Aug122025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden, Alor Setar.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar]: Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Soalan saya soalan yang pertama. Minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi mengekang kejadian buli di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 10:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Alor Setar atas soalan yang dikemukakan.

Kementerian Pendidikan Tinggi memandang serius isu buli, sama ada di institusi pendidikan tinggi awam mahupun swasta. Statistik untuk 11 tahun iaitu dari 2014 hingga 2025 mencatatkan sebanyak 31 kes buli telah dilaporkan berlaku di lapan buah universiti awam dan tindakan telah diambil di peringkat pengurusan universiti masing-masing.

Kes berlaku dalam bentuk buli fizikal dan buli siber yang boleh berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurangnya pengawasan daripada ibu bapa.

Dalam konteks universiti awam (UA), sekiranya pelajar terbabit dalam kes buli, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 3(1)(a)(ii) Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar yang telah diseragamkan melalui pindaan yang dibuat pada tahun 2024.

Kaedah-kaedah ini juga memperuntukkan hukuman berdasarkan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan buli di bawah kaedah-kaedah ini boleh dikenakan satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:

(i) amaran;

(ii) khidmat masyarakat mengikut peraturan-peraturan yang dibuat oleh lembaga yang tidak melebihi 24 jam;

draft • 10:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

(iii) denda tidak melebihi RM500;

(iv) dilarang daripada berada dalam mana-mana bahagian kampus dalam satu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib dan akhirnya dibuang atau dilarang untuk tinggal di dalam desa siswa dan digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi satu tempoh; dan

(v) akhir sekali dibuang daripada universiti.

Manakala bagi institusi pendidikan tinggi swasta pula, seksyen 33 Akta IPTS 1996 iaitu Akta 555 memperuntukkan secara jelas tanggungjawab Ketua Eksekutif IPTS dalam menjalankan penyeliaan am termasuk berkaitan kebajikan dan disiplin di institusi berkenaan meliputi usaha pencegahan dan pengendalian kes buli secara menyeluruh.

KPT ingin menegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk buli atau kekerasan yang berlaku di IPT di bawah seliaan kementerian ini.

Dalam hubungan ini, KPT tidak akan melindungi pelaku serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional bagi sebarang kes buli yang dilaporkan berlaku di IPT.

KPT juga ingin menyatakan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di kampus sentiasa terpelihara. Oleh itu, di samping meneliti kaedah dan amalan terbaik serta mengkaji semula dasar sedia ada untuk menambah baik prosedur serta mekanisme bagi menangani isu disiplin pelajar khususnya gejala buli dengan lebih cekap, KPT telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi gejala ini serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua universiti awam secara menyeluruh seperti berikut:

(i) penerapan budaya zero tolerance, dengan izin, terhadap buli;

(ii) mekanisme sistem pelaporan kes buli;

(iii) penambahbaikan sistem keselamatan kampus melalui pemasangan CCTV yang lebih meluas;

(iv) pelaksanaan program kesedaran dan pendidikan buli;

(v) penekanan terhadap pembinaan sahsiah, etika dan latihan kepimpinan bagi menyokong kemenjadian mahasiswa yang lebih bersifat positif;

(vi) standard operating procedure atau SOP; dan

(vii) pembangunan garis panduan pengurusan salah laku buli.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Alor Setar.

draft • 10:00 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Menteri. Buli ini — kebetulan dalam sebulan dua ini Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum, menjadi satu kebimbangan dan termasuklah kes arwah adik Zara Qairina.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah ada satu ayat yang disebut oleh Setiausaha Agung parti Yang Berhormat Menteri, “You touch, you go.” Saya rasa ini sangat

draft • 10:00 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

bagus untuk dilaksanakan di peringkat kementerian. Adakah ini boleh juga dibuat di peringkat universiti? Sentuh saja, terus diambil tindakan.

Yang kedua, saya lihat Yang Berhormat Menteri, kita banyak timbul persepsi. Bila timbul kes-kes buli seperti ini, masyarakat bimbang, takut dan apabila sesuatu penjelasan itu lambat diberi, maka timbul pelbagai persepsi. Saya cadangkan supaya pihak kementerian ataupun pihak kerajaan wujudkan talian hotline yang merentasi kementerian. Contoh, dia buat repot, dapat pada universiti, dapat pada KPT, pada PDRM, serentak semua dan sekali gus boleh diuruskan persepsi masyarakat yang tidak baik ini.

Dan akhir sekali Yang Berhormat Speaker ialah kita mungkin ingin tahu apa perkembangan lanjut kes Syamsul Haris, UTM Skudai yang masih lagi timbul tanda tanya.

Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi penjelasan dalam Dewan ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar yang bertanya. Kalau boleh, saya cerakinkan soalan beliau.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ada tiga perkara yang dibangkitkan oleh beliau iaitu yang pertama berkaitan dengan dasar sepertimana yang diterapkan oleh MARA dalam MRSM nya iaitu, “You touch, you go”.

Itu dalam konteks sekolah, tentunya dia mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mengikut garis panduan yang ada.

Dalam konteks universiti, khususnya IPTA, dia juga mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sepertimana yang telah saya gariskan tadi, di jawapan di peringkat awal iaitu ada tujuh ya, langkah yang akan dibuat berdasarkan kepada severity, dengan izin, kes yang terlibat itu. Kerana seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, bila kita bercakap tentang soal buli ini, buli ini dia ada pelbagai jenis buli yang berlaku...

draft • 10:10 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Apatah lagi di IPTA ini. Pelbagai buli sama ada buli fizikal, buli verbal, buli siber. Sekarang ini yang popularnya ialah cyber bully, Yang Berhormat. Jadi, dia mengikut dari segi severity of the case, dengan izin, untuk kita kendalikan.

Sebab itu di peringkat universiti, ada satu jawatankuasa ataupun tindakan yang dipengerusikan oleh HEPA, biasanya akan mengendalikan kes-kes ini. Termasuk kalau sekiranya kes itu dianggap berat, melibatkan kes-kes jenayah, maka kita tidak akan teragak- agak untuk melaporkan terus hal yang demikian kepada pihak berkuasa, khususnya kepada pihak polis untuk dibuat laporan.

Baik, bagi menjawab soalan yang kedua iaitu berkaitan dengan – dari segi tindakan dan langkah iaitu penjelasan yang perlu pantas, tuntas yang perlu dilakukan. Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Namun, sistem itu sudah ada di peringkat universiti awam, sepertimana yang akan saya relate nanti dalam kes yang melibatkan, yang terkini iaitu adik Allahyarham Syamsul Haris...

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dan apabila berlaku, sama ada ia berlaku di kampus ataupun di luar kampus. Kalau dalam konteks kampus, sistem itu ada.

Dengan segera ia akan — kita akan peringatkan ataupun dimaklumkan kepada pihak universiti. Mungkin kekemasan kepada pelaporan itu perlu kita lakukan. Khususnya dalam konteks apabila pelajar-pelajar kita, siswa-siswa kita menjalani latihan. Satu, latihan di luar, tapi mereka masih dianggap sebagai mahasiswa walaupun bidang kuasa ketika itu diserahkan kepada satu pihak yang lain, tapi berlaku dikatakan kes-kes seperti buli ataupun satu kes lagi berlaku penderaan fizikal yang berlaku di luar itu.

Ambil contoh, sekarang kita mendengar satu kes yang masuk terus ke soalan yang ketiga daripada Yang Berhormat tadi, iaitu melibatkan kes yang terkini yang dilaporkan baru- baru ini. Apabila seorang mahasiswa kita, pelajar kita yang menjalani latihan PALAPES.

Seperti yang kita sedia maklum, latihan PALAPES itu dilaksanakan di semua universiti- universiti awam dan institusi pengajian tinggi. Dan dalam kes ini, beliau adalah merupakan seorang pelajar PALAPES UTM dan apabila dikatakan beliau mati secara terkejut.

Walau bagaimanapun, pihak ahli keluarganya, khususnya ibu beliau sendiri, tidak berpuas hati dengan laporan itu. Dan beliau telah melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes ini dan untuk meminta supaya siasatan lanjut dilakukan ke atas anak beliau atas rasa tidak puas hati dengan laporan itu. Dan kebetulan, semalam saya telah pergi melawat keluarga Allahyarham dan saya telah mendengar sendiri daripada ibu beliau.

Menceritakan tentang keadaan anak beliau dan sebagainya dan beliau telah pun memohon ya, secara rasmi supaya dibuat semula ya, siasatan semula ke atas keadaan anak beliau itu.

Dan perkara ini telah pun dirujuk kepada Peguam Negara. Dan saya telah memaklumkan juga kepada pihak Peguam Negara dan atas laporan yang telah dikemukakan oleh pihak Peguam yang berkenaan. Dan dalam masa yang sama, di peringkat Kementerian Pertahanan telah pun mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang juga di dalamnya terdiri daripada Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Kesihatan bagi memastikan membuat kajian dan juga memastikan supaya laporan lengkap dapat disediakan dengan kadar yang segera.

Dan kes ini, sekarang ini berada di peringkat siasatan dan kita menjangkakan dalam tempoh yang terdekat ini, berdasarkan juga daripada laporan daripada ibu yang berkenaan, minta supaya dibuat siasatan lanjut tentang keadaan anak beliau itu, akan kita ketahui dalam tempoh yang terdekat ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Melaka.

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker. Menteri, selain daripada isu berkaitan dengan buli. Saya nak tanya tentang — baru-baru ini ada satu laporan berkaitan dengan pelajar OKU, yang mereka meminta untuk memasuki universiti tempatan melalui UPU, tetapi telah dikatakan peluang mereka telah disekat. Jadi, adakah kementerian telah membuat siasatan dan bagaimanakah kementerian ingin bantu pelajar- pelajar OKU yang cemerlang ini?

Sebab di kawasan saya juga ada seorang pelajar, di mana beliau cuba memohon untuk memasuki ke universiti UKM, tetapi oleh kerana kekurangan dari segi dia OKU fizikal,

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

peluang dia telah tersekat. Jadi, saya harap supaya kementerian dan Menteri dapat bantu golongan OKU ini. Terima kasih ya, Timbalan Speaker. Terima kasih Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, yang bangkitkan satu perkara yang penting. Saya nak tegaskan di sini bahawa dasar kita, dasar kerajaan dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi, kita tidak ada diskriminasi terhadap setiap ya, insan yang mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Ini penegasan yang kita buat.

Dan sebab itu apabila kes ini di uar-uarkan dalam media-media dan juga di dalam social media, saya terus minta kepada pihak yang berkenaan untuk membuat semakan dan siasatan kepada kes ini. Kerana dasar kita jelas ya, hak untuk OKU melanjutkan pelajaran ya, dan menyediakan prasarana-prasarana asas di kampus itu perlu dibuat. Sebab itu apabila saya turun ke bawah di kampus-kampus, saya akan memastikan salah satu tempat yang saya turun ialah untuk pastikan tentang kemudahan-kemudahan OKU di setiap kampus.

Alhamdulillah, kita perbaiki dari semasa ke semasa. Kalau ada kekurangan, kita beri tambahan-tambahan perlu yang untuk pastikan supaya kemudahan itu dapat disediakan.

Dalam kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, saya telah pun minta siasatan itu dibuat. Yang berlaku ialah dari segi apabila beliau memohon atas nama OKU, maka ada universiti-universiti itu – sebab pilihan yang dibuat. Dia ada pilihan satu, pilihan dua. Pilihan satu universiti ini, pilihan dua universiti ini dan sebagainya. Di peringkat universiti yang berkenaan itu, apabila dia memohon untuk OKU yang berkenaan, dia nak tahu tentang OKU jenis apa dan supaya ada penyesuaian dapat diberikan, berpandukan kepada jenis, apa nama, keadaan beliau itu. Ya, dia ada pelbagai jenis. Jadi, apa yang telah pun kita buat, insya- Allah, hal yang berlaku pada OKU berkenaan akan dikendalikan. Insya-Allah, kita pastikan bahawa beliau akan dapat belajar di salah satu daripada institusi pengajian tinggi.

Dan yang terkini saya dimaklumkan setakat ini bahawa UIA juga sedang melihat ke dalam kes ini, sama ada kesesuaian dengan beliau itu dapat diletakkan beliau di sana dan saya rasa itu antara universiti pilihan beliau. Walau bagaimanapun, saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat, kes yang disebutkan itu akan diselesaikan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Menteri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Soalan saya nombor 2. Minta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan kerajaan susulan sesi libat urus menyeluruh dengan pihak berkepentingan berhubung status penubuhan Ombudsman Malaysia serta menjelaskan langkah-langkah seterusnya yang dirancang bagi mempercepatkan pelaksanaannya.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Bangi atas soalan tersebut. Kerajaan di bawah Agenda MADANI sedang memajukan penubuhan Ombudsman Malaysia bagi memperkukuh tadbir urus yang baik, meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan awam dan menyediakan saluran aduan yang lebih berkesan.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ombudsman akan menggantikan Biro Pengaduan Awam dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EIAC). Komitmen terhadap inisiatif ini telah diperkukuhkan sejak tahun 2023. Jawatankuasa PROTEM yang ditubuhkan pada 16 Ogos 2023, telah membangunkan cadangan awal mengenai struktur, fungsi dan bidang kuasa. Pada 12 Jun 2024, Jemaah Menteri meluluskan pelaksanaan sesi libat urus (SLU) secara holistik selama satu tahun, daripada Julai 2024 hingga Julai 2025 untuk mendapatkan pandangan pihak berkepentingan. Enam sesi SLU ini telah diadakan seluruh negara dan melibatkan beberapa ratus peserta, di samping adanya petanda aras antarabangsa dengan modal daripada Australia, New Zealand, Indonesia dan Timor Leste.

Perbincangan meliputi struktur komposisi bidang kuasa, skop aduan, pengecualian bidang kuasa, pembahagian kuasa persekutuan negeri, tempoh pelantikan dan skop salah laku. Dapatan ini juga diperhalusi melalui bengkel dasar bagi membentuk kerangka Ombudsman, dan kertas dasar ini akan dibawa secara muktamad untuk pertimbangan Jemaah Menteri, harapannya pada — dan jika diluluskan oleh Jemaah Menteri, maka dibawa kepada undang-undang ini untuk pada sesi yang akan datang.

Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan, meningkatkan integriti, ketulusan, accountability dan keyakinan rakyat, selain mengkukuhkan kepercayaan pelabur serta komuniti antarabangsa terhadap komitmen Malaysia dalam menegakkan tadbir urus baik dan memberikan perlindungan hak asasi. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bangi.

draft • 10:20 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi.

Soalan seterusnya, Ombudsman ini YB Menteri, selalunya dia bertujuan untuk menerima aduan tentang salah laku atau ketidakpuasan hati orang ramai terhadap badan kerajaan. Jadi, bila ada ketidakpuasan hati atau aduan ini, sesuatu isu itu mungkin dia berkait dengan Badan Kerajaan Persekutuan, ataupun mungkin kerajaan tempatan, bawah kerajaan negeri. Jadi soalan saya, adakah Ombudsman yang akan dicadangkan ini, ia akan mengendalikan hal-hal yang di luar bidang kuasa Kerajaan Persekutuan? Contohnya, kalau ianya di bawah bidang kuasa PBT atau kerajaan negeri. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat. Buat masa ini, cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia akan meliputi agensi-agensi persekutuan sahaja. Walau bagaimana pun, dalam proses perangkaan dasar, kita turut meneliti kemungkinan perluasan bidang kuasa kepada agensi-agensi di peringkat negeri, termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT), tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan daripada kerajaan negeri tersebut.

Bagi persoalan sama ada kalau kita melihat Ombudsman ini, adakah ia akan — kalau kita melihat kewujudan entitinya, ia akan mengambil alih Biro Pengaduan Awam. Ini kerana Ombudsman yang nak ditubuhkan oleh kerajaan pada hari ini ialah Ombudsman yang bebas daripada kawalan kerajaan kerana Biro Pengaduan Awam adalah di bawah kawalan kerajaan. Jadi, terdapatnya konflik ya, secara dengan izin, implied ataupun express, konflik

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

itu ada. Jadi, konsepnya adalah untuk memperkukuhkan modal fungsi pengendalian aduan sedia ada, dan kita berharap pengambilan fungsi BPA ini sebagai one stop center, yang mana Ombudsman ini dapat dilakukan.

Berkenaan dengan kerajaan-kerajaan negeri, saya ingin memaklumkan pada sesi- sesi libat urus ini yang masih dalam proses, walaupun sepatutnya dah habis pada bulan Julai tahun ini, terdapat bantahan daripada beberapa negeri ya, Yang Berhormat. Dan bantahan ini berlaku kerana ada negeri, saya tak nak sebut negeri-negeri, ada negeri, mereka ada Ombudsman mereka sendiri, dan ada negeri dalam proses nak wujudkan Ombudsman mereka sendiri, tapi ada juga negeri yang tak nak langsung campuran tangan, walaupun dari segi pemantauan pada agensi-agensi di peringkat negeri mereka. Negeri ini pun saya tak nak sebut sebab masih dalam perbincangan dan kita akan bawa kepada keputusan dasar dalam syarat kabinetlah. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

Menteri ya, kita lihat ya kalau baik penubuhan ini, baik, tapi kalau kita lihat kepada mungkin akan terdapat salah laku dan juga pelanggaran kepada integriti. Sebab tujuan penubuhan ke arah itu, di dalam kalangan anggota Ombudsman itu sendiri, kalau selepas ditubuh. Jadi, dia akan — keberkesanan dia tu dan juga kepercayaan rakyat itu akan, akan terhakis. Jadi persoalannya, who watches the watchman? Ha, itu yang persoalan besar. Jadi, apakah mechanism dalaman yang dirangka bagi menjamin akauntabiliti dan juga integriti pegawai-pegawai Ombudsman itu sendiri dalam jalankan amanah mereka?

Dan, Menteri juga sebut tadi, dia — Ombudsman ini menggantikan BPA, tapi antara kritikan yang ada dalam BPA dulu, isu kekangan kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap agensi kerajaan ataupun menyalah guna kuasa. Jadi persoalannya, apakah penambahbaikan yang dirancang? Masalah satu lagi mungkin, yang ada isu kesegeraan, iaitu sense of urgency. Jadi, dalam mengambil tindakan itu memang lambatlah. Jadi, apa sebenarnya penambahbaikan yang dirancang dalaman? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat Besut.

Memang saya setuju eh. Sebenarnya bukan, who watches the watchman eh, who watches the watchdog. Ha, dia — isu dia watchdog, bukan watchman. Watchman tu jaga, dia watchdog, kerana dia adalah satu interpretation bahawa ini adalah satu badan yang sepatutnya bebas. Betullah kata Yang Berhormat Besut tu.

Bagi pihak kerajaan, kita menyedari BPA telah menjalankan tugas dalam beberapa tahun, tetapi kekangannya ialah dia di bawah kawalan kerajaan. Dan sudah tentu, sesiapa yang mentadbir BPA, bos-bos di atas tu, takkan dia nak tegur bos-bos di atas. Itu memang sesuatu fakta yang kita dalam sesi libat urus menerima. Peranan Ombudsman yang kita nak timbul ini ialah mengambil alih BPA dan siap, iaitu integrity agency. Dia combine two into one, satu.

Nombor dua, ialah ia melihat kepada mal administration (salah tadbir) dan kedua, ia melihat kepada salah laku pegawai penguat kuasa (misconduct). Dan kemudiannya, yang

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

paling penting ialah ia mengambil alih juga peranan untuk melaksanakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (freedom of information), maaf, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower), dan juga Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information). Jadi itu sebabnya kombinasi untuk Ombudsman ini, melaksanakan tugas yang pelbagai daripada BPA sebelum.

Itu sebabnya yang mana Yang Berhormat tanya pada saya, kita nak kalau boleh secepat mungkin, tetapi disebabkan masih dalam proses sesi libat urus dah habis, tetapi memperkemas kini dan mengambil kira pandangan daripada negeri-negeri, sebab dalam FOI: freedom of information, ada berapa negeri yang ada FOI mereka sendiri – Pulau Pinang ada, Selangor pun ada.

Jadi, ini yang perlu kita membuatkan sesuatu perangkaan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet dan harapan saya insya-Allah, kalau boleh kita buat pada sesi yang akan datang pada bulan 10 ini supaya negara kita ini, betul-betul bila kita bercakap tentang tadbir yang transparent dan akauntabilitinya, entiti proses itu memang ada, bukan hanya cakap- cakap kosong. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.

draft • 10:20 AM

3. Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Terima kasih Puan Speaker. Saya ingin minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, apakah strategi dan inisiatif baharu yang dirancang bagi memastikan peningkatan peruntukan sebanyak RM600 juta untuk program Jualan Rahmah MADANI (PJRM), benar-benar sampai kepada kumpulan sasar, serta berapakah jumlah sebenar rakyat yang disasarkan untuk menerima manfaat secara langsung daripada program ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan salah satu ikhtiar di bawah inisiatif Payung Rahmah. Ia merupakan salah satu mekanisme intervensi bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Program ini menawarkan penjualan barangan keperluan harian, makanan dan bukan makanan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah, daripada harga pasaran semasa, sesuatu kawasan dan sekitarnya.

Menyedari kepentingan pelaksanaan dan impak positif PJRM, kerajaan telah meningkatkan peruntukan inisiatif Payung RAHMAH dalam Belanjawan 2025, daripada RM200 juta kepada RM300 juta termasuk RM252 juta untuk PJRM. Selanjutnya, pada 23 Julai 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta, khusus bagi memperkukuh pelaksanaan program PJRM ini. Ini menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan inisiatif Payung RAHMAH bagi tahun 2025 adalah RM600 juta termasuk RM552 juta khusus untuk PJRM.

Dengan tambahan ini, KPDN menyasarkan pelaksanaan 20,000 siri PJRM di seluruh negara bagi tahun 2025, meliputi 222 kawasan Parlimen, 600 ADUN, serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.

draft • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bagi memastikan peningkatan keberkesanan pelaksanaan melalui tambahan peruntukan ini, tiga elemen utama PJRM akan ditambah baik seperti berikut.

Pertama, penambahan kekerapan pelaksanaan. Bilangan penganjuran jualan akan diperbanyakkan di semua kawasan Parlimen dan DUN seluruh negara. Kekerapan akan ditingkatkan daripada sasaran awal 15,360 siri kepada 20,000 siri PJRM setahun sehingga Disember 2025.

Kedua, penambahan jenis barangan, stock keeping unit (SKU). SKU baharu akan ditambah mengikut keperluan tempatan dan musim perayaan. Liputan barangan termasuk keperluan sekolah, barangan basah semasa PJRM@Pasar, barangan keperluan pelajar semasa PJRM@Kampus di IPTA, IPTS.

Dan strategi yang ketiga, kepelbagaian model pelaksanaan. PJRM akan dilaksanakan secara lebih menyeluruh melalui tiga model iaitu jualan di dalam premis, jualan di kawasan terbuka atau luar premis. Ketiga, jualan secara bergerak, Mobile PJRM.

Selain itu, penganjuran PJRM juga akan melibatkan rakan strategik Sumbangan Asas Rahmah untuk memastikan rakyat yang terlibat dalam program SARA dapat membeli barangan pada harga yang lebih murah dalam PJRM. Sehingga 31 Julai 2025 sebanyak 13,060 siri PJRM telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara dengan mencatatkan 15,626,464 transaksi pembelian yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kluang.

draft • 10:30 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Puan Speaker dan juga terima kasih saya ucapkan kepada Menteri. Sebelum saya tanya soalan tambahan, saya ingin mengalu- alukan kedatangan guru besar, guru-guru dan murid-murid Tahun 6, SJK(C) Hillside yang di bawah Parlimen Rasah.

Jadi, bolehkah saya minta Menteri menjelaskan mekanisme yang digunakan untuk menerima maklum balas daripada rakyat terhadap Program Jualan Rahmah MADANI ini?

Adakah kementerian mempunyai pecahan penerima manfaat Program Jualan RAHMAH MADANI mengikut negeri, kategori pendapatan dan bilangan isi rumah serta indikator keberkesanan yang digunakan selain daripada transaksi yang kita ada.

Dan bagaimanakah kementerian memastikan program ini tidak hanya tertumpu di kawasan bandar iaitu — ataupun pekan, tetapi turut sampai ke luar bandar ataupun kampung yang memang penduduk yang lebih kurang daripada kawasan bandar? Dan adakah kajian kepuasan rakyat telah dilaksanakan bagi memastikan bantuan ini benar-benar memenuhi keputusan keperluan mereka? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Banyak soalannya. Saya cuba jawab dan selebihnya kita berikan jawapan secara bertulis, khususnya yang terkait dengan statistik.

Namun, kita sentiasa menambah baik pelaksanaan Program PJRM ini. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa program ini telah dimulakan pada bulan Januari 2023. Fokus fasa awal kita adalah dalam dua perkara.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Pertamanya, adalah dengan izin, accessibility dan acceptance rakyat. Itu sebabnya pada fasa awal kita tidak mengehadkan siapa yang masuk ke dalam PJRM tersebut asalkan dia warganegara Malaysia. Itu fokus pada peringkat awal. Dan pada tahun 2023 juga, bermula 1 September hingga 30 November kita telah melaksanakan satu kajian yang kita namakan kajian impak pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH yang telah pun dibentangkan pada bulan Disember 2023 dan antara dapatan kepada kajian tersebut adalah antara beberapa inisiatif program di bawah Inisiatif Payung Rahmah ini, PJRM adalah salah satu program yang mendapat respons yang paling positif.

Dan dalam RMK13, sebagaimana kalau kita lihat dalam dokumen RMK13, di bawah Bab 3, “Meningkatkan Mobiliti Sosial” iaitu strategi B3.1 iaitu untuk memperkukuhkan pengurusan kos sara hidup. Salah satu penekanannya adalah untuk kita memperkukuhkan pelaksanaan PJRM.

Dan untuk makluman, bermula 1 Ogos 2025 ini kita melaksanakan satu lagi selain daripada kajian yang saya sebutkan iaitu survey pengukuhan pelaksanaan PJRM bermula 1 Ogos hinggalah 16 September ini. Peringkat pertama, 1 hingga 15 Ogos survey kepada pengunjung PJRM dan bermula 15 Ogos ini nanti kita akan buka akses kepada survey ini kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pautan-pautan yang boleh diperolehi di laman sesawang dan juga semua akaun media sosial KPDN untuk rakyat memberikan feedback dan syor serta pandangan bagaimana kita dapat memperkukuhkan pelaksanaan PJRM bermula tahun depan iaitu tahun pertama kepada RMK13 untuk kita memaknai apa nama salah satu strategi yang telah dicatatkan dalam RMK13 tersebut.

Terkait dengan apa nama — statistik tadi, saya akan serahkan secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sik.

draft • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Speaker, Sik mohon soalan tambahan ya. Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas jawapan yang diberikan.

Isu yang berlaku di bawah sana iaitu dari segi pemilihan panel syarikat pemborong, pembekal dan peruncit Program PJRM ini termasuklah juga Program SARA dalam senarai MyKasih iaitu peruncit, pemborong ini kebanyakannya adalah peruncit-peruncit yang besar dan mereka mempunyai modal yang besar juga. Dan isunya juga apabila berlakunya secara langsung iaitu persaingan yang tidak sihat di kalangan peruncit-peruncit kecil, peruncit- peruncit bumiputera khususnya yang terpaksa bersaing dan ada yang saya terima laporan khususnya di daerah saya, di Daerah Sik ada kedai runcit yang terpaksa tutup akibat persaingan tidak sihat ini.

Dan soalan saya, adakah pihak kementerian bersedia menilai semula mekanisme pemilihan panel pemborong, pengedaran peruncit ini supaya para peruncit-peruncit kecil termasuklah peruncit bumiputera, peruncit tradisional ini terus kekal untuk mereka bersaing secara sihat dan mereka dapat meneruskan perniagaan mereka sudah — dan yang pastinya ialah penerima ataupun pembeli dalam Program PJRM ini dapat membuat pilihan yang lebih banyak termasuklah mereka meneruskan pembelian di kedai-kedai runcit yang sedia ada.

Terima kasih Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Yang terkait dengan SARA, saya fikir Kementerian Kewangan boleh menjawab. Namun, dari segi pelaksanaan PJRM, itu sebabnya dalam pelaksanaan PJRM, kita cuba memanfaatkan atau dengan izin leverage kepada retail yang ada, itu sebabnya ada cadangan untuk diwujudkan kedai khas untuk jualan murah ini. Kita membuat keputusan bahawa kita tidak akan melaksanakan setakat ini kedai khusus tersebut kerana kita mahu supaya kita mengadakan rakan strategik dengan rangkaian sektor peruncitan sedia ada sama ada pasar raya, pusat pembelian termasuklah kedai runcit.

Dalam kita mengimbangi perkara ini kita perlu melihat dua perkara utama iaitu mengimbangkan di antara keperluan rakyat, akses kepada kedai tersebut, jualan tersebut dan juga survival, kemampanan kedai-kedai runcit yang ada. Kita terbuka untuk menerima cadangan.

Namun, dua faktor utama yang perlu kita lihat adalah pertama, sama ada lokasi tersebut bersesuaian. Kedai-kedai runcit tersebut boleh menawarkan diri, tetapi sama ada lokasi tersebut bersesuaian, yang mempunyai akses kepada rakyat dalam jumlah golongan sasar yang lebih luas.

Yang kedua adalah kemampuan kedai runcit tersebut untuk menawarkan SKU yang pelbagai kerana kita mahu apabila rakyat datang ke kedai runcit yang menganjurkan Program Jualan Rahmah tersebut, mereka dapat membuat pembelian kepada SKU yang pelbagai.

Namun kita prihatin dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang kebimbangan daripada kedai-kedai runcit tertentu.

Jadi, kita menjemputlah mana-mana kedai runcit yang berhasrat untuk menjadi salah satu rakan strategik kepada pelaksanaan PJRM, panjangkan kepada KPDN cawangan dan juga negeri mahupun ibu pejabat dan kita akan membuat survey yang saya sebutkan tadi.

Dua perkara, lokasi dan yang kedua adalah kemampuan mereka untuk menawarkan SKU yang pelbagai tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Beaufort.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Salam sejahtera dan selamat pagi semua. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. “Nelayan petang menempuh ombak”.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, tak perlu baca soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Tak. Saya pantun sikit ya [Ketawa] Nelayan petang menempuh ombak, Ikan berparti dalam perahu; Puan Yang di-Pertua orangnya cantik, Soalan Beaufort nombor satu.

draft • 10:40 AM

1. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, berapakah peruntukan yang telah disalurkan bagi program bantuan baik pulih rumah nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan

(PKPN) di Parlimen Beaufort.

draft • 10:40 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera, terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atau KPKM melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia atau LKIM telah melaksanakan Projek Khas Perumahan Nelayan iaitu PKPN bermula daripada tahun 2012 bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah nelayan berpendapatan rendah dengan membaik pulih rumah, membina rumah baharu dan mewujudkan penempatan semula nelayan dengan prasarana asas supaya golongan nelayan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.

Sehingga Julai 2025, sebanyak RM220,427,438.39 telah dibelanjakan bagi baik pulih rumah di seluruh negara melibatkan sebanyak 20,603 unit rumah. Manakala bagi bina baharu rumah, sebanyak RM20,908,443.20 telah dibelanjakan melibatkan 306 unit rumah di seluruh negara. Bagi negeri Sabah pula, sebanyak RM47,402,000 telah diluluskan bagi program baik pulih melibatkan 3,742 unit rumah telah dibaik pulih untuk tempoh dari tahun 2012 sehingga 2025. Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM910,000 telah diperuntukkan untuk program baik pulih rumah di Parlimen Beaufort, melibatkan 68 unit rumah nelayan.

KPKM sentiasa komited untuk memperkukuh ekonomi nelayan melalui pelbagai reka – melalui pelbagai bentuk insentif dan bantuan yang akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Yang Ketiga Belas demi menjamin kesejahteraan komuniti nelayan secara berterusan. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Beaufort.

draft • 10:40 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Puan Yang di- Pertua dan terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Yang di-Pertua, nelayan merupakan nadi kepada kekuatan sekuriti makanan negara. Ramai di antara mereka yang masih lagi bergelut dengan ekonomi kewangan yang tidak stabil.

Soalan tambahan saya, apakah status permohonan baik pulih rumah nelayan di daerah Kuala Penyu dan Menumbok? Kerana setakat ini masih ada yang belum lagi mendapat kelulusan. Dan adakah kementerian mempunyai peruntukan untuk bantuan perahu dan enjin sangkut untuk para nelayan B40? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort atas keprihatinan kepada warga nelayan khususnya daripada Sabah. Bagi tahun 2025, sejumlah lapan unit rumah telah — dengan peruntukan RM160,000 di bawah Parlimen Beaufort telah diluluskan dan sedang dalam proses pelaksanaan, iaitu sebanyak empat buah di Daerah Kuala Penyu dan empat buah di Daerah Menumbok.

Bagi bantuan perahu dan enjin sangkut pula, bantuan disalurkan melalui Program Peningkatan Pendapatan iaitu insentif bantuan peralatan penangkapan ikan iaitu touch point dan program ini bermula pada tahun 2023, dengan tujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan nelayan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan bagi peningkatan taraf dan kualiti hidup.

Selain itu, matlamat program ini juga untuk meningkatkan kecekapan serta kemahiran nelayan ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan. Bantuan ini diberikan secara in-kind iaitu berbentuk peralatan penangkapan ikan dengan jumlah bantuan maksimum RM15,000 seorang. Antara peralatan penangkapan ikan tersebut adalah seperti enjin, sampan, pukat, jaring, tong penyimpanan ikan dan sebagainya.

Bagi tahun 2025, sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk program ini dengan penerima bantuan seramai 1,095 nelayan. Bagi Negeri Sabah, sejumlah 450 penerima akan diberikan bantuan berkaitan dengan nilai peruntukan RM450,000. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM41,000 diperuntukkan di bawah Parlimen Beaufort, melibatkan 41 orang penerima. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 10:40 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya adalah, apakah mekanisme pemantauan dan audit yang digunakan untuk memastikan kualiti kerja baik pulih rumah memuaskan dan sampai kepada sasaran? Bagaimana untuk mengelakkan ketirisan dana daripada projek khas ini dan juga mengelakkan daripada projek terbengkalai? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat, kaedah kita adalah daripada peringkat kementerian, kita akan buat kajian dan juga meluluskan peruntukan tersebut. Kebanyakan itu — selepas itu akan diserahkan kepada pihak negeri, contohnya di Sabah. Kerajaan Negeri Sabah, dia boleh memilih di antara JKR Sabah ataupun JPS untuk melaksanakan projek tersebut. Dan kita akan memantau supaya dia memenuhi skop dan juga memastikan apa skop yang ditentukan itu dia mencapai kepada sasaran. Bagi pihak kita, kita menyalurkan peruntukan dan akan dilaksanakan termasuk perolehan juga di peringkat negeri. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar.

draft • 10:40 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Nasi goreng resepi Pontian, Laksa Kuala kegemaran semua; Mohon YB beri jawapan, Soalan saya nombor dua.

draft • 10:40 AM

2. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, penjelasan berhubung kelewatan penyediaan laporan tinjauan tanah bagi pembinaan Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) dan apakah langkah kementerian untuk memastikan proses pengambilan tanah serta kerja-kerja permulaan pembinaan Lebuhraya WISE boleh diteruskan tanpa sebarang kelewatan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, pantun.

Jika berjalan jangan tersasar, Gerak perlahan tidaklah lelah; Kepada soalan Kuala Kangsar, Ini jawapan dengarkanlah.

draft • 10:40 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat konsesi projek Lebuhraya WISE iaitu dengan izin, West Ipoh Span Expressway kini masih di peringkat menyempurnakan syarat duluan yang telah dipersetujui bersama. Antara syarat duluan yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsesi adalah membuktikan sumber pembiayaan lebuh raya, mengemukakan laporan EIA iaitu dengan izin, Environmental Impact Assessment, (SIA) Social Impact Assessment dan (TIA) Traffic Impact Assessment serta mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan. Perjanjian konsesi hanya berkuat kuasa setelah syarikat berjaya memenuhi syarat duluan perjanjian konsesi tersebut.

Kos pengambilan tanah yang terlibat di sepanjang jajaran lebuh raya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi. Proses pengambilan tanah yang berkenaan hanya akan dilaksanakan setelah perjanjian konsesi berkuat kuasa. Syarikat konsesi perlu melalui proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu melalui pewartaan di bawah seksyen 4 bagi tujuan pembekuan koridor.

Seterusnya, pewartaan seksyen 8 (1960) akan dilaksanakan bagi tujuan pengambilan tanah untuk pembinaan projek lebuh raya. Dalam hal ini, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membantu memudah cara urusan syarikat konsesi dalam proses pengambilan tanah dengan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (JKTPG) Perak.

Sebaik sahaja selesai proses pengambilan tanah, pihak konsesi boleh memulakan kerja-kerja pembinaan. KKR dan LLM akan memantau pelaksanaan pembangunan Lebuhraya WISE dengan teliti agar projek lebuh raya ini dapat disiapkan sebagaimana yang dirancang.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tarikh Perjanjian Konsesi 5 September 2024 tempoh konsesi 55 tahun, tempoh pembinaan empat tahun, anggaran kos pembinaan RM4.513 bilion, anggaran kos pengambilan tanah RM618 juta ringgit, sistem tol tertutup jenis lebuh raya bukan elevated, bilangan lorong; tiga lorong dua hala bererti enam lorong, panjang lebuh raya 60.88 kilometer dan kaedah tol adalah MLFF atau APPL (Aliran Pantas Pelbagai Lorong). Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kangsar.

draft • 10:50 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Yang Berhormat, terima kasih dengan jawapan itu. Minggu lalu saya telah membahaskan berkenaan dengan isu WISE Highway ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, keperluan amat terdesak untuk kita memastikan kelancaran perjalanan ke utara. Pada hari Jumaat yang lalu, saya pun bersama keluarga baliklah ke kawasan. Tiba-tiba di kilometer 256.7 kesesakan berlaku di sana dan saya terperangkap hampir enam jam, isteri sebelah kanan, anak dua orang di belakang. Isteri tanya berapa lama lagi kita nak sampai, anak menjerit-jerit dalam kenderaan. Jadi reba Yang Berhormat bila kita berada dalam keadaan enam jam, umpama daripada Kuala Lumpur terbang ke Beijing...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, soalan.

draft • 10:50 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Kemudiannya berlaku juga lagi satu kemalangan pada hari Sabtu sama juga tiga, empat jam lagi. Justeru soalan dia, justeru bagaimanakah kementerian dapat memastikan koordinasi antara agensi teknikal, pihak berkuasa PBT dan juga kontraktor terlibat disepadukan bagi memastikan tarikh siap projek lebuh raya WISE kekal mengikut jadual yang ditetapkan dan seterusnya menyelesaikan isu kesesakan lebuh raya khususnya berhampiran Terowong Menora yang kerap berlaku ataupun ada jalan alternatif sementara kita menunggukan pengambilan tanah dan sebagainya terutamanya kenderaan berat? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih. Saya dah sebut tadi mereka kena memastikan syarat-syarat duluan itu dipenuhi. Kita tidak boleh memberikan sedemikian rupa nanti projek terbengkalai. Oleh itu, mereka kena membuktikan sumber kewangan.

Mereka perlu membuktikan dapat pembiayaan...

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

…Mereka perlu dapat kebenaran merancang PBT ya, perlu ada EIA, SIA, TIA sebagaimana saya sebut tadi. Kita ingin tunjukkan bahawa betul Yang Berhormat ini daripada Gopeng melalui sehinggalah kawasan Kuala Kangsar kawasan Yang Berhormat dan Padang Rengas untuk mengelak Terowong Menora yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

[Sambil menunjukkan sehelai kertas] Jika mereka telah melaksanakan segala syarat duluan itu maka bolehlah...

draft • 10:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

…Di antara perkara cabaran lagi satu ialah pengambilan tanah 1,600 lot Yang Berhormat. 1,600 lot yang berbeza dengan kos RM618 juta ringgit ini perlu diselesaikan. Sekarang ini di tangan mereka, bukan di tangan kami.

Syarikat telah mencadang, syarikat telah dilulus, tetapi syarikat belum boleh memulakan kerana tidak memenuhi lagi syarat-syarat duluan yang telah dikenal pasti yang telah dipersetujui bersama.

Mereka diberi masa 12 bulan daripada 5 hari bulan 9 tahun 2024 sehingga 5 hari bulan 9 tahun 2025 ini. Kalau mereka tak dapat memenuhi dalam 12 bulan itu memang boleh kita tambah lagi enam bulan lepas itu tambah lagi tiga, tambah lagi tiga selepas itu tak ada

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

lagilah. Kita harap apa yang akan dibuat oleh mereka ini boleh mempercepatkan. Saya harap syarikat boleh melaksanakan, apakah syarat-syarat duluan itu. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Langkawi.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya berharap WISE akan selesai dalam masa yang diperuntukkan. Saya mendapat maklumat bahawa selepas WISE, cadangan kerajaan Perak untuk Tanjong Malim ke Lumut.

Soalan saya Yang Berhormat kalau Tanjong Malim ke Lumut itu dah dekat dengan Kedah dah, jadi, saya nak bertanya, apakah kerajaan bercadang untuk mengadakan jalan daripada Sungai Petani terus ke Perak, bypass Pulau Pinang? Sebab setakat ini Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat sampai di Sungai Dua, sampai ke Juru, jalan itu amat teruk sekali dan orang Kedah pun tak berminat nak bypass Pulau Pinang Yang Berhormat. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan lebuh raya ini? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Langkawi ya. Apa yang kita nak buat ini kita nak selesaikan Juru-Sungai Dua, JSD dulu supaya orang Kedah minat nak lalu Penang.

Juru-Sungai Dua itu kebetulan dalam kawasan PMX, dalam kawasan Pematang Pauh, kawasan lama beliau. Jika tarikhnya sesuai, maka awal bulan November 2025 ini akan dirasmikan pecah tanah di Tapak Pesta Pulau Pinang oleh Yang Amat Perdana Menteri projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua dan kita telah masukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Siapakah yang akan melaksanakan? Yang melaksanakan ialah PLUS. Apakah bentuk highway di situ, highway yang bertingkat: berapakah kosnya? Hampir lebih kurang RM2.8 bilion, RM2.9 bilion untuk dibina bertingkat.

Saya baru ini melalui Juru-Sungai Dua memang jammed, hari-hari jammed dan tempat itu tidak layak dipanggil highway yang sefahaman kita. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum nak memikirkan apa Yang Berhormat sebut yang tadi. Kita buat satu- satu Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Pulai nombor 3. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

3. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Kesihatan menyatakan, kerana terdapat banyak aduan di hospital swasta berhubung kos rawatan yang tinggi:

(a) apakah rancangan lima tahun kerajaan untuk memperkenalkan sistem Diagnostics-Related Groups (DRG) sebagai langkah untuk menyelaraskan penstrukturan kos kesihatan; dan

(b) apakah ada rancangan Kerajaan mewujudkan tribunal pesakit untuk mereka meluahkan ketidakpuashatian mereka.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Pulai.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, berhubung langkah untuk menyelaraskan penstrukturan kos kesihatan, Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam penyelarasan penstrukturan kos kesihatan secara menyeluruh. Pelaksanaan DRG kebangsaan telah dirangka seawal 2023 dengan pelan lima tahun bagi pelaksanaan seluruh negara bermula 2027.

Walau bagaimanapun, inflasi kos perubatan terutama di sektor swasta telah mendorong penubuhan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan bagi menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah strategi RESET termasuk pembangunan dan pelaksanaan DRG.

Kerajaan akan memulakan pelaksanaan DRG dengan memperkenalkan insurans takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas pada tahun 2026. MHIT asas berfungsi sebagai platform seragam yang memastikan ketelusan dan keberkesanan penggunaan sistem pembiayaan berasaskan DRG. Bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan lancar, Kementerian Kesihatan kini bekerjasama secara aktif dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan, pengendali insurans dan takaful serta hospital swasta.

Meskipun pembangunan DRG di sektor swasta dilaksanakan lebih awal, usaha ini masih menyokong usaha pembangunan sistem DRG kebangsaan yang lebih inklusif kerana mengambil kira integrasi data dan analisis logik rupa yang lebih tepat bersama-sama Hospital Pengajar Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.

Pelan pelaksanaan sistem DRG kebangsaan lima tahun yang dirangka bermula 2023 sedang berjalan dengan garis masa seperti yang berikut:

(i) 2023 hingga 2024, penubuhan jawatankuasa khas bersama agensi kerajaan dan swasta, kajian teknikal serta permohonan dan kelulusan peruntukan pembangunan sistem ICT DRG kebangsaan;

(ii) pada tahun 2025, pembangunan sistem DRG kebangsaan, bengkel penyelarasan dan latihan penetapan kod klinikal di hospital kerajaan dan swasta;

(iii) 2026, pembangunan algoritma DRG kebangsaan, model penetapan kos dan integrasi sistem; dan

(iv) pada tahun 2027, ujian sistem pelaksanaan projek rintis dan pelancaran rasmi sistem DRG kebangsaan akan dilancarkan.

DRG sektor swasta adalah langkah interim bagi membendung kenaikan kos perubatan swasta yang membebankan rakyat meskipun dengan metodologi yang sedikit berbeza dengan DRG kebangsaan. DRG sektor swasta ini dibangunkan selari dan boleh digabungkan melalui kebolehoperasian sistem dengan DRG kebangsaan kelak.

Berhubung cadangan mewujudkan Tribunal Pesakit, Kementerian Kesihatan masih belum ada perancangan mewujudkan Tribunal Pesakit. Walau bagaimanapun, pengendalian aduan terhadap hospital swasta adalah di bawah tanggungjawab Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Kementerian Kesihatan Malaysia selaras dengan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

peruntukan bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 iaitu Akta 586.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Mekanisme untuk pesakit menyalurkan ketidakpuasan hati terhadap hospital swasta diperuntukkan di bawah seksyen 36 Akta 586 dan Peraturan 40, Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Di mana setiap aduan akan disiasat dan sekiranya berlaku pelanggaran perundangan, tindakan seperti notis, tunjuk sebab, amaran, pengkompaunan kesalahan, penggantungan atau pembatalan lesen boleh diambil.

Mekanisme sedia ada turut memberi ruang kepada pesakit menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap caj yang tidak munasabah. Di samping itu, hospital swasta diwajibkan memaklumkan anggaran kos rawatan kepada pesakit sebelum perkhidmatan diberikan sekiranya dimohon oleh pesakit selaras dengan keperluan di bawah Akta 586.

Untuk maklumat Yang Berhormat, sehingga 2024 sebanyak 817 aduan yang diterima dan sebanyak 188 bersamaan dengan 23 peratus adalah berkaitan dengan aduan caj.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pulai.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih jawapan Timbalan Menteri, hubungan dengan DRG dan juga tribunal ini. Saya melihat pada satu tribunal yang biasa dilaksanakan iaitu tribunal pengguna, tapi tribunal pengguna itu untuk RM50,000 ke bawah di bawah KPDN. Mungkin ianya boleh digunakan juga untuk tribunal kesihatan yang lebih mudah untuk rakyat memanfaatkannya apabila dia tidak begitu selesa dengan kos yang diberikan oleh perubatan swasta ini, satu.

Yang keduanya dari segi kita tengok beberapa negara, Australia, Singapura, Jerman ini mereka melaksanakan berfasa. Fasanya dibuat kepada pihak kerajaan dahulu. Selepas itu baru kepada swasta...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi, di peringkat kerajaan ada Rakan KKM. So, Rakan KKM ini akan melibatkan pihak luar juga, mungkin dia boleh dilaksanakan dulu di peringkat Rakan KKM. Lepas itu, bila dah berkesan baru kita laksanakan peringkat swasta pula. Bagaimana pandangan KKM?

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat Pulai.

Berkenaan tentang pelaksanaan DRG di peringkat swasta dan juga peringkat kerajaan.

draft • 11:00 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Seperti apa yang telah saya jawab sebentar tadi adalah DRG di peringkat swasta ini adalah bersifat interim dan walaupun bersifat interim, pelaksanaan DRG di peringkat swasta ini kelak akan dapat berintegrasi dengan Dasar DRG Kebangsaan yang akan dilancarkan pada tahun 2027. Berkenaan tentang konsep Rakan KKM yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, ketika ini kita akan melihat dan juga melihat kebolehlaksanaan penggunaan DRG kerana pelaksanaan DRG ini

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

memerlukan data yang komprehensif untuk kita meletakkan caj-caj yang tertentu oleh sektor awam dan juga oleh sektor swasta...

