Aug042025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat- Yang Berhormat. Untuk sesi pertama pada pagi ini, kita memulakan dengan pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan. Saya mempersilakan pembuka tirai Tuan Lee Chean Chung, Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 10:00 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.

Selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Ingin saya kemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapa lama lagi masa diperlukan untuk menyelesaikan isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh di Imigresen KLIA memandangkan isu sindiket Fly dan U-turn telah memalukan imej negara.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang sama ditanya Kota Bharu dan Kepong pada 4 Ogos dan Kubang Pasu, 7 Ogos. Saya mohon untuk jawapannya disekalikan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Petaling Jaya.

Baik namanya Counter Setting, Flying Passport, U-turn, Phantom Travelers atau apa pun istilahnya ini, adalah satu perbuatan yang memberikan wajah hodoh kepada agensi yang terbabit – imigresen dan Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia. Dan perbuatan salah laku integriti segelintir mereka yang terlibat ini tidak akan ada tempat pada Kementerian Dalam Negeri.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kami mengamalkan zero tolerance terhadap perbuatan seumpama ini. Siapa yang selalunya menggunakan manipulasi ini Tuan Yang di-Pertua? Mereka yang dikategorikan dalam suspect list individu yang mempunyai sekatan ke luar negara. Tak kiralah kalau permintaan itu datang daripada Jabatan Penjara, insolvensi, polis, SPRM, mahkamah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, kastam, senarainya panjang. Jadi, mereka juga termasuk ejen pekerja asing mahupun individu yang mempunyai isu-isu peribadi lain.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, berikut saya senaraikan usaha yang dibuat oleh KDN untuk membanteras manipulasi ini.

Pertama, kita ke arah pendigitalan perkhidmatan, khususnya memperluaskan penggunaan autogate dan ini akan meminimumkan interaksi manusia di pintu masuk.

Dengan menggunakan autogate saringan pergerakan keluar masuk pengembara atau travelers akan dilaksanakan secara digital sepenuhnya tanpa melibatkan kuasa budi bicara pegawai lagi.

Tan Sri Yang di-Pertua, rencananya adalah kita akan mempunyai 635 autogate di 123 pintu masuk di bawah AKPS. Bermula Disember ini, kita akan adakan di Kompleks Sultan Abu Bakar, Bangunan Sultan Iskandar, Johor, KLIA 1 dan 2, Lapangan Terbang Kuching, Lapangan Terbang KK, Lapangan Terbang Pulau Pinang ini dan Mac 2028 nanti kita akan lakukan roll out kesemuanya. Jadi, itu langkah ke depan bila kita bergerak ke arah perkhidmatan pendigitalan autogate. Rekodnya adalah biometric facial recognition, iris, thumbprint semuanya itu. Dengan sendirinya manipulasi yang saya senaraikan itu akan dapat kita atasi.

Yang kedua, kita sekarang dalam proses POC untuk pemakaian body-worn camera.

Petugas kita di imigresen, Jabatan Imigresen pintu masuk utama negara, khususnya KLIA sekarang ini proses POC. Perolehannya akan kami lakukan pada September tahun ini dengan harapan kami akan dapat kelulusan 614 body-worn camera dan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan bagi mengelakkan insiden yang kita sebut.

Yang ketiga adalah, kita juga lakukan kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia, Malaysia Airport Berhad dan Pasukan Keselamatan Penerbangan. Yang ini pada hujung tahun ini kita akan laksanakan apa yang kita sebut sebagai advanced passenger screening system. Dia ada dua, satu, kita panggil advanced passenger information. Yang ini akan membabitkan 10 syarikat penerbangan daripada 56 kesemuanya yang beroperasi.

Hujung tahun ini akan bermula 10 airlines yang pertama. Dengan sendirinya maklumat ketibaan travelers ke negara kita, kita akan dapat ketahui lebih awal, sebelum dia menjejakkan kaki.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, ialah kita anjurkan program kesedaran latihan pengukuhan aktiviti berdasarkan kepada Pelan Antirasuah Imigresen serta kerjasama strategik dengan SPRM, polis dan agensi lain. Ini kita telah laksanakan sehingga 185 kursus kesedaran seperti ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 10:10 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih atas pendirian yang tegas yang ditunjukkan oleh pihak kementerian. Isu-isu salah laku pegawai di pintu-pintu masuk negara sememangnya kompleks. Namun, memerlukan tindakan tegas daripada kerajaan untuk memberikan pengajaran kepada semua yang terlibat. Dan pohon penjelasan yang Menteri bahawa apakah tindakan yang diambil oleh KDN ke atas pegawai-pegawai yang disyaki melakukan salah laku tersebut? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Petaling Jaya. Hasil risikan, kemudian berlaku tangkapan. Sejurus selepas tangkapan dibuat, siasatan dalaman akan dilakukan oleh agensi berkenaan. Dalam kes ini AKPS, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan. Jika establish prima facie pertama, ianya akan dirujuk kepada Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, khususnya Peraturan 36 dan Peraturan 37.

Maka, syor tindakan itu nanti akan melibatkan hukuman seperti amaran, denda, lucut hak emolumen, penangguhan pergerakan gaji dan turun gaji hatta dipecat ataupun dibuang kerja. Di sana nanti juga jika ada unsur rasuah, unsur jenayah lain, maka siasatan dalaman oleh agensi ini akan membawa kepada kes ini dirujuk kepada SPRM dan juga polis. Itu prosedurnya.

Sementara siasatan itu dibuat, mereka yang terlibat itu akan kita reassign dengan unit, dengan izin, ke unit atau bahagian yang kurang berisiko kemudian sambil menunggu siasatan yang sedang berjalan. So, itu dari segi flow ataupun proses, apabila satu-satu tangkapan dibuat Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Dewan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Yang di-Pertua. Kita lihat pada tahun 2023, pernah kilat air ini disebut sebagai lubuk rasuah dan PM kita sendiri pernah sebut, siasat. Jabatan Imigresen ini disiasat.

Jadi, pertanyaan saya apa status terutama akhir-akhir ini, berkenaan dengan counter setting? Ya, banyak berlaku sekarang. Ada yang melibatkan RM10 juta dan sebagainya. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa status tangkapan kepada mereka ini? Sampai sekarang pun susah nak dibanteras rasuah di KLIA ini.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Cadangan saya, boleh tak kalau untuk menakutkan mereka ini, orang-orang yang rapat dengan PM yang disebut oleh Pandan mengatakan ada asas-asas untuk disiasat perlu disiasat. Barulah — maknanya, mengkarung takut kepada naga. Itu yang maksud saya.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Perihal komitmen kerajaan hari ini untuk membanteras rasuah itu tak perlu dipertikaikan. Sebab itu soalan pertama hari ini saya telah syarahkan tadi tentang apakah insiden-insiden yang kita anggap sebagai manipulasi yang boleh mengancam keselamatan pintu masuk, reputasi dan sebagainya.

Yang nak diketahui adalah, apakah tindakan yang telah diambil? Untuk rekod, tahun lepas sahaja tindakan yang diambil buang kerja jumlahnya 26 orang. Tahun 2023, lapan orang. Itu buang kerja sahaja. Itu di bawah Perkara 37.

Baik, yang 50 lagi kes yang dipanggil ‘phantom travellers’ dilaporkan meluas oleh media. Semua kes itu ditangani SPRM. Dua sudah dituduh. Bakinya SPRM telah mengangkat berapa syor ya. Dua dah dituduh. Mereka sedang — proses itu sedang berlaku di mahkamah.

Berikutnya 48 lagi SPRM mengangkat syor untuk tuduh, yang kedua syor untuk siasatan dalaman dan ketiga syor kertas siasatan tatakelola.

Dalam kes ini, untuk makluman Ahli-ahli Parlimen termasuk yang menjawab, yang bertanya, yang saya laporkan inilah tindakan yang diambil. Ini bukan cakap kosong. Tak kira siapa pun lah cicak ke, mengkarung ke apa sekalipun ya. Itu sikap kita sekarang adalah zero tolerance terhadap perbuatan jijik seumpama ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita alhamdulillah. Yang Berhormat Tambun ada pagi ini. Mungkin saya nak mencadangkan. Ini rasa bukan konvensional, out of the way. Kita perjuangan menentukan good governance dan juga menangani isu rasuah ini.

Ada tak kita terfikir kalau kita boleh chop off perkara ini awal sebelum berlaku? Kalau kita lihat manusia apa dia punya inisiatif? Kewangan. Why not maybe dan melalui peraturan pentadbiran kerajaan ke ataupun dalam undang-undang, kita bagi reward kepada kakitangan awam yang memecah cerita yang berlaku di dalam. Nothing can happen. No information can be received akan berlaku melainkan orang yang melaksanakan dan rakan-rakan mereka sekeliling.

Award them. Reward ke RM1,000 ke RM2,000 ke apa tapi secara covert. This, I think boleh dipertimbangkan kerana berjaya dalam jenayah. It is being done. We give reward to the penjawat awam yang bagi maklumat bukan nak makan kawan dia tapi untuk kesejahteraan negara dan rakyat. Ini pandangan saya lah, Yang Berhormat Tambun.

Berikut, saya mempersilakan tuan untuk soalan yang kedua, Tuan Rushdan bin Rusmi, Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 10:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Berbudi bahasa meniti bicara, Amanah rakyat usah di lupa; Jangan dipadamkan warkah Diraja, Soalan saya nombor dua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah garis panduan dan kriteria yang digunakan oleh JPJ dalam meluluskan siri plat nombor kenderaan khas termasuk yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan, NGO, atau entiti swasta; dan

(b) berapa jumlah kutipan hasil daripada penjualan plat khas ini sejak lima tahun kebelakangan ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Berpantun itu minta maaf lah. Saya tak berapa fasih sangat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kriteria dasar semasa Kementerian Pengangkutan iaitu memberhentikan pengeluaran atau kebenaran penjualan nombor pendaftaran khas (NPK) kepada NGO ataupun syarikat korporat adalah dikekalkan seperti mana yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022.

Tiada lagi kelulusan yang akan diberikan kepada pengeluaran NPK yang bertujuan memanfaatkan mana-mana syarikat, individu dan NGO dan bagi tujuan perniagaan yang menjana keuntungan bagi pihak berkenaan.

Sebaliknya, hasil nombor pendaftaran istimewa (NPI) kini dibuka kepada pembidaan melalui JPJeBid dan hasilnya dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan di bawah Kerajaan Persekutuan dan seterusnya sebahagiannya digunakan untuk program berpaksikan rakyat. Sejak ianya diperkenalkan pada 2023, sebanyak RM110,069,150 telah pun dikutip. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Okey, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih juga atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan seterusnya, patutnya Yang Berhormat Menteri yang patut jawab. Tapi memandangkan kekanda saya kena jawab, saya terpaksa teruskan juga lah.

draft • 10:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Berdasarkan dengan tawaran kenyataan media Jabatan Pengangkutan Jalan, tawaran nombor pendaftaran VIPS sempena Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Tahun Melawat Perlis 2024.

Saya nak bertanya pada kementerian, bagaimana, siapakah yang merupakan pencetus sebenar idea untuk nombor plat VIPS ini sempena Jubli Perak Tuanku? Mengapa cadangan rasmi yang dikeluarkan dengan warkah titah perkenan Tuanku diketepikan dan manakala versi yang baru pula dilancarkan tanpa makluman kepada Tuanku Raja Perlis dan apakah status isu ini sekarang? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum itu, kita menjunjung titahlah kepada Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pengenalan nombor NPI istimewa dipertimbangkan dengan mengambil kira sempena peristiwa-peristiwa yang penting negara dengan syarat penetapan tanda prefix adalah menjelaskan peristiwa penting tersebut.

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya susulan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac, ya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac tahun 2025, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk MOT menerbitkan nombor pendaftaran kenderaan siri khas VIPS sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis. Itu sebab kita arahan apa nama — kita mengikut keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Berhubung platform dalam talian yang digunakan untuk membida nombor plat kenderaan iaitu sistem eBid, JPJeBid, kita sering mendengar keluhan orang ramai mengenai masalah teknikal ataupun ketidakstabilan sistem dan masalah ini telah menyebabkan orang ramai mempunyai tanggapan buruk terhadap sistem tersebut.

Persoalan saya, apakah usaha kementerian untuk memastikan sistem tersebut dapat beroperasi mengikut kehendak pengguna agar tidak timbul isu ketelusan serta manipulasi sistem? Apakah kementerian berhasrat untuk mengekang aktiviti atau sindiket jual semula nombor plat dengan harga yang jauh lebih tinggi supaya dapat memberi keadilan kepada orang awam? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Jadi, berkenaan dengan e-bidding ini, yang sebenarnya memang kita mengakui pada awal-awal dulu ia nya banyak masalah. Masalah ya lah, seperti kita dah log in dah, selepas itu ada kena potong pula saat-saat terakhir. Memang, tetapi alhamdulillah, yang sebenarnya sekarang ini

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

masalah itu sudah jauh lebih — tidak ada timbul lagi dan tetapi masih ada, tetapi not as rampant sebagaimana yang terjadi pada mula-mula dulu. Tetapi, alhamdulillah, ia nya dapat diatur, dibereskan.

Sebab perkara ini ada berkaitan dengan bank juga, tetapi sekarang masalah itu yang dulu kononnya yang overtake ini. Itu yang jadi — yang banyak menimbulkan masalah di mana orang tak puas hatilah. Dia dah final bidder, suddenly ini, kan? Tetapi alhamdulillah, perkara itu sekarang ini dah jauh. Kita — saya pun juga berbincang dengan pihak JPJ bahawa perkara itu dah tak ada lagi masalah, alhamdulillah. Adalah sana sikit tergelincir sikit, tetapi dapat diatasi perkara ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Majlis ke soalan yang ketiga. Berikut mempersilakan Tuan Chow Kon Yeow, Yang Berhormat Batu Kawan.

draft • 10:20 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Chow Kon Yeow [Batu Kawan] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan adakah penambahbaikan penyaluran peruntukan tetap secara tahunan (bukan ad hoc/one-off sebagaimana dipraktis) kepada semua negeri bagi memastikan penyelenggaraan serta pengurusan banjir yang lebih holistik. Kenapa sistem menyamai Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS) tidak diwujudkan untuk kerja- kerja menyelenggara sungai, aset kawalan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menyedari keperluan dan cadangan untuk menyalurkan peruntukan tetap secara tahunan, bukan secara ad hoc atau one-off selaras dengan keperluan semasa bagi memastikan penyelenggaraan dan pengurusan banjir yang lebih berkesan.

Namun, seperti yang kita sedia maklum, di bawah Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan sumber air, sungai dan saliran adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Oleh itu, meskipun Kerajaan Persekutuan boleh menyediakan bantuan kewangan dan teknikal, tanggungjawab utama bagi penyelenggaraan dan pengurusan sungai terletak di bawah kerajaan negeri. Cadangan untuk penyaluran peruntukan tetap secara tahunan kepada semua negeri memerlukan penelitian mendalam dari sudut dasar dan perundangan bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan sedia ada.

Untuk makluman Yang Amat Berhormat, punca kuasa pengurusan MARRIS adalah berdasarkan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan di bawah pemberian penyelenggaraan jalan negeri yang bertujuan membantu kerajaan negeri menyenggara jalan negeri masing-masing. Asas pemberian ini dikira mengikut peruntukan Bahagian II, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan disalurkan kepada kerajaan negeri berdasarkan maklumat panjang dan lebar jalan yang diselaras oleh JKR dalam sistem MARRIS, kemudian dianalisis mengikut

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

formula yang ditetapkan sebelum pengesyoran peruntukan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. Penyaluran dibuat melalui Pegawai Kewangan Negeri.

Berhubung cadangan Ahli Yang Berhormat untuk mewujudkan sistem seumpama Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia ataupun MARRIS, kementerian sedang teliti pendekatan terbaik ke arah pembangunan sistem pengurusan yang lebih bersepadu dan berkesan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Batu Kawan, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bolehkah Yang Berhormat memaklumkan kepada Dewan ini, apakah timeline yang diperlukan untuk memuktamadkan kajian yang disebutkan oleh Yang Berhormat?

Didapati juga bahawa peruntukan pusat untuk projek-projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir kepada negeri-negeri didapati sudah kurang tahun demi tahun dari 2022 sehingga 2025. Adakah kementerian bercadang mendapat lebih banyak peruntukan di bawah RMKe-13 ini untuk tujuan sedemikian?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Seperti yang saya nyatakan tadi, dari segi sama ada kita boleh menuju ke arah sistem seumpama MARRIS, perkara ini perlu diteliti dan dari sudut peringkat hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan. Yang ini mengikut giliran juga termasuk perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, yang ini saya rasa Yang Berhormat perlu membawanya kepada peringkat hubungan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Manakala, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari PETRA ini melalui JPS, dari segi kerja-kerja kecil di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir, kita sebenarnya menyalurkan sejumlah RM543.79 juta yang kita salurkan, kita agihkan kepada negeri-negeri, kepada semua negeri bagi tahun 2022 sehingga 2025 untuk melaksanakan kerja-kerja kecil melibatkan skop utama seperti kerja-kerja pengaluran sungai, kerja-kerja menstabilkan tebing sungai dan juga menaik taraf saluran serta struktur berkaitan.

Jadi, sepertimana Yang Berhormat juga maklum, kerana perkara ini tidak termaktub dalam Perlembagaan, maka tanggungjawab itu masih di bawah negeri. Cuma, pendekatan Kerajaan Persekutuan, memang kita kemukakan melalui RMK-RMK untuk mendapatkan peruntukan tersebut. Jadi, yang saya sebut tadi dah kira penghujung ke RMKe-12 dan di peringkat JPS, di peringkat kementerian, kita telah mengangkat cadangan untuk memohon peruntukan bagi tujuan membantu negeri bagi tujuan penyenggaraan ini untuk RMKe-13.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat — tekan.

draft • 10:20 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kuala Kedah.

draft • 10:20 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah ya. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya ialah bolehkah kementerian memperincikan mekanisme pengagihan peruntukan sebanyak RM450 juta yang diumumkan bagi kerja-kerja penyenggaraan, pemulihan dan kecemasan infrastruktur banjir seluruh negara mengikut negeri dan sejauh manakah agihan tersebut disandarkan kepada penilaian teknikal seperti tahap kerosakan infrastruktur, kekerapan banjir dan kapasiti pelaksanaan kerajaan negeri?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Saya tidak ada angka yang ketika ini dari segi pecahan ikut negeri. Cuma, bayangan yang saya boleh gambarkan bila disebut tadi peruntukan yang kita belanjakan untuk tempoh empat tahun ini sekitar RM540juta untuk membantu negeri-negeri. Di sini anggarannya sekitar RM150 juta yang kita agihkan setiap tahun. Di peringkat jabatan teknikal seperti JPS ini, agihan itu dibuat mengikut keperluan terutamanya dari segi agihan penyenggaraan ini ada yang kita berlaku sebelum dan juga selepas berlakunya bencana.

Jadi, sebagai contoh, bila sebelum ini kita panggil untuk menghadapi risiko banjir.

Jadi, perkara ini, RM150 juta nanti kita agih-agihkan kepada negeri mengikut dari segi keperluan dan juga dari segi status kerana bencana itu. Sebagai contoh, dari segi magnitud itu, untuk tahun ke tahun ada negeri yang musibahnya lebih teruk berbanding dengan negeri- negeri yang lain.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sementara untuk membantu selepas bila berlakunya bencana, peruntukan ini disalurkan melalui secara kecemasan dan perkara ini biasanya, penilaian dibuat di peringkat negeri sebelum negeri angkat kepada peringkat jabatan untuk kita teliti dan membantu yang sepatutnyalah dari segi peruntukan yang disediakan. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis melangkau soalan keempat kerana Yang Berhormat Saratok ada urusan-urusan rasmi.

draft • 10:30 AM

[Soalan No. 4 - YB. Datuk Ali anak Biju (Saratok) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya terus ke soalan yang kelima. Mempersilakan, Tuan Chiew Choon Man, Yang Berhormat Miri.

draft • 10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor lima.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

5. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan garis panduan terkini bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara berikutan kelulusan pindaan Perlembagaan pada awal tahun ini dan sama ada mereka perlu memohon semula kewarganegaraan serta status kelulusan permohonan setakat ini.

draft • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Miri. Tuan Yang di-Pertua, selepas pindaan Perlembagaan tempoh hari, isu anak yang lahir di luar negara, yang ibunya adalah warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing akan mendapat taraf kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang. Istilah kita, automatik.

Tetapi sekarang belum berlaku lagi sebab pindaan tersebut perlu disusuli dengan beberapa lagi proses untuk membolehkan ia berlaku. Kemudian, kita perlu untuk tarikh kuat kuasanya itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, sepertimana yang disebut dalam seksyen 1(2). Itu statusnya. Baik.

Sementara pindaan yang baru kita luluskan itu boleh berkuat kuasa, maka ibu-ibu yang anaknya lahir di luar negara, di mana pasangannya adalah warga asing, mereka boleh memohon mendapat warganegara anak dan kita akan proses di bawah Perkara 15(2), Perlembagaan Persekutuan. Mereka boleh mohon di Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara dan mereka juga boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Baik.

Untuk makluman Yang Berhormat, rekod yang saya boleh kongsikan adalah bagi tempoh tahun 2024 hingga 2025, kita telah membuat kelulusan sebanyak 1,980 permohonan.

Maknanya, permohonan tahun 2024 hingga 2025 setakat saya bagi jawapan ini, tak ada lagi yang kita tak luluskan kecuali purata permohonan baharu sekarang ini masuk lebih kurang 100 sebulan.

Jadi, kemasukan ini kita belum proses mengikut pindaan yang kita telah luluskan kerana 2024 hingga 2025 yang kita proses mengikut 15(2), jumlahnya adalah 1,980. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Miri, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan seterusnya adalah bilakah tarikh kuat kuasa sebenar pindaan Perlembagaan tentang perkara ini akan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong serta perkembangan pelaksanaan pindaan Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964?

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, menyusul pindaan Perlembagaan warganegara yang Dewan Rakyat dan Dewan Negara luluskan, ada

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

satu prasyarat dia, rukun yang mesti kita selesaikan dulu sebelum kita kuatkuasakan pemakaian pindaan yang baharu. Apa dia? Itu dipanggil Peraturan-peraturan Warganegara 1964. Ada 57 fasal di dalamnya yang kita kena teliti, perhalusi.

Kemudian, kita kena lakukan beberapa proses perolehan. Kemudian, kita kena pinda borang-borangnya sebab nanti, permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian. Sistem yang diguna pakai oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara masih menggunakan borang lama, format lama.

Jadi, proses ini mesti kita lakukan dengan cermat dan kita jangkakan pindaan- pindaan, kemas kini Peraturan-peraturan Warganegara 1964 itu boleh kita selesaikan sekitar bulan 9, bulan 10 tahun ini, ya. Kemudian, kita lengkapkan pula dengan segala macam borang dan perolehan yang saya sebutkan tadi dan kita jangkakan, ia nya tak boleh melewati sehingga hujung tahun depan atau pertengahan tahun depan. Itu pun tertakluk setelah kita mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Tuanku, seperti mana kehendak dalam seksyen yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Tumpat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey. Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya, dalam keadaan ini, kita menerima undang-undang foundling ketika negara kita tidak mempunyai masalah imigran. Kita ada masalah pelarian. Tetapi hari ini dalam negara kita, macam-macam penduduk yang kita ada.

Jadi, apakah kawalan mekanisme sekiranya undang-undang ini belum lagi dibatalkan dan dalam hal ini, adakah kita juga akan menggunakan sistem teknologi DNA untuk semak sekiranya kewarganegaraan ini diberikan dan didapati ia nya tidaklah menepati ciri-ciri yang sebenarnya? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih, rakan saya dari Tumpat.

Syarat memohon warganegara kekal. Itu tak berubah apa-apa, ya. Ibu, bapa atau salah seorang warganegara Malaysia lahir dalam negara, ya. Ada sijil ikatan perkahwinan yang sah. Itu syarat-syarat itu tak berubah. Maknanya, dia akan jadi warganegara secara kuat kuasa undang-undang.

Yang kita tambah kelmarin adalah bagi ibu warganegara Malaysia, suaminya luar negara, berkahwin di luar negara. Anaknya lahir di sana. Perlembagaan sebelum ini mengatakan, ibu itu kena mohon sebab anak itu tidak secara automatik. Kita semua dah pinda itu hari. Lebih kurang 212 orang yang memberikan sokongan waktu itu.

Yang saya sebutkan adalah, sehingga kita kuatkuasakan melalui perintah perkenan Kebawah Duli Tuanku, kita boleh laksanakan secara kuat kuasa undang-undang. Tetapi kalau sekarang masih ada lagi permohonan, purata lebih kurang 100 sebulan yang kita terima

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

seluruh negara, bahkan seluruh dunia, itu kita proses di bawah Perkara 15(2) mengikut peruntukan yang ada sekarang.

Adapun DNA, kita telah –– amalan yang kita pakai sekarang adalah itu cuma elemen sokongan. Itu tetap tidak menjadi sebagai satu syarat mutlak. Syarat mutlak mesti ibu, bapa atau salah seorang warganegara Malaysia, ada sijil ikatan perkahwinan dan semualah.

Yang Berhormat Tumpat, saya faham seorang peguam, pengamal undang-undang sebelum ini. DNA pada pendirian kerajaan sekarang, lebih kepada dipanggil elemen sokongan sahaja untuk mengukuhkan permohonan warganegara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Mempersilakan, Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker.

Soalan Sri Gading nombor enam.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Ekonomi untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

6. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Ekonomi menyatakan:

(a) apakah perancangan kementerian terhadap sistem PADU yang telah dibangunkan sebelum ini dan berapakah jumlah data yang telah dikumpul sehingga bulan Jun 2025; dan

(b) adakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan audit berkala terhadap sistem PADU melalui badan bebas seperti PAC atau MAMPU bagi menjamin ketelusan dan tata kelola yang betul.

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) untuk dijadikan sebagai sumber rujukan bagi perancangan dan penilaian dasar sosioekonomi berpandukan data.

PADU merupakan satu repositori berpusat yang mengandungi profil individu dan isi rumah warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia. Pembangunan repositori ini berasaskan dengan pengintegrasikan data pentadbiran daripada pelbagai agensi dengan maklumat yang dikemas kini oleh rakyat.

Pada masa kini, sebanyak 204 agensi telah melaksanakan perkongsian dan pengintegrasi data secara berterusan dengan PADU yang menyediakan 30.4 juta profil individu. Profil ini adalah berkaitan dengan maklumat demografi, lokaliti, sosioekonomi seperti pekerjaan, pendapatan, pendidikan, pemilikan kenderaan, status kemiskinan dan jenis bantuan yang diterima.

Pada masa ini, kerajaan memfokuskan kepada penggunaan data yang terkini bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Sebagai contoh, validasi dan

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

verifikasi maklumat pemohon bagi mengenal pasti penerima yang benar-benar layak dan seterusnya mengurangkan ralat kemasukan. Selain itu, menerusi data yang tersedia, kerajaan juga boleh mengenal pasti program intervensi bagi kumpulan sasar tertentu.

Sehubungan dengan itu, bagi menggalakkan pembuatan keputusan berpacukan data, satu garis panduan perkongsian PADU telah diwujudkan dan diedarkan kepada semua agensi kerajaan pada 25 Februari 2025. Sesi penerangan kepada pihak kementerian dan agensi, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan telah dilaksanakan dari Februari hingga Jun tahun ini bagi meningkatkan kefahaman penggunaan data.

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sehingga kini, sembilan permohonan daripada pelbagai agensi telah diluluskan bagi tujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dasar dan inovasi pendigitalan perkhidmatan. Di samping itu, mekanisme penyasaran semula subsidi RON95 yang sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan akan menggunakan data PADU sebagai rujukan.

Sistem PADU telah dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan kepakaran penjawat awam. Oleh itu, pembangunan dan pelaksanaan sistem ini mematuhi akta, arahan dan pekeliling yang sedia berkuat kuasa.

Selain itu, PADU turut melalui proses penilaian oleh pasukan luar bagi aspek pengurusan data, pembangunan sistem dan tadbir urus. Naziran keselamatan juga telah dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) bagi memastikan pematuhan terhadap aspek keselamatan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sri Gading, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Menteri yang telah menjawab dengan baik, penuh maklumat, khusus berkaitan dengan data yang telah disimpan iaitu seramai 30.4 juta rakyat.

Apa yang Sri Gading ingin soalkan, memandangkan kepada — yang telah diedarkan kepada semua pihak kerajaan iaitu pada 25 Februari 2025. Soalannya, bilakah nak digunakan sepenuhnya sistem PADU ini supaya dasar kerajaan, khususnya tentang agihan ekonomi secara adil kepada rakyat B40, supaya jurang pendapatan sosioekonomi dapat disingkatkan ataupun dirapatkan? Yang pertama.

Yang kedua, berapakah melibatkan subsidi bersasar ini? Berapakah sistem yang telah dibantu ini, contohnya seperti SARA dan juga STR? Bagaimanakah pendekatan seterusnya di pihak kerajaan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan amat menggalakkan penggunaan data PADU dalam kalangan agensi kerajaan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Pada masa ini, penggunaan masih terhad kepada keperluan

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

khusus agensi kerajaan. Kita pun, seperti saya ceritakan tadi, telah menerima sembilan permintaan daripada agensi-agensi yang telah diluluskan. Mereka menggunakan untuk menajamkan lagi dasar dan polisi yang mereka buat dan kita terus menggalakkan penggunaan yang lebih.

Berhubungan pelaksanaan subsidi bersasar, data PADU yang akan digunakan oleh Kementerian Kewangan bertujuan untuk menjadi rujukan kepada penerima subsidi RON95.

Dengan ini, saya rasa inilah penggunaan pertama yang betul-betul detail, yang akan digunakan. Jadi, kita tunggu bila RON95 diteruskan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kita lihat penggunaan data PADU ini digunakan untuk merangka dasar-dasar kerajaan, termasuklah dalam RMKe-13.

Soalan saya yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan ketulenan data yang dimasukkan dalam sistem PADU. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada mereka-mereka yang memasukkan maklumat palsu dalam sistem PADU? Mungkin kerana untuk mendapatkan subsidi ataupun mendapatkan bantuan.

Jadi, memasukkan maklumat yang tidak benar dan tidak sempat. Apakah tindakan pihak kerajaan untuk memastikan ketulenan data PADU ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan mengambil berat tentang ketulenan data yang digunakan dalam sistem PADU. Kerana itulah dari segi dasarnya yang pertama, kita menggunakan data- data yang ada dalam sistem kerajaan seperti menggunakan data yang ada dalam JPN, JPJ.

Dengan ini semua, yang mana digabungkan.

Bila kita buka sistem PADU untuk mereka, dari segi rakyat untuk validate balik, prosesnya akan meminta rakyat buat validation data yang dah ada. Kalau ada percanggahan, kerajaan akan memastikan data yang tulen akan digunakan. Kalau ada apa-apa percanggahan, kita guna data yang kita dah validate dengan betul. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ke soalan yang ketujuh, Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mohd Taib, Yang Berhormat Parit.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 10:40 AM

7. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan sama ada kementerian sedang melakukan kajian komprehensif berkenaan penggunaan tenaga nuklear pada masa akan datang bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Menteri Pelajaran Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA melalui, dengan izin, Malaysia Program Office for Power Electricity Reform ataupun MyPower Corporation selaku Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear atau, dengan izin, Nuclear Energy Program Implementing Organisation ataupun singkatannya N-E-P-I-O

(NEPIO) telah melaksanakan kajian pra-kebolehlaksanaan tenaga nuklear bermula Jun 2024 hingga Disember 2024.

Kajian ini dilaksanakan dengan mengambil kira kajian-kajian terdahulu berdasarkan syor pendekatan berfasa oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa ataupun IAEA. Kajian ini telah merumuskan bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah berdaya maju untuk dilaksanakan dari segi teknikal dan berpotensi menjadi pilihan jangka panjang yang sesuai untuk campuran tenaga negara.

Kajian turut mengenal pasti 24 penemuan utama dan 22 syor strategik yang perlu dilaksanakan bagi mencapai hasrat negara untuk memperkenalkan tenaga nuklear dalam campuran tenaga negara. Berdasarkan hasil kajian yang positif ini, kerajaan sedang meneliti laluan pelaksanaan yang sesuai untuk ke fasa seterusnya, selaras dengan piawaian antarabangsa dalam aspek keselamatan, security dan juga kawal gunaan nuklear ataupun, dengan izin, safety, security and safeguards (3S).

Bagi menyokong fasa seterusnya, kerajaan melalui MyPower sedang merancang untuk melaksanakan penilaian terperinci yang bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan infrastruktur tenaga nuklear negara seperti berikut:

(i) memperkukuh kerjasama strategik serta rangka kerja perundangan dan kawal selia;

(ii) melaksanakan penilaian lokasi kebolehlaksanaan teknikal dan komersial serta hala tuju pembangunan industri;

(iii) memantapkan strategi libat urus dan komunikasi dengan pihak berkepentingan; dan

(iv) menggubal kerangka nasional bagi pembangunan modal insan dan perancangan tenaga kerja.

Usaha ini adalah sebahagian daripada langkah strategik negara untuk menilai potensi tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga rendah karbon dalam mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 dengan memastikan setiap proses dijalankan secara teliti, selamat dan berlandaskan amalan terbaik antarabangsa.

Penemuan dan syor yang dalam penilaian ini nanti akan menjadi asas dan rujukan penting kepada kerajaan dalam membuat keputusan yang berpengetahuan ataupun, dengan izin, knowledgeable in decision menyeluruh dan berpandukan data berhubung pelaksanaan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada perancangan tenaga negara di masa hadapan.

Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Parit.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri atas jawapan diberikan.

Soalan saya, sejauh manakah kementerian telah bekerjasama dan mengadakan perbincangan dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan negara-negara lain yang telah pun berjaya menggunakan tenaga nuklear ini secara selamat dan berkesan?

Begitu juga saya ingin tahu tentang — adakah kementerian bercadang untuk melibatkan universiti tempatan atau institusi pendidikan dalam penyediaan tenaga mahir dan pembangunan teknologi berkaitan dengan tenaga nuklear ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dari sudut kerjasama antarabangsa ataupun pematuhan piawaian seperti yang saya nyatakan tadi, ketika ini memang kita meneliti secara mendalam soal piawaian antarabangsa yang perlu dipatuhi. Pada masa yang sama, dari segi kerjasama antara negara-negara yang pernah ataupun sedang mengusahakan tenaga nuklear ini, sememangnya kita di peringkat yang dipanggil eksplorasi iaitu untuk memahami dari sudut selok-belok opsyen-opsyen yang kita terima pakai.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sepertimana yang kita sedia maklum, penjanaan ini dari segi menggunakan untuk tujuan tenaga ini telah lama pun digunakan di peringkat antarabangsa.

Cuma kita kena tengoklah dari segi teknologi mana yang perlu ataupun yang wajar untuk kita ketengahkan. Cuma Yang Berhormat juga menyatakan perkara yang betul iaitu dari segi pembangunan tenaga ataupun kepakaran itu perlu bergerak seiring. Pemahaman saya di peringkat universiti tempatan ada yang menawarkan kursus, cuma bila komitmen itu semakin jelas dan sebagainya, sudah pasti dari segi kelangsungan kepakaran itu perlu disusun dengan rapi.

Kita perlu lahirkan pakar-pakar, malah sebenarnya ada pakar-pakar kita yang menjawat jawatan di peringkat antarabangsa. Yang ini saya sudah pasti bila sampai waktunya, mereka ini juga akan menjadi salah — sebahagian daripada yang akan menyumbang kepakaran mereka untuk kita menjana tenaga nuklear ini.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Timbalan Dato’ Dr. Speaker.

Soalan saya ialah, sekiranya Malaysia bercadang untuk memanfaatkan teknologi nuklear ini, adakah kerajaan yakin bahawa kita memiliki ekosistem kepakaran dan infrastruktur tempatan yang mencukupi untuk membangunkan teknologi nuklear atau adakah langkah ini berisiko menjadikan kita terlalu bergantung kepada negara asing?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Kuala Pilah. Dari satu sudut, dari segi penjanaan tenaga nuklear, kenapa kita meneliti perkara ini, antara asas yang kuat adalah dasar penggunaan tenaga di peringkat negara ini, kita lebih ke arah mempelbagaikan sumber.

Jadi, sebab itu berbanding dengan negara-negara lain, pengalaman Malaysia ini, kita menghasilkan tenaga itu daripada pelbagai sumber dan pada masa yang sama kita juga terikat dengan komitmen untuk mencapai net zero carbon ataupun karbon sifar menjelang tahun 2050.

Dari segi bila disebut sama ada ekosistem itu bersedia ataupun tidak, sebab itu di peringkat ketika ini kita baru selesai pre-feasible study, baru kajian keboleh pra-pelaksanaan dan ketika ini kita mula meneliti lebih mendalam seperti yang saya sebut tadi ada 22 pendekatan strategik yang kita perlu teliti supaya kita bukan hanya menumpukan kepada satu sudut.

Yang Berhormat nyatakan tadi sama ada ekosistem itu boleh dibina maka sebab itu dalam 22 strategik utama yang kita bina itu selain sebagai contoh yang saya sebut tadi 3S, keutamaan safety, safeguards dan security sudah pasti dari segi pembinaan, dari segi tenaga kerja, kepakaran, dari segi teknologi dan sebagainya ini, maka perkara inilah yang akan menjadi asas apabila lengkap penelitian 22 perkara yang kita usahakan ini. Ini akan membolehkan kerajaan membuat keputusan sama ada is go or no go berdasarkan keupayaan kita sendiri.

Jadi sebab itu, sementara memang kita terikat dengan komitmen yang saya nyatakan tadi untuk mengurangkan jejak karbon kita, penggunaan karbon ini, kita juga kena teliti kesesuaian dalam keadaan negara kita ini berdasarkan strategik apa — 22 perkara yang kita kena perhalusi dan insya-Allah, selepas itu kerajaan akan membuat keputusan yang sewajarnya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan berikut. Mempersilakan Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.

draft • 10:50 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 8.

draft • 10:50 AM

8. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah Kerajaan untuk mengawal selia sistem BNPL (Buy Now, Pay Later) yang kini mencapai transaksi bernilai RM7.1 bilion, agar tidak mendorong generasi muda terjebak dalam beban hutang yang tidak terkawal.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bentong.

Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kredit Pengguna yang baru diluluskan oleh Dewan ini, akan menyediakan rangka kerja pengawal selia yang menyeluruh dan bersepadu ke atas industri pemberi kredit dan pemberi perkhidmatan kredit bukan bank termasuk Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL). Di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP) ini kelak, syarikat yang menawarkan skim BNPL dikehendaki mematuhi keperluan pelakuan dan amalan pemberi kredit yang bertanggungjawab bagi melindungi pengguna kredit.

Ini termasuk menjalankan penilaian kemampuan berhutang, affordability assessment dengan izin, terhadap pengguna kredit sebelum menawar pembiayaan, memastikan terma urus niaga yang adil serta pengenaan caj atau fi yang telus, berpatutan dan tidak membebankan dan mengamalkan tatacara pengutipan hutang yang berhemah dan profesional terhadap pengguna kredit.

Berkenaan ini, penilaian kemampuan berhutang merupakan keperluan penting yang perlu dipatuhi oleh syarikat BNPL sebelum menawarkan kredit. Perkara ini perlu agar penjamin termasuk generasi muda — peminjam termasuk generasi muda mampu membayar balik wang yang dipinjam tanpa mengalami sebarang tekanan kewangan yang serius dan akhirnya terjerumus dalam perangkap hutang.

Oleh itu, Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan memantau pematuhan industri BNPL terhadap keperluan pelakuan di atas. Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan yang memudaratkan pengguna kredit, SKP mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.

Pendekatan penyeliaan oleh SKP memberi keutamaan kepada perlindungan penggunaan kredit dengan tumpuan kepada layanan yang adil, ketelusan dan pembangunan pasaran kredit yang bertanggungjawab.

Ianya disokong oleh rangka kerja peraturan yang dikeluarkan oleh SKP untuk dipatuhi oleh syarikat BNPL termasuk standard pelesenan dan standard pelakuan. SKP mempunyai kuasa yang luas untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bergantung kepada tahap keseriusan pelanggaran seperti tindakan pentadbiran, tindakan penguatkuasaan sivil, tindakan penguatkuasaan jenayah dan tawaran kompaun.

draft • 10:50 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Di atas — Di bawah AKP juga, terdapat — maaf. Di bawah AKP juga, untuk mendapatkan lesen, syarikat BNPL perlu mematuhi keperluan tadbir urus yang baik, memenuhi keperluan layak dan sesuai bagi ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan serta mematuhi keperluan kewangan minimum.

Di samping itu, kerajaan juga menekankan kepentingan literasi kewangan agar rakyat bijak mengurus kewangan dan memahami risiko penggunaan BNPL secara berlebihan bagi mengelakkan beban hutang yang tidak terkawal.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Bentong.

draft • 10:50 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan diberikan.

Soalan tambahan saya ialah, saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) bagi menangani isu pengenaan kadar faedah yang tinggi oleh penyedia Beli Sekarang, Bayar Kemudian iaitu “BPNL” dan terhadap pengguna kredit ini?

Dan adakah SKP bercadang untuk mengenakan had kadar faedah dan juga apakah langkah kementerian bagi memastikan penyedia BNPL ini patuh syariah, misalnya tidak mengenakan caj penalti yang berlebihan sekiranya lewat bayar?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Yang di- Pertua, Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Consumer Credit Oversight Board Task Force), giat memantau perkembangan semasa sektor industri kredit yang bakal dikawal selia oleh SKP kelak, termasuk sektor BNPL. Had kadar faedah yang dikenakan oleh penyedia BNPL kepada pengguna kredit adalah salah satu perkara utama yang sedang dalam kajian.

Dalam hal ini, SKP akan mengambil pendekatan pengawalseliaan melalui standard pelakuan yang akan dirangka secara seimbang dan bersekadar. Pada masa ini, terdapat beberapa amalan penyedia BNPL berkenaan caj kadar faedah. Walaupun kebanyakan mengenakan caj sebanyak 1.5 peratus sebulan atau lebih kurang 18 peratus setahun, secara amnya, kadar faedah yang dikenakan oleh pemain industri BNPL adalah antara 15–30 peratus setahun.

Sementara itu, terdapat juga penyedia BNPL yang tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah. Jadi, buat masa sekarang, SKP akan mendapatkan maklumat menyeluruh dan menganalisakan macam mana cara yang paling baik untuk dikawalkan. Kita akan juga mengambil kira untuk pinjaman yang dibuat secara syariah agar mematuhi standard-standard yang ditetapkan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Pendang.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Dato’ Yang Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya nak menyentuh berkenaan dengan BNPL juga iaitu dengan kemudahan Buy Now, Pay Later yang kini mencecah 7.1 bilion dan semakin digunakan untuk perbelanjaan harian.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Apakah kerajaan sedar bahawa kemudahan ini bukan lagi instrumen kewangan jangka pendek tetapi kini menjadi pengganti kepada pendapatan yang tidak mencukupi?

Adakah kerajaan bersedia mengklasifikasikan sebahagian skim BNPL ini sebagai kredit risiko sosial dan mengenakan had penggunaan ke atas produk tertentu seperti makanan asas ataupun keperluan isi rumah demi mengelakkan kesan hutang berganda terutamanya apabila hutang isi rumah ini, hutang isi rumah negara sekarang mencecah RM1.68 trilion seperti mana yang dijawab oleh Timbalan Menteri dalam minggu yang lepas? Jadi, ini soalan yang saya bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Pendang.

Dato’ Yang di-Pertua, mungkin saya mula dengan membagi sedikit statistik terkini mengenai BNPL, kan. Kalau kita tengok perkembangan BNPL telah berkembang dengan pesat sekali. Bagi separuh tahun pertama ini, bilangannya sebanyak 102.6 juta transaksi bernilai RM9.3 bilion telah dilakukan. Ini meningkat sebanyak 31 peratus kalau berbanding dengan RM7.1 bilion pada tahun— separuh kedua tahun lalu.

Jumlah pinjaman pada 30 Jun 2025 adalah sebanyak RM3.8 bilion. Ia merangkumi 0.2 peratus saja daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia. Jumlah BNPL buat masa sekarang yang tidak berbayar ataupun tertunggak adalah terkawal iaitu sebanyak 121.8 juta atau 3.2 peratus kepada jumlah keseluruhan pinjaman BNPL.

Jadi, buat masa sekarang, saya rasa BNPL masih terkawal. Dengan akta yang kita baru luluskan di Dewan yang mulia ini, kita akan meningkatkan lagi pengawalan dalam sektor ini. Jadi, ia akan lebih terkawal di masa depan juga. Jadi, saya rasa buat masa sekarang, kita ada cukup pengawasan yang ada dalam sistem BNPL.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan. Mempersilakan Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang nombor 9.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

9. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang kementerian untuk memastikan graduan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) kekal relevan dalam pasaran kerja nasional menjelang era pengukuhan sistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), khususnya melalui pelaksanaan EVA TVET.

