Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu.
1. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu]: Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Hulu Langat jangan ganggu Jelebu ya pagi ini.
Sebelum saya mengemukakan soalan Datuk Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada anak-anak pelajar dan guru-guru daripada Sekolah Parlimen bagi Wilayah Persekutuan, seramai 65 orang. Selamat datang ke Dewan Rakyat.
[Tepuk] yang ada belakang ini, lambai sikit dik. Ni sokong Jelebu ini insya-Allah dan Negeri Sembilan. Datuk Yang di-Pertua, saya ingin meminta Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Orang Asli 1954 yakni [Akta 134] yang sedang berkuat kuasa ketika ini bagi memastikan perlindungan hak dan kemajuan komuniti orang asli terus terjamin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih pada Jelebu yang sangat prihatin terhadap orang asli.
Untuk maklumat Yang Berhormat, sememangnya kerajaan sedang dalam tindakan untuk meminda Akta Orang Asli 1954 yang dikenali sebagai Akta 134 yang mana akta ini tidak pernah dibuat apa-apa pindaan substantif sejak ‘berkuasa’ pada tahun 1954 iaitu 71 tahun yang lalu. Bagi tujuan tersebut kajian semakan pindaan Akta Orang Asli ini sedang dilaksanakan bagi memperhalusi dan mengkaji semula peruntukan semasa dalam akta ini secara menyeluruh serta mengenal pasti jurang dalam pelaksanaan akta ini.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Berdasarkan hasil dapatan awalan kajian dan juga sesi libat urus beberapa perkara dan isu yang telah dikenal pasti berkenaan dengan — berkaitan dengan masyarakat orang asli yang memerlukan pindaan bagi memastikan perlindungan hak dan kumpulan serta komuniti, serta kemajuan orang asli terus terjamin. Saya ingin menekankan aspek-aspek berikut:
(i) berkaitan tanah;
(ii) hal ehwal kebajikan orang asli;
(iii) pengurusan perkahwinan adat; dan
(iv) tadbir urus kepimpinan tradisi masyarakat orang asli.
Untuk maklumat Yang Berhormat, hal pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dan sehubungan dengan itu, KKW sedang dan telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan kerajaan negeri dan kita akan mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) bagi membincangkan hal tersebut. Dan sesi libat urus khas MaPOA ini akan diadakan bersama-sama dengan Majlis Tanah Negara yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Selain daripada itu, KKDW turut mendapatkan input melalui sesi libat urus dan soal selidik dengan kepimpinan orang asli dan agensi-agensi yang berkaitan agar pindaan ini sangat-sangat komprehensif dan holistik dengan mengambil kira pelbagai aspek dan pandangan pihak berkepentingan. Hasil daripada kajian ini kelak akan membantu pihak kementerian dalam menggubal draf undang-undang bagi tujuan pindaan ini yang akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini, insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelebu.
Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias - Jelebu
Terima kasih di atas penjelasan dan juga jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri. Saya mengambil kesempatan ini Datuk Speaker untuk mengucapkan tahniah dan syabas khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri di atas keprihatinan kerajaan melalui portfolio ini terutamanya kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat orang asli.
Orang asli ini ‘Datuk’ Yang di-Pertua, dia tiga perkara je. Yang pertama, dalam soal infrastruktur, dalam soal pendidikan, dan juga kesihatan — dan keseluruhannya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias - Jelebu
...Kerajaan dalam – saya nak explain dulu ‘Datuk’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada masa.
Terus kepada soalan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ya, ini soalan ‘Datuk’ Yang di- Pertua. Keseluruhannya, penelitian kerajaan kepada tiga faktor ini memang tidak boleh dinafikan. Cumanya soalan saya Datuk Yang di-Pertua, yakni dalam soal langkah-langkah dan inisiatif oleh Kerajaan MADANI pada hari ini untuk memperkasakan komuniti orang asli. Lebih-lebih lagi Yang Amat Berhormat Menteri, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri melaksanakan dan lawatan Yang Amat Berhormat Menteri ke New Zealand dan dalam lawatan itu ada lawatan untuk khususnya masyarakat orang asli Maori. Dan, apakah dapatan hasil daripada lawatan ini: boleh tak kita jadikan comparison dengan izin, masyarakat orang asli di dalam negara dan luar negara sama ada negara Asia ataupun benua yang lain sebagai satu benchmark untuk kita naik taraf dalam soal yang berkaitan dengan pemerhatian dan penelitian serta penambah baik terhadap pembelaan masyarakat orang asli di dalam negara kita Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih ‘Datuk’ Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, saya telah menjemput semua EXCO-EXCO yang berkaitan dengan portfolio desa, luar bandar yang melibatkan masyarakat orang asli untuk mengikuti rombongan lawatan rasmi saya ke New Zealand yang antaranya menumpukan kepada soal mempertingkatkan:
masyarakat Maori – yang boleh diperkaitkan dengan masyarakat orang asli Malaysia.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Malangnya, Yang Berhormat tidak dapat mengikuti rombongan saya itu, mungkin tugas kerajaan negeri lebih berat daripada tugas untuk mengikuti rombongan saya, walaupun empat orang EXCO telah mengikuti rombongan saya.
Dengan izin, lesson learn, apa yang kita pelajari ialah bukan sangat kepada lawatan berkenaan yang dianggap oleh salah seorang daripada pemimpin muda yang tidak pernah suka dengan perkara-perkara baharu, yang mengatakan ini lawatan membazir, tetapi saya ingin memaklumkan bahawa di New Zealand terdapat Majlis Penasihat orang asli di sana yang dipanggil sebagai New Zealand Māori Council...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Apa yang saya telah pelajari sama- sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA serta lain-lain, dedikasi oleh Kerajaan New Zealand terhadap masyarakat orang asli khususnya Māori ini sangat luar biasa. Diwujudkan Kementerian Māori di mana Menteri sendiri adalah orang Māori dan mereka mempunyai akta khusus yang sangat luas cakupan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
bidang dan kuasanya, antaranya ialah membangunkan satu kawasan dipanggil Rotorua: Rotorua ya.
Di sana telah ditubuhkan Māori Business Council iaitu satu majlis perniagaan khusus untuk orang asli dan di sana didapati suatu kawasan yang dirizabkan ya, didedikasikan ya, yang sangat luas dan semua aspek, bukan hanya kebudayaan dan mengenai heritage, tetapi semua aspek diberikan tumpuan.
Untuk itu, kita lihat akta ini yang tidak dipinda secara substantif yang saya katakan selama 71 tahun, sangat-sangat perlu untuk dipinda. Namun, kita harus ingat bahawa akta itu ketika diadakan pada tahun 1954 adalah, bertujuan untuk mengelakkan keterlibatan orang asli dengan aktiviti pengganasan komunis ketika itu.
Tentu tujuannya berbeda dengan tujuan sekarang. Sekarang kita mesti lihat aspek- aspek pendidikan, kebajikan, perubahan infrastruktur dan yang paling penting ialah masa depan orang asli.
Jadi keputusan-keputusan yang telah dibuat, umpamanya dari segi pendidikan ya, saya telah bersama-sama dengan JAKOA memberikan matlamat, berapa ramai orang asli yang perlu dan digalakkan untuk masuk ke IPTA dan IPTS.
Sasarannya ketika saya mengambil alih kementerian ini dan menjaga orang asli, 350 orang ke universiti pada tahun 2022, 2023. Saya ambil alih 2022. Apabila matlamat 350 untuk masuk ke universiti, mereka telah mencapai angka lebih daripada itu, lebih 400. Pada tahun 2024, kita berikan target ataupun sasaran 400. Mereka mencapai lebih daripada 500. Ertinya, apabila motivasi dan galakan diberikan, mereka telah menyahut cabaran dan kita lihat ramai yang masuk ke universiti.
Begitu juga dari segi TVET. Saya berikan tumpuan dan saya ingin mengumumkan di Dewan yang mulia ini bahawa institusi pendidikan TVET di bawah JAKOA ini terdapat empat sekarang ini iaitu:
(i) Pusat Latihan Paya Bungor di Pahang;
(ii) Pusat Intelek Pelajar Orang Asli;
(iii) Pusat Transformasi Modal Insan Orang Asli; dan
(iv) Pusat Latihan Keluang.
Ya, jadi empat ini, saya memberikan tumpuan pada masyarakat orang asli dalam bidang pendidikan ini ya. Dan untuk memajukan kawasan Orang Asli dan dijadikan sebagai destinasi pelancongan sebagaimana yang saya lakukan lawatan ke Rotorua, Kerajaan Negeri Melaka telah membangunkan suatu kawasan yang dipanggil sebagai Kampung Gapam Baru di Jasin Baru, Mukim Selandar, daerah Alor Gajah ya. Di mana kampung ini akan dibangunkan ikut modality di Rotorua itu ya dan saya merasakan sangat-sangat berterima kasih kepada Pengarah JAKOA seorang
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
wanita keturunan orang asli, adinda kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini, tetapi beliau akan tamat tempoh apabila sampai umur bersara wajib.
Cuma KPPA dan kerajaan tidak ada peraturan untuk membolehkan beliau menyambung perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah yang baharu. Saya harap ucapan saya ini didengar oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, mudah-mudahan beliau bermurah hati untuk melanjutkan perkhidmatan beliau.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah, apakah jaminan pematuhan kepada Akta Orang Asli 1954 ini sekiranya dipinda? Sebab pemerhatian saya, apa yang berlaku sebagai contoh di Kuala Langat, kampung orang asli pada hari ini pun sudah tidak wujud.
Yang walaupun mereka mendapat satu taman yang baharu dengan kemudahan perumahan, tetapi apabila penempatan semula ini, kawasan rayau ini pun dipindahkan kepada Negeri Sembilan dan juga Pahang.
Dan saya kira kita perlukan satu jaminan daripada kerajaan, dan hak kemajuan, hak perlindungan, hak untuk pendidikan. Sebagai contoh...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Sekejap, terima kasih.
Sejauh mana kita — saya ingat orang asli ini dia agak tertinggal, keciciran juga agak tinggi dan mereka mempunyai idola daripada kaum-kaum mereka dan mempunyai inferiority complex. Sejauh mana fokus oleh kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi guru-guru yang mungkin akan meningkatkan kesedaran mereka dalam pendidikan, daripada peringkat prasekolah sehinggalah pendidikan peringkat menengah supaya ini juga akan menjamin kepada soal kemajuan pembangunan bersama masyarakat orang asli di Malaysia ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih Yang Berhormat. Hal ehwal tanah saya nyatakan tadi adalah, di bawah kuasa kerajaan negeri ya. Jadi Yang Berhormat yang menjaga orang asli di kawasan situ mungkin boleh bincang dengan pegawai daerah, boleh bincang dengan Yang Berhormat Menteri Besar Selangor mengenai perkara itu, tapi saya ingin memberikan jaminan di bawah akta yang akan dipinda ini, hak-hak yang sedia ada di dalam akta lama dipertahankan.
Kita tambah baik dengan aspek-aspek yang saya nyatakan tadi dan untuk menentukan pendidikan mereka meningkat dengan baik, saya ingin nyatakan bahawa kita lihat dari segi pencapaian di dalam pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah ya. Mereka diberikan ya, mereka diberikan kemudahan pengangkutan termasuk pengangkutan melalui sungai dan mereka diberikan wang
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
poket. Setiap hari mereka diberikan RM4 dengan syarat datang ke kelas. Ini galakan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dengan bantuan dan koordinasi oleh Jabatan Orang Asli.
Dan yang keempatnya, kita lihat juga bahawa pencapaian mereka di dalam bidang pendidikan tinggi umpamanya, kita dapati sebagaimana yang saya sebutkan tadi, peningkatan yang sangat drastik dan saya tidak nampak ada permasalahan yang timbul di dalam bidang pendidikan ini. Dan kita dapati – ya dari segi Dasar Pembangunan Orang Asli atau DPOA ini dengan kerjasama United Nations Development Programme atau UNDP sendiri ya. Ertinya kita gunakan acuan atau template daripada negara-negara lain untuk kita upgrade dengan izin, atau mempertingkatkan soal kehidupan orang asli.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ini juga sejajar dengan apa yang dilakukan oleh KKDW iaitu Dasar Pembangunan Luar Bandar dan juga, selari dengan SDG atau Sustainable Development Goals, juga panduan daripada United Nations Declarations on the Rights of Indigenous Peoples yang diratifikasikan sejak tahun 2007. Dan saya ingin menekankan lagi, ada tujuh aspek yang diberikan penekanan terhadap pindaan akta ini.
(i) tanah,
(ii) pendidikan,
(iii) kesihatan;
(iv) ekonomi,
(v) kepimpinan,
(vi) infrastruktur; dan
(vii) kebudayaan.
Dan saya ingin menegaskan lagi bahawa jaminan kepada hak Orang Asli ini dipertingkatkan, bukan saja dipertahankan dan insya-Allah, kita akan terus melakukan sesi libat urus sebelum pembentangan pindaan akta di Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya jemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.
2. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera]: Terima kasih Puan Speaker. Jadi, Bukit Bendera ingin meminta Menteri Kewangan untuk menyatakan, proses pendaftaran dan bagaimana untuk melayakkan diri bagi menerima dan berbelanja RM100 di bawah inisiatif SARA untuk semua.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika ucapan penghargaan kepada rakyat Malaysia pada 23hb. Julai telah mengumumkan langkah segera untuk menangani beban kos sara hidup rakyat pada tahun ini. Antaranya adalah, penghargaan SARA untuk semua rakyat dewasa iaitu kerajaan akan menyalurkan RM100 melalui MyKad secara sekali gus.
Diberi kepada setiap pemegang MyKad. Warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir pada tahun 2007 dan ke bawah. Pembelian yang boleh dibuat mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025 ini akan cuba - buat julung kalinya bantuan tunai turut disalurkan kepada seluruh warga dewasa. Dengan ini, seramai 22 juta rakyat Malaysia layak menerima pengkreditan secara individu. Langkah ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat oleh warga negara Malaysia. Memandangkan kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik, berdasarkan data semua warga negara dewasa yang memegang MyKad.
Data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi tujuan ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau scammer yang menjemput pendaftaran kerana penghargaan SARA ini dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad.