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Juga berkenaan tentang tribunal yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pulai sememangnya kita mempunyai limitasi ataupun limitation dengan izin, Yang di-Pertua berkenaan tentang aduan-aduan berkaitan caj di dalam Akta 586. Kita akan mempertimbangkan berkenaan tribunal kesihatan sekiranya bersesuaian dan juga saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Pulai agar dapat membawa perkara ini di PAC Kesihatan.

Juga Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membuat sesi libat urus sekiranya ada kesesuaian untuk mewujudkan tribunal kesihatan untuk mengkaji dan juga menerima aduan- aduan yang lebih komprehensif berkenaan tentang caj-caj yang berlebihan oleh sektor swasta. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam kita menentukan diagnosis suatu penyakit biasanya selepas pemeriksaan oleh doktor dia akan buat beberapa perkara. Yang pertamanya, provisional diagnosis: diagnosis awal dia.

Yang keduanya, differential diagnosis. Itu beberapa kemungkinan penyakit-penyakit lain. Sebagai contoh, saya bagi kalau pesakit datang dengan aduan sakit ulu hati ataupun gastric pain, diagnosis awal mungkin doktor kata acute gastritis sahaja, tapi doktor tidak boleh menolak kemungkinan diagnosis seperti gastric ulcer, acute arthritis, mild myocardial infection. Maka, investigation mesti dilakukan untuk sahkan diagnosis awal dan juga menolak lain-lain diagnosis itu...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Jadi, interpretation yang mesti dilakukan bergantung kepada gejala semasa pemeriksaan dan tanda semasa pemeriksaan, sejarah penyakit dahulu, kemahiran doktor, pengalaman doktor. Oleh itu, walaupun akhirnya diagnosis nya sama, acute gastritis, tetapi: ubatnya sama, tetapi investigation-nya berlainan.

Prosesnya berlainan. Maka, kosnya sudah tentu berbeza.

Oleh itu soalan saya, bagaimana kementerian merancang untuk menangani isu dokumentasi klinikal yang berbeza ini dan kebimbangan pihak hospital swasta khususnya berkaitan dengan amalan pembayaran tetap DRG sedangkan tahap perkhidmatan yang berbeza serta kesediaan mereka untuk guna sistem ini dan juga saya sebut tadi kos rawatan juga berbeza?

Selain itu, apakah langkah untuk memperkukuhkan latihan kakitangan dan penggunaan teknologi digital agar pelaksanaan DRG ini dapat jalan lancar di seluruh negara?

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Untuk — terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Untuk memantapkan delivery system DRG melalui kaedah aplikasi ataupun atas talian. Kita juga akan membangunkan satu aplikasi yang bersesuaian. Juga apa yang kita

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

sedang lakukan adalah melakukan sesi libat urus yang sangat mantap dan juga komprehensif di mana libat urus yang kita perolehi adalah ketersediaan pihak industri untuk berkongsi berkenaan tentang maklumat-maklumat tentang kos.

draft • 11:00 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dan juga di sini saya ingin tekankan maklumat-maklumat dan juga data yang kami perolehi daripada pihak industri dan juga pihak awam bukanlah bertujuan untuk menilai berkenaan tentang keuntungan, tetapi kita ingin meletakkan satu garis dasar ataupun asas berkenaan tentang kos-kos yang bersesuaian.

Juga selepas pengesanan sistem pembayaran DRG ini juga akan mengambil kira kompleksiti pesakit seperti apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Buat ketika ini kita masih lagi mempunyai tempoh masa hingga tiga tahun lagi untuk melancarkan DRG Kebangsaan tetapi DRG swasta ini di peringkat interim akan kita laksanakan pada tahun 2026. Juga apa yang kita perolehi ketika ini adalah ke — persiapan pihak swasta sekarang menanti arahan daripada KKM.

Juga berkenaan tentang caj-caj yang seperti hospitaliti itu adalah di luar daripada skop DRG yang kita akan perkenalkan untuk peringkat swasta ataupun interim ketika ini.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Mohon tambah soalan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Muhammad Yusof, Rantau Panjang.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya mulai dengan pantun.

Subsidi ditarik cukai bertambah, Rakyat mengeluh hidup sengsara; Gas memasak naik harganya sudah, Beban ditanggung makin terasa. Mohon jawapan soalan nombor 4.

draft • 11:00 AM

4. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, apakah tindakan kementerian berhubung kenaikan harga gas memasak (LPG) yang membebankan peniaga kecil dan penjaja makanan di kawasan luar bandar.

draft • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat bersama — bersekali dengan soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu pada 21 Ogos 2025 memandangkan pertanyaan dan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan latar perkara yang sama.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Gas petroleum cecair (LPG) merupakan barang kawalan yang diwartakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di bawah kawal selia KPDN dan telah diberikan subsidi oleh kerajaan. Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas industri

draft • 11:00 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

yang berurus niaga dan menggunakan LPG ini telah dilaksanakan oleh KPDN semenjak ia disenaraikan sebagai barang kawalan berkuat kuasa pada 21 Oktober 1974.

Harga bagi LPG bersubsidi adalah tertakluk kepada kawalan harga di setiap peringkat rantaian pengedaran merangkumi pengeluar, pemborong dan peruncit selaras dengan peruntukan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 4) 2015 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015. Dalam hal ini, harga runcit bagi tong LPG bersubsidi 10 kilogram adalah RM19, 12 kilogram RM22.80, dan bagi 14 kilogram adalah RM26.60. Manakala harga bagi LPG kegunaan industri adalah tertakluk kepada harga pasaran.

Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 menetapkan bahawa entiti perdagangan dan perniagaan yang menggunakan LPG melebihi 42 kilogram perlu memohon permit barang kawalan berjadual. Manakala syarat-syarat permit barang kawalan berjadual yang dikeluarkan berserta Peraturan 2021 tersebut menetapkan pemegang permit barang kawalan tidak boleh menggunakan barang kawalan berjadual bersubsidi.

draft • 11:00 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Namun begitu, kerajaan akan terus membenarkan penggunaan LPG bersubsidi kepada peniaga makanan dan minuman mikro dan kecil melebihi had tersebut.

Sehubungan itu, isu berkaitan bebanan kepada peniaga kecil dan penjaja makanan dan minuman tidak berbangkit kerana mereka tetap mendapat manfaat subsidi LPG. Jadi, pantun yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi tidak berkaitan dengan LPG subsidi...

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

draft • 11:10 AM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberi.

Isu yang membimbang dan meresahkan rakyat apabila cadangan kerajaan untuk menaikkan ataupun pengarahan menggunakan tong gas ungu yang mana pengecualiannya hanya sehingga Oktober 2025. Jadi, ini memberikan kesan terutama kepada kenaikan harga di pasaran ― harga makanan. Jadi, adakah kajian telah dibuat terhadap impak terhadap kenaikan penggunaan tong gas ungu ini? Dan apakah status terkini terhadap pelaksanaan operasi iaitu Ops Gasak yang telah dilaksanakan untuk memastikan supaya tidak berlakunya penyelewengan terhadap LPG ini? Minta penjelasan.

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebagaimana yang pernah saya jelaskan dalam sidang Dewan ini bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tersebut adalah terkait dengan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan, pindaan yang telah dibuat pada tahun 2021, yang menetapkan maksimum 42 kg dan sekiranya menggunakan Permit Barang Kawalan, tidak boleh menggunakan tong gas bersubsidi.

Namun, sebagaimana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun 2025 bahawa Kabinet dan Kerajaan MADANI pada hari ini akan terus membenarkan penggunaan LPG bersubsidi kepada peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman. Dan kita juga telah diarahkan untuk membuat pindaan kepada peraturan pada tahun 2021 tersebut untuk memberi pengiktirafan membenarkan peniaga kecil dan mikro menggunakan LPG bersubsidi.

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dan kita telah melaksanakan ― sedang melaksanakan sesi libat urus sehinggalah 31 Oktober untuk mendapatkan syor, pandangan dan juga memorandum daripada mana-mana pihak ― saya juga mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat ― bagaimana untuk kita membuat pindaan yang memberi pengiktirafan tersebut.

Pada masa yang sama, mekanisme kawalan diwujudkan supaya tidak ada ketirisan.

Sebab, ada juga kes-kes decanting iaitu pengalihan gas daripada tong gas bersubsidi kepada komersial tersebut yang sumbernya juga adalah daripada pihak-pihak tertentu yang memanipulasi subsidi dalam sektor makanan dan minuman. Insya-Allah, kita akan terus memberikan subsidi LPG kepada, selain daripada domestik, kepada peniaga kecil dan mikro dalam sektor makanan dan minuman. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Umum mengetahui Ops Gasak oleh KPDN yang bermula 1 Mei lalu telah mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam masyarakat. Hakikatnya, fokus utama Ops Gasak adalah untuk mengekang aktiviti decanting iaitu penyeludupan dan penggunaan tong LPG bersubsidi oleh sektor industri berskala besar dan sederhana.

Soalan saya. Apakah usaha yang telah dilakukan untuk menjernihkan kembali keadaan dan reputasi KPDN? Dan adakah kementerian berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dan sengaja manipulasi serta memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan, khususnya KPDN, berhubung isu gas LPG ini? Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya fikir penjelasan yang telah dikemukakan sebelum ini, termasuklah jawapan saya pada hari ini, akan dapat mencerahkan isu yang berbangkit bahawa usaha kita dalam Ops Gasak itu fokusnya adalah kepada decanting dan ketirisan dalam sektor industri.

Dan kalau disebutkan, ada yang pernah membangkitkan, bahawa kenapa hanya dalam Ops Gasak kali ini kita menguatkuasakan peraturan yang dibuat pada tahun 2021 tersebut, sebenarnya penguatkuasaan bersandarkan kepada peraturan tersebut telah pun dimulakan sebaik sahaja ia berkuat kuasa. Ada 42 kes pun yang telah diambil terkait dengan penyalahgunaan mengguna pakai peraturan-peraturan yang dibuat pada Oktober 2021 tersebut.

Jadi, Yang Berhormat, insya-Allah, kita memberikan penjelasan dan kita mengalu-alukan, sebagaimana yang kita harapkan, semua pun mengharapkan, bahawa selain kegunaan domestik, peniaga kecil dan mikro terus untuk dapat manfaat ini. Jadi, seafdal-afdalnya sekarang ini adalah untuk kita duduk bersama dengar pandangan semua pihak, semua pemegang taruh (stakeholders) apakah kaedah terbaik ke depan memberi pengiktirafan, pada masa yang sama kita mewujudkan kerangka kawalan supaya kita dapat membendung ketirisan dan penyalahgunaan subsidi rakyat ini.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Yang di-Pertua orangnya cantik, Sudahlah cantik manis pula, Petua beliau selalunya menarik, Soalan Kuala Pilah di nombor lima.

draft • 11:10 AM

5. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyediakan inisiatif dan langkah terkini kementerian dalam melindungi dan memelihara haiwan liar di Malaysia serta sejauh mana kerjasama dengan agensi kerajaan lain dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dalam usaha ini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memelihara khazanah hidupan liar negara, antara lain seperti berikut:

(i) pelaksanaan Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) melibatkan Operasi Bersepadu Khazanah (OPK) dan pelantikan renjer komuniti bagi membanteras pemburuan hidupan liar di kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia;

(ii) pelaksanaan wildlife management plan (WMP) dan wildlife impact studies (WIS) di dalam environmental impact assessment (EIA) bagi mengenal pasti impak dan tindakan mitigasi akibat pembangunan yang melibatkan habitat hidupan liar;

(iii) pelaksanaan kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’ bagi membantu usaha pemeliharaan harimau malaya; dan

(iv) pelaksanaan kerjasama dengan universiti dalam bidang penyelidikan, latihan kakitangan dan program kesedaran awam.

Pelaksanaan inisiatif ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui usaha-usaha berikut:

(i) pelaksanaan Survei Harimau Kebangsaan Pertama oleh World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia, Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung) dan Wildlife Conservation and Science Malaysia

(WCS) pada tahun 2016 hingga 2020 di landskap hutan-hutan Central Forest Spine (CFS) Semenanjung Malaysia;

(ii) pelaksanaan survei hidupan liar terancam di dalam dan luar Taman Negara-Banjaran Titiwangsa (TNBT) oleh WWF Malaysia, Pelindung, WCS dan Banjaran Malaysia;

(iii) bantuan dana dalam usaha konservasi hidupan liar oleh pihak swasta dan NGO seperti Malaysian Palm Oil Green Conservation Plantation

(MPOGCF) dan Tenaga Nasional Berhad;

(iv) membanteras pemburuan haram hidupan liar dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa negeri di bawah inisiatif OPK; dan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Huang Tiong Sii

(v) pemeteraian memorandum persefahaman antara Jabatan PERHILITAN dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerjasama strategik bersama NGO seperti RIMAU bagi tujuan memperhebatkan promosi dan kesedaran awam berkaitan usaha konservasi Harimau Malaya.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pelbagai NGO memainkan peranan penting dalam usaha pemeliharaan haiwan liar di Malaysia. Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memperkukuh kerjasama dengan NGO terutamanya daripada aspek sokongan kewangan dan teknikal bagi memastikan bantuan tersebut dimanfaatkan secara berkesan untuk mencapai matlamat konservasi jangka panjang? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Huang Tiong Sii

Pada masa ini, terdapat beberapa bentuk sokongan kewangan dan teknikal kepada NGO melalui Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Daripada aspek kewangan, Jabatan PERHILITAN menyalurkan dana sebanyak RM12.4 juta bagi pelaksanaan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey (NTS1)) pada tahun 2016–2020.

draft • 11:20 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Survei ini dilaksanakan untuk mengenal pasti bilangan populasi spesies ikonik negara iaitu Harimau Malaya dalam hutan-hutan Semenanjung Malaysia. Jabatan PERHILITAN juga menyalurkan sebanyak RM18.7 juta kepada World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia, Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (PELINDUNG) dan Wildlife Conservation and Science Malaysia (WCS) bagi Survei Hidupan Liar Terancam di Dalam dan di Luar Negara - Banjaran Titiwangsa (TNBT ) pada tahun 2021–2025, di landskap hutan-hutan Central Forest Spine (CFS), Semenanjung Malaysia.

Dari aspek sokongan teknikal pula, Jabatan PERHILITAN antaranya bekerjasama dengan pengurusan premis zoo dan pameran tetap yang beroperasi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] seperti Malaysian Zoological Society iaitu NGO yang menguruskan Zoo Negara dalam memastikan kebajikan hidupan liar terpelihara.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Serai.

draft • 11:20 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, adakah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mempunyai cadangan untuk menambah baik kadar pemberian Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conversation, (EFT) supaya jumlah dana yang diterima oleh kerajaan negeri lebih menjurus kepada keberhasilan keseimbangan antara pembangunan negeri dan pemeliharaan hidupan liar yang kian pupus? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) pada tahun 2019.

Bagi menggalakkan kerajaan negeri mengukuhkan pengurusan kawasan perlindungan, sehingga kini, sejumlah RM550 juta telah diperuntukkan kepada kerajaan negeri bagi pelaksanaan EFT. Data sehingga 2023, merekodkan seluas 90,000 hektar kawasan perlindungan daratan baharu telah diwartakan di Semenanjung Malaysia melalui instrumen EFT yang menyumbang kepada pengukuhan pemuliharaan habitat Harimau Malaya.

Pada tahun ini, NRES terus memperkukuh aspek penilaian impak pelaksanaan EFT dengan meningkatkan penilaian kriteria ekologi, berasaskan keberhasilan daripada 30 peratus kepada 50 peratus. Selain itu, skop perbelanjaan EFT turut diperluaskan dengan penambahan komponen berikut:

(i) pemuliharaan spesies flora dan fauna terancam;

(ii) pelaksanaan kaedah-kaedah lain yang berkesan bagi pemeliharaan berlandaskan kawasan Other Effective Area-based Conservation Measures (OECMs) bagi pemeliharaan biodiversiti;

(iii) inisiatif untuk meminda kerangka polisi dan perundangan negeri agar lebih selari dengan dasar dan perundangan kebangsaan; dan

(iv) pendekatan perhutanan sosial untuk meningkatkan pengurusan sumber hutan serta sosioekonomi masyarakat peribumi dan tempatan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.

draft • 11:20 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Puan Speaker.

Pergi Bangi niat minum kopi, Pergi Sepang niat makan ketam; YB Menteri, selamat pagi, Soalan saya nomborlah enam.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan pendirian kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Mac 2025 yang memutuskan bahawa tanggungjawab menyelenggara pokok di Jalan Persekutuan adalah di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tindakan kementerian dalam membantu PBT susulan keputusan ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kementerian ini prihatin terhadap kelestarian alam dan juga keselamatan, kesejahteraan rakyat dan pembangunan bandar yang lebih berdaya huni. Justeru itulah, pengurusan dan penyelenggaraan pokok-pokok yang ditanam,

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

khususnya dalam kawasan pentadbiran PBT atau diambil alih oleh PBT, menjadi antara komitmen utama dan juga berterusan oleh kementerian ini dalam membantu PBT.

Ini seperti mana yang telah pun diperuntukkan dalam seksyen 101(1)(b) dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] yang memperuntukkan bahawa PBT bertanggungjawab untuk menyelenggara pokok-pokok yang ditanam atau diambil alih oleh PBT melalui penyerahan oleh pemaju kepada pihak berkuasa tempatan.

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, pada 1 Mei 2018, telah berlaku satu insiden kemalangan akibat pokok tumbang dan menghempap seorang pengguna jalan raya berhampiran lampu isyarat sebelum tol ke arah Lebuhraya Utara- Selatan. Hasil siasatan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS), mendapati bahawa lokasi kejadian itu adalah merupakan di atas rizab Jalan Persekutuan dan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Susulan kejadian tersebut, mangsa ataupun plaintif telah pun mengambil tindakan undang-undang terhadap MBS, JKR dan juga Syarikat Selia Selenggara Sdn Bhd iaitu konsesi penyelenggaraan yang dilantik oleh pihak JKR melalui Mahkamah Sesyen Seremban atas alasan kegagalan menjalankan tugas menyelenggara dan menyelia kawasan tersebut.

Pada 31 Mac 2022, Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen Seremban telah pun memutuskan pihak MBS tidak bertanggungjawab kerana kawasan tersebut merupakan kawasan di bawah Jalan Persekutuan.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pada 12 April 2022, pihak JKR dan Syarikat Selia Selenggara Sdn Bhd telah pun memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Seremban dan pada 25 Mei, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Seremban secara tuntasnya memutuskan, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Seremban dan mengenepikan tanggungjawab Syarikat Selia Selenggara Sdn Bhd terhadap tuntutan dan tanggungjawab ini, memandangkan perjanjian baru bersama JKR pada 5 April 2018, tidak termasuk tanggungjawab menyelenggara pokok.

Walau bagaimanapun, pihak JKR telah memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada tahun 2023. Lalu, pada 19 Mac 2025, Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah sesyen dan juga Mahkamah Tinggi dan meletakkan liabiliti sepenuhnya kepada Majlis Bandaraya Seremban. Jumlah keseluruhan ganti rugi termasuk faedah dan kos adalah lebih kurang RM320,000.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini amat menghormati keputusan tersebut yang dibuat pada kami berlunaskan perundangan yang adil dan saksama. Justeru, KPKT telah mengambil langkah yang proaktif iaitu beberapa siri perbincangan bersama dengan pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya juga telah diadakan bagi memperincikan dan menjalinkan kerjasama strategik berkenaan penyelenggaraan pokok- pokok mengikut bidang kuasa masing-masing dan peraturan yang sedia sedang pun berkuat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, adapun menjawab bagi soalan yang kedua, ada dua soalan tadi ialah bahawa kementerian ini juga melalui Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kerajaan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tempatan sentiasa memastikan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan pemeriksaan berkala terhadap pokok-pokok, khususnya di bawah seliaan masing-masing.

Keduanya, kementerian ini juga telah pun menggesa supaya setiap PBT mempunyai pakar pokok ataupun arborist. Dan yang ketiganya, khususnya dalam perkembangan kepada keputusan ini, kementerian juga menjalinkan kerjasama bersepadu dan konsensus antara PBT dan juga Jabatan Kerja Raya, sama ada di peringkat negeri dan daerah yang berkenaan di peringkat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit supaya dapat diselaraskan seperti mana sebelumnya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bangi.

draft • 11:20 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih YB Timbalan Menteri. Seperti yang telah dinyatakan tadi, saya fikir keputusan mahkamah ini akan memberikan satu impak yang besar, termasuk dari segi peruntukan dan juga siapa yang akan melaksanakan. Sebelum ini, mungkin pokok-pokok ini diuruskan oleh JKR dan kini, tanggungjawab telah dialihkan kepada pihak PBT dan pastinya akan menambahkan kos pengurusan bagi PBT.

Jadi soalan saya, apakah usaha daripada pihak KPKT untuk berbincang, mungkin dengan pihak Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan peruntukan tambahan mungkin daripada MARRIS atau sebagainya, untuk menyelenggara pokok-pokok yang berada di Jalan-jalan Persekutuan dan negeri, terutama sekali selepas keputusan mahkamah ini?

Terima kasih YB Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya, di peringkat kementerian ini melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, kita memang ada peruntukan di bawah BP1. Tetapi ia terhad kepada skop-skop yang berkaitan dengan sosioekonomi, infrastruktur, kemudahan awam dan keselamatan. Manakala skop projek infrastruktur itu adalah meliputi kepada berkaitan membina dan menaik taraf jalan raya, laluan-laluan yang terkait dengan kawasan PBT.

Adapun yang ditanyakan oleh Yang Berhormat ini, memanglah kementerian ini sebenarnya dalam usaha mendapatkan perbincangan bersama dengan Jabatan Kerja Raya supaya perkara ini dapat diperhalusi. Manakala di peringkat negeri pula, Tuan Yang di-Pertua, kita kementerian memang menggalakkan PBT untuk mendapatkan peruntukan daripada penyelenggaraan tahunan jalan raya khususnya melalui Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia. Dan yang selebihnya, Tuan Yang di-Pertua, rundingan perbincangan masih terus berjalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Maran.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kalau kita lihat di sepanjang Jalan Persekutuan ni, ada pokok-pokok yang di tepi Jalan Persekutuan yang juga melibatkan tanah-tanah persendirian. Jadi, apakah PBT mempunyai kuasa untuk melaksanakan tugas-tugas pembersihan ini termasuk di tanah-

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

tanah persendirian yang mana pokok-pokok berada ni? Dan saya ingin tahu, berapakah peruntukan yang disediakan?

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kerana kadang-kadang pembersihan ini bukan sahaja dilakukan oleh PBT tetapi dilakukan oleh bomba, kadang-kadang orang persendirian yang memerlukan – yang bersimpati dengan keadaan ini. Dan apakah orang persendirian ini boleh juga membuat tuntutan kepada PBT dalam usaha kerja yang mereka telah lakukan? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya untuk kawasan-kawasan yang merupakan milik persendirian adalah di bawah tanggungjawab milik persendirian.

Adapun kita di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memanglah pada masa yang sama di sudut keselamatan, mengambil juga tanggungjawab supaya walaupun berada di kawasan-kawasan persendirian ataupun tadi di dalam kawasan persekutuan – Jalan Persekutuan, tetapi pihak berkuasa tempatan yang mana jalan itu masih berada di dalam kawasan penyeliaan dia juga mestilah mengambil kira. Sebab itu, pemantauan sepanjang masa perlu diteruskan.

Adapun di sudut peruntukan itu, Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya sebut, bergantung kepada kawasan yang merupakan kawasan seliaan PBT. Kementerian ini hanya memperturunkan peruntukan kepada kawasan-kawasan di bawah seliaan PBT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berikutnya Yang Berhormat Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar. Sila.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Mentari naik di Bukit Keteri, Suasana tenang khusyuk bertawajuh; Keselamatan pekerja jadikan prioriti, Soalan saya nombor 7.

draft • 11:30 AM

7. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan perjawatan OSH Coordinator di sektor awam selaras dengan perubahan Akta OSH yang telah ditambah baik pada tahun 2022.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar.

Kewajipan untuk melantik penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH Coordinator) telah diperuntukkan di bawah seksyen 29A Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] yang telah berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024. Peruntukan ini

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

terpakai kepada semua majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih di sesuatu tempat kerja, termasuklah juga sektor awam.

Tujuan utama pewujudan seksyen 29A ini adalah untuk memastikan setiap tempat kerja mempunyai seorang individu yang bertanggungjawab menyelaras hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. OSH Coordinator berperanan membantu majikan dalam memastikan pematuhan terhadap kehendak perundangan berkaitan KKP serta menyelaras pelaksanaan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja masing-masing.

Sehubungan itu, selaras dengan peruntukan seksyen 29A Akta 514, pelantikan OSH Coordinator tidak memerlukan pewujudan jawatan tetap atau khusus, sebaiknya hanya melibatkan penetapan tanggungjawab kepada seorang pekerja sedia ada. Dalam perkara ini, kerajaan berpandangan bahawa keperluan tersebut dapat dipenuhi tanpa pewujudan perjawatan khususnya bagi OSH Coordinator dalam kalangan penjawat awam. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan pertama.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang padat. Okey, negara kita digemparkan dengan isu buli. Itu menunjukkan ada berkaitan dengan masalah kesihatan mental. Adakah kementerian ada perancangan untuk modul OSH Coordinator ini untuk keperluan Psychology First Aid atau PFA? Itu saja, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad - Lipis

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Padang Besar.

Sebenarnya dalam hal ini, kita telah mempunyai akta-akta di bawah pemburuhan kes buli tersebut dan pembulian ini adalah tertakluk kepada di kementerian-kementerian tersebut.

Dan setakat ini, kita pasti pegawai-pegawai di kementerian-kementerian masing-masing ataupun syarikat-syarikat yang melaksanakan kes-kes buli ini. Saya rasa ini kes berkaitan dengan baru saja buli, teringatlah Yang Berhormat pada kes buli tersebut. Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Kepong.

draft • 11:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih. Soalan saya, adakah Akta OSH ini juga termasuk untuk menjaga keselamatan bagi pekerja yang work from home, memandangkan sekarang era masuk AI? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa kita telah melatih begitu ramai sekali penjawat awam. Maknanya, penjawat awam termasuklah swasta dan juga termasuklah sektor swasta itu sendiri. Kita telah melatih seramai 40,000 orang kita telah melatih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad - Lipis

Bermakna apa-apa persoalan Yang Berhormat tersebut, kita melibatkan penggunaan terpakai di bawah WFH yang terpakai. Dan berertinya, apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa keselamatan ini sudah pastilah meliputi pekerja yang bekerja daripada rumah. Dan kementerian juga melalui latihan-latihan tersebut, kita melibatkan semua di dalam bidang pekerjaan sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia. Berikutnya, Yang Berhormat Tuan Edwin anak Banta, Selangau.

draft • 11:30 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 8.

draft • 11:30 AM

8. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan jumlah penyertaan belia luar bandar Sarawak dalam Program Desa MADANI dan impak kepada peningkatan pendapatan serta pembangunan keusahawanan komuniti luar bandar.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih YB Selangau atas soalan berkaitan dengan usahawan belia luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah turut melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dan keusahawanan yang khusus untuk belia luar bandar. Usaha ini juga merangkumi golongan belia di negeri Sarawak.

Namun begitu, bagi menjawab soalan ini, di bawah KKW tiada program yang dinamakan sebagai Program Desa MADANI yang dijalankan. Tetapi bagi memberi impak kepada peningkatan pendapatan dan pembangunan keusahawanan komuniti luar bandar, terdapat beberapa program yang dilaksanakan seperti Desa Kirana, Desa Lestari, sokongan pengukuhan keusahawanan luar bandar, skim pembiayaan perniagaan belia bumiputera dan program peningkatan pendapatan.

Sehingga kini, belia Sarawak telah menerima manfaat dalam pelbagai bentuk pembiayaan keusahawanan yang kebanyakannya dengan sasaran peningkatan pendapatan sebanyak 10 peratus selepas setahun iaitu seramai 2,392 orang.

Kementerian juga menggalakkan penglibatan belia dalam keusahawanan yang disediakan terutamanya melalui agensi-agensi di bawah KKW. Sebagai contoh, melalui RISDA, program usahawan belia RISDA yang telah dilaksanakan bagi tujuan untuk melahirkan usahawan muda yang berdaya saing, khususnya dalam sektor pertanian dan juga perladangan getah.

Melalui program ini juga, belia pekebun kecil diberi latihan, bimbingan, bantuan modal untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan, pengurusan perniagaan dan juga pemasaran. Untuk tahun ini, peruntukan sebanyak RM510,000 telah disediakan untuk 48

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

orang belia dan salah seorangnya adalah daripada kawasan Parlimen Selangau. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Selangau, soalan tambahan pertama.

draft • 11:30 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Datuk Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah indikator kejayaan dan sasaran pendapatan, khusus bagi belia luar bandar Sarawak di bawah Program Desa yang disebut tadi serta mekanisme pemantauan yang digunakan untuk memastikan sasaran tersebut tercapai? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Soalan tambahan ya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah melaksanakan seperti yang dimaklumkan tadi, pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk luar bandar merangkumi golongan belia di negeri Sarawak.

Perkara ini termasuklah sasaran peningkatan pendapatan sebanyak 10 peratus dalam tempoh setahun bagi usahawan yang menerima pembiayaan dari program-program yang disediakan. Inisiatif seperti Program Desa Lestari telah berjaya mencipta 5,659 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dan meningkatkan pendapatan kasar sebanyak lima peratus pada tahun berikutnya bagi 140 buah koperasi yang terlibat sepanjang pelaksanaan program ini.

Selain daripada itu, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) turut dijalankan bertujuan untuk melengkapkan belia dengan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja. Untuk di Sarawak, seramai 2,392 orang usahawan luar bandar, termasuk Program Keusahawanan. Misalnya dalam tahun 2024, Program Peningkatan Pendapatan yang telah mencatat 67 orang penerima, manakala Skim Pembiayaan Perniagaan Belia (PUTRA) pula mencatatkan 48 usahawan belia Sarawak.

Jadi, indikatornya berdasar ketiga perkara, Yang Berhormat. Yang pertama, dari sudut peningkatan pendapatan. Yang kedua, peluang pekerjaan yang dihasilkan dan yang ketiga, impak program berkenaan kepada persekitaran.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Contoh terbaik untuk kawasan berdekatan dengan Yang Berhormat, salah seorang usahawan muda bernama Muhammad Rasidin bin Abu Bakar dari Daerah Sibu. Berumur 29 tahun, pendidikan dia Diploma Pengajian Perniagaan tetapi mendapat latihan kemahiran daripada MARA dalam Program HiT Barber. Dia buka HiT Barber dia dengan nama The Wall Barber Shop di Sibu. Dan kini, daripada program ini bermula pada tahun 2019, beliau telah pun membuka cawangan sebanyak 16 cawangan yang beroperasi di bahagian Sarikei, Sibu dan juga Mukah.

Dan telah pun dapat memberi impak pekerjaan kepada masyarakat belia yang lain seramai 50 orang. Yang memberi pendapatan kepada pekerja dia, RM2,500 sebulan dengan modal hanya RM5,000 dan dengan bantuan Program PUTRA dan juga SEMAi di bawah

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

agensi MARA. Beliau telah pun meraih pendapatan - kalau 2023 RM901,452 manakala pendapatan dia 2024, sebanyak RM1.5 juta.

Ini yang kita maksudkan impak indikator dan juga impak – dan program ini di-monitor pelaksanaannya oleh agensi-agensi KKDW. Kalau program di bawah MARA dilaksanakan, monitoring system ia di bawah MARA. Kalau RISDA, di bawah RISDA dan juga pasukan pemantau daripada KKDW sendiri.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Timbalan Menteri, ringkaskan jawapan.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Walaupun umur saya tuhak, kata orang Banjar. Tua tapi semangatnya masih anum, muda.

Okey, oleh kerana persoalan ini persoalan belia kerana tumpuan kepada latihan dan geran saja tidak memadai dan tidak mencukupi jika tidak disusuli dengan kemudahan seperti aspek pemasaran, pendedahan nilai logistik dan juga standard kualiti produk.

Justeru itu, persoalan saya ialah apakah mekanisme yang disediakan oleh pihak kementerian dalam membantu belia luar bandar untuk membawa produk yang dihasilkan oleh mereka ke pasaran nasional dan juga international? Orang muda geng kita, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, terima kasih YB Bagan Serai terhadap soalan. Suka saya maklumkan di sini bahawa KKDW menyediakan pakej menyeluruh dalam usaha kita membantu usahawan-usahawan luar bandar melalui agensi-agensi kita, terutamanya melalui MARA. Kita bermula daripada – orang kata, latihan asas. Maksudnya, dari sudut latihan kemahiran, disusuli dengan peruntukan ataupun bantuan dari sudut geran dan juga soft loans kepada usahawan-usahawan berkenaan.

Di samping itu juga, kita juga membantu dari sudut pembangunan produk itu sendiri.

Bukan saja dari sudut kualiti, malah juga dari sudut kuantiti, malah juga dari sudut packaging (pembungkusan) produk-produk yang mereka hasilkan. Dan KKDW juga, melalui agensi juga, memfokuskan marketing (pemasaran) produk-produk usahawan luar bandar kita.

Banyak kaedah yang telah kita laksanakan, antaranya online, kita ada DesaMall.

DesaMall ini kita mengumpulkan produk-produk luar bandar, usahawan luar bandar, khasnya belia, untuk dipasarkan. Sebab Desa Mall ini satu program khas online yang ada link dengan Shopee, Lazada, dengan berapa platform yang lebih besar, yang mana center-nya adalah di bawah kawalan MARA iaitu di Cheras.

Di samping itu, kita ada (KUD) Karnival Usahawan Desa. Karnival Usahawan Desa ini kita buat setiap tahun. Kita ada dua mini karnival dan juga Karnival Usahawan Desa. Baru- baru ini kita baru adakan di MITEC yang melibatkan lebih daripada 1,000 usahawan di bawah

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

KKDW, tidak termasuk usahawan daripada KUSKOP dan sebagainya, yang mana ini merupakan platform fizikal yang kita sediakan untuk pemasaran.

Di samping itu juga, kita juga ada program-program yang melibatkan program- program bersama dengan penyedia-penyedia rangkaian. Contohnya, Program BizNetwork di bawah MARA dan coming soon, maksudnya akan datang, kita akan menyediakan satu lagi platform iaitu Ikon Desa. Ikon Desa ini kita akan menyediakan satu center untuk meletakkan produk-produk luar bandar, produk-produk untuk di-market-kan, terutama di kawasan-kawasan yang strategik.

Di bawah RISDA, kita ada RisSMart. RisSMart itu adalah kedai-kedai yang menempatkan produk-produk luar bandar, yang mana kita tak fokuskan sangat di kawasan luar bandar. Tapi RisSMart ini kita letakkan di lokasi-lokasi yang strategik, contohnya di bandar utama. Di Kuala Lumpur pun kita dah ada RisSMart dan sekarang kita dah pun menempatkan RisSMart ini di sepanjang – orang kata, kerjasama dengan PLUS. Kita akan tempatkan RisSMart ini dan juga beberapa lagi kedai-kedai ataupun inisiatif pemasaran yang kita sediakan.

Dalam masa yang sama, kita di bawah KKDW juga bekerjasama dengan MITI ataupun MATRADE untuk memastikan usahawan kita dapat memasarkan produk di peringkat luar bandar, khasnya dalam bisnes halal. Yang mana usahawan-usahawan kita di bawa ke luar negara, khasnya melalui Program Usahawan MARA iaitu Gate to Global. Yang mana untuk Program Gate to Global itu, usahawan kita mendapat marketing, pasaran itu, produk itu lebih daripada dua negara.

Jadi, the whole – KKDW menyediakan the whole package untuk usaha kita membantu usahawan-usahawan luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Saya beri masa sikit kepada Timbalan Menteri menjawab tadi kerana isu ini agak penting. Berikutnya, Yang Berhormat Datuk Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat. Sila.

draft • 11:40 AM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang di-Pertua, soalan nombor 9.

draft • 11:40 AM

9. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan status fasa pelaksanaan berhemah pemaparan harga ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti serta keberkesanannya dalam mengawal caj perkhidmatan jagaan kesihatan daripada kos tersembunyi yang tidak munasabah.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat yang mengemukakan soalan berkenaan tentang paparan harga ubat.

Dato’ Yang di-Pertua, inisiatif pemaparan harga ubat di kemudahan jagaan swasta dan farmasi komuniti telah dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Mei 2025 melalui Perintah

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan [Akta 723].

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Objektif inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses rakyat kepada maklumat harga- harga ubat supaya rakyat mendapat bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya, mengetahui harga yang perlu dibayar dan mampu membuat pilihan. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar pemaparan harga ubat di premis kesihatan swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merangkakan strategi pemantauan yang sistematik dan berperingkat.

Menjawab soalan status pelaksanaan, bagi tempoh tiga bulan pertama yang berakhir pada 31 Julai 2025, kerajaan telah menetapkan tempoh penguatkuasaan secara pendidikan dan berhemah bagi memberi masa kepada semua premis kesihatan swasta termasuk klinik dan hospital swasta serta farmasi komuniti di seluruh negara sebagai tempoh penyesuaian.

Tempoh ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada pengusaha premis memahami keperluan pelaksanaan pelarasan dalaman dan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya untuk memaparkan harga ubat secara jelas, mudah diakses dan telus kepada pesakit. Tiada penalti atau kompaun akan dikenakan dalam tempoh tiga bulan ini.

Seterusnya bermula pada 1 Ogos 2025, fasa penguatkuasaan secara pentadbiran akan dijalankan di mana pemeriksaan dan pemantauan berterusan akan dijalankan sehingga 31 Disember 2025. Surat peringatan boleh dikeluarkan jika berlaku ketidakpatuhan manakala mulai 1 Oktober 2025, kompaun boleh dikeluarkan bagi kesalahan yang berulang.

Penguatkuasaan penuh pada 1 Januari 2026.

Penilaian awal terhadap keberkesanan pelaksanaan dasar pemaparan harga ubat telah dilaksanakan oleh KKM, melibatkan pemeriksaan ke atas sejumlah 1,639 facilities kesihatan swasta di seluruh negara. Hasil penilaian secara keseluruhan di-facilities kesihatan swasta sehingga 31 Julai 2025 menunjukkan bahawa 55 peratus bersamaan dengan 900 facilities daripada facilities yang diperiksa mematuhi keperluan pemaparan harga ubat dengan memuaskan. Manakala 45 peratus iaitu 739 facilities lagi didapati masih belum mencapai tahap pematuhan yang dikehendaki termasuk paparan harga yang tidak lengkap atau paparan harga yang tidak mudah diakses oleh pesakit.

Dapatan ini menunjukkan masih terdapat keperluan bagi tindakan susulan seperti pengukuhan pemantauan, sesi bimbingan lanjut dan pelaksanaan penguatkuasaan secara berperingkat terhadap premis yang gagal mematuhi keperluan. Selain pemantauan secara fizikal dan penguatkuasaan, KKM juga akan melaksanakan kajian pemantauan ubat KPHU yang akan bermula September 2025 untuk mengkaji impak pelaksanaan pemaparan harga ubat.

Dapatan kajian ini akan menjadi akses penting bagi merangka cadangan penambahbaikan dasar yang lebih komprehensif dan mampan, khususnya dalam aspek penetapan dan ketelusan harga ubat-ubatan di-facilities kesihatan swasta ke arah mewujudkan sistem perkhidmatan farmaseutikal swasta yang lebih telus, adil dan berpaksikan pengguna.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Sedia maklum bahawa perkhidmatan rawatan perubatan ini bukan hanya sekadar memberi ubat ataupun menjual ubat pada harga tertentu, tetapi bermula dengan consultation, perundingan, diagnostik, rawatan dan rawatan lanjutan.

Tempoh hari apabila dikuatkuasakan pemaparan harga ubat ini mendapat bantahan daripada banyak NGO-NGO termasuklah kesatuan-kesatuan pengamal perubatan swasta, MMA dan sebagainya yang mewakili ribuan doktor di peringkat hospital dan juga peringkat klinik-klinik. Dan, saya kira mereka tidak menghalang berkaitan dengan pengawalan caj perkhidmatan ini, tetapi sebagai contoh MMA berjumpa dengan Menteri yang seolah-olah akan diselesaikan soal permintaan mereka, caj perundingan sebelum implementasi itu.

Dan, saya nak tahu sejauh mana dibincangkan berkaitan dengan fee consultation yang saya kira sudah 30 tahun tidak di-review. Dan, baru-baru ini satu kejutan apabila jawapan daripada Timbalan Menteri KPDN yang mengatakan keputusan daripada NACCOL mewajibkan preskripsi dan juga bil secara terperinci yang juga mendapat bantahan daripada banyak NGO-NGO, mewakili doktor-doktor perubatan di dalam media sosial, yang saya kira itu adalah di ruang — di luar daripada bidang kuasa undang-undang, daripada NACCOL untuk menentukan kaedah amalan perubatan.

Persoalannya, di manakah peranan Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun MMC di dalam...

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

...Kuasa untuk menentukan bidang kawal selia...

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

...Amalan klinikal di negara ini?

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Janganlah melanggar Peraturan 24(3). Gunakan pertanyaan tambahan sebagai perbahasan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Itu soalan saya, Yang Berhormat di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat tahu apa saya maksudkan, kan Yang Berhormat?

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya faham. Tapi isu ini agak panas di luar sana.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sudah, sudah. Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Sememangnya isu berkenaan tentang pemaparan harga ubat ini adalah sangat penting Yang di-Pertua, kerana ia melibatkan dasar kerajaan dan juga kita juga ingin menjaga keadilan bagi

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

masyarakat kita di luar sana untuk mendapatkan akses perubatan yang sewajarnya dan juga bermaruah.

Walaupun demikian, kita juga prihatin berkenaan tentang keperluan GP-GP yang juga membantu sistem kesihatan awam kita. Di mana taburan GP-GP ini adalah sangat luas, terutama sekali negeri-negeri seperti di Selangor yang mempunyai klinik yang lebih daripada 3,000 sistem kesihatan di Selangor dibantu oleh GP ini.

Dan, juga saya ingin menegaskan di sini bahawa Yang Berhormat Menteri sememangnya memberikan komitmen yang sangat besar sejak beliau menjawat jawatan pada seawal tahun 2008 — 2018-2019 juga, beliau telah pun mendengar keluhan MMA yang telah dikemukakan sejak tahun 2016 untuk to review dengan izin, berkenaan tentang fi perundingan Akta 586 ini.

Dan, juga Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan komitmen dan juga kita mempunyai kronologi dan juga nota-nota kerajaan-kerajaan yang lepas berkenaan tentang fi perundingan ini. Dan, juga buat masa ini kita sedang melakukan sesi libat urus yang sangat komprehensif bersama dengan MMA. Kita mendengar keluhan-keluhan daripada GP dan juga melalui social media dan juga perjumpaan-perjumpaan saya dan juga Yang Berhormat Menteri bersama dengan masyarakat dan juga golongan ini.

Walaupun demikian, apa yang kita sedang lakukan ini adalah berkenaan tentang kenyataan itemized bill ini sebenarnya tidak pun dinyatakan secara literal di dalam minit-minit mesyuarat. Tetapi pesakit berhak sebenarnya untuk memohon dan sekiranya pesakit memohon untuk mendapatkan itemized bill ini, perkhidmatan kesihatan perlu mengemukakan itemized bill mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.

Dan juga, selain daripada itu, pemaparan harga ubat ini juga kita melihat bahawa pelaksanaan kita secara berfasa dan juga kita tidak menggunakan satu kaedah yang sangat keras untuk mengenakan tindakan. Sesi libat urus dan juga latihan lanjut akan kita buat.

Dan juga, saya mengharapkan kita memahami keluhan para-para doktor ini adalah berkenaan tentang punca kuasa. Adakah KKM mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal paparan harga ubat dan juga apakah peranan KPDN di mana kewujudan punca kuasa KPDN ini adalah untuk melihat sekiranya berlaku perbezaan harga ubat yang sangat-sangat ketara.

Di situ barulah masuk KPDN tetapi kemahiran KKM, technicality KKM ini akan menilai, adakah pelaksanaan paparan ubat ini mematuhi ataupun tidak mematuhi. Itu adalah merupakan bahasa mudah untuk kita memahami konsep pemaparan harga.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan juga, kita sedia maklum bahawa pada hari ini kita mempunyai sebutan judiciary review berkenaan tentang isu yang telah dibangkitkan ini. Kita ambil maklum dan setakat ini keputusan masih lagi kekal sehingga kita mendapat apa itu nasihat yang lain. Dan juga, KKM komited untuk melaksanakan inisiatif ini secara inklusif, berfasa dan juga berhemah bagi memastikan manfaat yang dinikmati oleh pengguna serta penyumbang kepada peningkatan ketelusan, akauntabiliti dan kepercayaan dalam sistem kesihatan negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tebrau.

draft • 11:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Saya ingin mengalu-alukan usaha kerajaan dengan pemaparan harga ubat ini merupakan satu langkah yang wajar untuk kita mempertahankan hak pengguna untuk mereka sendiri tahu kos ubat yang bakal dibekalkan oleh hospital.

Soalan tambahan saya sebenarnya adalah, secara umumnya kita tahu kos perubatan memang meningkat dan mencabar terutamanya di hospital swasta. So, apakah usaha pihak KKM untuk mengawal selia kos perubatan di hospital swasta supaya dia lebih munasabah kepada rakyat Malaysia?

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Berkenaan tentang soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, saya telah pun menjawab soalan tersebut pada soalan nombor tiga di mana Kementerian Kesihatan akan melancarkan DRG interim bagi facilities swasta dan seterusnya pada tahun 2027 kelak kita akan melancarkan — dan juga melancarkan hasil kajian DRG peringkat nasional pada tahun 2027. Melalui kaedah DRG interim ini juga kita akan menunjukkan apakah keperluan- keperluan dan juga kos-kos yang diperlu, apa itu best cost ataupun panduan bagi facilities swasta untuk menyediakan harga-harga.

Walaupun demikian, saya tegaskan di sini juga, DRG interim ini bukanlah untuk melihat kadar keuntungan yang diperolehi oleh hospital swasta, tetapi dapatan data ini untuk kita melahirkan satu dasar yang lebih komprehensif dan juga pihak hospital swasta berhak untuk menawarkan hospitability yang lebih menarik untuk menarik perhatian klien-klien di luar sana. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang telah tamat sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Silakan Setiausaha. Kita ada usul ya, silakan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 13 Ogos 2025.” Terima kasih.

draft • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:01 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya mohon menyokong.

draft • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:01 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya telah membenarkan permohonan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Peraturan Mesyuarat 16(1)(c) untuk Yang Berhormat membuat Penerangan Menteri di Kamar Khas, berkaitan semakan dan kajian pembaharuan Kanun Keseksaan [Akta 574], Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Akta Keterangan 1950 [Akta 56] pada hari ini. Penerangan Menteri akan dibuat di Kamar Khas pada petang ini selepas usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 selesai. Sila Setiausaha.

draft • 12:01 PM
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 86(5)
PENYATA JAWATANKUASA PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang dibentangkan di atas meja mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas DR.14 Tahun 2025 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan Mulia ini, Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat — Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Kelima

draft • 12:03 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Belas terdiri daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat selaku Pengerusi, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Selayang, Lubok Antu, Tenggara, Masjid Tanah dan Tumpat.

Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat telah diadakan pada 23 Julai 2025 bersetuju untuk meminda beberapa peruntukan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas telah dibentangkan di atas meja mesyuarat di dalam Dewan ini pada Rabu, 6 Ogos 2025 sebagai Kertas Dewan Rakyat 14 Tahun 2025.

Tan Sri Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini adalah untuk meningkatkan tahap akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat. Pengenalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 mengukuhkan taraf Jawatankuasa Pilihan Khas kepada Jawatankuasa Pilihan Tetap, memasukkan beberapa amalan dan petua yang telah diikuti di Dewan Rakyat dalam peraturan mesyuarat dan juga memudahkan Ahli Parlimen dalam urusan Dewan Rakyat.

Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini bahawa cadangan pindaan Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat oleh Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat adalah seperti Lampiran A hingga M dalam penyata ini. Secara ringkasnya, pindaan ini merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

(i) penamaan anggota dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 oleh Jawatankuasa Pemilih;

(ii) keperluan notis satu hari untuk merujuk rang undang-undang kepada Jawatankuasa Pilihan;

(iii) memanggil semula jika Dewan tidak cukup korum;

(iv) penerangan oleh Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pilihan;

(v) urusan berkaitan cukup bilang di Kamar Khas;

(vi) pindaan bersifat editorial kerana keperluan mematuhi perundangan dan penyelarasan serta pembetulan ejaan; dan

(vii) mengenai penubuhan Jawatankuasa Pilihan Berkaitan Kementerian iaitu Select Committees Related to Ministry. Selepas pindaan ini, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) bukan lagi ditubuhkan secara ad hoc dan menjadi Jawatankuasa Pilihan Tetap, permanent committee. Ini bermakna, kesemua 10 JKPK yang sedia ada akan menjadi Jawatankuasa Pilihan Tetap dan seterusnya akan meneruskan fungsi sedia kala dengan tambahan, di mana keahlian Jawatankuasa Pilihan Berkaitan Kementerian. Ini menjadi 12 ahli dan turut diwujudkan jawatan Naib Pengerusi. Perincian mengenai pindaan tersebut terkandung dalam penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat tersebut.

Berdasarkan huraian di atas dan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 86(5), saya mohon mencadangkan supaya penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat ini dan syor-syor jawatankuasa yang terkandung dalam perenggan empat penyata ini diterima dan dipersetujukan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Ada yang menyokong?

draft • 12:03 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya menyokong.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 12:03 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai pembentangan Yang Berhormat Menteri dan saya telah meneliti laporan yang berkaitan, tetapi saya ingin mendapat petua daripada Yang di-Pertua. Saya ada beberapa komentar tentang apa yang — komentar untuk memperkukuhkan apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Apakah ada peluang itu dilakukan atau apakah caranya yang lain? Terima kasih.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Sebenarnya dalam mesyuarat yang telah pun kita adakan pada 6 Ogos yang lalu dan telah dihadiri oleh semua ahli mesyuarat dan kita telah pun deliberate dan kita telah pun bahas. Saya juga telah meminta wakil-wakil yang hadir, kalau ada boleh dapatkan feedback. Sampai semalam, tak ada.

Jadi, untuk itu saya rasa oleh kerana semua telah hadir, semua telah bersetuju, maka saya tidak bahas, tidak benarkan bahas. Saya cadangkan elok kita undi saja untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sebab dalam mesyuarat itu telah pun diwakili oleh dua-dua kumpulan. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:03 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Tak ada masalah untuk undi tapi bolehkah mana-mana Ahli Parlimen, apa caranya menulis kepada Menteri?

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Eloknya menulis kepada saya, lepas itu kita tengok.

draft • 12:03 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Menulis kepada Tuan Yang di- Pertua?

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kepada Speaker.

draft • 12:03 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Okey, saya buat. Terima kasih.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, insya-Allah. Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah nombor 1 dalam Aturan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini hendaklah disetujukan.

draft • 12:03 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026-2030)

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan

draft • 12:08 PM

Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.

Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”

draft • 12:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita sambung balik perbahasan dengan saya akan membacakan senarai yang ada pada saya. Dimulakan dengan Port Dickson, Kota Bharu, Klang, Besut, Putatan, Kuala Krai, Bandar Kuching, Kapar, Selangau, Kubang Pasu, Kuala Pilah, Alor Setar, Jelebu, Kulim-Bandar Baharu, Sungai Petani, Bukit Bintang, Kuantan, Gopeng, Beaufort, Setiu, dan Tanjong Manis. Semua mendapat 12 minit, kecuali Kota Bharu, 15 minit.

draft • 12:08 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, sebelum bermula, Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu peraturan Dewan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Dewan berapa itu?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(9)(c).

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(9). Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker yang saya hormati dan yang saya akur selalu. Tan Sri Speaker, ini adalah isu yang serius. Kita ada dua minggu lagi untuk persidangan ini untuk berakhir.

Namun demikian, kalau kenyataan ini dibuat oleh mana-mana orang biasa di luar, sudah tentu akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Namun, tindakan seorang Ahli Parlimen yang membangkitkan isu Mei 13 di Dewan yang mulia ini masih lagi belum diambil sebarang tindakan.

Saya telah mengusulkan supaya Yang Berhormat Pendang dihadapkan ke hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ramai yang tanya saya, kenapa tidak tindakan diambil lagi terhadap Yang Berhormat Pendang? Kerana isu ini melibatkan keamanan dan kesejahteraan di negara kita.

Kalau seorang Ahli Parlimen daripada PAS boleh dibenarkan untuk mengungkapkan kenyataan-kenyataan itu di Parlimen dan tidak diambil tindakan, Tan Sri Speaker yang saya

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

hormati dan yang saya akur selalu, saya mohon panduan dan petua-petua di atas perkara ini. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti. Nanti dulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lazimnya, apa yang berlaku apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan soal peraturan mesyuarat, saya akan minta Yang Berhormat masukkan usul dan dalam kes ini Yang Berhormat telah pun masukkan usul dan saya telah pun menulis kepada Pendang untuk mendapat respons dan jawapan daripada beliau dan surat itu telah pun saya hantar kepada Pendang dan saya sedang menunggu jawapan Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak dapat lagi.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak dapat lagi? Tak dapat lagi? Okey, sat lagi saya akan minta Setiausaha.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Speaker, Pendang ada dalam Dewan. Mengapa tak boleh benarkan Pendang jelaskan? Kalau jelaskan sekarang, Speaker boleh buat keputusan sebab ini isu penting. Mei 13 mana boleh guna untuk ugut rakyat. Sila Pendang, jelaskan.

Pendang ada dalam Dewan, bangun jelaskan. Kalau Speaker tak terima, suruh tarik balik.

draft • 12:10 PM

Seorang Ahli

Mahu jadi Speaker ke?

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau tak nak, boleh jadi buat keputusan. Jadi, saya minta Speaker buat keputusan. Kita jangan tunda-tunda, satu minggu, dua minggu... [Tidak jelas]

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Duduklah Kampar, kamu bukan Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak apa, tak apa. Pendang, berani bangkit Mei 13, bangun jelaskan. Berani tak? Tak berani, tengok.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, Kampar.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Duduk dekat tak berani jelaskan Mei 13.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Mei 13 sejarah.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu. Kampar, kita kena ada peraturan mesyuarat dan untuk itu, saya terikat. Saya amat-amat terikat, walaupun Speaker duduk tinggi sikit meja daripada Yang Berhormat, tetapi saya amat terikat dengan peraturan.

[Tepuk] Jadi, untuk itu saya telah pun menulis kepada Pendang dan saya telah pun memberikan deadline untuk Pendang menjawab. Selepas Pendang jawab, maka saya akan semak, di manakah apa yang lebih sesuai dan lepas itu saya akan ambil keputusan dan maklumkan kepada Yang Berhormat nanti. Boleh bersetuju?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker di atas petua yang dikeluarkan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, cuma satu perkara saja, satu perkara.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi? Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya cuma ingin tahu, saya cuma ingin tahu, bagaimanakah Yang Berhormat Pendang mengatakan beliau tidak menerima surat itu, walhal saya yang telah mengusulkan usul itu telah pun menerima surat yang dihantar kepada beliau. Jadi, bagaimana beliau boleh menyatakan bahawa beliau tidak menerima surat daripada Tan Sri Speaker, walaupun saya sebagai Ahli Parlimen yang telah mengusulkan usul itu telah menerima surat itu tiga hari?

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, saya ingat dia ini terlibat dalam 13 Mei lah dulu sebab itu dia kacau sangat itu.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang, Pendang, tarik balik! Mana boleh buat tuduhan macam itu? Tan Sri Speaker, dia cakap.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, Kampar okey. Okey, okey, okey...

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia kata Jelutong terlibat dalam 13 Mei. Itu tuduhan yang teruk.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik. Baik, baik. Baik, sekejap, sekejap. Jelutong, sekejap. Pendang, Pendang, saya dengar tadi. Tarik balik Pendang, elok.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya kata mungkin.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik, Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya lah.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik. That’s… [Tidak jelas] Saya dengar Pendang, tarik balik.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, tapi kejap lagi nanti saya jawab.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik. Kata dulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, tarik.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, done. Jelutong, done.

draft • 12:10 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Done. Saya faham, saya faham dan saya akan check dengan Setiausaha. Baik, terima kasih. Okey.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila.

draft • 12:14 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Saya merujuk surat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kepada saya, usul daripada Yang Berhormat Jelutong, merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana kononnya saya melanggar

draft • 12:14 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

peraturan mesyuarat tentang apa yang saya bangkitkan pada 30 hari bulan Julai, yakni lapan soalan yang saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Masa itu Menteri Pendidikan ada dalam Dewan dan selepas itu saya bangun lagi minta penjelasan daripada Menteri Pendidikan, tapi beliau memilih untuk tidak menjawab. Ini berkaitan kes Allahyarhamah adik Zara.

Jadi, nampak gayanya Tuan Yang di-Pertua, ketika semua orang, beribu-ribu bangun untuk ‘Justice for Zara’, saya dapat usul daripada Jelutong. Saya cuma nak kata terima kasih kepada Jelutong. Saya dah jawab surat Yang di-Pertua.

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya nak––Baik.

draft • 12:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, boleh saya respons sedikit, Tan Sri Speaker?

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Isu mana pula?

draft • 12:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

To be fair, untuk adil. Atas isu ini, kita ambil maklum, kita ambil maklum.

draft • 12:14 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, tak payahlah Speaker. Buang masa je Speaker.

draft • 12:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 12:14 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dah berapa minit dah buang masa.

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu.

draft • 12:14 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dah banyak pelik dah.

draft • 12:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini atas isu peraturan dan saya bangun sebagai backbencher.

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey, ya.

draft • 12:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerana, bila Yang Berhormat Indera Mahkota membuat perbahasan pada hari itu, beliau telah mengeluarkan perkataan- perkataan yang mencadangkan — mencadangkan bahawa Menteri kerajaan, Timbalan Menteri kerajaan terlibat dalam perkara itu.

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah apa yang dicadangkan Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan ia adalah tidak sesuai sebagai seorang Ahli Parlimen.

draft • 12:14 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia bangun bawah peraturan berapa?

draft • 12:14 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ini, ini...

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, Jelutong.

draft • 12:14 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan berapa?

draft • 12:14 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ini betul-betul mengelirukan Dewan.

draft • 12:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, Indera Mahkota cakap tadi.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:14 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap, nanti kejap. Arau, nanti kejap. Indera Mahkota kata, nanti kejap.

draft • 12:14 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:14 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya Rasulullah! Duduk.

draft • 12:14 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, saya kata tadi dan Indera Mahkota telah dia dapat surat dan dia telah respons kepada saya. So, give me time untuk read jawapan dia. Okey, okey. Steady, steady now. Port Dickson, 12 minit.

draft • 12:14 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, rakyat disantuni. Salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat Sejahtera, salam kemerdekaan.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya membahaskan usul pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada kali ini.

Saya mewakili rakyat di Parlimen Port Dickson khususnya dan rakyat Negeri Sembilan amnya, mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Ekonomi serta Kementerian Ekonomi dan keseluruhan pasukan penjawat awam dan semua pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030.

Saya memberikan sokongan penuh terhadap Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menekankan tiga sasaran ekonomi makro iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tatakelola baik yang merupakan landasan dasar yang dapat melonjakkan kedudukan Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun yang akan menjadi sebuah negara maju yang disegani di peringkat dunia.

Tema “Melakar Semula Pembangunan” juga dilihat sebagai sangat tepat seiring dengan anjakan dan reformasi yang akan ditumpukan kepada empat tonggak utama iaitu meningkatkan kerencaman ekonomi, meningkatkan mobiliti sosial, mempercepat pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam rangka rancangan pembangunan Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun seiring Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan negeri juga turut melaksanakan beberapa gerak kerja dalam memuktamadkan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2026-2030 di bawah gagasan ekonomi MADANI.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebagaimana perancangan dasar dan hala tuju di peringkat persekutuan, keseimbangan pembangunan akan juga diberikan keutamaan di peringkat negeri terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran baru seperti perubahan geopolitik bersifat polarisasi yang telah banyak mengubah susun atur, rantaian bekalan dan pasaran buruh.

draft • 12:17 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Langkah-langkah radikal dan berani perlu diambil untuk memastikan pertumbuhan dan kesejahteraan ekonomi dapat dinikmati oleh semua lapisan, sekali gus menangani kekusutan luaran.

Datuk – Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan tiga projek utama yang telah diangkat untuk kelulusan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Yang pertamanya adalah pembinaan Hospital Tuanku Jaafar, kedua, Hospital Seremban di bawah kluster kesihatan dan kewarasan dengan anggaran kos sebanyak RM600 juta bagi membina hospital yang berkapasiti 400 katil dengan bidang sub-kepakaran diperkembangkan iaitu pembedahan saraf, pembedahan kanak-kanak, pembedahan trauma serta pembedahan plastik dan urologi.

draft • 12:17 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Pada masa ini, projek naik taraf Hospital Tuanku Jaafar menyebabkan berlakunya kekurangan katil sebanyak 188 buah dan akibatnya berlaku peningkatan pesakit yang menunggu kemasukan ke wad Jabatan Kecemasan. Selain itu, dalam tempoh lima tahun akan datang, terdapat keperluan mendesak untuk menambah bilangan katil selaras dengan unjuran peningkatan tinggi bilangan pesakit dan keperluan subkepakaran yang berkembang.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga berharap satu lagi projek utama untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas di bawah kluster infrastruktur kritikal ialah pembinaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Gemencheh tampil dengan kos RM150 juta yang merupakan satu projek infrastruktur kawalan banjir untuk melindungi kawasan lembangan Sungai Gemencheh hingga ke tahap perlindungan 100 tahun (ARI). Ianya dijangka dapat melindungi seramai 18,400 orang penduduk dan kawasan seluas 350 hektar daripada bencana banjir.

Saya juga berharap pihak konsultan yang dilantik untuk melaksanakan projek ini dapat menyegerakan pelaksanaannya dan tidak mengambil masa yang lama. Projek ini jangka dapat menyokong pembangunan ekonomi di daerah Tampin terutamanya di Gemas sebagai salah satu daerah pembangunan agropolis. Di samping itu, projek ini juga akan memberi perlindungan kepada skim pengairan padi di Bangka Hulu seluas 80 hektar dan Skim Pengairan Padi Kampung Londah sebanyak 87 hektar di mana projek ini sering — ia penting dalam menjamin keselamatan bekalan makanan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan RM2.3 juta bagi projek berorientasikan rakyat dalam kluster pelancongan holistik iaitu projek peningkatan kemudahan Negeri Sembilan menerusi Maniata Culture Village di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

Suka saya memberikan penekanan kepada ahli Dewan bahawa pembangunan perkampungan mini budaya adalah sebagai usaha memberi pengalaman pelancongan budaya dan pemulihan keunikan adat Pepatih yang hanya terdapat di Negeri Sembilan. Saya juga ingin menyambut baik lain-lain inisiatif dan projek yang turut diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan Zon Pelaburan Pelancongan (STIZ) khususnya di negeri-negeri termasuk Negeri Sembilan dengan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan koperasi adalah amat dialu-alukan. Saya melihat inisiatif ini sebagai inisiatif yang dapat memberikan anjakan besar khususnya dalam mengaplikasikan teknologi kecerdasan AI untuk menghasilkan produk pelancongan berteraskan seni, budaya, warisan dan alam semula jadi yang diberi nafas baru. Sesuai dengan peredaran zaman yang dapat menarik minat generasi muda untuk mereka lebih menjiwai susur galur kebudayaan dan adat resam turun-temurun.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan, “kecil tapak tangan nyiru ditadahkan” kepada semua peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan untuk Negeri Sembilan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Antara yang disenarai dalam usul iaitu membaikpulih padang futsal Taman Desa Permai, Repah, Negeri Sembilan dan daripada kesemua permohonan peruntukan yang datang daripada jabatan dan agensi Persekutuan di Negeri Sembilan yang diangkat oleh kementerian-kementerian bagi semua sektor juga yang datang daripada kerajaan negeri sendiri terus kepada Kementerian Ekonomi melalui wishlist yang berjumlah RM1.9 bilion untuk sepuluh projek utama yang dibentangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.

Terima kasih sekali lagi diucapkan atas pertimbangan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Agenda pembangunan utama Negeri Sembilan adalah Malaysian Vision Valley 2.0 yang ringkasnya MVV2.0 yang merupakan sebuah kawasan pertumbuhan baru yang melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson untuk menjadi sebagai sebuah metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih. Fasa awal MVV2.0 akan menumpukan kepada pembangunan kawasan industri bagi menarik pelaburan baru masuk ke Negeri Sembilan.

Fasa pertama MVV2.0 merangkumi tempoh pembangunan selama 30 tahun dengan tumpuan kawasan pembangunan seluas 27,000 ekar. Permohonan utama daripada kerajaan negeri bagi pembangunan MVV adalah projek pembinaan persimpangan bertingkat baru Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) untuk akses ke Labu dengan jumlah peruntukan dimohon sebanyak RM600 juta. Projek ini akan merancakkan pembangunan kawasan industri baru di Labu dan meningkatkan tahap accessibility dari Lebuhraya Utara-Selatan ke pembangunan di Labu serta memberi impak urbanisasi dan menarik pelabur berimpak tinggi ke kawasan MVV2.0.

Antara inisiatif dan insentif ekonomi dan infrastruktur lain yang dapat memberi objektif ini adalah projek menaik taraf laluan FT044 Jalan Utama Palong dari Seksyen 10 hingga Seksyen 25 Daerah Jempol, Negeri Sembilan, di mana peruntukan yang diperuntukkan berjumlah RM419.4 juta. Ini merupakan jalan penghubung daripada sebahagian Pantai Timur Semenanjung ke Pantai Barat di mana keadaan jalan raya sempit dan berbahaya, terutama melibatkan banyak kenderaan bermuatan berat. Projek ini adalah pemangkin pembangunan Negeri Sembilan Timur melibatkan daerah Kuala Pilah dan Jempol sebagai bandar agropolitan dan dapat merancang kegiatan ekonomi sepanjang laluan kerana terdapat hampir 30 kawasan FELDA di daerah Jempol.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai (TAPS), Sungai Pedas, Rembau di mana peruntukan yang diperuntukkan adalah sejumlah RM287.6 juta. Sekiranya projek ini tidak dilaksanakan, konflik penggunaan sumber air bagi Negeri Sembilan semasa musim kemarau tidak dapat diatasi dan isu sedia ada tidak dapat diselesaikan. Ini akan memberi kesan kepada ekonomi Negeri Sembilan kerana pelaburan pembangunan dalam masa hadapan akan terhad dan membantutkan pembangunan industri ekonomi dan pelancongan khususnya di Port Dickson yang menjadi pusat tarikan pelancong utama di negara kita.

Pembinaan baru kompleks Sekolah Desa Casuarina, Seremban, Negeri Sembilan yang mengandungi 36 bilik darjah bagi sekolah menengah dan 36 bilik darjah bagi sekolah rendah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawaian dengan peruntukan yang dipohon berjumlah RM189 juta. Sekolah berhampiran telah padat dan beroperasi secara dua sesi persekolahan. Ditambah pula dengan adanya pertambahan kawasan perumahan baru, tanah yang dicadangkan bagi projek ini telah dikenal pasti dan berstatus rizab pendidikan serta kemudahan akses utiliti telah tersedia untuk pembinaan. Projek ini akan dapat mengurangkan saiz daripada lebih 40 orang sekelas kepada 30 orang bagi semua sekolah yang ada.

Dan yang keempat, projek pemuliharaan dan pengawalan hakisan Pantai Teluk Kemang, Daerah Port Dickson, yang terkenal sebagai pantai peranginan negara dengan peruntukan dimohon sebanyak RM60 juta. Hakisan pantai yang kritikal menyebabkan saliran utama ke laut dan struktur penahan tebing telah terdedah di mana ianya telah mendatangkan bahaya kepada pengunjung pantai kesan industri ekonomi dan pelancongan, khususnya Port Dickson yang menjadi pusat tarikan pelancong utama di negara kita akan terbantut dan imej pantai peranginan negara akan terjejas.

Tan Sri Yang di-Pertua, kesimpulannya mengurangkan jurang antara perancangan dan pelaksanaan adalah perkara asas dalam mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal dan sosial. Ia memastikan dasar bukan sekadar retorik tetapi benar-benar memberi impak kepada rakyat dan pembangunan negara secara menyeluruh.

Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 dan mendoakan agar tema "Melakar Semula Pembangunan” akan dapat benar-benar direalisasikan bagi mengangkat kedudukan Malaysia ke arah yang lebih baik bagi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Sama-samalah kita bekerjasama dan membulatkan tekad dalam melaksanakan agenda pembangunan mengikut kerangka Malaysia MADANI bagi lima tahun mendatang ini. Tan Sri Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong usul pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

draft • 12:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Port Dickson. Berikutnya Yang Berhormat Kota Bharu, 15 minit.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam bahagia. Terima kasih Dato’ Yang di-

draft • 12:29 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pertua, di atas peluang kepada saya untuk turut membahaskan perbahasan RMK13 pada kali ini.

Kita melihat selepas dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun lebih seminggu yang lalu, RMK13 telah menerima respons yang pelbagai, sama ada di dalam Dewan ini mahupun di komentar-komentar di luar Dewan melalui pelbagai saluran media.

draft • 12:29 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Harapan kita supaya kerajaan perlu peka dan responsif serta bersikap terbuka terhadap segala pandangan-pandangan, kemudiannya merangka pelan pembangunan lima tahun yang lebih baik dan berkesan sepanjang tempoh pelaksanaannya bermula pada tahun hadapan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan saya ini dengan mengambil tajuk Agenda Bumiputera di dalam RMK13. Sejarah pembangunan ekonomi Malaysia pasca 1969― ini pun 13 Mei, Jelutong― merupakan lembaran penting dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang stabil berteraskan keadilan ekonomi sebagai tonggak perpaduan dan kemakmuran bersama. Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru 1971 hingga 1990, kerajaan menetapkan dua matlamat besar iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.

Diikuti dengan Dasar Pembangunan Nasional 1991 hingga 2000, DPN mengekalkan prinsip teras Dasar Ekonomi Baru yang mementingkan pertumbuhan pembangunan Bumiputera. Kemudian, Dasar Wawasan Negara 2001-2010 juga cuba mengimbangi liberalisasi ekonomi dengan agenda inklusif tetapi jurang kekayaan etnik kekal signifikan dalam dasar ini. Kemudiannya, Model Ekonomi Baru (MEB) tahun 2010, tindakan affirmative untuk bumiputera masih diakui sebagai perlu. Kemudian, tahun 2019, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menekankan keperluan mengurangkan jurang pendapatan antara etnik. Dan terkini, RMK13 mempunyai agenda Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Namun, kita melihat RMK13 2026-2030 membawa satu nada yang agak berbeza.

Kita melihat, berdasarkan dokumen rasmi, buat pertama kali dalam sejarah perancangan lima tahun, ukuran pengurangan jurang pendapatan antara etnik dikeluarkan daripada senarai indikator utama. Indikator strategik seperti nisbah gaji penengah bumiputera kepada kaum Cina, nisbah pendapatan isi rumah dan pemilikan ekuiti individu bumiputera telah digugurkan.

Ukuran pembangunan perusahaan bumiputera, penguasaan ekuiti melalui GLC dan juga GLIC serta sumbangan bumiputera kepada KDNK juga tidak diberikan fokus yang sewajarnya.

Pendekatan RMK13 nampaknya neutral kaum. Mungkin kelihatan agak inklusif, tetapi dalam falsafah keadilan ekonomi, apabila mengabaikan prinsip asas keadilan distributive iaitu membetulkan ketidakseimbangan titik permulaan sebelum menawarkan peluang yang sama. Kesamarataan peluang tanpa mengambil kira jurang struktur tidak akan melahirkan kesamarataan hasil, sebaliknya ia akan mengabadikan status quo.

Agenda Bumiputera bukan sekadar polisi kumpulan majoriti tetapi merupakan instrumen strategik membina daya tahan ekonomi nasional. Mengangkat keupayaan

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

bumiputera adalah pelaburan dalam kestabilan sosial, memperluas pasaran domestik dan menjamin daya saing negara di peringkat global. Sementara mengelakkan jurang ini adalah mengabaikan separuh daripada potensi tenaga kerja dan pasaran di dalam dunia global dalam negeri itu sendiri juga.

RMK13 sepatutnya menjadi medan untuk memperkukuhkan mekanisme pemantauan dan pengukuran prestasi bumiputera, bukanlah untuk mengurangkannya seperti kata pepatah pembangunan, apa yang tidak diukur, tidak diurus. What is not measured is not kept for, dengan izin.

Justeru itu, saya ingin mendapat penjelasan yang tuntas kerajaan mengenai Agenda Bumiputera dalam RMK13 ini, sekali gus saya juga ingin meminta penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam poin 271 dalam ucapan beliau yang berbunyi, “Tahap sosioekonomi Kampung Baru Cina akan diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru yang akan menyediakan dana pembiayaan bagi kegiatan keusahawanan termasuk menyedia dan menambah baik tapak penjaja”.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Bharu. Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin mengetahui, apakah justifikasi dan amaun peruntukan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk melaksanakan Pelan Pembangunan Induk Kampung Baru Cina ini? Dan saya juga ingin mempersoalkan, kenapa, kalau ada Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru Cina, tidak adanya pelan induk pembangunan masyarakat India terutamanya untuk pekerja-pekerja ladang yang diketahui tidak mempunyai rumah-rumah kediaman mereka sendiri?...

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

MITRA.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, poin saya yang kedua adalah mengenai kes...

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kota Bharu. Kenyataan Kota Bharu itu tak betul. Ada peruntukan. Ada peruntukan untuk pembinaan rumah orang-orang India.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tak benarkan. Saya tak benarkan.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tunggu Menteri jawablah. Kamu bukan Menteri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jelutong.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jawatankuasa MITRA itu. Dia tak buat apa pun...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong, sebelum Yang Berhormat angkat peraturan mesyuarat, Yang Berhormat mesti menghormati peraturan mesyuarat terlebih dahulu...

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Bharu tak benarkan Yang Berhormat berucap tadi. Jadi, saya kira, Yang Berhormat, biar Yang Berhormat Kota Bharu habiskan poin terdahulu, baru Yang Berhormat bangkitkan peraturan mesyuarat. Sila, Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya akur.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau] Speaker, peraturan Dewan. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaj

Speaker, Speaker. Speaker, minta maaf.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan. Teruskan, Kota Bharu. Sekejap. Sekejap, Jelutong.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang ini dia tak tanya pun kebenaran tapi terus dia bercakap nak bawa peraturan pula.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat pun tak ikut peraturan, Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya duduk.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua di atas ketegasan itu. Jelutong ini kalau duk dalam Parlimen tak bunyi suara― dalam mahkamah tak bunyi suara, takut, sini berani. Okey, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu tak betul. Tuan Speaker, saya bangkit isu peraturan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila. Yang Berhormat Kota Bharu duduk.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangkitkan isu peraturan

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, betul. Sila.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya cabar Kota Bharu, kalau berani, jumpa saya di mahkamah. Saya cabar. Kalau berani, jumpa saya di mahkamah. Saya akan ajar Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh, boleh. Anytime, anywhere.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat...

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu kedua, isu kedua. Isu kedua, Speaker, mengelirukan Dewan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat...

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(12).

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Baca, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis.

Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun...

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa yang mengelirukan Dewan, Yang Berhormat?

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenyataan Yang Berhormat Kota Bharu mengatakan bahawa tiada peruntukan untuk menjaga perumahan masyarakat India itu tak betul. Dalam ucapan, teks ucapan...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dengarlah.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dengar dulu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini ada problem pendengaran

draft • 12:30 PM

ke? Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kota Bharu, you had a

draft • 12:30 PM

problem. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

I never said that. I never said that.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You said it. You said it just now.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You shut up. You waste the time.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You shut up and sit down. Don’t mislead the Dewan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Bharu, duduk sekejap, boleh? Duduk sekejap, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Bharu, duduk sekejap. Okey. Sila habiskan.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker sendiri telah hadir dalam Dewan, kita dengar. Ada teks ucapan itu. Selepas membincangkan perkampungan Cina, peruntukan diberikan untuk membina rumah-rumah daif orang-orang masyarakat India.

Ada peruntukan. Jadi, jangan gunakan Dewan untuk mengelirukan masyarakat di luar, kononnya tak ada peruntukan untuk orang-orang India.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tanya Menteri, bukan tanya you-lah. I ask to the Minister, not you. I ask the Minister.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu yang cuba dibuat oleh Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, patut pun kalah dalam pertandingan CEC.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Beliau seorang peguam.

Adalah― have some dignity, please. Speak the truth as a lawyer.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Speaker.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Speaker, bila kita bincang RMK13, Menteri yang akan jawab, bukan dia.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini isu peraturan, Pendang.

You bukan lawyer, Pendang. You tak tahu undang-undang. You duduk, Pendang.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

Yang Berhormat Pendang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa saya dah faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Sekejap ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ... Jelutong ni. Dia kalah CEC.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

Yang Berhormat Pendang. Okey. Biar saya rundingkan perkara Peraturan Mesyuarat dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong― 36(12).

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Adakah Yang Berhormat Kota Bharu seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Jelutong? Sila, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, saya — apabila saya menyentuh Pelan Pembangunan Kampung Baru Cina, saya kata di mana pelan pembangunan masyarakat India iaitu pekerja-pekerja ladang yang tak ada rumah dan sebagainya...

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itu je.

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Listen properly-lah.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong...

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

Kota Bharu.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Macam orang baru.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, Pengerusi PHEB tak membela rakyat – orang bangsa, orang India.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ha ini, ini tuduhan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong, sekejap ya, saya — sekejap.

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Jelutong, saya berada di sini dan saya meneliti dan saya mencatit perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Saya membuat petua tidak ada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong sebentar tadi. Saya, saya mencatit. Sila, Kota Bharu.

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sebab tu saya nak invoke perkara 37(2), Yang Berhormat. Perkara 37(2).

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Bharu. Kota Bharu...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Perkara beginilah yang mengganggu seorang daripada membahas menggunakan peraturan mesyuarat. Invoke 37(2), Yang Berhormat Speaker.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Jelutong duduk sekejap. Biar saya selesaikan perkara ini.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang, walaupun Yang Berhormat tak menggunakan mic, saya mendengar Yang Berhormat. Saya mendengar apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Itu perkara juga telah menyentuh 36(12). Saya harap Yang Berhormat Pendang dapat patuhi perkara tersebut.

Saya harap sangat, seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran, 37(2), saya harap sangat Yang Berhormat, kita panjang list untuk hari ini dan tujuh — dia bukan hanya sebelah kanan atau belah kiri, semua sekali ya. Jadi, saya minta sangat Yang Berhormat Kota Bharu, nanti saya akan tambah sikit masa, Yang Berhormat Kota Bharu. Sila, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Speaker, isu peraturan. Speaker, isu, isu peraturan. Saya hormati.

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Eh, respect-lah Speaker.

Respect Speaker, brother.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, isu peraturan yang sama. Saya hormati...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Speaker, halau dia ni keluar Dewan, mengganggu.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Eh, apa masalahnya? Saya, saya hormati...

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Masalah Jelutong tak betul. [Tidak jelas]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jelutong ni sedang berlakon nak tunjuk kepada penonton kat belakang nu.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Nak penyokong. Nak isu.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kota Bharu, saya tak berlakon.

PAS yang berlakon. Parti Islam yang berlakon.

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita tak berlakon.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Buang masa, Yang di-Pertua. Buang masa.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:40 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya pun rasa masa yang sepatutnya

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

diperuntukkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu telah ambil masa. Bukan sebelah kanan, sebelah kiri.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sebab dia mula.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang juga mulakan perkara ini.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia mula, saya balas la.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat! Amaran pertama. Sila, Kota Bharu. Teruskan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua di atas ketegasan itu.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Bharu, Kota Melaka sini. Boleh bagi celah sikit?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tak boleh bagi. Minta maaf, tak boleh bagi. Masa saya tinggal sikit lagi.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh? Sedikit saja.

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak apa, saya tak bagi.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh, Kota Bharu? Sikit saja.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan Mesyuarat 37.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak benar, ya?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tak benarkan.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Okey, okey.

draft • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini gangguan. Gangguan.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tapi Kota Bharu, jangan lupa...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Point saya yang kedua adalah mengenai...

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dato’ Yang di-Pertua, Yang di- Pertua [Tidak jelas]

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

TEKUN, TEKUN.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jangan bercakaplah. Saya pun minta bercakap juga. Dia tak benar saya tak bercakap. Apa Kota Melaka ni?

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Point saya yang kedua adalah mengenai kes Zara Qairina.

[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, pada pukul 10.30 pagi tadi, satu kumpulan yang diberi nama Sekretariat Solidariti Zara yang terdiri daripada civil society organisation, mahasiswa- mahasiswa dan aktivis telah memberikan atau mengemukakan satu memorandum yang bertajuk “Memorandum Gerakan Mahasiswa dan Masyarakat Sivil Berhubung Kes Buli dan

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kematian Zara Qairina.” kepada Ahli Parlimen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya dan sebahagian daripada rakan-rakan di sebelah sini dan juga beberapa orang rakan-rakan kita sebelah sana, saya boleh sebutlah, Segamat, Bukit Bendera, Miri, Jelutong dan Kota – Kota Melaka tak ada. Tak ada, pergi. Kami telah menerima memorandum ini daripada pihak Sekretariat Solidariti Zara ini.

Saya ingin membangkitkan perkara ini, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana isu kematian seorang pelajar berumur 13 tahun di Sipitang, Sabah adalah satu isu negara sekarang ini, yang mana kalau kita tengok kronologinya, beliau telah ditemui mati di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pukul 3 pagi, 16 Julai. Hampir sebulan yang lalu.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

17 Julai di, di...

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kota Bharu, sekejap. Setiausaha, tambah lagi 5 minit, sila.

draft • 12:40 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak apa, I know, okey. Di Hospital Elizabeth, beliau telah disahkan meninggal dunia pada sehari selepas itu, 17 Julai dan dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang pada hari — sehari selepas didapati meninggal.

Persoalan saya, kita ingin bertanya kepada pihak polis. Kebiasaannya, mengikut peraturan, seseorang yang meninggal sama ada biasa ataupun dalam keadaan yang tidak biasa memerlukan kepada permit menguburkan mayat. Adakah dalam masa satu hari dalam kes yang tragedi yang misteri seumpama ini, pihak polis membenarkan jenazah adik Zara ini dikebumikan tanpa diadakan post-mortem terlebih dahulu?

Kita tahu sebagai wakil rakyat, antara tugas yang berat kepada kita, Dato’ Yang di- Pertua, apabila rakyat bertemu dengan kita meminta supaya keluarga mereka tidak dikenakan post-mortem. Itu tugas yang cukup berat. Kita pun susah nak mengendalikan isu ini, tetapi dalam kes Zara ini, tiba-tiba tanpa dibuat apa-apa post-mortem, mayat atau jenazah itu dibenarkan untuk dikuburkan, dikebumikan sehingga menyebabkan pada 21 Julai — ini kronologi.

Ibu kepada pelajar Zara ini yang bernama Noraidah Lamat, menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuan tunggalnya, satu-satunya anak.

Bayangkan wanita itu mendedahkan kali terakhir dia melihat anak tunggalnya ini pada 12 Julai iaitu empat hari sebelum kematiannya di satu gotong-royong di sekolahnya. Ibunya seorang yang amat prihatin terhadap pembelajaran anaknya.

Saya nak membangkitkan pada 28 Julai, seminggu selepas daripada dibangkitkan oleh ibu pelajar ini supaya siasatan dibuat, barulah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dikun berkata, “Siasatan teliti sedang dijalankan dalam semua sudut.” Beliau menggesa orang ramai bertenang. Kemudian barulah pada 31 Julai, hampir dua minggu ataupun lebih dua minggu, polis mengesahkan mereka berada di peringkat akhir siasatan. Pesuruhjaya Polis Sabah mengatakan kertas siasatan diserahkan ke Bukit Aman, semakan akhir sebelum diangkat ke Peguam Negara.

Pada 1 Ogos, ibu kepada Zara Qairina ini sekali lagi memohon agar mayat anaknya digali semula. Ya Allah, bayangkanlah ‘tuan-tuan’. Seorang ibu meminta mayat anaknya digali semula untuk tujuan apa? Supaya diadakan post-mortem. Menentukan apakah cause of death, sebab-sebab kematian anaknya. Dia diwakili oleh peguam yang mewakili keluarga ini.

Saya ingin menyentuh perkara ini yang betul, bahawa proses post-mortem ini sepatutnya diadakan tanpa apa-apa permintaan daripada mana-mana pihak.

draft • 12:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

That is standard procedure di dalam kes-kes kematian mengejut ataupun laporan kematian mengejut ini perlu diadakan post-mortem ini. Kita nak tahu kenapa pihak polis tidak menjalankan post-mortem ini.

draft • 12:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kota Bharu, sedikit.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kota Bharu, Indera Mahkota.

Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Indera Mahkota.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Setuju kah Yang Berhormat Kota Bharu, kita menghargai keputusan ketua ‘bukit’ — Ketua Polis Negara untuk menubuhkan pasukan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan berhubungan kes kematian adik Zara? Setuju kah Kota Bharu kalau kita menggesa agar Ketua Polis Negara turut mengarahkan siasatan menyeluruh berkenaan punca berlakunya kelemahan dan inti pati kelemahan dalam siasatan yang terdahulu iaitu siasatan sebelum ini yang membawa kepada tertubuhnya Pasukan Khas Bukit Aman ini?

Setuju kah Yang Berhormat Kota Bharu supaya siasatan ke atas siasatan sebelum ini hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti mengenal pasti pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam siasatan yang tidak dilaksanakan dengan sempurna itu, mengenal pasti individu yang telah mengeluarkan arahan yang membawa kepada kelemahan siasatan itu, menentukan sama ada terdapat campur tangan dari mana-mana pihak luar pasukan polis sama ada secara langsung atau tidak langsung yang mengakibatkan kelemahan siasatan itu, menetapkan tindakan tatatertib atau hukuman yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak

draft • 12:40 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

sama ada dari pasukan polis atau pihak luar yang didapati melakukan pelanggaran prosedur atau salah laku berkaitan kelemahan siasatan itu dan menentukan sama ada kelemahan siasatan itu — sebelum itu, tersebut mempunyai kaitan dengan pelanggaran di bawah seksyen 201, Kanun Keseksaan? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Kota Bharu. Seperti yang diperincikan Yang Berhormat Kota Bharu, nampak sekali ada *blatant disregard.

Disregard* daripada proses dan prosedur normal melibatkan satu kematian macam ini.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang ini yang mengundang persepsi, tanggapan rakyat dan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan. Sebab itu teguran daripada masyarakat perlu diambil kira. Siasatan ke atas siasatan perlu dilakukan untuk meleraikan persepsi rakyat terhadap apa yang sedang berlaku dengan kes ini. Kerana ianya luar jangkaan dan luar daripada proses dan prosedur yang sepatutnya diambil oleh pihak penyiasat dalam kes-kes kematian.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Beluran. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Kota Bharu, satu sikit.

Setuju tak Kota Bharu bahawa dua kementerian terlibat ini iaitu KDN dan juga KPM? Setuju tak...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya setuju. Saya mintak dah, masuk dalam ucapan saya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Kedua-dua mereka ni bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana kegagalan hal tersebut? Setuju ke tidak?

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, okey.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, sekejap, sekejap. Yang Berhormat Kota Bharu...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dato’ Yang di-Pertua, saya bersetuju sangat. Saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Saya bagi lagi 2 minit ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dan saya nak maklum ini. Ini kenyataan, ini fakta ya.

Pada 6 hari bulan Ogos tahun 2025, apabila kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara, Peguam Negara memulangkan laporan siasatan awal kepada pihak polis dengan arahan melengkapkan siasatan. Maknanya, IP dihantar itu tidak lengkap, 6 hari bulan Ogos.

Dan pada 8 hari bulan Ogos, sekali lagi AGC, Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis dengan mengarahkan tindakan lanjut termasuk penggalian mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua, bahawa siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dalam kes adik Zara ini tidak lengkap dan tidak menjurus ke arah mencari kesimpulan yang sebenarnya. Oleh sebab itu, sebagai kesimpulan dalam poin ini, saya mengharapkan supaya Menteri Dalam Negeri dan juga Menteri Pendidikan memberikan suatu laporan terperinci di dalam Dewan ini dan inilah yang diharapkan oleh masyarakat kita di luar sana.

Yang Berhormat, saya ada satu poin lagi. Ringkas saja, nak landing dah. Saya ingin memetik – menyentuh satu perkara yang berkaitan dengan perkara yang amat dekat dengan kita sebagai Ahli Parlimen.

Dato’ Yang di-Pertua, kita tahu bahawa pada beberapa tahun yang lepas, pindaan Perlembagaan kita telah dibuat untuk memasukkan peruntukan berkaitan dengan anti-lompat

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

parti iaitu Perkara 49A. Secara lebih khususnya, saya nak menyentuh melibatkan enam orang Ahli Parlimen BERSATU yang mewakili Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Kelima Belas, yang beralih sokongan kepada pihak kerajaan, selain tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan – berdasarkan peruntukan Perlembagaan serta keputusan parti.

Saya ingin menyatakan bahawa kegagalan Tuan Speaker Dewan Rakyat untuk mengisytiharkan kekosongan Ahli terbabit dengan pelbagai alasan dan tafsiran undang- undang adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan khususnya Perkara 49A, yang berkaitan dengan anti-lompat parti. Juga bercanggah dengan hak parti-parti politik ke atas status keahlian anggotanya sendiri, selain daripada hak demokratik pengundi ke atas tindak tanduk dan orientasi politik calon yang mereka pilih.

Hakikatnya kita kena akui, Speaker Dewan Rakyat merupakan lantikan politik dan ahli parti kepada parti politik kerajaan. Sudah tentulah akan mencari jalan dan alasan untuk menyatakan keputusannya itu benar, tetapi ianya mengukuhkan lagi tanggapan bias ataupun berat sebelah dalam keputusan budi bicaranya.

Jadi untuk itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk keluar daripada segala kecelaruan dan lakuna tentang tafsiran Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, saya ingin mencadangkan kerajaan pada hari ini ataupun kerajaan akan datang – jika ada kerajaan baharu selepas ini, segera membuat pindaan kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan kuasa budi bicara Speaker dan seterusnya mengembalikan kuasa tafsiran undang-undang berkaitan penentuan status kekosongan Kerusi Parlimen dan DUN kepada mahkamah. Sebagaimana mahkamah diberi kuasa…

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila gulung.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

…Untuk memutuskan isu-isu melibat proses dan keputusan pilihan raya iaitu melalui petisyen pilihan raya melalui mahkamah pilihan raya ataupun election court.

Dengan cara ini, kita yakin negara kita akan terhindar daripada kekaburan dan ketidaktentuan tafsiran undang-undang yang tidak menguntungkan sesiapa melainkan mereka yang lebih berminat untuk ‘menangguk di air yang keruh.’ Dan kita mahu dengan pindaan itu dibuat, kita menjadikan Malaysia negara yang maju, yang menghayati nilai dan tahap peradaban yang tinggi.

Dengan itu, saya mohon untuk mencadangkan segala cadangan saya. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan mesyuarat, point of order, point of order Timbalan Speaker. Tadi Kota Bharu

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dengar, ini penting. Tadi Kota Bharu, saya dengar…

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, buang masa Yang di- Pertua. Buang masa.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, point of order. Tadi saya dengar Kota Bharu kata…

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan mesyuarat berapa?

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis.”

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa yang mengelirukan Yang Berhormat?

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

“Dan Ahli itu boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya lah. Apa, apa?

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi saya dengar dengan jelas Kota Bharu kata, “Speaker itu lantikan politik.” Itu satu penghinaan kepada Kerusi Speaker. Speaker dipilih oleh Parlimen melalui majoriti. Dan dia juga kata, “Speaker buat keputusan menyebelahi pihak ini kerana dia lantikan politik.” Ini menghina Kerusi Speaker. Saya minta supaya…

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

…Kota Bharu tarik balik perkara ini. Ini serius!

Jangan hina institusi Parlimen!

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih. Saya tidak tarik balik.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah Yang Berhormat-Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Speaker telah dipilih berpuluh-puluh tahun melalui Perlembagaan, melalui majoriti Parlimen...

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Ini bukan satu lantikan politik.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya?

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

36(12) Yang Berhormat Speaker...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Habis dulu, bagi itu.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Adalah satu usul untuk merujuk seseorang ke Hak dan Kebebasan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sebelum ini ada precedent, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sebentar Yang Berhormat.

Sila duduk Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sekejap, satu ayat sahaja.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat bangkitkan peraturan mesyuarat, tetapi Yang Berhormat tak faham peraturan mesyuarat Yang Berhormat sedang bangkitkan. Biar saya selesaikan satu persatu, Yang Berhormat. Saya hormati Yang Berhormat bekas Speaker di sini. Yang Berhormat juga kena hormati saya sebagai Speaker sekarang ini.

Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Saya – dah duduk. Yang Berhormat, saya mendengar ucapan Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi. Saya berada dalam Dewan semasa Yang Berhormat Speaker membuat petua. Saya kira Yang Berhormat Kota Bharu jadikan itu sebagai perbahasan dan sekiranya Yang Berhormat Kota Bharu nak panjangkan, usullah kepada Speaker atas keputusan yang dia sebutkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Kampar ya. Saya ada lagi 2 minit.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Timbalan Speaker, 36(12) Yang Berhormat ya: 36(12) adalah usul untuk merujuk seseorang. Sebelum ini Speaker telah membuat ketetapan. Speaker Lanang untuk menyelesaikan isu seperti itu, menulis usul.

Sekarang ini apa yang digunakan oleh mereka sebelah sini ini – sebelah sana [Merujuk kepada blok kerajaan] Menggunakan 36(12) dan membahas dan membantah isi kandungan ucapan daripada pihak kita.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Beluran.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sebab itu saya kata...

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekarang Yang Berhormat bangkitkan perkara sama: saya sebagai Pengerusi sekarang juga boleh bangkit perkara yang sama.

Sepatutnya saya boleh menghalang YB Kota Bharu untuk berhujah berkaitan pengisian tersebut kerana ia telah menyanggah atau menyinggung keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan. Sepatutnya perkara tersebut diusulkan kerana keputusan Yang di-Pertua itu tak dipersetujui oleh pada hemat Yang Berhormat Kota Bharu.

Itu sebab saya beritahu tadi, menjawab Yang Berhormat Kampar supaya Yang Berhormat Kota Bharu panjangkan melalui usul, melalui peraturan yang sedia ada atas ketetapan 43 – Peraturan 43 Yang Berhormat tahu kan, kena ada usul? Okey, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Satu lagi, peraturan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ada lagi 1 minit.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Speaker, Peraturan 37(1). Saya ingat...

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa Yang Berhormat?

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

37(1).

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa tu Yang Berhormat?

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya bacakan boleh?

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bacakan Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

“Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang lain sedang bercakap.” Dia ada “...kecuali.” Tak apalah kalau kena kat saya pun saya okeylah, saya terimalah sebab saya nak perbetul. Saya ingat Dato’ Sri Speaker boleh cadangkan kepada apa ini Tan Sri Speaker supaya buat kursus pemahaman Peraturan 36(12). Tadi pun disebut oleh mana tadi?

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okeylah Yang Berhormat.

Yang Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak betul pun. Guna 36(4) ke apa semua baru betul. Pergi kursus semua.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okeylah. Okey Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak faham ini ayat dalam ini. Itulah mengaji tak dak Bahasa Malaysia ini...

