Katalog Hansard
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat.
Apa khabar semua?
Beberapa Ahli
Baik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kita mulakan Pertanyaan- pertanyaan Jawab Lisan. Saya mempersilakan Puan Yeo Bee Yin, Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Puchong soalan 1.
1. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah penambahbaikan utama yang telah dibawa oleh kementerian dalam MPBN. Apakah usul-usul penting yang telah dikemukakan oleh para belia dan apakah usaha Kementerian dalam mengetengahkan usul-usul ini kepada Kerajaan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di- Pertua, Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform kepada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia di semua peringkat untuk mengetengahkan isu-isu berkait dengan pembangunan belia pada pihak kerajaan. Persidangan ini memberi ruang kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk mengemukakan usul, pandangan dan cadangan bagi memartabat dan meneruskan agenda pembangunan belia.
Keanggotaan dan pengendalian persidangan MPBN adalah selari dengan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 atau Akta 668.
Ahli-ahli MPBN terdiri daripada Majlis Belia Malaysia (MBM), pegawai-pegawai kanan kementerian, wakil Kerajaan Persekutuan, wakil kerajaan negeri, ahli-ahli pertubuhan belia peringkat kebangsaan dan ahli lantikan YB Menteri Belia dan Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jabatan Belia dan Sukan amat menitikberatkan dan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap Majlis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Perundingan Belia Negara bagi menjamin suara anak muda ini dapat didengari dan sekali gus menjadi input yang berkesan dalam memacu pembangunan Dasar Belia Negara.
Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah bermula pada tahun 2024, KBS telah mengembalikan persidangan MPBN sebanyak dua kali dalam tempoh setahun seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 46 Akta 668. Selain itu, selari dengan agenda pendigitalan negara, KBS juga telah menyiarkan persidangan MPBN ini secara langsung atau live streaming menerusi media sosial KBS, bagi membolehkan MPBN ini didengari dan diakses lebih ramai golongan belia di luar sana. Inilah antara usaha berterusan KBS untuk memastikan isu-isu belia mendapat pendedahan dan perhatian secara menyeluruh dan juga inklusif.
Penambahbaikan ini diteruskan pada tahun ini dengan pelantikan ahli lantikan Menteri melalui pendekatan lebih inklusif bermula penggal ke-35 sesi 2025-2026 iaitu dengan membuka permohonan pemilihan ahli lantikan Menteri ini secara umum. Pendekatan ini merangkumi penyertaan wakil belia daripada pelbagai latar belakang, termasuk atlet para atau OKU, belia dari Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan suara belia daripada pelbagai perspektif dan latar belakang dapat diangkat ke peringkat tertinggi secara adil dan seimbang.
Antara usul-usul penting yang telah dikemukakan oleh belia menerusi MPBN adalah pelan tindakan mitigasi bencana banjir yang lebih holistik dan bersepadu, menangani ancaman penyalahgunaan dadah moden atau sintetik dalam kalangan belia, memperkukuhkan ekosistem industri e-sukan dan mengurangkan tekanan kepada ibu bapa muda melalui pelaksanaan pendidikan prasekolah secara percuma dan memperbanyakkan prasekolah di seluruh Malaysia.
Di samping itu, terdapat tiga usul berkaitan pembangunan belia yang telah dibahaskan oleh para perwakilan semasa MPBN pada 10 Julai 2025 yang lalu. Antara lainnya, agar kerajaan menyediakan Kertas Putih Keselamatan Jalan Raya di Parlimen bagi merangka pelan jangka panjang dan menyeluruh dalam menangani isu kemalangan jalan raya.
Kedua, agar Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi menambah baik sistem saluran kemasukan ke IPT pasca persekolahan serta memperkukuh peranan prauniversiti sedia ada dalam memastikan peluang pendidikan lepasan SPM lebih inklusif, terancang dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Dan yang ketiga, agar kerajaan melaksanakan kajian semula secara menyeluruh terhadap dasar persaraan supaya lebih fleksibel, progresif dan berdaya tahan, selaras dengan keperluan semasa.
Kementerian mengetengahkan usul-usul ini kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan melalui kehadiran wakil agensi kerajaan dalam MPBN dan penyediaan nota Jemaah Menteri untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Inilah inisiatif yang menunjukkan hasil MPBN mendapat perhatian di peringkat tertinggi kerajaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ada soalan tambahan, di mana apakah usaha kerajaan, kementerian untuk melibatkan lagi kerajaan- kerajaan negeri juga dalam usaha ini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, Majlis Perundingan Belia Negara ini tidak hanya terhad kepada persidangan di peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, sebaliknya ia dilaksanakan di pelbagai peringkat yang lain. Antara lainnya adalah di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar.
Namun, secara lazimnya dan secara praktiknya akan diturunkan kuasa kepengerusian tersebut kepada exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas portfolio belia dan sukan. Dan turut diadakan di peringkat daerah, di mana ia turut dipengerusikan oleh wakil-wakil daripada pejabat daerah seperti pegawai daerah yang turut diselia oleh Jabatan Belia dan Sukan negeri mahupun Jabatan Belia dan Sukan daerah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai Majlis Perundingan Belia ini, kita sedar nanti 1 Januari akan berlaku penurunan had umur belia dan perkara ini akan memberi kesan langsung kepada MPBN. Akan ada jurang generasi 30 ke 40 sudah tidak ada dalam MPBN, berlaku perbezaan kualiti persidangan, topik-topik usul yang dibincangkan juga mungkin berbeza selepas ini. Jadi, apa persediaan kerajaan untuk menghadapi situasi ini? Pertama.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Yang kedua tadi disebut oleh — dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, usul-usul yang dibawa itu sangat menarik dan dia berkait dengan dasar dan polisi belia dan saya fikir perkara-perkara itu juga perlu melibatkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang sebagai contoh.
Adakah kementerian mencadangkan untuk melibatkan kedua-dua belah pihak? Di sebelah pihak kerajaan dan sebelah pihak pembangkang untuk turut terlibat, mungkin sebagai pemerhati dalam MPBN ini, sebagai menghidupkan ruang demokrasi kepada mereka. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk soalan pertama, yang berkait dengan had umur, tentu sekali ia akan menjadi sebuah cabaran bagi semua pihak yang terlibat dalam pertubuhan belia, sama ada menerusi Majlis Perundingan Belia Negara mahupun aktiviti-aktiviti di luar kalendar MPBN.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Kita memastikan bahawa peranan yang dimainkan oleh belia yang hari ini ditakrifkan sebagai belia di bawah 40 tahun, yang kemudian selepas ini tidak ditakrifkan sebagai belia mengikut akta. Kita akan terus memperkasakan peranan mereka sebagai contohnya, mentor bagi pertubuhan-pertubuhan belia dan kalau diikutkan baru semalam diadakan sebuah mesyuarat bersama dengan keseluruhan jawatankuasa ataupun exco negeri-negeri yang bertanggungjawab ke atas pembangunan belia, melibatkan semua negeri-negeri dalam Malaysia.
Turut dibincangkan berkait dengan transisi had umur ini dan kita memastikan bahawa walaupun dengan berlakunya transisi ini, kita tetap akan menyediakan platform yang bersesuaian menerusi tidak terhad hanya di Kementerian Belia dan Sukan, sebaliknya juga turut melibatkan kementerian-kementerian lain.
Bagi yang kedua, penglibatan pihak pembangkang, dalam konteks hari ini Majlis Perundingan Belia adalah sebuah persidangan yang dikawal selia oleh Akta Pembangunan Belia dan ini turut melibatkan sebenarnya, wakil-wakil daripada kerajaan negeri, termasuklah kerajaan negeri SG4, kalau yang disebut-sebut sebagai negeri yang tidak bersama dengan Kerajaan MADANI ini turut melibatkan kerajaan-kerajaan negeri ini tanpa ada sebarang diskriminasi.
Bagaimana sekalipun, jika kita perlu buka kepada contohnya audiens dalam kalangan pihak pembangkang dari kalangan wakil rakyat di Parlimen ini, kita terbuka dengan cadangan tersebut. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Berikutnya, Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum. Timbalan Yang di-Pertua, soalan nombor 2.
2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pelaksanaan sistem kutipan tol Multi Lane Free Flow (MLFF) menjelang tahun 2025 seperti yang diumumkan sebelum ini serta langkah penambahbaikan sistem seperti RFID bagi memastikan keberkesanan sistem baharu ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Setiu. Seperti biasa, pantun.
*Cari ubatan di dalam gua, Jumpa di paya jemur di papan; Kepada soalan nombor dua, Saya sedia beri jawapan.
[Tepuk]* Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan penamatan perjanjian pelantikan di antara pihak kerajaan dan syarikat pencadang pada 16 Disember 2024, pihak Kementerian Kerja Raya masih lagi komited untuk melaksanakan sistem kutipan tol secara Aliran Pantas Pelbagai Lorong (APPL), dalam bahasa Inggeris dengan izin, Multi Lane Fast
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Flow, bukan Free Flow Yang Berhormat. Kalau free nanti, orang tak bayar. Multi Lane Fast Flow. Dalam memastikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna lebuh raya diutamakan, justeru itu, pihak kementerian telah membentangkan Kertas Jemaah Menteri pada 25 Julai 2025 untuk mendapatkan hala tuju baharu berkaitan kaedah pelaksanaan MLFF–APPL. Hala tujunya ialah kini peluang terbuka kepada syarikat penyedia perkhidmatan yang berkaitan di luar sana untuk berbincang dan berurusan terus dengan 33 syarikat konsesi lebuh raya bertol sedia ada secara business-to-business agar APPL - Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dapat dilaksanakan.
Hala tuju kedua, MLFF dilaksana tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan. Sebagai contoh, PNB Prolintas di Plaza Tol Alam Impian, Lebuhraya Kemuning- Shah Alam sedang melaksanakan proof of concept, testing, percubaan dengan Touch 'n Go, CIMB dan mereka ada memasang gantri dan peralatan untuk mencuba MLFF di situ.
Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia sentiasa memantau prestasi lorong RFID sedia ada dengan memastikan syarikat pengendali lebuh raya melaksanakan kerja-kerja penalaan, dengan izin fine tuning, yang lebih kerap di lorong-lorong RFID agar prestasi sistem di lorong dapat dipertingkatkan, di samping membuat hebahan kesedaran kepada pengguna supaya mempunyai baki yang mencukupi semasa melalui plaza tol.
Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan kaedah sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka (SPT) bagi memberikan pilihan kepada pengguna untuk menggunakan segala kad yang ada serta mempertingkatkan kelancaran trafik di plaza tol.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya, PAC yang telah bermesyuarat pada awal tahun ini, dalam laporan dia mengesyorkan enam pengesyoran untuk diambil tindakan oleh kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, saya baca pengesyoran ini. Satu, PAC berpendapat bahawa pelaksanaan MLFF ini tidak akan menyelesaikan kesesakan lalu lintas di lebuh raya secara total. KKR dan LLM perlu melaksanakan kajian cost-benefit analysis yang lebih terperinci kerana pelaksanaan MLFF akan melibatkan anggaran kos RM3.46 bilion.
Yang kedua, KKR perlu menetapkan atau memuktamadkan hala tuju sistem MLFF dengan segera selepas Perjanjian Pelantikan, Appointment Agreement (AA) tamat pada 16 Disember 2024. Yang ketiga, KKR perlu mendapatkan...
[Tidak jelas]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Atau ulasan terperinci...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Daripada MOF dan UKAS bagi mengesahkan kaedah perolehan terbaik bagi pelaksanaan MLFF.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat, nak baca sampai yang keenam ke?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey. Saya baca tiga sahaja daripada enam.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Enam tak apa, Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya nak tahu soalan saya...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, sekejap.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Sejauh manakah tindakan dibuat oleh kementerian...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu, sekejap. Kalau nak baca keenam itu, saya kira semua Ahli-ahli Yang Berhormat ada laporan tersebut atas meja.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya rasa, kementerian tahu perkara sama. Kita tunggu jawapan. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey. Saya baca tiga tadi. Soalan saya, sejauh manakah tindakan diambil oleh kementerian terhadap pengesyoran daripada MLFF ini — pengesyoran daripada PAC ini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, sila.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang kedua, isu yang sering berlaku di Tol Gombak setiap hari Ahad.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cukup, cukup, Yang Berhormat. Satu sahaja. Yang Berhormat...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tiga jam daripada Bentong ke Gombak. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat faham tak Peraturan 24(3), Yang Berhormat? Sila.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey. Terima kasih. Tindakan telah diambil. Sebagaimana saya sebutkan tadi, kita dah ambil tindakan bahawa RM3.46 bilion disebut oleh Yang Berhormat itu tidak akan berlakulah sebab sebagaimana yang saya sebut, kerajaan telah membuat keputusan. Ia adalah business-to-business, perniagaan kepada perniagaan dan dia tidak akan melibatkan walau satu sen implikasi kewangan kepada kerajaan.
Oleh itu, tak berbangkitlah berapa bilion pun sebab kita tidak akan terlibat dari segi sebarang kos yang diadakan apabila MLFF dipasang, di laksana di 33 tol pada waktu dua
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
tahun, kita beri dua tahun, ya. Itu satu lagi perkara yang saya nak maklum di sini. Dua tahun masa untuk B2B ini tanpa melibatkan implikasi kewangan.
Oleh itu, semua konsesi tol yang 33 itu berbincanglah pada syarikat mana yang mereka ingin berbincang. Yang Tol Gombak itu, soalan lain. Dia ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesesakan. Smart lane, misalnya. PLUS TTA – Travel Time Advisory, misalnya. CCTV live dan pemakluman melalui website dan medsos, misalnya.
Penyuraian segera bila kemalangan dan kawasan itu juga, kita akan tambah lorong daripada empat lorong kepada enam lorong, yang sedang dilaksanakan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, pada waktu sekarang — Timbalan Menteri, pada waktu sekarang, ada palang, kita ada kes seperti tailgating. Kalau dilaksanakan MLFF, apakah tindakan kementerian untuk mengelak ataupun untuk mengambil tindakan ke atas pengelak tol ini sebab palang dah tak ada lagi. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Timbalan Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih, Tanjong Manis. Tentunya, ia adalah suatu revolusi dalam kaedah kita membayar tol dan ia telah dibuat di beberapa negara, negara yang paling dekat sekali, Singapura. Dia memerlukan disiplin dan etika pada rakyat keseluruhannya yang menggunakan tol dan kita juga telah melaksanakan perkara- perkara seperti RFID sekarang ini. Dulu tak ada, sekarang ada 614 lorong di 31 lebuh raya, kecuali LPT 1, LPT 2. Dulu tak ada RFID. Itu satu lagi pembaharuan dalam sistem lebuh raya bertol di negara kita.
Dan dulu tidak ada segala kad kredit, kad debit boleh diguna, hanya Touch 'n Go misalnya dan juga SmartTAG. Sekarang dah ada di 341 lorong di 26 lebuh raya. Bererti, ini adalah perubahan positif pada kemudahan pergerakan di lebuh raya dan begitu juga MLFF (Multi Lane Fast Flow) ini supaya apabila dilaksanakan, maka disiplin daripada pengguna perlu ada.
Kita menggunakan teknologi RFID campur ANPR apabila melaksana MLFF. Apa itu ANPR? ANPR ialah Automatic Number Plate Recognition (ANPR). Jadi, siapa-siapa yang tak bayar, memang kena carilah sebab kita ambil nombor plat semua yang melalui gantry yang berkaitan. Bererti siapa yang bayar okeylah. Siapa yang tak bayar, memang dicari kemudian tentunya akan diberikan notis-notis untuk membayar dan tentunya mungkin selepas ini ada apa ni, kaedah yang tertentu misalnya tak boleh bayar road tax dan sebagainya itu, ya. Itu di antaranyalah apabila perkara itu dilaksanakan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya. Berikutnya Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih ya, Dato’ Speaker.
Saya harap Yang Berhormat boleh jawab pantun saya ini ya.
Buah durian, buah naga, Soalan Seri Gading, nombor tiga.
3. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah status terkini penggantungan Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sejak 1 November 2024. Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan dalam perlembagaan baharu NAFAS.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, penggantungan Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berkuat kuasa pada 1 November 2024 dan kini ditadbir oleh pentadbir yang dilantik oleh pendaftar Pertubuhan Peladang yang tertakluk kepada arahan daripada pendaftar.
Pendaftar telah melantik Majlis Penasihat NAFAS yang dianggotai oleh lima orang ahli profesional yang berpengalaman dalam bidang tadbir urus serta pengurusan kerajaan yang berperanan untuk menilai semula setiap aspek pengurusan dan peniagaan NAFAS, termasuk subsidiari bagi memastikan tindakan pembetulan bersifat menyeluruh, berasaskan fakta dan menjurus kepada pemulihan institusi secara berstruktur serta berintegriti. Sehingga kini, tempoh penggantungan perlembagaan NAFAS masih berkuat kuasa.
Pendaftar Pertubuhan Peladang memantau urusan harian NAFAS, menjalankan siasatan terhadap isu-isu yang dikenal pasti, di samping menambah baik urusan tatakelola NAFAS bagi memperkasa semula NAFAS secara menyeluruh dan memastikan NAFAS beroperasi mengikut hala tuju dan semangat penubuhan NAFAS.
Di antara strategi pembaharuan dan hala tuju dalam struktur semula NAFAS yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) transformasi tatakelola NAFAS;
(ii) penilaian dan penstrukturan semula tadbir urus;
(iii) penstrukturan semula syarikat subsidiari NAFAS;
(iv) audit pengurusan dan pemantauan berterusan;
(v) pengukuhan mekanisme semak imbang;
(vi) penguatkuasaan kod etika dan integriti;
(vii) mempelbagaikan sumber pendapatan; dan
(viii) pemulihan kepercayaan awam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Yang keempat, strategi pembaruan dan hala tuju NAFAS akan dipetakan melalui dokumen blueprint penambahbaikan tatakelola dan ke berdaya saingan NAFAS 2.0 yang merangkumi lima teras seperti berikut:
(i) tadbir urus dan kepimpinan organisasi;
(ii) perundangan dan pematuhan;
(iii) pengurusan dana dan perolehan;
(iv) model perniagaan kelestarian kewangan; dan
(v) sistem pemantauan audit dalaman dan penerbitan.
Kita dengar muzik Ahmad Nawab, Soalan Yang Berhormat telah dijawab.
[Dewan ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Seri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih atas jawapan Menteri yang baik dan berstrategi. Kita sedia maklum bahawa NAFAS ini tempat pergantungan pekebun-pekebun kecil ataupun peladang kecil dan dalam usaha mereka bergabung untuk memastikan masa depan ataupun kebajikan mereka dapat diberikan ataupun diambil perhatian melalui Kementerian Pertanian yang distrukturkan di bawah NAFAS. Apakah pembaruan struktur yang telah dirancangkan ataupun telah diusahakan benar-benar berfungsi untuk manfaat peladang kecil tadi? Dan apakah – bilakah dijangka penggantungan ini dapat ditamatkan? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Dalam usaha kita untuk membuat pembaharuan terhadap NAFAS ini, yang pertama, penyusunan semula.
Penyusunan semula struktur kepimpinan jemaah pengarah.
Kedua, pengukuhan fungsi semak dan imbang melalui pelantikan Jawatan Kuasa Khas yang memantau dalam aspek libat urus. Kita meletakkan orang-orang profesional untuk mengendalikannya. Kerajaan meletakkan Tan Sri Dato’ Seri Utama Zainal Rahim bin Seman sebagai Pengerusi, beliau ini adalah mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Yang Berbahagia Datuk Zulkifli bin Abdullah, mantan Timbalan Ketua Audit Negara; Dato' Hazir bin Mat Zain, mantan Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, (ICU); Yang Berbahagia Dato' Haji Nozir Ahmad bin Hussain, mantan Ketua Pengarah LPP; Yang Berusaha Encik Nik Mohd Shaharil bin Nik Md Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP. Ini semua anggota profesional yang mentadbir urus dan memberi syor dan cadangan kepada NAFAS untuk dibuat pembaruan.
Kita harap dengan tenaga profesional yang telah mereka khidmat dulu begitu hebat dalam kerajaan dan mereka ini diminta bertugas untuk mencorakkan semula NAFAS pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, soalan tambahan yang kedua, Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, penggantungan NAFAS di Lembaga NAFAS ni sebenarnya menjadi tanda tanya, menjadi tanda tanya di semua peringkat, unit, kawasan dan negeri dan perlu diingat mereka adalah pemegang taruh yang mempunyai apa – saham dalam Pertubuhan Peladang.
Jadi, adakah pihak kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan penuh siasatan, minit mesyuarat ataupun asas penggantungan yang berlaku ini? Sebab rakyat tertanya-tanya dan adakah pendedahan disebabkan ianya bersifat kepentingan awam, adakah kementerian bersedia untuk dedahkan kepada Parlimen dan juga PAC?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Silakan Datuk Seri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya ingat dalam PAC tidak ada masalah kerana PAC boleh memanggil mana-mana jabatan kerajaan, termasuk memanggil Menteri sendiri untuk memberi penerangan.
Oleh itu, sama ada nak didedahkan kepada public atau tidak, itu bergantung kepada perbincangan dari masa ke semasa dan juga kena rujukkan di pihak yang mengendalikan urusan di sudut perundangan dan sebagainya.
Ada perkara yang di peringkat yang tak boleh dedahkan lagi, dalam siasatan dan sebagainya. Kita akan melihat, masa akan menentukan dan pandangan Yang Berhormat Gerik itu kita amat mengambil perhatian kerana dia adalah hak awam dan kebanyakannya orang-orang kampung yang duduk dalam anggota NAFAS ini. Kita mengambil perhatian penuh, sama ada boleh didedahkan pada public atau tidak bergantung kepada penasihat undang-undang yang akan kita rujuk. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Berikutnya Yang Berhormat Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Assalamualaikum Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
4. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan kerajaan menerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam usaha menurunkan kos sara hidup rakyat selepas Mesyuarat NACCOL (Majlis) pada 24 Februari 2025, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil.1/2025 pada 11 Mac 2025 dan Mesyuarat NACCOL Bil.1/2025 pada 29 Mei 2025.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Bukit Gantang di atas soalan ini. Yang Berhormat Bukit
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Gantang bertanya bagaimana, apakah tindakan kerajaan melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang telah bermesyuarat dua kali pada tahun ini dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang telah bermesyuarat sebanyak satu kali.
Yang Berhormat Bukit Gantang, seperti Yang Berhormat sedia maklum, kos sara hidup ini terbahagi kepada beberapa aspek ya. Salah satunya ialah makan minum. Kedua ialah tempat tinggal ataupun perumahan. Ketiga, pendidikan. Keempat, pengangkutan.
Kelima, utiliti. Keenam, kesihatan dan tujuh ialah pendapatan itu sendiri. Maka, dalam ruang lingkup apa orang kata definisi kos sara hidup ini, NACCOL pada tahun ini dalam tiga mesyuarat tadi telah membuat beberapa keputusan sebab Yang Berhormat Bukit Gantang tanya khusus berkenaan dengan Mesyuarat Majlis dan Mesyuarat Jawatankuasa.
Pertamanya, berkenaan dengan makan minum. Kita sedia maklum bahawa ianya ada memberikan sedikit beban kepada segolongan masyarakat. Maka, jualan inisiatif Payung RAHMAH ditingkatkan dan kita juga maklum bahawa inisiatif Payung RAHMAH itu ditingkatkan daripada RM300 juta kepada RM600 juta pada tahun ini. Kemudian, antara keputusan jualan NACCOL ialah Jualan Agro Madani, RM25 juta diperuntukkan untuk Jualan Agro Madani. Ada banyak keputusan berkenaan dengan aspek kesihatan, Dato’ Yang di- Pertua.
Yang pertama, dalam aspek kesihatan ialah mewajibkan pemberian preskripsi untuk setiap perundingan. Ya, maksudnya apabila seseorang itu pergi jumpa doktor, maka preskripsi itu wajib dan pesakit itu harus faham bahawa dia tidak perlu ataupun tidak wajib untuk membeli ubat di klinik tersebut. Dia boleh membuat pilihan untuk membeli di farmasi contohnya ya. Jadi, preskripsi itu wajib. Kedua, paparan harga ubat juga wajib. Ini keputusan NACCOL, bermula pada 1 Ogos. Paparan harga ubat di farmasi dan juga di klinik.
Kemudian, mewajibkan bil terperinci di klinik, berapa konsultasi dia dan sebagainya.
Jadi, itu antara keputusan NACCOL yang penting dari aspek kesihatan. Lagi satu berkenaan dengan keputusan NACCOL ialah pembangunan indikator kos sara hidup dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar, di mana pada tahun ini telah pun dimulakan advokasi berkenaan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar ini. Itu keputusan yang seperti yang dimohon oleh Bukit Gantang, dua Mesyuarat Majlis dan satu Mesyuarat Jawatankuasa. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih Menteri. Semua keputusan itu adalah keputusan jangka pendek dan one-off. Soalan saya, apakah setiap kali mesyuarat NACCOL, tak dirancang satu pelan jangka panjang untuk penyelesaian, it’s a real solution. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih atas soalan tambahan Bukit Gantang.
Dato’ Yang di-Pertua, amat penting ya berkenaan dengan kos sara hidup ini. Di mana dalam
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
RMK13 pun ada disebut berkenaan dengan Tonggak B. Di bawah Tonggak B, iaitu meningkatkan mobility sosial, di mana salah satu daripada strateginya ialah memperkukuh pengurusan kos sara hidup.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Jadi, kalau Bukit Gantang nak tanya soalan, ini dia berkaitan dengan long-term solution. Di mana di dalam RMK13, disebut sebagai usaha menyeluruh dalam memperkukuh perancangan, pelaksanaan dan pemantauan strategi untuk menangani kos sara hidup. Pelan tindakan sara hidup negara baharu akan diperkenalkan dan ia nya akan melibatkan penyasaran subsidi dan juga pengurusan subsidi dan juga penstabilan harga barangan dan perkhidmatan. Jadi, itu strategi jangka masa panjang seperti yang termaktub dalam RMK13. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Yang Berhormat Menteri, tahniah kerajaan kerana menambahkan jumlah intervensi untuk menurunkan kos sara hidup seperti Jualan RAHMAH dan sebagainya. Cuma bila di bawah ini, ada pelbagai cerita. Ada yang kata memang kebanyakan ada barangan turun tapi ada juga pihak yang mengatakan barangan naik dan memainkan sentimen dan sebagainya.
Cuma persoalan saya, apakah mekanisme pemantauan dan pelaporan yang digunakan oleh NACCOL bagi memastikan semua intervensi kos sara hidup ini benar-benar memberikan impak kepada pengguna akhir? Dan yang kedua adalah, apakah indikator atau ukuran pencapaian yang digunakan untuk menilai impak keberkesanan daripada keputusan NACCOL ini, supaya kita boleh menunjukkan kepada rakyat bahawa intervensi ini benar- benar berjalan dan memberikan impak kepada rakyat. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Sungai Petani. Jadi, Sungai Petani, kita berkenaan dengan keberkesanan ya. Saya nak bawa satu contoh, Sungai Petani, Dato’ Yang di-Pertua. Apabila kita menarik subsidi ayam pada 1 November 2023, lama dah itu ya.
Sebelum itu, kita ada masalah dengan harga ayam ya. Di mana kita ada harga kawalan RM9.40 dan kita ada subsidi tapi kita sukar untuk mengawal harga ayam itu, sehinggakan peniaga terpaksa caj untuk potong ayam ya. Jadi, apa yang kita lakukan sebagai satu strategi ialah kita membanteras kartel makanan ayam. Kita membanteras kartel makanan ayam, di mana 70 peratus daripada kos pengeluaran ayam itu adalah daripada makanan ayam.
Jadi, apabila kita banteras kartel makanan ayam, maka kita dapat kawal kos pengeluaran ayam. Dan daripada 1 November 2023, Yang Berhormat Sungai Petani, kita di KPDN mengambil data berkenaan dengan harga ayam. Sampai hari ini, setiap hari. Ya, itu
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
untuk memastikan bahawa ianya benar-benar berkesan tak ada subsidi ya. Kita tarik subsidi tapi kita kawal dia punya bekalan dan sepanjang rantaian itu. Kemudian, kita teliti dan kita periksa harga ayam itu setiap hari dan kita tengok pada hari ini, harga ayam stabil ya dan ada yang rendah lagi. Begitu juga apabila subsidi telur itu ditarik dan kita tengok telur tidak ada masalah dengan bekalan, kita juga tidak ada masalah dengan harga.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Jadi, ini di mana KPDN memang ada apa orang kata punca kuasa untuk meneliti sepanjang rantaian bekalan itu, harga di setiap peringkat.
Maksudnya kos pengeluaran, bahan asas, kos pengedaran dan sebagainya, hinggalah ke peruncitan dan kita memastikan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan itu dan digunakan sama dengan akta-akta yang lain, Akta Kawalan Bekalan, Akta Persaingan dan sebagainya untuk memastikan kita dapat mengawal bekalan dan juga mengawal harga.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, satu Speaker. Belah sini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri, Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tak dapat belah sini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Duduk, Yang Berhormat.
Saya nak teruskan. Terima kasih. Berikutnya, Yang Berhormat Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih, Dato’ Indera Speaker.
Petah berpantun, Yang Berhormat Pontian, Hebat memasak, segak orangnya; Bangkitlah tuan, mohon jawapan, Soalan saya soalan nombor 5.
5. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan statistik aduan serta pencapaian aplikasi MYJalan dalam menyelesaikan aduan kerosakan jalan raya di Sarawak dan adakah kementerian akan membuat penambahbaikan ke atas aplikasi ini bagi membolehkan aduan dibuat oleh pengguna yang tidak berada di lokasi kerosakan jalan tersebut.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Padi sawah dan padi huma, Angkat tuaian melalui titi; Tidak susah soalan 5, Dengar jawapan dengan teliti.
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey, Baik. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Batang Lupar. Selaras dengan— dengan izin, no wrong door policy. Aplikasi MYJalan, menerima aduan mengenai jalan yang berada di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya serta aduan jalan di bawah pihak
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
bertanggungjawab yang lain. Semenjak Ogos 2023 hingga 30 Jun 2025, aplikasi MYJalan KKR telah merekodkan sebanyak 39,371 aduan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Daripada keseluruhan aduan tersebut, 11,959 aduan atau 30.4 peratus adalah aduan berkaitan Jalan Persekutuan di bawah seliaan KKR. Baki sejumlah 27,412 aduan adalah 69.6 peratus membabitkan jalan bandaran di bawah tanggungjawab PBT KPKT, aduan mengenai jalan kampung di bawah seliaan KKDW, aduan jalan pertanian di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran, aduan mengenai jalan negeri di bawah seliaan dan tanggungjawab kerajaan negeri. Bagi Jalan Persekutuan di bawah seliaan KKR, pengguna dapat memantau status tindakan penyelesaian aduan menerusi aplikasi MYJalan KKR di ruangan status.
Bagi aduan yang berada di bawah pihak bertanggungjawab yang lain dan tidak pula mengguna pakai platform sistem pengurusan aduan awam SISPAA, tindakan penyelesaian akan terus dimaklumkan oleh pihak bertanggungjawab yang berkenaan pada pengadu.
Berhubung status aduan jalan di Sarawak, MYJalan menerima 809 aduan, sejumlah 68 aduan merupakan aduan jalan bawah seliaan KKR di mana 43 aduan telah diselesaikan dan 25 aduan sedang dalam tindakan manakala sebanyak 741 aduan atau 91.59 peratus merupakan aduan jalan membabitkan pihak tanggungjawab yang lain.
Aplikasi MYJalan KKR telah melalui proses penambahbaikan mengambil kira cadangan daripada pengguna, keperluan baharu dan selaras dengan teknologi terkini. Dan mereka pengadu boleh membuat aduan tanpa perlu berada di lokasi kerosakan dengan syarat. Langkah pertama, pengguna perlu mengetahui kedudukan lokasi kerosakan dengan menggunakan fungsi carian search pada peta Google Maps dalam aplikasi MYJalan.
Langkah kedua, pengguna perlu menetapkan pin lokasi pada peta. Langkah ketiga, pengguna perlu mendaftar aduan dengan cara mengisi maklumat aduan pada borang dalam apps MYJalan.
KKR dari semasa ke semasa melaksanakan advokasi dan promosi aplikasi MYJalan.
Setakat ini, sekitar 53,000 pengguna telah memuat turun aplikasi MYJalan melalui Apple Store atau Google Play atau AppGallery Huawei. Dalam hal ini, KKR berharap semua Ahli Yang Berhormat dapat membantu untuk menguar-uarkan aplikasi MYJalan supaya lebih banyak rakyat dapat menerima manfaat. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ingin memohon penjelasan mengenai apakah proses dan tindakan susulan yang diambil oleh kementerian setelah aduan diterima melalui aplikasi MYJalan dan berapakah tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu aduan?
Berkenaan dengan aduan jalan berlubang, saya ingin bertanya, apakah yang menyumbang kepada kekerapan masalah tersebut berlaku di Sarawak dan untuk mengatasi
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
masalah ini, adakah pihak kementerian bercadang untuk mempertimbangkan pembinaan elevated road dengan izin, bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti tanahnya tidak stabil atau peat soil sehingga mengakibatkan jalan tersebut bukan sahaja cenderung untuk berlubang, malah seolah-olah beralun, berombak yang banyak berlaku di Sarawak, termasuk di beberapa kawasan di bawah jajaran Lebuhraya Pan Borneo dan di kawasan jalan pesisir Sarawak. Terima kasih Dato’ Indera Speaker.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Yang di-Pertua, yang pertama, apakah sebab jalan rosak, jalan berlubang? Ada pelbagai sebab. Kalau di Malaysia ini antaranya yang pertama ialah cuaca, faktor cuaca, hujan, panas, banjir. Faktor kedua ialah kenderaan berat yang melebihi muatan. Itu kami akan sentiasa berkerjasama dengan JPJ.
Faktor yang ketiga ialah jangka hayat. Macam juga manusia, jalan juga mempunyai jangka hayat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Faktor yang keempat ialah kualiti turapan.
Apakah jenis bitumen yang digunakan? Faktor yang kelima, kadang-kadang ada pihak pemberi utiliti yang tidak menutup jalan-jalan itu dengan baik. Itu faktor. Dari segi elevated road dan sebagainya ini, tentunya kita membuat swell investigation (SI), sama ada di peat swell ataupun sebagainya untuk memastikan jalan itu tidak rosak dan jika ada kawasan banjir, memang kita akan tinggikan jalan supaya tidak terputus akibat banjir.
Mengenai SOP, perkara yang ketiga, 15 hari bekerja. Ada banyak garisan jalan, halangan, jalan berlubang, jalan rosak, kemudahan awam, lampu isyarat, lampu jalan, papan tanda, perabot jalan, tanah runtuh, ini yang rakyat buat aduan. Kita memberi masa kalau menampal lubang jalan kena 24 jam, mesti tampal, Jalan Persekutuan dan untuk aduan- aduan yang lain, paling lewat 15 hari dan kita harap semua kementerian yang lain, KPKT, KKDW, Kementerian Pertanian memastikan supaya kalau tampal jalan, 24 jam mesti ditampal. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mendapat kepastian tentang aplikasi yang disebut sama ada Android ataupun Google Play, MYJalan yang dinyatakan tadi. Benarkah aplikasi tersebut, MYJalan, menimbulkan masalah kepada pengguna untuk log in atau mendaftar akaun baru walaupun telah memasukkan maklumat yang tepat?
Yang kedua, benarkah pengguna tidak boleh membetulkan, edit ataupun delete aduan selepas dihantar? Contohnya kalau tersilap lokasi ataupun nak tambah gambar ataupun nak ubah bentuk aduan tanpa perlu membuat aduan baru. Jika benar, apakah langkah segera untuk membolehkan pengguna dapat memanfaatkan aplikasi MYJalan selaras dengan kemajuan teknologi artificial intelligence (AI)?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang kedua, baru-baru ini KKR telah memasang lampu solar di sepanjang Jalan Raya Timur Barat antara Gerik ke Jeli ekoran tragedi kemalangan yang meragut nyawa 15 orang mahasiswa UPSI pada 9 Jun 2025 lalu. Soalan tambahan saya di sini ialah apakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan pemasangan lampu solar di laluan-laluan yang berisiko kemalangan jalan raya, supaya tidak berlaku lagi tragedi yang seperti itu? Sekian, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab soalan tambahan pertamanya, sebab yang kedua itu dah luar daripada Peraturan 24(3).
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Ketawa] Download Apple Store 23,884, download Google Play 52,148 download Huawei AppGallery 2,096. Susah nak guna aplikasi MYJalan ini tidak benar. Selagi ada talian, pengguna boleh buat aduan dan jumlah yang saya sebut tadi Apple Store, Google Play, AppGallery ini 78,128 dan yang menariknya lelaki 40,249, wanita 11,922. Ini saya nak maklumkanlah Jerlun, bahawa kita sentiasa memantau dan memperbaikilah.
Sikit je tentang Gerik-Jeli ini, dia bukan sebab lampu jalan, garisan, itu sebab yang kedua. Sebab pertama, kawasan 60 kilometer sejam, pemandu memandu 112 kilometer sejam. Itu puncanya. Kalau ada lampu terang-benderang macam di highway, kalau mereka memandu laju begitu, maka kemalangan tetap akan berlaku. Itu, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya. Berikutnya Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Pagi ceria mentari bersinar, Anak kecil bermain di taman; Libaran berdiri mohon bertanya, Soalan nombor enam menanti jawapan. Hidup Pontian.
6. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan senarai projek bekalan air luar bandar di Sabah yang gagal disiapkan atau lewat lebih 12 bulan dan nyatakan jika kelewatan tersebut disebabkan kegagalan penyelarasan antara agensi negeri atau di peringkat Persekutuan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Libaran atas soalan nombor 6. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2025, sebanyak tiga projek baru dan 79 projek sambungan diluluskan di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar di negeri Sabah.
Pada masa ini, sebanyak 11 projek berada dalam fasa pembinaan dan daripada jumlah tersebut terdapat empat projek yang dijangka siap melebihi 12 bulan daripada tarikh
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
siap asal iaitu pembinaan Loji Rawatan Air Kedua Pitas, Sabah, Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Semporna, Projek Bekalan Air Luar Bandar di kawasan Dewata, Lahad Datu, Sabah dan Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Mangaris, Kota Marudu, Sabah.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua projek tersebut telah diluluskan pelanjutan tempoh masa (EOT) oleh pegawai penguasa dan KKDW disebabkan oleh faktor- faktor luar jangka seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), halangan memasuki tapak oleh penduduk-penduduk setempat, isu-isu berkaitan pengambilan tanah, cuaca buruk dan banjir, pindaan reka bentuk dan kerja-kerja tambahan yang dipohon terhadap projek berkenaan.
Kementerian sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Air Negeri Sabah selaku pegawai penguasa dan memantau pelaksanaan bagi memastikan projek-projek yang dirancang ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Penyelarasan dan pemantauan terhadap projek-projek tersebut turut diadakan dari semasa ke semasa melalui mesyuarat berkala seperti Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri Sabah dan juga mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan dengan projek yang diadakan dari semasa ke semasa. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di Sabah ini, masalah air sudah berlarutan, bukan dalam tempoh satu tahun, dua tahun kebelakangan ini. Dari tahun 2020 hinggalah pada tahun 2025 ini, satu jangka masa yang cukup lama untuk menyelesaikan isu bekalan air. Baru dua, tiga hari yang lalu di Libaran, hampir empat, lima kawasan mengalami satu minggu tidak mendapat air yang bersih.
Apa yang berlaku, ia disebabkan adakah langkah segera yang berkesan akan diambil oleh kementerian bagi memastikan projek-projek bekalan air luar bandar di Sabah ini, khususnya yang lewat atau gagal disiapkan, tidak terus terperangkap akibat kelemahan di peringkat negeri. Dan adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu mekanisme khas penyelarasan antara agensi bagi memantau secara lebih rapi projek air di kawasan luar bandar negeri Sabah? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih atas soalan tambahan itu tadi ya.
Timbalan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah amat prihatin, amat apa orang kata, prihatin dengan isu masalah bekalan air di Sabah. Dan pihak kementerian cuba melaksanakan sebaik yang mungkin. Bukan saja dari sudut perancangan, pelaksanaan dalam memastikan projek-projek yang diluluskan untuk Kerajaan Negeri Sabah disiapkan dalam tempoh, pada masa yang ditetapkan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Dan oleh itu, pihak kementerian bekerjasama rapat dengan Jabatan Air Sabah sebagai penguasa, pegawai penguasa dalam usaha memantau pelaksanaan projek-projek supaya projek ini dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.
Namun begitu, isu-isu banyak timbul dalam pelaksanaan projek, terutamanya isu berkaitan dengan pengambilan tanah dan juga sekatan kemasukan terhadap projek-projek berkenaan. Di samping isu utama juga adalah sumber air yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam kertas cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri. Dan oleh sebab itu, pihak kementerian telah pun mengadakan beberapa langkah untuk menyelesaikan ataupun memastikan pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Antaranya, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersama yang mana jawatankuasa ini dipengerusikan sendiri oleh YAB TPM selaku Menteri KKDW bersama dengan Menteri ataupun Ketua Menteri Sabah, yang mana kita cuba menyelesaikan isu-isu pelaksanaan di peringkat atasan sekali, maksudnya di peringkat atas.
Selain daripada itu, kita juga ada Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian, yang mana sentiasa bermesyuarat, sentiasa berbincang, menyelesaikan isu-isu di peringkat kementerian. Sebab ada setengah isu itu perlu di — ada connectivity, ada kaitan dengan kementerian-kementerian yang lain, khasnya dari sudut jajaran dan juga dari sudut apa nama, sumber air. Sumber air ini maksudnya, PETRA dan juga kerajaan negeri. Kalau jajaran, bersama dengan Kementerian Kerja Raya.
Selain daripada itu, kita juga ada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, yang ini teknikal, ya. Yang sentiasa bermesyuarat, yang sentiasa berbincang, yang sentiasa turun padang, memastikan pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Dan tindakan-tindakan perlu diambil dengan segera berdasarkan laporan ataupun isu yang telah timbul. Dan satu lagi langkah ke depan yang kita adakan Yang Berhormat, untuk...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Timbalan Menteri, ringkaskan jawapan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey. Yang pertama adalah memastikan setiap apa orang kata, cadangan projek daripada kerajaan negeri sekarang. Sekarang ya, perlu mempunyai kertas cadangan yang lebih jelas. Supaya apabila projek diluluskan, ia dapat dilaksanakan dan tidak timbul banyak isu berkaitan dengan pelaksanaan tersebut.
Supaya perkara-perkara seperti isu tanah dan juga sumber air dapat dikenal pasti lebih awal. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini langkah-langkah yang kita ambil pada masa ini dan usaha untuk mempercepatkan projek-projek ini sedang dalam pelaksanaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Pendang.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mulakan dengan sedikit pantunlah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Amat indah memikat sukma, Hiasan dara bertambah ayu; Tempat mencurah taat setia, Itulah dia tanah air ku. Soalannya, saya hendak bangkitkan. Pada 2016 sudah berlaku skandal projek air di Sabah dan pada hujung tahun 2024, puluhan juta telah dijumpai di rumah bekas Pengarah Air Sabah. Apakah penemuan wang tersebut berkait dengan skandal terdahulu atau kes berlainan?
Saya minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah atau Timbalan Menteri menyatakan bilangan penduduk luar bandar di Sabah yang terjejas akibat kelewatan Projek Bekalan Air Luar Bandar. Dan apakah pelan jangka pendek bagi memastikan access sementara kepada bekalan air bersih yang berkait dengan skandal 2016 dan ditangkap pada — dijumpai pada 2024? Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jawab yang berkaitan saja, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Ya, YB Pendang ya. Berkaitan dengan apa nama kes tersebut, kita tak ada rekod, tidak ada kaitan dari sudut itu. Sebab kita terlibat secara menyeluruh dari sudut pelaksanaan projek itu sendiri. Perkara-perkara yang di luar projek itu, di luar bidang kuasa KKW.
Yang kedua, berkaitan dengan apa nama, kaedah ataupun pelaksanaan jangka pendek yang kita laksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kita memastikan, cuba memastikan projek-projek ini dilaksanakan seberapa segera. Kita nak memastikan isu- isu masalah pelaksanaan projek ini ditangani dengan secepatnya melalui jawatankuasa- jawatankuasa yang telah dibentuk antara KKW dan juga kerajaan negeri dan juga pihak penguasa air.
Dan langkah-langkah yang perlu kita ambil adalah kita bekerjasama dengan penguasa air Sabah untuk memastikan kawasan-kawasan yang berkenaan dilitupi ataupun diberi, diambil perhatian oleh kerajaan negeri sebab air ini di bawah bidang kuasa negeri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Berikutnya, Yang Berhormat Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Nak pantun jugalah.
*Buang sampah dalam tong, Tapi tong sampah berada jauh; Buang sajalah dalam hutan, Soalan saya nombor tujuh.
[Ketawa]*
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
7. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan menjelaskan sama ada kementerian menyediakan peruntukan khas kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan bagi mengurus sisa pepejal dan membersihkan kawasan pembuangan sampah haram di luar kawasan PBT.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan rukun kemampanan dalam kerangka Malaysia MADANI, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertekad memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal negara dengan pendekatan yang mengimbangi keperluan pembangunan, pemeliharaan alam sekitar dan juga kesejahteraan rakyat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT bertanggungjawab menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun Akta 672. Negeri-negeri tersebut adalah seperti mana Perlis, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Manakala bagi negeri-negeri lain, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi yang bertanggungjawab di peringkat negeri masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, menerusi Belanjawan 2025, kementerian ini telah pun menerima peruntukan sebanyak RM1.54 bilion bagi tujuh buah negeri yang saya telah pun sebut tadi untuk membiayai operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, termasuklah kutipan sampah, pembersihan awam, penguatkuasaan dan pembersihan kawasan pembuangan sampah haram. Pelaksanaan perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam ini termasuk pembersihan sampah haram yang dilaksanakan berdasarkan serahan oleh pihak PBT sama ada di dalam ataupun di luar kawasan pihak berkuasa tempatan.
Oleh yang demikian, KPKT tidak menyediakan peruntukan khas secara langsung kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan bagi tujuan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kawasan pembuangan sampah haram di luar kawasan PBT.
Akta 672 ini juga memperuntukkan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan pembuangan sampah haram di semua kawasan PBT berkenaan. Dalam hal ini, pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah pun melaksanakan sebanyak 3,036 operasi pembasmian tapak sampah haram pada tahun 2024 dan 2,030 operasi sehingga Jun 2025, termasuklah tindakan pendakwaan terhadap pihak yang melakukan kesalahan. Dengan pelaksanaan tindakan bersepadu ini, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berusaha memastikan kesejahteraan rakyat,
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
termasuklah di negeri Kedah, terpelihara melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan berkualiti.
Dan kementerian ini juga ingin menegaskan bahawa usaha menjaga kebersihan dan membanteras pembuangan sampah haram ini tidaklah boleh dipikul semata-mata oleh satu pihak sahaja. Semua pihak sepatutnya bekerjasama dan memberikan perkhidmatan keseluruhan bagi memastikan persekitaran bersih, sihat dan lestari untuk kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Soalan tambahan saya. Apakah strategi yang akan dan sedang dilaksanakan oleh KPKT bagi memastikan kawalan berkesan terhadap pelupusan sisa pepejal secara haram ini? Dan adakah KPKT menyediakan peruntukan khas atau teknologi pemantauan seperti CCTV, sistem aduan awam atau smart enforcement untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam usaha yang dilaksanakan oleh KPKT ini bagi memperkasakan tindakan-tindakan dan hukuman terhadap mana-mana orang yang didapati membuang sisa pepejal secara haram ini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan strategi kawalan ini, Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa yang telah pun dilaksanakan dan dikuatkuasakan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Pertamanya, kementerian ini khususnya SWCorp...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tampin dapat ni.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
...Telah pun mengadakan kerjasama strategik dengan MYSA untuk membuat cerapan lokasi yang disyaki berlakunya sampah haram. Dan keduanya adalah― betul, kita juga mengadakan CCTV, meletakkan CCTV khususnya di lokasi-lokasi hotspot sampah haram.
Dan ketiga, pemantauan oleh pihak penguat kuasa SWCorp juga berjalan sepanjang masa. Operasi serbuan, juga intipan, dilakukan. Dan pada masa yang sama, kita juga mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pejabat-pejabat tanah dan daerah, contohnya, Tuan Yang di-Pertua.
Dan untuk makluman, kita telah pun membuat penutupan seperti mana yang saya sebutkan tadi dan khususnya di Kedah, sebanyak 482 operasi penguatkuasaan dan penutupan sampah haram telah pun diadakan di negeri Kedah pada tahun 2024. Dan sehingga Jun 2025, sebanyak 388 operasi dan penutupan tapak-tapak sampah haram telah pun dilakukan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Tampin.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya bagi Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Dato’ Indera Yang di-Pertua.
Tampin mengalu-alukan kedatangan ke Dewan Rakyat Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin.
[Tepuk] Warga emas sentiasa di hati Tampin dan mereka sentiasa sayang ‘budak hitam’ ini.
Soalan saya. Isu pengurusan sampah ini bukan sahaja menjadi masalah di kampung- kampung tradisi tetapi juga menjadi masalah di kawasan rancangan FELDA. Apabila cuba dibuat penyelarasan dengan pihak PBT, jawapan yang diberikan adalah FELDA bukan kawasan seliaan PBT. Memandangkan pihak PBT melalui agensi seperti SWCorp mempunyai kepakaran dalam soal pengurusan sampah ini, saya melihat wajar untuk PBT melihat bagaimana boleh membantu pengurusan sampah di dalam rancangan FELDA.
Soalan saya. Adakah terdapat sebarang perbincangan khusus antara pihak kementerian dan pihak FELDA dalam soal pengurusan sampah ini? Dan jika ada, apakah perkembangan terkini perbincangan tersebut? Terima kasih, Dato’ Indera Yang di-Pertua.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 telah pun dilaksanakan, dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2011, seksyen 3 dan seksyen 4 sebenarnya memperuntukkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan daripada kerajaan negeri dan juga pihak PBT tetapi ini hanya terpakai kepada tujuh buah negeri yang saya sebutkan tadi.
Adapun yang terkait dengan FELDA ini, Tuan Yang di-Pertua, memanglah FELDA bukan di bawah kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan. Dan sepatutnya, sepertimana yang kita sebutkan tadi, dia tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada hanya satu pihak.
Maknanya, pihak FELDA itu sendiri boleh mengadakan perbincangan-perbincangan. Setakat ini, sefaham saya, tidak ada perbincangan lagi dengan pihak FELDA, Tuan Yang di-Pertua.
Tetapi, ini boleh dah dilihat ke hadapan berdasarkan punca kuasa dan peruntukan yang diperuntukkan melalui Akta 672. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berikutnya, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 8.
8. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan status dan keberkesanan rundingan antara Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat berkenaan pelaksanaan tarif timbal balik dan jaminan kerajaan susulan daripada tempoh ketidakpastian ini supaya tidak akan menjejaskan perdagangan, rantaian bekalan dan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Dato’ Indera Yang di-Pertua. Terima kasih Tanjong Piai.
Pada 1 hari bulan Ogos 2025, Rumah Putih Amerika Syarikat telah mengumumkan arahan eksekutif ataupun executive order perubahan kadar tarif timbal balas ke atas negara- negara rakan dagangannya termasuk Malaysia pada kadar 19 peratus. Ini merupakan kejayaan buat kerajaan dalam merundingkan kadar tarif timbal balas tersebut di mana ianya merupakan satu perundingan yang kompleks dari segi kandungan dan perlu dimuktamadkan dalam masa yang sangat singkat.
Kerajaan yakin bahawa langkah-langkah awal yang telah dilaksanakan serta perancangan mitigasi yang rapi akan dapat mengurangkan impak negatif pengenalan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia secara khusus. Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah 13.2 peratus dari keseluruhan eksport Malaysia pada tahun 2024 yang berjumlah RM1.508 trilion.
MITI bersama agensinya iaitu MATRADE turut mengambil langkah-langkah mitigasi bagi menangani impak tarif timbal balas dengan mempelbagaikan pasaran eksport negara.
Ini dilaksanakan dengan meneroka destinasi baru di pasaran bukan tradisional serta memperkukuh rangkaian eksport produk Malaysia terutamanya ke negara-negara pasaran baru atau emerging market yang sedang pesat membangun di Asia Tengah, Asia Selatan, Timur Tengah, Benua Afrika dan ASEAN.
Bagi meletakkan kedudukan Malaysia sebagai negara di titik pertengahan penting ataupun indispensable middle, yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam rangkaian bekalan, kerajaan komited untuk meningkatkan daya tahan negara bagi melahirkan syarikat-syarikat teknologi tempatan yang maju dalam sektor-sektor strategik seperti semikonduktor.
Perlu ada perubahan pemikiran kerana selama ini, syarikat-syarikat kecil dan PMKS dianggap hanya mampu menyokong syarikat gergasi korporat multinasional asing. Pemikiran baru yang kita nak ajukan ialah untuk menekankan keupayaan syarikat Malaysia dan potensi syarikat Malaysia untuk menjadi MNC yang berasaskan teknologi yang mampu memainkan peranan besar di persada dunia.