Inisiatif penghargaan SARA membolehkan sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM500 dan bukan hanya RM100 seisi rumah.
Kredit ini boleh dibelanjakan daripada lebih 4,500 premis runcit yang berdaftar sehingga 29 Julai 2025 dan akan bertambah dari semasa ke semasa. Ia melibatkan lebih pada 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori. Antaranya barangan makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan sekolah dan kebersihan diri. Antara premis berdaftar adalah: Giant, Mydin, Bataras, C-Mart, TF Value dan juga beberapa kedai runcit yang ada. Sekiranya ada premis yang ingin berdaftar menjadi rakan niaga SARA, mereka boleh membuat permohonan dengan Yayasan MyKasih untuk proses selanjutnya.
Jadi, kalau kita tengok dari segi keseluruhannya, program ini adalah, satu penghargaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Dan dengan apa yang kita buat untuk penghargaan SARA ini, jumlah STR dan SARA yang diberikan untuk tahun ini telah dinaikkan sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu kepada RM15 bilion. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Menteri ke atas penjelasan yang telah diberikan untuk soalan utama saya.
Jadi, pendekatan ya, inovatif yang mengutamakan kebajikan rakyat ini wajar dipuji kerana ia menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan cabaran kos sara hidup. Jadi, soalan tambahan saya ialah, boleh mohon penjelasan keberkesanan pendekatan kerajaan dalam memperluaskan lagi ya, Program SARA dengan menyalurkan bantuan melalui penggunaan MyKad? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan penambahbaikan pada SARA 2024 dengan peningkatan penerima daripada 700,000 kepada 5.4 juta orang. Pada masa yang sama, mekanisme pelaksanaan SARA pada tahun 2025 juga adalah seragam di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan melalui penggunaan MyKad, berbanding dengan pemberian tunai kepada penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan.
SARA telah mendapat sambutan baik daripada penerima dengan purata penggunaan mencecah 93 peratus untuk tahun 2025 setakat ini. Untuk menggunakan MyKad - untuk menggunakan kredit yang diberikan, SARA hanya memerlukan MyKad penerima sahaja, termasuk daripada golongan orang warga emas dan rentan.
Untuk makluman Yang Berhormat, disasarkan prestasi pelaksanaan SARA pada tahun 2025, kadar penggunaan tertinggi dicatatkan di Perlis dengan 96 peratus.
Tuntutan ini telah pun sama dengan di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah, sebanyak 95 peratus penggunaan MyKad dalam pembelian di kedai-kedai runcit berdaftar. Jadi, kalau kita tengok dari segi keseluruhannya, program ini telah berjaya kerana penetration dia adalah, satu nombor yang amat tinggi sekali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan inisiatif Program SARA serta pemberian one-off RM100 dan Jualan Rahmah yang dilaksanakan oleh kerajaan memberi manfaat kepada pengguna berpendapatan rendah yang dapat berbelanja di pasar raya dan juga 4,000 lebih kedai-kedai yang berdaftar, yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
Namun, dalam masa yang sama, menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan peniaga kecil, khususnya kedai-kedai runcit di kampung. Yang mendakwa jualan mereka semakin merosot dan tidak mampu bersaing secara adil.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Apakah mekanisme – soalan saya, apakah mekanisme pemantauan menyeluruh ataupun pelan libat urus strategik yang sedang atau akan dilaksanakan oleh pihak MOF bagi memastikan kelangsungan dan daya saing peniaga kecil tidak terus terjejas, terutamanya di kawasan luar bandar seperti di kawasan saya, Kuala Krai, Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang menjadi nadi ekonomi komuniti tempatan? Adakah kerajaan bercadang memperluaskan skop pembelian di kedai- kedai runcit di kampung? Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Mungkin kita melihat dari segi skim SARA yang kita ada sekarang. Bila kita mulakan SARA dan di - capaian-nya adalah, 700,000 orang di Malaysia. Nombor premis yang dibenarkan hanya lebih kurang 450-500, tapi sejak dikembangkan, kita telah nampak peningkatan peniaga-peniaga yang dibenarkan membeli - penjualan barang di dalam skim SARA ini.
Kini sampai 4,500 dan kita akan terus membuka skim ini untuk lebih banyak kedai-kedai yang boleh menggunakan skim SARA ini. Mereka hanya perlu mendaftar dengan Yayasan MyKasih dan mengikut tetapan yang telah diberikan. Kita menggalakkan agar dapat melebarkan lagi ruang yang diadakan. Bila kita mulakan dulu SARA, kita mulakan dengan segelintir barang-barang yang diberikan sebagai asas tapi seperti saya ceritakan tadi, kini lebih 90,000 barangan yang boleh digunakan kredit dengan SARA dan kita akan terus menambah baik-kan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kita boleh menerima cadangan untuk melihat balik kalau ada apa-apa benda lain yang boleh dimasukkan dan kita akan melihat juga.
Dari segi kerajaan, kerajaan ada banyak-banyak ruang untuk menolong peniaga-peniaga kecil dengan skim-skim yang ada. Saya akan menggalakkan kita melihat juga skim-skim untuk SME yang kita ada PMKS yang boleh juga digunakan untuk merancakkan lagi perniagaan yang ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Pahlawan sempena hari ini 21— 31 Julai 2025 [Tepuk] Adalah Hari Pahlawan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada anggota pasukan keselamatan. Nasihat saya, berhati-hatilah mengibarkan Jalur Gemilang. Sentiasa berada di paras, paras pusat ke atas. Jangan diselitkan dekat kocek, nanti boleh terduduk. Satu penghinaan kepada Jalur Gemilang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Baca soalan.
3. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] Soalan saya Yang di-Pertua, saya meminta Menteri Pendidikan menyatakan, setakat mana peratusan siswa lepasan IPG dapat penempatan yang mereka mohon. Apakah ukuran yang diambil kira dalam proses penempatan tersebut? Silakan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan penempatan guru baharu setelah menerima senarai calon yang telah diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Proses penempatan guru baharu dimulakan dengan pembentukan jawatankuasa khas di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi setiap sesi yang dilaksanakan.
Yang Berhormat, naratif utama kita dalam pengurusan penempatan ini adalah, keutamaan pendidikan. Penempatan tersebut dilaksanakan dengan mengambil kira kekosongan jawatan serta keperluan opsyen atau kluster mata pelajaran di setiap negeri. Calon-calon yang ditempatkan terdiri daripada graduan universiti awam dan swasta serta graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia yang telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan penempatan guru baru bagi lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari IPGM pada 30 September 2024 melibatkan seramai 5,256 orang dan semua graduan IPGM telah berjaya diberikan penempatan ke seluruh negara. Bagi tahun 2025, penempatan guru baru PISMP dijangka akan dilaksanakan pada bulan September dan tertakluk kepada keputusan temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dalam menguruskan penempatan guru baharu mengikut keutamaan pendidikan, ada beberapa segmen khusus yang menjadi keutamaan kita dan mesti memenuhi aspirasi keutamaan pendidikan itu.
Yang pertama, penempatan guru baharu ditentukan berdasarkan beberapa faktor termasuk pilihan negeri yang dikemukakan semasa proses pengemaskinian maklumat diri.
Kedua, penempatan mengikut lokaliti khususnya bagi calon dari Sabah dan Sarawak serta calon orang asli Penan bagi membolehkan mereka berkhidmat berhampiran dengan kampung halaman dan menyokong pembangunan pendidikan luar bandar. Dan keputusan akhir penempatan adalah bergantung sepenuhnya kepada kekosongan jawatan sebenar serta keperluan opsyen semasa mengikut keutamaan pendidikan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Meskipun calon boleh menyatakan keutamaan lokasi dan kesediaan berkhidmat, penempatan tetap berdasarkan keperluan opsyen dan kekosongan jawatan dan inilah dia keutamaan pendidikan bagi memartabatkan aspirasi pendidikan itu sendiri bahawa keutamaan pendidikan itu menjadi keutamaan kita.
KPM komited memberi keutamaan terhadap hak murid di sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik melalui penempatan guru baharu yang mencukupi di seluruh negara. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya ingin merujuk kepada jumlah guru-guru yang di penempatan pertama yang menolak penempatan pertama dan seterusnya dikenakan tatatertib, disenaraihitamkan daripada memohon selama satu tahun atau dua tahun. Apakah rasional tindakan ini dibuat, bukankah ini berupa denda? Kalau denda, biasanya supaya mendidik dia untuk bertaubat. Jadi, adakah guru-guru ini akan bertaubat sekiranya dia memohon semula, dia akan menerima penempatan yang asal?
Jadi, saya mencadangkan kepada kementerian supaya enrolmen pengambilan pelajar-pelajar di IPG itu mengambil kira keperluan kawasan.
Contohnya kalau Sabah Sarawak itu sangat kritikal kekurangan guru, banyakkan ambil daripada sana dan diberi kelonggaran dari segi kelayakan akademik ataupun kelayakan paling minimal untuk mereka memohon dan ditempatkan di tempat asal mereka berada. Jadi ini dapat menyelesaikannya. Bukan ambil daripada jauh dari Semenanjung hantar ke sana akhirnya menolak di senarai hitam dan ini berlaku sejak zaman saya jadi cikgu dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan berbahas.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ya, terima kasih. Saya orang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, jangan berbahas. Terima kasih.
[Dewan ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Fadhlina binti Sidek
Pandangan Yang Berhormat itu saya setuju 100 peratus apabila Yang Berhormat menyentuh tentang keperluan pengisian untuk Sabah dan Sarawak.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Ini juga dibangkitkan — sering dibangkitkan oleh rakan saya dari Igan.
Yang Berhormat, sebab itu saya sebut tadi Yang Berhormat, antara faktor ataupun keutamaan kita apabila menentukan penempatan ini mestilah juga mengambil kira lokaliti itu. Sebab itu Yang Berhormat, laluan-laluan khusus untuk anak-anak Sabah, Sarawak, orang asli Penan ini, kita beri keutamaan dalam laluan khusus di peringkat IPGM. Ini adalah bagi: untuk memastikan keperluan Yang Berhormat sebut tadi mesti dipenuhi di peringkat penempatan sekolah.
Dan saya nak maklumkan Yang Berhormat, penempatan kita ketika ini, guru- guru kita ini dengan kerjasama yang sangat baik daripada SPP telah mencapai 97 peratus. Dan ini mesti kita terus lonjakkan supaya isu kekurangan guru ini dan pendidikan terbaik untuk anak-anak kita ini mesti diperolehi dengan adanya guru yang mencukupi.
Saya juga melihat bahawa apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, akan kita lihat secara keseluruhan, lihat kepada keperluan-keperluan itu mestilah disokong dalam sistem pendidikan kita memenuhi keperluan hasrat bahawa ada keperluan dan keutamaan dalam pendidikan.
Yang Berhormat juga menyentuh tentang guru-guru yang menolak dan ataupun keperluan bagaimana melihat keseluruhan anak-anak ini ditempatkan di Sabah dan Sarawak mengikut keperluan itu. Sebenarnya Yang Berhormat, ada lagi juga keperluan-keperluan lain termasuk melihat kepada apabila kita membuat perluasan prasekolah. Jadi, ada keperluan guru-guru ini juga maknanya ditempatkan di tempat-tempat yang berlakunya perluasan-perluasan prasekolah ini mengikut sekali lagi, keutamaan pendidikan. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih kepada kekanda ku Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat-sangat mantap dan juga syabas dan tahniah kepada KPM atas usaha untuk meningkatkan penggalakan rakyat Malaysia untuk memasuki mengambil tempat di dalam kerjaya yang mulia itu sebagai tenaga pengajar. Syabas dan tahniah atas pengambilan yang meningkat.
Namun demikian, kadangkalanya dan agak kerap juga kita menghadapi dan kena dengan izin, handle masalah dengan guru-guru yang cukup, tetapi mata pelajaran dan opsyennya tidak setimpal dengan keperluan di peringkat sekolah. Ada yang opsyen BC-nya tak cukup, tapi opsyen Matematik atau BI-nya ada tambahan atau lebihan. Manakala bila ada naik pangkatnya, kadangkala kena lateral shift,
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
dengan izin ke sekolah lain sehingganya yang opsyen BC yang tak cukup pun dia dikurangkan lagi.
Jadi, saya nak minta pandangan dan juga dasar serta inisiatif pihak KPM dalam menangani masalahnya ketidaksetimpalan keperluan dengan ada atau supply-nya guru-guru opsyen untuk pastikan tidak akan ada masalah dengan sesetengah opsyen, sesetengah mata pelajaran ada kekurangan guru. Apa pandangan dan juga dasar KPM?
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Timbalan Speaker, saya ambil maklum keprihatinan Ipoh Timur sebentar tadi dan ini sebenarnya berada dalam radar gerak kerja dan juga inisiatif dan prakarsa di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebab itu saya sebut daripada awal tadi bahawa keutamaan pendidikan ini, apabila kita membuat penempatan guru dan juga mengisi kembali guru-guru yang telah naik pangkat dalam semua situasi yang disebutkan oleh Ipoh Timur tadi adalah bersandarkan juga kepada isu opsyen. Dan ini mesti kita pelihara dan juga pertahankan kerana inilah dia keutamaan dan kebitaraan yang mesti kita pastikan bahawa guru-guru ini mengajar berdasarkan opsyen dan kebitaraan mereka.
Puan Fadhlina binti Sidek
Dalam masa yang sama, Yang Berhormat, kita juga melihat bahawa kita juga membuat perluasan kluster mata pelajaran, kita juga mengambil perhatian untuk membuat perluasan kepada graduan-graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara, kita juga memastikan bahawa isu-isu berkaitan dengan pelantikan guru secara COS dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga dilaksanakan. Guru-guru COS ini dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran yang siap untuk ditempatkan di sekolah-sekolah ini melalui program Diploma Pascasiswazah Pendidikan selama setahun di IPGM.
Kita juga, Yang Berhormat, telah membuat perluasan dengan mengambil calon guru bagi program pra-perkhidmatan SMP untuk lepasan STPM, STAM dan program matrikulasi dan juga Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru KPM yang berperanan untuk mengenal pasti isu-isu yang sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, secara keseluruhannya, semua keprihatinan Yang Berhormat tadi telah pun kita ― ataupun sedang kita tangani baik di peringkat jawatankuasa mahupun di peringkat dasar. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Soalan Segamat nombor 1.
1. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, berapa penerima mengikut negeri dan jenis rumah ibadat mengikut kategori dari peruntukan RM50 juta yang disediakan untuk bantuan penyelenggaraan dan pembaikan rumah ibadat bukan Islam bagi tahun 2024 dan 2025.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan soalan 23 bertarikh 12 hari bulan Ogos yang berkaitan dengan isu dan juga jawapan yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, tanah air kita yang tercinta ini adalah, negara yang berbilang kaum dan budaya. Keharmonian serta perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah, kunci utama kejayaan negara.
Maka, Kerajaan MADANI dalam meraikan kepelbagaian budaya serta kebebasan beragama sebagai satu penghormatan terhadap kemanusiaan di mana pelbagai kepercayaan, tradisi dan budaya menyatukan kita dalam kasih sayang, kefahaman serta nilai-nilai sejagat. Semangat keharmonian ini juga seiring dengan teras hormat, ihsan dan kesejahteraan di bawah kerangka Malaysia MADANI dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni serta inklusif. Selaras dengan prinsip kita dalam hubungan itu, Kerajaan MADANI terus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Atas prinsip tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir, kerajaan turut memberikan peruntukan, mengikut keperluan, kepada untuk penyelenggaraan rumah-rumah ibadat bukan Islam. Melalui Belanjawan tahun 2024 dan tahun ini, peruntukan tahunan berjumlah RM50 juta telah disediakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan inisiatif penyelenggaraan RIBI seluruh negara. Peruntukan ini akan disalurkan kepada mana-mana organisasi RIBI yang layak bagi menampung kerja-kerja pembaikan,
Tuan Nga Kor Ming
pengubahsuaian, penyelenggaraan serta kecemasan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan dalam Garis Panduan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam Seluruh Negara.
Sukacita saya kongsikan bahawa KPKT telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan RIBI untuk inisiatif ini. Sehingga 7 Julai, bulan ini, 81.5 peratus peruntukan berjumlah RM40 juta telah diluluskan kepada 336 RIBI seluruh negara. Baki peruntukan sebanyak RM9.23 juta akan disalurkan menjelang penghujung bulan depan juga. Ini merupakan satu rekod dalam menguruskan peruntukan kerajaan dengan penuh hemah, telus dan juga saksama. Tahun lepas, sebanyak 430 RIBI telah diluluskan peruntukan berjumlah RM48.94 juta.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, permohonan yang diterima oleh kementerian akan diteliti secara telus dan dinilai oleh pasukan pemantauan dan penilaian serta dibentangkan untuk pertimbangan Mesyuarat Taskforce Inisiatif Penyelenggaraan RIBI Seluruh Negara. Permohonan secara dalam talian melalui eribi.kpkt.my wajib disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut:
(i) salinan sijil pendaftaran di bawah entiti undang-undang seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan sebagainya;
(ii) salinan surat pengesahan akaun bank atas nama organisasi;
(iii) salinan dokumen status tanah seperti warta tanah, geran, carian rasmi, surat kebenaran pemilik tanah atau ladang atau perjanjian sewa bangunan atau tanah; dan
(iv) anggaran kos terperinci secara kuantiti iaitu bills of quantity
(BQ) yang tidak melebihi RM250,000 berserta gambar-gambar semasa berkaitan kerja-kerja yang dipohon.
Dalam meraikan kepelbagaian budaya di negara kita, KPKT akan terus komited dan cakna melaksanakan inisiatif RIBI ini secara profesional tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Mengambil kira bahawa peruntukan ini banyak menerima permohonan, kita akan cari jalan untuk membantu sekadar mana yang mampu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan kerana ini memberi penjelasan kepada segelintir golongan di luar di mana dikatakan Kerajaan MADANI abaikan peruntukan kepada RIBI. Dan juga, saya ucapkan terima kasih
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
kepada KPKT kerana ada juga RIBI daripada Parlimen Segamat menerima peruntukan ini. Ada rumah ibadat yang menerima daripada RM50,000 hinggalah RM250,000.
Cuma, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah KPKT membuat pemantauan atas peruntukan yang diberikan kepada rumah-rumah ibadat ini dari segi penyelenggaraan, dari segi naik taraf dan baik pulih? Kerana, peruntukan ini cukup besar. Kalau kita melihat, ia RIBI ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ya. Soalan kedua adalah, berkenaan dengan ― apakah KPKT akan pertimbangkan untuk tahun hadapan akan meningkatkan daripada RM50 juta ini kepada RM100 juta termasuk untuk membantu rumah ibadat bukan Islam di Sabah dan Sarawak? Sekian, terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Segamat yang sangat prihatin tentang kesejahteraan dan juga kebajikan rakyat pelbagai kaum.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya permohonan RIBI di negara kita ini sebenarnya telah pun amat kita ― rasanya menggalakkan. Saya bagi contoh. Tahun lepas, bilangan permohonannya 1,074. Jumlah permohonan RM173 juta. Tahun ini, bilangan permohonan 1,319. Jumlah permohonan RM235 juta.
Dengan kata lain, dalam tempoh dua tahun, permohonannya RM400 juta lebih tapi peruntukan kita RM50 juta sahaja. Memang tidak memadai. Maka, kita tertakluk kepada kemampuan fiskal kewangan negara, kita akan cari jalan untuk membantu.
Soalan tambahan berkaitan dengan pemantauan. Memang laporan bulanan bagi kerja-kerja yang sedang dalam pelaksanaan perlu dikemukakan oleh RIBI kepada KPKT melalui e-mel selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bulan berikutnya.
Satu laporan akhir berserta gambar semasa dan selepas kerja-kerja dilaksanakan mesti juga dikemukakan kepada KPKT melalui e-mel atau hardcopy dalam tempoh 14 hari selepas kerja selesai.
Selain itu, pasukan pemantauan dan penilaian akan melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan. Laporan pemantauan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Taskforce Inisiatif Penyelenggaraan RIBI Seluruh Negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Maran.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Timbalan
Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat datang
welcome kepada peserta INTAN MTCP daripada tujuh buah negara ke Parlimen hari ini...
[Tepuk] Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat datang
Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan, tapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, kepelbagaian agama dan kepelbagaian budaya adalah, merupakan faktor yang boleh membina perpaduan di negara kita ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, soalan?
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Nak soalanlah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, terus kepada soalan. Masa sudah tamat.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kena ada intro dulu, Yang Berhormat. Jadi, saya ingin tahu, apakah kerajaan bercadang untuk meletakkan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam ini di bawah Kementerian Perpaduan? Dan saya difahamkan juga banyak lagi rumah-rumah ibadat ini tidak didaftarkan. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan supaya rumah ibadat ini didaftarkan ― dan kadang-kadang berada di tempat-tempat yang tidak sesuai yang boleh menimbulkan masalah kepada sosial. Jadi, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, di mana keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah, kunci utama kejayaan negara.
Tuan Nga Kor Ming
Maka memang kerajaan sentiasa cakna dan komited untuk membela keharmonian dan juga perpaduan. Berdasarkan kepada rekod memang kerajaan sekarang ini KPKT telah melakukan inisiatif ini dengan baik. Saya ucap terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat. Kerajaan tidak ada cadangan untuk pindahkan penyelenggaraan kerja-kerja yang sedang dilakukan dengan baik ini kepada kementerian yang lain.
Bagaimanapun, kita akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan juga untuk pastikan supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum ini sentiasa kita jaga bersama supaya Malaysia dipandang mulia di masyarakat antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Haji Muhammad Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Sudah jatuh di tempat tangga; Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, langkah konkrit kerajaan untuk menangani kekurangan kira-kira 10,000 jurutera dan pakar AI di Malaysia termasuk pelan peningkatan latihan TVET, kerjasama dengan industri teknologi global serta insentif untuk menarik dan mengekalkan bakat AI tempatan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Kerajaan mengambil serius isu kekurangan kira-kira 100 – 10,000 jurutera dan pakar kecerdasan buatan AI di Malaysia kerana ia memberi kesan langsung kepada daya saing negara dalam Revolusi Industri 4.0. Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensi-agensinya telah melaksanakan pelbagai langkah konkrit yang bersifat menyeluruh dan berpandangan jauh lebih mengatasi isu ini.
Melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM), sebanyak 33 institut latihan telah menawarkan program kemahiran TVET dalam bidang teknologi terkini termasuk AI.
Di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pendekatan perantisan berasaskan tempat kerja melalui program Akademi Dalam Industri (ADI) telah dilaksanakan – melibatkan lebih 1,700 syarikat dan 303 pusat latihan. Ia membolehkan latihan praktikal secara langsung dalam persekitaran industri sebenar.
Selain itu, JPK turut bekerjasama dengan badan peneraju industri seperti CyberSecurity Malaysia, Malaysia Automotive Robotics dan IoT Institute, Malaysia Digital Economy Corporation dan Pejabat Pelaksanaan Industri Aeroangkasa Kebangsaan bagi membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dalam bidang AI dan keselamatan siber. Berasaskan kajian, permintaan tenaga kerja dalam masa yang sama, CIAST pula melaksanakan kursus jangka pendek kepada pengajar TVET melibatkan modul seperti AI for Generative Industrial Instructor dan Metaverse in Education dengan 475 pengajar dilatih sejak 2024.
Di samping itu, TalentCorp telah membangunkan platform mymahir.my untuk memberi panduan kerja dan latihan kepada pelajar, belia dan pencari kerja berdasarkan kajian impak AI, digital dan ekonomi hijau.
Selanjutnya, HRD Corp pula memanfaatkan levi latihan untuk melaksanakan program peningkatan kemahiran. Setakat Jun 2025, lebih 1.3 juta tempat latihan diluluskan termasuk 170,000 penempatan latihan TVET dengan peruntukan melebihi RM1.2 bilion sehingga hari ini.
Kerajaan juga telah memeterai MOU Strategi antara HRD Corp dan Collaborative Research in Engineering, Science and Technology pada 24 Julai 2025 bagi melaksanakan program bakal kejuruteraan semikonduktor yang menyasarkan 60,000 jurutera menjelang 2030.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Inisiatif ini menyokong Strategi Semikonduktor Negara, Rancangan Induk Perindustrian Baru 2030 serta Rangka Kerja ASEAN Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu. Langkah-langkah ini memperlihatkan sumbangan kerajaan dalam membina ekosistem bakat teknologi yang mampan.
Pendekatan bersepadu ini bukan sahaja menangani kekurangan semasa malah memacu kesiapsiagaan tenaga kerja masa hadapan yang inovatif, kompetitif dan sejajar dengan aspirasi negara digital. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih atas jawapan yang cukup baik. TVET ini bukan perkara baharu sebab sejak tahun 60-an lagi waktu kita bersekolah menengah ada subjek namanya Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga sehingga tingkatan tiga bahkan apabila pelajar-pelajar yang failed dalam SRP boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional dan pertanian sebab tak layak untuk masuk tingkatan empat, aliran sastera ataupun sains.
Persoalannya, oleh kerana TVET dikendalikan oleh pelbagai kementerian seperti KPT, KPM, KSM dan KBS, menyebabkan syllabus dan standard berbeza serta proses permohonan yang mengelirukan pelajar. TVET juga mengalami masalah kekangan sumber dan pembiayaan jurulatih tanpa pengalaman industri dan sebagainya. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masa tersebut?
Satu lagi, dalam usaha kita melahirkan lebih ramai pakar IT tempatan, AI tempatan, bagaimanakah kerajaan memastikan jurutera ini bukan sahaja berkemahiran teknikal dan teori semata-mata, tetapi turut berperanan dan berkemahiran untuk menerapkan nilai-nilai murni ataupun moral, budaya, sejarah dalam subjek yang diajar supaya pelajar-pelajar TVET bukan sahaja dapat peluang pekerjaan yang baik melalui kemahiran yang ada, tetapi mempunyai jati diri, sahsiah dan keperibadian yang mulia. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebahagian daripada apa pendapat saya lontarkan...
[Tidak jelas] Yang Berhormat Parit Buntar sebentar tadi ada kebenaran.
Bagaimana dengan sumber manusia? Kita telah melaksanakan berbagai program.
Sehingga Jun 2025 ya, kita telah melibat sebanyak 2.2 juta persijilan penuh telah dikeluarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Sistem Pensijilan Kemahiran.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Sebagai contoh, semalam saya bawah Kolej FELDA kita telah mengeluarkan lebih kurang 534 pensijilan dan juga diploma. Dan langkah ini telah kita mainkan peranan melalui agensi kita seperti HRD Corp dan juga di bawah TalentCorp.
Di bawah TalentCorp sahaja – di bawah HRD Corp saja kita telah melatih seramai 100,156 majikan, maknanya 100,000 lebih dan seramai 4.8 juta lebih kita telah melatih. Maknanya, daya inisiatif ini telah kita laksanakan. Saya setuju dengan Yang Berhormat lama kita, wakil kita dan inilah maksudnya kita TVET ini diperlukan.
Ini masa hadapan kita Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Biri-biri, kambing, beruk, monyet jadi bahan gurauan, bila bersalah masih ego pertahankan. Terima kasih Speaker bagi laluan soalan tambahan, minta Menteri jawab dengan tenteram.
Isu gaji permulaan jurutera yang rendah telah menolak minat belia untuk memilih profesion kejuruteraan. Hal ini telah menyebabkan ramai yang memilih untuk meninggalkan bidang berkenaan ataupun berhijrah keluar negara kerana tawaran yang lebih lumayan. Lebih membimbangkan Yang Berhormat Menteri, isu ini turut berlaku terhadap sektor lain seperti sektor kesihatan.
Soalan saya, apakah perancangan dan tindakan kementerian untuk mengawal kekurangan tenaga kerja khususnya di sektor-sektor yang kritikal? Sejauh manakah kerjasama syarikat swasta selaku majikan untuk bersama-sama mengatasi masalah ini? Terima kasih Speaker.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa kajian-kajian impak ini telah kita lakukan di beberapa tempat terutama di TalentCorp dan juga di HRD Corp.
