Aug112025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi dan salam sejahtera. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini dengan saya menjemput Tuan Mordi anak Bimol, Mas Gading. Silakan. Oh, tak ada dalam Dewan hari ini.

Baik. Saya jemput Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.

draft • 10:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Nampaknya saya bernasib baik hari ini dapat nombor satu. Soalan saya nombor 2 sebenarnya, Tan Sri Speaker, bukan nombor 1 ya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 10:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Because nombor 1 tak mai, saya ambil nombor 2. Soalan nombor 2.

draft • 10:00 AM

[Soalan No. 1 – YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) tidak hadir]

2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Digital menyatakan:

(a) apakah kemajuan yang telah dicapai oleh Pejabat AI Kebangsaan

(NAIO) setakat ini dan apakah sumbangan mereka kepada pembangunan AI; dan

(b) bagaimanakah kementerian berkolaborasi dengan kementerian- kementerian lain seperti MITI, MOHE dan sebagainya untuk memastikan koordinasi cross-sectoral yang berkesan dalam pembangunan dan aplikasi AI.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kubang Pasu.

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tan Sri, soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan kemajuan yang telah pun dicapai oleh Pejabat AI Kebangsaan dan juga bagaimana ianya berkolaborasi dengan kementerian lain seperti MITI dan juga MOHE dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan, soalan sama juga diajukan oleh Pasir Mas bertarikh 26 hari bulan Ogos. Jadi, saya jawab secara bersekali kerana ianya menyentuh isu-isu yang sama berkaitan dengan Pejabat AI Kebangsaan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, sebagai tahap separuh tahun pertama tahun ini, Pejabat AI Kebangsaan, ataupun sering kali kita sebut sebagai NAIO, telah mencapai beberapa kemajuan yang signifikan.

Pertama, Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelaburan. Di bawah insentif strategik Malaysia Digital ataupun Malaysia Digital Initiative, sektor AI telah berjaya menarik pelaburan yang diluluskan sebanyak RM3.29 bilion iaitu bagi tempoh Januari sehingga Jun 2025 dan berpotensi untuk mewujudkan lebih kurang 6,920 peluang pekerjaan.

Kedua, di dalam usaha membina ekosistem AI yang mampan, NAIO sedang merangka Pelan Tindakan AI Kebangsaan daripada tahun 2026 sehingga tahun 2030 yang berteraskan aspek data, bakat dan infrastruktur. Draf Buku Panduan Kesiapsiagaan Set Data AI juga sedang dimuktamadkan bagi menyokong pelaksanaan pelan tindakan ini.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan Malaysia dalam landskap AI serantau, NAIO dengan kerjasama MyDIGITAL akan menyelaras pengunjuran Sidang Kemuncak AI ASEAN 2025 iaitu bermula ― sebenarnya malam ini, esok dan lusa – 11, 12 dan 13 hari bulan Ogos 2025 yang bertemakan ‘Menerajui pembangunan AI yang mampan dan inklusif di ASEAN’. Sidang kemuncak ini akan menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam bidang AI.

Seterusnya, kajian impak AI ke atas sektor awam yang melibatkan 28 kementerian juga sedang dilaksanakan dan berada di fasa akhir pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memacu penggunaan AI merentas sektor, NAIO telah pun memulakan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian. Dan setakat ini, sebanyak 55 kes penggunaan atau kita sebut sebagai use cases telah pun dikenal pasti. Tuan Yang di- Pertua, saya tidak akan senaraikan semua kerana ini akan mengambil masa yang panjang, tapi beberapa yang perlu saya memberikan penekanan seperti berikut.

Pertamanya, di dalam bidang pengangkutan. Kerjasama sedang dilaksanakan dengan MOT ataupun Kementerian Pengangkutan bagi pembangunan sistem ramalan trafik yang menggunakan analitik data besar (big data analytics) untuk mengurangkan kesesakan serta pengurusan pelabuhan pintar bagi mengoptimumkan pergerakan kontena. Itu spesifik projek yang kita lihat bagaimana AI dapat bantu.

Keduanya, dalam aspek kesihatan, Tuan Yang di-Pertua. Projek AI bersama Kementerian Kesihatan untuk penggunaan AI dalam beberapa bidang termasuk bidang

draft • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo

radiologi serta dalam pengurusan sumber hospital awam bagi meningkatkan keberkesanan operasi hospital secara keseluruhan. Ini melibatkan banyak aspek termasuk juga pendigitalan rekod-rekod kesihatan dan sebagainya.

Ketiga, aspek pertanian. Kerjasama, Tuan Yang di-Pertua, dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi platform pertanian pintar untuk ramalan bekalan.

Ini penting. So, kita ada predictive analytics yang memberikan kita ramalan bekalan. Dan juga permintaan serta sistem untuk mengenal pasti serangan-serangan khususnya daripada serangga perosak dan sebagainya. Impak yang akan kita lihat kepada sektor pertanian dan bagaimana kita boleh mulakan langkah-langkah untuk mengurangkan impak itu kalau kita tidak dapat menghalangkan berlakunya masalah itu secara keseluruhan.

Keempat, aspek bidang sumber manusia. Di dalam bidang ini, kita lihat kepada pembangunan bakat. NAIO bekerjasama dengan KESUMA dan TalentCorp menerusi Majlis AI Kebangsaan (MyMahir) untuk industri. Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang kemahiran dan juga memastikan kesiapsiagaan tenaga kerja negara dalam era AI.

Kita semua tahu bergerak ke depan, kita ada teknologi baharu, tapi yang penting, kita kena bersedia untuk menggunakan teknologi tersebut dan di mana ada kesan teknologi itu kepada pekerjaan yang sedia ada, kita kena pastikan bahawa mereka-mereka yang terkesan itu boleh melihat ataupun dikata pivot to different employment ataupun upskill dan reskill themselves.

draft • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Kelima, sektor awam Tuan Yang di-Pertua, inisiatif seperti program AI at Work yang membolehkan penggunaan AI Generatif dalam tugasan harian bagi meningkatkan kecekapan di dalam perkhidmatan awam. Ini sangat penting kerana bila kita lihat kepada bagaimana kita boleh merealisasikan transformasi digital di negara, kita kena lihat kepada aspek sosial, ekonomi dan juga kerajaan. Itu secara ringkasnya jawapan memandangkan masa tidak mengizinkan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kubang Pasu.

draft • 10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. AI ini, semua orang cakap hari ini, budak sekolah rendah pun bercakap fasal AI Tan Sri. Saya nak tanya kepada Menteri, ini jawab – pertama kali saya dapat Menteri Digital jawab soalan saya, pertama kali. Jadi kalau terlebih sikit, tak apa, kan 1, no? Ya. Dia, pasal nombor 1 pun tak apa.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia dah nak jawab, kalau Yang Berhormat tanya tu soalan tu, lagi bagus.

draft • 10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Orait [Tidak jelas] Tak, pasal ambil nombor 1 sekali. Time itu.

Bagaimanakah Kementerian Digital melihat jajaran ataupun alignment antara pembangunan AI, keutamaan nasional yang lain dalam ekonomi MADANI seperti New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 dan National Energy Transition Roadmap? Bilakah

draft • 10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

kerajaan nak buat pelan tindakan? Jadi Menteri dah jawab siap-siap dah belum ditanya pun jawab lah macam tahu, tapi saya pun tak tahu macam mana dia tahu saya nak tanya. Cuma saya nak tanya adakah dalam Pelan Tindakan AI Negara 2030 ni akan dimasukkan juga roadmap. Roadmap kita belum ada lagi ya? Itu soalan dia.

Terusnya, very simple one, bagaimanakah kerajaan menggalakkan adaptasi AI di kalangan SME dan agensi-agensi sektor awam melangkaui peringkat proof of concept atau pembuktian konsep semata? Seterusnya, last sekali, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi meletakkan Malaysia sebagai hab inovasi AI bagi ASEAN? Tadi Menteri dah sebut pasal sidang kemuncak, mungkin boleh diberi pencerahan lagi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kubang Pasu.

Saya, berterima kasih lah soalan yang kita tanya ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kubang Pasu, AI ini sangat penting dan memang perlu pencerahan diberikan.

draft • 10:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun] Pertamanya, Yang Berhormat, apabila kita lihat kepada polisi yang berkaitan kepada Kementerian Digital, secara umumnya ia ini ada polisi apa yang disebut — MDEB ataupun Malaysia Digital Economy Blueprint.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Blueprint ini adalah satu yang telah pun digubal sejak tahun 2021 dan ianya untuk 10 tahun sehingga tahun 2030. Sekarang kita di dalam fasa yang ketiga. Untuk empat tahun yang lalu kita lihat memang ada perkembangan walaupun kurang, tetapi sekarang kita lihat teknologi baharu AI yang mempunyai kesan terhadap blueprint itu.

Jadi, bergerak ke depan kita lihat kepada AI roadmap dan bagaimana AI roadmap ini boleh kita pastikan yang tertinggal ataupun kekurangan di dalam MDEB itu kita dapat pastikan bahawa kita juga uruskan. So, kita kena lihat dari sudut bagaimana kita dapat memastikan ekosistem kita bersedia. Saya sering kali kata di dalam Dewan ini dan juga diungkitkan berkaitan dengan sebenarnya apakah tujuan ataupun kenapa wujudnya Kementerian Digital.

We have to build an ekosistem yang menyediakan negara kita untuk masa depan.

Jadi, kita bawa bersama MDEB ini. Kita bawa bersama juga The National AI Roadmap yang kita sudah ada sebelum daripada ini. Tujuannya adalah untuk kita melihat dan pastikan bahawa infra yang kita ada itu mencukupi. Apabila kita sebut berkenaan dengan infra, kita kena pastikan bahawa kita nak tarik pelaburan dari sudut data center, tapi untuk kita ada data center itu, kita kena juga pastikan bahawa kita ada sumber tenaga yang mencukupi, sumber air yang mencukupi.

Bila permohonan dibuat untuk kita mendirikan data center itu, ada proses yang dikata fast tracking yang membolehkan kita lihat, bukan saja perjanjian ditandatangani, tapi pembinaan itu bermula dengan keadaan segera. Kemudian selepas daripada itu, selepas kita

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

ada data center ini, kita kena lihat bagaimana kita boleh memastikan bahawa compute power yang diperlukan itu untuk kita dapat melihat sebenarnya kesan AI ini diwujudkan.

draft • 10:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

So, itulah aspek-aspek infra yang kita lihat. Bakat juga kita lihat. So bagaimana kita nak pastikan bahawa negara ini ada kecekapan yang diperlukan supaya AI itu dapat kita gunakan untuk memperkasakan negara kita, walaupun dari sudut industri, dari sudut kemasyarakatan ataupun dari sudut kerajaan. So, inilah aspek-aspek yang kita lihat dan di situ juga Kubang Pasu, kita kena lihat dan pastikan bahawa ada elements of trust. Kepercayaan sangat penting. Kalau tidak ada elements of trust ini, ia menjadi masalah.

Jadi, di situ kita ada apa yang disebut sebagai Digital Trust and Data Safety Strategy yang akan kita lancarkan tahun ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhan, saya sedar masa tidak mengizinkan, kalau kita lihat kepada aspek kekerjasamaan dengan kementerian dan sebagainya, kita sering kali ada perbincangan dengan kementerian. Kerana kalau kita ada AI ini, kita tahu AI ini akan mempunyai kesan kepada setiap sektor tapi bagaimana kita mewujudkan perbincangan itu kemudian kita dapat menggariskan langkah ke depan dengan jelas berkaitan dengan setiap apa yang kita sebut sebagai challenges in individual sectors and how do we deal with them.

Itu sebab kita mewujudkan National AI Office supaya ada badan yang melihat kepada aspek itu dan boleh membawa kepada kerajaan sebenarnya apakah polisi-polisi yang kita perlukan untuk memastikan bahawa teknologi yang wujud yang boleh membantu sektor- sektor tertentu itu kita faham teknologi itu, kita boleh pastikan teknologi itu boleh kita gunakan untuk memperkasakan industri-industri kita dan di situlah kita lihat bagaimana ianya akan mempunyai kesan kepada KDNK dan sebagainya.

Akhirnya Yang Berhormat Kubang Pasu, kita ada ASEAN AI Summit yang sedang berlangsung hari ini, bermula malam ini kemudian esok dan lusa. Dan kalau kita datang dan saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu juga untuk hadir bersama. Kita lihat bagaimana kita dapat – yang ini menarik perhatian ramai sangat daripada keseluruhan negara kita, rantau dan juga peringkat dunia.

So, kita ada Menteri-menteri daripada negara lain yang datang dari Singapura, Cambodia, Brunei dan kita lihat kekerjasamaan ini sangat penting kerana kita nak tahu perkembangan AI di negara-negara sekeliling kita tahap mana. Bagaimana kita juga boleh belajar dari pengalaman mereka, mereka juga boleh menggunakan kekuatan kita supaya kita boleh membina rantau AI yang kuat supaya kita ada — kita kata sebagai a hub in ASEAN yang setaraf dengan negara-negara yang di seluruh dunia.

Kubang Pasu, saya setuju bergerak ke depan, inilah satu perkara yang kita kena memberikan fokus. Kita kena sediakan negara kita untuk cabaran masa depan. Dan saya rasa itulah tujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendirikan Kementerian Digital

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

dalam bulan Disember tahun 2023 dan saya harap dengan kerjasama semua dalam Dewan ini, kita dapat berjaya di dalam misi kita itu.

Jemputan saya, bukan saja kepada Yang Berhormat Kubang Pasu, tetapi semua Yang Berhormat kepada ASEAN AI Summit yang akan diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri esok termasuk Tan Sri Speaker kalau ada masa. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Kubang Pasu pakej, jawapan, eh.

Walaupun tak tanya banyak tapi Menteri dah jawab semua. Baik, saya jemput Ipoh Timor.

draft • 10:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat kekanda-ku Menteri Kementerian Digital. Negara ada NETR, ada NAMP, ada lambakan pelaburan daripada syarikat-syarikat besar. Memang banyak yang negara dapat sekarang.

Dan kita tahu bahawasanya AI ini merupakan suatu penganjak produktiviti kepada individu. Kita tahu sekarang nak tulis statement, tiga saat boleh ada statement keluar daripada AI DeepSeek ke apa ni, ChatGPT lah, tapi apakah roadmap – dengan roadmap yang ada itu, apakah manfaat yang bakal dibawa kepada negara dari segi peningkatan dan pemerkasaan KDNK negara kita, dari segi pendapatan isi rumah, pendapatan individu kepada pekerja-pekerja kita dan juga kepada produktiviti?

Sebab sekarang ini ada pelan yang hebat-hebat, tapi produktiviti rakyat dan pekerja, apakah yang bakal disumbangkan oleh AI kepada produktiviti pekerja-pekerja kita supaya kita boleh dapat sebaik-baik semaksimanya apa yang datang dengan pelaburan dengan teknologi yang sedia ada yang menyumbang kepada KDNK kita? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Timor. Saya dengar apa yang disebut tadi memang tepat bertempat juga. Kita ada pelan blueprint, roadmap dan sebagainya, tapi soal dia adakah kita wujud struktur yang membolehkan kita melihat pelan-pelan ini semua berjaya? Itu sebab kita mewujudkan Kementerian Digital.

Bila kita ada Kementerian Digital, Kementerian Digital ini adalah satu yang agak berbeza daripada Kementerian lain dari segi satu Kementerian yang melihat kepada semua aspek merentasi semua Kementerian.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Setiap kementerian Tan Sri Yang di-Pertua ada masalah-masalah tertentu yang boleh kita atasi menggunakan AI. Jadi, kita kena lihat bagaimana kita pastikan bahawa kita ada struktur sepertimana saya kata ekosistem yang membolehkan perkara itu. Setiap kementerian melihat kepada industri-industri dan sektor-sektor tertentu. Jadi, mereka fokus kepada industri-industri dan sektor-sektor tertentu.

Kita lihat cabaran-cabaran yang mereka ada, mereka selesaikan, tapi setakat industri mereka sendiri, menggunakan data dan sebagainya, tapi bayangkan Tan Sri Yang di-Pertua,

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

kalau kita ada keadaan di mana kita melihat data merentas seluruh kerajaan, seluruh masyarakat, seluruh industri dan sebagainya. Di mana data ini kita boleh menggunakan cross-sector data untuk kita memperkasakan industri-industri tertentu. Itu yang kita nak wujudkan. Dan ini hanya dapat diwujudkan kalau kita ada kementerian yang fokus kepada aspek itu. Kita ada Pejabat AI Kebangsaan, kita ada GovTech, kita ada data commission dan sebagainya.

Di dalam tahun yang lalu dan sekarang 18 bulan, itu yang kita fokuskan. Bagaimana kita boleh mewujudkan struktur ini, bukan senang Tan Sri Yang di-Pertua. Saya datang ke Parlimen, saya bentangkan undang-undang, kita dalam proses sekarang cari pakar dan sebagainya, tapi kalau kita tak laksanakan sekarang, bila Tan Sri?

Saya setuju Ipoh Timor sebut tadi, kalau tidak kita sebut setakat pelan sajalah, tapi kita nak lihat pelan-pelan ini berjaya. Itu sebab kita adakan AI ASEAN Summit. Setiap negara dapat datang di sini dan lihat, apakah sebenarnya ketersediaan Malaysia. Langkah yang kita telah ambil di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyediakan negara ini. So, this is real. Juga dari sudut kita memastikan ada keselamatan.

Kita telah pun membentangkan undang-undang Cyber Security Act tahun lalu dan sebagainya. Kita perkukuhkan lagi undang-undang berkaitan dengan data peribadi dan sebagainya.

KDNK Tuan Yang di-Pertua, tahun 2023, KDNK sumbangan daripada AI dan teknologi 23.5 peratus. Target kita adalah untuk pastikan bahawa akhir tahun ini kita dapat melihat ianya err apa ni, melonjak kepada 25.5 peratus. Kepada saya, saya confident: meyakin kita boleh sampai ke tahap itu, tapi itu di Malaysia. Kalau kita lihat Malaysia 34 juta rakyat, tapi kalau kita lihat ASEAN lebih kurang 700 juta kesemua kita. The market is a lot bigger.

Bagaimana kita boleh pastikan bahawa kita ada cross-sector discussion dan sebagainya. Menyediakan kita supaya menjadi satu regional powerhouse dari segi ekonomi dan sebagainya. Kalau kita berjaya melaksanakan itu sudah tentu semua rakyat akan menikmati manfaat daripada apa yang kita sebut pendekatan yang lebih luas itu dan di situlah kita akan melihat kesan terhadap individu-individu dari sudut peluang pekerjaan, bila ekonomi kita bangun kita lihat negara kita juga membangun bersama.

Dari sudut itu kita kena lihat kepada bagaimana kita boleh pastikan. We are not just speaking about things that need to be done dengan izin, tapi kita laksanakan dia. Saya harap bahawa bergerak ke depan, especially next year, kita akan lihat apabila GovTech dan sebagainya, it’s established and it’s up and running, we will see the impact of it all. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, jawapan yang amat meyakinkan. Saya jemput Datuk Lo Su Fui, Tawau.

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui - Tawau

Tawau dulu digelar kota koko dunia, Merosot akibat penyakit dan kos naik; Harap menikmati satu tan 30,000, Mohon jawab soalan saya nombor tiga. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

3. Datuk Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, impak ekonomi serta jumlah penanam dan usahawan koko di Sabah yang menerima manfaat daripada Festival Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025 memandangkan Sabah menyumbang lebih 60 peratus pengeluaran koko negara dengan penglibatan kira-kira 3,000 pekebun aktif yang mengusahakan lebih 3,000 hektar tanaman di Sabah.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ah, pantun itu, ya. Tak apalah, kira pantunlah itu. Silakan, Menteri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Ya, Tan Sri Speaker. Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menganjurkan Festival Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025, pada 24 sehingga 27 Mei 2025, di Kota Kinabalu, Sabah.

MICF merupakan inisiatif strategik LKM bagi mempromosikan industri koko negara, mengetengahkan inovasi dan teknologi yang terkini, serta memperkukuh jaringan di antara pemain industri koko yang terdiri daripada sektor huluan dan hiliran koko di peringkat domestik dan antarabangsa.

Penganjuran MICF selama empat hari telah memberikan impak ekonomi yang positif, khususnya kepada penanam dan usahawan berasaskan koko, antaranya peningkatan nilai jualan dan promosi produk koko tempatan. Lebih 100 peserta pameran terdiri daripada pemain industri koko dari seluruh negara termasuk lapan usahawan coklat dari Sabah mempromosikan produk koko dan coklat tempatan.

Sepanjang empat hari penganjuran MICF, nilai transaksi jualan keseluruhan produk koko dan coklat mencatatkan sebanyak RM355 juta. Sebahagian besar hasil nilai jualan melibatkan pameran jualan, program padanan perniagaan seperti Coco Business Matching dengan pembeli dalam dan luar negara, program Virtual International Sourcing Program dengan kolaborasi MATRADE dan jualan melalui TikTok live streaming. Untuk rekod, lapan usahawan koko dari Sabah berjaya mencatatkan jualan langsung melebihi RM200,000 sepanjang MICF berlangsung.

Dan kedua, jaringan perniagaan dan potensi eksport. Sebanyak 350 sesi padanan perniagaan telah dilaksanakan melibatkan pemain industri koko tempatan dan antarabangsa di MICF yang telah membantu pemain industri koko memperoleh jaringan perniagaan dan perdagangan serta pasaran eksport. Empat usahawan berasaskan koko Sabah berjaya memperoleh pesanan eksport yang berjumlah lebih RM12.61 juta ke pasaran China, India, Jepun, Australia dan United Kingdom.

Dan ketiga, pengukuhan rantaian nilai industri koko. MICF turut menjadi platform pertemuan di antara pekebun, pengilang, usahawan, pembeli dan pelabur dalam berkongsi

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

maklumat, sekali gus memperkukuh ekosistem koko negara dan mempercepatkan pembangunan menyeluruh rantaian sektor koko.

Keempat, galakan pelancongan agro-koko. MICF turut memperkenalkan pakej lawatan agro-koko Sabah merangkumi lawatan ke kebun koko di Tuaran dan Ranau kepada delegasi dan peserta antarabangsa. Inisiatif ini bukan sahaja mempromosikan koko sebagai tarikan pelancongan, malah memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat termasuklah pekebun koko.

Penganjuran MICF 2025 berjaya menarik kehadiran lebih daripada 16,000 orang pengunjung dari dalam dan luar negara. Seramai 2,342 orang peserta telah mengambil bahagian dalam MICF 2025, di mana 404 orang merupakan pemain industri koko tempatan yang terdiri daripada 58 orang penanam koko, 270 orang pengisar dan pengilang coklat serta konfeksi koko dan 76 orang usahawan coklat dari seluruh Malaysia. Kesemua peserta ini terlibat secara aktif dalam berbagai aktiviti sepanjang festival termasuk pameran, seminar dan sesi jaringan perniagaan yang telah menyumbang kepada rejuvenasi dan pengukuhan ekosistem industri koko negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tawau.

draft • 10:20 AM

Datuk Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Harga biji koko kering meningkat 151 peratus daripada RM10,073 satu tan pada tahun lalu kepada RM24,274 pada tahun 2024. Pengeluaran koko Sabah yang pernah mencapai 145 ribu tan setahun pada 1980-an, kini merosot kepada sekitar 307 tan. Apakah langkah konkrit yang diambil kerajaan untuk merancakkan semula dan memperluaskan penanaman koko di Sabah? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih soalan yang daripada Ahli Parlimen Tawau.

Untuk menjawab soalan ini, untuk di mana YB Tawau dia menitikberatkan inisiatif yang konkrit.

So, pertama saya nak menceritakan, sebenarnya sekarang kita nak menyasarkan supaya keluasan tanaman koko diperluaskan dari 5,985 hektar di seluruh Malaysia ini kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun. So, maksud dia menjelang tahun 2030, kita nak target nak meningkatkan keluasan tanaman koko ini sampai ke sepuluh ribu hektar daripada lebih kurang enam ribu hektar pada masa yang kini.

Dan daripada empat ribu yang kita nak tambah ini, empat ribu hektar yang kita nak tanam ini, yang nak tambah ini, kita adakan program galakan tanaman koko sektor perladangan yang berupaya meningkatkan keluasan tanaman koko sebanyak 2,750 hektar di seluruh negara. So, maksud dia kita nak menggalakkan lebih syarikat perladangan dalam menceburi dalam bidang penanaman koko ini. Dan kebetulan, petang ini saya akan bertolak ke Tawau dan esok saya akan menganjurkan program libat urus galakan tanaman koko sektor perladangan di wilayah Sabah, di Tawau. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya nak tanya kepada kerajaan mengenai pemprosesan hiliran dan nilai tambah akses pasaran dan pertumbuhan eksport serta penyelidikan dan inovasi.

Kita tahu err, dark chocolate is a good source of antioxidants. Itu mengikut National Institute of Health ya. Jadi, apakah insentif disediakan oleh – untuk menggalakkan pekebun beralih kepada amalan penanaman koko mampan dan organik bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa?

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Apakah dasar kementerian untuk mengeluarkan produk berasaskan koko, seperti coklat dalam negara berbanding hanya mengeksport biji koko mentah? Dan bagaimana kerajaan membantu PKS untuk menembusi pasaran produk coklat bernilai tinggi? Dan pasaran eksport baharu manakah yang disasarkan oleh Malaysia, terutamanya coklat premium, dan khusus specialty coklat dan mengenai piawaian kebolehkesanan atau traceability dan pensijilan yang ditetapkan oleh EU sebagai pengimport utama lain? So, apa inisiatif R&D yang sedang dibiayai untuk meningkatkan variety, ketahanan penyakit dan profil, rasa, supaya kita boleh meningkatkan lagi our chocolate, Malaysian chocolate? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Senarai soalan yang panjang sebenarnya, YB. Cubalah, cubalah jawab dengan baik.

draft • 10:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

Tan Sri Speaker. Memang untuk menjawab soalan Kapar ini, memang perlukan satu perenggan untuk buat penggulungan. Okey. Cuma, saya nak mengatakan bahawa memang LKM, Lembaga Koko Malaysia, kita nak menjenamakan dan mempromosikan produk premium koko tempatan sebagai koko asal tunggal (single origin) dan koko berperisa unik *(fine flavour).

So*, di antara yang panduan yang kita akan memberikan kepada sama ada syarikat perladangan ataupun ini berkebun-kebun kecil ini adalah melalui pemberian baja, pemberian ini biji benih, okey untuk koko, dan juga pemberian racun perosak atau penyakit, dan kesemua ini, case by case. Okey. So, saya amat menggalakkan kalau ada pengundi di Kapar yang berminat nak tanam koko ini, sila datang jumpa dengan Lembaga Koko Malaysia.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Ketereh. Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya nak maklumkan di sini, bahawasanya soalan saya hari ini, terima kasih banyak Tan Sri Yang di-Pertua pilih kerana soalan ini, soalan mewakili 86,933 orang veteran yang menuntut persaraan pencen yang bersara sebelum 1993. Jadi, saya dah bagi tahu mereka di seluruh Malaysia, dengar pagi ini apa jawapan yang akan diberi oleh Menteri. Soalan nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan, mengapa kementerian tidak membawa isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 tidak dibincangkan dalam Majlis Angkatan Tentera (MAT).

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Dato’ Jeneral. Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh atas soalan yang dikemukakan. Seperti mana kita semua sedia maklum, keputusan isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 telah diputuskan di Mahkamah Rayuan pada 4 Jun 2025 yang lepas yang membenarkan rayuan Kerajaan Malaysia, Majlis Angkatan Tentera dan dua lagi pihak yang lain. Susulan itu, pihak responden telah memfailkan dan menyerahkan memorandum dan rekod rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada 4 Julai 2025 yang lalu.

Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Perkara 23(1)(G). Kalau boleh saya nyatakan suatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus mengelencongkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan mahkamah.

Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan peraturan tersebut juga, kementerian ini ingin memohon supaya Tan Sri Yang di-Pertua dapat mempertimbangkan sebarang bentuk persoalan berkaitan perkara ini selagi proses mahkamah masih berlangsung.

Dan pada masa yang sama, sebenarnya Kementerian Pertahanan dan kerajaan khususnya, Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha dan memberi keutamaan terhadap agenda pemerkasaan kesejahteraan dan kebajikan veteran ATM. Sama ada berpencen, mahupun tidak berpencen, agar dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa pada masa kini dan juga pada masa yang akan datang. Itu saja jawapan saya, Tuan Sri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan, Ketereh.

draft • 10:30 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih, Tan Sri. Saya dah agak dah jawapan itu. Tunggu keputusan mahkamah. Saya semalam fikir ini macam mana, apa jawapan menteri ini? Saya dah agak, memang tepat jagaan saya. Okey. Soalan tambahan saya.

Okey. Kalau ikut Perkara 41, kita — saya hormat mahkamah. Mahkamah saya hormat. Saya setuju apa mahkamah buat, tetapi tengok kepada Perkara 41, Perlembagaan Persekutuan. Pemerintah tertinggi ATM adalah Yang di-Pertuan Agong. Dan, kalau kita tengok seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972. Jelas menyebut Yang di-Pertuan Agong memberi kuasa khas kepada Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain.

Jadi, kuasa ini sebenarnya tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak, memandangkan semua keputusan MAT, Majlis Angkatan Tentera ini yang diluluskan dan

draft • 10:30 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya nak naik pangkat dulu pun, Tuanku Agong yang signed. Begitu juga, kalau pasal pencen ini. Kalau di bincang, Agong akan sign. Jadi, tak ada pihak yang boleh mencabar keputusan Agong ini.

Jadi, soalan saya adalah, kenapa sampai sekarang tidak dibincang? Bincang saja.

Mahkamah lain. Kita respek mahkamah ini. Mahkamah ini tak boleh. Kita tak boleh lawan mahkamah, tetapi bincang dulu. Tengok, berapa banyak duit hendak guna. Berapa ramai orang yang terlibat. Itu yang paling penting sekali. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sama. Silakan, Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh atas persoalan tambahan yang dikemukakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana yang saya maklumkan. Kita sebenarnya di peringkat kerajaan, bila suatu perkara itu sudah dibawa di mahkamah kita di Kementerian Pertahanan mahupun kerajaan memang kita akan akur apa saja keputusan mahkamah itu. Kerajaan mahupun Kementerian Pertahanan, kita akan akur dengan keputusan itu, tapi dalam masa yang sama macam saya sebutkan tadi semua aspek- aspek yang harus kita lihat kepada kebajikan anggota pertahanan itu, kita ambil kira.

Walaupun kita tahu bahawa kes itu sedang dibincangkan di mahkamah.

Sebagai satu contoh, saya ambil kira, walaupun isu bantuan sara hidup kepada anggota tak berpencen, tidak dibincangkan di peringkat mahkamah. Sebab itu kita ambil keputusan, walaupun yang tak berpencen, memang kalau ikut peraturan itu dia tidak diberikan apa-apa melainkan wang simpanannya di Lembaga Tabung Angkatan Tentera, tapi di atas ihsan Kerajaan MADANI ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Pertahanan sendiri, kita berikan sumbangan juga kepada mereka Bantuan Sara Hidup sebanyak RM500 sebulan.

[Tepuk] Jadi, ini menunjukkan bahawa tugas kita di Kementerian Pertahanan bukan sahaja terkait dengan isu-isu mahkamah. Kerana isu mahkamah, ya, kita akan menghormati keputusan mahkamah itu, tapi dalam masa yang sama, kebajikan anggota pertahanan kita tetap menjadi keutamaan kita. Itu sahaja jawapannya, Tan Sri di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Jelebu.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tampin, bukan Jelebu.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, sorry. Tampin.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Ketawa] Jelebu tak bangun.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tan Sri, kena ingat ingat Jelebu.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sorry, sorry.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Tuan Sri Speaker. Umum mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 4 Jun telah memutuskan bahawa veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 adalah tidak layak menerima pelarasan pencen.

Namun, sebelum itu, kerajaan ada mengumumkan pelarasan pencen sebanyak 15 peratus iaitu lapan peratus pada Disember 2024, dan tujuh peratus pada awal 2026 sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 5 Februari 2024.

Soalan saya, apakah mekanisme rayuan atau saluran bantuan yang disediakan kementerian untuk veteran yang terkesan selepas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut?

Dan, bagaimana pula dengan status cadangan pelaksanaan pelarasan tujuh peratus lagi yang dijangka akan dibuat pada awal tahun 2026? Terima kasih, Tuan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Tampin. Silakan.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin tentang persoalan tentang pencen anggota veteran kita. Seperti ,mana kita tahu bahawa skim Saraan Perkhidmatan Awam itu yang terkait dengan peningkatan gaji. Ini harus difahamkan antara peningkatan gaji dengan peningkatan pencen kerana skim itu adalah skim peningkatan gaji.

Sebab itu kalau kita lihat, bila kita nak mengira penyelarasan pencen kepada anggota veteran kita, kita mengira peningkatan gaji dulu. Ini untuk makluman Tampin lah.

Selepas kita selaraskan gaji, dan kemudian baru kita manfaatkan penyelarasan pencen. Sebab itu, seperti mana yang disebut oleh Tampin, ya, memang benar, bila kita meningkatkan gaji itu, anggota-anggota veteran kita juga terlibat dalam penyelarasan pencen itu termasuk sumbangan pencen pada Januari pada tahun ini dan juga pada tahun hadapan juga. Jadi, sebab itu kalau kita lihat dari segi penyelarasan ini, itu sebahagian daripada tanggungjawab kita juga di Kementerian Pertahanan untuk pastikan bahawa anggota veteran kita kebajikan mereka sentiasa dipelihara.

Begitulah juga, kepada yang tidak berpencen seperti mana yang saya sebutkan tadi.

Dan di Kementerian Pertahanan, di samping Bantuan Sara Hidup yang saya sebut kepada tidak berpencen tetapi ada lebih 6,000 orang yang berpencen yang kita beri juga sumbangan Bantuan Sara Hidup. Dia terkait dengan beberapa perkara.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Pertama, kalau dia punya pencen di bawah paras garis kemiskinan, RM1,198 itu.

Kalau pendapatan dia di bawah RM1,198 itu, kita tambah lagi bantuan sehari hidup sebanyak RM300 sebulan.

Yang kedua adalah kita juga bagi kepada anggota berpencen, kalau mereka mempunyai anggota keluarga yang kurang upaya. Ini juga kita akan tambah dan begitulah juga kalau kita lihat kepada bilangan ahli keluarga yang masih bersekolah dan seumpamanya. Jadi sebenarnya, kalau kita lihat bantuan sara hidup kita tidak terhad kepada satu – tidak berpencen saja, tapi yang berpencen pun kita mengambil kira semua aspek itu,

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

kerana kita tahu bahawa yang paling penting adalah keluarga – anggota veteran kita ini, kebajikan mereka sentiasa kita pelihara. Itu saja Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tuan Kasivan Subramaniam, Sungai Siput.

draft • 10:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, status perkembangan Program MySTI setakat ini. Apakah usaha/fasilitasi kementerian dalam meningkatkan visibiliti bagi barangan atau perkhidmatan R&D tempatan yang telah ditandakan dengan logo MySTI.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Setakat Julai 2025, sebanyak 507 barangan R&D tempatan telah berjaya menerima logo MySTI yang meliputi pelbagai sektor seperti kesihatan, pertanian, teknologi maklumat, peranti, perubatan dan alam sekitar. Ini menunjukkan peningkatan kepercayaan terhadap hasil inovasi tempatan dan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf sumbangan penyelidik, usahawan teknologi dan syarikat setaraf tempatan.

Di bawah inisiatif MySTI ini, dua jenis pembiayaan dana ditawarkan oleh Dana iaitu Dana Mudah Cara (MySTI DMM) dan Dana Uji Beli (MySTI DUB). DUB pula adalah bertujuan untuk membantu syarikat untuk menjalankan ujian lapangan atau bukti konsep di tapak yang telah dikenal pasti oleh kerajaan, agensi atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Jumlah dana yang boleh diluluskan untuk setiap syarikat adalah tidak melebihi RM150,000.

Bagi dana DMM merupakan dana yang ditawarkan kepada syarikat yang telah menerima akses kepada perolehan kerajaan. Melalui DMM, sehingga RM500,000 boleh dipertimbangkan untuk kelulusan bagi membantu syarikat untuk kos pengeluaran produk atau perkhidmatan untuk kegunaan kerajaan. Sehingga 6 Ogos 2025, sejumlah RM3,918,376 telah diluluskan kepada 33 projek yang layak di bawah DUB dan RM783,800 kepada dua projek dibawa DMM melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memperkukuh visibility dan penggunaan produk yang telah disahkan dengan logo MySTI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama MRANTI dan rakan strategik, MTDC Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti berikut:

(i) melalui pavilion MySTI di acara berimpak tinggi seperti ASEAN Summit, ITEX dan ekspo kementerian lain untuk mempamerkan produk MySTI kepada agensi kerajaan, pembuat dasar dan pemain industri,

(ii) promosi melalui saluran radio TRAX FM; dan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

(iii) MTDC sebagai perunding teknologi MySTI telah menganjurkan pelbagai sesi libat urus dengan kementerian-kementerian serta pusat tanggungjawab PTJ masing-masing.

Pada tahun 2024 sahaja, MTDC telah mengadakan 56 sesi libat urus dengan 12 kementerian rintis. Untuk tahun 2025 sehingga 30 Julai 2025 pula, 61 sesi telah diadakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memperkasakan penggunaan produk MySTI dalam proses perolehan kerajaan di pelbagai peringkat kementerian, agensi GLC dan kerajaan negeri, MOSTI telah membangunkan sistem direktori dalam talian.

Pada 23 Jun 2025 pula, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan dokumen pindaan baru PK1.4 berhubung dasar bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan kerajaan dengan garis panduan pelaksanaan dasar barangan dan perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan MySTI dalam perolehan kerajaan. Key performance indicator (KPI) tahunan kementerian bagi perolehan MySTI telah ditetapkan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada jumlah atau nilai yang telah dipetakan sebagai perolehan MySTI tersebut. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Siput.

draft • 10:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Soalan saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Bagaimana kah proses kolaborasi antara MOSTI, pemain industri dan institut penyelidikan bagi menggalakkan lebih banyak R&D produk tempatan bagi mencapai piawaian MySTI? Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Siput. MOSTI bersama agensi pelaksanaan seperti MRANTI dan MTDC menjalankan libat urus secara berterusan dengan pemain industri dan institusi penyelidikan. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh ekosistem inovasi di Malaysia dan memastikan sokongan yang diberikan adalah relevan dengan keperluan semasa.

Selain bengkel dan libat urus, MRANTI juga menyediakan khidmat rundingan atau konsultasi melalui sesi one to one. Syarikat atau individu boleh menempah slot rundingan ini untuk mendapatkan bimbingan khusus mengenai permohonan logo MySTI atau isu berkaitan inovasi yang lain. MOSTI turut menganjurkan bengkel MySTI secara berkala untuk menjelaskan kriteria permohonan logo MySTI.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Bengkel ini diadakan secara kolaborasi dengan pelbagai organisasi bagi memastikan maklumat sampai kepada pihak berkepentingan yang relevan. Sebagai contoh, pada awal Ogos ini 2025, sebuah bengkel telah diadakan bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM). Bengkel ini memberi peluang kepada pemain industri yang berdaftar dengan LGM untuk memahami proses permohonan logo MySTI dengan lebih terperinci. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Terap.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Timbalan Menteri, saya menyemak dalam Portal MySTI iaitu senarai inventori MySTI ini. Saya lihat produk yang mendapat pendaftaran logo MySTI dalam sektor pertanian ini, terutamanya getahlah. Ada tiga sahaja produk antaranya ialah cup lump modified binder (CMB) yang dikeluarkan oleh Malaysian Rubber Board untuk produk untuk buat jalan. Jadi soalan saya kepada kementerian, apakah pelan kesinambungan pihak kementerian setelah Projek MySTI ini berakhir – rintis MySTI ini berakhir pada Mei 2025? Apakah pelan kesinambungan dan apakah insentif galakan bagi sektor pertanian pintar, khususnya kepada produk getah untuk membantu meningkatkan ekonomi luar bandar? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Padang Terap tadi. Sekarang ini sedang dilaksanakan secara penuh pelbagai usaha oleh pihak kementerian MOSTI untuk kita pastikan bahawa kita akan dapat terus membangun kepada – apa nama, syarikat-syarikat yang punya logo MySTI ini. Sebagai contoh, seperti yang saya sebutkan awal tadi, kita ada dengan Lembaga Getah Malaysia dan kita akan teruskan usaha seperti ini, insya-Allah. Sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Padang Terap tadi untuk kita memberikan peluang lagi, khususnya dalam bidang pertanian. Insya-Allah, kementerian saya

(MOSTI) akan mengambil perhatian kepada persoalan ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.

draft • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 10:40 AM

6. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan kenaikan elaun guru takmir kepada RM1,200 sebulan bagi memperkasa ilmu dan kefahaman agama Islam kepada seluruh masyarakat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Jempol bertarikh 11 Ogos 2025 hari ini di susunan giliran nombor 56 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan elaun guru takmir, guru KAFA dan imam.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap pemerkasaan ilmu dan kefahaman agama Islam kepada seluruh masyarakat.

Sebagai menghargai peranan guru takmir, guru KAFA dan imam, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan elaun kepada guru takmir, guru KAFA dan imam sebagai tanda

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Elaun guru takmir, guru KAFA dan imam tidak dikira sebagai gaji tetap, tetapi sebaliknya merupakan satu bentuk inisiatif dan bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Inisiatif ini adalah sebagai usaha membantu meringankan beban dan menjaga kebajikan mereka yang berkhidmat di peringkat akar umbi.

Bagi guru takmir, setakat ini seramai 4,752 guru takmir berkhidmat di seluruh negara.

Guru takmir dilantik secara sambilan. Bayaran dibuat ikut jumlah kelas pengajaran. Kadar semasa adalah sebanyak RM100 bagi setiap kelas. Sebelum ini, maksimum tuntutan yang boleh dibuat adalah sebanyak RM800, tetapi kerajaan telah menaikkan kepada RM900.

Bukan itu sahaja, kerajaan telah menaikkan kuota guru takmir daripada 4,000 kepada 5,000 orang.

Dari sudut guru KAFA, sehingga kini seramai 34,284 orang guru kelas al-Quran dan fardu ain sedang berkhidmat di seluruh negara. Guru KAFA ini menerima elaun sebanyak RM1,100 sebulan dan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain daripada itu, kerajaan juga menambah lagi iaitu PERKESO dan juga KWSP. Kadar elaun guru KAFA ini telah disemak beberapa kali secara berperingkat sejak dari pelaksanaan pada tahun 1990. Pada tahun 1990, bayaran hanya RM168 sahaja dan ia nya telah disemak dan telah dinaikkan pada tahun 2023 dari RM1,000 kepada RM1,100 sebulan.

Berhubung elaun bulanan imam. Dari segi kronologi, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan imbuhan bulanan ini melalui beberapa siri penambahbaikan. Bajet tahun 2005, elaun RM450 sebulan telah dinaikkan pada tahun 2011, RM750 sebulan. Kemudian, dinaikkan lagi kepada RM850 sebulan. Kerajaan turut mengambil maklum mengenai peningkatan kadar gaji minimum pada RM1,700. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa bayaran kepada guru takmir, guru KAFA dan imam bukan merupakan gaji tetap, sebaliknya merupakan bantuan berbentuk elaun.

Kerajaan dari masa ke semasa sentiasa meneliti dan membuat penilaian terhadap keperluan menaikkan kadar elaun guru takmir, guru KAFA dan imam berdasarkan kemampuan kewangan semasa negara serta keutamaan dalam pengurusan perbelanjaan kerajaan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Baling. Silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu skim bagi guru takmir untuk mencarum ke dalam KWSP ataupun SOCSO bagi menampung perbelanjaan mereka di hari tua seperti yang dilakukan kepada guru KAFA?

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan waktu daripada sembilan jam kepada 12 jam supaya guru-guru KAFA ini dapat menerima sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan soalan yang pertama, KWSP dan PERKESO.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Caruman KWSP ini sebenarnya boleh dikenakan ke atas bayaran elaun diterima sekiranya individu tersebut mempunyai status pekerja di bawah takrifan yang ditetapkan Akta KWSP 1991.

draft • 10:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Walau bagaimanapun, untuk guru takmir, mereka bukanlah berjawatan tetap mahupun bukan kontrak. Mereka dibayar mengikut perkhidmatan setakat berapa kelas yang diajar, maksimumnya adalah RM900. Jadi, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menyediakan Skim Perlindungan Sosial di bawah PERKESO kepada guru takmir kerana mereka pun sudah mempunyai pekerjaan yang lain.

Berkenaan dengan soalan yang kedua, berkenaan dengan untuk menaikkan kepada RM1,200 ataupun 12 jam. Kita telah membuat sedikit kiraan. Sekiranya 5,000 guru takmir dinaikkan kepada RM1,200 sebulan, anggaran peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM72 juta dan ini melibatkan kenaikan lebih 33 peratus. Oleh itu, kita pada buat masa ini, kerajaan telah menaikkan bukannya kadar elaun tersebut, tetapi menaikkan bilangan daripada 4,000 kepada 5,000 guru takmir. Doakan, moga-moga kita dapat ekonomi yang lebih baik, pendapatan yang lebih lumayan, kita boleh menaikkan kadar elaun guru takmir.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kuala Pilah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Umum mengetahui bahawa pembayaran kepada guru takmir dan imam ini sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi, bukanlah berbentuk gaji. Namun begitu, bagaimanakah kerajaan memastikan kadar elaun guru takmir, imam ini kekal relevan dengan kos sehari hidup sekarang, kos sara hidup semasa, khususnya mengambil kira perbezaan tahap ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar serta kadar inflasi yang menjejaskan kemampuan mereka untuk menampung keperluan asas agar peranan mereka dalam memperkasa ilmu dan kefahaman agama tidak terjejas. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Buat makluman Dewan yang mulia dan Ahli Yang Berhormat, bahawa setiap tahun kita cuba untuk menyemak dan menyampaikan kepada kerajaan berkenaan dengan perkara ini. Namun, ia nya bergantung kepada kemampuan fiskal kerajaan. Dalam masa yang sama, kita juga memperkukuhkan lagi guru

draft • 10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

takmir, guru KAFA dan imam ini dalam bentuk-bentuk yang lain. Sebagai contoh, kita memperkukuhkan lagi kemahiran mereka supaya mereka juga boleh, daripada kemahiran tersebut, mereka juga boleh mendapat pendapatan yang lain.