Kerajaan komited untuk meneraju usaha transformasi syarikat-syarikat tempatan daripada hanya menjadi pengeluar tahap outsourcing ataupun dibuat Malaysia (made in Malaysia) kepada tahap dibuat dengan teknologi Malaysia atau made by Malaysia.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Program pengaktifan dan reformasi syarikat berkaitan kerajaan, GEAR-uP di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM25 bilion, bertujuan untuk memacu syarikat pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi, high-growth high-value, seperti semikonduktor dan peralihan tenaga serta memperkasakan komuniti terpinggir dan membangunkan bakat tempatan.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
MITI bersama Kementerian Kewangan juga akan memperkenalkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu atau New Investment Incentive Framework (NIIF) pada suku ketiga tahun ini untuk pelaburan dan aktiviti bernilai tinggi untuk memastikan semua pelaburan menghasilkan manfaat seperti pekerjaan berkualiti untuk rakyat Malaysia dan membangunkan ekosistem serta teknologi syarikat-syarikat Malaysia, untuk memastikan PMKS mendapat manfaat melalui pelaburan domestik dan asing yang baru dan juga melalui usaha membina syarikat Malaysia menjadi MNC. Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi yang dikenakan kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia yang membolehkan syarikat-syarikat tempatan mendapat hasil limpahan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, apakah pelan jangka masa sederhana dan panjang untuk segera memperbagaikan rantai bekalan agar tidak terlalu bergantung kepada satu pasaran semata- mata, memandangkan dasar perdagangan Amerika Syarikat kini semakin protectionist dan tidak konsisten? Dan sejauh manakah pihak kerajaan melibatkan wakil industri, dewan perniagaan dan persatuan PKS dalam rundingan ini atau keputusan hanya dibuat secara tertutup tanpa input menyeluruh daripada mereka yang terkesan secara langsung. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tanjong Piai. Memang saya setuju dengan Tanjong Piai bahawa kita mesti memperbagaikan pasaran kita. Seperti apa yang saya sebut tadi, kita memang terutamanya melalui MATRADE dan juga agensi-agensi lain untuk mempelbagaikan pasaran kita ke Asia Barat, ke Asia Tengah, ke Asia Selatan dan juga Afrika dan negara-negara ASEAN. Juga penting ialah untuk memperkasakan kelas middle di antara kita sendiri dan juga di antara ASEAN. Kalau negara kita ada kelas pertengahan yang lebih kukuh, yang boleh juga sebagai pengguna dan bukan saja sebagai producer, maka pasaran tempatan dan pasaran ASEAN juga akan jadi lebih mampat.
Juga soalan Tanjong Piai berkenaan dengan penglibatan urus ataupun libat urus bersama dengan industri di bawah NGCC - National Geo-Economic Consultative Council atau Command Centre. Dalam NGCC, wakil-wakil FMM dan juga wakil-wakil daripada persatuan industri lain juga dimasukkan dalam sesi libat urus. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dato' Yang di- Pertua, pertama saya nak ucap setinggi tahniah kepada MITI atas usaha baik menghasilkan pencapaian pengurangan tarif daripada 25 peratus kepada 19 peratus. Tetapi 19 peratus juga adalah satu tarif yang amat tinggi. Ia sukar bagi –– memberikan kesukaran kepada pengeluar
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
dan pengeksport Malaysia. Kalau kita lihat, kita eksport ke Amerika RM158 bilion. Kalau kata 19 peratus ialah RM39 bilion.
Dato' Yang di-Pertua, this is a big amount of money. Ia akan memberikan impak besar kepada daya saing Malaysia dalam pasaran Amerika Syarikat, 19 peratus akan meningkatkan kos kepada pembeli. Pengimport Amerika Syarikat berpotensi menurunkan export volume yang akan wujudkan kesan domino yang akhirnya menjejaskan pelaburan.
Penurunan 19 peratus dianggap kemenangan, betul. Tapi ia akan memberikan kesan besar kepada syarikat-syarikat Malaysia ke Amerika Syarikat. Saya nak beri contoh ya, Timbalan Menteri. Saya baru cakap dengan sebuah syarikat di Kulim Hi-tech Park yang membuat solar panel, dengan tarif 19 peratus ini, dulu dah kena 10 peratus, tambah 19 peratus ini, mereka sudah pun mengurangkan capacity production 50 peratus Dato' Yang di- Pertua. That is a big number and then dia sebenarnya pengimport di sana minta pengeksport kita, syarikat itu bayar tarif. Tapi kalau bayar dia increase the cost. So, it's very tough, dia akan beri kesan kepada employment at the end of the day. Soalannya Dato' Yang di-Pertua, apakah langkah kerajaan, MITI, untuk menangani atau memitigasi keadaan ini? Adakah kerajaan telah mengkaji atau membuat analisis kesan 19 peratus ini kepada pekerjaan, kemasukan pelaburan dan daya saing produk Malaysia di Amerika Syarikat. Seterusnya produk semikonduktor juga berkemungkinan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dia ada –– sikit saja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, cukuplah tu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dia sebenarnya under scrutiny oleh Amerika Syarikat, Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Itu Yang Berhormat dah banyak kali bangkitkan Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalannya, ini soalan dah ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Apakah langkah kerajaan dalam menghadapi kemungkinan ini? Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Strict Yang di-Pertua ini pun.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih kepada Kubang Pasu. Syarahan Kubang Pasu memang bagus. Satu, ialah berkenaan semikonduktor. Semikonduktor belum dibuat keputusan, Amerika Syarikat belum buat keputusan berkenaan dengan semikonduktor dan
Tuan Liew Chin Tong
memang ada kemungkinan semikonduktor akan menghadapi tarif yang baru dan ini di luar daripada bidang kuasa negara kita. Walaupun negara kita, memang MITI bersama dengan agensi-agensi lain memang ada libat urus dengan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia, syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia.
Isu berkenaan dengan solar panel. Solar panel bukan menghadapi saja tarif, reciprocal tariff, tetapi apa yang berlaku ialah pada bulan November tahun lepas, 2024, sebelum Donald Trump mengambil jawatan Presiden, Amerika Syarikat telah mengenakan tarif anti-dumping terhadap solar panel. So, solar panel dia ada dua cabaran. Satu ialah tarif anti-dumping dan kedua ialah saingan daripada China.
Untuk menjawab soalan awal atau syarahan Kubang Pasu, dua poin. Satu ialah saingan kita dengan siapa? Saingan kita dengan, biasanya kalau low end product, kita bersaing dengan –– atau producer, producer kita bersaing dengan negeri China dan juga Vietnam. So, kalau tarif kita sama rata dengan Viet Nam dan ataupun kurang daripada China, memang kalau di low end value chain dia masih boleh saing kerana dia bukan banding dengan siapa, dia banding dengan Viet Nam dan China.
Untuk –– dan poin kedua ialah, untuk jangka panjang kita tidak inginkan syarikat- syarikat kita hanya bersaing asas, berasas harga. Kita juga harap syarikat-syarikat kita dalam nilai, rangkaian nilai dan bersaing berasas nilai. So, itu adalah sasaran ataupun harapan kerajaan supaya satu hari nanti syarikat kita bukan saja bersaing asas, berasas harga. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Berikutnya Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ada sikit pantun ya.
*Pergi memancing bawa umpan, Memancing ikan di Pulau Sembilan; Pantun kena kencing Pontian takkan kami lupakan, Jawab soalan nombor sembilan.
[Tepuk]*
9. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah konkrit kementerian untuk mengekang ketidakseimbangan pasaran buruh apabila 35.7 peratus daripada kadar pengangguran semasa berkait rapat dengan isu ketidakpadanan kemahiran dan apakah strategi intervensi jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dilaksanakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Indera Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Guna tenaga tidak penuh, berkaitan kemahiran telah mencatatkan penurunan daripada 37.3 peratus pada tahun 2022 kepada 35.7 peratus pada suku pertama 2025.
Penurunan ini merupakan hasil pendekatan secara menyeluruh oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian. KESUMA menerusi jabatan dan agensi terlibat dalam latihan, kemahiran dan TVET seperti TalentCorp, Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran, PERKESO dan HRD Corp berperanan dalam menyediakan tenaga buruh yang mempunyai kemahiran yang tinggi, sesuai dengan kehendak industri pada era kini.
KESUMA melalui TalentCorp telah menerbitkan senarai pekerjaan kritikal Malaysia sejak tahun 2015 sebagai penanda aras untuk penelitian keperluan pekerjaan dan kemahiran kritikal yang diperlukan oleh pihak industri. Bermula tahun 2023, usaha memperkenalkan MyCOL turut diperluaskan ke peringkat sekolah sebagai pendedahan awal kepada pelajar mengenai landskap kerjaya serta kemahiran masa hadapan yang diperlukan oleh pasaran tempatan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Di samping itu, TalentCorp juga telah menjalankan kajian impak kecerdasan buatan AI, digital dan ekonomi hijau untuk memahami kesannya terhadap tenaga kerja Malaysia.
Berdasarkan dapatan kajian ini, portal digital MyMAHIR.my telah dibangunkan.
Bagi memastikan keselarasan kemahiran dengan keperluan industri, MyMAHIR Future Skills Talent Council yang diterajui oleh para pemain industri juga ditubuhkan untuk menentukan bentuk latihan diperlukan oleh industri dan memilih pusat latihan yang sesuai.
Setakat Jun 2025 sebanyak 66 program latihan di bawah MyMAHIR FSTC sedang berjalan melibatkan seramai 2,336 orang peserta.
Selain itu, KESUMA menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengambil langkah strategik dalam menangani isu ketidakpadanan kemahiran melalui pembaharuan sistem latihan dan persijilan kemahiran agar lebih anjal dan sejajar dengan keperluan semasa industri.
Antaranya termasuk semakan semula Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
(NOSS) agar selaras dengan permintaan pasaran buruh semasa. Sehingga Jun 2025 sebanyak 2,012 NOSS aktif tersedia untuk pelaksanaan manakala sistem latihan sokongan oleh 1,619 pusat bertauliah di seluruh negara.
Seterusnya, KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia telah menawarkan pelbagai kursus melalui program peningkatan kemahiran, upskilling dan latihan semula, reskilling bagi membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan kembali memasuki pasaran kerja.
Pada tahun 2024, seramai 84,231 orang peserta telah dilatih manakala sehingga 30 Jun 2025, seramai 48,833 orang peserta telah mengikuti latihan dalam pelbagai bidang.
Pada masa yang sama, KESUMA melalui PERKESO turut memperkasakan pasaran kerja negara dan mempersiapkan tenaga kerja mahir negara menerusi inisiatif seperti perkhidmatan pekerjaan negara melalui platform pencarian pekerjaan portal My Future Jobs,
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
System Career Bridge Tool, program MYFutureJobs Career LaunchPad. Pusat satelit sebagai lokasi sehenti pencari kerja dan kerjasama strategik bersama syarikat dan institut latihan kemahiran dalam menyediakan reskilling dan upskilling untuk meningkatkan kebolehpasaran serta kompetensi pekerja.
KESUMA melalui HRD Corp telah melaksanakan Minggu Latihan Kebangsaan atau National Training Week pada tahun 2025 yang telah menawarkan lebih daripada 72,000 latihan percuma termasuk latihan yang bercirikan kecerdasan buatan, coding, keselamatan siber, analisa data dan banyak lagi. Seramai lebih kurang 3.5 juta penglibatan daripada warga Malaysia serta ASEAN yang telah mendaftar dan mengikuti latihan-latihan yang dijalankan secara fizikal, atas talian dan hibrid. Terima kasih Yang Berhormat, Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Trend kebolehpasaran peluang pekerjaan ini lebih tertumpu kepada graduan TVET. Peluang itu ada pada graduan TVET berbanding dengan graduan-graduan akademik yang lain. Perbezaan itu sangat ketara sebenarnya walaupun mungkin tidak besar sangat perbezaannya.
Contoh, graduan akademik terpaksa mengambil kursus reskilling untuk menambahkan kemahiran supaya boleh bekerja di bidang industri sebab peluang bekerja di jabatan-jabatan yang lain sangat tertutup. Apatah lagi bila kerajaan ada ura-ura untuk menaik – menambahkan umur pesara kepada 65 tahun, walaupun masih belum lagi dilaksanakan.
Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi perbezaan peluang pekerjaan golongan graduan akademik berbanding dengan graduan TVET. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Dato’ Indera Yang di-Pertua.
Berdasarkan kepada statistik-statistik yang kita lihat daripada – bermula daripada Januari sehinggalah Julai pada tahun 2025, kekosongan jawatan agak besar iaitu 761,343 kekosongan jawatan dalam MYFutureJobs. Lantaran itu, sering saya perkatakan bawah MYFutureJobs ini bukan seperti dahulu. Kalau dahulu orang meletakkan dalam – tengok dalam surat khabar, tapi sekarang ini kita turun padang untuk melihat secara jelas berapa ramaikah yang memerlukan pekerjaan tersebut.
Lantaran itu, ruang pekerjaan yang dinamakan job matching yang kita turunkan ini adalah sebagai salah satu bidang kepakaran mereka untuk permintaan pasaran. Saya bersetuju sebahagian daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tetapi perkhidmatan MyFutureJobs ini, kita turun di beberapa lokasi terlalu banyak dan masih lagi ruang kekosongan yang saya katakan tadi terlalu besar lagi, yang masih kekosongan. Kita punya angka yang kukuh daripada kita turun, yang berdaftar dan yang menjadi masalah juga sesuatu perkara adalah permintaan pasaran pekerjaan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Kalau dia – contohnya saya katakan tadi, job matching umpamanya, tidak bersesuaian dengan apa yang dikatakan. Dan, berdasarkan statistik yang saya katakan tadi, kita sentiasa berusaha untuk pastikan mempergiatkan lagi karnival kerjaya ini agar karnival ini dapat mengatasi masalah yang diperkatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Sambutan terlalu hangat Yang Berhormat Yang di-Pertua. Baru-baru ini kita buat di Johor, kita buat di Perak, kita buat di beberapa negeri lain termasuklah di Pahang dan sebagainya bagi meningkatkan kerjaya ini dan sudah pastilah Program Daya Kerjaya 3.0 yang kita laksanakan ini bersasarkan kepada keseluruhan termasuklah OKU sendiri itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Berdasarkan statistik itu, peluang dan peluang kena sentiasa dilihat melalui MyFutureJobs yang di bawah kementerian kami. Dan, banyak kementerian-kementerian lain lagi yang tak boleh saya nyatakan di bawah kementerian lain umpamanya KBS juga banyak menawarkan peluang-peluang tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila soalan tambahan berikutnya Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang di-Pertua.
Pelbagai program peningkatan dan pemadanan kemahiran telah dilaksanakan oleh agensi seperti JTM, HRD Corp dan PERKESO, namun kadar ketidakpadanan kemahiran masih tinggi dan ramai yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan kerja yang sesuai.
Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan bagaimana keberkesanan program- program ini dinilai dan sejauh mana ia benar-benar menjawab keperluan sebenar industri semasa dan bukan sekadar memenuhi sasaran penyertaan ataupun kelulusan latihan?
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Persoalan tersebut yang sebagaimana saya nyatakan sebentar tadi bahawa di KESUMA, di bawah satu kementerian kami iaitu seperti TalentCorp dan juga HRD Corp.
Lantaran itu, untuk yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa yang kita katakan sedemikian rupa adalah, untuk pastikan perkara ini dan kita mempunyai peluang yang agak besar dari segi membawa kepada upskilling, reskilling – yang ini yang kita galakkan.
Seperti juga Yang Berhormat Parit Buntar katakan sebentar tadi. Lantaran itu bahawa – patah pula Yang Berhormat Yang di-Pertua*.
[Ketawa] [Kaki meja lipat kecil untuk meletak nota ucapan- patah]*
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Teruskan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Tadi Yang Berhormat Kuantan, baru bagi tau: Yang Berhormat Senator dia bagi tahu, “Jaga-jaga Dato’, kang patah.” [Ketawa] Yang ini bukan jawapan dia, saya terangkan je.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang Berhormat Yang di-Pertua, lantaran itu, kita juga mempunyai program seperti eksplorasi kerjaya yang merupakan platform untuk membantukan peningkatan dari segi soft skills yang bermula daripada peringkat bawah lagi. Kita bermula daripada bawah sebab itu sekarang ini kita perkenalkan dan kita juga meminta kebenaran dari KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh kami memasuki di sekolah-sekolah supaya pendedahan awal, supaya job matching itu dapat kita atasi.
Saya faham apa maksud Yang Berhormat katakan sebentar tadi bahawa kepadanan pekerjaan ini sangat penting sebenarnya. Ada sesetengah dalam bidang lain, maka ia sudah pasti dirasakan tidak sesuai untuk dia meletakkan di tempat itu. Dan, inilah keperluan yang juga Parit Buntar katakan sebentar tadi yang terpaksa kita upskilling dan reskilling ini supaya menjadi kepadanan dalam permintaan pekerjaan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia. Berikutnya Yang Berhormat Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Soalan nombor 10.
10. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, perancangan kementerian bagi memastikan bidaan penganjuran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 tidak hanya bersifat event-based, tetapi turut memacu pembangunan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi secara mampan melalui pemberian insentif tambahan atau peluang penajaan kepada atlet takraw yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik hasrat dan mendukung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk membida penganjuran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 dan mencadangkan Kuala Lumpur sebagai lokasi kejohanan tersebut. Penganjuran kejohanan bertaraf dunia ini akan menjadi pemangkin kepada kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2026 di samping memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan sektor pelancongan khususnya dalam menarik kedatangan pelancong serta memperkukuh ekosistem sukan tempatan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat****] Walau bagaimanapun, semua pembidaan dan penganjuran acara sukan perlu mematuhi seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Kementerian ini pada tahun 2024 telah pun menyalurkan dana berjumlah RM1 juta di bawah Geran Padanan Sukan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia.
Suntikan dana ini telah menyumbang kepada kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia merangkul gelaran juara berganda dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
2024 dan perlawanan peringkat akhir antara Malaysia dan Thailand telah mencatat lebih dua juta tontonan di platform media sosial, sekali gus membuktikan populariti sukan ini di kalangan rakyat Malaysia.
Kita terus menyokong pembangunan sukan ini di peringkat akar umbi dengan penyaluran dana sebanyak RM30,000 melalui Dana Sukan Komuniti bagi penganjuran Klinik Sepak Takraw League (STL) pada tahun 2024 dan pada tahun ini KBS telah menyalurkan dana sebanyak RM845,000 melalui Geran Padanan Sukan bagi menyokong penganjuran Sepak Takraw Asian Cup 2025 yang telah diadakan pada bulan Mei yang lalu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil.1/2025 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menetapkan bahawa sukan sepak takraw merupakan salah satu daripada 20 jenis sukan yang disenaraikan di bawah Sukan Teras Prestasi Tinggi.
Pada tahun ini juga kementerian bersama dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia telah melancarkan Program Pembangunan Sepak Takraw Negara (NSTDP) yang bertujuan untuk memperkasa pembangunan sepak takraw di peringkat akar umbi dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Seramai 500 orang pemain merangkumi 340 orang lelaki dan 160 orang wanita, berusia antara 13 hingga 17 tahun akan melalui pendekatan latihan yang berstruktur di 25 buah Pusat Latihan NSTDP dengan pemantauan seramai 50 orang jurulatih.
Melalui program NSTDP ini, pemain-pemain muda negara yang sedang menerima pendedahan latihan dan pertandingan dengan intensiti tinggi akan dipastikan bahawa pemain muda ini menyesuaikan diri dengan lebih awal dengan suasana pertandingan yang menguji mental pemain. Selain itu, susulan kejayaan pasukan sepak takraw di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi tujuan menaik taraf fasiliti sedia ada untuk dijadikan Akademi Sepak Takraw Negara.
Kementerian yakin perkembangan sukan prestasi tinggi negara, khususnya sukan sepak takraw ini, akan terus cemerlang pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha-usaha telah dilaksanakan oleh KBS bersama PSM bagi memacu pembangunan sepak takraw di peringkat akar umbi secara mampan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Menteri. Nak tanya dengan Menteri lah. Untuk pertandingan-pertandingan sukan ini tak ada cadangan ke daripada kementerian? Maksudnya, kita anjurkan? Maksudnya, pertandingan-pertandingan sukan ini peringkat kampung, naik peringkat mukim, peringkat DUN, Parlimen, negeri dan sampai ke peringkat Federal ataupun di peringkat negara. Pertandingan-pertandingan untuk kita menyemarakkan program-program sukan khususnya untuk anak-anak muda kita yang berada di luar sana.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kemudian yang keduanya. Saya tak tahulah Menteri, kalau boleh saya nak cadangkan tak boleh ke kita, negara-negara ASEAN ini maksudnya sebab kita jadi Pengerusi ASEAN ini, kita mencadangkan, kalau boleh Malaysia mensyorkan kepada negara-negara ASEAN ini untuk kita jadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik? Maksudnya, ASEAN itu sendiri menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik? Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, bagi memastikan kita dapat perkasakan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi seperti yang kita telah sebut tadi, kita pastikan bahawa dana seperti Dana Sukan Komuniti itu dapat dimanfaatkan.
Sebab itu seperti yang telah saya sebut tadi, kita pernah meluluskan, contohnya sebanyak RM845,000 untuk penganjuran Asian Cup, RM35,000 juga kita luluskan untuk tahun ini bagi meliputi bantuan kepada kejohanan remaja kebangsaan dan bantuan pentadbiran badan sukan. Erti kata lain, sebenarnya kita telah pun buat kerjasama yang sangat rapat dengan Persatuan Sepak Takraw agar kita boleh penuhi keperluan-keperluan semasa mereka.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Begitu juga dengan soalan berkait dengan – kalau boleh ASEAN menjadi tuan rumah bagi Olimpik. Yang ini adalah, perkara yang tidak boleh kita terus putuskan dengan terburu-buru. Sebaliknya, perlu dibincangkan di pelbagai peringkat. Malah ia nya meliputi penyelarasan bersama dengan Majlis Olimpik di negara- negara lain.
Kita harus tahu bahawa, untuk membida sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik ia nya memakan masa bertahun-tahun. Maka, sebab yang demikian kita harus ada persediaan yang rapi termasuklah daripada segi sumber kerana ia nya tidak murah. Kita tahu bahawa pembidaan bagi Sukan Olimpik ini meliputi banyak proses, maka yang demikian selagi mana kita belum bersedia dengan sepenuhnya, kita tidak boleh terus membuat keputusan tanpa ada usul periksa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, YB Timbalan Menteri. Jadi, pada pandangan saya, satu punca team sepak takraw negara gagal mengalahkan Thailand secara konsisten kerana budaya bermain sepak takraw di dalam masyarakat sudah pun dah mula berkurang. Kalau kita lihat balik di Thailand, budaya masyarakat dia sepak takraw dimainkan di setiap kampung. Jadi, ini sebenarnya memudahkanlah kerja-kerja kementerian untuk meningkatkan taraf mutu sepak takraw di peringkat kampung. Kalau kita lihat balik pada hari ini, golongan belia ini lebih suka pada futsal. Dia suka futsal. Dia takraw ini dah jadi macam game yang tertinggallah, tertinggal.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi, soalan saya, adakah kementerian bersedia untuk mengembalikan budaya bermain sepak takraw di kampung-kampung melalui Program Rakan Muda Sepak Takraw?
Yang kedua, adakah KBS ataupun PSM bersedia untuk melahirkan tekong-tekong berkualiti tinggi seperti Muhammad Syahir Rosdi melalui program-program TID? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang pertama, kita tidak ada halangan untuk diadakan bawah Program Rakan Muda kerana Rakan Muda ini turut merangkumi, contohnya kita ada Rakan Aktif. Rakan Aktif ini Yang di-Pertua adalah, sebuah platform untuk diadakan apa bentuk sukan sekalipun. Malah kalau kita tahu pembangunan ataupun untuk kita jamin populariti satu-satu sukan, ianya tidak terhad hanya kepada penganjuran program, sebaliknya juga kita harus lihat juga kepada akses fasiliti.
Sebab itu, dari sudut yang berbeza kalau kita lihat sekarang, kita lebih banyak membaiki ataupun menaik taraf fasiliti-fasiliti di peringkat akar umbi ini untuk tujuan boleh digunakan, tidak terhad hanya kepada satu bentuk sukan. Ada beberapa fasiliti gelanggang yang kita ubah suai supaya ianya boleh turut dimanfaatkan bukan hanya oleh satu sukan sebaliknya pelbagai sukan multi-use court, dengan izin.
Yang kedua adalah soal pembangunan ataupun talent identification (TID) tadi. Itu sedang dilakukan menerusi seperti yang kita sebut tadi. Kita telah pun wujudkan antara ini Klinik Sepak Takraw League – Klinik STL dan kita juga turut hari ini telah pun memulakan NSTDP – National Sepak Takraw Development Program.
Yang ini model hampir serupa seperti yang kita adakan untuk bola sepak, National Football Development Program di mana ia nya dibawa ke peringkat akar umbi untuk kita kenal pasti bakat-bakat baharu. Setakat sekarang seperti yang saya telah sebut, 340 orang peserta lelaki dan 160 orang. Ini semua usianya antara 13 hingga 17 tahun dan kita turut libatkan 50 orang jurulatih yang diharapkan dapat membantu program pembangunan atlet baharu ini.
Peruntukannya sebanyak RM1.5 juta.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Usul Menteri.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 7 Ogos 2025.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...14 Aturan Urusan Mesyuarat, Standing Order 14. Yang Berhormat Tan Sri, saya ingin membangkitkan kepada Tan Sri bahawa berkaitan dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.
Saya ambil contoh hari inilah. Sebelum ini kita dah bersetuju bahawa komposisi jumlah itu lebih di pihak backbenchers. Sepatutnya kena bagi pembangkanglah banyak nak soal kerajaan kan, tapi tak apa, kita terima, tapi pada hari ini ketara sangat Tan Sri, daripada 10 soalan yang naik pada hari ini yang dijawab oleh kerajaan, pihak kerajaan mendapat enam soalan.
Pembangkang hanya tiga soalan sahaja kerana satu lagi soalan itu diberikan kepada saya tak tahulah, penyokong kerajaan ke penyokong mana: Bukit Gantang. Ex-lah, ex. Jadi 7-3-1 — 6-3-1 sorry. Jadi kalau Bukit Gantang ini penyokong kerajaan, jadi 7-3 lah. Jadi, ketara sangat Yang Berhormat.
Yang keduanya, semalam. Semalam ada PMQT.
Sepatutnya PMQT ataupun MQT, kita ada tiga soalan semalam. Semalam, soalan yang naik, satu kerajaan, satu juga blok Kuala Kangsar. Pembangkang tak ada soalan. Jadi, saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Tan Sri lah bahawa ini menampakkan — ke tak mahu dah kepada pembangkang?
Tuan Yang di-Pertua
Dua soalan ya?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ha, dua soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh saya jawab sekarang?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, ya. Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tambah, tambah, Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, tambah lagi?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tambah sikit sahaja lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey sikit lagi, okey. Tak Yang Berhormat, Yang Berhormat kena cakap perlahan-perlahan. Saya tak berapa faham kadang-kadang. Perlahan-perlahan, perlahan-perlahan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, saya cakap slow, slow.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, slow, slow.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa status enam orang yang berada di kerusi belakang itu?
Tuan Yang di-Pertua
Apa status?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Status. Apa dia ini kerajaan ke pembangkang ke ataupun atas pagar ke ataupun mamba? Terima kasih...
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang last itu, perkataan last itu apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mamba.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia mamba itu?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mamba ini, tidak berapa keras.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ha? Mamba ini kurang, kurang keras.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, kurang keras. Okey. Bila masuk umur macam ini, kita tak tahu. Gini lah Yang Berhormat ya, saya mengikut apa yang telah pun dimuktamadkan dan apa yang telah pun diberikan panduan oleh Perlembagaan dan juga peraturan mesyuarat. As far as I’m concerned, enam orang ini masih lagi pembangkang because tidak ada satu ayat pun yang ditulis kepada saya, mereka ingin meninggalkan pembangkang untuk join kerajaan.
Tak ada. So, untuk itu bagi saya, mereka masih lagi blok ini. Sebab itu saya tak pindah pun mereka.
Jadi bagi saya, mereka masih lagi ditakrifkan sebagai orang yang berhak bertanya dalam blok ini. Sebab itu, tidaklah adil untuk mengatakan mereka ini satu team yang berbeza.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh kata begitu. Sebab bagi saya, selagi dia tidak ada hitam putih mengatakan, “Saya akan keluar dan saya nak join...”, tak boleh. Jadi untuk itu, saya juga berlaku adil kepada mereka sebab mereka juga mempunyai hak sebagai Ahli Parlimen untuk bertanya soalan. Jadi, di mana kalau kita nak ubahkan mereka, di mana? Tak
Tuan Yang di-Pertua
boleh. Jadi, saya mengambil sikap bahawa mereka ialah sebahagian daripada pembangkang. Itu tafsiran saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, mencelah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, isu peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Kejap, kejap. Bagi saya selesai ini dahulu kejap.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Mereka ini telah menyatakan sokongan kepada kerajaan. Sepatutnya dalam konteks bertanya soalan, mereka ini di pihak kerajaanlah. Pihak penyokong kerajaan, penyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ya menyatakan, tetapi bagi saya, mereka masih blok di sini.
Menyatakan lisan satu hal lain, tetapi tidak ada pengesahan black and white yang mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan atau bekerjasama dengan kerajaan ataupun...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Mereka menyokong Yang Berhormat, mereka menyokong kerajaan. Ini menyatakan –– Bukit Gantang dalam Dewan ini, “Saya menyokong PMX”.
Tuan Yang di-Pertua
Dan berapa kali juga saya pernah dengar Ahli-ahli Yang Berhormat suka mengatakan, “Kami menyokong kerajaan untuk isu-isu ini.” Jadi itu hak Perlembagaan kita Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Menyokong isu lain Yang Berhormat, menyokong sokongan, beralih sokongan daripada Perikatan Nasional kepada pihak kerajaan...
[Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Selagi tidak ada black and white, bagi saya, mereka tidak...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
That’s a reflect Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
So, saya berlaku adil. Saya berlaku adil.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tapi dalam konteks soalan, dalam konteks soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah, saya berlaku adil.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, yang ini macam mana, yang PMQT ini? Tak ada soalan pembangkang semalam.
Tuan Yang di-Pertua
Itu sebab semalam itu saya anggap sebagai wakil pembangkanglah. Kalau tidak, saya nak letak mereka di mana? Adakah saya nak deny mereka kerana mereka –– tak bolehlah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Adakah Yang Berhormat buat satu ruling bahawa enam orang ini pembangkang, bukan penyokong kerajaan?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, mereka pembangkang.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Bukan macam, nak pembangkang atau kerajaan? Macam, macam ini tak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak. Dia tidak ada dalam Dewan ini, ha ini kerajaan, ini macam nak sokong pembangkang, tak boleh.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ada tiga kategorilah?
Tuan Yang di-Pertua
It’s either they are here or there.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tiga kategorilah? Kerajaan, pembangkang, macam kerajaan?
Tuan Yang di-Pertua
Ha itu, saya tak sebut. Itu Yang Berhormat yang sebut. Okey, silakan Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya nak rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hulu Terengganu tadi yang merujuk kepada Ahli-ahli Parlimen enam orang itu sebagai “mamba” atau halus atau tak keras. Itu adalah perkataan yang kurang sopan.
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Jelutong.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apalah Jelutong ini, itu pun sensitif.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Jelutong, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau saya rujuk kepada Hulu Terengganu sebagai mamba atau tak keras, boleh dia terima?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya Speaker, ini Standing Order 36(4).
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, okey je*.
[Ketawa]*
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah dia akan terima?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Standing order. Ini sindiran halus, semua orang faham.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah dia terima?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Buang masa sahaja, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan pakai perkataan dengan kurang sopan.
Ini standing order.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau saya kata Hulu Terengganu ni mamba?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Standing Order 36(4).
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sila tarik balik perkataan “mamba”.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
It’s unparliamentarian. Sila tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Kampar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Hulu Terengganu akan terima?
Tuan Yang di-Pertua
Eh, saya nak buat ruling. Saya nak buat ruling.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kampar ini, bahasa Melayu pun tak betul.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak buat ruling.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
*Ore Kelate ngan Ganu je pehe nyo.
Puak mu tok pehe-pehe.*
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sebab saya nak buat ruling. Yang pertama, saya sendiri tak faham menatang apa “mambang” itu. Yang kedua, saya tak tahu keras ke, tak keras ke pun saya tak tahu. Jadi, saya anggap itu bukan unparliamentary, selagi saya tak faham.
Jadi, cuma, jangan guna lagi perkataan itu ya sebab saya tak faham. Hulu Terengganu, please. Mungkin di kawasan, belah kawasan Yang Berhormat faham, khususnya keras tak keras, jangan sebut lagilah sini na. Jadi, cukup.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya pun tak faham, saya Kuala Terengganu.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ha, Kuala Terengganu pun tak faham. Jadi oleh kerana tak faham, oleh kita semua tak faham, jadi jangan bagi semua orang tak faham. Duduk, cukup.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat kata “menatang apa”, tapi takut apa Jelutong kata. So, tarik balik. Kita biasalah Kedah, menatang apa ni?
Tuan Yang di-Pertua
“Menatang” itu saya refer pada perkataan itu. Hat keras dengan tak keras itu saya tak tahu. Jadi, benda itu kita berhenti tang ni lah, okey. Kerana kita semua tak faham.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tan Sri, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Dalam hal ini, saya mohon pertimbangan dan budi bicara Pengerusi ataupun Yang di-Pertua. Contohnya, pada minggu lepas, 29 hari bulan tujuh, soalan dikeluarkan oleh Kuala Kangsar. Kemudian bila saya bangun, saya diberi ruang untuk soalan tambahan, untuk kali yang ke – semalam. Ledang duduk di situ sebagai Timbalan Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Ledang?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Lanang, Lanang. Timbalan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, Ledang tak pernah, Lanang.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Timbalan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, okey.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bila saya bangun, dia terus bagi kepada Ledang. Jadi saya nak persoalkan sebab, oleh kerana enam orang ini, yang semalam iaitu Kuala Kangsar, yang minggu lepas dibenarkan, yang semalam saya minta tak dibenarkan.
Hari ini juga daripada Temerloh, nak tanya kepada Bukit Gantang pun tak dibenarkan. Jadi, atas budi bicara, walaupun Tuan Yang di-Pertua mengatakan mereka ini pembangkang,
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
dibenarkan untuk bertanyakan soalan pihak sini, berilah satu soalan tambahan sebelah sini untuk akan datang. Itu saya mohon pertimbangan.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, yang itu saya faham. Okey, nanti saya pertimbangkan, insya-Allah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, apa lagi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Atas isu peraturan. Kalau kita rujuk kembali kepada Kota Bharu lah, kenyataan Kota Bharu. Saya nak beritahu Kota Bharu.
Ini, ini bahasa Melayulah. Kalau “mambang” itu merujuk kepada makhluk halus seperti hantu atau roh.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jelutong, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Kota Bharu nak terima kalau saya kata dia ini seorang mambang, Kota Bharu terima?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bukan mambang. Alah, tok pehe lah.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Speaker, “mamba” dengan “mambang” pun dia tak boleh bezakan. Ini masalah Jelutong. Adui.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan main-main, jangan main-main.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini bukan perkara untuk sindiran. Nothing to be funny about.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tok pehe, mu tok pehe.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini standard Parti Islam SeMalaysia.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tak de N-G, tak de N-G, tak de. Dia tak de N-G: “mamba.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini standard Parti Islam Se- Malaysia. Ini standard PAS.
Seorang Ahli
Woi!
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Apa kaitkan PAS-nya? Apa nama — janganlah kait-kaitkan PAS macam tu, Jelutong. Orang tak kaitkan dengan DAP.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Dengar betul-betullah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jelutong menghina Islam.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Bukan mambang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey dah, dah, dah. Baik-baik.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
“Mambang” dengan “mamba” pun tok pehe.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Nok jupo luar bulihlah, jupo luar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan main-mainlah, jangan main-main.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, listen. Haih Jelutong duduk.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
You menghina Islam.
Tuan Yang di-Pertua
Tak sangkut paut. Duduk, duduk.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tak apalah, dia cakap.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kota Bharu, tarik baliklah. Apa kaitan dengan menghina Islam? You used unparliamentary word, nak tuduh hina Islam. Apa kaitan hina Islam?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu, tarik balik.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yes, he used unparliamentary words.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tak kata saya: ini PAS yang kata mambang. Mana boleh. Tarik balik dulu. Apa kaitan menghina Islam? Tak de kaitan langsung.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
You kena tarik baliklah. You tarik baliklah. Tak payahlah. Tak payah. You unparliamentary...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kota Bharu, sila tarik balik. Sila tarik balik. Jangan buat tuduhan sesuka hati.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Hei, rupanya, rupanya you memang anti- Islam. Rupanya DAP ini menghina Islam.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Speaker, saya minta ruling untuk Kota Bharu tarik balik. Tak boleh pakai perkataan macam ini. Mana ada — tak ada bukti. Suka hati buat tuduhan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Apa nak sebut-sebut PAS-nya?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, kalau saya boleh bantu, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no, no.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup, cukup. Saya dah bagi tadi macam soalan exerciselah. Lama kita tak exercise, saya bagi peluang. Sekarang duduk, sekarang duduk, semua duduk. Semua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, untuk makluman, termasuk Jelutong. Kami kalau sebut “mambang” tu, girlfriend – mambang. “Eh, mambang lawa nampak.” Mungkin di Terengganu “mambang” lain. Mungkin di Kelantan “mambang” juga lain.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dengar Jelutong. Dengar molek-molek Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Terengganu. Hulu Terengganu baru sebut. Yang ni, saya nak sebut. Maknanya, mambang, mamba, mambra, saya tak tau. Jadi, ada daerah menggunakan, bermaksud berbeza-beza, okey. Kalau “mambang” di Kedah, memang mambang lawa. Betul tak? Mambang hebat, memang cantik. Kalau di Terengganu, mambang ini kita tak tahu binatang apa. Jadi untuk itu, jangan lagi guna perkataan itu. Gunalah perkataan yang standard Terengganu. Bila cakap itu, biar sebutir-sebutir keluar. Jadi, saya faham, rakyat pun faham. Kalau tidak, dia ada miscommunication. Boleh eh, setuju? Okey, saya nak teruskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Speaker, tak selesai. Tadi — tapi saya faham “mambang” ada banyak maksud, tetapi – tetapi YB Hulu Terengganu bagi maksud kurang jelas.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
[Mengetuk tukul]
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup. Closed.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dia kata itu kurang jelas. Maksud, dia buat sindiran terhadap enam Ahli Parlimen dan juga tadi Kota Bharu kata...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, saya nak tutup.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Anti-Islam. Saya nak minta Kota Bharu tarik balik.
Itu tak selesai lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, saya buat keputusan, case closed! Done. Sekarang saya nak jemput, saya nak...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tapi dia ungkap hina – anti-Islam. Anti-Islam itu tiada kena-mengena.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar! Amaran satu. Kampar satu! Okey teruskan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.
Tuan Yang di-Pertua
Allahuakbar. Baik, saya ada 27 nama yang akan berbahas hari ini. Seperti saya sebutkan bahawa ketua-ketua parti saya berikan 15 minit, manakala yang lain-lain itu 12 minit dan saya ada 27 nama depan saya. Saya bacakan satu persatu.
Yang pertama, Bagan. Kemudian diikuti dengan Kubang Kerian, Libaran, Indera Mahkota, Kota Marudu, Kuala Terengganu, Gombak, Machang, Puncak Borneo, Jerlun, Puchong, Labuan, Batu, Pekan, Padang Serai, Pulai, Mas Gading, Kuala Terengganu – sorry, Hulu Terengganu. Saja nak test itu.
[Ketawa] Hulu Terengganu, Tuaran, Batu Gajah, Padang Rengas, Kota Belud, Bukit Bendera, Jeli, Beruas, Kepala Batas, dan Kalabakan.
Dengan ini saya menjemput Bagan, 15 minit. Silakan Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong usul yang dibentangkan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meluluskan RMK13 sebanyak RM611 bilion yang terdiri daripada RM430 bilion daripada kerajaan, RM120 bilion daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) dan RM61 bilion daripada kerjasama awam swasta PPP atau PFI, demi memastikan pembangunan sosioekonomi kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.
Tan Sri Yang di-Pertua, prasyarat mencapai maklumat murni ini, nescaya sebuah kerajaan yang stabil dan berdaya untuk menyatupadukan rakyat dan menggembleng tenaga ke atas integrasi nasional yang berasaskan lima teras utama Rukun Negara. Hanya Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Tuanku dan Majlis Raja-Raja mampu menumbuhkan kerajaan yang demokratik, cekap, accountable dan telus.
Sungguh pun ada suara-suara sumbang dari dalam dan luar Kerajaan Perpaduan yang cuba memecahbelahkan kita, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun dan Ahli Kabinetnya tetap akan menghabiskan mandat tempoh pemerintahan selama lima tahun pada akhir 2027.
Ya, kita mungkin datang daripada latar belakang berlainan, malah mempunyai ideologi berbeza, tetapi hanya Kerajaan Perpaduan dapat mendukung hasrat Tuanku untuk menegakkan prinsip utama dalam Perlembagaan Persekutuan dan bertindak adil kepada semua rakyat Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerangka RMK13 adalah terlalu luas untuk dibahaskan dalam 15 minit sahaja. Oleh demikian, saya akan menumpukan perhatian kepada beberapa aspek kewangan, peluang perniagaan, pekerjaan dan kos sara hidup rakyat bagi menepis sebarang gejolak yang mampu menggoncang sistem ekonomi negara dalam suasana yang tidak menentu kerana berdepan dengan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat.
Saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan Kementerian Kewangan dan MITI, mencatatkan track record pertumbuhan ekonomi yang cergas, mengurangkan kadar inflasi, pengangguran dan tambahan hutang negara yang baru serta mencapai pelaksanaan tarif 19 peratus oleh Amerika Syarikat, setanding dengan negara berjiran ASEAN. Mengurangkan tambahan hutang negara adalah satu kejayaan yang menonjol kerana untuk tahun ini hanya sebanyak RM17 bilion ditambah. Ini berbanding dengan hampir RM100 bilion dalam masa pemerintahan kerajaan lepas dan memang akan dekat dengan rekod, di mana pada tahun 2019, tambahan hutang negara hanya sekadar RM51 bilion sahaja.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan bahawa semua angka-angka memberangsangkan ini tidak menjaminkan hasil kejayaan ini dapat dinikmati secara seimbang oleh semua lapisan rakyat. Sebagai salah satu negara yang dihadapi oleh masalah ekonomi dua peringkat, dengan izin, two tier economy. Saya ingin mengulangi lagi bahawa kombinasi daya saingan dari negara yang jual dengan harga bawah pasaran ataupun lambakan produk, peningkatan teknologi, penyusunan semula pasaran tradisional dan digital, peralihan corak perdagangan telah menyumbang ke atas era jurang kekayaan dan kelas menengah yang kian menyusut dan tertekan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kerajaan disanjungi kerana menjaga kebajikan B40. Aspirasi kelas menengah adalah berlandaskan prinsip pekerjaan stabil, perumahan yang mampu dimiliki, akses perkhidmatan kesihatan yang murah dan peluang pendidikan yang mudah diperolehi dan mutu hidup yang bertambah baik. Kesemua ini terancam kerana kos sara hidup yang meningkat.
Tan Sri Yang di-Pertua, salah satu aspek rakyat berjiwa besar dan insaniah dalam RMK13 ialah memastikan siapa yang bekerja kuat dan rajin berusaha akan berjaya dan mendapat ganjaran yang setimpal. Membuka peluang lebih penting daripada memberikan bantuan kewangan secara langsung. Bak kisah, “lebih baik berikan pancing untuk menangkap ikan daripada berikan ikan seterusnya.” Salah satu halangan ke atas usaha untuk mereka yang bekerja rajin ialah birokrasi kerajaan, khususnya agensi seperti LHDN. Pembayar cukai sering membuat aduan bahawa mereka ditekan oleh penilaian taksiran yang tidak munasabah oleh LHDN. Sungguh pun usaha LHDN untuk menambahkan hasil untuk negara memang dihargai, ia perlu juga diseimbangkan dengan tindakan munasabah agar tidak berlakunya akaun bank dibekukan dengan sewenang-wenangnya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Isu bayaran balik cukai atau tax refund dihadapi oleh individu atau syarikat yang terlebih bayar ataupun bayaran pendahuluan anggaran cukai (advance tax payment) menimbulkan persoalan mengapa mereka tidak dapat bayaran balik dalam masa tempoh 30 hari yang ditetapkan. Malah, ada syarikat yang mengadu mereka perlu tunggu sampai lebih tiga tahun untuk mendapat balik tax refund mereka. Saya ingin tanya, apakah jumlah bayaran lebihan cukai yang masih tertunggak dan belum dibayar?
Kedua, masalah harga pindahan atau transfer pricing yang menimbulkan banyak kekeliruan tentang penguatkuasaan. Salah satu contohnya berkaitan dengan syarikat yang kini diwajibkan oleh LHDN untuk mengenakan faedah ke atas dana yang dipindahkan ke atas anak syarikat yang dianggap sekarang oleh LHDN sebagai hasil dan cukai akan ditaksirkan ke atas hasil faedah yang diandaikan. Iaitu kalau sebelum ini, pindah dana ke atas anak syarikat, pindah sahaja. Tetapi, sekarang LHDN mahu kadar faedah dikenakan kerana pindah ke satu syarikat lain, sungguhpun anak syarikatnya. Dan andaian faedah ini dianggap sebagai hasil dan dicukai oleh LHDN. Ini satu beban kepada syarikat.
Kita harap bahawa perkara ini boleh diberikan perhatian. Jangan tambah beban kerana ini memang menjadi amalan oleh banyak syarikat sebelum ini. Kalau ingin laksanakan juga, buatlah untuk masa akan datang, bukanlah dibelakang-kirakan. Saya rasa ini kurang munasabah.
Saya ingin mencadangkan, Tan Sri Yang di-Pertua, penubuhan satu tribunal pembayar cukai, khas sebagai perlindungan untuk individu dan industri kecil dan sederhana bagi menangani aduan pembayar cukai yang rasa mereka dilayan secara tidak munasabah demi atau juga menjadi mangsa penganiayaan atau pelaksanaan secara double standard oleh pihak LHDN. Saya ingin tegaskan di sini, saya bukan cakap hentam kromo semua dalam
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
LHDN – tidak, tetapi ada kes-kes tertentu di mana mereka rasa ada pelaksanaan antara dua darjat, double standard. Mengapa satu pihak kena, tetapi pihak lain tidak kena?
Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Perpaduan harus dipuji kerana mencapai kadar guna tenaga penuh. Oleh itu, matlamat mengurangkan jumlah pekerja asing daripada 15 peratus daripada keseluruhan jumlah pekerja sekarang kepada 10 peratus menjelang 2030 mungkin menyebabkan masalah kekurangan pekerja meruncing dalam industri yang bergantung kepada guna tenaga pekerja asing. Adalah perlu proses pengambilan pekerja asing dipermudahkan. Dalam suasana transformasi kecerdasan buatan atau AI, bolehkah segala proses, termasuk pembayaran, dijalankan secara atas talian? Kerana sistem sedia ada masih tidak berkesan dan berfungsi sepenuhnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat kesal ada seorang ahli pembangkang cuba memainkan sentimen perkauman merbahaya bila membuat ancaman tragedi 13 Mei akan berulang kerana membuat fitnah yang tidak berasas bahawa kepentingan golongan bumiputera tidak dipelihara dan gagal dibela berbanding dengan golongan bukan bumiputera.
Sebenarnya peruntukan yang diberikan kepada golongan bukan bumiputera di bawah belanjawan setiap tahun hanya sekadar tiga peratus daripada apa yang diberikan kepada golongan bumiputera. Adakah peruntukan tiga peratus ini menunjukkan golongan bukan bumiputera atau golongan bumiputera yang diabaikan?
Saya ingin mengesyorkan agar RMK13 dan setiap belanjawan menetapkan 10 peratus daripada apa yang ditetapkan kepada golongan bumiputera diberikan kepada golongan bukan bumiputera. Saya harap mereka yang membakar sentimen perkauman ― terpulang kepada Speaker untuk ambil tindakan yang sewajarnya kerana ia memang adalah satu tindakan hasutan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, laluan. Bagan, laluan?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Nanti. Saya habis ayat ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tidak. Saya tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Ini floor Bagan. Kalau Bagan tak bagi...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tan Sri Yang di-Pertua, peranan industri kecil dan sederhana dalam negara tidak boleh dinafikan dengan sumbangan 38 peratus kepada GDP yang ingin dinaikkan kepada 40 peratus di bawah RMK13 menjelang 2030 dan menjanakan 48 peratus pekerjaan negara serta hampir 13 peratus daripada eksport Malaysia. Naik dan turun IKS ada impak besar kepada ekonomi, pekerjaan dan mutu hidup sebilangan besar rakyat Malaysia.
Kini, IKS mendapat saingan hebat daripada peniaga China yang telah pun berniaga daripada negara China. Not peniaga Cina ya. Peniaga daripada negara China yang telah pun berjaya merebut pasaran tempatan dengan mengendalikan semua kos dan produk daripada negara China sahaja. IKS harus dijaga dengan mewajibkan semua pelabur dan kontraktor asing membeli sekurang-kurangnya 50 peratus barangan keperluan daripada pengeluar
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
tempatan, sama ada yang menjalankan kontrak kerajaan ataupun swasta, supaya yang pelabur dan kontraktor asing ini tidak mengabaikan kontraktor tempatan iaitu IKS Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menekankan, Malaysia tidak terikat dengan peraturan-peraturan Bangsa-bangsa Bersatu dalam International Labor Organization (ILO).
Oleh itu, tidak perlunya pekerja asing sedia ada diwajibkan dibayar gaji minima RM1,700 sebulan atau menyumbang dua peratus KWSP pekerja asing. Ini kerana Singapura tidak mewajibkan sumbangan CPF untuk pekerja asing daripada majikan sejak 2003 tanpa sebarang tindakan atau hukuman oleh ILO.
Peraturan gaji minima RM1,700 sebulan dan bayaran dua peratus KWSP pekerja asing harus dikenakan ke atas pekerja asing yang baharu sahaja kerana majikan mengambil pekerja lama atas fahaman kadar yang sedia ada. Kalau hendak kenakan, kenakan yang baharu. Yang lama kekal atas kadar yang sedia ada. Tapi, kita memang sokong gaji minima untuk pekerja tempatan. Ini saya rasa tidak jadi masalah.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Sememangnya Kementerian Pendidikan telah berusaha menjalankan reformasi dan ikhtiarnya harus diberikan sokongan dan galakan. Saya harap pihak kementerian boleh menangani isu memasang bendera Malaysia secara terbalik dengan baik oleh sebuah SJK(C) di Port Dickson. Kalau Kementerian Pendidikan ingin hukum SJK(C) ini, pastikan hukuman yang sama juga dikenakan ke atas kementerian yang melakukan kesilapan serupa agar mengelakkan wujudnya double standard atau antara dua darjat.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin juga mengucapkan syabas atas keprihatinan Kementerian Kewangan menerima pandangan rakyat dalam isu minyak RON95, mengurangkan kadar faedah oleh Bank Negara, menaikkan nilai ambang e-invoicing, membatalkan cukai mewah dan menimbang semula beberapa aspek perluasan skop SST. Di samping syor di atas, ada enam lagi syor kewangan yang masih belum dipertimbangkan yang kita harap dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat dan peniaga seperti berikut― Nombor satu. Menaikkan nilai ambang percukaian IKS ― industri kecil dan sederhana, sebanyak 15 peratus untuk keuntungan RM150,000 yang pertama kepada RM300,000 dan kadar 17 peratus untuk keuntungan seterusnya sebanyak RM300,000 hingga RM600,000 kepada RM700,000. Ini membolehkan IKS menikmati penjimatan percukaian tambahan sebanyak RM10,000 untuk tahun taksiran berikutnya.
Dua, cukai pendapatan dividen individual dua peratus hanya bagi syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan bukan ke atas semua syarikat termasuk yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
Ketiga, tambahan pelepasan cukai individu sebanyak RM5,000 setahun.
Keempat, pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM7,000 merangkumi anak pelajar sekolah rendah dan menengah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kelima, kenaikan tarif elektrik 14 peratus dibahagikan kepada tujuh peratus sebanyak dua kali. Jangan satu kali jalan 14 peratus kerana ini amat membimbangkan peniaga- peniaga.
Dan yang keenam, mengecualikan sektor pembinaan dan sewaan daripada perluasan skop SST masing-masing sebanyak enam peratus dan lapan peratus kerana Tan Sri Yang di-Pertua pun tahu, ada kawan-kawan yang beritahu sama Tan Sri Yang di-Pertua, memang kalau sewa ini lapan peratus, bermakna satu tahun tambah lagi satu bulan punya sewa. Dan untuk sektor pembinaan, kita bimbang akan naikkan kos rumah-rumah dan sebagainya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita harap, kita minta dan rayu, pertimbangkan perkara ini kerana apabila tarif 19 peratus dikenakan kesannya agak meluas kerana bukan sahaja dalam negara Malaysia, seluruh dunia. Dan ini bermakna kos semua akan naik dan kita pun fahamlah, kita tidak boleh elak, kita tidak berlari daripada kesan impak kenaikan tarif.
So, sebagaimana, sejauh manakah teruknya belum pasti lagi, tapi yang penting kalau kita boleh berikan sedikit bantuan, sedikit relief dengan izin daripada peluasan cukai, saya rasa rakyat akan faham hasrat dan niat baik kerajaan untuk bantu rakyat pada masa yang ditetapkan supaya bukan sahaja kita akan habiskan tempoh mandat pada 2027, tapi Kerajaan Perpaduan akan menang lagi satu kali PRU yang akan datang. Sekian terima kasih kepada semua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kubang Kerian, 12 minit.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang beri ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMK13.
Memulakan perbahasan saya memetik firman Allah Taala dalam surah Al-Hashr.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah subhanahu wa taala dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang disediakan untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” Sadaqallahulazim. Tuan Yang di-Pertua, perbahasan RMK merupakan satu penelitian terhadap dokumen-dokumen penting dalam pembangunan negara. Dalam tempoh lima tahun kita merancang sesuatu perkara bagi memastikan negara kita berada di atas landasan yang betul dan perlu dilihat kepada aspek-aspek yang meliputi kedua perkara kerana manusia atau pembangunan negara bukan hanya kepada aspek fizikal, sebagaimana kita menilai sesuatu
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
berdasarkan nilai-nilai yang ada pada manusia sebagai elemen penting. Di mana manusia terdiri pada dua unsur, ada unsur jasad dan ada unsur roh.
Firman Allah Taala [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-A’raf, ayat 96.
Maksudnya, “Kalaulah penduduk sebuah negara itu, sebuah kawasan itu beriman dan bertakwa pada Allah, nescaya Allah Taala akan buka pintu-pintu keberkatan yang turun daripada langit, yang keluar dari perut bumi, akan tetapi mereka mendustakan rasul-rasul lalu ditimpakan kepada mereka bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri.” Oleh kerana itu, dalam pembangunan, dalam rangka pembangunan Rancangan Malaysia kita perlu melihat kepada aspek-aspek kemanusiaan atau nilai-nilai insaniah yang merupakan asas dan teras dalam membangunkan sebuah negara. Ketamakan tidak akan habis, demikian juga manusia perlu dibina kerana Nabi SAW memandu kita. [Membaca sepotong hadis] Ingatlah, dalam tubuh manusia ada seketul daging. Baik daging ini baiklah seluruh manusia. Rosak seketul daging ini, akan rosaklah seluruh manusia. Maka seketul daging itu ialah hati. Maksudnya, nilai spiritual menjadi asas dalam pembinaan mana-mana masyarakat dan mana-mana negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa objektif sendiri dalam Rancangan Malaysia ini yang meliputi pelbagai agenda pembangunan fizikal, ekonomi, sosial, kesejahteraan rakyat, secara menyeluruh. Namun, kita lihat ada kelompangan dalam pemerkasaan nilai-nilai spiritual yang ada pada manusia, nilai pengukuhan, nilai syariah jadi teras kepada pembangunan manusia. Perlu ada agenda dalam pembangunan setiap kali Rancangan Malaysia yang kita susun.