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, ya. Nanti saya syorkan sekali, saya syorkan sekali Yang Berhormat pun pergi kursus yang sama.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak apa. Saya kata dah tadi. [Dewan riuh]

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya dah jawab awai.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat, dahlah Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kalau kena saya pi hantar kursus, saya terima.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dahlah Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kena hantar Jelutong, tu Kampar, Gopeng apa semua itu, yang tak faham Bahasa Malaysia itu.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam 1 petang.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey baik.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya tangguh Mesyuarat dan sambung pada jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Klang untuk berucap.

draft • 2:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya berdiri hari ini bukan hanya sebagai wakil rakyat kawasan Klang, tetapi sebagai suara kepada ribuan keluarga, pekerja, peniaga kecil dan anak muda yang mendambakan kehidupan yang lebih baik, bukan dalam bentuk retorik, tetapi dalam bentuk pembangunan yang nyata dan menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, tema RMK13 “Melakar Semula Pembangunan” di bawah kerangka Ekonomi MADANI amat bertepatan dengan keperluan zaman ini. Ia menyentuh tiga asas utama, menaikkan siling potensi ekonomi, menaikkan lantai kehidupan rakyat dan memperkukuh tata kelola negara. Namun, yang lebih penting daripada perancangan adalah pelaksanaan dengan jujur dan ikhlas.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas membawa janji yang besar, iaitu melakar semula pembangunan berteraskan Ekonomi MADANI yang inklusif dan saksama. Namun, saya ingin bertanya dengan jujur hari ini, apakah pelan ini benar-benar menjamin kemajuan golongan minoriti di Malaysia? Khususnya masyarakat bukan bumiputera: Cina, India, orang asli dan komuniti etnik kecil di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menafikan bahawa kerajaan hari ini telah mengambil beberapa langkah positif. Penekanan kepada data sosioekonomi, pemerkasaan TVET dan pengembangan keusahawanan mikro. Namun, realitinya ialah kemiskinan dalam kalangan komuniti India masih lebih tinggi berbanding purata kebangsaan. Orang Asli terus ketinggalan dalam pendidikan dan kesihatan. Dan komuniti kecil seperti Siam, Sikh, serta pelbagai etnik kecil-kecilan di pedalaman masih tidak terlihat dalam perangkaan nasional.

Jika kita bandingkan dengan pentadbiran yang dah terdahulu, kita ada Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang dikenal sebagai SEDIC, Program Pintar dan MyDaftar untuk menyelesaikan masalah dokumentasi warga India. Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India. Jawatankuasa Khas untuk Pemindahan dan Penempatan Semula SJK(T) yang kurang murid. Peruntukan khas tahunan untuk sekolah Tamil yang lebih jelas dan terurus. Saya bukan mahu mengangkat individu atau era, tetapi saya mahu tegaskan, kita pernah ada pendekatan bersasar terhadap keperluan minoriti. RMK13 belum menunjukkan mekanisme yang cukup jelas dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh secara khususnya tentang MITRA, iaitu Unit Transformasi Masyarakat India. MITRA sepatutnya menjadi tulang belakang pelaksanaan dasar-dasar untuk membangunkan komuniti India secara menyeluruh. Tetapi sehingga kini, fungsi MITRA masih jauh daripada tahap yang sepatutnya. Dana disalurkan tetapi penyampaiannya tidak sampai ke akar umbi yang paling memerlukan.

draft • 2:32 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya difahamkan bahawa dana MITRA pada 2023 dan 2024 banyak yang telah dikembalikan. Tolong beritahu maklumat terperinci berkenaan jumlah yang telah dikembalikan. Tiada hala tuju jangka panjang atau pelan strategik lima tahun selari dengan RMK13 yang diumumkan. Kini pihak pembangkang sendiri telah menyuarakan bahawa adakah MITRA berfungsi dan benar-benar membantu masyarakat India? Isu kelemahan pengurusan ini juga dapat dilihat dalam MITRA. Pertukaran pengurusan yang terlalu kerap, birokrasi yang membebankan, serta aduan yang tidak diendahkan telah menyebabkan MITRA gagal menjalankan fungsi dengan berkesan.

Saya sendiri telah membawa aduan ini kepada perhatian Perdana Menteri pada tahun 2023. Namun, bukan sahaja aduan tersebut tidak diambil tindakan, bahkan saya telah disingkirkan daripada MITRA. Saya ingin menyatakan di sini, saya telah disingkirkan daripada MITRA kerana saya bersuara, sebab masyarakat di luar sana perlu tahu perkara yang sebenar.

Lebih membimbangkan, mentaliti sesetengah kementerian dan agensi kerajaan seolah-olah menganggap MITRA sebagai tabung kecemasan untuk menyelesaikan setiap masalah masyarakat India. Sedangkan agensi pembangunan lain seperti TERAJU, MARA, walaupun berdepan dengan cabaran dan ketirisan, tidak pernah berada dalam keadaan lumpuh sebegini. Jika kita serius mahu RMK13 menjadi pemacu perubahan, maka MITRA perlu:

(i) disusun semula secara institusi dan struktur dengan penglibatan masyarakat sivil dan profesional yang bebas;

(ii) diaudit secara terbuka setiap tahun dengan laporan dibentangkan kepada Parlimen;

(iii) diberi sasaran yang jelas dalam pendidikan, keusahawan, kemahiran dan bantuan sosial yang boleh diukur secara telus; dan

(iv) dijadikan sebagai suatu yayasan atau badan berkanun.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI diharap dapat membawa erti sebenar kepada semua rakyat, termasuk masyarakat India, agar pembangunan yang benar-benar bersifat inklusif dapat direalisasikan. Kita maklum bahawa Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan terbesar dalam sejarah untuk pembangunan bumiputera.

Namun, walaupun masyarakat India yang membentuk hampir tujuh peratus daripada jumlah penduduk negara, apa yang difahami, tiada rancangan yang khusus atau terperinci untuk pembangunan masyarakat India di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.

Persoalannya, adakah kami tidak layak untuk menerima bantuan daripada kerajaan?

Saya pohon sekurang-kurangnya peruntukan sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pembangunan wajar disediakan bagi memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang dan adil kepada kaum bukan bumiputera Kalau benar Malaysia ingin menjuarai prinsip MADANI, maka RMK13 mesti tampil dengan dasar yang bukan sekadar menyebut minoriti tetapi mengangkat mereka ke meja utama pembangunan nasional. Saya memohon agar kerajaan menyemak semula pelaksanaan RMK13 agar:

draft • 2:32 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

(i) menetapkan peruntukan khas 20 peratus daripada bajet keseluruhan kepada pembangunan minoriti yang dengan telus dan boleh diaudit;

(ii) menginstitusikan semula unit seperti SEDIC dalam bentuk baharu yang inklusif; dan

(iii) menambah wakil minoriti dalam pelbagai Jawatankuasa Pelaksanaan RMK13 supaya suara mereka bukan hanya didengar, tetapi dipengaruhi dengan dasar.

draft • 2:32 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri sering menegaskan bahawa golongan yang maha kaya sewajarnya membayar cukai yang setimpal dan bantuan kerajaan harus difokuskan kepada golongan miskin. Namun, hakikatnya kita sedia maklum bahawa golongan termiskin di negara ini adalah masyarakat India.

Justeru, saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah dan pelan tindakan yang jelas telah dirangka oleh kerajaan untuk membantu mereka. Realiti di lapangan menunjukkan bahawa golongan kaya sering mendapat layanan istimewa daripada pihak yang berkuasa.

Manakala golongan termiskin terus dibelenggu kemiskinan dan diskriminasi yang berpanjangan.

Isu kedua, Tuan Yang di-Pertua. Dalam kerangka RMK13, kerajaan menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi — negara yang sebuah ekonomi maju yang inklusif dan berdaya tahan. Salah satu fokus utama ialah menarik pelaburan langsung asing (FDI) berkualiti tinggi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, Tuan Yang di-Pertua, di dalam keghairahan kita menarik pelabur antarabangsa terutamanya dari kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, kita tidak boleh mengabaikan kelangsungan syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana.

SME adalah tulang belakang ekonomi negara. Lebih 80 peratus peluang pekerjaan rakyat Malaysia datang daripada sektor ini. Selain menyumbang besar kepada KDNK, SME memupuk inovasi tempatan, menggerakkan pembangunan wilayah dan menyokong kestabilan sosial.

Kemasukan pelabur asing memang membawa teknologi, kepakaran dan peluang pasaran baharu, tetapi jika rantaian bekalan keputusan strategik dan penguasaan pasaran dikuasai sepenuhnya oleh pihak luar, SME tempatan akan terpinggir. Kebergantungan yang terlalu besar kepada entiti asing mendedahkan kita kepada risiko ekonomi global yang di luar kawalan kita.

RMK13 dengan jelas mengiktiraf peranan sektor domestik termasuk SME sebagai pelengkap utama pelaburan asing. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan mesti diperkuat untuk menjamin penyertaan SME dalam projek pelaburan asing. Setiap pelaburan strategik perlu disertakan komitmen melibatkan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan, pemindahan teknologi dan latihan tenaga kerja.

draft • 2:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Memperluas akses pembiayaan dan inovasi, RMK13 mesti memastikan SME mendapat kemudahan kredit, insentif cukai dan geran inovasi dengan pantas agar mampu bersaing di pasaran global. Mewujudkan ekosistem perkongsian manfaat, pelaburan asing perlu membawa pulangan bersama melalui kerjasama penyelidikan pembangunan produk bersama dan perkembangan pasaran eksport bagi pemain tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, kegagalan memperkukuh ekonomi domestik akan membawa implikasi besar pada masa depan. Kita akan berada dalam kedudukan lemah, terdedah kepada perubahan dasar atau keputusan perniagaan syarikat asing yang tidak semestinya selari dengan kepentingan negara. RMK13 adalah peluang keemasan untuk membina ekonomi yang lebih seimbang. Pelaburan asing mesti menjadi pemangkin kepada kekuatan domestik, bukan pengganti. Kejayaan RMK13 tidak sepatutnya hanya diukur melalui jumlah pelaburan yang masuk, tetapi juga melalui peningkatan daya saing syarikat tempatan yang mampu berdiri sama tinggi di pentas antarabangsa.

Malaysia mesti menjadi negara yang bukan sekadar membuka pintu kepada pelabur luar, tetapi juga membina benteng kukuh untuk melindungi dan memperkasakan pemain ekonomi tempatan. Hanya melalui gabungan modal asing dan kekuatan domestik, matlamat RMK13 untuk mewujudkan ekonomi berdaya tahan, inklusif dan mampan dapat direalisasikan.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya RMK13 membawa potensi besar untuk melakar semula pembangunan negara melalui pendekatan MADANI yang inklusif dan mampan. Dengan fokus penting kepada pemerkasaan infrastruktur asas, peningkatan akses dan kualiti pendidikan serta penambahbaikan sistem penjagaan kesihatan awam. Namun kejayaannya bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan, ketelusan pengagihan sumber dan keberanian untuk menangani ketidaksamaan yang telah lama berakar termasuk memastikan golongan minoriti tidak terus terpinggir. Rancangan ini mesti lebih daripada sekadar dokumen dasar. Ia mesti menjadi alat sebenar untuk mengangkat semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah agar tidak ada siapa yang tertinggal dalam arus kemajuan. Itu saja daripada saya. Sekian terima kasih. Klang menyokong.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya minta Yang Berhormat Besut untuk berucap.

draft • 2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya terus kepada, baru-baru ini ada PM telah mengumumkan pemberian SARA secara one-off di mana semua rakyat dapat, akan terima RM100 ke dalam MyKad. Jadi persoalannya, banyaklah yang dapat ini bukan — tidak bersasar ya. Perkataan “sasar” itu dah tak ada dah, atau label maha kaya itu dah tak ada. Jadi, yang biasa dimainkan inilah, bersasar dan maha kaya. Jadi, kerajaan pernah berkata penyasaran subsidi diesel sebelum ini pun ada disebut ya, dibuat untuk ambil daripada maha kaya dan bagi kepada rakyat yang miskin. Macam Robin Hood lah. Macam daripada Klang cakap, dia macam lebih kuranglah.

draft • 2:45 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, yang diberi adalah semua RM100 one-off ini, maha kaya pun dapat. Cuma persoalan saya, kenapa diumumkan beberapa hari sebelum perhimpunan rakyat pada 26 Julai tempoh hari? Ini takut ke ataupun macam mana ini? Ataupun dia macam gula-gula kut?

Dan persoalan saya juga ya, kenapa pengumuman RM100 diletak di bawah SARA?

SARA ini biasanya hanyalah kepada penerima-penerima B40 dan juga M40 bawah, yang bawah. Dan persoalan saya juga, adakah pengumuman ini akan dilaksanakan? Takut besok- besok datang-datang kata bukan kitab suci, bukan perjanjian, bukan apa, tak dilaksanakan.

Kemungkinan besar berlaku. Jadi pertanyaan saya, adakah akan dilakukan?

Dan yang kita hairan juga, PM pun dapat. Hairan. SARA, PM pun dapat. Kaya PM ini. Dia tak nak ambil gaji pun, dah kaya. Gaji PM pun tak nak ambil, tapi yang saya hairannya, macam mana dengan — boleh percaya ke bila — bila PM cakap, tak ambil gaji. Ya? Sebab kalau kita tengok prosedur kewangan, bila seseorang dilantik sama ada menjadi MO1 ke atau pegawai kerajaan ke, Puan dengar saya, Puan boleh faham. Prosedur kewangan dah ada allocation untuk dibayar kepada penjawat-penjawat, penjawat awam dan sebagainya.

Jadi macam mana dia kata tak ambil? Dia akan masuk kepada akaun. Bila masuk kepada akaun, kalau tak ambil, tak tahulah, tapi ada dalam akaun kita. Ah, ini kadang-kadang pengumuman ataupun dakwaan-dakwaan sesetengah ini tak logik, ya. Banyak tak logik, ya.

Dan saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan cukai. Kita lihat, err, kita kata nak sasarkan maha kaya dan bantu rakyat biasa, tapi apa kerajaan buat sekarang? Kerajaan batalkan cukai barangan bernilai tinggi dan kekalkan cukai barangan harga rendah. Lain disebut, lain yang dibuat. RMK13 tak bermula lagi pun. Kita dah nampak sandiwara dan kepincangan banyak berlaku, ya. Perancangan kerajaan berkenaan dengan bantuan dan juga subsidi yang bersasar.

Dan dalam perkara ini, kita tengok bila berkenaan dengan cukai ini, saya nampak macam PM ini nak kejar ini, nak apa macam nak buru anak-anak Tun Mahathir pulangkan balik dan sebagainya, ya. Dan juga Tun Daim. Dah meninggal dah pun, nak buru lagi ya, tapi berdiam bila berlaku kepada Farhash, disebut siapa Farhash? Boleh tahulah siapa. Apa hubungan dia dengan PM. Vincent Tan? Tak ada pun. Langsung tak ada disebut. Kena pulangkan balik, ini dapat daripada mana tak tahu. Ini yang, yang, yang saya katakan bahawa ia nya agak terpilih, ya.

draft • 2:45 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dan sedikit saya sentuh berkenaan dengan hutang negara ni, ya. Hutang negara ini, kerajaan juga ada menyebut tentang sasaran hutang yang lebih mampan dia kata, serta meningkatkan daya saing negara. Sekali lagi keadaan semasa menimbulkan kesangsian terhadap kemampuan kerajaan mencapai apa yang disasarkan dalam RMK13. Baru setengah tahun, hutang Kerajaan Persekutuan sekarang sudah pun mencatat peningkatan kepada RM1.3 trilion, berbanding RM1.25 trilion pada akhir tahun lepas. Jadi, hutang bertambah tapi dicanangkan seperti berkurang sedangkan yang berkurang hanyalah jumlah baharu ya, yang dipinjam, bukan jumlah keseluruhan hutang.

Kita lihat, zaman Dato’ Seri Najib dulu, hutang pada 2013, RM539 bilion, 2014 RM5.82 bilion, 2015 sehingga 2017 RM686 bilion tapi dalam Kerajaan MADANI, 2022

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

RM1.08 trilion, 2023 RM1.17 trilion dan terbaru, RM1.3 trilion, sehingga bulan Jun. Jadi, dulu masa zaman Dato’ Sri Najib, hutang RM686 ni, sekarang ni bilion, dimaki hamun, ramailah yang maki hamun, dia kata bankrap negara ni kerana hutang RM686 bilion tapi RM1.3 bilion, dikatakan hutang berkurang. Ini, ini satu kenyataan yang tak betul juga eh.

Seterusnya, saya ingin sebut berkenaan dengan tatakelola ni, ya. Zaman rasuah ni.

Bloomberg itu hari, pernah melaporkan dakwaan campur tangan PMX dalam: dalam melarang siasatan ke atas Farhash ni ya, tapi tak saman pun, sekarang pun. Bloomberg ni tak disaman pun ya. Dan banyak lagilah, nepotisme dan sebagainya, tapi masa dah tak ada sangat ni, saya akan terus kepada kawasan sayalah.

Banyak lagi sebenarnya ni, ya. Kawasan saya ni ada dalam teks ucapan PM itu hari ada disebut tentang pembangunan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian di Terengganu ya. Jadi, penduduk di Pulau Perhentian ni sudah lama menantikan satu klinik baharu supaya mereka tidak perlu pergi ke seberang sana ya, untuk mendapatkan rawatan. Minta kerajaan jelaskan perincian lanjut tentang projek ini. Berapa anggaran bajet dan dalam Rolling Plan ke berapa akan mula dilaksanakan?

Di samping itu, saya juga ingin ketengahkan keperluan sebuah hospital baharu di Besut memandangkan hospital sedia ada sudah sesak dan sering digelar sebagai “hospital Panadol” kerana kurangnya kelengkapan untuk merawat pesakit dengan berkesan, ya.

Jumlah penduduk yang kian meningkat di Besut juga menandakan keperluan adanya sebuah hospital baharu, supaya kawasan ini tidak ketinggalan daripada memperoleh nisbah doktor iaitu berbanding pesakit yang ideal. Jadi, pohon pertimbangan kerajaan terhadap cadangan ini.

Dan, seterusnya juga kepada — nak beritahu di, di, di hospital sekarang ini, bahagian kecemasan ni pesakit-pesakit perlu menunggu sehingga enam jam untuk mendapatkan rawatan dan untuk — mereka ni terpaksa menunggu di koridor-koridor ya, sampai koridor menunggu, hujan panas tak kira.

Dan seterusnya, Jambatan Jerteh yang telah diluluskan tahun 2023. Sampai sekarang masih belum bermula. Jambatan Jerteh, harganya dah diluluskan sebanyak RM124 juta, tapi sampai sekarang pun tak dibuat-buat lagi. Jadi dalam, lulus dalam RMKe-12, RMK13 tak ada lagi apa-apa yang dibuat. Jadi, saya minta bagi penjelasan bila akan dibuat, ya. Jadi, kalau RMKe-12 tak buat, RMK13 lagi tak buat kut, ya.

Kemudian, saya minta juga kerajaan menunaikan janji peruntukan kepada Ahli Parlimen ni ya, tak mengira parti. Saya memetik ayat dalam Manifesto PH, manifesto je kut bukan kitab suci. Harapan — bakal menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya

(CDF), sama rata kepada semua Wakil Rakyat Parlimen tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu. Peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen dan bukannya Pejabat Perdana Menteri.

Jadi, tidak ada disebut pun tentang rundingan atau apa-apa perjanjian sebagai syarat, untuk Ahli Parlimen pembangkang mendapat peruntukan, malah disebutkan secara jelas peruntukan bukan melalui Pejabat Perdana Menteri. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang adalah Perdana Menteri menyalahkan Ahli Parlimen pula kerana tak mahu

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

berunding. Ada perundingan dibuat sebenarnya, tapi yang dihantar kepada kita adalah satu perjanjian, kena ada perjanjian yang mengikat, kena buat itu, kena buat ini, bermacam- macam. Itu bukan MoU, MoU ni mutual of understanding, jadi apa ni ha?

draft • 2:50 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita — ya, memorandum of understanding, okey. Kita sudah ada Perlembagaan Persekutuan yang digubal atas prinsip federalisme dan juga mengiktiraf demokrasi berparlimen. Jadi, menafikan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang bukan saja mengkhianati janji dalam manifesto, malah mencabuli prinsip federalisme ya dan memangsakan rakyat yang mengundi perwakilan masing-masing secara sah.

Jadi sebagai seterusnya, mengingatkan kerajaan bahawa kuasa yang ada sekarang, kena fahamlah, sekarang kuasa yang dimiliki selama-lama bukan selama-lamanya, akan — kuasa boleh berubah bila-bila masa. Jangan sampai besok tak dapat pula peruntukan...

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Besut.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tapi sebelum ni ada peruntukan.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Besut.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi gunakanlah kesempatan, untuk berlaku adil kepada semua termasuk Ahli Parlimen dari negeri-negeri pembangkang.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Besut.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak sempat. Sedikit saja lagi tentang tatakelola. Tatakelola apa? ‘Nepotisble’, nepotisme sebagainya. Banyak nepotisme berlaku dalam pemilihan PKR tempoh hari, macam-macam, ada dikatakan…

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Adanya sampul putih berjalan ya, macam-macam.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan berpolitik.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, yang terakhir, saya nak beritahu yang terakhir Puan, ya. Kalau pasang bendera biarlah jangan terbalik, macam saya pakai sekarang. Cantik tak?

[Sambil menunjukkan yang sedang dipakai]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cantik, cantik.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey cantik. Cantik ya? Okey, cantik. Jangan terbalik, satu.

Kemudian, kalau ada penyiasatan, saya minta tolong, ya. Berlaku kepada kes, macam kes siapa? Bagan ya. Dulu ada yang jatuh, ya. Jatuh bangunan, kebetulan. Yang terbaru pula, saksi diserang. Pun dia dikata kebetulan...

[Tidak jelas] Tak perasan ke?

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Puan Speaker, apa kena mengena dengan Bagan?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Macam juga Zara, berlaku kepada Zara di, Zara di, di Sabah, ya. Yang jatuh, dikatakan jatuh bangunan. So, macam kebetulan juga ni. Mana tatakelola nya? Mana penyiasatan yang dibuat? Tak kesian kah?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau kes Teoh Beng Hock, oh bukan main hebat, ya sampai dulu. Daripada dulu sampai sekarang, kes Teoh Beng Hock disebut dan ni dikorek lagi, marah lagi...

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, isu peraturan.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tapi, dalam kes Zara ni…

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut, Besut.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, isu peraturan.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak berbunyi, suara tak berbunyi sebelah sana, yang bising…

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, ya, ya. Yang Berhormat Besut sekejap.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebelah sana tak bersuara langsung.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat mana?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia hebat, pengamal undang- undang, tetapi diam.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kes Zara! Yang bercakap...

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Eh, Besut. Bekas hakim, duduklah. Ini isu-isu peraturan, 36.6

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita prihatin, ya. Prihatin ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36.6. “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.”

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini 37.2 lah ni.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tadi, saya dengar Yang Berhormat, Besut.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak kata pun.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Merujuk kepada Yang Berhormat Bagan dan selepas itu mengatakan bahawa ada orang yang jatuh dari bangunan.

Jadi, saya tak tahu apa kena mengena dengan Yang Berhormat, Bagan.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak kata kebetulan, semua kebetulan.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Eh, mana boleh buat kebetulan?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saksi, saksi jatuh daripada bangunan, kebetulan! Saksi sekarang pun — kebetulan. Itu apa...

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, tak ada kena mengena...

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak kata apa pun berkaitan dengan Bagan, itu saja. Saksi beliau. Jawab...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, tadi kata seperti begitu. Yang Berhormat boleh membetulkan ayat.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Rujukan, ada lah dalam kes-kes tertentulah. Okey, saksi-saksi ada yang jatuh bangunan, yang apa, yang apa, saksi diserang, dikata dirompak. Jadi, maknanya tatakelola di mana ni, polis-polis tidak siasat kah? Benda- benda macam ni berlaku kepada orang-orang yang penting jugalah dalam kerajaan? Itu jelah.

Dah kalau tak nak sebut nama. Sudahlah, ini pengamal undang-undang pun...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okeylah, itu sahajalah.

Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ada lagi ke, boleh bercakap lagi?

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.

draft • 2:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menggariskan tiga penekanan untuk diberi perhatian oleh Kerajaan MADANI.

Penekanan satu iaitu pemantapan koordinasi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri untuk menjayakan projek bekalan air luar bandar Sabah. Yang di-Pertua, masalah bekalan air bersih yang berlaku di negeri Sabah merupakan antara faktor yang menggugat kelancaran aktiviti sosial ekonomi setempat khususnya kawasan luar bandar.

Oleh sebab itu, usaha untuk memperluaskan capaian rakyat luar bandar kepada bekalan air bersih tanpa had yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini perlu dilaksanakan secara berganding bahu antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah melalui saranan yang membina daripada mana-mana pihak yang cakna termasuk daripada cabang legislatif.

Secara peribadi saya menyambut baik kepekaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau singkatannya PAC yang telah memperincikan tujuh syor yang diperlukan untuk menambah baik penyediaan perkhidmatan bekalan air luar bandar di negeri Sabah.

Syor yang telah digariskan menerusi penyata PAC Parlimen pengurusan projek bekalan air luar bandar Sarawak dan Sabah bertarikh 20 Februari 2025 lalu sudah pun menerima maklum balas daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Jabatan Air Negeri Sabah. Maklum balas berkenaan tindakan lanjutan daripada kedua-dua pihak tersebut telah dikemukakan dalam satu penyata yang diterbitkan di Dewan yang mulia ini pada 29 Julai yang lalu.

Secara prinsipnya, saya berpendirian bahawa syor pertama PAC berkenaan penyediaan pelan induk pembangunan projek bekalan air luar bandar bagi setiap daerah wajar dijadikan sebagai obligatory practice. Pelan induk yang dimaksudkan tersebut penting untuk dijadikan sebagai driving plan yang boleh memandu KKDW serta PETRA untuk

draft • 3:00 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

menyediakan setiap keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh Jabatan Air Negeri Sabah berdasarkan penjadualan dan perincian projek mengikut kawasan serta skala capaian.

Sehubungan dengan itu, bagi konteks projek bekalan air bersih luar bandar Sabah, saya berpendirian bahawa KKDW sewajarnya membangunkan apa yang saya panggil sebagai pelan koordinasi kos dan pelaksanaan.

Pelan tersebut penting untuk dijadikan sebagai petunjuk kemampuan ekonomi KKDW yang boleh dijadikan sebagai sandaran kepada Jabatan Air Negeri Sabah untuk merangka penjadualan projek BALB Negeri sama ada yang berstatus belum siap atau separa siap.

Pelaksanaan pelan koordinasi tersebut bertepatan dengan syor yang telah dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2024 yang menekankan perihal koordinasi dengan kerajaan negeri.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini bukanlah medan untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak yang belum mencapai tahap prestasi yang diinginkan dalam melaksanakan projek berkeutamaan tinggi seperti BALB. Sebaliknya, rancangan Malaysia yang kita bahaskan ini perlu mendukung setiap tindakan pembangunan yang perlu dalam merapatkan jurang taraf hidup rakyat antara Semenanjung dan Sabah, terutamanya yang melibatkan kemudahan asas seperti bekalan air bersih.

Penekanan dua adalah memajukan sosioekonomi menerusi penyenggaraan jalan.

Yang di-Pertua, cita-cita untuk menerajui kemajuan kehidupan rakyat yang lebih terangkum sukar untuk dicapai sekiranya perihal infrastruktur jalan raya tidak diberi penekanan yang sewajarnya dalam rencana Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Aspek pembangunan semula jalan raya di negeri Sabah perlu menitikberatkan mekanisme pelaksanaan yang lebih berkesan agar jalan raya dapat berfungsi sebagai penghubung aktiviti sosioekonomi yang selamat untuk rakyat.

Oleh sebab itu, selain menyediakan keperluan kewangan untuk menjayakan pembinaan jalan raya baharu di negeri Sabah, Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini juga perlu menjadi pendorong penting kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk melaksanakan 3M iaitu membaik pulih, menaik taraf dan menyenggara.

Dalam konteks negeri Sabah, seperti Yang Berhormat Menteri Kementerian Kerja Raya Malaysia sedia maklum, 3M yang saya nyatakan tadi perlu ditekankan sebagai top priority action, terutamanya untuk menyelesaikan masalah jalan raya Persekutuan yang sudah melebihi had tempoh reka bentuk atau structurally expired.

Terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana telah meluluskan pembinaan pakej- pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B yang sekarang sedang dalam pembinaan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri terus menyatakan keperluan agar Jajaran Tamparuli-Ranau, iaitu Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan pakej-pakej kerja 6A Libaran Bypass, 15A – 6A Persimpangan Bertingkat Kinarut Lok Kawi, 15A Tawau Coastal, pakej 27A Libaran Bypass juga dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Bercakap tentang penyenggaraan jalan raya Persekutuan di negeri Sabah, saya berpendirian bahawa Kementerian Kerja Raya Malaysia perlu melaksanakan pelan integrasi pelaksanaan bersama KKDW dan Kementerian Pengangkutan dalam mengetengahkan mekanisme penyenggaraan jalan raya yang berkualiti tinggi. Pengintegrasian tersebut antaranya perlu meliputi penggunaan teknologi turapan tahan lama yang bersesuaian dengan kapasiti trafik yang melalui satu-satu jalan penghubung khususnya yang melibatkan jalan luar bandar.

Selaku wakil rakyat dari negeri Sabah, saya juga khuatir tentang risiko kerosakan jalan raya akibat banjir kilat. Masalah banjir kilat yang saban tahun berlaku di negeri di bawah bayu ini sudah sekian lama menjadi antara faktor penyumbang kepada senario kerosakan jalan-jalan utama khususnya Jalan Persekutuan.

Saya menyambut baik keprihatinan KKRM yang telah dikemukakan kepada saya menerusi jawapan bertulis Menteri Kerja Raya bertarikh 3 Mac 2025 lalu yang menyatakan kesediaan untuk melaksanakan fasa percubaan bagi teknologi NoFloods di Jalan Persekutuan di negeri Sabah.

Secara teorinya, sekiranya bersesuaian dengan struktur jalan, teknologi tebatan banjir itu saya sifatkan sebagai lifesaver untuk rakyat negeri Sabah khususnya yang sering menggunakan jalan-jalan di daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Beaufort dan lain-lain yang kerap ditenggelami air akibat banjir kilat.

Seperti kata pepatah Melayu, ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’. Kerajaan Negeri Sabah sudah tentu mengalu-alukan pelaksanaan projek rintis NoFloods tersebut di Jalan Persekutuan Negeri Sabah yang berada di dalam zon merah banjir.

Penekanan ketiga ialah merencanakan ekosistem pendidikan menerusi pembangunan infrastruktur dan pendekatan pengajaran. Yang di-Pertua, pembangunan semula kompleks sekolah Pulau Gaya yang sedang diusahakan di bawah rolling plan kelima Rancangan Malaysia Kedua Belas diharapkan akan menjadi pendorong kepada Kementerian Pendidikan untuk memanfaatkan RM67 bilion yang diperuntukkan bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini bagi merencanakan agenda kemajuan pendidikan termasuk di negeri Sabah.

Sudah tentu aspek pembangunan baru dan pembangunan semula sekolah perlu ditumpukan khususnya di Parlimen Putatan yang sinonim dengan senario sekolah dua sesi.

Berhubung dengan senario tersebut, saya berpandangan bahawa JKR dan Kementerian Pendidikan sewajarnya melaksanakan apa yang saya panggil sebagai identification of unsafe school buildings untuk mengenal pasti setiap satu sekolah dengan struktur bangunan yang tidak selamat di negeri Sabah. Menerusi identifikasi tersebut, kementerian dapat memperincikan keperluan kewangan yang diperlukan berdasarkan kepada penilaian keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak JKR.

Selain itu, peruntukan RM67 bilion itu juga diharapkan dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan bidang perguruan sebagai ikhtiar penting untuk memulihkan prestasi akademik anak-anak pelajar di semua peringkat, khususnya di sekolah luar bandar di negeri Sabah. Kredibiliti perguruan akan menterjemahkan keupayaan pelajar untuk memahami satu-

draft • 3:00 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

satu mata pelajaran dan seterusnya mengekspresikan pemahaman mereka di atas kertas peperiksaan.

Berdasarkan keputusan SPM 2024, tiada satu sekolah pun dari negeri Sabah yang disenaraikan dalam 30 sekolah terbaik di peringkat kebangsaan. Hal tersebut telah menimbulkan seribu satu persoalan tentang rahsia di sebalik metodologi, pengajaran dan pembelajaran yang boleh meningkatkan keyakinan pelajar untuk berdepan dengan orientasi peperiksaan.

Oleh sebab itu, menerusi agenda Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, Kementerian Pendidikan perlu meneliti keperluan serta keterdesakan untuk menempatkan guru-guru berprolifik dari sekolah-sekolah berprestasi tinggi untuk ditempatkan mengajar di sekolah- sekolah yang merekodkan prestasi SPM yang merisaukan, lebih-lebih lagi sekolah yang merekodkan gred purata sekolah melebihi lima.

draft • 3:00 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Pendekatan tersebut wajar dilaksanakan di negeri Sabah ke arah mewujudkan persekitaran akademik yang berdaya saing di sekolah harian biasa. Competitive ambience merupakan antara ramuan penting yang mendorong kepada kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh dan MRSM yang saban tahun merekodkan keputusan SPM yang memberangsangkan. Persekitaran sebegitu hanya akan dapat diwujudkan sekiranya pelajar berbumbungkan bilik darjah yang selamat, dilengkapi dengan kemudahan PdP yang kondusif, disediakan makanan yang berkhasiat dan yang paling penting dididik oleh guru yang berkeupayaan dan bermotivasi tinggi.

Yang di-Pertua, lebih tiga minggu yang lalu kita telah menerima berita sedih berkenaan kematian seorang pelajar bernama Zara Qairina di sebuah sekolah berasrama di daerah Papar. Marilah kita sama-sama berdoa agar proses siasatan yang sedang berjalan dilengkapkan dan kelak akan memperjelaskan kebenaran fakta serta keadilan buat arwah Zara. Mengambil iktibar dari isu seperti ini, saya menyarankan agar KPM melihat SOP pelaporan bagi kejadian kes sedemikian dan kaedah yang lebih berkesan menangani isu disiplin dan kesihatan mental pelajar-pelajar di sekolah.

Di hujung perbahasan ini saya — di hujung perbahasan saya ini berkaitan topik pendidikan, saya selaku Ahli Parlimen Putatan ingin menzahirkan harapan tinggi untuk melihat projek pembinaan SMK Lok Kawi dan Pusat Tingkatan Enam Putatan akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan garis masa Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Yang di-Pertua, akhir kata menerusi hubungan kerjasama yang baik di antara pimpinan Kerajaan Persekutuan dan pimpinan kerajaan negeri yang ada pada masa sekarang adalah menjadi harapan saya bahawa segala perancangan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini akan dapat dilaksanakan dan disediakan mengikut perancangannya. Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas, terdapat juga banyak projek pembangunan yang masih tertangguh dari satu Rancangan Malaysia ke satu Rancangan Malaysia atas faktor-faktor pengurusan dan kewangan.

Saya juga mengambil contoh tentang makluman dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah yang memaklumkan tentang pengurangan sebanyak RM800 juta dari

draft • 3:10 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

peruntukan pembangunan Persekutuan bagi tahun 2025 ini. Pengurangan tersebut sudah tentu akan memberi implikasi domino kepada kemajuan projek-projek pembangunan negeri yang telah dirancang. Berkaitan dengan perkara ini juga, koordinasi dan komunikasi yang lebih erat di antara penjawat-penjawat awam Persekutuan dan negeri adalah dituntut agar segala perancangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini akan mencapai matlamatnya.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:10 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Bagi mengakhiri perbahasan, izinkan saya membacakan serangkap pantun untuk renungan bersama.

Rancangan Malaysia mendorong semangat, Mengilhamkan harapan untuk Malaysia gemilang; Sabah Maju Jaya, iltizam keramat, Memandu Sabah menjadi negeri terbilang. Sekian saja ucapan perbahasan saya bagi usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Saya mohon menyokong.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berselawat] RMK13 sudah diluncuri, Janji ditulis indah berseri; Sekalian rakyat sedang menanti, Adakah ia nya sebuah realiti.* Tuan Yang di-Pertua, setinggi penghargaan saya hulurkan atas ruang yang diberi demi menyuarakan suara hati rakyat Kuala Krai yang saya kasihi dalam menelusuri perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan penuh erti. Tema “Melakar Semula Pembangunan” membawa harapan untuk perubahan struktur dalam pembangunan negara.

Namun, ia perlu disertai dengan kesungguhan politik, dasar yang jelas, pelaksanaan yang telus, dan penyertaan menyeluruh rakyat. Tema ini bakal tinggal sekadar madah indah di kertas andai pelaksanaannya karam di lautan realiti. Melakar semula pembangunan seakan memberi makna ke semua pembangunan sebelumnya gagal, lantas ia perlu digarap kembali.

Ia nya kelihatan sedikit keterlaluan kerana ia seakan menidakkan ke semua RMK terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan ini dengan pembangunan di Kuala Krai. Pembangunan Kuala Krai bukan soal pilihan, tetapi satu keperluan berasaskan tanggungjawab. Dan, untuk itu saya ingin menggariskan tiga keutamaan yang perlu diberi fokus segera.

Pertama, isu banjir. Berapa banyak kerajaan terpaksa membelanjakan setiap tahun akibat banjir termasuk bantuan kepada mangsa dan membaiki infrastruktur yang rosak? Oleh itu, saya mencadangkan agar dapat menyegerakan beberapa projek khususnya dalam usaha mengatasi isu banjir di Kuala Krai. Antaranya, pertama, projek pembinaan Empangan Sungai Lebir di Kuala Krai sebagai struktur mitigasi banjir. Yang kedua, Rancangan Tebatan Banjir

draft • 3:13 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sungai Durian, Kuala Krai. Yang ketiga, saluran mesra alam di Kampung Bedal. Yang keempat, projek pemuliharaan Sungai Nal.

Isu yang kedua ialah pembangunan infrastruktur. Beberapa cadangan baharu pembinaan infrastruktur perlu diutamakan dalam RMK13 kali ini. Antaranya pertama, membina baharu jalan dari Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai ke Kampung Panjang, Tanah Merah. Dengan projek pembinaan Jambatan Pasir Era ke Pasir Kelang sekarang, sudah tentu projek ini perlu dimanfaatkan semaksimanya. Maka, amat diperlukan projek jalan yang boleh menghubungkan jajahan Kuala Krai dengan jajahan Tanah Merah tanpa perlu melalui jajahan Machang.

Isu yang kedua, cadangan jalan alternatif Chuchoh Puteri, Kuala Krai ke Hulu Besut di Terengganu. Jalan ini akan menghubungkan dua daerah di Kelantan dan Terengganu sebagai alternatif daripada kesesakan laluan sedia ada dan menjimatkan perjalanan.

Yang ketiga, membina dan menaik taraf jeti terapung nelayan darat bagi komuniti nelayan darat di Kuala Krai khususnya.

Yang keempat, menyegerakan proses pembinaan Jambatan Kemubu di Dabong dan Jambatan Belanga ke Temalir yang telah diluluskan.

Yang kelima jambatan Kampung Slow Temiang di Dabong yang hampir runtuh.

Yang keenam pembinaan baharu Jambatan Pasir Jering, Chenulang yang sentiasa ditenggelami banjir.

Dan, yang ketujuh saya ingin memberi perhatian agar pihak KKR dapat memberikan perhatian sewajarnya kepada Jalan Persekutuan FT66 Sungai Sam ke Dabong yang perlukan penyelenggaraan khas termasuklah membuat elemen baru dan penurapan keseluruhan jalan tersebut.

Isu yang ketiga dalam projek di Kuala Krai ialah Yang Berhormat Pengerusi, pendidikan. Pertama, membina sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Kuala Krai ataupun SMKA. Dalam jawapan diberikan oleh KPM kepada soalan saya baru-baru ini menyatakan bahawa ia nya telah disenaraikan dalam RP1 di bawah RMK13 ini. Jadi, saya amat mengharapkan agar cadangan ini benar-benar dapat direalisasikan pada tahun depan.

Yang kedua, dalam masa sama saya difahamkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengangkat permohonan kepada Perdana Menteri agar sebuah maahad tahfiz al- Quran di Kuala Krai dapat dibina dan mendapat kelulusan segera.

Berkaitan dengan projek dilaksanakan di Kuala Krai yang mengalami kelewatan iaitu projek Jambatan Pasir Kelang ke Pasir Era dan projek penggantian Jambatan Sungai Durian iaitu di FT8 sedang melalui fasa kelewatan yang amat teruk.

Saya ingin abadikan di sini dalam ucapan ini pantun berkaitan kelewatan pembinaan projek Jambatan Sungai Durian yang ditulis khas oleh sahabat saya berbangsa Cina iaitu saudara Ooi Tan Li yang berasal dari Kampung Batu Jong, Kuala Krai.

Ayam hutan ditimpa durian, Mati lipan kaki terurai; Sebuah Jambatan Sungai Durian, Projek harapan anak Krai.

draft • 3:13 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Ikan gelama putus kepala, Dipotong parang ayam bersayap; Sudah lama projek dimula, Sampai sekarang belum siap.

Ikan keli dalam balang, Asam jeruk makanan buatan; Setiap kali perantau pulang, Jem teruk kerana jambatan.

Buah berangan buah celagi, Jatuh terberai dikutip makan; Harap jangan tertangguh lagi, Kuala Krai mohon disegerakan.* Ini pantun kawan saya daripada bangsa Cina, Yang Berhormat Pengerusi — Yang Berhormat Yang di-Pertua. Rakyat Kuala Krai tekun membugar bumi, sabar meniti hari, setia pada tanah warisan nenek moyang, namun ia nya tidak wajar dibalas dengan peminggiran.

Permohonan bukan anugerah untuk disanjung tetapi hak yang terpahat dalam warkah luhur Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua ialah berkaitan dengan j-QAF. Program j-QAF yang dikenalkan pada tahun 2005 adalah suatu prakarsa seluruh rohani untuk membentuk murid yang celik jawi, fasih membaca al-Quran, berkomunikasi dalam bahasa Arab dan memahami asas-asas fardu ain. Namun, amat dukacita saya nyatakan sejak 2016, pelaksanaan j-QAF di peringkat menengah rendah telah mula dihentikan secara berperingkat dan tidak lagi menjadi program teras sedangkan di sinilah, di usia remaja, murid sangat memerlukan bimbingan kerohanian yang konsisten dan mendalam. Sistem pendidikan sekolah kebangsaan yang terbukti gagal dan tiada usaha untuk menambah baik sehingga berjaya adalah berkaitan pendidikan Islam.

draft • 3:13 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Satu sistem yang terbukti gagal melahirkan pelajar yang celik al-Quran sejak dulu sehingga kini. Tiada usaha untuk memastikan pelajaran Pendidikan Islam mampu melahirkan pelajar celik al-Quran. Realitinya, pelajar yang mampu membaca al-Quran dengan lancar disebabkan mereka ada kelas al-Quran di luar sesi persekolahan atas inisiatif ibu bapa sendiri, bukan berdasarkan modul dan syllabus di sekolah.

Saya bukan mahu menyalahkan guru tetapi sistem Pendidikan Islam yang ternyata gagal dan dibiarkan terus gagal. Sampai bila sistem pendidikan yang gagal ini mahu dipertahan dan dibiarkan berterusan tanpa penambahan sehingga berjaya melahirkan para pelajar yang celik al-Quran hasil daripada Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan? Saya mohon agar Kementerian Pendidikan, melalui RMK13 ini, menyemak semula dasar ini dan memberi ruang kepada penghidupan semula j-QAF secara menyeluruh dan disambung hingga ke peringkat sekolah menengah.

Isu yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan tragedi adik Zara Qairina. Tragedi yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina bukan hanya satu episod duka tetapi satu tamparan hebat terhadap sistem pendidikan dan keselamatan pelajar di negara

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

ini. Kes ini membuktikan bahawa isu buli bukan lagi sekadar masalah disiplin, ia adalah kegagalan systemic yang telah berlarutan tanpa penyelesaian menyeluruh.

Oleh itu, saya menuntut ketelusan, keadilan serta reformasi menyeluruh melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan pihak polis. Saya menggesa penggantungan pegawai yang cuai dan penubuhan suruhanjaya siasatan bebas.

Keadilan untuk Zara adalah keadilan untuk seluruh anak-anak Malaysia termasuk juga pelajar-pelajar IPT. Kita tidak boleh lagi membiarkan nyawa pelajar menjadi korban akibat kelemahan dan kelalaian institusi. Sudah tiba masanya kita mengangkat isu ini dengan sangat serius, bukan hanya dengan kata-kata tetapi melalui tindakan dan reformasi sebenar sebagaimana yang dilaung-laungkan.

Isu yang keempat Yang di-Pertua, berkaitan dengan lencana gemilang — lencana Jalur Gemilang murid sekolah. Saya ingin menyentuh berkaitan isu lencana gemilang kepada seluruh pelajar di bawah KPM. Melalui jawapan KPM kepada soalan saya beberapa hari lepas, sejumlah RM8.4 juta dibelanjakan oleh KPM untuk lencana tersebut.

Persoalan saya ialah pertama, tentang kualiti lencana tersebut yang terlalu teruk sangat. Orang Kelantan kata cap ayam sangat. Saya dimaklumkan ibu bapa kini terpaksa membeli sendiri sebagai gantian lencana tersebut kerana telah rosak dan tidak selamat menyebabkan baju rosak.

Dalam masa yang sama, saya ingin menanyakan relevannya pemakaian Jalur Gemilang kepada pelajar sekolah ini untuk menyatakan rasa kecintaan kepada negara sedangkan isu pemasangan bendera terbalik dilakukan oleh mereka di kalangan orang-orang tua yang tidak pernah cuba memahami dan mengerti makna sebenar kecintaan kepada negara. Bahkan isu pemasangan bendera terbalik ini sentiasa berulang. Jadi, apakah usaha- usaha untuk menangani isu ini perlu ― jadi, usaha-usaha untuk menangani isu ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.

Isu yang kelima Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan pemerkasaan orang kurang upaya. Isu OKU ini isu rentas sektor. Ia bukan hanya tanggungjawab kementerian tertentu. Sesuai dengan RMK13 ini, saya kemukakan cadangan usaha yang harus diberi perhatian bagi tempoh lima tahun akan datang.

Justeru, pada ruangan perbahasan ini, saya ingin cadangkan beberapa isu. Pertama, pemerkasaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 ataupun Akta 685. Akta 685 harus diperkasa.

Saya percaya pihak kerajaan amat sedar hal ini. Selain daripada keperluan pindaan, saya percaya masih banyak perkara-perkara dalam akta ini yang terus berhadapan dengan isu pelaksanaan. Maka, mengapa tidak diadakan peraturan-peraturan tambahan di bawah akta ini, selain peraturan berkaitan pendaftaran yang ada pada waktu ini? Sebagai contoh, boleh diadakan peraturan yang boleh menyediakan penyelesaian kepada pelanggaran terhadap akta bagi kepentingan OKU.

Isu yang kedua berkaitan OKU ialah pengukuhan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya. Secara fungsinya, yang dinyatakan dalam akta, MKBOKU harus berperanan sebagai jambatan penghubung antara komuniti OKU dan pihak berkuasa. Namun, saya

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

percaya ia tidak berlaku sebegitu pada hari ini. Kita lihat, misalnya, isu berkaitan pembaharuan kad OKU yang sedang dilaksanakan hari ini. Pihak saya sentiasa menerima aduan daripada― bagaimana kesulitan OKU terutama yang tinggal di kawasan luar bandar yang terlantar dipaksa untuk membawa pengesahan perubatan perihal kecacatan mereka.

Hal demikian seharusnya dapat dielak jika pihak kerajaan benar-benar serius dalam usaha memposisikan MKBOKU sebagai penghubung.

Saya beri contoh di Kelantan. Setiap kawasan Parlimen, pihak kerajaan negeri melantik seorang penyelaras parlimen OKU. Mereka ini dari kalangan OKU sendiri yang diselaraskan oleh Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan ataupun MPPOK. Banyak isu-isu OKU di bawah bidang kuasa negeri dapat diuruskan dengan adanya penyelaras Parlimen OKU ini. Saya yakin MKBOKU boleh berperanan lebih baik dari apa yang ada pada hari ini.

