Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Sebelum kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, saya ingin mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua murid, head boys and head girls, daripada seluruh Kedah yang berada di galeri. Selamat datang.
[Tepuk] Ini ialah program Parlimen yang membawa ketua murid ke Parlimen untuk melihat apa yang berlaku.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, minggu lepas kita dah bawa Perlis dah, hari ini Kedah pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ha, ini kita beritahulah ni, sedang bagi tahu, saya sedang maklumkan kepada mereka. Ahli Parlimen, ini semua dari Kedah ya. Baik, kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Yang Berhormat Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong. Silakan.
1. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong]: Terima kasih Tan Sri Speaker.
Batang Sadong minta Perdana Menteri menyatakan, penjelasan mengenai peranan Malaysia dalam usaha menjayakan rundingan perdamaian dan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang mencapai kata sepakat untuk menghentikan konflik sempadan antara kedua negara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Batang Sadong.
Saya tidak akan mengulangi apa yang telah diumumkan sebelum ini tentang kesediaan Perdana Menteri kedua-dua negara dan kerajaan, Kemboja dan Thailand untuk
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
menyelesaikan ketegangan dan perseteruan terutama yang melibatkan aktiviti ketenteraan di sempadan bersama, kerosakan harta benda, pengorbanan lebih 50 nyawa dan juga pemindahan yang melibatkan sekitar 150,000 penduduk di Kemboja dan juga di Thailand.
Hari ini, ketua-ketua tentera, khususnya jeneral yang terlibat di sempadan ada di Kuala Lumpur, diselaraskan oleh Kerajaan Malaysia dan kita memberi penghargaan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang bantu menyelaraskan pertemuan ini dan kita mengharapkan beberapa titik pertemuan yang diselaraskan oleh Malaysia dapat dimeterai sebelum 7 hari bulan atau pada 7 hari bulan kerana pada 7 hari bulan, Menteri-menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand akan bersama untuk mencapai kesepakatan dan mudah- mudahan ada penyelesaian muktamad.
Sekurang-kurangnya menghentikan atau meneruskan gencatan senjata, menjamin tidak ada lagi pelanggaran peraturan, termasuk di kawasan-kawasan sempadan yang dipertikai. Jadi, kita ucap tahniah juga kepada Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan yang membantu dalam hal ini.
[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, kejayaan ini adalah kerana kejayaan kementerian- kementerian, pasukan tentera Malaysia dan kerjasama yang diberikan oleh semua negara- negara ASEAN. Saya telah menghubungi semua Perdana Menteri, Presiden dan Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei, memohon mandat dan memberi dukungan. Kesemua mereka bersetuju mengutuskan Atase Pertahanan mereka untuk terus memantau.
Dalam mesyuarat di Kuala Lumpur, Atase Pertahanan Malaysia yang menyelaraskan bersama Atase Pertahanan ASEAN. Kedua-dua Amerika Syarikat dan negara China akan hadir sebagai pemerhati sahaja, tapi ini inisiatif Malaysia yang didukung sepenuhnya oleh ASEAN dan kita berdoa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan ada pencapaian kesepakatan dan penyelesaian muktamad kerana ini bukan sahaja menjejaskan hubungan dua negara, tetapi menjejaskan nama baik ASEAN .
Tan Sri Yang di-Pertua, ASEAN ini bangga, alhamdulillah kerana rantau ini kita telah uar-uarkan sebagai rantau — di antara rantau yang paling aman di dunia dan pertumbuhan ekonomi yang paling rancak di dunia. Jadi, segala masalah ini harus cuba diselesaikan secara muafakat dan setakat ini kita ucap terima kasih kepada kedua-dua Kerajaan Kemboja dan Thailand yang nampak sangat positif untuk mencapai penyelesaian muktamad.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Perdana Menteri atas penjelasan yang begitu membanggakan negara, khususnya dalam konteks Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini. Malah semalam, pihak pembangkang turut menyatakan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri [Tepuk] atas kejayaan yang kira bersejarah tersebut.
Soalan tambahan saya adalah, adakah kerajaan merancang untuk menggunakan saluran ASEAN, khususnya melalui ASEAN Regional Forum (ARF) ataupun ASEAN Political- Security Community bagi memastikan konflik sempadan Thailand-Kemboja ini tidak berulang
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
dan apakah manfaat strategik dan diplomatik yang bakal diperolehi oleh Malaysia daripada penglibatan aktif dalam perundingan ini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Batang Sadong. Saya ucap juga terima kasih kepada semua rakan-rakan dalam kerajaan dan juga pembangkang yang memberi sokongan kepada Kerajaan Malaysia dan inisiatif Kerajaan Malaysia yang diiktiraf. Dan saya telah tegaskan, ini berlaku kerana kerjasama yang diberikan oleh kementerian-kementerian, termasuk Panglima Angkatan Tentera dan juga kerjasama dengan negara ASEAN yang memberikan mandat kepada kita dan dukungan yang diberikan juga oleh Amerika Syarikat dan negara China.
Dan yang berikutnya, kita memutuskan untuk menyerahkan sepenuhnya keputusan hala tuju berikutnya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan (GBC) yang sekarang sedang berlangsung dan akan berakhir dengan kehadiran dua-dua Menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand. Mereka akan menemui saya sebelah pagi itu dan kemudian meneruskan mesyuarat. Harapnya dapat dimuktamadkan pada 7 Ogos. Sama ada perlu kehadiran tentera memantau, itu akan diputuskan kemudian.
Setakat ini, keadaan amat terkawal walaupun sangat sensitif dan tegang. Dia tidak mudah bila ada perlakuan pembunuhan dan penembakan. Dia mengambil masa untuk mengurang dan menyejukkan suhu kepanasan dan kemarahan itu. Dan setakat ini, kita ada satelit yang bantu memantau dan mereka telah setuju supaya ini diselaraskan oleh Defense Attaché Malaysia dan Defense Attaché negara-negara ASEAN hanya memantau dari jauh.
Apakah perlu kehadiran, itu akan diputuskan kemudian. Apakah perlu pasukan tetap, itu juga akan diputuskan kemudian oleh negara-negara ASEAN, tetapi setakat ini yang mereka minta hanya Malaysia untuk menyelaraskan, baik dalam pertemuan perundingan hari ini dan sehingga 7 hari bulan ataupun kehadiran Atase Pertahanan ASEAN dengan kehadiran Atase Pertahanan Malaysia di sempadan.
Kerangka sama ada melalui ASEAN Regional Forum atau Security Initiative, itu semua saya fikir terlalu awal untuk kita tetapkan. Itu dalam keputusan kita yang saya panjangkan kepada Perdana Menteri Hun Manet, Kemboja dan Perdana Menteri Phumtham, acting Prime Minister Thailand ialah bahawa kita mahu kedua mereka bersetuju, pakat muktamadkan dengan witness, saksi oleh Malaysia dan kemudian didukung oleh semua negara ASEAN. Itu setakat itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Arau. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, tahniah. Ketua Pembangkang pun sebut tahniah, kami pun sebut tahniah. Yang Amat Berhormat dianggap sebagai strategic negotiator, charismatic leader. Tahniah Yang Amat Berhormat. Tepuk tangan kat dia sekali, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Jadi, adakah ― saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat bercadang untuk menggunakan ASEAN forum ini untuk menyelesaikan kes-kes yang lain seperti di Rakhine, Myanmar yang melibatkan pelarian begitu ramai ke Malaysia?
Dan yang keduanya ialah, apakah Yang Berhormat ingin menggunakan forum ASEAN juga untuk memastikan supaya negara ASEAN ini dipertahankan daripada gangguan luar seperti kita diganggu oleh kapal pantai China ― pengawal pantai China di Vietnam, di Filipina, di Brunei dan juga di Malaysia sendiri?
Dan akhir sekali, Yang Amat Berhormat telah menjadi pendamai yang hebat di dunia inilah, buat masa sekarang. Konflik lima hari. Dulu kita menjadi pendamai di Moro, di Philippine dan juga di selatan Thailand. Itu konflik yang berpanjangan. Jadi, lima hari konflik.
Lebih 50 orang mati. Kalau ikut CNN bukan 50,000, 300,000 orang yang apa, displaced. Jadi, Yang Amat Berhormat telah berjaya.
Jadi, apakah Yang Amat Berhormat bercadang di negara sendiri Yang Amat Berhormat ingin memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia dengan memberi peruntukan kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya kami boleh meneruskan? Kami, benda yang baik kami puji, Speaker.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebagai seorang pemimpin, kita puji.
Semua ucapan, semua ini puji.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ya, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi, malangnya yang sikit ni sikit. Kita Yang Berhormat, pada hari yang berbahagia ini Yang Amat Berhormat umumkanlah sikit bahawa semua Ahli Parlimen akan diberi keadilan.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang Kedah, selamat datang ya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Arau. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasi Arau. Saya dah dengar pandangan Arau sebelum ini pun. Mekanisme yang diputuskan ialah Malaysia mengendali, Malaysia host, kata dia dan witness. Chair, host, witness. Itu yang dipersetujui oleh kedua-dua negara, Kemboja dan Thailand. Kemudian, saya hubungi semua pemimpin ASEAN minta mandat dan dukungan dan tiap kemajuan kita laporkan kepada mereka kerana ini untuk menjaga semangat kesepaduan dan kerjasama ASEAN.
Baik. Kerana kejayaan awal ini, saya tidak mahu sebut kejayaan sangat sebab keadaan masih lagi sensitif, tegang dan ada saling tuduh-menuduh, tetapi yang baiknya ialah setiap kali ada rundingan, terus dirujuk sama ada kepada Menteri Luar ataupun kepada saya dan kini juga kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Dan ini menyebabkan kedudukan Malaysia dan ASEAN itu diberikan keutamaan. Jadi, setakat ini belum ada lagi cadangan walaupun saya percaya berdasarkan pengalaman ini dan pengalaman di Myanmar Yang Berhormat, kita akan bawa lagi ke dalam Sidang Kemuncak ASEAN bulan Oktober kepada Ketua-ketua Negara ASEAN.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Mengenai Myanmar, mereka masih lagi mahu meneruskan kerjasama, perbincangan dengan Malaysia atas semangat dukungan ASEAN. Kita telah mulakan dan sepertimana saya sebut di Parlimen, saya sendiri sudah pun jumpa kedua-dua Perdana Menteri sekarang dan juga Perdana Menteri Kerajaan (National Unity Government) untuk mencapai kesepakatan:
(i) gencatan senjata;
(ii) beri peluang ke bantuan kemanusiaan; dan
(iii) mencuba meneruskan dialog supaya serangan, terutama yang mengakibatkan beberapa kawasan – Karen, Rakhine dan Rohingya itu dihentikan. Setakat ini, jauh lebih baik keadaan kalau dibandingkan dengan perkembangan sebelumnya.
Mengenai Selatan Thai, memang kita telah angkat rundingan ini ke peringkat tertinggi di antara Malaysia dan Thailand. Dia belum lagi bersetuju untuk gunakan kerangka ASEAN.
Begitu juga dengan Selatan Filipina. Kedua-dua Perdana Menteri Thailand dan juga Presiden Filipina bersetuju supaya Malaysia ― bukan campur tangan, tapi maknanya mengambil tahu perkembangan supaya membantu menyelesaikan kemelut yang terus meruncing di beberapa insiden di Selatan Thai dan di Selatan Filipina.
Mengenai keadaan di Malaysia, saya bersetuju. Sebab itu, kita dah minta TPM II terbuka untuk mendengar. Cuma, kalau mula, dia mesti ada kesepakatan di antara Ahli Parlimen Pembangkang dulu.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sekarang dia belum ada sepakat. Ada yang sudah, ada yang nak hold dan ada yang setuju berunding, ada yang tak setuju berunding. Jadi, saya cadangkan Yang Berhormat Arau, runding dulu dengan PN, Ahli-ahli Parlimen, ambil kata sepakat bagi tahu TPM II yang dapat mandat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya nak tanya sikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, saya suka mendengar tentang penerangan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tentang isu konflik di antara Kemboja dan Thailand. Semalam pun saya dah bangkitkan dan saya ucapkan tahniah kerana inilah yang kita nak buktikan bahawa pimpinan daripada Malaysia boleh berperanan untuk menjadi pengaman kepada semua. Regional effort yang mana-mana saja, yang mempunyai pertelingkahan boleh kita lakukan.
Cuma saya nak tanya tadi tentang bila Yang Amat Berhormat kata, belum ada kepastian sama ada kita nak kan hantar pasukan di sempadan Thailand dan Kemboja itu.
Cuma, kalau boleh berikan penekanan di situ sikit, menunjukkan bahawa kita bersedia.
Persediaan itu boleh juga nanti kita berperanan di Myanmar dan ini menunjukkan bahawa kita sanggup melakukan ini. Dulu kita pernah buat di Congo, di Bosnia. Jadi, tak salah kalau kita juga boleh hantar pasukan tersebut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Isu yang keduanya adalah tentang bincang sesama kita ini.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kadang-kadang, jangan letakkan itu di belah sini sahaja. Kalau Yang Amat Berhormat sanggup berjumpa dengan saya, hari ini pun saya sanggup untuk berjumpa.
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Mengenai Kemboja-Thailand, Panglima Angkatan Tentera sudah pun – hari saya mencapai kesepakatan bersama Perdana Menteri Thailand dan Kemboja, malam itu Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah pun berlepas ke sempadan, berunding supaya kaedah pemantauan itu dijaga, tapi setakat ini kita telah beritahu bahawa Malaysia bersedia menghantar dan dalam perundingan saya dengan semua Ketua-ketua ASEAN, semuanya sepakat jika diminta oleh kedua-dua negara.
Sekarang ini keadaan terkawal. Satelit dapat memantau. Kemudian Atase Pertahanan hadir, diselaras oleh Malaysia, dihadiri oleh semua Atase Pertahanan Thailand.
Kita tunjukkan kesediaan kita. Oleh itu, kita tunggu keputusan pada 7 Ogos ini.
Keduanya, tentang Myanmar. Dulu memang kita bantu tentang Cox’s Bazar, tapi sekarang kita ada field hospital di Myanmar, dipersetujui oleh dua-dua pihak. Field hospital tentera itu beroperasi beberapa bulan, membantu. Syarat kita ialah bahawa tidak ada apa- apa serangan baru, harus ada gencatan senjata.
Ini juga cara menyelamatkan kedudukan masyarakat Rohingya yang tertindas sekian lama. Inilah pertama kali dalam berapa bulan ini mereka itu agak lega, tidak mendapati serangan yang teruk, walaupun ada beberapa insiden tertentu yang dilaporkan, tetapi dengan Myanmar ini terlalu awal. Menteri Luar dengan beberapa Menteri Luar Thailand dan mungkin Indonesia akan ke Myanmar dalam – mungkin akhir bulan ini untuk meneruskan usaha dan ikhtiar ini.
Mengenai urusan dalam negara, saya boleh sahaja jumpa, tapi kalau soal peruntukan, kita telah bagi mandat kepada TPM II. Jadi kalau hal itu, saya serah kepada TPM II. Nak bincang hal-hal lain, saya tidak ada keberatan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan negara Malaysia kerana telah menunjukkan ketokohan di rantau ASEAN ini dan diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar, termasuk negara China dan Amerika.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin bertanya. Selama mana Pasukan Pemantau ASEAN (AMT) yang dipengerusikan oleh Malaysia akan menjalankan tugas pemantauan di sempadan Thailand dan Kemboja? Kalau kita melihat dengan ketokohan yang ditunjukkan oleh negara Malaysia, adakah Malaysia dijangka akan terus menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan yang sedang berlangsung ketika ini di Kuala
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Lumpur, meskipun telah tamat tempoh Kepengerusian ASEAN pada tahun depan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Mandat diberikan itu, dia minta saya teruskan sehingga keadaan itu telah selesai. Jadi, tidak terikat sangat dengan kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN. Tempoh penyelesaian ini memang kita jangka selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan, tetapi dalam mana-mana rundingan, kita tidak boleh hadkan. Cuma, yang kita tegas ialah mesti berlaku gencatan senjata. Dengan cara ini, kita elakkan penyertaan dan penglibatan kuasa-kuasa besar. Di antara rundingan antara negara ASEAN, kalaupun ada pasukan pendamai di sempadan, haruslah hanya terbatas kepada kehadiran wakil-wakil atau tentera negara ASEAN.
Kalau bantuan logistik dari Amerika Syarikat dan negara China, itu kita alu-alukan.
Kalau diberi apa-apa kemudahan. Itu yang ditekankan setakat ini. Jadi, terima kasih Sungai Petani, memang dalam isu ini nampak kita sepakat. Jadi, saya harap semangat ini diteruskan.
Tak payah lah Qunut Nazilah, tak payah lagi dah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar.
2. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar]: Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kuala Kangsar minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, adakah Kerajaan MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab memandangkan hutang naik daripada RM1,079.1 bilion pada tahun 2022 kepada RM1,247.6 bilion pada hujung tahun 2024 yang hampir mencecah 65 peratus daripada KDNK.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kuala Kangsar. Saya nak berikan fakta dulu.
Dalam ekonomi makro ini, keadaan hutang itu ada kaitan dengan defisit negara.
Selagi ada defisit, kadar hutang akan bertambah. Sebab itu strategi kita yang telah kita laksanakan ialah menurunkan defisit. Selagi defisit itu di tahap yang tinggi, katalah 6.4 peratus tahun 2021, itu defisit. Maknanya, hutang mesti meningkat. Sebab itu pada tahun- tahun itu, hutangnya itu RM100 bilion hutang baharu tiap tahun. Maknanya, jumlah hutang dari 1.1 naik 1.2, 1.3, 1.4 trilion. Tahun 2022 5.5, tapi tahun 2023, kita turun defisit ke lima peratus; 2024 4.1 peratus kerana sasaran kita ialah cara berperingkat, berfasa menurunkan defisit.
Selagi defisit tidak diturunkan, jumlah hutang akan bertambah. Ini kenyataan macro economic figures yang tidak boleh dimungkiri atau disangkal. Baik.
Sebab itu dari segi hutang, saya sebut tadi pada tahun 2021 hutangnya RM100 bilion.
Hutang baharu; 2022 RM99 bilion. 2023 kita turun kepada RM92.6 bilion; 2024 RM76.8 bilion.
Jadi, ini yang disebut gradual. Mengapa keadaan itu disebut gradual ataupun cara berfasa?
Kerana kalau dia terlalu mendadak penurunan defisit, dia peruntukan tambahan untuk
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
kegiatan pendidikan, STR, kesihatan itu akan terbantut. Padahal dalam tahun ini – tahun lalu umpamanya, STR dan SARA kita tambah sehingga menjadi RM15 bilion.
Kementerian Pendidikan, penambahan sehingga RM64 bilion, tertinggi. Kesihatan, daripada RM41 kepada RM45 bilion. Kalau tidak, tidak dapat selesaikan kesesakan di hospital, kekurangan katil, kekurangan doktor, kekurangan nurses. Jadi, defisit itu harus diturunkan, tapi kalau dia terus ambil cara belanja boros, maka hutang itu akan mencecah terlalu tinggi. Itu keadaan yang saya nak jelaskan.
Baik. Oleh kerana dasar ini dianggap dasar fiskal yang bertanggungjawab, ini menyebabkan keyakinan pelabur sama ada domestik ataupun asing, bertambah. Kalau orang lihat kita bagi pengumuman, kita jalankan Dasar Ekonomi yang bertanggungjawab, tetapi defisit terus membengkak, dianggap tidak bertanggungjawab. Sebab itu defisit mesti dikurangkan. Ini tentunya beban. Maknanya, kerajaan yang tegas, berani sahaja boleh buat.
Kalau tidak, kalau nak popular, hutang terus dan bayar kemudian oleh generasi kemudian.
Oleh kerana itu juga, walaupun orang kata Ringgit merosot, tak betul. Sebab Ringgit kita masih merupakan dana atau mata wang yang terkuat di Asia sekarang. Kenaikan iaitu lima peratus setakat 4 Ogos 2025.
[Tepuk] Jadi, keadaan paling parah RM4.70, sekarang RM4.24. Ini yang disahkan. Keyakinan.
Dibangkitkan tentang kedudukan belanjawan, mengapa dalam keadaan defisit? Saya dah terangkan bahawa defisit itu kalau tahun 2022, RM1 trilion. 2024 akhir, RM1.247 trilion.
Jadi, kita naik.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kita jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenaikan itu iaitu sampai 64.6 peratus KDNK. Itu perbelanjaan pembangunan. Kita tidak berhutang untuk belanja mengurus. Kita berhutang walaupun kurang jumlah hutang untuk belanja pembangunan. Mengapa? Kerana kedudukan sekolah kita, kedudukan hospital kita, luar bandar, tebatan banjir. Ini kita senaraikan seperti mana disenaraikan dalam Buku Rancangan Malaysia Ketiga Belas, yang harus ditelaah oleh kita semua. Kalau tidak kita kata, untuk kampung baru Cina kita bagi, untuk bumiputera tak ada. Maknanya dia belum baca.
[Tepuk] Kalau baca, rangka PuTERA Yang Berhormat Ketua Pembangkang, memang tinggi.
Perbelanjaan untuk bumiputera itu di antara tertinggi termasuk rizab Melayu di Bandar Malaysia. Belum pernah sejak merdeka. Ini Kerajaan MADANI saja berani buat. Sebelum ini tak ada walaupun uar-uar Melayu bukan main bunyi berdentum-dentam, tak ada.
[Tepuk] Baik. Jadi, saya harap kalau boleh baca, kemudian bahas, saya terima. Baik.
Kemudian hutang ini, ini terkawal. Ada orang bagi macam-macam jumlah. Saya kata hutang ini, hutang swasta tak masuk. Dia hutang kerajaan ini ada tiga undang-undang. Akta pinjaman — Bil Perbendaharaan yang disebut Akta Pendanaan Kerajaan, satu; Akta Pinjaman Tempatan, satu; dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), MITB dan sekuriti Kerajaan Malaysia. Itu hutang sekuriti Kerajaan.
Itu dimasukkan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Apa lagi yang dimasukkan dalam jumlah hutang ini? Akta Pinjaman Luar Negeri.
Semuanya kita ada had iaitu had RM35 bilion, kita hutang RM22.8 bilion.
Ketiga ialah Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) iaitu MTB. Dia maksima paras dia, 10 bilion. Kita pinjam hanya setakat RM2 bilion. Ini yang dimasukkan semuanya termasuk bayaran hutang lama ataupun penyesuaian hutang baharu umpamanya kita pinjam, pinjam untuk bayar hutang untuk mengurangkan terutama dalam keadaan Ringgit yang agak baik, lebih baik kita pinjam kerana Ringgit tatkala kita pinjam itu RM4.50, RM4.60, sekarang RM4.24. Itu hal-hal yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara.
Jadi saya harap dengan penjelasan ini, kita pastikan. Ada yang bangkitkan ini ada kaitan dengan keperluan kita mendapat dana baharu. Betul, tapi penyasaran subsidi itu seperti diesel, dia tidak bebankan orang ramai. Jadi kita ini jadi macam — sebab itu saya sebut, Ahli-ahli Parlimen jadi jurucakap rakyat. Jangan jurucakap tauke. Kita yang naik untuk kadar elektrik ini, untuk syarikat-syarikat. Kalau ada di mana di FELDA, di mana-mana yang secara khusus terbeban, bagi tahu, kita cuba bantu.
[Tepuk] Umpamanya macam kadar elektrik. Rakyat dah dapat bil untuk bulan Julai. Rakyat dah dapat bil elektrik untuk bulan Julai. Yang disebut oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mengatakan kadar elektrik naik. Kadar elektrik — tarif elektrik naik, bayaran itu lebih rendah.
Kalau ada yang bayar lebih — saya tak faham sebab apa dia bayar lebih. Sebab purata dia jumlah lapan hingga 14 peratus penurunan! Turun! Harga elektrik turun. Harga minyak?
Turun!
[Tepuk] Ini dia keadaan dia, baik.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Air naik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Air naik, air naik, tapi tak ada pula sebut pasal air naik. Katanya air, bil air mana? TPM II, bil air. Kerajaan negeri kata, kami tertangguh hutang dan kemudahan infrastruktur harus ditambah. Tulis kepada Menteri, minta persetujuan. Jadi kita tak mahu melarang, tak mahu menyuruh, tak ada halangan. Ini keputusan negeri. Air bidang kuasa negeri. Empat-empat negeri naik, ada negeri lain juga naik, tapi oleh kerana air itu dinaik oleh Kerajaan-kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dia tak jadi isulah. Cuba katalah naik Kerajaan Persekutuan, setengah mati kita kena pukul.
Jadi, yang nyata, apa? Saya sebagai yang bertanggungjawab mengatakan ya, saya tidak ada halangan naik sebab ada keperluan. Sama juga penyelarasan subsidi, tapi mengapa double standard? Penyelarasan subsidi untuk orang asing, kita naikkan. Untuk rakyat kita turunkan. Untuk bil elektrik untuk orang kaya, kita naikkan. Untuk rakyat, kita turunkan. Mengapa diserang, padahal air untuk semua orang termasuk rakyat, dinaikkan?
[Tepuk] Melainkan di Selangor. Di Selangor, saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana kadar air naik, tetapi tidak untuk B40. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Selangor — Kuala Kangsar. Sorry. Minta maaf Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri yang jawapan yang cukup jelas.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Soalan tambahan saya, dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global pada ketika ini, sejauh manakah pertimbangan kerajaan dalam menilai semula sasaran defisit fiskal negara atau menetapkan had hutang baharu yang lebih sejajar dengan realiti semasa serta keperluan pembangunan negara?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kuala Kangsar. Kita terpaksa turunkan kerana kalau kita tak turunkan defisit, hutang akan membengkak dan keyakinan orang kepada kita — ada dasar fiskal yang kita sebut pertanggungjawaban fiskal. Dasar fiskal harus bertanggungjawab. Maknanya tidak boleh terus dengan defisit. Bila turun defisit, kita turun cara berfasa.
Saya katakan sekarang ini harapan kita mencecah 38 — tiga peratus akhirnya dan kemudian boleh menurun dengan kadar hasil pendapatan yang bertambah. Hasilnya tidak boleh bebankan rakyat. Jadi, hasilnya terpaksa penyasaran subsidi seperti yang dilakukan elektrik dengan minyak termasuk cadangan kita RON95, tidak akan membebankan rakyat kerana kita sudah umumkan akan turun, tetapi untuk orang asing — saya dengar ada juga Ahli Parlimen oleh pembangkang yang pertahankan orang asing. Saya pun sukar nak faham.
Maknanya – jadi, saya ini wakil rakyat Bangla dan Rohingya, mempertahankan, mengapa dibebankan?
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dia tak payah pertikai...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat, boleh jelaskan siapa yang pertahankan orang asing?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh menyatakan siapa Ahli Parlimen yang pertahankan orang asing? Ha.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Siapa, antara kami ini siapa? Boleh, boleh jelaskan?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ada.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hei, duduklah, duduk, duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat, ketua sendiri pun tak baca. Itu kenyataan ketua sendiri, Pagoh.
[Tepuk] Ya, lain kali baca dulu sebelum datang Parlimen.
[Tepuk] Jangan pakai hentam kromo je. Kalau dekat luar bolehlah, tak ada jawab. Ini saya dah jawab. Baca kenyataan YB Pagoh, mengapa bebankan orang asing kerana orang asing pun ada sumbangan kepada negara.
[Disorak] [Tepuk] PM dia buat homework sebelum datang Parlimen.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Jadi untuk jawab Kuala Kangsar, satu, defisit turun, tetapi kita akui apa yang disebut oleh Kuala Kangsar. Keadaan belum menentu. Tarif baharu turun 19 peratus. Itu pun tidak melibatkan E&E semikonduktor. Sepertimana saya sebut, melibatkan — itu eksport kita RM200 bilion ke Amerika Syarikat. Jadi, harapan kita dalam rundingan MITI terus supaya
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dikecualikan E&E dan semiconductor export untuk tidak membebankan negara, tetapi seperti mana yang kita sebut dalam keadaan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat mengambil tindakan yang unilateral. Dari segi dasar ASEAN dan suara kita di BRICS dan mana-mana harus pertahankan dasar multilateral. Maknanya, ikut WTO. Tak boleh masing-masing negara buat tekanan sendiri. Ini mudah-mudahan kita dapat kawal dan kita gunakan peluang membuka pasaran baharu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya bagi Jelutong. Lepas itu Ketua Pembangkang.
Silakan Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas penjelasan yang telah diberikan. Walaupun kita menanggung beban hutang, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan pemberian dana RM100,000 kepada tiap-tiap FELDA baru-baru ini — kampung FELDA baru-baru ini yang disambut baik. Dan saya dapat berita bahawa perkampungan FELDA bukan saja di negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan, tetapi juga di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menyambut baik di atas pengumuman ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Walaupun terdapat beban hutang yang begitu tinggi yang ditanggung oleh kerajaan, pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini adalah sesuatu yang diterima baik. Jadi, apakah ― bagaimanakah kita ingin memastikan bahawa penyaluran dana ini akan mencapai matlamatnya? Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Dalam program SejaTi MADANI, kita luncurkan tahun lalu, kita tetapkan supaya setiap kampung, atas keputusan jawatankuasa masjid, belia, jawatankuasa kebajikan masyarakat, wanita, itu berkumpul untuk memutuskan apakah program ekonomi yang sebaiknya yang boleh membantu kampung itu. Saya pergi satu kampung di Parit Buntar, umpamanya, dipilih untuk beli drones. Ada yang buat kolam ikan. Ada kambing, ada lembu ikut mereka putuskan. Ini ― dan jabatan-jabatan akan bantu mereka. Jadi, kita beri maksimum RM100,000.
Then, dia pada peringkat awal, tidak termasuk FELDA kerana FELDA bawah khas, tapi atas cadangan TPM I, saya umumkan untuk 317 Rancangan FELDA.
[Tepuk] Tiap kampung akan mendapat RM100,000.
[Tepuk] Tiap rancangan. Ini untuk membolehkan mereka memutuskan sendiri. Ini sebenarnya kaedah yang baharu. Sebab, selalunya projek itu ditentukan oleh jabatan. Dari kementerian ke negeri, ke daerah dan pasukan penguat kuasa di bawah, tapi ini tidak. Betul-betul tanya orang kampung apa yang dia nak putuskan, dia putuskan. Kalau selari dengan peraturan kita, kita luluskan.
Dan, walaupun dana kita ini melibatkan bilion Ringgit juga, tapi saya fikir ia akan memberikan bukan saja suntikan dana, tetapi kegiatan ekonomi. Syarat kita 100 ribu itu mesti kegiatan ekonomi. Dan setakat ini memang mengejutkan. Saya lihat, umpamanya, kawasan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
yang agak pedalaman, kampung, macam di Parit Buntar― Ahli Parlimen ada di sini. Saya lihat, umpamanya, mereka sendiri ― saya tak terfikir orang kampung boleh pilih untuk beli dua dron dan hasilnya itu ribuan Ringgit. Net profit. Dan dia cari dua staf yang mengendali dron itu.
Jadi, bagi saya, projek ini boleh dikembangkan di seluruh negara sampai ― baik ada di Perlis, ada Sarawak, ada Sabah, di mana orang kampung diperkasa, maknanya memahami apa yang terbaik untuk mereka. Dan saya fikir dan saya tegaskan sekali lagi, walaupun ia membebankan dari segi kewangan negara, tetapi saya rasa satu inisiatif untuk ikhtiar yang sangat baik untuk rakyat di peringkat akar umbi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila Yang Amat Berhormat menjawab tentang kedudukan kewangan negara, apa yang saya ingin tanyakan kepada Yang Amat Berhormat adalah, kita di sebelah sini melihat bahawa yang pentingnya bukan hanya setakat untuk menjaga fiskal itu, tapi unjuran-unjuran yang kita lakukan itu biarlah ia nya lebih realistik dengan apa yang kita nak rancangkan. Itu yang kita bangkitkan. Sebab, nanti ada jurang di antara wilayah-wilayah dalam negara kita ini akan bertambah melebar. Yang ini yang kita bangkitkan.
Jadi, Yang Amat Berhormat jangan persoalkan tentang mengapa indikator-indikator tentang merapatkan jurang di antara bumiputera dan bukan bumiputera itu tidak ada ketegasan. Sebab, indikator yang sebelum ini, Rancangan Malaysia sebelum-sebelum ini, ia nya kita tahu banyak indikator yang menunjukkan bahawa kita beri penekanan supaya dia dapat merapatkan jurang di antara bumiputera dan bukan bumiputera.
Jadi, bukan khusus tentang nak bangkitkan atau nak bangunkan apa ni, kawasan kampung baru Cina. Itu, itu, itu bab lain. Saya tak langsung tak, tak, tak bangkitkan isu itu, tapi rakan-rakan lain bangkit, itu saya ― saya nak buat macam mana?
Cuma, saya nak jelaskan di sini, bila...
[Dicelah] Ha, samalah. Kalau begitu, saya nak tanya Yang Amat Berhormat. Menteri kata ― Menteri Kesihatan yang kata melebihi daripada angka 65 peratus.
[Tepuk] Sebab itu tadi saya tak nak masuk bab itu. Bila ada orang kata “Come on, Come on” Ha, sekarang come on. Menteri sendiri yang cakap. Bekas Menteri sendiri yang cakap. Ini yang saya ― saya tak mahu bergaduh di antara Yang Amat Berhormat dan saya. Cuma, yang kita nak adalah penjelasan.
Sebab itu, saya juga mengatakan bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas itu adalah rancangan bersama untuk kepentingan negara, untuk kita, kepentingan semua,,.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bahas ke?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey, okey.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kenapa nak kacau Ketua Pembangkang?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Mana ada kacau?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik, baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tanya soalanlah, bukan bahas.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tak habis-habis kacau je.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tanya soalanlah, bukan bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik, baik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bagilah dia jawab.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kau koyak kenapa pula?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Duduk, duduk, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Koyak pula kau.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Adab kat mana?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak. Saya nak tanya, Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh. Ketua Pembangkang, silakan.
Habiskan ayat tu. Silakan duduk. Duduk.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya, saya bab dia ni tak berapa…
Tuan Yang di-Pertua
Okey, duduk dulu, Hulu Langat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, kita biarkan. Yang penting kepada saya adalah, Yang Berhormat, kalau unjuran dulu, Rancangan Malaysia Kedua Belas, USD74.9 per tong, satu tong. Hari ini, kita buat unjuran 63.6. Maknanya, situ juga dah berkurangan. Sebab itu saya kata, kalau kita nak ambil hutang macam Yang Amat Berhormat jawab awal-awal tadi, untuk, apa ni development expenditure, saya setuju. DE ― betul.
Ambillah. Kita tak persoalkan bab itu. Jadi, jangan look at deficit semata-mata, tapi juga tengok dari segi keseluruhannya untuk kita membesarkan ekonomi kita. Yang itu yang saya minta dan supaya jurang di antara wilayah-wilayah ini dapat kita rapatkan supaya jangan melebar dari segi kedudukan kemiskinan di antara wilayah-wilayah. Itu yang saya ingin persoalkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, boleh satu, Speaker?
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, nanti. Bagi dia jawab dulu. Nanti. Duduk dulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, okey, okey. Terima kasih, Speaker.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Kita kena jaga ini. Malu ke anak-anak. Jadi ― ya, macam Ketua Pembangkang dan saya je hujah lebih baiklah.
Baik, kedua. Pertama, rujukan kepada Kementerian Kesihatan. Saya tanya Menteri, dia bangkitkan kerana penambahan 38 bilion yang diminta. Jadi, saya ― saya memang beritahu harus jelaskan bahawa jumlah itu mencecah lebih ― jika ditambah 38 bilion. Saya
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kata, kalau boleh tak tambah, harus buat penjelasan. Itu saya sudah beritahu kerana itu tidak ada percanggahan. Dia kena clarify sebab tuntutan dia itu penambahan RM38 bilion tambahan, dia akan mencecah ― tapi kita tak luluskan tambahan itu. Baik.
Kemudian tentang beberapa pertanyaan tentang jurang. Saya akui. Sebab itu kalau kita lihat, umpamanya peruntukan pada negeri-negeri, walaupun dituduh oleh sebahagian bahawa kita diskriminasi dan zalim sampai doa-doa ni sebab kita zalim, padahal kalau tengok angka peruntukan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah itu bertambah lebih daripada masa dia perintah.
[Tepuk] Ha, Arau. Jadi, tak apa. Saya tegur, tidak apa, tapi jangan kata zalim, tak bagi, kalau peruntukan tambah.
Saya bagi umpamanya baru ni ke MADA, permulaan, fasa pertama RM1 bilion. Itu di Kedah, dan banyak pesawah-pesawah padi tu penyokong-penyokong pembangkang. Saya tak soal itu. Dan bukan sahaja begitu, saya pergi minta percepatkan proses itu. Jadi, kalau begini juga zalim kerana ikut hawa nafsu politik yang tak terkawal, susahlah, ya. Kalau ― dan baru-baru ini jumpa guru-guru pondok. Mereka mengeluh kerana dulu 2003, pemimpin mereka sekarang ini G4 membatalkan semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat.
Saya tidak setuju.
Jadi, tahun 2022, kita berikan semua balik kepada sekolah agama rakyat.
[Tepuk] Ya.
Yang zalim ni. Yang disanjung dan dipuja ni yang batalkan, tapi saya renung, tak cukup.
Sekolah-sekolah agama, saya minta kajian oleh ICU, dalam keadaan sangat daif. Dan sekarang, sebahagian itu kata tak payahlah, biar, kerana ini lubuk-lubuk, kata pembangkang.
Saya tak peduli. Sebab itu anak-anak kita yang belajar, tapi bila jumpa guru, saya kata gini.
Dulu pondok-pondok dan pesantren ini benteng pertahanan akidah, ilmu dan kekuatan Islam.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sekarang kalau kita mahu pertahankan dia sebagai kekuatan, kita teruskan dengan pengajian dia. Pengajian tradisionalnya, hufaz dan sebagainya, tetapi mesti ditambah. Itu yang ditambah dengan TVET dan ditambah saya kata dengan pengajian digital AI dan saya akan hadir untuk mencari jalan bagaimana baiki dan tambah. Ini untuk dari segi apa yang disebut oleh Larut. Itu bagaimana kita kurangkan jurang kerana jurang sekolah pondok, sekolah agama dengan sekolah menengah kebangsaan pun jauh beza dia.
Baik, begitu juga dengan negeri sebab itu di Sarawak kita dukung sepenuhnya menjadikan energy hub. Sabah, sekarangnya blue economy. Sepenuhnya kita bagi sokongan kerana dia menjadi suatu kekuatan baharu, strategi baharu untuk mengembangkan ekonomi Sabah dan Sarawak.
Begitu juga dengan negeri-negeri lain, tentang bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, bawah mauduk PuTERA35, itu dicerakin langkah-langkah yang diambil dan percayalah Tan Sri Yang di-Pertua, langkah-langkah kita ambil itu tidak menafikan hak yang lain.
Sebab itu saya sebut apa dia untuk masyarakat India, apa masyarakat Orang Asli, apa untuk Sabah dan Sarawak, tetapi tak boleh tinggal tuntutan dan masalah yang dihadapi
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
oleh majoriti rakyat dan kebetulan majoriti yang miskin di kalangan bumiputera. Sebab itu ada PuTERA35 yang mencerakin, mengambil langkah-langkah yang lebih daripada yang pernah dilakukan untuk mengangkat martabat mereka. Jadi, saya terima baik cadangan, apa yang disinggung oleh Yang Berhormat Larut dan saya percaya dengan langkah ini kita dapat mengurangkan jurang, baik pendapatan di antara kaum atau intra, inter dan juga wilayah.
Dan tidak — bukan mudah kita buat sejak 60 tahun yang lalu untuk mengurangkan jurang, tapi saya harus nyatakan di sini kalau lihat perkembangan-perkembangan, terutama yang amat memprihatinkan Sabah Sarawak, keadaan mereka itu jauh lebih baik, keadaan sekarang. Ini terserah juga tentang pimpinan dan tatakelola negeri masing-masing yang jauh lebih ke depan, yang nampak mengambil sikap yang positif. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya nak tutup dengan Hulu Langat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Bahasa jaga, suara jaga, supaya lunak didengar...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Supaya lunak didengar sebab saya di sini pun. Perlahan- perlahan, perlahan-perlahan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya dengar MAS, saya dengar MAS nak beli pesawat Boeing 30, apa keperluan? Pakai sajalah pesawat lama. Dan berapa banyak duit rakyat yang digunakan untuk beli pesawat Boeing itu? Delay pun, delay-lah. Lambat pun, lambatlah. Apa keperluan untuk beli 30 pesawat Boeing? Itu yang pertama.
Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebutkan soal berkaitan dengan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat yang ditarik dulu. Maksudnya, zalimlah orang yang tarik tu dulu. Boleh tak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita pun baca Qunut Nazilah kepada orang yang zalim tu? Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya tak — terima kasih ya, suara amat terkawal hari ini.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya fikir saya adalah orang yang tidak bersetuju Qunut Nazilah itu dipolitikkan termasuk dengan orang yang saya tidak senang ya, termasuk yang membatalkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat ya. Dan saya percaya kerana mereka ada sahabat- sahabat, penyokong-penyokong setia sekarang dibelah sana, dia patut nasihatlah supaya sempat kita bertaubat dan berubah dan memberi sokongan kepada perkembangan Islam.
Baik tentang MAS, Menteri MITI telah jelaskan semalam. Itu keputusan MAG. Dia ada dua pilihan, yang pesawat ni. Kena beli? Yes. Sebab mulai tahun 2024, kali pertama setelah rugi bertahun-tahun, baharu dicatat keuntungan kerana pengurusan dan kita tidak campur dari segi politik. Pengurusan mesti telus dan cekap. Dan oleh itu, sejak tahun lalu dibuat pesanan yang besar body, itu dari Airbus...
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Wide-body.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Wide-body. Pandai pun.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
[Ketawa]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang lain dari Boeing, baik. Malah kita runding juga dengan Brazil dan negara China. Negara China jawab, pesawat mereka itu saya fikir untuk domestik boleh, hanya untuk keperluan domestik China. Pesanan, belum.
Di Brazil kita dah buat pesanan, tetapi belum bersedia. Yang ada sejak berunding dua tahun yang lalu itu MAG dengan Boeing. Apa syarat dia? Dia mesti buat kilang beroperasi di sini. Both, kedua-duanya Boeing dan Airbus, sebahagian besar daripada di sini. Kalau tengok sayap Airbus, itu banyak di Negeri Sembilan, di Kulim dan juga di Selangor. Begitu juga komponen Boeing. Syarat kita dengan Boeing ialah mengenai pengeluaran, sebahagiannya di sini.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita kena beli dan kita kena beli banyak sebab laluan yang kita batalkan itu terlalu banyak keperluan dan demand. Saya pergi ke India, keperluan, negara China, Jepun. Sekarang ini AirAsia. Ya tak apa, syarikat swasta, kita dukung, tetapi MAS mengapa tak boleh, nak order di mana? Misal tak setuju order di Amerika, bagi tahu, apakah lebih kompetitif? Kita beli juga Airbus, dari Airbus dan rundingan saya dengan Presiden Macron, perkara ini dibangkitkan iaitu MAS dan AirAsia – akan beli pesawat yang lebih besar, dari AirAsia.
Jadi, saya tak faham. Ya tak apalah, politik biasalah ya, tetapi dia tak terikat. Kita hanya gunakan ini mengatakan kepada Amerika sebab trade itu in our favor. Jadi, kita kena kurangkan defisit dia, macam dengan Indonesia, in Indonesia favor. Jadi, baru-baru ini saya bawa Premier Sarawak, bincang dengan Prabowo, bagi rundingan supaya boleh eksport kita melalui Sarawak, Tebedu dengan di sempadan Sarawak.
Itu langkah yang kita ambil. Kita tak menyerah. Banyak hal.
Dasar bumiputera tak tukar. Dasar halal tak tukar. Melainkan kita oh, tapi dasar halal ya. Ada dasar halal, saya ingat lagi masa saya tinggal di Reston, mengajar di Georgetown.
Di Reston, Virginia, imam masjid penasihat utama dia Sheikh Taha Jabir Al-Awani, duduk di situ. Penasihat Kesihatan dia, profesor Harvard. Hm, saya tak ingat nama, Muslim. Profesor health. Jadi, saya kata JAKIM, kalau hal-hal macam itu tak payah check-lah. Kalau profesor Harvard dengan yang Muslim itu dan Sheikh Taha sahkan dulu, pakai sah lah. Itu saja. Kita tidak. Tapi kalau di Texas, ada datang jawatankuasa halal yang kita tak pasti, itu JAKIM mesti pantau, itu kita tak tolak ansur.
Jadi, ada beberapa syarat yang dipersetujui oleh negara-negara lain, yang kita tidak bersetuju, tetapi kita masih dapat 19 peratus. Kita tidak setuju Tan Sri Yang di-Pertua, banyak perkara yang dituntut, tapi yang boleh, umpamanya yang dasar import-eksport, yang boleh kita tolak ansur, kita tolak ansur, bukan saja kepada Amerika, kepada China, kepada semua negara. Jadi, untuk kata kita mengalah, tidak. Malaysia adalah antara negara yang paling
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang kita rasa sesuai dengan dasar negara kita.
Umpamanya, yang paling penting dasar bumiputera itu dianggap discriminatory. Dia tak boleh terima. Itu bertentangan dengan semangat perdagangan antarabangsa. Kita kata, tak boleh. Malaysia mesti pertahankan dan akhirnya diterima, tapi saya juga fikir, saya tak mahu risiko kita dapat 25 peratus atau 40 peratus kerana kita ni negara dagang dan dengan Amerika tu tinggi dagangan kita. Kita boleh menang sorak kampung, tetapi negara rugi dan ratusan ribu rakyat terkesan. Saya bertanggungjawab pertahan kepentingan rakyat, tapi suara tetap Gaza, saya teruskan, tak bertolak ansur ya.
Ada permohonan pagi ini, Menteri Luar tahu, daripada Presiden Iran untuk telefon, walaupun dipermainkan soal telefon, tapi betul. Berapa negara yang sanggup bercakap, sering bercakap dengan Presiden Iran?
Saya tidak ada pilihan, saya tidak mahu ambil risiko yang akan membebankan negara, tetapi negara ini bermaruah. Negara ini berdaulat. Negara ini merdeka.
[Tepuk] Jadi, ada keputusan yang kita ambil untuk kepentingan negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekianlah waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri. Kita teruskan dengan pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan Puan Munirah Majlis, Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum — mungkin kita mulakan soalan saya, saya ingin mengalu- alukan kedatangan rombongan seramai 48 orang daripada Parlimen Sarikei. Selamat datang ke Dewan Rakyat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.
Tuan Yang di-Pertua
Baik silakan Menteri.
1. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, penjelasan terperinci mengenai cadangan Joint Development dengan Indonesia di Blok ND 6 dan ND 7 Ambalat dan adakah ia nya akan mengguna pakai kaedah yang sama digunakan melalui Malaysia-Thailand Joint Development Authority
(MTJDA) atau kaedah lain memandangkan hak-hak Sabah begitu juga Sarawak terpelihara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud yang bertanyakan soalan berhubung kebarangkalian cadangan Joint Development dengan Republik Indonesia di Blok ND6 dan juga ND7 yang terletak di Perairan
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Laut Sulawesi. Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan juga saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tenom...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
...Perkara yang sama. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini daripada rujukan kawasan Ambang Batas Laut ataupun Ambalat yang digunakan oleh pihak Indonesia.
Tuntutan Indonesia meliputi sebahagian Laut Sulawesi termasuk blok ND6 dan ND7.
Malaysia berpendirian bahawa Blok ND6 dan ND7 itu terletak dalam kawasan kedaulatan Malaysia dan hak kedaulatan negara berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa yang terhasil selaras dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ataupun ICJ dengan izin, pada 2002.