Berkenaan dengan kos sara hidup ini, kita ambil maklum dan dari konteks guru KAFA sebagai contoh. Guru KAFA ini, kerajaan memberikan bantuan elaun bulanan sebanyak RM1,100 bersama dengan PERKESO dan juga KWSP. Namun begitu, kita lihat juga inisiatif oleh negeri-negeri. Negeri-negeri juga menambah pendapatan guru-guru KAFA ini mengikut kemampuan negeri. Sebagai contoh, Wilayah Persekutuan menambah sebanyak RM1,000 dan negeri Pulau Pinang RM400 dan beberapa negeri yang lain. Ini menunjukkan bahawa kerjasama di antara negeri dan juga kerajaan itu akan dapat memperkukuhkan lagi berkenaan dengan taraf hidup dan juga pendapatan guru KAFA, guru takmir dan juga imam.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran.

draft • 10:50 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pantun buat Tan Sri ini.

Pasat di dada semangat waja, Rela berkorban demi negara; Soalan ketujuh saya bawa, Demi keselamatan rakyat di Sabah.

Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:50 AM

7. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Pertahanan menyatakan, perancangan kementerian bagi memperkukuh kehadiran dan kemudahan ATM di Pantai Timur Sabah termasuk di kawasan Libaran memandangkan ancaman maritim dan pencerobohan siber masih berterusan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

[Ketawa]

draft • 10:50 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hebat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Libaran atas persoalan yang dikemukakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kawasan Pantai Timur Sabah meliputi kawasan 1,400 kilometer bermula daripada Kudat hingga ke Tawau terletak dalam kawalan kawasan keselamatan Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) yang dikawal merangkumi 10 buah daerah iaitu Kudat yang dikawal selia oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Kawasan ini merangkumi 10 buah daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Libaran secara khususnya tidak terkecuali kerana terletak di kawasan perairan Sandakan yang meliputi gugusan pulau-pulau kecil iaitu Bakungan Kecil, Gulisan, Selingan dan juga Pulau Libaran.

Bagi mengukuhkan keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah, Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia telah mengatur gerak pegawai dan anggota di pos-pos angkatan tentera di sektor Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan juga Semporna.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Terdapat sebuah pos ATM di Pulau Bakungan Kecil yang berada di kawasan Libaran dan pos tersebut dilengkapi dengan radar pengawasan termasuk tim tindak pantas.

Selain daripada penugasan pihak ATM di kawasan tersebut, kawalan keselamatan dan rondaan maritim turut dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(APMM), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Persekutuan Negeri di bawah penyelarasan bersama oleh ESSCOM bagi menangani sebarang bentuk ancaman maritim, aktiviti penyeludupan dan pencerobohan anasir luar.

Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, senggaraan korektif yang telah dilaksanakan pada tahun lalu adalah bernilai RM8,067,000 yang telah merangkumi penambahbaikan infrastruktur sivil, elektrik, mekanikal, jana kuasa, pembinaan dan pemantapan kubu-kubu serta penaiktarafan peralatan keselamatan di pos-pos penempatan kawalan keselamatan.

Manakala bagi tahun 2025, sejumlah RM6.9 juta telah diperuntukkan bagi meningkatkan lagi keupayaan di semua sektor operasi Op PASIR merangkumi aspek logistik, kemudahan pertahanan dan sokongan operasi bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum.

Usaha peningkatan dan penambahbaikan serta penaiktarafan ini dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan melalui peruntukan senggaraan korektif sedia ada setiap tahun bagi memberikan keselesaan kepada anggota keselamatan yang bertugas demi mempertahankan integriti wilayah dan kedaulatan negara serta memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan juga kesejahteraan rakyat sentiasa dalam keadaan baik.

Itu sahaja jawapannya Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Libaran.

draft • 11:00 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh Kementerian Pertahanan atas usaha berterusan memperkukuhkan kehadiran ATM di pantai timur Sabah ini termasuk di kawasan Libaran. Kehadiran ATM bukan sahaja memberikan jaminan keselamatan, tetapi turut membinakan keyakinan rakyat.

Namun, masih terdapat beberapa keperluan asas dalam kem yang perlu diberikan perhatian seperti lampu, jalan utama, ruang klinik yang sempit dan bilik guru sekolah yang padat. Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk menaik taraf kemudahan ini secara berperingkat demi kesejahteraan anggota dan keluarga mereka? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Libaran atas soalan tambahan tentang peningkatan. Sepertimana yang telah saya maklumkan tadi, memang kita di bawah bajet kita pada tahun 2024, memang kita mempunyai beberapa peruntukan untuk meningkatkan keupayaan kita punya aset dan juga fasiliti-fasiliti kita.

Begitulah juga dengan tahun ini, tahun 2025.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan memang kita di peringkat Kementerian Pertahanan antara yang kita berikan juga keperluan dan peningkatan adalah kepada anggota keluarga kita juga. Anggota keluarga Angkatan Tentera Malaysia iaitu melalui sumbangan kita melalui Rumah Keluarga Angkatan Tentera. Itu juga kita berikan perhatian kerana itu mempunyai peningkatan yang agak tinggi juga kerana sebelum itu peruntukannya sekitar RM100 juta dan buat masa ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah meluluskan kepada Kementerian Pertahanan hampir empat kali ganda iaitu RM400 juta setiap tahun.

Begitulah juga kalau macam tadi disebut oleh Libaran, kita di Kementerian Pertahanan memang sentiasa melihat ini. Bukan sahaja melihat kepada aspek peningkatan kepada aset-aset kita tetapi memang di Kementerian Pertahanan, teras penting dalam Kertas Putih Pertahanan kita adalah untuk memastikan anggota pertahanan, kebajikan mereka harus diberikan juga keutamaan.

Jadi saya ucap terima kasih, peringatan daripada Yang Berhormat Libaran dan memang kita sentiasa berusaha untuk pastikan anggota pertahanan kita keselesaan dan juga keselamatan mereka sentiasa kita berikan keutamaan. Itu saja jawapannya.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Pendang.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya ingin menarik persoalan berkenaan dengan keselamatan negara ini bukan sahaja di timur Sabah, bahkan juga perkembangan di Laut China Selatan itu sendiri khususnya yang melibatkan tuntutan sepuluh garis putus oleh negara China ini yang melibatkan perairan dalam Malaysia. Apakah perancangan yang diatur di peringkat kementerian bagi menggerakkan aset-aset strategik bagi melindungi wilayah EEZ di Malaysia yang sering kali dicerobohi oleh kapal daripada China ini?

Dan saya difahamkan juga, kekerapan yang ada ini tidak dapat dikesan kerana kita menggunakan radar S-Band yang mudah di-jammed atau diganggu. Radar S-Band ini beroperasi pada skala dua hingga empat GHz iaitu dalam julat frekuensi yang juga digunakan secara meluas dalam aplikasi awam iaitu termasuk yang menggunakan Bluetooth, WiFi dan juga 5G ini. Ini sama dengan yang awam guna.

Jadi, kita harap – ini adalah peperangan elektronik. Wideband jammers ini ataupun jammer frekuensi yang luas ini dapat digunakan dengan luas dengan mudah mensasarkan radar S-Band kerana ia senang dikenal pasti oleh Sistem Pengintipan Elektronik ataupun ESM dan ia tidak memerlukan ketetapan yang tinggi kerana radar S-Band menggunakan frekuensi pertengahan yang umum.

Baru-baru ini – last sekali panjang sedikit. Baru-baru ini kita juga dimaklumkan pihak TLDM telah menggerakkan kapal perang KD KRIS bagi memintas kapal pengawal pantai China. Jadi, adakah ada suatu perancangan jangka masa panjang yang strategik dalam hal ini bagi mengawal dan melindungi kepentingan negara yang ada di sana?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Pendang atas persoalan yang dikemukakan. Kebanyakan terkait dengan kemampuan radar kita.

Sebenarnya untuk maklumat Pendang, Tan Sri Yang di-Pertua, keupayaan kita sebenarnya pada tahun ini kita telah meningkatkan lagi keupayaan radar kita, terutamanya untuk mengawasi sama ada di perairan Sabah mahupun di Laut Cina Selatan, tetapi kalau kita lihat dalam perbincangan kita dalam Dewan ini tentang peningkatan aset-aset kita kerana kita tahu radar bukan terkait sahaja dengan persoalan darat, udara dan juga laut ya, tetapi kita tahu bahawa peningkatan aset-aset kita sama ada pembelian LMS kita, sama ada peningkatan LCS kita dan juga yang hari itu baru saya jawab berhubung dengan UAV kita, ANKA-S yang kita akan perolehi pada tahun hadapan daripada Turki, semua aset-aset kita ini kita gabungkan untuk pastikan bahawa keseluruhan daripada kawasan kedaulatan kita.

Tadi ada disebut oleh Pendang ya tentang garis yang dibuat oleh China itu tapi kita menggunakan garis kita. Dan kita pastikan bahawa wilayah kita itu sentiasa kita jaga sebilang masa.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Maknanya dalam setiap keadaan itu, kita pastikan hari ini kita atur gerakkan aset-aset kita dan kita ada beberapa ops termasuk yang dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Ops Daulat Benua.

Jadi laporan-laporan ini sentiasa kita dapatkan. Kalau ada aset-aset luar ataupun kapal-kapal daripada luar itu, sentiasa kita berhubung dengan Kementerian Luar juga kerana kita tahu bahawa diplomasi pertahanan kita adalah sebahagian daripada proses kita untuk menjaga kedaulatan dan juga perairan negara kita.

Jadi saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Pendang, mungkin secara teknikalnya tapi secara keseluruhannya, memang keseluruhan daripada kawasan-kawasan ini adalah di bawah kawalan radar kita.

Dan kalau kita lihat dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang masih kita bincangkan di dalam Dewan ini juga, memang kita punya perancangan masa hadapan.

Kerana kita mahu angkatan masa hadapan kita, memang kita boleh mengupayakan – meningkat lagi keupayaan yang sedia ada kerana kita tahu teknologi sentiasa berkembang dan keupayaan sentiasa ada, termasuk domain siber kita. Ini kerana kita tahu bahawa melalui yang terkini ya, kalau dulu kita ada bahagian elektromagnetik dan siber, tapi kini kita telah tingkatkan kepada markas siber kita. Jadi, segala aspek-aspek ini kita cuba tingkatkan supaya kita pastikan kedaulatan dan keselamatan negara kita sentiasa terjamin.

Itu saja jawapannya Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.

draft • 11:00 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

draft • 11:00 AM

8. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:

(a) apakah rasional utama di sebalik keperluan menggubal Akta Koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]; dan

(b) bagaimana akta baharu ini akan menangani cabaran serta keperluan semasa gerakan koperasi di Malaysia.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama agensinya iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sedang menggubal Akta Koperasi yang baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 berdasarkan justifikasi berikut.

Pertama, keperluan untuk mewujudkan suatu akta yang baharu adalah amat signifikan, mengambil kira bahawa Akta Koperasi sedia ada iaitu Akta Koperasi 1993, dibangunkan berdasarkan kerangka perundangan awal Gerakan Koperasi Negara yang diperkenalkan pada tahun 1922 iaitu Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama 1922. Akta ini sudah berusia lebih 100 tahun yang lalu, kerangka asalnya.

Kedua, penyesuaian dasar dan undang-undang diperlukan bagi memastikan sektor koperasi kekal relevan seiring perkembangan sosioekonomi, kemunculan teknologi baharu, dan keperluan tadbir urus yang berakauntabiliti.

Ketiga, memastikan undang-undang koperasi kekal responsif, inklusif, dan mampu memperkasa koperasi sebagai entiti ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Keempat, memperkukuh peranan badan kawal selia koperasi serta membina sektor koperasi yang berdaya saing melalui pemerkasaan perundangan yang lebih fleksibel dan progresif.

Dan yang kelima, selari dengan dapatan dua kajian yang dilaksanakan pada tahun 2023 iaitu Kajian Perundangan Berkaitan Koperasi dan Kajian Kekangan Koperasi Sebagai Entiti Perniagaan Dalam Konteks Perundangan.

Akta Koperasi baharu ini akan membantu menangani cabaran dan keperluan semasa koperasi melalui tindakan-tindakan seperti berikut.

Pertama, memberi perlindungan dan penerangan yang lebih jelas terhadap hak-hak anggota koperasi bagi memastikan setiap anggota memahami peranan dan tanggungjawab mereka serta mendapat manfaat yang sewajarnya daripada penyertaan mereka dalam koperasi.

draft • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Yang kedua, menambah baik peranan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) melalui struktur tadbir urus yang lebih tersusun dengan menekankan keperluan kepimpinan yang responsif, kompeten dan beretika bagi memastikan pengurusan koperasi lebih dinamik.

Ketiga, memperkasa kawal selia dan penguatkuasaan bagi memantau prestasi koperasi dengan lebih berkesan dan membolehkan tindakan segera diambil terhadap sebarang ketidakpatuhan dan salah laku.

Keempat, memberi fokus kepada meningkatkan sumbangan koperasi kepada pembangunan sosioekonomi negara melalui dasar yang menyokong pertumbuhan, inovasi dan perluasan aktiviti koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi.

Kelima, membolehkan koperasi memainkan peranan lebih besar dalam menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendapatan komuniti dan menyokong agenda kesejahteraan rakyat.

Dan yang keenam, membuka lebih ruang untuk liberalisasi perundangan bagi membolehkan koperasi meluaskan aktiviti perniagaan mereka, selaras dengan fokus Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu memperkasa sektor ketiga termasuk gerakan koperasi. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sungai Besar.

draft • 11:10 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak jelas dan soalan saya mudah.

Yang pertama, tahniah kepada KUSKOP yang telah merangka pindahan akta ini dan soalan saya, Yang Berhormat Menteri, bagaimana akta ini nanti dapat merapatkan jurang antara aktiviti berasaskan pinjaman dengan aktiviti berasaskan ekonomi yang lain, contoh perumahan, pertanian dan peruncitan. Kerana kalau kita lihat dari segi kerangka koperasi, sumbangan sektor kredit dalam koperasi adalah yang sangat besar, lebih daripada 75 peratus berbanding dengan sektor-sektor lain. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Yang Berhormat, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa pada ketika ini sumbangan sektor koperasi lebih kepada koperasi yang menyediakan perkhidmatan kredit. Sebab itulah antara komponen penting akta ini adalah untuk memberi kebebasan, liberalisasi kepada koperasi itu untuk menentukan dan mempermudahkan pelaburan koperasi, misalnya. Tidak lagi sehingga memerlukan kelulusan Suruhanjaya Koperasi, misalnya. Hanya perlu ditubuhkan jawatankuasa pelaburan dan jawatankuasa itu harus membuat due diligence, bentang kepada ahli lembaga, dan mereka boleh laksanakan.

Dengan demikian kita berharap koperasi ini boleh mempelbagaikan aktiviti dan perkhidmatan koperasi mereka bukan hanya kepada perkhidmatan kredit, tapi juga perkhidmatan dalam sektor-sektor yang lain. Jadi mudah-mudahan ini boleh berlaku dan ini menjadi tanggungjawab bersama kita untuk memastikan sektor koperasi ini dapat

draft • 11:10 AM

Datuk Ewon Benedick

mempelbagaikan apa ini – pelaburan, perkhidmatan, perniagaan dan urus niaga mereka.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Menteri, kita menyokong usaha kementerian untuk menggubal akta koperasi yang baharu.

Soalan saya ialah, sementara menunggu akta yang baru diluluskan, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk kita mengawal koperasi-koperasi yang sedia ada?

Saya nak menarik perhatian kepada Menteri. Saya dapati ada satu koperasi, namanya panggil Koperasi Khazanah Usahawan Berhad ataupun KO-KHAWAN. Di mana dia menawarkan ya, di mana dia ajak orang awam untuk simpanan di koperasi tersebut dan dijanjikan pulangan sebanyak 12 peratus.

Jadi ini sesuatu yang saya fikir kita perlu ambil perhatian dan ambil tindakan menyiasat sebab kalau di bank sekarang hanya sekadar 2.5 peratus fixed deposit punya interest, dengan izin. Bagaimana koperasi ini boleh menawarkan 12 peratus? Dan adakah mereka mempunyai license untuk menerima simpanan daripada orang awam yang bukan ahli koperasi? Itu saja daripada saya, Tan Sri Speaker. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih, Yang Berhormat. Satu soalan yang sangat spesifik, saya akan ambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan. Pada ketika ini, sebarang promosi terutama yang berkaitan dengan pelaburan seperti mana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi, itu memerlukan kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Dan mana-mana koperasi yang tidak mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya, itu kita boleh mengambil tindakan dan ada perundangan, ada provision yang membolehkan kita ambil tindakan tegas terhadap koperasi sekiranya mereka menjalankan promosi seperti yang disebut tadi tanpa kelulusan Suruhanjaya.

Saya ambil ini, satu yang serius. Saya akan kembali ke kementerian, ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk semak perkara yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

draft • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tan Sri Speaker, minta soalan tambahan satu.

Pengerusi JKPK.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf, Yang Berhormat. Kami nak bergerak ke...

draft • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Semporna.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tan Sri, soalan nombor 9.

draft • 11:10 AM

9. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal [Semporna] minta Menteri Pendidikan menyatakan, berkenaan sekolah daif di Sabah:

(a) bilangan sekolah daif yang telah dikenal pasti pada tahun 2023 berserta kos sebenar pembaikan/pembinaan baru dan statusnya terkini; dan

(b) berapakah jumlah peruntukan penyelenggaraan bangunan sekolah yang disediakan setiap tahun dari tahun 2023 hingga 2025.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Semporna atas soalan yang diajukan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dari tahun 2016 sehingga Ogos 2025, kerajaan telah meluluskan sejumlah 389 projek pembangunan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sabah dengan kos projek berjumlah RM6.077 bilion. Status pelaksanaan projek terkini adalah 233 projek telah siap, 64 projek fasa pembinaan, 92 projek pada fasa pra-bina. Ini dari tahun 2016 sehingga Ogos 2025.

Menjawab soalan Yang Berhormat Semporna, bagi tahun 2023, jumlah projek yang diluluskan adalah sebanyak 23 projek dengan jumlah kos projek RM776.6 juta. Dan status, projek tujuh di peringkat pra-bina dan 16 di peringkat pembinaan.

Secara keseluruhannya bagi tahun 2023, di seluruh Malaysia, kerajaan telah meluluskan 86 projek pembinaan semula bangunan daif di seluruh Malaysia dengan kos berjumlah RM1.711 bilion. Daripada jumlah projek tersebut, tujuh siap, 58 fasa pembinaan dan 21 dalam fasa pra-bina.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, seterusnya, penyaluran peruntukan penyelenggaraan sekolah kerajaan yang disalurkan oleh KPM untuk negeri Sabah bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur adalah seperti berikut. Tahun 2023, RM98.51 juta. Tahun 2024, RM54.35 juta. Tahun 2025 ini setakat bulan Julai ya, ada yang akan datang lagi. Setakat bulan Julai, sebanyak RM101.79 juta.

Selain itu, Sumbangan Bantuan Penyelenggaraan bagi Sekolah Bantuan Kerajaan yang telah disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk negeri Sabah bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur sekolah adalah seperti berikut. Tahun 2023 sebanyak RM10.53 juta, tahun 2024 sebanyak RM10.27 juta, tahun 2025 setakat bulan Julai adalah sebanyak RM9.64 juta. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Semporna.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih, penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tan Sri, dengan izin, ada dua soalan yang saya akan bangkitkan berhubung kait dengan sekolah. Kerana kita sedar dan tahu sekolah merupakan satu tempat untuk melahirkan anak yang berilmu untuk negara dan generasi yang mendatang.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Pertama, saya ingin bertanya soalan tentang adik Zara ini dan ini membimbangkan saya. Dah sebulan dah kes ini berlaku, berlarutan. Ada the saying, delay – in justice delay, denied. Banyak spekulasi. Saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak cuma kita sedar kes buli di merata tempat, di sekolah-sekolah memang berlaku.

Apakah langkah-langkah untuk memastikan anak-anak seumpama ini yang kita lahirkan dan hantar ke sekolah untuk mendapat ilmu pengetahuan, tapi malangnya dah hampir sebulan. Minta ibu dia, anak itu dikeluarkan dah dikebumikan. Minta – dan mak dia pun dah buat laporan polis.

Dan saya berharap Tan Sri, enforcement of law jangan lindungi mana-mana pihak terbabit tidak mengira siapa dia kalau ianya berlaku kerana kita jangan lupa mungkin manusia tidak nampak perbuatan itu, sama ada pihaknya yang berwajib di peringkat sekolah, di peringkat berkuasa pihak keselamatan, tapi Allah SWT nampak perbuatan-perbuatan di muka bumi ini.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Yang kedua, berhubung kait dengan sekolah. Kalau saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, hampir RM270 juta sahaja peruntukan yang diberikan untuk membaiki kemudahan-kemudahan sekolah daif. Saya dah hantar dah senarai dan juga gambar sekolah-sekolah yang daif di Sabah. Cukup membimbangkan saya, Tan Sri. RM50 bilion peruntukan tahun ini cuma RM270 juta sahaja di Sabah ini untuk sekolah-sekolah yang ada.

Dan saya berharap ― ada sekolah yang langsung tidak ada jambatan, bila hujan anak-anak kena jalan dalam banjir hendak pergi sekolah. Ada sekolah yang kemudahannya tandas tak ke mana, bukan setakat tandas yang tidak sempurna, bahkan juga bekalan air yang langsung tidak ada, bergantung dengan tube well, bergantung dengan hujan dan ini dah tahun 2025, dah berpuluh tahun dah.

Sistem pendidikan yang ada, saya ingat Yang Berhormat Menterilah, Timbalan Menteri, it cannot be just top down. It must be bottom up. Dengar suara di peringkat akar umbi. Keperluan kawasan yang amat memerlukannya, peruntukan yang sedia ada, gunakanlah sebaik mungkin. Anak-anak kami di Sabah ini Tan Sri, hendak cari kerja pun susah, hendak pergi sekolah, air ― seumpama yang baru-baru kes berlaku.

Hendak minta air anak-anak di UMS. Ini UMS kepunyaan Kerajaan Persekutuan, minta air. Siasat di balai polis. Janganlah siasat tanya anak-anak ini apa masalah, hantarlah air. Takkan anak-anak yang kita minta air, “Pak, kami tidak ada air, kami tidak ada air hendak minum, hendak mandi.” Siasat sampai berjam-jam. Ya Allah, Ya Tuhan ke mana kita hendak bawa untuk kita mentadbir negara ini agar kita dapat melahirkan human capital. Pertama, saya berharap ada tindakan komprehensif daripada Kementerian Pendidikan. Kita ada Jawatankuasa Disiplin dan saya berharap, saya cadangkan kalau ada, duit yang ada letaklah CCTV dan saya berharap Jawatankuasa Disiplin di peringkat sekolah-

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

sekolah dari seluruh negara cannot be given to PIBG, tak boleh bagi dengan guru-guru yang ada.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

It must be independent body supaya kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku di peringkat sekolah tentang kes-kes buli yang berlaku di merata tempat. Ini mungkin ada kes buli di tengah- tengah sekolah yang tidak dilaporkan. Terima kasih banyak.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Semporna. Pertama, berkenaan dengan apa-apa kes buli. Saya, walaupun ia tidak berkaitan dengan soalan asal tetapi saya cuba bagi sedikit jawapan di sini, yang mana berkenaan dengan kesemua kes-kes yang berlaku, sama ada kes disiplin ataupun kes buli di sekolah, pihak KPM mempunyai garis panduan dan juga SPI yang berkuat kuasa dari masa ke semasa.

Dan dalam kes Zara yang sekarang kita tahu bahawa perkembangan dari segi siasatan oleh polis, isu ini sekarang dalam siasatan polis dan pihak KPM akan menyerah kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Cuma, KPM hendak menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana isu yang berkaitan dengan isu buli, itu nombor satu. Dan nombor dua, KPM tidak akan dan tidak pernah pun cuba untuk melindungi siapa- siap seperti yang dinyatakan dan juga seperti yang dinyatakan. Dan pada semua peringkat dan pada setiap masa material, KPM telah dan bersedia untuk bekerjasama dengan polis dan untuk membantu segala siasatan dalam kes yang terbabit, itu satu.

Nombor dua, berkenaan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih atas cadangan yang mana kesemua projek-projek yang diangkat itu haruslah bersikap adalah bottoms up dan bukan tops down. Dan itu sememangnya pendekatan yang diguna pakai oleh pihak KPM, yang mana semua sekolah sekiranya ada apa-apa permintaan ataupun keperluan, sekolah mempunyai satu sistem untuk memohon projek-projek melalui PPD yang akan diangkat ke JPN dan selepas itu akan diangkat ke peringkat KPM.

draft • 11:20 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sabah pada tahun ini sememangnya mendapat peruntukan yang paling tinggi berbanding dengan negeri- negeri yang lain dan juga wilayah yang lain. Saya bagi contoh, bagi peruntukan penyelenggaraan tadi, saya sebut bagi tahun 2025, setakat ini RM101 juta bagi sekolah kerajaan, RM9.64 juta bagi sekolah bantuan kerajaan. Itu setakat bulan Julai belum habis lagi. Tahun ini satu butiran khas diberikan khas untuk sekolah-sekolah di Sabah bagi tujuan penyelenggaraan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah sebanyak RM174.85 juta, itu satu.

Nombor dua berkenaan dengan pembangunan semula bangunan daif di sekolah- sekolah di Sabah. Tahun ini juga Sabah dapat yang paling tinggi dalam sejarah. Tahun 2023

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

tadi saya sebut RM776 juta; tahun 2024, RM949 juta; tahun 2025 sebanyak RM2.329 bilion yang merangkumi 52 projek di sekolah-sekolah Sabah. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Cuma Tan Sri Speaker, saya soalkan tadi tentang peruntukan diberikan kementerian RM56 bilion. So, dinyatakan peruntukan diberikan cuma RM2 bilion sahaja.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dan saya minta kalau tak dapat nanti secara bertulis, fasal saya dah hantar senarai kepada Menteri untuk pastikan supaya sekolah-sekolah daif yang ada ini ya.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagikan secara bertulis ya, Yang Berhormat. Ya, itu yang terbaiknya sebab detail itu banyak figure dan sebagainya. Menteri, tak apa. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:20 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tan Sri Speaker atas kesempatan untuk soalan tambahan. Saya juga hendak ambil kesempatanlah hendak mengucapkan syabas dan tahniahlah kepada guru-guru yang sanggup mengajar di sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak. Saya tak berkesempatan hendak mengajar di Sabah dan Sarawak, terutamanya di sekolah daif.

Apa pun mengikut keterangan yang saya dapat daripada Timbalan Menteri tadi kalau mengikut jawapan yang diberikan pada Mac 2024 di Parlimen juga, 700 hingga 800 sekolah di Sabah dan Sarawak yang masih lagi dikategorikan sebagai sekolah daif, 1,000 di Sarawak ataupun kesimpulannya 3,000 sekolah daif di seluruh negara.

Jadi, saya hendak kalau boleh secara terperinci daripada Timbalan Menteri tentang sekolah daif ini, di mana agak sukar hendak dinoktahkan sekolah daif ini. Isu yang berlarutan sejak saya dulu mengajar 30 tahun sampai sekarang saya pencen, pun masih lagi isu ini dibangkitkan dan belum dapat diselesaikan lagi. Saya tak tahu sebab peruntukan antara yang terbanyak dalam kementerian tetapi tidak boleh diselesaikan lagi.

Saya hendak perincian kalau boleh, kalau boleh beri sekarang ataupun secara bertulis. Satunya iaitu jumlah sekolah yang masih menggunakan bangunan kayu, sama ada di Sabah dan Sarawak ataupun di Semenanjung. Kedua iaitu sekolah yang menumpang bangunan sekolah lain, jika ada. Yang ketiga, jumlah sekolah yang dikategorikan tidak selamat. Adakah masih digunakan hingga sekarang? Yang keempat, jumlah sekolah yang perlu dibina semula sebab terlalu daif. Yang kelima, jumlah sekolah yang tiada kemudahan elektrik 24 jam, air bersih dan Internet. Jadi, berapakah peratus setiap tahun KPM menyelesaikan sekolah daif ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, lima soalan itu saya ingat dalam masa seminit tak sempat.

[Ketawa] Jawab secara bertulislah kalau boleh. Sila jawab.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker atas ― dan terima kasih rakan saya Yang Berhormat “Bandar Kulim Baharu” atas soalan-soalan yang diajukan berkenaan dengan jumlah dan juga senarai. Berkenaan dengan jumlah sekolah seperti yang ditanya

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

tadi, saya akan jawab secara bertulis. Namun demikian, untuk makluman Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, pihak KPM mengambil tindakan yang progresif dalam menangani isu sekolah daif.

Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, tiap tahun kita mengalami isu berkenaan dengan sekolah daif. Isu dia, bagaimana kita menggunakan satu pendekatan baharu untuk memastikan sekolah-sekolah yang belum lagi daif tidak jatuh dalam kategori daif. Pada tahun 2024 sehingga 2025, KPM telah memperuntukkan satu jumlah RM150 juta bagi tujuan melaksanakan kerja ubah suai naik taraf (USNT) bagi bangunan berskala enam supaya ia tidak jatuh pada bangunan berskala tujuh.

Tindakan ini adalah tindakan pencegahan yang diambil oleh pihak KPM dan RM150 juta itu, RM15 juta dibelanjakan tahun lepas dan RM135 juta akan dibelanjakan pada tahun 2025. Dan pada masa yang sama pada tahun lepas 2024, pihak KPM telah pun mengadakan, telah pun melaksanakan feasibility condition assessment iaitu untuk menilai dan juga menguji kedudukan dan juga situasi sekolah masing-masing yang berusia lebih daripada 70 tahun.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ini merupakan tindakan progresif yang diambil oleh pihak KPM untuk memastikan sekolah-sekolah yang belum lagi turun ke skala tujuh ini dapat diselamat dan juga diselenggarakan dengan secepat mungkin. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan nombor 10.

draft • 11:30 AM

10. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan mekanisme kementerian dalam merancang untuk memperkukuh kerjasama dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mempromosikan pelancongan mesra Muslim di Malaysia dan hasil konkrit daripada kerjasama tersebut setakat ini.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Datuk Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC) dan Tourism Malaysia sering menjalinkan kerjasama bersama negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam memperkasakan pelancongan Islam dan hospitaliti mesra Muslim di Malaysia.

Antaranya adalah pertama, mengadakan kerjasama strategik dengan organisasi di bawah OIC seperti Statistical, Economic, Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC), Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organization of the Islamic Corporation (COMCEC) and the Standards and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC) dalam bidang penyelidikan ekonomi dan sosial,

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

pengumpulan data latihan dan pembangunan kapasiti serta pembangunan piawaian dan garis panduan berkaitan pelancongan Islam dan hospitaliti mesra Muslim.

Kedua, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam perjanjian kerjasama bersama agensi berkaitan di bawah negara-negara OIC seperti Department of Tourism of Kazakhstan dan Bukhara Regional Government, Republic of Uzbekistan serta bersama agensi negara pemerhati (observer states) OIC seperti RAS Quality, Persekutuan Rusia dalam perkongsian pengalaman dan kepakaran berkenaan pembangunan pelancongan Islam dan hospitaliti mesra Muslim.

Ketiga, penyertaan ke seminar, persidangan dan pameran antarabangsa di negara- negara OIC seperti Arabian Travel Market (ATM) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Jeddah International Travel and Tourism Exhibition (JTTX) di Jeddah, Arab Saudi dan Tehran International Tourism Exhibition (TITE) di Tehran, Iran.

Bagi tahun 2025 pula, misi jualan ke negara anggota OIC seperti Arab Saudi, Oman, Qatar, Bahrain, Kuwait, Iran, Algeria, Uzbekistan dan Mesir telah dianjurkan bertujuan bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim serta merapatkan jaringan kerjasama dengan penggiat industri pelancongan tempatan manakala bagi tahun 2026 pula, misi jualan akan diadakan ke Morocco, Jordan, Tunisia, Oman, UAE dan Pakistan.

Keempat, menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Qatar Airways dan Emirates Airlines yang menyediakan kemudahan penerbangan terus ke Malaysia. Selain itu, kolaborasi turut dijalankan bersama flydubai, Air Arabia, Saudi Airlines dan Turkish Airlines dalam penganjuran program lawatan pengenalan Fam Trip ke Malaysia yang melibatkan agensi pelancongan, media dan wakil syarikat penerbangan. Kerjasama ini tentunya memberikan impak yang cukup positif kepada prestasi ketibaan pelancong dari negara-negara OIC.

Bagi tempoh Januari hingga April 2025, empat negara OIC yang telah mencatatkan pertumbuhan kedatangan pelawat paling tinggi ialah Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Kazakhstan. Indonesia kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 1.29 juta pelancong, meningkat 12 peratus berbanding 1.15 juta pada tempoh sama tahun 2024. Bangladesh merekodkan pertumbuhan tertinggi melonjak 118.7 peratus kepada 89,265 pelancong berbanding 40,817 pada tahun 2024. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dungun.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Memang kita lihat kepada data berdasarkan kepada rekod kehadiran pelancong Muslim dengan anggaran perbelanjaan melebihi RM15 bilion iaitu RM4.82 juta setakat November 2024 berbanding RM4.5 juta dengan perbelanjaan RM14.7 bilion pada tahun 2023.

Soalan saya, bolehkah nyatakan strategi bersasar kementerian bagi agihan manfaat dan limpahan ekonomi kepada negeri-negeri di Pantai Timur khususnya di Terengganu bagi limpahan ekonomi kehadiran pelancong Muslim. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat Dungun. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, pertama, saya akan memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, Malaysia sudah diberikan pengiktirafan yang cukup tertinggi apabila kita sekali lagi telah terpilih sebagai Top Muslim Friendly Destination of the Year dalam laporan Global Muslim Travel Index (GMTI) oleh Mastercard-CrescentRating selama 10 tahun berturut-turut sejak tahun 2015 hingga tahun 2025.

Persoalan yang dibangkitkan sebentar tadi berkenaan dengan limpahan terutamanya kepada negeri-negeri di Pantai Timur. Seperti yang kita tahu, saya akan secara spesifik fokuskan kepada di negeri Terengganu. Di negeri Terengganu, kita ada beberapa produk yang turut kita berkongsi dan jalinkan kerjasama dengan Tourism Malaysia di bawah penyeliaan Islamic Tourism Center untuk kita memperlihatkan dan juga untuk kita menjuruskan beberapa produk yang dianggap mesra Muslim. Kita ada Masjid Kristal di Terengganu yang kita telah promosikan bukan sahaja di rantau Asia ataupun ASEAN itu sendiri tetapi melalui pejabat-pejabat kita di benua Eropah, di negara China, di negara Jepun, di negara Korea. Itu salah satu produk yang kita angkat.

Keduanya juga, kita tahu di negeri Terengganu ini sinonim dengan pantai-pantai dan laut yang boleh dianggap sebagai satu produk pelancongan yang berharga. Ini bukannya salah satu strategi untuk kita menarik semata-mata kerana kita mahu melihatkan Terengganu itu sebagai sebuah tempat yang mempunyai unsur mesra Muslim itu, tapi ianya juga berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat setempat. Apabila perkara-perkara ini mampu kita bawa, ini akan memberikan limpahan kepada industri-industri di kawasan sekitarnya contohnya inap desa, industri krafnya, industri makanan warisannya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Balik Pulau.

draft • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya ialah berkenaan dengan beberapa negara Muslim minority. Kita umum tahu bahawa Malaysia memang top destination for Muslim friendly. Bagaimanakah usaha dan program MOTAC dan juga Tourism Malaysia dalam menarik pelancong-pelancong Muslim daripada Muslim minority countries?

Bila kita tahu sekarang, di China sahaja ada 25 juta orang Islam, lebih ramai daripada orang Muslim di Malaysia. 20 juta Muslim di Rusia dan enam juta di France. Mereka ini mencari-cari tempat destinasi pelancong yang menarik. Jadi, dengan visa daripada China di- waive-kan, bagaimana kita menarik pelancong-pelancong khususnya China Muslim ke negara kita? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk saya menjawab ataupun memberikan penerangan berkenaan dengan soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, ada dua perkara di sana. Pertama, perkara

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

apakah promosi yang telah kita lakukan. Kedua pula, ia lebih memberikan penumpuan kepada masyarakat Muslim di negara China.

Pertama sekali, kita tahu apakah strategi ataupun apakah penekanan yang kita lakukan untuk kita perkasakan dan makmurkan industri mesra Muslim ini di negara kita.

Melalui kerjasama persatuan-persatuan, agensi pelancongan yang ada di negara kita seperti BUMITRA, MATTA, MICA, kita telah memberikan mereka peluang yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini.

Kita memberikan sedikit peruntukan supaya mereka mampu memberikan promosi secara khususnya kepada Muslim friendly travel ini dan apa yang telah mereka lakukan, mereka telah membawa hampir 100 lebih imam daripada negara China, ada juga daripada negara Eropah, benua Eropah, maaf, untuk mereka melihat sendiri, apakah sebenarnya maksud mesra Muslim kerana ramai yang masih di luar sana kurang memahami apakah sebenarnya pelancongan mesra Muslim.

Ini akan memberikan sedikit kekangan ataupun akan memberikan sedikit batasan.

Sebenarnya ianya sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira apa latar belakang agama sekalipun. Itu kita lakukan. Kita lakukan dan kita berikan fan trip kepada segmen-segmen yang tertentu yang kita telah khususkan, yang kita telah perincikan.

Kedua, apabila kita telah melakukan visa waiver untuk pelancong-pelancong daripada negara China, kita dapat melihat peningkatan daripada kehadiran mereka di negara kita. Contohnya, sebelum visa waiver itu telah dilakukan pada tahun 2023, kita hanya menerima 1.6 juta pelancong daripada negara China. Selepas daripada visa waiver itu, pada tahun 2024, kita telah terima 3.4 juta. Dan pada tahun ini saja, dari bulan 1 hingga bulan — Daripada bulan Januari hingga bulan Mei, kita telah menerima hampir 1.8 pelancong daripada negara China. Sekian terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Sila Menteri, usul.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal - Lahad Datu

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 12 Ogos 2025.” Terima kasih.

draft • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 11:41 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya, Yang di-Pertua.

saya menyokong.

draft • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:41 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026-2030)

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan

draft • 11:42 AM

dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.

Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.

draft • 11:42 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, kita akan teruskan perbincangan tentang usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan saya mempunyai senarai yang panjang hari ini. 24 orang akan berbahas. Saya akan bacakan nama-nama mereka.

Yang pertama, Yang Berhormat Tawau, Kemaman, Bangi, Ketereh, Setiawangsa, Rantau Panjang, Shah Alam, Putrajaya, Batu Kawan, Baling, Batang Sadong, Rompin, Rasah, Kuala Nerus, Batu Pahat, Pengkalan Chepa, Tebrau, Gerik, Bakri, Tanjong Karang, Jerai, Julau, Mersing dan akhir sekali, Sabak Bernam. Setiap pembahas akan saya berikan masa 12 minit setiap orang. Jadi, saya mulakan dengan Tawau, silakan.

draft • 11:42 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Satu dokumen penting yang akan mencorakkan hala tuju pembangunan negara. Namun, jika wilayah Sabah terus menjadi wilayah yang tertinggal dan dipinggirkan, RMK13 ini hanya sekadar kertas yang tidak bermakna kepada Sabah.

Saya ingin menarik perhatian Perdana Menteri berkenaan isu paling asas dalam hubungan Persekutuan dan wilayah Sabah, Sarawak iaitu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Seperti yang diperkatakan oleh PMX, bahawa tidak payah runding. Laksanakan sahaja Perjanjian Malaysia 1963 demi keadilan kepada Sabah Sarawak.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor] **mempengerusikan Mesyuarat****] Setelah tiga tahun, ini kalilah akui hak Sabah yang termaktub dalam Perkara 112C iaitu 40 peratus hasil perlu kembali kepada Sabah. Soal kaedah pelaksanaan dan pembayaran, biarlah PMX dan Ketua Menteri Sabah bincang kemudian. Dan minta agar luluskan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sabah, Sarawak.

Ini adalah hak yang sudah dituntut sejak 1963. Dan jika tidak diselesaikan, bukan sahaja akan memecah belah hubungan Sabah dan Persekutuan, malah mengelirukan rakan- rakan wilayah di Semenanjung, kononnya kita tamak. Ini kalilah PMX MADANI selesaikan masalah MA63. Kalau bukan PMX, siapa lagi?

draft • 11:43 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Tuan Yang di-Pertua Dewan, saya juga ingin menarik perhatian Menteri Kerja Raya.

Saya mengalu-alukan pemantauan melalui aplikasi JKR dan JPJ kawasan-kawasan black spot, dengan izin. Kawasan dikenal pasti selalu berlaku kemalangan di seluruh Malaysia. Dan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa semua aduan berkenaan jalan di Sabah akan diselesaikan dalam 24 jam. Semoga ini bukan sekadar slogan.

KKR ada rekod tetapi tindakan untuk menangani isu black spot ini amat mengecewakan, yang sepatutnya boleh mengelakkan korban ribuan nyawa rakyat Sabah.

Black spot di Tawau U-turn Batu 8, Jalan Kuala depan JPN, Bulatan Nasib Kita dan SMK Kinabutan memerlukan U-turn dan jejantas perlu diselesaikan segera. Saya mahu jaminan RMK13 ini menggunakan data black spot ini sebagai solusi.

Masalah lampu jalan yang rosak, berkarat, lebar sepanjang 1,400 km di Jalan Persekutuan Sabah disebabkan tiada peruntukan penyelenggaraan yang tetap sejak 2019.

Maka, isu ini perlu diselesaikan dengan mengembalikan dana dan kuasa penyelenggaraan kepada Sabah. Jalan yang gelap pada waktu malam, meningkatkan risiko kemalangan seperti kenderaan terbabas, tayar pecah.

Lagi sedih dan marah jawapan balas dari KKR bahawa kemalangan berlaku sebab 80 peratus pemandu lalai dan cuai. Kalau jalan raya di Sabah terang dan baik seperti KL, Sabah boleh terima jawapan ini. Sehingga saya terfikir, nyawa-nyawa di Sabah sangat tidak bernilai.

Tuan Yang di-Pertua Dewan, saya juga minta perhatian Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Walaupun Sabah telah mengambil alih sektor tenaga melalui penubuhan Energy Commission of Sabah (ECOS), pembangunan elektrik dikendalikan oleh SESB, 80 peratus dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Oleh itu, Kerajaan Persekutuan tidak boleh melepaskan tanggungjawab serta merta dan perlu memberikan sokongan khususnya dalam pembiayaan serta pelupusan hutang RM2 bilion.

Southern Link Sabah, projek talian penghantaran elektrik 275 kilowatt sepanjang 330 km dari Sipitang ke Tenom, Kalabakan dan Tawau yang akan melengkapkan laluan grid elektrik Sabah. Jika disiapkan, akan meningkatkan kestabilan bekalan elektrik. Jika diluluskan pada 2025, ia jangka siap 2030. Justeru, saya mendesak kerajaan memberikan keutamaan penuh agar projek strategik ini tidak lagi ditangguhkan.

Notis jadual elektrik dikeluarkan di seluruh Sabah disebabkan penyelenggaraan terminal gas PETRONAS Kimanis. Penutupan loji ini menyebabkan kekurangan kapasiti 195 megawatt, menjejaskan lebih 600,000 isi rumah, termasuk 200,000 pengguna domestik selama tujuh hari. Ini memberikan kesan besar kepada rakyat Sabah. Justeru, saya menuntut PETRONAS bertanggungjawab dan memberi pampasan seperti yang dilakukan di Putra Heights.

Dalam RMK13, saya minta jaminan segera mempercepatkan Projek Rancangan Tebatan Air Lembangan, Tawau, Sungai Tawau, Sabah, Fasa 1B, terutamanya dengan

draft • 11:43 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

membesar sungai sepanjang empat kilometer dari Kampung Titingan dan memasang kunci air atau tidal gate dengan izin, untuk mengurangkan risiko banjir dan memperbaiki sistem pengaliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih dan Kampung Kukusan hingga ke lautan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Menteri Kesihatan, perkhidmatan kesihatan di Sabah, khususnya Tawau, dalam keadaan lumpuh dan tiada sinar harapan.

Sekarang hanya dua orang sahaja pakar bedah jantung di Sabah yang menampung keperluan lebih daripada empat juta penduduk Sabah. Ada yang menunggu giliran perkhidmatan pakar jantung sehingga sudah meninggal dunia baru dapat peluang rawatan.

Oleh itu, saya mencadangkan dua solusi. Pertama, meningkatkan jumlah institusi, universiti dan pengambilan mahasiswa dalam bidang perubatan daripada Sabah, agar doktor pakar tidak tinggalkan Sabah. Sekarang jangan cakap Sabah. KL pun banyak tidak mahu kerja sebagai doktor pakar.

draft • 11:43 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Kedua, outsource, dengan izin, perkhidmatan kesihatan kepada hospital dan klinik swasta dengan mengenakan pembayaran kepada rakyat ikut kadar hospital kerajaan.