Apa yang nyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi mungkin adalah, penglibatan sekarang ini dalam pemikiran kajian impak Kecerdasan Buatan (AI) dan ini merupakan salah satu yang menyebabkan ramai mengatakan kekurangan tenaga kerja, tetapi sebenarnya dalam hal ini kita telah perkukuhkan melalui yang saya nyatakan tadi, kita melalui levi di bawah HRD Corp kita melatih lebih daripada empat juta sebenarnya, dan lebih empat juta supaya kita dapat keberkesanan itu yang disarankan oleh di bawah Pengerusi Dato’ Seri Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi di bawah kita menaikkan semula reskilling dan upskilling.
Ini telah terbukti sebenarnya yang boleh mencecah sehingga angka 6K angka tersebut yang telah mencecah sebagaimana sekarang ini. Dari segi inilah kajian impak yang kita lakukan menyebabkan kenaikan dari segi TVET itu telah nampak
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
kejayaan: kejayaan yang ketara sekarang ini sebagaimana saya nyatakan dengan kedudukan gaji yang dalam keadaan agak baik. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson.
Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun[Port Dickson]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun[Port Dickson] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, inisiatif kementerian bagi menukar atau menaik taraf papan tanda jalan yang usang dan tidak jelas serta lampu jalan yang tidak berfungsi di sepanjang jalan Persekutuan di Negeri Sembilan khususnya sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Port Dickson, Kementerian Kerja Raya menerusi agensi di bawahnya sentiasa komited bagi memastikan rangkaian jalan raya di Malaysia berada dalam pada untuk tahap terbaik, selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan Persekutuan yang terletak di Negeri Sembilan adalah sepanjang 1,396.84 kilometer dan diselenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang telah dilantik oleh kerajaan.
Pada tahun 2023 sehingga tahun 2024, kementerian memperuntukkan sebanyak RM241.52 juta di bawah Program Penyelenggaraan Rutin, Penyelenggaraan Berkala Pavemen, dan Penyelenggaraan Berkala Bukan Pavemen yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK).
Manakala bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat.
Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM10.71 juta yang dilaksanakan secara jabatan dan kesemua kerja ini telah siap disiapkan sepenuhnya.
Merujuk kepada soalan Yang Berhormat, sebagai persediaan bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, kementerian akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memastikan Jalan Persekutuan di Negeri Sembilan berada pada tahap optimum.
Jadi, selaras dengan itu, bagi tahun 2025, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM140.34 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Negeri Sembilan. Pecahan peruntukan ini
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
termasuklah sebanyak RM36.51 juta bagi melaksanakan kerja-kerja rutin di sepanjang laluan Jalan Persekutuan di Negeri Sembilan dan RM78.80 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala pavemen dan RM18.03 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala bukan pavemen dan RM7 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat.
Berdasarkan pecahan peruntukan ini, sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih papan-papan tanda yang usang dan tidak jelas di bawah Program Penyelenggaraan Berkala Bukan Pavemen. Manakala sebanyak RM2.92 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan di laluan-laluan Persekutuan yang terlibat.
Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kesemua kerja-kerja penambahbaikan ini telah bermula di tapak dan dijangka siap sepenuhnya sebelum atau pada Oktober 2025 ini. Jadi, Kementerian Kerja Raya sentiasa komitedlah untuk menyediakan kemudahan infrastruktur jalan raya terbaik demi keselamatan dan keselesaan rakyat dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin sepanjang tahun dan kerja-kerja berkala mengikut keperluan tertakluk kepada peruntukan yang diterima. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, apakah kementerian bercadang untuk mengkaji semula lokasi penempatan papan tanda jalan di sepanjang Jalan Persekutuan khususnya di Negeri Sembilan agar diletakkan di lokasi yang lebih strategik dan mudah dilihat terutamanya di kawasan persimpangan dan laluan utama pelancong?
Selain itu, adakah kementerian turut mempertimbangkan penggunaan pencahayaan berasaskan solar bagi papan tanda jalan bagi memastikan kejelasan visual terutamanya pada waktu malam demi keselamatan pengguna jalan raya dan kemudahan pelancong asing menjelang Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Port Dickson, Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan infrastruktur jalan raya termasuklah sistem papan tanda berada dalam keadaan yang optimum dan mesra pengguna seperti yang telah disediakan dalam maklumat tujuan utama papan tanda dan jalan adalah sebagai penunjuk arah dan dipasang terutamanya di simpang-simpang jalan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, papan tanda JKR telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam Arahan Teknik Jalan iaitu 2A/85 (Pindaan 2019), Manual on Traffic Control Devices; Standard Traffic Signs dari segi bentuk, saiz, warna dan lokasi pemasangan.
Jadi, KKR juga melalui Jabatan Kerja Raya juga sememangnya telah mengambil kira kedudukan lokasi pemasangan papan tanda jalan dipasang ataupun sepanjang Jalan Persekutuan menerusi penggunaan Arahan Teknik Jalan, ATJ 2E/87 (Pindaan 2015), Guide Signs Design and Applications. Jadi, jarak pemasangan papan tanda jalan tersebut adalah bersesuaian dengan kategori Jalan Persekutuan dan kedudukan pemasangannya adalah strategik bagi kebolehlihatan visual kepada pengguna jalan raya untuk memberi maklumat dan panduan ketika melalui jalan tersebut.
Jadi, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada masa ini lapisan pembukaan papan tanda menggunakan bahan yang memantulkan cahaya seperti high intensity prismatic (HIP) atau wide angle prismatic yang jelas bila disuluh dengan lampu kenderaan terutamanya pada waktu malam, waktu gelap.
Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KKR menerusi JKR juga akan sentiasa meneliti cadangan lokasi yang lebih strategik bagi penempatan semula papan tanda jalan di sepanjang Jalan Persekutuan khususnya di Negeri Sembilan dan penggunaan teknologi bagi memastikan visual papan tanda jelas kelihatan terutamanya di waktu malam. Jadi, perkara ini juga akan diteliti bersama spesifikasi yang telah ditetapkan dari semasa ke-semasa, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, saya nak minta izin kepada Puan Yang di-Pertua untuk mengumumkan satu perkara yang penting iaitu Parlimen Pendang ini kawasan pendalaman, baru-baru ini Sekolah Kebangsaan Pendang, sekolah saya jugalah masa saya kecil dulu saya mengaji situ telah memenangi pancaragam seluruh Malaysia, mengalahkan sekolah- sekolah yang besar. Saya nak minta Menteri Pendidikan supaya bagi sedikit sumbangan sebagai tanda kemenangan seluruh Malaysia ini. Jadi, oleh sebab itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ini tak ada kaitan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Ya, ia tak ada kaitan. Cuma itu saya minta izin nak buat pengumuman – menang seluruh Malaysia, mengalahkan sekolah-sekolah besar dalam Malaysia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan. Kalau tak ada soalan, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey baik kepada soalan, terima
kasih. Jadi, Minta Menteri Pendidikan, bagilah sumbangan
sebelum ini duit-duit ibu bapa saja beli alat pancaragam itu. Termasuk duit: saya nak sumbang pun tak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, jangan bazir masa.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang di-Pertua, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey, baik. Terima kasih.
Saya menghargai usaha berterusan pihak kementerian dalam menambah baik prasarana jalan raya termasuk inisiatif penyelenggaraan papan tanda dan lampu jalan. Namun begitu, terdapat keperluan untuk meneliti semula keadaan sebenar di lapangan khususnya jalan-jalan di luar bandar dan juga Jalan-jalan Persekutuan yang menghubungkan kampung tradisi, termasuk kawasan FELDA dan pekan-pekan Kecil. Keadaan papan tanda yang pudar serta lampu jalan yang tidak berfungsi ini memberi kesan yang besar kepada keselamatan.
Justeru itu, sehubungan itu, apakah pendekatan menyeluruh...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan. Terus kepada soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Ini soalannya. Tak apa, bagi peluang dekat saya untuk bertanya.
Sehubungan itu, apakah pendekatan menyeluruh yang sedang dirancang atau sedang dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi memastikan aspek penyelenggaraan infrastruktur asas ini diberikan perhatian secara lebih seimbang bukan hanya tertumpu kepada kawasan bandar dan lebuh raya utama, tetapi juga merangkumi laluan alternatif yang menghubungkan destinasi pelancongan domestik seperti kawasan tanah tinggi, pesisir pantai dan lokasi ekopelancongan di seluruh negara? Sekian, terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Ya, sebenarnya Yang Berhormat, kita di kementerian dan juga di KKR ini dan JKR sentiasa apa — seperti mana telah saya sebut dua kali dalam jawapan tadi, kita sentiasa prihatin akan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat supaya kesemua jalan kita baik Jalan Persekutuan atau jalan bukan Persekutuan di dalam keadaan yang terbaik sebab kalau tidak memang ia boleh meragut nyawa kalau accident berlaku ataupun kemalangan berlaku. Jadi Yang Berhormat, kita memang ada sistem iaitu Jalan Persekutuan disenggarakan dengan menggunakan kaedah
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
lantikan syarikat konsesi. Ya, dari syarikat konsesi ini memang dalam perjanjian itu, memang telitilah apa tanggungjawab mereka ya.
Jadi, saya ingin beri apa maklumat kepada Yang Berhormat, tahun depan akan tamatlah tempoh perjanjian ataupun kontrak syarikat konsesi, beberapa syarikat ya. Jadi, untuk memastikan kerja-kerja mereka ini lebih berkualiti dan sebagainya, untuk mengelakkan yang selalunya dibuat aduan seolah-olah kerja- kerja mereka tidak sempurna, tidak baik, kami letakkan skop baharu. Dicadangkan dalam perjanjian syarikat konsesi yang akan dilantik tahun depan untuk dimasukkan pelantikan auditor luar ya, external auditor ya. Supaya kualiti kerja-kerja yang dikendalikan oleh syarikat konsesi ini lagi adalah, boleh kita harapkan dengan lebih terjaminlah kualitinya dari berbanding dengan sekarang.
Sebab sekarang kita hanya bergantung kepada pegawai jurutera kita di JKR dan saya bukan katakan mereka tidak buat kerja dengan sempurna, tak baik, tapi ada ruang untuk penambahbaikan, untuk kita lebih memastikan kualiti kerja-kerja penyelenggaraan ini lebih baik di masa depan. Sebab itu kita masukkan skop lantikan auditor luar, external auditor membantu kita untuk memastikan kualiti kerja-kerja mereka adalah lebih baik, lebih sempurna untuk kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ha?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya ke soalan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan, kehadiran pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan ‘Tekaan’ Daro dari kawasan Parlimen Igan, Sarawak.
[Tepuk] Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, perancangan jangka panjang kementerian dalam menangani konflik haiwan dan manusia dan menangani peningkatan kes gangguan hidupan liar di Gua Musang.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berbagai tindakan mitigasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) dalam menangani konflik manusia dan hidupan liar di Gua Musang
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
termasuk membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal sepanjang lima kilometer di Kampung Orang Asli Pos Pasir dan Kampung Orang Asli Pos Aring 5 serta memasang sebanyak 45 unit perangkap hidupan liar.
Jabatan PERHILITAN juga telah melaksanakan program komuniti Sistem Pagar Elektrik Gajah sepanjang 1.6 kilometer di Ladang Subong dan kos sebanyak RM50,000. Ini merupakan projek komuniti yang pertama di Kelantan yang memberi manfaat kepada lebih daripada 3,500 penduduk kampung yang tinggal di beberapa kampung sekitar, termasuk Kampung Subong, Kampung Sungai Terah, Kampung Awek, dan Kampung Kundur.
Dari aspek perancangan jangka panjang pula, antara tindakan yang akan diberikan penekanan adalah seperti berikut:
(i) membina lebih banyak Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) agar meningkatkan pengurusan yang menggalakkan penglibatan penduduk kampung dalam Program Komuniti Sistem Pagar Elektrik Gajah;
(ii) meningkatkan pelaksanaan kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik;
(iii) memasang perangkap sekiranya terdapat aduan konflik harimau serta menjalankan rondaan dan pemantauan penguatkuasaan di lokasi konflik;
(iv) meningkatkan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan pemegang taruh yang terlibat dengan pembangunan tanah di habitat hidupan liar serta pengurusan konflik hidupan liar sebagai mitigasi dengan komuniti setempat mengenai pengurusan konflik manusia dan hidupan liar serta mengetengahkan peranan dalam kewujudan bersama;
(v) menggalakkan penternak haiwan membina kurungan ternakan lebih, dengan lebih kukuh dan menguruskan haiwan ternakan dengan lebih sistematik dan bertanggungjawab; dan
(vi) melaksanakan tindakan yang digariskan oleh Malayan Tiger Crisis Action Plan 2021–2030 (MTCAP) dan National Elephant Conservation Action Plan 2023–2030 (NECAP 2.0).
Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas satu jawapan yang cukup panjang lebar dan komprehensif. Cuma, sebagaimana jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
berkenaan dengan sistem pagar elektrik dan sebagainya, kita memahami. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, hakikatnya dari segi geografi, Gua Musang ini lebih separuh daripada negeri Kelantan dan dari segi kuantiti Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu tadi adalah amat kecil kalau nak dibandingkan dengan keluasan.
Cuma, isu yang saya nak highlight kat sini ialah sebelum itu fenomena di mana berlakunya kejadian sekarang ini yang terlalu kerap ialah gangguan gajah. Dan gangguan gajah ini kebiasaannya dia akan pergi kepada kawasan-kawasan di pinggir bandar dan mangsanya adalah di kalangan petani dan juga penduduk di kawasan kampung tradisi.
Jadi, soalan tambahan saya, memandangkan kebanyakan warga ataupun petani yang tinggal di kampung tradisi ini mempunyai tanaman yang tidak seberapa dan juga masalah utama dia tidak mempunyai hak milik tanah. Bila dia datang ke pejabat PERHILITAN ataupun membuat aduan, kementerian memberitahu bahawa pemilik hendaklah mempunyai dokumen yang lengkap. Isunya sekarang banyak berlaku...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, jangan berbahas.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
...Petani yang membuat pampasan, tetapi tidak dapat memenuhi syarat-syarat. Jadi, soalan saya, apakah mekanisme kementerian dalam menentukan pampasan kepada petani, pekebun dan atau individu yang menjadi mangsa dan berapa peratus kah mangsa yang telah membuat aduan ini telah diselesaikan dalam bentuk pampasan? Terima kasih.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Melalui inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) tahun 2024, kementerian telah menyalurkan peruntukan berjumlah nilai RM978,000 melibatkan 246 pemohon. Ini termasuk RM56,251.31 bagi 17 pemohon dari kawasan Parlimen Gua Musang.