Oleh yang demikian, rujukan yang lebih tepat kepada kawasan berkenaan yang perlu digunakan selaras dengan pendirian Malaysia adalah Laut Sulawesi bukannya Ambalat.
Ambalat ini adalah istilah daripada Indonesia yang nak meyakinkan, yang nak membuatkan dia punya claim ke atas kawasan tersebut. Jadi, kita guna kawasan ini sebagai Laut Sulawesi.
Jangan guna Ambalat kerana Ambalat itu istilah daripada sana untuk menguatkan mereka punya permohonan.
Tan Sri Yang di-Pertua, latar belakang dan status pertindihan tuntutan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan Blok ND6 dan ND7 ini merujuk kepada kawasan dalam Peta Baru Malaysia 1979. Ini diperkukuhkan lagi dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berkaitan dengan keputusan Sipadan dan Ligitan pada tahun 2002 yang memberi kedaulatan kedua buah pulau tersebut kepada Malaysia. Keputusan mahkamah tersebut Tan Sri di-Pertua secara langsung mengabsahkan hak kawasan maritim Malaysia yang diunjurkan dari kedua buah pulau tersebut.
Kawasan ND6, kawasan ND7 inilah yang dipertikaikan, yang dituntut oleh pihak Indonesia. Rundingan perbatasan sempadan maritim antara Malaysia dengan Indonesia Tan Sri di-Pertua, dilaksanakan melalui mekanisme mesyuarat teknikal bagi perbatasan sempadan maritim antara kedua-dua buah negara dengan izin, Technical Meeting on Maritime Boundaries Delimitation Between Malaysia and Republic of Indonesia yang ditubuhkan sejak 2005 lagi.
Mesyuarat teknikal ini melaporkan kepada Suruhanjaya Bersama Dua Hala ataupun Joint Commission for Bilateral Cooperation peringkat Menteri Luar dan seterusnya rundingan tahunan di peringkat kedua pemimpin.
Tindakan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan telah merancang beberapa langkah
strategik bagi menangani isu ini Tan Sri Yang di-Pertua
(i) memuktamadkan sempadan maritim dengan Indonesia secara aman melalui mekanisme diplomatik, undang-undang dan teknikal yang disepakati;
strategik bagi menangani isu ini Tan Sri Yang di-Pertua
(ii) memastikan penglibatan kerajaan negeri Sabah dalam sebarang keputusan berkaitan kawasan yang bersempadan atau memberi kesan langsung kepada Sabah; dan
(iii) melindungi kepentingan strategik dan keselamatan negara khususnya berkaitan hak sumber asli, kawasan perairan, kawalan perairan dan juga pengurusan Zon Ekonomi Eksklusif.
Dalam semangat hubungan baik dua hala Tan Sri di-Pertua dan kerjasama serantau, Malaysia-Indonesia bersetuju bahawa usaha penyelesaian pertikaian ini tidak seharusnya menjejaskan keakraban dan hubungan strategik antara kedua-dua buah negara serta perlu dilaksana berdasarkan prinsip saling menghormati dan perundingan secara damai.
Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Indonesia pada 27 Jun 2025 berhubung dengan cadangan pembangunan bersama di Laut Sulawesi adalah, merujuk kepada perkara yang masih lagi, saya sebut di sini yang masih lagi di peringkat pertimbangan awal. Kedua-dua pihak masih meneroka kebarangkalian kerjasama tersebut dan sememangnya belum lagi dimuktamadkan. Ini merupakan usaha-usaha awal kedua-dua pemimpin dalam mencari penyelesaian terbaik bagi kedua-dua buah negara.
Buat masa ini Tan Sri Yang di-Pertua, tidak ada apa-apa perkara yang diperincikan lagi oleh kedua-dua buah negara. Walau bagaimanapun, seperti saya nyatakan tadi, perkara ini masih dalam perbincangan awal dan sebarang keputusan yang diambil perlulah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam menyelesaikan isu persempadanan maritim Malaysia- Indonesia, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sabah dalam proses perundingan dan perbincangan tersebut. Wakil Kerajaan Sabah turut dilibatkan dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan serta rundingan teknikal persempadanan maritim di antara Malaysia dan Indonesia.
Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil serius pandangan dan pendirian Kerajaan Sabah dalam memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia sentiasa terpelihara. Perbincangan berkaitan sempadan maritim adalah berlandaskan prinsip perundangan dan teknikal yang dilakukan secara teliti, cermat dan berhemat.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan terus komited untuk memperhalusi dan mencari kesepakatan mengenai perkara ini melalui mekanisme rundingan sedia ada dan memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara termasuklah kepentingan negeri Sabah akan sentiasa dipertahankan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di- Pertua, dalam sidang kali ini saya kira kita sangat bertuah kerana isu ini telah pun berkali-kali dijawab baik daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Berhormat Timbalan Menteri, begitu juga dengan YB Semporna selaku ketua saya yang telah memberikan pandangan dan cadangan dan saya tidak mahu ulas panjang tentang hal itu, tetapi Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya berpandangan bahawa walaupun apa perancangan kita tentang Laut Sulawesi ini, yang paling penting saya rasa kita perlu ada pendirian yang jelas.
Saya kira kita perlu muktamadkan secara tuntas tentang persempadanan maritim kita di Zon Ekonomi Eksklusif dan Pelantar Benua kita supaya kita perlu lakukan ini supaya sebelum apa pun tindakan kita, dengan siapa kita mahu kerjasama, apa planning kita? Saya rasa kita perlu muktamadkan secara tuntas persempadanan maritim kita. Saya rasa itu langkah yang paling pentinglah untuk mengelakkan kesangsian dan sebagainya.
Dan kedua, kalau boleh ini saya minta YB Menteri juga bersetuju. Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan taklimat khusus untuk Ahli-ahli Parlimen Sabah, baik juga yang terperinci, juga dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah berkenaan kronologi tentang isu ini supaya kita juga mendapat penjelasan. Contoh macam tuntutan Sulu hari itulah. Kita jelas apa yang isu-isu sensitif pun kita tahu, kita maklum kerana kita adalah wakil rakyat yang sudah semestinya kita akan perlu menjawab kepada rakyat yang di bawah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Kota Belud. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Nak dimuktamadkan itu memang kita punya keutamaan, tapi nak muktamadkan rundingan terutamanya persempadanan maritim ini antara Malaysia dan Indonesia ini, dia merupakan satu perkara yang perlu dirundingkan supaya dua-dua pihak itu bersetuju. Kalau kita saja bersetuju, dia tak bersetuju, dia tak akan selesai masalah. Itu sebabnya jawatankuasa teknikal sentiasa saja berunding dan mereka memastikan supaya dalam perundingan tersebut hak dan hak kedaulatan negara khususnya negeri Sabah akan terus kita pertahankan seperti yang saya sebut tadi.
Yang keduanya Tan Sri Yang di-Pertua, untuk pihak kementerian ataupun pihak Jabatan Maritim Kementerian Luar untuk memberikan taklimat kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri Sabah tak ada isu. Kita boleh cari tarikh yang sesuai untuk kita pastikan supaya semua pihak faham, agar isu ini tidak terus dimainkan, isu ini tidak terus menjadi sebagai duri dalam daging dan isu ini tidak menjadi sebagai bahan fitnah terutamanya pilihan raya negeri yang akan berlangsung tak lama lagi.
Jadi, kita tidak mahu ia menjadi sebagai satu perkara yang boleh digunakan untuk kita orang kata, mengelirukan rakyat terutamanya rakyat di Sabah, rakyat di Sarawak.
Jadi, kalau nak berikan taklimat, kementerian bersedia untuk memberikan taklimat dan kita cari tarikh yang sesuai Dato’ – Tan Sri Yang di-Pertua, untuk kita taklimatkan semua termasuk Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di kedua-dua negeri tersebut, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Kita tahu Yang Berhormat Menteri dengan dilema isu Laut Sulawesi ini kerana walaupun ICJ 2002 telah menetapkan bahawasanya blok ini adalah blok kita, tetapi oleh kerana kita mempunyai hubungan yang amat baik dengan jiran kita iaitu Indonesia, kita tak boleh rempuh sahaja untuk kita laksanakan eksplorasi tersebut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Kita juga agak tidak bersetuju dengan mengadakan JDA dengan Indonesia dengan keadaan — itu adalah hak kita. Cuma persoalan yang ingin saya timbulkan Yang Berhormat Menteri ialah sekiranya usaha sama JDA ataupun perbincangan tentang sempadan ataupun tentang Zon Ekonomi Eksklusif yang sedang diusahakan oleh Wisma Putra dengan Indonesia tidak berjaya dan Indonesia mengambil pendekatan untuk meneruskan eksplorasi secara unilateral. Jadi, apakah langkah diplomatik atau undang-undang apakah yang akan diambil oleh Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan Blok ND6 dan juga ND7 ini? Apakah ia termasuk dengan tindakan antarabangsa jika berlakunya eksplorasi oleh pihak ketiga?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Nombor satu Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Lipis. Nombor satu Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan...
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jerantut, bukan Lipis.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jerantut, sorry. Jerantut dia berkenaan dengan keputusan Sipadan, Ligitan itu tak ada kena mengena dengan Laut Sulawesi. Keputusan ICJ itu kawasan yang khusus kepada Sipadan, khusus kepada Ligitan.
Dia tak cabut pun, dia tak cakap pun fasal Laut Sulawesi, fasal apa.
Jadi, apa yang kita guna pakai ialah selaras dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa tersebut berkenaan dengan line dia. Itu yang kita guna pakai iaitu line-nya, koordinatnya empat minit 10 seconds itu. Itu garisan lurus yang kita guna pakai berasaskan keputusan kepada Pulau Ligitan dan juga Pulau Sipadan. Dia tak sebut pun langsung fasal Laut Sulawesi. Tidak ada kita kata bahawa keputusan ICJ tersebut meliputi Selat Sulawesi yang lain-lain, dia keputusan dia setompok. Macam keputusan ICJ di Batu Puteh, dia Batu Puteh sahaja.
Jadi, tak timbul soal kawasan dia, kawasan sekitar dia. Jadi, itu terus dirundingkan oleh kedua-dua pihak Malaysia dan Indonesia. Tidak timbul soal rasanya bahawa Indonesia akan membuat keputusan unilateral berkenaan dengan JDA. Kita, itu hari berbincang, isu sempadan ini tak tahu bila selesai, Tan Sri Yang di-Pertua. Tak tahu. Berbelas tahun, berpuluh tahun masing-masing berkeras. Kita kata kita, kita kata yang kita tak ada itu daratan. Dia kata ambang batas laut air pasang. Jadi, di mana?
Masing-masing mempunyai argument tetapi kalau mengikut undang-undang laut antarabangsa, United Nations Convention of the Law of the Sea 1982 jelas mengatakan bahawa batas laut, ambang laut itu ataupun intertidal tersebut menurut air surut besar sampai ke mana dia surut besar itu, itulah daratan dalam terminologi ataupun pengiktirafan undang-
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
undang laut antarabangsa tetapi mereka mengatakan pula bahawa tak, semasa air pasang, dia kata itu laut.
Jadi, itulah dia perbalahan ataupun pertikaian terminologi istilah-istilah ini yang mana kita memegang istilah ataupun definisi yang diiktiraf ataupun yang ada di dalam perundangan laut antarabangsa. Jadi, tidak timbul rasanya adanya pembangunan unilateral bagi sebelah pihak begitu Malaysia dan juga begitu pihak Indonesia. Kita menjaga hubungan baik dua negara ini, Tan Sri Yang di-Pertua kerana kita baik 98 peratus. Jangan disebab oleh dua peratus ini menyebabkan hubungan baik kedua buah negara ini akan terganggu dan menjadi masalah. Itu pandangan Kementerian Luar supaya yang dua peratus ini rundinglah elok-elok kerana kita sudah baik sudah 98 peratus. Takkanlah disebabkan oleh dua peratus ini kita hendak pergi berperang?
Saya kata — saya rasa itu bukan jawapan yang perlu kita ambil ataupun jalan yang perlu kita ambil. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya difahamkan YB Besut tidak ada dalam Dewan maka kita melangkah kepada soalan nombor 3, Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
(Balik Pulau).
[Soalan No. 2 – YB. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh (Besut) tidak hadir]
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya menanya soalan on behalf of a Ahli Parlimen Lubok Antu, kita ingin mengalu-alukan kehadiran KMKK Lubok Antu yang diketuai oleh Pemancha Gerang dan diiringi oleh Pegawai Daerah Encik Akoi Ejau.
[Tepuk] Soalan saya nombor 3.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
3. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Digital menyatakan usaha kerajaan dalam membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menangani penipuan termasuk penipuan siber.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Balik Pulau. Soalan berkaitan dengan usaha kerajaan untuk bangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam perkara kita menangani penipuan termasuk penipuan siber.
Tuan Yang di-Pertua, bagi kita menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks, Kementerian Digital mengambil beberapa langkah pencegahan melalui pendekatan dasar, sistem dan adaptasi teknologi serta kerjasama rentas agensi. Antara inisiatif yang dilakukan termasuklah pertamanya, kita ada pembangunan garis panduan berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI). Kementerian Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang membangunkan garis panduan berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) dan dijangka selesai pada bulan Januari sehingga Mac 2026.
Garis panduan yang akan dibangunkan adalah seperti berikut. Pertamanya kita ada DPIA ataupun Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data (Guidelines on Data
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Protection Impact Assessment). Ini bertujuan Tuan Yang di-Pertua untuk mengenal pasti dan meminimumkan risiko yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi ke atas sistem maklumat, program, modul perisian, peranti atau inisiatif lain yang memproses data peribadi.
Kedua, kita lihat kepada Garis Panduan Mereka Bentuk Berdasarkan Perlindungan Data (Data Protection by Design Guideline). Ini bertujuan untuk menyediakan panduan kepada organisasi dalam mengintegrasikan perlindungan data dalam setiap peringkat reka bentuk sistem dan proses — sorry, protection by design.
Ketiga, Garis Panduan Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan Pemprofilan (Guidelines on Automated Decision-Making and Profiling) dengan izin bertujuan untuk memastikan keadaan di mana pemprofil-an dan pembuatan keputusan secara automatik tidak digunakan secara tidak wajar sehingga ia memberi kesan terhadap mana- mana subjek data.
Selain daripada itu, Kementerian Digital juga melalui Jabatan Digital Negara telah membangunkan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan di Sektor Awam ataupun dikenali sebagai GPAISA. Ini bertujuan untuk menyokong jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan penggunaan teknologi AI secara selamat, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus serta pematuhan undang-undang dan hak-hak asasi.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, adalah peningkatan dari sudut kapasiti dan juga latihan. Pertama, kerajaan turut melaksanakan program latihan dan peningkatan kapasiti kepada agensi penguat kuasa dan penjawat awam dalam bidang keselamatan siber dan AI melalui inisiatif AI for Rakyat dan program di bawah MDEC iaitu MD Workforce Training dan ini bertujuan untuk memberi latihan kepada penjawat awam, pegawai penguat kuasa dan sektor swasta.
Kedua, Kementerian Digital melalui CSM ataupun Siber Sekuriti Malaysia sedang membangunkan sebuah aplikasi berasaskan AI yang bekerjasama melalui kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengesahkan ketulenan gambar dan video yang bertujuan membantu siasatan jenayah siber seperti penipuan dalam talian, pemalsuan identiti dan penyebaran fitnah digital.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus memperhebatkan usaha dalam aspek membangunkan ekosistem AI yang selamat, AI sistem yang bertanggungjawab dan juga yang berdaya tahan bagi menangani jenayah penipuan secara menyeluruh seiring dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital dan keselamatan siber. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Saya meneliti jawapan daripada YB Menteri dan kita dapati bahawa memang teknologi bergerak begitu pantas dan kadangkala kita tidak sempat untuk menanganinya dengan undang-undang yang sedia ada.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan saya ialah mengenai dengan peranan pejabat ataupun NAIO, National AI Office dan MyDIGITAL memandangkan kedua-duanya mempunyai peranan yang agak sama yang lebih kurang sama dari segi dasar ekonomi digital dan juga teknologi kecerdasan buatan
(AI). Di bawah sana terdapat beberapa kekeliruan di kalangan pemain industri terutamanya daripada Dasar Ekonomi Digital dan hala tuju serta mandat dalam bidang kuasa masing- masing sebab ada yang dua-dua agensi ini bertanya soalan yang sama mengadakan sesi libat urus yang sama dan nampak macam ada kekeliruan dari segi peranan NAIO dan MyDIGITAL. Bolehkah Menteri memberi sedikit penjelasan mengenai peranan agensi masing-masing dalam in regards to AI?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat tidak berlaku sebarang apa yang kita sebagai pertindihan di antara bidang kuasa kedua-dua agensi yang kita sebutkan tadi. Pejabat AI Kebangsaan sebenarnya terletak di dalam MyDIGITAL Corporation. It is currently under incubation in — di bawah MyDIGITAL Corporation. So, jadi di situ kita lihat bagaimana berlakunya apa yang kita sebut tadi. Bila ada jemputan dan sebagainya, ia nya memang melalui NAIO tetapi ianya di dalam kerangka MyDIGITAL Corporation. So, it’s actually an office that is created and currently being incubated dengan izin, di bawah MyDIGITAL Corporation.
Sebenarnya apa yang kita lihat adalah keperluan Pejabat Kebangsaan AI, National AI Office untuk melihat secara spesifik kepada aspek AI. MyDIGITAL Corporation ini lebih luas. Dia nak lihat kepada next generation technology dan sebagainya di mana kita dapat memastikan bahawa negara kita bersedia untuk teknologi baharu yang bakal kita lihat dalam masa yang depan. Jadi, MyDIGITAL Corporation ini peranannya lebih luas, lebih luas daripada AI alone.
Tapi sebahagian di dalam MyDIGITAL Corporation itu yang akan melihat bagaimana kita menggubal rangka polisi dan sebagainya sekeliling AI itu adalah di bawah tanggungjawab National AI Office. So, ianya di dalam agensi yang sama. Ia pejabat National AI Office adalah pejabat di dalam agensi MyDIGITAL Corporation. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Krai. Silakan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Malaysia mengetuai projek untuk merangka dan menubuhkan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030 untuk menangani cabaran keselamatan siber secara kolektif. Sejauh mana strategi ini mengambil kira ancaman penipuan siber berasaskan kecerdasan buatan ataupun AI dan apakah peranan khusus Malaysia dalam merangka kerangka respons serantau terhadap ancaman ini?
Dan apakah bentuk kerjasama strategik yang sedang dirancang atau dilaksanakan serta pelan jangka panjang oleh Malaysia bersama negara-negara ASEAN untuk
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
menyelaraskan pengawal seliaan AI dalam memerangi penipuan siber merentas sempadan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat soalan yang cukup relevan buat masa sekarang. Yang Berhormat, bila kita sebut berkaitan dengan masalah ataupun ancaman siber, ini adalah satu perkara yang melibatkan kita semua. Dunia yang baharu ini memerlukan kita mengambil tindakan berubah cara kita melaksanakan perniagaan dan sebagainya di mana kita perlu melihat kepada teknologi baharu yang wujud yang boleh memperkasakan aspek-aspek itu. Umpamanya kita kena lihat kepada bagaimana kita menggunakan platform digital dan sebagainya. Ini adalah satu perkara yang kita akan lihat memang membangun, bergerak ke depan. Jadi, di situ juga ada ancamannya.
Bila kita lihat kepada ancamannya, ianya bukan setakat ancaman siber sahaja.
Teknologi baharu membawa ancaman baharu seperti ancaman siber yang berteraskan AI.
Jadi apa yang penting adalah untuk kita memastikan sebenarnya apakah sebenarnya ancaman ini. Buat tujuan itu kita ada Pejabat Kebangsaan AI sepertimana saya sebut tadi National AI Office dan di situlah kita lihat kepada aspek-aspek ancaman baharu ini. Bila kita dapat mengenalpastikan aspek-aspek ancaman baharu itu, baru di situ kita merangkakan polisi atau menggubalkan peraturan ataupun perundangan yang dapat melihat kepada bagaimana kita dapat membendung masalah itu.
Tapi Yang Berhormat, apa yang Yang Berhormat sebut tadi adalah amat tepat pada tempat dia ya. Ancaman siber ini, termasuknya ancaman siber AI ini adalah ancaman yang merentas sempadan. Jadi, yang penting adalah untuk kita memastikan bahawa walaupun setiap negara melihat kepada bagaimana kita dapat merancakkan polisi dan juga keselamatan di dalam negara sendiri tapi ancaman itu merentas sempadan. Jadi, di situ perlu untuk kita duduk dan bincang bersama dengan negara-negara ASEAN bagaimana kita boleh pastikan bahawa setiap negara juga mewujudkan sistem ataupun kerangka keselamatan yang membolehkan ancaman ini terbendung di dalam negara-negara mereka masing- masing.
Tapi dalam masa yang sama, apabila kita ada kekuatan di dalam negara-negara kita masing-masing, bagaimana kita boleh pastikan bahawa kita boleh bekerjasama untuk memastikan bahawa ancaman-ancaman ini dapat dibendung secara keseluruhannya?
Satu contoh yang cukup mudah untuk kita faham adalah bila kita ada scam. Kerap kali kita lihat scam dan sebagainya, pelaku ataupun mereka yang melaksanakan atau mereka di sebalik scam dan sebagainya, mereka tidak sebenarnya berada dalam negara kita, tapi ianya beroperasi daripada negara lain. Sama juga dengan scam yang berlaku di negara lain, peringkat ASEAN sebenarnya pelaku-pelaku jenayah ini tidak sebenarnya di dalam negara mereka.
Tuan Gobind Singh Deo
Jadi, bagaimana kita boleh mewujudkan satu sistem di mana kita ada maklumat, kita ada kerjasama bila berlaku masalah ini, tempat yang mana kita buat aduan, selepas daripada itu bagaimana selepas aduan itu dibuat, sistem dan struktur yang wujud di dalam setiap negara dapat digunakan untuk kita membendungkan masalah ini. Ini adalah sebenarnya apa yang kita lihat dalam aspek kita menangani jenayah AI dalam masa depan.
Berkenaan dengan soalan bagaimana kita akan merancakkan polisi dan sebagainya, kita sekarang dalam proses melihat kepada National AI Roadmap untuk tahun 2026 sehingga 2030. Di dalam kertas itu, dokumen itu memang aspek AI, ancaman siber yang berlandaskan AI dan sebagainya kita bincangkan dan saya harap bahawa dalam akhir tahun ini kita dapat melancarkan dokumen tersebut dan saya harap bahawa bergerak ke depan dokumen itu dapat membantu kita untuk menyelesaikan masalah ini bukan sahaja di negara kita di peringkat ASEAN dan juga di peringkat global sejauh mana yang kita boleh. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Dengan doa istighasah dan qunut nazilah, aduan rakyat kepada Allah telah diangkat. Ya, betul Ustaz setuju. Pemimpin zalim mana pun yang tidak adil..
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, soalan nombor 4 Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
…Mana pun tidak akan terlepas. Ya, saya pantun.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, oh pantun.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Oh, pantun. Okey.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Tak, tak bunyi macam pantun tadi.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan saya pada kedudukan nombor 4.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Menteri.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Belum habis lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ada pantun lagi?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ada penutup dia. Ya, ya.
Suka saya nasihatkan, siapa makan cili; Jangan salahkan doa bila terasa pedas.
Tuan Yang di-Pertua
Ini soalan 7, tujuh rangkap.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih. Ya, nombor 4.
4. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) jumlah keluasan penempatan tradisi Melayu dan Rizab Melayu yang masih wujud di Wilayah Persekutuan; dan
(b) pelan jangka panjang Kerajaan mengekalkan identiti, pemilikan dan kesinambungan komuniti Melayu di tengah bandar khususnya di Kuala Lumpur yang mengalami tekanan pembangunan swasta.
Tuan Yang di-Pertua
Tujuh, empat? Okey, silakan Menteri. Tak payah jawab pantun tu, ya, panjang. Terus jawab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Tak? Saya tak akan jawab pantun tersebut, Tan Sri Yang di-Pertua.
[Ketawa] Baik, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan dan dasar pembangunan bagi Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada pelan struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang diwartakan pada 19 Oktober 2023. Dan di dalam pelan ini sebanyak 37 penempatan tradisi atau kampung telah dikenal pasti di Kuala Lumpur.
Daripada jumlah tadi, 31 kampung dengan ukuran keluasan 1,660.12 hektar terdiri daripada penduduk majoriti Melayu dan daripada kesemua kampung Melayu ini, 11 kampung dengan keluasan 701.95 hektar berada dalam kawasan rizab Melayu. Manakala daripada pewartaan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu adalah sebanyak 1,004 hektar meliputi pelbagai jenis guna tanah.
Selaras dengan kerangka PSKL 2040, kesemua 37 buah kampung ini telah ditetapkan hala tuju perancangan masa hadapannya Yang Berhormat, melalui klasifikasi tiga perkara iaitu pertamanya, kampung tradisi. Kedua, kampung potensi pembangunan dan ketiganya kampung-kampung lain dan ini termasuklah kampung baru.
Kampung tradisi akan memberi penekanan kepada memperkukuhkan perancangan ke arah pembentukan perkampungan tradisi di Kuala Lumpur. Sementara kampung potensi pembangunan pula akan ditetapkan dengan zon guna tanah dan intensiti pembangunan yang berdaya maju bagi membolehkan pelaksanaan pembangunan tertakluk kepada potensi dan juga daya tampung persekitaran kawasan tersebut. Dan bagi kampung-kampung lain, tumpuan adalah ke arah penaiktarafan persekitaran, terutamanya elemen infrastruktur dan juga utiliti bagi tujuan kesejahteraan kependudukan.
Seterusnya bagi perancangan pembangunan berkaitan zon guna tanah intensiti dan intensif — intensif perancangan di Kuala Lumpur ianya adalah tertakluk kepada Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) yang juga telah diwartakan Tan Sri pada 28 Mei 2025. Jadi pelan tempatan adalah lebih spesifik dan zon guna tanah khusus telah ditetapkan bagi kampung-kampung tradisi yang berpotensi iaitu Perkampungan Tradisi 1 atau dilabelkan sebagai TV1 dan Perkampungan Tradisi 2 iaitu TV2.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua-dua penempatan ini memfokuskan kepada rizab Melayu Gombak melibatkan Kampung Padang Balang, Kampung Sungai Mulia, Kampung Sungai Merali, Kampung
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Bandar Dalam, sebahagian Kampung Chubadak Hulu dan sebahagian juga Kampung Puah Asal yang selaras dengan karakter dan suasana persekitaran kawasan tersebut.
Terakhir, bagi memastikan pengekalan komuniti Melayu di Kuala Lumpur, penetapan peratusan kuota bumiputera telah dipertingkatkan ya semenjak 2023 di mana minimum 40 peratus bagi projek persendirian dan minimum 70 peratus bagi projek kerajaan ataupun usaha sama. Kuota ini telah ditetapkan ke atas kesemua kelulusan perancangan tanpa mengambil kira lokasi yang tertakluk kepada bentuk pembangunan. Dan bagi rizab Melayu pula, pematuhan pemilikan sepenuhnya 100 peratus mestilah kepada kaum Melayu tanpa sebarang kompromi.
PSKL2040 telah pun menetapkan strategi untuk mengekalkan komposisi kaum Melayu dan bumiputera di Kuala Lumpur ini supaya tidak kurang daripada 40 peratus. Dan antara strategi yang sedang diterokai adalah bagi setiap pembangunan di tanah rizab Melayu, tanah MAS ataupun tanah yang kawasan-kawasan majoriti Melayu di Wilayah Persekutuan ini, komponen seperti rumah mampu milik Melayu, kedai mampu milik Melayu dan perindustrian ringan mampu milik Melayu akan diperkenalkan. Cuma, cadangan ini masih di peringkat awal kajian dan perlu juga dirujuk kepada pertimbangan Jemaah Menteri terlebih dahulu.
Tetapi, saya juga ingin tambah Yang Berhormat, bagi kawasan-kawasan di — sebab soalan pertama Yang Berhormat berkenaan Wilayah Persekutuan. Jadi, saya nak nyatakan di sini bahawa Putrajaya tidak ada istilah tanah rizab Melayu, manakala di Labuan pula yang terpakai ialah enakmen bawah Mahkamah Anak Negeri dan tidak dipanggil tanah rizab Melayu, tetapi dipanggil sebagai tanah anak negeri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih kepada Puan Menteri yang telah memberikan penjelasan yang sangat memuaskan hati. Walau bagaimanapun, ada soalan tambahan iaitu isu nasib dan masa depan orang Melayu, bumiputera di bandar. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula secara menyeluruh kaedah dan prosedur pengambilan tanah bagi kawasan-kawasan warisan dan tradisi seperti Kampung Baru, khususnya di Kampung Sungai Baru bagi memastikan ia tidak dimanipulasi oleh syarikat pemaju swasta dengan mengambil kira bahawa pengambilan tanah sepatutnya tidak disalahgunakan bagi tujuan pembangunan komersial atas nama kepentingan awam, sedangkan manfaatnya lebih menguntungkan pihak swasta?
Yang kedua, adakah Akta Pembaharuan Semula Bandar, Urban Renewal Act (URA) yang bakal dibentangkan mengandungi mekanisme semak imbang yang menjamin hak dan suara penduduk termasuk kumpulan minoriti agar pengambilan tanah tidak berlaku secara paksa? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, untuk jawapan kepada soalan tambahan ini, harus saya sebutkan bahawa contohnya kalau kita lihat pengambilan semula tanah ataupun pembangunan di kawasan-
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
kawasan yang melibatkan tanah-tanah Melayu, rizab Melayu dan MAS contohnya atau kawasan majoriti Melayu.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Seperti yang saya telah nyatakan dalam jawapan utama saya tadi dan kita memang tengah melihat secara lebih terperinci Yang Berhormat, bagaimanakah cara ataupun mekanisme yang terbaik untuk kita laksanakan bagi memastikan demografi yang menentukan contohnya majoriti Melayu dan sebagainya itu dikekalkan. Dan itu kita sedang lakukan libat urus dengan beberapa agensi dan juga beberapa pemaju khususnya pemaju-pemaju yang terkait dengan GLC dan GLIC.
Dan kemudiannya, kalau kita lihat bagaimana pengambilan semula tanah di bawah Akta Pembaharuan Semula Bandar ini, sudah tentu saya yakin bahawa dalam akta ini sebenarnya dia bukan secara direct di bawah kami di Wilayah Persekutuan tetapi di bawah KPKT, tetapi kita juga ada akta tertentu di kota — di Kuala Lumpur, khususnya Akta Ibu Kota yang akan memastikan juga ada penyelarasan di antara kedua-dua akta ini. Dan sudah tentunya, libat urus untuk kita mendengar kepada suara semua akan dilaksanakan dengan yang terbaik mungkin.
Contohnya, di Kuala Lumpur apabila kita — sebelum kita mewartakan PTKL2040, kita telah pun menerima — dia menjadi satu kemestian ataupun satu ketetapan untuk kita melaksanakan pendengaran awam. Dan pendengaran awam, contohnya untuk PTKL2040, kita telah menerima sehingga 28,000 respons daripada orang awam dan juga daripada juga pihak-pihak yang berkepentingan. Jadi, ini adalah satu yang kita perlu laksanakan supaya apabila kita melaksanakan pembangunan, maka ia mengambil kira juga pandangan daripada semua. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan yang dikemukakan oleh YB Jasin menggambarkan beberapa hakikat. Yakni, yang pertama sama ada seseorang itu tinggal atau kerap datang ke Kuala Lumpur ataupun ada rumah di Kuala Lumpur dan paling kurang ada saudara mara yang tinggal di Kuala Lumpur. Itu satu hakikat.
Soalan lanjutan saya berkenaan perkara ini, dengan baki-baki kampung warisan dan rizab Melayu yang ada di Kuala Lumpur, sejauh mana kerajaan memastikan setiap pelan pembangunan semula bagi kawasan kampung warisan ataupun rizab Melayu ini mengambil kira suara-suara mereka yang tinggal di tempat yang berdekatan? Dan, adakah ia juga mengambil kira agar mereka terus dapat tinggal di tempat asal mereka, yakni tidak dipindahkan tanpa pilihan dan juga mengambil kira memastikan bahawa kalaupun diberi pampasan, pampasan yang setimpal dapat diberi kepada mereka? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.
Jadi, saya rasa ini — soalan-soalan ini ada lebih kurang juga soalan yang diberikan oleh Jasin tadi, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, saya ingin mengulangi kembali bahawa dalam kita — mana-mana pelaksanaan pembangunan, khususnya di Kuala Lumpur memang kita mengambil kira pandangan semua dan khususlah lagi dengan kawasan-kawasan yang kita sebut tadi kawasan rizab Melayu, kawasan MAS ataupun mungkin juga kawasan yang majoriti Melayu yang mana kawasan- kawasan ini mungkin tidak pun melibatkan kawasan-kawasan rizab Melayu. Jadi, ini memang kita jadikan sebagai satu ketetapan dan kemestian untuk kita mengambil kira pandangan daripada semua Yang Berhormat.
Kemudian, berkaitan pula dengan soalan Yang Berhormat berkenaan dengan bagaimana kita menjaga kepentingan itu. Maka, sudah tentunya dalam kita libat urus itu, kita sentiasa memastikan bahawa contohnya bagi kawasan-kawasan pembangunan semula. Kita akan menempatkan kembali mereka yang di kawasan dibangunkan semula itu untuk kembali ke kawasan asal dia sehingga kita mengambil kira juga dalam kaedah ataupun dalam proses pembangunan semula itu, kita sebelum kita untuk kita keluarkan dia itu, dia berdekatan juga dengan kawasan yang dibangunkan. Jadi, ini adalah untuk memastikan supaya mereka yang telah lama duduk di situ akan memudahkan kerja-kerja harian mereka dan tidak mengganggu dari sudut mungkin perjalanan yang jauh dan sebagainya.
Jadi, Yang Berhormat saya mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tentunya Wangsa Maju yang sebahagian daripada Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi, insya-Allah kita akan terus melaksanakan engagement Yang Berhormat, bukan saja dengan penduduk bahkan juga dengan Ahli Parlimen untuk kita mendapatkan pandangan-pandangan yang lebih tepat sebelum kita melaksanakan apa saja pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan nombor 5, Yang Berhormat Tanjong Manis tak ada dalam Dewan. Saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
[Soalan No. 5 – YB. Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) tidak hadir]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya soalan nombor 6.
6. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Pertahanan menyatakan kebelakangan ini kita lihat penggunaan UAV kerap dan menonjol dalam peperangan yang berlaku di Timur Tengah dan sebahagian negara Eropah, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengintegrasi penggunaan UAV dalam sistem pertahanan udara negara.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tebrau di atas persoalan yang dikemukakan.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa komited memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara sentiasa berada pada tahap yang terbaik
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
dalam kalangan negara-negara ASEAN dan pelan penambahbaikan dan modenisasi pertahanan di peringkat Angkatan Tentera dilaksanakan secara menyeluruh berpandukan kepada Pelan Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat ATM atau dikenali sebagai Fourth Dimension of Malaysian Armed Forces (4DMAF) yang bertujuan untuk menentukan ATM sentiasa digeruni dan dihormati.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Antara strategi yang telah digariskan dalam pelan ini, termasuklah memodenkan aset kelengkapan pertahanan yang berkaitan dengan unmanned aerial vehicle (UAV) dan pada dasarnya, pihak ATM telah pun mempunyai keupayaan tersebut melalui perolehan yang dibuat oleh setiap cabang perkhidmatan sama ada Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia mahupun Tentera Udara Diraja Malaysia bagi menyokong aktiviti operasi ketenteraan di dalam dan juga di luar negara.
Ke hadapan ini, TUDM bakal menerima UAS jenis ANKA-S yang diperolehi dari Turkish Aerospace Industries (TAI) bagi fasa yang pertama. Dan TUDM juga akan meneruskan perancangan perolehan UAS ini dalam Rancangan Malaysia yang Ke-13 sebagai fasa kedua bagi melengkapkan perancangan CAP55 TUDM. Keutamaan perolehan UAV ini telah melibatkan beberapa langkah strategik dari pihak ATM dalam rangka keupayaan menjelang Rancangan Malaysia yang ke-13 ini dan ATM telah melalui beberapa siri jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pembangunan Angkatan Masa Hadapan serta Jawatankuasa Panglima-panglima bagi memperhalusi keupayaan yang bakal dimiliki, selaras dengan fasa pembangunan Angkatan Masa Hadapan 2026–2030.
Seterusnya, melalui langkah-langkah strategik yang dinyatakan, UAS mahupun UAV ini dilihat mampu meningkatkan keupayaan ATM seperti peningkatan keupayaan kuasa tembakan, mobiliti, komunikasi dan logistik melalui domain daratan, peningkatan keupayaan tempur maritim dan keupayaan daya tahan operasi maritim melalui domain maritim dan peningkatan keupayaan pertahanan udara dan serangan udara melalui domain udara. Untuk makluman juga, pemodenan aset pertahanan ini akan diteruskan melalui rancangan perolehan di bawah Rancangan Malaysia yang ke-13, selaras dengan fasa pembangunan Angkatan Masa Hadapan, saya sebutkan tadi.
Dan kita melihat bahawa antara aktiviti yang kita laksanakan dalam konteks UAV ini adalah pemantauan, memperagakan kekuatan dan juga penggunaan kekuatan dan juga kekerasan. Melihat kepada aktiviti-aktiviti utama yang dilaksanakan oleh ATM, maka keupayaan UAV ini amat penting dalam kita memastikan Angkatan Masa Hadapan kita dapat kita perkukuhkan dan kita dapat memperkukuhkan juga kedaulatan negara dan juga agar Malaysia sentiasa berdaulat, selamat dan juga makmur. Itu saja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih kepada Menteri bagi jawapan yang agak komprehensif.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kita boleh saksikan sendiri Menteri, penggunaan UAV yang makin meluas di seluruh dunia, bukan sahaja di medan perang untuk serangan tetapi untuk recon juga. Kebetulan Menteri, dua buah negara yang mempunyai banyak pengaruh dalam pengeluaran UAV military ini adalah Turki dan China. Negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang agak mesra dengan Malaysia. Maka soalan saya, adakah kementerian sedia untuk meneroka cadangan untuk kerjasama dengan kedua-dua negara ini untuk kita reka dan membuat UAV Malaysia sendiri demi kita nak mendukung pembangunan industri pertahanan negara. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau ya, atas persoalan terkait dengan keupayaan kita, ya. Untuk kita memajukan industri pertahanan melalui teknologi UAV mahupun UAS, kerana kita di Kementerian Pertahanan, biasanya sama ada kalau kita menggunakan jarak dekat (short range) itu kita istilahkan sebagai UAV dan bagaimana kita menyediakan UAV jarak jauh itu sebagai UAS.
Jadi kalau kita lihat, kita di Kementerian Pertahanan, Yang Berhormat Menteri Pertahanan sendiri sudah menggariskan satu dasar. Di mana bermula pada tahun 2024, sebenarnya kita melalui STRIDE, institut penyelidikan pertahanan kita, di mana kita telah memulakan kerjasama dengan UTM. Juga di samping baru-baru ini, lawatan Yang Berhormat Menteri juga ke Turki. So, kita cuba melebarkan kerjasama ini bagi memastikan bahawa kita dapat memastikan bahawa industri pertahanan terkait dengan teknologi drone ini dapat kita kembangkan dalam negara kita kerana kita tahu bahawa keperluan ini memang ada dan kita sudah memulakan semenjak tahun lalu, 2024.
STRIDE menjadi peneraju kepada pembangunan ini dengan kerjasama institut pengajian tinggi, UTM contohnya. Dan ke depan itu adalah kita mahu mengenal pasti industri- industri yang boleh terlibat sama. Kerana kita tahu, rantaian itu harus lengkap bagi kita menghasilkan apa yang kita sebut sebagai industri pertahanan yang terkait dengan UAV mahupun drone ini. Itu saja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Soalan saya daripada Lumut, Timbalan Menteri. Tadi, Timbalan Menteri ada menyebut, kita ada membuat pembelian UAV daripada Turki, jenis ANKA. Bilakah TUDM akan dijangka menerima UAV tersebut? Soalan yang lagi satu. Seperti yang dimaklum oleh YB Tebrau, adakah PITM juga melihat keperluan kamikaze drone sebagai keperluan taktikal pada masa akan datang? Dan adakah PITM dan pihak industri melihat ini sebagai satu keperluan kritikal dalam kerajaan, dron kamikaze dalam konflik pada masa ini dan akan datang? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut, ya. Tadi kita menyebut tentang — memang proses perolehan daripada TAI Aerospace itu, ANKA-S itu, kita dijangka akan menerima dalam fasa pertama ini, drone kita pada tahun hadapan iaitu tahun 2026 dan kita akan teruskan lagi pemilikan untuk fasa yang kedua dalam Rancangan Malaysia yang ke-13.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Adapun kalau kita lihat tentang kamikaze drone ya, kerana kita tahu bahawa di samping kita melihat peranan drone mahupun UAV itu dalam tiga konteks. Kepintaran, pengawasan dan juga peninjauan itu, tetapi kita macam — saya tak nafikan, pembangunan drone itu juga adalah macam saya sebutkan tadi, antara perkara penting adalah kita tunjukkan juga kekuatan dan keupayaan itu. Jadi, saya fikir semua aspek-aspek itu kita ambil kira dalam pembangunan teknologi ini.
Buat masa ini, memang kita mendapatkan dalam konteks pembelian, tapi saya fikir pada masa akan datang kerana kita sudah mulakan pada tahun lalu bahawa pembangunan industri drone ini terkait dengan industri pertahanan ini juga harus kita kembangkan dan upayakan bagi tujuan keselamatan dan kedaulatan negara kita. Itu saja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.
7. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan kerajaan dalam menangani masalah jemaah haji atau umrah yang sering tertipu oleh agen yang menyediakan pakej haji atau umrah. Selain itu, berapakah jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh jemaah haji dan umrah bagi tahun 2024 dan 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada YB Hulu Langat bertarikh 11 Ogos dan juga YB Labuan bertarikh 26 Ogos kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu isu penipuan pakej haji.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Lembaga Tabung Haji sentiasa berusaha menangani isu penyalahgunaan visa oleh segelintir rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji tanpa saluran sah.
Bagi musim haji 2025, laporan jemaah yang terkandas adalah atas cubaan menggunakan visa pelancong bagi tujuan melaksanakan haji overstay dan agensi atau individu terlibat bukan dalam kalangan pengelola jemaah haji yang dilesenkan oleh Tabung Haji. Tabung Haji hanya boleh mengambil tindakan terhadap PJH berlesen dengan Tabung Haji iaitu membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan atau mengenakan denda atau kedua- duanya.
Bagi agensi tidak berlesen dengan Tabung Haji, tindakan tegas dapat dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah, telah menerima laporan bahawa sepanjang musim haji
Dr. Zulkifli bin Hasan
1446 Hijrah, sekurang-kurangnya 97 rakyat Malaysia telah ditahan dan diusir oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan 34 didenda kerana cuba mengerjakan haji tanpa visa yang sah.
Berhubung status kes 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan haji baru-baru ini, pada 23 Jun 2025, Tabung Haji telah menerima maklumat daripada PDRM mengenai 25 laporan polis yang dibuat oleh pengadu berkait dengan kes penipuan pakej haji.
Pada 26 Jun, didapati terdapat pelanggaran peruntukan seksyen 27(1)(a), (c) dan (d) Akta Tabung Haji 1995 oleh pihak yang mengelolakan perjalanan haji tersebut, walaupun mereka bukan pemegang lesen PJH yang sah bagi musim haji 2025.
Dr. Zulkifli bin Hasan
MOTAC telah dimaklumkan berkenaan dengan pelanggaran peruntukan di bawah Akta Tabung Haji oleh syarikat pelancongan yang terlibat dan MOTAC boleh mengambil tindakan penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen 8 Akta 482 kerana pengusahaan pelancongan berlesen tersebut telah melanggar mana-mana undang-undang bertulis lain serta menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam. Pada 9 Julai 2025, dua individu telah dituduh di mahkamah mengikut seksyen 27(1)(a) Akta Tabung Haji 1995 yang boleh dihukum di bawah seksyen 27(2)(a) akta yang sama.
Bagi urusan badal haji, saya mohon masa sedikit untuk menyambung jawapan. Bagi urusan badal haji pula, Tabung Haji tidak menawarkan perkhidmatan badal haji. Tabung Haji dan JAWHAR, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji memberi peringatan berulang-ulang kepada masyarakat melalui pelbagai hebahan merentasi platform dan juga meningkatkan kesedaran masyarakat supaya berwaspada terhadap mana-mana agensi mahupun individu yang menawarkan perkhidmatan badal haji, terutamanya harga yang murah.
Jadi secara rumusannya, sejak 2000 hingga — 2024 sehingga Mei 2025, MOTAC telah menerima sebanyak 2,204 aduan berkaitan umrah dengan anggaran kerugian sebanyak lebih 3.6 juta, manakala 58 aduan berkaitan haji dengan anggaran kerugian sebanyak lebih RM600,000. Secara rumusannya, perkara ini telah dapat ditangani sebaiknya dan kita telah berjaya menangani kesalahan-kesalahan dan penipuan pakej haji dan umrah ini dengan baik dan angka menunjukkan ianya telah diselesaikan dengan baik sekali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Berdasarkan kepada kes-kes penipuan semasa yang kita selalu baca dalam akhbar, ianya terbit daripada keghairahan setengah-setengah golongan tua ini ataupun yang tidak didaftarkan melalui Tabung Haji ini yang terlalu ghairah untuk menunaikan fardu haji ini.
Jadi soalan saya, adakah pihak Tabung Haji mempunyai satu perancangan khusus supaya mereka yang tidak didaftarkan ini, yang golongan veteran tua ini, diberi keutamaan dalam sistem penggiliran pendaftaran Tabung Haji ini? Kalau tidak dibuat macam itu, saya rasa kalau diikut sekarang ini, first come, first serve tanpa mengira umur ataupun status.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Justeru, saya mencadangkan supaya pihak Tabung Haji dapat menggubal semula ataupun mengkaji semula akan sistem penggiliran pendaftaran haji ini di peringkat Tabung Haji.
Sekian.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuklah menubuhkan jawatankuasa khas, task force untuk menangani isu ini bersama dengan pihak berkuasa seperti PDRM dan juga MOTAC termasuk juga Tribunal Pengguna dan sebagainya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Berkenaan dengan apakah bukti telah berjaya. Sebagai contoh, pada awal Jun 2025 ya, lebih 80 individu dilaporkan terkandas di KLIA, dipercayai menjadi mangsa penipuan dua individu yang menjanjikan visa haji dan kedua-dua suspek ini telah ditahan dan disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 80 jemaah ini telah berjaya dielakkan untuk sampai ke Arab Saudi dan kita telah berjaya menanganinya.
Berkenaan sistem penggiliran, sistem penggiliran itu telah pun dilaksanakan dan kita mengikut seperti mana peraturan yang [Tidak jelas] . Kita mengutamakan daripada beberapa aspek, daripada pendaftaran sehinggalah daripada kesihatan dan aspek-aspek istitaah yang sebagainya. Cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat, kita boleh ambil pertimbangan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Saya percaya perkara ini adalah menjadi kebimbangan terutamanya kepada jemaah umrah. Jadi soalan saya, apakah kriteria yang digunakan oleh Tabung Haji untuk melesenkan pengelola jemaah haji ini dan bagaimana kita dapat memastikan kebajikan jemaah terpelihara?
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Tabung Haji menggunakan beberapa kriteria yang sangat ketat untuk melesenkan pengelola jemaah haji bagi memastikan kebajikan jemaah haji dan umrah kita terpelihara.
Antara kriteria utama yang digunakan termasuklah membuat penilaian terhadap latar belakang syarikat yang ingin menyertai sebagai PJH dari segi kedudukan kewangan, pengurusan jemaah umrah atau haji dan membuat lawatan ke syarikat tersebut dan juga menyemak silang data syarikat dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan juga MOTAC.
Buat masa ini, kita sudah mempunyai 37 PJH setakat 2025.
