Aug072025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] [Berselawat] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat.

Kita mulakan sesi pada pagi ini dengan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Saya mempersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan Sik Tuan Yang di-Pertua ya. Sik mohon Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mendesak komuniti antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar menghentikan serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas Gaza. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Sik atas pertanyaan beliau menyentuh soal isu kemanusiaan sejagat yang amat dekat di hati kita semua iaitu berkenaan dengan kekejaman berterusan dan pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza, khususnya.

Dato’ Yang di-Pertua, ada berbagai-bagai langkah yang telah pun kita ambil, Malaysia yang menyokong perjuangan rakyat Palestin secara berprinsip. Sokongan kita, Dato’ Yang di-Pertua, bukan baharu ini, sejak daripada dulu lagi kita menyokong. Penderitaan, perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan sebuah negara mereka yang merdeka, negara kekal merdeka, selaras dengan banyak resolusi-resolusi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Dato’ Yang di-Pertua, antaranya langkah yang kita ambil ialah pendirian tegas dan konsisten Malaysia. Kita menolak keras serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza, menyifatkan tindakan tersebut sebagai jenayah perang dan pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva, Triti Antarabangsa dan juga berbagai-bagai resolusi yang telah dibawa, tetapi malangnya, diveto oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, di atas pentas dunia pula, Malaysia melalui Kementerian Luar dan juga melalui Perdana Menteri — Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga berbagai-bagai agensi kementerian lain bersama-sama bersuara untuk kita memastikan supaya pelaksanaan pelbagai langkah diplomatik dan tegas serta berprinsip, mendesak komuniti antarabangsa, terutamanya Bangsa- bangsa Bersatu mengambil tindakan tegas menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza ini, Dato’ Yang di-Pertua.

Antara langkah-langkahnya ialah, penyampaian kenyataan rasmi di Bangsa-bangsa Bersatu.

Malaysia telah mengemukakan kenyataan tegas dalam Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Kita mengecam pembunuhan, kekejaman, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah terhadap manusia, pemusnahan struktur awam dan berbagai-bagai lagi yang dilakukan dengan sengaja oleh pihak rejim Zionis Israel. Mereka mengatakan, mereka melakukan ini untuk mempertahankan diri.

Itu betul, Dato’ Yang di-Pertua. Mempertahankan negara adalah asas kepada sesebuah negara merdeka, tetapi apakah dengan membunuh wanita dan kanak-kanak merupakan asas untuk mempertahankan diri? Kalau ya pun mempertahankan diri, berapa ramai lagi yang nak dibunuh untuk dapat memuaskan hati mereka? Di platform OIC dan NAM juga, kita menyuarakan sokongan negara kita terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mereka mendapat sebuah negara yang merdeka, Dato’ Yang di-Pertua. Negara Palestin yang merdeka yang sempadannya adalah, mengikut sempadan sebelum 1967 dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka.

Desakan terhadap Majlis Keselamatan PBB ini memang kita lakukan. Kita merasakan bahawa adalah sesuatu yang perlu dilakukan terhadap struktur dan organisasi Majlis Keselamatan ini, Dato’ Yang di-Pertua, kerana lima negara wakil tetap ini mempunyai kuasa veto. Dan apabila sahaja isu berkenaan dengan negara Palestin yang merdeka, isu mengutuk rejim Zionis Israel yang kejam, membunuh orang-orang biasa, orang-orang awam Palestin di Gaza dan juga di Tebing Barat, semuanya diveto oleh sekutu mereka.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadinya, kita telah pun meminta. Saya sendiri mewakili negara Dato' Yang di-Pertua telah pun memohon supaya suatu reformasi terhadap Majlis Keselamatan PBB tersebut bahawa kuasa veto Anggota Tetap ini perlu dihadkan. Tidak boleh digunakan untuk apa jua sebarang bentuk yang berbentuk jenayah kemanusiaan, genosid, kekejaman terhadap kemanusiaan dan pemusnahan struktur awam. Ini yang telah pun kita minta.

Negara-negara yang sepemikiran dengan kita sedang berunding bagaimana cara untuk kita menstruktur semula Majlis Keselamatan. Memang kita tahu susah, tetapi usaha kita lakukan supaya anggota Majlis Keselamatan itu pun ditambah daripada benua-benua. Benua Amerika Selatan, benua Afrika, supaya kita ada wakil tetap mewakili benua-benua. Ini yang sedang kami dan juga kita akan lakukan Dato' Yang di-Pertua.

Lain-lain sokongan kita terhadap keputusan dan juga Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan izin dan juga Mahkamah Jenayah Antarabangsa Dato' Yang di-Pertua. Kita menyokong apa yang telah usul dibawa oleh Afrika Selatan berkenaan dengan jenayah kekejaman genosid yang

draft • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

dilakukan oleh pihak rejim Zionis Israel di Gaza khususnya dan juga di kawasan-kawasan lain. Jadi, usaha yang dilakukan oleh negara kepada soalan Yang Berhormat Sik tadi memang sentiasa dilakukan.

Baru-baru ini pun kita mengadakan apa ini dipanggil The Hague Group. The Hague Group ini merupakan kumpulan yang kita lakukan, kita buat. Malaysia sebagai core of the Hague Group. Kita minta supaya diadakan gencatan senjata kekal supaya kita tolak rakyat Palestin yang nak dipaksa keluar daripada negara mereka sebanyak 2.5 juta supaya keamanan dapat dicapai.

Kita juga mendesak supaya diadakan ataupun dibuka laluan kemanusiaan yang berada di Gaza. Empat bulan setengah bantuan ditutup. Kedua-dua pintu daripada Jordan dan juga daripada Mesir ditutup Dato' Yang di-Pertua. Bayangkan betapa rakyat Gaza menderita kebuluran dan dibuka untuk pusat-pusat bekalan kepada rakyat Gaza di situ. Dipanggil supaya datang ambil bekalan makanan. Bila datang ramai-ramai, mereka ditembak begitu ramai, semuanya mati Dato' Yang di- Pertua. Inilah sedang berlaku di Gaza dan kita amat kesal perkara ini berlaku, itu sebabnya.

Baru-baru ini kita menyokong The Hague Group supaya ini dihentikan dan pada minggu lepas dan sekarang sedang dibahaskan juga bahawa ada usaha yang dibuat untuk supaya diadakan suatu perdamaian yang kekal dengan cara untuk negara Palestinnya merdeka ditubuhkan, tetapi Malaysia berhati-hati di dalam usaha ini kerana ada prasyarat-prasyarat yang kita sendiri rasa kurang selesa Dato' Yang di-Pertua untuk kita bersama-sama memperakukan dokumen hasil yang dikeluarkan oleh negara-negara yang telah pun bersetuju.

Kita bersetuju dengan tajuknya iaitu setuju supaya negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan segera, tetapi kita kurang selesa dengan prasyarat-prasyarat yang diadakan kerana banyak perkara-perkara yang ia tidak selaras dengan Dasar Luar Negara Malaysia, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sik. Untuk soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan berikan.

Sedia maklum dunia sedang menyaksikan krisis kemanusiaan yang sangat dahsyat yang sedang berlaku di Gaza. Dalam repot oleh IPC, kebuluran, kematian di mana-mana sahaja. Rakyat di Gaza jatuh pengsan di mana-mana kerana kebuluran yang dahsyat. Ada mereka sudah hanya merebus kayu untuk ditokak, makan kayu tersebut. Kematian itu akan lebih dahsyat jika tidak ada bantuan untuk segera masuk daripada agensi-agensi antarabangsa.

Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan tahniah di atas keputusan tegas Malaysia tidak dengan semudah-mudah menerima Deklarasi New York yang disebut tadi. Kita menegaskan bahawa Hamas bukan kumpulan pengganas, tapi adalah benteng kepada rakyat Palestin. Mereka dipilih oleh rakyat Gaza secara demokratik dan menjadi pelindung kepada penduduk di Gaza itu sendiri. Mohon untuk Malaysia supaya kekal tegas prinsip. Ini seperti kita terburu-buru untuk menerima deklarasi yang sangat berat sebelah itu.

Soalan saya tambahan Yang Berhormat Menteri, bagaimana Malaysia untuk terus berada di pentas antarabangsa dalam memperkukuh atau membentuk pakatan strategik baharu dengan negara-

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

negara, khususnya negara Selatan-Selatan bagi memastikan usaha besar, terutamanya untuk yang sekarang ini melaksanakan proses yang disebut pemberhentian ataupun menyekat genosid itu dan seterusnya memberi laluan untuk bantuan masuk ke Gaza itu sendiri. Sudah pasti Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN ini penting untuk segera membentuk pakatan ini tanpa berlengah.

Begitu juga bagaimana Malaysia untuk kita terus menggerakkan rakyat bagi melahirkan rasa solidariti mereka berterusan tanpa kita bertangguh dan Yang Berhormat fikir, saya juga sebelum Menteri menjawab untuk saya memberi sedikit mungkin kempen untuk satu himpunan besar yang akan dilaksanakan di Dataran Merdeka pada 9 Ogos 2025, hari Sabtu ini.

Saya difahamkan penganjur oleh NGO-NGO menjemput semua daripada kerajaan dan pembangkang untuk menghadiri himpunan besar raksasa bagi solidariti seluruh rakyat Malaysia menyokong perjuangan Palestin ini. Kita yang berada di Dewan juga dijemput untuk hadir bersama himpunan ini sebagai solidariti bersama seluruh rakyat untuk menyokong perjuangan Palestin. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Sik. Saya pun tak perasan apa soalan Sik tapi saya cuba jawab. Saya setujulah dengan pandangan Sik itu.

[Ketawa] Dato' Yang di-Pertua, kita menyokong. Seperti yang saya sebut awal tadi, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin. Itu asas kita. Sokongan kita kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan negara yang merdeka itu secara sokongan berprinsip. Kita tak menyatakan sokongan kepada puak-puak mana.

Kita menyokong rakyat Palestin supaya mereka diberikan hak untuk mendapatkan negara mereka sendiri setelah gagal ditubuhkan sebuah negara Palestin pada 1947. Negara Israel ditubuhkan pada ketika itu, tetapi malangnya tidak ada konsensus di kalangan negara-negara Arab untuk menubuhkan negara kerana resolusi penubuhan dua buah negara merdeka ini telah lama diluluskan.

Makanya diteruskan untuk menubuhkan sebuah negara yang dikenal pasti sekarang sebagai rejim Zionis Israel, tetapi negara Palestin gagal ditubuhkan pada ketika itu. Itu yang kita hendak. Itu yang kita mahu supaya perjuangan rakyat Palestin mendapatkan sebuah negara mereka yang merdeka, mentadbir negara mereka yang merdeka, ada sempadannya dan ibu negaranya Baitulmuqaddis dijadikan sebagai diterjemahkan sebagai suatu realiti.

Itu sebabnya semasa pada awal minggu kedua bulan Julai baru-baru ini, satu apa ni orang panggil sebagai The Hague Group. Malaysia sebagai core sponsor, kita ramai-ramai duduk bermesyuarat di ibu negara Columbia di Bogotta untuk kita pastikan supaya suara –kita bawa negara- negara Selatan, kita bawa negara-negara yang sepemikiran dengan kita supaya isu Palestin ini mesti segera diselesaikan kerana setiap hari rakyat Palestin di Gaza khususya, dibunuh begitu rupa.

Saya katakan tadi bekalan makanan mereka ditutup sempadan daripada Jordan dan juga daripada Mesir, tak ada satu lori pun boleh masuk. Empat bulan setengah rakyat Palestin kebuluran.

Ramai yang dah mati kebuluran. Rejim Zionis Israel menggunakan makanan sebagai senjata perang.

Ini yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Ini yang Malaysia bersama-sama dengan negara

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan

sepemikiran mengutuk kekejaman pembunuhan beramai-ramai yang digunakan oleh rejim Zionis Israel ini Dato' Yang di-Pertua.

Jadi, memang kita akan pastikan supaya apa jua bentuk, apa jua desakan yang kita akan lakukan, kita akan bersama-sama dengan rakan-rakan sepemikiran untuk kita pastikan supaya negara Palestin yang merdeka ini dapat diterjemahkan segera Dato' Yang di-Pertua.

Rakyat Palestin mesti diberi hak mentadbir negara mereka sendiri. Rakyat Palestin mesti mempunyai negara yang merdeka, ada sempadannya.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan

Bila dah ada sempadan nanti barulah kita boleh memikirkan cara mana pula untuk kita membangunkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-58, Menteri-Menteri Luar ASEAN dan juga negara-negara dialog baru-baru ini pada 11 Julai, Dato’ Yang di-Pertua. Kita telah mengadakan mesyuarat khas iaitu mesyuarat berkenaan dengan Palestin dengan negara-negara ASEAN dan juga negara-negara Asia Timur termasuk Korea dan Jepun. Dipengerusikan bersama oleh Malaysia dan Jepun.

Saya pengerusikan bersama Menteri Luar Jepun supaya kita bawa suara. Jepun boleh bawa suara sepemikiran mereka. Malaysia membuat negara sepemikiran daripada ASEAN dan juga negara- negara daripada Selatan-Selatan. Ini yang kita lakukan. Kita tidak berhenti, Dato’ Yang di-Pertua. Kita akan terus bersuara walaupun banyak yang rasa tidak selesa dengan Malaysia sekarang kerana usaha kita supaya rakyat Palestin mesti diberikan hak mentadbir negara yang merdeka.

Siapa yang nak mentadbir itu bukan hak kita. Puak mana yang mentadbir, dah ada negara merdeka. Itu terpulanglah kepada mereka kerana kita tidak mahu masuk campur. Terpulanglah kepada rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka. Siapa yang mereka fikirkan layak untuk menjadi kerajaan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr.

Timbalan Speaker. Umum mengetahui perjuangan negara kita yang begitu konsisten dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin ini. Jadi soalan saya, apakah pendekatan Malaysia bagi memastikan perjuangan rakyat Palestin dapat dicapai termasuk penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya ulang lagilah Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Kuala Pilah bertanya. Saya nak ulang balik untuk ke sekian kalinya dalam Dewan yang merdeka, Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia akan tetap bersuara. Malaysia akan bawa suara kita di peringkat pentas antarabangsa.

[Tepuk] Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Timbalan Speaker, boleh soalan tambahan?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Satu lagi soalan tambahan boleh?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut kita Majlis ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:20 AM

2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bagan minta Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, langkah-langkah yang telah diambil kerajaan untuk mencapai hasil rundingan tarif iaitu sebanyak 19 peratus yang kini diketahui umum dan apakah konsesi yang ditawarkan oleh Malaysia kepada Amerika Syarikat? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bagan. Kita semua sedia maklum yang Malaysia pada asalnya berdepan dengan ancaman tarif. Pada mulanya 25 peratus, pada 24 peratus sebenarnya. Lepas itu, 25 peratus dan sekarang 19 peratus.

Hasil rundingan yang diketuai oleh MITI dengan sokongan padu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kementerian-kementerian yang lain, agensi berkaitan, badan pemikir dan juga pihak swasta. Kadar tarif ini telah menunjukkan — telah dapat diturunkan kepada 19 peratus. Ini setara dengan negara-negara ASEAN dan sekali lagi membuktikan keupayaan negara untuk berdiplomasi secara berkesan di peringkat global.

Pendekatan kerajaan dalam rundingan ini berteraskan kepentingan strategik dan juga maruah negara. Oleh itu sepanjang proses rundingan, kerajaan telah memastikan bahawa segala keputusan serta konsesi yang dikemukakan tidak menjejaskan dasar-dasar utama negara. Antara aspek yang dipertahankan ialah syarat ekuiti bumiputera dalam sektor strategik, piawaian halal yang mengikut ketetapan JAKIM, kawalan ke atas vendor tempatan dan juga pengekalan kawalan dalam sektor automotif serta mineral kritikal.

Jadi, setiap konsesi yang dirundingkan telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri bagi memastikan keputusan itu dibuat secara inklusif, telus dan juga memastikan kita mengambil kira mandat rakyat serta kedudukan Parlimen, tapi mungkin ada yang bertanya seperti Yang Berhormat Bagan, apakah tawaran utama oleh Malaysia untuk mencapai kadar tarif 19 peratus ini? Jawapannya adalah, satu pakej menyeluruh yang berpaksikan kekuatan awam swasta: ekonomi negara kita, public- private partnership. Perlu diingatkan yang tujuan utama rundingan ini adalah untuk mengimbangi defisit perdagangan di antara Malaysia dan juga Amerika Syarikat. Justeru yang diambil kira ialah perolehan secara senegara, the-whole of-nation procurement. Pertama, Malaysia telah menawarkan komitmen pembelian dan pelaburan oleh pihak swasta ataupun syarikat swasta serta GLC. Ini meliputi USD150 bilion dalam bentuk pembelian oleh syarikat multinasional dalam sektor semikonduktor, aeroangkasa dan juga pusat data. Ini bagi tempoh lima tahun serta USD19 bilion untuk pembelian pesawat Boeing oleh Malaysian Aviation Group. Ini secara berperingkat sehingga tahun 2035.

Yang sama penting secara amnya, perolehan ini dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Jika dibahagikan dengan 10 tahun, secara purata jumlah komitmen tahunan ialah

draft • 10:20 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

sekitar lapan peratus daripada KDNK Malaysia atau 13.5 peratus daripada perbelanjaan swasta negara bagi tahun 2024.

Jadi, angka ini harus dilihat juga dalam konteks yang lebih besar berlandaskan perspektif ekonomi mikro. Walaupun jumlah keseluruhan kelihatan besar, hakikatnya komitmen ini dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Ianya juga bersifat transaksi komersial serta pelaburan syarikat dan GLC negara dan bukan satu aliran keluar sekali gus.

Yang sama penting perolehan ini tidak membabitkan komitmen fiskal walau satu sen pun daripada kerajaan. Jadi dari sudut ekonomi, jumlah ini adalah setara dengan perbelanjaan operasi syarikat korporat dan GLC utama negara setiap tahun sama ada untuk pembelian bahan mentah, pelaburan teknologi atau pembaharuan asal. Apa yang saya nak maksudkan di sini, kalaupun tarif ini tidak dikenakan, mereka masih lagi perlu berbelanja jumlah yang saya sebut tadi, tetapi pada pendapat Amerika Syarikat ini tidak apa kerana ini akan membantu mengurangkan defisit negara kita.

Keduanya, Malaysia juga menawarkan konsesi tarif dengan menghapuskan atau mengurangkan tarif ke atas 98.4 peratus baris tarif produk Amerika Syarikat yang dieksport ke Malaysia.

Ini produk industri dan juga produk pertanian. Daripada jumlah ini, 60.4 peratus baris tarif dilaksanakan pada kadar duti sifar. Hanya 60.4 peratus. Manakala selebihnya melibatkan pengurangan kadar duti sehingga maksimum 15 peratus. Jadi, kadar duti sifar yang dilaksanakan pada 60.4 peratus tarif ini juga jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan beberapa negara lain yang dikenakan tarif timbal balas pada kadar yang hampir sama.

Ketiga, kerajaan juga telah memudahkan pelaksanaan beberapa langkah bukan tarif non-tariff barrier yang membabitkan persijilan halal mengikut ketetapan JAKIM, fasilitasi eksport daging dan produk tenusu dari Amerika Syarikat, serta penambahbaikan aspek pemantauan dan pematuhan piawaian buruh, alam sekitar dan juga hak harta intelek.

Namun, tiada pengecualian penuh diberikan untuk duti eksais ataupun Peraturan AP dalam sektor automotif dan Malaysia bersetuju untuk tidak mengenakan cukai digital yang diskriminasi keperluan sumbangan US dan memansuhkan keperluan sumbangan USP Fund bagi syarikat Cloud.

Namun, hak negara untuk mengekalkan kawalan terhadap infrastruktur kritikal sentiasa terpilih.

Yang Berhormat Bagan, akhir sekali di peringkat pelaksanaan kawalan eksport dan rantaian bekalan. Malaysia juga turut memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap aktiviti transshipment serta menguatkan kawalan eksport teknologi strategik. Ini termasuk teknologi AI, AI chip dan juga komoditi yang kritikal. Semua urusan COO, the Sijil Tempasal bagi tujuan eksport kini hanya boleh dilakukan oleh MITI bagi memastikan pemantauan dan kepatuhan sepenuhnya kepada undang-undang negara.

Jadi, dari sudut impak kepada ekonomi dan industri tempatan. Pembelian pesawat Boeing oleh MAG contohnya dan sebahagian daripada pelan pembaruan armada jangka panjang yang penting ini bagi memastikan keselamatan, kecekapan dan kelestarian operasi syarikat.

Jadi, saya nak tegaskan sekali lagi bahawa semua komitmen dan pembelian dan pelaburan ini merupakan urusan komersial oleh syarikat dan GLC Malaysia tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambahkan beban fiskal ataupun hutang negara. Jadi, dengan pendekatan ini kerajaan

draft • 10:20 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

memastikan juga kebajikan rakyat dan kedaulatan fiskal negara juga tidak terjejas sama sekali. Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan oleh Yang Berhormat Bagan. Silakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri atas kejayaan cemerlang untuk mendapat satu penemuan yang begitu memuaskan bagi negara Malaysia. Sungguhpun tarif timbal balas ini adalah sesuatu yang kita nak elak, tapi kerana semua negara kena, tapi kita dapat satu transaksi yang amat saya rasa menguntungkan. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri.

Di sini saya ingin menanyakan apakah impak tarif ini khususnya dan juga dasar tarif secara amnya kepada ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat serta berapa peratusan harga barangan dijaga naik dan langkah mitigasi untuk mengurangkan kesannya?

draft • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dan baru-baru ini, pagi ini saya baca satu laporan berita daripada Amerika Syarikat di mana Donald Trump membuat pengumuman bahawa negaranya akan mengenakan tarif 100 peratus kepada semikonduktor dan cip yang diimport kepada negara itu. Adakah ini akan bermakna bahawa tarif 19 peratus ini akan ditidakkan dengan tarif 100 peratus ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih. Ada dua soalan tadi. Saya jawab soalan kedua dulu kerana pagi ini pun bila saya bangun, tiba-tiba membaca berita yang Presiden Trump akan mengenakan pengenaan tarif sebanyak 100 peratus kepada semua cip semikonduktor dengan pengecualian hanya kepada syarikat yang membina atau telah komited untuk membina kemudahan pengilangan di Amerika Syarikat. Ini adalah salah satu langkah yang besar impaknya khususnya kepada negara pengeksport utama seperti Malaysia.

Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada ketika ini, eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat masih dikecualikanlah daripada tarif timbal balas. Namun begitu, status pengecualian ini adalah tertakluk kepada semakan dan perkembangan dasar semasa di Amerika Syarikat dan tidak mustahil boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keputusan pihak berkuasa mereka.

Pada masa yang sama, pada April yang lepas, Department of Commerce - Jabatan Perdagangan Amerika telah memulakan satu siasatan. Ini di bawah seksyen 232 bagi menentukan sama ada import semikonduktor, peralatan pembuatan semikonduktor, juga produk-produk terbitan yang ada kena- mengena dengan semikonduktor, adakah ini akan menjejaskan keselamatan negara. Jadi, seksyen 232 ialah mengenai keselamatan negara.

Patutnya, investigation itu diselesaikan pada akhir Disember tapi nampaknya dipercepatkan dan keputusan daripada siasatan ini akan digunakan untuk tindakan selanjutnya, termasuklah kemungkinan mengenakan tarif yang lebih tinggi. Dan pagi ini kita dengar walaupun belum lagi secara rasmi, tetapi 100 peratus terhadap produk-produk berkaitan yang diimport oleh semua negara kecuali syarikat- syarikat yang melabur atau membina kilang di Amerika Syarikat.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, bagi memastikan kepastian dan kestabilan dasar ini dapat dikekalkan dan dimanfaatkan oleh pemain-pemain industri negara, MITI, kita sentiasa berhubung secara langsung dengan US Trade Representative dan juga Department of Commerce. Kita mengambil inisiatif untuk mendapatkan penjelasan rasmi dan memperjuangkan kepentingan pengeksport Malaysia. Pagi ini pun kita dah reach out, tetapi ada perbezaan masa. Kita — ini, kita akan memperjuangkan kepentingan pengeksport Malaysia agar sebarang perubahan dasar atau kriteria pengecualian dapat disampaikan serta dirunding lebih awal dan supaya kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang yang strategik sentiasa terpelihara.

Mengikut data bagi tahun 2024, jumlah eksport barangan E&E Malaysia ke Amerika Syarikat telah mencecah RM119 bilion, hampir RM120 bilion iaitu ini sekitar 20 peratus daripada keseluruhan E&E negara dan eksport semikonduktor sahaja bernilai kira-kira RM60.6 bilion. Ini mewakili sekitar 20 peratus dari jumlah keseluruhan eksport semikonduktor Malaysia. Jadi, industri ini juga penting. Ia melibatkan lebih kurang 72,000 tenaga kerja mahir dan disokong oleh lebih kurang 7,200 pembekal tempatan yang terdiri dari syarikat-syarikat PKS.

Limpahan manfaat industri E&E dan semikonduktor turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor automotif juga, peralatan perubatan, tenaga boleh diperbaharui, digital dan juga aeroangkasa di Malaysia.

Jadi, sekiranya semikonduktor ini dikenakan di bawah seksyen 232 atau berlaku perubahan dasar pada masa hadapan, kesan kepada negara akan menjadi sangat ketara. Jadi, Malaysia akan berisiko kehilangan pasaran utama di Amerika Syarikat sekiranya produk kita menjadi kurang kompetitif atas akibat pengenaan tarif ini. Namun, perlu ditekankan bahawa sehingga kini Kerajaan Amerika Syarikat masih belum lagi mengumumkan secara terperinci mechanism melaksanakan tarif tersebut.

Dan berdasarkan maklumat semasa, pengecualian bukanlah berdasarkan negara, tetapi mungkin diberikan kepada syarikat yang melabur secara langsung di Amerika Syarikat tanpa mengambil kira lokasi syarikat itu di negara lain. Oleh itu, impaknya adalah sangat bergantung kepada struktur pelaburan dan operasi syarikat multinasional yang based in Malaysia inilah.

Dan kerajaan sedang mengambil beberapa langkah mitigasi utama. Antaranya, kita berunding dengan aktif dengan USTR, Department of Commerce dan selain itu, kita giatkan program outreach serta engagement bersama semua pengeksport utama dan industri berkaitan terutamanya dalam supply chain. Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan pemain industri untuk memperluaskan pasaran eksport ke negara-negara alternatif, ya bekerjasama dengan chamber yang lain.

Akhir sekali, kita kekal komited untuk memantau perkembangan ini secara rapat, berunding secara proaktif seperti saya sebut tadi dan kita kena memastikan yang daripada segi perbincangan dengan Amerika Syarikat, kita nak tahu secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan semikonduktor.

Untuk makluman Yang Berhormat Bagan, semikonduktor eksport kita ke Amerika Syarikat, dalam 60 persen itu E&E, 60 persen itu, 68 persen adalah semikonduktor dan dalam 68 persen semikonduktor eksport ke Amerika Syarikat, 65 peratus adalah daripada syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang based di Malaysia.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Soalan pertama itu ada jawapannya. Saya bagi tahu mengenai apakah langkah-langkah mitigasi, yang tiga langkah mitigasi yang saya sebut tadi juga. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kubang Pasu.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Yang di-Pertua, pertama sekali, saya nak ucap tahniah kepada Menteri MITI dan juga perunding-perunding MITI yang terlibat mengenai tarif ini.

Soalan yang pertama ialah apakah langkah kerajaan dalam memastikan sungguhpun kita kena 19 peratus, it is still quite a big number. Dalam memastikan competitive edge Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain dan juga bagi mempertahankan serta memperkukuhkan terutamanya dalam menarik pelaburan FDI, pembesaran kapasiti kilang dan mencegah kehilangan pekerjaan?

Keduanya, apakah impak 15 peratus terhadap eksport bagi sarung tangan getah? Market share kita di Amerika Syarikat adalah, lebih kurang 55 peratus. Dan perabot eksport kita 2022, RM7.24 bilion ke Amerika Syarikat. Memandangkan persaingan sengit dengan China dan Thailand bagi sarung tangan, dan Vietnam dan Indonesia bagi perabot.

Seterusnya, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan, MITI khususnya dalam mitigasi?

Tadi telah disebutkan oleh Bagan, saya pun terbaca pagi tadi tentang pengumuman tarif daripada Presiden Amerika Syarikat, Presiden Trump selepas dia berjumpa dengan boss Apple, dia membuat pengumuman bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan 100 peratus semikonduktor dan computer chips kecuali jika negara itu ataupun syarikat-syarikat daripada negara itu melabur, membuat pembinaan kilang di Amerika Syarikat.

Seterusnya, very simple one. Di peringkat awal perundingan Dato’ Yang di-Pertua, Menteri MITI, ada terdengar difahamkan bahawa kita akan memberikan exclusively pembekalan REE kepada Amerika Syarikat. Adakah ini benar? Saya dah dengar apa Menteri cakap di luar sana, tapi saya nak dengar Menteri memberi respons di dalam Parlimen ni. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. [Dewan ketawa]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Banyak soalan tu.

draft • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita jawab soalan yang terakhir kerana memang Yang Berhormat Kubang Pasu tak betul mengenai apa yang disebut mengenai REE ini. Kita tidak ada memberi apa-apa eksklusif kepada Amerika Syarikat dan sebenarnya Amerika Syarikat pun tak pernah meminta untuk diberi eksklusif. Cuma apa yang dia minta ialah apa yang kita beri kepada negara lain, jangan mengecualikan Amerika Syarikat. Itu saja permintaannya.

Dan pada masa yang sama, perancangan kita ada tiga strategi kita yang saya maklumkan kepada Yang Berhormat Bagan. Kita perlu memperluaskan akses kepada pasaran-pasaran lain.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Perdagangan kita antara Malaysia dan Amerika Syarikat sekarang berjumlah 15 peratus daripada total jumlah perdagangan kita dengan negara-negara lain.

Dan pada masa yang sama, negara kita mempunyai competitive advantage juga dalam beberapa sektor, tapi sektor yang disebut tadi, dua sektor. Sektor perabot dan juga sektor sarung tangan. Perabot ini pada masa ini, kita ada dua challenges ataupun dua isu yang kita perlu tangani.

Pertama ialah mengenai transshipment. Ada juga isu mengenai transshipment yang kita perlu halusi kerana mereka mengatakan ada juga produk-produk perabot yang sebenarnya datang dari China, tetapi dipasang di Malaysia dan dicop sebagai made in Malaysia. Dan di sini kita akan memastikan dengan perundangan — bukan perundangan baharu, dengan guideline yang baharu di mana MITI telah mengambil alih certificate of origin ini untuk pengeksport-pengeksport Amerika Syarikat. Jadi, kita akan lihat bahawa syarikat-syarikat perabot kita akan lebih kompetitif berbanding dengan sebelum ini.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang keduanya dari segi tarif itu. Jadi, kita punya pesaing utama ialah Vietnam dan juga China, dan mereka juga dikenakan tarif yang lebih kurang. Jadi ini bila pasukan kita berunding dengan pengusaha-pengusaha perabot, mereka ada mengatakan bahawa sekarang ada certainty sikitlah daripada segi tarif, mereka tidaklah begitu risau. Cuma, mereka memerlukan sokongan kerajaan dari segi isu-isu yang lain. Dari segi isu tenaga mahir, isu pekerja asing dan sebagainya.

Rubber glove. Ini adalah satu industri yang sebelum ini, sebelum tarif pun memang terkesan.

Saya pun dah berjumpa dengan pemain-pemain industri, tapi sebelum tarif pun, mereka mempunyai persaingan yang hebat daripada China, Thailand dan Vietnam. Oleh itu, ini ― walaupun tarif ada kesan, tapi sebelum tarif pun ada isu-isu lain yang kita perlu tanganilah dari segi competitiveness, dari segi productiveness.

Dan yang akhir sekali, dalam isu sektor-sektor yang terkesan dalam 100 peratus tarif yang mungkin dikenakan, kita pada tengah hari ini akan berunding dengan beberapa syarikat Amerika Syarikat seperti di bawah American Chamber sini, AMCHAM, kerana banyak syarikat-syarikat yang base di negara kita, yang eksport ke Amerika Syarikat, ada juga kilang di Amerika Syarikat, tapi kita ingin mendapat pencerahan daripada pihak pentadbiran Amerika apakah yang dimaksudkan syarikat yang perlu melabur semula ataupun melabur lebih ke dalam negara Amerika Syarikat.

Kerana, masalahnya, contohnya Intel ataupun Texas Instruments, mereka juga mempunyai banyak pembekal daripada syarikat PKS-PKS tempatan. Sektor semikonduktor ini sahaja pembekal tempatan dah lebih kurang 7,000 dan pekerja pun lebih kurang 70,000. Jadi, impaknya kepada rantai bekalan sektor semikonduktor di Malaysia, ekosistem semikonduktor di Malaysia memang ketara seperti saya sebut tadi.

Jadi, kita perlukan lebih pencerahan daripada pihak pentadbiran Amerika Syarikat. Pihak syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang base di Malaysia ini pun memang memerlukan lebih pencerahan, tetapi kita perlu bersedialah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dato’ Yang di-Pertua, boleh minta...

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dato’ Speaker.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Majlis ke soalan...

draft • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dato’ Yang di-Pertua...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya...

draft • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Boleh minta satu soalan tambahan?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tidak benarkan. Majlis...

draft • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Boleh minta satu soalan tambahan? Sebab isu tarif isu penting. Minta...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk. Majlis mempersilakan Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Batik Malaysia batik Indonesia, Soalan Tampin nombor tiga.

draft • 10:40 AM

3. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin]: Tampin minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, mekanisme pemantauan dan audit ke atas hasil kutipan tambahan daripada pelarasan tarif air yang dijanjikan oleh syarikat operator air negeri bagi tujuan pembaikan dan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air serta tindakan terhadap operator yang gagal memenuhi KPI selepas menerima manfaat pelarasan tarif tersebut. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumsalam.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Pertamanya, sepertimana kita sedia maklum, bidang kuasa air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dan di negara kita, setiap kerajaan negeri ada syarikat utiliti air yang menguruskan bekalan air kepada setiap negeri.

SPAN pula diwujudkan untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh utiliti air di peringkat negeri. Dan situlah mereka menjadi pihak berkuasa ataupun pengawal selia termasuklah mempertimbangkan permohonan kenaikan tarif yang dipohon oleh syarikat-syarikat air melalui kerajaan negeri.

Dan, untuk makluman semua, untuk memastikan keterjaminan bekalan air bersih di peringkat negeri, kepada rakyat kita, kos operasi dan kos CapEx sebenarnya menjadi isu utama yang dihadapi oleh syarikat bekalan air. Dan di sinilah mereka memerlukan ― malahan, kebanyakan syarikat air masih tidak dapat menampung kos CapEx sebenarnya disebabkan kadar tarif yang amat rendah. Jadi, dasar sekarang, tiap tiga kali kita akan review kadar tarif yang ditetapkan.

Baru-baru ini, memang permohonan di peringkat negeri, kecuali Perak, untuk kita menyelaraskan lagi tarif dan atas sebab itu, justifikasi yang diberikan, maka SPAN tiada halangan atas

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

permohonan mereka, tapi seperti biasa, setiap permohonan itu mestilah atas justifikasi tertentu.

Disebabkan itu, kita meletakkan KPI, bila diluluskan pelarasan itu, untuk mereka penuhi. Dan kalau mereka tidak memenuhi KPI tersebut, di bawah undang-undang mereka boleh dikenakan hukuman sebenarnya, sama ada denda, termasuk juga penjara, tapi sebelum tindakan itu diambil, SPAN akan memberi ingatan ataupun amaran kepada syarikat-syarikat yang tidak memenuhi KPI. Dan sama ada melalui amaran ― dan mereka akan diberi tempoh enam bulan untuk mematuhi dan memenuhi KPI yang tidak tercapai.

Dan, akhir sekali, sebelum tindakan perundangan diambil, syarikat utiliti ini juga akan ditetapkan dengan kadar pelesenan. Pelesenan ialah ― setiap lima tahun, diberi pelesenan. Kalau pencapaian mereka baik, mereka boleh dilanjutkan untuk tempoh lima tahun. Kalau pencapaian tidak baik, maka mereka akan diberi antara satu sehingga tiga tahun. Malah. ada syarikat bekalan air yang hanya diberi sambungan sekadar satu tahun sebab pencapaian yang tidak baik. Dan kalau langsung tidak mencapai tahap KPI, maka lesen mereka boleh tidak disambung dan kita minta kerajaan negeri untuk melantik syarikat yang boleh melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jadi, itu yang pendekatan kita dalam memantau pencapaian syarikat-syarikat utiliti air di peringkat negeri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tampin, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri atas penjelasan. Mudah-mudahan, jika ada hasil kutipan tambahan tersebut, dapat mempercepatkan lagi penggantian paip-paip uzur terutamanya di tanah-tanah rancangan FELDA.

Soalan tambahan saya. Apakah langkah strategik kementerian untuk memastikan pelarasan tarif bekalan air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) Tempoh Pelaksanaan Kedua yang berkuat kuasa 1 Ogos 2025 tidak membebankan rakyat khususnya golongan B40? Dan adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menyelaraskan struktur tarif air antara negeri dalam jangka masa panjang bagi mengurangkan ketidaksamaan kos hidup di antara negeri? Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana saya katakan tadi, bidang kuasa adalah peringkat negeri. Kita hanya melihat kepada struktur SPAN sebagai pengawal selia pelarasan air.

Untuk CAPEX yang telah diluluskan bagi tempoh TP2 ini, untuk makluman Dewan yang mulia ini, keseluruhan jumlah yang diluluskan ialah 82 projek untuk memastikan perkhidmatan air dengan baik, dengan jumlah nilainya RM7.7 bilion. Projek-projek yang terlibat ialah: keseluruhan daripada 82 – untuk kecukupan bekalan air 23; peningkatan kualiti air 20; pengurangan kadar air tidak terhasil 20; penambahbaikan sistem agihan 16; dan lain-lain 3. Jadi, jumlah 82 projek dengan keseluruhan nilai RM7.7 bilion.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dan kalau kita melihat pencapaian syarikat-syarikat air daripada tahun-tahun yang lepas melalui KPI yang kita tetapkan ― bila kita mengatakan KPI, dia berdasarkan: pertama, syarikat air mesti menetapkan ada reserve margin; yang kedua, kualiti air yang terawat; ketiga ialah NRW ataupun non-revenue water; keempat, penyelesaian aduan; kelima, tempoh pembaikan. Dan akhirnya kita akan dapat nisbah operasi.

Keseluruhan boleh dikatakan syarikat yang mencapai tahap yang terbaik ada tiga negeri: Pulau Pinang, Selangor dan juga Johor. Manakala yang lainnya adalah, kadar yang memuaskan. Yang tidak mencapai ataupun kurang memuaskan tiga iaitu Perlis, Kedah dan juga Kelantan.

Jadi, sebab itu kita kena memberi tumpuan bagaimana kita memastikan tiga-tiga negeri ini akan mencapai KPI yang terbaik untuk memastikan keterjaminan bekalan dan kurangnya aduan daripada rakyat kita.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Jadi, apa pun yang kita buat, sudah pasti kita memfokuskan kepada rakyat supaya kadar yang dinaikkan itu tidak membebankan, khususnya domestic users lah, dengan izin, rakyat yang terbanyak.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Merbok.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengumumkan – mengalu-alukan kunjungan delegasi PAC dari Pulau Pinang yang diketuai oleh Yang Berhormat Ustaz Muhammad Fauzi iaitu Ketua Pembangkang dan daripada DUN Pulau Pinang.

[Tepuk] Isu kenaikan tarif air ini adalah satu yang sangat sensitif. Sering kali dipolitikkan, dikaitkan dengan kenaikan kos sara hidup dan beban rakyat. Realitinya, kita semua perlu mengakui bahawa kos untuk menguruskan loji rawatan air adalah sangat tinggi dan membebankan syarikat operator air di seluruh negara. Sebahagian besar atau hampir 50 peratus kos operasi adalah untuk membayar kos elektrik.

Soalan saya, adakah pihak Kementerian PETRA yang juga bertanggungjawab menjaga dan menguruskan bekalan elektrik ini boleh memberikan insentif kecekapan tenaga kepada syarikat- syarikat operator negeri bagi mereka menyerap kenaikan kos menguruskan loji-loji rawatan air dan stesen pam mereka?

Dan, adakah kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang merupakan kerangka undang-undang utama yang mentadbir industri perkhidmatan air di Malaysia ini bagi membolehkan satu perkhidmatan air yang lebih cekap, bersepadu dan mampan dilaksanakan di seluruh negara supaya rakyat mendapat perkhidmatan yang stabil dan berkualiti? Sekian.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih. Untuk tarif elektrik, sebenarnya untuk loji-loji air ataupun untuk syarikat bekalan air, memang tiada kenaikan. Dia ada tarif khas untuk kemudahan awam ini. Sebab itu, kita memang memastikan bahawa mereka tidak akan mendapat

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

kenaikan ataupun impact kenaikan kepada kadar tarif, tetapi apa yang kita galakkan mereka ialah untuk mereka menggunakan equipment ataupun peralatan yang cekap tenaga. Itu yang pertama.

Kedua, beralih kepada sama ada menggunakan renewable energy, termasuklah solar dan sebagainya supaya ia akan dapat menjimatkan penggunaan elektrik dalam proses rawatan air dan sebagainya. Itu yang pertama kita buat.

Yang kedua, mereka juga kena melihat bagaimana untuk menambah baik pengurusan – dari segi pengurusan dan juga pendekatan. Pada saya, kalau kita melihat kadar non-revenue water adalah, kadar yang paling tinggi. Ada negeri yang lebih 50 peratus. Kalau kita nak fokuskan pada loji rawatan, apa pun hasilan air yang kita rawat, 50 peratus itu akan hilang.

