internet yang bukan hanya laju, tapi mampu dimanfaatkan oleh rakyat ini akan menjadi satu keutamaan. Itulah antara sebab — itulah antara perkara yang kita syaratkan kepada rangkaian 5G kedua yang diuruskan oleh syarikat U Mobile di mana mereka tidak boleh menyediakan 5G secara borong pada harga lebih daripada 13 sen per satu Gbps.

Jadi, insya-Allah harga Internet per Gbps itu bagi 5G akan kekal rendah dan terpulang kerana syarikat-syarikat telekomunikasi mungkin ada perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang mereka tambah nilai kepada mana-mana satu pakej. Jadi, kita harap sekiranya para pengguna ada apa-apa masalah boleh ajukan kepada pihak MCMC untuk diteliti. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya mungkin ini khusus pada Sarawak.

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa teknologi 5G ini di Sarawak tidak hanya terhad kepada bandar-bandar besar, tetapi ianya akan benar-benar menjadi pemangkin kepada ekonomi digital untuk komuniti luar bandar? Dan dengan yang demikian, adakah kementerian mempunyai indikator prestasi utama ataupun KPI khusus untuk liputan 5G di Sarawak dan bila sasaran itu akan dicapai? Mohon pencerahan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya, Yang Berhormat. Tan Sri Yang di- Pertua, mengenai bukan hanya negeri Sarawak, tapi juga banyak kawasan yang pada waktu ini mungkin menghadapi ataupun berdepan dengan keadaan Internet yang mungkin tidak seluas yang diinginkan, tapi ingin dimanfaatkan sepenuhnya.

Pada waktu ini pihak MCMC dan Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan beberapa pihak untuk pastikan beberapa kemudahan seperti Program SMART600, dengan izin di Sarawak dapat dilaksana dengan baik. Pada waktu ini ia adalah bagi tujuan rangkaian 4G, tapi insya-Allah dalam pelaksanaan JENDELA Fasa 2, saya telah memberi satu panduan kepada pihak MCMC untuk meneliti sama ada menara-menara sedia ada di bawah JENDELA 1 dan atau SMART600 juga boleh dimanfaatkan untuk diperluas rangkaian 5G.

Isu bagi 5G ini adalah backhaul dengan izin, kelajuan Internet yang perlu di satu tahap supaya data itu dapat dihantar dengan lebih pantas, tapi ia memerlukan juga apa yang disebut sebagai poligon ataupun sekumpulan menara bagi memungkinkan kelajuan Internet itu diperoleh dan dimanfaatkan. Bagi tujuan memanfaatkan ekonomi digital, semestinya pada waktu ini dengan kelajuan 4G ataupun dengan apa yang kita sebut sebagai VSAT pun penggunaan Internet satelit pun banyak kawasan telah mula manfaatkan, dan dari semasa ke semasa pihak kementerian akan meneliti bagaimana kita boleh tambah baik beberapa kemudahan termasuk Internet dan juga memanfaatkan ekonomi digital bagi tujuan kemakmuran di peringkat setempat. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Sanisvara Nethaji Rayer, Jelutong.

draft • 10:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker yang saya hormati. Selamat pagi. Salam Perpaduan. Salam Malaysia MADANI.

Kerajaan MADANI pilihan kita, Jangan diganggu bila-bila; Kita sepakat membawa berkat, Soalan Jelutong soalan ketiga.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kemalangan- kemalangan ngeri seperti di Teluk Intan dan Gerik, Perak yang meragut nyawa anggota- anggota FRU dan penuntut UPSI tidak lagi berlaku.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:20 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Tan Sri Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi melaksanakan siasatan menyeluruh

draft • 10:20 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

terhadap insiden kemalangan di Teluk Intan dan Gerik dengan objektif utama untuk mengenal pasti punca kejadian, kelemahan sistemik dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya. Selaras dengan dasar keterusan MOT, wakil kerajaan dan pembangkang turut dilibatkan dalam pasukan petugas khas tersebut.

Hasil laporan awal bagi kedua-dua insiden juga telah diterbitkan untuk tatapan umum agar maklum balas dari semua peringkat dapat dipertimbangkan untuk tindakan penambahbaikan. MOT mengambil serius semua cadangan yang akan dikemukakan apabila laporan akhir disiapkan.

Pada masa yang sama, MOT telah mengambil langkah-langkah awal termasuk pelaksanaan Audit Keselamatan (JISA) dan pemeriksaan teknikal ke atas kenderaan- kenderaan terlibat. Di samping itu, MOT telah mengumumkan penguatkuasaan pemasangan mandatori peranti speed limitation device (SLD) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Oktober nanti dan pemakaian tali pinggang keledar di semua tempat duduk penumpang bagi bas ekspres dan bas persiaran yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Julai 2025.

draft • 10:20 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Pada 6 Julai yang lalu, JPJ juga telah mengumumkan lesen vokasional mana-mana pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan serius ataupun kematian akan digantung serta-merta sementara siasatan oleh PDRM dijalankan.

Seterusnya, sekiranya individu itu didapati bersalah atau dikeluarkan suatu notis pelanggaran peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, lesen vokasional individu itu boleh dibatalkan oleh JPJ berpandukan kepada peruntukan di bawah seksyen 56(4)(b) [Akta 333]. Selain itu, tindakan boleh dikenakan ke atas pihak syarikat melalui penggantungan ataupun pembatalan lesen pengendali. Dalam insiden Teluk Intan dan Gerik, lesen pengendali syarikat-syarikat yang terlibat telah pun dibatalkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga sebagai Menteri Pengangkutan telah mengarahkan pihak JPJ untuk melipatgandakan lagi penguatkuasaan terhadap kenderaan- kenderaan berat dan juga di atas jalan raya. Memang penguatkuasaan secara bersepadu dilaksanakan sepanjang masa dan memang kita akan fokus kepada kenderaan-kenderaan berat seperti bas, bas persiaran, bas ekspres dan juga lori-lori perdagangan.

Ini akan kita teruskan dan memang agenda keselamatan jalan raya ini tidak boleh bermusim. Kita perlu sentiasa berwaspada dan saya harap sokongan daripada semua pihak supaya tindakan oleh kerajaan yang tegas ini dapat dipertahankan dan terus disokong oleh semua pihak demi keselamatan jalan raya. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Jelutong.

draft • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas makluman tersebut. Saya mengambil maklum

draft • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

langkah-langkah yang diambil dan sedang diambil bagi kita memastikan bahawa kemalangan-kemalangan ngeri ini tidak berulang.

Saya berkongsi perasaan sedih, pilu dan hiba di atas kemalangan yang telah berlaku di Teluk Intan, Gerik dan juga di yang melibatkan anggota-anggota FRU dan juga penuntut- penuntut UPSI dan saya mengambil maklum semua perkara-perkara yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri di atas tindakan-tindakan seperti pemeriksaan teknikal, pemasangan peranti had laju dan tali pinggang.

Saya juga ingin tahu sama ada kerajaan akan mempertimbangkan bagi pemandu ― kelmarin berlaku satu kejadian di Paya Terubong, Pulau Pinang di mana sebuah bas kilang ― ini telah viral dalam social media yang dipandu dengan begitu laju telah pun melanggar kenderaan dan – tidak melanggar kenderaan, tetapi telah menaik bukit dan ianya seolah-olah terpacak di atas bukit. Persoalan saya adalah, sama ada kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan-kenderaan berat, tak kiralah sama ada bas kilang, bas atau lori, mewajibkan sekurang-kurangnya dua pemandu berada dalam kenderaan.

Kerana kita mendapati bahawa kadangkala ada bas-bas persiaran yang dibayar mengikut trip yang dibuat. Dan ada pemandu-pemandu yang terpaksa membuat trip, trip supaya mereka mendapat ganjaran yang lebih. Jadi, persoalan saya adalah, adakah kerajaan akan mewajibkan tiap-tiap kenderaan tak kira lori simen, bas kilang ataupun bas persiaran, mewajibkan dua pemandu yang mempunyai kelayakan memandu itu menjadi satu kewajipan dalam masa yang akan datang. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Silakan Menteri?

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Memang dalam beberapa kategori bas seperti bas persiaran dan bas ekspres, apabila mereka melebihi sesuatu jarak, memang diwajibkan dua pemandu. Kalau tak silap saya lebih 300 kilometer dia mesti ada dua pemandu dalam sesuatu bas itu.

Namun begitu, kita menghadapi satu masalah praktikal dalam pasaran, bahawa pemandu bas dan pemandu lori ini agak berkurangan. Kerana bukan ramai yang berminat, malah kita telah mengadakan pelbagai kempen sekarang ini termasuk memberikan latihan percuma. Dan malah untuk mendapatkan Lesen E secara percuma, ini sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pengangkutan untuk cuba mendapat lebih banyak pool pemandu- pemandu ini. Maklumlah bahawa profesion pemandu ini dia bukan satu pekerjaan yang mudah, mengambil masa yang panjang, gaji yang tak berapa. Jadi, kita nak cuba menaikkan taraf dan martabat ini Kita mengharapkan bahawa masyarakat juga faham bahawa dalam pasaran memang sekarang ini gaji untuk pemandu ini agak rendah dan seperti yang dikatakan ada yang bergantung kepada trip dan sebagainya. Kita nak pastikan bahawa selain daripada gaji minima yang dibayar kepada pemandu ini, dia perlu dibayar setimpal dengan masa yang mereka curahkan, risiko yang mereka perlu hadapi dan sebagainya. Jadi, kita nak bersama- sama untuk melatih pemandu-pemandu yang lebih profesional. Jadi, ada beberapa tindakan oleh kementerian yang kita nak buat supaya kita menaikkan martabat profesion pemandu ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Sebab kalau dekat luar negara orang tak panggil pemandu, mereka panggil kapten.

Sini kita panggil driver. Sebab itu yang kita nak supaya driver ini mesti kita hormati, mesti kita naikkan. Janganlah ini anggap ini siapa-siapa pun boleh, ada rekod jenayah ataupun apa — ada rekod yang tidak begitu baik, kita juga ambil. Jadi, sekarang ini kita cuba ada satu database untuk melihat adakah mereka mempunyai rekod-rekod lampau terutamanya yang memandu secara bahaya dan sebagainya itu perlu kita ada diasingkan. Saya harap semua pihak menyokong supaya sama-sama kita melahirkan pemandu yang lebih kompeten dan lebih profesional. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerantut.

draft • 10:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pengangkutan yang memberikan peluang Perikatan Nasional sebagai pembangkang yang credible melalui Jerantut untuk bersama-sama dengan pasukan khas ini. Alhamdulillah saya dapat bersama- sama dengan rakan-rakan daripada JPJ, APAD, MIROS, PDRM, imigresen yang very professional dan one mind, one direction untuk memastikan perkara ini tidak berulang. Dan hasil daripada itu Yang Berhormat Menteri, terhasillah beberapa syor-syor untuk penambahbaikan.

Dan di antara kepentingan – di antara perkara yang paling penting dinyatakan dalam syor tersebut adalah penubuhan Malaysian Transport Safety Board (MTSB) yang merupakan sebuah badan penyiasatan yang kekal dan profesional. Namun, daripada sekarang sehingga kini, masih lagi tidak ada berita tentang penubuhan MTSB tersebut.

Jadi, soalan saya kepada pihak Menteri ialah apakah jaminan konkrit yang boleh diberikan oleh pihak kementerian agar semua syor dalam laporan awal petugas khas ini akan dilaksanakan sepenuhnya mengambil pengajaran daripada 51 syor penambahbaikan panel penasihat bebas pada tahun 2018.

Dan di dalam satu keratan saya dapat melalui BERNAMA pada tahun 2018 [Sambil menunjukkan sehelai kertas] Yang Berhormat Menteri merupakan Menteri pada waktu tersebut juga menyatakan tentang syor ini iaitu penubuhan MTSB dan apakah pihak kementerian telah mempertimbangkan untuk menubuhkannya semula dan mohon perincian garis masa serta Perikatan Nasional bersetuju dengan penubuhan MTSB ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Yang pertamanya, pelantikan Yang Berhormat Jerantut dalam pasukan petugas khas ini menunjukkan keterbukaan dan ketelusan

draft • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Tuan Loke Siew Fook

Kerajaan MADANI dalam menangani sesuatu isu dan juga insiden khususnya dalam isu melibatkan keselamatan jalan raya.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya sendiri yang menamakan Yang Berhormat Jerantut dalam pasukan petugas khas ini kerana saya menghormati Yang Berhormat sebagai seorang Ahli Parlimen yang profesional, yang stick to the facts. Ini yang kita harap dan ini yang kita akan hormati. Ini jadi contohlah kepada lain-lain. Jadi, yang lain-lain itu ikutlah

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jerantut. Nak berhujah

draft • 10:30 AM

[Dewan bersorak]

Tuan Loke Siew Fook

Berhujah dengan fakta, berhujah dengan telus, berhujah dengan baik.

Macam Pasir Mas itu kena belajar sikitlah.

draft • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Loke Siew Fook

Pasir Mas itu saya takkan lantik sebab Pasir Mas itu dia kurang sikit.

draft • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Loke Siew Fook

Jerantut saya hormat, memang saya ― on record saya hormat Jerantut ini sebagai juru cakap yang credible.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Apa pula kait saya ni.

[Ketawa]

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang credible, yang credible sebab stick to the facts. Ini yang kita harap. Saya pun pernah jadi pembangkang Yang Berhormat. Kalau nak dihormati oleh pihak eksekutif, oleh pihak front bench kerajaan, mesti cakap dengan fakta: facts and figures.

Jangan cakap merapu je dalam Dewan Yang Mulia ni.

Untuk makluman Yang Berhormat Jerantut, back to the question, berkenaan dengan soalan berkenaan dengan penubuhan MTSB. Betul, tahun 2018 saya cakap pernah menyatakan ada cadangan penubuhan MTSB, tetapi ketika itu, selepas saya tak jadi Menteri 22 bulan, cadangan itu pun dah tak jadi. Dan memang sekarang ini saya lihat balik dan kita sedang merangka dasar untuk penubuhan MTSB ini. Dan untuk maklumat Yang Berhormat, memang sedang dipertimbangkan di peringkat kementerian tetapi untuk menubuhkan satu badan baharu, satu agensi baharu, bukannya mudah.

Ada juga rakan-rakan kat sana yang pernah menjadi Menteri, dia tahu ada banyak proses, proses yang panjang. Yang pertama, kita kena buat Kertas Jemaah Menteri, Memorandum Jemaah Menteri untuk bawa balik kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan dasar.

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Kelulusan dasar ini perlu sokongan daripada pelbagai pihak kerana nak menubuhkan satu MTSB, sudah tentu ada satu birokrasi yang baharu, ada satu agensi baharu, ada perjawatan baharu dan sebagainya. Jadi, ada implikasi kewangan, implikasi perjawatan, implikasi sumber manusia dan sebagainya.

Jadi, selepas kita bawa kepada Kabinet, kalau dapat kelulusan dasar, baru kita perlu wujudkan satu jawatankuasa kerja untuk melihat setiap perinciannya dan baru kita boleh draf rang undang-undang tersebut dan perlu bawa ke Parlimen untuk diluluskan supaya penubuhan MTSB itu dapat diluluskan mengikut peraturan undang-undang.

Jadi, itu proses dia, dan memang kita akan cuba untuk push. Dan saya mengalu- alukan peranan yang dimainkan oleh Yang Berhormat dalam pasukan petugas khas itu supaya mainkanlah peranan, push harder supaya sama-sama kita ada tekanan untuk kita deliver untuk keselamatan jalan raya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:40 AM

4. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah rasional sebenar di sebalik pemindahan lokasi Hospital Pengajar USIM dari Nilai ke Kota Tinggi serta keperluan akademik, logistik, kebajikan pelajar dan pensyarah serta keberkesanan latihan klinikal telah diambil kira.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Mersing.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi membangunkan kemudahan hospital pengajar universiti (HPU) di bawah universiti awam bertujuan untuk menyokong keperluan akademik dan penyelidikan bagi program pengajian perubatan dan berkaitan sains kesihatan. Ia juga berperanan untuk memperluas akses perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

Dalam hal HPU Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), projek ini telah dikenal pasti di peringkat awal untuk didirikan di Kota Tinggi seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024. Rasional pemilihan lokasi ini antara lainnya adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut.

Yang pertama, untuk merapatkan jurang kemudahan kesihatan antara kawasan bandar dan luar bandar. Hospital Pengajar Universiti USIM bakal menjadi HPU yang dibangunkan di kawasan luar bandar. Tambahan pula, belum ada HPU di zon selatan Semenanjung berikutan taburan lokasi HPU sedia ada di Semenanjung kini lebih tertumpu di kawasan Lembah Klang dan Pantai Timur, selain daripada di Sabah dan juga Sarawak.

Keperluan pertambahan kemudahan rawatan pakar di kawasan Kota Tinggi ya. Ini yang kedua. HPU USIM dapat membantu hospital sedia ada di kawasan tersebut untuk menampung keperluan rawatan kepakaran bagi hampir 200,000 penduduk setempat yang meliputi tujuh mukim iaitu Mukim Ulu Sungai Johor, Mukim Ulu Sungai Sedili Besar, Mukim Johor Lama, Mukim Kambau, Mukim Kota Tinggi, Mukim Sedili Besar dan juga Mukim Sedili Kecil, termasuk juga di Parlimen Mersing yang berdekatan.

Yang ketiga, lokasi yang strategik dan berhampiran dengan satu daripada destinasi pelancongan terbaik dunia iaitu Desaru Coast, selain negara-negara jiran Singapura dan Indonesia. Ini dijangka memberikan potensi kepada HPU USIM untuk mempelbagaikan sumber pendapatan tambahannya termasuk dari industri pelancongan kesihatan atau, dengan izin, medical tourism.

Yang keempat, keperluan akademik dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Lokasi ini dijangka dapat menyediakan kepelbagaian kes klinikal yang mencukupi untuk latihan pelajar perubatan dan sains kesihatan.

Dan yang kelima, kedudukan tapak projek HPU USIM yang dicadangkan adalah berdekatan dengan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang atau, dengan izin, Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). Ini membolehkan HPU USIM menawarkan serta membangunkan bidang penyelidikan dan kepakaran berfokus, yang unik, khususnya yang berkaitan dengan industri minyak dan petroleum (oil and gas) dalam bidang kesihatan dan perubatan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Pemilihan lokasi HPU tidak setempat dengan kampus induk bukanlah perkara baru.

Sebagai contoh, kampus induk Universiti Sains Malaysia terletak di Pulau Pinang, manakala Hospital USM adalah di Kelantan, di Kubang Kerian. Kampus induk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga yang terletak di Kuala Lumpur, manakala HPU nya ialah Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) di Pahang. Begitu juga dengan Universiti Kebangsaan Malaysia yang kampus induknya berada di Selangor, manakala dua HPU nya di bawah HUKM terletak di Kuala Lumpur.

Berhubung perancangan untuk keperluan akademik dan fasiliti, KPT melalui USIM akan merangka pelan pembangunan infrastruktur akademik dan kemudahan fasiliti yang bersesuaian di HPU USIM di Kota Tinggi termasuk bilik kuliah, makmal, perpustakaan serta capaian teknologi pembelajaran yang terkini dan bersesuaian. Cadangan kerjasama strategik dengan hospital lain di sekitar Johor turut dipertimbangkan sebagai rangkaian klinikal tambahan untuk melengkapkan ekosistem PdP.

Kesimpulannya, KPT sentiasa cakna berhubung kebajikan pelajar dan pensyarah yang turut menjadi aspek penting dan diberi perhatian. Perancangan penempatan semula akan dilaksanakan secara berfasa dengan jaminan penyediaan penginapan, pengangkutan, keselamatan serta kemudahan asas bagi warga universiti. Langkah ini akan diselaraskan dengan perancangan pembangunan HPU USIM agar aktiviti PdP tidak terganggu dan kesejahteraan semua warga terjamin. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Mersing.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberikan.

Sebagaimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, Hospital Pengajar USIM dijangka akan dibina di Jalan Teluk Mahkota, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Kebetulan Menteri Pendidikan Tinggi pada ketika itu adalah daripada Kota Tinggi.

Dan kami di kawasan Johor tidaklah menolak sebarang kemajuan yang akan dibina di kawasan Johor Timur memandangkan hospital pengajar ini akan memberi impak juga bukan saja kepada Kota Tinggi, tapi juga jiran-jiran seperti Pengerang, Mersing dan Tenggara, tapi di Johor, kita sekarang ada isu di mana Hospital Pasir Gudang sendiri belum dapat dibuka kerana kekurangan doktor dan nurse. Itu antara isu yang dihadapilah.

Jadi, bagaimana — soalan saya adalah, apakah penilaian perbandingan telah dibuat antara fasiliti hospital dan kes-kes klinikal di Nilai dan di Kota Tinggi memandangkan hospital pengajar memerlukan jumlah pesakit dengan kes rujukan yang mencukupi serta juga memerlukan tenaga kerjalah? Sebab, tadi kita pun ada masalah seperti di Hospital Pasir Gudang sendiri. Dan kedua, apakah jenis perkhidmatan yang bakal disediakan di Hospital Pengajar USIM ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih atas soalan tambahan daripada sahabat saya Yang Berhormat Mersing. Memang kita telah buat — kajian perbandingan telah dibuat dengan kes-kes yang berlaku, terutama di Kota Tinggi. Dan kita kena membezakan

draft • 10:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

ya, Yang Berhormat Mersing, bahawa, satunya hospital di bawah KKM dan juga hospital pengajar universiti. Hospital pengajar universiti ini lebih tertumpu kepada penyelidikan dan juga untuk praktikallah pelajar-pelajar perubatan kita.

Dan kita kena bezakan juga di Kota Tinggi ini, di kawasannya adalah kawasan luar bandar. Jadi, fokus yang akan diutamakan oleh Hospital Pengajar USIM ini adalah rawatan kesihatan luar bandar untuk sekitarnya. Dan kita juga akan menyediakan klinik-klinik pakar bergerak untuk komuniti setempat.

Memang dari segi perjawatan, yang ini adalah, situasi betul hospital pengajar universiti, berbeza dengan KKM. KKM mungkin di Pasir Gudang itu kekurangan doktor, tetapi sebab ini adalah universiti, kita ada pensyarah kita, kita ada pakar kita. Jadi, kita boleh dapat tumpukan kepada satunya, klinik-klinik pakar bergerak kita, rawatan kepada luar bandar. Dan juga, kita akan menampung ― sebab kita ada pakar kita, jadi kita akan menampung keperluan reference, rujukan daripada hospital-hospital yang sekitar itu. Jadi, kita komplemen kepada hospital kerajaan, bukan kita bersaing dengan mereka.

Dan juga, seperti yang disebut tadi, kita berdekatan dengan Pengerang dan antara niche area kita juga, kita menyediakan special burn ward. Kalau ada kemalangan berlaku di Pengerang, dia akan bawa. Jadi, tidaklah perlu bawa ke hospital kerajaan yang agak jauh daripada kawasan Kota Tinggi. Okey, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tampin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Apakah faktor yang diambil kira untuk menjadi pertimbangan mustahak kementerian bagi menentukan sesuatu negeri, lokasi serta lokaliti untuk memerlukan kepada pembinaan hospital pengajar? Dan adakah sesuatu keputusan itu perlu mendapat serta dipersetujui secara bilateral atau secara bersama dengan Kementerian Kesihatan, pihak universiti agar hospital pengajar tidak hanya berperanan sebagai pusat pembelajaran, tetapi juga dapat memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat setempat?

Tan Sri Speaker, Tampin membantah sekeras-kerasnya pemindahan lokasi baharu ini. Kekalkan di Nilai, Negeri Sembilan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kalau nak cakap pasal luar bandar, Tampin bersedia dah ada 100 ekar tanah untuk universiti didirikan di sana. Tampin membantah sekeras-sekerasnya pemindahan ini. Takkan bila tukar Menteri besok daripada Lumut, tukar pula ke Lumut. Kesianlah kami di luar bandar ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dia kena jawab Naib Presiden dia.

[Ketawa] Ya Yang Berhormat Tampin, terima kasih atas soalan tambahan. Ini direkodkan ya, jadi — sebenarnya pemilihan lokasi ini sudah dibuat lebih awal dan telah dibentangkan. Dibuat oleh Kementerian Ekonomi juga buat feasibility study dan juga dengan kerjasama libat urus dengan semua pihak yang berkaitan. Jadi saya fikir pemilihan ini telah dibuat lebih awal dan itulah sebabnya telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Bajet 2024.

draft • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Jadi saya fikir, Tampin, ini mungkin usul baru tapi setakat ini kita masih lagi melihat bahawa keperluan kita untuk meletakkan hospital ini di Kota Tinggi dengan semua yang saya telah — justifikasi yang saya telah sebutkan tadi. Okey, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput seterusnya Datuk Willie anak Mongin, Puncak Borneo.

draft • 10:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:50 AM

5. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan sama ada kementerian mempunyai hasrat untuk memperuntukkan dana bagi menyelesaikan masalah banjir, perparitan dan hakisan tebing- tebing sungai di kawasan Parlimen Puncak Borneo.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan peka terhadap keperluan peruntukan bagi memastikan isu banjir, perparitan dan hakisan dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan. Seperti Ahli Yang Berhormat yang sedia maklum, di bawah Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan sumber air, sungai dan saliran adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, meskipun Kerajaan Persekutuan boleh memberi bantuan kewangan dan teknikal, tanggungjawab utama dalam aspek penyelenggaraan dan pengurusan sungai terletak di bawah kerajaan negeri. PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah mengenal pasti beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kejadian banjir di seluruh negara termasuk di Sarawak.

Antara faktor tersebut adalah peningkatan ketara taburan hujan, sistem saliran yang kurang berkesan, kedudukan kawasan yang rendah serta perkembangan pesat aktiviti pembangunan dan perubahan guna tanah. Khususnya di kawasan Parlimen Puncak Borneo, cabaran utama adalah masalah sistem saliran yang menjejaskan keupayaan kawasan tersebut untuk mengalirkan air dengan berkesan semasa hujan lebat.

Selain itu, pengurusan banjir juga memerlukan kerjasama bersepadu melibatkan pelbagai pihak seperti PBT, pejabat daerah, JKR, JPS, pemaju dan agensi berkaitan.

Berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu Akta 133, tanggungjawab membina dan menyelenggara parit terletak di bawah PBT.

Selaras dengan itu, JPS telah memperkenalkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) sejak Januari 2001 sebagai garis panduan kawalan di punca bagi mengurus banjir kilat serta mengawal kualiti air larian hujan. Pematuhan MSMA adalah syarat wajib bagi kelulusan pembangunan infrastruktur saliran dan jika dilaksanakan dengan baik, mampu mengatasi masalah banjir kilat, banjir lumpur dan juga pencemaran sumber air.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi negeri Sarawak sehingga kini sebanyak 23 projek berjumlah RM2.36 bilion telah diperuntukkan oleh PETRA melalui JPS. Projek- projek ini merangkumi pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur tebatan banjir, pelaksanaan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB), saliran mesra alam serta kerja-kerja melibatkan sungai dan pantai.

Untuk soalan Yang Berhormat yang khusus untuk Parlimen Puncak Borneo, PETRA melalui JPS telah menyalurkan dari tahun 2022 hingga 2024 sejumlah RM1.113968 juta diperuntukkan di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir melibatkan enam sebut harga dengan skop kerja pengaluran sungai, penstabilan tebing sungai serta penaiktarafan saluran dan struktur berkaitan.

Bagi tahun 2025 pula, sejumlah RM280,000 telah diperuntukkan untuk melaksanakan dua sebut harga dengan skop yang sama dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2025. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Puncak Borneo.

draft • 10:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Timbalan Menteri atas segala sumbangan dan dana yang diberikan kepada Parlimen Puncak Borneo. Namun begitu, saya difahamkan PETRA telah diamanatkan untuk melaksanakan 46 projek berkaitan air di Sarawak bernilai RM6.1 bilion. Inisiatif ini meliputi perlindungan daripada banjir, hakisan pantai, kajian integrasi lembangan sungai, pembangunan loji rawatan air dan pembetungan.

Jadi saya nak tahu apakah status projek-projek ini setakat ini dalam RMK12 kerana saya tidak melihat banyak-banyak projek yang berjalan dengan lancar?

Saya juga tahu walaupun peruntukan dan perparitan dan pengairan ini di bawah kerajaan negeri tetapi sebab itulah amat penting untuk Kerajaan Persekutuan menunaikan tuntutan MA63 supaya dana ini dapat disalurkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri boleh melaksanakan pembangunan yang pesat di kawasan-kawasan Parlimen khasnya di negeri Sarawak. Maka dengan itu, saya ingin mendengar status projek-projek dalam RMK12 yang telah diamanatkan kepada PETRA.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Soalan ini lebih meluaslah daripada soalan yang asal. Cuma seperti mana yang saya sebutkan ini ketika ini ada 23 projek ongoing yang berdasarkan rekod yang saya ada, yang mana kalau ikut pecahan itu ada dua perkara baru iaitu sebagai contoh projek kawalan hakisan tebing sungai di Rumah Robert, Nanga Sebatu, bahagian Kapit ada RM2.8 juta.

Yang baru juga masuk untuk tahun ini adalah pemuliharaan Sungai Baram di Long Ikang, daerah Baram, bahagian Miri, Sarawak RM51.3 juta. Kemudian projek pemuliharaan Batang Sadong di Kampung Hulu dan Hilir, bahagian Serian, Sarawak RM72.8 juta. Jadi untuk jumlah keseluruhan tadi yang saya sebut RM2.3 bilion inilah telah kita peruntukkan untuk tujuan 23 projek ini.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum juga dalam hubungan ini sememangnya di peringkat PETRA, kita melihat senarai yang dikemukakan oleh kerajaan negeri untuk pertimbangan. Jadi, sebab itu untuk bagi — sebagai contoh untuk masuk ke dalam RMK13, kita ada terima cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri dan

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

seterusnya perkara itu perlu diperhalusi oleh Kementerian Ekonomi dan kita tengok yang mana yang diluluskan.

Tapi seperti mana yang Yang Berhormat nyatakan tadi, itu antara cabaran yang kita hadapi dalam melaksanakan projek JPS ini terutamanya melibatkan jajaran. Dia, bila dalam pelaksanaan projek itu, kawasan yang panjang. Jadi, dari segi cabaran dan kekangan itu adalah perkara yang...

draft • 10:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang ini Tan Sri kena uruskanlah soal jawab seperti ini.

draft • 10:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya cuma nak tahu status yang dalam RMK12 sejauh mana pelaksanaan dia? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Puncak Borneo. Sorry, Menteri, nak habiskan atau nak tambah lagi?

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dah, iaitu..

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bertulis pun boleh. Jawapan bertulislah ya. Saya jemput Padang Rengas.

draft • 10:50 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Masalah banjir perparitan dan hakisan tebing sungai ini merupakan isu yang sering berlaku di pelbagai kawasan di Malaysia termasuklah di kawasan Padang Rengas yang mana banjir berlaku saban tahun.

Jadi soalan saya, adakah Kementerian juga berhasrat untuk memperuntukkan dana bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Parlimen Padang Rengas khususnya di kawasan Sungai Chempias? Soalan kedua, sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang telah disiapkan di peringkat nasional dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu tahun 2020 hingga 2025? Serta apakah langkah-langkah penambahbaikan yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Di peringkat kementerian, kita memang melaksanakan dua kaedah. Satu, secara struktur dan juga bukan struktur. Bukan struktur itu bermaksud kajian. Sebagai contoh, kita ada PISMA, IWRM yang mana melalui kajian ini sepatutnya menjadi rujukan di peringkat pelaksana termasuklah di peringkat PBT kerajaan negeri dalam merancang sesuatu kawasan. Sebab itu dalam kita menguruskan isu banjir sebagai contoh, kita melihat lembangan sungai. Ia nya bukan hanya terlibat satu Parlimen maka kita selesai kat situ. Dia kena melihat keseluruhan lembangan sungai.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dalam isu sebagai contoh, hakisan yang melibatkan tebing sungai. Sungai ini Tan Sri, sebenarnya macam hidup. Maksudnya, aliran, aluran dia itu boleh berubah dan juga isu itu mungkin timbul sekiranya berlaku keadaan halangan semula jadi ataupun tidak semula

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

jadi. Maksudnya, ada struktur dan sebagainya, dia akan ada kesan kepada tebing sungai tersebut. Maka, sebab itu dalam menguruskan peringkat JPS ini, cabaran yang kami hadapi adalah kita hanya mampu mengemukakan kajian yang telah dilaksanakan secara ekstensif ini dengan mengharapkan semua pihak mengguna pakai. Kemudian, bila ada perkara yang kita perlu bangunkan, maksudnya dalam isu tebatan banjir, untuk menghalang hakisan, sama ada pantai, sungai dan sebagainya ini.

Perkara itu, sama ada keberkesanan itu kita boleh pastikan dari segi sudut projek.

Tetapi cabarannya dalam pembangunan baharu, dalam keadaan berlaku lagi cabaran- cabaran yang mendatang menyebabkan isu banjir. Isu hakisan ini sentiasa kena atasi secara berterusan kerana ini juga meliputi soal alam semula jadi dan juga pembangunan manusia.

Maka, sebab itu di peringkat JPS, jabatan memang peruntukan itu kita melihat pembahagian itu ada di setiap negeri.

Dan perbincangan itu seperti jawapan asal tadi pun, kita berbincang dengan kemukakan daripada senarai negeri, daripada aduan ramai dan sebagainya untuk menentukan yang mana lebih kita perlu segerakan projek tersebut. Namun, untuk perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat, saya akan minta pihak JPS untuk semak sekiranya terdapat keperluan dan bagaimana untuk kita membantu perkara tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Rakyat terhimpit hidup terancam, Akibat hutang sangat terkesan; Soalan Kuala Krai nombor enam, Mohon Menteri berikan jawapan. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:00 AM

6. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah kerajaan terhadap trend peningkatan hutang isi rumah yang membimbangkan, khususnya dalam kalangan penjawat awam dan sejauh mana relevannya institusi kewangan memberikan kelulusan pinjaman sehingga RM400,000 kepada individu yang berpendapatan sederhana dan apakah langkah kawalan bagi memastikan kestabilan kewangan isi rumah.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Hutang isi rumah masih dalam paras - masih lagi dalam paras yang terkawal. Secara makro, jumlah hutang isi rumah setakat bulan Mac 2025 adalah RM1.65 trilion, bersamaan dengan 84.3 peratus daripada KDNK. Ini menunjukkan perubahan yang tidak ketara berbanding dengan akhir tahun 2024. Kedudukan hutang isi rumah juga perlu dilihat secara holistik, khususnya dengan mengambil kira aset kewangan isi rumah yang jauh lebih besar, berjumlah RM3.45 trilion pada tempoh yang sama. Secara agregat, aset kewangan isi rumah kekal melebihi hutang sebanyak 2.1 kali. Sekali gus menyediakan penampan kewangan yang kukuh kepada isi rumah.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah kawalan untuk mengawal hutang isi rumah dan mengukuhkan daya tahan isi rumah. Pinjaman yang diluluskan oleh institusi kewangan, termasuk kepada penjawat awam, tertakluk kepada Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab atau dengan izin, Policy Document on Responsible Financing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkuat kuasa sejak 2012. Dasar ini dapat memastikan tahap hutang isi rumah kekal terkawal dan sejajar dengan kemampuan membayar balik pinjaman.

Institusi kewangan secara umumnya menjalankan penilaian ke atas keupayaan peminjam dengan mengambil kira pendapatan boleh guna bersih minimum, serta had nisbah khidmat hutang, dengan izin, atau debt service ratio. Pada akhir tahun 2024, data menunjukkan bahawa median DSR atau debt service ratio bagi pinjaman terkumpul isi rumah berada pada paras yang berhemat iaitu 34 peratus.

Terdapat juga langkah kawalan yang khusus untuk penjawat awam. Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh berada dalam keberhutangan kewangan yang serius dan gaji bersih bulanan tidak boleh kurang daripada 40 peratus. Statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 4,194 kes kebankrapan membabitkan penjawat awam direkodkan bagi tempoh tahun 2020 sehingga Jun 2025. Ia hanya sekitar 0.3 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam.

Melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau AKPK di bawah Bank Negara Malaysia, pelbagai khidmat nasihat dan bantuan pengurusan kewangan disediakan.

Termasuk program penstrukturan semula pembiayaan bagi individu yang memerlukan.

Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA juga turut melaksanakan langkah strategik melalui Program Transformasi Minda (PTM) bagi memberi pendedahan awal kepada pegawai baharu mengenai aspek pengurusan kewangan peribadi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kuala Krai.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Fenomena peningkatan hutang isi rumah, walaupun Yang Berhormat sebut tadi masih terkawal, jika berlaku kepada penjawat awam, akan membuka ruang rasuah.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kerana dengan pendapatan sedia ada, tidak lagi dapat menampung bayaran hutang yang berlipat-lipat. Dan jika berlaku kepada orang awam, dibimbangi akan terlibat dengan along dan kewangan tidak berlesen. Dalam masa sama, trend kelulusan pinjaman sehingga RM400,000 kepada mereka yang berpendapatan sederhana, khususnya penjawat awam, sedang mendorong mereka ke arah perangkap hutang jangka panjang. Jadi soalan saya, apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menggantikan atau menghentikan pembiayaan peribadi (personal financing) kepada pembiayaan yang bertujuan. Dan adakah kerajaan berhasrat untuk menguatkuasakan kaedah pembiayaan dan — yang bertanggungjawab atau, dengan izin, responsible financing? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kita memang tahu, bagi terutamanya kepada penjawat awam, kita memang selalu akan berinteraksi dengan mereka jika mereka menghadapi masalah kewangan.

Memang langkah-langkah seperti APPK dan sebagainya, kita akan berunding dengan mereka. Tetapi pada masa yang sama, bagi bank, kita memang ada debt service ratio itu, kita memang memantau.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Pada masa sekarang, memang median adalah 34 peratus.

Tetapi bagi kita, kita — pada setakat ini, kita adalah di 41 peratus. Jadi, kita memang — memang kos sara hidup sudah meningkat. Memang penjawat awam, setengah-setengah menghadapi masalah. Jadi untuk makluman, kita memang sudah melalui Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kita juga telah menaikkan gaji untuk penjawat awam. Pada masa yang sama, kita — kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah untuk Program Payung Rahmah yang kita dengan secara langsung akan membantu penjawat awam itu untuk menanggung isu kos sara hidup. Dan kita akan terus memantau dan juga melalui literasi kewangan kepada penjawat awam supaya mereka boleh mengurus keadaan kewangan mereka dengan berhemah. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pulai.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya merujuk pada isu bebanan kewangan isi rumah ini ya. Dan Johor Bahru akan menerima RTS, Johor Bahru- Singapore Rapid Transit System pada 2026. Ini akan menyebabkan warga Singapura mungkin akan berpindah ke Johor Bahru. Dengan itu, rumah-rumah di Johor Bahru ini akan menjadi lebih mahal daripada kadar yang biasa. Jadi, di situ akan memberi tekanan, khususnya kepada kakitangan awam untuk memiliki rumah. Khususnya juga adalah kakitangan kesihatan di Johor Bahru, HHA, HSI, Setia Permai dan sebagainya. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

Dan ada satu cadangan untuk membina rumah mampu milik kepada kakitangan kesihatan ini, khususnya di Johor Bahru. Dalam Parlimen Pulai, kita ada banyak tanah KKM yang boleh dibina untuk rumah mampu milik kakitangan kesihatan ini, supaya mereka tak pindah ke Singapura pula untuk bekerja di Singapura.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat. Untuk makluman semua, antara hutang — pembiayaan hutang isi rumah setakat yang saya ada adalah pada Mac 2025. Dalam hutang isi rumah, 61.1 peratus daripada hutang isi rumah adalah merangkumi pinjaman perumahan. Jadi, itu amat lah penting seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Jadi, apa yang — memandangkan sebahagian besar, lebih daripada 61 peratus adalah daripada pembelian harta kediaman, kita faham tentang kenaikan harga rumah, terutamanya untuk penjawat awam.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Jadi, kita memang ada beberapa program. Antara program pemilikan rumah mampu milik yang dilaksanakan termasuklah Residensi MADANI, PR1MA yang menyasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Jadi, terutamanya mungkin di Johor Bahru adalah kes yang lebih unik sebab dia dekat dengan kos sara hidup yang amat tinggi. Jadi, ini kita kerajaan memang prihatin tentang ini dan kita akan mengkaji dengan lebih lanjut lagi.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

draft • 11:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Tan Sri Speaker.

Soalan saya nombor 7.

draft • 11:10 AM

7. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah kesinambungan kepada Pelan Tindakan OKU

(2016-2022) dan adakah kementerian sudah menjalankan audit kepada keseluruhan pelan tersebut serta teras strategiknya.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ini sedang membangunkan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya ataupun PTOKU yang barhau sebagai kesinambungan kepada PTOKU sedia ada. Program serta inisiatif yang disediakan dalam pelan tindakan yang lalu telah menerapkan Incheon Strategy to “Make the Right Real” for persons with disabilities in Asia and the Pacific dan turut dijadikan sebagai rujukan KPWKM dalam pembangunan PTOKU yang baharu.

KPWKM telah melaksanakan beberapa siri libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan serta pertubuhan masyarakat sivil dari setiap tujuh kategori ketidakupayaan, ahli akademik, anggota lantikan individu, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya, kementerian dan agensi kerajaan. Objektif utama perbincangan adalah untuk mengumpul input isu-isu OKU yang harus diberi perhatian dalam PTOKU yang baharu, selain menjelaskan matlamat PTOKU dan manfaat inisiatif kerajaan kepada OKU.

Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya ataupun MKBOKU yang bersidang pada 23 Julai 2025 telah mengambil maklum laporan pencapaian PTOKU sedia ada dan berpandangan supaya kadar pencapaian 69.09 peratus bagi program PTOKU sedia ada berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan tetapi perlu dipertingkatkan dalam PTOKU yang baharu.

Yang kedua, setiap kementerian atau agensi kerajaan perlu bertanggungjawab memastikan pelaksanaan program seperti yang disenaraikan.

Ketiga, setiap kementerian atau agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan PTOKU yang baharu mengambil tindakan sewajarnya agar semua program yang akan disenaraikan kelak dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Keempat, pembangunan PTOKU yang baharu mengenal pasti mekanisme pemantauan dan pelaporan yang sesuai bagi setiap program di bawah PTOKU dan yang kelima, pembangunan PTOKU yang baharu akan turut mengambil kira dasar OKU sedia ada.

Selain rujukan kepada prestasi pencapaian PTOKU sedia ada, Akta Orang Kurang Upaya 2008 ataupun Akta 685, serta pandangan MKBOKU, MKBOKU juga telah meminta semua kementerian dan agensi terlibat untuk melaporkan status tindakan susulan yang diambil terhadap program yang tidak mencapai 100 peratus pelaksanaan dalam PTOKU sedia ada, walaupun ia telah melepasi garis masa yang disasarkan. Cara ini juga adalah sebagai penambahbaikan mekanisme pemantauan, pelaporan dan accountability semua pihak terlibat ke atas perkara-perkara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan mereka.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Selayang.

draft • 11:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih atas jawapan. Pada persidangan negara-negara ahli CRPD yang ke-16, Conference of States Parties to CRPD, Malaysia telah menegaskan komitmennya untuk menyelaraskan undang-undang negara berkaitan Orang Kurang Upaya, mengikut lunas dalam Konvensyen Tentang Hak Orang Kurang Upaya, CRPD, Convention on the Rights of Persons with Disabilities. Malaysia telah menandatangani CRPD pada April 2008 dan telah meratifikasi konvensyen pada 2010.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang laporan telah dikemukakan kepada Jawatankuasa PBB bagi CRPD. Soalan saya, apakah status berkenaan laporan negara CRPD bagi Malaysia dan apakah garis masa laporan ini boleh dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat daripada Selayang di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk makluman, KPWKM memang sentiasa komited untuk mengemukakan segala jenis laporan, terutamanya laporan negara CRPD kepada PBB dan memang betul laporan negara pertama ini perlu dihantar dalam tempoh dua tahun selepas ratifikasi dan kemudian laporan susulan selepas itu perlu dihantar empat tahun selepas laporan pertama dilaksanakan ataupun dibuat oleh negara berkenaan.

Tapi untuk menyediakan satu-satu laporan itu kita perlu mendapatkan input daripada pelbagai kementerian dan agensi. Dan ada 50 kementerian dan agensi yang akan terlibat dalam menyiapkan laporan ini. Tapi untuk makluman Dewan, laporan telah kita sediakan awal tahun ini dan KPWKM telah mengemukakan draf laporan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara Februari yang lalu dan perbincangan juga telah dilaksanakan secara susulan pada 5 Mac dan kami di pihak kementerian masih lagi menunggu ulasan dan pandangan daripada AGC.

Dan — tapi untuk makluman juga, dalam mesyuarat MKBOKU yang baru iaitu 23 Julai tempoh hari Tan Sri Speaker, wakil AGC telah memberikan komitmen untuk menyegerakan semakan terhadap laporan tersebut. Once kita dapat laporan tersebut, kita akan laksanakan apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat daripada Selayang. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Rantau Panjang.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam Pelan Tindakan baru OKU 2025-2030 ini yang akan dilaksanakan?

Sebab ini amat penting supaya tidak ada pihak yang mengambil ringan terhadap pelaksanaan pelan ini kerana ia melibatkan maruah dan hak asasi golongan OKU yang mesti dibela secara berkesan. Dan apakah kaedah pemantauan yang berterusan dan sejauh mana penglibatan komuniti OKU dalam pelaksanaan dan pelan tindakan OKU yang bakal dilaksanakan? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat daripada Rantau Panjang di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Seperti yang saya maklumkan tadi, semua pihak dan juga agensi perlu membuat laporan terutamanya post-mortem mengenai setiap dan apa juga pencapaian sebenar dan juga cabaran sekiranya ada. Yang penting adalah sekiranya — untuk yang baharu ini ada penambahbaikan yang akan kita laksanakan.

Dan terutamanya sebab kementerian dan juga Majlis Kebangsaan Bagi OKU ini memang sangat komited dan tegas untuk memastikan hak golongan OKU ini terbela dan pelaksanaan pendekatan whole of nation juga menggabungkan rentas kementerian juga kita akan laksanakan. Malah pihak NGO juga diminta untuk hadir bersama dalam setiap perbincangan dalam kita nak membangunkan pelan tindakan OKU ini.

Dan insya-Allah untuk makluman semua juga, representasi komuniti OKU ini bukan sekadar di bandar saja tapi ia nya merentasi seluruh Malaysia termasuk daripada luar bandar dan sesi libat urus sentiasa kita laksanakan dengan mengadaptasi strategi pelaksanaan sebenarnya mengikut lokaliti ataupun konteks lokaliti. Yang penting no one will be left behind dengan izin, Tan Sri. Dan kita membawa teras Agenda Pembangunan Mampan 2030 serta konsep “nothing for us without us” ini dilaksanakan apabila kita membuat apa-apa juga pelan tindakan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan semua warga Ahli Dewan.

Sekolah Henry Gurney soalan lapan, Mohon menteri memberi jawapan.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

8. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa jumlah bilangan murid yang berada di Sekolah Henry Gurney pada tahun 2025 dan setakat manakah kejayaan sekolah ini dalam mendidik murid-murid mereka.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kangar. Pada ketika ini terdapat empat buah Sekolah Henry Gurney yang beroperasi di bawah seliaan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jabatan Penjara Malaysia iaitu Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka, Sekolah Henry Gurney Keningau Sabah, Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo Sarawak dan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu Sabah yang khusus menempatkan penghuni wanita muda.

Yang Berhormat sehingga 9 Julai 2025, jumlah keseluruhan penghuni yang sedang mengikuti program pemulihan di semua Sekolah Henry Gurney adalah seramai 655 orang.

Pecahan bilangan pelajar mengikut Sekolah Henry Gurney adalah seperti berikut. Sekolah Henry Gurney Telok Mas sebanyak 412 orang, Sekolah Henry Gurney Keningau Sabah 92 orang, Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo Sarawak 142 orang dan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu, sembilan orang.

Dari aspek kejayaan dalam pendidikan bagi tahun 2024, semua 59 orang penghuni pelajar Sekolah Henry Gurney yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berjaya lulus 100 peratus dan layak menerima Sijil SPM. 24 orang yakni 40 peratus daripada penghuni, pelajar tersebut telah mencapai sekurang-kurangnya 1A.

Data terperinci seperti berikut. Seorang mendapat 6A, dua orang mendapat 4A, tiga orang mendapat 3A, empat orang mendapat 2A dan 14 orang mendapat 1A. Pencapaian ini adalah hasil usaha bersepadu antara pihak sekolah, tenaga pengajar dan program intervensi akademik serta pemulihan yang dirangka khusus bagi membentuk sahsiah penghuni yakini pelajar yang positif dan berdaya tahan.

Untuk makluman, Sekolah Henry Gurney juga telah melaksanakan Program Latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET). Kepada penghuni Sekolah Henry Gurney, sehingga 30 Jun 2025, seramai 153 orang penghuni Sekolah Henry Gurney telah mengikuti latihan TVET yang diiktiraf di peringkat nasional melalui Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM).

Daripada jumlah tersebut, 126 orang penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah mengikuti latihan TVET melalui Persijilan SKM Tahap 1 dan Tahap 3 mengikuti program kemahiran seperti latihan pastri, elektrik, ritma berkumpulan serta instrumen bertali.

Manakala seramai 27 orang penghuni Sekolah Henry Gurney Keningau melaksanakan program latihan TVET di bidang fabrikasi logam dan operasi pengeluaran tanaman untuk Persijilan SKM Tahap 1 hingga Tahap 2.

Secara keseluruhan, prestasi ini mencerminkan kejayaan berterusan Sekolah Henry Gurney dalam mendidik dan membangunkan potensi murid sejajar dengan matlamat utama program pemulihan iaitu untuk menyediakan peluang kedua kepada pesalah muda agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai individu yang bertanggungjawab, produktif dan berintegriti. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kangar.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Soalan tambahan. Jadi terima kasih YB Timbalan Menteri. Jadi tahniah kerana banyak aktiviti ataupun pendidikan berdasarkan TVET di Sekolah Henry Gurney. Cuma terlalu banyak isu-isu remaja pada hari ini. Pening ibu bapa, masyarakat dan kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan para pelajar ini. Dan, terbaru isu tumbuk guru, “Mari, mari” itu viral.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, soalan saya berkaitan dengan Sekolah Henry Gurney, adakah KDN telah menjalankan penilaian impak terhadap modul pemulihan sedia ada dan adakah ia perlu dikemas kini mengikut cabaran jenayah remaja masa kini?

Soalan seterusnya berkaitan dengan adakah pelajar-pelajar ini mendapat sokongan dalam bentuk kaunseling ataupun dari segi kesihatan mental, terapi memandangkan mereka adalah pelajar-pelajar yang baru masuk dalam Sekolah Henry Gurney dan yang terakhir...

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dua aje soalan.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dua saja.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dua. Siapkan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya, program susulan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih sahabat saya, Yang berhormat Kangar. Dari masa ke semasa memang Kementerian Dalam Negeri khususnya jabatan penjara meningkatkan segala keupayaan untuk pastikan mereka yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney dapat ikuti pembelajaran yang sebaiknya.