Selain itu, bagi menjamin kualiti dan khidmat kepada jemaah haji, Tabung Haji menetapkan 10 syarat:
(i) perakuan pemerbadanan syarikat sendirian oleh SSM;
(ii) mempunyai lesen perniagaan oleh MOTAC;
Dr. Zulkifli bin Hasan
(iii) tiada kes pelanggaran peruntukan Akta Tabung Haji dalam tempoh tiga tahun terakhir;
(iv) tiada kes salah laku penipuan salah representasi;
(v) berpengalaman dalam pengendalian umrah;
(vi) laporan kewangan yang telah diaudit untuk tiga tahun terakhir;
(vii) modal berbayar sekurang-kurangnya satu juta;
(viii) syarikat atau individu bukan berstatus bankrap;
(ix) laporan juruaudit bersih untuk dua tahun terkini; dan
(x) keuntungan bersih sekurang-kurangnya 25 peratus daripada modal berbayar.
Setakat ini, laporan yang dibuat, alhamdulillah semua PJH yang dilesenkan adalah menawarkan perkhidmatan yang baik dan mengikut peraturan sedia ada. Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan, Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini datang daripada sebelah sini yang menyokong sana. Saya pada minggu lepas, soalan yang sama juga daripada sebelah sini, diberi hak untuk bercakap ataupun bersoal. 29 Julai yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jadi, saya rasa tidak adil kalau saya tak diberi peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak apa. Kalau tak setuju, buat usul.
[Dewan ketawa]
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tak perlulah usul, benda tu simple saja.
Saya pohon, saya pohon izin.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Soalan tambahan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Soalan, soalan 8, Yang di-Pertua.
8. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk melindungi kepentingan usahawan daripada tekanan kos. Hal demikian adalah kerana platform e-dagang arus perdana seperti Shopee, TikTok dan Lazada telah menaikkan komisen jualan yang dikenakan ke atas penjual sejak kebelakangan ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat Ipoh Timor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kekal komited dalam membantu usahawan PMKS termasuk membantu mereka mengatasi cabaran seperti peningkatan kos operasi perniagaan termasuk melibatkan peningkatan kadar komisen platform e-dagang. KUSKOP telah memperkenalkan platform MyMall pada tahun 2022 yang
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
merupakan sebuah platform pembangunan ekosistem keusahawanan digital dengan menyediakan ruang pemasaran dalam talian e-dagang secara percuma kepada PMKS dan koperasi-koperasi tempatan.
Sehingga 31 Julai 2025, seramai 3,407 orang peniaga telah berdaftar di MyMall dan mencatatkan nilai jumlah jualan sebanyak RM24.3 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan ketara dengan pertambahan nilai jualan sebanyak RM15 juta di dalam tempoh tujuh bulan pada tahun 2025.
Sehubung dengan itu, usahawan PMKS adalah digalakkan untuk mendaftar di MyMall dan menggunakan ruang pemasaran secara percuma ini melalui platform e-dagang.
Usaha KUSKOP ini pastinya akan dapat membantu usahawan dalam menangani tekanan kos sara hidup selain daripada mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian yang percuma.
Selain itu, antara inisiatif pembangunan kapasiti dan digital yang telah diambil oleh KUSKOP dan agensi-agensinya untuk menyokong para usahawan adalah seperti yang berikut. Program Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Penjaja Kecil (Empower PKK) oleh KUSKOP diberikan secara percuma bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjaja dan peniaga kecil dalam menjalankan transaksi perniagaan secara digital.
Program ini telah berjaya melatih seramai 618 penjaja dan peniaga kecil pada tahun 2024, manakala 210 orang telah menerima manfaat sehingga 30 Jun 2025.
Namun demikian, bilangan peserta serta skop latihan yang dapat ditawarkan adalah terhad berikutan kekangan peruntukan yang diberikan sebanyak RM30,000 setahun.
Kementerian akan berusaha untuk memohon peruntukan tambahan bagi program ini bagi melibatkan lebih ramai usahawan informal dan mikro untuk menerima manfaat daripada program-program ini.
Kedua adalah studio TikTok Shop Live Hub yang telah dibangunkan bersama-sama TikTok Malaysia dan TEKUN Nasional menerusi kerjasama yang telah dimeterai pada tahun 2025. Berikutan kejayaan kerjasama antara TEKUN Nasional dengan TikTok Malaysia pada tahun 2024 di Karnival TEKUN MADANI, studio ini menyediakan penstriman livestreaming secara langsung dengan teknologi terkini bagi menghasilkan kandungan berkualiti tinggi untuk meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk usahawan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Sehingga Julai 2025, TEKUN Nasional telah bekerjasama dengan TikTok Shop Malaysia yang telah mengadakan 12 siri bengkel TikTok Shop — Bengkel Promosi Online dan Perniagaan yang dipanggil POP secara percuma dengan kehadiran seramai 258 orang usahawan.
Akhir sekali, yang ketiga, sesi konsultasi perniagaan Business Clinic merupakan inisiatif percuma yang ditawarkan oleh INSKEN kepada usahawan bagi membantu menangani pelbagai cabaran dalam perniagaan mereka. Antara fokus utama sesi ini
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
termasuk strategi penjimatan kos, pengurusan kewangan, optimasi operasi serta penyelesaian kepada isu-isu lazim yang dihadapi oleh usahawan. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan daya tahan usahawan dalam menghadapi kenaikan kos perniagaan serta meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker dan kanda-ku Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tanpa prejudis, terdapat lambakan sellers dan vendors dan foreign direct shippers yang memang tengah membanjiri platform-platform seperti Shopee, Lazada dan sekarang ada lambakan platform-platform baru seperti Temu. Nama dia dengar macam Malaysia lah, tapi adalah platform asing. Dan lambakan ini yang telah membawa tekanan-tekanan kos sampai kita boleh istilahkan dia sebagai perang atau serangan harga yang tidak dapat boleh dipikul oleh local vendors. Selain daripada bantuan yang disediakan seperti yang diutarakan dan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ― syabas dan tahniah ― adakah apa-apa bantuan yang lain yang dibagi kepada usahawan PKMS, khususnya tindakan melibatkan inisiatif perundangan? Bukan nak jadi protectionistic, tetapi adakah apa-apa provision atau usaha dan inisiatif perundangan yang akan dilakukan oleh kementerian dan kerajaan untuk melindungi kepentingan usahawan-usahawan seperti manufacturer yang ada di Malaysia macam yang buat kasut, macam yang buat baju yang tidak dapat nak pikul serangan harga yang datang daripada luar negara?
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih. Soalan yang panjang daripada sahabat saya Yang Berhormat daripada Ipoh Timor.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawapan pendek, cukup.
[Ketawa]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Kalau jawapan pendek, saya jawab secara bertulis, Puan Yang di-Pertua, tetapi saya jawablah secara ringkas.
Secara ringkas, kami bekerjasama dengan pelbagai agensi-agensi bagi memberikan perlindungan tersebut. Contohnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sedang melaksanakan kajian, semakan semula perundangan e-dagang untuk memastikan kawal selia perniagaan dalam talian secara lebih holistik.
KPDN juga akan melaksanakan pindaan Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Secara Urusan Perdagangan Elektronik) 2024 dalam mengawal selia perniagaan dalam talian. Juga, kita boleh lihat MyCC ― Suruhanjaya Persaingan Malaysia:
melaksanakan Kajian Semula Pasaran bagi Ekosistem Ekonomi Digital di bawah Akta Persaingan bertujuan antaranya untuk memastikan tiada pihak yang meningkatkan kos tanpa kawalan.
Saya sudah ringkaskan Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kita semua tahu lebih daripada 62 peratus usahawan mikro yang terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam pasaran e-dagang hari ini. Jadi, saya ingin tahu, apakah usaha konkrit kementerian untuk memperjuangkan regulasi had siling komisen e-dagang ini agar margin keuntungan usahawan mikro ini tidak terus terhakis?
Dan apakah usaha pemantauan yang dibuat sistem pemantauan yang berterusan untuk menilai kesan kenaikan komisen platform ini agar harga produk akhir kepada pengguna tidak terjejas? Minta penjelasan.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Kalau kita lihat, kita juga melaksanakan Karnival TEKUN yang secara percuma yang telah memberikan satu keuntungan yang sangat besar. Contoh, kalau kita lihat Karnival TEKUN yang telah diadakan sebelum ini, usahawan sebanyak 403 orang telah dapat berniaga dan hasil jualan mereka sebanyak 11 juta telah dicapai. Kalau kita lihat tahun ini, tanpa melakukan Karnival TEKUN lagi, kita sudah sampai tahap 185 usahawan yang telah berniaga sebanyak 1.3 juta. Kita akan mengadakan tiga Karnival TEKUN seluruh negara bermula dengan di Morib pada bulan Ogos, September di Sungai Petani dan akan dipastikan kemudian adalah di Permatang Pauh.
Juga, kita ada collaboration. Contoh macam tadi saya sebutkan, Yang Berhormat Rantau Panjang, TEKUN Studio yang kita bekerjasama dengan TikTok Live itu. Dia ada analitik dia sendiri yang mengeluarkan data yang memberikan satu pencapaian yang boleh kepada end user itu yang sangat tinggi. Kalau kita lihat, kolaborasi ini bersama TikTok Shop dengan TEKUN Nasional dijalankan di studio TikTok Shop sendiri. Dan kolaborasi ini hanya dia akan berjalan di TikTok Shop secara live hanya sampai bulan Disember. Jadi, kalau ambil kesempatan ini, memang mereka dapat memasarkan dan memastikan produk mereka sampai kepada pengguna. Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Nombor 9 soalan saya.
9. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan, status terkini pembinaan Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah
(SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan sebanyak 7,374 unit Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang, Setapak yang sepatutnya siap secara berperingkat bermula tahun 2026.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan.
Di mana, Puan Yang di-Pertua, Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) merupakan salah satu daripada agenda teras Kementerian Pertahanan bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga warga veteran
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
ATM selaras dengan Pelan Strategik MINDEF 2021 hingga 2025 iaitu di bawah teras ketiga ― pelestarian kesejahteraan warga kerja pertahanan dan veteran ATM.
Dan Kertas Putih Pertahanan juga menekankan aspek kebajikan warga kerja pertahanan melalui penyediaan kemudahan perumahan seperti program perumahan mampu milik untuk memenuhi keperluan perumahan anggota ATM yang sedang berkhidmat, warga awam dan juga di Kementerian Pertahanan serta warga veteran ATM.
Dan sehingga kini, terdapat satu projek SASaR yang sedang dilaksanakan di kawasan Kuala Lumpur iaitu Projek SASaR Sungai Besi yang melibatkan pembinaan sebanyak 3,500 unit kediaman jenis pangsapuri. Dan projek ini dijangka siap pada suku keempat iaitu penghujung tahun 2025 ini.
Selain itu, terdapat dua lagi projek yang bakal dilaksanakan di kawasan Kuala Lumpur iaitu Projek SASaR Wardieburn dan juga Projek SASaR Setapak yang melibatkan pembinaan sebanyak 7,374 unit kediaman jenis pangsapuri. Dan perancangan pembinaan Projek SASaR Wardieburn yang berjumlah 974 unit dijangka bermula pada suku pertama tahun 2026 dan Projek SASaR Setapak yang berjumlah 6,400 unit dijangka bermula pada tahun 2030. Ini menjadikan jumlah keseluruhan unit kediaman Projek SASaR yang dibina adalah sebanyak 10,874.
Untuk makluman Yang Berhormat Tanah Merah juga, Projek SASaR Wardieburn telah mendapat kelulusan perintah pembangunan bersyarat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 12 Disember tahun 2024. Itu saja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan tambahan yang mudah saja.
Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Kewangan Kerajaan Tahun 2019 sewaktu Kerajaan PH 1.0 perintah dulu mendapati MINDEF mengalami kerugian 500 juta akibat kegagalan 16 projek land swap yang dilaksana sebelum ini.
Jadi, soalan saya ialah ― adakah Rumah SASaR ATM di Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn ini dalam kategori land swap? Dan juga, benarkah syarikat yang mendapat kedua kontrak ini yang bernilai lebih pada 2 bilion, yang dimaklumkan tadi akan membina lebih daripada 10,000, kini telah berdepan dengan masalah kewangan yang serius hingga dijangka pembinaan ini kemungkinan tergendala? Jadi, kebimbangan saya adalah jika ia tergendala, terbengkalai nanti, lagi satu kegagalan land swap. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah.
Untuk makluman, memanglah kita di peringkat Kementerian Pertahanan, salah satu model pembangunan kita, terutamanya kepada RKAT, iaitu Rumah Keluarga Angkatan Tentera, kita laksanakan secara land swap, tetapi kalau kita lihat dalam projek SASaR ini, kita biasanya laksanakan dalam konteks cross subsidy. Jadi, kita subsidize rumah itu berdasarkan pembangunan yang dibuat oleh pemaju di kawasan itu saja. Kita tak ada land swap untuk itu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sebab itu kalau kita lihat dalam Projek Wardieburn dan juga di Genting Klang ini, di Setapak ini, sebenarnya dia kita melalui fasa demi fasa. Sebab itu kalau kita melihat dia terkait juga dengan satu projek lagi pembangunan iaitu pusat latihan kita di Port Dickson.
Jadi, prosesnya adalah, kita harus menyiapkan di Wardieburn dan juga di Port Dickson dan kita pindahkan sebahagian daripada anggota kita, lepas itu baharu kita bangunkan kem di Setapak itu. Sebab itu kalau kita lihat proses ini, dia memang mengambil sedikit masa kerana proses pembangunan ini mesti selaras dengan perpindahan itu. Sebab itu kalau kita lihat yang terakhir, fasa terakhir itu, di Wardieburn itu memang melibatkan sekitar 7,000 SASaR, dia dibuat dalam bentuk tiga fasa.
Ada pun masalah kewangan kita di peringkat Kementerian Pertahanan, bila kita sudah memberikan peluang kepada pemaju, semua itu dalam penilaian kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam tempoh ini kita menilai dari segi kemampuan kontraktor untuk mendapat kelulusan merancang, memenuhi keperluan-keperluan daripada DBKL dan dalam masa yang sama saya fikir di Kementerian Pertahanan ya, kalau mana-mana pemaju ya, gagal melaksanakan mengikut tempoh yang telah kita tetapkan, kalau ada maklumat-maklumat ataupun jangkaan dan penilaian-penilaian kita, EOT boleh diberi dengan beberapa syarat, tetapi kalau mereka tidak mampu, jalan terakhir kita adalah, menamatkan mana-mana projek yang gagal.
Jadi, prosesnya ada dan KPI kita ada dan saya fikir yang paling penting adalah, kita dapat bangunkan SASaR ini dan berikan sesuatu yang terbaik kepada anggota pertahanan kita. Itu saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Puan Speaker.
Pertama sekali, kalau kita lihat kementerian ataupun di bawah Menteri Pertahanan yang berkaitan kementerian berkenaan ini, ini tanda kebajikan untuk veteran dan juga untuk tentera yang sedang berkhidmat. Persoalan daripada Sri Gading, kita sedia maklum bahawa kos tanah ini mahal di Kuala Lumpur. Jadi, adakah dia melibatkan bebanan kos ini kepada pembeli? Iaitu yang akan dapatkan, dapat kos rumah ini, berapa kosnya sebenarnya? Itu yang pertama.
Yang kedua, kita sedia maklum juga bahawa apabila yang veteran ni biasanya dia keluarganya ramai, dia bukan dua orang lagi, mungkin ada tiga, empat orang anak ada dan sebagainya. Jadi berapakah keluasan rumah yang dibina untuk veteran dan untuk mereka yang dapat rumah yang berkenaan? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading atas persoalan yang dikemukakan. Memanglah kalau kita lihat rumah kita terutamanya di kawasan Kuala Lumpur ni memanglah kita tahu bahawa harga cukup tinggi, tetapi kita macam kita sebutkan tadi kita di Kementerian Pertahanan, oleh kerana kita punya pemilikan tanah melalui Kementerian Pertahanan itu memang kita bagi. Kalau kita lihat, saya ambil beberapa contoh,
Tuan Haji Adly bin Zahari
kalau kita lihat rumah kita contohnya macam di Sungai Besi rumah jenis A, keluasannya dari segi kaki persegi 1,003 kaki persegi, bilangan bilik sekitar empat bilik, harga seunit adalah RM150,000.
Jadi begitulah juga kalau kita tengok macam di Wardieburn ya, jenis A 1,400 kaki persegi, harga seunit RM350,000 dan begitulah juga di SASaR Setapak, kalau ikut harganya adalah jenis A 1,000 kaki persegi RM150,000; 1,100 kaki persegi RM199,000; jenis C 1,200 kaki persegi adalah RM250,000. Memang kalau kita bandingkan dengan harga komersial itu jauh lebih murah, tetapi memang kita ambil tanggungjawab itu kerana kita tahu bahawa keperluan kepada anggota pertahanan kita adalah, satu yang cukup penting. Adapun kepada veteran, memang kita peruntukkan dari segi pembangunan kita, 15 peratus daripada pembangunan itu kita peruntukkan kepada anggota veteran angkatan tentera.
Jadi, saya fikir bukan sahaja kepada anggota pertahanan yang sedia ada tapi kita masukkan juga kebajikan dan kepentingan perumahan kepada anggota veteran kita. Itu saja jawapannya Sri Gading. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Soalan saya nombor 10.
10. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah pengambilan calon NPQEL setiap tahun bagi tahun 2015 sehingga kini.
Sila nyatakan jumlah pengisian pengetua dan guru besar di sekolah setakat ini.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Dari tahun 2015 sehingga tahun 2025, jumlah keseluruhan pengambilan peserta yang direkodkan bagi program NPQEL adalah seramai 13,424 orang. Daripada jumlah tersebut, berikut adalah bilangan peserta NPQEL dari tahun 2015 sehingga kini.
| Bil. | Tahun | Jumlah Peserta |
|---|---|---|
| 1 | 2015 | 1350 |
| 2 | 2016 | 1675 |
| 3 | 2017 | 1672 |
| 4 | 2018 | 1455 |
| 5 | 2019 | 1106 |
| 6 | 2020 | 996 |
| 7 | 2021 | 1020 |
| 8 | 2022 | 685 |
| 9 | 2023 | 690 |
| 10 | 2024 | 1123 |
| 11 | 2025 | 1652 |
Untuk maklumat Yang Berhormat, sehingga 9 Julai 2025 pengisian jawatan pengetua adalah sebanyak 93 peratus iaitu seramai 2,244 orang daripada 2,409 perjawatan pengetua telah pun diisi. Manakala, pengisian jawatan guru besar di sekolah rendah termasuk sekolah rendah pendidikan khas adalah sebanyak 98 peratus iaitu seramai 7,584 orang daripada jumlah perjawatan sebanyak 7,734 orang. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Soalan saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan bagi jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang untuk memastikan pengisian kekosongan pengetua ataupun guru besar tidak menjejaskan pentadbiran dan pengurusan sekolah? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih soalan dari Yang Berhormat Sungai Siput. Seperti yang saya sebut tadi, dalam dua tahun kebelakangan ini pihak KPM telah pun menambah bilangan peserta, bilangan slot yang dibuka kepada peserta NPQEL iaitu tahun 2024, 1,123 orang, tahun 2025 1,652 orang. Ini adalah untuk jangka masa panjang. Dan pada masa yang sama, saya boleh kongsi sedikit data yang saya ada di sini. Unjuran bagi keperluan latihan pengetua dan guru besar mengikut NPQEL bagi tahun 2025, 2026 dan 2027.
Jumlah kekosongan perjawatan pengetua dan guru besar tahun 2026 sehingga 2027 adalah seramai 2,271 orang. Manakala stok yang boleh dilantik setakat 31 Disember 2024 adalah seramai 728 orang. Dan pada akhir tahun ini, apabila peserta NPQEL selesai kursus, kita boleh isi seramai 1,543 orang juga dan jumlah calon PGB ambilan tahun 2025 berdasarkan kapasiti adalah seramai 1,652 orang.
So, maka jumlah yang dilatih selepas pada tahun ini adalah cukup untuk menampung keperluan tahun 2026 dan 2027, tetapi tertakluk juga — pengisian tertakluk juga kepada faktor yang lain termasuklah seperti sekolah agama bantuan kerajaan menengah. Sekolah menengah jenis kebangsaan mubaligh dan juga sekolah menengah jenis kebangsaan conforming dan juga sekolah mubaligh, yang mana pihak KPM ataupun di peringkat PPD ada mendapat pertimbangan daripada lembaga pengelola sekolah bagi pengisian kekosongan itu mengikut calon yang dibentang ataupun calon yang dicadangkan oleh pihak lembaga, khasnya untuk sekolah mubaligh, kita ada konsep maksimum konsultasi. Itu nombor satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Wong Kah Woh
Untuk jangka masa pendek untuk makluman Yang Berhormat, khas bagi sekolah-sekolah di luar bandar sebanyak 550 buah, pada Disember tahun 2024 pihak KPM telah pun memberikan sedikit kelonggaran terhadap syarat pelantikan iaitu guru besar interim akan dilantik. Mereka belum lagi memiliki NPQEL, tetapi selagi mereka mempunyai dua, pengalaman dua tahun dalam bidang pentadbiran dan dalam masa lima tahun guru besar interim tersebut harus menghabiskan dan memperoleh, menghabiskan kursus NPQEL maka guru besar interim boleh dilantik bagi kawasan-kawasan — sekolah di kawasan luar bandar. Terima kasih Puan di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baiklah, terima kasih kepada Timbalan Speaker.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang saya dapat tadi daripada soalan nombor 10. Apa pun, saya ucapkan tahniah kerana peningkatan permohonan NPQEL daripada guru-guru setiap sekolah ataupun di seluruh Malaysia makin meningkat, apa yang diberitahu di Timbalan Menteri tadi. Cuma saya nampak masih ada lagi penolong-penolong kanan yang agak, mereka agak berat untuk nak memohon NPQEL ini, antaranya ialah kerana beban tugas yang terpaksa ditanggung juga pada ketika mereka menjalankan kursus NPQEL yang selama enam bulan dan kursus ini yang pelbagai, yang mereka terpaksa hadapi dan juga terpaksa di sekolah, online dan kursus di tempat ataupun di IAB.
Jadi adakah kementerian akan melonggarkan sedikit kaedah untuk pengurusan ini?
Dan yang kedua iaitu adakah jangka masa yang apabila mereka lepas daripada NPQEL, ini ada sesetengah guru yang bertahun-tahun tidak dilantik menjadi sebagai pengetua atau guru besar. Ada kes di kawasan saya ada yang tak dilantik hingga ke bersara. Jadi saya minta penjelasan daripada kementerian, kenapakah berlaku sedangkan banyak sekolah-sekolah yang masih ada kekosongan. Baik, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih. Soalan tambahan dari rakan saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Nombor satu berkenaan dengan kelayakan bagi mengikuti kursus NPQEL seperti Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu sedia maklum, kelayakan minima adalah sekurang-kurangnya mendapat tiga tahun, mempunyai tiga tahun pengalaman dalam bidang pentadbiran, dalam bidang pentadbiran dengan KPM sama ada di peringkat sekolah ataupun di peringkat PPD, JPN ataupun KPM.
Dan isu yang selalu kita hadapi adalah berkenaan dengan respons daripada permohonan.
Dan oleh sebab itu, pihak KPM termasuklah Yang Berhormat Menteri, saya sendiri, selalu turun untuk memberikan motivasi khasnya kepada bakal-bakal pemimpin sekolah- sekolah ini, kepada guru kanan, kepada penolong kanan untuk memberikan motivasi kepada mereka supaya mereka lebih cenderung untuk memohon mengikuti kursus NPQEL dan menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada pimpinan sekolah pada masa hadapan.
Berkenaan dengan soalan kedua yang mana mungkin terdapat calon-calon ataupun lepasan NPQEL yang telah pun mempunyai kelayakan tetapi tidak ditempatkan. Seperti yang saya sebut dalam jawapan tambahan saya juga, penempatan itu bergantung kepada keutamaan pendidikan itu nombor satu, nombor dua bergantung kepada kekosongan dan juga lokaliti. Lokaliti katakan sama ada dari daerah yang sama ataupun negeri yang sama.
Walau bagaimanapun, pada tahun lepas pihak KPM telah pun secara pentadbiran untuk memastikan majoriti daripada mereka yang memiliki NPQEL itu, sama ada mereka yang sedang berkhidmat di sekolah ataupun mereka yang ada di JPN ataupun di PPD, mereka digerakkan untuk ditempatkan di sekolah, untuk dijadikan pengetua ataupun guru besar dalam sekolah untuk memenuhi kekosongan yang ada. Terima kasih Puan Yang Di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Haji Jamaluddin bin Yahya, Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dari Perak pergi ke Muar, Singgah sebentar di Kampung Agas; Soalan Pasir Salak sudah keluar, Jawablah Menteri soalan sebelas.
11. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan:
(a) apakah faktor utama yang menyebabkan kadar tanam semula sawit hanya mencapai 2.0 peratus pada tahun 2024, jauh lebih rendah daripada sasaran industri 4-5 peratus setahun; dan
(b) apakah langkah segera diambil Kementerian untuk meningkatkan kadar tanam semula kepada sekurang-kurangnya 4 peratus setahun menjelang tahun 2026.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kadar penanaman semula sawit yang disasarkan pada kadar ideal adalah empat peratus. Empat hingga ke lima peratus. Berdasarkan statistik MPOB pada tahun 2024, kadar penanaman semula sawit dalam kalangan pekebun kecil hanya 0.7 peratus, manakala bagi estet adalah 2.3 peratus. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil estet-estet yang telah mencapai kadar tanaman semula melebihi empat peratus pada tahun 2024.
Secara keseluruhan, kadar penanaman semula sawit Malaysia pada tahun 2024 adalah on average dua peratus. Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan terutamanya kepada pekebun kecil, kita telah cuba membantu pekebun-pekebun kecil ini dengan menyediakan grant sebanyak 50 peratus dan loan 50 peratus. Jumlah pada tahun 2024 adalah sebanyak RM100 juta.
Kita juga telah meminta untuk dipertimbangkan dalam RMK13 yang akan datang iaitu supaya kerajaan memperuntukkan RM1.4 bilion selama lima tahun. Makna lebih kurang 280 tiap-tiap tahun supaya kita dapat meningkatkan penanaman semula terhadap pokok-pokok kelapa sawit itu, terutamanya kepada small holders supaya mereka boleh menanam semula pokok-pokok kelapa sawit yang telah berumur.
Di antara sebab kenapa selain daripada modal pusingan yang tidak cukup, ada juga pekebun-pekebun kecil ini telah berusia dan dia tidak berminat lagi untuk menanam semula.
Yang kedua apabila harga tandan sawit ini telah meningkat begitu tinggi, maka walaupun pokok-pokok itu patut ditanam semula tapi mereka selalu melengahkan masa. Jadi apabila ianya begitu lama, maka kadar penurunan itu, average kita punya empat peratus sudah jatuh average dua peratus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih di atas jawapan Menteri yang meyakinkan. Soalan tambahan Pasir Salak, adakah terdapat sebarang kajian atau data semasa yang menunjukkan impak langsung kelewatan tanam semula terhadap aktiviti dan produktiviti nasional dan eksport sawit negara demi menjadikan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport utama dunia. Sekian, terima kasih Puan di-Pertua.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani]
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang kita tahu bahawa kita adalah merupakan pengeluar kelapa sawit kedua terbesar dunia.
Jadi apabila kita tak menjaga soal penanaman semula ini, maka sudah tentu dia akan menjejaskan future export kita ataupun kita punya pengeluaran ke hadapan. Sebab itu kerajaan sentiasa mementingkan penanaman semula.
Jadi penanaman semula ini dari peringkat syarikat swasta, dia agak mudah sebab sebahagian daripada syarikat-syarikat besar ini, contohnya kalau saya boleh bagilah macam syarikat-syarikat macam Sime Darby dan juga United Plantations, KLK. These are all syarikat- syarikat besar yang mengeksport kelapa sawit kita ini begitu besar kuantiti dia.
Salah satu kejayaan mereka ini pertama, kerana dia sentiasa ada cukup kewangan untuk menanam semula pokok-pokok yang telah tua. Manakala apabila penanaman semula tidak dilakukan mengikut jangka masa hayat pokok tersebut, maka akhirnya produktiviti menurun. Selalunya kalau pokok yang ada pit ini boleh sampai 18 tan satu hektar, kalau yang bagus lagi sampai 20, 28 tan, 25 tan, 22 tan, bergantung bagaimana kita punya good agriculture practices yang kita buat dalam tanaman. Tetapi kalau tak buat penanaman semula, apabila pokok tu berusia 25 tahun 26, 27 tahun selalunya hasil yang kita dapat keluarkan lebih kurang 4-5 tan tidak lebih daripada itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 6 Ogos 2025.”
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
YB Speaker, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, mana satu?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) iaitu Penerangan Daripada Menteri-menteri. Semalam, Menteri MITI membuat penerangan, tetapi akhir penerangan itu tidak diberi ruang untuk perbahasan. Saya ingin ingatkan kerajaan, bahawa dalam sesi perkara peruntukan yang sama pada bulan Oktober tahun yang lalu, ketika tiga orang Menteri membuat penerangan Menteri terhadap isu yang melibatkan GISB, 12 Ahli Parlimen, enam daripada sana, enam daripada sini dibenarkan untuk berbahas.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ketika itu adalah sidang Parlimen yang sedang membahas Bajet pada tahun lalu.
Semalam tidak diberi ruang untuk bertanya. Apa tu berbahas selepas Menteri membuat penerangan. Adakah ini satu konvensyen baru? Lazimnya Perkara 14(1)(i) ini tidak dibahas Yang Berhormat, tetapi kerajaan ini, Speaker ini telah memulakan perbahasan untuk Penerangan Menteri ini mengikut peraturan mesyuarat yang saya nyatakan, semalam tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Mengapa itu? Adakah ini satu konvensyen...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Yang kadang-kadang bagi bahas, kadang-kadang tak bagi bahas. Jadi, saya minta pencerahan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pemakluman Yang di- Pertua Dewan Rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum ini terdapat sesi Penerangan Daripada Menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) yang tidak dibahaskan.
Contohnya pada 19 Februari 2025 iaitu semasa Mesyuarat Pertama lepas, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah memberikan penerangan berkenaan Cadangan Kajian Semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang tidak dibenarkan dibahas.
Untuk makluman, keputusan untuk membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan berbahas adalah atas kuasa dan budi bicara Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) di bawah, dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 100.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kita perlu ada satu kaedah dan pendekatan untuk menentukan dibahas, tak dibahas...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata ini adalahatas kuasa dan budi bicara Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan saya rasa Yang Berhormat Beluran amatlah tahu kerana menjadi Timbalan sebelum ini, betul?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara].
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, apa lagi?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, atas topik yang sama, kalau bolehlah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak boleh.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kalau itulah ketetapannya..
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak boleh, sila duduk.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kalau boleh saya minta, sikit, sikit je, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya rasa kita tak mau bazir masa kerana ini atas kuasa dan budi bicara Tan Sri Speaker. Jadi, kalau...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya mohon supaya maklumkan pada kita awal, kalau ada perbahasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Memang ada maklum.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Sebab sekarang ini tak ada ketentuan, tetapi biasanya kita hanya tahu selepas penerangan. Jadi, kalau ada perbahasan, sekurang- kurangnya kami semua boleh buat persediaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya dimaklumkan bahawa Setiausaha telah memaklumkan tiada perbahasan sebelum penerangan dibuat, mungkin tidak kepada Putrajaya, tetapi kepada Ketua WHIP.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Maksud saya lebih awal, sehari sebelumnya kena ada persediaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Memang sehari sebelum.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kena ada persediaan, sama ada ada perbahasan ataupun tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau tak ada perbahasan, tak perlu persediaan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Semalam, Menteri maklumkan bahawa akan ada, boleh tanya, tetapi Menteri sendiri berdepan dengan saya, sekejap lagi Putrajaya boleh tanya. Kemudian dikatakan tak boleh. Jadi, kalau boleh, kalau ada perbahasan, maklumkan lebih awal, jadi kita buat persediaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh, terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya akan baca senarai pembahas YB Ayer Hitam, YB Beluran, YB Ampang, YB Sik, YB Kinabatangan, YB Gua Musang, YB Sri Aman, YB Tasek Gelugor, YB Kudat, YB Bagan Serai, YB Stampin, YB Padang Besar, YB Selayang, YB Hulu Selangor, YB Seputeh, YB Pokok Sena, YB Permatang Pauh, YB Sandakan dan YB Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam, masa dibagi 15 minit, Ketua Parti.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berjaya membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang sarat dengan visi dan harapan. Atas semangat memperbaiki dan mengukuhkan Dasar Negara, saya memberi sedikit pandangan yang membina terhadap pelaksanaan dan hala tuju RMK13.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya terus kepada topiknya. Tahniah kepada kerajaan dan MITI khususnya, kerana Kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan kadar tarif turun daripada 25 peratus kepada 19 peratus dan ini mulai 7 Ogos.
Walaupun kadar terbaharu ini 19 peratus, tetapi banding dengan negara ASEAN dia sekitar 19-20 persen, tetapi Singapura 10 persen. Kenapa saya banding dengan Singapura kerana pesaing terhebat kepada Malaysia adalah Singapura. Jadi, kita masih melihat ada disadvantage 9 peratus: 19 berbanding dengan 10 peratus di Singapura, kita sama-sama bersaing sebagai satu negara dalam rantaian bekalan global secara bersama-sama.
Dari segi menarik daripada pelabur asing, ianya menjadi satu – akan melihat daya saing kita. Jadi, saya minta kerajaan sediakan kerangka bagaimana kita berdepan dengan disadvantage atau unadvantage 9 peratus yang ada pada Singapura ini dan saya seterusnya pergi ke isu reformasi fiskal dan cukai.
Melalui reformasi fiskal dan cukai, saya konsisten dengan pendirian bahawa GST adalah lebih adil, telus dan tiada cukai berganda berbanding SST. Kerajaan hanya perlu merujuk kepada Laporan Kemajuan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 Terbitan 2023 yang MOF sendiri telah mengesahkan GST sebagai lebih telus, asas cukai yang lebih luas dan tiada kesan cukai berganda berbanding SST, tetapi akhirnya kerajaan memilih untuk memperluaskan pelaksanaan SST.
Akibatnya, berlakulah cascading effect iaitu cukai berlapis pada setiap peringkat rantaian. Akhirnya rakyat menanggung kos yang tersembunyi di sepanjang rantaian pengeluaran dan lebih mengecewakan apabila terdapat segelintirnya yang mengatakan bahawa perluasan SST tidak membebankan pengguna hanya kerana ia tidak tercatat dalam resit jualan.
Lebih teruk adalah pelaksanaan sistem e-Invois yang meningkatkan kos pengoperasian perniagaan seiring dengan perluasan SST berbanding dengan pelaksanaan GST di mana setiap software GST merangkumi elemen e-Invois yang membolehkan tuntutan cukai input telah dibayar di bawah sistem GST, sudah ada sudah.
Banyak PKS telah menanggung kos demi bersiapsiaga berdepan dengan pelaksanaan e-Invois hanya diberitahu pada saat terakhir bahawa pelaksanaan akan ditangguh dan ambang kelayakan akan dinaikkan. Persoalannya, kenapa ditangguh bukannya dimansuh terus? Jikalau Kerajaan MADANI masih enggan mengguna pakai sistem GST, saya khuatir negara kita akan terjerumus ke dalam satu situasi seperti peribahasa, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Malaysia perlu kembali kepada sistem percukaian yang telus, cekap dan adil seperti GST yang telah dilaksanakan di 175 buah negara di dunia. Prinsipnya mudah, mereka yang guna lebih, bayar lebih, itu baharu adil.
Seterusnya, saya berpendapat bahawa LHDN memerlukan reformasi struktur menyeluruh memandangkan kuasa agensi berkenaan terlalu luas. LHDN tidak sepatutnya dilihat menjadi alat politik dan mengikut telunjuk pihak eksekutif, tak kira siapa memerintah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
LHDN tidak boleh terus beroperasi di bawah kawalan terus Menteri Kewangan seperti yang ada sebelumnya dan sekarang.
Maka saya mencadangkan supaya LHDN dijadikan satu badan berkanun bebas di bawah seliaan Parlimen sebagai pemisahan jelas supaya LHDN tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik dan tekanan fiskal negara. Jadikan ini sebagai reformasi Parlimen yang penting. Saya beri contoh, di Amerika Syarikat, Internal Revenue Services (IRS) diawasi secara langsung oleh Kongres bukannya di bawah kuasa Presiden Amerika Syarikat.
Di UK, His Majesty Revenue and Customs (HMRC) adalah, sebuah badan atau jabatan yang tidak tertakluk kepada arahan harian Menteri. Mereka ada Lembaga Pengarah tersendiri dan keputusan operasi siasatan atau audit langsung tidak boleh diarah oleh kerajaan semasa.
Konsep yang sama juga diterap di Australia dengan tertubuhnya Australian Taxation Office (ATO) yang bertanggungjawab kepada Parlimen bukannya pihak eksekutif.
Ada juga kes di mana pembayar dikenakan cukai yang tidak munasabah, di suruh bayar dahulu dan hanya kemudian dibenarkan merayu kepada Special Income Tax Commision (SITC). Kalau tak mampu bayar, maka kena isytihar bankrap dahulu sambil menunggu giliran merayu di SITC. Ini bukan sahaja menjejaskan aliran tunai syarikat, tetapi menimbulkan persepsi bahawa kerajaan mengambil pendekatan menghukum dahulu dan menyiasat kemudian.
Seperkara, sejak kebelakangan ini terdapat banyak rungutan dalam kalangan PKS.
Mereka mengadu bahawa bayaran balik tax refund mengambil masa yang terlalu lama untuk diproses sehingga bertahun-tahun, dalam setengah-setengah kes menjadikan kerajaan seolah meminjam paksa wang rakyat tanpa faedah. Dahulu iktibar – kita mengambil iktibar masa perbahasan selepas 2018 dimansuhkan GST. Apa yang berlaku ketika itu tentang refund GST, tetapi kini saya hendak bagi satu contoh, satu kes di mana kes refund yang diminta RM13,000, tetapi LHDN tulis surat kata dia mampu bayar RM650 hanya lima peratus daripadanya dan selebihnya akan dibayar dalam tempoh empat tahun. Apa ini?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi, saya nak beritahu bahawa sudah tiba masanya kuasa menentukan tafsiran cukai, proses rayuan dan kelulusan pelepasan tidak lagi diletakkan di bawah badan bebas dan tidak perlu diletakkan di bawah satu badan bebas dan tidak tertakluk ataupun mengikut telunjuk siapa-siapa yang berkuasa.
Jadi, kita melihat contoh situasi fiskal terdesak yang berlaku baru-baru ini. TNB telah memfailkan cukai mereka di bawah seksyen 7A iaitu sebagai penjana elektrik sama seperti ia dilakukan selama beberapa dekad sebelum ini. Tiba-tiba, LHDN tuntut RM10.6 bilion cukai tambahan dan penalti, mendakwa ia sepatutnya menggunakan seksyen 7B untuk utiliti.
Ini bukan isu pelarian cukai ataupun menipu, tetapi pertikaian tafsiran antara seksyen 7A dan 7B, Akta Cukai Pendapatan yang mana Mahkamah Persekutuan telah pun mengiktiraf bahawa TNB berhak menggunakan seksyen 7A, tetapi oleh kerana undang-undang telah
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
memberi kuasa mutlak kepada LHDN, maka TNB tetap akur, perlu bayar kepada LHDN.
Walaupun penalti RM2.44 bilion akhirnya telah digugurkan, tetapi TNB telah membayar RM1.76 bilion dengan protes kepada LHDN. Baki RM6.5 bilion masih tergantung sementara menunggu keputusan mudah, ya atau tidak daripada Menteri Kewangan sama ada untuk membenarkan pelepasan cukai seksyen 7B secara retrospektif.
Jadi, apa implikasi kepada permohonan TNB ini? Jika diluluskan, TNB mendapat semula RM1.76 bilion dan baki RM6.5 bilion dikecualikan. Maka, wang sebanyak RM8.23 bilion kekal dengan TNB dan akhirnya beri manfaat kepada rakyat selaku pengguna.
Sebaliknya, jika ditolak, RM8.23 bilion itu akan masuk ke dalam tabung Kerajaan MADANI yang kini kehabisan aliran tunai.
Kira-kira 63 peratus pegangan TNB adalah milik rakyat menerusi Khazanah Nasional 20.4 peratus, KWSP 18.3 peratus, PMB 15.4 peratus, KWAP tujuh peratus dan agensi kerajaan 2.2 peratus. Oleh itu, jika TNB terpaksa membayar semua tuntutan luar biasa ini, rakyat Malaysia akan akhirnya terpaksa tanggung kerugian berbilion ini. Ini bermakna RM5 bilion wang persaraan dan simpanan rakyat boleh disedut bukan kerana penipuan, bukan kerana manipulasi keuntungan, tetapi kerana labor bureaucracy pada borang cukai.
Lebih membimbangkan dan menimbulkan persoalan serius tentang integriti proses ini ialah isu tuntutan cukai ke atas TNB, di mana permohonan di bawah Jadual ke 7B tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan. Menteri Kewangan (II) yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TNB dari 2019 hingga 2021 sedang berada dalam satu keadaan di mana beliau telah membuat keputusan sebagai CEO TNB pada masa itu dan kini perlu menyemak keputusannya sendiri sebagai MK(II).
Apa ini satu sistem yang adil dan telus? Patutkah TNB dan berjuta-juta pencarum dihukum dengan cukai RM8.23 bilion hanya kerana kerajaan tiba-tiba mengalihkan tiang gol pada ketika kerajaan jelas kemaruk wang tunai.
Jadi, ini bukan semata-mata mengenai dasar cukai, tetapi lebih kepada kehendak pihak yang tertentu. Kerajaan ataupun Kementerian Kewangan yang diam membisu bukanlah bermakna berkecuali, tetapi ia adalah, penangguhan strategik berkemungkinan berharap orang ramai tidak sedar dan tidak marah sebelum wang itu dikutip. Jika keputusan permohonan TNB ini akhirnya menjadi tolak, ia bukan sekadar perampasan cukai malah ia merupakan rompakan disiang hari yang terang daripada dana persaraan rakyat sendiri ditutupi dengan istilah birokrasi.
Puan Yang di-Pertua, kita sedang menghadapi...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Ayer Hitam...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya nak masuk ke satu reformasi...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Ayer Hitam. Yang Berhormat tadi...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya tak ada masa.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tak, saya ada satu persoalan Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kalau ada masa kita bincang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kita sedang menghadapi...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, takkan...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Krisis pendidikan tinggi di mana di universiti awam tidak diberi peruntukan mencukupi dan akibatnya mereka...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Peraturan Mesyuarat 36(12).
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Terpaksa bergantung kepada yuran tinggi...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(12), mana-mana Ahli...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Dari saluran terbuka untuk yang menawarkan...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Yang mengeluarkan kenyataan, yang mengelirukan Dewan....
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jangan ganggu saya, Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Adalah disifat sebagai menghina Majlis...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini floor saya, semalam kamu berucap pun saya tidak ganggu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order. Point of Order 36(12).
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kamu bukan Menteri. Kalau kamu Menteri, kamu jawablah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya tidak ada masalah empat hari untuk Menteri menjawab. Saya nak masuk isu yang penting, dia takkan nak kacau saya....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekejap.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekejap, dia bangkitkan peraturan mesyuarat. Ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi, tadi Ayer Hitam katakan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat mana satu?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan keadaan yang mengelirukan Dewan ada disifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”. Tadi, Ayer Hitam katakan ini satu rompakan cukai, ini tak betul. Ini keputusan mahkamah. Dan, ini tax dispute sejak bila? 2015. Masa itu Ayer Hitam Menteri. Dia duduk
Tuan Chong Zhemin - Kampar
dalam Kabinet. Ini undang-undang sedia ada, sudah pergi mahkamah. Mahkamah buat keputusan, tapi dia nak salahkan...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya rasa...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Nanti, nanti, saya tak habis.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duduk dulu. Duduk, saya tak habis.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
You have your floor. Now, I have raised standing order. Jangan nak cakap bukan-bukan dalam Parlimen, mengelirukan Dewan. Ini keputusan mahkamah. Mahkamah telah buat keputusan berdasarkan undang-undang negara. Income Tax Act 1967. Masa itu you Menteri, you are the Minister...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
You, sit down. You… [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kampar boleh buat usul untuk menghantar Yang Berhormat bagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua, peraturan...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta hormati saya sebagai...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya tak nak buat...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...wakil rakyat..
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat....
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Nak habiskan ucapan saya, itu sahaja.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, peraturan tetap...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang menjawab adalah Menteri, bukannya yang nak berlagak sebagai...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Peraturan tetap.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tapi, kalau Ayer Hitam mengelirukan Dewan, memang kita boleh bangkit. Mana boleh cakap ini rompakan cukai. Ini tak betul.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat boleh buat usul.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini keputusan mahkamah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya dah lali dengan ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini keputusan mahkamah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Taktik dah berkali-kali, saya berucap dia kacau.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya minta tarik balik perkataan “rompakan cukai”, ini tak betul. Jangan salahkan Kerajaan MADANI, ini keputusan mahkamah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat boleh rujuk balik Hansard, apa yang saya cakap.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Berdasarkan undang-undang negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kenapa, Speaker?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, peraturan tetap...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kenapa politik DAP... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Beluran, tak payah, luarlah bincang... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Bakri pun nak bangkitkan peraturan mesyuarat yang sama? Kalau yang sama, sila buat usul bersama dengan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tak, tak. Saya tak bercadang untuk merujuk siapa-siapa ke mana-mana jawatankuasa. Cuma, saya bangkitkan peraturan ini supaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mana satu?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya mohon penjelasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat mana satu?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
36(12). Saya mohon Ayer Hitam untuk memberi penjelasan selanjutnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya tak berniat pun untuk nak rujuk. Sebab apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Biar saya habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Biar saya cakap...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tak, tak. Tak berkaitan yang itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar boleh tulis usul kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Lepas itu, Yang Berhormat Speaker akan suruh Yang Berhormat Ayer Hitam untuk buat penjelasan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bukan istilah itu, berlainan. Berlainan isu. Iaitu, tadi saya mendengar Ayer Hitam bahawa — seolah-olah Ayer Hitam menggambarkan bahawa di belakang LHDN, ada pihak yang cuba manipulasi ataupun LHDN menjadi alat. Saya nak Yang Berhormat Ayer Hitam bagi penjelasan, siapakah pihak yang tersembunyi itu, supaya Dewan ini tahu apa maksud Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Puan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Puan Yang di-Pertua, saya rasa ini luar daripada apa saya dah bincang.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya, saya dengan ini, dengan tegas menyatakan apa yang saya kata...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kepong...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Dia sepatutnya sebagai badan bebas tidak mengikut telunjuk mana. Saya mengambil contoh tiga negara maju. Apa masalah saya, apa dosa saya? Ini sebagai satu cadangan sebagai reformasi Parlimen yang kita laung- laungkan. Apa masalah dia? Kalau tak setuju, eksekutif boleh jawab, saya tak setuju. Saya masih gunakan perkataan apa? Saya kata, sebelumnya dan mana-mana kerajaan. Betul tak?
Saya tak kata mana, siapa. Saya kata, sepatutnya di bawah satu badan bebas, tidak mengikut telunjuk sesiapa. Itu dosa, itu masalah?