Kalau tidak ada aspek tersebut, pengukuhan akidah, pemantapan syariah dan sebagainya, kita dapati akan wujud kelompangan yang menyebabkan negara berdepan dengan kerosakan, sebagaimana di peringatan Allah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] kerosakan itu berlaku disebabkan tangan-tangan manusia.
Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa setiap perbahasan Rancangan Malaysia mendapat perhatian semua pihak, sama ada para pelabur, komuniti antarabangsa, agensi penarafan dan menunjukkan betapa pentingnya Rancangan Malaysia ini dapat kita susun, kita garap dengan sebaik mungkin.
Saya ingin menarik perhatian kepada cabaran. Kita berdepan dengan cabaran besar, selain pada isu tarif yang dikenakan oleh Amerika. Kita berdepan dengan cabaran perubahan iklim yang sangat serius. Negara perlu ada suatu perancangan yang teliti, bagaimana menghadapi adaptasi dan mitigasi perubahan iklim kerana pembangunan yang kita susun tanpa suatu adaptasi yang kukuh tentang perubahan iklim yang sangat serius ini akan meninggalkan bencana yang besar bagi negara. Kita lihat dunia hari ini berdepan dengan pelbagai kemelut perubahan iklim.
Dalam soal ini, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan berterus-terang dengan rakyat dalam soal pembinaan perumahan sebagai contoh, sesuatu projek perumahan, kerajaan telah pun memanggil semua pihak yang terlibat untuk beri pandangan
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
terhadap satu projek yang ingin dibangunkan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.
Dengan kata lain bahawa kerajaan ada data, projek ini risiko, sejauh mana risiko kepada pembeli dan sayangnya risiko pada pembeli tidak pernah dimaklumkan pada pembeli, menyebabkan pembeli berdepan dengan masalah dia beli aset yang berdepan dengan risiko banjir dan seumpamanya.
Saya mencadangkan supaya kerajaan berterus-terang, bukan hanya menjaga pemaju yang mengaut keuntungan, tetapi pada pembeli supaya mereka, pembeli mengetahui risiko satu projek yang ingin diambil atau yang ingin dibeli, supaya rakyat tidak berdepan dengan masalah besar bila mereka membeli suatu aset nanti.
Isu REE, saya ingin jelaskan bahawa kerajaan telah buat keputusan besar dan saya menyokong keputusan tersebut iaitu kerajaan buat keputusan tidak akan mengeksport REE dalam bentuk raw dan bentuk bahan mentah tapi diproses dalam negara dan saya ingin dapat penjelasan daripada kerajaan. Dalam rundingan dengan Amerika baru-baru ini, dibuat keputusan bahawa kerajaan akan eksport REE ke Amerika. Apakah kerajaan telah ubah polisi daripada tidak eksport bahan mentah kepada perubahan baru sebab kita tahu kesannya kalau kita import direct, negara kerugian bilion Ringgit. Maka itu saya ingin dapat penjelasan, apakah polisi ini telah diubah oleh kerajaan dalam menghantar dan mengurus REE negara.
Yang kedua, saya menyokong tindakan Ketua Pembangkang yang mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu agensi khas bagi mengendalikan REE. Sebagaimana penemuan bijih-bijih timah satu masa, menyebabkan pembangunan berlaku di negeri Perak, Selangor dan sebagainya. Kali ini kita harapkan supaya penemuan hari ini dapat menjadi aset pemangkin kepada pembangunan wilayah di Pantai Timur, di Kelantan, Terengganu, Pahang dan seumpamanya.
Namun, kesilapan dalam pengurusan petroleum negara tidak perlu diulang balik, di mana negeri-negeri gagal mendapat hak royalti sebagaimana dijanjikan. Kita bimbang kalau REE ini akan jadi nasib yang sama. Negeri pengeluar yang ada bahan REE, tiba-tiba bila pembangunan REE dibuat negeri tersebut gagal mendapat manfaat dengan hasil yang ada dalam negeri mereka. Maka kerana itu kita perlu jelas dalam perkara ini supaya pembangunan, effect pembangunan REE dapat dimanfaatkan oleh negeri-negeri yang punya hasil tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya ingin juga melahirkan tentang kebimbangan terhadap cabaran media sosial yang berlaku mutakhir ini. Bila saya tengok data yang ada, terutama tentang isu-isu yang melibatkan gejala sosial dalam negara kita. Bahan- bahan pornografi bebas ditonton oleh siapa-siapa saja. Anak kecil pun boleh ambil. Seolah tak ada satu pengawalan serius oleh pihak kerajaan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya ingin melahirkan kebimbangan, peningkatan kadar HIV yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan sehingga tahun 2023 sebanyak 135,035 kes HIV direkodkan di mana 54,365 berpunca di perlakuan seksual. Ya, dan ini melibatkan hubungan perzinaan dan seumpama yang kita lihat dan lebih malang lagi, 44 peratus di sumbang oleh individu berumur 20 hingga 29 tahun. Hampir separuh daripada kadar HIV di sumbang oleh anak muda.
Bagaimana masa depan negara kita?
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Apa nasib negara kita kalau sekiranya isu ini tidak dibendung segera? Saya memohon supaya SKMM bukan hanya bertindak pada orang yang menentang kerajaan, diambil, disiasat.
[Tepuk] Tapi di waktu yang sama, nilai-nilai yang boleh merosakkan ini perlu diberi perhatian serius. 31 peratus di kalangan mereka ini daripada umur 30 hingga 39 tahun dan ini perlu diberi perhatian serius.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya ingin jelaskan juga tentang isu yang dibangkitkan oleh kebanyakan pembahas-pembahas kita. Isu bekalan air sebagai contoh.
Kita tahu isu besar dalam negara kita yang masih belum selesai. Isu bekalan air bukan hanya di Sabah dan Sarawak sahaja, bahkan turut dialami di peringkat negeri Semenanjung. Isu besar kita ialah NRW, non-revenue water di mana kadar NRW yang sangat tinggi di negeri- negeri ada lebih — ada setengah negeri lebih pada separuh NRW-nya. Dan bila saya meneliti masalah besar yang dihadapi, ada dua perkara.
Yang pertama, kemampuan negeri untuk atasi NRW. Negeri tak mampu kerana kosnya sangat besar, dua bilion, tiga bilion. Mana negeri, syarikat air negeri mampu? Kalau Kerajaan Persekutuan boleh sediakan peruntukan bayar kepada pengusaha ataupun syarikat-syarikat pengendali tol, konsesi yang mengendali tol, kerana kerajaan tanggung, beri tol free, kadang-kadang dua bilion, tiga bilion.
Saya meneliti kos untuk NRW di peringkat negeri tak lebih pada tiga bilion setahun.
Kalau ini boleh diberikan kepada negeri-negeri, saya yakin isu paip lama yang perlu ditukar, isu sumber air bekalan yang tidak stabil, isu pembangunan loji rawatan air di tempat yang tidak strategik. Sebagai contoh, kita ada masalah air di Labuan. Air di Labuan, air di Langkawi, punca apa? Ketirisan, kebocoran paip air. Bila rawatan dibuat di tanah besar, kita hantar ke pulau, air yang dah dirawat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Kubang Kerian, sikit. Pulai, Kubang Kerian.
Bolehkah?
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya nak habiskan poin ini dulu.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sikit, boleh?
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sikit, saya habiskan poin ini, ya. Bila air dihantar ke pulau ialah air yang tidak dirawat. Air yang telah dirawat. Bila berlaku kebocoran, kadar NRW-nya sangat tinggi sedangkan kalau boleh kita hantar air
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
mentah ke pulau, loji dibuat di pulau. Kalau berlaku kebocoran, dia tidak akan meningkatkan kadar NRW. Ini sebagai contohlah, ya. Jadi, di antara benda.
Sila Pulai. Saya ada masa sikit saja.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Masa Kubang Kerian menjadi Menteri dulu, apakah ada rancangan untuk bagi peruntukan kepada negeri-negeri sepertimana yang disebut oleh Kubang Kerian tadi?
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya, ya. Saya dah ada peruntukan dan saya dah beri peruntukan tersebut termasuk...
[Tepuk] Untuk makluman Pulai, Kelantan menghadapi masalah air kerana tidak ada satu pun dam bekalan air berbanding negeri lain.
Untuk makluman, bekalan air ini pusat, peruntukan pusat, dia geran Persekutuan tapi Kelantan tak dapat. Bila saya jadi Menteri, saya bagi peruntukan bagi membangunkan geran, disokong oleh Menteri, Perdana Menteri yang pada masa itu. Saya ucap terima kasih banyak.
Ini bukan soal...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, Kubang Kerian. Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya masa tak ada.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit saja. Berkaitan dengan HIV tadi itu, saya difahamkan bahawa HIV ini sekarang melibatkan hubungan sejenis yang berlaku dan ianya meningkat, terutamanya di pusat-pusat pendidikan tinggi. Apa pandangan Kubang Kerian?
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Banyak jenislah. Bukan sejenis, dua jenis, tiga jenis tapi semua. Bagi kita istilah zina ini, jangan guna istilah pergaulan bebas, ya. Seks bebas. Allah guna istilah zina supaya timbul rasa ketakutan.
Ya, bagi saya perkara diharam oleh Allah Taala kita kena tegas, bukan saja peraturan tapi melibatkan undang-undang.
Akhir sekali masa saya tak ada, ialah isu yang ditimbulkan tentang Qunut Nazilah.
Banyak orang yang duk berbahas, duk pertikai isu Qunut Nazilah yang dibaca dalam himpunan. Qunut Nazilah baca untuk kita supaya jangan berlaku kezaliman, penipuan.
Sepatutnya kita tegur yang melakukan kezaliman, bukan yang baca doa, ya.
[Tepuk] Sepatutnya kita larang yang bohong, hentikan pembohongan. Yang berjanji, tunaikan janji.
[Tepuk] Bukan kita serang mereka yang — Tuan-tuan sekalian kita tahu, Qunut Nazilah dibaca di semua dunia. Bukan saja dalam radio, bahkan di masjid-masjid. Kita minta lindung pada Allah daripada kezaliman. Apa salahnya? Apakah kerana mereka rasa mereka buat zalim? Saya yakin mereka tak rasa mereka buat zalim. Kalau mereka tak rasa mereka buat zalim, kenapa mereka marah pada orang baca doa? Sepatut hentikan kezaliman, hentikan penipuan, hentikan penyelewengan, hentikan pembohongan, insya-Allah negara kita bergerak kepada...
[Tidak jelas]
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Kubang Kerian. Kubang Kerian, sikit saja.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kubang Kerian. Kubang Kerian sikit saja. Kubang Kerian. Boleh? Adakah Yang Berhormat... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kubang Kerian dah habis tempoh. Saya guna kuasa 37(2). Baik, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dengan izin penuh rasa tanggungjawab, saya ingin berdiri di Dewan yang mulia ini bukan sekadar sebagai Ahli Parlimen tetapi sebagai suara rakyat Sabah yang menuntut keadilan pembangunan yang sebenar dan seimbang.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas seharusnya menjadi naskhah besar yang bukan sahaja menyusun impian nasional tetapi turut menjelmakan keadilan pembangunan yang merentasi sempadan wilayah. Namun, setelah meneliti dokumen ini secara menyeluruh, saya khuatir Libaran dan banyak kawasan luar bandar di Sabah masih belum diberi tempat yang sewajarnya dalam arus pembangunan nasional.
Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan dengan isu kesihatan, satu keperluan asas rakyat yang belum dipenuhi sepenuhnya. Pembinaan Hospital Libaran baharu telah dirancang sejak Rancangan Malaysia Kesepuluh, namun masih tidak dilaksanakan hingga ke hari ini. Rakyat Libaran sudah lama menunggu dalam sabar yang menyakitkan. Sementara Hospital Duchess of Kent, Sandakan terus menanggung beban pesakit yang melebihi kapasiti, seperti datang ke hospital bukan nak berubat tetapi mengalami penyakit dan tambah stress.
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh YB Kinabatangan kelmarin.
Kesesakan di hospital-hospital di negeri Sabah, ini bukan lagi kekurangan tetapi satu pengabaian terhadap keperluan asas rakyat. Saya mendesak agar hospital di kawasan Libaran dimasukkan secara khusus dalam RMK13 dan dibina tanpa bagi alasan atau penangguhan. Hospital ini akan menjadi pusat rawatan rujukan penting bagi rakyat Libaran dan daerah sekitarnya.
Berkenaan dengan pelaksanaan penempatan wajib pegawai kesihatan di Sabah dan Sarawak melalui sistem ePlacement 2.0. Walaupun dasar ini tampak ideal di atas kertas namun pelaksanaannya di peringkat akar umbi tidak mencerminkan janji yang digariskan. Di Libaran dan kawasan luar bandar Sabah yang lain, doktor dan petugas perubatan terpaksa bekerja dalam serba kekurangan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Jalan ke klinik rosak, kuarters daif dan tidak selamat, bekalan air serta elektrik tidak stabil, liputan komunikasi terhad. Ketiadaan doktor pakar juga memaksa pesakit menempuh perjalanan ratusan kilometer ke Kota Kinabalu. Jika masalah ini tidak dapat ditangani, program penempatan wajib ini akan menjadi paksaan. Sabah bukan tempat ujian ketahanan, kami menuntut kesungguhan untuk membangunkan dengan maruah dan rasa tanggungjawab nasional.
Dato’ Yang di-Pertua, kita menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan memperkenalkan kokurikulum persekolahan 2027 dan pendekatan literasi menyeluruh tetapi dasar yang hebat di atas kertas tidak akan bermakna jika pelaksanaan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, tiada angka sasaran yang jelas bagi usaha untuk menaik taraf sekolah daif, padahal Sabah terus mencatat antara jumlah tertinggi sekolah daif di seluruh negara.
Di Libaran masih terdapat banyak sekolah yang beroperasi dalam keadaan tidak kondusif dan tidak selamat. Ini bukan sekadar soal pendidikan, ini soal keselamatan anak- anak kita dan maruah sistem pendidikan negara. Tambahan pula, kes buli semakin membimbangkan. Tragedi kematian pelajar asrama baru-baru ini di Sabah sangat menyayat hati. Ianya telah menjejaskan keyakinan ibu bapa terhadap sekolah berasrama. Kita tidak boleh lagi membiarkan sistem ini terus membiarkan anak-anak kita terabai.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Rancangan Malaysia Ketiga Belas menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan sekolah berusia lebih 20 tahun bagi menjamin keselamatan struktur dan kelangsungan pengajaran. Peringkat keselamatan fizikal sekolah termasuk pemasangan pagar, lampu jalan, sistem CCTV dan kemudahan sanitasi bersih yang mampu memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan keselesaan kepada murid.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, satu juta unit rumah mampu milik akan dibina. Saya setuju dengan perancangan ini sebab salah satu cabaran utama bagi golongan B40 dan M40 adalah kesukaran memiliki rumah. Saya juga mencadangkan agar kerajaan melaksanakan semula skim sewa beli rumah mampu milik secara menyeluruh kepada penghuni PPR dan PPRT pada dasarnya rumah transit. Penghuni tersebut ada yang tinggal melebihi 20 hingga 30 tahun. Melalui skim ini, sewa beli bulanan yang dibayar oleh penghuni akan dikira sebagai ansuran kepada pemilik rumah tersebut.
Maka, tidak lagi wajar syarikat pengurusan seperti di Sabah, syarikat Amalmaju Sdn.
Bhd. terus dilantik untuk mengurus bangunan, menyelenggara, terpulang kepada komuniti memilih pengurusan tersebut kerana kalau dilihat sekarang ini hanya untung sepihak iaitu untung kepada syarikat Amalmaju. Sepihak sebegini sekarang, bayaran kutipan sewa tetapi tiada penyelenggaraan bangunan dan fasiliti. Alasan, tidak ada peruntukan. Oleh itu, kerajaan perlu tahu — kerajaan pula tidak perlu lagi menanggung kos penyelenggaraan berterusan kerana tanggungjawab secara berperingkat boleh dipindah kepada pemilik.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Selain itu, daripada isu rumah, kementerian perlu meneliti kebajikan anggota bomba di dalam RMK13 secara serius. Seperti yang telah saya ketengahkan pada sidang sebelum ini, anggota bomba sentiasa terdedah pada risiko kemalangan dan kecederaan. Oleh yang demikian, adalah wajar elaun mereka diselaraskan semula agar sesuai dengan risiko yang ditanggung. Saya juga telah mencadangkan pembinaan sebuah balai bomba baharu di Libaran. Balai bomba yang sedia ada tidak mampu untuk menampung keperluan bagi tiga Parlimen dalam daerah Sandakan. Parlimen Libaran seluas 930 kilometer persegi dan memerlukan respons kecemasan yang cekap dan cepat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atas pendekatan yang realistik. Namun, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, segala perancangan mestilah disertai dengan pelaksanaan yang jelas dari jumlah projek, lokasi hingga tarikh pelaksanaan. Oleh yang demikian, saya ingin memohon diberikan keutamaan kepada projek-projek berikut, membina jalan Tinusa ke Mangkalinau dan menaik taraf Jalan Kuala Gum-Gum ke Dandulit bagi meningkatkan akses dan mobiliti luar bandar ke pusat ekonomi.
Yang kedua, naik taraf jambatan perhubungan yang telah uzur seluruh Libaran kerana struktur sedia ada berisiko runtuh dan menjejaskan keselamatan penduduk.
Yang ketiga, pembinaan Pusat Kegiatan Masyarakat di bawah KEMAS di Jalan Sungai Batang, Batu 10 sebagai pusat interaktif yang menyatukan aktiviti sosial, pendidikan dan keusahawanan.
Yang keempat, pemasangan lampu jalan di kampung-kampung yang berisiko tinggi bagi mengurangkan kejadian jenayah dan meningkatkan keselamatan awam.
Yang kelima, perwujudan pusat TVET Libaran di dalam hab pendidikan Sandakan bagi memberikan akses kutipan teknikal yang lebih dekat dan relevan kepada belia luar bandar.
Dato’ Yang di-Pertua, isu ekonomi dan belia. Kadar pengangguran di Sabah kekal tertinggi di Malaysia. Suatu realiti pahit yang mencerminkan kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang mampan. Untuk membina masa depan, kita mesti menyediakan satu ekosistem ekonomi yang inklusif dan berdaya saing, khususnya untuk belia. Sabah memiliki potensi besar dalam sektor pertanian moden, agropreneur, ekonomi hijau, serta industri kreatif.
Justeru, saya mencadangkan agar sebuah pusat aktiviti ekonomi belia diwujudkan di Libaran sebagai inkubator latihan kemahiran pemasaran digital, keusahawanan serta teknologi. Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan zon industri ringan bagi memproses dan memasarkan hasil tani tempatan. Selain itu, kerajaan perlu melaksanakan program pendekatan pekerjaan berasaskan kemahiran tempatan agar latihan TVET yang disediakan selari dengan keperluan industri.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Dato’ Yang di-Pertua, Libaran amat memerlukan projek Jalan Bypass Libaran yang telah diluluskan semasa Rolling Plan Ketiga, RMK10. Dalam Rolling Plan Keempat, RMK12.
UPEN Sabah tidak mengemukakan projek ini sebagai salah satu dari senarai keutamaan negeri. Tetapi dalam rancangan Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas, KKR telah mengangkat permohonan ini untuk membina Bypass Libaran Fasa 1 hingga Fasa 3.
Dari persimpangan Batu 32 ke persimpangan Jalan Gum-Gum. Jambatan yang runtuh sudah terbiar hampir lapan tahun, tiada apa-apa. Apakah status sebenarnya?
Projek Jalan Bypass Libaran adalah laluan penting ke Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu dan ke Kota Kinabalu dan ianya wajib diberikan keutamaan bagi pelaksanaan di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kedua Belas memandangkan ianya sudah mempunyai kelulusan pelaksanaan sejak sekian lama. Saya juga ingin mencadangkan pembinaan flyover atau lampu trafik di Jalan Lintas Labuk, Jalan Utara yang menjadi lokasi kesesakan kritikal setiap hari. Cadangan ini adalah bagi meningkatkan keselamatan dan kelancaran trafik terutama waktu puncak.
Dato’ Yang di-Pertua, Parlimen Libaran mempunyai hampir 300,000 penduduk dan keluasan sebesar 930 kilometer persegi. Namun, tidak ada balai polis yang lengkap bagi seliaan di Parlimen Libaran kecuali Pondok Polis Seguntor. Jalan di antara balai polis tetap yang terdekat adalah melebihi 60 kilometer dan ianya menyulitkan urusan sekiranya terdapat perkara-perkara kecemasan.
Memandangkan jarak di antara pondok polis yang lain adalah terlalu jauh, adalah wajar sekiranya saya mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri menaik taraf Pondok Polis Seguntor menjadi Balai Polis Libaran, memastikan kehadiran pasukan keselamatan kekal dan berkesan. Menambah baik penginapan dan logistik pasukan keselamatan agar mereka dapat berkhidmat dengan lebih bermaruah dan efisien. Memperluaskan rondaan di kawasan luar bandar terpencil demi menjamin rasa aman dalam kalangan rakyat di Libaran.
Dato’ Yang di-Pertua, rakyat Sabah tidak menuntut keistimewaan, mereka hanya menuntut hak yang telah lama dijanjikan. Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini perlu menjadi dokumen keseimbangan wilayah dan bukan sekadar hiasan di atas meja kementerian.
Jadikan ia dokumen yang menjawab suara rakyat dari pesisir pantai hingga ke hulu dan bukit pendalaman. Sebuah pantun untuk Dato’ Yang di-Pertua.
*Jambatan runtuh jalan berlubang, Rakyat menderita diam menentang; Pusat beri negeri pun senang, Tapi projek ghaib entah ke mana hilang.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas megah dilancar Perdana Menteri, Peruntukan turun cukup berseri; Tapi bila negeri tak pandai urus diri, Jangan mimpi mahu capai visi.* Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, saya bangun sebagai Pengerusi Portfolio Pendidikan, Perikatan Nasional dan menggunakan cadangan reformasi pendidikan Perikatan Nasional sebagai rujukan utama dalam perbahasan RMK13 ini.
Sesungguhnya, kita memerlukan pembaikan sistem pendidikan negara. Pembaikan ini melibatkan tiga perkara utama iaitu konsensus pendidikan nasional baharu, pembetulan struktural dan reformasi institusi. Matlamatnya ialah membina masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.
Kita perlu menegas semula, memperbaharui dan memperkukuh matlamat melahirkan generasi yang memiliki peribadi bersepadu secara multidimensional iaitu dari segi insaniah, pandangan sarwa, ilmu, kemahiran dan daya saing yang bersifat contemporary dan objektif dan futuristik. Objektif jangka masa sederhananya ialah kita perlu mempunyai pelan tindakan pendidikan untuk tempoh masa yang sederhana, contohnya 10 tahun.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Kini, kedua-dua KPT dan KPM sedang menggubal pelan tindakan 10 tahun masing- masing. Tetapi bagi memastikan wujudnya wahdatul fikr yakni kesatuan pemikiran dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian supaya ia tertib, licin dan tidak terganggu, bukan hanya untuk KPT dan KPM, malah untuk seluruh ekosistem pendidikan negara, maka kalau dan apabila PN berada di Putrajaya, kita akan mempunyai hanya satu pelan tindakan iaitu pelan pembangunan pendidikan negara yang komprehensif.
Pelan pembangunan pendidikan negara yang komprehensif harus meliputi lima komponen utama. Komponen satu, pemikiran, falsafah dan dasar. Ini meliputi pengertian ilmu, budaya ilmu, pendidikan bersepadu, keseimbangan akademik kurikulum, Rasulullah sebagai model, kecemerlangan dengan roh, islamisasi ilmu dan integrasi ilmu, 3M yang baharu dan teknologi digital, prestasi pendidikan negara dalam ranking dunia, school-going age, pentaksiran, pengehakupayaan, pekerjaan dan pendapatan yang bermaruah, pelaksanaan dan penambahbaikan falsafah dan dasar pendidikan kebangsaan. Pokoknya, kami di Perikatan Nasional sedang membangun sistem pendidikan manhaj Malaysia.
Komponen kedua, aliran sistem dan kurikulum. Ini meliputi menilai kedudukan pelbagai aliran dan sistem persekolahan, mengkaji peranan asrama sekolah, memperkukuh kurikulum supaya menumpu kepada perkara-perkara yang benar-benar fundamental mengikut keperluan sebenar, melahirkan pakar bidang dalam pelbagai bidang, memperkasa TVET. Saya menggesa Majlis TVET Negara untuk mengambil tindakan tegas. Kita ada 12 kementerian dan 1,398 institusi TVET.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ini terlalu banyak. Berlaku pertindihan dan pembaziran. Ada yang perlu ditutup, diserap dan diselaras. Perlu ada pasukan yang meneliti kurikulum supaya terkini. Perlu meningkatkan kapasiti tenaga pengajar dari segi kelayakan dan peluang kerjaya sebab ada yang dalam perkhidmatan guna pakai bersama dan ada yang dalam perkhidmatan tertutup.
Memperkasa kurikulum dengan menukar nisbah akademik kurikulum iaitu 90 nisbah 10 kini kepada nisbah yang lebih seimbang iaitu 70-30.
Kerajaan belum menjawab tujuh soalan saya tentang PLKN 3.0. Jadi, batalkanlah PLKN 3.0. Sekiranya telah ada dana yang diluluskan, maka salurkan kepada program- program sedia ada di KPM dan KPT.
Komponen ketiga, sumber manusia. Ini termasuk meningkatkan mutu, skim perkhidmatan dan pengehakupayaan pensyarah dan guru, termasuk menangani isu guru- guru yang bersara awal.
Komponen keempat, pengehakupayaan dan kebolehpasaran pelajar. Ini termasuk memperkasa pengehakupayaan pelajar termasuk dalam struktur dan proses membuat keputusan, menilai soal mismatch dan jurang antara bilik darjah dengan tempat kerja dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Dan komponen kelima, perundangan dana dan governance. Menggantikan AUKU dengan perundangan baru yang lebih baik dan komprehensif, memperkasa kepimpinan agensi dan institusi pendidikan. Dari segi kelayakan, contohnya, universiti seharusnya dipimpin oleh tokoh yang terkanan dalam disiplinnya. Dari segi succession plan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) seharusnya memegang jawatan itu untuk tempoh masa yang sesuai. Contohnya tiga tahun, bukannya seperti yang berlaku antara Januari 2020 hingga Julai 2025 sehingga ada lima orang KPPM.
Mengadakan insentif cukai yang kreatif kepada alumni sekolah-sekolah.
Menganjurkan unjuran atau pengiraan peratusan perbelanjaan negara dan ibu bapa bagi setiap peringkat pendidikan iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT dan ia dibentang dalam bajet tahunan.
Dalam RMK13, terdapat dua perkara baru yang penting. Perkara pertama ialah cadangan pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah mandatori pada umur lima tahun dan pendidikan Tahun 1 sekolah rendah pada umur enam tahun. Saya meneliti pendapat pakar-pakar seperti Wan Muhamad Nur, Noor Azlan Ghazali, Syarifah Hapsah, Zawir Shaari, Anis Yusal dan kerangka yang disediakan, Azimah Rahim.
Soal prasekolah mandatori pada umur lima tahun. Terdapat aspek-aspek positif iaitu dari segi pembangunan awal kognitif dan sosial. Lebih awal kita bermula adalah lebih baik kerana ia berkait dengan tempoh masa pertumbuhan otak paling cepat. Ia mempertingkatkan kemahiran kanak-kanak dalam berbahasa, numerasi dan socio-emotional. Ia dapat membentuk karakter minda dan sikap seseorang individu. Tetapi ia tidak boleh berpusat akademik. Ia harus lebih untuk asas-asas adab, ethic, disiplin dan kemahiran berfikir.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Dari segi mengurangkan jurang-jurang perbelanjaan pembelajaran, ia membantu mengurangkan ketaksaksamaan dari segi ketersediaan sekolah terutamanya bagi mereka dari latar belakang kurang bernasib baik atau luar bandar. Ia juga sejajar dengan amalan global. Cabarannya ialah dari segi kurikulum standard, membentuk kurikulum prasekolah kebangsaan yang bertepatan dengan keperluan dan keutamaan berdasarkan tahap umur kanak-kanak.
Dari segi kesediaan guru dan prasarana, mesti memastikan terdapat cukup guru yang mempunyai kelayakan dan sijil ikhtisas dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak serta prasarana yang dilengkapi dengan baik termasuk gelanggang dan padang sukan. Dari segi kemampuan dan akses, mesti tangani beban kewangan yang ditanggung keluarga berpendapatan rendah. Dari segi governance, harus mewujudkan sistem prasekolah kebangsaan yang bersepadu.
Manakala, bab Tahun 1 sekolah rendah pada umur enam tahun, ada aspek-aspek positifnya. Misalnya dari segi kesinambungan dalam kemajuan atau progression pembelajaran. Dari segi ianya sejajar dengan amalan global dan konsistensi dalam laluan atau pathway pendidikan. Cabarannya ialah kesediaan ibu bapa dan pelaksanaan dari segi garis masa dan pemantauan.
Namun ada juga pakar yang mengatakan dengan izin, let kids be kids. Janganlah seawal lima hingga enam tahun telah terikat dengan bermacam-macam peraturan sekolah.
Apa pendirian saya?
(i) saya menyokong pada prinsipnya kedua-dua cadangan ini;
(ii) izinkan tadika swasta terus beroperasi;
(iii) izinkan ibu bapa membuat pilihan untuk institusi prasekolah dan sekolah rendah;
(iv) ambil kira elemen kebajikan ibu bapa yang terlibat; dan
(v) sebelum dilaksanakan, mesti ada libat urus yang meluas dan mendalam terutamanya dengan pengusaha-pengusaha tadika.
Perkara baharu dan penting yang kedua dalam RMK13 ialah Majlis Pendidikan Negara. Saya mengalu-alukan penubuhannya. Saya berharap ia bukan sahaja dianggotai oleh KPM dan KPT, tetapi semua agensi dalam ekosistem pendidikan negara. Libatkanlah juga jawatankuasa-jawatankuasa khas parlimen yang berkaitan, CSO pendidikan, pakar- pakar, akademia dan sebagainya.
Akhirnya, kes adik Zara. Pada 30 Julai yang lalu, di Dewan ini, saya telah membangkitkan lapan soalan di depan Menteri KPM. Menteri menyatakan yang kes ini diberikan prioriti utama. Pada 3 Ogos, di media sosial, saya bersetuju dan menyokong kenyataan peguam keluarga Zara yang mohon diadakan inkues dan bedah siasat.
Hari ini, saya mengulangi sokongan saya di media sosial semalam ke atas kenyataan peguam keluarga Zara yang dibuat semalam bahawa terdapat kelemahan dan kepincangan
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
dalam laporan siasatan yang telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara itu. Siasatan yang dijalankan adalah kecil skopnya dan terhad kerana perkara-perkara seperti:
(i) bedah siasat tidak dilakukan;
(ii) pakaian dan barang peribadi yang dipakai Zara semasa ditemui tidak diambil polis untuk siasatan. Notanya ialah ia diserahkan oleh peguam keluarga Zara kepada polis pada petang semalam iaitu selepas kenyataan peguam itu dikeluarkan;
(iii) polis tidak mempunyai cukup material untuk menyiasat secara efektif; dan
(iv) penularan isu plot twist, kononnya kematian Zara adalah akibat tekanan perasaan. Ini memberi indikasi seolah-olah berlaku kebocoran fail siasatan.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Semalam, peguam keluarga Zara telah menghantar surat kepada Peguam Negara, memohon dan merayu. Satu, supaya kertas siasatan dikembalikan kepada polis dan siasatan dibuka semula. Dua, siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman. Tiga, kubur Zara digali agar bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian. Empat, satu inquest diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara.
Tuan Yang di-Pertua, pokoknya kita mahu agar ditegakkan keadilan untuk Zara.
Sekian, terima kasih. *Wabilahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Berikutnya, sebelum saya memanggil Yang Berhormat Kota Marudu, ingin saya maklumkan bahawa tepat pukul 1.00, sebagaimana peraturan 12(1), saya akan tangguh. Dan Kota Marudu akan sambung balik selepas jam 2.30. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Marudu sebagai wakil parti, 15 minit.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, Kota Marudu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas peluang yang telah diberikan bagi membahaskan Rancangan Malaysia yang ketiga belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
Alhamdulillah, pembentangan RMK13 yang sangat inklusif dengan tema “Melakar semula pembangunan” adalah mencari tanggungjawab kita bersama sebagai wakil rakyat bagi memastikan matlamat reformasi dalam semua sektor yang telah digarap melalui kerangka RMK13 ini dapat dilaksanakan, bukan sahaja untuk kejayaan Kerajaan MADANI,
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
tapi juga yang jauh lebih penting adalah untuk kesejahteraan rakyat yang menerima segala reformasi dan penstrukturan yang perlu dilaksanakan.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjamin kejayaan RMK13, kerajaan telah menilai pencapaian — kerajaan kena menilai pencapaian RMK-RMK yang sebelum ini yang pada saya mungkin berjaya untuk negeri-negeri yang tertentu, tetapi ia masih gagal menyeimbangkan keberkesanan pelaksanaan, terutama kawasan wilayah Sabah. Tahun ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-68 dan 62 tahun bagi penyertaan Sabah dalam Malaysia. Apa yang menyedihkan, 12 RMK telah berlalu, Sabah amat jauh tertinggal dari segi kemudahan asas.
Dari segi ekonomi rakyat, jurang perbezaan lagi amat besar. Terbukti dengan Sabah menjuarai bilangan daerah yang termiskin dalam negara kita. Ini bukan satu kebanggaan kami daripada Sabah, tetapi satu perkara yang perlu diperbetulkan. Sebab itu Kota Marudu mencadangkan agar pelaksanaan RMK13 ini dapat diperhalusi keberkesanannya.
Kemakmuran bersama yang terkandung dalam pelan pembangunan haruslah benar-benar dilaksanakan.
Dato’ Yang di-Pertua, di bawah tonggak mobiliti sosial, disebut tentang penyeimbangan kemajuan ekonomi, wilayah dan juga pengukuhan pembangunan luar bandar. Terima kasih kerana kerajaan melihat perkara ini sebagai salah satu keutamaan yang perlu dilaksanakan. Kegagalan pembangunan yang seimbang adalah perkara yang perlu diperhalusi dan melaksanakan satu lagi perancangan lima tahun.
Sebagai wakil daripada Sabah, Kota Marudu memohon agar pastikan pelaksanaan RMK13 ini merupakan satu platform Kerajaan MADANI untuk membuktikan kepada rakyat Sabah bahawa segala keperluan dapat merapatkan jurang pembangunan ini diambil kira dalam setiap langkah, termasuk memperluaskan akses kepada infrastruktur dan perkhidmatan asas serta sektor ekonomi rakyat.
Negeri dan wilayah yang lain sedang rancak untuk menggapai kejayaan peringkat global. Namun, wilayah Sabah masih tenggelam dengan berjuang untuk mengatasi kadar kemiskinan yang tinggi, menaik taraf jalan, malah ketiadaan jalan perhubungan yang untuk sesetengah kampung, juga berdepan dengan masalah bekalan air dan juga bekalan elektrik.
Paksi kemiskinan ialah infrastruktur yang tidak sempurna. Maka, untuk melihat tiada lagi miskin tegar, kerajaan kena bermula dengan membina infrastruktur bagi kawasan- kawasan yang tertinggal daripada RMK-RMK sebelum ini, seperti Kota Marudu. Kota Marudu memohon agar Kerajaan MADANI membantu kami menaik taraf jalan-jalan. Antaranya seperti yang selalu disebut dalam perbahasan saya. Jalan Rampai, Jalan Darandang Darau, Jalan Gomon di kawasan Matunggong, Jalan Kirangawan di Bandau, Jalan Kuromoko, Jalan Tagibang dan Bambangan, Jalan Sonsogun Mogis di kawasan Kota Marudu. Dan banyak yang saya tidak sempat sebutkan pada hari ini. Supaya dimasukkan dalam peruntukan RMK13 ini.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Di ibu kota dan negeri-negeri yang lain, kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf pengangkutan awam, pembesaran dan penambahan lebuh raya. Namun, wilayah Sabah, khususnya Kota Marudu, kita cuma mahu agar semua kawasan pekan dan kampung mempunyai jalan yang baik supaya rakyat boleh memasarkan hasil pertanian secara langsung, dapat menaikkan taraf ekonomi rakyat luar bandar.
Rakyat sudah tidak sabar, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Keadilan dari sudut pembangunan mesti dilaksanakan sekarang, bukan untuk menanti satu lagi RMK. Untuk selesaikan masalah ini, sepatutnya yang telah dilaksanakan sebelum RMK13 ini. Kami mengharapkan satu usaha serta kesungguhan kerajaan dalam RMK13 ini. Sekurang- kurangnya, kerajaan mesti melihat keperluan untuk memberikan peruntukan yang lebih kepada negeri Sabah, berbanding dengan negeri-negeri yang lain.
Dalam usaha yang serius untuk mengeluarkan status daerah-daerah yang disebut sebagai daerah yang termiskin di Malaysia. Kita kena buktikan bahawa RMK13 ini di bawah Kerajaan MADANI, kita mempunyai ketelusan dan usaha yang lebih diyakini dan pasti berbanding dengan kerajaan-kerajaan sebelum ini.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara, penerima gunaan kecerdasan buatan ataupun AI dalam semua sektor perlu diberikan keutamaan. Apapun konsep pelaksanaan, keselarasan di peringkat negeri, wilayah dan juga seluruh negara, perlu diambil kira. Keperluan asas dalam melaksanakan AI perlulah persediaan awal seperti penyediaan jaringan Internet di semua kawasan.
Kebimbangan saya bila mana-mana kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kawasan internet, pastinya akan tertinggal dalam proses pelaksanaan penggunaan AI.
Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mestilah memperkasakan lagi akses internet di seluruh kawasan. Termasuklah kawasan Kota Marudu yang akses Internet amat lemah dan banyak kampung yang langsung tidak mempunyai akses Internet. Dato’ Yang di-Pertua, salah satu penekanan yang sangat penting dalam menjayakan keberkesanan dan dalam RMK13 adalah tatakelola yang baik. Adalah penting untuk semua peringkat pelaksanaan mesti mematuhi garis panduan dalam pengertian tata kelola dengan memperkukuhkan integriti dan juga akauntabiliti. Pelaksanaan dasar di peringkat kementerian, peringkat negeri, serta daerah-daerah mestilah memastikan hasrat serta perancangan kerajaan melalui RMK13 ini dilaksanakan mengikut fasa yang ditetapkan serta pemantauan dari semua peringkat pelaksanaan diperketatkan dan demi untuk manfaat rakyat.
Dalam penguatkuasaan undang-undang, kerajaan harus serius dan telus supaya semua yang terlibat dalam proses pelaksanaan ini harus menghormati dan mengamalkan tatakelola yang digariskan oleh kerajaan. Sekiranya terdapat kepincangan atau salah guna kuasa yang boleh menghalang proses pelaksanaan atau sabotaj kepada RMK13 ini, tindakan undang-undang haruslah dilaksanakan tanpa mengira siapa pun, tiada pengecualian. Dakwa
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Dengan tindakan kerajaan yang tegas, rakyat akan melihat dan menghormati kerajaan dan sistem perundangan negara. Dalam masa yang sama, semua perancangan dalam RMK13 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi untuk kesejahteraan rakyat kita.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam langkah atau usaha meningkatkan mutu kehidupan rakyat, merupakan satu perkara yang perlu dilaksanakan dalam RMK13. Tumpuan kelapan ini merangkumi keperluan asas rakyat. Antaranya keterjaminan makanan yang perlu diambil berat oleh kerajaan. Pastikan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk pengeluaran makanan tertentu seperti kawasan tanaman padi seperti kawasan Kota Marudu, diusahakan sebaik mungkin.
Keperluan asas perlulah dinaik taraf, jalan yang baik serta menaik taraf sistem pengairan agar dapat dioptimumkan penggunaan tanah sawah tersebut. Di samping mengaplikasikan penggunaan AI dalam usaha meningkatkan hasil serta kualiti makanan negara.
Saya juga ingin membawa hasrat dan cadangan rakyat kita yang majoritinya terlibat dengan komoditi getah. Mereka berpesan supaya disampaikan dengan kerajaan melalui Dewan yang mulia pada hari ini.
Pertamanya, harga getah harus ada penyelarasan antara Semenanjung dan juga negeri Sabah.
Kedua, harga lantai kentalan yang selalunya diamalkan oleh pekebun kita. Mereka mencadangkan kepada kerajaan untuk menetapkan siling atau lantai jualan pada RM4.00 sen sekilogram. Perkara ini amat penting bagi mereka untuk memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sambung selepas pukul 2.30. Dengan ini, saya tangguhkan Dewan sehingga pukul 2.30.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kota Marudu untuk sambung perbahasan.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sehubungan untuk usaha meningkatkan kehidupan rakyat, Kota Marudu meminta melalui RMK13 ini bangunan baharu Hospital Kota Marudu dapat disediakan. Selain daripada itu, keperluan menambah bilangan doktor serta peralatan perubatan yang lengkap dan
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
mencukupi amat perlu diberikan perhatian untuk khidmat kesihatan yang lebih baik bagi kesejahteraan rakyat Kota Marudu.
Penaiktarafan semua bangunan klinik yang sudah tidak selamat diguna perlu dilaksanakan. Kota Marudu juga mengulangi keperluan untuk menyegerakan pembinaan klinik di Sonsogon Magandai serta pembinaan hospital atau cadangan pembinaan hospital ataupun klinik pakar di daerah kecil Matunggong dapat dilaksanakan dalam RMK13 ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kota Marudu mohon melalui RMK13 ini juga pembinaan SMK Langkon, Kota Marudu perlu disiapkan dengan segera. Pembinaan ini telah bermula dari tahun 2010 lagi. Bererti, selama ini, 15 tahun, sampailah pada tahun ini, sekolah ini belum siap-siap dan dikhabarkan bahawa setakat ini, sekolah ini telah pun dibina dalam 80 peratus.
Bererti, untuk penyiapan, tinggal 20 peratus. Saya pun hairan, apa yang berlaku sebenarnya dengan sekolah ini. Begitu lama, 15 tahun, rakyat Kota Marudu amat kerugian, ya. Pelajar- pelajar kita menunggu sekolah ini untuk dibina. Sedangkan sekolah ini sekarang masih menumpang dengan bangunan sekolah rendah.
Minta pihak Kementerian Pendidikan agar serius untuk menyelesaikan perkara ini.
Kalaulah ada perkara-perkara yang kita tidak ketahui soal ketirisan atau sebagainya, perlu dilaksanakan undang-undang yang ada. Jangan biarkan perkara ini akan berlaku berlanjutan.
Lagi satu RMK mungkin baru siap sekolah ini. Dan minta di Dewan yang mulia ini dan juga Kementerian Pendidikan supaya mengambil kira dan serius supaya penyiapan SMK Langkon, Kota Marudu dapat disegerakan.
Begitu juga bangunan-bangunan sekolah yang uzur, tidak selamat perlulah diambil keutamaan untuk diganti dengan bangunan-bangunan yang baru. Kita ingin melahirkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menguasai ilmu penggunaan AI bermula di peringkat pendidikan awal. Justeru itu, prasarana sekolah perlu diberikan perhatian dalam RMK13 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat laporan daripada guru-guru yang bertugas di Semenanjung, mereka memohon supaya disampaikan dalam Dewan yang mulia ini. Apa kiranya dipertimbangkan oleh kerajaan agar elaun-elaun guru-guru daripada Sabah yang bertugas di Semenanjung hendaklah diselaraskan dan sama dengan elaun-elaun guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak.
Saya juga amat terkesan dengan perkara mutakhir yang melibatkan keselamatan pelajar, kes buli yang kian merisaukan ibu bapa dan rakyat Malaysia. Bukan sahaja melibatkan kecederaan fizikal, tetapi kehilangan nyawa. Ada juga yang mengalami tekanan mental kerana buli yang berterusan.
Kementerian Pendidikan kena menggariskan tindakan yang drastik dan segera untuk mengatasi masalah ini. Jangan sebut, “Ini perkara yang terpencil”, ya. Jangan menunggu akan ada lagi mangsa. Hentikan perkara buli ini dari terus berlaku. Kementerian Pendidikan harus bertanggungjawab dalam mengambil langkah yang segera serta tindakan yang perlu diambil supaya perkara buli ini dihentikan dan tidak berulang lagi. Sekolah adalah tempat
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
menimba ilmu dan melahirkan modal insan yang cemerlang, bukan untuk membiarkan insiden buli yang berlaku berterusan. Keselamatan pelajar perlulah diutamakan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada cadangan memberikan tumpuan serta peruntukan yang lebih kepada negeri Sabah, seperkara yang boleh membantu mempastikan Sabah akan maju bersama wilayah lain di negara ini iaitu mempercepatkan pelaksanaan perkara yang terkandung dalam 112C dan juga 112D yang melalui Perlembagaan atau MA63.
Terima kasih atas usaha murni Yang Amat Berhormat Tambun yang telah beberapa kali menyatakan akan terus memberikan komitmen untuk menyelesaikan perkara 40 peratus ini. Hanya Kerajaan MADANI ini yang telah memberikan komitmen pemberian khas interim 300 juta pada tahun lepas dan 600 juta pada tahun ini. Dan ini merupakan langkah pertama sebelum memuktamadkan hal 40 peratus.
Sabah tidak meminta lebih daripada yang sepatutnya. Perjuangan kita cuma ingin mendapatkan hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan demi mempastikan pembangunan dan kehidupan rakyat yang lebih baik. Kita difahamkan bahawa akan ada mesyuarat pada bulan September ini mengenai dengan soal 40 peratus yang akan dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Tambun bersama pimpinan daripada negeri Sabah. Kami mendoakan semoga Allah SWT permudahkan dan rakyat Sabah mengharapkan penyelesaian yang tuntas agar dalam mesyuarat tersebut dapat dilaksanakan persetujuan dan disegerakan pelaksanaan 40 peratus ini sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, melakar semula pembangunan dengan matlamat negara berpendapatan tinggi dan mampan serta alam sekitar yang lestari merupakan kerangka yang di dalamnya kesempurnaan dan rakyat untuk tempoh lima tahun lagi. Kota Marudu amat yakin perancangan Yang Amat Berhormat Tambun yang terbaik untuk rakyat negara kita melalui RMK13 ini.
Apa pun, kebimbangan Kota Marudu adalah di peringkat pelaksanaan 12 RMK yang berlalu, kita masih berjuang untuk kemakmuran bersama, berjuang untuk pembangunan yang seimbang. Justeru, kerana kegagalan bab itulah, maka konteks Kota Marudu dan Sabah mohon agar ketelusan pematuhan tata kelola, integriti para pegawai serta pemimpin merupakan tuntutan rakyat agar segala perancangan berjaya demi rakyat, demi negara yang tercinta ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kota Marudu memohon supaya daripada pimpinan yang tertinggi kepada semua kementerian, Ahli-ahli Parlimen dan pegawai-pegawai kerajaan, ayuh kita sama-sama gembleng tenaga untuk mempastikan bahawa RMK13 ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dan ingat, jangan lagi Sabah dan Kota Marudu tertinggal daripada pelan pelaksanaan RMK13.
Kota Marudu mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuala Terengganu untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Tuan Yang di-Pertua, RMK13 telah menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi tahunan bagi setiap wilayah. Wilayah Pantai Timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang disasarkan untuk berkembang pada kadar 4.7 peratus, manakala wilayah tengah lima peratus, wilayah selatan 5.1 peratus, wilayah utara 5.2 peratus, wilayah Sabah 5.8 peratus dan wilayah Sarawak 4.6 peratus.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Persoalannya, jika kadar pertumbuhan semua wilayah bergerak sebegitu rupa, jurang akan semakin melebar, bukannya semakin rapat. Kita sebenarnya merancang untuk memperbaikikah atau untuk meneruskan pelebaran jurang antara wilayah. Saya ucapkan tahniah pada Sarawak yang kini telah hampir berstatus negeri berpendapatan tinggi. Adakah dengan semua inisiatif yang dimasukkan di dalam RMK13 bertujuan untuk merealisasikan sasaran lima tahun ini?
Lebih membimbangkan, tanpa sebarang formula agihan perbelanjaan pembangunan yang jelas di dalam RMK13 dan tanpa komitmen seperti 50 peratus perbelanjaan pembangunan kepada negeri kurang membangun yang pernah dijanjikan dalam RMK12 dimasukkan maka sasaran pertumbuhan ini berisiko kekal sebagai unjuran di atas kertas, bukan perubahan sebenar di lapangan.
Tuan Yang di-Pertua, dasar pemusatan pentadbiran dan pembangunan di Kuala Lumpur ataupun di Lembah Klang secara langsung menyumbang kepada pelebaran jurang pembangunan antara negeri. Minyak diuruskan di Kuala Lumpur, sawit diuruskan di Kuala Lumpur, getah diuruskan di Kuala Lumpur, semua dibawa ke Lembah Klang. Pelaburan, infrastruktur, peluang pekerjaan, firma-firma utama, semuanya di Lembah Klang. Sementara itu, negeri-negeri pengeluar sumber kekal sebagai tapak, di mana hasil mahsul dikeluarkan tetapi tidak menikmati limpahan ekonomi yang sebenar.
Sebagai contoh, hasil petroleum dan gas datang daripada negeri seperti Terengganu tetapi syarikat-syarikat yang beroperasi, menuai hasil dan sebagainya membina gedung- gedung mereka di Kuala Lumpur. Membayar cukai pendapatan mereka di mana didaftarkan di Kuala Lumpur. Jadi, berbanggalah di Lembah Klang, beritahu kita sumbang cukai dalam bentuk yang besar dan sebagainya, sedangkan hasil mahsul dikeluarkan daripada Kuala Lumpur. Yang belajar tinggi-tinggi, cemerlang di dalam pelajaran daripada Terengganu dan Kelantan belajar petroleum engineering dan sebagainya, tiada peluang pekerjaan di Terengganu kerana semuanya di Kuala Lumpur dan hari ini kita mengadu tentang masalah kesesakan di Kuala Lumpur.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah masalah berkaitan dengan reka bentuk fiskal federalisme yang kita amalkan selama ini, yang terlalu berpusat. Akibatnya negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu berdepan dengan pertumbuhan yang perlahan dan tertumpu kepada sektor berintensifkan buruh. Fenomena penghijrahan rakyat ke Kuala Lumpur pula menyebabkan negeri-negeri ini kehilangan tenaga kerja produktif, sekali gus menyempitkan lagi peluang untuk berkembang. Eksekutif-eksekutif yang terlibat dalam petroleum baik dari segi cari gali, downstream dan sebagainya sepatutnya berada, mencari kerja di negeri-negeri mereka di mana dikeluarkan hasil ini, tidak perlu berhijrah di Kuala Lumpur.
Sudah tiba masanya kita ubah kitaran yang menghalang ini. Kerajaan hendaklah berani melakukan anjakan besar dalam bentuk design ekonomi negara. Kalau suatu ketika dahulu kerajaan berjaya memindahkan ekosistem pentadbiran negara ke Putrajaya, mengapa tidak sekarang kita fikirkan langkah seperti memindahkan pula urus tadbir yang berkaitan dengan sumber hasil mahsul ini ke negeri di mana-mana, di mana hasil ini dikeluarkan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk melonjakkan perindustrian dan perdagangan di negeri- negeri yang masih ketinggalan seperti Terengganu. Infrastruktur baik dari segi fizikal mahupun digital mestilah setanding dengan wilayah yang lain. Sebagai contoh, Lebuhraya Pantai Timur yang telah membuka akses penting ke wilayah ini, ke wilayah ini. Namun pada hari ini masih lagi kalau Lebuhraya Pantai Timur itu, Lebuhraya Pantai Timur 1 mengambil masa, kemudian Lebuhraya Pantai Timur 2 pun dibelanjakan menggunakan wang petroleum.
Sekarang ini semua mengharapkan LPT3 ada di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, rupanya tak ada juga.
Begitu juga dengan projek ECRL yang berpotensi menjadi game changer logistik dan perdagangan Pantai Timur. Ia akan berjaya jika disokong oleh sambungan jalan rangkaian jalan pengangkutan yang efisien. Selain daripada itu, infrastruktur digital juga perlu dipacu dengan segera.
Internet pantas bukan lagi satu pilihan tetapi ia adalah keperluan asas untuk membolehkan e-dagang, ekonomi digital, kilang yang berasaskan automasi, pusat data, industri teknologi tinggi, artificial intelligence dan sebagainya. Saya minta kerajaan mengkaji potensi Tasik Kenyir sebagai hab untuk galakan kemasukan pelaburan di dalam data center artificial intelligence. Perdana Menteri sudah umumkan Terengganu sebagai hab tenaga hijau dengan pelancaran Solar Terapung Hibrid Hidro dan Hab Hidrogen Hijau.
Gabungan sumber air yang banyak di Tasik Kenyir. Kemudian ada pula tenaga hijau daripada hab hidrogen dan juga hab tenaga solar ini sebenarnya merupakan perkara yang sangat penting di dalam menyumbang kepada kemasukan pelaburan di dalam data centre.
Kerana itu saya harap sungguh-sungguh kerajaan supaya merangsang pelaburan ke Terengganu di dalam data centre juga.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan REE, hala tuju negara di dalam pembangunan REE. Kita semua sedar bahawa REE ini merupakan aset strategik global yang digunakan di dalam pelbagai teknologi masa hadapan, super magnet, bateri, kenderaan elektrik, pertahanan, semikonduktor dan lain-lain. Malangnya, walaupun kita bercakap banyak tentang potensi REE ini, macam-macam kita cakap. Negara lain kelihatannya semakin pantas di dalam mengusahakannya dan jangan-jangan berada di hadapan kita di dalam penerokaan pengusahaan REE ini.