Sebab itu, tumpuan kita sekarang ini ialah salah satunya bagaimana kita nak membantu kerajaan negeri dan juga syarikat utiliti di peringkat negeri ini menyelesaikan masalah non-revenue water. Sebab itu, kategori – dua kategori yang kita wujudkan. Satu, yang diberi geran. Satu lagi ialah matching grant. Kalau mereka dapat kurangkan, maka ia dapat menjimatkan kehilangan air yang telah pun dirawat. Saya sekarang ini, bersama dengan kementerian dan agensi sedang memikirkan, apakah kaedah kalau dapat kita menyelesaikan non-revenue water ini, penggantian paip-paip lama ini?

Dan, ini kita kena bincang di peringkat negeri juga dan semua syarikat utiliti. Kalau kita dapat percepatkan penggantian keseluruhan paip dengan kaedah yang baharu, diharapkan akhirnya kita akan dapat mengurangkan kehilangan air yang telah pun dirawat. Jadi, mungkin kita kurangkan tumpuan pada rawatan air, tetapi beri tumpuan dulu kepada non-revenue water ini, NRW.

Jadi, itu saya kira akan dapat menjimatkan dan menyelesaikan masalah bekalan air bersih kepada rakyat kita dan juga pihak industri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dato’ Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Selesai sudah – Yang Berhormat?

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Boleh tak saya - soalan tambahan berkenaan air ini. Very critical: sangat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya, Yang Berhormat, saya tidak benarkan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Okey.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Maka, selesai tiga soalan MQT. Kita beralih kepada sesi berikutnya. Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat–Yang Berhormat, mengikut peraturan jawapan lisan, pertanyaan hanya dibenar satu setengah jam. Walau

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

bagaimanapun, terserah kepada budi bicara Pengerusi. Pembuka tirai Majlis Pertanyaan-pertanyaan Lisan, saya mempersilakan Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 10:50 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya, nombor 1.

draft • 10:50 AM

1. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, usaha-usaha yang telah dan sedang diambil untuk memudahkan akses pengguna OKU dalam menggunakan pengangkutan awam seperti mana di Korea yang mana bahasa isyarat dan Braille disertakan di dalam sistem pengumuman di stesen dan kenderaan pengangkutan massa.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Sebagai kerajaan yang prihatin dan mempunyai nilai ihsan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sentiasa menitikberatkan aspek kebolehcapaian (accessibility), keterangkuman (inclusivity) dan kebolehpercayaan dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya bagi kumpulan rentan, termasuk dari kalangan golongan orang kurang upaya (OKU).

Sebahagian besar daripada terminal dan stesen di dalam sistem rel bandar telah pun dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU seperti lif OKU, tactile paving, tandas OKU dan butang lif bertulisan Braille.

Sebagai contoh, kesemua 36 stesen MRT laluan Putrajaya dan 29 stesen MRT laluan Kajang telah dibina dengan ciri-ciri mesra OKU sejak awal pengoperasiannya. Operator-operator pengangkutan rel yang lain juga sentiasa membuat penambahbaikan ke atas aspek keperluan OKU di stesen dan terminal sedia ada. Mereka berdasarkan Laporan Audit Accessibility Pengangkutan Awam yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengangkutan Awam di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya.

MOT melalui Perbadanan Aset Keretapi juga sedang menambah baik fasiliti mesra OKU di stesen-stesen kereta api yang lama dan di luar bandar. Setakat 30 April 2025, kemudahan lif di stesen KTM Tanjong Malim, Kampar dan Batu Gajah telah siap dibina. Kemudahan lif di stesen KTM Padang Besar, Bukit Ketri, Kodiang, Kobah, Sungkai, Slim River, Batang Kali, Rasah dan Serendah pula sudah dalam pembinaan. Manakala, proses perolehan sedang berjalan untuk stesen KTM Bagan Serai, Tapah Road, Padang Rengas, Batang Melaka, Seputeh, Segambut dan Petaling.

Pada masa ini, sistem pengangkutan rel di Malaysia masih belum melaksanakan pengumuman dalam bahasa isyarat secara visual. Namun begitu, sebarang pemakluman berkaitan maklumat terkini perjalanan dan kecemasan sentiasa dipaparkan di papan tanda dan monitor digital di stesen dan kenderaan rel bagi panduan semua pengguna, termasuk golongan OKU.

Operator perkhidmatan rel juga sentiasa menyediakan latihan kepada petugas barisan hadapan mereka dalam membantu serta memudah cara keperluan golongan OKU. Ini bertujuan untuk memastikan bantuan sewajarnya dapat diberikan kepada penumpang OKU secara profesional, empati dan efisien. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 10:50 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Menteri ke atas jawapan yang telah diberikan. Jawapan cukup mantap dan padu. Jadi, soalan tambahan saya adalah adakah kementerian akan melibatkan wakil komuniti OKU secara langsung dalam proses penggubalan dasar serta pelaksanaan inisiatif berkaitan bagi memastikan keperluan sebenar mereka dikenal pasti dan juga difahami, dan mengambil berat secara lebih serius? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Memang wakil-wakil daripada OKU ini sentiasa dilibat-uruskan. Seperti yang saya nyatakan tadi, ada Jawatankuasa Pengangkutan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya.

Jadi, melalui platform ini, sudah tentu suara-suara dan wakil daripada golongan OKU sentiasa dilibat-uruskan dan diambil kira. Sudah tentu, kita menghormati pandangan daripada wakil-wakil OKU dan Kementerian Pengangkutan juga sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan.

Mungkin sesuatu dasar ataupun inisiatif dan langkah-langkah yang kita ambil ini, mungkin tidak cukup menyeluruh kerana golongan OKU lebih memahami keperluan-keperluan mereka.

draft • 10:50 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, kita sentiasa terbuka untuk menerima apa-apa kritikan dan cadangan daripada golongan OKU untuk kita menambah baik kerana kita memang mengharapkan sistem pengangkutan awam kita ini dapat memberikan akses yang sama-rata kepada semua pihak, terutamanya kepada golongan OKU yang memerlukan pengangkutan awam ini untuk berulang-alik dan juga untuk meningkatkan mobiliti mereka. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat, saya ingin peringatkan. Waktu satu setengah jam. Jadi, saya akan cuba sebaik mungkin untuk meluluskan pertanyaan-pertanyaan yang seberapa banyak.

Jadi, saya ingatkan. Mukadimah itu pendekkan. I’ll be strict on this. Mengikut Peraturan 37(2).

Silakan, Yang Berhormat Jerantut.

draft • 10:50 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Kita dikejutkan dengan tragedi seorang lelaki OKU buta penglihatan yang maut selepas jatuh dan digilis tren di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Jalan Tun Razak pada Februari 2025 dan selepas daripada perkara tersebut, alhamdulillah, peringkat kementerian berusaha sebaik mungkin untuk kita close the gap.

Persoalan saya ialah, apakah pihak Menteri boleh menyatakan secara terperinci kelemahan utama yang telah dikenal pasti dan mengapa kelemahan tersebut masih berlarutan selepas lebih sedekad Malaysia meratifikasi Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD)? Apakah kementerian mempunyai garis masa yang jelas untuk penambahbaikan menyeluruh terhadap kemudahan OKU di stesen tren seluruh negara termasuk peruntukan yang telah diluluskan? Terima kasihi.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut dan terima kasih atas keprihatinan kepada kebajikan dan juga keselamatan OKU. Memang betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat, ada kes-kes di mana OKU dan juga ada orang yang tak sengaja dia jatuh dalam platform dan antara gap yang kita kenal pasti ini ialah design stesen-stesen lama kita terutamanya di stesen- stesen LRT. Mereka ini tak ada pintu dari antara platform dengan kereta api, tetapi untuk stesen-stesen baharu terutamanya MRT Putrajaya, MRT Kajang Line, semuanya dia ditutup sebelum tren datang.

Memang ada gap dia, ada pintu dia yang akan menjadi penghadang di antara platform dengan tren.

Apabila tren sampai baharu pintu dibuka, tetapi untuk stesen-stesen LRT yang lama, umpamanya stesen LRT Ampang Line, platform dengan rel tak ada apa-apa pintu.

Jadi, sekarang ini pihak Prasarana sedang melihat cadangan untuk kita memasang mungkin antara platform dengan rel. Walaupun bukannya 100 peratus dapat menutup keseluruhan gap tersebut, tetapi kita cuba meminimumkan supaya ada satu penghadang di antara platform dengan rel. Namun begitu, kita sentiasa ada –– sementara ini ada pihak polis bantuan telah pun dikerahkan di stesen- stesen dan memang pihak Prasarana sedang melatih polis-polis bantuan supaya lebih sensitif apabila melihat ada golongan OKU yang berada di platform.

Jadi, untuk melaksanakan ini memang memerlukan satu perbelanjaan yang cukup besar kerana kita kena redesign kesemua stesen-stesen rel ini dan juga memerlukan peruntukan dan juga masa yang panjang. Jadi sementara ini, polis bantuan telah dikerahkan untuk memastikan insiden-insiden seperti ini dapat diminimumkan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Mempersilakan Datuk Haji Abdul Khalib bin Abdullah, Yang Berhormat Rompin.

draft • 11:00 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 11:00 AM

2. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, perancangan kementerian untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor teknologi hijau dan ekonomi sekular berkaitan tenaga dan air serta impak jangkaan terhadap penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pemindahan teknologi kepada tenaga kerja tempatan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menarik pelaburan langsung asing ataupun FDI dan juga pelaburan langsung domestik (DDI) dalam bidang tenaga boleh baru (TBB), kerajaan akan menumpukan usaha dan memperkukuhkan inisiatif TBB sedia ada bagi memberikan kepastian ataupun certainty dengan izin, insentif serta opsyen bekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pemain industri

draft • 11:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

agar ia menjadi faktor tarikan kepada pelabur untuk melabur dalam rantaian nilai industri TBB negara.

Antara usaha yang akan diteruskan termasuk:

(i) memperkukuhkan pelaksanaan program solar berskala besar sebagai salah satu program penjanaan solar utama untuk menarik pelaburan dalam bidang TBB dengan implikasi kenaikan tarif yang minimum kepada pengguna elektrik;

(ii) meneruskan pelaksanaan mekanisme tarif galakan dan program Low Carbon Energy Generation Program dengan izin, sebagai program khusus untuk menarik pelaburan dalam bidang penjanaan daripada sumber bukan solar;

(iii) memperkemaskan pelaksanaan program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) dengan izin, untuk membolehkan syarikat yang melabur di negara ini mendapat bekalan elektrik hijau daripada penjana TBB pilihan secara langsung selain daripada syarikat utiliti untuk memenuhi komitmen ESD mereka; dan

(iv) meneruskan penyediaan insentif cukai, Green Investment Tax Allowance

(GITA), dengan izin dan Green Income Tax Exemption Guide (GITE), dengan izin untuk menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau dan tenaga boleh baru.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dijangka akan membuka dan menarik pelaburan sehingga kira- kira RM637 bilion dan 310,000 peluang pekerjaan langsung sehingga tahun 2050 berbanding tahun 2022.

Bagi memastikan supaya peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pembinaan teknologi kepada tenaga kerja tempatan dilakukan, kerajaan telah menetapkan ekuiti pemilikan tempatan dan kesemua projek TBB yang diperkenalkan dan dilaksanakan adalah sekurang-kurangnya 51 peratus. Ini termasuk bagi pelaksanaan program solar berskala besar, program tarikan galakan, program tarif galakan, program Corporate Renewable Energy Supply Scheme dan program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM) Langkah ini diharap akan membolehkan pemindahan kemahiran dan juga teknologi khusus dalam bidang pembangunan TBB dilakukan dan memberi manfaat kepada pekerja-pekerja tempatan.

Antara bidang tumpuan tersebut termasuklah pengurusan dan pelaksanaan engineering, procurement, construction dan commissioning dengan izin dan pelaksanaan projek TBB yang membolehkan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan berkemahiran tinggi termasuk dalam bidang reka bentuk dan pengurusan projek termasuk aspek teknikal, perundangan dan komersial.

Juga dalam bidang pembuatan dan pemasangan komponen dan peralatan bagi pembangunan loji kuasa TBB seperti panel solar, boiler, sistem pengecasan kenderaan ataupun sistem penstoran yang boleh dirangkumkan dengan kandungan tempatan ataupun local content.

Yang ketiga, pembinaan teknologi sedia ada dan terkini dan kendalian ekonomi sekular termasuk dalam bidang CCUS, waste recovery dan juga waste-to-energy agar rakyat tempatan juga boleh memiliki kemahiran dalam aspek reka bentuk dan kendalian rantaian nilai bidang ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Rompin, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor teknologi hijau dan ekonomi sekular adalah penting untuk mencapai matlamat pembangunan mampan negara. Ini bukan sahaja membawa modal, tetapi juga kepakaran teknologi canggih dan amalan terbaik antarabangsa.

Isunya ialah bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan trend global ini untuk melonjakkan ekonominya terutamanya dalam konteks peralihan tenaga dan pengurusan air yang lebih lestari dengan menarik FDI yang tepat dan dapat mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi bagi memastikan pembinaan teknologi yang berkesan selari dengan hala tuju RMK13.

Soalan saya, bagaimanakah kementerian merancang untuk menyelaraskan inisiatif FDI dalam teknologi hijau dengan matlamat yang digariskan dalam RMK13 khususnya dalam subsektor seperti hidrogen hijau, penyimpanan tenaga dan teknologi kitar semula air? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam konteks menarik pelaburan, bidang kuasanya ialah di bawah MITI, tapi kita bekerjasama langsung dengan MITI dalam konteks bila melibatkan sektor tenaga, maka kita akan kenal pasti apakah teknologi-teknologi yang perlu untuk masuk, yang sesuai untuk negara kita dan, apakah kepakaran yang diperlukan dan bagaimana kita nak pastikan pelaburan yang masuk ini akan memberi manfaat kepada tempatan: satu, dari segi teknologinya; dua, dari segi pengupayaan kepada kemahiran tenaga manusia kita; dan tiga, bagaimana ia dapat diterjemahkan kepada kesesuaian tempatan.

Kalau kita melihat dalam tahun 2024 misal kata, jumlah pelaburan yang telah diluluskan, pelaburan hijau ialah RM20.8 bilion melibatkan 943 projek. Domestic investment 44 peratus, 56 peratus adalah, daripada foreign investment dengan nilai RM11.7 bilion. Employment opportunities atau peluang pekerjaan 8,413. Bidang tumpuan yang diluluskan setakat ini di green mobility melibatkan kenderaan elektrik. Bila kenderaan elektrik masuk, pemasangan dalam negara kita, maka akan ada value chain iaitu bekalan kepada bahan-bahan yang diperlukan. Juga bateri untuk kita charging dan charging ini sudah pasti melibatkan juga rakyat tempatan dan sebagainya.

Secular economy, RM4.6 bilion; energy efficiency, RM1.6 bilion; bio-energy, RM0.7 bilion; renewable energy, RM3.0 bilion dan hidrogen RM0.1 bilion. Makna semua sektor ini kita lihat dan keseluruhannya akan sudah pasti memberi manfaat kepada negara kita dan meningkatkan keupayaan rakyat kita dari segi kemahiran dan juga peluang-peluang perniagaan dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan kepada Yang Amat Berhormat Menteri, berapakah pelaburan sektor TBB yang dijangka diperolehi negara ini bagi tahun 2025?

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Soalan ini agak spesifik tapi kalau kita melihat dalam 2024, yang saya dah nyatakan tadi, jumlahnya ialah RM20.8 bilion. 2025 kita kena tunggu sehingga penuh laporan sehingga Disember tahun ini dasarnya, tapi yang berminat datang ke negara kita memang agak banyak sebenarnya. Malahan daripada UAE, daripada Saudi yang ingin melabur di negara kita dalam pelbagai sektor termasuklah dari segi solar, daripada floating solar, daripada hidrogen, ammonia dan biogas dan sebagainya memang banyak.

Cuma jumlahnya mungkin kita belum dapat muktamadkan sehinggalah kita mencapai September. Setakat ini yang telah diluluskan untuk FiT dan sebagainya, RM8.8 bilion. Di bawah LSS5, RM7 bilion dan yang lain-lain termasuk LSS, CREAM dan KREAS yang telah kita luluskan ialah RM8 bilion. Ini yang ada, tapi masih ada yang belum dapat dimuktamadkan sehinggalah sehingga Disember ini baru kita dapat katakan jumlah sebenar untuk 2025. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga, saya mempersilakan Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Yang Berhormat Gombak.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan nombor 3.

draft • 11:10 AM

3. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, jumlah pekerja informal dalam sektor ekonomi penjagaan (care economy) yang telah didaftarkan oleh kementerian. Apakah dasar dan persediaan kementerian bagi menghadapi masyarakat yang semakin menua (ageing society).

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya nak ucap tahniah kepada Yang Berhormat ini yang telah melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor lebih dahulu dari mana-mana negara — negeri dalam negara kita. Jadi, tahniah pada beliau.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini belum ada pengumpulan data rasmi bagi penjaga ataupun carer dengan izin, formal mahu tidak formal di Malaysia. Namun, salah satu daripada teras strategik, kerangka strategik dan pelan tindakan penjagaan di Malaysia 2026 hingga 2030, yang kini sedang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau KPWKM akan turut meliputi pengumpulan data bagi perkhidmatan penjagaan ini.

Sebagai rekod, setakat ini KPWKM merekodkan seramai 6,744 individu yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia ataupun SKM dalam bidang penjagaan dan perkhidmatan komuniti, manakala seramai 43,869 orang lagi memiliki kemahiran profesional dalam pengasuhan kanak-kanak. Mereka ini memiliki kemahiran dan kelayakan untuk menawarkan perkhidmatan penjagaan secara formal.

Sementara itu, data rasmi KPWKM yang boleh digunakan untuk merujuk kepada individu yang memberikan penjagaan tidak formal pula adalah data penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Itu yang kita rujuk ya. Untuk makluman, bagi yang layak, kerajaan menerusi JKM

draft • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

menyediakan bantuan kebajikan bulanan bagi meringankan beban individu yang memberikan penjagaan kepada ahli keluarga mereka yang telantar dan uzur menerusi bantuan pesakit kronik telantar. Sehingga April 2025, kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM59.6 juta kepada 31,138 penerima bantuan ini.

Dalam pada itu, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 sedang digubal oleh kerajaan sebagai panduan menyeluruh bagi persediaan menghadapi cabaran penuaan negara. Ia merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi yang berkaitan.

Antara fokus yang akan dimainkan oleh KPWKM dalam hal ini adalah penyediaan ekosistem, perkhidmatan penjagaan jangka panjang ataupun dengan izin, long-term care (LTC) yang cekap dan mampan. Setelah melalui pelbagai sesi konsultasi serta kajian termasuklah makmal pembangunan bersama pihak-pihak berkepentingan, kerangka strategik dan pelan tindakan penjagaan yang saya nyatakan tadi, kini dalam fasa akhir pembangunannya.

Pada masa yang sama, KPWKM juga merancang untuk melancarkan Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2026–2030 yang antaranya akan turut meliputi aspek keselamatan dan perlindungan, pembelajaran sepanjang hayat serta penglibatan dan kesepaduan antara agensi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Gombak untuk soalan tambahan. Silakan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Menteri atas jawapan yang telah diberikan dan kesediaan kementerian dan Kerajaan Persekutuan merangka satu kerangka penjagaan yang menyeluruh di Malaysia.

Angka ini penting kerana kita akan berdepan dengan masalah masyarakat menua ataupun aging society. Di negeri Selangor, data menunjukkan lifespan kita telah meningkat daripada 74, 75 pada tahun 2018 kepada 80 hingga 82 pada tahun 2024 dan 2025. Manakala, kadar kelahiran menurun daripada 1.9 kepada 1.6.

Justeru, tekanan kepada kelompok produktif untuk menjaga dua kelompok rentan iaitu paling tua dan paling kecil akan semakin meningkat dan sebab itu isunya adalah, kos Yang Berhormat, kerana daripada apa pemerhatian saya, kita mempunyai beberapa pusat jagaan-jagaan yang berlaku ataupun banyak: cukup, di Kuala Lumpur yang sebelum ini agak tradisional konsepnya, tetapi ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 dan beberapa isu yang lain, pusat jagaan ini sangat, sangat laih dan sangat lemah dan menyebabkan ia menjadi pusat perebakan penyakit dan tidak sustainable.

Ada juga pusat-pusat penjagaan yang lebih baik, yang lebih moden dan disusuli teknologi terkini, tetapi harganya sangat mahal, mencecah puluhan ribu ringgit satu bulan untuk penjagaan- penjagaan itu. Justeru, saya percaya apakah perancangan pihak kementerian dan Kerajaan Persekutuan untuk menjaga ataupun memastikan sustainability ataupun kelestarian penjagaan seperti ini demi untuk kesihatan rakyat sepenuhnya?

Apakah mungkin kerajaan boleh memperkenalkan kaedah insurans ataupun insurans sebagai salah satu pengawalan ataupun penjagaan terhadap masa tua berbanding hanya untuk menangani

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

penyakit kritikal dan juga kemalangan dan sebagainya? Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Speaker.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Ya, betul tadi makin ramai orang yang tua. Cuma saya nak perbetulkan sikit dari segi kadar kelahiran kita sekarang ini. Kalau tahun lepas 1.7 — tahun 1.6, tahun ini sudah naik pula 1.7. Satu saja poin dia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Saya sebut Selangor tadi, minta maaf, tapi lepas itu naik sikit.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Oh okey, okey. So, saya terpaksa bercerita mengenai Malaysia. Anyway terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mendepani cabaran negara menua, kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi ataupun KE, membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan ataupun National Ageing Blueprint (NAB) dengan izin. Sektor penjagaan yang diberi fokus untuk — oleh KPWKM adalah hanyalah satu cabang keperluan yang diberi tumpuan di dalam NAB tersebut.

Usaha dalam mempersiapkan negara dalam hal ini menerusi NAB tersebut adalah menyeluruh dan merentasi pelbagai kementerian serta agensi yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, ia pastinya menuntut pelaksanaan reformasi proaktif dalam pelbagai perkara. Antaranya termasuklah sistem kesihatan yang beralih daripada sistem yang merawat penyakit kepada sistem yang mengutamakan kesejahteraan sepanjang hayat serta model baharu bagi pembiayaan penyediaan.

Selain itu, pembaharuan sistem perlindungan sosial ataupun social protection system termasuk yang insurans tadi, perlu turut diteliti di samping perkara-perkara dasar lain khususnya memberi impak kepada ekonomi secara makro seperti had umur persaraan. Justeru, agenda ini tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan kepada kerajaan ataupun satu kementerian sahaja, tetapi memerlukan pendekatan whole-of-government approach dengan izin, demi untuk menghadapinya.

Jadi, tidak dapat dinafikan, memang Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa permintaan kepada perkhidmatan penjagaan adalah tinggi. Namun isu kemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut bukan hanya menjadi cabaran di Malaysia, tetapi isu ini adalah cabaran global.

Kita membuat kajian dan penanda aras dengan pelaksanaan negara-negara lain dan KPWKM akan berusaha dan bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk mencari penyelesaian yang mampan. Ada pelbagai lagi kementerian yang bekerjasama dengan kita untuk memastikan kita dapat melahirkan sesuatu yang baik dan sustainable untuk kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih juga.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kapar. Eh, Temerloh. Minta maaf.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Speaker. Soalan saya ialah, bagaimanakah kementerian menangani isu penderaan dan juga pengabaian warga emas oleh ahli keluarga sehingga menimbulkan kemurungan dan kesihatan mental dan adakah kementerian mempunyai modul kerohanian atau pengisian agama bagi warga emas Muslim di rumah-rumah penjagaan warga emas untuk kerajaan dan swasta? Okey, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang menyentuh mengenai apa nama KRT, apa nama abused people dengan izin ya dan juga warga emas yang terlantar.

Sebenarnya, kebanyakannya ini adalah secara menyeluruh, selain daripada kita memberi apa nama psychological punya ini. Apa nama orang kata kaunseling, terima kasih. Kaunseling kita membantu mereka dalam memberi perlindungan dan juga ada juga tempat kita – kita kerjasama dengan NGO juga untuk bantu mereka dalam golongan yang KRT punya apa nama the abused women ini, mohon maaf, mohon izin ya.

Jadi, bagi mereka yang telah terlantar, kita ada juga home apa nama kita sebut KBDR ini ataupun home welfare. Kita ada kebajikan untuk pergi ke rumah-rumah untuk membantu, cuma mereka adalah terdiri daripada mereka yang voluntary membantu mereka yang berada – yang di bawah bantuan kebajikan kita, yang tidak ada dalam bantuan kebajikan kita mungkin tidak mendapatkannya.

Namun, mereka boleh memohonlah sebab inilah cara untuk kita mengetahui orang itu memerlukan bantuan. Sebab bagaimana kita nak tahu apa yang berlaku di rumah sebelah menyebelah orang yang telah didera ataupun telah ditinggalkan oleh anak-anak ataupun dibiarkan begitu saja. Maka sebab itu whole of society ataupun whole of nation approach dengan izin diperlukan dalam hal ini untuk membantu memberi maklumat kepada kita. Kita ada, apa nama Talian Kasih kita 15999 untuk memberitahu kita mengenai perkara yang berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan berikutnya. Mempersilakan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin.

draft • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 4.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

4. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin [Pagoh] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) strategi KWSP dalam menyusun semula peruntukan aset pelaburan bagi menjamin pulangan yang mampan dan mengurangkan risiko ekoran ketidaktentuan pasaran global; dan

(b) langkah KWSP memastikan pelaburan domestik yang kini merangkumi 63 peratus daripada jumlah pelaburan agar terus diperkukuh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengamalkan strategi pelaburan berdisiplin berpandukan alokasi aset strategik atau SAA, yang mana pengagihan dana pelaburan dibuat secara optimum dalam pelbagai kelas aset, geografi, mandat dan strategi dengan mengambil kira had toleransi risiko yang telah ditetapkan. Ini dapat memastikan prestasi pelaburan yang kukuh dan mampan dapat dikekalkan.

Ekoran ketidaktentuan pasaran global, KWSP telah mengambil langkah proaktif jangka pendek untuk mengurangkan impak dan risiko kepada prestasi pelaburan dengan melaksanakan pengagihan semula modal secara selektif ke pasaran dan sektor yang menunjukkan ketahanan ekonomi tinggi serta prospek pertumbuhan jangka panjang yang kukuh.

Proses ini disokong oleh mekanisme pengimbangan semula portfolio yang dinamik dan rangka kerja pengurusan risiko komprehensif, membolehkan KWSP bertindak proaktif terhadap perubahan pasaran di samping mengekalkan pendedahan risiko pada paras yang terkawal. KWSP kekal komited untuk terus memberi pulangan yang kompetitif kepada para pencarum, meskipun menghadapi persekitaran pelaburan yang semakin mencabar.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KWSP sentiasa memberi keutamaan dan sokongan kepada pasaran tempatan. Selain terus melabur secara aktif dalam pasaran bon dan saham tempatan, malah satu dari fokus pelaburan domestik pada masa kini adalah untuk meningkatkan pelaburan dalam pasaran persendirian atau dengan izin, private investment yang merangkumi ekuiti persendirian, hartanah dan infrastruktur. Pelaburan dalam kelas-kelas aset ini mampu memberi pulangan yang kompetitif serta memberi sumbangan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

KWSP juga merupakan salah satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan atau GLIC yang menerajui program GEAR-uP oleh Kementerian Kewangan. Di bawah program ini, KWSP diberi mandat memperluas pelaburan dalam bidang kesihatan dan penjagaan warga emas termasuk pusat rawatan harian, perkhidmatan di rumah serta teknologi kesihatan mampu milik.

KWSP komited untuk memastikan pelaburan-pelaburan ini berdaya saing secara komersial bagi menjana pulangan pelaburan yang stabil dan mampan untuk ahli KWSP dalam masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pagoh, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

KWSP baru-baru ini telah mengumumkan prestasi pelaburan iaitu menurun 13 peratus dan juga ekuitinya merosot 23 peratus. Saya nak tahu, sama ada inilah penyebab cadangan KWSP untuk mengubah kaedah pengeluaran persaraan pada sistem bayaran bulanan yang saya diberitahu tidak disokong oleh ramai pencarum atau inilah kerana mungkin KWSP akan memberikan pinjaman pada kerajaan dan dengan sebab itu dia akan menghadapi masalah kecairan. Saya nak tahu, perkara itu apa sebabnya.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pagoh. Memang seperti yang disebutkan tadi, KWSP memang – bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, kita mengalami keturunan 13 peratus seperti yang disebutkan telah dicatatkan pada suku – berbanding dengan yang dicatatkan pada suku yang pertama 2024. Ini adalah banyak faktor yang menyebabkan ini.

Walau bagaimanapun untuk maklumat ahli Yang Berhormat Pagoh dalam suku dijangka pada suku kedua 2025 kita akan jangka satu tindak balik – balik akan mengalami satu positive respond untuk suku kedua berbanding dengan di masa 2024. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 11:20 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Dato’ Speaker. Mas Gading ingin bertanya kepada Menteri, apakah rasional KWSP untuk memperkenalkan bayaran bulanan secara pencen lanjutan daripada pengumuman Perdana Menteri dalam perancangan Malaysia ke-15, ke-13 baru-baru ini?

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Isu ini ramai yang berminat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mas Gading.

Cadangan penstrukturan semula akaun KWSP ini akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan.

Pengenalan kepada mekanisme baharu ini tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada kerana ianya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaannya sahaja. Namun begitu, ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada struktur baharu ini secara sukarela.

Mekanisme ini adalah bertujuan memastikan simpanan ahli bertahan lebih lama bagi menampung perbelanjaan harian semasa tempoh persaraan yang dijangka semakin meningkat, seiring peningkatan jangka hayat.

Struktur baharu ini akan diwujudkan apabila ahli mencapai umur persaraan minimum, di mana simpanan ahli akan terbahagi kepada dua komponen utama iaitu yang pertama simpanan fleksibel iaitu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli dan juga simpanan pendapatan diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis. Cadangan ini bertujuan mengukuhkan jaminan pendapatan hari tua dan menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima, mempersilakan Ir. Ts. Zahir bin Hassan Yang Berhormat Wangsa Maju

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Bunga mawar di taman yang indah,

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Harum menyebar di pagi hari; Soalan kelima Wangsa Maju bertanya, Jawapan diharap menenangkan hati.

draft • 11:20 AM

5. Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan bagaimana kaedah pelaksanaan tarif jadual elektrik baharu mencerminkan komitmen peralihan tenaga demi mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju, pantun yang baik sekali.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

PETRA melalui Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu di Semenanjung pada 20 Jun 2025 yang mana pelaksanaannya bermula pada 1 Julai 2025. Pengenalan jadual elektrik baharu ini merupakan penambahbaikan kepada struktur sebelum ini berdasarkan empat prinsip utama iaitu penetapan tarif yang telus. Kedua, struktur tarif yang mencerminkan kos pembekalan sebenar. Ketiga, pengagihan kos yang adil dan saksama kepada semua pengguna dan keempat, impak perubahan yang minimum kepada pengguna domestik.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, jadual tarif elektrik di Semenanjung sedia ada telah digunakan sejak tahun 2014. Semakan jadual tarif perlu dilaksanakan berikutan perubahan yang ketara dalam perkembangan dan pembangunan industri tenaga elektrik dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini.

Kementerian dan ST telah membuat semakan dan menstrukturkan semula jadual tarif elektrik di Semenanjung bagi menangani isu ketidakpadanan struktur kos pembekalan di dalam jadual tarif elektrik sedia ada, yang mana sebagai contoh ianya meliputi sembilan peratus kos tetap, yakni infrastruktur dan 91 percent kos tenaga.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadual tarif elektrik baharu ini distrukturkan semula supaya lebih jelas dengan memaparkan caj tenaga, caj kapasiti, caj rangkaian dan juga caj peruncitan bagi setiap kategori pengguna berbanding struktur lama yang hanya mempunyai komponen caj tenaga dan caj minimum sahaja.

Dalam hal ini, struktur ini adalah lebih telus dan dapat mendidik pengguna supaya peka terhadap komponen-komponen yang terlibat dalam pembekalan elektrik. Ini merupakan langkah awal dalam mendidik rakyat supaya menjadi pengguna yang bijak tenaga selaras dengan agenda peralihan tenaga negara.

Selain itu, kadar tarif dalam jadual baharu ini juga tidak lagi berdasarkan aktiviti ekonomi semata-mata, tetapi mengikut tahap sambungan voltan. Ini bertujuan untuk memastikan pengguna

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

bukan domestik dikenakan kadar tarif berdasarkan kos sebenar untuk membekalkan sumber elektrik dan mengelakkan berlakunya diskriminasi berdasarkan aktiviti.

Struktur ini juga menyokong aspek kemampanan di mana ia menyediakan platform penyertaan yang sama rata dan adil dalam kalangan pengguna bukan domestik. Ketelusan dalam komponen kos pembekalan ini dapat menggalakkan pengguna bukan domestik untuk menerokai sumber tenaga boleh baharu (TBB) bagi mendapatkan sumber alternatif elektrik yang lebih kompetitif di samping memenuhi tanggungjawab dan sumbangan korporat dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang seawal tahun 2050.

Selain itu, kementerian turut memperkenalkan Insentif Cekap Tenaga kepada pengguna di mana ia diberikan secara terus kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kilowatt- jam dan ke bawah dan juga PMKS yang menggunakan elektrik 200 kilowatt-jam dan ke bawah.

Akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, insentif ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasar ini menggunakan elektrik secara berhemah dan cekap dalam pengurusan tenaga. Ini kerana pengurusan tenaga yang baik dapat mengimbangi permintaan elektrik, di samping meningkatkan sumber penjanaan elektrik daripada sumber TBB bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara.

Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Wangsa Maju.

draft • 11:30 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan tadi. Satu perkara yang menarik dalam jawapan tadi adalah jadual tarif elektrik ini dapat mendidik pengguna. Jadi, saya kira dan saya percaya, segala usaha dan kaedah untuk memperkasakan dan mendidik pengguna itu amat-amat disokong.

Seperkara lagi yang saya ingin tanya di sini, diberitakan TNB akan membuat pelaburan yang besar iaitu lebih kurang RM43 bilion untuk menaik taraf grid nasional untuk merealisasikan peralihan tenaga. Lazimnya setiap pelaburan itu akan diharapkan untuk mendapat pulangan yang setimpal daripada pelaburan yang dibuat.

Bagaimanakah jadual tarif baru ini tidak akan membebankan, khususnya pengguna domestik, dalam masa yang sama memastikan TNB dapat merealisasikan pelaburan terhadap grid nasional yang menjadi keperluan sekarang ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri. Ada dua komponen. Dari segi bagaimana TNB melaburkan kembali yang disebut tadi, RM43 bilion itu adalah CapEx bagi tempoh RP4 iaitu 2025 sehingga 2027.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dalam keadaan kita bercakap soal peralihan tenaga sebagai contoh, bila kita sebut nak upgrade smart grid dan sebagainya, ia nya bertujuan untuk membolehkan sistem kita ini menerima tenaga boleh baharu. Itu yang pertama. Tapi dari segi kelangsungan jangka panjang sebagai contoh, kita juga bercakap soal ASEAN Power Grid. Jadi, bila kita meningkatkan keanjalan grid kita ini, ini akan membolehkan perkara-perkara itu berlaku pada masa akan datang.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Bagaimana pula dari segi kesan kepada pengguna? Sebab itu yang kita nyatakan, bila disebut konsep peralihan tenaga ini, kita selain cuba mengekang ataupun mengelakkan kumpulan pengguna domestik 85 peratus ini majoriti ini terkesan, ada juga elemen sebagai contoh yang kita kenalkan Insentif Cekap Tenaga. Lagi kurang mereka guna, lagi banyak rebat yang mereka terima.

Yang kedua, sebagai contoh juga, kita juga bagi insentif itu kepada PMKS bagi mereka yang menggunakan 200 kilowatt-jam dan ke bawah. Sementara itu, untuk domestik bagi mereka yang di bawah 600 kilowatt, selain insentif cekap tenaga, kos peruncitan itu juga kita kecualikan dan juga dari segi pelarasan bahan api yang dulu kita pakai ICPT, sekarang kita pakai AFA juga tidak terguna pakai untuk kumpulan domestik di bawah 600 kilowatt-jam.

Jadi, sebab itu untuk tempoh kerangka tiga tahun ini, Tan Sri Yang di-Pertua, ini sebenarnya memang ke arah kita me-reform-kan industri elektrik ini ke arah peralihan tenaga. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Setiu. Silakan.

draft • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian telah melantik ataupun akan melantik satu badan audit bebas atau menyediakan laporan berkala bagi meninjau sejauh manakah pelaksanaan tarif baru ini akan menyumbang kepada pengurangan karbon supaya rakyat yakin dengan janji kerajaan untuk sifar karbon menjelang 2050. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu.

Dari segi tanggungjawab di bawah kementerian, sememangnya kami ini ke arah pelaksanaan, terutamanya melibatkan sektor tenaga ini. Jadi sebab itu, dari segi memastikan supaya proses ini berjalan, seperti mana yang disebut tadi kita ada empat asas.

Sebagai contoh, kali ini kita nak lebih terbuka. Kita nak juga memastikan cara pengagihan caj itu lebih telus. Kita nyatakan empat caj yang kita kenakan itu kepada setiap pengguna. Jadi, yang ini diselaraskan melalui Suruhanjaya Tenaga. Jadi, tanggungjawab kita adalah melaksanakan proses ini supaya ianya selari dengan dasar kerajaan sepertimana yang kita ada di bawah NETR, kita ada di bawah ke arah peralihan tenaga.

Sementara itu, dari segi tanggungjawab untuk mengukur dari segi penjimatan ataupun pengurangan karbon dan sebagainya, perkara ini memang boleh diselaraskan di bawah NRES dan juga dari segi majlis-majlis di bawah Kabinet supaya isu peralihan tenaga secara keseluruhannya itu merangkumi banyak sektor, termasuk sektor pengangkutan, sektor dari segi sektor tenaga, sektor yang berkait yang menghasilkan karbon-karbon ini.

Cuma di peringkat kita, dari segi pengurangan bil itu, dari segi bagaimana pengguna itu lebih beralih ke arah penjimatan tenaga. Perkara itu kita boleh teliti melalui hasil dari segi dapatan berapa banyak caj bil yang kita kenakan tadi kita boleh teliti daripada tujuan tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

6. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Ekonomi menyatakan status perlaksanaan inisiatif PuTERA 35 (Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera) di Sarawak. Apakah perancangan dan pendekatan kementerian dalam memastikan penyertaan dan kejayaan usahawan muda bumiputera luar bandar khususnya dari kawasan pedalaman Sarawak. Apakah program khas yang menyasarkan penyertaan belia bumiputera Sarawak dalam sektor pertanian model, keusahawanan digital dan lain-lain.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam.

draft • 11:30 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tan Sri Yang di-Pertua, Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) telah dirangka dengan menggariskan tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiar sebagai langkah progresif dalam memperkasa bumiputera. Ini termasuk mempertingkat pembangunan sosioekonomi Orang Asli serta bumiputera Sabah dan Sarawak.

draft • 11:30 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Antara perancangan dan pendekatan PuTERA35 dalam memastikan penyertaan dan kejayaan usahawan muda bumiputera luar bandar, khususnya dari kawasan pedalaman Sarawak, merangkumi pelaksanaan ikhtiar seperti berikut:

(i) Pemacu 1, Ikhtiar 6 – merekayasa ekonomi luar bandar melalui peluasan akses kepada pembiayaan alternatif dan penglibatan di dalam industri high- growth high-value dengan izin, terutamanya peralihan tenaga, pertanian pintar dan penanaman herba bernilai tinggi;

(ii) Pemacu 1, Ikhtiar 12 – memperkasakan hab logistik untuk meningkatkan infrastruktur serta agensi pemasaran dan pengedaran sedia ada di luar bandar; dan

(iii) Pemacu 1, Ikhtiar 13 – memperluaskan inisiatif Malaysia Digital ke luar bandar dan negeri kurang membangun bagi membolehkan bumiputera mendapat manfaat daripada pelaburan baharu berkaitan teknologi dan pendigitalan.

Pemacu 12 yang mempunyai 12 ikhtiar turut memberikan fokus kepada pengukuhan pembangunan Sabah dan Sarawak dalam mengoptimumkan potensi ekonomi bagi mencapai keseimbangan wilayah selaras dengan aspirasi pembangunan negara. Pelaksanaan PuTERA35 telah dan sedang diterjemah oleh kementerian dan agensi melalui penyelarasan dan pelaksanaan program yang berkaitan.

Bagi menyasarkan lebih ramai penyertaan belia bumiputera Sarawak terutama dalam sektor pertanian moden dan keusahawanan digital, pelbagai program sedang dilaksanakan oleh agensi mandat bumiputera seperti TERAJU, MARA, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan SME Corp.

Ini meliputi program latihan serta penyediaan akses pembiayaan dan perniagaan. Contohnya,

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

sustainable marketing community atau SMART melibatkan tanaman seperti padi dan buah-buahan serta startup accelerator program di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak.

Pelaksanaan ikhtiar PuTERA35 dipantau sepenuhnya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Majlis ini turut dianggotai oleh wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta wakil syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan.