Dari segi penilaian impak, memang sentiasa kita buat. Sebab itu kalau kita lihat dari segi penilaian impak, dia boleh dilihat berdasarkan kejayaan penghuni dalam aspek pencapaian akademik dan kemahiran seperti yang telah pun saya menyatakan tadi.

Selain itu juga, kalau kita lihat, terdapat penghuni yang berjaya dalam bidang sukan.

Misalnya ada yang terlibat hingga ke SUKMA, dan mendapat peluang pekerjaan dalam sektor awam dan juga swasta. Mereka diterima untuk bekerja di sektor awam dan juga sektor swasta. Ini memperlihatkan kejayaan kita.

Kalau kita lihat dari segi sokongan kaunseling, memang ini aspek yang penting diberikan perhatian. Sebab itu, Jabatan Penjara Malaysia memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar melalui modul bimbingan koreksional yang diberikan oleh guru- guru bimbingan dan kaunseling, serta pegawai-pegawai psikologi yang dapat membangkitkan potensi dalam mencapai kerjaya akademik dan juga bakat kerjaya mereka sepanjang ikuti latihan di sini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Jempol.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Soalan tambahan jempol, apakah silibus pembelajaran yang dipraktikkan di Sekolah Henry Gurney dan bagaimana silibus ini mampu memberi kesan dalam mengubah sahsiah serta akhlak pelajar tersebut? Sejauh mana keberkesanan silibus berkenaan pada ketika ini? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Tan Sri, sahabat saya, Jempol. Jabatan Penjara Malaysia, kita melaksanakan pendidikan korektif. Ini program yang menggabungkan pendidikan mengikuti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Pemulihan Jabatan Penjara Malaysia. Kita gabungkan dua ini kepada semua penghuni Sekolah Henry Gurney.

Program ini diselaraskan dengan usaha membangunkan modal insan dan pembelajaran sepanjang hayat, seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Malaysia dan hasrat “Education for All” oleh UNESCO. Tujuan program ini dijalankan untuk memberikan pemulihan pendidikan sepanjang tempoh penghuni berada di Sekolah Henry Gurney.

Dan, dalam usaha memulih dan membina karakter murid di Sekolah Henry Gurney, mulai 2023 modul bimbingan koreksional dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dan dimasukkan dalam jadual persekolahan.

Terdapat lima kluster sebenarnya, kalau kita lihat pendidikan kolektif seperti berikut. Satu ialah kluster akademik. Ini bagaimana dari sekolah-sekolah harian biasa. Menulis, membaca dan mengira. Kemudian kluster agama. Ini program persijilan kerjasama majlis agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Kita ada kluster Technical and Vocational Education and Training (TVET), kemahiran bersijil yang melalui program-program pensijilan, latihan melalui Sijil Latihan Dual Nasional, kemudian ada SKM dan juga CIDB. Kita ada kluster seni yang juga ditekankan dalam program-program latihan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Henry Gurney dan kluster sukan.

Kluster ini melibatkan — kalau sukan ini melibatkan penghuni yang ada bakat dalam bidang sukan, sukan tinju, muay thai, angkat berat.

Kita ada Projek Henry kita panggil. Ini juga kita panggil sebagai Projek Reben Kuning anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Kita berjuang untuk beri peluang kedua kepada penghuni. Terdapat lima kluster dalam Projek Reben Kuning ini. Kita ada kluster keusahawanan, kluster sukan, kluster kemahiran, keboleh pasaran dan kempen kesedaran.

Terima kasih Tuan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Tuan, soalan Sri Aman nombor 9.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

9. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) status semasa peningkatan kes kehamilan dalam kalangan kanak- kanak (bawah umur 18 tahun) di setiap negeri dari 2023 hingga suku pertama 2025; dan

(b) jumlah kes, kadar peratusan pertumbuhan dan punca utama mengikut negeri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kes remaja hamil yang berdaftar di fasiliti kesihatan kerajaan, sebanyak 2,737 kes remaja hamil dilaporkan pada tahun 2023 dan 2,752 kes bagi tahun 2024, iaitu, peningkatan 15 kes ataupun 0.5 peratus.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi pada kedua-dua tahun tersebut adalah Sarawak, diikuti Sabah dan Pahang. Sementara itu, data awalan bagi tempoh Januari hingga Mac 2025 merekodkan sebanyak 655 kes remaja hamil di bawah usia 18 tahun.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Medical Journal of Malaysia pada tahun 2015 yang bertajuk “A Review of Teenage Pregnancy Research in Malaysia”, antara punca utama kehamilan remaja di Malaysia adalah kekurangan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif yang menyeluruh, yang menyebabkan ramai remaja tidak memahami dengan jelas cara melindungi diri daripada kehamilan tidak dirancang. Dapatan ini juga disokong oleh hasil kajian faktor risiko dan pelindung remaja terhadap kesihatan reproduktif dan sosial yang diterbitkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ataupun LPPKN pada tahun 2019.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh United Nations Population Fund ataupun UNFPA pada tahun 2022 bertajuk “SRH Investment for Human Capital in Malaysia”, menyatakan bahawa pendidikan kesihatan reproduktif yang komprehensif mampu mengurangkan kehamilan remaja sebanyak 49 peratus atau kira-kira 1,800 kelahiran hidup dalam tempoh lima tahun. Selanjutnya, satu kajian lain yang telah diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Malaysia pada tahun 2020 turut menunjukkan, menyenaraikan beberapa faktor lain seperti tekanan rakan sebaya dan pengaruh media khususnya pendedahan kepada kandungan seksual secara terbuka. Ia boleh membentuk norma serta persepsi yang mendorong remaja untuk mencuba ataupun bereksperimen.

Dari segi sosioekonomi pula, kemiskinan, keciciran sekolah dan ketiadaan peluang pekerjaan juga dikenal pasti sebagai faktor yang meningkatkan kerentanan remaja terhadap risiko ini dan selain itu, latar belakang keluarga dan gaya hidup boleh menyumbang kepada peningkatan tingkah laku seksual berisiko. Bagi menangani isu kehamilan remaja, KPWKM menyeru pelbagai agensi untuk berganding bahu secara kolaboratif dalam memperkukuh dan memperluas inisiatif yang bersifat holistik demi mencapai impak positif kepada kesejahteraan remaja di Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sri Aman.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu tadi.

Saya telah mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan teliti yang merangkumi faktor, punca termasuk juga status serta statistik terkini. Cuma seperkara lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya. Adakah kerajaan ataupun kementerian bercadang mewujudkan pelan tindakan nasional khususnya bagi menangani masalah ini sebab saya mendengar angka kes ini meningkat, Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang telah dikemukakan. Macam saya katakan tadi, antara inisiatif utama di bawah KPWKM, kita ada satu dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

ataupun in short kita panggil PEKERTI dan dalam waktu yang sama kita ada pelan tindakan menangani perkahwinan bawah umur. Dan antara lain, modul ini menekankan aspek pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif, kemahiran membuat keputusan yang sihat, pembangunan sahsiah serta keselamatan diri daripada gangguan dan juga penderaan seksual.

Kementerian sebenarnya memang ada bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan kami menyokong KPM dalam pelaksanaan modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau PEERS yang diintegrasikan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di bawah KSSR dan KSSM. Insya-Allah modul PEERS ini merangkumi aspek biologi, kesihatan reproduktif, hak kanak-kanak dan kemahiran perlindungan diri yang telah dan saya percaya melalui KPM juga telah disusun mengikut tahap umur murid di sekolah masing-masing. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kepala Batas.

draft • 11:30 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada Timbalan Menteri, terima kasih di atas jawapan yang diberikan dan saya mengesyorkan supaya silibus yang diutarakan sebentar tadi dapat disegerakan. Kalau lihat kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti (NHMS) yang dirujuk oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, ada data yang menunjukkan bahawasanya kadar kehamilan di bawah umur ini makin menurun hasil kerjasama daripada beberapa pihak termasuk daripada Jabatan Agama, AADK dan sebagainya.

Justeru persoalannya, adakah wujud jawatankuasa induk yang melibatkan semua agensi berkepentingan seperti polis, AADK, Jabatan Agama Islam, Kementerian Kesihatan, kementerian yang berkaitan dalam merencana strategi bagi pembendungan isu sosial ini supaya tidak terus melarat sebagaimana telah dilakukan oleh kerajaan di Kelantan, kita melihat data tersebut menurun. Mohon penjelasan.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Di dalam perkara yang Yang Berhormat tanyakan tadi, dia ada satu majlis ataupun jawatankuasa Kabinet dinamakan Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat TPM I dan di dalamnya, dia membincangkan perkara-perkara ataupun bentuk kerjasama antara kementerian terutamanya untuk memastikan pencegahan awal, perlindungan mangsa dan apa-apa juga Yang Berhormat nyatakan tadi, tetapi daripada pihak kementerian kami sendiri di mana Sekretariat MSN tersebut adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

KPWKM telah juga merangka beberapa strategi komprehensif yang melibatkan pelbagai pihak dalam menangani isu yang kita sendiri khuatir ia nya akan jadi ada pertambahan dan alhamdulillah recent years ataupun tahun kebelakangan ini, terdapat sedikit pengurangan dan kerana itulah kementerian juga Yang Berhormat, melalui — kementerian melalui JKM memberikan komitmen perlindungan untuk memainkan peranan dalam memberikan intervensi dan juga apa juga sokongan kepada remaja hamil yang tidak berkahwin ke yang belum kahwin, yang apa ini yang telah berkahwin, tapi memerlukan

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

bantuan daripada kami dan melindungi kebajikan remaja dan juga anak yang bakal dilahirkan ini. Terima kasih.

Nanti kalau ada detailed lagi, saya akan bincang dengan pegawai, kita akan berikan maklumat tambahan kepada kedua-dua yang menanya soalan tambahan ini, Tan Sri. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri.

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Kita ada usul dari Menteri, silakan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 14 Ogos 2025.” Sekian, terima kasih.

draft • 11:38 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 11:38 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 11:38 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:38 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026-2030)

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.

Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”

draft • 11:39 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita sambung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Saya ada 26 nama hari ini dan hari ini ialah hari Rabu. Kita akan mulakan dengan Semporna. Semporna ada 15 minit sebab ketua parti. Diikuti dengan Marang, begitu juga Marang 15 minit. Kemudian Bentong, Muar. Muar juga 15 minit. Keningau, Keningau juga 15 minit.

Baik, yang lainnya ialah Bachok, Segamat, Jerantut, Wangsa Maju, Pendang, Batang Lupar, Kangar, Cheras, Maran, Tampin, Kuala Langat, Sungai Siput, Parit, Lubok Antu, Parit Buntar, Sipitang, Dungun, Bukit Gelugor, Kuala Krau, Bayan Baru dan diakhiri dengan Tenom. Untuk itu, Semporna dijemput 15 minit dari sekarang.

draft • 11:39 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua atas ruang yang membolehkan saya turut berbahas Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada kali ini dan saya dapati bahawa pembentangan, bila saya baca secara mendalam, perbelanjaan pembangunan keseluruhan bagi tempoh lima tahun mencecah hingga RM611 bilion dan di antaranya RM430 bilion perbelanjaan daripada kerajaan.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Manakala RM120 bilion perbelanjaan daripada GLC, GLIC dan RM61 bilion daripada kerjasama pihak swasta awam yang ada.

Saya dapati bahawa perbelanjaan ini khususnya meningkat begitu ketara dan di samping itu hasil dari negara kita walaupun dia meningkat tapi perbelanjaan saya ingat hutang semakin meningkat. Kalau saya lihat daripada data yang ada kedudukan fiskal 2024, hasil negara meningkat hingga RM339 bilion. Di samping itu, operating expenditure, perbelanjaan negara juga, RM335 bilion, hampir 99 peratus daripada hasil negara digunakan untuk operating expenditure yang ada.

Jadi, di samping itu juga kalau kita lihat data ini merangkumi RM89 bilion iaitu perbelanjaan pembangunan yang bersih. Jadi kalau kita lihat, memang saya tahu defisit mengurang tapi hutang meningkat. Ini yang kebimbangan kita kerana perbelanjaan semakin meningkat tapi hutang juga turut meningkat walaupun defisit telah diturunkan dan kita harus melihat hutang negara kita pada hari ini dah pun mencecah RM1.5 trilion household debt yang ada dan hutang kita bayar untuk interest saja setahun RM50 bilion. That is interest, not principal. Dan saya berharap agar usaha ini akan dapat ditingkatkan dari segi pengurusan perbelanjaan pihak kerajaan untuk membolehkan supaya jangan banyak ketirisan.

Kebimbangan saya.

Dan walaupun kita melihat bahawa pembangunan yang ada dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini jumlahnya agak besar dan dia bukan hanya merangkumi dari segi faktor perhitungan, dari segi masyarakat yang memerlukan, golongan bumiputera. Tapi saya juga harus tekankan dari segi keseimbangan pembangunan di negara kita.

Ini yang membimbangkan saya kerana ini amat ketara kelihatan walaupun kita sedar dan tahu AI menjadi satu landasan yang perlu kita kuasai bagi negara Malaysia untuk bersaing bukan hanya di peringkat antarabangsa di rantau ini, tapi di samping itu juga keseimbangan pembangunan amat ketara. Jauh yang semakin membimbangkan saya apatah lagi dari segi keadaan asas, fundamental requirement. Contohnya, kita di Sabah.

Masalah necessity, keperluan rakyat. Airnya, elektriknya. Airnya di merata tempat.

[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dah seminggu lebih dari Tawau, tidak ada bekalan air. Ada restoran yang terpaksa tutup, tak ada air. Ada kadang-kadang kita dapati bahawa elektrik padam-padam, berjadual.

Dan ini yang saya minta supaya kerajaan pusat melihat secara serius dari segi bagaimana pengurusan pentadbiran di peringkat negeri Sabah khususnya. Banyak ketirisan, banyak kita dengar kes rasuah yang ada dan ini yang kalau tidak ada enforcement of law, tidak diambil tindakan, maka akan berleluasa di semua peringkat tentang masalah yang ada di peringkat negara kita khususnya ketidakseimbangan pembangunan wilayah yang kaya, rakyatnya termiskin.

Cost of living is so high. Why? Because kita dapat melihat barang-barang yang kita perlukan di Sabah diimport keseluruhannya sebahagian besar. Bukan hanya tissue paper, bukan hanya mineral water tak dikeluarkan di Sabah. Dan saya perlu cadangkan supaya

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

dasar untuk membolehkan banyakkan downstream yang ada di peringkat pusat untuk menggalakkan kerajaan negeri boleh melihat dari segi keadaan pembangunan yang ada.

Dari segi jalannya, saya bimbang sangat jalan raya yang ada. Saya sedar dan tahu 2023, RM625 juta grant MOF berikan. 2024 RM636 juta grant, ya. Dari 2023 sampai 2024 dah hampir sebilion lebih dari duit ini, tapi jalan masih berlubang. Itu dari segi peruntukan grant granted by Federal Government. Belanjawan tahun ini di peringkat negeri Sabah RM500 juta untuk baik jambatan, jalan raya yang ada. Lebih daripada bilion duit. Tapi ke mana duit ini?

Ini yang saya perlu lihat bukan hanya bila saya jalankan bottom-up, bukan suara daripada kerajaan negeri semata-mata. Go to the ground, to the field there. Siasat secara betulnya bagaimana perbelanjaan syarikat yang telah dilantik untuk memastikan perjalanan ini dengan baik dapat dilaksanakan, termasuk Pan Borneo. Dah sebut berulang kali. Lima Perdana Menteri dah, dari zaman Pekan, dari zaman Pagoh, dari zaman Pahang, Bera, dari zaman apa nama Tambun. Dah lima dah. The same project, almost the same amount of money. Repeated, repeated. Seakan-akan ini bantuan tapi ada projek, saya jalan.

I go to the ground, Datuk Speaker. Membimbangkan saya jalan raya yang ada. Ada yang tak siap-siap langsung, yang sekarang pun saya dah bangkitkan. Saya ada bangkitkan auditor negara laporkan Pre-Q, Pre-Q, Pre-Q, Pre-Q tapi MOF tak ambil kira cadangan daripada Kementerian Kerja Raya yang ada. Syarikat yang bertauliah, syarikat yang qualified for Pre-Q. Ini yang perlu disiasat secara mendalam keadaan perkara ini tidak harus berleluasa.

Ketidakseimbangan yang saya sebutkan dari sudut contohnya, Rancangan Malaysia Ketiga Belas termasuk juga dahulu rancangan FELDA yang ada. Tujuan kita wujudkan FELDA di negara ini ialah untuk membasmi kemiskinan dan di samping itu, melibatkan para peneroka yang ada di peringkat negeri Sabah. Siapa? Saya masih ingat ayahanda saya Tun Sakaran masa di peringkat awal tahun 60-an dari naik kapal dari Kota Kinabalu terus ke Pahang di Jengka melihat bagaimana rancangan FELDA yang ada di Pahang.

Itu menjadi tarikan kepada mereka untuk bawa supaya rancangan-rancangan yang ada di peringkat Sabah dapat dilahirkan. Rancangan demi rancangan. Pada tahun 1979 melalui Warta Kerajaan Sabah No. 148, hampir 124,000 hektar tanah telah diberikan kepada kerajaan waktu itu Persekutuan untuk membangunkan FELDA yang ada.

Tapi malangnya, sampai ke hari ini, hampir 200,000 lebih hektar tanah diberikan kepada FELDA untuk melahirkan peneroka yang ada. Tapi peneroka yang ada di Sabah daripada 200,000 lebih hektar sama ada di Sabah, di Kalabakan, di Keningau, sedikit sebanyak hanya 1,600 peneroka sahaja. Can you imagine? 200,000 hektar tanah, 1,600 sahaja peneroka dan ke mana 1,100 lebih ribu hektar tanah ini? Diurus oleh siapa ? FELDA?

Diurus oleh siapa FGV? Bangunan FGV di Kuala Lumpur. Bangunan FELDA di Kuala Lumpur. Takkan ada peneroka di Kuala Lumpur. Peneroka berada sama ada di Pahang mahupun di peringkat negeri Sabah. Bagaimana peneroka-peneroka untuk nak mengurus keperluan mereka? Datang ke Kuala Lumpur tiketnya tinggi, hotel dibayar, pengangkutan ada, makan pun susah.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Jadi, saya berharap saya tidak mahu kebimbangan saya, janjinya dah 40 tahun dah geran tanah akan dibagi kepada peneroka. Sampai sekarang tak ada geran tanah yang diberikan dan tujuan kita untuk membasmi kemiskinan. Tapi, malangnya bila ada bantuan daripada FELDA, peneroka ini mungkin dalam 2,000 tapi dia bukan untuk membasmi kemiskinan. Hutang mereka sampai sekarang meningkat di Sabah ini.

Jangan dengar cakap saya. Go to the ground. Siasat sama ada ini perkara yang tidak betul ataupun tidak. Keadaan ini membimbangkan kita. Second generation yang ada, langkah yang ada pun di Semenanjung ada tapi di Sabah ke mana generasi muda yang ada.

Bagaimana untuk memastikan ada kejaminan dari pihak FELDA untuk memastikan geran- geran tanah akan di-issue supaya jangan geran tanah ini locked down by FGV, listed company yang ada. Saya tahu. Perkara ini membimbangkan saya. There will be a dispute on ownership title yang ada kerana ini merupakan satu langkah yang mesti menjadi perhatian pihak kerajaan untuk membolehkan usaha membasmi kemiskinan.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Kita tak mahu nanti FELCRA, FGV memperolehi keuntungan setiap saban tahun berbilion, tetapi peneroka 1,600 sahaja. Second generation kedua — generasi kedua ke mana masa depan mereka dan ini yang saya bimbang usaha ini perlu mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan yang ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Datuk, minta laluan sikit.

Minta laluan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Berhubung kait dengan — saya ada sebut tentang Pan-Borneo...

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit ya. Saya ingin tertarik perhatian soal FELDA. Apakah bersetuju bahawa FELDA sekarang telah lari daripada asas penubuhan? Kalau kita tengok waktu asas diasaskan dahulu, FELDA memang beri perhatian fokus untuk menyelesaikan masalah ekonomi bumiputera khususnya, dan penempatan yang tersusun. Tetapi mutakhir ini bukan sahaja di Sabah, bahkan di Semenanjung pun banyak FELDA-FELDA yang telah dibuat dalam bentuk lebih komersial kepada syarikat FGV dengan tidak memasukkan peneroka. Dan, ini telah lari daripada tujuan asal penubuhan FELDA dan masalah penyelesaian generasi kedua dan ketiga yang memang tidak selesai lagi. Tidak ada satu perancangan yang rapi. Saya mohon komen daripada...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih banyak. Saya amat setuju pandangan di mana dia terbabas daripada tujuan asal peneroka yang — fasal saya juga berkhidmat waktu itu. Saya dengan ayahanda Tun Sakaran menjadi waktu Kementerian Tanah dan Koperasi pada tahun 90, kita jaga kementerian itu. Bagaimana kita teliti dengan baik untuk memastikan — tetapi malangnya sehingga pada hari ini keadaan ini tidak dapat diatasi.

Itu yang saya jelas, fakta yang jelas, 1,600 sahaja peneroka yang ada di Sabah.

Sama ada di Kalabakan, sama ada di Umas-Umas dan ini membimbangkan kita. Tanah seluas hampir 200,000 hektar tanah, tetapi diurus almost 90 percent of the land managed by

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

FGV, FELDA dengan tujuan komersial. Keuntungan semuanya masuk dalam akaun FELDA, bukan peneroka yang ada.

Dan Datuk Speaker, sebenarnya seperti yang saya katakan. Masalah air ini saya berharap bukan satu perkara yang harus dilihat perkara kecil kerana kita lihat pinjaman daripada pihak jabatan contohnya. Air bekalan air daripada Persekutuan menerusi MOSTI, menerusi KKLW memang ada. Menelan belanja saya ingat dalam beberapa ratus juta yang ada, tetapi malangnya concession, concession yang diberikan ini amat membimbangkan kita.

Pada hari ini, bekalan air cukup sebagai satu perkara yang asas. Ada hospital yang tidak ada air, ada balai polis yang tidak ada air, ada sekolah yang tidak ada air. Datuk Speaker, kita belanja duit untuk buat tandas beratus juta di sekolah-sekolah, tetapi malangnya ada tandas tidak ada air. So, where do you get the water? Tunggu tube well, tunggu hujan turun, takkan hendak pakai mineral water. Anak kampung tak ada dan ini membimbangkan saya.

Di samping itu, dalam sektor pendidikan juga merupakan perkara yang penting.

Selain daripada asasnya jalan raya yang ada, saya berharap kerajaan pusat, Kementerian Kewangan, Menterinya ada di sini yang kedua dan Yang Amat Berhormat Tambun lihat secara serius keimbangan seperti yang saya sebutkan. It’s not only about AI, we want that AI to be acquired by our Malaysian to compete, tetapi keseimbangan pembangunan yang ada.

You go to the ground there, jangan cerita tentang jalan raya, jangan cerita tentang air. Cerita tentang sekolah. Saya tak cerita tentang anak Zara ini, bab keselamatan tetapi sekolah- sekolah yang ada.

Saya dah hantar dengan kementerian. Azalina — Menteri Pendidikan.

draft • 11:50 AM

Seorang Ahli

[Berucap tapa menggunakan pembesar suara] Fadhlina.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Fadhlina dan saya dah bagi senarai-senarai sekolah-sekolah daif, ada sekolah yang masih berpapan. Ada sekolah yang tandasnya tak sempurna. Ada sekolah yang bilik — jangan bilang bilik gurunya.

Jangan cerita tentang air dan lampu. Go to the ground for God’s sake. It’s very important, they are Malaysian. These our young generation yang ada dan ini yang saya tekankan termasuklah kes-kes keselamatan juga.

Saya berharap saya — kita tak tuduh siapa-siapa. I’m not going to accuse anyway, but please for God’s sake. Don’t delay whatever investigation yang ada, tindakan harus diambil, percepatkan, permaklumkan kepada masyarakat. Vacuumed all the speculation is there, tuduhan-tuduhan akan meningkat kalau sekiranya perkara ini tidak diatasi.

Datuk Yang di-Pertua, juga saya ingin menyentuh tentang perkara berhubung kait dengan keselamatan yang ada di negara kita. Saya tahu rantau ini baru sahaja semalam saya nampak kapal dari Amerika bertembung dengan kapal China.

draft • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa dah tamat, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Oh, masa tamat.

Banyak lagi saya ini belum selesai.

[Ketawa] Dan ini yang membimbangkan saya. Saya berharap cadangan saya kepada pihak pusat supaya keselamatan di negara kita dikawal

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

dengan secara baik supaya jangan ada campur tangan daripada kuasa luar base to be set up. No base daripada mana-mana pihak.

Kita ada rangkaian FPDA, Five Power Defence Arrangements sama ada dari Malaysia, New Zealand, Australia exercise yang ada dengan negara-negara jiran kita. Ini masih tetap satu langkah yang harus kita tingkatkan tetapi jangan ada based yang ada, kebimbangan saya kerana kita tempat yang masih lagi negara jiran kita tuntut dan kita juga bertembung dengan Laut China Selatan yang ada. Jadi keselamatan yang ada harus ditingkatkan di Sabah.

Jangan hanya jet fighter berada di Ipoh, di Perak. Jangan hanya helikopter diletakkan di Labuan. Their base must be also be enhanced yang ada di peringkat kawasan-kawasan yang amat memerlukannya dan saya juga...

draft • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh simpulkan, Yang Berhormat?

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya berharap agar usaha seumpama ini dapat ditingkatkan. Dalam sektor pelancongan, ini membimbangkan saya juga. Tumpu — saya bacalah muka surat 35.

draft • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya bagi satu minit Yang Berhormat, boleh?

Yang Berhormat Semporna, satu minit.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tumpuan akan diberikan kepada inisiatif pembangunan Zon Pelaburan Pelancongan di Johor, di Melaka, di Negeri Sembilan, di Sarawak. Sabah tidak ada langsung pun. Walhal kita merupakan kawasan yang banyak pelancong daripada China yang ada, and why not dan saya minta kepada Menteri Kewangan.

Hasil daripada pelancongan cukup banyak, berbilion tetapi bantuan kepada kita di kawasan yang melahirkan hasil kepada negara kita. Sampah pun merata, saya dah bagi arahan majlis daerah tetapi tak dengar suara saya fasal saya pembangkang di Sabah walaupun mantan Ketua Menteri, membimbangkan saya. Ke mana perkara ini harus diatasi oleh pihak yang berwajib. Kalau mungkin tak dengar suara saya, beritahu Tambun, bagi arahan kepada mereka supaya atasi masalah ini.

Dato' Yang di-Pertua, saya tahu saya mengambil masa yang agak panjang dan saya berharap dari segi pendidikan yang ada dari segi keselamatan, dari segi essential item yang ada. You can’t take lightly dan saya berharap pihak kerajaan memberi peruntukan dan pantau. There are grant, given to the state government. Jangan hanya bagi duit tetapi pantau perbelanjaan ini.

Jangan hanya bila kita dengar ada rasuah yang berleluasa termasuk kes-kes mineral yang ada. Apa tindakan kita? Bayangkan video yang keluar, dua orang yang di-charged tetapi kenapa yang lain tak di-*charged?

[Tepuk]* Tetapi ini yang membimbangkan saya.

[Tepuk] Mesti ada money trail, document trail, not only that dan insya-Allah, esok kita berkuasa saya akan siasat dan saya akan ambil tindakan. Terima kasih banyak, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Semporna. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Marang.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 11:58 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Waalaikumsalam.

draft • 11:58 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Waalaikumsalam.

draft • 11:58 AM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Yang di-Pertua, perbahasan RMK13 bersimbolkan MADANI “Melakar Semula Pembangunan”. Dalam perbahasan ini, saya menumpukan perkara yang belum disentuh oleh semua yang berucap.

Saya tumpukan perkara prinsip dan konsep.

Saya mulakan dengan firman Allah SWT*.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] ,* Surah al-Baqarah. Nabi di zaman mereka, zaman kaum Bani Israel, bangsa Yahudi apabila diminta oleh kaum mereka mengajak dipilih seorang pemimpin. Lalu apabila mereka menjawab, “Allah memberitahu supaya melantik seorang bernama Talut menjadi raja yang memerintah.”

draft • 11:58 AM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Bani Israel menjawab, bagaimana lantik dia? Dia seorang yang tak ada harta, tak ada kewangan. Mengapa tak lantik kalangan kami yang kaya-kaya raya ini, yang banyak duit?

Nabi mereka menjawab, Allah yang memilih mereka, memilih Talut kerana dia ada ilmu dan gagah perkasa. Allah memilih siapa yang dikehendaki dan Allah meluas pemberiannya dan Maha Mengetahui. Menceritakan bangsa Bani Israel menjadikan harta asas penting kehidupan manusia dan keperluan mentadbir negara kini menjadi prinsip semua ideologi ciptaan manusia yang semuanya bersifat madani tanpa mengira bangsa dan agama.

Ibnu Khaldun mengatakan dalam penulisannya; [Berucap dalam bahasa Arab] “manusia itu bersifat madani secara naluri dan tabiinya”. Inilah juga menjadi pilihan Malaysia kini. Perlu difahami bahawa ciri madani sifat semua manusia yang bermasyarakat daripada semua agama, ideologi dan bangsa, bukan hanya di Malaysia sahaja.

Islam menetapkan maqasid syariah tujuan cara hidup manusia yang bermadani mempunyai maslahah mengikut tertibnya yang disebut al-daruriyat keperluan bagi manusia agama, nyawa, akal, zuriat keturunan, maruah dan harta. Mengutamakan integriti yang terkandung dalam agama, nyawa, akal, zuriat keturunan, maruah –– harta penting juga, bukan tak penting, tapi integriti dia dihulukan, diutamakan.

Inilah ketetapan Allah yang berwawasan dunia sehingga akhirat bersifat menyeluruh daripada perkataan ad-din, nama orang Islam yang berbeza dengan perkataan agama dan ideologi dalam semua bahasa kerana Islam meletakkan semua ciri kehidupan manusia tidak berpisah daripada agama berbeza dengan agama lain dan ideologi yang diciptakan. Negara Islam dimulakan dengan Mekah yang kering kontang yang tak ada hasil langsung, dibangun sahsiah manusia beriman, budiman dan berpengetahuan. Kemudian datang melalui kebijaksanaan dan akhlak.

Kaum Bani Israel hari ini dikuasai oleh kumpulan Zionis yang mempengaruhi banyak negara kuasa-kuasa besar khususnya Amerika yang [Tidak jelas] barat dan menguasai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Maka, harta menjadi rukun pertama bagi

draft • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

negaranya. Maka, semua ideologi ciptaan para pemikir barat berkonsepkan kebendaan.

Terpenting bagi mereka ialah mendapat kuasa yang berasaskan kekayaan harta sebanyak- banyaknya menjadi perkara pertama. Maka perkara integriti perkara yang sampingan.

Apa yang berlaku di Gaza hari ini? Sebelumnya di Vietnam, Afghanistan dan sebelumnya peristiwa ledakan atom di Hiroshima dan Nagasaki. Perang Dunia Kedua, Perang Dunia Pertama, bermula dengan perlumbaan ekonomi, perlumbaan harta.

Sangat malang sejarah negara kita menjadi medan perang bagi pihak British berlawan dengan Jepun. Kalau kita jemput Amerika datang, tak mustahil jadi medan perang negara kita ini. Islam tetap mengharamkan senjata pemusnah walaupun negara Zionis dan kumpulannya tidak percaya.

Saya pernah menyebut dalam ucapan saya di Dewan ini dan berapa tulisan saya bahawa seorang ulama dan pemikir termasuk India, Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi mengulaskan berkenaan negara ada dua pendekatan negara. Yang pertama negara hidayah dan kedua negara jibayah.

Negara hidayah bermula dengan pembangunan insan, integriti dan berprinsipkan akidah diperjuangkan oleh para anbia meletakkan keimanan kepercayaan pada Allah dan janjinya dan perhitungan dosa dan pahala dalam semua urusan manusia. Maka beriman, berilmu, budiman yang pertama dan paling utama melahirkan integriti yang sebenarnya.

Adapun negara jibayah berprinsipkan kebendaan yang bergantung kepada hasil kewangan melalui apa sahaja yang dapat disambar sama ada cukai atau hasil bukan cukai ataupun hutang. Inilah yang dianut oleh Bani Israel di zaman dahulu dan dikuasai oleh ideologi sama ada kanan atau kiri semuanya bersifat madani yang menjadi fitrah manusia sama ada Islam dan bukan Islam walaupun perkataannya berbeza.

Terpenting kepada mereka ialah peruntukan kewangan dan hasil kebendaan yang sebanyak-banyaknya, sama ada benar atau salah, tanpa mengira halal dan haram, adil atau zalim. Semua ideologi meletakkan akidah, kepercayaan kepada adanya pahala dan dosa dalam urusan agama, dalam urusan akhlak dipisahkan daripada politik, ekonomi dan pengurusan cara hidup, terpulang kepada individu masing-masing diputuskan mata rantainya.

Ilmu dan akhlak juga bukan keutamaan. Terpenting peruntukan kewangan banyak sama ada rakyat dibebankan. Kalau tidak mencukupi rakyat dipaksa juga, walaupun secara zalim dan menerima akibat tekanan hidup kerana kenaikan cukai dan tekanan inflasi yang membebankan.

Lebih malang dibebankan dengan hutang yang banyak. Lebih malang dihinggapi penyakit dosa riba yang diharamkan oleh Allah dan Rasul. Tetap menjadi riba, tetap menjadi rukun Bank Dunia IMF yang dijadikan kiblat ekonomi negara yang berteraskan kebendaan.

Kini berlaku perbezaan kiblat ekonomi dan politik ke arah Washington, Bank Dunia dan IMF, walaupun kiblat solat, haji dan umrah ke arah Kaabah rumah Allah di Mekah.

[Tidak jelas] mengajar umatnya supaya memohon perlindungan Allah daripada perkara- perkara yang membawa akibat yang buruk. Doa diajar oleh Nabi, [Membaca doa] “Wahai Tuhan aku yang Maha Esa, aku memohon pelindungan-Mu daripada dukacita dan sedih,

draft • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

daripada lemah dan malas, daripada penakut dan bakhil, daripada dibebani hutang dan dipaksa oleh mereka yang kuat dan zalim”. Terlalu menyembah kebendaan menjadi bakhil terhadap rakyat. Khususnya dibatalkan subsidi yang wajib. Khususnya terhadap pembangkang yang menasihat sehingga diisytiharkan 3R untuk halang nasihat.

[Tepuk] Berhutang ke sini dan ke sana. Bukan bijak sana, tak bijak sini untuk diri dan puaknya sahaja sehingga berhutang dan terus berada di bawah penjajahan baharu yang diciptakan dalam di atas nama tarif.

Duit yang banyak dalam simpanan kita guna untuk beli pesawat, guna untuk — yang untuk untung bagi kat BlackRock.

[Tepuk] Lepas tu tak cukup duit berhutang. Nabi menasihatkan supaya hutang ni bahaya. Hutang ini memaksa kita memperhambakan diri pada orang, memaksa kita dijajah.

Dalam Islam, integriti boleh mengatasi segala-galanya sehingga sistem zakat dan cukai diwajibkan dalam Islam kepada yang mampu sahaja dan dibebaskan berkalangan yang tidak mampu dan berjaya mengatasi masalah kemiskinan dan pengangguran.

Inilah punca kegagalan semua ideologi barat dan timur yang membawa krisis ekonomi dunia yang tidak selesai sehingga pada hari ini iaitu lah membelakangkan integriti, mengutamakan kebendaan. Apabila kita berada dalam pakaian yang sama, maka sama- sama tersungkur walaupun ucapannya yang berdegar-degar dengan bahasa yang indah dan disebut oleh Firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat al-Quran]

draft • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhan-mu menghendaki dan jika mereka tidak mengerjakan maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” Malaysia akan menerima benda akibat yang sama, kerana memakai baju yang sama, sama madaninya, tetapi meninggalkan prinsip madani petunjuk Allah. Mengamalkan madani dalam pakaiannya, tidak cukup menjaga badan dan maruah. Rasa berpakaian, tetapi banyak yang koyak, menampak segala-galanya tak boleh ditutup.

Allah menjanjikan firman-Nya, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kalau penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, mematuhi petunjuk Allah, Kami buka kepada mereka, berkat-berkat yang turun. Yang turun dari langit dan dari bumi.” Keberkatan itu datang. Kurnia Allah. Berkat usaha ilmu dan akhlak yang mulia yang dilakukan kepada kita.

Bukan sahaja bencana alam — bila kita meninggalkan petunjuk Allah, diterima bencana. Bukan saja bencana alam, termasuk juga bencana salah laku kerajaan yang membebankan kehidupan rakyat, seperti masalah inflasi, kos sara hidup, keruntuhan moral, jenayah rasuah dan lain-lain. Tekad dan berkat tidak dipercayai dalam cara hidup yang meletakkan agama, ilmu dan akhlak hanya sampingan, dengan hanya berslogan perkataan rahmah, adil, bijaksana, tatakelola, ketimbang dan sebagainya.

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Kejayaan bukan pada slogan yang berdegar, mestilah dengan keimanan dan kepercayaan kepada janji Allah yang benar, bukan janji pemimpin menipu, bohong dan berlagak.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Rakyat wajib menukar kerajaan yang berpakaian tidak lengkap ini.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Kerana kehilangan maruah dan hilang harga diri, manusia yang dimuliakan Allah, khianat terhadap amanah supaya mentadbir dunia, dengan petunjuk Allah. Pilih di antara dua. Pilihan hari ini, madani kebendaan meninggalkan integriti, akibat peristiwa Gaza, dilakukan oleh Israel, disokong oleh Amerika, Eropah dan sekutu-sekutunya. Madani yang dilupakan, ya itulah madani Islami, janji Allah Taala.

Pilih antara dua madani ini. Madani yang mengutamakan integriti, madani yang meninggalkan integriti. Walaupun ada duit banyak, integriti tak ada, akan bocor, akan tiris, akan kehilangan, akan habis, macamlah dulu-dulu juga. Negara kita terus dalam keadaan negara sedang membangun, tak bangkit-bangkit. Tak jadi negara maju kalau begitunya. Ha, jadi, pilih antara dua ini.

Dan akhirnya, saya jaga masa, saya hadiahkan serangkap pantun.

Dari Kuala Lumpur pergi ke Sabah — sebab Kuala Lumpur ni tempat punca masalah.

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Di bawah DAP, PH dan rakan-rakannya.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dan rakan-rakannya.

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Pergi ke Sabah — Sabah nak dijadikan mangsa, berlaku jenayah yang memalukan dan mengerikan. Pergi ke Kuala Lumpur...

Dari Kuala Lumpur pergi ke Sabah, Berpatah balik menuju Kelantan; Jangan berlumpur tersungkur rebah, Lebih baik letak jawatan....

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Marang.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, point of order Timbalan, Timbalan, Timbalan — 36(1).

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

“Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang meminda akta induk…”

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kampar, kejap, kejap. Bagi peluang, bagi peluang dulu.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dah duduk dah, dah duduk dah. Dah duduk dah.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, point of order. Ya betul, duduk.

Sekarang point of order. Tunggu.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pantun — tak faham bahasa ini.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Perkara berapa?

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kejap. 36(1). “Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara yang melibatkan akta induk.”

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi saya teliti ucapan Marang. Dari mula sampai akhir langsung tak sebut tentang RMK13.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kau pun sama juga. Kau pun sama.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Memang — eh, saya tak habis...

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tak betul ini. Tak betul brother. Isu hutang, isu integriti, isu cukai...

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Memang hak Marang untuk bahas apa-apa isu, tapi saya mohon supaya lain kali...

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Disebut oleh Marang.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Marang, Marang sila sebut RMK13, kaitkan dengan, kaitkan dengan isi ucapan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Salah ini. Yang Berhormat Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sebab saya takut rakyat di luar sana dia confused.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bagi peluang, bagi peluang dulu.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nanti rakyat baru masuk YouTube...

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kampar tak faham.

Kampar duduklah. Tak faham.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

…Bila kita bahas, usul lain. Itu saja. Saya, saya, mohon. Itu saja.

draft • 12:10 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia ni, dia ni, apa ini rasanya...

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sebab kita bahas tentang — ini perbahasan tentang RMK13.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Eh, Kampar tak faham ke?

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey faham [Tidak jelas] Okey, faham. Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya. Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Duduklah Kampar.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey. Sila duduk.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ruling Speaker, Speaker buat ruling, move on.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Move on. Bagi dulu peluang dulu. Aaa...

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya...

[Tidak jelas]

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Speaker, Speaker...

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, atas isu peraturan.

Speaker, saya...

[Tidak jelas]

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Silakan, silakan. Jelutong.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Speaker, Speaker...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, Jelutong, Jelutong. Bagi dulu Jelutong sekejap.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, saya nak, nak beritahu ini yang dia tak betul gunakan ya 36(1).

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker...

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(1) hanya kepada pindaan undang-undang sahaja.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya!

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak kepada yang dasar. Ini dasar.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dasar boleh bercakap apa saja.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sila Jelutong. Peraturan berapa?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, Speaker...

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Eh, Besut bukan hakim lagilah. 36(1) itu isi-isi ucapan tentang usul. Ini saya, saya tujukan kepada Speaker, biar, biar Speaker buat ruling. Duduklah Besut. Besut, ini bukan mahkamahlah. Duduk. 36(1) memang untuk isi ucapan.

Saya tak halang apa Marang kata. Saya hanya katakan, sebutlah, sebut RMK13...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kaitkan dengan isi, jangan confuse rakyat. So, nanti orang yang baru masuk Facebook, YouTube ingat kita bahas usul lain. Itu saja.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey maklum, maklum. Kampar okey, Kampar.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nak bahas apa, apa tajuk, memang itu hak. Saya tak, tak, tak cuba, cuba halang.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kampar. Kampar. Kampar, okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Speaker, mengarutlah.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya mohon petua saja. Saya mohon nasihat dan petua saja.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ah, ini sekoq lagi, ini sekoq lagi ini.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya menghala — saya menghalakan soalan saya kepada Speaker, 36(4) di mana ia melarang mana-mana Ahli daripada membuat kenyataan yang kurang sopan dan juga sangkaan jahat.

draft • 12:10 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Apa yang sangkaan jahat?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(6). Dengar — Yang Berhormat, dengar, dengar dulu.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hadir untuk mendengar amanat Yang Berhormat Marang sebagai seorang tok guru yang kita hormati daripada parti PAS. Kita menghormati beliau sebagai seorang pemimpin parti, tapi kenyataan…

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Buang masa ini, berlakon kata hormat, tapi kurang ajar.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ucapan ini boleh?

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Lepas ini saya bagi Arau. Ha, okey. Okey.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia bagi ucapan, dia bagi ucapan.

Saya bangkitkan peraturan 36(6).

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apa dia punya itu, dia?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, yang kurang ajar adalah Pendang.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang, Pendang tarik balik.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang kurang ajar adalah Pendang.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini sudah, petua sudah dibuat oleh Speaker.

Jangan langgar lagi. Nak langgar berapa kali kurang ajar? Tarik balik. Pendang, tarik balik.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebab, sebab – no. Speaker…

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Speaker, yang Kampar bangkitkan tak berkaitan. Move on je.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, Jelutong pula..

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya bangun walaupun saya merupakan Ahli Parlimen DAP, saya menghormati perkataan-perkataan yang diluahkan oleh saya, menghormati Marang...

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] Penjelasan.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Berlindung di sebalik perkataan “menghormati”. Sebenarnya tak hormat pun.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apa perkataannya Jelutong?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di bawah peraturan...

[Tidak jelas] Di bawah peraturan...

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Tuan Speaker...

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Menggunakan perkataan saja, kata dia itu baik.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apa perkataannya?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya...

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Belit kuat ini, belit, belit.

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Tuan Speaker, Tuan Speaker, Tuan Speaker...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak, tak...

draft • 12:10 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Jangan jadi orang politik la wei!

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Tuan Speaker, Jelutong telah buat Standing order. Should allow him to finish first. Silakan, silakan.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak, saya nak dengar apa perkataannya?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, ya, saya belum sampai.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Silakan, silakan. Segera, segera.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa Pendang kurang ajar dengan saya? Saya menghormati pemimpin beliau.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa Pendang kurang ajar dengan saya?

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu berlindung saja, hormat tak hormat.

Tak hormat pun.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak, perkataan dia apa, perkataan dia? Perkataan dia apa?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebagai seorang pemimpin parti PAS, tok guru yang kita hormati.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak payahlah duk ceramah ini, tak payah ceramah. Duduklah. Duduklah. Duduk. mengarut saja hang itu.

draft • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Soalan — Speaker. Tak payah ceramahlah. Duduklah. Duduk — Duduk!

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hang mengarut ja.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat dia...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Lepas ini, lepas ini saya bagi belah ini memang.

Okey, terus.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berucap. Ya, tapi dia berucap.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa perlu Marang mengeluarkan perkataan bahawa Kuala Lumpur adalah tempat yang bermasalah kerana ada DAP dan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan?

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Memang betullah.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Janganlah koyak DAP.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tunggulah Menteri jawab, bukan kamu jadi Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ah, biar Menteri...

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ada DAP memerintah yang jadi masalah, dulu tak apa pun.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini standard PAS.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Pendang, kalau saya sebut Kedah, Kelantan ada masalah kerana PAS, boleh tak?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau...

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini standard DAP ke?

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebutlah, sebutlah.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan main-main, ini bukan politiklah. Jangan main politik dalam Parlimen.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini standard DAP kah?

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebutlah. Sebut je lah.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau nak bahas, bahas baik-baik. Bahas baik-baik.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Memang kurang ajar!

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan bagi tuduhan-tuduhan buruk [Tidak jelas] ...

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Tidak jelas] Keluarlah. Pakai cawat!

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Masa...

[Tidak jelas] pembangkang tak ada masalah.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker...

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh...

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau Kuala Lumpur ada masalah, kenapa Kelantan nak minta duit?

draft • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kampar, duduklah!

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kenapa Kelantan nak minta duit, kenapa Kelantan nak minta gaji dengan...

draft • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tak payah ganggu!

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh kita berhentikan — berhenti semua. Minta duduk, semua duduk, semua dulu.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kenapa Kelantan nak minta gaji? Siapa ada masalah?

draft • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, duduk!

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Tidak jelas] Boleh, boleh, boleh.

draft • 12:10 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kampar...

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Cukup, cukup, cukup.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Semua tutup. Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, kalau saya kata PAS adalah parti ajaran sesat, mereka tak terima.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, duduk!

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh duduk tak? Jelutong duduk dulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bawalah hujah kenapa sesat? [Dewan riuh]

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bawa hujah apa dia sesat. Kenapa sesat?

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan...

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bawa hujah, apa dia sesat?

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ini — minta duduk semua.

draft • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, Jelutong!

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

DAP yang sesat! Kamu yang sesat.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta duduk semua. Minta duduk semua.

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mana boleh?

Speaker, tarik balik.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey. Minta duduk dulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

DAP memang kurang ajar ini!

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta duduk semua dulu.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau berani, kita keluar.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa ni cakap fasal, fasal PAS sesat dan sebagainya ini.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik!

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mana boleh cakap macam itu.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik!

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Memang kurang ajar ini.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

DAP kurang ajar.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini. Ini adalah satu perbuatan biadab dan kurang ajar...

[Tidak jelas]

draft • 12:20 PM

Seorang Ahli

Anti-Islam.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Anti-Islam.

draft • 12:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sila duduk semua.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pakai...

[Tidak jelas]

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Marang tarik balik.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukuplah Besut, Besut.

draft • 12:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey. Biar Speaker pula cakap. Okey, tadi Arau nak cakap tadi kan? Dah.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6) ya, sangkaan jahat, tapi perkataan yang penghabis itu yang dia menyebut tentang PAS itu, ini kena tarik balik. Ini akan menimbulkan sifat bermusuh-musuhan. Saya geram ni. Kalau saya jumpa kat luar pun

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

memang saya cari orang macam ini. Dia tuduh kita parti ajaran sesat. [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, boleh saya bagi petua? Okey, okey.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Steady Speaker.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Baik, dengar sekarang, jelas. Budak-budak sekolah ada depan, saya dengar dari Chamber, maki, guna perkataan-perkataan tak elok, semua tak elok, tapi kita nak negara ini maju, pemimpin mesti maju. Tak boleh macam ini due respect to senior leaders, both side pernah jadi kerajaan, both side. So, saya — please, please ya. Jadi, saya nak tutup di sini dan saya nak seterusnya jemput Bentong, silakan.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nope, nope, nope. Sit down.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya nak cakap sikit saja.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Duduk Arau duduk, duduk. Tenang- tenang.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah kata, saya dah jemput Bentong.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri, perkataan “kurang ajar” boleh pakai tak boleh pakai?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup. Tutup. Shut up [Mengetuk tukul] Both side sit down.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Perkataan kurang ajar masih boleh pakai ke tak boleh pakai?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah. Kampar, Kampar sit down. So, Arau, duduk semua.

Sit down. Bentong, silakan.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Baik. Terima kasih Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

12 minit dari sekarang.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Salam perpaduan, salam Malaysia MADANI. Bawa bertenang semua biarkan Bentong untuk berucap.

Kita berada pada satu titik penting dalam sejarah negara, lima tahun sebelum kita melangkah ke tahun 2030, tahun sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. RMK13 merupakan peluang terbaik untuk kita menyusun semula keutamaan pembangunan negara, memperkukuhkan struktur sosial ekonomi serta memperkemaskan sistem penyampaian kerajaan agar benar-benar berkesan dan menyeluruh.

Namun begitu, dalam semangat muafakat dan bertanggungjawab bersama, izinkan saya menyuarakan beberapa cadangan dan pertimbangan agar pelaksanaan RMK13 benar- benar memberikan kesan maksima kepada rakyat di bawah.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bercakap tentang masa depan negara, kita wajib membincangkan pendidikan anak- anak kita. Pendidikan yang baik mestilah bermula dari pemakanan yang seimbang. Namun begitu, negara kita berdepan dengan cabaran yang membimbangkan.

Menurut Majlis Sosial Negara, terdapat seramai 5.6 juta kanak-kanak di Malaysia, termasuk murid-murid sekolah rendah dan menengah...

draft • 12:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

...Berdepan dengan masalah kekurangan nutrisi...

draft • 12:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Lihat karenah Ahli-ahli Parlimen PAS di sana.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

draft • 12:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Seolah-olah ajar kita untuk bergaduh.

draft • 12:21 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Duduklah, duduk, duduk. Apalah, jangan perangai begitu.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat kecuali bangun dengan standing order, please. Kalau tak ada standing order, then I will not allow it, thank you. Bentong teruskan.

draft • 12:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

What standing order is it?

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Masalah kekurangan nutrisi ini juga memberi kesan yang buruk kepada tumbesaran fizikal kanak-kanak yang menjadikan kanak- kanak bantut serta menjejaskan perkembangan kognitif mereka. Masalah ini memberikan kesan kepada kanak-kanak miskin, terutamanya yang di bandar dan di luar bandar.