Taburan REE di Malaysia banyak terletak di dalam kawasan hutan simpan. Yang ini saya nak sebut sikit, dalam hutan simpan. Namun kerangka dasar sedia ada melarang aktiviti pelombongan di hutan simpan kekal, walaupun pelombongan yang ada sekarang ini telah dikenal pasti kaedah yang lestari, yang tidak langsung memusnahkan hutan. Telah diuji projek perintisnya di Kenering, di Gerik, yang mana selepas REE berkenaan dikeluarkan, hutan berada dalam keadaan seperti biasa, elok tak terusik dan sebagainya dan telah pun dijadikan sebagai SOP di dalam perlombongan ini.
Maka saya mencadangkan agar kerajaan meminda peraturan berkaitan penggunaan tanah di hutan simpan ini sekiranya melibatkan ada teknologi lestari yang tidak merosakkan hutan ini. Daripada kita biarkan pengeluaran lesen melombong terganggu di kerana kan oleh perkara-perkara seperti ini yang menyebabkan berlaku pelombongan haram secara berleluasa, lebih baik kerajaan melihat bagaimana supaya ia dapat diusahakan kerana ketika ini kerajaan masih lagi terikat dengan peraturan lama. Pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan pintas melakukan pelombongan dengan menggunakan bahan kimia berkepekatan tinggi hingga meninggalkan kerosakan kepada struktur tanah.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu strategi RMK13 melonjakkan industri CCUS sebagai sumber baharu pertumbuhan ekonomi. Projek rintis pemerangkapan CO2 di dalam industri besi dan keluli akan dilaksanakan di Kemaman. Saya mengalu-alukan inisiatif ini tetapi pada masa yang sama ingin penjelasan lanjut berkenaan pelaksanaan projek tersebut. Saya ingin penjelasan lanjut tentang pelaburan dan operator utama bagi CCUS ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan URA atau Akta Pembaharuan Semula Bandar. Kita tidak pernah menolak pembangunan dan usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di dalam kawasan bandar. Kita menyokong sepenuhnya. Ketika kita menjadi kerajaan pun kita membangunkan garis panduan pembaharuan bandar. Yang kita tolak adalah berkaitan dengan pemasukan perkara berkaitan dengan consent threshold, had ambang persetujuan yang dicadangkan di dalam akta yang membuka ruang kepada manipulasi oleh pemaju yang akhirnya memangsakan pemilik- pemilik.
Tuan-tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dalam sidang Parlimen yang lalu saya telah meminta perbandingan angka pemilikan mengikut kaum sebelum dan selepas pelaksanaan projek pembaharuan semula bandar bagi Razak Mansion, Kampung Kerinchi dan Abdullah Hukum. Namun sampai sekarang saya belum menerima sebarang jawapan
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
berhubung dengan perkara itu. Saya mengalu-alukan laporan kelmarin menyatakan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 menetapkan komposisi Melayu bumiputera di ibu negara tidak kurang daripada 40 peratus.
Namun, saya ingin meminta penjelasan lanjut daripada Menteri. Apa maksud sebenar angka 40 peratus ini? Adakah maksudnya orang Melayu yang menetap di Kuala Lumpur? Adakah yang termasuk menyewa kediaman? Adakah mengambil kira mereka yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi tinggal di luar bandar raya? Lebih penting lagi adakah peratusan ini turut melihat kepada pemilikan aset hartanah kediaman oleh orang Melayu bumiputera di Kuala Lumpur atau sekadar kehadiran fizikal tanpa mengambil kira kedudukan ekonomi dan pemilikan aset?
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berhasrat untuk melancarkan subsektor agroekonomi di negeri-negeri Pantai Timur. Dipendekkan cerita masa tak panjang, saya ingin menekankan bahawa penting supaya perkara yang bersifat membantu kepada sekuriti makanan, beras, lembu, ayam dan sebagainya, di dalam tempoh lima tahun ini kita harap supaya ada usaha mekanisasi, automasi, penggunaan teknologi yang besar dilaksanakan segera sehingga — supaya kita dapat menyelesaikan masalah sekuriti berkaitan dengan keperluan asas negara ini.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Untuk Kuala Terengganu, saya ingin membangkitkan tentang satu projek keperluan segera di Parlimen saya iaitu yang telah pun diumumkan dan ditanya di dalam Kamar Khas berkaitan dengan Projek Sistem Rawatan Kumbahan Berpusat di Bandar Baharu Bukit Besar, Kuala Terengganu. Projek ini dimaklumkan oleh kementerian akan dikemukakan di dalam Rolling Plan Ketiga di bawah RMK12 untuk pertimbangan Kementerian Ekonomi.
Sudah lama tertangguh, saya minta supaya dilaksanakan kerana ia adalah sesuatu yang sangat penting dalam rangka pembangunan Bandar Baharu Bukit Besar yang telah dirancang sebegitu lama. Dato’ Yang di-Pertua, dengan persetujuan kerajaan, sambungan spur line ECRL yang akan terus masuk ke dalam Pelabuhan Kemaman. Ia akan membuka potensi besar untuk menjadikan Kemaman sebagai hab logistik dan perindustrian yang mampu menarik pelaburan skala besar khususnya dalam sektor tenaga, pembuatan jentera berat serta perdagangan maritim.
Peluang ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya dengan perancangan pembangunan bersepadu agar Pelabuhan Kemaman tidak hanya menjadi pintu keluar masuk barang tetapi nadi pembangunan industri di rantau Pantai Timur. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, izinkan saya memetik satu kata-kata yang sangat bermakna oleh Noam Chomsky, “There are no poor countries, only systems that have failed in managing resources.” Petikan ini mengingatkan kita bahawa kegagalan sesebuah negara bukan kerana ketiadaan sumber, tetapi kerana kegagalan mengurus sumber yang sedia ada secara adil dan berkesan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sekian, saya mohon menyokong dengan teguran ini dan cadangan yang telah saya nyatakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.* Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruangan yang diberikan kepada Gombak untuk turut serta dalam perbahasan Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Khamis yang lalu.
Dua hari yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bertemu dengan Profesor Mariana Mazzucato, pakar ekonomi yang telah menukilkan pada tahun 2018, antara buku yang sangat popular yang turut dibaca di seluruh dunia ialah berkenaan dengan The Entrepreneurial State dan The Value of Everything.
Idea beliau yang telah diketengahkan melalui dua buku ini diasaskan satu kajian yang dicerap dengan pengalaman Amerika Syarikat semenjak 1970-an yang memfokuskan kepada fungsi institusi kerajaan sebagai market shaper dengan izin dan ini memberikan ruang kepada kerajaan untuk melakukan eksperimen dengan mengambil kira beberapa risiko.
Penelitian ringkas saya kepada pengajian ataupun cerapan yang telah dibuat oleh Mazzucato mengambil contoh bagaimana kelahiran syarikat Apple yang begitu digunakan pada hari ini.
Namun, teknologi seperti touchscreen dan GPS datang daripada budaya inovasi dan R&D sejak tahun 1970. Touchscreen dibangunkan oleh G. Samuel Hurst dalam satu makmal Department of Energy di Amerika Syarikat, manakala GPS dibangunkan oleh Department of Defense melalui projek NAVSTAR pada tahun 1973.
Fungsi dan falsafah kerajaan sebagai penggerak awal dan utama yang memberikan dorongan kepada pasaran, membuahkan idea dan peranan kerajaan, selaku entrepreneurial state yang terlibat aktif dalam value creation yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Malaysia ini. Dokumen RMK13 merupakan dengan izin, satu departure ataupun satu anjakan dan peralihan daripada RMK- RMK sebelum ini yang memberikan wattage besar kepada pembangunan infrastructure ataupun infrastruktur. RMK13 telah menggabungkan usaha kerajaan, dorongan kepada sektor swasta serta peranan aspek pendidikan dan fokus terhadap taraf sosioekonomi negeri.
Selaku wakil Menteri Besar Negeri Selangor juga, saya memuji pendekatan ini yang merupakan nature yang mirip dengan apa yang saya cuba kemukakan apabila membentangkan Rancangan Selangor Pertama kira-kira lima tahun yang lepas, dengan izin guiding principle bagi membangunkan Selangor yang bukan saja sebagai sebuah negeri yang maju makmur, enjin pembangunan negara, sumbangan KDNK kita pada tahun lepas
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
mencecah 26.2 peratus tetapi juga menjadi sebuah negeri yang liveable dengan izin ataupun berdaya huni kepada hampir 7.3 juta rakyatnya.
Langkah-langkah merencamkan ekonomi seperti diverifikasi tenaga serta peningkatan nilai dan semikonduktor dan kecerdasan buatan sudah pasti bagi yang direncanakan oleh pentadbiran Persekutuan dan saya mengucapkan tahniah kepada pasukan penjawat awam, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, ketua-ketua jabatan dan agensi yang telah berjaya memperincikan hala tuju yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri dalam menggubal Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.
Dengan beberapa preamble ataupun dengan beberapa permulaan pengenalan NETR, NIMP dan beberapa perkara-perkara lain, saya percaya hala tuju-hala tuju pembinaan nilai ataupun value yang disebutkan oleh Perdana Menteri boleh mencapai sasarannya. Saya juga tertarik tadi Kuala Terengganu menyebutkan kita bukan hanya memilih negeri di sekitar Lembah Klang dan negeri-negeri tertentu, kita memilih negeri Terengganu sebagai contoh.
Sebagai pusat tenaga hijau, menunjukkan keupayaan iltizam (will) kerajaan untuk memastikan pembangunan dapat diratakan ataupun dinikmati di beberapa tempat yang lain.
Namun begitu, saya tertarik kepada beberapa komitmen yang telah dikemukakan oleh kerajaan dan akan menjadi bahan perbahasan saya pada hari ini iaitu berkenaan dengan usaha mengukuhkan ekonomi jingga ataupun yang dipanggil sebagai ekonomi kreatif dan komitmen untuk membangunkan industri sukan negara iaitu dalam Strategi A1.13 dan Strategi A1.17.
Waima demikian, jika dibandingkan dengan dua subsektor yang saya sebutkan tadi iaitu ekonomi kreatif mahupun ekonomi yang berasaskan sukan ataupun industri sukan, kita masih tidak lagi mempunyai rangka-rangka pelan sebagaimana NETR ataupun pelan-pelan perancangan lain yang telah dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini.
Pembinaan nilai terhadap aktiviti-aktiviti yang dianggap hanya sekadar mengisi masa ruang, mengisi masa lapang merupakan satu perkara yang wajar diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan dan diberikan peruntukan yang sewajarnya dalam memastikan pembangunan institusi atau subsektor-subsektor yang saya sebutkan tadi ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Usaha pertama sudah pasti membuka paradigma dan juga pemikiran kita bahawa ekonomi kreatif bukan hanya disandarkan kepada aktiviti kesenian, walaupun subsektor kesenian merupakan sebahagian daripada akar ataupun persembahan daripada ekonomi kreatif, tapi asasnya adalah keupayaan masyarakat negara termasuk kelompok maha kaya dan kelompok yang berada memandang idea sebagai asas baharu kepada pembangunan berbanding dengan hanya menumpukan kepada sektor hartanah.
Idea sudah pasti akan digabungkan dengan usaha-usaha merapatkan dengan teknologi dan ini selaras dengan usaha kerajaan untuk merapati ataupun mendekatkan diri dengan sektor-sektor seperti semikonduktor ataupun kecerdasan buatan ataupun Artificial
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Intelligence. Justeru, saya percaya pemahaman terhadap idea, penghargaan kepada idea yang baik, keterbukaan terhadap idea, mampu untuk memberikan anjakan yang besar.
Dan kalau kita lihat bagaimana sesebuah negara sebagai contoh Korea yang berkeupayaan mencipta satu gelombang Korean pop ataupun K-pop dan sebelum itu kita dapat lihat Jepun pada tahun-tahun 80-an dan 90-an telah melakukan beberapa anjakan yang besar yang turut mencipta nilaian terhadap aktiviti kesenian dan kebudayaan mereka ataupun yang dipanggil sebagai pop culture mereka.
Namun begitu, binaan yang dibuat dengan K-pop dan sebagainya itu bukan lahir secara sendiri. Ia diletakkan awal pada tahun 90-an sebagai contoh kepada Korean Wave ataupun Hallyu, fokus kepada penghasilan content tempatan muzik K-pop, K-drama, filem dalam skala yang begitu besar sehingga 90-an membawa kepada kejayaan seperti Parasite ataupun Parasit dan juga Squid Game pada tahun 2019–2021.
Kerajaan Republik Korea menyokong industri ini menerusi Master Plan for the Promotion of the Content Industry pada tahun 2011 dengan sokongan harta intelek bertaraf antarabangsa, reformasi dasar copyright yang adaptive dan relevan serta dana R&D dengan kerjasama akademia menerusi Cultural Content Production Fund. Saya menggunakan contoh Korea Selatan kerana ekonomi kreatif ini memberikan ruang dan peluang yang besar untuk dipelopori terutamanya di kalangan generasi muda.
Machang? Nak masuk? Oh, tak. Ingat bangun nak masuk.
[Ketawa] Machang lepas ini Machang. Jangan kacau.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu saya percaya kita tidak boleh hanya menumpu dengan melihat kepada satu sektor tetapi membina ekosistem sebagaimana Korea membangunkan. Dan sehingga hari ini, Dasar Ekonomi Kreatif Negara, blueprint ekonomi kreatif negara perlu dibangunkan. Hatta daripada sudut kementerian pun. Semenjak dahulu aspek kebudayaan selalu ditempelkan dan dilekatkan dengan pelancongan — Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Dan sekarang, kebanyakannya diambil kira ataupun dipelopori dan diteliti oleh Kementerian Komunikasi. Sedangkan nilaian ekonomi jingga ini begitu besar capaiannya dan Malaysia mempunyai contoh-contoh yang berkualiti. Les’ Copaque dengan Upin Ipin yang menjelajah sampai di Hollywood dan kita tengok Ejen Ali, Mechamato dan pelbagai yang lain.
Malahan di tahun-tahun sebelum ini, kita cukup berbangga subsektor tertentu ataupun sudut tertentu pengiklanan kita sangat advanced, jauh pada satu ketika dengan iklan PETRONAS yang sangat menyayat hati dan juga menyentuh perasaan yang telah menjadi imej kepada kita.
Dapatan-dapatan nilai ini kalau tidak disokong dengan sokongan struktur kerajaan dengan penciptaan nilai yang berkualiti, saya percaya ia akan hilang ditelan zaman. Malahan kalau ikutkan dia mungkin akan tenggelam dan dibawa ataupun dicuri di tempat-tempat lain.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Kita mempunyai beberapa tokoh. Kalau kita sebut tentang e-games, it’s not just game per say. Ini bukan hanya permainan membuang waktu. Kita masuk pertandingan, itu adalah satu contoh, tapi pembinaan watak, pembinaan lapangan, pembinaan karakter yang ada dalam game tertentu. Kita ada watak seperti Solos satu ketika dahulu yang mengharumkan nama negara yang telah diciptakan oleh beberapa universiti kita, tetapi struktur sepenuhnya sistem ini tidak dibangunkan dan harus dilihat dengan sepenuhnya.
Dahulu, aspek kreatif ini diterajui di peringkat antarabangsa oleh agensi seperti UNESCO yang memberi fokus sekadar kepada pemeliharaan warisan. Kini UNCTAD ataupun United Nations Center on Trade and Development telah menjadi agensi barisan hadapan yang mendorong negara untuk mengambil ekonomi kreatif dengan lebih serius dan proaktif kerana peluang untuk mewujudkan pekerjaan amat tinggi.
Dan saya percaya, kita perlu mempunyai satu dasar yang jelas, yang teratur, mempunyai rangka pelan yang tersusun, mempunyai pelan perancangan yang spesifik dengan kawasan-kawasan tertentu dan pelopor yang tertentu untuk membangunkan industri kreatif supaya 30 tahun akan datang, Malaysian pop ataupun Malay pop akan menjadi siulan di seluruh dunia, bukan hanya di negara kita.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin menyebut tentang pembangunan industri sukan. Sukan merupakan satu watak dan satu sektor yang sebenarnya boleh menyatukan masyarakat. Dengan kehadiran kejayaan kita dalam beberapa kejohanan, dengan watak-watak ataupun individu yang telah menjulang nama negara, saya percaya kebanggaan itu dikongsi sama. Namun kebanggaan itu juga akan lebih menjadi lebih bermakna kalau kita dapat membangunkan industri ini dengan lebih berkesan.
Sepanjang penglibatan saya secara langsung dalam aktiviti sukan, terutama apabila terlibat dengan kerajaan sejak daripada tahun 2008 sampailah di tahun 2018, kebanyakan subsektor-subsektor ini tidak bersambung walaupun kita mempunyai sebahagian daripada acara dan aktiviti sukan yang sudah sampai ke tahap profesional seperti bola sepak sebagai contoh ataupun sukan-sukan lain.
Tadi saya dengar jawapan daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkenaan dengan sukan sepak takraw dan juga badminton dan sebagainya berkenaan dengan pembangunan akar umbi. Kalau kita lihat hanya sukan tentang pembinaan bakat ataupun sukan hanya ingin mengejar medal di Olimpik ataupun di peringkat antarabangsa, kita tidak akan dapat membangunkan struktur ini ataupun industri ini dengan tersusun.
Bacaan awal saya pada tahun 2008 sebagai contoh, sukan besbol di Amerika Syarikat bukan hanya mencipta pemain besbol, tapi mencipta 47 pekerjaan-pekerjaan lain daripada announcer, daripada jurulatih, daripada juruurut sampailah kepada keseluruhan pengurusan pasukan secara keseluruhannya. Dan sampai ke hari ini saya percaya universiti kita, belum lagi menawarkan satu kos yang dipanggil sebagai sport management dan pengurusan industri sukan secara keseluruhan.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Kenapa atlet-atlet kita bersaing di peringkat antarabangsa ataupun dilatih di antarabangsa? Pemain tenis kita akan berlatih di Amerika Syarikat. Pemain badminton kita akan berlatih di Malaysia. Pemain ataupun sukan bermotor akan pergi ke Sepanyol kerana di sana menawarkan aktiviti-aktiviti dan kejohanan yang secukupnya. Kejohanan itu bukan hanya diuruskan dengan secara santai, melihat pembangunan akar umbi, tapi melihat konteks keseluruhannya.
Bola sepak – dengan izin Yang di-Pertua, sikit masa, mempunyai infrastruktur ataupun ekosistem yang hampir lengkap, tetapi masih lagi belum mempunyai formula untuk membangunkan. Katalah penajaan negeri menarik balik sebagaimana di beberapa buah negeri. Akhirnya, pasukan itu akan terkandas dan hilang ataupun beberapa individu tiba-tiba menarik berat. Pasukan bola sepak itu dan keseluruhannya akan hancur walaupun saya katakan bola sepak adalah contoh bagaimana ekosistem kita berjaya. Sepak takraw berjaya akhir-akhir ini kerana kita telah membangunkan Sepak Takraw League. Dulu kita ada Purple Championship ataupun Purple Game yang melibatkan badminton dan ia membangunkan beberapa player-player baru seperti Thinaah ataupun Pearly dan juga beberapa player-player lain dan pemain-pemain yang membanggakan kita.
Justeru saya percaya, ia bukan hanya boleh dilihat daripada pembangunan talent
(bakat) mengejar pingat, tetapi bagaimana industri ini mampu diciptakan value ekonomi yang berkesan yang boleh membangunkan generasi muda dan memberikan harapan baru kepada generasi pada hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Timbalan Speaker, agak mengambil masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kalau dibaca dokumen RMK13 ini, apa rumusan ringkas yang boleh saya berikan?
Tidak ada cerita-cerita besar mahupun jurang kaya dan miskin tetap lebar dan kemiskinan tidak dapat dinoktahkan. Malah, bila diumumkan hari itu, saya kata kepada media, tiada wow factor. Buktinya, lihat pada indeks pasaran saham bursa kita ketika pengumuman yang dibuat oleh Tambun, tiada sebarang sambutan yang menarik. Ada beberapa sebab saya kata sedemikian.
Pertama, jumlah peruntukan kecil dari kerajaan hanya 15 bilion lebihan, dalam tempoh lima tahun ataupun tiga bilion setahun. Dalam RMK12, RM415 bilion; RMK13, 430 bilion. Jumlah 611 bilion yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun itu, sebenarnya 120 bilion itu dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) manakala RM61 bilion lagi menerusi kaedah perkongsian awam-swasta
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
(PPP). Ini salah. Kita tidak pernah sekalipun masuk sekali perbelanjaan GLC dalam pengiraan, ini mengelirukan.
Yang kedua, kerajaan lebih banyak berbelanja untuk sektor pertahanan berbanding kesihatan. Sektor kesihatan diperuntukkan sebanyak RM40 bilion, RM11 bilion lebih rendah berbanding sektor keselamatan yang diperuntukkan sebanyak RM51 bilion. Malah peruntukan untuk sektor pertahanan naik dua kali ganda berbanding RM27 bilion yang diperuntukkan sepanjang tempoh RMK11. Ini tidak adil.
Kita mempunyai pelbagai masalah di sektor kesihatan. Bukankah lebih baik peruntukan kesihatan dinaikkan? Hospital sesak, doktor tak cukup, tapi kita akan belanja terlampau lebih kepada sektor keselamatan. Ini berlaku di Machang. Kita lihat kadar perkhidmatan dan mutu perkhidmatan tidak memuaskan kepada rakyat saya di sana.
Tuan Yang di-Pertua, ketika kerajaan bercadang membina satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun, dalam RMK12, sasaran adalah 500,000 rumah, tapi sehingga Mac 2025, hanya 178,000 rumah dibina. Bagaimana ini akan dilakukan? Siapa yang akan buat? Kami tak nampak dalam dokumen RMK ini disebut agensi PR1MA. PR1MA adalah agensi yang patut melaksanakan pembinaan rumah mampu milik untuk M40. Berapa target dan funds allocation untuk PR1MA dalam rancangan ini?
Yang keempat, kita tidak pentingkan kebajikan pekerja. Pampasan kepada pekerja disasarkan pada tahap 40 peratus, berbanding 33.1 peratus tahun ini. Ini lagi rendah dari sasaran 45 peratus daripada RMK12. Kita tidak ambitious jika dibanding dengan negara kapitalis seperti Amerika, pampasan kepada pekerja melebihi 52 peratus. Ini patut kita sasarkan. Ini mencerminkan kurangnya komitmen kuat daripada kerajaan untuk meningkatkan kebajikan pekerja.
Yang kelima, RMK13 ini tidak mahukan noktahkan kemiskinan. Kadar kemiskinan tahun lepas adalah 5.8 peratus. Kerajaan berkata mahukan noktahkan kemiskinan, tapi sasaran RMK13 hanya mahu kurangkan kepada 4.7 peratus iaitu hanya 1.1 peratus sepanjang tempoh lima tahun. 1.1 peratus dalam tempoh lima tahun Tuan Yang di-Pertua, sangat kecil.
Seterusnya yang saya nak bangkitkan, jurang antara kaum kemungkinan akan melebar. Untuk pertama kalinya dalam RMK, petunjuk dan sasaran jurang nisbah antara kaum, nisbah gaji bulanan antara kaum, sasaran sumbangan perusahaan bumiputera kepada KDNK dan juga pegangan ekuiti tidak disebut atau disasarkan langsung, tapi dalam sesi PMQT tempoh hari, Yang Amat Berhormat Tambun kata ada. Ini tak betul, mengelirukan Dewan.
Ini satu pembohongan dalam Dewan. Sekali lagi, macam mana pembohongan yang Tambun buat ke atas Pagoh. Jadi, saya nak tanya dari mana maklumat yang Tambun dapat berkenaan dengan tuduhan terhadap Pagoh tentang subsidi kepada orang asing?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ketika ini semua tahu wujud jurang pendapatan berterusan antara bumiputera dan Cina dalam nisbah pendapatan isi rumah median bulanan yang disasarkan 0.88 kepada satu nisbah dalam RMK12, hanya mencapai 0.71 nisbah satu dalam tahun 2022. Dan ini menunjukkan memang tiada inisiatif yang begitu strategik untuk membantu.
Antara lagi perkara yang saya ingin bangkitkan adalah jurang antara wilayah akan turut melebar. Ekonomi di wilayah miskin seperti Pantai Timur hanya akan berkembang sebanyak 4.7 peratus setahun. Kadar yang terendah berbanding KDNK di wilayah lain di Semenanjung. Wilayah selatan 5.1 peratus setahun, di wilayah tengah lima peratus setahun dan utara 5.2 peratus setahun. Pertumbuhan ekonomi di wilayah yang ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi, seharusnya lebih pantas berbanding wilayah maju bagi memastikan jurang antara wilayah dapat dikurangkan tapi ini tidak akan berlaku sepanjang RMK13.
Saya nak tunjuk pada rakyat ini, peta yang dihasilkan oleh para penyelidik di World Bank Malaysia berkenaan saiz KDNK negeri-negeri, berdasarkan data DOSM. [Sambil memegang senaskhah dokumen] Kalau kita lihat, sudah tentulah Selangor, Pantai Barat, wilayah, dia punya saiz dalam peta ini dari segi perkongsian KDNK amat besar, berbanding negeri-negeri di Pantai Timur. Cukup halus dari segi saiznya berbanding dengan peta yang mengambil maklumat tentang demografi. Untuk Kelantan, saya ambil contoh, Kelantan dari segi share of KDNK, 1.8 peratus tapi populasi Kelantan 5.5 peratus. Jadi, ini menunjukkan ada kesenjangan yang serius.
Makanya, sepatutnya Rancangan Malaysia Ketiga Belas mengambil pandang serius tentang projek-projek strategik menjadi pemangkin kepada pembangunan wilayah Pantai Timur. Saya nak tanya, apa berlaku kepada Taman Industri IBS Labok di Machang yang ada dalam RMK12, sudah tidak disebut lagi. Apa cadangan kerajaan untuk memastikan pengairan yang lengkap untuk kawasan padi luas jelapang seperti di Machang dan tempat-tempat lain terjamin di bawah RMK13 ini?
Jadi, ini adalah perkara-perkara yang saya ingin rumuskan dan untuk agenda bumiputera, saya boleh katakan agenda pembangunan bumiputera telah diketepikan dalam RMK13. Ada macam tak ada. Buat pertama kali, ukuran pengurangan jurang pendapatan antara etnik telah dikeluarkan dalam RMK13. Begitu juga dengan ukuran pembangunan perniagaan kecil-kecilan bumiputera, PMKS. Negeri majoriti bumiputera akan terus ketinggalan sepanjang tempoh lima tahun akan datang. Akibatnya, jurang antara kaum akan terus kekal tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu nasional, saya ingin mengambil perhatian kita semua untuk mengambil kira pelancaran RMK13 ini berlaku di era Presiden Donald J.
Trump, yang mana pada hari ini mengamalkan dasar neo-mercantilism dengan izin, perang perdagangan dan ekonomi yang telah membawa keruntuhan tataran dunia liberal yang melatari sistem ekonomi dan politik antarabangsa. *The world has experienced a seismic shift.
The trade rules have been written beyond recognition*, dengan izin.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Dalam suasana tidak menentu ini, kita tiada pilihan kecuali untuk terus melangkah maju ke depan mencari pasaran-pasaran baru. Ini bermakna, Dasar Luar Malaysia amat-amat penting dan saya ingin menyinggung tentang hal ini dalam RMK ini kerana saya bimbang dan saya ingin menegur Kerajaan Malaysia MADANI. Saya melihat kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, yang mengatakan “Look East is no more, now it is cooperation with the East”. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk ini nampak tidak ada masalah, tapi sebenarnya akan memberi kesan yang besar kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.
Kenapa saya kata yang demikian? Kerana sepanjang Rancangan Malaysia yang kita buat, sejak Rancangan Malaysia Keempat, Look East Policy dengan izin atau Dasar Pandang Ke Timur adalah dasar yang menjadi pemangkin kepada perancangan gerak kerja ekonomi perindustrian kita dan bila mana kerajaan hari ini cuba rebranding dengan izin, dengan alasan tidak jelas, dengan alasan kononnya nak bawa masuk China. Sebenarnya, Look East Policy tuan-tuan sudah pun ada China dalam itu. Cuma pada tahun 80-an, China adalah sebuah negara yang sedang membangun, still a poor country dan ketika itu negara yang menjadi maju dan yang ke depan membantu menghulurkan tangan adalah Jepun.
Sebab itu Jepun sampai hari ini, mereka menganggap hubungan kita dengan mereka ini cukup istimewa melalui Dasar Pandang Ke Timur yang kita sendiri tawarkan. Jadi, bagi saya, adalah tidak munasabah rebranding ini dibuat. Kenapa saya kata begitu Tuan Yang di- Pertua? Kita kena faham, untuk kita bina hubungan 40 tahun dalam Dasar Pandang Ke Timur dengan Jepun ini bukan mudah, tuan-tuan. Kerana apa? Kerana ianya memerlukan kepercayaan yang cukup-cukup tinggi dan orang Jepun ini mempunyai kefahaman yang cukup berbeza tentang building trust.
Saya ambil contoh dua kanji yang menjadi analogi untuk kita faham kenapa saya kata sedemikian. Kanji yang saya maksudkan ialah uchi dan soto. Mungkin yang baca Mandarin boleh fahamlah. Uchi inside, dalam. Soto, luar. Malaysia sebenarnya berbanding negara- negara ASEAN lain telah masuk ke dalam wilayah uchi Jepun. The Japanese have adopted our Look East Policy to be part of theirs also.
Jadi, bila mana Timbalan Perdana Menteri membuat ucapan sebegitu, sudah tentu ia akan ada kesan jangka panjang kepada hubungan kita dengan Jepun dari segi teknikal dan sebagainya. Saya nak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, apa istimewanya Dasar Pandang Ke Timur dengan pembangunan Malaysia dan bagaimana kita ini rakan strategik yang rapat dengan Jepun.
Ketika krisis minyak, ketika PETRONAS diwujudkan, syarikat-syarikat minyak Barat tak peduli nak bantu kita set up PETRONAS dagangan. Mak ayah saya kerja PETRONAS, mereka cerita pada saya bagaimana hanya syarikat Jepun yang berminat dan menawarkan expertise teknikal untuk membangunkan stesen minyak kita di Jalan Ampang, yang pertama itu dan begitu banyak manfaat kita dapat ketika krisis ekonomi 1998.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Amat Berhormat Tambun kena ulang kaji balik. Ketika itu, Jepun yang menawarkan inisiatif Miyazawa, yang mana the Japanese dengan izin, tailor-made our financial solution assistance. Berbeza dengan apa yang Tambun minta dengan IMF. IMF dia ada structural adjustment program. Jepun kata, ya kamu nak bantuan kewangan untuk keluar daripada krisis kewangan, kita tailor-made, customise ikut keperluan Malaysia ketika itu untuk human capital development. Jadi, kalau kita lihat hal-hal ini, sebenarnya ada banyak konsep goodwill yang Jepun tunjukkan kepada kita melalui Look East Policy. Saya ambil mudah bagaimana Malaysia sudah masuk dalam wilayah uchi ataupun rakan yang rapat. Universiti Tsukuba yang dibuka di Malaysia. Untuk Tsukuba datang ke Malaysia, buka kampus dia, mereka kena tulis semula, pinda perlembagaan universiti mereka. Ini satu perkara yang besar, bukan mudah. Dan juga PROTON, pertukaran teknologi yang ada, yang dibuat dahulu, bukan mudah untuk kita dapat kalau bukan kerana hubungan yang baik ini.
Dan ini juga saya harap pada kerajaan ini, saya minta sangat, saya merayu bukan nak marah tapi merayu tak perlu rebranding, kekalkan Look East Policy. Kalau mahu mengangkat China menjadi rakan yang special, yang istimewa, kita kekalkan Look East Policy, tapi buatlah dasar lain yang menggambarkan kita juga melihat China sebagai rakan strategi. Kita bukan suruh bermusuh. Kita hanya mahu memelihara benda yang sudah pun baik dan dah teruji.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri perbahasan saya, izinkan saya rumuskan. Yang saya ingin perkatakan di sini ialah peranan Wisma Putra. Dalam kita nak membuka pasaran-pasaran baru, kerja memang MITI, MATRADE, tapi the first step adalah diplomat kita. Kalau di Wisma Putra pun tak diberi penekanan. Dalam dokumen ini, [Sambil memegang senaskhah dokumen] Wisma Putra hanya satu paragraf sahaja dan ini menunjukkan Kerajaan Malaysia MADANI tidak serius dalam merancang dasar luar kita.
Kita tidak ada in-house expert. Where are our sinologists, arabologists dalam Wisma Putra? Tidak ada. Jadi, bagaimana kita nak buka pasaran baru kalau kita punya talent pun tak ada, nak bagi advice pada kerajaan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya harap Yang Amat Berhormat Tambun pandang serius kepada Wisma Putra. Dapatkan nasihat mereka, jangan cakap nak masuk BRICS, Wisma Putra tak tahu apa-apa. Susah diplomat kita nak menerangkan kepada rakan-rakan lain-lain.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya kecewa dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini dan saya harap Yang Berhormat Tambun boleh libatkan kami sepertimana yang Ketua Pembangkang katakan Kaukus Parlimen antara kerajaan dan pembangkang untuk kita menyelaraskan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan perbaiki mana yang kurang sebab ini melibatkan masa depan kita bersama.
Jadi, janganlah kita sia-siakan hanya perbezaan politik dan jadikan apa yang kita lakukan ini demi anak cucu kita dan saya mohon mencadang, kita libatkan pembangkang
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
untuk merangka semula Rancangan Malaysia Ketiga Belas dari segi pelaksanaan dan penyusunan idea yang dimasukkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Salam sejahtera Puan Yang di-Pertua dan semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Hari ini saya ingin mengupas dan membahaskan mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas ataupun dikenali dengan RMK13 iaitu sebuah pelan pembangunan jangka sederhana yang amat penting dan membentuk masa depan Malaysia pasca tahun 2030.
RMK13 bukan sekadar dokumen ekonomi atau dasar pentadbiran tetapi ia adalah cerminan cita-cita nasional kita ke arah negara yang mampan, inklusif dan juga berdaya tahan.
RMK13 dijangka memberi penekanan besar terhadap pembangunan ekonomi yang berasaskan prinsip kelestarian. Ini termasuk peralihan kepada ekonomi hijau, ekonomi biru, dengan pelaburan dan tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa serta ekonomi kitar semula, menggalakkan penggunaan teknologi bersih dalam sektor industri dan pengangkutan dan menyediakan insentif kepada pengusaha yang mengamalkan prinsip ESG ataupun environment social governance. Usaha ini penting agar Malaysia tidak hanya mengejar pertumbuhan KDNK tetapi turut menjaga alam sekitar dan mengurangkan kesan perubahan iklim.
Puan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih kerana Kerajaan MADANI ini dalam RMK selaras dengan aspirasi Sarawak sebagai hab tenaga boleh baharu, berteraskan kuasa hidro, projek Sumatera Grid dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan.
Kapasiti pelabuhan di Sabah dan Sarawak juga akan dipertingkatkan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Selain itu, penemuan kajian kebolehlaksanaan projek Trans-Borneo Railway ataupun PTR di Sabah dan Sarawak yang sedang dilaksanakan akan menjadi asas kepada pelaksanaan projek fizikal dan pembangunan sistem kereta api PTR ini.
Antara inisiatif yang akan bakal dilaksanakan juga termasuk pemerkasaan bakat, peningkatan infrastruktur dan juga kemudahan asas serta pengukuran pewartaan dan pemberian hak milik tanah NCR. Selain itu, peluang perniagaan untuk anak negeri Sabah dan Sarawak, khasnya bumiputera Sarawak akan diperluaskan melalui penyediaan premis komersial dan akses kepada pembiayaan. Oleh itu, saya berharap agar hasrat RMK13 ini dikotakan dan ditunaikan oleh Kerajaan MADANI ini.
Salah satu cabaran utama negara kita adalah jurang antara wilayah dan kaum.
RMK13 perlu menangani isu ini melalui pembangunan luar bandar seluruh negara dan wilayah seperti Sarawak dan Sabah secara lebih inklusif, program pemerkasaan ekonomi
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
B40, khususnya belia dan wanita dan pelaburan dalam pendidikan teknikal dan juga latihan vokasional iaitu TVET bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Sektor pembangunan seni dan bakat, keluaran produk pelancongan baharu dan penyelenggaraan produk-produk pelancongan juga harus diutamakan. Lebih-lebih lagi, kita bakal adakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 yang bertujuan untuk menarik 35.6 juta pelancong antarabangsa dan akan dianggarkan menjana sebanyak RM147.1 bilion dalam perbelanjaan pelancongan.
Hasrat ini akan terbantut sekiranya produk pelancongan baharu dan penyelenggaraan produk-produk pelancongan tidak berterusan. Dengan itu, pembangunan negara kita tidak harus tertumpu kepada kawasan bandar tetapi turut menyentuh kawasan yang masih terpinggir. RMK13 seperti rancangan-rancangan pembangunan sebelum ini bertujuan untuk merangka hala tuju pembangunan negara bagi tempoh lima tahun, termasuk aspek ekonomi, sosial dan juga infrastruktur. Namun, sepertimana — mana dasar nasional yang lain, RMK13 boleh bakal membawa kesan kelompangan dan kekecewaan kepada kumpulan tertentu, termasuk masyarakat Orang Asli, peribumi di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan jika tidak dilaksanakan dengan telus, inklusif dan juga peka terhadap realiti tempatan.
Kerajaan perlu benar-benar menyasar jurang ekonomi dengan memperkenalkan dasar berasaskan keperluan iaitu dengan izin, need-based dan bukan berdasarkan sesebuah kaum semata-mata. Kerajaan juga perlu menempatkan pelaburan besar yang berpaksikan high-growth, high-value ke setiap pelosok negara termasuk Sabah dan Sarawak supaya pertumbuhan pembangunan boleh seimbang dan saksama.
Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) juga harus diperluaskan di seluruh negara khasnya di kawasan pedalaman. Oleh itu, saya menyeru supaya pembinaan SMK Puncak Borneo, Projek Bekalan Air Luar Bandar Puncak Borneo Fasa 2, Projek Jalan Biak Jabir dan juga projek pembinaan akses ke Skim Penempatan Semula Bengoh ataupun BRS yang telah diluluskan supaya dilaksanakan dalam masa terdekat.
Saya juga memohon dan merayu supaya Sekolah Vokasional Jalan Jajaran Kampung Annah Rais, Simuti; Hospital Puncak Borneo, projek tebatan banjir, projek masalah perparitan di kawasan Parlimen Puncak Borneo dan penambahan dana peruntukan untuk penyukatan tanah NCR untuk Sarawak dimasukkan ke dalam RMK ini.
Puan Yang di-Pertua, RMK13 juga dijangka meneruskan agenda transformasi digital negara melalui pendigitalan sektor awam dan juga swasta. Pelaburan dalam infrastruktur 5G dan internet berkelajuan tinggi dan galakan terhadap pembangunan syarikat pemula, teknologi tempatan dan ekonomi gig Malaysia perlu bersaing di pentas global. Ini hanya dapat dicapai melalui inovasi dan juga R&D serta adaptasi teknologi baharu. Kita jangan berbicara mengenai AI sahaja tetapi kita harus berdepan dan berbicara dan pelopori artificial general intelligence ataupun AGI ataupun ASI (artificial super intelligence) dengan izin, because this is the last mile of AI and this will far surpasses human capabilities in every area in the future.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Puncak Borneo, boleh ya?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puan Yang di-Pertua — saya bagi sedikit selepas ini. Puan Yang di-Pertua, kepimpinan kerajaan perlu keluar daripada kepompong lama di mana kerajaan harus memulakan dengan menawar kursus-kursus teknologi tinggi di peringkat universiti kepada anak-anak semua lapisan kaum supaya kepintaran dan potensi anak-anak ini tidak tercicir begitu saja dengan penawaran kursus non- high value courses.
Kalau anak Melayu pintar, kita bagi peluang. Kalau anak India pintar, kita bagi peluang. Kalau anak Cina pintar, kita juga bagi peluang. Kalau anak Orang Asli, anak peribumi Sarawak dan Sabah pintar, kita bagilah peluang sepenuhnya. Masalah yang berlaku sekarang ini, anak-anak Malaysia bukan Melayu yang pintar dengan keputusan SPM, STPM yang bagus dan cemerlang, kurang diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus profesional dan kursus teknologi tinggi (high value courses). Untuk makluman semua dengan izin, high value courses refer to academic or training program that offers strong employment prospect, high earning potential and relevance to current or future industry demand.
Saya bagi ruang kepada Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya tahu Yang Berhormat Puncak Borneo memang terlatih dalam bidang komputer sains. Boleh berkongsi pandangan sedikit tentang singularity? Satu.
Kedua, bagaimana perancangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk melibatkan lebih banyak kaum bumiputera dalam sektor ini, bidang ini?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Kita amat bertuah di negeri Sarawak kerana tahun 2026, kita akan diberi pendidikan percuma di dalam high value courses ini dan ini adalah terjadi hanya di negeri Sarawak dan saya berharap selepas ini, kita akan mempunyai banyak pakar-pakar. Sebab bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri Sarawak juga mengumpul anak-anak yang berpotensi ini dan dihantar ke International Yayasan School yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Dan, itu adalah langkah yang amat bijak dan bertepatan untuk menerajui dan mengemudi cabaran global.
Jadi Puan Yang di-Pertua, saya sudah dua penggal dalam Parlimen ini bertanya kepada kerajaan, berapa ramai kah anak-anak peribumi Sabah dan Sarawak yang ditawarkan high value courses ini. Namun, sehingga kini, saya belum mendapat jawapan yang lengkap dan terperinci. Ini amat penting kerana kita tidak mahu negara kita membazir sumber modal insan anak-anak yang pintar hanya diberi kursus biasa-biasa.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Oleh itu, saya sekali lagi memohon data lengkap dan terperinci daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk sediakan data ini kepada saya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puan Yang di-Pertua, di Silicon Valley, kebanyakan pakar-pakar ataupun innovation team dengan izin, a team that focuses on development of idea, product and strategies. Semua mereka ini adalah bukan orang Amerika. Di Silicon Valley, China, di Zhongguancun, Beijing, kebanyakan innovation team mereka adalah pakar-pakar bukan rakyat China.
Di negara India iaitu di Silicon Valley, India di Bagalau, Kanakarta kebanyakan innovation team mereka adalah bukan pakar daripada negara-negara tersebut, tetapi kewujudan pakar-pakar ini langsung tidak mengurangkan peluang pekerjaan kepada warga Amerika, China dan India, tetapi malah mampu menjana dan mencipta banyak peluang pekerjaan kepada negara tersebut dengan pelbagai produk inovasi yang dikeluarkan. Jadi, kenapa negara kita ke belakang? Our country not just need to reinvented but we need a total overhaul, dengan izin.
Dewasa ini, menurut Malay Mail, Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 900 syarikat AI menjelang 2060 melalui program seperti AI Sandbox 2024 dengan anggaran 4,415 startup berdaftar di Malaysia pada Januari 2025. Ini menunjukkan bahawa sekitar 20 peratus sahaja daripada keseluruhan startup di Malaysia dijangka fokus pada AI. Jika setiap startup AI mempunyai satu ke tiga pengasas utama, boleh dianggarkan sebanyak 600 ke 1,000 individu Malaysia yang secara langsung mengembangkan produk AI, baik sebagai pengasas CTO ataupun jurutera teras.
Ini menunjukkan bahawa kurang daripada satu peratus daripada keseluruhan populasi terlibat dalam penciptaan produk AI secara langsung. Sebab itulah kita perlukan high value courses ditawarkan kepada seluruh anak Malaysia. Hanya anak-anak Orang Asli, peribumi Sarawak dan Sarawak yang masih ketinggalan.
Saya landing. Puan Yang di-Pertua, sebarang pelan pembangunan tidak akan berjaya tanpa tadbir urus yang telus, sikap perkauman yang tebal dan integriti dan tatakelola yang bobrok. Oleh itu, RMK13 perlu memperkasakan institusi audit dan pemantauan, menyokong inisiatif kerajaan secara terbuka ataupun open government, meningkatkan penglibatan rakyat dalam proses pembangunan dasar melalui pendekatan whole of nation. Saya telah menelaah dan mengkaji RMK1 ke 12, tidak ada satu pun RMK yang berjaya 100 peratus. Malah, amat menyedihkan RMK12 dari tahun 2021–2025 hanya lebih kurang 16.7 peratus projek selesai pada Julai 2024. RMK12 mempunyai data yang jelas.
Hanya sekitar 17 ke 25 projek dilaporkan lengkap menjelang Ogos 2025.
Oleh dengan itu, jadi saya tidak lagi mahu perkara ini berulang. RMK13 bukan sahaja pelan ekonomi, tapi ia adalah kompas masa depan negara kita. Ia menuntut iltizam politik, kerjasama antara sektor kepimpinan negara yang berpegang teguh dengan prinsip kemakmuran bersama dan kesedaran rakyat untuk bekerjasama untuk berjaya. Jika dilaksanakan dengan betul Puan Yang di-Pertua, RMK13 ini bakal menjadi pemacu kepada sebuah negara yang adil, makmur, berdaya tahan dan lestari. Dengan itu sekian, terima kasih.
Semoga Tuhan memberkati rakyat Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput YB Jerlun.
Dr.Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jerlun juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RMK13 pada hari ini.
Saya merujuk Strategi A4.1: Mempertingkatkan Pengeluaran Makanan. Kita harus melihat keterjaminan makanan, khususnya dalam sektor beras sebagai isu strategik keselamatan negara. Hari ini kita masih belum mencapai 100 peratus self-sufficiency level
(SSL), dengan izin dalam pengeluaran beras.
Pada tahun 2023, pengeluaran padi negara merekodkan penurunan sebanyak 4.7 peratus iaitu 2.175 juta tan metrik berbanding 2.281 juta tan metrik pada tahun 2022. Ini bermakna pengeluaran beras negara hanya dapat menampung 56.2 peratus permintaan dalam negara dan selebihnya negara terpaksa mengimport beras dari India, Viet Nam, Thailand dan Kemboja.
Namun, Jerlun menyambut baik inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun yang dilihat mampu mengubah landskap ini secara menyeluruh. Yang Amat Berhormat Tambun telah hadir ke majlis peluncuran projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun ini di kawasan MADA, Fasa 1 di Pida 4, dalam Parlimen Jerlun pada 27 Februari 2025 yang lalu, tapi tak jemput pun Ahli Parlimen dia. Itu tuan rumah itu, patut kena jemput.
Pada 25 Julai 2025, sekali lagi PM hadir ke tempat yang sama, pun tak jemput sebagai tuan rumah. Aspek ekonomi, program ini juga bakal menjana nilai pengeluaran sebanyak RM156 juta bagi 30,000 hektar. Ini menunjukkan bahawa strategi ini bukan saja menjurus kepada pengurangan kebergantungan kepada import tetapi juga menjana pendapatan luar bandar dan merangsang pertumbuhan ekonomi agromakanan.
Namun, untuk mencapai kejayaan tersebut, prasyarat utama ialah sistem pengairan dan saliran yang efisien. Kita tidak boleh menafikan bahawa kelemahan sistem pengairan dan saliran di seluruh negara menjadi punca utama kepada pengurangan hasil padi. Bukan hanya dari segi kuantiti, malah dari aspek kestabilan musim penanaman.
Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Pertama, dalam perkembangan pelaksanaan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun ini, apakah status perkembangan terkini pembinaan 15 blok baharu saliran tersier dan bilakah jangkaan akan siap dibina?
Kedua, selain itu saya difahamkan bahawa projek fasa pertama ini turut membabitkan kerja membaik pulih dan menaik taraf Empangan Pedu. Apakah skop sebenar kerja naik taraf empangan itu dan sejauh mana ia dapat mengurangkan tempoh penyaliran air dari empangan ke sawah?
Dr.Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ketiga, adakah tempoh pelaksanaan kerja-kerja ini telah ditetapkan? Ini penting kerana kelewatan atau kegagalan dalam aspek infrastruktur akan menyebabkan keseluruhan program ini tidak dapat mencapai sasaran lima musim, sekali gus menjejaskan hasil negara dan matlamat 100 peratus SSL.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk Strategi B5.1
Mempercepat Pembangunan Kawasan yang Kurang Membangun. Dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, RMK13 telah menggariskan dengan jelas keperluan untuk mempercepat peralihan struktur ekonomi negara dari berasaskan pertanian kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan. Namun, jika kita benar-benar serius mahu menjayakan matlamat tersebut, maka projek-projek berimpak tinggi di peringkat negeri yang selari dengan dasar nasional perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Negeri Kedah tampil dengan projek berimpak tinggi seperti pelabuhan laut dalam Sanglang di Jerlun dan Kedah Aerotropolis. Namun, kedua-dua projek tersebut langsung tidak diberikan perhatian dalam RMK13 meskipun kedua-duanya menyumbang secara langsung kepada keperluan logistik perdagangan antarabangsa serta integrasi perindustrian yang menjadi fokus utama pelan pembangunan ini.
Dalam perkembangan RMK13, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyebut untuk menaik taraf pelabuhan darat di Perlis yang menghubungkan Malaysia dan Thailand.
Kerajaan Negeri Kedah pula telah meluluskan cadangan untuk membangunkan pelabuhan laut dalam di Sanglang oleh syarikat swasta yang terpilih. Badan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri telah memenuhi prasyarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan beberapa proses lagi untuk mendapat kelulusan.
Soalnya, adakah berlaku pertindihan pelabuhan yang nak dibangunkan sama ada Sanglang di Jerlun Kedah atau Sanglang, Perlis? Yang mana satu? Pelabuhan laut dalam Sanglang berpotensi besar untuk berfungsi sebagai land bridge antara Laut Andaman dan Teluk Thailand serta menjadi pelabuhan pengumpul (feeder port), dengan izin kepada pelabuhan Pulau Pinang. Namun sehingga kini, kelulusan port limit oleh MOT masih belum dimuktamadkan. Ini menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk Strategi B5.1
Begitu juga dengan Projek Kedah Aerotropolis yang melibatkan pembangunan KXP, airport city dan SLAM hub. Kajian menunjukkan keperluan kargo udara semakin meningkat akibat pertumbuhan sektor semikonduktor dan elektronik di Wilayah Utara. Namun RMK13 langsung tidak memperincikan strategik untuk menyokong keperluan logistik udara di rantau ini.
Soalnya, bagaimana RMK13 ingin memperkukuh jaringan perdagangan global dan meningkatkan kerencaman ekonomi jika projek yang jelas menyumbang kepada objektif tersebut langsung tidak diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.
Kegagalan memasukkan kedua-dua projek ini menunjukkan jurang perancangan antara Kerajaan Persekutuan dan keperluan sebenar di peringkat negeri adalah satu bentuk
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk Strategi B5.1
ketempangan pembangunan wilayah yang wajar dibaiki. Sekiranya perancangan di peringkat negeri tidak disokong oleh dasar dan kelulusan di peringkat pusat maka apa maknanya kita bercakap soal jaringan perdagangan global dan daya saing antara wilayah.
Berkaitan pembangunan di Jerlun, saya mencadangkan agar dibangunkan Dataran Kuala Tunjang sebagai lokasi strategik di pesisiran pantai untuk menggalakkan aktiviti pelancongan domestik. Ia wajar dipertimbangkan kerana terdapat tanah milik kerajaan seluas 1.5 relung atau 5,000 meter persegi di Lot Nombor 60203 Kuala Tunjang, Mukim Jerlun, Daerah Kubang Pasu, Kedah. Cadangan tersebut telah dikemukakan dalam Kamar Khas pada 6 Februari 2025 lalu. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Perbandaran Kubang Pasu, diangkat ke Bahagian Perancang Ekonomi Negeri seterusnya kepada MOTAC. Saya pohon projek ini dimasukkan dalam RMK13 juga.
Selain itu Klinik Kesihatan Ayer Hitam yang wujud sejak tahun 1945, usianya sekarang 80 tahun, keadaan bangunan yang terlalu lama, saiz bangunan kecil, ruang parkir yang sempit sedangkan bilangan pesakit semakin bertambah. Saya difahamkan permohonan pada tahun 2023 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membina bangunan baharu di lokasi yang telah dikenal pasti. Saya juga pohon Klinik Kesihatan Ayer Hitam ini dibawa masuk ke dalam RMK13.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk strategik C3.1
Memperkukuh Integriti dan Akauntabiliti. Isu yang berkait rapat dengan penjawat awam ialah rasuah. Budaya ini semakin membarah sejak sekian lama. Kewujudan institusi berkaitan rasuah iaitu Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 yang lalu, kemudiannya digubal semula pada 1 hari bulan Januari 2009 menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) nampaknya gagal dan rasuah semakin bertambah bermula daripada peringkat bawah hingga ke atas.
Saya lihat Unit Integriti (UI) di bawah agensi kerajaan seolah-olah tidak berfungsi dengan baik. Ia mungkin disebabkan sesama kakitangan dan pegawai dalam satu jabatan atau kementerian. Tindakan tidak diambil bila dipanjangkan kepada SPRM, ada yang disiasat dan ada yang diambil tindakan. Ada juga yang tidak diambil tindakan ataupun non further action, dengan izin. Apa dah jadi dengan sistem penguatkuasaan dalam negara kita hari ini.
Dalam membanteras rasuah ini tidak cukup dengan amaran keras, tindakan disiplin, gantung tugas. Saya mencadangkan perasuah perlu dihukum dengan penjara dan denda yang paling maksimum atau perlucutan harta agar ia menjadi pengajaran kepada orang ramai. Kita perlu insaf dan sedar bahawa Islam mengharamkan amalan rasuah. Dalam hadis Rasulullah SAW telah menyatakan, [Membaca sepotong Hadis] . “Pemberi rasuah, penerima rasuah kedua-duanya dalam neraka”.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jerlun, minta laluan sedikit. Ringkas, Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ya, silakan. Okey, berkaitan rasuah ini satu barah yang semakin melanda negara. Setuju tak Jerlun bahawa bagi mereka yang
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
disabit kesalahan rasuah ini kita buat macam negara China, dihukum tembak sampai mati.
Apa pandangan Jerlun? Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya bersetuju dengan hukuman yang berat diberikan tetapi kaedahnya perlu ditentukan mengikut undang-undang dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya strategik C3.2
Mereformasi Perundangan dan Institusi. Berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk menyemak semula bidang kuasa antara kedua-dua mahkamah tersebut.