Pelaporan dan pemantauan secara sistematik dan bersepadu melalui dashboard membolehkan penilaian dilaksanakan dengan lebih menyeluruh serta memastikan langkah intervensi dapat diambil dengan segera. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Igan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya, atas jawapan yang begitu jelas dan terperinci yang diberikan. Cuma soalan tambahan saya ialah bagaimanakah kerjasama strategik diwujudkan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri termasuk pihak industri dalam pelaksanaan agenda pemerkasaan bumiputera di Sarawak yang sangat penting ini. Dan sejauh manakah pelan transformasi ekonomi bumiputera ini ataupun PuTERA35 ini dapat melonjakkan pembangunan sosioekonomi bumiputera di Sarawak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli Majlis Ekonomi Bumiputera yang terdiri daripada ahli Jemaah Menteri terpilih, wakil kerajaan Sabah dan Sarawak serta wakil GLC dan GLIC memberikan gambaran jelas wujudnya kerjasama strategik yang erat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak swasta.

PuTERA35 memberi fokus khusus kepada pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak di bawah Pemacu 12 iaitu “Pengukuhan Pembangunan Sabah dan Sarawak ke arah Keseimbangan Wilayah.” Pendekatan yang lebih produktif dan bersepadu diambil bagi menggalakkan bumiputera dari pelbagai latar belakang etnik untuk terus berkembang maju terutama dalam industri high-growth dan high-value dengan izin dan memainkan peranan yang lebih signifikan dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Kerajaan Negeri Sarawak melalui Majlis Ekonomi Bumiputera Sarawak pula turut melibat secara aktif dalam menjayakan pelaksanaan PuTERA35. Sebagai contoh, Sarawak telah menghasilkan Pelan Tindakan Ekonomi Bumiputera Sarawak 2035 atau SBB2035 dengan penetapan pelbagai sasaran strategik. Di bawah Pemacu 7 pula, terdapat tujuh ikhtiar berkaitan penyertaan syarikat swasta, GLC dan GLIC dalam menyokong agenda pembangunan bumiputera, terutama dalam industri strategik dan berimpak tinggi.

Secara keseluruhannya, pelan ini bukan saja mengangkat martabat bumiputera Sarawak, tetapi juga memastikan tiada kumpulan etnik yang terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya, saya jemput Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.

draft • 11:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Mohon jawapan soalan saya nombor 7.

draft • 11:40 AM

7. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perancangan kementerian dalam menambah baik penggunaan sistem pengimbas X-ray dan pengesan dadah di pintu sempadan Rantau Panjang bagi membanteras sindiket penyeludupan.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Rantau Panjang. Kementerian Dalam Negeri amat komited dalam meningkatkan keselamatan sempadan negara, khususnya di kawasan Rantau Panjang yang merupakan pintu masuk utama antara Malaysia dan Thailand di negeri Kelantan.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Negara (AKPS) telah mula mengambil alih operasi di ICQS Rantau Panjang mulai 1 Januari 2025. Pengoperasian AKPS melibatkan pengambilalihan fungsi pemeriksaan barangan pengembara dan kargo dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kesihatan Awam, Keselamatan Kualiti Makanan dan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dan fungsi pemeriksaan pelawat dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam melaksanakan urusan pemeriksaan barangan pengembara, ICQS Rantau Panjang telah dilengkapkan dengan kemudahan dua unit mesin pengimbas berteknologi AI di laluan pejalan kaki dan laluan kenderaan penumpang mulai bulan Februari 2025. Penggunaan mesin pengimbas ini telah membantu pegawai-pegawai AKPS di lapangan dalam melaksanakan urusan pemeriksaan barangan dengan lebih cekap dan berkesan terutama bagi mengesan penyeludupan barangan terlarang termasuk kemasukan dadah.

Untuk penggunaan mesin pengimbas kargo, ICQS Rantau Panjang tidak mempunyai kemudahan pemeriksaan ini memandangkan infrastruktur sedia ada tidak mampu untuk menampung penempatan kemudahan tersebut. Pemeriksaan barangan import dan eksport di pintu masuk berkenaan pada masa ini dilaksanakan melalui pemeriksaan fizikal oleh pegawai AKPS. Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri akan pastikan cadangan penempatan kemudahan pemeriksaan melalui mesin pengimbas kargo ini dimasukkan dalam rancangan pembangunan semula Kompleks ICQS Rantau Panjang kelak.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada cadangan pembangunan semula Kompleks ICQS Rantau Panjang. Ketika ini, kementerian, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM65.4 juta untuk pengambilan tanah bagi pembinaan Kompleks ICQS Rantau Panjang. Dan buat masa ini, Kementerian Dalam Negeri berkeyakinan, pembekalan dua unit mesin pengimbas pada awal tahun 2025 dan pemeriksaan bersepadu oleh pelbagai agensi di bawah AKPS dapat membantu mengurangkan kes- kes penyeludupan di pintu masuk ini. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Rantau Panjang.

draft • 11:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Dan kita juga mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan dalam menambah, untuk menambah baik ICQS di Rantau Panjang. Isu yang berbangkit adalah apabila tidak ada mesin pengimbas kargo, inilah yang diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan kesempatan ini.

Soalan saya, apakah penambahbaikan yang akan dibuat untuk mengetatkan lagi keselamatan terutama di pintu masuk supaya tidak berlaku lagi penyeludupan senjata dan barangan-barangan yang terlarang ini dan juga sepanjang jalan-jalan tikus yang ada di sepanjang Rantau Panjang? Dan apakah usaha dalam mengatasi masalah rasuah sebab saya mendapat maklum ada di kalangan pegawai yang menerima rasuah secara bulanan? Minta penjelasan.

draft • 11:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, Tan Sri. KDN sangat serius dan komited untuk memastikan keselamatan di kompleks-kompleks pintu masuk negara termasuk sepanjang garis sempadan negara daripada ancaman penyeludupan.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

…Termasuk isu-isu integriti di kalangan pegawai-pegawai penguat kuasa kita.

draft • 11:40 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Untuk makluman Yang Berhormat, err, saya nak sebut sini bahawa kawalan keselamatan di sempadan sepanjang negara jiran dilaksanakan oleh beberapa agensi iaitu bagi sempadan darat termasuk, tidak termasuk pintu-pintu masuk negeri. Ini dilaksanakan oleh PGA, PDRM melalui Briged Tenggara dan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bagi sempadan laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin, PDRM merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas sektor ini. Dan Agensi Kawalan Sempadan Negara pula bertanggungjawab di atas pengurusan keselamatan di 123 pintu masuk negara yang diwartakan. Ada beza di situ.

Soal keselamatan di garis sempadan antara Malaysia-Thailand, khususnya di kawasan di Kelantan, memang ini merupakan keutamaan KDN memandangkan isu-isu penyeludupan agak membimbangkan di kawasan berkenaan. Dan kerana itu, untuk makluman Yang Berhormat, PGA, PDRM, kita telah pun menambah kekuatan anggota kita daripada 130 anggota bertugas kepada 350 anggota bertugas.

Dan bagi kita pertingkatkan kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk negara yang diwartakan ― ini bukan di jalan-jalan tikus yang dimaksudkan. Untuk mengatasi masalah integriti yang melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasaan, kerajaan, khususnya KDN, kita memang sangat serius soal ini, dan ini adalah antara langkah-langkah yang kita buat.

Pertama, kita laksanakan pendigitalan perkhidmatan khususnya peluasan penggunaan auto gate bagi meminimumkan interaksi manusia di pintu masuk. Dengan penggunaan auto gate, saringan

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

pergerakan keluar masuk pengembara akan dilaksanakan secara digital tanpa melibatkan urusan budi bicara di situ. Ini langkah untuk mengurangkan kes rasuah.

Kemudian, kita perluaskan pemakaian kamera badan, body worn, BWC, kepada petugas- petugas di pintu-pintu masuk utama negara bermula pada tahun ini dengan enam lapangan terbang antarabangsa utama ― KLIA, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu. Dan lokasi pertama melibatkan 614 kamera badan. Dan, saya yakin dan kita yakin dengan pelaksanaan ini, ia akan meningkatkan langkah-langkah kebertanggungjawaban dan mengurangkan isu-isu melibatkan soal- soal integriti.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pekan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Pekan ingin bertanya satu soalan yang munasabah. Iaitu, jika berlaku black out ataupun tergendala dari segi pengendalian peralatan bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ini, apakah respons pantas yang boleh dilaksanakan oleh pihak Kementerian dalam memastikan bahawa ia nya tidak terjejas seperti, contohnya, sistem auto gate pelawat asing dan sistem-sistem yang sedia ada yang lain? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Untuk makluman sahabat saya, Pekan, memang kita sangat berjaga-jaga soal ini. Dan kerana itu, segala SOP, prosedur operasi standard dan langkah-langkah perlindungan telah, sedang dan akan dilakukan oleh setiap agensi. KDN juga, kita tekankan soal-soal keperluan untuk setiap agensi mempunyai pelan kesinambungan perkhidmatan untuk pastikan urusan perkhidmatan kita tidak tergendala dan terjejas.

Saya bagi contoh. Di dalam situasi gangguan kepada sistem pemeriksaan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan IKPS, dia akan melaksanakan beberapa langkah-langkah berikut bagi mempastikan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Pertama, kita memaksimumkan kekuatan pegawai di semua kaunter manual bagi membuat pemeriksaan orang dan dokumen, jika sistem kita tergendalalah. Kita juga akan mewujudkan, apa kita panggil, laluan kontra dan kita menyelaras pengurusan laluan masuk keluar dengan kerjasama pihak pengurusan kompleks pintu masuk. Ini antara langkah-langkah yang kita lakukan.

Dan, secara keseluruhan pula, kalau kita lihat dalam perancangan jangka panjang SOP dan pelan kesinambungan perkhidmatan yang berkesan, KDN percaya keselamatan keseluruhan data dan sistem serta pencapaian perkhidmatan kita kepada rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, terpelihara dan terkawal sehingga kini.

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya difahamkan Beaufort tidak berada dalam Dewan. Untuk itu, saya jemput Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok. Silakan.

draft • 11:50 AM

[Soalan No. 8 – YB. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching (Beaufort) tidak hadir]

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Kawal hutang elak sesalan, Soalan saya nombor sembilan.

draft • 11:50 AM

9. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan terkini hutang beli dahulu bayar kemudian (BNPL) dalam negara dan apakah usaha kerajaan untuk mengawal risiko keberhutangan yang berlebihan kepada segmen belia di bawah umur 30 tahun.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, bilangan transaksi buy now pay later, dengan izin, mencapai 102.6 juta dengan jumlah sebanyak RM9.3 bilion. Ini menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 31 peratus berbanding dengan jumlah sebanyak RM7.1 bilion bagi enam bulan kedua tahun 2024.

Transaksi BNPL di kalangan golongan muda atau belia iaitu mereka yang berumur 30 tahun dan ke bawah pula merangkumi 40 peratus daripada jumlah keseluruhan transaksi BNPL. Setakat 30 Jun 2025, jumlah baki pinjaman atau, dengan izin outstanding balance, skim beli dahulu bayar kemudian adalah sebanyak RM3.8 bilion. Ia nya merangkumi 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia.

Namun begitu, jumlah BNPL yang tidak berbayar atau tertunggak, overdue, dengan izin, adalah terkawal iaitu sebanyak RM121.8 juta atau 3.2 peratus daripada baki keseluruhan pinjaman BNPL.

Setakat 30 Jun 2025 juga, bilangan pemegang akaun aktif BNPL dalam negara telah meningkat kepada 6.5 juta. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 168,019― minta maaf 168,967 pemegang akaun BNPL atau 2.6 peratus mempunyai baki tidak terbayar atau tertunggak.

Menurut kajian Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna atau Consumer Credit Oversight Board Task Force, dengan izin, pada tahun 2024 yang melibatkan seramai 21,000 pemegang akaun aktif BNPL, pengguna BNPL pada umumnya menunjukkan disiplin kewangan yang baik. Mereka juga melunaskan hutang BNPL dengan kadar kegagalan pembayaran balik hutang yang rendah. Mengikut kajian tersebut, kira-kira 88 peratus membuat semua pembayaran tepat pada masanya, 12 peratus membuat pembayaran lewat tetapi penuh dan hanya kurang daripada 0.5 peratus tidak dapat membayar sepenuhnya.

Rang Undang-undang Kredit Pengguna menyediakan rangka kerja pengawalseliaan yang menyeluruh dan bersepadu ke atas industri pemberi kredit dan pemberi perkhidmatan kredit bukan bank termasuklah skim BNPL. Di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 kelak, syarikat yang menawarkan BNPL dikehendaki mematuhi keperluan perlakuan dan amalan pemberian kredit yang bertanggungjawab bagi melindungi pengguna kredit.

Ini termasuk menjalankan penilaian kemampuan berhutang atau, dengan izin, affordability assessment terhadap pengguna kredit sebelum menawarkan pembiayaan, memastikan terma urus

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

niaga yang adil, pengenaan caj dan fi yang telus, berpatutan dan tidak membebankan serta mengamalkan tatacara pengutipan hutang yang berhemah dan profesional terhadap pengguna kredit.

Berkenaan ini, penilaian kemampuan berhutang merupakan keperluan penting yang perlu dipatuhi oleh syarikat BNPL sebelum menawarkan kredit. Perkara ini perlu agar peminjam, termasuk generasi muda, mampu membayar balik wang yang dipinjam tanpa mengalami sebarang tekanan kewangan yang serius dan akhirnya terjerumus dalam perangkap hutang.

Di samping itu, kerajaan juga akan menekankan kepentingan literasi kewangan agar rakyat bijak mengurus kewangan dan memahami risiko penggunaan BNPL secara berlebihan bagi mengelakkan beban hutang yang tidak terkawal. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Bachok. Silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan panjang lebar yang diberikan dan kita berkongsi kebimbangan yang sama terhadap risiko hutang BNPL ini kepada generasi muda, termasuk golongan mahasiswa, graduan dan ibu bapa muda kohort umur 20-an dan 30-an. Dan, kita sedia maklum, feedback, maklum balas di luar sangat berbagai selepas Akta Kawalan Kredit diluluskan. Ada yang minta kerajaan kenakan kawalan yang lebih ketat.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Soalan tambahan saya mudah sahaja. Kerajaan menyatakan bahawa hutang BNPL masih terkawal. Jadi soalan saya, adakah — bilakah hutang ini dikira sudah tidak terkawal? Apakah perimeter yang digunakan itu? Sedangkan kita tahu, kemudahan BNPL hari ini bukan lagi digunakan untuk barangan mewah tetapi untuk keperluan asas seperti makanan dan bil harian. Itu sahaja soalan saya.

Dan sedikit Tan Sri Speaker, diminta untuk mengalukan selamat datang kepada Rukun Tetangga Taman Kenanga, Serdang, Kedah dari Parlimen Kulim-Bandar Baharu, seramai 43 orang.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Bachok. Walaupun jumlah baki pinjaman BNPL setakat Jun 30 adalah sebanyak RM3.8 bilion dan bagi — hanya merangkumi 0.2 peratus dari jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia. Betul, kita mesti mengadakan program-program literasi kewangan untuk memastikan ini tidak akan meningkat.

Jadi, SKP atau Suruhanjaya Kredit Pengguna, kita akan mengawal selia para peserta industri, malah juga dalam menerapkan etika peminjaman bertanggungjawab di kalangan pengguna kredit. Kita faham, kebanyakan daripada jumlah — walaupun jumlah yang dipinjam dalam transaksi BNPL bukanlah jumlah yang sangat besar. Itu mungkin ada daripada lingkungan beratus Ringgit mungkin.

Tetapi ini merupakan satu yang kita mesti prihatinkan, kita mesti ambil berat supaya ini tidak akan menambah lagi.

Jadi, dengan produk kewangan yang sentiasa berubah dan mudah diakses, selaras dengan berkembangnya teknologi, para pengguna perlu lebih bersedia dan berpengetahuan dalam mengurus kewangan mereka untuk mengecapi manfaatnya. Jadi, kita dari — dengan adanya RUU KP, kita akan

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

mengawal selia dengan ketat dan juga akan pastikan, terutamanya dengan accessibility assessment dipakai, diguna oleh setiap pemberi kredit, terutamanya di BNPL. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kota Melaka.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya ialah berkaitan dengan beli dahulu bayar kemudian. Kita tahu kalau dia beli dengan harga tunai — secara tunai, harganya akan lebih murah berbanding dengan dia gunakan dengan beli dahulu bayar kemudian dan perbezaan itu sebenarnya ialah faedah yang mereka perlu bayar. Jadi, bagaimana kita nak mempertahankan kepentingan pengguna, di mana kita baru saja luluskan Akta Kredit Pengguna. Dan di bawah akta tersebut, kita akan tubuhkan satu Suruhanjaya Kredit Pengguna.

Jadi, bagaimana suruhanjaya ini akan berfungsi dengan berkesan melalui penyeliaan mereka?

Itu sahaja soalan saya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka.

Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan mengambil pendekatan penyeliaan yang berasaskan risiko atau risk-based approach, dengan izin, dan bersekadar (proportionate). Di mana penilaian yang dijalankan akan berdasarkan potensi risiko kemudaratan ke atas pengguna kredit.

Penyeliaan akan dijalankan melalui pemeriksaan berkala dan pemantauan yang berterusan.

Pendekatan penyeliaan ini merupakan kaedah yang digunakan oleh Bank Negara Malaysia dan juga SC atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta pengawal selia amalan global pada masa ini.

Sewajarnya, pendekatan ini diguna pakai untuk industri kredit pengguna secara keseluruhan bagi meningkatkan tahap perlindungan kepada semua pengguna kredit di negara. Sebagai contoh, dalam mengesahkan salah laku, SKP akan menggunakan kaedah seperti analisis aduan melalui sistem aduan SKP, tinjauan rahsia dan pencarian Internet iaitu web scraping. Sekiranya isu dikenal pasti, SKP boleh mengenakan tindakan pembetulan bagi memastikan pematuhan.

Untuk pelanggaran yang lebih serius, tindakan penguat kuasa seperti teguran awam, denda dan pembatalan lesen boleh diambil bagi mengekalkan perlakuan yang adil serta profesionalisme, industri dan menjamin perlindungan pengguna kredit.

Pendekatan penyeliaan oleh SKP memberi keutamaan bagi perlindungan pengguna kredit dengan fokus kepada layanan yang adil, ketelusan dan pembangunan pasaran kredit yang bertanggungjawab. Ia disokong oleh rangka kerja peraturan, termasuk standard pelesenan dan standard perlakuan di bawah Akta Kredit Pengguna yang memberi kuasa kepada SKP untuk menyelia pemberi kredit dan pemberi perkhidmatan kredit serta mengambil tindakan penguat kuasa yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya difahamkan. Putatan.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker. Saya nak ucapkan tahniah Timbalan Menteri Kewangan. Soalan tambahan daripada Kota Melaka dijawab penuh terperinci seolah-olah...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia do their homework.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Seolah-olah dia bocor soalannya, Tan Sri.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia buat homework. Dia tak tidur malam itu, Yang Berhormat.

[Tepuk] ...untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya rasa dia perlu tarik balik.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tarik balik.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu ialah tuduhan liar daripada — tak boleh kata begitu.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini standard pembangkang.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik. Saya jawab Beluran, saya jawab Beluran.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker, saya ucap tahniah, Speaker ya. Mengapa tarik balik?

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Tak apa, duduk.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dia seolah-olah sindir saya, Tan Sri Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Adakah dia cuba mengatakan saya tak tahu nak tanya soalan tambahan? Itu tak betul Tan Sri Speaker, dia perlu tarik balik dan minta maaf kepada Dewan.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Sebab itu saya nak sebut kat Beluran - duduk, duduk, semua duduk.

Sabar, sabar. Tadi ada dua MP yang bangun, Beluran. Satu ialah Batu Pahat, satu ialah Kota Melaka.

Tidak mungkin Beluran, tidak mungkin soalan ini bocor. Jadi, sebab itu janganlah bersangka yang bukan-bukan terhadap kawan-kawan kita. Jadi, saya harap Beluran — Beluran pun pernah ada di sini dan Beluran pun tahu yang mereka tidak mungkin berpakat untuk menjawab soalan itu. Okey, terima kasih Beluran.

Baik, saya difahamkan Putatan tidak ada dalam Dewan. Padang Rengas? Padang Rengas juga tidak ada dalam Dewan. Kota Marudu ada?

draft • 12:00 PM

[Soalan No. 10 – YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) tidak hadir]

[Soalan No. 11 – YB. Kapten Azahari bin Hasan (Padang Rengas) tidak hadir]

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Ya, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik, saya jemput Datuk Wetrom bin Bahanda, Kota Marudu.

draft • 12:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 12.

draft • 12:00 PM

12. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan pihak kementerian mempunyai perancangan membangunkan tadahan sumber air yang baru di kawasan Kota Marudu seperti di kawasan Marak Parak yang juga boleh digunakan sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik yang baru.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri. Ini bukan soalan bocor, jawab terus.

[Ketawa]

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Cuma soalannya agak spesifik, Tan Sri.

Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat, pengurusan air dan elektrik di negeri Sabah dan Sarawak ini terletak di bawah bidang kuasa negeri. Kalau lebih spesifik, Jabatan Air Negeri Sabah

(JANS) dan juga Energy Commission of Sabah ataupun ECOS. Jadi oleh itu, setakat ini pihak kementerian belum mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan tadahan baharu di kawasan Kota Marudu seperti di kawasan Marak Parak.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan pada masa hadapan, pihak Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri, khususnya di Daerah Kota Marudu dalam usaha menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan membuat kajian yang berkenaan. Usaha ini akan mengambil kira keperluan serta kemampuan kewangan semasa demi memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat terus dipelihara. Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Marudu.

draft • 12:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab.

Masalah air Kota Marudu Yang Berhormat Tan Sri, telah berlanjutan daripada sebelum ini. Dan dalam seminggu, kadang-kadang kita akan mengalami gangguan bekalan air lebih daripada 10 jam.

Jadi, rakyat di kawasan Kota Marudu amat terkesan dengan masalah bekalan air pada ketika ini. Saya memohon kepada kementerian supaya boleh merancang. Apakah boleh merancang untuk pembinaan loji air yang baru ini, yang kita cadangkan untuk jangka masa panjang bagi mengatasi masalah bekalan air di Kota Marudu? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, apabila kawal selia itu telah diserahkan kepada negeri, perancangan dari segi untuk pelaksanaan sumber dan juga mungkin untuk proses merawat air itu terletak di bawah negeri.

Cuma di sini, bagi dari segi untuk memahami untuk proses tersebut, sememangnya di di peringkat kementerian sebagai contoh, memang ada dari segi geran ataupun pinjaman yang kita salurkan. Cuma, perkara itu kita memang perlu melalui JANS yang saya sebutkan tadi.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, saya harap isu ini memang — yalah, seperti Yang Berhormat maklum, memang ada keperluan dan sebagainya. Jadi, diharapkan supaya perkara itu dapat diangkat ke peringkat yang sewajarnya supaya apabila peruntukan dan juga dari segi pinjaman itu turun ke negeri, perkara itu diambil kira terutamanya pandangan Yang Berhormat tadi. Itu sahaja jawapan saya Tan Sri. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Baik, saya bergerak ke soalan 13, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Indera Mahkota.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan 13.

draft • 12:10 PM

13. Dato' Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah dan prestasi pelajar Melayu bumiputera:

(a) yang lulus ijazah sarjana muda dalam bidang-bidang profesional, contohnya kejuruteraan dan arkitektur; dan

(b) jumlah mereka ini yang melanjutkan pengajiannya sehingga memiliki sijil profesional, contohnya Ir dan Ar.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih kepada Indera Mahkota yang bertanya. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa memberi keutamaan terhadap penghasilan graduan dalam bidang profesional khususnya dalam sektor strategik seperti kejuruteraan, seni bina, pendidikan, perakaunan, undang-undang serta bidang-bidang lain yang berimpak tinggi kepada pembangunan negara.

Berdasarkan data terkini daripada sistem MyMoheS di KPT, bagi tahun 2023 dan 2024 bilangan keluaran pelajar bumiputera universiti awam di peringkat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan adalah seramai 10,274 pelajar pada tahun 2023 dan 10,342 pelajar pada tahun 2024. Bagi bidang architecture pula, bilangan keluaran pelajar bumiputera universiti awam di peringkat ijazah pertama adalah seramai 3,327 pelajar pada tahun 2023 dan 3,781 pelajar pada tahun 2024.

Berkenaan sijil profesional seperti Ir, Jurutera Profesional dan Ar, Arkitek Profesional, ia adalah dikawal selia oleh badan profesional masing-masing seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Persijilan ini adalah pilihan individu dalam bidang masing-masing untuk kemajuan dalam kerjaya. Persijilan ini juga memerlukan latihan praktikal, penilaian industri serta kelulusan peperiksaan profesional selain tempoh masa tertentu selepas pelajar menamatkan pengajian di universiti.

Hasil semakan KPT dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), terdapat seramai 34,384 orang jurutera dengan gelaran Ir dan 15,668 daripadanya adalah bumiputera pada tahun 2023. Pada tahun 2024 pula, jurutera bertauliah adalah seramai 35,760 orang dan 16,223 daripadanya adalah bumiputera.

Manakala, hasil semakan KPT dengan Lembaga Arkitek Malaysia pula mendapati terdapat seramai 2,545 arkitek bertauliah, Ar berdaftar pada tahun 2023 dan bumiputera seramai 1,036. Pada tahun 2024, daripada 2,062 orang arkitek bertauliah yang berdaftar, 1,056 adalah bumiputera.

Selain bidang kejuruteraan dan seni bina, golongan bumiputera juga terlibat dalam pelbagai bidang profesional lain yang memerlukan kelulusan akademik khusus latihan amali serta pendaftaran rasmi dengan badan profesional seperti perubatan, pergigian, undang-undang, perakaunan, farmasi, kimia, aktuari, ukur bahan atau penilaian, psikologi klinikal, teknologi maklumat dan komunikasi ICT

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

dan teknologi digital, perguruan, kejururawatan, kaunseling serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Indera Mahkota.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh dibekalkan nanti secara bertulis data yang hujung itu. Tadi yang bagi untuk kejuruteraan dan arkitek, tetapi ada yang senarai yang disebutkan secara ringkas itu, kalau dapat data itu diberikan kemudian.

Soalan tambahan saya ialah apakah KPT mempunyai data atau maklumat apabila dibandingkan jumlah atau peratusan graduan bumiputera seperti yang disebutkan tadi berbanding dengan yang bukan bumiputera dalam keseluruhan tenaga profesional negara. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey, terima kasih soalan tambahan daripada Indera Mahkota. Memang kita ada perbandingan antara bumiputera dan juga bukan bumiputera ini.

Contohnya, dari segi perakaunan, pengauditan dan percukaian. Tahun 2023 — ini keluaran ya.

Keluaran ini maksudnya yang telah graduate dan diluluskan oleh Senate. 3,075 berbanding dengan 556 ataupun selalu guna ketimbang. Ketimbang 556. Pada tahun 2024, 3,203 berbanding 646.

Dari segi — kita ambil dari segi perubatan yang selalu di-highlight. Dari segi bumiputera, 1,246 berbanding bukan bumiputera, 287. 2024, 1,008 dan berbanding 459. Jadi, ini antara data yang ada.

Mungkin kalau mahu maklumat yang terperinci, kita boleh bekalkan nantilah. Ini berdasarkan kursus- kursus profesional yang ditawarkan di universiti awam kita. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Pahat.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tadi soalan Indera Mahkota tentang yang lulus.

Saya hendak tanya berapakah bilangan kemasukan pelajar-pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang- bidang profesional inilah seperti kejuruteraan dan arkitek, yang masuk ini.

[Telefon bimbit berbunyi]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa pasang lagu Hindustan pula itu?

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

[Ketawa] Terima kasih Batu Pahat atas soalan yang telah diberikan. Saya ada data tentang — bagus, inilah. Kemasukan, kemasukan ya. Kemasukan, kalau dalam bidang kejuruteraanlah. Kejuruteraan ini, dari segi perbandingan, pada tahun 2023, daripada bumiputera 11,225 berbanding dengan bukan bumiputera, 2,597. Itu yang inilah, tetapi yang detail-nya mungkin saya boleh beri kepada Batu Pahat. Cuma, secara general-nya, saya boleh beri maklumat di sini bahawa kemasukan, enrolmen, yang professional and graduate ramai di kalangan bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera di universiti awam kita. Okey, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput...

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker. Kota Melaka sini.

Beluran memang niat jahat. Tadi yang jawab soalan, Timbalan Menteri daripada PKR. Yang tanya

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

soalan tambahan, daripada PKR, tetapi dia tak tuduh kata ini adalah soalan bocor. Memang dia niat jahat, Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka ini buang masa sahaja Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dia memang niat jahat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak ada isu.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ambil ingatan...

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kuala Terengganu yang selalu buang masa, cakap yang bukan-bukan semalam.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Kota Melaka.

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak tahu malu Kuala Terengganu.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jangan marah. Semalam, cakap semalam.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hati tisu.

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak tahu malu.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang semalam, jawab semalam. Jangan bawa hari ini.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah tegur Beluran. Sat lagi minum kopi kat luar ya. Beluran belanja hari ini. Okey, seterusnya Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.

draft • 12:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan Betong nombor 14.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Hari ini kita dapat nombor 14.

draft • 12:10 PM

14. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Komunikasi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan kecekapan pemantauan kandungan berbahaya dalam talian, termasuk perjudian dalam talian, penipuan siber, buli siber dan penyebaran berita palsu.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited dalam memastikan persekitaran dalam talian yang selamat kepada semua lapisan masyarakat.

Antara usaha yang diambil oleh MCMC di dalam meningkatkan kecekapan pemantauan kandungan berbahaya dalam talian adalah menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain sepertilah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Bank Negara Malaysia. Penglibatan MCMC dalam perkara ini meliputi aspek bantuan teknikal berhubung pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi melancarkan siasatan pihak berkuasa.

Bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 1 Ogos 2025, sebanyak 321,012 kandungan perjudian dan 119,273 kandungan penipuan, 43,585 kandungan jelik, 35,420 kandungan buli atau gangguan dan juga 38,818 kandungan palsu telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan berikutan permohonan MCMC.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Tindakan ini adalah berikutan pelanggaran peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ataupun Akta 588 dan undang-undang lain serta garis panduan komuniti penyedia platform.

MCMC juga telah membangunkan portal Sebenarnya.my sebagai platform semakan fakta.

Pada 28 hari bulan Januari 2025, Kementerian Komunikasi melalui MCMC telah pun juga melancarkan chatbot Sebenarnya.my ataupun Artificial Intelligence Fact-Check Assistant (AIFA) dengan izin yang bertujuan membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan mudah, mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih serta memperkukuh fungsi Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu.

Selain itu, MCMC melaksanakan keperluan pelaksanaan bagi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan juga media sosial yang memenuhi keperluan perlesenan untuk memohon dan mendapatkan lesen kelas perkhidmatan, memberi perkhidmatan aplikasi ASP(C) di bawah Akta 588 bermula 1 Januari tahun ini. Langkah ini untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan memikul tanggungjawab secukupnya dalam menguruskan operasi mereka dengan baik di Malaysia termasuk menangani ini secara efektif kandungan mudarat terutamanya terhadap kanak-kanak.

MCMC juga menerbitkan kod tatalaku amalan terbaik untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan penyedia perkhidmatan media sosial yang menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan memudaratkan.

Selaras dengan pindaan kepada seksyen 233(1) Akta 588, kandungan palsu yang disebarkan dengan niat untuk melakukan fraud atau mencurangkan kepada mana-mana orang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali dan denda selanjutnya RM5,000 setiap hari kesalahan diteruskan jika disabitkan kesalahan.

Kementerian Komunikasi melalui MCMC juga telah melancarkan Kempen Internet Selamat

(KIS) pada 21 Januari tahun ini yang memberikan tumpuan kepada keselamatan dalam talian termasuk had umur pengguna media sosial, buli siber dan pencegahan akses kepada kandungan tidak sesuai.

Kempen ini disasarkan kepada semua lapisan masyarakat melalui saluran media sosial, penyiaran dan media luar. Sekian jawapan saya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Betong.

draft • 12:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas ucapan tadi.

Soalan tambahan saya, tadi disebutkan mengenai Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Adakah undang-undang sedia ada ini mencukupi untuk menangani kandungan yang berbahaya yang kita tahu kadang-kadang semakin canggih dan semakin kompleks? Mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Yang Berhormat Betong atas soalan tambahan tersebut. Secara jujurnya saya rasa pindaan kepada seksyen 233 ataupun Akta 588 adalah salah satu

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

bahagian ataupun usaha oleh Kementerian Komunikasi untuk menangani isu ini, tetapi bergantung kepada seksyen tersebut ataupun akta tersebut adalah tidak mencukupi.

Pada masa yang sama, kita juga perlulah mempertanggungjawabkan platform provider kerana mereka perlulah memikul tanggungjawab ini untuk memastikan bahawa tak ada kandungan-kandungan yang berunsur penipuan ataupun kandungan-kandungan yang bersifat buli siber ini bolehlah diturunkan secepat mungkin, tetapi pada masa ini kita nampak bahawa banyak kandungan-kandungan ataupun posting-posting yang berunsur penipuan ini. Kami akan — MCMC akan buat laporan dan hantar permohonan kepada mereka untuk turunkan, tetapi selepas itu, oleh sebab mereka tak ada satu garis panduan yang ketat terhadap advertiser mereka, jadi, kita tak nampak bahawa kandungan berunsur penipuan ini dikurangkan, tetapi semakin meningkat setiap tahun.

Pada masa yang sama, saya percaya bahawa kesedaran orang awam sangat penting ataupun literasi digital sangat penting bagaimana kita ada ilmu ataupun kemahiran untuk selalu semak fakta sebelum kita sebarkan mana-mana maklumat. Itu juga sama-sama penting. Jadi, saya rasa we need a whole-of-government, whole-of-society approach untuk menangani isu ini, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tasek Gelugor.

draft • 12:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya ucap terima kasih kepada Timbalan Menteri atas ucapan — atas jawapan yang diberikan.

Banyak sungguh perkara-perkara yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memastikan berita-berita disebarkan adalah benar. Jadi, soalan saya Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Tambun tak buat homework apabila datang ke Dewan dan bercakap perkara yang tak pasti, perkara yang salah dan perkara yang mengelirukan. Dan adakah ini salah satu contoh bagaimana kita perlu ingatkan Yang Berhormat Tambun bahawa tak pasti jangan kongsi. Bukannya sebut, baru nak semak.

[Tepuk] Itu yang pertama Yang di-Pertua.

Yang kedua, saya nak tanya juga kepada Timbalan Menteri mengenai maklumat yang tidak benar ini. Kita ada platform-platform berita atas talian, portal-portal berita online dan ada di kalangan mereka yang diarahkan untuk menurunkan berita mereka, tapi yang saya agak peliknya ialah baru- baru ini ada satu pendedahan bagaimana seorang ikon usahawan muda yang menjadi jutawan dengan secara yang amat cepat mendapat — dikatakan mendapat kebenaran untuk buat kerja-kerja di negeri Sabah, tetapi apabila pendedahan itu dibuat oleh portal MalaysiaNow, bukan berita itu yang dia siasat, tetapi portal berita itu yang disiasat. Seolah-olah individu yang dikatakan terlibat ini mempunyai imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang. Kenapa tidak ada tindakan yang adil dalam hal sedemikian?

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas dua soalan tambahan tersebut, tentang isu perkara. Kalau seseorang Ahli Yang Berhormat buat kenyataan yang tidak betul, tindakan sewajarnya diambil oleh Speaker, bukan MCMC. Jadi, saya rasa Ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen sepatutlah faham peraturan tentang Dewan Rakyat kita.

draft • 12:20 PM

[Dewan sorak]

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Kedua, tentang isu kedua, ikon usahawan itu dia akan — kalau sekiranya perlu dijalankan siasatan, sekali lagi siasatan itu diambil oleh SPRM dan bukanlah MCMC. Saya faham bahawa Dewan Rakyat adalah satu platform untuk ahli-ahli politik untuk utarakan pandangan sendiri dan juga main

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

politik, tetapi kalau itu bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan MCMC, minta maaf saya tak dapat jawab.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Kita akan teruskan pembahasan berkenaan usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Untuk itu, depan saya senarai yang panjang. Hari ini hari Khamis.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM
USUL
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026-2030)

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021- 2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.

Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.

draft • 12:28 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Senarai yang panjang ini saya baca, hari ini hari Khamis malam Jumaat, kita nak balik awai. Bermula dengan Kepong, lepas tu diikuti dengan Pagoh, Petaling Jaya, Tanah Merah, Tanjung Piai, Kuala Kedah, Betong, Kuala Kangsar, Jelutong, Sungai Besar, Miri, Masjid Tanah, Ipoh Timor, Tangga Batu, Tenggara dan Raub.

Semua 12 minit kecuali Pagoh, 15. Saya mulakan dengan Kepong. Silakan Kepong.

draft • 12:28 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, isu peraturan Dewan.

draft • 12:28 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Berapa itu?

draft • 12:28 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(4).

draft • 12:28 PM

Tuan Yang di-Pertua

36?

draft • 12:28 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(4). Saya bangun, saya baca. Saya minta semua pihak dengar betul-betul, terutamanya sebelah sana. Adalah menjadi kesalahan bagi ahli- ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab yang membuat pernyataan seksis.

Sebelum ini — ini baru buka mukadimah, belum habis lagi.

Tan Sri Speaker, saya ingin membuat permintaan ini sebelum perbahasan bermula hari ini supaya mana-mana pihak sama ada sebelah sini ataupun terutamanya sebelah sana, menghina wanita, menghina wanita dengan membuat analogi haiwan. Ini adalah permintaan saya — Kubang Kerian hadir? Saya minta perkara ini diambil maklum.

Jangan benarkan mana-mana pihak. Ibu saya seorang wanita, saya minta — isteri saya seorang wanita, saya pun ada adik seorang wanita. Jangan hina wanita. Itu permintaan saya. Terima kasih.

draft • 12:28 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Satu, satu. Saya selesaikan itu dulu. Baik.

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Adakah pengucapan berlaku dalam Dewan ini?

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tidak.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya bangun seperti yang saya katakan dalam mukadimah sebelum perbahasan bermula hari ini. Jangan benarkan mana- mana pihak. Itu permintaan saya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelas.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Banyak belit wo. Banyak belit.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelas permintaan saya.

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Speaker. Speaker.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak buat permintaan kerana Kubang Kerian hadir dalam Dewan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik, baik.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hei, Speaker — Tan Sri Speaker, Jelutong nak jadi Speaker itu. Nak ambil tempat Speaker. Sebab itu dia buat keputusan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia ini, tak ketagih dah, tak ada dah.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Anggapan, itu niat jahat itu.

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Jangan, jangan, jangan.

Sebelum dia kata, saya kata dulu.

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Itu niat jahat itu. Baik. Begini, begini, begini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6).

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti. Bagi selesai dulu, selesai. Duduk dulu. Ingatan itu baik. Sebelum selok-eloknya, di depan kita itu, di depan juga, di kaca TV dan memang, memang seluruh masyarakat menonton kita. Jadi, apa-apa yang berlaku di luar bukan dalam kawalan saya, okey. Jadi, selesaikan di luar. Cuma betul, saya ingatkan supaya haruslah menjaga tatatertib ucapan dan sebagainya, juga penggunaan perkataan-perkataan seperti yang telah pun kita setuju semalam, ya. Perkataan-perkataan yang saya pun tak faham. Anda pun tak faham. Jadi, jangan gunakanlah. Supaya ia dapat — boleh mengelakkan kekeliruan. Jadi, saya setuju supaya jangan kita mengungkapkan benda-benda yang tak eloklah, ya.

Ya, Arau. Silakan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6). Cara dipersampaikan kepada rakyat Malaysia...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cara?

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Seolah-olah — bukan. 36(6) kepada Jelutong.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia sampaikan seolah dia hero. Kami ini menghina wanita. Ini sangkaan jahat. Paling jahat dalam dunia.

draft • 12:30 PM

Beberapa Ahli

Ya. Setuju.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sangkaan ini bukan saja jahat, ini adalah berbentuk biadab. Mana boleh sebut macam itu. Kami ialah pencinta wanita.

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Seorang Ahli

Betul.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ibu kami wanita. Mana boleh cakap macam itu.

Seolah dia saja hero.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ampang bangun.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau berlaku pertelagahan dua orang.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu dua orang. Jangan sebut sebelah sana.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6).

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya, saya dah. Saya ingat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cukup. Habis.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat saya dah buat ruling tadi. Saya dah buat ruling. Cukuplah, cukup. I can understand you are all politicians. I understand tetapi there is a limit-lah, ya. Jadi, let’s be frank. Kita boleh main, kita boleh joke tentang wanita dan sebagainya tapi there is a limit. Don’t, don’t cross the red line-lah. Please, don’t cross the line. Cukuplah. Okey. Saya jemput Kepong. Silakan.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi?

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Peraturan, Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

36(12). Tan Sri Speaker, hari itu saya ada bangkit.

Saya dah hantar...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa? Berapa?

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Satu usul.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul berapa?

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

36(12).

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, 36(11).

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Isunya apa?

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Hari itu, Tan Sri Speaker. Saya dah hantar satu surat berkaitan dengan semasa pembahasan Rang Undang-undang Pendidikan pada Rabu yang lepas di mana semasa YB Indera Mahkota berbahas dan telah dicelah oleh Kota Bharu apabila Indera Mahkota bangkitkan isu berkaitan kematian seorang pelajar bernama Zara di Sabah. Di mana Kota Bharu telah mengatakan, ya. Kenyataan dia dalam Hansard. “Saya dapat maklumat juga — boleh Indera Mahkota sahkan, pengetua sekolah itu mempunyai kaitan dengan seorang VVIP yang ada di dalam Dewan ini”.

Jadi, saya melihat...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Mana yang salah? Mana yang salah?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Apa yang disebut oleh Kota Bharu itu ..