Sekarang hospital kerajaan tidak mampu menampung keperluan kesihatan keseluruhan rakyat. Ini tidak membebankan kewangan kerajaan dan jauh lebih murah kerana tidak perlu penyelenggaraan mesin, pembinaan hospital dan penambahan staf. Usaha ini juga akan meningkatkan taraf serta doktor-doktor dalam bidang perubatan dan akan mendapat peluang dan tidak keluar daripada Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Pendidikan, bahawa pendidikan adalah yang paling penting dan mulia serta wajib diberi keutamaan. Kajian berterusan dan menyesuaikan sistem pembelajaran secara berkala diperlukan agar pendidikan sejajar perubahan teknologi, pasaran kerja dan kehendak masa depan. Jika tidak, kita akan terus melahirkan generasi yang kecewa. Buktinya jelas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2024, seramai 284,700 orang belia direkodkan sebagai penganggur di seluruh Malaysia.

Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil langkah proaktif menyelesaikan isu Sijil Menduduki Bangunan (OC), dengan izin, di sekolah-sekolah pada bulan Mei lalu. Saya menggesa peruntukan baik pulih diturunkan di sekolah-sekolah. Sewajarnya, sekolah- sekolah di Sabah dinaik taraf bekalan dan sistem elektrik, termasuk pelantikan Sabah Electricity bagi menjalankan kajian serta pemeriksaan ke atas keperluan sebenar. Terdapat sekolah masih menggunakan sistem satu fasa, manakala yang telah tiga fasa pun tidak mencukupi untuk menyokong kemudahan makmal dan bangunan pentadbiran. Tidak lebih satu peratus daripada 1,292 sekolah memiliki bekalan stabil, menjejaskan pembelajaran, keselamatan murid serta fungsi peralatan digital.

Tuan Yang di-Pertua, cabaran yang dihadapi oleh Malaysia ialah birokrasi. Cabaran yang dihadapi oleh Sabah ada dua. Pertama, birokrasi. Kedua ialah peruntukan yang diumum

draft • 11:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

tetapi tidak dilaksanakan. Di Sabah, ada permohonan atau aduan seperti sekolah, hospital, balai polis, bomba sejak merdeka. Ini kisah benar. Isu cari tanah yang sesuai 10 tahun, kita buat pelan pembangunan 10 tahun, peruntukan 10 tahun lagi. Syukurlah kalau 30 tahun ikut track record pembangunan di Sabah.

Namun, selepas 30 tahun, ia tidak mampu untuk menampung keperluan rakyat Sabah ketika itu. Asal kita menerima aduan, permohonan atau cadangan dalam masa 14 hari, kita kena balas dan bagi jawapan. Kalau kita tidak mampu, kita kena buat kajian, ubah suai dan tambah baik sistem pentadbiran kita, bukan mengorbankan keselamatan, pendidikan, kesihatan yang melibatkan nyawa, disebabkan birokrasi ini yang melambatkan pembangunan jalan raya, hospital, bomba dan banyak lagi.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, izinkan saya sampaikan sajak yang bertajuk, *“Ini Kalilah, Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?”.

"Ini kalilah, kalau bukan sekarang, bila lagi?

Akui MA63, kita bincang, bayar nanti, Kembalikan hak, hasil hak 40 peratus kepada Sabah, Kalau bukan Anwar dan Hajiji selesaikan, siapa lagi?

Ini kalilah, kalau bukan sekarang, bila lagi?

KKR wajib bertindak cepat dan pantas, Data blackspot kemalangan jalan raya wajib digunakan, Banyak nyawa yang terkorban boleh diselamatkan.

Lampu Jalan Persekutuan di Sabah, tujuh tahun tidak dipedulikan, Lampu jalan rosak berkarat, jalan jadi gelap gelita, Yang terkorban lagi disalah, cuai dan lalai.

Kepada mereka yang bertanggungjawab, Turun dana dan pemantauan yang baik segera, Supaya ada jaminan keselamatan nyawa dan harta benda.

Ini kalilah, kalau bukan sekarang, bila lagi?

Air dan elektrik di Sabah lama di bawah pengurusan Persekutuan, Jangan tergesa-gesa lepas tangan sekarang, Masih banyak masalah dan peruntukan perlu diselesaikan, Jangan tutup telinga dan mata atas masalah air dan elektrik di Sabah.

Ini kalilah, kalau bukan sekarang, bila lagi?

Doktor pakar, hospital, klinik, peralatan tidak cukup, Mohon solusi selamatkan hospital Sabah.

Wajib peningkatan mahasiswa perubatan dari Sabah Sarawak, Outsource perkhidmatan hospital dan klinik, Maka, inilah sinar harapan menyelamatkan kesihatan Sabahan.

Ini kalilah, kalau bukan sekarang, bila lagi?

Jaminan masa depan kepada pelajar, Kemudahan sekolah wajib disediakan, Pembelajaran mesti ada jaminan pekerjaan.

Ini kalilah, kalau bukan sekarang, bila lagi?

Birokrasi kerajaan wajib dihapuskan, Jangan korbankan kesejahteraan rakyat kerana kelewatan, Masalah sekolah, hospital, jalan raya, air, elektrik, Berpuluh tahun tiada tindakan, Rakyat Sabah yang merasai keperitan dan kesusahan.*

draft • 11:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Ini kalilah, RMK13 wajib selesai masalah Sabah, Kalau bukan sekarang, bila lagi?” Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini kalilah, masa sudah cukup.

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kemaman.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua. Di dalam ruang perbahasan yang terhad ini, saya yakin semua Ahli Parlimen sudah membangkitkan pelbagai perkara berkait dengan RMK13. Maksudnya adalah jelas, iaitu kita mahu Malaysia yang lebih baik di masa depan. Mana yang baik kita sokong, mana yang dirasakan ada kelemahan, maka pihak kerajaan sewajarnya mesti bersikap terbuka dengan segala pandangan ataupun kritikan.

Secara umumnya, saya merasakan bahawa RMK13 sepatutnya dirangka dengan struktur yang lebih baik, berbanding dengan RMK sebelumnya, dengan pendekatan yang lebih baharu. Sama ada ia menyempurnakan program atau inisiatif RMK12 yang masih belum selesai, mahupun menambah baik segala kekurangan semua rancangan Malaysia sebelum ini. Suatu dokumen seperti RMK13 perlu dilihat berbeza dari belanjawan tahunan. Tidak pasti apakah faktornya, namun RMK13 yang peruntukannya yang lebih besar berbanding dengan RMK12, sepatutnya mempunyai sasaran dan indikator numerical yang jelas untuk dicapai dan dimaklumkan kepada ahli Dewan untuk dibuat analisanya.

Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 seharusnya juga dijadikan peluang untuk memberi nilai tambah kuasa negeri atau melakukan reformasi pengurangan kuasa Persekutuan atau decentralisation, dengan izin, dalam aspek dan kadar tertentu supaya negeri dapat bergerak dengan lebih pantas tanpa dipengaruhi sentimen politik kepartian. Ini adalah untuk memastikan jika negeri dan pusat berbeza pandangan politik, ianya tidak memberi kesan kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ya, saya faham. Kita ada kerangka pembagian kuasa negeri dan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, kita semua maklum bahawa keadaan semasa Perlembagaan digubal adalah hampir 70 tahun yang lalu. Tentunya berbeza dengan keperluan semasa waktu ini. Contoh realiti yang sering saya berikan adalah berkaitan dengan pelaburan ke negeri-negeri.

Walaupun diumumkan projek pelaburan yang berbilion-bilion jumlahnya, namun pendapatan dan hasil kepada negeri adalah kecil sahaja. Kerajaan negeri hanyalah mempunyai kuasa kutipan cukai yang jumlahnya tersangat kecil berbanding dengan hasil kutipan cukai pendapatan syarikat dan individu yang diperolehi oleh Kerajaan Pusat.

draft • 11:56 AM

Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Maka, Malaysia perlu mempertimbangkan kesesuaian untuk beralih kepada model cooperative federalism, dengan izin, dan juga fiscal federalism, dengan izin, di mana penyelesaian masalah rakyat menjadi keutamaan mengatasi sempadan kerangka Perlembagaan yang direka bentuk untuk menyediakan kemerdekaan negara pada tahun 1957. Ini memerlukan pendekatan baru dalam menyelaras dasar pelaksanaan projek dan pengagihan sumber termasuklah pembahagian kuasa percukaian yang lebih meluas supaya negeri memperolehi hasil yang lebih baik, berbanding dengan kerangka yang ada pada ketika ini.

Di bawah semangat cooperative dan fiscal federalism, dengan izin, saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperkenalkan geran khusus Persekutuan dan negeri di bawah akta baharu, yang boleh digubal menggunakan kuasa di bawah perkara 76, Perlembagaan Persekutuan. Ini membolehkan peruntukan diberikan secara terus pada negeri bagi melaksanakan projek nasional atau keutamaan negeri tanpa ketirisan birokrasi dan kelewatan agensi pusat.

Justeru, saya juga ingin mencadangkan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi pembangunan negara yang antara lainnya:

draft • 11:56 AM

Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

(i) menilai keberkesanan pelaksanaan rancangan Malaysia sebelum ini;

(ii) mengaudit sistem pemberian semasa dalam bentuk geran am, geran khas, perkongsian hasil dan sebagainya;

(iii) mencadangkan pendekatan baharu seperti Equalization Payment dan Fiscal Stabilization Program, dengan izin yang terbukti berkesan di negara-negara persekutuan seperti Jerman, Kanada dan Australia; dan

(iv) paling penting memastikan penyertaan semua negeri melalui wakil rasmi dalam suruhanjaya ini agar semangat federalisme yang tulen dapat ditegakkan.

Rakyat sebenarnya tidak peduli siapa yang bertanggungjawab, sama ada Persekutuan atau negeri. Apa yang penting, masalah mereka diselesaikan.

Dato’ Yang di-Pertua, setelah meneliti dokumen utama RMK13 dan membelek semula Kajian Separuh Penggal RMK12 dan dokumen asal RMK12, saya berpandangan bahawa terdapat pengurangan ketara angka kedua-dua Rancangan Malaysia ini.

Untuk Terengganu, cara khususnya, RMK12 telah meletakkan asas yang kukuh bagi penyediaan peruntukan pembangunan yang lebih besar, sekali gus mensasarkan lonjakan pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu. Namun, RMK13 hanya melibatkan Terengganu dalam enam strategi sahaja daripada keseluruhan 122 strategi.

Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan juga hanya menyasarkan purata kadar pertumbuhan tahunan KDNK Terengganu, 4.8 peratus iaitu lebih rendah daripada

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

sasaran dalam Kajian Separuh Penggal RMK12 iaitu 6.0 peratus dan RMK12, 6.6 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2025. Sedangkan kerajaan negeri sendiri menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan sehingga 6.6 peratus menjelang tahun 2030 atau secara puratanya 5.4 peratus bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Apa yang kita mahu ialah kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk membawa masuk program atau projek infra yang berimpak tinggi dan pemacu utama atau key enabler, dengan izin ke Terengganu bagi melonjakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri ini dan ke wilayah Pantai Timur. Inilah juga yang kita harapkan iaitu pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 atau LPT3. Sedangkan menerusi RMK12 sebelum ini, kerja awalan siasatan dan kerja ukur tanah serta penilaian impak trafik telah pun dimulakan dan telah pun disiapkan pada akhir tahun 2022.

Selain itu, pada Februari 2025 yang lepas, Kerajaan Persekutuan memaklumkan sedang meneliti aspek jajaran dan pendekatan pembangunan yang akan dilaksanakan bagi projek ini. Selain daripada LPT3, saya juga mengharapkan pengumuman daripada Yang Amat Berhormat Tambun mengenai rancangan pelaksanaan Economic Accelerator Projects atau EAP di sepanjang jajaran ECRL di semua negeri laluan ECRL, di mana di Terengganu ada sejumlah enam Pembangunan Berorientasikan Transit atau TOD, empat taman perindustrian dan satu hab logistik.

Dato’ Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang menghairankan saya adalah mengenai sasaran dan perancangan dalam RMK13 bagi sektor pertanian Terengganu. Ketika Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan pembangunan hab ekonomi biru dan perwujudan hab pengeluaran makanan negara melibatkan Terengganu, purata kadar pertumbuhan tahunan bagi KDNK sektor pertanian Terengganu disasarkan hanya pada 1.1 peratus.

Sedangkan perikanan dan akuakultur adalah merupakan salah satu industri strategik bagi ekonomi biru.

Subsektor tanaman dan penternakan Terengganu juga telah menunjukkan pertumbuhan yang semakin signifikan kebelakangan ini. Dalam hal ini, kerajaan negeri menyasarkan sektor pertanian Terengganu untuk tumbuh mencecah antara 10.6 hingga 12 peratus menjelang tahun 2030 atau secara puratanya lapan peratus bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Merumuskan ke semua isu-isu ini, saya memohon Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan dan memperjelaskan tuntutan-tuntutan berikut:

(i) membayar kepada kerajaan negeri hasil daripada petroleum seperti sebelum Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri iaitu sebanyak dua kali setahun dan sejumlah seperti yang dianggarkan sekali gus membatalkan kesemua kawalan tidak perlu yang dikenakan pada ketika ini bagi membelanjakan peruntukan ini;

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

(ii) menambah jumlah peruntukan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu bagi menyelenggara dan menaik taraf kawasan perindustrian sekali gus menggalakkan pelaburan dalam industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang tinggi;

(iii) meningkatkan nilai bantuan fiskal dan bukan fiskal bagi menjamin ketersediaan atau readiness, dengan izin perkhidmatan dan produk pelancongan di Terengganu dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 sekali gus membantu MOTAC mencapai sasarannya;

(iv) menaik taraf dan menyelenggara institut-institut latihan yang beroperasi di Terengganu bagi mengarusperdanakan Program TVET sekali gus menyokong keperluan bakat dan industri dan merealisasikan visi dasar TVET Negara 2030; dan

(v) menyokong pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran serta pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran hasil pertanian dan bekalan makanan di Terengganu sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menjadikan sektor pertanian sebagai identiti teras Malaysia yang perlu diberikan pertumpuan penuh dan diangkat sebagai agenda nasional selain menjadikan megatrend lain terkini di peringkat global seperti Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence, dengan izin dan kemajuan teknologi sebagai fokus pembangunan jangka panjang. Lihatlah agenda nasional yang pernah kita beri tumpuan suatu ketika dahulu. Ke mana kesan dan hasilnya pada masa ini? Adakah ia menjadi pemacu ekonomi negara kita atau ia sekadar trend semasa yang dijadikan tumpuan sehingga kita terlepas fokus yang sepatutnya?

Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan industri unsur nadi bumi (REE) kini dirancang untuk diperluas kepada lima aspek. Ia adalah suatu yang baik memandangkan industri ini bakal menghasilkan pulangan besar kepada negeri dan negara. Bagi merancakkan lagi pembangunan industri REE di negara kita, saya mencadangkan agar diwujudkan Pusat Kecemerlangan Nasional REE yang memberikan fokus terhadap pembangunan pemprosesan berteknologi tinggi, metodologi unsur nadi bumi dan pemulihan tanpa sisa atau dengan kata lain dengan izin, Advanced Material Processing and REE Metallurgy and Zero Waste Recovery. Walaupun saya menyokong penuh pembangunan industri REE ini, namun sepanjang penelitian saya terhadap perinciannya dalam RMK13, penekanan terhadap hak negeri kurang diberikan perhatian. Sedangkan REE ini adalah di bawah bidang kuasa negeri yang tertakluk dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Apa yang paling membimbangkan kami di negeri, seingat rekod yang negeri ada, pihak negeri tidak pernah dilibat urus mengenai tuntutan perolehan pihak Amerika Syarikat terhadap NREE di Malaysia seperti

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

yang dilaporkan oleh media asing sebagai salah satu syarat perundingan tarif dengan Kerajaan Amerika Syarikat.

Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 secara aktifnya dilihat bukan sahaja menekankan pembangunan aspek penyelidikan dan pembangunan, bahkan turut meletakkan secara selari aspek pengkomersialan dan inovasi menjadikan kita R&D&C&I. Dalam hal ini, kita juga tidak wajar reinvent the wheel, dengan izin tetapi lebih sesuai memilih teknologi strategik yang ingin dibangunkan sebagai keperluan niche negara dan diangkat sebagai agenda nasional.

Dalam hal ini, suka saya mencadangkan lima proses keutamaan yang agak ringkas agar pertambahan peruntukan bagi aspek R&D&C&I dapat menghasilkan impak maksimum kepada rakyat dan negara;

(i) menetapkan sasaran kenaikan pembelajaran R&D secara berperingkat dan mewujudkan mekanisme pemantauan yang efektif;

(ii) membangunkan modal insan berkualiti tinggi melalui pelaksanaan program kajian lanjutan PhD atau post-doctorate bertemakan R&D yang berimpak tinggi dengan sokongan biasiswa yang kompetitif dan peluang pekerjaan di dalam industri;

(iii) memperkukuh ekosistem kolaborasi sektor awam, swasta dan akademik melalui galakan program mobiliti antara universiti, institusi penyelidikan dan industri;

(iv) mengarahkan pendekatan yang berfokus kepada sektor yang menjadi kelebihan kepada negara dan keperluan setempat seperti industri pertanian pintar, tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy, dengan izin dan bioteknologi halal; dan

(v) memantau dan menilai secara berterusan dasar yang berpandukan R&D dan aliran peruntukan secara data driven, dengan izin untuk menghasilkan impak yang maksimum.

Mengakhiri ucapan saya, semoga segala cadangan dan komentar yang diberikan dalam ruang yang terhad ini dapat dijadikan sebagai teladan dan penambahbaikan dalam RMK13 demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat Bangi.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Dato’ Yang di- Pertua, saya mulakan dengan pengangkutan awam.

draft • 12:09 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Di Lembah Klang, kita bertuah kerana jaringan pengangkutan awam kita agak lengkap dan Kementerian Pengangkutan telah memberi penekanan kepada pembudayaan pengangkutan awam sebagai salah satu fokus kementerian.

draft • 12:09 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Usaha ini telah pun menampakkan hasil. Setakat Mei 2025, pengguna rel adalah sekitar 146 juta naik hampir 11 peratus manakala pengguna bas 34.5 juta iaitu kenaikan 10.5 peratus setakat Mei 2025. Ini dicerminkan juga dalam penggunaan pas My50 yang mana tahun ini sahaja 250,000 pengguna telah menempah kad My50 ini berbanding tahun lepas 218,000 pengguna iaitu kenaikan sebanyak 15 peratus.

Tetapi penggunaan pengangkutan awam kita Dato’ Yang di-Pertua masih rendah sekitar 20 peratus populasi sahaja. Ini di bawah sasaran yang telah ditetapkan dalam Dasar Pengangkutan Kebangsaan 2019-2030 yang menyasarkan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kadar penggunaan pengangkutan awam ini rendah Dato’ Yang di-Pertua.

Antaranya sudah tentu yang sering kita dengar iaitu kesalinghubungan batuan pertama dan terakhir ataupun dengan izin, first and last mile connectivity. Ramai pengguna pengangkutan awam akan bawa kenderaan mereka ke stesen-stesen rel seperti MRT dan sebagainya, letak kenderaan di situ dan kemudian naik pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Ini mungkin mengurangkan kereta-kereta di tempat-tempat dengan izin, central business district ataupun tempat komersial. Tetapi ia membawa masalah pula kepada stesen rel di kawasan penduduk seperti di Kajang, tempat parkir ‘park and ride’ selalu akan penuh dan sehingga ada yang meletak kereta di bahu jalan dan menyebabkan kesukaran bagi pengguna lain.

Untuk membantu mengurangkan isu ini, penggunaan Demand Responsive Transit

(DRT) Dato’ Yang di-Pertua, telah diperluaskan kepada beberapa zon dalam Lembah Klang.

Setakat ini untuk tahun 2025, DRT Rapid On-Demand mencatat 4.1 juta pengguna dengan 10,000 pengguna harian. Dalam RMK13 telah dinyatakan bahawa DRT ini akan diperluaskan lagi ke zon-zon lain dan juga ke bandar-bandar lain termasuk di tempat-tempat seperti di Pulau Pinang. Untuk tujuan ini, operator DRT seperti Prasarana perlu menyediakan lebih banyak van bagi meliputi lebih banyak laluan, Dato’ Yang di-Pertua.

Kita juga harus sedar bahawa penggunaan yang amat menggalakkan sekarang, yang agak tinggi sekarang juga adalah disebabkan harga tambang yang murah yang ditawarkan oleh operator DRT ini. Contohnya untuk Rapid, RM1 bagi satu penggunaan.

Sekiranya di masa hadapan tambang ini dinaikkan, perlu ada insentif lain seperti meluaskan My50 kepada DRT untuk memastikan bahawa ia nya masih menjadi pilihan pengguna. Saya juga ingin mencadangkan bahawa insentif pelepasan cukai diberikan kepada pengguna pengangkutan awam bagi menggalakkan golongan M40 dan juga T20 untuk menggunakan pengangkutan awam.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Selain daripada DRT Dato’ Yang di-Pertua, bas tambahan juga diperlukan untuk memperkukuhkan lagi jaringan bas di Lembah Klang. Batch terakhir bas diesel Rapid KL sudah mula diterima sejak bulan lepas sebanyak 310 unit Dato’ Yang di-Pertua. Pihak Prasarana juga akan memperkenalkan bas yang lebih kecil berukuran 8.9 meter untuk memperluaskan jaringan pengangkutan awam ke kawasan-kawasan yang padat dan kawasan-kawasan yang sukar dicapai dengan bas yang besar. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian, berapa buah bas 8.9 meter ini yang akan diperkenalkan nanti?

Dalam lima tahun yang akan datang Dato’ Yang di-Pertua, perlu ada sasaran yang jelas tentang berapa jumlah bas yang akan dibeli setiap tahun. Setiap belanjawan harus memperuntukkan pembelian bas tidak kira sama ada bas itu bas diesel ataupun bas elektrik yang akan digunakan di masa hadapan. Isu yang sering dibangkitkan oleh pengguna bas adalah kekerapan bas dan juga kelewatan. Sekiranya terdapat lebih banyak bas yang beroperasi, insya-Allah isu ini dapat dikurangkan di masa hadapan.

Dato’ Yang di-Pertua, first and last mile connectivity ini bukan setakat menyediakan DRT dan juga bas. Kerajaan tempatan juga harus menyediakan prasarana bagi membolehkan penggunaan kemudahan mikromobiliti Dato’ Yang di-Pertua dan memudahkan pejalan kaki dalam radius stesen pengangkutan awam. Sebelum ini telah diumumkan bahawa sejumlah wang akan disalurkan kepada beberapa pihak berkuasa tempatan atau PBT untuk menaik taraf kawasan pejalan kaki.

Di Bangi contohnya, kami menyaksikan banyak perhentian bas yang baru dibina mendapat peruntukan daripada pihak KPKT kepada majlis tempatan. Peruntukan seperti ini wajar terus disalurkan kepada PBT untuk tujuan ini. Pada masa yang sama untuk pengangkutan rel, kita telah melihat bagaimana ETS mendapat sambutan begitu hebat daripada pengguna Dato’ Yang di-Pertua.

Ramai juga yang menunggu ETS3 yang akan dilanjutkan ke Johor Bahru. Fasa pertama ETS3 dari Gemas–Segamat telah beroperasi. Fasa kedua sampai Kluang akan beroperasi nanti dan fasa terakhir ke JB Sentral dilaporkan akan siap menjelang akhir tahun ini. Rangkaian kereta api elektrik dari utara hingga ke selatan akan mengurangkan penggunaan jalan raya dan juga pada masa yang sama menggalakkan pengangkutan kargo menggunakan kereta api.

Ini selari dengan dasar dengan izin, Road to Rail iaitu memindahkan penumpang dan kargo dari jalanan ke rel. Dasar Road to Rail ini bukan saja berpotensi untuk mengurangkan penggunaan jalan raya tetapi ia juga dapat mengurangkan kenderaan berat membawa muatan di atas jalan raya bagi meningkatkan keselamatan. Projek-projek yang kita dapat lihat seperti ETS3, Klang Valley Double Tracking (KDVT) Fasa 2, ECRL, RTS di Johor Bahru dan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang, semuanya adalah selari dengan Dasar Road to Rail ini.

Tetapi untuk memenuhi permintaan dan menggalakkan dasar ini Dato’ Yang di- Pertua, kerajaan juga perlu memastikan bahawa tren mencukupi dan terutama sekali tren- tren yang dioperasikan oleh KTMB. Namun demikian, pembelian tren-tren baru akan

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

memakan belanja yang besar dan disebabkan oleh kekangan kewangan, jumlah yang dibeli untuk setiap kali perolehan adalah terhad. Sebab itu kerajaan perlu kreatif dalam mencari jalan supaya dapat menambahkan tren termasuklah ETS dan juga komuter.

Tahun lepas telah diumumkan mengenai persetujuan dasar untuk memasuki satu perjanjian pajakan dengan – untuk perolehan aset tren dari Kerajaan China. Dengan kaedah ini dikatakan dianggarkan akan ada pertambahan 62 set tren penumpang baru yang akan ditampung secara ansuran. Saya menyokong cadangan ini tetapi kita juga harus memastikan bahawa terdapatnya pemindahan teknologi dan kemahiran kepada pemain-pemain tempatan. Saya ingin mendapat maklumat terkini mengenai cadangan ini daripada pihak kementerian, apakah statusnya?

Dalam RMK13 juga, kerajaan akan melaksanakan pembangunan apa yang kita panggil Transit Oriented Development atau TOD dengan pihak swasta. Saya ingin mencadangkan bahawa untuk pembangunan TOD ini, PBT tidak mengenakan syarat supaya pemaju menyediakan dua lot parkir Dato’ Yang di-Pertua. Ini untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan pada masa yang sama mengurangkan kos pembinaan rumah atau hartanah itu sendiri dan sekali gus akan mengurangkan harga rumah itu sendiri.

Akhir sekali berkenaan dengan pengangkutan awam, saya ingin membangkitkan tentang keperluan menghubungkan Bangi dan Putrajaya. Saya sudah beberapa kali membangkitkan isu ini dan saya juga pernah bertanyakan tentang status mengenai Lebuhraya Putrajaya–Bangi atau PBE yang sebelum ini dicadangkan.

Saya telah dimaklumkan daripada jawapan yang diberikan bahawa Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menangguhkan projek PBE ini untuk melihat secara keseluruhan Pelan Pengangkutan Awam Lembah Klang dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Jadi saya ingin tahu apakah status terkini bagi PBE ini.

Pada masa yang sama, tahun lepas juga saya ada bangkitkan mengenai sama ada terdapat perancangan untuk menghubungkan MRT Kajang dan MRT Putrajaya Sentral menggunakan rel. Saya dimaklumkan bahawa terdapat kajian pengangkutan awam di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang dan salah satu jajaran yang dipertimbangkan adalah menghubungkan MRT Kajang dengan MRT Putrajaya Sentral melalui Bangi.

Saya ingin tahu adakah terdapat kajian kebolehlaksanaan terperinci atau detail feasibility study yang telah dilaksanakan dan apakah sekiranya ada kajian ini, apakah keputusannya? Perkara ini penting kerana sekiranya PBE ini masih ditangguhkan, perlu ada alternatif untuk menghubungkan Bangi dan Putrajaya Dato’ Yang di-Pertua.

Seterusnya saya terus pergi ke isu yang kedua iaitu pengurusan sampah. Mengikut statistik yang diberikan oleh pihak Kementerian KPKT, anggaran penjanaan sisa pepejal oleh penduduk Malaysia adalah sebanyak 39,000 tan setiap hari atau 1.17 kg bagi setiap individu.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini bermaksud, sekiranya penjanaan sampah dapat dikurangkan daripada punca, kita akan mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan kepada pembangunan yang betul, memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Keadaan ini menjadi lebih parah Dato' Yang di-Pertua, apabila ia mewujudkan juga isu tapak pelupusan sampah haram. Ini akan juga menyebabkan masalah pencemaran tanah dan menjadi punca pembakaran terbuka yang sering terjadi dan dilaporkan di media, termasuk dalam kawasan Parlimen Bangi. Pihak PBT terpaksa menanggung kos tambahan bagi kerja-kerja pembersihan, penguatkuasaan dan juga pemulihan kawasan yang terjejas akibat aktiviti pelupusan haram ini.

Justeru itu Dato' Yang di-Pertua, hala tuju kerajaan untuk memperluaskan loji waste to energy bagi menyokong pelaksanaan dasar larangan pembukaan tapak pelupusan baru adalah tepat pada masanya. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan malah membolehkan sisa ini dijadikan sumber tenaga yang mampan di bawah konsep ekonomi hijau.

Dengan inisiatif ini, kita dapat melihat sisa pepejal bukan lagi menjadi bebanan, tetapi sebagai sumber tenaga alternatif untuk generasi akan datang, tetapi pada masa yang sama Dato' Yang di-Pertua, kita juga wajar mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang telah dizahirkan oleh NGO-NGO tentang loji WTE ini. Kerajaan perlu memastikan bahawa loji WTE ini tidak akan membawa kesan negatif kepada persekitaran dan juga masyarakat setempat.

Sebagai contoh, kita boleh tengok di tempat lain di Denmark contohnya. Ada satu loji WTE yang memproses 440 tan sampah setahun dan menjana tenaga elektrik bagi 60,000 rumah. Ini semua kita boleh lihat supaya kita dapat memastikan bahawa sekiranya kita teruskan dengan loji-loji ini, ia dapat memastikan bahawa ia benar-benar berfungsi.

Akhir sekali, kalau kita bayangkan sekiranya sampah dan sisa pepejal ini yang kita buang setiap hari, yang menjadi isu dan menelan perbelanjaan PBT setiap tahun yang besar perbelanjaan yang besar, kalau kita dapat manfaatkan semua ini menjadi tenaga kita akan dapat mengurangkan tapak sampah (landfill) di seluruh negara. Kita juga akan melengkapkan circular economy dan juga pada masa yang sama, kita akan menyediakan mekanisme menguruskan sisa pepejal yang lebih mampan dan menjadi sumber tenaga bersih untuk negara.

Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, sekarang ini zaman edan. Itulah yang kita boleh simpulkan mengenai keadaan dunia pada masa ini. Kita sedang berhadapan dengan perang tarif, perang ketenteraan, kebangkitan politik kanan yang dilihat sebagai jawapan kepada susunan politik lama yang mengalami defisit keyakinan.

Di samping itu di persada dunia juga satu order baru didambakan bagi menggantikan order lama yang semakin lama semakin tidak berupaya untuk menyelesaikan konflik antarabangsa yang tercetus hari demi hari.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dalam dunia yang kian cacamerba, yang kian celaru negara perlu satu peta yang jelas bagi mencarta hala tuju negara. Kita juga perlukan seorang nakhoda yang boleh mengemudi bahtera negara ini melayari lautan dan ombak badai di luar sana.

Jadi, Dato' Yang di-Pertua, saya melihat RMK13 in bakal menjadi pelan hala tuju negara kita untuk kekal maju dalam dunia yang celaru dan cacamarba dan RMK13 inilah peta kita untuk menempuhi zaman edan ini insya-Allah. Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ketereh.

draft • 12:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RMK13.

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pelbagai inisiatif dalam RMK13 yang memberi perhatian kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat FELDA, masyarakat Orang Asli, anak negeri Sabah, bumiputera Sarawak, masyarakat India dan masyarakat Cina, tetapi di sebalik senarai panjang ini, ada satu kumpulan sasar yang seolah-olah terpinggir daripada perhatian kerajaan. Mereka adalah pejuang negara kita iaitu veteran angkatan tentera.

Mengikut portal Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang berakhir pada 30 Julai 2025, jumlah veteran ATM di seluruh negara adalah berjumlah 221,312 orang, di mana yang berpencen seramai 148,884 orang dan yang tidak berpencen 70,428 orang pula.

Daripada 148,000 yang berpencen itu seramai 86,951 orang veteran menerima pencen sebelum 1 Januari 2013 manakala selebihnya 61,933 orang veteran bersara selepas 1 Januari 2013.

Apa yang membezakan Dato' Yang di-Pertua dua kumpulan ini adalah jurang pencen mereka amat besar. Perbezaan ini berlaku kerana kegagalan Majlis Angkatan Tentera pada tahun 2013 untuk menyelaraskan pencen mereka mengikut Perkara 5 Peraturan Angkatan Tetap Pencen Ganjaran dan Faedah-faedah Lain Angkatan Tetap 1982. Sepatutnya setiap kali berlaku pelarasan gaji ATM, maka Majlis Angkatan Tentera hendaklah membuat pelarasan pencen sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Jumlah veteran yang bersara dan berpencen dari ATM adalah lebih kurang 5,000 lebih orang setahun dan yang tidak berpencen 500 orang setahun. Jumlah veteran yang bersara setiap tahun memerlukan perhatian dari kerajaan melalui RMK ini. Kalau setakat program yang dibuat oleh PERHEBAT selama enam bulan ke 12 bulan di akhir perkhidmatan mereka, ia tidak memberi apa-apa makna kepada mereka. Hanya dengan program dan bantuan berterusan dari kerajaan sahaja boleh menjamin masa depan mereka dan keluarga.

draft • 12:24 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Veteran ATM tidak sama dengan pesara-pesara awam yang lain kerana penugasan mereka jauh berbeza. ATM ditugaskan siang dan malam, 24 jam sehari untuk menjaga kedaulatan negara dan dari diceroboh oleh musuh luar, sementara penjawat awam yang lain ditugaskan untuk mentadbir dan membangunkan negara.

ATM 24 jam bekerja, bukan lapan jam. Anggota ATM dilatih untuk berperang dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi musuh dan mereka tidak didedahkan dengan ilmu- ilmu lain. Adalah menjadi kesalahan bagi anggota tentera membuat kerja-kerja sampingan semasa dalam perkhidmatan dan mereka boleh diambil tindakan tatatertib.

Pencen anggota ATM pula tertakluk di bawah seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972 sedangkan perkhidmatan awam yang lain mempunyai Akta Pencen 1980 dan Akta Pelarasan Pencen 1980.

Mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera dan Lain-lain bagi lain-lain pangkat, mereka dikehendaki bertugas selama 21 tahun dan bersara di sekitar umur 40 tahun dan diberi pencen sebanyak 50 peratus sahaja. Justeru itu apabila mereka bersara, maka amat sukar untuk mereka meneruskan hidup kerana tidak bekerja dan pencen yang rendah serta tiada pengalaman lain melainkan ilmu peperangan sahaja.

Oleh itu kalau kita bandingan mereka dengan pesara awam yang lain dari segi cara mereka bekerja, bergaul, berbahas, bercakap, berjalan dan bersahabat, masih terikut-ikut dengan didikan ketenteraan.

Semasa bersara, kebanyakan veteran ini mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sekiranya kerajaan tidak membantu mereka, sudah tentu mereka akan menghadapi masalah yang besar untuk meneruskan kehilangan.

Di sini saya cadangkan kepada Menteri Pelajaran agar mengambil veteran ATM ini untuk dijadikan warden di asrama bagi mengelakkan kejadian buli yang banyak berlaku di asrama sekolah sekarang.

Bagi veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 pula, kebanyakan mereka berkhidmat pada zaman darurat, di mana purata usia mereka hari ini adalah 60 tahun ke atas.

Masalah pencen yang rendah ini dan terpaksa menanggung pelbagai hutang membuatkan mereka tertekan. Terdapat kes di mana veteran membuat pinjaman perumahan dari LPPSA untuk membeli rumah tetapi ditipu oleh pemaju perumahan. Pihak LPPSA meneruskan potongan pencen mereka walaupun rumah tak siap dan pemaju sudah lari.

draft • 12:24 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ketereh.

draft • 12:24 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya pernah — jangan ganggu. Jangan ganggu lagi. Saya pernah — kawan pun tak apa. Jangan ganggu lagi. Saya pernah membawa usul ini dalam Dewan Rakyat dan memohon Timbalan Menteri Kewangan pada masa tersebut Yang Berhormat Pontian, tetapi surat yang ditandatangani oleh beliau tidak dilayan oleh pengarah LPPSA.

draft • 12:24 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Persoalannya, kenapa LPPSA membuat bayaran sekali gus ke atas pinjaman tersebut? Sepatutnya pembayaran dibuat secara progress payment. Jadi, rumah tak siap, pencen dipotong. Mohon Menteri Kewangan siasat dia ini dan mengarahkan LPPSA berhenti membuat potongan bulanan kerana veteran — kepada veteran yang terlibat. Kesian dekat dia orang ini. Kena sewa rumah lagi, kena potong lagi. Apa ini?

Pada tahun 2013, kerajaan telah menaikkan gaji kakitangan awam termasuk anggota ATM, tetapi Majlis Angkatan Tentera tidak menyelaraskan pencen pesara ATM sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 72. Seksyen ini memberi kuasa khas kepada MAT oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membuat peraturan pencen melalui perintah Majlis Angkatan Tentera dan diberi kuasa ke belakang kepada sesuatu tarikh sama ada sebelum atau selepas kuat kuasa Akta 72.

Lebih malang lagi apabila Majlis Angkatan Tentera menerima cadangan SPA, menaikkan pencen dua percent setahun tetapi pencen mereka tidak diselaraskan terlebih dahulu menyebabkan jurang pencen antara mereka menjadi lebih besar.

Bagi veteran yang berpencen selepas 1 Januari 2013, ia amat beruntung kerana kenaikan pencen dua percent setahun pada tahun 2013. Bermula 2013 ke atas, pencen mereka selepas kenaikan gaji baharu. Pada tahun 2024, sekali lagi kerajaan memperkenalkan SSPA dan MAT bersetuju menerima SSPA sedangkan pelarasan pencen masih juga belum dilaksanakan dan sekali lagi jurang pencen menjadi lebih besar.

Dato’ Yang di-Pertua, sehingga kini telah banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013, termasuk membawa kes ini mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah agar kerajaan berlaku adil kepada mereka. Ini bukan perkara biasa, malah memalukan negara yang menjunjung tinggi pengorbanan wira-wira mereka dan ianya tidak pernah berlaku di negara-negara dunia ini.

Lebih menyedihkan lagi apabila MINDEF membawa keputusan ke Mahkamah Tinggi yang berpihak kepada veteran ke Mahkamah Rayuan. Dan, saya dengar MINDEF bawa satu afidavit yang menyatakan veteran nak naikkan pencen.

MINDEF, dengar! Bukan naikkan pencen! Selaraskan pencen! Kenapa begitu memalukan ini?

Sekarang, veteran pula membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Bila nak habis? Macam Menteri jawab tadilah, kes mahkamah, kes mahkamah. Bila nak habis? Pemerintah tertinggi ATM, pada hemat saya, keputusan mahkamah tidak

draft • 12:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

perlu dalam menyelesaikan isu ini kerana SPA tiada kuasa undang-undang ke atas Majlis Angkatan Tentera. Dan, semua keputusan Majlis Angkatan Tentera adalah kelulusan Yang di-Pertuan Agong sebagai penyelaras tertinggi ATM.

Kuasa yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong pada Majlis Angkatan Tentera sudah tentu tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Melihat kepada keahlian Majlis Angkatan Tentera jelas tiada wakil daripada JPA di mana Menteri Pertahanan sebagai pengerusi, ahli-ahlinya adalah wakil daripada Duli Yang Maha Mulia yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Panglima Angkatan Tentera, KSU Pertahan bertindak sebagai Setiausaha Majlis Angkatan Tentera. Dua pegawai turus yang dilantik oleh Agong dan seorang pegawai kanan laut dan udara. Sebarang keputusan yang dibuat oleh SPA ke atas kakitangan kerajaan, yang turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia mestilah mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Bagi menjelaskan isu ini mengikut undang-undang, marilah kita melihat Perkara 41, Perkara 132, Perkara 137, Perkara 139, Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 72. Banyak masalah yang dihadapi oleh veteran ATM termasuklah isu pelarasan pencen, isu perumahan, Bantuan Sara Hidup, kenaikan pencen lewat bayar, elaun PJN dan lain-lain telah saya bawa ke Dewan yang mulia ini.

Sejak saya dipilih menjadi Ahli Parlimen pada 19 November 2022, hanya bekas tentera sahaja yang tahu masalah mereka. Dan hari ini, saya mewakili semua veteran-veteran ATM ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bekas Menteri Pertahanan Yang Berhormat Rembau dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan dua daripada isu-isu yang saya bangkitkan sebelum ini.

Yang pertama, saya nak maklumkan di sini, apa yang kerajaan dah luluskan.

Sebab yang baik kita kena terima kasih, ini dia. Yang pertama, memberi Bantuan Sara Hidup sebanyak RM300 sebulan kepada veteran yang telah berpencen yang berumur 60 tahun ke atas bermula September 2023 dan dinaikkan kepada RM500 sebulan kepada 1 Disember 2024, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang keduanya menaikkan kadar faedah Pencen Hilang Upaya ke atas 1,825 orang veteran ATM yang tercedera semasa operasi menentang pengganas komunis sebanyak 150 peratus, Dato’ Yang di-Pertua mulai 1 Januari 2025.

Yang ketiga, memberi ganjaran hilang upaya secara one-off kepada 295 orang yang menerima Pencen Hilang Upaya. Dan yang terakhir sekali, menaikkan kadar elaun layanan sentiasa kepada 16 orang anggota yang hilang upaya 100

draft • 12:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

peratus. Ini kudung kedua-dua kaki, buta mata. Kerajaan bagi daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan. Terima kasih.

Jadi, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kali terakhir kadar pencen kurang upaya ini disemak tahun 2000, 25 tahun yang dulu. 20 tahun yang dulu, yang lepas. Jadi, akhir sekali — saya landing dah ini. Dato’ Yang di-Pertua, bagi masa sikit ya, landing.

Akhir sekali, saya mohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat kembali isu tuntutan 86,951 orang veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Berilah keadilan kepada mereka yang telah dinafikan hak mereka mengikut undang-undang sejak tahun 2013. Dan kini sudah hampir 12 tahun mereka menunggu dan rata-rata umur mereka dah sampai nak penghujung dunia, dah nak mati dah.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri Pertahan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak melupakannya jasa baik veteran ATM yang telah menggadaikan nyawa mereka untuk menjaga kedaulatan negara. Saya mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberi keselamatan negara Malaysia dan memberi rahmat dan perlindungan kepada semua rakyat Malaysia. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Ketereh. Selanjutnya, Majlis mempersilakan Yang Berhormat Setiawangsa.

draft • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua. Setiawangsa ingin turut serta membahaskan pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan menyentuh dua isu penting. Pertama ialah soal sumber asli dan kelestarian alam dan kedua ialah soal pendidikan.

Dari aspek yang pertama, RMK13 telah menekankan tentang kepentingan alam sekitar yang lestari. Kalau kita tengok dari sudut perubahan iklim misalnya, Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah menggariskan dasar-dasar penting untuk membolehkan negara berdepan dengan perubahan iklim yang semakin serius.

Ini termasuklah Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara, cukai karbon dan juga Dasar Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). Ini merupakan satu pendekatan yang menyeluruh untuk kita berdepan dengan masalah perubahan iklim yang menyentuh soal pengurangan pelepasan karbon ataupun mitigasi dan juga soal

draft • 12:37 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

penyesuaian ataupun adaptasi kerana kita telah pun melepasi titik yang mana perubahan iklim ini dapat dielak dengan sepenuhnya.

Begitu juga dengan sasaran untuk kita mempunyai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 35 peratus menjelang 2030, Penstoran Tenaga BESS selaras dengan Dasar NETR dan banyak lagi inisiatif-inisiatif yang telah disebut di dalam dokumen RMK13. Kita bergerak dalam situasi dunia yang mencabar kerana kita ada kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang menafikan wujudnya perubahan iklim.

Mereka telah tarik diri daripada Perjanjian Paris. Namun, Malaysia harus terus memainkan peranan walaupun kita tahu, kita adalah negara kecil, kita mempunyai impak yang minimum kepada planet dan kita bukanlah yang telah pun menjadi kaya raya daripada hasil mahsul alam sebagaimana negara-negara industri yang lain.

Namun, kita kena memainkan peranan dan menunjukkan bahawa Malaysia juga dapat mengambil satu pendekatan yang bertanggungjawab dalam soal perubahan iklim kerana ini adalah satu hakikat ataupun realiti tak dapat dipertikaikan lagi.

draft • 12:37 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Isu yang juga mendapat perhatian meluas pada hari ini adalah soal plastik ataupun pencemaran plastik. Dasar negara kita bergerak di atas dua tonggak iaitu ke arah sifar plastik sekali guna dan juga pengurusan plastik secara lestari, kerana kita tahu kita masih perlu menggunakan plastik. Maka, di mana kita tak dapat elak penggunaan plastik, ia harus digunakan secara lestari.

Tahun ini di dalam Mesyuarat Menteri dan Exco Alam Sekitar seluruh negara ataupun MEXCOE telah pun bersetuju ke arah larangan penggunaan plastik ataupun beg plastik sekali guna di premis tetap dan juga tapak warisan berserta hutan simpan dan taman laut bermula pada 1 Januari 2026. Ini adalah satu persetujuan yang bersejarah tetapi kita harap setiap kerajaan-kerajaan negeri dapat memainkan peranan kerana buat masa ini Kerajaan Persekutuan tidak ada kuasa untuk menguatkuasakan perundangan ini di negeri.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah mengetatkan kemasukan sisa plastik dari luar. Kita pada tahun ini telah menghentikan penerimaan sisa plastik daripada Amerika Syarikat memandangkan negara tersebut bukan penandatangan Konvensyen Basel yang menguruskan perdagangan sisa antara negara dan ini telah mendapat satu perhatian meluas, menunjukkan sikap kita tidak mahu lagi menjadi tong sampah dunia.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Pada masa yang sama, dunia sedang membincangkan Perjanjian Plastik Global dan kita lihat sebelum ini, negara-negara Eropah dan Afrika meletakkan pendirian yang sangat idealistik, yang mungkin mencabar bagi negara seperti Malaysia untuk memikirkan peralihan adil. Kerana kita masih lagi membangun dan mempunyai industri minyak dan gas dan juga industri plastik yang besar.