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Kuala Krau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited dalam memastikan graduan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta kekal relevan dalam pasaran kerja nasional.

Pelbagai usaha berterusan sedang dilaksanakan dan telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi. Ini termasuk pelbagai inisiatif bersama dengan pihak industri seperti 2u2i iaitu dua tahun di universiti, dua tahun di industri, Industry on Campus ataupun IoC dan Structured Industry Apprenticeship Programme, yang disebut sebagai SIAP, for the electrical and electronics, dengan izin.

Semakan syllabus kurikulum bersesuaian dengan perkembangan semasa juga dibuat agar dapat melahirkan graduan yang boleh beradaptasi dengan keperluan sebenar di alam pekerjaan dan juga dengan keperluan negara. Inisiatif ini juga termasuk dalam memberi tumpuan kepada pemerkasaan sistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional sebagai salah satu teras utama perancangan jangka panjang yang dirangka meliputi program di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat tertinggi di IPT.

Dalam usaha untuk memperkukuhkan TVET dalam pendidikan tinggi nasional, KPT telah membangunkan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 untuk tempoh 10 tahun yang akan datang yang bakal dilancarkan, insya-Allah, pada tahun ini. Di bawah pelan ini, ada salah satu daripada lonjakan― kita ada 10 lonjakan kesemuanya. Salah satu daripada lonjakan itu ialah berada di lonjakan ketiga iaitu advanced TVET competency, dengan izin, telah dirangka bagi membina ekosistem TVET yang holistik, responsif kepada keperluan industri serta mampu melahirkan graduan yang bersedia mendepani cabaran teknologi masa depan.

Antara strategi utama — untuk menjawab Yang Berhormat tadi, di bawah lonjakan tiga ini yang menyokong usaha ini, termasuklah pertama, pembangunan program TVET kompetensi tinggi. Ini termasuklah dalam bidang-bidang baru yang ada di pasaran termasuklah dari segi permintaan dalam bidang analitik data, automasi industri, keselamatan siber dan juga sistem siber fizikal.

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang keduanya, pelaksanaan apa yang kita sebut sebagai Code of Practice for TVET Programme Accreditation. Ini program international tapi dipanggil sebagai COPTPA, iaitu sistem pemantauan dan penilaian berasaskan hasil iaitu outcome-based evaluation yang dibuat. Yang ini kita kena tengok balik dari segi kurikulum dan lain-lain lagi dan juga keboleh pasaran.

Yang ketiga, melibatkan pemantapan tenaga pengajar TVET.

Yang keempat, melibatkan penerapan pembelajaran modular dan APEL. APEL ini, seperti mana yang kita sedia maklum, iaitu kita memberi ruang kepada mereka yang bekerja begitu lama dan ruang untuk mereka meneruskan pengajian mereka berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi di tempat kerja, atau yang dipanggil sebagai recognition of prior experiential learning specific.

Yang kelimanya, iaitu tumpuan kepada skim gaji dan insentif majikan. Yang ini, koordinasi yang kita lakukan antara pihak kerajaan dan industri berdasarkan kepada sistem— berdasarkan kepada keperluan pasaran bagi bidang-bidang pekerjaan yang disebut.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Krau, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Saya tertarik dengan TVET berteknologi tinggi tadi. Cuma, mengikut data Kementerian Ekonomi menunjukkan bahawa kursus berorientasikan industri masih sangat rendah— tinggi tadi ni― dari kalangan pelajar B40 dan juga luar bandar serta OKU.

Jadi, soalan saya, selain daripada skim pembiayaan perkasa program TVET Madani dan dana latihan TVET yang diumumkan dalam RMKe-13 baru ini, adakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan dana khas mobiliti sosial TVET dan IPT yang lebih menyeluruh bagi memberi biasiswa penuh bantuan peralatan digital serta insentif cukai kepada industri yang mengambil pelatih dari kalangan B40 luar bandar dan OKU agar golongan ini tidak terus tercicir? Kerana mengikut laporan Kementerian Ekonomi, golongan ini yang banyak tercicir dari mengambil kursus TVET berteknologi tinggi.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Krau.

Seperti yang kita sedia maklum, bagi kursus-kursus TVET yang berteknologi tinggi memerlukan bukan hanya satu kementerian tetapi ia melibatkan pelbagai kementerian.

Sebagai contoh, apa yang dikemukakan ialah berkaitan dengan STEM. Jadi, keperluan bagaimana kita membina minat kepada mereka itu untuk mengikuti kursus-kursus ini.

draft • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dalam hal ini, soal sama ada golongan daripada B40 atau M40 tidak timbul kerana ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran itu di peringkat teknikal ini sentiasa ada. Cuma, yang menjadi kekangan dan halangan kepada kita bagaimana kita nak mewujudkan suasana untuk membolehkan mereka minat untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi tinggi ini, khususnya dalam bidang teknikal.

Saya ambil contoh. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dalam konteks kita di peringkat Kementerian Pendidikan ini, kita menyedari masalah ini. Lantaran itu, kita telah mengemukakan satu cadangan di peringkat politeknik, sebagai contoh. Bagi mereka yang mungkin tidak mendapat kelulusan yang sempurna bagi membolehkan mereka untuk mengikuti kursus-kursus teknikal ini seperti engineering dan sebagainya, maka kita wujudkan keadaan di mana kita berikan ruang kepada mereka untuk mengikuti kursus ini tanpa melihat secara khusus kepada kelulusan mereka sama ada mereka minat untuk mengikuti kursus yang berkenaan. Ini disebut sebagai peluang kedua berdasarkan kepada minat mereka.

Dan, alhamdulillah kita melihat dari segi kecenderungan itu ada dan kita telah mulakan pada dua tahun yang lalu dan kita telah melahirkan satu kumpulan baharu ini bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan-pekerjaan dalam bidang high tech yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tentang soal sama ada, ada keperluan bantuan-bantuan itu, kita sentiasa memberikan ruang itu kepada mereka sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi mahupun di peringkat sektor- sektor industri yang berkenaan. Sebagai contoh, kita mengadakan yang saya sebutkan tadi, government-industry collaboration, kita mengenal pasti beberapa industri-industri yang berteknologi tinggi ini untuk membuat persiapan dengan kita bagi membolehkan supaya keperluan mereka itu dapat disetarakan.

Jadi, lantaran itu sebagai contoh Intel, antara yang tempat yang menjadi tumpuan bagi high-tech dan bidang E&E dan semicon, kita membuat perbincangan, perancangan bersama dengan USM bagi membolehkan mereka ini mendapat peluang itu untuk melanjutkan pelajaran mereka. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sejauh mana kursus-kursus yang tidak relevan dengan pasaran kerja masa kini telah dikeluarkan dari syllabus subject dan digantikan dengan kursus-kursus market orientated? Dan apakah yang terjadi kepada graduan-graduan yang tersilap pilih kursus menyebabkan mereka sukar mencari kerja yang sepadan? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi ialah berkaitan dengan kesepadanan kerja dan ini sering kali berlaku, bukan hanya pada satu-satu tempoh yang tertentu. Seperti mana yang kita ketahui apabila berlakunya FDI dalam negara maka dia akan mewujudkan satu keperluan baharu dalam pasaran itu. Lantaran itu, hubungan kerjasama yang erat antara pelbagai kementerian itu sangat-sangat penting atau the whole-of-government approach yang kita laksanakan dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Ini adalah sangat penting untuk kita kenal pasti apakah kursus-kursus terkini yang diperlukan.

Sebagai contoh dalam bidang kecerdasan buatan yang diperlukan dalam pasaran pada hari ini. Demikian juga dalam bidang semicon yang semakin diperlukan dalam bidang E&E. Dan inilah antara perkara-perkara yang perlu kita wujudkan dalam memastikan supaya keperluan pasaran itu yang — dan juga permintaan itu adalah dapat disetarakan. Jadi, itulah yang sedang kita lakukan.

Bagi kursus-kursus yang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, mungkin ada yang sudah tidak lagi relevan, tapi kita perlu ingat bahawa ada kursus-kursus tertentu yang tetap relevan dalam konteks kini. Sebagai contoh saya ambil, apabila kita bercakap tentang kursus AI seolah-olah semuanya memikirkan bahawa perlu ada fakulti AI semata- mata dan kursus-kursus yang tidak relevan dengan AI itu perlu ditutup. Tidak, sebab ada kursus-kursus yang dipanggil dalam dunia AI ini yang bersifat multidisciplinary, multidisciplinary iaitu bila kita ada tempat untuk belajar AI, tapi dalam masa yang sama dia perlu belajar juga dalam bidang sains sosial yang ada kaitan dengannya kerana hari ini bila kita bercakap tentang disiplin AI itu, dia mesti juga melibatkan hal-hal yang berkaitan antara disiplin-disiplin sains sosial yang lain. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis ke soalan yang ke-10, mempersilakan Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 11:10 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, nombor 10.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

10. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, keberkesanan program parol termasuk peluang pekerjaan bagi banduan dari 2024 hingga Jun 2025 serta strategi kementerian ubah persepsi majikan dan masyarakat memperkasa bekas banduan sebagai tenaga kerja produktif.

draft • 11:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya. Jabatan Penjara Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, kita laksanakan program Corporate Smart Internship. Tujuannya adalah supaya

draft • 11:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

prospek – kita tidak sebut istilah “banduan”, kita sebut “prospek” yang kita lepaskan melalui parol, yang kita lepaskan melalui Program Pelepasan Secara Berlesen ataupun yang kita lepaskan secara penghuni bebas lesen, ini untuk pelajar Henry Gurney, kita dapatkan mereka pekerjaan. Tujuannya kita nak bantu mereka menjalani pemulihan dalam komuniti, walaupun teknikalnya mereka itu bergelar prospek, tapi kita dapatkan mereka peluang pekerjaan dan mereka bekerja di luar tembok penjara.

Hari ini ada 789 syarikat yang bekerjasama dengan Jabatan Penjara. Hari ini juga ada 7,051 prospek yang sedang ditawarkan pekerjaan dalam lima bidang:

(i) perkhidmatan;

(ii) perladangan;

(iii) pembuatan;

(iv) pertanian; dan

(v) pembinaan.

Dan 7,051 ini Tuan Yang di-Pertua, kita yakin kita akan boleh tambah sehingga 8,500 dalam masa terdekat kerana Guthrie sehari dua ni bersetuju untuk ambil lagi 644. Guthrie bukan saja dia ambil, dia latih, dia bagi sijil harvesting pula, harvesting certificate. Kait buah tu dia bagi sijil. Jadi dia — dan dia bayar upah. Shopee pula akan ambil sehingga 350 orang.

Jadi, cabarannya adalah Tuan Yang di-Pertua, persepsi masyarakat dan juga bagaimana kita nak atasi perkara ini. Satu, masyarakat, yang kedua, majikan. Kita kena jalankan secara berterusan. Pertama, kita yakinkan kepada majikan dan masyarakat, Jabatan Penjara bukan hanya tempat kita menghukum mereka yang disabitkan tetapi penjara kita jadikan sebagai teaching factory dengan izin dan penjara kita jadikan sebagai work-based learning. Di sana mereka ini kita latih program kemahiran TVET. Bukan saja Kementerian Pengajian Tinggi ada TVET, di penjara kita ada 35 institusi yang mengajar TVET.

Yang kedua, kita latih mereka sehingga mereka dapat Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompetensi Pembinaan. Kita juga laksanakan Program Upskilling Agro-Mas Peka MADANI yang fokus bina kemahiran mereka dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan. Kemudian, kita juga ada laksanakan Program Step at Industry bagi menyediakan prospek ini memasuki peluang kerja melalui latihan ini dan kepada majikan supaya dia tak ada lagi stigma ini. Bila mereka ambil prospek ini, pertama, kita berikan insentif pengecualian cukai, dia tak perlu bayar cukai.

Yang kedua adalah kita berikan insentif khas di bawah Program Daya Kerja 3.0 PERKESO yang menawarkan RM600 sebulan selama tiga bulan pada majikan yang mengambil prospek ini bekerja. Kemudian kita bantu hebahkan melalui One Stop Center Pengurusan Pekerja Asing bahawa prospek ini dah ada dalam negara, tak perlu lagi ambil daripada luar negara untuk bekerja dalam lima sektor itu. Dengan cara ini, kita yakin bahawa program mereka menyesuaikan diri dengan komuniti akan berlaku dengan lebih berkesan.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 11:10 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu tuntas dan terperinci. Menteri, soalan tambahan saya ialah, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi program pemulihan dalam institusi penjara dengan memperkenalkan pensijilan kemahiran?

Ya, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang TVET, saya nak keperincian berkaitan dengan program TVET yang dikendalikan atau sijil profesional lain yang diiktiraf bagi memastikan para penghuni atau banduan memperolehi kelayakan yang relevan supaya mereka boleh lebih berdaya saing, seterusnya meningkatkan peluang untuk mereka menyumbangkan secara produktif kepada ekonomi negara setelah dibebaskan kelak. Terima kasih Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Batu Gajah atas soalan tambahan. Tadi saya sebut ada 35 pusat vokasional industri, Jabatan Penjara. Pusat ini kita tawarkan latihan kemahiran. Dia melibatkan empat bidang, bidang makanan, bidang perkhidmatan, bidang pembuatan, bidang fabrik, bidang pertanian dan perladangan dan bidang penternakan. Angka sehingga tahun 2024 yang berjaya mendapat Sijil Kemahiran Malaysia dan dapat mengikuti latihan TVET ini jumlahnya 19,361, jumlah yang besar.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Mereka ini dapat sijil kemahiran setelah mengikuti latihan TVET ini daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran. Mereka dapat daripada Kementerian Sumber Manusia dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan. Mereka juga dapat sijil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Tidak syak lagi mereka ini sementara status mereka bergelar prospek menunggu saat pembebasan, kita latih dan apabila mereka keluar mereka keluar dengan kemahiran. Majikan akan sambut mereka. Dengan cara itu mereka tak akan lagi terjebak dalam putaran ganas keluar penjara orang pandang serong. Nak dapat kerja, jauh sekali.

Jabatan Penjara latih bagi kemahiran. Jabatan Penjara ada kerjasama dengan 789 majikan. Jabatan Penjara berikan mereka sijil dengan kerjasama pelbagai agensi dan itu ikhtiarnya. Kita jaga bukan sahaja dalam tembok, dah keluar pun kita jaga lagi, latih lagi. Itu akan mengurangkan angka recidivism iaitu mereka mengulangi melakukan kesalahan.

Saya perlu ingat, saya perlu sebutkan bahawa bagi setiap 800 yang kita bebaskan melalui kaedah ini satu sahaja kembali semula ke dalam penjara. Satu patah balik melakukan kesalahan sehingga ke penjara daripada 800 yang kita bebaskan melalui jalur ini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan, tak panjang sangat.

Kita tahu sistem parol di Malaysia ini dah agak lama, tahun 2008 saya rasa selaras dengan pindaan Akta Imigresen 2008. Di dalam dunia ini ada banyak negara juga yang mempunyai sistem parol yang agak baik kalau pun tidak terbaik. Antaranya New Zealand, Comprehensive Reintegration, pemulihan dalam penjara, peralihan dan sebagainya. Norway Yang Berhormat sebut tadi Human Treatment and Reduce Recidivism, Kanada. Jadi, saya nak tahu – satu soalan pertamanya model mana yang Malaysia ikut?

Keduanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan dan pandangan Yang Berhormat Menteri mengenai satu banduan yang dia dihukum penjara 12 tahun pada tahun 2022 contohnya. Dalam masa menjalani hukuman itu dia mengemukakan pengampunan (pardon) kepada Lembaga Pengampunan. Lembaga Pengampunan meluluskan reduced daripada 12 tahun kepada enam tahun. Jadi, kalau 2022, dia enam tahun, tak lamalah dia akan keluar. Dalam sistem parol di Malaysia ini yang saya tahulah selepas menjalani one third of the punishment, lebih kurang satu pertiga kalau enam tahun empat tahunlah.

Jadi, banduan yang dihukum tahun 2022 ini dia mencapai satu pertiganya dalam 2024. Soalan saya, adakah banduan seumpama ini boleh menjadi satu prospek yang boleh menjalani parol? Dan adakah parol ini juga termasuk sekiranya institusi pendidikan tinggi sebagaimana universiti bersedia menerima prospek itu, adakah prospek itu boleh attached- di universiti? Sebagai contoh untuk buat PhD kah, master degree dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya Kota Bharu.

Amalan baik negara-negara dalam pengurusan penjara ini untuk makluman akan sentiasa menjadi bahan rujukan kitalah. Sekarang ini dah ada negara di dunia ini yang bila mahkamah jatuh hukum, bukan hantar ke penjara, terus dalam komuniti. Dah ada negara sampai tahap itu, kita belum lagi. Okey ya.

Pada masa yang sama kita punya kekuatan tersendiri juga Yang Berhormat Kota Bharu. Di Penjara Kajang sekarang kita ada 35 hufaz, hafal al-Quran 30 juzuk. Saya tak sampai tahap lagi, Kota Bharu mungkin 29 juzuk barangkali. Maknanya mereka duduk di dalam sana, kita ada kan kerjasama dengan Majlis Agama Negeri Selangor dan kita – mereka boleh menghafal 30 juzuk al-Quran. Ini bukan calang-calang Yang Berhormat.

Baik, parol ini idealnya setiap kawasan Parlimen kalau ada lagi bagus, tapi tentu kita ada kekangan kewangan, perjawatan dan sebagainya. Jadi, kita manfaatkan jumlah yang ada dulu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, jadi bahagian pertama saya respons bahawa, apa sahaja good practices yang menjadi amalan negara-negara yang boleh kita contohi, kita mengambil pendekatan terbuka:

sedia belajar.

Baik. Bahagian kedua ialah soal yang disebut secara spesifik oleh Yang Berhormat

draft • 11:20 AM

tadi, sudah terang lagi bersuluh – pengurangan hukuman itu Yang Berhormat

dia pacak terus, tarikh bebas. Dia tak pakai lagi one third daripada tempoh baki itu sebab Lembaga Pengampunan bagi tarikh terus. Kalau Yang Berhormat semak balik, saya tahu sebab saya dapat surat itu daripada Lembaga Pengampunan. Dia ada tarikh terus, ya lah. Jadi, faham kita bahawa pembebasan itu adalah atas tarikh yang telah ditetapkan.

Jadi, faham saya juga ia nya tak terpakai bahawa dikurangkan kepada berapa tahun maka dia kena serve dua pertiga daripadanya sebab tarikh telah ditetapkan oleh Lembaga Pengampunan, itu prosesnya. Jadi, biar proses itu berjalan.

Buat kami di KDN bahkan Jabatan Penjara, kita akan melakukan sepenuhnya seperti keputusan yang telah disampaikan secara bertulis kepada kita oleh Lembaga Pengampunan.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang terakhir untuk sesi jawapan lisan.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Mempersilakan...

Yang Berhormat saya panggil baru berdiri.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Ketawa]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau tidak saya langkau lagi. Bismillahirrahmanirrahim. Saya mempersilakan Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Semangat punya fasal. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Sudah baca harap balas; Soalan saya nombor sebelas.

draft • 11:20 AM

11. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah strategi kementerian untuk memperkukuh sokongan kesihatan mental dan kebajikan pelajar IPT sejajar dengan pendekatan menyeluruh yang diguna pakai di negara maju.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih sahabat saya walaupun duduk belah sana. Bagi menjawab soalan beliau daripada Parit Buntar iaitu tentang masalah kesihatan mental di kalangan mahasiswa IPT. Ini adalah merujuk kepada keadaan seperti kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety) dan tekanan (stress). Masalah tersebut boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti

draft • 11:20 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

perubahan persekitaran, tekanan akademik, kos sara hidup, isolasi sosial dan juga tekanan daripada media sosial.

Justeru, bagi menguruskan isu ini, salah satu langkah yang telah diambil oleh KPT adalah dengan menubuhkan Pusat Kaunseling Pelajar yang diiktiraf di bawah Akta Kaunselor 1998 di semua universiti awam bagi tujuan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional secara percuma kepada semua pelajar. Sehingga kini seramai lebih 280 kaunselor bertauliah yang bertugas di Pusat Kaunseling Pelajar di UA seluruh negara.

Saya ingin juga maklumkan selain daripada langkah-langkah yang disebutkan itu, pihak KPT juga melaksanakan satu lagi penubuhan Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia. Ia ditubuhkan sebagai penggerak bagi membentuk, menyelaras dan membangunkan potensi kecemerlangan mahasiswa dan warga kampus melalui peranan pegawai psikologi.

Ketiga, melancarkan Manual Perkhidmatan Kaunselor di IPT, yang ini kita lakukan, dilaksanakan pada tahun sudah iaitu Oktober 2024.

Keempatnya membangunkan Modul Kesihatan Mental Mahasiswa IPT melalui pendekatan bagaimana kita perlu menangani masalah stres, kemurungan dan kebimbangan.

Ini melibatkan satu kumpulan daripada pelbagai universiti yang diketuai oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia dan MAKUMA bagi membangunkan modul yang disebutkan itu.

Selain daripada itu juga, kita memperkenalkan program seperti Minda Sihat, Mental Health Literacy dan Psychological First Aid iaitu yang dilaksanakan di semua IPT bagi memperkukuhkan daya tahan mental dan emosi pelajar.

Kita turut melancarkan Crisis Support Squad MAKUMA iaitu bagi memastikan supaya mereka yang terdiri daripada rakan pembimbing, rakan siswa di kalangan mereka dapat membantu di antara satu sama lain.

draft • 11:20 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kita juga memperkenalkan pendedahan pensyarah dengan ilmu dan kemahiran asas berhubung dengan kesihatan mental. Jadi, itu antara langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kementerian selain daripada ada hal-hal yang berkaitan dengannya seperti kita memperkenalkan sistem intervensi awal dan pemantauan kes dan termasuk juga dengan sokongan akademik kita yang lebih fleksibel.

Kalau sekiranya kita dapati ada di kalangan pelajar-pelajar itu menghadapi masalah yang tidak dapat meneruskan pelajaran mereka pada semester tersebut dan begitu juga dengan program pengintegrasian sokongan sosial dan komuniti kampus dan bagaimana kita nak mewujudkan di kalangan mereka dapat berhubung di antara satu sama lain iaitu dengan sendirinya dapat mewujudkan minda bebas tekanan. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit Buntar.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Berdasarkan laporan daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 hingga 2023, ada berlaku peningkatan terhadap kesihatan mental yang melibatkan pelajar sekolah dan juga IPT.

Contohnya, daripada tahun 2019 meningkat 7.9 peratus yakni 424,000 meningkat kepada 922,319; 16.5 peratus peningkatannya. Daripada jumlah tersebut, satu per empat, 25 peratus adalah pelajar IPT yang menghadapi masalah-masalah mental seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, daripada jumlah pelajar IPT tersebut 25 peratus itu, golongan manakah yang banyak terlibat dengan kesihatan mental?

Bahkan ada dilaporkan daripada jumlah tersebut, 13.1 peratus mempunyai idea untuk cuba membunuh diri. Walaupun tak bunuh lagi, cubaan membunuh diri ada dan sentiasa meningkat cubaan untuk membunuh diri ini daripada setahun ke setahun. Jadi, golongan manakah yang banyak terlibat dan satu lagi adakah pihak kementerian melibatkan golongan agamawan, para ulama dan sebagainya? Tadi disebutkan ada pakar begitu, begini.

Jadi, adakah golongan agamawan itu sendiri terlibat dalam usaha untuk membanteras atau memberi motivasi kepada para pelajar? Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi bagi menjawab soalan yang pertama iaitu melibatkan golongan manakah? Saya rangkumkan bahawa golongan itu ialah pelajar-pelajar.

draft • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sama ada mungkin Yang Berhormat ingin bertanya sama ada mereka daripada tahun pertama atau tahun keempat. Yang itu, saya perlukan perincian ya dan tetapi secara keseluruhannya, apa yang saya boleh sebutkan kepada Yang Berhormat, berdasarkan kepada fakta yang ada kepada kita, apa yang kita kumpulkan, melibatkan semua IPTA, dari segi peratusan keseluruhan pelajar-pelajar itu hanya 0.067 peratus sahaja iaitu bersamaan dengan 402 kes yang benar-benar terlibat yang perlukan intervensi daripada pihak universiti, universiti awam. Ini setakat ini 402 iaitu bersamaan dengan 0.067 peratus.

Baik, itu dalam bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan golongan. Bagi kita, kita menggabungkan kesemua mereka iaitu apabila mereka disebut sebagai golongan mahasiswa maka kita rangkumkan mereka keseluruhan mereka yang tergolong di dalam golongan yang perlu mendapatkan bantuan-bantuan yang berkaitan dengan tekanan mental ini.

Baik, bagi menjawab soalan yang kedua daripada Yang Berhormat berkaitan dengan pendekatan dari segi intervensi agama, pendekatan agama. Saya tidak nafikan bahawa itu adalah antara pendekatan yang baik malah boleh saya katakan dalam bagi kalangan sebagai

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

contoh, dalam masyarakat Islam, itu adalah antara pendekatan yang dianggap sebagai pendekatan yang menyeluruh bagi memberikan langkah-langkah yang terbaik secara holistik kepada mereka.

Ini yang disebutkan sebagai psikospiritual. Psikospiritual ini juga melibatkan termasuklah soal bagaimana kita membangunkan kembali nafsu mereka, roh mereka, akal mereka, emosi mereka. Ini yang disebutkan Yang Berhormat lebih sedia maklum tentang konsep tazkiyah al-nafs iaitu bagaimana kita melakukan proses penyucian jiwa di kalangan mereka.

Dan yang di peringkat UiTM untuk pengetahuan Yang Berhormat, mereka melakukan, ada satu pendekatan ini, yang modul, satu modul yang mereka lakukan iaitu melalui pendekatan tazkiyah al-nafs kita dan ini sedang juga kita lakukan di semua peringkat institusi-institusi pendidikan tinggi. Saya tidak nafikan bahawa itu adalah antara pendekatan yang terbaik dan kita sedang lakukan pendekatan yang sama pada hari ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Balik Pulau.

draft • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih, Timbalan Speaker. Menteri saya meneliti jawapan tadi dan menyatakan banyak program-program yang dijalankan oleh IPT, IPTA dan sebagainya. Adakah kajian keberkesanan langkah-langkah ataupun program yang diambil itu sebab kita lihat the numbers are quite prevalent semakin tahun, semakin meningkat jumlah mereka yang menghadapi mental health ini.

Dan adakah terdapat kajian dan juga tentang jurang jumlah mereka yang menghadapi tekanan dan juga mereka mendapat rawatan? The gaps between those yang mendapat mental health issue dan mereka mendapat rawatan. Adakah kajian keberkesanan tersebut? Mungkin juga pihak IPTA hendak mengadakan mandatory mental health education dekat semasa program-program orientasi di IPTA. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Bagi menjawab tentang soal keberkesanan, di peringkat universiti awam dan juga di peringkat politeknik berterusan melakukan perkara itu kerana dia melalui proses pengambilan pelajar yang baru yang akan masuk. Ini termasuklah dari segi pendekatan yang kita lakukan melalui apa yang disebut sebagai psikometrik berkala yang sering kali dibuat.

Cuma dari segi pendekatan-pendekatan tertentu yang diperkenalkan itu juga dilakukan di peringkat universiti-universiti yang berkenaan. Ada kalanya satu pendekatan yang dilakukan itu tidak sesuai dengan pendekatan di universiti yang lain ataupun dalam konteks universiti ia tidak boleh sama dengan di peringkat kolej komuniti. Maka, dari segi kesesuaian program-program itu agak berlainan.

Dan walau bagaimanapun, saya akan dapatkan maklum balas dengan lebih lanjut lagi dari segi berapa universiti yang telah membuatkan kajian-kajian itu untuk pengetahuan untuk saya maklumkan kepada Yang Berhormat nanti. Tentang berkaitan dengan beberapa langkah-langkah yang sedang kita lakukan dan kita akan meneruskan pendekatan-

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

pendekatan yang terkini, yang terbaru supaya langkah-langkah yang kita buat ini benar-benar memberikan impak yang besar kepada mereka itu.

Jadi, apa yang saya nak sebutkan di sini ialah sebarang pendekatan yang kita buat itu tidak boleh menjadi hanya pendekatan yang bersifat rigid kerana kes-kes terkini yang berlaku bukan hanya melibatkan kalangan mereka yang berada di peringkat umur tertentu, tetapi juga dia melibatkan juga kepada mereka yang berada di peringkat awal lagi bila dia masuk itu sudah pun menghadapi masalah-masalahnya.

Jadi, ini yang disebut juga antara masalah-masalah yang berkaitan dengan mungkin ada disebabkan oleh genetic problem di kalangan mereka itu. Jadi, inilah antara langkah- langkah yang akan terus kita lakukan bagi memastikan supaya masalah keseriusan mental health di kalangan pelajar-pelajar kita, mahasiswa kita dapat kita tangani dengan sebaik- baiknya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 5 Ogos 2025.” Terima kasih.

draft • 11:39 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:39 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya mohon menyokong.

draft • 11:39 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah sebagaimana Usul yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:39 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
Status Terkini Rundingan Perdagangan Timbal Balas Dengan Amerika Syarikat

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dipersilakan memberi penerangan mengenai status terkini rundingan perdagangan timbal balas dengan Amerika Syarikat.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Puan Yang di-Pertua, saya mohon Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) yang disebut tadi. Saya ingin tahu, adakah penerangan Menteri ini membenarkan perbahasan? Tidak.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Ataupun pencelahan- pencelahan daripada Ahli-ahli?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Biarkan Menteri beri penerangan dahulu.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya lah, bolehkah mencelah untuk pertanyaan? Sebab tidak ada peluang.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lepas itu, pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Topik ini amat penting.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tan Sri Speaker tidak membenarkan sebarang perbahasan semasa sesi penerangan ini. Perkara-perkara yang ingin dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat susulan penerangan Menteri ini boleh diajukan sepanjang tempoh perbahasan RMKe-13.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Mencelah boleh dengan kebenaran ya?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlulah. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah terkesan dengan ketidaktentuan geo-ekonomi akibat pengumuman oleh Presiden Donald J. Trump ataupun Presiden Trump berkenaan tarif timbal balas yang dikenakan ke atas rakan-rakan dagang yang mempunyai defisit perdagangan dengan Amerika Syarikat. Malaysia berada di tangga ke-15 dalam senarai negara-negara tersebut dengan lebihan dagangan berjumlah USD24.8 bilion.

draft • 11:41 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Pada 2 April 2025, semasa pengumuman Liberation Day oleh Presiden Trump, Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara yang dikenakan tarif timbal balas iaitu pada kadar 24 peratus. Tarif timbal balas ini sepatutnya berkuat kuasa pada 9 April 2025, tetapi kemudiannya telah ditangguhkan pelaksanaannya selama 90 hari bagi memberi peluang kepada negara-negara yang terlibat untuk berunding kadar yang lebih munasabah dengan Kerajaan Amerika Syarikat.

Sebagaimana yang Ahli-ahli Yang Berhormat dimaklumkan di Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei yang lepas, kerajaan telah memutuskan untuk mengambil pendekatan berunding dan bukannya melaksanakan tindakan balas kepada Amerika Syarikat. Rundingan telah dimulakan pada 6 Mei 2025 bagi mencari titik pertengahan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Namun begitu, pada 7 Julai 2025, Presiden Trump telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas Malaysia berkuat kuasa 1 Ogos 2025. Pengumuman tersebut adalah di luar jangka memandangkan rundingan antara kedua-dua negara masih berjalan pada masa itu. Walau bagaimanapun, pengumuman terbaru ini memberi peluang kepada Malaysia untuk meneruskan rundingan penyelarasan tarif sehingga 31 Julai 2025 bagi mencapai hasil yang dihasratkan. Rundingan kemudiannya telah dimuktamadkan dengan tawaran terakhir dikemukakan oleh Malaysia kepada Amerika Syarikat pada 29 Julai 2025.

Seterusnya, hasil perbualan telefon di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Presiden Trump pada 31 Julai, interaksi saya dengan wakil perdagangan Amerika Syarikat dan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat serta berkat usaha gigih pasukan perunding, kadar baru untuk Malaysia yang diumumkan pada 1 Ogos adalah sebanyak 19 peratus iaitu penurunan enam peratus berbanding dengan kadar yang diumumkan pada 7 Julai yang lepas.

Kadar baru ini adalah setara dengan beberapa negara anggota ASEAN iaitu Indonesia, Thailand, Filipina dan Kemboja. Manakala Vietnam dikenakan 20 peratus, Brunei 25 peratus, Laos dan Myanmar 40 peratus. Singapura pula dikekalkan atas tarif asas 10 peratus, tarif yang paling rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain kerana defisit dagangan dan keterbukaan pasaran dengan Amerika Syarikat. Ini bermakna di kalangan negara-negara ASEAN, barangan Malaysia kekal kompetitif di pasaran Amerika Syarikat.

Walaupun mengharapkan kadar tarif yang lebih rendah, kementerian berpendapat rundingan ini telah berjaya mencapai hasil yang berpatutan dengan tawaran yang dibuat oleh Malaysia tanpa menjejaskan dasar-dasar utama dan kedaulatan negara seperti yang dihasratkan oleh rakyat. Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, pegawai-pegawai kementerian-kementerian dan agensi-agensi, dewan perniagaan tempatan dan Amerika Syarikat serta badan pemikir atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

draft • 11:41 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Semua maklum balas yang diterima sepanjang tempoh rundingan telah memainkan peranan penting dalam rangka strategi yang berkesan untuk memuktamadkan rundingan dengan pihak Amerika Syarikat. Tidak dilupakan juga wakil perdagangan Amerika Syarikat dan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat serta pegawai-pegawai yang telah memudahkan proses perundingan tarif timbal balas.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa setiap tawaran yang telah dibuat kepada Amerika Syarikat juga diberi pertimbangan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pendirian beliau yang jelas, menyeluruh dan tegas dalam menyatakan komitmen kerajaan untuk mempertahankan kepentingan rakyat, industri dan negara. Dengan berpaksikan kepada panduan tersebut, kementerian telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kejayaan rundingan tanpa menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.

Sebelum saya menerangkan kandungan rundingan yang telah dipersetujui, saya ingin menjelaskan bahawa apa yang telah dimuktamadkan adalah persetujuan secara prinsip di mana komitmen yang telah dibuat sepanjang rundingan akan diterjemahkan secara terperinci dalam satu bentuk dokumen perjanjian iaitu perjanjian perdagangan timbal balas, agreement on reciprocal trade ataupun ART yang akan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

Dengan penjelasan tersebut, izinkan saya untuk menerangkan skop rundingan yang melibatkan enam seksyen utama.

Seksyen pertama, tarif dan kuota. Seksyen kedua, halangan bukan tarif atau non- tariff barriers dan perkara-perkara yang berkaitan. Seksyen ketiga, perdagangan digital dan teknologi ataupun digital trade and technology. Seksyen keempat, peraturan tempasal (rules of origin). Seksyen kelima, keselamatan ekonomi dan negara ataupun economy and national security. Dan, seksyen keenam, pertimbangan komersial.

So, Tuan Yang di-Pertua, seksyen satu adalah mengenai permintaan Amerika Syarikat untuk penurunan atau penghapusan tarif duti import dan pengecualian cukai jualan dan duti eksais ke atas produk pertanian dan industri Amerika Syarikat yang diimport ke Malaysia. Rundingan penurunan dan juga penghapusan tarif pada awalnya hanya tertumpu kepada senarai permintaan spesifik daripada Amerika Syarikat, tetapi kemudiannya dikembangkan bagi merangkumi keseluruhan jenis barangan yang diimport dari Amerika Syarikat. Hasilnya, Malaysia telah menawarkan penurunan dan juga penghapusan tarif duti import bagi 98.4 peratus dari jumlah keseluruhan baris tarif.

Mengenai cukai jualan, Malaysia telah bersetuju untuk memberi pengecualian cukai jualan yang mendiskriminasikan produk pertanian yang diimport oleh Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, buah-buahan dan makanan laut. Manakala Malaysia berpegang teguh tidak menawarkan penghapusan ataupun pengecualian duti eksais.

Isu-isu utama seksyen dua adalah mengenai halangan bukan tarif yang telah dilaporkan di dalam Laporan National Trade Estimate 2025 yang pada pandangan Amerika

draft • 11:41 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Syarikat merupakan halangan bukan tarif ataupun non-tariff barriers yang menyulitkan kemasukan barangan Amerika Syarikat ke pasaran Malaysia.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa permintaan-permintaan di bawah seksyen dua semasa rundingan telah memberi peluang kepada kerajaan untuk membuat refleksi ke atas dasar-dasar dan proses kerja kerajaan yang sekiranya ditambah baik akan meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia di peringkat global.

Antara perkara utama yang telah dipersetujui dengan Amerika Syarikat adalah membenarkan — pertama, pengimportan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas ke Malaysia yang mendapat sijil halal dari badan persijilan halal Amerika Syarikat yang mematuhi piawaian dan standard halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ataupun JAKIM. Kerajaan tidak berkompromi dan terus mengekalkan standard halal yang mematuhi syariah bagi memelihara kepentingan pengguna di kalangan umat Islam di Malaysia.

Fasilitasi yang ditawarkan di sini hanya berkaitan pemantauan dan verifikasi yang akan dilaksanakan oleh badan persijilan halal Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Jadi, dakwaan kononnya Malaysia akan serta-merta mengiktiraf sijil halal Amerika Syarikat adalah tidak berasas. Ia tidak mencerminkan fakta sebenar yang telah dipersetujui dalam rundingan ini.

Memudah cara proses persijilan dan pendaftaran fasiliti untuk eksport produk tenusu, daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas dari Amerika Syarikat ke Malaysia berdasarkan peraturan domestik yang telah ditetapkan.

Ketiga, menerima pelaksanaan kaedah regionalization bagi kawalan penyakit haiwan untuk eksport unggas hidup dan produk unggas dari Amerika Syarikat.

Keempat, memudah cara proses pengiktirafan standard dan pemasaran produk- produk perindustrian dari Amerika Syarikat seperti produk automotif, peranti perubatan dan farmaseutikal berdasarkan peraturan domestik yang telah ditetapkan.

Dan keempat, mempertingkatkan komitmen dan penguatkuasaan dalam isu hak harta intelek, perburuhan, alam sekitar dan pengurusan perikanan mampan berdasarkan komitmen Malaysia di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkaitan.

Ingin saya tegaskan bahawa, Malaysia tidak melonggarkan sebarang kawalan dan syarat yang akan menjejaskan hak rakyat dan kelangsungan industri tempatan iaitu dengan memberikan pengecualian menyeluruh ataupun blanket exemption kepada syarat lesen pengimport atau Approved Permit (AP) bagi produk-produk yang diimport dari Amerika Syarikat. Jadi, AP masih lagi ada. Tidak berliberalisasi penuh bagi syarat ekuiti pegangan asing dalam sektor strategik dan juga syarat ekuiti bumiputera juga dikekalkan bagi semua sektor yang berkaitan.

draft • 11:41 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Bagi seksyen ketiga, Malaysia telah bersetuju untuk perkara seperti berikut:

(i) tidak akan mengenakan Cukai Perkhidmatan Digital (Digital Service Tax) yang bersifat diskriminasi terhadap syarikat-syarikat Amerika Syarikat. Saya ingin tekankan bahawa, Malaysia sememangnya merupakan negara yang melaksanakan dasar DST dan percukaian seumpamanya berlandaskan prinsip tanpa diskriminasi. Ini bermaksud kita boleh, tetapi kena pastikan semua negara mendapat treatment yang sama;

(ii) memansuhkan keperluan untuk platform media sosial dan penyedia perkhidmatan awan (cloud service) daripada Amerika Syarikat, menyumbang enam peratus daripada jumlah pendapatan mereka di Malaysia kepada tabung USP sebagai salah satu syarat untuk mereka beroperasi di Malaysia; dan

(iii) memansuhkan atau menggantung secara kekal arahan untuk semua trafik sistem nama domain atau domain name system dialihkan kepada perkhidmatan DNS tempatan.

Ingin saya tekankan bahawa tidak semua permintaan Amerika Syarikat dalam aspek perdagangan digital dan teknologi dipersetujui. Malaysia berpendirian teguh untuk mengekalkan dasar-dasar yang berikut. Penyedia perkhidmatan awan dan platform media sosial masih tertakluk kepada liabiliti jenayah di bawah undang-undang Malaysia. Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk meminta akses atau mengarahkan syarikat memindah kod sumber perisian yang digunakan dalam infrastruktur kritikal, perolehan kerajaan dan sektor perkhidmatan kewangan, hal pelesenan dan juga kehakiman.

Malaysia menekankan komitmen kerajaan yang telus dan seimbang dalam dua aspek. Aspek pertama iaitu komitmen untuk melindungi harta intelek syarikat daripada permintaan teknologi secara paksa, menggalakkan inovasi dan memastikan persaingan yang adil di pasaran antarabangsa dan aspek kedua ialah untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kestabilan ekonomi negara.

Seksyen 4 mengenai Rules of Origin. Amerika Syarikat menyatakan keutamaan untuk pelaksanaan langkah-langkah kawalan ke atas aktiviti eksport terutamanya transhipment. Bagi memastikan tiada berlakunya permintaan atau pengelakan pembayaran cukai melalui deklarasi tempasal yang palsu, selain dari komitmen untuk berunding peraturan tempasal, Kerajaan Malaysia secara proaktif telah mengambil langkah untuk mengawal perkara ini dengan memperketatkan pengeluaran Sijil Tempasal Bukan Keutamaan. Berkuat kuasa 6 Mei, MITI merupakan satu-satunya pihak berkuasa yang mengeluarkan NPCO untuk semua eksport ke Amerika Syarikat. Sebelum ini, kita benarkan dewan-dewan perniagaan.

draft • 11:50 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Seksyen 5 mengenai Economic and National Security mengenai isu sekatan eksport dan transit cip kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence dari Amerika Syarikat ke negara-negara tertentu.

Malaysia bersetuju memperkukuhkan kawalan dengan menguatkuasakan Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik berkuat kuasa pada 14 Julai yang lepas. Selain itu, di bawah seksyen ini, Malaysia bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang sekatan eksport ke atas bekalan unsur nadir bumi mineral kritikal kepada Amerika Syarikat. Komitmen ini dibuat memandangkan negara memang pada masa ini tidak mengenakan sekatan eksport untuk unsur nadir bumi ataupun mineral kritikal kepada mana-mana negara pun...

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Komitmen ini juga tidak bermaksud bahawa Malaysia memberikan hak eksklusif kepada Amerika Syarikat bagi bekalan unsur nadir bumi ataupun mineral kritikal yang dikeluarkan oleh Malaysia. Di bawah seksyen 5, kerajaan tidak berkompromi dalam perkara-perkara...

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Penjelasan Menteri. Boleh saya...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Biar saya habis dulu.

Berhenti.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kerajaan tidak berkompromi dalam perkara-perkara berikut:

(i) mengekalkan neutraliti dengan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar. Malaysia terbuka untuk berdagang dengan semua negara; dan

(ii) tidak mengenakan caj ke atas perkhidmatan pengangkutan maritim antarabangsa yang dibekalkan oleh mana-mana entiti yang dimiliki, dikawal atau tertakluk kepada country of concern yang dinyatakan oleh Amerika Syarikat.

Seksyen enam, seksyen terakhir iaitu Commercial Consideration. Bagi usaha mengurangkan jurang defisit dagangan dua hala yang seperti saya sebut tadi hampir USD25 bilion yang memihak kepada kita. Amerika Syarikat menggalakkan Malaysia untuk membuat perolehan dan juga pelaburan di Amerika Syarikat di bawah seksyen 6 perjanjian ini.

Komitmen yang dibuat antara Malaysia dan Amerika Syarikat melibatkan:

(i) perolehan kapal terbang Boeing oleh MAG bernilai USD19 bilion;

(ii) perolehan barangan oleh syarikat-syarikat MNC untuk sektor semikonduktor, aeroangkasa dan juga pusat data. Ini bernilai USD150 bilion bagi tempoh lima tahun;

(iii) perolehan LNG oleh PETRONAS bernilai USD3.4 bilion setahun;

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

(iv) perolehan produk telekomunikasi oleh Telekom Malaysia bernilai USD119 juta;

(v) perolehan arang batu oleh Tenaga Nasional Berhad bernilai USD42.6 juta setahun; dan

(vi) pelaburan rentas sempadan di Amerika Syarikat untuk 10 tahun, lebih kurang USD70 bilion untuk 10 tahun.

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, ingin saya jelaskan bahawa perolehan pesawat Boeing oleh MAG adalah sebahagian daripada pelan pembaruan dan perluasan kapasiti armada yang bersifat jangka panjang serta berfasa. Pembelian pesawat Boeing oleh MAG bukanlah satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba atau tekanan tarif, tetapi berlandaskan keperluan menggantikan pesawat B737-800 secara purata yang telah beroperasi selama 14 tahun dan menjamin keselamatan dan kemampanan operasi syarikat.