Kita sedia maklum bahawa pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan sudah jelas menunjukkan pengasingan bidang kuasa dan kedua-dua mahkamah perlu menghormati bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh campur tangan. Mutakhir ini jelas wujud campur tangan mahkamah sivil terhadap bidang kuasa mahkamah syariah seperti isu pengislaman anak selepas pasangan memeluk Islam. Dalam kes Loh Siew Hong dan kes Indira Gandhi. Pembatalan 16 kesalahan syariah dalam kes dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Kelantan 2019 dan yang terbaru Sisters in Islam berkaitan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan SIS adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Soalan saya di sini, apakah status terkini jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang diketuai oleh JAKIM. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menyemak semula Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan ini dengan memasukkan frasa baharu iaitu “bahawa sebarang keputusan mahkamah syariah adalah muktamad dalam hal berkaitan orang Islam dan tanpa sebarang semakan oleh mahkamah sivil.” Saya juga mencadangkan agar kerajaan membentangkan semula RUU 355 dengan meletakkan hukuman yang setaraf dengan mahkamah sivil. RUU 355 ini telah diluluskan oleh Kabinet di bawah Kerajaan Perikatan Nasional tetapi tidak sempat dibentangkan di Parlimen akibat pembubaran Parlimen pada Oktober 2022 lalu. Saya pohon sambung sahaja kerja- kerja teknikal yang masih berbaki untuk membolehkan RUU 355 ini dibentangkan semula di Dewan yang mulia ini.
[Tepuk] Berkaitan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya sambung sedikit lagi sebab ada soalan pencelahan tadi sedikit yang habis itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tidak suruh you bagi pencelahan.
[Dewan ketawa]
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ada penambahbaikan pada aspek pelantikan hakim, etika, saraan dan sebagainya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Masalah yang berbangkit di kalangan peguam syarie sekarang ialah sistem e-Filing syariah belum terlaksana lagi walaupun sistem sudah dibangunkan dan perlu disegerakan pelaksanaannya.
Lafaz wakalah mesti di hadapan mahkamah atau pendaftar perlu dipinda di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-negeri dengan memasukkan wakalah boleh dibuat secara online seperti yang dilakukan di Selangor dan di Wilayah Persekutuan.
Masalahnya sekarang hal ehwal Islam dan mahkamah syariah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Raja, Sultan menjadi Ketua Agama Islam. Soalnya apakah langkah yang membenarkan suruhanjaya ini boleh dilaksanakan dalam keadaan hal ehwal Islam di bawah kerajaan negeri? Kedua, adakah ia merujuk kepada negeri-negeri yang agama Islam di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Akhirnya, kalau Yang Berhormat Pandan kemukakan enam pesanan dalam Dewan yang mulia ini tentang RMK ini, saya juga hendak buatkan satu pesanan, ada tiga pesanan sini. Kalau nak lihat RMK ini berjalan lancar, terlaksana dengan cekap dan projek pembangunan memenuhi kehendak rakyat, maka saya pohon pertama, hormatilah kami sebagai Ahli Parlimen pembangkang dan berilah hak dan peruntukan kepada kami ...
[Tepuk] kerana kita semua adalah serupa. Diangkat oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen.
Kedua, hormatilah empat buah negeri di bawah Perikatan Nasional untuk mendapat hak dan peruntukan pembangunan yang seimbang dan sama rata dengan negeri-negeri yang lain dan jangan anggap empat negeri ini tidak maju ataupun mundur hanya disebabkan wujud diskriminasi dalam memberi projek pembangunan.
Dan yang akhirnya hormatilah hak rakyat yang memilih wakil rakyat mereka sama ada memilih kerajaan atau memilih pembangkang kerana tanpa rakyat tiada wakil rakyat, tiada cukai daripada rakyat, tiada pembangunan untuk kerajaan untuk buat pembangunan kepada rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sekian, terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan Puchong untuk membahas RMK13. Puan Speaker, saya terus kepada perkara yang saya hendak bangkitkan hari ini. Perkara pertama yang saya ingin bangkitkan hari ini adalah Strategi Semikonduktor Nasional iaitu National Semiconductor Strategy (NSS).
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi. Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta iaitu lebih daripada RM1 bilion kepada Arm Holdings bagi kontrak 10 tahun dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.
Puchong setuju dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia tetapi terdapat tiga soalan berkenaan perjanjian dengan Arm Holdings. Soalan pertama ialah adakah wajar RM1 bilion dibelanja untuk kerjasama dengan satu syarikat reka bentuk intellectual property IP semiconductor dan bukan Arm bersama- sama dengan syarikat reka bentuk IP yang lain seperti Synopsys, Cadence, Rambus dan lain-lain.
Puan Speaker, Puchong membaca satu artikel di The Edge bahawa perkembangan Integrated Circuit (IC) Design Park Malaysia telah pun mengalami bottleneck kerana akses ke akaun Electronic Design Automation (EDA) oleh Synopsys, Siemens dan Cadence adalah terhad iaitu 60 akaun yang memakan peruntukan RM5 juta setahun. Ini menunjukkan bahawa akses kepada pembekal-pembekal IP lain juga adalah sangat penting untuk syarikat-syarikat reka bentuk IC di Malaysia.
Dengan itu, Puchong ingin minta penjelasan daripada kerajaan sama ada kerjasama yang sama juga akan dijalin dengan pembekal IP yang lain. Soalan kedua Puchong kepada kerajaan adalah adakah Malaysia mempunyai jumlah syarikat reka bentuk IC yang mencukupi untuk memanfaat perjanjian Arm yang bernilai RM1 bilion ini dengan sepenuhnya?
Puan Speaker, Puchong membaca bahawa perjanjian ini tidak merangkumi tape-out fees, iaitu yuran yang dibayar pada langkah terakhir apabila data reka bentuk chip yang lengkap dihantar ke foundry untuk pembuatan. Begitu juga dengan royalti. Apa yang dirangkumi dalam perjanjian ini adalah akses token. Tujuh untuk IP jenis CSS dan 25 untuk program Arm Flexible Access (AFA).
Puan Speaker, terdapat tiga fasa NSS iaitu *phase 1, building on our foundations.
Phase 2, moving to the frontier, and phase 3, innovating at the frontier* dengan izin. Inisiatif ini sepatutnya terletak di fasa 2 dan 3. NSS baru saja dilancarkan. Tanpa perkembangan fasa 1, Puchong sangat khuatir bahawa akses kepada IP Arm yang bernilai RM1 bilion ini tidak dapat dimanfaat dengan sepenuhnya oleh syarikat reka bentuk IC tempatan kerana mereka mungkin belum sedia lagi. So saya ingin minta penjelasan daripada kerajaan.
Puan Speaker, soalan ketiga daripada Puchong ialah, apakah rancangan kerajaan dalam membantu syarikat reka bentuk IC untuk mendapatkan order ataupun permintaan?
Kita perlu tahu bahawa apa yang penting untuk syarikat reka bentuk IC bukan bilangan reka bentuk IC yang dimiliki oleh mereka tetapi permintaan reka bentuk IC mereka. Saya nak tanya adakah kerajaan akan memperolehi tools yang lain untuk membantu mereka untuk
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
meyakinkan pembeli potensi mereka sama ada dari akses kepada IP, software ataupun equipment.
Selain itu, adakah kerajaan akan mewujudkan commercialization funds ataupun insentif yang spesifik bagi pengeluar IC tempatan yang menggunakan reka bentuk IC tempatan. Mengikut NSS, RM10 bilion akan diperuntukkan sebagai capital grants. Berapakah di antaranya akan digunakan untuk menggalakkan pengkomersialan reka bentuk IC tempatan?
Secara keseluruhannya, Puan Speaker, Puchong sokong penuh NSS tetapi ingin mendapat penjelasan yang lebih teliti daripada kerajaan bagaimana kerjasama dengan ARM fit into the plan NSS, dengan izin. Untuk membina satu ekosistem semikonduktor yang kukuh, kerajaan perlu mengambil langkah yang teratur, sistematik dan juga holistik.
Puan Speaker, seterusnya Puchong ingin mengalih ke dua isu lagi yang berkenaan.
Kedua-duanya ini adalah berkenaan dengan kanak-kanak sebagai Pengerusi JKPK, Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat. Puchong ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa selama ini kerajaan bagi bantuan makanan tetapi siapa-siapa jadi kerajaan, bantuan makanan ini hanya selepas kanak-kanak masuk sekolah. Tetapi apa yang Malaysia hadapi hari ini adalah masalah stunting iaitu bantut di kalangan kanak-kanak bawah lima, umur lima tahun.
Puan Speaker, kanak-kanak yang bantut mengalami kelewatan dalam perkembangan kognitif, termasuk kesukaran dalam pembelajaran, ingatan dan juga penyelesaian masalah. Ini akan menjejaskan prestasi mereka di sekolah dan juga di dunia pekerjaan. Puan Speaker, menurut Our World in Data, kadar bantut di Malaysia adalah keempat tertinggi di ASEAN pada 24.3 peratus selepas Laos, Philippines dan Myanmar. Satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia adalah bantut. Negara jiran dengan GDP perkapita yang lebih rendah daripada kita telah pun merekodkan kadar bantut yang lebih rendah. Kalau kita bandingkan dengan Thailand, 12.3 peratus iaitu 50 peratus sahaja daripada kadar bantut Malaysia. Vietnam, 19.2 peratus, Cambodia, 22 peratus dan Indonesia, 22.6 peratus.
Apa yang saya lagi bimbang ialah apabila saya meninjau trend kadar bantut negara- negara ASEAN untuk 20 tahun ini, saya mendapati bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di ASEAN yang mengalami peningkatan dan bukan penurunan kadar bantut dalam tempoh 20 tahun ini. Peningkatan kadar bantut di Malaysia bermula pada tahun 2010. Pada masa itu, kadar bantut ialah 17.8 peratus. Tetapi ia meningkat setiap tahun sehingga sekarang hampir satu perempat sekarang.
Bukan sahaja masalah bantut, 11 peratus kanak-kanak di Malaysia adalah wasted, di mana berat mereka terlalu rendah untuk ketinggian mereka akibat daripada kekurangan zat makanan yang kronik. Puan Speaker, ini adalah krisis malnutrisi. Macam mana kanak- kanak kita boleh berjaya dalam sekolah dan ada masa depan yang baik apabila mereka tidak boleh bertumbuh dengan baik.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker, dua tahun yang lalu, Puchong telah pun membuat saringan di kalangan kanak-kanak di kawasan saya untuk mengenal pasti mereka yang stunted dan wasted dan membuat satu pilot project, intervensi. Kita mengadakan satu projek yang panggil Kido Food Bank di mana setiap bulan kanak-kanak mendapat susu formula, susu segar dan juga multivitamin yang percuma daripada pejabat saya.
Sebanyak 200 penerima untuk Kido Food Bank ini. Pada masa yang sama, sukarelawan akan mengukur tinggi dan berat setiap bulan dan menggunakan satu app untuk merekodkan data-data ini sehingga sekarang. Dengan kerjasama pakar nutrisi dari klinik kesihatan, ibu-ibu bapa juga diajar berkenaan dengan zat makanan dan pemantauan pertumbuhan.
Untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia ini, mengikut data yang kita kutip, sehingga sekarang, kira-kira 65 peratus penerima Kido Food Bank telah pun menunjukkan peningkatan height-for-age, (z-score), iaitu ukuran bagi stunting. Dengan sumber dan juga punca kuasa yang terhad, kami hanya boleh fokus kepada pemakanan dan tidak dapat mengatasi faktor seperti kesihatan ibu semasa hamil, sanitasi dan kebersihan. Dengan kekangan-kekangan ini, kita juga boleh nampak terdapat penambahbaikannya jika kita ada intervensi. Oleh itu, Puchong sangat percaya bahawa jika adanya program intervensi kerajaan yang sistematik dan holistik, kadar bantut boleh diturunkan dengan signifikan.
Puan Speaker, Puchong telah pun dijemput ke satu sesi libat urus oleh Health Transformation Office (HTO) dari KKM untuk membincang inisiatif seribu hari pertama untuk menangani masalah bantut. Saya sangat mengalu-alukan usaha KKM ini. Puchong berharap apa jua rancangan dan cadangan daripada HTO berkenaan dengan inisiatif seribu hari pertama boleh mendapat sumber dan sokongan padu dari semua jentera KKM mahupun kerajaan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif ini adalah efektif. Secara keseluruhannya, Puchong menyeru kerajaan untuk memasukkan inisiatif 1,000 hari pertama menjadi salah satu agenda Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Puan Speaker, seterusnya Puchong ingin mengalih ke isu kedua berkenaan dengan kanak-kanak iaitu prasekolah. Untuk makluman Puan Speaker, Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, kita akan membentangkan satu penyata dan memberi syor-syor kepada kerajaan berkenaan dengan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dalam sesi ini. Harap kita boleh diberi masa untuk membahas penyata ini. Tetapi untuk hari ini, apabila kita bincang Rancangan Malaysia, Puchong hanya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini dengan apa yang dipanggil Heckman Curve.
[Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] **mempengerusikan Mesyuarat****] Heckman Curve dinamakan atas nama James J. Heckman, seorang pemenang Nobel dalam ekonomi dan seorang pakar dalam ekonomi pembangunan manusia. Heckman telah pun membuat analisis empirical, pelaburan dalam pembangunan manusia dan juga pulangan yang diperolehi, return of investment (ROI). Heckman Curve telah menunjukkan
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
bahawa pelaburan dalam penjagaan dan pendidikan awal menghasilkan ROI yang tertinggi berbanding dengan pelaburan dalam pendidikan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan juga latihan pekerjaan di mana ROI menjadi semakin rendah.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Secara keseluruhannya, sistem penjagaan dan pendidikan awal yang berkualiti akan menghasilkan kos kebajikan sosial dan kadar jenayah yang lebih rendah dan hasil cukai yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang.
Tuan Speaker, apabila kita membincangkan Rancangan Malaysia, Dewan yang mulia ini perlu sedar bahawa kita mempunyai sumber yang terhad. Di manakah kita melabur pada masa lima tahun akan datang, sepatutnya mengikut ROI pelaburan ini. Kita perlu sentiasa tanya, perbelanjaan manakah yang akan mencipta kebaikan yang paling tinggi untuk rakyat?
Puchong mengalu-alukan usaha kerajaan dalam mempertingkatkan akses ke prasekolah. Tapi ini menarik perhatian kerajaan juga bahawa taska dan juga penjagaan kanak-kanak kurang daripada lima tahun juga adalah penting, malah lebih penting lagi.
Secara keseluruhannya, bagaimana kita tahu bahawa pelaburan kita dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak adalah mencukupi? Saya telah pun membuat satu analisis kasar dan mendapati bahawa kerajaan membelanja kurang daripada RM2 bilion setiap tahun dalam sektor penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak iaitu kurang daripada 0.1 peratus daripada KDNK kita.
Sebagai rujukan, negara OECD membelanja secara purata 0.8 daripada KDNK mereka untuk pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak iaitu adalah lapan kali ganda lebih tinggi daripada perbelanjaan Malaysia. Walau bagaimanapun dan tiada OECD yang belanja kurang daripada 0.3 peratus daripada KDNK mereka di penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, satu minit lagi, ya.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ya, satu minit I landing. Ini menunjukkan bahawa pelaburan Malaysia dalam sektor penjagaan dan pendidikan awal adalah sangat-sangat tidak mencukupi. Kita perlu meningkatkan perbelanjaan dalam sektor ini secara drastik iaitu sebanyak tiga hingga lapan kali ganda.
Puan Speaker, kerajaan membelanja kira-kira RM20 bilion untuk sekolah - RM25 bilion untuk pendidikan rendah, RM25 bilion untuk pendidikan menengah, RM15 bilion untuk pendidikan tinggi serta lebih daripada RM10 bilion untuk job training. Kenapa penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya? Memandangkan ROI untuk pelaburan di sektor ini adalah lebih tinggi.
Dengan itu, Puchong menggesa kerajaan untuk merombak semula pelaburan kita dalam pembangunan modal insan dan mengagih sumber terhad kita mengikut ROI kepada masyarakat. Itu sahaja yang saya nak sampaikan hari ini. Dengan ini, Puchong menyokong RMK13 dan harap apa yang saya bangkitkan hari ini boleh mendapat perhatian daripada kerajaan. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sebelum saya pergi ke pembahas yang seterusnya, saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa tambahan kepada senarai yang telah diumumkan tadi adalah bahawa Yang Berhormat Lawas akan menjadi pembahas ke-28. Pembahas terakhir untuk hari ini. Jadi, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Labuan untuk membahaskan dan YB Labuan diberikan 12 minit.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama membahaskan satu agenda yang amat penting untuk masa depan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
RMK13 merupakan dokumen perancangan pembangunan lima tahun yang menjadi teras utama dalam menentukan hala tuju ekonomi, sosial dan politik negara. Ia adalah cerminan aspirasi kolektif rakyat dan komitmen kerajaan untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Sejarah telah membuktikan bahawa setiap perancangan yang digubal telah berjaya membawa Malaysia melalui pelbagai cabaran dan mencapai kemajuan yang signifikan.
Sebagai contoh, RMK12 yang sedang berlangsung sekarang telah banyak membawa kita melalui cabaran pasca pandemik COVID-19. Ianya telah meletakkan asas kukuh untuk pemulihan dan reformasi ekonomi. Kini tiba masanya kita menoleh ke hadapan, merancang dengan lebih strategik dan berani untuk menghadapi landskap global yang semakin kompleks dan mencabar.
RMK13 bukan sekadar kesinambungan kepada RMK12 tetapi ia adalah satu lonjakan paradigma. Ia adalah rancangan yang akan meletakkan Malaysia di landasan untuk menjadi sebuah negara maju yang mampan, berdaya saing dan inklusif menjelang tahun 2030.
Saya menyokong penuh RMK13, yang mana berkisar kepada beberapa teras utama.
Di antaranya memperkukuh ekonomi berteknologi tinggi dan berinovasi. Seperti yang kita tahu, kita perlu beralih daripada ekonomi berasaskan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Ini akan dicapai melalui pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan R&D serta memperkasakan sektor teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, data raya dan tenaga boleh diperbaharui. Kesemua ini akan membuka peluang pekerjaan baharu yang berpendapatan tinggi dan meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.
Kedua, memastikan pembangunan yang mampan dan mesra alam. Kita semua sedar bahawa ancaman perubahan iklim adalah satu realiti yang tidak boleh kita abaikan.
Dalam RMK13, tumpuan kepada amalan pembangunan lestari, mengurangkan jejak karbon dan melindungi biodiversiti. Kita akan melabur dalam teknologi hijau, mempromosikan
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
ekonomi kitaran dan memastikan sumber alam kita diuruskan dengan bijak untuk generasi akan datang.
Ketiga, memperkukuh jaring keselamatan sosial dan inklusiviti. Pembangunan yang kita bawa mesti dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang fahaman politik atau geografi. RMK13 akan memperkukuh sistem pendidikan, kesihatan dan kebajikan sosial. Kita akan memastikan jurang pendapatan antara golongan B40, M40 dan T20 dikurangkan serta memberi peluang yang saksama kepada semua rakyat untuk berjaya.
Pembangunan luar bandar harus terus menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.
Tuan Yang di-Pertua, RMK13 patutnya menjadi pelan induk yang inklusif. Ianya merangkumi setiap inci tanah air, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang strategik, berpotensi tinggi dan kaya dengan warisan serta ekonomi maritim. Namun demikian, kita tidak boleh menafikan bahawa Labuan sering kali tidak menerima peruntukan yang setimpal.
Malah, kadangkala seolah-olah terpinggir dalam perancangan nasional.
Dalam dokumen RMK13 yang dibentangkan, Labuan sekali lagi hanya disebut sepintas lalu tanpa komitmen konkrit atau pelan tindakan yang benar-benar tuntas. Namun, saya tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyentuh Wilayah Persekutuan Labuan dalam teks pembentangan RMK13 baru- baru ini, yang mana berkaitan dengan projek berorientasikan rakyat iaitu projek penyelesaian isu bekalan air di Labuan.
Menyentuh soal masalah air yang kritikal di Labuan, saya ingin penjelasan lanjut berkaitan penggantian paip sepanjang 35 kilometer di sepanjang Jalan Mohammed Salleh, Jalan Bebuloh, Jalan Bukit Timbalai dan Jalan Bukit Besar, Labuan yang sepatutnya siap pada suku pertama 2025. Adakah projek ini sudah disiapkan oleh pihak kontraktor seperti yang dijadualkan ataupun tidak? Begitu juga dengan Projek Non-Revenue Water (NRW) sepanjang empat kilometer. Adakah projek ini telah disiapkan atau belum? Sekiranya kedua- dua projek tersebut sudah disiapkan, apakah akan ada lagi catuan bekalan air bersih di Labuan? Masalah air ini merupakan masalah yang sangat-sangat kritikal di Labuan dan saya berharap sangat agar masalah air yang kritikal ini dapat diselesaikan secara tuntas.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada gangguan bekalan air, gangguan bekalan elektrik ke Labuan juga sangat kritikal. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, apakah status cadangan pembinaan 120 MW Power Plant yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas? Apakah usaha sama di antara PETRONAS dan Sabah Energy Corporation masih diteruskan?
Tuan Yang di-Pertua, meskipun Labuan adalah negeri yang berstatuskan Wilayah Persekutuan sejak 1984, namun terdapat cabaran pembangunan yang dihadapi seperti keterhubungan ataupun connectivity. Sebagai sebuah pulau, Labuan bergantung sepenuhnya pada pengangkutan udara dan laut. Kekurangan penerbangan terus dan
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
kekerapan feri yang terhad ke beberapa destinasi menyukarkan pergerakan barangan dan pelancong serta sekali gus menjadi punca kepada peningkatan kos sara hidup.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Kebergantungan infrastruktur darat dan laut Labuan tidak mempunyai akses darat ke daratan utama menjadikannya terputus daripada rantaian bekalan dan pembangunan ekonomi yang lebih besar di negeri Sabah dan Sarawak. Projek jambatan Labuan-Sabah yang telah lama diidamkan masih lagi di peringkat perancangan dan ketiadaannya menjadi penghalang utama ke arah Labuan untuk menjadi sebuah Wilayah Persekutuan yang maju, membangun dan berdaya saing.
Kerajaan juga harus memikirkan masalah kebergantungan ekonomi yang terhad di Labuan. Ekonomi Labuan sangat bergantung kepada industri oil and gas dan juga kewangan luar pesisir. Apabila harga minyak dunia turun atau peraturan kewangan antarabangsa berubah, ia memberi impak besar kepada ekonomi Labuan.
Selain itu, kepelbagaian ekonomi yang kurang berkesan walaupun terdapat usaha untuk mempelbagaikan ekonomi ke sektor pelancongan dan perkhidmatan. Ianya masih belum mampu menjadi pemacu pertumbuhan utama sektor pelancongan, terjejas oleh kemudahan yang terhad dan kekurangan tarikan yang unik.
Seterusnya, aspek pentadbiran dan perancangan serta polisi pembangunan yang tidak konsisten. Sering kali perancangan jangka panjang untuk Labuan terganggu akibat perubahan pucuk pimpinan atau dasar. Kekurangan pelan induk yang konsisten menyukarkan pelaksanaan projek-projek besar.
Seterusnya, birokrasi dan proses pelaburan juga antara cabaran yang dihadapi oleh Labuan. Pada masa ini, proses pelaburan yang mungkin dilihat sebagai rumit atau lambat boleh menghalang pelabur luar untuk menanam modal di Labuan. Walaupun ianya adalah Wilayah Persekutuan, isu birokrasi antara agensi Kerajaan Persekutuan dan tempatan juga mungkin menjadi puncanya.
Saya juga mengakui cabaran demografi yang melibatkan Labuan sehingga menyebabkan perpindahan penduduk Labuan akibat daripada peluang pekerjaan yang terhad di Labuan menyebabkan ramai golongan muda dan berpendidikan tinggi berhijrah ke Sabah, Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
Ini menyebabkan kekurangan tenaga kerja mahir untuk membangunkan sektor-sektor baharu.
Selaku wakil rakyat Labuan, saya berharap, melalui RMK13, pihak kerajaan akan meningkatkan lagi komitmen untuk menangani isu-isu ini. Semoga melalui usaha tersebut, ianya dapat meningkatkan pembangunan Labuan dalam masa terdekat.
Saya ingin mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan seperti berikut untuk membuat Labuan lebih menarik.
Pertama, mengembalikan semula insentif 50 peratus rebat kereta kepada penjawat- penjawat awam yang berkhidmat melebihi dua tahun tempoh berkhidmat mereka di Labuan.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dasar ini pernah dilaksanakan semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991 hingga 1998.
Mengembalikan semula kemudahan transshipment bagi merancakkan ekonomi Labuan yang sebelum ini puluhan tahun lamanya menjadi pusat transshipment barangan untuk Filipina Selatan ataupun Southern Philippines.
Menaik taraf Labuan Liberty Port yang kondisinya sangat uzur, atau kerajaan bangunkan pelabuhan yang baharu, moden dan canggih supaya pelabuhan tersebut mampu bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang lain.
Menaik taraf Hospital Nukleus Labuan, Ibu Pejabat Daerah PDRM Labuan, kolej matrikulasi dan Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah, Labuan yang mana kesemuanya yang saya sebutkan di atas mempunyai kondisi bangunan yang uzur dan perlu diambil tindakan segera.
Saya juga memohon agar Pejabat Tanah dan Galian meletakkan seorang pegawai tetap untuk urusan tuntutan harta-harta pusaka di Pejabat Tanah dan Galian Labuan. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan kepada rakyat Labuan di mana dengan polisi yang flip-flop, rakyat Labuan terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya untuk menyelesaikan kes harta pusaka mereka berbanding sebelum Labuan menggunakan Akta Kanun Tanah Negara.
Sepatutnya jika berlaku sebarang perubahan, ianya akan membawa banyak kebaikan. Tapi dalam kes Pejabat Tanah Galian Labuan, apabila Sabah Land Ordinance digantikan dengan Kanun Tanah Negara, rakyat Labuan yang memiliki tanah berdepan dengan pelbagai masalah akibat peraturan baru yang tidak sesuai dengan situasi Labuan.
Yang terakhir, saya meminta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah untuk mengecualikan Labuan dari Surat Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2024, di mana semua pemegang lesen yang berkaitan diminta untuk mematuhi pelaksanaan sistem kedudukan sejagat atau global positioning system (GPS). Saya berpendapat peraturan ini tidak wajar untuk dipanjangkan kepada Wilayah Persekutuan kerana sebagai sebuah pulau yang kecil, dia tidak memerlukan GPS.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya menyokong penuh RMK13 dengan syarat bahawa ia benar-benar mengutamakan keadilan sosial, memperkasakan ekonomi rakyat dan penstrukturan semula sistem yang memihak kepada golongan yang memerlukan. Hanya dengan cara ini kita boleh membina Malaysia MADANI yang sejahtera dan inklusif. Dengan perancangan yang rapi, komitmen yang tinggi dan semangat perpaduan yang jitu, saya yakin bahawa Malaysia akan terus gemilang dan makmur. Marilah kita bina masa depan yang lebih cerah untuk anak cucu kita.
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Labuan.
Seterusnya, saya jemput pembahas seterusnya iaitu Yang Berhormat Batu. 12 minit, Yang Berhormat.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker untuk bagi Batu ruang untuk bahas.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang berpaksikan tema “Melakar Semula Pembangunan”. Pelan ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membawa negara maju lima tahun ke hadapan melalui penstrukturan semula ekonomi, pengukuhan sistem sosial berteras insan MADANI serta tadbir urus yang lebih cekap dan berintegriti.
Timbalan Speaker, saya nak cakap awal sekali, saya menyokong RMK13 ini. Tapi, saya juga ingin pastikan keberkesanan RMK13 ini perlu visible, dengan izin. Contoh, bajet yang akan diumumkan tak lama lagi untuk tahun 2026 perlu selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kalau tak, Rancangan Malaysia Ketiga Belas hanya menjadi sebuah buku untuk membaca, menjadi satu panduan. Tapi, saya sarankan bahawa kerajaan mengambil proses ini sebagai sangat-sangat serius untuk pastikan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan bajet yang akan umumkan dan juga bajet kemudian tahun 2027, 2028 perlulah selaras dengan RMK13 ini supaya komitmen kerajaan ataupun keberkesanan RMK13 menjadi satu berkesan untuk masyarakat Malaysia nanti.
Dan, bagi saya, ada beberapa perkara saya ingin bangkit apabila berkaitan topik keberkesanan inisiatif kerajaan. Saya perlu puji kerajaan kerana ada banyak inisiatif yang dibangkitkan dalam ucapan Perdana Menteri dalam RMK13. Tapi, soalnya, how impactful is the initiative? Dengan izin.
Sepertimana saya bangkitkan ataupun data-data kerajaan, contoh data eKasih.
Walaupun ada banyak inisiatif di kerajaan, adakah kita dalam kerajaan menggunakan data terperinci untuk mencari solution ataupun solusi untuk membantu masyarakat? Di sini saya pegang dua data eKasih...
[Sambil menunjukkan dua keping kertas] Ini adalah data masyarakat India dalam eKasih menunjukkan bahawa bulan April, 30, jumlah bilangan ahli keluarga adalah 758 isi rumah yang mendapat bantuan kerajaan ataupun dikategorikan sebagai miskin tegar. Tapi, di bulan Jun, 18, terdapat 433. Maksudnya, yang berkurangan itu, yang keluar daripada miskin tegar, maksudnya dia dah jadi miskin ataupun B40. Adakah itu betul-betul benar?
Bagi saya, data yang sama juga, bulan April menunjukkan Selangor ada 228 nama ataupun isi rumah di sistem eKasih. Tapi, di 18 Jun, di data 18 Jun, terdapat negeri Selangor tiada miskin tegar. Adakah ini betul-betul benar atau ini adalah satu kosmetik?
Bagi saya, kita perlukan satu data yang betul-betul terperinci untuk supaya kita boleh buat intervention program, dengan izin. Kalau tak, berapa lama kita akan bagi sumbangan dana ataupun bantuan-bantuan seperti bakul makanan untuk kurangkan beban mereka ataupun keluarkan mereka daripada sistem ataupun eKasih itu?
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Dan saya mencadangkan kepada kerajaan kita ada — perlu ada satu kaedah baru contoh, program pendayaupayaan supaya it become a permanent solution, bukan temporary solution, dengan izin. Dan kalau kita tengok Timbalan Speaker, banyak kali kerajaan ataupun Perdana Menteri telah ungkapkan bahawa masyarakat India adalah paling miskin. Bagi saya, itu adalah satu ayat yang betul dan fakta.
Kenapa? Kita kena tahu sejarah di mana masyarakat India ini awal-awal, masa nenek moyang kita, duduk di estet. Lepas duduk di estet beberapa tahun, beberapa generasi, mereka, masyarakat India berpindah kepada bandar. Kenapa mereka berpindah kepada bandar? Sebab migrasi ini berlaku sebab dengan izin, industrialization. Masa zaman industri syarikat-syarikat besar yang membeli estet-estet tersebut dan punca daripada itu masyarakat India terpaksa mencari penempatan baru. Semasa di estet, di situlah ada sekolah, di situlah ada rumah ibadat seperti kuil, akses mereka sangat senang. Apabila migrasi ini berlaku, mereka berpindah atau penempatan baru, akses kepada sekolah ataupun rumah ibadat tidak cukup.
So, betul kata Perdana Menteri, memang masyarakat India adalah paling miskin tapi bagi saya kemiskinan ini bukan satu perkara baru. Kemiskinan ini berlaku generasi ke generasi. Kenapa? Apabila penempatan baru yang ada, kerajaan sebelum ini bagi saya gagal untuk mencari solution atau intervention untuk memberikan akses yang sepatutnya untuk membantu mereka untuk transform tapi bila perkara itu tidak berlaku, maka jadilah mereka miskin generasi ke generasi.
So, cadangan saya, bukan cadangan. Apabila selepas mereka migrasi dan puncanya sekarang, terdapat 529 sekolah Tamil, SJK(T). Dalam 529, terdapat 384 jatuh bawah kategori kurang murid, di mana 150 ke bawah. Timbalan Speaker, ini adalah satu tahap yang sangat bahaya di mana kerajaan perlu mencari mekanisme ataupun kaedah baru untuk pastikan sekolah-sekolah SJK(T) ini diselamatkan atau perlu mencari mekanisme supaya kita boleh dapat penempatan semula sekolah-sekolah Tamil.
Contoh, SJK(T) Ladang Jasin Lalang. Sebelum penempatan semula, di sekolah itu di duduk dalam estet, bilangan muridnya kurang daripada 50. Sekarang apabila dah penempatan semula, sejumlah RM3 juta telah diperuntukkan untuk sekolah itu, dah buat penempatan semula. Sekarang lebih kurang dalam 200 lebih pelajar-pelajar yang belajar dalam sekolah itu. Itu menunjukkan penempatan semula itu betul-betul berkesan. Dan saya harap kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, memberi fokus utama kepada sekolah-sekolah Tamil yang perlu buat penempatan semula.
Dan soalan saya kepada KPM, selama tiga tahun ini, berapa sekolah-sekolah Tamil telah diluluskan untuk penempatan semula ataupun akan dirancang dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk mencari satu tapak yang betul-betul berkesanan untuk kita meningkatkan pelajar masyarakat India.
Dan begitu juga dengan isu kuil, apabila migrasi ini berlaku banyak tanah-tanah baru yang mereka ambil alih, mereka membina kuil dan sebab itu ada masyarakat India yang kata
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
ini kuil 100 tahun, ini kuil 60 tahun, ada kuil yang 40 tahun. Tapi saya rasa sebagai wakil kerajaan, saya perlu bangkitkan, bersuara masalah ini.
Sebab RIBI - Rumah Ibadat Bukan Islam di bawah KPKT dan juga di Wilayah Persekutuan, perlu mengambil tanggungjawab untuk bukan saja bagi geran, bukan saja untuk menaik taraf ataupun temple renovation dengan izin. Dia perlu jadi satu mediator dengan izin, supaya masalah hal-hal tanah ini perlu diambil tahu dan juga mencari satu solusi supaya mereka ada penempatan yang permanent. Kalau tak, memang tak habis, setiap tahun ada bangkitkan masalah, ada isu tanah, isu tanah, seperti mana isu yang baru-baru ini berlaku di Dang Wangi, Kuil Sri Pathrakaliamman.
Tapi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan sekarang dengan kepimpinan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah selesaikan masalah itu dengan memberi tapak baru, penempatan baru. Itulah keberanian kerajaan kita untuk bantu. So, tapi itu adalah satu kes. Bagaimana dengan kes-kes lain? So, kerajaan perlu mengadakan satu strategic solution untuk bantu khususnya hal-hal tanah untuk kuil dan juga sekolah-sekolah Tamil.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga bangkitkan berkaitan dengan isu MITRA.
Banyak di social media ataupun sebelah pembangkang bangkitkan isu MITRA tapi sebelum itu saya nak juga nasihatkan kepada kerajaan di mana berlakunya beberapa masalah berkaitan dengan MITRA dan juga agensi-agensi lain. Contoh saya bagi dekat Timbalan Speaker, ada seorang individu yang datang jumpa saya. Dia adalah pengerusi sebuah NGO.
NGO ini berasaskan spiritual, dengan izin.
So, beliau mengatakan dekat saya dia nak NGO dia tax free sebab dia menggunakan NGO itu untuk keagamaan. Saya bagi tahu dia, kenapa you datang MITRA? MITRA bukan bagi you tax free. You kena pergi dekat agensi yang berpatutan. Individu tersebut mengatakan dekat saya, agensi yang dia pergi, minta dia pergi jumpa MITRA. Bukan — ini bukan kes pertama. Dah banyak kali kes berlaku. Apabila berkaitan dengan sukan, mereka cakap MITRA, kebajikan MITRA, keusahawan MITRA.
Semua inisiatif-inisiatif kerajaan, mereka tunjuk jari dekat MITRA. Boleh, MITRA boleh tolong semua tapi bagi peruntukan RM5 bilion. Bagi RM5 bilion, saya selesaikan semua masalah masyarakat India tapi that is not the reality. Saya bagi tahu kepada masyarakat dan juga sahabat-sahabat saya, kerajaan ini perlu membantu semua. MITRA membantu masyarakat India untuk transformasikan. Kalau semua agensi tunjuk dekat MITRA, susah.
So, the government is for everyone, dengan izin. Speaker, Timbalan Speaker setuju atau tidak? Setuju? Terima kasih.
Dan juga selaku Pengerusi MITRA bersama dengan YB Segamat dan juga YB Jelutong, kita tiga orang saja dalam jawatankuasa. Selama satu tahun lebih, saya jadi Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas, satu badan penasihat. Saya dan bersama dengan pimpinan MITRA telah buat kerja dengan sungguh telus dan transparent. Saya telah
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
pastikan, including me, dengan member-member saya, tidak terlibat dalam proses pemberian geran. Kita pastikan pemberian geran itu adalah transparent dan juga adil.
Dan hari ini apabila saya nak bangkitkan berkaitan dengan RMK13, saya juga ingin menyeru bahawa MITRA juga akan mengangkat kertas ataupun dasar RMK13 ini untuk pastikan ia jadi tulang belakang kepada pemberian geran-geran tersebut dengan skop-skop sekian.
Saya nak bagi tahu selama 10 tahun sebelum MITRA ini, SEDIC dan sekarang MITRA, kenapa MITRA ataupun SEDIC ini gagal untuk memberi impak besar kepada komuniti India. Sebab tiada continuity, dengan izin. Kenapa tiada continuity? Selama ini, dalam 10 tahun dalam sejarah MITRA dan SEDIC, banyak pertukaran telah berlaku. Setiap tahun ketua pengarah tukar, pimpinan tukar. Apabila pertukaran ini berlaku, maka bertukarlah dasar dalam MITRA tersebut.
So, apabila saya pimpin MITRA, saya pastikan, walaupun saya tak ada esok dalam MITRA, hala tuju MITRA tersebut perlulah berkait rapat dengan dasar-dasar kerajaan. Bukan lagi suka hati individu yang mana memimpin MITRA, bolehlah buat program ini. Bolehlah buat program ini, tahun lepas tukar pimpinan, tak ada program itu, tukar lain.
Maka tak adalah transformasi, sebab itu tahun 2024 kita bekerjasama dengan setiap agensi. Agensi digital, agensi MARDI, Kementerian Pembangunan Wanita, kita panggil mereka, kita buat intervention program untuk pastikan...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
...Dana MITRA itu dirasai oleh masyarakat. Ya, sahabat saya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum itu, YB Segamat. Saya bagi satu minit sebab isu ini penting. Lagipun Pengerusi MITRA, saya bagi satu minit ekstra. Tapi lepas ini tak ada celahan lagi. Silakan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Satu minit, okey. Thank you.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Batu. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Kepada rakan saya, Yang Berhormat Batu, boleh tak Yang Berhormat Batu menyatakan dalam Dewan ini.
Berapakah jumlah geran ataupun peruntukan yang telah dilulus dan diagihkan pada tahun ini? Kerana di luar sana ada pelbagai tohmahan dan fitnah bahawa duit itu diagihkan ataupun digunakan. So, mungkin Yang Berhormat Batu kalau ada data dan fakta itu mungkin bolehlah memberi sedikit penjelasan. Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Terima kasih Timbalan Speaker.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih, sahabat saya YB Segamat. Sebenarnya duit MITRA ini kita dah mula buka portal dalam website MITRA dengan kelulusan Perdana Menteri pada tahun 2024, November untuk pastikan skop yang sedia ada
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
kita peruntukkan untuk stakeholders dengan izin. Supaya program-program berasas transformation berlaku.
Selain daripada transformation, kita bagi dialisis dengan subsidi pelajar-pelajar tadika dan juga student. Untuk pengetahuan semua, dialisis dengan tadika dah final stage, kita dah buka portal, mereka dah daftar. Ada juga yang kata, kenapa kita tak ada data ke? Kenapa setiap tahun you kena buka portal? Mana kita tahu ada orang dah meninggal ke tak?
Dialisis ini kadang-kadang ada yang dapat bantuan daripada pihak lain. So, kita kena teliti semula. So, sekarang kita target 2,000 orang dialisis. So, hampir siap dalam masa terdekat ini. Satu minggu, dua minggu, MITRA akan mula bagi dana kepada pesakit-pesakit dialisis.
Selain daripada itu, kenyataan daripada PMO sebanyak 16 program telah diluluskan.
Dan kita tunggu daripada PMO, arahan — direction daripada PMO, untuk macam mana kita nak kendalikan program itu dan apa program tersebut? Kenapa? Dalam fasa satu dan fasa dua yang disiapkan oleh MITRA, terdapat 95 projek yang telah di-submit. Dan tahniah, terima kasih kepada pihak Jabatan Perdana Menteri dan juga Perdana Menteri untuk meluluskan 16 dan we are still waiting.
Saya harap bolehlah mempercepatkan sebab ramai yang tunggu. Seperti mana AJK saya Yang Berhormat Segamat tanya, memang saya pun agak tak sabar nak tunggu apa next direction yang PM nak bagi ya. Saya terima kasih kepada Timbalan Speaker, Batu sentiasa menyokong impian kerajaan untuk merealisasikan hala tuju negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Batu.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pekan. 12 minit, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut sama membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu memperluaskan prasekolah iaitu prasekolah bermula daripada lima tahun dan Darjah 1 bermula daripada 6 tahun. Prasekolah keadaan sekarang ialah prasekolah 6 tahun dan Darjah 1, tujuh tahun. Ini terdapat kelemahan kerana asas 3M masih rendah di kalangan pelajar. Kalau kita lihat data 2024, sebanyak 122,062 murid atau 27.5 peratus gagal kuasai 3M.
Impak pelaksanaan ini ialah menunjukkan bahawa pendidikan awal kanak-kanak bermula dari awal dan penting, selaras dengan amalan pendidikan global. Memperluaskan prasekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan kerana jumlah prasekolah di bawah seliaan kerajaan tidak mencukupi. Menyokong cadangan perluasan prasekolah ini, tetapi kita mengelakkan keciciran kanak-kanak dan memperkukuhkan asas 3M sebelum memasuki Darjah 1. Ianya juga membantu ibu bapa dan murid daripada golongan B40 dan M40.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Pekan mencadangkan kerajaan perlu ada iltizam yang tinggi untuk menjalinkan kerjasama strategik dan tawarkan insentif atau subsidi kepada institusi swasta yang tawarkan pendidikan prasekolah kepada murid dalam kategori B40 atau yang tidak ditawarkan tempat di prasekolah kerajaan.
Menyentuh tentang cadangan bagi skim persaraan KWSP. Ini amat penting untuk negara kerana menjelang tahun 2030, Malaysia akan mencapai status negara tua apabila 15 peratus rakyat berumur 60 tahun dan ke atas. Masalahnya ialah ramai rakyat yang masih tidak mempunyai simpanan minimum yang mencukupi untuk bersara dengan selesa.
Lebih 50 peratus pencarum KWSP hanya mempunyai kurang daripada RM10,000 di dalam akaun simpanan KWSP mereka kerana mereka telah menggunakan pengeluaran semasa pandemik. Jumlah ini sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan mereka selepas bersara.
Oleh itu, Pekan mencadangkan dan menyokong cadangan kerajaan. Tetapi pelaksanaannya mesti dilaksanakan secara fleksibel dan inklusif. Kebebasan memilih oleh pencarum sama ada mengeluarkan pengeluaran penuh atau bayaran bulanan atau pengeluaran sebahagian dan baki secara bulanan. Tujuan ini adalah untuk memberi kebebasan memilih skim yang bersesuaian dengan pencarum dan untuk memastikan simpanan persaraan kekal berdaya tahan.
Kerajaan juga ingin memastikan tahap keterjaminan makanan yang stabil untuk keperluan negara. Kerana pada masa ini, import lebih kurang 93 bilion dan eksport sebanyak 50 bilion iaitu menunjukkan deposit sebanyak 40 bilion. Mengurangkan risiko dan tekanan kepada rakyat apabila berlaku isu seperti krisis bekalan global dan ketegangan geopolitik.
Pekan mencadangkan agar produktiviti pertanian dan agromakanan mestilah pada saat ini terlibat dalam penggunaan teknologi yang lebih moden, tingkatkan kemahiran petani dan penternak, pembangunan ladang yang produktif dan lebih efisien, penggunaan tanah pertanian yang lebih cekap dan insentif kepada golongan usahawan tani muda.
Pekan mencadangkan dan mengawal tukar tanah juga perlu diberi perhatian kerana tanah pertanian tidak sewenang-wenangnya ditukar bagi tujuan pembangunan. Banyak tanah pertanian yang produktif dan berpotensi tinggi untuk pengeluaran makanan tempatan. Tetapi ditukar guna untuk pembangunan industri dan komersial yang merugikan negara.
Kerajaan juga ingin memperkasakan industri perikanan dan masa hadapan nelayan.
Mengapa? Ini adalah sebab yang munasabah ialah industri perikanan menyumbang 1.2 peratus kepada KDNK negara. Pada 2024, pengeluarannya adalah sebanyak 1.42 juta tan metrik atau dengan nilai 12.8 bilion. Sasaran 98 peratus kadar sara hidup perikanan, SSL pada 2030. Dan pada masa ini cuma SSL pada kadar 90.7 peratus sahaja. Mengapa perlu dilaksanakan ini? Kerana kerajaan memperkasakan nelayan dan industri perikanan bagi memastikan persaraan 7.3 peratus lagi dapat dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan.
Cadangan Pekan adalah pertama, ingin memperluaskan subsidi dan insentif khas untuk naik taraf bot dan peralatan nelayan. Seterusnya memperkenalkan teknologi
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
penangkapan ikan yang lebih efisien dan modenbtermasuk penggunaan AI, dron, sistem navigasi canggih dan alat pemantauan cuaca. Penyediaan latihan berstruktur juga kepada anak nelayan dan nelayan muda yang berminat meneruskan legasi tetapi dikekang oleh kaedah tangkap ikan secara tradisional dan pendapatan yang tidak menentu.
Selain pada itu, cadangan Pekan juga ialah untuk memperluaskan skim perlindungan sosial bagi komuniti nelayan. Skim Kemudahan Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri atau SKSPS secara mandatori dan automatik kepada semua nelayan berdaftar.
Kerajaan ingin mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di Malaysia.
Pada tahun 2025, 15 peratus pekerja asing di Malaysia. Dan pada tahun 2030, sasarannya ialah cuma 10 peratus. Kerana pada masa ini, lambakan pekerja asing mencecah 2.4 juta.
Dan ini memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk bekerja dan mengurangkan kadar pengangguran rakyat tempatan itu sendiri.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Keduanya, mengurangkan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing. Ini amat mustahak dan kerajaan perlu menangani cabaran ini. Cabaran adalah rakyat Malaysia pertamanya tidak berminat dengan pekerjaan kolar biru. Keduanya, kelayakan tidak sepadan dengan peluang pekerjaan dan gaji yang ditawarkan. Seterusnya, bagaimana untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi pulang ke negara ini untuk memberi khidmat bakti.
Pekan mencadangkan agar menstruktur semula pasaran buruh agar lebih menarik kepada rakyat tempatan. Keduanya, memperkukuhkan TVET bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan agar pekerja tempatan yang lebih kompeten.
Seterusnya, mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin yang masuk untuk bekerja secara haram menerusi, satu, kawalan sempadan yang lebih ketat. Keduanya penguatkuasaan yang lebih bersepadu.
Kerajaan juga menyasarkan matlamat membina satu rumah — membina satu juta rumah mampu milik. Matlamat utamanya adalah jelas. Pertamanya, untuk menjamin hak untuk keperluan asas rakyat iaitu akses kepada perumahan yang selesa dan selamat.
Keduanya, untuk menyokong pembangunan seimbang menerusi perumahan di lokasi strategik dan inklusif. Selain pada itu untuk menstabilkan pasaran perumahan bagi mengimbangi pasaran dan mengekang spekulasi harga tanah.
Dalam konteks ini, kerajaan juga menghadapi cabaran tertentu. Pertamanya ialah ketidaksepadanan tawaran rumah dengan kemampuan sebenar rakyat. Mampu lihat, tak mampu beli. Keduanya, ketidakseimbangan penawaran yang terhad dan permintaan yang tinggi berbanding keperluan rakyat. Ketiganya, ketidakadilan dan ketirisan dalam proses permohonan dan agihan rumah mampu milik. Selain pada itu, kuasa tanah memang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri bagi menguruskan hal-ehwal berkaitan pengurusan pembinaan rumah.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Pekan mencadangkan, pertama, memperketatkan peraturan harga maksimum rumah mampu milik bagi memastikan harga tidak dimanipulasi pihak tertentu terutama dalam pasaran sekunder. Keduanya, pembangunan semula kawasan terbiar urban renewal bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada dan mewujudkan komuniti baharu yang lebih tersusun dan moden. Selain daripada itu, Pekan juga mencadangkan agar memperkasa dan memperkukuh skim pembiayaan fleksibel untuk golongan muda dan berpendapatan rendah terutamanya Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Skim Sewa untuk Beli (RTO).
Penggunaan tanah milik kerajaan dan tanah wakaf bagi meminimumkan kos dan memastikan projek perumahan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar. Seterusnya, asingkan, asingkan kuasa dan fungsi pelaksanaan bagi penyusunan semula sistem perumahan negara iaitu kerajaan negeri fokus kepada rumah kos rendah kerana lebih faham realiti dan sosioekonomi tempatan manakala Kerajaan Persekutuan fokus kepada perumahan mampu milik dan rumah pertama.
RMK13 bukan sekadar dokumen perancangan ekonomi lima tahun, tetapi mencerminkan komitmen dan keterlibatan kerajaan dalam membina sebuah negara yang makmur, inklusif, mampan yang mana tiada siapa tercicir, setiap suara rakyat diangkat.
Justeru, menjadi tanggungjawab bersama sebagai kerajaan yang diberi amanah untuk memastikan bahawa pelan ini benar-benar membawa manfaat secara menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat. Dengan perkataan yang pelaksanaan yang telus, bersasar dan menyeluruh, RMK13 bakal menjadi landasan kukuh dalam merealisasikan visi Malaysia maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Semasa berbahas jangan menyinggung, Agar fakta-fakta perlu disokong; Bertata susila tidaklah canggung, Akhir kata Pekan menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Pekan. [Dewan ketawa] Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai. 12 minit, Yang Berhormat.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Bismillahirrahmanirrahim. [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, dengan segala hormatnya izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan menyatakan bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang dibentangkan kerajaan menimbulkan beberapa persoalan fundamental tentang komitmen terhadap kesinambungan pembangunan negara dan keadilan sosioekonomi.
Sebelum mengupas isu-isu kritikal adalah wajar kita mengakui bahawa RMK12 di bawah pentadbiran sebelumnya telah mencatatkan beberapa kejayaan signifikan terutamanya dalam mengekalkan momentum ekonomi ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan global.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Pencapaian nilai perdagangan RM2.8 trillion pada tahun 2022 bukan sekadar angka statistik, tetapi membuktikan ketahanan sistem ekonomi kita yang digerakkan oleh pelbagai inisiatif strategik termasuk pelaburan besar-besaran dalam koridor pembangunan wilayah dan program khusus untuk mengangkat martabat usahawan bumiputera melalui peruntukan khusus RM14.2 bilion di bawah DEB 2.0.
Mekanisme pelaksanaan yang jelas ini merupakan satu langkah mundur yang serius dalam perjuangan untuk mengangkat martabat ekonomi bumiputera. Data terkini daripada Unit Perancang Ekonomi menunjukkan situasi yang amat membimbangkan di mana pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat tersenarai Bursa Malaysia telah merosot kepada paras terendah 16.2 peratus sejak 1970. Lebih menyedihkan lagi, jurang pendapatan isi rumah bumiputera dan Cina terus melebar dengan kadar yang membimbangkan daripada nisbah 1:1.7 pada 2019 kepada 1:2.1 pada tahun ini dan menurut data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kelemahan sistem pendidikan yang tidak holistik. Jika kita beralih kepada aspek pendidikan, RMK13 menunjukkan kelemahan struktur yang amat ketara dari segi visi dan pelaksanaan. Sistem pendidikan negara seharusnya menjadi enjin utama untuk mobiliti sosial dan pengurangan jurang ekonomi, tetapi apa yang digariskan dalam RMK13 tidak mencerminkan aspirasi ini. Institusi pendidikan khusus bumiputera seperti sekolah agama, Sekolah Asli Penan dan institusi di bawah MARA sepatutnya mendapat perhatian khusus dalam perancangan pembangunan pendidikan hanya disebut secara sambil lewa tanpa program jelas ataupun peruntukan khusus.
Masalah infrastruktur pendidikan di kawasan pedalaman khususnya di kawasan Sabah dan Sarawak masih berada pada tahap yang perlu diberi perhatian. Laporan terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendedahkan bahawa 72 peratus di kedua-dua negeri tersebut masih bergelut dengan capaian internet di bawah 10 Mbps, sesuatu keadaan langsung tidak seiring dengan hasrat negara untuk melonjakkan kualiti pendidikan. Ironinya, RMK13 yang kononnya ingin mentransformasikan sistem pendidikan negara gagal menyediakan pelan tindakan yang kukuh untuk menangani masalah asas ini.
Sasaran pendidikan RMK13 yang ingin menyamai purata antarabangsa di dalam penilaian PISA ataupun TIMSS juga menunjukkan satu sikap yang kurang ambitious dan tidak mengambil kira realiti pendidikan di Malaysia. Yang lebih membimbangkan tidak wujud mekanisme khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari kawasan luar bandar dan pedalaman yang sering ketinggalan akibat kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas pendidikan. Pendekatan one size fits all dalam RMK13 ini jelas tidak akan berjaya menangani masalah kompleks yang dihadapi oleh sistem pendidikan negara kita.
Cadangan awal untuk pembaikan dalam konteks ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah segera yang perlu dipertimbangkan. Pertama, adalah penting untuk mengembalikan semangat DEB 2.0 dengan peruntukan kewangan yang mencukupi
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
sekurang-kurangnya RM15 bilion sebagai permulaan yang disalurkan melalui mekanisme yang telus dan berkesan.
Kedua, pelaksanaan semula kuota 30 peratus penyertaan bumiputera dalam projek- projek strategik kerajaan dan swasta perlu diwajibkan dengan mekanisme pemantauan yang ketat.