Oleh itu, kita perlu memperluaskan Program Pemakanan Sihat melalui RMT kepada lebih lagi banyak pelajar serta memperluaskan kempen kepada ibu bapa agar dapat menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak mereka.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bentong, Bentong, Bentong. Nanti kejap.

draft • 12:21 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Apa cerita?

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Pendang dan Jelutong, you want me to suspend you? Pendang dan Jelutong, please behave. Kalau tidak, saya suspend.

draft • 12:21 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jelutong banyak provokasi Yang Berhormat. Banyak provokasi daripada Jelutong daripada awal lagi.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nobody. Kalau nak keluar, keluar elok-elok, jangan provoke. Jelutong duduk. Bentong terus straight cakap. Ini apa benda ini? Wakil rakyat apa macam ni, ni? Malu kat orang, very shame both of you all. Shameful. Dah tua pun, bukan budak-budak, nak bergaduh. Carry on Bentong. Siapa pun jangan bangun lepas ini. Sila Bentong.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

[Ketawa] Bentong tak kena marah eh?

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, don’t. Pandang saya, jangan pandang sana. Okey, carry on Bentong.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Baik, minta tambah masa ya Tan Sri Speaker.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya tambah lagi lima minit. Sambunglah.

[Ketawa]

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya kembali balik kepada perenggan asal tadi. Bercakap tentang masa depan negara Tan Sri Speaker, kita wajib membincangkan pendidikan anak-anak kita. Pendidikan yang baik mestilah bermula daripada pemakanan yang seimbang.

Namun begitu, negara kita berdepan dengan cabaran yang membimbangkan.

Menurut Mesyuarat Majlis Sosial Negara, terdapat 5.6 juta kanak-kanak di Malaysia, termasuk murid-murid sekolah rendah dan menengah berdepan dengan masalah kekurangan nutrisi.

Masalah kekurangan nutrisi ini memberikan kesan yang buruk kepada tumbesaran fizikal kanak-kanak yang menjadikan kanak-kanak bantut serta menjejaskan perkembangan kognitif mereka. Masalah ini lebih memberi kesan kepada kanak-kanak miskin yang sama ada di bandar ataupun luar bandar.

Oleh itu, kita perlu memperluaskan Program Pemakanan Sihat melalui RMT kepada lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang memerlukan melalui kempen dan memperluaskan kempen kepada ibu bapa agar dapat menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak- anak mereka. Ini kerana pemakanan yang sihat bukan semata-mata soal pendapatan, akan tetapi kurangnya pendedahan dan tidak dibudayakan di rumah.

Seterusnya, saya juga ingin mendukung...

draft • 12:21 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bentong.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

...Rancangan untuk mewajibkan prasekolah seawal usia lima tahun bagi mendedahkan kanak-kanak kepada sesi pembelajaran lebih awal bagi perkembangan kognitif mereka.

Walau bagaimanapun, kerajaan mestilah memastikan terdapat tadika kerajaan yang mencukupi bagi menampung keperluan kemasukan pelajar ini agar tidak membebankan pelajar miskin.

Sekolah juga memerlukan infrastruktur dan fasiliti yang mencukupi bagi mendukung aktiviti sekolah dan pelajar seperti padang sekolah.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bentong nak bagi ke Indera ‘Putera’? Indera Mahkota. Sorry, Indera Putera pula.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Sekejap ya.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Indera Mahkota, tak bagi?

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya habiskan sikit.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, tak bagi. Okey, sat gi dia bagi.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Pelajar juga memerlukan tempat untuk bersukan dan beriadah agar dapat memastikan perkembangan fizikal dan mental yang seimbang.

Oleh itu, saya memohon agar pihak KPM dapat memasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk menyediakan padang sekolah kepada sekolah-sekolah yang masih belum mempunyai padang sekolah yang sempurna ataupun baik. Contohnya di

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bentong seperti SK Sri Layang dan SMK Sri Layang bagi manfaat pelajar dan guru. Silakan Indera Mahkota.

draft • 12:21 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bentong, setujukah Yang Berhormat Bentong kalau dicadangkan kepada kerajaan sementara mereka membuat dasar mewajibkan prasekolah umur lima tahun dan bawa turun ke bawah Darjah 1 bermula umur enam tahun, dipastikan juga dia sekali dengan soal pemakanan tadi dan juga sukan, sebab ini dua benda yang ada masa macam kelas lain, kantin lain, padang lain. Dia macam tak sekata...

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Seiring.

draft • 12:21 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya setuju dengan Indera Mahkota. Boleh masukkan dalam ucapan saya.

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bentong sikit. Minta Kubang Kerian sikit.

draft • 12:21 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Bentong, Balik Pulau.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Balik Pulau.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Balik Pulau. Lepas itu Kubang Kerian pun tanya juga.

Okey silakan.

draft • 12:21 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Bentong, saya amat setuju sekali dengan saranan Bentong untuk memulakan persekolahan seawal lima tahun ataupun enam tahun kerana kita tahu bahawa apabila kanak-kanak memasuki Darjah 1, umur 7 tahun bagi mereka yang anak-anak yang dah datang daripada keluarga miskin tegar yang tidak pergi ke prasekolah, mereka tidak dapat untuk catch-up the academic skill deficit apabila mereka masuk Darjah 1. Sebab itu kita mewajibkan prasekolah seawal umur enam tahun untuk mengurangkan jurang perbezaan academic skill tadi. Terima kasih.

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya nak bangkitkan soal pemakanan tadi. Kita tengok di negara kita, tempoh waktu belajar, kemasukan awal pagi, kelam kelibut ibu bapa, pengalaman saya secara peribadi. Ini nak hantar anak umur lima tahun lagi ke sekolah, enam tahun nak diurus menyebabkan kadang-kadang tempoh waktu untuk minum ataupun menyediakan makanan pagi di rumah memang tak sempat pun.

Secara peribadi saya lihat bahawa perlunya satu anjakan waktu yang lebih fleksibel kepada kemasukan pelajar. Ada sekolah-sekolah kadang-kadang dimulakan pelajaran mula pukul lapan. Saya fikir ini sesuai untuk disemak balik tempoh bila waktu kemasukan pelajar ke sekolah supaya ibu bapa dapat sediakan waktu yang cukup untuk menyediakan makanan bagi anak-anak dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 12:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 12:21 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya setuju juga dengan Balik Pulau dan Kubang Kerian. Boleh juga masukkan dalam ucapan saya.

Seterusnya, keutamaan kerajaan terhadap pembangunan pendidikan, terutamanya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik serta teknologi kecerdasan

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

buatan AI mestilah dirangkum secara menyeluruh. Sistem pendidikan kita hari ini mestilah cukup fleksibel dan bersedia melahirkan generasi inovatif yang berdaya saing dalam sektor ini. Banyak kebimbangan telah disuarakan oleh pakar tentang keupayaan pelajar kita yang masih kurang terdedah kepada teknologi praktikal dan pendekatan pembelajaran yang berasaskan penyelesaian masalah. Oleh itu, kerjasama antara industri dan institusi pendidikan mestilah diperkukuh dan secara menyeluruh dan strategik.

Seterusnya, usaha kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan dengan sasaran 500,000 peluang pekerja baharu dalam ekonomi digital merupakan satu usaha yang penting bagi memastikan pertumbuhan dalam sektor berkemahiran tinggi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada individu berkelulusan tinggi. Namun, cabaran utama hari ini ialah memastikan pekerjaan diwujudkan itu sepadan dengan gaji dan kelayakan.

Oleh itu, selain itu juga Tuan Yang di-Pertua, pelaburan terhadap kesihatan adalah merupakan tunjang yang sangat penting dalam merangka pembangunan negara. Selain berdepan dengan jumlah pesakit yang ramai serta bebanan tugas yang tinggi, sektor kesihatan awam juga perlulah berdaya tahan untuk menghadapi sebarang ancaman ataupun wabak ataupun bencana yang boleh menguji kesihatan awam negara kita ke tahap maksimum.

Wabak COVID-19 hampir-hampir melumpuhkan kesihatan awam kita. Sehingga kini, kita mengalami kekurangan petugas kesihatan yang kritikal seperti jururawat dan juga pegawai perubatan. Kita harus mengakui bahawa penghijrahan doktor ke luar negara, misalnya Singapura adalah satu cabaran yang perlu diatasi. Mereka ditawarkan dengan gaji yang jauh lebih tinggi dan struktur kerjaya yang lebih stabil.

Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, kita berisiko kehilangan doktor-doktor terbaik kita. Kita juga tidak mahu adanya penghijrahan masuk jururawat-jururawat luar seperti yang viral baru-baru ini iaitu terdapat cadangan daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia untuk membawa masuk jururawat dari Indonesia. Kekurangan jururawat dalam negara perlu ditangani dan diisi oleh rakyat tempatan dengan struktur gaji dan inisiatif yang lebih baik serta persekitaran kerja yang kondusif.

Tan Sri Yang di-Pertua, RMK13 perlulah mengutamakan penambahan besar dalam perjawatan tetap untuk doktor dan jururawat serta menstruktur semula Skim Perkhidmatan Kesihatan Awam agar lebih kompetitif. Kita tidak boleh membiarkan doktor muda terus menunggu terlalu lama untuk pengesahan jawatan atau berkhidmat di bawah kontrak yang tidak menjamin masa depan. Tambahan pula, beban kerja doktor ini di hospital kerajaan semakin meningkat. Ini bukan hanya menjejaskan kesejahteraan petugas, tetapi juga membahayakan kualiti rawatan terhadap pesakit.

Saya menyambut baik langkah kerajaan memperkasakan penjagaan kesihatan primer dan luar bandar khususnya menambah peralatan, facility dan penempatan pakar di klinik-klinik daerah dan pedalaman. Ini sangat penting bagi kita memastikan kesamarataan akses kepada penjagaan kesihatan.

Oleh itu, saya juga turut memohon agar pembinaan Kompleks Kesihatan Bersepadu Daerah Bentong dapat diluluskan dalam RMK13, yang antara lainnya merangkumi

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

pembinaan baharu Klinik Kesihatan (Jenis 2), Bandar Bentong dan juga Pejabat Kesihatan Daerah. Ini kerana kapasiti kesihatan yang terhad menyebabkan kesesakan dan masa menunggu yang telah lama. Klinik Kesihatan, Batu 1 sedia ada telah wujud 53 tahun yang lalu dengan keadaan yang uzur dan telah terdedah kepada risiko banjir.

Dengan adanya klinik kesihatan yang baru, ia boleh menampung pesakit dari Jabatan Pesakit Luar, Hospital Bentong untuk membolehkan Hospital Bentong berkembang ke arah hospital berpakar serta mengurangkan masa pengurangan kos — kes kecemasan di Unit Kecemasan hospital dan green zone.

Kita juga harus bersedia dengan cabaran Malaysia sebagai negara tua menjelang 2030 apabila lebih 15 peratus rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas. Langkah ini melanjutkan umur persaraan seperti diumumkan perlulah dikaji semula kerana walaupun ia dapat mengurangkan tekanan terhadap simpanan persaraan dan sistem sokongan sosial, ia mestilah bersifat sukarela dan memerlukan analisis impak terhadap peluang pekerjaan anak muda.

Kerajaan juga perlu menyediakan dasar yang menyeluruh dari sudut kesihatan geriatrik, kemudahan penjagaan warga emas, insentif penjagaan keluarga sehinggalah kepada perumahan dan pengangkutan yang mesra warga emas. Warga emas yang sihat juga perlu diberikan peluang untuk menambah pendapatan melalui latihan reskilling supaya mereka tidak hanya bergantung kepada wang persaraan semata-mata yang tidak mencukupi.

Tan Sri Yang di-Pertua, Bentong merupakan kawasan yang sangat berpotensi sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang berdaya saing. Selain mempunyai produk pertanian yang berkualiti tinggi seperti halia dan durian. Bentong juga sangat berpotensi dikembangkan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Selain Genting Highlands, Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik juga mempunyai potensi yang besar. Walau bagaimanapun, ini memerlukan penaiktarafan infrastruktur dari sudut Internet yang laju dan juga sistem perpaipan yang baharu.

Ini kerana isu perpaipan Janda Baik yang uzur sering kali menyebabkan bekalan air terputus dan hari ini hampir setiap minggu kita menerima notis air terputus di Kampung Janda Baik dan ia menyukarkan kegunaan harian penduduk kampung serta menjejaskan ekonomi orang kampung yang bergantung kepada pelancongan luar. Setakat ini hampir setiap minggu ia berlaku dan kalau kita lihat menurut jawapan yang saya terima pada Disember 2024, kos penggantian paip telah pun diluluskan oleh Pengurusan Air Berhad (PAAB) sebanyak RM16.49 juta dan surat tawaran telah dikeluarkan pada perunding pada 25 Mac 2025.

Dan saya ingin tanya sekarang, apakah status projek itu yang terkini? Di manakah tahap timeline projek itu? Kerana saya tidak lagi boleh menerima dengan aduan yang kerap diterima tentang paip yang sering pecah di Kampung Janda Baik. Saya juga menyarankan agar lampu-lampu dipasang di seluruh Kampung Janda Baik agar diterangi kerana kampung ini adalah kampung pelancongan. Kita mahu menarik orang luar datang ke kampung namun infrastrukturnya tidak begitu baik.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun] Bentong , Bentong.

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Penduduk Bentong juga menerima berita gembira iaitu stesen Bentong dari projek ECRL Pantai Timur yang bakal siap dan digunakan menjelang penghujung 2026. Ini sudah tentu akan meningkatkan aktiviti ekonomi Bentong yang jaraknya dengan KL hanyalah lebih kurang 15 minit jika menggunakan ECRL.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Shah Alam, Bentong

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Selain itu, projek-projek perumahan rintis Rumah Mampu Milik iaitu Pangsapuri Pahangku yang akan dibina di Bentong juga memberi peluang kepada anak-anak muda Bentong untuk berulang-alik bekerja Kuala Lumpur-Bentong. Walau bagaimanapun, kesan kepesatan ekonomi daripada projek ECRL ini juga harus ditangani. Misalnya, kesesakan trafik di Simpang Ketari dan Sungai Marong sangat membimbangkan. Sebelum ECRL siap dibina pun, keadaan trafik sudah sesak.

Bagaimana jika ECRL sudah siap dibina kelak? Jadi, saya mohon agar pihak kementerian dapat memperuntukkan dana yang sepatutnya bagi Projek Pelebaran Jalan Simpang-Ketari bagi menangani impak kesesakan lalu lintas ini.

Saya juga ingin menekankan kepentingan membaik pulih dan menaik taraf jalan lama Kuala Lumpur-Karak-Kuala Lumpur selepas siapnya projek ECRL ini kerana ini sangat penting bagi kegunaan penduduk Bentong dan juga orang luar terutamanya pada musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan lebuh raya.

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bentong.

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Sekejap, saya nak habiskan.

Keadaan jalan juga agak — kemudian juga saya ingin memohon iaitu mengenai keperluan untuk menyambung semula Pakej 6, Projek CSR, Bentong-Simpang Pelangai di dalam RMK13 khususnya bagi manfaat penduduk Pelangai.

Lebih 50 tahun penduduk Pelangai menggunakan jalan lama bersimpang-siur macam ular. Jadi, kita mengharapkan projek ini diteruskan bagi memberikan keselesaan kepada warga Bentong, khususnya warga Pelangai untuk menggunakan jalan yang lebih baik, sempurna dan selamat untuk penduduk Bentong. Dan sebelum saya berakhir, Shah Alam.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Shah Alam. Ya.

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bentong, minta sikit tambah lampu nanti.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Tuan Sri Speaker. Terima kasih, Bentong. Saya memang sangat bersimpati dengan Bentong terutamanya kerana kawasan seperti Janda Baik dan kawasan durian, laluannya itu banyak gelap, tak ada lampu.

Sangat bersimpati tapi saya nak minta juga supaya Bentong bersimpati dengan saya sebab daripada Shah Alam sehingga ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Persekutuan ini pun selalu lampu tak menyala, Bentong.

Dan minta Bentong untuk kita sama-sama alu-alu kan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam yang berada bersama dengan kita. Terima kasih Bentong*.

[Tepuk]*

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Temerloh.

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih, Bentong. Satu perkara tadi menyambut tentang air. Saya pun sangat bersetuju berkaitan masalah air di negeri Pahang. Bukan saja di Bentong termasuk di Temerloh. Jadi, pertama.

Yang kedua berkaitan dengan lampu. Warga Temerloh memohon supaya jalan daripada Bukit Tinggi sampai ke Temerloh itu memang tak ada lampu. Jadi, saya mohon juga suara daripada Bentong berkaitan dengan lampu jalan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Sikit, Tan Sri sebelum saya berakhir.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bentong, saya dah bagi 5 minit extra. Tolong landing.

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Sikit-sikit.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong landing.

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Landing, landing.

Saya nak sambung sikit mengenai isu lampu jalan iaitu dari Highway Karak daripada Gombak ke terus ke Karak juga memerlukan lampu jalan untuk jalan highway tersebut.

Sehingga hari ini pun masih ada kawasan yang masih bergelap gelita. Mohon pihak berwajib mengambil tindakan.

Dan sekali saya akan terus landing. RMK13 adalah dokumen yang penting bukan hanya mencerminkan hala tuju kerajaan, tetapi juga inspirasi rakyat. Ia mesti dilaksanakan dengan penuh tekad dan kebijaksanaan.

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Namun seperti mana-mana rancangan yang besar, kejayaan bergantung kepada tiga perkara. Pertama, pelaksanaan yang telus. Kedua, pemantauan yang rapi dan ketiga, penglibatan semua pemegang taruh, termasuklah rakyat sendiri. Sekian terima kasih.

Bentong menyokong.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Bentong. Sekarang saya jemput Muar.

Muar ialah ketua parti, saya bagi 15 minit.

draft • 12:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya minta maaf Speaker.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Ada apa lagi?

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya terpaksa bangun untuk bangkitkan isu peraturan. Perlu direkodkan di Dewan, apa yang berlaku tadi, 26(1).

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa?

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

26(1), yang melibatkan Hak dan Kebebasan.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

26(1)?

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

26(1)(p). Usul berkenaan dengan Hak dan Kebebasan semasa kejadian itu berlaku.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya minta maaf. Sebelum Tan Sri Speaker masuk, saya tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi hari ini apa yang telah berlaku adalah keterlaluan. Saya telah bangun dari hari pertama dan membawa kepada perhatian ini, tindakan Yang Berhormat Pendang yang mengungkitkan kejadian Mei 13 berulang kali.

Hari ini, selepas ucapan Yang Berhormat Marang, saya telah bangun dengan tertib dan menghalakan soalan saya kepada Speaker memohon satu petua dibuat. Saya tidak minta Marang tarik balik. Saya hanya minta petua dibuat dengan begitu hormat, tertib, di mana saya menghormati kedudukan Marang sebagai pemimpin parti beliau, tetapi Pendang telah bangun mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap saya. Kurang ajarlah dan sebagainya. Dan selepas Speaker masuk ke Dewan, Pendang telah dengan bersama-sama dengan Arau dan beberapa orang Ahli Parlimen MP PAS berdiri di pintu belakang dan meminta saya keluar untuk bergaduh dengan mereka. Semua lihat.

Jadi, saya keluar untuk tanya, apakah masalah mereka? Daripada — ini merupakan satu provokasi yang mencabar hak saya untuk bersuara. Dan saya tidak berlaku kurang sopan terhadap Yang Berhormat Marang. Kita menghormati dia. Bila saya bangun pun, saya kata saya menghormati Marang sebagai pemimpin parti, sebagai seorang tok guru, pemimpin parti PAS dan saya tidak minta beliau tarik balik.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma, saya tanya petua Speaker. Bolehkah Yang Berhormat Marang mengatakan Kuala Lumpur bermasalah kerana ada DAP, ada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional?

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu persoalan saya. Jadi, saya mohon direkodkan, Arau dan Pendang telah bertindak keterlaluan bersama-sama Ahli Parlimen PAS, berdiri di bahagian belakang mencabar saya keluar untuk bergaduh. Ini adalah sesuatu yang perlu dikecam, Speaker.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Dua isu di situ. Yang pertama sekali, saya sendiri tidak dengar apa yang telah pun diucapkan oleh Marang dan juga Pendang. So, saya akan tengok balik Hansard besok dan saya akan buat keputusan.

Yang kedua, saya juga tak nampak dari sini apa yang berlaku. Jadi, insya-Allah kita ada kamera. Saya akan juga tengok kamera apa yang berlaku. Besok, dan besok saya akan buat keputusan, okey. Kita put into rest for a while.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Speaker.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Untuk itu saya jemput Muar. Silakan Muar. 15 minit.

draft • 12:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

Ibu dan bapa menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan anak-anak mereka dididik, bukan untuk dibunuh. Ini bukan kali pertama dan saya yakin ini bukan kali terakhir kita perlu terus mendesak kerajaan untuk membanteras gejala buli yang semakin lama, semakin sistemik. Dari kes Zulfarhan yang kejam dibunuh kepada kes terbaharu, Justice for Zara. Mengapa saya katakan buli di sekolah sudah sampai ke tahap yang sistemik?

Kita lihat data terkini. Dari tahun 2021 ke tahun 2024, ada peningkatan 30 kali ganda kes buli yang berlaku di peringkat sekolah. Daripada 300 kes setahun ke 6,500 kes setahun, tetapi yang lebih mencemaskan adalah, trend buli yang melibatkan keganasan, kecederaan, tumbuk-menumbuk, bukan setakat buli mental. Peningkatannya lebih 77 kali ganda. Daripada tahun 2015 hingga tahun 2023, daripada 3,000 kes ke 5,300 kes. Peningkatan yang mendadak.

[Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] **mempengerusikan Mesyuarat****] Buli sistemik ini tidak sahaja melibatkan pembuli. Buli itu sistemik apabila melibatkan warden yang culas dalam tanggungjawabnya. Ia melibatkan pengetua yang menutup mata dan mulut untuk menjaga nama baik dan maruah sekolah. Ia melibatkan kawan-kawan sekolah yang menghalalkan buli atas tindakan, “Ini budaya kita, yang kita warisi daripada senior kita. They did it, so can we?” Kalau kita lihat, di rumah, jikalau ibu dan bapa culas dalam tanggungjawabnya yang akhirnya menyebabkan kecederaan kepada anaknya, tindakan jenayah boleh diambil ke atas ibu dan bapa yang culas di rumah. Persoalan saya, mengapa kita tidak boleh ambil tindakan yang sama kepada pemerintah di peringkat sekolah yang culas dengan tanggungjawabnya, yang akhirnya menyebabkan kecederaan ataupun kes pembunuhan yang begitu kejam sekali.

Kita perlu pastikan Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab sama yang kita letakkan ke atas bahu ibu dan bapa di rumah untuk menjaga anak-anaknya turut diletakkan di atas bahu pemerintah sekolah supaya akhirnya pemerintah sekolah ini tidak kira pengetua, warden ya, tidak boleh hanya membersihkan tangannya.

[Sambil membuat isyarat mengelap tangan] Dan kata, hanya seorang pembuli ambil tindakan, kita boleh berduduk diam dan kita terus boleh bermaharajalela, walaupun ada kes bunuh yang berlaku di sekolah.

Sebab itu saya nak ulang lagi sekali. Prinsip saya sama. Kalau kita ingin membanteras buli daripada atas ke bawah, kita tak boleh hanya ada keberanian untuk ambil tindakan ke atas pembuli. Kita perlu memiskinkan segala sistem sokongan pembuli itu sendiri.

Daripada peringkat sekolah, kepada pegawai penyiasat yang culas, daripada atas ke bawah, tindakan perlu diambil.

Kita lihat kes adik Zara. Dah viral, dah ada protes, baru ada keberanian untuk tukar pengetua dan warden. Persoalan saya, kenapa lambat sangat? Kenapa perlu tunggu dua ke

draft • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

tiga minggu baru nak ambil tindakan? Saya tanya lagi sekali. Dah viral, baru nak tukar polis penyiasat, baru nak buat post-mortem. Bayangkan ibu bapa yang sedang melihat di luar sana yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh dengan harapan yang tinggi.

SBP adalah tempat terbaik untuk saya membebaskan keluarga saya daripada belenggu kemiskinan. Mereka melihat, tetapi mereka akan ingat: ah, mungkin anak saya dibuli, kalau tak viral takkan ada tindakan. Puluhan lagi, puluhan ribu lagi kes buli di luar sana yang tak dapat liputan media yang luas. Bagaimana pula tentang mereka, nasib mereka?

Jikalau sistem sokongan, pembuli sistematik ini, tidak dapat ditangani dengan yang baik.

Sebab itu cukup-cukuplah kita reaktif sahaja. Kita reaktif hanya apabila ada kematian, apabila ada liputan media yang luas, apabila ada protes besar-besaran. Sebab realitinya, ramai yang dibuli berdiam diri. Ramai yang dibuli mungkin tidak sampai ke tahap kematian, tetapi impak kepada dirinya, maruahnya, dignitinya berkekalan berpuluhan tahun dan memberi impak kepada pembangunan sahsiah dirinya. Ini adalah golongan yang perlu kita pertahankan. Ini adalah golongan majoriti dan sebab itulah, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa…

draft • 12:43 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat.

draft • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

…Selagi kita tidak tangani isu sistemik buli…

draft • 12:43 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Muar.

draft • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Selagi itulah ia akan keberterusan.

draft • 12:43 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik. Bagi sikit. Mohon nak, nak bertanya.

draft • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yes.

draft • 12:43 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Terima kasih, Yang Berhormat Muar.

Adakah Yang Berhormat setuju soal pengurusan penjagaan pelajar-pelajar di asrama itu juga perlu dilihat tugas warden itu sendiri? Ketika ini, warden hanya lantikan yang tidak pun berjawatan tetap. Hanya sebagai tugas sampingan guru dan elaun yang sangat rendah di antara RM300 dan RM350. Mereka bekerja 24 jam.

Jadi, beban mereka sangat berat, tetapi kedudukan mereka dan fungsi mereka itu perlu dilihat dengan lebih serius oleh kementerian memastikan anak-anak kita dan asrama itu dijaga, dikawal dengan sebaiknya dan tidak ada lagi kes buli selepas ini.

draft • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Saya setuju 100 peratus.

Kita perlu pastikan bahawa warden dapat pembelaan yang secukupnya daripada jumlah pampasan gajinya. Kaunselor perlu: perlu dilatih semula supaya mereka dapat memberikan khidmat terbaik kepada anak-anak di sekolah yang mungkin ada masalah kesihatan mental. Kita lengkapkan SBP dengan MRSM kita dengan sistem CCTV yang menyeluruh supaya kes buli dapat dikekang dan orang takut ingin lakukan buli dan kita pastikan bahawa kita merombak sistem pendidikan itu sendiri kalau ada satu pun kes buli.

Kita pastikan daripada atas ke bawah tindakan diambil supaya semua sistem sokongan itu takut untuk berdiam diri kalau ada kes buli lagi sekali.

draft • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya sebagai produk Tuan Yang di-Pertua, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan universiti awam kebangsaan, sangat risau apabila ada kes buli yang viral.

Mengapa? Kerana realitinya, anak-anak orang kaya Tuan Yang di-Pertua, mampu untuk ada pilihan B, pilihan C, pilihan D.

draft • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Mereka boleh hantar anak mereka ke sekolah antarabangsa, sekolah swasta, ataupun sekolah di luar negara, tetapi anak-anak daripada keluarga susah, SBP ataupun sekolah kebangsaan adalah pintu tunggal dan pintu utama mereka, untuk membebaskan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan, yang mengakibatkan keluarga mereka susah. Sebab itu pada hari ini kalau kita tidak tangani kes buli ini dengan serius, akhirnya jurang persepsi negatif yang dikenakan ke atas sekolah kebangsaan dan institusi pendidikan kerajaan makin lama melarat dan lagi teruk.

Kita lihat hari ini, data. Kalau dulu, 10 tahun yang lepas, hanya golongan T20 yang akan menghantar anak mereka kepada sekolah swasta ataupun sekolah antarabangsa, tetapi pada hari ini, golongan M40 yang gaji hanya RM3,000 ke RM3,500 sanggup membelanjakan suku pendapatan bulanan mereka untuk menghantar anak mereka itu ke sekolah swasta dan antarabangsa.

Akhirnya, bukan setakat ada jurang kualiti pendidikan yang lebih merisaukan, akan kita mencetuskan satu sistem pendidikan sekolah orang kaya, sekolah orang miskin dan orang susah. Dan sistem itu akan berterusan sampai ke pasaran pekerjaan kerana kita seperti sudah memisahkan, membina tembok, tembok invisible, memisahkan daripada golongan orang kaya dan golongan orang susah.

Sebab itu kita perlu ada tindakan yang drastik supaya akhirnya sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan universiti awam tetap akan kekal sebagai institusi pilihan utama bagi golongan ibu bapa dan anak-anak.

Saya ingin memberikan cadangan, supaya perkara ini dapat direalisasikan. Pertama, saya ingin cadangkan supaya kerajaan melaksanakan pakej kelengkapan AI kepada setiap seorang pelajar di sekolah. Bermula daripada sekolah kebangsaan itu sendiri. Kita lihat data terkini. Data Kementerian Pendidikan menunjukkan di Sabah, Sarawak, hanya 50 peratus sahaja pelajar ada akses kepada telefon pintar ataupun laptop.

Kita belum bicarakan soal Internet yang sangat lemah. Tak payah bicarakan Internet di rumah, di sekolah itu sendiri, sangat lemah. Saya ingin mencadangkan mana-mana pelajar yang memilih jurusan sekolah kebangsaan, sekolah utama, mereka masuk mendaftarkan diri saja ke sekolah kebangsaan, akan dilekapkan dengan tablet berkualiti percuma, internet percuma dan juga akses kepada ChatGPT AI percuma.

Mengapa saya katakan ini? Kerana, pada hari ini kita lihat negara-negara maju telah pun melengkapkan sistem persekolahan kebangsaan mereka dengan sistem yang sama.

Sekolah, di negara lain, mereka bukan sekadar dapat tablet percuma, dapat Apple, iPhone, dapat sistem yang sangat mahal. Malaysia, mungkin kita tidak perlu pergi sebegitu jauh, tetapi AI adalah material terbaik supaya anak-anak kita dapat self-learning.

draft • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya difahamkan, cikgu-cikgu sekarang ada akses kepada ChatGPT melalui sistem DELIMa mereka. Kita perlu perluaskan sistem itu kepada anak-anak sekolah kebangsaan itu sendiri. Mesti akan ada guardrails, tak boleh beberapa isu yang sensitif, tapi boleh dilaksanakan supaya self-learning. Daripada kecil mereka boleh belajar tersendiri, kalau tidak kita makin jauh makin ketinggalan. Negara-negara maju sudah jauh ke hadapan kita ketinggalan lagi, kita masih fikirkan soal sama. Oh bagaimana nak dapat Internet, oh saya daripada keluarga susah tidak ada tablet. Walhal negara lain bukan sekadar ada tablet dan Internet. Dah boleh access self-learning melalui ChatGPT secara percuma.

Ini perkara yang wajib kita tekankan juga. So saya setuju dengan cadangan Ahli-ahli Parlimen lain, sekolah kebangsaan patut ada makanan berkhasiat percuma, tapi tak cukup sebegitu tambah lagi pakej kelengkapan AI percuma iaitu Internet, tablet dan juga akses kepada ChatGPT premium yang percuma untuk tujuan self-learning.

Yang kedua, pendidikan prasekolah yang percuma dan berkualiti. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat pada Menteri, ada satu peringkat di mana dikatakan ada aspirasi untuk kita adakan sekolah, prasekolah yang percuma. Saya bangkitkan persoalan ini dalam mesyuarat jawatankuasa pendidikan, yang saya merupakan salah seorang ahli. Dan saya tanya apa perinciannya? Berapa jumlah perbelanjaan yang akan dibelanjakan?

Sasarannya pada tahun berapa? Dan sampai ke hari ini saya belum dapat jawapan lagi. Kalau kita hanya meletakkan sasaran dan sasaran itu tidak berdasarkan kepada tindakan-tindakan yang menyusuli itu, akhirnya itu hanya adalah impian yang tidak akan dilaksanakan.

Saya dengar ucapan Yang Berhormat Menteri dulu, mantan Yang Berhormat Menteri, kini Ahli Parlimen Pandan, yang katakan bahawa kita patut masukkan sistem prasekolah termasuk pada sekolah kebangsaan. Saya setuju 110 peratus, tetapi persoalannya, adakah kerajaan sudah bersedia untuk memperuntukkan dana yang mencukupi supaya prasekolah itu percuma? Kita selalu dengar dalam Dewan ini setiap kali, setiap penggal mesti ada, “Oh pendidikan PASTI. Kita tidak bayar apa cikgu-cikgu dekat PASTI secara cukup.” Sebelum kita cakap tentang sekolah lain, lihat institusi kerajaan itu sendiri. Adakah kita bayar pekerja-pekerja dekat KEMAS: minimum wage, dia punya apa pembantu- pembantu di KEMAS, minimum wage? Tidak juga. Ketua kampung? Tidak juga. Kalau saya nak ungkap satu persatu lagi banyak tak ada.

Daripada kita hanya merungut, apabila kamu berada dalam kerajaan, apa yang boleh dilakukan adalah untuk memastikan bahawa institusi yang dibiayai oleh kerajaan kualitinya begitu baik, kosnya rendah atau percuma supaya akhirnya semua anak-anak daripada keluarga susah boleh akses prasekolah yang percuma.

Saya pergi ke Muar. Saya tahu, saya tanya kenapa akhirnya mereka memilih PASTI, contohnya. Adalah kerana kosnya rendah. Jika nak dibandingkan dengan KEMAS ataupun institusi kerajaan. Kalau kerajaan berniat baik untuk berikan prasekolah secara percuma, saya sokong 110 peratus, walaupun mungkin, ada kemungkinan kena naikkan cukai. That is worth it. Kerana prasekolah yang percuma akan memastikan akses kepada pendidikan yang

draft • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

berkualiti sebelum masuk sekolah kebangsaan itu adil dan saksama bagi semua supaya anak-anak keluarga susah itu dapat dibela dan dibiayai sebaik yang mungkin.

Saya ingin merumuskan ucapan RMK saya. Saya bicarakan soal pendidikan kerana saya percaya pendidikan adalah jalan yang terbaik untuk kita memastikan kejayaan negara dan kejayaan anak-anak kita. Sebagai salah seorang anak cikgu, dan sebagai salah seorang mantan pensyarah sambilan, saya rasa setakat ini kalau kita lihat setiap perbicaraan tentang soal pendidikan negara, ia hanya bersifatkan soal duit, duit dan duit, tetapi realitinya data yang kita ada adalah menunjukkan bahawa Malaysia membelanjakan daripada purata KDNK dalam bab perbelanjaan pendidikan jauh lebih tinggi daripada negara jiran, di Singapura, India dan yang lain, tetapi impact dan outcome-based assessment itu masih bermasalah.

Sebab itu kita perlu ada keberanian untuk berfikiran di luar kotak.

Memastikan bahawa kita mengikut arus masa. Kita pastikan setiap anak-anak kita dilengkapi dengan pemahaman AI yang mencukupi. Internet, tablet, daripada umur yang muda supaya self-learning itu dapat direalisasikan. Kita pastikan bahawa budaya buli dapat dibanteras. Kita pastikan bahawa maruah dan martabat cikgu dapat diangkat. Semua perkara ini perlu dilakukan sekali supaya akhirnya kita tidak lagi terjerumus daripada masa ke masa, di mana sistem pendidikan itu dilihat daripada kasta ke kasta. Ada sekolah orang kaya, ada sekolah orang miskin. Ada sekolah di mana buli itu sentiasa berlaku, ada sekolah di mana buli tidak berlaku. Kerana cikgu takut kepada anak-anak VIP, kerana ada CCTV di mana- mana, kerana ada SOP yang ketat.

Kita perlu pastikan, Tuan Yang di-Pertua, kita impikan satu sistem pendidikan, di mana anak orang paling miskin, boleh masuk ke sekolah kebangsaan, dan dijamin sekolah kebangsaan tersebut, ada cikgu terbaik, ada sistem pendidikan terbaik, ada makanan yang berkhasiat, akan dapat laptop dan Internet yang terbaik, supaya kualiti pendidikan itu setara dengan anak orang kaya menghantar anaknya ke luar negara. Itu adalah negara yang akan berjaya, negara yang maju, negara yang kita bangga panggil rumah kita bersama. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Muar atas perbahasannya.

Seterusnya, saya silakan YB Keningau.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kedatangan delegasi dari KPJ Healthcare University dari Parlimen Rasah. Terima kasih.

Tuan Speaker, pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada, Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, di atas pembentangan RMK13 yang terbesar dengan peruntukan RM611 bilion, termasuk RM430 bilion Peruntukan Pembangunan Kerajaan Pusat yang bertemakan, “Melakar Semula Pembangunan.” Tan Sri Speaker, apa-apa pun rancangan kerajaan, walaupun yang terbaik atau yang tercanggih tidak akan ke mana-mana tanpa tatakelola dan tadbir urus yang telus, efisien dan berwibawa dan dengan pembangunan modal insan dengan akhlak yang terbaik.

draft • 12:59 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Malangnya, insiden membuli di sekolah yang meragut nyawa adik Zara Qairina dengan tragis telah membongkar kelemahan tata kelola dan tadbir urus kerajaan khasnya pihak polis dan pihak berkuasa pendidikan. Penyiasatan yang dilaksanakan jelas gagal dan memberi persepsi rakyat seolah-olah ini dilaksanakan untuk menutup kes dan membendung kebenaran serta melindung pihak-pihak kayangan sehingga tercetus demonstrasi besar- besaran demi menegakkan Justice For Zara. Mengenai siasatan yang dijalankan, saya berharap pasukan penyiasat yang dulu diganti dengan pasukan yang baharu yang lebih profesional. Kepada pihak pendidikan, kerajaan harus mengakui bahawa kes membuli di sekolah bukan insiden terpencil atau isolated tetapi berleluasa seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat ahli daripada Muar.

Budaya oleh pihak sekolah untuk cuba memperkecilkan dan menutup insiden buli tersebut termasuk meminta cikgu-cikgu tidak menyentuh insiden tersebut tidak boleh diterima. Adalah jelas pentadbiran dan pemantauan telah gagal sehingga ramai ibu bapa telah mengeluarkan anak-anak mereka daripada sekolah berasrama. Pihak sekolah harus akur kesilapan mereka dan meminta maaf kepada masyarakat dan ibu adik Zara.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh bertanya YB Keningau?

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Yang Berhormat Keningau. Terima kasih, Yang Berhormat — Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Keningau bersetuju bahawa perlu juga disiasat kenapa post-mortem tak dibuat sebelum dia di kubur? Kenapa sesuatu insiden iaitu kemalangan seperti ini berlaku dan pihak polis rela supaya ia tidak dibuat post-mortem sehinggakan digali balik kubur itu?

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya, saya setuju 100 peratus dan ini yang menimbulkan apa ini, kesangsian. Apa yang berlaku adalah untuk menutup kelemahan dan juga kebenaran.

Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun RMK13 adalah yang terbesar dan skop lebih luas, rancangan dan pelaksanaannya perlu pendekatan baharu dan cara kuno yang ketinggalan zaman perlu diubah kepada yang mementingkan hasil pelaksanaan dan bukan hanya pelaksanaan semata-mata sebagai projek yang disempurnakan.

Pendekatan baharu harus berdasarkan rantaian industri yang menyeluruh bukan sekadar projek. Cara pelaksanaan baharu dipentingkan daripada sudut hasil bukan penyampaian projek — penyempurnaan projek. Saya berpendapat bahawa kelemahan dalam RMK13 harus diperbaiki dan ditambah baik oleh kerajaan dengan pendekatan dan cara yang baharu khasnya di Sabah dan Sarawak. Misalnya tahap SSR beras di Sabah hanya 23.8 peratus dan masih mengimport kurang lebih 310,000 tan beras.

Untuk meningkatkan tahap SSR tersebut, pelaksanaannya perlu merangkumi sepanjang rantaian industri padi dan beras. Secara holistik, perlu R&D tapak semaian nurseri yang moden dengan kelengkapan berautomasi penuh, perparitan dan saliran untuk masuk dan keluar, pengairan sepanjang masa, mesin menanam, dron untuk membaja dan meracun,

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

mesin jentuai, traktor pengangkut dari sawah ke gudang ke kilang beras dan sehingga pembungkusan dan logistik pengedaran.

Dari segi mesin dan jentera, beberapa daerah di Sabah tidak mempunyai satu mesin pun atau traktor. Sabah telah memohon 400 unit traktor atau mesin tetapi yang sampai yang diberikan hanyalah 20 biji. Macam mana kita boleh apa ini, menyiapkan kerja untuk meratakan gunung kalau hanya diberikan cangkul? Untuk pengairan sawah padi di Sabah, tidak diiktiraf sebagai jelapang padi, maka tidak layak untuk menerima peruntukan besar untuk pengairan. Justeru, banyak pengairan di Sabah tidak di selenggara selama 30 hinggalah 40 tahun sebab tidak disalurkan peruntukan atas sebab bukan jelapang padi.

Kami telah memohon agar sawah padi di Sabah diiktiraf sebagai Jelapang Padi Sabah yang akan setaraf dengan jelapang padi di Semenanjung dan berlayak untuk menerima peruntukan tetapi sehingga ke hari ini tiada keputusan. Dan saya mohon penjelasan kenapa setelah di bincang tetapi tidak ada pelaksanaan daripada perbincangan itu.

Kalau sebagai contoh keperluan dron satu unit berharga 50,000, sekiranya kerajaan memberi 40 unit dron, kos hanyalah dua juta. Berbanding dengan puluh bilion Ringgit nilai minyak dan gas yang disedut oleh kerajaan dan PETRONAS dari bumi Sabah. Untuk RMK13, Sabah memohon 1.127 bilion untuk pengairan yang diperaku...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

YB Keningau boleh...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tetapi yang diperakui — sekejap. Hanyalah 232.6 juta atau 20 peratus sahaja. Apalah guna perancangan dan permohonan sekiranya perancangan itu tidak di, di, apa ini, dihormati dan permohonan tidak dihormati .Kalaulah peruntukan diberi di atas 70 to 80 percent, okeylah. Kita boleh terima.

Tetapi ini 20 peratus. Ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Yang Berhormat Keningau. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat tentang kemudahan- kemudahan atau infrastruktur dalam sawah padi dan saya juga telah memperbahas tentang perkara ini dan saya juga prihatin di mana di Sabah dari segi pengeluarannya jauh lebih rendah berbanding di Semenanjung. Dan selain daripada itu, di Semenanjung ini, agensi yang terlibat iaitu Jabatan Pertanian Semenanjung adalah berlainan dengan agensi di Sabah iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Pertanian Sabah dan dia tidak ada kaitan langsung.

Okey, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah tidak melapor kepada Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Semenanjung. Oleh sebab itu penyelarasan dari segi ini, adakah Yang Berhormat setuju saya telah mencadangkan dalam perbahasan saya agar satu Majlis Pertanian Kebangsaan diwujudkan yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat pun ahli sebagai Menteri Pertanian Sabah, Menteri Pertanian Persekutuan juga di sana dan Ketua Menteri dan Premier Sarawak dalam jawatankuasa itu supaya hal-hal seperti ini dapat diselaraskan dan dapat diberi perhatian.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih, cadangan yang baik dan akan dipertimbangkan. Satu lagi contoh ialah tebatan banjir di Sabah melalui JPS untuk RMK11 telah diberikan kelulusan 803.199 juta, untuk RMK12 diluluskan 805.699

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

juta iaitu projek yang sama dengan RMK11 yang dibawa ke hadapan dengan tambahan hanya 2.5 juta dan ini pun untuk kajian status sungai di Kudat. Maksudnya tiada satu projek tebatan banjir baharu yang diluluskan dalam RMK12.Projek yang dipohon pada Yang Amat Berhormat Bera selaku Perdana Menteri ketika itu untuk kelulusan untuk RMK12 adalah 1.836 bilion untuk tebatan banjir.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sebahagian daripadanya iaitu 850 tidak termasuk Likas Barat yang boleh menyelesaikan banjir di tiga sungai.

Untuk RMK13, dianggarkan lebih kurang RM160 juta akan dibawa ke hadapan dari RMK11 dan RMK12. Ini bermaksud hanya lebih kurang RM640 juta dibelanja untuk tebatan banjir untuk 10 tahun, padahal Sabah memerlukan RM10 bilion untuk menyelesaikan masalah banjir.

Untuk RMK13 pula, Sabah telah memohon 65 projek baru untuk bernilai RM4.47 bilion, tetapi satu pun tidak diperakui atau diluluskan. Dengan cara lama ini, ia akan dibawa ke Rancangan Malaysia Ketiga Belas tanpa projek baru. Macam mana pula kita boleh menyelesaikan masalah tebatan banjir yang kita hadapi?

Satu lagi contoh yang saya sebutkan tadi bukan sahaja padi, tetapi juga ia terpakai untuk pertanian, perikanan dan penternakan. Sebagai contoh, kompleks perikanan di Kota Kinabalu dibina oleh kerajaan Sabah pada tahun 80-an. Kini tidak lagi dapat mengendalikan 300 hingga 400 kapal nelayan sehari. Sebab itu saya mohon pertimbangan supaya kerajaan dapat membina kompleks perikanan seperti yang ada di Tanjung Bako, di Kuching yang menelan belanja kurang lebih RM400 juta.

Bukan sahaja tebatan banjir di bawah kawalan Kerajaan Federal, infrastruktur jalan raya, bekalan elektrik juga di bawah Kerajaan Persekutuan. Bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar pun di bawah Kerajaan Persekutuan.

Walaupun bekalan air bandar di bawah kerajaan Sabah, peruntukan kewangan adalah bergantung kepada pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itu, kekurangan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tinggal satu minit lagi Yang Berhormat

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Jalan di Sabah turut rosak dan digelar macam bulan.

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Keningau, tinggal satu minit lagi.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Banyak bekalan air di luar bandar.

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Satu minit lagi.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Saya tidak bagi jalan dan banyak lagi yang saya mau nak sampaikan ini.

Jalan bekalan air di luar bandar dan masih bergantung kepada air graviti dan air bukit.

Bekalan air bandar pun sentiasa dicatu dan tiada bekalan air. Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi yang dipersalahkan adalah Kerajaan Negeri Sabah.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Untuk mengatasi masalah-masalah seperti ini, saya cadangkan supaya kerajaan membayar hak hasil bersih 40 peratus kepada kerajaan Sabah dengan secepat mungkin kerana ini akan menyelesaikan banyak masalah sepertimana yang kita sebutkan tadi.

Pilihan raya di Sabah tidak lama lagi akan berlaku. Di Semenanjung dan di Sarawak ramai pengundi-pengundi dari Sabah yang tidak dapat pulang untuk mengundi.

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa dah tamat Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Jadi, selaras.

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta Yang Berhormat simpulkan.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya, selaras dengan Kerajaan MADANI, saya harap dapat meluluskan peraturan yang membenarkan mereka mengundi di institut di Semenanjung dan di Sarawak tanpa balik ke Sabah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi termasuk Yang Berhormat Pandan kerana telah memperakui banyak dan pelbagai program untuk membantu rakyat Sabah melalui LIGS.

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta tamatkan Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tuan Speaker saya ingin...

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat masa dah habis dah.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Saya akan simpulkan.

Ya, hampir semua peruntukan pembangunan RMK13, RM340 bilion akan dibiayai melalui pinjaman dan ini akan meningkatkan hutang negara dan saya berharap kerajaan ada perancangan untuk membiayai RMK13 tanpa membebankan rakyat.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali. Mohon diberi pertimbangan cadangan untuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri merancang untuk menjana ekonomi berasaskan blue economy yang akan melonjakkan Sabah sebagai food basket of Malaysia.

Dengan itu, Keningau menyokong. Terima kasih.

draft • 1:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Keningau. Mesyuarat ditangguhkan ke jam 2.30 petang. Terima kasih.

draft • 1:10 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Membaca doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semua. Kita akan teruskan dengan senarai pembahas untuk Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Tapi, sebelum saya menjemput pembahas yang seterusnya iaitu Yang Berhormat Bachok, izin saya ingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau nak ada apa-apa celahan ataupun nak bertanya, bangkit dahulu dan minta kebenaran daripada orang yang ada floor. Saya tak nak ada situasi yang mana ada orang bangkit dan sebagainya tanpa memohon kebenaran dahulu.

Jadi, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bachok sebagai pembahas yang seterusnya dengan 12 minit, Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Saya mulakan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan dialah yang menyatupadukan di antara hati mereka yang beriman itu. Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka. Akan tetapi, Allah telah menyatu padukan di antara hati mereka. Sesungguhnya Dia lagi Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”. Surah Al-Anfal, ayat 63.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita berada dalam bulan kemerdekaan. Pastinya terbayang di fikiran kita peristiwa bersejarah laungan “Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957. Namun, ramai yang tidak mengetahui peristiwa yang amat bersejarah tersebut turut menyaksikan suatu upacara yang amat bermakna iaitu laungan azan oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Hassan Azhari dan doa, bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Negeri Sembilan, Almarhum Syeikh Haji Ahmad Muhammad Said.

Terdapat empat inti pati utama yang terkandung dalam empat perenggan doa tersebut merumuskan asas pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka.

(i) pemimpin yang adil memelihara agama;

(ii) bangsa Melayu yang meningkat maju;

(iii) kesejahteraan hidup dan keharmonian kaum; dan

(iv) keselamatan dan kedaulatan negara.

Sejauh mana RMK13 ini berupaya merealisasikan hasrat dan cita-cita generasi terdahulu dalam kita melangkah ke tahun 2026-2030, bolehlah kita menilainya secara bersama.

Tuan Yang di-Pertua, strategi meningkatkan sosioekonomi bumiputera. Ketika membentangkan RMK13 tempoh hari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan, kita ingin beranjak daripada konsep penyelesaian berasaskan kaum kepada konsep penyelesaian berasaskan keperluan. Race-based kepada need-based, dengan izin.

Pastinya kenyataan ini menimbulkan polemik dan perdebatan. Dalam hal ini, Bachok mengingatkan kerajaan supaya terus mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ramai dalam kalangan sarjana telah menjelaskan maksud kedudukan istimewa di bawah Perkara 153 iaitu bagi memastikan perizaban tentang apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, dana siswa, keistimewaan pendidikan atau apa-apa kemudahan khas lain oleh Kerajaan Persekutuan serta hal berkenaan permit dan lesen perniagaan atau perdagangan.

Pada masa sama, kepentingan sah kaum-kaum lain tetap terpelihara. Perlu difahami bahawa peruntukan dalam Perkara 153 ini adalah penting untuk memelihara keseimbangan masyarakat dan kestabilan politik dalam negara. Ini kerana kelemahan dan ketidakupayaan

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

kumpulan majoriti dalam bidang sosial, ekonomi dan pendidikan akan lebih memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan antara kaum yang beraneka ragam perbezaannya. Justeru, sebarang peralihan daripada teras ini bukanlah suatu bentuk penyelesaian tetapi boleh bertukar menjadi suatu penyesalan kepada negara.

Saya fikir dalam soal bumiputera, bukan bumiputera ini yang diperlukan bukanlah peralihan tetapi pemurnian dan pengharmonian. Pemurnian dalam erti kata dasar ini tidak boleh dirampas dan di manipulasi segelintir golongan elit politik yang membolot segala kuota dan permit projek dan tender lombong dan kuari atas nama bumiputera. Pengharmonian bermaksud dasar ini perlu ditambah baik, perbetul mana yang silap, tampung mana yang lompang supaya tidak berlaku ketirisan yang menguntungkan segelintir dan merugikan rakyat terbanyak.