Tetapi kita kena sedar Tuan Yang di-Pertua, bahawa business as usual, dengan izin, bukan lagi pilihan. Kerana kesan pencemaran plastik dan penggunaan plastik tanpa had akan mempunyai kesan bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada kesihatan manusia. Kita juga tengok beberapa negara yang idealistik telah mula mengendurkan permintaan mereka. Maka, saya merasakan Malaysia perlu memainkan peranan bagaimana mencari titik tengah dan meningkatkan cita-cita kita untuk membolehkan perjanjian ini menjadi realiti.

Kalau kita lihat di laman web UNEP, di dalam Mesyuarat Intergovernmental Negotiating Committee 5.2 yang sedang berlangsung untuk Perjanjian Plastik Global, negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia menghantar input. Tetapi Malaysia tidak membuat sebarang input di dalam mesyuarat tersebut.

Dasar sedia ada, sebagaimana saya sebut, masih terhad dan mungkin kita perlu memikirkan satu perundangan plastik nasional untuk bersedia dengan Perjanjian Plastik Global. Dan kita juga perlu menggunakan sepenuhnya perundangan sedia ada, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 menyebut tentang pengasingan di punca untuk sisa tetapi penguatkuasaannya adalah sangat-sangat rendah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor pendidikan kita lihat bahawa RMK13 telah menyebut satu anjakan besar untuk mewajibkan prasekolah bagi anak-anak pada umur lima tahun dan menumpukan kemudahan prasekolah di desa. Ini penting untuk memastikan asas pendidikan yang baik untuk anak-anak kita dan membolehkan umur pendidikan anak-anak kita selaras dengan negara-negara maju yang lain.

Namun, kerajaan juga perlu memikirkan secara serius. Buat masa ini ada tiga agensi yang menyediakan pendidikan prasekolah di peringkat Kerajaan Persekutuan sahaja. Prasekolah KPM, kita ada Taska KEMAS dan kita juga ada Tabika Perpaduan. Wajar ketiga-tiga institusi ini digabungkan di bawah KPM supaya dapat ada satu pendekatan yang menyeluruh untuk prasekolah anak-anak kita.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh ramai, khususnya orang Melayu di luar sana ialah soal kemudahan PASTI yang dikelolakan oleh Parti Islam Se-malaysia.

Bilangan terbaru, 2024 - 2,497 PASTI, 9,539 guru dan pelajar 125,065 orang. Tidak ada masalah bagi saya untuk sesiapa menghadiri mana-mana institusi pendidikan

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

yang berdaftar dan mengikut undang-undang negara. Namun, kita terima banyak aduan, termasuk daripada guru-guru sendiri, soal penggajian guru yang diberikan RM600 ataupun RM700 atas alasan bahawa mereka sukarela dan bukannya pekerja. Sedangkan ini jelas satu pelanggaran Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.

Kalau nak pakai alasan sukarela, semua syarikat akan sebut bahawa pekerja mereka adalah sukarela dan tidak tertakluk di bawah gaji minimum. Tidak ada caruman KWSP, PERKESO dan lain-lain lagi.

Maka, kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, bahawa Majlis Sosial Negara telah pun menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendidikan Islam Prasekolah adalah satu langkah yang positif dan saya harap akan ambil tindakan terhadap kemelut yang berlaku, yang telah disebut sebentar tadi. Kita juga telah...

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Setiawangsa, Bachok. Bachok, boleh?

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Ya.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih. Cuma saya nak perbetulkan sedikitlah tentang gaji guru PASTI yang dikatakan rendah atas sebab sukarela kerana telah difahami bahawa jumlah jam mereka bekerja itu amat singkat dan sebenarnya banyak PASTI telah menampung dengan imbuhan-imbuhan lain seperti kerja-kerja iqra dan seumpama ini.

Cuma, adakah Yang Berhormat Setiawangsa bersetuju bahawa apabila PASTI ini tidak menggunakan dana cukai kerajaan berbanding dengan KEMAS, prasekolah KPM dan juga Tabika Perpaduan tadi, membantu mengurangkan beban fiskal di pihak kerajaan tanpa menggunakan duit cukai kerajaan? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Boleh sedikit? Setiawangsa boleh sikit?

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Bachok. Saya terima, Bachok. Saya nak jawab soalan Bachok ini. Saya terima bahawa itu telah pun ditulis tetapi ia ada definisi kerja yang telah ditetapkan. Kalau pihak PASTI mendaftar mengikut lunas-lunas undang-undang yang ada di bawah definisi kerja tetap dan sebagainya, tidak ada masalah. Tetapi jawapan sebelum ini bahawa ia adalah kerja sukarela, ini bukan jawapan yang saya bagi. Ini adalah jawapan daripada pimpinan parti PAS yang telah disebut bahawa ini kerja sukarela. Dia tak perlu patuh kepada akta gaji minimum dan sebagainya. Itu adalah punca masalah.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Mana-mana kerja, dia kena ikut peraturan. Kalau betul dia kerja separuh masa, maka kerja separuh masa.

Adakah dia membantu kerajaan mengurangkan beban kerajaan? Kalau dia betul- betul bayar gaji minimum ikut peraturan, dia bantulah kurangkan beban untuk kerajaan. Tetapi kalau dia dibayar di bawah gaji yang sewajarnya untuk diterima oleh seorang pekerja yang bermaruah, maka dia tidak akan membantu mengurangkan masalah tetapi menambah lagi masalah dari segi — sebab kita bercakap tinggal di Kuala Lumpur, tinggal di Lembah Klang, dibayar gaji RM600 ataupun elaun, disebutlah RM600 atau RM700, itu tentulah menyumbang kepada masalah bagi pekerja-pekerja yang ada di dalam negara kita.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Setiawangsa

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Seterusnya, saya nak teruskan. Masa dah singkat.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sekejap sahaja Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tak apa, saya nak teruskan. Jadi, seterusnya...

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Bangkit soalan, bila kita celah, tak bagi. Bagi fakta tak betul, nak jawab, tak bagi.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tadi Yang Berhormat sendiri, tadi Ketereh...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Peraturan 37(1)(b) jelas.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

...Tadi Alor Setar, tadi Ketereh pun tak bagi laluan. Saya dah bagi laluan kat Bachok, seorang. Saya tahu, Alor Setar ni sensitif sangat pasal soal PASTI.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tak, saya nak minta pandangan. Saya nak minta pandangan.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Jadi, bagi saya, saya dah jawab. Nanti, Alor Setar berbahas, boleh jawab ataupun boleh jawab di luar.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini floor Setiawangsa. Saya kuatkuasakan undang-undang. Okey, Yang Berhormat Setiawangsa teruskan.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang soal — baru-baru ini kita telah terima tragedi kematian Zara Qairina yang telah dapat perhatian yang sangat meluas. Setiawangsa mengalu- alukan komitmen kerajaan, termasuk Yang Amat Berhormat Tambun, supaya siasatan telus dapat dilakukan untuk menjawab pelbagai persoalan.

Namun, sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bagi komitmen untuk siasatan adil dan telus, saya berharap Menteri Pendidikan juga tidaklah perlu defensif dalam perkara ini kerana ini adalah satu soal asas iaitu soal keselamatan anak-anak kita di sekolah. Kita tidak boleh menuding jari kepada ibu bapa yang membuat spekulasi dan sebagainya, yang penting ialah kita menunjukkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan yang serius dalam soal ini dan tidak memperkecilkan kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat di luar sana.

draft • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Isu buli kini telah pun mendapat satu perhatian yang sangat luas dan sekiranya kita perlu ada satu anjakan dalam sistem pendidikan kita, maka kita perlu lakukan untuk memastikan keselamatan anak-anak kita terjamin. Soal kemenjadian murid, soal pencapaian mereka di dalam pendidikan dan sebagainya tidak akan menjadi satu tumpuan kalau soal keselamatan anak-anak kita sendiri pun tidak dapat kita jamin. Jadi, dengan itu Setiawangsa mohon menyokong.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat Rantau Panjang. Yang Berhormat Rantau Panjang ada lima minit sahaja. Jadi, sambung kemudian. Boleh?

draft • 12:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Boleh, Yang di-Pertua.

draft • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Silakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama-sama membahaskan usul RMK yang ke-13 dan mewakili seluruh rakyat di Rantau Panjang dan seluruh rakyat Malaysia. Saya memulakan perbahasan ini juga dengan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah adik Zara Qairina di atas apa yang berlaku, tragedi yang berlaku dan

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

kita mendoakan keadilan untuk adik Zara dan semoga beliau ditempatkan bersama para solihin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan tentang isu yang menyayat hati ini yang sedang diperhatikan di seluruh negara. Mengapa tiada bedah siasat awal yang dilakukan ke atas jenazah adik Zara sebaik sahaja beliau meninggal dunia di hospital dan kenapa perlu menunggu arahan daripada pihak AG, barulah perkara ini di — kuburnya dibongkar kembali?

Saya ingin tahu juga, apakah langkah-langkah konkrit yang telah diambil untuk menangani masalah buli di sekolah? Saya harap Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan SOP khusus dirangka untuk mencegah kes-kes buli yang berlaku di institusi pendidikan hari ini dan setakat ini, apakah SOP yang telah diguna pakai?

Bagaimanakah pemantauan yang dilakukan di peringkat sekolah terutama di asrama? Apakah bentuk hukuman dan tindakan tegas yang akan dikenakan terhadap pelaku buli tanpa mengira latar belakang supaya ia menjadi pengajaran pada semua? Apakah strategi kerajaan untuk mengembalikan keyakinan ibu bapa terhadap sistem pendidikan dan keselamatan di sekolah dan di asrama? Sebab kita lihat hari ini, apa yang berlaku, penolakan secara senyap daripada ibu bapa terhadap sistem asrama kerana tidak yakin dengan keselamatan anak-anak mereka.

Tuan Yang di-Pertua, RMK13 ini kita mengharapkan memberi manfaat kepada rakyat. Jadi, saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan betul-betul jurang ekonomi dan jurang pendapatan antara wilayah ini dapat diselaraskan terutama di negeri Pantai Timur?

Kita lihat bagaimana pelbagai isu yang kita dengar daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini termasuk juga isu yang berkaitan dengan hak negeri- negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Jadi, saya ingin tahu sejauh mana kerajaan serius, benar-benar untuk menjamin bahawa RMK13 ini benar-benar dapat merealisasikan untuk merapatkan jurang ekonomi dan jurang pembangunan antara wilayah terutama dengan negeri- negeri di Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak.

Begitu juga dengan keadaan ruang fiskal yang amat terhad dalam RMK13 ini.

Sejauh mana kerajaan berusaha untuk memastikan supaya dari sudut perbelanjaan kerajaan dan penjanaan pendapatan kerajaan ini tidak terus membebankan rakyat?

Apakah usaha untuk memastikan supaya rakyat tidak terus-terus terbeban dengan hutang dan cukai yang tinggi? Jadi, kita harapkan supaya rakyat tidak terus dibebankan dengan pelbagai cukai.

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga, kita mengharapkan supaya Malaysia perlu mempercepatkan peralihan ekonomi daripada ekonomi yang berasaskan buruh kepada ekonomi yang berteknologi tinggi dan berdaya saing global. Jadi, Malaysia tidak boleh lagi bergantung hanya kepada pelaburan asing. Jadi, apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan pembangunan yang berasaskan teknologi dan inovasi tempatan bagi menggalakkan pelaburan domestik? Begitu juga, kita ingin tahu apakah usaha untuk menghasilkan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam mendepani risiko ketidaktentuan ekonomi global.

Begitu juga, konflik geopolitik antarabangsa. Apakah usaha negara untuk memastikan supaya rakyat tidak terus terbeban dengan suasana yang ada? Begitu juga, tentang keselamatan, termasuk keselamatan makanan dalam negara. Apakah usaha untuk meningkatkan lagi nilai tambah kepada tenaga buruh tempatan untuk tingkatkan lagi kemahiran teknologi terutama teknologi tinggi agar pekerja tempatan kita dapat mendepani nilai tambah ekonomi?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sokongan berterusan melalui inisiatif APPGM-SDG yang telah berjaya melaksanakan pelbagai gerak kerja di 143 kawasan Parlimen melibatkan isu-isu sosial dan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi. Tahniah juga kerana Malaysia telah berjaya mencapai 43 peratus sasaran matlamat pembangunan mampan (SDG) menjelang 2030 sebagaimana yang dilaporkan dalam dokumen Pelan Nasional Reformasi (PNR) 2025 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini lebih jauh, lebih tinggi berbanding dengan purata pencapaian global yang kini hanya pada tahap 17 peratus.

Namun begitu, amat mendukacitakan apabila matlamat pembangunan mampan ini tidak diberi penekanan yang serius dalam Rancangan Malaysia yang ke- 13 ini. Jika dibandingkan dengan dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas yang lalu di mana strategi dan insentif yang dirancang sejajar dengan sasaran SDG Nasional, RMK13 pula hanya menyebut SDG hanya secara umum sebagai pemantau tanpa huraian lanjut atau tindakan strategik yang menyeluruh.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, SDG bukan sebagai hanya satu aspirasi global, tetapi juga satu kerangka, satu rangka kerja pembangunan yang inklusif, lestari dan berkeadilan. Ia seharusnya menjadi tunjang dalam semua dasar pembangunan negara. Jadi, saya selaku ahli jawatankuasa SDG juga ingin — supaya mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Mengapa SDG tidak dijadikan salah satu kerangka utama dalam pelaksanaan RMK13 ini? Apakah kerajaan akan melaraskan

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

semula strategi RMK13 agar seiring dengan sasaran SDG Nasional? Apakah mekanisme pemantauan dan pelaporan bagi memastikan pencapaian SDG terus meningkat menjelang 2030?

Saya mengharapkan agar kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini dan memastikan bahawa pembangunan negara tidak hanya mengejar pertumbuhan ekonomi, tetapi menitikberatkan keadilan sosial, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan lagi Tuan Yang di-Pertua?

draft • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, tak apa. Saya bagi ruang, bagi habis dan saya stop.

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Okey, okey.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga merakamkan penghargaan di atas usaha kerajaan yang telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan jambatan kedua di Rantau Panjang–Sungai Golok yang bakal menjadi penghubung utama antara Malaysia dan Thailand. Namun demikian, projek ini akan tidak memberi impak yang besar sekiranya tidak disambung dengan sistem jalan raya yang baik dan sistem zon ekonomi yang baik.

Jadi, saya mengharapkan supaya diluluskan peruntukan untuk zon ekonomi khas untuk pembangunan ekonomi di Rantau Panjang selaku limpahan pembangunan di sempadan. Begitu juga, sambungan projek ECRL yang terus ke pekan Rantau Panjang, daripada yang sekarang ini, hanya di setakat Tunjong. Begitu juga, ke Pengkalan Kubor di Tumpat. Ini adalah sangat penting untuk pembangunan ekonomi sempadan.

Salah satu isu utama yang membelenggu kawasan pintu masuk utama di Rantau Panjang ialah kesesakan lalu lintas yang teruk terutama di musim cuti dan perayaan. Keadaan menjadi lebih serius apabila musim tengkujuh tiba kerana jalan utama sentiasa ditenggelami banjir dan mengganggu kelancaran pergerakan rakyat dan logistik.

Jadi, sehubungan itu, saya mencadangkan supaya kerajaan dimasukkan segera pelan dalam pelan Rancangan Malaysia yang ke-13 ini untuk naik taraf jalan daripada FT003 iaitu daripada KKTM, Kolej Kemahiran Tinggi MARA hingga terus ke Kalbok 5 dan terus ke balai bomba dan terus kepada ICQS di Rantau Panjang sebab ini adalah jalan utama yang menjadi penghubung kepada pintu masuk utama di Pantai Timur. Dan juga, menaik taraf jalan Panglima Bayu ke Rantau Panjang yang sentiasa mudah tenggelam dan sering berlaku kesesakan dan juga kemalangan.

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bukan setakat itu saja, Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan supaya dinaik tambah iaitu berkaitan dengan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Rancangan Tebatan Sungai Golok di Rantau Panjang ini dengan yang telah disediakan peruntukan RM3 bilion dalam RMK13 ini supaya isu ini dapat disegerakan kerana projek ini sebenarnya sudah dirancang sejak Rancangan Malaysia Ketujuh lagi. Sampai sekarang belum lagi menjadi realiti, walaupun di sebelah Thailand itu dah siap dah tebatan banjir mereka.

Jadi, saya mengharapkan pembinaan infrastruktur tebatan banjir ini benar-benar menjadi realiti dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk berdepan dengan risiko yang semakin tinggi terutama berdepan dengan musim tengkujuh. Jadi, saya memohon supaya beberapa projek jangka pendek disegerakan sementara menunggu Projek PLSB ini siap.

Kita mengharapkan supaya beberapa projek segera yang perlu disegerakan untuk mengurangkan lagi risiko banjir dalam masa terdekat iaitu yang pertama, pembinaan plot diversion ataupun saluran lintas banjir iaitu cadangan pembinaan saluran lencongan banjir daripada Sungai Lemal-Lanchang terus ke Sungai Meranti sepanjang 14.5 kilometer. Laluan ini akan melalui Sungai Alor Mengkuang dan terus kepada Sungai Pengkalan Nangka dan akhirnya, terus keluar ke laut. Projek ini amat penting untuk mengurangkan risiko banjir dalam masa yang terdekat dan harap sangat perkara ini diberi keutamaan.

Begitu juga dengan mendalamkan Sungai Lanchang dan mendalamkan Sungai Golok. Jadi, saya ingin tahu status terkini usaha untuk mendalamkan Sungai Golok yang puluhan tahun tidak diperbaharui, tidak didalamkan. Begitu juga, kerja- kerja penstabilan sungai yang setakat ini banyak tebing-tebing sungai yang runtuh akibat banjir. Mohon disegerakan kerja penstabilan sungai yang runtuh akibat banjir terutama di tebing sungai di alur Kampung Lemal yang melibatkan empat lot tanah rakyat dan lima buah rumah terjejas.

Begitu juga, tebing di kampung — tebing sungai yang runtuh di Kampung Jabo yang melibatkan 13 lot tanah yang mana tidak ada sistem saliran yang selamat.

Begitu juga, tebing sungai di Kampung Jias, Kampung Kasa dan di Kampung Tepi Sungai Tendong yang berada dalam jajahan Pasir Mas. Jadi, saya harap perkara ini disegerakan.

Saya ingin juga pencerahan tentang tindakan segera terhadap permohonan untuk melaksana — untuk pembinaan jambatan Kampung Mahligai dan ke Kampung Rong Chenok yang runtuh sepenuhnya akibat banjir. Jambatan Kampung Serendah Chetok juga yang runtuh sepenuhnya akibat banjir. Kedua-dua jambatan ini

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

merupakan laluan utama penduduk untuk menghubungkan dengan kampung yang — dan sekolah dan sebagainya. Dan juga, saya mengharapkan juga naik taraf sistem pengairan dan saliran untuk pertanian beberapa kampung termasuk di Kampung Bakat, Kampung Nibong, Kampung Chetok, Kampung Pulai dan Kampung Tok Uban. Begitu juga, menaik taraf infrastruktur jalan.

Saya ingin mohon penjelasan juga iaitu tentang persiapan kerajaan dalam menghadapi negara menua. Apakah status terkini Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045? Apakah status pelaksanaan pelan setakat ini? Apakah strategi utama yang digariskan dalam pelan ini bagi menghadapi cabaran negara menua dan apakah mekanisme yang dirancang untuk mencapai sasaran 38 peratus penyertaan tenaga kerja dalam kalangan warga emas?

Apakah sektor ataupun bidang pekerjaan yang dicadangkan dan apakah cadangan untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 ke 65? Apakah kesan dan implikasinya terhadap peluang pekerjaan kepada para graduan yang masih menganggur? Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi, menangani isu graduan yang bekerja di tahap bawah kelayakan dan apakah usaha yang sedang dijalankan untuk memastikan supaya sistem penjagaan warga emas negara kita dapat diperkukuhkan?

Memandangkan masih ramai warga emas bergantung kepada rumah kebajikan, apakah usaha untuk menambahkan kemudahan seperti Rumah Seri Kenangan? Bagaimana penyelarasan antara NGO, pihak swasta dan agensi kerajaan diperkukuhkan untuk memastikan penjagaan lebih bersepadu? Dan, apakah usaha kerajaan untuk menjadikan strategi, menjadikan penjagaan komuniti yang berasaskan model sebagaimana yang dibuat negara lain?

Saya bagi contoh di Singapore, bagaimana warga emas boleh terus tinggal di rumah dengan sokongan komuniti serta pengurusan penjagaan yang tersusun dan mereka memperkenalkan program gaya hidup sihat seperti eat well, sleep well, learn well dan exercise well untuk melahirkan warga emas yang aktif dan sihat. Adakah pendekatan Malaysia — apakah pendekatan Malaysia dalam melahirkan komuniti yang mesra warga emas serta mempromosi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial golongan ini?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin mohon penjelasan juga berkaitan dengan persiapan kerajaan yang dibuat untuk melaksanakan Dasar Pelaksanaan Pendidikan Wajib enam tahun. Apakah mekanisme pelaksanaan yang bakal digunakan? Bagaimana kesediaan pihak sekolah dari segi prasarana, bilik darjah, tenaga pengajar dan juga sistem sokongan yang lain? Apakah agensi khusus

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

dibentuk di bawah Kementerian Pendidikan untuk menyelaras dan memantau semua sistem pendidikan terutama pendidikan prasekolah? Ini penting untuk memastikan kanak-kanak dapat dibangunkan secara menyeluruh.

Begitu juga, bagaimana untuk menghadapi masalah keluarga B40 yang terus tercicir kerana akibat daripada kemiskinan.

draft • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

draft • 12:51 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi akhirnya, saya ingin penjelasan — saya ingin penjelasan supaya apakah sebenarnya yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan apabila meletakkan syarat wajib pelajar lima tahun untuk prasekolah dan pelajar enam tahun untuk Darjah 1 ini? Apakah mekanismenya dan bagaimana dengan sistem pendidikan swasta?

Jadi, kerana masa tidak mengizinkan, setakat itu saja Tuan Yang di-Pertua.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih. Terima kasih, Rantau Panjang. Dengan sedemikian, Majlis ditangguh untuk berehat. Akan sambung pada jam 2.30.

[Mengetuk tukul]

draft • 12:51 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]

DR11082025- [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 1:06 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 1:06 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) pada petang yang berbahagia ini.

Dalam merencana RMK13, kerajaan sebenarnya berada di persimpangan yang amat besar di antara keperluan membiayai pembangunan negara dan cabaran mengurus hutang yang mencecah RM1.7 trilion iaitu bersamaan dengan 63 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara. Ini bukannya suatu angka yang kecil

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

dan ia adalah merupakan satu tanggungjawab yang besar kepada fiskal negara dan masa depan generasi yang akan datang.

Persoalan besar, bagaimana kerajaan berhasrat untuk membina negara tanpa menambah bebanan hutang yang sedia ada ini?

Pertama, RMK13 mesti menekankan pembangunan yang benar-benar berimpak tinggi, bukan sekadar membina lebuh raya ataupun menambah bilangan bangunan, tetapi melabur dalam research and development, dalam pendidikan, dalam teknologi dan modal insan yang akhirnya akan menjana pendapatan negara.

Projek-projek mesti disaring dengan ketat berpandukan pulangan ekonomi yang sebenar.

Kedua, kaedah pembiayaan mestilah direformasi. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada hutang kerajaan. Model baharu seperti public- private partnership (PPP), sukuk hijau dan instrumen pelaburan sosial perlu diperluaskan dengan syarat, tadbir urus yang telus dan bebas daripada ketirisan.

Dan kerajaan perlu melipatgandakan usaha menambah hasil tanpa membebankan rakyat. Ini termasuk menutup jurang ketirisan cukai, memperkemas subsidi bersasar dan menyemak perbelanjaan operasi yang tidak produktif. Saya mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk mendapatkan dana daripada GLC, GLIC dan juga kerjasama melalui PPP dan juga PFI.

Namun di sini, saya ingin mohon penjelasan yang jujur dan spesifik. Apakah sasaran pengurangan nisbah hutang kepada KDNK menjelang 2030 ataupun 2035?

Adakah kita menyasarkan kembali kepada paras 55 peratus seperti sebelum ini?

Apakah langkah khusus dalam tempoh lima tahun untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan hutang khususnya bagi menampung perbelanjaan pembangunan?

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat mengalu-alukan reformasi pendidikan yang dinyatakan dalam RMK13 bertujuan untuk membangun insan MADANI sebagai asas kepada pembentukan masyarakat yang saksama dan progresif ke arah sistem sosial negara yang utuh, sesuai dengan peruntukan yang tertinggi yang sentiasa diperolehi oleh sektor pendidikan.

Strategi dan inisiatif mempertingkat keberhasilan pendidikan, memantap kompetensi dan kecekapan warga pendidik, memperkukuh tadbir urus, menambah pelaburan pendidikan dan memperkasa pembelajaran sepanjang hayat. Semuanya ini bagus. Mewajibkan prasekolah seawal umur lima tahun, pembelajaran wajib sekolah menengah, memperkasa TVET, semua saya sokong.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Namun, saya ingin menyentuh satu perkara yang sekarang ini menjadi perkara yang sangat besar dihadapi oleh negara kita iaitu berkenaan dengan gejala buli yang semakin meningkat, menjadi perbincangan umum dan membimbangkan ramai pihak sehingga dikaitkan dengan insiden kematian melibatkan pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris di Maahad Tahfiz Sains, Kota Bharu, Kelantan.

Dan yang terbaru, insiden kematian pelajar Zara Qairina di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Papar, Sabah yang menimbulkan kemarahan ribuan masyarakat awam yang keluar bersolidariti menuntut keadilan dan pembelaan atas kematian beliau.

Saya bersetuju, kebenarannya nanti hanya akan terbukti dengan siasatan inkues melibatkan siasatan perubatan secara terperinci dan berakhir dengan keputusan daripada mahkamah. Tetapi pokoknya apa? Puncanya apa? Saya percaya insiden kematian Zara Qairina adalah kemuncak kepada budaya orientasi, ragging dan buli yang memang sudah wujud berabad-abad dalam iklim pendidikan yang diwarisi sejak berzaman.

Ribuan laporan kes buli dilaporkan saban tahun dan semakin meningkat.

3,887 kes pada tahun 2022, 6,528 kes pada tahun 2023 dan 6,208 kes pada tahun 2024. Ini sebenarnya mencerminkan peningkatan kesedaran dan keberkesanan sistem pelaporan Sistem Siasah Diri Murid (SSDM) yang diperkenalkan oleh KPM.

Tetapi, apakah peningkatan ini yang kita mahukan? Sudah pasti tidak. Sudah pasti tidak. Masa sudah berubah. Gaya hidup sudah berubah. Ketahanan dan adaptasi pelajar juga sudah berubah. Dulu, kita boleh makan ubi kayu dan makan jambu batu. Sekarang, pelajar-pelajar makan piza dan juga buah epal. Ya. Jadi, cara itu sudah berubah. Ketahanan sudah berubah. Adaptasi mereka juga dengan perubahan zaman juga sudah berubah.

Saya memaklumi hala tuju pendidikan negara 2027 yang menumpukan pembinaan karakter berpaksikan karamah insaniah, insan sejahtera merentas kurikulum. Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan, bagaimanakah kerajaan ingin merancang supaya hasrat mewujudkan insan sejahtera ini benar-benar dapat dilaksanakan?

Saya ingin mencadangkan agar suatu surah dalam al-Quran dijadikan sebagai asas pembinaan karakter insan sejahtera iaitulah Surah al-Hujurat. Kenapa Surah al-Hujurat? Kerana keseluruhan 18 ayat dalam surah ini dari mula hingga akhirnya membicarakan tentang pembinaan karakter dan akhlak mulia.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Daripada kepatuhan kepada Allah dan Rasul, adab berurusan dengan ketua dan orang yang lebih senior, memastikan kesahihan berita, adab berbeza dan had bertelingkah, mendamaikan saudara yang bersengketa. Larangan mencerca, larangan mencari kesalahan orang lain, larangan menggelar dengan gelaran yang buruk, larangan berprasangka, larangan mengaibkan orang, mengumpat sehingga membawa kepada fitnah. Semuanya ini diceritakan dalam Surah Al-Hujurat yang secara umumnya memang diturunkan oleh Allah SWT untuk membentuk karakter, membina insan yang mulia.

Saya berharap Cikgu Fadhlina ada mendengar dan mengamati pandangan saya ini. Kalau ayat ini dapat dihafal dan difahami oleh semua pelajar sebagai asas pembinaan karakter, saya cukup percaya bahawa sekolah kita akan aman. Pelajar- pelajar kita akan mendapat dididik dengan baik. Dewan ini pun boleh aman, tak akan ada lagi yang diarahkan keluar Dewan ataupun digantung sehingga enam bulan.

[Tepuk]

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam cakap kawan sebelah je.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, sektor kesihatan memperoleh peruntukan kedua terbesar dalam belanjawan negara dan rancangan pembangunan negara kita. Saya juga mengalu-alukan reformasi kesihatan yang disasarkan dalam RMK13. Lalu saya ingin membawa perhatian Dewan tentang Hospital Shah Alam yang mula beroperasi pada tahun 2016 dibina dengan kapasiti sekitar 300 katil. Namun, tempoh kurang daripada 10 tahun, jumlah penduduk di kawasan sekitar Shah Alam meningkat dengan begitu mendadak.

Permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan awam juga melonjak termasuk rujukan dari Klang, Subang dan juga kawasan Puncak Alam. Banyak aduan yang diterima berkenaan dengan di Jabatan Kecemasan, waktu menunggu yang lama dan kekurangan wad sehinggakan katil di wad tingkat 13, Wad 1 itu pun terpaksa ditukar menjadi katil wad biasa. Apakah pelan dan jangka masa yang diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan dalam RMK13 ini untuk menaik taraf kemudahan Hospital Shah Alam termasuk pembinaan bangunan tambahan, blok pakar dan juga pusat rawatan harian?

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang isu kesesakan yang berlaku di Shah Alam yang teruk saban waktu. Ini bukan hujung minggu saja sebagaimana keluhan daripada rakan-rakan kita yang datang daripada utara, selatan ataupun

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pantai Timur, tapi ini setiap hari pagi dan petang dari Lebuhraya GCE menuju ke Persiaran Jubli Perak bukan lagi perkara yang baru.

Tiga lokasi sebelum ini telah dikenal pasti oleh Kementerian Kerja Raya untuk dinaik taraf iaitu di Persimpangan Montfort, Persimpangan Kerjaya dan Persimpangan Central Sugar untuk menyuraikan kesesakan yang berpanjangan.

Persoalannya, apakah status rancangan ini? Adakah ianya sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan akan dilaksanakan melalui kerajaan negeri ataupun Persekutuan?

Seterusnya, ini langkah jangka masa yang pendek. Jangka masa yang panjang saya sangat mengalu-alukan sekiranya kerajaan boleh mempertimbangkan laluan skyway yang boleh menyuraikan kesesakan secara berpanjangan. Saya percaya ianya boleh dilaksanakan melalui rancangan PPP ataupun juga PFI yang tidak membebankan kewangan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya rasa agak penting yang perlu kita sama-sama berikan perhatian ialah tentang memperkasakan ataupun memartabatkan Islam dalam negara kita ini dan saya sangat bersetuju dengan beberapa perkara yang disebutkan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas itu.

Tetapi saya ingin menyarankan agar kerajaan memberikan tumpuan kepada program advokasi, pemahaman dan penghayatan tentang konsep "ummatan wasathan" yakni pertengahan dan kesederhanaan yang sinonim dengan demografi rakyat Malaysia pelbagai agama, kaum dan adat resam dan ianya mesti bermula daripada atas.

Saya lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersungguh dalam hal ini.

Oleh itu, saya menggesa ia mesti disambut di peringkat kementerian-kementerian, dikembangkan ke jabatan-jabatan, agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, serta diperluaskan ke peringkat akar umbi melalui pelbagai institusi dalam masyarakat. Tidak dinafikan masjid dan surau...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ha, ini penggulungan. Tidak dinafikan masjid dan surau dimakmurkan adalah merupakan perkara yang sangat penting. Angin bertiup kencang di Shah Alam mengatakan bahawa sebuah masjid di Bukit Bandaraya akan dibina menggunakan sebahagian daripada peruntukan Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas.

Saya ingin mohon penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perdana Menteri tentang jumlah peruntukan tersebut dan bilakah ianya dapat disalurkan

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kepada pihak berkuasa agama negeri agar pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan segera. Akhirnya sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua, *Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; PM tampan bicaranya berhemah, Menjadi igauan pembangkang jua.

[Tepuk] Pisang emas dibawa belayar, Masak sekarung di atas peti; RMK13 matlamatnya bersasar, Shah Alam menyokong sepenuh hati.* Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

Hidup Shah Alam, ho.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, antara faktor penentu sama ada sasaran yang ditetapkan di dalam Rancangan Malaysia dapat dicapai ataupun tidak adalah ketersediaan sumber kewangan kerajaan dan kecekapan penggunaan sumber tersebut. Kita boleh membuat satu perancangan pembangunan yang nampak cantik, tetapi tanpa sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa penggunaan sumber yang cekap, tentunya sukar untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM430 bilion peruntukan pembangunan bagi RMK13. Maknanya, secara purata peruntukan bagi setiap tahun dalam RMK13 adalah RM86 bilion. Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding dengan peruntukan pembangunan untuk tahun 2023 iaitu RM97 bilion, 2024 – RM90 bilion dan 2025 – RM88 bilion. Namun begitu, jika kita perhalusi sekali lagi, jumlah tersebut sebenarnya jauh lebih rendah selepas mengambil kira peruntukan bagi geran bayaran balik pinjaman yang sebahagian besar untuk 1MDB sebagai contoh, RM13 bilion untuk tahun 2023.

Kita boleh lihat bahawa pelbagai perancangan dalam RMK13 ini dan tentunya memerlukan jumlah peruntukan pembangunan yang jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu, jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk setiap tahun adalah hampir sama dengan tahun-tahun sebelum ini

draft • 2:46 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

dalam RMK12. Bahkan, jika diambil kira projek infrastruktur mega, jumlah peruntukan yang ada untuk projek-projek pembangunan lain sebenarnya jauh lebih rendah. Ini kerana peruntukan pembangunan yang akan digunakan untuk projek tersebut adalah amat signifikan.

Saya ingin mengulas perkara ini dengan mengambil contoh projek LRT Pulau Pinang sebagai contoh. Di dalam Belanjawan 2024 yang di bentang pada 13 Oktober 2023, Perdana Menteri menyatakan bahawa projek LRT Pulau Pinang dengan anggaran kos RM10 bilion akan dilaksanakan menurut kaedah kerjasama awam swasta. Namun, Menteri Pengangkutan pada 19 Februari 2025 pula menyatakan bahawa jumlah peruntukan yang telah diluluskan kerajaan untuk projek LRT Pulau Pinang adalah RM13 bilion.

Soalan saya, adakah ini bermakna projek yang empat bulan sebelumnya dikatakan oleh Perdana Menteri dibiayai melalui kaedah kerjasama awam swasta akhirnya akan dibina menggunakan peruntukan pembangunan kerajaan sepenuhnya? Apakah justifikasi pertukaran kaedah pembiayaan ini? Apakah benar bahawa siling keseluruhan peruntukan yang disediakan untuk projek ini mencecah RM17 bilion?

draft • 2:46 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Mengapa anggaran kos naik mendadak daripada RM10 bilion kepada RM13 bilion kemudian kepada RM17 bilion? Sekiranya RM17 bilion ini dibahagikan kepada lima tahun, jumlah peruntukan pembangunan yang akan digunakan untuk projek ini setiap tahun adalah RM3.4 bilion atau empat peratus.

Maka sebenarnya, baki peruntukan pembangunan kerajaan untuk projek- projek lain di seluruh negara secara purata setiap tahun hanya tinggal RM82.6 bilion.

Trade-off kepada satu projek mega bernilai RM17 bilion adalah projek-projek lain yang berskala lebih kecil seperti pembinaan sekolah. Katakan kos pembinaan sebuah sekolah ialah RM50 juta, maka dengan RM17 bilion, kerajaan boleh membina 340 buah sekolah di seluruh negara. Itu baru kita ambil kira satu projek mega.

Jadi, saya mohon kerajaan senaraikan semua projek-projek mega yang akan dilaksanakan di bawah RMK13 serta siling peruntukan untuk projek tersebut. Ini penting untuk kita lihat sebenarnya berapakah baki peruntukan pembangunan untuk projek-projek lain di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan RMK13, sejumlah RM61 bilion peruntukan adalah daripada kerjasama awam swasta atau PPP. Berdasarkan konsep PPP, salah satu kaedah yang digunakan adalah pembayaran oleh kerajaan

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

kepada pemilik konsesi untuk satu tempoh yang telah dipersetujui. Berdasarkan tinjauan fiskal 2025, komitmen jaminan serta komitmen kewangan daripada pihak projek kerjasama awam-swasta ini merupakan sebahagian daripada liabiliti kerajaan.

Ini bermakna kerajaan terikat dengan komitmen bayaran balik kepada pihak konsesi untuk satu tempoh yang panjang.

Sehingga akhir Jun 2024, jumlah komitmen kewangan terkumpul merangkumi 104 projek PPP di bawah model pembiayaan bersama meningkat sebanyak 7.8 peratus kepada RM93.5 bilion berbanding RM86.7 bilion pada tahun 2023. Untuk ini, saya mohon kerajaan senaraikan kesemua 104 projek PPP tersebut termasuk perincian mengenai nama syarikat konsesi, jenis konsesi, tarikh perjanjian konsesi, tempoh konsesi serta bayaran atau komitmen kewangan kerajaan setiap tahun bagi setiap konsesi tersebut.

Saya mohon kerajaan berikan maklumat yang sama bagi perjanjian konsesi yang ditandatangani selepas Jun 2024 sehingga ke hari ini. Berapakah jumlah komitmen kewangan terkumpul bagi projek PPP sehingga kini? Saya mohon kerajaan jelaskan berapakah keseluruhan bayaran tahunan yang dibuat oleh kerajaan untuk semua projek PPP sedia ada bagi tahun 2022, 2023, 2024 dan 2025.

Adakah bayaran yang dibuat ini daripada peruntukan pembangunan atau peruntukan mengurus ataupun melibatkan kedua-dua peruntukan?

Saya juga mohon kerajaan senaraikan perincian projek termasuk nilai projek, tempoh konsesi, kaedah konsesi PPP dan anggaran peruntukan untuk tahun 2026 hingga 2030 bagi setiap projek dalam RMK13 ini yang mana keseluruhannya berjumlah RM61 bilion. Adakah jumlah ini keseluruhannya ditanggung oleh pihak swasta atau kerajaan perlu juga menyediakan peruntukan lain, sama ada melalui belanja mengurus ataupun belanja pembangunan?

Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang kerjasama awam- swasta melibatkan pihak berkuasa tempatan khususnya dalam konteks Perbadanan Putrajaya. Saya mohon kerajaan senaraikan semua kerjasama awam-swasta yang melibatkan Perbadanan Putrajaya yang masih berjalan dengan memperincikan jenis kerjasama, nama syarikat konsesi ― nama syarikat konsesi yang terlibat, tarikh konsesi ditandatangani, tempoh konsesi serta komitmen yang perlu ditanggung oleh pihak Perbadanan Putrajaya. Bagi konsesi yang melibatkan user pay dengan izin, mohon diperincikan caj yang dikenakan dan terma kenaikan caj.

draft • 2:50 PM

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk strategi C4.5

Mempertingkatkan Kutipan Hasil. Di sini saya ingin menyentuh tentang cukai jualan dan perkhidmatan SST. Pada 1 Mac 2024, kerajaan telah menaikkan kadar SST

draft • 2:50 PM

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk strategi C4.5

daripada enam peratus kepada lapan peratus. Kerajaan juga telah memperluas skop cukai tersebut, termasuk SST melibatkan sektor logistik yang dikenakan enam peratus berbanding sebelum ini tidak dikenakan SST.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan bahawa perluasan skop SST akan bermula pada 1 Mei 2025. Namun, pada 29 April 2025, kerajaan mengumumkan bahawa perluasan skop SST ditangguhkan dan akhirnya pada 9 Jun 2025, kerajaan umumkan bahawa perluasan skop akan bermula pada 1 Julai 2025.

Dengan pertambahan senarai barangan yang dikenakan cukai dan senarai barangan yang dikecualikan cukai pula menurun, kita dapat merumuskan bahawa peluasan skop ini sememangnya amat ketara. Kesan cukai berganda-ganda dan bertingkat-tingkat dalam keseluruhan rantaian bekalan telah memberi kesan yang amat besar kepada peniaga dan industri. Kesan ini akhirnya dirasai oleh pengguna melalui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Dalam strategi C4.5, kerajaan menyatakan ― saya petik. “Perluasan asas hasil akan diteruskan termasuk membuat semakan ke atas kadar dan skop cukai jualan dan perkhidmatan.” Soalan saya, sampai bila skop cukai jualan dan perkhidmatan ini akan diperluaskan? Mengapakah kerajaan tidak mengemukakan satu kerangka cukai yang holistik dan menyeluruh?

Ketidakstabilan dalam polisi cukai kerajaan akan memberi isyarat negatif serta mewujudkan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur sama ada tren kenaikan cukai dan peluasan skop ini akan berterusan hingga ke bila. Bila ini berlaku, tidak guna kita bercakap tentang potensi pelaburan berbilion-bilion ringgit kerana antara perkara yang dilihat oleh pelabur, yang diambil kira oleh pelabur antaranya adalah perkara berkaitan dengan kestabilan sistem cukai yang ada.

Ini kita belum bercakap tentang pelaksanaan cukai yang pada 24 Februari 2023 dalam ucapan Belanjawan 2023 diumumkan sebagai cukai barangan mewah yang kemudiannya dalam ucapan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 dinamakan pula sebagai cukai barangan bernilai tinggi (HVGT). Cukai ini sepatutnya mula dilaksanakan pada bulan Mei 2024. Namun, pada 13 — 30 Mac 2024, Kementerian Kewangan mengumumkan pelaksanaannya ditangguhkan. Sekali lagi diumumkan penangguhan pelaksanaannya pada 26 Februari 2025. Akhirnya, pada 30 Julai 2025, Kementerian Kewangan umumkan cukai tersebut tidak diteruskan.

Selain itu, diumumkan dalam Belanjawan 2025 bahawa kerajaan akan perkenalkan cukai karbon ke atas industri besi dan keluli, keluli serta tenaga di Malaysia menjelang 2026. Sekarang tinggal empat bulan lagi sebelum tahun 2026, masih belum ada penjelasan terperinci berkaitan perkara ini.

draft • 2:50 PM

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk strategi C4.5

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam hal cukai jualan juga saya ingin menyentuh mengenai keputusan rundingan tarif dengan Amerika Syarikat baru-baru ini. Menurut kenyataan Menteri MITI pada 4 Ogos 2025, saya petik, “Malaysia telah bersetuju untuk memberi pengecualian cukai jualan yang mendiskriminasikan produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat sebagai contoh buah-buahan dan makanan laut.” Menurut ketetapan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), sesebuah negara adalah dilarang daripada melayan produk import dengan kurang baik berbanding dengan keluaran dalam negara atau treating imported products less favorably than domestically produced goods. Satu prinsip yang dikenali sebagai layanan nasional ataupun national treatment.

Ini bermakna apabila barangan telah memasuki pasaran, ia harus tertakluk kepada cukai, peraturan dan keperluan yang sama seperti barangan keluaran dalam negara. Adakah aspek ini betul-betul telah diteliti dan diperhalusi oleh Kementerian Kewangan dan MITI kerana perkara sebegini dikhuatiri berisiko mendatangkan impak yang negatif terhadap perdagangan Malaysia? Memandangkan kerajaan…

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Telah pun memberikan pengecualian cukai jualan ke atas produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat atas dasar tidak mendiskriminasi, adakah kerajaan juga bersedia untuk mempertimbangkan pengecualian cukai jualan bagi produk-produk import dari negara lain jika terdapat tuntutan daripada negara pengeksport atas dasar menolak diskriminasi sejajar dengan Article 3 of the GATT 1994.

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya mohon Menteri Kewangan dan Menteri MITI memberikan penjelasan mengenai pendirian Malaysia khususnya berkenaan pengenaan cukai jualan ke atas produk-produk import. Secara keseluruhannya, apakah ketidaktentuan dasar kerajaan, termasuk dasar penting seperti cukai ini menjadi antara penyumbang kepada pengaliran keluar besar-besaran dana asing daripada Bursa Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, minta satu minit...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit.

draft • 3:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Untuk saya sentuh sedikit tentang...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit. Sila duduk.

draft • 3:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin

Satu minit boleh Tuan Yang di-Pertua?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak. Sila duduk.

Terima kasih Yang Berhormat, Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat, Batu Kawan.

draft • 3:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Batu Kawan untuk membahas usul mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026 hingga 2030 pada petang ini. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya membentangkan pelan pembangunan jangka sederhana negara yang strategik, berdaya saing dan inklusif, selaras dengan pendekatan yang digariskan dalam kerangka Malaysia MADANI.