Bagi sektor pendidikan, peruntukan khas sebanyak RM2.5 bilion perlu disediakan khusus untuk menaik taraf infrastruktur digital di sekolah-sekolah pedalaman, disertai dengan program latihan guru yang komprehensif.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Sistem pendidikan vokasional perlu diperkukuh dengan kerjasama erat antara institusi seperti MARA dan sektor industri untuk memastikan graduan mempunyai kemahiran yang relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa.
Seterusnya Yang di-Pertua, ketidakseimbangan antara pembangunan wilayah. Jika kita menyorot peta pembangunan negara dalam RMK13, terdapat satu pola yang amat membimbangkan. Pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah secara sistematik terus dipelihara. Wilayah-wilayah majoriti bumiputera di utara dan timur Semenanjung, khususnya Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu terus ketinggalan dalam peran pembangunan infrastruktur yang besar.
Apa yang lebih menyedihkan, RMK13 secara terang-terangan mengabaikan wilayah- wilayah ini dengan tidak memasukkan sebarang projek infrastruktur besar dalam senarai keutamaan. Sedangkan projek serupa dengan nilai puluhan bilion ringgit diperuntukkan untuk kawasan-kawasan tertentu yang sudah pun maju.
Sebagai contoh, saya ingin memberi contoh Projek LRT Penang. Yang mana jumlah penduduk Pulau Pinang adalah sekitar 800,000 di kawasan pulau. Jarak LRT 29 kilometer.
Nilai awalnya adalah RM10 bilion. Kini sudah pun bertambah menjadi RM16.5 bilion. Jadi, nilai satu kilometer LRT di Pulau Pinang adalah RM550 juta. Jika kita bandingkan dengan jumlah yang sama jika LPT3 dimasukkan dalam perancangan.
Jumlah penduduk Pahang, Terengganu, Kelantan adalah lebih daripada lima juta orang. Jika RM16.5 bilion ini dibelanjakan di LPT3, satu kilometer hanya mencapai RM135 juta sahaja. Jadi, bila kita rujuk ucapan teks Yang Berhormat Perdana Menteri dalam RMK13 nombor 76, kerajaan juga menekankan keperluan pengurusan nilai dan kecekapan kos dalam semua projek infrastruktur awam agar setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan pulangan yang optimum selaras dengan falsafah value for money.
Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar kemiskinan di Perlis 12.3 peratus dan Kedah 11.7 peratus masih kekal di antara yang tertinggi di Semenanjung. Suatu keadaan yang sepatutnya mendesak kerajaan untuk memberikan perhatian khusus kepada wilayah-wilayah ini. Namun, apa yang kita lihat dalam RMK13 hanyalah pengulangan retorik kosong tentang pembangunan wilayah seimbang tanpa sebarang pelan tindakan ataupun peruntukan khusus. Perbandingan ini, bandingkan ini
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
dengan RMK12 di bawah pentadbiran sebelumnya yang melabur sebanyak RM6.7 bilion dalam Koridor Utara (NCER) termasuk projek-projek penting seperti hab logistik di Kedah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas senarai Projek Menaik Taraf Hospital Kulim. Cuma saya ingin menyebut sekali lagi, Hospital Kulim sepatutnya boleh dibina dalam RP1 ataupun RP2 selewat-lewatnya untuk RMK13 ini. Jangan jadi seperti Hospital Seberang Jaya diumumkan oleh Barisan Nasional tahun 2008, 2025 baru boleh masuk bangunan baharu itu.
RMK13 juga Tuan Yang di-Pertua, ada kesan-kesan terhadap usahawan dan PKS Bumiputera. Dalam aspek Pembangunan Ekonomi RMK13 juga menunjukkan kelemahan dalam menyokong usahawan dan PKS Bumiputera. Berbeza dengan RMK12 yang memperuntukkan dana khusus melalui MARA dan TERAJU, RMK13 hanya menyebut tentang pemerkasaan PKS secara umum tanpa sebarang peruntukan ataupun program khusus untuk usahawan bumiputera. Ini merupakan satu langkah mundur yang besar dalam usaha memupuk ekosistem keusahawanan bumiputera yang kukuh.
Statistik dari laporan MARA 2023 menunjukkan bahawa 65 peratus PKS bumiputera masih bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan MARA. Dengan ketiadaan peruntukan khusus dalam RMK13, bagaimanakah kerajaan ingin memastikan kelangsungan dan pertumbuhan PKS bumiputera ini? Persoalan ini amat penting memandangkan PKS Bumiputera memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
Isu perumahan dan hak milik bumiputera. Bila sentuh tentang kos sara hidup, isu perumahan mampu milik juga merupakan satu kegagalan besar dalam RMK13 berbanding RMK12 yang menetapkan kuota 50 peratus rumah kos rendah untuk bumiputera dan menyediakan skim pinjaman khas PR1MA. RMK13 hanya menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah mampu milik tanpa sebarang jaminan kuota untuk bumiputera.
Harga rumah median kini mencecah RM315,000 menurut laporan NAPIC, suatu angka yang jauh melebihi kemampuan 60 peratus isi rumah bumiputera. Persoalannya, bagaimana kerajaan ingin memastikan akses kepada pemilikan rumah ini bagi golongan bumiputera kelas pekerja jika tiada mekanisme perlindungan khusus untuk dimasukkan dalam RMK13?
Yang lebih menyedihkan Projek Perumahan Kos Rendah banyak tertumpu di kawasan bandar maju sedangkan permintaan tinggi di kawasan luar bandar ataupun separa bandar majoriti bumiputera terus diabaikan. Ini jelas menunjukkan ketidakadilan dalam perancangan perumahan negara. Dalam RMK13 juga tidak dinyatakan mekanisme dan kaedah untuk mengekalkan dan memulihara kampung-kampung Melayu dalam bandar sebagai contoh Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur apakah status tanah Kampung Sungai Baru yang diklasifikasikan sebagai tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) yang akan dirobek-robek hak mereka?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ketirisan dana dan isu tadbir urus. Satu aspek yang amat membimbangkan dalam RMK13 ialah kegagalan untuk menangani isu ketirisan dana awam secara menyeluruh. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2023 telah mendedahkan beberapa kes pembaziran dana yang serius dalam projek-projek kerajaan termasuk kenaikan kos dan kelewatan pelaksanaan projek infrastruktur utama. Janggalnya, RMK13 tidak menyediakan sebarang mekanisme baharu yang lebih efektif untuk menangani masalah kronik ini.
Saya ingin memahami logik Kerajaan MADANI yang begitu fleksibel naratifnya.
Beberapa hari lalu dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat, ya, pentadbiran Trump yang terkenal dengan dasar protectionist nya, pembelian 30 pesawat Boeing kononnya menjadi komitmen komersial yang berjaya menyelamatkan negara dari tarif tinggi.
Tetapi hari ini apabila rakyat mula bertanya, tiba-tiba pesawat itu dibeli kerana keperluan operasi Malaysia Aviation Group (MAG). Katanya memang dah lama dirancang.
Saya tabik kebolehan kerajaan kita yang nampaknya bukan saja mampu merancang pembaharuan armada bertahun lebih awal tetapi juga secara ajaibnya berjaya menyesuaikan pelan itu tepat pada waktunya dengan tekanan tarif dari Washington. Hebat sungguh kebetulan strategik ini. Soalnya sekarang, kita beli kerana strategi perdagangan untuk elak hukuman ekonomi atau memang nak tukar pesawat lama. Atau adakah ini satu contoh di mana kerajaan lebih sibuk menjaga hubungan antarabangsa daripada menjaga kepercayaan rakyat?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat, satu minit lagi.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Baik, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah habis?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Sikit lagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
RMK13 yang sepatutnya menjadi panduan pembangunan negara untuk lima tahun akan datang tetapi tidak menyediakan sebarang mekanisme untuk memastikan kesinambungan projek dan dasar sekiranya berlaku perubahan kerajaan. Ini merupakan satu kelemahan yang serius dalam perancangan strategik negara.
Saya landing Yang di-Pertua. Sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa RMK13 dalam bentuknya sekarang memerlukan pengubahsuaian yang besar untuk benar- benar memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia. Beberapa cadangan terakhir saya ingin kemukakan.
Yang pertama, penubuhan Suruhanjaya Bebas Pemantauan RMK13 yang terdiri daripada semua wakil parti politik dan pakar bebas. Pelaksanaan sistem penanda aras benchmarking antarabangsa untuk mengukur prestasi setiap program utama di bawah RMK13. Pengenalan akta kesinambungan pembangunan projek pembangunan negara untuk memastikan projek-projek strategik tidak terjejas oleh perubahan kerajaan. Penubuhan dana
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
kecemasan pembangunan bernilai RM20 bilion untuk menangani isu-isu kritikal yang dihadapi oleh komuniti.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, semalam, PM ada menyebut dalam jawapan MQT menuduh Pagoh telah pun mengeluarkan dasar bahawa mempertahankan subsidi untuk warga asing. Saya minta Pagoh minta maaf ataupun buat kenyataan itu di luar Dewan supaya Pagoh boleh saman Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tambun, bukan Pagoh.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Pagoh boleh saman Tambun di luar Dewan. Jadi, minta Tambun buat kenyataan di luar Dewan ataupun mohon maaf secara terbuka. Akhir sekali Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah dua kali dah.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Ikan belut dalam hutan, Dipancing pakcik dengan cermat; Agenda pembangunan bumiputera menjadi keutamaan, Teras kestabilan Malaysia sepanjang hayat.
Tanam lada di rumah Pak Hassan, Buah dimakan si anak jantan; Kontrak sosial menjadi pegangan, Perikatan Nasional insya-Allah bakal kerajaan*.
Terima kasih*.
[Tepuk]*
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pulai, 12 minit Yang Berhormat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih kepada Speaker yang telah memberikan ruang kepada Pulai untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Pertamanya, Pulai menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.
Pertama, Pulai ingin menyentuh berkenaan dengan artificial intelligence ataupun kepintaran buatan. Kerajaan MADANI telah menunjukkan komitmen kukuh untuk menjadikan AI sebagai teras kepada transformasi ekonomi dan kesejahteraan rakyat sejajar dengan pelan hala tuju strategik AI negara, Dasar Revolusi Industri 4.0, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan terbaharu melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang memfokuskan penciptaan nilai dan pendigitalan menyeluruh.
Kerajaan bukan sahaja menyokong pembangunan AI secara strategik, tetapi juga berusaha mengarusperdanakan penggunaannya dalam pelbagai sektor. Contohnya, kesihatan. AI boleh digunakan untuk diagnos awal penyakit seperti kanser dan diabetes dengan kadar ketepatan yang tinggi. Dalam sistem kesihatan awam, AI boleh mengenal pasti
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
pola penyakit berjangkit dan membantu dalam perancangan stok ubat serta katil hospital. AI juga memendekkan masa menunggu di hospital dan klinik kerajaan.
Dalam bidang pendidikan umpamanya, AI digunakan untuk pembelajaran adaptif yang menyelesaikan keadaan berdasarkan tahap pelajar. Guru maya berasaskan AI membantu pelajar pedalaman yang kekurangan akses guru berkualiti. Data analitik AI boleh mengenal pasti pelajar yang ketinggalan dan mencapai intervensi awal.
Dalam bidang pertanian pintar, AI dapat membantu petani menilai kesuburan tanah, menjadualkan pengairan dan mengenal pasti penyakit sesuatu tanaman. Ramalan cuaca mikro dalam AI mengurangkan kerugian hasil dan meningkatkan kecekapan dalam tanaman padi, sayur dan buah-buahan. Pendek kata, AI ini akan membantu pelbagai bidang untuk memajukannya.
Maka itu, Pulai mencadangkan satu penubuhan majlis AI negara iaitu national AI council di mana majlis ini harus dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan keanggotaan merentas kementerian, industri, akademik dan sektor sivil. Ia bertujuan menyelaras hala tuju, pemantauan pelaksanaan serta standard dasar AI di peringkat nasional dan negeri.
Yang keduanya, dicadangkan penubuhan pusat pemproses AI negara. Tujuannya untuk memberi perkhidmatan nasional dengan harga sewaan mampu milik untuk penyelidik, pelajar, agensi kerajaan, petani moden, start-up dan lain-lain. Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada infrastruktur asing dan mempercepatkan pembangunan moden AI tempatan.
Dan yang ketiganya adalah penubuhan dana AI MADANI untuk rakyat. RM1 bilion dana khas AI untuk petani boleh diberikan untuk petani, peniaga kecil dan start-up tempatan.
Yang keduanya adalah dana ini akan merangkumi subsidi peralatan, geran padanan dan khidmat nasihat teknologi.
Keduanya, Pulai ingin menyentuh berkenaan dengan kesihatan rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, Menteri pun ada di sini. Tahap kesihatan rakyat Malaysia adalah sangat membimbangkan. Satu pertiga daripada dewasa menghidap penyakit darah tinggi. Satu perdua, 50 peratus obesiti. Satu perenam dewasa menghidapi penyakit kencing manis. Satu pertiga dewasa mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
WHO melaporkan pada tahun 2021, kos rawatan NCD, penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, kencing manis, masalah pernafasan, kanser dan lain-lain lagi sebanyak 12.4 bilion dan 51.8 bilion adalah kerugian akibat kekurangan produktiviti.
Bermakna bahawa bila dia sakit, dia tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab, maka negara menjadi rugi. Jumlah keseluruhan adalah 64.2 bilion, sedangkan bajet pada tahun itu hanya 31.9 bilion. Bermakna, Malaysia kerugian lebih dua kali ganda berbanding bajet kesihatan tahunan — tahun semasa akibat daripada penyakit NCD ini. Saya berkeyakinan penuh pada tahun 2024 dan 2025, bajetnya ataupun kosnya adalah jauh lebih besar.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Salah satu punca NCD adalah penggunaan gula secara berlebihan. Maka itu, sudah tiba masanya kerajaan menarik balik subsidi gula ini sebanyak 500 juta setahun untuk kesihatan jangka panjang rakyat Malaysia dan 500 juta ini boleh diserahkan kepada KKM untuk melaksanakan tugas-tugas kesihatan negara. Kesedaran, pengetahuan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau tambah peruntukan kita pun lagi cantik juga Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Kita dah ada dah. Ini yang lebih utama ini, kesihatan rakyat negara kita. Kesedaran, pengetahuan dan budaya kesihatan rakyat adalah pada tahap yang rendah. Tiga perempat dewasa mengambil diet tinggi garam. Makan garam tinggi. Setengah daripada dewasa mengambil gula pula berlebihan. 39 peratus mempunyai budaya hidup yang tidak sihat. Dua perlima dewasa tidak tahu mereka menghadapi penyakit kencing manis.
Satu perdua dewasa tidak tahu ada kolesterol yang tinggi. Satu perlapan dewasa tidak mengetahui mereka mempunyai tekanan darah tinggi. Satu pertiga dewasa mengamalkan makan lewat malam secara berlebihan. Hospital kita sudah penuh sesak. 60 peratus petugas kesihatan kita telah, pernah mengalami burnout. Alhamdulillah, terima kasih Menteri kerana baru-baru ini kita telah dapat mengekalkan kerja 43 jam bagi jururawat di negara kita. Sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan kepada mereka.
Kesihatan peringkat kanak-kanak juga serius. Kanak-kanak berusia lima hingga 17 tahun, 15 peratus berlebihan berat badan, 14.8 peratus obesiti, 12.7 peratus bantut dan 10 peratus terlalu kurus pula. Dua pertiga remaja mengalami gula berlebihan, hanya 13 peratus sahaja makan buah setiap hari. Hanya lima peratus sahaja remaja makan sayur setiap hari.
Maka, kurikulum persekolahan tahun 2027 bagi Kementerian Pendidikan perlu diberikan penekanan terhadap penjagaan kesihatan pelajar sekolah ini. Begitu juga di peringkat tadika, mereka perlu dididik awal untuk mengatasi masalah kesihatan negara.
Sebenarnya Speaker, kempen hidup sihat ini kurang mendapat sambutan. Isu-isu kesihatan ini dianggap tidak penting dan remeh. Rakyat kurang tertarik dengan kempen- kempen seumpama ini. Kebanyakannya merasakan nikmat sihat ini apabila mereka telah sakit. Ini sudah terlambat sebenarnya. Sepatutnya sebelum sakit mereka dah sedar tentang nikmat sihat ini.
Walau bagaimanapun, dalam kajian antarabangsa menunjukkan 80 peratus menyatakan mereka mahu kelihatan luaran yang menarik. Cantik ya. 66 peratus pembedahan plastik di Malaysia ini adalah rakyat tempatan ya. Ramai yang menggunakan pelbagai cara untuk kelihatan cantik dan menarik ya. Maka, ruang ini perlu digunakan untuk mendidik masyarakat. Siapa yang tak nak macam Hulu Langat, kurus.
[Ketawa] [Tepuk] Sistem menguruskan hidup sihat untuk kelihatan menarik perlu dirangka. Mereka yang menghadapi masalah kesihatan dan dapat memulihkan kesihatan mereka secara semula jadi dengan mengamalkan makanan yang bernutrisi seimbang, hidup cergas, tanpa rokok, tanpa alkohol dan BMI yang normal perlu diberi insentif. Mereka yang berjaya kembali
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
hidup sihat seperti mana Hulu Langat, perlu di-reward setanding dengan usaha yang telah dilaksanakan. Ini adalah satu pelaburan kepada kesihatan negara kita. Saya bagi contoh...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Pulai, Pulai, boleh celah sikit?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh, boleh.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Pulai sebut tentang incentivization. Maka saya mohon pandangan Pulai, orang Ipoh yang jauh — taklah jauh sangat, tapi cukup jauhlah.
Mereka — kalau kita nak incentivize mereka untuk dapat rawatan khususnya depa yang ada masalah jantung yang perlu menjalankan rawatan, yang perlukan cardiothoracic services.
Dalam RMK ini tak nampak-nampak ada pelan atau peruntukan untuk wujudkan cardiothoracic services.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Adakah kita perlu incentivise orang kita yang nak kekal sihat, ada penyakit nak dirawat? Macam mana kita nak incentivise kalau cardiothoracic services center di Ipoh, orangnya kena pergi ke Penang pergi ke Serdang? Apa pandangan Pulai?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Maksud insentif saya di sini adalah sebenarnya ada yang sakit, apabila dia dirawat secara semula jadi dengan makanan-makanan yang sihat sehingga dia benar-benar sihat, hidup yang lebih cergas dan sebagainya. So, mereka ini sebenarnya ada usaha untuk sihat secara semula jadi dan dia perlu diberi insentif.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, ini lain.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ha, yang itu...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dah sakit.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
...Dah sakit dan dia tak menerima rawatan semula jadi. Ini maksud saya semula jadi. Maka, sebenarnya rawatan ini ataupun kaedah ini sangat economic sebenarnya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya setuju, saya setuju, tapi juga ada yang nak ambil elective procedure yang mungkin boleh membantu...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ha, itu boleh.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Keadaan kewangan KKM juga. Saya rasa...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh, boleh.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Insentif itu juga sesuatu untuk KKM sendiri.
Sekian.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Itu boleh masuk dalam saya punya teks ini untuk dijawab oleh Menteri nanti ya. Menariknya, mengikut WHO, dalam masa 15 tahun — ini saya bercakap tentang pelaburan kesihatan ya. Menurut WHO, dalam masa 15 tahun, setiap RM1 pelaburan untuk mengurangkan garam atau gula akan menjimatkan RM60 ya. Setiap RM1 pelaburan kawalan tembakau akan menjimatkan RM5.9...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pulai, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ya?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nak tanya sikit Pulai. Pandangan daripada Pulailah. Kalau kita syaratkan setiap warga dan juga masyarakat, rakyat dalam negara kita ini wajib setahun sekali buat full medical check-up, wajib.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Setuju.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Maksudnya wajib, maksudnya. Kalau dia tak ada duit, Menteri Kesihatan...
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau rakyat tak ada duit, dalam pembentangan bajet nanti minta tambahan bajet daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Wajib setiap rakyat buat full medical check-up. Terima kasih. Pandangan daripada Pulai.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Pulai...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Setuju saya. Bermakna...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Masa pun dah habis, saya bagi satu minit sahaja lagi.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Allahuakbar, satu minit lagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Lepas ini jangan bagi siapa-siapa lagi nak mencelah.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey. Saya setuju itu kerana dengan itu kita tahu kondisi kita ya. Kalau kita tak buat medical check-up, kita tak tahu di mana kedudukan kesihatan kita. Maka, itu yang sedap je makan itu. Malam makan, siang, malam, pagi, semua makan. Makan semua dalam kapasiti yang lebih tinggi, menyebabkan ia menjejaskan kesihatan kita.
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, peruntukan RM40 bilion bagi sektor kesihatan sepanjang lima tahun. Peruntukan ini tidak mencukupi jika kita hanya berbangga dengan pembinaan hospital, klinik dan sebagainya. Kita bukan nak bina banyak hospital, kita nak ramai lagi rakyat sihat. Dengan itu, kita kurangkan kos-kos yang melibatkan kesihatan ini ya.
Saya nak sentuh sikit je Speaker, ini penting masalah dengan masalah vape ini ya.
Vape ini adalah rokok elektronik, sebagai alat pemanas cecair nikotin yang pada mulanya sebagai alat menggantikan rokok biasa, tetapi penyalahgunaannya telah menyebabkan kesan yang lebih serius daripada rokok biasa ini.
Ada terdapatnya logam-logam berat di dalamnya yang boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung, strok dan EVALI.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Pulai, masa dah habis.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sikit lagi, last sekali, sikit lagi ya. Saya nak sebut bahawa sebenarnya vape ini diharamkan di Singapura, diharamkan juga di negeri Thailand,
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
tetapi kita masih lagi mengekalkan vape ini sebagai dibenarkan dihisap di negara kita. Ini satu sangat-sangat merbahaya.
Mengikut NHMS, terdapat 14.9 peratus anak muda remaja ini pada tahun 2022 telah menghisap vape ini. Maka, Pulai membawa keresahan ibu bapa, guru-guru dan tenaga kesihatan seluruh negara untuk mencadangkan supaya vape ini diharamkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik, terima kasih YB Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Seterusnya saya menjemput pembahas seterusnya iaitu Yang Berhormat Mas Gading, 12 minit.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Tuan Speaker di atas peluang untuk Mas Gading turut serta berucap dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. RMK13 yang bertemakan, “Melakar Semula Pembangunan” amat penting bukan sahaja dalam merangka dasar dan strategi pembangunan, tetapi juga dalam menjamin keadilan sosial dan kesaksamaan peluang khususnya bagi negeri seperti Sarawak yang masih memerlukan perhatian dan keutamaan.
Terlebih dahulu, saya ingin menyentuh tentang reformasi pendidikan. Mas Gading menyambut baik iltizam kerajaan untuk memperkukuhkan reformasi pendidikan di bawah Tonggak B iaitu meningkatkan mobiliti sosial RMK13. Namun begitu, Mas Gading ingin menekankan bahawa kejayaan strategi ini mesti dilandaskan kepada realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat di luar bandar.
Isu pembinaan semula sekolah daif dan tidak selamat terus membelenggu kawasan luar bandar seperti di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Bau dan Pejabat Pendidikan Daerah Lundu di Mas Gading. Sekolah seperti SK Atas, SK Segong dan SK Buso telah dikenal pasti dalam kategori Skala 7 dan tidak lagi sesuai digunakan. Namun, pembinaan baharu telah tertangguh akibat kekangan keluasan tapak dan kelewatan proses pengambilan tanah. SK Selampit pula sedang melalui proses penilaian teknikal dan Mas Gading mohon agar pembinaan semula sekolah ini turut diberi keutamaan dalam RMK13.
Mas Gading juga ingin menekankan kepentingan projek pembangunan baharu PPD Bau yang kini masih dalam proses reka bentuk dan cadangan pembangunan PPD Lundu yang masih belum diluluskan. Semua projek ini perlu dilaksanakan dengan segera dan diberikan keutamaan dalam Rolling Plan awal RMK13.
Isu pemutihan tapak SMK Bau masih belum menemui penyelesaian tuntas. Lebih membimbangkan, pihak sekolah dimaklumkan bahawa SMK Bau mungkin perlu dipindahkan kerana tapak sedia ada dikatakan berisiko banjir seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan disahkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.
Tetapi yang peliknya, boleh pula projek pembangunan komersial diluluskan dan dilaksanakan dekat kawasan yang sama, di sebelah tapak yang sedia ada. Ini menimbulkan
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
persoalan besar. Jika lokasi tersebut dianggap tidak sesuai untuk sebuah sekolah dilaksanakan atas faktor risiko banjir, mengapa pula ia dianggap sesuai untuk projek komersial? Di mana konsistensi keputusan antara agensi dan apakah keutamaan sebenar kita dalam pembangunan? Rakyat ataupun keuntungan?
Lebih membimbangkan, wujud dakwaan bahawa proses pemindahan ini bakal dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjual tanah kepada kerajaan pada harga yang tinggi. Jika benar, ini bukan lagi sekadar isu banjir atau pendidikan. Ini adalah soal integriti, ketelusan dan keadilan sosial.
Mas Gading mendesak agar pihak Kementerian Pendidikan bersama Kerajaan Negeri Sarawak mengambil tindakan segera dan telus untuk menyelesaikan isu pemutihan tanah ini tanpa menjejaskan operasi SMK Bau serta memastikan sekolah ini tidak menjadi mangsa kepada kerakusan pihak yang menangguk di air yang keruh.
Tuan Speaker, kekangan terbesar yang dihadapi oleh sekolah di luar bandar hari ini bukan sekadar bangunan usang atau projek tertangguh, tetapi keterbatasan dana langsung yang kronik terutamanya melalui geran perkapita iaitu PCG. Bayangkan kita bercakap tentang reformasi pendidikan di abad ke-21, tetapi masih bergantung pada kadar PCG yang masih tidak berubah sejak tahun 2002. 23 tahun lamanya. Sedangkan kos PdP, aktiviti kokurikulum dan keperluan teknologi telah meningkat berkali ganda.
Mas Gading mohon agar di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, khususnya melalui Strategi B1.6: Menambah Baik Pelaburan Pendidikan, pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah konkrit untuk merombak struktur pemberian geran per kapita yang sedia ada. Sudah tiba masanya kadar PCG ini dinilai semula secara menyeluruh agar selari dengan realiti semasa dan keperluan murid di lapangan.
Pertama sekali, kajian semula kadar PCG ini perlu dilaksanakan secara berkala dan mestilah mengambil kira kos sebenar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, saiz dan lokasi sekolah serta kos sara hidup semasa di kawasan masing-masing. Pendekatan pukul rata tidak lagi relevan dalam konteks ketidaksamarataan yang wujud antara sekolah bandar dan luar bandar.
Kedua, Mas Gading mencadangkan agar diperkenalkan struktur geran berperingkat yang memberikan keutamaan kepada sekolah di kawasan pedalaman, sekolah berkeperluan khas serta sekolah-sekolah yang terjejas oleh jurang digital dan kekurangan akses teknologi.
Akhir sekali, proses semakan kadar PCG perlulah ditetapkan secara berkala setiap tiga tahun agar sistem pembiayaan ini lebih kekal responsif, progresif dan adil serta tidak terus terkebelakang daripada keperluan semasa dunia pendidikan yang kian kompleks.
Tuan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh tentang pengukuhan TVET dan reformasi pasaran buruh. Kerajaan menyasarkan untuk melatih lebih 60,000 jurutera bagi menyokong menjayakan agenda semikonduktor, tenaga boleh diperbaharui dan Revolusi Industri 4.0. Namun, realitinya ramai graduan TVET dan STEM hari ini masih gagal mendapat kerja dalam bidang mereka.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Kita ada lulusan automasi, dia jadi rider ya. Lulusan electrical jadi jurujual. Ini bukan reformasi, tetapi sebaliknya suatu tragedi. RMK13 mengiktiraf wujudnya jurang antara penawaran dan permintaan bakat serta ketidakpadanan kemahiran yang menyebabkan guna tenaga tidak penuh mencecah 36.1 peratus pada 2024. Justeru itu, Strategi B2.3 mencadangkan mekanisme padanan kerja berasaskan data masa nyata dan platform tunggal kebangsaan untuk merancang tenaga kerja.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Ya, ia langkah yang baik tetapi selagi tiada tindakan berani yang menyusul, kita hanya menampal luka lama dengan plaster baharu dalam RMK14 nanti. Mas Gading mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menyelaraskan penawaran TVET dan STEM dengan pelaburan strategik seperti di Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak secara berpandukan data tempatan bukan andaian pusat. Institusi TVET luar bandar khususnya di Sarawak wajar menerima peruntukan pembangunan tambahan agar tidak terus ketinggalan.
Dan akhirnya padanan latihan industri mesti dikuatkuasa melalui Suruhanjaya TVET dan pelaksanaan Strategi B1.8 dan B2.3 secara menyeluruh. Padanan ini tidak boleh lagi ditangguh. Kita tidak kekurangan bakat tetapi apa yang kita perlukan ialah dasar yang berpandukan data disokong oleh dana dan digerakkan secara selaras supaya RMK13 benar- benar melahirkan tenaga mahir untuk masa depan negara dan bukan sekadar mencatat angka di atas kertas.
Tuan Speaker, untuk isu seterusnya saya ingin menyentuh tentang soal peningkatan tahap sosioekonomi bumiputera Sarawak menerusi tanah NCR. Kita bercakap tentang mobiliti sosial, tentang memperkasa bumiputera Sarawak melalui pembangunan tanah NCR.
Namun, realitinya masih ramai anak negeri terpinggir bukan kerana tiada tanah tetapi kerana tiada geran tanah. Ribuan ekar tanah telah disukat secara perimeter sejak tahun 2010.
Namun, rakyat masih menunggu geran tanah seperti menunggu buah yang tidak gugur.
Kerajaan Sarawak menerima lebih RM121 juta daripada Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2018 untuk program pengukuran ini, tetapi apa maknanya peruntukan besar jika tanah yang sudah disukat terus terperangkap tanpa warta dan surat hak milik. Ketiadaan geran tanah bukan sekadar isu teknikal, ia telah mengunci akses rakyat kepada pelbagai program kerajaan seperti Rumah Mesra Rakyat, Program RIBI, geran pertanian dan pembiayaan kewangan sedangkan tanah itu milik mereka diwarisi sejak generasi.
Jadi, Mas Gading mencadangkan agar di bawah RMK13 ini, Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang lebih proaktif dan strategik dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah hak adat bumiputera di Sarawak. Walaupun bidang kuasa tanah terletak di bawah kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan tidak boleh sekadar menjadi pemerhati pasif apabila rakyat luar bandar terus terpinggir akibat ketiadaan geran tanah.
Pertama, Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan syarat keberhasilan kepada setiap peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri untuk program penyukatan tanah NCR. Setiap ringgit yang dibelanjakan mesti disusuli dengan pencapaian jelas seperti berapa
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
ekar yang disukat, berapa banyak yang diwartakan dan berapa ribu geran dikeluarkan. Tiada lagi peruntukan tanpa pengukuran keberhasilan.
Kedua, Kerajaan Persekutuan boleh membiayai latihan dan pembangunan kapasiti tenaga ukur komuniti seperti model yang diperkenalkan oleh dan dibangunkan oleh Dayak Bidayuh National Association (DBNA) bagi mempercepatkan proses penyukatan tanah individu. Inisiatif ini boleh dilaksanakan di bawah program TVET luar bandar sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan tempatan yang relevan dan berimpak tinggi.
Ketiga, Mas Gading mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menubuhkan satu unit pemantauan khas di bawah ICU JPM yang berperanan menyelaras dan memantau pelaksanaan program tanah NCR di peringkat negeri secara lebih telus dan bebas daripada campur tangan politik. Apa gunanya kita bercakap tentang memajukan tanah NCR jika pemilik tanah sendiri tidak dapat mengakses geran mereka?
Tuan Speaker, seterusnya adalah tentang isu pengukuhan keselamatan dan pertahanan kawasan sempadan. Mas Gading ingin menyentuh isu keselamatan dan pertahanan, khususnya di kawasan sempadan seperti di Parlimen Mas Gading yang kini berdepan dengan cabaran yang semakin kompleks termasuk pencerobohan tanah adat seperti kes Encik Endere Anak Nyayig di Kampung Selampit, penyeludupan barang bersubsidi dan terlarang serta kelemahan penguatkuasaan di laluan-laluan tikus di sepanjang sempadan di Kalimantan.
Perpindahan ibu kota baharu Indonesia ke Kalimantan menuntut perhatian strategik segera daripada pihak kerajaan. RMK13 perlu mengambil peluang ini dengan membangunkan kawasan sempadan bukan hanya dari aspek kawalan keselamatan tetapi juga sebagai zon pertumbuhan ekonomi. Jadi, Mas Gading menyarankan agar pembangunan pusat ekonomi di Kampung Serikin dan Kampung Biawak dipercepatkan sebagai pusat persinggahan, pelancongan sempadan dan perdagangan rentas sempadan secara sah.
Mas Gading juga ingin melihat pelaksanaan segera naik taraf ICQS Biawak dan pelaksanaan projek ICQS Serikin yang kini berada dalam fasa pra pelaksanaan.
Perancangan fizikal mestilah seiring dengan pelaksanaan agar kita tidak terus terperangkap dalam kelemahan kawalan sempadan akibat kekangan infrastruktur dan logistik.
Mas Gading menyokong penuh rancangan atau pencadangan RMK13 untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan iaitu AI dalam memperkukuhkan keselamatan dan pertahanan negara. Bagi kawasan sempadan, ini termasuk penggunaan dron, sensor pintar dan sistem pengawasan automatik untuk memantau waktu nyata serta sokongan kepada komuniti seperti RELA sebagai benteng sokongan keselamatan akar umbi.
Pengukuhan keselamatan sempadan bukan sahaja soal pertahanan fizikal tetapi merupakan pelaburan strategik untuk menjamin kedaulatan, integriti wilayah dan keselamatan rakyat.
Oleh itu, Mas Gading menggesa agar RMK13 memperuntukkan sumber dan pelaksanaan menyeluruh untuk kawasan sempadan berisiko tinggi seperti di Sarawak.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Tuan Yang Speaker, isu kelima iaitu isu terakhir. Reformasi perundangan dan institusi menyeimbangkan kemajuan ekonomi antara wilayah. RMK13 mengangkat teras penting iaitu reformasi institusi dan perundangan bagi memperkukuhkan tadbir urus serta menjamin kestabilan ekonomi jangka panjang. Namun, reformasi ini tidak akan lengkap sekiranya isu besar seperti ketidaktentuan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam pengurusan sumber asli khususnya minyak dan gas tidak ditangani secara menyeluruh dan berasaskan prinsip federalisme yang adil.
Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak, saya ingin menekankan bahawa hak Sarawak terhadap sumber asli di dalam sempadan wilayahnya bukan sahaja termaktub dalam Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Ordinan Pembahagian Gas 2016 tetapi turut berakar dalam semangat dan teks asal Perjanjian Malaysia 1963 dan IGC Report 1962. Kehadiran PETROS sebagai aggregator tunggal pengedaran gas di Sarawak dan pelaksanaan cukai jualan negeri terhadap produk petroleum adalah langkah berdaulat yang selari dengan hak negeri dalam Persekutuan.
Namun begitu, pertembungan undang-undang antara Akta Pembangunan Petroleum 1974 [Akta 144] dan undang-undang negeri Sarawak telah menimbulkan ketidaktentuan pelaburan, pergelutan di mahkamah dan kekeliruan struktur tadbir urus industri minyak dan gas negara. Ketika PETRONAS bergelut membayar dividen kepada Persekutuan, kerajaan Sarawak pula memperjuangkan hak cukai dan kawal selia yang sah di sisi undang-undang negeri.
Sehubungan itu, Mas Gading menggesa agar Kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan berani dan inklusif untuk menyemak dan meminda Akta 144 bagi mengharmonikan kedudukannya dengan OMO 1998 dan DGO 2016. Ini penting bukan sekadar untuk menjamin kepastian undang-undang dan ketelusan kawal selia industri, malah demi menjamin keyakinan pelabur dan kelestarian fiskal jangka panjang negara. Undang- undang kita mestilah bercakap dalam nada yang sama bukan saling bercanggah.
Mas Gading berharap perbahasan ini akan membuka ruang kepada kerajaan untuk melihat semula dasar pelaksanaan RMK13 dengan lebih inklusif dan adil dan responsif. Mas Gading ucapkan tahniah kepada kerajaan atas penyediaan dokumen RMK13 yang menyeluruh, namun pelaksanaan mesti sejajar dengan realiti di lapangan. Jadi, Mas Gading mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Mas Gading.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu. 12 minit Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam qabla kalam. Terima kasih Yang di- Pertua beri peluang kepada saya untuk berucap pada petang ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya mulakan ucapan perbahasan saya tentang Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan satu ayat Quran Surah al-Hujurat ayat yang keenam yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Maksudnya, “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik, membawa berita hendaklah bertabayyun supaya kita tidak mengenakan tindakan kerana kejahilan kita, menjadikan kita orang-orang yang menyesal.” Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas, ertinya dah 13 kali Rancangan Malaysia lima tahun, lima tahun diadakan. Cuma tajuk pada kali ini ialah “Melakar Semula Pembangunan”. Saya rasa tajuk ini kurang tepat kerana melakar ini just a sketch, lakar, maknanya tak tepat. Sepatutnya membangun semula pembangunan ataupun pemantapan pembangunan. Itu pandangan Hulu Terengganu. Jadi, perkataan tersebut sekadar melakar. Dia lakaran-lakaran ini kadang-kadang jadi, kadang-kadang tidak menjadi.
Yang kedua Yang di-Pertua, semalam kita mendengar jawapan PMQT yang mengatakan bahawa Pagoh menyokong pemberian subsidi kepada warga asing. Kemudian, berapa detik selepas itu Pagoh membuat satu penafian berkaitan hal tersebut. Cuma, saya nak ingatkan Tambun bahawa buatlah homework sebelum menyatakan sesuatu dalam Dewan ini. Ini Dewan yang mulia. Saya ulang, Tambun kena buat homework kerana apa yang diperkatakan oleh Tambun akan menjadi suatu ucapan rasmi dan menjatuhkan identiti dan juga moral seseorang.
Jadi, saya pohon Tambun dengan hati yang terbuka. Saya sokong apa dicadangkan oleh sahabat saya dari Pasir Gudang supaya memohon maaf kerana ini satu benda yang serius.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya pun terfikir bagaimana seorang Perdana Menteri mengambil sumber berita daripada OMG! My Media. Kalau ambil daripada Bernama kah, NST kah, Utusan Malaysia kah, satu kumpulan berita yang berwibawa. Tapi ambil daripada satu berita yang haprak, yang cap ayam orang Terengganu kata untuk dijadikan modal dalam Dewan untuk hendak menyerang kami di sini. Jadi, kita berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik kerana ini akan menjatuhkan maruah pemimpin kami di pihak sini. Jadi, saya ulang sekali lagi, Tambun, sebelum datang ke Dewan, buatlah homework.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, dalam RMK ini, kerajaan perlu mencari dana ataupun duit sebanyak RM611 bilion. RM430 bilion adalah duit direct daripada kerajaan, RM61 bilion daripada PPP dan juga RM120 bilion daripada GLC dan GLIC. Cuma, dalam keadaan hutang kita dah melampaui hampir 65 peratus daripada KDNK negara. Bagaimana — persoalan saya, bagaimana kerajaan nak mencari dana sebanyak RM611 bilion ataupun RM430 bilion untuk nak menampung dan menanggung projek-projek yang dirancang dalam RMK13?
Pada saya, Hulu Terengganu merasakan bahawa cuma dua cara sahaja untuk mendapat dana ini. Yang pertama, dengan memutus mengatakan pinjaman. Yang kedua, terus menekan rakyat dengan mengenakan cukai-cukai baharu untuk nak mendapat sumber
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
pendapatan, untuk nak membuat pembinaan ataupun pembangunan untuk negara. Jadi, kalaulah itu yang berlaku dengan keadaan ekonomi negara yang semakin teruk, kantung negara yang semakin berkurangan, sepatutnya Hulu Terengganu berpendapat bahawa mengurus ekonomi keluarga dengan mengurus ekonomi negara sama saja. Pendapatan dan perbelanjaan mestilah seimbang.
Hari ini hutang kita RM1.3 trilion. Tapi masih ada lagi Menteri-menteri, Perdana Menteri dan sahabat-sahabatnya terus ke luar negara untuk katanya menarik pelaburan.
Persoalan saya, setakat ini berapakah belanja yang digunakan oleh Kabinet yang ke luar negara yang menghabiskan duit untuk nak menarik pelaburan dan berapakah hasilnya?
Dan lebih malang lagi Yang di-Pertua, apabila ada di kalangan Menteri Kabinet pergi ke luar negara mengambil gambar berjoging. Ini suatu yang malang. Dalam keadaan negara tertekan, hutang yang semakin parah, ada lagi mereka yang seolah-olah tidak serius dalam hal ini. Jadi, apabila perbelanjaan melebihi daripada pendapatan, ini yang orang Kuala Berang kata, “biar pape, asal bergaye”. Itu yang kita bimbang.
Seterusnya Yang di-Pertua, masa tak panjang. Apa yang saya membangkitkan juga dalam hal ini ialah berkaitan dengan beberapa kes yang menyentuh kita sebagai rakyat terutamanya kes SPRM.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Terengganu, minta pencerahan sikit boleh?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Haa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau Menteri pergi bercuti, ada masalah kah? Yang penting pada saya tak rasuah, tak mentekadarah duit rakyat, tak sakau duit rakyat macam sebelah sana tu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey. Faham, faham, faham.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, macam sebelah sana itu, kes anak, kes menantu...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Faham, faham.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Subsidi minyak masak. Yang itu, tengok yang itu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Faham, faham. Duduk, duduk, duduk.
Cukuplah. Hulu Selangor, Hulu Terengganu, sama-sama hulu.
Seorang Ahli
Hulu Langat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hulu Selangor, sorry, sorry, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hulu Langat sorry, sorry.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Selangor belakang tu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hulu Langat, Hulu Terengganu, sama- sama hulu. Okey. Jadi Yang di-Pertua, isu anak menantu dan sebagainya saya ada sebut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Persoalan saya, anak menantu Pagoh ini ada luar negara, sukar nak cari. Bagaimana dengan Riza Chalid yang dikatakan berada dalam negara pun tak dapat tangkap?
[Tepuk] Itu persoalannya, Hulu Langat. Riza Chalid, sahabat baik katanyalah, dengan orang nombor satu negara kita, masih tak boleh ditemui. Yang luar negara tu jauhlah nak jumpa, yang depan mata. Ini dikatakan, gajah seberang laut nampak — apa. “Kuman seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak nampak”.
Yang di-Pertua, berkaitan dengan SPRM, ya, peluang bercakap pasal itu Sabah, cuma cicak mengkarung sahaja yang didakwa. Ikan jerung, buaya dan yang besar-besar selagi ini masih terlepas. Jadi, ini pandangan masyarakat terhadap apa yang berlaku dalam sistem yang dikatakan di sini dalam — apa. Meningkat, mempercepatkan pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam di bawah perkara tiga pemantapan tatakelola yang baik. Dia macam mana?
Pelabur-pelabur daripada luar negara datang ke Malaysia, mereka tengok apa yang berlaku pada hari ini dengan kebobrokan yang berlaku dalam kerajaan, mereka hilang kepercayaan. Mana mungkin Yang di-Pertua, Hulu Langat, satu parti, penasihat mak, presiden ayah, timbalan presiden anak. Saya rasa tak ada dalam dunia parti yang sebegitu, setahu saya lah, kecuali parti Tupperware, Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Jadi, ini yang, yang, yang merisaukan pelancong-pelancong ataupun pelabur-pelabur untuk datang ke negara kita untuk nak melabur. Ditambah pula dengan berapa kes-kes yang dipersoalkan.
Bera, riuh seluruh dunia, seantero dunia dikatakan mempunyai duit sebanyak RM170 juta. Damage done, damage has been done Yang di-Pertua walaupun tak bersalah. Belum tentu bersalah kerana masih belum lagi dibawa ke mahkamah untuk didakwa, tapi bila orang jumpa Bera, orang merasakan bahawa Bera adalah seorang yang bersalah.
Begitu juga dengan RCI. PMX — saya namakan dia ‘PMTax’, Tuan Yang di-Pertua.
Mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir bersalah, belum lagi dibawa ke mahkamah, RCI pun ditarik, jadi ini suatu tuduhan yang tidak wajar dilakukan oleh orang nombor satu dalam negara. Jadi, satu perkara yang perlu diperhatikan agar kewibawaan dan kehebatan kita yang suatu masa dulu dikenali sebagai Harimau Asia akan dapat dikembalikan.
Jadi, kalaulah alasan yang dikatakan oleh Tambun tak boleh didakwa Tun M kerana usianya yang dah 100 tahun itu. Adakah itu alasan untuk nak mengelakkan orang tua daripada dituduh Yang di-Pertua? Jadi kalau itu alasan, saya rasa tidak wajar dan percakapan yang diutarakan oleh Perdana Menteri ini seolah-olah mengganggu sistem kehakiman dalam negara. Persoalan saya Yang di-Pertua, bagaimana — Hulu Langat. Bagaimana sekiranya seorang yang umurnya 100 tahun...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya saya. Saya. Haa?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dengar, Dengar soalan dulu. Dengar soalan, baru jawab. Dengar soalan, baru jawab. Soalan dulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bagaimana Hulu Langat, kalau seorang yang umurnya 100 tahun dituduh meliwat, adakah mereka terlepas daripada dihukum?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kena hukum. Kena hukum.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Itu soalan saya. Sebab apa PMX kata tak boleh dihukum sebab 100 tahun?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu pandangan dia, tak apalah. Itu pandangan dia. Tak semua pandangan dia betul, mungkin. Yang betul kita kata betul, yang salah kita kata salah. Tak ada masalah. Itulah dia Kerajaan MADANI.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Itu betul. Okey, jawab. Cuba jawab.
Okey Yang di-Pertua masa dah tak cukup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang betul kita kata betul, yang salah kita kata salah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ha itu bagus saya setuju, saya setuju dengan Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tapi Hulu Langat nak pergi Kuala Lumpur 10 minit je. Hulu Terengganu, daripada Hulu Terengganu nak pergi Kuala Lumpur, enam jam.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, sekarang ni dah empat jam, Yang di-Pertua. Ha jangan jadi cap ayam gitu, Yang di-Pertua. Okey, selain daripada itu Yang di- Pertua, masa semakin berkurangan berkaitan dengan hal SPRM juga. Saya merasa sedih apabila SPRM memohon maaf ke atas kes Teoh Beng Hock. Apakah ini satu precedent baharu yang diperkenalkan oleh SPRM? Maknanya mengakui bahawa SPRM itu bersalah kerana dia memohon maaf. Jadi, saya ini saya rasa saya sebagai Ahli Parlimen dan wakil Hulu Terengganu tak dapat menerima hakikat bahawa terpaksa memohon maaf terhadap apa yang berlaku.
So, Yang di-Pertua dalam masa yang singkat ini, saya nak sentuh juga berkaitan dengan isu adendum. Isu adendum masih hangat diperkatakan. Cuma persoalannya sekarang sejauh mana kesungguhan kepimpinan UMNO untuk hendak membebaskan Najib daripada...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Maaf ya, Hulu Terengganu saya percaya ada ruling bahawa isu ini tidak boleh dibahaskan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab apa tak boleh bahas Yang di- Pertua?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada ruling.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ada get order? Ada get order?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi teruskan benda isu lain.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ada get order kah?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Lagi pun perkara ini dah ada dalam mahkamah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, kalau dalam Parlimen pun tak boleh cakap macam ini, dalam mahkamah sehingga ia mengganggu perbicaraan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya terikat dengan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini pandangan saya, pandangan saya nak tanya saja Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya terikat dengan ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apakah peranan yang dimainkan oleh pemimpin UMNO terhadap bos, bekas bos mereka Yang di-Pertua...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Hulu Terengganu, YB Hulu Terengganu kalau tak puas hati dengan ruling yang telah dibuat sebelum ni, boleh bawa kepada Tan Sri Speaker.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya terikat dengan ruling.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey saya stop yang itu. Soal saya, apa usaha yang dibuat?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik. Tak apa, tak payah disoal. Yang lain.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, yang seterusnya Yang di-Pertua berkaitan dengan Yusoff Rawther. Pun tak boleh cakap juga?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Isu apa?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yusoff Rawther.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tak faham.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yusoff Rawther.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yusoff Rawther pun tak boleh cakap juga. Itu dalam mahkamah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak boleh juga?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak boleh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, kita Parlimen bebas tak bebas ini?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak, YB Hulu Terengganu, kita terikat dengan ini. Dalam ini dia kata...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Perkara yang dalam pertimbangan mahkamah, tak boleh dibincangkan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Perkara berapa Yang di-Pertua cuba tengok?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apa. Saya Speaker, bukan Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, saya tanya. Saya tanya...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya yang buat ruling.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, Speaker jangan marah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah. Hulu Terengganu, terima kasih.
Duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Takkan takut, Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hulu Terengganu, duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yusof Rawther ni saya nak tanya, apakah...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hulu Terengganu, satu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Masih belum serik dengan apa yang berlaku.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
First warning, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya jemput YB Tuaran. 12 minit YB Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
12 minit ke 15 minit? Ini ketua parti.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan, ini ketua parti.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Oh, maaf, sorry. 15 minit ketua wakil parti.
Maaf Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut berbahas.
Izinkan saya memulakan perbahasan usul menerima pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan menyatakan bahawa antara faktor utama yang berjaya memujuk para pemimpin Sabah pada tahun 1963 untuk menyertai perundingan pembentukan Malaysia ialah harapan untuk mencapai pembangunan seperti pembangunan yang dicapai oleh ibu kota Kuala Lumpur pada ketika itu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Para pemimpin Sabah telah dibawa ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri pembangunan pesat yang sedang berlaku di ibu kota Kuala Lumpur dan beberapa tempat di Semenanjung. Mereka diberi jaminan bahawa Sabah, jika sekiranya bersetuju membentuk Malaysia, akan membangun seperti Kuala Lumpur.
Seawal Rancangan Malaysia Kedua iaitu bagi tempoh 1971 hingga 1975, perihal ketidakseimbangan pembangunan wilayah telah mula ditangani secara serius. Dalam
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Rancangan Malaysia seterusnya sehingga Rancangan Malaysia Kedua Belas, satu bab dalam dokumen tersebut dikhaskan untuk dasar, strategi dan program bagi menangani isu ketidakseimbangan wilayah.
Kita akui bahawa setelah 12 Rancangan Malaysia dilaksanakan, memang banyak perubahan dan kemajuan. Sebagai contoh pada tahun 1965, hanya terdapat sekitar 525 buah sekolah rendah dan menengah di Sabah. Sekarang, jumlah itu sudah meningkat kepada 1,298 buah sekolah.
Begitu juga dengan fasiliti kesihatan. Pada tahun 1965, hanya terdapat dua buah hospital iaitu Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Sekarang, wilayah Sabah telah mempunyai 24 buah hospital kerajaan, 114 klinik kesihatan, 22 klinik kesihatan ibu dan anak, 42 klinik pergigian, 165 klinik desa, 26 klinik komuniti dan sebanyak 41 klinik bergerak.
Demikian juga tentang pembinaan jalan raya iaitu pada tahun 1965, Sabah hanya memiliki sepanjang kira-kira 1,600 kilometer keseluruhan rangkaian jalan raya iaitu gabungan jalan berturap yang masih rendah serta jalan tidak berturap atau jalan tanah merah.
Sekarang, rangkaian jalan di seluruh Sabah ialah sekitar 24,000 kilometer, termasuk jalan yang sudah berturap sejauh kira-kira 19,000 kilometer. Justeru, pembangunan sememangnya berlaku di Sabah sejak tahun 1965 hingga 12 Rancangan Malaysia dilaksanakan.
Namun, ketidakseimbangan pembangunan wilayah berterusan kerana kadar pembangunan di Semenanjung jauh lebih laju berbanding di Sabah. Faktor yang boleh saya sebut mengapa ini berlaku dan banyak juga analisis serta pandangan yang dibuat oleh pelbagai pihak.
Dalam masa singkat yang diberikan dalam perbahasan ini, saya mohon membincangkan dua perkara yang terkait dengan integriti terus, tadbir urus baik dalam sistem penyampaian kerajaan iaitu salah satu daripada tonggak utama dalam sasaran pencapaian Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu menaikkan siling untuk menjadikan Malaysia ekonomi ke-30 terbesar dunia dengan per kapita KDNK RM77,000.
Cabaran utama dalam sistem penyampaian kerajaan ialah perbezaan keupayaan dan kecekapan pentadbiran awam di empat peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan, kerajaan wilayah atau negeri, kerajaan di peringkat daerah dan kerajaan di peringkat desa atau kampung. Sistem penyampaian di peringkat Persekutuan lebih cekap berbanding wilayah ataupun kerajaan negeri.
Wilayah atau negeri pula lebih cekap daripada kerajaan di peringkat daerah, manakala sistem penyampaian di peringkat kampung iaitu urus tadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta institusi ketua kampung terlalu lemah sehinggakan bangunan pusat pentadbiran pun tidak wujud. Cabaran ini bertambah sulit apabila terdapat pertindihan kuasa di antara Persekutuan dan wilayah atau negeri,
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
khususnya penyampaian dalam sektor tertentu seperti pertanian, perikanan, veterinar, perindustrian, kerja rakyat dan sebagainya.
Tuaran mengucapkan tahniah kepada Kementerian Ekonomi dan semua yang terlibat dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Khamis 31 Julai 2025 di Dewan yang mulia ini yang lalu atas pelbagai cadangan dan inisiatif untuk memperkukuhkan lagi integriti dan kecekapan perkhidmatan awam sebagai tonggak sistem penyampaian kerajaan iaitu pendigitalan dan aplikasi artificial intelligence dalam perindustrian, khususnya sektor pembuatan.
Dalam kesempatan ini Puan Yang di-Pertua, Tuaran ingin menarik perhatian kerajaan, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang beberapa peluang untuk mempercepatkan lagi penyelesaian kesenjangan dalam pembangunan wilayah. Sekali gus memperhebatkan usaha untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan sektor pembuatan di negara kita.
Sabah, dengan keluasan 73,904 kilometer persegi iaitu 22.34 peratus daripada keseluruhan tanah Malaysia, mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian dan penternakan. Sabah menyumbang 45 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia, ditambah pula dengan pantai sepanjang 1,600 kilometer. Sabah berpotensi menjadi hab pengeluaran makanan Malaysia. Malah pada ketika ini, Sabah sudah pun menjadi pengeluar ikan terbesar di Malaysia dengan menyumbang 25 peratus daripada pengeluaran ikan negara dan lebih 50 peratus daripada sumbangan tersebut dieksport ke Semenanjung.