Tuan Yang di-Pertua, dengan semangat yang sama, jika diperhatikan dengan lebih mendalam, terdapat enam buah negeri majoriti Melayu bumiputera iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang kebetulan ditakrifkan sebagai enam negeri kurang membangun dalam RMK12 sebelum ini. Namun, tidak seperti RMK12 yang memperuntukkan secara spesifik komitmen 50 peratus perbelanjaan pembangunan (DE) terhadap enam negeri kurang membangun ini, RMK13 tidak menetapkan sebarang formula sedemikian. Ini perlu diteliti semula.

Dalam hal ini, Bachok berpandangan platform rundingan politik antara negeri dan Persekutuan, dibangkitkan oleh Kemaman tempoh hari. Secara rasmi mahupun tidak rasmi, perlu menjadi teras kepada kelangsungan sistem federalisme yang adil dalam negara supaya jurang antara negeri dan wilayah tidak semakin melebar.

Tuan Yang di-Pertua, strategi meningkatkan keseimbangan pembangunan. Bachok sependapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Terengganu. Perlunya Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen sebenar untuk membawa masuk projek berimpak tinggi ke negeri Terengganu dan Kelantan termasuk pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3). LPT ini Tuan Yang di-Pertua, maksud perkataannya ialah Lebuhraya Pantai Timur. Hari ini, sekadar Pahang dan Terengganu. Jadi, boleh jadi nama LPT ini kalau tak sampai ke Kelantan cukuplah dengan lebuh raya ini dipanggil ‘lebuh raya Pahang-Terengganu’.

Menerusi RMK12 sebelum ini, kerja awalan serta penilaian impak trafik telah dimulakan dan telah pun disiapkan pada akhir tahun 2022. Namun dalam senarai projek infrastruktur utama RMK13 yang diumumkan Perdana Menteri, projek LPT3 tidak tersenarai.

Di kesempatan ini, saya ingin mencadangkan supaya jajaran LPT3 ini mengambil kira laluan asal projek ECRL yang sepatutnya merentasi jajahan Bachok melalui pelabuhan Tok Bali yang akan diangkat sebagai hab Blue Ocean dan kampus Universiti Malaysia Kelantan

(UMK) di Bachok bagi merancakkan pembangunan hab pendidikan, hab pertanian, hab pelancongan di kawasan Parlimen Bachok.

Adapun projek-projek pembangunan RMK13, “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Kementerian Pertanian teruskan sokongan untuk meningkatkan hasil dan produktiviti petani, penternak dan nelayan yang membanting tulang di Bachok.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kementerian Pendidikan, Yang Berhormat Menteri, perbaikilah sekolah-sekolah daif yang banyak di pelosok Bachok. KPKT dan MOTAC, perindahkan pantai dan kemudahan rekreasi di persisiran Bachok. KKDW dan JKR, segerakan pembinaan jalan perhubungan desa di Jelawat dan Tawang demi kemudahan adik kakok ambo di Parlimen Bachok.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, strategi memantapkan pengurusan fiskal. Laporan Ketua Audit Negara saban tahun sering membongkar isu ketirisan, pembaziran dan ketidakcekapan dalam pelaksanaan projek kerajaan. Laporan terkini mendedahkan kelemahan dan ketidakteraturan dalam projek-projek kementerian berjumlah RM48 bilion.

Secara dasarnya, pelaburan awam perlu mempunyai kesan jangka panjang dan pelaburan awam seharusnya mencetuskan pelaburan swasta dalam kadar yang lebih besar.

Namun sumber fiskal sangat terhad. Hakikatnya, hasil kerajaan hanya cukup untuk membiayai perbelanjaan mengurus OE, menjadikan hampir setiap Ringgit untuk perbelanjaan pembangunan perlu dipinjam.

Justeru, RMK13 bergantung kepada kecekapan pelaksanaan, keutamaan kepada sektor berimpak tinggi serta keupayaan kerajaan mengawal OE. Dalam hal ini, sasaran pengukuhan fiskal di bawah Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) hendaklah menjadi keutamaan dan Parlimen berhak mendapatkan ketelusan di pihak kerajaan, khususnya dalam aspek pengurusan hutang dan defisit belanjawan.

Tuan Yang di-Pertua, baki masa yang ada ini saya ingin bangkitkan beberapa isu yang lebih spesifik berkaitan pendidikan, kesihatan dan keterjaminan makanan. Isu yang lebih dekat dengan rakyat.

Pertama, reformasi pendidikan. Yang Berhormat Menteri pun ada dalam Dewan.

Cadangan menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun yang masih dalam penelitian. Jika cadangan ini hendak dilaksanakan, perlu ada rancangan komprehensif sama ada dalam bentuk lanjutan pendidikan, latihan kemahiran dan bimbingan kerjaya bagi memastikan mereka tidak tetap berada dalam ekosistem pembangunan modal insan yang berjaya.

Antara perkara yang perlu difikirkan apakah pengisian mereka selepas tamat persekolahan pada usia 16 tahun. Kerana tanpa perancangan rapi dan program khusus, negara berisiko melihat generasi muda tercicir, terbabit dalam kegiatan yang tidak produktif atau hanya terperangkap dalam pekerjaan dengan upah yang rendah. Cuma saya fikir kementerian perlu serius untuk melaksanakan cadangan ini dengan mengambil kira pelbagai aspek dari segi dasar dan juga teknikal.

Keduanya, isu penjagaan kesihatan. Kenyataan terbaru Menteri Kesihatan, ramai Pegawai Perubatan, 705 orang Pegawai Perubatan dan jururawat yang meletakkan jawatan.

Mereka telah berkhidmat lebih lima tahun. Sebelum ini, kita baca laporan lebih 6,000 doktor meletakkan jawatan sepanjang tempoh lima tahun. Isu ini amat kritikal, amat mendesak bukan sahaja kepada rakyat tapi lebih kritikal kepada doktor dan jururawat yang masih bertahan dalam sistem kesihatan awam.

Di Bachok pun Tuan Yang di-Pertua, hospital Bachok baru siap hujung tahun lepas dalam pembinaan klinik kesihatan. Pastinya keperluan ini amat mendesak di kalangan rakyat

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

di kawasan-kawasan luar bandar. Justeru KKM perlu tampil dengan pelan jangka sederhana dan jangka panjang bagi menangani isu ini, isu doktor, isu jururawat yang semakin terbeban ini sebagai prasyarat ke arah mewujudkan sistem kesihatan negara yang mampan, saksama dan berdaya tahan.

Ketiga, terakhir Tuan Yang di-Pertua, pengukuhan keterjaminan makanan. Isu petani tua semakin meruncing dan wajar diberi perhatian serius dalam kerangka RMK13. Mengikut banci pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan, hampir 45 peratus daripada pengusaha pertanian individu adalah daripada kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas. Lebih bimbang kita ini ialah 90 peratus daripada pengusaha pertanian di seluruh negara mempunyai tahap pendidikan SPM dan ke bawah. Jadi, usaha meremajakan sektor pertanian, isu beras tempatan yang tak selesai sebelum ini perlu menjadi agenda strategik RMK13.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bachok, Bachok…

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bukan sahaja melalui insentif kewangan tetapi juga dengan pemodenan sistem sokongan khususnya kepada kalangan anak muda.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Berkenaan dengan keterjaminan makanan ini, ada satu kenyataan dulu supaya cadangan, supaya larangan penjualan beras putih tempatan kepada warga asing yang bekerja di negara ini. Yang mengatakan untuk larangan ini, yang menjawab berkenaan dengan perkataan ini adalah Menteri Keterjaminan Makanan pada ketika itu iaitu jawapan Kota Raja, “Jangan lupa mereka pun berkhidmat untuk keperluan negara kita, katanya ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat hari ini”.

Sepertimana RMK13 baru ini dibentangkan, Yang Berhormat Tambun menuduh Pagoh. Sebenarnya yang mengeluarkan kenyataan ini adalah Yang Berhormat Kota Raja.

Lepas itu soalan dia, “Adakah Yang Berhormat Menteri mempertahankan pemberian subsidi kepada warga asing yang turut menyumbang kepada pembayaran negara? Saya hanya bertanya saja, saya tidak menuduh”. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Kita pun nak tanya jugalah, perkara yang sama, bukan nak menuduh kerana yang disebut tadi ialah kenyataan Kota Raja, bukannya Yang Berhormat Pagoh.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, masa depan negara ini tidak terbina di koridor Putrajaya. Ia nya terbina di bilik darjah, ladang dan kilang, juga di syarikat pemula, startup yang sedang bertatih. Malaysia tidak kekurangan bakat, sumber mahupun cita-cita, apa yang sering kurang ialah iltizam politik dan konsistensi untuk menterjemahkan slogan kepada tindakan dan janji kepada realiti. Sekiranya kita masih terperangkap dalam budaya politik lama, politik rasuah, politik wang, politik dendam, kroni capitalism dan juga projek Alibaba, kita akan terlepas peluang keemasan ini. Dua rangkap pantun.

*Apa guna melompat pagar bila kaki awak tersangkut; Apa guna bercakap besar bila janji tidak diikut.

Kalau menebang si pohon jati papan di Jawa dibelah-belah; Kalau hidup tidak berbudi, umpama pokok tidak berbuah.*

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Pembangunan hendaklah inklusif, penuh keberkatan dan kemakmuran hendaklah dikongsi bersama, sekian daripada Bachok, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 2:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Bachok.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Segamat. 12 minit Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Di bawah RMK ini ada beberapa teras yang akan saya bahaskan. Di bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Tambun, telah melangkah ke hadapan dengan hala tuju ekonomi yang kukuh, berdisiplin dan berpandangan jauh.

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pendekatan fiskal yang bertanggungjawab dan berkesan. Hasilnya jelas, kadar pinjaman tahunan negara dikurangkan daripada RM100 bilion, kalau kita melihat pada 2022 ke RM77 bilion pada 2024. Defisit fiskal turun daripada 5.5 peratus kepada 4.1 peratus. Ini menunjukkan kebergantungan kepada hutang luar negara semakin mengecil dan reserve antarabangsa kita meningkat ke paras tertinggi dalam sedekad iaitu USD120.9 bilion.

Sebanyak 10 sasaran ekonomi makro ditetapkan dalam usaha untuk melakar semula pembangunan dengan melonjakkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memantapkan tatakelola baik dalam tempoh RMK13. Kejayaan ini bukan saja melonjakkan keyakinan pelaburan, malah diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti IMF dan Moody’s yang mengunjurkan Malaysia sebagai ekonomi penarafan A paling pantas berkembang dalam tempoh dua tahun akan datang.

Maka RMK13 ini bukan sekadar sebuah dokumen perancangan, tetapi manifestasi sebuah penjalanan transformasi dari krisis menuju ke kredibiliti, dari beban menuju ke kebangkitan. Ia menjadi kompas untuk memastikan pembangunan yang inklusif, lestari dan berdaya saing, demi kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.

Sebagaimana kertas dasar hala tuju lima tahun ini, ia tidak akan berjaya sahaja terletak pada badan eksekutif tetapi pihak pelaksana iaitu penjawat awam itu sendiri. Kita boleh ada pelbagai perancangan RMK, rancangan Malaysia ataupun belanjawan kita. Pihak pelaksana ini adalah sepenuhnya, adalah badan-badan kerajaan ini harus bekerjasama dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan daripada negeri-negeri pembangkang kerana mereka harus juga memberi tumpuan untuk supaya kita menjayakan RMK13 ini.

Yang di-Pertua Dewan, RMK13 akan berpaksikan kepada lima fokus strategi utama.

Yang pertama pengukuhan ekonomi berdaya saing mempercepatkan reformasi struktur ekonomi dengan menambah nilai sektor berasaskan teknologi tinggi, tenaga boleh baharu dan industri hijau. Di samping meningkatkan keupayaan sektor tradisional seperti perladangan dan pembuatan untuk bersaing di pasaran global.

Oleh itu, kerajaan harus juga menjana golongan muda untuk menjadi penjana ekonomi yang kukuh mampan. Harus memberi peluang kepada anak-anak muda untuk

draft • 2:46 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

terlibat aktif dalam sektor inovatif. Kerajaan harus tangani talent pool dan kita dapat tahu Menteri KDN melaporkan dalam 10 tahun ini hampir 100,000 rakyat Malaysia telah meninggalkan Malaysia mendapat kerakyatan di Singapura. Ini amat merisaukan.

Kita perlu ingat, apabila ada golongan yang dapat kerakyatan di negara lain, mereka bukan adalah pekerja-pekerja biasa atau golongan bawahan. Dia adalah golongan profesional saja yang akan mendapat kerakyatan. Maka kita dalam 10 tahun ini telah rugi sebanyak 100,000 orang yang pindah ke Singapura.

Menurut data National Population and Talent Division Singapura, 23,472 individu diberi kewarganegaraan pada tahun 2023 sahaja. Antara tahun 2019 hingga 2023, purata tahunan pemberian kewarganegaraan Singapura adalah 22,400 dan kebanyakan orang ini adalah daripada negeri Johor itu sendiri dan ini adalah angka yang amat membimbangkan.

draft • 2:46 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Tahun ini sahaja, sehingga Jun, 6,060 orang telah tinggalkan Malaysia ke Singapura.

Dan ini belum kira lagi negara-negara lain yang mereka berhijrah dan meninggalkan Malaysia. RMK13 harus meliputi golongan muda yang ada bakat khususnya latar belakang STEM, TVET dan sektor teknologi supaya mereka kekal di Malaysia untuk membangunkan negara ini bersama-sama, Yang di-Pertua.

Saya ingin cadangkan, wujudkan dana startup. Kalau kita melihat anak-anak muda ini ada banyak yang membuat business, yang mula ceburi dalam bidang-bidang startup ini.

Saya dimaklum bahawa hanya ada RM10 juta disediakan di bawah Kementerian Ekonomi.

Itu pun hanya adalah startup untuk tech. Dan kita tiada apa-apa startup. Dan saya rasa ini, tiba masa untuk kita beri tumpuan.

Saya mencadangkan, kita ada MITRA untuk membantu golongan masyarakat India.

Sudah tentu ada pelbagai perkara yang kita perlu menambah baik. Ya dan saya mencadangkan kepada kerajaan, wujudkan dana startup sebagai RM5 juta untuk usahawan muda, khususnya kepada belia-belia India yang ada kepakaran dalam ekonomi digital ini.

Kerana ada ramai yang graduan yang keluar, mereka menjadi golongan pekerja kalau gaji yang tidak dapat dengan setimpal dengan apa yang mereka belajar, mereka mula berhijrah ke negara-negara lain. Dan saya mencadangkan supaya startup fund ini untuk membantu memartabatkan golongan usahawan muda yang boleh menceburi bidang ekonomi digital.

Dan kedua adalah tentang disiplin fiskal dan tadbir urus integriti. Dan kita melihat, kita perlu ada pembangunan yang setaraf. Seperti yang saya maklumkan setiap kali, Segamat adalah daerah utara di negeri Johor di mana jauh berbeza dengan Johor baru, di mana pembangunan sentiasa ditumpukan pada Johor Bahru, perlu juga diberi perhatian kepada utara Johor di mana Segamat, Ledang, Tangkak, ya termasuk Labis, Sekijang, Muar dan sebagainya. Kerana ini akan memberi, akan membangunkan pertanian dan sektor-sektor lain di utara negeri Johor.

Ketiga adalah kesejahteraan sosial dan pengurangan jurang kemiskinan. Di bawah ini ada tiga perkara yang saya ingin sentuhkan. Yang pertama adalah kesihatan, kebajikan dan pemilikan rumah rakyat Malaysia. Dan saya ada sedikit pandangan berbeza dan saya tidak setuju di mana kerajaan untuk mengambil jururawat daripada negara Indonesia. Kenapa

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

saya mencadangkan sebegitu? Kerana di bawah KKM mempunyai 33 kolej kejururawatan dan menawarkan dan melatih jururawat. Di manakah mereka sekarang?

Keduanya, ada lapan institusi jururawat private termasuklah Universiti AIMST, Universiti Metropolitan Asia, City University, College University, Widad College, IJN, Kolej Kejururawatan KPJ. Di manakah mereka sebenarnya? Apakah angka-angka ini, mereka ini hilang ke luar negara? Sepatutnya kita harus memberi peluang kepada jururawat tempatan daripada kita mengambil jururawat daripada negara luar. We cannot solve unemployment from other countries. We should focus our countries first. KKM juga dibebankan dengan peningkatan NCD, non-communicable disease yang kita lihat umur 19 tahun, empat hari lepas telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dan ini amat membimbangkan. Kerajaan perlu membuat kempen yang lebih agresif tentang NCD yang semakin meningkat. Hampir 60 bilion kita spent to NCD diseases. Ini amat membimbangkan juga. Dan saya rasa isu obesiti juga harus diberi, diberi tumpuan. Dan isu kencing manis ya. Kita boleh tahu diabetes ini.

Antara satu sebab di mana masyarakat India sekarang marah dengan MITRA adalah kita tidak ada bantuan daripada kerajaan atau mana-mana boleh salurkan bantu pesakit diabetes ini. Kita ada Baitulmal untuk bantu masyarakat Islam dan di situlah kita gunakan MITRA untuk menyalurkan bantuan. Tapi saya rasa itu tidak memadai. Saya rasa kita perlu ada skop yang lebih besar untuk membantu.

Saya juga cadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan harga gula lah kalau boleh, supaya kita boleh mengurangkan masyarakat untuk gunakan gula. Itu adalah tahap pertama yang kita perlu fokus. Isu integrasi maklumat pesakit untuk memudahkan pesakit dan hospital untuk akses maklumat. Contohnya kita pergi hospital A, dia minta dokumen- dokumen daripada hospital B. Pesakit ini kena lari ke hospital satu ke satu. Maka kita perlu ada satu sistem integrasi to collaborate medical information, diberi akses kepada hospital supaya memudahkan isu-isu seperti ini.

Dan saya rasa — seterusnya adalah pagi ini, kami, saya telah menerima memorandum daripada sebuah Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang di mana wujudkan akta untuk membantu pekerja-pekerja ladang. Sumbangan mereka kepada negara kita amat besar dan kebanyakan pekerja-pekerja estet ini adalah daripada kalangan masyarakat India. Dan saya rasa tiba masanya kerajaan perlu membuat intervensi dalam isu ini kerana isu ini berlaku tahun lepas di Segamat, di mana peladang, pekerja peladang ini tidak memiliki rumah apabila dah kerja puluh-puluh tahun. Apabila kontraknya habis, apabila tamatnya pekerjaan, mereka terpaksalah mencari rumah sewa yang begitu mahal dan sebagainya.

Dan seterusnya, saya juga ingin fokus kepada isu pendidikan. Ada dua cadangan saya ingin membawakan. Berkenaan dengan waktu persekolahan. Saya juga tadi setuju dengan seorang Ahli Parlimen berkata, waktu permulaan pagi itu kenalah lebih lambat sikit.

Contohnya, boleh mula daripada pukul 8 pagi kerana ia memudahkan ibu bapa untuk membuat persediaan-persediaan dan supaya ia juga memberi lebih produktiviti kepada pelajar-pelajar sekolah.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Dan keduanya saya ingin mencadangkan pendidikan asasi dimulakan di sekolah menengah dan paling kurang dalam satu daerah itu ada dua institusi untuk membantu. Dan daripada kita menunggu untuk mendapat matrikulasi dan pindah satu negeri ke satu negeri.

Kerajaan boleh pertimbangkan, KPM boleh pertimbangkan wujudkan pendidikan asasi lepas Tingkatan 5. Sekolah yang sama mereka boleh belajar asasi supaya memberi buka ruang kepada pelajar-pelajar daripada sekolah itu sendiri.

Dan seterusnya, saya juga memetik beberapa isu di kawasan. Saya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar. Projek ini harus dipercepatkan, tender perlu telus dan pelaksanaan yang mengikut jadual supaya kita mahu menyelesaikan isu infrastruktur di Segamat ini adalah amat penting.

Dan seterusnya adalah berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan kawasan ya. Saya ingin menyentuhkan ada beberapa, enam isu kawasan dalam satu minit. Yang pertama adalah isu FELDA. Ya, kita ada tujuh FELDA di FELDA Palong Timur 1 hinggalah Palong Timur 7. Di mana tiga, Palong Timur 1, 2 dan 3 adalah di mana peneroka yang menduduki. Palong Timur 4 ada kilang dan 5, 6, 7 adalah plantation. Dan ini berpuluh tahun kita ada isu-isu. Saya dalam Dewan ini, saya mintalah ya, pegawai-pegawai FELDA ini turun memantau, melihat apa yang berlaku di FELDA ini. Isu-isu masyarakat, isu ada isu tekanan air, jalan-jalan penghubung, isu balai polis di Palong Timur ini masih belum diselesaikan.

Mohon pihak pengurusan untuk meneliti isu-isu FELDA di Palong Timur.

Dan keduanya adalah lampu solar. Segamat memohon 350 lampu solar. Ada 10 kawasan saya yang perlukan ini. Dan seterusnya adalah Segamat memohon KKR ya, untuk...

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Segamat, minta laluan.

Pendang.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Masa dah nak habis ini.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sedikit saja.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Kecuali Tuan Speaker bagi saya satu minit.

draft • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Keputusan adalah…

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sikit saja, sikit saja.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ya sila.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Segamat.

Saya nak tanya berkenaan dengan peruntukan tuisyen yang diberi allocation RM100 juta kepada MITRA itu telah dikeluarkan atau tidak sampai sekarang, sampai tahap ini? Dan juga dialisis yang dibuat claim oleh NGO yang terlibat dengan MITRA ini.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih. Yang Berhormat, saya tiada jawapan sebab saya bukan pengerusi. Mungkin pengerusi boleh tolong menjawab ataupun kementerian terlibat itu boleh menjawab ya.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta Menteri jawablah. Sebab kasihan orang India ini. Yang susah banyak.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ha, boleh. Terima kasih. Keduanya, mohon satu minit. Yang Berhormat — Yang di-Pertua, mohon KKR juga untuk meneliti jambatan Persekutuan, Jambatan Sungai Segamat 1, Gemas-Ayer Hitam FT001, di mana jambatan ini perlu dinaik taraf kerana ia berdekatan dengan ETS yang akan bermula operasi penuh, akan mula sesak dan kita perlu menambah baik jambatan ini.

Dan keduanya adalah Jambatan Buloh Kasap, Gemas-Ayer Hitam FT001 juga di mana jambatan ini dah berpuluh tahun. Saya harap dalam RMK12 ini telah diumumkan tapi tidak dilaksanakan. Harap dalam RMK13 boleh menunaikan janji ini.

Last sekali, Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Sungai Muar bukan lagi SBK tapi telah mohon untuk diberi taraf sekolah kerajaan. Mohon kementerian untuk meneliti permohonan untuk meminda tapak. Dan akhir sekali adalah tentang kepada kementerian KBS. Sebelum ini, pada awalnya saya telah memohon untuk membuat kompleks sukan di Segamat. Dan Yang Berhormat Menteri kata mungkin akan beri tumpuan kepada TMIYC.

Dan saya mohon untuk mendapatkan perincian supaya, sama ada kompleks sukan ataupun TMIYC ini perlu dibina kerana ia menjadi sukan kompleks yang terbesarlah untuk di daerah utara, bagi negeri Johor.

Akhir sekali, saya rasa dengan visi yang jelas, disiplin fiskal yang teguh dan reformasi yang menyeluruh, kita akan memastikan bahawa setiap sen perbelanjaan negara memberi manfaat kepada rakyat. Setiap projek pembangunan membawa impak nyata dan setiap dasar mengangkat martabat Malaysia di mata dunia. Marilah kita bersama-sama menjayakan RMK13 demi Malaysia yang lebih makmur, berdaya tahan dan disegani. Segamat menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Segamat.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jerantut. 12 minit, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, diatas peluang yang diberikan kepada Jerantut untuk berbahas Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ketika saya meneliti RMK13, saya teringat kepada kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, khalifah Kerajaan Bani Umayyah ke-8, yang memerintah daripada tahun 717 Masihi sehingga 720 Masihi. Seorang pemimpin ini hanya memerintah 3 tahun sahaja, dan disebut dengan zaman keemasan Islam. Seorang pemimpin yang berwibawa dan transformational, yang meletakkan reformasi dengan keberanian politik, walaupun ada harga yang perlu dibayar. Dalam mengurus kesejahteraan sosial, memimpin dengan kesederhanaan dan adil, beliau telah memecat pegawai yang zalim, meringankan beban rakyat dan membersihkan baitulmal daripada penyelewengan, walaupun langkah itu mengundang kemarahan golongan elit.

Khalifah Umar Abdul Aziz juga mengamalkan kaedah Siasah Syar'iyyah iaitu al- Musawah. Kaedah ini meletakkan persamaan kedudukan manusia di depan hukum dan pemerintahan. Sekiranya, perkara ini dilaksanakan without fear and favour, dengan izin,

draft • 3:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

nescaya pengurusan kes tragedi yang menimpa anakanda Allahyarhamah Zara Qairina tidak lagi akan berulang.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada dinamika geopolitik dunia, serta semangat co- operative dan fiscal federalism yang dibahas secara tuntas oleh Yang Berhormat Kemaman, Jerantut akan memfokuskan kepada lima agenda utama bagi menjadikan Rancangan Malaysia Ketiga Belas lebih sustainable dan resilient.

Tuan Yang di-Pertua, agenda pertama; menjadikan keselamatan makanan sebagai agenda utama bumiputera. Jerantut berpendapat keselamatan makanan adalah kedaulatan negara dalam menghadapi perang masa depan. Oleh yang demikian, RMK13 perlu menjadi pelan strategik yang mampu mengubah landskap pertanian dan agromakanan negara dengan pendekatan baharu yang lebih bersifat berani berasaskan sains dan berpandangan jauh.

Pertama, Jerantut mencadangkan penubuhan Rizab Makanan Negara 2.0, yang mewajibkan pengimport terpilih bagi komoditi strategik termasuk beras, gandum, susu tepung, kacang soya dan baja kritikal untuk mengekalkan minimum stock holding requirement. Stok ini perlu diurus secara pintar dengan prinsip first expiring, first out bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan kualiti, di samping mengurangkan tekanan fiskal kerajaan.

Kedua, RMK13 perlu melahirkan dana kedaulatan agromakanan, iaitu sebuah instrumen pelaburan jangka panjang untuk pegangan ekuiti strategik dalam rantaian bekalan global seperti terminal bijirin, gudang dan — gudang suhu terkawal dan kemudahan pemprosesan luar negara. Pulangannya boleh digunakan untuk menyokong subsidi bersyarat, produktiviti dan melindungi pengguna sewaktu kejutan harga.

Ketiga, RMK13 perlu membangunkan sebuah platform data agromakanan kebangsaan, untuk menggabungkan data masa nyata tentang eksport, import, harga borong dan runcit, inventori, cuaca mikro dan hasil tuaian. Analisis ini akan memberi amaran awal dan membolehkan kerajaan mengatur langkah intervensi lebih cepat dan tepat.

Keempat, RMK13 perlu menginovasi sektor padi melalui program sawah tahan iklim dengan varieti baru yang tahan banjir, kemarau, dan intrusi air masin, disokong dengan sistem pengairan pintar. Skim perlindungan melalui insurans parametrik pelbagai risiko yang berpandukan data satelit dan cuaca perlu diperkenalkan bagi memastikan pesawah mendapat pampasan segera tanpa birokrasi yang memakan masa.

Kelima, Malaysia perlu memperkukuh diplomasi agromakanan serantau melalui ASEAN dengan memperluas konsep rizab beras serantau kepada komoditi lain seperti jagung bijian dan ikan sejuk beku asas disertai protokol pelepasan jelas waktu krisis.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan-cadangan ini bukan sekadar menambah baik apa yang telah ada, tetapi bakal meletakkan Malaysia pada kedudukan baharu daripada sekadar bertahan kepada menjadi peneraju daya saing agromakanan serantau. RMK13 perlu menjadi pelan tindakan yang menjadikan keselamatan makanan bukan sahaja sebagai benteng pertahanan negara tetapi sebagai aset strategik yang memperkukuh kedaulatan dan kemakmuran kita.

draft • 3:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, agenda dua; pembangunan unsur nadir bumi sebagai agenda ekonomi bumiputera selepas PETRONAS. Jerantut menyambut baik cadangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang dalam mewujudkan entiti REENAS bagi mengurus selia unsur nadir bumi. Ia adalah cadangan terkehadapan dan game changer yang mampu mengubah landskap ekonomi negara kita khususnya dalam sektor teknologi tinggi, tenaga hijau dan industri strategik masa depan.

Oleh yang demikian, RMK13 perlu menjadi satu anjakan paradigma hubungan Kerajaan Pusat dan negeri dalam melaksanakan cooperative dan fiscal federalism. Segala tindakan yang berkait dengan pengurusan sumber nadir bumi ini bermula dengan kewujudan akta REE, pindaan rang undang-undang yang berkaitan, model perniagaan REENAS sehinggalah pembahagian keuntungan wajib melibatkan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri wajar diberikan pulangan hasil sekurang-kurangnya 40 peratus, kerana unsur nadir bumi ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang tertakluk dalam Jadual Kesembilan, Kerajaan Persekutuan. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan fiskal kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat dan membolehkan kerajaan negeri berdikari tanpa dipengaruhi sentimen politik, birokrasi, ketirisan dan kelewatan agensi pusat.

Tuan Yang di-Pertua, agenda tiga; pembangunan hab ekonomi melalui kesalinghubungan sistem pengangkutan. Jerantut ingin mengangkat semula cadangan sambungan ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang melalui Pasir Mas. Sehingga 21 Julai 2025, kerajaan memaklumkan bahawa cadangan ini masih di peringkat kajian oleh MRL dan Kementerian Pengangkutan, walaupun ia nya adalah pelan yang sangat strategik untuk hubungan rel Malaysia–Thailand.

Kelantan telah menyediakan Projek Pasir Mas Halal Park sebagai sebuah hab industri halal yang berskala besar serta berpotensi menjadi pusat pengeluaran dan eksport produk halal ke ASEAN. Dengan potensi COD di stesen Pasir Putih, dan TOD di stesen Tunjung, perancangan negeri jelas menunjukkan nilai tambah ekonomi yang langsung yang kini terbengkalai hanya kerana tiada landasan rel yang menyokong.

Jika sambungan ini direalisasikan, hanya dengan kos kurang daripada RM3 bilion sahaja, ia bukan sahaja memperkukuh pertumbuhan sempadan, tetapi juga memperluas jaringan logistik Malaysia–ASEAN, membuka laluan perdagangan dan pelancongan berimpak tinggi bagi seluruh negara. Ia adalah pelaburan yang transformasi, bukan sekadar manfaat kepada Kelantan semata-mata.

Jerantut juga mahu mengangkat isu kelulusan penubuhan aerodrom yang merupakan salah satu komponen Kedah Aerotropolis. Setakat hari ini, lebih daripada 20 pelabur global dan tempatan telah menandatangani MoU. Dan setakat ini, 7 ulasan teknikal telah diselesaikan serta 6 nasihat telah diberikan kelulusan daripada 8 nasihat oleh kementerian-kementerian yang terbabit. Ini menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri Kedah dalam menjayakan projek ini.

Jika aspirasi MADANI dan perkongsian kemakmuran dijadikan panduan asas kepada RMK13, maka penubuhan aerodrom ini wajar diberikan kelulusan, kerana ia nya projek yang

draft • 3:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

berimpak tinggi dan pemacu utama bagi kerajaan negeri. Secara asasnya, Kedah Aerotropolis akan melebarkan orientasi penjanaan ekonomi negeri Kedah, selain menjadi pemangkin pelaburan kepada Kulim Hi-Tech Park yang telah mencatat pelaburan keseluruhan sebanyak RM181.5 bilion sejak ditubuhkan sekitar 30 tahun lalu. Terkini, dalam tempoh 5 tahun sahaja — terakhir sahaja, jumlah pelaburan mencapai RM132.2 bilion, menunjukkan momentum luar biasa dalam menarik syarikat global seperti Infineon, Intel dan Osram.

Jerantut juga ingin mengangkat kembali cadangan untuk pembesaran Pelabuhan Kemaman. Lokasi strategik Pelabuhan Kemaman sebagai pelabuhan laut dalam yang beroperasi sepanjang tahun tanpa mengira keadaan cuaca dan juga kesalinghubungan operasi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan melonjak potensi ekonomi di Terengganu dan Malaysia.

RMK13 wajar mempertimbangkan penambahan sehingga 1 kilometer dermaga, pembesaran laluan jalan raya, penambakan tanah, ubah suai pemecah ombak dan beberapa facility yang berkaitan. Kalau kerajaan sanggup mengeluarkan RM17 bilion untuk LRT Pahang, adalah wajar — LRT di Penang, adalah wajar RM3 bilion ataupun RM5 bilion bagi membuka beberapa lagi pintu gerbang ekonomi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua. agenda keempat; persiapan, persediaan menuju negara tua.

Melalui RMK13 di bawah strategi menyesuaikan keutamaan fiskal dan menambah baik perlindungan sosial, kerajaan menyatakan tumpuan kepada usaha mereformasi skim KWSP dalam aspek simpanan persaraan dan skim pencen. Jerantut berpendapat, skim pencen tidak wajar dilaksanakan secara menyeluruh dan wajib ataupun mandatori.

draft • 3:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Penghormatan autonomi dan freedom of choice seharusnya diberikan kepada pencarum setelah diberikan literasi yang sewajarnya, bukan mengikat mereka kepada satu bentuk skim yang mungkin tidak sesuai dengan realiti hidup masing-masing. Asas utama Jerantut tidak bersetuju adalah kelemahan pendekatan blanket policy, Yang di-Pertua.

Masalah utama skim ini bukan matlamatnya, tetapi pelaksanaannya yang berbentuk one size fits all. Data yang kerajaan ada sepatutnya digunakan untuk merangka dasar yang bersasar dan fleksibel, bukan untuk memaksa semua pencarum mengikut satu format pengeluaran yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, agenda terakhir agenda lima, Jerantut sebagai bandar paling bahagia di Malaysia. Jerantut telah diiktiraf di antara bandar yang paling bahagia di Malaysia berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024/2025. Bangi kena usaha untuk kejar Jerantut. Persekitaran tenang dan semula jadi, komuniti mesra dan inklusif serta kos sara hidup rendah dan bebas kesesakan adalah di antara faktor-faktor Jerantut dianggap sebagai sangat harmoni.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar segala cadangan-cadangan projek RMK13 yang telah diangkat oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Jerantut melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan seharusnya dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak kerajaan. Laporan pelaksanaan projek-

draft • 3:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

projek ini melalui Rolling Plan yang telah ditetapkan wajib, saya ulang sekali lagi wajib dikongsi bersama dengan Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN di Jerantut bagi pemantauan yang lebih berkesan dan efektif.

Jangan kerana kita dengan politik sempit kepartian, minda kelas ketiga, dendam yang tidak berkesudahan dan tidak sedar diri yang anda telah ditolak oleh rakyat dalam PRU ke- 15 kita berasa bangga menghalang ahli-ahli legislatif tulen melaksanakan tugas mereka yang dipilih oleh rakyat.

[Tepuk] Penutup Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya Rancangan Malaysia bukan sekadar dokumen tebal berisi angka dan sasaran, tetapi ia adalah pelan induk yang menjadi janji kerajaan kepada rakyat. Falsafah di sebaliknya adalah menyatukan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat di bawah matlamat yang sama iaitu membina negara yang makmur, sejahtera dan berdaya tahan dengan memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terpisah daripada keadilan sosial serta kelestarian alam sekitar.

Justeru, komitmen kita bukan sahaja kepada merangka perancangan, tetapi memastikan pelaksanaannya terus telus, berkesan dan benar-benar menyentuh kehidupan rakyat di akar umbi.

Allah Taala berfirman, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan bertawakallah kepada Allah dan cukuplah Allah sebagai pelindung”, Al-Ahzab ayat 3. Mudah-mudahan segala perancangan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Sekian, saya mohon mencadang.

*Assalamualaikum warahmatullah.

[Tepuk]*

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju, 12 minit Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mula dengan serangkap pantun, Bunga melati harum mewangi, Di taman indah jadi hiasan; RMK13 kita harungi, Masa depan cerah jadi impian. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada kerajaan, khususnya Kementerian Ekonomi yang telah dapat menyediakan satu dokumen yang futuristik dan spot- on, dengan izin.

Izinkan saya juga untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kepakaran dan tenaga dalam menyediakan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Usaha kolektif ini mencerminkan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia dalam merangka hala tuju pembangunan negara yang inklusif, mampan dan berdaya saing.

RMK13 bukan sekadar dokumen strategik pembangunan lima tahun, tetapi ia juga memperlihatkan keprihatinan terhadap isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat. Dokumen ini telah melakarkan satu perancangan dasar yang bertemakan “Melakar semual pembangunan”.

draft • 3:13 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Kalaulah hendak ikut nafsu memang banyak hendak saya bahaskan, tetapi demi masa yang diberikan dan berlaku adil kepada perkara yang hendak dibahaskan, insya-Allah saya hanya menumpukan perbahasan saya kepada dua perkara sahaja.

Pagi cerah mentari terang, Layar terbentang menyongsong arus; Sektor ketiga harapan gemilang, Menyantun rakyat kemajuan halus. Tuan Yang di-Pertua, New Castle University mentakrifkan sektor ketiga sebagai istilah yang merangkumi pelbagai organisasi dengan struktur dan tujuan yang berbeza. Ia tidak termasuk sektor awam iaitu kerajaan ataupun sektor swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata. Sektor ketiga ini merangkumi pertubuhan amal, kebajikan, pertubuhan sukarelawan, koperasi, perusahaan sosial ataupun social enterprise dan lain-lain.

Walaupun di Malaysia sektor ketiga ini sudah wujud begitu lama, namun social enterprise masih kurang berkembang. Di peringkat antarabangsa, banyak negara kini mengukur kemajuan secara lebih menyeluruh melangkaui sekadar angka KDNK mereka semata-mata.

Sebagai contoh Australia telah melancarkan rangka kerja Measuring What Matters pada 2023. Negara New Zealand pula memperkenalkan Belanjawan Kesejahteraan (Well- being Requirement) dalam bajet sejak 2019 dan negara Bhutan, negara perintis memperkenalkan Indeks Kebahagiaan Negara Kasar (Growth National Happiness Index).

Social enterprise di Malaysia masih berdepan berbagai cabaran yang mengekang pertumbuhannya. Salah satu cabaran utama ialah ketiadaan rangka kerja undang-undang yang jelas dan yang memberangsangkan pertumbuhannya. Tanpa pengiktirafan rasmi, kepercayaan pelabur dan masyarakat sukar untuk ia dibina.

Sebagai contoh kerajaan telah memperkenalkan akreditasi perusahaan sosial pada tahun 2019. Langkah ini bertujuan mengesahkan status perusahaan sosial. Ia juga memudahkan mereka mendapat akses kepada sokongan dan peluang pertumbuhan. Namun sekali lagi, proses ini masih mempunyai kelemahan.

Sebagai langkah seterusnya, kerajaan perlu memperkukuhkan daya tahan pemain struktur ketiga. Tumpuan utama ialah membina kapasiti, menguatkan kewangan dan meningkatkan kemahiran pengurusan. Program latihan, khidmat nasihat serta membimbing mentor-mentee perlu diperkasa. Namun, kejayaan bergantung kepada pelaksanaan yang konsisten, pemantauan yang teliti dan kemudahan akses kepada sokongan kewangan bagi pemain sektor kecil dan baharu. Tanpa penguatkuasaan dan insentif yang jelas, matlamat kelestarian mungkin sukar dicapai.

Dalam konteks RMK13 pula, tumpuan utama negara telah beralih kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing, inovatif dan beretika. Pembangunan kapasiti sektor ketiga selari dengan fokus ini kerana ia melibatkan peningkatan kemahiran, pengukuhan daya tahan kewangan serta penerapan kemahiran memperkukuhkan daya tahan kewangan serta penerapan nilai-nilai ESG dalam operasi.

draft • 3:13 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Jika dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi, pemantauan yang teliti dan sokongan yang inklusif, sektor ketiga bukan sahaja mampu menjadi benteng kesejahteraan sosial malah penyumbang signifikan kepada ekonomi negara. Inilah masa untuk kita menjadikan sektor ketiga sebagai tonggak bersama dalam memacu Malaysia ke arah masyarakat yang makmur, berdaya tahan dan berteraskan ihsan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada perkara yang kedua.

Bencana datang tidak terduga, Melanda desa dan juga kota; Kesiapsiagaan amat berharga, Selamatkan jiwa dan harta benda. Laporan World Bank dan Bank Negara pada tahun 2024 telah melaporkan kedudukan Malaysia di tangga ke-12 dunia bagi tahap keterdedahan akibat banjir dan bencana akibat cetusan perubahan iklim yang meliputi 85 peratus dari keseluruhan jenis bencana sejak tahun 2000. Malah laporan tersebut telah menyatakan bahawa satu dalam 20 tahun banjir akan menyebabkan gangguan sehingga 4.1 peratus KDNK negara pada tahun 2030 sekiranya ketiadaan langkah konkrit dan tindakan adaptasi.

draft • 3:13 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Semalam, Selasa 12 Ogos. Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia ataupun All- Party Parliamentary Group Malaysia Disaster Risk Management (APPGM- DRM) yang telah ditubuhkan pada 27 November 2024 telah kongsikan dokumen ini. Dokumen Pelan Strategik APPGM-DRM 2030 kepada semua Ahli Parlimen di dalam Dewan ini. Dokumen ini menyatakan visi dan misi secara khusus dalam menjadikan APPGM-DRM sebagai peneraju platform pelbagai bidang transdisciplinary dalam memartabatkan tindakan Ahli-ahli Parlimen ke atas agenda pengurangan risiko bencana dan pengukuhan daya tahan.

Gerak kerja secara strategik dan tindakan yang digariskan dalam dokumen ini juga didasari oleh 10 tindakan utama yang dipelopori oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR). Yang meliputi aspek pengukuhan legislatif, peruntukan dan pendanaan, pemakaian polisi dan penterjemahan Dasar DRR. Penglibatan masyarakat dan penggunaan data, bukti dan pendekatan berteraskan pencegahan. Budaya berdaya tahan, resilient culture perlu diangkat, perlu diperjuang, perlu diadaptasi dari Parlimen ke kawasan-kawasan berisiko bencana.

Inisiatif APPGM-DRM ini menyokong tonggak utama Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan merancakkan agenda MADANI, terutama dalam mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar. Ini termasuklah pengukuhan mitigasi dan adaptasi bencana termasuk banjir, melalui pendekatan inovatif dan teknologi termaju.

Mempertingkatkan kesiapsiagaan dan program sokongan bencana yang melibatkan keseluruhan ekosistem termasuk SOP, kesiapsiagaan petugas, pemodenan aset dan program sokongan.

Tuan Yang di-Pertua, Strategi A7 dalam RMK13 memberi fokus kepada mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan ke kawasan berisiko tinggi, berdasarkan data yang tepat dan keutamaan impak kepada rakyat. Strategi D7 pula memfokuskan kepada peningkatan kecekapan tadbir urus dan pemerkasaan kesiapsiagaan bencana. Pelaksanaan

draft • 3:20 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

DRR harus diperluaskan ke peringkat negeri dan PBT, dengan mengintegrasikan pelan risiko dalam perancangan pembangunan tempatan.

Seterusnya, saya ingin mengingatkan bahawa budaya pengurusan bencana kita masih terlalu reaktif dan bersifat bermusim. Setiap kali bencana berlaku, wacana hangat muncul, bantuan dan komitmen diberi. Tetapi, selepas itu, isu ini seolah-olah lenyap dari radar wacana awam dan dasar. Ini menyebabkan…

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Wangsa Maju, boleh tanya sikit tak Wangsa Maju? Soal berkaitan dengan tebatan banjir itu. Sebab sebelah sana dia kata, “Perdana Menteri ini zalim, zalim, zalim, zalim, zalim, zalim”. Dia katakan. Nak turunkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini.

Cuma, peruntukan RMK13 ini, banjir ini, tebatan banjir ini semua negeri. Saya rasa dapat bukan bagi pada Selangor, Johor, Perak saja. Maksudnya, Kelantan dapat, Terengganu dapat, Perlis dapat. Maksudnya kan. Maksudnya, pemberian secara tidak melihat faktor kenegerian ke, tidak melihat faktor wilayah ke.

Maksudnya, kalau dikata perlu, Kerajaan MADANI ini, dia akan beri peruntukan kepada negeri-negeri yang terlibat dengan masalah banjir. Terima kasih Wangsa Maju.

Terima kasih Speaker.

draft • 3:20 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih, terima kasih Hulu Langat. Ya, saya setuju. Kerana setiap projek-projek tebatan banjir itu perlu melalui proses untuk menentukan cost benefit analysis-nya, ya. Tidak bergantung kepada sudut politik semata-mata ya.

Inisiatif APGGM-DRM ini menyokong tonggak utama rancangan — saya ulang sedikit ya, Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan merancakkan agenda MADANI terutama dalam pertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar. Ini termasuklah pengukuhan mitigasi dan adaptasi bencana. Termasuk banjir melalui pendekatan inovatif dan teknologi termaju.

Jadi, seterusnya saya ingin mengingatkan bahawa budaya pengurusan bencana ini kita perlu berhenti daripada menangani isu ini secara reaktif dan bersifat bermusim, ya.

Contohnya, di kawasan PPR. Walaupun risiko kebakaran dan bencana agak tinggi, hampir tiada latihan atau simulasi kebakaran dan bencana dijalankan secara berkala. Penduduk tidak mengetahui prosedur kecemasan atau peranan masing-masing.

Ini menunjukkan kelemahan dalam pembinaan keupayaan masyarakat atau capacity building yang amat penting dalam pengurusan risiko bencana. Pelaburan kepada infrastruktur fizikal seperti tebatan banjir perlu berjalan seiring dan sejalan dengan pelaburan infrastruktur sosial. Iaitu latihan, pendidikan dan kesedaran masyarakat yang akan menjadi barisan hadapan apabila bencana melanda.

Oleh itu, saya menyeru agar RMK13 memperkukuhkan agenda pembangunan keupayaan komuniti sebagai tunjang utama pengurusan risiko bencana. Dan ini termasuk menjadikan latihan bencana sebagai modul tetap di sekolah dan di komuniti, menyediakan pensijilan kesukarelawan, menubuhkan unit kesiapsiagaan komuniti di setiap kawasan Parlimen dan memperkenalkan sistem amalan awal yang mudah diakses rakyat.

draft • 3:20 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Akhir kata, peranan Ahli Parlimen bukan hanya sekadar pembahas di Dewan sahaja.

Tetapi, sebagai penggubal undang-undang DRR yang komprehensif. Memastikan pelaksanaannya, ya perlaksanaan dasar ini berasaskan data, pembuat keputusan kewangan yang bijak, menggalakkan penyertaan awam dan mengadvokasi perubahan budaya daripada reaktif kepada pencegahan.

Tuan Yang di-Pertua, bencana tidak menunggu musim atau pilihan raya. Ia datang tanpa amaran. Maka, tugas kita adalah memastikan rakyat bersedia sebelum malapetaka berlaku, bukan hanya meratapi selepas tragedi. Dengan itu, Wangsa Maju mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pendang, 12 minit.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan sepotong ayat dalam surah At-Taubah, ayat 128-129. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu yang sangat tamak inginkan kebaikan bagi kamu dan ia pula menumpahkan perasaan belas kasihan serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian, jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah wahai Muhammad, cukuplah bagi ku Allah yang menolong dan memelihara aku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepadanya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar”. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya diberi peluang untuk berbahas RMK13 ini, yang banyak menimbulkan kontroversi dan juga provokasi daripada sana juga.

Yang hari ini kita tengok keadaan agak panas. Tapi, masalahnya kita kaitkan dengan agama.

Kami sebelah sini tidak pernah menyentuh agama-agama lain. Tapi, di sebelah sana selalu menyentuh menyebut ajaran sesat dan sebagainya. Tak apalah.

Jadi, saya ingin terus kepada topik saya. Kami menghormati agama lain. Iaitu saya akan menyentuh berkenaan yang disebut dalam RMK13. Malaysian Airline Group telah membuat keputusan untuk membeli pesawat Boeing dan Airbus untuk memenuhi permintaan laluan penerbangan, yang jumlah yang agak besar yang melibatkan RMK13 ini. Perbelanjaan daripada setahun ke setahun yang sampai kelima tahun.

Namun persoalan pokoknya ialah, sejauh mana pembelian besar-besaran ini benar- benar membawa limpahan ekonomi kepada negara? Ini perlu kepada physical — empirical study ataupun physical study. Kita nak tengok outcome dia kepada negara dalam pembelian kapal terbang ini. Kerajaan juga selalu menyebut sebahagian besar komponen akan dibuat di dalam negara.

Tetapi, berapakah peratusan sebenar local content? Adakah syarikat bumiputera akan turut serta dalam rangkaian bekalan aeroangkasa? Apakah bentuk pemindahan teknologi yang dijamin dalam kontrak pada kali ini? Ini kami ingin tahu, rakyat juga ingin tahu.

Jika pembelian ini hanya akan berakhir dengan kerjasama pemasangan asas tanpa nilai

draft • 3:26 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

tambahan teknologi tinggi, maka kita sekadar menjadi pengguna, bukan pembina kekuatan industri negara.

Jadi, ini perkara yang perlu kita lihat. Sebab sekiranya perbelanjaan besar ini, rakyat akan tanggung.

draft • 3:26 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Segala cukai akan dinaikkan walaupun dikatakan ini adalah PFI ataupun private financial investment tetapi kerajaan juga akan perlu bayar kerana cukai-cukai ini akan dipindahkan kepada syarikat MAG ini. Sebab itu kita kata BlackRock akan untung daripada pembelian saham dalam Malaysia Airport Berhad ini.

Jadi, Pendang ingin menyebut pembangunan infrastruktur seperti LRT juga perlu kita lihat bagaimana mobiliti dan ekonomi ini dapat bergerak untuk memberi satu kedudukan fiskal yang ketat kepada rakyat Malaysia terutamanya rakyat kita yang merupakan aset penting, termasuk lagi yang B40 masih banyak.

Dalam RMK13 yang dibentangkan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyebut bahawa, menyatakan bahawa mauduk Semangat PuTERA35 ini, tetapi kenapa hanya tajuk? Mengapa ia tidak diperincikan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sebahagian pelan pembangunan Kampung Baru Cina, di manakah pula pelan pembangunan masyarakat India?

Apabila isu ini dibangkitkan semalam, ada yang melenting kerana telinga nipis ataupun koyak. Bila saya bertanya soalan ini, ada pula yang menuduh saya membangkitkan isu perkauman 13 Mei. Sebenarnya pihak yang menuduh sayalah yang menunggang 13 Mei, malah mengugut saya dengan Akta Hasutan. Kita tengok peristiwa sejarah 13 Mei 1969. Saya sebut lagi sekali, merupakan mata pelajaran dalam silibus sejarah Tingkatan 5.