Sebagai makluman, pada tahun 2016, MAG telah membuat tempahan awal bagi 25 buah pesawat Boeing 737-8 MAX. Sejak November 2023, sebanyak 13 pesawat telah diterima dan selebihnya akan dihantar secara berperingkat sehingga 2027. Pada 20 Mac 2025, ini sebelum tarif dikenakan pun, MAG memuktamadkan tempahan tambahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing 737 MAX dengan tempoh penghantaran dijangka bermula 2025 hingga 2035.

Selain itu, terdapat 30 pesawat lagi di bawah kategori perancangan yang akan diputuskan berdasarkan strategi dan pelan pertumbuhan MAG pada masa depan. Jadi, nilai perolehan ini bukan sekadar harga pesawat, tetapi juga turut merangkumi kos enjin, latihan, penyelenggaraan serta sokongan jangka panjang.

Industri aeroangkasa Malaysia juga turut mendapat manfaat daripada keputusan ini kerana Boeing telah lama menjadi rakan utama dalam industri ini termasuk melalui syarikat Boeing Composites Malaysia di Kedah yang menyokong rantaian bekalan global Boeing dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan terutama di Kedah.

Syarikat Malaysia seperti CTRM di Melaka, UPECA, SME Aerospace, Plexus, UEM banyak, adalah pembekal komponen penting kepada Boeing dan juga Airbus dan industri angkasa Malaysia sebenarnya menyumbang RM25.1 bilion setahun pada tahun 2024 dan menyokong 30,000 pekerjaan di seluruh negara untuk industri aeroangkasa.

Pada masa yang sama, sektor pelancongan negara juga menunjukkan pemulihan kukuh melepasi paras pra-pandemik. Jadi, Boeing sendiri menjangkakan pertumbuhan trafik penumpang global sebanyak 4.7 peratus setahun dan untuk 20 tahun yang akan datang, maka pelaburan ini membolehkan Malaysia memanfaatkan potensi pertumbuhan industri pelancongan dan aeroangkasa.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, beberapa ahli Yang Berhormat telah membangkitkan kebimbangan bahawa Malaysia telah mengalah pada pihak Amerika Syarikat dengan menawar konsesi yang menjelaskan komitmen dan kepentingan negara. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan berpegang teguh kepada prinsip bahawa tiada

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

kompromi terhadap dasar-dasar strategik negara termasuk pemerkasaan vendor tempatan dan syarikat Bumiputera, penyertaan PKS dalam rantaian bekalan, perlindungan sektor dan industri yang kritikal kepada ekonomi negara, syarat kemasukan import barangan halal dari Amerika Syarikat dan pembukaan sepenuhnya pasaran automotif.

Pada masa yang sama, rundingan ini menjadi peluang penting untuk Malaysia menilai semula dasar, proses serta birokrasi yang sedia ada, khususnya berkaitan halangan bukan tarif dan prosedur yang lapuk, bertindih dan tidak lagi relevan. Penambahbaikan yang dipersetujui secara langsung meningkatkan ease of doing business, menjadikan Malaysia lebih kompetitif dan menarik pelaburan utama di rantau ini. Jadi, bukti pencapaian nyata dari reformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dapat dilihat melalui World Competitiveness Ranking yang meningkat.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Amerika Syarikat telah memberikan Malaysia kadar yang setara kerana pengiktirafan terhadap kepentingan Malaysia sebagai rakan dagang utama serta keupayaan Malaysia menawarkan komitmen perdagangan dan pelaburan yang berkualiti walaupun tanpa perlu membuka sepenuhnya semua sektor.

Malaysia juga membuktikan kedudukan penting sebagai negara yang stabil, berdaya saing dan dipercayai dalam rantaian bekalan global. Kita tidak mengorbankan kepentingan nasional demi mendapatkan layanan istimewa. Sebaliknya, rundingan ini mengekalkan keunikan dasar negara ini termasuklah perlindungan kepada industri strategik dan syarat bumiputera.

Pencapaian ini membuktikan bahawa negara-negara membangun seperti Malaysia boleh mendapat akses dagangan antarabangsa tanpa perlu tunduk kepada tekanan liberalisasi mutlak. Model ini merupakan contoh kepada negara serantau bahawa red lines boleh dipertahankan jika negara jelas dengan nilai strategi dan komitmen yang ditawarkan.

Saya juga ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah rakan dagang yang amat penting untuk Malaysia. Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia. Nilai hampir RM200 bilion, nombor dua ialah China, dan antara sumber pelaburan asing utama Malaysia bagi tahun 2024, in fact sumber utama yang paling penting untuk Malaysia untuk tahun 2024 sebanyak RM33 bilion, hampir RM33 bilion.

Oleh itu, kita tidak boleh mengambil mudah sebarang perubahan dasar perdagangan dengan Amerika Syarikat kerana ia nya akan menjejaskan dan memberi kesan negatif kepada Malaysia. Saya bagi contoh satu, dianggarkan sehingga 100,000 pekerja akan berisiko kehilangan pekerjaan sekiranya barangan elektrik dan elektronik E&E tidak dapat dieksport ke Amerika Syarikat kerana tarif yang tinggi ini, terutamanya di Pulau Pinang dan juga di Kedah.

Walaupun pada masa ini produk semikonduktor diberi pengecualian, pada masa ini diberi pengecualian daripada pengenaan tarif timbal balas, ia nya sedang disiasat di bawah Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan 1962 yang membenarkan Amerika Syarikat untuk

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

mengenakan tarif tambahan atas alasan keselamatan negara. Oleh itu, kita perlu terus bersiap siaga atas sebarang kemungkinan tarif tambahan dikenakan ke atas industri semikonduktor. Pada masa ini kosong, tapi kita kena berjaga-jaga lah. Sama juga dengan farmaseutikal. Masa ini masih lagi kosong.

Seterusnya, Malaysia dan Amerika Syarikat dalam proses untuk mencapai persetujuan terhadap satu kenyataan bersama yang merangkumi hasil rundingan serta komitmen yang telah dipersetujui bersama.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kenyataan tersebut akan diterbitkan dalam masa terdekat. Kedua-dua pihak juga akan meneruskan perbincangan mengenai perincian perjanjian perdagangan timbal balas yang perlu dimeterai bagi memastikan semua komitmen dilaksanakan. Kita akan memantau pelaksanaan komitmen-komitmen yang telah dipersetujui dan memastikan ianya dilaksanakan dengan baik dan dapat memberi faedah kepada negara untuk jangka masa panjang.

Esok saya akan berjumpa juga dengan kaukus dan semua Ahli-ahli Dewan yang berminat, untuk kita berbincang mengenai industri-industri yang mungkin terkesan, terutamanya PKS. Kerajaan akan terus membantu mereka dalam mencabari cabaran- cabaran geoekonomi ini, termasuk dalam mereka untuk mengadaptasikan proses perniagaan dan eksport ke Amerika Syarikat berikutan pelaksanaan tarif timbal balas ini. MITI dan agensi akan melaksanakan outreach untuk sektor-sektor yang berkenaan dalam masa yang terdekat ini.

Dan saya juga ingin mengatakan, kerajaan komited memastikan dengan termaktubnya perjanjian ini dengan Amerika Syarikat, Malaysia dapat terus memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Amerika Syarikat. Di samping meneruskan kerjasama strategik dengan semua negara- negara lain dan rakan-rakan dagang yang lain tanpa menggadai kedaulatan dan kestabilan negara. Saya mengucapkan terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi penerangan Menteri.

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang di-Pertua, boleh tanya soalan?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh tanya. Sila duduk.

[Ketawa]

draft • 12:00 PM
USUL
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026-2030)

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026-2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ini iaitu Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terbuka untuk dibahaskan. Senarai membahas adalah seperti berikut. Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Kluang.

Saya minta Yang Berhormat Larut selaku Ketua Pembangkang untuk berucap selama 60 minit.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Marilah kita merafakkan rasa syukur kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Demikian juga selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penyuluh umat yang dijanjikan pemberi syafaat pada hari perhitungan.

draft • 12:02 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Firman Allah dalam Surah Yusuf Ayat 43 hingga 49, yang mengingatkan manusia untuk membuat persiapan dengan baik dan teliti bagi menempuh tahun-tahun mendatang, termasuklah yakni kerajaan, dalam konteks negara kita. Dalam erti kata lain, Allah SWT mengingatkan kita supaya menyediakan payung sebelum hujan. Maka, Perikatan Nasional akan terus menjadi lidah dan suara rakyat, menyemak dan mengimbangi butiran-butiran RMKe-13: Rancangan Malaysia Ketiga Belas, bagi mempersiapkan negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, konflik demi konflik yang muncul silih berganti memperlihatkan persekitaran geopolitik dunia yang begitu rapuh. Krisis kemanusiaan dan genocide berterusan di Gaza. Perang di Eropah Timur. Sengketa berpanjangan di Asia Barat, begitu juga antara Thailand dan Kemboja. Tentunya memberi kesan kepada Malaysia, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Malaysia harus konsisten memperjuangkan keamanan sejagat dan berani menyuarakan pendirian yang tegas menentang apa jua bentuk kezaliman dan penindasan bagi memelihara kepentingan diplomasi dan strategik negara dari segi – segenap sudut.

Maka Yang Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Luar serta seluruh anggota Jemaah Menteri memikul amanah besar untuk memastikan setiap kenyataan dan tindakan mereka sentiasa bersifat tersusun, dengan izin, composed dan terukur (measured).

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks perkembangan semasa di Asia Tenggara, Perikatan Nasional menyambut baik apa juga keterlibatan Malaysia dalam usaha memperkukuh kestabilan rantau ini. Apa pun peranan yang dimainkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, walau ada yang menyifatkan hanya sebagai tuan rumah, ia tetap merupakan satu peranan yang akan tersemat dalam lipatan sejarah. Saya ucapkan tahniah dan syabas. Apa yang penting, Malaysia terus kekal dihormati sebagai sebuah negara yang berdaulat dan terus dipandang tinggi sebagai kuasa pengimbang yang kompetitif dalam Rantau Asia Tenggara. Melekat, baru saja *print.

[Merujuk teks yang disediakan]* Tuan Yang di-Pertua, perang dagang antara kuasa besar menuntut kita untuk lebih berwaspada dalam setiap tindakan dan pertuturan. Sebagai sebuah negara dagang, jika kita tidak cermat dalam memposisikan diri, kita akan dipinggirkan di meja rundingan.

Tanpa kita sedari, kita hanyalah diperlakukan sebagai buah catur permainan negara kuasa besar dalam hal berkaitan pelaksanaan cukai timbal balas 19 peratus yang ditetapkan Amerika Syarikat. Perikatan Nasional berpendirian jelas, Malaysia mesti berdagang dengan bermaruah. Bermaruah bermaksud mempertahankan kepentingan negara di sebalik apa jua bentuk tekanan. Dengan siapa pun kita berdagang, kedaulatan dan kepentingan negara wajib dipertahankan.

[Tepuk]

draft • 12:02 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut, izinkan saya bertanya? Ya, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Parlimen sekalian. Sebelum Trump umumkan penurunan tarif, akhbar di seberang, The Straits Times melaporkan ada dua syarat yang bakal dilonggarkan iaitu tentang halal dan juga tentang nadir bumi. Dan saya

draft • 12:02 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

difahamkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa yang saya menganggotainya mewakili pembangkang, team atau pasukan rundingan telah mengatakan dengan jelas dalam mesyuarat, memang Amerika bertanya kepada kita, sama ada Malaysia berminat untuk menawarkan nadir bumi kita sebagai satu timbal balas dalam rundingan ini. Kenapa Menteri tidak bagi jawapan yang tuntas tentang hal ini?

draft • 12:02 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Menteri terus keluar ni.

draft • 12:02 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dia ada — bila nak bangkit isu ni, dia terus keluar. Tapi tak apa lah, dalam Hansard ada Tuan Yang di-Pertua, supaya dia boleh jawab. Saya nak peringatkan.

Orang kata, ‘kalau tidak kerana madu, takkan lebah datang bersarang.’ Jadi, kerajaan perlu berterus terang, apakah benar ada perkara-perkara yang telah dikompromikan seperti yang dibangkitkan oleh Machang?

[Tepuk]

draft • 12:02 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat.

draft • 12:02 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebabnya isu national tariff ini, isu tarif ini adalah isu nasional.

draft • 12:02 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut, sikit lagi tambah tadi.

draft • 12:02 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sekejap. Semua pihak mesti bersatu.

Saya bersetuju. Kita semua bersatu – stand as Malaysian dan ketepikan segala politik kepartian. Dalam sidang khas Parlimen yang pada “15” Mei lalu, ini Yang Berhormat Menteri sendiri bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kaukus Parlimen.

draft • 12:02 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Minta kita tulis surat. Minta dan akhirnya kita tulis surat kepada beliau, nama- namakan...

[Dicelah]

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat...

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Kerana itu adalah, secara rasmi diminta kepada kita.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Larut, minta penjelasan ya.

Yang Berhormat menyebut mengenai persetujuan pihak kerajaan Menteri MITI untuk menubuhkan Jawatankuasa Kaukus Parlimen ini. Untuk makluman Yang Berhormat Larut, saya selaku Ketua Whip Perikatan Nasional, atas permintaan (request) daripada pihak MITI supaya kita menghantar wakil-wakil untuk menduduki dalam Jawatankuasa Kaukus Parlimen ini.

Surat saya bertarikh 29 Mei Tahun 2025.

[Sambil memegang sepucuk surat] Merujuk kepada Surat MITI, 16 Mei. Kita telah menghantar lima orang untuk menjadi, menduduki Jawatankuasa Kaukus ini — Putrajaya, Bachok, Kubang Pasu, Tangga Batu dan Machang.

Mungkin Yang Berhormat Putrajaya boleh mengesahkan perkara ini.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya boleh sahkan, Kota Bharu. Larut lah.

Saya tidak menerima apa-apa jemputan untuk menghadiri kaukus tersebut sebelum tarif 19 peratus ini ditetapkan ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya pun sama.

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya pun sama juga.

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Nak confirm balik. Saya pun sama Dato’ Seri, YB.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sama?

draft • 12:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ah, tak dapat apa- apa.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bachok, sama? Tuan Yang di-Pertua. Ha, inilah yang menyebabkan rakyat nanti kata, cakap lain, buat lain. Depan lain, belakang lain.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dalam Parlimen lain, luar Parlimen lain.

[Ketawa] Tadi cakap lain. Beli pesawat ini dah lama dah. Apa cerita ni?

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut. Sikit.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dia kata ini adalah keputusan korporat.

Ha, Pendang. Nanti dia marah pula.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Larut.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya nak mintalah apa ni, Yang Berhormat Larut, setuju kah sekiranya persepsi yang sedang dibina ini hasil daripada perjanjian Trump dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini banyak menimbulkan persepsi sehingga, apa ni, kita tengok hearsay ini tak di— dikeluarkan oleh apa ini, rakyat sekarang ini. Rakyat perlu tahu, apakah perjanjian yang sebenar?

Setuju kah Yang Berhormat Larut, sekiranya terma-terma perjanjian yang di antara Trump dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini didedahkan, di-table-kan dalam Dewan of Parliament ini, hari ini untuk rakyat semua? Rakyat ingin tahu.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, tambahan, tambahan Larut. Hulu Terengganu.

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih.

Saya, apa tertarik dengan apa yang dikatakan Larut. Depan lain, belakang lain. Luar lain, dalam lain. Persoalan saya adalah, adakah penyakit ketimbang ini – kencing, tipu, sembang ini dah berjangkit pada Menteri-menteri lain dalam Kabinet di Malaysia hari ini?

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua. Kalau kaukus ini telah pun dibentuk dan perbincangan telah pun dibuat awal, saya rasa kita boleh jelaskan kepada rakyat. Saya bersetuju sangat bahawa tarif ini adalah kepentingan negara. Yang jadi masalah kita adalah mengapa dah bersetuju tubuhkan kaukus, akhirnya bersetuju dengan perjanjian yang dibuat dengan Amerika, hari ini terpaksa terangkan kepada kita. Bila soal, bila kita bangun nak soal, Menteri lari. Ha, ini yang menjadi masalah kepada kita semua,

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

sehinggakan hilang kepercayaan kita kepada segala kenyataan yang dibuat oleh Menteri di dalam ini.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini masalahnya.

Saya nak bagi contoh. Dia kata, saya dengar sehari dua ini, dia kata, MAG sebagai contoh. Beli Boeing ini, ini adalah keputusan korporat. Saya nak bagi tahu, MAG itu siapa yang punya? Khazanah – semua syarikat-syarikat yang dipunyai 100 peratus kerajaan.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang melibatkan sesuatu pinjaman yang merupakan satu angka yang besar.

Liabilitinya siapa? Kepada kerajaan. Siapa yang akan bayar? Rakyat yang akan bayar jumlah yang besar itu.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, yang mula-mula nak marah ini, susah.

Sebelum membahaskan lebih lanjut berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, marilah kita menyusur titian masa, mengimbau semula kesemua Rancangan Malaysia, bermula dari yang pertama, RMKe-1 sehinggalah Rancangan Malaysia Kedua Belas, yang dibentangkan pada tahun 2021.

Tidak salah sekiranya Yang Amat Berhormat Tambun juga terlebih dahulu mengambil satu langkah kebelakangan, ke belakang untuk bermuhasabah, menilai pencapaian RMKe- 12 bagi memastikan kita semua berpijak di bumi nyata, sebelum angka baharu dipersembahkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Sepanjang Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri, pertumbuhan agregat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2023–2025 hanyalah 4.3 peratus sahaja. Di bawah sasaran RMKe-12 iaitu 4.5, di bawah sasaran. Sebagai contoh, pada 2023, KDNK hanyalah 3.6 peratus. Pada 2024, 5.1 peratus dan setakat ini sekitar 4.4 peratus bagi tempoh separuh pertama tahun 2025. Ini belum lagi mengambil kira unjuran yang dibuat Bank Dunia yang menyasarkan KDNK Malaysia untuk tahun ini turun kepada 3.9 peratus dan penetapan semula oleh Bank Negara pada kadar antara 4 hingga 4.8 peratus.

Manakala pada tahun 2021 dan 2022, pertumbuhan agregat Keluaran Dalam Negara Kasar semasa Perikatan Nasional adalah 5.9 peratus, lebih tinggi daripada 5.5 peratus sasaran maksimum Rancangan Malaysia Kedua Belas. Ketika pentadbiran PN (Perikatan Nasional), KDNK berjaya melonjak tinggi hasil daripada dasar-dasar serta pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan ketika itu.

Ini bermakna, pertumbuhan KDNK boleh melonjak jauh lebih tinggi daripada sasaran, seandainya kerajaan tahu apa yang perlu dilakukan.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tahu untuk memperkenalkan dasar-dasar ekonomi, strategi bagaimana untuk meyakinkan pelabur. Ini bukanlah persoalan, sama ada pertumbuhan itu adalah kerana asas yang rendah tahun sebelumnya, bukan. Serendah apa pun angka base, lower base yang dikatakan oleh sebelah sana, sekiranya tiada kebijakan, kebijaksanaan dan keupayaan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional ketika itu menguruskan ekonomi, belum tentu angka 8.7 peratus boleh dicapai ketika itu.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Maka, atas prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban — ah, saya pun nak ikut bahasa dia. Yang Amat Berhormat Tambun dan anggota Jemaah Menteri harus walk the talk, jelaskan kepada rakyat, apa sebenarnya yang berlaku? Dan sebuah jawatankuasa khas

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

rentas parti wakil rakyat wajar ditubuhkan bagi meneliti jurang pencapaian sasaran Rancangan Malaysia Kedua Belas dan menerokai langkah-langkah pelaksanaan yang lebih berkesan di masa hadapan.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tambun bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalahikhtiar untuk masa depan Malaysia. Saya bersetuju, kerana ia nya adalah rancangan lima tahun pembangunan negara, untuk semua rakyat Malaysia. For all Malaysians. Bukan hanya sebelah sana atau sebelah sini, tetapi for everyone in this country.

Sebab itu siapa pun yang menjadi kerajaan, yang duduk di Putrajaya, perlu menerima hakikat bahawa Rancangan Malaysia ini bukan milik eksklusif mana-mana parti, tetapi ia dipunyai oleh kita semua, insya-Allah.

draft • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, bermakna apa yang kita lakukan ini adalah lanjutan dari kesinambungan dasar negara. Ia adalah tali temali, saling kait-mengait dan lengkap melengkapi yang disulam sejak merdeka demi kemakmuran rakyat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Antaranya, Dasar Ekonomi Baharu, Dasar Wawasan Negara, Dasar Transformasi Nasional, Wawasan Kemakmuran Bersama. Ini adalah, merupakan dasar-dasar sebelum ini.

Semua ini bukan sekadar langkah penjenamaan ― bukan. Ia adalah gagasan menyeluruh untuk melonjakkan ekonomi negara, membasmi kemiskinan, merapatkan jurang pendapatan dan memacu Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Kerajaan Perikatan Nasional terus meneruskan segala pelaksanaan dasar-dasar sedia ada supaya ia dapat mampu memberikan kesinambungan dulu, kini dan insya-Allah, untuk membesarkan lagi kek ekonomi kita.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam kerangka dan sudut pandang rakyat, persoalan-persoalan tuntas yang berlegar di fikiran mereka berkaitan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Setakat ini, KDNK bagi setengah tahun pertama 2025 adalah 4.4 peratus dan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita negara bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM54,793. Menteri angguk. Angka ― saya pakai angka kerajaan.

Perikatan Nasional berharap semoga sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini ― pertumbuhan KNDK antara 4.5 hingga 5.5 peratus, penciptaan 1.2 juta peluang pekerjaan baharu serta pendapatan negara kasar per kapita sebanyak RM77,200 yang disasarkan dapat direalisasikan. Namun begitu, sebelum rakyat boleh meletakkan keyakinan terhadap Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, ada empat persoalan. Saya minta supaya Menteri catat empat soalan ini.

Pertama, adakah sebenarnya kerajaan benar-benar mempunyai keupayaan fiskal yang kukuh ― keupayaan fiskal yang kukuh untuk merealisasikan peruntukan RM611 bilion seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi menstruktur semula ekonomi negara tanpa membebankan rakyat? Ayatnya ― “Tanpa membebankan rakyat”.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kedua, sejauh mana kerajaan mempunyai keberanian politik untuk melaksanakan reformasi institusi dan tadbir urus secara menyeluruh? Nanti saya jelaskan apa maksudnya.

Ketiga, bagaimana keberkesanan pendekatan yang digariskan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam menjamin keadilan sosial dan membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat?

Dan keempat, adakah indikator dan sasaran yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini mampu menjadi kompas yang jelas bagi menterjemahkan cita-cita besar rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, Perikatan Nasional terbuka untuk menyokong setiap dasar yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara asalkan ia adil, telus dan baik. Dalam hal berkaitan keupayaan sebenar fiskal negara, dan terpanggil untuk berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan pedoman tentang seorang insan yang bernama Yusof...

draft • 12:20 PM

Seorang Ahli

Yusof apa tu?

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yusof bercita-cita untuk membina rumah banglo idamannya, mewah dan indah dalam tempoh lima tahun.

draft • 12:20 PM

Seorang Ahli

Di mana itu?

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Di mana?

draft • 12:20 PM

Beberapa Ahli

Bukit Gasing.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ha, contoh, mungkin dia hendak buat di Bukit Gasing. Yusof begitu teruja.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, Larut.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yusof, Yusof begitu teruja.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sikit. Ini Yusof mana? Yusoff Rawther ke Yusof mana ini?

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, dia jahat. Saya tak cakap pun siapa-siapa. Saya hanya sebut Yusof.

Yusof begitu teruja Tuan Yang di-Pertua. Reka bentuk, warna, keindahan yang arkitek tunjukkan kepadanya ― begitu teruja. Perabotnya dia bayangkan begitu mewah sekali.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Larut. Tanya sikit boleh, Larut? Larut.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Segala-galanya dibayangkan, diceritakan kepada sahabat dan keluarga.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Larut. Minta laluan sikit, Larut?...

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Larut, Hulu Langat.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tahun berganti tahun, impian Yusof kini menjadi angan-angan.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Takkan tak bagi, Larut? Hulu Langat.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Banglo idaman itu masih tidak dapat dibina kerana Yusof tidak mempunyai wang yang mencukupi. Impiannya tidak salah.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Larut, tak bagi ya, Larut?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Semua kita boleh mempunyai impian yang besar, tetapi duit tidak jatuh dari langit. Yusof tidak mempunyai perancangan yang jelas bagaimana untuk memperolehi dana yang mencukupi. Perikatan Nasional berharap Rancangan Malaysia Ketiga Belas juga tidak begitu.

Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan jumlah perbelanjaan keseluruhan RMKe-13 adalah sebanyak RM611 bilion bagi tempoh lima tahun pelaksanaan. Sebenarnya daripada jumlah keseluruhan tersebut, perbelanjaan daripada poket kerajaan adalah RM430 bilion sahaja. Tambahan hanya RM30 bilion daripada Rancangan Malaysia Kedua Belas. Tak banyak beza. Dan RM248.5 bilion bagi Rancangan Malaysia Kesebelas. Maka bermakna tidak banyak bezanya.

Manakala peruntukan selebih RM120 bilion yang diumumkan adalahdaripada GLIC.

GLC dan GLIC dan RM61 bilion daripada model perkongsian awam dan swasta atau PPP.

Soalan besar yang perlu dijelaskan oleh kerajaan, dari mana datangnya RM430 bilion wang kerajaan ini?

Pertama, adakah kerajaan menambah hutang atau hutang baru, atau yang dilaung- laungkan hutang baru akan diturunkan? Lagi hutang baru diturunkan, bagaimana hendak mencukupi untuk membiayai Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini?

Kedua, adakah tanggungan fiskal kerajaan ini akan ditanggung bersama oleh rakyat melalui ― ditanggung oleh rakyat. Yang ini yang kita risau. Yang ini, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional amat risau. Saya tak tahulah yang di sebelah sana sama ada datangnya daripada PH, UMNO, BN dan sebagainya, saya tak tahu. Sebab, saya takut ia nya ditanggung bersama oleh rakyat melalui ― pertama, perluasan skop dan kadar cukai SST...

[Tepuk] Atau, kedua, pengenalan cukai-cukai baru. Tiga, penarikan subsidi atas nama rasionalisasi.

Persoalan ini perlu dijawab kerana kerajaan dijangka berdepan cabaran fiskal yang lebih getir dengan ruang perbelanjaan negara semakin sempit.

Pada masa sama, dunia dihambat ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global.

Harga minyak mentah sebagai antara hasil utama sumber negara diunjurkan menurun secara ketara kepada paras purata USD63.60 setong bagi tempoh RMKe-13 iaitu 2026 hingga 2030.

Itu ada dalam dokumen tersebut.

Yang Amat Berhormat Tambun, saya nak ingatkan, ia jauh lebih rendah berbanding unjuran Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah diumumkan semakan separuh penggal, minyak berada pada paras USD74.90 setong. Penurunan hampir USD11 setong. Ini bukan kecil. Ia memberi implikasi langsung terhadap hasil negara.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Selain tekanan ke atas hasil minyak, prestasi perdagangan negara turut menunjukkan tanda kemerosotan yang membimbangkan. Lebihan dagangan Malaysia telah mencatat penurunan dari tahun ke tahun, daripada RM255 bilion pada tahun 2022 turun

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

kepada RM214 bilion pada tahun 2023 dan kini hanya RM136 bilion pada tahun 2024. Ini angka, kerajaan yang bagi. Ini bermakna, lebihan dagangan Malaysia telah susut hampir 50 peratus dalam tempoh hanya dua tahun. Ini belum mengambil kira kesan pelaksanaan tarif timbal balas, timbal balik Amerika Syarikat yang tadi Menteri bacakan. Melihat kepada angka- angka ini, saya bimbang, saya bimbang, saya ulang, rakyat juga bimbang dengan petanda- petanda ini, SST akan diperluaskan. Dengan tanda-tanda ini, cukai baharu akan diperkenalkan dan subsidi akan disasarkan, akhirnya kehidupan rakyat akan makin melarat.

Ini yang kita risau, Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Tambun menyifatkan keadaan hutang negara yang menggunung adalah ‘keterlanjuan’ lalu. Nak salahkan keterlanjuran lalu. Saya nak tegurlah perkara ini. Hutang bukan satu bentuk keterlanjuran.

Jika diurus dengan baik, tertib, berhemah dan disalurkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, hutang boleh dilakukan dengan niat, perancangan yang jelas seperti yang pernah kita lakukan di sebelah sini:

(i) menyelamatkan lebih 150,000 perusahaan mikro kecil dan sederhana yang hampir gulung tikar; [Tepuk]

(ii) melindungi jutaan pekerjaan melalui Program Subsidi Upah; [Tepuk]

(iii) menyediakan bantuan tunai langsung ke tangan rakyat; dan juga [Tepuk]

(iv) memastikan makanan kekal di atas meja rakyat ketika ekonomi dunia lumpuh sepenuhnya.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

Hidup PN.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mohon Yang Amat Berhormat Tambun, kalau tak sedar perkara ini, tanyakan kepada Menteri MITI yang ada sekarang ini kerana ketika itu, beliau merupakan Menteri Kewangan dalam tempoh pemerintahan bos saya, Yang Berhormat Pagoh. Saya mahu bertanya kepada Yang Amat Berhormat Tambun...

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sebelum berpindah kepada lain — Larut, boleh tak?

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apakah justifikasi kerajaan, Yang Amat Berhormat Tambun mula bagi penerbitan hutang hampir RM90 bilion pada tahun 2023?

Sekurang-kurangnya kita ada perancangan, sekurang-kurangnya kita tahu kita pinjam kerana apa, tapi Yang Amat Berhormat Tambun, saya minta supaya jelaskan RM90 bilion pada tahun 2023, hutang itu untuk apa. Kalau dahulu, hutang yang didakwa keterlanjuran, untuk selamatnya nyawa, dia kata keterlanjuran. Sekarang hutang Yang Amat Berhormat Tambun itu untuk selamatkan siapa?

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

[Tepuk] Hakikatnya, hutang langsung Kerajaan Malaysia telah meningkat RM1.305 trilion setakat akhir tahun 2025. Naik RM50 bilion hanya dalam tempoh enam bulan sahaja daripada Disember 2024. “Enam bulang sahaja.”

draft • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sikit sahaja.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ha, ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Banyak tax, tax yang diperkenalkan oleh PMX. Setuju tak Larut, kita tukar PMX ini jadi ‘PMTax’. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Nakal betul Hulu Terengganu. Itu belum dicampuri liabiliti luar jangka dan jaminan kerajaan. Kalau dicampur hutang langsung dan liabiliti kerajaan sebanyak RM384.6 bilion setakat Mac 2025, jumlah keseluruhan hutang kerajaan kini mencecah RM1.685 trilion iaitu hampir RM1.7 trilion yang lebih ketelanjuran.

Minta Yang Amat Berhormat Tambun sedar yang mana yang terlanjur. Dengan kata lain, dalam tempoh kurang daripada dua tahun, pentadbiran kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun, jumlah hutang dan liabiliti kerajaan telah melonjak kepada RM285 bilion.

Barangkali, inilah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam video yang viral sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, ada satu video yang di-viral-kan oleh rakyat ataupun oleh Menteri, saya pun tak tahu. Mungkin Menteri viral-kan nak bagi tahu kepada Yang Amat Berhormat Tambun, mungkin. Dia kata hutang negara sudah melepasi 65 peratus sedangkan Akta Tanggungjawab Fiskal menetapkan had statutori hutang tidak boleh melebihi 65 peratus daripada KDNK. Apakah ini yang dikatakan keterlanjuran? Jadi, jawab sendirilah.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-13 dipandu dengan realiti sebenar yang dihadapi rakyat. Ia tidak boleh bersandar semata-mata kepada idealisme politik kerana Rancangan Malaysia Ke-13 bukanlah manifesto pilihan raya. Jadi, jangan retorik. Benar, angka dan indikator ekonomi seperti sasaran pertumbuhan KDNK, kadar inflasi dan aliran pelaburan adalah penting. Benar, saya bersetuju tapi yang lebih penting adalah realiti di lapangan. Kehidupan yang lebih pedih dan mendesak rakyat, rakyat yang sedang susah ini.

Rakyat sedang terhimpit. Apakah makna KDNK berkembang 55 peratus jika menurut data Bank Negara, 61 peratus rakyat Malaysia masih tiada simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk kecemasan.

[Tepuk] Cuba kita fikirkan. Jangan sebut angka yang sedap. Angka yang paling tak sedap adalah Bank Negara memaklumkan 61 peratus rakyat Malaysia masih tiada simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk kecemasan. Ha, itu angka yang patut disebut. Yang ini yang saya mahukan, supaya kerajaan benar-benar menjelaskan perkara ini bagaimana untuk kita membantu rakyat di bawah sana. Apa ertinya inflasi? Yang diumumkan amat baik, 1.1 peratus. Wow, angka yang baik. Stabil! Kalau harga barang dapur naik hampir setiap minggu, apa guna kita sebut 1.1 peratus?

Look, fokus kepada satu. Sekurang-kurangnya inflasi makanan. Kita kena tengok.

Inflasi makanan 2.9 hingga 3.3 peratus terutama di Lembah Klang. Sudah naik sebegitu ketara sekali. Saya ingin maklumkan, minggu lepas, SST pada 30 Jun 2025, harga ikan kembung RM14.80. Minggu lalu, di Pasar Borong Seri Kembangan, harga ikan kembung RM18.50. Naik RM3.70 hanya dalam tempoh sebulan. Yang saya lebih terkejut, ini yang saya lebih terkejut. Menteri yang menjaga kos sara hidup. Timbalannya bagi tahu, dia tanya, dia

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

bagi tahu, saya tidak tahu suara siapa yang cuba dibela. Saya tak tahu sebab Timbalan Menteri kata beras tempatan tidak laku.

Masya-Allah, saya nak bagi tahu kepada Menteri. Apakah Menteri mendengar keluhan rakyat? Apakah Menteri tahu kualiti beras yang dijual? Apakah Menteri faham bahawa rakyat juga tahu kualiti beras. Jangan cakap dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kepentingan rakyat yang di bawah. Tindak tanduk yang beginilah yang menyebabkan rakyat kecewa.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mereka rasa dikhianati, mereka rasa dihina. Inilah sebabnya lautan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat Larut, angka inflasi boleh turun kerana ditarik oleh barang-barang yang jarang dibeli. Bagi rakyat biasa, kebanyakan wang digunakan untuk membeli makanan. Kalau inflasi makanan itu tinggi, itu sebenarnya yang lebih memeningkan rakyat. Bukan soal satu peratus purata yang termasuk barang yang rakyat tak beli pun kebanyakannya. Apakah Yang Berhormat setuju?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Larut, satu lagi Larut.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan beras yang disebut kata beras tempatan ni tak ada orang beli, untuk maklumat Larut juga, di tempat saya pelik juga kerana beras yang 10 kilo saja yang dijual dengan harga tempatan. Beras lima kilo dijual dengan harga import. Maknanya tak ada — yang lima kilo itu memang tak ada, sedangkan lima kilo inilah rakyat nak beli. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Larut, tadi Yang Berhormat sebut bagaimana pada 26 Julai 2025 baru-baru ini, ratusan ribu rakyat telah berhimpun di Kuala Lumpur hasil daripada keresahan dan juga rasa mereka dizalimi oleh pihak kerajaan dalam kehidupan mereka, tapi nampaknya kerajaan tidak ada apa-apa perasaan terhadap apa ni luahan hati rakyat ni. Malahan yang lebih penting pada mereka sampah banyak, dia kata 20 tan. Jadi, kalau 20 tan itu menunjukkan yang hadir 400,000 orang. Di Bangladesh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bila rakyat berhimpun, Perdana Menteri letak jawatan lari ke India, tapi tidak berlaku nampaknya dalam negara kita ini. Apa pandangan Larut?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang di-Pertua, pertamanya, tadi Bagan Serai sebut tentang beras. Menteri kena check balik kualiti beras tersebut. Lima kilo dia tak jual harga murah sebab peratusan beras yang pecah dalam lima kilo itu kalau terlampau banyak beras itu langsung tak boleh pakai. Dalam 10 kilo ada, sebab itu dia jual murah. Sebab itu saya minta supaya kerajaan check dulu sebelum nak bercakap.

Ini apa yang dikatakan oleh Kota Bharu, saya tak berapa setujulah dengan Kota Bharu. Saya nak maklumkan Kota Baharu, sebab himpunan itu dia punyalah takut tentang himpunan itu, sehari sebelum, turunkan harga minyak sebanyak enam sen. Lepas tu bila

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

rakyat bangkit pada hari Sabtu, bangkit pasal isu ini, dia punyalah terkejut. Dia kata kalau tak mahu enam sen, pergi beli dekat Singapura. Masya-Allah.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat….

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apa punya hal ni orang Perlis, Arau.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau nak beli kat Singapura, kos beli tambang daripada Perlis ke Singapura tu lebih enam sen lah. Akai ada ka ni?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itulah soalan saya.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, silakan.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itulah soalan saya. Yang Berhormat sudah jawab iaitu kenapa kita buat perbandingan dengan Singapore, turun enam sen, kalau tak mahu pergi isi kat Singapore. Jadi, saya ingat ini adalah perbuatan tidak wajar. Apakah kita ini warga Malaysia disuruh buat demikian rupa? Saya hairan ni, kenapa puak-puak UMNO, UM-DAP tiba-tiba tidak bersuara? Sebab ini ialah satu pendekatan yang tidak wajar.

Kalau tak puas hati, pergi Indonesia kalau tak puas hati. So kita duduk di Malaysia, selesai di Malaysia. Apa pandangan Larut?

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, untuk makluman Larut, kebetulan, enam sen tu bukan hari ni, 1 September. 1 September.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oh, dok lagi.

draft • 12:40 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kedua-dua itu, masukkanlah dalam ucapan saya supaya Menteri jawab nanti.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Perikatan Nasional telah memposisikan Malaysia untuk mencapai sasaran negara maju — minum, minum, minum.

Berpendapatan tinggi pada tahun 2025 iaitu tahun ini.

Hari ini kita masih terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana atau middle- income trap. Sasarannya sama diulang lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-13, manakala negara-negara jiran terus memecut ke hadapan. Di mana silapnya? Dalam konteks pelaburan langsung asing, Malaysia semakin ketinggalan. Ketika pentadbiran Perikatan Nasional, FDI bagi tahun 2021 dan 2022 berjumlah RM122.7 bilion. Manakala pada tahun 2023 dan 2024, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, FDI merosot kepada RM91.9 bilion. Satu penurunan yang amat ketara.

Ironinya, berbanding kita, Indonesia mencatatkan trajektori peningkatan USD45.6 bilion bagi tahun 2022, naik kepada 47.3 pada tahun 2023 dan naik kepada 55.3 bilion bagi tahun 2024. Apabila pelaburan merosot, pendapatan negara terjejas. Akhirnya, kerajaan tiada pilihan melainkan mengurangkan subsidi serta mengecilkan perbelanjaan pembangunan.

Jika inilah pendekatan yang diambil, kita bercakap soal negara maju tetapi poket rakyat makin menipis. Bagaimana Malaysia mahu keluar daripada perangkap pendapatan sederhana ini,

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

middle income trap? Retorik tidak akan menjadikan negara maju, yang dituntut adalah keberanian membuat pembaharuan, dasar yang konsisten dan kepimpinan yang dipercayai.

Apabila Yang Amat Berhormat Tambun memetik kata-kata falsafah Karl Popper yang memberikan peringatan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita abaikan. Maka, sepatutnya ia diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan bukan sekadar retorik. Rakyat memerhati dan rakyat juga menilai. Rakyat tidak mahu kerajaan yang bercakap tak serupa bikin. Cakap lain, buat lain. Lebih parah kalau sesuatu itu langsung dibiarkan tanpa tindakan. Inilah yang menghakis kepercayaan rakyat hingga membawa kepada trust deficit, masalah elephant in the room sehingga kini kekal merantai dan menjerut kerajaan. Banyak isu besar yang diabaikan tidak ditangani dengan jujur oleh kerajaan hari ini.

Sedar atau tidak, Rancangan Malaysia Ke-13 ini agak janggal kerana kerajaan seolah-olah tidak berani untuk mengambil langkah tegas dalam menangani kesenjangan ekonomi dalam negara. Antaranya masalah jurang pendapatan antara bumiputera dan bukan bumiputera. Masalah jurang pertumbuhan antara wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat, masalah ketidakadilan agihan keuntungan antara majikan dan pekerja...

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Larut.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

…Serta beberapa perkara yang akan dibangkitkan...

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

…Oleh rakan-rakan saya nanti dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13. Insya-Allah.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu. Ya, Larut, saya dapati dalam Rancangan Malaysia yang ke sebelum ini nampak jelas dari segi penekanan untuk merapatkan jurang antara kaum dan memang perlembagaan memperuntukkan supaya dasar alternatif boleh dilaksanakan kerana itu banyak indikator yang dipersembahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan sebelum ini, tetapi dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini berbanding Rancangan Malaysia Ke-12 yang kita dapat lihat ada sehingga lima indikator yang jelas tentang untuk bagaimana untuk memacu pertumbuhan merapatkan jurang bumiputera ini.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ada tiga saja, begitu juga apa ni di dalam indikator-indikator yang lain. Saya bimbang sebab banyak pengukuran yang tidak strategik dimasukkan tetapi pengukuran yang strategik berkaitan dengan indikator bumiputera digugurkan. Apa pandangan Larut?

draft • 12:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Larut, celahan sedikit. Terima kasih atas yang ditimbulkan oleh Kuala Terengganu tadi. Saya juga dengan semangat yang sama Yang Berhormat Larut. Saya mengatakan bahawa kalau kita bandingkan dengan Rancangan-rancangan Malaysia yang sebelum ini maka banyak

draft • 12:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

perkara-perkara penekanan yang diberikan terhadap agenda pembangunan bumiputera tetapi kali ini ita lihat perkara itu seolah-olah tidak berlaku dan diketepikan.

Yang peliknya Yang Berhormat Larut, adakah kita merasakan anggota-anggota kabinet daripada UMNO terutamanya ada tujuh orang — hari ini seorang pun tak ada kat sini, entah mana pergi? Adakah mereka bersetuju dengan apa yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan? Dan adakah mereka bersetuju dengan ditinggalkan kepentingan Agenda Bumiputera ini dalam Rancangan Malaysia Ke-13?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya yakin bahawa rakyat sedang mendengar dan meneliti...

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

…Di perbincangan kita ini, perbahasan kita ini. Itulah benar kalau Rancangan Malaysia Ke-13, mesti diluluskan di peringkat Kabinet dulu.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jemaah Menteri telah membincangkan perkara ini. Kalau tidak langsung memikirkan tanggungjawab untuk menahan atau untuk meneruskan perjuangan bagi bumiputera untuk merapatkan jurang perbezaan yang begitu besar. Apa dah jadi dengan ahli-ahli Kabinet yang datangnya daripada mereka yang seolah- olah memperjuangkan nasib bangsanya?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi sebab itu, saya sangat bersetuju bahawa harus penekanan diambil semula.

Indikator-indikator yang selama ini telah menunjukkan jurang yang begitu besar dapat dikurangkan daripada masa ke semasa, terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut, ya. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Cuma, dalam apa yang saya dapati bila saya perincikan Rancangan Malaysia Ke-11 dalam ucapan — ke-13 ini adalah ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tempoh hari dalam perkara 2.71 disebut.

Jadi, kita setuju ini. Disebut, “Pembiayaan kepada Kampung Baru Cina untuk penambahbaikan kepada penjaja dan juga usahawan semua”. Kita setuju yang itu, tak ada masalah tapi dalam RMKe-13 ini, secara jelasnya tidak ada satu spesifik pembangunan untuk bumiputera, yang mana bila kita tahu peristiwa 13 Mei ini, salah satu elemen, salah satu sebab yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana tekanan ekonomi kepada kaum bumiputera.

Maka, wujudlah RMKe-13 — RMKe-1 sehingga sekarang RMKe-13 untuk nak imbang balik pendapatan dan juga ekonomi negara antara kaum ini. Tapi bila RMKe-13 ini tak ada. Jadi, ini kena sedar bahawa adakah kerajaan sekarang ni nak balik kepada peristiwa- peristiwa yang berlaku pada Mei 13. Ini akan menyebabkan negara kita akan menjadi huru- hara.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, standing order Timbalan Speaker.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dah, dah pi duduk dulu. Ini saya dengan...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya bangkitkan standing order. Standing Order 36(9)(c). Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan.

Timbalan Speaker, saya telah dengar tadi Yang Berhormat Pendang berbahas, mencelah Yang Berhormat Larut. Mengatakan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 ini seolah-olah berat sebelah, tidak memberi keutamaan kepada bumiputera, memberi keutamaan kepada kaum Cina dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan menyebabkan perasaan bersakit-sakit hati. Di mana Pendang...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini fitnah ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, no.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak sebut apa yang saya kata.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pendang, Pendang telah...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jelutong! Jadilah perangai lama itu!