Memandangkan trend konflik manusia dan hidupan liar yang semakin meningkat dan terdapat keperluan untuk meneruskan bantuan kepada rakyat yang terjejas, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif BKHT pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Berdasarkan rekod sehingga 30 Julai 2025, sebanyak 188 permohonan telah diproses melibatkan jumlah sebanyak
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
RM908,732.77. Penyaluran bantuan dijangka dapat dibuat pada suku ketiga 2025.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih kepada Menteri — Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah, kalau kita lihat rekod empat tahun yang lalu, hampir 5,000 kes yang dilaporkan atas isu konflik manusia dan haiwan liar. Kalau lihat rekod untuk roadkill sahaja, yang mana hidupan liar yang mati di jalan raya telah pun direkodkan lima, baru-baru ini.
Tahun ini tiga kes, yang kes berlakunya di Jalan Raya Timur Barat, Gerik dan Jeli di negeri Perak.
Saya nak tanya kepada Timbalan Menteri, adakah kementerian akan bercadang untuk satu pembinaan pusat konservasi gajah seperti mana yang kita nampak — lihat di Kuala Gandah, di Pahang untuk melindungi keselamatan haiwan liar dan juga manusia di Gerik, secara khususnya. Terima kasih.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sedang dalam usaha membina santuari gajah di Gerik bagi menangani isu konflik antara manusia dan hidupan liar. Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju untuk memutuskan, untuk pengisytiharan perizaban kawasan seluas 40.47 hektar di Wilayah Batu 11, Jalan Raya Timur Barat, Gerik, Mukim Temenggor, Daerah Hulu Perak bagi tujuan tapak santuari gajah Perak.
Tambahan pula, Jabatan PERHILITAN telah membuat permohonan di bawah permohonan peruntukan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tahun 2026 hingga 2030 dengan anggaran sebanyak RM52.8 juta dan masih dalam pertimbangan Kementerian Ekonomi. Sekian, terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, boleh satu lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Dato' Seri Amirudin bin Shari, Gombak.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang di-Pertua, rumusan daripada BEBAS, Speaker.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan seterusnya adalah, soalan yang ke-5 untuk Menteri MITI.
5. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, status terkini dan perincian National Semiconductor Strategy. Apakah jenis penilaian semula strategi yang telah diambil pasca pimpinan baharu di Amerika Syarikat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.
[Ketawa] Jawapannya, sasaran utama NSS adalah untuk menjana pelaburan domestik dan asing sekurang-kurangnya RM500 bilion, melahirkan sekurang-kurangnya 10 syarikat Malaysia yang akan menjadi gergasi industri dengan pendapatan antara RM1 bilion hinggalah RM4.7 bilion ataupun USD1 bilion dan mengembangkan lebih 100 syarikat yang akan mencapai nilai yang melebihi RM1 bilion.
Kita juga akan melatih 60,000 jurutera berkemahiran tinggi yang akan menjadi tulang belakang inovasi dan juga memperuntukkan RM25 bilion sebagai pelaburan strategik bagi menyokong pelaksanaan wawasan ini. Ini adalah komitmen yang kita beri kepada ― untuk membentuk Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D semikonduktor global yang terkemuka. Inilah sasaran Strategi Semikonduktor Nasional ataupun NSS yang akan mengubah landskap ekonomi negara kita.
NSS yang diumumkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas menyediakan satu kerangka strategik jangka panjang bagi memperkukuhkan ekosistem semikonduktor Malaysia secara menyeluruh. Strategi ini merupakan komitmen kerajaan untuk mengukuhkan rantaian nilai industri semikonduktor di Malaysia sama ada secara vertikal ataupun secara horizontal. Hala tuju ini memastikan penglibatan syarikat-syarikat tempatan diperluas supaya mereka juga dapat menyokong ekosistem industri ini dengan lebih baik, mampu berdaya saing dan juga berdaya tahan.
Pada masa yang sama, kementerian akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti dari luar dan juga dari dalam negeri untuk menawarkan teknologi tinggi untuk industri ini di Malaysia. Strategi ini dibangunkan berdasarkan pendekatan tiga fasa iaitu fasa pertama, yang memberi tumpuan kepada pembinaan asas dan daya tarikan pelaburan. Diikuti fasa kedua, yang menumpukan kepada pembangunan teknologi dan inovasi tempatan. Dan fasa ketiga, yang menyasarkan kepimpinan serantau dan global Malaysia dalam bidang reka bentuk dan pengeluaran cip canggih.
Dalam tempoh hanya setahun NSS dilancarkan, kita telah menyaksikan pencapaian yang memberangsangkan. Pertama, dari segi pelaburan. Malaysia telah menarik pelaburan bernilai RM63 bilion dalam tempoh Januari 2024 hingga Mac 2025 yang merangkumi sektor reka bentuk litar bersepadu (IC design), fabrikasi
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
wafer, pembungkusan cip termaju, pembuatan mesin dan peralatan semikonduktor serta bahan kimia kritikal.
Kedua, di bawah teras hab R&D, pelbagai inisiatif sedang di - giat dilaksanakan, termasuk Program MYChipStart, penubuhan konsortium R&D pembungkusan termaju dan juga pembangunan institut penyelidikan pembungkusan termaju.
Ketiga, dalam aspek pembangunan bakat. Lebih 13,000 pekerja berkemahiran tinggi telah dilatih melalui inisiatif yang diterajui oleh CREST dan TalentCorp, merangkumi latihan dalam mereka cip, kejuruteraan fabrikasi dan automasi.
Keempat, teras pertumbuhan syarikat tempatan memberi fokus kepada pembangunan syarikat-syarikat berpotensi tinggi. Kita dah identify 13 syarikat tempatan.
Yang kelima, dari segi sokongan fiskal. Pelbagai instrumen pembiayaan telah disediakan, termasuk dana pelaburan oleh kumpulan GLIC berjumlah RM1.5 bilion serta kemudahan pinjaman mudah oleh Bank Negara Malaysia melebihi RM600 juta untuk modal syarikat-syarikat tempatan.
Berhubung dengan perubahan kepimpinan di Amerika Syarikat dan ketidaktentuan hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, kerajaan telah mengambil pendekatan proaktif dalam penilaian dan penyesuaian semula pelaksanaan NSS bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang relevan dan strategik. Jadi, antara penyesuaian yang dilaksanakan ialah, untuk kita memastikan – kita teruskan sebagai negara berkecuali dan stabil dalam rantaian bekalan global. Ini mengurangkan risiko geopolitik kepada pelabur.
Kita juga memberi fokus kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi seperti IC design, fabrikasi dan sebagainya. Dalam masa yang sama, kerajaan komited untuk mempergiatkan pembangunan keupayaan tempatan juga melalui pelaburan dan dalam infrastruktur, bakat dan penyelidikan serta inovasi teknologi tinggi.
Kesimpulannya, Strategi Semikonduktor Nasional dan penyesuaian strategik yang dilaksanakan oleh kerajaan mencerminkan komitmen yang tinggi dan memastikan kita terus muncul sebagai peneraju dalam sektor teknologi semikonduktor di peringkat serantau dan juga global. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Soalan tambahan. Terima kasih Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Soalan saya, sudah pasti berasaskan kepada beberapa dasar seperti pengenalan tarif dan sebagainya. Justeru, adakah kita masih lagi berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai cita-cita NSS iaitu
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
antaranya untuk mendapatkan nilaian advance packaging dan juga penubuhan syarikat yang bernilai 1 bilion?
Langkah-langkah yang disebut oleh sebentar — oleh Yang Berhormat sebentar tadi merupakan langkah-langkah awalan. Apakah langkah-langkah spesifik, terutamanya supaya kita dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan? Dan adakah dasar-dasar seperti polisi tarif telah memberikan kesan terhadap sasaran tersebut?
Soalan kedua, berkenaan dengan sasaran untuk mendapatkan atau melatih keupayaan hingga 60,000 jurutera. Bagaimana koordinasi yang dibuat atau dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri? Antaranya di negeri Selangor, kita ada Advanced Semiconductor Academy di bawah Sidec dan di negeri- negeri lain saya percaya turut ada peranan-peranan itu.
Justeru, bagaimana pelaksanaan dan pemantauan dilaksanakan supaya latihan-latihan itu menepati kepada sasaran yang telah ditetapkan, kemahiran ikhtisas yang diperlukan serta mampu untuk dipasarkan kepada syarikat-syarikat pemula ataupun syarikat-syarikat yang telah bertapak dalam bidang semikonduktor?
Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat. Kita MITI sentiasa mengiktiraf dan menyokong inisiatif pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor sebagai pelengkap kepada agenda nasional dalam memperkukuh ekosistem semikonduktor negara.
Antara contoh terbaik ialah usaha yang diterajui oleh Sidec Selangor melalui penubuhan Akademi Semikonduktor termaju Malaysia dan juga pelaksanaan program pertukaran semikonduktor global. Inisiatif seperti ini akan diselaraskan ya, serta diintegrasikan secara strategik ke dalam kerangka pembangunan bakat ini di bawah Pelan Strategik Semikonduktor Nasional, khususnya dalam teras pembangunan modal insan yang menjadi tunjang kepada pertumbuhan industri semikonduktor.
Dalam konteks ini, MITI akan terus memperkukuh semua inisiatif negeri yang selari dengan aspirasi nasional dan memberi ruang yang kondusif untuk pelaksanaannya di bawah payung NSS. Jadi, Kerajaan Negeri Selangor digalakkan untuk menjalinkan kerjasama dengan program-program pembangunan bakat sedia ada di peringkat nasional. Kita ada Engineering Talent for Semiconductor Industry.
Ini di bawah kerjasama CREST, HRD Corp dan juga MPC. Akademi Dalam Industri kita ada ― Khazanah pun ada program, Program K-Youth. Pelbagai program pembangunan bakat di bawah TalentCorp juga.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Dan pendekatan ini adalah selari dengan matlamat nasional untuk menangani juga kekurangan jurutera dan profesional berkemahiran tinggi dalam keseluruhan rantai nilai semikonduktor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat, MITI juga komited untuk membina ekosistem yang lebih kolaboratif dan juga inklusif yang melibatkan kerajaan-kerajaan negeri, industri dan juga institusi pendidikan tinggi. Ini bagi memastikan pembangunan bakat dalam sektor semikonduktor ini dilaksanakan secara mampan dan juga bersifat jangka panjang. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
*Bismillahirrahmanirrahim.
[Membaca doa]*
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Soalan berikutnya, saya percaya di sebelah kiri. Dipersilakan, Yang Berhormat.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan, Dato’ Yang di-Pertua. Satu kajian tempoh 2014–2024 menunjukkan bahawa Malaysia berusaha untuk meningkatkan nilai semikonduktor.
Namun, sejak 50 tahun, Malaysia tidak bergerak maju ke tahap nilai — segmen nilai tinggi dan dalam front end semiconductor industry seperti sistem reka bentuk, integrated circuit publications, pembangunan peralatan, reka bentuk elektronik dan sebagainya. Salah satu sebab utamanya ialah tiada technically competent leadership yang jelas di peringkat nasional. Tidak seperti Taiwan yang ada Industrial Technology Research Institute ataupun ITRI. Hasil atau kesannya ialah peratus net export tidak banyak berubah. Ia menunjukkan nilai tempatan yang rendah. Net export bermaksud eksport tolak import. Umpamanya, dari tahun 2014–2024, ia kekal pada tahap antara 24 bilion ke- 38 bilion. 2023, kita dapat 38 bilion net, tetapi 2024 turun balik kepada 24 bilion.
Soalannya ialah, apakah langkah konkrit kerajaan khususnya dalam NSS untuk menangani isu yang disebutkan tadi dan organisasi manakah yang akan mengemudi atau mengetuai NSS.
Dalam — Keduanya, dalam pelancaran NSS telah diperuntukkan RM25 bilion untuk menjayakan program ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalannya ialah, setakat ini berapakah jumlah yang diterima, berapakah jumlah yang dibelanja dan untuk apa, dan dari manakah peruntukan itu diterima. Terima kasih, Dato’, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Mengenai soalan — yang tiga soalan tadi. Soalan pertama mengenai kita nak meningkatkan nilai kita dari segi semikonduktor.
Benar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu. Kita perlu move up the value chain-lah. Ya, rantaian bekalan kita, kita perlu naikkan dari apa yang kita telah buat selama ini bermula dari tahun 70-an. Dalam sektor semikonduktor ini, memang memberi fokus kepada back end-lah, test — ada *assembly and testing.
So,* dalam NSS ini, kita nak menganjak ke hadapan untuk memperkukuhkan lagi sektor ini dengan menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat antarabangsa yang ingin melabur ke Malaysia dalam tiga, tiga segmen. Satu, yang disebut tadi, IT design. Keduanya, dalam wafer fabrication dan ketiganya, dalam advanced packaging. So, these — ketiga-tiga sektor ini memerlukan sokongan yang kuat, bukan sahaja daripada pelabur-pelabur asing ataupun tempatan, tetapi juga dari segi polisi dan juga sokongan fiskal.
Dan oleh itu, yang disebut tadi ialah soalan ketiga, yang mengenai RM25 bilion itu. Dalam RM25 bilion itu, memanglah peruntukan itu bukan sahaja untuk satu tahun. Hinggalah ke tahun 2030. Saya baru sebut tadi, contohnya GLIC telah memperuntukkan RM1.5 bilion. Mereka pun telah belanja RM900 juta untuk membantu syarikat-syarikat tempatan dan pada masa yang sama, baru-baru ini, kita telah melatih lebih kurang 15,000 engineers dan juga jurutera, bersama-sama dengan di antara CREST dan juga TalentCorp, dan ini menggunakan dana daripada TalentCorp juga.