Yang ketiga isu OKU ialah penyusunan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya. Namun ― begitu juga dengan Jabatan OKU, saya faham jabatan ini telah ada pada hari ini. Namun, keberadaan Jabatan Pembangunan OKU hari ini tidak lebih dari sebuah unit atau bahagian di bawah JKM. Bagaimana sebuah bahagian dalam jabatan boleh berperanan secara efisien dengan situasi OKU yang berhadapan dengan pelbagai isu?

Justeru, saya sangat berharap, bagaimana kita boleh membentangkan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di luar JKM, wajarlah suatu usaha dimulakan oleh pihak kerajaan bagi meletakkan Jabatan Pembangunan OKU hari ini suatu badan langsung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita yang tidak terus dibayangi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yang terakhir, Yang Berhormat Pengerusi,..

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Ringkaskan dan gulung.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Isu berkaitan dengan Palestin. Isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat yang memerlukan tindakan konkrit yang bersepadu, bukan sekadar kenyataan politik. Malaysia dan ASEAN sebagai blok serantau boleh memainkan peranan penting dalam membantu Palestin walaupun menghadapi batasan geopolitik dan diplomatik. Kenyataan Menteri Luar baru-baru ini semasa menjawab soalan sahabat saya daripada Sik agar dapat menghantar tentera pengaman sedikit menghiris iaitu mengatakan Palestin tiada negara ― Belum ada negara, nak hantar bagaimana? Bukan isu Palestin tiada negara tetapi isunya berapa lama lagi dunia perlu biarkan Zionis Israel menjajah bumi Palestin dan bila lagi dapat dihalau mereka dari tanah yang dijajah, seterusnya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat. Bukan isu Hamas yang mengangkat senjata tetapi sehingga bila dunia membiarkan Zionis Israel terus membunuh wanita, kanak-kanak dan orang yang tidak berdosa tanpa perikemanusiaan.

Bahkan terkini, wartawan Anas Al-Sharif dan beberapa wartawan lain menjadi mangsa.

Saya ingin mencadangkan sebagai langkah segera dengan menubuhkan pasukan ASEAN kemanusiaan untuk Gaza yang melibatkan NGO, doktor, sukarelawan dan pasukan

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

kecemasan dari negara anggota. Usaha ini boleh diperluas secara serantau melalui koordinasi ASEAN-Emergency Response and Assessment Team (ASEAN-ERAT).

Palestin tidak wajar dibiarkan sepi, walau dunia runtuh berkali, kerana di denyut nadinya terpaut, terpantul jiwa kita sendiri. Palestin bukan asing di mata nurani. Biarpun dunia terpaling diri, ia tetap nadi serumpun hati.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sebagai penutup, Yang Berhormat. Penutup sahaja.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya berpantun dengan penutup sahaja.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu. Sila duduk.

Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.

draft • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tegas. Baik. Selamat petang. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan RMK13 ini.

Secara keseluruhannya, saya ingin memuji dan juga menyokong hala tuju negara yang telah dilakarkan oleh pembentangan RMK ini dan juga tumpuannya pada pembangunan sosioekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya saing.

Dalam masa yang singkat ini, izinkan saya menyentuh beberapa perkara terutamanya dalam sektor kesihatan di RMK ini. Saya ingin mengalu-alukan peruntukan RM40 bilion untuk sektor kesihatan dan fokus dan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan sistem kesihatan kita yang memang sangat perlukan perhatian yang penting.

Puan Speaker, saya tidak ingin bersikap pesimis. Namun, jika kita tidak menumpukan perhatian terhadap sistem kesihatan kita yang semakin parah, apa yang kita mungkin lihat bukan sahaja satu krisis existential, dengan izin, terhadap sistem kesihatan kita, tetapi jika tidak ditangani dengan betul, mungkin satu krisis kecemasan untuk seluruh negara.

Baru-baru ini, saya mendengar perbahasan daripada rakan-rakan saya dan permintaan mereka dan hasrat untuk membina, contohnya, hospital mahupun klinik di kawasan-kawasan mereka. Ini satu hasrat yang sangat penting dan saya memahami. Tetapi, jika kita lihat keupayaan tenaga kerja yang kita ada di Kementerian Kesihatan, saya bimbang kita ada bangunan yang cantik tetapi kita tak ada doktor, jururawat, pembantu perubatan untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan. Dengan izin Puan Yang di-Pertua, the strength of a nation's healthcare system is measured not by the grandeur of its building, but by the quality and sufficiency of its healthcare workers. Oleh itu, saya menyokong sepenuhnya pengumuman Perdana Menteri untuk mewujudkan satu Rangka Tenaga Kerja Kesihatan Kebangsaan untuk menangani kekurangan pekerja kesihatan kita yang tenat di negara ini. Bagi saya, ini haruslah menjadi tonggak fokus reformasi kesihatan kita dalam RMK13 ini.

draft • 3:27 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya juga mengalu-alukan pengumuman lebih 4,000 doktor akan diberikan perjawatan tetap. Dalam tiga tahun ini, Kerajaan MADANI telah memberikan penempatan tetap yang terbanyak malah melebihi jangkaan yang telah ditetapkan tiga tahun dahulu dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI. Namun bagi saya, kita haruslah tangani isu ini secara holistik.

Nombor satu, saya ingin menyeru dengan sekeras-keras hatinya, supaya kerajaan memansuhkan sistem kontrak yang sedia ada untuk doktor-doktor kita. Sistem kontrak ini diwujudkan pada 2016. Kerana pada masa itu, ada lambakan pelajar perubatan yang keluar menunggu penempatan tetap dalam Kementerian Kesihatan.

Namun apa yang berlaku sekarang adalah kita bukan sahaja kekurangan doktor, kita kekurangan graduan perubatan untuk mengisi keperluan negara. Oleh itu, jangka hayat polisi tersebut bagi saya telah berlalu. Kita haruslah menilai, kita haruslah review dan memansuhkannya jika ia membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

Oleh itu, bagi saya, mereka yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun dan telah berkhidmat di kawasan desa ataupun di pedalaman, haruslah diberikan keutamaan untuk diberikan penempatan tetap secepat mungkin. Tetapi mereka yang baru masuk ke sistem Kementerian Kesihatan, kita mansuhkan terus sistem kontrak ini.

Kerajaan juga haruslah mempercepatkan kenaikan elaun on call yang sudah dijanjikan sebenarnya. Kita haruslah memahami untuk mengekalkan tenaga kesihatan memerlukan satu kos. Peruntukan khas perlu disediakan untuk emolumen dan elaun on call doktor dan jururawat yang merupakan tulang belakang sistem kesihatan negara kita. Kadar yang sedia ada tidak mencerminkan nilai doktor dan juga pekerja kesihatan kita.

Kita juga haruslah menyediakan laluan kerjaya yang lebih jelas dan terbuka untuk mereka mendapat specialisation dan juga berkembang dalam sistem kesihatan ini.

Sebabnya, Kementerian Kesihatan diiktiraf sebagai penyedia latihan di bawah Akta Perubatan, maka ia perlu meningkatkan peranan dalam melatih doktor di semua hospital di seluruh negara yang mempunyai kemampuan yang mencukupi. Ini bukan saja membolehkan doktor kekal dan berlatih di tempat yang mereka bertugas tanpa bimbang tentang pertukaran dan rotasi, malah akan meningkatkan perkhidmatan di seluruh kawasan di mana latihan dijalankan.

Saya juga sarankan, benarkanlah latihan kepakaran di bawah Program Pasca Siswazah Laluan Selari di Hospital Kementerian Kesihatan tanpa perlu mengambil HLP atau Hadiah Latihan Persekutuan. KKM harus membuka slot latihan tanpa HLP dan dengan pelbagai kemasukan sepanjang tahun dan ini boleh, membolehkan lebih ramai doktor menyertai latihan di fasiliti kementerian.

Selain itu, isu distribution atau penempatan kerja sangat penting terutamanya di kawasan berkeperluan tinggi seperti Sabah dan Sarawak. Saya harap kerajaan meminda polisi sedia ada memastikan bayaran balik perjalanan dan kargo dibenarkan untuk semua pertukaran antara negeri bagi mereka yang beralih dari kontrak ke jawatan tetap, terutamanya

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Perbezaan Bayaran Insentif Wilayah juga haruslah ditambah untuk memberikan insentif untuk mereka datang ke Sabah Sarawak.

Puan Yang di-Pertua, selain doktor, jururawat juga adalah tunjang kepada sistem kesihatan kita. Sekarang banyak telah keluar dari negara kita. Kita kekurangan doktor, tapi sebenarnya kita lebih kekurangan jururawat. Sebenarnya, jangka masa panjang atau sederhana, memang kita kena melatih lebih jururawat, menawarkan banyak lebih jurusan kejururawatan, biasiswa kejururawatan. Tapi, dalam jangka masa pendek ini, kita haruslah address the acute shortage of nurses dalam sistem kita.

Baru-baru ini, sebagai peranan saya di KESUMA, saya telah berjumpa dengan Association of Private Health Malaysia untuk membolehkan pengambilan jururawat asing dengan lebih senang untuk memenuhi keperluan di hospital-hospital swasta. Banyak bangunan besar hospital swasta yang cantik tetapi banyak wad tidak dapat dibuka kerana jururawat tak cukup. Saya telah bertanya pada masa itu, mungkin hospital umum atau hospital kerajaan juga kena bersedia untuk mengambil atau menggajikan jururawat asing di negara ini.

Jadi saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah pendirian mereka dan adakah mereka bersedia untuk melakukan penukaran kepada prosedur dan polisi ini?

Saya berpendapat bahawa mungkin sudah tiba masa kita perlu menggajikan jururawat dari luar negara untuk mengatasi atau menangani the acute shortage yang kita ada sekarang.

Puan Yang di-Pertua, GP atau general practitioner di negara kita adalah sangat penting untuk mewujudkan satu kesihatan komuniti dalam komuniti di negara kita. Yuran yang dikenakan oleh GPs diikat kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Selama 33 tahun tak pernah dinaikkan, sekarang RM10 hingga RM35. Saya rasa sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji semula yuran tersebut. Namun pendirian saya, kita bukan sahaja perlu menaikkan, tapi kita kena menangani isu ini secara holistik.

Apakah cadangan saya? Nombor satu, sementara kita lakukan inisiatif holistik tersebut, kita naikkan dulu, RM10, RM15. Tapi langkah holistik iaitu kita haruslah melihat kepada pengawalseliaan pentadbir pihak ketiga atau TPA bagi membendung amalan tidak beretika seperti pemisahan yuran dan melindungi sistem kesihatan daripada commercialisation.

Puan Yang di-Pertua, TPA itu dia satu — bayangkan satu organisasi pengurusan penjagaan yang dimiliki secara persendirian dan diupah oleh syarikat untuk menguruskan faedah kesihatan pekerja mereka. Perantaraan ini juga mendapat keuntungan daripada yuran yang dikenakan kepada klinikal pengamal atau GP swasta untuk dimasukkan kepada rangkaian mereka.

Jadi, mereka satu subkontraktor yang telah diupah untuk mengawal atau menyelaras antara pekerja mereka dan juga GP. Tapi mereka ada caj, mereka ambil percentage 10–15 peratus daripada yuran GP, malah ada yang force membayar bayaran yang sangat rendah kerana mereka cakap, “Jika you tak nak ambil bayaran ini, kita tak akan bagi you business daripada syarikat ini.” Bagi saya ini akan memberikan tekanan yang sangat kuat kepada GPs dan malah akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh GPs itu.

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Maka, saya ingin mencadangkan satu jawatan kuasa di peringkat Bank Negara dan KKM ditubuhkan untuk mengkaji kaedah pengawalan seliaan TPAs ini untuk menyediakan mungkin satu harga lantai atau floor price yang berpatutan dan kita mungkin boleh bermula dengan GLC dan GLIC yang kita ada. Set satu timeline dalam masa lima tahun kita nak kawal satu kawal selia untuk yang komprehensif untuk TPA.

Dan bila ada kawal selia, saya nak cadangkan nombor tiga, kita deregulate terus, kita tak nak yuran GPs diikat kepada keputusan kerajaan kerana kalau diikat kepada keputusan kerajaan, 10 tahun, 15 tahun lagi, mereka akan datang kata pada Menteri Kesihatan, “Eh sudah 15 tahun tidak, tidak tukar, tolonglah tukar.” Tapi kalau kita deregulate, kita ikut kepada pasaran dan kita ikut kepada kemampuan, jika ada klinik di kawasan desa atau di kampung kos, overhead cost mereka rendah, mereka boleh charge rendah, tapi kalau di kawasan bandar contohnya kos tinggi, mereka boleh charge — jika mereka baik, orang datang. Jika mereka charge tinggi, tak baik, tak ada orang datang. Jadi, saya rasa ini pendekatan yang holistik untuk kita lakukan tetapi perlu terlebih dahulu regulate TPAs baru kita deregulate.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyambut baik pengumuman PM yang kita fokus terhadap menangani indikator sosial kesihatan. Ini memang hala tuju yang betul dan kita haruslah mengamalkan policy health in all policies, terutama pendidikan, perumahan, pekerjaan, pengangkutan awam, keselamatan makan (food security) dan lain-lain.

Saya nak bagi contoh, kes malnutrisi. Puncanya bukan isu kesihatan, tetapi kemiskinan, food security dan sebagainya. Saya nak bagi satu lagi contoh. Puan Yang di- Pertua, saya tanya, Malaysia ini kaya dengan pelbagai jenis makanan, kedai-kedai makan dan sebagainya. Tetapi apakah kedai makanan F&B yang paling banyak di seluruh Malaysia?

Adakah anda tahu?

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Nasi kuning? Tak…

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa hampir habis.

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, okey. Tapi paling banyak adalah kedai menjual minuman bergula. Dan saya rasa ini satu isu yang sangat serius. Saya rasa PBT haruslah memainkan peranan mengawal selia mengawal jumlah lesen perniagaan yang dibagi kepada kedai yang menjual minuman bergula.

Di pasar malam juga, kita nampak TikTok ada bingkai besar, mereka tuang susu Cap Junjung sampai banyak-banyak. Sangat tidak sihat dan kita haruslah kawal. Saya akan akhir dengan ini. Vape. Saya dah bawa banyak kali isu vape sangat tenat. Kpods etomidate yang membahayakan kesihatan kepada remaja.

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ada pihak di kalangan vape yang berkata, “Vape itu harm reduction. Itu lebih baik daripada rokok”. Saya membaca pelbagai research yang diberikan oleh mereka dan yang menentang pendapat tersebut. Saya tidak menolak kemungkinan ia mungkin harm reduction jika kita mengawal kandungan dalam vape tersebut. Tapi kita tahu sekarang, kandungan vape itu mereka tambah — apa-apa pun mereka tambah.

draft • 3:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jadi, mungkin kita boleh mengkaji kepada orang vape yang nak membeli vape.

Mungkin mereka perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor. So, you say it’s harm reduction, okey, mungkin saya percaya, tapi you kena dapat prescription dari doktor yang bahawa you seorang perokok, tetapi you nak kurangkan merokok dengan menggunakan vape. Dengan prescription tersebut, baru boleh pergi ke kedai vape yang khusus untuk beli vape tersebut untuk harm reduction tersebut.

Kita haruslah haramkan penjualan vape di kedai serba guna, haramkan penjualan vape di online dan juga mengehadkan orang baru yang nak mula rokok daripada membeli vape.

Kita Pengerusi ASEAN.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung.

draft • 3:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, saya gulung. This is my last one.

Kita Pengerusi ASEAN. Mungkin kita boleh membawa satu agenda anti-tobacco, agenda keselamatan melawan vape di seluruh ASEAN. Ini bukan isu Malaysia. Ini isu seluruh dunia.

Sebagai Pengerusi ASEAN, mungkin kita bermula dengan Singapore, Brunei yang memang ada peraturan yang ketat tentang vape ini. Kita bersama-sama membawa agenda ASEAN melawan vape.

Dengan itu, sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

draft • 3:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya selaku wakil rakyat Parlimen Kapar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu pelan pembangunan negara yang mahu dilaksanakan untuk tempoh lima tahun iaitu 2026 hingga 2030.

1 April 2025, 2 Syawal tahun ini, kita dikejutkan dengan satu letupan besar di Putra Heights dan saya alhamdulillah, sempat pergi ke tempat itu dan melihat sendiri kesan letupan itu di mana kita melihatkan rumah-rumah orang, kereta, motosikal dan sebagainya. Dan saya sempat berjumpa dengan seorang makcik itu yang berlari tanpa selipar dan sebagainya, membawa cucu ke sungai kerana bahang. Bukan kerana api, kerana bahang.

Jadi, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menegaskan bahawa agensi seperti polis, bomba dan JKKP sahaja tidak mencukupi untuk menangani insiden serius sebegini. Royal Commission Inquiry (RCI) membolehkan siasatan menyeluruh dan bebas bagi mengenal pasti punca sebenar sama ada kesilapan manusia, kecuaian, kerosakan peralatan atau unsur sabotaj serta menilai keberkesanan protokol keselamatan pihak berkuasa terlibat. Dan juga untuk memulih kepercayaan awam selepas kes ditutup cepat-cepat. Lepas tiga bulan letupan, pihak berkuasa mengklasifikasikan kes ini tiada tindakan lanjut (NFA). Jadi, saya sangat bersetuju bagi RCI ditubuhkan.

draft • 3:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang di-Pertua, tujuan RMK13 ini ialah menetapkan hala tuju ekonomi, sosial, infrastruktur dan pembangunan negara dan menentukan peruntukan bajet dan projek mega di seluruh negara, menyusun strategi untuk menangani isu seperti kemiskinan, ekonomi digital, kelestarian alam sekitar dan daya saing global.

Saya melihat di buku yang telah dibekalkan kepada kita, Ringkasan RMK13 di mana sembilan tumpuan RMK13, salah satunya ialah memperkukuh tatakelola baik. [Sambil memegang buku Ringkasan RMK13] Saya sangat-sangat bersetuju dan menyokong ini, “Memastikan perkhidmatan telus, tangkas dan tuntas” dan di bawahnya ditulis, “Pengukuhan integriti dan akauntabiliti”. Jadi, saya minta kepada Kerajaan MADANI ini, walk the talk, from the top to the bottom. Bukan orang bottom saja yang perlu menjaga akauntabiliti, ketelusan dan sebagainya, tapi daripada atas mestilah mencerminkan apa yang disebutkan di dalam itu.

Tuan Yang di-Pertua, nak pantun sikit.

Kampung Delek ke Telok Kapas, Singgah Jalan Yadi untuk membeli; RMK13 Kapar nak bahas, Kerajaan tolong ambil peduli dan tuntas solusi.

*Kerajaan ini jangan dilly-dally, Jangan NATO (no action, talk only); Rakyat derita dah lama dah ni, Dari warga emas hingga ke baby.

Sudah-sudahlah tampal plaster, Jangan nanti digelar kerajaan tampal-tampal plaster.* Memanglah RM100 yang diberi one-off. Nak beli barang RM100 sekarang ini Yang di-Pertua, berapa hari je boleh tahan? Kalau pergi masuk ke kedai itu kan, berapa je boleh nak dibeli? Nak beli susu, nak beli apa. Barang asas, bukan barang yang apa, yang lebih- lebih. Kita cubalah semak kos sara diri, subsidi berpatutan pada keperluan hidup sehari suntuk untuk keluarga contoh. Jadi payung sementara, payung pun bocor disebabkan hutang sana sini.

Jadi, Kapar ingin menekankan tanggungjawab kerajaan. RMK13 mesti inklusif, adil dan menjamin masa depan semua rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Saya bangun hari ini membawa suara rakyat biasa yang berdepan tekanan hidup setiap hari dari pekan hingga ke kampung tanpa mengira kaum atau agama.

Saya juga mahu mengangkat suara satu kelompok rakyat frontliners yang disanjung semasa wabak COVID-19 mencengkam negara, menggadai masa, tenaga dan kesejahteraan keluarga bahkan mempertaruhkan nyawa sendiri iaitu pegawai perubatan dan kesihatan serta jururawat di mana sahaja mereka berada.

Namun, mereka sekarang seolah-olah tidak bernilai dan tidak berharga. Mereka tidak diperlakukan oleh kerajaan, seolah ilmu dan pengalaman mereka enteng dan tidak penting.

Para doktor berhempas pulas belajar hingga berjaya, diperakui oleh MMC, tak ada jaminan ada masa depan dengan sistem lapuk ini.

draft • 3:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi — tadi Bandar Kuching pun dah sebut, “Saya melalui kehidupan itu untuk menjadi seorang doktor” dan saya mewakili suara mereka yang tak boleh bercakap di sini.

Yang di-Pertua, nak dihantar ke luar bandar. Memanglah, dia kata doktor-doktor ini nak pergi masuk swasta sebab nak dapat imbuhan lebih, itu dan ini. Tapi berhati perutlah. Segala proses perpindahan, waktu kerja dan imbuhan dan segala isu kebajikan mereka dan anak isteri supaya tidak terbeban luar kemampuan. Beri notis cukup masa.

Saya mendengar sendiri Yang di-Pertua, di mana tiga hari nak dibagi, suruh hantar ke Sabah. Anak sekolah, isteri mengandung, macam mana nak cari rumah? Macam mana nak apa. Dia tak pernah pergi kat sana. Jadi, mana nilai insani atau kemanusiaan?

Banyak lagi apa saya nak sebut Speaker, ya. Janganlah pula diganggu ekosistem penjagaan primer atau primary healthcare seperti GP yang sebenarnya banyak membantu lambakan pesakit di premis kerajaan. Dahlah di dalam hospital, dalam premis kerajaan, klinik kerajaan sendiri orang ramai tak mampu nak di-handle-kan, dengan izin ya. Jadi, mereka yang ada GP ini bukannya kaya, Yang di-Pertua ya. Jadi, biarlah mereka menjadi buffer kepada doktor perubatan ni. KKM mesti menjadikan bukannya orang yang nak dapat duit lebih itu, yang GP ni sepatutnya your Rakan KKM untuk membantu kesihatan.

Jadi, isu frontliners kesihatan memerlukan systemic change. YB kementerian, this is what you always say, “Solusi yang systemic, substance, not just form”. So, perlu bincang dengan KESUMA, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dia ada work-life balance dan sebagainya.

Isu perpaduan. Apakah alat yang boleh menyatukan semua rakyat pelbagai latar belakang Malaysia ini? Negaraku? Bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia? Bendera?

Bendera Malaysia ini sangat jelas susun aturnya. Bulan kat mana, bintang kat mana. Tak ada alasan kita ini tunggang terbalik.

Jadi, isu bendera terbalik ni dah berulang-ulang. Auditlah semua jawatan dan agensi kerajaan termasuk semua sekolah yang dibiayai oleh kerajaan. Perlu ambil tindakan tegas yang bermakna. Saya baru balik daripada China. Saya tengok satu pun bendera tak ada yang terbalik. Mereka ada National Flag Law of PRC 1990.

Kita pun — saya nak tanya, persoalan Kapar. Berapakah kes pemasangan bendera terbalik yang berlaku di Malaysia yang telah diambil tindakan di bawah Akta 414, yakni Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 atau mana-mana akta yang berkaitan?

draft • 3:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang di-Pertua, jangan jadikan RMK sebagai dokumen politik semata-mata. RMK sepatutnya dibina di atas rundingan dan kajian mendalam melibatkan suara rakyat pelbagai lapisan. Kalau suara penjaja Cina di Pekan Kapar, penoreh getah Melayu di Kampung Sungai Serdang dan nelayan Melayu di Kampung Delek atau pekerja kilang India di Batu 9, Batu 10 Jalan Kapar tidak diambil kira, maknanya RMK13 ini gagal sebagai pelan nasional yang inklusif.

Tanggungjawab fiskal. RMK13 menyebut rasionalisasi subsidi dan pengurusan hutang negara. Tapi apakah mekanisme untuk melindungi B40 dan M40 yang sudah terhimpit dengan kos sara hidup? Yang teruknya M40, Yang di-Pertua. Isu air dan infrastruktur asas masih gagal. Di mana komitmen RMK13 terhadap infrastruktur asas untuk semua? Jangan hanya tumpu projek mega tetapi abaikan paip bocor di kampung, longkang tersumbat di taman perumahan dan jalan berlubang yang mengancam nyawa dan jaminan keadilan dan bantuan sosial. Jangan pilih kasih. Jangan tengok orang parti sahaja. Jangan tengok orang yang menyokong kerajaan sahaja. Buatlah semua.

Satu yang saya pelajari daripada China, apa Yang di-Pertua? Whole process mitigasi kemiskinan dia, maknanya dia di-diagnose-kan kemiskinan, dilihat, dikaji seluruh keluarga, potensi untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Bukan piecemeal atau band-aid act, bukan plaster-plaster, tampal-tampal tapi mereka diberikan intervensi pendidikan, kesihatan, pengupayaan kemahiran dan ekonomi dan segalanya diberi secara customized dan tepat, bukan tampal-tampal.

Kita tidak boleh membiarkan RMK13 jadi dokumen elit yang cantik hanya di kertas.

Rakyat mahu lihat hasil di bawah, air bersih yang mengalir, harga barang yang terkawal, peluang kerja yang adil dan bantuan yang sampai kepada mereka, yang benar-benar memerlukan. Rakyat tidak minta bulan dan bintang. Mereka hanya mahu kerajaan berlaku adil, telus dan saksama. Itulah yang dimintakan.

Yang di-Pertua, minta sikit Yang di-Pertua. Terus kepada Kapar. Pembangunan tidak seimbang. Populasi di Kapar ini 320,000 kalau ikut DOSM. Kita ni masih lagi — kita ni dah terhimpit ni. Kapar ni terperangkap antara identiti luar bandar dan bandar. Jalan sempit dan sesak setiap pagi dan petang, sekolah rendah dan menengah paling padat di Malaysia di Kapar ini. Sekolah Kebangsaan Teluk Kapar tak nampak lagi. SK Sungai Binjai dan SMK Meru masih tak diselesaikan lagi. Masalah banjir kilat berulang, terutama di Meru dan Kampung Bukit Kapar. Sistem perparitan lama, tiada pengangkutan awam moden yang bersepadu.

Kompleks Rakan Muda di DUN Sementa sudah bertahun-tahun tak boleh dipakai. 30 peratus daripada penduduk Kapar ini yang berpuluh ribu itu tak boleh pakai. Anak muda remaja menjadi kreatif dan terlibat dalam pertandingan basikal lajak di Jambatan Ketiga Klang, rempit di jalan raya, panjat sana sini kerana fasiliti khas untuk mereka tak ada. Jadi…

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan dan sila gulung.

draft • 3:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, rumuskan. Saya rumuskan. Jadi, kerajaan hanya melaungkan slogan “Pembangunan Inklusif”. Tapi apa inklusif jika rakyat Kapar terus dipinggir pembangunan? Ini tuntutan remaja belia di Kapar. Juga, miskin bekerja Yang di- Pertua. Bukannya orang Kapar tak nak bekerja. Mereka kerja kadang-kadang sampai tiga jenis pekerjaan tapi masih tak cukup. Mohonlah pihak kerajaan bantu.

Dan TVET. Mini TVET kalau boleh. Mini TVET atau pusat latihan komuniti di Kapar.

Mohonlah guna bangunan PBT lama dan sebagainya. Sediakan modul bersama industri tempatan, bukan yang teori yang sudah ada, supaya belia kami di Kapar ini boleh, insya- Allah, mendapat manfaat.

Akhirnya, justice for adik Zara. Kami mendapatkan memorandum ini. Kami mahu — kami menuntut supaya siasatan yang telus untuk adik Zara ini supaya ianya tidak akan berulang lagi di mana-mana saja sekolah di dalam negara kita ini. Jadi, terima kasih banyak.

Tata kelola yang baik, tolonglah berikan tumpuan wahai pihak kerajaan. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Selangau.

draft • 3:50 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Puan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini bukan sekadar sebagai wakil rakyat dari Parlimen Selangau tetapi sebagai suara hati rakyat luar bandar yang mengharapkan kemajuan yang sebenar, bukan hanya di atas kertas. Rancangan Malaysia Ketiga Belas bukan sekadar dokumen perancangan lima tahun. Ia adalah manifestasi iltizam moral dan dasar pembangunan berteraskan prinsip keadilan, kesejahteraan dan kelestarian.

Dalam semangat ekonomi MADANI, kita tidak boleh lagi melihat pembangunan sebagai angka KDNK semata-mata tetapi sebagai usaha menyentuh jiwa rakyat dari pusat bandar hingga ke rumah panjang di hulu sungai. Saya tampil bukan dengan tuntutan mewah tetapi dengan harapan agar pelaksanaan RMK13 benar-benar menjangkau komuniti terpinggir di arus perdana pembangunan.

Puan Yang di-Pertua, sebelum kita melangkah ke RMK13, izinkan saya meninjau sejenak pencapaian RMK12. Dalam tempoh empat tahun pertama RMK12, Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 5.2 percent setahun, disokong oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Pelaburan yang diluluskan mencapai paras RM1.29 trilion, manakala kadar inflasi kekal terkawal pada kadar purata sekitar 2.5 percent setahun dalam tempoh 2021 hingga 2024 dan kadar pengangguran kembali kepada tahap guna tenaga penuh. Syabas.

Namun, saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa pencapaian makro ini masih belum cukup untuk menggambarkan realiti sebenar di kawasan luar bandar seperti Selangau yang masih bergelut dengan bekalan air tidak konsisten, klinik kesihatan dan sekolah yang menghadapi masalah kekurangan dari segi kemudahan dan juga tenaga kerja dan jalan tanah merah. Maka, dalam menilai kejayaan RMK12, kita perlu jujur bahawa jurang wilayah masih wujud dan mesti ditangani secara lebih tuntas dalam RMK13.

draft • 3:55 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Puan Yang di-Pertua, RMK13 adalah pelan pembangunan yang telah mengambil kira cabaran masa kini dan juga cabaran masa hadapan dengan anggaran jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.39 trilion, termasuk RM430 bilion untuk pembangunan. Jadi, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia pada tahap 30 terbaik ekonomi dunia, meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 60 peratus dan mencapai defisit fiskal di bawah tiga peratus menjelang 2030.

Namun, saya juga ingin menekankan bahawa pembangunan tidak boleh bersifat homogen. Sebaliknya, masih berpandukan kepada data geografi dan realiti wilayah. Maksud saya di sini ialah kita boleh kata bahawa kadar peningkatan meningkat tetapi ia adalah data secara purata dan tidak spesifik menunjuk kepada satu-satu kawasan. Kadar pengangguran mungkin rendah secara nasional tetapi peluang pekerjaan bernilai tinggi masih tertumpu di kawasan bandar dan koridor utama — ekonomi utama.

draft • 3:55 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Maka dalam menilai tinjauan ekonomi, kita mesti bertanya. Adakah pertubuhan ini benar-benar menyentuh kehidupan rakyat tidak kira di mana mereka sama ada di bandar- bandar besar, kampung-kampung atau di kawasan pedalaman? Dikhuatiri perancangan berdasarkan purata akan menenggelamkan realiti geografi wilayah yang berbeza-beza seperti yang dialami oleh rakyat sekarang. Dalam konteks inilah, perlu ditekankan bahawa pengagihan sumber dan pelaksanaan projek mesti berpandukan data geospatial, peta kemiskinan, akses infrastruktur dan liputan perkhidmatan asas sebenar.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Misalnya, walaupun kadar enrolmen pendidikan menengah negara hampir 95 peratus, angka ini tidak mencerminkan cabaran sekolah daif dan kekurangan guru. Selaras dengan tonggak “Raising the floor” dalam RMK13, pelaburan impak pelaksanaan dasar mesti dilaksanakan secara berskala dan telus. Bukan sahaja untuk pemantauan oleh kerajaan, tetapi juga oleh wakil rakyat dan masyarakat. Kita mesti menginstitusikan mekanisme pelaporan impak kawasan Parlimen yang merangkumi pencapaian sebenar dalam aspek pendidikan, kesihatan, infrastructure dan ekonomi rakyat mengikut lokaliti. Ini penting bagi menilai bukan sahaja sebilangan projek yang diumumkan tetapi juga keberkesanan dan kesan sebenar kepada kesejahteraan rakyat.

Sejajar dengan sasaran MADANI untuk mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI), dasar tidak harus dinilai dari sudut input dan output semata-mata tetapi dari outcome dan impak sebenar kepada rakyat. Saya juga mencadangkan agar peranan Ahli Parlimen dalam pelaksanaan RMK13 diperkasakan. Akses kepada pelaporan berkala kemajuan projek serta dilibatkan dalam penetapan keutamaan pembangunan di kawasan masing-masing. Ini bukan soal politik, tetapi soal akauntabiliti kepada rakyat. Kita tidak mahu mendengar lagi berita bahawa projek klinik atau loji air telah diluluskan peruntukkannya, tetapi tidak dilaksanakan atau terbengkalai.

draft • 4:00 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Ini mencemarkan kepercayaan rakyat kepada dasar nasional dan bertentangan dengan semangat tadbir urus yang cuba diperkukuh di bawah tonggak “Strengthening good governance” RMK13. Saya juga ingin mencadangkan agar peruntukan pembangunan luar bandar khususnya yang melibatkan projek impak tinggi, termasuk di Sabah dan Sarawak disalurkan secara terus dan telus tanpa kekangan birokrasi yang tidak produktif. Misalnya, projek menaik taraf loji rawatan air di Selangau dan Klinik Kesihatan Nanga Tamin yang telah diluluskan wajar dilaksanakan segera dan dipantau dengan ketat. RMK13 juga dilaksanakan sebagai pelan tindakan yang responsif bukan sekadar dokumen retorik.

RMK13 mesti dilaksanakan sebagai pelan tindakan yang responsif bukan sekadar dokumen retorik. Dengan peruntukan mega ini, kita tiada ruang untuk gagal. Setiap ringgit yang diterjemahkan kepada perubahan boleh dirasai di lapangan khususnya di kawasan yang paling memerlukan seperti di luar bandar Sarawak.

Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 memperlihatkan komitmen yang lebih jelas terhadap pembangunan wilayah khususnya Sabah dan Sarawak. Antara insentif utama yang digariskan termasuk pembinaan Lebuhraya Trans Borneo, pelaburan dalam grid tenaga Sarawak ke Semenanjung dan pembangunan hab hidrogen hijau di Bintulu sebagai sebahagian daripada peralihan tenaga negara. Sarawak juga menjadi tumpuan dalam pelaksanaan Pelan Transformasi Sektor Air 2040 dengan penekanan kepada teknologi air cekap dan mampan serta pengurangan kadar air tidak berhasil. Ini selari dengan inspirasi untuk memperkukuh infrastructure asas dan menjamin akses kepada bekalan air bersih di kawasan luar bandar.

Namun, saya ingin menegaskan bahawa pelaksanaan semua inisiatif ini mestilah berpandukan kepada keperluan sebenar komuniti. Kita tidak boleh lagi merancang dari atas ke bawah tanpa mendengar suara akar umbi. Sebagai contoh, program TVET di Sarawak perlu distrategikan agar selari dengan potensi tempatan seperti agroindustri, rare earth element (REE), ekonomi kreatif dan pelancongan lestari. Ini bukan sahaja akan meningkatkan keboleh pasaran belia tetapi juga menyokong pertumbuhan sektor ekonomi yang sedang berkembang di negara ini.

Dana khas untuk menaik taraf sekolah daif dan klinik kesihatan di zon pedalaman mesti disalurkan dengan kaedah pelaksanaan yang tidak birokratik. Kita tidak boleh membiarkan projek tertangguh kerana kekangan pentadbiran. Di pekan kecil seperti di Selangau, program PMKS dan koperasi desa perlu dijadikan jentera ekonomi baharu.

Dengan sokongan latihan, pembiayaan dan padanan pasaran yang bersesuaian, RMK13 mesti menjadi pemangkin kepada pembangunan yang bukan sahaja fizikal, tetapi juga sosial dan ekonomi. Sarawak tidak boleh diiktiraf sebagai wilayah yang menunggu giliran tetapi mesti diangkat menjadi wilayah yang memimpin pembangunan lestari.

Ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. Kita perlu menyelaraskan pelaksanaan RMK13 dengan pelan pembangunan negeri seperti PCDS 2030 iaitu post COVID-19 yang telah digerakkan oleh Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan pemulihan pasca pandemik dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

Sebagai contoh, Sarawak telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam...

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat Selangau, sila gulung.

draft • 4:00 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Alright. Dato’ Yang di-Pertua, rakyat Sarawak tidak menuntut layanan istimewa, tetapi mereka hanya mahu keadilan dalam pembangunan supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan negara. Pada RMK13 yang lalu, sebanyak 200 juta telah diluluskan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menaik taraf loji air di Selangau dan di Stapang. Namun sehingga kini, projek tersebut belum sepenuhnya direalisasikan.

Boleh tak minta one minute lagi?

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Boleh, boleh.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Setengah jam boleh?

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Dah seminit Yang Berhormat. Sila duduk.

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Okey. Dato’ Yang di-Pertua, kos bahan binaan pada masa ini amat tinggi dan ia memberi kesan kepada rakyat khususnya mereka yang mendirikan rumah panjang di Sarawak.

Kalau perumahan teres dan atau apartmen disediakan skim pembiayaan oleh bank, namun pembinaan Rumah Panjang Komuniti Dayak di rumah panjang tiada akses kepada pinjaman untuk tujuan pembinaan dan baik pulih rumah panjang. Oleh itu, saya menegaskan kerajaan untuk meneliti perkara ini dan seterusnya merangka satu skim pinjaman dengan syarat kewangan yang mudah berserta tanpa faedah untuk tujuan pembinaan dan baik pulih rumah panjang melalui kerjasama dengan Housing Development Corporation Sarawak. Akhir sekali, saya ingin menyatakan yang saya menyokong seruan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. *Thank you.

[Tepuk]*

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Berikutnya, Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:09 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Waalaikumsalam.

draft • 4:09 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:09 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, rancangan lima tahun Malaysia adalah penting bagi kerajaan untuk merancang dan melaksanakan pembangunan negara. Setiap rancangan memberikan tumpuan kepada aspek-aspek pembangunan yang berbeza mengikut keperluan dan cabaran semasa, tetapi secara keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan negara secara menyeluruh.

Sesungguhnya kejayaan Malaysia seperti mana yang kita lihat pada hari ini, adalah hasil pandangan jauh dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mengilham

draft • 4:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

dan melaksanakan Rancangan Malaysia daripada Rancangan Malaysia Pertama 66-70 sehingga Rancangan Malaysia yang kedua belas. Biar apa pun pandangan politik kita, hakikatnya ialah semua Rancangan Malaysia telah membawa kejayaan kepada Malaysia.

Ya, memang ada kelemahan dan kekurangan di sana sini, tetapi hakikatnya ialah Malaysia mentransformasi dari sebuah negara yang mundur, ekonomi yang berasaskan pertanian, getah dan biji timah kepada ekonomi yang berasaskan sektor industri dan perkhidmatan.

Seterusnya, saya bercakap, ingin bercakap berhubung dengan jumlah perbelanjaan RMK13. Seperti dimaklumkan, diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun, jumlah perbelanjaan keseluruhan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ialah RM611 plus bilion. Dan jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan dari kerajaan dianggarkan RM430 bilion. Manakala pembiayaan daripada GLC, GLC, GLC berjumlah RM120 bilion. Baki RM61 bilion lagi akan dibiayai dari model perkongsian awam swasta (PPP).

Persoalan terbesar ialah — yang pertama ialah mengenai RM430 bilion perbelanjaan kerajaan ataupun pembiayaan. Jumlah ini hanyalah penambahan RM30 bilion berbanding RMK12 sejumlah RM400 bilion. Harga minyak mentah pada tempoh RMK13 diunjurkan pada paras USD63.6 setong. Jauh lebih rendah daripada berbanding unjuran RMK12 semakan separuh penggal iaitu USD74.6. Besar kemungkinan hasil kerajaan negeri dalam tempoh RMK akan berkurangan. Persoalannya, dari sumber manakah kerajaan akan mencari wang bagi menampung kekurangan hasil utama negara?

Persoalan kedua ialah GLC, GLC manakah yang akan membiayai RM120 bilion atau RM24 bilion satu tahun? Begitu juga dengan pembayaran PPP sejumlah RM61 bilion. Perlu dinyatakan projek-projek yang akan dibiayai oleh PPP ini.

Susulan sebahagian besar kekayaan dan ekonomi berpendapatan tinggi Malaysia tertumpu di beberapa negeri dalam Wilayah Persekutuan. Kedudukan ini secara langsung menjelaskan fakta utama mengapa jurang pendapatan begitu besar. Wilayah Persekutuan pendapatan per kapita RM136,000 disusuli dengan Labuan, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor menduduki tempat kelima teratas.

Manakala Terengganu, Sabah, Kedah, Perlis dan Kelantan menduduki tempat lima yang ke bawah. Negeri-negeri Kedah, Perlis berada di Pantai Barat Semenanjung sepatutnya menjadi maju, tetapi masih lagi mundur. Faktor-faktor yang menyebabkan jurang kian melebar. Yang penting sekali ialah peruntukan pembangunan ditumpukan di negeri-negeri yang sudah maju.

Ada negeri yang dapat peruntukan besar, projek mega yang akan dibangunkan.

Pembesaran lapangan terbang RM1.55 bilion, LRT RM16 bilion, naik taraf Lebuhraya PLUS Juru-Sungai Dua. Kubang Pasu bukan cemburu dengan negeri ini, tetapi hendak meminta Kerajaan Persekutuan supaya berlaku adil kepada negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah dan Kelantan.

Jumlah perbelanjaan yang menjangkau RM18 bilion bagi hanya sebuah negeri dalam tempoh lima tahun RMK13 adalah terlalu tinggi dan jelas tidak berlaku adil kepada negeri- negeri yang mundur seperti Kedah.

draft • 4:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Yang di-Pertua, kaedah terbaik untuk melencongkan trafik menuju ke Utara Kedah dan Perlis perlu dilihat secara nasional, secara rasional. Yang terbaik dan lebih berkesan ialah membangunkan lebuh raya bertol dari Changkat Jering melalui Bandar Baharu ke Sungai Petani Kedah. Lebuh raya bertol ini mampu memberi kesan positif pada negeri Kedah dan Perak kerana ia akan membuka pembangunan baru sepanjang laluan berkenaan.

Di samping memberi peruntukan yang besar jumlahnya kepada sebuah negeri ini termasuk pembesaran lapangan terbang. Kerajaan Persekutuan juga perlu berlaku adil kepada negeri Kedah. Kerajaan hendaklah menyokong serta memberikan peruntukan bagi membangunkan Lapangan Terbang KXP. KXP mampu melonjakkan ekonomi negeri Kedah dengan ketara. Dalam masa yang sama melonjakkan ekonomi negara. Ia mampu menaikkan siling dan menaikkan lantai.

Kubang Pasu menyambut baik projek penanaman padi lima kali setahun dalam — lima kali dalam dua tahun di kawasan MADA. Ia penting bagi keterjaminan makanan rakyat Malaysia. Namun, projek pertanian tidak mampu untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Kedah. Kedah mengorbankan tanah 84,000 hektar untuk pengeluaran beras bagi rakyat Malaysia. Namun ia tidak membantu ekonomi dan pendapatan rakyat Kedah kerana ia bukan projek high-growth, high-value.

Rumusannya, jika tiada anjakkan besar dilakukan dari segi projek-projek berimpak tinggi, sampai bila pun negeri mundur seperti Kedah akan terus berada dalam keadaan demikian. Orang Kedah kata, “Sampai kiamat pun duk macam tulah juga”.

Agenda bumiputera RMK13, pembangunan ekonomi pasca 69 dibentuk bagi membina sebuah negara bangsa yang stabil, berteraskan keadilan ekonomi sebagai tonggak perpaduan dan kemakmuran bersama. Ia bermula dengan Dasar Ekonomi Baru 71-90. Di mana kerajaan menetapkan dua matlamat besar iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

DEB bukan sekadar pelan ekonomi, tapi falsafah sosial yang mengiktiraf jurang pendapatan merupakan ancaman terhadap perpaduan nasional. Semua dasar-dasar pembangunan selepas DEB, DPN, DWN, MEB dan WKB 2030 memberikan tumpuan khusus dan jelas mengenai matlamat sosioekonomi bumiputera.

Pada 9 Ogos 2024, kerajaan mengangkat agenda Pelan Transformasi Bumiputera 2035 (PuTERA35) sebagai wahana memperkasa agenda pembangunan bumiputera.

Kesinambungan dasar-dasar ini bergantung kepada perkara asas iaitu keupayaan mengukur kemajuan secara telus. Kompas yang menentukan sama ada pendapatan, jurang pendapatan benar-benar mengecil.

Dalam konteks ini, RMK membawa nada yang agak berbeza dalam — dengan berbeza dengan RMK, RMK sebelum ini. Kubang Pasu tidak menafikan bahawa terdapat seksyen atau bab yang menyentuh sedikit tentang sasaran dan strategi bagi meningkatkan tahap sosial ekonomi bumiputera, disebut sebagai golongan sasar.

draft • 4:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Disentuh juga tentang pelaksanaan dan pemantauan 132 Ikhtiar PuTERA35.

Sasaran disebut untuk bumiputera ialah kadar penyertaan bumiputera dalam kategori pekerjaan mahir 2023, 61 peratus dan 2030, 65 peratus. Dan peratus isi rumah bumiputera yang memiliki seunit kediaman, ia tidak mencukupi.

Indikator strategik seperti nisbah gaji bumiputera berbanding rakan kita, kaum Cina.

Nisbah pendapatan isi rumah dan pemilikan ekuiti individu bumiputera tidak langsung disebut.

Ukuran pembangunan perusahaan bumiputera, penguasaan ekuiti melalui syarikat berkaitan GLC serta sumbangan bumiputera kepada KNK juga tidak diberi tumpuan yang sewajarnya.

Data DOSM mengesahkan keresahan ini.

Pada 2023, gaji penengah bumiputera ialah RM2,360, manakala rakan kita dari etnik Cina menerima RM2,932 dengan jurang hampir RM600. Pendapatan menengah isi rumah bumiputera pada 2022 ialah RM5,793 berbanding dengan RM8,167 bagi rakan kita kaum Cina. Dengan jurang RM2,374 iaitu paling tinggi sejak tiga dekad.

Agenda bumiputera bukan sekadar kumpulan, dasar kumpulan majoriti, tetapi instrumen strategik membina daya tahan ekonomi nasional. Mengikut keupayaan ekonomi bumiputera adalah pelaburan dan kestabilan sosial, memperluas pasaran domestik dan menjadi daya saing di peringkat global. Berdasarkan kepada kedudukan bumiputera yang diukur melalui gaji penengah bulanan, pendapatan penengah isi rumah dan pemilikan ekuiti yang masih rendah.

Kubang Pasu ingin mencadangkan supaya pendekatan agenda bumiputera dalam RMK13, mengenai jurang pendapatan etnik dan matlamat pemilikan individu dan agensi mandat bumiputera yang rendah dan tidak mencapai matlamat 30 peratus perlu diberi tumpuan dan dimasukkan secara jelas dalam RMK13.

Seterusnya R&D - research and development. Penyelidikan R&D amat penting dalam pembangunan negara. Tanpa R&D yang kukuh tidak mungkin sebuah negara boleh jadi maju dalam teknologi dan ekonominya. Contoh terbaik ialah negeri China, negeri Taiwan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kemajuan ekonomi Taiwan bermula 80-an melalui penglibatan dalam IC Design atau pun Integrated Circuit Design. Hsinchu Science Park telah ditubuhkan bagi membangunkan industri elektronik dan elektrikal termasuk semikonduktor. Dalam Hsinchu Science Park kemudiannya dibangunkan Industrial Technology Research Institute ataupun ITRI. ITRI mempunyai 6,000 orang jurutera dalam pelbagai disiplin.

Mereka melaksanakan R&D dalam pelbagai bidang terutama semikonduktor. Hasil daripada R&D di ITRI inilah tertubuhnya syarikat-syarikat terkemuka dalam semikonduktor seperti TSMC. TSMC ditubuhkan tahun 1997 adalah sebuah syarikat pengeluar cip termaju, advanced chip terbesar di dunia. Semua ini terjadi kerana wujudnya aktiviti R&D yang maju dan berterusan.