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pendang telah...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kamu, sebab itu orang DAP pun tak terima kamu dah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kamu kalah CEC, tambah kami orang luar.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan Pendang telah cadangkan bahawa perkara ini boleh berulang. Insiden 13 Mei ini boleh berulang. Timbalan Speaker, saya mohon beliau menarik balik kenyataan-kenyataan itu dan meminta maaf. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua.

Saya menyebut point yang disebut oleh Perdana Menteri pada teks ucapan dalam 27.1.

Tahap sosioekonomi negara — eh, tahap sosioekonomi Kampung Baru China akan diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru yang akan menyediakan dana pembiayaan bagi kegiatan keusahawanan, termasuk menyedia dan menambah baik tapak penjaja. Jadi, itu yang teks. Takkan itu saya rasis? Sebut, bila sebut

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

bumiputera rasis. Sebut Cina, tak pa. Apa ni, apa ini India? Patutlah dia, dia, dia ini ditolak oleh orang DAP...

[Pembesar suara dimatikan] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Patutlah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk Pendang.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, itu kita terima, tetapi kenapa mengulangi bahawa 13 Mei itu boleh berulang. Itu telah disebut oleh Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Itu sejarah, itu sejarah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang, saya biar Yang Berhormat Menteri untuk jawab selepas ini.

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Larut, saya nak minta sebelum...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker. Saya minta — Timbalan Speaker, saya minta maaf. Saya minta maaf, tetapi kalau perkara itu dibangkitkan, perlu buat ruling. Kalau kenyataan itu diulangi, ia seolah-olah mengatakan 13 Mei itu boleh berulang, Timbalan Speaker.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu pandangan —

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Lanang pun tak sokong Jelutong.

Tak bagi undi.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Please make a ruling. Kota Bharu, You orang lawyer-lah. Please have some standard-lah. Come on.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Speaker dah buat ruling.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kota Bharu, you are a lawyer...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya lah, you sama lah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong, buat usul.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Duduklah, Jelutong.

Jangan habiskan masa.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong, boleh buat usul dan hantar kepada Pejabat Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya sikit je. Saya belum...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No. Inikah modal Perikatan Nasional?

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebelum Larut beralih kepada point yang lain, saya nak sentuh soal yang dibangkitkan tadi ialah isu bumiputera.

Satu perkara lagi yang kita tengok dalam pembentangan ini ialah isu yang tidak disentuh secara langsung ialah proses pembinaan kemanusiaan.

Kita tahu bahawa asas penyelewengan, salah guna dan sebagainya, korupsi ini dia bermula daripada elemen kemanusiaan yang tidak digarap, tidak dibangunkan dengan rapi.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-13, saya tengok itu tidak difokus sebagai Perdana Menteri.

Apa komen Larut? Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Masukkan sebagai ucapan saya. Dan, dan saya nak sambung. Kalau itulah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tambun soal reformasi perundangan dan institusi. Dia sebut.

Kedengaran cukup baik, tapi realitinya jauh panggang daripada api. Sebab kontroversi pelantikan hakim, kontroversi Titah Adendum, ketidakpatuhan terhadap Akta Lompat Parti.

Yang Amat Berhormat Tambun sendiri kata dia sebut dalam, dalam, dalam — Yang Amat Berhormat Tambun sebut dalam Dewan ini. Tun Dr. Mahathir dalam isu RCI Pulau Batu Puteh. Dia kata dia tidak mahu. Siapa dia yang tidak mahu diambil tindakan? Ini memberi isyarat, seolah-olah beliaulah penyiasat, beliaulah pendakwa raya dan beliaulah juga hakim membuktikan campur tangan serius dalam institusi penting negara.

[Tepuk] Lagi satu lagi isu kekapalan. Banyak lagilah. Kalau saya nak sambung, Timbalan Speaker kena...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Larut.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi bagi masa tambahan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak boleh, saya dah tengok tadi, pencelahan yang mengganggu saya sebanyak lima minit.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak, tiga minit sahaja.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oh, tiga minit, ya? Saya, saya tersilaplah tadi. Tak apa, saya dengar cakap. Saya bukan Yang Amat Berhormat. Kadang-kadang saya tegur, dia marah. Saya, saya tak marah.

Satu lagi, “gajah dalam bilik” perlu ditangani adalah keraguan rakyat terhadap kejujuran Yang Amat Berhormat Tambun apabila melaungkan agenda membanteras rasuah, pengukuhan integriti. Seolah-olah cakap lain, buat lain. Contohnya, seperti apa yang kita lihat, berkaitan skandal lesen perlombongan seluas 70,000 hektar di Sabah.

[Tepuk] Ia mempunyai keluasan bersaiz tiga kali ganda keluasan bandar Kuala Lumpur. Ini amat membimbangkan kita semua.

Seluruh negara bertanya-tanya, Beluran. Yang terlibat, ADUN yang terlibat dalam skandal video ramai, tapi yang didakwa beberapa orang sahaja. Satu, dua.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang didakwa dua orang, Yang Berhormat Larut. Dan dua ini didakwa bersama dengan whistleblower. Yang dikeluarkan

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

cerita itu ada lapan orang. Tajuknya sama, jalan ceritanya sama, pelakunya sama dalam Kabinet yang sama. Tetapi yang dituduh itu yang di luar daripada penjawat-penjawat parti tertinggi parti.

Jadi, nampak seolah-olah dia ada pendakwaan yang terpilih, tindakan yang terpilih.

Ini yang menjadi kerisauan rakyat. Adakah Yang Berhormat Larut nampak ini dan sesuatu perlu diperbetulkan? Kita menyokong aspirasi Yang Amat Berhormat Tambun untuk menegakkan keadilan, mencegah rasuah, integriti dalam keseluruhan sistem kerajaan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita sokong, tetapi ia perlu dilihat, dibuat dan dilakukan secara telus dan tidak secara selektif. Apa pendapat Yang Berhormat Larut ya?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itulah, secara tuntasnya dalam melaksanakan inisiatif Rancangan Malaysia Ke-13 ini, Perikatan Nasional mahukan kerajaan fokus kepada perkara teras, bukan persembahan. Kerajaan harus lebih fokus kepada tadbir urus yang cekap, bukan gimik pelancaran semata-mata.

Ini yang jadi masalah kepada kita semua, cakap lain buat lain ini. Manakala, kita Perikatan Nasional, melihat sesuatu rancangan Malaysia itu sebagai peluang untuk kita besarkan ekonomi kita. Kita mahu dengan melihat kepada sektor-sektor strategik dalam negara kita. Kita mempunyai game plan yang lebih baik untuk negara kita.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Matlamat kami adalah jelas, membaiki apa yang perlu dibaiki, kita nyatakan semula, kita nyalakan semula ekonomi negara Malaysia. Perikatan Nasional berpandangan bahawa persekitaran ekonomi yang segar, dinamik dan bertenaga mampu diwujudkan sekiranya kita mempunyai keberanian politik untuk menyusun semula keutamaan negara, mengamalkan disiplin fiskal yang bertanggungjawab dan mengembangkan asas hasil negara secara mampan dan strategik.

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut. Larut, minta laluan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita harus mesti menyusun semula keutamaan negara...

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, minta laluan, Larut.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Dengan memastikan perbelanjaan yang seimbang antara pembangunan dan kebajikan, menamatkan dasar ekonomi yang berat sebelah, memihak kepada golongan kaya sambil mengabaikan golongan miskin.

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tumpuan kita mesti beralih kepada pelaburan berimpak tinggi dan membina kapasiti dalam pendidikan, infrastruktur digital dan kemahiran teknikal bagi mempersiapkan belia kita untuk menghadapi masa depan. Kita bersyukur sektor strategik ini menjadi tonggak utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, boleh minta laluan? Sikit sahaja.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Justeru, sektor-sektor ini perlu diperbesarkan lagi dengan pelbagai insentif baharu bagi merangsangkan lagi sektor ini agar dapat memberi sumbangan lebih besar kepada negara. Dalam sektor utama seperti pertanian misalnya, kita bergantung kepada import makanan yang besar. Kita import RM75.6 bilion makanan setahun. Sebab itu, kita harus memberikan fokus untuk besarkan pengeluaran makanan negara terutamanya pengeluaran padi, agrikultur...

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, boleh saya tanya soalan?

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Perikanan dan sayur-sayuran dengan menggunakan teknologi-teknologi baharu...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Larut, mahu bagi laluan kepada Gopeng?

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, boleh tak bagi...

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Seperti...

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

...Sebab saya nak tanya, apakah cadangan- cadangan yang berimpak wow?

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Seperti AI...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, Yang Berhormat Larut, saya sudah bagi tiga minit tambahan ya.

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Sebab saya nak dengar pandangan, cadangan yang selain daripada RMKe-13.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Agar pada akhirnya kita mula...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gopeng, sila duduk. Tidak bagi laluan.

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Sebab Machang dia kata...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gopeng, sila duduk.

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Sebab Machang dia kata tak ada wow factor dalam RMKe-13.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gopeng, sila duduk.

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

So, setakat ini saya tak dengar ada apa-apa pandangan yang tuntas daripada pembangkang. Setakat ini tak dengar apa-apa lagi.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Amaran pertama.

Amaran kedua.

draft • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih.

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya — saya nak sambung. Kalau agrikultur ini boleh kita gunakan teknologi-teknologi baharu seperti AI, agar pada akhirnya

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

kita boleh menjadikan pemain utama menjadi negara pengeksport makanan. Precision farming, semua ini boleh kita lakukan dengan menggunakan keadaan teknologi yang baharu.

Dalam Rancangan Malaysia ke-13, saya perhatikan fokus kurang diberikan terhadap keseimbangan antara jurang wilayah-wilayah. Terdapat jurang yang ketara antara negeri- negeri maju dan kurang maju. Apabila keadaan dibiarkan berlaku tanpa tindakan yang konkrit dan komprehensif daripada kerajaan, maka bermakna pendapatan pekerja, pendapatan rakyat akan menjadi semakin melebar dan kebanyakan daripada negeri kurang maju ini dari segi demografinya, majoritinya adalah penduduk-penduduk bumiputera.

Kita perlu lihat kembali tentang strategi bagi memberikan kepercayaan kepada semua kaum. Kita tidak mahu timbul perasaan tidak puas hati di antara kaum. Sebab itu, Perikatan Nasional akan memberi penekanan kepada keseimbangan antara wilayah untuk meredakan keresahan rakyat. Ini merupakan salah satu cara untuk kita pastikan pekali Gini dapat kita perkecilkan sebelum kita muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Saya yakin jika ini dapat kita lakukan, keresahan rakyat dapat kita redakan.

Kalau pada tahun 1970, kita boleh lakukan, sekarang juga kita boleh lakukan hal yang sama kerana saya percaya, kita semua perlu ada matlamat bersama (the common goal). Kita perlu kemakmuran bersama (shared prosperity). Dan kita perlu keprihatinan untuk tadbir urus atau compassionate governance, matlamat bersama untuk menggerakkan pembinaan negara bangsa, melangkaui partisan dengan menolak era politik kelangsungan diri, menolak politik dendam dan menyalakan semula semangat kenegaraan bersama.

Kemakmuran bersama untuk memastikan tiada satu pun komuniti yang tercicir dengan mendefinisikan matlamat pembangunan Malaysia. Keprihatinan tadbir urus berteraskan nilai keprihatinan dan kemanusiaan dengan melayan rakyat sebagai rakan usaha sama, bukan sebagai beban atau masalah. Tidak ada mana-mana kaum yang akan merasa diri mereka terpisah kerana ini adalah rancangan yang kita nak lakukan untuk semua rakyat Malaysia, prinsip inclusivity.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Soalnya, apakah Perikatan Nasional mampu? Saya tegaskan, kami mampu.

[Tepuk] Kami mempunyai barisan kepimpinan yang cukup flying hours untuk membantu Malaysia secara tuntas dan holistik bagi mencapai status negara high-income advanced economy yang terangkum dalamnya inclusivity, competitive, progressive, sustainable, growth with equity and morally strong.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Larut, sikit saja. Sedikit, Yang Berhormat Larut.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya nak dua minit saja lagi, seperti yang Tuan Yang di-Pertua nak bagi tiga minit.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Larut, sedikit dari Sungai Petani.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tadi sudah tambah. Tadi sudah tambah tiga minit.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kalau Perikatan, Yang Berhormat...

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya minta dua minit saja lagi.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, dua minit sahaja.

Tak ada celahan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak ada tambah lagi.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Larut, sedikit sahaja. Sedikit soalan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita akan melihat kepada semua aspek...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak bagi laluan. Sila duduk.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Jika Perikatan Nasional mampu, siapakah calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional?

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sungai Petani, sila duduk.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Larut.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita akan melihat kepada semua aspek.

Meneliti dan membaiki ketidakadilan mahu pun kelemahan agar kita dapat mengembalikan semula keyakinan pelabur baik pelabur tempatan mahupun pelabur asing. Untuk menarik pelaburan berkualiti dan bersaing di peringkat global, Malaysia mesti mewujudkan selera pelabur baru yang berasaskan keyakinan, ketelusan dan kecekapan. Kedudukan kita dalam kemudahan berurus niaga telah jatuh ke tangga ke-12. Kita berhasrat untuk kembali kedudukan 10 teratas dengan permudah perlesenan, mempercepat kelulusan dan membanteras rasuah secara agresif.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan REE sebagai sumber kekayaan baru negara. Kalau dulu biji timah menjadi sumber kekayaan kepada negeri-negeri di pantai barat, hari ini REE ditemukan di negeri-negeri yang diperintah banyaknya dalam negeri-negeri Perikatan Nasional.

[Tepuk] Maka segala dasar yang perlu kita lakukan harus mengambil kira kekayaan bersama sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri-negeri berkenaan khususnya Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Inilah masanya untuk kita buktikan keadilan. Yang Amat Berhormat Tambun menyebut tentang Ibnu Khaldun dan Deng Xiaoping dalam konteks iltizam moral dan keadilan. Buktikan melalui tindakan, bukan hanya sekadar retorik kata-kata supaya tidak timbul trust deficit antara sama lain. Saya nak mencadangkan kalau minyak kita ada Petronas, REE kita tubuhkan, REE National Corporation (REENAS). Lakukan segera dan

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

berikan keadilan kepada semua negeri-negeri termasuklah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya kemakmuran adalah kekuatan kita. Tetapi kepelbagaian ini juga boleh bertukar kepada kekuatan, kepada ujian. Jika sekiranya ada mana-mana pihak memandang ringan soal perpaduan, kita perlu kenang kembali bahawa anjakan besar dalam politik Malaysia berlaku pada tahun 1970. Anjakan inilah yang menjadi batu asas kepada dekad-dekad keamanan dan kemajuan. Saya percaya keamanan dan kemajuan yang kita kecapi ketika itu terhasil kerana rakyat meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dan dengan kepercayaan itu mereka sanggup bertolak ansur, menerima dan menghormati satu sama lain merentasi garis kaum, agama dan budaya.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi perancangan Perikatan Nasional boleh diketengahkan kepada rakyat, kepada bangsa, kepada negara. Rakyat akan lihat hasilnya bila kami berada di sebelah sana nanti, *insya-Allah.

[Tepuk]* Perikatan Nasional mempunyai tekad dan iltizam untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati kemakmuran ekonomi melalui taraf hidup yang wajar.

As we move forward, no one left behind. Kerana kami percaya suara rakyat, suara keramat. Dan bila suara itu diabaikan, gelombang kebangkitan pasti menyusul. Dan hari ini, rakyat sudah hilang keyakinan. Rakyat sudah hilang sabar. Ianya ibarat guruh sebelum badai.

Insya-Allah, Perikatan Nasional bersedia demi untuk masa depan rakyat, kemakmuran negara.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Larut. Sebelum saya menangguhkan Dewan, saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Kota Melaka sebagai pembahas nombor 14 untuk hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.10 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita sambung perbahasan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu, saya nak maklumkan bahawa kita ada empat kategori masa yang telah kita peruntukkan. Untuk Ketua Pembangkang, kita bagi 60 minit.

Pengerusi Backbenchers, kita bagi 45 minit. Lepas itu, ketua parti ataupun wakil parti, kita bagi 15 minit. Yang lain-lain itu, kita bagi 12 minit, ya.

Jadi untuk itu, saya jemput Paya Besar sebagai Pengerusi Backbenchers. Silakan.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dato’ Speaker.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu peraturan Dato’ Speaker.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Isu apa?

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Iaitu isu peraturan.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, peraturan mesyuarat.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, ya. Saya gembira melihat Dato’ Speaker kembali untuk mempengerusikan Mesyuarat hari ini.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, thank you.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selamat kembali Dato’ Speaker. Salam perpaduan. Salam Malaysia MADANI.

Saya nak gunakan Peraturan 36(6). Ada dua isu. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain.

Peraturan kedua yang ingin saya gunakan adalah 36(9). Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan dan juga peraturan 36(12), mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis.

Minggu lalu, Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Kota Bharu, apabila memberikan perbahasan telah membangkitkan isu kematian Allahyarhamah Zara Qairina, seorang pelajar dan Zara Qairina Mahathir di mana kematian itu telah cuba dikaitkan dengan isteri seorang Timbalan Menteri. Saya bangun kerana — pada masa itu juga saya telah bangun. Hari ini saya bangun sekali lagi, kerana perkara itu telah diulangi Dato’ Speaker dan ia memberikan tanggapan seolah-olah kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu atau cuba menyembunyikan kaitan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi atau kaitannya dengan kematian ini.

Saya sebagai seorang backbencher bangun kerana perkara ini perlu kita tegaskan.

Tidak boleh digunakan Dewan yang mulia ini untuk membuat fitnah dan tohmahan yang tak berasas. Jadi, saya mohon satu ruling dibuat ke atas perkara ini. Timbalan Menteri berkenaan juga telah menjelaskan bahawa isteri beliau yang merupakan guru besar ataupun pengetua sekolah itu telah pun berhenti berkhidmat. Beliau merupakan kakitangan kerajaan ketika itu.

Jadi, saya mohon ruling dibuat kerana perkara ini menjadi polemik seolah-olah kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu atau cuba menyembunyikan keterangan yang melibatkan isteri kepada seorang VVIP. Itu perkara pertama.

Dato’ Speaker, saya mohon panduan atas perkara ini. Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum saya bangkitkan isu kedua.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Jelutong. Oleh kerana saya tidak berada dalam Dewan dan dalam negeri waktu itu, jadi saya mencadangkan Yang Berhormat ataupun

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

sesiapa yang merasakan isu ini telah melanggar peraturan mesyuarat untuk mengemukakan usul untuk mengambil tindakan kepada siapa yang telah mengeluarkan perkara-perkara yang telah pun Yang Berhormat katakan tadi supaya saya boleh buat siasatan dan sekali gus kita relaikan isu ini.

Kalau sekiranya ada benda-benda yang melanggar peraturan, sudah tentu ada remedinya. Apakah remedi-remedi itu? Saya akan bincangkan dengan pihak-pihak yang terlibat. Jadi, saya cadangkan Yang Berhormat ataupun siapa juga di antara yang bukan di kalangan kita sini, masukkan usul untuk saya perincikan isu ini, ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Speaker, saya terima petua itu.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu kedua, Dato’ Speaker.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baru tadi apabila kita sedang membahaskan usul RMKe-13, Yang Berhormat Pendang seperti biasalah kita dah tahu karenah beliau, sekali lagi mencelah dalam perbahasan Yang Berhormat Larut dan mengatakan bahawa saya gunakan peraturan 36(9)(c), perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan kaum-kaum dalam Malaysia di mana Yang Berhormat Pendang telah mencadangkan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 yang dipersembahkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri memberi tumpuan kepada Kampung Cina — memberi perhatian khusus kepada Kampung Cina tetapi mengabaikan kaum bumiputera dan ini boleh mencetuskan kejadian Mei 13 itu berulang sekali lagi. Satu Dewan telah dengar. Saya mohon petua kalau perlu perkara ini beliau tarik balik atas perkara ini Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya menerima –– Saya juga tidak ada dalam Dewan waktu itu. Saya telah menerima notis daripada Setiausaha mengatakan bahawa YB Alice yang telah pun mempengerusikan Mesyuarat tadi telah meminta YB Jelutong untuk memberikan ataupun menulis satu usul kepada saya. Jadi, saya ingat kita stick to the exertion ya bahawa YB silakan masuk ke usul supaya saya perhalusi isu itu. Boleh ya?

draft • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya Dato’ Speaker.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Untuk itu saya jemput YB Paya Besar, 45 minit dari sekarang. Silakan.

draft • 2:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:39 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam.

draft • 2:39 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.

draft • 2:39 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, apa khabar semua? Saya bagi pihak Backbenchers Club ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13

(RMKe-13). Tidak dilupakan juga kepada seluruh jentera kerajaan, khususnya Kementerian Ekonomi.

Tahniah juga Tan Sri Yang di-Pertua kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas kejayaan menjadi mediator, pendamai dalam ketegangan dua buah negara, Thailand dan Kemboja. Ini membuktikan bahawa dialog dan perpaduan serantau adalah teras kepada effective diplomacy, dengan izin. Ia sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN yang konsisten menjunjung prinsip keamanan dan ASEAN Centrality.

draft • 2:39 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober nanti akan turut dihadiri oleh Presiden Donald Trump dan beberapa lagi nama pemimpin besar dunia. Ini pastinya bakal menonjol kepimpinan Malaysia dalam mengimbangi hubungan kuasa besar secara berhemah dan strategik.

*Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Negara makmur ekonomi membugar, Bila pemimpin bijak mengemudi.

Tegak tiang kerana pasaknya, Kuat bangsa kerana wawasannya; RMKe-13 tunjang negara, Makmur terbina adil sejahtera.* Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya RMKe-13 ini adalah terjemahan kepada reformasi struktur yang lebih holistik, merangkumi sektor-sektor utama seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, keselamatan sosial dan penyampaian perkhidmatan awam. Namun, kejayaan ini tidak boleh disandarkan sepenuhnya kepada kerajaan. Ia memerlukan pendekatan seluruh negara, whole-of-nation approach yang menyatukan rakyat, kerajaan, swasta, akademia dan masyarakat sivil, termasuk anak muda Malaysia.

Pada hemat saya, semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang lalu, tumpuan telah diberikan kepada projek-projek infrastruktur berskala besar dengan peruntukan sebanyak RM400 bilion dan projek-projek tersebut sedang berjalan. Khamis lalu, RMKe-13 telah dibentangkan. Saya lihat banyak anjakan strategi yang lebih berani dan mendalam dalam menumpukan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai. Dengan peruntukan yang besar, RM600 bilion, RMKe-13 bukan tentang kemegahan fizikal semata- mata tetapi tumpuan kepada melakar semula pembangunan dengan broader development definition, dengan izin, sebagai pengukuhan asas negara yang lebih mampan.

Tan Sri Yang di-Pertua, RMKe-13 juga memperlihatkan kesungguhan dalam mereformasi struktur ekonomi dengan tumpuan kepada pendigitalan dan kecerdasan buatan.

Reformasi ini turut mengangkat martabat insan selaras dengan nilai MADANI melalui

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

pembaharuan signifikan pendidikan dan kesihatan. Tan Sri Yang di-Pertua, keyakinan Bank Dunia bahawa kita mampu meraih status negara berpendapatan tinggi menjelang 2030 akan menjadi realiti hanya jika agenda reformasi ini dilaksanakan secara menyeluruh.

Oleh itu, RMKe-13 adalah blueprint strategik untuk melonjak inovasi, meningkatkan daya saing, menjamin kesejahteraan ekonomi negara pada jangka masa panjang. Tahun 2030 akan menjadi titik penentu kejayaan pelbagai dasar utama negara, termasuk NIMP, NETR, NSS, Dasar TVET Negara dan Kerangka Ekonomi MADANI. Saya berpandangan, kejayaan naskhah lima tahun ini dapat direalisasikan dan dijayakan sebaiknya melalui tiga asas utama:

(i) memacu ekonomi berdaya tahan dan inovatif;

(ii) memperkasakan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam; dan

(iii) membangun modal insan berkualiti dan tata kelola berintegriti.

Tan Sri Yang di-Pertua, asas pertama, memacu ekonomi berdaya tahan dan inovatif.

Saya telah teliti sedayanya dokumen 211 muka surat ini. Walaupun dalam masa yang agak terhad, naskhah RMKe-13 ini telah mengambil kira tumpuan kepada pengukuhan asas ekonomi negara dalam menghadapi perubahan susunan blok ekonomi global, ketegangan konflik negara serantau dan memanfaatkan kemajuan teknologi dan digital masa hadapan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kejutan geopolitik dan perang tarif turut memberi tekanan kepada sektor eksport negara. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri dan seluruh jentera kerajaan, khususnya MITI kerana berjaya menurunkan tarif timbal balas dari 25 peratus kepada 19 peratus. Hasil ini yang terlihat, bukanlah sesuatu perkara yang mudah dicapai. Kita sentiasa menyuarakan pendirian yang tegas dalam isu-isu global dengan lantang dan jelas.

Namun, dalam menghadapi perundingan, kita masih kekal dengan kedudukan yang sama. Kita tetap kukuh berpegang kepada the red line. Paling penting Tan Sri Yang di-Pertua, pengurangan ini dicapai tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara kita untuk melaksanakan dasar ekonomi, sosial utama yang menyokong kestabilan, daya tahan, pertumbuhan jangka panjang demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Keupayaan Malaysia semakin mengukuh apabila berjaya menunjukkan prestasi membanggakan dalam Indeks Daya Saing Global 2025, kini berada di tangga ke-23 dunia berbanding tangga ke-34 sebelum ini. Dan di Asia Pasifik pula, melonjak ke tangga keenam berbanding kedudukan ke-10 sebelum ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita kini berada di tengah-tengah susun atur semula dunia dengan kemunculan The New Geopolitical Order, ketegangan perdagangan dan peningkatan protectionism. Seperti yang diungkap oleh Danny Roderick, pakar ekonomi dari Harvard University dalam artikel bertajuk, The Political Trilema of the World Economy: “The global economy does not run on autopilot. It requires coordination, adaptability and trust. All of which are now under strain”. Dalam keadaan ini, pertumbuhan global dijangka terus perlahan, termasuk di rantau Asia Pasifik. Malaysia juga tidak terkecuali.

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Walaupun kita berjaya mengawal inflasi, pertumbuhan KDNK 2025 telah disemak semula dan turun kepada 4.0 hingga 4.8. Cabaran domestik pula semakin rencam, jurang pendapatan yang masih ketara, pertumbuhan gaji yang sederhana dan kemahiran kerja yang tidak sepadan dengan keperluan industri. Angka underemployment kekal membengkak.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam usaha menjayakan dasar gaji progresif, saya berpandangan bahawa keberkesanan Program Peningkatan Upah wajar dinilai semula. Kita perlu pertimbangkan, sama ada program ini harus kekal bersifat sukarela atau diperluaskan secara mandatori dengan insentif yang lebih kukuh bagi menjamin pengambilan yang meluas oleh majikan. Saya juga mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan kuasa tawar- menawar pekerja, khususnya di sektor swasta yang mempunyai kadar keahlian kesatuan sekerja yang rendah. Melalui galakan kepada kesatuan sekerja, mekanisme perundingan kolektif alternatif, serta penguatkuasaan Undang-undang Buruh yang lebih tegas.

Tan Sri Yang di-Pertua, dunia sekarang berada di fasa perkembangan pasca teknologi AI. Antaranya, termasuk quantum computing yang menggunakan cubic, bukan lagi binary code, yang membolehkan menyelesai masalah yang kompleks, menjangkau kapasiti superkomputer sedia ada. Generative AI mampu mencipta kandungan baharu yang asli.

Explainable AI atau XAI pula membolehkan kita memberi penjelasan, reasoning terhadap keputusan yang dibuat oleh AI.

Saya memuji penubuhan Suruhanjaya Data dan komitmen pihak kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk memperkasakan bakat digital negara dan memanfaatkan analitik data raya, di mana penjawat awam juga diberikan latihan intensif dalam bidang digital dan AI. Namun persoalannya, adakah modul latihan nanti hanya tertumpu kepada teknologi AI tahap rendah? Sedangkan negara luar sudah bergerak pantas kepada teknologi pasca AI. Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua, Malaysia menjadi technology laggard. Kita mesti menjadi technology evangelist. Kita mesti leapfrog. Kita perlu mempercepatkan untuk menguasai dan mengintegrasi teknologi ini dalam tahap yang tinggi kepada pelbagai sektor strategik negara dengan segera seperti pertahanan, perubatan, pendidikan dan pentadbiran awam.

Pada masa yang sama, space economy dan low earth orbit economy (LEO) juga semakin berkembang pesat, memperkenalkan norma baru seperti satelit mikro, roket komersial dan mobiliti udara. Saya turut juga melihat ada potensi low altitude economy iaitu kegiatan ekonomi berasaskan penggunaan ruang udara bawah 1,000 meter juga dijangka semakin penting, merangkumi teknologi dron, kereta udara ringan dan aplikasi pertanian pintar.

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dalam kesempatan kemajuan ini, industri semikonduktor negara kekal sebagai tulang belakang utama eksport negara dan Malaysia adalah pengeksport keenam terbesar semikonduktor dunia dengan nilai lebih RM600 bilion. Saya yakin, untuk mencapai sasaran

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

nilai eksport produk E&E menghampiri RM1 trilion menjelang 2030, kita wajib beralih ke segmen bernilai tambah tinggi dalam rantaian nilai global dengan pantas dan berstrategi.

Saya percaya, inisiatif projek flagship industri semikonduktor, high value, high technology dan NSS yang sedang dan akan berikan tumpuan kepada penerokaan pembangunan integrated circuit design dan advanced packaging perlu disambut baik dengan memperkasakan local champion serta seterusnya memudah cara syarikat MNC yang telah lama bertapak.

Tuan Yang di-Pertua, semua kemajuan teknologi ini tidak akan bermakna tanpa tenaga kerja yang cukup berkemahiran. Malangnya, anak muda — minat anak muda terhadap STEM agak masih rendah. Itu sebabnya, pendidikan STEM wajar disepadu dan dibudayakan secara langsung dalam sistem TVET, bermula awal persekolahan bagi menyokong keperluan industri. Kita juga perlu memupuk budaya pemikiran industri (industrial mind) sejak di bangku sekolah lagi. Kerajaan perlu berbincang dengan industri, buka pintu kilang atau agensi untuk anak-anak kita di sekolah datang melawat mereka, agar mereka dapat meneroka minat dan masa depan yang lebih baik melalui pendedahan awal kerjaya.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam ucapan pembentangan RMKe-13, kerajaan mengiktiraf PMKS dan syarikat pemula yang memainkan peranan penting dan signifikan sebagai penggerak inovasi dan penciptaan pekerjaan. Namun, cabaran utama yang masih wujud melibatkan akses pembiayaan terhad, keperluan pembangunan kapasiti R&D serta jurang teknologi dan pendigitalan. Ini juga turut dizahirkan dalam laporan McKinsey Global Institute pada Mei 2024.

DOSM 2024 juga merekodkan PMKS hanya menyumbang 41 peratus kepada KDNK, 15 peratus kepada nilai eksport keseluruhan. PMKS menggajikan 8.1 orang pekerja, bersamaan 50 peratus guna tenaga kerja keseluruhan negara dan 70 peratus daripada 1.2 juta PMKS adalah syarikat berskala kecil yang menguasai sektor perkhidmatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, ini menunjukkan potensi yang besar belum dimanfaatkan sepenuhnya dan dari RMK-RMK sebelum ini lagilah kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk pembangunan dan pengukuhan PMKS. Akan tetapi, majoritinya masih belum mencapai tahap keberhasilan optimum.

Saya tiada masalah dengan pengumuman RMKe-13 untuk penskalaan PMKS menerusi sokongan padu dan penglibatan aktif GLC. Saya sambut baik usaha ini. Namun, perkara pokok yang perlu ditangani ialah sindrom keselesaan berada dalam status PMKS.

Kerana menjadi PMKS lebih banyak bantuan kerajaan dan pelbagai inisiatif disediakan. Cukai pun rendah dikenakan. Kerajaan perlu sentiasa mencari strategi dan pendekatan untuk meyakinkan PMKS untuk scale up bagi membuka potensi pasaran global yang luas dan lebih menguntungkan.

Tuan Yang di-Pertua, semasa saya menganggotai lawatan kerja JKPK Kewangan dan Ekonomi ke Bengaluru, India tempoh hari, saya mendapati ekosistem startup mereka sangat maju dengan lebih 50,000 startup sejak 2018 dan menduduki tangga ketiga dunia.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Program seperti 10,000 Startups initiative dengan izin, oleh NASSCOM berjaya memupuk pembangunan teknologi, jaringan industri, pendanaan dan bakat tempatan.

Alhamdulillah Tan Sri Yang di-Pertua, saya melihat Malaysia juga bergerak ke arah yang betul melalui Pelan Tindakan KL20 yang menyasarkan 20 ekosistem startup terbaik di dunia di mana 5,000 startup dicapai pada 2005 dan melahirkan 10,000 pengatur cara menjelang 2030. Laporan Global Startup Ecosystem Report 2025 meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke-18 dunia dalam kategori imaging ecosystem berbanding Jakarta dan Istanbul.

Di Malaysia, di Asia, Malaysia berada di tahap ke-16 jauh di belakang Beijing dan Singapura.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penanda aras, kita mesti meneliti kejayaan ekosistem seperti Silicon Valley, New York City dan London yang unggul dari segi prestasi pendanaan bakat capaian pasaran dan pengetahuan. Malaysia mesti memperkukuhkan aspek ini untuk kekal relevan dan menarik pelabur serta pemain industri antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan agar tumpuan Malaysia Startup Ecosystem Roadmap (SUPER) tidak wajar hanya tertumpu kepada sektor teknologi sahaja dan program kesedaran dan pembudayaan startup mestilah digerakkan, diperluaskan hinggalah ke kawasan pinggir kota dan desa.

Dalam perbincangan dengan badan peguam Bar Council minggu lepas, saya mendapati Tan Sri Yang di-Pertua, ada keperluan untuk mengangkat cadangan agar sektor guaman disenaraikan sebagai sebahagian daripada PMKS. Langkah ini amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan firma guaman kecil, akses kepada bantuan PMKS dan memastikan akses perundangan lebih adil serta tidak dimonopoli oleh firma besar.

Tan Sri Yang di-Pertua, jika kita lihat elemen-elemen tertentu, ketersediaan infrastruktur dan kapasiti operasi adalah pemangkin utama dalam usaha Malaysia untuk muncul sebagai hab destinasi dan logistik serantau. Apatah lagi, Global Peace Index 2025 mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling aman ke-13 di dunia. Dan kedudukan strategik negara di tengah-tengah laluan perdagangan global seharusnya mesti dimanfaatkan untuk mempercepatkan dan memastikan Malaysia sebagai gerbang destinasi dan logistik serantau.

Kerajaan wajar dipuji, kerana komitmennya dalam memastikan pelaksanaan projek mega di bawah RMKe-13 kekal bersifat strategik, cekap dan telus. Saya pernah membangkitkan di Dewan ini tentang isu keperluan pembesaran lapangan terbang dan pemerkasaan pelabuhan. Alhamdulillah.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Paya Besar. Paya Besar boleh sikit?

Tadi saya minta dengan Ketua Pembangkang, dia tak bagi. Cakap berdegar-degar, tapi Hulu Langat nak tanya tadi pun dia tak bagi ini, Ketua Pembangkang ini. Apalah Ketua Pembangkang. Hulu Langat nak tanya. Ini saya nak tanya dengan Paya Besar ini, bila menyebutkan soal berkaitan dengan pelebaran lapangan terbang. Ada masalah ke? MAS beli 30 pesawat Boeing daripada Amerika Syarikat itu. Kalau andai kata berlaku ketirisan, berlaku kezaliman, berlaku amalan rasuah, sila report-lah kepada SPRM. Saya nak minta sikit pandangan daripada Paya Besar. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira saya bukanlah orang yang sepatutnya menjawab bagi pihak kerajaan. Tetapi saya harap saya dapat berkongsi dengan Hulu Langat. Global...

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Insya-Allah, Paya Besar. Rasa tak lama jadi Pengerusi BBC ni, mungkin tempat duduk akan berubah, bukan pergi sebelah sana tapi mungkin pergi sebelah, dekat dengan Perdana Menteri itu, insya-Allah. Kami doakan, kami punya Pengerusi BBC ini boleh duduk ataupun pindah tempat duduk nanti di sebelah, dekat dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, saya jawab terus Tan Sri ya. Tan Sri, kalau kita melihat isu yang dibangkitkan, isu pembelian pesawat ini Tan Sri, kita kena bersifat adil dalam menentukan hala tuju naratif pertanyaan atau persoalan. Tidak salah untuk mempersoalkan, tetapi mesti berasaskan kepada naratif untuk membangunkan negara. Kita melakukan cadangan pembelian ini bermula tahun 2016 Tan Sri.

Boeing forecasting untuk 20 tahun yang akan datang Tan Sri, pelancong-pelancong asing yang akan datang ke Southeast Asia, 4.7 peratus annual increment. Bermakna Tan Sri, 20 tahun akan datang akan ramai orang datang ke negara kita. Tetapi sekiranya kapal terbang kita yang kita dah beli dah 15 tahun, kita kena jaga safety Tan Sri.

draft • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang penting, segala urusan pembelian itu mesti mengikut tatakelola yang berintegriti tanpa menidakkan perkara-perkara yang disebut oleh Hulu Langat tadi. Dan saya yakin, Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Langat, kita akan menjadi negara― menjadi hab kepada destinasi serantau...

[Tepuk] Bila orang datang ke Malaysia, Tan Sri, satu pelancong akan spend, jangkaan oleh Kementerian Pelancongan, RM5,000, Tan Sri. Bayangkan kalau peningkatan hampir lima peratus, berapa duit akan dibelanjakan di negara kita? Dan kita mempunyai penerbangan sendiri dan kapasiti inilah yang akan meningkatkan untuk orang datang ke negara kita.

Sebagai negara kecil, Tan Sri, hanya 33 juta, kita tidak mempunyai purchasing power yang tinggi. Kita perlukan pelancong luar datang ke Malaysia dan biarlah mereka menaik kapal terbang milik syarikat tempatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, alhamdulillah, perancangan tersebut telah tercatit dalam naskhah ke-13. Namun, kebimbangan saya, tanpa integrasi menyeluruh dan sistem pengurusan rantaian bekalan, kecekapan tidak akan tercapai sebaiknya.

Semasa saya menyertai lawatan kerja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Paris, Tan Sri, saya sendiri melihat dan saya menyaksikan perbincangan potensi Malaysia untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi dalam industri aeroangkasa apabila syarikat tempatan memeterai perjanjian pembelian pesawat jarak jauh dengan Airbus. Ini juga membuka ruang yang besar, Tan Sri, kepada syarikat tempatan untuk menjadi pemain industri MRO― maintenance, repair, overhaul― seperti syarikat Airbus dan Embraer. Boeing buka

draft • 3:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

satu syarikat di Kedah dan ini akan memberi kesan yang berganda kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat yang berada di negeri Kedah.

Maka, persoalan yang saya ingin singgung, adakah kita mempunyai latihan bakat yang meyakinkan? Dan adakah kita bersedia untuk menjadikan ekosistem ini ekosistem yang lebih ke hadapan?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik komitmen kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 untuk melonjak eksport halal RM80 bilion dan menyumbang 11 peratus kepada KDNK. Penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia, pembangunan perindustrian halal adalah langkah strategik membina rantaian nilai halal dari pengeluaran hingga ke pasaran global. Kepesatan industri halal menuntut Malaysia untuk membina rangkaian firma pensijilan dan audit halal bertaraf antarabangsa berilhamkan firma audit ‘the big four’ yang memimpin sektor kewangan dan perundingan peringkat global.

Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, atas kepimpinan beliau menerajui diplomasi halal, khususnya menerusi kerjasama strategik dengan Indonesia dan UAE.

Diplomasi halal adalah instrumen soft power, dengan izin, yang berkesan untuk mengangkat Malaysia sebagai negara Islam progresif dan diyakini serta menjadi rujukan dunia agar syiar Islam sentiasa mekar terpelihara. Saya berharap hab halal Malaysia juga diwujudkan di bandar-bandar strategik― Dubai, Tokyo dan London. Perlu dipercepatkan sebagai pusat pensijilan, promosi dan logistik halal.

Potensi halal kini melangkaui makanan. Pelancongan, kewangan, farmaseutikal, kosmetik dan banyak lagi. Menurut unjuran Pew Research Center, populasi Muslim dunia dijangka mencecah 2.1 bilion menjelang 2030 dan meningkat 2.8 bilion menjelang 2050 dengan pertumbuhan pesat di Eropah, Amerika Utara dan Asia Timur. Berdasarkan unjuran, menjelang 2030, populasi Muslim mewakili 29.1 peratus daripada― adalah individu berusia 15 ke 29 tahun di seluruh dunia, menjadikan belia Muslim sebagai segmen pengguna yang sangat signifikan dalam ekonomi global untuk masa akan datang. Perkembangan ini akan melonjakkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Semasa lawatan JKPK Kewangan ke Hong Kong, Tan Sri Yang di-Pertua, beberapa agensi antarabangsa menyatakan minat untuk menjadi Malaysia sebagai rujukan utama dalam kewangan Islam dan pembangunan halal, termasuk usaha menarik pelaburan dari Timur Tengah yang memiliki huge capital liquidity, dengan izin.

Kita, Tan Sri Yang di-Pertua, kita bukan sahaja patut menjadi penasihat. Kita mesti menjadi peneraju yang menguasai pasaran ini dengan pantas dan ke hadapan dengan produk yang diyakini dan berdaya saing. Sektor farmaseutikal dan kosmetik halal juga amat penting.

Asas kedua, Tan Sri Yang di-Pertua, memperkasakan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam. Naskhah RMKe-13 ini menzahirkan kesungguhan kerajaan dalam

draft • 3:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

menangani isu-isu kritikal berkaitan perubahan demografi, kualiti hidup, krisis kesihatan bumi demi memastikan peningkatan darjat hidup rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sejarawan Russian-American, Peter Turchin, dalam sebuah karyanya hampir 20 tahun yang lalu telah membangkitkan,“The growing disparity between the rich and poor puts the social consensus under strain”, dengan izin. Kekayaan tidak bermakna kemakmuran jika ia tidak dinikmati secara adil.

Kita tidak mahu situasi di mana kadar kenaikan siling ekonomi tidak setara dengan kadar kenaikan lantai. Sebahagian besar rakyat, terutamanya B40, masih terperangkap dalam kitaran pendapatan rendah dengan mobiliti sosial terhad. Perbelanjaan asas seperti makanan memberi tekanan besar kepada golongan ini. Inflasi makanan tahunan purata sekitar 3.2 peratus 2010 hingga 2024, sedangkan gaji purata hanya meningkat 2.1 peratus.

Jurang pendapatan juga melebar dengan Gini coefficient kekal pada 0.41, lebih tinggi daripada purata OECD― 0.35. Laporan Bank Dunia 2025 turut menunjukkan bahawa di Malaysia, 20 peratus terkaya menguasai 45 peratus kekayaan negara, manakala B40 hanya memiliki 15 peratus.

Namun begitu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya memuji usaha kerajaan menangani tekanan kos sara hidup. Peluasan program SARA, peningkatan RM13 bilion kepada RM15 bilion, membantu rakyat menangani harga barang asas serta meringankan beban.

Tan Sri Yang di-Pertua…

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Paya Besar, sikit lagi, Paya Besar.

Boleh, Paya Besar? Sikit sahaja lagi. Sebab tadi tak ada peluang.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya banyak ini.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya. Tak benarlah, ya? Sikit sahaja.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya banyak lagi, Tan Sri.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Harga minyak naik, tapi air turun.

Dekat Kedah, Kelantan, Terengganu― sama Terengganu― air turun tetapi minyak, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, naikkan harga minyak. Saya nak minta sikit pandangan daripada Paya Besar. Air turun, minyak naik.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Minyak turunlah. Okey. Tan Sri Yang di-Pertua, saya rasa rakyat Malaysia tahu, minyak telah turun, sepertimana ucapan penghargaan tempoh hari, dan saya kira biarlah ia menjadi perdebatan. Tetapi, yang paling penting adalah usaha yang kerajaan lakukan ini adalah untuk menangani, meringankan beban dan kos hidup rakyat.

Hasil perbincangan saya dengan UNICEF, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengesyorkan agar senarai barangan dalam SARA perlu disemak semula. Keutamaan seharusnya diberikan kepada makanan sihat seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur- sayuran segar, di samping mengurangkan makanan berproses termasuk kandungan garam dan gula yang tinggi.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Laporan UNICEF menunjukkan kadar stunting dan wasting kanak-kanak di Malaysia masih tinggi, masing-masing 21 peratus dan 11 peratus. Program ini wajar diselaraskan dengan Kementerian Kesihatan― Kempen Pemakanan Sihat, agar bantuan bukan sahaja mengenyangkan tetapi menyihatkan. Ini penting bagi memastikan pembangunan kesihatan jangka masa panjang khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar menjadi masyarakat dan generasi masa depan Malaysia.