Jadi, saya mintalah Speaker, bagi saya habiskan apa yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi tiga minit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bukan tiga minit sebab mereka kacau saya macam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, saya sudah nampak masa tiga minit yang mereka bazirkan masa.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat ,tak boleh macam itu sebab satu isu yang sangat penting tentang reformasi pendidikan saya nak sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiap pembahas diberi masa yang ditetapkan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Kita sedang mencapai satu krisis pendidikan tinggi, di mana universiti awam tidak diperuntukkan mencukupi. Dan, maka bermulalah saluran terbuka. Saya berbicara dengan naib canselor, berapa orang naib canselor. Macam di UM, 61 peratus saja peruntukan diberikan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi, mereka terpaksa menggunakan saluran terbuka untuk menarik pelajar secara komersial. Saya nak bagi tahu, saya sokong mana-mana UA dapatkan dana yang cukup daripada kerajaan. Itu tanggungjawab kerajaan, tapi saya tidak merestui cara untuk menaikkan kadar yuran dan kenakan mereka yang berkemampuan untuk membayar. Tidak seperti saluran UPU, tetapi dengan cara saluran terbuka.
Saya ada contoh saya nak tunjukkan. Hari ini ya. Ini sebelum itu saya membicarakan tentang first degree, tapi hari ini saya nak dedahkan di Dewan yang mulia ini, satu perkara yang menakjubkan. Tak percaya saya bawa ini. Saya dah jangkakan akan ditanya di sini.
[Sambil menunjukkan sebuah dokumen] Saya tak terfikir dalam kepala saya kuota
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
bumiputera yang kita bincang saban tahun ini, tiba-tiba telah diperdagangkan oleh pihak universiti. Kenapa saya kata begitu?
Asasi. Zaman saya, tak boleh masuk Asasi Sains MU, tak boleh. Itu kuota bumiputera. Dalam syarat ini dan dinyatakan kalau secara saluran, memang saluran UPU memang tak boleh. Tapi kalau ada satu saluran namanya terbuka, asalkan ada duit, kita boleh.
Kalau pepatah Cina...
[Berucap dalam bahasa Cina] Bermaksud apa? Kalau ada duit, kita boleh gerakkan hantu melawan syaitan. Ini tak betul. Apa yang berlaku sekarang ini adalah, saya nak tanya kerajaan. Dalam kes ini, kalaulah kuota itu tak boleh disentuh, tak boleh dibolosi, tiba-tiba kerana wang, ia nya boleh dibolosi. Saya kata ini berlaku dalam dua tahun ini, sejak kebelakangan. Ada kesuntukan, tak ada dana? Itu betul, tapi bukan dengan cara ini.
Pengkomersialan R&D dan inovasi itu yang kita nak. Dan satu perkara, sebagai anak Cina or rakyat Malaysia, bila saya masuk ke universiti yang terkemuka seperti MU, USM, UPM, UKM, apa yang berlaku? Tuan, Puan Speaker. Saya nampak pelajar Cina daripada Tanah Besar China, jauh lebih besar daripada jumlahnya daripada kita, rakyat Malaysia yang bayar cukai. Siapa yang bayar cukai pensyarah naib canselor ini? Kita bayar.
Jadi saya minta seimbangkan balik apa objektif penubuhan universiti awam? Untuk apa? Untuk mereka rakyat Malaysia yang paling canggih, paling pandai. Crème de la crème.
Kedua, untuk membolehkan sosial mobiliti melalui pendidikan. Orang miskin pun boleh jadi profesional. Itu adalah asal usul objektif penubuhan universiti awam.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi, saya minta dalam kes ini ia perlu satu RCI untuk lihat perkara ini. Saya dah sarankan, saya bukan kata tidak sokong pengantarabangsaan pelajar. Tak ada isu, tetapi berapa ratio-nya nisbah untuk postgraduate, berapa untuk pelajar first degree, ijazah pertama dan kalau kita lihat dari segi graf yang ada, saya sediakan ini untuk 2018 hingga 2024.
Yang Berhormat, ini enam tahun ini, kita lihat untuk penambahan pelajar asing ialah 11.99 peratus dan kita lihat CAGR untuk rakyat Malaysia 1.79 peratus. Itu yang saya kata set our priority right. Kita perlu melihat perkara ini. Saya minta Ahli...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Last, last saya buat landing ini. Apa yang saya nak sebut di sini ialah Yang Berhormat kita telitilah, semak balik. Dia kata mereka yang masuk saluran komersial ini, asalkan bayar RM19,600 bayar boleh terus masuk asasi, tak kira bumiputera, tak bumiputera, itu boleh.
Kemudian selepas itu, sambung belajar itu bayar dengan yuran penuh. Bermaksud diskriminasi terhadap orang yang kurang berada. Itulah saranan saya kepada Dewan dan minta kerajaan tengok balik.
[Tepuk] Saya bukan anti-Chinese, I pun sinophobia, tak ada.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya kata kena berlaku adil kepada mereka yang bayar cukai. Kalau profesor yang kita gajikan itu, saya nak tanya. Dia telah menyelia beribu atau puluhan ribu siswazah daripada negara lain. Apakah ia tidak menjejaskan pengambilan tempatan? Tak ada expansion untuk universiti. Tempat tak tambah banyak, 1.79 percent. Saya tak ada masa untuk tunjukkan data, tetapi ini adalah hakikatnya.
Sebab itu saya minta rakyat Malaysia. Saya tak menuding jari salah siapa. Tak ada.
Sudah sampai masanya kena ada reformasi pendidikan dan seperti Jensen Huang, pengasas NVIDIA pun cakap. Dia kata sistem pendidikan kita kena pentingkan sains dan matematik khususnya fizik. Dan kita lihat sekarang Fizik pun sebagai mata pelajaran optional di peringkat SPM...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi saya minta 6.2 peratus yang mengambil subjek Sains dalam jurusan STPM ini patut kita kaji dan melihat reformasi pendidikan ini secara total. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya nak ingatkan Yang Berhormat Ayer Hitam. Peraturan Mesyuarat 31(1), seseorang Ahli perlu dipanggil oleh Pengerusi, maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi, bukan kepada sebelah sini sahaja.
[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dia pandang sini sebab dapat sokongan daripada sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tapi sini tanya kerajaan, tanya kerajaan terlebih dahulu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Menteri, dia tak boleh arah sana, pasal DAP attack dia.
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Tepuk]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ayer Hitam ucap dekat pembangkang, boleh join lah pembangkang. Masuk PAS. PAS alu-alukan MCA.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta tarik baliklah itu kenyataan retorik. Setiap kali saya berucap, itulah gelagat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya ingin bacakan satu rintihan daripada salah seorang peserta Ladang Padi Merdeka di bawah seliaan KADA. Dia kata, “Salam Datuk Seri, saya mohon bangkitkan satu soalan di Parlimen...” Ya lah Parlimen lah ni.
“...Kenapa KADA tak boleh selesai bayaran subsidi untuk Ladang Padi Merdeka di bawah
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
seliaan KADA? Bayaran terkini pada bulan April kepada peserta tanpa bayaran subsidi dan sehingga kini masih belum selesai perkara ini...” Dia minta tolong saya dan saya sampaikan, panjangkan rintihan peserta Ladang Merdeka KADA ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk diambil tindakan kerana bantuan subsidi ini penting dan perlu untuk mereka dapat dan lakukan kerja penanaman padi di kawasan mereka. Apa juga masalah, kementerian harus melihat dan mengambil tindakan agar ia nya dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih Yang Berhormat.
Poin ke-13 antara dokumen pembentangan Yang Berhormat Tambun menyatakan bahawa, agensi penguat kuasa seperti SPRM, Jabatan Audit akan diperkasakan dalam usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Saya menyambut baik saranan dan juga cadangan yang konkrit dan tuntas daripada Yang Berhormat Tambun terhadap perkara rasuah ini.
Bercakap tentang rasuah, tentu kita tidak boleh lari daripada bercakap tentang isu ADUN-ADUN Sabah yang melibatkan beberapa orang, 14, lapan orang. Lapan orang Yang Berhormat Speaker. Dua daripada mereka ini telah pun dituduh di mahkamah pada ketika ini, dituduh di mahkamah, tetapi soalnya, bagaimana, apa tindakan lanjut terhadap enam yang lain?
Yang Berhormat Speaker, yang dituduh dua itu adalah mereka yang tidak memegang jawatan di dalam Parti PGRS, sebuah parti gabungan dalam GRS ini. Mereka, salah satu daripada mereka adalah, Ahli ADUN yang melompat daripada Warisan dan seorang lagi ADUN yang melompat daripada UMNO menyertai PGRS dan membentuk sebahagian daripada Kerajaan GRS di Sabah.
Yang enam orang ini Tuan Yang di-Pertua, enam orang ini adalah penjawat-penjawat parti yang tertinggi di dalam parti PGRS. Antara mereka adalah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Bendahari Agung Parti dan malah ada di antara salah seorang daripada mereka itu adalah penjawat tertinggi di dalam Dewan Undangan Negeri sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Apa tindakan lanjut yang diambil?
Rakyat bertanya tentang perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kerana jalan cerita terhadap mereka yang dituduh itu sama, pemberi maklumat sama, soalan-soalan yang ditangkap dan dimasukkan di dalam video oleh pemberi maklumat itu juga sama. Cuma yang membezakan antara mereka, ada menerima RM500,000 pengakuan penerimaan duit yang dirakam di dalam video. Menerima RM500,000. Ada menerima RM400,000, ada menerima RM300,000. Yang itu saja berbeza, tetapi hanya dua daripada ADUN-ADUN ini dihadapkan ke mahkamah. Bagaimana yang lain? Bagaimana yang enam yang lain? Apa tindakan lanjut?
Soalan saya, apa tindakan lanjut yang akan diambil terhadap enam yang lain ini?
Adakah ini satu perkara yang tidak disengajakan ataupun ia nya dibuat secara selektif? Saya tidak mahu menuduh SPRM membuat pendakwaan selektif, tetapi penjelasan yang konkrit dan tuntas perlu diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beluran, sambung selepas.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ah, tak boleh. Boleh sambung, kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sambung selepas. Ahli- ahli Yang Berhormat sebelum saya menangguhkan mesyuarat, saya ingin maklumkan bahawa Yang Berhormat Sri Gading agar menjadi pembahas ketua blok pada hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Beluran sambung selepas ini. Saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Selamat petang Yang Berhormat-Yang Berhormat. I hope dengan izin, we have a clean and clear debate. I don’t want any nonsense to happen during my sitting, Alright, berikutnya saya mempersilakan untuk sambung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Beluran untuk sambung.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Tadi saya bercakap tentang enam wakil rakyat GRS yang memegang jawatan-jawatan penting di dalam parti. Sebenarnya Yang Berhormat Speaker, mereka juga adalah, di kalangan mereka itu adalah Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan, Menteri, Pengerusi GLC, state GLC yang bertaraf Menteri. Jadi, orang-orang penting ini tidak diambil tindakan.
Dua yang didakwa setakat ini adalah mereka yang kecil-kecil di bawah.
Jadi, sebab itu saya menyokong tindakan Yang Berhormat...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Aspirasi Yang Berhormat Tambun, tetapi saya tidak mahu SPRM dilihat sebagai melakukan pendakwaan terpilih. Apatah lagi di luar sana dikaitkan bahawa ini juga ada kaitan dengan isu 70,000 ekar tanah cari gali...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dikaitkan juga sebagai untuk melakukan satu jajaran gabungan politik ‘inta tiga penjuru yang akan dibentuk di kalangan parti-parti kerajaan di Sabah. Sebab itu isu ini perlu diperjelaskan oleh pihak-pihak tertentu bagi meleraikan persepsi dan tanggapan dan confidence rakyat terhadap agensi penguat kuasa kerajaan ini...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Setuju kah Yang Berhormat bahawa, yang dua Yang Berhormat ini hanya menjadi kambing hitam dan yang selain itu adalah konspirasi?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, masukkan dalam ucapan. Dia lebih kurang sama juga itu Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat Speaker, saya juga menerima baik saranan Yang Amat Berhormat Tambun terhadap hasrat untuk memperkukuhkan ekosistem tadbir melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen. Di Dewan ini kita pada empat tahun yang lalu, tiga tahun yang lalu, kita telah meluluskan secara kolektif dan bersama, satu undang-undang yang dipanggil sebagai Undang-undang Anti-Lompat ataupun Perkara 49A dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia nya adalah, atas desakan kumpulan sana yang ketika berada di sini yang ketika itu mereka berada dalam pembangkang dan dijadikan sebagai satu inti pati penting di dalam memorandum persetujuan sokongan terhadap kerajaan Yang Berhormat Bera ketika itu, tetapi apa jadi ketika ini?
Setelah enam Ahli Parlimen daripada kami ini melompat menyokong kerajaan sana dan diputuskan oleh Speaker tidak ada kekosongan. Pihak kami mencabar di mahkamah dan semalam diputuskan bahawa kita tidak boleh mencabar keputusan Speaker bukan kerana atas fakta, tetapi atas Perkara 63(1), Perlembagaan Persekutuan iaitu Perlembagaan Persekutuan melindungi keputusan Speaker daripada disoalkan di Parlimen. Mahkamah Speaker kerana Speaker tidak terdedah kepada cabaran mahkamah kerana imuniti berdasarkan Perkara 63(1).
Saya ingin tanya, adakah Parlimen ini bersorak-sorai, bergembira terhadap apa yang berlaku dengan Akta Anti-Lompat Parti yang kita gubal di Parlimen ini yang tujuan dan matlamatnya adalah untuk menghalang Ahli-ahli Parlimen daripada melompat parti?
[Tepuk] Is that what we want? Keputusan itu kita boleh terima, tetapi soalannya, saya tanya kepada Parlimen ini, adakah itu yang diniatkan oleh Parlimen ini ketika menggubal Undang-undang Anti-Lompat Parti?
Kalau bukan itu, bererti sesuatu perlu dilakukan oleh Parlimen untuk melunaskan, melaksanakan hasrat dan niat undang-undang ini digubal di Parlimen ini. Apatah lagi mereka yang duduk di sana yang sekarang ini jadi mendiam diri, bisu, tidak bercakap tentang apa yang berlaku, tentang hasrat dan niat untuk mewujudkan Akta Lompat Parti. Is that what we want? Kalau itu — kalau jawapannya tidak, kalau jawapannya bukan itu yang kita kehendaki, sesuatu perlu dilakukan di dalam Parlimen ini. Ubah, tambah baik rang undang-undang ini supaya hasrat dan niat kita dapat dilaksanakan dengan jelas dan teliti tanpa ada kepentingan kepartian.
Kalau tidak Yang Berhormat Speaker, we might as well repeal the law dan biarkan orang di sini melompat sana, orang daripada sana melompat sini, melompat ke hadapan ataupun melompat gostan. Biarkan itu berlaku kalau itu kehendak kita, tetapi kalau bukan itu yang diniatkan, you all must support bahawa rang undang-undang ini perlu ditambah baik.
Kalau tidak, di-repeal, dimansuhkan sebaik-baiknya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Seperkara lagi tentang Parlimen Yang Berhormat Speaker, banyak bercakap tentang undi tak percaya di Parlimen ini. Kita menyokong, tetapi ia nya hendaklah dilakukan dengan undang-undang dan yang diinstitusikan dalam peraturan mesyuarat.
Kalau Parlimen-Parlimen yang lain ada peruntukan khusus undi untuk undi tidak percaya dalam Parlimen mereka. Di Lok Sabha, ada undang-undang yang membenarkan undi tidak percaya. Di New Zealand ada, di UK ada konvensyen, di Australia ada konvensyen.
Provision untuk undi tidak percaya di dalam Dewan. Kita di Malaysia semak peraturan mesyuarat, tidak ada. Usul hanya boleh dilakukan melalui peraturan peruntukan Perkara 27(3).
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dan ia bukan satu usul provision yang khusus untuk undi tidak percaya. Ianya ada discretion of the Speaker. Usul itu digunakan oleh setiap usul-usul kerajaan. Lagi Peraturan 15 menghalang untuk satu usul itu kerana Peraturan 15, urusan kerajaan hendaklah diutamakan. Jadi, di mana provision? Kalau kita baca tentang memartabatkan Parlimen.
Parlimen ini tiba masanya untuk membuat provision yang tertentu, yang khusus untuk memberikan usul undi tidak percaya di Parlimen.
Ada dua perkara. Satu, ianya harus dibuat. Dan kedua, ianya harus dibuat secara sulit. Dalam peraturan mesyuarat, ada dua keadaan di mana undi sulit boleh dilakukan. Iaitu pertama, undi sulit dalam pemilihan Speaker dan kedua, undi sulit untuk pemilihan Timbalan- timbalan Speaker. Yang ini perlu kita lihat. Kita mesti wujudkan provision, institusikan provision undi tidak percaya dalam peraturan mesyuarat. Barulah kita bercakap tentang memartabatkan Parlimen supaya ada provision. Saya tahu ada sekarang ini Speaker kata, pembangkang usulkan undi tidak percaya, saya akan pastikan ianya diangkat.
Ada Ahli Parlimen sebelah sini, sebelah sana ini juga mengatakan bahawa, “Eh, kalau pembangkang berani usulkan undi tidak percaya” boleh Tan Sri tetapi kita berbeza pendapat dari segi itu. Kita melihat bukan hari ini seruan itu datang kerana kerajaan dalam kedudukan yang selesa, ada majoriti dan dalam kedudukan undi dibuat bukan secara sulit. Tetapi kita bercakap tentang memartabatkan institusi Parlimen. Bukan Parlimen kali ini, untuk Parlimen akan datang. Untuk Parlimen akan datang dan seterusnya. ia perlu dibuat undi tidak percaya dalam konteks diinstitusikan secara undang-undang dan peraturan di dalam peraturan mesyuarat.
Saya minta Jawatankuasa Dewan melihat cadangan ini dan seruan dengan aspirasi Yang Amat Berhormat Tambun untuk memartabatkan perundangan dan juga Parlimen di negara kita. Dan inilah perkara-perkara yang perlu dilihat secara terperinci untuk melihat Parlimen, Dewan Negara, Dewan Rakyat ini diangkat martabat lebih tinggi untuk generasi akan datang. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi peluang kepada Ampang untuk membahaskan RMK13 yang bertema ‘Melakar Semula Pembangunan’.
Saya sebenarnya meneliti buku RMK13 ini dengan satu sudut pandang yang bagus.
Di situ bila kita lihat, kita boleh lihat analisa atau diagnosis kepada perkara-perkara yang telah lepas, yang memungkinkan — kemungkinan kegagalan beberapa perkara yang kita telah unjurkan di dalam RMK12 yang lepas. Dan di situ ada strategi dan inisiatif-inisiatif baru serta sasaran dan projek-projek dan program-program yang akan diadakan. Tetapi yang kita ingin lihat nanti adalah RMK13 ini Yang di-Pertua, adalah untuk kita nampakkan hasilnya supaya nya ada perbezaan daripada RMK12 yang telah pun kita laksanakan.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan, walaupun belum pergi jauh, supaya pelaporan- pelaporan RMK13 ataupun yang lepas, 12 dan akhirnya 13. Dan seterusnya perlulah ya, diadakan pelaporan di peringkat Parlimen untuk penyata itu boleh dibaca oleh wakil-wakil rakyat. Baik yang ada sekarang ataupun akan datang, untuk melihat apakah RMK itu telah berjaya dilaksanakan ataupun apakah cabaran-cabaran ianya tidak dapat dilaksanakan? Ini penting Yang di-Pertua, disebabkan kita lihat kadangkala ada projek-projek yang telah pun diberi komitmen kepada Rancangan Malaysia yang lepas-lepas tetapi kita lihat ianya tiada bila pelaksanaan itu dah bertahun-tahun kita tunggu. Jadi, ini adalah satu perkara yang saya harap sangat Kerajaan MADANI akan terus memberikan komitmen yang lain, yang tegas, yang kompeten untuk pelaksanaan RMK13 ini.
Yang di-Pertua, saya ingin sebenarnya — kalau diikutkan, banyak perkara yang perlu disinggung dalam agenda RMK13 ini tetapi memandangkan masa yang sedikit, saya ingin mengaitkan satu perkara ataupun dua, tiga perkara yang penting. Pertama adalah isu perumahan dan kerajaan tempatan. Alhamdulillah, saya rasa mungkin berkat kegigihan kita selama ini, membangkitkan - saya nampak ada semakan semula akta-akta yang akan dibuat sepertimana akta-akta sedia ada. Malah, perlu kita lihat di sini, ada beberapa akta yang bakal digubal ya, yang akan menjamin supaya berkaitan penempatan, pembandaran, perumahan, daya huni akan dapat dibuat dengan baik. Saya yakin apa yang kita usahakan dalam RMK11 nanti akan membawa satu dimensi baru perumahan rakyat yang perlu diadakan.
Tetapi ada sedikit kerisauan saya. Perancangan untuk mendapatkan ataupun untuk menjamin supaya kita dapat menyasarkan satu juta perumahan yang kita inginkan itu, saya takut ianya tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Saya mengharapkan supaya dengan usaha RMK13 ini, kerajaan akan memastikan bahawa menjelang 2030 itu benar-benar ia dapat dilaksanakan. Komitmen itu bukan semata-mata di sudut bilangan tetapi perlulah komitmennya dalam konteks melihat tentang teknologi-teknologi terkini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Selain ABS yang boleh mempercepatkan usaha ini dan juga akhirnya ianya adalah di bawah. Kalau kita lihat, ianya terkait sebenarnya masalah perumahan ini. Kalau dibicarakan dalam RMK13 adalah isu-isu yang bersangkutan di dalam diagnosis yang disebut iaitu perancangan pengurusan rumah yang tidak bersepadu.
Yang keduanya, berkaitan dengan ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran. Satu juta ini saya yakin ianya adalah rumah mampu milik tetapi kita tengok lambakan rumah-rumah yang — apa orang kata? Yang mewah ini lagi banyak, yang telah dibuat, yang tidak dihuni. Itu juga satu pembaziran yang sebenarnya, kita perlu lihat sama.
Tetapi yang lebih penting Yang di-Pertua, kita lihat di sini akses terhad kepada pembiayaan perumahan. Ini juga agenda yang perlu kita tangani. Kerana saya lihat di sini, kalau kita lihat masalah yang ada dalam isu perumahan sekarang. Kita lihat orang lebih senang apa ni — meminjam, mendapat pembiayaan beli kereta. Sedangkan harganya lebih kurang sama. Ada harga rumah RM130,000, RM150,000 tetapi susah untuk mendapat akses pembiayaan. Tetapi untuk beli kereta, mudah.
Tapi — begitu juga kita lihat ada juga agenda di mana kita - kita dapati di situ - bukan saja masalah pinjamannya, aksesnya susah tetapi kita lihat juga tempoh pembayaran juga adalah agak lama kan? Kalau beli rumah melibatkan sampai 15 tahun ke 25 tahun untuk bayar semula dan sebagainya. Saya harap juga kalau boleh, kalau kita dah lihat perkara ini, saya harap selain daripada menyediakan hanya perumahan satu juta menjelang 2030, saya mengharapkan juga supaya kita sampai masanya ada reformasi perbankan untuk kita fikirkan semula, apakah pembiayaan kepada rumah-rumah mampu milik ini boleh dilakukan?
Sebab pengalaman saya yang menguruskan perumahan di Selangor, saya dapati rumah 42,000 pun tak ramai yang boleh dapat pembiayaan. Ya, jadi saya mengharapkan perkara ini dijadikan satu sandaran kepada kerajaan supaya boleh juga melihat tentang bukan sahaja membina perumahan tetapi melihat aspek-aspek pembiayaan yang saya rasa Bank Negara mungkin perlu melihat perkara ini dengan lebih tuntas.
Dan saya harap juga satu perkara yang penting di sini, berkaitan dengan perumahan.
Isu daya huni ini adalah penting. Kita banyak rumah, kebetulan saya tengok di Ampang, ya.
Di kawasan Gombak, di Shah Alam, di Pandan dan sebagainya. Kita dah ada banyak. Di antara kawasan perumahan awal yang ada strata, Yang di-Pertua. Tapi kita lihat Akta 757 tidak cukup untuk menangani masalah-masalah, terutamanya rumah strata kos rendah dan sederhana rendah. Sekarang ini apa yang berlaku kepada rumah-rumah ini, rumah-rumah ini kadang-kadang kita lihat ianya tidak boleh dihunikan dah ya. Dengan usang, dengan tidak ada pengurusan dan baik dan sebagainya. Saya mengharapkan supaya RMK13 ini boleh dengan seriusnya mengkaji semula Akta 757.
Yang tiga, yang third-party yang disebut di dalam buku ini. Kita mengharapkan third- party itu adalah diambil sepenuhnya oleh COB di bawah PBT kerana dengan itu, kawal selia, pengurusan dan juga autoriti adalah lebih baik.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sebab apa? Kita lihat kalau ada perkara ini, kenapa saya timbulkan? Wang collection ataupun kutipan akan jadi lebih baik, ya. Kutipan itu juga akan dimasukkan di bawah satu wang amanah dan akhirnya, wang amanah ini akan menguruskan — akan boleh diuruskan oleh PBT. Tidak saja melihat hanya satu dua tompok rumah perumahan tetapi keseluruhan di kawasan perbandaran mereka. Jadi, inilah yang penting. Dengan syarat ya, COB atau Commissioner of Building, dengan izin, diberikan pemerkasaan di sudut bagaimana mereka perlu dijadikan satu jabatan khusus, tidak lagi sebagai unit-unit terpencil di dalam PBT itu sendiri.
Yang di-Pertua, sebagai seterusnya dalam konteks perumahan ini juga. Ampang sebenarnya tidak ketinggalan berdepan dengan masalah, bukan saja berada dalam kawasan perbandaran. Kami memiliki kampung-kampung tradisi dan juga kampung Cina. Ya, kampung baru Cina. Yang mana saya begitu bimbang dengan perkara yang saya sebut tadi ada kaitan ya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Kampung-kampung dalam bandar ini masih belum diklasifikasikan dengan keadaan yang baik. Saya — saya rasa mereka berdepan dengan risiko tenggelam dek tekanan pembangunan yang pesat di sekitar, kekurangan infrastruktur moden di dalam kampung, pelbagai isu berkaitan hak milik tanah dan ancaman terhadap warisan budaya dan juga aspek sosial lain sehingga kini, kita masih lagi tiada garis panduan khusus.
Oleh itu, saya menggesa supaya kementerian perlulah ada satu konsep pembangunan yang boleh dikawal selia oleh PBT supaya kita tidak lagi kehilangan kampung- kampung tradisi dan juga identiti kampung-kampung baru Cina dan sebagainya kerana yang penting kat sini saya ingin mengatakan supaya kita boleh sebenarnya — kalau boleh kita ada satu garis panduan khusus yang mengawal selia dan akhirnya kita boleh preserve ataupun kita boleh mengekalkan tatapan imej dan juga fungsi yang ada dalam kampung itu.
Sebab apa yang kita lihat kalau di Ampang sekarang ni, kawasan-kawasan perkampungan dah bercampur dah kawasan pembangunannya. Maksudnya itu sepatut kawasan residensi ataupun tempat tinggal tapi sekarang ini dah jadi macam kilang. Ada kilang kecil, ada kawasan keusahawanan dan sebagainya.
Jadi, saya mengharap supaya susun atur itu dibuat semula agar akhirnya masalah guna tanah yang tak bercampur-campur di dalam kampung tapi malahnya — malah kampung-kampung dalam bandar ini mestilah dikekalkan identitinya tanpa mengabaikan aspek kemodenan infrastruktur yang perlu ditambahbaikkan. Jadi, Rancangan Malaysia Ketiga Belas mungkin boleh menjadi permulaan untuk perkara ini dilihat semula.
Yang keduanya, saya ingin berganjak kepada isu pendidikan sedikit yang ingin saya bawa di sini. Saya rasa perkemasan sistem pendidikan secara menyeluruh agar lebih berkualiti, bersepadu, terangkum, berkesan dan kalis masa depan mestilah diambil tanggungjawab sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kenapa saya sebut begini? Sebab bagi saya reformasi pendidikan ini bukan saja bercerita tentang kurikulum. Ya,
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
ia berkaitan dengan juga membangunkan insan untuk masa depan negara kita untuk kita dapat menggembleng tenaga yang baik supaya akhirnya kita menjadi negara maju dan orang yang kita lahirkan juga kemajuannya setimpal dengan apa yang inginkan.
Oleh itu saya nak mencadangkan di sini kita dah ada sentuhan tentang pendidikan prasekolah, saya rasa dah sampai masa kita ada satu Majlis Pendidikan Negara — walaupun saya tahu, insya-Allah akan ada perancangan untuk ada Akta Pendidikan Prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun ini. Tapi sampai masanya untuk KPM tidak lagi terlalu birokrasi dan melihat balik struktur yang ada ini. Saya risau kerana aspek prasekolah ini KPM jangan lagi hanya melihat tentang birokrasi.
Saya risau kerana aspek prasekolah ini KPM jangan lagi hanya melihat tentang sekolah-sekolah di bawah pengendalian mereka. Mereka ada sekolah — di bawah pendidikan prasekolah, kita ada agensi yang melaksanakan seperti KEMAS, Perpaduan. Kita ada juga pihak swasta yang melakukan ataupun melaksanakan prasekolah. Dan jangan lupa kita ada NGO juga yang ada sekolah prasekolah ini seperti PASTI, ABIM dan banyak lagi yang kadang-kadang NGO ini didaftarkan dan ia boleh melaksanakan prasekolah tanpa kawalan.
Jadi, saya mengharapkan supaya dengan adanya Akta Pendidikan Prasekolah, aspek pendidikan prasekolah ini dapat dilaksanakan dengan baik. Masa tak, tak mencukupi.
Jadi, saya rasa itu adalah perkara yang ingin saya singgung dengan sedikit tetapi yang pentingnya tak jadi, orang kata tak sah kalau Ampang tidak, tidak menyentuh tentang aspek wanita untuk menutup bicara saya pada petang ini.
Yang di-Pertua, saya mengharapkan walaupun kita mengalukan-alukan aspirasi pembaruan ekonomi yang luas dalam RMK13 tapi saya lihat tiada komitmen sepenuhnya ataupun komitmen strategik terhadap kepimpinan politik wanita dan peranan membuat keputusan. RMK13 ini tidak boleh dibaca secara berasingan. Ia mesti dibaca bersama dengan selaras dengan Dasar Pelan Tindakan Wanita yang telah pun dikeluarkan baru ini.
Atas Dasar Pelan Tindakan Wanita 2023–2020–2030 ini adalah dokumen dasar yang menggariskan kemajuan menyeluruh wanita merentas semua sektor.
Satu minit lagi, Yang di-Pertua. Jadi, tanpa penyepaduan ini,saya rasakan ia berisiko untuk memecahbelahkan yang mendorong wanita ke dalam tenaga kerja, satu aspek, tetapi kita gagal memberi suara di mana keputusan boleh dibuat oleh wanita juga. Jadi, yang keduanya, saya ingin menentangkan di dalam aspek ini adalah kebimbangan bahawa walaupun RMK13 menetapkan sasaran seperti wanita yang terdiri daripada 60 peratus daripada pasaran buruh dan memacu keusahawanan ini, ia sama sekali tidak boleh diendahkan aspek kuota minimal 30 peratus untuk perwakilan wanita dalam jawatan kepimpinan dalam politik.
Kenapa saya sebut begini? Kerana indeks global hampir berpuluh tahun tidak nampak kita berganjak daripada indeks yang baik kepada indeks yang tidak baik. Di peringkat global dalam indeks gender ini, kita di peringkat yang 100 ke — 14 daripada 148. Tetapi lebih
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
malangnya di peringkat ASEAN, kita berada sembilan daripada 10. Makna hampir terakhir, ya, daripada kalangan ini. Jadi saya rasa telah sampai masanya, kita serius untuk memperkasakan wanita. Maka, kita mesti mulakan dengan mencerminkan perkara ini dalam institusi politik.
Oleh itu, saya nak mencadangkan supaya Dewan ini ataupun pindaan RMK ini perlu dibuat bersama dengan Dasar Wanita Negara. Tahniah kepada Kementerian Wanita telah ada tetapi jangan tinggalkan ya, hanya sekadar dalam buku. Saya ingin mencadangkan supaya ada satu peringkat akta yang khusus iaitu akta mungkin dipinda, Akta Pilihan Raya ataupun akta berkaitan yang menentangkan ataupun meletakkan kuota yang ada.
Saya nak bagi satu contoh sebelum saya akhiri. Mungkin contoh ni tidak berapa orang kata gempaklah ya, kerana contoh yang kita refer ini adalah contoh negara yang kecil di dunia ini. Nepal namanya. Kan. Mereka telah pun melepasi 33 peratus kuota wanita ini kerana apa — ataupun gender ini. Kerana apa? Mereka buat constitutional reform, ya. Dia buat di sudut aktanya, dengan izin “Under Constitution of Nepal 2015, guaranteed that at least one-third of Federal Parliament seats are held by women. This applies across political parties, both Houses, with or both Houses”. Maknanya Upper House and Lower House, “With enforcement through Electoral Law.” Jadi, saya mengharap juga dan sampai masanya kita membincangkan tentang pentingnya peranan wanita bukan dalam aspek ekonomi, Yang di-Pertua. Dah sampai masanya kita juga bincang dalam aspek-aspek yang lain, khususnya tentang suara wanita membuat keputusan di semua peringkat.
Jadi, itu saja. Terima kasih keizinan yang diberikan kepada Ampang. Akhir sekali, izinkan Ampang meninggalkan sedikit, secebis pesanan. Kegagalan kita bertindak sekarang, bermakna pengkhianatan kita terhadap semua maksud, iktikad dan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sik bersama untuk membahaskan RMK13 yang sangat penting ini dan rancangan ini mesti bukan sekadar dokumen lima tahun tapi ia sebagai manifesto rakyat untuk menjamin keseimbangan keadilan dan kelangsungan hidup rakyat jelata termasuk bagi rakyat di luar bandar di daerah saya ini.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin berbicara soal konstituensi RMK13 ini antara perancangan dan pelaksanaan. Saya ingin menukilkan satu tulisan dan pandangan seorang penganalisis ekonomi. Saudari — Saudara Roslan Khan yang ditulis di media FMT pada 3 Ogos yang lalu. “RMK13: Antara slogan dan realiti.” Saya mengungkap tulisannya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
“Pelan yang menimbulkan pelbagai andaian, seolah-olah teknologi tidak akan mengubah landskap industri, seolah-olah rantai bekalan global tidak akan berubah semalaman, seolah-olah keutamaan rakyat tidak akan berganjak, kurang perkhidmatan yang sebenar. Anggapan itu bukan sahaja meleset dan ketinggalan zaman. Ia amat berbahaya apabila rancangan lima tahun diambil terlalu serius, ia memenjarakan ekonomi dan menyekat pertumbuhannya. Lihat saja projek yang dirancang di bawah satu rancangan, tetapi terbengkalai atau diubah semula dalam rancangan berikutnya kerana realiti politik telah berubah.” Misalnya, saya sebut semalam ketika pencelahan perbahasan Yang Berhormat Pandan. “Lapangan Terbang Kulim (KXP) yang merangkumi Taman Teknologi Kulim yang begitu berkesan membuka peluang pekerjaan, gagal kerana pertelingkahan politik dan kerakusan komersial sebelum ia bermula.”
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Banyak projek-projek yang tidak memberi hasil ekonomi yang optimum tertumpu di sesuatu tempat sahaja seperti yang kita baca tentang projek di Pulau Pinang, antaranya penambakan tanah tiga pulau di selatan Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang, projek LRT Pulau Pinang, Lebuh Raya Pan Island dan bypass Air Itam. Semua projek mega ini akan menelan belanja yang tinggi dan dianggarkan lebih RM50 bilion tetapi tertumpu…
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
…Pada satu kawasan di pulau…
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
…Dengan penduduknya yang cuma seramai 860,000 orang. Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Sik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya. Diumumkan bahawa KDNK Pulau Pinang ada 5.4 peratus dan Kedah 5.1 peratus. Adakah peningkatan KDNK Pulau Pinang itu disebabkan oleh penggunaan eksport daripada industri estet daripada Kulim Hi-Tech dan juga, apa ini, industri- industri yang ada di Kedah digunakan di pelabuhan-pelabuhan ataupun di airport, airport yang ada di Pulau Pinang?
Sebab itu, untuk nak mengimbangkan balik dalam RMK13 ini, saya nak mencadangkan, sama ada Sik setuju atau tidak, supaya kerajaan memberi peruntukan untuk imbang balik peruntukan KDNK di antara negeri. Sebab, Pulau Pinang menggunakan hak Kedah yang menyebabkan KDNK dia tinggi. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Pendang. Ya. Nanti saya akan sedikit sentuh dalam laporan saya. Saya masukkan pencelahan Pendang dalam ucapan saya. Saya berbangkit juga dalam soal ini, kita di Malaysia dengan luas penduduknya lebih 34 juta, kenapa pelan dan rancangan pembangunan tertumpu di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja? Kenapa tidak menyeluruh?
Seorang Ahli
Ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Apabila rancangan lima tahun digunakan secara longgar pula, hasilnya lebih teruk. Ia sekadar menjadi senarai hajat ataupun wishlist tanpa batas atau sempadan. Setiap kementerian menambah projek kegemarannya. Setiap ahli politik memasukkan visi dan teraju mereka. Maka, terhasillah sebuah dokumen bergambar cantik tetapi isinya terlalu kabur untuk dianalisa dan terlalu umum untuk dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, poin saya yang seterusnya iaitu berkaitan dengan luar bandar yang tidak lagi boleh dianaktirikan. Saya mengambil contoh daerah saya di Daerah Sik, iaitu antara daerah yang termiskin di Semenanjung dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan. Sektor utama ialah pertanian kecil-kecilan, perladangan dan perniagaan mikro. Namun, infrastruktur asas sangat ketinggalan.
Jalan kampung yang masih teruk, jaringan Internet yang sangat perlahan, bekalan air yang tidak konsisten dan banyak kampung-kampung, jalannya yang tidak berturap dan sudah pastilah juga isu-isu yang telah ditimbulkan sebelum ini, pembinaan MRSM Sik yang masih lagi belum dilaksanakan walaupun telah diluluskan dalam RMK11 yang lalu.
Begitu juga dalam― yang terbarunya, saya memohon langsung dengan Kementerian Desa dan Wilayah, pembinaan semula titi gantung Kampung Jerai yang sangat penting, yang digunakan oleh penduduk ketika banjir yang menyebabkan titi ini telah pun rosak. Namun, sehingga sekarang, tidak ada lagi apa-apa tindakan oleh pihak kementerian.
Begitu jugalah soal penambahbaikan Hospital Daerah Sik, klinik kesihatan daerah yang sangat daif yang mungkin kita tidak bayangkan akan ada lagi di Malaysia seperti ini.
Maka, sudah pastilah RMK13, misi memperuntukkan skim pembiayaan khas luar bandar termasuk peruntukan terus kepada kerajaan negeri dan PBT untuk sama ada pembangunan jalan kampung, bukan hanya projek-projek di peringkat Persekutuan.
Begitu juga di Sik ini…
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sik. Saya minta penjelasan sikit, boleh?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, Yang Berhormat Sik.
Adakah Yang Berhormat Sik bersetuju untuk menyarankan kerajaan kita supaya menempatkan pusat-pusat industri khas iaitu pusat industri high value di setiap negeri?
Kerana kita melihat jurangnya begitu besar kerana ia tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti di Lembah Klang dan juga Pulau Pinang. Dan saya berharap agar dengan adanya perubahan ini yang disarankan, dia boleh juga memberi Sik spillover effect, dengan izin, kepada negeri-negeri lain khasnya negeri Pantai Timur. Apa pandangan Sik?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Ya, itulah yang sepatutnya kita garapkan dalam RMK13 ini. Keseimbangan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
pembangunan wilayah itu perlu ditekankan, termasuklah pembangunan-pembangunan di luar bandar ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya di Sik juga kami mendambakan kolej TVET pertanian yang masih belum ada walaupun daerah kami ini daerah pertanian yang sangat luas. Dan begitu jugalah soal program entrepreneur ataupun usahawan-usahawan yang nampak belum berhasil walaupun diusahakan secara berterusan oleh NCER dan sebagainya.
Yang kedua, saya membangkitkan pembangunan ekonomi Kedah yang masih tidak mampan tanpa infra yang strategik. Ini saya lihat bagaimana yang saya sebut tadi, di awal tadi, bagaimana projek KXP Lapangan Terbang Kulim yang belum dimulakan, walaupun dijanjikan ketika itu sejak RMK11. Begitu juga Kedah Rubber City (KRC) yang hanya menarik tujuh pelabur hingga tahun 2024 berbanding sasaran 30 syarikat. Dan projek-projek sinergi Kedah termasuk inisiatif logistik serantau dari Sidam ke Bukit Kayu Hitam masih belum dimuktamadkan perjanjian PPP nya. Dan sudah pastilah isu yang berbangkit ialah pelabur asing dan tempatan lebih memilih Pulau Pinang disebabkan kelewatan infrastruktur dan zon industri yang tak lengkap.
Dan saya membangkit tadi, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi, bagaimana kaedah pengukuran sumbangan ekonomi negeri berdasarkan peratusan eksport boleh menimbulkan ketempangan data kerana ia tidak mengambil kira lokasi sebenar pengeluaran sesuatu barang. Sebagai contoh, negeri seperti Kedah yang tidak mempunyai pelabuhan eksport akan menggunakan kemudahan negeri jiran seperti Pulau Pinang.
Akibatnya, nilai eksport akan direkodkan sebagai sumbangan Pulau Pinang walaupun produk tersebut dihasilkan sepenuhnya di Kedah dan kaedah ini memberikan gambaran yang tidak tepat terhadap prestasi ekonomi negeri dan boleh menjejaskan agihan peruntukan termasuk KDNK serta perancangan pembangunan wilayah secara adil. Bagi mengelakkan ketempangan ini, adalah wajar untuk mempertimbangkan kaedah pelaporan yang mengaitkan data eksport dengan lokasi pengeluaran sebenar, bukan semata-mata lokasi pelabuhan.
Selain itu, penggunaan data seperti output industri dan nilai tambah di peringkat negeri akan memberikan gambaran yang lebih menyeluruh terhadap kekuatan ekonomi wilayah dengan pendekatan yang lebih tepat dan berpaksikan realiti pengeluaran dasar pembangunan yang dapat dirangka secara lebih saksama dan menyokong pertumbuhan negara yang lebih seimbang antara negeri.
Begitu jugalah projek-projek yang telah dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri Kedah termasuk untuk membangunkan laluan rel logistik serantau dari SBEZ, Special Border Economic Zone Bukit Kayu Hitam ke Pelabuhan Darat ke Sidam melalui kerjasama MITI dan MOT. Namun, belum lagi ada nampak jalannya. Begitu jugalah soal pelaburan halal digital teknologi hijau di SBEZ ini yang Kedah sudah pun bersedia sebagai hab logistik dan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
pengeluaran bagi pasaran-pasaran negara OIC, namun kerjasama di pihak Persekutuan sangat-sangat mendukacitakan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin berbangkit berkaitan dengan ketidakseimbangan wilayah Kedah, Perlis dan Pantai Timur yang saya rungkaikan juga dalam sini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sekejap. Nak pergi ke tajuk lainkah itu?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Adakah pembangunan KXP di Kedah ini, di Kulim Kedah ini, disebabkan oleh politik dendam yang menyebabkan RMK ini digunakan― sepatutnya RMK ini untuk infrastruktur seluruh Malaysia. Apakah ini disebabkan politik dendam menyebabkan KXP ini ditolak?
Terima kasih. Tak dimasukkan dalam RMK13.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab itulah daripada awal saya sebutkan tadi, biarlah perancangan Malaysia ini dengan jujur, dengan tulusnya, setiap yang kita nukilkan ataupun kita catatkan untuk memastikan tidak ada diskriminasi kepada rakyat walaupun ada perbezaan politik. Dan kalau itulah yang berlaku, maka sudah pastilah rakyat akan menghukum kerajaan pada pilihan raya nanti.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya berbangkit dalam soal― begitu jugalah pembangunan-pembangunan di wilayah-wilayah yang saya sebut tadi, ketidakseimbangan pembangunan itu sangat ketara ketika ini. Banyak projek-projek yang masih dapat belum dilaksanakan termasuklah di Pantai Timur, jugalah di Sabah dan Sarawak.
Yang seterusnya, saya ingin berbangkit berkaitan dengan soal kelestarian alam sekitar termasuklah kelestarian Ulu Muda yang menjadi sumber air di tiga negeri yang tidak seharusnya dikompromi oleh mana-mana pihak. Hutan Simpan Ulu Muda yang berada di daerah Sik seluas 1,152 kilometer persegi membekalkan air mentah kepada lebih 4.09 juta rakyat Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Dan Hutan Simpan Ulu Muda termasuk Hutan Simpan Rimba Teloi ini menghasilkan sumber bekalan air alternatif kepada ribuan penduduk termasuklah penduduk-penduduk di daerah Sik termasuk Kampung Charok Tenang, Kampung Landai, Kampung Melaka, Kampung Lintang dan sebagainya dan semua sumber- sumber air ini berasal daripada Hutan Simpan Ulu Muda.
Dan yang pentingnya ialah dalam RMK13 ini, kita perlu secara bersemangat satu hasrat yang bersama, penubuhan dana pemulihan Ulu Muda atau disebut Ulu Muda conservation fund dengan sumbangan bersama Kerajaan Pusat yang pastinya ada tanggungjawab besar bagi memastikan kelestarian Ulu Muda ini. Dan perlunya wujud zon ekonomi ataupun ekolestari, ecotourism yang dikawal selia dengan memberi peluang dan pendapatan alternatif kepada komuniti sekitar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dan yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan soal Malaysia, dunia Islam dan ekonomi ummah. Khususnya ekonomi ataupun pembangunan semula Gaza yang dilupakan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan hanya sebahagian ASEAN tapi juga pemimpin dalam kalangan negara Islam. Namun, dalam RMK13 ini masih belum menampakkan iltizam untuk mengarusperdanakan ekonomi di antara negara-negara OIC untuk menyumbang secara konkrit pemulihan di Gaza ini. Kita saksikan kehancuran dan kemusnahan bandar- bandar Gaza itu sangat dahsyat. Yang disebut hari ini kebuluran, catastrophic. Mereka kehilangan segala-galanya dan sudah pastilah dunia tidak boleh hanya melihat, hanya memejam mata apa yang sedang berlaku.
Genosid yang dilakukan oleh rejim Israel itu tidak boleh hanya kita membuat kecaman ataupun hanya satu seruan yang tidak memberi kesan kepada pembangunan semula Gaza itu, yang sudah pastilah Malaysia juga sebahagian daripada negara yang bertanggungjawab untuk melihat bagaimana kemusnahan yang dikatakan jumlah infrastruktur yang perlu dibangun lebih USD18 bilion ringgit itu. Maka sudah pasti Malaysia menjadi negara yang perlu bergerak ke hadapan untuk bersama dengan negara-negara lain bagi menyalurkan semula pembangunan semula Gaza ini.
Saya juga ingin membangkitkan soal kita bersama solidariti, bagi memastikan bagaimana kita, mungkin terasa malu dengan rakyat di Australia ketika pada hari Ahad yang lalu atau hari Sabtu yang lalu. Lebih 300 ribu rakyat Australia di Sydney di Jambatan Harbour.
Mereka menghimpunkan dengan slogan “Humanity for Gaza”. Dan begitu juga rakyat-rakyat di Eropah. Mereka setiap minggu bangun untuk menyatakan sikap mereka, penegasan mereka, supaya kita tidak lagi boleh membiarkan pembunuhan beramai-ramai itu terus bermaharajalela di Palestin itu.
Dan saya mengajak pada petang ini Tuan Yang di-Pertua, untuk kita bersama hadir Himpunan Malaysia Bangkit untuk Gaza, yang dianjurkan oleh NGO, NGO, pertubuhan sosial kita di Malaysia yang saya difahamkan menjemput semua ahli-ahli politik, semua pertubuhan- pertubuhan politik dan NGO, NGO. Untuk kita sama ada di Dataran Merdeka bermula pukul empat petang hingga 11 malam, yang akan insya-Allah dihadiri ratusan ribu rakyat Malaysia yang juga bersama-sama dengan penduduk di Gaza. Bahawa kita di Malaysia walaupun jauh kedudukan kita tapi kita tidak pernah meninggalkan mereka dan untuk kita terus bersama dengan mereka insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya — empat ya kita akan, saya sebut 9 Ogos, hari Sabtu nanti ya, 9 Ogos, hari Sabtu di Dataran Merdeka.