Malaysia buat masa ini hanya membelanjakan kurang daripada satu peratus per KDNK negara. Ia adalah ‘tindah.’ Matlamat peruntukan R&D pada RMK12, 2.5 persen tidak tercapai. Dalam RMK13 telah diberi matlamat dengan 3.5 persen menjelang 2030. Untuk menjadi pencipta teknologi bukan sekadar pengguna, jumlah satu peratus mesti dinaikkan ke

draft • 4:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

tahap sekurang-kurangnya tiga peratus dalam masa terdekat dengan perkongsian yang kuat antara kerajaan, industri dan akademia.

Pelbagai kaedah dan pendekatan telah dilaksanakan namun R&D kita untuk mencipta teknologi masih kurang berdaya maju. Sebenarnya kita harus belajar tentang R&D yang berkesan bagi matlamat menjadi negara pencipta daripada negara-negara yang maju seperti Jepun, Taiwan dan sebagainya.

Taiwan membelanjakan 4 peratus daripada KDNK untuk R&D. Malaysia perlu adopt dan adapt menggunakan modul terbaik sesuai untuk negara. Salah satunya ialah modul dari Taiwan yang terbukti berjaya dan Taiwan membelanjakan 28.9 bilion US Dollars atau pun RM124 bilion. Perbelanjaan ini termasuk sumbangan daripada swasta. Aspek yang penting daripada modul ini ialah pelaburan R&D yang kuat dari sektor swasta. Sokongan dan peranan kerajaan amat penting.

Fokus terhadap R&D industry berkait rapat dengan fokus untuk menyokong pelbagai industri melalui R&D. Peranan utama Industrial Technology dan Research (ITRI) yang saya sebutkan tadi sebagai organisasi R&D yang prominent dan memainkan peranan utama bagi memudahkan kolaborasi kerajaan, industri dan akademik.

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Untuk memenuhi keperluan jurutera – bagi sikit lagi noh, Dato’.

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit boleh? Seminit, eh

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Bagilah dua minit, saya tak boleh bernyawa hari ni.

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okeylah.

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Untuk memenuhi matlamat...

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dua minit.

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Jurutera:

keperluan jurutera, saintis dan sebagainya, Malaysia perlu memperkasakan subjek STEM di kalangan pelajar sekolah. Pelajar-pelajar sekolah perlu disediakan melalui perancangan dan strategi supaya mereka memilih STEM A atau STEM B di peringkat Tingkatan 4. Ia adalah satu-satunya opsyen dan tidak ada opsyen lain bagi mewujudkan jurutera kelas pertama bagi menjayakan agenda sains dan teknologi.

Sebab masa dah tak ada, Dato’ Speaker saya nak sebut sikit pasai, pasai apa...

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu pun dah makan masa Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Pasai REE. Sikit je. Akhir sekali saya nak perkatakan mengenai REE atau nadir bumi. Ia disebut dalam dokumen RMK13 muka surat 29. Saya mengalu-alukan agar pembangunan REE dipercepat dan menambah baik keseluruhan sistem ekosistem serta mempergiat aktiviti sepanjang rantaian. Tumpuan harus diberikan untuk membangunkan kapasiti tempatan terutama dalam

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

teknologi perlombongan, penulenan dan pemisahan melalui kerjasama strategik dengan negara luar.

Negara akan rugi besar jika nadir bumi sebanyak 18.2 juta tan dengan nilai RM800 bilion terbiar begitu saja. Kebanyakan nadir bumi terdapat di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Kubang Pasu mencadangkan agar kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama dan mempercepatkan proses perlombongan nadir bumi ini. Pembangunan nadir bumi mampu mengurangkan jurang ekonomi wilayah atau negeri kerana ia terdapat di negeri- negeri yang mundur.

Sebagai rumusan Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 adalah wahana penting untuk pembangunan negara dalam masa lima tahun yang akan datang. Kejayaannya amat bergantung kepada sistem penyampaian (delivery system), pelaksanaan yang cekap dan berkesan serta pembantuan yang berskala. Dasar tanpa tindakan pelaksanaan yang baik hanyalah satu dokumen semata-mata. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikutnya, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

[Membaca selawat] Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Kuala Pilah merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan atas pembentangan RMK13 yang merangkumi pelbagai strategi penting bagi melonjakkan Malaysia bukan hanya ke arah negara berpendapatan tinggi malah mampu melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan menyediakan kehidupan berkualiti.

Kuala Pilah menyambut baik komitmen kerajaan dalam menjadikan pembangunan inklusif dan saksama sebagai asas perancangan nasional. Namun dalam semangat yang konstruktif, Kuala Pilah ingin mengemukakan beberapa keprihatinan dan cadangan bagi memperkukuh dan memakmurkan lagi pelaksanaan perancangan ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kuala Pilah mengucapkan tahniah atas pelantikan semula Pengerusi FELDA yang Kuala Pilah percaya akan meneruskan agenda pemerkasaan sosioekonomi peneroka dan membawa FELDA terus maju ke hadapan.

Dato’ Yang di-Pertua, sehingga hari ini FELDA kekal menjadi tulang belakang kepada pembangunan luar bandar dan pemerkasaan ekonomi bumiputera. Sejak pelaksanaannya, FELDA menjadi antara jaringan pembangunan luar bandar terbesar di Malaysia.

Berdasarkan trend sebelum ini, purata pendapatan bulanan peneroka bagi sektor sawit pernah melebihi RM4,200 pada tahun 2021 manakala peneroka yang mengurus ladang dengan baik mampu meraih antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Walaupun data ini agak lama, ia memberi gambaran keupayaan FELDA dalam meningkatkan pendapatan peneroka.

draft • 4:25 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Namun begitu, purata pendapatan peneroka di sesetengah lokasi FELDA dilaporkan serendah RM1,200 hingga RM1,400 sebulan iaitu jauh di bawah paras gaji minimum nasional. Situasi ini memperlihatkan jurang pendapatan yang amat ketara antara rancangan FELDA dan memerlukan perhatian segera dalam merangka dasar seimbang. Mohon Menteri berkongsi data terkini berkenaan purata pendapatan bersih peneroka FELDA serta sebaran pendapatan mengikut lokasi atau cabang rancangan bagi memperjelas tahap pemerkasaan ekonomi bergerak ke hadapan.

Kuala Pilah juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya dasar-dasar sedia ada diteliti semula termasuklah pelaksanaan Group Settlement Act 1960 yang mungkin tidak lagi selari dengan landskap sosial dan ekonomi semasa. Undang-undang yang menjadi asas kepada penubuhan FELDA ini wajar disemak agar dapat menyokong pembangunan FELDA secara lebih dinamik termasuk dari segi pemilikan dan pewarisan tanah, pembangunan generasi kedua dan ketiga serta pemodenan ekonomi setempat.

Selepas lebih enam dekad pelaksanaan, keberkesanan akta ini perlu dinilai semula, khususnya dalam menangani isu pengurusan tanah bersama dan cabaran pewarisan dalam kalangan generasi baharu peneroka.

Kuala Pilah juga mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penggunaan peruntukan di bawah Sistem Rekod Maklumat Jalan Malaysia ataupun MARRIS bagi menaik taraf jalan dalaman di kawasan FELDA yang masih terbiar atau uzur. Penyaluran ini penting bagi memastikan jaringan jalan yang lebih selamat dan efisien sekali gus menghubungkan komuniti peneroka dengan pusat pertumbuhan ekonomi setempat secara lebih lancar dan menyeluruh.

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan melalui RMK13 telah menggariskan pelbagai strategi untuk membangun dan mempergiatkan lagi sektor pertanian.

draft • 4:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, Kuala Pilah, boleh saya masuk sekejap, Kuala Pilah? Saya minta sedikit sahaja, Kuala Pilah, fasal – supaya Kuala Pilah tidak masuk ke tajuk lain.

Tadi Kuala Pilah sebut pasal projek MARRIS ini Dato’ Yang di-Pertua, masuk ke kawasan FELDA. Kenapa tidak benarkan MARRIS masuk FELDA? Sedangkan peruntukan MARRIS kepada kerajaan negeri berlebih-lebih sampai ada negeri tak pakai habis pun pada tahun yang berkenaan. Kenapa tidak kerajaan buat satu ketetapan bahawa peruntukan MARRIS ini boleh melaksanakan kerja-kerja naik taraf dan pembaikan jalan di semua kawasan FELDA terutamanya Negeri Sembilan? Kuala Pilah setuju tidak pandangan ini?

draft • 4:25 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kuala Pilah amat setuju Yang Berbahagia Dato’ Speaker dan mohon dimasukkan ucapan Jelebu ini dalam ucapan saya juga.

draft • 4:25 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Paya Besar bersetuju.

draft • 4:25 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kerajaan melalui RMK13 telah menggariskan pelbagai strategi untuk membangun dan mempergiatkan lagi sektor ekonomi pertanian bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan negara. Dalam konteks

draft • 4:25 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

ini, kerajaan wajar memberi keutamaan kepada Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai agensi peneraju pembangunan pekebun kecil.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, pengeluaran getah asli pada April 2025 mencatatkan penurunan ketara sebanyak 37.3 peratus kepada 18,000 tan berbanding bulan sebelumnya. Perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan sebanyak 15.6 peratus berbanding April 2024.

draft • 4:25 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Keadaan ini memberi isyarat jelas bahawa industri getah memerlukan suntikan dasar, inovasi dan pelaburan semula untuk mengelakkan kemerosotan berterusan. Bagi mengatasi isu ini, kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menggalakkan penanaman getah menggunakan mekanisasi dan teknologi pertanian pintar untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual.

Kerajaan juga perlu memperluas program penyelidikan dan pembangunan R&D untuk menghasilkan klon getah baharu yang lebih tahan penyakit, berdaya hasil tinggi dan sesuai dengan perubahan iklim. Di samping itu, pembangunan industri hiliran perlu dipergiat dengan memfokuskan kepada pengeluaran produk bernilai tambah tinggi untuk pasaran eksport termasuk komponen perubatan dan automotif.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I merangkap Menteri KKDW sebelum ini pernah mengumumkan mengenai penyediaan dana bagi usaha R&D tenaga hijau selaras dengan penemuan bahan bakar baharu berasaskan biofuel getah dan gas daripada getah sekerap. Sehubungan itu, Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dan bakal diambil kerajaan untuk menyokong pembangunan dan pengkomersialan biofuel getah ini serta sejauh mana kerjasama strategik telah dijalin antara kerajaan, agensi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi untuk merancakkan lagi R&D berkaitan biofuel getah ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 juga menyebut mengenai pemerkasaan sistem TVET bagi melahirkan tenaga mahir dan berdaya saing. Kuala Pilah menyambut baik komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh sektor TVET. Dalam dunia pasca pandemik yang sarat cabaran global dan automasi, sistem pendidikan kita tidak boleh terus berpaksikan model tradisional semata-mata.

Pelaksanaan TVET haruslah lebih holistik dan tidak fragmented dengan izin. Kita perlu integrasi yang lebih kukuh antara laluan akademik dan TVET serta jaminan bahawa setiap program latihan adalah diperakui institusi dan diiktiraf antarabangsa. Kuala Pilah mencadangkan agar TVET dirangka dengan struktur fleksibel, contohnya melalui sistem pemindahan kredit, laluan naik taraf ke universiti awam dan program dengan izin, earn and learn yang membolehkan pelajar menyambung pengajian sambil bekerja.

Kurikulum TVET harus digubal bersama pihak industri secara langsung agar latihan diberi benar-benar relevan dengan keperluan pasaran. Standard pengiktirafan juga perlu ditingkatkan agar kebolehpasaran graduan TVET bukan sekadar di dalam negara malah boleh bersaing secara global.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, isu kesesakan dan keselamatan di laluan Jalan Seremban-Kuala Pilah-Serting, bukanlah perkara baharu. Dalam hampir setiap sesi Dewan yang mulia ini, Kuala Pilah konsisten mengangkat permasalahan yang telah berlarutan lebih dua dekad ini. Namun begitu, Kuala Pilah melihat projek jalan ini tiada dalam lakaran RMK13 ini. Oleh itu, melalui peruntukan di bawah RMK13, Kuala Pilah merayu agar kerajaan mempercepatkan kelulusan serta pelaksanaan projek jalan pintas yang telah lama diperjuangkan rakyat. Sekiranya peruntukan kerajaan tidak mencukupi, projek ini wajar diberi keutamaan untuk dilaksanakan melalui pendekatan request for proposal (RFP) dengan izin bersama mana-mana pihak swasta yang berminat agar ianya dapat direalisasikan dengan segera dan dalam tempoh sesingkat mungkin.

Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga mohon agar kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya menyambung semula kerja-kerja pelebaran Jalan Seremban-Kuala Pilah yang telah pun dilaksanakan dari Bukit Putus hingga ke Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul. Projek ini telah pun dilaksanakan separuh jalan. Dan oleh kerana itu bagi jajaran ini, Kuala Pilah percaya bahawa keutamaan harus diberikan kepada pelebaran penyambungan — pelebaran jalan ini sehingga ke pekan Kuala Pilah seperti mana ianya telah dirancang daripada awal lagi oleh kerajaan pada ketika itu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung status permohonan pembinaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang baharu. Keperluan ini telah lama disuarakan memandangkan bangunan sedia ada yang telah berusia lebih setengah abad, kini terlalu uzur dan tidak lagi memenuhi keperluan operasi semasa. Keadaan ini turut membimbangkan dari aspek keselamatan, struktur bangunan yang usang, sistem pendawaian yang berisiko dan sistem perpaipan yang sudah terlalu lama menambah tekanan kepada kakitangan, di samping menimbulkan potensi bahaya kepada keseluruhan operasi.

Dalam ketiadaan sebuah pejabat kesihatan daerah yang kondusif dan tersusun, menyukarkan penyelarasan perkhidmatan kesihatan komuniti terutamanya dalam pentadbiran kawalan penyakit dan pengurusan kes kecemasan. Dalam pada masa yang sama, isu kekurangan staf kesihatan turut menjadi kebimbangan utama. Fasiliti yang moden dan serba lengkap tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa tenaga kerja yang mencukupi. Tidak mahu situasi di mana bangunan baharu siap dibina, tapi kekal kosong dari segi kepakaran dan kecekapan operasi. Justeru, perancangan penempatan tenaga kerja KKM wajar dijadikan indikator utama dalam pelaksanaan projek kesihatan di bawah RMK13 khususnya di kawasan luar bandar.

Setiap projek baharu sama ada hospital, klinik ataupun pejabat kesihatan perlu disertakan dengan unjuran sumber manusia yang realistik termasuk aspek perjawatan tetap dan kontrak bagi memastikan perlaksanaan projek fizikal selari dengan keupayaan operasi.

Di samping itu, insentif penugasan luar bandar perlu diperluas kepada lebih banyak skim perkhidmatan kesihatan sebagai langkah galakan untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja berkhidmat di kawasan pedalaman seperti Kuala Pilah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kerajaan juga perlu memperkasa dan menambah baik Program Rakan KKM.

Difahamkan beberapa tahun lalu saja lebih kurang 400 orang doktor pakar telah meninggalkan perkhidmatan awam. Secara puratanya, Yang di-Pertua, sehari seorang itu.

Walaupun inisiatif Rakan Muda — Rakan KKM, tidak akan dapat menyelesaikan isu ini secara total, ia berpotensi menjadi langkah mitigasi jangka pendek yang baik untuk mengurangkan kesan kehilangan tenaga pakar secara mendadak.

Yang di-Pertua, golongan neurodivergent, termasuk individu dengan autisme, ADHD, disleksia dan penyakit jarang jumpa ataupun rare diseases, semakin banyak dikenal pasti dalam komuniti kita. Namun, dasar sokongan terhadap mereka masih bersifat serpihan dan belum benar-benar tersusun serta mampan. Ketiadaan pelan tindakan nasional yang menyeluruh menyebabkan banyak keluarga terpaksa bergantung kepada inisiatif NGO atau inisiatif sendiri untuk mendapatkan akses kepada diagnosis, intervensi awal dan terapi. Ini menjadikan jurang sokongan antara bandar dan luar bandar semakin melebar, sekali gus menjejaskan peluang perkembangan optimum golongan ini.

Kuala Pilah menggesa agar kerajaan mengambil pendekatan yang benar-benar inklusif dengan memperkenalkan dasar khusus yang komprehensif untuk menyokong golongan neurodivergent. Kerajaan perlu menubuhkan pusat intervensi awal komuniti di setiap daerah, terutamanya di luar bandar. Kerajaan juga harus mempertimbangkan insentif kewangan khas untuk keluarga B40 dan M40 yang menjaga anak-anak OKU neurodivergent ini termasuk bantuan untuk kos terapi, pendidikan khas dan alat sokongan pembelajaran.

Realitinya, perbelanjaan keluarga yang menjaga anak neurodivergent bukan hanya melibatkan kos rawatan, tetapi juga komitmen jangka panjang dalam bentuk terapi berterusan, pendidikan khas, peralatan sokongan dan keperluan harian. Dato’ Yang di- Pertua, Kuala Pilah….

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Saya landing, insya-Allah. Kuala Pilah, Dato’ Yang di-Pertua, Kuala Pilah merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Komunikasi atas inisiatif pemasangan peranti Point of Presence (POP) di seluruh negara. Kuala Pilah merakamkan penghargaan kepada Menteri atas kejayaan pelaksanaan JENDELA Fasa 1 dan Fasa 2 yang amat memberangsangkan dan saya percaya ia masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan untuk maksud tersebut.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, masa sudah tamat, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata, akhir kata. Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata saya.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua. Kuala Pilah, saya minta tambah sedikit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa sudah habis, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, yang ini penting sangat ini. Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, saya tengok list, Yang Berhormat akan berucap sekejap lagi, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Fasal dalam itu, saya takut ….

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, bawa point itu dalam ucapan Yang Berhormat sebentar lagi.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sikit je lagi, Dato’ Yang di-Pertua, sikit je lagi.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kuala Pilah, teruskan. Saya tak benarkan, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Sebenarnya Jelebu, saya benarkan Jelebu, tapi saya akur kepada perintah Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, sila. Yang Berhormat Kuala Pilah, dah habis masa.

draft • 4:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata Kuala Pilah menyambut baik matlamat yang digariskan RMK13. Namun begitu, Kuala Pilah menyeru agar pelaksanaannya tidak bersifat makro atau bersandarkan angka dan unjuran semata-mata.

Kuala Pilah tidak meminta yang luar biasa, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Kami cuma mahukan perancangan pembangunan yang adil agar rakyat luar bandar tidak terus tercicir dalam arus pembangunan nasional. Kuala Pilah percaya dengan perancangan telus dan pelaksanaan yang saksama, RMK13 mampu menjadi pelan tindakan yang mengangkat seluruh rakyat Malaysia. Dengan itu, Datuk Yang di-Pertua, Kuala Pilah mohon menyokong.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, terima kasih, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, Yang Berhormat Jelebu.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tak, saya nak sebut Yang Berhormat, kawasan Yang Berhormat ada FELDA. Saya nak sebut satu saja, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat perlu bangun kalau ada Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh, okey, okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Pilah. Berikutnya, Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 4:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat petang, salam sejahtera. Sebentar tadi Yang Amat Berhormat Tambun dalam Dewan. Tahniah, baru balik luar negara terus turun. Turun di sini, ya.

draft • 4:39 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya mengambil bahagian berbahas dalam RMK13 ini mewakili rakyat Alor Setar khususnya dan mewakili rakyat Malaysia amnya. Saya ada empat perkara, Dato’ Yang di-Pertua.

Pertama, apa tujuan setiap kali rancangan Malaysia ini dibentang di Dewan Rakyat ataupun Dewan yang mulia ini? Sudah tentulah tujuannya ialah untuk membangunkan negara dan membangunkan masyarakat.

Namun, persoalan yang besar yang mesti kita ambil perhatian ialah dalam kita membangunkan negara kita ini, fizikalnya, kita juga perlu memikirkan adakah pembangunan manusia yang akan melaksanakan pembangunan negara ini seiring dengan keperluan- keperluan yang memenuhi pelan pembangunan yang telah pun kita gariskan. Dalam tempoh lima tahun yang akan datang ini, selain daripada kita bincang hal pembangunan fizikal, kita juga perlu melihat dalam tempoh lima tahun ini bagaimana manusia yang mahu kita lahirkan daripada pelan ataupun RMK13 ini.

Manusia hari ini nampaknya masih lagi dianggap sebagai alat kepada pembangunan, menjadi sumber untuk dapat keuntungan, menjadi sumber untuk menjadi alat kepada ekonomi, alat kepada politik. Sedangkan manusia sebenarnya, kalau mengikut tasawur Islam, mempunyai tugas sebagai khalifah, menyusun atur bumi, memanfaatkan hasil mengikut kehendak yang telah pun diaturkan, menjalankan tugas sebagai hamba kepada Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir-akhir ini, isu-isu sosial berlaku dengan begitu dahsyat.

Seks bebas live dalam TikTok, media sosial, gejala-gejala LGBT semakin menjadi-jadi, termasuk yang kita bincang banyak hari ini ialah gejala buli sehingga tahap membunuh nyawa yang tidak berdosa, yang tidak bersalah.

Yang peliknya, Dato’ Yang di-Pertua, mereka yang membuli ini merakam video. Dia tidak malu melakukan satu kejahatan, satu dosa, satu kesalahan dan dia rakam kejahatan itu dan dia sebarkan kejahatan itu kepada orang lain. Manusia yang macam mana yang kita mahu lahirkan sebenarnya, Dato’ Yang di-Pertua? Ini yang patut menjadi kebimbangan kita semua pada hari ini, selain daripada kita bicara soal fizikal RMK13.

Dato’ Yang di-Pertua, kita ada anak, kita akan ada cucu nanti. Saya rasa Dato’ Yang di-Pertua belum ada cucu lagi, sama macam saya, tapi kita akan ada generasi selepas ini.

Dan anak cucu kita ini sedang menunggu sampai masa kepada mereka, mereka akan lalui zaman ini. Maka, kita yang berada dalam Dewan ini, mungkin sekarang ini kita cukup kuat untuk menempuhi semua cabaran-cabaran sosial yang berlaku, tapi anak-anak kita nanti kita belum tahu adakah mereka kental dan kuat untuk menempuhi cabaran-cabaran ini. Lihat

draft • 4:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

sahaja kes-kes buli yang berlaku itu. Mereka tidak kuat untuk menempuh semua ini. Ada yang pernah membunuh diri.

Inilah perkara-perkara yang perlu kita fikirkan secara serius kerana generasi kita dulu belajar di sekolah, kita dididik dengan rotan daripada guru, tapi generasi hari ini, mereka belajar dengan TikTok, mereka berguru dengan apa yang mereka lihat dalam skrin telefon mereka. Apa yang trending, mereka ikut siapa yang viral. Mereka ada terlalu banyak maklumat dalam dunia digital dan mereka cenderung untuk memilih mengikut selera mereka sahaja tanpa ada garis panduan yang kuat daripada agama.

Air tenang tepi kuala, Nampak jernih dalamnya lumpur; Manusia rosak lupa agama, Hidup gelap jiwanya hancur. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang arwah adik Zara Qairina.

Isunya ialah bukan arwah Zara ini, tapi isunya ialah di sebalik itu, gejala buli yang disebutkan tadi yang semakin menjadi-jadi. Sejak tarikh kematiannya sampailah hari ini, sudah hampir satu bulan, dia pergi meninggalkan kita semua tanpa ada jawapan apa punca kematiannya.

Apa sebenarnya yang berlaku? Rakyat tertanya-tanya. Siapa penyebab kematiannya? Apa yang ingin disorok? Siapa pelaku yang mahu disembunyikan? Benarkah ada pelajar yang tiba-tiba dilaporkan pindah sekolah? Benarkah ada arahan supaya guru-guru di sekolah itu tak boleh bercakap tentang hal ini? Kenapa kes ini tak dibuat bedah siasat seperti dibangkitkan oleh Kota Bharu dan lain-lain Ahli Parlimen berbahas?

Semua perkara ini menimbulkan kesangsian dan keraguan rakyat terhadap sekolah yang patut kita letak keyakinan. Perkara ini harus kita lihat secara serius.

Maka, saya tegaskan dalam Dewan yang mulia ini, Dato’ Yang di-Pertua, inquest perlu segera dibuat untuk menyiasat siapa pelaku-pelaku berkenaan...

[Tepuk] Saya juga ingin tegaskan, kita semua mesti menganggap adik Zara Qairina ini bukan hanya anak kepada ibu bapanya sahaja, tapi adik Zara ini juga anak kepada kita semua rakyat Malaysia yang mahu ditegakkan keadilan ke atas kematiannya yang masih belum terjawab sampai hari ini.

Dato’ Yang di-Pertua, inilah yang saya maksudkan. Kalau kita buat segala perancangan yang panjang tapi manusia yang nak menjalankan perancangan itu semakin hari semakin rosak, semakin hari semakin rendah moral akhlaknya, maka apa guna kita berbangga negara kita maju, apa guna kita berbangga ekonomi kita melonjak naik, tapi manusia yang nak melaksanakan ekonomi itu semakin hari semakin runtuh, semakin runtuh dan semakin runtuh?

Maka, rentetan daripada itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya mencadangkan, berkaitan dengan kes buli tadi, lima perkara kepada kementerian yang berkenaan.

Pertama, jawatan warden sepenuh masa. Warden asrama sepenuh masa perlu diwujudkan dan diambil bukan daripada kalangan guru. Yang ada hari ini, guru di siang hari dia pergi sekolah, malam dia kena bertugas jaga asrama warden. Esok pagi masuk sekolah balik. Guru yang macam mana yang boleh buat kerja macam ini? Mereka bukan robot, mereka perlu berehat. Perlu lantik warden sepenuh masa. Buat perjawatan baharu.

draft • 4:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang kedua, buat audit keselamatan di sekolah-sekolah yang dijadikan ― ataupun yang menjadi tumpuan kes-kes yang tinggi ini, pasang CCTV.

Yang ketiga, gubal undang-undang anti-buli.

Yang keempat, wujudkan jawatankuasa khas kabinet mengenai buli dengan segera.

Dan yang kelima, wujudkan platform aduan dalam talian untuk semua aduan-aduan ini merentasi kementerian, sekolah, polis dan pelbagai agensi yang berkenaan.

Poin yang ketiga, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bercakap tentang e-sukan.

Kebetulan dengan portfolio yang diberikan tugas kepada saya. Kita berbangga Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, tetapi langsung ― didapati dalam RMK13 ini, langsung tidak disebut tentang inisiatif untuk e-sukan. Dalam RMK13 memperuntukkan RM611 bilion pembangunan. Tak sampai 0.1 persen diperuntukkan kepada e-sukan ataupun e-sport.

Terlalu kecil jumlah ini berbanding industri lain. Ini tanda kurangnya komitmen pihak kerajaan.

Sepatutnya kita berikan penumpuan yang serius kepada e-sukan yang sedang mendapat tempat dalam kalangan anak muda. Kita ada pasukan-pasukan yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa. Selangor Red Giants OG mendapat juara di Kejohanan Mobile Legends, mewakili dunia Grand Final Piala Dunia tahun ini. Mereka juga pernah mendapat anugerah yang berturut-turut di peringkat antarabangsa.

Potensi-potensi sangat banyak untuk kita terokai. Namun, terdapat beberapa kekurangan yang saya rasa pihak kementerian, khususnya KBS, perlu sedar. Pertama, nampaknya tidak ada komitmen kewangan jangka panjang untuk e-sukan dalam RMK13.

Perlu diberi penjelasan, mengapa?

Yang kedua, nampaknya RMK13 ini tidak menyentuh rancangan untuk menaik taraf pusat siber makmal gaming ataupun pusat latihan berteknologi tinggi.

Yang ketiga, didapati juga tidak ada pelan meluas untuk memperkasa bakat e-sukan di peringkat sekolah, IPT dan komuniti. Saya nampak ada usaha yang telah pun KBS mula buat dengan KPM, namun bilangan yang dibuat itu difahamkan 14 projek saja e-sukan di peringkat akar umbi tidak mencukupi.

Dan RMK13 tidak menyatakan langsung sokongan kepada program pembangunan bakat baharu sedangkan inilah asas untuk membina generasi juara pada masa akan datang.

Yang keempat, yang kedua terakhir, Dato’ Yang di-Pertua, ialah isu-isu pembangunan di Alor Setar. Ada tiga isu yang ingin saya minta pihak kementerian beri perhatian.

Pertama, isu projek rancangan tebatan banjir yang difahamkan masih belum lagi selesai sehingga hari ini, Dato’ Yang di-Pertua. Saya dapat makluman daripada pihak pejabat daerah dan pihak-pihak yang berkenaan di dalam Kerajaan Negeri Kedah, projek ini telah pun tergendala sejak begitu lama khususnya berhampiran dengan Kampung Alor Gunung, Alor Setar. Tahun 2024 sahaja, tahun lepas, orang Alor Setar ini dah mengalami lima kali gelombang banjir, Dato’ Yang di-Pertua. Tiga kali pindah rumah dalam tempoh tiga minggu.

Lima kali pindah rumah, lima kali buka PPS, lima kali cuci rumah, lima kali barang-barang kena beli yang baharu. Penatlah. Teruk. Saya rasa Yang Berhormat Kota Raja sangat faham kepenatan ini. Beliau pernah duduk dengan orang-orang susah dulu. Sekarang pun masih.

draft • 4:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Di Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kota Setar― Daerah. Majlis Pembangunan Daerah Kota Setar memaklumkan antara punca banjir kilat ini, Dato’ Yang di- Pertua, ialah kerana sungai, paras Sungai Kedah ini semakin cetek. Hakisan-hakisan demi hakisan berlaku daripada sepanjang Sungai Kedah daripada hulu Sungai Padang Terap sampai ke Kampung Pelubang di Jitra ini menyebabkan air melimpah keluar masuk dalam Bandaraya Alor Setar.

draft • 4:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tembok-tembok untuk menahan tebing juga perlu dibina. Kos ini tinggi. Saya minta kementerian tolong pertimbang sungguh-sungguh masukkan dalam perancangan RMK13 yang kita bincangkan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, yang kedua, melalui kelangsungan Projek Jejak Warisan di Alor Setar. Saya ucap terima kasih KPKT, Timbalan Menteri ada di sini...

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya telah sebut sebelum ini, telah diselesaikan kajian tersebut, namun yang saya ingin tahu ialah, sejauh mana pelaksanaan dia, apa hala tuju selepas ini?

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Alor Setar.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ya.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Boleh?

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tak boleh.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak apa saya duduklah. Tak boleh.

draft • 4:50 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih.

Saya sambung Dato’ Yang di-Pertua.

Isu yang kedua ialah program jejak — habis lari poin. Pendang ini.

[Ketawa] Kelangsungan program Jejak Warisan Alor Setar. Perkara ini disebutkan mengambil masa selama 10 tahun. Pihak-pihak yang terlibat adanya BPEN daripada Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Bandaraya, KPKT, PETRA dan macam-macam agensi. Difahamkan kosnya sekitar 18.5 juta. Saya harap dalam RMK13 ini, program ini dimasukkan dalam — program dalam rancangan itu untuk membangkitkan semula Bandaraya Alor Setar ini sebagai bandar yang tertua di Malaysia, memelihara bangunan-bangunan bersejarah dan sebagainya.

Dan yang ketiga, termasuklah isu pembinaan Sekolah Haji Wahab, Kampung Tok Keling, yang difahamkan sudah mengalami kelewatan sebanyak 224 hari, tak siap-siap sampai hari ini. Akhir sekali, Yang Berhormat di-Pertua, ialah saya semalam disentuh, Yang Berhormat Setiawangsa sentuh tentang isu PASTI.

Dia bagi maklumat-maklumat yang tidak begitu tepat, Dato’ Yang di-Pertua. Disebut oleh Yang Berhormat Setiawangsa semalam, kononnya PASTI yang kami kelolakan ini, seolah-olah berlaku tidak adil kepada guru-guru. Dia kata kita bagi gaji RM600, RM700 sahaja atas alasan sukarela.

Kita bukan bagi gaji, kita bagi elaun sukarela, dan gaji — dan guru ini, kata Yang Berhormat Setiawangsa, dia samakan dengan syarikat swasta. Dia kata kalaulah PASTI

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

dianggap sukarela, maka syarikat swasta pun nanti akan guna istilah sukarela. Saya nak tegaskan, Dato’ Yang di-Pertua, tuduhan Setiawangsa ini tak betul. Jauh menyimpang daripada apa yang sebenarnya berlaku. Saya rasa dia tak buat homework macam PMX. PMX buat homework bagus. Dia tak buat homework patut sebab itu dia kalah pemilihan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Baik, saya, saya landing. Saya landing.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Alor Setar. Gaji KAFA pun tak sampai 1,000 lagi, baru 900.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila gulung Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya nak tegaskan, Dato’ Yang di-Pertua, di hujung-hujung yang terakhir ini, Dato’ Yang di-Pertua.

Sukarelawan ini, guru ni dia bekerja ini, tanpa dia minta imbuhan. Waktu mula-mula dia hadir datang bertugas di premis, datang memohon nak berkhidmat di premis, dia kata, “Kami nak berkhidmat dengan ikhlas.” Kita bagi tahu dekat dia, “Kita gaji tak boleh bayar mahal sebab yuran kita rendah.” Dia kata, “Tak apa, kami nak sumbang tenaga.” Keikhlasan guru-guru inilah yang membantu masyarakat kita kenal A,B,C, kenal Alif, Ba, Ta.

draft • 4:50 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sepatutnya Setiawangsa terima kasih kepada kita membantu melengkapkan institusi pendidikan prasekolah di peringkat kerajaan. Inilah yang patut Setiawangsa sebut.

Setiawangsa juga sebut guru PASTI tak mencarum KWSP, SOCSO. Saya nak bagi tahu kepada Setiawangsa, tak betul. Guru PASTI kita mencarum KWSP di bawah skim i- Saraan.

draft • 4:50 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Guru PASTI kita carum SOCSO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Ada caruman. Saya tak faham pasal apa Setiawangsa ini berminat sangat nak cakap tentang PASTI. Saya tawarkan kepada Setiawangsa, duduk di PASTI percuma kalau dia mahu untuk belajar di PASTI.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sepatutnya Setiawangsa cakap tentang elaun guru KAFA, elaun guru takmir, elaun imam yang dilaporkan masih di bawah paras gaji minima. Ini semua tanggungjawab kerajaan. Boleh jadi Setiawangsa, dia rasa dia dah pembangkang, bukan lagi jadi kerajaan lagi.

*Bunga melati harum baunya, Tumbuh mekar di tepi titi; Orang dibenci kerana dosanya, Dosa sendiri buat tak reti.

Bunga mawar mekar berseri, Harum sampai ke pintu kota; Lidah bercakap jangan mungkiri, Janji dipegang kata di kota.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

[Dewan tepuk]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya harap sangat Ahli-ahli Yang Berhormat mesti mematuhi peraturan sedia ada untuk menjaga masa yang telah ditetapkan. Sila, Yang Berhormat Jelebu. 12 minit.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker ya, saya nak sebut Yang Berhormat. Saya tadi saya tak puas hati. Saya minta line. Nanti pantun dulu Yang Berhormat.

Daripada Jelebu ke Paya Besar, Makan patin dekat Gemas; Tuan Speaker berjiwa besar, Bagi saya kesempatan bahas.

draft • 4:54 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat. Saya tak puas hati tadi Yang Berhormat. Saya sebut tadi Yang Berhormat, pasal peruntukan MARRIS ini. Ahli Parlimen, saya Ahli Parlimen lama dah Yang Berhormat, berpenggal-penggal dah dan sebut pasal FELDA ini, kita sebut FELDA ini Yang Berhormat, bukannya kerana semata-mata nak bawa isu FELDA, tetapi saya nak bawa suara daripada peneroka FELDA generasi dua, tiga, empat dan lima, luahan suara generasi kedua FELDA Yang Berhormat.

Termasuk Yang Berhormat di Paya Besar. Berapa banyak kawasan FELDA Yang Berhormat ada? Balik generasi kedua daripada Kuala Lumpur kompelin pasal apa? Kompelin jalan tak buat. Kompelin apa? Jalan rosak. Dan kita dah bawa ke Dewan ini berkali-kali. Buat keputusan. Saya nak minta kerajaan buat keputusan benarkan kali ini, apabila penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Menteri Kewangan ataupun Menteri KKR buat kenyataan, “Okey, tahun ini kita benarkan MARRIS masuk ke FELDA untuk buat naik taraf jalan, penyelenggaraan dan sebagainya.” Baru ada pencapaian Yang Berhormat.

Yang Berhormat, saya mulakan saya punya perbahasan Yang Berhormat, ya. Saya nak sebut FELDA juga. Saya nak ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah mengambil keputusan untuk pinda Akta GSA yang bakal dilaksanakan pada tahun 2027.

Sekarang ini Yang Berhormat, ketika ini kerajaan telah tubuhkan Jawatankuasa Khas Mesyuarat Penyelarasan Pindaan Akta 530 ataupun GSA untuk buat sesi libat urus di semua peringkat pemegang taruh di FELDA.

Apa yang saya nak nyatakan ialah beberapa aduan dan pandangan daripada kepimpinan masyarakat di kawasan FELDA bahawa sesi libat urus yang dibuat oleh FELDA ini tidak menyeluruh. Tidak melibatkan mereka-mereka yang seharusnya dilibatkan untuk mendapatkan pandangan dan juga permasalahan untuk kita buat satu solusi bagi pindaan yang benar-benar menepati kehendak dan juga keadaan di FELDA.

Saya mohon pihak kementerian menyatakan tentang laporan terkini gerak kerja jawatankuasa khas ini.

draft • 4:54 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apakah konsep sesi libat urus yang dibuat oleh jawatankuasa ini? Dan berapa sesi libat urus yang dibuat? Dan saya nak maklum ke Dewan yang mulia, pihak kerajaan negeri mesti dilibatkan. Sehingga ini, pihak kerajaan negeri tidak pun dilibatkan dalam sesi libat urus berkaitan dengan pandangan panduan berkaitan dengan pindaan Akta GSA ini.

draft • 4:54 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Jelebu.

draft • 4:54 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 4:54 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Minta sikit.

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sikit je ya. Yang Berhormat Kuala Krau, saya tak...

draft • 4:54 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu kerana selalu bagi laluan kepada saya. Saya setuju dengan libat urus tadi dalam menguruskan, apakah Yang Berhormat bersetuju sekiranya penglibatan urus itu melibatkan Ahli Parlimen dari kalangan pembangkang terutamanya yang terlibat ataupun sekurang- kurangnya dia adalah anak ataupun generasi peneroka? Terima kasih.

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya sambung balik ya, Yang Berhormat ya. Saya sambung semula. Yang Berhormat, saya nak cadang ya. Dalam pindaan Akta GSA ini, saya ingin membangkitkan beberapa perkara dan cadangan.

Pertama Yang Berhormat, hak perwarisan yang jelas dan praktikal. Kuala Pilah dah sebut, banyak Ahli Parlimen dah sebut, saya tak perlu elaborate. Nak jimat masa ni, saya nak ikut cakap Yang Berhormat Speaker hari ini.

Yang kedua, kebenaran membina lebih daripada satu rumah atas satu lot. Dulu zaman Barisan Nasional, kita bagi kebenaran satu, dua, tiga rumah bina atas satu lot.

Sekarang ini tak boleh kerana terikat kepada Akta GSA. Kerana itu yang ini mesti dimaktubkan dalam pindaan Akta GSA ini supaya benarkan satu, dua, tiga rumah generasi kedua boleh dibina dalam tanah mak ayah mereka, keluarga mereka. Kerana kita tahu ikatan keluarga yang telah, yang telah kita kempen selama ini, generasi baharu ini lebih suka duduk dengan kedua-dua ibu bapa, tapi dalam masa yang sama, pihak kerajaan kena ambil kira tentang water supply, electric supply supaya tidak terganggu apabila perkara ini telah dibenarkan.

Yang ketiga ialah pemilikan bersama atau co-ownership dengan izin. Ramai keluarga FELDA memilih untuk berkongsi tanah tanpa mahu menjual dan memecah lot. Maknanya pegangan kepada satu atau dua nama itu dipecahkan, dibagikan kepada semua keluarga, ahli keluarga yang ada dalam generasi kedua, ketiga dan keempat FELDA.

Keempat, fleksibiliti ekonomi dan kawalan komuniti yakni saya mencadangkan pindaan yang boleh, membolehkan pajakan atau pemindaan bersyarat kepada koperasi peneroka atau anak syarikat FELDA supaya peneroka dapat akses modal tanpa risiko tanah jatuh ke tangan pihak luar secara spekulatif ya.

Yang kelima, Dato’ Yang di-Pertua, pengiktirafan aktiviti ekonomi hiliran. FELDA hari ini Dato’ Yang di-Pertua, bukan sekadar pengeluar bahan mentah ataupun bukan sekadar

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

getah dan juga sawit, tetapi produk hiliran mereka sudah melangkaui apa yang telah pun kita jangka selama ini. Mereka buat membuka inap desa, menjalankan perniagaan kecil dan dalam pindaan akta ini perlu dibenarkan aktiviti mereka secara berlesen tanpa menukar status tanah mereka. Pindaan Akta 530 ini bukan soal sekadar dokumen undang-undang, tetapi ini adalah masa depan peneroka yang harus diambil kira oleh kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, pelaksanaan RMK13 ini Dato’ Yang di-Pertua, tidak akan berjalan dengan baik sekiranya pasaran kita terus dibelenggu oleh kartel. Ini dah masuk bab lain, MyCC. Kerana Dato’ Yang di-Pertua, apabila dia dibelenggu oleh kartel, monopoli dan amalan antipersaingan yang menindas rakyat dan mematikan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana.

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dalam konteks ini, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia, kepada peranan penting MyCC yang menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Sasaran ini ditetapkan dalam RMK13, Akta Persaingan akan dipinda menjelang 2030. Lambat, Yang Berhormat. Maka, saya cadangkan supaya akta ini perlu dipinda dengan kadar segera kerana banyak kelompongan yang saya dah sebut sebelum ini, yang perlu diperbaiki dalam akta yang sedia ada. Dengan merujuk – saya melihat keperluan ini Dato’ Yang di-Pertua, kerana merujuk kepada kes-kes yang disiasat oleh MyCC sebelum ini dapat dilihat sebagai satu pattern dan satu corak operasi oleh MyCC yang mengambil tindakan pasca pelaksanaan.

Persoalan utama yang saya nak timbulkan adalah mengapa tindakan oleh MyCC hanya diambil pada peringkat pasca pelaksanaan iaitu selepas sesuatu perolehan, pengoperasian ataupun penyampaian perkhidmatan selesai dijalankan? Adakah kuasa yang diberikan kepada MyCC terlalu terbatas sehingga tidak mampu bertindak sewaktu proses perolehan sedang berjalan ataupun situasi ini mencerminkan kelewatan yang disengajakan dalam pelaksanaan kuasa penguatkuasaan yang sepatutnya lebih proaktif? Adakah ini strategi tunggu dan lihat yang telah pun ataupun disengajakan oleh pihak MyCC?

Sebab itu saya berpendapat, mekanisme pemantauan, pengesanan dan siasatan terhadap sebarang unsur kartel dan pakatan bida ini perlu dilaksanakan di peringkat awal sebelum proses perolehan dimuktamadkan. MyCC, bekerjasama dengan CIDB kerana CIDB mempunyai kontraktor berdaftar gred 1 hingga 7. Mengikut rekod, 131, 570 kontraktor. Jadi, sangat wajar MyCC ini bekerjasama dengan CIDB. Ini supaya proses penilaian kelayakan kontraktor, audit projek berprofil tinggi serta penapisan pemegang lesen bagi memastikan persaingan hebat dapat ditegakkan tanpa menzalimi pemain industri yang belum pernah lagi bersalah, Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya, dalam menyebutkan sektor kesihatan bakal menerima peruntukan RM40 bilion. Bila umum, dapat Hospital Tuanku Ja’afar, hospital kedua. Jelebu dah minta lama dah hospital, Dato’ Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat PMX umum peruntukan RM30 juta peruntukan awal untuk buat kerja-kerja awal hospital. Saya nak tanya, apa jadi kepada peruntukan ini?

Dan peruntukan untuk Hospital Jelebu, antara satu daerah yang tak dapat hospital.

Tujuh daerah negeri semua hospital baharu. Dan orang Jelebu ini Dato’ Yang di-Pertua,

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

dalam tempoh – dalam tempoh masa terdekat, akan menua dan mereka memerlukan proses kesihatan yang baik. Saya nak minta pihak kementerian – Dato’ Menteri yang ada di depan ini, tolonglah bawa. Bagilah peluang kepada orang Jelebu rasa nikmat Hospital Jelebu dengan tenaga pakar yang lengkap.

Dato’ Yang di-Pertua, peruntukan RM40 bilion ini perlu diseimbangkan dengan tiga elemen utama. Yakni, fasiliti kesihatan yang lengkap. Contoh, Hospital Jelebu. RM40 bilion, tak banyak. Jelebu pakai 10 percent je, cukup. Lepas itu Dato’ Yang di-Pertua, perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat dan juga kebajikan petugas-petugas kesihatan.

Saya memetik jawapan bertulis Menteri, daripada YB Gopeng iaitu pada bulan Ogos – pada 7 Ogos iaitu 705 Pegawai Perubatan yang juga 1,394 jururawat KKM yang berkhidmat lebih lima tahun telah letak jawatan pada tempoh 2022 sampai 2024. Angka yang besar. Dato’ Yang di-Pertua, cabaran paling utama untuk atasi masalah ini, bagaimana pihak KKM merangka tentang pendapatan mereka, tawaran gaji mereka, manfaat mereka, perks mereka, supaya mereka tidak tinggalkan profesion kesihatan ini dan masuk ke luar negara, masuk ke peringkat swasta.

draft • 5:00 PM

Saya nak bagi contoh Dato’ Yang di-Pertua. Saya tengok gaji di Singapore lah

contoh. Saya tengok ada kawan saya pergi hadir interviu untuk jadi Pegawai Perubatan di Singapore, dia dapat tawaran RM385,000, tidak termasuk elaun setahun. Kita bandingkan dengan pendapatan di kawasan dalam negara kita. Kerana itu Dato’ Yang di-Pertua, dalam tempoh lima tahun mendatang ini, apakah perancangan pihak kerajaan untuk menyemak semula skim gaji dan memberi manfaat yang diperoleh oleh para doktor, jururawat dan petugas kesihatan kita? Kita tidak mahu apabila fasiliti kesihatan lengkap, tetapi pegawai ataupun software kita tidak dapat kita penuhi dengan baik.

Dato’ Yang di-Pertua, bila sebut soal itu Dato’ Yang di-Pertua, satu perkara. Mereka datang jumpa saya, pegawai psikologi. Pegawai psikologi yang kita lantik 200 orang pada tahun 2020 untuk cater ataupun assist golongan yang dihadapi penyakit COVID-19 ketika itu, tetapi Dato’ Yang di-Pertua, daripada maklumat yang kita ada, daripada tahun sejak 2020 sehingga sekarang, pegawai psikologi ini telah pun dilanjutkan kontrak sebanyak tiga kali, pakej dengan pertambahan bebanan tugas daripada skop asal mereka.

Sehingga hari ini, mereka masih lagi status mereka contract for service dan tidak dikelaskan sebagai penjawat awam sekalipun. Contract for service, Dato’ Yang di-Pertua. Dan ini bermaksud, apa juga bantuan, bonus dan manfaat yang diterima oleh penjawat awam, tidak dapat dinikmati oleh kelompok ini kerana mereka hanya contract for service dan bukan contract of service.

Dalam laporan statistik kesihatan mental, Dato’ Yang di-Pertua – saya nak minta sikit lagi Dato’ Yang di-Pertua. Semua ni cerita pasal kes buli. Tadi cerita daripada Alor Setar, kes buli. Budak-budak seumur sekolah rendah, sekolah menengah membuli pelajar, apa masalahnya Dato’ Yang di-Pertua? Masalah mental, mental illness, mental disorder. Dulu saya duduk di sana [Merujuk kepada blok pembangkang] , saya dah sebut bab mental illness, bab mental disorder. Kita kekurangan psychiatrist.

draft • 5:00 PM

Saya nak bagi contoh Dato’ Yang di-Pertua. Saya tengok gaji di Singapore lah

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, mengikut rekod ya, 4.6 peratus daripada individu berusia 15 tahun ke atas mengalami simptom kemurungan. Dato’ Yang di-Pertua balik tengok anak, murung atau tidak. Anak Dato’ Musa belum lagi ...