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Mana yang salah?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Adalah harus ditarik balik.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab satu kenyataan yang tidak asas. Tak ada maklumat yang sah.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kota Bharu — Kota Bharu pula. Kota Melaka. Saya dah terima surat yang Kota Melaka tulis kepada saya untuk buat satu siasatan. Siasatan sedang saya laksanakan dan insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan memberikan keputusannya, ya. Saya teruskanlah.

Baik, Kepong silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tan Sri.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tan Sri Yang di-Pertua. Oleh kerana Kota Melaka bangkit usul, saya pun ada usul juga baru ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Usul apa?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tan Sri dah terima 24 Julai, usul untuk menghadapkan Yang Berhormat Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung dengan statement berkaitan dengan RCI Batu Puteh.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah jawapan — saya ada belum?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak ada.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum lagilah?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Belum, belum.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siasatan sedang berlaku.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sedang berlaku?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sedang berlaku.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Panjang noh.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang.

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Panjang. Tak apa, tak apa.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Baik. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, adakah — Speaker, adakah siasatan tersebut akan berakhir di Dewan ini, baru dapat tahu keputusannya?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh. Jangan persoalkanlah keikhlasan saya.

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya akur dengan arahan Tan Sri Speaker...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Dan kuasa Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya ingin bertanya berkenaan dengan usul saya, 36C — 36(9(c) terhadap Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Juga telah pun saya terima.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dan siasatan sedang berlaku.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, saya mohon tindakan tegas diambil dengan cepat.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yakin dan percayalah kepada saya.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker, saya yakin.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Ya, Indera Mahkota. Apa lagi?

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tan Sri Speaker...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nampaknya kita tak baliklah hari ini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tak. Ini, ini...

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Malam Jumaat ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tak, tak, tak. Bukan, bukan, bukan nak menjawab.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ini nak minta petualah.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, okey.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ada masa kita Ahli Parlimen ini bertanya soalan dalam Dewan di depan Menteri. Bagi peluang Menteri menjelaskan, tapi Menteri tak jawab.

Lepas itu yang jadi kelam-kabut dan sebagainya.

[Tepuk] Jadi, minta Tuan Speaker boleh nasihat Menteri. Soalan-soalan daripada Ahli Parlimen itu dia kena jawab.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ada masa kami bertanya ini nak bagi peluang supaya dia jelaskan keadaan sebenar. Itu saja.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Cuma, Indera Mahkota. Malang sekalilah dalam standing order ini tidak ada tulis Speaker boleh menasihati atau mendesak Menteri menjawab. Sebab di sini pun pernah jadi kerajaan. Di sini pun pernah jadi kerajaan. Jadi, saya ambil petua dua-dua belah pihaklah. Berdiam diri itu yang terbaik, untuk buat tidak buat kesilapan. Jadi, saya biarlah kepada kebijaksanaan Menteri itu, ya. Baik, Kepong. Oh, ya. Silakan Bangi.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya cuma nak ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana mengendalikan kekecohan yang ada setiap kali.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

It's not easy to be in your position. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman, untuk makluman, kekecohan itu ialah sebahagian daripada working hazard.

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Dan saya ucap terima kasihlah kerana memberikan kerjasama. Baik, Kepong, silakan 12 minit.

draft • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ya. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Ya, saya bangun untuk menyokong usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingin ambil peluang ini untuk menyuarakan tiga isu negara yang mustahak dan memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan.

Isu yang pertama, saya mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan satu pasukan yang khas merentas kementerian. Memantau di Internet, skim pelaburan saham yang palsu, skim pelabuhan FOREX yang palsu. Sebab tiap-tiap hari, kita baca berita, ada pakcik, makcik, profesional, peguam,

draft • 12:37 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

cikgu, semua orang tertipu dengan jumlah wang berbilion, berjuta-juta tak terhingga-terhingga. Jadi, saya mintalah kerajaan menghentikan, mengelakkan mangsa yang lebih banyak ditipu oleh skim-skim pelaburan di Internet ini.

Tan Sri Speaker yang — isu yang kedua saya hendak bangkitkan adalah menurunkan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sejak pelaksanaan SST pada 1 Julai lalu, telah timbul persepsi yang meluas dalam kalangan rakyat bahawa cukai ini membebankan majoriti mereka. Dalam dunia politik, persepsi menentukan segalanya tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak dan persepsi ini amat menjejaskan imej Kerajaan MADANI.

Sehubungan ini, saya menggesa kerajaan supaya melaksanakan langkah berfasa untuk menurunkan kadar SST secara sementara bagi tempoh dua tahun. Sebagai langkah mitigasi terhadap impak ekonomi susulan pengenaan tarif 19 peratus oleh Amerika Syarikat ke atas barangan eksport Malaysia. Secara khusus saya mencadangkan agar kadar SST bagi tahun ini dikurangkan sebanyak separuh iaitu daripada lapan peratus kepada empat peratus dan daripada enam peratus kepada tiga peratus.

Bagi tahun hadapan pula, kadar SST boleh dinaikkan semula secara berperingkat sebanyak satu peratus. Contohnya, daripada empat peratus kepada lima peratus. Walaupun bersifat sementara dan bersasar, saya yakin cadangan ini mampu memberikan kelegaan segera kepada rakyat serta komuniti perniagaan di samping meningkatkan keyakinan pengguna dan kestabilan pasaran domestik.

Saya percaya cadangan pragmatik ini boleh disambut baik oleh semua Ahli Parlimen sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Isu yang ketiga, kawalan terhadap pemeriksaan telefon bimbit oleh polis dan hak rakaman awam. Saya turut menggesa kerajaan untuk mengubah satu peraturan baharu yang menetapkan bahawa pihak polis hanya boleh memeriksa telefon bimbit orang awam dengan perintah mahkamah.

draft • 12:37 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Pada masa yang sama, orang awam harus diberikan hak yang jelas untuk merakam video atau mengambil gambar wajah anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat awam atau di tepi jalan. Pada Februari lalu, Menteri Dalam Negeri mengesahkan di Parlimen bahawa di bawah seksyen 116B Kanun Tatacara Jenayah, bahawa polis berpangkat inspektor dan ke atas mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit sekiranya wujud syak wasangka yang munasabah.

Malangnya kuasa yang luas ini telah terbukti disalahgunakan dalam pelbagai insiden dan sering kali digunakan sebagai alat untuk memeras ugut orang awam. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), saya telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang mendakwa diugut oleh anggota polis di sekatan jalan raya dengan alasan bahawa telefon mereka kononnya mengandungi bahan yang melanggar undang-undang. Pada bulan lalu di Petaling Jaya, seorang pelancong wanita dari Taiwan turut mendakwa telah diugut dan diganggu secara seksual oleh anggota polis selepas beliau merakam video semasa pemeriksaan dijalankan di tepi jalan.

Ini adalah contoh-contoh nyata bagaimana ketiadaan ketelusan dan kesemakan seimbang membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa serta jenayah. Saya ingin menegaskan bahawa tindakan merakam gambar atau video anggota polis semasa mereka menjalankan tugas di tempat

draft • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

awam bukan satu kesalahan. Penafian terhadap hak ini hanya menimbulkan persoalan. Adakah sesuatu sedang disembunyikan oleh pihak berkuasa, dalam kes ini pihak polis? The question is if the police have something to hide, dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua.

Demi ketelusan, accountability dan perlindungan hak asasi manusia sama ada warganegara mahupun pelancong asing, kerajaan perlu segera merangka satu dasar tegas untuk menyekat penyalahgunaan kuasa dalam pemeriksaan telefon bimbit serta mengiktiraf hak individu untuk mendokumentasikan interaksi mereka dengan pihak penguasa di ruang awam. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput YB Pagoh.

[Tepuk] 15 minit, Pagoh ya.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan saya ingin mulakan dengan satu persoalan dasar dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu tentang teras falsafah pembangunan negara kita sejak merdeka.

Yang Amat Berhormat Tambun menyebut dalam ucapannya bahawa Kerajaan MADANI memilih untuk mengalihkan sepenuhnya dasar pembangunan, daripada pendekatan berasaskan kaum, race-based kepada pendekatan berasaskan keperluan, need-based. Bagi saya, inilah suatu petanda yang jelas bahawa agenda bumiputera yang selama ini dilihat sebagai dasar yang berasaskan kaum, seperti yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan dasar- dasar lain sebelum ini tidak lagi menjadi dasar teras negara di bawah Kerajaan Perpaduan ini.

Saya tidak menolak pendekatan berasaskan keperluan. Mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan mesti dibantu tanpa mengira kaum, agama, kelas, kelas sosial dan juga wilayah. Dan pendekatan ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, termasuk Perikatan Nasional tetapi pendekatan berasaskan keperluan ini tidak boleh menggantikan sepenuhnya dasar yang meletakkan agenda bumiputera sebagai dasar teras negara. Ini kerana data-data rasmi menunjukkan jurang ekonomi antara kaum masih ketara dan amat membimbangkan.

Menurut laporan statistik pendapatan dan gaji 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

(DOSM), pendapatan penengah isi rumah bumiputera hanyalah RM5,200, jauh lebih rendah berbanding kaum Cina RM8,500 dan India RM7,200. Jurangnya adalah antara 38 peratus hingga 63 peratus. Lebih membimbangkan, kadar kemiskinan mutlak bumiputera pada tahun 2024 ialah 7.8 peratus, hampir dua kali ganda berbanding kaum Cina iaitu 3.9 peratus dan lebih tinggi daripada kaum India 5.5 peratus. Jurang ini lebih jelas di negeri majoriti bumiputera seperti Sabah, 19.5 peratus dan Kelantan 12.4 peratus yang mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi di negara ini.

Dari segi pemilikan ekuiti korporat pula, data Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan sehingga akhir 2024, kaum bumiputera hanya memiliki 16.2 peratus ekuiti korporat berbanding 45.5 peratus oleh bukan bumiputera. Tahniah saya ucapkan pada bukan bumiputera yang telah mencatat kad kemajuan yang amat tinggi ini.

draft • 12:42 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dalam konteks perusahaan mikro, kecil dan sederhana Tuan Yang di-Pertua, lebih 70 usahawan bumiputera beroperasi pada skala mikro dengan kapasiti modal yang rendah, akses pasaran yang terhad dan kebergantungan tinggi pada pasaran tempatan. Dan apabila persaingan dibuka sepenuhnya tanpa perlindungan atau sokongan khas, mereka berada pada kedudukan yang sangat rapuh, sukar untuk bersaing dan berkemungkinan serta terkeluar daripada rantaian ekonomi.

Dan jika ini berlaku, jurang ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera akan semakin melebar. Saya bimbang Tan Sri Yang di-Pertua, agenda bumiputera ini akan dipinggirkan sepenuhnya oleh Kerajaan MADANI. Ini kerana secara konsep dan falsafahnya, dasar berasaskan keperluan, bermakna bantuan kerajaan hanya akan disalurkan kepada kumpulan-kumpulan masyarakat yang mempunyai keperluan khas seperti golongan berpendapatan rendah, miskin tegar, kumpulan rentan dan masyarakat di pedalaman dan lain-lain lagi.

Jika inilah satu-satunya dasar mengenai pembangunan negara, apa akan jadi dengan dasar untuk membangunkan usahawan bumiputera, dasar untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC), dasar untuk meningkatkan ekuiti bumiputera, dasar untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera, dasar untuk melahirkan golongan profesional bumiputera dan juga dasar-dasar lain yang merupakan komponen penting untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara kita ini sebelum ini? Apakah selepas ini inisiatif utama untuk memajukan ekonomi bumiputera tidak lagi diberikan perhatian oleh kerajaan kerana ia dikatakan bukan berasas keperluan?

Jika inilah keadaannya Tan Sri Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini akan menjadi titik hitam dalam sejarah Dasar Pembangunan Negara yang kesan buruknya akan dirasai oleh seluruh kaum bumiputera yang ada pada hari ini dan sehinggalah ke anak cucu kita yang akan datang.

Justeru, saya mencadangkan dasar berasaskan keperluan dilaksanakan bersekali dengan agenda bumiputera sebagai dasar teras negara kita. Kedua-dua dasar ini hendaklah dengan izin, coexist. Satu, tidak boleh menggantikan yang lain seperti yang hendak dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Maksud saya, jika ada masyarakat Cina yang terpinggir, kerajaan mesti bantu. Jika ada masyarakat India yang miskin, kerajaan juga wajib bantu. Masyarakat Orang Asli, rakyat di pedalaman, golongan kurang upaya, warga emas, wanita dan kanak-kanak, sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk membantu, tetapi janganlah pula diabaikan dasar untuk melonjakkan ekonomi bumiputera yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum yang semakin melebar seperti data-data yang telah pun saya sebutkan di awal tadi. Justeru, saya menggesa agar dokumen Rancangan Malaysia yang ketiga belas ini disemak semula secara menyeluruh dengan memasukkan semula dasar dan agenda tindakan affirmative yang lebih berani, jelas dan berfokus kepada pemulihan ekonomi bumiputera dan bantuan pada rakyat tanpa mengira kaum.

draft • 12:42 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Saya juga menyeru kerajaan supaya memberikan layanan yang juga lebih adil kepada negeri- negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan tidak kurang juga negeri Sabah.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pagoh. Pagoh boleh bagi laluan, Pagoh? Tentang agenda bumiputera.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Saya belum habis lagi, Tan Sri.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tentang agenda bumiputera.

[Disorak] Kami sokong tentang agenda bumiputera ini.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tak payah.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pagoh nak bagi?

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Tetapi, saya nak tanya...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pagoh, saya juga minta laluan. Pagoh, Pagoh.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pagoh tak bagi, Kota Melaka. Minta maaf.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Usaha-usaha yang dijalankan sebelum ini, termasuk semasa Pagoh jadi Perdana Menteri, ada banyak bantu bumiputera.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pagoh, saya minta laluan. Kerana, apa ini, ini adalah satu soalan saya nak tanya berkenaan dengan bumiputera...

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Tetapi kenapa anak menantu Pagoh larikan diri ke luar negara?...

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar, sebentar. Pagoh, Pagoh, sekejap, sekejap. Pagoh, sekejap.

Kota Melaka, please. Bila — bila floor ini floor Pagoh, dia tak bagi, tak bagilah. Minta maaf. Sila, Pagoh.

Kota — Kota Melaka, sila duduk.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pagoh, boleh bagi laluan, Pagoh?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terowong, terowong.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Eh, duduklah.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Agenda bumiputera.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya pun minta...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Melaka ― Kota Melaka.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Takut.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sombong dan bongkaklah Tan Sri, begini.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka, Kota Melaka.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Takut kerana salah.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak ikut peraturan ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Ini tuduhan ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka, Kota Melaka.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Takut kerana salah.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Duduklah.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Melaka, duduklah.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jangan buat malu orang Melaka.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Duduklah!

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hai, siapa ni? Saya yang Speaker, saya handle. This is my job. Tolong.

Lain duduk. Okey. Jangan jerit.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tan Sri Yang di-Pertua, inilah ― saya sebutkan tadi, inilah negeri-negeri majoriti besar Melayu dan bumiputera dan sekiranya negeri-negeri ini dipinggirkan semata-mata kerana politik, maka majoriti masyarakat bumiputera di negara kita akan terpinggir.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, isu peraturan Dewan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Pagoh, saya bagi masa lebih. Apa dia itu?

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya dengar ucapan Yang Berhormat Pagoh daripada awal tadi. Saya rujuk pada Peraturan 36(12) yang mengelirukan Dewan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dak. Pagoh belum habis lagi.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ― saya...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Unless ― Jelutong. Jelutong. Jelutong, listen. Listen. Kecuali Pagoh telah pun menghabiskan ucapan, baru ada kekeliruan.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa yang telah disebutkan, saya ingin ungkapkan bahawa RMK13 dan kerajaan sekarang akan meminggirkan kaum bumiputera.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Let Pagoh finish. Let Pagoh finish ucapan dulu, kemudian you raise-kan itu. Sebab ini baru separuh daripada itu. Mungkin ada benda-benda lain yang tidak dengar.

Please, bagi Pagoh habiskan dulu. Silakan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Lawyer apa macam ini?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Satu lagi perkara yang tidak boleh kita abaikan ini ialah beban kos sara hidup yang kita tahu semakin menghimpit. Menurut data yang terkini oleh DOSM, Purata Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar

(PAKW) bagi isi rumah di Malaysia pada tahun 2023 ialah sekitar RM4,729 sebulan, tetapi gaji penengah bulanan bagi pekerja formal hanyalah sekitar RM2,600 sehingga RM2,900 iaitu bagi suku ketiga tahun 2023.

Keadaan ini adalah lebih teruk di kawasan bandar. Purata Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar di bandar mencecah RM5,400 sebulan. Bayangkan jurang hampir RM2,000 sebulan, hanya untuk hidup wajar, bukan hidup mewah, Tan Sri Yang di-Pertua.

Kerana itulah kebimbangan besar rakyat pada masa ini ialah mengenai beban kos sara hidup.

Dan menurut beberapa kajian yang saya lihat, rata-rata rakyat kita tidak berpuas hati dengan langkah- langkah kerajaan untuk mengatasi masalah kos sara hidup dan inilah rintihan rakyat kita, terutama yang ada di bawah.

Dan saya berharap agar kerajaan meneliti semula masalah isu besar kos sara hidup ini secara menyeluruh. Bukan sekadar mengawal harga barang ataupun kadar inflasi, tetapi juga usaha berterusan mesti dibuat untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan bebanan cukai yang terpaksa ditanggung oleh mereka ini.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Satu lagi isu besar yang perlu diberikan perhatian, bagaimana disebutkan oleh ramai pihak, ialah masalah kesan tarif 19 peratus Amerika Syarikat ke atas eksport Malaysia, yang melibatkan produk-produk utama negara kita. Tarif ini pastinya adalah amat kritikal, terutama di sektor elektrik dan elektronik yang menyumbang hampir 40 peratus daripada eksport negara dengan nilai tertinggi 601.18 bilion pada tahun 2024. Tekanan tarif tanpa pelepasan boleh menjejaskan sehingga 100,000 pekerjaan, khususnya di pusat industri E&E seperti di Pulau Pinang dan Kedah.

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah pun mengumumkan angka gergasi RM470 bilion untuk membiayai pembangunan RMK13. Dan kita tahu bahawa unjuran hasil negara hampir sepenuhnya dihabiskan untuk perbelanjaan mengurus. Dan adakah kerajaan akan membiayai RMK13 ini dengan hutang baru, yang akan terus menambah beban fiskal negara? Hari ini, hutang negara telah pun mencecah hampir 1.5 trilion dengan liabiliti luar jangka melebihi 384 bilion. Dan sekiranya kerajaan meneruskan rancangan untuk menambah hutang, maka jumlah hutang negara berisiko mencecah hampir RM2 trilion.

Persoalannya, apakah pelan pembayaran balik hutang ini? Apakah aset negara akan dicagar ataupun dijual pada pihak di luar? Apakah dana strategik negara akan dijadikan sasaran mudah? Dan saya dengar, ada cadangan untuk mengehadkan pengeluaran KWSP pada bayaran bulanan selepas tempoh persaraan dan inilah satu perkara yang amat membimbangkan.

Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini, rakyat ada hak mutlak, Tan Sri Yang di-Pertua, terhadap wang simpanan mereka. Kalau kerajaan mula menyekat akses kepada simpanan hasil titik peluh rakyat selama puluhan tahun, ini merupakan petanda bahawa kerajaan telah kehabisan sumber dana kerana gagal menguruskan hasil negara dengan baik dan kini bergantung semata-mata kepada poket rakyat untuk membiayai perbelanjaan negara. Hari itu, masa Ketua Pembangkang pun membangkitkan soal yang sama.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil sedikit saja masa lagi untuk menyentuh mengenai kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun di Dewan yang mulia ini dua hari yang lalu, yang menyentuh mengenai diri saya sebagai Ahli Parlimen Pagoh. Kita tak payah ulangkan, tapi saya — beliau berkata bahawa saya telah mengeluarkan satu kenyataan membela bangsa asing dalam isu subsidi RON95 ini.

Dan saya telah tegaskan, Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya ulang, tidak benar sama sekali.

[Tepuk] Carilah di mana-mana dalam dunia siber, tidak akan ada kenyataan yang saya buat sebegitu. Bermakna, apa yang telah pun disebutkan oleh Tambun nyata suatu fitnah.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Tambun.

Yang Berhormat Tambun, minta laluan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pagoh, Pagoh.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Kalau di Dewan ini pun kata dia ada imuniti, Tan Sri Yang di-Pertua, Allah SWT tak ada beri imuniti...

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pagoh, laluan.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Kalau di sini fitnah hukumnya haram, dalam Dewan pun haram, di luar Dewan pun sama-sama haram, Tan Sri.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pagoh, laluan sikit, Pagoh.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Tambun, boleh? Eh, Yang Berhormat Tambun pula. Pagoh, boleh?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pagoh nak beri kat siapa? Dua orang itu. Nak beri kat siapa? Hulu Terengganu?

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, Pagoh. Setuju tak, Pagoh...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu, cakap pelan-pelan. Pelan-pelan, slowly. Sebutir- sebutir keluar.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sebutir-sebutir. Slow, slow. Terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua. Setuju tak Pagoh...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Bahawa ‘PM Tax’ tidak buat homework untuk datang ke Parlimen? Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Machang.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Pagoh, setuju tak Yang Berhormat Pagoh untuk kita usulkan Tambun untuk digantung enam bulan juga?

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Saya setuju dua-dua sekali, Tan Sri Yang di-Pertua ― jawab. Memang tak buat homework. Saya tahu di mana dia dapat maklumat itu.

Sumber fake dan palsu.

[Tepuk] Perdana Menteri ambil sumber fake dan palsu, bercakap dalam Parlimen. Amat memalukan. Tan Sri, minta maaf. Sahabat baik saya juga tu, tapi politik ini bukan soal sahabat.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Kenyataan yang tak betul mesti dibetulkan. Saya nak sebutkan dalam Al-Quran pun ada menyebutkan ― dia biasa sebutkan Al-Quran.

Saya — [Membaca sepotong ayat al-Quran] Semua pakar di sini. Apa dia maksud, Tan Sri? “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah.” Menentukan kebenarannya. Bukan ambil cekup itu, keluar saja. Tak ikut pun nasihat SKMM.

Yang SKMM kata, “Tak pasti, jangan kongsi”...

[Ketawa] [Tepuk]

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pagoh. Pagoh. Pagoh. Pendang, Pendang.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Okey.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya sangat sedihlah dengan simpati, dengan apa yang dibangkitkan ini. Cuma, saya nak tanya Pagoh, adakah masa Perdana Menteri ini, dia mempunyai penasihat-penasihat yang sangat banyak. Jadi, apakah nasihat mereka ini menyebabkan imej Perdana Menteri ini tercemar? Boleh ― kalau betul begini, minta dipecatkan, apa ini, pegawai-

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

pegawai yang jadi penasihat Perdana Menteri yang ada di sekeliling ini kerana mencemarkan, memburukkan. Dia ‘punahsihatkan’ Perdana Menteri.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Saya setuju 100 peratus juga, Tan Sri, dengan apa yang Pendang sebutkan tadi.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Jadi, berikut kepada itu ― ini sedikit saja, Tan Sri ― ialah sepatutnya apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, kita telah sebutkan tadi, mestilah siasat dulu. Apa yang beliau buat ialah, sekarang ini mengarahkan MCMC supaya membuat siasatan. Saya pun keliru. Saya pun tak faham, siapa yang dia nak siasat? Siasat dia ke ataupun siasat saya?

Saya nak maklum pada Tan Sri Speaker, saya dapat maklumat pada hari ini, SKMM panggil saya untuk siasat.

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dia kata nak ambil keterangan saya sebagai saksi. Saya nak tanya SKMM, dah siasat Perdana Menteri Tambun ataupun tidak?

[Tepuk] Jadi, saya...

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pagoh, minta sekali lagi, Pagoh.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Speaker, point of order. Point of order.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sekali lagi, boleh? Slow, slow.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, point of order.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak Pagoh bahawa apa yang berlaku, orang yang repot itu disiasat adalah satu perlakuan luar tabii kerajaan hari ini? Terima kasih. Setuju, Pagoh?

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Luar tabii ke tak luar tabii, itu soal dialah, tapi saya rasa ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa, Tan Sri...

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Speaker, point of order.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Fasal, isu ini isu peribadi dibangkit oleh Yang Amat Berhormat Tambun terhadap saya, tapi diarahkan SKMM untuk siasat. Bagi saya, tak berapa kena tu. Lepas tu, siasat saya dulu. Saya dah keluar kenyataan. Kalau nak jumpa saya pun, saya akan jelaskan apa yang telah pun saya keluarkan. Baik dalam video saya ataupun kenyataan rasmi saya dan juga pernyataan yang disokong oleh banyak pihak Tan Sri. Jadi, bagi saya, ini satu permulaanlah...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pagoh, just to clarify, Pagoh ya.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Ya?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya juga telahpun mendapat surat daripada Perdana Menteri pagi tadi yang telahpun mengarahkan SKMM untuk menyiasat lebih lanjut mengenai tindakan yang dari mana maklumat ini datang. Sebab itu, insya-Allah kita tunggu SKMM akan siasat dari mana portal ini datang.

Mungkin ada portal ― mungkin. Saya tak tahu.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Dia patutnya tak begitu, Tan Sri.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak tahu. Jadi, sebab...

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tak berapa betul juga, Tan Sri. Minta maaf.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Walaupun Yang Amat Berhormat Tambun Perdana Menteri, kenyataan itu datang daripada beliau sendiri.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Tak apa, sekarang ini kita minta...

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Kenapa dia suruh SKMM nak siasat?

Sumber mana dia dapat tu?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, betul. Itu yang mungkin dia –– saya pun tak tahu dari mana dia dapat, tapi soalnya, ada surat kepada saya.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tak apalah Tan Sri.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kalau boleh...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, point of order.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tan Sri, yang last…

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Last sahaja. Jadi, saya cuma nak nyatakan sini...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar ada apa?

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

...Saya sedar apa yang telah berlaku itu...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, peraturan mesyuarat.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pagoh nak landing dah?

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Nak landing dah.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nak landing dah. Okey, silakan.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Saya katakan mungkin sebagai sahabat, tapi dia juga manusia biasa, cuma jawatan dia tinggi. Saya pernah berada di situ pun juga dulu. Jadi, mungkin dah berlaku kesilapan. Jadi, agak susah bagi Perdana Menteri nak kata, “Muhyiddin, aku sorry lah, salah.” Dia boleh cakap macam itu je, okey. Jadi, saya cuma nak minta satu perkara daripada Yang Amat Berhormat Tambun, dengan izin Speaker, mohon maaf je.

[Tepuk] Tarik baliklah kenyataan itu.

[Tepuk] Saya ini rela, saya akan terima maafnya sekarang juga.

[Tepuk] Jadi, itu sahaja yang saya nak sebutkan. Tapi saya nak beritahu, kalau Yang Amat Berhormat Tambun tak minta maaf, saya akan bawa perkara ini kepada Yang Berhormat Speaker di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua...

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.”

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik. Baik. Kejap. Sebentar, sebentar, sebentar. Semua listen. Listen. Kita semua Ahli Parlimen, semua ada hak. Jadi, kita juga dengarlah apa yang dia nak cakap. Kalau betul, saya kata betul. Tidak, saya kata tidak. Silakan, Kampar.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya. Tan Sri Speaker. Tadi dalam ucapan Pagoh, Pagoh telah mengatakan RMK13 telah meminggirkan golongan bumiputera. Itu tak betul. Tambun pada dua hari yang lalu.

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Telah menyatakan dalam Dewan ini, peruntukan dalam RMK13...

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Biar Menteri jawablah, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nanti, nanti. Tak habis lagi.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Biar Menteri jawab.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bahaslah. Kamu bahas.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bahas.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa peruntukan bumiputera adalah tertinggi dalam RMK13...

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bahas.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Sejak kemerdekaan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Bagi PM jawablah, bukan Kampar.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dan kita telah tunggu ― saya teliti hujah Pagoh. Kita tunggu, kita sabar duduk di sini tengok fitnah dia, tapi langsung dia tak bagi apa-apa justifikasi.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, ini buang masa.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya minta ― saya minta Pagoh tarik balik dakwaan RMK13 meminggirkan bumiputera.

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kampar dan Hulu Terengganu.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta sebab PM telah buat penjelasan. PM telah buat penjelasan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya nak buat ruling sekarang. Oleh kerana saya telah pun dengar dua-dua belah pihak, maka saya akan tinggalkan masalah ini dirungkai oleh Menteri yang akan menjawab nanti...

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu, sekarang waktu telah pun menunjukkan pukul 1.05, saya tangguhkan dan kita jumpa lagi jam 2.30 petang. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Dato’ Yang di-Pertua, saya tak ada niat nak buat kecoh, tapi korum ini tak cukup. Boleh panggil lagi tak?

draft • 2:32 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Hei, tak payahlah. Pembangkang pun dua orang je.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mana kawan-kawan Yang Berhormat?

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Apa dia? Tak ada - semua oranglah.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua orang.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang kawan saya, kawan sana. Sana pun kawan saya juga, terima kasih. Kalau bolehlah. Saya tak ada niat nak ini.

draft • 2:32 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ya, kita panggil lepas ini. Puan Yang di-Pertua, sebelum kita bermula, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan suatu rombongan dari Sibu ke Dewan Rakyat yang mulia ini.

[Tepuk] Termasuk orang VVIP. Iaitu ibunda Puan Yang di-Pertua sendiri di Dewan Rakyat ini.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selamat datang ke Parlimen.

draft • 2:32 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Selamat datang.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Patutlah senyum.

[Ketawa]

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 2:32 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas di Dewan yang mulia ini. Turut saya mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Sibu dan juga dengan ibu kepada Puan Yang di-Pertua.

Dalam perbahasan yang pertama ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada penjawat- penjawat awam yang telah bertungkus lumus dan berjaya menghasilkan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas sehingga dapat dibentangkan pada 31 Julai 2025 oleh Yang Berhormat Tambun.

Puan Yang di-Pertua, pertamanya adalah tentang keperluan mempercepatkan peralihan tenaga negara bagi mencapai sasaran sifar bersih. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) telah dilancarkan pada tahun 2023 dan berhasrat mencapai 70 peratus penjanaan tenaga RE menjelang 2050.

Pada masa ini, kejayaan NETR amat bergantung kepada TNB. Iaitu, entiti tunggal yang menguasai rantaian tenaga di Semenanjung Malaysia. Dasar monopoli di hampir semua peringkat

draft • 2:33 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

sekarang telah mewujudkan sistem yang tertutup dan kurang kompetitif. Saya mengambil dua contoh di sini.

Pertama, banyak pengilang, pembina dan pihak industri mengadu bahawa kelulusan TNB amat lambat. Bahkan, ada yang mengesahkan bahawa antara kesemua kelulusan yang diperlukan, kelulusan TNB adalah yang terlambat. Keadaan ini telah menjejaskan alam perniagaan di Malaysia.

Dan saya ingin bertanya, apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mengukur dan terus memudahcarakan proses dan kecekapan TNB?

Kedua, perlombongan bitcoin haram. Mengikut kenyataan terkini kementerian, dari tahun 2018 hingga Jun 2025, sebanyak RM4.8 bilion kecurian ataupun kerugian tercatat dalam kegiatan perlombongan bitcoin haram. Bersamaan dengan purata 61.5 juta sebulan ataupun 2 juta sehari.

Kegiatan menjadi lebih kritikal Puan Yang di-Pertua, apabila kes melonjak sebanyak 300 peratus pada separuh tahun pertama tahun ini, ketimbang tempoh yang sama pada tahun 2024.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia, kerajaan kita memperuntukkan 6 bilion rebat kepada pengguna elektrik bagi mengekalkan tarif yang rendah di Malaysia untuk enam bulan tahun ini sahaja.

Pastinya, sebahagian daripada rebat tersebut yang dijangka mencecah ratusan juta ringgit telah pun bocor dan menjadi keuntungan kepada sindiket-sindiket pencuri bitcoin mining. Namun, tahun demi tahun, tidak terlihat apa-apa kesan drastik daripada langkah-langkah yang telah diambil oleh TNB untuk membendung pencurian haram tersebut. Inilah implikasi dasar monopolistik, Puan Yang di-Pertua.

Bagi mengatasi keselesaan ini, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan MADANI supaya pegangan penjana asing RE dinaikkan dari 49 peratus sekarang kepada 70 peratus bagi melonjakkan lagi pelaburan swasta.

Pegangan asing 100 peratus oleh Edra Global Energy, Puan Yang di-Pertua, sejak tahun 2016 telah terbukti bahawa ianya tidak menjejaskan keselamatan dan kestabilan bekalan elektrik kita.

Mengapakah ianya tidak boleh dibuka lebih lanjut untuk RE?

Tambahan itu, saya juga mengesyorkan untuk mengurangkan ataupun supaya kerajaan mengurangkan pegangan GLC seperti Khazanah 20 peratus, KWSP 13 peratus, KWAP 6.5 peratus dalam pegangan TNB. Ini akan menghantar satu mesej jelas kepada pasaran bahawa Kerajaan MADANI bertekad merealisasikan NETR serta membuka lebih ruang kepada pelabur-pelabur swasta.

Pohon pandangan kementerian.

Puan Yang di-Pertua, berkaitan dengan peranan GLC yang saya sebut tadi. Saya ingin menyentuh tentang keperluan untuk menyusun semula peranan GLC, GLIC, agar lebih sejajar dengan keutamaan pembangunan negara. Pada hari ini, saya masih lihat bahawa terdapat banyak syarikat GLC, biarpun GLC Persekutuan ataupun GLC negeri yang menumpukan pelaburan kepada projek hartanah mewah, pembangunan komersial dan pegangan lebuh raya.

Persoalannya, mengapa entiti seperti Khazanah dan PNB masih mengutamakan pelaburan dalam projek seperti ini, sedangkan negara amat memerlukan suntikan modal dalam sektor high growth, high value, dengan izin. Seperti semiconductor electronic, pemprosesan kimia bernilai tinggi, kecerdasan buatan, farmaseutikal, mesin, automasi dan teknologi hijau.

draft • 2:33 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Negara kita masih belum berjaya menarik pelaburan berskala besar dalam sektor-sektor tersebut, sedangkan ia merupakan asas yang penting bagi pembentukan ekonomi yang berdaya saing dan lestari.

Maka, saya ingin mencadangkan perlunya ada kajian menyeluruh dan kemudian satu pelan susulan RMK13 yang mengeluarkan GLC, GLIC Persekutuan dan negeri daripada pelaburan bidang hartanah perumahan dan komersial secara berperingkat dalam lima tahun ini.

Sebaliknya, mereka harus diberikan mandat pembangunan dalam sektor HGHV yang berorientasikan eksport. Mereka juga boleh diberikan mandat untuk membangunkan perumahan sosial, khususnya di bandar yang amat diperlukan sekarang. Mereka juga boleh diberikan tanggungjawab untuk membangunkan taman industri ataupun industrial park untuk tujuan penarikan pelaburan teknologi.

Kita memerlukan satu juta unit rumah Puan Yang di-Pertua, social housing. Biarlah GLC memainkan peranan tersebut. Dan untuk GLC-GLC lain yang bertindih, saya cadang gabungkan mereka ataupun tutup sahaja. Pelaburan awam melalui GLC sepatutnya dimanfaatkan untuk mempercepatkan peralihan negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi.

Bukannya semata-mata untuk mengembangkan aset komersial yang kurang menyumbang kepada keutamaan pembangunan negara. Saya pohon kementerian menjelaskan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.

Puan Yang di-Pertua, ketiga adalah tentang pembangunan PMKS, small, medium enterprises. Yang menyumbang sekitar 97 peratus daripada jumlah keseluruhan perniagaan di Malaysia. Jumlah yang cukup signifikan. Sejak sedekad yang lalu, pelbagai program sokongan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu PMKS.

Walau bagaimanapun, realitinya sebahagian besar daripada program-program ini telah menunjukkan keberkesanan yang rendah ataupun impak yang sangat limited terhadap peningkatan daya saing dan produktiviti PMKS.

draft • 2:33 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tambahan laporan daripada SME Masterplan menunjukkan bahawa sasaran sumbangan PMKS kepada KDNK sebanyak 41 peratus dan eksport sebanyak 25 peratus gagal dicapai menjelang 2020 dengan pencapaian sebenar hanya sekadar 38 peratus dan 13.5 peratus masing-masing pada 2020 sahaja. Kita ingin sasarkan eksport sebanyak 25 peratus, namun apa yang tercapai hanya 13 peratus. Ini mencerminkan bahawa sebahagian program yang dilaksanakan dalam tempoh tersebut kurang berkesan dan tidak memberikan pulangan terhadap peruntukan yang dibelanjakan.

Ketika ini, terlalu banyak agensi terlibat dalam ekosistem PMKS seperti SME Corp, TEKUN, MARA, MIDF, Bank Rakyat, Bank SME, program SME bawah Bank Negara, bawah MITI dan sebagainya. Ini telah menyebabkan penyelarasan menjadi lemah, bantuan bercanggah dan keberkesanan dasar sukar diukur.

Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar semua agensi berkaitan dengan PMKS diletakkan tanggungjawab bawah satu kementerian khusus seperti Kementerian Ekonomi, KUSKOP sekarang, ataupun MITI. RMK13 mesti menjadi titik perubahan dan bukan lagi menambah program baru yang

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

cantik di atas kertas. Tanpa reformasi institusi dan pembiayaan yang menyeluruh, PMKS akan terus tersekat dalam perangkap pertumbuhan perlahan dan margin yang rendah.

Puan Yang di-Pertua, akhirnya tentang pendidikan. Saya ingin menyentuh langkah kerajaan yang ingin mewajibkan pendidikan prasekolah berada pada tahap umur lima tahun dan permulaan sekolah rendah pada tahap enam tahun. Transformasi besar tersebut memang penting dalam menangani isu masyarakat menua serta menyeragamkan sistem dan mutu pendidikan. Pendidikan memang memerlukan satu dasar yang transformatif dan bukan reaktif dan tidak boleh leka dan selesa dengan keadaan sekarang.

DOSM pada tahun 2019 melaporkan 5.8 peratus dari 30 juta populasi rakyat Malaysia tidak bersekolah atau tercicir daripada sistem pendidikan negara. Ini adalah data enam tahun lepas, Puan Yang di-Pertua dan data terkini sepertinya tidak dilaporkan.

draft • 2:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

PJ, boleh saya mencelah?

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Jadi — silakan.

draft • 2:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya juga ingin menyinggung tentang pendidikan di mana baru ini, kita RUU mewajibkan pendidikan, wajib sehingga umur 17 tahun.

Adakah PJ bersetuju dengan saya supaya kita restructure semula tentang pendidikan wajib ini bermula daripada umur enam tahun dan berakhir umur 16 tahun? Jadi, lebih mudah untuk mereka memasuki pasaran pekerjaan yang sekarang ini kita menuju ke aging society seperti apa yang dibentang oleh Pandan tempoh hari. Adakah PJ setuju untuk kita struktur semula pendidikan wajib tersebut?

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Saya memang menyambut baik dengan cadangan tersebut. Walaupun dilihat radikal, saya nampak di laman media sosial kadang diketawakan, tetapi inilah pendekatan yang kita perlu mulakan supaya membawa transformasi dan reformasi kepada sistem kita yang begitu penting iaitu pendidikan.

Puan Yang di-Pertua, laporan Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia 2023 juga menyatakan terdapat 60,800 kanak-kanak Orang Asli menghadapi isu keciciran belajar dan meningkat kepada 63,000 pada tahun 2021. Malah, ia nya melaporkan bagi setiap lima anak Orang Asli, dua orang tidak dapat menamatkan persekolahan. Saya yakin Timbalan Yang di-Pertua, rakan kepada Puan Yang di- Pertua amat setuju dengan statistik tersebut.

Maka, kita juga harus akui masih terdapat sebilangan kanak-kanak dan remaja yang masih keciciran pendidikan. Persoalannya, bagaimana dasar baharu ini? Kita mahu rendahkan umur, kita mahu supaya sesi persekolahan dimulakan dengan lebih awal, tetapi bagaimana dasar baru ini dapat merangkumi, menjadi lebih inklusif termasuk golongan yang tercicir tersebut?

KPM juga sentiasa menerima peruntukan yang tertinggi hasil dari belanjawan tahunan negara.

Pada tahun 2025, KPM menerima RM64 bilion. Masalah sebenarnya bukan hanya pada dana Puan Yang di-Pertua, tetapi pada struktur tadbir urus yang terlalu berpusat. Sekolah tiada kuasa sendiri untuk mengurus aset, membaiki kerosakan kecil, atau membuat keputusan kewangan. Saya sedar semua Ahli-ahli Parlimen di sini selalu memberikan bantuan kepada sekolah walaupun dengan kekangan yang sedia ada.

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Jadi, sama ada mereka perlu memanjangkan permohonan kepada PPD yang rata-ratanya menerima permohonan yang tinggi dari semua sekolah lain ataupun dipanjangkan pula kepada kementerian. Jadi akhirnya, apakah semua kipas rosak pun perlu kita hantar ke Putrajaya? Ini tidak masuk akal. Saya ingin meminta pandangan kementerian bahawa adakah desentralisasi pentadbiran sekolah boleh dilaksanakan supaya sekolah mempunyai lebih autonomi sendiri untuk menguruskan kewangan dan aset sendiri dengan bantuan PIBG, alumni dan lembaga sekolah, sekiranya dapat diwujudkan.

Perkara terakhir, saya juga ingin menekankan bahawa tentang STPM, Puan Yang di-Pertua.