Adakah guru-guru ini menghasut murid-murid yang belajar berkenaan dengan 13 Mei? Boleh semak dalam mata pelajaran Sejarah, 13 Mei supaya ini adalah friendly reminder.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita sama-sama beringat, kita tak naklah benda ini berlaku. Kita dah bangun ekonomi, bangunan kita dah tinggi, kerana benda macam ini, kita boleh hancur dengan sekelip mata. Itu yang saya sebut, bukan saya menghasut.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak apa, nanti sekejap lagi saya bagi.

Saya bagi, saya dah panjang lagi.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya nak tanya sikit saja. Yang Berhormat, tadi tentang rumah masyarakat India.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya akan sebut dalam ni.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Tak, saya nak tanya, adakah Yang Berhormat setuju...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak. Ada dalam ini.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya nak tanya dahulu, adakah Yang Berhormat setuju sebab untuk...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tak bagilah, sebab saya ada dalam ucapan saya, saya sebut ini, MITRA semua saya ada ini, insya-Allah.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, Segamat. Segamat, duduk.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Don’t worry, saya akan bela masyarakat India walaupun ada lembaga pengarah MITRA yang ada dalam ini tak buat apa-apa pun kepada masyarakat India. Until now, allocation 100 million approved by the budget not really set even single cent, dengan izin. Saya tahu benda ini, saya dah jumpa dengan MITRA, jawatankuasa dia, dengan NGO semua. Ini sedih kepada masyarakat India.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, Sekejap. Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik. Saya terus kepada...

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, ada point of order? Tolong duduk dulu, Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(10). 36(10)(c), perkataan yang harus...

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Apa? Sekejap, sekejap.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

“Perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948”.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tambah masa saya lagi.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

36 berapa?

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

10(c).

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi Pendang bangkit tentang Mei, 13. Mei 13 sebagai sejarah, kita tak ada masalah. Nak belajar dalam sekolah memang patut belajar. Tapi dalam konteks perbahasan Pendang, dia bangkit Mei 13, dia ugut, “Jangan biar Mei 13 berulang lagi”. Itu salah. Tak boleh ugut macam itu. Hari itu Speaker ada, saya suruh Pendang bangun, jelaskan dia tak berani. Hari ini dia ambil kesempatan...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Speaker, benda ini dah diusul.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia ambil kesempatan nak cuba untuk...

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap Pendang, sit down. Saya akan selesaikan.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana boleh.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, okey. Itu sahaja ya?

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, YB. Pendang, apa nak cakap?

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Benda ini dah diusul, tunggu Speaker buat keputusanlah. Dia dah usul saya sebut 13 Mei itu. Dah ada semalam.

Saya pun dah dapat surat dah, saya akan jawab. Jadi, tak payah bangkitkan lagi.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tapi jangan ulang lagi. Kenapa ulang lagi?

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak boleh. Saya tak ada keputusan lagi.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, dah, dah, dah. dah, dah, dah, dua-dua.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, saya buat ruling. Seperti yang Pendang kata, saya pun difahamkan bahawa perkara ini dalam pertimbangan Tan Sri Speaker. Jadi, kita jangan bangkitkan tentang isu ini, YB Pendang pun jangan bangkitkan lagi tentang 13 Mei ini. Sama ada nak pertahankan diri atau tidak, itu dah dalam pertimbangan YB Tan Sri Speaker.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini fakta ya.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, tak apa fakta, kita memang terima. Tak ada masalah dengan 13 Mei. Yang isunya ialah sama ada Pendang telah membangkitkannya dalam berkaitan dengan isu lain.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tambah balik?

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tapi tak apa, teruskan. Tadi tentang apa?

Saya ingat lagi, pasal masyarakat India.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ha, masyarakat India.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, teruskan.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucap terima kasihlah. Sekarang ni kita 3R plus dengan 13 Mei tak boleh sebut.

Okey, baik. Saya nak sebut sini, berkenaan dengan tadi saya tegaskan, saya bertanya soalan yang demi kepentingan negara. Kepentingan bumiputera adalah kepentingan pelan induk. Bila sebut bumiputera, bukan Melayu Islam saja. Iban, Kadazan, Sabah, Sarawak, orang Siam di Kelantan, Terengganu, di Kedah dan juga Perlis. Jadi oleh sebab itu, pelan pembangunan ini penting.

Makna, pelan pembangunan masyarakat India juga perlu dimasukkan sebagai pelan sebagai pelan nasional. Begitu juga pelan pembangunan masyarakat Cina juga kepentingan nasional. Ini yang Perikatan Nasional perjuangkan, bukan cakap lain buat lain.

Yang Amat Berhormat Tambun perlu jawab, apa jadi dengan 100 juta MITRA yang diumumkan dalam belanjawan 2025? Dah nak hujung tahun ini, saya difahamkan satu sen pun belum disalurkan.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kenapa Yang Berhormat yang ada di sini, yang ada jadi lembaga pengarah, dikatakan ya, –– saya minta maaf kalau Jelutong menjadi ahli pengarah tidak melenting kepada PM. Sepatutnya kamu kena bawa benda ini kepada PM. Kenapa hak masyarakat India yang 100 juta ini seperti dialisis apa semua tak dibangkitkan? Hak tuisyen anak-anak masyarakat India.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker. Peraturan Dewan.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, yang saya ingat lebih parah.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, YB Pendang. Ya, YB Jelutong?

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak mahu, I don't want waste time with Pendang tetapi memandangkan beliau telah membuat tuduhan...

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuduhan, sangkaan jahat 36(6). Macam mana Yang Berhormat Pendang tahu bahawa saya tidak, saya atau Yang Berhormat Batu atau Yang Berhormat Segamat, bersama-sama dengan Ahli Parlimen-Ahli

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Parlimen lain yang berbangsa India dan Ahli Parlimen yang bukan berbangsa India di sebelah sini, tidak membawa perkara ini kepada perhatian Yang Berhormat Perdana Menteri.

Dan bagaimana beliau tahu bahawa Yang Berhormat Perdana Menteri tidak mengambil berat perkara ini? So, jangan buat tuduhan ataupun sangkaan jahat.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Biar Menteri jawablah.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak mahu buang masa dengan Pendang. Saya dah meluat dengan dia. Saya cuma minta supaya...

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta supaya...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Eh, itu perkataan itu menghina. Tarik balik! Tuan Yang di-Pertua, 36(6), menghina saya.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Ya.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

“Meluat”, meluat menghina saya itu.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker membuat ruling.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini personal, tak boleh bawa dalam bab ini, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Pendang.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, personal tak boleh bawa. Dia menghina saya, 36(6). Suruh dia tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ini sangkaan jahat.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Koyak ini, ini koyak teruk ini.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. 36(6). Pendang. Apa jawapan kepada apa yang dibangkitkan oleh YB Jelutong?

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu benda peribadi, dia tak bolehlah sebut kata meluat. Kita profesional.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak, tak, tak. Saya nak tahu tentang tadi apa yang dibangkitkan oleh Jelutong. Jelutong kata, macam mana Pendang tahu dia tidak bawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Apa jawapan?

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya dah jumpa dengan Jawatankuasa MITRA dan juga NGO yang terlibat, yang buat tuntutan, claim. Mereka datang jumpa saya.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tunjuk semua bukti-bukti. Doktor yang...

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, saya faham. Isu, bukan isunya. Isunya, tadi YB Pendang kata ahli-ahli lembaga pengarah ini tidak membawa, sepatutnya bawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jelutong bangkitkan peraturan, kata sepatut –– mana Pendang tahu tak bawa?

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya. Jelutong. Jelutong.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Untuk makluman, kita juga telah berjumpa dengan Perdana Menteri. Pre-council, pre-council di rumah PM, di mana saya juga telah...

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jelutong, tak apa, tak apa. Okey. Jadi, saya nasihat macam ini lah YB Pendang, YB Pendang mungkin boleh tukar kata, “Bahawa, saya berharap YB Jelutong dan juga ahli-ahli lembaga yang lain dah bawa isu ini kepada Perdana Menteri”. Boleh? Baik, okey. Terima kasih. Teruskan.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Speaker, Speaker.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kena tambah ini, masa saya empat

draft • 3:30 PM

minit. Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya, ya. Apa ini?

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Speaker, 37(2).

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, sekejap. 37(2).

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

37(2), “Pengerusi boleh tidak benarkan mana-mana ahli meminta penjelasan sekiranya didapati bahawa Majlis Mesyuarat tidak punya masa secukupnya untuk menyelesaikan urusannya dan jika Pengerusi mempercayai bahawa niat ahli-ahli yang meminta penjelasan adalah semata-mata untuk mengacau ahli yang sedang bercakap”.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu point of order lah. Putrajaya, point of order bukan minta penjelasan.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap. Kampar, Kampar.

Kampar, I will handle this. Saya, Speaker sekarang ini, Pengerusi sementara, saya akan handle-kan.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak, saya bangkitkan tadi sebab saya tengok, terlalu tidak produktif. Kadang-kadang, just nak dapat penjelasan, benda-benda yang nak drag, ini membuang masa.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya faham, YB Putrajaya.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi saya mohon, Speaker. Saya mohon, saya mohon untuk tujuan sahabat-sahabat lain bercakap habis pada masa yang tepat, kita strict sikit Speaker, kalau boleh. Dah ulang benda yang sama. Kampar, Jelutong, Kampar, Jelutong. Sebagai contoh. Terima kasih Speaker.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya faham. Sekejap, sekejap. Sekejap.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sama lah. Pendang, Arau, Pendang, Arau, Pendang, Arau. Sama lah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, semua dah? Dah bertenang? Okey, saya akan jawab. YB Putrajaya, saya faham tapi cuma yang dibangkitkan adalah peraturan

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

mesyuarat. Bila dibangkitkan peraturan mesyuarat, saya sebagai Speaker, saya kena dengar dan saya kena dengar apa yang dibangkitkan dan buat keputusan. Jadi, itu yang saya dah.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tapi saya faham, lepas ni, saya tak bagi apa-apa celahan okey, kecuali ada peraturan mesyuarat. Jadi, saya pun nak minta YB Pendang...

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Speaker, Speaker.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh saya setuju dengan Speaker, peraturan mesyuarat betul, tapi kadang-kadang olahan itu terlalu panjang, sampai berminit- minit.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. Ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Putrajaya yang buat Dewan ini tidak produktif.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, bertenang, bertenang semua. The world is watching. Kita punya sidang ini live. Satu dunia boleh tengok. Whatever happens in this August House dengan izin, adalah cerminan kita sebagai Ahli-ahli Parlimen. Jadi, saya mohonlah kita, saya pun ada 20 minit lagi ini. Saya mohon boleh tak kita habiskan supaya nanti yang lain pun boleh teruskan. Okey YB Pendang. YB Pendang pun saya harap tak payahlah nak…

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker, Speaker, teguran itu Speaker dua-dua belah supaya kita boleh harmoni dan aman berbahas.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. Ya.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kedua-dua teguran tadi itu yang the world is watching, ya, dua-dua pihaklah.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. Ya lah, semualah sebab itu saya tengok sana.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak apa, dua-dua pihak. Semua itu, kalau kita buat begitu, kita dapat harmonikan Parlimen ini, ya. They’ve been too much.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. Saya cakap — Tak apa YB Beluran, I get your point.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Setiap hari macam ini Speaker ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey YB Beluran. Okey, YB Pendang, teruskan.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, I try to behave myself lah.

draft • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya. lima minit. Lima minit.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab itu saya patuh.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, lima minit.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tetapi, tengoklah. *I try to behave myself.

No problem.*

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

I appreciate. Terima kasih. Teruskan.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

I patuh dekat you hari ini. I cuba baik.

Tapi ya lah, bila kita berucap ini, kita kait sana sikit, itu bukan biasa.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Lima minit.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tapi dia orang koyak sangat. Okey, baik.

Terus kepada sini. Saya ingin terus kepada Yang Berhormat sebut tadi berkenaan dengan MITRA. Jadi, saya bangga memetik PuTERA35. Tetapi PuTERA35 langsung tidak dibahas atau disemak di Parlimen. Apakah punca kuasa untuk mengikat kerajaan melaksanakan dokumen ini? Hanya air liur dan gimik majlis pelancaran. Takkan air liur saya sebut pun nak koyak? Ini perkara-perkara yang saya kata kait serba sikit itu. Biasalah kita dalam ucapan politik, mereka pun kait juga tapi…

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Teruskan, teruskan.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

…Sampai kata PAS ajaran sesat, kami masih terima lagi pun...

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Teruskan, teruskan.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

…Tapi dia tak buktikan apa itu sesat.

Dia seorang yang kafir harbi menyebut kami Islam ajaran sesat. Ha kan?Tadi dia sebut tadi dalam Parlimen, tapi kami rileks ja.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya YB Pendang saya dengar tadi.

draft • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukuplah, cukuplah.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Baru saja Speaker tegur.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. YB...

draft • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Parti ajaran sesat itu dari Pagoh, tanya dekat Pagohlah.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Eh, you diam. Jangan tinggi suaralah.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tak dak nak… [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okay, saya dengar tadi. YB Pendang kata, daripada kafir harbi, tarik balik kafir harbi itu. Tolong.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia memang kafir pun.

[Ketawa] Tak boleh.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak, tarik balik kafir harbi. Saya mohon kafir harbi tarik balik.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia kafir.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, tarik balik kafir harbi, ya?

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ha, ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Teruskan.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Okay, baik terima kasih.

draft • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Mic, mic.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Okey, last kali, saya nak sebut satu perkara berkenaan dengan apa ni di kawasan sayalah iaitu di Pendang. Kita bila ada RMK ini, saya nak cadang kerajaan supaya semak semula pelan pembangunan negara yang dibuat pada tahun 70-an. Kerana apa? Sebagai contoh, di bandar-bandar sekarang ini semua dah, dah, dah apa ini, jammed — dah berlaku peningkatan penduduk infrastruktur dan sebagainya.

Contohnya, bandar di kampung saya, di daerah saya, di Pendang. Sistem jalan raya yang dibina tahun 70-an dengan penambah sudah jadi sangat sempit. Bila hari biasa pun jam, apatah lagi musim perayaan. Kita perlu susun semula bandar-bandar ini bila berlaku kesesakan, lalu lintas dan kita kena perlu mencukupi penyakit kronik perancangan bandar di seluruh negara ini dengan kita melihat balik, review balik kesesakan kemudahan tidak mencukupi, kualiti hidup yang merosak — yang, yang merosot.

Seperti juga macam masalah sosial, dadah dan sebagainya akibat daripada peningkatan ini kita hanya terikat dengan pembangunan tahun 70-an. Kita kena review balik dalam inilah kesempatan yang kita ambil untuk RMK13 ini untuk kita susun semula bandar- bandar kita berlaku peningkatan penduduk yang sangat drastik. Di kawasan daerah saya pun sekarang dulu penduduk hanya 80,000, 70,000. Sekarang sudah 150,000 Datuk Yang di- Pertua.

Jadi, kita minta kesempatan ini supaya kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Tambun, review and revise dia punya perancangan pembangunan negara. Saya boleh cakap elok, kalau tak diganggu oleh...

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey, teruskan, YB Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

‘Merak buih’ sana nu. Okey, baik.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, oleh sebab itu, kita tengok pembangunan yang tidak seimbang yang ketara di antara wilayah timur tadi disebut wilayah timur, wilayah tengah sepertimana di Kelantan dan Terengganu, penduduk, pendapatan tidak seimbang. Disebut oleh Hulu Langat tadi, dia kerajaan bagi semua peruntukan. Indikator dia apa dia? Indikator dia, apa ini Rancangan Malaysia Ketiga Belas, draf yang telah dibentangkan, berlaku tidak seimbang.

Sebab itu kita mencadangkan supaya berlaku perimbangan secara apa ini, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini untuk pembangunan bumiputera yang mana kita tengok 2026–2030, Pantai Wilayah Timur, wilayah timur dijangka tumbuh 4.7 peratus ketinggalan berbanding dengan wilayah tengah 5.0 dan wilayah selatan 5.1. Kenapa berlaku jurang ini?

Kerana kita tidak pindahkan peruntukan ini yang mana contohnya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang diambil daripada Kedah semua dibawa untuk pembangunan KDNK nya. Dia nampak negara ini miskin, patutnya kita kena agihkan, alihkan pelaburan kah

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

sepatutnya yang menjadi indikator utama untuk KDNK negara ini, supaya berlaku perseimbangan.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, sila.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh? Dia Pendang macam ini je Pendang. Sebab Selangor ini…

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah. Sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia tak bagi. Dia tak bagi.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah, tak bagi dah?

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap. Hulu Langat, tadi saya dah buat ruling YB Hulu Langat Saya tak bagi celahan sampai Pendang habis. Maaf.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey. Oleh sebab itu — tapi saya nak lihat...

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Hulu Langat duduk.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bagi, dia bagi.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dia — Saya tak bagi. Dah, dah, dah.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bagi.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

…Petunjuk bahawa tiada perancangan bagi memacu Wilayah Pantai Timur dengan projek strategik yang mampu melonjakkan ekonominya. Ini adalah kerana tiada projek berimpak tinggi yang diberikan kepada kawasan wilayah timur dibandingkan dengan wilayah tengah.

Oleh sebab itu, saya nak bagi satu fakta yang saya ambil daripada DOSM iaitu Pendang juga ingin membangkitkan berkaitan hal berkaitan dengan jurang pendapatan negeri di wilayah utara. Jurang KDNK per kapita antara Pulau Pinang 72,586 berbanding dengan Kedah sekitar 26,000 dan Perlis 25,656.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit lagi.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kenapa berlaku jurang ini adalah hampir tiga kali ganda? Jadi, kita bangkitkan perkara ini supaya kerajaan melihat balik RMK13 ini untuk nak imbangkan balik pendapatan di negara di wilayah timur dan wilayah tengah ini, kerana apa? Negara-negara — Negeri-negeri ini adalah negeri hampir 100 peratus bumiputera.

Tentulah bila sebut bumiputera, orang-orang Melayu, orang-orang Siam, orang- orang Kadazan, orang-orang Iban, orang-orang Murut. Jadi, kita tak bercakap bumiputera ni hanya untuk nak kata rasis saja, tidak. Bila saya sebut rasis, bila saya sebut bumiputera dikatakan rasis, saya sebut Mei 13 sebagai friendly reminder to us. Semua kita patut ambil benda-benda macam ni. Jadi, janganlah ambil terlalu bila sebut macam ini kata rasis anti agama. Kami tak dah sebut pun agama lain, kami tak dah kacau agama Hindu ke agama Kristian, kami tak pernah, kami hormat. Tapi dalam ni selalu sebut PAS ajaran sesat dan sebagainya.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, sepuluh saat lagi.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, oleh sebab itu saya nak gulung dah. Saya gulung. Last, ini last.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Lapan saat lagi. Saya dah panjang banyak bagi Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, terima kasih. Saya tahu Datuk Yang di-Pertua yang saya kasihi. Yang saya ingin menegas lima cadangan untuk penambah baik…

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ada, maaf.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kembalikan agenda bumiputera ke arus perdana…

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pastikan nilai tambah dalam semua perolehan strategik, perkukuhkan pembangunan luar bandar, tindakan kuasa beli rakyat, kita tingkatkan kuasa beli rakyat dan seterusnya ketelusan dalam projek mega, elakkan kos melambung tanpa penjelasan. Itu adalah integriti. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Wabillahi taufiq wal hidayah, kepada Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati dan saya sayangi. Terima kasih kerana sangat adil pada hari ini.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order. Yang Berhormat, point of order.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order bukan untuk dia, tapi untuk, untuk orang yang pada Dewan iaitu 36(6). 36(6) iaitu Jelutong tadi berkata Pendang dengan Arau dan sekumpulan ahli Parlimen bertunggu di pintu belakang untuk ajak dia bergaduh. Apa bukti yang menuduh kami ajak dia bergaduh?

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, video ada, video ada.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Kamu, kamu...

draft • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Speaker sudah kata akan review… [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Sekejap. Okey, YB Arau. Saya faham apa YB Arau. Boleh duduk YB Arau. Saya akan buat ruling tentang perkara ini. Ruling dia adalah, pertama, saya tak ada dalam Dewan masa itu. Kedua, saya difahamkan bahawa perkara ini telah pun dalam pertimbangan Tan Sri Speaker. Jadi kita tunggu keputusan daripada Tan Sri Speaker tentang perkara ini.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya okey. Saya setuju, Yang Berhormat. Tapi, masalah rakyat Malaysia, dunia tengok seolah-olah yang kami ini ajak bergaduh.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, tak apa.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebagai bekas Presiden Tomoi Negeri Perlis.

draft • 3:40 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, tak apa.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Takiyuddin sebagai guru Tomoi, kalau kami nak ajak bergaduh, kami ada gelanggang bukan di Parlimen.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, tak apa, tak apa. Tak apa, YB Arau...

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sudah menjadi Parlimen yang terlama, tapi tak pernah saya bergaduh dalam Dewan ini.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi dia tuduh kami ajak bergaduh padahal kami ajak pergi minum.

[Ketawa] [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita ajak pergi minum.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Maaf. YB Arau...

draft • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, Arau, video ada. Tunggu esok, tunggu esok, tunggu esok.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar. Okey, semua. Semua duduk.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekaranglah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Semua duduk. Semua duduk. YB Arau, duduk dulu. Duduk dulu. Saya dah buat ruling tentang apa yang YB Arau bangkitkan. Kita tunggu Speaker buat keputusan nanti. Saya tak ada dalam Dewan masa tu. Okey, ada point lain?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(12).

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, apa?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jelutong mengatakan, Marang mengeluarkan perkataan “Kuala Lumpur ini kacau kerana ada DAP” dan juga lain-lain lagi.

Dia sebut, “Barisan Nasional”. Tok Guru tak menyebut Barisan Nasional. Tapi dia tambah perkataan Barisan Nasional. Itu yang boleh menimbulkan pergaduhan. Dan dia tuduh PAS ini parti ajaran sesat. Itu sebab saya sebut perkataan yang hebat di Parlimen tadi. Rakyat Malaysia kena ingat, kita tak boleh dianggap main-main. Ini bukan ceramah di luar. Ini di Parlimen, Dewan yang mulia. Menuduh sebuah parti ajaran sesat adalah satu kemungkaran.

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey.

draft • 3:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, saya check Hansard tadi. Saya check Hansard tadi.

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Kampar, Kampar, Kampar, sekejap.

draft • 3:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Marang kata, “DAP, PH dan rakan-rakan”. “Dan rakan-rakan”.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah? Dah? Okey. Sekali lagi, perkara yang sama, saya tak ada dalam Dewan masa tu. Saya dekat JAWI tadi dengan Hulu Langat, Friends of Ministry. Saya tak tahu apa yang berlaku. Jadi, kalau untuk saya buat ruling pada ketika itu, memang tak boleh. Dan kalau ada apa-apa yang tak puas hati, boleh buat usul, bawa kepada Tan Sri Speaker. Jadi, sekali lagi saya nak ingatkan, okey, kita ― the world is watching. Tolong. Kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Baiklah. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Batang Lupar, saya tak perlu ini ya?

[Menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] Saya letak sini okey.

draft • 3:51 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Okey. Memang tak ada gangguan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Batang Lupar bangun untuk turut serta membahaskan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Tuan Yang di-Pertua, dalam keterujaan kita melihat ke hadapan, saya kira wajar untuk kita turut menilai sejauh manakah sasaran-sasaran yang ditetapkan dalam RMK12 sebelum ini berjaya dicapai. Sejauh mana kita berjaya mencapai sasaran untuk menaik taraf dan membina 1,400 kilometer jajaran jalan luar bandar berturap di Sabah dan Sarawak?

Sejauh manakah pencapaian kita dalam membina dan membaiki 26 buah rumah usang untuk isi rumah miskin di Sabah dan Sarawak? Sejauh manakah penyediaan infrastruktur digital dan penembusan jalur lebar berjaya dilaksanakan di luar bandar Sabah dan Sarawak? Perlu ada kesinambungan antara kedua-dua RMK ini demi memastikan tiada projek yang tertangguh atau pun lewat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk perbahasan kali ini, saya ingin memfokuskan kepada beberapa sektor utama yang saya lihat penting untuk mengangkat martabat kawasan luar bandar iaitu pertamanya, pendidikan. Keduanya, agroekonomi. Ketiga, keselamatan dan keempat, pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pendidikan bakal menerima peruntukan yang besar di bawah RMK13 iaitu sebanyak RM67 bilion, melebihi 10 peratus peruntukan keseluruhan untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Saya menyambut baik hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mewajibkan pendidikan awal kepada anak-anak seawal usia lima tahun dan memperbanyakkan kemudahan prasekolah di kawasan luar bandar.

Pendedahan awal anak-anak ini kepada teknologi kecerdasan buatan juga harus disokong bersama dengan cara melengkapkan bilik-bilik darjah dengan teknologi dan peranti digital yang interaktif seperti papan interaktif, peralatan audio-visual serta perisian-perisian yang berkaitan.

draft • 3:51 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana telah sudi turun padang ke SMK Sebuyau dan SK Haji Bujang Sebangan baru-baru ini. Alhamdulillah, kerja-kerja awalan di SMK Sebuyau kini sudah pun bermula dan saya amat berharap agar projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya ingin mencadangkan agar kementerian dapat mempertimbangkan gantian penuh baharu SK Tuanku Bagus di Sebuyau berikutan keadaan sekolah ini yang amat tidak kondusif untuk anak-anak kita belajar.

Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak juga banyak berlaku isu di mana kelas-kelas terpaksa disatukan berikutan kekurangan bilik darjah untuk menampung jumlah pelajar.

Bayangkan pelajar Tahun 2 terpaksa duduk sekelas dengan pelajar Tahun 3 dan pelajar Tahun 4 disatukan dengan pelajar Tahun 5. Situasi seperti ini tidak harus dibiarkan berterusan.

Dalam merangka hala tuju untuk tempoh lima tahun yang akan datang, Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah segera bagi membina blok-blok tambahan di sekolah- sekolah yang kritikal untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah ini. Keadaan ini turut membawa kepada masalah baharu iaitu wujudnya persekolahan dua sesi. Bilangan sekolah dua sesi ini akan bertambah setiap tahun andainya perkara ini tidak diambil tindakan yang serius, dan pastinya ia akan memberi tekanan kepada kakitangan dan guru-guru di sekolah.

Terkait dengan masalah kekurangan guru di Sarawak, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha yang berterusan daripada pihak kementerian yang saya percaya cuba mencari solusi terbaik kepada isu ini. Namun demikian, masalah ini agak kompleks apabila ambilan guru baharu itu tidak mengikut keperluan kekosongan jawatan yang diperlukan di sekolah-sekolah. Umpamanya, guru baharu tersebut major opsyennya ialah mengajar Bahasa Melayu tetapi keperluan sebenar di sekolah tersebut adalah guru Matematik.

Oleh itu, saya berpandangan supaya pengambilan guru harus disepadankan dengan jumlah kekosongan opsyen yang sebenarnya diperlukan oleh sekolah-sekolah yang berkenaan. Dengan kata lain, pengambilan guru-guru baharu haruslah berpaksikan kepada keperluan mata pelajaran yang dikenal pasti menghadapi masalah kekurangan guru.

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi berkenaan dengan isu pendidikan. Ketika ini hanya terdapat lima buah sekolah sukan Malaysia yang ditubuhkan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah. Bagi melahirkan atlet pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik secara seimbang, saya memohon agar diwujudkan sebuah sekolah sukan Malaysia di Sarawak.

Telah terbukti SSM ini dapat melahirkan atlet-atlet yang berkualiti dan terbukti telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Antaranya ialah Datuk Pandelela Rinong dan Bryan Nickson Lomas dalam acara terjun yang juga merupakan berasal daripada Sarawak.

Jadi, sekali lagi, saya mengharapkan Kerajaan MADANI kali ini dapat mempertimbangkan pembinaan sebuah sekolah sukan Malaysia di Sarawak bagi mencungkil dan melatih bakat anak-anak muda termasuk dari kawasan luar bandar dalam bidang sukan.

draft • 3:51 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Seterusnya, agromakanan dan agrikomoditi. Tuan Yang di-Pertua, kawasan IADA Batang Lupar menjadi lokasi kepada program Smart Sawah Berskala Besar pertama di Sarawak. Program ini dirangka khusus untuk meningkatkan pengeluaran padi beras untuk mengurangkan kebergantungan kepada beras import, sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah. Oleh itu, peruntukan yang besar harus disalurkan dalam RMK13 melalui bajet tahunan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi membolehkan infrastruktur sokongan dan sistem pengairan tertier disediakan di kawasan IADA Batang Lupar bagi mencapai sasaran pengeluaran padi sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.

Selain penanaman padi, kawasan Batang Lupar juga mempunyai majoriti penduduk yang merupakan nelayan di kawasan pesisiran pantai. Adakah pihak KPKM melalui agensi seperti Jabatan Perikanan dan LKIM akan menyediakan lebih banyak jeti pendaratan ikan dan perumahan nelayan di Batang Lupar dalam tempoh RMK13 ini? Adakah kompleks perikanan LKIM di Beladin akan dilengkapkan dengan kemudahan bilik sejuk beku dan pusat penjualan diesel bersubsidi?

draft • 3:51 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya memohon agar dua perkara ini dapat disediakan kerana inilah nadi dan komponen penting yang membolehkan sesebuah kompleks perikanan beroperasi dengan optimum.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat mengharapkan di bawah RMK13 akan ada diperuntukkan pembinaan kolej TVET dan pusat latihan di Parlimen Batang Lupar dengan pengkhususan dalam bidang pertanian dan perikanan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran terkini dalam sektor ini sekali gus menarik minat golongan muda dalam bidang ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, perkara yang hendak saya bahaskan ialah tentang keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Mewujudkan persekitaran yang selamat juga penting dalam memastikan agenda pembangunan RMK13 dapat dilaksanakan dengan berkesan. Baru-baru ini telah berlaku sebuah kebakaran di Kampung Tengah Sri Aman di mana tujuh buah rumah telah terbakar dijilat api. Lima buah rumah musnah sepenuhnya dan dua buah rumah musnah sebahagian.

Walaupun BBP terdekat hanya terletak kurang sepuluh kilometer dari lokasi kejadian, namun kebakaran tersebut tetap sukar dipadamkan akibat faktor-faktor seperti keadaan jalan yang sempit dan tekanan air yang rendah. Oleh itu, saya ingin mencadangkan pemeriksaan berkala dapat dijalankan oleh pihak bomba bersama pasukan bomba sukarela ke atas peralatan pemadaman api termasuklah keadaan pili dan tahap tekanan air. Latihan fire drill, dengan izin juga perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan pihak pasukan bomba sukarela sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi keadaan kecemasan di kawasan masing- masing.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Dalam hal ini, saya juga berharap agar kerajaan dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan pembangunan untuk kerja-kerja menambah baik balai-balai dan kuarters daif untuk anggota polis dan bomba termasuk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa pihak KPKT telah memulakan kerja-kerja awalan untuk pemilikan tanah bagi Balai Bomba dan Penyelamat Pusa di mana cadangan pemajuan untuk pembinaan balai ini di bawah RP1 RMK13 telah diangkat untuk kelulusan Kementerian Ekonomi. Maka, saya ingin bertanya apakah status kelulusan tersebut?

Harapan saya agar ia nya akan dapat dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang akan datang. Saya juga berharap sebuah lagi balai bomba dan penyelamat dapat dimasukkan ke dalam RMK13 pada kali ini iaitu Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Sebuyau. Justifikasi pembinaan di BBP Sebuyau ini ialah jarak perjalanan daripada BBP terdekat memakan masa hampir sejam. Keadaan ini tidak memungkinkan situasi bencana kebakaran itu ditangani dengan segera di mana ia nya membawa kepada kemusnahan harta benda dan lebih teruk lagi kemungkinan kehilangan nyawa.

Poin terakhir Tuan Yang di-Pertua, tahun depan merupakan Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, perlu ada kerjasama erat di antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan untuk mempromosikan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia sama ada di media sosial, media massa mahupun di pentas antarabangsa.

Saya juga ingin memohon supaya peruntukan dapat disalurkan melalui MOTAC untuk menjayakan penganjuran Pesta Kebudayaan dan regata yang diadakan di setiap bahagian dan daerah di Sarawak. Acara regata dan lumba perahu sebagai contoh amat sinonim dengan Sarawak. Penganjuran pesta ini bukan sahaja berpotensi menarik pelancong dalam dan luar negara malah ia sedikit sebanyak turut membuka peluang kepada usahawan dan peniaga-peniaga kecil tempatan untuk mempromosi dan menjual produk mereka.

Kesimpulan Puan Speaker, sebagai wakil rakyat adalah menjadi tanggungjawab saya bersama untuk memastikan segala perancangan dan visi yang tertulis dalam dokumen RMK13 ini bukan hanya sekadar retorik tetapi dapat diterjemahkan kepada sesuatu realiti yang dapat dilihat, dirasai dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Puan Speaker, sekian saya mohon menyokong.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput, Yang Berhormat Kangar.

draft • 4:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat dan terlebih dahulu saya ingin kalau bolehlah Yang Berhormat Menteri KBS dan Yang Berhormat Timbalan Menteri KBS jangan keluar lagilah.

draft • 4:05 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Banyak cerita tentang sukan ya, okey.

Jadi tahniah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah selesai membentang RMK13, kami selaku pembangkang di Dewan Rakyat mengharapkan bahawa RMK13 dapat

draft • 4:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

direalisasikan sebaiknya dan tidak menjadi sekadar dokumentasi penting dalam pembangunan negara. Hasrat dan hala tuju negara perlu jelas walaupun rancangan- rancangan Malaya, rancangan-rancangan Malaysia hingga kini telah pun melalui beberapa fasa pembangunan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan pertama saya adalah berkaitan dengan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan negara kita telah melalui pelbagai peringkat bermula era pascamerdeka, bermula dengan Laporan Razak 1996 sehingga era pendidikan moden pada hari ini melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 dan kita juga sedang menunggu Pelan Pendidikan Masa Depan 2026–2036.

Jadi, Kangar ingin menyentuh sedikit mengenai reka bentuk kurikulum ataupun curriculum design dengan izin, yang merupakan satu proses merancang, membangun, melaksanakan kurikulum pendidikan di negara ini. Ia melibatkan beberapa aspek penting termasuk orientasi, prinsip organisasi dan model reka bentuk.

Kurikulum di Malaysia juga mengambil kira konteks pendidikan negara, keperluan murid atau pelajar dan masyarakat. Soalan saya, setakat manakah curriculum design ini memberi perhatian kepada keperluan minat dan gaya pembelajaran pelajar dalam pelan pendidikan terbaharu? Kadang-kadang minat murid atau pelajar diabaikan dan tidak dapat dikembangkan.

Saya ingin merujuk Bab 3 di satu reformasi pendidikan. Langkah ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, pengetahuan, berdaya cipta, berketerampilan, berakhlak mulia, berkeyakinan tinggi, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Reformasi dapat membentuk bakat tersedia masa depan bagi memenuhi keperluan dan menyokong perubahan struktur industri serta meningkatkan daya saing negara ke arah ekonomi berasaskan penciptaan nilai. Jika dilihat dari segi dokumentasi, reformasi pendidikan dalam RMK13, ia nya amat menarik. Namun begitu, ia belum tentu menjadi pada peringkat pelaksanaan, terutamanya di sekolah-sekolah, sama juga dengan pelan pendidikan sebelumnya. Maksud saya, pelan-pelan pendidikan yang kita buat selama ini lebih kepada dokumentasi tetapi apabila pergi ke peringkat pelaksana di peringkat sekolah, situasi sudah mula berubah. Apa yang dirancangkan, dia tidak menjadi seperti keadaan sebenar.

Contohnya isu bulilah. Kita cuba banteras buli tetapi terus berlaku hingga kini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membahaskan mengenai memperkasakan kurikulum. Setakat manakah murid-murid di Malaysia boleh berbahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah bahasa pengantar di sekolah-sekolah di bawah KPM.

Lagipun negara kita sudah merdeka lebih daripada 60 tahun.

Dalam RMK13, bahasa Melayu tidak diangkat sebagai mata pelajaran penting, sebaliknya bahasa Inggeris diangkat oleh KPM. Adakah negara kita akan terus dibelenggu dengan rakyat yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan fasih? Jika rakyat

draft • 4:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu, maka ia merupakan satu kegagalan dalam sistem pendidikan Malaysia dan kurangnya sifat patriotisme di kalangan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada — masih lagi kurikulum iaitu kepada mata pelajaran Geografi. Mata pelajaran Geografi adalah mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas.

draft • 4:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Soalannya, mengapakah mata pelajaran Geografi tidak diangkat menjadi mata pelajaran wajib? Memandangkan terlalu banyak isu alam sekitar di negara kita khususnya dan di seluruh dunia amnya.

Sekurang-kurangnya, mata pelajaran Geografi boleh meningkatkan kesedaran murid. Seperti isu kepakaran hutan, isu penebangan hutan, isu bekalan air, isu pembangunan yang tidak seimbang dan sebagainya. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti murid-murid ini akan menjadi pemimpin negara dan mereka akan mempunyai pengetahuan yang asas tentang bagaimana untuk membangunkan alam di dunia ini.

Saya pergi kepada mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Yang ini saya fokus kurikulum. Jadi, mata pelajaran ini dilayan sebagai mata pelajaran kelas dua di sekolah.

Daripada pemerhatian saya, mata pelajaran PJK, proses PdP, proses pembelajaran dan pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Kadang-kadang kelas berjalan tanpa pengawasan guru. Kadang-kadang kelas diambil oleh mata pelajaran yang lain.

Kemungkinan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak mendapat bimbingan yang cukup, menyebabkan kelas ini berjalan sambil lewa. Jadi, minta KPM turun ke sekolah- sekolah memantau perjalanan kelas PJK. Sudah berapa banyak pelan reformasi pendidikan tetapi mata pelajaran PJK tetap berjalan begitu saja tanpa apa-apa reformasi. Jadi, Kangar mencadangkan agar PJK dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan awam.

Seterusnya, memperkasakan kokurikulum. Bidang kokurikulum amat penting dalam kemenjadian murid. Lagi sekali saya tegaskan, seperti dua minggu lepas, perluaskan bidang kokurikulum dalam kalangan murid. Kemenjadian murid, keyakinan murid, banyak bermula daripada kegiatan kokurikulum. Soft skills, dengan izin, inilah yang boleh diperolehi di luar kelas melalui pertandingan debat, pidato, pantun, pertandingan-pertandingan sukan, mewakili sekolah, mewakili negeri, mewakili negara. Akan menjadi nilai tambah yang baik untuk pelajar-pelajar.

Jadi soalan saya, adakah KPM bersedia untuk menawarkan latihan-latihan perguruan kepada bekas-bekas atlet, bekas-bekas pemidato untuk menjadi guru yang komited dengan tugas-tugas kokurikulum?

Tuan Yang di-Pertua, isu-isu pendidikan yang lain. Adakah KPM bersedia untuk menambahkan bilangan sekolah-sekolah agama kerajaan di seluruh Malaysia?

Memandangkan sambutan ibu bapa amat tinggi untuk sekolah agama.

Pada masa kini, ibu bapa mulai sedar tentang kurikulum sekolah agama yang banyak membantu kemenjadian murid. Pada masa kini, untuk masuk ke sekolah-sekolah agama rendah dan menengah, kebolehan kognitif menjadi keutamaan. Manakala murid-murid yang lemah, sukar untuk masuk ke sekolah-sekolah agama.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kesannya adalah kepada sekolah rendah dan sekolah menengah kebangsaan. Di mana murid-murid lemah banyak berkumpul di situ. Jadi, sekolah agama kita nampak melonjak dari segi pencapaian. Sekolah kebangsaan masih berada di tahap yang rendah.

Isu seterusnya, isu semasa. Zara Qairina. Saya cuba bawa isu ini dalam perspektif yang berbeza. Sebab banyak dah orang bawa isu buli dan sebagainya tapi saya bawa isu yang berbeza. Sebagai bekas guru, sebagai bekas warden, saya pernah jadi warden. Saya memahami tugas-tugas warden.

Warden tidak cukup rehat. Kadang-kadang duduk dalam tandas pun budak-budak panggil dah. “Cikgu, cikgu”. Warden berkhidmat 24 jam. Kadang-kadang warden tidak mampu berkhidmat setiap masa. Warden hanya dihentam oleh masyarakat.

[Batuk] Jadi serak dah. Bukan senang untuk mengawal semua murid-murid. Jadi, pengurusan murid- murid berasrama amat berisiko. Suka atau tidak, guru yang menjadi warden perlu menjalankan tugas sebaik mungkin.

Jadi, soalan saya apakah tindakan KPM bagi meringankan beban warden? Warden akan dipersalahkan setiap kali ada isu. Tidak kiralah isu buli, bergaduh, merokok, panjat pagar sekolah dan lain-lain. Wang bukan ukuran tetapi pengurusan murid-murid di asrama perlu ditingkatkan. Jadi, isu Zara Qairina adalah isu terkini. Pohon siasatan lebih telus.

Kadang-kadang yang bersalah, mungkin anak kita. Jangan kita sembunyikan perkara-perkara yang macam ini. Siasatan yang bebas perlu dibuat, barulah kita menjadi pentadbir yang adil.

Isu Muhammad Zulfan Iqbal, murid SSTMI. Setakat manakah hasil siasatan hingga kini? Untuk pengetahuan, Muhammad Zulfan adalah bekas pelatih bola sepak SSTMI yang mati lemas di kolam sekolah sukan tersebut.

Isu pendidikan seterusnya, kawasan sedikit. Mohon KPM mempercepatkan usaha- usaha menaik taraf padang bola sepak SMK Syed Alwi, yang menjadi pusat latihan daerah.

Mengangkat kembali permohonan untuk mendapatkan dewan terbuka untuk SK Ujong Batu.

Dan mengangkat kembali permohonan padang sintetik untuk SMK Putra.

Okey, saya pergi kepada sukan. Masa ada seminit lebih. Sementara Menteri duk ada.

RMK13, Bab 5, D14 mempertingkatkan perkhidmatan rakyat dalam aktiviti sukan. Jadi, untuk pengetahuan di Dewan, Parlimen Kangar bersedia membangunkan kawasan Sungai Batu Pahat sebagai - dan kawasan sekitar, sebagai pusat sukan dan pusat rekreasi. Terima kasih KBS, kerana menaik taraf track motocross dengan Batu Pahat. Yang sesuai untuk acara peringkat tempatan dan antarabangsa.

Namun begitu, kami memerlukan dana tambahan untuk membangunkan campsite.

Kami nak buat campsite berhampiran tapak berkenaan. Di tapak berkenaan, bukan setakat track, malah terdapat sebuah tasik buatan. Yang boleh dijadikan tempat memancing dan sebagai kawasan rekreasi. Kami memerlukan dana tambahan untuk membangunkan tasik berkenaan.

Rasionalnya, campsite boleh dijadikan sebagai motorhome ketika event sedang berlangsung. Kosnya tidaklah terlalu tinggi, kerana ia memerlukan penyediaan tapak camp

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

sahaja. Dan pada 26-27 September, track day akan diadakan di tapak litar Sungai Batu Pahat. Seterusnya, isu – sekejap, apa Tuan Yang di-Pertua?

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Isu.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada isu?

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ada, ada, ada. Okey, saya masuk isu Perlis sikit nah. Isu kritikal yang membelenggu rakyat Perlis ialah berkaitan (NRW) non-revenue water.

Jadi, Perlis ini dikatakan cecah 62 peratus tertinggi di Malaysia.

Jadi, saya mohon apakah indikator prestasi yang digunakan oleh kementerian untuk mengukur keberkesanan peruntukan RM436.5 juta di bawah RMK13 bagi mengurangkan NRW di Perlis? Okey, seterusnya.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Berkaitan dengan sawah padi. Okey, dengan pesawah, sikit. Pesawah minta JPS untuk membantu penggunaan teknologi micro irrigation ataupun empangan kecil di kawasan. Dan seterusnya untuk KKR.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, masa sudah cukup. Sila duduk.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Menaiktaraf.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat, Cheras.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ada sikit lagi ini. Jalan Pesanan Wawasan.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jalan Pesanan Wawasan. F262, Kangar Perlis.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dah naik taraf?

draft • 4:10 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tak mau, duduk keluar.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kita sedang hidup dalam dunia yang penuh dengan harapan tetapi juga sarat dengan cabaran. Di sekeliling kita, keamanan global sedang terancam, kestabilan serantau sering diuji dan ke tekanan politik mampu mengubah pasaran dalam sekelip mata.

Perubahan iklim terus mengancam alam sekitar, manakala halangan tarif dan dasar perlindungan (protectionism) mengganggu aliran perdagangan bebas, serta mempengaruhi rantaian pengeluaran dan bekalan. Faktor-faktor yang tidak diingini ini membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan. Keadaan yang boleh menjejaskan rancangan kita jika kita membiarkannya.

Namun, rakyat Malaysia tahu bahawa daya tahan sudah sebati dalam DNA kita.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Pelan Induk Negara dari 2026 hingga 2030 merangka

draft • 4:18 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

haluan berani ke hadapan melalui tiga teras dasar utama. Memperkukuhkan tadbir urus yang baik, meninggikan siling ekonomi dan meningkatkan lantai sosial.

draft • 4:18 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Puan Yang di-Pertua, Sabtu lalu, 9 hari bulan Ogos, menandakan ulang tahun ke-80 pengeboman atom di Nagasaki. Bandar Jepun itu musnah pada hari tersebut apabila Amerika Syarikat menjatuhkan bom plutonium seberat 4,535 kilogram yang serta-merta meragut nyawa kira-kira 27,000 orang daripada anggaran 200,000 penduduk bandar itu. Tiga hari sebelumnya, pengeboman di Hiroshima dianggarkan telah meragut lebih kurang 70,000 nyawa. Menjelang akhir tahun yang sama pada 1945, jumlah korban di kedua-dua bandar telah mencecah kira-kira 210,000 orang. Selepas pengeboman tersebut, Jepun menyerah kalah pada 15 hari bulan Ogos, menamatkan Perang Dunia Kedua.

Selepas perang, Puan Yang di-Pertua, tertubuhnya susunan antarabangsa berpusatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan konsensus global berteraskan keamanan serta pembangunan. Namun, keamanan dunia bukanlah sesuatu yang terjamin secara semula jadi. Hakikat yang pahit ialah dunia telah berdepan cabaran yang berat sejak berakhirnya perang dingin. Landskap global yang aman kini semakin merosot pada kadar yang membimbangkan. Hakikatnya, peperangan dan konflik bersenjata sama ada besar atau kecil tidak pernah terhenti di bumi ini sejak tamatnya Perang Dunia Kedua.

Menurut Global Peace Index 2025 yang dikeluarkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP) pada bulan Jun, tahap purata keamanan dunia telah merosot sebanyak 13 kali dalam tempoh 17 tahun. Kini terdapat 59 konflik bersenjata berasaskan negara yang aktif di seluruh dunia, manakala penyelesaian konflik melalui perjanjian damai telah berada pada tahap terendah dalam sejarah.

Satu contoh cemerlang penyelesaian berjaya bagi konflik sempadan serantau telah dicapai dua minggu lalu di Kuala Lumpur. Tahniah kepada Kerajaan MADANI kita kerana memainkan peranan sebagai pengantara dan pemudah cara dalam mencapai perjanjian gencatan senjata segera dan tanpa syarat antara Kemboja dan Thailand pada 28 hari bulan Julai.

Laporan IEP turut memerhatikan bahawa perlumbaan senjata global semakin meningkat. Pengasingan ekonomi dan keruntuhan sistem antarabangsa berasaskan peraturan telah mencipta keadaan yang kondusif untuk konflik berskala besar, mendorong susunan antarabangsa ke arah titik kritikal yang berbahaya. Tidak syak lagi bahawa susunan antarabangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua telah runtuh. Pada 8 hari bulan ini, Perdana Menteri Israel mengumumkan keputusan untuk menduduki sepenuhnya Gaza.

Jika ini benar-benar berlaku, ia pasti akan membawa kepada kehilangan nyawa dan kemusnahan yang lebih besar. Ini akan menjadi satu jenayah perang yang serius dan masyarakat antarabangsa mesti melakukan segala yang termampu untuk menghentikannya serta melindungi orang awam yang tidak berdosa.

Puan Yang di-Pertua, saya menyentuh isu ini kerana saya amat percaya bahawa masyarakat global termasuk semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan berfikiran waras pastinya mahu memastikan tragedi Perang Dunia Kedua tidak akan berulang. Saya

draft • 4:20 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

berharap, kerajaan dengan kejayaan buat julung kalinya mendamaikan peperangan antara dua negara ASEAN dapat membuat ikrar untuk mengambil langkah seterusnya dalam mempromosikan keamanan dunia. Saya ingin menegaskan di sini, bahawa tiada negara dan tiada rakyat yang dapat terlepas daripada kesan buruk peperangan. Demi bumi yang selamat untuk seluruh umat manusia, kita seharusnya menyertai barisan negara yang secara aktif menyuarakan dan berusaha untuk mewujudkan dunia bebas nuklear. Kita perlu terlebih dahulu memastikan rakyat kita sendiri memahami dan bersetuju dengan inisiatif ini serta mengambil sikap positif dalam menyokong pendirian ini.

Saya ingin mengingatkan di sini, janganlah kita lupa bahawa lusa, pada 15 hari bulan akan menandakan ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua, dua hari lagi. Namun, saya kesal untuk mengatakan bahawa kerajaan seolah-olah menganggap hari ini baik pun yang lepas ataupun sekarang, yang membawa makna khas dan mendalam, seperti biasa sebagai sesuatu yang tidak layak disebut malah diabaikan sepenuhnya seperti yang berlaku pada masa lalu dan masih berulang sekarang.

Walaupun negara kita masih lagi belum terbentuk sebagai sebuah negara yang merdeka semasa berlakunya Perang Dunia Kedua dan Malaya serta Sabah dan Sarawak merupakan jajahan British pada masa itu. Perkara itu tidak bermaksud, tidak ada kita terlibat secara langsung dalam konflik global itu. 83 tahun yang lepas, pihak Jepun telah menjajah Malaya dan serangan mereka ini telah membawa pertumpahan darah secara besar-besaran Terdapat kejadian di mana seluruh kampung dihapuskan seperti Kampung Jelondong atau Yu Lang Lang di Jelebu, Negeri Sembilan di mana kesemua 1,477 penduduknya dibunuh oleh rejim penjajahan Jepun. Dalam pertanyaan-pertanyaan saya sebelum ini di Dewan yang mulia ini, untuk makluman Puan Yang di-Pertua, kerajaan menyatakan bahawa saya tidak, bahawa kita tidak ada apa-apa majlis sambutan khusus untuk memperingati mangsa kezaliman Perang Dunia Kedua yang telah terkorban di tanah air kita.

Perlu untuk saya tekankan di sini bahawa adalah penting untuk kita semua memperingati tragedi global ini, untuk kita memperingati segala pengorbanan nenek moyang kita di tanah yang kita kongsi bersama ini dan untuk kita menginsafi kekejaman perang terhadap sesama manusia.

Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan di sini adalah Malaysia kini berdepan dengan jurang ketara dalam liputan insurans dan tahap perlindungan yang mencukupi yang mengakibatkan jurang ketidaksamarataan kesihatan semakin melebar. Saya sedar bahawa kerajaan, memandangkan kos rawatan perubatan yang semakin meningkat dan memberi kesan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia sedang berusaha melaksanakan langkah- langkah pengawalseliaan dalam pembiayaan penjagaan kesihatan dan insurans kesihatan swasta yang mengimbangi aspek kemampuan, kelestarian dan kualiti.

Namun, apa yang lebih membimbangkan saya adalah hakikat pahit bahawa hampir 60 peratus rakyat Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful. Ini bermakna lebih 300 daripada kira-kira 550 orang yang meninggal dunia setiap hari meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang perlindungan. Bagi mereka yang kurang

draft • 4:20 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

dilindungi under insured, jumlahnya amat mengejutkan ialah 90 peratus daripada populasi kerana ramai hanya mempunyai perlindungan yang tidak mencukupi berbanding keperluan sebenar mereka.

Industri insurans telah wujud di negara ini selama lebih daripada satu abad.

Kebanyakan syarikat insurans terbesar di dunia juga beroperasi di sini. Maka adalah tidak boleh diterima bahawa majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan insurans, terutamanya kumpulan B40 yang membentuk sebahagian besar populasi.

Puan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan menyediakan bantuan kepada pesakit berpendapatan rendah seperti skim mySalam, namun jumlah bantuan kewangan adalah jauh daripada mencukupi untuk menampung kos rawatan tinggi bagi penyakit kritikal.

draft • 4:20 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Menghadapi situasi kadar penembusan insurans keseluruhan yang rendah, di mana sebahagian besar rakyat tidak dilindungi, saya ingin bertanya adakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi cabaran berganda iaitu penuaan populasi dalam masa terdekat dan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat akibat inflasi perubatan serta kemunculan rawatan yang lebih mahal. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Cheras. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan izin kepada saya Ahli Parlimen Maran mewakili rakyat di Maran untuk turut membahaskan cadangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2025 hingga 2030 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 31 Julai yang lalu.

Datuk Yang di-Pertua, kita telah melalui rancangan lima tahun negara sejak Rancangan Malaysia Yang Pertama lagi sehingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas yang mana di peringkat awalnya menekankan kepada program membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang lebih dikenal sebagai ramai dengan Dasar Ekonomi Baru kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Kini kita telah sampai kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Apakah kita telah boleh berbangga dengan pencapaian program dan pencapaian matlamat yang telah disasarkan dalam rancangan-rancangan lima tahun sebelum ini?

Sewajarnya perancangan dan pelaksanaan program-program di bawah setiap rancangan Malaysia ini mesti disusuli dan dibawa kembali kepada rancangan lima tahun berikutnya, terutama jika terdapat aspek-aspek belum dicapai dengan beberapa pengubahsuaian. Namun demikian Datuk Yang di-Pertua, terdapat beberapa projek-projek berkepentingan rakyat yang telah diluluskan dalam rancangan lima tahun Malaysia sebelum ini tidak diteruskan malah dihilangkan terus. Satu langkah yang amat ketara ialah pembinaan Hospital Maran.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Hospital Maran telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu Dato’ Sri Najib dengan peruntukan RM150 juta

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

telah pun diluluskan. Yang Berhormat Dato’ Sri sekarang berada di penjara. Beliau bak lilin terbakar diri menerangi rakyat di negara ini, tapi ada antara kita yang mengkhianati beliau dalam kes 1MDB dan sebagainya.

[Tepuk] PH memerintah 22 bulan. Senarai pelaksanaan Hospital Maran ini dihilangkan dan digugurkan. Saya terus perjuangkan. Tak guna saya menjadi Ahli Parlimen Maran jika saya tidak mempertahankan pelaksanaan Hospital Maran ini. Apabila Pagoh menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kelapan, cadangan Hospital Maran ini disenaraikan semula dengan peruntukan diluluskan sebanyak RM200 juta.

Apabila Yang Berhormat Bera, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Kesembilan, Hospital Maran ini tetap diteruskan dan disenaraikan dalam RMK12 dengan peruntukan sejumlah RM350 juta, tapi bila kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh ini memerintah, sekali lagi Hospital Maran ini dinafikan dan telah dikeluarkan dan digugurkan. Malah dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini tidak disenaraikan terus.

Apakah kerajaan hari ini politikkan semua hal, dendam dan menzalimi rakyat dan kesihatan rakyat kerana politik dan kuasa? Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dalam Titah sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-26, Julai baru-baru ini telah menitahkan supaya pelaksanaan Hospital Maran di terus, disegerakan.

Apa ini semua Datuk Yang di-Pertua? Dendam, khianat, derhaka dan lain-lain seolah- olah perkara biasa sahaja dalam kerajaan hari ini. Saya minta supaya siasat kenapa ini terjadi. Siapakah yang khianat? Tapak yang telah dipersetujui lebih awal sebelum ini, enam tapak telah kita melawat dan kini tapak baru mula dilawati semula kerana dianggap tapak lama tidak sesuai. Siapa dalang di sebalik projek yang dijalankan di tapak Hospital Maran ini dulu?

Sebelum ini tidak timbul pun tapak tidak sesuai. Rupanya ada niat jahat dan pengkhianatan kepada rakyat Maran. Tapak berkenaan diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk dibuat projek. Saya minta SPRM buat siasatan. Cari jika ada unsur-unsur integriti dalam projek ini. Jangan marah jika rakyat balas kejahatan kita dan balas daripada Allah SWT kerana kezaliman dan kejahatan kita mengkhianati kepentingan rakyat.

draft • 4:30 PM

Datuk Yang di-Pertua, kesinambungan

keseimbangan pembangunan wilayah amat penting dalam memastikan kemakmuran yang menyeluruh dan inklusif di negara ini. Sebab itulah Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini penting supaya kita salurkan peruntukan ini secara sama rata di seluruh kawasan.

Datuk Yang di-Pertua, perpaduan ialah penting di negara ini. Tanpa perpaduan sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai agama dan pelbagai kaum sudah tentu kita tidak boleh mencapai keamanan negara kita. Kalau kerajaan benar-benar jujur, ikhlas dalam membawa perpaduan negara, saya minta kerajaan melaksanakan semula cadangan peletakan Kampung Baru Cina di bawah Jabatan Perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dan telah pun disetujui dahulu.

Saya ingin mencadangkan agar semua kampung baru di negara ini termasuk kampung-kampung baru Melayu, India dan penempatan Orang Asli di bawah Kementerian

draft • 4:30 PM

Datuk Yang di-Pertua, kesinambungan

Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jika nak menilai dan hargai sejarah kampung di negara ini diiktiraf sebagai Heritage UNESCO, saya cadangkan supaya semua kampung-kampung dan penempatan bersejarah di negara ini diteliti dan dicadangkan. Kampung Melayu, kampung penempatan India, penempatan Orang Asli, malah tidak kurang kampung-kampung peribumi Sabah dan Sarawak mempunyai nilai sejarah yang juga tinggi.

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang rumah mampu milik. Saya ingin mewakilkan isu penting berkaitan rumah mampu milik yang sepatutnya membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun, akhir-akhir ini semakin banyak unit dibeli oleh golongan kaya atau pelaburan – untuk pelaburan dan disewakan kembali. Ini menyebabkan rumah mampu milik sukar diperolehi oleh kumpulan sasar.

Namun begitu, kita mengharapkan – menghadapi cabaran besar kerana tiada data terperinci mengenai berapa ramai individu atau entiti yang memiliki lebih daripada satu rumah. Bukan saja untuk keperluan menduduki rumah, tetapi menjalankan perniagaan hasil daripada rumah mampu milik yang sepatutnya dimiliki oleh golongan B40 dan sebagainya.

Saya mencadangkan beberapa langkah penting seperti berikut:

(i) menunjukkan pangkalan data bersepadu pemilikan rumah mampu milik agar dapat mengenal pasti pemilikan berbilang unit;

(ii) meletakkan had yang ketat, satu keluarga, satu unit rumah mampu milik dengan penalti tegas bagi pelanggaran;

(iii) melaksanakan cukai kekosongan dua peratus untuk unit rumah kosong lebih enam bulan bagi mengurangkan penyimpanan hartanah sebagai pelaburan.

Datuk Yang di-Pertua, kedudukan keselamatan negara dan jenayah meningkat.

Perancangan keselamatan negara amat penting dan akan menentukan kesejahteraan serta kelangsungan sektor-sektor lain. Kita merasa kecewa malah ramai masyarakat awam menemui saya dan bertanya, “Kenapa Datuk, kadar kejadian jenayah seperti pembunuhan, buli yang membawa kepada pembunuhan, penipuan scammer, penagihan dadah yang melibatkan jutaan ringgit, yang mengakibatkan penagihan dadah yang semakin meningkat dan membimbangkan? Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat dan penjenayah tidak lagi takut untuk melakukan jenayah?” Mereka berkata, “Apakah ini disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang di negara ini tidak tegas dan terpilih?” Ikan bilis yang ditangkap digoreng hancur lebur dan dibakar sampai garing, tetapi ikan jerung dibela dan dibiarkan. Jadi mereka penjenayah berkata pada saya, “Usah takut melakukan jenayah. Masuk lokap makan free dan belum tahu hukuman dikenakan kepada kita.” Ini satu persepsi dan tanggapan negatif yang cukup menakutkan kita, dan perlu dibanteras habis-habisan dengan cara kerajaan mesti ikhlas, jujur, tidak pilih bulu dan tidak menipu dalam melaksanakan apa juga tindakan dan janji-janji yang dibuat kepada rakyat.

Jangan politikkan semua hal, jangan kerana gilakan kuasa kita bertindak double standard.

Jangan marah jika rakyat marah dan bencikan kerajaan termasuk Perdana Menteri dan Menteri-menteri dan kita semua sebagai pemimpin mereka. Jika tidak, mereka rakyat akan

draft • 4:30 PM

Datuk Yang di-Pertua, kesinambungan

hukum kita sama ada kita diturunkan atau kekalahan kita dalam pilihan raya yang akan datang.

Datuk Yang di-Pertua, insiden penggalian semula kubur mangsa insiden seperti yang menimpa adik Zara amat tidak patut berlaku di negara kita bahkan memalukan kerajaan.

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang masyarakat Orang Asli di kawasan saya. Rata-rata masyarakat Orang Asli boleh kata di seluruh negara masih lagi ketinggalan bukan saja dari aspek pemilikan tanah, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan lain- lain. Bukan saya menafikan peranan yang telah dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, JAKOA dan lain-lain, tetapi belum cukup untuk dilaksanakan.

draft • 4:30 PM

Datuk Yang di-Pertua, kesinambungan

Di Maran, terdapat lapan penempatan orang asli dengan bilangan penduduk kurang lebih 3,000 orang. Mohon pihak JAKOA dan kerajaan laksanakan isu-isu, selesaikan isu-isu berikut:

Yang pertama, bekalan air di Kampung Paya Taman. Minta dimasukkan segera di bawah PAIP. Masalah pemilikan tanah kepada masyarakat orang asli yang mana terdapat tanah-tanah yang tidak bergeran yang mereka duduki. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli dengan ORACO, satu badan yang timbulkan, dibentuk, tetapi menimbulkan kepentingan konflik di antara masyarakat orang asli dengan ORACO sendiri.

Minta kerajaan menyegerakan cadangan pembinaan masjid di penempatan Orang Asli Islam di Batu 55.

Datuk Yang di-Pertua, bomba adalah satu perkhidmatan yang cukup cemerlang di negara kita. Di peringkat awal peruntukan, saya sentuh bomba di kawasan Kampung Awah.

Sebenarnya, tapak bomba di kawasan Kampung Awah di Chenor ini telah pun dipersetujui dan saya, tak silap saya, sejumlah 800,000 telah diperuntukkan bagi cadangan kerja-kerja tanah bagi tapak projek balai bomba ini. Kita perlu faham bahawa Kampung Awah terletak di lokasi strategik antara laluan Lebuhraya Pantai Timur dan kawasan perkampungan FELDA – dan kedudukan kampung tradisional termasuk di kawasan seberang Sungai Pahang.

Kedudukan balai bomba ini sangat penting untuk mempercepatkan respons kecemasan terutama kebakaran rumah, premis perniagaan dan kemalangan jalan raya di laluan utama. Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan bahawa masa respons kecemasan yang ideal adalah di bawah 10 minit, tetapi sekarang oleh kerana jauhnya tapak balai bomba ini, bomba terpaksa rujuk ke Temerloh ataupun di Maran, maka masalah response time ini tak dapat kita capai.

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin juga menyebut tentang beberapa projek yang harus dilaksanakan di kawasan Maran ini. Banyak kawasan-kawasan yang masih tertinggal dan banyak projek-projek yang dulu dilaksanakan masih belum mencapai kejayaan, maka saya minta Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini melihat kembali apakah pelaksanaan projek ini yang perlu diambil tindakan segera. Saya ingin mencadangkan beberapa projek baharu yang perlu disegerakan:

draft • 4:40 PM

Datuk Yang di-Pertua, kesinambungan

(i) membina jambatan melintas Sungai Pahang di Kuala Wau bagi memangkin ekonomi Bandar Maran dan menaik taraf jalan Kampung Kuala Wau ke Bandar Maran;

(ii) membina satu kawasan industri di dalam kawasan Maran kerana ini boleh menarik pelabur-pelabur bagi membangunkan ekonomi di kawasan berkenaan; dan

(iii) membina pusat pengajian tinggi yang menjadi salah satu kaedah penjanaan ekonomi setempat.

Datuk Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tambun kerana telah membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Namun, walaupun telah mengumumkan sasaran pelaburan sebanyak RM611 bilion untuk menjayakan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan RM430 bilion diperuntukkan khusus bagi pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat, namun persoalan utama yang perlu dijawab di sini, adakah, bagaimana agihan dana ini akan dibuat supaya jurang pembangunan bandar dan luar bandar tidak semakin melebar?

Laporan Audit 2024 mendedahkan bahawa 28 peratus projek luar bandar mengalami kelewatan lebih daripada 12 bulan. Sementara hampir 65 peratus projek yang siap mengikut jadual berada di kawasan bandar besar.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Fenomena ini telah menunjukkan ketidakimbangan dalam pengurusan projek sama ada dari segi keutamaan mahupun keberkesanan penyeliaan.

Datuk Yang di-Pertua, saya berharap supaya Rancangan Malaysia Ketiga Belas diberikan perhatian serius bagi memastikan supaya pembangunan mestilah seimbang di antara bandar dan juga luar bandar.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Begitu jugalah tentang pembangunan di kawasan FELDA di mana banyak rumah-rumah FELDA...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran, masa sudah tamat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Masih tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 4:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terima kasih Puan Speaker atas kesempatan ini. Saya bangun untuk menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertemakan, “Melakar Semula Pembangunan.”

draft • 4:44 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tahniah diucapkan kepada pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan pelan pembangunan lima tahun tersebut.

*Fajar menyingsing cahaya berseri, Burung berkicau di hujung dahan; RMK13 mula berdiri, Bawa harapan segenap insan.

Negeri indah tanah berdaulat, Rakyat bersama erat berpadu; RMK13 tekad disemat, Malaysia maju sejahtera selalu.*

draft • 4:44 PM

Seorang Ahli

Hidup Tampin.

draft • 4:44 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Puan Speaker, sebagai mukadimah perbahasan dan mewakili masyarakat di Tampin khususnya bagi mereka yang menetap di kawasan Gemencheh, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memilih dan memberi keutamaan terhadap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Gemencheh menerusi RMK13.

Syukur alhamdulillah. Aduan dan cadangan yang telah dibawa sebelum ini telah mendapat perhatian serta didengari oleh kerajaan. Dengan itu, besarlah harapan saya agar projek ini dapat disegerakan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko dan impak bencana banjir terutamanya bagi mendepani musim Monsun Timur Laut pada tahun-tahun mendatang.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana turut memberikan keutamaan terhadap Projek Landasan Berkembar Gemas–Johor Bahru. Usaha ini sudah semestinya dapat mengukuhkan keterhubungan antara wilayah dan diyakini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan Gemas dengan lebih terancang pada masa akan datang.

Untuk makluman kerajaan, Pelan Malaysia Negeri Sembilan telah pun mempunyai draf rancangan khas bagi kawasan Gemas sejak tahun 2018 lagi. Hal ini kerana kawasan Gemas terletak di kedudukan yang cukup strategik iaitu pertemuan antara negeri di timur dan selatan Semenanjung Malaysia. Kawasan Gemas sememangnya berpotensi besar untuk dijadikan sebagai pusat catalyst baharu yang berdaya maju dan berdaya tahan serta ke arah pembangunan bandar yang kondusif dan mampan.

Pada pandangan saya, Kota MADANI yang nak dibangun sepatutnya dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terletak di luar bandar seperti di Gemas berbanding di Putrajaya yang sudah cukup membangun. Apa pun alasannya, saya serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan. Besar harapan saya untuk melihat kawasan Gemas ini dimajukan hasil kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berhubung usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan negeri serta antara kawasan luar bandar dan bandar.

Inisiatif program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan sejak tahun 2024 dengan nilai peruntukan berjumlah RM100 juta dan diteruskan pada tahun 2025 dengan nilai peruntukan berjumlah RM200 juta benar-benar menarik perhatian saya.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, masih tiada lagi kampung-kampung di kawasan Parlimen Tampin telah dipilih atau terpilih untuk dijadikan sebuah Kampung Angkat

draft • 4:44 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

MADANI meskipun permohonannya telah dipanjangkan sebelum ini. Perkara ini amat mendukacitakan saya dan saya harap perkara ini juga hendak disegerakan bagi memastikan pembangunan yang lebih saksama.

Saya semak pada hari ini, bila hati itu dah tak tenteram, saya semak. Puan Speaker, saya dapati di daerah Seremban ada lima, di daerah Kuala Pilah sebelah saya, ada lima, Jempol ada satu, Jelebu ada satu. Malangnya, Tampin tak ada satu pun Kampung Angkat MADANI. Saya tak tahulah tempat Lanang ada ke tak ada.

draft • 4:44 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kuala Pilah, izinkan saya mencelah.

draft • 4:44 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Silakan.

draft • 4:44 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Puan Speaker, Tampin. Sebenarnya perkampungan MADANI ini, ia berasal daripada – ada kaitannya dengan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan ini yang berasal ataupun orang rumah dia berasal daripada Parlimen tersebut.

Jadi, Kuala Pilah dapat lima ini kerana menunjukkan Kuala Pilah ramai pemimpin sebenarnya yang hebat-hebat yang berada dalam pentadbiran di negara kita kecuali Ahli Parlimennya lah. Jadi, itu sebenarnya saya harap, saya rasa Tampin bersetuju dengan pandangan saya. Terima kasih.

draft • 4:44 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya tak bersetuju langsunglah, kan.

[Ketawa] Walaupun kalau Menteri dia datang di kawasan tersebut, tengok-tengoklah jiran- jiran yang sebelah, kan? Saya tak tahulah KSU ataupun KP, dia ada pakatanlah,“Kau bagi aku, aku bagi kau.” Macam itu. Saya pun tak pasti. So, perkara ini saya tak tahu. Siapa yang uruskan? Siapa urus setianya? Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Ini tidak adil kepada Tampin, Yang Berhormat Speaker.

Seterusnya, Puan Speaker. Tak apa, saya akan usahakan juga Lanang akan dapat, kalau saya jadi Menteri nanti.

[Ketawa] Secara jujurnya, pembentangan RMK13 ini umpama sinar harapan baharu buat kami di Tampin. Izinkan saya menyenaraikan permintaan dan harapan orang-orang Tampin yang saya fikir tidak keterlaluan dan wajar dimasukkan sebagai sebahagian daripada RMK13.

Pertama, mengenai Jalan Tampin-Gemas (FT001) yang mana cadangan pembangunan projek menaik taraf jalan tersebut pernah diangkat di dalam Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Kesebelas lagi, tetapi malangnya tidak diteruskan sedangkan cadangan menaik taraf jalan Tampin-Gemas ini cukup mendesak sekali dan sememangnya perlu direalisasikan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.

draft • 4:44 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Puan Speaker, yang keduanya, pembinaan baharu Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tampin. Ini bukan kali pertama saya bawa, dah berkali-kali saya bawa.

Saya harapkan IPD Tampin ini sememangnya perlu dibina semula kerana sudah tidak relevan dan tidak lagi memenuhi keperluan teknologi serta piawaian keselamatan moden. Selain itu, kapasiti bangunan juga sudah tidak mencukupi untuk menampung pertambahan penduduk dan anggota polis.

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Seterusnya, yang ketiganya adalah pembinaan sekolah berasrama penuh. Ini pun satu masalah. Di daerah lain di Negeri Sembilan, ada sekolah berasrama penuh. Di Tampin tak ada Puan Sri Speaker. So, yang itu rasa saya rasa tak adil kan, tapi insya-Allah, selagi saya Ahli Parlimen Tampin, saya akan tetap memperjuangkan pembangunan di Tampin.

[Tepuk]

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

Hidup Tampin!

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang keempat, saya: sebab saya nampak Menteri yang comel-comel ini ada di sini, saya nak bawa juga isu ni, Yang Berhormat Menteri KBS. Saya turut berhajat untuk kerajaan melihat juga keperluan infrastruktur sukan kami di Tampin ini. Antara fasiliti sukan yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan adalah Stadium Tampin.

Stadium ini perlu dinaik taraf bagi memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan. Saya fikir ini satu-satunya stadium yang masih lagi tidak mempunyai trek balapan dan keadaan ini amat mendukacitakan. Di Daerah Tampin, tak ada trek balapan.

Makna, kalau pelajar-pelajar sekolah untuk MSSS ataupun yang lain-lain, tak ada. Dia terpaksa pergi ke daerah Jempol ataupun Kuala Pilah. So, mintalah Yang Berhormat, pertimbangkanlah. Kalau tak dapat naik taraf yang besar tak apa. Saya nak trek itu je, trek balapan itu, insya-Allah dan saya harapkan ini dapat direalisasikan.

Seterusnya, Puan Speaker, mengenai pendidikan untuk anak-anak kelainan upaya.

Saya menyambut baik usaha yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk mengenai taman bimbingan kanak-kanak (tabika) khas bagi kanak-kanak autisme. Saya difahamkan inisiatif di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tersebut bakal diperluaskan ke semua 14 negeri secara serentak bermula tahun depan dengan sebuah tabika khas diwujudkan di setiap negeri. Kuala Pilah, harap tabika khas ini dibuat di Tampin kan, jangan Kuala Pilah je lah. Usaha ini amat dinanti-nantikan oleh orang ramai dan wajar diberikan penekanan kepada RMK13 serta kita tidak boleh ketinggalan dalam perkara ini.

Seterusnya Puan Speaker, TVET. Bagi menyokong dan memperkukuhkan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di dalam negara. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya TVET sebagai entiti khusus bagi mengawal selia industri TVET serta membantu strategi dan inisiatif di bawah Dasar TVET Negara menerusi RMK13. Pada kesempatan ini, saya ingin mencadangkan agar bidang kuasa TVET ini dipertanggungjawabkan di bawah satu kementerian atau menubuhkan satu kementerian baharu iaitu Kementerian TVET bagi menjamin pelarasan yang lebih berkesan dan sistematik.

Menerusi sebuah kementerian khusus, pembelajaran TVET dapat diagih dan dipantau secara lebih telus serta dapat mengelakkan perbelanjaan berganda oleh pelbagai kementerian. Penjimatan kos daripada pengurangan pertindihan boleh digunakan sebaiknya untuk menaik taraf fasiliti dan peralatan latihan. Kalau kita lihat sendirilah, di GIATMARA umpamanya, banyak bangunan dan kemudahannya di luar bandar yang cukup menyedihkan.

Betul, Hulu Langat?

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Betul. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kekurangan ini telah mengakibatkan banyak bidang yang berimpak tinggi seperti aeroangkasa, robotik, teknologi nano dan sebagainya tidak dapat ditawarkan. Sekali gus telah menghalang dan melambatkan usaha negara untuk memperkasakan bidang TVET yang menjanjikan gaji permulaan yang lebih lumayan. Selain itu, penubuhan Kementerian TVET juga bakal memberikan imej yang lebih segar dan kukuh daripada pendidikan teknikal sebagai pilihan utama yang setaraf akademik tradisional.

Seterusnya, bagi saya, ini saya perlu bawa sebab saya datang di kawasan luar bandar. Peneroka FELDA, berkenaan kepentingan peneroka FELDA di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana tidak meminggirkan golongan yang telah lama menjadi tunjang pembangunan negara. Di bawah RMK13, penempatan FELDA akan menerima manfaat seperti naik taraf infrastruktur asas yang mampu meningkatkan kualiti hidup peneroka.

Anak-anak peneroka turut diberi keutamaan melalui biasiswa bersasar, bantuan pendidikan dan latihan TVET di samping inisiatif keusahawanan dan hab pelaburan luar bandar yang akan membuka peluang pendapatan baharu. Kerajaan juga dilihat serius untuk memastikan komuniti FELDA tidak ketinggalan dalam ekonomi digital, kerjasama pasaran antarabangsa dan usaha kelestarian alam sekitar termasuk mitigasi banjir serta tenaga boleh baharu.

Walau bagaimanapun, masih ada yang tidak cukup dan tidak lengkap iaitu pindaan Akta Tanah (Kawasan Pendapatan Berkelompok) 1960 yang telah dinantikan sekian lama.

Sehubungan itu, saya mohon pindaan akta tersebut disegerakan bagi menunjukkan keikhlasan dan sokongan kerajaan terhadap komuniti FELDA dalam menghadapi cabaran sosioekonomi masa depan. Seterusnya, bagi pekebun kecil, berhubung kepentingan masyarakat pekebun kecil iaitu berkaitan usaha kerajaan untuk meningkatkan keluasan kawasan tanaman getah di dalam negara. Yang mana pada masa ini, kita terpaksa mengimport lateks berjumlah RM6 bilion setahun daripada negara-negara pengeksport.

Saya fikir, kerajaan perlu memberikan penekanan terhadap kali ini menerusi RMK13 kerana kita punya tanah dan segala kemudahan telah tersedia. Saya menggesa supaya komitmen penuh diberikan oleh kerajaan terhadap usaha RISDA dalam melaksanakan program tanaman getah berskala besar yang mana program tanaman getah diurus secara estet di tanah-tanah milik kerajaan, kerajaan negeri dan milik RISDA sendiri yang bermula daripada peringkat pembangunan hingga berhasil melalui ejen mengurus yang dilantik.

Selain itu, usaha untuk memastikan industri getah negara lebih mampan dan kompetitif perlu dilipatgandakan menerusi program subsidi yang berasaskan kepada output- based serta penglibatan RISDA di dalam ekosistem pengeluaran getah. Hal ini bagi memastikan kita mempunyai kadar harga getah yang lebih baik dan bermaruah untuk kepentingan pekebun kecil getah memandangkan mereka telah menyumbang lebih 80 peratus terhadap pengeluaran getah negara.

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya yakin dan percaya, menerusi penekanan kedua-dua usaha ini, menerusi RMK13, produktiviti getah negara dapat ditingkatkan dan sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan import getah. Yang Berhormat Puan Speaker, sekian sahaja daripada saya setakat ini...

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pantun dulu. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Pantun tak payah. Saya menepati masa.

RMK13 bukanlah sekadar dokumen dasar tetapi merupakan satu manifestasi kesungguhan kerajaan hari ini untuk generasi yang akan datang.

[Tepuk] Saya yakin dengan pelaksanaan yang berkesan dan kerjasama semua pihak, kita mampu menjayakan aspirasi RMK13 ini. Saya berdiri teguh dan menyokong penuh RMK13 ini demi kesenjataan rakyat dan kemakmuran negara tercinta.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Wow! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tepuk]

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

Hidup Tampin!

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua di atas kesempatan yang diberikan kepada Kuala Langat untuk turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Alhamdulillah, Sijangkang, Kuala Langat masih lagi berada dalam peta pembangunan RMK13.

Pembangunan Pulau Carey atau Pelabuhan Pulau Carey ataupun terminal — pembinaan terminal 3 yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan pembangunan ini bukan satu perkara yang baru. Ia sudah berada di bibir, sebutan bibir kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri.

Di Negeri Selangor, agenda ini telah dimasukkan dalam Rancangan Selangor Pertama daripada 2021 sehingga 2025. Pun begitu, belum ada nampak bayang sehingga pada hari ini walaupun saya telah beberapa kali membangkitkan di dalam sidang dewan negeri dan setakat ini, saya tidak pernah dilibatkan dalam perbincangan pembangunan pelabuhan di Pulau Carey ini.

Apa yang saya harapkan agar kerajaan memberikan tumpuan utamanya berkaitan dengan jalan raya di Pulau Carey dan sekitarnya. Kini, jalan sudah menjadi sesak setiap hari dan pembangunan sokongan maritim di sekitarnya yang dicurigai statusnya semakin rancak.

Saya mengharapkan jambatan yang menghubungkan antara Kampung Sawah dan Teluk Panglima Garang yang berada di sekitar Pulau Carey ini dapat dinaik tarafkan kerana ia, buat masa ini, menjadi satu kawasan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas. Begitu juga dengan jambatan yang menghubungkan antara Banting dan Telok Datok, Jalan FT05 yang

draft • 4:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

menjadi bottleneck di Kuala Langat yang saya kira dia cukup sesak pada waktu-waktu puncak.

Keduanya, saya mengharapkan peluang ekonomi kepada masyarakat Pulau Carey.

Terutamanya masyarakat Melayu, orang asli dan yang turut sama sepatutnya dilibatkan dalam pembangunan yang ada di sini dan kerajaan kena merancang mereka juga bukan hanya sekadar memandang kepada pembangunan yang akan berlaku di situ.

Saya juga mengharapkan bahawa Pelan Tindakan Pembangunan Dasar Orang Asli dan pindaan Akta Orang Asli 1954 sentiasa dinanti-nantikan dan saya mengharapkan masyarakat orang asli ini akan dibangunkan daripada sudut pendidikannya kerana mereka ini juga dengan itu dapat dibangunkan daripada sudut pencapaian mereka di dalam pembangunan dalam negara kita.

Kita maklum bahawa Orang Asli ini dia ada inferiority complex dia sendiri dan saya mengharapkan kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah pendidik-pendidik daripada kalangan Orang Asli sendiri tak kiralah daripada kampung mana di seluruh negara kita ini supaya akhirnya pendidikan di peringkat prasekolah hinggalah peringkat sekolah — prasekolah sehingga peringkat sekolah menengah, mereka akan menjadi orang utama di dalam mendidik anak-anak orang asli ini.

draft • 4:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya ingat itu akan memudahkan kerana biasanya Orang-orang Asli ini akan menjadi idola kepada anak-anak murid ataupun masyarakat mereka.

Terus saya kepada berkaitan dengan isu kesihatan. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan juga KKM yang diperuntukkan sejumlah RM40 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas di bawah sektor kesihatan. Saya sangat teruja dengan ikhtiar kerajaan untuk memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan aset penjagaan kesihatan yang lebih meluas, berkualiti dan mampu bayar.

Sistem kesihatan awam negara pada hari ini semakin terbeban dengan isu-isu yang saya kira kita maklumi semua. Kekurangan sumber manusia sangat kritikal. Kita dapat maklumat bahawa pembukaan Hospital Pasir Gudang tempoh hari yang sepatutnya mula beroperasi ditangguhkan kerana tidak cukup doktor dan juga jururawat. Kemudian pada tahun lalu kita juga mendengar Menteri Besar Johor mendedahkan Hospital Sultan Ismail kekurangan tenaga kerja menyebabkan lebih 100 katil tidak dapat digunakan dan hanya 10 daripada lapan bilik bedah beroperasi.

KKM mengakui bahawa negara menghadapi kekurangan lebih 11,000 pakar perubatan, manakala hospital awam berdepan masalah fasiliti usang, beban kerja yang berlebihan dan kesesakan melampau. Tempoh menunggu yang panjang bagi pembedahan elektif di fasiliti kesihatan awam yang hampir 15,000 pesakit masih berada dalam senarai menunggu di seluruh negara. Tempoh purata pesakit menunggu giliran pembedahan sekitar tiga hingga 21 bulan.

Apakah langkah kerajaan bagi menambah pakar perubatan di Malaysia? Kini, kita ada 692 orang pakar sedang mengikuti latihan parallel pathway, manakala 6,211 Pegawai Perubatan sedang menjalani latihan kepakaran. Kerajaan menyediakan 1,650 slot lantikan

draft • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

pakar pada setiap tahun buat masa ini. Keputusan Jemaah Menteri 1976 memperkasakan latihan kepakaran perubatan di Malaysia dan kini sudah 50 tahun kita masih lagi belum mempunyai kekuatan untuk melahirkan pakar-pakar kita sama ada dalam kepakaran dan juga sub-kepakaran.

Kekurangan Pegawai Perubatan ini saya kira sangat jelas dan juga disentuh oleh ramai rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang saya kira pada hari ini saya nak mohon supaya dipertimbangkan oleh kerajaan untuk kembalikan semula tempoh latihan pegawai perubatan siswazah kepada satu tahun.

Dua tahun saya kira agak lama dan saya mendapatkan maklumat juga daripada pakar-pakar di hospital-hospital yang mereka mengatakan baik juga untuk dikurangkan kepada tempoh satu tahun untuk juga memberikan kebaikan kepada doktor-doktor kita.

Kemudian mansuhkan perjawatan kontrak, naik taraf hospital-hospital daerah yang lengkap, disiplin utama kepakaran sebagai hospital latihan doktor siswazah. Saya kini akan membantu sekurang-kurangnya dengan beberapa pendekatan ini akhirnya juga akan membantu doktor- doktor keluar daripada fasiliti awam.

Begitu juga ada masalah maldistribusi terutamanya di Malaysia Timur, kekurangan doktor di Malaysia Timur. Saya cadangkan supaya ditambahkan pengambilan pelajar perubatan daripada Malaysia Timur terutamanya di kalangan bumiputera tempatan dan syarat kemasukan mungkin boleh dilonggarkan ke universiti-universiti awam latihan siswazah perubatan. Pelajar siswazah perubatan yang mengikuti latihan di universiti Malaysia Timur boleh diikat untuk berkhidmat di Malaysia Timur dalam jangka yang munasabah selepas tamat latihan.

Saya juga mencadangkan supaya elaun perpindahan itu bolehlah dikembalikan.

Kalau tidak pun mungkin inisiatif daripada kerajaan negeri untuk memberikan insentif-insentif kepada doktor-doktor yang mahu, bersedia untuk berkhidmat di Malaysia Timur.

Kemudian berkaitan dengan jururawat. Saya kira sedia maklum kita juga mempunyai kekurangan jururawat yang pada hari ini ada cadangan untuk mengambil jururawat daripada Indonesia. Saya kira kenapa mereka keluar daripada perkhidmatan awam adalah terutamanya berkaitan dengan kebajikan dan juga tangga gaji mereka yang kita lihat di Malaysia ini sangat rendah. Kalau yang keluar lepasan daripada diploma jururawat, mereka mendapat gaji RM1,800. Kalau nak bandingkan dengan Brunei, lebih daripada RM10,000.

Singapura lebih daripada RM8,000.

Saya mengharapkan apa juga langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempertingkatkan lagi jumlah pengambilan jururawat-jururawat ini dapat disegerakan dan beberapa perkara berkaitan dengan kebajikan termasuklah elaun kritikal, post basic dan time- based, begitu juga berkaitan dengan jururawat yang berijazah, ini harus dipertimbangkan.

Apa yang saya lihat adalah bagaimana kerajaan juga harus melibatkan perbincangan dengan persatuan-persatuan jururawat yang menjadikan stakeholder utama dalam apa juga keputusan-keputusan ataupun polisi-polisi yang diambil sebab saya dapat maklumat daripada persatuan jururawat sebagai contoh tempoh hari apabila tambahan waktu kerja 42 jam kepada 45 jam seminggu dan juga cadangan pengurangan syarat kemasukan jururawat

draft • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

daripada lima kepada tiga mata pelajaran kredit SPM yang mereka juga tidak dilibatkan dalam perbincangan tersebut.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkaitan dengan pembangunan hospital yang saya kira juga banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen, soal naik taraf klinik dan juga hospital dan pembangunan hospital. Saya nak bertanya apakah status naik taraf bina bangunan baru Hospital Banting dan juga apakah status pembangunan pusat kesihatan di Sijangkang yang saya lihat dia seolah-olah dia berhenti daripada pembangunannya.

Kemudian saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan beberapa program-program perintis yang telah dijalankan. Apakah status program rintis Skim Perubatan MADANI yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di klinik awam dan membantu kumpulan B40 mendapatkan rawatan di klinik swasta? Adakah peruntukan 100 juta itu mencukupi dan akan dilanjutkan kepada daerah-daerah yang lain?

Dan juga berkaitan apakah status program rintis lanjutan masa perkhidmatan di beberapa pusat kesihatan untuk mengurangkan kesesakan pesakit di hospital. Apakah kesan daripada kesesakan projek rintis ini? Apakah program ini juga akan diperluaskan kepada kawasan-kawasan yang lain?

Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan penuaan populasi menua yang kalau kita lihat daripada DOSM menggariskan umur 60 tahun sebagai had umur untuk menentukan sama ada negara menua ataupun negara tua. Saya nak dapat penjelasan kerana disebutkan juga dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, umur 65 tahun yang dijangkakan menjadi garis panduan dan ada juga pandangan untuk menaikkan had persaraan kepada umur 65 tahun.

Kemudian untuk akhirnyalah saya nak bertanya kepada pihak kerajaan, fenomena punca kematian, cause of death dalam negara kita. Selalu kita dengar punca kematian, kematian mengejut ataupun sudden death yang saya kira kalau melihat kepada prosedur menentukan kematian ini dia tidak menepati punca kematian. Sudden death ini bukannya punca kematian. Jadi saya nak dapat respons daripada kementerian sebab ini menjadi fenomena.

Saya ingin juga bertanya kepada pihak kerajaan apakah punca kematian adik Zara Qairina tempoh hari sebelum dikebumikan sehingga ia menimbulkan –– terpaksa kita gali balik dan membuat post mortem. Ini saya kira perlukan satu keadilan bukan sahaja kepada adik Zara Qairina, tetapi juga kepada semua kes-kes yang berlaku negara kita. Kita tidak mahu hanya kematian mengejut sebagai punca kematian. Saya ingat kerajaan harus bertanggungjawab di atas ini. Terima kasih Puan Timbalan Speaker.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 5:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Yang di- Pertua mengizinkan Sungai Siput turut serta perbahasan Rancangan Malaysia yang ke-13 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi tempoh lima tahun akan datang yang akan bermula 2026 hingga 2030. Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah

draft • 5:09 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

satu dokumen yang sangat penting yang akan memandu dan mencorakkan hala tuju negara ke arah negara maju.

draft • 5:09 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Puan Yang di-Pertua, kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bertemakan “Melakar semula pembangunan negara” yang berfokuskan tiga dimensi ― negara berpendapatan tinggi dan mampan, kehidupan bermutu dan terangkum serta alam sekitar lestari ― dengan empat tonggak disertakan 27 keutamaan termasuk reformasi pendidikan.

Saya menyokong hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk memperkasa pendidikan pra sekolah sebagai pelaburan masa depan negara. Pendidikan pra sekolah bukan kemewahan tetapi keperluan asas dalam membina generasi celik ilmu. Oleh itu, saya menyokong agar kerajaan menggubal dasar mewajibkan prasekolah pada usia lima tahun diikuti Tahun Pertama pada usia enam tahun demi kemajuan dan keadilan dalam sistem pendidikan negara.

Mengapa perkara ini penting? Kerana pendidikan awal bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan asas dalam membina insan berkualiti untuk menghadapi cabaran dunia moden. Usia lima tahun adalah fasa kritikal perkembangan otak dan sahsiah kanak-kanak.

Pada peringkat inilah mereka mula menyerap ilmu dengan cepat, membina keyakinan diri dan belajar asas kemahiran sosial. Kajian UNESCO turut membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal mempunyai pencapaian akademik dan emosi yang lebih baik sepanjang hayat persekolahan mereka.

Memulakan Tahun Satu pada usia enam tahun akan menyelaraskan sistem kita dengan amalan antarabangsa. Negara-negara seperti Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura telah lama memulakan pendidikan formal seawal umur enam tahun dan ini telah terbukti keberkesanannya dalam membentuk generasi yang berdisiplin, berdikari dan berpemikiran kritis.

Puan Yang di-Pertua, Malaysia juga telah pun melaksanakan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, KEMAS dan swasta. Namun, masih belum mewajibkannya. Akibatnya, ada kanak-kanak yang terus masuk Tahun 1 tanpa pengalaman belajar asas. Ini menyebabkan jurang prestasi di bilik darjah dan guru terpaksa menyesuaikan pengajaran dengan murid yang sangat tidak seimbang dari segi persediaan.

Mewajibkan pra sekolah dan Tahun 1 awal akan mengurangkan keciciran awal pra sekolah. Data menunjukkan kanak-kanak yang tidak mengikuti pendidikan awal lebih cenderung tercicir atau menghadapi masalah pembelajaran. Maka, dasar ini bukan sahaja menambah baik kualiti pendidikan, tetapi juga mencegah gejala sosial yang berpunca daripada kegagalan sistem pendidikan awal.

Melaksanakan dasar ini selari dengan prinsip kemakmuran inklusif yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas bahawa tiada seorang pun kanak-kanak tertinggal daripada mendapat pendidikan berkualiti sejak awal hidup mereka. Mewajibkan prasekolah adalah langkah tepat, strategik dan berpandangan jauh demi masa depan negara yang menepati keperluan global melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing.

draft • 5:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Seterusnya, Puan Yang di-Pertua, pagi tadi, sejumlah pekerja estet ladang dari merata tempat seluruh negara telah berkumpul di perkarangan Parlimen untuk meluahkan rintihan mereka kepada Ahli-ahli Parlimen, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, dengan menyampaikan satu draf Akta Skim Perumahan Pemilikan Rumah Pekerja Ladang pada jam 11 pagi tadi. Saya yang lahir di estet memahami denyutan nadi mereka dengan meletakkan harapan yang besar di bahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan supaya mengkaji semula Akta 446 yang menjadi asas melindungi pekerja dan kebajikan pekerja estet di ladang.

Isu pemilikan rumah pekerja estet atau ladang telah menjadi perhatian sejak sekian lama di negara kita. Pekerja ladang yang banyak menyumbang kepada industri pertanian dan perladangan negara seperti kelapa sawit dan getah sering kali tinggal dalam keadaan yang serba kekurangan. Oleh yang demikian, kini tiba masa Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengkaji semula Akta 446 dan buat pindaan bagi mewajibkan pemilikan rumah untuk pekerja estet.

Puan Yang di-Pertua, Akta 446 yang sedia ada hanya mewajibkan menyediakan penginapan sementara, bukan pemilikan kekal. Keadaan ini menyebabkan ramai pekerja ladang menetap dalam rumah usang selama berpuluh tahun tanpa jaminan hak milik.

Bukankah mereka berhak memiliki rumah setelah menyumbang tenaga kepada negara?

Pemilikan rumah akan meningkatkan motivasi diri mereka, kesejahteraan hidup pekerja estet dan membina komuniti yang stabil serta harmoni.

Pindaan kepada Akta 446 akan memaksa majikan dan kerajaan berganding bahu menyediakan skim pemilihan seperti sewa beli, diskaun subsidi atau kuota khas rumah mampu milik bagi golongan pekerja ladang. Ini seiring dengan prinsip keadilan sosial dan selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menekankan kemakmuran bersama dan keseimbangan pembangunan luar bandar.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin menekankan lagi satu isu masyarakat India. Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India perlu diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana turut menekankan pelan ini dalam Buku Rancangan Malaysia Ketiga Belas mengangkat ekonomi masyarakat India. Mengapa pelan ini penting untuk seketika ini? Kerana masyarakat India yang merupakan salah satu kaum teras negara masih berhadapan dengan pelbagai cabaran sosioekonomi yang tidak boleh dinafikan.

Justeru, pelan yang tersusun, terarah dan bersifat menyeluruh amat diperlukan.

Pelan ini penting untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi dan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat India. Masih ramai dalam komuniti ini berada dalam kelompok B40 khususnya di kawasan estet dan di pinggir bandar. Melalui pelan tindakan ini, latihan kemahiran TVET, peluang keusahawanan dan skim sokongan ekonomi boleh disalurkan khusus dan berfokus untuk membina semula daya saing mereka.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 5:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ini juga dapat menyelesaikan masalah keciciran pendidikan. Data menunjukkan peratus pelajar India yang tercicir sebelum menamatkan SPM masih membimbangkan.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sungai Siput.

draft • 5:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Oleh itu, intervensi melalui bantuan biasiswa, program bimbingan akademik dan pengukuhan sekolah Tamil wajar dimasukkan dalam pelan ini agar pendidikan menjadi landasan mobiliti sosial.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya mengucap...

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sungai Siput, cuma ingin pandangan Sungai Siput. Bahawa tidaklah benar apa yang dikatakan oleh Kota Bharu bahawa pelan ini tidak dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Mohon pandangan. Sebab itu adalah tuduhan yang dibuat oleh Kota Bharu terhadap kerajaan kita.

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong dan menafikan apa yang dibangkitkan oleh Kota Bharu.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya, saya merayu kepada kerajaan menubuhkan jawatankuasa Kabinet khas bagi masyarakat India. Kenapa? Penubuhan jawatankuasa Kabinet khas bagi masyarakat India bukan hanya relevan malah perlu dijadikan keutamaan dalam usaha negara membina sebuah Malaysia yang lebih adil dan inklusif.

draft • 5:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Jawatankuasa ini akan membawa suara masyarakat terus ke peringkat tertinggi kerajaan. Selama ini, isu dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti ini sering kali terperangkap di peringkat pertubuhan, di bawah agensi-agensi kerajaan atau NGO sahaja. Dengan adanya Jawatankuasa Kabinet Khas ini, dasar dan pelan tindakan untuk masyarakat India akan dipantau secara langsung oleh Perdana Menteri sekali gus menjamin pelaksanaan yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Jawatankuasa ini penting bagi menyelaraskan pelbagai program dan dana pembangunan yang sedia ada termasuk daripada MITRA, agensi-agensi kerajaan dan kementerian yang berkaitan. Kita tidak mahu lagi berlaku ketirisan, pertindihan program atau bantuan yang tidak sampai kepada golongan sasaran. Dengan struktur khas Kabinet, setiap inisiatif boleh dipantau, dinilai dan ditambah baik secara bersepadu.

Penubuhan jawatankuasa ini menjadi simbol komitmen politik Kerajaan Perpaduan terhadap nasib masyarakat India. Ia bukan sekadar tindakan kosmetik tetapi satu pengiktirafan bahawa masyarakat India walaupun kecil dari segi peratusnya mempunyai peranan besar dalam pembangunan negara dan berhak mendapat perhatian sewajarnya.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh landing sudah.

draft • 5:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang terakhir sekali, Puan Yang di-Pertua. Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dianggarkan peruntukan sebanyak RM611 bilion, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Bagan dan juga Yang Berhormat Klang yang telah mencadangkan kerajaan supaya bajet tahunan yang bakal akan dirangka bagi

draft • 5:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

setiap tahun dalam lima tahun akan datang diperuntukkan sepuluh peratus daripada jumlah bajet pembangunan negara. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Parit.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMK13, sebuah rancangan pembangunan yang menjadi nadi hala tuju negara untuk lima tahun akan datang.

Saya ingin membacakan beberapa ayat suci al-Quran untuk renungan kita bersama.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut. Kemudian apa yang kamu ketam, biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya. Supaya sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu tujuh tahun kemarau yang besar. Yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan yakni untuk dijadikan benih. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan dan padanya mereka dapat memerah hasil anggur, zaitun dan sebagainya.” Puan Yang di-Pertua, daripada ayat 47 hingga 49 Surah Yusuf yang saya bacakan tadi, kita dapat mengambil satu pengajaran dan pengajaran besar ini tetap relevan sepanjang zaman bahawa setiap individu, keluarga malah sebuah negara secara keseluruhan perlu mempunyai pelan strategik untuk menghadapi keadaan kemuncupan ekonomi yang tidak diduga. Peristiwa ini direkodkan apabila Nabi Yusuf a.s. mentafsirkan mimpi Raja Mesir dan merangka satu model pengurusan ekonomi yang bijaksana.

Model ini berasaskan prinsip kitaran ekonomi yang begitu jelas. Ketika tempoh ekonomi berkembang dan hasil pertanian melimpah, jumlah rizab makanan perlu ditingkatkan secara berterusan. Pada masa yang sama, penggunaan mestilah dikekang dengan nisbah yang kecil, bukan dibelanjakan secara berlebih-lebihan. Prinsip ini sejajar dengan konsep counter-cyclical policy dalam ekonomi moden iaitu mengumpul simpanan ketika senang dan menggunakannya secara terancang ketika susah. Apabila musim kemarau melanda dan pengeluaran hasil baharu terhenti, rizab makanan inilah yang menjadi talian hayat.

Namun Nabi Yusuf a.s. menegaskan satu perkara penting iaitu walaupun pada waktu krisis, sebahagian daripada simpanan itu tetap perlu disisihkan sebagai benih atau pelaburan untuk kegunaan ketika keadaan kembali pulih. Inilah yang membezakan antara pengurusan yang hanya bertahan untuk tempoh jangka pendek berbanding pengurusan yang mampu menjamin kelangsungan jangka panjang.

Jika prinsip ini diaplikasikan oleh kerajaan dalam dasar fiskal, ia akan membina ketahanan ekonomi negara dan jika diamalkan pada skala individu atau isi rumah, ia akan membentuk budaya kewangan yang berhemah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Justeru inspirasi daripada Surah Yusuf ini wajar dijadikan panduan dalam menggubal RMK13 agar pembangunan yang dirancang bukan sahaja berorientasikan

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

pertumbuhan tetapi juga kebolehan bertahan dan pulih ketika berdepan ujian ekonomi yang tidak dijangka. Oleh itu, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan memohon perhatian oleh kerajaan terhadap penekanan aspek pembangunan wilayah dan keseimbangan antara bandar dan luar bandar.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang isu setempat di kawasan saya di Parit. Pertama, berkaitan dengan isu jalan yang menghubungkan di antara Bandar Universiti Seri Iskandar ke FELCRA Nasaruddin yang amat perlu disegerakan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan Seri Iskandar.

Kedua, berkaitan dengan pengezonan jelapang padi di kawasan saya. Perdana Menteri telah mengumumkan perkara tersebut di dalam pembentangan bajet 2024. Namun sehingga kini, tidak ada lagi langkah-langkah yang menampakkan ia nya akan dilaksanakan.

Saya mengangkat suara pesawah padi di parlimen saya yang sekian lama bergantung kepada sawah padi mereka sebagai punca rezeki.