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, sila gulung Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ha.

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila gulung.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Gulung? Baik, saya gulung sekarang, Dato’ Yang di-Pertua. Saya stok pantun dah habis, tapi saya boleh bagi tahu Dato’ Yang di- Pertua, Burung tempua terbang tinggi; Bagi saya sikit lagi.... Dato’ Yang di-Pertua ya. Jumlah 16.5 peratus daripada kanak-kanak yang berusia lima hingga 15 tahun mempunyai masalah kesihatan mental. Ini yang berlaku di sekolah, Dato’ Yang di-Pertua.

Dan kita jangan jadikan perkara ini sebagai perkara kecil kerana ini merupakan time bomb kepada generasi kita. Kerajaan mesti melakukan sesuatu dan psychiatrist ini, mereka yang – dan psikologi – pegawai psikologi kesihatan ini perlu dinaik taraf untuk mereka menjalankan tugas dengan baik.

Di Negeri Sembilan sendiri, jumlah pegawai psikologi contract for service hanya sembilan orang je, Dato’ Yang di-Pertua untuk assist dan mereka diletakkan di hospital dan klinik kesihatan daerah. Dan untuk makluman Dewan, daripada tahun 2020 sampai 2024, lebih 30,000 orang pesakit mendapatkan khidmat psikologi kaunseling di klinik kesihatan di seluruh Negeri Sembilan yang di laksana dan dijalankan hanya oleh sembilan orang petugas.

Kerana itu Dato’ Yang di-Pertua, saya nak cadang kepada kementerian, kepada pihak kerajaan, pertama, penambahan sumber manusia. Kedua, penambahbaikan skim perjawatan. Ketiga, penempatan strategik dan keempat, peningkatan sokongan infrastruktur dan teknologi supaya masalah ini dapat kita selesaikan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak landing, saya nak tutup, tetapi saya nak tutup ini hal juga yang berkaitan dengan soal yang berkaitan macam Kuala Pilah. Jelebu ini Dato’ Yang di-Pertua, Jalan Semenyih dan Kuala Klawang ni dah berkali-kali saya bawa ke Dewan. Ini adalah jalan hubungan antara Negeri Sembilan: Jelebu dengan Kuala Lumpur. Kerana jalan laluan yang ada – sedia ada sekarang ni Dato’ Yang di-Pertua, dia tak boleh menampung kereta-kereta daripada Ahli Parlimen daripada Pantai Barat ini. Jadi kerana itu saya nak minta jalan laluan Semenyih-Kuala Klawang, laluan yang boleh menghubungkan antara Negeri Sembilan dengan juga Kuala Lumpur ini dapat kita naik taraf sebagai dual carriageway.

Kenapa kita tak boleh naik taraf Dato’ Yang di-Pertua? Separuh bawah kerajaan negeri, bawah jalan negeri. Separuh bawah jalan Kerajaan Negeri Selangor. Jadi, kemampuan kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan seperti yang telah saya cadangkan di Dewan tidak boleh dilaksanakan kerana kekangan yang berkaitan dengan peruntukan.

Jadi kerana itu di Dewan ini, saya nak cadangkan supaya Kerajaan Persekutuan di bawah RMK13, ambil langkah, ambil jalan ini menjadi anak kepada Jalan Persekutuan. Kita

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

ambillah daripada Negeri Sembilan. Saya akan bagi tahu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita serahlah jalan ini kepada – bawah Kementerian KKR.

Kemudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor pun saya jangka setuju supaya jalan ini diangkat, diserahkan kepada Persekutuan untuk dinaik taraf supaya laluan ini dapat kita jadikan sebagai laluan utama antara Negeri Sembilan ke Selangor. Ini Outer Ring Road Negeri Sembilan, Outer Ring Road, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua.

Jalan ke Hulu Langat-Klawang-Chennah ke Hulu Langat, kemudian Kuala Pilah ke Jempol tadi. Lepas tu laluan Jempol yang sekarang ni menjadi masalah besar yang perlukan tindakan kerajaan serta-merta Dato’ Yang di-Pertua kerana kemalangan boleh kata setiap minggu berlaku dan kita kehilangan pengundi dan rakyat yang taat kepada Kerajaan Pakatan Perpaduan ini – Pakatan Harapan ini yang taat, kita kehilangan nyawa pada setiap minggu apabila berlaku kemalangan.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dan saya harap pengundi daripada Paya Besar juga lalu jalan ini pada setiap minggu, Yang Berhormat. Jadi, saya nak minta supaya apa yang telah kita bentangkan dalam RMK13 ini, yang telah kita bincangkan ini, dapat dinikmati oleh akar umbi, dapat dijiwai oleh rakyat.

Dan pertama – dan akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sebut supaya kita dapat buktikan bahawa kerajaan hari ini mampu memimpin dengan satu keberanian yang luar biasa.

Maknanya, pembentangan yang cantik, persiapan yang lengkap dan juga dapat kita laksanakan dengan satu keberanian yang luar biasa untuk semua rakyat yang berada di dalam negara kita. Jelebu mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Berikutnya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, Jelebu lajak 5 minit lebih. Kalau saya terlajak, Speaker jangan tegur pula.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, mula pun belum, dah minta.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Itu rezeki masing-masing.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Mula dulu Yang Berhormat, mula Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan kepada Kulim-Bandar Baharu turut berbahas memberi pendapat, berhujah serta membawa perancangan daripada kawasan untuk diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam RMK13. RMK perlu di bentang di Parlimen setiap lima tahun sekali kerana ia adalah dokumen perancangan pembangunan negara yang menjadi panduan utama kerajaan bagi memastikan hala tuju pembangunan negara jelas dan tidak tersasar.

Setelah semua Ahli Parlimen menilai, berbahas dan meluluskan hala tuju pembangunan negara. Saya potonglah satu isu iaitu tentang adik Zara sebab Alor Setar dah

draft • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

bahas secara panjang lebar tadi. Saya minta masukkan dalam perbahasan saya, boleh Alor Setar? Dan saya juga minta kalau boleh Timbalan Menteri KPKT jangan keluar sekejap, tunggu sekejap sebab ada isu mengenai KPKT dalam Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Yang di-Pertua, jika ditinjau pencapaian RMK12 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan bahawa pencapaian keseluruhan berada sekitar antara 60 hingga 70 peratus, di mana terdapat beberapa kelemahan dan kegagalan ketara, antaranya:

(i) prestasi ekonomi tidak mencapai sasaran;

(ii) gagal menangani kos sara hidup;

(iii) ketidaksamarataan wilayah, terutamanya Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Perlis, masih jauh ketinggalan; dan

(iv) pencapaian projek mega yang perlahan.

Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 bermula pada tahun 2026 hingga 2030 dengan kerangka baharu yang dirancang oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun. Walau bagaimanapun, saya amat berharap RMK12 terus menjadi kesinambungan dalam RMK13.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam RMK13 ada beberapa isu yang ingin saya bahaskan dan amat berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian sebelum RMK13 dilaksanakan.

(i) saya ingin membawa tentang isu wujudnya ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah;

(ii) mewajibkan pendidikan prasekolah berumur lima tahun;

(iii) membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun; dan

(iv) isu yang ingin saya utarakan ialah isu-isu kawasan dalam Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Kedah dan juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, saya amat berharap diskriminasi pembangunan antara wilayah perlu diseimbangkan.

Terutamanya di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Jika kita tinjau kedudukan ranking kekayaan atau pun pendapatan per kapita antara negeri-negeri di Malaysia, Kedah menduduki tangga ke-12 termiskin di Malaysia. Sedih Yang di-Pertua.

Oleh itu, bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan per kapita dan mengurangkan penghijrahan ke bandar, saya memohon supaya dalam RMK13, kerajaan dapat meluluskan KXP ataupun Kulim International Airport, di mana projek ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kedah bagi melonjakkan pembangunan ekonomi. Seterusnya, menjadi negeri yang lebih maju, setanding dengan negeri-negeri lain seperti Selangor, Sarawak, Sabah, Johor ataupun Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua, jika KXP ini menjadi kenyataan, saya menjangkakan ianya dapat menarikkan pelabur asing dan juga domestik. Yang kedua, mewujudkan pula pekerjaan baharu langsung dan juga tidak langsung. Yang ketiga, pemangkin antara bekalan halal dan yang keempat, pembangunan wilayah. Jika KXP ini dapat diluluskan dalam RMK13, ianya boleh menjadi game changer untuk Kedah dan rantau utara.

Saya mohon KXP ini diluluskan dalam RMK13, tanda keprihatinan kerajaan untuk merapatkan pembangunan antara wilayah. Saya rasa Sungai Petani pun setuju dengan saya

draft • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

sebab KXP ini rasanya dalam Parlimen Sungai Petani. Lepas saya bahas, Sungai Petani.

Saya minta Sungai Petani pun menyokong juga KXP ini. Sama-sama kita dari Kedah, SP.

Sungai Petani. Terima kasih Sungai Petani. Kalau Sungai Petani tak sokong, saya tak tahulah. Sebab ini satu kemajuan untuk anak Kedah.

Baik Dato’ Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah tentang perancangan RMK13 juga ada menyatakan berkenaan mewajibkan prasekolah bermula daripada umur lima tahun.

Ianya satu cadangan yang baik supaya kanak-kanak mendapat pendidikan formal seawal yang mungkin. Isu mewajibkan prasekolah pada umur lima tahun mempunyai banyak dimensi yang perlu dilihat dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial dan perundangan. Pada asasnya, mengikut kajian kognitif awal menunjukkan umur empat hingga enam tahun adalah tempoh golden period perkembangan otak. Pendidikan formal ringan pada usia ini dapat meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum masuk ke Darjah 1.

Namun cabaran dan risikonya ialah kekurangan infrastruktur. Banyak kawasan luar bandar dan pedalaman masih kekurangan kelas prasekolah yang mencukupi, termasuk guru yang terlatih. Di usia awal ini juga mengikut kajian pakar pendidikan, bimbingan pelajar terlalu awal boleh memberi tekanan jika kurikulum tidak sesuai dengan perkembangan umum.

Pada pandangan saya – persoalan saya:

(i) mampukah kerajaan menyediakan kelas yang mencukupi?

(ii) adakah kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk persediaan infrastruktur?

(iii) mampukah menyediakan guru-guru yang terlatih?

(iv) adakah kurikulum yang disediakan tidak menekan tahap umur pelajar?

Tuan Yang di-Pertua, inilah yang menjadi kebimbangan saya kerana mengikut data Kementerian Pendidikan, jumlah sekolah daif di negara ini dianggarkan 3,000 buah sekolah.

Sudah berpuluh tahun tidak dapat diatasi, terutamanya di Sabah dan Sarawak, berpunca dari kekangan dana. Bagaimana pula dengan isu kelas untuk prasekolah yang akan diwajibkan nanti?

Dato’ Yang di-Pertua, selaku bekas pendidik sekolah, saya amat – sekolah amat dekat di hati saya. Oleh itu, dalam RMK13 ini saya memohon, amat berharap hampir 3,000 sekolah daif di negara dapat diberi keutamaan dalam RMK13. Peruntukan dana yang lebih tinggi mengurangkan isu-isu sekolah daif kerana pelajar perlukan sekolah dan kelas yang kondusif bagi keselesaan proses pembelajaran.

Ini adalah kerana masih terdapat banyak sekolah yang berbangunan kayu semakin mereput, sekolah yang tidak selamat, masih digunakan. Terdapat sekolah yang tiada elektrik 24 jam, tiada air bersih dan liputan internet dan masih ada juga yang menumpang bangunan lain untuk dijadikan bilik darjah.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, saya semestinya juga ingin meminta kerajaan atau kementerian yang berkaitan untuk memberi perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan dan menjadi keutamaan dalam RMK13.

draft • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Salah satunya iaitu isu kawasan yang ingin saya bawa, saya ketengahkan dalam perbahasan saya ialah berkaitan dengan FT 136, Jalan Bandar Baharu-Kulim di mana dalam perbahasan Kamar Khas yang lalu, saya ada memohon untuk dibina laluan memotong di beberapa tempat bagi memudahkan kenderaan ringan memotong kerana jalan ini terlalu banyak selekoh. Di dalam RMK13, saya juga ingin memohon bagi FT 136 supaya dibina laluan empat lorong iaitu dari Tol Bandar Baharu ke Kulim.

Jadi, kenapa isu ini menjadi keutamaan di Parlimen Kulim–Bandar Baharu? Kerana inilah laluan dari Kulim Hi-Tech, jalan hendak menuju ke selatan menggunakan Tol Bandar Baharu. Jalan yang dicadangkan ini amat perlu dinaik taraf kerana trafik semakin meningkat, banyak selekoh dan laluan yang terlalu sempit.

Dato’ Yang di-Pertua — Timbalan KPKT masih ada, alhamdulillah. Di dalam RMK13 kerajaan bercadang untuk membina satu juta rumah mampu milik. Bagi kami dari pihak pembangkang, amat berharap pembinaan rumah ini dapat dibina secara menyeluruh termasuk di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis. PR1MA adalah satu agensi pelaksana rumah mampu milik ini. Oleh itu, saya ingin meminta pihak kerajaan memastikan pembinaan rumah PR1MA ini berkualiti dan siap mengikut jadual yang ditetapkan. Sebagai contoh, Rumah PR1MA Air Putih Junjung, Kedah hampir tujuh tahun, baru siap pembinaannya. Namun, hampir 40 peratus rumah tersebut mengalami pelbagai kerosakan.

Bagi isu kerosakan rumah-rumah PR1MA di Air Putih Junjung di mana hampir 40 peratus rumah mengalami kerosakan, hampir tujuh tahun mereka menunggu, tetapi malangnya PRIMA agak mengambil lepas tangan terhadap rumah-rumah yang mengalami kerosakan ini. Dahlah tunggu tujuh tahun, dapat kunci rumah, rumah pula rosak, rumah pula tak boleh masuk. Jadi, saya harap Kementerian KPKT memberi perhatian yang serius terhadap isu rumah Air Putih Junjung ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua berkaitan dengan Rumah PR1MA Air Putih Junjung ini juga ialah kerana isu berkaitan dengan pembayaran bagi penyelesaian penuh dan muktamad ganti rugi tertentu yang ditetapkan iaitu LAD. Isu ini hampir setahun tuntutan yang dibuat oleh pembeli rumah, pihak PR1MA ataupun kerajaan masih gagal membuat bayaran LAD ini kepada pembeli-pembeli. Saya merayu supaya isu pembayaran LAD ini dapat disegerakan kerana ini adalah perjanjian antara PRIMA dan juga pembeli.

Bagi mempercepatkan lagi pembangunan kawasan luar bandar di Kedah Selatan, di mana jauh ketinggalan daripada jiran sekeliling terutamanya Selatan Perak dan juga Selatan Pulau Pinang. Apabila saya meninjau laporan daripada pembangunan yang telah dirancang iaitu pada tahun 2008 lagi iaitu projek pembinaan lebuh raya bertol R6 menghubungi Sungai Petani-Kulim-Bandar Baharu secara ringkasnya, SPKBBE sepanjang 90 kilometer melibatkan tujuh segmen kawasan iaitu Bandar Baharu, Padang Serai dan Sungai Petani.

Mengikut laporan trafik yang disediakan oleh Perunding Trafik Klasik Sdn. Bhd., jangkaan trafik adalah sebanyak 26,000 pada tahun 2018 dan jangka akan meningkat 44,000 pada tahun 2030.

draft • 5:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, jika lebuh raya ini dilaksanakan, saya yakin dapat merapatkan jurang pembangunan antara wilayah. Oleh itu, sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, termasuk dalam lingkaran lebuh raya ini, saya mengharapkan lebuh raya ini dapat dimasukkan ke dalam perancangan RMK13 di mana sudah 17 tahun dirancang, tapi belum dapat dilaksanakan.

draft • 5:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila tamat Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Sikit lagi. Baik, Tuan Yang di- Pertua, satu lagi isu yang ingin saya bawa iaitu berkaitan dengan jalan yang dibawa oleh Kementerian KKW iaitu Jalan Badlishah, Air Putih Junjung iaitu lebih kurang 12 kilometer.

Malangnya Yang Berhormat Tuan Speaker — Dato’ Speaker, jalan ini telah pun dianugerahkan pada tahun 2022, sekarang ini dah tahun 2025. Sepanjang hampir tiga tahun, tender telah dibuat dan serahkan kepada kontraktor, hanya baru satu jambatan yang siap dibuat. Saya sedih tengok jalan yang telah pun dianugerahkan oleh Kementerian KKW ini.

Saya mohonlah supaya kementerian lihat, turun ke bawah, tengok apakah isu yang menyebabkan kegagalan projek ini dilaksanakan mengikut jadual. Apa yang saya difahamkan apabila saya buat lawatan di situ, apa yang direpot oleh kontraktor daripada JKR mengatakan bahawa jalan di situ belum lagi selesai untuk pengambilan tanah-tanah, tetapi, pada khidmat saya, mengapakah projek ini telah ditender dan kontraktor pun telah siap sedia untuk membuat jalan ini, tapi malangnya sudah tiga tahun jalan ini belum lagi selesai. Jadi, saya mohonlah daripada Kementerian KKW, turun-turunlah ke bawah, tengok masalah rakyat supaya ia nya tak menjadi isu terutamanya di Kulim-Bandar Baharu. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 5:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas ruang diberikan kepada Sungai Petani untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada kali ini.

RMK13 bukan hanya semata-mata soal jumlah yang diperuntukkan kepada setiap kementerian. Ia juga bukan soal berapa projek mega yang telah diluluskan dan sebenarnya RMK13 ini adalah suatu anjakan, mentaliti dan juga tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua pihak. Kerajaan merangka dan melaksana, rakyat pula perlu menyambut dan berjalan seiring demi memastikan pelan lima tahun ini dapat melonjakkan negara kita ke arah sebuah negara maju yang dihormati serantau dunia. Sempena bulan kemerdekaan ini, saya ingin menyeru semua pihak agar kita memerdekakan jiwa, mental dan diri kita. Kita sedang berada di ambang untuk menentukan negara ini melonjak ke arah kematangan atau terperangkap dalam ketempangan sosial dan pertumbuhan sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya mengemudi ekonomi negara melalui tempoh yang mencabar. Di tengah ketidaktentuan geopolitik global, konflik, rantaian bekalan, serta gangguan harga tenaga dan

draft • 5:27 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

komoditi. Meskipun beroperasi dalam persekitaran luaran yang tidak menentu, Malaysia telah mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan konsisten.

KDNK sebenar berkembang secara purata 5.1 peratus setahun dalam tempoh 2021 hingga 2024. Didorong oleh pemulihan berterusan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan serta pertumbuhan pelaburan swasta dan eksport barangan. Kadar pengangguran pula berjaya diturunkan kepada 3.4 peratus pada tahun 2023, turun daripada kemuncaknya pada 4.5 peratus semasa pandemik. Pada masa sama, tekanan inflasi kekal terkawal dengan purata inflasi hanya 2.5 peratus sepanjang tempoh yang sama. Jauh lebih rendah berbanding banyak negara membangun yang lain.

Walaupun ada beberapa pihak sengaja bermain sentimen bahawa terdapatnya kenaikan harga barang, inflasi dan sebagainya, tetapi realiti datanya tidak begitu. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, untuk kita menjadikan RMK13 ini sebagai salah satu poin ataupun salah satu permulaan untuk kita mengeluarkan negara kita dalam tempoh lima tahun ini supaya kita lebih maju bukan sahaja dari segi sistem, tetapi bagaimana masyarakat menyambut kemajuan itu seiring dan sejalan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan.

draft • 5:27 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Maka dengan itu, saya ingin menyentuh tiga perkara utama. Pertama iaitu tentang negara menua, yang kedua pendidikan dan persiapan kita untuk melahirkan generasi masa depan dan yang ketiga adalah ekonomi inklusif.

Tuan Yang di-Pertua, sektor kesihatan dan isu negara tua bukan sahaja antara cabaran sosial paling mendesak yang dihadap oleh Malaysia tetapi juga ujian terhadap komitmen dasar negara, RMK13 memperlihatkan kerajaan memperuntukkan RM40 bilion untuk sektor kesihatan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini bermakna kerajaan benar-benar melihat bahawa pentingnya sektor kesihatan ini.

Tapi Tuan Yang di-Pertua, kita lihat sekarang ini negara Malaysia sedang menuju ke arah negara menua. Birth rate kita semakin hari semakin rendah. Jadi, maka dengan itu, produktiviti negara Malaysia semakin hari maka semakin menurun.

Tuan Yang di-Pertua, ketika negara menua, kita tidak boleh nafikan bahawa beban kesihatan itu akan terbeban oleh negara Malaysia. Akan lebih banyak orang yang sakit dan sistem kesihatan juga makin lama akan makin merudum. Kalau kerajaan dan kementerian tidak benar-benar fokus dan serius tentang apa juga yang akan berlaku, maka negara kita akan terus merudum.

Kerajaan telah memulakan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045, sebuah pelan komprehensif yang digubal untuk memastikan negara bersedia ke arah negara tua seawal tahun 2021. Pelan ini merangkumi strategi penting seperti membina ekosistem penjagaan jangka panjang atau LTC yang cekap dan mampan. Penyusunan instrumen perundangan untuk keseragaman dasar penjagaan serta insentif kepada penjaga dan pekerja LTC bagi memartabatkan sektor ini sebagai kerjaya yang berdaya maju.

draft • 5:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya menyambut baik bahawa kerajaan melihat penuaan bukan sebentuk tanggungjawab semata tetapi ia adalah sebagai satu peluang. Ini termasuk mengeksplorasi ekonomi perak atau silver economy yang akan memberi gambaran bahawa model sosial dan ekonomi golongan warga emas merupakan elemen produktif yang perlu diterokai seiring dengan pelaksanaan strategi NAB.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, beberapa cabaran masih belum dijawab sepenuhnya. Apakah struktur pembiayaan jangka panjang bagi sistem LTC ini memadai? Dan sejauh manakah sistem kesihatan kita dapat memberi akses universal tanpa membebankan isi rumah? Bagaimana pula strategi integrasi antara LTC dan sistem hospital awam supaya faedah ini memberi impak kepada kumpulan B40 dan golongan rentan? Bukan sekadar menjadi kelebihan eksklusif bagi mereka yang mampu. Dalam konteks ini perlunya analisis impak yang jelas. Berapa ramai rakyat yang benar-benar dikeluarkan daripada kesusahan kerana sistem pelindungan sosial ini.

Dan berbalik kepada tadi peruntukan RM40 bilion yang diberikan kepada sektor kesihatan. Di kawasan saya, isu yang sama berbangkit hari demi hari. Hospital Sultan Abdul Halim masih lagi penuh dengan pesakit, masih lagi sesak di kawasan di emergency department-nya. Ada yang menunggu tempat wad sehingga enam hari di zon merah. Jadi, bagaimana RM40 bilion ini mampu diberikan supaya, mampu disalurkan supaya tidak ada lagi congestion ataupun tidak ada lagi pesakit-pesakit itu tunggu dengan keadaan yang terlalu lama khususnya kepada pesakit-pesakit yang kritikal.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan pembangunan ekonomi inklusif. Jika kita menerima bahawa pembangunan sebenar bukan sekadar soal angka tetapi juga nilai maka RMK13 memberi isyarat yang penting bahawa kita sedang beranjak daripada kerangka ekonomi yang eksklusif dan terpusat kepada satu bentuk pembangunan yang lebih manusiawi. Ekonomi manusiawi ini bukan retorik moral tetapi prinsip ekonomi moden yang meletakkan manusia sebagai pusat segala pertimbangan dasar, bukan hanya pada pasaran atau modal.

Dalam semangat itu saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkukuh pembangunan ekonomi yang inklusif khususnya kita melihat langkah yang lebih tersusun dalam menangani kemiskinan tegar termasuk peluasan Program Sumbangan Asas Rahmah

(SARA) dan pelaksanaan penyasaran subsidi yang lebih efisien. Komitmen kerajaan untuk memperkukuh keadilan agihan atau distributive justice melalui dasar-dasar bersasar juga merupakan satu anjakan penting daripada model bantuan pukal yang sering dimanipulasi.

Malah, kerajaan telah mengumumkan bahawa pelaksanaan subsidi bersasar bahan api akan disertai dengan perlindungan sosial melalui SARA yang ditambah baik.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita ingin membuat satu pelan jangka panjang lima tahun, 10 tahun untuk negara, yang paling penting adalah untuk kita mempersiapkan masa depan pemimpin negara itu sendiri. Kita harus mempersiapkan generasi hari ini supaya menjadi generasi yang lebih berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu pendidikan. Kalau kita lihat isu pendidikan ini amat-amat penting dan saya lihat langkah kerajaan mewajibkan pendidikan

draft • 5:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

prasekolah pada usia lima tahun selaras dengan penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 yang terus diperkukuh. Dan kita lihat menurut KPM, seramai 4,758 murid yang tercicir berjaya dipujuk semula untuk hadir ke sekolah pada tahun 2025 berbanding 2,708 murid keseluruhan tahun 2024. Kita lupa bahawa ada juga sebenarnya murid yang tercicir secara senyap atau silent dropout.

Kalau kita lihat tentang sistem pendidikan negara, kita puji mula pendidikan lebih awal seawal usia 5 tahun, selesai sekolah pada usia 16 tahun, kemudian masuk ke universiti seusia 17, 18 tahun. Itu baik dari segi datanya. Tetapi bila kita turun ke bawah, ini tidak seiring, ini tidak berlaku. Bagaimana kita ingin mempersiapkan generasi masa depan yang baik? Di bawah ketika saya masuk ke sekolah, ketika saya berjumpa dengan guru-guru, mengejutkan di sekolah-sekolah bandar masih ada murid yang berusia 16, 17 tahun, Tingkatan 5 masih lagi tidak boleh membaca, masih lagi tidak boleh mengira.

Dan bagaimana kita ingin membawa sebuah anjakan mentaliti kalau murid di sekolah pun belum siap? Jadi, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan. Usaha yang dibuat ini dipuji dan disokong. Tetapi bagaimanakah intervensi kepada mereka yang tercicir, silent dropout? Mereka berada di dalam kelas tetapi jiwa dan juga fokus mereka itu tidak berada di dalam kelas. Mereka tercicir dalam kalangan rakan-rakan mereka.

Inilah intervensi sebenarnya yang diperlukan oleh sekolah, oleh sistem pendidikan kita supaya mereka yang lulus selepas daripada sekolah menengah itu, dia adalah lulusan yang berkualiti, lulusan yang mempunyai skill, lulusan yang boleh menjual skill-nya itu di peringkat global. Dan sekarang ini juga kita adalah Pengerusi ASEAN. Kita harus mengambil peluang ini supaya memastikan murid-murid yang lahir dari sekolah itu adalah murid-murid yang berkualiti.

Sebab itu penting untuk kita mempersiapkan pelbagai program. Saya memuji usaha yang dilakukan oleh pihak Parlimen Malaysia bersama dengan kerjasama Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan murid-murid kita dengan Program Sekolah Parlimen. Setiap minggu, dua hari, pelajar-pelajar sekolah dari seluruh negara dapat masuk ke Parlimen untuk berinteraksi dengan pemimpin dan berdialog dengan Menteri, berdialog dengan Ahli Parlimen dan sebagainya. Ini memberikan satu pendedahan yang awal untuk sekolah anak-anak murid kita supaya mempersiapkan diri mereka sebagai pemimpin masa depan kerana yang melakar kehebatan masa depan negara itu perlu dimulakan hari ini, perlu dimulakan oleh anak-anak di sekolah lagi.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita bercakap soal pendidikan, kita jangan terlalu tinggi.

Kita lihat yang di bawah. Bagaimana infrastruktur, bagaimana sekolah-sekolah daif, bagaimana kerajaan ingin memastikan sekolah-sekolah daif di perkampungan, di pekan, desa dan sebagainya dapat perhatian. Sebagai contoh, di kawasan saya, saya ingin menyentuh sedikit Tuan Yang di-Pertua, 30 saat lagi.

Di SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani. Sebuah blok bangunan yang ada 16 kelas mengalami retak yang cukup lama dan 16 kelas ini terpaksa dipindahkan di ruangan-ruangan kosong yang lain. Ada kelas yang terpaksa, dia ada murid 30 orang lebih, terpaksa duduk di makmal lab untuk belajar kerana bangunannya itu mengalami keretakan yang serius. Maka

draft • 5:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

saya mohon perhatian daripada pihak kementerian agar isu ini diselesaikan sebab disebabkan 16 kelas itu tutup, maka sekolah itu terpaksa mengadakan dua sesi, sesi pagi dan sesi petang.

draft • 5:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Dan ini memberikan beban kepada guru-guru dan juga ibu bapa. Itu adalah hanya segelintir atau sebahagian contoh yang boleh kita ambil. Masih banyak lagi sekolah-sekolah daif yang perlu diberikan perhatian. Kalau kita ingin bercakap soal ekonomi digital, kita ingin bercakap tentang pendidikan AI, smart board yang hebat di sekolah dan sebagainya, tapi jangan kita lupa masih ada sekolah-sekolah daif yang masih perlukan perhatian.

Saya akhiri Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya ini dengan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana berani untuk membentangkan RMK13 ini dengan begitu inklusif sekali dan saya akhiri dengan keyakinan jika kita benar-benar menunaikan setiap tekad yang termaktub dalam RMK13 dengan hati yang jujur dan sistem yang berkesan, maka kita tidak hanya membangunkan ekonomi kita sedang menulis lembaran baru dalam sejarah negara ini.

Sebuah lembaran yang lebih saksama, lebih manusiawi dan yang paling penting lebih bermaruah dengan bekerjasamanya kerajaan, agensi-agensi dan juga rakyat secara keseluruhannya. Dengan ini Sungai Petani mohon menyokong.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft • 5:40 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut mengambil bahagian dalam pembahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan atas membentangkan yang menyeluruh, berani dan penuhnya.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini membawa tema “Melakar Semula Pembangunan” demi mengangkat matlamat rakyat, selaras dengan aspirasi ekonomi MADANI.

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong prinsip asas Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang memberi tumpuan kepada tiga kebajikan utama:

(i) tatakelola baik dan integriti;

(ii) meningkatkan kerencaman ekonomi berasaskan menciptakan nilai; dan

(iii) pembangunan inklusif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Prinsip ini amat penting untuk membina negara yang makmur, adil dan berdaya tahan. Namun saya ingin mengingatkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kejayaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bergantung kepada pelaksanaan yang telus, konsisten dan berpaksikan rakyat di semua peringkat.

Walaupun sasaran KDNK 4.5 hingga 5.5 persen, defisit fiskal di bawah tiga peratus dan PNK per capital RM77,200 adalah angka yang memberangsangkan cabaran sebenar

draft • 5:41 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

rakyat ini. Kos sara hidup yang semakin menekan khususnya di bandar besar. Pendapatan yang tidak seiring dengan inflasi sebenar, yang ketiga ialah kualiti perkhidmatan awam yang perlu ditambah baik. Yang keempat, jurang pembangunan antara wilayah dan antara bandar, desa. Isu kos sara hidup di bandar.

Puan Yang di-Pertua, pekerja adalah sara nadi perdagangan, pelancongan dan ekonomi negara, tetapi di sebaliknya bangunan tinggi dan pusat beli belah yang meriah, ramai warga bandar termasuk warga emas, bekerja berpendapatan rendah dan penjaja kecil berdepan dengan kos hidup yang melampau.

Saya mencadangkan yang pertama ialah subsidi bersasar bandar dengan mengambil kira kos hidup yang lebih tinggi di pusat bandar, yang kedua ialah penguatkuasaan tegas terhadap perniagaan tidak berlesen dan bersaing dengan tidak adil yang menjejaskan peniaga tempatan. Yang keenam, masyarakat menua, persetiaan dan sokongan.

Puan Yang di-Pertua, Malaysia akan mencapai status negara tua, aged nation menjelang 2030 apabila 15 peratus penduduk berusia 60 tahun ke atas. Di kawasan seperti Bukit Bintang, jumlah warga emas semakin meningkat dan ramai tinggal bersendirian atau bergantung kepada bantuan komuniti. Kita perlu melihat isu ini bukan sekadar dengan sudut kesihatan, tetapi juga sokongan sosial, kesejahteraan dan ekonomi serta integrasi komuniti.

Saya mencadangkan yang pertama ialah pusat aktiviti warga emas di setiap zon bandar, menyediakan aktiviti sosial, rekreasi dan bimbingan kesihatan.

Yang kedua, insentif cukai dan geran untuk syarikat yang mengambil pekerja warga emas yang masih mampu bekerja.

Ketiga, perumahan mesra warga emas dalam projek perumahan awam dan mampu milik. Dengan ini, akses OKU dan juga kemudahan kesihatan asas.

Keempat, program lawatan berkala oleh sukarelawan atau pihak berkuasa tempatan bagi warga emas yang tinggal bersendirian menggunakan data daripada pangkalan maklumat komuniti.

Puan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas mesti melihat peluang penduduk sebagai cabaran sosial dan ekonomi yang perlu diurus lebih awal, bukan hanya apabila masalah menjadi kritikal.

Puan Yang di-Pertua, infrastruktur dan ketersambungan bandar Rancangan Malaysia Ketiga Belas banyak memberi tumpuan kepada projek mega seperti ECRL dan LRT baru, tetapi bagi kawasan bandar padat seperti Bukit Bintang, keutamaannya ialah penyelenggaraan dan kebolehan kepercayaan pengangkutan awam sedia ada MRT, Monorail dan bas.

Yang kedua ialah kemudahan berjalan kaki dan OKU laluan berbumbung yang bersambung dari stesen ke pusat komersial.

Yang ketiga ialah pengurusan parking dan lalu lintas bandar, menyelesaikan digital parking bertingkat dan berkuat kuasa bersepadu. Saya menggesa supaya projek sambungan laluan pejalan kaki berbumbung seluruh pusat bandar dimasukkan dalam senarai peruntukan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

draft • 5:41 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Saya menyokong hasrat menjadikan Malaysia menerajui AI dan ekonomi digital serantau, tetapi peluang ini mesti sampai kepada rakyat biasa. Cadangan saya ialah pusat latihan digital komuniti bandar untuk belia dan pekerja sektor perkhidmatan.

Yang kedua ialah Geran Inovasi Bandar untuk peniaga kecil yang mahu menggunakan AI atau e-Dagang. Program padanan pekerjaan digital untuk lapisan TVET dan universiti.

Nombor 8 ialah perumahan mampu milik di kawasan pusat bandar. Harga rumah dan kadar sewa di pusat bandar terus meningkat. Saya mencadangkan naik taraf perumahan awam di Bukit Bintang seperti Hang Tuah di Hang Tuah, perumahan awam termasuk isu parking dan keselamatan.

draft • 5:41 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Yang kedua ialah gunakan konsep Transit-Oriented Development (TOD) untuk tambah unit rumah mampu milik di sekitar stesen LRT dan MRT.

Yang kesembilan ialah pendidikan bandar. Isu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian. Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah untuk reformasi pendidikan. Namun, di kawasan bandar seperti Bukit Bintang, cabaran pendidikan bukan sahaja soal TVET, tetapi soal kepercayaan ibu bapa terhadap sistem kebangsaan, penguasaan bahasa dan keselamatan infrastruktur sekolah.

Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada isu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Confucian yang berada di kawasan Parlimen Bukit Bintang. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun 1922. Kini berusia 103 tahun dan laporan perundingan JPC Sdn. Bhd. telah mengesahkan struktur ini tidak lagi selamat untuk diduduki. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian tidak mempunyai hak milik tanah sebaliknya menumpang tapak Sekolah Menengah Persendirian Confucian. Ini mengehadkan aktiviti pelajar dan pembangunan sekolah.

Cadangan telah dibuat untuk memindahkan sekolah ini ke Lot 54836 di tanah Danau Desa, bekas tapak Sekolah Kebangsaan Danau Perdana yang kosong lebih 20 tahun. Semua pertikaian undang-undang tapak tersebut telah selesai. Statistik DOSM menunjukkan dalam radius lima kilometer terdapat 115,399 penduduk berumur 10 hingga 19 tahun. Tetapi, hanya 16,237 bersekolah di 17 sekolah menengah kebangsaan. Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk menambah kapasiti sekolah di kawasan ini.

Tambahan pula, dalam radius sama terdapat 10 buah SJKC dengan 12,950 murid.

Ramai antaranya berhasrat meneruskan pelajaran di SMJK. Saya mendesak Kementerian Pendidikan mempertimbangkan cadangan ini demi keselamatan pelajar dan memenuhi permintaan ibu bapa. Sebentar.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah pelan besar negara, tetapi kejayaan hanya terjamin berdasarkan telus, pantas dan inklusif. Sebagai wakil rakyat Bukit Bintang, saya ingin melihat bangunan yang bukan sahaja meningkatkan angka ekonomi, tetapi mengangkat martabat rakyat di setiap lorong, setiap pasar dan setiap rumah.

Saya menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan harapan suara rakyat bandar

draft • 5:50 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

turut didengar. Keperluan warga emas diurus dengan baik dan pendidikan serta keselamatan anak-anak kita diberi keutamaan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft • 5:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMK13 pada petang ini.

Saya mulakan dengan memetik firman Allah, surah Al-Hud, ayat 61 [Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Dia telah menciptakanmu dari bumi, tanah dan menjadikanmu pemakmurnya”. Puan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan perkara dalam perbahasan RMK13 menyentuh ketiga-tiga teras yang telah digariskan.

Yang pertama, saya ingin menyentuh berkaitan perumahan yang menjadi salah satu indikator utama kesejahteraan rakyat khususnya bagi yang telah berkeluarga. Rumah dan kediaman sangat penting kepada rakyat dan secara purata dua per tiga pendapatan mereka digunakan bagi pembiayaan rumah sama ada mereka membeli ataupun mereka menyewa.

Sasaran pembinaan rumah mampu milik bagi tempoh 2026 hingga 2035 ialah satu juta unit. Ini bermaksud, secara purata sasaran bagi RMK13 ialah 500,000 unit. Masih sama dengan sasaran RMK12. Saya ingin bertanya, mengapa tiada peningkatan jumlah sasaran rumah mampu milik? Apakah justifikasi dalam menentukan jumlah sasaran tersebut? Saya menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memperluaskan pelaksanaan Skim Sewa untuk Beli

(RTO), yang dinyatakan dalam strategi di 4.2.

Bagi membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, RTO sebanyak 6,166 unit RTO telah siap dibina. Soalan saya, berapakah sasaran yang diberikan dalam RMK13 untuk rumah RTO tersebut? Juga saya ingin mengharapkan skim RTO ini diperbanyak, dibina di bandar- bandar besar bagi membantu golongan M40 dan B40 memiliki rumah sendiri dengan kadar bayaran mampu milik. Ada beza. Rumah mampu milik dengan rumah mampu beli. Jadi, kita memohon rumah mampu milik.

Antara cadangan tindakan bagi reformasi perumahan ialah penggunaan teknologi IBS bagi mempercepatkan tempoh penyiapan suatu projek pembinaan. Namun persoalannya, sejauh mana kesediaan pihak kerajaan dan swasta terhadap perkara ini? Apakah status semasa kapasiti pengeluaran kilang IBS tempatan? Berapakah kadar penggunaan teknologi IBS dalam projek pembinaan awam dan swasta setakat ini?

Adakah kerajaan menyediakan sebarang bentuk bantuan, kewangan atau teknikal kepada syarikat tempatan untuk membangunkan kilang IBS atau menaik taraf kemudahan sedia ada? Saya berpandangan, kerajaan perlu menyediakan tenaga kerja mahir melibatkan belia tempatan khususnya daripada aliran TVET. Oleh itu, kursus kemahiran dan modul khas

draft • 5:54 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

berkaitan teknologi IBS perlu diperkenalkan di institusi kemahiran seperti GIATMARA, IKM dan ILP.

Puan Yang di-Pertua, antara aspek penting dalam kesejahteraan rakyat ialah keterjaminan makanan. Barang-barang dapur dan keperluan harian haruslah dapat dibeli oleh rakyat tanpa ada gangguan. Kita telah mengalami isu masalah ketiadaan beras tempatan tempoh hari. Jadi, persoalan pokok yang saya rasa kita perlu muhasabah, apakah Malaysia mampu berdiri sendiri khususnya dalam konteks keterjaminan makanan (food security) dengan izin apabila berlaku lagi krisis menimpa dunia. Nauzubillah, kita minta jauh, yang menyebabkan kita tidak boleh mengimport beras, kelapa, gandum dan pelbagai lagi makanan harian rakyat Malaysia dari luar.

Jadi, apa perancangan kerajaan agar bekalan beras mencukupi walaupun berlaku situasi peperangan di negara pembekal? Contohnya, semasa krisis yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine. India telah hentikan eksport gandumnya berkuat kuasa serta-merta untuk menjaga keselamatan makanan dalam negaranya.

Walaupun Malaysia tidak terkesan pada masa itu, namun ianya boleh dijadikan iktibar untuk kita menjaga keterjaminan makanan rakyat negara kita. Dalam bab food security ini, kita tidak boleh sama sekali menggunakan indikator untuk rugi. Tetapi, kita perlu menggunakan indikator keselamatan rakyat dalam keterjaminan makanan. Persoalannya, sejauh mana kerajaan melihat kepentingan ini dalam RMK13 ini?

Saya ingin bangkitkan keresahan rakyat juga berhubung peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kini turut melibatkan barang keperluan harian seperti sabun, ubat gigi, peralatan dapur dan makanan proses tertentu. Perlaksanaan dasar ini walaupun dikatakan bertujuan meningkatkan hasil kerajaan, hakikatnya telah menambah beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang sedia terbeban dengan kenaikan harga barang secara keseluruhan. Dasar ini bertentangan dengan janji yang disebut oleh PMX pada pertengahan tahun 2024 lalu iaitu, “Saya tidak mahu perkenalkan instrumen percukaian baru yang membebankan rakyat”.

draft • 5:54 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Namun begitu, cukai SST dinaikkan dan subsidi juga telah dipotong. Dalam bahasa lembutnya, disasarkan. Jadi, oleh itu, masih belum terlambat untuk kerajaan menyemak semula dan mengurangkan jumlah barangan yang dikenakan SST khususnya barangan keperluan harian.

Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik fokus yang diberikan oleh kerajaan dalam dasar sokongan warga emas, perluasan perkhidmatan penjagaan jangka panjang serta program pemerkasaan komuniti dan keluarga. Merujuk kepada cadangan kerajaan bagi meningkatkan usia persaraan kepada umur 65 tahun, saya mohon kerajaan mengkaji sehalusnya cadangan ini. Banyak aspek yang perlu diteliti. Impak positif dan negatif terhadap cadangan-cadangan ini, contohnya daripada kesan-kesan fizikal, kesan mental, masa mereka bersama keluarga, peluang kepada golongan muda, produktiviti kerja, tempoh menikmati persaraan dan, yang paling penting, hutang berpanjangan.

draft • 6:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Hutang berpanjangan ini, Puan Yang di-Pertua, kita bimbang. Apabila lanjutnya daripada 60 kepada 65, syarikat-syarikat kewangan akan menambah tempoh masa pinjaman kepada usia mereka 65 tahun. Kita bimbang mereka ini terus ditimpa hutang yang berpanjangan dan penyelesaian kepada masalah hutang ini tidak akan selesai.

Oleh itu, saya mohon kerajaan mengkaji cadangan tersebut sehalus-halusnya dan kajian itu perlu dibuat kepada semua kumpulan perjawatan yang bermula daripada pengurusan sehinggalah pekerja-pekerja am biasa.

Selain daripada itu, peningkatan usia penduduk, kadar kemerosotan kadar kesuburan penduduk juga penyumbang kepada populasi negara menua. Ibarat kata, hidup lama tapi anak tak ramai. Kadar pertumbuhan semasa pada kadar 1.9 peratus bagi tahun 2024 dijangka menurun kepada 1.1 peratus menjelang 2030.

Jadi, saya mencadangkan agar kerajaan meningkatkan inisiatif ke arah meningkatkan pertumbuhan penduduk. Di antara cadangannya ialah tingkatkan jumlah had limit penolakan cukai anak dari RM2,000 kepada jumlah yang sesuai dengan kos tanggungan anak yang ketika ini harga barang pun sudah meningkat, kos menyara anak pun sudah meningkat. Sudah tiba masanya had untuk jumlah penolakan cukai juga meningkat daripada RM2,000 kepada jumlah yang difikirkan sesuai.

Yang keduanya, cadangan, adalah untuk tingkatkan jumlah hari bagi cuti bersalin.

Sekarang ini 360 hari, boleh tingkatkan kepada 420 hari. Jika 360 hari, dapat empat orang anak. Tetapi, jika 420, mungkin boleh tambah kepada lima orang anak. Dan mungkin ada juga yang tidak anak ramai tetapi mereka yang mahu anak ramai dapat membantu dalam inisiatif ini.

Seterusnya, kempen kesedaran mempromosikan nilai kekeluargaan dan kesan positif mempunyai anak terhadap masyarakat serta― dan yang terakhirnya, menyediakan insentif khas perkahwinan kali pertama kepada golongan muda. Ini boleh kita gunakan sebagai untuk tingkatkan populasi rakyat negara kita.

Puan Yang di-Pertua, negara kita dikurniakan dengan pelbagai sumber alam yang sangat banyak termasuk mineral. Sebelum kemerdekaan, hasil bumi kita habis dijarah oleh penjajah dengan melombong bijih timah. Perairan kita banyak sumber petroleum dan gas asli dan kini ialah penerokaan mineral REE yang bernilai tinggi.

Saya ada menerima jawapan bertulis dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkaitan 21 kes pencerobohan tanah kerajaan untuk aktiviti perlombongan mineral secara haram yang direkodkan di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan antara 2022 hingga 2025 melibatkan emas dan unsur nadir bumi dengan nilai rampasan membabitkan mineral serta jentera bernilai RM2.89 juta. Namun, anggaran sebenar tidak dapat ditentukan. Itulah jawapannya.

Jadi, ini sangat membimbangkan kita semua. Kita di dalam Parlimen berbahas berkaitan prosedur dia bagaimana kita nak proses, siapa yang boleh proses, nak proses di sini ataupun kita nak jual mentah, tapi mineral ini sebenarnya sedang dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jadi, apabila kita selesai urusan perbahasan, urusan-urusan prosedur dan sebagainya, masa kita nak korek, hasilnya sudah sedikit, habis dicuri. Jadi,

draft • 6:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

kerajaan perlu bertindak segera, lajukan proses. Dengan kaedah ini, ia dapat membantu negeri-negeri yang mempunyai REE ini memajukan negeri masing-masing dalam membangunkan industri REE yang dinyatakan dalam strategi A1.6.

Saya ingin menegaskan agar bakat tempatan mestilah diutamakan dalam pembangunan industri pertengahan dan hiliran yang berpotensi ini. Kita mahu rakyat tempatan mendapat laba seperti peluang pekerjaan dari hasil bumi kita ini.

Soalan saya. Sejauh mana kerjasama dengan pasukan penyelidik daripada universiti awam dan syarikat tempatan? Sejauh mana kajian kesan negatif perlombongan terhadap alam sekitar dan kesihatan rakyat? Dan apakah pelan kerajaan bagi menangani masalah ini?

Saya ingin mendapatkan penjelasan status semasa Dasar Mineral Negara. Sejauh mana penglibatan kerajaan negeri dalam sektor ini? Apakah ketetapan royalti kepada kerajaan negeri dalam sektor mineral? Kita tidak mahu sumber kekayaan negeri hanya dinikmati oleh satu pihak tetapi meminggirkan pemilik sumber yang telah Allah kurniakan kepada negeri terbabit. Kita juga tidak mahu orang tengah yang mendapat laba terbesar berbanding kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat itu sendiri.

Masih belum terlambat untuk kerajaan mengawal aktiviti perlombongan haram agar hasil REE ini tidak dicuri. Saya mencadangkan agar kerajaan memberi lebih banyak peruntukan kepada unit penguatkuasaan dan meluaskan penggunaan dron industri bagi memperkasa pemantauan penceroboh tanah dan perlombongan haram. Selain itu, kadar hukuman kepada penjenayah ini mestilah lebih berat dan tegas supaya tidak berulang dan menakutkan mana-mana pihak yang berhasrat untuk melakukannya. Tidak lupa juga kepada pemantau, kepada mereka yang diberi kuasa untuk memantau segala aktiviti ini agar mereka tidak terdedah dengan gejala rasuah yang merugikan negara.