Dan akhirnya tuan-tuan, saya merumuskan bahawa RMK yang ke-13 ini dengan perlu kita terus melaksanakan perancangan ini. Biarlah rakyat merasai setiap lelah mereka itu, dengan kudrat mereka itu. Setiap sen yang kita belanjakan dalam RMK13 ini akan sampai
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
kepada mereka sebagai rakyat yang mereka juga akan bersama-sama membangunkan negara kita yang tercinta ini. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Berikut saya silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dato’ Pertua, saya memulakan dengan apa ini, kesediaan kerajaan untuk mewujudkan 1 juta rumah mampu milik di seluruh negara. Dan kalau ikut ratio negeri, lebih kurang 600 buah rumah satu negeri.
Kalau difikir-fikir memang tidak cukup Dato’ di-Pertua. Cuma mungkin, perlu ada satu dasar oleh kerajaan iaitu Persekutuan dan negeri memuktamadkan setiap kerajaan negeri perlu mewujudkan satu akta, mewajibkan pembinaan rumah mampu milik. Sebab kalau di Sabah itu Dato’ Yang di-Pertua, satu rumah tiga keluarga, empat keluarga, teruk Dato’ Yang di-Pertua dan konon rumah yang mampu milik tetapi sebenarnya cuma rumah mampu di tengok, tengok sahaja. Tidak boleh dimiliki pun sebab pengurusan bank terlalu sukar.
Justeru itu, sekiranya ada polisi, dasarkan seumpama ini, bank perlu dibuat konsultasi. Kalau kereta boleh pulun, mengapa rumah tidak boleh? Rumah itu pun dicagar, lama-lama pun harga dia naik. Jadi, ini pun saya minta kerajaan mencari mekanisme pendekatan, supaya memudahkan rumah mampu milik ini dimiliki oleh mereka yang belum pernah berumah.
Yang kedua, isu Pan Borneo di Sabah. Terima kasih kepada kerajaan, meneruskan pembangunan Pan Borneo. Cuma, saya ingin menekankan ada beberapa pakej iaitu pakej 33 hingga 35 diberi kepada listed company daripada syarikat besar. Dengan harapan mereka boleh menjadi ikon kepada kontraktor, kontraktor tempatan tetapi apa yang berlaku malangnya mereka pergi ke Sabah mencari subkontraktor, di subcon 100 percent. Ini sudah salah daripada matlamat kita. Ini yang tidak betul, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, saya harap boleh diperbetulkan keadaan ini. Mereka mungkin ditimbang oleh kerajaan atas dasar memberi didikan kepada kontraktor-kontraktor di Sabah ini tetapi ini sudah lain. Dan ada juga kontrak ini subcon 100 peratus kepada kontraktor tidak tahu daripada China pula. Kalau di Telupid itu, pekerja asing China, macam itu bandar dia punya sudah. Bertimbun pekerja-pekerja dari China. Jadi, matlamat kita itu tidak sampai.
Satu lagi pakej di kawasan saya, pakej 26. Saya tidak tahu siapa yang dapat tetapi site office pun belum dibuat dan jalan sana berlubang-lubang. Menyebabkan pengguna jalan raya kesukaran untuk melalui jalan raya. Saya banyak topik Dato’ Yang di-Pertua, jadi saya kena cepat-cepat sedikit.
Yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, kes buli di sekolah ini berleluasa. Lebih-lebih lagi sekolah berasrama. Sama ada sekolah agama kah, sekolah vokasional kah, sekolah mana kebangsaan kah. Apa masalah ini? Masalah mereka datang untuk mendapat ilmu pengajaran tetapi di sekolah anak mereka dibunuh, anak mereka di macam-macam. Ini tidak betul Dato’
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan perlu melihat pendekatan baru. Bagaimana mengatasi masalah ini?
Sehingga hari ini, kalau di Sabah, banyak ibu bapa sudah fobia. Tidak mahu hantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama ini sebab mereka kata, “Kami hantar anak kami untuk dibunuh.” Tidak ada apa-apa. Jadi, perkara ini kalau — pepatah Melayu, “kalau melentur buluh biar dari rebungnya”. Bermula dari sekolah. Jadi, Menteri Pelajaran perlu melihat perkara ini secara saksama. Kita nak buat transformasi seluruh negara tetapi di sekolah kami tidak boleh transform. Ini tidak benar Yang di-Pertua.
Dan yang ketiga, keempat. Di Sabah ini, Pengarah Kesihatan Sabah belum ada, sampai sekarang belum dilantik. Apa masalah dia? Sedangkan beberapa doktor yang qualified daripada Sabah boleh diangkat jadi pengarah. Saya tidak tahu kenapa sekarang masih belum lagi ini? Yang ada memangku penolong pengarah. Sudah enam bulan Dato’ Yang di-Pertua, tidak ada. Saya minta Kementerian Kesihatan ambil tindakan. Lantiklah dengan cepat, cepat jangan tangguh-tangguh. Kenapa mahu ditangguh-tangguh perkara- perkara yang ada keperluan dia? Sebab ini merupakan satu penganiayaan kepada rakyat negeri Sabah.
Yang kelima, isu penerbangan awam. Sama ada MAS ke, Batik Air ke, AirAsia ke, mereka menindas rakyat Sabah. Dulu MAS ini penerbangan dia Kuala Lumpur-Kota Kinabalu 11 kali satu hari, dia turun pergi lapan kali. Sekarang dia turun pergi enam kali satu hari. Enam kali tiketnya pun boleh tahan Dato’ Yang di-Pertua. Boleh orang berfikir, boleh atau tidak.
Kalau business class dulu, okeylah, harga dia berbaloilah. Makanannya pun enak.
Sekarang ini makanannya Dato’ Yang di-Pertua, dia green curry. Green-nya pun tidak nampak, karinya pun terasa tidak sedap langsung tetapi harganya meningkat. Ini saya pun tidak tahu. Kalau dia tukar untuk menyesuaikan keadaan, boleh! Boleh tukar tukang masak, tukang supply dia tetapi biarlah ada taste. Saya, Dato’ Yang di-Pertua, terus terang. Saya masuk sahaja kapal saya tidur. Saya tidak mahu makan pun sebab lagi saya makan, lagi saya bad mood. Tidak bagus, tidak sedap langsung makanannya. Ini masalah yang kita hadapi.
Lagi Dato’ Yang di-Pertua, ini hospital di Sabah ini, Kota Kinabalu ke, Sandakan ke, Tawau ke, Lahad Datu ke. Hospital ini orang datang untuk berubat, untuk menyihatkan badan tetapi dia punya kesesakan, saya pun tidak tahulah macam mana mahu mengatasi.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau saya tengok, dia sakit di sana dalam kategori kalau 10 mungkin lima, masuk hospital jadi 11. Sesak betul-betul. Kena queue, kena menunggu, orang sudah parah kena tunggu juga. Ini masalah, jadi, seharusnya harus difikir macam mana kita kerajaan nak mempertingkatkan apa ini kondisi cara hidup rakyat, tetapi bukan pula mempertingkatkan kita jadi macam serba salah. Ini kalau ikut itu di Sabah ‘haijo’ bilangnya. Ini hari kita solo, besok kita cari kawan.
[Ketawa] Tidak ada hala tuju Dato’ Yang di-Pertua. Sekejap solo, sekejap cari kawan. Dia telefon dia punya anak.
[Ketawa] Tak payahlah.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dato’ Yang di-Pertua, harus dilihat juga gig ekonomi ini perlu, tetapi saya nampak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya punya kawan tertinggal mungkin, terlepas pandang tentang betapa perlunya gig ekonomi ini untuk di – apa ini persadakan bersama- sama dengan Rancangan Malaysia Ketiga sebab beribu-ribu pengguna gig ekonomi di dalam negara kita, lebih-lebih lagi Suruhanjaya Gig sudah pun hampir-hampir ditubuhkan dan ini perlu untuk memastikan bahawa mereka juga mengharapkan bantuan daripada kerajaan tentang halatuju bagaimana untuk meletakkan gig ekonomi ini selaras dengan ekonomi- ekonomi yang lain.
Dan kerajaan juga harus melihat ekonomi-ekonomi yang memberikan impak yang tinggi kepada kerajaan iaitu termasuk, saya nampak iaitu bagaimana tax rokok, arak dan sebagainya dipertingkatkan, tetapi kerajaan harus tahu bahawa arak haram, rokok haram diseludup begitu berleluasa dan ini tidak mendatangkan apa-apa ekonomi kepada kerajaan.
Saya tahu mereka ini sindiket ini memang berleluasa di seluruh negara dan mereka mengaut berbilion-bilion keuntungan.
Saya bukan menuduh agensi-agensi kerajaan kita tidak telus, tetapi kalau satu bulan 30 kali dia dilepaskan, yang ditangkap satu kali dua kali macam dummy saja. Yang 28 itu sudah berlalu.
Jadi, seharusnya – saya suka dengan tindakan pengarah apa ini – pengarah penguatkuasaan kita punya sempadan ini walaupun dia keras. Dato’ Suhaily – walaupun keras tetapi pada saya itu adalah merupakan tindakan yang wajar untuk mengingatkan kepada pekerja-pekerja dia, staf dia, pegawai-pegawai dia bahawa negara kita ini memerlukan pegawai yang tegas dan mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, tidak boleh dibeli dengan begitu saja seperti kata-kata Ayer Hitam tadi, kalau ada duit hantu pun boleh lawan syaitan.
Ini tidak boleh, bermakna kita punya pengharapan di depan seperti kata pepatah Melayu, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Amatilah kita Dato’ Yang di-Pertua, memang tidak akan dapat disekat aktiviti-aktiviti haram seumpama ini dan ini akan mengakibatkan keruntuhan ekonomi kepada kerajaan.
Dan kerajaan sekarang pun sedang mewujudkan sistem tax yang orang kata di luar.
Orang merasakan bahawa tax SST ini semua kena, dia kata. Daripada orang proses, daripada supply kepada retail, semua kena. Jadi, total dia bukan 16 peratus, meningkat kepada 35 peratus. Ini pun perlu dilihat secara saksama oleh kerajaan. Jangan – memang memerlukan tax ini sebab tiada tax, negara tidak akan dapat melakukan perubahan kepada sesebuah negara. Tetapi jangan sampai tax tersebut membebankan rakyat. Dan selebihnya, saya rasa saya serahkan dengan Pandan sebab dia ini pun pakar ekonomi, insya-Allah.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Berikut, Majlis mempersilakan Yang Berhormat Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan RMK13 pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada pembentangan RMK13 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya menyambut baik pelan rancangan RMK13 yang menekankan pembangunan luar bandar. Namun, pada pendapat saya, dasar yang baik hanya akan berkesan jika dilaksanakan secara mikro, khususnya kepada kawasan-kawasan yang betul-betul luar bandar seperti kawasan saya, Gua Musang.
Saya menyokong cadangan kerajaan untuk menstrukturkan kembali ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian dan perkhidmatan dan seterusnya menuju kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai AI.
Sebagaimana yang terdapat dalam dokumen RMK13 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lepas, kerajaan mengutarakan empat tumpuan utama dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2030.
Sebagai mewakili Parlimen dari luar bandar, sudah pastilah saya akan bertanggungjawab untuk menarik perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta barisan Jemaah Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian yang berkaitan untuk sama- sama membantu yang pada hakikatnya pada masa ini kawasan saya Gua Musang masih lagi bergelut untuk bersaing dengan kawasan-kawasan lain, dalam aspek pembangunan prasarana serta pembangunan sosioekonomi.
Justeru yang demikian, merujuk kepada empat tumpuan utama, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk merujuk kepada tumpuan yang ketiga iaitu menyeimbangkan kemajuan ekonomi antara wilayah dan mengukuhkan pembangunan luar bandar.
Memperkatakan tentang strategi dan inisiatif sebagaimana terkandung dalam tumpuan ketiga tadi, suka untuk saya mengutarakan di sini agar kerajaan mempercepatkan pembangunan sosioekonomi kawasan luar bandar dengan memfokuskan kepada lima inisiatif seperti yang saya terangkan nanti.
Inisiatif yang pertama Tuan Yang di-Pertua, iaitu menarik pelaburan berskala besar dalam industri khusus. Sebagaimana kita semua ketahui, Gua Musang dengan keluasan sebenarnya melebihi separuh daripada negeri Kelantan dan tidak dapat dinafikan lagi sangat kaya dengan sumber mineral. Daripada tahun 60-annya emas disusuli dengan biji besi dan terkini ialah nadir bumi (REE) yang kita tahu kesemua sumber mineral ini sangat berpotensi dan memberi pendapatan kepada negara kita jika Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri saling berganding untuk menarik pelabur bagi memastikan ataupun memfokuskan industri pelombongan di Gua Musang secara komersial.
Oleh yang demikian, demi meningkatkan pendapatan kerajaan serta peluang pekerjaan kepada anak tempatan Gua Musang, sudah tiba masanya kerajaan hari ini
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
membawa satu pelaburan berskala besar ke Gua Musang bagi memastikan penduduk- penduduk di Gua Musang dapat meningkatkan sosioekonomi atau pendapatan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, inisiatif kedua iaitu memperkukuhkan ekosistem digital di kawasan luar bandar. Dalam pada negara kita bergerak dan berlumba ke arah kecerdasan buatan, Gua Musang masih lagi ketinggalan dari segi liputan talian telefon. Mungkin kerana faktor geografi ataupun faktor muka bumi yang menyebabkan fenomena ini tetapi apapun alasannya, kerajaan hendaklah memfokuskan ataupun menyelesaikan masalah ini, terutama melibatkan penempatan Orang Asli kerana pada akhir-akhir ini kita menerima laporan daripada aduan daripada masyarakat Orang Asli mengatakan bahawa sejak kebelakangan ini banyak pos Orang Asli tidak mendapat liputan dan kalau ada pun, tidak mendapat akses Internet yang laju dan boleh untuk memuat turun apa-apa kandungan daripada media massa.
Dan dalam konteks kita menjamin kelestarian kehidupan bagi penduduk luar bandar, adalah wajar jika kerajaan hari ini memfokuskan supaya ataupun Kementerian Komunikasi memfokuskan supaya menitikberatkan kawasan-kawasan saya di Gua Musang bagi – sebagai contohnya menambah bilangan menara komunikasi dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, inisiatif ketiga iaitu menambah baik infrastruktur asas, ameniti sosial dan perumahan. Pada sesi perbahasan saya serta soalan-soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri sebelum ini, selalu saya bangkitkan tentang keperluan mendesak kepada kerajaan supaya disegerakan kerja-kerja menaik taraf kemudahan infrastruktur asas seperti jalan kampung yang berturap serta lampu jalan dan di kawasan-kawasan yang berisiko berlakunya kemalangan.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Saya juga ingin menarik perhatian kerajaan melalui Kementerian Desa dan Wilayah agar segerakan lah pembinaan jalan perhubungan desa sepanjang 94 kilometer yang membabitkan beberapa pos Orang Asli yang bermula daripada Kuala Betis. Memang kita ketahui, memang telah diketahui bahawa projek ini sebenarnya projek dalam RMK12 dan proses pindah milik tapak dan lantikan kontraktor telah pun dibuat.
Cuma, aduan daripada penduduk Orang Asli yang di pos-pos terlibat, yang selalu bertanya kepada saya, bilakah kontraktor akan memulakan kerja-kerja sebenarnya kerana tempoh menerima SST sehingga kepada hari ini sudah hampir mencapai satu tahun dan jika pun ada isu-isu teknikal yang tidak dapat diselesaikan, perlulah saya ataupun wakil-wakil masyarakat di sini diberi taklimat oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dengan kenapa kelewatan projek ini dilakukan.
Dalam konteks ameniti sosial dan perumahan pula, saya amat berharap kerajaan melalui Kementerian Desa dan Wilayah dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar dapat menyediakan peruntukan untuk membina serta menaik taraf kemudahan awam bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan sosial komuniti. Dalam RMK13 bermula tahun depan, saya harap Kementerian Dasar dan Wilayah melalui agensinya iaitu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) serta KPKT supaya menyediakan
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
lebih banyak rumah mampu milik agar golongan memerlukan di Gua Musang tidak lagi dibelenggu oleh masalah ketiadaan tempat tinggal yang sempurna.
Tidak kurang juga memperkatakan tentang ameniti sosial, saya mohon agar kerajaan mencari mekanisme tertentu bagi menoktahkan masalah ketiadaan bekalan air bersih bagi lebih 70 peratus penduduk di kampung-kampung tradisi dan penempatan Orang Asli di Gua Musang.
Tuan Yang di-Pertua, pada inisiatif keempat iaitu memperkukuhkan pendidikan, latihan dan kemahiran TVET. Sejak tahun 2023, saya telah dua kali mengusulkan kepada Kementerian Desa dan Wilayah agar membina Kolej TVET Orang Asli di Gua Musang. Antara justifikasi yang telah saya nyatakan ialah populasi Orang Asli di Gua Musang sebenarnya buat masa ini telah melebihi dari angka 10,000 orang.
Jadi, adalah amat wajar kerajaan mengkaji semula memandangkan kita memahami bahawa kebanyakan kaum Orang Asli di Gua Musang ini tidak berapa berminat untuk, bukan tidak berminat untuk belajar tetapi tidak berapa minat untuk menyambung pelajaran di luar daripada daerah Gua Musang. Mungkin kita memahami atas faktor-faktor tertentu seperti meninggalkan keluarga yang kita sedia maklum yang serba kekurangan daripada kemudahan infrastruktur.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan di sini untuk sekali lagi memohon kepada kerajaan melalui KDW supaya sekali lagi melihat sempena kita menyambut ambang RMK13 yang bermula tahun depan supaya apa yang diketengahkan oleh masyarakat Orang Asli dan juga masyarakat-masyarakat daripada kampung tradisi yang telah sekian lama terbeban dan ketinggalan dalam pelbagai aspek persaingan supaya bermula RMK13, nasib mereka semua ini akan dapat dibela.
Inisiatif yang kelima, Tuan Yang di-Pertua, iaitu membangunkan kapasiti usahawan muda, generasi kedua FELDA dan juga KESEDAR. Pada inisiatif saya, saya amat berharap supaya dalam RMK13 nanti beberapa program atau inisiatif dapat dilaksanakan oleh FELDA dan KESEDAR dalam konteks memastikan generasi kedua dan ketiga ini tidak lagi dikategorikan sebagai pengemis di tanah rancangan yang diterokai oleh keluarga ataupun ibu bapa mereka yang merupakan generasi pertama. Banyak isu yang sehingga ke hari ini belum dapat diselesaikan.
Sebagai contoh ialah isu mendapat bekalan air dan juga elektrik. Walaupun kita sedia maklum bahawa penempatan satu-satu kawasan FELDA sebenarnya adalah cukup untuk generasi kedua membina satu unit rumah tanpa dibantu oleh mana-mana agensi untuk mendirikan rumah di sebelah ataupun di kiri kanan ataupun di belakang rumah generasi pertama memandangkan di Gua Musang, kita sedia maklum kos hidup yang tinggi dan kesukaran untuk mendapatkan hak milik tanah walaupun pada asalnya mereka ini adalah anak yang lahir di bumi Gua Musang.
Tetapi, yang terjadi pada masa ini ialah di mana warga luar ataupun imigran sama ada orang Kelantan ataupun luar Kelantan bila memasuki Gua Musang, mereka mendapat
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
lebih istimewa dari segi akses dan juga kemudahan untuk mendapatkan hak milik tanah.
Mungkin mereka mampu membayar premium yang tinggi, mungkin mereka mampu membeli hartanah yang agak mahal dan keadaan ini sekiranya tidak diambil perhatian oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang tertentu akan menyebabkan fenomena penghijrahan atau penghijrahan besar-besaran anak-anak muda daripada Gua Musang ke kota akan terus meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, memperkatakan tentang sasaran projek dan program dengan tumpuan ketiga tadi, saya amat tertarik apabila kerajaan telah memasukkan satu isu iaitu penyiapan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang sebagaimana kita tahu sebenarnya hampir keseluruhan pakej yang terdapat dalam LTU ini dimonopoli oleh kontraktor-kontraktor yang kebanyakannya dalam kategori tenat. Kita tahu beberapa aduan yang telah kita buat kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya sebelum ini dan beberapa lantikan baru yang kita dapati masih lagi lewat dari segi progress penyiapan kerja.
Jadi, saya harap bila terkandung dalam RMK13 ini, kesemua pakej-pakej yang terkandung di dalam LTU ini dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun RMK13 bagi memastikan ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan peratus kemalangan maut yang sering kita dengar di jajaran jalan-jalan dalam negeri Kelantan khususnya.
Tuan Yang di-Pertua, sebut sahaja Gua Musang, semua menumpu, semua memfokuskan kepada aspek ketinggalan. Walaupun dari segi geografi, Gua Musang sebenarnya tidak wajar untuk dipinggirkan dengan faktor geografi dan sebagainya. Cuma, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini supaya kerajaan hari ini mengambil lebih perhatian agar segala yang dibangkitkan ini dapat diatasi dan diberi penekanan yang sewajarnya.
Sebagai pengakhiran, saya merujuk kepada permohonan melalui surat saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal tahun 2024 yang lepas dan respon positif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan pembinaan sebuah universiti awam. Jadi, memohon, saya mewakili masyarakat saya di Gua Musang sekali lagi memohon dan berdoa supaya urusan ini dipermudahkan dan hasrat kita serta barisan Menteri yang kalau yang terkini kita dapat tahu, bersetuju untuk melaksanakan universiti sebut agar dapat direalitikan dalam RMK13 nanti.
Gua Musang juga berharap agar semua projek-projek kesejahteraan rakyat terutamanya hospital akan dapat dilaksanakan dan sebagaimana merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebelum-sebelum ini mengatakan dalam progress untuk menaik taraf Hospital Pakar Gua Musang kerana ketiadaan kewangan yang mencukupi ataupun sumber kewangan yang terhad untuk berpindah kepada hospital baru.
Terakhirnya, saya cadangkanlah satu kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, kalau sekarang di Hospital Gua Musang, hospital lama itu dijadikan Hospital Orang Asli, kesian. Dengan fasiliti, dengan kelengkapan yang sangat-sangat daif, kita harap hospital yang bangunan yang menempatkan Hospital Orang Asli itu dinaik taraf kepada satu hospital
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
yang mempunyai kelengkapan perubatan moden dan wajar untuk sekitar orang Gua Musang ini menerima rawatan.
Dan Tuan Yang di-Pertua, sebagai pengakhiran, saya sekali lagi memohon kepada semua jemaah Menteri yang terlibat dalam perbahasan tadi supaya mengambil perhatian bahawa rintihan masyarakat saya di Gua Musang supaya diambil perhatian yang sebenarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Gua Musang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Aman sebagai wakil parti, 15 minit.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi Sri Aman peluang untuk turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Khamis lepas.
Setelah membaca dan meneliti buku RMK13 ini, Sri Aman berpendapat bahawa RMK13 yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ bukan sekadar dokumen perancangan lima tahun, Tuan Yang di-Pertua tetapi suatu janji dan komitmen kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menjamin kesejahteraan rakyat serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Jika dilaksanakan dengan cekap dan berintegriti, pelan ini berpotensi menjadi pemacu utama Malaysia ke arah status negara maju dan berdaya saing di peringkat global.
Maka rakyat, Tuan Yang di-Pertua, amat mengharapkan pelan ini tidak hanya indah di atas kertas ataupun retorik sahaja, tetapi benar-benar memberi impak kepada semua lapisan masyarakat terutama sekali mereka yang memerlukan tanpa pilih kasih atau kepentingan sempit.
Sri Aman menyokong matlamat RMK13 yang berpaksikan tiga teras utama iaitu Kerangka Ekonomi MADANI, memacu ekonomi bernilai tinggi, memperkukuh tadbir urus yang cekap dan berintegriti dan menjamin kesejahteraan rakyat. Namun, sebaik mana pelan itu Yang di-Pertua, ia tidak akan berjaya tanpa penyampaian, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan yang efektif, bebas daripada rasuah, nepotisme, salah guna kuasa dan penyelewengan. Usaha ini memerlukan kerjasama padu seluruh ekosistem negara merangkumi Wilayah Persekutuan Sarawak, Sabah, kerajaan, swasta, akademia dan rakyat demi matlamat yang sama.
Dalam membahaskan RMK13 ini, Sri Aman akan menyentuh beberapa perkara yang Sri Aman anggap penting untuk diberi perhatian berkaitan pelan ini. Pertama, isu membina bakat. Walaupun RMK13 memberi penekanan kepada pembangunan bakat dan mengekang brain drain, realitinya sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita kekurangan pakar, khususnya
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
dalam sektor kesihatan. Jika bakat tempatan tidak dipupuk dan diberi insentif untuk kekal, jurang kepakaran akan melebar. Jadi, apakah pelan khusus kerajaan untuk mengisi kekosongan strategik ini dan apakah pelan khusus kerajaan bagi mengekang penghijrahan tenaga mahir?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Izin. Boleh saya...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Kedua, masalah brain drain yang dihadapi negara. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya tanya berkenaan dengan brain drain?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Okey.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih. Saya telah pun dimaklumkan ataupun terdapat banyak berita bahawa doktor-doktor, pakar perubatan kini sekarang banyak berhijrah ke Singapura bagi tujuan — oleh kerana gajinya tinggi, lebih tinggi dan sebagainya, lebih lumayan di negara jiran kita. Jadi, saya nak tanya kepada pandangan Sri Aman, adakah kami di negara ini boleh meningkatkan gaji kita untuk menarik balik doktor-doktor tersebut? Bukan sahaja di Singapura tetapi di negara-negara lain, di serata dunia supaya mereka lebih is more attractive dengan izin, untuk mereka pulang ke tanah air. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Sudah tentu, Yang Berhormat. Ia amat perlu untuk kita sebagai sebuah negara mungkin melihat kembali kepada struktur gaji pakar terutama sekali doktor-doktor di negara ini supaya brain yang ada di luar sana, anak Malaysia yang di luar sana boleh kembali ke sini dan bertugas di negara sendiri ya. Sebab ini keperluan kita sekarang. Walau bagaimanapun, saya akan membincangkan itu nanti Tuan Yang di-Pertua.
Masalah brain drain yang dihadapi negara. Statistik menunjukkan kira-kira satu juta diaspora Malaysia berada di luar negara dan majoritinya yang berpendidikan tinggi, Tuan Yang di-Pertua. Profesional juga. Mengikut penyelidikan dan data yang saya dapati, mereka yang berhijrah untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja adalah kerana seperti yang Yang Berhormat katakan tadi gaji lebih lumayan serta kompetitif, laluan kerjaya terstruktur, prasarana canggih, taraf hidup lebih baik dan dasar keterangkuman di negara tersebut.
Akibatnya kita bergelut, di Malaysia kita bergelut dengan kekurangan cendekiawan dan profesional. Persoalannya, adakah RMK13 mempunyai inisiatif konkrit untuk menghentikan kebocoran ini khususnya dalam sektor kritikal seperti kesihatan, seperti yang telah disebut Yang Berhormat itu tadi.
Antara push factor penghijrahan yang saya lihat ialah gaji rendah, waktu kerja panjang, kurang peluang kerjaya, birokrasi dan ketidakadilan. Maka, adakah RMK13 akan memperkenalkan pull factors dalam satu atau dua tahun ini untuk menarik pulang bakat kita?
Ketiga, saya juga ingin membangkitkan dasar berasaskan keperluan dan komuniti Dayak. Sri Aman menyokong saranan Perdana Menteri beralih daripada dasar berasaskan
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
kaum kepada dasar berasaskan keperluan. Namun, visi ini mesti memastikan, memastikan jurang pembangunan yang lama memisahkan luar bandar Sarawak, khususnya komuniti Dayak dapat dirapatkan. Kerajaan GPS di Sarawak memang mempercayai pelan sendiri.
Namun, Kerajaan Persekutuan mesti memastikan semua wilayah, negeri dan semua lapisan masyarakat dilayan adil dan saksama dengan memastikan tiada satu kaum dan komuniti yang tersisih.
Maka, Sri Aman mencadangkan agar dana pemerkasaan komuniti Dayak di bawah RMK13 yang memfokuskan kepada empat teras utama iaitu tanah hak adat bumiputera ataupun NCR, mempercepatkan proses pengukuran dan pemberimilikan tanah NCR dengan menyediakan dana yang cukup serta bantuan guaman untuk melindungi tanah yang merupakan nadi ekonomi dan budaya masyarakat Dayak.
Kedua, peningkatan sosioekonomi. Melabur bukan saja dalam pembinaan jalan tetapi dalam penyambungan, last lap ataupun last mile ke rumah-rumah panjang. Memberi sokongan langsung kepada usahawan dan petani Dayak untuk beralih daripada pertanian sara diri kepada pertanian komersial melalui geran kursus dan bimbingan.
Dan yang ketiga, pembangunan modal insan dengan mewujudkan special scholarship fund. Tuan Yang di-Pertua, cadangan mewujudkan special scholarship fund untuk belia Dayak bukanlah meminggirkan kumpulan lain. Sebaliknya, strategi pembangunan modal insan yang bersasar kerana secara umumnya, belia Dayak memang kurang diwakili dalam bidang strategik seperti ekonomi hijau, kejuruteraan, teknologi dan pertanian lestari yang sedang berkembang di negara ini terutama sekali di Sarawak. Apatahlah Sarawak kini menjadi hab hidrogen serantau. Sri Aman melihat dana khas ini akan menjadi pelengkap kepada skim biasiswa umum sedia ada. Ini juga akan memastikan kelompok ini turut diberi peluang setara menyumbang kepada sektor masa depan negara.
Dan yang keempat, ketersambungan jalan ladang luar bandar melangkaui lebuh raya utama dengan pelabuhan khusus dalam pembinaan dan penyelenggaraan jalan ladang yang menghubungkan tanah NCR ke rumah panjang dan rangkaian pengangkutan utama. Ini penting untuk mengkomersialkan sektor pertanian dan memperkasakan petani kita. Ini juga mengambil kira bahawa tidak semua tanah NCR terletak berhampiran rumah-rumah panjang.
Okey.
Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan perkara ini kerana sedar bahawa masyarakat saya iaitu masyarakat Dayak adalah antara kumpulan yang bermula lewat. We are late starters, Tuan Yang di-Pertua. Maka, masih banyak ketinggalan berbanding kaum lain dalam pembangunan. Khususnya ekonomi, pendidikan dan sosial. Oleh sebab itu, saya amat mengharapkan RMK13 mesti menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang ini agar masyarakat Dayak boleh menikmati manfaat pembangunan secara adil dan saksama selaras dengan pelaksanaan dasar baharu Kerajaan MADANI yang berasaskan keperluan dengan penekanan kepada kesaksamaan sosial dan kebajikan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya bangkitkan ialah sama ada peruntukan RM80 bilion di bawah RMK13 untuk sektor kesihatan turut merangkumi pembinaan klinik kesihatan baharu di pekan Simanggang. Memandangkan bangunan sedia ada bukan sahaja uzur, Tuan Yang di-Pertua, malah sudah tidak selamat untuk digunakan.
Saya amat berharap agar tempoh pelan ini pembinaan klinik kesihatan di pekan Simanggang dapat direalisasikan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat setempat.
Tuan Yang di-Pertua. Dalam RMK13, Sri Aman juga mendapati peruntukan sebanyak RM67 bilion untuk pendidikan termasuk pembinaan sekolah baharu, pembaikan sekolah daif dan sekolah vertikal khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak. Saya pernah, Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya awal tahun ini memohon ya, memohon iaitu sebuah — pembinaan sebuah sekolah menengah di Pantu, Sri Aman termasuk memohon secara bertulis kepada pihak Menteri ataupun kepada Menteri. Namun, jawapannya ialah tidak ada keperluan kerana murid dari kawasan Pantu masih boleh menyambung persekolahan menengah di SMK Melugu walaupun jaraknya 45 kilometer dari pekan Pantu.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin mengemukakan permohonan Tuan Yang di-Pertua dan kali ini untuk Sekolah Berasrama Penuh dibina di Pantu memandangkan tiada Sekolah Berasrama Penuh di kawasan Sri Aman kecuali MRSM di bahagian Betong.
Selain itu, saya juga mencadangkan pembinaan sebuah kolej vokasional dibina di Lachau atau di Pantu. Apatah lagi dengan status Pantu sebagai daerah penuh sejak tahun 2021 serta jaringan jalan seperti Pan Borneo dan akses pedalaman kerangas Semawa akan merancakkan pembangunan, menjadikan Pantu lokasi paling strategik menampung pelajar dari Simunjan, Sri Aman itu sendiri, Lingga dan sekitar kawasan tersebut. Kolej ini kelak dapat menawarkan Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia kepada lepasan Tingkatan 3 yang berminat dalam aliran vokasional.
Pembinaan sebuah sekolah atau institut selalunya Tuan Yang di-Pertua, akan mengambil masa tiga hingga lima tahun. It doesn’t happen immediately, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, janganlah kita tunggu hujan, baru kita nak sediakan payung. Kita kena berpandangan jauh. We have to look far. We have to plan. Kita mesti merancang melalui mulai sekarang demi masa depan anak-anak kita dan masyarakat luar bandar yang memerlukan seiring penekanan Perdana Menteri terhadap TVET dalam RMK13.
Sri Aman, Tuan Yang di-Pertua berharap pihak kementerian meneliti permohonan ini dengan mendalam dan jika perlu, pandang dan memantaulah kawasan sekitar termasuk suara rakyat-rakyat dan faktor-faktor lain yang mendorong keperluan ini. Sri Aman merayu agar permohonan ini dipertimbangkan. Please-lah, pertimbangkan dan sekali gus diterangkumkan ke dalam pelan ini demi kesejahteraan rakyat dan masa depan anak-anak kita.
Tuan Yang di-Pertua, RMK13 juga memberi penekanan kepada ketahanan makanan dengan sasaran meningkatkan pengeluaran padi negara sehingga mencapai nisbah kendiri
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
sebanyak 80 peratus menjelang tahun 2030 termasuk pembangunan jelapang padi baru di Sabah dan di Sarawak. Dalam konteks ini, Sri Aman melihat jelapang padi yang sedia ada di Batang Lupar seluas 5,100 hektar yang merangkumi sebahagian daripada kawasan Parlimen saya iaitu Parlimen Sri Aman mempunyai potensi besar sebagai player ataupun penyumbang kepada sasaran ini.
Walaupun jelapang padi Batang Lupar yang bermula ataupun dimulakan 12 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2013 kalau tak silap saya, masih belum 100 peratus membuahkan hasil disebabkan beberapa kekangan dan cabaran yang dihadapi iaitu bukan sekadar kekurangan dana, tetapi juga gabungan pelaksanaan lambat, cabaran petani kecil, sokongan teknikal terputus, tiada kajian mendalam, infrastruktur lemah dan tadbir urus yang tidak selaras. Maka, bagi mencapai sasaran ketahanan makanan negara, pecutan bersasar perlu dilaksanakan dengan segera. Sri Aman berharap RMK13 benar-benar dapat menangani segala kekangan ini dengan sewajarnya supaya jelapang padi Batang Lupar dapat juga menyumbang ataupun memberi sumbangan signifikan kepada keperluan makanan negara.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman menegaskan agar Rancangan Malaysia Ketiga Belas ataupun RMK13 mesti menjadi pelan yang benar-benar merapatkan jurang bandar dan luar bandar berlandaskan keperluan, kesaksamaan, keadilan dan integriti supaya manfaatnya dinikmati semua rakyat tanpa pilih kasih.
Tuan Yang di-Pertua, demi masa depan rakyat dan negara yang tercinta ini, Sri Aman menyokong penuh RMK13. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Berikut silakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini saya nak cuba untuk bawa satu isu yang jarang- jarang kita bincangkan dengan mendalam dalam Dewan yang mulia ini iaitu mengenai industri kreatif, industri seni, muzik dan perfileman. Saya melihat Yang di-Pertua, seolah-olah Kementerian Komunikasi dan mungkin ada juga sikit-sikit peranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Saya melihat kedua-dua kementerian ini seolah-olah tidak berjaya ataupun gagal untuk mendapatkan ruang yang sewajarnya untuk industri kreatif, muzik dan seni di negara kita.
Saya sebut begini Yang di-Pertua sebab kalau kita tengok dalam buku Rancangan Malaysia Kedua Belas — RMK13 ini, hanya ada satu segmen kecil sahaja iaitu kira-kira satu per empat muka surat daripada buku-buku yang tebal ini yang menyentuh mengenai industri kreatif atau dipanggil sebagai industri jingga.
[Sambil memegang sebuah buku] Ini memberi
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
gambaran bahawa kerajaan kita tidak nampak potensi sektor ini dalam pembangunan sosioekonomi negara.
Kalau kita nak banding Yang di-Pertua dengan nasib-nasib artis negara kita dengan artis-artis di negara-negara yang lebih maju, kita lihat nasib mereka ini amat berbeza. Kalau di luar negara, ramai artis-artis yang kita boleh tengok dan kita pun familiar dengan artis-artis tersebut. Apa yang berlaku ialah mereka ini hidup kaya-raya, hidup berjaya, hidup boleh katakan mewah, tetapi artis-artis kita tidak bernasib sedemikian kerana pendapatan yang diperolehi daripada industri kreatif, industri seni ini adalah pendapatan yang boleh dikatakan tidak stabil, tidak tetap dan tidak semestinya terlalu tinggi sekalipun.
Kalau sekiranya nak kaya, kalau sekiranya nak jadi jutawan, maka ramai di kalangan artis kita yang terpaksa jual barang macam-macam. Jual online-lah, dekat TikTok lah, dekat Instagram lah dan ini jadi pekerjaan kedua mereka ataupun kalau tidak pun pekerjaan pertama mereka sedangkan sebenarnya asas rakyat Malaysia mengenali mereka adalah sebagai artis.
Begitu juga kalau kita tengok artis-artis veteran kita. Semakin ramai, semakin banyak berita yang kita dengar hari ini betapa ramainya artis-artis veteran yang hidupnya dalam keadaan daif dan ini memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan. Sayangnya, dalam RMK13 ini, kerajaan tidak memberikan penekanan yang serius terhadap sektor ini. Kita seolah-olah tak sedar peluang ekonomi dan juga peluang apa yang dipanggil sebagai soft diplomacy yang boleh dijana oleh industri kreatif.
Sedangkan Yang di-Pertua, kalau kita tengok negara-negara lain. Contohnya yang selalu orang pakai, negara Jepun ataupun Korea Selatan dan banyak lagilah sebenarnya negara-negara lain yang telah lama melihat industri kreatif mereka, muzik, perfileman dan seni budaya mereka sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan soft power negara mereka.
Sampai hari ini, kalau kita tengok, kalau kita tanya pandangan rakyat mengenai Amerika Syarikat contohnya, banyak pandangan kata hebat, dahsyat padahal sedangkan tak semestinya begitu di peringkat akar umbi Amerika Syarikat. Tapi, yang jadi dahsyat itu sebab apa? Sebab tengok filem-filem Hollywood. Kalau kita tengok Korea Selatan, mereka menjadikan K-pop bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai eksport yang strategik ke peringkat global. Artis-artis mereka bukan sekadar artis, tetapi mereka dianggap sebagai duta jenama negara. Dan begitu juga, barang-barang daripada Korea la ni kalau makan mi segera, dulu kita makan Maggi, la ni orang cakap pasal Samyang. Ini pengaruh yang dibawa oleh industri berkenaan.
Kita di Malaysia sebenarnya kita tidak kurang hebat, Yang di-Pertua. Kita ada penyanyi macam Yuna yang sudah berjaya menempuhi pasaran di Amerika Syarikat. Kita ada Layla Sania, penyanyi muda yang mahir menyanyi dalam bahasa Mandarin. Kita ada pengarah-pengarah kreatif yang hebat seperti Zulamran Hilmi dan Amir Muhammad yang dipanggil ke festival di peringkat dunia dan antarabangsa dan ramai lagi kalau nak sebut satu- satu. Saya tak dapat nak sebut semuanya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kita juga kena ingat bahawa dalam satu-satu persembahan yang dilakukan, satu- satu production yang dibuat, sebenarnya bukan performers itu sahaja yang terlibat, tetapi peluang pekerjaan yang dicipta banyak sekali. Saya baru-baru ini mungkin disebabkan portfolio yang saya pegang sebagai ketua portfolio komunikasi di peringkat Perikatan Nasional ini, saya dijemput untuk menyaksikan beberapa persembahan. Saya ini jarang- jarang — bukan jarang. Boleh kata tak pernahlah pi ke konsert-konsert ini, tapi dijemput untuk tengok bagaimana persembahan itu diterbitkan, production-nya.
Terbaru ini saya nak sebut di sini, saya jemput untuk menonton persembahan daripada beberapa orang anggota, kumpulan Ruffedge dan Innuendo. Masa itu Pot Amir perform, Lah Ahmad pun ada juga. Yang ramai sebenarnya bukan performers, tetapi team production, crew production di belakang. Ada lighting technician, ada sound technician dan macam-macam lagi. Videographer, photographer-nya ada.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ini menunjukkan bahawa potensi peluang pekerjaan adalah banyak. Bila saya tengok sendiri, baru saya faham bahawa sebenarnya kita ada banyak kepakaran yang profesional.
Tapi kenapa RMK13 tidak menamakan industri ini sebagai salah satu sektor strategik masa depan? Sepatutnya Kementerian Komunikasi berusaha lebih keras untuk memposisikan industri kreatif sebagai salah satu pemangkin untuk menambah kerencaman ekonomi dan sumber pendapatan negara.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya nak mencadangkan Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak mencadangkan agar kerajaan memperbesarkan dana yang diperuntukkan kepada pembangunan ekonomi kreatif dan pastikan ia diselia secara bebas untuk memberikan sokongan geran, latihan dan juga mencipta platform-platform pemasaran baharu kepada artis, pengarah, penerbit dan pencipta-pencipta kandungan kita.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tasik Gelugor, boleh minta.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Laju sikit, sila.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya. Saya sangat setuju dengan apa yang disebutkan oleh Tasik Gelugor itu dan mendapati bahawa sekarang ini Akta FINAS agak terlalu ketat kerana pelantikan lembaga board atau pengerusi itu sangat mengongkong penglibatan daripada artis-artis, yang pertama.
Yang keduanya, kita pun belum ada lagi akta hiburan yang jelas untuk artis-artis yang terlibat dalam bidang nyanyian ini. Setujukah Tasek Gelugor kalau kita minta supaya kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi untuk memperkemaskan Akta FINAS dan juga wujudkan satu akta yang memberikan peluang yang jelas kepada artis-artis dalam bidang nyanyian ini? Terima kasih.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya, terima kasih Shah Alam dan saya setuju dengan pandangan tersebut. Boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Kita juga perlu...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Tasek Gelugor, ini Puncak Borneo. Saya nak ingin penjelasan sikit. Terima kasih.
Saya amat bersetuju dengan apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Shah Alam sebab Akta FINAS kita ini banyak mengongkong kepada kreativiti pemain-pemain industri kita dan disebabkan oleh akta itu, kebanyakan apa yang dikeluarkan hasil-hasil seni ini terbantut. Saya — adakah Tasek Gelugor bersetuju supaya akta ini dilihat semula dan kalau boleh dipinda?
Selain daripada itu, saya juga berharap...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Laju sikit. Masa nak habis,
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Agar pihak sebelah sana bersetuju supaya diperbanyakkan konsert-konsert yang dibawa ke dalam negara kita sebab spillover- nya begitu besar seperti mana yang disebutkan oleh Tasek Gelugor. Asalkan mereka ini menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan. Sebab dewasa ini saya melihat banyak di sebelah sana yang membantah konsert ini. Jadi, apa pandangan Tasik Gelugor? Terima kasih.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Faham. Tak apa, saya jawab. Terima kasih Puncak Borneo. Terima kasih Shah Alam. Yang FINAS saya setuju tapi bab konsert ini Yang di-Pertua, saya rasa pendengarannya mungkin agak terbalik sikit sebab saya nak mencadangkan artis kita dibawa keluar negara. Kita perlu mengantarabangsakan apa yang kita ada, kerencaman kepelbagaian budaya kita. Melayu, Cina, India, pelbagai budaya di Sabah dan Sarawak perlu dijual dan dipromosikan ke luar negara.
Jadi, saya nak mencadangkan kepada kerajaan untuk melihat perkara ini. Jangan biarkan kita jadi penonton kepada orang luar yang main — buat performance di negara kita.
Yang itu, yang Puncak Borneo bagi hint tadi. Yang itu saya tak berapa setuju.
Tapi Yang di-Pertua satu lagi, saya nak masuk ke minit-minit terakhir ni, saya nak masuk ke isu yang berkait rapat dengan kawasan saya di Tasek Gelugor. Saya nak menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada satu isu yang dah sekian lama dan banyak kali saya sebut dalam Dewan ini, membelenggu rakyat di kawasan saya iaitu masalah pencemaran Sungai Kereh yang berpunca daripada operasi ladang babi di kawasan yang berdekatan.
Penduduk Tasek Gelugor dah lama bersuara. Sungai Kereh ini dulunya menjadi sumber air, sumber tempat memancing, tempat rehat-rehat. Tapi la ni Yang di-Pertua, kalau pi ke situ, baunya jadi hanyir, air dah jadi hitam. Dia mencemarkan bukan sahaja alam sekitar tapi juga mengganggu penduduk tempatan. Dekat keliling ke tepi itu dan beberapa kilometer daripada tempat ladang itu, ada kawasan perumahan dan kawasan perumahan itu dia ada banyak kedai-kedai baru yang dibuat. Kalau pi ke tempat itu, daripada situ — ini berkilometer jauhnya daripada the actual ladang itu. Tapi baunya Yang di-Pertua, saya pun tak tahu macam
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
mana kedai-kedai makan boleh hidup di situ. Ini ada satu benda yang patut dihentikan dan kita kena selesaikan masalah ini.
Kita bercakap tentang RMK13 kononnya mahu membawa pembangunan yang mampan, kelestarian alam dan kualiti hidup yang lebih baik, tapi kami di Tasek Gelugor, kami berhadapan dengan bau busuk setiap hari, termasuklah di kawasan-kawasan yang ada kedai-kedai makan. Ini menjejaskan sumber ekonomi mereka juga.
Saya nak tegaskan di sini bahawa kerajaan — saya tak tahu nak sebut kementerian mana satu, saya tanya soalan kepada banyak kementerianlah ini, sama ada PETRA ke, alam sekitar ke, keterjaminan makanan ke, mana-mana kementerianlah. Mesti mengarahkan agar satu audit penuh dibuat ke atas semua ladang babi yang beroperasi berhampiran dengan kawasan tadahan air dan berhampiran dengan kawasan Sungai Kereh ini, di Kampung Selamat.
Seterusnya, mesti ada pelan yang jelas dan tindakan yang tegas sama ada penutupan ataupun didenda ataupun apa-apa tindakan yang tegas terhadap ladang-ladang yang gagal mematuhi piawaian yang menyebabkan berlakunya pencemaran yang berterusan sekian lama.
Seterusnya Yang di-Pertua, saya juga nak minta sangat kepada Kerajaan Pusat agar menyediakan satu dana khas di bawah RMK13 untuk pemulihan semula Sungai Kereh.
Sebab nampaknya Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang seperti tidak mempedulikan masalah ini yang kami timbulkan berkali-kali. Kita ada Ketua Menteri Pulau Pinang kat sini, saya tanya berapa kali dah, sampai hari ini masalah ini tak selesai. Saya nak tegaskan bahawa ini bukan isu perkauman. Nanti ada pula yang cuba timbulkan polemik yang unjustifiable. Ini bukan isu diskriminasi terhadap mana-mana penternak. Ini adalah soal keadilan kepada majoriti rakyat yang terkesan akibat daripada pencemaran bau dan pencemaran air yang berterusan.