Kekangan utama dalam meningkatkan pengeluaran makanan, khususnya daripada Sabah untuk negara ini, adalah penyelarasan pembangunan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dari segi dasar, strategi, program, bajet dan sistem penyampaian. Ini berlaku kerana Sabah mempunyai autonomi dalam hal pertanian, dalam hal perikanan, dalam hal hidupan liar, dalam hal perhutanan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam hal perikanan, walaupun Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan meletakkan dalam Senarai Bersama sejak pemansuhan Ordinan Perikanan Sabah 1963 pada tahun 1970, Menteri Perikanan dan Pengarah Perikanan Sabah kehilangan kuasa untuk membuat dasar dan perundangan bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan. Jabatan Perikanan Sabah kini hanya mampu menumpukan aktiviti dalam perikanan darat.
Akibatnya, Sabah mempunyai hanya satu kemudahan pendaratan ikan dan pelabuhan perikanan iaitu di Kota Kinabalu. Itu pun dibangunkan dengan bajet Kerajaan Negeri Sabah sendiri melalui syarikat berkaitan kerajaan iaitu Sabah Fish Marketing Sendirian Berhad (SAFMA). Sebagai perbandingan, terdapat 42 buah kemudahan seperti itu di Semenanjung dan lima buah di Sarawak dan satu di Labuan. Semuanya dibina oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Dalam Akta Perikanan 1995, hal eksport dan import perikanan diletakkan di bawah Persekutuan, sedangkan penangkapan ikan di Sabah dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Sabah, satu agensi kerajaan Sabah. Dengan kata lain, Persekutuan mengutip hasil perikanan, manakala pembangunan industri perikanan Sabah dilaksanakan oleh agensi negeri menggunakan bajet negeri yang sangat terhad. Infrastruktur industri perikanan sangat daif. Akibatnya, produktiviti sangat rendah. Dengan produktiviti rendah ini pun, Sabah masih lagi pengeluar terbesar ikan negara. Bayangkanlah Puan Speaker, kalau Sabah mempunyai kekuatan bajet yang mencukupi.
Dalam hal pertanian pula, khususnya padi, Sabah tidak mempunyai kemudahan sistem pengairan dan saliran moden, sistem jalan raya atau combine harvesters untuk memasuki sawah serta sistem pemprosesan padi menjadi beras. Secara umum, produktiviti padi di Semenanjung jauh lebih tinggi berbanding di Sabah. Kalau tidak silap, jelapang padi di Kedah berhadapan dengan cabaran tanah jerlus. Kerajaan sudah pun mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk membangun industri padi di Kedah. Jelapang padi di Sabah macam mana pula? Adakah kita mendapat peruntukan seperti ini?
Syukurlah dalam hal penternakan, berbeza dari industri perikanan, Sabah mempunyai perundangan ataupun enakmen tersendiri. Kesannya dari segi pencapaian, Sabah mengeluarkan 100 peratus keperluan telur dan susu segar, manakala ayam daging 96 peratus dan daging khinzir 94 peratus.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Namun, dalam kategori ruminan iaitu daging lembu, kerbau dan kambing, kita hanya dapat mengeluarkan, memenuhi keperluan sembilan peratus daripada keperluan.
Sabah berpotensi meningkatkan pengeluaran ruminan. Namun, dengan bajet yang sangat terhad, unjuran pengeluaran hanya 25 peratus setibanya tahun 2030. Bayangkanlah kalau Sabah diberi keyakinan oleh Kerajaan Persekutuan dengan agihan peruntukan yang mencukupi.
Tuaran menyokong cadangan Yang Berhormat Pandan agar ditubuhkan majlis pendidikan kebangsaan. Dan Tuaran berharap Puan Yang di-Pertua dan Majlis Dewan yang mulia ini menyokong cadangan Tuaran supaya dalam hal perikanan, dalam hal pertanian, dalam hal penternakan, kerajaan juga menubuhkan majlis kebangsaan masing-masing iaitu majlis pertanian kebangsaan, majlis perikanan kebangsaan dan majlis penternakan kebangsaan.
Kesemua majlis-majlis ini harus dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Persekutuan― Keterjaminan Makanan Persekutuan dan Menteri Pertanian bagi Sabah dan Sarawak. Semua ini bertujuan menyelaras perundangan, dasar, strategi, program, bajet dan tatakelola dalam sistem penyampaian.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sebenarnya, Puan Yang di-Pertua, cadangan penubuhan majlis seperti ini pernah ditawarkan kepada rakyat dalam manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke- 15 bertemakan ‘Kita Boleh’. Tuaran ingat sebab saya juga adalah Jawatankuasa Manifesto PRU-15 PH yang lalu.
Selain sektor pertanian, perikanan dan penternakan, sektor pembuatan atau perindustrian juga amat penting untuk melonjakkan pencapaian Malaysia menjadi ekonomi ke-30 terbesar dunia. Dalam hal ini, daya saing wilayah Sabah untuk menarik pelabur asing dan domestik dalam sektor pembuatan dan pemprosesan perlu dilonjakkan dengan kadar segera. Seperti juga di wilayah dan negeri lain, Sabah juga melaksanakan strategi perindustrian melalui penubuhan taman-taman perindustrian seperti Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) dan Palm Oil Industrial Cluster
(POIC) Lahad Datu.
Untuk melonjakkan perindustrian dan perdagangan, Kerajaan Sabah telah memohon untuk mewujudkan zon perdagangan bebas (free zone) di POIC Lahad Datu pada Jun tahun 2022 dan telah diluluskan secara prinsip oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 16 Mac 2023. Namun, kelulusan sepenuhnya belum dapat sehingga pada hari ini sebab kriteria- kriteria yang diperlukan oleh Kementerian Kewangan terlalu banyak dan adalah sangat payah untuk memenuhi keperluan ini sebab dia memerlukan peningkatan dalam infrastruktur seperti jalan raya, pembinaan pagar dan pelbagai-bagai lagi, termasuklah juga pembinaan penaiktarafan Lapangan Terbang Lahad Datu.
Dalam hal ini, Tuaran ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) supaya bertindak lebih proaktif membantu mempercepatkan pembangunan infrastruktur asas di taman-taman perindustrian di Sabah. Selama ini, POIC Lahad Datu perlu meminjam malah, termasuk juga KKIP, perlu meminjam dana daripada Kerajaan Persekutuan yang proses kelulusan mengambil masa yang sangat lama walaupun hanya pinjaman, bukan geran.
POIC Lahad Datu juga telah memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu yang sangat daif. Malah, saya difahamkan tidak ada kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. Tanpa lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Lahad Datu, perkembangan free zone di POIC Lahad Datu akan terbantut.
Dan sebab itulah dalam pembangunan perindustrian di Sabah, tanpa infrastruktur seperti ini, yang saya sebutkan tadi jalan raya, kemudahan bekalan air elektrik dan sebagainya, tentunya kita tidak dapat menarik pelabur-pelabur yang kita perlukan.
Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana travel advisory note daripada negara-negara seperti Jepun, seperti Korea telah pun diturunkan kepada tahap yang mereka sudah melawat di Sabah dan ini membantu dalam menarik pelaburan ke POIC Lahad Datu.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sebagai penutup Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa apa yang saya telah cadangkan tadi, segala permasalahan dihadapi dalam memacu perindustrian, perekonomian di Sabah, sudah terang lagi bersuluh bahawa tuntutan Sabah selama ini, tuntutan Sabah selama itu iaitu hak Perlembagaan Sabah yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera. Rundingan telah dibuat pada tahun 1963. Kenapa lagi dirunding sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Dia dirunding, saya ingat kita telah bersetuju dan Perjanjian Malaysia telah ditandatangani sehinggakan terbentuknya Malaysia ini. Sepatutnya kita sebagai generasi pewaris Perjanjian Malaysia 1963 laksanakan sahaja. Jika Sabah maju jaya, maka Malaysia pun akan maju melonjak, menjadikan negara kita ke-30 ekonomi terbesar di dunia.
Jadi, jangan lagi rakyat Malaysia di Sabah menjadi mangsa miskin hanya kerana Malaysia terbeban dengan hutang melebihi RM1.3 trilion. Hari ini apabila kita menuntut hak perlembagaan kita, mengatakan kita bebanan hutang, kita tak boleh bayar. Tetapi, ingat, 80 peratus daripada hutang ini, 80 peratus daripada duit ini telah dibelanjakan di Semenanjung.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kita boleh–– okey, ini terakhir sudah. Kita pula yang jadi mangsa. Jadi, sebab itu, Tuaran ingin menyatakan bahawa jangan lagi jadikan rakyat Malaysia di Sabah sebagai mangsa dengan mengatakan ini hak Perlembagaan Sabah tidak perlu ditunaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Jadi, akhir kata Puan Yang di- Pertua, Tuaran ingin bertanya, apakah status semua projek yang telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas? Dan apakah benar terdapat projek yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang belum lagi bermula lagi sehingga pada hari ini?
Dan apakah status pelaksanaan laporan RCI mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah?
Jadi, itu saja, Puan Yang di-Pertua. Sekian. Tuaran mohon menyokong usul pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya mewakili rakyat bagi kawasan Batu Gajah untuk turut serta dalam
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
perbahasan yang amat bersejarah dan bermakna ini, iaitu perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Perbahasan ini bukan sekadar menyentuh dasar dan angka tetapi ia adalah nadi kepada harapan rakyat, kompas kepada arah tuju negara serta cerminan kepada impian kita bersama untuk melihat Malaysia terus melangkah gagah ke hadapan sebagai sebuah negara yang makmur, berdaya saing dan inklusif. Dalam kerangka ekonomi yang kian mencabar ini, Rancangan Malaysia Ketiga Belas hadir sebagai pelita yang menyinari jalan, membentang harapan dan menggamit keyakinan akan masa depan yang lebih gemilang buat seluruh warganegara.
Dalam perbahasan pada kali ini, saya hanya mahu menyentuh tentang satu sektor yang semakin penting dalam landskap ekonomi moden iaitu industri MICE atau acara perniagaan (business event) yang merangkumi pelbagai jenis penganjuran seperti persidangan antarabangsa, pameran perdagangan, mesyuarat korporat dan insentif syarikat.
Industri ini bukan sahaja sekadar penganjuran acara tetapi sebuah ekosistem bernilai tinggi yang merentas pelbagai sektor termasuk pelancongan, hospitaliti, logistik, teknologi dan pendidikan.
Sejarah mencatatkan bahawa industri ini bermula sejak zaman purba dalam bentuk perdagangan dan pertemuan dagang. Namun, selepas World Exhibition, Pameran Dunia pada tahun 1851 dan lebih ketara pasca Perang Dunia Kedua dan diikuti dengan revolusi perindustrian, industri MICE berkembang seiring dengan pertumbuhan penerbangan, globalisasi serta kemajuan teknologi. Kini, selepas pandemik COVID-19, industri ini bukan saja pulih, malah berkembang melalui bentuk baru yang selaras dengan peredaran dunia digital.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan Grand View Research 2024, nilai pasaran global industri MICE dianggar sehingga USD870.46 bilion dan dijangka meningkat kepada USD1.47 trilion menjelang tahun 2030. Manakala laporan Fortune Business Insights mengunjurkan pertumbuhan sehingga USD2.45 trilion menjelang tahun 2032.
Memandangkan industri perniagaan acara kini berkembang pesat dan menjana pulangan berbilion Dolar di persada antarabangsa, maka timbul persoalan yang wajar kita renungi bersama. Apakah bahagian kita dalam kek ekonomi global ini?
Malaysia tidak boleh menjadi sekadar menjadi pemerhati dari pinggiran. Kita harus bangkit dengan segala daya dan upaya, memanfaatkan sepenuhnya kelebihan strategik yang kita miliki. Jika negara lain sedang berlari pantas menakluk pentas dunia dalam sektor ini, kita tidak boleh hanya berjalan perlahan, kita perlu bersaing dengan kapasiti penuh, dengan iltizam yang teguh dan dasar yang progresif agar Malaysia juga mampu meraih keuntungan besar daripada industri yang menakjubkan ini.
Industri yang bukan sahaja membawa pelaburan tetapi juga menyemarakkan inovasi, memperluas jaringan global dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Jangan biarkan kek ekonomi ini dinikmati sepenuhnya oleh negara lain. Malaysia juga berhak merasai manisnya hasil usaha dalam arena perniagaan acara bertaraf dunia.
Rantau Asia Pasifik pula mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi menjadikan Malaysia antara negara yang berada dalam posisi strategik untuk menjadi hab acara perniagaan. Pertumbuhan ini didorong oleh beberapa faktor seperti kebangkitan semula perjalanan korporat, perluasan acara hibrid serta kemajuan teknologi seperti sistem pendaftaran digital, AI dan realiti maya.
Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada prestasi tempatan. Malaysia telah menunjukkan komitmen yang kukuh dan membina dan berdaya saing melalui penubuhan agensi Malaysian Convention dan Exhibition Bureau (MyCEB) pada tahun 2009 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Sehingga 30 Jun 2025, MyCEB telah berjaya memperolehi 3,412 acara dan telah menarik lebih 4.3 juta delegasi dengan impak ekonomi mencecah RM25.3 bilion.
Pada tahun 2024, MyCEB telah berjaya menyokong 282 acara perniagaan dan menjana RM3.38 bilion impak ekonomi negara merentasi semua sektor. Untuk tahun 2025 pula, MyCEB telah mengesahkan 264 acara perniagaan dengan 193,776 delegasi antarabangsa dan jumlah keseluruhan 684,192 delegasi. Ini dijangka menyumbang RM3.1 bilion impak ekonomi termasuk perbelanjaan delegasi sebanyak RM1.32 bilion. Ini bermakna bukan sahaja membawa masuk pelawat-pelawat berkualiti tinggi malah turut merangsang pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Yang lebih membanggakan adalah kadar pulangan pelaburan (ROI) yang luar biasa di mana setiap Ringgit Malaysia, satu, RM1 pelaburan, melalui Program Subvention MyCEB mampu menjana RM154 dalam impak ekonomi. Ini bukti jelas bahawa pelaburan kerajaan dalam sektor ini bukan sahaja berbaloi tetapi sangat strategik. Setiap sen yang dilaburkan oleh kerajaan dalam industri perniagaan acara ini bukanlah perbelanjaan yang sia-sia malah merupakan satu pelaburan strategik yang mampu menjana pulangan berlipat ganda kepada ekonomi negara. Industri ini umpama ladang subur yang apabila dibaja dan disiram dengan secukupnya akan menghasilkan buah yang ranum dan hasil yang melimpah ruah untuk menikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, saya dengan penuh harapan dan rasa tanggungjawab ingin menggesa agar kerajaan memberi tumpuan yang lebih mendalam dan berfokus terhadap pembangunan industri ini dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Peruntukan kewangan yang lebih tinggi perlu disediakan bagi menyokong pertumbuhan sektor ini. Bukan hanya untuk memperkukuhkan infrastruktur dalam kemudahan tetapi juga bagi memperluaskan kempen promosi antarabangsa, memperkasakan modal insan dalam industri ini serta memperhebat kolaborasi strategik bersama pemain global.
Lebih tinggi dana yang diperuntukkan, lebih luas potensi yang boleh diteroka dan lebih tinggi impak ekonomi yang akan dirasai oleh negara secara menyeluruh. Justeru,
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
marilah kita melihat industri ini bukan sekadar sebagai cabang pelancongan tetapi sebagai enjin ekonomi masa depan yang mampu memperkasakan nama Malaysia di mata dunia.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan yang menjadikan calon utama untuk menjadi hab MICE serantau. Lokasi strategik di tengah-tengah Asia Tenggara menjadikan Malaysia mudah diakses dari destinasi utama di ASIA dan dunia. Kita memiliki infrastruktur bertaraf dunia. Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sabah International Convention Centre (SICC) dan SPICE Arena di Pulau Pinang yang mampu menampung acara berskala besar.
Di samping itu, kos penganjuran acara di Malaysia jauh lebih berdaya saing berbanding dengan negara-negara pesaing seperti Singapura, Hong Kong dan Seoul.
Malaysia juga menikmati kestabilan politik, kepelbagaian budaya, kemudahan visa, teknologi persidangan yang moden serta kerja mahir dalam profesional dan pengurusan acara dan layanan mesra rakyat. Semua ini meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi yang menjadi pilihan untuk penganjur dan delegasi antarabangsa.
MyCEB juga memainkan peranan penting melalui inisiatif, promosi, insentif dan program sokongan strategik bagi menarik lebih banyak acara berimpak tinggi ke Malaysia.
Semua faktor ini meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang kukuh sebagai hab acara perniagaan serantau. MyCEB juga menganjurkan Bid Assistant Programme, BE Exchange dan MyTripleE bagi meningkatkan daya saing negara dalam pembidaan acara global dan penganjuran acara perniagaan.
Tuntasnya MyCEB berperanan sebagai pemudah cara yang menghubungkan pelbagai pemegang taruh dari sektor kerajaan hingga ke pihak industri bagi memastikan kejayaan sebuah acara di samping dapat memberi impak ekonomi yang tinggi kepada negara. MyCEB menjalankan kempen pemasaran antarabangsa seperti Meet in Malaysia yang menonjolkan kekuatan negara dari segi infrastruktur, kepelbagaian budaya, nilai kompetitif dan kemudahan mesra perniagaan. “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Kekuatan Malaysia dalam industri kekal relevan dan berdaya asing, asalkan kita terus menyokong dan menambah baik ekosistem sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, namun kita juga harus bersikap realistik. Beberapa cabaran utama sedang menghambat perkembangan sektor ini antaranya termasuklah persaingan serantau yang sengit dengan negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia yang melabur besar bagi menarik acara global dengan menawar insentif yang lebih menarik dan menyediakan pusat-pusat konvensyen yang lebih besar dan canggih.
Kebergantungan kepada dana kerajaan menyebabkan industri kurang mampan sekiranya berlakunya penyusutan dalam belanjawan. Kekurangan tenaga kerja mahir khususnya dalam pengurusan acara berskala besar dan teknologi acara, tahap pendigitalan yang tidak menyeluruh menyukarkan pelaksanaan acara persaingan yang berkualiti tinggi
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
dan ketiadaan pensijilan kelestarian yang diiktiraf antarabangsa seperti ISO 20121 yang kini menjadi prasyarat penting penganjuran global.
Kelemahan dalam akses dan kesalinghubungan terutamanya di lokasi luar Lembah Klang seperti Sabah, Sarawak, Johor dan sebagainya. Isu visa dan import sementara yang masih tidak cukup pantas dan mesra untuk peserta dan penganjur antarabangsa dan ketidakseimbangan pembangunan wilayah kerana fokus masih terlalu tertumpu di Kuala Lumpur dan Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan semua dasar-dasar ini secara menyeluruh, saya yakin Malaysia bukan sahaja mampu memperkukuhkan kedudukan dalam Rantau Asia malah muncul sebagai hab acara global yang disegani. Industri MICE ini berpotensi menjadi antara penyumbang utama dalam menjayakan ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan perkhidmatan dan pengetahuan, seperti yang dihasratkan oleh Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ia menyumbangkan kepada pelaburan, pekerjaan, inovasi dan pengiktirafan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya, izinkan saya menegaskan bahawa industri MICE bukan sektor sampingan tetapi antara tunjang utama ekonomi masa depan. Kita tidak boleh hanya menjadi pemerhati dalam arus global, kita mesti menjadi pemain utama. “Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.”
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Maka marilah kita tetapkan tekad dan laksanakan tindakan. Dengan dasar yang progresif, pelaburan strategik dan iltizam politik yang tinggi, saya percaya Malaysia mampu menjadi hab acara perniagaan terunggul di Asia Pasifik menjelang 2030. Bukan sekadar menjadi tuan rumah kepada dunia tetapi peneraju kepada kemakmuran global melalui ilmu, jaringan dan idea.
Sebagai penutup tirai, saya memohon kepada kerajaan untuk mengkaji dan mempertimbang secara serius pembinaan pusat konvensyen berskala mega yang mampu bersaing dengan negara jiran berbanding menambah satu lagi pusat membeli-belah yang akhirnya hanya menjadi tempat bersiar-siar tanpa tujuan. Cadangan membangunkan third space jauh lebih relevan. Ruang untuk ilmu, jaringan dan acara bertaraf antarabangsa bukan sekadar ruang membeli dan bergambar. Sudah tiba masanya kita melabur dalam infrastruktur yang benar-benar memacu ekonomi bukan sekadar menambah bangunan yang indah tetapi kurang manfaat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada Padang Rengas untuk turut serta dalam
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Satu dokumen penting yang akan mencorakkan masa depan negara sehingga tahun 2030.
RMK13 seharusnya menjadi pelan pembangunan yang inklusif dan mampan. Namun malangnya, ia lebih kelihatan sebagai kesinambungan pendekatan lama yang gagal menyelesaikan masalah struktur ekonomi dan ketidaksamaan sosial yang semakin meruncing. Ia terlalu bergantung kepada data makro yang tidak mencerminkan realiti rakyat di bawah.
Apa gunanya angka pertumbuhan jika harga barang terus meningkat, peluang kerja berkualiti makin mengecil dan anak muda hilang harapan untuk memiliki rumah atau membina masa depan. Perikatan Nasional berpegang kepada prinsip bahawa perancangan nasional mesti berpaksikan kesejahteraan rakyat bukan hanya untuk memenuhi KPI ekonomi semata- mata. Kita mahukan pelaburan yang berimpak tinggi tetapi tidak mengorbankan peniaga kecil dan peluang kerja anak tempatan. Kita mahukan transformasi digital tetapi jangan pula membiarkan jurang digital terus melebar di antara bandar dan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh tentang keperluan segera di kawasan saya iaitu projek tebatan banjir di Parlimen Padang Rengas, khususnya di kawasan Sungai Chempias yang setiap tahun menenggelamkan rumah penduduk kampung, sawah padi dan jalan perhubungan. Sehingga kini tiada satu pun projek tebatan banjir berskala besar dilaksanakan di kawasan ini walaupun insiden banjir terus berlaku setiap tahun. Penduduk Kampung Chempias, Kampung Kapol, Kampung Ngor dan Sayong Hulu sudah terlalu lama menanggung kerugian akibat banjir. JPS hanya mampu lakukan penyelenggaraan asas sedangkan struktur sungai semakin sempit, cetek dan tidak mampu menampung hujan lebat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya RMK13 ini memasukkan peruntukan khas untuk membina sistem tebatan banjir berikut;
(i) Projek Tebatan Banjir Sungai Chempias termasuk kerja pelebaran sungai, benteng sungai dan pembinaan kolam takungan banjir.
Kajian telah dibuat pada tahun 2019 dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM150 juta merangkumi keseluruhan Sungai Chempias dari hulu hingga ke muara sungai bagi mengurangkan risiko banjir serta kehilangan harta benda dan nyawa penduduk;
(ii) pemulihan Sungai Bubu dan Biong yang menyebabkan banjir di sekitar Kampung Luat dan Kampung Manong setiap kali hujan lebat;
(iii) pembinaan benteng tanah dan check dam di kawasan hulu seperti Sayong Hulu dan Gunung Pondok bagi mengawal kelajuan arus dari kawasan berbukit,
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
(iv) sistem saliran dan parit utama perlu dinaik taraf di kawasan Pekan Kati, Kampung Ngor dan Lubok Merbau yang sering mengalami banjir termenung; dan
(v) rumah pam bagi sistem saliran dan perparitan dalaman kampung dan taman yang berada di kawasan hotspot banjir.
Tuan Yang di-Pertua, penduduk di kawasan luar bandar seperti Padang Rengas juga layak menikmati keselamatan dan perlindungan infrastruktur sama seperti di kawasan bandar. Saya ingin tegaskan bahawa ini bukan soal pembangunan fizikal semata-mata, tetapi soal keselamatan rakyat, kelangsungan ekonomi desa dan kestabilan sosial. Jika kerajaan benar-benar komited dengan slogan ‘Malaysia MADANI’ atau pembangunan berteraskan rakyat, maka kawasan-kawasan seperti ini tidak boleh terus dipinggirkan. Saya mohon agar kementerian memasukkan projek-projek ini ke dalam RMK13 dan meluluskan peruntukan segera kepada JPS Perak untuk memulakan kerja reka bentuk dan tender.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya saya ingin membawa satu cadangan yang amat penting bagi penduduk Padang Rengas, Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya iaitu menaik taraf Stesen Timbang JPJ Kuala Kangsar menjadi pejabat satelit JPJ daerah. Stesen timbang ini telah lama wujud di laluan strategik iaitu Jalan Persekutuan FT001 dan berhampiran Lebuhraya PLUS.
Namun fungsinya masih terhad di mana ia hanya digunakan sebagai pusat penguatkuasaan kenderaan berat tanpa menawarkan sebarang perkhidmatan kepada orang awam. Akibatnya, ribuan rakyat dari kawasan luar bandar seperti Sayong, Manong, Karai, Sauk dan Lubok Merbau terpaksa ke Ipoh atau Taiping hanya untuk urusan mudah seperti pembaharuan lesen, pembayaran saman atau pertanyaan teknikal. Ini bukan sahaja membebankan rakyat dari segi masa dan kos tetapi juga menjejaskan produktiviti dan keberkesanan penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya Kementerian Pengangkutan meluluskan penempatan pejabat satelit JPJ di Stesen Timbang Kuala Kangsar dengan operasi ringan seperti:
(i) kaunter LKM dan lesen memandu;
(ii) pembayaran saman;
(iii) kaunter pertanyaan dan khidmat nasihat; dan
(iv) pengurusan perkhidmatan JPJ digital seperti mySIKAP dan janji temu.
Saya percaya, dengan hanya tiga hingga lima pegawai tetap kita boleh memberikan impak besar kepada lebih 100,000 penduduk kawasan ini. Ini juga akan mengurangkan kesesakan di JPJ bandar dan mempercepatkan urusan pengusaha logistik serta pengangkutan di kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, jika benar kita ingin membawa pembangunan seimbang antara bandar dan desa, maka perkhidmatan asas seperti JPJ tidak sepatutnya hanya tertumpu di
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
bandar. Naik taraf ini bukan satu pembaziran tetapi pelaburan yang — tetapi pelaburan kepada kecekapan perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat luar bandar. Saya mohon agar cadangan ini diberikan pertimbangan serius dalam RMK13 dan Belanjawan 2026 akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada satu isu keselamatan yang semakin meruncing di kawasan saya iaitu di Balai Polis Kati, Padang Rengas. Balai ini menampung kawasan luar bandar yang luas tetapi menghadapi dua masalah kritikal. Keadaan kuarters kediaman anggota yang uzur dan kekurangan kereta — kekurangan-kekurangan kenderaan peronda.
Bumbung bocor, dinding retak, simen, sistem paip dan pendawaian yang tidak selamat menyebabkan ramai anggota tidak dapat menetap di kuarters. Sementara itu, balai hanya memiliki satu kenderaan Land Rover lama yang uzur dan satu kereta peronda jenis Proton Preve yang dipinjam dari IPD Kuala Kangsar, yang mana ianya juga kerap rosak.
Memang tidak mencukupi untuk operasi cegah jenayah yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, saya mohon kepada pihak KDN agar boleh memasukkan isu ini di dalam peruntukan khas luar bandar di bawah Bajet 2026 nanti bagi membaik pulih balai dan aset. Saya juga mohon agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera membaik pulih bangunan kuarters dan meluluskan penambahan kenderaan peronda baharu. Ini penting demi menjaga keselamatan rakyat dan memastikan imej pasukan polis kekal dihormati dan diyakini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh satu perkara yang amat dekat di hati rakyat. Hak untuk memiliki tempat tinggal yang selamat, mampu milik dan bermaruah khususnya bagi golongan B40 di luar bandar. Pertama sekali kehidupan terhimpit di rumah usang. Di Padang Rengas, masih ramai rakyat yang tinggal dalam rumah yang uzur, sempit, tidak selamat dan tidak mempunyai kemudahan asas lengkap. Mereka terdiri daripada petani kecil, peniaga pasar pagi, ibu tunggal dan warga emas yang tiada pendapatan tetap.
Namun sehingga hari ini, belum ada satu pun Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibangunkan secara berskala oleh Kerajaan Persekutuan dalam kawasan ini. Apakah kehidupan rakyat di luar bandar sebegini tidak cukup penting untuk dimasukkan dalam keutamaan RMK13?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Kedua, perlunya peruntukan khas di bawah RMK13. Saya ingin mencadangkan agar RMK13 memperuntukkan secara khusus satu projek PPR baharu di Padang Rengas dengan sekurang-kurangnya 150 unit rumah dan 40 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) setiap tahun selama tempoh RMK13, 2026 hingga 2030 melalui kerjasama SPNB dan kerajaan negeri.
Kerajaan juga wajar meneliti semula proses permohonan yang terlalu birokratik dan menyukarkan rakyat luar bandar yang kebanyakan tiada slip gaji atau dokumen pendapatan rasmi.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Ketiga, dasar inklusif tidak boleh terbatas di bandar. Kita tidak boleh lagi melihat pembangunan perumahan mampu milik sebagai isu urban semata-mata. RMK13 mesti membawa naratif baharu keadilan sosial dan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar. Jika kerajaan boleh memperuntukkan ratusan juta ringgit untuk projek mega di Lembah Klang, kenapa satu blok PPR di Padang Rengas tidak boleh dibina?
Keempat, komitmen Perikatan Nasional. Sebagai wakil dari blok Perikatan Nasional, saya ingin menegaskan bahawa isu pemilikan rumah rakyat adalah antara tonggak perjuangan kami. Kami akan terus mendesak agar kerajaan tidak bersikap pilih kasih dalam pengagihan projek pembangunan perumahan rakyat. Semua rakyat berhak dibela tidak kira kawasan pembangkang atau kerajaan. Saya mohon agar kerajaan mempertimbangkan permintaan ini dengan serius. Rakyat Padang Rengas tidak minta rumah mewah, mereka cuma minta satu tempat berteduh yang selamat dan bermaruah, itu saja.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu keperluan penting di kawasan Parlimen saya, pembangunan kemudahan sukan rakyat khususnya kompleks sukan dan mini stadium. Kemudahan sukan di luar bandar semakin terpinggir di Padang Rengas seperti banyak kawasan luar bandar lain.
Belia dan remaja tidak mempunyai kemudahan lengkap, kemudahan sukan yang lengkap. Tiada kompleks sukan tertutup, tiada padang sintetik malah tiada mini stadium yang boleh digunakan untuk kejohanan atau acara komuniti berskala besar. Apa yang ada hanyalah padang kampung yang tidak diselenggara, gelanggang yang retak dan kemudahan awam yang semakin uzur.
Sukan sebagai pemangkin pembangunan sosial. Sukan bukan hanya hiburan, ia adalah medium bagi mencegah gejala sosial dan penagihan dadah, membina kesihatan mental dan fizikal belia luar bandar, menjana ekonomi setempat melalui acara sukan tempatan, sukan tradisi dan kejohanan kampung.
Dalam hal ini, saya ingin menggesa agar RMK13 memperuntukkan sebuah kompleks sukan rakyat untuk Padang Rengas lengkap dengan dewan tertutup serbaguna, gimnasium komuniti, gelanggang futsal berbumbung dan trek larian. Membangunkan mini stadium Padang Rengas yang boleh digunakan untuk kejohanan daerah dan acara belia. Lokasinya boleh dikenal pasti di kawasan strategik seperti Lubok Merbau atau Sauk berdasarkan ketersediaan tanah kerajaan.
Dan akhirnya, keadilan infrastruktur untuk kawasan luar bandar. Sudah tiba masanya kerajaan menunjukkan komitmen terhadap kawasan bukan bandar. Kalau stadium bertaraf dunia dibina di bandar besar, apa salahnya Padang Rengas diberi sebuah mini stadium untuk rakyat marhaen?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Belia di luar bandar juga punya cita- cita. Mereka juga ingin bersaing dalam arena sukan negara, tetapi tanpa kemudahan asas, bakat-bakat ini akan terus tenggelam.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Saya mencadangkan agar peruntukan ini dimasukkan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama kerajaan negeri dan PBT. Projek ini dikendalikan melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026 hingga 2030. Fasa pertama bermula tahun 2026.
Dana sebahagian boleh disalurkan di bawah dana pembangunan belia luar bandar yang digerakkan oleh KBS.
Saya berharap permintaan ini tidak dilihat sebagai permintaan politik tetapi permintaan untuk kesejahteraan generasi muda luar bandar. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di- Pertua, RMK13 ini bukan setakat rancangan makro bagi tempoh lima tahun, tetapi memberikan kita gambaran ke mana negara ini akan dipacu dan bayangan Malaysia di pentas dunia. Selaku pengerusi APPGM-SDG, saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan atas sokongan dan komitmen yang berterusan kepada kami.
Without strategy, execution is aimless. Without execution, strategy is useless. Angka- angka besar yang diumumkan dalam dokumen ini perlu diterjemahkan dengan hasil kepada rakyat. Itu paling penting.
Tuan Yang di-Pertua, mengimbau semula proses pembentukan Persekutuan Malaysia. Pembangunan yang seimbang antara Wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak merupakan perkara utama dan janji-janji yang diberikan oleh pemimpin utama kita terdahulu.
Namun, setelah lebih enam dekad, adakah janji-janji telah terlaksana? Sebagai wakil rakyat yang mewakili orang kampung Kota Belud, Sabah, mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minggu lepas, meneliti dan membaca dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan penuh pengharapan agar perancangan lima tahun ini akan menjadikan anjakan yang besar dalam merapatkan segera jurang pembangunan di antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak.
Inilah fokus utama saya dalam perbahasan ini. Namun saya tidak dapat sorokkan perasaan kecewa. Kecewa kerana setelah 12 kali pembentangan Rancangan Malaysia, kerajaan dilihat belum mahu menumpukan pembangunan secara khusus di wilayah Borneo.
Lihat saja dalam dokumen RMK13 ini, daripada empat tonggak yang disenaraikan, tiada satu pun yang menyentuh berkenaan kemakmuran wilayah Borneo secara khusus. Sudah tiba masa kita mengalihkan tumpuan ke wilayah Borneo. Potensi di sana cukup besar dan diakui, namun ianya tidak selari dengan perancangan yang dirangka oleh kerajaan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya ingin tanya, adakah negara akan bankrap sekiranya kerajaan membuat keputusan agar separuh daripada peruntukan disalurkan untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak untuk tempoh lima tahun ke depan ini? Hanya untuk kali ini, lima tahun ini sahaja.
Kenapa tidak boleh dipertimbangkan? Dengan kestabilan politik dan sokongan padu daripada pimpinan Sabah dan Sarawak kepada Kerajaan MADANI, sepatutnya sokongan ini diterjemahkan kepada satu pembaharuan dasar yang drastik dalam memacu segera kedua wilayah-wilayah ini.
Sejumlah RM40 bilion telah diperuntukkan bagi sektor kesihatan. Sektor kedua yang menerima peruntukan terbesar. Secara peribadi, sektor kesihatan dalam keadaan genting.
Saya khuatir jika tiada tindakan drastik diambil, sistem kesihatan kita berisiko runtuh dan jatuh. Bayangkan doktor tidak cukup, jururawat tidak cukup. Apa yang berlaku nanti?
Natijahnya kepada rakyat juga. Kamu tahu isu pemberhentian doktor dan isu kekurangan doktor yang menjadi isu besar ketiga ini telah lama berlaku di Sabah dan saya ingin ulang sekali lagi, COVID-19 telah menunjukkan jurang yang sangat besar antara wilayah Sabah dan Semenanjung dalam sektor kesihatan.
Jangan haraplah hospital baru Kota Belud, klinik kesihatan yang sudah dirancang selagi keadaan tidak ditangani segera. Saya just mahu tanya, klinik kesihatan Mantanani, apa cerita? Sama juga dengan politeknik Kota Belud, pecah tanah, pecah tanah.
Tuan Yang di-Pertua, sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar RM67 bilion bagi tempoh lima tahun ini. Saya sokong penuh ditambah dengan dasar mewajibkan prasekolah lima tahun, saya sokong dan sepatutnya telah lama dilaksanakan.
Namun ekosistem pembelajaran itu perlu ditambah baik agar tidak membantutkan perkembangan anak-anak. Begitu juga saya sokong hasrat kerajaan bagi membina lebih banyak sekolah. Salah satunya pembinaan segera SMK baru untuk menampung pelajar- pelajar SMK Narinang. Kita tidak mahu dengar sudah masalah-masalah tipikal yang menjadi cabaran macam isu tanahlah yang akan memperlahankan perancangan kerajaan. Kita juga sudah tidak mahu dengar ada sekolah tapi tiada air. Ada bilik komputer tetapi tiada elektrik, tiada Internet.
Jadi, saya mahu dalam RMK13 ini kerajaan perlu memberikan tumpuan khusus kepada Sabah. Mahu buat sekolah boleh, tapi pastikan ada akses jalan raya, air dan elektrik.
Kalau tiada, buat dulu. Masukkan sekali kos-kos ini di dalam pembinaan sekolah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit mengenai hasrat kerajaan yang ingin menjadikan hab ekonomi biru di Sabah. Bunyinya menarik, potensi memang besar, tetapi realiti di bawah, adakah Sabah bersedia? Kerajaan selesaikan segera masalah pengusaha ikan di Sabah, mantapkan latihan, sediakan peruntukan yang mencukupi.
Saya ambil contoh di Kota Belud. Oleh kerana kedudukan Kota Belud yang strategik dan bagi menyokong ekonomi biru Sabah, saya ingin cadangkan Kota Belud agar menjadi hab pendaratan ikan laut dalam.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bekas Pelabuhan Petco adalah lokasi sesuai selain boleh diguna oleh kapal ikan laut dalam dan hanya mengambil masa mungkin kurang sejam daripada Kota Kinabalu jika menggunakan laluan Pan Borneo. Namun, potensi perikanan di sini terbantut dan tidak dapat dimaksimumkan disebabkan muara Sungai Abai yang semakin cetek. Inilah punca utama.
Saya sudah berkali-kali cakap mengenai hal ini di Parlimen dan juga menghantar surat ke kementerian. Muara Abai ini Tuan Yang di-Pertua, kena didalamkan semula bukan sahaja untuk menyelamatkan industri perikanan, malahan juga ianya dapat mengelakkan berlaku banjir yang terjadi sekarang hulu sungai lagi dalam dari muara yang perlu dikorek Tuan Yang di-Pertua, muara bukan hulu sungai, yang perlu dikasi selamat ini nelayan, orang kampung, bukan itu pasir.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ulas sedikit mengenai kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pandan mengenai isu melibatkan PETRONAS dan PETROS. Di sini saya ingin menyokong sokongan penuh keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak. Saya ingin ambil sudut positif kenyataan yang dibuat oleh YB Pandan kerana secara tidak langsung ini telah mengiktiraf sumbangan besar Sarawak dalam gasnya dan Sabah melalui petroleumnya dalam kemajuan negara. Saya ingin tanya, adakah sumbangan besar ini masih tidak melayakkan Sabah dan Sarawak diberikan fokus besar di dalam rancangan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun?
Tuan Yang di-Pertua, sektor pertanian antara penyumbang utama kepada ekonomi Sabah dan Sabah ini sangat sesuai dengan inisiatif RMK iaitu loji Waste-to-Energy. Saya ingin tahu berapa banyak yang akan dibina kerana ini akan sangat membantu kami di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, Kota Belud merupakan kawasan penanaman padi terbesar di negeri Sabah. Jika disebut nama-nama kampung seperti Tambulion Ulu, Tambulion Laut, Siasai Jaya, Siasai Kumpang, Pintasan, Tempasuk. Kita sedia maklum bahawa kawasan- kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang landai. Justeru, kaedah pengairan konvensional seperti pembinaan weir, rumah pam dan saluran terbuka adalah sesuai dan berkesan.
Namun Tuan Yang di-Pertua, perkara yang sama tidak boleh diguna pakai bagi kawasan seperti Tengkurus, Gendukut, Tegudon, Lipantai, Tomboilik dan Nuluhon. Kawasan- kawasan ini merupakan kawasan berbukit bukau. Saya cadangkan kepada BPSP agar sistem pengairan berasaskan paip dibina di kawasan ini. Cadangan ini melibatkan pembinaan struktur utama seperti headwork, stilling basin dan pengagihan air melalui sistem paip yang membolehkan kawalan air dilakukan hanya pada pintu kawalan dan injap utama.
Kaedah ini bukan sahaja mempercepatkan pembinaan malah memudahkan kerja- kerja penyelenggaraan. Kota Belud sewajarnya menjadi model pembangunan sistem pengairan bagi kawasan bertopografi mencabar. Kita tidak boleh terus menjadikan Sekinchan sebagai penanda aras kerana latar belakang pembangunan kawasan tersebut berbeza.
Sekinchan dibangunkan secara terancang sebagai kawasan tanaman padi. Manakala Kota Belud berkembang secara tradisi dengan petani membuka dan mengutamakan,
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
mengusahakan tanah sawah padi secara berperingkat mengikut warisan dan keperluan komuniti.
Satu lagi yang mustahak Tuan Yang di-Pertua, tolong dalam RMK13 ini, perbanyakan peruntukan kepada jalan-jalan pertanian. Kalau betul mahu angkat food security ini, takkanlah mahu buat jalan pertanian pun sampai ke hari ini, orang kampung perlu lagi rukut-rukut bah.
Tuan Yang di-Pertua, seharusnya apa saja projek yang turun ke kawasan sepatutnya petani perlu dilibatkan. Saya ingin tanya siapa bah punya Projek Terusan Piasau–Sumpingon ini yang simply saja datang petani menjadi mangsa tiba-tiba tidak dapat menanam padi gara- gara projek yang dibina bukan meant for dia orang pun? Adakah Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa sudah masuk hampir tujuh musim mereka tidak dapat menanam padi. Seorang petani, they cannot simply postpone bila menanam padi. Kita tidak boleh bah tangguh itu rasa lapar.
Saya mahu kerajaan bertanggungjawab. I want the government to be responsible ke atas kerugian yang ditanggung oleh petani selama hampir tujuh musim menanam. I want to put this on record on the loss of income kepada petani dan semua kos pembukaan semula kawasan tanaman padi yang hampir sekarang ini menjadi hutan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong hasrat kerajaan yang membina satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh sepuluh tahun bermula tahun hadapan. Cuma, saya mohon kerajaan lihat dan berikan perhatian. Jangan hanya melihat kepada aspek harga rumah, saiz rumah yang ditawarkan. Perlu ada ketetapan yang perlu dipatuhi oleh pemaju.
Sebab saya tidak mahu negara kita pada akhirnya menjadi Hong Kong, rakyatnya hidup dalam ruangan yang sangat kecil, sempit seperti reban ayam.
Tuan Yang di-Pertua, dalam dokumen ini Sabah dan Sarawak dijangka menjadi hab tenaga mampan di peringkat serantau. Saya just mahu cakap pasal project battery-based ini.
Saya dengar harga yang dibayar RM650 juta. Tetapi, di Semenanjung harga RM300 juta. Ini adalah untuk projek Lahad Datu yang pelik kapasitinya sama dan kontraktornya pun sama.
Saya mahu tanya TNB dan SESB jawab, betulkah benda ini berlaku? Kedua, apa justifikasi teknikal dan kewangan di sebalik keputusan harga begini?
Sebagai penutup, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, insya-Allah sedikit masa lagi Kerajaan Sabah akan bertukar. Bertukar kepada kerajaan yang lebih baik. Kerajaan yang berintegriti. Kerajaan yang telus dalam urus tadbir. Kerajaan negeri yang cekap dalam pentadbiran dan kewangan. Kerajaan yang bekerja untuk rakyatnya. Kerajaan negeri yang selari dengan Kerajaan Sarawak dalam membangunkan Wilayah Borneo lebih maju, lebih makmur dan definitely kerajaan negeri yang akan membantu Kerajaan MADANI dalam memastikan perancangan dan aspirasi RMK13 dapat dilaksanakan sepenuhnya [Berucap dalam bahasa Sabah] My dear Sabahan, mari kita berhabis untuk Sabah. Tuan Yang di-Pertua, itu doa saya untuk WARISAN. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Speaker.
Jadi, izinkan saya mulakan dengan menyorot agenda negara AI yang menjadi salah satu fokus utama RMK13 dengan tepatnya mengiktiraf kecerdasan buatan sebagai pemacu ekonomi masa depan dan juga menyentuh integrasi AI dalam sektor utama seperti pertanian, pendidikan dan juga perkhidmatan awam.
Namun, kita sedang berdepan dengan krisis kepercayaan digital yang semakin membimbangkan. Jadi, kes penipuan menggunakan teknologi deepfake semakin berleluasa.
Sindiket yang menggunakan AI untuk meniru suara ahli keluarga bagi menjerat mangsa. Dan juga kes terbaru, penularan sebuah video melalui TikTok yang mengaitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan, Shuhaily bin Mohd Zain. AKPS memaklumkan bahawa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun ‘Hermano Kedutaan’ itu adalah palsu dan dihasilkan melalui teknik deepfake menggunakan teknologi kecerdasan buatan.
Jadi, kita tidak boleh membina sebuah negara AI jika rakyat masih mudah di manipulasi. Jadi, sudah tiba masanya kita wujudkan satu pergerakan peringkat nasional literasi AI. Bukan sekadar ajar guna tetapi ajar rakyat persoal, kenal pasti manipulasi dan gunakan AI secara beretika. Jadi, apakah pelan kerajaan untuk melaksanakan gerakan literasi AI secara menyeluruh, khususnya di peringkat sekolah, IPT dan juga komuniti luar bandar, agar rakyat tidak menjadi mangsa manipulasi digital yang semakin canggih dan sukar dikesan. AI sebenarnya bukan musuh kita, tetapi kejahilan tentang AI adalah musuh sebenarnya.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengangkat satu isu diskriminasi kaum dalam penyewaan rumah. Satu realiti yang berlaku dan memberi kesan yang buruk khususnya kepada golongan muda dan penyewa bandar. Kita sering bercakap tentang nilai MADANI, keadilan, insan dan hormat. Namun di lapangan, ayat seperti, “Melayu sahaja, Cina sahaja, India tak dibenarkan”, masih wujud dalam iklan sewa rumah. Jadi, ini bukan sekadar kata- kata, ini bukti diskriminasi yang telah menjadi kebiasaan.
Jadi, menurut laporan oleh Architects of Diversity dengan izin, mendedahkan bahawa 68 peratus rakyat Malaysia, majoritinya anak muda menyokong undang-undang khusus untuk melarang diskriminasi kaum dalam penyewaan. Sekali gus menunjukkan bahawa generasi muda mahukan perubahan struktur dan bukan sekadar retorik perpaduan.
Jadi, bagaimanakah kita boleh bercakap tentang meritokrasi jika peluang mendapat tempat tinggal masih ditentukan oleh warna kulit?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Seorang graduan Melayu mungkin ditolak kerana bukan Cina. Seorang wanita India mungkin dipinggirkan hanya kerana namanya. Jadi, sudah tiba masanya kita menggubal Akta
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Penyewaan Kediaman untuk melindungi semua pihak secara adil dan menamatkan diskriminasi berasaskan kaum. Ini bukan tentang menyekat hak tuan rumah tetapi menetapkan garis panduan beretika dan juga sejajar dengan semangat Malaysia sebagai negara majmuk.
Puan Speaker, dalam landskap ekonomi hari ini memiliki rumah bukan lagi semudah generasi terdahulu. Kenaikan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi menjadikan ramai anak muda lebih cenderung untuk menyewa berbanding membeli. Jadi pada masa yang sama, kita harus sedar bahawa rumah bukan sekadar aset tetapi adalah satu keperluan asas.
Jadi sebagai Presiden UN-Habitat, Malaysia harus menunjukkan kepimpinan dalam menyediakan penyelesaian perumahan yang inklusif dan juga sejajar dengan realiti semasa.
Negara kini sudah berada pada tahap 77 peratus pemilikan rumah. Jadi, adakah aspirasi kerajaan untuk meningkatkan tahap ini selaras dengan perubahan trend semasa dalam kalangan generasi muda yang lebih memilih untuk menyewa kediaman sehingga mencapai tahap kewangan kukuh sebelum membeli rumah ataupun hartanah. Jadi, apakah perancangan kerajaan dalam mempertingkatkan skim sewa untuk beli ataupun rent to own dengan izin, terutamanya kepada golongan muda dan juga berpendapatan sederhana atau rendah di bandar. Selaras dengan komitmen negara sebagai Presiden UN-Habitat, penyediaan perumahan kepada rakyat haruslah inklusif, mampu milik dan mencukupi.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya berkata terus teranglah. Ekonomi kreatif negara kita berada dalam keadaan yang menyedihkan. Bukan kerana kita kekurangan bakat, tetapi kita terus gagal menghargai mereka yang menjadi jiwa dan juga suara negara kita. Jadi, apa itu kreatif ekonomi? Ia bukan sekadar muzik, filem, seni reka, sastera ataupun teater. Ia adalah naratif bangsa, jenama sebuah negara. Dan secara global, sektor ini bernilai lebih dari USD2.25 trilion. Tapi di Malaysia?
Jadi, lihat saja kes terbaharu Amir Raja Lawak. Bertahun-tahun menghiburkan rakyat Malaysia, namun terpaksa merayu secara terbuka di media sosial kepada Awesome TV agar melangsaikan tunggakan bayaran RM18,000. Ya, kenapa sampai merayu? [Sambil menunjukkan sehelai kertas] Kerana ayah beliau sedang bertarung dengan kanser usus tahap kritikal. Kata-kata beliau cukup meruntun jiwa, “Ini soal hidup dan mati abah saya.” Jadi, di mana keadilan? Di mana perlindungan untuk artis kita? Kenapa kita perlu terus mengejar hak ataupun mereka dengan izin, mengejar hak yang sepatutnya diberikan dengan adil. Jadi, pemuzik dibayar dengan pendedahan. Penulis dipandang sebelah mata.
Pembikin filem-filem indie, kita tenggelamkan dalam birokrasi dan juga polisi wajib tayang yang agak berat sebelah. Kebanyakan mereka bekerja secara gig tanpa KWSP, tanpa SOCSO, tanpa jaringan keselamatan. Namun, kita berani panggil mereka budaya dan warisan kita.
Cuba tengok Korea bangunkan pengaruh global melalui…
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Bukit, Bukit Bendera. Boleh Puncak Borneo nak minta celahan sikit?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Okey, silakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Bukit Bendera. Saya mendengar tadi mengenai penglibatan para pemain seni kreatif ini dan saya amat terharulah mendengar Amir The Gimmick yang memohon kepada publik untuk meminta bantuan dan sumbangan.
Jadi, kita melihat di dalam industri gig kerajaan telah menetapkan supaya mereka ini mencarum untuk masa depan mereka. Jadi, saya merasakan bahawa dalam industri kreatif ini mungkin kerajaan juga boleh mewajibkan pemain-pemain industri ini untuk mencarum ataupun menyimpan supaya mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah dan terjamin.
Apa pandangan Bukit Bendera mengenai perkara ini?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya setuju dan saya harap apa yang telah dikatakan dapat dimasukkan juga dalam perbahasan. Terima kasih.
Jadi, kalau kita tengok Korea bangunkan pengaruh global mereka melalui K-pop, K- drama. Indonesia pula melabur besar dalam seni. Thailand dapat lonjakan pelancongan luar biasa kerana siri HBO, The White Lotus. Ini bukan soal nasib tapi soal strategi. Kesan kepada ekonomi, lonjakan permintaan pelancongan sehingga 300 peratus suntikan berjuta-juta Ringgit ke ekonomi tempatan. Thailand tawar rebat sehingga 30 peratus. Vietnam pula sedang memikat Bollywood. Jadi, Malaysia di mana?
Sudah tiba masa kita lebih agresif. Wujudkan pakej menarik untuk pemuzik antarabangsa rakam lagu di sini, guna studio kita, tidur di hotel kita, belanja di komuniti kita, pasarkan lokasi kita sebagai tapak penggambaran yang terbaik di rantau. Kerajaan sering kata mahu cipta peluang, kerja pendapatan tinggi. Ini dia, industri kreatif adalah pekerjaan masa depan. Mahir, berkait rapat dengan teknologi, kompetitif di peringkat global. Tapi dasar kita masih lagi terperangkap di masa silam. Jadi, jika kita mahu Malaysia maju, bukan sahaja dari segi ekonomi, tapi dari segi jiwa dan budaya, kita kena lindung para pencerita kita, ya.
Kalau seni kita diketepikan, bangsa kita akan hilang jati dirinya. Jadi, Puan Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Ya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, sikit saja?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Boleh, sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ha, okey. Tadi YB Bukit Bendera ada menyebut tentang pemain industri kreatif dan sebagainya dan juga ada sebut tentang wajib tayang, ya. Saya juga dapat maklum balas daripada penerbit filem dan sebagainya tentang wajib tayang ini yang mana walaupun secara niatnya ialah baik tetapi boleh dimanipulasi ataupun ada cara pawagam-pawagam cuba untuk menggunakan wajib tayang itu untuk sebenarnya tidak memberikan peluang kepada terutama sekali filem-filem indie, ya.
Jadi, adakah perlu kita melihat semula wajib tayang ini untuk melihat bagaimana ia boleh benar-benar memberi kesan yang positif supaya orang boleh menonton filem-filem
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
yang mungkin tidak mendapat exposure dengan izin, seperti filem-filem antarabangsa?
Terima kasih.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya setuju dan saya rasa moving forward dengan izin, satu perbincangan series, perbincangan perlu diadakan dengan semua stakeholder supaya dapat ya, dapat menaik, memperkukuhkan lagi polisi tersebut.
Jadi Puan Speaker, saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen tetapi sebagai seorang anak. Kerana RMK13 ini menyentuh satu realiti yang saya alami sendiri iaitu menjaga warga emas. RMK13 mengakui bahawa Malaysia sedang menuju ke status negara menua dan mencadangkan satu ekosistem penjagaan jangka panjang. Tapi dengan jujurnya, kita terlalu fokus kepada hardware, dengan izin. Bangunan, fasiliti tapi kita kekurangan hardware. Kasih sayang, kemahiran dan juga maruah insan.