Bertemakan “Melakar Semula Pembangunan”, RMK13 telah memperlihatkan kesungguhan kerajaan perpaduan dalam usaha menyusun semula struktur ekonomi negara, memperkukuh tatakelola dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara menyeluruh.

Tujuh aspirasi ekonomi MADANI yang menetapkan matlamat untuk meletakkan negara dalam kalangan 30 ekonomi terbesar dunia, kedudukan 12 negara teratas dalam daya saing global, perkongsian pendapatan buruh ditingkatkan kepada 45 peratus, penyertaan wanita dalam tenaga buruh pada kadar 60 peratus, kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah dan 25 teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia telah mencerminkan cita-cita murni kerajaan dalam mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi serta mengangkat martabat rakyat yang juga bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Puan Yang di-Pertua, tahun 2026 merupakan tahun ke-40 bagi saya dalam arena politik. Melihat, memperjuangkan serta membentuk polisi kerajaan bagi tempoh yang begitu panjang bagi kemajuan pembangunan kepada negeri dan juga negara ini, saya merasakan bahawa banyak lagi yang wajar diperbaiki untuk kita mencapai status negara maju khususnya.

Lihat sahaja negara-negara jiran di rantau Asia yang telah mencapai status negara maju walaupun turut dibelenggu permasalahan sendiri. Kenapa kita tidak mampu mencapai status tersebut? Adakah kita masih terikat dengan belenggu struktur dalam sistem politik, ekonomi, nilai sosial, agama dan persaingan perkauman yang menghalang kita daripada mencapai potensi sebagai negara yang boleh lebih maju?

draft • 3:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Rancangan Malaysia Ketiga Belas bakal mengemudi negara kita untuk lima tahun seterusnya. Saya teramat ingat melihat pelaksanaan setiap RMK yang dirancang akan membawa negara kita ke hadapan dalam perjalanan kita mencapai status negara yang lebih maju. Walaupun kita akan melangkau ke RMK13, saya menyeru agar setiap kementerian dan agensi bertanggungjawab, terus komited menjalankan pemantauan projek-projek tersenarai dalam RMK-RMK sebelum ini secara berterusan dilaksanakan mengikut pelan perancangan ditetapkan dan sesekali tidak terus terkubur.

Jujurnya, pelaksanaan setiap RMK tidak akan mencapai matlamat sebenarnya sekiranya masalah struktur yang disebut di atas tidak dapat diatasi dengan berkesannya. Secara dasarnya, rakyat mengharapkan piawaian yang lebih tinggi dalam pelaksanaan tadbir urus, demokrasi dan kebebasan sivil terhadap segala polisi serta perancangan yang diumumkan oleh kerajaan. Kemajuan ekonomi perlu disertai dengan peningkatan dalam kebebasan bersuara, tadbir urus baik serta penghormatan terhadap hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kegagalan memenuhi jangkaan ini adalah amat berisiko, menimbulkan rasa tidak puas hati yang boleh dieksploitasikan oleh naratif ekstremisme. Sebaliknya, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan diperkukuh apabila perbezaan pendapat tidak ditakuti tetapi dialu-alukan dan apabila institusi demokrasi menunjukkan kebebasan serta integriti mereka.

Puan Yang di-Pertua, setelah beberapa tahun politik negara ini bergolak dalam ketidakstabilan dan kesan negatifnya terhadap penggemblengan iltizam negara untuk terus maju, akhirnya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjaya memulihkan keadaan negara kita dengan mewujudkan keyakinan untuk terus maju ke hadapan. Bergelar sebagai rakyat Malaysia adalah tidak wajar kita melepaskan peluang terakhir untuk negara kita di bawah pemerintahan kerajaan sekarang dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan demi mencapai status negara maju.

Aspirasi negara untuk bergelar sebuah ekonomi berpendapatan tinggi yang dipacu oleh inovasi adalah perlu disokong oleh dasar yang membangun serta mengekalkan bakat dan mengelakkan peningkatan jurang ketidaksamaan sosial ekonomi. Rancangan ini perlu disertai dengan pembaharuan bermakna dalam hubungan persekutuan negeri sebagaimana yang diamanatkan oleh semangat federalisme bagi memastikan pengagihan sumber, pelaburan infrastruktur dan pemindaan fiskal yang adil, bukan sahaja mencerminkan saiz penduduk atau

draft • 3:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

penjajaran politik, tetapi juga keperluan pembangunan serta keadilan jangka panjang.

Sebaliknya, kerajaan pula perlu lebih yakin dengan kemampuannya untuk memimpin rakyat ke hadapan dan tidak senang mengaku kalah kepada sentimen serta permintaan yang tidak berasas. Rakyat kini ingin melihat kejujuran dan kesungguhan dalam pentadbiran kerajaan bagi mengubah nasib serta negara kita dan tidak ingin negara terus dibelenggu dengan pelbagai polemik politik yang melemahkan jati diri keseluruhan sistem yang menjadi tunjangnya.

Puan Yang di-Pertua, saya percaya Kerajaan Persekutuan telah menggubah sebuah Rancangan Malaysia yang sebaik-baiknya walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kekangan kewangan dan suasana ekonomi, serta perdagangan dunia yang masih tidak meyakinkan. Lazimnya, kekuatan sesebuah rancangan bukan sahaja terletak pada visinya tetapi juga pada konsistensi pelaksanaannya. Tanpa komitmen politik yang jelas dan tegas serta penyelarasan berterusan, terdapat risiko berlakunya jurang antara niat dasar dan hasil yang dicapai di lapangan.

draft • 3:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Justeru, setiap negeri memainkan peranan penting dalam menyokong pencapaian prestasi yang lebih baik di peringkat negara. Sebagai contoh, negeri Pulau Pinang sedia untuk menyahut cabaran dan membantu dan memainkan peranan bersama-sama Kerajaan Persekutuan demi mencapai matlamat yang ditetapkan khususnya dalam mencapai objektif bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, darjat hidup rakyat dan memperkukuh tata kelola baik ke arah merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI.

Pulau Pinang akan terus menggembleng sumber dan penyertaan rakyat untuk mempercepat peralihan kepada ekonomi bernilai tinggi, meningkatkan pengaruh serta imej positif negara di persada dunia di samping memastikan kehidupan rakyat yang lebih sejahtera dan alam sekitar yang lestari sebagaimana diaspirasikan.

Dalam memastikan inti pati Malaysia MADANI yang digagaskan terus membara, kita perlu memastikan keberhasilan yang dicetuskan RMK dapat dinikmati oleh rakyat bukan hanya dalam tempoh lima tahun sahaja. Sebaliknya daripada generasi ke generasi agar Malaysia terus mampu menyuntik harapan kepada darah- darah baharu yang bakal menjadi nakhoda negara kita.

Sekian, terima kasih Yang di-Pertua Dewan.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya jemput Yang Berhormat Baling.

draft • 3:10 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas merupakan pelan strategik negara bagi tempoh lima tahun akan datang yang menggariskan hala tuju pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur. Namun pelaksanaan yang berkesan memerlukan perhatian serius kepada cabaran setempat serta kesesuaian dengan realiti di kawasan luar bandar seperti di kawasan saya Baling. Saya ingin menyentuh empat perkara utama memerlukan perhatian pihak kerajaan.

Yang pertama, TVET. Saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan program TVET agar seiring dengan keperluan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi. Namun, saya ingin tekankan bahawa kejayaan TVET ini bergantung kepada sejauh mana ia disesuaikan dengan peluang pekerjaan yang sebenar di lapangan. Kita lihat kawasan pelaburan strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura, Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian sememangnya memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Tapi bagaimana pula dengan daerah seperti daerah saya Baling? Adakah peluang TVET ini benar-benar sampai kepada anak-anak muda luar bandar atau hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja?

Saya cadangkan agar kerajaan menubuhkan pusat satelit TVET luar bandar yang berfungsi sebagai hab latihan kemahiran secara modular. Dengan kerjasama langsung industri, pusat ini bukan sahaja mengajar kemahiran teknikal seperti automasi dan AI, tetapi juga memberi pensijilan yang diiktirafkan.

Selain itu, langkah memperluaskan TVET kepada pelajar tahfiz dan hufaz adalah sangat baik. Tetapi, ia memerlukan model khusus supaya mereka boleh menggabungkan penguasaan agama dengan kemahiran moden seperti teknologi digital, pertanian pintar dan ekonomi halal. Ini boleh melahirkan generasi hafiz profesional yang mampu memimpin ekonomi dan moral masyarakat.

Yang kedua — isu kedua ialah usaha meningkatkan tahap kompetensi guru.

Saya menyambut baik mekanisme pengambilan guru secara terbuka dan program meningkatkan kemahiran mengajar secara berterusan. Namun di lapangan, cabaran besar ialah pengagihan guru berkemahiran tinggi secara seimbang di bandar dan di luar bandar. Di kawasan saya Baling, masih ada sekolah rendah yang berkurangan guru opsyen mata pelajaran teras, terutama Sains dan Matematik. Usaha melatih guru sekolah rendah untuk mengajar semua mata pelajaran asas adalah baik tetapi pelaksanaannya perlu dipantau supaya tidak menjejaskan kualiti pengajaran.

draft • 3:17 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Saya juga mencadangkan agar program mobiliti guru antara negeri dilaksanakan secara sukarela dengan insentif khas semua guru cemerlang dari kawasan bandar dapat berkhidmat di kawasan pedalaman dalam tempoh yang tertentu. Dalam masa yang sama, kajian penempatan silang antara pelbagai profesion perlu diambil kira sensitiviti pendidikan agama.

Mata pelajaran Pendidikan Islam misalnya, mesti diajar oleh guru yang benar- benar berkelayakan agar nilai dan kefahaman yang disampaikan itu tepat. Selain itu, kaedah kenaikan pangkat guru wajar memberi ganjaran bukan saja berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan, tetapi juga pencapaian dalam inovasi pendidikan dan impak kepada komuniti setempat.

Yang ketiga, yang dekat di hati rakyat Baling ialah perlaksanaan projek tebatan banjir. Saya menyokong tindakan mempercepatkan 43 projek di seluruh negara termasuk RTB di Baling, Kedah. Tetapi pengalaman lalu mengajar kita bahawa kelewatan projek boleh membawa padah besar kepada rakyat. Banjir bukan sahaja sekadar merosak harta benda, tetapi telah meragut nyawa. Oleh itu, projek RTB Baling mesti diletakkan sebagai keutamaan nasional dengan penyaluran peruntukan segera. Saya ingin tahu adakah projek ini telah mempunyai pelan reka bentuk yang lengkap dan jadual pelaksanaan yang jelas.

Penggunaan sistem amaran awal banjir berasaskan AI yang diumumkan amat baik, tetapi pelaksanaannya mesti melibatkan latihan komuniti. Kita tidak mahu sistem canggih tetapi rakyat tidak tahu cara penggunaannya. Saya mencadangkan pemasangan siren amaran banjir di kampung-kampung berisiko, dengan integrasi sistem amaran ini dengan aplikasi mudah alih yang boleh memberi amaran terus ke telefon penduduk. Saya juga ingin mencadangkan mekanisme penyelenggaraan berkala selepas projek ini siap kerana masalah banjir sering berpunca daripada kegagalan penyelenggaraan longkang, parit dan sungai.

Dalam hubungan ini, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan bahawa ciri-ciri keselamatan perlu diberi keutamaan kerana dalam RTB di kawasan saya, sejak bermulanya projek ini sudah dua kematian murid sekolah yang lemas disebabkan tiada kawalan keselamatan. Yang terbaharu ialah pada hari Khamis kelmarin, seorang budak Darjah 6 lemas dan meninggal dunia.

draft • 3:17 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Yang seterusnya ialah keterjaminan makanan dan pertanian berskala besar.

Isu ini iaitu isu keterjaminan makanan. Rancangan Malaysia Ketiga Belas memberi tumpuan kepada pertanian berskala besar termasuk pembangunan hab pengeluaran makanan di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Saya bersetuju dengan pendekatan

draft • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

ini, tetapi kita juga perlu memastikan negeri seperti Kedah terutamanya di kawasan Muda, di Kuala: di Kedah dan Perlis mendapat manfaat setara.

Program kerjasama awam dan swasta untuk meningkatkan pengeluaran padi adalah penting, tetapi ia mesti selari dengan pembaikan sistem pengairan dan saliran.

[Batuk] Di Baling, ramai pesawah dan petani kecil menghadapi masalah infrastruktur yang baik menyebabkan hasil tuaian mereka tidak maksimum. Saya mencadangkan agar kerajaan memperluaskan pertanian pintar kepada pesawah kecil melalui subsidi peralatan seperti sensor kelembapan tanah, sistem fertigasi automatik dan penggunaan dron untuk pemantauan tanaman. Ini akan meningkatkan produktiviti tanpa menambah kos buruh yang tinggi.

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia yang ke-13 ini, saya amat mengharapkan agar kerajaan memasukkan iaitu membina dengan segera pusat kesihatan Baling. Kerana apabila Hospital Baling telah dinaikkan taraf, maka pesakit-pesakit luar terpaksa pergi ke klinik-klinik yang berdekatan yang menyebabkan ramai pesakit-pesakit dan kadang-kadang sampai dua atau tiga jam terpaksa menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Dan saya juga mengharapkan agar kerajaan dapat memasukkan dalam RMK13 ini membina dan mendirikan sebuah pusat pengajian tinggi IPTA kerana kawasan Baling mempunyai penduduk yang kita sedia maklum terdiri daripada orang-orang yang kurang berpendapatan. Jadi, anak-anak mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke tempat lain akan tersekat dengan kemampuan mereka.

Oleh itu, pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi perlu disegerakan.

Dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, usaha mengurangkan pembaziran makanan melalui konsep sifar sisa perlu melibatkan pertubuhan masyarakat sivil di luar bandar kerana mereka mempunyai rangkaian terus dengan komuniti. RMK13 bukan sekadar dokumen perancangan, tetapi janji kepada rakyat bahawa setiap dasar dan projek akan dilaksanakan dengan penuh integriti dan keberkesanan.

Saya tegaskan bahawa setiap inisiatif sama ada TVET, pendidikan, tebatan banjir atau keterjaminan makanan mesti diterjemahkan kepada manfaat nyata di lapangan khususnya bagi rakyat di luar bandar. Jika pelaksanaan ini benar-benar berfokus kepada keperluan rakyat, barulah RMK13 menjadi pelan yang bukan sekadar indah di atas kertas, tetapi membina masa depan negara makmur dan sejahtera untuk semua. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 3:20 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas sebagai pelan pembangunan jangka sederhana yang relevan kerana ianya menekankan keseimbangan pembangunan antara wilayah, memperkukuh ekonomi negara, mengambil kira cabaran global serta isu domestik seperti kos sara hidup dan peningkatan populasi menua. Saya ingin mengetengahkan beberapa isu penting dari sudut nasional dan keperluan khusus Sarawak bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang di seluruh negara.

Yang pertama, Rancangan Malaysia Ketiga Belas menekankan keterjaminan makanan melalui pengukuhan pengeluaran domestik dan kepelbagaian sumber import sebagai langkah strategik menghadapi krisis geopolitik, perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan. Sebagai ahli baharu BRICS, ini merupakan peluang emas untuk Malaysia memperkukuh kerjasama dengan kuasa besar pertanian BRICS yang telah melaksanakan Pelan Tindakan Keterjaminan Makanan 2021-2024 demi ketahanan sistem makanan serantau dan global.

Saya mencadangkan strategi keterjaminan makanan negara dalam RMK13 diselaraskan dengan pendekatan BRICS melalui dua hala tuju utama iaitu pertama, untuk memastikan rantaian import makanan dari negara BRICS kekal stabil, berdaya saing dan murah melalui perjanjian perdagangan strategik. Dan yang kedua, strategi jangka panjang yang melibatkan pemindahan teknologi, pelaburan sektor pertanian termasuk penyertaan aktif dalam rangkaian bekalan makanan serta produk halal di peringkat global.

Puan Yang di-Pertua, isu kedua ialah dasar kependudukan negara perlu ditangani secara serius. Penurunan kadar kesuburan, penuaan populasi dan ketidakseimbangan pembangunan wilayah akan membawa implikasi besar kepada tenaga kerja dan perancangan infrastruktur negara. RMK13 memberi fokus kepada pembinaan ekosistem mesra warga emas menjelang 2030, satu langkah yang tepat pada masanya. Namun, pendekatannya dilihat masih terlalu reaktif dan perlu disokong untuk dasar pencegahan jangka panjang bagi memperlahankan kadar penuaan negara.

Malaysia masih memiliki kelebihan dari segi kepadatan penduduk berbanding negara maju seperti Jepun dan Singapura yang meskipun berdepan tahap kepadatan kritikal dan status masyarakat ‘super-tua’ tetap melaksanakan dasar agresif untuk menyokong keluarga muda dan meningkatkan kadar kelahiran demi kestabilan ekonomi dan sosial.

draft • 3:24 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan menghidupkan semula Dasar 70 juta Kependudukan sebagai strategi jangka panjang untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan dengan mengambil kira cabaran sosioekonomi dan aspirasi generasi muda hari ini. Pelaksanaan dasar ini boleh digerakkan melalui dasar kelahiran progresif yang merangkumi:

(i) penyediaan kemudahan penjagaan anak dan akses pendidikan awal berkualiti;

(ii) penyediaan perumahan mampu milik yang mesra keluarga muda;

(iii) polisi pekerjaan yang menyokong pembentukan keluarga muda; dan

(iv) pengecualian cukai pendapatan yang lebih agresif kepada golongan sasar.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya, Dasar Pandang Ke Borneo. Saya menyambut baik komitmen RMK13 dalam menyeimbangkan pembangunan antara wilayah. Borneo kini muncul sebagai pusat graviti ekonomi baharu negara dengan populasi lebih 23 juta, kedudukan strategik di tengah ASEAN, pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan serta potensi kerjasama rentas sempadan dengan Brunei dan Indonesia. Borneo wajar diletakkan sebagai keutamaan dalam Dasar Pembangunan Nasional. Sarawak khususnya memiliki kelebihan sumber asli, potensi tenaga boleh baharu seperti tenaga hidro dan solar serta kedudukan sempadan strategik.

Saya menyokong penuh pelaksanaan projek infrastruktur utama seperti Pan Borneo Highway dan Sarawak-Sabah Link Road yang akan memperkukuh keterhubungan dan logistik intra-Borneo sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi wilayah.

draft • 3:24 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Selain itu, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pembinaan kereta api Trans-Borneo ataupun Trans-Borneo Railway yang menghubungkan Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai pelengkap strategik rangkaian lebuh raya.

Pelaksanaan projek ini mampu memperkukuh rantaian bekalan serantau, menarik pelaburan, memperkasa industri pelancongan, serta merapatkan jurang pembangunan antara wilayah. Dalam hal ini, saya ingin mendapat maklum balas daripada kementerian mengenai status semasa Projek Trans-Borneo Railway, hasil kajian kebolehlaksanaannya serta pelan hala tuju pelaksanaannya.

draft • 3:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Puan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan inisiatif RM1 bilion dan isu sekolah daif di Sarawak. Seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, pendidikan telah ditetapkan sebagai tunjang utama pembangunan negara. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kerja Raya atas penyerahan bangunan baharu SMK Sri Sadong di Simunjan pada 3 Ogos yang lalu.

Namun begitu, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap isu kelewatan pelaksanaan projek lima buah sekolah daif di kawasan Parlimen Batang Sadong yang masih berada pada peringkat perancangan di bawah inisiatif RM1 bilion. Inisiatif ini telah diluluskan hampir enam tahun yang lalu. Dana telah tersedia. Senarai sekolah telah dikenal pasti. Skop kerja telah dirangka dan rundingan pun telah berlangsung sekian lama.

Sepatutnya pada masa kini, kita tidak lagi berbincang mengenai peringkat perancangan untuk dana khas ini, tetapi sudah melihat hasil pelaksanaannya.

Pemantauan dan koordinasi yang rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak amat diperlukan agar pelaksanaan projek ini dapat dipercepatkan. Saya memohon penjelasan daripada kementerian berkenaan status sebenar pelaksanaan projek-projek ini.

Seterusnya, RMK13 juga menekankan TVET sebagai teras utama dalam melahirkan tenaga kerja berdaya saing. Untuk merealisasikan hasrat ini, akses kepada institusi pendidikan seperti Kolej Tingkatan Enam, institusi TVET ataupun sekolah vokasional mesti diperluaskan di kawasan luar bandar termasuk Batang Sadong.

Langkah ini amat penting agar anak-anak muda di kawasan luar bandar tidak terus menjadi penonton kepada arus pembangunan. Penubuhan institusi ini di Batang Sadong bukan sekadar kita menambah pilihan pendidikan, tetapi memacu ekonomi tempatan, melahirkan tenaga mahir selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan masa kini dan memastikan masyarakat luar bandar berdiri sama tinggi dalam pembangunan negara.

Seterusnya, gesaan penambahbaikan Hospital Simunjan. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada keperluan bagi pelaksanaan projek penambahbaikan Hospital Simunjan khususnya pembinaan blok baharu dan kuarters bagi petugas kesihatan. Hospital ini telah lama beroperasi dalam keadaan serba kekurangan dan kemudahan sedia ada tidak lagi mampu menampung keperluan penduduk setempat yang semakin meningkat.

draft • 3:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Dalam Belanjawan 2025 dan peruntukan RMK13 yang memperuntukkan RM40 bilion untuk sektor kesihatan, saya menggesa agar projek ini dimasukkan sebagai salah satu keutamaan. Projek ini telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dan dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini, 2025. Saya juga memohon agar Kementerian Kesihatan memberikan status kerja awalan projek ini serta jadual pelaksanaannya.

Seterusnya yang terakhir, penambahbaikan infrastruktur digital di luar bandar Sarawak. Saya menyambut baik sasaran kerajaan untuk mencapai 98 peratus liputan 5G menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam RMK13. Namun, saya ingin menegaskan bahawa sebelum kita melangkah jauh ke arah teknologi generasi baharu seperti 5G dan AI, kita perlu menyelesaikan isu asas yang masih membelenggu rakyat luar bandar iaitu kestabilan dan kualiti liputan 4G di kawasan seperti Batang Sadong.

Walaupun statistik menunjukkan liputan Internet di Sarawak telah mencapai 90.2 peratus pada November 2024, realitinya jauh berbeza. Warga setempat masih mengadu tentang sambungan yang lemah, terputus-putus malah kadang-kadang tiada langsung walaupun menara telekomunikasi berada berdekatan.

Ini bukan sahaja menjejaskan komunikasi harian, malah menyukarkan akses kepada pendidikan digital, perkhidmatan kesihatan dan peluang ekonomi. Saya mohon agar kementerian serta SKMM memberi perhatian khusus kepada isu ini.

Fokus perlu diberikan kepada yang pertama, kerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memastikan liputan benar-benar berfungsi bukan sekadar wujud di atas menara.

Yang kedua, peningkatan kapasiti dan penyelenggaraan berkala dan yang terakhir audit menyeluruh terhadap prestasi menara yang sedia ada.

Puan Yang di-Pertua, akhir kata sebagai wakil rakyat dari Sarawak, saya ingin menzahirkan harapan agar pelaksanaan RMK13 benar-benar menjiwai semangat MA63. Kerajaan Sarawak perlu diberi ruang yang lebih luas dan fleksibel, dalam kata lain autonomi untuk menentukan keutamaan pembangunan di peringkat tempatan selaras dengan keperluan dan konteks semasa.

Batang Sadong dengan penuh tanggungjawab dan harapan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 3:30 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertamanya saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan AJK Dewan Muslimat PAS Perak yang diketuai oleh Yang Berhormat YB Dr. Najiha ADUN Bota, Perak.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, RMK13 yang bertemakan melakar semula pembangunan. Secara dasarnya, saya menyambut baik hasrat murni yang terkandung dalam RMK13. Tema ini seakan-akannya memberikan janji baharu untuk merancang semula masa depan negara kita dan sudah pasti ini menjadi harapan besar rakyat agar rancangan ini benar-benar membawa manfaat yang saksama kepada seluruh rakyat. Saya akan fokuskan kepada beberapa isu kritikal dan antaranya ialah isu keseimbangan pembangunan luar bandar.

Puan Yang di-Pertua, RMK13 menyentuh tentang peningkatan keseimbangan pembangunan antara wilayah dan luar bandar, serta memperluas akses kepada infrastruktur dan perkhidmatan asas bagi menarik lebih banyak pelabur ke kawasan luar bandar. Ini adalah janji yang amat penting, tetapi realitinya jurang antara bandar dan luar bandar masih terlalu besar.

Saya masih teringat kepada RMK1 yang pertama yang bermula pada tahun 1966 hingga 1970, Puan Yang di-Pertua. Antara objektif utamanya adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Kita telah melalui 13 RMK Puan Yang di-Pertua, tapi kita melihat jurang antara luar bandar dan bandar masih terlalu besar.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perbezaan akses kepada infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan liputan jalur lebar masih ketara. Contohnya, laporan DOSM tahun 2023, purata kelajuan Internet di kawasan bandar hampir mencecah 100Mbps.

draft • 3:37 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Manakala di beberapa kawasan luar bandar, ia hanya sekitar 10 ke 20 MBPS.

Ini bukan sekadar isu kelajuan tapi isu akses kepada maklumat pendidikan digital dan peluang ekonomi.

RMK13 turut mencadangkan pembangunan hab pelaburan luar bandar yang mengguna pakai kecerdasan geospatial dan analitis data raya. Ini adalah pendekatan yang menarik. Namun, saya ingin mencadangkan agar kerajaan tidak hanya fokus kepada teknologi tinggi tetapi juga menyelesaikan masalah asas yang membelenggu rakyat luar bandar.

draft • 3:40 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Melancarkan program infrastruktur khas luar bandar. Wujudkan satu peruntukan khas yang tidak terikat dengan birokrasi yang rumit, dikendalikan oleh jawatankuasa tempatan yang terdiri daripada pemimpin komuniti dan wakil NGO, fokus utama ialah pembinaan yang berkualiti.

Kedua, mewujudkan insentif digital nomad luar bandar. Sediakan insentif cukai dan geran khas kepada syarikat-syarikat teknologi yang bersedia membuka cawangan atau pusat operasi di kawasan luar bandar. Ini akan membawa peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi setempat.

Kedua Puan Yang di-Pertua, hak dan kepentingan kaum bumiputera. RMK13 menyentuh tentang pelaksanaan agenda pemerkasaan bumiputera akan dipergiat melalui pendekatan keseluruhan negara bagi meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera. Ini adalah frasa yang kita dengar setiap kali Rancangan Lima Tahun dibentangkan. Soalannya, adakah ia benar-benar diterjemahkan kepada hasil yang ketara? Walaupun pelbagai agensi dan peruntukan telah diwujudkan, realitinya jurang pendapatan dan kekayaan antara kaum masih besar.

Menurut kajian Khazanah Research Institute (KRI) jurang kekayaan antara kaum pada tahun 2023 masih kekal melebar. Saya ingin bangkitkan cetusan ucapan yang perlu dipertimbangkan. Adakah kita telah mengenal pasti punca utama mengapa agenda pemerkasaan bumiputera ini masih belum melonjak ekonomi bumiputera? Saya berpendapat, ia bukan hanya isu modal atau peluang tetapi isu struktur dan ekosistem.

Jadi, saya suka mencadangkan penambahbaikan. Pertama satu, revolusi sistem pendidikan berasaskan kemahiran. Kita perlu memastikan anak-anak bumiputera dari sekolah rendah lagi didedahkan kepada kemahiran masa depan seperti coding, robotik dan keusahawanan digital. Universiti-universiti tempatan perlu menawarkan lebih banyak kursus TVET dan pendedahan kepada AI yang relevan dan terkini.

Kedua, penyatuan dana dan agensi. Kerajaan perlu menstruktur semula semua agensi dan dana pemerkasaan bumiputera yang sedia ada menjadi satu entiti tunggal yang lebih cekap, telus dan berorientasikan hasil. Ini akan mengurangkan pertindihan fungsi dan birokrasi.

Yang ketiga, program mentor-mentee berstruktur. Mendedahkan usahawan bumiputera kepada usahawan berjaya yang bukan sahaja dari kaum mereka, tetapi

draft • 3:40 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

dari pelbagai latar belakang. Ini akan membuka minda, memperluaskan jaringan dan mendedahkan mereka kepada amalan perniagaan yang terbaik.

Yang ketiga, isu perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS). Puan Yang di-Pertua, RMK13 turut menyatakan bahawa tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan skala PMKS dalam industri strategik berimpak tinggi melalui penglibatan meluas dalam rantaian bekalan dan aktiviti nilai ditambah lebih tinggi.

Saya melihat ini sebagai satu langkah yang baik, PMKS adalah tulang belakang ekonomi negara menyumbang hampir 40 peratus kepada KDNK negara dan menyediakan lebih 60 peratus peluang pekerjaan. Namun PMKS kita bergelut dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam aspek pendigitalan, akses kepada pembiayaan dan persaingan yang sengit.

Saya meneliti inti pati RMK13 ini dan tidak nampak secara jelas bagaimana industri PMKS ini akan diperkasakan kecuali hanya kenyataan bahawa kerajaan beriltizam untuk meningkatkan skala perniagaan, mempercepatkan pendigitalan dan menyediakan sokongan pembiayaan yang lebih baik. Saya ingin mengutarakan beberapa cadangan bagi memperkasakan industri PMKS ini.

Pertama, program Go Digital PMKS 2.0. Kerajaan perlu melancarkan satu program pendigitalan yang lebih komprehensif. Tidak hanya fokus kepada kehadiran dalam talian, tetapi juga kepada penggunaan teknologi seperti analitik data, automasi dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian mereka. Geran pendigitalan perlu ditambah dan dipermudahkan.

Dua, mekanisme pembiayaan berperingkat. Daripada menyediakan pembiayaan one-size-fits-all, saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim pembiayaan yang berbeza mengikut peringkat perniagaan mikro kecil dan sederhana. Skim pembiayaan ini perlu disokong dengan khidmat nasihat perniagaan secara percuma.

Tiga, pengenalan SMEs First Policy. Mewajibkan syarikat-syarikat besar dan agensi kerajaan untuk mengutamakan PMKS tempatan dan perolehan mereka terutamanya untuk projek-projek di bawah RMK13. Ini akan memberi PMKS peluang untuk berkembang dan mengambil bahagian dalam rantaian bekalan yang lebih besar.

Keempat, ketidakseimbangan pembangunan ekonomi negeri majoriti Melayu.

Puan Yang di-Pertua, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa beberapa negeri di Malaysia terutamanya yang punya majoriti kaum Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang masih ketinggalan dari segi pembangunan

draft • 3:40 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

ekonomi dan kemudahan infrastruktur berbanding negeri-negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Sebagai contoh kita lihat data KDNK per kapita pada tahun 2023, laporan DOSM, negeri-negeri ini masih berada di bawah purata nasional walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi pertanian, perikanan dan pelancongan. Potensi ini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Mengapa ini berlaku?

Pertama, kurangnya pelaburan berimpak tinggi. Negeri-negeri ini kurang menarik pelaburan langsung asing (FDI) atau pelaburan langsung domestik (DDI) berteknologi tinggi. Pelaburan yang ada cenderung kepada industri tradisional yang kurang mencipta nilai.

Dua, jurang infrastruktur walaupun ada peningkatan jurang infrastruktur asas masih wujud terutamanya dari segi sistem pengangkutan yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar utama dan pelabuhan.

Puan Yang di-Pertua, oleh kerana masa pun dah tak mencukupi, walaupun saya hendak bawa mengenai kawasan saya. Yang pertama, saya mohon KKR, Jalan DFT 12, Seksyen 64 dan 65, mohon di bahu muka jalan tersebut kerana teruk sangat.

Payah orang kampung saya hendak lalu. Tahu sahajalah orang kampung pakai kereta Perodua Kancil pecah bisul.

draft • 3:40 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Yang keduanya, saya ingin bangkitkan ini semasa perbahasan bajet pada tahun lepas. Yang Berhormat Menteri memberitahu setelah saya menanyakan soalan mengapa subsidi diesel tidak diperolehi oleh operator feri ke Pulau Tioman.

Menteri jawab pada 27 November, Menteri jawab tidak dapat surat lagi daripada MOF. Lapan, sembilan bulan dah Puan Yang di-Pertua, takkanlah tak boleh surat lagi. Puah dah kome menunggu ini. Orang Pulau Tioman dok menanya saya, harga tiket feri mahal, Puan Yang di-Pertua. Saya mohon kalau boleh segerakanlah. Orang Pulau Tioman dah tak tahan ini. Kedatangan pelancong – kurangnya pelancong datang akibat daripada harga tiket yang mahal.

Yang ketiga ini, saya ialah – masalah nelayan di Rompin. Mereka membangkitkan soal ikan-ikan kecil ini di mana nelayan-nelayan mengaut ikan-ikan kecil ini untuk dijadikan baja. Jadi ini masalah kepada nelayan-nelayan pantai di kawasan Rompin.

Akhir sekali sebagai penutup, ini ada penutup dia. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kerajaan agar sentiasa bersikap terbuka dan sedia untuk ditegur.

draft • 3:40 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Sesungguhnya teguran yang membina adalah cermin yang membolehkan kita melihat kelemahan diri dan memperbaikinya. Zaman di mana government always right sudah berlalu. Sebaliknya, kerajaan hari ini perlu menjadi kerajaan yang matang yang mengalu-alukan kritikan dan pandangan dari setiap lapisan masyarakat demi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah terbaik untuk rakyat dan meletakkan Malaysia sebagai negara yang mampan dan berdaya saing di mata dunia.

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah penutup, terima kasih.

draft • 3:50 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

...Tadi kesimpulan.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya – sebelum saya memulakan perbahasan saya, Dewan mengalu-alukan kedatangan delegasi daripada PIBG SK Seri Merlong, Parlimen Batu Pahat yang diaturkan oleh YB Batu Pahat.

Datuk Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta membahaskan dan seterusnya menyokong usul berkenaan dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang bertemakan, “Melakar Semula Pembangunan” yang menyeluruh, mampan dan merangkumi semua segmen dalam masyarakat Malaysia. Ia selaras dengan ekonomi MADANI yang dikelolakan oleh kerajaan. Syabas dan tahniah kepada kerajaan.

Harapan kita agar RMK13 ini akan menjadi tonggak kepada pembangunan berterusan negara kita dan menjadi teras untuk diterjemahkan dalam belanjawan- belanjawan untuk tahun-tahun akan datang.

Perkara pertama yang saya nak bangkitkan Datuk Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Walaupun ketika membentangkan RMK13 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak sebut, tetapi dalam buku Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, ada dua tempat. Satunya di bawah strategi B2.4: di bawah tajuk Meningkatkan Kesejahteraan Pekerja; keduanya strategi D2.3: Menyesuaikan Keutamaan Fiskal dan Memperbaiki Perlindungan Sosial.

Di dalamnya dikatakan bahawa ada pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen. Yang pertamanya, simpanan persaraan. Yang keduanya, pencen persaraan. Maknanya sesiapa yang mencecah umur persaraan tidak dapat nak

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

mengeluarkan. Kalau ikutkan skim ini tak dapat keluarkan keseluruhan simpanan dalam KWSP.

Saya rasa – saya mohon kerajaan supaya kaji semula ini sebab kita tahu apa itu KWSP, simpanan hari tua. Kalau simpanan hari tua, sudah tua tak boleh keluarkan, apa maksudnya simpanan hari tua? Tukar nama sajalah. Saya nak sebut walaupun Yang Amat Berhormat tak sebut, tapi ada dalam rancangan ini.

Dalam dua, tiga minggu yang lepas sudah dapat banyak bantahan. Saya pergi jumpa penduduk, ramai yang tak setuju dan saya mohon secara terbuka kepada kerajaan kekalkan sistem yang kita ada sekarang yang mana pencarum diberikan hak sepenuhnya apabila mencecah umur 60 tahun. Dia nak keluarkan semua, keluarlah semua. Kalau dia nak simpan kat situ, biar dia simpan. Jadi, itu yang pertama.

Yang keduanya, berkenaan dengan satu jawapan daripada Dewan ini pada minggu lepas berkenaan dengan Skim Saraan Perkhidmatan Awam untuk guru-guru penolong kanan (GPK) di sekolah rendah yang mempunyai gred DG12, asalnya DG48. Sejak pelaksanaan SSPA pada bulan Disember tahun lepas, ramai yang mengharapkan ada kelonggaran, tapi rupanya tak ada. Maknanya guru-guru penolong kanan (GPK) yang gred 12, tak boleh nak berpindah sekolah. Dia ter – kekal beku. Patutnya dah unfreeze – dinyahbekukan. Inilah sistem yang patutnya ada.

Jadi, bagi saya, jawapan ini saya minta maaflah, saya terasa sikit juga. Dia kata kalau dia nak pindah sekolah, dia perlu melepaskan jawatan sebagai guru penolong kanan. Dia bukan buat salah. Kalau dia buat salah, kita turunkan dia daripada GPK kepada guru biasa. Dia cuma nak pindah sekolah jadi, itu bagi saya sebagai kakitangan awam pun dia ada hak dia, dia ada permintaan dia. Jadi, saya mohon kepada kerajaan supaya kaji semula sebab ada guru penolong kanan, dia tak nak MPQL, dia tak nak terlibat dengan pentadbiran walaupun dia mempunyai prestasi yang baik. Dia lebih suka kepada buat kerja akademik, direct ajar kelas.

Perkara ketiga yang saya nak sebutkan Datuk Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan ada satu Garis Bantuan dan Peraturan Bagi Pembangunan Bangunan Edisi 2024 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Standard dan Kos, Kementerian Ekonomi pada tahun 2024. Dalamnya ada dinyatakan perkara yang saya rasa perlu diberikan perhatian sebab ia berlaku di kawasan saya di mana dikatakan bahawa kemudahan-kemudahan berikut adalah tidak dibenarkan. Apa yang tak dibenarkan? Dewan kuliah, auditorium, tandas VIP, astaka untuk sekolah- sekolah rendah dan menengah.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Datuk Yang di-Pertua, kalau sekolah itu mampu dapatkan dana dari luar tanpa gunakan dana kerajaan, kenapa kita nak tolak? Kenapa kita nak halang? Itu tambah baik dan hari ini pun memang ada sekolah rendah, ada sekolah menengah termasuk di kawasan saya yang sudah ada auditorium, yang sudah ada astaka, sudah ada dewan kuliah itu terutamanya SBK – sekolah bantuan kerajaan yang dapat sumbangan dana dari luar.

Saya nak sebut secara spesifik hari ini. Mohon perhatian daripada Kementerian Pendidikan berkenaan dengan perkara ini sebab tahun lepas ada dua buah sekolah di kawasan saya, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa II dan juga SJKC Kampung Baru Mambau. Kedua-duanya buat majlis makan malam kutip dana, dana dah cukup. Ini sekarang pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Daerah tak bagi bina. Satu tu bina auditorium, satu tu nak pasang bumbung di gelanggang borang keranjang dan untuk makluman, kedua-dua majlis makan malam tu dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan di kawasan saya dua sekolah ni.

Saya terasa juga. Dana dari luar dah cukup, kenapa kita nak halang? Sebab ini sesuatu yang tambah baik yang boleh value added kepada sekolah. Jadi, saya mohon kerajaan supaya apabila kita merancang sesuatu yang baru, mana yang elok tu kita kekalkan, jangan keluarkan sesuatu yang tak berapa logik dan sesuatu yang menyusahkan sekolah dan menghalang pembangunan infrastruktur untuk sekolah.

Datuk Yang di-Pertua, seterusnya saya nak bincangkan beberapa perkara berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Pendidikan sangat mustahak. Yang pertama berkenaan dengan prasekolah. Baru-baru ini dikatakan bahawa di bawah RMK13, ada perancangan untuk menjadikan pendidikan prasekolah sebagai wajib.

Saya menyambut baik. Ia sesuatu yang baik sebab ini adalah satu trend baru dunia.

Kita nak anak-anak kita supaya masuk ke sekolah lebih awal supaya dapat ilmu yang lebih. Cuma satu masalahnya adalah sama ada ketika ini kita mempunyai kelas prasekolah yang cukup.

Sekarang ini ada tiga. Satu bawa KPM, satu bawah KEMAS, satu bawah Perpaduan. Cukup tak cukup? Kalau tak cukup macam mana? Macam mana nak hantar ibu bapa – hantar ke tadika swasta, kalau B40 mampu tak? Kita kena fikir perkara ini. Jadi, saya mohon macam ini. Apabila sebelum kita laksanakan secara wajib – selama ni tak wajib tak apalah, ia bergantung pada pilihan masing-masing, tapi bila wajib ibu bapa kalau dia tak hantar dia langgar undang-undang. Jadi, saya mohon kerajaan peruntukan dana yang cukup yang pertama.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kedua, biar semua sekolah, tak kira sekolah kerajaan atau sekolah yang berstatus sekolah bantuan kerajaan supaya diberikan dana yang sama rata, mendirikan kelas-kelas pra sebelum pelaksanaan persekolahan wajib untuk prasekolah supaya adil untuk semua ibu bapa. Tak maulah nanti yang tak mampu hantar ke sekolah di swasta.

Yang kedua berkenaan dengan KPM, kelas PPKI. Saya menyambut baik dasar kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan RMK13 sebut dengan jelas ada keperluan untuk tambah baik PPKI. Memang kita tahu ramai anak-anak kita pemegang OKU yang autisme, anak saya sendiri sebab tu saya cukup cakna berkenaan dengan perkara ini dan saya menyambut baik. Ada 34 buah sekolah sedia ada akan didirikan kelas PPKI.

Saya mohon, 34 di seluruh negara ini saya anggap figure ini sangat kecil.

Jadi, saya mohon kalau boleh diperbanyakkan. Saya nak tanya ada tak apa-apa perancangan untuk sekolah di Parlimen Rasah yang sekarang ni sekolah tu ada, tapi tak ada kelas PPKI akan didirikan kelas PPKI di bawah RMK13 dengan tanah kerajaan sebab ia ada keperluan.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Seterusnya, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kebetulan pada hari ini ada pameran di lobi Parlimen oleh penyakit jarang jumpa (rare disease) oleh Persatuan Lysosomal yang ada di Parlimen. Saya nak mohon kerajaan supaya memberikan dana yang secukupnya sebab saya tengok ada satu jawapan daripada KKM awal tahun ini, dikatakan bahawa Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa yang ditubuhkan pada tahun 2022 sehingga ini hanya dapat kutip RM105,000 sahaja daripada pihak — sumbangan dari luar, sangat jauh daripada keperluan.

Saya mohon sebagai kerajaan memberikan dana yang secukupnya kepada rawatan penyakit ini walaupun pesakitnya tak ramai tetapi kos rawatan sangat tinggi dan kita kena ingat, setiap insan, setiap nyawa sama tinggi nilainya. Jadi, mohon perhatian dari kerajaan dan juga satu lagi, berkenaan dengan rangka kerja untuk penyakit jarang jumpa yang sepatutnya dilancarkan pada 31 Julai, kenapa ditangguhkan? Saya mohon jawapan daripada Kementerian Kesihatan berkenaan dengan perkara ini.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia menuju ke arah menjadi negara tua. Ya, sebab keadaan kesihatan, keadaan pembangunan yang kita kecapi pada hari ini.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Cuma satunya, diunjurkan bahawa menjelang tahun 2030, penghujung RMK13 nanti, 15.3 peratus warga negara kita berusia 60, kita akan mempunyai 15.3 peratus warganegara kita berusia 60 tahun tahun ke atas. Saya nak tanya, apakah ada rancangan khas dari kerajaan bukan setakat bantuan wang kepada warga emas, tetapi mewujudkan kemudahan di semua komuniti seperti PAWE supaya diperluaskan skop mereka, skop PAWE dan juga agensi yang terbabit supaya lebih ramai warga emas boleh turut serta.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, berkenaan dengan pertanian. Saya nak tanya, apakah status terkini penanaman padi lima musim dua tahun yang telah dimulakan sejak dua tahun dulu? Apakah status terkini? Apakah hasilnya, apakah ia dapat hasil yang positif? Dan, tahun 2023, SSR beras tempatan kita hanya 56 peratus. Jadi, apakah SSR untuk tahun lepas? Adakah ia meningkat atau terus menyusut? Dan, apakah rancangan kerajaan dalam unjuran SSR beras putih tempatan untuk tahun 2030, 2035? Saya harap sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang kita boleh mencapai sasaran SSR 85 peratus.

Berkenaan dengan KKM juga, saya nak mohon supaya ada perhatian khusus kepada penanaman empat jenis tanaman. Empat jenis tanaman komersial ini sangat mustahak. Dato’ Yang di-Pertua, saya minta dua tiga minit sebab ini sangat mustahak.

Yang pertamanya, kopi. Kopi, kita tahu banyak kita masih import dari luar walaupun cuaca, tanah kita sesuai.

Keduanya, kelapa. Kita mempunyai iklim yang sesuai, tanah yang sesuai tapi cuma usaha itu perlu digandakan dengan sokongan daripada agensi. Bagaimana dengan bawang? Kita pernah hadapi masalah apabila India tak eksport kepada kita dua tahun dulu. Apakah status terkini?

Dan yang keempat, jagung bijian. Jagung bijian ini boleh ditanam. Saya pernah melawat satu ladang di Simpang Renggam yang sangat berjaya. Jadi, apakah statusnya?

Dato’ Yang di-Pertua, di dua minit yang terakhir, saya mohon kemukakan beberapa perkara berkenaan dengan kawasan saya untuk RMK13 iaitu yang pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sebut dengan jelas Hospital Tuanku Jaafar 2 akan dibina. Saya tahu lokasinya di bawah Parlimen Rasah. Ia amat tepat pada masanya dan disambut baik.