Air itu Yang di-Pertua, masuk ke sawah-sawah padi, yang tanam sawah. Kalau tengok itu memang tempat pertemuan dua sungai. Satu warna coklat, kira okey sikitlah. Satu yang mai tempat pencemaran ini warna hitam. Bertemu di satu tempat yang — kalau tengok video, ada. Kalau tidak diselesaikan Yang di-Pertua, saya bimbang Sungai Kereh ini akan terus menjadi simbol kegagalan kita dalam menjaga alam sekitar walaupun dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini kita ulang banyak kali bahawa konon-kononnya kita nak menjaga kelestarian alam dan sebagainya.
Masa pun dah habis. Jadi, saya rasa saya berhenti situ. Terima kasih banyak-banyak, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker. Sebelum Tan Sri Speaker memanggil YB yang seterusnya membahas, saya nak tanya kepada Tan Sri Speaker. Di mana saya telah berikan satu surat kepada Tan Sri Speaker berkaitan dengan satu insiden
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
iaitu pada 30 Julai, di mana apabila kita membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan
(Pindaan) 2025.
Semasa YB Indera Mahkota membahaskan topik tersebut, Kota Baharu — YB Kota Bharu telah bangun apabila YB Indera Mahkota bangkitkan isu berhubung dengan insiden, tragedi di Sabah, di mana telah melibatkan kematian seorang pelajar bernama Zara. Jadi, dalam respons tersebut, YB Kota Bharu, dia bangun dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut, dengan izin, “Saya dapat maklumat juga. Boleh Indera Mahkota sahkan? Pengetua sekolah itu mempunyai kaitan dengan seorang VVIP yang ada di dalam Dewan ini”. Jadi Tan Sri Speaker, kenyataan YB Kota Bharu itu, saya rasa adalah telah menjejaskan imej Dewan ini kerana kenyataan tersebut tiada maklumat yang sah. YB Kota Bharu telah kata begitu.
Kedua, ia mengandungi implikasi yang serius, seolah-olah ia ada seorang Ahli Parlimen dalam Dewan ini terlibat dalam kes tersebut tetapi kenyataannya tanpa asas dan tiada bukti yang kukuh. Jadi, saya nak minta petua daripada Tan Sri Speaker demi imej Dewan ini, demi maruah Dewan ini, saya nak minta petua daripada Tan Sri Speaker. Bolehkah minta supaya Kota Bharu tarik balik kenyataan tersebut dan minta maaf kepada Dewan ini?
Jika beliau enggan, maka kita sepatutnya gunakan peraturan 36(12), merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya baru saja mendapat maklumat tentang isu yang telah YB bangkitkan. Insya-Allah, bagi saya masa. Esok saya akan buat keputusan dan apa pun juga, esok saya akan maklumkan kepada Dewan apakah tindakan selanjutnya sebab ianya perlukan penelitian juga. Saya baru dapat juga tentang — apa nama itu, Hansard dan sebagainya. But, I will certainly tomorrow. Esok saya akan buat keputusan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, selamat petang. Saya juga telah memasukkan satu usul di bawah 36(9)(c) untuk merujukkan Yang Berhormat Pendang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Saya dah dapat surat itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah, bagi saya masa sedikit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon perhatian dan tindakan tegas yang awal. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Kudat. Silakan Kudat, saya bagi 15 minit kerana mengepalai sebuah parti.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang turut sama membahaskan pelan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Julai yang lalu. Sebagai pembukaan perbahasan saya kali ini, saya ingin membawa seluruh rakyat Malaysia khususnya di Sabah untuk kita sama-sama menilai apakah pencapaian yang telah dikecapi khususnya untuk Sabah selepas 12 siri pelan pembangunan Rancangan Malaysia.
Tidak dapat dinafikan 12 siri RMK yang telah membawa satu perubahan yang besar kepada pembangunan Malaysia. Namun, amat menyedihkan kerana pembangunan yang pesat sangat tidak seimbang di antara tiga wilayah yang telah membentuk negara Malaysia dan yang paling menyedihkan lagi wilayah Sabah begitu jauh ketinggalan berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Ini dapat dibuktikan dengan kedudukan Sabah masih menjadi penyandang tali pinggang juara kemiskinan antara buktinya adalah lapan daripada 10 daerah termiskin terletak di Sabah dan antara daerah yang termiskin berada di dalam Parlimen Kudat.
Pendapat per kapita Sabah hanya RM30,000 di bawah pendapatan per kapita nasional iaitu RM53,000 dan jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan per kapita Kuala Lumpur iaitu RM135,000. Ini bermakna dari perspektif Sabah, 12 siri pelan pembangunan Rancangan Malaysia adalah satu kegagalan terutama sekali dalam memberikan pembangunan secara saksama kepada semua wilayah di dalam Malaysia.
Kudat ingin menegaskan bahawa pembahagian peruntukan dalam RMK13 ini tidak lagi boleh dilakukan seperti mana 12 siri RMK yang lepas. Tetapi, wilayah Sabah harus mendapat keutamaan untuk diberikan peruntukan berdasarkan kepada pembahagian yang adil kepada tiga wilayah iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada peruntukan RMK13 hendaklah dianugerahkan kepada Wilayah Sabah.
Tanpa pembahagian peruntukan pembangunan yang adil seperti mana yang berlaku sebelum ini, Sabah tidak mungkin akan dapat dimajukan setaraf dengan dua wilayah yang lain, walhal Sabah adalah lubuk kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengaut keuntungan hasil daripada perut bumi milik Sabah. Dasar yang menganaktirikan Sabah yang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu tidak lagi boleh diteruskan dan harus dihentikan serta- merta.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kudat ingin bertanya kepada Kementerian Ekonomi, selepas 12 siri pelan pembangunan RMK, berapakah jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada Sabah dan berapa nilai peratusan daripada jumlah keseluruhan RMK sebelum ini. Di sini saya ingin menekankan beberapa isu yang harus diselesaikan di Sabah dalam RMK13.
Yang pertama, saya ingin tujukan secara terus dan telus kepada Kementerian Ekonomi bahawa kedaifan infrastruktur di Parlimen Kudat bukan lagi rahsia. Ia bukan lagi perkara baharu, ia bukan isu terpencil. Ia adalah buktinya nyata kegagalan pembangunan yang tidak sampai ke hujung tanah air ini.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Di atas kertas, kementerian ini mengangkat slogan “Kemakmuran Inklusif”, tapi di lapangan, apa yang rakyat saya lihat hanyalah janji yang tidak inklusif dan pembangun yang terhenti separuh jalan. Bagaimana kita boleh bercakap soal pelaburan asing jika jalan ke klinik masih bersalut lumpur? Bagaimana kita mahu bicarakan ekonomi AI jika bukan sahaja talian putus-putus — talian telefon putus-putus. Malah banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai liputan internet.
Di Pulau Banggi, bekalan elektrik putus tujuh kali sehari, boleh masuk rekod dunia Tan Sri Yang di-Pertua. Mengambil kira semua faktor, Kudat berpendapat bahawa saranan Yang Amat Berhormat Petra Jaya selaku Menteri PETRA, untuk menggunakan teknologi nuklear sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap masalah bekalan elektrik di Sabah adalah pilihan yang terbaik dan Kudat menyokong sepenuhnya cadangan ini.
Masih ada 4,000 lebih buah rumah yang belum menikmati bekalan air bersih dan bekalan elektrik di seluruh Parlimen Kudat. Keadaan jalan raya di Parlimen Kudat harus diperbaiki. Terima kasih kepada Kerajaan MADANI yang telah meneruskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, tapi Kudat mohon supaya kerajaan harus membina dan menaik taraf jalan perhubungan desa yang menjadi nadi utama kepada penduduk kampung untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka.
Penyelenggaraan jalan-jalan yang ada juga harus ditingkatkan. Kita tidak mahu lagi pembaikan jalan dibuat sekerat-sekerat, menyebabkan jalan di Sabah macam tahi cicak.
Sekerat putih, sekerat hitam. Dan hentikan kaedah penyelenggaraan jalan pelik-pelik seperti menggunakan cerek ajaib yang pernah viral dalam sosial media. Seluruh dunia tonton. Malu Malaysia, Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Ekonomi, apakah rancangan pembangunan khususnya untuk Kudat? Jika jawapannya adalah “Kami sedang merancang”. Saya mohon hentikan merancang daripada jauh. Turun ke lapangan dan lihat sendiri dan lakukan tindakan sekarang.
Mengimbau ucapan pertama saya di Dewan yang mulia ini, mengenai kesesuaian dan potensi Kudat dibangunkan sebagai pelabuhan transshipment hub. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana telah meletakkan ekonomi biru dalam RMK13 sebagai salah satu sektor projek mega dan mengangkat Sabah sebagai hab ekonomi biru.
Sebagai wakil rakyat Parlimen Kudat, saya berpendapat bahawa Kudat adalah kawasan yang paling strategik untuk dijadikan pusat pembangunan ekonomi biru ini. Sabah mengeluarkan lebih 25 peratus hasil perikanan laut dalam. Namun, sehingga kini hanya ada satu Kompleks Perikanan LKIM untuk Sabah, iaitu di Sandakan. Sedangkan, 48 kompleks yang serupa di seluruh Malaysia. Kebanyakan hasil tangkapan laut dalam ini datangnya dari Laut China Selatan dan sepatutnya Kudat perlu diberikan kompleks perikanan memandangkan kedudukan Kudat berada di titik pendaratan kapal nelayan yang paling hampir.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Daerah Pitas pula mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai pusat pertanian terutama pembukaan jelapang padi yang baharu kerana mempunyai keluasan tanah terbiar yang besar dan sesuai untuk pertanian. Tidak mungkin kita akan mencapai sasaran untuk memperkasakan keterjaminan makanan negara jika jalan-jalan pertanian masih seperti laluan babi hutan yang pernah saya sebut di Dewan yang mulia ini.
Perkara kedua, saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan untuk segera menyelesaikan bangunan sekolah-sekolah daif terutamanya di sekolah luar bandar dalam siri RMK13 ini. Dan lebih penting rombaklah sistem pendidikan agar tidak lagi terlalu mengejar angka dan mula membentuk pelajar sebagai manusia yang berakhlak tinggi.
Kita tidak mahu lagi mendengar kisah anak-anak kita rebah dalam bangunan usang ataupun rebah kerana tekanan sosial yang tiada jalan penyelesaian. Kita mahu sekolah yang membina karakter dan bukan sijil semata-mata. Kita tidak mahu kes seperti arwah Zara Qairina di Sabah berulang lagi di mana kejadian buli di sekolah seolah-olah menjadi norma.
Dan di sini saya ingin menyatakan solidariti terhadap kes arwah Zara Qairina dan menggesa kes ini disiasat secara adil dan telus tanpa mengira darjat kepada sesiapa yang terlibat.
Kepada anak-anak di luar sana, tolong jaga akhlak dan jangan rosakkan masa depan kamu.
Perkara ketiga, isu kesihatan bukan isu terpencil, tetapi ianya maruah negara. Dalam keadaan rakyat sedang sakit, adakah wajar kita biarkan mereka terus menderita akibat sistem yang tidak cukup sempurna? Di Parlimen Kudat, peralatan perubatan sangat tidak mencukupi. Pegawai perubatan pula terpaksa bekerja siang dan malam dengan tekanan yang tinggi kerana jumlah mereka tidak sepadan dengan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan sehingga menyebabkan kadar menunggu dan menerima rawatan yang lambat dan menyebabkan keletihan bagi penjawat awam yang bekerja demi negara.
Di klinik desa, banyak kes yang tidak dapat diberikan rawatan segera dan terpaksa dirujuk ke hospital yang jauh disebabkan kemudahan tidak mencukupi.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Bayangkan rakyat sudah menempuhi jalan yang rosak, naik motosikal merentas jalan yang rosak dan bila sampai di klinik, mereka hanya dibekalkan ubat Panadol kerana ubat lain tiada. Kudat bersuara untuk mewakili ribuan rakyat yang terpaksa bertahan dengan kesakitan dan kesengsaraan yang menuntut kemudahan kesihatan yang lebih baik.
Perkara keempat. Saban tahun Kudat mengalami banjir dan ombak besar. Saya menyeru kepada kerajaan agar membangunkan satu pelan komprehensif pengukuhan mitigasi dan adaptasi banjir dan hakisan pantai di Parlimen Kudat. Begitu juga halnya berkenaan dengan sistem penyediaan dana ihsan dan bantuan bencana yang sentiasa menjadi isu setiap kali berlaku bencana.
Perkara kelima, memandangkan Kudat adalah kawasan yang bersempadan dengan perairan antarabangsa dan negara jiran, maka keselamatan dan pertahanan harus diperkukuhkan melalui pemodenan aset keselamatan, penambahan aset dan anggota keselamatan. Pengukuhan keselamatan ini sangat perlu, bukan sahaja untuk menjamin
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
keselamatan warga Malaysia tetapi secara langsung dapat mempertahankan kedaulatan perairan negara untuk melindungi sumber alam negara.
Perkara yang keenam, saya yakin Parlimen Kudat akan menjadi tarikan pelancongan utama bukan sahaja untuk Sabah tetapi untuk Malaysia, jika kerajaan dapat memberikan peruntukan yang cukup bagi membangunkan prasarana yang diperlukan termasuk peruntukan untuk mempromosi pelancongan. Kawasan Parlimen Kudat mempunyai pulau- pulau yang cantik seperti Pulau Tigabu, Pulau Mandi Darah, Pulau Banggi dan Balambangan.
Begitu juga kawasan pantai yang cantik seperti Pulau Kelambu dan Simpang Mengayau yang mempunyai keindahan mengalahkan keindahan pantai terkemuka dunia.
Tan Sri Yang di-Pertua, setelah melangkah tahun ketiga perkhidmatan sebagai wakil rakyat, saya dapat mengambil kesimpulan bahawa semua masalah yang masih membelenggu rakyat Sabah, khususnya di Parlimen Kudat adalah disebabkan oleh pengagihan peruntukan yang sangat tidak adil terhadap wilayah Sabah.
Saya ingin menegaskan bahawa tidak ada cara lain untuk wilayah Sabah dapat merancakkan pembangunan Sabah selain dari memberikan peruntukan lebih besar dan mengembalikan hak 40 peratus kutipan cukai yang dianggarkan lebih 15 bilion setahun jika dimasukkan kutipan cukai dari syarikat-syarikat yang beroperasi di Sabah tetapi tidak membayar cukai melalui LHDN Sabah. Hak 40 peratus ini bukan wang ihsan, Tan Sri Yang di-Pertua, tapi ini adalah hak yang dijamin dalam Buku Perlembagaan dan termaktub dalam Perjanjian 1963 yang telah melahirkan negara Malaysia. “Kerbau pegang pada talinya, manusia pegang pada janjinya”.
Jika benar pendapat beberapa pakar ekonomi mengatakan bahawa Sabah sepatutnya diberikan sekurang-kurangnya RM300 bilion, kalau dikira tunggakan daripada 1974, maka kalaupun Sabah ini bukan wilayah yang paling kaya, tetapi tidak sedaif seperti sekarang. Kudat ingin menegaskan bahawa perompakan dan penipuan hak Sabah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu harus dihentikan dan kembalikan hak Sabah ini dan tunaikan dengan kadar segera.
[Tepuk] Jika ketirisan dan rasuah jadi alasan kepada kegagalan kerajaan untuk membangunkan Sabah, maka lakukan penguatkuasaan dengan setelusnya. Tangkap mereka yang rasuah dan ambil tindakan tegas. Tangkap. Persepsi umum khususnya di Sabah ketika ini adalah penguatkuasaan dan tangkapan terutama kes berprofil tinggi adalah semata-mata untuk mengikat pemimpin-pemimpin tertentu dan seolah-olah ada pihak yang ingin memberikan mesej bahawa mereka boleh dakwa siapa sahaja mereka mahu dan mereka boleh lepaskan siapa sahaja yang mereka mahu.
Jangan lagi ada pemimpin yang membandingkan peruntukan yang diberikan kepada wilayah Sabah dengan mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia kerana seluruh dunia tahu saiz Sabah ini hampir sama dengan jumlah saiz semua negeri dan wilayah di Semenanjung. Contohnya, apa logiknya mahu bandingkan peruntukan yang diberikan kepada Sabah dan Pulau Pinang. Pendek kata, tiada cara lain yang boleh menjadikan
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
pembangunan Sabah setaraf dengan wilayah yang lain di Malaysia selain dari memberikan peruntukan yang lebih besar kepada Sabah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan saya peluang berucap lebih di perbahasan kali ini. Sekian. Kudat mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Kudat. Sekarang saya jemput Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
Ada tiga perancangan yang besar di negara kita. Pertama ialah perancangan jangka pendek iaitu bajet tahunan. Yang kedua, jangka sederhana, Rancangan Malaysia lima tahun, RMK. Hari ini kita berbahas RMK13 2026–2030. Dan yang ketiga, perancangan jangka panjang, dasar-dasar induk negara seperti Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Yang pertama mengenai sektor pertanian termasuklah sektor ekonomi bersama subsektor seperti agromakanan dan juga agroperindustrian. Agromakanan, pertanian, perikanan, makanan dan sektor komoditi dijangka mencatat sumbangan nilai tambah mencecah 58 bilion menjelang tahun 2030 serta pertumbuhan tahunan sekitar 1.5 peratus sepanjang tempoh RMK13.
Dalam mengejar kemajuan dunia yang berorientasikan AI, internet dan sebagainya, tanpa sedar, negara kita telah menyisihkan kepentingan sektor pertanian terutama dalam bab beras dan juga padi. Malahan, tidak diperuntukkan khusus untuk pertanian seperti disebut mengenai peruntukan pendidikan sebanyak 67 bilion, kesihatan 40 bilion, pertahanan 51 bilion, walaupun fokus RMK13 adalah memodenkan dan mengembangkan subsektor agromakanan dengan sasaran nilai tambah 58 bilion menjelang 2030 melalui mekanisasi, yakni menggantikan mesin untuk digantikan dengan kerja manual, teknologi pintar dan pengukuhan rantaian bekalan.
Sedangkan kita semua telah diberikan pengajaran ketika mana berlakunya COVID- 19 yang menyerang seluruh dunia, negara Malaysia hampir-hampir diuji dengan kelangsungan bekalan makanan asas kerana tingginya kebergantungan kita dalam eksport makanan utama.
Berdasarkan statistik semasa, kadar sara diri (SSR) bagi beras telah pun menurun daripada 57.9 peratus pada tahun 2022 kepada 56.2 peratus pada tahun 2023. Penurunan ini bukan sahaja bermaksud kita semakin berkurangan bekalan makanan utama, bahkan menunjukkan bahawa tingginya kebergantungan negara kita kepada beras import. Bukankah perkara ini suatu yang berbahaya untuk kedaulatan negara kita?
Bagaimana untuk meningkatkan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun untuk meningkatkan sampai lima tan metrik tan, metrik per hektar, berbanding dengan
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
38 tan metrik per hektar sekarang? Smart Sawah Berskala Besar, Program Smart Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan mampu meningkatkan SSR sebanyak 23.8 peratus menjelang tahun 2030. Itulah harapan dan cita-cita kita.
Selain itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah faktor utama kerajaan meletakkan sasaran yang tinggi untuk dicapai bagi produk tanaman sayuran dan ternakan daging lembu dan kerbau apabila masing-masing disasarkan untuk meningkat sebanyak 33.6 peratus dan 34.1 peratus menjelang tahun 2030 atau sebagai puratanya, peningkatan sehingga lima peratus pada setiap tahun. Secara realitinya, sejauh manakah sasaran ini mampu dicapai dan bagaimanakah ia akan dicapai?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Justeru itu, di kesempatan ini saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk ditambah baik. Yang pertama, saya melihat dasar sedia ada memberikan penekanan kepada ketahanan rantaian bekalan, namun begitu ia kurang menitikberatkan aspek adaptasi yakni penyesuaian cara bertani terhadap perubahan cuaca ekstrem dan ketidaktentuan corak hujan. Justeru, saya mencadangkan agar diwujudkan suatu mekanisme seumpama dana insentif adaptasi pertanian bagi memberikan sokongan teknikal dan kewangan kepada para petani untuk melaksanakan teknologi tahan iklim.
Kedua, dalam mengukuhkan rantaian nilai tempatan, tumpuan kepada hasil pengeluaran tanpa memberikan perhatian yang sepatutnya kepada aspek pemprosesan dan pemasaran, berisiko menyebabkan hasil petani dilihat kurang mempunyai nilai tambah.
Justeru, fokus yang perlu diutamakan adalah termasuk latihan pengurusan kilang kecil, logistik rantaian sejuk dan akses kepada pasaran e-dagang. Ini bukan sahaja akan meningkatkan margin keuntungan bahkan beroperasi menarik lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi aspek sektor pertanian.
Kerajaan perlu memperuntukkan infra pengairan yang mencukupi untuk memastikan jadual pesawah tidak tergendala dengan sebab musim kemarau seperti berlaku di daerah Kerian pada hari ini. Sepatutnya soal perairan air perlu diberi keutamaan. Jika tidak, program dua tahun lima musim hanya menjadi angan-angan sahaja. Pencapaian SSR beras 80 peratus tidak akan menjadi kenyataan kalau soal pengairan air ini tidak diselesaikan.
Contohnya, Kolam Bukit Merah yang sudah berusia selama 119 tahun. Ia tasik buatan dibina oleh British pada tahun 1906. Ia sebagai takungan air utama untuk pengairan sawah padi daerah Kerian dan sebahagian daripada Seberang Perai. Kolam ini mula hujan lebat melimpah, bila hujan lebat melimpah dan bila kemarau sedikit sudah menjadi cetek dan ia tidak dapat membantu pengairan air di sawah. Sekarang air sawah kering, kolam juga kering.
Sebab itu perlukan peruntukan supaya perkara ini dapat diatasi untuk menyenggarakan kolam ini. Walaupun sedang berjalan projek buang gambut iaitu tumbuhan air yang telah menutupi permukaan empangan yang bernilai RM69 juta lebih, namun masih
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
lagi tidak dapat mengatasi masalah air di Kolam Bukit Merah. Justeru itu, peruntukan perlu untuk membuat suatu bagi memastikan Kerian sebagai jelapang padi negara.
Tan Sri Speaker, yang kedua berkenaan industri halal. Umum mengetahui bahawa pasaran halal di peringkat global semakin kembang saban tahun. Jika dilihat kepada sektor makanan sahaja, beberapa institusi antarabangsa mengunjurkan sektor ini akan berkembang sehingga RM12.79 trilion pada tahun 2025 dan akan terus meningkat hingga 10 peratus pada setiap tahun.
Saranan dalam RMK13 untuk memastikan nilai eksport produk halal mencapai sehingga RM80 bilion menjelang 2030 menunjukkan komitmen Malaysia untuk menjadi peneraju di peringkat antarabangsa. Beberapa langkah dicadangkan. Pertama, sejauh manakah pihak kerajaan memastikan kapasiti pengeluaran dalam negara mencukupi untuk memenuhi keperluan dan permintaan domestik. Justeru, menjadi keperluan di pihak kerajaan untuk mewujudkan suatu pelan pengurusan stok yang efektif agar produk halal di dalam pasaran tempatan tidak melonjak tinggi sehingga berisiko membebankan rakyat di negara ini.
Kedua, strategi untuk memperkasakan taman perindustrian halal adalah suatu langkah yang baik dalam membangunkan industri halal secara lebih mampan. Namun begitu, adakah terdapat kawasan-kawasan tertentu sahaja yang menjadi sasaran pembangunan taman perindustrian halal ini? Bagaimana pemain industri terutama di kawasan luar bandar boleh mendapat manfaat daripada inisiatif ini?
Melihat pada perkembangan teknologi yang semakin pesat, taman perindustrian halal ini bukan sahaja perlu dibangunkan dari aspek infrastruktur dan fasiliti fizikal semata- mata, bahkan ia sewajarnya dikembang menjadi platform digital dalam menjejak rantaian bekalan yang akan mempercepatkan proses pensijilan dan pengauditan produk-produk halal.
Kesannya, ia berpotensi menarik lebih ramai pelabur dan mempercepatkan proses eksport barangan serta produk halal ke pasaran antarabangsa.
Yang ketiga, perkembangan industri halal yang semakin pesat wajar dimanfaatkan sebaiknya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Apakah langkah terperinci yang dirancang oleh kerajaan bagi memastikan penskalaan PMKS berjaya mencapai objektifnya selari dengan perkembangan industri halal?
Yang keempat, sejauh manakah penskalaan PMKS ini akan memberi ruang kepada para peniaga untuk mendapat akses pembiayaan mikro, latihan pensijilan eksport, bimbingan pasaran eksport dan sebagainya, sebagai langkah yang seiring untuk mengembangkan perniagaan mereka di dalam industri halal negara kita?
Yang kelima, Bagan Serai juga mencadangkan agar peranan di peringkat negeri benar-benar diperkasakan sama ada melalui perundangan mahupun penubuhan suruhanjaya tunggal agar manfaat perkembangan industri halal dapat dirasai oleh seluruh pemain industri, bukan sahaja di kawasan tumpuan seperti Lembah Klang bahkan di kawasan luar bandar seperti Terengganu, Kelantan dan juga Perlis.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Di kesempatan ini, saya mengharapkan supaya proses import produk halal daripada Amerika Syarikat mesti mengikut piawaian standard halal JAKIM seperti yang diguna pakai oleh negara-negara luar juga. Ertinya, tidak ada lebih dan kurang seperti diguna pakaikan untuk US dan juga negara-negara lain.
Yang ketiga, kewangan Islam. Malaysia pada ketika ini masih memegang gelaran sebagai hab kewangan Islam global disebabkan perkhidmatan dan perkembangan yang baik dalam sektor ini. Walaupun disentuh secara terpencil dalam dokumen RMK13, suka ingin saya mencadangkan beberapa perkara demi melihat sektor ini bukan sahaja terus berkembang dengan jayanya, bahkan turut memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat Islam di negara ini.
Yang pertamanya, kita mengetahui bahawa setiap institusi kewangan di negara ini mempunyai jawatankuasa syariahnya yang tersendiri, yang menafsirkan syariah untuk mengeluarkan produk yang patuh syariah untuk menarik pelanggan mereka, kepada mereka.
Walaupun secara umum Islam akan dilihat sebagai satu yang rahmah kerana adanya kepelbagaian ini, namun sejauh manakah kerajaan mengambil langkah berhati-hati agar kepelbagaian pendapat ini bukan saja dapat diuruskan dengan baik, bahkan dapat menghasilkan koordinasi yang berstrategik antara pelbagai institusi kewangan, yang lebih penting mengurangkan keliruan yang boleh timbul dalam kalangan pengguna negara ini.
Yang kedua, kedudukan dominan Malaysia dalam kewangan Islam dalam aset perbankan Islam menyumbang sebanyak 32.14 peratus daripada jumlah keseluruhan global bagi tahun 2023. Negara kita bukan saja menerajui perkhidmatan dalam terbitan sukuk, takaful dan pelaburan patuh syariah bahkan sedang bergerak maju dalam mengintegrasikan kecerdasan buatan AI di dalam pengoperasiannya.
Walaupun kemajuan ini sangat memberangsangkan, namun di sana wujud beberapa cabaran perlu ditangani secara lebih strategik. Antara isu yang paling mendesak ialah kekurangan bakat kecerdasan buatan yang turut mempunyai kepakaran dalam kewangan Islam. Meskipun Malaysia memiliki sektor perbankan Islam yang maju, integrasi AI memerlukan tenaga kerja yang memahami kedua-dua teknologi AI dan prinsip kewangan syariah secara bersama.
Justeru, cadangan saya, munsyi universiti dan juga institusi kewangan perlu kerjasama membangunkan program khusus yang menggabungkan AI dan kewangan Islam sebagai usaha melahirkan profesional yang berkemahiran tinggi untuk memacu inovasi dalam sektor ini. Sejauh manakah kerajaan bersedia dalam hal ini?
Antara cabaran lain yang perlu diuruskan dengan segera adalah berkaitan tadbir urus AI dan pertimbangan etika dalam kewangan Islam. Walaupun AI menawarkan kecekapan operasi, namun ia turut menimbulkan kebimbangan sejagat seperti bias dalam keputusan algoritma, penjagaan privasi terhadap data. Oleh kerana sumber sektor kewangan adalah berasaskan prinsip etika yang kukuh, sejauh manakah pihak kerajaan berusaha merangka garis panduan yang jelas bagi memastikan penggunaan AI sejajar dengan maqasid syariah?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tan Sri Speaker, sikit masalah dalam kawasan saya.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Yang pertama ialah.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa minit lagi?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Yang pertama ialah jalan daripada Bagan Serai ke Alor Pongsu perlu dibesarkan. Dah banyak kali dibangkit kerana jalan ini sibuk, merbahaya kepada penunggang motosikal dan banyak kemalangan yang berlaku terutama apabila exit, yang keluar daripada Tol Alor Pongsu ke Bagan Serai menyebabkan jalan tu agak sibuk.
Yang kedua, ambulans untuk Klinik Teluk Medan. Dimaklumkan kepada saya sewaktu dalam Kamar Khas itu telah lulus tapi sampai hari ini ambulans tak sampai-sampai lagi.
Yang ketiga, status lif di Stesen KTM Bagan Serai pun saya bawa dulu. Katanya telah lulus tapi masih lagi tidak ada apa-apa perkembangan lagi. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Bagan Serai. Saya jemput Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Selepas dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI kita telah mencatat pertumbuhan KDNK 5.1 peratus pada tahun 2024, penambahan FDI net inflow sejumlah RM51.5 bilion pada tahun 2024, kadar pengangguran yang rendah pada tahap 3 peratus, kadar inflasi di bawah 2 peratus tahun ini.
Walau bagaimanapun, rakyat tidak berapa terkesan atau terasa statistik ekonomi yang positif itu. Maka adalah tepat pada masa ini untuk melancarkan RMK13 ini yang bertema Melakar Semula Pembangunan yang dipetakan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tatakelola.
Untuk menaikkan siling. Selama lebih daripada dua dekad, Malaysia masih terperangkap dalam middle-income trap atau perangkap pendapatan menengah. Kita terus bergantung kepada faktor gaji rendah dan berasaskan sumber untuk memacu pembangunan ekonomi kita.
Peralihan kita kepada ekonomi berpendapatan tinggi adalah perlahan. Sementara kita terus kekal dalam comfort zone kita, negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, sedang maju dan pantas menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Kita sama ada menyesuaikan diri dengan pendigitalan dan penggunaan artificial intelligence (AI) dengan
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
secepat mungkin atau kita akan ditinggalkan oleh orang lain. Oleh itu adalah tepat kita menaikkan siling dengan mengguna pakai pendigitalan AI, ekosistem mampan dan inovasi bukan saja untuk syarikat besar tetapi juga untuk perusahaan kecil dan sederhana kita.
Walaupun pendigitalan pada peringkat implementasi akan memakan kos tambahan kepada bisnes, tetapi pada jangka masa yang panjang ia akan menyenangkan dan menjimatkan kos operasi perniagaan.
Contoh-contoh bagaimana teknologi boleh memberi manfaat kepada peniaga kecil iaitu seperti Grab Food membantu pengusaha makanan mikro dan kecil termasuk penjaja untuk meningkatkan perniagaan mereka, kod QR dan program komputer menggantikan pekerja yang menerima pesanan di kedai makan, zoom meetings untuk mengurangkan kos pengangkutan dan masa.
Untuk tujuan ini, kerajaan harus menyediakan bantuan dan geran yang lebih mudah diakses dan berpatutan untuk membantu PKS melakukan transformasi. Platform e-Invois percuma kerajaan yang dipanggil MyInvois Portal tidak begitu mesra pengguna dan memerlukan lebih pengenalan termasuk – terutamanya untuk usahawan kecil warga emas.
Kerajaan perlu memperkasakan penggunaan platform itu.
Untuk jangka masa panjang, kerajaan harus meningkatkan kursus TVET kita dan memperbesar kumpulan pengambilan pelajar TVET untuk melahirkan lebih ramai bakat dan tenaga kerja dalam bidang STEM bagi membantu peralihan ekonomi kita kepada ekonomi yang lebih inovatif, pintar dan maju.
Menaikkan lantai. Berkenaan teras kedua menaikkan lantai adalah tidak dapat dinafikan. Gaji pekerja kami secara amnya adalah di bawah nilai sumbangan mereka kepada ekonomi. Keuntungan perniagaan secara amnya adalah jauh lebih tinggi daripada gaji pekerja yang menjana keuntungan sedemikian. Oleh itu, pada tahun 2024, pampasan pekerja kepada KDNK negara kita berada pada tahap 33.6 peratus sahaja. Di kebanyakan negara maju di Eropah, pampasan pekerja merangkumi antara 50 hingga 60 peratus daripada KDNK mereka.
Oleh itu adalah wajar kerajaan menetapkan sasaran RM12,000 untuk pendapatan purata bulanan isi rumah menjelang tahun 2030 dan mencapai matlamat pampasan pekerja membentuk 40 peratus daripada KDNK kita.
Untuk terus melindungi hak pekerja adalah wajar perlindungan PERKESO kami merangkumi kemalangan bukan waktu kerja. Jumlah tambahan dalam sumbangan PERKESO kami untuk menampung aspek kemalangan yang lebih luas ini adalah kecil berbanding manfaat perlindungan dan pampasan daripadanya.
Ketiga, teras ketiganya iaitu memperkukuh tatakelola. Tanpa tatakelola yang baik dan tadbir urus yang baik, pelaksanaan dasar yang baik tidak akan berlaku dan kita tidak akan dapat mencapai matlamat kedudukan antara 30 ekonomi terbesar dunia dan tangga ke-12, 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang tahun 2030.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Untuk memastikan tadbir urus yang baik, mesti ada satu sistem semak dan imbang institusi terutamanya dalam pelaksanaan kuasa eksekutif. Dalam sistem kita, kuasa dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu legislatif, eksekutif dan judiciary.
Selain membentukkan eksekutif, peranan Parlimen iaitu legislatif adalah untuk menyediakan pengawasan dan semakan terhadap eksekutif. Selama ini, peranan pengawasan Parlimen ini telah semakin berkurangan. Oleh itu, sudah tiba masanya kita melaksanakan reformasi Parlimen untuk memperkasakan Parlimen memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menyemak dan menyelia eksekutif dan yang lebih penting untuk menyemai keyakinan orang ramai terhadap ketelusan dan integriti pentadbiran.
Salah satu reformasi Parlimen yang dicadangkan adalah dengan mengadakan semakan Jawatankuasa Pilihan Khas terhadap anggaran belanjawan tahunan sebelum ia diluluskan di Parlimen. Pada masa ini, peringkat perbahasan Jawatankuasa Belanjawan mesti berlangsung dalam Committee of the Whole House. Memandangkan kekangan masa, Speaker akan mengehadkan bilangan Ahli Parlimen yang berbahas di setiap kementerian dan masa untuk jawapan Menteri. Tiada dokumen atau butiran dihasilkan semasa perbahasan atau jawapan Menteri. Oleh itu, Parlimen hanya boleh melakukan penelitian yang amat dangkal atau superficial terhadap butiran-butiran perbelanjaan dalam belanjawan sebelum ia diluluskan.
Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa semasa perbahasan belanjawan peringkat jawatankuasa, anggaran perbelanjaan bekalan dan pembangunan setiap kementerian harus dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk penelitian dan semakan sebelum dikembalikan kepada Dewan untuk pengundian.
Di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas, maklumat boleh diperolehi daripada Menteri dan pegawai mengenai butiran-butiran sesuatu kementerian. Bukti dan maklum balas boleh dikumpul daripada pakar luar untuk menyemak butiran perbelanjaan dan Ahli Parlimen lain boleh mempunyai lebih masa untuk berbahas dengan lebih mendalam dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai setiap butiran dalam belanjawan berkenaan.
Pada akhir semakan Jawatankuasa Pilihan Khas Belanjawan kementerian yang berkenaan akan dirujuk semula kepada Dewan bersama-sama dengan laporan dan syor jawatankuasa tersebut. Di sana, Dewan akan mengadakan perbahasan singkat mengenai Rang Undang-undang Perbekalan, anggaran dan laporan jawatankuasa.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Kaedah-kaedah yang dicadangkan ini ialah yang menyediakan forum bagi Ahli Parlimen untuk semakkan Belanjawan secara mendalam, participative dan berasaskan bukti sebelumnya diluluskan.
Kedua, ia menyediakan forum...
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Stampin, pencelahan. Stampin, Pasir Salak.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Tak ada masa, sorry. Ada banyak isu hendak dibangkitkan.
Kedua, ia menyediakan forum kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan, mengecilkan dan menetapkan cadangan untuk menambah baik bajet dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ketiga, ia tidak menimbulkan cabaran kepada mandat kepercayaan kerajaan kerana cadangan jawatankuasa tidak dianggap sebagai tanda tidak percaya dan juga ia tidak memaksa kerajaan untuk menerima apa-apa jawatankuasa itu cadangkan.
Keempatnya, ia meningkatkan proses Belanjawan Malaysia, negara kita setaraf dengan Parlimen Westminster, maju seperti UK, Australia, New Zealand, Kanada dan India.
Tan Sri Yang di-Pertua, sejurus perbahasan saya dalam RMK13 ini, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu spesifik.
Isu pertamanya, pada bulan Ogos 2024, SPRM menahan lima individu kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, minyak Persatuan Nelayan dan membayar rasuah kepada pihak penguat kuasa di Sibu, Sarawak.
Dalam serbuan SPRM RM1.6 juta diesel dan wang tunai sejumlah RM3.7 juta dirampas. Sejumlah RM36 juta dalam akaun bank di beku. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil siasatan dan risikan SPRM mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak tahun 2012 dan berjaya mengaut keuntungan sehingga RM400 juta. Keuntungan ini diperolehi melalui penjualan minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya digunakan oleh nelayan, tetapi dijual kepada pihak luar pada harga tertentu. Apakah terjadi kepada kes itu?
Isu kedua, sejak mula tahun ini di bandar-bandar di Sarawak kita nampak satu trend di mana banyak kedai judi Internet dioperasi dan disamakan sebagai kedai kopi atau kedai serba guna. Rakyat semua tahu kedai-kedai tersebut adalah outlets di mana penjudi-penjudi beli kredit untuk berjudi atas talian. Takkan PDRM tak tahu? Apakah terjadi kepada perisikan polis kita? Apakah sebabnya ratusan kedai-kedai ini terus dibenarkan beroperasi sebagai kedai judi yang terselindung di sebalik perniagaan kecil runcit dan kedai kopi?
Melalui kegiatan perjudian yang berleluasa itu, duit yang sepatutnya dibelanja dalam sistem ekonomik kita, duit untuk beli makan, beli barangan harian sebahagian besarnya telah dikaut oleh sindiket perjudian itu. Ia juga merupakan satu gejala sosial yang bahaya. Oleh itu, saya menyeru agar tindakan yang tegas boleh diambil untuk mengekang pertumbuhan kegiatan perjudian itu.
Isu ketiga, dalam RMK13 kerajaan bercadang bahawa pembayaran caruman KWSP dibahagi kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan dan melalui usaha ini golongan pekerja akan dapat mengeluarkan sebahagian daripada simpanan di samping menerima pencen bulanan pada umur persaraan. Cadangan ini memberi satu persepsi di mana kerajaan sudah tak cukup duit maka hendak menggunakan wang KWSP untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Oleh itu, adalah pendirian saya dan rakan-rakan saya di Dewan ini malah ramai rakyat di luar bahawa cadangan ini tidak boleh dilaksanakan secara mandatori. Pencarum mesti diberi pilihan sama ada hendak mengambil keseluruhan wang simpanan mereka atau memilih kaedah bayaran pencen bulanan pada umur persaraan. Wang KWSP itu duit pencarum, it is our money, we decide how to use it. Isu keempat yang terakhirnya adalah berkenaan satu penangkapan yang dijalankan oleh PDRM iaitu dalam bulan Januari 2025, PDRM telah menahan CEO TVS kerana disyaki terbabit menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram. Ketua Polis Negara ketika itu mengesahkan siasatan dan tangkapan dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.
Dalam serbuan hari itu, pasukan AMLA juga berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17.4 juta. Soalan saya adalah, apakah terjadi kepada kes itu?
Dengan kata-kata ini, saya menyokong RMK13. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Stampin. Sekarang, saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam perbahasan yang penting berkenaan dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, yang ini akan membentuk fasa pembangunan negara kita untuk lima tahun akan datang.
Izinkan saya mulakan dengan mengangkat sepotong ayat Al-Quran daripada surah Al-Maidah ayat lapan yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan adil dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan salam takziah kepada keluarga adik Zara atas kehilangan yang amat menyayat hati. Kami berdiri teguh dalam solidariti bersama keluarga dan seluruh rakyat Malaysia berkabung atas pemergian insan kecil yang menjadi mangsa kelemahan sistem perlindungan kanak-kanak kita. Semoga roh adik Zara ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semua keluarganya dikurniakan kekuatan menghadapi dugaan ini. Semoga isu buli ini berjaya dinoktahkan oleh kementerian.
Kalau dahulu kes Zulfarhan, sampai bila lagi?
[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, saya berdiri hari ini bukan semata-mata sebagai Ahli Parlimen tetapi sebagai suara rakyat negeri yang sering dipinggirkan dalam naratif pembangunan nasional iaitu negeri Perlis khususnya Padang Besar. Ya, negeri kami kecil tetapi kecil bukan
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
bererti tidak penting. Kecil bukan bermakna harus dipinggirkan seperti rumput di tepi jalan, kecil nilainya di mata yang tidak memandang tetapi menyumbang kepada suburnya tanah.
RMK13 ini akan menjadi sia-sia jika Perlis terus dilayan seperti wilayah pinggiran seolah-olah wujud di peta tetapi terhijab dalam perancangan. Menyentuh berkenaan cabaran Zon Ekonomi Khas antara janji dan realiti. Saya ingin mulakan dengan menyentuh isu Zon Ekonomi Khas yang menjadi bahan ketawa rakyat kami sepadan. Bayangkan pada 10 Julai lalu saya telah bangkitkan tentang soal Zon Ekonomi Khas di Parlimen juga melalui komentar yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Sinar Harian dan Harakah.
Jawapan rasmi Kementerian Ekonomi yang kemudiannya diulas oleh akhbar Berita Harian pada 30 Julai sehari sebelum pembentangan RMK13 yang mengatakan, “Tiada cadangan untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand.” Namun, selepas perbahasan, kami nampak bahawa jelas fokus kepada strategi B5.4 menyebut secara jelas keperluan menubuhkan Zon Ekonomi Khas.
Maka, saya hendak tanya adakah ini satu bentuk janji digital, pelaksanaan maya akhirnya tidak berpijak di bumi yang Padang Besar. Isu pembangunan ekonomi Wang Kelian yang masih belum diselesaikan secara tuntas. Sehingga kini, isu pembangunan Wang Kelian masih belum selesai. Padang Besar juga mempunyai pelabuhan darat. ICQS, laluan dagang IMT-GT malah kawasan industri Chuping sudah tersedia untuk dibangunkan, tetapi kenapa tiada pewartaan rasmi sebagai Zon Ekonomi Khas. Apakah kerana negeri kami pembangkang? Apakah dasar pembangunan hanya menjelma di kawasan mesra politik?
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Saya mendesak agar satu task force khas ditubuhkan segera untuk menilai dan mewartakan kawasan seperti Padang Besar dan Wang Kelian sebagai zon ekonomi khas.
Janganlah Perlis ini menjadi bunga kembang tak jadi, hanya dipuji dalam ucapan, tapi dilupakan dalam pelaksanaan. Kalaulah YB Pandan atau Timbalan Menteri yang sekarang ini menjadi Menteri, saya rasa itu akan diusahakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan pelancongan, budaya dan seni yang disenyapkan. Sebelum...
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Padang Besar, minta laluan. Gerik, Gerik.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Hah sekejap, banyak ni.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Boleh?
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Hah, sekejap, sekejap hah, satu minit.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap maksudnya apa tu?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Dato’ Yang di-Pertua, bila sebut tentang isu sempadan tadi. Saya tengok dalam RMK13 ini, dia menyebut tentang negeri apa, daerah- daerah sempadan, tapi kerap kali kerajaan tidak menyebut tentang Pengkalan Hulu, salah satu pintu sempadan Malaysia di Perak. Dan kami memang paling ketinggalan sekali dalam pintu sempadan ini dengan Malaysia ini. Jadi, mohon — SUKS kami pun masih terbengkalai dan sebagainya. Mohon Pengkalan Hulu ini dibantu juga macam Perlis lah.
Tuan Yang di-Pertua
Kena minta — ya silakan. Ya minta Padang Besar sebutlah sekali.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Okey, terima kasih Gerik dan saya cadangkan, saya sokong dan perlu dimasukkan dalam perbahasan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Okey, sebelum fokus kepada isu pelancongan, saya nak sentuh sikitlah berkenaan isu terbaru di negeri Perlis. Kami baru saja menyambut Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Satu peristiwa besar buat rakyat, tapi dalam kami meraikan warisan diraja dan budaya negeri, tiba-tiba muncul pula isu nombor plat VIPS iaitu Visit Impressive Perlis State yang dilancarkan tanpa sembah maklum kepada istana.
Cadangan asal ialah Visit Very Impressive Perlis atau VVIP, tetapi tiba-tiba berubah tanpa penjelasan dan sembah maklum kepada istana. Kelmarin, Timbalan Menteri menjawab, sudah mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Saya nak tanyalah pada Menteri, adakah Jemaah Menteri tahu bahawa Warkah Titah Perkenan Tuanku itu wujud atau Titah itu hanya diperam di meja kementerian?
Wujud produk pelancongan utama di Padang Besar dan Wang Kelian masih terus suram. Tidak satu pun projek nasional pelancongan diumumkan dalam RMK13 bagi menjadikan kawasan sempadan ini sebagai hab pelancongan rentas sempadan. Adakah MOTAC melihat Perlis sebagai negeri yang hanya dilintas sahaja?
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh revolusi digital dan transformasi digital tetapi tanpa roh insani. RMK13 mengangkat revolusi industri keempat AI, teknologi hijau, tetapi di Padang Besar, Internet pun masih gagal stabil. Sedangkan kami pintu masuk dagang.
Usahawan tani, pelancong desa dan peniaga sempadan tidak mampu memanfaatkan platform e-dagang yang menyeluruh. Pelajar dan belia pun masih bergantung kepada data mudah alih untuk pembelajaran. Sementara akses kepada latihan AI dan kemahiran digital hampir tiada.
Lebih membimbangkan golongan B40, pesawah dan warga emas menghadapi kesukaran mengakses sistem kerajaan digital seperti e-Kasih, STR dan MyDigital ID. Namun dalam ghairah mendigitalkan negara, keselamatan negara, rakyat masih longgar. Kebocoran data peribadi bukan andaian, tetapi kenyataan. Rakyat terus menjadi mangsa dalam senyap.
Apakah tindakan kementerian?
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh TVET dan sumber manusia, keperluan sempadan perlu berpijak di bumi yang nyata. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian atas pengumuman Universiti Kuala Lumpur, Asia Sustainable Transportation Institute atau UniKL ASTI di Lembah Chuping, sesuai dengan lokasi dan keperluan setempat di Padang Besar sebagai hab logistik antarabangsa. Saya ingin mencadangkan keperluan fokus juga kepada logistik rentas sempadan, pemetaan dron sempadan, pertanian pintar sempadan dan e- dagang pelancongan.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh usahawan mikro, perusahaan sosial dan koperasi, bukan sekadar KPI di atas kertas. Kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 baru- baru ini satu perkara yang bagus untuk pekerja, tetapi, juga memberi kesan berganda kepada usahawan mikro, perusahaan kecil, sosial dan juga koperasi kecil di sempadan. Entiti ini kini bergelut dengan kos penggajian, caruman KWSP dan PERKESO. Lebih membebankan kebanyakan usahawan mikro ini adalah, wanita berniaga di pasar sempadan dan kampung, tetapi masih tidak capai KPI di atas kertas kerja, mereka terus dipinggirkan.