Pada masa yang sama, dari segi bantuan-bantuan yang lain, bantuan fiskal adalah dari segi pinjaman dan kita masih lagi menilai. Dalam NSS yang baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, kita sedang menilai untuk melabur dalam industri-industri tempatan kerana kita ada geran juga pada masa ini untuk membantu dalam sektor R&D untuk industri-industri tempatan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Jadi, Yang Berhormat Kubang Pasu, memang kita memang perlu. We have to move up the value chain untuk mempertingkatkan daya saing negara juga dan dalam sektor semikonduktor ini, dan daripada test and assembly kepada yang disebut tadilah, IC design dan juga advanced packaging dan wafer fabrication.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Mempersilakan, Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan Ampang nombor 6.
6. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, inisiatif dan insentif khusus secara terperinci untuk membantu dan menyokong atlet profesional bebas yang telah mengharumkan nama Malaysia sejak kebelakangan ini di persada antarabangsa dalam sukan seperti triathlon, crossfit, hyrox dan pelbagai bentuk e-sukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan ini, kementerian sentiasa komited dan menyokong atlet profesional yang bebas yang telah berjaya membawa nama Malaysia di dalam bidang sukan terutama di peringkat antarabangsa.
Soalan spesifik Yang Berhormat Ampang, inisiatif dan insentif yang telah ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Jawapannya ada enam. Satu adalah, melalui pewartaan. Sukan tersebut mesti didaftarkan dulu dan diwartakan dalam Akta Pembangunan Sukan.
Yang keduanya adalah, melalui pelepasan cukai. Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelepasan cukai untuk sukan kategori khas, untuk latihan sukan dan ini membolehkan atlet-atlet profesional untuk menggunakan kategori pelepasan cukai ini, khasnya untuk latihan mereka dan pembelian peralatan sukan. Kalau mereka nak masuk tournament, yuran tersebut juga boleh gunakan pelepasan cukai tersebut.
Yang ketiganya adalah, melalui peruntukan. Keempat, pengiktirafan. Kelima, penganjuran kejohanan. Saya bagi contoh, untuk kejohanan Masters bagi atlet yang berumur 40 tahun ke atas.
Yang Berhormat, selalunya atlet profesional bebas, mereka merupakan atlet yang tidak terikat dengan mana-mana program pembangunan ataupun program yang ditawarkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan. Selalunya, ini adalah untuk
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
atlet-atlet muda. Jadi, melalui penganjuran kejohanan Masters, sukan warga emas yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, ini memberikan platform untuk atlet-atlet profesional kita untuk bertanding dan untuk mereka tahu prestasi mereka sendiri.
Yang keenamnya adalah, melalui partnership dengan pihak swasta seperti Malaysia Aviation Group (MAS). Kita jalinkan kerjasama dengan MAS untuk memberikan inisiatif kepada industri sukan melalui portal MHsports mereka dan mereka memberikan kelayakan diskaun 30 peratus bagi tiket penerbangan dan jumlah jualan yang telah direkodkan setakat ini, melebihi tiga juta dan mempunyai lebih kurang 8,350 transaksi.
Jadi, untuk peruntukan pula, seperti yang saya telah nyatakan, kementerian menyediakan geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) sebagai bantuan kewangan kepada badan sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 untuk menganjurkan program dan aktiviti sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, tetapi bermula tahun lepas Yang Berhormat, permohonan KWASN ini, kita telah buka untuk atlet individu ataupun atlet berpasukan yang tidak bernaung di bawah kelab ataupun persatuan sukan untuk menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa di luar negara. Selagi kejohanan itu mempunyai ranking dunia, mereka boleh mohon.
Jadi, tak boleh mohon untuk friendly match ataupun pertandingan- pertandingan yang tiada ranking. Sejak tahun lepas sehingga bulan Jun tahun ini, sebanyak RM860,000 telah diberikan kepada 73 orang atlet individu ataupun berpasukan melalui geran KWASN ini.
Untuk pengiktirafan pula Yang Berhormat, kementerian melalui Majlis Sukan Negara telah melaksanakan Anugerah Khas Anugerah Sukan Negara yang merupakan anugerah dan pengiktirafan dikurniakan kepada individu, pasukan, persatuan sukan atau mana-mana pertubuhan yang mencapai prestasi cemerlang dalam arena sukan antarabangsa.
Antara atlet profesional yang telah menerima Anugerah Khas ASN ini ialah Soh Wai Ching, merupakan pelari menara (towerrunner) yang mencapai kejayaan hebat dalam sukan larian menara atau towerrunning di seluruh dunia. Beliau juga telah diberi pengiktirafan ini dalam Anugerah Sukan Negara Tahun 2022. Untuk Qabil Irfan Azlan, seorang pelumba cilik dalam sukan permotoran juga telah menerima pengiktirafan Anugerah Sukan Negara Tahun 2023. Pasukan Selangor, Red Giants untuk e-sukan juga telah diberi pengiktirafan yang sama dalam Anugerah Sukan Negara Tahun 2024.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Jadi setakat itu, saya percaya jawapan ini menyeluruh untuk tujuan soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Ampang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih. Tahniah kepada Menteri yang telah pun menjawab lebih, orang kata, begitu kondusif dan insentif- insentif yang telah pun dinyatakan. Walau bagaimanapun, Ampang ingin menambah.
Apakah dengan tidak menyertai program sepertinya rasmi macam Podium, program pelapis negara juga, mereka layak untuk menerima insentif yang disebutkan oleh Menteri?
Dan seterusnya, Ampang ingin bertanya, apakah KBS telah menggariskan pelan tindakan strategik untuk membangunkan sukan baharu, Yang di-Pertua?
Sebab sukan ini termasuk sukan profesional bebas ini nampak agak, sekarang ini agak menonjol. Lebih-lebih lagi sukan yang berbentuk e-sukan. Jadi, apakah ada satu pelan tindakan dan apakah sebarang perancangan untuk mentransformasikan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kepada sukan-sukan ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Banyak soalan dalam soalan tambahan tersebut, tetapi seperti yang saya telah jawab, untuk sukan-sukan baharu, pelan strategik untuk kita laksanakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, yang pertamanya adalah, pewartaan. Sukan baharu itu mesti didaftarkan terlebih dahulu. Dan untuk pendaftaran sukan baharu ini, saya nak kongsikan, selalunya melalui senarai lengkap aktiviti sukan di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 dan diperjelaskan melalui Pekeliling Pesuruhjaya Sukan.
Setakat ini, dua pindaan telah dilakukan sejak tahun 2023 dan ― saya bagi satu contoh. Untuk Los Angeles 2028 Olimpic, mereka telah mengumumkan flag football, dan flag football ini akan dipertandingkan 2028. Apa yang KBS telah laksanakan adalah untuk mengeluarkan pekeliling ini dan masukkan flag football bawah kategori bola sepak dan tertakluk kepada permohonan dan permintaan penggiat sukan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kalau kita daftarkan tanpa persatuan, tidak ada gunanya kerana sukan baharu ini mesti kriterianya mempunyai peraturan ataupun undang-undang permainan dan sukan yang jelas.
Yang keduanya, prestasi pembangunan sukan yang tersebut dalam jangka masa panjang. Jadi, persatuan sukan memainkan peranan penting untuk pelan perancangan pembangunan sukan ini. Yang ketiganya, penyertaan di peringkat akar umbi. Dan keempat, penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.
Jadi, saya nak bagi contoh, Yang Berhormat, untuk dua sukan baharu. Satu, sukan baharu pickleball telah diwartakan, didaftarkan oleh KBS. Dan pada tahun 2024, kementerian melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memperuntukkan sebanyak RM225,000 untuk pelaksanaan program pengenalan sukan baharu di 15 negeri ataupun wilayah. Yang keduanya, contoh, untuk program pengenalan sukan baharu flag football, 225,000 di 15 negeri dan wilayah.
Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat semua, anda boleh juga bekerja dengan Jabatan Belia dan Sukan negeri masing-masing untuk wujudkan program pengenalan sukan baharu kepada komuniti supaya mereka belajar sukan-sukan baharu dan ada banyak sukan, ada 103 jenis sukan sekarang yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tua dan muda. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebagai refreshing memory-lah, Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri lihat Peraturan 24(3), dalam jawapan lisan, sebelah yang bertanya walaupun dia letak tiga, empat soalan, Yang Berhormat boleh
tolak, tapi kalau Yang Berhormat nak jawab, you take
it is up to you. Ini saya punya petualah.
Baik. Kita ke soalan tambahan berikut. Silakan, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan belah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat perkembangan masa hari ini, kita lihat trend atlet-atlet negara ini memilih untuk menjadi atlet profesional dan meninggalkan badan-badan sukan oleh kerana terdapat penajaan yang lumayan.
Soalan saya kepada Kementerian KBS ini, adakah pihak kementerian telah mewujudkan garis panduan ataupun sistem pemantauan untuk memastikan pihak penaja ini tidak meninggalkan atlet yang memilih untuk menjadi atlet profesional
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
untuk memastikan mereka tidak ditinggalkan kalau mereka tidak dapat ranking dunia.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Saya percaya Yang Berhormat merujuk kepada sukan badminton. Trend semasa adalah, ramai atlet yang mempertimbangkan untuk keluar daripada — dijaga oleh persatuan sukan kebangsaan.
Sebenarnya, pendirian Kementerian Belia dan Sukan untuk sukan-sukan utama seperti ini adalah, kita tidak menggalakkan mereka keluar secara profesional.
Kerana, saya bagi contoh untuk badminton khasnya, salah satu sukan utama Malaysia, kerajaan menyediakan banyak infrastruktur sokongan untuk membantu atlet-atlet yang bernaung di bawah BAM. Saya bagi contoh. Kalau mereka bernaung di bawah persatuan sukan kebangsaan, kerajaan melalui insentif peruntukan untuk Podium, kemudiannya kalau mereka layak masuk Road To Gold, banyak lagi infrastruktur top-up yang kita sediakan.
Untuk penajaan daripada pihak swasta di luar sana, tidak semestinya semua atlet profesional akan mampu mencari dana untuk tahun-tahun berikutnya kalau ranking mereka menurun. Dan apabila mereka tidak bernaung di bawah persatuan sukan kebangsaan seperti BAM, yang saya risau sekarang adalah, kekurangan sparring partner.
Di luar sana, mereka tidak dapat berlatih dengan kawan-kawan sebaya ataupun ranking yang hampir sama, tetapi di bawah penaungan BAM, saya bagi contoh untuk Road To Gold, kita bagi sparring partner untuk pastikan mereka terus bersaing dengan atlet-atlet yang setaraf standard mereka. Yang itu penting. Dan melalui Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negara, kita bantu gaji-gaji jurulatih ini, kita dapatkan jurulatih yang berpengalaman untuk masuk dan berikan mereka latihan.
Jadi, menjawab soalan tersebut, Kementerian Belia dan Sukan, kita tidak menggalakkan, khasnya untuk sukan-sukan utama, tetapi banyak — kita ada 103 jenis sukan dan kita ada sukan berprestasi tinggi, kita ada sukan rekreasi.
Kementerian dan kerajaan tidak mampu menjaga semua dan memberikan peruntukan dan sokongan yang sama kepada semua kerana kita kena lihat juga populariti sukan tersebut dengan rakyat Malaysia. Jadi, itu antara cabaran yang kita ada dengan bajet yang terhad. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-7. Mempersilakan Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 7.
7. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, sejauh mana kementerian bersedia menangani kesan berganda terhadap peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan kenaikan tarif elektrik baharu mulai 1 Julai 2025 serta jaminan bahawa Ops Kesan 4.0 bukan sekadar langkah kosmetik dalam membendung kenaikan harga dan pencatutan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dungun di atas soalan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Dungun bersekali dengan soalan Yang Berhormat Sri Aman pada hari ini, iaitu pada nombor aturan 26 kerana keduanya menyentuh isu yang sama.
Untuk makluman Yang Berhormat Dungun, secara asasnya, dasar peluasan SST tidak terpakai kepada barangan keperluan asas ya, di mana barang keperluan asas ini adalah kosong peratus SST. Namun begitu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri mengambil berat terhadap kesan peluasan SST ini yang mungkin berlaku di sepanjang rantaian bekalan.
Oleh kerana itu, KPDN telah pun melaksanakan penguatkuasaan termasuklah Ops Kesan 4.0, ya. Ops Kesan 4.0 ini adalah khusus untuk perluasan SST di mana Ops Kesan ini bukannya sesuatu yang — ia nya bermula pada satu hari bulan tujuh 2025. Dan saya nak maklumkan bahawa Ops Kesan ini bukan sekadar kosmetik kerana Ops Kesan juga telah kita lakukan sebelum ini. Ops Kesan 1.0, contohnya, apabila ada penambahan cukai perkhidmatan pada 1: 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024. Ops Kesan 2.0 apabila berlaku penyasaran subsidi diesel pada 8.6.2024 hingga 23.9.2024.
Kemudian, Ops Kesan 3.0 dilakukan pada 1.10.2024 hingga 30.6.2025. Ini ialah untuk melihat kepada kemungkinan kenaikan harga barang sempena pelarasan gaji penjawat awam. Maka, dengan perluasan SST ini, KPDN melaksanakan Ops Kesan 4.0. Jadi, bukan kosmetik ya, Yang Berhormat. Dan kita ada ops-ops yang lain seperti Ops Tiris, Ops Gasak dan sebagainya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Jadi Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin maklumkan bahawa KPDN mengambil data asas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Kita ada data asas ataupun base data yang kita gunakan sebagai panduan dan rujukan, di mana daripada situ KPDN boleh mengenal pasti sama ada kenaikan:
contoh, saya bagi contoh yang amat relevan apabila berlaku pada 1 November 2023, penarikan subsidi ayam.
Daripada itu kita mula mengawal harga ayam setiap hari sehingga sekarang Yang Berhormat Dungun. Setiap hari, harga ayam itu dipantau dan kita boleh tahu sama ada kenaikan yang mendadak berkenaan dengan harga tersebut. Jadi, ini maksudnya kita ada base data, di mana kita jadikan rujukan.