Cuma, saya nak sebutkan ialah, mana lokasinya? Lokasinya biarlah di tempat perumahan baharu yang mana mempunyai kepadatan yang sesuai dan elak daripada kesesakan lalu lintas untuk memudahkan para pesakit ke sana.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan perkara kedua berkenaan dengan KKR iaitu beberapa jalan baru termasuk Jalan Nilai-Labu Enstek Expressway yang sepanjang 16.3 KM. Apakah status dia? Dan juga Jalan Lingkaran Tengah. Sepanjang RMK12, jalan itu langsung tak disambung. Sekarang ini, dia kalau lingkaran itu satu bulatan, apa yang ada sekarang ini, dia hanya semi bulatan saja. Jadi, bila lingkaran itu akan disiapkan?

Sebenarnya, lingkaran ini bermula pada RMK9 dan RMK10 lagi. Jadi, bila kita nak siapkan?

Dan yang terakhir, berkenaan dengan sekolah-sekolah di bawah KPM. Saya nak tanya KPM, untuk RMK13, berapa buah sekolah baru akan didirikan di bawah Parlimen Rasah? Sebab, Parlimen Rasah adalah kawasan Parlimen yang mempunyai peningkatan penduduk paling tinggi di Negeri Sembilan. Jadi, sudah tentunya kalau ada pembinaan sekolah baru, Parlimen Rasah perlu diberikan keutamaan, terutamanya SK dan SMK S2 Heights yang pernah disebutkan beberapa tahun dulu. Apakah statusnya?

Dan yang terakhirnya, saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan SJKT Ladang Labu Bhg. 4. Sudah ada tapak baharu untuk pindahkannya di Parlimen Rasah juga. Berapakah dana dari Kerajaan Pusat untuk — pemaju dah bagi tanah dah. Okey, berapakah dana dari kerajaan untuk bantu dan SJK(T) baharu di bawah Parlimen Rasah iaitu daripada Tampin yang hanya mempunyai 10 ke 15 orang murid dipindahkan ke kawasan Rasah Jaya ataupun Thivy Jaya di bawah Parlimen Rasah yang dijangka boleh mencapai muridnya lebih 500 orang, sebab kawasan itu ramai masyarakat India di situ.

Jadi, saya mohon status permohonan perpindahan sekolah tersebut. Jadi, itu saja daripada saya. Saya menyokong sepenuhnya RMK13 ini yang saya anggap ia sebagai satu rancangan yang boleh menjadikan Malaysia menjadi negara yang lebih maju, lebih mampan dan menyeluruh di bawah teras Ekonomi MADANI kita. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikutnya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 4:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kesempatan ini dan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan atas keizinan untuk sama-sama saya berbahas tentang RMK13.

draft • 4:06 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya nak menyentuh tentang RMK13 ini dari isu realiti beban kesihatan berganda yang sedang melanda rakyat sekarang ini.

Data terkini NHMS 2024 menunjukkan bahawa 16.1 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun mengalami masalah bantut (stunted), manakala lebih 16 peratus pula kanak-kanak sekolah mengalami obesiti dan hampir 95 peratus rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya.

Ini bermaksud bukannya kurang makanan tetapi memakan makanan yang tidak seimbang. Mungkin juga berpunca daripada peningkatan kos sara hidup yang tidak selari dengan punca pendapatan. Harga makanan sihat juga semakin mahal.

Oleh itu, apabila pendapatan isi rumah terhad, makanan yang paling murahlah yang akan menjadi pilihan rakyat, bukannya mengira makanan sihat ataupun tidak.

Malangnya pula, sekarang buah-buahan import yang berkhasiat dikenakan SST. Ini menjadikan lagi makanan sihat bertambah mahal berbanding dengan makanan ringan yang tidak sihat, yang tinggi kandungan gula, tinggi kandungan garam dan lemak. Inilah antara banyak punca-punca kepada kesihatan.

Oleh itu, sebagai langkah intervensi berkesan bagi menangani isu ini, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberi bantuan makanan sihat kepada semua kanak-kanak yang berumur kosong hingga tiga tahun ataupun seribu hari pertama bagi mencegah kes malnutrisi dan bantut. Ini kerana kos bagi merawat komplikasi malnutrisi dan bantut jauh lebih besar jika dibandingkan kos menyediakan makanan percuma yang sihat kepada mereka.

Mengikut satu kajian yang dibuat, kos untuk membiayai peruntukan makanan sihat percuma sekiranya diberi sebanyak RM150 seorang bagi kanak-kanak yang berumur 1,000 hari pertama, jumlahnya hanya RM2.418 bilion setahun sahaja sedangkan kos rawatan untuk penyakit bantut dan komplikasinya menjangkau RM34.809 bilion setahun. Ini anggaran yang dibuat pada tahun 2025. Seterusnya, saya pergi kepada dana kesihatan nasional.

draft • 4:06 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan Dana Kesihatan Nasional yang diumumkan sejak Belanjawan 2023 lalu. Namun sehingga hari ini, kita masih belum nampak bentuk sebenar pelaksanaannya. Adakah ia berbentuk skim bantuan, geran atau subsidi? Siapakah yang bakal mendapat manfaat daripada dana ini? Dan apakah bentuk sokongan yang ditawarkan?

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kita sekarang ini berdepan dengan beban kesihatan berganda, dengan penyakit-penyakit NCD khasnya, penyakit tiga serangkai, obesiti dan penyakit jarang jumpa. Saya berpandangan, dana ini tidak

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

seharusnya terhad kepada rawatan penyakit kronik semata-mata. Sebaliknya, ia perlu diperluaskan untuk turut menyokong inisiatif pencegahan NCD dan promosi gaya hidup sihat.

Kita kena promote sehebat-hebatnya. Termasuklah saringan awal, intervensi di peringkat komuniti serta pendidikan kesihatan. Sekali gus, mengurangkan tekanan jangka panjang ke atas sistem penjagaan kesihatan awam negara.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Terengganu sebelumnya - yang sebelum ini telah pun mengambil langkah ke hadapan dengan menubuhkan Tabung Darul Iman – tabung TDI, dengan menawarkan bantuan kewangan kepada pesakit yang tidak mampu menanggung kos rawatan. Inisiatif yang amat bermakna untuk rakyat ini walau bagaimanapun telah berdepan dengan kekangan disebabkan jumlah permohonan jauh lebih besar daripada dana yang kita ada.

Oleh itu, saya ingin bertanya pihak kerajaan. Sejauh mana komitmen kerajaan untuk menyokong program pendanaan kesihatan di peringkat negeri yang terbukti sangat berkesan dan mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat?

Adakah melalui mekanisme Dana Kesihatan Nasional ini, kerajaan bercadang untuk menyalurkan secara terus dana kesihatan kepada program negeri seumpama Tabung Darul Iman ini? Harap Menteri dapat beri pencerahan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kesihatan dalam sesi soal jawab lisan baru-baru ini menyatakan akan membentangkan garis masa pengharaman vape di Parlimen. Saya kira ini suatu pengumuman yang sangat penting dan sangat dialu-alukan. Kerana bahaya vape telah memberi impak yang sangat buruk kepada kesihatan anak muda kita.

Namun, dalam keadaan kerajaan telah pun mengutip hasil cukai daripada nikotin yang telah dikeluarkan daripada senarai racun. Dan pada masa yang sama, sebuah syarikat antarabangsa, Inspire Technologies baru saja mendapat lesen untuk mengeluarkan peranti vape di Johor. Sejauh manakah realistiknya pengharaman ini akan dilaksanakan? Apakah status sebenar kiraan tersebut? Dan apakah jaminan kerajaan bahawa produk yang dikeluarkan, terutama yang mengandungi nikotin atau bahan seperti kanabis tidak akan dipasarkan dalam negara kita?

Kita mahukan penjelasan terperinci, bilakah tempoh pengharaman akan bermula? Apakah perancangan strategik untuk memastikan ia terlaksana secara menyeluruh? Dan bagaimana kawalan rantaian bekalan akan dijalankan agar pasaran gelap tidak mengambil alih? Kita menyokong penuh pengharaman vape, tetapi kita tidak mahu dasar ini berakhir sekerat jalan. Seperti GEG yang berakhir

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

tanpa kubur, tergendala kerana tekanan pelobi-pelobi industri. Mohon pencerahan daripada pihak kerajaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, penurunan Kadar Kesuburan Nasional.

Negara kita berdepan cabaran demografi yang semakin membimbangkan. Kadar kesuburan nasional pada tahun 2024 adalah hanya sekitar 1.7 anak bagi setiap wanita yang berumur 15 hingga 49 tahun. Angka ini masih jauh di bawah paras penggantian yang ideal iaitu 2.1 anak bagi setiap wanita.

Dalam masa yang sama, jangka hayat rakyat pula semakin meningkat.

Gabungan dua faktor ini akan membawa kepada implikasi yang sangat besar.

Malaysia sedang bergerak pantas menuju negara menua dan ini dijangka berlaku dalam tempoh yang singkat. Sekitar dua dekad akan datang, kita akan menghadapi masalah negara menua sedangkan golongan muda makin berkurang.

Apabila bilangan warga tua semakin meningkat tetapi generasi muda untuk menggantikan mereka tidak mencukupi, tekanan akan dirasai di semua sektor.

Termasuklah tenaga kerja, keselamatan sosial, serta perbelanjaan kesihatan awam.

Kumpulan tenaga kerja menjadi semakin mengecil, manakala tekanan terhadap cukai dan skim perlindungan sosial pula akan meningkat secara mendadak.

Justeru, negara memerlukan pelan tindakan menyeluruh dan realistik.

Melibatkan dasar pro keluarga, menggabungkan strategi ekonomi, sosial, perumahan yang terancam. Kajian yang tuntas perlu dilaksanakan untuk mengupas akar permasalahan, mengapa ramai anak muda menangguhkan perkahwinan serta menangguhkan melahirkan anak.

Oleh itu, untuk mendepani isu ini, sejauh mana komitmen kerajaan untuk mewujudkan satu pelan tindakan rentas kementerian yang konkrit bagi persediaan Malaysia mendepani krisis negara menua kelak? Saya bimbang keadaan ini bakal menjadi ancaman serius kepada produktiviti ekonomi dan kestabilan sosioekonomi negara di masa hadapan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu projek perumahan terbengkalai. Ini bukan perkara baharu, tapi ia terus menghantui pembeli rumah. Terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Saya maklum bahawa kerajaan telah menubuhkan task force projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai untuk mempercepatkan penyelesaian kes ini. Akan tetapi sejauh manakah keberkesanan task force ini? Berapa banyak projek yang telah berjaya diselamatkan sepenuhnya melalui task force ini?

Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian projek terbengkalai tidak boleh dilihat terpisah daripada isu bekalan rumah mampu milik, ketelusan pemaju dan

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

mekanisme perlindungan pembeli. Kerajaan perlu memastikan bahawa dalam mengejar sasaran pembinaan, tiada projek diluluskan tanpa penilaian kewangan dan teknikal yang ketat. Bagi mengelakkan projek-projek yang diluluskan berakhir dengan sakit dan terbengkalai. Ini kerana pada akhirnya, projek yang tidak dapat disiapkan mengikut perjanjian akan memangsakan rakyat yang terpaksa membayar pinjaman bank, sedangkan rumah belum ada lagi.

Tuan Yang di-Pertua, beri saya sedikit masa lagi ya. Tentang konteks kesihatan bumi yang menjadi salah satu fokus RMK13. Pengurusan sisa pepejal kekal sebagai cabaran utama negara. Jumlah sisa yang dihasilkan rakyat Malaysia terus meningkat, dengan kadar kitar semula masih jauh daripada sasaran nasional.

Tapak pelupusan sampah sedia ada di beberapa buah negeri sudah penuh menghampiri kapasiti maksimum.

Ini memberi pencemaran bau, air larut resap (leachate) serta pelepasan gas rumah hijau dari tapak pelupusan terbuka. Memberi kesan langsung kepada kualiti hidup rakyat dan kelestarian alam sekitar. Kita tidak boleh terus bergantung kepada model pelupusan tradisional semata-mata. Sebaliknya, kita perlukan pelaburan teknologi waste to energy, kemudahan kitar semula bersepadu dan sistem pengurusan sisa yang lebih efisien di peringkat PBT.

Dalam konteks ini, Terengganu menghadapi isu yang mendesak iaitu ketiadaan kemudahan tapak pelupusan sisa klinikal yang lengkap untuk zon timur.

Sisa jenis ini dari hospital, klinik dan makmal membawa risiko biologi yang tinggi jika tidak diuruskan dengan sempurna.

Pengalaman semasa pandemik COVID-19, jumlah sisa klinikal meningkat mendadak dan kita perlu terpaksa menghantar sisa ini ke negeri lain yang untuk dilupuskan. Yang memakan kos tinggi, melibatkan risiko logistik dan tidak mampan untuk jangka panjang. Oleh itu, saya mencadangkan sebuah pusat pelupusan sampah dan sisa klinikal dibuat di Pantai Timur.

Seterusnya yang akhir Tuan Yang di-Pertua, dalam membincangkan RMK13, saya ingin menegaskan bahawa pembangunan negara mesti turun ke akar umbi dan menyentuh keperluan rakyat sebenar di peringkat negeri. Di Terengganu, beberapa projek penting memerlukan perhatian dan komitmen yang jelas daripada kerajaan.

Pertama, infrastruktur kesihatan. Keperluan untuk menambah baik kemudahan kesihatan di seluruh negeri. Termasuk menaik taraf fasiliti sedia ada dan meluluskan Projek Hospital Pakar Marang serta pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, kawasan saya. Projek ini bukan sahaja untuk meningkatkan akses rawatan,

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

tapi juga mengurangkan kesesakan di hospital-hospital utama dan memendekkan masa menunggu pesakit.

Kedua, Projek Jambatan Buluh Gading di kawasan Kuala Nerus yang telah lama dinantikan. Jambatan ini sangat penting untuk menghubungkan komuniti setempat, memendekkan masa perjalanan, serta merangsang kegiatan ekonomi di kawasan sekitar. Begitu juga dengan RTB Sungai Buaya yang bukan sekadar projek infrastruktur, tapi pelindung nyawa dan harta benda kepada risiko banjir yang berulang setiap tahun.

Saya ingin tahu status terkini kedua-dua projek ini, termasuk jadual pelaksanaan dan peruntukan yang telah diluluskan di bawah RMK13.

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, saya harap keseimbangan pembangunan di negeri-negeri yang kategori miskin ini mesti dirancakkan, dilajukan. Kalau orang ke depan berjalan 100 kilometer sejam, kita yang di belakang harus lebih daripada 100 kilometer. Maka, peruntukan mesti lebih di negeri-negeri yang mundur ini, barulah satu masa kita dapat menyamai atau menyaingi negeri-negeri yang maju di Pantai Barat. Kalau tidak, sampai bila pun tetap negeri-negeri Pantai Timur ini akan ketinggalan. Itu sahaja. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Berikutnya, Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kerana memberi ruang kepada Batu Pahat untuk turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas sebagai kesinambungan perancangan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

RMK yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1965 dan kini kita berada dalam fasa ke-13. Ramai tokoh negarawan yang terlibat dalam merangka dan melancarkan RMK terdahulu telah kembali ke rahmatullah. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mengutarakan isu ekonomi tempatan iaitu di Batu Pahat khususnya mengenai barter trade, dengan izin di Pelabuhan Syahbandar, Batu Pahat. Batu Pahat ingin menyentuh tentang aktiviti ekonomi tradisional yang masih berlangsung di perairan Sungai Batu Pahat khususnya di jeti Pelabuhan Syahbandar yang menjadi pusat barter trade sejak berapa dekad yang lalu. Jeti ini telah diuruskan secara tidak formal oleh pihak swasta.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Aktiviti barter trade, dengan izin ini telah melibatkan pertukaran komoditi dari Kepulauan Riau, Indonesia seperti kelapa, kayu bakau, atap nipah, gambir dan arang dengan sumber tempatan seperti pasir dan batu. Tanpa melibatkan transaksi wang tunai, dilaporkan transaksi ini telah dianggarkan bernilai hampir RM400 juta setahun. Namun begitu, jeti ini kini telah uzur dan tidak selamat dengan kekurangan infrastruktur asas serta sistem keselamatan, proses pendaratan yang tidak sistematik dan pemunggahan barangan dari tongkang ke lori telah dilakukan tanpa alat keselamatan yang mencukupi.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terdapat Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat yang telah dirancangkan. Oleh itu, Batu Pahat mencadangkan beberapa langkah untuk penambahbaikan. Antaranya ialah penutupan jeti Syahbandar yang lama dan membina semula jeti yang baharu yang lebih bersistematik, memperluaskan jeti yang sedia ada atau penyediaan infrastruktur-infrastruktur terancang termasuk ruang pendaratan kapal, pusat lori, sistem CCTV, kren dan stor simpanan. Projek ini adalah sejajar dengan agenda Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT) dan Batu Pahat berhasrat ia nya menjadikan platform perdagangan serantau bertaraf antarabangsa dengan sokongan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, waktu ini sepanjang Sungai Batu Pahat juga terdapat beberapa jeti dari pelbagai agensi seperti Jabatan Kastam, Jabatan Laut Polis Marin dan Jabatan Maritim yang dibina secara berasingan dan tidak seragam. Batu Pahat mencadangkan agar semua jeti ini dipusatkan di satu tempat yang strategik sesuai dengan pembangunan semula pelabuhan barter trade. Saya mohon agar kedua-dua inisiatif ini dimasukkan dalam agenda pembangunan RMK13, khusus untuk di Batu Pahat.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mengutarakan isu komuniti Orang Asli di dalam Parlimen Batu Pahat. Lebih kurang terdapat lebih 150 isi rumah Orang Asli di kawasan Batu Pahat yang kini menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, perumahan, pendidikan, bekalan air, elektrik serta kemudahan digital. Penempatan mereka ini termasuk di Desa Sri Banang, Sri Pantai, Senggarang, Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam di Rengit.

Namun, terdapat di Kampung Koris, sekumpulan Orang Asli, suku kaum Jakun dari Pahang yang berpindah randah sebelum ini telah bermastautin di Kampung Koris. Mereka telah berdepan masalah dan ketiadaan dokumen pengenalan diri. Oleh itu, Pusat Khidmat Parlimen Batu Pahat telah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membantu kumpulan ini untuk mendapat dokumen rasmi melalui Program MEKAR yang kami cadangkan pada September akan datang. Terima kasih kami ucapkan pada Ketua Pengarah JPN, JPN Batu Pahat, JAKOA, ketua-ketua Kampung, Pengerusi Masjid Koris dan NGO-NGO yang membantu menjayakan usaha ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan tentang aset usang TLDM.

Sehingga 31 Disember 2022, Tentera Laut Diraja Malaysia memiliki 49 buah kapal. Namun begitu, mengikut Perintah Am ATM Bil. 1/2004, umur ekonomi sesebuah kapal adalah di

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

antara 25 tahun hingga 30 tahun. Malangnya, 26 dari 49 buah kapal yang dimiliki oleh TLDM ini telah melebihi had umur ekonomi iaitu sembilan hingga 25 tahun lebih tua dari had tersebut.

Insiden KD Pendekar, sebuah kapal serang pantas kelas handalan yang telah berusia 45 tahun telah tenggelam pada 25 Ogos 2024, pada tahun lepas di Tanjung Penyusup, Johor akibat keusangan struktur dan kebocoran yang tidak dapat dikawal. Walaupun 39 kru telah berjaya diselamatkan, tapi seorang kru telah meninggal dunia akibat lemas semasa operasi menyelamat.

Laporan audit turut menyatakan, perolehan dua buah Multi-Role Support Ship

(MRSS) telah ditunda ke RMK13. Ini menjejaskan perancangan penggantian kapal lama dan seterusnya menjejaskan keberkesanan operasi TLDM. Soalannya, adakah perolehan kapal MRSS ini telah dimasukkan secara rasmi dalam RMK13? Batu Pahat mencadangkan agar MRSS ini diberi keutamaan dalam RMK13.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan juga tentang negara menua, negara tua dan persediaan warga emas. Batu Pahat ingin menyentuh tentang isu persediaan Malaysia dalam menghadapi status negara menua pada tahun akan datang iaitu menurut PBB, Bangsa-Bangsa Bersatu, “Negara tua ialah negara dengan 15 peratus penduduk yang berusia 60 tahun ke atas”. Manakala, menurut OECD, definisi adalah 15 tahun penduduknya berusia 65 tahun ke atas.

Jika mengikut definisi PBB ini, Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030 iaitu lima tahun akan datang. Kalau mengikut OECD, Malaysia akan mencapai negara tua menjelang 2043. Persoalannya, adakah penyelarasan dasar yang akan dilaksanakan oleh Malaysia agar persediaan menghadapi fenomena negara tua ini dapat dirancang dengan teratur?

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, antara keperluan yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi negara tua ialah Malaysia disasarkan memiliki 600 doktor pakar geriatrik.

Namun, kini dikhabarkan hanya sekitar 40 orang sahaja. Begitu juga tentang jururawat terlatih khusus untuk penjagaan warga emas juga masih tidak mencukupi. Ubat-ubatan khas warga emas pula disediakan dalam kuantiti yang mencukupi, juga difahamkan lebih kurang 3,000 warga emas dalam keadaan terlantar (bedridden). Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi yang berkaitan?

Dengan jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin meningkat, kos penjagaan warga emas juga meningkat. Generasi baby boomers kini telah mencapai usia 75 tahun.

Tanpa simpanan mencukupi, ramai yang berisiko terabai jika tiada sokongan keluarga atau masyarakat. Sebagai rujukan, Kerajaan Jepun pada 2008 telah memperkenalkan dua jenis insurans khas untuk warga emas berusia 65 tahun dan 75 tahun, dibiayai secara bersama oleh peserta dan kerajaan. Adakah Kerajaan Malaysia bercadang mengambil inisiatif yang serupa bagi memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial warga emas negara ini?

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Malaysia dijangka mencapai status negara tua seawal 2030 iaitu apabila 15 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas iaitu lima tahun dari sekarang. Situasi semakin meruncing apabila kadar kelahiran negara terus menurun,kini berada pada 11.5 peratus, kadar terendah dalam sejarah negara. Jumlah kelahiran juga menunjukkan trend menurun berbanding 15 tahun yang lalu.

Secara perbandingan, Jepun kini menetapkan usia persaraan 65 tahun, manakala Singapura akan menaikkan usia bersara 64 tahun mulai tahun hadapan, mungkin akan naikkan 66 tahun. Negara-negara ini telah lama bersedia menghadapi cabaran masyarakat menua dengan memperkukuhkan dasar tenaga kerja dan dasar sosial mereka.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Waktu ini, penduduk Jepun 120 juta orang. Mereka menjangkakan akan berkurangan pada 80 juta orang pada 2070 dan mereka memerlukan tenaga muda untuk menggerakkan beberapa sektor ekonomi. Difahamkan kini lebih tiga juta tenaga asing di negara Jepun.

Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun selaras sebagaimana dengan negara Jepun dan dengan negara Singapura demi, yang pertama, untuk mengimbangi kekurangan tenaga kerja muda. Yang kedua, meningkatkan simpanan KWSP dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan. Ketiga, untuk memperlahankan penyusutan populasi pekerja dan akhirnya, membolehkan warga emas sihat, berkemahiran dan terus menyumbang.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selain isu negara itu, saya juga ingin menyentuh isu pendidikan tinggi. Pelajar Tingkatan 6 yang memperoleh purata nilai gred minimum 2.0 dalam STPM kini layak terus memasuki program ijazah universiti awam dan swasta, termasuk di luar negara. Ini adalah satu pendekatan yang wajar kerana ia menjimatkan masa dan kos bagi para pelajar serta keluarga mereka tanpa perlu melalui program diploma atau asasi lagi.

Namun begitu, difahamkan daripada 400,000 pelajar lepasan SPM setiap tahun, hanya sebahagian kecil yang dapat masuk kolej matrikulasi. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah jumlah sebenar pelajar yang telah ditawarkan kolej matrikulasi setiap tahun.

Dato’ Yang di-Pertua, isu kesihatan tumbesaran kanak-kanak seperti yang Kuala Nerus, sahabat saya terangkan, iaitu satu fenomena yang jelas berlaku. Khususnya umur satu hingga lima tahun pada 2006, terdapat 8.6 peratus kanak-kanak bantut. Pada tahun 2016, ia meningkat kepada 17 peratus dan pada 2022, kes kanak-kanak bantut di negara kita adalah 21.2 peratus. Peningkatan yang ketara kes ini tidak boleh dipandang mudah.

Saya ingin menyebut isu tempatan negeri Johor. Difahamkan peruntukan penyelenggaraan jalan negeri Johor pada tahun 2024, 2025 dianggarkan lebih kurang RM600 juta, manakala peruntukan Kementerian Kerja Raya pada tahun 2024 untuk Johor sahaja lebih kurang RM300 juta. Peruntukan-peruntukan ini antara lain ialah penyelenggaraan jalan negeri, jalan PBT, jalan kampung dan lain-lain jalan.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Oleh itu, Batu Pahat ingin bertanya. Bagaimana pihak konsesi yang dikuasai oleh pihak swasta selama ini boleh membantu kontraktor kecil di Johor sejumlah 3,000 kontraktor khususnya G1 bumiputera? Dan Batu Pahat mahu penjelasan, berapa ramai kontraktor kecil yang dapat peluang daripada konsesi ini. Dan mohon penjelasan, bagaimana prosesnya, ketelusannya dan integritinya.

Oleh itu, Batu Pahat ingin menyokong RMK13. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Seterusnya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang sangat handsome hari ini...

draft • 4:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

12 minit, Yang Berhormat.

draft • 4:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...Kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia ‘Kelima’ Belas yang bukan sekadar dokumen teknokrat, ia adalah kontrak moral dan janji politik kepada rakyat. Maka, menjadi kewajipan kita memastikan ia bukan sekadar kertas cantik berbalut tetapi pelan yang realistik yang boleh dilaksanakan. Kuasa yang diberi adalah amanah yang akan dipersoalkan bukan sahaja di peti undi tetapi juga di hadapan Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas sepatutnya menjadi peta jalan masa depan negara. Namun, setelah meneliti dokumennya, saya mendapati banyak perkara yang mengundang kekecewaan. Tema besar yang dilaungkan ialah “Melakar semula pembangunan”. Malangnya, apa yang dilakar kelihatan seperti lukisan lama yang diwarnakan semula, bukan karya baharu yang mampu mengubah landskap negara. Ia lebih menyerupai bussiness as usual, mengulang dasar lama tanpa reformasi besar yang boleh menjadi pemangkin perubahan.

Memang terdapat perkara-perkara positif. Contohnya, tumpuan kepada mitigasi banjir. Yang ini wajar dipuji. Yang baik, kita puji. Setiap tahun kerugian akibat banjir mengatasi peruntukan pencegahan. Justeru, pelaburan dalam tebatan banjir adalah langkah tepat.

Begitu juga dengan sektor kesihatan yang diperuntukkan RM40 bilion bagi lima tahun akan datang. Namun, angka ini perlu dibandingkan dengan sektor lain. Peruntukan pertahanan, misalnya, lebih besar daripada kesihatan. Saya tidak menafikan bahawa sektor pertahanan penting, tetapi ketika ini, kita masih lagi berhadapan dengan hospital-hospital sesak dengan pesakit, bilangan doktor yang tidak mencukupi, rakyat terpaksa bergelut untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya, peruntukannya sangat rendah. Kenapa peruntukan untuk sektor keselamatan melonjak secara mendadak sebanyak hampir dua kali ganda daripada RM27 bilion kepada RM51 bilion?

draft • 4:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dalam isu perumahan, kerajaan mengumumkan hasrat membina satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun. Namun, realitinya, Rancangan Malaysia Kedua Belas yang lalu, sasaran 500,000 unit tidak tercapai. Setakat Mac 2025, sebanyak 178,000 unit berjaya dibina sahaja. Yang lebih memeranjatkan, dalam keseluruhan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas, tidak ada langsung penyebutan tentang PR1MA, sedangkan perumahan mampu milik untuk golongan M40 perlu dijadikan sebagai agenda utama negara.

Persoalan besar timbul, siapa yang akan membina rumah dengan harga mampu milik kepada B40 dan juga M40 ini? Adakah private developer? Berapakah peruntukan sebenar yang disediakan untuk mencapai sasaran satu juta unit rumah ini? Termasuk kepada PR1MA.

Berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada PR1MA sejak tahun 2023 sehingga 2025 untuk membina rumah mampu milik kepada golongan M40?

Tuan Yang di-Pertua, antara kelemahan ketara ialah ketiadaan komitmen serius seperti kepada negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan yang akan merangkak di belakang. Kesannya, negeri-negeri Pantai Timur akan terus ketinggalan berbanding negeri- negeri kaya di Semenanjung Malaysia. Ini akan menyebabkan jurang antara wilayah dijangka akan terus melebar.

Berdasarkan sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas, ekonomi di wilayah miskin seperti Pantai Timur hanya akan berkembang 4.7 peratus setahun, kadar yang terendah berbanding KDNK di wilayah lain di Semenanjung. Manakala wilayah selatan akan berkembang 5.1 peratus, wilayah tengah akan berkembang 5.0 peratus setahun dan wilayah utara berkembang 5.2 peratus setahun. Pertumbuhan ekonomi di wilayah yang ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi seharusnya diunjurkan lebih pantas berbanding wilayah maju bagi memastikan jurang antara wilayah dapat dikurangkan.

Penekanan terhadap federal-state fiscal reform yang sangat diperlukan, isu perkongsian hasil, royalti minyak, geran pembangunan kepada negeri, semua ini seakan diabaikan. Jurang pembangunan wilayah telah lama melebar kerana tiadanya kesungguhan melibatkan kerajaan negeri dalam perancangan pusat. Malangnya, Rancangan Malaysia Ketiga Belas meneruskan pendekatan dari atas ke bawah tanpa melibatkan secara mendalam suara-suara kerajaan negeri yang ada di Pantai Timur.

Apakah kita tidak belajar daripada kesilapan lalu bahawa pembangunan tidak akan lestari jika sebahagian wilayah terpinggir? Rancangan lima tahun sepatutnya menyatukan negara ke arah kemajuan bersama, bukan menyebabkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pengangguran belia adalah ancaman serius. Setiap tahun ribuan graduan menamatkan pengajian tetapi ramai gagal mendapatkan pekerjaan setimpal. Ada yang menganggur berbulan-bulan, ada yang bekerja di luar bidang kelulusan hanya untuk bertahan hidup. Fenomena mismatch antara kelulusan dan pekerjaan semakin ketara. RMK13 sepatutnya menawarkan pelan jelas untuk menghubungkan graduan dengan

draft • 4:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

industri termasuk mewujudkan sektor baharu yang boleh menyerap tenaga kerja berkemahiran tinggi.

TVET sering disebut sebagai jawapan tetapi peruntukan untuknya dalam RMK13 masih kecil dan bersifat kosmetik. Jika kerajaan serius, TVET perlu diangkat setanding laluan akademik dengan pelaburan besar dalam infrastruktur, tenaga pengajar dan kerjasama industri. Industri moden memerlukan juruteknik dan profesional kemahiran yang terlatih, bukan sekadar graduan akademik tanpa reformasi menyeluruh. TVET akan kekal sebagai slogan politik semata-mata.

Bidang R&D pula sering menjadi mangsa janji besar dengan bajet kecil. Perbelanjaan R&D Malaysia sekitar satu peratus KDNK, jauh di bawah standard negara maju. Universiti dan pusat penyelidikan bergelut untuk mendapatkan dana dan banyak inovasi terhenti di peringkat prototaip. Jika kita serius mahu menjadikan ekonomi berasaskan pengetahuan, RMK13 mesti memperuntukkan pelaburan besar-besaran untuk teknologi hijau, AI, bioteknologi dan sektor strategik lain. Tanpa itu, kita hanya akan menjadi pengguna teknologi asing.

draft • 4:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sistem pendidikan tinggi yang perlu direformasi supaya selari dengan keperluan pasaran, kerjasama universiti-industri, penambahbaikan kurikulum, latihan industri jangka panjang dan peningkatan kemahiran pensyarah perlu menjadi agenda utama. Namun, RMK seakan tidak memberi fokus serius kepada isu ini.

Akhir sekali, saya nak sebutkan ialah tentang kos sara hidup kekal menjadi beban terbesar kepada rakyat. Harga barang terus meningkat, gaji bergerak dan tarif utiliti pula berpotensi naik. Semuanya menghakis pendapatan boleh guna isi rumah. RMK13 sepatutnya menjadi perisai ekonomi yang melindungi rakyat, bukannya menambah tekanan terhadap mereka.

Dalam isu kemiskinan, kerajaan tidak perlu bermegah dengan slogan “Menoktahkan Kemiskinan Tegar” sekiranya angka yang ditetapkan tidak mencerminkan kesungguhan sebenar. Realitinya, sasaran RMK13 amat mengecewakan. Kadar kemiskinan pada tahun lalu adalah 5.8 peratus. Namun, kerajaan hanya menyasarkan penurunan kepada 4.7 peratus dalam tempoh lima tahun. Penurunan tipis sebanyak 1.1 peratus sahaja. Persoalannya, adakah kerajaan benar-benar serius bertekad membasmi kemiskinan atau sekadar memenuhi angka di atas kertas?

Jurang ekonomi antara yang kaya dan miskin tidak ditangani dengan tuntas, walhal ia merupakan salah satu daripada struktur utama negara. Diukur melalui Pekali Gini, kerajaan hanya menyasarkan pengurangan marginal sebanyak satu peratus dalam tempoh lima tahun daripada 0.388 dalam RMK12 kepada 0.386 dalam RMK13. Sebagai perbandingan, purata Pekali Gini bagi negara-negara OECD adalah sekitar 0.315 peratus jauh lebih rendah dan mencerminkan agihan pendapatan yang lebih saksama. Dengan sasaran yang begitu

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

rendah, jelas Malaysia tidak akan bergerak ke arah menjadi sebuah negara yang adil dan seimbang dari segi ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, satu, dua perkara yang sangat penting yang saya nak sebutkan di sini iaitu berkaitan dengan Tabung Haji. Saya ingin bangkitkan persoalan mengenai perbelanjaan besar dikatakan sekitar RM20 juta bagi projek rebranding Tabung Haji.

Difahamkan, tiga firma yang dilantik iaitu 5Grams Communications Sdn. Bhd., Green Zebras Sdn. Bhd. dan Centriq PR Sdn. Bhd.. Antara firma yang dilantik ini adalah yang bukan dimiliki sepenuhnya oleh Muslim ataupun bumiputera. Malah diketuai oleh individu bukan Islam.

Mengapa kita nak cari orang seperti ini dan firma seperti ini? Apakah sudah tandus syarikat-syarikat firma yang dimiliki oleh orang Islam yang lebih memahami aspirasi penabung-penabung di Tabung Haji? RM20 juta ini datangnya daripada dana pendeposit umat Islam termasuk duit orang kampung, makcik-makcik di FELDA, nelayan yang sanggup menggadai nyawa di lautan serta anak muda yang menabung bertahun-tahun demi cita-cita untuk menjadi dhuyufurrahman. Tidakkah dana ini lebih baik dimanfaatkan untuk menambah baik perkhidmatan dan kemudahan jemaah atau menaja lebih 1,000 jemaah haji dengan kos RM20 juta di kalangan B40?

Apa yang membimbangkan, keputusan melantik firma-firma ini seolah-olah dilakukan tanpa pertimbangan sensitiviti umat Islam dan tanpa memikirkan keutamaan sebenar Tabung Haji sebagai institusi amanah. Saya nak tegaskan di sini, Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan. Ia adalah lambang maruah dan penjaga impian umat Islam di negara kita sejak sekian lama.

Oleh itu, saya mendesak kerajaan untuk menjelaskan di Dewan ini siapa yang meluluskan pelantikan ketiga-tiga firma ini. Apakah proses perolehan yang digunakan?

Apakah justifikasi membelanjakan RM20 juta untuk sekadar projek penjenamaan? Yang paling penting, apakah jaminan bahawa dana pendeposit akan terus diurus dengan amanah dan integriti?

Tabung Haji sudah ada branding yang cukup bagus. Dikenali di seluruh dunia.

Mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara, bahkan di seluruh dunia. Tiba-tiba dibelanjakan dengan begitu mudah, RM20 juta. Melantik firma yang bukan dimiliki oleh bumiputera dan bukan sepenuhnya dimiliki oleh orang Islam, bahkan ada di kalangan firma tersebut diketuai oleh orang yang bukan Islam.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu Tabung Haji juga saya nak bertanya kepada kerajaan — berapa kali saya bangkitkan di Dewan ini. Pernah satu ketika dahulu zaman Kerajaan PH dulu, Menteri dulu dan Menteri Kewangan dulu, Menteri Agama dulu, 106 pegangan ekuiti syarikat tersenarai. Satu syarikat perladangan tidak tersenarai, 29 hartanah termasuk hotel-hotel milik Tabung Haji telah dipindahkan kepada sebuah syarikat tujuan khas iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd..

Saya nak tanya, apabila Perdana Menteri pada September 2023 menyatakan dengan tegas bahawa aset-aset strategik Tabung Haji yang pernah dijual ini, yang dipindah ini, akan

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

dikembalikan semula kepada Tabung Haji. Kerana saya memperoleh maklumat, dalam masa yang sama yang berlaku di belakang tabir, kita mengetahui bahawa Urusharta Jamaah Sdn.

Bhd. telah berulang kali melupuskan pegangan ekuiti yang dipindah milik daripada Tabung Haji yang dikatakan akan dihantar semula kepada Tabung Haji.

Tetapi apa yang berlaku ialah pegangan ekuiti dilupuskan satu demi satu. Satu, Icon Offshore, Alam Maritim, Uzma Sdn. Bhd., Boustead Heavy Industries. UJSB telah melupuskan sebahagian besar saham dalam syarikat tersebut. Kalau kita dah lupuskan saham kita dalam syarikat tersebut, mana janji Perdana Menteri yang nak kembalikan aset itu kepada Tabung Haji kerana ia sudah menjadi milik orang lain. Bukan lagi milik UJSB yang berada di bawah Kementerian Kewangan.

Yang terbaru, Datasonic sekarang dikenali sebagai NexG yang mana UJSB pada tahun 2025 ini telah melupuskan kesemua pegangan saham dalam NexG yang sepatutnya dijanjikan oleh Perdana Menteri untuk dikembalikan semula kepada Tabung Haji. Penjualan ini tetap berlaku walaupun pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan UJSB akan memulangkan semua aset-aset strategik ini.

Saya pernah bertanya di Dewan ini. Menteri Agama menjawab, apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk kembalikan semula aset-aset ini akan diselesaikan pada suku pertama tahun 2025. Sekarang suku pertama 2025 sudah pun berlalu. Apa jadi kepada aset- aset ini? Saya bimbang ini hanyalah senarai pengumuman penting Perdana Menteri yang mulut pergi dulu kemudian otak mari, kemudian baru nak bincang. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Berikutnya Yang Berhormat Tebrau.

draft • 4:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Indera Yang di-Pertua.

draft • 4:47 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Handsome.

draft • 4:47 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Ketawa] Handsome eh. Pertama sekali, saya ingin menyatakan sokongan penuh saya terhadap Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah menyediakan satu pelan hala tuju yang jelas untuk pembangunan negara kita dalam tempoh lima tahun yang akan datang. RMK13 memfokuskan usaha salah satunya untuk melonjakkan kedudukan ekonomi negara daripada tangga ke-36 kepada 30 ekonomi terbesar dunia dengan matlamat jangka panjang untuk kita juga mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Bagi mencapai matlamat ini, saya ingin menekankan betapa pentingnya kita perlukan pembangunan zon ekonomi seperti Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) yang mempunyai potensi besar dalam merangsang pertumbuhan ekonomi. JS-SEZ yang mempunyai keluasan sekitar 3,500 kilometer persegi mampu menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Zon ekonomi ini bukan saja dapat memberikan insentif

draft • 4:47 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

yang diperlukan untuk menarik pelaburan tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk mempermudahkan perniagaan dan meningkatkan daya saing ekonomi kita.

Maka, saya ingin menanya kepada Menteri berkenaan, setakat hari ini, apakah prestasi JS-SEZ ini. Berapa pelaburan yang telah kita dapat melalui zon ekonomi khas ini?

Lagi penting pada pandangan saya, apa lagi insentif atau bantuan yang bakal diberi oleh Kerajaan Pusat kepada zon ekonomi khas ni supaya dia dapat mencapai matlamatnya sebagai pemangkin ekonomi game changer di Malaysia.

Kedua, salah satu elemen penting yang menyokong kejayaan JS-SEZ adalah projek Sistem Transit Rapid atau RTS yang merupakan nadi utama bagi memperkukuhkan hubungan ekonomi dan sosial antara Malaysia dan Singapura.

draft • 4:47 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Projek ini mempunyai potensi besar untuk merancakkan ekonomi di selatan tanah air serta mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering mengganggu perjalanan rentas sempadan. Berdasarkan kepada RMK13 dijangka projek ini akan siap menjelang tahun 2026.

Bila siap, setiap jam Dato' Speaker 10,000 penumpang bakal pergi balik daripada Singapura dan Johor dan hanya guna satu kastam sahaja. Kalau sekarang kena cap pasport di Malaysia sampai Singapore nak cop lagi.

Tapi dengan sistem RTS ini hanya satu sahaja entry point maka kita yakin dengan kesediaan RTS ini tentunya dia akan memudahkan lagi perjalanan harian rakyat dan juga ini akan merangsangkan pertubuhan pelaburan dan pembangunan sektor pelancongan dan pelaburan yang lebih berdaya saing. Tapi saya juga ada sedikit kebimbangan, mungkin bukan kebimbangan lebih kepada soalan kepada kerajaan.

Pertama bayangkan tadi saya kata setiap jam 10,000 orang keluar masuk daripada Johor Bahru-Singapura. Bila mereka sampai ke sentral, mereka turun daripada RTS itu, 10,000 orang. Bagaimana kita nak disperse atau keluarkan mereka daripada stesen sana?

Adakah mereka nak guna Grab? Kalau guna Grab, bayangkan beribu-ribu kereta kena masuk JB downtown, macam mana mereka nak keluar? Ini akan menjadikan jammed di Johor Bahru lagi teruk daripada sekarang ada.

So, saya nak tanya, adakah kerajaan ada apa-apa rancangan untuk kita adakan jalan baru, dua jalan pada pandangan saya. Satu, satu jalan menuju ke Jalan Skudai iaitu boleh bawa penumpang keluar menuju ke utara dan pihak barat Johor Bahru. Satu lagi jalan kita kena bina ke sebelah timur, Jalan Tebrau untuk membawa penumpang-penumpang keluar daripada Johor Bahru menuju ke Tebrau.

Kalaulah bukan daripada sistem jalan yang baharu, saya juga nak tanya kepada kerajaan, apakah rancangan pengangkutan awam, sistem pengangkutan awam yang akan diadakan untuk Johor Bahru memandangkan RTS ini kalau mengikut pelan tahun depan hujung tahun depan akan siap. So, maka kita perlukan satu rancangan pengangkutan awam yang lebih komprehensif untuk kita disperse orang-orang yang datang ke Johor Bahru melalui RTS.

draft • 4:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Namun Dato' Indera Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, kepada satu isu yang baru-baru ini telah mencetuskan sedikit kekeliruan di Johor Bahru.

Ini melibatkan rakyat Malaysia yang ramai sebenarnya dia guna hailing service. Dia akan hantar rakyat Malaysia kah siapa kah di Johor Bahru dia akan pergi ke Singapura. Biasanya dia akan guna kereta dia akan hantar dan dia akan ke Changi Airport.

Kita tidak boleh menafikan bahawa ramai orang di Johor Bahru dia guna Lapangan Terbang Changi sebagai lapangan terbang utama sebab kalau jalan tak jammed Johor Bahru ke Changi pun mungkin satu jam sudah sampai, kalau guna KLIA kena empat jam. So, memang itu adalah satu kebiasaan bukan satu tahun, 10 tahun, sejak dulu pun itu satu kebiasaan.

Tapi baru-baru ini Kerajaan Singapura dia telah mengetatkan pandangan mereka tentang hailing service daripada Johor Bahru ke Singapura di mana mereka mengadakan operasi dan di bawah undang-undang Singapore yang sedia ada. Bila mereka syaki ataupun mereka rasa ada isu itu hailing mereka bukan sahaja boleh tangkap malah laginya mereka boleh menyita kerajaan sementara siasatan lanjut. Ini sebenarnya telah memberi banyak impak yang negatif kepada rakyat Johor sebab kebanyakan rakyat Johor ini menggunakan perkhidmatan ini.

Bagi saya Johor dan Singapura telah lama mempunyai hubungan yang rapat dan strategik. Sebenarnya kita sekarang telah wujud JS-SEZ. Kita nak connectivity itu lebih senang tapi dengan isu ini sebenarnya dia telah menyusahkan lagi connectivity, saya rasa ini bertentangan dengan matlamat utama JS-SEZ. Saya harap kerajaan terutamanya Menteri Pengangkutan dan Menteri Luar Negeri bolehlah segera ada kan perbincangan dengan counterpart mereka di Singapura bagaimana kita nak selesaikan isu ini. Satu, sebab rakyat Johor perlukan perkhidmatan ini, kedua demi pembangunan ekonomi pelaburan dan ketiga dia akan menjejaskan pendapatan juga pemandu-pemandu orang Johor.

Bagi saya sekurang-kurangnya kalaulah saya punya cadangan beginilah. Sekurang- kurangnya boleh saya cadangkan Menteri untuk berunding dengan pihak Singapura untuk memberikan kita ini orang Johor ini untuk hantar ke destinasi drop-off yang selektif. Contohnya feri terminal ataupun ke lapangan terbang. Tempat lain tak boleh tapi hanya tempat-tempat strategik seperti lapangan terbang dengan feri terminal. Kalau perlu pun kita hanya hadkan hanya untuk warga Malaysia ataupun warga asing yang bermastautin di Malaysia.