Saya ingin cadangkan KPI KUSKOP dikaji semula agar menilai impak sosial dan ekonomi, bukan sekadar keuntungan. Juga keperluan mewujudkan geran usahawan mikro sempadan secara fleksi dan bersepadu dengan agensi keselamatan.
Tan Sri Yang di-Pertua, akhirnya saya menyentuh mengenai APPGM-SDG, aspirasi rakyat, bukan sekadar infografik. Saya terlibat langsung bersama sahabat-sahabat saya di Parlimen yang lebih — APPGM-SDG ini lebih mendasar dan bipartisan. Dan, saya yakin inisiatif ini penting untuk memperkasakan komuniti luar bandar, tetapi berapa ramai orang yang cakna, tahu akan akses dana ini? Model yang digunakan mampu menoktahkan kemiskinan, tetapi perlu juga seiring dengan peruntukan Ahli Parlimen yang adil.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan zon pembangunan lestari sempadan berasaskan SDG dan mewujudkan kampung komuniti sempadan, bazar rentas sempadan dan juga pusat SDG komuniti di negeri sempadan. Padang Besar bersedia menjadi perintis.
Tan Sri Yang di-Pertua, Perlis, negeri kecil, tetapi kerangka dan semangatnya besar.
Perlis negeri sekecil noktah di utara tanah air. Sering dilihat sebelah mata walau hatinya sebesar harapan rakyatnya. Di sebalik sawah yang menghijau dan bukit yang membisu, tersimpan suara yang lama terpendam dan suara rakyat yang mahu didengar yang mahu dimengertikan.
Kita bukan meminta kemewahan yang membazir, cuma keadilan yang saksama.
Jangan kerana kecilnya kami, maka impian kami dikecilkan. Jangan kerana sunyinya kami, maka jerih kami dipandang sepi. Perlis juga punya cita, mahu berdiri setanding dengan negeri-negeri lain bukan di belakang, bukan di bawah, tapi bersama dalam langkah membangunkan negara. Maka, usahlah Perlis terus dianaktirikan. Berilah ruang dan peluang kepada kami kerana di balik kecilnya kami tersimpan semangat besar untuk menyumbang kepada tanah air. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.
Beruk kentoi bergayut rendah.... produk Perlis tu.
*Tinggi harapan di dalam dada; Perlis bukan bermakna lemah, Jiwanya besar cintakan negara.
Rakyat berkumpul di Dataran Merdeka, Jelek dengan sandiwara dunia; Negara perlukan pemimpin bijaksana, Perikatan Nasional sentiasa bersedia.*
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Umum mengetahui bahawa bakat atau modal insan merupakan teras bagi mana-mana pembangunan sesebuah negara. Tanpa ketersediaan bakat dan modal insan yang mahir dan dinamik, sesebuah ekonomi berisiko berdepan stagnasi, tidak mempunyai keupayaan untuk berinovasi, gagal menarik pelaburan dan sukar untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang.
Untuk itu, saya ingin memberikan pujian kepada Kerajaan MADANI atas usaha proaktif untuk merancakkan ekonomi dengan memperhebatkan transformasi struktur, melonjakkan pertumbuhan yang terangkum dan mampan, di samping meningkatkan darjat hidup rakyat dan mobilisasi sosial serta mewujudkan tata kelola yang baik melalui RMK yang dibentangkan.
Walau bagaimanapun, saya hendak menyentuh satu masalah yang penting yang menjadikan cabaran kepada rancangan ini. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, apakah langkah yang akan diambil untuk menangani penghijrahan bakat atau dengan izinnya, brain drain?
Masalah penghijrahan bakat atau modal insan telah lama menjadi isu membelenggu negara-negara membangun dan Malaysia tidak terkecuali. Menurut anggaran terkini, kira-kira 1.86 juta rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh lima dekad yang lalu.
Ini adalah 5.6 peratus daripada jumlah penduduk negara. Satu angka yang lebih tinggi daripada perataan global iaitu 3.6 peratus.
Ramai dalam kalangan mereka merupakan golongan profesional atau berpelajaran tinggi. Pemergian mereka menimbulkan cabaran besar terhadap sasaran menjana pertumbuhan ekonomi negara tinggi. Isu ini menimbulkan ancaman kepada aspirasi Kerajaan MADANI dalam membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi yang berasaskan kepada penciptaan nilai.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Penghijrahan bakat ini membawa kepada kehilangan modal insan, pengurangan pulangan terhadap pelabur awam dalam pendidikan serta melemahkan kapasiti institusi khususnya dalam sektor seperti kesihatan, penyelidikan dan pembangunan digital. Modal insan merupakan tonggak utama bagi mencapai matlamat ini.
Namun begitu, persepsi jurang dalam kualiti pendidikan, persepsi terhadap kurangnya peluang untuk inovasi dan kemajuan kerjaya telah menghakis keyakinan golongan profesional dan mendorong ramai untuk mencari peluang yang lebih baik di luar negara.
Walaupun para pembuat dasar di Malaysia, policy makers telah mengakui isu ini, wacana nasional masih tertumpu kepada penunjuk berangka dengan izin, mathematical indicators
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
seperti bilangan rakyat yang berhijrah dan kelayakan mereka tanpa menyentuh punca asas sebenar apakah sebab mereka berhijrah.
Tumpuan yang sempit ini telah menghalang perumusan dasar yang bermakna dan kita tidak dapat memulih keadaan tanpa satu batu asas untuk menangani masalah penghijrahan tenaga mahir dan modal insan dengan berkesan. Hanya dengan keazaman politik untuk menghadapi realiti tentang punca masalah sama ada sebab kewangan atau kurang kepuasan dan keyakinan dengan keadaan sosiobudaya seperti peningkatan kos sara hidup, kadar pengangguran yang semakin membimbangkan dan persepsi terhadap amalan diskriminasi politik serta ekonomi yang mempengaruhi keputusan untuk berhijrah. Program dan dasar seperti RMK13 akan menghadapi kesukaran dan cabaran untuk direalisasikan.
Perkara kedua ialah, masalah ketidaksamaan atau inequality. Penghijrah bahkan membimbangkan lebih lagi apabila mengambil kira kesenjangan pendapatan dialami Malaysia bagi tahun kebelakangan ini. Ini telah dinyatakan oleh World Bank di dalam laporannya, dikeluarkan tahun ini yang menemui bahawa kesenjangan pendapatan Malaysia merupakan yang tertinggi bagi kalangan negara setara dengan menghampiri status negara berpendapatan tinggi.
Perlu ditekan di sini bahawa kesenjangan ini secara besar disumbangkan oleh ketidaksamaan dalam kalangan etnik dan bukannya di antara etnik. Laporan tersebut secara khusus telah menyatakan bahawa ketidaksamaan di antara golongan kaya, kelas menengah dan miskin, bumiputera kekal tertinggi. Kesenjangan atau konsentrasi kekayaan bagi mereka di atas akan menghasilkan sebuah ekonomi di mana peluang diwarisi secara eksklusif dan bukannya diagihkan berdasarkan merit.
Keadaan ini kemudiannya melahirkan dua fenomena bahaya, sticky flaws di mana golongan bawahan terus terperangkap tanpa ruang untuk membolosi ke atas dan sticky ceiling di mana kelebihan dan kekayaan yang dinikmati oleh golongan atasan kekal tidak tercabar. Kesenjangan ini akhirnya akan mewujudkan persepsi bahawa mobilisasi sosial adalah satu perkara yang mustahil.
Ini kemudiannya menyumbang kepada penghijrahan cendekiawan lantas membentuk satu putaran di mana kesenjangan membawa kepada penghijrahan cendekiawan dan bakat, dan penghijrahan ini terus membawa kepada kesenjangan yang lebih teruk. Oleh yang demikian Kerajaan MADANI wajar dipuji atas usaha di bawah RMK yang memberikan tumpuan kepada mengurangkan ketidaksamaan secara menyeluruh lantas membimbing negara dan rakyatnya ke arah sebuah masyarakat yang lebih progresif.
Soalan yang perlu ditanya ialah dalam mengurangkan ketidaksamaan, adakah konsep berasas merit akan memainkan peranan? Pada pendapat saya, konsep merit adalah penting dan tidak boleh diabaikan dengan keseluruhannya. Ini adalah atas sebab amalan distributive justice. Seorang akademik Thomas Mulligan dalam buku beliau, ‘Justice and the Meritocratic State’ berkata tentang konsep equal outcome seperti berikut, dengan izin:
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
“*There is something amidst as a matter of justice when the industrious and the lazy are rewarded alike when the undeserving thrive and the deserving struggle. Equality of outcome cannot replace substantive equality of opportunity. It is impossible to have an absolute application of the concept of equality of outcome. This is because competition is inevitable owing to scarcity of social and economic goods. Justice requires this competition to take place on a level playing field. If a person gets ahead, it must be because he is more in meritorious than the competitors, and not because of his race, sex, or family connections.
Since we cannot avoid competition, we must avoid our competition to be carried out in ways that are regarded as unfair by the participants. Economic competitions for university admission, jobs, income, a meritocratic competition. Since there are competitions, we cannot eliminate failure nor the sadness that it brings. But we can eliminate resentment. Sadness is an inevitable part of life, it is dignified. But resentment is born out of unjust competition. It should be eliminated.”* Oleh yang demikian, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memberikan kemudahan dan bantuan yang cukup dan lengkap kepada semua supaya semua dapat bersaing dengan peluang yang bersaksama. Namun, penting untuk saya tekankan bahawa usaha mengurangkan ketidaksamaan ini harus dilaksanakan berasas prinsip kesaksamaan peluang dan bukannya menuntut kesamarataan hasil.
Beberapa kajian telah menunjukkan terdapat hubungan positif antara kepercayaan meritokrasi dan pertumbuhan ekonomi. Masyarakat yang lebih meritocratic cenderung mengalami tahap pertumbuhan ekonomi atau KDNK yang tinggi. Namun begitu, kajian terkini juga menunjukkan bahawa masyarakat yang lebih meritocratic turut mencatatkan tahap ketidaksamaan pendapatan yang tinggi.
Beberapa pakar seperti Michael Sandel dalam buku ‘Tyranny of Merit’ dan Daniel Markovits, ‘The Meritocracy Trap’ menyatakan meritokrasi adalah, kesan buruk sebab individu yang kaya dapat akses kepada pendidikan yang lebih bermutu tinggi dan dengan pengaruh keluarga, dapat merampas peluang daripada mereka yang miskin atau yang berpendapatan rendah. Atas sebab itu, ketidaksamaan akan dikekalkan, tetapi menurut kajian oleh OECD, STICLIS, negara yang berjaya mengurangkan ketidaksamaan cenderung mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mampan.
Saya berpandangan bahawa, kita perlu untuk mengadakan satu balance di antara meritokrasi dengan juga peluang untuk mengadakan ketidaksamaan untuk equality, dengan izin. *There must be a delicate balance between promoting meritocracy and ensuring equality.
And critical to this effort is the implementation of equal opportunity policies such as investment in public education, healthcare, social service and fair labor practice.* Dengan kesimpulannya, kita akan ada keadilan bila kita ada peluang kesamarataan.
Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Selayang. Sekarang saya jemput Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang ini kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kerangka pembangunan negara yang sedang dirancang ini, saya ingin menyentuh isu masa depan negara iaitu sistem pendidikan dan hala tuju reformasinya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Peruntukan sebanyak RM67 bilion diperuntukkan dalam RMK13 khusus untuk sektor pendidikan, menandakan pendidikan menjadi keutamaan negara. Kadar ponteng sekolah direkodkan pada tahap yang cukup membimbangkan, sebanyak 3.59 peratus pada tahun 2023-2024. Melibatkan hampir 183,000 pelajar di seluruh negara. Lebih merisaukan lagi, jumlah pelajar tidak hadir ke peperiksaan SPM juga semakin meningkat. Ini semua berkait rapat dengan persoalan struktur sistem pendidikan yang ada.
Saya masih ingin menekankan peri pentingnya kembalikan sistem peperiksaan UPSR dan juga PT3. Bukan dimansuhkan. Sesuai di negara maju, belum tentu sesuai di negara kita. Hakikatnya, apabila peperiksaan ini kekal dimansuhkan, ramai pelajar mula hilang arah. Bukan pelajar sahaja, malah guru itu sendiri. Ibu bapa pula tidak tahu prestasi sebenar anak mereka, termasuk saya sendiri selaku bapa.
Dengan adanya sistem peperiksaan, ianya sebagai pencetus motivasi kepada pelajar dan guru itu sendiri untuk membimbing mereka ke tahap seterusnya. Akhirnya, murid yang datang ke sekolah sekadar hadir fizikal tetapi tiada fokus dan matlamat, walaupun bukan semua pelajar. Reformasi pendidikan yang kita mahu capai akan tinggal retorik sahaja jika akhirnya pelajar kita semakin hilang minat, yang tiada hala tuju dalam pembelajaran.
Jadi, saya mohon agar perbincangan ini dibuka semula. Saya mohon agar perbincangan ini dibuka semula dalam konteks RMK13 ini kerana ia nya penting untuk masa depan anak-anak kita. Saya boleh bersetuju dengan sistem pentaksiran sekarang ini sekiranya sebuah kelas hanya mempunyai 20 orang pelajar sahaja dan guru yang mencukupi. Saya setuju.
RMK13 adalah peluang untuk kita membetulkan hala tuju pendidikan negara.
Janganlah hanya kerana ingin dilihat maju dan terkedepan, kita sanggup mengorbankan generasi akan datang dengan sistem yang memberikan kesan yang lebih buruk kepada anak bangsa. Saya mohon perkara ini diberikan perhatian dan dimasukkan semakan dasar RMK13 di bawah kluster pembangunan pendidikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik inisiatif menjadikan pembinaan sekolah sebagai sebahagian daripada syarat kebenaran merancang bagi projek perumahan berskala besar. Saya ingin menekankan, kerajaan juga perlu berikan perhatian kepada
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
kawasan-kawasan yang sekolahnya tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat di seluruh negara.
Di Hulu Selangor, ada beberapa kawasan yang memerlukan sekolah baru disebabkan jumlah penduduk yang semakin meningkat. Di kawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Antara Gapi, Batang Kali, Ulu Yam dan kawasan Lembah Beringin yang sebelum ini dipanggil bandar ghost town. Tidak lama lagi ia nya akan dibangunkan dengan adanya sebuah lagi pembukaan syarikat automotif iaitu Chery Holding Group.
Saya mohon agar senarai kawasan kritikal yang saya sebutkan ini diambil perhatian untuk dimasukkan dalam Pelan Tindakan RMK13 sebagai zon keutamaan untuk pembinaan sekolah baru.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh pula berkaitan dengan sektor kesihatan awam. Hulu Selangor mempunyai hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Kubu Bharu yang telah beroperasi sejak 1939 dan kini telah mencecah 86 tahun. Kapasiti dan kemudahan fizikal yang sudah jauh ketinggalan dan tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk pada hari ini.
Hulu Selangor kini semakin membangun dan keluasannya sebesar negeri Melaka.
Bukan Perlis, Perlis dua kali. Memerlukan hospital baharu yang lebih baik dari sudut fasilitinya sekarang ini. Ramai yang terpaksa merujuk ke Hospital Selayang ataupun Hospital Sungai Buloh, yang mana saya yakin kementerian tahu akan kepadatan kedua-dua hospital ini.
Pertambahan penduduk dan pembangunan pesat di kawasan Hulu Selangor ini sewajarnya menjadi keutamaan bagi pembinaan hospital baru. Kawasan yang benar-benar strategik untuk pembinaan hospital baru ini adalah di kawasan Bukit Beruntung.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang untuk mengutarakan satu isu tempatan yang perlu diberikan perhatian iaitu membuka laluan pintu alternatif yang lebih dekat kepada Klinik Kesihatan Kalumpang. Laluan itu telah digunakan sebelum pandemik COVID-19 oleh kerana penggunanya adalah warga emas dari Kampung Sejantung yang terpaksa melalui jalan utama yang sibuk, mendedahkan kepada risiko keselamatan.
Saya mohon mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan dapat membuka semula laluan tersebut dengan meletakkan ataupun menyediakan pengawal keselamatan bagi membuka dan menutup laluan tersebut sewaktu klinik beroperasi.
Tan Sri Yang di-Pertua, salah satu dasar utama dalam RMK13 menekankan berkaitan memperkukuh tatakelola yang baik. Saya ingin menyentuh satu isu yang berkait rapat dengan dasar utama iaitu pengurusan dan pelaksanaan peruntukan MARRIS. Satu perkara yang mungkin dilihat kecil berbanding perancangan di peringkat nasional, namun perkara ini perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan peruntukan ini digunakan sebaiknya berdasarkan keperluan rakyat.
Yang menjadi persoalan kepada rakyat di luar sana, mereka tidak tahu apabila adanya sesetengah kawasan yang jalan yang masih elok tetapi diturap semula. Yang lebih
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
terkesan, rakyat marah apabila jalan-jalan yang bersebelahan sahaja jalan Majlis atau jalan PLB dan sebelahnya Jalan Persekutuan. Jelas, pelaksanaan ini mendatangkan pembaziran dan bercanggah dengan penekanan kerajaan bagi memastikan kecekapan perbelanjaan awam.
Jika kita lihat realiti yang berlaku, jalan-jalan Persekutuan yang rosak dan kritikal, begitu sukar untuk mendapat peruntukan penyelenggaraan. Prosesnya panjang, memerlukan kelulusan KKR, bajet tahunan dan kelulusan teknikal yang ketat. Saya melihat perlunya ada satu mekanisme kajian semula bagi memastikan penggunaan peruntukan MARRIS adalah benar-benar kepada keperluan dengan mengkoordinasikan bersama dengan Jabatan Kerja Raya Daerah.
Dalam RMK13 ini juga, saya mohon untuk mempertimbangkan Jalan Persekutuan FT001, Kuala Lumpur ke Tanjung Malim dinaiktarafkan secara menyeluruh memandangkan ia nya laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya.
Tan Sri Yang di-Pertua, seperkara lagi yang turut menjadi rungutan dan saya yakin ramai Ahli Parlimen yang juga menerima aduan yang sama iaitu kenapa sesetengah jalan yang telah diturap rosak semula dalam tempoh yang singkat. Kerajaan perlu mewujudkan satu pelan tindakan kualiti penyelenggaraan jalan raya dalam pelaksanaan RMK13 ini. Kita perlu beralih kepada pendekatan lebih kos efektif untuk jangka panjang.
Saya mencadangkan satu kajian komprehensif dijalankan dengan mengambil kira pendekatan dan teknologi dari luar negara, khususnya dalam membangunkan formulasi bahan pembinaan jalan yang lebih berkualiti tinggi, tahan lasak dan dapat mengurangkan penyelenggaraan yang berulang.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyampaikan permintaan daripada rakyat Sepang berkaitan projek tergendala iaitu kerja menaik taraf jalan B48 dari Simpang Tiga, Jenderam ke Pekan Sepang Lama (Fasa 3) Daerah Sepang. Difahamkan projek ini telah hampir 10 tahun, namun masih belum selesai sehingga ke hari ini. Saya pohon penjelasan, apakah status semasa projek naik taraf ini dan bilakah akan disiapkan sepenuhnya? Saya mohon agar projek tertangguh seperti ini diberikan keutamaan, disegerakan pelaksanaannya.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita mahu melihat satu perubahan. Perubahan yang menyeluruh dalam budaya tadbir urus dan perancangan pembangunan negara, khususnya di peringkat negeri. Saya sebagai Ahli Parlimen, tidak menerima sebarang maklumat rasmi berkenaan cadangan projek ataupun agenda pembangunan yang dimohon oleh kerajaan negeri kepada kerajaan di bawah RMK13, khususnya di Daerah Hulu Selangor.
Saya berpandangan agenda penting seperti RMK13 ini hendaklah dibincangkan secara menyeluruh dengan melibatkan Ahli Parlimen masing-masing kerana Ahli Parlimen lah yang akan menyuarakan di peringkat Parlimen. Sepatutnya keterbukaan dan kesediaan untuk bekerjasama merentas sempadan politik kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
Sehingga sekarang, saya dan sebahagian Ahli Parlimen Pembangkang yang lain tidak pernah dipanggil dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah,
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
sedangkan kami dipilih oleh rakyat dan kamilah yang menyuarakan di dalam Parlimen, bukan penyelaras Parlimen.
Saya yakin jika semua Ahli Parlimen dan ADUN, tanpa mengira latar belakang politik, dipanggil duduk semeja untuk berbincang hala tuju pembangunan negeri, khususnya sebelum perancangan besar seperti RMK13 ini dibentuk, kita akan dapat melihat hasil yang jauh lebih tersusun, menyeluruh dan berpaksikan kepada realiti sebenar rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam RMK13 ini ada dicadangkan iaitu skim pencen bulanan di bawah EPF. Saya mohon agar perkara ini perlulah diteliti kesan baik dan buruknya. Ya, saya faham. Mungkin kerajaan nak memastikan kesinambungan hidup secara bulanan.
Namun, perlu dilihat keperluan yang telah dirancang oleh pencarum. Mohon kementerian untuk melihat semula cadangan ini secara rasional. Mungkin 50 ke 70 peratus simpanan itu boleh dikeluarkan, manakala selebihnya boleh dibuat secara bulanan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan juga ada mencadangkan untuk meneliti semula umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun. Perkara ini juga perlu diteliti.
Sudah pasti ia nya memberi kesan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang baharu habis belajar, menyekat peluang kenaikan pangkat dan yang paling merisaukan adalah, kualiti kerja mereka dengan usia seperti itu. Mohon kerajaan tidak meneruskan cadangan ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir, antara intipati penting dalam pembentangan RMK13 yang menarik perhatian saya ialah penegasan kerajaan dalam memastikan hak rakyat diberikan secara adil tanpa mengira latar belakang, bermaksud tidak mengira kaum, agama, fahaman politik. Namun, ironinya apa yang berlaku di lapangan tidak selari dengan apa yang ditekankan.
Sudah mencecah hampir tiga tahun peruntukan kawasan yang merupakan hak rakyat di kawasan Parlimen pembangkang masih tidak diberikan sehingga ke hari ini.
Peruntukan ini bukan untuk Ahli Parlimen tetapi ianya untuk rakyat. Gaji Ahli Parlimen nak cover semua mana cukup, dengan gaji staf, sewa bangunan, utilities, bangunan — bantuan masyarakat dan sebagainya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sedangkan Ahli Parlimen kerajaan yang menerima peruntukan jutaan pun ada yang bangun. Tak silap saya daripada MP daripada Klang, menyatakan tidak cukup. Inikan pula kami yang kosong sen, kosong sen tuan-tuan. Kenapa pula — kenapa perlu kejam sangat?
Sedar tak kerajaan sedang menganiaya rakyat? Bukan kami.
Kalau kerajaan masih meneruskan seperti ini, saya yakin dengan teknologi dan pengetahuan yang ada pada rakyat, rakyat akan hukum kamu. Jangan menjadikan rakyat di kawasan pembangkang sebagai mangsa dan percaturan politik. Inilah masanya untuk kerajaan membuktikan kepada rakyat betapa kerajaan hari ini bersifat adil dan saksama
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
seperti mana yang dilaungkan sebelum menjadi kerajaan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI dan khususnya Kementerian Ekonomi atas pembentangan RMK13 yang komprehensif ini. Di sini saya ingin membangkitkan beberapa isu dan rintihan rakyat dalam tempoh 12 minit dalam ucapan saya.
Nombor satu, impak pengembangan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).
SST yang diperluaskan secara besar-besaran pada 1 Julai 2025 dengan kadar cukai antara lima peratus hingga 10 peratus untuk barangan dan enam peratus hingga lapan peratus untuk perkhidmatan baru. Dengan penambahan skop dan tanggungan cukai yang jauh lebih luas telah mendatangkan reaksi yang sangat kuat daripada komuniti bisnes.
Saya terima aduan yang kuat berkenaan cukai lapan peratus ke atas perkhidmatan sewaan jika hasil tahunan melebihi RM1 juta. Pengusaha bisnes berpendapat cukai ini adalah tidak adil kerana kesemua cukai haruslah dikenakan pada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat dan individu dan bukan pada modal ataupun kos operasi sesuatu syarikat. Cukai lapan peratus yang dikenakan pada sewa ini adalah tidak berasas kerana sewa memang adalah sebahagian daripada modal dan kos operasi sesuatu bisnes.
Terdapat sesetengah syarikat kecil yang sewa ruang untuk menjual barangan di kompleks beli-belah tidak mendapat margin keuntungan yang besar walaupun hasil tahunannya melebihi RM1 juta. Sekarang mereka dipaksa untuk membayar lapan peratus cukai perkhidmatan ke atas sewa mereka. Pencukaian lapan peratus ini amat menjejaskan perniagaan kecil kerana margin keuntungan kedai-kedai kecil tersebut memang di sekitar lima peratus hingga 10 peratus sahaja.
Pencukaian terhadap sewa mereka akan menyebabkan syarikat berkenaan rugi dan memaksa mereka menutup kedai. Dengan itu, pihak LHDN pun tidak dapat mengutip cukai pendapatan daripada syarikat-syarikat kecil ini dan kerajaan akan berhadapan dengan peningkatan kadar pengangguran.
Sehubungan dengan itu, SME Association of Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa kerajaan untuk segera menyemak semula kerangka cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebagai tindak balas terhadap tarif baharu yang sebanyak sembilan peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat kerana tarif tersebut yang memberi kesan kepada industri utama seperti elektronik, produk getah dan peranti perubatan telah melemahkan daya saing PKS berorientasikan eksport secara ketara.
Beban tambahan SST dalam negara akan lebih memburukkan lagi tekanan kos yang disebabkan oleh tarif 19 peratus oleh Amerika Syarikat. Ini adalah kerana perluasan cukai
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
jualan dan perkhidmatan (SST) telah meningkatkan kos operasi bagi perniagaan yang terlibat dalam pembuatan, penyewaan, logistik dan perkhidmatan tanpa sebarang bentuk kredit cukai input untuk mengimbangi kesan cukai pelapis.
Presiden SME Association Malaysia, Encik Chin Chee Seong memberi amaran bahawa tanpa pembaharuan segera, banyak perusahaan kecil dan sederhana mungkin tidak dapat bertahan akibat tekanan berganda daripada tarif antarabangsa dan juga dasar cukai domestik.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang penanaman semula sawit. Pada tiga hari yang lepas, Menteri Perladangan dan Komoditi mengumumkan kerajaan dijangka memperuntukkan RM1.4 bilion dalam tempoh lima tahun menerusi Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi menggalakkan pekebun kecil melaksanakan penanaman semula pokok kelapa sawit.
Saya mengalu-alukan pengumuman YB Menteri tersebut tetapi peruntukan lima tahun ini adalah jumlah yang sangat tidak mencukupi. Jika dibahagikan secara tahunan, ia hanya bersamaan dengan RM280 juta setahun tetapi pada masa ini kos penanaman semula adalah sekurang-kurangnya RM20,000 bagi setiap hektar. Maka, geran ini hanya mampu menyokong penanaman semula 14,000 hektar setahun jika ditanggung sepenuhnya.
Sekalipun hanya 50 peratus subsidi penanaman semula diberikan, jumlah maksimum kawasan yang boleh ditanam semula hanyalah 28,000 hektar. Ini hanyalah sekitar 0.5 peratus daripada jumlah kawasan sawit yang ditanam di Malaysia iaitu sebanyak 5.6 juta hektar. Oleh itu, peruntukan ini sekali lagi tidak mencapai sasaran minimum empat peratus kawasan tanaman yang perlu ditanam semula setiap tahun.
Persoalan yang perlu dibangkitkan ialah mengapa Kementerian Kewangan enggan menggunakan semula sebahagian daripada cukai durian runtuh yang dikutip daripada industri sawit ataupun windfall tax sedangkan dana ini amat diperlukan untuk meningkatkan usaha penanaman semula, terutama dalam kalangan pekebun kecil yang masih mewakili hampir 25 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman sawit di negara ini.
Saya ingin tegaskan, hanya pekebun kecil yang diperakui sahaja yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini. Ini juga bermakna entiti seperti FELDA, FELCRA, RISDA, SALCRA dan seumpamanya tidak akan termasuk sebagai penerima manfaat.
Mereka mempunyai dana mereka sendiri, tetapi malangnya seringnya dana syarikat-syarikat ini dibazirkan akibat pengurusan yang tidak cekap. Sekiranya peruntukan ini hanya disalurkan kepada pekebun kecil yang diperakui, maka perbelanjaannya lebih munasabah dan berkesan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang untuk menyeru kerajaan menubuhkan agensi sokongan nafkah anak ataupun child support agency. Agenda nasional KASIH Keluarga Negara yang ingin memperkukuh institusi — memperkukuh kekeluargaan tidak boleh bersandar kepada andaian bahawa semua lelaki akan secara automatik menunaikan tanggungjawab mereka. Realitinya, ramai ibu terpaksa menjadi pengutip hutang
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
peribadi, memburu bekas suami hanya untuk mendapatkan hak asas anak-anak mereka. Ini bukan sahaja tidak adil, malah memberi tekanan emosi dan kewangan yang berpanjangan.
Saya mencadangkan agar RMK13 ini, kerajaan akan menubuhkan agensi sokongan nafkah anak (child support agency) sebagai agensi persekutuan yang menyelaras dan menguatkuasakan kutipan nafkah anak secara automatik, berkesan dan bebas tekanan.
Agensi ini harus memberi manfaat kepada semua ibu tanpa mengira kaum dan agama yang berdepan bapa yang gagal atau sengaja enggan menafkahi anak-anak mereka.
Negara seperti Australia, United Kingdom dan Kanada telah lama mempunyai agensi khas kerajaan untuk mengurus kutipan nafkah termasuk potongan gaji, sekatan pasport atau lesen dan tindakan undang-undang terhadap yang ingkar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Pendekatan ini menjadikan nafkah sebagai tanggungjawab yang dipantau negara, bukan beban peribadi ibu. Malaysia sudah terlewat tetapi belum terlambat untuk melaksanakannya demi keadilan dan masa depan anak-anak kita.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang reformasi pendidikan. Perkataan ‘reformasi pendidikan’ yang terkandung dalam Bab 3 Buku RMK13 ini iaitu di bawah meningkatkan mobiliti sosial. Saya puji kerajaan memberi tekanan dalam pendidikan TVET, tetapi penekanan terhadap TVET adalah tidak mencukupi.
Bagi penduduk di kawasan bandar, semakin ramai ibu bapa suka hantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah rendah dan menengah swasta ataupun homeschool kerana mereka telah semakin hilang keyakinan terhadap pendidikan kebangsaan. Selain itu, semakin ramai ibu bapa ingin anak-anak mereka menguasai bahasa asing khususnya bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris dalam tahap sekolah menengah.
Justeru, saya ingin mencadangkan Kementerian Pendidikan menjalankan survey di kalangan ibu bapa dan masyarakat pelbagai kaum kita untuk mencari apa jenis pendidikan yang dikehendaki oleh mereka dan kenapakah ramai ibu bapa di kalangan kelas menengah dan ke atas cenderung hantar anak mereka ke sekolah swasta.
Di sini, saya ingin mencadangkan Kementerian Pendidikan untuk memberi layanan yang adil terhadap sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK). Sejak tahun lepas, Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Confucian di Kuala Lumpur dan saya telah cuba berjumpa dengan beberapa pihak di Kementerian Pendidikan untuk membincangkan cadangan pemindahan SMJK Confucian dari tapak yang sedia ada ke Lot 54836 di Taman Desa. Lot 54836 adalah tapak SK Danau Perdana yang sudah berpindah ke tapak yang baru pada tahun 2004 kerana bangunan sekolah tersebut tidak selamat. Tetapi, usaha kami tidak berjaya dan mantan KSU Kementerian Pendidikan malah menolak permohonan pemindahan sekolah tanpa memberi apa-apa sebab.
Tuan Yang di-Pertua, sebab utama permohonan pemindahan SMJK Confucian adalah kerana bangunan SMJK Confucian yang sedia ada adalah tidak selamat. Bangunan sekolah yang sedia ada dibina pada tahun 1922 dan kini telah berusia 103 tahun. Satu syarikat
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
perunding iaitu Perunding JPC Sdn. Bhd. telah menjalankan kajian penilaian struktur bangunan SMJK Confucian dan mengesahkan bangunan sekolah itu tidak lagi selamat untuk diduduki. Selain itu, SMJK Confucian tidak mempunyai hak pemilikan ke atas tanah yang didudukinya, sebaliknya hanya menumpang di tapak Sekolah Menengah Confucian yang merupakan sekolah persendirian Cina. Keadaan ini menyebabkan SMJK Confucian tidak dapat mengadakan aktiviti untuk pelajar dan tidak dapat berkembang kerana saiz bangunan yang terhad.
Lokasi Lot 54836 dicadangkan ialah kerana tapak ini telah tidak digunakan lebih daripada 20 tahun kerana bangunan sekolah tersebut tidak selamat dan pertikaian undang- undang di antara Kementerian Pendidikan dan pihak kontraktor selama 20 tahun telah pun selesai.
Statistik DOSM menunjukkan penduduk berumur 10 hingga 19 tahun dalam lingkungan lima kilometer adalah 115,399 orang tetapi hanya 16,237 pelajar belajar di 17 SMK sahaja. Ini menunjukkan ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk belajar di tempat lebih jauh daripada tempat kediaman mereka. Memandangkan lingkungan lima kilometer Taman Desa mempunyai 10 buah sekolah jenis kebangsaan cina yang mempunyai 12,950 orang murid-murid dan ramai ibu bapa berkenaan memang berminat hantar anak-anak mereka untuk meneruskan pelajaran di SMJK, saya berharap Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan hasrat dan permintaan para ibu bapa tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Confucian dan 26 persatuan di lima kilometer Taman Desa telah menghantar memorandum kepada Menteri Pendidikan berkenaan isu ini. Saya juga pernah bangkitkan isu ini secara peribadi dengan Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan. Saya berharap Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan rayuan pemindahan SMJK Confucian dengan seriusnya demi selamatkan murid-murid sekolah tersebut daripada terus belajar di bangunan sekolah yang tidak selamat.
Dato' Yang di-Pertua, saya minta dua minit lagi untuk satu isu yang terakhir iaitu perubahan kaedah perancangan yang digazetkan tanpa konsultasi.
Saya melihat satu iklan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam akhbar The Sun mengenai satu permohonan untuk kebenaran merancang. Permohonan ini dibuat di bawah kaedah perancangan yang baru iaitu Kaedah-kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 yang diwartakan pada 13 Jun 2025 dan mula berkuat kuasa tiga hari kemudian, tetapi baru-baru mula disedari di kalangan pertubuhan masyarakat sivil setelah satu setengah bulan berlalu.
Saya ingin tanya pihak kerajaan, mengapa kaedah baharu ini diwartakan tanpa sebarang konsultasi dengan orang awam dan pihak-pihak berkepentingan terutamanya dalam aspek libat urus awam? Menurut Kaedah 3 dalam Kaedah-kaedah (Perancangan) 2025, Datuk Bandar boleh berunding dengan pihak berkaitan sebelum membuat keputusan, tetapi hanya jika beliau rasa perlu. Ini bermakna tiada jaminan bahawa orang awam akan diberi
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
peluang untuk bersuara atau memberi pandangan sebelum sesuatu pembangunan diluluskan.
Satu kaedah-kaedah baru yang mengganti kaedah-kaedah lama setelah lima dekad seharusnya mencerminkan kemajuan kesedaran sosial sivil yang telah berlaku. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat umum kerana proses membuat keputusan menjadi kurang telus dan orang ramai tidak diberi ruang untuk meneliti atau membantah permohonan pembangunan. Ia juga memberikan terlalu banyak kuasa kepada Datuk Bandar untuk meluluskan sesuatu pembangunan tanpa mengira pandangan masyarakat.
Akhirnya, saya mohon pihak kerajaan meneliti semula kaedah perancangan yang baharu ini dan memberi penjelasan kepada orang awam mengenai bagaimana dasar ini digubal dan diluluskan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Berikut, silakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk menyampaikan beberapa pandangan berkenaan dengan RMK13.
Sedar atau tidak, Malaysia telah memasuki rancangan lima tahun kali ke-13. Proses melakar pembangunan fizikal mahupun sosioekonomi terus menjadi perhatian. Saban kali pembentangan RMK, beberapa isu utama masih berlegar dan belum dapat dirungkaikan sepenuhnya. Antaranya, masalah di peringkat pelaksanaan.
Saya tegaskan, musuh utama kita bukanlah kepada perancangan di atas kertas mahupun dokumen yang tebal ini, tetapi musuh kita adalah di peringkat pelaksanaan projek- projek pembangunan yang masih tidak efektif dan tidak efisien. Saya katakan demikian menyentuh secara langsung pemilihan kontraktor yang berkeupayaan. Kerana kalau kita teliti senarai projek sakit yang ada dalam Rolling Plan Kelima RMK12 yang lalu, kebanyakannya berpunca daripada faktor kontraktor yang tidak kompeten.
Apa yang lebih menggusarkan kita adalah Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang menyerlahkan ketempangan dasar di peringkat Kementerian Kewangan iaitu dasar pra- kelayakan terpilih yang diperkenalkan oleh MOF sendiri bermula 15 Mac 2023. Laporan Ketua Audit Negara bukan sahaja menjelaskan kegagalan dasar perolehan ini sebagai mewujudkan ruang manipulasi dan ketidaktelusan terhadap dasar perolehan kerajaan, malah turut mengesyorkan agar kerajaan menghentikan dasar perolehan tersebut.
Kalau dasar perolehan kerajaan sendiri tempang, bagaimana kita mahu melihat senarai perancangan strategik pembangunan yang ada dalam RMK13 ini mahu direalisasikan?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Jadi, saya pulangkan persoalan ini kepada Kementerian Kewangan untuk menjawabnya. Tan Sri Yang di-Pertua, langkah mencorakkan pelaburan dalam negara terus menjadi fokus utama dalam RMK kali ini, khususnya melibatkan sektor pembuatan. Tahun lalu, Kedah menjadi negeri penerima pelabur tertinggi dalam sektor pembuatan iaitu 44.1 bilion. Malah, kalau kita perincikan kejayaan pelaburan yang diterima di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang berasaskan kepada sektor pembuatan.
Dalam tempoh empat tahun terakhir, menyaksikan KHTP menerima pelaburan sebanyak 132.5 bilion berbanding tempoh selama 25 tahun yang lalu, yang hanya mencapai pelaburan kira-kira 50 bilion sahaja sejak ia dibuka pada tahun 1996. Sudah tentu ini adalah sebahagian dari kejayaan kepimpinan negeri sebagai tuan rumah kepada KHTP ketika ini.
Justeru, besarlah harapan di pihak negeri Kedah untuk memastikan KHTP khususnya dan Kedah amnya untuk diangkat sebagai teras utama pelaburan bernilai tinggi dan berteknologi tinggi berasaskan kepada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
Persoalannya, apakah rancangan kementerian, khususnya melalui MIDA berkenaan perkara ini setelah menilai pelbagai kejayaan yang telah dicapai KHTP disokong dengan pelbagai dasar mesra pelabur seperti E10 dan sebagainya?
Dato’ Seri Yang di-Pertua, antara keutamaan mobiliti sosial yang diutarakan dalam RMK13 adalah mengenai penyeimbangan kemajuan ekonomi wilayah dan pengukuhan pembangunan luar bandar. Saya berpandangan isu ini sering menghiasi tema Rancangan Malaysia lima tahun negara. Persoalannya, mengapa soal keseimbangan pembangunan antara wilayah ini masih menjadi dendangan dasar kerajaan, sedangkan kita juga bercakap mengenai soal yang sama, satu atau dua dekad sebelum ini. Apa yang menjadi persoalan saya, mengapa tidak diletakkan keutamaan yang serius terhadap negeri-negeri yang membangun kerana saya tidak menjumpai ia disebut dalam mana-mana strategi di bawah perkara B5 ini.
Dalam aspek ini, saya berpandangan Pihak Berkuasa Koridor Pembangunan Wilayah seperti NCIA di Koridor Utara perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan hasrat keseimbangan wilayah dapat direalisasikan dengan bersungguh- sungguh. Saya ingin memberi contoh mengenai Delapan Special Border Economic Zone
(SBEZ) yang terletak di Bukit Kayu Hitam yang seharusnya menjadi dan mendapat perhatian daripada kerajaan, selain menumpukan kepada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.
Kini infrastruktur fasa satu seluas 500 ekar telah pun siap, dengan saya menerima makluman bahawa ICD yang menguruskan kemudahan darat bagi urusan kastam dan eksport, import, mula beroperasi di sana sejak Februari tahun ini. Kemudahan ICD yang disediakan di Delapan SBEZ ini juga boleh mengendalikan sehingga 240 ribu TEU kontena.
Saya percaya kalau kita berikan sedikit tumpuan terhadap Delapan SBEZ yang dibangunkan, kita boleh mempelbagaikan peluang untuk merealisasikan keseimbangan wilayah, melibatkan negeri Perlis, Kedah dan juga akan melimpah ke Pulau Pinang dan juga
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Perak. Bahkan ada kajian yang menunjukkan keupayaan dibangunkan hab halal yang strategik melibatkan Malaysia-Thailand yang bersempadan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pokok Sena, sekejap.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Ya, silakan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak menyentuh tentang struktur, penstrukturan semula untuk perimbangan perkembangan KDNK ataupun ekonomi dalam negara kita di negeri-negeri. Salah satu, kita tengok di sini dalam Ringkasan Eksekutif Rancangan Malaysia Ketiga Belas, menaikkan siling. Struktur ekonomi negara telah beralih kepada berasaskan pertanian kepada perindustrian.
Oleh sebab itu bila perindustrian, saya sekali lagi nak sebut sepatutnya kerajaan patut juga menstrukturkan semula apa ni, KXP yang bukan menjadi persaingan kepada Pulau Pinang kerana ini akan membantu dengan lebih cepat perimbangan ekonomi negeri-negeri dalam Malaysia ini, apatah lagi dengan kita menghadapi cabaran tarif yang dikenakan oleh US sebanyak 19 persen, Singapura 10 persen. Jadi, orang akan pilih macam mana.
Tetapi kalau perkhidmatan kita ada KXP, ada pelabuhan kargo ini, airport kargo yang lebih baik perkhidmatan, mereka akan memilih tempat-tempat kita. Tapi sekarang sangat padat apabila pelabuhan, apa ini lapangan terbang Pulau Pinang ini dah padat dengan limpahan, dia panggil spill effect. Daripada limpahan ekonomi yang berada di Kedah, terpaksa menggunakan airport Pulau Pinang ini.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Terima kasih YB Pendang, masukkan dalam ucapan saya. Jadi, saya mohon supaya Kementerian Ekonomi khususnya, menilai potensi ini secara bijaksana, teliti dan strategik. Kita sering kali bercakap soal pembangunan wilayah yang seimbang tetapi ironinya, kita masih mengulangi langkah yang sama dengan keutamaan projek diberikan kepada negeri yang sudah jauh ke hadapan.
Akhirnya, jurang kemajuan wilayah kekal, bahkan bertambah jauh.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Bab 2 “Strategi A1.6
Membangunkan Keseluruhan Rantaian Nilai REE.” Di sini disebutkan mengenai tumpuan terhadap membangunkan kapasiti tempatan serta melibatkan teknologi pelombongan, penulenan dan pemisahan REE. Saya melihat langkah yang dinyatakan dalam strategi ini lebih tertumpu kepada pembangunan infrastruktur REE. Perkembangan bakat dan tenaga kerja yang sesuai serta aspek tadbir urus.
Saya ingin bertanya, bagaimana pula usaha di peringkat kementerian? Untuk membangunkan industri REE ini secara jangka panjang, melibatkan kepentingan di peringkat kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi baru supaya hasilnya dapat dinikmati secara bersama. Kebanyakan kawasan yang mengandungi mineral REE ini khususnya di negeri Kedah terletak dalam kawasan hutan simpanan. Justeru, kaedah perlombongan yang diperkenalkan sejak sekian lama serta pembangunan teknologi perlombongan yang berkesan wajar menjadi perhatian di peringkat kementerian agar manfaat daripada industri REE ini
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Bab 2 “Strategi A1.6
dapat diperolehi, serta dalam masa yang sama dapat memelihara sumber khazanah hutan simpanan negara.
Perkara ini memerlukan langkah yang lebih teliti di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Oleh sebab itu, saya berpandangan kita harus menilai pembangunan industri REE sebagai strategik, melibatkan soal pembangunan teknologi dan kepakaran yang bersepadu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan B1, berkenaan reformasi pendidikan, khususnya melibatkan “B1.1: Memperkukuh Tadbir Urus” serta “B1.5: Mantapkan Kompetensi dan Kecekapan Warga Pendidik.” Saya mengharapkan agar isu bebanan tugas para guru dan urus tadbir di peringkat JPN, PPD dan sekolah sendiri dapat diperhatikan secara mendalam dan dinoktahkan segera. Walaupun isu bebanan tugas guru sering kali disentuh dan mendapat perhatian ramai, namun kita tidak melihat penyelesaian yang tuntas berlaku dan dirasai oleh para guru hari ini.
Apatah lagi, lebih membimbangkan beban mengajar dan mendidik para guru hari ini semakin bertambah, namun bukan kerana aspek pengkeranian dan aktiviti di luar bilik darjah semata-mata, tetapi juga kerana dek cabaran globalisasi yang melanda anak didik mereka, menyebabkan mereka sendiri terpaksa menanggung tugasan yang berat untuk mendidik anak bangsa. Masalah moral, masalah buli, masalah usia yang begitu muda tetapi sudah terdedah dengan budaya kuning, masalah dadah dan sebagainya.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Bab 2 “Strategi A1.6
Ertinya tidak mudah untuk menjadi seorang yang bergelar guru mahupun cikgu pada era moden ini. Persoalannya, bagaimana intervensi yang sesuai bagi menyokong dan mendukung profesion guru pada hari ini? Ini yang harus kita perhalusi secara mendalam.
Dimensi cabaran yang dihadapi oleh golongan pendidik jauh daripada apa yang dinyatakan dalam dokumen RMK ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong strategi B1.7 memperluaskan pembelajaran sepanjang hayat dinyatakan dalam RMK13. Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai usaha kerajaan menyokong hasrat golongan yang bekerja untuk menyambung pengajian mereka khususnya melibatkan insentif kewangan. Apakah kementerian mempunyai hasrat ke arah itu?
Selain itu, saya juga tertarik dengan penerusan dasar TVET tahfiz yang dinyatakan dalam strategi B1.8 memperkukuh ekosistem TVET. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha di pihak kementerian bagi memastikan dasar TVET tahfiz ini benar-benar direalisasikan buat masa ini. Cuma persoalannya, apakah usaha yang sedang dirintis bagi memastikan penglibatan yang optimum oleh tahfiz swasta?
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya beralih ke strategi B3.2 menangani kemiskinan kerana ini adalah masalah yang masih membelenggu rakyat kita, tak kira di kawasan mana. Hampir setiap kawasan Parlimen, terutama di luar bandar termasuk di kawasan saya di Pokok Sena.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Bab 2 “Strategi A1.6
Kita boleh bersetuju bahawa pendekatan menangani mahupun menguruskan kemiskinan ini telah beralih daripada melihat kepada dimensi jumlah nominal, pendapatan semata-mata kepada dimensi yang lebih pelbagai. Hari ini, kepelbagaian dimensi itu dijadikan kayu ukur yang efektif bagi memastikan seseorang atau sesebuah isi rumah keluar daripada kepompong kemiskinan yang serata seperti taraf pendidikan khususnya anak-anak, taraf kesihatan serta taraf kehidupan.
Namun, aspek yang tidak boleh dikesampingkan juga Tan Sri Yang di-Pertua adalah pertama, mengenai perancangan yang sesuai dan yang keduanya, lokaliti yang bersasar.