Dan dengan ini apabila ada kenaikan yang tidak wajar berlaku, maka mudah bagi KPDN untuk mengambil tindakan dan mengenakan hukuman. Jadi, hukuman ini kita tidak akan kompromi, di mana sekiranya ada individu yang membuat kesalahan akan dihukum RM100,000 ataupun tiga tahun penjara atau keduanya sekali dan sekiranya syarikat yang melakukannya, kita akan kenakan tindakan RM500,000. Jadi, setakat itu terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Cuma saya nak ingatkan bahawa salah satu daripada tanggungjawab KPDN ini bukan sahaja melibatkan perniagaan yang melibatkan soal yang berkait dengan nama kepada Kementerian Kos Sara Hidup.
Jadi, apakah terma rujukan tanggungjawab di bawah kementerian ini atas nama kos sara hidup itu? Itu yang pertama.
Yang kedua ialah kalau kita melihat kepada peningkatan kos sara hidup rakyat, ia banyak melibatkan segmen — di antaranya berkait dengan F&B: food and beverages. Jadi, yang ada juga peningkatan dari segi kos kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Jadi, saya pohon supaya kalau boleh dikeluarkan satu saja daripada kos- kos sara hidup yang tinggi ini, umpamanya berkait dengan soal makanan dan minuman supaya sekurang-kurangnya rakyat dapat untuk meletakkan makanan dan minuman di atas meja. Ini perkara yang sangat penting. Jadi, saya pohon penjelasan daripada maksud terma rujukan kerja dan tanggungjawab kos sara hidup. Terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya kira kita baru saja diberi peringatan daripada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan soalan. Ada beberapa soalan dalam satu soalan tambahan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya kira terma rujukan kos sara hidup itu soalan yang berbeza daripada soalan asal. Jadi, mungkin kita boleh beri apa, berjumpa lah, berbincang ataupun Yang Berhormat boleh ajukan di waktu ketika yang lain.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Berkenaan dengan kos sara hidup ini betul, dia memang salah satu daripadanya ialah kemungkinan peluasan SST itu ada kesan kepada harga makanan dan minuman yang amat-amat diambil berat oleh Yang Berhormat Dungun. Saya fokuskan kepada itu, kemungkinan perluasan SST ada kesan kepada makanan dan minuman yang menjadi keperluan asas orang ramai.
Jadi, inilah jawapan saya tadi, Ops Kesan itu ialah untuk melihat kepada kenaikan harga barang yang melibatkan keperluan asas dan juga barang kawalan.
Jadi, keperluan asas ini termasuklah makanan dan minuman Yang Berhormat. Jadi, saya harap telah menjawab dan saya minta maaf kalau sekiranya soalan yang ditanya yang lain itu tidak ada kena mengena dengan soalan asal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik sebelum saya memberi ruang untuk soalan tambahan, Yang Berhormat Pasir Puteh
untuk ucapan laluan. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dalam kesempatan ini, saya nak merakamkan ucapan selamat datang kepada pelajar-pelajar dan guru-guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bekok Segamat Johor yang diketuai oleh Ustaz Harun bin Mamat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, soalan tambahan sebelah kanan. Silakan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Speaker. Banyak naratif diberikan seolah-olahnya kenaikan harga barang ini menaikkan membebankan rakyat, soalan ini seolah-olahnya SST dan juga tarif elektrik ini membebankan rakyat, tetapi kalau kita lihat, umpamanya dari segi inflasi kita 1.8, 2024 pasar raya penuh, jalan raya jammed, kedai-kedai makan semua penuh.
Soalannya, apakah benar sebenarnya kenaikan-kenaikan ini membebankan rakyat sedangkan kita lihat apa yang berlaku itu sebaliknya. Soalan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya – Pulai, terima kasih. Saya ingin menjawab Pulai, ini soalan Pulai ini dia very subjective ya Pulai ya, very subjective.
Betul pengamatan Yang Berhormat Pulai itu, bila pergi ke shopping mall memang
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
penuh, bila pergi ke restoran memang penuh, tapi di masa yang sama, ada juga ahli dalam masyarakat yang merasakan susah nak hidup, ya dia very subjective.
Cuma satu Yang Berhormat Speaker, sebelum ini rakyat bising berkenaan tak ada beras tempatan. Ya, bising betul-betul seolah-olah kerajaan gagal menyediakan beras tempatan, tapi Yang Berhormat, apabila beras tempatan itu penuh dekat pasar raya, tak laku Yang Berhormat. Jualan RAHMAH pun tak laku beras tempatan. Jadi, naratif mungkin yang dibangkitkan oleh Pulai itu ada kebenarannya. Mungkin dibuat ataupun mungkin ada sedikit kebenarannya.
Jadi, itulah kalau daripada andaian kami, daripada pengamatan kami, ini yang berlaku, Yang Berhormat. Mungkin kadang-kadang diuar-uarkan, dilebih- lebihkan, tapi tidak dinafikan, memang ada yang terkesan. Sebab itu kita buat Jualan RAHMAH dan mereka sanggup beratur panjang untuk Jualan RAHMAH kerana mereka dapat diskaun yang baik di situ. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat, untuk soalan yang terakhir untuk sesi jawapan lisan, saya mempersilakan Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
*Selamat Hari Pahlawan; Soalan Betong nombor 8...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.
8. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Kesihatan menyatakan, langkah yang sedang dan akan diambil untuk mengurangkan ketidakseimbangan agihan sumber manusia kesihatan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak khususnya berkaitan penempatan pakar, doktor dan jururawat.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Betong.
Assalamualaikum, salam MADANI.
Ya, saya amat insaf dan sedar akan wujudnya ketidakseimbangan agihan sumber manusia terkait penempatan pakar, doktor dan jururawat antara Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Apa pun, ia menunjukkan sedikit penambahbaikan beberapa tahun yang lalu, tapi masih lagi tidak – saya tidak puas hati dengan nisbah doktor dan juga jururawat, tak perlu saya perdetilkan. Apa pun, dalam penentuan jawatan dan peruntukan kakitangan dan jumlahnya, ia terkait dengan matriks atau ukuran yang diistilahkan
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
sebagai norma, the norms, dan juga outfit fasiliti-fasiliti tersebut, yang terlainnya, ya, sehubungan dengan kedatangan pesakit, bilangan katil, jenis kepakaran dan juga bilangan workstation kalau dalam pergigian dan sebagainya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi mengambil langkah yang agak serius dalam hal ini, mutakhir yang saya telah lakukan adalah dalam e-placement 2.0, satu sistem yang kami bangunkan mutakhir adalah untuk kita mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang dilantik tetap, yang telah dilantik tetap untuk memilih sekurang-kurangnya satu daripada tiga penempatan di Sabah dan juga di Sarawak menerusi pilihan opsyen yang ada, at least one yang tidak pernah dilakukan sebelum daripada ini. Mewajibkan satu daripada tiga itu mesti diletakkan pilihan opsyen Sabah dan Sarawak.
Keduanya, menetapkan kuota. Ini pun tidak pernah dilakukan. Menetapkan kuota penempatan pegawai perubatan lantikan tetap sebanyak 650 di Sarawak dan 310 di Sabah. Menerusi – sekali lagi dalam sistem e-placement itu, maka jumlah kuota penempatan ini, untuk pengetahuan Ahli Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah, setinggi meliputi 42.7 peratus daripada keseluruhan baru-baru ini yang jumlahnya adalah, 2,248 seluruhnya penempatan MO ataupun Medical Officer, Pegawai Perubatan itu.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ketiga Dato’ Yang di-Pertua adalah, menempatkan Pegawai-pegawai Perubatan kontrak ya sebagai menampung keperluan tambahan. Ya, ini kita lakukan di fasiliti-fasiliti KKM di Sabah dan Sarawak, dan sehingga 31 Mac 2025, seramai 1,002 pegawai perubatan kontrak telah ditempatkan di Sabah manakala 937 pegawai ditempatkan di Sarawak. Itu langkah ketiganya.
Keempatnya, adalah untuk kami, untuk saya menyokong sepenuhnya inisiatif kerajaan negeri menawarkan pemberian biasiswa kepada anak-anak negeri melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan kesihatan di institusi pengajian tinggi ya, yang mengambil contoh adalah, Kerajaan Sarawak contohnya.
Kelima, menetapkan sedikit kredit atau pun merit ya, bagi permohonan untuk kemudahan cuti belajar ya, dengan penajaan biasiswa sebanyak lima hingga sepuluh peratus kepada calon yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak, ya, terutamanya penempatan di kawasan pedalaman, Dato’ Yang di-Pertua. Ya, merit ini dijadikan satu weightage, satu pemberat tambahan dalam skala pemarkahan calon untuk mendapatkan biasiswa ini.
Seterusnya adalah untuk meneruskan sesi libat urus dengan agensi pusat bagi pertambahan dan pengisian jawatan di fasiliti-fasiliti baharu. Contohnya di
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
apanya, di Pusat Kanser Sarawak, Pusat Jantung Sabah ya dan pusat pakar pergigian di Sabah dan seterusnya yang lain ya.
Sementara itu, ada juga kita meneruskan pemberian ini bukan baharu, tapi meneruskan pemberian insentif kepada petugas kesihatan yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak, antaranya bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan ya antara RM500 hingga RM1,500, bayaran insentif penempatan pakar perubatan dan pakar pergigian ya, ini pun juga adalah yang telah pun berlangsung, bukan usaha yang baharu adalah, kita meneruskannya juga begitu juga bayaran insentif wilayah ya, antara RM2,000 — maaf, RM270 hingga hampir RM1,000 sebulan bagi petugas kesihatan di Sabah dan Sarawak.
Begitu juga kami berikan keutamaan dalam latihan yang diistilahkan sebagai SWE ya. Latihan yang dikatakan latihan supervised work experience bagi pakar- pakar yang baru mendapat enam bulan latihan itu, kita berikan keutamaan di negeri Sabah dan Sarawak. Itu adalah antara langkah-langkah yang saya telah ambil untuk sedikit mengurangkan ketidaksimbangan ini, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Betong, soalan tambahan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri di atas, kepada jawapan yang komprehensif diberi tadi. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, negara kita kehilangan ramai pakar perubatan, terutamanya doktor muda yang memilih untuk bekerja di luar negara yang kita istilahkan sebagai penghijrahan cendekiawan ataupun brain drain dengan izin, atas faktor-faktor seperti gaji.
Jadi, soalan tambahan saya, apakah strategi kementerian bagi kita meningkatkan kadar kekal ataupun retention rate pegawai perubatan dalam sektor awam melalui ganjaran ke? Ataupun pembangunan kerjaya ataupun insentif khas?
Dan sehubungan dengan itu, apakah pandangan menteri sekiranya kerajaan negeri boleh memberikan insentif kepada para-para doktor untuk berkhidmat di negeri mereka? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Soalan yang sangat baik. Saya berdepan dengan cabaran yang kita istilahkan sebagai attrition ataupun pakar-pakar dan juga kakitangan kesihatan yang lain yang meninggalkan perkhidmatan awam ya, Dato’ Yang di-Pertua. Antara langkahnya adalah pada saya untuk mengangkat moral kakitangan KKM ini antara lainnya dengan segera ya, menyerapkan contract workers ya ataupun maaf, doktor
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
kontrak. Yang kalau saya perlu sebutkan, ya, satu komitmen kerajaan hari ini khasnya, bukan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri komited untuk dalam tempoh tiga tahun sebenarnya telah menawarkan dan menyerap lebih daripada 13,552 pegawai perubatan kontrak menjadi tetap.
Itu satu yang sangat mustahak saya kira ya untuk mengangkat ya, we need to have mereka diberikan digniti dan maruah bukan bekerja secara kontrak, tetapi untuk terus tetap — jadi, kita angkat mereka sebagai doktor perkhidmatan tetap dan juga begitu saya menyelesaikan ya, masalah kemelut pengajian kepakaran mereka dengan kejayaan kita untuk meminda Akta Perubatan 50 baru-baru ini untuk parallel pathway dan juga sarjana perubatan. Itu juga memberikan suntikan semangat untuk mereka ya, tetapi yang mustahaknya adalah untuk saya teruskan ya, usaha untuk kita menamatkan ya, ataupun mengembalikan, ya, mengembalikan kontrak ataupun for service itu.
Maaf, mengembalikan tidak lagi menggunakan secara kontrak tapi terus tetap, tapi ini sedikit memerlukan waktu dan kerana apa, kita mula dulu kerana itu adalah, satu gerakan masa itu, 2016, tapi dalam keadaan kita kekurangan kakitangan perubatan dan pakar khususnya kita mahu — saya mahu perkara ini segera untuk ditangani kerana dahulu dijanjikan sebagai interim, tapi interim itu perlu ada tarikh noktahnya, tarikh tamatnya.
Jadi, saya memerhatikan perkara ini sebagai satu usaha polisi yang saya perlu berbincangkan dengan bersama-sama dengan rakan-rakan KPT dan juga HPA, maaf, dan juga JPA. Itu satu langkah yang mustahak untuk saya berikan, ya, saya berikan tumpuan. Antara lainnya adalah juga usaha untuk kita untuk memberi, membayar remuneration yang baik. Saya rasa cukup sekadar itu, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih sekali lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Saya ingat – terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya perhatikan, yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, memang banyak insentif-insentif yang ditawarkan. Namun, apa yang membimbangkan saya ialah, susulan daripada rayuan, daripada 600 pegawai perubatan Sabah dan Sarawak untuk pohon pindah ke Semenanjung.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang kedua, daripada 650 jawatan yang Menteri jawab tadi, yang ditawarkan, hanya tujuh orang pegawai sahaja yang nak kekal di Sabah, Sarawak. Apa komen Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Itu satu soalan yang baik ya.