Maknanya kita tak boleh hantar orang kalau lah daripada pelancong daripada China itu, kita tak boleh, tak apa. Sekurang-kurangnya benarkan orang Johor ini kita hantar orang Malaysia ataupun orang yang tinggal di Malaysia ke lapangan terbang ataupun feri terminal.

Seterusnya Tuan Speaker saya ingin menyentuh satu fenomena juga yang berkait rapat dengan golongan muda iaitu isu influencer negative. Kuasa media sosial sangat besar dan ia mampu membawa perkongsian ilmu, peluang ekonomi dan pertukaran idea kreatif.

draft • 4:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tapi pada masa yang sama juga, kita juga melihat banyak kandungan yang menjana perhatian melalui kontroversi keterlaluan dan tingkah laku sebenar yang tidak sihat.

Fenomena ini mempunyai ambang kemasukan yang cukup rendah. Cukup dengan telefon atau kamera untuk mendapat penonton dan pendapatan melalui iklan, kerjasama jenama, langganan atau penjualan produk. Persoalannya nilai apa yang disampaikan melalui kandungan sebegini. Saya khuatir trend ini akan memberi kesan buruk terhadap nilai, motivasi belajar dan perancangan kerjaya anak muda.

Baru-baru ini kita melihat dengan sendiri berita seperti insiden ada influencer di media sosial yang memberi tulang ayam kepada golongan gelandangan ataupun ada individu yang berbangga bila dia gagal SPM. Ini membuktikan bahawa kita perlu membimbing ekosistem media sosial secara aktif. Saya mencadangkan penubuhan satu pasukan kerja merentas kementerian yang melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan agar kita dapat mengubah satu garis panduan kawalan kandungan media sosial. Pelanggaran seperti ini kita boleh beri amaran. Berulang kita perlu hadkan pendedahan dan kes yang serius perlu disekat daripada beroperasi di platform-platform tertentu.

Pada masa yang sama kita mesti memperbanyakkan lagi pendedahan cerita positif seperti kejayaan pelajar cemerlang, pencapaian pencipta muda atau kejayaan atlet bagi menenggelamkan lagi pengaruh kandungan negatif. Saya juga cadangkan kita boleh mendapatkan inspirasi daripada negara seperti China yang tegas mengawal influencer berimpak negatif dan mempromosikan contoh teladan yang baik.

Satu lagi perkara yang ingin saya kemukakan Dato' Speaker adalah untuk kita membangunkan satu super app yang boleh memudahkan kehidupan harian rakyat Malaysia dan saya cadangkan super app ini dinamakan MyMADANI. Dalam RMK13, kerajaan telah memberi penekanan yang signifikan kepada transformasi digital. Saya rasa sudah sampai masanya kita explore, meneroka satu super app yang hanya boleh diakses melalui MyDigital ID. Okey, apa makna super app ini? Saya bagi satu contoh. Kalaulah kita ada satu super app kita boleh letak app-app daripada semua kementerian, contohnya sekarang ini kita ada MyJPJ, kita ada MyBorderPass. Apa kata kalau kita buat satu super app dan kita letak bila you open super app ini dengan digital ID maknanya terus ada akses kepada MyJPJ, terus ada akses kepada MyBorderPass. Ramai yang tidak tahu ini Dato' Speaker, kalau hari ini kalau awak masuk MyJPJ dengan e-mel awak akan dapat format standard. Tapi kalau masuk dengan national ID, awak akan upgrade kepada advance, maknanya boleh buat dengan lebih banyak benda dalam apps itu. So, kalaulah kita ada satu super app MyMADANI ini kita boleh letak banyak benda lagi. Kita boleh bayar mungkin isu-isu cukai, kita boleh guna untuk pendidikan, pelbagai benda kita boleh buat. Lagi pentingnya dengan super app ini kita boleh pastikan saranan atau mesej yang tulen dan sahih daripada kerajaan boleh sampai kepada pengguna.

draft • 4:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Contohnya, SARA RM100. Ramai di luar ingat kita kena memohon. Sebenarnya tak perlu memohon pun. Automatik dengan IC. Tapi makluman ini kena sampai kepada mereka.

Bayangkan kalau ada super app ni, dia akan maklumkan, oh terus guna IC, terus boleh buat.

Contoh penyelarasan non-subsidy yang mungkin akan datang, sama juga, boleh ajar rakyat macam mana pergi petrol station guna IC untuk pam petrol. Semua maklumat ini sahih boleh disalurkan kepada pengguna melalui super app ini dan saya rasa sudah sampai masa Malaysia guna digital untuk membantu rakyat hidup dengan lagi senang dan baik.

Tuan Speaker, satu lagi isu. PMKS, sangat penting. Malaysia ada hampir satu juta entiti perniagaan. 97 peratus adalah PMKS dan PMKS ini merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia. Dan tentunya kita kena akui sekarang mereka hadapi banyak cabaran.

Dengan penyelarasan sistem SST, dengan isu tarif yang tidak menentu, geopolitik, cabaran mereka itu memang ada. Saya nampak kerajaan perlu berikan lebih banyak bantuan untuk menunjukkan ketegasan dan kesediaan kerajaan untuk bantu mereka.

Oleh itu, saya cadangkan kerajaan sebagai satu appreciation, penghargaan kepada PMKS dan juga membantu mereka dalam business, business mereka, saya cadangkan kerajaan untuk pada masa yang akan datang mengurangkan cukai mereka. Untuk 100,000 hingga 400,000 tolak dua peratus, sekarang 26 tolak dua peratus, untuk sampai 400,000 hingga 600,000 kita tolak juga dua peratus dan untuk syarikat juga corporate tax saya juga cadangkan penurunan satu peratus untuk membantu PMKS ni.

Akhir sekali untuk isu tempatan, sedikit sahaja, Dato’ Speaker. Tadi Menteri Kerja Raya ada, sekarang tak ada. Tiga isu tempatan sahaja. Satu, sebab kesesakan yang sekian yang ada di Tebrau, khususnya di FT003, jalan Johor Bahru menuju ke Kota Tinggi. Saya harap kerajaan boleh pertimbangkan untuk membina satu flyover ataupun elevated highway dari Kampung Melayu Majidi terus ke Pekan Ulu Tiram. Jaraknya hampir 10 hingga 15 kilometer. Dan saya yakin dengan pembinaan elevated highway ini, ia akan dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan. Dan pada masa yang sama juga, saya ingin mendapat lebih banyak pencerahan daripada Menteri, status terbaru pembukaan jejambat di Cahaya Baru yang memang dinanti-nantikan oleh rakyat.

Dan isu ketiga Dato’ Speaker ialah kedesakan penduduk warga Tebrau, keperluan untuk membina satu tempat letak kereta bertingkat di Hospital Sultan Ismail untuk kita mengatasi masalah kekurangan parkir yang memang menjadi isu yang sangat besar yang dihadapi oleh rakyat.

Akhir sekali Dato’ Speaker, RMK13 adalah satu visi yang jelas untuk negara kita.

Sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya menyokong penuh usaha-usaha kerajaan dalam memperkukuhkan tadbir urus, merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kejayaan ― kesejahteraan rakyat. Saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen, tidak kiralah daripada pihak sini atau pihak sana, sama-sama untuk bekerjasama, untuk memastikan

draft • 5:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

pelaksanaan RMK13 dapat berjalan dengan lancar demi mencapai matlamat kemakmuran bersama dan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Akhir kata, Tebrau menyokong. Terima kasih, Dato’ Indera Yang di-Pertua.

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berikutnya, Yang Berhormat Gerik, sila.

draft • 5:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, atas laluan yang diberikan kepada Gerik bagi membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.

Tuan Yang di-Pertua, Gerik ingin memetik beberapa isu yang berkaitan dengan agenda bumiputera, isu portfolio luar bandar dan isu FELDA, dan mungkin juga hal berkaitan kawasan Parlimen Gerik dalam RMK13.

Pertamanya, Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada sumber Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Bab 4 – Mempercepat Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, Strategi C4.3: Memperkukuh Kerjasama Awam Swasta. Merujuk kepada strategi tersebut, ada dinyatakan bahawa proses value assessment exercise atau VAE hendaklah dilaksanakan sebagai tapisan awal sebelum kelulusan sesuatu projek.

Dalam konteks Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., meskipun value management lab atau VM Lab yang setara dengan VAE, telah dilaksanakan dengan kos pelaksanaan berjumlah RM17.4 juta oleh pihak kontraktor bagi memenuhi kehendak kerajaan. Namun, RFP baru tetap dibuka tanpa pembatalan perjanjian sedia ada. Tindakan ini menimbulkan persepsi bahawa hasil penilaian VAE tidak diambil kira secara sewajarnya dalam proses kerajaan membuat keputusan.

Jadi, justifikasi kerajaan dalam pemilihan syarikat konsesi baru bagi Menara Kuala Lumpur menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat. Memandangkan syarikat konsesi sedia ada telah memperoleh penilaian prestasi 100 peratus pada tahun 2022 serta 83 peratus pada tahun 2023 dan 2024. Syarikat tersebut tidak mempunyai rekod masalah dan telah membuktikan keupayaannya serta pengurusan yang baik sebagaimana dinilai oleh kerajaan berbanding syarikat baharu yang masih kurang pengalaman dalam pengurusan menara.

Jadi, pendekatan kerajaan dalam menangani isu Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

memperlihatkan kelemahan dalam aspek tadbir urus dan tata kelola bertentangan dengan prinsip yang sering ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keputusan ini juga mendedahkan kerajaan kepada risiko tuntutan saman bernilai RM1 bilion oleh syarikat terdahulu yang akhirnya berpotensi membebankan rakyat melalui kutipan hasil dan cukai negara.

draft • 5:04 PM

Tuan Yang di-Pertua, dalam ― Gerik juga yang menyentuh Strategi B4.1

Meningkatkan Keberhasilan Bumiputera yang Lebih Bermakna seperti yang digariskan dalam RMK13 yang merujuk kepada Dasar PuTERA35 iaitu memberi tumpuan kepada pemerkasaan bumiputera melalui peningkatan pegangan ekuiti. Dalam konteks Menara

draft • 5:04 PM

Tuan Yang di-Pertua, dalam ― Gerik juga yang menyentuh Strategi B4.1

Kuala Lumpur Sdn. Bhd., timbul persoalan bagaimana konsesi yang sebelum ini dimiliki 100 peratus oleh syarikat bumiputera telah dikurangkan dan diberi kepada sebuah syarikat yang hanya 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera. Perubahan ini kelihatan bercanggah dengan aspirasi dan semangat yang dizahirkan oleh kerajaan dalam dokumen RMK13 ini.

Perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, Gerik ingin membawa satu isu melibatkan pembangunan ekonomi luar bandar khususnya kawasan Pantai Timur dan kawasan sayalah, Gerik iaitu keperluan pembangunan jaringan jalan raya dan jalan raya strategik merentasi kawasan luar bandar. Gerik kecewa kerana RMK13 terus meminggirkan cadangan menaik taraf Jalan Raya Timur–Barat kepada empat lorong dengan lorong kecemasan atau membina laluan alternatif baharu iaitu Lebuhraya Ekspres Timur–Barat (LETB) seperti yang telah digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4).

RFN4 telah menyenaraikan Lebuhraya Ekspres Timur–Barat sebagai ganti JRTB sebagai satu jajaran strategik berimpak tinggi daripada Kulim, Gerik, Jeli ke Kota Bharu untuk menjadi koridor pengangkutan timur ke utara dan utara ke timur yang mampu menghubungkan pelabuhan, hab industri, kawasan pelancongan dan zon keselamatan sempadan. Model pembinaan yang jelas, konsep seperti Rawang Bypass yang mesra alam dan hidupan liar dan kaedah konsesi seperti Lebuhraya KL-Karak mungkin digunakan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Lebih mengecewakan, LPT3 juga yang berada dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan Kedua Belas kini hilang daripada radar, tiada dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, walhal kajian oleh KKR telah pun siap dan sampai bila projek kritikal seperti LPT ini mahu dibiarkan dan disimpan di dalam laci. Saya mendesak kerajaan memasukkan semula rancangan Lebuhraya Ekspres Timur–Barat dan LPT3 ke dalam RMK13 demi kesejahteraan rakyat di luar bandar.

Saya mencadangkan pembangunan Lebuhraya Timur–Barat ini dengan reka bentuk yang moden dan selamat, pembinaan berkualiti tinggi dan mesra alam dan hidupan liar serta mempunyai hentian rehat yang moden, stesen minyak, pengecas EV, kemudahan rehat, ruang berniaga untuk orang tempatan dan golongan Orang Asli dan juga yang terpenting adalah pasukan tindak pantas cepat seperti mana yang telah saya mohon sebelum ini bagi ― iaitu agensi penyelamat rentas agensi bagi bantuan kecemasan.

Untuk perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, Gerik juga ingin menarik perhatian Dewan kepada satu kejanggalan dalam RMK13 iaitu sumber-sumber RMK13, Bab 3, Penyeimbangan Kemajuan Ekonomi Wilayah dan Pengukuhan Pembangunan Luar Bandar, Strategi B5.1: Mempercepatkan Pembangunan Kawasan yang Kurang Membangun.

Dalam RMK13, tiada sebarang peruntukan atau perancangan jelas untuk pembangunan kawasan sempadan terutama di kawasan Pengkalan Hulu Perak, walhal kami juga adalah kawasan sempadan. Kenapa kami terus dipinggirkan? Bertahun lamanya kami menunggu, namun pembangunan hanya tertumpu kepada wilayah sempadan yang lain seperti Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang.

draft • 5:04 PM

Tuan Yang di-Pertua, dalam ― Gerik juga yang menyentuh Strategi B4.1

Mohon pihak kerajaan teliti berkenaan perkara ini. Apabila nama Pengkalan Hulu tidak di sebut dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kami akan menjadi paling ketinggalan dan jaringan pintu masuk sempadan negara. Apakah status cadangan saya bersama YB Padang Besar kepada Kementerian Ekonomi sebelum ini iaitu mewujudkan zon ekonomi eksklusif sempadan Malaysia-Thailand? Kami mahu pembangunan sempadan yang inklusif bukan hanya terhad kepada negeri tertentu. Zon sempadan seperti ini perlu digerakkan segera dengan kerjasama kerajaan negeri dan PFI agar tidak disia-siakan, anak-anak muda di daerah sempadan yang masih terpinggir yang tiada peluang pekerjaan dan peluang ekonomi.

Selain itu, satu lagi adalah projek ICQS Bukit Berapit di kawasan saya yang telah diumum bajet dalam 2025 Tuan Yang di-Pertua tapi masih terbengkalai. Jadi, kita nak tahu kenapa dan bila ianya akan dimulakan. Begitu juga, satu lagi adalah teguran saya berkenaan jalan masuk daripada pintu sempadan Malaysia, Betong ke Pengkalan Hulu iaitu FT077, satu- satunya laluan utama sempadan. Namun, jalannya sempit, usang, gelap, malah tidak langsung mencerminkan imej negara maju.

Jadi, Gerik mohon perbesarkanlah seperti mana yang berada di sebelah Thailand, kita patut seiring. Ada empat lorong dan sebagainya, ada lampu dan sebagainya. Biarlah sempadan ini bukan saja menjadi tempat yang selamat untuk kita, tapi ia juga menjadi simbol kebangkitan ekonomi, imej dan kedaulatan negara kita. Jangan jadikan Pengkalan Hulu sebagai sempadan kelas kedua negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen yang memegang portfolio FELDA di pihak pembangkang, saya berdiri di sini untuk menegur kerajaan dalam beberapa isu-isu kritikal yang menghimpit sebahagian daripada 83,000 orang peneroka daripada 112,675 orang peneroka keseluruhan FELDA. Jadi, terdapat beberapa aduan antaranya adalah pertama, isu kekurangan tenaga buruh asing yang tidak pernah selesai Tuan Yang di-Pertua, menyebabkan kelewatan tuaian terutamanya sawit dan kerugian besar industri sawit negara dianggarkan RM200 juta sebulan.

Peneroka kita semakin berusia. Generasi muda pula tidak berminat dan ramai yang menjauh tetapi kerajaan masih tiada satu pelan komprehensif bagi memastikan ladang FELDA kekal produktif. Kalau ikutkan menurut sumber Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Bab 3, Strategi B2.1: Mengurangkan Kebergantungan kepada Pekerja Asing. Perkara ini harus dinilai semula Tuan Yang di-Pertua kerana apa yang berlaku di FELDA adalah sebaliknya.

Kedua, isu potongan hasil dan hutang peneroka yang tidak wajar dan berlarutan, sedangkan di sesetengah kawasan isu buruh dan pengeluaran hasil tidak juga selesai tetapi potongan tetap dibuat ke atas peneroka.

Yang ketiga, peneroka yang ladangnya masih ditakluk pembangunan walaupun sudah melebihi tiga tahun atau ladangnya itu berstatus pemulihan sejak sekian lama, mereka

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua, dalam ― Gerik juga yang menyentuh Strategi B4.1

menerima pinjaman sara hidup sekitar RM1,200 hingga RM1,500 sahaja sebulan, Tuan Yang di-Pertua. Sedangkan kalau diikutkan ianya bukan salah peneroka sebab kerana ladang itu sepatutnya dalam perjanjian adalah selama tiga tahun saja untuk kos pembangunan tetapi apabila ia melebihi tiga tahun, peneroka terpaksa meminjam lagi dan pinjaman tersebut akan dikutip.

Jadi, di mana aplikasi insurans ladang FELDA ini? Insurans ladang FELDA ini tidak berfungsi dan Tabung Tanam Semula FELDA juga tidak berfungsi dengan baik untuk membantu peneroka bagi ladang-ladang yang bermasalah ini. Jadi, hal ini perlu dikaji semula supaya isu lambakan hutang ataupun penyata hutang tidak wajar akan berlaku lagi seperti mana sebelum ini.

Untuk rekod pada tahun 2021, Kerajaan Perikatan Nasional di bawah YB Pagoh telah berjaya membantu peneroka dengan menyelesaikan perkara ini iaitu penyelesaian penyata hutang peneroka. Jadi, kalau kita biarkan lagi, dia akan berulang lagi masalah penyata hutang kali kedua – penyata hutang tidak wajar.

Tuan Yang di-Pertua, yang keempat adalah purata pendapatan bulanan. Ramai peneroka yang ladang dalam status pembangunan tadi hanya — termasuk ibu tunggal, Tuan Yang di-Pertua, hanya menerima sekitar RM1,200 hingga RM1,500 sahaja. Ini bukan saja tidak mencukupi malah meletakkan mereka dalam kategori miskin. Hasil dan elaun minimum seperti mana dasar gaji minimum RM1,700 yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seharusnya diaplikasikan juga bagi rancangan-rancangan FELDA. Ladang peneroka yang bermasalah ini pembangunannya sepatutnya ditanggung oleh insurans ladang FELDA sepertimana saya sebut tadi termasuklah elaun sara hidup tersebut selagi mana ianya melebihi 36 bulan atau melebihi tempoh perjanjian pembangunan dana peneroka.

Yang kelima, isu pewarisan tanah dan rumah untuk generasi kedua masih dibelenggu sekatan Kanun Tanah Negara menyebabkan anak peneroka terpaksa berhijrah kerana tak ada tempat tinggal.

Kemudian yang keenam adalah Koperasi FELDA yang sepatutnya menjadi enjin ekonomi dalam FELDA tapi gagal berfungsi secara telus kerana tidak dikawal oleh peneroka.

Apakah mekanisme terbaik dalam memulihkan koperasi peneroka FELDA ini? Kemungkinan koperasi patut diletakkan di bawah KPF, Koperasi Permodalan FELDA sebagai induk atau KPF2 dan kajian perlu dibuat supaya koperasi peneroka-peneroka FELDA ini kembali hidup dan membantu ekonomi peneroka.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir adalah isu pengambilan FGV oleh FELDA yang kini telah mencapai 91 percent dan Gerik bersetuju. Kita sedang menuju ke arah delist. Ia adalah satu langkah strategik untuk penghapusan pertindihan kerja, menjimatkan operasi dan memulihkan kedudukan kewangan FELDA kembali. Namun, perlu ada ketelusan pelaporan yang berkala kepada Parlimen dan jaminan bahawa keuntungan konsolidasi ini akan mengalir terus kepada peneroka.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua, dalam ― Gerik juga yang menyentuh Strategi B4.1

Caranya adalah penyusunan syarikat ini, penyusunan semula syarikat FELDA dan FGV tadi perlu melibatkan KPF, Koperasi Permodalan FELDA yang diwakili oleh seluruh peneroka-peneroka FELDA dan staf FELDA. Dan kemudian kita juga ada KPF2 yang diwakili oleh anak generasi FELDA. Kedua-dua badan koperasi ini patut dilibatkan dalam pengambilan alihan FGV dan penyusunan semula syarikat FELDA nanti kembali kepada asal dan dasarnya kembali seperti dahulu seperti mana yang berlaku sebelum kita listing FGV.

Dan yang tak akhir saya ingin sebut isu kawasan satu. Tuan Yang di-Pertua last. Okey, bab akhir. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua berkenaan isu kawasan Gerik. Gerik ingin menyertakan keperluan mendesak yang kritikal tentang pembinaan segera hospital pakar minor Gerik yang baharu. Kita baru dapat surat jawapan bahawa kementerian ada cadangan untuk membina Hospital Pakar Minor untuk Gerik dan hospital sedia ada berusia hampir 100 tahun dan tidak lagi — infrastruktur dan kepakaran yang tidak ada. Jadi tiada doktor pakar tetap, wad bersalin yang tak lengkap dan sebagainya. Bila ada kes kritikal terpaksa dirujuk ke Hospital Ipoh dan Taiping.

Tuan Yang di-Pertua, hospital ini bukan saja berkhidmat untuk penduduk Gerik, Pengkalan Hulu dan Lenggong tapi juga menjadi tempat rawatan utama bagi mangsa kemalangan jalan raya seperti yang berlaku baru-baru ini. Kita ada dua tentera Rejimen Sempadan iaitu 3RS dan 4RS yang menggunakan hospital ini juga dan pelancong yang ke Thailand dan sebagainya.

Jadi, sehubungan itu saya, Gerik mencadangkan agar Hospital Gerik yang lama mungkin Klinik Kesihatan Premier Bandar Gerik yang dicadangkan diganti di kawasan Hospital Gerik yang lama dan mungkin satu kawasan baharu untuk pindah hospital tersebut.

Mohon masukkanlah peruntukan awal kajian dan sebagainya dalam Bajet 2026 ini agar RMK13 ini mulakanlah Hospital Gerik ini sebab kami dah tunggu lama dah, Tuan Yang di- Pertua. Gerik juga berhak menikmati akses kesihatan moden dan bermaruah. Jangan pinggirkan kami, kawasan luar bandar. Sekian saja daripada Gerik.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Berikutnya Yang Berhormat Bakri.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membincangkan isu berkenaan dengan umur persaraan wajib di negara kita memandangkan RMK13 akan mengambil kira keperluan untuk menyemak semula akta berkaitan umur persaraan dan menggubal perundangan baharu berkaitan penggajian semula bagi meningkatkan penyertaan pekerja berusia dalam pasaran buruh.

Dato’ Yang di-Pertua, fakta jelas menunjukkan bahawa usia persaraan Malaysia antara terendah di dunia sedangkan jangka hayat rakyat kita antara yang tertinggi di rantau ini iaitu 78.8 tahun bagi wanita dan 73.8 tahun bagi kaum lelaki. Negara jiran seperti

draft • 5:18 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Singapore, Thailand, Brunei dan Filipina telah menetapkan umur persaraan di antara 60 hingga 67 tahun. Dan laporan Malaysia bakal menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila 15 penduduk — minta maaf. 15 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas dengan 22.7 isi rumah warga emas hidup dalam kemiskinan. Ini laporan UNESCAP.

draft • 5:18 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Justeru, kita perlu membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi cabaran negara tua dalam masyarakat kita. Peningkatan umur persaraan memberikan pelbagai manfaat strategik kepada negara. Antaranya, ia dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menampung kos pencen, perkhidmatan kesihatan dan bantuan kebajikan. Ia juga meningkatkan hasil cukai negara kerana rakyat terus bekerja dan menyumbang lebih lama.

Memandangkan 64 peratus pencarum KWSP kini tidak mempunyai simpanan mencukupi, Laporan Bank Dunia 2021 telah menyarankan agar umur pengelola minimum KWSP dilanjutkan secara berperingkat sehingga usia 65 tahun bagi meningkatkan kecukupan simpanan persaraan. Selain itu, peningkatan umur persaraan dapat mengekalkan produktiviti melalui pemindahan ilmu dan kemahiran kepada generasi muda.

Menurut Bank Dunia, dalam jangka panjang, ia berupaya meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 0.3 mata peratus setiap tahun.

Dato’ Yang di-Pertua, kebimbangan bahawa anak muda akan hilang peluang kerja adalah tidak berasas kerana kadar pengangguran negara kita hanya 3.9 peratus, iaitu pada tahap guna tenaga penuh. Malah, warga emas yang terus bekerja dapat membantu meningkatkan permintaan domestik, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Justeru, saya ingin mencadangkan bahawa kita menaikkan umur persaraan minimum kepada 62 tahun pada tahun 2026 dan usia ini ditambahkan satu tahun setiap tiga tahun sehingga kita capai usia persaraan 65 tahun menjelang tahun 2036. Pendekatan ini akan memberikan masa kepada majikan dan juga golongan pekerja untuk menyesuaikan diri dan membuat perancangan peribadi.

Dato’ Yang di-Pertua, Strategi D2.3 dalam RMK13 menekankan penambahbaikan perlindungan sosial yang menyeluruh dan inklusif. Antaranya, cadangan penting adalah pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen, simpanan persaraan dan skim pencen.

Bagi membolehkan pesara mengeluarkan sebahagian simpanan, di samping menerima pencen bulanan.

Untuk menghadapi cabaran negara tua yang semakin hampir, Strategi B2.4 dalam Rancangan RMK13 menegaskan kepentingan simpanan persaraan yang mencukupi bagi menjamin kebajikan pekerja pada usia tua. Kita perlu sedar bahawa realiti semasa sebenarnya amat membimbangkan. Data KWSP menunjukkan bahawa 64 peratus daripada ahlinya tidak mencapai paras simpanan asas iaitu RM240,000 pada usia 55 tahun. Sekiranya pencen bulanan dilaksanakan tanpa langkah pelengkap yang lain, ia tidak akan cukup untuk menjamin kehidupan golongan pesara.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kebimbangan ini semakin ketara apabila kerajaan telah mula menghentikan skim pencen bagi penjawat awam yang baharu. Dalam keadaan ini, saya harap kerajaan tidak menggunakan alasan untuk mengurangkan beban kewangan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab memastikan pesara dapat menjalankan kehidupan mereka dengan cara hidup yang bermaruah.

Berdasarkan ILO, Recommendation No. 202, kerajaan memikul tanggungjawab untuk memastikan pesara menerima pencen bulanan minimum yang munasabah, sejajar dengan konsep social protection floors. Saya bagi contoh. Sekiranya kos sara hidup warga emas adalah RM1,000 setiap bulan, tetapi pencen bulanan daripada simpanan persaraan mereka hanya mampu membayar RM500 kepada mereka, maka di sinilah peranan kerajaan iaitu kerajaan perlu menampung lebihan RM500 sebulan sebagai subsidi bagi menutup jurang perbezaan tersebut. Ini adalah penting bagi mengekalkan lantai perlindungan sosial.

Justeru, reformasi persaraan, ia mestilah bukan sekadar meminda mekanisme KWSP, tetapi perlu mengintegrasikan sistem pencen sosial bersasar bagi mereka yang bersimpanan rendah supaya setiap warga emas memiliki pendapatan asas terjamin dan kerajaan disarankan membuat persediaan awal sebelum perkara ini menjadi satu isu sosial yang mengancam keharmonian masyarakat kita.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengutarakan keperluan mendesak untuk mereformasi mekanisme kemasukan ke universiti awam, terutamanya bagi universiti- universiti ternama ataupun kini dinamakan universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengambilan ke universiti awam kini dijalankan melalui pelbagai saluran iaitu STPM, matrikulasi, program asasi, program diploma, direct intake dan kelayakan-kelayakan antarabangsa yang lain termasuklah A-Level, AUSMET dan lain-lain.

Walaupun kepelbagaian laluan ini telah membuka lebih banyak akses kepada pendidikan tinggi, namun data pengambilan 2023 telah menunjukkan bahawa pelajar STPM yang berjaya masuk ke kursus-kursus seperti pergigian, perubatan, farmasi, undang-undang, tidak melebihi 10 peratus iaitu pergigian lebih kurang 0.59 peratus, perubatan – 1.64 peratus, farmasi – 1.67 peratus dan undang-undang – 9.89 peratus.

Ini telah menunjukkan bahawa pelajar STPM yang menuntut untuk tempoh pengajian yang lebih panjang dan peperiksaan yang lebih sukar. Namun, paradoksnya adalah bahawa ini dianggap sebagai laluan terakhir oleh universiti dan para pelajar. Maka, saya mencadangkan supaya kerajaan membentuk sebuah sistem kemasukan universiti seragam.

Kerangka ini dipacu oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Menilai semula laluan — pelbagai laluan ya, melalui kewujudan satu peperiksaan seragam ataupun mewujudkan satu indeks skor kemasukan universiti untuk menyepadankan di antara keputusan STPM, program matrikulasi, program asasi dan diploma kepada satu skala yang sama dan skala ini akan diaudit setiap tahun.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Prosesnya boleh dilaksanakan dalam tiga pusingan iaitu tawaran awal kepada kelompok teratas lima peratus untuk universiti penyelidikan. Pusingan kedua yang diurus oleh UPU dengan formula terbuka dan akhirnya fasa rayuan yang memaparkan baki tempat secara telus.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Formula ini perlulah turut memasukkan bonus markah sosioekonomi untuk calon B40 luar bandar serta Malaysia Timur supaya matlamat RMK13 iaitu pergerakan sosial benar- benar terjamin. Pengalaman antarabangsa membuktikan bahawa modal ini berkesan dan praktikal. Di United Kingdom, platform Universities and Colleges Admissions Service (UCAS) telah menyatukan di antara A-Level, IB dan BTEC di bawah skala UCAS Tariff yang membolehkan universiti menetapkan ambang kemasukan pada taraf maka yang sama sementara program tertentu seperti perubatan, menambah ujian kesesuaian seperti BMAT atau UCAT.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Semua contoh ini menunjukkan bahawa pelbagai peperiksaan dan laluan boleh dikekalkan asalkan dipetakan ke dalam satu sistem skor yang seragam yang merentasi semua laluan, formula yang telus yang perlu dipaparkan secara umum dan beberapa pusingan padanan yang ada.

Manfaatnya jelas, ini akan mengembalikan keyakinan rakyat dan membantu pelajar merancang berdasarkan ambang yang diumumkan. Dalam era persaingan global, negara seperti Vietnam dan Indonesia telah komited kepada sistem yang berteraskan merit dan justeru tanpa penyesuaian wajar, Malaysia berisiko kehilangan bakat tempatan kepada negara-negara lain, sekali gus mempercepatkan fenomena brain drain dan kita patut, kita perlu bertindak segera untuk memastikan bahawa satu mekanisme yang adil, memberi peluang yang saksama kepada rakyat Malaysia di samping memelihara ketenteraman sosial dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sila gulung.

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Akhirnya...

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat, sila gulung.

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Puan Yang di-Pertua, dengan COP30 yang semakin hampir, Malaysia mesti menggunakan peluang dalam RMK13 untuk memperkukuhkan perlindungan hutan, mengembangkan mekanisme konservasi dan mengakses pembiayaan iklim antarabangsa. Dalam konteks ini, pemerdagangan karbon merupakan instrumen penting untuk menjana dana pemuliharaan. Namun, sehingga sekarang, kemajuan mekanisme perdagangan karbon negara kita masih belum jelas. Saya mohon supaya

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai status pelaksanaan perdagangan karbon.

Dan saya ingin memberikan penghargaan kepada sekumpulan 10 organisasi masyarakat sivil termasuk Greenpeace Malaysia yang telah bersama-sama menghasilkan sebuah memorandum dengan mengemukakan cadangan-cadangan berikut...

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

(i) mewujudkan peta hutan nasional yang dipersetujui semua negeri;

(ii) menubuhkan pusat pemantauan hutan satelit;

(iii) memberi kuasa langsung kepada komuniti asli dan tempatan melalui dana akses terus;

(iv) membentuk Majlis Pembiayaan Hutan Kebangsaan yang telus; serta

(v) membuat komitmen politik menyertai Tropical Forest Forever Facility. Kelima-lima cadangan ini selari dengan strategi RMK13 dalam pengurusan perubahan iklim, pemeliharaan biodiversiti dan pengurusan pendanaan ekonomi hijau.

Justeru, saya memohon kerajaan menyatakan sama ada daripada cadangan- cadangan ini, berapakah yang telah dan sedia dilaksanakan segera.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dan bagi yang tidak bersedia untuk dilaksanakan segera, apakah rancangan, langkah atau alternatif yang akan diambil?

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

draft • 5:30 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Tanjong Karang menyambut baik pembentangan RMK13 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan”. Satu tajuk besar yang datang bersama dengan harapan besar rakyat. Persoalannya, apakah kita benar-benar bersedia untuk menaikkan lantai, meninggikan siling dan memperkukuhkan tatakelola? Atau adakah ini sekadar slogan di atas kertas tanpa penyelesaian yang tuntas?

draft • 5:34 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, sehingga saya menyentuh isu pembiayaan, satu persoalan asas yang tidak boleh diketepikan dalam melaksanakan RMK13 ini. Seperti yang diumumkan, sebanyak RM430 bilion diperlukan bagi belanja pembangunan dalam tempoh lima tahun yang akan datang atau sekitar RM86 bilion setahun. Jumlah ini sememangnya besar dan menggambarkan komitmen kerajaan terhadap agenda pembangunan negara.

Namun begitu, satu perkara penting yang perlu dijelaskan ialah dari mana sumber pembiayaan ini akan diperolehi. Sekiranya terlalu bergantung kepada pinjaman, ini akan meningkatkan beban hutang negara yang kini sudah melebihi 1.65 trilion. Langkah pembiayaan yang bijaksana dan lestari amat diperlukan. Kerajaan wajar memperluaskan asas aset negara, menutup ruang ketirisan dan memperkukuhkan tadbir urus fiskal agar setiap sen yang dibelanjakan membawa manfaat berpanjangan kepada rakyat tanpa menambah beban generasi yang akan datang.

Puan Yang di-Pertua, Tanjong Karang bukan sekadar kawasan pertanian, juga pemain utama dalam sektor agromakanan. Namun realitinya hari ini, para petani masih berdepan dengan cabaran seperti subsidi yang tidak konsisten, pasaran dikawal orang tengah dan kekurangan akses kepada teknologi moden. Harga padi pula masih ditentukan melalui sistem yang kurang memihak kepada peladang.

Dalam RMK13, kita menyasarkan untuk menjadi kuasa pengguna serantau menjelang 2040. Namun hakikatnya, ramai anak muda luar bandar berhijrah ke kota akibat ketiadaan peluang pekerjaan yang bermakna di kampung halaman. Graduan kembali dengan ijazah tetapi tiada peluang pekerjaan berpendapatan wajar. Anak muda ini tidak harus hanya menjadi pengguna tetapi harus dibimbing menjadi pencipta usahawan digital, jurutera agro dan penyelidik AI dalam pertanian.

Justeru saya ingin tahu, apakah pelan RMK13 menyediakan laluan kepada transformasi industri desa melalui teknologi digital, automasi dan e-dagang. Saya berharap RMK13 ini dapat benar-benar membawa reformasi kepada sektor pertanian luar bandar.

Apakah langkah radikal yang akan diambil untuk memodenkan Tanjong Karang sebagai ‘Jelapang Padi’ Selangor? Bagaimana kerajaan akan memastikan para pesawah diberi peluang setara untuk menjana pendapatan berasaskan teknologi?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang reformasi kesihatan di bawah RMK13. Dan Tanjong Karang menyambut baik inisiatif reformasi kesihatan ini tetapi saya kesal melihat pendekatannya bersifat terlalu longgar, kabur dan tidak ada keberanian.

Tuan Yang di-Pertua, adakah boleh kita panggil reformasi kesihatan KKM apabila membenarkan sebuah syarikat swasta bernama Rakan KKM Sdn. Bhd. beroperasi di dalam sistem perkhidmatan kesihatan awam? Semestinya, persoalan ini mengundang pelbagai persepsi negatif dan amat mengecewakan rakyat kebanyakan.

Dengan adanya Rakan KKM Sdn. Bhd., sebenarnya KKM telah membenarkan wujudnya sistem dua darjat dalam perkhidmatan kesihatan awam. Yang berduit boleh potong queue, dapat rawatan dan pembedahan yang lebih cepat. Sementara rakyat miskin yang

draft • 5:34 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

membayar cukai untuk membiayai hospital awam ini terus dibiarkan menunggu entah sampai bila. Ini sama sekali tidak adil, tidak wajar dan ini pengkhianatan terhadap prinsip kesaksamaan dan perkhidmatan kesihatan awam itu sendiri.

Puan Yang di-Pertua, persoalannya, mengapa menggunakan fasiliti awam yang dibiayai oleh wang rakyat untuk menguntungkan syarikat swasta? Hari ini Rakan KKM Sdn.

Bhd., esok mungkin Hospital Malaysia Berhad. Adakah ini ada tujuh sistem kesihatan kita perlahan-lahan diswastakan satu demi satu?

Saya ingin bertanya, apakah KKM sedar bahawa langkah ini langsung tidak menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat. Hari ini klinik dan hospital kerajaan sesak dengan pesakit-pesakit, untuk jumpa doktor rakyat terpaksa menunggu lima hingga lapan jam. Untuk mendapatkan temu janji pembedahan, ada menunggu berbulan- bulan, malah bertahun-tahun disebabkan juga kekurangan doktor, doktor pakar dan juga jururawat.

draft • 5:34 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Puan Yang di-Pertua, seterusnya pertanyaan kedua dari Tanjong Karang, kenapa Skim Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan yang sepatutnya menjadi kunci kepada akses kesihatan menyeluruh dan setara atau Universal Healthcare Coverage untuk semua rakyat langsung tidak disentuh dalam RMK13 ini? Sebaliknya, strategi pembiayaan kesihatan yang dibentangkan adalah skim insurans asas oleh Malaysia Health Insurance Transformation

(MHIT).

Ketahuilah Tuan Yang di-Pertua, MHIT ini adalah projek inisiatif swasta dan tidak wajar langsung diangkat sebagai reformasi kesihatan untuk menyelamatkan KKM atau memperkukuhkan sistem perkhidmatan kesihatan awam itu sendiri. Persoalannya, kenapa bawa insurans swasta ke dalam perkhidmatan kesihatan awam? Apakah mereka masih tidak cukup makan dengan keuntungan daripada hospital swasta? Kenapa, apa sebenarnya agenda HTO, Health Transformation Office ini. Apakah inisiatif ini juga sebagai isyarat awal kepada penswastaan perkhidmatan kesihatan awam atau ada kepentingan lain yang tersembunyi?

Tuan Yang di-Pertua, demi rakyat sepatutnya KKM mengambil tanggungjawab penuh untuk segera mempertimbangkan Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan yang memberikan Universal Health Coverage berasaskan prinsip solidariti sosial dan tanggungjawab kolektif yang mana dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dengan dana kesihatan nasional yang telus dan boleh diaudit. Bukan bawa masuk insurans swasta untuk lindungi orang-orang kaya. Nasib orang-orang miskin dan golongan B40 macam mana?

Rakyat Malaysia berhak kepada kesihatan yang adil dan setara. Jangan jadikan kesihatan sistem kesihatan kita ladang keuntungan untuk korporat.

Tuan Yang di-Pertua, adakah kita sudah terlalu selesa ataupun terperangkap dengan sistem rawatan percuma atau hampir percuma yang sebenarnya mencengkam KKM itu

draft • 5:40 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

sendiri sehingga KKM menjadi unsustainable dengan izin ataupun tidak mampan dan hampir lumpuh oleh kekangan fiskal dan tenat akibat kekurangan tenaga manusia?

Seterusnya, agenda negara menua juga bakal membawa banyak cabaran baru. Dan agenda ini akan tinggal di atas kertas sahaja jika sistem perkhidmatan kesihatan awam kita masih tenat di dalam ICU.

Tanjong Karang juga ingin bertanya, apakah status Pelan Strategik Pendigitalan KKM yang dimulakan dari tahun 2021 dan sepatutnya tahun ini 2025 telah selesai. Kenapa baru sekarang disebut pendigitalan KKM dalam reformasi RMK13? Tanjong Karang juga menyokong usaha kerajaan memperkenalkan cukai pro-kesihatan seperti cukai terhadap rokok elektronik, vape dan minuman bergula sebagai langkah tambahan untuk membiayai sistem kesihatan awam.

Cuma Tanjong Karang ingin bertanya kepada YB MK, adalah KKM melihat tindakan beberapa kerajaan negeri-negeri yang mengharamkan vape dan rokok elektronik ini sebagai isyarat jelas bahawa KKM perlu membawa semula Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam atau GEG ke Parlimen?

Ini penting kerana KKM adalah peneraju Dasar Kesihatan Awam Negara dan sepatutnya mendahului, bukan ketinggalan di belakang negeri-negeri. Tambahan pula, Titah Majlis Raja-Raja yang kedua, 269, yang bersidang baru-baru ini, jelas mengambil maklum mengenai cadangan pengharaman vape dan rokok elektronik sepenuhnya. Adakah KKM memandang serius titah ini, khususnya dalam konteks kerisauan rakyat terhadap gelombang peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja dan kanak-kanak sekolah termasuk kes pelajar dimasukkan ke hospital akibat keracunan nikotin dan penyakit paru-paru EVALI?

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, dokumen RMK13 ini harus menjadi kontrak sosial baharu antara kerajaan dan rakyat. Mesti menyatukan rakyat, bukan meminggirkan, membina harapan, bukan mencipta jurang. Dan yang paling utama, ia mesti membela rakyat disertai garis masa yang jelas, pemantauan rapi, pelaksanaan yang telus dan kebertanggungjawaban politik.

Tanjong Karang tidak meminta bulan dan bintang. Cukuplah keadilan sampai ke bendang, ke laut dan ke bilik pesakit-pesakit. RMK13 mesti menjadi pelan pembangunan untuk seluruh rakyat Malaysia. Bukan hanya yang di kota tetapi juga untuk mereka yang berbakti di desa, di sawah dan juga di ladang. Dengan semangat yang sama, Tanjong Karang menyokong RMK13 ini dengan penuh harapan dan menggesa kerajaan agar segala teguran dan cadangan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya demi kesejahteraan rakyat. Sekian, Tanjong Karang mohon menyokong.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.

draft • 5:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang di-Pertua Dewan. Alhamdulillah, pada petang ini saya diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk sama berbahas RMK13.

Peruntukan keseluruhan RM611 bilion mengikut sektor pendidikan dan kesihatan.

Dalam sektor sosial, peruntukannya RM133 bilion. Jika diagihkan secara terperinci dalam pendidikan, RM13 bilion. Dalam RMK13 sebanyak RM67 bilion berbanding kesihatan sebanyak RM40 bilion.

Dalam konteks ini, perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM611 bilion. Harapan rakyat agar kerajaan dapat menyifarkan projek-projek sakit di seluruh negara, mengurangkan ketirisan dalam pelbagai sektor dan semestinya dalam jangka masa lima tahun nanti golongan sasar akan dapat menikmati hasil seperti yang diagendakan dalam RMK13 ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam RMK13 antara ciri cita rasanya pembentukan negara bangsa, di mana strategi dan inisiatifnya memperkukuh patriotisme dan identiti nasional.

Manakala di antara inisiatifnya memantapkan khazanah warisan negara. Khazanah warisan negara salah satunya ialah memelihara tulisan Jawi bagi generasi seterusnya.

Namun begitu, sebelum saya bahaskan isu tulisan warisan khazanah negara, tulisan Jawi, saya ingin menyentuh bahasa Melayu sebagai pengukuh penyatuan perpaduan dan identiti kebangsaan. Perjuangan ini bukan sahaja melibatkan tokoh-tokoh bahasa sesuatu kaum tetapi merentas kaum yang ada di Malaysia seperti Profesor Teo Kok Seong. Pejuang bahasa Melayu pernah menyatakan semua rakyat Malaysia tanpa kaum wajar menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara.

Bahasa Melayu juga bukan sekadar alat komunikasi, lebih daripada itu sebagai alat terpenting membina perpaduan nasional. Saya tertarik dengan Prof. Teo Kok Seong kerana pandangan kebahasaannya ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai milik semua kaum, bukan terhadap untuk kaum, satu kaum sahaja.

Kita ada ramai tokoh kesarjanaan bahasa Datuk Prof. Dr. Asmah Omar, Prof.

Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan yang saya sebutkan tadi, Prof. Teo Kok Seong yang merupakan Ikon Pejuang Bahasa tahun 2015. Terdahulu kita mempunyai tokoh bahasa tersohor, Pendeta Za'ba, Tan Sri Dato' Awang Had Salleh yang mencetuskan bahasa pengantar dalam pendidikan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha melahirkan semangat cintakan negara, salah satunya ialah setiap warganegara mampu menguasai bahasa ibunda, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Citarasa ini sebenarnya telah ditakrifkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka mendaulatkan bahasa kebangsaan melalui DBP, sebenarnya sudah bermula sejak penubuhannya 1956.