Saya mohon agar kawasan Parlimen Parit disegerakan untuk diberi pengezonan rasmi sebagai jelapang padi berserta kemudahan infrastruktur sokongan seperti sistem perparitan moden, saliran dan jalan ladang. Langkah ini bukan sahaja menjamin sekuriti makanan negara tetapi juga memelihara pendapatan pesawah dan menyokong pelan jangka panjang sektor agromakanan negara.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, sudah ada di kalangan pesawah yang berputus asa untuk mengusahakan sawah padi mereka akibat daripada pelbagai masalah yang gagal diselesaikan. Ini adalah mata pencarian mereka, bagaimana mereka boleh teruskan kehidupan mereka sedangkan sawah padi mereka tidak menjadi dan mereka sering kali mengalami kerugian.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu pembinaan Masjid Titi Gantung, yang saya telah pun sebut beberapa kali, dah pun membawakannya ke Kamar Khas. Ini adalah masjid. Dan untuk makluman, para jemaah masjid sekarang ini, menumpang di Surau Batu 30. Jumlah yang dimahukan oleh pihak kerajaan yang disarankan supaya 10 peratus daripada AJK masjid, 30 peratus daripada kerajaan negeri, 60 peratus daripada kerajaan pusat.

Bagi pihak AJK masjid, mereka telah pun mengumpulkan lebih daripada 10 peratus.

Namun, peruntukan daripada kerajaan negeri, daripada kerajaan pusat masih lagi tak nampak bayangnya. Puan Timbalan Yang di-Pertua, kalau benar kerajaan ini adalah Kerajaan MADANI, maka saya rayu supaya pembinaan Masjid Titi Gantung ini mesti disegerakan.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga tentang beberapa projek di kawasan saya yang perlu disegerakan. Antaranya projek Klinik Kesihatan Parit, projek Sekolah Menengah Bandar Universiti, projek kompleks sukan yang telah pun ada lawatan tapak, namun senyap seribu bahasa. Hanya ada lawatan tapak sahaja. Jadi semua projek- projek ini penting.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan yang inklusif memerlukan pendekatan yang mendengar denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi. Saya percaya bahawa jika projek

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

ini diberikan perhatian dan diluluskan dalam RMK13 ini, ia akan memberi manfaat besar kepada rakyat di Parlimen saya dan menyumbang kepada kemajuan yang menyeluruh di negeri Perak.

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Saya mohon pertimbangan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan untuk meneliti, meluluskan dan melaksanakan secara segera projek-projek ini demi kesejahteraan rakyat.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, harapan rakyat Parit amatlah besar dalam pelaksanaan RMK13 ini, rakyat Parit dapat — supaya rakyat Parit dapat menikmati manfaat langsung daripada dua inisiatif yang disebutkan iaitu dua inisiatif besar negara.

Pembangunan satu juta rumah mampu milik, termasuk Projek Kota MADANI serta peluasan Program TVET MADANI yang menyasarkan penciptaan 1.2 juta peluang pekerjaan baharu dalam sektor industri dan ekonomi digital.

Bagi komuniti Parit, saya berharap Projek Perumahan Mampu Milik ini akan benar- benar membantu mengurangkan beban kos sara hidup, khususnya golongan muda yang baru berkeluarga dan masih menyewa rumah. Dengan adanya skim jaminan pembiayaan perumahan serta opsyen sewa beli (rent-to-own). Saya ingin melihat lebih ramai rakyat saya di Parit berpeluang memiliki rumah sendiri tanpa terbeban dengan deposit yang tinggi atau kelayakan pinjaman yang sangat ketat.

Saya juga mengharapkan agar unit-unit ini dibangunkan di kawasan strategik di Parlimen Parit, berdekatan dengan kemudahan asas seperti sekolah, pusat kesihatan, pasar dan pengangkutan awam supaya kualiti hidup rakyat saya dipertingkatkan dan ekonomi tempatan semakin berkembang. Dalam masa yang sama, saya menaruh harapan besar agar Projek TVET MADANI benar-benar diperluas sehinggalah melibatkan kawasan saya, di kawasan Parit.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, beberapa hari selepas berlakunya kejadian kepada adik Zara Qairina, saya telah pun menyentuh isu itu di Dewan yang mulia ini dan menjadi isu yang besar ketika ini di negara kita. Isu Zara Qairina ini mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Pertama, walaupun kita dimaklumkan sudah dijalankan bedah siasat pada minggu lepas, kita hairan mengapa tiada bedah siasat dilakukan sebelum pengebumian? Sedangkan seksyen 329, Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan kewajipan tersebut dalam kes kematian yang mencurigakan. Prosedur ini adalah asas dalam memastikan punca kematian dikenal pasti secara saintifik dan telus.

Persoalan yang kedua, mengapa sehingga kini belum ada pendakwaan dilakukan?

Difahamkan puluhan saksi telah ditemu bual dan kertas siasatan telah pun sampai ke meja Peguam Negara. Namun, ia nya dikembalikan kepada pihak polis kerana dianggap tidak lengkap. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya besar. Apakah kekurangan yang berlaku dalam siasatan tersebut sehingga ia nya berlarutan?

Tan Sri Yang di-Pertua, ketiga. Persoalan saya, mengapa berlaku kelewatan yang begitu lama? Daripada 17 Julai berlakunya kes ini, sehinggalah hari ini 13 Ogos. 28 hari

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

berlalu tanpa sebarang tangkapan atau pengumuman perkembangan rasmi kecuali selepas pihak berkuasa didesak oleh rakyat bertalu-talu. Dalam era media sosial ini, kelewatan sebegini bukan sahaja mengundang persepsi negatif, malah boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan jenayah kita.

Saya mohon supaya kita semua ambil iktibar daripada kes ini. Para guru, ibu bapa, pentadbir, pihak berkuasa, pelajar sekolah juga ya, bahkan Menteri juga mesti mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Jangan lagi perkara-perkara sebegini diulang lagi pada masa-masa akan datang. Kes ini memerlukan ketegasan pihak berkuasa. Rakyat tidak mahu mendengar alasan-alasan teknikal semata-mata. Mereka perlu melihat tindakan.

Saya menggesa agar Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia mempercepatkan siasatan, melengkapkan bukti dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan. Alhamdulillah, Peguam Negara hari ini telah pun mengarahkan inkues kepada kematian Zara. Kita semuanya berhutang, pihak-pihak berkenaan berhutang jawapan yang tuntas kepada keluarga Allahyarhamah, kepada masyarakat juga dan juga kepada prinsip undang-undang itu sendiri.

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menutup ucapan saya dengan membaca beberapa rangkap pantun.

*Pergi ke pasar membeli nona, Singgah sebentar di kedai roti; Janji diberi biarlah dilaksana, Supaya rakyat senang hati.

Pagi hari bersarapan roti, Seraya membaca berita lama; Amanah diberi jangan dikhianati, Supaya negara makmur bersama.

Burung tempua bersarang rendah, Tanda musim dah hampir tiba; Cakap besar jangan berlagak megah, Pastikan RMK13 benar-benar menjadi laba.* Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput...

draft • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tan Sri Speaker, kalau boleh ya? Peraturan Mesyuarat 14(1)(i).

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

14(1)(i)?

draft • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya. Saya minta penerangan daripada Menteri. Kalau boleh itu, esok. Ini tentang perkara yang memang sangat tergemparlah ya dan perkara ini adalah mengenai anak Ahli Parlimen Pandan yang baru diserang di pusat beli-belah di Putrajaya. Ini merupakan perkara yang penting sebab dia menggugat bukan sahaja Ahli Parlimen, tetapi keluarga kita juga. Tugas utama kita di Parlimen ialah untuk memastikan sekuriti yang terbaik untuk negara kita dan untuk Ahli-ahli Parlimen di sini.

Jadi, kalau boleh saya nak minta budi bicara Tuan Speaker, memberi sedikit petua dan juga mengarahkan. Kalau boleh esok pagi, Menteri yang berkenaan untuk hadir di

draft • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Parlimen, di depan kita untuk memberi penerangan lanjut tentang perkara yang sangat, sangat tidak baik ini. Okey.

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Minta pertimbangkan.

draft • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kita harap Ahli-ahli Parlimen daripada pihak pembangkang juga akan menyokong perkara ini. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ya, saya, saya — baik. Saya — apa yang boleh saya buat ialah saya akan berhubung dengan Menteri Dalam Negeri untuk meminta penjelasan apa yang berlaku dan kalau perlu, ini melibatkan keselamatan kita semua. Saya pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jadi, saya akan minta Menteri Dalam Negeri memberikan penjelasan kepada saya dan insya-Allah, kalau sekiranya perlu sesi penjelasan, kita akan minta Menteri datang untuk memberikan penjelasan. Ini suatu yang very unprecedented.

Baik, seterusnya saya jemput Lubok Antu. Silakan.

draft • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Salam sejahtera, salam Segulai Sejalai. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon untuk turut serta membahas dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang wajar dilihat sebagai satu manifestasi hasrat, visi dan hala tuju kerajaan untuk melakar semula pembangunan di Malaysia bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita harus menerima hakikat bahawa keadaan geopolitik dan ekonomi dunia masa kini amat sukar diduga. Tahun ini sahaja kita telah dikejutkan dengan konflik serta ancaman peperangan di Timur Tengah dan di sempadan Kemboja-Thailand.

Tidak cukup dengan perang bersenjata, Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump juga telah memulakan perang perdagangan melalui dasar protectionism dan pengenaan tarif yang tinggi kepada beberapa negara, termasuk Malaysia.

Saya ingin memetik kata-kata oleh Jeneral Rome iaitu Jeneral Vegetius, “Si vis pacem, para bellum” yang diterjemahkan dengan izin, "If you want peace, you must prepare for war." Maka, dalam mendepani tempoh lima tahun yang akan datang, Malaysia perlu bersedia, Malaysia perlu bijak menongkah arus geopolitik dunia. Malaysia juga harus proaktif dalam mempersiapkan negara dan rakyatnya untuk menghadapi sebarang kesan tekanan ekonomi global yang mampu membawa kesan langsung kepada kos sara hidup, pasaran kerja, KDNK, kadar inflasi dan sebagainya.

Mungkin langkah-langkah seperti rasionalisasi subsidi, pengenalan cukai baharu, pengurangan defisit fiskal, bukan sesuatu langkah yang populis, tapi ia nya perlu, malah terpaksa dilaksanakan demi memastikan keadaan kewangan negara kukuh — kekal kukuh dalam mendepani situasi ekonomi dan politik dunia. Harapan saya agar dapat diimbangi dengan penyediaan lebih banyak bantuan bersasar di bawah RMK13 untuk membantu golongan B40 dan M40, khasnya.

Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Sarawak juga berkongsi visi dan harapan yang sama dalam strategi pembangunan pasca COVID-19 (PCDS) untuk merancakkan pembangunan di wilayahnya agar anak negerinya

draft • 5:37 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

dapat menikmati hasil kemajuan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya telah memperuntukkan sebanyak RM430 bilion untuk pembangunan. Dalam hal ini, saya ingin melihat pembangunan infrastruktur fizikal seperti pembinaan jajaran jalan, jambatan serta penaiktarafan bekas jalan balak di kawasan luar bandar dapat dipergiatkan di bawah — termasuklah di Parlimen Lubok Antu.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita seharusnya melihat pembangunan di wilayah Borneo dalam konteks yang menyeluruh. Lubok Antu menyambut baik RMK13 sebagai — menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hidrogen iaitu hab tenaga mampan negara yang berdaya saing di peringkat serantau.

draft • 5:37 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Dengan adanya rancangan sebegini, ia nya akan menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tenaga baru boleh diperbaharui.

Selain itu, Lubok Antu juga mengalu-alukan kajian kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway di Sabah dan Sarawak. Projek ini berpotensi mengurangkan bilangan kenderaan berat seperti treler dan lori panjang di Lebuhraya Pan Borneo, seterusnya mengurangkan risiko kemalangan. Untuk makluman, jaringan jalan kereta api adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan dan pembiayaannya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Saya juga ingin mendapat makluman berkenaan status kajian kebolehlaksanaan pembinaan laluan rel Borneo dan adakah kerajaan bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan Negara Brunei untuk merealisasikan pembinaan jajaran kereta api ini?

Tan Sri Yang di-Pertua, dengan mengambil kira pembangunan yang pesat di Kalimantan, khususnya di Ibu Kota Nusantara, sudah tiba masanya untuk Malaysia juga turut membangunkan kawasan-kawasan yang terletak bersempadan dengan Republik Indonesia. Salah satu pelaksanaan RMK13 yang kami alu-alukan adalah peruntukan untuk menaik taraf jaringan jalan raya sempadan yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan. Lubok Antu menyambut baik langkah ini kerana ia bakal memperhebatkan lagi ekonomi rentas sempadan.

Namun, kita tidak boleh menafikan bahawa peningkatan aliran keluar masuk ekonomi rentas sempadan ini memerlukan kawalan keselamatan yang lebih mantap.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini, Lubok Antu mempunyai keluasan sebanyak 3,145 kilometer persegi dengan jaringan sepanjang 121 kilometer sempadan Lubok Antu-Kalimantan hanya mempunyai kekuatan sebanyak 115 orang anggota polis. Jumlah ini sangat kecil untuk mengawal kawalan sempadan yang luas.

draft • 5:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Saya ingin bertanya, adakah kawalan keselamatan di sepanjang jajaran sempadan Sarawak-Kalimantan akan dipertingkatkan dengan penambahan bilangan anggota polis atau memperkasakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia di pintu masuk negara? Saya juga berharap peruntukan ini dapat disalurkan untuk pelaksanaan projek naik taraf pos-pos keselamatan dan kawalan di sempadan serta infrastruktur berkaitan.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman, Lubok Antu adalah salah satu pintu masuk utama di Sarawak dari Kalimantan, dengan jarak hanya 10 minit pemanduan dari CIQ Lubok Antu ke CIQ Pos Lintas Batas Negara di Badau. Saya ingin memohon pencerahan mengenai sejauh manakah CIQ di sekitar sempadan Malaysia- Indonesia termasuk CIQ Lubok Antu telah dinaik taraf setakat ini. Adakah peruntukan RMK13 termasuk kelengkapan moden seperti sistem pengecaman biometrik?

Perlu diambil kira kedudukan Lubok Antu sebagai salah satu pintu masuk rasmi antara kedua-dua negara meletakkannya dalam kedudukan strategik untuk manfaatkan limpahan ekonomi, peluang perdagangan dan pertumbuhan infrastruktur rentas sempadan.

Justeru, sudah tiba masanya Malaysia merancangkan pembangunan di kawasan ini secara lebih agresif, bukan sekadar untuk menyaingi perkembangan di seberang sempadan tetapi juga untuk memastikan rakyat di negara ini menikmati faedah dan kemajuan yang setara dengan rakan mereka di Kalimantan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menyambut baik rancangan untuk memperkukuhkan keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan dengan menaik taraf jalan raya di sempadan yang menghubungkan Sabah-Sarawak dengan Kalimantan dan memperuntukkan naik taraf CIQ di seluruh negara. Antara isu yang dekat di hati saya selaku Ahli Parlimen Lubok Antu adalah untuk melihat Pekan Lubok Antu dapat dibangunkan sebagai sebuah inland port, pelabuhan darat di Sarawak berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan bandar utama di Kalimantan seperti Putussibau.

Potensi ini juga lagi menguatkan hujahan saya agar kerajaan menjalankan kajian kebolehlaksanaan pembinaan inland port di Lubok Antu sebagai pusat pengumpulan, pemeriksaan dan pengedaran barangan. Saya percaya dengan adanya inland port, langkah ini akan mengurangkan kesesakan di CIQ, mempercepatkan proses logistik dan membuka peluang pekerjaan baru.

Tan Sri Yang di-Pertua, dengan peluang ini, saya sekali lagi mencadangkan pembinaan persimpangan bertingkat atau interchange dengan izin, di persimpangan Lebuhraya Pan Borneo di Lubok Antu kerana ia nya amat penting bagi menampung jumlah kenderaan yang kian meningkat di kawasan ini. Apatah lagi sekiranya

draft • 5:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

dijadikan sebagai sebuah inland port, pastinya lebih banyak kenderaan berat yang akan keluar masuk ke pekan Lubok Antu.

Dengan trafik perdagangan yang semakin pesat, pembinaan persimpangan bertingkat atau interchange di simpang Lubok Antu adalah amat diperlukan bagi memastikan aliran trafik lancar dan keselamatan pengguna terjamin. Lebuhraya Pan Borneo terkenal dengan pusingan P-turn yang berisiko tinggi. Saya sendiri pernah melihat treler yang panjang membuat P-turn berhampiran simpang masuk ke pekan Lubok Antu. Keadaan ini amat menggerunkan dan ada yang hingga meragut nyawa.

Tambahan pula, P-turn untuk keluar masuk simpang Lubok Antu terlalu jauh dan menyukarkan pengguna jalan raya. Maka, saya berharap agar pihak Kementerian Kerja Raya akan dapat mempertimbangkan pembinaan persimpangan bertingkat atau interchange demi keselamatan pengguna jalan raya. Perkara ini pernah saya utarakan pada persidangan bulan Mac tahun 2023.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain pembangunan fizikal, tidak dinafikan bahawa wujudnya jurang yang ketara dalam bentuk pemodalan insan. Isu kekurangan guru dan doktor menjadi isu polemik yang sering diperdebat di Sarawak. Ya, memang benar bahawa penyelesaian jangka panjang kepada isu ini adalah untuk melahirkan lebih banyak doktor dan guru di kalangan pihak — di kalangan anak tempatan. Maka, saya ingin menggesakan agar Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi dapat bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk mencari solusi terbaik bagaimana untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak dari Sarawak untuk meneroka potensi dalam bidang TVET dan STEM.

Ini penting bagi menyokong usaha yang diambil oleh kerajaan Sarawak untuk menyediakan pendidikan percuma bagi melahirkan lebih ramai graduan anak Sarawak dalam bidang-bidang kritikal di institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Sarawak.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik aspirasi negara untuk menjadikan negara AI yang terangkum dan mampan seperti yang digariskan dalam RMK13. Ia adalah hala tuju yang selaras dengan perkembangan dunia dan berpotensi membawa manfaat besar kepada sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pertanian, malah kehidupan seharian rakyat.

Namun, realitinya di kawasan bandar seperti Lubok Antu, capaian Internet masih tidak stabil dan infrastruktur digital masih belum menyeluruh. Dalam keadaan ini, potensi AI sukar dimanfaatkan sepenuhnya kerana asasnya iaitu sambungan Internet yang berkualiti dan berkelajuan tinggi belum kukuh. Saya percaya untuk memastikan rakyat luar bandar tidak ketinggalan dalam gelombang AI ini, kerajaan perlu mengutamakan usaha memperkukuhkan infrastruktur digital meliputi liputan,

draft • 5:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

rangkaian dan kelajuan Internet supaya aspirasi ini benar-benar dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dari bandar hingga ke pedalaman seperti Lubok Antu. Maka, sebelum bercakap berkenaan revolusi teknologi, kita mesti pastikan Internet berkualiti dapat dinikmati semua rakyat termasuk di hujung sempadan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan juga menekankan pembangunan belia yang berkebolehan, berdaya saing dan sejahtera melalui pelbagai inisiatif seperti peningkatan kemahiran, micro-credential dan sokongan keusahawanan. Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah strategik yang diambil untuk memastikan semua inisiatif ini dapat memberi impak sebenar kepada golongan belia di lapangan? Bagaimana kerajaan memantau dan membantu supaya usaha ini bukan sekadar dasar di atas kertas tetapi membawa perubahan positif dalam kehidupan belia terutamanya dalam konteks peluang pekerjaan dan kesejahteraan mereka?

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah dokumen penting menjadikan peta jalan negara dalam menghadapi cabaran global dan menjana pembangunan inklusif bagi tempoh 2026 hingga 2030. Namun, kejayaan RMK13 mestilah diukur bukan hanya pada angka besar peruntukan atau projek mega tetapi sejauh manakah ia menyentuh kehidupan rakyat di peringkat akar umbi terutamanya di kawasan luar bandar dan sempadan seperti Lubok Antu. Saya percaya pelaksanaan RMK13 harus berpandu semangat Malaysia Agreement 1963 yang menegaskan keistimewaan dan hak Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Ini bermakna pembangunan harus adil dan seimbang, memastikan anak Sarawak dapat peluang yang sama untuk maju seperti rakyat di Semenanjung Malaysia. Keprihatinan terhadap pembangunan infrastruktur fizikal, peningkatan kapasiti sumber manusia, kemajuan digital dan keselamatan sosial perlu dilaksanakan secara bersepadu agar Lubok Antu bukan saja menjadi pintu masuk strategik di Wilayah Borneo tetapi juga contoh negeri yang maju, berdaya saing dalam era global.

Demi memastikan aspirasi ini menjadi kenyataan, saya menyeru agar semua pihak, Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta dan komuniti bersama, bekerjasama erat dan bersepakat tanpa mengira sempadan politik dan wilayah.

Hanya dengan kerjasama dan komitmen bersama, kita mampu melakar semula pembangunan yang benar-benar inklusif dan mampan. Sekian, Lubok Antu mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Lubok Antu. Sekarang saya jemput Parit Buntar.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Tuan Yang di-Pertua, Parit Buntar menyahut baik RMK13 yang meletakkan pertanian berskala besar dengan pemindahan teknologi pertanian pintar serta ladang satelit sebagai tumpuan utama untuk memperkukuh keselamatan makanan negara dengan penekanan terhadap pemodenan sektor pertanian termasuk penyertaan dan pengupayaan petani kecil melalui teknologi moden.

Persoalannya, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pernah dalam satu sidang Parlimen yang lepas-lepas berkaitan naik taraf sistem penanam padi berskala besar di Kerian contohnya mengikut model tanaman padi di Sekinchan, Selangor.

Yang Berhormat Menteri Pertanian sering menjadikan Sekinchan satu model, satu contoh pertanian moden yang terbaik. Jadi, para petani yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian tersebut menunggu dengan penuh sabar. Apa langkah-langkah yang proaktif bagi pelaksanaan hasrat yang sebegitu baik? Adakah sudah diadakan sesi libat urus dengan melibatkan jabatan dan agensi berkaitan seperti IADA, Jabatan Pertanian, PPK dan sebagainya?

Saya dimaklumkan di daerah Kerian sendiri, satu-satunya daerah di Perak yang menjadi jelapang padi yang terbesar selepas negeri Kedah kerana tanaman padi di daerah Kerian, Parit Buntar dan Bagan Serai, penggunaan tanah untuk tujuan tanaman padi ialah 23,064.61 hektar, satu kawasan yang sangat luas dan digazetkan sebagai zon tanaman padi yang kekal yang tidak boleh diubah untuk tanaman-tanaman yang lain.

Jadi, mereka menunggu, para pesawah menunggu apa tindakan seterusnya yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk melibatkan semua jabatan dan agensi berkaitan supaya dilaksanakan apa yang dijanjikan bagi membolehkan para petani menggunakan kaedah sistem penanaman padi yang moden, yang Sekinchan sering menjadi contoh oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian.

Di Kerian ada beberapa isu yang kritikal. Dilaporkan untuk tahun 2018 sehingga tahun 2005 yang mempengaruhi guna tanah di Kerian yang sampai sekarang ini tidak ada suatu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah tersebut dan sering berlaku saban tahun, saban musim menuai padi. Antaranya tanah jerlus dan juga serangan tikus.

Sekarang alhamdulillah oleh kerana hujan tidak terlalu lebat di daerah Kerian, musim padi kali ini sangat baik, meningkatkan pendapatan, tapi kalau musim hujan rugi berjuta-juta.

Jadi, apa tindakan oleh pihak kerajaan, oleh Yang Berhormat Menteri, oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengatasi masalah tanah jerlus dan juga serangan tikus?

Dalam siri-siri jawapan yang diberikan oleh Menteri, sewaktu menjawab soalan saya sama ada lisan ataupun bertulis sering mereka menjanjikan akan diberi perhatian, akan diberi perhatian. Sampai bila? Contoh yang paling mudah, kerajaan berjanji nak bagi RM600

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

bayaran insentif terhadap penanam padi yang menunggu hasil padi dituai. Kita alu-alukan dan ucap terima kasih, tapi di Perak terutamanya di daerah Kerian, para penanam padi sudah hampir habis menuai padi, sampai sekarang RM600 yang dijanjikan masih belum lagi disampaikan kepada penanam padi. Mereka menunggu dengan penuh sabar. Sampai bila?

Saya sebagai Ahli Parlimen dan kawan-kawan yang lain sering diajukan pertanyaan- pertanyaan supaya tanya dengan Menteri. Baru-baru ini Menteri datang ke Parit Buntar, ke Kerian untuk perasmian program penanam benih padi, saya tanya direct waktu minum-minum kopi dan sebagainya, bila? Sabar, sabar. Sampai bila? Nak masuk musim menuai, bulan September masuk musim menuai yang baru. Yang lama dah habis dituailah. Padi dah hampir habis dituai, tapi duit RM600 tak dapat lagi. Itu janji kerajaan, janji Perdana Menteri kepada para petani.

Yang kedua, pelaksanaan projek EMM padi. 5.3 juta telah disalurkan untuk projek model pengeluaran estet di kawasan seluas 1,829 hektar bagi meningkatkan hasil padi dari 3.8 hingga 6 tan hektar. Infrastruktur pengairan, pembajaan yang efektif, latihan dan teknologi pertanian seperti dron turut ditawarkan. Sampai sekarang tak ada pun apa yang mereka janjikan. Apa yang menjadi projek kepada kerajaan untuk tujuan membantu penanam padi.

Di Kerian juga ada menghadapi sistem saliran dan juga pengairan di mana sehingga sekarang penyelenggaraan perparitan, pengairan yang diselenggara oleh JPS, Jabatan Parit dan Saliran serta IADA sendiri seolah-olah tidak ada kesudahannya, sering menghadapi masalah tak cukup sumber air. Sumber air utama di Kerian ini Kolam Bukit Merah. Saya difahamkan di Kolam Bukit Merah berlaku kekurangan sumber air dan difahamkan air di Kolam Bukit Merah juga tidak mampu membekalkan air yang cukup ke bendang-bendang padi. Ini menimbulkan masalah kepada para petani.

Bajet pula tidak disediakan bagi tujuan naik taraf atas kerja-kerja mendalamkan kolam. Rancangan untuk menyediakan air dari Sungai Perak yang dicadangkan juga mengambil masa yang panjang dan penuh cabaran untuk dilaksanakan. Jadi, apa tindakan kerajaan untuk mendalamkan Kolam Bukit Merah supaya mampu menampung air dan mampu membekalkan air kepada bendang-bendang – disalurkan kepada bendang-bendang padi?

Isu yang kedua berkaitan dengan pertanian juga iaitulah mesyuarat agung ataupun AGM Pertubuhan Peladang Kawasan sehingga sekarang masih lagi tidak dapat dijalankan akibat berlaku masalah dalaman di peringkat pusat yang kita pun tak nak ambil tahu berkaitan dengan isu dalaman. Golongan petani menjadi mangsa kerana apabila AGM PPK tidak dapat diadakan di setiap kawasan, Parlimen dan sebagainya, dividen ahli tidak dapat dibayar akibat penundaan Mesyuarat Agung PPK.

Yang jadi mangsa ialah rakyat, yang menjadi mangsa ialah para petani, para pesawah dan sebagainya akibat masalah dalaman yang berlaku di peringkat pusat. Jadi, kita mahu penjelasan daripada pihak menteri mengapa berlaku demikian dan mengapa tidak ada penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.

Saya nak menekankan juga isu nelayan. Saya pernah bawa usul berkait – usul di Kamar Khas berkaitan dengan isu nelayan di mana penggunaan bubu atau bubu pukat yang

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

diharamkan masih lagi berleluasa. Ini disebabkan lemahnya penguatkuasaan larangan ini.

Tindakan tidak cukup hanya dirampas alat menangkap ikan dan bayaran kompaun. Mereka mampu beli yang baru, mereka mampu bayar kompaun sebab mereka yang menggunakan alat tangkapan yang diharamkan semuanya ada pendapatan.

Mereka mampu beli baharu, mampu bayar kompaun, mampu segala-galanya. Tindakan yang lebih berkesan mesti diambil oleh pihak berkuasa seperti digantung lesen, disita bot dan dipenjarakan terhadap mereka sebab dalam undang-undang ada peruntukan untuk memenjarakan mereka yang melakukan kesalahan berturut-turut.

Satu lagi, lesen sampan masih lagi dibekukan. Anak-anak muda ingin membantu ibu bapa terutamanya bapa mereka yang sudah tua, yang sudah berusia, yang tidak mampu turun ke laut. Jadi, mereka turun ke laut tangkap ikan tak ada lesen, kena tahan, kena saman, kena ambil tindakan. Jadi, kamilah Ahli Parlimen yang menjadi tempat untuk mereka mengadu supaya beritahu menteri begitu-begini supaya bot tidak dirampas dan sebagainya.

Untuk supaya mereka tidak melanggar undang-undang, bagi lesen. Temu duga dulu mana-mana warga nelayan yang sudah berusia diganti dengan nelayan muda yang masih bertenaga. Orang tua almaklum nak turun pagi-pagi ke laut dah berumur, dah uzur dan sebagainya, ada risiko-risiko yang lain. Sebab itulah saya merayu, Parit Buntar merayu kepada pihak kerajaan untuk menghidupkan semula lesen sampan yang telah dibekukan sekian lama.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak sentuh berkaitan dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ataupun dipanggil PDK.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

PDK ini di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ada peruntukan yang diberikan kepada PDK melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di seluruh negara, statistik OKU berdaftar sehingga 31 Oktober berjumlah 740,844 orang. Sehingga Januari 2025, terdapat 573 buah PDK seluruh Malaysia, memberi manfaat kepada 19,907 orang orang kurang upaya dan disokong oleh 573 penyelia dan 2,700 petugas.

Masalahnya, PDK ini bawah kerajaan. Gaji ataupun elaun yang dibayar kepada penyelia masih lagi di taraf yang rendah. Hanya 1,500, tiada kenaikan setiap tahun, bertugas lapan jam satu hari. Setiawangsa mempertikaikan PASTI. Sepatutnya pertikaikan PDK.

PASTI kerja tiga, empat jam. Kita bayar elaun 800 ke 1,000 dipertikaikan. Ini PDK, bawah kerajaan, ada peruntukan. Penyelia hanya dapat 1,500, potong KWSP, potong SOCSO, baki tak kurang 5,000. Para petugas juga hanya dapat elaun 1,100. Potong SOCSO, potong KWSP, tinggal 900 lebih. Hoi, kalau PASTI, mereka pertikai. PASTI ini program parti, tak ada peruntukan. Hanya bergantung kepada sumber yuran yang sangat minima dan juga sumbangan ahli-ahli PAS, dipertikai. Yang ini PDK, bawah kerajaan pun tak mampu bayar gaji minima kepada penyelia dan juga petugas.

Masalahnya, geran yang diberi setiap tahun tak pernah cukup, bergantung kepada sumbangan-sumbangan luar. Ahli Parlimen sering diminta sumbangan. Kita bagi setakat kita mampu. Elaun penyelia dan petugas rendah. Ketiadaan dana khas untuk aktiviti dan

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

pembangunan. Geran yang diberi hanya cukup untuk bayar elaun, sewa bangunan, itu pun sewa bangunan yang sangat daif yang tidak mesra OKU. Kekurangan petugas. Itu antara masalahnya. Kebergantungan, apa ini lagi, apa ini — ketiadaan dana khas, kekurangan kempen atau pendedahan komuniti. Justeru itu, oleh kerana PDK ini bawah Kementerian Pembangunan Wanita, saya sangat mengharapkan untuk dibantu dengan sewajarnya.

Akhir sekali, Datuk Tuan Pengerusi. Sikit lagi. Berkaitan dengan pendidikan. Falsafah pendidikan negara cukup baik. Falsafah pendidikan Islam juga cukup baik, tetapi apa yang berlaku hari ini, kita bimbangkan. Gejala sosial dengan seks bebasnya, dengan hamil tanpa nikah, dengan dadah, dengan arak, alkohol, dengan pelbagai-bagai penyakit lagi terhadap remaja, pelajar sekolah menengah, pelajar sekolah rendah, pelajar IPT dan sebagainya cukup membimbangkan.

Ada satu kajian yang telah dibuat oleh Kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022-2023. Tak perlu saya sebutkan satu persatu. Secara ringkasnya, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja telah dicatatkan dalam tempoh lima tahun kebelakangan dan 17,646 daripada jumlah itu adalah remaja yang belum berkahwin.

Di negeri Selangor contoh, ini contoh saja. Terdapat 555 kes hamil luar nikah membabitkan kanak-kanak dan remaja di Selangor dan juga ada lagi di negeri-negeri yang lain. Dan pelajar IPT pun ada juga dalam catatan sini. Tak perlulah saya nak sebutkan satu- satu...

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

YB boleh landing.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih.

Sikit lagi, kes buli. Saya juga bersimpati dengan nasib adik Zara kita dan bersetuju dengan semua pandangan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen.

Persoalannya, kes buli bukan kes baru. Cuma, isu Zara cukup-cukup menyedihkan.

2021, 326 kes direkodkan; 2022, meningkat kepada 3,887; 2023 hingga Oktober, meningkat 4,994 kes; 2024, meningkat lagi 6,208 kes dilaporkan dan ada sedikit penurunan selepas daripada itu. Jadi, kalaulah kes buli ini bukan suatu perkara yang baru, mengapa kerajaan tidak boleh mengambil tindakan yang tegas ke atas mereka yang terlibat dengan kes buli dan ada kes-kes yang terpaksa disembunyikan.

Last sekali, saya nak tanya Menteri, dalam RMK12 ada satu projek yang bernilai 54 juta iaitu pembinaan Sekolah Menengah Pelangi Perdana di Parit Buntar. Sampai sekarang dah masuk RMK13, tak ada tanda-tanda pun, satu tiang pun tak naik lagi. Ini RMK12, projek menelan belanja 54 juta lebih kurang. Dah masuk RMK13, sekolah tersebut yang mampu menampung sejumlah pelajar yang ramai masih lagi belum didirikan. Apa sebabnya?

Banyak kali dah saya tanya Menteri, Menteri kata dalam progress, akan diberi perhatian. Menteri bukan orang jauh pun, orang Nibong Tebal juga, tengok-tengoklah.

Tengok sendiri, pantau sendiri. Dia janji nak pantau. Adakah dia pantau? Tengok sendiri, tanya apa masalah. Kalau boleh pecat, buang, terminate kontraktor yang gagal untuk melaksanakan projek mengikut jadual. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Baik, seterusnya saya jemput Sipitang.

draft • 6:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Dari hujung barat daerah Sabah, Sipitang yang tercinta. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati, saya bangun untuk turut serta dalam perbincangan ke atas kerangka pembangunan negara iaitu Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tanggal 31 Julai lepas.

Namun sebelum itu, izinkan saya mengawali perbahasan ini untuk sekali lagi membawakan kisah tragis yang meragut nyawa adik Zara Qairina Mahathir, seorang anak kecil dari Parlimen Sipitang yang meruntun kesedihan sebuah keluarga dan mencetuskan kegusaran sebuah negara, di mana anak kecil itu sepatutnya dilindungi dari tempat yang paling selamat, di sekolah tempat dia mencari ilmu.

Mewakili rakyat Sipitang, saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah, KDN, KPN, Ahli-ahli Yang Berhormat, pasukan peguam yang mungkin ahli keluarga Allahyarhamah serta seluruh rakyat Malaysia di atas keprihatinan, titipan takziah dan komitmen serius untuk menangani kes ini secara telus dan tuntas.

Saya merayu kepada pihak kerajaan, jangan biarkan pemergian adik Zara berlalu tanpa makna. Sudah tiba masanya undang-undang khusus anti-buli digubal dengan segera.

Biar ada garis panduan yang jelas, perlindungan kepada mangsa dan pemberi maklumat serta tindakan tegas terhadap pelaku. Adik Zara tidak akan kembali. Namun, kisahnya mesti menjadi peringatan yang sentiasa membugar dalam minda kita bahawa setiap kanak-kanak berhak merasa selamat, disayangi dan dilindungi. Justeru, marilah kita bertindak, jangan tunggu tragedi seterusnya meledak lagi.

Tan Sri Yang di-Pertua, berbalik kepada agenda Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini yang bukan sekadar dokumen ekonomi, tetapi satu kerangka pembangunan yang menyulam aspirasi rakyat, menjunjung keadilan dan kesaksamaan serta menekankan keterangkuman sosial dan keseimbangan wilayah khususnya bagi kawasan luar bandar seperti di Sabah.

Dalam konteks pembangunan luar bandar, saya ingin membangkitkan isu-isu berkaitan sektor komoditi yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat di kawasan pedalaman.

Pertama, saya mencadangkan agar kerajaan meningkatkan peruntukan bagi penanaman semula pokok sawit tua sekurang-kurangnya empat kali ganda dalam tempoh lima tahun. Pokok sawit berusia lebih 25 tahun tidak akan lagi produktif dan memberi kesan buruk terhadap pendapatan pekebun kecil. Kita harus sedar bahawa kelangsungan sektor

draft • 6:06 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

sawit sangat penting kerana memberikan sumbangan eksport bersih yang tinggi kepada negara. Kegagalan menangani masalah ini dari sekarang akan menyebabkan kejatuhan produktiviti dalam satu dekad akan datang.

draft • 6:06 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Kedua, saya ingin menyentuh tentang kejatuhan industri getah negara. Dahulu kita pernah raja dunia, kini kita mengimport hampir RM 7 bilion getah setiap tahun. Ini sangat ironi kerana banyak ladang getah masih wujud, namun terbengkalai kerana harga rendah dan kekurangan insentif. Saya menyeru agar satu pelan pemulihan industri getah nasional diwujudkan termasuk skim galakan penorehan semula dan kerjasama lebih erat antara pekebun kecil dan industri hiliran.

Ketiga, saya membawa isu pembangunan semula industri koko. Sabah kini antara pengeluaran utama koko negara. Namun, sektor ini memerlukan sokongan menyeluruh daripada kerajaan untuk berkembang dan memberikan pulangan ekonomi berimpak tinggi.

Saya mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif khas kepada pekebun koko, melabur dalam teknologi pemprosesan tempatan dan menjadikan Sabah sebagai hab utama koko negara termasuk dengan pembinaan pusat penyelidikan dan pemprosesan berteknologi tinggi.

Industri koko juga mampu menyumbang kepada sektor pelancongan makanan, memperkasa usahawan IKS, dan membuka peluang pekerjaan tempatan. Pembangunan sektor ini mampu mengangkat Malaysia kembali kepada pengeluar koko antarabangsa. Saya tegaskan bahawa pelaburan besar dalam sektor koko bukan sekadar strategi pertanian, tetapi satu langkah ekonomi penting dengan potensi untuk meningkatkan eksport dan penempatan pekebun serta merangsang pertumbuhan industri berasaskan coklat tempatan.

Keempat, saya ingin mengetengahkan isu tenaga kerja ladang terutama dalam sektor 3D yang kini berdepan krisis kekurangan tenaga kerja. Tanpa pekerja tiada hasil dapat dituai. Ini adalah realiti yang perlu ditangani segera. Kerajaan perlu menyediakan mekanisme pengambilan pekerja asing yang lebih cekap dan telus bagi sektor perladangan selain menawarkan insentif dan latihan kepada warga tempatan untuk menarik mereka menyertai sektor ini.

Saya juga menggesa agar dasar berkaitan pengambilan pekerja asing disemak semula supaya tidak membebankan majikan, dalam masa sama memastikan kebajikan pekerja dilindungi sepenuhnya. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga melihat RMK13 ini hadir umpama pelita dalam gelap, menyuluh jalan, merawat luka pembangunan yang tidak seimbang dan membawa hembusan harapan kepada daerah-daerah yang sekian lama mendambakan sentuhan kemajuan termasuk bumi Sipitang. Yang ibarat permata di sempadan tetapi sering tertutup oleh debu-debu kelompongan sehinggakan kami kadangkala seperti tidak kenampakan.

Sebagai wakil rakyat yang setiap hari mendengar rintihan warganya di pedalaman.

Saya mohon maaf jika nada perbahasan ini dianggap tajam berbisa kerana bukan maksud

draft • 6:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

saya untuk bersikap kritis, jauh sekali untuk menjadi populis kerana apa yang saya angkat ini sebenarnya bukan kisah masa lalu, tetapi ini adalah realiti pada hari ini.

Pertama, isu pembinaan Projek Pan Borneo Jajaran Sipitang-Beaufort yang belum berpenghujung. Biarpun sudah berulang kali, saya lontarkan dan bangkitkan di Dewan Yang Mulia ini. Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kerajaan — Kementerian Kerja Raya untuk segera tampil menangani isu ini secara tuntas.

Progress pembinaan Jajaran Sipitang-Beaufort iaitu Sindumin-Melalia sepanjang 28.3 kilometer dan Melalia-Beaufort sepanjang 34.7 kilometer sangat perlahan dan tidak diselia dengan sebaik-baiknya. Jalan ini bukan lagi memudahkan, tetapi sebenarnya telah menyusahkan sehingga menjadi antara faktor penyumbang kepada beberapa kes kemalangan.

Mengikut perangkaan rasmi, sebanyak 16 kes kemalangan dilaporkan di kawasan Pan Borneo Jajaran Beaufort-Sipitang ini bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja ketimbang 23 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu. Sipitang sebagai pintu penghubung Lebuhraya Pan Borneo Jajaran Sarawak berasa wajar untuk diberi perhatian dan keutamaan dalam hal ini kerana di sini juga merupakan satu-satunya laluan masuk dari negara jiran Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.

Kedua, projek menaik taraf Jalan Mendulong 1 dan Mendulong 2, Beaufort, Sabah yang telah diluluskan di bawah RMK12 pada tahun 2024 dengan kos projek adalah RM23.5 juta dengan skop menaik taraf jalan sepanjang 2.9 kilometer dengan spesifikasi JKR R2 yang akan bermula pada tahun ini, tetapi sehingga kini, belum ada kelihatan sebarang jentera atau kerja-kerja dijalankan.

Begitu juga projek naik taraf jalan raya Kampung Mendulong ke Kampung Meligan.

Khabarnya, ceritanya tinggi melangit, tetapi realitinya, indah khabar dari rupa. Sampai sekarang keadaannya masih seperti dulu, malah kerosakan bertambah parah di musim tengkujuh. Justeru, kita menuntut kepada kementerian berkaitan supaya melaksanakannya — pelaksanaannya disegerakan.

Ketiga, berkaitan keperluan tenaga elektrik. Kita mengharap dan merayu agar usaha ke arah memperkasa bekalan elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak diperhebatkan lagi khususnya penduduk di perkampungan terpencil seperti Sipitang yang mendambakan perhatian dan sentuhan kasih sayang. Komitmen RMK13 mewujudkan sistem pasaran tenaga elektrik memang baik, tetapi sebelum kita boleh berdagang keluar, kita mesti adil kepada rakyat kita sendiri. Jangan rakyat di kampung-kampung terpencil pedalaman Sabah seperti Kampung Long Pasia, Long Miau, Meligan, Ulu Bole, dan Iburu di Sipitang terus hidup dalam kegelapan. Kampung-kampung yang saya sebut ini masih bergantung kepada genset atau generator menjana elektrik. Apakah ini makna sebuah kemerdekaan yang hakiki?

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di kawasan pedalaman Long Pasia, projek solar pernah dilaksanakan, namun gagal berfungsi kerana isu teknikal. Ini bukan sahaja mengecewakan, tetapi menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap teknologi tenaga baharu dan melunturkan harapan rakyat kepada kepimpinan baharu. Terus terang saya katakan, projek bekalan elektrik luar bandar, sistem solar di Stesen 2 Kampung Long Pasia yang

draft • 6:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

dilaksanakan di situ masih terbengkalai sehingga kini. Tolonglah, lihatlah dan kasihanilah rakyat di kawasan berkenaan.

Keempat, isu berkaitan sistem pengairan dan saliran. Satu isu yang menghambat kehidupan dan meruntun jiwa ramai rakyat yang terkesan. Kita berharap Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS), meneliti dan memberikan pertimbangan terhadap isu tiga serangkai di kawasan Parlimen Sipitang ini – banjir, hakisan tebing sungai, dan mendapan muara sungai.

Kejadian banjir sering berlaku di kawasan Pekan Sindumin dalam Parlimen Sipitang terutamanya di Kampung Skim Sindumin dan Tanjung Nipis sehingga mencapai ketinggian paras banjir 1.5 meter akibat limpahan Sungai Mengalong. Manakala kejadian hakisan tebing sungai semakin membimbangkan di beberapa kawasan sepanjang sungai paras di daerah Beaufort, terutamanya di Kampung Suasa, Mempagar, Lupak, Lubuk Hilir, Bingkul dan Kampung Luagan.

Hakisan ini turut melibatkan risiko kemusnahan terhadap struktur awam seperti dewan, jalan raya, masjid, surau, dan jambatan. Sementara, mendapan di muara Sungai Sipitang terletak di kawasan Pekan Sipitang, tempat beroperasi dan laluan bot penumpang, bot agensi penguatkuasa dan kapal-kapal nelayan. Sejak akhir-akhir ini, keadaan muara sungai ini semakin cetek dan sempit akibat enapan kelodak dan pasir. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran kepada aktiviti-aktiviti pelayaran dan turut menyumbang kepada kekerapan kejadian banjir di kawasan tersebut.

Kelima, isu kesihatan di mana Sipitang memerlukan sebuah kompleks kesihatan serba moden dan canggih bagi memenuhi keperluan lebih 35,000 penduduknya yang bertaburan di kawasan cukup luas merangkumi 2,437 kilometer persegi sama seperti luasnya negeri Melaka. Dalam menelusuri lembaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, saya berharap sungguh agar cadangan saya ini diberi pertimbangan serius sejajar usaha menaik taraf Hospital Sipitang sebagai hospital pakar pada masa akan datang selari dengan kedudukan geostrategik daerah kami yang bersempadan dengan Labuan dan Sarawak serta laluan antarabangsa, negara Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.

Beberapa klinik kesihatan yang ada di sekitar Sipitang seperti yang terdekat di Sindumin – 19.6 kilometer, Mendulong, Meligan, dan paling jauh Long Pasia – 115 kilometer boleh menjadikan kompleks kesihatan itu nanti sebagai pusat rujukan pesakit-pesakit tanpa perlu dibawa ke Beaufort atau ke Kota Kinabalu. Saya berharap kerajaan memberi komitmen penuh dalam menjadikan cadangan ini sebagai salah satu projek utama Rolling Plan 1 RMK13. Mendukung semangat RMK13 ini juga, saya akan berusaha memberi cahaya, menjadi lilin kepada rakyat Sipitang kerana perjalanan membangunkan kawasan ini masih panjang dan jauh berliku.

Sebenarnya bukan sekadar Sipitang sahaja umpama lilin, malah semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, baik di sebelah sini mahupun di sebelah sana, adalah juga seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi rakyat di kawasan masing- masing. Kerana menjadi wakil rakyat bukan soal kedudukan, tetapi soal pengorbanan seperti dalam bait-bait lagu kumpulan Pelangi yang berjudul Biarku Menjadi Lilin.

draft • 6:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Tuan-tuan dan Puan-puan, sekian. Tan Sri Yang di-Pertua, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Sipitang. Sekarang saya jemput Dungun.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Firman Allah Subhanahuwataala dalam awal ayat 29 Suratul al-Baqarah [Membaca sepotong ayat al- Quran] Yang membawa maksud, “Dialah Allah yang telah menjadikan bagi kamu apa yang ada di bumi semuanya.” Saya ingin untuk memulakan perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, dengan mengambil kira jangka hidup rakyat Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Setiap kelahiran bayi sehingga ke akhir hayat hidup ialah pada jangkaan umur 70 hingga 75 tahun. Maka, bolehlah kita bahagikan kepada fasa kehidupan rakyat Malaysia, iaitu fasa pertama, ialah usia pendidikan bermula dari saat kelahiran hinggalah berumur 25 tahun. Ini ada lah fasa pembentukan insan. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, kolej sehingga universiti.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas, menyebut soal pembangunan modal insan.

Tetapi realitinya, infrastruktur sekolah di banyak kawasan khususnya di luar bandar dan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak masih berada pada tahap yang sangat daif. Masih wujud sekolah-sekolah di negara ini yang beroperasi dalam keadaan serba kekurangan, dengan kemudahan asas yang tidak setara dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Situasi ini memberi isyarat jelas, bahawa jurang kualiti prasarana pendidikan antara bandar dan luar bandar masih belum berjaya dirapatkan. Meskipun perancangan pembangunan telah berulang kali diutarakan dalam Rancangan Malaysia yang lalu.

Kelemahan prasarana hanyalah satu sisi daripada cabaran pendidikan kita. Lebih meresahkan, sekolah yang sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak-anak menimba ilmu, kini turut menjadi medan tercetusnya krisis akhlak dan keselamatan. Kes buli-membuli umpamanya, seperti yang berlaku kepada adik Zara Qairina adalah satu tamparan hebat kepada sistem pendidikan negara.

Oleh itu, marilah kita melihat kepada satu prinsip yang jelas dalam soal yang berkait dengan keadilan. Sesiapa yang didapati bersalah, mestilah dianggap bersalah, dan tindakan tegas mesti diambil tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Ingatlah kata-kata hikmah; zaman sulit melahirkan generasi yang kuat, generasi yang kuat melahirkan zaman yang selesa, zaman yang selesa melahirkan generasi yang lemah, dan generasi yang lemah melahirkan kembali zaman yang sulit.

Apabila ada generasi yang lemah, cara untuk menunjukkan kekuatan, terutama di alam persekolahan, adalah dengan buli-membuli. Ini mestilah dilihat kepada asas kitaran sejarah yang kita sedang lihat di depan mata. Jika kita tidak memperbaiki kelemahan sistem

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

pendidikan, dan mendidik generasi ini dengan nilai yang teguh, kita akan mencipta kitaran kemerosotan yang berulang.

Oleh itu saya pohon, yang pertama, selesaikan isu infrastruktur sekolah, sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak. Yang kedua, perbaiki mana-mana kelemahan dalam sistem penyampaian pendidikan.

Seterusnya, fasa yang kedua, Yang di-Pertua, ialah berkait dengan usia produktif dari 25 tahun hingga 60 tahun. Ini adalah fasa rakyat bergelut membina kerjaya, mengukuhkan ekonomi keluarga dan menyumbang kepada negara. Namun, isu mismatch skill dan underemployment terus menghantui anak muda, khususnya graduan universiti.

Ramai yang berpendidikan tinggi terpaksa menerima gaji separuh dari kadar sepatutnya.

Jawatan yang mengikut kadar pasaran sewajarnya, bergaji RM5,000 hanya dibayar RM2,500. Akibatnya, kita menyaksikan kadar pengangguran masih berlaku. Migrasi tenaga mahir ke luar negara dengan izin, brain drain dan ketidakseimbangan ekonomi keluarga muda.

Laporan statistik tenaga buruh Malaysia bagi bulan April 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), telah menyatakan bahawa kadar pengangguran 3.0 peratus pada April dan Mei 2025. Apakah pelan konkrit dan garis masa jelas yang akan memastikan angka 3.0 peratus ini benar-benar menggambarkan pekerjaan berkualiti, bukan sekadar statistik yang indah di atas kertas.

Oleh itu, saya ingin untuk kita ingat kepada apa yang pernah disebut oleh Ibnu Khaldun, tentang pengaruh pengurangan cukai terhadap semangat rakyat dan kemakmuran pembangunan. Apabila beban pungutan dan kewajipan cukai dan sebagainya dikurangi dari rakyat, maka mereka akan giat bekerja dan terdorong untuk melakukannya sehingga aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial menjadi banyak dan terus bertambah, kerana mereka merasa senang dan puas dengan sedikitnya beban yang harus mereka tanggung. Inilah yang perlu untuk kita lihat hari ini.