Satu-satunya peperiksaan pra-universiti kita yang setaraf antarabangsa dan diiktiraf oleh banyak universiti luar negara masih tidak diberi perhatian sewajarnya dalam RMK13. Jumlah pelajar STPM terus mengecil kerana kekurangan promosi, kemudahan dan insentif.

Saya ingin mencadangkan satu bold step Puan Yang di-Pertua, supaya diwujudkan satu pelan lima tahun, bukan setahun, supaya majoriti pelajar yang masuk dalam IPTA adalah mereka yang mengambil STPM. Satu rancangan peralihan yang drastik perlu diwujudkan supaya intake matrikulasi akan makin mengecil dan memberikan ruang kepada pelajar STPM, peperiksaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Bagi mereka yang khuatir bahawa STPM ini — last point ya. Akan memberikan ketidakadilan kepada pelajar miskin ataupun luar bandar, saya mencadangkan supaya sistem kuota diwujudkan, tetapi berdasarkan negeri dan wilayah. Maka, Kelantan, Selangor, Sarawak dan Perlis akan menikmati kuota yang berbeza berdasarkan populasi dan pembangunan negeri dan selainnya terbuka kepada semua.

Puan Yang di-Pertua, saya yakin bahawa dengan iltizam politik yang jelas, reformasi dalam sektor tenaga, pendidikan dan PMKS mampu mendorong pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing. Kestabilan politik yang wujud hari ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin pelaburan berkualiti, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan pembangunan ekonomi yang adil untuk semua. Sekian ucapan perbahasan saya.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua untuk saya terlibat diri perbahasan usul RMK13.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan membangkitkan beberapa perkara yang melibatkan aspek kesiapsiagaan dan pertahanan negara serta sekiranya sempat, saya akan bangkit aspek kebajikan anggota tentera. Apa pun, saya juga ingin welcome semualah, bonda Tuan Yang di-Pertua nampak dah balik. Terima kasih.

draft • 2:46 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Pada sidang Dewan yang lalu, saya banyak kali mempersoalkan rasional keputusan kerajaan yang dibuat secara tergesa tanpa pertimbangan menyeluruh untuk menyewa secara pajakan helikopter buatan syarikat Leonardo daripada Itali bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.

Hujung tahun lalu, kita semua dikejutkan pajakan 28 helikopter sebanyak RM16.6 bilion, pajakan selama 15 tahun. Yang ini merupakan dalam sejarah negara, perolehan pertahanan yang tertinggi. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan ketika itu tidak meyakinkan saya akan keupayaan aset berkenaan untuk melakukan tindak kerja, tindakan asas yang amat diperlukan oleh cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia khususnya daripada perkhidmatan tentera darat.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, tiga hari lepas, pada 4 Ogos 2025, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan tender perolehan baru untuk sewaan helikopter bersifat medium-lift iaitu dengan menyatakan secara spesifik keperluan asal yang diperlukan iaitu keupayaan winching dan underslung. Tender yang bernilai anggaran RM185 juta ini akan ditutup 26 September tahun ini, merupakan lagi satu bukti jelas bahawa keupayaan helikopter sewaan pajakan jenis AW149 tidak mampu menampung kehendak dan keperluan operasi tentera darat pada skala pelaksanaan semasa, ya.

Sebab itu saya fikir, kalaulah kita nak sewa dah 25 — 28 helikopter dan kenapa masih lagi kita mengeluarkan tender untuk membuatkan apa yang kita maklum pada tempoh hari Yang Berhormat kata, “Boleh, boleh buat underslung dan sebagainya.” Sebab selalu saya berhujah pada tempoh hari, saya kata, “Kalau kita nak beli kereta pun kita buat test drive sebelum kita uji pandu, sebelum kita beli kereta.” tapi, ini kita beli 28 helikopter tanpa langsung buat uji pandu dan terus kita terus membuat — terus bersetuju pajakan selama 15 tahun dan jumlahnya RM166 bilion, satu jumlah yang cukup besar.

Kalau kita berbanding dengan Poland, dia beli. Kita ingat, kita sewa pajakan. Dia, Poland beli 32 helikopter hanya baru tak sampai RM9 bilion.

draft • 2:46 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi ini: inilah kebimbangan kita apabila kerajaan membuat keputusan tersebut. Saya tidak perlulah ― saya nak maklum jugalah. Helikopter yang saya bangkitkan tempoh hari, saya lihat helikopter tersebut tidak – bagi saya, pada research yang saya buat, helikopter yang akan dibekalkan dan dipajak itu tak mampu untuk memenuhi aspek operasi harian Tentera Darat seperti tindakan kerja ulang bekal, multitasking, berterbang dalam keadaan cuaca yang buruk ataupun operasi penerjunan anggota payung terjun, anggota atur cepat seperti 10 Briged Para dalam keadaan berbagai cuaca.

Bolehlah rujuk hujah-hujah yang saya sebut dan yang tersebut dalam Hansard mesyuarat tempoh hari.

Namun, saya perlu jelaskan pada hari ini sementara Kementerian Pertahanan mengeluarkan tender baru perolehan bernilai RM185 juta yang berkehendakkan keupayaan winching dan underslung sebagaimana keupayaan helikopter jenis Nuri dulu ataupun S-61A-4 Sikorsky yang telah digunakan oleh kita sebab selama 60 tahun lalu. Saya ingin membangkitkan kembali usaha yang pernah dicuba dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan pada 2015, Kementerian Pertahanan untuk membeli ― ada gesaan untuk membeli empat helikopter jenis S-70i Black Hawk dari negara jiran kita, negara Brunei.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Usaha untuk beli pesawat helikopter jenis Black Hawk ini pernah dicadangkan sebelum ini serta pernah berlaku beberapa siri perbincangan dengan Kerajaan Brunei hingga Kerajaan Brunei telah pun:

setahu saya telah pun memberi persetujuan supaya penjualan ini boleh dilaksanakan. Namun, saya tak tahu atas sebab-sebab yang tak dapat dipastikan ia nya terhenti begitu saja.

Mengambil kira situasi yang amat kritikal terhadap keperluan medium lift ATM selepas kesemua pesawat Nuri dilucut tauliah pada tahun 2019 serta kegagalan syarikat AERO3 Sdn. Bhd untuk membekalkan helikopter Black Hawk yang amat diperlukan oleh Tentera Darat ditambah lagi dengan hakikat pahit bahawa keupayaan pesawat AW139 dan AW149 yang pastinya tidak mampu untuk menampung keperluan tindakan kerja asas operasi Tentera Darat sepanjang tahun. Saya ingin mengesyorkan kepada MINDEF untuk kembali duduk berbincang dengan Kerajaan Brunei membeli helikopter terpakai Black Hawk S-70i milik Kerajaan Brunei ini.

Saya difahamkan Kerajaan Brunei sememangnya merupakan negara yang beroperasi barisan 12 pesawat Black Hawk S-70i serta kesemua pesawat berkenaan mencatat jumlah jam penerbangan yang rendah. Sekali lagi, inilah satu lagi peluang yang terhidang kepada kita. Harap tidak dilepaskan oleh MINDEF untuk menutup lompong keperluan operasi ATM yang sangat memerlukan helikopter daripada jenis yang sama. Tambahan, helikopter Black Hawk dari Brunei ini boleh diperolehi dan digunakan dengan cepat berbanding situasi menunggu untuk syarikat orang tengah perlu mendapatkan pihak OEM yang belum pasti menjanjikan aset jenis ini tersedia dan boleh dibekalkan kepada Tentera Darat.

Saya kira kita perlu belajar dari kegagalan syarikat AERO3 Sdn. Bhd. yang berjanji dengan pihak kerajaan hingga mengakibatkan kerugian time and space kepada pihak end user apabila mereka gagal. Apatah lagi, saya ingin tegaskan di sini, keupayaan medium lift amat penting dalam menghadapi situasi bencana banjir yang setiap tahun berlaku mulai November pada setiap tahun.

Perkara kedua yang saya ingin bangkit ialah mengenai keperluan mendesak pembinaan Markas Wilayah Laut di Bintulu, Sarawak yang mana jaraknya dari Sibu 200 kilometer, perjalanan empat jam. Betul? Sibu ke Bintulu empat jam, ya.

Saya percaya semua sedia maklum mengenai masalah pencerobohan wilayah maritim Malaysia di kawasan South Luconia Shoal ataupun lebih dikenali Beting Patinggi Ali (BPA), ringkasnya BPA ya, Beting Patinggi Ali yang selalu mencatitkan kehadiran kapal-kapal asing terutama dari negara China sama ada pasukan pengawal pantai ataupun kapal tentera laut di kawasan tersebut.

Tindakan kehadiran mereka bukan hanya melalui kawasan berkenaan malah berhenti dan menurunkan sauh yang merupakan satu tindakan kira melanggar peraturan undang-undang. Tindakan ini adalah bertentangan dengan Undang-undang Laut Antarabangsa ataupun United Nations Convention Law of Sea (UNCLOS) 1982 kerana kawasan berkenaan adalah milik Malaysia.

Bagi menangani masalah kehadiran kapal-kapal asing itu, negara amat memerlukan pangkalan laut kekal ataupun Markas Wilayah Laut (MAWILA) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan MAWILA ini beroperasi berdekatan dengan Beting Patinggi Ali, kawasan yang paling sesuai tentulah Bintulu.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Lokasi ini amat penting mengambil kira atau gerak aset TLDM sekarang terpaksa dilakukan daripada Kuching mahupun Labuan. Ini mengehadkan masa untuk aset-aset ini sampai di BPA dengan pantas dan bakal memberi impak negatif terhadap penguat kuasa undang-undang kawasan Maritim Malaysia yang sememangnya berada di bawah kedaulatan dan hak kedaulatan Malaysia. Pemilihan kawasan Bintulu ini sebenarnya telah berlaku 30 tahun yang lalu. Keputusan itu telah diterjemah sewaktu Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri dengan pengumuman Bare Base TUDM pada 2021.

Saya ― kenapa saya bangkitkan ini? Kerana dimaklumkan ada satu cadangan yang mana pembinaan bare base minimum di Bintulu telah ditangguhkan dan berita ― saya tak pasti kesahihannya bahawa ia kemungkinan dibatalkan sepenuhnya. Saya juga ingin mendapatkan pengesahan daripada MINDEF mengenai perkara ini kerana jika benar keputusan itu telah dibuat, dibatalkan, ia nya amat merugikan negara.

Saya juga ingin mendapat jawapan daripada MINDEF, sekiranya terdapat pencerobohan ataupun kehadiran kapal-kapal asing di kawasan BPA, Beting Patinggi Ali, berapakah tempoh waktu dalam bentuk jam untuk kapal TLDM sampai ke BPA daripada Kuching dan juga Labuan ataupun Sepanggar, Sabah.

Saya juga mohon penjelasan di Kementerian Pertahanan, rasional, cadangan terbaru pembinaan MAWILA 4 kini di Muara Tebas dekat Kuching berbanding dengan Bintulu, mengambil kira kawasan di Tanjung Kidurong ini lebih tepat dan lebih sesuai untuk kapal besar seperti kapal perang milik TLDM untuk merapatkan dan berlabuh berbanding di Muara Tebas yang agak sempit dan cetek.

Maksud dia, di Bintulu itu kawasannya lautnya lebih dalam, Muara Tebas lautnya cetek, jadi tak praktikal untuk kita buat MAWILA di Muara Tebas. Apakah asas dan justifikasi kawasan Muara Tebas ini dipilih sebagai MAWILA 4 berbanding Bintulu yang hanya jarak 82 batu nautika dari Beting Patinggi Ali membandingkan Muara Tebas yang terlalu jauh?

Saya amat khuatir keputusan terdahulu yang telah dibincang secara mendalam dan secara holistik memilih Bintulu sebagai kawasan yang tepat untuk pembinaan bare base minimum TUDM dan juga MAWILA kini telah dipindahkan ke Muara Tebas. Apakah ATM perlu menunggu 30 tahun lagi untuk melihat kemudahan sokongan perkhidmatan TUDM dan TLDM ini siap dan boleh operasi? Apatah lagi kawasan ancaman adalah lebih dekat dengan Bintulu berbanding dengan Kuching. Apakah keputusan memilih Muara Tebas ini akan menguntungkan pihak-pihak tertentu bukan Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri?

Pangkalan laut di Bintulu hakikatnya lebih bersifat menyeluruh bukan hanya bertujuan melindungi hak kedaulatan wilayah laut Malaysia, tetapi juga sebagai perlindungan dan jaminan keselamatan syarikat petroleum antarabangsa yang beroperasi di Zon Maritim Malaysia sekitar Sarawak dan juga perairan negara.

Saya juga nak ambil kesempatan di sini ya, isu masalah ― beberapa isulah yang ― isu celoreng hijau Tentera Darat. Oleh kerana berlaku sebelum ini, isu celoreng ini dibekalkan syarikat pembekalnya PT Sri Rejeki Isman, Sritex yang berpangkalan di Indonesia, kini syarikat tersebut telah

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

diisytiharkan muflis dan terpaksa menutup operasi 1 Mac 2025. Syarikat ini merupakan pembekal utama celoreng kepada Tentera Darat Malaysia.

Jadi, apabila syarikat di Indonesia yang membekal ini bankrap, maka telah berlakunya kekurangan baju celoreng dan apa kesan dia? Kesan dia kepada lain-lain pangkat, kerana baju celoreng ini nak kena bekalkan kepada program PLKN. Jadi, apabila nak kita bekalkan kepada program PLKN, lain-lain pangkat ini tak ada cukup baju celoreng dan mereka terpaksa beli menggunakan duit sendiri. Pegawai tak apalah, pegawai mungkin mempunyai gaji yang lebih tinggi. Selamat datang Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Sudah tamat? Belum saya berapi- api lagi.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tapi, tak apa. Terima kasih. Jadi, saya mintalah kepada semua, apa yang saya bangkitkan ini dapat dimaklum balik.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku, isu keselamatan negara ini, isu yang sangat penting, kita tak boleh ambil mudah. Jadi itu saja. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput, Yang Berhormat Tanjong Piai.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Dalam sesi turun padang di Parlimen Tanjong Piai baru-baru ini, saya telah mengunjungi Klinik Kesihatan Kecil, KK3, Serkat. Dan rumusan yang dapat saya buat berdasarkan kunjungan tersebut terdapat dua item utama yang akan saya bawa ke Dewan yang mulia ini.

KK3 Serkat merupakan salah satu dari empat KK3 yang mempunyai kes rujukan tertinggi di daerah Pontian. Sebagai maklumat, pada ketika ini KK3 Serkat hanya dibekalkan sebuah ambulans pacuan empat roda yang sempit dan tidak selesa baik kepada petugas mahupun pesakit. Ruang yang sempit dan kenderaan pacuan empat roda menyukarkan isian peralatan dan juga katil pesakit.

Satu perkara yang mengejutkan saya ialah kenderaan atau ambulans pacuan empat roda di KK3 Serkat ini tidak mempunyai alat bantuan pernafasan CPR atas faktor ruang sedangkan ia adalah peralatan yang sangat diperlukan untuk sebuah ambulans. Kakitangan petugas juga terpaksa melaksanakan pekerjaan dalam posisi yang sangat tidak selesa di sepanjang perjalanan ke hospital sejauh 25 kilometer dari KK3 Serkat.

Sehubungan dengan itu, Puan Yang di-Pertua, saya memohon kepada Kementerian Kesihatan agar KK3 Serkat ini dibekalkan dengan sebuah ambulans yang canggih, lengkap dengan peralatan demi keselesaan pesakit dan petugas yang amat terdesak diperlukan dengan kadar segera.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, KK3 Serkat awalnya telah dibina pada tahun 1963 di atas Lot 2176. Sesuai dengan perubahan masa dan dengan beberapa kali proses naik taraf dan

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

pertambahan bangunan, maka kawasan yang dahulunya lapang telah menjadi semakin sempit dan susun aturnya sudah tidak kondusif lagi. Oleh kerana pertambahan penduduk dan juga pembangunan di sekitar menuntut kepada sebuah perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa dan moden. Oleh itu, sudah tiba waktunya untuk Kementerian Kesihatan menyediakan sebuah KK3 baharu untuk warga dan orang ramai yang akan menjadi pusat khidmat setempat.

Saya difahamkan sebuah lagi tapak milik Kementerian Kesihatan di Mukim Serkat iaitu Lot 2900 yang dahulunya dibina rumah untuk kakitangan di Kampung Sungai Kuali yang telah pun terbiar dan tidak lagi dihuni amat sesuai untuk dibangunkan sebuah KK3 Serkat yang baharu. Lokasi cadangan ini berada di jajaran laluan yang sama dengan jarak tidak sampai dua kilometer dari KK3 Serkat sedia ada. Keluasannya juga dua kali lebih luas dari KK3 Serkat yang ada sekarang.

Sebuah KK3 yang baru semestinya merupakan sebuah bangunan moden dan mempunyai susun atur bangunan yang lebih baik termasuk rumah kakitangan dan kawasan meletak kenderaan yang selesa berbanding sekarang di mana pesakit atau orang ramai terpaksa meletak kenderaan di tepi rumah-rumah kakitangan dan di tepi jalan yang mengundang risiko keselamatan.

Puan Yang di-Pertua, saya difahamkan cadangan membina bangunan baru KK3 Serkat ini telah ataupun telah dikemukakan permohonan oleh Jabatan Kesihatan Daerah, tetapi masih tidak mendapat sebarang ulasan. Justeru itu, di Dewan yang mulia ini saya mengangkat cadangan ini agar pihak Kementerian Kesihatan memberikan perhatian khas dan keperluan sebuah KK3 Serkat yang baharu di atas tapak milik Kementerian Kesihatan sendiri yang telah tersedia di kawasan berkenaan.

Puan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi, khususnya sumber marin. Pada tahun 2024, sektor perikanan telah mencatat prestasi yang memberangsangkan, bukan sahaja sebagai penyumbang utama kepada sumber protein negara, malah turut menyumbang sebanyak RM11.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mewakili 0.7 peratus daripada keseluruhan KDNK negara dengan kadar pertumbuhan tahunan meningkat kepada 2.9 peratus.

Justeru itu, saya menyambut baik inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas menerusi pelan strategik mempertingkatkan pertumbuhan industri strategik ekonomi biru. Di bawah pelan ini, industri perikanan tangkapan dan aquaculture yang mampan akan diperkukuh melalui penubuhan hab perikanan bersepadu, lengkap dengan kemudahan pelabuhan serta fasiliti logistik yang menyokong keseluruhan rantaian nilai.

Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengangkat beberapa kekangan serius yang dihadapi oleh para pengusaha sektor perikanan khususnya pemilik dan pengendali bot berlesen Zon B dan Zon C. Industri perikanan bukan sekadar menyumbang ekonomi, malah merupakan sektor strategik dalam menjamin sekuriti makanan negara. Maka segala isu yang timbul perlu ditangani dengan serius, segera dan menyeluruh.

Salah satu isu utama yang dibangkitkan oleh Persatuan Pusat Pengusahaan-pengusahaan Ikan Malaysia ialah kesukaran menukar nama pemilik bot Zon B kepada pemilik baharu. Tanpa proses ini, mereka tidak dapat memenuhi keperluan pelaporan e-invoice seperti yang diwajibkan oleh kerajaan.

Persoalannya, apakah kajian impak sosial telah dilakukan sebelum pelaksanaan dasar ini? Ramai

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

pengusaha nelayan tradisi menyuarakan rasa tertekan dengan proses birokrasi yang rumit dan kos yang tinggi hingga mengancam kelangsungan mata pencarian mereka.

Sehubungan dengan itu, saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan tempoh moratorium atau kelonggaran syarat sementara terutamanya bagi nelayan kecil yang menghadapi kekangan kewangan dan dokumentasi. Saya turut mencadangkan agar satu penyelesaian sekali gus diperkenalkan bagi mempercepatkan dan mempermudahkan proses penukaran nama ini agar tidak menjejaskan aktiviti ekonomi para nelayan.

Puan Yang di-Pertua, sebelum ini pemilik bot Zon B dan C dibenarkan menggaji pekerja asing secara sah, khususnya dari Myanmar melalui Program 6P. Namun, dasar telah berubah secara mendadak sehingga bot Zon B tidak lagi dibenarkan menggaji pekerja asing, menyebabkan pekerja sedia ada menjadi tidak sah secara automatik. Ini menimbulkan persoalan besar. Adakah kerajaan bersedia mengkaji semula dasar ini memandangkan kebanyakan rakyat tempatan enggan bekerja sebagai nelayan kerana risiko dan kesukarannya?

Dasar sedia ada memberi kesan buruk kepada operasi pengusahaan bot serta mewujudkan ketidakpastian dalam dasar pengambilan pekerja asing. Saya memohon agar dasar ini disemak semula secara menyeluruh dengan mengambil kira realiti lapangan dan keperluan industri.

Selain daripada itu, sekiranya berlaku pelanggaran teknikal atau pentadbiran oleh nelayan, saya mencadangkan agar tindakan penguatkuasaan di salur melalui Jabatan Perikanan dan diselesaikan secara kompaun tanpa perlu dibawa ke mahkamah. Apakah kementerian akan memberikan fleksibiliti terhadap pendekatan penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), khususnya bagi kesalahan kecil seperti kegagalan membawa dokumen lengkap atau kesilapan zon.

Saya juga mencadangkan agar penjelasan dasar penguatkuasaan antara APMM dan Jabatan Perikanan dikaji semula agar kembali seperti dahulu di mana APMM menyerahkan kes kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. Pendekatan ini bukan saja akan mengurangkan beban emosi dan kewangan nelayan kecil, malah mempercepatkan penyelesaian dan mengelakkan gangguan operasi.

Akibatnya, ramai pengusaha mengalami kerugian besar, industri perikanan kini berada di ambang kejatuhan.

Saya ingin bertanya, adakah kerajaan telah mengadakan sesi libat urus menyeluruh dengan persatuan nelayan sebelum pelaksanaan dasar-dasar baharu ini?

Saya menyeru agar kerajaan mengadakan sesi libat urus berkala dan bermakna bersama pihak kepentingan seperti Persatuan Pusat Pengusahaan-pengusahaan Ikan Malaysia agar dasar yang dirangka lebih telus, adil dan realistik.

Selain daripada itu, dasar penurunan had kapasiti enjin diesel bagi bot B daripada 12,000 liter kepada 6,000 liter telah menyebabkan penggunaan bahan api menjadi tidak efisien.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Nelayan terpaksa mengubah suai enjin dengan menambah turbo untuk meningkatkan kuasa kuda daripada 290 kepada 400 kuasa kuda bagi menampung keperluan operasi. Namun begitu, lesen hanya memenangkan kuasa kuda sehingga 300 sahaja. Oleh sebab itu, nelayan menghadapi isu

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

pembaharuan lesen. Maka, saya mohon agar kerajaan mengkaji semula syarat had kuasa kuda serta kadar bayaran bulanan yang dikenakan terhadap nelayan dalam konteks penggunaan diesel yang lebih efisien.

Satu isu lagi, Puan Yang di-Pertua. Persatuan juga membangkitkan isu jeti yang dioperasikan oleh LKIM. Soalannya, apakah jaminan kerajaan bahawa jeti ini tidak dimonopoli dan digunakan untuk menekan perusahaan kecil? Saya mencadangkan agar ditubuhkan satu badan pemantau bebas bagi memastikan ketelusan pengurusan jeti dan penguatkuasaan kawalan harga termasuk bagi keperluan asas seperti ais.

Ini penting bagi mengelakkan monopoli dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi keuntungan sendiri. Selain itu, waktu operasi jeti LKIM yang hanya dari lapan pagi hingga lima petang adalah tidak praktikal kerana memandangkan aktiviti nelayan bergantung kepada pasang surut air. Saya mencadangkan agar waktu operasi ini disemak dan dilonggarkan.

Puan Yang di-Pertua, saya merayu agar kerajaan dan agensi berkaitan meneliti isu-isu ini secara menyeluruh dan menyediakan penyelesaian tuntas yang adil dan telus. Jangan dibiarkan nelayan kecil menjadi mangsa sistem yang terlalu teknikal dan tidak fleksibel. Industri perikanan perlu diselamatkan. Bukan hanya demi masa depan ekonomi negara, tetapi juga untuk menyamai kelangsungan hidup komuniti nelayan yang merupakan nadi utama kepada sumber makanan kita.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh sedikit sebanyak cabaran kemiskinan bandar dan kos sara hidup. Saya ingin menekankan isu kemiskinan bandar yang semakin menekan kehidupan rakyat. Walaupun Malaysia dicatatkan sebagai ekonomi ke-36 terbesar dunia pada tahun 2024 dan pertumbuhan KDNK pada suku pertama 2025 dicatat sekitar 4.4 peratus, tekanan kos hidup di bandar masih tinggi. Menurut indikator kos sara hidup DOSM 2023 yang dikeluarkan pada 2 November 2024, perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) bulanan isi rumah per kapita di bandar adalah RM1,423 sedangkan di dua bandar RM927 iaitu hanya berbeda RM496. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat PAKW tertinggi iaitu pada RM1,755 diikuti oleh Selangor dan Pulau Pinang. Hal ini…

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

...Sikit lagi. Hal ini mencetus persoalan utama.

Adakah pihak kerajaan akan mengkaji semula dasar gaji minimum iaitu RM1,700 sebulan terutama bagi yang menetap di bandar dan apakah langkah-langkah intervensi pihak kerajaan dalam mengatasi isu peningkatan kos sara hidup di bandar seperti di Kuala Lumpur? Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 3:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama menyumbang dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang cukup penting ini.

draft • 3:13 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Zara Qairina dalam pemergian yang menyayatkan hati. Kami berdiri teguh bersolidariti bersama keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia, berkabung atas pemergian insan kecil yang mempunyai cita-cita seperti anak-anak lain, menjadi mangsa atas kelemahan sistem yang gagal melindungi anak-anak kita.

Semoga arwah adik Zara Qairina ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga keluarganya dikurniakan kekuatan menghadapi dugaan ini.

Saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada dua strategi utama dalam RMK13 di bawah agenda lima keutamaan; mobiliti, sosial, reformasi pendidikan, teras peningkatan kualiti pendidikan iaitu yang pertamanya strategi B14 – menambah baik penilaian dan pentaksiran pembelajaran dan strategi B15 – memantapkan kompetensi dan kecakapan warga pendidik.

Tuan Yang di-Pertua, sistem pentaksiran yang terlalu berorientasikan peperiksaan telah lama menjadi isu. RMK13 menggariskan pendekatan baharu yang menekankan pentaksiran formatif pembelajaran berasaskan projek dan penilaian menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Namun begitu, untuk menjayakan strategi ini, perlu ada sistem pemantauan bersepadu yang dapat menjejak dan menilai keberkesanan pentaksiran bilik darjah (PBD).

Saya mencadangkan agar Dashboard National PBD dan latihan pembangunan profesional

(LPP) dibangunkan agar prestasi pelajar dan guru dapat dianalisis secara nyata. Di samping itu, penggunaan teknologi seperti AI dan platform digital pentaksiran mesti diperluas terutamanya di kawasan luar bandar yang masih terpinggir dari segi akses kemudahan ICT.

Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan strategi B15, kompetensi guru pula, saya mencadangkan agar perlaksanaan sistem penilaian impak latihan pembangunan profesional (LPP) di mana guru dinilai berdasarkan keberhasilan pengajaran di bilik darjah, bukan sekadar kehadiran dalam kursus. Begitu juga cadangan mewujudkan standard kompetensi guru nasional, harus dilaksana segera agar ia menjadi asas kepada laluan kerjaya, kenaikan pangkat dan pengiktirafan secara merit.

Di sini saya ingin mengajukan beberapa persoalan penting kepada pihak kementerian. Bilakah sistem pemantauan PBD dan LPP bersepadu secara digital akan dilaksanakan sepenuhnya? Apakah KPI khusus yang ditetapkan untuk menilai keberhasilan strategi B14 dan B15 dalam RMK13?

Berapakah ramai guru telah menerima latihan dalam pentaksiran alternatif dan pedagogi digital setakat ini? Dan apakah usaha kementerian untuk memastikan latihan guru tidak hanya tertumpu di bandar, tetapi sampai ke kawasan pedalaman dan luar bandar?

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada kepentingan strategi A73 – memantapkan mekanisme tadbir urus dalam menghadapi isu mitigasi dan adaptasi banjir. Strategi ini bertujuan memastikan setiap projek tebatan banjir dilaksanakan dengan telus, pantas dan berkesan. Khususnya projek rancangan tebatan banjir (RTB) Sungai Kedah, Anak Bukit yang menjadi benteng utama melindungi kawasan penanaman padi MADA serta kampung-kampung sepanjang jajaran sungai.

Namun, fakta semasa menunjukkan projek RTB ini mengalami kelewatan ketara walaupun dijadualkan siap lebih awal. Berdasarkan laporan rasmi, kemajuan projek ini hanya mencapai kira-kira 78 peratus setakat Januari 2024 dan dijangka siap pada September 2024, jauh daripada sasaran awal.

Hal ini menimbulkan persoalan serius mengenai keberkesanan tadbir urus dan pemantauan projek oleh

draft • 3:13 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

pihak kerajaan pusat, negeri dan agensi pelaksana. Sekiranya RTB ini disiapkan mengikut jadual asal, risiko banjir yang memusnahkan padi, rumah dan infrastruktur kampung boleh diminimumkan.

Tuan Yang di-Pertua, strategi A73 menekankan pengukuhan pelaporan prestasi, audit teknikal bebas, integrasi data risiko banjir dan intervensi segera. Kelewatan RTB ini membangkitkan persoalan sama ada mekanisme pemantauan bersepadu sudah benar-benar berkesan.

Justeru saya ingin mendapatkan penjelasan. Adakah kelewatan ini berpunca daripada reka bentuk tidak tuntas? Atau kelemahan kontraktor? Atau kelemahan pembiayaan? Apakah pelan terperinci untuk menyiapkan projek RTB Sungai Kedah, Anak Bukit pada tarikh yang dijanjikan dan bagaimana kerajaan memastikan tiada lagi kelewatan lanjutan? Adakah audit teknikal bebas akan dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kelewatan dan kos tambahan projek?

Tuan Yang di-Pertua, perkara berikutnya adalah tentang keterjaminan makanan. Dalam hal ini, RMK13 memperkenalkan strategi A41 – mempertingkatkan pengeluaran makanan melalui penanaman intensif dan berjadual, penggunaan teknologi pintar, pemodenan sistem pengairan dan infrastruktur pertanian dan model pertanian berskala besar seperti Smart SBB dan PPSB.

Sebagai jelapang padi utama negara, negeri Kedah khususnya wilayah MADA menyumbang hampir 40 peratus daripada keseluruhan pengeluaran beras Malaysia. Dengan keluasan lebih 100 ribu hektar sawah, inisiatif meningkatkan hasil melalui strategi A41 harus tertumpu dan dipacu di negeri ini secara agresif. Saya mengalu-alukan perlaksanaan projek rintis penanaman padi lima musim dalam dua tahun di Kota Sarang Semut, Wilayah Empat MADA, sebagai satu usaha reformasi pengeluaran.

Saya ingin bangkitkan beberapa persoalan kritikal demi menjamin keberkesanan pelaksanaan strategi ini.

draft • 3:13 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Apakah jaminan Kementerian bahawa projek lima musim tidak akan membebankan tanah serta mengancam keseimbangan ekologi pertanian? Bagaimana kerajaan mengukur impak sebenar kepada pendapatan pesawah kecil di Kota Sarang Semut dan kawasan MADA yang lain? Dan, adakah terdapat penilaian risiko terhadap tekanan air semasa musim kemarau dan sejauh mana kebergantungan kepada sistem empangan semasa boleh diuruskan?

Saya mengusulkan agar ditubuhkan unit audit prestasi petani rintis dalam projek ini untuk menilai impak sebenar berdasarkan hasil per hektar. Kementerian memperluaskan subsidi mekanisasi dan automasi khas kepada petani kecil agar mereka mampu bersaing dalam rejim lima musim serta pelaksanaan insurans tanaman diperluaskan kepada semua peserta MADA bagi menangani risiko bencana, cuaca luar jangka dan penubuhan satu command centre digital MADA yang memantau secara langsung sistem pengairan, jadual tanam dan data hasil petani di semua PPK secara jelas.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap prospek perkembangan ekopelancongan di pesisir Pantai Leman, Kuala Kedah. Sebuah kawasan yang menyimpan khazanah alam, warisan budaya dan potensi ekonomi luar biasa, tetapi masih belum diteroka secara optimum.

Pantai Leman yang terletak di sepanjang pesisir barat laut Kedah memiliki ekosistem unik meliputi hutan bakau, pesisir pantai semula jadi serta komuniti nelayan tradisional. Ia bukan sahaja

draft • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

kaya dengan biodiversiti, malah merupakan tapak yang amat sesuai untuk dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan lestari, seiring dengan aspirasi RMK13 yang menekankan pembangunan industri pelancongan high-growth, high-value (HGHV) dan berpendapatan tinggi di bawah strategi A110, memantapkan pelancongan berpendapatan tinggi dan lestari.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan ekopelancongan di Pantai Leman berpotensi mengubah landskap pelancongan Kuala Kedah dengan menjadikannya lebih inklusif, lestari dan bernilai tambah.

Memberdaya komuniti tempatan, khususnya nelayan dan belia melalui penyertaan dalam aktiviti pelancongan berasaskan komuniti seperti homestay, bot pelancong, kraf tempatan dan gastronomi laut. Menjana ekonomi tempatan secara mampan, di samping memulihara alam sekitar dan warisan budaya. Menjadikan Kuala Kedah, sebagai pintu masuk baharu kepada ekopelancongan di utara Semenanjung, melengkapkan rangkaian pelancongan Langkawi dan Alor Setar.

Namun begitu, saya ingin mengajukan beberapa persoalan penting kepada pihak MOTAC.

Apakah perancangan Kementerian untuk mengenal pasti dan membangunkan kawasan pelancongan baharu berasaskan ekopelancongan di luar tumpuan utama seperti Pantai Leman? Adakah MOTAC bersedia mewujudkan program khas pelancongan komuniti untuk pesisir Pantai Leman termasuk program inkubator usahawan pelancongan, latihan pemandu pelancong dan insentif kepada pengusaha homestay? Berapakah jumlah peruntukan di bawah RMK13 yang disasarkan untuk pelancongan luar bandar dan pelancongan komuniti di kawasan seperti Kuala Kedah?

Tuan Yang di-Pertua, projek ikonik ini juga menyokong pembangunan projek Kerajaan Persekutuan iaitu projek menaik taraf jeti penumpang Kuala Kedah dan projek pembinaan jalan pesisir pantai dari Kuala Kedah ke Kuala Jerlun, sempadan negeri Perlis.

Selain mewujudkan peluang aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan baharu kepada rakyat setempat seperti Industri Kecil Sederhana (IKS) dan produk pelancongan. Justeru, saya menggesa agar pihak MOTAC menyenaraikan Pantai Leman dalam Rancangan Pelaksanaan Pembangunan Pelancongan Lestari Negeri Kedah, di bawah Pelan Induk Pelancongan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, salah satu prakarsa penting di bawah agenda reformasi perkhidmatan awam iaitu strategi C3.2, mereformasi perundangan dan institusi yang memberi penekanan kepada keharmonian, bidang kuasa antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil serta cadangan penubuhan Suruhanjaya Khas Pelantikan Kehakiman Syariah (SPKKS). Tidak dapat dinafikan bahawa isu pertindihan bidang kuasa antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil terus menjadi duri dalam daging dalam sistem perundangan kita.

Kes-kes berprofil tinggi membabitkan pertukaran agama, penjagaan anak, harta sepencarian dan status perkahwinan telah memperlihatkan kegagalan sistem kita dalam menawarkan keadilan yang harmoni dan konsisten. Justeru, RMK13 dengan bijaknya menggariskan komitmen untuk menyelaraskan peruntukan perundangan antara kedua-dua mahkamah ini.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah langkah konkrit yang sedang dilaksanakan bagi membangunkan kerangka panduan nasional keharmonian bidang kuasa antara mahkamah syariah dan sivil khususnya dalam isu pertindihan keputusan? Apakah kerajaan berhasrat untuk

draft • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

memperkenalkan pindaan perlembagaan atau undang-undang Persekutuan bagi memperkukuhkan status mahkamah syariah agar setaraf dan tidak dilihat rendah, lebih rendah dari mahkamah sivil?

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut cadangan — saya menyambut baik cadangan penubuhan Suruhanjaya Khas Pelantikan Kehakiman ini sebagai satu inisiatif penting untuk memperkukuhkan integriti dan profesionalisme kehakiman syariah. Suruhanjaya ini wajar bertindak seperti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dalam sistem kehakiman sivil tetapi dengan tumpuan kepada penetapan kriteria pemilihan dan pelantikan hakim syariah, berdasarkan kelayakan syarie dan sivil.

Pelaksanaan sistem merit bebas daripada campur tangan politik dan penilaian berskala — berkala terhadap prestasi hakim dan latihan kompetensi. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, bilakah garis masa pelaksanaan SPKKS ini dan apakah mekanisme undang-undang yang akan digunakan untuk mengabsahkan penubuhannya? Adakah Majlis Raja-Raja telah dirunding secara rasmi bagi menyelaraskan pelantikan kehakiman syariah antara negeri-negeri dan apakah kekangan dan cabaran dalam merealisasikan penubuhan suruhanjaya khas ini. Tuan Yang di-Pertua, saya sudahi dengan serangkap pantun.

Rakyat berkumpul di Dataran Merdeka, Jelik dengan sandiwara dunia; Negara perlukan pemimpin bijaksana, Sebelah sini sentiasa bersedia. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 3:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Salam sejahtera.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada Betong untuk turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” merupakan pelan pembangunan negara bagi tahun 2026-2030 yang amat penting dan dinanti-nantikan.

RMK13 ini hadir pada waktu negara sedang bangkit semula pasca pandemik dengan harapan baharu di bawah Kerajaan Perpaduan. RMK13 ini juga sebuah dokumen pembangunan sulung di bawah kepimpinan baharu negara yang membawa tekad untuk melakar semula pembangunan dan demi kesejahteraan rakyat.

Betong menyambut baik aspirasi besar RMK13 ini, namun Betong juga ingin melontarkan persoalan kritikal itu. Apakah pelan ini cukup menyeluruh dan responsif? Adakah kita belajar dari kelemahan pelan lalu agar RMK13 ini bukan sekadar retorik?

Puan Yang di-Pertua, maka dalam kita mengangkat aspirasi Malaysia menjadi kuasa ekonomi berteknologi tinggi, janganlah kita abaikan hak rakyat luar bandar untuk menyertai kemajuan bukan sekadar berperanan sebagai penonton. Jadi, dalam hal ini mekanisme khusus perlu dirangka bagi

draft • 3:27 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

memastikan pembangunan tidak tertumpu kepada pusat pentadbiran bandar semata-mata. Sasaran peningkatan pendapatan isi rumah di kawasan luar bandar seperti Betong juga perlu ditetapkan sebagai kayu ukur kejayaan rancangan ini.

Puan Yang di-Pertua, aspirasi Sarawak 2030. Betong akan menyentuh beberapa perkara yang terkait dengan aspirasi Sarawak 2030. Selaras dengan Post-COVID Development Strategy 2030, aspirasi Sarawak adalah untuk menjadi sebuah ekonomi maju berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan menjelang 2030. Kerajaan Sarawak telah mengambil pendekatan untuk memastikan data dan inovasi menjadi tonggak utama pembangunan Sarawak.

Usaha juga ditumpukan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi khususnya aktiviti hiliran bernilai tinggi dan memperkenalkan ekonomi baharu. Oleh itu, pembangunan infrastruktur asas, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang berkualiti adalah sebagai enabler perlu dipercepatkan.

Dengan ini, bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan di setiap pelosok Sarawak bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan membasmikan kemiskinan.

Puan Yang di-Pertua, Betong mula dengan teras menaikkan siling dan tumpuan yang pertama, menuju negara berteraskan kecerdasan buatan. Selari dengan inisiatif utama kerajaan Sarawak yang berimpak tinggi iaitu ekonomi digital, maka Betong menyambut baik salah satu objektif tumpuan ini iaitu untuk memperkukuhkan ekonomi digital. Betong sokong segala inisiatif dan program di bawah tumpuan ini.

Maka, untuk menjadikan Sarawak sebagai hab digital di rantau ini, infrastruktur telekomunikasi dan Internet perlu diperhebatkan.

draft • 3:27 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Sarawak memerlukan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan tiga perkara ini:

(i) peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk membina 1,800 menara atau struktur telekomunikasi bagi mencapai liputan Internet sepenuhnya di Sarawak;

(ii) penggunaan teknologi baharu selular dan satelit untuk meningkatkan liputan broadband di Sarawak; dan

(iii) gentian optik utama berkelajuan tinggi yang menghubungkan Sarawak dengan negara ataupun negeri jiran amat penting untuk pembangunan digital ekonomi.

Ini juga bagi menggalakkan pembinaan pusat data hiperskala di Sarawak.

Oleh itu, Betong ingin bertanya, apakah perancangan untuk memperluaskan program seperti pelaksanaan National Fiberisation and Connectivity Plan ke Sarawak. Saya ingin menekankan bahawa konsep last-mile connectivity tidak harus terhad kepada sambungan fizikal sahaja, tapi mesti meliputi sambungan digital. Di era kecerdasan buatan, AI dan pendigitalan yang turut disebut Perdana Menteri dalam teks ucapan RMK13, Betong dan banyak kawasan pedalaman Sarawak masih belum menikmati liputan 4G yang konsisten. Ini bukan sahaja menyekat aktiviti harian rakyat malah melumpuhkan peluang keusahawanan digital, pembelajaran jarak jauh dan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Justeru, saya mencadangkan supaya diwujudkan satu kumpulan kerja antara Kementerian Komunikasi, SKMM dan juga Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi berkaitan dan kumpulan kerja ini perlu diberi mandat untuk melaksanakan satu stock take menyeluruh terhadap

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

liputan komunikasi sedia ada termasuk mengenal pasti lokasi-lokasi kritikal di kawasan pedalaman Sarawak dan sekitar yang masih belum menerima perkhidmatan Internet dan komunikasi mudah alih secara konsisten.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya tenaga hijau. Ini di bawah tumpuan kedua iaitu melonjakkan pertumbuhan industri HGHV dan sektor strategik. Sarawak kini menerajui inisiatif ekonomi hijau.