Jadi, sedikit, Yang di-Pertua, saya bangkitkan beberapa perkara yang melibatkan kawasan parlimen saya, Parlimen Kuantan. Pertama, pada Julai yang lepas, Timbalan Menteri PETRA menjawab perbahasan saya berkaitan Projek Pembetungan Kuantan yang akan disiapkan pada Jun 2025. Namun, sehingga kini masih terdapat kerja-kerja pembinaan lubang yang belum disiapkan. Jalan raya masih lagi berumbang-ambing. Jadi, saya mohon penjelasan tentang perkara ini.

Keduanya, pada April 2025, saya pernah bangkitkan keperluan bangunan tambahan bagi sekolah padat yang telah mencecah 35 orang dalam satu bilik darjah iaitu sekolah SK Kempadang. Jawapan yang diterima, bangunan tambahan telah diluluskan di bawah Rolling Plan 5 bagi tahun 2025 di bawah RMK12. Saya mohon status terkini bagi perkara ini dari Kementerian Pendidikan.

Dan yang ketiga, saya telah bertanya dan menerima jawapan bertulis daripada BPEN Pahang yang menyatakan bahawa telah menghantar permohonan pembinaan jejantas di Kampung Sungai Derhaka untuk kegunaan pelajar sekolah dan orang awam melintas bagi RMK13 dan mengharapkan ianya mendapat perhatian dari pihak kerajaan dalam RMK13 ini.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh sedikit sahaja lagi berkaitan dengan peningkatan tahap sosioekonomi golongan sasar, khususnya…

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat. Tak perlu masuk topik baru.

draft • 6:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sikit lagi boleh? Satu saja. Boleh?

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh. Sila duduk.

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan.

draft • 6:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Okey, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

draft • 6:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut bangkit dan membahaskan RMK13. Saya mengambil kesempatan untuk cuba mengupas empat isu yang berbangkit. Yang pertamanya adalah pendidikan, keduanya adalah tentang e-dagang, ketiga tentang harta pusaka, dan keempat adalah berkenaan dengan industri e-waste.

Pertamanya, kalau kita lihat kepada formasi dalam bab pendidikan, memang ada beberapa langkah yang berani yang dilakukan oleh pihak Kementerian Ekonomi dalam merancangkan reformasi pendidikan. Tetapi, saya rasa kita tidak cukup tuntas dalam mengatasi masalah apabila kita berdepan dengan cabaran AI dan ketidakpadanan pekerjaan.

Kalau kita lihat kepada angka yang berlaku di dalam negara India, Tata Consultancy dia telah pun mengumumkan berhentinya 12,000 pekerja yang mana dia juga turut memberikan amaran bahawanya 500,000 pekerjaan di India boleh terancam dalam tempoh tiga tahun apabila AI dan robotik mengambil alih fungsi-fungsi yang penting oleh manusia.

Dalam konteks Malaysia, tempoh 10 tahun yang akan datang, kita ramalkan 30 peratus pekerjaan di Malaysia yang berisiko yang melibatkan 600 tenaga pekerja. Dan antara angka 2020 hingga September 2024, kita ada lebih kurang 300,000 rakyat yang telah pun kehilangan kerja akibat daripada peralihan AI dan automasi, terutamanya dalam bidang pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan saintifik dan ICT.

Makanya, selalunya kita ada intervensi daripada kementerian. Kementerian menjalankan tugas mereka. Tetapi, bagi saya, ia bukan bersifat tuntas dan bersifat jangka panjang. Maka, saya lihat tepat pada masanya untuk kita tubuhkan Majlis Pendidikan Negara dan harus kita percepatkan dan harus kita melakukannya merentasi segala-gala kementerian dan juga penglibatan pemain industri terutamanya dari kalangan mereka yang berasal daripada sektor HGHV, high growth high value, yang kami dapatkan pelaburan daripada luar negara ataupun dalam negara.

draft • 6:08 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Bagi saya, selain kita menekankan penguasaan asas 3M, pelajar sekolah rendah ataupun menengah harus memberikan pilihan dalam laluan akademik, teknikal ataupun laluan yang baru saya nak cadangkan adalah keusahawanan dengan latihan praktikal dan projek industri yang sebenar. Dan kalau mampu kita untuk menawarkan tiga laluan ini, kita boleh mempercepatkan proses untuk kita mengatasi masalah ketidakpadanan pekerjaan dan

draft • 6:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

tidak akanlah berulang-ulang statistik yang menunjukkan bahawanya ramai graduan yang masih mendapat gaji bawah RM2,000. Majikan rata-ratanya rasa pekerja yang lepasan siswa itu, dia tidak menguasai kemahiran dan ilmu dalam industri pekerjaan.

Kita tidak boleh hanya menunggu kepada Kurikulum 2027 dan kita harus menekankan, kementerian harus memberikan penjelasan apakah proses dalam penyediaan Majlis Pendidikan Negara yang saya difahamkan tengah menetapkan TOR, Term of Reference dalam majlis ini. Mohon kementerian memberikan penjelasan pada penggulungan nanti.

Keduanya tentang e-dagang. Industri e-dagang Malaysia berkembang pesat dengan adanya pelbagai platform jualan atas talian. Ada Shopee, ada Lazada, TikTok Shop dan sebagainya dan National E‑Commerce Strategic Roadmap (NESR) mengunjurkan pasaran dalam Malaysia kita dalam e-dagang akan mencecah USD1.65 trilion.

Dan kalau lihat kepada penguasaan pasaran Shopee, 52 peratus, TikTok Shop, 15 peratus dan Lazada, 12 peratus dan lain-lain 21 peratus. Ini bermaksudnya lebih 80 peratus penguasaan pasaran e-dagang atas talian ini dikuasai oleh segelintir ataupun tiga platform jualan yang terkemuka. Dan ini telah pun mulai mengundangkan kegusaran, kebimbangan dari segi penjual-penjual atas talian dan juga sebahagian pengguna dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Kalau kita lihat kepada kadar komisen. Kadar komisen telah pun meningkat dari empat peratus pada tahun 2021 hingga 18 peratus pada tahun 2025 — 2021–2025. Empat peratus–18 peratus. Ini bermaksud platform mengenakan kadar komisen yang lebih tinggi berbanding dulu atas penjual-penjual tempatan dan ditambah dengan caj iklan, transaksi dan perkhidmatan yang akan mengecilkan lagi margin penjual dan polisi pemulangan dan pertukaran sehingga 15 hari–30 hari yang sering kali disalahgunakan oleh segelintir pembeli dan juga penjual luar negara menikmati kelebihan cukai, kos, logistik yang menyebabkan persaingan penjual tempatan dan penjual barang-barang daripada negara asing itu tidak seimbang.

Dan laporan telah pun menunjukkan lebih daripada 40 peratus pembelian atas talian di Malaysia ini adalah cross-border e-commerce. Ini turut memberikan tekanan yang besar kepada pemain ataupun penjual tempatan yang mana barang-barang lebih 40 peratus masuk daripada luar negara dan ini akan menimbulkan kegusaran untuk pekilang-pekilang sampai ke peruncitan sama ada konvensional peruncitan ataupun peruncitan atas talian.

Maka, persoalan saya yang timbul sama ada negara kita mempunyai kerangka dasar dan perundangan undang-undang yang mencukupi untuk mengawal platform-platform ini dari segi mengenakan dasar-dasar yang baharu ke atas penjual dan akhirnya, akibatnya turut akan memberikan kesan kepada pembeli-pembeli atas talian termasuk amalan subsidinya, kadar komisennya, syarat-syarat untuk penjual-penjual daripada negara asing dan juga melihat kepada sama ada unsur-unsur monopoli berlaku dan kerajaan juga perlu memperkukuhkan kapasiti ekosistem e-dagang tempatan supaya kita berkembang seiring dengan peruncitan tradisional bukan menggantinya secara total.

draft • 6:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Untuk perkara ketiga adalah tentang harta pusaka. Kalau kita lihat kepada data, harta pusaka yang dibekukan dalam negara kita telah pun mencecah RM90 bilion setakat data pada tahun 2023. Dan 90 peratusnya adalah dimiliki oleh umat Islam. Dan banyak faktor yang menyumbangkan kepada masalah ini. Antaranya pemahaman tentang proses perundangan yang kurang tepat dan sikap mengambil mudah, waris dikenakan fi yang tinggi tidak termasuk fi buka fail, fi rantaian yang lain yang menyebabkan tertangguhnya pengurusan harta pusaka dan juga mereka mungkin di kalangan waris itu tidak memahami siapa yang berhak untuk menuntut atas harta pusaka mengikut pembahagian faraid sehingga menyebabkan perbalahan sentiasa berlaku antara waris yang ingin menuntut harta tersebut.

Maka, isu ini mungkin ada ramai lihat ini adalah isu peribadi, isu keluarga. Tetapi, kalau angka itu telah pun mencecah RM90 bilion dan angka itu bertambah dari satu tahun ke satu tahun, maka sudah tentu dia akan ada implikasi dan kesan terhadap pembangunan ekonomi negara kita dan juga pembangunan desa dan pembangunan bandar di kawasan- kawasan yang ada.

Maka saya ingin meminta kepada pihak kerajaan supaya tumpukan perhatian dalam bab ini. Kalau kita lihat perkara ini, dia — kalau kita selesaikan masalah ini, kita mampu untuk mengukuhkan ekonomi keluarga, ekonomi negara dan juga memastikan berbilion ringgit itu tidak akan keluar daripada aliran ekonomi dalam negara kita. Maka, kalau kita nak betul-betul membela nasib umat Islam, tidak perlu kita sentiasa retorik, hipokrit ataupun berslogan saja.

Tumpukan perhatian ini untuk membantu mereka yang terperangkap dalam isu ini, selamatkan RM90 bilion itu supaya masuk dalam aliran ekonomi negara kita dan terus membantu mengukuhkan kapasiti ekonomi umat Islam ini. 90 percent of it adalah umat Islam.

Isu terakhir yang saya ingin nak bagikan adalah tentang industri e-waste. Puan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kegiatan e-waste, kegiatan industri e-waste yang haram saban hari semakin serius berlaku. Saya nak bangkitkan perkara ini sebab kawasan saya turut menjadi mangsa terhadap industri-industri ini yang haram. Saya bagi beberapa contoh ataupun kes yang pernah berlaku.

Pada tahun 2022, ada dua kilang di Keramat Pulai ditutupkan atas arahan Exco Kerajaan Negeri pada ketika itu sebab mereka menjalankan aktiviti e- waste secara haram, tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Kita juga menemui kilang di Pengkalan, Ipoh. Sebanyak 111 juta nilainya ditemui di kilang tersebut pada Jun 2025 tahun ini. Dan juga di kilang di kawasan Simpang Pulai yang simpan copper untuk proses copper bagi tujuan e-waste juga, nilai dia RM8.58 juta di Simpang Pulai.

Dan dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, pusat khidmat saya telah pun sampaikan 11 aduan kepada pihak JAS kerana sentiasa kita ada masalah pencemaran udara. Dan kita tengok selain Perak, ada juga pembongkaran di Kedah, RM1.3 bilion nilainya serbuan dibuat oleh pihak SPRM, oleh pihak-pihak agensi penguatkuasaan, polis, JAS dan sebagainya. Dan juga oleh Menteri pada ketika itu, YB Nik Nazmi, di Kedah, 1,500 tan metrik sampah import ataupun e-waste ditemui di negeri Kedah.

Maka, soalan saya adalah mengapa perkara ini boleh berlaku dan saban hari berlaku lebih serius dan nilai yang dirampas itu bertambah nilainya? Kalau kita lihat kes-kes ini,

draft • 6:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

segalanya bahan mentah mereka, e-waste mereka yang diimport adalah melalui sempadan pintu masuk negara. Sama ada sempadan ke ataupun pelabuhannya, bukan setakat mereka boleh masuk dengan senang, tetapi lepas proses, dia boleh dieksport keluar dengan sempadan yang sama, pintu keluar yang sama.

Saya nak tegaskan, negara kita Malaysia bukan tong sampah dunia. Kerajaan harus lihat kepada isu ini dan kita harus membanteraskan isu ini sebab kita tidak ada apa-apa nilai tambahan dalam sektor ini, industri ini. Malah akan mengundang kepada masalah alam sekitar, masalah kesihatan kepada penduduk-penduduk dalam negara kita.

draft • 6:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Bayangkan, mengikut apa yang dikatakan oleh mantan Menteri NRES, beliau kata dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, sejak tahun 2020 hingga tahun 2024, pihak kementerian telah pun berjaya menahan 436 kontena yang cuba memasuki melalui pelabuhan-pelabuhan utama negara kita yang cuba import E-waste ataupun sampah-sampah haram ke dalam negara kita. Dan, itu mungkin jauh lebih rendah daripada apa yang telah pun berlaku dalam negara kita.

Dan saya menyeru kepada kerajaan harus memperkukuhkan, memperketatkan kawalan pintu masuk, memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi supaya perkara- perkara ini tidak lagi berlaku. Sebab kita mematuhi piawaian Basel Convention yang kita tidak langsung akan mengimport apa-apa E-waste ke dalam negara kita.

Maka, dengan masa yang diberikan, empat isu telah pun saya kupaskan. Saya harap kerajaan boleh memberikan penjelasan pada penggulungan nanti. Sekian saja perbahasan saya. Saya menyokong pembentangan usul RMK13. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 6:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Puan Yang di- Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan tema “Melakar Semula Pembangunan”. Puan Yang di-Pertua, RMK13 adalah dokumen terpenting dalam kita mengorak langkah ke hadapan untuk membawa Malaysia ke landasan yang tepat, bersandarkan kepada prinsip Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat, memperkukuh kesejahteraan hidup serta menjamin pembangunan mampan. Atas kesedaran itu, saya amat mengharapkan agar Parlimen Beaufort turut diberikan keutamaan dalam pelan perancangan lima tahun RMK13 ini.

Puan Yang di-Pertua, masalah air banjir yang sering kali melanda Beaufort telah memberi kesan mendalam terhadap pembangunan ekonomi rakyat. Pada tahun ini sahaja, Beaufort telah dilanda banjir lebih daripada lima kali. Saya harap dan saya sedar bahawa PETRA telah melaksanakan kerjasama dengan negara Belanda dari aspek perkongsian teknologi mengatasi masalah banjir. Saya amat mengharapkan agar projek rintis antara

draft • 6:21 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Malaysia dan Belanda di bawah skim Dutch Surge Support dapat dilaksanakan di daerah Beaufort bagi merancang pelan mitigasi banjir yang lebih sistematik dan melibatkan penggunaan teknologi moden dan juga canggih.

Puan Yang di-Pertua, begitu juga dengan cadangan yang pernah saya utarakan agar pelaksanaan kerja pertahanan tebing Sungai Bekalau sepanjang 50 meter dan penyelenggaraan Sungai Melabau, Beaufort yang berfungsi sebagai laluan air keluar ke Sungai Klias dapat dilaksanakan dalam mengatasi masalah banjir di Beaufort. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana masalah banjir ini bukan sahaja menjejaskan aset dan harta awam tetapi juga turut menjejaskan pembangunan ekonomi Beaufort.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada kelulusan yang telah diberikan di bawah RMK12 dalam Rolling Plan Keempat 2024 berkenaan projek menaik taraf muka sauk di LRA Beaufort II dan penggantian generator di muka sauk dan Loji Rawatan Air Beaufort I.

Apakah status pelaksanaan kerja tersebut? Saya juga ingin menyentuh berkenaan kelulusan Loji Rawatan Air Kuala Penyu, Beaufort yang telah diluluskan oleh KKDW dalam RMK12.

Apakah status projek ini?

Tuan Yang di-Pertua, ketiga-tiga projek ini adalah amat penting bagi kami di daerah Beaufort yang masih lagi terbelenggu dengan masalah air bersih. Seperti yang pernah saya katakan dalam Dewan yang mulia ini, masih ramai lagi isi rumah di Parlimen Beaufort yang terpaksa berbelanja lebih RM500 sebulan untuk mendapatkan bekalan air bersih dengan membeli air minuman botol untuk kegunaan harian. Maka, besarlah harapan saya agar permasalahan ini dapat dinoktahkan dalam RMK13.

Puan Yang di-Pertua, di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan projek baik pulih dan naik taraf Jalan Persekutuan di daerah Beaufort dari Bulatan Bingkul menuju ke Jeti Menumbok dengan anggaran kos sebanyak RM100 juta, yang sepatutnya projek ini telah dimulakan pada hujung tahun 2024.

Dan apakah sebenarnya status terkini projek tersebut kerana sehingga sekarang, ia nya belum lagi dimulakan? Dan bilakah pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan?

Begitu juga dengan projek Pan Borneo Membakut-Beaufort ke Sipitang. Projek ini telah tergendala begitu lama sehingga berlaku beberapa siri kemalangan yang mengakibatkan kematian. Dan apakah langkah penyelesaian yang dibuat oleh kementerian untuk menghadapi masalah ini?

Puan Yang di-Pertua, dalam RMK13 ini juga saya memohon agar kementerian JKR dapat mempertimbangkan permohonan penduduk Kampung Batu 60, 62, Kampung Tebobon dan Kampung Binunuk untuk membina jalan baharu, jalan Binunuk-Halogilat sepanjang 20 kilometer yang telah dipohon lebih daripada 10 tahun. Pembinaan jalan ini amat penting kerana ia nya adalah merupakan jalan pintas di mana penduduk tersebut tidak perlu lagi menyeberangi Sungai Padas menaiki perahu dan ini akan mengurangkan beban kepada rakyat di kawasan tersebut.

Puan Yang di-Pertua, saya amat mengharapkan juga dalam RMK13 ini agar Kementerian KPKT – di sini ada Timbalan Menterinya, agar dapat mempertimbangkan serta

draft • 6:21 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

meluluskan peruntukan membina sebuah mini bomba di daerah Menumbok dan perkara ini memang sering kali saya kemukakan kerana ia nya memang menjadi keperluan.

Saya sedar bahawa kementerian berpandukan kepada kajian perlindungan kebakaran melalui aplikasi Fire Cover Mapping System ataupun FICOMS. Namun, adalah perlu juga kementerian untuk menilai dari aspek kepadatan penduduk dan juga laluan jalan yang agak sempit dan sesak disebabkan laluan jalan yang – disebabkan Menumbok adalah laluan utama dari Labuan ke Kota Kinabalu yang menjadi faktor kegagalan Balai Bomba Kuala Penyu untuk sampai ke Menumbok pada masa yang tepat iaitu apabila berlaku kebakaran.

Saya juga mohon kepada kementerian KPKT untuk menyemak kembali dan meneliti semula masalah projek pembangunan perumahan rakyat Selagon yang telah terbengkalai daripada tahun 2012 sehingga kini. Projek perumahan ini memerlukan tambahan kewangan untuk dibaik pulih bagi beberapa unit yang telah rosak. Dan masalah ini pun sebenarnya memang telah berkali-kali saya bawa di dalam Dewan yang mulia ini. Mohon Timbalan Menteri akan memberikan perhatian ya.

Puan Yang di-Pertua, Beaufort menyambut baik iltizam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyasarkan satu juta rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan dalam tempoh 2026 sehingga 2035. Saya amat mengharapkan agar kementerian KPKT juga dapat memperuntukkan pembinaan rumah mesra rakyat dan program perumahan rakyat di Parlimen Beaufort dalam RMK13 ini. Hal ini disebabkan, masih ramai lagi penduduk tempatan di Beaufort yang masih tinggal di perkampungan setinggan dan tidak bergeran.

Puan Yang di-Pertua, saya juga amat mengharapkan agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan – di mana Yang Berhormat Menterinya juga ada di sini – melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ataupun LKIM dapat memberikan peruntukan untuk perumahan nelayan di Parlimen Beaufort iaitu di daerah Menumbok dan juga pelaksanaan projek jeti baharu perlu dibina di Kuala Penyu bagi memastikan agar kebajikan dan kepentingan nelayan dapat diberi perhatian.

Puan Yang di-Pertua, bagi memastikan petani dapat menjual hasil tanaman juga, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Keterjaminan Makanan, di mana untuk memastikan petani dapat menjual hasil tanaman mereka tanpa ditindas oleh orang tengah, projek membina agro market di tepi Jalan Pan Borneo - Beaufort dan Membakut dengan mempunyai kelengkapan surau dan tandas juga perlu dilaksanakan dalam RMK13.

Puan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya kerajaan menaik taraf Kompleks Sukan Beaufort dengan memasang lampu limpah dan membina fasiliti seperti dewan serba guna dan kolam berenang untuk kegunaan masyarakat di sekitar Parlimen Beaufort. Dan perkara ini juga sudah berkali-kali saya suarakan di dalam Dewan yang mulia ini.

draft • 6:21 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Mudah-mudahan dalam RMK13 ini, perkara ini akan dapat direalisasikan. Begitu juga dengan Pelan Pembangunan Pelancongan Daerah Menumbok. Di mana satu cadangan membina papan tanda titik paling berat di Sabah, di Kampung Sawar-Sawar Mempakul Menumbok dapat dilaksanakan dalam RMK13 bagi mewujudkan daya tarikan pelancong di

draft • 6:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Daerah Menumbok. Saya merayu kepada MOTAC agar dapat memperuntukkan bajet untuk maksud tersebut melalui rancangan RMK13 ini.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan capaian telekomunikasi dan Internet yang rendah di Parlimen Beaufort. Saya sedar bahawa Kementerian Digital telah melaksanakan pemasangan 19 menara telekomunikasi dan enam lagi bakal dilaksanakan sehingga akhir tahun 2025 ini serta 88 buah menara sedia ada telah dinaik taraf. Namun Puan Yang di-Pertua, capaian line telefon dan Internet ini masih lagi rendah dan ada beberapa tempat di Parlimen Beafort yang agak sukar untuk mendapatkan line telefon tersebut. Maka, saya amat berharap agar kementerian dapat memperkasakan lagi capaian line telefon dan Internet ini di kawasan Parlimen Beaufort.

Puan Yang di-Pertua, Hospital Beaufort adalah nadi perkhidmatan kesihatan di pedalaman bawah Sabah. Ia berperanan sebagai ketua hospital kluster Beaufort yang menampung rakyat Beaufort, Kuala Penyu dan juga Sipitang. Kini terdapat tujuh kepakaran perubatan dan tiga lagi bakal menyusul bagi melengkapkan penetapan pakar minor.

Keperluan ruang tambahan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan mendesak. Projek naik taraf di bawah RMK10 RP4 sepatutnya siap pada Jun 2022. Walaupun tarikh itu dilanjutkan sehingga Oktober 2023, namun kerja masih belum siap sehingga kini.

Pada 7 Mac 2024, kontraktor asal ditamatkan dan projek ini menunggu proses tender baharu. Blok E dan F belum dimulakan kerana menunggu Blok D disiapkan terlebih dahulu.

Kini, Blok D terbengkalai menyebabkan hospital kehilangan sebuah bangunan dan ruang lawatan yang amat diperlukan. Kementerian Kesihatan perlu melihat dari aspek keperluan untuk penambahan lagi bangunan parking bertingkat dan kantin di Hospital Beaufort.

Kontraktor yang berpengalaman membina hospital perlu dilantik membuat pemantauan rapi oleh JKR Persekutuan. Peruntukan tambahan mesti disediakan segera dan memastikan projek ini dapat disiapkan bagi kepentingan rakyat Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang yang mengharapkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Puan Yang di-Pertua, dalam RMK13 ini terdapat keperluan untuk membina sekolah KAFA di Parlimen Beaufort bagi menggantikan bangunan balairaya usang yang digunakan oleh sekolah KAFA di Kampung Tanjung Aru Menumbok, Kampung Berangkok Kuala Penyu, di mana jumlah pelajar melebihi 100 orang setiap sekolah. Sekolah KAFA ini tidak memberikan keselesaan dan suasana harmoni untuk sesi PNP antara guru dan muridnya.

Saya juga merayu kepada Kementerian KKDW agar dapat menyegerakan pelaksanaan Projek Kolej Profesional MARA yang telah diluluskan dalam RMK12. Begitu juga dengan Kolej Komuniti Beaufort. Saya mohon agar Kementerian Pengajian Tinggi memberikan peruntukan untuk membina asrama untuk kegunaan pelajar yang terdiri daripada berbagai daerah dari seluruh Sabah dalam RMK13 ini. Minta masa lagi ya, Puan Yang di-Pertua. Sekejap saja, Puan Yang di-Pertua. Ada penting lagi.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua penting.

draft • 6:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Puan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada jawapan lisan yang bertulis Kementerian Pelajaran Malaysia pada 15 Julai 2024, di mana Parlimen Beaufort dalam Rangka 12 PRP 5 tahun 2025, KPM telah

draft • 6:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

menyenaraikan beberapa sekolah untuk dinaikkan taraf atau pembinaan gantian penggunaan ‘daif’ iaitu Sekolah Kebangsaan Klias Kecil, Sekolah Kebangsaan Kebulu, Sekolah Kebangsaan Pitas dan Sekolah Kebangsaan Takuli.

Saya ingin tahu, apakah status perancangan ini dan bilakah ianya akan dapat dilaksanakan? Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, pada 13 Mac 2025, SK Klais Kecil telah mengalami kebakaran sehingga telah memusnahkan sebuah blok bangunan di sekolah tersebut. Maka, amatlah wajar pembinaan baru bangunan sekolah di Klias Kecil ini dipercepatkan. Saya juga amat mengharapkan agar KPM dapat memindahkan sekolah- sekolah yang kerap dilanda banjir ke tapak baru seperti SK Kebulu, SJK(C) Lian Hwa dan SK Batuan 60. Bencana banjir ini bukan saja merugikan aset kerajaan tetapi juga turut memberi risiko nyawa kepada anak-anak dan juga guru. Perkara ini telah pun juga beberapa kali saya suarakan dalam Dewan Yang Mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada dokumen RMK13, meningkatkan mobilisasi sosial iaitu strategi B3.2 mengenai kemiskinan. Perkara ini adalah sinonim dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh RISDA melalui Program Tuisyen Rakyat untuk membantu pelajar luar bandar dalam aspek pendidikan. Saya ingin tahu, apakah indikator yang menunjukkan keberkesanan program tuisyen percuma ini dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar luar bandar, khususnya SPM?

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menggesa kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti-buli bagi melindungi anak-anak kita di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kami tidak mahu akan ada lagi tragedi yang menimpa kepada permata negara kita. Budaya buli ini sudah berakar dalam sistem pendidikan negara. Maka, kerajaan perlu bertindak bijaksana dalam mencantas budaya buli ini.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 6:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Kesimpulannya, Beaufort amat menghargai — sekejap, sikit lagi.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah tiga minit extra, sila duduk.

draft • 6:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Okey, baik. Kesimpulannya, Beaufort amat menghargai usaha yang telah diberikan oleh kerajaan dalam memastikan masyarakat luar bandar, terutama Parlimen Beaufort agar dapat manfaat dalam arus pembangunan yang telah direncanakan dalam RMK13 ini. Maka dengan itu, besarlah harapan saya agar semua cadangan pembangunan untuk Parlimen Beaufort yang telah saya kemukakan ini akan diambil perhatian dan - oleh kementerian berkaitan bagi memastikan kebajikan rakyat dan aspirasi Malaysia MADANI ini dapat dinikmati dan dirasai oleh rakyat di Parlimen Beaufort. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sekian, Beaufort menyokong.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft • 6:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk sama membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas demi kepentingan rakyat seluruhnya. Saya mulakan perbahasan saya dengan membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam surah Al-Araf, ayat 196. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat- ayat kami, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka. Kaum-kaum Nabi terdahulu dibinasakan oleh Allah. Walaupun pembangunan mereka hebat tetapi bila mereka kufur kepada Allah, maka mereka tetap dibinasakan oleh Allah. Ini menunjukkan pembangunan spiritual mestilah seiring dengan pembangunan fizikal.

Tuan Yang di-Pertua, RMK13 dijangka dilaksanakan bermula tahun 2026 sehingga 2030 sebagai pelan jangka pendek dan jangka panjang, khususnya untuk pembangunan yang seimbang. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah kebimbangan, kesenjangan pembangunan antara wilayah Timur dan Barat yang kian melebar.

Contoh yang amat jelas, apabila sasaran KDNK negeri Terengganu yang sebelum ini disasarkan pada RMK12 adalah 6.6 peratus. Namun, sasaran purata KDNK bagi RMK13 diturunkan kepada 4.8 peratus sahaja. Sedangkan umum mengetahui negeri Terengganu yang merupakan salah satu negeri Pantai Timur yang turut menyumbang kepada hasil negara. Lebih-lebih lagi, negeri ini juga menyumbang kepada hasil petroleum negara.

Sewajarnya diletakkan sasaran KDNK yang lebih tinggi berbanding RMK12. Ia sekaligus menjadi persoalan besar kepada komitmen kerajaan untuk menyeimbangi jurang pembangunan antara wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat. Tuan Yang di-Pertua, ironinya jika di negara luar, negeri yang mempunyai hasil sumber asli seperti petroleum, jauh lebih kaya berbanding dengan negeri yang tidak mempunyai hasil.

draft • 6:37 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tetapi di Malaysia, akibat pengagihan hasil yang tidak seadil, sumber petroleum yang diberikan kepada Persekutuan tidak dikembalikan kepada negeri. Akibatnya, negeri yang sewajarnya maju dengan sumber asli sendiri seperti Terengganu tidak berlaku sebaliknya — tidak berlaku sedemikian rupa. Lebih mengecewakan apabila pembentangan RMK13 kali ini turut menzahirkan bahawa kerajaan hari ini tidak serius untuk merapatkan kesenjangan antara Pantai Timur dan Pantai Barat melalui perancangan pembinaan yang berat sebelah termasuk dalam LPT3 yang sekian lama diperjuangkan oleh Ahli Parlimen dari Terengganu dan Kelantan bagi memacu pertumbuhan ekonomi timur tidak dimasukkan dalam RMK13.

Sedangkan pembinaan LPT3 hampir sedekad dimasukkan dalam RMK9 –– [Telefon bimbit. berbunyi] [Ketawa] Sorry, sorry. Sedangkan pembinaan LPT3 hampir sedekad dimasukkan dalam RMK9 yang pada ketika itu kos yang dianggarkan hanyalah RM2.89 bilion.

Namun setelah hampir 20 tahun, anggaran kos meningkat sehingga RM9.8 bilion. Sampai bila kerajaan ingin menangguhkannya? Kos semakin lama semakin meningkat.

draft • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Ironinya, pembinaan LRT Mutiara Line yang mencecah kos sehingga RM17 bilion dan pada mulanya tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, kini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui MRT Corp. Tindakan ini jelas sekali ketidakadilan kerajaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan infrastruktur antara negeri Pantai Timur dan Pantai Barat.

Yang di-Pertua, tidak dinafikan Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa dan hasil yang besar kepada Kerajaan Persekutuan, pendapatan dan hasil kepada negeri pula amatlah sedikit. Sumber hasil dijana oleh negeri, namun majoritinya disalurkan kepada Persekutuan. Sebagai contoh, sektor pelancongan Terengganu mencatat kedatangan pelancong melebihi sasaran pada tahun lalu iaitu 7.8 juta pelancong berbanding sasaran 4.5 juta. Namun, majoriti hasil diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, sampai bila keadaan akan berlaku sedemikian rupa? Projek- projek pembangunan Pantai Timur dan Pantai Barat tidak seimbang. Hasil pula tidak dikembalikan secara adil kepada negeri. Oleh itu, saya menyambut baik cadangan dari sahabat saya, Kemaman, bahawa reformasi pengagihan yang adil iaitu melalui penubuhan badan bebas yang akan menilai keperluan pembangunan di negeri-negeri perlu disegerakan.

Ia nya bagi memastikan pengagihan peruntukan diagihkan secara adil dan saksama yang bermatlamat pembangunan wilayah yang seimbang antara timur mahupun barat sepertimana yang diamalkan di Kanada melalui Commonwealth Grants Commission.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan bagi mengharamkan vape. Begitu juga usaha kerajaan negeri-negeri lain termasuk Terengganu, Kelantan, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang yang melarang penjualan vape.

draft • 6:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Setiu, Setiu. Puncak Borneo minta celahan sikit.

draft • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Namun begitu, saya mengharap agar usaha kerajaan untuk mengharamkannya dipercepatkan kerana statistik vape terutama anak muda sangat membimbangkan. Bahkan, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada ketagihan vape ini. Penjualan vape berleluasa, kedai vape tumbuh bagaikan cendawan mengalahkan kedai runcit di setiap kawasan, seolah-olah vape ini satu keperluan. Saya yakin tidak ada lagi alasan untuk kerajaan menangguhkan pelaksanaan ini. Bahkan, negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand sekian lama telah mengharamkan vape di negara mereka demi melindungi rakyat mereka daripada ketagihan vape.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajak seluruh Ahli Dewan untuk bersama-sama bersolidariti untuk arwah adik Zara Qairina Mahathir. Saya yakin seluruh rakyat menuntut keadilan buat arwah. Kes-kes buli di pusat pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi wajar dihentikan dengan usaha yang serius dari semua pihak. Kita tidak mahu lagi isu arwah Zulfarhan, arwah Jackson Nuing Awe dan baru-baru ini, arwah adik Zara Qairina, arwah Syamsul Haris maut akibat disyaki buli berulang kali.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkait dengan pembangunan di Setiu. Saya dimaklumkan bahawa sebanyak 17 lot tanah yang telah diberi hak milik kepada Pesuruhjaya

draft • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tanah Persekutuan tidak dimajukan di Setiu. Lapan daripadanya telah diberikan untuk projek berkait dengan Kementerian Pendidikan. Oleh itu, saya mencadangkan agar KPM mempertimbangkan cadangan saya untuk membina sekolah menengah kebangsaan agama, IPG di kawasan Setiu.

Saya yakin pembinaan pusat pendidikan antara sumber utama yang akan memajukan daerah Setiu. Selain itu, Setiu juga hampir 40 tahun diwujudkan, namun masih belum ada jabatan-jabatan penting seperti jabatan PERHILITAN, JPJ, LHDN dan sebagainya.

Macam mana sesebuah kawasan itu ingin maju jika sekiranya kemudahan seperti ini masih belum wujud?

Apa yang lebih mengecewakan, sehingga kini, masih banyak pejabat-pejabat milik kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, bahkan Mahkamah Majistret Setiu juga masih menyewa di bangunan rumah kedai. Saya cadangkan agar bangunan Persekutuan sepertimana di daerah Besut yang menempatkan pelbagai agensi Persekutuan dapat dibina segera di Setiu. Selain itu, Setiu juga memerlukan projek perumahan bagi memajukan lagi Setiu.

Saya cadangkan supaya Projek Perumahan Sungai Bari dapat dilaksanakan segera.

Tanah seluas 40 ekar telah di-reserve-kan untuk projek ini. Saya telah berulang kali membangkitkan hal ini dalam Parlimen termasuk di Kamar Khas, namun sehingga kini ia nya masih belum dilaksanakan.

Berkenaan pembinaan ECRL. Sekali lagi, saya ingin memohon agar kerosakan akibat pembinaan ECRL dapat dipulih segera. Begitu juga banyak kawasan yang sebelum ini tidak dinaiki air, banjir. Pembinaan ECRL menyebabkan kawasan-kawasan tersebut dilanda banjir. Saya tidak menolak ECRL, tetapi saya mohon agar kerajaan serius untuk memastikan bahawa kesan akibat pembinaan infrastruktur tidak membebankan rakyat khususnya rakyat di daerah Setiu.

Saya dimaklumkan pihak JKR telah mengangkat cadangan untuk menanda aras jalan mendap di Air Sejuk dengan kos sebanyak RM88 juta. Saya ingin mengetahui status terkini berkenaan permohonan projek tersebut dan juga status terkini pelebaran jalan raya daripada Sungai Tarom ke Bandar Permaisuri.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, minggu lalu, proses penggalian semula jenazah di Pengkalan Maras akibat daripada hakisan, di mana 100 jenazah dipindah ke perkuburan Gong Awang Lib. Akibat hakisan pantai, 16 struktur pemecah ombak ataupun breakwater sehingga kini walaupun sudah dibuat, tapi masih belum dapat disiapkan sepenuhnya. Yang menjadi kerisauan saya adalah musim banjir akan tiba tidak lama lagi.

Saya mohon agar kerajaan mewujudkan pelan kontingensi dengan menyediakan dana kecemasan untuk menghadapi isu ini agar apabila berlakunya isu kecemasan seperti hakisan pantai yang kian merebak ke kawasan perumahan penduduk, maka dana kecemasan telah tersedia dan boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa rakyat dengan segera. “Sediakan payung sebelum hujan”.

draft • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Isu hakisan ini juga menghantui penduduk di sekitar Pantai Rusila, Marang. Saya mohon agar kerajaan segera mempertimbangkan pembinaan breakwater untuk mengatasi isu hakisan di kawasan tersebut.

Akhirnya, besar harapan saya agar Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini benar- benar dapat menjunjung semangat federalisme yang telah diamanahkan berpuluh tahun lalu dan memastikan segala agenda ke arah pembangunan yang seimbang antara Timur dan Barat. Amalan berpolitik berat sebelah dan sebagainya hanya akan memundurkan negara kita.

Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis.

draft • 6:40 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas di Dewan yang mulia ini berkenaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada 31 Julai yang lalu.

draft • 6:49 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik salah satu kerangka dalam RMK13 yang menyentuh tentang meningkatkan kemajuan wilayah dan mengukuhkan pembangunan luar bandar. Dalam hubungan ini, penekanan harus diberikan kepada pembangunan ekonomi kawasan kurang membangun dan luar bandar bagi meningkatkan keseimbangan pembangunan antara wilayah.

Tumpuan harus diberikan kepada memperluaskan akses kepada infrastruktur dan perkhidmatan asas bagi menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan luar bandar dan mempercepatkan integrasi ekonomi terutama di Sabah dan juga di Sarawak. Kawasan luar bandar harus dibangunkan dan projek-projek infrastruktur harus ditambah baik dan ketersambungan ataupun connectivity dengan izin, dilaksanakan. Saya percaya, jalan raya dan jambatan adalah kemudahan asas yang paling penting untuk sesebuah pembangunan.

Kekurangan jaringan jalan raya yang lengkap untuk memasarkan produk pertanian, meletakkan golongan miskin tegar di kawasan luar bandar sukar untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Di Sarawak secara amnya, walaupun jalan dan jambatan sudah ada atau sedang dalam pembinaan, namun masih banyak lagi yang diperlukan kerana saiz kawasannya yang luas dan taburan kampung dan rumah panjangnya yang berselerak.

Di Parlimen Tanjong Manis, khususnya kampung dan rumah panjang seperti Kampung Paloh, Kedang, Berangan, Stalon, Bukit Kinyau, Mupong Alam, Mupong Muara, Telok Gelam, Muara Payang dan Semaring, belum ada jalan raya lagi. Kita sudah mencapai kemerdekaan lebih kurang 62 tahun. Bayangkanlah perasaan penduduk-penduduk di situ.

Betapa sukarnya untuk menyara keluarga atau menjual hasil mahsul, apa lagi untuk balik kampung atau rumah panjang terutama sekali pada musim perayaan.

draft • 6:50 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Saya ingin menekankan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, mana-mana projek yang sudah diluluskan peruntukan seperti jalan raya ke Kampung Paloh supaya terus dimulakan tanpa lengah sebab inilah jalan menuju kampung halaman saya. Kampung halaman wakil rakyat sendiri pun belum ada jalan raya. Bayangkanlah.

Puan Yang di-Pertua, garis pantai negara kita banyak mengalami masalah hakisan pantai yang serius. Pantai-pantai ini terdedah kepada tindakan ganas ombak laut setiap tahun terutama sekali dari monsun timur laut. Pantai-pantai seperti di barat laut Sabah, di sepanjang pantai Sarawak, di sepanjang pantai negeri-negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, setiap kali musim monsun melanda banyaklah kawasan tepi pantai yang terhakis teruk.

Di sini saya ingin menyentuh berkenaan masalah hakisan pantai yang merosakkan penempatan dan ban pertanian serta tanaman di Parlimen Tanjong Manis terutama sekali yang terjadi di Kampung Paloh, di Kampung Sebako, Kampung Belawai dan juga di utara Pulau Bruit. Tanah, rumah dan tanaman yang terkena hakisan laut ini akan hilang selamanya dan adalah begitu sukar ataupun hampir mustahil untuk mendapatkan kembali apa yang sudah terhakis oleh ombak laut.

Disebabkan kawasan tersebut tidak mempunyai struktur kawalan hakisan pantai, maka secara logiknya, setiap kali musim tengkujuh sudah pasti lebih besar lagi kawasan yang akan terhakis atau hilang dan perkara seperti ini berulang-ulang setiap tahun. Apa akan terjadi adalah kalau ada kampung maka rumah-rumah orang kampung tersebut akan musnah dan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain.

Kalau ada ban pertanian maka ban tersebut akan roboh dan kebun atau tanaman mereka akan musnah dan rosak kerana air masin. Maka, orang kampung akan kehilangan punca rezeki atau mata pencarian. Nasib rakyat di kawasan pantai ini adalah ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”. Pantai terhakis, rumah rosak, kebun tanaman rosak, punca rezeki pun hilang.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan dalam RMK13 ini supaya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA dapat membuat perancangan jangka panjang untuk melindungi pantai-pantai sedia ada di Sarawak khususnya di Parlimen Tanjong Manis. Kementerian perlu membina pemecah ombak ataupun wave breaker dengan izin, tembok laut ataupun seawall dan tambakan batu untuk menangani masalah hakisan dan kemusnahan daripada ombak laut ini.

Datuk Yang di-Pertua — Puan Yang di-Pertua, dalam kerangka RMK13 bertajuk “Peningkatan Tahap Ekonomi Golongan Sasar”, saya ingin menyentuh tentang ban-ban pertanian yang sudah lama, yang sudah mendap dan rosak di kawasan Parlimen saya. Yang Berhormat Menteri ada dalam Dewan ini. Sawah padi — selain menjadi nelayan, antara pekerjaan tradisi rakyat Tanjong Manis adalah penanaman padi ataupun pekebun kerana keadaan geografinya yang luas dan rata serta taburan hujan yang mencukupi.

Sawah padi diusahakan oleh orang kampung ataupun rumah panjang dengan cara tradisional dan sawah padi ini masih diusahakan dari dahulu hingga sekarang di beberapa

draft • 6:50 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

tempat seperti di Belawai, di Rajang, Jerijeh, di Bruit, di Tekajong, di Penipah, Betanak, Paloh, Kedang, Berangan, Sebayan, Stalon, Selidap, Sungai Sian dan banyak tempat lagi.

Kerajaan Sarawak sedang memperkenalkan benih padi baharu yang mampu menghasilkan tuaian padi yang lebih kerap iaitu sehingga lima kali tuaian dalam tempoh dua tahun. Sekiranya usaha ini berjaya, sudah pasti hasil tuaian dan jualan padi yang lebih banyak boleh membawa golongan pesawah keluar daripada garis kemiskinan. Usaha sebegini akan mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada import beras dan memastikan keterjaminan makanan untuk rakyat Sarawak terutamanya rakyat di Tanjong Manis.

Namun, untuk mencapai matlamat membantu golongan pesawah ini, saya percaya infrastruktur pertanian harus ada dan dalam keadaan yang memuaskan dan berfungsi seperti sepatutnya. Ban-ban pertanian, saliran pengairan dan pintu air yang sedia ada di kawasan Tanjong Manis telah dibina lama dahulu dan faktor penuaan telah banyak membawa kerosakan kepada struktur-struktur tersebut seperti kerosakan ataupun pemendapan ban, saluran yang tersumbat dan pintu air yang rosak.

Jika kerosakan-kerosakan pada infrastruktur pertanian ini tidak dibaiki segera maka segala usaha-usaha kerajaan untuk membantu golongan pesawah ini keluar daripada garis kemiskinan dan mengurangkan import beras akan menemui kegagalan dan menjadi sia-sia sahaja. Oleh sebab itu, saya cadangkan dalam RMK13, Kementerian KPKM untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membaiki kerosakan kepada infrastruktur pertanian yang sudah sekian lama ini.

Puan Yang di-Pertua, isu terakhir yang saya nak kupaskan adalah berkenaan sekolah-sekolah daif di Parlimen Tanjong Manis. Kebanyakan sekolah-sekolah di Tanjong Manis ini berusia lebih daripada 50 tahun dan kebanyakan struktur bangunannya dibuat daripada kayu dan papan. Seperti yang kita sedia maklum, bangunan kayu dan papan ada jangka hayatnya dan tidak kekal lama dan perlu diperbaiki atau ditukar baru bila sampai masanya.

Disebabkan oleh keadaan sekolah yang sudah uzur, kerja-kerja membaiki menjadi semakin kerap dan mengganggu suasana pembelajaran di sekolah. Apabila sekolah dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kerosakan serta cukup dengan kemudahan- kemudahan yang diperlukan maka suasana pembelajaran akan menjadi lebih selesa dan lancar dan pelajarnya akan dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan dan efektif. Oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya dalam RMK13 pihak Kementerian Pendidikan memberi perhatian untuk membaiki sekolah-sekolah daif ini secara berterusan dan berperingkat-peringkat.

Di Tanjong Manis, terdapat 13 buah sekolah yang sangat daif yang memerlukan perhatian segera daripada Kementerian Pendidikan untuk dibaik pulih ataupun dibina baru.

Sekolah-sekolah tersebut saya ingin sebutkan di sini adalah SK Mohamad Redeh, Telok Gelam, Kampung Kut, Bakerkong, Betanak, Tekajong, Penipah, Bruit, Mupong, Mupong Ulin, Bayang dan SK Stalon. Untuk menggantikan blok-blok sekolah yang rosak ini, saya ingin mencadangkan penggunaan teknologi pembinaan yang terkini dan moden dengan

draft • 6:50 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

menggunakan sistem IBS atau industrialised building system yang telah terbukti boleh menjimatkan masa dan kos pembinaan dan juga tenaga kerja.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pembinaan baru SK Orang Kaya Muda Paloh — Muda Pakeri Paloh di kampung halaman saya sendiri. Sekolah ini mengalami kerosakan dan keretakan yang serius pada struktur utamanya dan telah diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk digunakan lagi. Pihak sekolah menggunakan bangunan-bangunan lain seperti asrama dan kantin untuk dijadikan kelas sementara, tempat mengajar dan belajar.

Keadaan sebegini sudah berlarutan lebih satu tahun.

Baru-baru ini saya difahamkan bahawa peruntukan sedia ada untuk bina baru sekolah sebanyak RM28 juta adalah tidak mencukupi dan terpaksa dirujuk semula kepada kementerian untuk NOC ataupun Notice of Change dengan izin, untuk mendapatkan dana tambahan sebanyak RM10 juta lagi. Saya — sudah pasti proses ini akan memakan masa yang lama dan pembelajaran di sekolah akan terganggu lebih lama.

Oleh yang demikian, saya memohon kepada kementerian supaya mempercepatkan proses NOC dan saya juga cadangkan supaya pembinaan dimulakan dengan peruntukan yang sedia ada sementara permohonan dana tambahan diproses. Ini adalah langkah terbaik untuk mempercepatkan lagi pembinaan sekolah tersebut.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkenaan projek pembinaan sebuah sekolah lagi yang terbengkalai iaitu projek bina baru bangunan sekolah di SK Penibong. Semenjak COVID-19, pembinaan sekolah telah terhenti dan ini telah mengganggu pembelajaran di sekolah tersebut. Oleh sebab itu, saya mencadangkan dalam RMK13 pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah-langkah segera untuk menyiapkan projek bina baru sekolah ini dan juga sekolah-sekolah yang saya sebutkan di atas tadi.

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, kejayaan RMK13 adalah bergantung kepada komitmen yang tinggi dari semua pihak ataupun stakeholder supaya menggembleng usaha dan tenaga untuk memastikan kejayaannya mencapai objektif. Semoga setiap perancangan di dalam RMK13 ini akan tercapai dengan jayanya di penghujung penggalnya nanti. Akhir sekali, saya menyokong RMK13 dengan tema ‘Melakar Semula Pembangunan’. Sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 13 Ogos 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.02 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026