Saya menyambut baik komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang sosioekonomi.

Antara langkah strategik yang diperkenalkan― pembangunan taman industri, hab tenaga hijau, projek infrastruktur strategik ECRL, LRT Pulau Pinang, Pan Borneo, Kampung Angkat MADANI untuk merapatkan jurang luar bandar.

Namun, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan satu penambahbaikan.

Pendekatan community-led development, dengan izin. Kaedah ini, setiap syarikat yang dianugerahkan projek di suatu kawasan mesti turut menyumbang secara langsung kepada pembangunan bakat dan ekonomi setempat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ini boleh dilaksanakan melalui dana CSR yang lebih bersasar, terikat kepada impak setempat. Pendekatan ini akan membuktikan bahawa projek-projek mega bukan lagi hanya datang dan pergi, tetapi benar-benar dimiliki oleh masyarakat tempatan, mewujudkan rasa tanggungjawab bersama dan manfaat jangka panjang.

Tan Sri Yang di-Pertua, tak lama lagi hujung bulan ini kita akan meraikan dan menyambut kemerdekaan kali ke-68. Usaha merapatkan kesenjangan sosioekonomi wilayah juga mesti menjadi tumpuan dalam RMK ini dan telah banyak digariskan.

Cuma Tan Sri Yang di-Pertua, dalam lawatan JKPK Kewangan dan Ekonomi tempoh hari, Oktober lepas, bagi ahli jawatankuasa untuk melihat sendiri perkembangan pembinaan Ibu Kota Nusantara (IKN).

Saya mendapati bahawa ada keperluan mendesak bagi kerajaan memperkasakan pelabuhan Lahad Datu, Kunak, Kudat, Tawau, Sandakan, bagi merebut limpahan ekonomi daripada Lombok Straits dan Makassar Straits Shipping Line dengan izin, di utara perairan Sabah yang menghubungkan negara China dengan Australia. Maknanya jelas, Tan Sri Yang di-Pertua, tiada rakyat, tiada wilayah dan tiada komuniti akan ditinggal atau tertinggal. Every voice, every life, every future matters, dengan izin.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh elemen kemampanan fiskal, saya ingin memohon dan berharap pihak kerajaan agar mengembalikan semula hak peneroka sepertimana matlamat asal penubuhan FELDA yang menjaga kebajikan dan pembangunan peneroka dan generasi baru melalui pulangan keuntungan FGV kepada FELDA. Sebagai anak peneroka Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai anak peneroka FELDA, saya mahu peranan dan fungsi perniagaan Koperasi Pemodalan FELDA dikembalikan melalui keterlibatan perniagaan secara langsung KPF dalam FGV.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, struktur fizikal sistem percukaian negara perlu diperkukuhkan agar lebih mampan, adil dan progresif kepada perubahan zaman. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada kerangka lama untuk menjawab cabaran baru. Fenomena tax bracket creep di mana inflasi secara senyap meningkatkan beban cukai terhadap golongan berpendapatan pertengahan tanpa perubahan ketara pada pendapatan yang sebenar.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Paya Besar, saya minta laluan sikit. Sikit, saya nak tanya isu FELDA ini. Terima kasih.

Saya ucap tahniah pada apa dibangkitkan oleh Paya Besar, isu peneroka FELDA, mengembalikan semula kepada FGV, peranan membetulkan semula. Cuma saya ingin dapat penjelasan ataupun komentar daripada Paya Besar. Generasi awal yang dibina oleh FELDA ialah mereka fikirkan generasi pertama. Generasi kedua, generasi ketiga yang ada hari ini sebenarnya tidak ada dalam perancangan FELDA waktu dia mula dibuka.

Apakah pandangan Paya Besar? Bagaimana kerajaan boleh meneruskan agenda untuk pembangunan berterusan generasi kedua, ketiga dan seterusnya di FELDA yang sekarang jadi masalah besar kepada institusi FELDA. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian atas persoalan yang begitu dekat dengan hati saya dan parti UMNO dan Barisan Nasional.

Dan saya yakin apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian merupakan perkara yang menjadi perjuangan dulu, kini dan selamanya UMNO dan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh — fenomena tax bracket creep ini…

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Paya Besar, boleh saya masuk sikit? Tan Sri, ekoran daripada yang disebut oleh Kubang Kerian tadi Tan Sri, saya nak minta pandangan Paya Besar dalam soal FELDA ini, soal generasi kedua, ketiga ini, Tan Sri. Kerana dalam Akta GSA kita tidak memberikan penekanan kepada generasi kedua, ketiga dan keempat FELDA. Saya pernah membawa tentang pindaan Akta GSA mesti suka atau tidak dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan segera, baru kita boleh beri penumpuan kepada generasi kedua, ketiga dan keempat FELDA.

Boleh saya dapatkan pandangan daripada Paya Besar tentang pelaksanaan perubahan dan pindaan Akta GSA ini, suka atau tidak wajar tidak kerajaan melaksanakan dalam jangka masa terdekat? Terima kasih Tan Sri.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu juga daripada Parti UMNO dan Barisan Nasional.

Saya lihat, Tan Sri Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu merupakan perkara yang telah kita bincang begitu lama iaitu Akta GSA. Mesti dilakukan pindaan dan pindaan itu mesti dibawa segera ke Parlimen. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu kerana sentiasa mempertahankan nasib untung masyarakat FELDA.

Walaupun dia bukan orang FELDA.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebutkan tadi adalah berkaitan reformasi menyeluruh perlu dilaksanakan dengan keberanian dan ketekunan. Kajian semula insentif cukai yang tidak lagi relevan atau berimpak rendah serta permudahkan proses prosedur permohonan insentif cukai. Perluasan asas cukai secara saksama, lebih ramai menyumbang secara adil, penerokaan cukai progresif baru yang sejajar dengan ekonomi masa depan seperti cukai karbon dan aset crypto.

Saya memuji apabila Kerajaan MADANI melaksanakan Akta FRA kerana ini satu langkah yang amat signifikan dan kena pada masanya. Saya memuji pentadbiran MADANI atas usaha konsisten mengurangkan defisit fiskal negara dan turut menyumbang kepada penurunan komitmen hutang baru yang telah dinyatakan banyak kali. Namun, bukan mudah Tan Sri Yang di-Pertua untuk menguruskan semua ini dalam dinamika suasana semasa.

Realiti semakin mencabar di mana hampir keseluruhan hasil kerajaan digunakan untuk perbelanjaan mengurus. Maka persoalannya tentang daya saing ekonomi, produktiviti hasil, perancangan pembangunan infrastruktur fizikal, keutamaan perbelanjaan awam mesti dijawab, diuruskan dengan lebih jelas dan telus, without fear and favor.

Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan tatakelola, disiplin fizikal dan keberanian, melaksanakan reformasi struktur, menjana hasil negara secara mampan tanpa membebankan rakyat untuk jangka masa panjang harus dihargai. Ia selari dengan maqasid syariah, khususnya dalam memelihara harta dan memastikan keadilan dalam pengagihan kekayaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu pemilikan rumah terus menjadi kebimbangan utama rakyat, khususnya dalam B40 dan M40. Pada hari ini, purata harga rumah mencecah RM435,000 iaitu 9.2 kali ganda pendapatan tahunan B40, jauh melebihi paras kemampuan.

Laporan BNM 2024 mendedahkan 60 peratus pemohon B40 gagal memenuhi kriteria kelayakan bank kerana skor CCRIS yang rendah dan terdapat 28 peratus pekerja gig dalam sektor tidak formal tidak mempunyai rekod sejarah kredit.

Saya menyambut baik komitmen kerajaan dalam RMKe-13 untuk membina satu juta unit rumah mampu milik menjelang 2035. Ini merupakan langkah strategik bagi menangani defisit 1.2 juta unit rumah seperti mana yang dinyatakan dalam Laporan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 terutamanya di kawasan bandar-bandar utama. Langkah ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan intervensi berasaskan penawaran selari dengan teori Keynesian, mengimbangi pasaran perumahan.

KRI turut mengesahkan 78 peratus pembeli rumah pertama mencari unit berharga RM250,000 ke bawah. Isu kualiti kelestarian rumah turut juga perlu diberi perhatian.

Fenomena shrinkflation, di mana saiz dan kualiti rumah semakin mengecil tetapi harga kekal tinggi, menimbulkan persoalan besar terhadap keselesaan dan kesejahteraan keluarga Malaysia yang sedang membesar.

Rumah bukan sekadar aset fizikal tetapi ruang tumbesaran sosial, emosi dan mental rakyat. Saya juga ingin menarik perhatian kepada fenomena house poor. Keadaan di mana

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

sebahagian besar pendapatan bulanan rakyat dihabiskan untuk membayar pinjaman perumahan, sewa, utiliti, cukai dan penyelenggaraan.

Justeru, dasar pemilikan rumah perlu lebih menyeluruh dan inklusif. Saya menyokong rent-to-own diketengahkan dalam RMKe-13 sebagai salah satu ikhtiar tetapi sudah tiba masanya kerajaan menyegerakan pembentangan akta khusus bagi ‘meregulasasi’ pasaran penyewaan kediaman secara lebih telus dan tersusun mengikut lokaliti.

Tuan Yang di-Pertua, krisis iklim dan kehilangan biodiversiti menuntut kita mempercepatkan peralihan tenaga dan mempergiatkan insentif berimpak tinggi dalam pemeliharaan alam sekitar. Ekonomi hijau berasaskan teknologi CCUS dan hidrogen adalah penting dipercepatkan transisinya dalam mencapai sasaran karbon sifar zero. Namun, dalam keterujaan menarik pelaburan, aspek kemampanan industri tidak boleh diabaikan. Krisis keselamatan tenaga perlu ditangani agar kesan akhirnya nanti tidak membebankan rakyat.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebagai negara maritim memiliki aset lautan strategik.

4,600 kilometer garis pantai, laluan perdagangan utama dunia, langkah RMKe-13 menjadikan ekonomi biru sebagai pemangkin pertumbuhan amat bertepatan. MIMA, sektor menyatakan sektor laut menyumbang 23 peratus kepada KDNK negara. Nilai ekonomi laut global dijangka mencecah USD3 bilion menjelang 2030. Sudah pasti Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia perlu bersedia dengan dasar yang jelas serta pelaksanaan yang cekap.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka lawatan saya ke MIMA dalam negara tempoh hari, mereka menggariskan beberapa cabaran utama yang memerlukan perhatian kerajaan.

Pertama, kekangan pembiayaan projek berimpak tinggi. Kedua, ketidaksepadanan data dan kapasiti teknikal serta tadbir urus yang tidak diselaraskan.

Saya juga mencadangkan Tan Sri Yang di-Pertua kepada pihak kerajaan menjadikan semua perkampungan di persisiran pantai diletakkan di bawah Insentif Kampung Angkat MADANI agar tumpuan merakyatkan rangka kerja ekonomi biru ini mudah diselaraskan dan difahami oleh ke seluruh pemegang taruh khususnya para nelayan dan generasi mendatang yang perlu diperkasakan.

Kita sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berpotensi memimpin agenda ekonomi biru serantau. Kita juga mampu menjadi peneraju karbon biru melalui pemeliharaan bakau, padang lamun dan terumbu karang yang bukan sekadar penyerap karbon semula jadi tetapi membuka peluang kepada pasaran global, pasaran karbon marin yang mampan dan beretika.

Tan Sri Yang di-Pertua, asas ketiga saya membangun insan berkualiti dan tatakelola berintegriti. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas komitmen berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan modal insan bermula dari usia lima tahun lagi dan menerapkan budaya tatakelola berintegriti dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, kata tokoh psikolinguis British tersohor, Frank Smith, “One language sets you in a corridor of life. Two languages open every door along the way”, dengan izin. Saya menyambut baik reformasi pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang menyeluruh. Pendidikan awal kanak-kanak hingga latihan guru, pengajaran umum sehinggalah pengkhususan.

Saya ucapkan tahniah atas usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, simbol perpaduan. Tubuhnya unit penguasaan bahasa dan program pengantaraan bahasa Melayu. Dalam masa yang sama, penguasaan bahasa Inggeris yang sudah baik di Malaysia wajar diperkukuh sebagai aset penting pendidikan, kerjaya dan diplomasi.

Namun Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya kelebihan sebenarnya datang daripada kecekapan dwibahasa dan penguasaan tiga bahasa serta empat bahasa yang strategik seperti Mandarin, Arab, Perancis, Jepun atau Korea yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia untuk menjadi penggerak utama dalam pengantarabangsaan ekonomi negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, peluang mempelajari bahasa ketiga, keempat, kelima ini tidak wajar hanya terhad kepada sekolah bahasa orang penuh atau sekolah elit sahaja. Ia harus diperkasa dan perluaskan ke sekolah luar bandar, desa supaya semua anak Malaysia menikmati akses adil kepada ilmu dan masa depan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan human security, keselamatan insan. Saya minta sikit masa Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi dua minit lagi.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Semasa Ketua Pembangkang tadi saya nampak ada lebihan 10 minit.

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Golongan rentan yang perlu diberikan fokus segera yang kini agak dipinggirkan iaitu pekerja ekonomi gig yang jumlah semakin membesar dan kini dianggarkan seramai 1.12 juta pekerja. Saya menyokong penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig perlu disegerakan dan pindaan serta penggubalan akta yang berkaitan dengan pekerja gig mesti dibawa ke Parlimen segera.

Usaha ini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Majlis Ekonomi Gig Malaysia membentangkan kerja bertajuk ‘Strengthening Labour Institution to Address Gig Economic Challenges, A Case Study On The Establishment of SEGiM’, dalam persidangan Regulating for Decent Work anjuran ILO di Geneva baru-baru ini, yang mana SEGiM dipuji sebagai usaha bersungguh-sungguh pihak kerajaan dalam menerajui pengurusan pekerja gig secara sistematik dan progresif.

Saya juga menyambut baik Tan Sri Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-13 yang menggariskan ikhtiar pemerkasaan bantuan tunai bersasar dan pendigitalan sistem penjagaan kesihatan.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri, ini poin yang penting, Tan Sri. Saya mencadangkan agar penyaluran sumbangan tunai RAHMAH disemak semula daripada setiap tiga bulan kepada setiap bulan atau setiap dua minggu seperti yang dilaksanakan di India dengan kekerapan bayaran yang berbeza-beza. Ada yang bulanan seperti pencen warga emas tiga kali setahun untuk petani melalui PM Kisan dan dua kali setahun untuk wanita di bawah skim negeri seperti Subhadra Yojana.

Langkah ini Tan Sri dapat membantu rakyat yang memerlukan mengurus perbelanjaan dengan lebih baik dan mengecilkan ruang untuk mereka berhutang dengan unregulated scheme serta mengelakkan lonjakan perbelanjaan berkala dan kecenderungan perbelanjaan tidak terkawal pada tempoh tertentu.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Yang di-Pertua, wujud keperluan mendesak untuk kita menangani jurang akses kesihatan di kawasan luar bandar terutamanya dari segi kesihatan mental.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu KWSP Tan Sri. Saya ingin menyentuh cadangan berhubung pertimbangan pembayaran pencen secara bulanan melalui simpanan KWSP.

Pertama, pengeluaran simpanan persaraan tidak wajar bersifat mandatori apatah lagi option annuity telah sedia wujud dalam kerangka KWSP.

Kedua, jika cadangan annuity bulanan ini mahu diperluaskan atau dijadikan laluan utama, maka ia mestilah dilindungi daripada susut nilai akibat inflasi. Ini bermakna struktur bayaran pencen bulanan tersebut perlu disemak secara berkala dan ditingkatkan seiring dengan kos sehari hidup semasa.

Saya berharap pihak kerajaan akan mengambil pendekatan berperingkat, fleksibel, berteraskan pilihan, memastikan sebarang skim baharu benar-benar memberi perlindungan jangka panjang dan efektif kepada rakyat. Dah tinggal sikit Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering berdepan dengan jurang yang ketara, antara dasar yang digubal dan pelaksanaan di lapangan. Dasar yang baik di atas kertas adakalanya gagal memberi impak kerana kekangan birokrasi dan kelemahan pelaksanaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, laporan antarabangsa seperti Ease of Doing Business, Indeks Persepsi Rasuah, IMD World Competitiveness Report jelas menunjukkan bahawa kecekapan institusi dan tatakelola menjadi faktor utama yang menentukan keyakinan pelabur dan prestasi ekonomi negara.

Saya menyambut baik fokus RMKe-13, pengukuhan kepada integriti, memperkenalkan GovTech, mempercepatkan transformasi pemetaan awam. Saya juga menyambut baik sistem pemantauan PPD RMKe-13 ini sebenarnya memberi isyarat jelas Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan serius memastikan dasar-dasar RMKe-13 benar-benar dilaksanakan bukan sekadar di atas kertas.

Tan Sri Yang di-Pertua, sabda Rasulullah SAW, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”, hadis riwayat Al-Bukhari.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Maka setiap kementerian, agensi, pemimpin di pelbagai peringkat termasuk di negeri dan daerah memikul amanah untuk melaksanakan dasar ini dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

Kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu. Sistem tender perlu diperketatkan dengan semakan latar belakang syarikat dan pengarah, ahli-ahli pengarah yang lebih teliti termasuk menyenarai hitam kontraktor bermasalah sekurang-kurangnya tiga ke lima tahun.

*Tan Sri Yang di-Pertua, RMKe-13 bijak disusun, Mendukung perpaduan jadi pedoman; Berani merentas cabaran terhimpun, Demi esok penuh harapan.

Cabaran kini bukannya remeh, Struktur megatrend telah dibaca; Bersama rakyat kerajaan berhemah, Pelan dilakar semua merasa.

Merdeka 68 kita raikan, 100 tahun bakal menjelma; Waktunya kini kita gerakkan, Arah baru negara gemilang.

Bukan sekadar data angka, Nilai budaya menjadi teras; Rakyat sejahtera hidup bermakna, Erti kemajuan begitu luas.

Bangsa dipacu jati terpateri, Bersatu teguh bermaruah tinggi; Rancangan Malaysia Ke-13 pandu reformasi, Malaysia dihormati di dunia nanti.

Mari kita terus bersama, Menjaya pelan tanpa curiga; Abad 21 milik semua, Malaysia MADANI menjadi nyata.*

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, empat poin lagi, Tan Sri.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Poin?

draft • 3:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Akhirnya, sebagai rumusan. Empat poin kecil sahaja.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 3:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, akhirnya sebagai rumusan ketiga-tiga asas dan 12 elemen yang telah saya zahirkan dalam ucapan perbahasan saya ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan tiga dimensi yang menjadi tonggak RMKe-13 yang berlandaskan Kerangka Malaysia MADANI menuju ke arah Aspirasi 2040.

Saya berkeyakinan penuh Tan Sri Yang di-Pertua, naskhah ini mampu menjadi pemula kepada melakar semula pembangunan untuk tempoh 15 tahun mendatang. Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun 2024 setelah kita lalui Rancangan Malaysia Ke-13, 14 dan 15

draft • 3:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

kita menjangkakan Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang mempunyai masyarakat yang saksama dan ekonomi yang terangkum dan progresif, mementingkan kesihatan bumi serta mendukung tatakelola yang baik.

Perubahan bermakna ini demi semua, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong usul RMKe-13 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Paya Besar, Pengerusi BBC. Sekarang saya jemput Pasir Mas, 12 minit.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia atas usaha diplomatik negara dalam menjadi pemudah cara rundingan damai di antara Kerajaan Kemboja dan Thailand.

Langkah ini meneruskan legasi panjang negara kita sebagai pendamai disegani. Ini bukan kali pertama Malaysia mengangkat dirinya di pentas dunia sebagai penyejuk konflik.

Rakyat masih mengingati bagaimana pada tahun 2005 ketika Sidang Kemuncak Asia Timur, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Kelima dan Pengerusi ASEAN pada waktu itu berjaya meredakan ketegangan yang amat kritikal antara dua buah kuasa besar Asia iaitu China dan Jepun.

Begitu juga pada tahun 2012, Perdana Menteri Keenam, Dato' Seri Najib Tun Razak telah menjadi pemangkin kepada kejayaan perjanjian damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengakhiri lebih empat dekad pertumpahan darah di Selatan Filipina.

Hari ini, kita meneruskan tradisi tersebut memimpin suara damai dalam menyatukan dua negara jiran kita Kemboja dan Thailand. Dalam semangat serantau yang harmoni ini bukan sekadar diplomasi, ini adalah bukti bahawa kita akan sentiasa kekal relevan,dihormati dan diyakini di mata dunia sebagai pemain utama dalam membina keamanan. Saya jangka takut ada orang nak bangun poin ini. Kalau nak bangun saya nak bagi sebab sebelum saya pindah ke topik yang lain. Tak apa panjang lagi Tan Sri.

Peruntukan untuk RMKe-13 sebenarnya tidak cukup. Tan Sri Yang di-Pertua, dari angka mutlak RMKe-13 hanya peruntukkan tambahan RM15 bilion bagi tempoh lima tahun iaitu sekadar RM3 bilion setahun berbanding jumlah keseluruhan RMKe-12 iaitu RM415 bilion. Ini bermakna, peningkatan peruntukan hanya sekitar 3.6 peratus setahun yang secara realitinya tidak memadai dengan keperluan pembangunan negara pasca pandemik, peningkatan kos sara hidup, tekanan fiskal global serta aspirasi menjadi ekonomi 30 teratas dunia menjelang 2030.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Perbelanjaan infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan sosial tidak boleh dipikul dengan angka sebegini kecil. Tambahan pula angka yang dikemukakan dalam ucapan Perdana Menteri iaitu RM611 bilion seolah-olah sedikit mengelirukan kerana dimasukkan bersama perbelanjaan yang tidak pernah dimasukkan dalam pengiraan RMK sebelum ini iaitu RM120 bilion daripada GLC dan GLIC serta RM61 bilion melalui Mekanisme Perkongsian Awam-Swasta (PPP).

Tan Sri Yang di-Pertua, pendekatan ini menimbulkan kebimbangan dari sudut kebertanggungjawaban fiskal dan ketelusan pelaksanaan. Kita sedia maklum bahawa peruntukan melalui PPP mahupun pelaburan GLC atau GLIC tertakluk kepada keutamaan komersial entiti masing-masing. Bukannya menjamin keberlangsungan projek pembangunan sosial yang kritikal seperti hospital daerah, sekolah pedalaman atau jaringan pengangkutan luar bandar. Maka, memasukkan angka-angka ini dalam jumlah besar RMKe-13 boleh mencipta persepsi yang agak tidak betul ataupun persepsi palsu terhadap kapasiti sebenar kerajaan. Seharusnya tambahan dalam RMKe-13 bersifat hard allocation daripada sumber kerajaan. Bukan anggaran perolehan luar jangka. Rakyat mahukan kerajaan yang berani menyatakan angka sebenar dan bersedia menyediakan bajet pembangunan yang sepadan dengan cabaran dan aspirasi negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk melontarkan satu cadangan yang diharapkan mampu memberikan impak besar dalam pembangunan wilayah tengah, Semenanjung Malaysia khususnya kawasan pedalaman yang selama ini agak terkebelakang dari segi akses dan kemudahan logistik. Cadangan yang saya maksudkan ialah pembinaan sebuah lebuh raya baharu menghubungkan Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan merentas Banjaran Titiwangsa dengan menggunakan kaedah projek penswastaan, berasaskan model kerjasama awam-swasta (public-private partnership).

Tan Sri Yang di-Pertua, laluan sedia ada antara Gerik dan Jeli ialah Jalan Persekutuan FT4 iaitu jalan dua hala tanpa pembahagi tengah, memakan terlalu banyak korban. Laluan yang digunakan pula oleh gajah-gajah berkeliaran. Laluan ini menjadi lokasi kemalangan, terdedah kepada kejadian tanah runtuh, memerlukan masa perjalanan sekitar dua jam setengah. Kita faham kerajaan tidak boleh memikul kesemua beban kewangan projek-projek mega ini tetapi kalaulah seandainya dimasukkan sedikit di dalam RMKe-13 hasrat dan komitmen kerajaan ia sudah cukup menggembirakan penduduk di sekitar Perak dan juga Kelantan, Terengganu yang menggunakan laluan ini.

Saya cadangkan agar projek ini dilaksanakan melalui pendekatan penswastaan reka dan bina serta operasi dan penyelenggaraan (design, build, operate and maintain) dengan izin, di mana sektor swasta bertindak sebagai pembangun, pengendali, penyelenggara projek untuk satu tempoh konsesi yang munasabah. Model ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan telah dilaksanakan dalam beberapa projek mega besar negara.

Antaranya Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menjadi tulang belakang sistem lebuh raya negara sejak 1980-an serta Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) yang kini

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

menghubungkan Kuantan dengan Kuala Terengganu. Kedua-duanya adalah hasil pendekatan penswastaan yang berjaya menggunakan model build-operate-transfer (BOT) yang membolehkan pembangunan dilaksanakan dengan cepat tanpa membebankan perbendaharaan secara langsung. Walaupun mungkin di sana akan berlaku impak ataupun sedikit kesan dari sudut pengenaan tol dan sebagainya tetapi ia boleh difikirkan kemudian.

Berdasarkan unjuran awal dan pengalaman projek seumpamanya walaupun mungkin angka ini agak kurang tepat tetapi dianggarkan kos pembinaan lebuh raya Gerik- Jeli ini dianggarkan sekitar RM4.5 bilion sehingga RM6 bilion bergantung kepada keadaan muka bumi, keperluan pembinaan struktur asas, khas seperti terowong, jejambat di kawasan tanah tinggi. Menggunakan model penswastaan kerajaan hanya perlu menyediakan antara 10 sehingga 20 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu lingkungan RM450 juta sehingga RM1.2 bilion dalam bentuk geran sokongan permulaan, pelepasan cukai ataupun pembiayaan fasiliti, utiliti. Kita yakin projek seperti ini bakal membawa limpahan ekonomi yang luas kepada kawasan-kawasan sepanjang jajaran Gerik-Jeli termasuk Gua Musang dan juga Hulu Perak di samping mengurangkan tempoh perjalanan daripada dua jam setengah kepada satu jam sahaja.

Tan Sri Yang di-Pertua saya menyeru pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan ini secara serius memasukkan dalam agenda pelaksanaan RMKe-13 mengambil langkah awal untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan seterusnya membuka ruang kepada pelabur bagi proses request for proposal (RFP) yang telus dan kompetitif.

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pasir Mas tanya sikit boleh, Pasir Mas? Pasir Mas.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Silakan.

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih, Pasir Mas. Tadi, Pasir Mas ada sebut soal berkaitan dengan gajah. Cuma beruk dan juga kambing dia tak sebut.

Cuma nak tanya masa jadi kerajaan dulu tak minta kah lebuh raya itu dengan Pagoh? Itu soalan saya kepada Pasir Mas. Terima kasih Pasir Mas.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bagus juga nama-nama binatang itu. Masukkan dalam ucapan Hulu Langat selepas daripada ini. Dia kadang-kadang sesuai dengan orang yang bertanya itu. Apa pun soal lebuh raya dan sebagainya itu...

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, saya tanya elok-elok tadi itu.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya pun jawab...

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, saya tanya tadi elok-elok.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kita jawab pun elok.

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita sahabat. Kita sahabat. Awak daripada Parti Islam se-Malaysia (PAS), kan? Saya tanya elok-elok. Saya tanya elok-elok.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya jawab pun elok.

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak. Kena tarik balik tadi itu. Kena tarik balik itu. Tak ada adab lah macam ini.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tiada — biadab!

draft • 3:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Okey.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak ada adab, biadab.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini floor saya, Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 3:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dia tak ada poin.

draft • 3:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tanya elok-elok tadi itu.

draft • 3:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Pasir Mas. Tak payah jawab fasal kambing, beruk, unta, lembu tak payah. Duduk. Semua duduk. Teruskan ucapan.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soal pembinaan infrastruktur sebenarnya ialah perkara yang sentiasa berjalan. Dari sudut peribadi, saya sudah bangkitkan perkara ini, daripada ucapan-ucapan kita sejak daripada penggal lepas dan kalaulah kita semua benda yang kita bangkitkan di sini tiba-tiba kita tanya kenapa tak bangkitkan dulu dan sebagainya, baik tak payah berucaplah kita.

Semuanya tak payah berucap sebab semuanya kena bangkit pada sesi yang lepas. Jadi, nantilah apabila tuan-tuan berada di pihak pembangkang pun, boleh jadi begitulah juga yang akan ditanya pada tuan-tuan.

Baik, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh keprihatinan terhadap kedudukan negeri Kelantan dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Ia menyenaraikan beberapa sektor strategik melibatkan Kelantan. Namun yang membimbangkan, tiada angka rasmi atau agregat yang dinyatakan secara khusus untuk peruntukan keseluruhan kepada negeri ini kerana kita faham bahawa dalam pembahagian kek ekonomi ini sudah tentu negeri yang sering kali disebut sebagai KDNK yang agak rendah ini memerlukan perhatian yang sangat lebih daripada kerajaan.

Di bawah sektor infrastruktur dan mobiliti, kita diberitahu jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Bentong ke Kuala Krai akan diteruskan. Kita alu-alukan usaha ini kerana ia diyakini memberi limpahan ekonomi besar kepada negeri Kelantan. Tetapi kita perlu ingat tanpa perincian masa pelaksanaan, anggaran kos untuk jajaran Kelantan dan jaminan sumber kewangan, rakyat masih tertanya-tanya bila impaknya akan dirasai. Begitu juga projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang–Sungai Golok untuk menggalakkan perdagangan dan pelancongan sempadan, adakah peruntukannya telah dimuktamadkan?

Adakah penyelarasan rentas sempadan dengan Thailand telah dimeterai?

Dalam soal pembangunan luar bandar, RMKe-13 menyebut penambahbaikan jalan kampung, sistem saliran serta bekalan air di penempatan FELDA dan FELCRA. Namun, ini

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

bersifat umum dan tidak menjawab persoalan, sama ada penempatan-penempatan FELDA di Kelantan seperti di Chiku, Paloh dan Kemahang akan benar-benar mendapat perhatian atau sekadar dalam dokumen.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor mitigasi banjir, RMKe-13 menyebut dua projek besar. Projek pertama, Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok yang dianggarkan bernilai RM3 bilion. Ini merupakan projek mitigasi banjir terbesar dalam RMKe- 13. Saya ucapkan terima kasih. Rancangan Tebatan Banjir Kota Bharu juga dimasukkan dalam program utama. Ini satu langkah positif. Tetapi kita mahu tahu bilakah projek ini akan bermula, berapakah agihan tahunannya, adakah pelaksanaan konsisten atau akan tergantung separuh jalan seperti kerap berlaku sebelum ini?

Sepertinya berlaku kepada projek lembangan, Projek PLSB di Rantau Panjang apabila ia dibina sekerat jalan dan ditangguh, kemudian dibina, kemudian ditangguh, mengalami pelbagai penangguhan akibat daripada pelbagai proses yang sebenarnya tidak perlu, ia mendatangkan akibat implikasi terhadap penduduk setempat yang lebih teruk berbanding dengan sebelum daripada itu.

Dari sudut ekonomi dan pelaburan, Tok Bali disebut sebagai hab pelaburan strategik.

Namun, adakah bentuk galakan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menarik pelabur ke kawasan ini? Apakah infrastruktur logistik, pelabuhan dan tenaga yang telah diperkasakan?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dalam minit-minit terakhir ini, isu bumiputera dalam RMKe-13. Satu kejanggalan besar yang sangat membimbangkan dalam RMKe-13 ini, ketiadaan petunjuk dan sasaran khusus bagi mengecilkan jurang antara kaum, baik dari segi pendapatan, gaji, pemilikan ekuiti, mahupun sumbangan perusahaan bumiputera kepada KDNK. Ini kali pertama dalam sejarah perancangan lima tahun negara, matlamat pemerkasaan ekonomi bumiputera seperti terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dan dasar-dasar seterusnya diketepikan secara senyap-senyap.

Kita tidak lagi melihat komitmen terhadap sasaran nisbah gaji bumiputera kepada bukan bumiputera, mahupun perincian pemilikan ekuiti dan pemerkasaan perusahaan bumiputera. Kita persoalkan, adakah ini satu pengabaian sama ada sengaja atau tidak sengaja terhadap semangat Perlembagaan Perkara 153 yang mengamanahkan kerajaan menjaga hak istimewa Melayu dan bumiputera.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mengakhiri ucapan ini pada kali ini dengan memohon supaya kerajaan juga menunjukkan komitmen untuk bertindak sebagai kerajaan yang telus dan juga komitmen yang teguh di dalam memerangi budaya rasuah dan budaya kabel-kabel dalam mendapatkan projek dan juga tender. Kita mahu supaya Ahli-ahli Parlimen di pihak kerajaan dan juga pembangkang sendiri sedar situasi yang berlaku pada hari ini ada tokoh-tokoh yang meningkat dengan begitu mendadak mendapat kekayaan dan projek dan tender yang begitu hebat dalam kerjaya dalam masa dua, tiga tahun sahaja yang

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

menimbulkan syak wasangka dan menimbulkan persepsi yang tidak begitu baik kepada kerajaan.

Walhal, dalam masa yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sering kali menyebut bahawa kerajaan ini kerajaan yang telus. Beliau tidak makan rasuah dan duit rakyat dan sebagainya. Kita terima apa yang diucapkan itu tetapi hendaklah diterjemahkan melalui pelaksanaan terhadap kata-kata ini, termasuklah ketegasan di dalam memerangi budaya- budaya seperti ini. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pandan, 15 minit.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua, anggota Dewan. RMKe-13 dirangka setelah melalui proses yang panjang melibatkan berpuluh ribu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Ia berjaya digubal dalam tempoh 11 bulan iaitu bermula September 2024 dan dibentangkan Julai 2025 berbanding dengan penggubalan RMK-RMK lain sebelum ini yang selalunya mengambil tempoh hampir dua tahun.

Selalunya, selepas setiap pembentangan seperti ini, pujian diberikan kepada pimpinan kerajaan walaupun sebahagian besar kerja itu sebenarnya dibuat oleh penjawat- penjawat awam dan wakil-wakil pemegang taruh daripada pelbagai kumpulan sektor dan rakyat.

Oleh itu, saya ingin memulakan ucapan pada hari ini dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sebenarnya berada di belakang terutamanya pegawai-pegawai di Kementerian Ekonomi, di semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, wakil-wakil industri dan swasta dan termasuklah ribuan rakyat Malaysia yang telah terbabit menyumbangkan akal mereka untuk menghasilkan dokumen ini.

Saya harap kita di dalam Dewan dan mereka yang berada di dalam kerajaan sedia maklum bahawa dari buah fikiran merekalah, rakyat Malaysia yang berpuluh ribu inilah terhasilnya perancangan lima tahun yang kita bahaskan pada hari ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya telah menelaah semua Rancangan Malaysia daripada yang pertama sehingga ke yang sekarang, yang ke-13. Itu sebahagian daripada tugas saya sebelum ini. Umumnya, setiap Rancangan Malaysia itu baik. Sekurang-kurangnya, perlu menangani empat perkara. Pertama, diagnosis. Iaitu diagnosis semasa yang mengambil kira cabaran, trend akan datang dan juga anjakan-anjakan yang diperlukan.

Kedua, dasar-dasar yang perlu diperkenalkan untuk membawa kepada perubahan struktur dan minda ke arah anjakan itu. Ketiga, bila kita dah tahu diagnosis, kita dah tahu perubahan dan dasar yang perlu dianjak, ketiga, pelaksanaan inisiatif-inisiatif utama dan

draft • 3:45 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

projek-projek rintis untuk merealisasikan dasar-dasar itu supaya anjakan itu boleh mula berlaku.

Keempat, garis masa dan sasaran pencapaian yang realistik tetapi mestilah mencabar agar anjakan itu boleh berlaku sebelum negara terpaksa pula berdepan dengan cabaran-cabaran baru yang berlaku selepas itu.

Rancangan Malaysia lima tahun, Tan Sri Yang di-Pertua, bukanlah semata-mata soal agihan peruntukan, bukanlah senarai projek. Rancangan Malaysia lima tahun yang paling penting ialah anjakan dan anjakan itu mesti bermula daripada dasar kepada sistem. Dasar dan sistem inilah yang diterjemahkan kepada pelaksanaan dan dengan harapan pelaksanaan yang baik akan mengubah budaya dan minda keseluruhan negara kita.

Maka pada hari ini, saya tidaklah mahu mengulas panjang tentang perancangan yang telah dibangunkan. Lagipun saya terlibat dalam sebahagian besar proses itu. Kalau saya puji lebih macam Paya Besar, dia kira masuk bakul angkat sendiri. Kalau saya kritik lebih, nanti Kubang Kerian suruh saya pindah duduk sebelah dia.

Jadi pada hari ini, sebaliknya, sebagai Ahli Parlimen, saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk merekodkan di dalam Dewan, perkara-perkara yang akan menggelincirkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 di masa akan datang berdasarkan pengajaran-pengajaran yang kita semua tahu kerana semua pernah menjadi kerajaan supaya sesiapa pun menjadi kerajaan selepas ini anjakan-anjakan ini perlu berlaku dan perlu dilaksanakan demi negara.

Hakikatnya, sementara orang politik berlumba-lumba untuk mendapat tempat di kerusi kuasa, masalah-masalah negara yang mempunyai kesan harian dan....

draft • 3:45 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pandan.

draft • 3:45 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

...Kesan jangka panjang kepada rakyat ini...

draft • 3:45 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pandan.

draft • 3:45 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

...Tidak akan selesai dengan sendirinya. Biar saya masukkan dulu, kecuali Tan Sri Yang di-Pertua tambah 30 minit.

draft • 3:45 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sikit je. Boleh Pandan ya?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Tan Sri tak setuju kut kan. Ah, baik.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Nak tanya pasal RMK ni, boleh?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Sebelum — biar saya masuk dulu.

Kalau ada masa sedikit, saya boleh bagi ruang. Oleh itu, parti mana pun yang menjadi kerajaan, perancangan di dalam RMKe-13 ini hendaklah dipacu dengan sebaik mungkin, agar masalah-masalah negara ini dapat diselesaikan.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, apa masalah besar yang dihadapi oleh negara?

Pertama, populasi kita semakin menua dan kita akan berhadapan dengan situasi jumlah pekerja yang semakin mengecil yang terpaksa menampung jumlah pesara yang

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

besar, sebahagian besar yang ada dalam Dewan ini. Yang akan dapat pencen sampai mati dan insya-Allah, kita akan hidup mengikut unjurannya melepasi umur 90 tahun. Ini semua akan ditanggung oleh anak cucu cicit kita selepas ini.

Dalam keadaan ekonomi kita pula, terpaksa berhadapan dengan cabaran daripada saingan global. Bukan sahaja prospek ekonomi akan terkesan kepada negara, hasil kutipan cukai juga akan terkesan dan kita akan terus bergelumang dengan tanggungan kos baharu yang sebelum ini tidak wujud. Contohnya untuk menjaga kebajikan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada warga tua dan ini akan terus menjadi cabaran kepada mana- mana kerajaan selepas ini.

Akibatnya, setiap kerajaan sekarang dan selepas ini akan berhadapan dengan tanggungan hutang yang semakin menekan dan hasil kutipan cukai setiap tahun itu, sebahagian besarnya akan digunakan untuk membayar kadar faedah hutang yang semakin bertambah. Sekarang RM46 bilion. 10 tahun lagi dia akan naik lagi dan naik lagi dan kitarannya, setiap cukai yang kita kutip itu perlu digunakan untuk membayar hutang.

Akhirnya, ini yang kita berdepan sebagai sebuah negara dan masyarakat. Dalam lima tahun, 10-15 tahun daripada sekarang, setiap kerajaan akan berdepan dengan dilema menaikkan cukai. Setiap kali satu kerajaan menaikkan cukai, kerajaan itu akan dihukum dan diganti dan kesan jangka panjangnya, kita akan terus bertukar kerajaan setiap penggal dan ini akan menjadi satu trend masyarakat, yang akhirnya parti-parti politik akan mengambil keputusan untuk mementingkan dasar yang populis untuk kekal berkuasa, sedangkan keputusan-keputusan yang berbentuk struktur dilengah-lengahkan. Ini telah pun berlaku di kebanyakan negara lain. Di United Kingdom telah berlaku, di negara-negara Eropah dan ia akan berlaku juga kepada Malaysia pada satu ketika nanti.

Tan Sri Yang di-Pertua, masalah yang kedua ialah struktur ekonomi kita yang tidak mencapai tahap kompleksiti yang diperlukan untuk melonjak menjadi sebuah negara maju, yang menyebabkan penciptaan nilai yang rendah itu menyebabkan majikan-majikan tidak boleh membayar gaji yang dikehendaki oleh rakyat dalam situasi rakyat Malaysia mahukan kehidupan yang setara dengan taraf hidup di negara-negara maju.

Kita masih menghadapi kesukaran untuk beralih dari ekonomi yang berasaskan sumber asli dan perkilangan kepada industri yang berasaskan inovasi dan penciptaan nilai untuk bersaing dengan negara-negara maju dan ini berkait rapat dengan masalah nombor tiga yang cukup besar dalam negara kita. Dia bukan masalah untuk bertukar kerajaan tau.

Masalah yang paling besar ialah masalah pendidikan iaitu sistem pendidikan yang tidak mampu menghasilkan tenaga kerja dan kepakaran yang diperlukan untuk membina ekonomi yang berkompleksiti tinggi ini.

Bakat-bakat yang baik di negara kita, walaupun mereka lulus SPM dengan baik, keluar universiti dari luar negara, cemerlang dengan biasiswa, akhirnya sebahagian besar daripada mereka akan terperangkap di dalam kerjaya yang dijaring oleh MNC dan GLC yang sebenarnya tidak membolehkan mereka mengambil risiko untuk mencipta nilai yang lebih

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

besar seperti mana bakat-bakat dan rakan-rakan mereka sama ada di Silicon Valley ataupun Shenzhen. Paling hebat, mestilah berlumba-lumba untuk menjadi orang-orang besar di GLC, yang akhirnya diputuskan oleh orang politik juga. Jadi Tuan Yang — Tan Sri Yang di-Pertua, ya.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pandan, boleh bagi sikit, Sik?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Baik. Nanti saya minta tambah dua, tiga minit. Silakan Sik.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, Pandan. Terima kasih. Ada pandangan mengatakan RMK kita ini dalam tempoh lima tahun berlakunya yang disebut ketidakkonsistenan antara perancangan dan pelaksanaan itu sendiri ya. Lima tahun itu boleh berubah sekelip mata dan ada yang disebut bahawa sering tersasar RMK kita ini akibat pergolakan politik pertukaran kerajaan.

Ambil contoh perancangan KXP ataupun lapangan terbang di Kulim itu ditolak mentah-mentah kerana perbezaan politik, tetapi pembangunan di Pulau Pinang dilonggokkan dengan begitu banyak, ya. Padahal di Pulau Pinang ada 860,000 penduduk saja. Projek tambak tiga pulau yang baharu, projek lapangan terbang pula — pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang, LRT Pulau Pinang. Jadi, di situ dilihat tidak adanya konsisten kita membangunkan seluruh wilayah ini. Jadi, mohon pandangan Pandan.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebelum — minta Pandan sikit. Kubang Kerian. Sikit saja.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Kubang Kerian.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya lihat — nak minta pandangan daripada Pandan. Biasa kita setiap kali RMK, kita ada penilaian prestasi separuh penggal dan sebagainya, tapi sayangnya penghujung setiap Rancangan Malaysia, kita tak ada buat satu penilaian terhadap pencapaian setelah keseluruhan tempoh tamat sebelum kita kemukakan satu perancangan baharu untuk lima tahun ke depan.

Kegagalan, berapa peratus kegagalan, apa pencapaian supaya kita dapat rumuskan di akhir setiap Rancangan Malaysia sebelum kita berangka baharu Rancangan Malaysia pada lima tahun berikutnya. Apa komen daripada Pandan?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih. Saya jawab yang Kubang Kerian dahulu. Dia — Kubang Kerian dia soal tempoh masa. Sebab itu sebenarnya Kajian Separuh Penggal itu penting. Kalau kita ambil contohnya lima tahun untuk Rancangan Malaysia Ke-12, dia berakhir tahun 2025.

Kita tak boleh nak dan — angka-angka 2025 itu akan keluar, mungkin pertengahan ataupun hujung tahun 2026. Jadi kita tak boleh ada jurang. Kita nak tunggu keputusan data dahulu, sebelum kita rangka yang seterusnyalah. Jadi, dari segi — saya ingat proses dan sistem yang ada ini, sebenarnya membolehkan kita menjalankan perancangan itu dengan lebih lancar kalau ada beberapa perkara kita dapat terapkan yang saya akan sentuh selepas ini.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Tetapi ada proses sedia ada. Contohnya Kajian Separuh Penggal yang bukan sahaja melihat pencapaian setakat tiga tahun pertama, tetapi unjuran seterusnya dan sepatutnya kerangka seperti Rancangan Lima Tahun ini bukanlah sangat semata-mata soal projek, ia mestilah soal dasar dan soal pembawaan kerana daripada perubahan sikap itulah yang boleh memacu ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Kalau 100 peratus diletakkan kepada beban kepada sektor awam ataupun sebahagian sektor swasta untuk memacu, maka perkara itu seperti yang selalu kita sebut adalah dengan izin Tan Sri, unsustainable dan itulah yang cuba dibuat di dalam RMKe-13.