Tumpuan diberi kepada pemegang sumber tenaga boleh baharu seperti tenaga hidro, hidrogen solar, cascading power source, biojisim termasuk mikroalga bagi pengeluaran sustainable aviation fuel, wave kinetic serta ocean thermal energy conversion. Pembangunan inisiatif karbon rendah ini disokong oleh aktiviti capture and storage (CCS).

Pembangunan ekonomi hijau memerlukan pelaburan yang tinggi dari segi infrastruktur dan teknologi. Oleh itu, Betong berharap Kerajaan Persekutuan akan membantu dalam perkara yang berikut:

(i) menyediakan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur logistik, teknologi dan inovasi bagi menyokong industri tenaga hijau;

(ii) menyediakan geran dan insentif untuk menggalak dan menyokong program penyelidikan dan inovasi dalam penggunaan ekonomi hijau di Sarawak; dan

(iii) menggalakkan institusi kewangan untuk menyokong bon hijau, pinjaman berkadar rendah dan program pelaburan yang sejajar dengan matlamat kelestarian.

Seterusnya, pembangunan logistik dan hab aeroangkasa. Sarawak telah dikenal pasti oleh Kerajaan Persekutuan sebagai tapak pelancaran satelit dengan kedudukan yang strategik di rantau ini.

Sarawak juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai hab aeroangkasa yang dapat menarik pelaburan dalam bidang berikut:

(i) industri pembuatan komponen pesawat, perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan pengubahsuaian ataupun MRO;

(ii) ekonomi latihan khusus dan kerjasama dengan syarikat aeroangkasa terkemuka;

(iii) infrastruktur bagi menyokong aktiviti aeroangkasa seperti lapangan terbang dan kemudahan logistik; dan

(iv) menghasilkan reka bentuk cip kompaun yang dikhususkan untuk industri aeroangkasa.

Kedudukan strategik Sarawak di rantau ini akan mengukuhkan peranan kita dalam rantaian bekalan global dan ASEAN. Ini memerlukan pembangunan pelabuhan yang dilengkapi dengan infrastruktur dan teknologi moden yang memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk akses laut dalam dan amalan hijau sambil mempersiapkan Sarawak sebagai hab bahan api hijau serantau. Betong berharap Kerajaan Persekutuan akan menyokong usaha ini untuk pastikan Sarawak mampu menjadi hab logistik serantau.

Puan Yang di-Pertua, dalam masa yang agak terhad ini, saya akan teruskan kepada perkara berikut iaitu menaikkan lantai di tumpuan keenam menangani beban kos sara hidup. Menyedari isu

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

ketidakstabilan rantaian bekalan makanan, kerajaan Sarawak berhasrat menjadi pengeksport bersih makanan menjelang 2030 dan memastikan keterjaminan makanan tercapai. Sarawak mencadang untuk membangunkan lebih 20,000 hektar untuk tanaman padi berskala besar di Lundu, Simunjan, Gedong, Sri Aman, Spaoh, Limbang dan Lawas.

Oleh itu, usaha ini perlu disokong oleh infrastruktur pengairan dan saliran yang sistematik, penggunaan jentera moden dan aplikasi pintar, pertanian pintar. Maka oleh itu, kerajaan Sarawak akan membangunkan kawasan jelapang padi dengan anggaran kos RM1 bilion yang akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak sebanyak RM500 juta dan Betong berharap baki sebanyak RM500 juta akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai isu cukai perkhidmatan SST sebanyak enam peratus yang dikenakan ke atas perkhidmatan pendidikan swasta yang berkuat kuasa pada bulan Julai lepas. Mungkin segmen rakyat Malaysia yang terkesan adalah tidak besar tapi juga membebankan golongan keluarga M40 ini. Mereka ini bukanlah golongan yang maha kaya, tetapi kumpulan pertengahan ataupun middle-income group yang terdiri dari profesional seperti doktor, jurutera dan usahawan kecil. Jadi, Malaysia akan mengalami kerugianlah bila pendidikan dikenakan cukai, maka penghijrahan cendekiawan ataupun brain drain akan berlaku.

Jadi, ini akan merencatkan aktiviti keusahawanan dan kenapa mengenakan cukai ini kepada institusi pendidikan dan mengecualikan kelab-kelab seperti kelab golf ataupun pusat peranginan atau resort yang mewah. Jadi oleh itu, Betong mohon agar kerajaan mengkaji semula percukaian ini dan pendidikan patutlah dikecualikan dari cukai seperti perkhidmatan kesihatan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian satu perkara di kawasan saya iaitu yang amat mendesak mengenai Politeknik METrO, Betong. Konsep Politeknik METrO ini memang khas untuk kawasan bandar di mana adanya perkhidmatan seperti pengangkutan awam yang cekap, tempat penginapan yang cekap dan di luar bandar ianya tidak sesuai dan sejajar secara langsung dengan tonggak keadilan sosial dan kesaksamaan peluang dan mengimbangi kemajuan wilayah dan pembangunan luar bandar RMK13, memastikan bahawa penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam pembangunan kemahiran dan peluang ekonomi. Maka Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan keperluan mendesak belia luar bandar, kita yang tidak sesuai dengan model Politeknik METrO ini, jadi, saya mohonlah agar pembinaan sebuah politeknik konvensional di Betong diluluskan dalam RMK13 ini, memandangkan tapak juga sudah diluluskan dan sedia ada sebanyak 400 ekar.

Dan isu yang akhir yang saya ingin bawa ialah isu pelaksanaan Projek Persekutuan. Untuk memastikan pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan di Sarawak berjalan dengan lancar. Betong berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan penambahbaikan berikut:

(i) peruntukan disalurkan terus pada Kerajaan Sarawak dan mengguna pakai tatacara perolehan serta prosedur pelaksanaan projek Kerajaan Sarawak;

(ii) mengiktiraf Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai Jabatan Teknik untuk melaksanakan projek bekalan air luar bandar;

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

(iii) menyegerakan proses memeterai perjanjian projek pinjaman bagi memudahkan proses tuntutan bayaran balik dan pengeluaran pinjaman;

(iv) mengambil kira kos logistik termasuk kos pengurusan projek dalam kos projek yang diluluskan terutamanya bagi tujuan pemantauan projek di kawasan luar bandar;

(v) mengkaji semula kadar pengiraan asas bagi kos projek di Sarawak agar lebih holistik dengan mengambil kira kawasan yang luas, logistik, topografi serta komuniti yang berselerak atau terpencil;

(vi) menyegerakan pelaksanaan makmal pengurusan nilai bagi projek-projek Persekutuan yang bernilai lebih daripada RM70 juta;

(vii) mengurangkan tempoh proses kelulusan pindaan projek ataupun NOC; dan

(viii) membenarkan agensi kerajaan Sarawak menggunakan peruntukan Front- End Engineering (FEE) bagi melaksanakan kerja-kerja awalan projek baharu dan menaik taraf seperti projek jalan, jambatan, bekalan air, elektrik luar bandar dan dibayar semula apabila projek disenaraikan dalam rolling plan berikutnya.

Bagi saya satu minit untuk penutup. Menyerahkan balik tanah milik Suruhanjaya Tanah Persekutuan yang tidak diduduki dan tidak dibangun melebihi lima tahun kepada kerajaan Sarawak.

Tanah yang diperolehi atau dimiliki tanpa kos hendaklah diserah balik secara percuma dan tanah yang diperolehi dengan kos oleh Kerajaan Persekutuan akan diserah balik dengan nilai kos yang sama.

Dan penubuhan Federal Land Acquisition Trust Fund bagi membiayai kos pengambilan balik tanah melibatkan projek Persekutuan, kos pengawalan tanah yang terhad dan lewat untuk disalurkan memberi kesan negatif kepada perusahaan projek. Dan seterusnya mengawal kawal kadar harga pasaran bagi bahan-bahan binaan bagi mengelakkan kenaikan harga melampau pada kos projek kerajaan, swasta mahupun persendirian.

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dan akhirnya menukar pinjaman Persekutuan pada geran pembangunan bagi memendekkan tempoh masa yang dihadapi dalam pengurusan pinjaman, pinjaman Persekutuan.

Penutup, dalam dunia yang sedang bergelut dengan perubahan iklim, peranan penuaan populasi dan krisis kepercayaan terhadap institusi pembangunan negara bukan lagi soal infrastruktur semata-mata, ia adalah soal daya tahan negara secara menyeluruh. Jadi, saya menyokong RMK13 ini dengan kepercayaan bahawa ia akan dilaksanakan berasaskan prinsip keadilan wilayah, keterangkuman digital dan pengiktirafan terhadap hak komuniti luar bandar untuk menikmati nikmat pembangunan sepertimana warga kota. Jadi, kita mahukan pembangunan yang terasa oleh rakyat termasuk yang berada di kampung-kampung dan juga di rumah panjang.

Apa yang menjadi keutamaan ternyata bukan rupa bentuk sesuatu dasar itu tetapi ia mesti menjawab apakah hasilnya sampai dan mengesankan golongan yang benar-benar perlu.

Ringkasannya menurut…

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

...Perdana Menteri, aspek persaingan dan kesediaan serta keterbukaan mencuba pendekatan baharu harus lebih utama dari pemikiran yang terperangkap pada kepompong ideologi dan status quo. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

draft • 3:40 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan bicara dalam sidang yang mulia ini dengan serangkap pantun sebagai lambang adab, niat dan harapan.

Langit cerah redum berbalam, Ombak beralun di muara tenang; Usul dibawa bukan sebarang, Telus ditimbang, adil disandang. Dalam masa yang terhad ini, izinkan saya membawa enam perkara utama yang saya percaya perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan RMK13 khususnya agar ia benar-benar menyeluruh, seimbang, menyentuh keperluan rakyat di peringkat akar umbi. Dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak 6.11 bilion, RMK13 sememangnya mengandungi pelbagai langkah progresif.

Namun, saya berpandangan masih ada beberapa aspek kritikal yang harus diperhalusi, diperkukuh dan disegerakan. Saya ingin menyentuh secara khusus isu status naik taraf Universiti Sultan Azlan Shah

(USAS) ke IPTA, Projek Lebuhraya WISE yang tercicir, insurans kesihatan, reformasi sebenar TVET, pemartabatan seni budaya melalui zon warisan dan Klinik Kesihatan Manong.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka RMK13 di bawah Teras B “Meningkatkan Mobiliti Sosial”, kerajaan beriltizam memperkukuh akses pendidikan tinggi yang berkualiti dan terangkum. Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada Universiti Sultan Azlan Shah, satu-satunya universiti milik penuh Kerajaan Negeri Perak yang berteraskan pengajian Islam yang masih berstatus IPTS, bukan IPTA. Status ini memberi kesan yang wajar diberi perhatian. Mahasiswa USAS, majoritinya tidak dapat akses penuh kepada tajaan JPA, PTPTN bagi asasi mahupun biasiswa kerajaan.

Pensyarah dan penyelidik pula menghadapi kekangan akses kepada geran penyelidikan Persekutuan dan pembangunan profesional.

Dari segi tadbir urus dan reputasi akademik, status IPTS menghalang pertumbuhan institusi secara strategik. Sedangkan USAS mempunyai potensi yang besar menjadi rakan strategik kepada institusi pengajian awam seperti USIM dan UIA, terutama dalam bidang syariah, fiqh semasa dan ekonomi Islam. Maka, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi agar mempertimbangkan naik taraf USAS kepada IPTA sepenuh dalam tempoh RMK13 demi memastikan keadilan akses pendidikan tinggi kepada pelajar dan pensyarah. Peruntukan dana pembangunan khas bagi menaik taraf fasiliti dan menubuhkan pusat kecemerlangan Islam dan mewujudkan kerjasama rasmi antara KPT dan Majlis Raja-Raja untuk memelihara identiti keilmuan Islam yang berdaulat di bawah naungan institusi diraja.

draft • 3:41 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa satu perkara yang saya anggap keciciran kritikal dalam dokumen RMK13 iaitu projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE). Lebuh raya ini bukan saja projek biasa. Walaupun kita tahu bahawa projek ini adalah projek swasta under PFI. Ia telah diumumkan sebagai antara langkah strategik untuk mengurangkan beban kesesakan Lebuhraya PLUS. Memberi laluan alternatif bagi menghubungkan Kuala Lumpur ke utara tanpa menumpukan beban di Tapah, Ipoh dan Simpang Pulai. Menjana pembangunan ekonomi rantau Tengah dan Utara Perak termasuk Kuala Kangsar.

Namun, tidak ada dokumen RMK13, yang saya hairan pasal WISE tidak disentuh. Lebih membimbangkan dalam ucapan Perdana Menteri disebut semula usaha kerajaan menambah jaringan lebuh raya seperti naik taraf PLUS Senai – Machap, Juru – Sungai Dua, Lebuhraya Pan Borneo dan Trans Borneo. Alasannya adalah untuk memastikan keselamatan jalan dan pengurangan kadar kemalangan.

Persoalan saya, mengapakah WISE tidak ada dalam pelan tindakan RMK13? Sedangkan laluan Kuala Lumpur – Ipoh antara laluan berisiko tinggi dengan rekod kemalangan dan kesesakan terutama masa perayaan. Saya percaya rakyat berhak tahu apakah status terkini kajian kebolehlaksanaan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Adakah projek ini telah digugurkan atau sedang dibekukan kerana alasan fiskal? Justeru, saya merayu WISE dimasukkan semula sebagai salah satu pelaburan infrastruktur dalam RMK13, khususnya Teras A “Meningkatkan Kerencaman Ekonomi” dan Kementerian Kerja Raya bersama EPU memperincikan semula penjadualan projek ini demi keperluan strategik wilayah Perak.

draft • 3:41 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kuala Kangsar.

draft • 3:41 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Ya?

draft • 3:41 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Boleh celah sikit? Nak minta pandangan sikit. Tadi, Kuala Kangsar sebut panjang lebar tentang jalan-jalan utama, jalan-jalan besar. Adakah juga Kuala Kangsar setuju bahawasanya dalam RMK13 wajar untuk dimasukkan satu provisi di mana Ahli-ahli Parlimen, wakil rakyat di lapangan luar sana yang hari-hari, yang ada yang kena maki, yang ada yang kena minta untuk jalan-jalan JKR di dalam pekan, dalam bandar raya, jalan-jalan PBT, jalan-jalan PLB juga, juga termasuk satu pakej khas untuk rejuvenation, dengan izin atau penurapan semula khususnya kepada jalan-jalan yang udah 15 tahun, 20 tahun, 30 tahun tak diturap semula. Adakah benda itu juga termasuk dalam pemikiran Kuala Kangsar?

draft • 3:41 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Saya setuju dengan pandangan YB. Kita boleh kemukakan kepada JKR untuk menyelenggarakan perkara ini.

Seterusnya, perkara ketiga berkenaan dengan premium kad kesihatan. Setiap tahun syarikat takaful insurans meningkatkan sumbangan, contribution untuk pelan perubatan medical card atas alasan peningkatan kos rawatan dan inflasi perubatan. Walaupun difahami bahawa inflasi perubatan adalah realiti global, kadar kenaikan kadangkala tidak sejajar dengan kemampuan rakyat, terutamanya golongan M40 dan B40. Ketelusan kos rawatan di hospital swasta — tiada kawalan atau ketelusan harga rawatan di hospital swasta, menyebabkan syarikat insurans takaful menanggung kos tinggi dan

draft • 3:41 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

akhirnya membebankan rakyat, pemegang polisi. Rakyat terpaksa bayar setiap tahun atau risiko tidak mampu meneruskan perlindungan kritikal.

Ketidakseimbangan perlindungan antara sektor awam dan swasta. Majoriti rakyat masih bergantung kepada hospital kerajaan yang sesak, manakala yang memilih hospital swasta perlu membayar premium yang semakin meningkat dan tiada insentif atau sokongan kerajaan untuk mengimbangi pilihan rawatan ini.

Kesukaran tuntutan claim. Ramai peserta mengadu tuntutan takaful insurans ditolak atas alasan yang tidak dijelaskan. Tidak ada sistem semakan bebas atau saluran aduan yang cepat dan inklusif untuk membela peserta. Perlu diwujudkan satu tribunal khas badan untuk semakan semula kes- kes tuntutan yang dipertikaikan.

Saya mencadangkan agar kerajaan gubal akta ketelusan kos rawatan swasta, penubuhan suruhanjaya bebas kawal harga premium, insentif pelepasan cukai yang lebih adil, tawarkan rebat cukai tambahan untuk golongan B40 yang menyertai pelan takaful perubatan swasta. Ini juga boleh mengurangkan beban sistem kesihatan awam.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas di bawah Teras B “Meningkatkan Mobiliti Sosial”, meletakkan TVET sebagai enjin utama pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

draft • 3:41 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Namun, dalam memacu lebih 200,000 pelajar TVET ke pasaran kerja, kita tidak boleh berpuas hati dengan angka kebolehpasaran sahaja. Soalnya, apakah pekerjaan yang diperolehi benar-benar selari dengan kemahiran dilatih, bergaji kompetitif, menawarkan kemajuan kerjaya jangka panjang?

Saya menggesa agar RMK13 memperkenalkan indikator kualiti kerja jaya TVET, bukan sekadar pekerjaan yang merangkumi pandangan bidang prospek kenaikan pangkat dan kepuasan bekerja.

Tuan Yang di-Pertua, TVET bukan laluan kedua. Ia adalah landasan utama membina negara berkemahiran tinggi, adil dan berdaya saing sejajar dengan visi RMK13 menuju Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi berasaskan bakat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengangkat seni dan budaya warisan sebagai komponen strategik pembangunan negara, bukan sekadar pelengkap pelancongan. Di Teras D, kelestarian alam dan warisan budaya, saya mencadangkan agar projek Royal Nature Scholar (RNS) di Kuala Kangsar dimasukkan secara rasmi ke dalam pelaksanaan RMK13. RNS adalah model integrasi budaya, alam dan ilmu yang wajar diperluaskan di peringkat nasional.

Saya juga mencadangkan penubuhan dana budaya MADANI khusus untuk penggiat seni akar umbi, pendidik dan komuniti warisan seperti pembuat labu sayung, penenun tekat diraja dan pemuzik tradisional. Pemasyhuran Kuala Kangsar sebagai zon budaya dan warisan serta bandar diraja bertaraf dunia termasuk penyatuan kawasan seperti Bukit Candan dan Kampung Sayong. TVET budaya iaitu memperkukuhkan program seramik, tekstil, kraf tangan sebagai bidang warisan sistem pendidikan dan kemahiran.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya yang ingin saya teraskan adalah berkenaan di kawasan kampung saya di Manong. Kerajaan berjanji memperkukuhkan infrastruktur kesihatan luar

draft • 3:50 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

bandar dalam RMK13. Namun, sehingga kini, Klinik Kesihatan Manong di Kuala Kangsar masih beroperasi dalam keadaan serba kekurangan. Tiada mesin X-ray, ruang farmasi yang sempit, rawatan ibu dan anak bercampur dengan pesakit luar dan hanya satu katil kecemasan.

Saya difahamkan penaikan taraf klinik ini hanya dipertimbangkan dalam RMK14. Lagi enam tahun. Ini amat lewat dan bercanggah dengan semangat inklusiviti dan keadilan wilayah yang ingin diterapkan dalam RMK13. Saya mohon kerajaan menyusun semula keutamaan peruntukan RMK13, segera menaik taraf Klinik Manong. Kementerian memberi input terus daripada wakil rakyat dan PBT, bukan semata-mata bergantung pada senarai lama yang mungkin tidak relevan. Rayuan saya jelas, rakyat Manong tidak boleh tunggu enam tahun lagi. RMK13 mesti menyegerakan keadilan, bukan menangguhkannya.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, melalui RMK13, kita sedang membina sebuah negara yang ingin melonjak sebagai kuasa ekonomi digital, pelaburan tenaga hijau dan peneraju kemahiran masa hadapan. Namun, saya percaya kemajuan sebenar bukan sekadar dalam angka pelaburan atau kilang berteknologi tinggi tetapi diukur melalui nilai yang kita junjung, warisan yang kita pelihara dan rakyat yang kita tidak pinggirkan.

Malaysia MADANI bukan sekadar slogan tetapi satu amanah. Amanah yang mengimbangkan teknologi dan tamadun, ekonomi dan akhlak, pembangunan dan perikemanusiaan. Amanah inilah yang saya bawa mewakili suara Kuala Kangsar dalam Dewan yang mulia ini.

Berderik galah di tebing bendang, Layar ke hilir membawa muatan; Biar maju segagah gemilang, Jangan akar bangsa dibiar reput dan hilang. Saya menyokong inspirasi besar RMK13 dengan suara yang menuntut keadilan, bukan sekadar menjadi saksi kepada kelulusan. Segala pembangunan yang dirancang haruslah turun ke akar umbi menjunjung nilai insaniah dan tidak membiarkan satu pun warga Malaysia rasa ditinggalkan.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker yang saya hormati. Dalam ucapan saya, izinkan saya memulakan ucapan saya menyokong pembentangan RMK13 dengan serangkap petikan daripada Thirukkural. Dengan izin...

[Berucap dalam bahasa Tamil] Saya ulangi...

[Berucap dalam bahasa Tamil] Bermaksud, dengan izin, “The learned are said to have real eyes, but the unlearned have merely two sores in their face.” Saya ingin menyokong RMK13 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berteraskan keharmonian, perpaduan, menghormati wanita dan juga keamanan dan kerohanian di negara kita ini. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, walaupun beliau tidak menyentuh tentang RTB Sungai Pinang, saya sebagai Ahli Parlimen Jelutong ingin menggunakan

draft • 3:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kesempatan ini untuk bertanyakan kepada kerajaan apakah tahap dan status pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang yang telah diumumkan di bawah RMK12, di mana sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan projek tersebut.

Saya ingin tahu, setakat ini berapakah jumlah dana yang telah pun disalurkan kepada PBT, agensi negeri untuk pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang dan bilakah projek tersebut dijangka siap.

Kerana walaupun kejadian banjir di Jalan P. Ramlee di Datuk Keramat, Jelutong tidak berlaku kerap kali seperti dahulu, tetapi masih sedang berlaku.

Pada masa yang sama, saya juga amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pengumuman di bawah RMK13 mengenai tambahan 8,500 unit kuarters yang sedang giat dalam pembinaan untuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Saya ingin tanya, apakah perkembangan pembinaan kuarters dan balai polis di Jelutong, Pulau Pinang? Dan di sini, saya mengambil maklum bahawa sektor keselamatan akan diberi peruntukan sebanyak RM51 bilion.

Pada masa yang sama, sebagai Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Menteri Pengangkutan di atas pengumuman projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dan projek menaik taraf Lebuhraya PLUS Laluan Juru – Sungai Dua yang akan mengurangkan kesesakan lalu lintas kenderaan yang berulang alik ke utara dan ke selatan terutamanya semasa waktu puncak.

Sebagai ahli Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, Timbalan Speaker, dalam masa yang sama, saya juga berada di sini untuk bertanyakan― menggunakan kesempatan ini untuk merayu sekali lagi kepada Kerajaan Malaysia MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun untuk memberikan, mempertimbangkan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang seperti yang telah disalurkan kepada kuil di Batu Caves sempena sambutan Thaipusam baru- baru ini.

Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang memerlukan dana penyelenggaraan tiap-tiap tahun untuk menyelenggara lebih kurang 15 kuil yang ada di bawah pentadbiran Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sekarang. Perlu saya tegaskan di sini bahawa Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang akan dan telah mengemukakan audit tahunan yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan laporan tahunan kewangan yang dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh Parlimen tiap-tiap tahun.

Beralih pula kepada sekolah-sekolah Tamil. Saya mengambil maklum bahawa sehingga tahun 2025, kerajaan telah menaik taraf 1,200 sekolah daif di seluruh negara. Di sini, saya yakin dan percaya bahawa daripada RM67 bilion yang diperuntukkan bagi sektor pendidikan, ada di antaranya akan digunakan untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah. Persoalan saya adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Bakap di Pulau Pinang. Adalah harapan saya sekolah ini akan dibina dalam masa yang terdekat semasa pemerintahan Kerajaan Malaysia MADANI.

draft • 3:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk membangkitkan di Dewan yang mulia ini masa depan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Jeram di Pahang, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Ketumbar di Kedah dan saya juga berharap Sekolah Jenis

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kebangsaan (Tamil) Ladang Badenoch yang dalam keadaan terbiar dan tidak terurus sehingga sekarang di mana keadaan di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan seperti lalang dan tumbuh-tumbuhan lain. Saya berharap bahawa Kementerian Pendidikan...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jelutong, laluan sedikit.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak masa, saya...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya sokong, saya sokong sekolah Tamil.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu, jangan kacau.

Sila duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya berharap sangat bahawa...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya sokong sekolah Tamil ini.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Kementerian Pendidikan akan memastikan bahawa sekolah-sekolah Tamil yang telah saya sebutkan tadi iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Bakap, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Jeram, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Ketumbar dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Badenoch juga akan diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 4:00 PM

Mesyuarat] Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, boleh Jelutong?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak bagi, minta maaf.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sedikit sahaja, bukan itu — hendak bantu sahaja.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak bagi, minta maaf.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hendak bantu Jelutong.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin di sini juga mengucapkan jutaan terima kasih...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Silakan, teruskan.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Speaker. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas komitmen kerajaan dan perhatian khusus yang diberikan kepada kebajikan dan kemaslahatan semua kaum. Di sini saya amat bersyukur bahawa dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, Kerajaan Malaysia MADANI telah mengagihkan dana khas dan khusus untuk menjaga keperluan semua masyarakat.

Menyentuh tentang masyarakat Cina dan India yang berpendapatan rendah dengan pendekatan menyeluruh untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat ini yang mencakupi dan merangkumi aspek pendidikan, keusahawanan dan perumahan. Saya ingin memuji langkah dan inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan lagi tahap sosioekonomi Kampung Baru Cina menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru Cina yang akan menyediakan dana

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

pembiayaan yang — bagi kegiatan keusahawanan, termasuk menyediakan dan menambah baik tapak penjaja dan ini adalah langkah yang perlu dipuji.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membuktikan bahawa beliau berjiwa rakyat dengan memberikan perhatian terperinci kepada program merangkumi pendidikan dan pembangunan bakat, termasuk STEM dan TVET yang bakal dilaksanakan bagi meningkatkan peluang kerjaya masyarakat India, di samping inisiatif membaik pulih rumah serta pemantapan tata kelola pengurusan masyarakat India.

Di sini saya juga ingin mencadangkan bahawa kerajaan juga perlu mempertimbangkan TVET untuk melatih pemuzik tradisi yang main muzik tradisi. Timbalan Speaker, perkataannya adalah melam, thavil, nadaswaram iaitu muzik-muzik tradisi yang dimain semasa upacara sembahyang di kuil dan juga melatih sami atau gurukal Hindu di kuil-kuil supaya kita mengurangkan kebergantungan kepada warganegara dari India.

Timbalan Speaker yang saya hormati, saya juga ingin menyentuh di sini perkara yang amat saya rasa merisaukan. Dalam Dewan yang mulia ini saya ingin membangkitkan kejadian-kejadian jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Tiap-tiap hari kita dengar mayat dijumpai di merata tempat. Baru-baru ini kejadian bunuh yang melibatkan seorang kanak-kanak, mendiang M. Tishant yang berusia enam tahun, di mana mayatnya dijumpai di Jempol, Negeri Sembilan. Dan beberapa kejadian bunuh, di mana mayat-mayat yang reput ditemui di merata tempat.

Saya juga ingin menyentuh satu lagi kes seperti kes mendiang Maniishapriet Kaur Akhara, seorang pelajar di Universiti Cyberjaya yang dijumpai mati di asramanya pada 24 Jun 2025. Dan satu lagi kes seperti mana satu mayat ditemui di tepi landasan kereta api pada 1 Ogos 2025 dekat Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor di Selangor.

Menurut surat khabar The Malay Mail, 476 kes bunuh dilaporkan dari tahun 2023 sehingga akhir 2024. Saya di sini juga ingin menyentuh kejadian kes di Taylor’s University di mana seorang pelajar dari negara China telah menikam dan mengelar leher seorang pelajar Taylor’s University yang dipercayai merupakan teman wanitanya. Banyak sangat kejadian-kejadian jenayah yang berlaku di negara kita yang tercinta sejak kebelakangan ini.

Tuan Speaker, sehingga hari ini, kehilangan Pamela Ling pada siang hari atau broad daylight tanpa apa-apa berita menimbulkan persoalan mengenai keselamatan di negara kita kerana kehilangan Pamela Ling ini berlaku di Putrajaya iaitu pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia. Ini sangat mengejutkan, memeranjatkan dan amat merisaukan. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kejadian ini perlu diberi perhatian oleh pihak polis dan kerajaan dan rakyat ingin tahu, apakah yang telah berlaku kepada Pamela Ling sehinggalah ke hari ini.

Tuan Speaker yang saya hormati, sebagai wakil rakyat daripada parti DAP yang memperjuangkan nasib semua rakyat, sebelum saya berundur, saya juga ingin merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai salah seorang pemimpin Islam tersohor yang disegani di seluruh dunia untuk menyegerakan pembinaan Masjid Jamek Jelutong di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas kerana Masjid Jamek Jelutong ini merupakan salah satu masjid yang paling tua di Pulau

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pinang. Sekarang tidak lagi dapat menampung jemaahnya, terutamanya semasa sembahyang Jumaat dan bulan puasa.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya berharap dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas semasa penggulungan nanti saya akan mendapat berita baik bahawa Masjid Jamek Jelutong ini yang dianggarkan kos pembinaan baharu ialah di antara RM7 hingga RM8 juta akan disegerakan dan dilaksanakan dengan seberapa cepat yang mungkin.

Tuan Speaker yang saya hormati, sebelum mengakhiri ucapan saya, saya juga mohon menggunakan kesempatan ini untuk menyeru kerajaan mempertimbangkan untuk menaik taraf klinik kesihatan di Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang. Kerana dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya melihat bahawa sebanyak RM560.45 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Akhir kata, *Burung merpati terbang tinggi, Hinggap sebentar di ranting ceri; Kekal Anwar sebagai Perdana Menteri, Demi Malaysia terus berseri.

[Tepuk]* Saya ulangi.

Burung merpati terbang tinggi, Hinggap sebentar di ranting ceri; Kekal Anwar sebagai Perdana Menteri, Demi Malaysia terus berseri. Jelutong, mohon menyokong. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sekadar hendak refresh lah ya, 36(10)(c), para pertama. Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan sakit-sakit hati di antara Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen. Saya selalu tengok ia berpunca daripada ini. Saya ingin bagi amaran ya. Saya duduk sini, siapa yang start, orang yang pertama itu saya hukum. I’ll be frank about it. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 4:00 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas kesempatan Sungai Besar turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang saya kira merupakan rancangan pembangunan lima tahun bagi tujuan pembangunan sosioekonomi negara.

Dengan kata lain, RMK merupakan satu set perancangan pembangunan yang komprehensif dan fleksibel bagi tujuan memastikan kemajuan sosioekonomi negara dalam jangka masa sederhana, sejajar dengan visi dan matlamat jangka panjang negara, walaupun mungkin setakat ini tiada kerangka dasar jangka panjang untuk 10, 20, 30 tahun akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan dengan memetik kata-kata Imam Malik Rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila seseorang memuji dirinya sendiri, maka hilanglah kebijaksanaannya.”

draft • 4:08 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, usahawan mikro kecil dan sederhana adalah antara pemacu kepada kerancakan ekonomi negara dan menjadi penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK). Dalam kerangka RMK13 ini menyasarkan sumbangan 50 peratus kepada KNDK menjelang tahun 2030. Hari ini, sumbangan PMKS kepada KDNK adalah 39.1 peratus ataupun RM613.1 bilion, manakala sumbangan PMKS kepada sumbangan eksport direkodkan sebanyak 12.2 peratus dan sasaran RMK13 adalah sebanyak 30 peratus.

draft • 4:08 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Sumbangan guna tenaga adalah 48.5 peratus ataupun 7.85 juta orang dan sasaran 2030 adalah 55 peratus. Bayangkan, PMKS, mikro, kecil dan sederhana kita berjumlah 1,101,725 buah pertubuhan. Ini yang berlesen. Belum lagi 955,200 usahawan informal yang mereka ini juga menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan aliran tunai kita. Kebanyakan usahawan informal ini adalah bumiputera. “Ada yang kais pagi makan pagi, ada yang kais petang makan petang”.

Jadi, apa jaminan kerajaan melalui RMK13 ini untuk bantu usahawan-usahawan informal ini mungkin dari segi pembiayaan, khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan untuk merapatkan jurang pendapatan? Apalagi, usahawan dihimpit dengan kos input yang meningkat, kos bahan yang tinggi, kos-kos lain yang semakin meningkat, apalagi terpaksa menggaji pekerja yang terikat dengan gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan.

Ini belum lagi pelbagai subsidi yang ditarik. Gas LPG contohnya, pada masa hadapan yang memberi tekanan kepada usahawan-usahawan kecil. Saya kurang jelas berkaitan pertambahan pembiayaan oleh kerajaan. Apa kaedah memudahkan proses pembiayaan? Kemudian, bagaimana pula peluang produk usahawan ke pentas antarabangsa dan apa perancangan tuntas bagaimana nak membantu usahawan dalam usaha mencapai KDNK daripada PKMPS sebanyak 50 peratus ini terutamanya usahawan-usahawan bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

Tuan Yang di-Pertua, pesawahlah nadi sekuriti makanan negara iaitu nadi dasar jaminan makanan negara. Kita ada lebih 200,000 pesawah. Mereka inilah kita anggap sebagai hero kepada nadi jaminan makanan negara. Mengusahakan lebih 522,000 hektar, mengeluarkan lebih dua juta tan metrik padi setahun, menghasilkan lebih satu juta metrik tan beras ataupun 1.4 bilion kilogram beras.

1.4 bilion kilogram beras. Ini bukan sekadar potensi, ini betul-betul Tuan Yang di-Pertua.

Pesawah ini kita anggap hero. Dia adalah nadi kepada jaminan makanan negara, tapi Tuan Yang di-Pertua, kocek, poket, pendapatan nadi utama pesawah tidak dijaga. Hasil semakin menurun, tanah dah kurang subur, harga input semakin naik tidak sepadan dengan hasil. Memang harga padi naik ke RM1,500, tetapi kos bajak juga naik, kos pengangkutan juga naik, kos-kos lain juga naik. Input pertanian naik 30 peratus hingga 100 peratus.

Bagaimana RMK dalam tempoh lima tahun akan datang? Bagaimana kita nak bantu hero-hero ini supaya poket hero nadi jaminan makanan negara juga boleh tebal? Selain urus sawah, hero ini juga nak jaga keluarga, Tuan Yang di-Pertua. Sediakan pengajian anak, bayar utiliti dan keselesaan hidup.

Saya tak nampak dalam rangka RMK13 ini untuk memberi keselesaan kepada para pesawah atau memenuhkan sedikit poket pesawah. Jadi, persoalannya apa kerangka besar untuk meningkatkan pendapatan pesawah-pesawah ini?

draft • 4:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, kita pengeluar padi, tapi beras tiada. Saya terkejut dengan jawapan seorang Timbalan Menteri yang mengatakan beras tempatan tidak laku di pasaran. Satu kejutan bagi kami rakyat bawahan. Saya dapat aduan daripada rakyat bawahan bahawa sukar nak dapat beras tempatan di pasar raya, di kedai-kedai runcit dan sebagainya.

Rakyat tak nampak ke mana perginya beras tempatan itu kecuali di Jualan RAHMAH. Susah nak dapat di pasaran, kata mereka. Kalau ada pun, kata mereka, beras-beras ni ada yang dah berbubuk, tidak berkualiti, cepat basi dan sebagainya. Dulu, berpuluh-puluh tahun dahulu, tidak pernah berlaku perkara seumpama ini. Persoalannya, ke mana pergi padi kita yang produktivitinya 2.2 juta tan metrik setahun dan apabila diproses menjadi 1.4 juta tan metrik beras?

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, berkaitan janji satu insentif pada pesawah yang diperkenalkan pada 27 Mei 2024 dan siaran medianya pada 11 Jun 2024 berkaitan insentif pembajakan dinaikkan dan insentif penuaian diperkenalkan kepada pesawah. Insentif pembajakan daripada RM100 ke RM160 dan pengenalan insentif penuaian RM50 ringgit per hektar. Menjadikan jumlah bantuan yang sepatutnya diterima oleh pesawah adalah sebanyak RM210 per hektar, per musim katanya.

Jadi, kumpulan sasar yang dikatakan adalah sebanyak 130,000 pesawah. Nampaknya Tuan Yang di-Pertua, lebih setahun belum dilaksana dan baru-baru ini kerajaan bersetuju untuk melaksanakan, itu pun bila dibangkitkan oleh Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia

(PeSAWAH) dan pesawah dah menanti lama. Wahai kerajaan, kita mohon laksanakanlah janji itu segera. Bantulah hero-hero kita yang setiap hari bergelumang dengan selut dan lumpur untuk menjadi nadi utama kepada jaminan makanan negara.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sungai Besar, sedikit Sungai Besar. Terima kasih untuk itu. Setahun telah berlalu dan tiada apa-apa bayaran. Apakah bayaran yang dibuat ini termasuk arrears sekali dengan setahun yang lalu itu? Apa pandangan Sungai Besar?

draft • 4:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Hulu Terengganu. Kita masukkan dalam saya punya ucapan dan saya mohon untuk jawapan daripada Yang Berhormat Menteri nanti.

Tuan Yang di-Pertua, kita baru meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Rang Undang- undang 550 yang mewajibkan pendidikan berterusan Darjah 1 hingga Tingkatan 5 sehingga mengambil SPM dan dalam kerangka RMK13, TVET menjadi agenda utama yang diketengahkan. Kerangka ini saya kira baik dan perkara ini selalu dibangkitkan. Inilah waktu terbaik dalam kerangka lima tahun akan datang untuk melahirkan sumber modal insan berkemahiran pada usia muda. Kena diatur sewaktu di alam persekolahan. Susun, atur mengikut bakat, minat dan kecenderungan pelajar. Nak jadi manusia kerja realistic, investigative, artistic, social, conventional dan enterprising, dengan izin.

Dan kita bukan sahaja sediakan modal insan pelajar yang hanya menguasai ilmu, tetapi juga pembentukan sahsiahnya, pemupukan motivasinya, membentuk tingkah lakunya dan sebagainya.

Tetapi, ini waktunya penyediaan bekalan sumber modal insan berkemahiran pada masa hadapan sama ada kita nak bentuk modal insan ini sebagai manusia thinker ataupun manusia [Tidak jelas] yang mampu membekal guna tenaga kepada negara sama ada dalam kumpulan pelaksana ataupun kumpulan teknikal pada masa hadapan.

draft • 4:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Jadi Tuan Yang di-Pertua, melalui RMK13 inilah waktunya kita menyediakan guna tenaga teknikal mahir yang lebih awal lagi. Contoh, ya lah, kita jangan paksa anak-anak kita supaya mengikuti bidang akademik semata, tapi bagi ruang untuk pilih bidang vokasional dan TVET seawal mungkin bagi mereka yang tidak cenderung dalam bidang akademik.

Saya mencadangkan beberapa perubahan dasar di KPM mungkin boleh diperbanyakkan lagi secara tekun, secara serius kelas vokasional seperti program vokasional menengah atas dan rendah atau perantisan industri menengah atas dan rendah. Kita beri tawaran seawal Tingkatan 3 sehinggalah pelajar mengambil SPM, memiliki SVM hingga Tahap 3 sebagaimana yang bakal dilaksanakan bermula 2026.

Ini peluang untuk pendidikan beralih kepada work-based learning dengan memberi fokus kepada bidang vokasional ataupun TVET sejajar dengan kemajuan negara dalam bidang industri. Di negara yang telah mencapai industri contohnya, pelajar aliran vokasional sudah mencapai 60 peratus, tetapi di negara kita hanya sekitar 10 peratus saja. Di Jerman contohnya, 60 peratus aliran vokasional, Jepun 28 peratus, Taiwan 70 peratus dan bermula dengan pendidikan vokasional peringkat rendah.

Jika ini berlaku, hasrat RMK13 untuk 212,000 pelajar baharu TVET bermula tahun ini, insya-Allah akan dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga sangat bersetuju dengan RMK13 ini bila TVET diperluaskan pada pelajar hafiz dan huffaz dalam pendidikan wajib dan berterusan. Ini juga peluang kepada pelajar- pelajar sekolah tahfiz ataupun sekolah pondok apabila mencapai usia 17 tahun digalakkan, diwajibkan untuk mengambil SPM tanpa halangan dan kemudiannya boleh melanjutkan pelajaran dalam mana- mana institusi teknikal dan vokasional supaya suatu hari nanti ada kita keluarkan buruh ataupun tenaga-tenaga mahir mekanik, tapi mekanik hafiz, pekerja salon yang hafizah, ada pekerja kulinari yang hafiz dan hafizah, ada tukang kimpal yang hafiz dan lain-lain. Ini anjakan yang memberi peluang kepada semua rakyat, remaja, khususnya belia, memiliki ilmu kemahiran di bidang TVET dan kemahiran.

Dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, apabila pendidikan wajib ini dilaksanakan, TVET diperkasa, alangkah baiknya jika disusuli dengan pendidikan percuma dan dilaksanakan sebagaimana saya pernah mendengar kata-kata, “Kita menang tahun ini, tahun ini juga kita laksanakan pendidikan percuma, batalkan PTPTN.” Tak payah payung, saudara basah, saya basah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Silakan Yang Berhormat Miri.

draft • 4:10 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pernahkah kita bayangkan bagaimana kita semua boleh pancing ikan di atas jalan raya?

draft • 6:19 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Inilah kisah sebenar yang saya lalui tetapi dalam mimpi saya dua malam yang lalu. Seingat saya, dalam mimpi tersebut, di Miri, wujud satu fenomena yang unik di mana banyak orang memancing ikan di merata-rata tempat termasuk di atas jalan raya. Apabila saya ikut mereka, saya memang berasa sangat seronok kerana boleh pancing di mana-mana tempat. Tapi tiba-tiba saya persoal dalam mimpi saya bahawa kenapa kita boleh pancing ikan di atas jalan raya. Alamak, rupanya banjir berlaku sekali lagi.

Lalu saya terkejut dari tidur di tengah malam, terfikir segala keadaan banjir yang berlaku awal tahun ini pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina. Akibat hujan lebat yang berlarutan berlakunya banjir di Sarawak termasuk Miri yang paling teruk dalam sejarah. Cuti perayaan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan dengan adanya kawan-kawan, saudara mara jauh balik ke kampung dan segala persiapan untuk kemaskan dan hiasan rumah, namun segala persiapan ini telah hilang sekelip mata sahaja apabila air masuk ke dalam rumah mereka.

Lebih menyedihkan lagi di Miri, selain banjir, berlaku juga tragedi tanah runtuh yang meragut lima nyawa. Kesemua peristiwa terus berulang dalam pemikiran saya sehingga tidak dapat tidur semula. Sekarang kita sudah masuk ke bulan Ogos, saya amat bimbang jika peristiwa yang sama terus akan berlaku pada awal tahun hadapan yang hanya empat hingga lima bulan dari sekarang. Saya juga amat risau ini menjadi peristiwa tahunan. Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin mengemukakan soalan-soalan seperti berikut kepada Kementerian PETRA.

Selain faktor cuaca, apakah punca-punca lain dari segi sistem perparitan dan jaringan saliran yang menyebabkan banjir berlaku hampir seminggu di Miri ini? Apakah rancangan tebatan banjir yang sedia ada di Sungai Miri sebanyak RM31 juta dijangka siap pada Januari 2026 mampu untuk mengelakkan kejadian banjir berlaku semula? Apakah inisiatif yang diperlukan daripada semua pihak bagi mengelakkan banjir seperti ini daripada berlaku semula? Memandangkan soalan-soalan ini adalah bersifat teknikal, saya tidak memohon jawapan di Dewan mulia ini, tapi saya meminta supaya Kementerian PETRA melalui agensi tempatan dapat memberi taklimat dan penjelasan secara terperinci tentang perkara ini.

Saya juga ingin mengemukakan persoalan kepada NADMA berikutan dengan bantuan wang ihsan. Soalan saya adalah apakah status penyaluran di Sarawak mengikut zon bahagian kepada mangsa banjir khususnya bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS. Soalan kedua, rancangan untuk meningkatkan tahap kestabilan dan keselamatan di kawasan yang berlakunya tanah runtuh iaitu di kawasan kampung lereng bukit, sama ada terdapat sebarang rancangan untuk melakukannya. Dan ketiga, apa status tentang bantuan kerajaan dalam pembaikan aset awam yang rosak akibat banjir khususnya di kawasan Parlimen Miri.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih ke reformasi pendidikan. Saya ingin menzahirkan sokongan penuh kepada kerajaan tentang hasrat untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Negara, sebuah badan tertinggi yang bakal menyelaras, memantau serta mencetus intervensi strategik demi memastikan sistem pendidikan negara kita sentiasa progresif dan menepati piawaian dunia.

Seperti yang pernah dikatakan oleh YB. Menteri Pendidikan, MPN, Majlis Pendidikan Negara kelak

draft • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

berperanan sebagai platform sehenti yang menyatukan dasar serta pelaksanaan pendidikan merentas kementerian bermula daripada prasekolah sehingga ke pendidikan tinggi.

Sesungguhnya, pendidikan adalah tanggungjawab bersama. Pencapaian murid di bilik darjah berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi, kebajikan belia, pembangunan sukan negara, keperluan pasaran kerja, kemajuan sains teknologi dan pelbagai aspek penting lagi dalam negara kita. Realitinya kini, dalam pendidikan prasekolah sahaja sudah terdapat lebih tiga kementerian yang terlibat. Ini merupakan satu petunjuk jelas bahawa dasar pendidikan negara perlu digalas bersama merentas kementerian, pakar dan para pihak berkepentingan.

Penubuhan MPN juga akan menginstitusikan kerjasama rentas kementerian dengan mengajak kementerian lain duduk semeja bersama pakar akademik, industri, pihak berkepentingan lain serta wakil kerajaan-kerajaan negeri terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. Pendekatan menyeluruh ini bukan sahaja memperbagaikan perspektif, ia juga memastikan semua aspek pembangunan insan diambil kira secara holistik.

Umpamanya, melalui Kementerian Sumber Manusia, keperluan kemahiran pasaran dapat diterjemah terus ke dalam kurikulum dan graduan kita tidak lagi berhadapan dengan jurang, mismatch dengan izin, antara ilmu dan pekerjaan. Kementerian Belia dan Sukan pula dapat merancang Dasar Sukan Kebangsaan selari dengan ekosistem sekolah, memupuk bakat atlet sejak bangku sekolah sambil memelihara kesejahteraan mental dan fizikal remaja.

Dato' Yang di-Pertua, dengan mewujudkan tadbir urus whole-of-goverment dengan izin, setiap program atau peruntukan pendidikan akan bernaung di bawah rangka strategi nasional yang terselaras.

Ini mengelakkan pertindihan, mengoptimumkan perbelanjaan dan memberikan pulangan maksima kepada pelaburan negara dalam pendidikan. Negara-negara maju seperti Finland dan Singapura telah lama membuktikan betapa platform antara kementerian serta stakeholder councils dengan izin, mampu melonjakkan mutu pendidikan mereka sehingga tersenarai teratas di dunia.

Sebagai Ahli Parlimen Miri, saya melihat penubuhan MPN sebagai peluang memperkasa pendidikan di Sarawak dalam menangani jurang infrastruktur sekolah luar bandar dan isu-isu lain.

Dengan peranan kerajaan negeri dalam MPN, kita dapat memastikan suara wilayah termasuk Sabah dan Sarawak mempunyai tempat sewajarnya di meja rundingan kebangsaan. Sehubungan dengan perkara itu, izinkan saya mengemukakan beberapa pertanyaan kepada kerajaan.

(i) tentang status penubuhan MPN. Bilakah tarikh jangkaan dan garis masa pelaksanaan awal yang akan ditetapkan?;

(ii) apakah terma rujukan skop kuasa MPN dan komposisi keanggotaan?; dan

(iii) apa mekanisme pemantauan bagi menilai keberkesanan dasar-dasar rentas kementerian yang diselaras oleh MPN?

Seterusnya, saya ingin beralih kepada reformasi kesihatan. Sesungguhnya terdapat keperluan yang mendesak untuk merombak struktur penyampaian perkhidmatan kesihatan awam di negara kita dengan memberi lebih banyak kuasa dan autonomi kepada fasiliti kesihatan awam di peringkat daerah dan hospital. Hari ini, sistem kesihatan awam Malaysia masih terikat kepada struktur yang sangat berpusat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

draft • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Semua keputusan dasar termasuk di peringkat bawahan, pembiayaan dan perkhidmatan perlu melalui satu aliran hierarki yang panjang sehingga ke Putrajaya. Struktur piramid ini mencetuskan ketidaksesuaian antara keperluan sebenar di lapangan dengan keputusan yang dibuat di peringkat pusat. Ini menyebabkan kelambatan tindakan terhadap isu-isu kritikal.

Dato' Yang di-Pertua, sudah sampai masanya untuk kita mempercayai mereka yang berada di barisan hadapan. Dari pengarah hospital, pegawai kesihatan daerah dan kakitangan profesional di fasiliti kesihatan awam kita. Kita harus memberi mereka satu tahap autonomi untuk mengurus kewangan, membuat keputusan sumber manusia, merancang perkhidmatan dan mengambil tindakan pantas apabila timbul keperluan mendesak.

Saya menyambut baik perancangan yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan 2023 yang mencadangkan peralihan peranan KKM daripada penyediaan perkhidmatan kepada agensi pengawal selia dan pembuat dasar. Manakala fasiliti kesihatan awam pula diberi autonomi operasi sebagai entiti bukan berasaskan keuntungan. Namun, yang paling penting, pejabat kesihatan dan hospital yang diberi autonomi ini tetap berfungsi untuk kepentingan rakyat dan bukannya keuntungan. Mereka kekal milik kerajaan, kekal menerima dana awam, berkhidmat kepada seluruh rakyat tetapi dengan ruang untuk berinovasi, bergerak pantas, menggunakan sumber dengan lebih optimum dan menyesuaikan perkhidmatan kepada keperluan komuniti masing-masing.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan, sejauh mana pelaksanaan Kertas Putih KKM ini akan dijadikan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan adakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan cadangan ini dengan mengadakan inisiatif perintis hospital autonomi?

Seterusnya, saya juga menyambut baik usaha kerajaan untuk mempertingkatkan pendigitalan pengurusan maklumat kesihatan. Saya memohon kerajaan untuk menggariskan secara terperinci jangka masa dan perbelanjaan yang diperlukan untuk menunaikan usaha ini.

draft • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya juga mengalu-alukan tentang rancangan untuk adakan produk insurans atau takaful kesihatan asas yang seragam diperkenalkan bagi membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan pada kadar yang berpatutan di facility swasta.

Soalan saya adalah sama ada kerajaan sudi untuk menawarkan subsidi supaya produk insurans atau takaful ini dapat tepat, affordable dengan izin dan tidak akan berlakunya kemelut yang kita sedang hadapi sekarang.

Saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan isu-isu lain iaitu tentang perlaksanaan rasionalisasi subsidi secara bersasar. Ini merupakan kebimbangan yang dibangkitkan dalam – bagi pihak kepentingan seperti Sarawak Petroleum Products Agents’ Association dalam perlaksanaan subsidi bersasar bagi diesel dan petrol di Sarawak dan Sabah.

Mereka bimbang tentang kesiapsagaan operasi, terutamanya di kawasan luar bandar yang amat berbeza dan memerlukan persiapan rapi dari segi logistik, sistem kewangan dan digital. Saya memohon kerajaan memberi perhatian terhadap suara industri tempatan ini dan mengadakan sesi libat urus khusus dengan semua pihak kepentingan bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

draft • 4:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Akhir sekali, di bawah strategi memantapkan pelancongan berpendapatan tinggi dan lestari, dimaklumkan bahawa sebanyak 34 kawasan telah dikenal pasti sebagai destinasi pelancongan untuk perlaksanaan inisiatif zon pelaburan pelancongan bagi meningkatkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik lebih banyak pelabur tempatan dan antarabangsa.

Saya memohon kerajaan supaya Miri juga dimasukkan di bawah inisiatif ini memandangkan Miri memang adalah satu bandar peranginan dan mempunyai dua destinasi pelancongan yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Sekian, daripada Miri. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 4:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin terus menjurus kepada pengurusan RTB di bawah RMK13 berhubung dengan projek-projek rancangan tebatan banjir yang telah pun diluluskan oleh kerajaan, bagaimana kekerapan berlakunya banjir di Parlimen Masjid Tanah.

Dan bulan ini, bulan lapan genap setahun banjir terburuk di dalam Parlimen Masjid Tanah berlaku sejak daripada tahun 2006. Dan apabila diberikan kelulusan ini, memberikan kelegaan kepada warga Masjid Tanah.

Cuma, Masjid Tanah ingin mengetahui, berapakah jumlah peruntukan yang telah pun disalurkan dan juga akan disalurkan bagi tujuan ini dan sebab jauhnya itu sepanjang 15 kilometer daripada Sungai Durian Daun hinggalah Sungai Kuala Baru. Dan berhubung dengan RTB ini juga, diharapkan pihak kerajaan juga dapat memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk turut sama dalam sesi libat urus ataupun sebarang taklimat berkaitan dengan RTB ini supaya kita mengetahui dan bukan hanya tahu hanya di dada akhbar ataupun di media sosial. Kerana kita juga perlu berada dalam proses libat urus tersebut supaya kita juga dapat memberikan buah pandangan fikiran selain daripada libat urus yang melibatkan komuniti terbabit.

Dan saya juga ingin menyentuh supaya peruntukan bagi menyelenggara muara sungai di negeri Melaka yang amat terhad, sedangkan kerja-kerja pengorekan muara sungai juga penting kepada nelayan dan juga ia dapat mengurangkan risiko banjir terutama di bahagian upstream sungai yang melibatkan beberapa kawasan penempatan di dalam Parlimen Masjid Tanah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Masjid Tanah juga ingin menyentuh isu pelancongan, seni dan budaya kerana saya juga merupakan Pengerusi Portfolio Pelancongan, Seni Budaya Perikatan Nasional. Jadi, semua sedia maklum bahawa tahun 2026 adalah merupakan tahun melawat Malaysia dan kita semua teruja untuk menempuh Tahun Melawat Malaysia.

Tetapi Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang perkara yang pernah saya bangkitkan sebelum ini. Dari data kajian di Departing Visitor Survey dengan izin oleh Tourism Malaysia tahun 2024, aktiviti membeli-belah sebanyak 37.4 peratus iaitu hampir 40 juta oleh pelancong-pelancong dan ini termasuklah barangan cendera hati, termasuk barangan kraf tangan.

Mungkin ada kraf tangan juga daripada Orang Asli Yang Berhormat Tuan Speaker.

draft • 4:32 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi, saya ingin bertanya, sebab sebelum ini Yang Berhormat Menteri dah beritahu Hari Kraf Kebangsaan ditangguhkan pada bulan Februari itu akan dilakukan pada waktu yang lain kelak. Ini dah masuk bulan lapan, dah bulan Merdeka, nak masuk Hari Malaysia belum ada khabar berita.

Jadi, sebab itulah kita ingin menggesa pihak kementerian bila nak buat Hari Kraf Kebangsaan ini? Kerana pada Hari Kraf Kebangsaan yang telah diwujudkan sejak daripada tahun 2003 yang telah menjana lebih ratusan juta kepada pengusaha-pengusaha kraf, yang mana mereka ini banyaknya daripada luar bandar. Jadi, bilakah ianya akan dilakukan? Serta sebab kita tengok Yang Berhormat Menteri ini memang sibuk, sibuk. Dia melancong – bukan melancong. Dia mempromosikan pelancongan negara dan dia pergi ke luar negara dan sebagainya tetapi, saya juga mengharapkan, rakyat di sana mengharapkan juga agar elemen seni dan budaya ini jangan ditinggalkan. Ini sangat penting sekali. Dan saya ingin bertanya dan adakah kerajaan memberikan pertimbangan untuk mengadakan semula Kuala Lumpur International Craft yang pernah diadakan tidak lama dahulu?

Tuan Speaker, seterusnya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri MOTAC tentang surat yang saya terima minggu lepas. Dia punya sampul itu Tourism Malaysia tapi tak ada nama, berkaitan dengan sebahagian besar peruntukan advertising dengan izin advertising and promotion Tahun Melawat Malaysia 2026 diberikan kepada segmen negara China.

Saya bimbang nanti Malaysia tidak akan dapat value for money dengan izin atas peruntukan yang dibelanjakan. Dan kita tidak sepatut meletakkan semua dalam satu tempat. Orang putih kata, “We shouldn’t be putting all our eggs in one basket”, rugi nanti. Benar negara China adalah merupakan antara pasaran utama kita, tetapi strategi dan juga kaedah advertising dan juga periklanan itu perlulah efektif.

Pasaran India, Eropah, Asia Barat perlu juga sentuhan dan perhatian daripada MOTAC dan juga Tourism Malaysia. Jadi, saya amat berharap supaya pihak kementerian dapat membentang dan juga kongsi kan di dalam Parlimen senarai A&P luar negara untuk tahun 2025 ini sempena Tahun Melawat Malaysia, sewaktu pre-COVID dan juga tahun 2024. Kalau dapat dibekalkan top 10 negara dalam pelancong asing yang datang berserta dengan bilangan resit yang diterima.

Seterusnya Tuan Speaker, masih lagi dalam kerangka industri pelancongan. Zon pelancongan STIZ, zon pelaburan pelancongan. Saya benar-benar berharap agar pihak kerajaan dapat memperluaskan lagi penawaran produk pelancongan luar bandar dan desa dan bukan hanya tertumpu sahaja di dalam bandar. Masjid Tanah mencadangkan agar dapat diberikan insentif kepada pihak bank, yang berjaya memberikan kemudahan kepada usahawan dengan kadar keuntungan yang rendah, syariah compliance untuk membeli aset boleh alih seperti bot, jet ski dan di Ranau Sabah paragliding itu. Yang Berhormat Speaker pernah naik paragliding? Paragliding itu anak muda di sana menjana pendapatan RM3,000, RM4,000. Tetapi nak – mahal nak beli dia punya paragliding itu Yang di-Pertua.

Selain daripada itu juga, dalam usaha mengembangkan pelancongan inap desa dan komuniti, kita kena sokong ekonomi tempatan melalui penglibatan masyarakat desa yang menawarkan pengalaman autentik yang sebenar-benar efisien dan unik kerana sekarang rata-rata semua inginkan pengalaman. Oleh sebab itu, perlu ada latihan yang berterusan untuk mereka menembusi promosi terus ke pasaran antarabangsa bersama dengan platform tempatan seperti OTA Academy. Juga, terus-

draft • 4:32 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

terusan menggalakkan hotel-hotel empat bintang ke lima bintang tak kisahlah, untuk adakan showcase bagi produk-produk komuniti seperti kraf tangan di lobi-lobi hotel selari dengan konsep ESG dan juga sustainable tourism.

Di dunia, hampir dua bilion penduduknya beragama Islam. Jadi, Malaysia harus merebut peluang ini dengan menembusi pasaran halal, yang mana pasaran halal tourism ini amat kompetitif.

Masjid Tanah bersarankan pihak kerajaan perlu fokus tentang kandungan dan juga ini bermaksud menggalakkan pengusaha pelancongan mempromosikan segmen Quran Tourism. Ini akan memberikan kelebihan yang unik kepada Malaysia.

Masih lagi berkisar tentang soal Tahun Melawat Malaysia. Kita dah masuk tahun akhir, fasa terakhir sebelum nak pergi ke Tahun Melawat Malaysia. Di media sosial, tular dalam satu dua hari ini, bagaimana sebuah syarikat gergasi Grab yang mengamalkan diskriminasi. Terdapat ciri baru dalam aplikasi tersebut yang diletakkan satu lagi kategori untuk fluent Mandarin drivers. Sebelum ini tak ada Yang Berhormat, sebelum ini tak ada, tiba-tiba ada. Malah lebih menghangatkan lagi suasana apabila tambang yang dikenakan jauh lebih tinggi daripada pemandu yang standard. Maksudnya kalau pemandu standard RM5, yang fluent bahasa Mandarin ini dapat RM8. Ini kenaikan 38 peratus lebih tinggi.

Malah, apabila e-hailing Grab drivers ini telah membuat bising dan sebagainya, termasuklah Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat, jadi mereka telah buat laporan kepada polis dan juga MCMC.

draft • 4:32 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dan, ciri tempahan pemandu itu telah pun ditutup. Jadi di manakah perkara ini dilihat oleh pihak kementerian? Bagaimanakah — kita tahulah, kita nak Tahun Melawat Malaysia, tetapi takkanlah sampai perkara itu pun nak di, apa, nak di, di, eh, di, please-kan eh, nak diberikan, eh, keadaan itu kepada tetamu-tetamu...

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dikompromi.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Dikompromikan.

Kita pergi luar negara, kita pergi satu dunia melawat, tak ada pun orang Arab ke, orang Jepun ke, orang Korea nak suruh kita nak gunakan, oh bahasa apa, bahasa Malaysia, dia nak buat, tak ada.

Tapi kenapa di Malaysia kita berhadapan dengan situasi ini? Jadi, saya harap pihak yang berkaitan haruslah melihat perkara ini.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Masjid Tanah, berkaitan bahasa tadi.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh? Masa ada lagi. Panjang hari ini bercakap.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Banyak lagi.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Berkaitan bahasa ini, saya juga tertarik dengan apa yang dikatakan tersebut. Kita terlalu please orang lain itu. Dari segi — sekarang ini, isu tanda kedai

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

dan sebagainya juga mengenepikan bahasa kebangsaan. Jadi di mana kedudukan kita dalam hal ini, ha itulah.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya, ini memang perkara yang betul sekali sebab penggunaan bahasa, dwibahasa, ada yang patutnya guna Bahasa Kebangsaan kita yang besar. Ini tidak. Bahasa yang bahasa kebangsaan kita kecil. Bahasa...

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Lain.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Bahasa lain pula yang besar. Jadi, inilah melanggar peraturan dan pihak yang sewajibnya haruslah melihat dan juga memberikan perhatian perkara ini.

Yang Berhormat Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh tentang perkara kedua menuju negara berteraskan kecerdasan buatan iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara AI. Kebetulan Yang Berhormat Menteri pun ada di sini. Berdasarkan kajian perbandingan negara berjaya memacu agenda pendigitalan dan AI biasa ini tidak meletakkan transformasi digital di bawah kementerian kecil.

Di United Kingdom, mewujudkan central digital dan data office (CDDO) di bawah Cabinet office setaraf JPM untuk menjayakan agenda pendigitalan. Singapura meletakkan GovTech terus di bawah smart nation dan Digital Government office juga di bawah pejabat Perdana Menteri. Dan, tetapi di Malaysia kita hanya berikan kepada kementerian yang junior dengan kuasa yang terhad dan juga kemampuan rentas agensi yang lemah.

Jabatan Digital Negara — saya mencadangkan Jabatan Digital Negara dan segala fungsi pendigitalan Kementerian Digital ini harus diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diperkasakan terlebih dahulu isu punca kuasa, isu rentas kementerian, isu rentas negeri dan apabila selesai, barulah pelaksanaannya boleh diletakkan di bawah kementerian baharu seperti Kementerian Digital dan kementerian sedia ada seperti Komunikasi dan juga MOSTI bagi menjayakan aspirasi negara.

Tuan Yang di-Pertua, jadi kita lihat juga kita lihat antara kelemahan utama Malaysia apabila kita nak daftar akaun berasingan untuk urusan JPJ, e-Mahkamah, e-Hasil, JPN, e-Tanah, belum e- MADANI lagi sedangkan negara Estonia, separuh negeri Kelantan sudah pun memperkenalkan e- Identity sejak daripada tahun 2001 dan semua perkhidmatan kerajaan boleh diakses dengan satu ID tunggal.

Cadangan saya juga, Malaysia perlu segera menggubal Akta Digital ID Nasional atau meminda Akta Pendaftaran Negara atau mana-mana akta yang berkaitan untuk memastikan MyDigital ID yang kita bangunkan mempunyai standard keselamatan siber yang tinggi, pemusatan pengurusan identiti digital rakyat, perlindungan data yang diyakini rakyat. Tanpa Digital ID Nasional ini, kita bimbang pelan ke arah nasional AI akan kekal dalam dokumen tanpa dapat dilaksana dengan — jangan lupa digital dengan apa yang berlaku pada PADU yang heboh diperkatakan dalam Dewan ini pada tahun lepas, kini sepi, hanya diikat tepi. Mungkin telah diketepi sebagaimana yang diperlakukan oleh Yang Berhormat Pandan, tak ada kat sini, juga dah pindah dah sebelah sana, ya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya minta izin tambah sedikit masa. Saya PAC, Yang Berhormat, saya berlari, berkejar sini, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya, Tuan Speaker. Jadi saya harap Kementerian Digital ini walaupun dua tahun wujud tapi naratifnya kabur. Sekejap nak bina pusat data terbesar Asia Tenggara, sekejap nak bangunkan AICT, sekejap fokus pemerkasaan digital kerajaan, ekonomi digital dan masyarakat kita. Di mana sebenarnya kompas digital negara? Sudahkah dibangunkan satu data dasar digital negara yang komprehensif sifatnya atau sekurang-kurangnya usaha telah pun bermula?

Jadi, cadangan saya di bawah Kementerian Digital ini, haruslah sama menambahbaikkan rangka tindakan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia atau membangunkan dasar ataupun pelan tindakan bagi menjayakan aspirasi Malaysia sebagai negara AI. Janganlah kita jadi, janganlah kita — saya tak nak jadi apabila AI ini, namanya artificial intelligence tapi hanya akan jadi another illusion dan bukannya Anwar Ibrahim.

Dan, last sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang kematian Zara Qairina Mahathir, anak yang tidak berdosa disebabkan oleh buli kejam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha. Saya sebagai ibu, sebagai kakak, saya rasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Dan, belum lagi dengan isu yang sangat mendesak dan menyentuh hati kita semua.

Berkenaan dengan kes kematian Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang berlaku baru-baru ini semasa beliau sedang menjalankan latihan pasukan, latihan pegawai simpanan PALAPES di Johor. Perkara yang sama juga telah berlaku di penuntut UiTM Shah Alam, Allahyarham Muhammad Amir Rusyaidi yang meninggal dunia sewaktu latihan PALAPES.

[Sebak] Tuan Yang di-Pertua, insiden ini telah mengejutkan banyak pihak dan menimbulkan banyak persoalan. Cadangan Masjid Tanah, kita rasa sangat dukacita dan saya ingin membangkitkan tentang perkara penting. PALAPES ini program yang dah lama dah dekat universiti. Sangat baik dan ramai anggota PALAPES yang berjaya.

Namun, apabila perkara ini berlaku, Masjid Tanah ingin membangkitkan tentang beberapa perkara penting. Yang pertamanya, agar dilakukan siasatan menyeluruh, bebas dan telus. Yang kedua, pendedahan hasil berdasarkan siasat dan laporan insiden juga hendaklah didedahkan secara telus kepada ahli keluarga ataupun juga kepada Parlimen. Ketiga, penambah baik protokol kesihatan dan juga keselamatan. Yang keempat, kebajikan dan juga pampasan kepada keluarga mangsa.

Tuan Yang di-Pertua, kematian seorang pelatih sewaktu dalam program rasmi kerajaan bukanlah satu perkara kecil atau boleh dianggap sebagai terpencil.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kita tidak boleh bersikap reaktif hanya selepas perkara ataupun tragedi itu berlaku. Sebaliknya, kita haruslah menjadi proaktif dalam memperbaiki segala sistem yang ada dan juga menilai kembali modul latihan dan memastikan bahawa setiap peserta itu diberikan perlindungan secukupnya daripada awal hingga tamat. Itu saja.

Masjid Tanah ucap terima kasih.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Dalam perbahasan ini, saya mahu menyentuh beberapa perkara yang begitu dekat dengan hati saya.

Pertamanya, berkenaan dengan pemeliharaan kesihatan bumi. Cadangan kerajaan untuk teroka penyelarasan pengurusan sisa secara berpusat adalah jawapan yang tepat ke arah pemeliharaan ekosistem yang menyokong dan terangkum atau inklusif.

Melalui penyelarasannya di bawah satu agensi khusus, sebagaimana di bawah strategi di 6.3 dalam RMK. Kita menjangkakan sisa klinikal, sisa radioaktif, sisa berjadual toksik, sisa kumbahan dan sisa elektronik akan lebih dikendalikan secara teratur dan lestari sebagaimana bersepadunya pengurusan sisa pepejal oleh JPSPN atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah KPKT.

Buat masa ini, sisa-sisa yang dinyatakan tadi, kecuali sisa pepejal lah, hanya dikawal selia secara berasingan di bawah agensi-agensi yang berbeda-beda. Namun, ia nya bukanlah diuruskan oleh agensi-agensi itu pun. Jadi, mekanisme yang baharu eloklah diteroka dan saya amat menyokong cadangan itu asalkan ia nya lebih inklusif dan terangkum.

Demi pelaburan dalam teknologi pula, demi pembangunan kepakaran dan pengurusan semua sisa-sisa tersebut secara optimum, saya fikir wajarlah JPSPN terus dipertanggungjawab dan diperkasa sebagai single window, single agency dalam pengurusan sisa negara. Bukan hanya sisa pepejal, tapi juga sisa klinikal, sisa radioaktif, sisa berjadual toksik, sisa kumbahan dan juga sisa elektronik.

Alang-alang bercakap tentang pengurusan sisa atau sampah atau apa jua nama yang kita nak panggil. Untuk makluman Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat seisi Dewan, pada tahun 2007, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah diperkenalkan. Bermula tahun 2011, akta ini berkuat kuasa di tujuh buah negeri, tidak termasuk negeri sayalah, Perak.

Pendek cerita, PBT perlu buat sumbangan kepada kumpulan wang di mana Persekutuan telah ambil alih perkhidmatan pengurusan sisa di negeri-negeri mereka. Dan, kegagalan buat sumbangan itu dianggap sebagai hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Ini PBT, ya.

Sehingga bulan lepas, tunggakannya udah sampai RM493,231,078.23. Besor jumlah itu, tunggakan itu. Perkhidmatan pengurusan sisa ini adalah suatu yang amat penting untuk rakyat-rakyat kita.

draft • 4:47 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Timbalan Speaker, tunggakan ini sememangnya menjejaskan jumlah bayaran bulanan yang sepatutnya dibayarkan kepada pihak-pihak yang menjalankan kerja yang telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan melalui SWCorp dan ialah sisa pepejal yang dah dikutip bersih pun dah bersih, tapi duit tak kunjung tiba.

Sebagai Ahli Parlimen, sebagai seorang yang bekerja rapat dengan SWCorp, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk salurkan kebimbangan ini berserta lima solusi kepada masalah tunggakan ini. Saya bukan cakap kosong, saya sendiri telah terlibat dengan usaha untuk melibat uruskan, berbincang, merunding dengan pihak negeri-negeri dan juga PBT-PBT yang mempunyai tunggakan

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

yang besar. Ada peningkatan kutipan hasil atau kutipan hutang itu, tunggakan itu tetapi masih RM491 juta yang tertunggak.

Cadangan yang saya nak sampaikan pertama, PBT membuat bayaran tunggakan dengan menambah bayaran jumlah ansuran bulanan. Maksudnya, ansuran bulanan nanti bertambah sikitlah, sudahlah bayar tapi tambahlah sikit bayaran dia.

Keduanya, kerajaan negeri sebab kerajaan negeri – PBT ini bawah jagaan persekutuan dan negeri, PBN atau pihak berkuasa negeri wajib membantu PBT yang kurang berkemampuan.

Ketiganya, kalau tidak mampu juga, PBT atau kerajaan negeri bolehlah minta soft loan dengan Kerajaan Persekutuan demi memanjangkan tempoh bayaran balik.

Dan akhir sekali, PBT memperuntukkan jumlah sumbangan penuh setahun serta tunggakan- tunggakan siap dalam bajet negeri. Dalam sebulan dua ini akan ada bajet-bajet negeri dan silalah, mintalah, merayulah saya kepada pihak PBN waktu bentangkan bajet di peringkat negeri, masukkanlah bajet untuk bayarlah hutang dan tunggakan kepada SWCorp.

Berat hati saya, namun saya juga nak mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji untuk menambah klausa perjanjian untuk kenakan tindakan dan penalti kepada PBT-PBT dan kerajaan- kerajaan negeri yang terus berterusan tak ambil port, tak ambil serius, pandang enteng dalam isu tunggakan ini.

Tetapi saya tegas, semangat setia kawan itu harus sentiasa didahulukan. Kerajaan Persekutuan ada tanggungjawab sosial untuk membantu PBT yang tidak mampu. Sembilan PBT yang layak akan terima bantuan geran dari JPSPN sebanyak RM8 juta pada tahun 2025. Selesailah isu nak cakap tunggak ini. Pemeliharaan kesihatan bumi.

Perkara kedua yang saya nak bahaskan adalah tentang keprihatinan RMK ini dalam persediaan menuju negara tua atau ageing nation dengan izin. Satu lagi tumpuan yang saya perjuangkan sekian lama.

Tuan Speaker, pada tahun 2021, tujuh peratus daripada jumlah populasi negara adalah pada umur 65 tahun ke atas, tujuh peratus dan pada saat itu Malaysia telah pun menjadi negara menua.

Untuk perbandingan di Jepun 2023, populasi berumurnya hampir pada 30 peratus. Fakta ini beritahu kita dua benda. Peningkatan jangka hayat dan kemerosotan kadar kesuburan penduduk.

Tuan Speaker, di — bila mana kerajaan dedikasikan satu tumpuan yang khusus untuk persediaan menuju negara tua, saya paling gembira. Dengan lulusnya Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045, saya kira kita ini sudahlah ada panduan, ada hala tuju, ada strategic direction dengannya, menyeluruh untuk menghadapi cabaran negara tua dan populasi yang menua.

Ekosistem negara menua ini sebenarnya menghadirkan dirinya dengan pelbagai peluang perniagaan. Ekonomi penjagaan, jika kita benar-benar persiapkan, mampu menjadi sumber baru pertumbuhan ekonomi melalui sektor perkhidmatan jagaan di rumah dan jagaan di komuniti. Dua sektor yang penting yang dinyatakan dalam RMK-13. Syabas, tahniah. Dan cabang baru kerjaya sebagai penjaga dapat meraih keuntungan ekonominya yang tersendiri dan juga upah yang bukan saja layak, tetapi mungkin lumayan.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Walau bagaimanapun, melalui libat urus saya dengan Persatuan Profesional dan Rumah- rumah Jagaan Sosial Malaysia, nama dia MASOC Care, masuk rumah untuk care, ada beberapa kelemahan yang saya fikir akan merisikokan tumpuan persediaan menuju negara tua ini daripada terus menyerlah.

Kelemahan ini akan menjadi penyekat jika tidak diatasi secara cemas. Saya dimaklumkan JPK, Jabatan Pembangunan Kemahiran menetapkan bahawa pusat-pusat jagaan yang bekerjasama dengan pusat latihan untuk menempatkan intern-intern atau perantis-perantis mestilah sekarang memiliki lesen JKM atau KKM.

Pada saat ini, bilangan pusat jagaan yang punya lesen tersebut bukannya banyak, sangat- sangat amat terhad. Pelajarnya, perantisnya berduyun-duyun, yang nak dilatih ramai, tempat untuk dilatih jadi perantis, jadi intern ni memang kurang sangat.

Jadi, warga ramai dah tunggu lama untuk ditukar lampinnya, tetapi sangkut dekat tak ada tempat untuk dilatih kerana tempat yang berlesen tak cukup. Jadi, macam mana kita nak selesaikan masalah ni? Keadaan ni memang tidak mencerminkan keperluan semasa yang cemas ini.

Saya belum masuk lagi dari segi silibus dan sebab sekarang ni, kalau nak ambil SKM dalam penjagaan, semata-mata adanya, NOSS-nya yang ada dan juga SKM yang ada adalah untuk pengurusan pusat penjagaan. Dan kemahiran yang perlu dilatih secara lebih banyak iaitu penjagaannya sendiri sebenarnya belum ada dan tak ada.

Jadi, saya cadangkan untuk keadaan ini hanya untuk persediaan menuju negara tua perlu ada kebijaksanaan dan juga kebijakan-kebijakan untuk tidak meletakkan perkhidmatan jagaan ini dalam ruang lingkup perlesenan JKM dan KKM saja. Makna kata, pusat-pusat jagaan ini tidak perlu berlesen untuk mengambil perantis dan perantis tidak perlu pergi ke pusat yang berlesen untuk menjalankan latihan dan letakkan tumpuan kepada apa ini – jurulatih yang bertauliah. Itu lebih penting.

Jika JPK ingin benar memastikan kualiti latihan internship terjaga, JPK boleh melantik persatuan-persatuan, badan-badan induk peringkat nasional seperti MASOC Care untuk memantau, membantu dan juga meluluskan syarikat-syarikat perkhidmatan jagaan secara segera.

Dan saya cadangkanlah secara tuntasnya, pemohon mesti mempunyai jurulatih mencukupi yang bertauliah dan berdaftar dengan persatuan profesional ini.

Dua, pemohon mesti mempunyai sistem mentor-menti dalam operasi supaya memastikan semua intern SKM akan bekerja di bawah seorang mentor yang berdaftar dengan persatuan profesional.

Dan ketiganya, kita perlu meningkatkan usaha dan kerajaan di peringkat negeri mahupun di persekutuan dan meletakkan dana dan peruntukan kewangan untuk memperbanyakkan pelatih-pelatih menjadi penjaga-penjaga yang bertauliah dan itu perlukan duit untuk melatih supaya kita boleh meningkatkan bilangan penjaga.

Tuan Yang di-Pertua, last yang saya nak sampaikan dalam seminit dua ini, saya mohon izin untuk menarik perhatian ahli-ahli Dewan kepada beberapa hujah yang telah disampaikan oleh seorang, dua ahli Dewan yang lain, yang memang saya nak gunakan beberapa perkataan yang berat, tapi faktanya walaupun berat perlu disampaikan.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Tipu, bohong, orang Perak labun kecek, dan da’ah, tipu terus. Kenapa saya sebut begitu? Ada ahli Dewan ini yang nak menggambarkan seolah-olah sistem pendidikan tinggi negara kita sudah lingkup, sudah hancur. Orang Perak labun ni udah lebor, tumpo.

Dia kata, pelajar daripada tanah besar China sudah begitu ramai sehingga dia telah melebihi orang kita, orang Malaysia dan di luar sana dia lebih lagi dia kata, mungkin sudah melebihi orang Cina di Malaysia, lebih kurang daripada pelajar-pelajar daripada tanah besar China di IPTA kita.

Ini saya memang kena ulang, dia ber-da’ah itu, memang tipu dan bohong. Dia nak cakap sehingga negara kita, sistem pendidikan kita telah diperdagangkan, telah tergadai.

Saya nak bagi satu fakta, ini adalah fakta yang sahih, angka yang betul. Undergrad di dalam IPTA, rakyat Malaysia yang berketurunan Cina 41,176 orang dan pelajar daripada China adalah semata-mata IPTA 7,930. Itulah maksud saya, itu tipu dan bohong.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dia nak memberi gambaran. Ya, saya tahu dia nak jadi, dia nak jadi hero kepada masyarakat Cina di Malaysia. Tapi nak jadi hero pun janganlah bidaah, janganlah tipu, janganlah bohong. Itu perlu diperbetulkan. Kerajaan ini adalah Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia yang mewujudkan IPTA untuk melatih Malaysia, rakyat Malaysia dan juga mengharumkan negara di persada dunia. Adakah kita nak menafikan pelajar-pelajar kita pergi ke universiti IPTA untuk nama IPTA untuk terus menerus menaik dalam ranking-ranking QS, ke ranking-ranking Times ke? Nak naik ranking macam mana?

Kena pengantarabangsaan. Kena pastikan ranking naik, ambil budak-budak, ambil pelajar- pelajar antarabangsa supaya rakyat Malaysia dapat mengharumkan negara di luar sana. Universiti aku ini, IPTA negara aku ini, QS ranking dia naik berlambak. Dan sekiranya begitu lingkupnya, lebuhnya, tumpo-nya teruknya Universiti Malaysia, kenapa kalau ikut? Kalau kita faham Malaysia, apa ini, Education Malaysia Global Service (EMGS) terdapat pelajar 150 negara-negara luar datang ke Malaysia nak belajar di Malaysia, dalam universiti-universiti kita. Begitu teruknya, kenapa deme nak datang ke sini?

Jadi, saya nak mohon kerjasama, semua Ahli-ahli Dewan, seisi Dewan. Jangan kita nak sampaikan mesej politik sehingga mesej itu sendiri menggadaikan nama negara. Fakta lawan auta.

Fakta akan sentiasa menang. Jadi, ini bukan kita nak pertahankan apa. Kita nak pertahankan nama negara dan sistem pendidikan tinggi Malaysia.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 5:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jadi, ini adalah selari dan selaras dengan visi.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

draft • 5:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dah habis dah, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapakah Ahli Parlimen tersebut?

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Saya boleh kata Ayer Hitam.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ayer Hitam lah, bukan. Orang nampak...

draft • 5:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ayer Hitam.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang rakyat Malaysia nampak macam kami, bukan.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau. Peraturan itu jelas. Saya dalam tempoh masa injury, saya bagi sebelah sini lima minit lebih. Saya bagi ruang juga di sini lebih dan dalam jangka masa itu saya menguatkuasakan 37(2). Saya tidak benarkan gangguan sehingga satu minit. Yang Berhormat, tutup.

draft • 5:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih, Timbalan Speaker. Yalah, janganlah kena ngelenyor sangat. Bukan tuju ke sana pun. Ya. Jangan kita nak sampaikan mesej. Tetapi pada masa yang sama, memburukkan nama negara. Jangan kita nak asyik je cipta aib yang tak ada, bukakan aib yang tak ada. Jangan kita nak dedahkan skandal yang tak wujud, semata-mata nak menang politiknya.

Tadi, Yang Berhormat Masjid Tanah ada sebut juga malangnya Yang Berhormat Masjid Tanah telah keluar dalam Dewan tapi dia tadi kata Kementerian Digital tak ada digital plan. Dia kata Kementerian Digital punya AI — agenda AI tak ada pun apa-apa pelan.

Eh, come on lah. Kementerian Digital dulu ada tak? Kerajaan ini yang bentuk wujudkan kementerian yang tak ada khusus untuk menangani isu-isu dan pembangunan digital. AI dulu dah ada.