Aspek kemiskinan tidak boleh ditangani secara rawak atau umum. Ia perlu kepada pendekatan realistik bagi memastikan pendekatan yang diterokai dapat disesuaikan dengan kehendak sosioekonomi masyarakat setempat. Inilah yang wajar yang sewajarnya diperhatikan oleh kerajaan dalam usaha menangani kemiskinan. Jika tidak, slogan menoktah kemiskinan hanyalah menjadi retorik politik.
Yang terakhir Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya sudahi perbahasan ini dengan serangkap pantun.
Kuatnya hati bersifat tabah, Hadapi ekonomi tidak menentu; Jika nasihat, jika dinasihat tak juga berubah, Baik diganti kerajaan yang baru. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Permatang Pauh untuk membahaskan RMK13 pada kali ini. Saya hanya ada beberapa isu sahaja.
Yang pertama, berkaitan dengan Malaysia sekarang menjadi negara menua. Kalau kita tengok sekarang ini, negara kita telah rasmi menjadi negara menua sejak 2021 lagi.
Sebanyak 7 peratus dan akan mencecah 15 peratus pada tahun 2030 dan rakyat Malaysia yang 7 peratus ini berusia 65 tahun ke atas.
Faktor penyebab perkara ini kalau kita boleh tengok ada faktor secara langsung, ada faktor secara tak langsung. Kalau faktor langsung ini berkaitan dengan fasiliti kesihatan yang baik, tahap kesihatan yang meningkat, kemudahan yang baik dan sebagainyalah.
Tapi kalau faktor tidak langsung pula kita boleh tengok dia dipengaruhi juga oleh kadar kelahiran yang rendah. Ini faktor tidak langsung yang mana anak-anak muda hari ini kalau kita tengok mereka semakin banyak tidak mahu untuk melahirkan anak ataupun mereka tidak mahu bilangan anak yang ramai.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Dan perkara ini berlaku disebabkan beberapa faktor tertentu antaranya tekanan kos sara hidup, cukai yang pelbagai sehingga kos pengangkutan, kediaman, makanan dan pendidikan juga meningkat dirasai oleh anak-anak muda hari ini.
Jadi, saya nak mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk kita menggalakkan anak-anak muda ini supaya dapat meneruskan kelangsungan negara kita ini supaya kerajaan dapat memperkenalkan skim subsidi penjagaan anak khususnya bagi pasangan muda yang bekerja di sektor swasta dan juga yang bekerja sendiri. Dan ini boleh memberikan sedikit keringanan kepada pasangan muda dan juga boleh memberikan wanita untuk kekal bekerja dalam keadaan suasana ekonomi sekarang ini, kalau tidak mereka terpaksa berhenti kerja dan menjaga anak-anak. Jadi, ini memberi peluang kepada mereka.
Dan yang kedua, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan sepertimana yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Mereka melaksanakan Skim Permata Sejahtera yang merupakan insentif tunai kepada ibu bapa bagi setiap kelahiran anak-anak sebagai galakan untuk pembentukan keluarga yang sejahtera. Jadi, mohon respons daripada Menteri.
Isu yang kedua pula, yang ini yang saya rasa sangat menarik. Berkaitan dengan isu bumiputera, banyak disebutkan oleh sahabat-sahabat berkaitan dengan fokus tentang bumiputera. Cuma, saya cuma nak menyentuh berkaitan dengan isu harta pusaka yang beku yang mana kalau kita tengok harta pusaka yang beku ini di dalam negara kita hampir melebihi RM90 bilion dan 90 peratus daripada harta ini melibatkan aset golongan bumiputera dan data yang ada kita boleh lihat lebih daripada 70,000 kes yang tertunggak dalam tempoh 10 tahun ataupun sedekad ini.
Masalahnya banyaklah sehingga menyebabkan berlakunya harta pusaka beku ini.
Antaranya kos guaman yang mana tidak mampu ditanggung, sikap sambil lewa waris, ketiadaan surat mentadbir dan yang paling banyak sekali adalah konflik dalaman yang dialami oleh waris itu sendiri.
Jadi, kesan daripada peristiwa ini ataupun daripada isu ini kita boleh tengok aset seperti rumah dan tanah tidak boleh dimanfaatkan, tidak boleh dijual, tidak boleh digadai, tidak boleh diduduki. Dan ada setengah waris yang mempunyai harta tapi terpaksa menyewa di tempat lain disebabkan harta tersebut tidak dapat dibahagikan dengan baik.
Jadi, saya nak mencadangkan kerajaan agar diwujudkan ataupun ditubuhkan satu entiti baru. Contohnya konsultan faraid rakyat yang mana konsultan ini boleh berperanan untuk menyelesaikan beberapa isu yang saya sebutkan sebentar tadi dan menjadi pemudah cara kepada rakyat dalam menyelesaikan isu harta faraid.
Dan juga kerajaan boleh mewujudkan satu notifikasi bersepadu di antara kerajaan dan perkara ini boleh dilaksanakan seawal pengesahan kematian yang dibuat di JPN. Bila pengesahan itu dibuat, pemakluman automatik boleh dihantar kepada agensi-agensi yang lain seperti bank, KWSP, Takaful, Saham, Amanah Raya, JKPTG dan juga lain-lain agensilah kerana ini akan memudahkan untuk diadakan proses tersebut. Dan pegawai dan staf dilantik secara rasmi oleh kerajaan dan berikanlah mereka autoriti untuk berurusan dengan semua
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
agensi tersebut. Mohon pihak Menteri untuk memberikan pandangan kerana isu pusaka ini adalah isu yang sudah lama dan jumlahnya agak besar.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang ketiga saya nak menyentuh sikit berkaitan dengan isu projek-projek di Permatang Pauh yang mungkin boleh disenaraikan, diberikan perhatian dalam RMK13 ini.
Yang pertama saya menyambut baik berkaitan dengan Projek Lebuhraya Juru- Sungai Dua yang saya sebut sejak daripada 2023 dan alhamdulillah pihak kerajaan mengambil perhatian tentang perkara tersebut dan mudah-mudahan projek ini dapat meringankan sedikit kesesakan di kawasan utara tanah air.
Saya cuma nak menyentuh sikit berkaitan dengan isu di kawasan Permatang Pauh itu sendiri yang mana di Permatang Pauh ini antara perkara besar yang selalu berlaku adalah berkaitan dengan banjir dan juga kesesakan jalan rayalah. Ini yang dua yang besar yang selalu kita dapat makluman.
Jadi, saya nak mohon pada pihak kerajaan kalau boleh dimasukkan ke dalam RMK13 ini antaranya pembinaan jalan alternatif daripada Bandar Perda ke Permatang Ara, yang mana jalan ini kalau dilaksanakan ataupun dibina, dibuat, dia boleh meringankan secara besar-besaran aliran trafik di Permatang Tok Kandu dan juga di Jalan Tanah Liat.
Yang kedua, saya mohon kerajaan untuk memerhatikan khususnya berkaitan dengan pelebaran jalan di pekan Permatang Pauh itu sendiri kerana pekan itu sesak, dia perlukan sistem perparitan, pemasangan lampu isyarat dan sebagainya.
Kemudian, naik taraf Jalan Kubang Ulu Berapit. Ini juga perlu untuk mengelakkan kesesakan di Pekan Penanti, menaik taraf jambatan dan juga di tebing sungai Ban Busuk di Kubang Semang yang mana sungai tersebut antara menjadi sebab juga kenapa berlaku banjir di kawasan Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Kemudian, jambatan di hadapan masjid Kampung Pertama, yang itu semakin hari semakin mendap. Cuma ditampung sahaja. Belum ada lagi cadangan untuk dibina baharu dan kalau bolehlah saya mohon pihak kerajaan untuk menyediakan dana khusus, khususnya kepada pegawai-pegawai daerah di setiap daerah kerana banyak berlaku peristiwa-peristiwa kecemasan yang kadang-kadang kita nak menguruskan perkara tersebut agak sukar. Jadi, sekiranya peruntukan diperolehi ataupun dipegang oleh pegawai-pegawai daerah ini mungkin permasalahan tersebut dapat diuruskan dengan lebih cepat.
Dato’ Yang di-Pertua, kelmarin kalau kita tengok Yang Berhormat Kampar memberikan satu ucapan yang bagi saya secara peribadi agak baik. Beliau menyebut berkaitan dengan GST menjadi sebab rakyat menolak kerajaan terdahulu dan sekarang kalau kita tengok SST pun menjadi beban kepada rakyat apabila dinaikkan kepada lapan peratus dan diluaskan skop cukainya. Kemudian, Yang Berhormat Kampar ada bertanya berkaitan adakah pembangkang mempunyai alternatif kepada cukai dalam negara.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Saya menyambut baik kenyataan beliau tersebut dan saya dah sebut isu ini pada sidang yang lalu. Jika GST yang dilaksanakan mempunyai isu dan implikasi, begitu juga SST yang hari ini banyak dibahaskan pun memiliki perkara yang sama. Apakah kiranya kerajaan mula mengkaji dua sistem cukai yang digariskan oleh Islam sejak zaman-berzaman melalui konsep zakat yang telah diamalkan oleh negeri-negeri di Malaysia ini. Jika di dalam zakat, terdapat zakat simpanan dan juga zakat saham dan dia diwajibkan pada kadar 2.5 peratus setahun. Saya mencadangkan agar kerajaan boleh mengkaji dan juga mengenakan cukai yang dinamakan cukai simpanan korporat dan juga cukai saham.
Saya bagi contoh simple. Cukai simpanan korporat. Kalau kita tengok hari ini simpanan tetap kerajaan dan korporat tidak dikenakan apa-apa cukai. Dari sudut pandang yang lain, wang ini milik orang kaya yang dianggap lebihan. Dari konsep pengaliran wang, velocity of money dengan izin, dia perlu dialirkan ke bawah khusus kepada golongan miskin untuk meningkatkan kuasa beli mereka, membantu pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan kuasa permintaan. Caranya simple sahaja, boleh dikenakan sebanyak 2.5 peratus dengan mengambil kira jumlah minimum setahun yang dimiliki oleh pihak syarikat dan korporat, sekalipun dia berada dalam akaun yang berbeza.
Yang kedua, cukai saham. Cukai saham yang diperdagangkan ini kalau kita tengok melebihi RM300 bilion, bahkan lebih daripada itu dan nilai pegangan saham di Bursa Saham sekitar RM2 trilion pada tahun 2024. Kalau kita tengok sehingga hari ini pegangan saham dan keuntungan tidak dikenakan apa-apa cukai sedangkan hasilnya puluhan juta dan kebiasaan mereka yang terlibat dengan saham ini, orang-orang kaya dan orang-orang yang mempunyai wang yang banyak dan bukanlah masyarakat desa ataupun golongan miskin.
Jadi, dengan andaian jumlah terendah yang layak dicukai oleh mekanisme percukaian ini, kita ambil kira kasarlah, separuh sahaja. Dengan kadar 2.5 peratus kadar cukai yang boleh diambil melalui cukai saham ini, kita boleh mendapat sejumlah hampir RM20 bilion ataupun ke RM30 bilion dan boleh dimanfaatkan untuk negara bagi cukai simpanan dan juga cukai saham ini.
Kadar 2.5 persen ini pula, ini kadar maksima sepertimana zakat dan kerajaan boleh merendahkan lagi kadar jika dibimbangi menimbulkan sentimen negatif di kalangan pelabur.
Kedua-dua cukai ini hanya melibatkan maha kaya tanpa melibatkan langsung majoriti rakyat marhaen. Inilah cantiknya aturan Islam berbeza dengan GST dan SST. Jadi, terima kasih kepada Kampar kerana membangkitkan kelmarin.
Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya juga menyokong cadangan daripada Ketua Pembangkang Perikatan Nasional, Yang Berhormat Larut dalam ucapan semalam, untuk mewujudkan sebuah entiti kerajaan yang bernama REENAS untuk mengawal hasil bumi yang berharga ini, REE. Ia bertepatan dengan prinsip Islam itu sendiri kerana dalam sistem ekonomi Islam ada dua perkara yang mesti diletakkan di bawah milik negara ataupun dimiliknegarakan dan tidak boleh diswastakan pada mana-mana pihak ataupun mana-mana tauke kaya.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Yang pertama, hasil bumi dan galian dan yang kedua, keperluan keseluruhan rakyat seumpama beras, minyak masak dan sebagainya. Jadi, mudah-mudahan dalam RMK13 ataupun RMK yang akan datang nanti, ada usaha dan perancangan oleh mana-mana kerajaan untuk memiliknegarakan dua perkara besar ini agar hasil negara dapat diagihkan dengan adil dan saksama kepada rakyat keseluruhannya dan tidak hanya bergantung kepada cukai.
Dato’ Yang di-Pertua, jika kehidupan sekarang ini berada dalam ketidaktenteraman dalam pelbagai sudut, saya berkeyakinan formula yang telah ditetapkan oleh Allah Taala adalah penyelesaian terbaik kepada semua permasalahan yang berlaku. Bagi saya, ajaran Islam adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah umat. Islam adalah penyelesaian. Sekian, terima kasih. Saya mohon mencadang.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Speaker. RMK13 ini telah memberikan penekanan kepada pembangunan inklusif, pertumbuhan berimpak tinggi dan kelestarian jangka panjang. Namun, bagi rakyat Sandakan, Sabah, persoalannya mudah.
Bila lagi pembangunan ini sampai ke tanah kami di Pantai Timur? Oleh itu, ucapan untuk saya hari ini akan memberikan fokus kepada tiga perkara utama:
Pertamanya, pembangunan seimbang dan penambahbaikan segera infrastruktur asas, pembangunan serantau melalui projek berimpak tinggi dan mampan, pelaksanaan sebenar di lapangan dengan tumpuan kepada Sabah, khususnya di Sandakan.
Pembangunan inklusif, tutup jurang Sabah dan Semenanjung. Dato’ Speaker, jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung bukan perkara baru. Sudah berpuluh tahun rakyat Sabah bersabar. Soalan saya adalah, apakah langkah segera dan berkesan kerajaan untuk menutup jurang ini dalam RMK13?
Rakyat Sabah selalu sebut tiga masalah besar yang sudah menjadikan satu sinonim:
mati karan, mati air dan jalan bulan. Hidup rakyat terseksa, ekonomi juga tersekat. Selaginya masalah asas ini tidak diselesaikan, jangan harap Sabah boleh maju dengan seiring negara.
Jadi, saya mendesak kerajaan untuk memperuntukkan mesti — peruntukannya mesti secukupnya dan tindakan mestinya cepat, KPI-nya mesti jelas.
Isu bekalan elektrik yang tidak mencukupi. Segerakan Southern Link Grid Line Transmission dan sambungan grid Sarawak-Sabah. Sampai hari ini, catuan bekalan elektrik sedang berlaku dan yang paling terjejas teruk, Pantai Timur Sabah. Rakyat pedalaman pun berhak hidup dengan lampu terang, bukan hanya dengan generator sahaja.
Berkenaan isu bekalan air. Kami seharusnya ganti semua part yang usang, yang buat non-revenue water (NRW) dengan izin, di Sabah yang mencecah 50 peratus hingga 60
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
peratus. Sandakan perlu satu sumber air alternatif sebab Sungai Segaliud sudah tidak dapat menampungnya.
Dato’ Speaker, cukup kecewanya apabila saya terima maklumat terkini bahawa kajian untuk sumber air baharu hanya akan bermula dari tahun 2026 di mana Sandakan telah diserang isu air laut mencemari Loji Segaliud pada tahun 2022. Tapi, kenapa tahun depan baru mula kajian? Pan Borneo Sabah juga sudah 10 tahun berjalan tapi siapnya lambat betul.
Daripada 16 pakej Fasa 1A, hanya empat di siap. Pan Borneo ini ibaratnya bypass surgery untuk jantung ekonomi Sabah. Masa yang kritikal sudah. Keratan surat khabar oleh The Edge Malaysia pada 28 Julai bahawa Ireka Corporation RM1.07 billion, Pan Borneo Highway job terminated.
Apabila kami menyuarakan kepada kerajaan, kenapakah semua projek ini ditender di Semenanjung Malaysia? Padahal kerja pelaksanaan adalah di Sabah. Kami akan dijawab dengan, Sabah tiada kontraktor yang setanding di Semenanjung Malaysia. Jadi, apa yang berlaku dengan contoh syarikat Semenanjung ini? Untuk memperkasakan kontraktor tempatan, kerajaan sepatutnya buka tender di negeri-negeri masing-masing supaya kami mengurangkan istilah kontraktor Ali Baba. Memacu pembangunan serantau Sandakan sebagai satu pemacu Pantai Timur.
Dato’ Speaker, pembangunan di Sabah juga tidak seimbang antara Kota Kinabalu dengan Pantai Timur. Terlalu banyak projek tertumpu di KK. Sedangkan 50 peratus rakyat Sabah tinggal di Pantai Timur. Sandakan merupakan salah satu bandar yang kedua terbesar di Sabah, punya kelebihan strategik yang luar biasa dan juga sepatutnya dijadikan pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Sabah. Sumber semula jadi yang kaya dan juga terletak di tengah-tengah BIMP-EAGA. Jadi, saya mendesak kerajaan tetapkan Sandakan sebagai satu Zon Ekonomi Khas, (Special Economy Zone), dengan izin, supaya kami boleh buka peluang perindustri hiliran dan juga mencipta peluang pekerjaan yang berkualiti untuk rakyat tempatan.
Jika kita bergabung dengan Kompleks CIQ di Sandakan dan sempadan Kalimantan, perdagangan rentas sempadan akan lancar, Pantai Timur Sabah juga akan dapat menjadikan salah satu hab logistik untuk BIMP-EAGA dan Malaysia boleh meneraju pembangunan serantau.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Seterusnya adalah pembangunan mampan pacu ekonomi biru dan hijau. Dato’ Speaker, Sabah kaya dengan potensi ekonomi biru dan hijau. Sandakan diiktiraf sebagai satu ekopelancongan dunia. Sumber laut kita boleh dilonjakkan di industri perikanan dan juga perdagangan negara tetapi prasarana masih belum dilengkapi. Jeti pelancongan khas di Sandakan untuk akses selamat ke Pulau Berhala, Pulau Selingan dan Lankayan belum lagi dibina.
Sambungan penerbangan antarabangsa terus ke Hong Kong, Guangzhou atau Singapura belum lagi mula walaupun kami punya landasan kapal terbang sudah pun
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
dipanjangkan. Jadi, kami di Lapangan Terbang Sandakan perlu juga menaik taraf — perlulah kami juga menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan di mana bumbung ada yang bocor, air- con tidak berfungsi, conveyor belt yang sangat pendek. Jadi, ini tidak akan — akan membuat imej Sandakan terjejas apabila pelancong melawat ke Sandakan.
Untuk ekonomi maritim, kompleks LKIM lengkap dengan jeti pendaratan, stor sejuk dan juga diesel bersubsidi yang stabil diperlukan untuk mendalamkan saluran Pelabuhan Sandakan dan Berhala channel supaya kapal besar boleh berlabuh di Sandakan. Sandakan memang sangat strategik dijadikan satu hub transshipment Selat Makassar.
Petikan daripada perbahasan Paya Besar kelmarin, JKPK Kewangan dan Ekonomi telah melawat ke ibu kota Nusantara dan mendapati bahawa ada keperluan mendesak bagi kerajaan untuk memperkasakan Pelabuhan Lahad Datu, Kunak, Kudat, Tawau dan Sandakan bagi merebut limpahan ekonomi daripada Selat Lombok dan juga Selat Makassar shipping line dengan izin, di utara perairan Sabah yang menghubungkan negara China dengan Australia. Jadi, Sandakan sokong sepenuhnya.
Dato’ Speaker, semua yang dikongsikan adalah fakta dan potensi Sandakan. Tidak perlu lagi kami upah researcher untuk membuat market study lagi. Kami perlukan pelaksanaan sebenar dari kertas ke realiti. Dato’ Speaker, masalah negara kita bukan kami tidak ada pelan, kami punya pelaksanaan yang lemah. Orang selalu kata dengan izin, Malaysia has the first-class plans but the third-class implementation. Jadi, RMK13 ini mesti buktikan era ini sudah berakhir.
Seterusnya adalah berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara tunjuk jelas dengan bahawa Libaran Bypass dan Pan Borneo Sabah, duit habis berbilion tapi jalan belum siap. Rakyat sangat marah sebab janji tak turun ke bumi. Apa yang tidak masuk akal adalah empat pakej di Libaran Bypass Sandakan, hanya satu sahaja yang diluluskan. Meskipun projek sakit ini boleh diselesaikan, jambatan ini tidak boleh digunakan. Bagaimana kerajaan boleh meluluskan satu perempat projek di mana kami perlukan keempat-empatnya untuk menggunakan jambatan ini. It is going to be a bridge heading to nowhere, dengan izin.
Jadi saya mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan kepada kontraktor dan pihak yang gagal, dapatkan pampasan sebaiknya. Rombakan isu birokrasi dan melambatkan projek dan mempercepatkan desentralisasi kuasa kepada negeri supaya kami boleh cepatkan semua projek.
Berkenaan dengan Hospital Duchess of Kent. Adalah keperluan mendesak untuk kami menaik taraf kami punya Hospital Duchess of Kent untuk menjadi hospital pakar major bertaraf negeri. Oleh kerana populasi kami makin ramai tetapi katil hospital masih kekal 400 sejak daripada 2027. Dan juga Hospital Duchess of Kent merupakan satu-satunya hospital awam di Sandakan dan juga dijadikan hospital rujukan untuk Kinabatangan, Beluran dan juga Telupid. Bilangan pakar perlu juga dinaikkan daripada 18 ke 49. Jadi, peruntukan untuk Hospital Duchess of Kent Sandakan, bawah RMK13 mesti diluluskan dengan segera.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Berkenaan dengan rumah mampu milik, data kerajaan tempatan Sandakan mencatatkan 34,000 penduduk tempatan kini tinggal di kawasan setinggan yang tidak mempunyai akses kepada bekalan air dan elektrik. Ini telah menjadi satu isu sambungan haram bekalan elektrik dan air di kawasan setinggan semakin berleluasa. Jadi, apabila tekanan paip air tidak dapat dikawal dan akhirnya paip pecah, sekali lagi notis gangguan air akan diterima di Sandakan. Ini bukan hanya membawa kerugian kepada kerajaan, Dato’ Speaker, tetapi kepada semua yang menjalankan business.
Sehubungan itu, saya ingin menegaskan bahawa fasa 2 PPR Batu Putih dan PPR Taman Batu Sapi serta PPR Taman Harmoni sepatutnya diluluskan dan disiapkan di bawah RMK sebelum RMK ini dan kami mesti mempercepatkannya tanpa kompromi. Rakyat Sabah sudah terlalu lama menunggu janji rumah yang selamat dan bermaruah. Oleh itu, dengan RMK13, saya yakin kerajaan akan mengambil berat mengenai isu ini.
Permintaan rumah kos rendah ini adalah sangat tinggi. Apabila kerajaan asyik menggalakkan belia mesti bina rumah tangga, mesti kahwin supaya kami boleh mulakan rumah tangga. Tetapi selepas kahwin, di mana kami tinggal? Golongan belia dan golongan B40 di Sandakan dan di Pantai Timur Sabah sudah lama tersepit kerana tiada lagi pilihan, selain menetap di rumah setinggan ataupun tinggal bersama ibu bapa atau atuk dan nenek.
Jadi, mohon kerajaan luluskan cadangan PPRT di Sandakan dengan segera.
Dato’ Speaker, inilah realiti di lapangan yang mesti diutamakan dalam RMK13. Kita tidak boleh bercakap tentang inklusiviti dan kesejahteraan rakyat, jika ribuan keluarga di Sandakan masih hidup tanpa bekalan air bersih dan elektrik yang sah. Kami tidak boleh juga bercakap tentang kemajuan negara, jika rakyat sekitar di Sabah masih tinggal di rumah yang tidak selamat dan terpinggir daripada arus pembangunan.
Dato’ Speaker, Sabah memang sudah lama bersabar. Masa untuk kerajaan bertindak adalah sekarang. RMK13 ini mesti dijadikan satu titik perubahan untuk tutupkan jurang pembangunan Sabah-Semenanjung, siapkan infrastruktur yang kritikal tepat masa dan pacu ekonomi biru dan hijau untuk generasi yang seterusnya.
Dengan itu, saya ingin menutup saya punya perbahasan. Kita orang Sabah mahu tengok hasil dan bukan hanya janji sudah. Sekian dan terima kasih Dato’ Speaker. Sandakan mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada Padang Terap untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Perkara yang pertama yang saya ingin sentuh ialah tentang kerangka kewangan Islam. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
menyentuh mengenai hala tuju kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Malaysia terus menduduki tangga teratas dalam Islamic Finance Development Index
(IFDI) 2024 bagi tahun ke-12 berturut-turut mengatasi gergasi industri seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, dalam landskap kewangan Islam yang semakin kompetitif, pelbagai cabaran serta persaingan baharu menuntut usaha berterusan daripada Malaysia agar terus unggul sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat global. RMK13 ada menyatakan bahawa usaha memperkukuhkan sektor kewangan Islam akan dilaksanakan menerusi Pelan Sektor Kewangan 2022–2026 serta pelan induk baharu pasaran modal Islam.
Namun, saya perhatikan bahawa dokumen ini tidak memperincikan sebarang garis masa ataupun timeline, petunjuk prestasi utama yang jelas bagi mengukur kejayaan pelaksanaan pelan-pelan tersebut. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah indikator spesifik yang telah digariskan oleh kerajaan dalam memastikan Malaysia terus mengekalkan kedudukannya di persada antarabangsa sebagai peneraju kewangan Islam dan dapat diukur dengan jelas dan telus bagi tempoh hingga 2026 seterusnya sehingga tahun 2030.
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2022, Malaysia telah meluluskan Lesen Bank Digital bagi merangsang inovasi dalam sektor kewangan digital. Walau bagaimanapun, berdasarkan dokumen RMK13, saya tidak menemukan satu strategi khusus yang memperincikan pendekatan untuk memperkukuhkan ekosistem Fintech Islam, khususnya dari sudut penguasaan teknologi big data dan AI. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya, apakah perancangan kerajaan dalam rangka pelan tindakan khusus untuk membangunkan Fintech Islam agar ia mampu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi digital dan global?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Adakah kerajaan merancang untuk mengadakan kerjasama strategik dengan negara-negara rakan seperti Qatar atau negara serantau lain dalam memperkukuhkan pembangunan teknologi kewangan Islam? Sebagai contoh, Bank Rakyat telah memperkenalkan platform Sandbox sebagai medium kepada pembangunan teknologi kewangan fintech untuk menguji dan membangunkan inovasi mereka.
Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas infrastruktur yang boleh dimanfaatkan.
Persoalannya, bagaimanakah pihak kerajaan merancang untuk mengoptimumkan platform- platform sedia ada ini bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan transaksi kewangan Islam termasuk dalam agihan kebajikan seperti wakaf dan zakat agar selari dengan kehendak zaman dan keperluan rakyat?
Isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan ialah tentang hala tuju industri getah negara. Dalam RMK13 disebut bahawa kerajaan akan menumpukan kepada peningkatan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
produktiviti sektor agrikomoditi seperti sawit, getah dan koko dengan penggunaan teknologi moden seperti mekanisasi automasi robotik serta penyelidikan dan pembangunan (RDCI).
Namun, kebimbangan yang besar saya terhadap masa depan industri getah negara, khususnya produk sarung tangan getah. Kita bercakap soal penghasilan getah, tetapi bagaimana dengan keadaan semasa permintaan getah negara? Kita pernah menjadi juara dunia dalam pengeluaran sarung getah. Tetapi hari ini kita makin kehilangan taring sedangkan Malaysia adalah pembekal global utama sarung getah iaitu 50 peratus daripada pasaran di Amerika Syarikat.
Baru-baru ini kerajaan Amerika Syarikat telah mengenakan tarif baharu sebanyak 19 peratus ke atas Malaysia yang memberikan kesan kepada eksport produk getah ke Amerika kerana pasaran utama sarung getah negara bergantung kepada Amerika. Ini bukan berita baik. Dulu Malaysia ada kelebihan sebab tarif kita lebih rendah berbanding negara lain di Asia, tetapi sekarang semua negara ASEAN sudah kena tarif hampir sama dan setaraf.
Sekarang, kita sudah kehilangan kelebihan itu.
Saya merujuk kepada gesaan Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia
(MARGMA) yang menyeru supaya pihak kerajaan mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat supaya sektor getah, sarung tangan getah tidak terkesan. Tarif 19 peratus ini menyebabkan harga sarung tangan keluaran kita tidak lagi kompetitif. Apabila pembeli daripada Amerika Syarikat melihat harga sarung tangan getah kita, mungkin mereka pilih negara lain seperti Thailand atau Indonesia sebab kualiti lebih kurang sama, tetapi kos mungkin lebih rendah bila masuk ke logistik dan juga cukai.
Kemudian, cabaran sektor getah negara kita ialah kilang kita masih tidak menjalankan operasi sepenuhnya kapasiti yang ada. Contohnya, kilang sarung tangan getah tangan Hartalega baru beroperasi pada kapasiti 69 peratus, Top Glove pula sekitar 61 peratus. Ini maknanya masih banyak mesin yang tidak digunakan sepenuhnya, tetapi kos tetap berjalan. Bila kos tinggi, untung makin kecil. Tambahan pula, tekanan daripada persaingan negara China, syarikat mereka makin berkembang ke negara jiran seperti Vietnam dan Kemboja. Jadi, semakin ramai pemain dalam pasaran, persaingan makin sengit.
Jadi, kesan tarif 19 peratus kepada sektor komoditi terutamanya getah akan menjejaskan pendapatan pekebun kecil seluruh negara. Apabila permintaan getah di domestik dijangka menurun dan harga getah juga dijangka menurun, maka kita akan menyaksikan lebih banyak pekebun kecil getah menukar tanaman mereka kepada tanaman sawit. Jadi, apakah hala tuju negara dalam sektor industri getah? Adakah kerajaan masih menyasarkan untuk Malaysia menjadi salah satu pengeluar utama getah dunia seperti dahulukala?
Malaysia terlalu bergantung terhadap pasaran Amerika dalam sarung getah. Lebih 60 peratus sarung getah tangan kita dieksport ke sana. Bila ada dasar baru daripada Amerika, kita terus panik. Kenapa kita tidak fokus membuka pasaran baru selain daripada Amerika seperti di Afrika Timur Tengah ataupun di tempat-tempat yang lain?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Jadi, saya menyeru pihak kerajaan kena duduk berunding semula dengan pihak Amerika, runding semula untuk cari ruang pengecualian tarif khas untuk industri sarung tangan getah. Kita minta zero tariff untuk getah dari Malaysia sebab kita adalah pengeluar getah utama. Kita minta zero tariff getah daripada Amerika sebab kita Malaysia adalah pengeluar getah utama dan pembekal utama kepada Amerika sedangkan Amerika tidak mengeluarkan getah. Jadi, kita ada kelebihan untuk berunding meminta pengecualian tarif ataupun zero tariff untuk produk getah kepada Amerika.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir berkenaan dengan hala tuju getah negara. Saya ingin mengulangi sebut. Semenjak daripada penggal pertama sehinggalah penggal keempat, ulang kali sebut di dalam Dewan Yang Mulia ini tentang projek berskala besar Kedah Rubber City yang mana Kedah Rubber City ini telah memakan hampir masa lebih 10 tahun projek di bawah Kementerian Ekonomi, agensi pelaksananya ialah NCIA dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Kedah adalah untuk melonjakkan industri getah negara.
Alhamdulillah, kita melihat perkembangan yang sangat positif projek Kedah Rubber City, Bandaraya Getah di Padang Terap. Apabila kita melihat yang mutakhir ini banyak pelabur-pelabur masuk menyatakan minat dan memberikan komitmen pelaburan mereka di Kedah Rubber City termasuklah sebuah kilang yang besar yang bertaraf dunia, kilang yang mengeluarkan produk tayar, pelbagai jenis tayar yang berjenama dunia yang mereka merancang untuk mengadakan kilang pengeluaran produk tayar. Tayar lori, tayar kereta, tayar motor dan pelbagai jenis tayar yang akan dibuat di Kedah Rubber City yang kita jangkakan kilang ini akan dibuka — akan mula dibina pada akhir tahun ini dan dijangka siap dalam masa dua dan tiga tahun akan datang.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, tentang Kedah Rubber City ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah, kepada Yang Berhormat Exco yang berkaitan dengan industri, Exco yang berkaitan dengan kerja raya dan juga Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) yang telah berusaha berterusan menarik para pelabur ke Kedah Rubber City. Saya juga ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan yang sangat tinggi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan semua barisan Exco Kerajaan Negeri yang telah menyelesaikan suatu isu yang sangat penting yang mana penangguhan projek Kedah Rubber City ini sekian lama adalah kerana satu punca iaitu bekalan elektrik untuk kilang-kilang dibina. Para pelabur memerlukan bekalan elektrik yang mencukupi, tetapi di Kedah Rubber City ini tidak ada blueprint ataupun tidak ada perancangan. Mungkin ada beberapa kesilapan, tetapi tidak ada perancangan.
Tapi alhamdulillah, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah telah menubuhkan satu task force Kedah Rubber City ataupun KRC Task Force yang mana KRC Task Force ini telah dipengerusikan oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), dianggotai juga oleh TNB, oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan juga PBT daerah Padang Terap dan juga Kubang Pasu di mana kumpulan task force ini telah
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik ke *Kedah Rubber City.
Alhamdulillah*, kini fasiliti bekalan elektrik di Kedah Rubber City ini siap dan boleh digunakan oleh pihak pelabur untuk membina kilang di situ. Kini, fasiliti di KRC seperti bekalan elektrik, air, talian Internet, bekalan gas sudah tersedia untuk kegunaan industri di Kedah Rubber City. Cuma, yang paling penting yang menjadi keperluan para pelabur di situ ialah jalan perhubungan utama untuk kemudahan logistik mereka untuk mengeksport ataupun menghantar produk-produk terutamanya kalau kilang dibina di sana, produk tayar.
Jadi, saya ingin menekankan dalam RMK13, memohon kepada pihak kementerian untuk mempertimbangkan dalam RMK13 ini permohonan daripada NCIA dalam rolling plan yang pertama RMK13, naik taraf ataupun pelebaran jalan sepanjang 35 kilometer daripada Sungai Durian ke Kedah Rubber City iaitu Jalan Persekutuan, FT175 dan juga jalan negeri, K11 sepanjang 35 kilometer yang kosnya melebihi RM600 juta untuk dipertimbangkan supaya apabila pelabur melihat jalan dinaik taraf, maka saya yakin dan percaya akan lebih ramai lagi pelabur-pelabur akan masuk untuk mendirikan kilang di Kedah Rubber City seterusnya memberikan lonjakan besar dalam industri getah negara. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Pembahas yang terakhir ialah Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Datuk Speaker.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Pertama sekali, Sri Gading memulakan ucapan dengan merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kementerian Ekonomi atas penyusunan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Yang memperlihatkan hala tuju baru, yang lebih berfalsafah dan berani dalam mengangkat martabat rakyat serta mendukung aspirasi Ekonomi MADANI. Sebagai pembuka bicara, izinkan Sri Gading berkongsi serangkap pantun.
Junjung kasih titah terperi, Malaysia MADANI jadi sandaran; RMK13 rencana bertunjangkan insani, Bangkit bersama ke arah kecemerlangan. Pertama sekali, industri halal. Pengukuhan ekosistem halal di selatan tanah air. Dato’ Yang di-Pertua, industri halal global diunjurkan mencecah nilai USD 5 trillion menjelang 2030 dan Malaysia masih mempunyai kelebihan sebagai antara pemain utama dalam pasaran ini.
Walaupun kita telah mempunyai Pelan Induk Industri Halal dan agensi seperti HDC, banyak daerah luar bandar seperti Sri Gading masih belum dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pelengkap dalam ekosistem halal negara.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Makmal Halal JAKIM yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah dicadangkan sejak awal 2020-an sebagai makmal halal rujukan negara. Malangnya, projek ini mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan. Hanya mula beroperasi sekitar tahun 2016 dan mendapat pensijilan ISO sekitar 2020. Sri Gading ingin menyatakan dengan penuh rasa kecewa bahawa, makmal halal ini masih gagal memainkan peranan teknikal yang kritikal. Ia tidak menjadikan rujukan kepada makmal negeri, mahupun swasta. Bahkan, pernah dianggap sebagai projek sakit. Malah oleh sesetengah pihak, dilabel sebagai ‘projek gajah putih’.
Sri Gading ingin mencadangkan agar RMK13 memberi perhatian khusus kepada pembaharuan JAKIM dalam aspek berikut.
Pertama, naik taraf Makmal Halal JAKIM. Jadikan makmal ini sebagai halal reference lab utama negara. Semua makmal negeri dan swasta boleh menjadi rujukan SOP dan piawaian yang ditentukan JAKIM.
Kedua, penggunaan AI dan machine learning. Gunakan teknologi kecerdasan buatan AI dalam pengesanan DNA khinzir, gelatin tidak sah dan alkohol tersembunyi. Sistem pemantauan automatik terhadap bahan mentah import perlu diwujudkan.
Ketiga, pembinaan data warehouse halal nasional. Wujudkan satu halal dashboard nasional yang mengumpulkan data pensijilan, pengesahan makmal dan pengesanan produk, boleh diakses oleh semua kementerian. Khususnya, Menteri Agama, MITI dan pelabur industri halal.
Yang keempat, Halal ASEAN. Penyatuan Malaysia-Indonesia boleh memulakan kerjasama halal ASEAN untuk menyeragamkan standard halal rantau ini. Jika berjaya, Halal Malaysia akan menjadi penanda aras dunia lebih tinggi dari negara OIC.
Dari pensijilan ke ekonomi halal serantau. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu JAKIM kekal sebagai jabatan birokrasi semata-mata. Kita mahu JAKIM menjadi pusat kecemerlangan halal dunia. Jika Malaysia boleh menjadi hab sukan permotoran, hab pelancongan perubatan, kenapa tidak hab halal dunia?
Sri Gading menyeru agar kerajaan berani membuat lonjakan ini. Bukan sekadar menyelamatkan Makmal Halal JAKIM daripada menjadi sekadar hiasan tetapi menjadikannya pusat pengetahuan, rujukan dan inovasi halal bertaraf dunia.
Perkara yang kedua, tentang pendidikan, membina mobiliti sosial di kawasan luar bandar. Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan adalah alat penting untuk memastikan rantaian kemiskinan antara generasi. Di kawasan luar bandar seperti Parlimen Sri Gading, kebergantungan kepada peluang dalam sektor pertanian dan perkhidmatan tidak menjadi masa depan belia tempatan tanpa akses pendidikan yang berkualiti dan berteraskan kemahiran masa hadapan.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Parit Raja adalah institusi strategik yang boleh diangkat sebagai hab pembangunan bakat luar bandar dalam bidang sains gunaan, teknologi makanan halal dan kejuruteraan. Namun begitu, tanpa pengukuhan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
ekosistem sekitar yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat, impak tidak sepenuhnya dirasai oleh komuniti setempat. Sri Gading mencadangkan supaya hab pendidikan kemahiran dibangunkan sebagai projek rintis yang mengintegrasikan politeknik, kolej komuniti dan UTHM melalui pemetaan kurikulum bersama industri tempatan.
Kurikulum ini perlu meliputi bidang seperti teknologi pertanian, kecerdasan buatan, kejuruteraan halal dan perniagaan digital. Selain itu, Sri Gading juga mohon kepada KPM dan khususnya kepada Kementerian Komunikasi. Bagi isu capaian internet di sekolah-sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar seperti Daerah Batu Pahat.
Jurang digital kawasan luar bandar masih besar berbanding sekolah-sekolah di kawasan bandar. Sebagai contoh, masih ramai murid dan sekolah tidak memiliki capaian internet stabil. Hanya 46.8 peratus rumah di luar bandar memiliki akses jalur lebar tetap berbanding 91 peratus di bandar. Ini adalah data daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2023. Sekolah luar bandar bergantung kepada hotspot telefon guru dan inisiatif sendiri oleh pihak PIBG untuk mendapatkan capaian internet yang lebih kondusif.
Oleh itu, Sri Gading mohon kementerian harus pertingkatkan usaha melebarkan capaian internet dan juga kawal selia sistem dengan segera. Tanpa capaian teknologi yang adil, jurang pembelajaran akan terus melebar dan menyukarkan aspirasi mobiliti sosial yang telah digariskan dalam RMK13.
Sri Gading juga mohon pihak kementerian untuk menyatakan jangka masa sasaran pihak kementerian, untuk memastikan sekolah-sekolah, khususnya di kawasan luar bandar, dilengkapi dengan kemudahan seperti smart board, tablet dan juga komputer riba. Bagi membantu para guru dalam memberikan khidmat akses pendidikan digital yang komprehensif kepada para pelajar.
Pihak kementerian juga boleh berkongsi maklumat dengan mewujudkan sebuah dashboard khas untuk tujuan rujukan Ahli-ahli Parlimen untuk memudahkan Ahli Parlimen dapat memberi bantuan dan saluran peruntukan yang sewajarnya bagi melengkapkan sekolah-sekolah dengan bantuan peralatan yang sesuai.
Bagi memastikan pendigitalan dan AI dalam pendidikan, Sri Gading mencadangkan bahawa rangka kerja AI peringkat nasional.
Pertama, tubuh pusat AI pendidikan nasional untuk bangunkan model AI yang mesra kurikulum kebangsaan.
Yang kedua, gunakan AI untuk analisa prestasi murid dan pembelajaran berasas - bersasar.
Yang ketiga, integrasi AI dalam PDPR dan PDPC untuk menyokong guru, bukan menggantikan mereka.
Perkara yang ketiga, jurang akses fizikal pendidikan. Bilangan sekolah menengah yang tidak sekata.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dato’ Yang di-Pertua, walaupun RMK13 menetapkan sasaran untuk menjadikan pendidikan menengah sebagai satu keperluan wajib menjelang 2030, realitinya kita masih berhadapan dengan cabaran asas. Iaitu kekurangan sekolah menengah, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menurut data Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehingga tahun 2024, hanya terdapat 30 buah sekolah K9 iaitu Darjah 1 hingga Tingkatan 3 dan 2 buah sekolah K11 Darjah 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara. Jika dibandingkan dengan jumlah sekolah rendah di kawasan luar bandar, jumlah sekolah K9 dan K11 ini amat kecil dan tidak memadai. Ini bermakna, murid yang tamat Darjah 6 perlu menempuh perjalanan jauh, kadangkala melintasi daerah lain semata-mata untuk ke sekolah menengah.
Persoalan Sri Gading kepada Menteri adalah, di bawah RMK13 ini, apakah sasaran bilangan sekolah menengah baru yang akan dibina dan apakah Kementerian Pendidikan merancang untuk menaik taraf sekolah rendah sedia ada kepada konsep model K9 ataupun K11? Khususnya untuk kawasan pedalaman luar bandar.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Perkara yang keempat adalah inisiatif satu juta rumah mampu milik dalam RMK13.
Dato’ Yang di-Pertua, Sri Gading ingin menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas inisiatif besar dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk membina satu juta unit rumah milik...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sri Gading, Sri Gading minta sikit? Nak pergi pergi tajuk lain dah, tajuk pendidikan...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Banyak lagi, nanti saya punya dah nak habis masa. Banyak lagi ini. Minta maaf ya. Bukan tak boleh. Minta maaf sekejap.
Ada benda-benda yang saya nak sampaikan dulu.
Okey. Dah terberhenti dah. Sri Gading ingin menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas inisiatif besar Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk membina satu juta unit rumah milik bagi rakyat Malaysia sepanjang tempoh 2026–2035. Langkah ini merupakan satu komitmen besar Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 memiliki tempat tinggal, selesa, berkualiti dan berpatutan khususnya bagi pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga.
Dato’ Yang di-Pertua, inisiatif satu juta rumah ini termasuk projek perumahan mampu milik di bawah kerajaan-kerajaan negeri seperti Rumah Mampu Milik Johor, Rumah Selangorku, Residensi Wilayah dan pelbagai skim negeri-negeri yang telah dilaksanakan. Ini mencerminkan pendekatan menyeluruh Kerajaan MADANI yang memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri demi memenuhi keperluan rumah rakyat di seluruh pelosok negara.
Dato’ Yang di-Pertua, kita tahu realitinya permintaan terhadap rumah mempunyai milik sangat tinggi berdasarkan Laporan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh SPNB.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Lebih 186,000 pemohon diterima sehingga Jun 2025 tetapi hanya 73,280 unit rumah diluluskan dan dilaksanakan. Di Parlimen Sri Gading sahaja, permohonan daripada rakyat yang diterima adalah 660 namun hanya dapat disiapkan 243. Inilah hakikat yang menjadikan pelaksanaan RMK13 sangat signifikan untuk orang muda terutamanya yang ingin memiliki rumah sendiri.
Dato’ Yang di-Pertua, Sri Gading sangat bersetuju setiap pembangunan perumahan baru...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
...Berskala besar hendaklah mewajibkan pemaju...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker. Yang Berhormat Speaker...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
...Membina sekolah bukan sekadar menyediakan tapak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Selama ini banyak kawasan perumahan hanya mempunyai tapak sekolah kosong...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Speaker.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
...Selama bertahun-tahun kerana menunggu peruntukan kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Akibatnya, murid terpaksa ke sekolah jauh. Sekolah sedia ada terlalu padat. Waktu persekolahan jadi tidak menentu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Maka, Sri Gading menyarankan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, saya tak panggil di bawah 13(1), saya tak panggil.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
...Agar kerajaan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cuma nak maklum sekarang ini ada...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya hanya akan layan, saya akan hanya layan peraturan. Peraturan mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat saya jelas. Kalau bukan berkaitan peraturan, saya tidak akan layan, saya guna kuasa saya bawah Peraturan 37(2). Duduk Yang Berhormat. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Arau, duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan 37(2) jelas Yang Berhormat. Saya tidak ada masa untuk melayan dan masa telah ditetapkan untuk Yang Berhormat Sri Gading untuk berucap dan saya teruskan Yang Berhormat Sri Gading, habiskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Esok saya akan bawa. Saya sumpah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Saya tinggal seorang saja, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini saya kesian, sebab apa Sri Gading bercakap. Yang Berhormat, besok saya bawa. 16 orang, dua Timbalan Menteri.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Makin lambatlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Okey, Sri Gading, sila teruskan dengan ucapan.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dato' Yang di-Pertua, Sri Gading menyarankan agar kerajaan mengubal dasar perancangan baru yang mewajibkan pemaju bukan sahaja menyediakan tapak sekolah tetapi turut membina struktur asas sekolah secara kolaboratif dengan KPM dan KPKT melalui mekanisme public-private partnership atau contribution in-kind. Langkah ini akan memastikan prasarana pendidikan wajib serentak dengan komuniti perumahan baru, meringankan beban kerajaan, pada waktu yang sama mewujudkan komuniti seimbang yang menyokong perkembangan anak-anak di sekolah.
Akhir sekali, penutup, Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 meletakkan asas yang kukuh bagi mengorientasikan semula pembangunan negara dengan cara yang lebih baik. Tetapi seperti yang selalu disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, perencanaan tanpa pelaksanaan adalah sia-sia. Apa yang mustahak ialah bagaimana perancangan itu benar- benar memberi makna kepada kehidupan rakyat khususnya mereka yang berada di luar kota dan pembangunan — dari pembangunan ataupun pinggir pembangunan.
Sri Gading menyokong penuh Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini dengan harapan agar setiap dasar yang telah digariskan dapat diterjemahkan menjadi manfaat yang nyata kepada rakyat sekali gus mengangkat kawasan-kawasan luar bandar ke satu tahap yang lebih utuh, menyeluruh, adil dan lestari setanding kawasan yang membangun pesat.
Dan kita mengharapkan kakitangan kerajaan akan bersama-sama untuk menyatakan sokongan dan dukungan serta melaksanakan program yang telah dilaksanakan yang telah dirancang oleh kerajaan pada hari ini. Sri Gading menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 6 Ogos 2025.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.56 petang]