Soalan Sik tadi — sebab itu saya ulang berkali-kali. RMK – Rancangan Lima Tahun tidak boleh seperti sebelum-sebelum ini iaitu meluluskan projek-projek mega. Ia mestilah mengenai landasan dasar. Daripada landasan dasar, kemudian kita lihat sama ada peraturan, sama ada sistem pendidikan, dia mesti berjangka panjang kerana setiap kelulusan projek yang mega itu, dia mestilah tertakluk kepada kebolehlaksanaan dan juga dengan izin Tan Sri, business viability. Saya tidak pernah dapat sebarang — contohnya sepanjang saya jadi Menteri Ekonomi, saya tidak pernah mendapat sebarang laporan yang menunjukkan business viability of KXP. Kalau ada yang boleh dilaksanakan, saya sendiri yang sebenarnya meluluskan dan memberi peruntukan. Contohnya, Pendang ada kat sini. Bukan Pendang, Rubber City, Pendang lah kan?

draft • 3:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Padang Terap.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Ah, di Padang Terap. Padang Terap ada. Contoh yang baik. Padang Terap dan juga Kedah Rubber City sebelum saya masuk memang dah tutup dah, tak ada. Tapi bila kita berjaya tunjukkan ada business viability, ada pelabur besar dan kita dah mencapai beberapa sasaran, barulah kita boleh luluskan contohnya projek sambungan dan naik taraf jalan di antara Padang Terap ke Alor Setar, yang insya-Allah akan berlaku.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Jadi, dia bukan soal politik. Saya tak pasti kalau ada orang lain yang melihat soal politik. Sebab itu saya kata, untuk kita tengok RMKe-13 ini, tolak tepi soal projek semua.

Tengok kepada apa landasan dasar yang boleh mengubah masyarakat. Baik, saya teruskan Tan Sri ya. Ini ucapan pertama Tan Sri, bolehlah dilanjut-lanjutkan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Silakan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Baik, ya. Masalah-masalah yang saya sebut tadi, dikupas dengan baik dalam RMKe-13. Ada beberapa anjakan besar yang perlu dimulakan di dalam RMKe-13 sebagai tapak. Dalam bahasa Inggeris, dengan izin, foundation iaitu terutamanya ialah anjakan-anjakan yang berkaitan dengan pendidikan. Banyak tumpuan di dalam RMKe-13 bukan soal ekonomi. Bukan soal projek. Kerana itu telah pun dikendalikan dalam tahun 2023-2024.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Program-program, dasar-dasar yang berkaitan ekonomi itu telah pun dibuat lebih awal. Yang kita tumpu di dalam RMKe-13 ialah mengenai pendidikan kerana ini adalah masa depan negara. Perkhidmatan pendidikan prasekolah yang universal bermula 5 tahun, sebenarnya diperlukan kerana mengambil kira, dengan izin, garbage in, garbage out. Kalau kanak-kanak tidak dididik dengan baik pada umur yang potensi perkembangan dia adalah baik iaitu pada umur 5 tahun ke 9 tahun, bila mereka dah masuk Darjah 4, Darjah 5, buat macam mana pun, mereka telah pun ketinggalan. Negara-negara lain menghabiskan sumber semasa pendidikan awal, bukannya semasa universiti, Tingkatan 5 dan sebagainya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebab itu, kalau tengok dalam RMKe-13, kita tidak letak angka pun berapa bilion, berapa dan sebagainya tetapi komitmen untuk menyediakan pendidikan prasekolah secara universal, bermakna sesiapa pun jadi kerajaan selepas ini mestilah membuat keutamaan untuk memastikan sekolah-sekolah di seluruh negara dalam tempoh 5 ke 10 tahun, mestilah mampu untuk memberikan perkhidmatan prasekolah yang universal kepada semua.

Dan ini juga akan membantu kebanyakan keluarga-keluarga muda kita kerana kos prasekolah adalah sangat mahal. Paling kurang RM300-400 sebulan untuk seorang. Dengan menyediakan pendidikan prasekolah, itu bermakna kita akan menjimatkan RM800-RM1,000 daripada satu keluarga muda dalam tahun-tahun akan datang.

Seterusnya, kita juga tahu bahawa sekolah mestilah berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana kita negara menua, satu. Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun. RMKe-13 juga - Dato’ Yang di-Pertua, bagi saya sedikit masa lagi.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Boleh. Sebahagian dari IPG perlu dikhususkan untuk latihan dan pembangunan profesional. Kerana kita sedia maklum, kalau kita berbincang mengenai pendidikan dan mutu pendidikan di negara kita, kita selalu berbincang mengenai silibus, sukatan mata pelajaran. Tapi kalau silibus hebat macam mana pun tetapi guru tidak dilatih, tidak diberikan sumber yang sebaiknya, tidak diangkat menjadi profesional, macam mana silibus yang bertaraf antarabangsa itu hendak disampaikan oleh guru yang sebenarnya tidak mendapat perhatian dan latihan yang sewajarnya?

Sebab itu, kita perlu terima hakikat bahawa sebelum ini kita telah mengabaikan perkembangan profesional guru-guru. Dan sebab itu dalam RMKe-13, bila itu telah menjadi dasar, maksudnya kerajaan-kerajaan selepas ini mestilah memperuntukkan yang sewajarnya untuk pembangunan guru. Dan mengenai pendidikan, satu perkara yang langsung saya lihat tidak disentuh baik oleh media dan juga Dewan ialah RMKe-13 memandatkan penubuhan Majlis Pendidikan Negara.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Sebabnya ialah sebelum ini, pendidikan iaitu sektor yang paling besar dalam negara kita, tidak mempunyai satu majlis yang merentasi kementerian dan sektor. Semua penterjemahan dasar pendidikan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan semata-mata.

Sedangkan semua sektor-sektor lain, daripada pertanian kepada ekonomi, kepada tenaga, sebenarnya merentasi sektor. Perlu mendapatkan maklum balas dan juga tekanan daripada sektor lain supaya dasar yang digubal itu boleh memenuhi kehendak semua sektor.

Pendidikan tak begitu. Hanya dibuat oleh Kementerian Pendidikan sahaja.

Sedangkan, segala-galanya dalam negara kita ini bermula daripada bilik darjah. Bilik darjahlah yang menentukan jenis engineer yang keluar. Bilik darjah menentukan ekonomi negara kita. Jadi, dengan tertubuhnya Majlis Pendidikan Kebangsaan ini, saya berharap suara dan pandangan umum rentas sektor dan industri dan kementerian ini akan membolehkan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan kita berlaku dengan lebih baik. Dan ini untuk Indera Mahkota, supaya Indera Mahkota tengok kat sini. Indera Mahkota dan banyak yang lain selalu...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila gulung. Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Gulung eh? Sedikit pasal Indera Mahkota, pasal AUKU. Sebelum ini, semua yang kita sebut mengenai autonomi dan kebebasan akademik adalah melalui AUKU. Sebenarnya, AUKU perlu ada kerana universiti awam dibiayai oleh wang rakyat. Cara melalui RMKe-13 ialah kita ingin membuat satu projek rintis supaya satu universiti diberikan autonomi penuh. Pembiayaan masih lagi melalui wang awam tetapi diberikan terus kepada pelajar-pelajar supaya autonomi universiti itu dapat mengimbangi keperluan pembiayaan.

Gulung eh, Dato’ Yang di-Pertua? Saya nak tutup dengan enam peringatan. Tadi Sik ada tanya, apa yang menyebabkan pelaksanaan-pelaksanaan ini tergelincir? Pelaksanaan- pelaksanaan ini akan tergelincir kalau masyarakat kita, kerajaan kita, ahli politik masih lagi ada enam perangai ini. Enam perangai ini mesti dibuang untuk memastikan RMKe-13 dapat berjalan dengan baik.

Pertama, tukar kerajaan, buang terus walaupun rancangan baik. Kalau kerajaan, hatta Menteri pun bertukar, kebiasaannya rancangan yang telah dipersetujui sebelum ini akan dibuang dan kerajaan akan berbelanja baru untuk buat yang baru. Itu perlu dihentikan. Kalau rancangan itu baik dan sasarannya baik, ia perlu dikekalkan dan dibuat dengan lebih baik lagi oleh kerajaan yang baru.

Kedua, perangai Dato’ Yang di-Pertua. Kalau bukan idea aku, aku tak akan sokong.

Yang ini pun kena buang. Banyak dalam sistem kita, idea itu baik. Tapi perangai orang kita, walaupun dia telah melalui proses yang baik tapi hanya kerana cadangan itu bukan datang daripada kita, kita tak sokong. Kalau pun tak buang terus, yang dia buat ialah dia cold storage.

Dia cari benda lain, sedangkan kerajaan dah berbelanja wang, dah ada sedikit kejayaan, hanya kerana bukan idea dia. Perangai nombor dua itu kena buang.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang ketiga, perangai yang kena buang ialah sokong dulu depan, belakang kita sailang. Ini pun tak boleh. Dalam mesyuarat selalunya semua setuju. Wah, baik, baik, baik.

Bila sampai keputusan dasar telah dibuat, bila sampai nak laksana, macam-macam pandangan yang ada. Yang ini kata tak boleh, yang ini kata macam itu, sedangkan kita semua dah setuju, benda ini kena buat. Sebabnya, perangai orang kita suka sangat sokong depan.

Senang sokong depan. Bila di belakang masa nak buat, mudah untuk sailang kerana lepas itu, bila tak jadi, bagus, semua tak jadi, tak ada apa yang jadi, bajet itu insya-Allah dapat kat aku, itu perangai orang kita.

Yang keempat Dato’ Yang di-Pertua ialah perangai 20-80. Banyak organisasi sebenarnya yang betul-betul bertungkus lumus untuk buat kerja. Ini 20 peratus je. 80 peratus itu, dia tunggu dan lihat. Mula-mula dia tengok, kalau jadi, dia tunggang. Dia sama naik lepas itu lah, walaupun awal-awal tu dia duduk jauh-jauh je. Bila jadi, dia tunggang. Kalau tak jadi, yang 80 peratus itu secara berjemaah akan menuding jari. Kalau ini berlaku dalam RMKe-13, marilah kerajaan hebat macam mana pun, semua ini akan tergendala.

Nombor lima, rancangan lain, projek lain. Dalam RMKe-13, anjakan-anjakan nak buat ini semua bagus-bagus.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

Bila sampai kepada rancangan yang dikemukakan untuk menterjemahkan peruntukan setiap tahun, dia tak ada kena mengena dengan Rancangan Malaysia dan juga anjakan dasar yang dibuat. Asalkan aku boleh buat projek, asalkan projek itu ada, asalkan jabatan saya itu ada peruntukan yang saya nak.

Jadi, sebab itu lepas lima tahun, Rancangan Malaysia Ke-13 kata pergi kiri, dia pergi kat mana pun saya tak tahu, projek itu banyak, belanja banyak tapi dia tidak menterjemahkan perubahan yang perlu berlaku.

Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, ini yang paling biasa dalam sistem kerajaan. Bila kita bercakap tentang anjakan perkara baru yang dibuat, jawapan yang selalunya saya akan dapat, jawapan pertama yang saya dapat ialah kita dah buat semua ini, kita dah ada dah.

Perangai business as usual ini kalau tidak dibuang di dalam sistem kerajaan, sistem sektor awam, sektor swasta, maka semua anjakan-anjakan ini akan hanya kekal di dalam dokumen lima tahun sahaja.

Jadi, saya berharap kita menghayati bukan saja kerangka dasar yang telah dibentangkan tetapi terutamanya anggota-anggota Dewan, kita perlu menginsafi bahawa tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen untuk lima tahun akan datang ialah memastikan anjakan-anjakan dasar, projek-projek rintis, inisiatif-inisiatif yang telah digagaskan ini, semuanya mestilah berjalan pada kadar yang sewajarnya, kos yang sebaiknya dan hasilnya mesti dipantau.

Insya-Allah, sekurang-kurangnya, kalaulah yang ada di dalam Dewan ini berjaya menjalankan tanggungjawab itu, sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada aspirasi RMKe-13 akan dapat dicapai. Dengan itu, terima kasih dan doa saya supaya semua ini dapat

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan

dilaksanakan sebaiknya. Saya menyokong Usul Pembentangan RMKe-13. Terima kasih Dato'.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Seri Pengerusi — Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Pasir Puteh untuk sama-sama berbahas dalam Rancangan Malaysia yang ke-13 yang dibentangkan sebelum daripada ini.

Rancangan RMK kita yang ke-13 ini, saya kira pertama kali tidak ada data jurang pendapatan di antara kaum, jurang pendapatan di antara penduduk bandar dengan luar bandar, jurang pendapatan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat, begitu juga jurang pendapatan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia menyebabkan bila saya teliti kenyataan-kenyataan data-data di dalam Rancangan Malaysia yang ke-13 ini, saya kira di sana berlaku beberapa kecacatan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini.

Bumiputera tidak disebut dengan baik. Sebelum daripada ini, kita lihat saiznya diukur dan ada saiz bantuan untuk mereka, pelan perancangan untuk mereka, begitu juga faktor- faktor yang lain perkara yang lain disebut secara jelas di dalam RMK sebelum daripada ini.

Apa pun saya mengharapkan supaya kerajaan yang ada pada hari ini, kemukakan semula apa yang saya sebut ini untuk kebaikan kita bersama kerana saya bimbang jumlah RM417.9 bilion untuk satu tahun itu akan mengalir, tidak pada tempatnya yang sebenar. Dan kesan dia untuk kita memulihkan negara terutamanya dalam aspek jurang perbezaan yang sangat besar yang tadi sebenarnya berlaku sedikit kekecohan bila disebut 13 Mei dan seumpamanya.

Sebenarnya itu adalah pengajaran kepada kita supaya jangan sekali-kali kita mengulangi kesilapan itu. Bukan kita nak bangkit cerita lama. Cerita lama tetap terpahat dalam sejarah, semua dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah dalam negara. Tapi yang perlu kita ingat bahawa jurang pendapatan ini merupakan satu kompas yang perlu dipasang dengan tepat supaya rakyat berbilang kaum, berbilang latar belakang yang ada dalam negara kita yang dicipta oleh Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah SWT mengangkat darjat manusia ini berbagai-bagai supaya darjat yang berbagai-bagai saling gantung, bergantung di antara sama lain, satu sama lain.

Justeru itulah, saya kadang-kadang rasa agak terkejut bila perkataan menoktahkan kemiskinan, istilah-istilah sebegini, sebenarnya istilah ini dia jadi sembang kosong. Dia bercanggah dengan naluri, fitrah sebenar yang Allah SWT cipta manusia.

Mana-mana negara mesti ada kemiskinan. Kalau tidak ada faktor kemiskinan, faktor orang yang susah, nak bina Parlimen ini tak akan terbina. Kerana buruh kasar mesti bekerja.

draft • 4:12 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Bangsawan, dia ada peranan dia. Sebab itulah Allah SWT menyebut kepada kita supaya kita mengambil pengiktibaran ini.

Yang kedua, saya ingin menyinggung di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini, dasar ekonomi berteraskan keperluan. Dan di dalam tajuk menaikkan siling, mempercepatkan perubahan struktur ekonomi, jelas disebut struktur ekonomi negara telah beralih daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian dan perkhidmatan dan seterusnya menuju sekian-sekian.

Menunjukkan kepada kita kadang-kadang kita meletakkan kompas itu tidak kena pada tempatnya dan bacaan kompas kita itu tidak betul. Kita mesti ingat bahawa semua industri ada kepentingannya tersendiri. Rakyat dalam negara kita ada industri yang sesuai dengan mereka. Golongan di luar bandar memang pertanian adalah sejiwa dengan mereka.

Orang yang duduk di bandar, ada perkara yang mereka boleh buat. Mereka tak boleh bertani.

Jadi sebab itu, kalau kita tukar untuk fokus lebih supaya lebih berkesan, itu saya sokong.

Memang pertanian ini kalau kita bincang, dia tidak boleh menjana kekuatan ekonomi yang hebat untuk negara. Tapi dalam waktu yang sama perlu kita ingat, sebelum kita bercakap membina kekuatan ekonomi, kita kena bercakap soal makan, soal minum, soal keselamatan makanan, kesihatan dan seumpamanya. Jadi sebab itu, saya ingatkan kepada kerajaan supaya kerajaan walaupun mengalih pandangan ke arah dasar ekonomi berpendapatan tinggi, pertanian jangan sekali-kali dilupakan ataupun bantuan-bantuan subsidi untuk pertanian dikurangkan. Ini adalah satu benda yang tidak baik di dalam negara kita.

Seterusnya, di bawah tajuk meningkatkan keseimbangan kemajuan wilayah dan mengukuhkan pembangunan luar bandar. Kalau kita tengok umumnya cantik. Cuma, saya bimbang takut-takut ini adalah sembang kosong. Nak membangunkan kawasan luar bandar ini sebenarnya sentiasa disebut dalam mana-mana Rancangan Malaysia yang ada, daripada awal sampai ke-13 ini.

Namun, apa yang saya nak ingatkan bahawa kalau kita nak bangunkan kawasan luar bandar, biarlah betul-betul kita berfokus dan kalau saya tengok pengagihan angka-angka kewangan ini yang diagihkan, tidak menggambarkan begitu. Dia menggambarkan ke arah lain. Tidak menggambarkan pembangunan luar bandar secara total. Tidak.

Seterusnya, saya nak pergi kepada banyak disebut ekonomi MADANI, ekonomi MADANI. ‘Madani’ perkataan yang diambil daripada Madinatul Munawwarah yang modelnya adalah terjemahan secara amali oleh Rasulullah SAW.

draft • 4:12 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jadi, dalam konteks negara kita ini, satu benda yang perlu difokuskan oleh kerajaan― negara kita, kita ada umat Islam dan masyarakat bukan Islam yang ada persamaan. Kita nak makanan yang baik, halalan toyyiban. Sumber-sumber yang baik, makanan yang baik. Jadi, sebab itu, saya mencadangkan supaya pelabuhan yang akan dibina dan sedang dibina iaitulah di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, dia menjadi hab halal

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

yang terbesar di dalam negara kita kerana di sudut fizikalnya Tok Bali ini berada di kawasan yang sangat strategik. Daripada China, daripada Vietnam, daripada Kemboja, daripada Thailand, dia boleh datang untuk pergi ke negara-negara lain. Maka, Tok Bali menjadi destinasi yang paling strategik.

Kemudian, sistem percukaian. Sebab kita bercakap Ekonomi MADANI. Tadi dah ramai kawan-kawan yang menaruh kebimbangan bila kita meletakkan angka 417.9 bilion akan digunakan dalam masa satu tahun. Kalau kita ukurkan di sudut pendapatan negara, dia tidak mencecah angka itu. Justeru, saya bimbang juga nanti negara kita ini, bila kita nak pacu ekonomi, kita nak bina kekuatan, kita nak tunjuk kita ini hebat, kita mempunyai pembangunan yang hebat, daripada mana sumber hasil yang kita perolehi?

Saya bimbang, takut-takut kerajaan melihat kepada rakyat. Cukai diperkenalkan.

Cukai ditambah, subsidi dibuang, aset-aset strategik negara dijual. Saya bimbang begitu.

Saya bukan menuduh. Meletak kebimbangan. Kerana sebelum daripada ini pun kita lihat...

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pasir Puteh...

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

...Pelaburan daripada luar...

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pasir Puteh.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

...Dia tidak banyak berlaku.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pohon...

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya masa sedikit.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mohon penjelasan.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya tak bagi.

Kemudian, menyentuh masalah tata kelola. Ini sering keluar daripada mulut Perdana Menteri kita.

Tata kelola ini untuk kita janakan dia supaya― pemimpin terutamanya, memiliki identiti tata kelola yang tinggi ini diajar dalam Islam. Islam meletakkan pembaikian kepada hati manusia, ataupun nizam tarbawi, yang dibawa oleh Nabi SAW. Waktu Rasulullah membina Madinatul Munawwarah, kita tidak terbaca dalam mana-mana karangan, termasuk karangan buku yang ditulis oleh orientalis yang bermusuh dengan Islam, yang berani menuding jari, menuduh ada sahabat Nabi, ada generasi di Madinah Al-Munawwarah rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng. Tidak ada. Daripada mana datangnya kekuatan ini? Dia datang daripada kekuatan pegangan agama. Sebab itu, di dalam Islam, tarbiah ini diberi penekanan yang tinggi supaya orang yang memimpin, mereka mempunyai tata kelola yang tinggi.

Hari ini, saya rasa terkedu bila saya dengar Perdana Menteri minta imuniti. Minta imuniti ini seolah-olah dia mendedahkan diri dia ini supaya tidak ada orang saman, tidak ada orang challenge dia di mahkamah kerana dia buat sesuatu di luar daripada kerangka undang- undang negara.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jadi, sebab itu, kita kena ingat, pembaikan pembinaan sahsiah manusia adalah penting dalam RMKe-13 ini. Lihat contoh di Kelantan. Walaupun banyak mata-mata lalat yang melihat negeri Kelantan― mata lalat ini dia nampak najis je. Dia nak cari yang buruk saja.

Alhamdulillah, lalat tak bertemu dengan najis. Kalau adapun, mata lalat ini jumpa dengan sampah saja. Jumpa dengan sampah, itu saja. Alhamdulillah, Kelantan, Terengganu, Kedah tidak ada salah guna ataupun tata kelola yang tidak baik yang berlaku.

Seterusnya― satu minit, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Realiti dalam negara kita, kita berlaku percambahan penduduk. Bila berlaku percambahan penduduk, masalah kenaikan harga barang automatically dia akan berlaku kerana meningkatnya permintaan dalam kalangan penduduk yang begitu ramai.

Jadi, apa yang saya nak sebut, iaitulah apa kawalan kerajaan supaya harga barang tidak melonjak naik dan dalam waktu yang sama supaya income golongan tertentu ini dijaga, dikawal oleh kerajaan? Saya tidak nak dengki, tapi kalau kita lihat pengurus bank, ada yang gaji dia RM35,000, ada yang gaji sampai RM150,000, dan ada bank yang gaji dia RM1 juta lebih dalam masa satu bulan.

Macam mana dengan rakyat? Macam mana dengan rakyat? Kalau nak kata kerja dia memang beban sangat, biar dia― sebenarnya tidak. Tidak. Saya nak sebut bahawa jurang perbezaan pendapatan ini sudah jadi semakin hari semakin ketara dalam negara kita. Dan benda ini dia tidak menstabilkan negara. Perlu kita kena berwaspada.

Dan, jangan sekali-kali negara kita dalam masa terdekat ini, kita akan jadi negara cukai. Wal’iyazubillah. Dalam Islam pun jelas, satu barang kalau dikenakan dua kali cukai, hukum dia haram. Hukum dia haram. Sebab apa? Nak jaga rakyat awam, rakyat umum yang ramai, Islam gariskan panduan― mudah-mudahan kerajaan yang disebut madani, madani ni, saya nasihat banyaklah balik semula kepada kitab-kitab yang digariskan dalam agama kita Islam supaya dia tidak berlaku penyelewengan, tidak berlaku benda-benda yang kita buat secara...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

...Orang panggil semberono.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu minit.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Okey, terima kasih.

Seterusnya, saya nak sebut sedikitlah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pandan. Dah keluar dah dia. Dia sebut ada enam perkara tadi kena hentikan tukar kerajaan. Kami PN ni kita tak minta tukar kerajaan, kita minta turun Anwar. Itu kena ada― kena ada beza dia. Kena ada beza.

Dan, “Kalau bukan idea aku”, “Tolak sokong depan”, kemudian “langgar belakang”― banyak dia sebut enam perkara tadi. “Rancang lain, laksana lain.” Semua ini saya simpulkan, bila Yang Berhormat Pandan duduk dalam kerajaan dan ini kali pertama dia jadi menteri,

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

dan― tentunya yang berlaku ini dalam kerajaan ini. Jadi, kerajaan ini kena insaf, kena sedar, jangan berlaku sifat-sifat yang disebut oleh YB Pandan tadi. Memang sifat ini sifat yang sangat jelik, sifat yang sangat terkeji dan kalau ada sifat ini, memang negara kita tak akan jadi negara maju.

Jadi, saya dengan ucapan terima kasih kepada Dato’ Sri kerana bagi peluang kepada saya dan saya sudahi dengan wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Puteh. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kampar.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Dato’ Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk bahas Rancangan Malaysia Ke-13.

Kampar berdiri di Dewan yang mulia ini untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Rancangan Malaysia Ke-13. Rancangan ini bukan hanya dokumen perancangan ekonomi lima tahun tetapi merupakan kerangka strategik negara untuk melakar masa depan Malaysia yang lebih makmur, adil dan mampan.

Dengan tema ‘Melakar Semula Pembangunan’, RMKe-13 membawa pendekatan segar berteraskan prinsip Ekonomi MADANI untuk membina semula asas sosioekonomi selepas pandemik dan krisis global. RMKe-13 berpaksikan tiga teras utama. Nombor satu, menaikkan siling ekonomi. Kedua, menaikkan lantai kehidupan rakyat. Dan ketiga, memperkukuh tata kelola kerajaan. Inilah formula pembangunan negara yang seimbang antara pertumbuhan dan keadilan sosial.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, menaikkan siling bermaksud melonjakkan potensi ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi melalui peralihan struktur ekonomi. Kita tidak boleh bergantung kepada model lama yang bertumpu kepada buruh murah dan sumber asas.

Ekonomi masa depan memerlukan pelaburan besar dalam teknologi, inovasi dan kemahiran tinggi. Maka, sebab itulah RMKe-13 meletakkan sektor seperti AI, kecerdasan buatan, semikonduktor, ekonomi hijau dan tenaga boleh baharu sebagai pemacu utama.

draft • 4:28 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Malaysia bercita-cita tinggi antara negara AI utama di dunia menjelang 2030. Ini bukan satu angan-angan kosong. Kita telah memulakan langkah melalui pembangunan bakat digital, pelaburan dalam R&D dan pengukuhan ekosistem perindustrian bernilai tinggi.

Semikonduktor sahaja menyumbang lebih 30 peratus nilai tambah sektor buatan. Satu sektor yang telah membawa masuk ratusan bilion ringgit pelaburan asing.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, namun dalam kesibukan mengejar pertumbuhan ekonomi, kita tidak boleh lupakan rakyat terbanyak. RMKe-13 juga menumpukan kepada usaha menaikkan lantai iaitu memastikan kesejahteraan asas rakyat. Kita mahu setiap rakyat Malaysia tanpa mengira asal usul mendapat peluang saksama dalam pendidikan, pekerjaan

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

dan kesihatan. Maka itu kita perkenalkan subsidi bersasar. Kita laksanakan Dasar Gaji Progresif. Kita mereformasikan pendidikan TVET dan kita pastikan rumah mampu milik dibina di kawasan yang benar-benar memerlukan. Di Kampar, usaha menaik taraf jalan luar bandar, jaringan telekomunikasi dan kemudahan penjagaan kesihatan sedang giat dijalankan dan inilah nyata hasil dasar RMKe-13.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua, ramai yang bertanya adakah kita mampu membiayai semua ini? Inilah pentingnya teras ketiga, RMKe-13 memperkukuh tatakelola. Kerajaan sedang melaksanakan reformasi fiskal secara menyeluruh. Kita memperkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, mengurangkan ketirisan dan mengoptimumkan hasil kerajaan. Saya ingin mengambil sedikit masa untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang tidak berasas yang bersifat populis, yang sering dilontarkan oleh pihak pembangkang.

Mereka bangkit di dalam dan di luar dewan, saban hari dengan retorik kosong, tanpa sebarang cadangan dasar yang konkrit. Mereka menolak peluasan skop SST yang bakal membawa hasil tambahan RM10 bilion satu tahun kepada negara. Kononnya, demi rakyat.

Nak meringankan beban rakyat.

Namun, apabila kita tanya apakah cadangan alternatif mereka? Tiada, sunyi sahaja.

Tak ada cadangan alternatif. Dan ada beberapa badut yang bagi cadangan. Mereka nak perkenalkan semula GST. Nak hapus SST, kononnya kerana membebankan rakyat tetapi nak perkenalkan semula GST yang mengambil cukai dua kali ganda lebih besar. Yang satu cukai yang lagi membebankan rakyat, yang telah terbukti ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya lalu.

Lebih melucukan, Timbalan Tuan Yang di-Pertua, mereka menolak rasionalisasi subsidi. Pada masa yang sama, mereka menuntut pengurangan cukai serta penyelesaian secara segera kepada hutang negara yang tinggi. Mereka nak naik subsidi, kurangkan cukai, pada masa yang sama nak turunkan hutang negara. Ini satu fantasi ekonomi yang tidak masuk akal. Seolah-olah duit boleh tumbuh atas pokok. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, money doesn’t grow on a tree. Duit tak boleh tumbuh atas pokok.

Dan kita tahu ini bukan satu pentadbiran yang bagus dan ini bukan langsung satu pentadbiran. Ini satu silap mata politik. Pembangkang mahu semua tanpa mengorbankan apa-apa. Mereka bermain dengan sentimen murahan. Main isu kaum, isu agama.

Memecahbelahkan rakyat demi keuntungan politik sempit. Ini bukan cara membina negara.

Ini cara untuk menghancurkan masa depan negara. Mari kita perjelaskan satu perkara penting. Hutang negara tidak tercipta semalam. Ia adalah satu legasi pentadbiran lalu yang tidak mengamalkan disiplin fiskal. Terutamanya Perikatan Nasional yang telah membelanjakan wang sewenang-wenangnya pada tahun 2020 atas alasan COVID-19 dan kini mereka datang semula ke Dewan ini...

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh, boleh saya masuk sikit?

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Berpura-pura menjadi penyelamat...

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kampar boleh bagi ruang sikit?

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Setelah sekian lama menjadi punca. Rakyat tidak buta, rakyat tidak lupa. Boleh, silakan.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kampar, saya rasa kita perlu berlaku adil tentang hutang ini. Berkaitan dengan keadaan hutang ini, Kerajaan Perikatan Nasional mewarisi hutang daripada kerajaan sebelumnya. Itu hakikat. Apa-apa, selagi mana kerajaan sebelumnya ada hutang, maka kerajaan berikutnya akan mewarisi tetapi menggunakan hujahan hutang sewaktu COVID-19, saya rasa itu tidak adil, itu tidak adil. Kita perlu berlaku adil kerana sapa-sapa dalam kerajaan, tengoklah kajian penyelidikan oleh profesor-profesor utama di dunia pun menyatakan dalam keadaan krisis sedemikian, krisis ekonomi, krisis kesihatan, apa yang paling penting adalah rakyat.

Dan dalam konteks itu, fiscal deficit dalam keadaan kritikal itu kalau kita terpaksa naikkan, kita perlu naikkan demi untuk menyelamatkan rakyat, ekonomi dan negara. Jadi kita perlu berlaku adil dalam konteks fiscal deficit atau hutang sewaktu COVID-19. Terima kasih Kampar*.

[Tepuk]*

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, saya setuju. Pentadbiran PN juga telah mewarisi hutang negara tetapi Kerajaan sekarang juga mewarisi daripada Perikatan Nasional. Jadi, saya harap Putrajaya boleh terima hakikat ini [Tepuk] Kerajaan Perpaduan hari ini tidak menjanjikan bulan dan bintang. Kita berjanji kepada rakyat satu perkara sahaja.

Dasar yang berdasarkan realiti dilaksanakan secara bertanggungjawab. Kita tidak takut membuat keputusan yang sukar kerana kita tahu kebenaran jarang sekali popular tetapi kebenaran tetap kebenaran. Kepada pembangkang jika benar kalian peduli tentang negara, buktikan dengan cadangan yang matang, buktikan dengan dasar bukan dengan provokasi.

Kita duduk dalam Dewan Penggal ini, sudah tiga kali kita ada bajet. Bajet 2023, Bajet 2024, Bajet 2025, tapi sampai hari ini, tak ada satu pun bajet alternatif yang telah dibagi daripada pembangkang. Jadi, kita tunggu sampai Oktober. Ada tak pembangkang boleh tunjukkan bajet alternatif 2026. Malaysia tidak perlukan banyak jeritan. Malaysia perlukan lebih banyak jalan penyelesaian.

Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Perpaduan tidak memilih jalan populis. Kita memilih jalan berprinsip. Kita melabur dalam masa depan. Dalam RMKe-12, kita berjaya menarik pelaburan RM1.29 trillion. Lebih separuh adalah pelaburan asing. Ini bukti kepercayaan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan dasar dan hala tuju ekonomi kita.

Kita juga tidak lupa akan generasi muda. RMKe-13 memperuntukkan program latihan semula, pembangunan latihan digital dan pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat. Kita mahu rakyat Malaysia bukan sekadar pekerja tetapi pencipta, usahawan dan innovator yang boleh bersaing di pentas dunia.

RMKe-13 juga mengiktiraf cabaran demografi negara. Malaysia sedang menuju ke arah status negara tua. Maka Dasar Penuaan Kebangsaan digariskan dalam RMKe-13. Kita mahu memastikan penjagaan warga emas yang berkualiti, sistem kesihatan mampu milik dan suasana hidup yang lestari. Ini bukan hanya tentang ekonomi. Ini soal maruah manusia. Kita

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

turut menekankan kelestarian alam sekitar. RMKe-13 menggariskan Pelan Tindakan Pengurangan Karbon, pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran. Kita tidak mahu pembangunan mengorbankan bumi yang kita wariskan kepada anak cucu kita.

Timbalan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menegaskan bahawa RMKe-13 adalah pelan inklusif. Ini bukan milik untuk satu kaum. Ini bukan milik untuk satu negeri. Ini bukan milik satu golongan atlet. RMKe-13 adalah untuk semua rakyat Malaysia. Maka saya kecewa apabila pembangkang masih bermain dengan isu perkauman dan agama. Memecah belah kan rakyat demi keuntungan politik-politik sempit.

Sudah tiba masanya kita tinggalkan politik lama dan bergerak ke hadapan. Rakyat mahukan penyelesaian, bukan pertengkaran. Mahukan kestabilan, bukan ketakutan. RMKe- 13 adalah jawapan kepada rakyat. Sebagai wakil Rakyat Kampar, saya menyokong sepenuhnya RMKe-13. Saya yakin dengan pelaksanaan yang konsisten dan kerjasama semua pihak, kita akan melihat perubahan nyata dalam hidup rakyat dalam lima tahun akan datang. Akhir kata, marilah kita bersama menjayakan RMKe-13, bukan demi mana-mana parti tetapi demi Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Merbok.

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

*Audzubillahiminasyaitonirojim.

Bismillahirrahmanirrahim.* Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas ruang untuk turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, dokumen penting yang bakal menentukan hala tuju pembangunan negara dalam dekad mendatang.

RMKe-13 patutnya menjadi pelan menyeluruh yang menjiwai realiti sebenar rakyat.

Rakyat yang sedang bergelut dengan tekanan kos sara hidup, ketidaksamaan ekonomi yang semakin melebar dan ketidakpastian masa depan dalam dunia yang semakin digital, berusia dan berisiko tinggi.

draft • 4:39 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Namun, setelah meneliti dokumen ini, saya dapati terdapat beberapa kelompangan yang mesti kita perbetulkan dengan segera.

Yang pertama iaitu pemerkasaan Bumiputera, agenda teras yang telah diketepikan.

Pertama sekali, saya ingin membangkitkan isu pemerkasaan Bumiputera di mana RMKe-13 tidak memberikan penekanan yang mencukupi terhadap pengukuhan sosioekonomi kaum majoriti negara ini.

Sejak DEB diperkenalkan, Dasar Pemerkasaan Bumiputera bukan sekadar untuk membetulkan ketidakseimbangan sejarah, tetapi untuk menjamin kestabilan jangka panjang negara. Malangnya dalam RMKe-13, tiada penekanan yang konkrit untuk memastikan penyertaan bumiputera dalam sektor strategik seperti teknologi, kewangan dan industri

draft • 4:40 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

berasaskan pengetahuan. Kita perlu reformasi menyeluruh terhadap Dasar Pembangunan Bumiputera yang sedia ada, bukan ditinggalkan begitu saja.

Perikatan Nasional mencadangkan iaitu penubuhan semula Majlis Agenda Bumiputera (MABN) dengan fungsi pelaksanaan yang lebih efektif iaitu dana inovasi khusus untuk usahawan bumiputera dalam sektor teknologi tinggi dan industri hijau. Program pemilikan hartanah Bumiputera bandar yang lebih agresif bukan sekadar retorik data semata- mata dan sasaran.

Yang kedua iaitu jurang pendapatan di antara kaum dan wilayah melebar bukan mengecil. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu berterus terang, jurang pendapatan di antara kaum antara wilayah kini semakin melebar. Data terkini menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di Lembah Klang hampir dua kali ganda berbanding Sabah dan negeri-negeri pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagaimana RMKe-13 boleh menutup jurang ini jika tiada strategi fiskal yang menyeluruh untuk menyalurkan pembangunan secara saksama? Kenapa tiada pelan khusus untuk membina hak ekonomi di negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak yang mampu menyaingi Lembah Klang atau negeri-negeri maju yang lain di pantai barat?

Perikatan Nasional di sini mencadangkan Dana Khas Wilayah Kurang Membangun yang dikawal terus oleh Parlimen bukan kementerian.

Insentif cukai kepada pelabur luar yang membuka industri high gross, high value di luar bandar. Penstrukturan semula sistem perolehan kerajaan supaya 30 peratus diagihkan terus kepada kontraktor bumiputera luar bandar.

Yang ketiga, aging nation. Adakah negara sudah bersedia? RMKe-13 mengakui Malaysia akan menjadi sebuah negara tua menjelang 2043 tetapi adakah Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025 hingga 2045 ini mengambil kira perancangan dari segi infrastruktur sosial dan dasar pekerjaan untuk menangani cabaran ini?

Hari ini, 7.3 persen penduduk Malaysia berumur lebih 65 tahun. Dalam 5 tahun ia akan melebihi 10 peratus. Apakah persediaan kita? Mana pelan kesihatan geriatrik nasional perumahan mesra warga emas, sistem sokongan penjaga, caregiver for support dengan izin atau insentif tenaga kerja senior?

Dan adakah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan skim bayaran pencen bulanan bagi pencarum KWSP ini seperti tidak menghormati hak pencarum apabila wang simpanan yang dikumpul melalui titik peluh mereka tidak dapat dinikmati mengikut kehendak dan keperluan mereka apabila sampai kepada umur persaraan mereka kelak?

Di sini, PN mencadangkan pelan strategik warga emas nasional di bawah satu entiti khas, pembinaan kompleks perkhidmatan warga emas di setiap negeri, bukan sekadar rumah orang tua tetapi pusat penjagaan kesihatan, latihan, kemahiran dan aktiviti komuniti.

Galakkan syarikat swasta untuk menggaji warga emas dengan insentif KWSP dan potongan cukai.

Yang keempat, negara digital dan high gross high value (HGHV). Dari kata hendaklah ke tindakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan mengenai perkara ini dalam

draft • 4:40 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

RMKe-13 dan apabila kita bercakap tentang peralihan kepada ekonomi digital dan industri HGHV, tetapi kita tidak membina ekosistem yang menyeluruh untuk itu.

Cakap tentang kecerdasan buatan (AI), robotics, blockchain, tapi bila kita tanya tentang infrastruktur sokongan, kita masih bergantung pada jalur lebar yang perlahan dan pusat latihan yang masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara jiran kita.

Di sini, Perikatan Nasional menegaskan bahawa Malaysia perlu ada rangka tindakan HGHV Nasional dengan insentif R&D, pembayaran permulaan dan insentif eksport yang komprehensif. Kerjasama strategik di antara universiti dan industri, bukan hanya MOU, tetapi projek inovasi bersama yang berimpak tinggi. Audit digital ke atas semua kementerian dan agensi kerajaan agar pendigitalan tidak sekadar core mastic, tapi secara menyeluruh.

Yang kelima, prasekolah wajib bermula umur lima tahun iaitu pelaburan yang mampan. Saya ingin menyentuh isu pendidikan awal kanak-kanak. Dalam RMKe-13 pendidikan prasekolah hanya disentuh secara umum, tetapi komitmen, tanpa komitmen konkrit untuk menjadikan pendidikan prasekolah sebagai satu kewajipan bermula umur lima tahun.

Kajian antarabangsa jelas menunjukkan bahawa intervensi pendidikan awal meningkatkan peluang mobiliti sosial dan prestasi pendidikan dalam jangka masa yang panjang. Saya mencadangkan jika pendidikan prasekolah akan diwajibkan bermula umur lima tahun, kerajaan perlulah membuat kajian yang rapi sebelum melaksanakannya kerana keseluruhan sistem pendidikan akan terkesan.

Latihan semula dan persijilan guru prasekolah di bawah agensi tunggal, bukan berpecah di antara KPM, KEMAS dan JPNIN. Pembinaan prasekolah berkualiti tinggi di kawasan luar bandar dan B40, bukan sekadar menambah bilangan tetapi meningkatkan mutu.

Saya juga ingin berterima kasih dan memohon untuk dimasukkan beberapa projek untuk laksanakan dalam RMKe-13 di negeri saya, iaitu Kedah. Saya berterima kasih terlebih dahulu atas cadangan kerajaan untuk meneruskan pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim di Kedah.

Usaha kerajaan juga, usaha kerajaan untuk mempercepatkan Pembangunan Industri Unsur Nadir Bumi (REE) dengan kerjasama kerajaan negeri adalah dinanti-nantikan, tetapi janganlah pula industri REE ini dijadikan kolateral kepada rundingan kerajaan untuk menurunkan kadar tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat pula.

Saya menyambut baik Pelan Transformasi Sektor Air 2040 yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik yang akan diteruskan.

Sehubungan dengan itu, saya memohon agar cadangan Pembangunan Kolam Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), Sungai Karangan 1 dan Sungai Karangan 2, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman dapat dilaksanakan demi menjamin kesediaan kerajaan untuk mempergiatkan pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap air dan mampan melalui kerjasama strategik dalam RDCI.

draft • 4:40 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Yang keempat iaitu berterima kasih juga kepada kerajaan untuk meneruskan pembangunan menaikkan taraf ICQS Bukit Kayu Hitam. Dan adalah lebih baik jika satu lagi pusat pembangunan delapan iaitu projek pembangunan industri dan komersial baharu di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) yang berpotensi menjadi hab logistik dan destinasi tarikan pelaburan bagi sektor pembuatan serta perkhidmatan tempatan dan global dapat dibangunkan bersama-sama dengan projek ICQS Bukit Kayu Hitam. Ini kerana kawasan tersebut terletak bersebelahan sahaja.

Dalam usaha kerajaan untuk menaik taraf laluan sedia ada dan pembinaan jalan baru dalam RMKe-13 ini dan jika kerajaan dapat memberikan projek untuk menaik taraf Lebuh Raya PLUS, laluan Juru-Sungai Dua, Pulau Pinang, apa salahnya jika kerajaan juga dalam usaha untuk merapatkan jurang pembangunan di antara wilayah dapat membina lebuh raya baru, yang bertol yang merentasi negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Jajaran ini boleh melibatkan negeri Kedah melalui Daerah Kulim-Bandar Baharu-Kuala Muda-Pendang-Pokok Sena dan Kubang Pasu yang dikenali sebagai Northern Corridor Highway (NCH) turut dapat dilaksanakan.

Akhirnya tidak lengkap jika saya tidak memohon kerajaan dalam RMKe-13 ini untuk membangunkan kawasan saya juga iaitu memperuntukkan sejumlah dana bagi membina laluan bertingkat flyover di Jalan Lencongan Timur FT255, Seksyen 13 hingga 14.60 yang bersambung dengan Jalan Federal Route No. 1, serta lain-lain kerja berkaitan di Parlimen Merbok daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.

Saya juga ingin bercakap tentang reformasi pasaran buruh dan gaji. Adakah RMKe- 13 membawa perubahan struktur dalam menangani gaji rendah, ketidakpadanan pekerjaan dan kebergantungan buruh asing? Apakah pelan menaikkan taraf ekonomi gig dan pekerja sendiri? Cadangan Perikatan Nasional, Akta Perlindungan Pekerja Gig dan caruman KWSP mandatori hendaklah diadakan dan insentif kepada majikan untuk menggaji anak tempatan dalam sektor yang kritikal.

Kelestarian sumber asli dan perubahan iklim. Bagaimanakah RMKe-13 memperkukuhkan keselamatan air, makanan dan tenaga dalam konteks perubahan iklim?