Bagaimana ketika high value goods tax boleh ditangguhkan pelaksanaannya, tetapi tidak kepada LVGT, low value goods tax kepada rakyat. Saya pohon supaya menteri kewangan melihat kepada kepentingan untuk membangunkan sektor penting dalam negara iaitu pada fasa kedua sektor ekonomi ini. Kerana, se-kata Ibnu Khaldun, sesebuah negara boleh hancur apabila negara hidup dari cukai yang menindas rakyat.

Ini penting untuk kita mengambil ingatan, kerana apabila negara tidak lagi mencari hasil daripada sumber negara, maka cukai-cukai yang membebankan akan dikenakan kepada rakyat. Ingatlah ayat 29 yang saya bacakan pada permulaan.

Bagaimana, apabila sumber negara mestilah menjadi asas kepentingan kepada hasil negara ialah melihat kepada sumber yang ada dalam negara, yang melibatkan raw resources seperti biji timah, biji besi, melibatkan minyak, gas dan juga melibatkan REE dan lain-lain, itu sepatutnya menjadi punca utama kepada hasil negara. Ini penting kerana apabila kita bebankan rakyat dengan cukai yang berbagai, maka kesannya ialah rakyat akan terkesan daripada hasil yang kita lihat hari ini. Bagaimana mungkin kita boleh mengenakan cukai terhadap rakyat dengan banyak, tetapi soalnya ialah bagaimana kehidupan rakyat itu adakah

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

mereka dalam keadaan berproduktiviti seperti mana sebelum daripada peluasan skop cukai SST.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Yang ketiga ialah fasa ketiga usia warga emas 61 tahun ke atas. Negara sedang menuju status negara menua. Rancangan Malaysia Ketiga Belas memang menggariskan strategi kesejahteraan warga emas, tetapi persoalan pokoknya, setiap yang tua datang dari yang muda. Soalnya, kita membincangkan tentang negara menua, bagaimana persiapan dan persediaan kita terhadap generasi-generasi muda dan belia yang merupakan aset kepada negara yang bakal kita tinggalkan nanti? Adakah kita sedang melahirkan generasi muda yang benar-benar menghormati, menghargai dan menyanjung tinggi nilai Rukun Negara dan kemuliaan akhlak?

Saya ingin mengaitkan hal ini dengan insiden yang memalukan negara ― kes Jalur Gemilang yang dipasang terbalik. Ia bukan sekadar kesilapan biasa, ia mencerminkan kelalaian, kejahilan atau sikap sambil lewa terhadap simbol kedaulatan negara. Ada pihak yang berkata perkara ini tidak perlu diperbesarkan atau tidak wajar dipolitikkan, tetapi ini bukan soal politik. Ini soal maruah negara.

Lihatlah kepada panji-panji tentera. Apabila panji-panji yang ada pada setiap tentera tidak boleh sama sekali dijatuhkan apatah lagi diterbalikkan. Lihatlah kepada tugu peringatan negara tidak jauh dari Parlimen ini. Lihatlah apabila kita lihat yang paling tinggi yang dipegang oleh tentera yang digambarkan dalam tugu peringatan itu ialah bendera Malaysia.

Maka, jangan sekali-kali kita menjadikan hal-hal perkara yang berkait dengan soal maruah negara ianya adalah suatu lambang biasa, bukan Jalur Gemilang. Bukan sekadar kain berwarna, ia melambangkan kedudukan negara yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, nilai perpaduan, kerukunan, kesucian dan semangat federalisme yang menyatukan seluruh negeri di bawah payung yang sama.

Saya pohon, Tan Sri Yang di-Pertua, kesalahan ini, apatah lagi di bulan kebangsaan, adalah mesti diambil kira, tidak boleh semata-mata disapu di bawah permaidani, iaitulah dengan hanya sekadar permohonan maaf. Saya berharap kerajaan benar-benar memperketatkan undang-undang agar tindakan tegas dan keras diambil terhadap mana- mana pihak yang mencemarkan simbol negara tanpa mengira sebarang alasan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Bukit Gelugor.

draft • 6:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mic.

draft • 6:32 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta maaf. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahas RMK13. Beberapa topik ataupun isu yang ingin saya bangkitkan.

Pertamanya, Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan akauntabiliti ataupun sistem kebertanggungjawaban bagi RMK13 ini. Tuan Speaker, saya mencadangkan untuk

draft • 6:32 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

memperkenalkan satu platform kebertanggungjawaban ataupun, dengan izin, an accountability platform yang digital bagi membolehkan rakyat Malaysia mengakses status pelaksanaan setiap skop pembangunan di bawah RMK13 ini.

Portal dan talian ini akan berfungsi untuk beberapa perkara. Pertamanya, Tuan Speaker, ialah untuk memaparkan penanda aras projek, peruntukan dana dan petunjuk prestasi ataupun KPI RMK13.

Kedua, untuk menjejak kemajuan terkini ataupun dengan izin, the latest developments dalam bentuk data atau visual bagi projek infrastruktur di peringkat kebangsaan, negeri dan komuniti.

Ketiga, ia akan bertindak sebagai satu mekanisme maklum balas ataupun feedback mechanism dengan izin, untuk input awam serta memberi perlindungan terhadap, antara lain, whistleblowers ataupun pemberi maklumat, dengan izin. Juga, ianya akan menunjukkan pecahan terperinci setiap inisiatif di bawah RMK13 yang boleh dikategorikan kepada beberapa kategori mengikut sektor, umpamanya pendidikan, infrastruktur, kesihatan, ekonomi dan sebagainya.

Kita boleh membawa contoh dari negara-negara lain yang telah pun mengamalkan amalan yang sama seperti di Korea Selatan yang mempraktikkan, dengan izin, an Open Data Strategy Council ataupun Majlis Strategi Data Terbuka, dan Korea Open Government License ataupun Lesen Kerajaan Terbuka Korea di mana data prestasi kerajaan boleh diakses oleh orang awam. Platform e-People Korea Selatan juga menyediakan sistem bersepadu untuk aduan awam, cadangan dan perbincangan umum. Satu model yang boleh disesuaikan oleh Malaysia bagi meningkatkan penglibatan rakyat.

Juga, di negara jiran, Indonesia yang mengambil pengajaran daripada inisiatif Satu Data Indonesia yang menyatukan data kerajaan dalam satu platform berpusat untuk meningkatkan perancangan dan akauntabiliti. Platform Lapor oleh Kerajaan Indonesia pula membolehkan rakyat melaporkan isu serta memantau respons kerajaan, sekali gus menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban di semua peringkat pentadbiran.

Jadi, saya menyeru agar kerajaan mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk memberi awareness, dengan izin, dan juga satu platform untuk masyarakat umum ataupun awam untuk menyertai dan mengetahui progress berkenaan RMK13 ini.

Saya ingin membawa perhatian kepada beberapa isu berkenaan pendidikan, Tuan Speaker. Kita baru-baru ini telah pun ― Dewan Rakyat telah pun meluluskan RUU Pindaan Pendidikan 2025 yang meminda Akta Pendidikan 1996 pada 30 bulan tujuh tahun ini. Pindaan ini menjadikan pendidikan menengah sebagai mandatori bagi semua warganegara Malaysia menggantikan keperluan sebelum ini yang hanya mewajibkan pendidikan rendah. Ibu bapa yang gagal mematuhi peruntukan ini boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tuan Speaker, ini merupakan satu, dalam pandangan saya, dengan segala hormatnya, satu tindakan yang agak ekstrem. Persoalan yang timbul berkenaan dengan isu ini ialah apakah mekanisme ataupun apakah tindakan yang telah pun diambil oleh kerajaan untuk memastikan ataupun mengenal pasti sebab-sebab di belakang ketidakhadiran pelajar-

draft • 6:32 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

pelajar? Dengan izin Tuan Speaker. What are the reason behind absentee? There maybe money dan ini perlu diambil kira dalam sekiranya kita berniat untuk memperkenalkan penal consequences dengan izin Tuan Speaker, terhadap mereka ataupun keluarga mereka yang tidak hadir.

Saya mencadangkan ― ataupun sebelum itu, sebelum cadangan saya, saya ingin bertanya, apakah mekanisme yang sedang dilaksanakan bagi beralih daripada pendekatan bersifat hukuman kepada langkah yang lebih menyokong dan inklusif untuk menggalakkan ibu bapa, terutamanya yang berada dalam keadaan rentan, menghantar mereka ataupun anak-anak mereka ke sekolah?

Saya juga mencadangkan agar Jabatan Kebajikan ‘Awam’ (JKM), KPWKM menjalankan penilaian kebajikan ataupun, dengan izin, welfare review secara bersasar untuk mengenal pasti punca sebenar yang menghalang kehadiran ke sekolah. Faktor-faktor ini mungkin merangkumi kekurangan akses kepada pendidikan awam terutamanya di kawasan luar bandar atau pendalaman seperti di Sabah, Sarawak, kesempitan kewangan atau persekitaran rumah yang tidak stabil, cabaran pengangkutan serta tanggungjawab penjagaan ahli keluarga atau masalah kesihatan dalam keluarga. Penilaian ini akan membantu merangka strategi intervensi yang berpusatkan keluarga dan bukannya bersifat penal ataupun menghukum.

Ketiganya berkenaan dengan sistem kuota universiti. Tuan Speaker, kuota etnik kemasukan universiti awam telah dimansuhkan secara rasmi antara tahun 2002 hingga 2008.

Kemasukan kini sepatutnya berdasarkan merit menggunakan formula 60 peratus merit akademik dan 40 peratus kokurikulum.

Tuan Speaker, namun begitu, terdapat halangan sistematik masih wujud apabila pelajar matrikulasi yang kebanyakannya bumiputera sering kali mendapat akses yang lebih mudah berbanding dengan pelajar STPM kebanyakannya bukan bumiputera.

draft • 6:32 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sebagai contoh, kalau kita lihat kepada beberapa statistik, pada tahun 2023, pelajar India hanya merangkumi 4.8 peratus daripada keseluruhan pelajar universiti awam. Biasiswa MARA, JPA dan biasiswa kerajaan lain masih memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar bumiputera. Pelajar bukan bumiputera pula mempunyai akses terhad kepada bantuan kewangan sebegini kecuali melalui biasiswa berdasarkan merit atau dari sektor swasta.

Saya mencadangkan, Tuan Speaker, agar pelajar yang memperolehi angka ataupun skor 10A dalam SPM kini dijamin tempat dalam program matrikulasi tanpa mengira kaum.

Dan ini telah pun diberi satu pengesyoran oleh Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti latar belakang sosioekonomi atau peluang pendidikan yang tidak seimbang.

Saya menyarankan agar kemasukan ke universiti awam dan institusi pengajian tinggi awam adalah faktor penting dalam mengembangkan bakat tenaga kerja masa depan Malaysia. Tenaga kerja inilah yang akan menentukan kejayaan RMK13 dan juga pembangunan jangka sepanjang negara ataupun jangka panjang, long-term negara.

draft • 6:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Satu isu yang perlu diambil tindakan yang segera dalam pandangan saya, Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan isu pembulian ataupun kes-kes buli yang telah pun pada baru-baru ini kita membaca berkenaan dengan kes tragik Zara Qairina Mahathir. Saya baru dapat berita bahawa pegawai penyiasat yang asal menyiasat kes ini, beliau tidak memohon untuk bedah siasat yang merupakan prosedur ataupun amalan biasa, standard procedure dalam kes-kes yang mencurigakan.

Persoalan yang timbul adalah, kenapa dan adakah standard-standard ataupun training pihak polis memadaikah memandangkan basic standards, basic procedure dengan izin, seperti ini tidak diambil oleh pegawai penyiasat? Bukankah ini satu perkara yang penting yang sepatutnya diambil dari masa from the first, dari masa kes ini dibuka siasatannya?

Ini bukannya kali pertama kita melihat kes-kes buli. Kita masih boleh ingat kes-kes lain seperti kes Zulfarhan Osman Zulkarnain, kes T. Nhaveen iaitu di kawasan saya di Bukit Gelugor di Pulau Pinang, kes Sashikala Nadarajah, juga kes Rajeswary Appahu, ataupun lebih dikenali sebagai Esha. Walaupun bukan kesemua kes ini berkenaan dengan kes-kes buli di sekolah, tapi ianya adalah berkenaan dengan kes buli secara umumnya dan ini merupakan satu perkara yang perlu ditangani dengan seriusnya oleh pihak kerajaan, oleh kementerian-kementerian yang berkenaan agar satu penyelesaian masalah ini dapat dicapai dalam masa yang terdekat.

Memandangkan masa tidak banyak sekarang. Tuan Speaker, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan perkara yang agak penting baru-baru ini berkenaan dengan soal bendera yang diangkat di Pulau Pinang. Baru-baru ini kita melihat pemimpin UMNO Youth iaitu Akmal Saleh telah pun dengan izin Tuan Speaker, mengeluarkan banyak kenyataan yang melampau dan keterlaluan. Ini berkenaan dengan insiden pemasangan bendera oleh seorang usahawan di Pulau Pinang. Asalnya kata dia akan turun ke Pulau Pinang untuk ajar usahawan tersebut dengan kawan-kawannya untuk cara pemasangan bagaimana nak memasang bendera.

Kemudian dia tarik balik tetapi ugut bahawa beliau akan turun sekiranya usahawan tersebut tidak dituduh selewat-lewatnya hari Rabu. Apa soalan yang timbul Tuan Speaker?

Boleh saya diberi beberapa, seminit?Bukankah kenyataan-kenyataan seperti itu berunsur pertamanya, ugutan dan juga hasutan?

Keduanya, bersifat memecah belah masyarakat berdasarkan sifat yang berbaur perkauman. Ketiganya, boleh menggugat ketenteraman awam, tapi sehingga sekarang Tuan Speaker, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Akmal tersebut.

Persoalannya is why is that? Kenapa? Adakah Akmal ini mempunyai kekebalan ataupun keistimewaan daripada siasatan ataupun pendakwaan terhadap tindakan atau siasatan oleh pihak berkuasa?

Ultimatum dengan izin, Akmal kepada Jabatan Peguam Negara untuk menuduh dalam tempoh yang tertentu tidak wajar Tuan Speaker. Ini dan juga memberi tekanan yang boleh meng-compromise dengan izin, proses siasatan berkenaan kes ini. Question ataupun soalan yang timbul adalah saya nak tanya apakah pendirian Jabatan Peguam Negara berkenaan ini?

draft • 6:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara untuk memberi amaran kepada Akmal tersebut agar tidak bercampur tangan dalam proses siasatan kes ini? Sekiranya tidak, saya nak tanya kenapa? Why is action not being taken against Akmal when it’s so obvious that action dengan izin, should be taken immediately? Saya juga difahamkan bahawa beberapa laporan polis telah pun dibuat terhadap Akmal tersebut dan saya nak tanya soalan, adakah beliau akan ditahan, adakah beliau akan disiasat, adakah beliau kemungkinannya akan dituduh?

Oleh kerana Tuan Speaker dalam pendapat saya, terdapat banyak ataupun beberapa kesalahan yang mungkin telah pun dilaku oleh beliau seperti kesalahan menakutkan secara jenayah di bawah seksyen 503 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaitkan dengan niat hendak membangkitkan keamanan di bawah seksyen 504, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam di bawah seksyen 505, juga mungkin telah pun melakukan jenayah di bawah Akta Hasutan.

Jadi persoalan yang ingin saya timbulkan dan saya agar menyeru agar satu jawapan diberi dengan segera oleh kementerian yang berkenaan adalah sama ada tindakan tersebut akan diambil dalam masa yang terdekat. Jadi dengan itu saya mengucapkan terima kasih Tuan Speaker oleh kerana memberi saya peluang untuk membahas RMK tersebut. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Kuala Krau.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Speaker, saya mulakan dengan firmanullahu ta’ala [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dan Tuhan berfirman, “Sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman dan bertakwa tentulah Kami akan membuka bagi mereka pintu keberkatan yang melimpah berkatnya dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan Rasul Kami, lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Rasulullah SAW ketika membangunkan Madinah bukan sekadar menumpukan kepada urusan berbentuk materialistik seperti ekonomi semata, namun Baginda menekankan juga prinsip spiritual dan juga modal insan. Baginda adalah insan yang memberi panduan kepada kita untuk mementingkan kesejahteraan yang berpanjangan yang berteraskan keadilan dan kemakmuran bersama dan berpaksikan kepada keberkatan sama ada dalam perolehan dan pengagihan termasuklah sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang saya baca tadi.

Tan Sri Yang Pertua, dalam RMK13 ini sektor pendidikan menerima peruntukan yang besar iaitu RM67 bilion dengan komitmen untuk mengarusperdanakan STEM, TVET, kemahiran digital dan meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada semua.

draft • 6:48 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Langkah menumpukan kepada Program TVET Tahfiz merupakan satu langkah yang menyambung usaha kerajaan sebelum ini, yang merangka program memperkasakan pondok dan tahfiz. Namun, di era yang semakin tinggi kebergantungan terhadap teknologi digital, teknologi hijau dan kelestarian hidup, adalah molek jika hala tuju baharu TVET Tahfiz ini

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

memberi penekanan kepada kemahiran digital, keusahawanan, automasi dan teknologi hijau bagi memastikan graduan TVET Tahfiz ini kekal relevan dalam ekonomi abad yang ke-21.

Namun, kerajaan perlu sedar dan bertindak kerana akses kepada pengajian TVET bagi pelajar tahfiz masih tidak seimbang, khususnya bagi mereka di luar bandar atau institusi kecil yang tidak mempunyai kemudahan mencukupi. Kerajaan perlu memperluas capaian melalui pembiayaan bersasar, infrastruktur digital dan kerjasama dengan industri tempatan.

Bahkan, sekiranya mampu, diwujudkan dan ditambah lagi institusi Tahfiz TVET mengikut zon dan zon timur ditawar kepada Kuala Krau. Pengiktirafan dan standard kualiti TVET Tahfiz juga perlu jelas dan diinstitusikan di bawah badan akreditasi rasmi supaya sijil dan diploma yang dikeluarkan mempunyai nilai setara dengan Program TVET arus perdana di dalam ataupun di luar negara.

RMK13 juga menekankan tata kelola dalam pengurusan. Maka, saya menyarankan supaya kes-kes salah tata kelola yang sedang berlaku mesti diambil tindakan segera untuk diselesaikan. Sebagai contoh, tentang isu FELCRA yang berkenaan isu pembekalan jentera roda tiga untuk mengangkut buah sawit di ladang-ladang FELCRA. Difahamkan pembekalan ini telah diserahkan oleh pengurusan FELCRA Berhad kepada anak syarikatnya, FELCRA Bekalan Sendirian Berhad pada harga yang terlalu tinggi berbanding dengan harga pasaran yang sebenarnya. Harga yang ditetapkan oleh syarikat pembekal tersebut amat membebankan, malah ada unit yang mencecah sehingga RM40,000 satu unit. Sedangkan harga pasaran hanyalah sekitar 6,000 ke 12,000 seunit, bergantung kepada reka bentuk yang diperlukan.

Lebih membimbangkan, pada peringkat awal penggunaannya sekitar tahun 2022 dan 2023, hampir semua jentera roda tiga ini di ladang FELCRA Pahang rosak dan tersadai, tidak lagi boleh digunakan. Namun, kos bagi setiap unit ini telah dicaj terus ke dalam akaun untung rugi, yakni profit and loss ladang yang merupakan hutang dalam akaun setiap peserta FELCRA di ladang berkenaan. Akibatnya, ladang-ladang FELCRA menanggung kos pengurusan yang tinggi dan akhirnya, gagal membayar dividen tahunan kepada peserta kerana mengalami kerugian operasi iaitu dari 107,130 peserta, hanya 36 peratus iaitu 38,730 yang menerima dividen yang selayaknya.

Kegagalan ini berpunca dari kerugian dalam akaun untung rugi tahunan ladang- ladang FELCRA, di mana kos pengurusan yang tinggi tidak dapat diimbangi oleh jumlah hasil yang dikeluarkan. Situasi kerugian seperti ini bukanlah perkara baru, malah berlaku hampir setiap tahun dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya mendesak agar pihak pengurusan FELCRA Berhad dirombak dan disusun semula dengan memastikan hanya kakitangan yang benar-benar berintegriti dan amanah serta kompeten dan amanah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan ladang-ladang FELCRA serta siasatan rapi, termasuk forensik audit dilakukan segera terhadap isu pembekalan jentera roda tiga ini.

Saya berbalik kepada isu FELDA yang menjadi isu keutamaan setiap kali perbahasan saya. Kebetulan saya juga merupakan anak daripada peneroka FELDA. Pertama yang saya ingin terangkan ialah skim STRF. Saya mohon agar disegerakan pindaan Akta GSA yang

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

banyak menghalang penerusan aktiviti dan program yang hendak dianjurkan. Bagi kami, termasuk pembangkang, sentiasa menyokong apa juga program yang terbaik untuk generasi pertama, kedua dan ketiga peneroka, termasuklah Projek STR ini.

Namun, saya mengharapkan agar projek yang baik ini tidak dipolitikkan sehingga ada di kalangan mereka yang tertentu di dalam majlis-majlis umum menyatakan bahawa sekiranya mengharapkan tanah STR ini, mesti menyokong parti-parti tertentu. Ini tidak wajar kerana sekiranya selepas ini kami yang mengambil pemerintahan negeri ataupun kerajaan, ini adalah projek kerajaan, bukan projek mana-mana parti yang mesti diteruskan oleh siapa yang memerintah pada ketika itu.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang kedua iaitu meningkatkan kapasiti kilang sawit di FELDA-FELDA. RMK13 perlu menumpukan kepada prestasi dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan sawit. Sekarang ini kalau kita lihat, apabila tiba musim banyaknya hasil sawit, kebanyakan kilang-kilang tak mampu menampung sehingga sebab itu saya mencadangkan agar kilang-kilang sawit ini diperkasakan, ditambah kemampuannya agar kualiti buah sawit yang telah diambil tidak ditunggu beberapa hari baru buah diproses, yang menyebabkan kurangnya kualiti dan akan berkaitan kepada kurangnya pendapatan para peneroka.

Seterusnya, isu rumah generasi kedua. Perkara ini sering kali diulang, ya.

Terutamanya rumah-rumah yang dibina oleh generasi kedua, ketiga di tanah tapak rumah ayah-ayah mereka. Masalahnya yang pertama ialah kemasukan api/air. Setiap kali dah sebut dah. Apa susah sangat nak masukkan api/air, apa susah sangat, kan? Tak boleh ke diwujudkan satu – apa panggil, kerjasama supaya masukkan api. Api dan air ini yang menjadi keperluan asas. Kalau bab api/air pun tak boleh nak masuk, macam mana RMK13 ini yang jauh lebih besar pencapaian yang nak dicapai?

Sebab itu saya menyeru supaya perkara ini dapat diselesaikan, sebab sebelum ini pernah dibenarkan, kenapa ditarik balik, apa alasan ditarik balik? Sedangkan api dan air adalah asas kepada kehidupan manusia. Dan yang seterusnya, saya mengharapkan supaya rumah-rumah generasi kedua yang masih banyak terbengkalai diambil tindakan segera untuk diselesaikan demi masa depan dan kebajikan generasi kedua peneroka.

Begitu juga dalam RMK13, kesempurnaan prasarana juga ditekankan. Ini juga berlaku di mana-mana, termasuk di Parlimen Kuala Krau. Jalan Rumpun Makmur ke Bandar Pusat, dalam kualiti yang tidak baik, dalam penuh kegelapan malam dan pernah beberapa kali saya melaluinya, hampir selalu bertemu dengan kemalangan sama ada langgar binatang, langgar sama-sama dia, langgar pokok, langgar macam-macam lah. Bila tak langgar kita saja lagi. Begitu juga jalan Pekan Kuala Krau ke jambatan ke Kuala Krau, walaupun jaraknya sikit, tetapi corner yang begitu bahaya dalam keadaan gelap merisikokan kemalangan kepada pengguna. Manakala jalan beralun yang tidak selamat daripada Kuala Mai ke Simpang Gong Hop juga perlu diambil perhatian.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan pendidikan. Kita sudah banyak mendengar perbahasan di semua Ahli Dewan, terutama membabitkan kemuncak kepada kebangkitan rakyat berkaitan isu buli terhadap Allahyarhamah adik Zara Qairina ini. Antara perkara yang saya ingin bawa perhatian selain daripada menekankan aspek keselamatan,

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

perlu diwujudkan perjawatan tetap warden yang berkemahiran, yang sepenuh masa, yang dididik khas untuk menjaga anak-anak ini. Selain menambahkan infra seperti CCTV dan sebagainya bagi menyokong ke arah kita mensifarkan atau setidak-tidaknya mengurangkan kes-kes buli seumpama ini.

Saya juga ingin mencadangkan agar minggu suai kenal dan orientasi tidak dibiarkan kepada pelajar senior atau sekolah tertentu yang menggubal silibusnya. Kenapa tidak KPM mengadakan satu garis panduan untuk melahirkan satu garis panduan yang terbaik, yang meliputi semua aspek. Di antaranya, menanamkan rasa kasih sayang antara pelajar baharu dan pelajar lama.

Sebagaimana yang terbukti dalam sejarah hijrah Rasul Nabi SAW, penduduk Mekah yang berhijrah ke Madinah dianggap seperti adik-beradik. Walaupun penduduk Madinah dengan kelebihan yang ada, penduduk Mekah dengan penuh kekurangan yang ada, tetapi kerana sayang dan kasihnya mereka sesama insan, akhirnya membentuk suatu keluarga yang bahagia. Inilah nilai yang perlu ditanamkan kepada pelajar-pelajar yang baharu masuk di mana-mana institusi.

Begitu juga perlu ditanam di rumah masing-masing bahawa manusia adalah sama.

Manusia perlu dihormati, manusia perlu disayangi kerana Allah menciptakan manusia dengan penuh kasih sayang.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Sebab itu saya mencadangkan agar panduan orientasi ini diambil daripada satu kitab yang cukup bagus, karangan Allahyarham Dr. Abdul Karim Zaidan iaitulah Tarbiyatul Aulad yang menggariskan pendidikan yang cukup terbaik bagi anak-anak sampai ke peringkat yang tinggi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Buat akhirnya, marilah kita meneladani kepimpinan Rasulullah SAW, yang sentiasa memikirkan kemaslahatan ummah secara menyeluruh. RMK bukan sekadar dokumen perancangan, tetapi amanah besar yang akan kita jawab di hadapan Allah. Buat akhirnya, yang pertama saya mengucapkan tahniah kepada seluruh anak-anak PASTI yang berjumlah 170,571 orang dan SRITI 2,810 orang yang telah membuat sembahyang hajat serentak di seluruh negara demi kebaikan dan kemaslahatan Allahyarhamah adik Zara Qairina.

Sebagai akhir untuk renungan bersama Puan Speaker, kita tak tahu apalah agaknya yang terlintas di hati adik Zara ketika dia dalam keadaan nazak, apa yang terbanyak di fikirannya. Kemungkinan di sana ada doa yang terlintas, aku dizalimi ya Allah tidak ada siapa nak bela aku. Maka dengan doa ini daripada seorang anak yang tidak dikenali oleh sesiapa, hari ini dia membangkitkan rakyat untuk bersatu tanpa agama, bangsa, keturunan untuk menuntut keadilan kepada Allahyarhamah ini dan ingat satu, kita ingat pengajaran pada kita, doa orang yang zalim tidak ditolak oleh Allah SWT. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Wabillahitaufiq: assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Puan Speaker. Bayan Baru ingin bangkit untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030. Dalam RMK13 ini dia amat menitikberatkan tentang isu mobiliti sosial dan kita tahu bahawa dalam Dewan ini ramai di antara kita datang daripada keluarga yang kurang berada dan kita boleh berada di sini kerana ada mobiliti sosial. Ramai ahli-ahli Yang Berhormat ini datang daripada keluarga yang miskin, tetapi akhirnya kita boleh mendapat sesuatu mobiliti sosial ini kerana pendidikan, pendidikan itulah yang memberikan peluang kepada kita boleh berjaya dalam kehidupan dan di luar sana Malaysia, 30 juta rakyat Malaysia ini ramai juga yang berjaya kerana adalah mobiliti sosial.

Jadi sebagai ibu bapa kita selalu menegur kepada anak-anak kita bahawa berusahalah bersungguh-sungguh, belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti boleh masuk universiti dan kalau boleh masuk universiti maka boleh menjamin masa depan yang lebih baik. Ini teguran ibu bapa seluruh Malaysia ini kepada anak-anak kita semua. Jadi isu pokok ini adalah universiti adalah satu-satu cara, antara satu-satu yang — cara utama mobiliti sosial yang terbaik di Malaysia.

Di Malaysia ini, kalau kita nak, ingin masuk universiti, ada dua pilihan utama iaitu nombor satu STPM, kedua matriks. Ada lagi Asasi, STAM dan sebagainya, tapi itu kurang.

Yang penting STPM dan matriks. Dalam perbahasan saya hari ini, saya ingin bangkitkan isu jurang ketidaksaksamaan dan ketidakadilan yang berlaku dalam sistem kemasukan universiti.

Ada beberapa aspek yang saya rasa amat tidak adil. Nombor satu adalah tentang aspek akademik, kedua, aspek masa pengajian dan ketiga dari segi markah kokurikulum tetapi itu aspek yang lebih, yang kurang sedikit. Yang utama adalah aspek akademik.

Mengikut jawapan kementerian yang saya perolehi daripada Parlimen, keputusan pelajar cemerlang PGNK 4.0 atau CGPA 4.0 itu 4 Flat di kalangan pelajar matriks adalah lebih kurang 16 peratus.

Maksudnya 100 orang yang masuk matriks itu 16 orang dia boleh dapat 4 Flat.

Bagus, tahniah, tetapi 4 flat di kalangan STPM hanya 3.09 peratus sahaja. Maksud 100 orang, 3 orang saja yang boleh dapat 4 flat. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya ada jurang yang sangat besar antara matriks dengan STPM. Jurang melebihi lima kali ganda. Jadi, pelajar di matriks dia lebih senang. Lima kali lebih senang dapat 4 flat dan STPM susah.

Ini boleh dibuktikan, ini amat mengejut dan saya harap bahawa sebenarnya selepas saya tengok statistik itu, saya rasa mana boleh. I hope I’m wrong. I hope I’m wrong dan saya harap bahawa kementerian boleh memberi penjelasan yang lebih baik dan saya harap itu tidak betul kerana ini amat mengejutkan dan ini boleh dibuktikan melalui intake pelajar kursus perubatan, farmasi, undang-undang dan pergigian pada tahun 2023.

Saya baca di sini perubatan, tahun 2023 ya, matrikulasi 939 orang, STPM masuk 23 orang saja. STPM yang masuk itu hanya 2.39 percent. Farmasi matrikulasi 472 orang, 97.9 percent, melalui laluan STPM 10 orang sahaja, 2.1 percent. Undang-undang itu lebih baik,

draft • 7:02 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

579 orang matrikulasi masuk, itu pun 83.4 peratus. STPM 115 orang atau 16.6 percent, pergigian, dentistry, 233 orang — matriks: masuk melalui matriks. Itu bersama dengan 99.15 percent. STPM dua orang sahaja masuk, dua orang sahaja, kurang daripada satu peratus.

Ini menunjukkan jurang yang sangat besar antara STPM dan juga matriks.

Ini bermaksud jika pelajar yang memilih STPM, mereka adalah on mission impossible nak masuk universiti kepada jurusan yang terbaik. Mission impossible because they basically have less than three percent chance untuk masuk medicine, pharmacy atau dentistry.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di sini. Terima kasih. Saya harap kementerian boleh tengok isu ini.

Kedua, Matriks hanya memerlukan sembilan bulan saja untuk menghabiskan pengajaran, tetapi STPM memerlukan 18 bulan untuk mendapat kelulusan. Ini telah melahir dua sistem pendidikan yang jurangnya amat besar. Bayangkanlah kalau kita ada dua anak.

Seorang dapat masuk matriks, seorang tak dapat. Yang masuk STPM. Nasib mereka sangat berbeza, akan berbeza. Yang masuk matriks adalah seperti mendapat loteri, dia masuk super highway, boleh dapat menuju kejayaan dengan highway dia, tetapi anak yang memilih laluan STPM itu good luck. Wallahua’lam.

Okey, ini bukan isu kaum atau agama kerana majoriti pelajar STPM itu masih bumiputera Melayu juga dan juga golongan bumiputera daripada Sabah dan Sarawak. Okey, seramai 71.95 peratus atau 72 peratus pelajar STPM adalah daripada golongan B40. Kita mahu mereka mobility sosial tapi mereka stuck di STPM. Tak boleh move dan ini adalah isu keadilan kerana pelajar B40 luar bandar, Sabah, Sarawak bergantung kepada STPM untuk mencapai mobilisasi sosial dan mendapatkan pendidikan tinggi. Isu di sini adalah isu keadilan kepada pelajar-pelajar STPM kita. Bagaimana kementerian berlaku adil kepada ratusan ribu pelajar yang merupakan anak kita?

Saya tidak mempersoalkan kewujudan matriks. Yang baik kita teruskan, bagus jalankan, tetapi saya terpanggil untuk menegakkan keadilan kepada pelajar STPM yang jelas tergugat. Hakikatnya, STPM ini adalah gold standard dari segi pre-U atau A-Level, gold standard.

draft • 7:02 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Maka, saya amat mengalu-alukan kerajaan memfokuskan kepada dalam RMK13 ini kepada isu reformasi pendidikan. Saya – Perdana Menteri Yang Amat Berhormat PM, Tambun, dia telah quote dua tokoh besar, Ibnu Khaldun dalam isu keadilan. Keutuhan negara bergantung pada keadilan. Apabila keadilan hilang, negara turut binasa, itu Ibnu Khaldun.

Dan juga Yang Amat Berhormat Tambun juga quote John Rawls, A Theory of Justice. Dia kata, “Keadilan adalah teras utama dalam mana-mana masyarakat.” Jadi, sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi mereformasikan sistem SPM, STPM dan juga UPU supaya lebih adil. Saya harap Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi menubuhkan task force. Task force itu harus bernama, “Task Force Selamatkan STPM” – selamatkan STPM kerana STPM sekarang jadi second choice atau pilihan yang terakhir ya untuk anak-anak kita. Sebenarnya dia gold standard dan patut diberi weightage yang lebih tinggi untuk masuk ke universiti.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kementerian Pendidikan Tinggi harus mereformasikan UPU dari segi intake. STPM harus diberi weightage yang lebih adil ke atas kualiti akademik dan masa pengajian yang lebih panjang. Kalau kita nak meningkatkan mobiliti sosial seperti kita – ramai yang di antara kita yang dapat STPM, yang melalui STPM, kita harus berlaku adil kepada pelajar anak kita yang sekarang ambil STPM.

Jadi, saya serahkanlah kepada kebijaksanaan Jemaah Menteri kita dan kedua-dua menteri. Ada Menteri di sini juga, saya harap dibawakan ya – ke Menteri KBS di sini. Tanya, kerana sudah 7.15 masih berada di sini. Saya harap Menteri bawa kepada dalam Kabinet.

Dalam isu kedua, saya pun kekurangan masa. Dalam RMK13 ini, kerajaan akan membelanja RM611 bilion untuk melaksanakan projek-projek dan itu adalah sangat besar peruntukan ini. Perdana Menteri amat betul apabila beliau menitikberatkan dan ingin memperkukuhkan tatakelola yang lebih baik.

Kita di sini ramai Ahli Yang Berhormat, kita tahu bahawa kontraktor-kontraktor di luar sana memang dia charge kerajaan dengan harga yang lebih tinggi. Julau bangkitkan isu tentang kontrak pasang solar, lima kali ganda daripada apa ini harga pasaran.

Saya, kawasan saya apabila projek kerajaan kontraktor akan charge lebih tinggi 30 percent markup dan saya tengok dengan sendiri, sendiri. Kalau urusan toilet: penaiktarafan toilet sekolah. Kalau sekolah betul-betul melantik kontraktor yang baik, kerjanya elok sangat cantik macam hotel punya toilet, tapi kalau bagi kepada kontraktor kerajaan atau melalui ICU ke, memang ada kualiti yang lebih yang tidak begitu betul. Dan kita nampak bahawa banyak yang masuk PAC. PAC hari-hari kita bergelut dengan kontraktor yang gagal. Jadi, saya nak rasa bahawa adalah penting pelaksanaan projek. Jadi, saya ingin cadangkan tiga penyelesaian.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit, sikit. Nombor satu, saya harap bahawa segala – kita kena melaksanakan value engineering kepada kesemua kontrak yang melebihi RM20 juta ke atas. Value engineering terbukti boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Value engineering sekarang dilaksanakan kepada projek PPP sahaja yang berjumlah RM50 juta ke atas. Saya cadangkan kita buat value engineering-lah kepada semua RM20 juta ke atas, tak kira PPP ke, apakah kontrak sahaja value engineering. Kedua, MOF harus melaksanakan mandatory Performance-Based Contract (PBC) kepada perolehan kerajaan tentang kontrak MRO. Saya nampak bahawa Menteri, Timbalan Menteri Pertahanan di sini. Banyak MRO projek dia bagi, dia beli, dia jual helikopter rendah harga betul, tapi follow up dengan kontrak yang sangat mahal. The maintenance, repair and overhaul yang sangat mahal. Jadi, kerajaan terikat. Jadi, the solution to that is Performance- Based Contract...

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey. Jadi, saya ingin minta supaya Menteri Pertahanan, Kementerian dan juga banyak termasuk KDN dan sebagainya melaksanakan PBC: Performance-Based Contract dan Performance-Based Contract itu dilaksanakan oleh

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

agensi kerajaan iaitu dinamakan teknologi depositori agensi di bawah kementerian MOF. Dan itu mereka adalah expert dari segi itu. Saya harap bahawa dilaksanakan.

Last kali adalah tentang untuk menyelesaikan ketirisan. Saya memohon supaya Jabatan Audit Negara melaksanakan outcome-based audit supaya semua agensi dan perbelanjaan kerajaan itu menggunakan outcome-based supaya semua itu melaksana memenuhi objektif.

Minta bagi satu minit last isu boleh?

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak, sila duduk.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tentang isu bendera, boleh?

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak, sila duduk, sila duduk. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, terima kasih Puan Speaker. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tenom.

draft • 7:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum, salam sejahtera dan kaansayan ramuyun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Tenom untuk membahaskan RMK13 yang merupakan dokumen penting dalam merangka agenda pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks RMK13 yang menekankan agenda sekuriti makanan negara dan pengukuhan rantaian nilai agromakanan. Saya ingin menegaskan bahawa Tenom wajar diangkat sebagai nadi agromakanan dan hab pengeluaran makanan negara. Keunikan Tenom yang kaya dengan sumber asli dan kesuburan tanah menjadikannya kawasan yang sangat strategik untuk pengeluaran hasil tani berskala besar dan mampan.

Dengan kekuatan sedia ada dalam sektor tanaman seperti kopi, betik, jambu batu, buah pomelo, buah-buahan dan sayur-sayuran serta potensi perluasan ke dalam bidang ternakan dan akuakultur. Hal ini diperkukuhkan dengan Laporan Statistik Tanaman Subsektor Tanaman Makanan 2024, Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan bahawa Tenom merupakan daerah pertanian utama di Sabah dengan keluasan bertanaman berjumlah 1,440 hektar dan hasil pengeluaran buah-buahan pada tahun 2023 berjumlah 25,405 tan metrik.

Namun begitu, untuk menjadikan Tenom sebagai hab pengeluaran makanan yang berdaya tahan dan moden, perlu ada pelaburan bersepadu dalam infrastruktur sokongan seperti jalan ladang, loji pemprosesan, pusat pengumpulan hasil, sistem pengairan moden serta akses kepada teknologi pintar dan automasi pertanian.

Saya percaya bahawa jika pendekatan ini dilaksanakan secara strategik dan inklusif, dan bukan saja mampu menjadi penampan kepada krisis makanan nasional. Malah, akan menjana ekosistem ekonomi luar bandar yang lestari berimpak tinggi serta mengurangkan kebergantungan negara terhadap import makanan. Maka, saya menyeru agar kerajaan melihat Tenom sebagai titik tolak kepada pembaharuan landskap agromakanan Malaysia.

draft • 7:16 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, bagi menambah baik pelaksanaan RMK13 ini, saya mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemantauan Parlimen bagi pelaksanaan rancangan Malaysia yang melibatkan penyertaan wakil pimpinan dari Sabah dan Sarawak. Penubuhan jawatankuasa ini adalah penting bagi memastikan pelaksanaan dasar pembangunan benar-benar menepati keperluan rakyat dan semangat berperlembagaan Persekutuan.

Justifikasi penubuhan jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

(i) penubuhan jawatankuasa ini adalah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menuntut penglibatan bermakna Sabah dan Sarawak dalam setiap peringkat perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara; dan

(ii) ia bertujuan untuk menangani jurang pembangunan wilayah yang masih ketara antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung terutamanya dari aspek infrastruktur asas, kemudahan kesihatan, pendidikan, akses digital dan kesejahteraan ekonomi.

draft • 7:16 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

(iii) jawatankuasa ini akan memperkukuh prinsip ketelusan, akauntabiliti dan pengawasan dasar. Ia menjadi mekanisme semak dan imbang kepada pelaksanaan impak dan keberhasilannya di lapangan.

(iii) ia dapat menjadi platform rasmi untuk menyuarakan keprihatinan rakyat Sabah dan Sarawak secara langsung dalam isu pelaksanaan projek yang lewat atau tergendala.

(iv) melalui jawatankuasa ini, kita dapat memastikan bahawa agenda pembangunan nasional benar-benar bersifat inklusif dan seimbang.

Hanya dengan cara ini kita dapat mencapai pembangunan yang adil dan saksama bagi semua rakyat Malaysia tanpa wujud lagi kesenjangan wilayah yang melebar.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan pelaksanaan projek-projek berkepentingan rakyat di Tenom yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan hidup mereka, Tenom mohon agar kerajaan memberikan pertimbangan untuk menyegerakan:

(i) aspek pendidikan: menaik taraf enam buah sekolah yang berstatus daif dan berisiko serta tambahan bangunan iaitu di SK Mandalom Lama, SK Kuala Tomani, SK Ulu Entabuan, SK Kalang Kanar, SMK Tenom dan SMK Kemabong serta pembinaan baharu [Tidak jelas] , SK Inubai dan SMK Melalap;

(ii) menaik taraf 31 jalan dan 12 projek pembaikan cerun di Tenom di bawah permohonan Jabatan Kerja Raya Tenom;

(iii) dua buah Projek Bekalan Air Luar Bandar di Melalap dan di Kemabong di bawah Jabatan Bekalan Air serta memohon agar ditempatkan empat buah lori tangki air di Pejabat Daerah Tenom dan

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

juga Pejabat Daerah Kecil Kemabong sebagai alternatif menangani gangguan bekalan air bersih terutamanya ketika musim banjir;

(iv) Projek Pemulihan Sungai Padas dan Sungai Pegalan di daerah Tenom yang merangkumi Kampung Paal Batu 10, Kuala Sungai Api, Sungai Padas, Kampung Kuala Tomani, Sungai Padas, Kampung Liuh, Sungai Pegalan, Kampung Batu-Batu, Sungai Padas, Kampung Paal Seberang, Sungai Padas, Kampung Ponontomon Sungai Padas; dan

(v) Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Padas pada ketika ini, lembangan Sungai Padas, Sabah hanya melindungi kawasan dari Jabatan Tenom Lama hingga Kampung Ului Bawah termasuklah di Pekan Tenom manakala kampung lain seperti Kampung Makakumpai, Kampung Binsilon, Kampung Bunut, Binai, Kampung Nanapukan dan Kampung Makakagas tidak dilibatkan dalam Fasa 1 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas.

Untuk makluman, pada tahun ini sahaja Parlimen Tenom telah merekodkan enam kali banjir yang telah menenggelamkan kampung-kampung tersebut termasuklah kawasan yang tidak termasuk dalam rancangan Fasa 1 ini. Malah dijangkakan sekiranya Projek Fasa 1 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas ini disiapkan, ianya akan berpotensi mengakibatkan lima buah kampung tersebut menerima peningkatan satu meter tambahan paras banjir daripada banjir sedia ada.

Justeru itu, saya mohon agar pihak kerajaan dapat melakukan langkah intervensi jangka pendek dan mempercepatkan penglibatan kampung-kampung ini dalam projek tebatan banjir dengan kadar segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya turut bersetuju dengan cadangan daripada Bayan Baru bahawa pengukuhan STPM di kalangan pelajar luar bandar dan juga B40 harus dilakukan.

Sekiranya kita memilih pelajar berdasarkan merit semata-mata, sudah pasti pelajar yang mencapai kesederhanaan dalam pencapaian akademik akan terlepas peluang memasuki institut pengajian tinggi awam yang akhirnya menyukarkan mereka keluar daripada garis kemiskinan jika tidak ada pekerjaan dengan taraf pendidikan yang rendah.

Tuan Yang di-Pertua, isu buli hari ini bukanlah sekadar kenakalan atau pergaduhan kecil, tetapi telah berkembang menjadi jenayah serius yang meragut nyawa. Kita telah menyaksikan kes-kes tragis di mana mangsa meninggal dunia akibat penderaan fizikal dan mental yang berpanjangan oleh pembuli. Misalnya kes terbaharu yang melibatkan Allahyarhamah adik Zara Qairina Mahathir. Kes ini amat dekat dengan saya selaku Ahli Parlimen Tenom memandangkan kejadian seumpama seperti ini pernah berlaku melibatkan mangsa yang berasal dari Tenom.

Pada tahun 2013, arwah Asrup Raidin adalah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang kononnya meninggal dunia ketika menjalani latihan renang di sebuah tasik di Stesen TLDM di Pulau Terumbu Ubi, Labuan. Namun, kematiannya menimbulkan kontroversi apabila keluarga dihalang daripada melihat jenazah beliau untuk kali terakhir. Setelah pihak

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

keluarga bertegas untuk melihat mangsa, alangkah tragisnya apabila sosok tubuhnya diperiksa oleh abang beliau yang bernama Amran Raidin yang juga merupakan bekas anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM mendapati bahawa tubuh adiknya penuh dengan kesan lebam, kesan tapak kasut, kecederaan parah dan bekas dicucuh api rokok.

Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa dan kini kesemua pesalah telah dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun. Apa yang menjadikan mangsa pergi meninggalkan seorang isteri dan anak yang pada ketika itu hanya berusia enam bulan? Atas sifat kebinatangan manusia, seorang isteri menjadi balu dan seorang anak menjadi yatim.

Ini adalah satu bentuk keganasan yang sama seriusnya dengan serangan bersenjata kerana ia menghapuskan nyawa dan masa depan seseorang. Masyarakat tidak boleh lagi memandang ringan isu ini sebagai perkara biasa atau kes terpencil mahupun melihat ia sebagai hal budak-budak sekiranya melibatkan pelajar bawah umur. Persoalannya, adakah hukuman penjara itu cukup dan mampu menggantikan nyawa insan yang telah hilang?

Oleh itu, buli yang mengakibatkan kematian mesti dikategorikan sebagai kesalahan jenayah berat di bawah Kanun Keseksaan dengan hukuman setimpal setaraf dengan kesalahan membunuh atau menyebabkan kematian tanpa niat. Malah, pindaan undang- undang juga perlu dibuat melibatkan kes bawah umur agar mereka juga dikenakan hukuman yang lebih berat atas jenayah yang dilakukan. Oleh itu, Tenom mohon agar pindaan seperti Akta Kanak-kanak Kanun Keseksaan dan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak harus dikaji bagi memastikan kita tidak lagi melahirkan para pembuli durjana yang meragut nyawa insan yang kita sayangi.

Namun, sekiranya perlu, hukuman penjara yang panjang juga harus dikenakan, malah dalam kes tertentu, penjara seumur hidup perlu dipertimbangkan untuk memberi mesej jelas bahawa nyawa manusia tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Hukuman ringan atau kompromi hanya akan menggalakkan budaya buli berterusan dan mengundang lebih banyak tragedi. Buli sehingga menyebabkan kematian bukan sekadar salah laku, ia adalah satu pembunuhan yang meragut hak asasi paling asas iaitu hak untuk hidup.

Kita sebagai pembuat dasar, penguat kuasa, pendidik dan ibu bapa memikul tanggungjawab moral dan undang-undang untuk memastikan pelaku menerima hukuman setimpal. Ini bukan isu politik atau perbezaan ideologi. Ini soal nyawa anak bangsa kita. Jika kita tidak bertindak tegas hari ini, kita akan mengizinkan tragedi yang sama berulang esok.

Kematian arwah adik Zara ini merupakan isyarat bahawa keselamatan anak-anak kita di sekolah sentiasa dalam ancaman.

Oleh itu, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang perlu bekerjasama membanteras jenayah buli di setiap tempat kerja. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah radikal dan inovatif dengan membangunkan sebuah aplikasi aduan buli yang bersifat seperti platform sehenti dan melibatkan seluruh rantaian pihak berkuasa. Melalui aplikasi ini, setiap mangsa tanpa mengira usia atau latar belakang, pelajar sekolah, guru, anggota keselamatan, petugas sektor kesihatan, kakitangan kerajaan mahupun pekerja sektor swasta boleh membuat laporan secara terus dan selamat...

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Aplikasi ini akan dibina dengan sistem kod klasifikasi mengikut jenis insiden sama ada buli fizikal, mental, siber, mahupun gangguan seksual. Bagi memastikan siasatan dapat dilakukan secara teratur, bersasar, dan berkesan.

Identiti pengadu akan dilindungi sepenuhnya selaras dengan prinsip whistleblower protection dan setiap aduan akan disalurkan terus kepada agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, kementerian-kementerian terlibat...

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tenom. Tenom. Boleh sikit tak Tenom?

draft • 7:20 PM

Seorang Ahli

Masa dah habis.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Hulu Langat, saya tak bagi. Sila duduk.

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih. Serta pihak berkuasa lain yang relevan untuk siasatan dan tindakan segera. Pendekatan ini bukan sahaja menutup ruang penafian atau kelewatan, malah membentuk ekosistem pencegahan nasional yang menggabungkan pendidikan, penguatkuasaan dan intervensi awal.

Sebagai tambahan, setiap individu yang menerima laporan berkaitan buli atau gangguan seksual, tetapi gagal mengambil tindakan sewajarnya perlu dikenakan hukuman yang setimpal. Kegagalan bertindak ke dalam konteks ini perlu ditakrifkan sebagai act of omission yang membawa implikasi bersubahat tanpa mengira jawatan atau kedudukan sama ada guru, pegawai polis atau penjawat awam yang lain.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, masa sudah tamat.

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Izinkan saya menzahirkan rasa simpati serta sokongan moral terhadap Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Dato’ Seri Rafizi Ramli di mana anaknya diserang, diheret dan anaknya dicucuk dengan jarum suntikan seperti yang disahkan di media sosial rasmi beliau. Saya mendoakan agar anak Yang Berhormat Pandan terus kuat dan sembuh daripada sebarang kecederaan dan jauh daripada perkara yang tidak diingini.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Besarlah agar setiap harapan saya mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih Yang Berhormat Tenom.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 14 Ogos 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.31 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026