Jadi, izinkan saya kongsi sebuah kisah ya, seorang wanita bernama Susan yang pernah datang jumpa saya di pejabat saya. Dia telah menghantar ayahandanya ke sebuah pusat jagaan warga emas swasta kerana dia memerlukan penjagaan sepenuh masa. Dari luar, kelihatan kemas, tersusun, kononnya menawarkan jagaan profesional. Tapi pusat itu sebenarnya tidak berlesen. Penjaga yang ada di situ tiada latihan perubatan, tiada empati, tiada pemantauan. Jadi, ayah Susan sering dibiarkan dalam keadaan kotor dan sebuah kemalangan telah berlaku di mana ayahandanya jatuh. Bila Susan dihubungi, nah terlambat, ayahanda dikerjakan ke hospital dan meninggal dunia 48 jam kemudian. Jadi, ini bukan kisah terpencil.
Dianggarkan hampir 80 peratus pusat jagaan warga emas swasta di Malaysia beroperasi tanpa lesen. Pusat-pusat ini mengeksploitasi keluarga yang terdesak dan juga membiarkan penderaan serta pengabaian berlaku secara senyap. Jadi, kita mesti bertindak tegas tetapi penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi.
Kita perlukan sistem untuk menyokong keluarga. Kita perlukan profesional dalam bidang gerontologi. Mereka yang faham keperluan fizikal, mental dan juga emosi warga emas. Warga emas kita layak hidup bukan sekadar lebih lama tetapi hidup dengan bermaruah dalam persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan dijaga dengan penuh hormat. Jika kita gagal menghormati generasi yang membina negara ini, maka kita sudah hilang moral compass kita. Perbaikilah sistem ini sebelum ada lagi ibu dan ayah yang pergi tanpa pelukan terakhir.
Jadi Puan Speaker, poin yang akhir sekali. Keperluan perkhidmatan kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih. Hebat — minta maaf, saya minta, minta.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih.
[Ketawa] Jadi akhir kata, keperluan perkhidmatan kesihatan adalah sesuatu yang perlu diberi keutamaan, terutamanya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, ekoran itu perlunya heart where’s setiap kita untuk melihatnya sebagai satu penempatan yang lebih baik. Jadi, kerajaan juga perlu melihat semula tahap persekitaran kerja yang lebih kondusif terutamanya dalam segmen kejururawatan. Jadi, perlu disegerakan untuk mengurangi jurang nisbah pesakit dan juga jururawat dalam RMK13. Jadi, kepada penjawat awam dan rakyat di luar sana juga perlu tepuk dada tanya iman.
Akhir kata, di bulan kemerdekaan ini, marilah kita renungkan perit jerih orang terdahulu memastikan negara kita ini mengecapi kemerdekaan dan juga meletakkan negara di sebuah tahap yang bagus. Jadi, jangan kita persoalkan apa sudah negara berikan kepada kita, tapi tanya balik diri sendiri apa yang kita berikan kepada negara tercinta kita. Dengan itu, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam MADANI. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Bumi Jeli pemandangannya indah, Penduduknya berbudi lagi bersopan; RMK13 dibentang sudah, Impaknya ditunggu penuh harapan. Daripada naskhah dan risalah RMK13 yang dibentangkan, ia ternampak kemas, teratur dan sarat dengan cita-cita dan pengharapan yang tinggi ke arah pembentukan negara bangsa yang berwawasan menuju negara berteknologi tinggi. Namun, di sebalik itu apakah kelak akan terzahir satu keberhasilan yang berimpak tinggi yang mampu menyentuh setiap denyut nadi rakyat tanpa ada sesiapa yang tertinggal?
Tuan Yang di-Pertua, Jeli amat tertarik untuk mengupas frasa yang tertulis, “Ke arah meningkatkan kemajuan wilayah dan mengukuhkan pembangunan luar bandar.” Jeli menyambut baik dan bersyukur di atas keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kami anak- anak ataupun rakyat di luar bandar. Jeli mahukan kerajaan harus melihat dan mendalami isu ini secara yang lebih mikro bukan hanya sekadar tertulis di atas kertas.
Pembangunan luar bandar hanya akan boleh dipacu jika ia nya mempunyai akses infrastruktur yang lebih baik dari apa yang ada sekarang. Dengan kata lainnya, ia nya mesti mempunyai jaringan jalan raya yang baik, bermutu tinggi dan yang paling penting ia nya paling selamat selain daripada asas-asas lain yang akan saya sebutkan sekejap lagi.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus menerima hakikat. Setakat ini, negeri Kelantan belum mempunyai jaringan jalan raya yang boleh disamatarafkan sebagai lebuh raya seperti
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Lebuhraya PLUS, KESAS, ELITE, LEKAS dan lain-lain. Saya boleh senaraikan jalan-jalan raya utama di Kelantan yang menghubungkan Kelantan dengan negeri lain iaitu Jalan Raya Timur–Barat iaitu melalui daripada Pasir Puteh–Gerik melalui Jeli, jalan raya Kota Bharu ke Kuala Terengganu melalui Pasir Puteh, jalan raya Jeli–Gua Musang–Bentong melalui Dabong, jalan raya Kota Bharu–Kuala Krai–Gua Musang–Bentong, belum siap sepenuhnya.
Walaupun di dalam pembentangan RMK13 tidak disebut tentang nasib masa depan jalan-jalan yang saya sebutkan tadi, Jeli berharap kerajaan terus memberi pertimbangan ke arah matlamat nyata dalam RMK13 iaitu mengukuhkan pembangunan luar bandar dan keseimbangan antara wilayah. Penekanan yang sehabis baik haruslah ditumpukan kepada Jalan Raya Timur–Barat.
Setiap kali saya mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini, isu jalan raya ini tidak pernah saya tinggalkan. Kali ini, buat kesekian kalinya saya merayu dan memohon. Tolonglah, laluan ini perlu sangat-sangat di-upgrade-kan. Ia perlu kepada pelebaran, tambah perabot-perabot jalan yang sesuai, permukaan jalan yang smooth dan rata, lampu jalan, garisan putih tepi dan tengah, papan tanda amaran keselamatan serta guardrail yang bersesuaian dan selamat.
Benar sekali, akan pepatah “sudah terhantuk baru tengadah”. Selepas berlakunya kemalangan bas persiaran di Kilometer 53, Jalan Raya Timur–Barat yang meragut nyawa 15 pelajar pada jam 1 pagi, hari Isnin, 9 Jun 2025 menyedarkan kita semua, betapa perlunya di sebelah timur ini satu sistem jaringan jalan raya yang baik dan selamat untuk menghubungkan Timur–Barat Semenanjung.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sekarang ini telah selesai memasang sebanyak 385 unit lampu solar jalan dan telah berfungsi di tempat yang strategik dan berisiko. Saya difahamkan kesemua 385 unit ini dipasang di sepanjang laluan sebelah negeri Perak iaitu Gerik. Maka demikian, Jeli juga memohon agar pemasangan lampu solar jalan ini dibuat juga, dipasang juga di laluan yang berada di sebelah Kelantan iaitu di Jeli ke sepadan Perak. Ia nya perlu dibuat seawal mungkin demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Jika hasrat untuk mengoptimumkan potensi pembangunan di kawasan yang kurang membangun seperti Kelantan, sewajarnyalah dan Jeli amat berharap dan sentiasa berharap.
“Arak-arak kelapa puan, tidak puan kelapa Bali, harap-harap kepada tuan, tidak tuan siapa lagi?” Jalan Timur ini mesti dinaiktarafkan sebagai lebuh raya setaraf ataupun setara dengan lebuh raya lain seperti yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, kesaksamaan dan keseimbangan pembangunan antara wilayah tidak hanya diukur daripada kemudahan infrastruktur, tetapi juga ia melangkaui asas atas kualiti insan. Insan yang berkualiti lahir daripada sistem pendidikan yang juga berkualiti.
Tanpa prejudis kepada usaha-usaha kerajaan yang sedang dilakukan sekarang ini, kita harus mengakui bahawa kemudahan pendidikan formal di kawasan luar bandar masih lagi terbatas.
Sekolah daif, bangunan daif masih lagi wujud di luar bandar. Akses Internet masih tersekat-
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
sekat, bahkan ada yang tiada langsung. Makmal komputer yang usang tanpa bekalan kemudahan pendingin hawa.
Dalam keadaan situasi di atas, Jeli merasakan agak sukar untuk kita melahirkan anak-anak generasi masa depan negara yang berpendidikan, mempunyai nilai kerohanian dan jati diri yang teguh. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan proaktif sama ada menaik taraf kekurangan yang disebutkan tadi ataupun membina lebih banyak Sekolah Berasrama Penuh. Jeli berharap sehubungan itu dan memohon agar kementerian dapat mempertimbangkan supaya dibina sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Berasrama Penuh di Jeli. Tapak telah tersedia, hanya menunggu kelulusan bajet sahaja.
Negara kita mengimpikan rakyat yang berkualiti hidupnya. Apakah kayu ukur ataupun penanda aras terhadap kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat? Antaranya, dapat diukur melalui kos sehari hidup, tahap kemiskinan, pendidikan, perumahan dan seumpama dengannya. Dalam hal ini, Jeli ingin menumpukan atas faktor perkhidmatan kesihatan.
Di bawah RMK13, sektor kesihatan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion. Ke arah meningkatkan mutu kesihatan penduduk luar bandar, saya memohon kerajaan dapat menoleh sebentar melihat kepada keadaan hospital daerah Jeli. Hospital ini tidak hanya menerima pesakit dari Daerah Jeli, tetapi juga menerima pesakit-pesakit dari daerah yang berjiran, seperti di Daerah Tanah Merah dan juga Daerah Dabong. Malangnya, hospital ini ketiadaan doktor pakar. Patut dan sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa, diletakkan seorang doktor pakar di hospital ini.
Demikian juga di klinik-klinik kesihatan yang usang dan lama, umpamanya di Klinik Kesihatan Batu Gajah yang lokasinya sekarang sudah tidak sesuai, perlu sekali ia dipindah ke tapak lokasi yang baru yang punya kawasan parking yang lebih bersesuaian dan selamat di samping bangunan kemudahan yang lebih advance.
Selaras dengan begitu utama Kerajaan MADANI ini untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat ialah memastikan akses kepada penggunaan air yang bersih.
Namun begitu, komuniti luar bandar dan pedalaman seperti Jeli tidak selalu mendapat sumber air yang bersih. Ada sesetengah penduduk terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk menghubungkan paip kediamannya daripada paip utama. Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2024, negeri Kelantan mempunyai liputan bekalan air terawat paling rendah di Malaysia iaitu pada tahap 73.9 peratus.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Mengikut laporan Astro Awani, 4 Julai 2004, kualiti air terawat di Kelantan tidak mencapai Standard Quality Assurance Program disebabkan masalah operasi, kekangan kewangan, alatan mekanikal dan elektrik yang uzur dan perlu diganti. Maka, tidak hairanlah di Jeli terdapat 38 buah kampung yang masih menggunakan air tandak yang bersumberkan air daripada bukit. Pengoperasian air tandak ini atau lebih dikenali sebagai air graviti ini oleh
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
sebuah jawatankuasa di peringkat kampung di mana pembiayaannya — penyelenggaraan paip-paip ini ialah sumbangan daripada penduduk.
Apakah pihak kerajaan hanya melihat tanpa apa-apa tindakan? Alangkah baiknya jika setiap kampung ini diberi sedikit peruntukan one-off sekadar membantu untuk mereka membaiki paip-paip lama yang telah rosak dan menaikkan taraf tandak-tandak yang pecah setiap musim banjir.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Jeli juga menyambut baik saranan kerajaan di dalam meningkatkan dagangan dengan sub-serantau melalui pertumbuhan segi tiga Indonesia, Malaysia, Thailand (IMTGT).
Sekiranya ini dapat dipertingkatkan, ia nya sekali gus boleh merubah sosioekonomi setempat.
Dalam hal ini, kerajaan boleh memberi pertimbangan untuk mewujudkan zon ekonomi bebas di Bukit Bunga, di mana di sini merupakan pintu masuk ketiga dari Thailand ke Kelantan melalui ICQS Bukit Bunga.
Kedudukan pintu sepadan Bukit Bunga ke Pekan Buketa di Thailand adalah tidak sampai satu kilometer daripada laluan Jalan Raya Timur-Barat dan ini adalah satu lokasi yang amat strategik. Malangnya, walaupun kedudukannya begitu strategik, ia nya telah tidak dimanfaatkan sepenuhnya dari segi pelancongan, perdagangan rentas sempadan dan hubungan sosioekonomi serantau. Malah, isu lapuk yang masih tertunggak di ICQS sampai sekarang tidak diselesaikan iaitu had muatan di atas jambatan dan had muatan di atas jalan tuju daripada Jalan Raya Timur-Barat menuju ke ICQS. Selagi isu ini tidak diselesaikan dan tidak diberi perhatian, selagi itulah kelesuan aktiviti dagangan melalui ICQS ini berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, untuk tempoh lima tahun ke hadapan, kita sudah meletak batu asas yang baik. Risalah RMK13 menggambarkan segala-galanya.
Pembangunan yang lestari, rakyat yang berkualiti. Jeli yakin kita boleh capai dan genggam kejayaan yang kita idam-idamkan itu dengan syarat semua pihak, kerajaan dan termasuk penjawat awam dan semua rakyat mempunyai sepenuh komitmen ke arah itu. “Bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat.” Segala urus tadbir di dalam merealisasikan cita-cita dan impian ini seperti yang saya sebutkan tadi, seperti disebutkan dalam RMK13 ia nya mestilah berlandaskan kepada tata kelola yang telus, berintegriti, bebas daripada sebarang bentuk rasuah, nepotisme dan salah guna kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, Jeli mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Berikut, saya mempengerusi Majlis mempersilakan Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua membenarkan saya membahas RMK13 hari ini. Saya ingin membawa kepada Dewan ini empat perkara. Perkara pertama ialah saya hendakkan rakyat sedar bahawa Kerajaan
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
MADANI amat baik menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat sungguhpun berdepan dengan keadaan kewangan yang amat meruncing.
Saya menyokong usaha Kerajaan MADANI melalui RMK13 untuk membangunkan negara dan menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan kita tahu dalam sejarah Malaysia Kerajaan MADANI lah yang menyediakan jaringan keselamatan yang terbaik sehingga hari ini untuk rakyat Malaysia. Bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat adalah terbanyak dalam sejarah Malaysia. Kerajaan menyediakan bantuan makanan melalui SARA, bantuan kewangan melalui Skim Tunai RAHMAH (STR), meningkatkan bantuan jabatan kebajikan daripada RM800 juta semasa saya mula-mula menjadi Ahli Parlimen pada tahun 2008 ke RM2.9 bilion tahun ini.
Dan juga kita ― kerajaan telah memberikan bantuan permulaan sekolah setiap murid RM150 setiap murid dan juga makanan percuma di sekolah dan kerajaan juga dalam polisinya menaikkan gaji minima kepada RM1,700 dan banyak lagi polisi-polisi yang menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Rakyat mesti bersyukur kerana kerajaan sudi membuat semua ini sungguhpun menghadapi keadaan kewangan yang meruncing dan kesemua di atas ini dapat membantu rakyat menampung kenaikan kos sara hidup mereka.
Rakyat juga mesti sedar apabila gaji dinaikkan untuk rakyat Malaysia, kita mesti bersedia membayar lebih kepada mereka yang memberikan perkhidmatan kepada kita. Ini berlaku di semua negara-negara maju di mana gaji pekerja-pekerja mereka adalah tinggi.
Kalau hendak jimat, terpaksa kita masak di rumah sendiri dan tidak makan di luar dan mencuci motosikal dan kereta sendiri. Polisi kerajaan menaikkan gaji berniat baik supaya bakat-bakat dan rakyat kita akan terus berada di Malaysia untuk kesejahteraan keluarga mereka dan membangunkan negara kita.
Perkara kedua, keperluan menyelesaikan kewangan kerajaan yang meruncing. Ada dua krisis yang saya nampak dan harap kerajaan dapat mengambil langkah-langkah untuk menandingi dua krisis ini. Krisis pertama ialah bayaran hutang kerajaan dan krisis kedua ialah kemampuan kerajaan untuk membayar pencen penjawat awam.
Tuan Yang di-Pertua, trend kenaikan hutang negara lebih dua dekad terkini ini amat membimbangkan kerana kenaikan hutang setiap tahun melebihi daripada pendapatan kerajaan. Belanjawan negara berdefisit berturut-turut selama 27 tahun dari tahun 1998 hingga tahun ini 2025. Peratusan bayaran hutang tahunan berbanding dengan pendapatan kerajaan meningkat setiap tahun dan saya bagi contoh-contoh terkini.
Bayaran hutang tahunan atau debt service charges bagi tahun 2023 adalah RM46.31 bilion atau bersamaan dengan 14.7 peratus pendapatan kerajaan. Dan untuk tahun 2024 bayaran hutang tahunan ialah RM50.8 bilion atau 15.8 peratus pendapatan kerajaan dan untuk tahun ini dianggarkan bayaran hutang tahunan ialah RM54.7 bilion atau pun 16.1 peratus.
Kalau pembayaran tahunan meningkat untuk membayar bayaran hutang pokok ia merupakan sesuatu yang baik. Tetapi dalam kes kita, bayaran tambahan ini adalah untuk
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
bayaran bunga yang bertambah setiap tahun akibat tambahan hutang. Hutang negara sekarang adalah lebih kurang 1 perpuluhan trilion Ringgit. Ini tidak bermaksud kerajaan hanya perlu membayar RM1.5 trilion kerana kerajaan perlu membayar hutang atau faedah ke atas hutang ini.
Saya menganggarkan jumlah bayaran yang di ― perlu dibayar adalah lebih kurang RM2.5 trilion ke RM3 trilion. Dan saya mohon kepada kerajaan agar memberitahu rakyat jelata jumlah sebenar yang perlu dibayar untuk hutang RM1.5 trilion bersama bunga atau faedah yang dikenakan supaya rakyat faham atau tahu tentang keruncingan kewangan negara kita.
Dan saya nak bertanya kepada kerajaan dari manakah kerajaan hendak mendapat RM430 bilion yang hendak digunakan untuk pembangunan di bawah RMK13? Kalau kita tengok Belanjawan 2025 yang berjumlah RM421 bilion, RM335 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion adalah untuk pembangunan, berjumlah semua RM421 bilion. Tapi pendapatan kerajaan dianggarkan hanya RM340 bilion. Ini bermaksud kita ada hanya RM5 bilion sahaja daripada pendapatan untuk pembangunan. Yang bakinya semua mesti kerajaan mengambil hutang baru untuk pembangunan. Jadi, hutang kita jangan terus meningkat. Kalau tidak, kita akan membebankan anak dan cucu kita pada masa depan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Krisis kedua ialah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Pada akhir tahun 2024, dana yang ada dengan KWAP hanyalah RM185.6 bilion. Bayaran pencen sudah berjumlah 40 bilion untuk tahun ini. Dianggarkan akan bertambah kepada 120 bilion pada tahun 2040, 15 tahun dari sekarang. Jumlah yang ada dalam KWAP jelas tidak mencukupi. Kita mahu tahu daripada kerajaan, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menyelesaikan isu pencen ini?
Perkara ketiga untuk bagaimanakah kita hendak menyelesaikan masalah kewangan negara yang meruncing? Kita ada dua cara.
Satu, ialah berbelanja secara berhemah; kedua, ialah untuk menaikkan KDNK ataupun menaikkan lagi pendapatan kerajaan supaya kita dapat menyelesaikan hutang yang bertambah.
Saya bersetuju dengan pendekatan kerajaan dengan whole nation approach.
Menggemblengkan semua rakyat untuk menghadapi cabaran negara kita. Dan ini sangat penting dan kita tidak boleh membenarkan mereka yang memecahbelahkan negara kita dengan isu perkauman, agama ataupun regionalism. Rakyat Malaysia keseluruhannya mesti bersama untuk menangani masalah kewangan yang krisis yang amat serius ini.
Saya berharap orang seperti Pendang ini mesti faham. Janganlah dengki kepada orang-orang Cina dekat Kampung Baru. Dan mungkin Pendang dia tahu orang-orang Cina di Kampung Baru ini memang miskin, sangat-sangat miskin. Jauh lebih miskin daripada orang…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, Yang di-Pertua, point of order.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Bangsa lain. Nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order ini 36(6), sangkaan jahat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan, Pendang ada kata.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia kata Pendang dengki dengan orang-orang Cina.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey nanti bagi saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya rasa ini satu, satu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan, kerana Pendang kata kenapa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Bagi saya selesai peraturan dulu. Okey?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Besut itu saya overrule. Yang Berhormat Beruas teruskan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey. Terima kasih. Saya nak bagi tahu kepada Pendang dan lain-lain orang yang tidak bersetuju kerajaan membantu orang-orang Cina di Kampung Baru.
Ingin saya memberitahu Dewan yang Mulia ini bahawa Kampung Baru ini sebenarnya bukan “Kampung Baru”, nama sedap saja. Sebenarnya ia adalah kem tahanan British. Dan bukan saja orang-orang Cina yang terlibat, orang-orang asli pun menjadi mangsa. Pada tahun 1950, Sir Harold Briggs, Pengarah Operasi Tentera British, pada tahun 1950 telah menubuhkan 450 kem tahanan untuk mengatasi masalah pengaruh komunis dan 470,509 orang telah dipaksa robohkan semua rumah-rumah mereka dan dipaksa ke kem tahanan ini:
400,000 ataupun 80 peratus daripada mereka ini adalah orang Cina dan yang bakinya adalah orang-orang asli.
Saya ingin semua tahu bahawa mereka adalah, mangsa politik dan bukannya berfahaman komunis. Dan pada masa itu kem tahanan ini tiada bekalan air, tiada bekalan elektrik, tiada perparitan dan jamban. Oh maaf, jamban atau tandas. Dulu dikatakan jamban adalah jamban awam di mana ia nya kotor, berbau dan menggunakan sistem baldi: bucket system. Dan kertas tandas adalah, surat khabar lama.
Jadi, dalam keadaan darurat di – sentiasa dilaksanakan dan kawasan itu dipagarkan dengan wayar berduri dengan sentry. Bagaimanakah dalam keadaan ini orang Cina boleh kaya? Mereka memang susah untuk hidup hinggakan ramai: kerana terlalu miskin, ramai anak-anak mereka telah diberikan kepada orang-orang Melayu untuk di anak angkatkan.
Saya sudah nyatakan, saya berterima kasih kepada orang-orang Melayu kerana sudi menganak angkatkan mereka kerana memang orang Cina di kampung-kampung baru sangat susah.
Kerana dalam pada masa itu ada selepas penetapan, orang British telah membakar semua ladang-ladang di persekitaran kawasan itu untuk memastikan orang-orang komunis
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
itu tidak mendapat bekalan makanan. Jadi, untuk menolong rakyat yang susah, yang miskin haruslah kita sokong. Saya anak Kampung Baru.
Saya masih ingat, masa saya kecil saya kata begitulah bertuahnya untuk menjadi orang Melayu. Orang Melayu ada rambutan, manggis, cempedak, durian dan bermacam- macam buah-buahan. Saya anak Kampung Baru tak ada duit untuk membeli buah-buahan itu. Saya juga masih ingat kakak saya dengan 10 sen...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...Membeli satu jagung — baik. Untuk dikongsikan.
Setiap orang diberi 10 gigit saja, bagi 10 biji jagung untuk kongsikan. Walau bagaimanapun, saya tidak rasa miskin kerana apa yang disediakan mencukupi. Jadi, yang saya nak bawakan di sini ialah marilah kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia bersama-sama mengatasi krisis negara kita secara bersama.
Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap, saya nak — bagi saya satu minit Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, seminit.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya berterus terang, ramai orang Cina telah meninggalkan Malaysia kerana diskriminasi kaum, layanan yang tidak adil dan peluang terhad berlandaskan ethnicity. Tidak ada mana-mana orang suka didiskriminasikan.
Sudah sampai masanya, kita menghapuskan diskriminasi supaya semua rakyat Malaysia boleh rasa selesa untuk balik memberikan sumbangan kepada negara kita, memberikan kebaikan kepada negara kita.
Saya bagi dua contoh untuk akhiri, Dato’ Yang di-Pertua. Pencipta USB flash drive atau pendrive, Datuk Pua Khein Seng, baru-baru ini telah balik dari Taiwan, melabur RM100 juta, memindah teknologi RM1 bilion ke Malaysia dan menawarkan gaji minima RM6,000 kepada mana-mana pekerja rakyat Malaysia. Bukankah ini sesuatu yang baik untuk negara kita dan untuk semua kita?
Dan lagi satu contoh, seorang yang bernama Encik Ng Yong Wei, umur 44 tahun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Lagi 30 saat lagi saya tutup.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dah, dari Kuala Sepetang. Beliau telah pun mencipta vertical takeoff and landing aircraft atau flying taxi dengan AI. Kalau rakyat Malaysia sebegini boleh balik ke Malaysia, begitu menguntungkan kita kerana ia akan menjana ekonomi negara kita dan kita semua mendapat manfaat.
Akhirnya, saya one sentence lagi. Akhirnya, saya mohon perkara keempat, projek- projek di bawah ini dalam kawasan saya dapat dimasukkan dalam RMK13.
Nombor satu ialah pembinaan semula Balai Polis Ayer Tawar....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Saya dah bagi Yang Berhormat tiga minit lebih. Duduk Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih, kalau boleh..
[Tidak jelas]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
One sentence.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan dan mudah- mudahan perbahasan kita semua adalah demi manfaat rakyat Malaysia semuanya. Kepala Batas mengambil sedikit ruang untuk menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan sahabat handai almarhumah adik Zara Qairina yang telah pergi meninggalkan kita baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan dikurniakan keadilan kepada Almarhumah, kepada: serta kepada semua mangsa-mangsa penderaan dan buli di negara ini. Sesungguhnya, doa-doa orang yang teraniaya tiada hijab.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama, kualiti pengajian tinggi. Menara gading merupakan tempat di mana para mahasiswa memulakan langkah menuju ke arah kerjaya setelah tamat pengajian. Kualiti pendidikan negara ini berada pada tahap baik, malah komited dalam mencapai pendidikan berimpak tinggi. Apakah rasionalisasi penggabungan perancangan pengajian tinggi dan pendidikan dalam satu pelan untuk RMK13 ini? Mohon penjelasan.
Kepala Batas khuatir akan mengganggu perancangan pusat-pusat pengajian tinggi yang komited dalam melakukan kajian-kajian berdaya saing dalam membantu kerajaan membangunkan suatu sistem ataupun pengetahuan baru demi kesejahteraan rakyat. Apakah terdapat perincian tentang perkara ini? RMK13 dikatakan komitmen kepada penyelidikan berimpak tinggi, pengantarabangsaan universiti, transformasi digital. Namun, di manakah penanda arasnya? Apakah indikator objektif yang akan digunakan untuk menilai sama ada universiti kita sedang maju ataupun mendatar? Adakah kita sedang siapkan pelajar untuk dunia sebenar atau hanya mengejar ijazah ataupun statistik?
Menurut Kajian KRI 2024, menunjukkan hampir 66 peratus graduan memulakan kerjaya dengan gaji di bawah RM2,000 dan ramai tidak bekerja dalam bidang sepadan dengan jenis pengajian mereka. Ini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh para graduan yang bercita-cita dengan penuh aspirasi untuk membina negara ini. Apakah terdapat analisa yang dilakukan oleh pihak MQA terhadap kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi- institusi pengajian tinggi di negara ini?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kita faham bahawa ada kalanya para pelajar seakan terpaksa mengambil kursus- kursus yang mempunyai nilai perjawatan yang rendah demi meneruskan cita-cita. Antara ayat yang sering kita dengar kini ialah sijil, diploma, ijazah hanyalah sekeping kertas dan nilainya hanya untuk temu duga kerja.
Bagi Kepala Batas, persepsi ataupun normalisasi ini wajar dijauhi dan kembalikan membawa para graduan dan bakal graduan ke arah laluan yang lebih baik serta relevan.
Mungkin TVET adalah pemilihan pada ketika ini, namun bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai skil yang berbeza? Kepala Batas mohon agar dasar pengajian tinggi dan pendidikan negara diperhalusi agar tidak memberi beban dan kesan negatif kepada masa depan para graduan yang ada. Anak muda adalah tunjang masa depan negara.
Tuan Yang di-Pertua, pemerkasaan wanita, belia dan juga OKU. Wanita tunjang pembangunan sesebuah komuniti. Jika di rumah mereka merupakan tulang belakang pembinaan unik keluarga yang sejahtera, dalam komuniti pula mereka mampu menggoncangkan dunia. Namun, keberadaan kami para wanita ini ada kalanya masih dikelilingi ancaman keselamatan dan gangguan sama ada secara fizikal dan mental.
Malah, kini seakan ada gaya dan trend melakukan gangguan secara emosi seperti kata-kata lucah, perlakuan melakon gaya seksual terhadap mangsa. Sebagaimana laporan berita bertarikh 20 Disember 2024, menyatakan alumni Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial mendakwa seorang daripada lima penuntut IPT UM pernah mengalami gangguan seksual.
Ini adalah satu perkembangan yang kurang baik, bukan sahaja tahap keselamatan kepada wanita tetapi turut mengancam dalam usaha menjadikan negara ini sihat dari gangguan seksual dan sejahtera untuk semua. Maka, Kepala Batas ingin tahu. Apakah inisiatif kerajaan melalui RMK13 bagi memperkasakan dasar wanita dalam mendepani isu gangguan seksual ini yang semakin risau dan gusar apabila gangguan seksual ini menular ke peringkat sekolah-sekolah? Adakah apa yang berlaku kepada Almarhumah adik Zara turut boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual? #JusticeForZara.
Selain itu, wanita tanpa mengira peringkat umur, masing-masing sering terancam dengan isu keselamatan siber dan eksploitasi digital. Bermula, dengan izin, love scam, body shaming dan pelbagai aktiviti yang seumpamanya dilihat semakin hari semakin banyak.
Kepala Batas hargai usaha daripada kerajaan untuk memerangi aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ini. Namun, Kepala Batas mohon penerangan lanjut. Bagaimana isi RMK ini dapat menangani ancaman terhadap wanita, kanak-kanak serta OKU dengan lebih lanjut?
Kepala Batas melihat RMK13 kurang memberi perhatian tentang kepentingan orang kurang upaya di negara ini berbanding dengan RMK12 sebelum ini. Mohon kementerian senaraikan jumlah penjawat awam dari kalangan OKU di negara ini dengan turut menyenaraikan kedudukan dan jawatan mereka. Adakah sasaran untuk menempatkan jumlah minimum penjawat awam dari kalangan OKU ini telah tercapai? Pasti semua bersetuju
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
dengan sumbangan para OKU ini memainkan peranan yang besar dalam pembinaan negara tercinta ini.
Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan bumiputera. Terma bumiputera bukanlah hanya merujuk pada orang-orang Melayu. Kita sentiasa cakna akan saudara bumiputera kita dari kalangan orang asli dan juga daripada bumi Borneo seperti Iban, Kadazan, Bidayuh, Dusun, Dayak dan lain-lain lagi. Kepala Batas melihat RMK13 ini seakan tiada peruntukan khas dalam memperkasakan kaum bumiputera di negara ini.
Kaum bumiputera yang merentasi agama dan bangsa merupakan komponen penting kepada asas kemenjadian negara ini sejak merdeka dan bergabung pada 16 September 1963 yang lalu dan menjadikan bumi bertuah ini negara Malaysia. Apakah pelan pembangunan dan pemerkasaan bumiputera di negara ini? Kita tidak mahu kedudukan bumiputera hanyalah satu catatan dalam Perlembagaan tapi realitinya, menjadi pengemis di negara ini.
Begitu juga dengan pemerkasaan bahasa Melayu di semua sektor dan peringkat wajar dipertingkatkan. Mengambil contoh negara Indonesia, mewajibkan semua rakyatnya wajib fasih berbahasa kebangsaan tanpa mengira bangsa. Jika dulu bumiputera disediakan peruntukan khusus seperti Dasar Ekonomi Baru, namun apakah visi kerajaan berkenaan peruntukan ini? Mungkin ada yang sinis ingin mengatakan dasar ini hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka menjadi tanggungjawab kerajaan kini untuk mengubah pelaksanaannya. Bukan menyalahkan kelemahan dan kekhilafan pihak lain.
Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Kepala Batas senada dengan pembahas sebelum ini berkaitan isu perumahan.
Perancangan perumahan bagi kaum bumiputera seluruh negara perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan mendesak majoriti rakyat di negara ini. Bukan setakat beri perhatian kepada mereka yang ada di kampung tapi turut diwujudkan di bandar. Jika dulu Almarhum Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua, telah memulakan inisiatif FELDA, maka Kepala Batas mencadangkan inisiatif FELDA ini dikembangkan selaras dengan dasar ekonomi negara.
Jika ketika itu penempatan FELDA memberi fokus terhadap dasar pertanian negara, maka selaraskanlah, selari dengan dasar ekonomi masa ini yang memerlukan bumiputera turut terlibat membina ekonomi negara di kawasan bandar. Tambahan pula, perumahan juga dapat membantu dalam proses membasmi kemiskinan. Seorang bumiputera yang perkasa akan dapat membantu semua yang berada di sekelilingnya tanpa mengira bangsa dan agama.
Tuan Yang di-Pertua, NCER. Semalam Pokok Sena ada membangkitkan isu berkaitan NCIA. Untuk hari ini Kepala Batas ingin membangkitkan pula Program NCER yang merupakan inisiatif yang dibawa oleh Almarhum Tun Abdullah Badawi, yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Kepala Batas. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Kepala Batas ingin tahu, apakah hubung jalin program ini akan diteruskan dalam RMK13 nanti?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kita tidak boleh menafikan keperluan kewujudan program ini yang telah membantu menambah baik ekonomi di wilayah yang disenaraikan. Antara hasil yang dapat kita lihat kini apabila pemerkasaan PMKS dan industri kecil lain, khususnya di Kepala Batas, semakin berkembang dan mempunyai mampu berdaya saing.
Tuan Yang di-Pertua, rumah sebagai medium membasmi kemiskinan. Isu perumahan sangat menekan generasi anak muda masa ini. Kepala Batas sedar akan banyaknya projek perumahan dan pembangunan di seluruh negara merupakan satu usaha untuk menampung permintaan masa ini. Namun, adakah ia menampung keperluan majoriti rakyat marhaen seketika ini?
Jika ya, apakah medium kajian yang digunakan bagi mendapatkan data serta sejauh mana ia dapat membantu golongan rentan seperti miskin tegar dan miskin untuk memiliki rumah? Ada yang menjadi gelandangan bukan kerana tidak mahu bekerja tapi kerana tidak mampu meniti kos untuk membayar sewa rumah dan ada kalanya dilihat semakin tidak terkawal.
Kepala Batas sebagaimana perbahasan sebelum ini, ingin kembali mencadangkan pihak kementerian untuk mengkaji semula proses pelaksanaan Dasar Perumahan Negara yang sepatutnya tidak meminggirkan mereka yang memerlukan rumah, terutamanya mereka yang berstatus miskin bandar. Isu sekumpulan penghuni di perumahan taman rakyat Taman Manggis, Pulau Pinang sebelum ini dihalau suatu ketika adalah antara penanda aras yang perlu difikirkan.
Peningkatan kos sara hidup turut memberikan penekanan: tekanan terhadap kemampuan, kelangsungan hidup di bandar perlu diambil kira. Kelayakan penghuni mestilah dibuat dengan kadar minimum bagi memastikan negara ini tidak meminggirkan mereka yang dilihat dengan miskin bandar.
Tuan Yang di-Pertua, pemerkasaan hal ehwal Islam. RMK13 sewajarnya menjadi penanda aras kepada proses penghijrahan kehidupan yang lebih baik melalui dasar-dasar yang bersifat progresif dan insan melalui yang pertama, hijrah ekonomi seperti mana halalan toyyiban. Menjadi pemangkin peralihan ekonomi digital seperti AI yang boleh menjadi pemantau status halal berasaskan nilai tambah tinggi yang bukan saja menitikberatkan untung rugi, malah turut menitikberatkan kepentingan halal dan haram, termasuklah halalan toyyiban.
Yang kedua, hijrah dari sudut sosial seperti penghayatan ummatan wasatan. Beri fokus kepada kesejahteraan rakyat yang meliputi segenap umur, jantina dan status yang turut melibatkan penerapan nilai-nilai insan, kerohanian serta spiritual untuk menjadikan rakyat mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi seperti mana pengendalian indikator dalam penghayatan ummatan wasatan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang ketiga, hijrah tatakelola. Dasarkan urus tadbir negara dengan jadikan nilai-nilai moral, integriti, amanah, tanggungjawab sebagai intipati memerangi rasuah dan
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
penyalahgunaan kuasa seperti perkenalkan dasar pembangunan jiwa nasional dan modul ihsan profesional kepada semua penjawat awam dan pelajar di sekolah.
Yang seterusnya, hijrah perundangan. Perkasakan mahkamah syariah seperti tingkatkan jumlah pegawai sokongan di setiap negeri, reformasi undang-undang keluarga Islam, perkasakan RUU 355, pelan harmonisasi antara undang-undang syarie dan sivil seperti yang dilaksanakan negara Brunei melalui struktur dwi perundangan yang mantap.
Tuan Yang di-Pertua, Islam menganjurkan kesederhanaan yang bermaruah dan bukan mengambil sikap berkecuali tanpa berprinsip. Kepala Batas sekeras-kerasnya menolak normalisasi budaya songsang dan apa jua yang bertentangan dengan Islam.
Penghayatan bukan sekadar slogan malah ia adalah amanah untuk menjadi penimbang nilai global.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak. Dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, RMK13 usah menyimpang, utamakan rakyat, jangan tersalah ruang. Jangan jadi alat memperkayakan golongan. Biar Islam pimpin, dasar pun gemilang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kepala Batas. Saya persilakan berikutnya, Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera pada sidang Dewan. Terima kasih diucapkan atas peluang telah diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.
Tuan Yang di-Pertua, antara elemen penting dalam RMK13 adalah untuk menangani kos dan tekanan sara hidup. Saban tahun harga barang dan kos sara hidup semakin meningkat, tidak setara dengan penambahan pendapatan.
Saya ingin mencadangkan kerajaan mempertimbangkan penubuhan semula inisiatif kedai rakyat dengan penjenamaan baru sebagai kedai madani, iaitu satu platform kedai runcit nasional berkonsepkan harga mampu milik, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.
Penjenamaan semula ini harus didasari dengan prinsip satu negara, satu harga, yang memastikan barangan asas ditawarkan pada harga seragam di seluruh negara bagi membolehkan setiap rakyat dapat membeli barangan pada harga yang lebih adil, di samping menangani ketidakseimbangan kos sara hidup antara wilayah.
Kedua, saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan peruntukan khas kepada koperasi di seluruh negara untuk membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam keseluruhan rantaian bekalan makanan daripada huluan sehinggalah ke hiliran yang merangkumi aspek pengeluaran hasil pertanian dan ternakan, pemprosesan dan
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
pembungkusan, logistik dan pengangkutan dan pengedaran dan jualan langsung di kedai runcit milik koperasi.
Dan, melalui pendekatan ini, saya fikir kos pengantaraan dapat dikurangkan, rantaian bekalan dapat dipendekkan dan barangan boleh dijual terus kepada pengguna pada harga yang lebih rendah tanpa menjejaskan kualiti atau margin pendapatan petani dan pengeluar.
Lebih penting, keuntungan yang dijana melalui penglibatan koperasi ini akan dikembalikan semula kepada ahli dalam bentuk dividen tahunan, sekali gus memperkukuh struktur ekonomi komuniti akar umbi dan memperluas pemilikan kekayaan secara kolektif.
Tuan Yang di-Pertua, isu keperluan autopsi terhadap bayi dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, termasuk bayi baru lahir yang meninggal dunia tanpa unsur jenayah, wajar dikaji semula dengan penuh berhemah dan berasaskan prinsip kemanusiaan, kesihatan awam serta hak asasi keluarga. Dalam keadaan di mana polis sudah membuat siasatan tiada sebarang unsur jenayah, keperluan untuk menjalankan bedah siasat wajar diberi kelonggaran. Ini penting bagi mengurangkan beban emosi yang ditanggung oleh waris, di samping menghormati sensitiviti agama dan juga budaya setempat. Selain itu, mungkin teknologi pengimejan seperti MRI dan CT Scan post-mortem wajar dipertimbangkan sebagai alternatif kepada perubatan forensik yang lebih lestari.
Maka, besar harapan saya agar Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan PDRM dapat mengkaji semula keperluan autopsi menyeluruh bagi kes-kes kematian bayi atau kanak-kanak yang tidak melibatkan unsur jenayah.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu adik Zara Qairina. Saya menyeru agar semua pihak khususnya mereka yang di luar sana agar bertenang dan tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman melalui netizen journalism dan trial by social media. Isu membabitkan adik Zara Qairina wajar ditangani secara berhemah, penuh empati dan berlandaskan fakta, bukan persepsi semata-mata.
Selain itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu tampil ke hadapan membantu meredakan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan menenangkan dan bukannya menekan pihak sekolah yang sedang bergelut dengan tekanan awam. Warga pendidik dan murid-murid perlu dilindungi, dihormati dan diberi ruang, bukan dijadikan kambing hitam.
Lebih membimbangkan, dalam satu kes lagi, apabila seorang pelajar menumbuk guru baru-baru ini, seorang guru yang merakam kejadian pula ingin dihukum. Di mana rasionalnya? Jangan biarkan logik kita dikaburkan oleh desakan media sosial.
Dalam masa yang sama, saya ingin mengambil ruang mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pimpinan YB Menteri Pendidikan di atas sokongan serta motivasi yang sangat-sangat diperlukan dalam saat genting ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap keperluan mendesak untuk melaksanakan projek Southern Link Grid, Sabah bagi memperkukuh sistem penghantaran grid di Sabah melibatkan pembinaan talian
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
penghantaran sepanjang 330 kilometer bermula daripada Sipitang ke Tenom dan seterusnya ke Kalabakan dan ke Tawau. Perkara ini penting kerana ramai rakyat Sabah yang belum menikmati bekalan elektrik yang stabil dan menyeluruh meskipun ianya merupakan keperluan asas yang amat kritikal.
Sehubungan itu, saya mohon agar kementerian yang terkait dengan perkara tersebut dapat dilibatkan secara aktif melalui suntikan dana strategik, perkongsian kepakaran teknikal dan pemindahan teknologi grid pintar agar projek ini dapat segera dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh isu berkaitan pelaksanaan majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru di negara kita. Majlis konvokesyen pada tahun ini diadakan di Bangi Avenue Convention Center dan pada tahun lepas diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pelajar-pelajar IPG di seluruh negara merangkumi lebih kurang 27,000 setahun dengan empat IPG terletak di Sabah dan empat IPG di Sarawak. Namun, terdapat rungutan ramai graduan IPG dari Sabah dan Sarawak terpaksa memikul beban kewangan yang tinggi melibatkan kos penerbangan, penginapan serta perbelanjaan lain untuk menghadiri majlis konvokesyen yang seharusnya menjadi detik kemuncak kejayaan mereka.
Justeru itu, saya mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel menerusi pelaksanaan majlis konvokesyen di Semenanjung dan secara bergilir di Sabah ataupun Sarawak dengan memberi opsyen kepada pelajar untuk memilih lokasi yang lebih praktikal dan lebih lestari mengikut kedudukan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan juga berkenaan status pencalonan DaMaI Rainforest Landscape. DaMaI Rainforest Landscape ini merangkumi hutan simpan Danum Valley, Maliau Basin dan Imbak Canyon sebagai tapak warisan dunia di bawah UNESCO. Saya mencadangkan agar proses pencalonan rasmi DaMaI Rainforest Landscape disegerakan dengan kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan dan juga agensi yang berkaitan. Sekretariat khas ditubuhkan bagi menyelaras dokumentasi pematuhan kriteria UNESCO serta pelan pengurusan jangka panjang dan penglibatan aktif komuniti tempatan, NGO dan institusi penyelidikan dalam penyediaan dan pengurusan tapak secara inklusif.
Justeru itu, permohonan ini tidak harus dilihat dari sudut pandang lensa cukai semata-mata, tetapi perlu dilihat dari sudut yang lebih luas iaitu kesejahteraan ekonomi di luar bandar Sabah, peluang pekerjaan, anak-anak tempatan dan daya perusahaan.
Tuan Yang di-Pertua, daripada 1,400 penjawatan baharu untuk Hospital Tawau, 30 persen jawatan pun sukar diisi ya, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Penjawatan di Hospital Tawau ini perlu segera diisi untuk memastikan hospital ini bergerak atau berfungsi dengan keadaan yang optimum.
Jadi, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan jawatan- jawatan tersebut dapat diisi dengan segera, waktu menunggu sub-kepakaran untuk kawasan
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
pedalaman dipendekkan kepada enam bulan. Jadi, doktor itu boleh dapat doktor pakar dengan lebih segera kalau mereka ingin berkhidmat di kawasan pedalaman.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Yang kedua, insentif pedalaman diwujudkan untuk kawasan di pantai timur Sabah seperti di Sandakan, di Lahad Datu dan Tawau sebagai contoh, di mana masih kurang lagi doktor-doktor pakar untuk hospital di kawasan tersebut.
Seterusnya peralatan, kekurangan peralatan dapat diselesaikan dengan segera.
Sebagai contoh peralatan X-ray, ultrasound scanner yang tidak ada. Dan dengan adanya penambah-penambahbaikan ini, sudah pasti ia akan menarik minat ramai lagi MO dan perjawatan-perjawatan lain untuk mengisi kekosongan ini. Walaupun Hospital Tawau, blok baru itu telah dibuka tetapi masih ada kurangnya perjawatan untuk mengisi ruang kosong tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang untuk memohon pihak kerajaan dalam RMK13 ini untuk menyegerakan beberapa projek berteraskan rakyat di daerah Kalabakan dan Tawau seperti Jambatan Kampung Budaya ke Kampung Lokbon sangat mendesak sekarang ini, yang menghubungkan kedua-dua tempat tersebut untuk mengurangkan kesesakan.
Jalan Bypass Jambatan Putih ke Jalan Tiku, projek perumahan rakyat baru di daerah Tawau dan Kalabakan, sekolah-sekolah menengah kebangsaan agama yang menjadi keperluan, Empangan Cinta Mata, Loji Rawatan Air Felda Umas, Klinik Kesihatan Sungai Tamang, Sekolah Kebangsaan Perdana. Projek membina jalan dari Kampung Sungai Melayu ke Kampung Sungai Pukul dan jalan daripada Kampung Sungai Pukul ke Kampung Sungai Bergosong yang sekarang ini tengah berjalan tetapi perlu disegerakan untuk memastikan penduduk setempat dapat menikmati akses yang menjamin bukan sahaja pendidikan, kesihatan dan keperluan asas di kawasan-kawasan luar bandar yang masih menghadapi kekangan daripada segi infrastruktur.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini ya untuk mencadangkan, mungkin pemakaian batik seharusnya sudah diarusperdanakan. Mungkin bukan hanya setiap hari Khamis kita perlu pakai tetapi mungkin setiap hari sudah, untuk ya lah, kita kena sokong juga kita punya industri batik tempatan, baju kebangsaan pun boleh juga dan menyokong legasi turun-temurun dan seterusnya kita menyahut seruan untuk mengurangkan global warming ini.
Dan yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengangkat satu permohonan daripada Sabah Timber yang mewakili industri yang menjadi nadi kepada pembangunan luar bandar, tenaga kerja tempatan dan kelestarian sumber asli Sabah iaitu berkenaan penguatkuasaan cukai jalan dan cukai jualan dan perkhidmatan SST yang didapati kurang mengambil kira realiti operasi industri kayu di Sabah.
Pertama, bagi menjamin kemampanan industri dan kestabilan operasi industri kayu, ia nya bukanlah mudah ya, sebaliknya memerlukan masa yang panjang untuk melalui proses
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
pengeringan kayu secara kiln drying, pematuhan kepada spesifikasi pasaran antarabangsa dan penjadualan eksport yang kompleks.
Justeru, syarat eksport dalam tempoh enam bulan sepatutnya dilanjutkan atau dipermudah secara automatik bagi mengelakkan implikasi SST yang membebankan industri.
Seterusnya, bagi menggerakkan ekonomi hijau dan teknologi tenaga baharu, ya sisa kayu atau waste wood yang selama ini dianggap sebagai bahan buangan, boleh dijadikan bahan asas dalam pengeluaran tenaga biomass. Malangnya, pengenaan SST terhadap bahan ini telah menyekat pertumbuhan kilang pemprosesan biomass. Jadi, kita harap kadar SST untuk industri ini mungkin boleh dinilai semula.
Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan, saya mohon agar setiap perkara telah dibahaskan dan disampaikan oleh saya sebentar tadi dapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan sebagai nilai tambah untuk pelaksanaan RMK13 ini. Akhir kata, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.
Pembahas yang terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Lawas.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Lawas untuk turut membahaskan RMK13.
Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Khamis, 31 Julai 2025 amat dialu-alukan oleh rakyat jelata. Saya mengucapkan tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI di atas keprihatinan terhadap keperluan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih penting, segala perancangan yang terkandung di dalam RMK13 dapat direalisasikan dengan jayanya dan bukan setakat pengumuman di atas kertas atau retorik sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah melalui 12 rancangan dan sekarang kita masuk ke rancangan yang ke-13. Dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini, kita mendengarkan keluhan Ahli-ahli Parlimen dari setiap kawasan khususnya dari kawasan luar bandar, mengenai kurangnya kemajuan dan pembangunan di kawasan masing-masing dan menyeru kepada Kerajaan MADANI ‘mempertekadkan’ usaha untuk membawa pembangunan yang saksama dan seimbang ke seluruh kawasan.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Lawas juga tidak terkecuali menerima nasib yang sama seperti mana disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua, disebabkan keperluan mendesak untuk mengimbangi pembangunan di semua kawasan, saya mencadangkan kepada kerajaan agar peruntukan pembangunan bagi setiap RMK diagihkan sama rata kepada semua kawasan Parlimen yang
Dato Henry Sum Agong - Lawas
memerlukan dengan melibatkan terus Ahli-ahli Parlimen dalam kawasan tertentu. Projek yang diluluskan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan mengelakkan kelewatan dan lambatnya pelaksanaan projek yang telah diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua, berlaku kelewatan, gagal dan ada pula projek yang dikategorikan sakit. Puncanya harus dikenal pasti. Selain ketidak kemampuan kontraktor yang dilantik, lazimnya kontraktor asal ini melantik ramai subkontraktor sehingga subkontraktor terakhir tidak mempunyai profit margin dengan izin, menyebabkan projek ditangguh sehingga tempoh tamat. Dalam keadaan sedemikian, apabila projek tersebut diangkat semula untuk di-tender selepas bertahun-tahun kemudian peruntukan siling projek tidak mencukupi disebabkan harga barang binaan meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan sesuatu projek kerajaan mempunyai pengalaman mencukupi dan kemampuan dari segi kewangan dan kontrak tersebut haruslah diberikan kepada kontraktor daripada kawasan berdekatan untuk tujuan memudahkan pemantauan dan pengawalan projek. Bagi negeri Sarawak, setiap projek yang telah diluluskan harus dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. Jika tidak, kegunaan tapak tanah akan dimansuhkan mengikut dasar kerajaan negeri yang ada sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Parlimen Lawas terdapat banyak kekurangan dan peningkatan yang perlu dilakukan dalam bidang pendidikan. Bermula dengan pendidikan awalan kanak-kanak di kawasan pedalaman yang memerlukan bangunan sekolah seperti tadika KEMAS dan guru yang mencukupi. Di peringkat sekolah rendah, bangunan sekolah dan rumah kediaman guru yang usang dan daif perlu mendapat perhatian khusus agar memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pelajar dan guru.
Contoh, sebuah projek sekolah di SK Long Sukang yang sekian lama tidak dijalankan dan dikategorikan sebagai projek sakit. Yang kedua, SK Siang-Siang yang perlu dipindah ke kawasan tanah tinggi akibat sering dilanda banjir setiap hujan turun, belum ada tanda-tanda projek tersebut dimulakan.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Sementara di peringkat SMK, sebuah bangunan baru menggantikan bangunan yang terbakar perlu disegerakan. Tuan Yang di-Pertua, berlaku kelambatan dan lewatnya pengisian jawatan kosong guru di sekolah-sekolah termasuk di peringkat SMK yang semestinya mengakibatkan kemerosotan prestasi murid dan pelajar. Baru-baru ini, berlaku kekosongan jawatan pengetua sekolah di tiga buah SMK di Daerah Lawas dalam tempoh yang agak lama. Saya menyeru agar kejadian sedemikian tidak akan berulang lagi.
Dalam bidang kesihatan, saya merayu kepada kementerian supaya memastikan pelaksanaan bangunan hospital baharu Daerah Lawas dapat siap pada hujung tahun ini agar dapat beroperasi pada awal tahun hadapan. Selain itu, saya mohon agar pegawai perubatan atau doktor ditambah, termasuk pakar di Hospital Lawas. Ini akan mengurangkan rujukan pesakit tenat ke Hospital Daerah Limbang, Miri dan Kota Kinabalu, Sabah. Sehubungan
Dato Henry Sum Agong - Lawas
dengan keperluan penghantaran pesakit keluar daerah ini, saya bagi pihak Hospital Lawas, mohon ditambah kenderaan ambulans untuk kegunaan di Hospital Lawas.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar sebuah bangunan klinik yang baru dilaksanakan di satu kawasan tanah tinggi menggantikan klinik yang ada di Daerah Kecil Sundar yang sering dilanda banjir setiap hujan turun.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Persekutuan di atas persetujuan dan kelulusan projek mega yang akan dilaksanakan di Parlimen Lawas iaitu sebuah lapangan terbang baru, port laut dalam dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Di samping itu, infrastruktur jalan dari Ba’kelalan ke sempadan Indonesia, Murud. Dari — dari sebuah jalan Murud Suang. Dari Murud Suang ke Long Tengoa dan SSLR juga diluluskan.
Hakikatnya, satu kerjasama yang baik wujud di antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan, di mana peruntukan yang diperlukan untuk melaksanakan projek tersebut di atas dikongsikan bersama oleh kedua-dua kerajaan. Persoalannya, bilakah Kerajaan Pusat reimburse dengan izin, perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Sarawak?
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Lawas dengan kedudukan geografinya yang agak unik, perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan agar tidak ketinggalan jauh dan mendapat keseimbangan dari segi kemajuan dan pembangunan agar imej Kerajaan MADANI disegani oleh rakyat jelata. Sekian, saya menyokong RMK13.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Lawas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 7 Ogos 2025.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.54 malam]