Adakah pembangunan mesra alam sekarang retorik sahaja? Di sini, PN ingin memberikan cadangan iaitu pelaburan dalam teknologi hijau berlandaskan ekonomi Islam, reformasi dalam pengurusan hutan dan hasil bumi dengan kawalan kartel dan pembalakan.

Transformasi digital dan kedaulatan teknologi. Adakah RMKe-13 memperkasakan kedaulatan data negara, keselamatan siber dan penggunaan teknologi AI? Apakah pelan untuk membangunkan ekonomi digital Islamik? Di mana pelan induk AI beretika dan patuh syarikat boleh diadakan? Dana pemula, startup fund khusus untuk usahawan, usahawan diadakan iaitu cadangan-cadangan tersebut hendaklah dimasukkan dengan teliti dalam RMKe-13.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, RMKe-13 mestilah lebih berani. Jika kita tidak boleh lagi sekadar menyusun angka dan naratif retorik, ini masa untuk merancang dasar yang

draft • 4:40 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

radikal tetapi rasional. Berteraskan keadilan ekonomi, pemerkasaan bumiputera dan pembinaan negara yang mampan dan insani.

draft • 4:40 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Perikatan Nasional bersedia untuk menjadi suara semak dan imbang yang tegas, tetapi juga sedia memberi cadangan yang konstruktif demi kepentingan rakyat dan negara.

Sekian. Wbillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Igan.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua, kerana memberi kesempatan kepada Igan untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai RMKe- 13. Saya berdiri hari ini dengan penuh harapan dan tanggungjawab mewakili suara rakyat Parlimen Igan.

Dengan pembentangan RMKe-13 kita bukan sahaja menyusun perancangan lima tahun ke hadapan tetapi juga menetapkan hala tuju masa depan anak bangsa dan negara tercinta. Maka, harapan saya dan seluruh rakyat Sarawak agar rancangan ini dapat dirasai dan dilihat oleh rakyat. RMKe-13 mesti mengangkat martabat rakyat jelata yang selama ini dahagakan pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan.

Dato' Yang di-Pertua, Sarawak menghadapi cabaran yang serius dalam bidang pendidikan khususnya bagi pelajar dan guru-guru yang berada di pendalaman. Oleh itu, banyak isu-isu pendidikan yang saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Antaranya adalah tentang isu kekurangan guru, masalah sekolah daif dan infrastruktur sekolah yang uzur, capaian Internet tidak merata yang menyukarkan pembelajaran digital, isu jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar.

Autonomi pendidikan yang belum jelas dan lengkap terutama dari segi membuat keputusan di peringkat negeri. Isu aliran STEM, masalah guru-guru duka lara, isu insentif guru besar dan pengetua yang kecil dan tidak setara dengan tanggungjawab yang diamanahkan, isu kekurangan dana bagi sekolah-sekolah menyertai berbagai-bagai aktiviti kokurikulum dan pertandingan, isu sekolah-sekolah di luar bandar yang tiada akses infrastruktur asas seperti air terawat, elektrik dan jalan raya dan lain-lain isu.

Igan memohon agar isu-isu ini diberi perhatian yang serius oleh Kementerian Pendidikan dalam Rancangan Malaysia yang ke-13 ini. Namun begitu Dato' Yang di-Pertua, banyak perkara juga dan isu-isu yang Igan bangkitkan di Dewan yang mulia ini telah mendapat respons dan tindakan yang positif daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Di antaranya ialah pembinaan sekolah-sekolah daif di kawasan Parlimen Igan. Sejak tahun 2018 saya telah membangkitkan perlunya pembinaan semula sekolah, SMK Matu yang uzur yang berusia 54 tahun. Alhamdulillah SMK Matu telah mula dibina dan akan siap dalam

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

tempoh 36 bulan. Begitu juga dengan SK Bawang Tian, Matu, SK Pergau, Matu, SK Tebaang Daro dan SK Camporan, Daro. Alhamdulillah, SK Bawang Tian, Matu dan SK Tebaang Daro yang berharga lebih kurang RM14 juta telah siap. Hampir siap sepenuhnya.

Begitu juga dengan SK Pergau Matu yang telah dimulakan pembinaannya termasuk SK Camporan Daro yang akan mempunyai tiga tingkat blok akademik yang baharu yang bernilai lebih kurang RM12 juta. Oleh itu, Igan ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dato' Yang di-Pertua, Igan juga merakamkan penghargaan yang tinggi kepada kementerian atas kejayaan pelaksanaan projek tambahan 17 unit bangunan baharu di SMK Agama Igan, Matu yang bernilai RM16.3 juta yang telah siap sepenuhnya. Igan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan kerana telah meluluskan pembinaan baharu sekolah, SK Batang Lassa yang bernilai RM57 juta. Sudah pasti berita ini menggembirakan pendudukan di kawasan rumah panjang di Batang Lassa.

Dato' Yang di-Pertua, Igan juga ingin bertanya berapa banyak sekolah yang masih dalam kategori daif di Sarawak termasuk Parlimen Igan dan dalam Rancangan Malaysia Ke- 12 yang akan berakhir berapakah jumlah sekolah daif yang telah dinaik taraf atau dibina semula dan apakah status pelaksanaan projek tersebut dan dalam Rancangan Malaysia Ke- 13 ini berapakah sekolah yang telah dikenal pasti untuk dibina baharu dan dinaik taraf?

Dato' Yang di-Pertua, Igan juga ingin membangkitkan isu yang sangat penting di dalam konteks RMKe-13 ini iaitu isu enrolmen pelajar dalam aliran STEM yang masih rendah terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman. Sarawak amat memerlukan pembangunan modal insan STEM sejajar dengan aspirasi Sarawak menjadi wilayah maju menjelang 2030. Statistik menunjukkan enrolmen STEM di Sarawak hanya lebih kurang 34.68 peratus. Ini amat jauh daripada sasaran 60 peratus menjelang tahun 2030.

Dato' Yang di-Pertua, di antara puncanya ialah kemudahan sekolah luar bandar yang masih daif termasuk kekurangan Makmal Sains, Komputer dan capaian Internet. Selain daripada itu, kekurangan guru STEM yang pakar dan kekal bertugas di kawasan pendalaman telah menjejaskan kualiti dan motivasi pelajar. Oleh itu, Igan ingin tahu apakah perancangan kementerian dalam RMKe-13 ini untuk memperkasakan enrolmen aliran STEM ini?

Dato' Yang di-Pertua, Igan mengalu-alukan peruntukan RM67 bilion untuk sektor pendidikan dalam RMKe-13 ini. Namun, harapan kami agar sebahagian besar peruntukan ini sampai ke kawasan luar bandar untuk membina Makmal Sains, memperluaskan program STEM, membina banyak sekolah daif serta menambah ekosistem pendidikan di Sarawak.

Dato' Yang di-Pertua, baru-baru ini Presiden Kesatuan Guru Sarawak telah membangkitkan isu pengambilan guru khas Sarawak agar Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menilai semula kriteria pengambilan guru dari kolej swasta bagi memastikan calon yang benar-benar berkualiti dan layak dilantik sebagai guru dan tidak dilakukan secara terburu-buru di mana ramai guru lulusan kolej swasta mendapat

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

penempatan di sekolah-sekolah seluruh Sarawak. Pemilihan mereka ini diragui kerana kebanyakan graduan kolej swasta tidak melalui saringan ketat seperti Ujian Inventori Pemilihan Pendidikan Malaysia, Ujian Kelayakan Calon Guru, Psikometrik dan Temu Duga Khas.

Oleh itu Dato' Yang di-Pertua, Igan memohon Yang Berhormat Menteri Pendidikan memberi respons dan pencerahan terhadap dakwaan serius ini kerana ia menjejaskan reputasi Kementerian Pendidikan. Igan juga ingin bertanya berapakah jumlah kekosongan guru di Sarawak hingga kini? Apakah perancangan kementerian untuk mengatasi masalah kekosongan guru?

Dato' Yang di-Pertua, RMKe-13 membuka ruang kepada transformasi di sektor penerbangan komersial agar lebih inklusif, selamat, berdaya saing dan mampu milik dalam konteks meningkatkan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh. Oleh itu, Igan ingin membangkitkan satu isu yang sering menjadi rungutan di kalangan para penumpang yang menggunakan penerbangan komersial di negara ini khususnya dari Sarawak dan Sabah.

Salah satu isu yang sering menimbulkan ketidakpuasan ialah polisi bagasi lebihan yang ketat terutamanya oleh penumpang yang terpaksa menukar penerbangan atau terlepas penerbangan asal. Dalam kebanyakan kes bayaran bagasi dan bayaran tempat duduk yang telah dibayar hangus begitu sahaja tanpa sebarang pampasan dan pemindahan ke penerbangan yang baharu.

Oleh itu Dato' Yang di-Pertua, Igan merasakan isu-isu ini harus diberi perhatian oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

(MAVCOM) untuk menjaga hak dan memberi keadilan kepada pelanggan. Penumpang yang telah membayar ratusan ringgit untuk bagasi daftar masuk merasa rugi apabila tidak dapat menggunakan hak tersebut jika berlaku perubahan penerbangan dan sebagainya.

Dato' Yang di-Pertua, dalam era perjalanan moden sekarang ini ramai penumpang terpaksa menukar jadual atas sebab kesihatan, kerja, kecemasan, keluarga dan lain-lain.

Polisi yang kaku dan tidak fleksibel tidak lagi relevan dengan realiti semasa. Pelanggan harus mendapat manfaat dan nilai atas apa yang mereka bayar. Pelanggan mahukan sistem yang lebih adil jika mereka tidak menggunakan suatu perkhidmatan di mana mereka sepatutnya boleh menebus semula dalam bentuk kredit atau pemindahan.

Dato' Yang di-Pertua, harga berat bagasi yang ditawarkan di dalam talian semasa tempahan tiket adalah sangat mahal. Sebagai contoh, harga yang ditawarkan oleh sebuah syarikat penerbangan tambang murah adalah daripada RM90.72 bagi berat 15 kilo hingga RM503.28 bagi berat 60 kilo dan secara puratanya, berat setiap kilo barang daftar masuk bagasi adalah di antara RM6.05 hingga RM8.38.

Ini adalah kadar yang amat sangat mahal dan lebih mahal kalau terpaksa membeli di kaunter daftar masuk. Oleh itu Dato' Yang di-Pertua, Igan mencadangkan agar Kementerian Pengangkutan menyemak semula polisi berkaitan dengan bagasi ini agar penumpang

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya. Faktor kemanusiaan juga harus diambil kira bukan sahaja tentang keuntungan semata-mata.

Dato' Yang di-Pertua, selain daripada itu ramai juga pelanggan yang tidak berpuas hati dengan polisi bagasi sekarang ini di mana bayaran bagasi lebihan yang tidak digunakan tidak boleh diguna semula dan dikira hangus begitu sahaja.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Sebagai contoh, seorang penumpang membeli berat bagasi 25 kilo yang berharga RM166.60 dan hanya menggunakan 20 kilo sahaja pada masa daftar masuk. Baki lima kilo yang tidak digunakan akan hilang begitu sahaja dan tidak boleh ditebus atau disimpan untuk penerbangan yang lain sedangkan nilai wang untuk 5 kilo yang tidak digunakan itu bersamaan dengan lebih kurang RM40.

Oleh itu Dato’ Yang di-Pertua, Igan mencadangkan agar pihak syarikat penerbangan memperkenalkan satu sistem akaun berat timbangan atau kredit bagasi fleksibel, di mana lebihan berat yang tidak digunakan semasa daftar masuk disimpan dalam bentuk mata ataupun poin dengan izin, di dalam akaun penumpang tersebut. Dengan sistem ini, apabila penumpang itu melakukan penerbangan yang seterusnya, mereka boleh menggunakan lebihan ataupun baki kilogram yang disimpan.

Dato’ Yang di-Pertua, Igan juga mencadangkan supaya syarikat penerbangan di negara kita memperkenalkan penggunaan kad prabayar bagasi bagi pembelian berat bagasi sebagai satu langkah inovatif dan inisiatif baharu untuk mengurangkan beban kos pengguna dan meningkatkan kecekapan pengurusan bagasi. Dengan adanya sistem kad prabayar bagasi, penumpang boleh membeli berat bagasi lebih awal mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

Kad ini boleh dalam bentuk kad NFC ataupun Near Field Communication dengan izin, iaitu teknologi yang membolehkan pengguna menambah nilai kad pada bila-bila masa atau dalam bentuk digital iaitu melalui aplikasi syarikat penerbangan. Fungsi kad ini adalah untuk menambah nilai ataupun top-up khusus bagi pembelian bagasi daftar dan syarikat penerbangan boleh memberi pelbagai inisiatif istimewa kepada pelanggan yang membeli nilai top-up.

Dato’ Yang di-Pertua, cadangan ini kalau dilaksanakan akan memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada penumpang akan tetapi juga kepada syarikat penerbangan.

Faedah yang besar kepada syarikat penerbangan sudah tentu akan meningkatkan pendapatan tunai pada prabayar dan dapat mengurangkan kesesakan dan urusan tambahan di kaunter serta menjimatkan masa dan tenaga. Ia juga akan meningkatkan kesetiaan pelanggan. Selain daripada itu, syarikat yang mengguna pakai sistem prabayar ini akan lebih menonjol dalam pasaran yang kompetitif kerana menjadi syarikat pertama yang melaksanakan sistem ini.

Dato’ Yang di-Pertua, pada 28 Ogos, minta satu minit, Dato’ Yang di-Pertua. Pada 28 Ogos 2024, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah mengumumkan penambahbaikan

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia di mana syarikat penerbangan dihendaki memulangkan tambang sepenuhnya kepada penumpang jika penerbangan lewat melebihi lima jam. Ini adalah satu langkah keadilan pengguna dan pelindungan hak penumpang dan menjadikan syarikat penerbangan lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan kecuaian atau penjadualan tidak efisien.

Dato’ Yang di-Pertua, isu kelewatan penerbangan bukan perkara baru. Ramai rakyat khususnya dari Sarawak dan Sabah, menjadi mangsa kepada kelewatan yang terlalu lama sehingga menjejaskan urusan keluarga, urusan rasmi, rawatan kesihatan dan lain-lain.

Namun begitu, mereka terpaksa menanggung kerugian tanpa pampasan yang adil.

Memulangkan ataupun refund dengan izin, duit tambang penumpang bukanlah satu penyelesaian yang adil.

Syarikat penerbangan juga harus ada tanggungjawab dan accountability. Oleh itu Dato’ Yang di-Pertua, Igan mencadangkan, selain daripada memulangkan duit tambang penumpang, Igan mencadangkan agar syarikat penerbangan dikenakan penalti dengan membayar sejumlah pampasan kepada penumpang sebagaimana amalan di beberapa buah negara Eropah. Malaysia tidak harus ketinggalan dalam menjamin keadilan kepada rakyatnya.

Dato’ Yang di-Pertua, Igan memohon cadangan ini diambil perhatian oleh Kementerian Pengangkutan demi memupuk budaya tanggungjawab dan accountability. Kita mahu pengguna diberi penghormatan yang sewajarnya di mana setiap sen yang dibelanjakan harus datang bersama perkhidmatan yang profesional dan [Tidak jelas] Dato’ Yang di-Pertua, demikian saja, Igan menyokong. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 5:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 5:04 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan juga RMKe-13 bagi mewakili Parlimen Tumpat. Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca sepotong doa] yang bermaksud, “Ya Allah, selawatkanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, jadikanlah kalimah kebenaran mengatasi setiap kekuasaan, kurniakanlah kami keberanian menegakkan yang benar dan hikmah dalam memberi nasihat serta tetapkanlah langkah kami di jalan para muslihin”.

draft • 5:04 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

RMKe-13 merupakan pelan pembangunan jangka sederhana lima tahun yang sepatutnya menentukan hala tuju dasar pembangunan negara. Apakah yang sudah dirancang dan diluluskan di Parlimen? Apakah ini pelan pembangunan menyeluruh negara yang akan dilaksanakan di kementerian, di mana-mana lokasi ataupun sasaran yang terpilih atau menyeluruh? Kerana jika benar RMK ini untuk rakyat, maka soalan paling asas ialah adakah setiap wilayah merasa kehadirannya? Adakah setiap keluarga dapat melihat masa depan di dalamnya? Adakah setiap anak negeri dan warganegara diiktiraf haknya dalam merencana ini?

Kita melihat daripada segi pengimbangan kemajuan ekonomi wilayah dan pengukuhan pembangunan luar bandar di mana seperti Parlimen Tumpat merupakan daerah sempadan yang strategik, tetapi kita lihat seolah-olah dianaktirikan. Dari segi pengukuhan mitigasi dan adaptasi banjir sebagai contohnya, Tumpat memerlukan satu IPD baharu tetapi sehingga hari ini kita belum tahu bilakah IPD baharu Tumpat akan siap dan mula beroperasi sebagai pusat terakhir operasi bencana dan keselamatan negara.

Bilakah pusat pembinaan banjir yang dijanjikan kepada rakyat Tumpat yang setiap tahun berpindah kepada keadaan yang lebih selesa dan selamat? Setiap tahun, air kian menaik dan rumah makin banyak yang rosak akibat tenggelam. Bilakah Hospital Tumpat akan diangkat menjadi hospital penuh dengan kepakaran untuk menangani penyakit berjangkit sebagaimana janji?

Kita juga memerlukan suatu perkara baru di Tumpat iaitu IADA yang bermaksud Integrated Agriculture Development Area. Akibat banjir yang luar biasa dan intrusi air masin, Tumpat memerlukan projek besar intervensi teknikal seperti tidal gate seumpama IADA ini di kawasan pembangunan pertanian bersepadu dan tidak lagi berada di bawah KADA.

Program mega fasiliti untuk mitigasi dan adaptasi banjir kerana kini KADA menguruskan lima jajahan jelapang padi termasuk Tumpat, tetapi KADA tidak dilengkapi dengan infrastruktur fizikal seperti IADA yang fokus kepada pembangunan kawasan pertanian yang diintegrasikan dengan sistem saliran dan empangan. Ia akan menjadi kawasan khusus yang dibangunkan infrastruktur, sokongan teknikal dan pengurusan bersepadu untuk meningkatkan produktiviti pertanian.

Kita juga mahu melihat dalam perancangan ini supaya Tumpat mampu untuk bangkit sebagai pusat gastro-tourism. Ia merupakan lokasi popular untuk penghasilan makanan Melayu tradisi seperti serunding, dodol, budu, keropok, ikan bilis, ikan kering, ikan bekok, belut, etak dan itik yang memerlukan dasar dan perancangan yang mantap untuk lima tahun akan datang dengan objektif untuk memantapkan pelancongan berpendapatan tinggi dan lestari untuk dijadikan zon pelancongan agro dan gastro-tourism sekali gus mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menaikkan pendapatan pesawah dan juga petani serta nelayan.

Di bawah penambahbaikan ketersediaan infrastruktur pengangkutan awam, kita lihat bagaimana di Pulau Pinang dalam RMKe-13, projek LRT Pulau Pinang meningkat kosnya

draft • 5:04 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

daripada RM10 bilion kepada RM16 bilion. Kita tidak menafikan keperluan rakyat Pulau Pinang untuk sistem pengangkutan efisien, tetapi connectivity untuk Kota Bharu, bandar kedua paling sesak di Malaysia selepas Pulau Pinang, kenapa tidak mendapat layanan yang sama? Tiada pelan pengangkutan awam berskala besar seperti ini, tiada pembesaran jalan sistematik. LPT3 yang disebut sebelum ini tidak dimasukkan dalam RMKe-13 dengan serius.

Adakah kerajaan mahu melihat rakyat daripada Pantai Timur, daripada Gemuruh sampai Tumpat, berpegang tangan sepanjang jalan semata-mata untuk tunjukkan tanda protes, bahawa kami juga memerlukan lebuh raya, kami juga memerlukan suatu connectivity dan mobiliti daripada sana sampai ke hujung sana. Adakah mahu pihak kami diam bagai “melukut tepi gantang” menumpang sistem negara yang tidak pernah berpihak kepada kami hampir 70 tahun?

Selain itu, lebih mengelirukan dalam Belanjawan MADANI 2025, disebut dengan jelas projek Jambatan Pengkalan Kubor, jawapan Timbalan Menteri tempoh hari mengesahkan bahawa projek ini ada dalam RMKe-12, tapi dalam RMKe-13, dokumen strategik dan utama negara, projek ini langsung tak disebut. Tiada kesinambungan di antara Belanjawan MADANI 2025 dan RMKe-13.

Kita juga ingin melihat bahawa stesen ECRL sepatutnya dipanjangkan sehingga ke Tumpat dan memperbesarkan Stesen KTM Wakaf Bharu sebagai stesen kereta api yang sedia ada yang paling dekat dengan Kota Bharu, tujuh kilometer daripada bandar kerana ia akan memenuhi matlamat menggalakkan pembangunan berasaskan transit. Di Terengganu, ada enam stesen ECRL tetapi di Kelantan kenapa hanya ada dua stesen sahaja? Kita juga melihat bagaimana dari sudut ekonomi, kemajuan ekonomi wilayah, pertumbuhan HGHV dan sektor strategi berimpak tinggi.

Dimaklumkan bahawa terdapat REE ataupun rare earth di Kelantan. Sumber daripada hulu yang kita lihat hari ini untungnya mungkin akan sampai ke hilir. Tuan Yang di- Pertua, isu ini saya bangkitkan dengan serius. Kerajaan pada hari ini mengumumkan potensi pelaburan dalam sektor nadir bumi ataupun REE, tetapi kita perlu tanya dari mana dia diambil, diproses di mana, untung pergi kepada siapa? Jika sumber REE daripada Kelantan, maka luluskanlah dulu semua perjanjian royalti petroleum Kelantan sebanyak 20 peratus sebagaimana yang pernah dijanjikan oleh PMX ketika menjadi pembangkang.

draft • 5:04 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jika REE ini digali daripada Hulu Kelantan dari Lojing Tanah Merah dari pedalaman yang rakyatnya makan kais pagi makan pagi tapi nilai tambah pemprosesan R&D, gaji tinggi dan infrastruktur diletakkan di negeri lain, negeri yang sudah pun kaya dan lengkap. Adakah ini bentuk pembangunan yang ada dalam RMKe-13? Adakah ini bentuk kronisme, bentuk baru, mengambil daripada miskin dan memberikannya kepada yang sudah sedia kaya dan makmur?

Saya mendesak agar kerajaan menjelaskan di manakah rancangan untuk mengadakan kilang pemprosesan REE akan dibina? Berapa peratuskah keuntungan akan

draft • 5:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kembali kepada negeri pengeluar? Apakah jaminan bahawa industri ini tidak akan menjadikan Kelantan hanya sebagai kuari semata-mata? Dan saya ingin katakan saya melihat satu projek yang ditentukan sendiri oleh PMX untuk Kelantan. Jangan lagi bergantung kepada projek- projek sambung, projek-projek yang dibuat oleh PM, PM sebelum ini. Ini menjadi suatu harapan dan doa daripada rakyat Kelantan.

Dari segi dasar dan inisiatif kelahiran kita lihat hari ini, ini bukan soal survival, bukan soal insentif. Bagaimana kita perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan demi untuk negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan buruh asing daripada 15 peratus kepada 10 peratus, tapi dasar ini akan gagal jika kita gagal untuk membina kekuatan dari dalam melalui rakyat sendiri.

Negara-negara lain yang gagal mempertahankan kadar kelahiran kini bergelut dengan limpahan migrasi luar dan perubahan demografi. Lihatlah negara luar terlalu lewat menyedari bahawa negara merugikan rakyat sendiri dan sebagai pewaris dan juga tenaga.

Maksud firman Allah, “*Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin.

Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu*.” Surah Al-Isra’, Ayat 31. Malaysia belum terlambat, tapi jika kita terlambat, jika kita tidak terbebani sekarang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Tumpat ingin bertanya berapakah sasaran populasi nasional menjelang 2035? Bukan unjuran ataupun projection, saya ingin tahu, berapakah target populasi nasional secara spesifik? Saya syorkan dalam RMKe-13 menyatakan dengan jelas dasar galakan kelahiran bersasar kepada keluarga stabil dan berkemampuan merentasi semua kementerian.

Pembinaan ekosistem menyeluruh daripada galakan perkiraan awal kehamilan sihat dan produktif, penjagaan anak dan kanak-kanak, perumahan, kesihatan hingga perlindungan sosial jangka panjang.

Ini bukan soal beranak ramai semata-mata. Ini soal melahirkan generasi yang akan mempertahankan dan mengisi serta memakmurkan negara ini apabila kita semua telah tiada.

Anak-anak ini semua dijamin rezekinya dan akan terbukti bahawa mengawal populasi secara keterlaluan seperti banyak negara maju memberi kesan lebih buruk berbanding kesan baik.

Kita boleh pilih menjadi negara maju dan rakyat ramai, kenapa nak pilih satu sahaja?

Pembinaan LPPKN sepatutnya dibuat di semua Parlimen di seluruh Malaysia dan bajet lebih besar perlu diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak dan taska di tempat kerja yang mesti menjadi keutamaan Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Ekonomi di samping kementerian-kementerian lain.

Dari segi pembentukan negara bangsa, bagaimana kita perlu memperkukuhkan integrasi dari segi memperkukuhkan patriotisme dan identiti nasional. Kita lihat, Yang Berhormat Perdana Menteri merupakan –– Yang Amat Berhormat merupakan seorang lulusan sastera yang cinta bahasa Melayu. Maka sepatutnya menjadi dasar kerajaan dalam segi bahasa kebangsaan untuk memastikan bahawa bahasa Melayu dan tulisan jawi dimartabatkan.

draft • 5:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat percaya sekiranya agenda memartabatkan bahasa kebangsaan akan menjadi identiti dan jati diri yang kuat yang boleh diterjemahkan menjadi soft power kepada semua warga negara di peringkat ASEAN dan juga global. Bahasa Melayu memiliki dua komponen iaitu Bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang dijamin perlembagaan dan dimuktamadkan oleh bahasa – Akta Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu perlu diwajibkan, menjadi prasyarat pekerjaan dan kewarganegaraan yang aktif. Ia bukan sekadar alat komunikasi, ia penanda jati diri, bukan mudah seorang itu setia kepada tanah ini.

Impian kita untuk melihat masyarakat Melayu memahami budaya majmuk di Malaysia dan sebaliknya semua lapisan masyarakat menerima dan mengguna pakai bahasa Melayu dan memahami tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi negara yang dijamin Perlembagaan. Dan kita lihat tulisan Jawi merupakan nadi sejarah selama ratusan tahun perlu diperkasa sebagai warisan rasmi yang diarusperdana semula dalam pendidikan dan pentadbiran.

Di Kelantan contohnya, minit mesyuarat Exco sampai hari ini ditulis dalam Jawi.

Papan tanda mesti ada tulisan Jawi. Kita lihat itu sekarang di Negeri Sembilan dan kita percaya bahawa negeri lain juga boleh meneruskan perkara ini dan jangan khususkan pengajian Jawi hanya kepada JAKIM dan subjek agama sahaja. Jika kita boleh menerima tulisan Jawi dalam wang kertas, kenapa tidak diterima untuk diajar dan diuji secara serius dalam silibus kebangsaan di semua sekolah-sekolah di Malaysia. Dahulu kita lihat walaupun orang bukan Melayu boleh memahami Jawi, mereka tetap boleh bersama-sama dengan kita sampai hari ini dan mereka sangat setia berdasarkan kepada Rukun Negara.

Di bawah peningkatan produktiviti dan daya ASEAN, daya negara, kita lihat bagaimana ASEAN perlu menjadi satu suara. ASEAN kerap dilaungkan sebagai blok serantau terkuat tapi dalam realiti perdagangan kita hari ini melihat Malaysia dikenakan tarif 19 peratus. Sementara Singapore hanyalah 10 peratus. Bagaimana kita memikirkan kekayaan rakyat kita bahawa kita sebahagian daripada satu suara serantau. Jika dari segi tarif pun tidak mampu duduk semeja sepakat, saya menuntut agar Malaysia memainkan peranan utama dalam menyusun semula struktur tarif serantau. Biarlah satu ASEAN satu kadar, barulah ada makna kolektif dan kesatuan ASEAN.

Di bawah pemantapan tatakelola dan juga tuntutan yang baik, kita melihat bagaimana Ibrahim Traoré, seorang pemimpin di Burkina Faso, telah menunjukkan kepada dunia ia adalah suatu yang reformasi, bukan retorik. Beliau berjaya memegang jawatan dengan keberanian politik dan pengorbanan. Beliau sama-sama naik sebagaimana kerajaan pada hari ini pada tahun 2022, tapi beliau berjaya nasionalisasikan sumber, susun semula tentera, menolak campur tangan asing yang telah sekian lama mencengkam negaranya.

Malaysia sampai hari ini kita masih bergantung pada wacana dan naratif struktur kekal, sistem lama kekal, kuasa diagih sama. Kita lihat kerajaan ini daripada kerajaan BN dahulu diserang bertubi-tubi, tidak terbukti bersih, jauh sekali impactful. Bertukar gendang tetapi rentak sama. Di bawah MADANI hari ini, perkara seperti definisi tuntas T15 masih

draft • 5:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

belum dimuktamadkan. Reformasi sepatutnya bukan slogan, reformasi ialah tindakan yang menakutkan mereka yang selesa.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan diuji bukan oleh kita yang membaca pada hari ini, tetapi oleh anak cucu yang akan hidup untuk hasilnya nanti.

Kalau pelan ini benar, mereka akan menghargai kita. Kalau pelan ini longgar dan kosong, mereka akan kutuk kita sebagai generasi yang gagal. Jangan sampai seperti membuat kerja seperti melepaskan batok di tangga dan kita lihat hari ini RMKe-13 nipis seperti ini berbanding dengan RMKe-12 yang setebal ini. Kenapa berlaku begini perbezaan di antara dua RMK sedangkan kita berada di bawah negara yang sama? Sebagai akhirnya, saya ingin menjemput semua ke Tumpat.

*Naik perahu pergi ke Tumpat, Air tenang hirup suasana; Kelantan bumi penuh berkat, Tumpat jemput semua kunjung ke sana.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 5:10 PM

Dato’ Ramli bin Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sibu.

draft • 5:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun hari ini untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, terutamanya isu kesihatan awam yang amat mendesak dan penting kepada rakyat di wilayah tengah Sarawak.

Perkhidmatan kesihatan adalah hak asasi rakyat dan kita di Dewan ini bertanggungjawab untuk memastikan tiada wilayah yang terpinggir daripada akses rawatan yang selamat, berkualiti dan menyeluruh. Perkhidmatan kesihatan, infrastruktur asas dan perumahan mampu milik adalah hak rakyat. Kita di Dewan ini memikul amanah untuk memastikan setiap wilayah diberikan akses yang adil dan menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, Hospital Sibu merupakan hospital rujukan kepada seluruh wilayah di –– seluruh wilayah tengah Sarawak, merangkumi kawasan seperti Sibu, Kanowit, Selangau, Kapit, Song dan sekitarnya. Dalam keadaan sekarang, Hospital Sibu sudah beroperasi pada tahap hampir maksimum. Ruang adalah terhad, fasiliti tidak mencukupi, dan permintaan terhadap rawatan khusus semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Dalam perancangan menjadikan Hospital Sibu sebagai hospital rujukan wilayah ataupun dengan izin, regional hospital bersama dengan Hospital Miri dan Hospital Umum Sarawak di Kuching, satu bangunan baharu yang lengkap dan moden adalah keperluan mendesak dan perlu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ia mesti siap dalam tempoh lima tahun akan datang. Bukan sahaja sebagai pelaburan kesihatan, tetapi sebagai usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

draft • 5:17 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Tuan Yang di-Pertua, ketika ini, rawatan radioterapi hanya tersedia di Hospital Umum Sarawak di Kuching. Bayangkan seorang pesakit kanser dari Kapit atau Song, mereka perlu menempuh perjalanan jauh yang memakan masa, kos pengangkutan dan penginapan dan tekanan emosi yang besar hanya untuk satu sesi rawatan. Sudah sampai masanya, wilayah tengah Sarawak memiliki Jabatan Onkologi yang lengkap. Bukan sahaja dari segi kemudahan fizikal tetapi juga sumber manusia. Sokongan psikologi dan rawatan susulan. Ini hanya dapat dilakukan jika bangunan baharu Hospital Sibu dibina dengan perancangan khusus untuk menempatkan kemudahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan bahawa Kementerian Kesihatan telah pun meluluskan penubuhan unit kardiologi invasif ataupun dengan izin, invasive cardiac unit di Hospital Sibu.

draft • 5:17 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ini adalah satu perkembangan penting dalam memperkukuh rawatan penyakit jantung di wilayah tengah. Namun begitu, unit ini tidak dapat direalisasikan tanpa adanya bangunan baharu yang sesuai untuk menempatkannya. Ini bermaksud, walaupun kelulusan sudah diberi, perkhidmatan ini masih tergantung kerana infrastruktur fizikal tidak mencukupi.

Sekali lagi, bangunan baharu adalah kunci utama kepada kemajuan sistem kesihatan di Sibu.

Bukan setakat untuk rawatan kanser tetapi juga penyakit jantung yang semakin meningkat di kalangan rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak boleh mengabaikan isu Klinik Kesihatan Oya yang kini beroperasi dalam keadaan yang tidak menentu. Jabatan Kerja Raya telah mengisytiharkan bangunan asal tidak selamat untuk digunakan dan pemindahan sementara dirancangkan ke kawasan berhampiran Unicity. Namun sehingga hari ini, tiada kelulusan sewaan diberikan untuk premis sementara tersebut. Rakyat menunggu dan tertanya-tanya, bila mereka akan mendapat akses kepada klinik yang selamat dan selesa. Lebih penting lagi, bila pembinaan semula klinik akan dimulakan? Penduduk setempat juga mahukan klinik ini dibina semula di lokasi asal kerana ia lebih sesuai, mudah diakses dan telah berfungsi dengan baik sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang berlarutan ialah mengenai klinik baharu yang telah diluluskan bertahun-tahun lalu di kawasan Teguh. Menurut pihak kerajaan negeri, dana sudah dikenal pasti dan diluluskan untuk tujuan pembinaan klinik tersebut. Namun sehingga kini, proses pengambilan tanah masih belum dijalankan dan rakyat masih bertanya-tanya, bila klinik akan dibina? Saya tidak boleh biarkan rakyat terus menunggu janji kosong. Jadi, pembinaan perkhidmatan kesihatan adalah keperluan asas, bukan projek pilihan, bukan kemewahan.

Isu perumahan mampu milik juga wajar menjadi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini. Satu-satunya Projek Perumahan Mampu Milik di Sibu Jaya di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dianggap terbengkalai. Rakyat kini bertanya, adakah projek ini akan terus disambungkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-

draft • 5:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

13 ini? Hingga kini, tiada satu pun Projek Perumahan Mampu Milik oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan Sibu. Projek di Sibu Jaya ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Sibu yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kita tidak boleh terus membiarkan Sibu ketinggalan dalam agenda Perumahan Nasional.

Saya juga mencadangkan juga KPKT supaya menilai dan juga merancangkan Projek Perumahan Mampu Milik di kawasan West Bank Sibu, di kawasan Sungai Bidut, Sibu juga.

Kerana West Bank Sibu mempunyai potensi pembangunan yang amat besar. Baru-baru ini, kerajaan negeri telah mengumumkan Projek Pembinaan Jambatan baharu untuk menghubungkan West Bank Sibu dengan pusat bandar Sibu. Namun, kawasan ini terus berdepan dengan masalah-masalah yang tertentu.

Jadi, saya juga menyeru kepada kerajaan supaya mencadangkan dan menjalankan satu Projek Tebatan Banjir yang lebih komprehensif di dalam — di kawasan West Bank Sibu supaya untuk menangani masalah banjir yang selalu berlaku di kawasan West Bank Sibu dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini. Untuk menyelesaikan isu banjir, bukan sahaja melindungi kehidupan dan harta-harta rakyat tetapi juga membuka jalan untuk perancangan semula dan pembangunan keseluruhan kawasan West Bank di kawasan Sibu. Sekali gus, memberikan satu wajah baharu kepada bandar Sibu.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat wilayah tengah Sarawak tidak meminta yang berlebihan.

Mereka hanya mahukan apa yang patut menjadikan hak mereka. Akses kepada rawatan kesihatan yang seimbang dan berkualiti seperti yang dinikmati oleh rakyat di kawasan- kawasan lain. Oleh itu, saya menggesa kepada kerajaan bahawa Rancangan Malaysia Ke- 13 memberikan keutamaan yang nyata kepada pembinaan bangunan baharu Hospital Sibu untuk menempat Jabatan Rawatan Kanser dan Unit Kardiologi Invasif yang telah dilulus oleh kementerian.

Kedua, penyelesaian segera terhadap isu pemindahan sementara dan pembinaan semula Klinik Kesihatan Oya.

Ketiga, pelaksanaan segera Projek Klinik Baharu di Teguh dengan memulakan proses pengambilan tanah dan kerja-kerja fizikal.

Keempat, pemulihan semula Projek Perumahan Mampu Milik di Sibu Jaya oleh KPKT.

Kelima, pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di West Bank Sibu sebagai persediaan untuk pembangunan jangka panjang kawasan tersebut.

Rancangan Malaysia Ke-13 bukan hanya pelan pembangunan Malaysia lima tahun, ia adalah harapan dan masa depan rakyat. Jangan biarkan wilayah tengah Sarawak terus menunggu dalam diam. Marilah kita bergerak bersama membina Malaysia MADANI yang benar-benar seimbang dan inklusif. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya mempersilakan Yang Berhormat Temerloh.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

draft • 5:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 5:26 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

…dan salam sejahtera. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 dengan harapan ia bukan sekadar dokumen pembangunan tetapi memandu negara untuk masa depan yang lebih adil, seimbang dan bermaruah.

Yang pertama, Temerloh ingin menyentuh berkaitan dengan RMKe-13 yang tiada fokus khusus kepada ekuiti bumiputera. Bermakna, ia merupakan satu kelemahan yang ketara dalam RMKe-13. Dalam RMKe-13, patutnya menjadi platform utama untuk menyelesaikan jurang kekayaan antara kaum.

Namun, jika tiada fokus khusus kepada peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera, ini boleh dianggap sebagai kegagalan menyambung agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera yang belum selesai sejak Dasar Ekonomi Baru 1971. Isyarat bahawa kerajaan tidak lagi menjadikan agihan kekayaan sebagai keutamaan dasar. Sedangkan data terkini hingga 2023 menunjukkan pemilikan ekuiti korporat bumiputera masih di bawah 20 peratus, jauh daripada sasaran 30 peratus.

Yang kedua, pemerkasaan bumiputera hanya disebut secara umum. Walaupun dalam RMKe-13 menyebut prinsip kesaksamaan dan penyertaan inklusif, namun tiada terperinci peruntukan pelaksanaan atau KPI berkaitan pemilikan ekuiti bumiputera. Agenda seperti Putera 35 atau DEB baharu tidak dijadikan kerangka rujukan rasmi dalam PRK13. Ini menunjukkan tiada kesinambungan dasar dan juga — dan melemahkan kepercayaan bahawa kerajaan serius menyeimbangkan struktur ekonomi.

Yang ketiga, risiko jurang ekonomi makin melebar. Tanpa dasar afirmatif atau pemantapan kuota penyertaan bumiputera, pemilikan ekonomi akan terus dikuasai golongan elit bukan bumiputera dan asing. Bumiputera akan kekal sebagai pengguna dan pekerja, bukan pemilik dan pelabur. Ketidakseimbangan ekonomi boleh menjejaskan kestabilan sosial dan juga politik.

Kedua, ingin berfokus kepada menaikkan lantai. Tangani kos hidup dan juga cabaran keadilan sosial. Kos sara hidup rakyat semakin menghimpit. Harga barang naik, sewa rumah membebankan, yuran perkhidmatan meningkat. RMKe-13 mesti menjadi pemacu untuk menaikkan lantai kehidupan rakyat, bukan sekadar angka pertumbuhan. Pendapatan rakyat mesti ditingkatkan melalui pekerjaan stabil dan bermutu tinggi, bukan hanya gaji minimum.

Graduan masih ramai bekerja di luar bidang. Bukti kegagalan padanan pasaran kerja dengan pengajian yang melibatkan 40 peratus graduan. Perumahan mampu milik mesti dijadikan hak rakyat, bukan produk pasaran semata-mata dan bukan untuk spekulasi.

draft • 5:26 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Di Temerloh, ramai warga B40 mengadu mereka tidak mampu memiliki rumah.

Subsidi perlu disasarkan kepada yang memerlukan. Petani, ibu tunggal, OKU, warga emas supaya dapat mencapai target. Pengumuman bantuan RM100 kepada semua dilihat tergesa- gesa dan tidak bersasar. Mengapa tidak difokuskan terus kepada B40 dengan kadar yang lebih tinggi?

Yang seterusnya, keadilan sosial bermaksud tiada rakyat ditinggalkan. Kita perlu bina negara dari bawah, bukan dari menara-menara elit.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Keterjaminan makanan. Pertanian sebagai teras keselamatan negara. Krisis makanan global telah mengajar kita, negara yang gagal menjamin makanan rakyatnya ialah negara yang rapuh. RMKe-13 mesti meletakkan keterjaminan makanan sebagai strategi keselamatan nasional. Tanah pertanian mesti dipelihara, bukan ditukar kepada hartanah mewah, penempatan atau taman perumahan.

Petani, nelayan dan penternak kecil mesti dibantu dengan insentif teknologi dan jaminan pembelian. Sediakan pemantauan dan indikator untuk memastikan program yang dilaksanakan berkesan. Rantaian bekalan perlu diperkukuh, pusat pengumpulan hasil, logistik, sejuk beku dan agihan bersepadu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Teknologi pertahanan seperti hidroponik dan agrorobotik mesti difokuskan. Perlukan R&D yang lebih tuntas dan dilaksanakan untuk mempelbagai produk makanan dan bahan mentah yang sama.

Di Temerloh dan banyak tempat di Pahang, tanah masih terbiar, masih lagi luas.

Alangkah baiknya jika diagih kepada anak muda untuk dijadikan ladang dan juga sebagai ladang makanan — ladang makanan rakyat. Janganlah kita hanya menilai kemajuan negara melalui perindustrian sehingga sektor pertanian dipinggirkan.

Seterusnya, ekonomi Islam. Alternatif adil dan lestari. Negara kini berdepan dengan hutang melebihi RM1.3 trilion. Kita tak boleh terus bergantung kepada sistem konvensional, berteraskan riba, spekulasi dan juga ketidaktelusan. Ekonomi dan kewangan Islam adalah alternatif terbaik untuk menggantikan kewangan konvensional. Temerloh kesal, kewangan Islam langsung tidak diberi penekanan dalam RMKe-13. Seolah-olah ia hilang dari radar pembangunan lima tahun akan datang.

Jika pun disebut, hanya dikaitkan dengan industri halal yang kini turut terancam akibat syarat tarif Amerika Syarikat yang melonggarkan standard halal. Temerloh bimbang produk halal dari negara gergasi Amerika Syarikat akan bersaing dengan produk Muslim negara ini. Impaknya, produk Muslim boleh terpinggir dan tercicir dari pasaran pengguna.

Kewangan Islam sepatutnya menjadi teras, bukan pinggiran. Gunakan instrumen sukuk sosial, wakaf produktif, pembiayaan mikro untuk pembangunan berasaskan nilai.

Selaraskan pengurusan zakat dan wakaf untuk tujuan pembangunan sosial. Jadikan maqasid

draft • 5:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

syariah sebagai indikator dasar ekonomi, bukan hanya mengejar angka tetapi menjamin kesejahteraan. Ekonomi Islam bukan hanya untuk umat Islam. Ia sistem beretika, adil dan mampan. Yakinlah bahawa ia dapat menyelesaikan banyak masalah kerana merupakan jalan keluar dari hutang berstruktur dan ketirisan.

Timbalan Yang di-Pertua, reformasi pendidikan. Bangunkan jiwa bukan sekadar gred.

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Minta maaf. Pendidikan adalah asas tamadun bangsa namun banyak dasar masih jauh dari realiti akar umbi. Pendidikan membangunkan insan yang perlu menjadi dasar.

Pindaan Akta Pendidikan 1996 yang menjadikan pendidikan menengah wajib mesti melihat kesediaan infrastruktur sekolah luar bandar dan status pelajar tahfiz serta pelajar kemahiran. Masih kabur mekanisme pelaksanaan dalam RMKe-13 di peringkat negeri dan sekolah. Bagaimana pendekatan untuk pelajar Orang Asli untuk mencapai 80 peratus?

Jurang digital, capaian teknologi dan beban guru masih tidak ditangani secara tuntas.

Temerloh juga ingin mendapat kepastian konsep yang berkaitan persekolahan wajib sekolah menengah. Adakah ia melibatkan ataupun dia menafikan sekolah tahfiz yang hampir boleh kita katakan ramai dilakukan atau dibuka secara persendirian?