Kenapa sekarangnya ada National Artificial Intelligence Office? Itulah langkah yang paling tepat dan hebat, kome buat kah tidak? Waktu jadi kerajaan sebelum ini, tak ada. Jadi, bila kita nak hantar...

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

draft • 5:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ya. Jadi, akhir kata bila kita nak serang politik kenalah semak dulu, janganlah sampai keluar je hujah, patahnya terus. Itu saya nak sampaikan. Saya sokong penuh RMK13 yang telah dibentangkan oleh Kerajaan MADANI. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Berikut saya silakan Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang menyertai perbahasan RMK13.

Tangga Batu ingin menyentuh soal melonjakkan subsektor agromakanan dan agrokomoditi, di mana dalam RMK13 telah menyasarkan 1.5 peratus pertumbuhan setahun dan menjelang 2030 mencapai RM148.2 bilion nilai eksport sektor pertanian. Industri sawit telah lama menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara, terutama sektor pertanian. Tahun 2024 saja, industri ini telah menyumbang sebesar RM115 bilion. Industri ini juga membantu merapatkan jurang kemiskinan di luar bandar dan menjadi penyelamat semasa krisis ekonomi 1998 dan pandemik COVID-19. Namun, hari ini hasil TBS sawit negara tersekat sekitar 15 hingga 16 tan hektar, jauh di bawah potensi sebenar.

Masalah utama ialah jumlah pokok tua yang semakin hari semakin meningkat serta kekurangan tenaga kerja. Hari ini bukan sahaja negara menuju ke fasa menua, tetapi pokok sawit juga menuju ke fasa yang sama. Kadar penanaman semula sangat perlahan, hanya dua peratus setahun berbanding

draft • 5:04 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

dengan keperluan empat peratus setahun. Jika trend ini berterusan, menjelang 2027, negara bakal berdepan dengan dua juta hektar pokok tua ataupun 35 peratus daripada keseluruhan kawasan sawit dan hasil sawit akan merosot dengan ketara.

Bagaimana kita mahu melonjakkan hasil dan nilai eksport sekiranya isu pokok tua ini tidak ditangani dengan betul? Walaupun dalam RMK13 sebanyak 1.4 bilion diperuntukkan bagi penanaman semula sawit pekebun kecil namun fakta menunjukkan bahawa walaupun RM100 juta diperuntukkan dalam belanjawan yang benar-benar dapat digunakan hanya sekitar 0.7 peratus saja terlalu perlahan dan terlalu sedikit.

Kos penanaman semula dan kos majoriti sekitar RM25,000 sehektar dan industri memerlukan biaya sebesar RM30 bilion. Bagi melonjakkan hasil dan pertumbuhan sektor ini secara konsisten, penumpuan juga perlu diberikan kepada pemain industri lainnya yang berpotensi besar mengangkat hasil bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kerajaan mesti melakukan intervensi yang agresif, mengambil kira pandangan daripada MPOA dalam menyelesaikan kemelut pokok tua dan kadar penanaman semula yang sangat perlahan. Oleh itu, Tangga Batu mencadangkan agar kerajaan khususnya MOF memperluaskan reinvestment allowance bagi merangkumi kos penanaman semula sektor perladangan. Memperkenalkan insentif penanaman semula kepada syarikat kecil dan sederhana dengan menggunakan semula kutipan windfall levi yang diambil dari syarikat-syarikat perladangan.

Mempermudahkan proses geran dan pinjaman penanaman semula untuk pekebun kecil dan untuk jangka masa panjang, mungkin kerajaan boleh memperkenalkan replanting ses seperti yang diamalkan dalam industri getah.

Tuan Yang di-Pertua, negara menghasilkan ramai graduan tetapi kita kekurangan talented people sesuai dengan peruntukan pendidikan 2.5 peratus daripada KDNK, peranan Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm (MARCOP) perlu dipertingkatkan dan diperkasakan sebagai pusat penyelidikan utama mekanisasi dan automasi sawit dan pertanian.

Para penyelidiknya mesti dari berbagai disiplin dan kemahiran kejuruteraan AI dan lain-lainnya digembleng di bawah satu bumbung agar lebih fokus dalam hasilkan inovasi dan reka cipta baru yang dapat menyelesaikan masalah kebergantungan kepada pekerja asing, geran dan peruntukan penyelidikan kepada MPOB perlu dinaikkan agar lebih banyak hasil penyelidikan yang bersifat komersial dapat dihasilkan agar dapat mewujudkan peluang baru ekonomi dan peluang pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi biojisim dan kedudukan geografi, namun masih gagal mengambil peluang dalam industri CDR ataupun carbon dioxide removal yang berkembang pesat di peringkat global. Jika kita tidak bertindak segera, negara akan terlepas peluang pelaburan pekerjaan hijau dan pencapaian sasaran iklim. Tangga Batu mencadangkan agar kerajaan meneroka bidang baru CDR yang bernilai tinggi menyokong agenda net zero carbon emission menjelang 2050.

Negara belum mempunyai dasar atau pelan hala tuju khusus bagi carbon dioxide removal, meskipun kita mempunyai potensi besar melalui biojisim sekitar 182 juta tan setahun. Sebagai contoh, lebih 20 juta tan EFB dihasilkan setiap tahun berpotensi menjana tujuh tan kredit karbon bernilai

draft • 5:04 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

sehingga RM4.5 bilion setahun dan berpotensi meningkat kepada RM10 bilion jika digabungkan dengan sisa PKS. EFB dan PKS saja mampu menyingkirkan lebih daripada 15 juta tan karbon di atmosfera setahun. Proses pyrolysis CDR juga menghasilkan biochar, cuka kayu dan tenaga hijau boleh baharu yang mampu menyokong pertumbuhan industri sawit.

CDR bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam, malah boleh mencipta peluang pekerjaan. Setiap loji CDR mampu mewujudkan peluang pekerjaan 25 hingga 35 secara langsung dan 100 hingga 200 kerja tidak langsung jika dibina 250 loji, negara mampu menjadikan 37,000 peluang pekerjaan.

draft • 5:04 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu, kalau kita melihat negara-negara seperti Denmark, UK, EU dan Amerika Syarikat telah ke hadapan dalam pelaburan teknologi CDR, sedangkan Malaysia masih ketinggalan walaupun memiliki sumber semula jadi yang jauh lebih baik. Oleh itu, Tangga Batu menggesa agar Kementerian Perladangan dan Komoditi memasukkan program CDR dalam Pelan Tindakan Biojisim dan dasar bioekonomi negara.

Membina loji CDR di luar bandar bagi membuka peluang pekerjaan masyarakat luar bandar dan menarik pelaburan global yang bernilai RM18 hingga RM20 bilion. Menggunakan model pelaburan Denmark dan UK, khususnya dalam teknologi biochar, setakat ini Carbon Zero telah membangunkan tujuh tan loji di Jeli, Kelantan sebagai model.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar perlu merangka dasar dan peraturan khusus bagi CDR agar diiktiraf dalam dasar iklim negara dan menjadi penyumbang utama kepada sasaran Nationally Determined Contributions ataupun NDCs khusus pengurangan 45 peratus daripada GDP intensiti pelupusan GHG menjelang 2030.

Tuan Yang di-Pertua, industri huluan getah semakin merosot. Malaysia mempunyai 1.13 juta hektar tanaman getah dengan 90 peratus diusahakan oleh pekebun kecil. Namun, menurut data Lembaga Getah Malaysia ataupun MRB, hasil pengeluaran getah kekal pada 1,400 kilogram sehektar.

Dengan keluasan ini, negara sepatutnya mampu mengeluarkan 1.5 juta tan getah setahun tetapi pada tahun 2024 hanya 380 ribu tan metrik yang dihasilkan, merosot dengan drastik berbanding 500 ribu tan pada tahun 2020.

Dalam masa yang sama, permintaan latex concentrate oleh industri jauh lebih tinggi berbanding RSS dan SMR iaitu 215 ribu tan berbanding dengan 13 ribu tan dan 33 ribu tan bagi RSS dan SMR. Ini menimbulkan persoalan, apakah strategi kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran lateks bagi memenuhi permintaan industri dan mengurangkan kebergantungan import? Dan Malaysia perlu menggunakan kelebihan 19 persen tarif yang dikenakan oleh Amerika berbanding 20 peratus dan 30 peratus yang dikenakan kepada pesaing Vietnam dan China bagi meningkatkan pengeluaran sarung tangan getah ke US.

Teknologi gas ethylene seperti RM Hydrobase boleh meningkatkan hasil sehingga 30 peratus serta memanjangkan hayat pokok getah dengan sistem torehan S4 low intensity. Namun sistem ini menyebabkan pekebun kecil lebih memilih menghasilkan getah sekerap ataupun coagulum yang

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

kurang nilainya berbanding susu cair atau lateks. Lagipun kaedah perolehan lateks memerlukan lebih tenaga, waktu kerja lebih panjang.

Justeru, Tangga Batu mencadangkan supaya RM Hydrobase yang berasaskan gas ethylene ini perlu diperluaskan ke seluruh negara bagi meningkatkan hasil pekebun kecil. Kedua, kerajaan membangunkan rangkaian fasiliti lengkap bagi memproses lateks bermula di peringkat ladang dan hingga ke kilang. Menaikkan insentif pengeluaran lateks sebagai galakan kepada pekebun yang berusaha menghasilkan hasil nilai yang tinggi. Dan yang keempat, memperkenalkan IPG dua tingkat di mana lebih banyak hasil yang dikeluarkan, pekebun akan mendapat lebih pendapatan.

Tuan Yang di-Pertua, ketika ini Melaka memiliki sekitar 1,500 hektar tanah sawah namun kurang daripada 1,000 hektar sahaja yang diusahakan secara aktif. Walaupun urusan tanah adalah urusan negeri, Tangga Batu mencadangkan agar Kerajaan Pusat berkolaborasi dengan kerajaan negeri agar tanah-tanah sawah di Melaka digazetkan sebagai mini jelapang padi sebagai usaha melindungi kawasan penanaman padi ini daripada terus terancam akibat tekanan pembangunan. Langkah ini penting bagi memastikan kawasan sawah yang sedia ada tidak terus mengecil dari semasa ke semasa.

Dan Tangga Batu ingin tahu perkembangan terkini program menaikkan taraf pengairan sawah di Klebang dan di Bukit Rambai serta permohonan daripada pesawah-sawah di Kampung Pinang terhadap pemasangan water pump.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan mutu kehidupan rakyat, khususnya di Parlimen Tangga Batu, Tangga Batu mohon agar item-item ini dapat dimasukkan dalam RMK13. Pertama, pembinaan pusat kesihatan Bukit Rambai. Proses perolehan tanah sudah selesai. Pembinaannya sudah dimasukkan dalam rolling plan tetapi ditangguh disebabkan faktor kewangan kerajaan.

Yang Kedua, pusat kesihatan Sungai Udang. Perolehan tanah masih dalam proses. Ketiga, pembinaan Masjid As Salam di Tampoi. Masjid ini telah pun mendapat kelulusan pembinaannya dari Majlis Agama Islam Melaka dan sudah mempunyai tapaknya.

Keempat, pembinaan sekolah rendah JAIM di Sungai Udang. Buat masa ini, sebahagian dari pelajar menumpang di SRK Sungai Udang dan selebihnya menggunakan bangunan sementara yang kecil, bilangan kelas yang terhad.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya, walau sehebat mana perancangan dibuat, tanpa integriti dan tatakelola yang baik, hasilnya tidak akan tercapai. Integriti dan tatakelola tidak boleh hanya menjadi slogan tetapi mesti diterjemahkan dalam prinsip dan tindakan. Merujuk kepada prinsip RMK13.

Tadbir urus MADANI perlu diperkuatkan. Contoh kegagalan institusi seperti Bank Bumiputera, masalah yang menimpa FELDA dan FGV dan isu-isu dalam FELCRA Berhad menunjukkan akibat buruk salah tadbir urus dan ketirisan.

FELCRA hari ini menghadapi berbagai masalah, termasuk gagal membayar dividen kepada 38,000 peserta, kos operasi yang tinggi dan kemungkinan pelantikan politik yang tidak berasaskan kepada kepakaran yang menjadi, yang membebankan kewangan syarikat. Laporan PAC 2023 dan Laporan Ketua Audit 2025 turut membabitkan isu ketelusan dan kewangan dan pembelian aset yang merugikan. Oleh itu, satu forensic audit terhadap FELCRA mesti dilakukan dengan segera bagi menyiasat potensi penyelewengan dan pelanggaran tatakelola dalam operasi syarikat supaya

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

pengalaman yang berlaku ke atas FGV dan FELDA tidak diulang dan berlaku di dalam FELCRA.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Tenggara mengambil peluang mengucapkan tahniahlah dalam perbahasan ini kepada mungkin rakan-rakan lama saya yang berada di Unit Perancang Ekonomi, sekarang dipanggil Kementerian Ekonomi yang saya yakin bertungkus-lumus menyiapkan dokumen ini. Dan ia merupakan cerminan kepada aspirasi rakyat, pemangkin kepada kemajuan sosioekonomi yang seimbang dan lestari.

Tuan Yang di-Pertua, Tenggara meneliti dokumen RMK13 ini dan melihat akan tiga hal.

Pertamanya, hasrat dan cita-cita negara melalui dokumen ini jelas untuk menyediakan ikhtiar lima tahun yang terwajar untuk menyejahterakan rakyat dan di sesuai dengan keperluan masa dan tuntutan global.

Kedua, RMK13 ini sedaya upaya menyentuh setiap kelompok rakyat tetapi terhad kerana modal dan sumber.

Dan yang ketiga, kerajaan mesti mencari idea terbaik untuk tambah, tingkat, transform struktur ekonomi bagi tingkatkan modal dan sumber dana untuk melaksanakan RMK13 ini dengan lebih menyeluruh seperti keberanian penstrukturan cukai bagi memastikan kelegaan keadilan untuk rakyat dan kutipan lebih efektif untuk pertingkat sumber mendana RMK13.

Walau bagaimanapun, dalam ruang terhad ini, izinkan Tenggara singgung 11 perkara. Pertama adalah berkaitan dengan ekonomi hijau. Tenggara sambut baik komitmen kerajaan mengukuhkan ekonomi hijau dalam RMK13. Menurut Laporan Ekonomi Hijau Asia Tenggara 2024, pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus, 6.3 bilion pada 2023 berbanding 5.2 bilion pada 2022 manakala ASEAN berpotensi menjana pendapatan tambahan sebanyak USD300 bilion daripada aktiviti hijau setahun.

Sekarang di Malaysia dah ada dah. Antaranya Tenggara terbaca di dada akhbar tentang pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri I, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr.

Ahmad Zahid Hamidi meluncurkan inisiatif ataupun usaha yang disebut sebagai rubber biofuel dari sekerap getah.

Adakah perkara ini disahut oleh kerajaan dan Tenggara telah membelek-belek di dalam RMK13 ini tidak bertemulah. Namun, saya yakin daripada tajuk ekonomi hijau ini akan boleh dijana. Dalam masa sama, penemuan ini juga akan membantu pekebun-pekebun kecil kita, getah kita yang relatifnya masih miskin dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pendapatan yang baik sekiranya rubber biofuel ini dapat dijayakan.

Soalan Tenggara, adakah terdapat sebarang perancangan pihak kerajaan untuk melihat, meneliti perkara ini kerana mampu beri manfaat besar kepada negara? Apakah insentif yang boleh

draft • 5:16 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

diberikan bagi memastikan inisiatif ataupun usaha seumpama ini dalam kerangka RMK13 ini boleh dijayakan?

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya adalah berkaitan dengan research and development dan commercialization dan inovasi. Keutamaan kerencaman ekonomi untuk memacu melonjak pertumbuhan dalam nilai tinggi HGHV, memantapkan ekosistem R&D dan negara.

draft • 5:16 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Bagaimanapun negara, bagaimana negara nak capai status negara maju sedangkan peruntukan untuk R&D masih rendah dan berada pada tahap amat minima, hanya sekitar satu peratus, yakni RM13.5 bilion? Dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, peruntukan R&D 1.8 peratus berbanding KDNK, iaitu sekitar SGD25 bilion, lebih kurang RM82 bilion. R&D Thailand sasar dua peratus daripada GDP, sekitar THB300 bilion. Dan tanpa R&D, negara akan kekal bergantung dengan teknologi asing, hilang daya saing dalam industri bernilai tinggi dan akan gagal bina ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi.

Soalan Tenggara. Apakah visi jangka panjang Malaysia dalam bidang R&D menjelang 2030, dan adakah ia sejajar dengan sasaran ekonomi berpendapatan tinggi? Apakah usaha pihak kerajaan bagi menarik sektor swasta asing untuk sama terlibat dalam R&D, khususnya dalam sektor-sektor utama? Adakah Malaysia akan memperkenalkan satu national innovation mission seperti RIE 2025 di Singapura, atau pelan setara dalam usaha memantapkan lagi ekosistem R&D negara? Dan sejauh manakah kerajaan serius untuk mengambil manfaat segenap bidang dari kajian-kajian yang disifatkan R&D oleh institusi pendidikan ataupun agensi-agensi terlibat dengan R&D di segenap bidang untuk dikomersialkan supaya sumbang kepada cita-cita HGHV negara?

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan ekonomi kitaran. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 452 kilang sawit berdaftar dengan MPOB setakat 2023. Dari jumlah tersebut, kita hasilkan kira-kira 55,000 tan metrik tandan buah kosong (EFB) sehari di seluruh negara. Secara purata, 100 kilo EFB kering menghasilkan lima hingga sembilan kilo― saya nak bercakap tentang penemuan terbaru ini berkaitan dengan second generation of sugar― sugar second generation yang boleh dihasilkan daripada tandan sawit yang diproses.

Sekarang ini, kita proses tandan sawit, keluarkan minyak. Kemudian, sebahagian hasil daripada buangan itu menghasilkan baja dan mungkin terlibat dengan biomass. Tetapi, sebenarnya tandan sawit itu sendiri sebenarnya boleh menghasilkan bahan bernilai tinggi yang dikenali sebagai xylitol yang boleh menggantikan peranan gula― kalori rendah dan baik untuk kesihatan.

Dan, jangkaan yang kita boleh unjurkan berdasarkan 55,000 tan metrik tandan buah kosong yang terhasil daripada 452 kilang sawit seluruh negara ini adalah kira-kira― dengan penjualan xylitol ini― sekitar 12,000 hingga 22,000 setan metrik. Jadi, pendapatan purata sekitar RM12 bilion setahun.

Ini akan melonjakkan KDNK dan mampu menjadi agenda membantu penduduk luar bandar, terutamanya B40.

Jadi, soalan Tenggara, apakah langkah-langkah konkrit yang boleh diambil kerajaan melalui kerangka RMK13 dalam membangunkan industri second generation of sugar berasaskan kelapa sawit?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan adakah kerajaan menyediakan insentif atau sokongan kepada usahawan dan syarikat ataupun agensi tempatan yang ingin membangunkan produk berasaskan second generation of sugar ini?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan adalah satu keutamaan sebagai teras pembangunan negara. Laporan KPM 2023, lebih 30 peratus sekolah luar bandar berdepan isu infrastruktur asas dan akses Internet stabil. Program latihan guru, hanya 63 peratus guru baharu memiliki latihan pedagogi formal. Hanya 35 peratus guru terlatih pedagogi digital setakat 2023. Pendidikan awal kanak-kanak perlu mendapat perhatian. UNICEF Malaysia 2023, satu daripada lima kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun di kawasan luar bandar dan golongan B40 tidak mendapat akses pendidikan prasekolah yang formal.

Tenggara ingin bertanyakan, apakah strategi utama kerajaan dalam memastikan usaha laksana latihan profesional guru dan pemodenan infrastruktur sekolah dapat diperkasa? Dan apakah bentuk kerjasama dilaksana oleh kerajaan bersama pihak swasta dalam merapatkan jurang akses pendidikan luar bandar dapat diatasi? Dan adakah kerajaan telah merangka dasar yang mencukupi dalam RMK13 ini?

Dan perkara yang Tenggara ingin sentuh sebenarnya― untuk merangka ini. Sebenarnya wajarlah di-revisit semula oleh kerajaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk memudahkan proses transformasi pendidikan ini.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan TVET. Tenggara sambut baik komitmen kerajaan dalam dokumen RMK13― Skim Pembiayaan Perkasa TVET MADANI dan Dana Latihan TVET. Namun, apa yang ingin diberikan penekanan, pelaksanaan pelbagai skim pembiayaan oleh lebih 12 kementerian tanpa penyelesaian yang tuntas jejaskan keberkesanan dasar.

Oleh itu, Tenggara cadangkan agar semua pembiayaan TVET disatukan bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebagai National TVET Fund yang bukan hanya memberikan pinjaman tetapi menjadi pelabur strategik masa depan tenaga kerja negara. Ini juga boleh dimuatkan dalam RMK13― pelaksanaannya. Dan Tenggara ingin bertanyakan, adakah kerajaan bercadang meletakkan semua skim pembiayaan TVET di bawah pengurusan tunggal seperti PTPK untuk penjelasan yang lebih cekap merentasi semua 12 Kementerian? Dan adakah skop pembiayaan akan diperluaskan merangkumi peralatan latihan, latihan luar negara dan persijilan profesional?

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, Tenggara ingin menyinggung tentang hal berkaitan dengan belia. Peranan belia adalah merupakan tunjang negara. Populasi belia berumur 15-30 tahun melebihi 7.3 juta, 23 peratus daripada jumlah penduduk. 42 peratus belia yang bekerja dalam sektor tidak formal yang kurang memberi jaminan sosial dan pendapatan yang tidak stabil. Pengangguran belia berusia 15 hingga 30 tahun, April 2025, 6.2 peratus, iaitu sekitar 452,600 orang. Masih menunjukkan angka yang membimbangkan. Dua kali ganda lebih tinggi dari kadar nasional, tiga peratus.

Jadi, Tenggara ingin bertanya, apakah langkah dalam RMK13 ini yang berkesan yang harus diambil oleh kerajaan untuk menurunkan kadar pengangguran di kalangan belia menjelang tahun 2030? Apakah mekanisme pemantauan yang telah atau akan diwujudkan bagi memastikan semua program pembangunan belia di bawah RMK13 mencapai sasarannya?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan Tenggara melihat di bawah kerangka RMK13 ini mungkin― mungkin. Mungkin boleh dikaji untuk dipisahkan fungsi Kementerian Belia dan Sukan ini dengan letakkan tanggungjawab hal ehwal belia ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin, supaya kementerian sukan boleh beri fokus dalam aspek pembangunan sukan, manakala belia, orang muda, remaja di bawah Jabatan Perdana Menteri, which is menteri hal ehwal belia yang boleh mengkoordinasikan kewajaran-kewajaran belia yang bukan saja melibatkan sukan tapi lebih fokus dalam pendidikan, pengajian tinggi, TVET, keusahawanan dan pasaran buruh.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan banjir. Saya ― pengukuhan mitigasi dan adaptasi banjir ini, Tenggara maklum perancangan ini amat baik. Ia melihatkan keseriusan kerajaan untuk memastikan dan menjamin kesejahteraan rakyat. Ia juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat. Banjir bukan sahaja tentang nyawa ataupun harta yang terkesan. Ia juga, setiap kali berlaku, beri kesan kepada tanah pertanian dan tanah perladangan. Ia jejaskan produktiviti dan jejaskan pendapatan.

Langkah kesungguhan dalam RMK13 yang jelas dalam mitigasi banjir amat dipuji. Tenggara ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana meluluskan peruntukan yang besar untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor yang kebetulan, Dato’ Speaker, 60 peratus berada di dalam kawasan Tenggara.

Tenggara ingin bertanya, apakah RMK13 ini serius untuk menyiapkan dengan segera atau pada tempoh idaman Johor supaya RTB Sungai Johor siap menjelang Disember 2027? Apakah wujud cabaran dalam pelaksanaan RTB ini? Dan adakah dalam aspek mitigasi banjir ini kerajaan dalam RMK13 bersedia untuk melakukan pindah penempatan bagi kawasan-kawasan yang selalu atau pun kerap terjejas akibat banjir dan terjejas teruk? Kalau di Tenggara ini seperti Taman Kuso, Taman Kemang, Taman Kota Jaya dan Taman Sri Delima.

Seterusnya adalah berkaitan dengan tingkat penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan. Tenggara cadang untuk membinakan― dah beberapa kali disebut dalam Dewan ini. Tentang pembangunan sebuah kompleks pembangunan bakat di Bandar Tenggara yang mungkin boleh dilihat dan dinilai dalam kerangka RMK13 ini supaya boleh memberi pendapatan ataupun peningkatan kepada masyarakat di luar bandar tempat saya, kerana dah sedia terada dah stadium ini tetapi perlu dipertingkatkan, dan ada gelanggang motocross, gelanggang memanahnya dan kereta control. Jadi, kalau dapat dibangunkan, ia mungkin boleh memberi faedah kepada masyarakat di Tenggara dan Bandar Tenggara.

Dato’ Speaker, sikit lagi. Last. Berkaitan dengan FELDA dan Orang Asli. Jadi, saya sebelum masuk kepada Orang Asli ini, ada perkara yang ingin saya rakamkan di sini adalah berkaitan dengan persaraan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Sapiah, yang kita tahu banyak berjasa kepada masyarakat asli, terutamanya dalam pindaan Akta Orang Asli [Akta 174]. Jadi, sempena dengan ucapan saya ini, saya nak merakamkanlah. Sebab, sama-sama dalam KKDW. Dan juga di Tenggara ada tiga perkampungan Orang Asli, Dato’ Speaker. Jadi, saya rasa kira jasa yang telah dilaksanakan itu akan menjadi kenangan bersama. Jadi, saya ucapkan selamat bersaralah.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, untuk FELDA ini, Dato’ Speaker, untuk penyeimbangan ekonomi wilayah luar bandar, generasi kedua, ketiga FELDA terkesan akibat kekangan pewarisan. Ini isu yang saya pick-up lah. Isu tanah dan pemilikan yang terbatas. Setakat April 2025, golongan generasi baru menyokong pindaan Akta 530 ini, Akta GSA, dan antara perkara yang ditumpukan adalah tentang membenarkan pembinaan lebih daripada satu rumah di rumah orang tua yang sedia ada lah.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, melangkah ke hadapan, saya harap dalam pelaksanaan RMK13 ini juga mengambil kira tentang perkara ini dan boleh memberi manfaat kepada sekitar satu juta lebih golongan generasi baru FELDA yang memerlukan penempatan, boleh bina di penempatan rumah orang tuanya.

Jadi soalan Tenggara, apakah langkah konkrit yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk mempercepat pindaan Akta GSA ini [Akta 530] dalam menangani isu pewarisan tanah, pemilikan geran yang tertangguh dan hak generasi kedua serta ketiga peneroka FELDA untuk membina rumah tambahan di atas lot yang sama? Apakah cabaran utama yang dihadapi dalam pelaksanaan Akta 530 ini?

Dan bagi Orang Asli Dato’ Speaker, kebajikan masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan.

Kira-kira 213,000 Orang Asli dan 835 kampung seluruh negara berdaftar dengan JAKOA dan hampir 80 hingga 90 peratus masyarakat Orang Asli dibelenggu kemiskinan. Sekitar 50 peratus pelajar Orang Asli melanjutkan ke peringkat menengah. Dan pada RMK13 ini, perlu ada pelan tindakan yang tegas dan inklusif. Fokuskan usaha basmi kemiskinan tegar, mempenuhkan akses pendidikan berkualiti kepada Orang Asli. Pastikan anak-anak Orang Asli dapat peluang pembelajaran yang setara dan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Tenggara ingin bertanya, bagaimanakah kerajaan merancang untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada masyarakat Orang Asli, khususnya dalam aspek prasarana dan tenaga pengajar terlatih di kawasan pedalaman? Dan apakah langkah konkrit yang telah dan bakal dilaksana bagi memastikan pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan tinggi tanpa halangan ekonomi dan sosial?

Dan akhirnya Dato’ Speaker, satu untuk penutupan. Jadi, Tenggara merasakan kajian struktur cukai wajar difokus dalam pelaksanaan RMK13 ini supaya sumber untuk jana tujuan-tujuan RMK13 juga untuk masa depan negara dapat dilaksanakan. Dan sehingga kini, dengan pelaksanaan mantan Menteri Ekonomi, masa bahas Pandan sebut, kalau rancangan itu baik dan sasarannya baik, ia perlu dikekalkan, dibuat dengan lebih baik lagi oleh kerajaan yang baru. Dan untuk RMK13 sehingga kini, pelaksanaan semula SST dan beberapa cukai lain amat meresahkan rakyat.

Ini saya sampaikan suara rakyat orang Tenggara. Buat ke sekian kalinya, Tenggara seru, kajian wajar dibuat dengan adil dan objektif kepada GST atau VAT atau apa-apa nama sekalipun, dengan fundamental dan mekanisme pelaksanaan yang serupa struktur cukai seperti mana dilaksanakan oleh 174 negara seluruh dunia. Jepun 10 peratus, Korea 10 peratus, Singapura 9 peratus, Thailand 10 peratus, Indonesia 11 peratus dan yang terbaru di Guinea-Bissau 1 Januari 2025, 10 peratus.

Lima negara yang Tenggara contohkan ini kerana merupakan jiran terhampir kita dan dua lagi adalah kerana contoh negara HGHV yang mencipta kekayaan negara melalui teknologi dan inovasi,

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

sama seperti cita-cita RMK13 ini. Dan mereka mengguna pakai GST, Jepun 10 peratus dan Korea 10 peratus. Tenggara percaya jika kutipan cukai adil dan berkesan dapat diimplementasikan, sumber untuk melaksanakan banyak perancangan akan mampu dibuat dengan lebih luas dan berkesan. Tenggara yakin pelaksanaan semula seumpama GST akan mampu memperkemas keberkesanan RMK13, walau ia bukanlah satu-satunya kaedah.

Ia berdasarkan rekod pelaksanaan terdahulu dalam tempoh RMK11, 2015. Start bulan April, kita kutip RM27 bilion. 2016 RM41.2 bilion. 2017 RM44.3 bilion dan 2018 sehingga Mei, kita kutip RM20.2 bilion.

Akhirnya, supaya RMK13 terlihat lebih jelas hala tuju, negara juga perlu kepada perancangan atau gambaran jangka panjang negara. Apa negara nak capai, ke arah mana negara dipacu, apa fokus- fokusnya?

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dah berapa kali akhir ini?

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Yang ini betul-betul akhir, Dato’ Speaker. Sikit lagi, nak habiskan lagi satu perenggan saja.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Setengah.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Baik. Keperluan-keperluan kepada perancangan-perancangan, apakah bentuk Malaysia yang kita mahu lihat? Mungkin 30 tahun lagi supaya RMK-RMK ke hadapan dapat dinilai, bukan sahaja oleh rakyat tetapi masyarakat dunia.

Kejelasan tujuan sebuah negara bernama Malaysia yang mampu menarik minat pelabur dengan jajaran potensi dan perspektif yang jelas. Mungkin negara perlu kepada gagasan seumpama TN50, Transformasi Nasional 2050 supaya rencana seperti RMK13 ini atau selepas-selepasnya dilihat synchronize dan berkesinambungan.

Sekian, terima kasih. Tenggara mohon menyokong. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau ikut peraturan, tidak ada usul, pukul 5.30 patut habis ya. Kita ada seorang pembahas. Walau bagaimanapun, saya menggunakan kuasa saya di bawah Peraturan 12(3).

Saya jemput Yang Berhormat Raub untuk memberi perbahasannya dan itu akhir.

draft • 5:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah menggariskan pelbagai reformasi penting dalam bidang pendidikan, termasuk pemerkasaan TVET, pembelajaran sepanjang hayat, serta peningkatan keberkesanan tadbir urus dan kualiti guru. Namun bagi saya, antara reformasi yang paling besar dan paling diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang adalah pembentukan satu sistem peperiksaan kemasukan universiti yang seragam untuk semua aliran iaitu STPM, matrikulasi dan juga asasi.

draft • 5:34 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

RMK13 menekankan pendidikan sebagai asas kepada kemakmuran masa depan negara, selari dengan konsep Masyarakat MADANI dan Pembangunan Ekonomi Berteraskan Pengetahuan.

Oleh itu, langkah reformasi sistem peperiksaan kemasukan universiti yang seragam adalah selari dengan konsep Masyarakat MADANI dan Pembangunan Ekonomi Berteraskan Pengetahuan.

Ini juga penting bagi menjamin prinsip meritokrasi yang sejati dan keadilan sosial yang inklusif.

Tambah medan persaingan yang adil, segala cita-cita RMK13 untuk membina masyarakat berilmu, progresif dan saksama akan tinggal sebagai retorik semata-mata. Saya mengambil peluang ini untuk memberi fokus kepada satu isu dasar yang menyentuh masa depan pendidikan negara iaitu keadilan dalam sistem kemasukan ke universiti awam, khususnya bagi pelajar STPM, lebih-lebih lagi pelajar dari aliran Sains. Isu ini bukan sekadar soal statistik atau pertadbiran. Ini adalah soal masa depan anak bangsa. Soal keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan dan soal keadilan dalam makna sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering diberitahu bahawa sistem UPU ini adalah berdasarkan merit.

Tetapi apabila kita melihat angka sebenar, kita dapati bahawa meritokrasi yang dikatakan itu hanya berlaku pada nama dan bukan pada realiti. Sebagai contoh, pada tahun 2023, dalam program perubatan IPTA. 939 pelajar matrikulasi diterima berbanding hanya 23 pelajar STPM iaitu 1.64 percent sahaja. Dalam bidang farmasi, pelajar diterima hanya 1.67 percent dalam STPM. Dalam pergigian, hanya dua pelajar STPM diterima daripada lebih 300 tempat. Lebih menyedihkan, majoriti daripada yang tercicir itu adalah pelajar STPM aliran Sains.

Inilah realiti yang semakin difahami oleh rakyat. Sebab itu hari ini kita lihat semakin kurang pelajar yang berani ambil STPM Sains. Walaupun mereka layak, mereka tahu, walaupun dapat 4.0, peluang ke universiti atau kursus hangat adalah sangat nipis. Sedangkan kita tahu STPM adalah antara kelayakan pra-universiti paling sukar di rantau ini. Ia setaraf A-level dan diiktiraf oleh universiti antarabangsa seperti Cambridge, Harvard dan NUS. Malangnya, dalam negeri sendiri, STPM dipinggirkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya terdapat tiga punca utama yang menyebabkan ketidakseimbangan ini:

(i) keutamaan diberi kepada pelajar asasi dan matrikulasi;

(ii) sistem markah kurikulum yang berat sebelah, di mana pelajar STPM sukar capai markah penuh, manakala pelajar matrikulasi boleh dapat markah penuh dengan mudah; dan

(iii) direct intake yang tidak dikawal menjadikan IPTA cenderung memilih pelajar berdasarkan kemampuan membayar yuran khas, bukan merit.

Semua ini bertentangan dengan semangat Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, yang menekankan mobiliti sosial, merit dan juga keadilan peluang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya di sini ingin mencadangkan satu reformasi menyeluruh sistem kemasukan universiti awam. Ia melibatkan dua komponen.

Pertama, cadangan jangka pendek. Berikan tempat automatik kepada pelajar STPM Sains yang dapat CGPA 4.0 dalam sekurang-kurangnya dua pilihan pertama dalam UPU. Dan sekiranya

draft • 5:34 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

mereka tidak dapat tawaran first and second choice, biasiswa kerajaan akan ditawarkan kepada mereka.

Yang kedua, hadkan pengambilan tarikh intake kepada maksimum 15 peratus setiap kursus, setiap universiti. Dedahkan data kemasukan IPTA lima tahun terkini mengikut aliran, kaum dan juga skor minimum. Tubuhkan pasukan aduan kemasukan IPTA di bawah kementerian untuk menyiasat ketidakadilan ini.

Yang kedua, cadangan jangka panjang. Laksanakan sistem peperiksaan kemasukan universiti yang seragam untuk semua aliran STPM, matrikulasi, asasi. Peperiksaan ini boleh dinamakan new STPM atau STPM baharu. New STPM boleh dilaksanakan di sekolah Tingkatan 6 dan kolej matrikulasi.

Hapuskan pemarkahan kokurikulum kerana ia telah menjadi salah satu punca ketidakadilan dalam kemasukan universiti. Ia hanya boleh diambil sebagai rujukan.

draft • 5:34 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Dengan ini, semua pelajar akan bersaing di atas medan yang adil dan kita akan lahirkan satu sistem meritokrasi yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan satu perkara penting iaitu pelaksanaan bonus markah sosioekonomi untuk pelajar B40. Dalam sistem ini, pelajar dari keluarga B40 akan diberikan penggandaan markah sebanyak 1.0, lima kali dalam sistem merit, dalam cadangan new STPM yang saya cadangkan ini. Izinkan saya tegaskan dengan jelas. Ini bukan sistem kuota kaum, ini bukan keistimewaan berdasarkan bangsa.

Hari ini, Malaysia perlu bergerak ke hadapan. Kita tidak perlu lagi sistem kuota berasaskan kaum. Kita perlukan sistem yang bantu semua yang susah tanpa mengira bangsa. Golongan pelajar B40 sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli atau Dayak, Kadazan berdepan cabaran yang sama.

Kurang akses kepada kelas tambahan, peralatan pembelajaran, sokongan akademik dan persekitaran rumah yang kondusif.

Maka, tambahan kecil ini bukan keistimewaan, tetapi alat affirmative, alat penyamarataan dalam sistem yang selama ini tidak seimbang. Kita bukan menolak merit, kita menegakkan merit dalam konteks sosial, memberi lebih kepada yang kurang agar akhirnya semua boleh bersaing secara adil.

Inilah semangat menaikkan lantai rakyat seperti yang digariskan dalam RMK13 dan Ekonomi MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, reformasi ini hanya boleh berlaku jika ada kehendak politik. Saya percaya, Kerajaan Perpaduan hari ini adalah platform terbaik untuk memulakan reformasi pendidikan tinggi ini. Kerajaan ini dibentuk atas semangat penyatuan dan reformasi. Maka, inilah masa untuk membuktikannya. Saya harap kerajaan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Ekonomi untuk mula meneliti pelaksanaan new STPM dan bonus markah sosioekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, pelajar STPM khususnya daripada aliran Sains bukan pelajar gagal.

Mereka adalah pelajar yang tabah, matang dan melalui sistem yang paling mencabar. Jika kita terus biarkan mereka disisihkan, kita bukan sahaja khianat kepada prinsip meritokrasi, tapi juga mensia- siakan potensi negara. Lebih membimbangkan lagi, ketidakadilan seperti ini mendorong semakin ramai pelajar cemerlang hilang keyakinan terhadap sistem pendidikan negara dan memilih untuk melanjutkan pelajaran dan membina kerjaya di luar negara.

draft • 5:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Akibatnya, negara kehilangan pakar-pakar yang terbaik. Malaysia yang benar-benar adil bukannya memberi kelebihan kepada satu kumpulan, tetapi memberi peluang kepada sama — sekata asalkan mereka layak dan berusaha. Mari kita bina satu sistem pendidikan tinggi yang adil, telus dan progresif selari dengan cita-cita RMK13 dan Ekonomi MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua saya nak bangkitkan adalah saya ingin menarik perhatian Dewan ini adalah isu akses, tetapi amat meresahkan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Parlimen Raub iaitu isu bekalan air yang tidak stabil, kerap terputus dan kadang-kadang, kadang kala berbau atau keruh. Walaupun kita berada di abad ke-21, masih ada kampung-kampung tradisi, FELDA, kawasan Orang Asli, kampung-kampung baru Cina di Raub yang tidak menerima bekalan air bersih secara konsisten, apatah lagi bertekanan tinggi.

Setiap kali berlaku gangguan loji atau hujan lebat, penduduk akan hilang bekalan air berhari- hari dan sistem notifikasi pun tidak cekap. Keadaan ini bukan sahaja menyusahkan, tapi juga menjejaskan kesihatan, persekolahan anak-anak dan operasi perniagaan kecil. Apa yang lebih mengecewakan, masalah ini sudah berlarutan sudah lebih sedekad. Laporan demi laporan telah dikemukakan, tetapi tindakan masih bersifat sementara dan tambah suram.

Tuan Speaker, dalam RMK13 kita membaca pelbagai perancangan yang kelihatan canggih.

Krisis iklim, 55 persen peningkatan permintaan air, penggunaan sumber mampan, tetapi apa gunanya jika rakyat luar bandar masih tidak boleh mandi pagi, tidak boleh membasuh pinggan? Saya ingin tegaskan di sini, kerajaan tidak boleh hanya menulis pelan yang cantik, tetapi mesti ada pelaksanaan yang nyata, berimpak dan sampai ke akar umbi.

Saya mendesak agar RMK13 menyediakan satu peruntukan khas naik taraf prasarana air luar bandar termasuk di kawasan Raub, satu kawasan yang pernah mengalami gangguan bekalan air sebanyak 100 kali setahun dengan sasaran pengurangan gangguan bekalan air sebanyak 80 persen menjelang 2027. Kita juga perlukan pelan naik taraf paip usang, tekanan rendah dan loji kecil yang tidak lagi sesuai menampung pertumbuhan penduduk. Jangan biarkan RMK13 menjadi dokumen indah di Putrajaya, tetapi jadikan RMK13 membela semua rakyat. Sekian terima kasih.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Raub sebagai pembahas yang terakhir. Sebelum saya akhiri majlis, ada pemberitahu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, pada minggu hadapan, Sesi Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada Selasa, 12 Ogos 2025 akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri.

Ini kerana pada 12 Ogos, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menerima lawatan rasmi Chief of Advisor Bangladesh. Oleh itu, Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada Khamis, 14 Ogos akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 11 Ogos 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 5:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.46 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026