Ramai tokoh bahasa yang dilahirkan untuk menyebarluaskan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Peranan DBP mengembangkan, memartabatkan dan memperkaya bahasa Melayu serta sastera kebangsaan. Peranan DBP ialah membina jati diri bangsa melalui bahasa dan sastera.

draft • 5:46 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Paling penting Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap peranan ini biarlah berfungsi dengan sebaik-baiknya, apatah lagi di antara tujuan memartabatkan bahasa Melayu, menjalankan penguatkuasaan Akta DBP seperti pemeriksaan tanda, papan tanda, dokumen rasmi dan lain-lain, selain menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta untuk memastikan pematuhan penggunaan bahasa Melayu. Sejauh manakah kerajaan hari ini melihat isu papan tanda baik di jalan-jalan raya, di gedung-gedung perniagaan dan di bangunan-bangunan kerajaan dapat dipatuhi kebahasaannya di negara ini. Jika masih berleluasa ejaan yang tidak mengikut cita rasa bahasa kebangsaan, apakah kerajaan memandang ringan tanpa mengambil tindakan sewajarnya? Pematuhan terhadap ketepatan bahasa kebangsaan yang perlu di – yang betul perlu dipergiatkan lagi.

Agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan PBT mesti melihat permasalahan bahasa yang tidak mengikut laras bahasa yang betul perlu dilakukan sesuatu agar ketidakpedulian orang awam memasang dan menaikkan sebarang bentuk tulisan perlu mengikut tata cara SOP yang mematuhi garis panduan PBT. Unit penguatkuasaan bahasa di pihak PBT perlu diwujudkan dengan lebih tegas dan serius. Kegagalan dan kelewahan pihak berkuasa tempatan menangani isu ini akan meneruskan lagi kesuraman bahasa kebangsaan untuk dipersadakan dan seterusnya semakin pudar warna jati diri warganya untuk membanggakan ketulenan bahasa di bumi sendiri.

Tujuan asas RMK13 untuk memperkukuhkan patriotisme dan identiti nasional. Salah satu cirinya ialah melalui bahasa kebangsaan yang menjadi simbol perpaduan. Negara lain amat berbangga dengan bahasa masing-masing. Maka kita juga mesti bangun, bangkit mengidentitikan kebahasaan kita bahasa rasmi negara bahasa Melayu.

Saya ingin mengulang sekali lagi dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai simbol perpaduan. Dewan Bahasa dan Pustaka mesti diberi kuasa tersendiri bagi memastikan bahasa Melayu benar-benar dirasai keberadaannya di persada negara. Bahasa asing bukan tidak penting. Biarlah DBP menyusun atur aulawiyyat kebahasaan di negara ini tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Istilah bahasa yang kita gunakan biarlah jati diri bahasa kita sendiri, bukannya dipinjam bahasa daripada orang lain, kemudian dimasukkan bahasa dalam perkamusan kemudiannya. Kita faham, kita mesti perkaya-kan bahasa, namun yang paling utama, kita perkayakan istilah bahasa kita dahulu daripada merasa hebat dan bangga menggunakan istilah negara orang lain. Dalam hal ini, janganlah kita pinggirkan pengistilahan bahasa kita yang mudah difahami.

Bahasa kita hebat dipertuturkan dengan lenggok gaya bahasa kita daripada menggunakan bahasa bombastik yang sukar disampaikan kepada rakyat di bawah sana. Bak kata pepatah nenek moyang kita, kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Urusan bahasa kita ditinggalkan kerana lebih mementingkan urusan bahasa orang lain.

draft • 5:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya juga ingin mencadangkan agar semua papan tanda memberi keutamaan kepada bahasa kebangsaan, manakala bahasa lain diletakkan jika ada dengan saiz yang lebih kecil. Begitu juga dengan kain rentang dalam majlis rasmi mana-mana majlis sekalipun, keutamaan bahasa kebangsaan didahulukan. Memberikan insentif tertentu kepada syarikat besar atau kecil yang memartabatkan bahasa kebangsaan dalam operasi harian mereka, membuka peluang latihan dalam operasi harian mereka. Membuka peluang latihan berbahasa kepada pekerja memantapkan kebahasaan mereka terutama dalam bidang perkhidmatan pelanggan.

Saya amat berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menunaikan amanah negara agar pemartabatan bahasa kebangsaan dapat dirasai oleh denyut nadi rakyat. Dengan maksud ilmu kebahasaan yang betul dapat sampai ke bawah dengan acuan pimpinan yang menggunakan laras bahasa yang betul dan tepat, manusia akan mengikut bagaimana acuan atau pembawaan kepimpinan mereka.

[Membaca sepotong ayat al-Qu'ran] Begitu juga dengan peranan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang ditubuhkan bagi mengangkat industri terjemahan di Malaysia, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pembinaan ilmu di semua peringkat, sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa, turut bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulisan tempatan bagi merancakkan industri pembukuan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, keperluan untuk mendalami kebahasaan di negara kita dengan kewujudan dua agensi ini sudah cukup menggemilangkan bahasa kebangsaan.

Kemungkinan dan kebarangkalian sokongan dan penglibatan kerajaan dalam hal memperdanakan projek bagi memartabatkan bahasa ada kekangan dari segi dana dan birokrasi kewangan.

Saya dalam Dewan yang mulia ini mencadangkan dalam tempoh lima tahun akan datang, dua badan induk di bawah pentadbiran KPM dapat diluaskan kuasa mereka dalam menyediakan dan menawarkan kempen, kursus dan program-program kebahasaan yang diperdanakan bagi mendapat kesan terbaik kepada rakyat umumnya.

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi dalam memperkukuhkan patriotisme dan identiti nasional. Manakala di antara inisiatifnya, memantapkan khazanah warisan negara. Kita sedia maklum, tulisan Jawi telah menjadi tulisan kedua selepas tulisan Rumi menjadi tulisan rasmi negara. Tulisan Jawi telah menjadi khazanah warisan berharga. Sudah pasti tulisan Jawi masih digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di seluruh negara.

Buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah masih lagi dalam penulisan Jawi. Dalam setahun dua ini sahaja, soalan tulisan Jawi telah dibuang dalam peperiksaan Pendidikan Islam SPM. Kesannya ialah pelajar sekolah di peringkat SPM tidak lagi belajar hal ehwal tulisan Jawi dan saya yakin ada yang tidak mampu menulis Jawi lagi.

draft • 5:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Hal ini amat menyedihkan. Tulisan Jawi warisan negara tidak dipedulikan oleh anak cucu mereka.

Namun begitu, dalam kerangka menghidupkan kembali nafas tulisan Jawi di peringkat menengah, saya cadangkan agar semakan kurikulum pada tahun 2027 meletakkan tulisan Jawi bukan seperti sebelumnya, hanya sekadar 10 markah sahaja tetapi lebih pada itu. Tulisan Jawi di peringkat menengah boleh dikuasai sepanjang kehidupan pelajar. Ini bermakna dijadikan tulisan Jawi antara bahagian pemarkahan terpenting dalam peperiksaan SPM dan pada tahun pelaksanaannya nanti.

Kewibawaan politik kerajaan dalam mengangkat martabat tulisan Jawi sangat dituntut bagi merealisasikan keperibadian tulisan Jawi. Seterusnya, bagi negeri yang mewajibkan papan tanda mempunyai tulisan Jawi di premis bangunan dalam kawasan PBT, saya ucapkan tahniah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya, setiap Ahli Parlimen mempunyai pusat khidmat dalam Parlimen masing-masing, baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang.

Dalam pengurusan pusat khidmat mempunyai pegawai staf yang tetap dan diberi elaun mengikut perkiraan masing-masing. Saya cadangkan dalam menyuburkan semangat demokrasi dan secara tuntasnya menyemarakkan semangat cintakan negara, sepatutnya pusat khidmat untuk rakyat diteruskan fungsinya dengan mandat rakyat yang diberikan kepada Ahli Parlimen yang dipilih.

Maka sudah tentu, saya memohon agar pihak kerajaan tidak meminggirkan dana untuk pembangkang bagi menguruskan pusat khidmat Parlimen. Sejak dahulu lagi, dana sebanyak RM300,000 telah disalurkan untuk pengurusan pusat khidmat. Saya mencadangkan dalam reformasi Parlimen Malaysia, ditetapkan mana-mana kerajaan yang mendapat kuasa menyalurkan dana pengurusan kepada semua Ahli Parlimen bagi menguruskan pusat khidmat Parlimen.

Keadilan ini jika diberikan sebenarnya akan menolak sebarang bentuk bencana kepada negara kita. Jika dalam keadaan sekarang sekiranya berlaku pertukaran kerajaan, berlaku juga perkara yang sama, rakyat akan menerima hukuman yang sama. Mandat ini menjadikan rakyat tidak berfungsi dengan sebaik-baiknya. Semoga mendapat perhatian kerajaan dalam menguruskan kewangan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Julau.

draft • 5:50 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam pembahasan RMK13 ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat

draft • 5:58 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan RMK13 minggu lalu yang tuntas dan menyeluruh.

Namun, saya ingin menegaskan bahawa tumpuan di Sabah dan Sarawak masih belum mencukupi. Kawasan pedalaman seperti Julau masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung. Jurang pembangunan kekal ketara walaupun negara telah merdeka lebih enam dekad. Dengan peningkatan hasil kerajaan dan perbelanjaan pembangunan dalam RMK13, inilah masanya untuk membetulkan ketidakseimbangan dan kemajuan harus bersifat inklusif dalam membawa manfaat kepada semua.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebahagian besar pembangunan infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sarawak berada di bawah pengendalian kerajaan negeri melalui Regional Corridor (RECODA) dan agensi-agensi di bawahnya seperti URDA, HDA, NRDA dan sebagainya. Namun, pembangunan luar bandar ini tetap adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

draft • 5:58 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ketiadaan penyelarasan yang baik sering kali menimbulkan pembaziran dan kelewatan. Sebagai contoh, pada tahun 2018, terdapat 21 buah sekolah rendah di Julau masih menggunakan set jana kuasa walaupun grid kuasa ataupun grid hanya berada 10 meter sahaja. Selepas isu ini berkali-kali dibangkitkan di Parlimen, barulah masalah tersebut diselesaikan. Situasi sama berulang kepada menara telekomunikasi yang bergantung kepada jen – set jana kuasa walaupun grid elektrik berdekatan.

Hal ini berlaku di kawasan seperti di Nanga Sengaih, Nanga Banyu, Nanga Meluan, Nanga Bulo, Sungai Bangkit, Genting Kopi, Nanga Apoh dan tempat-tempat lain di kawasan Julau.

Masalah jelas menunjukkan budaya kerja secara silo antara semua agensi yang sepatutnya dihentikan. Saya cadangkan penubuhan satu jawatankuasa pembangunan Parlimen yang melibatkan dan dipengerusi oleh Ahli Parlimen secara langsung dalam proses perancangan, pemantauan dan penyelarasan projek bersama wakil kerajaan negeri.

Keputusan dibuat bersama dan pelaksanaan dapat dipercepatkan. Struktur seperti ini pernah dirancang, tetapi kerana faktor politik yang tidak sehaluan, ia tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, misalnya projek loji rawatan di Rawatan Air Julau yang telah diluluskan, tetapi masih belum dilaksanakan. Isu bekalan air telah berkali saya bangkitkan dan jawapan yang diberikan adalah terlalu general, dengan izin. Rakyat cuma minta, bilakah ketiga-tiga projek ini akan dimulakan dan tarikh jangka akan disiapkan bagi:

(i) Projek Bekalan Air Luar Bandar, Kawasan Julau Fasa 2;

(ii) Projek Bekalan Air Luar Bandar, Kawasan Nanga Lasi, Jalan KJD; dan

(iii) Projek Bekalan Air Luar Bandar, Kawasan Lemujan, Wak dan Pedanum.

draft • 6:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Begitu juga dengan pembinaan Balai Bomba Kategori D di Julau. Bilakah kerajaan akan melaksanakan projek ini memandangkan ianya sudah dikenal pasti dan telah diwartakan pada RMK12 dan adakah projek ini akan diteruskan melalui RMK13.

Berkenaan kesambungan digital, saya difahamkan bahawa liputan Internet di Julau telah mencapai kawasan sebanyak 58.2 peratus. Bagaimanakah pula dengan baki 41.8 peratus yang tidak mempunyai akses Internet?

Dalam zaman ekonomi digital hari ini, akses kepada Internet bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan asas. Saya desak agar kerajaan memberi perhatian untuk memperluaskan liputan Internet ke seluruh kawasan Julau dan luar bandar, Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai isu pengurusan nadir bumi. Malaysia memiliki simpanan sumber nadir bumi beranggaran 16.1 million metrik tan dan peningkatan harga pasaran global, nilainya berpotensi mencecah RM800 bilion.

Saya difahamkan kerajaan berusaha menarik pelaburan dari China bagi membangunkan facility penapisan dan pemisahan REE di negara ini. Namun, sehingga kini, tiada kemajuan. Sementara itu, lesen eksport bahan mentah REE tidak dikeluarkan menyebabkan sumber ini tidak dapat dimanfaatkan. Cuma, kita berfikir di luar kotak dan berunding dengan China, negara China, agar bahan mentah REE dari Malaysia dieksport ke China untuk melalui separation mineral process, dengan izin.

Di sana, dengan syarat hasil pemisahan tersebut mesti dihantar semula ke Malaysia.

Perkhidmatan ini memang telah ditawarkan di China pada kadar harga tertentu. Malaysia akan berpotensi menarik lebih banyak downstream players, dengan izin termasuk syarikat pembuatan super magnet dan industri berteknologi tinggi.

Langkah ini juga akan mengurangkan risiko pengangkutan, pergantungan kepada satu syarikat sahaja seperti LINUS. Adakah kerajaan akan berunding dengan negara China bagi meneroka kemungkinan pembelian semula bahan REE yang telah melalui separation process di China sebagai rundingan rasmi dan apakah keputusan rundingan tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, untuk projek luar bandar dan untuk projek jalan luar bandar dan solar lampu daripada KKDW, saya cadangkan projek disalurkan secara geran, sumbangan tidak melebihi RM500,000 untuk dilaksanakan secara gotong royong di Sabah dan Sarawak. Dengan ini, kos projek boleh dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti.

Sebagai contoh, tahun 2019, projek pembinaan Jalan Ulu Kota di Julau ditender sebanyak harga RM300,000. Projek tidak dapat disiapkan dalam masa yang dijangkakan dan proses tender semula berlaku beberapa kali. Akhirnya, projek siap pada tahun 2023.

Sebaliknya, berbanding di Jalan Merurun, Entabai pula tahun ini, kita menyalurkan sumbangan untuk gotong royong bagi projek jalan lebih panjang dengan kos hanya RM200,000. Projek tersebut berjaya disiapkan dalam masa enam hari sahaja dengan kualiti yang setanding dengan kerja kontraktor luar.

Satu lagi contoh ketisiran – ketirisan adalah kos yang tinggi. Bagi harga sebatang tiang lampu solar diperuntukkan oleh KKDW, dikatakan mencecah sehingga RM10,000

draft • 6:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

sebatang. Walhal, harga sebenar bagi tiang lampu solar untuk 1,000MW adalah kurang daripada RM2,000 termasuk pemasangan.

Oleh itu, cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM1 juta ringgit kepada semua ahli parlimen kawasan luar bandar, khusus untuk projek gotong-royong rakyat untuk mempercepatkan pemegangan luar bandar tanpa terlalu bergantung kepada KKDW. Di samping menjimatkan kos dan menerima manfaat dengan lebih cekap.

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong terhadap langkah kerajaan dengan isu rasionalisasi, subsidi dan menggalakkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan melalui STR dan saluran kebajikan. Namun, kerajaan patut menetapkan satu sasaran jelas menjelang tahun 2030 untuk menamatkan subsidi secara berperingkat. Subsidi sering mengakibatkan manipulasi pasaran dan kekurangan bekalan.

Persoalannya, adakah terdapat perancangan kerajaan untuk melaksanakan pengurangan subsidi secara beransur-ansur dalam tempoh berapa tahun akan datang tanpa pengumuman dasar secara mengejut. Hal ini bukan saja memberi ruang kepada rakyat untuk merancang, malah membolehkan pihak dalam rantaian pembekalan menyelesaikan operasi mereka secara lebih teratur.

Tuan Yang di-Pertua, justeru isu berkaitan Pelan Pembangunan Nusantara di Kalimantan yang boleh membawa manfaat besar kepada Sarawak, khususnya kawasan luar bandar. Saya cadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan sebuah Kompleks ICQ di kawasan Kapit yang merupakan titik paling dekat di Sarawak ke Nusantara.

Berbanding dengan Kuching atau bandar-bandar lain yang jauh ke selatan, Kapit mempunyai kelebihan dari segi jarak dan potensi akses langsung ke Kalimantan Timur.

Pembukaan laluan rentas sempadan ini akan membuka ruang kepada pelbagai aktiviti ekonomi termasuk perdagangan, pelancongan serta logistik rentas sempadan. Lebih penting, cadangan ini dapat memanfaatkan kawasan pedalaman seperti Julau, Kanowit, Ulu Rejang, Selangau, Sarikei, Mukah dan kawasan-kawasan lain berhampiran, serta boleh menggalakkan pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menghidupkan aktiviti ekonomi tempatan.

draft • 6:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Saya percaya pembangunan ICQ di wilayah tengah di Sarawak ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan wilayah tengah Sarawak dan sekali gus menyokong matlamat pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar. Adakah perancangan di antara ke dua negara, Malaysia dan Indonesia untuk berbincang lanjut berkenaan dengan pembinaan Kompleks ICQ ini dan jika ya, apakah keputusan rundingan tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu sensitif iaitu penggunaan kategori lain-lain dalam borang rasmi kerajaan khususnya dalam sistem seperti Rakyat Digital. Saya menyeru kerajaan agar berhentikan penggunaan label lain-lain terhadap kaum-kaum peribumi di Sabah dan Sarawak dan menggantikannya dengan istilah yang lebih sesuai dan bermaruah.

draft • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Soalan kepada Menteri Perpaduan, adakah perancangan kerajaan atau political will dengan izin bagi ‘bangsa Malaysia' digunakan sebagai ganti dalam semua borang kerajaan dan swasta seperti di negara Indonesia? Bukankah ini — bukankah ianya lebih penting untuk fokus kepada perpaduan negara daripada pengasingan kaum?

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan patut mempertimbangkan untuk menghapuskan hutang bagi peminjam PTPTN daripada golongan B40 ke bawah khususnya miskin tegar serta mereka yang telah lama menganggur. Daripada memberi bantuan tunai adalah lebih berkesan untuk menghapuskan hutang tersebut secara menyeluruh.

Pada masa sama, kerajaan mesti bertanggungjawab memastikan kursus-kursus di universiti selaras dengan keperluan pasaran. Jika graduan menganggur kerana kursus yang tidak relevan, kerajaan seharusnya menanggung implikasi tersebut. Jangan bazirkan masa dan tenaga anak muda kita. Dengan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melaksanakan penghapusan hutang ini bagi mereka yang benar-benar tidak mampu membayar. Jika Kerajaan Sarawak mampu membantu rakyatnya melangsaikan hutang PTPTN, mengapa kerajaan lain tidak boleh? Ini bukan persoalan kemampuan semata-mata tetapi persoalan political will dengan izin dan keikhlasan membantu rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, ramai mungkin tertanya apakah itu penyakit jarang jumpa.

Yang dianggarkan satu juta rakyat Malaysia menghidapnya iaitu 3.5 sehingga 5.9 peratus populasi negara. Ini bukan angka sahaja. Ini nyawa, keluarga, dan harapan. Jurang antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak amatlah ketara. Di pedalaman seperti Julau, akses kepada saringan genetik dan rawatan hampir tiada. Hakikatnya, penyakit ini tidak jarang, cuma diagnosis lewat kerana kekurangan kemudahan.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Saya menggesa pelaksanaan segera pelan tindakan nasional penyakit jarang jumpa dengan;

(i) pelaksanaan saringan bayi baru lahir dan sekurangnya 20,000 ujian genetik setahun;

(ii) pangkalan data nasional untuk perancangan tepat;

(iii) pembiayaan lestari keperluan orphan drugs dengan izin secara berpusat dan skim SOCSO; dan

(iv) akses inklusif, tambah klinik genetik di Pantai Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak. Pemudah laluan rujukan, latih lebih ramai pakar.

Kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, bilakah Polisi Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan akan dimuat naik ke portal rasmi kementerian seperti yang dijanjikan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva pada Mei lalu? Pastinya kerjasama rentas pemegang berkepentingan amat diperlukan.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua saya akhiri dengan menekankan bahawa ini bukan soal kos, ini soal hak asasi dan janji Malaysia MADANI. Yakni kesejahteraan untuk semua

draft • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

rakyat tanpa mengira status agama dan bangsa. Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah peluang keemasan untuk kita membina negara yang lebih adil dan seimbang. Saya percaya dengan komitmen penuh dan telus, kita boleh membawa perubahan yang besar. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri hari ini untuk menyertai perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sebuah Pelan Pembangunan Nasional yang akan menjadi peta hala tuju negara dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu dari tahun 2026 hingga 2030.

RMK13 muncul pada waktu yang amat kritikal ketika negara sedang memerlukan pemulihan yang menyeluruh, penstrukturan ekonomi yang adil, serta peralihan kepada pembangunan mampan dan berdaya tahan. Saya bangun bukan hanya sebagai wakil rakyat di kawasan Mersing, tetapi sebagai suara kepada komuniti luar bandar, pesisir, pulau-pulau dan kawasan FELDA di Timur Johor yang sering kali terpinggir daripada limpahan pembangunan arus perdana.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang terkandung dalam RMK13.

Ini adalah langkah strategik untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala, menarik pelaburan asing berkualiti tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan baik.

Namun, saya ingin menyuarakan beberapa kebimbangan.

Pertama, Pelan Induk JS-SEZ masih belum dibentangkan secara rasmi. Angka pelaburan sebanyak RM25 bilion dalam tempoh lima tahun adalah signifikan, tetapi sejauh mana ia benar-benar berpaksikan kepada pelaksanaan yang inklusif dan telus? Apakah jaminan bahawa rakyat Johor, khususnya golongan B40 dan M40 akan mendapat manfaat daripada limpahan ekonomi ini? Saya bimbang jika projek ini hanya memberi keuntungan kepada modal asing dan golongan elit, manakala rakyat tempatan terpinggir dan hanya menjadi pemerhati kepada transformasi ekonomi yang sepatutnya melibatkan mereka secara langsung.

Saya juga ingin bertanyakan, apakah dasar perumahan yang telah disediakan untuk mengawal lonjakan harga rumah di kawasan sekitar JS-SEZ? Terdapat laporan bahawa harga hartanah dijangka meningkat sehingga 30 peratus. Tanpa dasar mitigasi yang jelas, penduduk asal akan terhimpit oleh gelombang kenaikan kos sara hidup. Dalam aspek pembangunan bakat pula, saya mengalu-alukan kewujudan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC). Namun, saya ingin tahu apakah modul latihan kemahiran yang telah dirangka

draft • 6:15 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri dalam JS-SEZ? Adakah peluang ini benar- benar disediakan untuk anak-anak Johor, termasuk dari kawasan seperti Mersing?

Tuan Yang di-Pertua, kawasan Mersing tidak wajar terus berada di luar bandar, di luar radar pembangunan nasional. Daerah ini memiliki keunikan geografi, warisan budaya, serta potensi pelancongan dan ekonomi biru yang luar biasa. Namun, infrastruktur asasnya masih jauh ketinggalan berbanding kawasan lain. Saya mencadangkan agar Mersing diangkat sebagai sebahagian daripada Zon Pelaburan Pelancongan Strategik (STIZ) menjelang Tahun Melawat Malaysia dan Johor 2026. Ini akan membolehkan kerajaan menyalurkan insentif pelaburan, menaik taraf infrastruktur dan membangunkan produk pelancongan berasaskan komuniti secara sistematik.

Justeru, saya ingin bertanyakan apakah bentuk insentif pelaburan, galakan cukai dan kemudahan sokongan yang akan diberikan kepada pelabur tempatan dan luar negara dalam STIZ dan bagaimana STIZ boleh dimanfaatkan untuk memperkasa pelancongan luar bandar, pelancongan komuniti serta pemeliharaan alam sekitar dan budaya? Saya juga ingin menggesa agar projek-projek penting berikut diberikan keutamaan di bawah RMK13 untuk meningkatkan industri pelancongan dan sektor ekonomi lain di Mersing.

Pertama, projek membina jalan dan jambatan menghubungkan Jalan Felda Nitar - Mersing (FT1425) ke Jalan Air Merah (J85) dan Bahru - Kuantan (FT003) Dua, pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Mersing.

Keiga, Rancangan Tebatan Banjir di Mukim Tenglu.

Kempat, sambungan dan peningkatan bekalan elektrik serta sistem air bersih ke pulau-pulau dan perkampungan Orang Asli.

Saya juga menyokong penuh matlamat RMK13 untuk pemerkasaan ekonomi biru sebagaimana keutamaan A3. Mersing adalah lokasi ideal untuk dijadikan hab ekonomi biru Wilayah Timur Johor.

draft • 6:15 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Daerah Mersing mempunyai biodiversiti laut yang unik, sektor perikanan aktif, potensi besar dalam penternakan ikan, pelancongan laut dan pendidikan sains marin. Namun, infrastruktur yang ada adalah daif. Saya ingin mencadangkan:

(i) diwujudkan hab ekonomi biru dengan kemudahan R&D, pengangkutan sejuk dan pusat pengubahan hasil laut;

(ii) pengubahan had pelabuhan Mersing supaya dibenarkan beroperasi melebihi 10 batu nautika dari jeti penumpang Mersing;

(iii) penubuhan Institut TVET Marin dan Perikanan khusus untuk belia pesisir dan anak-anak nelayan; dan

(iv) pelaksanaan projek solar hibrid, grid mini dan Internet satelit untuk pulau-pulau.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk keutamaan B1 reformasi pendidikan, di kawasan Mersing juga masih banyak sekolah yang kekurangan guru opsyen menggunakan papan

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

putih dan tidak mempunyai kemudahan makmal komputer yang berfungsi. Liputan Internet juga lemah. Demi meningkatkan kemahiran pelajar, kompetensi guru serta kualiti kandungan pengajaran dan pembelajaran di Mersing, saya mohon agar:

(i) pembinaan sekolah menengah kedua di kawasan Endau bagi menampung keperluan SMK Ungku Husin;

(ii) pembinaan trek balapan di SMK Anjung Batu;

(iii) Program Digitalisasi Pendidikan dipercepatkan; dan

(iv) Program Sekolah Angkat MADANI diperluaskan ke Mersing.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, pesawah padi di Kampung Semaloi, Endau dan Kampung Air Papan, Mersing masih berdepan masalah sistem pengairan yang tidak efisien, walaupun mendapat jolokan “Periuk Nasi Selatan”. Sawah hanya dapat diusahakan setahun sekali di Air Papan, sedangkan berpotensi untuk dilaksanakan dua kali setahun. Beberapa blok sawah di Kampung Semaloi pula mengalami masalah saliran air ketika penanaman luar musim.

Merujuk keutamaan A4, pengukuhan keterjaminan makanan, saya memohon agar RMK13 menyediakan peruntukan khas untuk sistem pengairan moden di kawasan sawah Endau iaitu dilaksanakan projek menaik taraf infrastruktur pengairan sawah Endau. Selain itu, perlu disegerakan proses memasukkan kawasan sawah Endau, sawah Air Papan dan sawah Kahang dalam IADA Rompin.

Tuan Yang di-Pertua, Mersing menyambut baik komitmen kerajaan terhadap FELDA dan menjadikan komuniti peneroka masih diiktiraf sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan nasional, sebagaimana dalam keutamaan B5, pengimbangan kemajuan ekonomi wilayah dan pengukuhan pembangunan luar bandar. Pada tahun 2019, kerajaan juga telah membentangkan Kertas Putih ke arah kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA. Saya ingin bertanyakan, apakah status pelaksanaan berdasarkan syor- syor dan strategi pemulihan yang dikeluarkan oleh Kertas Putih FELDA ini?

Berdasarkan keutamaan B5 RMK13 dan Kertas Putih FELDA, saya ingin menyentuh satu isu penting yang semakin kritikal dalam komuniti FELDA iaitu berkaitan urusan pewarisan tanah, ladang dan kediaman oleh generasi penerus peneroka. Merujuk Kertas Putih FELDA 2019, lebih 69 peratus peneroka FELDA berusia antara 61 hingga 79 tahun dan ramai dalam kalangan mereka masih terikat dengan program penanaman semula dan pinjaman sara hidup. Dalam banyak kes, apabila peneroka meninggal dunia, urusan penamaan pengganti atau pentadbir sering menghadapi jalan buntu.

Mengikut Akta Kawasan Tanah Berkelompok 1960 [Akta 530] atau Akta GSA, urusan pewarisan tanah di kawasan FELDA tidak boleh dilakukan seperti harta pusaka biasa. Ia tertakluk kepada syarat yang ketat, termasuk keperluan kelulusan FELDA dan pihak berkuasa negeri. Akta ini menetapkan sekatan urus niaga ke atas tanah dan pewarisan juga tidak berlaku secara automatik, sekalipun waris telah diiktiraf melalui surat kuasa mentadbir atau Mahkamah Pusaka Kecil.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Akibatnya, banyak kes tertangguh, ladang tidak diusahakan dan FELDA sukar memulakan program penanaman semula atau pembangunan sosioekonomi kerana status pemilikan tidak sah. Lebih membimbangkan, jika tiada waris yang aktif atau bersedia mengambil alih ladang, tanah akhirnya terbengkalai.

Saya mohon agar RMK13 mengambil perhatian serius terhadap isu pewarisan ini.

Beberapa cadangan wajar dipertimbangkan oleh kerajaan:

(i) menubuhkan Unit Pewarisan FELDA Bersepadu dengan mandat khusus untuk mempercepat dan mempermudah urusan penamaan pengganti peneroka;

(ii) mengkaji semula peruntukan tertentu dalam Akta GSA agar ia lebih inklusif, mesra waris, tanpa menjejaskan prinsip asal perlindungan tanah FELDA daripada spekulasi dan pemilikan asing;

(iii) membangunkan sistem digital pewarisan dan daftar peneroka yang berintegrasi dengan agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Mahkamah Pusaka Kecil bagi membolehkan pengurusan tanah berlaku secara sah dan teratur; dan

(iv) memberikan insentif khas kepada generasi baharu yang sanggup mengambil alih dan mengusahakan tanah pusaka agar kesinambungan FELDA sebagai enjin pembangunan luar bandar dapat diteruskan secara lestari.

Jika isu pewarisan ini tidak — terus diabaikan, maka kita akan menyaksikan tanah- tanah FELDA yang dahulu menjadi simbol kejayaan Dasar Ekonomi Baharu, akhirnya menjadi tanah mati tanpa tuan yang sah. Selain itu, bagi menggalakkan generasi kedua dan ketiga FELDA terus kekal menetap dan membina kehidupan di tanah rancangan, saya memohon agar pihak FELDA menyegerakan pemberian lot tanah kepada generasi kedua yang masih tertangguh, khususnya di kawasan Parlimen Mersing.

Penyelesaian segera isu ini bukan sahaja akan menjamin kesinambungan pengurusan tanah rancangan, malah dapat mengelakkan penghijrahan keluar generasi muda FELDA. Saya juga memohon agar FELDA mengembalikan semula kebenaran pemasangan meter elektrik dan air bagi rumah kedua yang dibina di atas lot rumah peneroka asal FELDA.

Kebenaran ini pernah diberikan sehingga 31 Disember 2023, namun telah ditamatkan.

Langkah mengembalikan kemudahan asas ini akan memberi ruang kepada anak-anak peneroka untuk terus menetap di tanah rancangan, sekali gus memperkukuh komuniti FELDA secara menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Perdana Menteri disebut bahawa pembangunan yang gagal menyentuh rakyat hanyalah kosmetik. Saya sepenuhnya bersetuju. RMK13 mesti menjadi pelan untuk membina keadilan wilayah, bukan sekadar angka pertumbuhan. Jangan biarkan Mersing dan daerah-daerah sepertinya menjadi sekadar penonton kepada pertumbuhan makro yang kononnya mengagumkan. RMK13 mesti menjadi

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

pelan keadilan wilayah, bukan hanya pelan angka pertumbuhan nasional. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 6:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya bangun bukan dengan dendangan lagu Cinta Kita. [Dewan ketawa] tapi dengan rintihan rakyat. Rakyat, khususnya bumiputera, bukan lagi mahu janji manis seperti Janji Manismu. Kami mahu keadilan sebenar dalam RMK13, bukan sekadar Mimpi Yang Hilang.

draft • 6:27 PM

Seorang Ahli

Ya.

draft • 6:27 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sudah terlalu lama kami menjadi anak kampung yang hanya disebut dalam kempen tetapi dilupakan selepas undi dikira. Jangan jadikan kami sekadar permata untuk isteri. Indah disebut tapi disimpan di laci dasar yang berhabuk.

Tuan Yang di-Pertua, bumiputera hari ini hidup dalam Gerimis Mengundang, gerimis peluang, gerimis kepercayaan. Mereka meniti di titian yang usang dalam sistem ekonomi yang kian menghimpit mereka sendiri walau di sebuah negara yang makmur. Saban hari mereka berdepan realiti tiada lagi subsidi. Hampa peluang pekerjaan dan luka lama. Dasar ekonomi yang tidak mesra anak bangsa. RMK13 seharusnya menjadi pelita, bukan lilin di hujung tanduk.

Tuan Yang di-Pertua, RMK13. Kerajaan perlu bangkit semula, letakkan keutamaan kepada TVET khas untuk anak muda luar bandar agar mereka bukan lagi hanya menjadi Impian Anak Jalanan. Ekuiti korporat yang benar-benar memberi pemilikan, bukan nama atas kertas. Perumahan mampu milik, bukan sekadar Istana Menanti untuk golongan T20. Kami mahu pengorbanan, kami mahu pembangunan yang hanya menjadikan bumiputera menonton di pentas Warna-Warna Kehidupan, seolah-olah hanya layak menjadi Sekadar di Pinggiran.

draft • 6:27 PM

Seorang Ahli

Amboi.

draft • 6:27 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, satu suara rakyat hari ini ialah untuk dasar yang inklusif tetapi adil. Bukan semua sama tetapi semua wajar diberi peluang. Jangan jadikan RMK13 seperti hanya Sandiwara. Jangan biarkan kita terus Rela dalam sistem yang berat sebelah. Bumiputera mahu berdiri, bukan dijulang. Diberi kail, bukan dipancing sesekali.

draft • 6:27 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

RMK13 menjadi gemuruh yang membangkitkan jiwa bukan sekadar Di Pintu Syurga yang tidak pernah dibuka.

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Dato’ Yang di-Pertua, saya telah meneliti secara terperinci di dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan mendapati agenda pemerkasaan bumiputera kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Saya — serta menunjukkan percanggahan dengan pendirian yang ditonjolkan oleh pentadbiran Kerajaan MADANI pada sekarang ini. Sebagai contoh, baru-baru ini saya telah mengemukakan pertanyaan mengenai status pemilikan ekuiti bumiputera ke atas Menara Kuala Lumpur.

Jawapan yang diberikan oleh pihak menteri jelas menunjukkan bahawa pegangan ekuiti bumiputera yang sebelum ini 100 peratus telah dikurangkan kepada 30 peratus.

Perkara ini adalah bertentangan secara langsung dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang telah berkali-kali ditekankan dalam dokumen perancangan ekonomi Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Saya ingin mengingatkan pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa pemacu kelima daripada 12 teras utama PuTERA35 adalah meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera. Maka, tindakan mengurangkan pegangan daripada 100 peratus kepada 30 peratus atas alasan memperluas penglibatan kontraktor bumiputera adalah tidak selari dengan aspirasi dasar tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, apakah makna komitmen tersebut jika dalam realitinya aset strategik negara seperti Menara Kuala Lumpur tidak diberikan pertimbangan sewajarnya untuk dimiliki dan diurus oleh syarikat milik GLC atau entiti 100 peratus bumiputera yang terbukti mempunyai keupayaan dan rekod prestasi yang cemerlang seperti Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.?

Kita tidak boleh membiarkan aset negara dijadikan aset alat tawar-menawar politik atau hadiah kepada pihak-pihak yang rapat dengan kekuasaan. Tindakan sebegini bukan sahaja mengkhianati semangat RMK13, malah membuka ruang yang luas kepada cabaran undang-undang, siasatan bebas dan lebih buruk lagi mendedahkan kerajaan kepada risiko kerugian kewangan yang akhirnya ditanggung oleh rakyat jelata.

Izinkan saya menyebut satu kebenaran yang pahit. Rakyat bumiputera hari ini seolah-olah sedang hidup dalam mati, bernyawa tetapi terperangkap dalam sistem ekonomi yang kian menyesakkan. RMK13 seharusnya menjadi nyawa baru, bukan janji yang terus tinggal di awang-awangan seperti Suci Dalam Debu.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering diajak percaya segala usaha membangunkan pembangunan adalah untuk rakyat, tetapi mengapa bumiputera masih terpinggir, mengemis peluang di tanah sendiri? Kami bertanya, adakah kasih kerajaan itu tulen atau sekadar retorik manis yang tak sampai ke akar umbi seperti lagu Cinta Untuk Nabila?

Anak muda bumiputera terus dibelenggu realiti seribu — patah seribu, hutang pendidikan, tiada akses kepada teknologi, tiada ekuiti dalam pasaran. Mereka bangun setiap hari dalam kitaran yang suram. Mereka lihat pembangunan berlaku di depan mata, tapi seperti lagu Seragam Hitam, mereka tetap berada di sisi yang gelap hanya memandang tak

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

mampu merangkul, Bernafas Dalam Lumpur dan jika dibiarkan akan menjadi Pusara di Lebuh Raya.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, RMK13 harus menjadi Taman Rashidah Utama untuk rakyat jelata. Tempat harapan tumbuh, bukan janji yang layu. Justeru, kita perlukan satu sokongan kepada usahawan bumiputera yang tulen, bukan kroni yang hanya mengintai dari tabir kamar.

Latihan teknikal yang menyeluruh supaya anak luar bandar tidak lagi Meniti di Titian Usang, akses tanah dan rumah mampu milik realistik agar mereka tidak terus menjadi Bukan Milikmu Lagi.

Tuan Yang di-Pertua, apakah maknanya merdeka jika yang kaya terus kaya dan yang miskin terus tidak berubah nasib? Lagu Terasing cukup menggambarkan rasa bumiputera di pinggir kota yang melihat pembangunan megah, tapi tak mampu menyentuh pagar. Mereka tertanya-tanya di mana harga diri? Bumiputera bukan mahu keistimewaan tanpa usaha, mereka cuma mahu peluang yang adil. Jika kita ulang sejarah Di Ambang Wati, cantik di luar, rapuh di dalam. Jika kita gagal mendengar suara rakyat, ini akan menjadi seperti Jeritan Batinku, sayu, sunyi dan akhirnya hilang.

Tuan Yang di-Pertua, RMK13 mesti menjadi sekilas pandang yang membawa kepada perjalanan hidup yang lebih bermakna. Kalau tidak, kita hanya melahirkan generasi yang menyanyi di hati lagu Teringin. Teringin nak rasa senang, tapi tak pernah dapat. Jangan jadikan bumiputera seperti bayangan gurauan. Kami bukan ilusi dalam dasar, kami realiti yang menuntut hak.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menelusuri inti pati RMK13, saya ingin menyingkap satu isu yang amat penting iaitu kelemahan agihan peruntukan pendidikan yang tidak mengambil kira jenis sekolah secara adil dan saksama. Andai kata perancangan RMK13 ini sebuah lagu, maka judulnya yang paling layak mungkin berbunyi Jangan Tinggal Daku. Kerana inilah luahan hati sekolah-sekolah yang terasa ditinggalkan dari segi peruntukan, khususnya sekolah luar bandar, sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah pendidikan khas. Seolah-olah kerajaan menyanyi lagu pilih kasih apabila sebahagian sekolah menerima peruntukan yang lumayan sedangkan sebahagian lagi terus terbiar dengan kemudahan uzur.

Kita tidak menafikan bahawa RMK13 memperuntukkan sejumlah besar bajet sektor pendidikan. Namun persoalannya, di manakah kejelasan mekanisme agihan mengikut jenis sekolah? Adakah sekolah harian biasa mendapat keutamaan berbanding sekolah berasrama? Bagaimana dengan sekolah pendidikan khas?

Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana ini, sekolah-sekolah luar bandar boleh saja menyanyikan lagu Kenangan Mengusik Jiwa kerana sejak RMK9 lagi, mereka hanya menjadi penonton kepada janji-janji pembangunan yang tidak kesampaian. Apabila peruntukan diagih secara agregat, tanpa menilai keperluan sebenar berdasarkan jenis, lokasi dan kapasiti sekolah, maka lahirlah jurang pendidikan yang semakin melebar antara sekolah bandar dan luar bandar, antara sekolah perdana dan sekolah aliran alternatif.

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu RMK13 menjadi sekadar asmara hampa, manis di atas kertas, namun gagal dilaksanakan dengan adil. Kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme telus berdasarkan kategori sekolah, keperluan sebenar dan lokasi. Saya menyeru agar perancangan masa depan pendidikan ini tidak terus tinggal kenangan, tetapi menjadi realiti buat semua sekolah. Jangan biarkan sekolah-sekolah tertentu untuk terus menyanyi lagu, *air mata yang berderai...

[Sambil bernyanyi]* kerana keadilan mereka untuk mereka dinafikan.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya ingin menyuarakan satu perkara yang semakin parah yang saya harap tidak disapu di bawah permaidani iaitu gejala buli. Izinkan Tuan Yang di-Pertua ya sebab saya yang terakhir ini. Saya dah tunggu dari pagi di sini. Itulah gejala buli sekolah dan bagaimana peruntukan RMK13 perlu memanfaatkan secara lebih tegas dan berkesan untuk membanteras budaya ini.

Menurut data Kementerian Pendidikan Malaysia, bagi tahun 2024 terdapat lebih 8,000 kes buli di sekolah dilaporkan. Meningkat 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lebih menyedihkan, 80 peratus kes buli berlaku di asrama dan sekolah menengah melibatkan pelajar senior terhadap pelajar junior dan pelajar yang jahat membuli pelajar yang baik.

Pelajar yang tidak berdisiplin membuli pelajar yang berdisiplin. Tak pernah berlaku pelajar yang jahat dibuli oleh pelajar yang baik. Ini bukan sekadar isu disiplin, ini isu keselamatan murid dan kegagalan sistem sokongan [Tidak jelas] kita.

Yang kedua, saya ingin mencadangkan supaya peruntukan sekurang-kurangnya RM500 juta secara khusus untuk merangkai kes buli di sekolah melalui empat strategi.

Yang pertama, infrastruktur selamat dan pemantauan CCTV yang dipantau secara berkala yang agak kerap. Ramai kes buli berlaku di koridor gelap, tandas, bilik asrama.

Peruntukan khas perlu disalurkan di sini. Pemasangan CCTV di kawasan panas, di kawasan membasuh, dobi dan sebagainya — kawasan mendobi dan sebagainya. Sistem amaran keselamatan dan sebagainya.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, masa sudah tamat.

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Baik, Yang di-Pertua. Saya orang baik, saya akur. Walaupun ada dua lagi, saya akan bagi secara bertulis.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk menggulung, izinkan saya mendeklamasikan sebuah sajak yang ditulis nukilan daripada MP “mamba”.

*Aku bukan lemah, Aku cuba lawan segala gerak tawa jahat.

Walau tubuh kecil dan suaraku serak, Aku berdiri meskipun sendiri.

Aku menyangka mereka sekadar ingin bertemu dan bertegur sapa, Tidak kusangka nyawaku direnggut penuh paksa.

Dengan tawa sinis dan tangan yang tak tahu belas kasihan, Mereka datang bagai gelombang, Sepuluh tangan, satu dendam.*

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

*Tendangan ke rusuk, siku ke kepala, Aku tak terdaya lagi, Tapi aku tak berputus asa untuk bebas dari mereka.

Tapi mereka datang tanpa belas, Sepuluh tangan mencipta azab.

Rayuanku ditelan dinding membisu, Tiada warden, tiada CCTV, tiada siapa berani ambil tahu.

Perlahan jeritan dan rayuanku senyap ditelan malam, tiada simpati.

Pentadbir hanya membilang rekod bersih, sedang tubuhku penuh luka yang tak tertulis.

Pandanganku makin gelap, nafasku sesak, Hanya pasrah, walaupun pedih diperlakukan.

Bibirku terkunci antara doa dan derita, Menanti akhir di lantai sejuk tak bernyawa.

Terbayang wajah ibu, Walau aku bakal berakhir bukan di pangkuan ibu, Tapi di sudut asrama yang gelap bisu.

Tiada pelukan ibu, tiada kalimah akhir, Cuma darah, luka dan janji yang termungkiri.*

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Panjang lagi sajak?

[Ketawa]

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sikit lagi. Saya janji sikit.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

*Ibu, maafkan aku tak sempat pulang, Izinkan kepergianku bersama azimat pesanan akhir ibu yang kugenggam.

“Di asrama nanti jangan tinggal solat nak, jangan gaduh dengan kawan, makan kek batik sama-sama dengan kawan.” Maafkan aku ibu, aku tak sempat menghabiskan kek batik kirimanmu, padahal itulah hasil tangan ibu yang paling aku rindu.

Ibu, doamu tak sempat kubalas dengan kejayaan, kerana hanya namaku yang akan pulang di balik nisan yang terdiam.* Terima kasih Yang di-Pertua*.

[Tepuk]*

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini tangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 12 Ogos 2025.

draft • 6:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.43 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026