Cadangan Temerloh berkaitan dengan reformasi pendidikan, TVET mesti dijadikan arus perdana, bukan pilihan kedua dan dimulakan peringkat awal sekolah menengah kepada golongan pelajar yang disasarkan. Akses pendidikan berkualiti mesti seimbang antara bandar dan luar bandar dan aspek guru, kemudahan dan teknologi. Pendidikan mesti membina nilai dan akhlak. Bahasa Arab sepatutnya dijadikan teras untuk pelajar Muslim supaya ia menjadi generasi yang memahami al-Quran dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar.

Temerloh ingin menyuarakan permohonan warga Temerloh untuk RMKe-13 iaitu pembinaan sebuah sekolah menengah antara jalan Temerloh dan Jerantut iaitu sekitar Kampung Sanggang dan juga Paya Keladan kerana pertambahan penduduk dengan terbinanya kawasan perumahan dan penempatan baharu. Sekolah menengah pula jauh daripada bandar Temerloh. Maka, mohon dipertimbangkan.

Seterusnya, wanita dan pekerjaan. Sasaran 60 peratus, realistik atau retorik? RMKe- 13 mensasarkan 60 peratus penyertaan wanita dalam pasaran kerja menjelang 2030. Satu langkah positif, namun Temerloh persoalkan bagaimana ia mahu dicapai dalam jangka masa lima tahun. Cabaran utama adalah jurang gaji, beban kerja berganda, kurang sokongan institusi. Ramai wanita bekerja dalam sektor tidak formal tanpa perlindungan sosial. Ramai wanita menjadi mangsa jenayah. Bagaimana jaminan keselamatan mereka?

Cadangan Temerloh, memberi elaun bulanan kepada suri rumah sebagai pengiktirafan kepada pengorbanan dan jasa mereka menguruskan anak dan keluarga.

Laksanakan kerja fleksibel, waktu anjal, cuti penjagaan anak untuk kedua ibu bapa mereka.

Percepat pembinaan taska berlesen di tempat kerja dan komuniti. Sokong wanita dalam sektor tidak formal, latihan, perlindungan PERKESO dan KWSP. Kita tidak boleh hanya

draft • 5:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

mengejar angka penyertaan tetapi mesti memastikan kualiti keselamatan dan maruah pekerjaan pekerja wanita terjamin. Kita tidak mahu berlaku apa-apa risiko berkaitan jenayah kepada para wanita yang keluar bekerja mencari rezeki.

Seterusnya, Temerloh mengucapkan terima kasih kepada Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Semantan Fasa 3 yang telah disasarkan dalam RMKe-13; usaha mitigasi banjir di Kem Batu 3 ,Temerloh; Projek Perumahan PR1MA di Kampung Sempadan, Temerloh. Status perancangannya dijangka siap tahun 2025.

Temerloh mengharapkan juga Klinik Kesihatan Lanchang mendapat perhatian dalam RMKe-13 supaya lebih dilengkapkan mengikut keperluan pesakit kerana kita lihat suasana yang sesak. Mengharapkan perkara ini dipertimbangkan termasuk juga Klinik Desa Kuala Kaung yang sudah sepatutnya dibina baharu.

Temerloh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberikan perhatian untuk tebatan banjir di Temerloh dan moga-moga ia memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat. Jadi, RMK mesti menjadi dokumen pembangunan yang mempunyai roh, bukan sekadar angka. Roh keadilan sosial, roh keterjaminan makanan, roh pendidikan nilai dan roh ekonomi Islam.

Seterusnya, yang terakhir, ekonomi bumiputera tidak lain dan tidak bukan untuk merapatkan jurang ekonomi. Menaikkan lantai demi maruah rakyat, menjamin makanan demi kelangsungan negara, mereformasi pendidikan demi masa hadapan bangsa supaya rakyat lebih berakhlak. Melaksanakan ekonomi Islam demi keberkatan dan keadilan, memartabatkan wanita demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Ledang.

draft • 5:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan RMKe-13 dan atas komitmen seluruh Kabinet terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dalam rancangan ini.

draft • 5:39 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengiktiraf mantan Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Pandan, atas usaha gigih dan dedikasi beliau bersama dengan Kementerian Ekonomi untuk menyediakan RMKe-13. Saya ambil perhatian bahawa banyak aspek pelan tindakan ini adalah inspirasi beliau dan kerja keras beliau selama dua tahun yang lalu yang telah pun membuahkan hasil.

Sepertimana usul oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dewan Rakyat perlu untuk meluluskan RMKe-13 ini untuk tempoh 2026 hingga 2030 dan ianya lanjutan daripada tamatnya RMKe-12 pada tahun ini. Tanggungjawab itu kini terletak atas bahu kita semua

draft • 5:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

wakil-wakil rakyat membahaskan, meluluskan dasar, strategi dan inisiatif perancangan negara untuk lima tahun akan datang.

Pada hemat saya, dalam tempoh RMKe-13 inilah Malaysia sewajarnya boleh keluar daripada jerat negara berpendapatan sederhana. Kita berada dalam jerat ini sejak lebih dua dekad yang lalu. Dan kita dapat keluar ― jika kita dapat keluar daripada jerat ini, kita akan ke arah negara berpendapatan tinggi ataupun negara maju, tidak terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing ataupun FDI yang produktivitinya rendah, tidak juga kepada industri intensif buruh dan berkemahiran rendah.

Natijahnya bukan hanya berpandukan kepada angka pendapatan per kapita negara iaitu untuk mencapai RM61,000 menjelang akhir tahun 2025, tetapi lebih penting lagi, Tan Sri Yang di-Pertua, ialah untuk kita meningkatkan kualiti hidup rakyat. Angkat semula martabat dan darjat negara. Kita mahu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”, tetapi kita tidak mahu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Fikir diri sendiri sahaja, tak fikir pasal orang lain. Fikir pasal kuasa sahaja, tidak fikir pasal orang lain, tapi kena berfikir secara lebih meluas untuk semua orang.

Untuk itu berlaku, beberapa perkara sewajarnya diambil kira. Iaitu pertama, di mana kita berada? Kedua, ke mana arah kita? Ketiga, apa cabaran, isyarat diagnosis? Dan, keempat, apa pendekatan ataupun penyelesaian? That is the meaning of policy. Itulah― dengan izin ya. Itulah maksudnya polisi, itulah maksudnya dasar. Kita tahu punca, kita tahu diagnosis, kita tahu penyakit, dan kita kemukakan penyelesaian ataupun caranya untuk kita keluar daripada penyakit tersebut.

Kalau kita lihat kepada semula Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang dibentangkan dan dibahaskan di Dewan ini pada tahun 2023, kita sudah didedahkan dengan apa yang saya nyatakan tadi, iaitu kita sedar akan peralihan struktur ekonomi yang perlahan dan kita juga sedar akan adanya kesenjangan pembangunan sosioekonomi. Justeru, pada ketika itu, empat fokus utama ialah melonjakkan pertumbuhan ekonomi, mempercepatkan reformasi struktur ekonomi, memacu daya saing sektor-sektor strategik dan untuk mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah.

Jadi, maknanya, kalau kita tengok di bawah RMKe-13 pula, sebenarnya ada kesinambungan daripada kajian separuh penggal tersebut. Dan kerajaan memperkenalkan sebanyak empat tonggak, sembilan tumpuan berserta juga dengan diagnosis dan juga dengan inisiatif, sasaran serta program dalam projek yang menunjukkan dan― menunjukkan perkara-perkara ini dalam dokumen ringkasan 135 muka surat ini, yang pada pendapat saya, ini amat membantu kita dan rakyat untuk kita menilai sejauh mana RMKe-13 boleh untuk meneguhkan kerangka Ekonomi MADANI iaitu untuk menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tata kelola yang baik.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pelan komprehensif ini, saya ingin memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama, jika sempat, iaitu ada empat perkara. Pertama ialah bagaimana kita untuk mempersiapkan rakyat mencapai kemakmuran ekonomi yang lebih

draft • 5:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

besar melalui pendidikan. Yang kedua, bagaimana kita untuk meningkatkan keupayaan keselamatan dan pertahanan negara. Yang ketiga, bagaimana kita untuk menyepadukan AI, kecerdasan buatan dalam pelan hala tuju pertumbuhan ekonomi. Dan yang keempat, kemakmuran ekonomi dan kestabilan sosial melalui projek-projek kerajaan seperti SejaTi MADANI.

Tan Sri Yang di-Pertua, di bawah tajuk pendidikan. Saya setuju tadi dengan Yang Berhormat Pandan, bahawa antara perkara penting dan tonggak untuk kita maju ke hadapan lima, 10 tahun yang akan datang ialah pendidikan. Dan kita mengakui bahawa sekiranya Malaysia ingin mencapai status negara berpendapatan tinggi dengan ada kuasa perbelanjaan yang kukuh, jalan terbaik ialah mesti melalui pemerkasaan pendidikan.

Saya tertarik bahawa inisiatif reformasi pendidikan yang diletakkan di bawah tumpuan yang ketujuh, iaitu merekayasa sistem sosial berteraskan Ihsan MADANI dalam ikhtiar untuk menaikkan lantai. Hakikatnya, ini tepat meskipun pendidikan itu juga terkait sebagai strategi penting dalam tumpuan yang ketiga, iaitu untuk menyeimbangkan kemajuan ekonomi antara wilayah dan untuk mengukuhkan pembangunan luar bandar.

Sebab itu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin syorkan dan saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan supaya penumpuan reformasi pendidikan ini didahulukan. Ya, kita setuju dilaksanakan, tetapi jika boleh didahulukan untuk kawasan- kawasan yang kurang membangun dan kawasan-kawasan di luar bandar.

Bukan hanya lihat kawasan-kawasan di luar bandar itu dari segi infrastruktur atau prasarana sahaja, tapi sebenarnya berikan tumpuan dahulukan supaya mereka dapat pendidikan yang diperlukan. Dan kita mahu pastikan supaya anak-anak kita ini diberikan segala kemudahan sokongan untuk mereka terus bersekolah, dan pentingnya adalah untuk mereka memiliki kemahiran yang khusus untuk memenuhi pekerjaan-pekerjaan yang bernilai ekonomi tinggi.

Sebab itu di bawah Parlimen Ledang, contohnya, Tan Sri Yang di-Pertua, antara keutamaan saya dengan kerjasama PPD di Tangkak ialah kita mengangkat martabat rakyat melalui pendidikan dengan melabur dalam inisiatif inovasi dan kreativiti. Contohnya, baru- baru ini, kita telah anjurkan Majlis Hari Konvensyen Inovasi Pendidikan MADANI, di mana lebih daripada 450 orang guru terlibat dalam lima kategori pertandingan termasuk kategori inovasi robotik yang melibatkan murid seawal usia 10 tahun. Saya tak pasti adakah dilakukan di tempat-tempat yang lain, tetapi yang pentingnya, saya menggalakkan sangat-sangat dan ini dilaksanakan dengan baik oleh pihak PPD.

Walaupun begitu, kita sedar bahawa keberhasilan pelaburan agak tidak menentu dari segi pendidikan. Pencapaian Malaysia dalam PISA 2022 menunjukkan penurunan dalam sains, matematik dan membaca. Kedudukan Malaysia dalam TIMSS 2023 juga agak mendatar berbanding dengan negara lain. Di samping itu juga, kadar graduan bekerja setara dengan kelayakan mereka juga belum memuaskan.

draft • 5:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jadi, saya fikir bagus, maknanya, kita ada satu strategi yang agak radikal sekarang iaitu nak mewajibkan prasekolah pada umur lima tahun dan sekolah rendah mula pada umur enam tahun. Jadi, mereka akan habis sekolah pada umur 16 tahun. Ini selari dengan perubahan global. Ini selari dengan apa yang disebut sebagai ― tadi ― di mana negara sedang ke arah menua. Jadi, perkara-perkara macam ini saya rasa adalah baik.

Cuma, persoalannya ialah― bolehkah ini menangani kualiti pendidikan? Dan apakah ini boleh merapatkan ataupun sebaliknya melebarkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar, kaya dan miskin? Ini sahaja kebimbangan saya.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita lihat pada masa yang sama, ada banyak lagi peluang- peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan apabila adanya kemahiran tinggi yang lahir daripada graduan ataupun sekolah-sekolah. Jadi, kita harap perkara ini dapat pertimbangan dan dapat dilaksanakan dengan baik.

Soalan saya kepada kementerian. Apakah langkah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia untuk mencapai sasaran 70.1 peratus kadar graduan bekerja setara dengan kelayakan pada tahun 2030?

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam aspek pertahanan dan keselamatan, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan keupayaan siber negara, memanfaatkan teknologi termaju termasuk AI dalam agensi keselamatan, ketenteraman awam dan Angkatan Tentera Malaysia. Usaha berterusan dalam meningkatkan tahap keselamatan adalah penting demi untuk kita melindungi rakyat dan kedaulatan negara. Dan lebih-lebih lagi, ini adalah penting apabila adanya diketahui peningkatan ancaman jenayah rentas sempadan, jenayah siber dan juga penyalahgunaan narkotik.

Namun begitu, sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Keselamatan ― rakan saya juga ada di sini, YB Ketereh. Saya ingin menarik perhatian terhadap isu berkaitan anggota simpanan Tentera Darat Malaysia.

draft • 5:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Pada masa ini, terdapat seramai lebih kurang 113,000 anggota tetap dan 55,000 anggota simpanan. Berdasarkan dapatan jawatankuasa, nisbah yang paling baik ialah 1:1.

Maksudnya, kalau 113,000 anggota tetap, 113,000 jugalah anggota simpanan.

Saya harap dengan pelaksanaan PLKN 3.0 ini boleh menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang terlatih dan bersedia untuk berkhidmat sekiranya diperlukan. Saya harap pihak kementerian dapat ambil serius keperluan dan menjelaskan langkah yang akan diambil untuk meluaskan kekuatan anggota simpanan, demi kesiapsiagaan negara yang lebih menyeluruh. Saya juga ingin bertanya, apakah langkah yang sedang dan akan diambil untuk mengukuhkan angkatan masa hadapan.

Tan Sri Yang di-Pertua, RMKe-13 juga memberi penekanan yang besar terhadap pembangunan AI dan ekonomi digital dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sasaran agar ekonomi digital menyumbang 30 peratus kepada KDNK Malaysia menjelang tahun 2030. Tahun 2024 sahaja, Malaysia catat jumlah pelaburan digital yang tertinggi dalam

draft • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

sejarah iaitu sebanyak RM163.3 bilion dan ia akan menjadi lebih tinggi pada tahun-tahun yang akan datang. Kemasukan syarikat teknologi digital seperti AWS, Google dan Nvidia menunjukkan bahawa ada kemajuan pesat transformasi digital di Malaysia.

Meskipun begitu, peralihan struktur ekonomi masih perlahan. Penerima gunaan ataupun dengan izin adoption AI dan pendigitalan masih rendah dan masih terdapat kekurangan bakat dalam AI. Jadi, soalan saya apakah langkah strategik kerajaan untuk meningkatkan perkara ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Bagaimanakah rakyat boleh naik taraf hidup mereka dengan langkah-langkah itu?

Seterusnya, Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai perkara yang terakhir yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan projek yang dikendalikan oleh ICU iaitu projek SejaTi MADANI yang bagi saya membuka peluang kepada komuniti di seluruh negara untuk melabur dalam pertumbuhan ekonomi secara perniagaan mikro dalam pelbagai sektor seperti pertanian, pelancongan dan juga pengeluaran. Kalau di Ledang saja ada 70 projek SejaTi MADANI ini tapi soalan saya kepada pihak kerajaan ialah bagaimana kita dapat menyokong inisiatif perniagaan mikro ini dengan lebih berkesan supaya pelaburan negara benar-benar memberi impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi rakyat.

Kita sebut tentang memperkasakan rakyat, saya percaya dan yakin apabila adanya inisiatif seperti begini sebenarnya dia membuka ruang yang luas untuk rakyat benar-benar dapat diperkasakan, laksanakan sendiri dan dapat naik taraf, dapat pendapatan yang lebih baik. Jadi, apabila saya melawat ke kawasan-kawasan projek pertanian seperti ladang cili, ladang nenas, pisang dan sebagainya, saya lihat memang ada inisiatif yang baik, kesungguhan.

Cumanya ada kekurangan dari segi sokongan teknikal, bimbingan agronomi dari segi pertanian dan juga pemasaran . Kalau kita mahu ke hadapan lima tahun akan datang, saya rasa kita tak boleh tinggalkan perkara ini. Di sebalik adanya AI, di sebalik adanya kuantum dan sebagainya, tetapi perkara ini adalah perkara asas yang menyentuh tentang kemampuan rakyat sendiri di bawah.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak habis ini. Saya ingin menegaskan bahawa Rancangan Malaysia yang ke-13 ini merupakan komitmen jangka sederhana negara untuk tempoh lima tahun akan datang, dia akan merentasi penggal pilihan raya umum yang akan datang. Jadi, adalah amat penting agar pelaksanaan pelan ini kekal bebas daripada pengaruh politik serta tidak dijadikan sebagai alat retorik atau propaganda oleh mana-mana pihak.

Fokus utama RMKe-13 harus kekal jelas iaitu untuk menjamin kemakmuran ekonomi yang lebih besar, memperkukuhkan daya saing negara, membawa manfaat sebenar kepada rakyat serta pembangunan negara secara keseluruhan. Untuk itu, kerajaan ini wajar kekal bagi membuktikan pencapaian dan manfaat kepada rakyat dan negara, tetapi pada masa yang sama juga wajar berani, telus lagi terbuka untuk menerima kritikan membina untuk kebaikan.

draft • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyokong Rancangan Malaysia yang ke-13 ini dan mengharapkan jawapan daripada Menteri-menteri mengenai soalan dan cadangan yang saya telah kemukakan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Ledang. Seterusnya, saya jemput Kluang.

draft • 5:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 pada hari ini.

Dalam ucapan saya hari ini, saya ingin menyentuh dua isu pokok yang sangat kritikal bagi masa depan negara. Pertama, pembangunan bakat, khususnya ketidakpadanan antara kemahiran dan pendidikan dengan keperluan sebenar pasaran kerja dan isu kedua, kesiapsiagaan negara dalam menghadapi realiti menjadi negara menua.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, misi kerangka Ekonomi MADANI amat jelas. Yakni menaikkan siling dan menaikkan lantai. Kalau guna cakap-cakap orang kampung di Kluang, ini bermakna yang buat business akan untung lebih besar dan rakyat pula akan ada kehidupan yang lebih baik. Kita harus menyokong kerajaan dalam hal ini untuk memecahkan pola ekonomi berkemahiran dan berpendapatan sederhana selama 30 tahun ke belakang ini.

Dengan izin, we have to break the middle scale, middle income economic pattern.

Namun, satu komponen penting dalam usaha Malaysia ke arah itu ialah pembangunan bakat khususnya dalam memutuskan kitaran ketidakpadanan kemahiran yang telah lama menyelubungi pasaran buruh negara. Saya ada baca trilemma Menteri Sumber Manusia di mana beliau menyatakan tiga paradoks dalam pasaran buruh kita. Antaranya ialah Malaysia melahirkan lebih 300,000 graduan setiap tahun daripada pelbagai institusi pengajian tinggi. Ditambah pula dengan lebih kurang 100,000 orang lulusan jurusan TVET.

Namun, ekonomi kita hanya mampu menawarkan 50,000 peluang pekerjaan kemahiran tinggi.

Kemudian, di satu lagi sisi, pihak industri mengadu pula, kita kekurangan pekerja mahir dan ekonomi negara masih memerlukan sehingga 60,000 jurutera dan juruteknik.

Namun, kadar guna tenaga kita tidak penuh ataupun under employment, berkaitan ketidakpadanan kemahiran kepada pekerjaan mencecah lebih 34 peratus. Jadi, amat jelas sekali Malaysia bukan kekurangan bakat dan kerajaan kini memberikan tumpuan kepada ekonomi dengan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi. Dengan pelaburan yang semakin rancak dalam sektor seperti semikonduktor, digital dan tenaga hijau kerana sektor-sektor inilah yang akan menawarkan lebih banyak peluang kerja, berkemahiran tinggi dan gaji lebih tinggi.

Justeru, bakat kita ada, hala tuju pembangunan ekonomi sudah betul. Jadi, di mana masalahnya? Pada hemat saya, masih ada banyak ruang untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang betul-betul mampu memadankan sektor pendidikan kita dengan keperluan industri.

draft • 5:55 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tan Sri Yang di-Pertua, satu strategi penting dalam RMKe-13 ini ialah pengukuhan TVET dan inisiatif Akademi Dalam Industri ataupun ADi. Hakikatnya, ramai masih melihat TVET sebagai laluan pendidikan kelas kedua. Hanya untuk pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. Ini sebenarnya adalah satu naratif yang salah. Pelajar TVET bukan kelas kedua. Mereka hanya lebih cemerlang melalui pembelajaran berasaskan amali dan pengalaman. Justeru, kerajaan harus mengolah strategi baharu dan berani yang mengiktirafkan pendidikan TVET sebagai on par ataupun setaraf laluan akademik. Jika tidak, sampai bila-bila TVET hanya akan dilihat sebagai kelas kedua.

Mana mungkin kelas kedua jika seperti yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam ucapan RMKe-13 bahawa kebolehpasaran graduan TVET mencecah 95.6 peratus. Malah ada institusi-institusi tertentu kadar kini mencapai 100 peratus. Saya ingin memuji inisiatif seperti Future Skills Talent Council di bawah TalentCorp di mana pemain industri sendiri mengenal pasti keperluan tenaga mahir, memilih penyedia latihan dan kerajaan menanggung sebahagian kos latihan. Pendekatan berlandaskan kerjasama tripartite – kerajaan, swasta, pekerja, terbukti berjaya dalam merapatkan jurang kemahiran tenaga kerja dan tuntutan pasaran kerja.

Dari laporan prestasi, para peserta yang melalui latihan kemahiran di bawah kelolaan Future Skills Talent Council mencatat penerimaan gaji sehingga 15 peratus lebih tinggi berbanding purata pasaran.

draft • 5:55 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Satu contoh ialah kerjasama antara TalentCorp dengan MaiStorage yang menyasarkan latihan berkemahiran untuk melahirkan 100 orang jurutera pereka IC, IC Design Engineers. Selepas mengikuti latihan tiga bulan, peserta akan ditawarkan dengan gaji minimum RM6,000 bermula bulan keempat.

Tan Sri Yang di-Pertua, namun sesudah semua ini kita berbicarakan, kita juga harus ambil kembali kepada asas falsafah pendidikan kita. Adakah kita sekadar menghasilkan pekerja? Kalau begitu, pekerjaan kita berdepan risiko tinggi diambil alih oleh robot, jentera dan AI. Saya berpandangan bahawa kita harus melahirkan modal insan yang menyeluruh, mampu berfikiran kritik dan mampu untuk belajar benda-benda baru sepanjang hayat sebab pembelajaran tidak terhenti setakat sekolah dan universiti sahaja. Jika kita mampu melahirkan pakar seumpama yang saya sebut tadi, maka saya yakin Malaysia akan mempunyai modal insan yang dinamik serta mampu berdepan apa jua cabaran masa ini dan yang akan datang.

Isu kedua, Tan Sri Yang di-Pertua. Menjelang tahun 2030, Malaysia akan menjadi sebuah negara tua apabila lebih 15 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas. Ini bukan isu masa depan lagi. Perkara ini sedang berlaku hadapan mata kita. Antara cabaran utama ialah keperluan untuk penjagaan jangka panjang dengan izin, long-term care.

Ramai wanita di bandar mahupun luar bandar terpaksa mengorbankan kerjaya demi menjaga warga emas yang memerlukan penjagaan 24 jam setiap hari dan tujuh hari

draft • 6:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

seminggu. Mereka menjadi apa yang disebut sebagai sandwich generation, dengan izin.

Semacam burger Ramlee kita terhimpit antara tanggungjawab membesarkan anak dan menjaga ibu bapa yang uzur. Lebih membimbangkan, penjagaan warga emas ini banyak disandarkan kepada pekerja asing yang tidak semestinya terlatih untuk mengurus warga emas dengan keperluan khas seperti demensia atau masalah mobiliti. Ini satu risiko besar kepada kualiti penjagaan dan keselamatan warga emas.

Tadi saya bangkitkan tentang isu latihan kemahiran. Di sini jelas wujud kelompangan, satu jurang, satu gap yang serius untuk kemahiran jagaan yang terlatih dan profesional. Saya berharap kerajaan akan mengambil langkah yang lebih drastik untuk menyediakan tenaga kerja dalam sektor penjagaan. Berhubung dengan isu ini, saya juga ingin menanya kepada kerajaan, bilakah Rang Undang-undang Warga Emas akan dibentangkan. RUU ini sudah banyak dibincang dan sudah lama dirancang. Namun sehingga kini masih belum kesampaian. Wujud keperluan mendesak agar hak, perlindungan dan piawaian penjagaan warga emas dapat ditetapkan secara rasmi dan dikuatkuasakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, hakikatnya, tidak semua warga emas yang memerlukan penjagaan intensif. Ramai yang masih sihat dan aktif juga dan mahu terus menyumbang kepada masyarakat. Di sinilah pentingnya konsep aging in place iaitu membina persekitaran yang membolehkan warga emas kita kekal dalam komuniti sendiri dengan kehidupan yang bermaruah dan aktif. Saya menyambut baik inisiatif PAWE iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetapi inisiatif ini terbatas sekiranya tidak diintegrasi dalam perancangan bandar yang lebih mesra warga emas.

Realitinya, reka bentuk bandar kita yang berkonsepkan sprawling. We are living in a sprawling city di mana hampir semua pergerakan dari satu aktiviti, satu tempat ke aktiviti yang lain memerlukan kenderaan peribadi, mengehadkan capaian ataupun akses warga emas kepada kemudahan-kemudahan yang berpusat seperti PAWE. Masalah ini menjadi bertambah serius di bandar-bandar sekunder dan pekan-pekan kecil.

Kita perlu kemudahan mesra warga emas di setiap kawasan perumahan termasuk taman rekreasi, bangku berehat, laluan berjalan kaki berbumbung dan program harian komuniti. Sepertimana dasar kerajaan mewajibkan tadika di setiap kawasan, kita juga perlu mewujudkan pusat komuniti untuk warga emas. Tanpa capaian yang mudah, maka kita hanya “sekadar melepas batok di tangga”. Dengan izin Tan Sri Speaker, aging is not a disease. It is a stage of life and we must ensure that it is one where a person can live actively and purposefully with dignity. Tan Sri Yang di-Pertua, bercakap tentang warga emas, satu perkara penting yang perlu kita beri perhatian ialah jurang digital di kalangan warga emas. Saya sebagai generasi muda mengakui manfaat platform digital, teknologi, menjadikan urusan kita lebih efisien, menjimatkan masa dan wang. Namun, untuk ramai warga emas, teknologi waima telefon pintar masih merupakan satu cabaran besar. Contoh mudah, nak buat temu janji hospital

draft • 6:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

melalui MySejahtera. Bagi sesetengah kita, perkara ini sangat mudah sekali. Malah, apps tersebut sebenarnya memudah cara urusan kita.

Walau bagaimanapun, ramai warga emas tidak fasih mengguna pakai teknologi apps semudah itu, walaupun demi kesihatan mereka sendiri. Masyarakat tidak boleh membiarkan mereka tertinggal dalam arus perubahan zaman. Jika kita benar-benar mahu mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan, maka literasi digital untuk warga emas bukan sekadar untuk generasi muda perlu dijadikan antara fokus utama. Jika tidak, bukan sahaja akan wujud jurang digital, malah akan ada jurang dalam kebajikan dan akses kepada perkhidmatan awam.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin bawa satu isu lagi iaitu insiden letupan di Putra Heights pada 1 April 2025. Bukan sekadar satu titik hitam dalam sejarah negara kita tetapi juga satu peringatan yang cukup jelas. Kita tidak boleh ambil mudah soal keselamatan dalam pembangunan perumahan terutamanya apabila projek-projek ini dibina berhampiran dengan infrastruktur berisiko tinggi seperti jajaran paip gas.

Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya pemantauan yang lebih rapi serta keperluan untuk kita semak semula prosedur kelulusan dan penguatkuasaan di lapangan.

Jadi saya ingin bertanya, apakah perancangan terkini KPKT untuk memastikan keselamatan sebegini tidak lagi dikompromi dalam projek-projek perumahan yang akan datang.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu bertanya, sejauh mana hak pembeli rumah termasuk dari segi kualiti binaan dan tempoh penyiapan benar-benar dilindungi. Apakah undang-undang dan polisi sedia ada cukup kuat untuk menjamin kepentingan rakyat atau sudah tiba masanya kita perkemaskan lagi perlindungan ini terutamanya dalam menghadapi cabaran pembangunan pesat di kawasan bandar dan pinggir bandar?

Jika kita mahu membina sebuah negara MADANI yang benar-benar inklusif dan progresif, kita perlu beri perhatian serius kepada isu pembangunan pesat dan realiti negara menua. Kedua-duanya saling berkait. Generasi muda perlu ruang untuk berkembang manakala generasi tua perlu ruang untuk hidup dengan bermaruah.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Rancangan Malaysia Ke-13 ini tetapi lebih mustahak lagi, saya menyeru agar isu-isu yang diketengahkan bukan sekadar didukung atas kertas tetapi dilaksanakan melalui dasar, bajet dan program yang benar-benar menyentuh serta memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Kluang. Sekarang saya jemput pembahas terakhir, Kota Melaka.

draft • 6:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, Rancangan Malaysia yang ke-13, temanya ialah “Melakar Semula Pembangunan”.

Jadi, kalau kita lihat objektif jangka panjangnya ialah menaikkan siling, menaikkan lantai dan juga memperkukuhkan tatakelola yang baik dengan fokus kepada sembilan

draft • 6:08 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

tumpuan yang utama. Maka, kita boleh lihat Rancangan Malaysia yang ke-13 ini adalah satu panduan hala tuju pembangunan sosial ekonomi negara untuk lima tahun yang akan datang.

Jadi, strategi utama yang akan digunakan adalah bertumpu kepada bagaimana kita menstruktur semula ekonomi negara kita, meningkatkan daya saing negara ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia Tenggara, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan juga memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan ke arah tatakelola yang terbaik. Semua ini adalah sejajar dengan Ekonomi MADANI yang kita Kerajaan Perpaduan usahakan.

Jadi, saya merujuk kepada salah satu tumpuan utama iaitu tumpuan yang kelapan iaitu meningkatkan mutu kehidupan rakyat di mana di bawah tumpuan tersebut ada satu topik iaitu reformasi pasaran buruh dengan strateginya ialah ingin meningkatkan kesejahteraan pekerja.

draft • 6:08 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bawah topik ini, ada sebut tentang simpanan persaraan yang mencukupi bagi menjamin kebajikan pekerja pada usia tua. Dan telah dinyatakan ya, dalam rancangan tersebut, satu mekanisme akan diterokai untuk menjamin pendapatan berterusan selepas bersara dengan mencadangkan supaya ada pengasingan caruman KWSP kepada dua bahagian iaitu simpanan persaraan dan juga pencen persaraan di mana pekerja diharapkan melalui mekanisme ini boleh keluarkan sebahagian daripada simpanan. Sementara itu, dapat menerima pencen bulanan pada umur persaraan.

Apabila cadangan ini dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13, Tan Sri Speaker, telah mendapat banyak pandangan dan jugalah bantahan daripada pencarum KWSP. Jadi, di sini saya nak memberi cadangan kepada KWSP supaya seharusnya memberikan ruang kepada pencarum untuk mereka buat pilihan, sama ada apabila sampai usia bersara, mereka boleh keluarkan semua ataupun mereka pilih untuk menerima pencen bulanan.

Saya faham kenapa KWSP, mereka ada cadangan sedemikian. Ini sama dengan apabila kita Ahli Parlimen berada di pejabat, kita selalu ada terima aduan daripada pesara.

Selepas sahaja bersara dua tahun, KWSP, wang simpanan mereka sudah habis dipakai. Ada yang ditipu oleh scammer, keluarkan semua wang, hilang ya simpanan mereka. Ada yang labur, salah labur. Ada yang dia bagi kepada anak mereka. Jadi, lepas dua tahun, dah tak ada wang lagi. Datang jumpa dengan kita, ada masalah. Barangkali atas sebab-sebab sedemikian, maka KWSP memberikan cadangan supaya ada pencen bulanan supaya kita dapat mengaturkan belanja kita berdasarkan bulanan. Jadi, ini boleh kita faham. Tetapi, saya berharap supaya KWSP memberi ruang kepada pencarum untuk mereka sendiri putuskan cara mana yang mereka lebih memilih. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya nak sentuh tentang tumpuan yang kesembilan, Tan Sri Speaker, di mana melalui tumpuan yang kesembilan ini menunjukkan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 ini adalah menjaga semua, ya. Menjaga semua tanpa kira latar belakang kaum,

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

agama, umur ataupun jantina. Tidak ada satu pun yang tercicir dalam Rancangan Malaysia yang ke-13 ini.

Kalau kita lihat kepada tumpuan yang kesembilan, telah menyatakan ya. Ingin mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan peluang kepada semua, untuk meningkatkan tahap sosial ekonomi golongan sasar iaitu termasuk bumiputera, termasuk Orang Asli, termasuk anak negeri Sabah, bumiputera daripada Sarawak, Cina dan India serta kumpulan sasar, bagi memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam pembangunan negara.

Semua tahap umur daripada kanak-kanak, sehingga belia, sehinggalah warga tua, jantina tak kira lelaki ke perempuan, OKU dan sebagainya, semua kita jaga. Sebab itu, tadi apabila Ketua Pembangkang dalam perbahasannya, yang juga dicelah oleh Pendang, kononnya memberikan satu gambaran seolah-olah Rancangan Malaysia Ke-13 ini tidak menjaga bumiputera. Itu adalah satu kenyataan, hasrat dengan niat yang tidak bertanggungjawab, yang niat yang jahat.

[Tepuk] Kenapa saya kata begitu, Tan Sri Speaker?

Ini semua adalah dokumen yang kita terima pada Khamis yang lepas. [Menunjukkan dua naskhah dokumen]

draft • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Halau dia.

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tidak tahu sama ada pembangkang, Ketua Pembangkang...

draft • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak baca.

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Mereka sengaja tak tahu atau mereka tak baca sebab dalam sini, telah terang-terang mencatat ya, bagi bumiputera ada 15 program untuk pembangunan bumiputera. Bagaimana mereka boleh mengaitkan? Pendang tadi kata, kononnya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini, ada Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru Cina. Maka, ingin mengungkitkan tentang kalau tak jaga tentang kepentingan bumiputera, maka akan timbulnya peristiwa seperti Mei 13.

Ini satu kenyataan yang jahat, yang tidak bertanggungjawab. Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru Cina ini, Tan Sri Speaker, sudah wujud 10 tahun yang lepas.

Ia bukannya benda yang baharu. Hanya hari ini, tahun ini, pelan induk 10 tahun yang lepas itu dah tamat. Maka, mereka akan mulakan dengan satu lagi, akan lancarkan satu lagi Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru Cina. Itu saja. Dan kita lihat, memang ada 15 projek, program untuk pembangunan bumiputera.

Sebab itu, saya rasa Perikatan Nasional, kalau mereka nak jadi sebagai pembangkang, perlulah menjadi pembangkang yang ada memberikan pandangan yang bernas, bukannya memberikan tohmahan, fitnah yang bukan-bukan. Kita boleh lihat daripada perbahasan tadi, daripada Perikatan Nasional. Seolah-olahnya, bumiputera diabaikan.

Seolah-olahnya, negeri di Pantai Timur di mana, dimenangi oleh Perikatan Nasional telah diabaikan. Itu semua adalah gambaran yang tidak betul. Kita semua tahu, ada banyak juga

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

peruntukan telah diberi kepada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tetapi mereka sengaja bangkit, kononnya memberi gambaran peruntukan hanya diberikan kepada Pulau Pinang. Ini adalah dengan niat yang jahat, yang tidak bertanggungjawab.

Tan Sri Speaker, seterusnya, saya juga ingin sentuh tentang warga tua.

draft • 6:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Kota Melaka, saya ingin tambah satu poin, peruntukan untuk kampung itu. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat baru mengumumkan RM100,000 untuk kampung — setiap kampung FELDA. Jadi, sebenarnya Kerajaan MADANI jaga kesemua kampung, bukan sahaja Kampung Baru Cina, dan juga kampung tradisi, kampung FELDA dan sebagainya. Kenapa mereka hanya nak bangkitkan isu satu kampung sahaja?

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya setuju dengan Kluang. Ya, masukkan dalam ucapan saya. Sebab itulah, daripada apa yang disebut oleh Kluang, jelas menunjukkan kepada kita, Tan Sri Speaker, FELDA. Setiap kampung FELDA dapat RM100,000. Jadi, ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini melalui Rancangan Malaysia yang ke-13 menjaga semua kaum. Kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, orang Sarawak, orang Sabah.

Selanjutnya, saya nak bangkit, saya nak sentuh tentang isu warga tua. Tan Sri Speaker, menjelang tahun 2030, dianggarkan 15 peratus rakyat Malaysia akan berumur lebih daripada 60 tahun, ya. Saya pun akan capai umur tersebut*.

[Ketawa]* Jadi, — tetapi, saya lihat negara kita masih belum bersedia menghadapi aging population tersebut. Jadi, sudah pasti dalam masa lima tahun ini, Rancangan Malaysia Ke-13 adalah kritikal dan penting supaya kerajaan boleh melaksanakan sesuatu untuk memastikan kita dapat menghadapi cabaran tersebut.

Jadi, di sini saya ingin memberikan dua cadangan. Yang pertama, saya harap supaya kerajaan boleh memberi insentif kepada sektor swasta supaya sektor swasta boleh sama- sama bertanggungjawab untuk membangunkan lebih banyak pusat jagaan profesional.

Begitu juga, saya harap supaya satu sistem pembiayaan penjagaan jangka panjang secara universal. Contohnya, insurans penjagaan warga emas dikemukakan, ya.

Tan Sri Speaker, saya nak tekankan di sini bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 ini, bukan sekadar satu dokumen ekonomi tetapi bagi saya, ia mesti menjadi satu dokumen reformasi yang membina asas negara ke arah yang lebih cekap, adil dan juga berdaya saing.

Salah satu daripada teras dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini ialah memperkukuhkan tata kelola baik. Jadi, mereka menekankan tentang perkhidmatan yang telus, tangkas dan juga tuntas.

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dalam bab ini, strategi yang akan digunakan ialah mengukuhkan integriti dan juga akauntabiliti, menambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan berlandaskan prinsip iltizam. Jadi, saya memang sokong dan saya harap supaya Akta Kebebasan Maklumat ataupun freedom of information haruslah dibentangkan sebelum akhir tahun ini supaya saya percaya, jika Akta Kebebasan Maklumat ini dapat dibentang dan diluluskan dalam Parlimen

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

ini, sudah pasti akta ini akan menjadi satu akta yang induk untuk kita menuju ke arah satu perkhidmatan awam yang lebih telus, lebih integriti dan lebih akauntabiliti. Sebab dengan adanya Akta Kebebasan Maklumat tersebut, sudah pasti rakyat dapat banyak maklumat yang jitu, yang tepat daripada pihak kerajaan.

Selain daripada itu, reformasi pengurusan projek dan fiskal adalah juga penting di mana melalui strategi ini, mereka akan membangunkan mekanisme kawalan kos. Saya setuju supaya satu sistem pembanding sektor awam berasaskan kos kitaran hayat dan penanda aras dengan kos sektor swasta dapat diwujudkan. Sebab selama ini kita selalu lihat harga projek kerajaan biasanya lebih tinggi daripada sektor swasta. Jadi, sudah tiba masanya kita perlu buat kajian supaya projek-projek kerajaan harganya akan sama dengan di pasaran. Itu adalah penting. Dalam bab kita nak meningkatkan pendapatan, kita juga harus mencari jalan untuk buat penjimatan. Jadi, kita nak pastikan supaya projek kerajaan itu harganya adalah sama dengan pasaran.

Selanjutnya — Tan Sri, I minta sedikit masa.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Iaitu sama ada kita — Rancangan Malaysia Ke-13 ini boleh berjaya atau tidak, adalah amat bergantung kepada pelaksanaan. Jadi, kita perlukan satu pemantauan yang berkesan. Dalam bab ini, saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan supaya ia mewajibkan projek-projek besar yang akan dilaksanakan di Rancangan Malaysia Ke-13 ini disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK). Hari ini kita ada 10 JKPK. Saya rasa kita harus — kementerian-kementerian kalau mereka nak buat projek yang besar, bolehlah hantar kepada — biarlah JKPK yang tolong semak dan ada semak dan imbang tersebut. Dan juga saya harap supaya kuasa Jabatan Audit Negara di bawah pimpinan Ketua Audit Negara agar mereka diberikan sumber yang lebih, peruntukan yang lebih, tambah kakitangan supaya mereka boleh mengawal kerja-kerja jabatan ataupun agensi kerajaan.

Tan Sri Speaker, sama ada Rancangan Malaysia Ke-13 ini boleh berjaya atau tidak selain daripada bergantung kepada pelaksanaan, faktor supaya semua bekerjasama, semua memainkan peranan masing-masing juga penting. Dalam bab ini, kita harap supaya parti pembangkang juga dapat memainkan peranan mereka dengan lebih membina. Kita lihat Himpunan Turun Anwar. Mulanya kata satu juta orang akan turun. Lepas itu, jadi setengah juta. Lepas itu, turun lagi angka jadi 300,000. Akhirnya PDRM kata 20,000 orang saja. Jadi, dengan kehadiran 20,000 orang saja, itu menunjukkan rakyat rata-rata tidak bersetuju dengan himpunan tersebut. Ertinya, rakyat sokong Anwar...

draft • 6:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

[Tepuk]

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Menjadi Perdana Menteri kita. Sebab rakyat tanya, kalau turun Anwar, siapa nak jadi Perdana Menteri?

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Marang, Marang.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita tanya Perikatan Nasional, siapa boleh jadi Perdana Menteri?

draft • 6:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Marang.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak ada jawapan. Bukan saja antara PAS dengan BERSATU tak boleh nak ada kata sepakat siapa nak jadi Perdana Menteri.

draft • 6:20 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pagoh lah, Larut lah, Marang, mereka rebut- rebut semua nak jadi Perdana Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kota Melaka, ada, ada. Yang...

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Antara PAS dengan BERSATU pun tak boleh selesai siapa nak jadi Perdana Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kota Melaka, Kota Melaka, dah ada dah.

Dah...

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bukan itu saja...

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tak payah sibuklah.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Bukan itu saja, dalam PAS sendiri pun tak boleh ada kata sepakat siapa nak jadi Perdana Menteri.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 6:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dah ada Kota Melaka.

draft • 6:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tak ada poin lah tu. Melalut tak ada poin lah tu.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dalam Bersatu sendiri juga. Tak ada.

draft • 6:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Habis masa dah.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Masa.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Speaker, dah tak ada poin dah Speaker. Mengacau saja ni.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, dalam BERSATU sama juga.

draft • 6:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Melalut lah tu, melalut dah.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak ada nama. Mereka tak ada nama.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, okey.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak boleh kata sepakat.

draft • 6:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai boleh. Kuala Krai boleh.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Macam mana nak jadi kerajaan?

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, landing, landing, landing Kota Melaka.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab itu Ketua Pembangkang tadi dia kata, di Bangladesh bila ada perhimpunan, Perdana Menteri mereka letak jawatan, lari ke luar negara. Dia kata, Bangladesh itu hebat, Tan Sri Speaker. Saya kata Perikatan lagi hebat.

Tanpa perhimpunan apa-apa, anak menantu Pagoh perlu larikan diri ke luar negara.

[Tepuk]

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tanpa perhimpunan, dia sudah lari ke luar negara. Sampai hari ini tak boleh cari.

draft • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tetapi Tan Sri Speaker, sungguhpun 20,000 orang saja yang turun, tapi kita jangan sombong. Kita jangan sombong. Kita ambil itu sebagai satu indeks rakyat sokong kerajaan yang ada hari ini di bawah pimpinan Tambun. Maka, kita perlu kerja lebih kuat, berkhidmat untuk rakyat.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Right.

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akhir kata penutup saya Tan Sri Speaker, saya harap supaya Rancangan Malaysia Ke-13 ini bukan sekadar satu dokumen tebal yang susun cantik di atas rak.

Kita nakkan supaya Rancangan Malaysia Ke-13 ini menjadi satu pelan yang berani yang boleh membawa perubahan yang menyentuh kehidupan sebenar rakyat. Daripada penduduk di luar bandar di Sabah hinggalah pekerja kilang di Kedah, daripada usahawan muda di Kuala Lumpur hinggalah ke pesara di Kelantan dan mereka singgah sekejap di pencinta sejarah di negeri Melaka. Ertinya tiada seorang pun yang akan tertinggal dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini. Saya harap ia akan menjadi satu harapan sebenar rakyat Malaysia.

Dengan ini, saya menyokong Rancangan Malaysia Ke-13 ini. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

[Tepuk]

draft • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa 5 Ogos 2025. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

draft • 6:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.27 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026