Namun, inilah dia cabaran bagi saya ya, untuk memberikan insentif yang secukupnya. Saya perlu juga menyebutkan bahawa ada di kalangan pakar-pakar dan juga pegawai-pegawai perubatan yang dulunya tidak mahu ya, untuk bertugas di Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini saya dalam lawatan biasa yang saya buat ya, sama ada di Sabah atau Sarawak contohnya di Hospital Mesra baru-baru ini. Saya mendapati beberapa pakar, ya, yang dulunya enggan untuk pergi ke Sabah, tetapi hari ini sudah melepasi 10 tahun berkhidmat di sana, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Jadi, persoalannya adalah bagaimana kita menginsentifkan, ya, menggalakkan. Dan akhirnya, mereka senang dengan bertugas di sana. Juga begitu saya mahu perhatikan pegawai-pegawai perubatan yang Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung. Jadi, kami juga mahu mengusahakan, memudahkan mereka kembali bertugas di Sabah dan Sarawak ya. Itu secara ringkasnya, Dato Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, terima kasih Kuala Nerus.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dato’ Yang di- Pertua, nak minta tolong, ada bunyi bising kat atas ini, dia macam bunyi sound system dia, dia mengganggu telinga kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bentara, tolong ambil maklum. Kita proceed. Sementara itu kita teruskan majlis kita. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat semua.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan diteruskan sehingga selesai pembentangan usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Isnin, 4 Ogos 2025.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong? Ada mana-mana Yang Berhormat?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Tambun untuk membentangkan RMK-13, ada beberapa perkara yang saya nak nyatakan di dalam Dewan ini.
Saya ingin mengingatkan bahawa secara amalannya, dengan izin “convention”, apabila usul undang-undang dibentangkan oleh anggota pentadbiran, sebarang pencelahan tidak akan dibenarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Amalan ini juga terpakai untuk pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar lagi. Perkara-perkara yang ingin dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat boleh diajukan sepanjang tempoh perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas berlangsung iaitu akan dilaksanakan selama lapan hari, mulai 4 sehingga 14 Ogos akan datang ini. Selain itu, peraturan yang berkuat kuasa adalah, 37(2).
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dipersilakan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh takzim saya ingin mengemukakan Usul seperti yang berikut:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021–2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026– 2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam kelulusan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.” Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya membentangkan RMK untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua ini adalah, rancangan jangka sederhana yang bakal membawa negara kita beralih kepada tahap yang lebih cemerlang. Maka saya memohon sedikit ruang, kesabaran seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat supaya dapat meneliti dan menelaah kerangka ini dengan penuh saksama memandangkan kerangka ini sedikit kompleks dan teknikal serta tentunya mengambil sedikit masa untuk di hadam dan difahami.
Firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 69. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredaan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kami benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.” Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita menyambut Hari Pahlawan dan tadi bersama Yang di-Pertuan Agong meraikan, menghormati dan memuliakan pengorbanan setiap anggota pasukan pertahanan dan rakyat yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga untuk membangunkan tanah air. Kita belajar dari semangat juang dan keteguhan iltizam kerana Malaysia hari ini aman dan tenteram kerana sumbangan besar daripada anggota pertahanan sejak awal.
[Tepuk] Dunia hari ini kian bergolak dengan konflik yang berpanjangan. Ketegasan Malaysia dalam menyuarakan isu-isu Gaza memerlukan kita untuk lebih waspada.
Perang tarif terus meningkat dan kita sekarang menunggu langkah timbal balas negara-negara lain yang telah merubah ketara landskap ekonomi dunia.
Saya ingin memaklumkan bahawa pada jam 6.50 pagi tadi saya telah berpeluang bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump*.
[Tepuk]* Beliau memulakan dengan menyatakan penghargaan setinggi-tingginya kepada Malaysia kerana telah memainkan peranan yang berkesan dan yang sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja.
[Tepuk] Walaupun dalam respons, saya menyatakan ini kerana kesepakatan ASEAN dan ini kerana sikap positif kedua-dua negara dan juga kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh Amerika Syarikat khususnya Presiden Trump dan juga Presiden Xi Jinping, negara China.
Selain itu, kami turut membincangkan soal tarif atas semangat dan prinsip perdagangan bebas, juga mengenai pelbagai siri rundingan yang digerakkan oleh MITI bersama dengan pihak United States Trade Representative dan juga Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat. Setelah perbincangan itu berlaku dan beberapa penjelasan yang saya sampaikan, beliau memutuskan untuk menangguh pengumuman keesokannya [Tepuk] dan kadar tarif akan diumumkan esok dan kita doa, insya-Allah dia akan membantu dan tidak akan bebankan ekonomi negara kita.
[Tepuk] Presiden Donald Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
[Tepuk] Pada Oktober kelak dan saya maklumkan, “Baik, Tuan Presiden, saya akan umumkan di Parlimen pada hari ini.” Baik, itu kita tunggu sehingga esok, tetapi yang penting ialah kewaspadaan kita kerana kemungkinan harga barangan dan kos mungkin meningkat sekiranya tarif itu tidak seperti mana yang kita jangka, yang penting ialah sepertimana yang pernah saya sebut di sini resilience domestic – ketahanan yang harus kita bina.
Di bawah ekonomi MADANI, kerajaan telah mula mereformasikan struktur ekonomi termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Peralihan Tenaga (NETR) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Dasar TVET Negara. Sektor swasta telah bergerak ke depan bersama-sama kerajaan termasuk melalui program GEAR-uP yang diterajui oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan pelaburan langsung domestik telah memperkukuh pelaburan.
Pelan KL 20 yang diperkenalkan dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara 20 ekosistem terbaik untuk syarikat pemula. Sejak dilancarkan pada April 2024, kedudukan KL dalam Global Startup Ecosystem Report 2025 meningkat ke tangga 68 dengan 4,464 syarikat pemula berdaftar.
[Tepuk] Kini berada di landasan yang tepat dan insya-Allah mencapai sasaran 5,000 syarikat pemula menjelang akhir tahun ini.
Dalam masa yang sama, syarikat modal teroka yang memiliki purata aset di bawah pengurusan AUM mencecah USD400 juta menunjukkan minat untuk beroperasi di Malaysia. Bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi domestik, pelaburan melalui kerjasama strategik dengan pihak industri terus diperkukuh. Inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS–SEZ) dan Kulim High-Tech Park telah berjaya menarik pelaburan asing dan domestik dalam sektor berteknologi tinggi.
Tidak terhenti di situ, tumpuan pembangunan terus diperluas dengan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP), Lembah Teknologi Tinggi Automatif Tanjong Malim serta taman perindustrian strategik di Sabah dan Sarawak. Kita akan melaksanakan reformasi perundangan melalui penggubalan dan pindaan lebih 80 undang-undang termasuk Akta Iltizam, Akta Perkongsian Data, Akta Polis dan Akta Kanak-kanak.
Agensi penguat kuasa seperti SPRM, Jabatan Audit Negara dan MyCC turut di perkasa dalam usaha memerangi rasuah, ketirisan, salah guna, kuasa dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pengurusan fiskal pula diperkukuh melalui penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan defisit negara. Selaras dengan prinsip keadilan sosial, kita akan terus berusaha mengekang kenaikan kos sara hidup. Inilah yang dimulakan dengan subsidi bersasar seperti diesel dan elektrik ditambah baik demi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasar tanpa pembaziran dan kalangan yang mampu harus dituntut supaya membayar. STR dan SARA ditingkatkan. STR – SARA umpamanya dulu 700,000 penerima awal untuk miskin tegar. Sekarang ditambah 5.4 juta penerima, golongan B40.
[Tepuk] Minggu lepas, saya umumkan pemberian SARA on – one-off RM100, tambahan one-off kepada semua rakyat 18 tahun ke atas iaitu peruntukan tambahan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
RM2 bilion yang memberikan faedah kepada 22 juta rakyat. Jadi, jumlah keseluruhannya mencecah RM15 bilion, bantuan tertinggi dalam sejarah negara kita.
[Tepuk] Kerajaan telah meningkat pendapatan rakyat melalui Perintah Gaji Minimum, Dasar Gaji Progresif dan SSPA. Kerajaan MADANI berjaya menaikkan gaji minimum dua kali semakan. Dari RM1,200 kepada RM1,500 dan sekarang RM1,700.
Manakala, penanda aras gaji kehidupan wajar bagi GLC dan GLIC dinaikkan minima RM3,100 sebulan.
[Tepuk] TVET dan lepasannya menikmati pendapatan yang semakin kompetitif.
Minima RM1,700 yang mencecah 95.6 peratus graduan TVET, walaupun kenyataannya ramai yang telah mendapat latihan khusus – dengan pengkhususan itu telah mendapat gaji yang lebih lumayan. Penekanan khusus turut diberi terhadap projek kemudahan asas seperti baik pulih sekolah, klinik daif, kuarters guru, tentera dan polis, penyelenggaraan jalan raya serta projek tebatan banjir agar matlamat pembangunan yang dilaksanakan dirasai oleh semua pihak.
Setengah bilion ringgit diperuntuk untuk disalurkan kepada Kementerian Kesihatan dan Projek Bitara MADANI bagi kerja-kerja naik taraf, baik pulih dan ubah suai 1,776 klinik kesihatan daif di seluruh negara; 1,368 kuarters Polis Diraja Malaysia; 1,368 kuarters polis; 3,088 unit kuarters Angkatan Tentera Malaysia telah siap dibina; 8,500 unit kuarters lagi sedang giat dalam pembinaan; 69,141 unit kuarters sedia ada bagi ATM dan PDRM telah dibaik pulih dan dinaik taraf demi memastikan keselesaan dan kesejahteraan keluarga mereka. Ini bukan pengumuman Tuan Yang di-Pertua. Ini pelaksanaan kata-kata yang telah dijalankan.
[Tepuk] Jadi, pertumbuhan ekonomi Malaysia secara agregat berdasarkan angka terkini dianggarkan sebanyak 5 peratus setahun bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Ketimbang trend ekonomi global yang menyederhana dalam tempoh yang sama.
Pertumbuhan ini diterajui oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
Dari sudut permintaan, pertumbuhan ini banyak didorong oleh permintaan domestik. Perbelanjaan sektor swasta meningkat 5.7 peratus setahun. Jadi, jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan pada tahun — sejak 2021 hingga 2024 ialah sebanyak RM1.29 trilion, meningkat pada kadar 23.1 peratus setahun. Jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2024 adalah yang tertinggi dalam sejarah, RM384 bilion.
Kadar inflasi kekal terkawal, 1.1 peratus pada Jun 2025. Tatkala kita mengambil alih pentadbiran, Kerajaan MADANI mewarisi suatu jumlah hutang yang menggunung melebihi RM1 trilion. Faktanya, selagi mana belanjawan negara terus
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dalam defisit, selagi itu jumlah hutang akan terus meningkat. Apa pilihan kita?
Melainkan terpaksa akur bertindak dengan berani dan berhati-hati menangani keterlanjuran lalu tanpa menjejaskan maslahat majoriti rakyat.
Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Maka maksud yang sama, sedari awal komitmen kita secara tegas, melakukan pembaharuan fiskal secara berfasa dengan meningkatkan hasil, mengoptimum perbelanjaan seperti menyasar semula subsidi yang akhirnya mengurangkan hutang baharu. Saya tegaskan, hutang baharu dalam belanjawan negara. Maka, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal diperkenalkan dan terkandung beberapa penanda aras yang jelas.
Alhamdulillah, setelah tiga tahun pentadbiran MADANI, tindakan kita mereformasi fiskal berjaya menurunkan kadar defisit secara konsisten setiap tahun.
Saya tegaskan, 2022, defisit 5.5 peratus; 2023, defisit dikurangkan kepada 5 peratus; 2024, 4.1 peratus defisit dan sasaran untuk 2025 adalah 3.8 peratus. Ini dasar kewangan yang penuh bertanggungjawab.
[Tepuk] Makna, kita turunkan komitmen hutang baru iaitu daripada 2022, RM99 bilion:
RM99 bilion 2022. Kita turun, 2023 RM92.6 bilion; 2024, RM76.8 bilion.
[Tepuk] Ini disebut hutang. Ada yang kita keliru. Hutang jumlah sepenuhnya yang kami warisi, termasuk faedah, itu mesti dibayar dan itu bertambah. Yang perlu kita lakukan Tuan Yang di-Pertua ialah, mengurangkan hutang kerajaan. Dan kita dah kurang daripada RM99 bilion ke RM77 bilion. *Alhamdulillah.
[Tepuk]* Jadi, sasaran defisit fiskal kita 3 peratus itu, insya-Allah akan tercapai.
Sebab itu dalam kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita kena lakar semula pembangunan. Trend mega, isu kelemahan struktur ekonomi, maka asas ekonomi Malaysia perlu dirungkai semula. Ekonomi tidak boleh bergantung kepada pengeluaran bahan asas dalam sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.
Kita perlu melonjakkan kerencaman ekonomi dengan beralih kepada penciptaan nilai (value creation) dalam semua sektor ekonomi.
Dalam menelusuri ikhtiar pembangunan nasional, kita tidak boleh lagi terpaku pada ukuran sempit melibatkan angka pertumbuhan ekonomi, KDNK meningkat dan berkembang kerana dia tidak akan memberi makna sekiranya kebebasan dan hak rakyat untuk hidup secara bermaruah masih dirundung oleh belenggu kelaparan, ketidakadilan dan peminggiran. Maka, pembangunan yang tidak menyentuh asas dan paksi kebebasan rakyat, tidak lebih dari penambahan kosmetik semata yang tidak menyentuh jiwa raga bangsa.
Dalam semangat yang sama, ia mengingatkan saya kepada pesan pemikir dan ahli ekonomi ulung, Amartya Sen. Bahawa pembangunan bukan hanya tentang
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
usaha meningkatkan pendapatan negara tetapi kemampuan mengupaya serta memperluaskan kebebasan sebenar yang dinikmati oleh rakyat terbanyak dalam Development as Freedom.
Baik, kemajuan ekonomi ini tidak akan lengkap dan mungkin pincang jika meninggalkan aspek kerohanian dan nilai insaniah. Ini penting sebagai mempertahankan sebuah sistem sosial negara yang lebih baik dan terangkum ke arah menjadi negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah serta disegani. Lima tahun mendatang adalah, tempoh kritikal untuk Malaysia melonjak, bukan sahaja ke arah negara berpendapatan tinggi, malah mampu melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan menyediakan kehidupan yang berkualiti.
Dalam usaha kita menjelmakan sebuah tatanan yang utuh dan berdaya tahan, konsep ummatan wasata harus dijadikan neraca asas yang menimbang segala kebijakan dan hala tuju pembangunan. Istilah ini yang sering kita hebahkan, tentunya dipetik daripada surah Al-Baqarah, ayat 143. [Membaca sepotong ayat Al- Quran]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini kita jadikan tema dalam pembangunan kita menjamin keseimbangan umat yang pertengahan yang maintain equilibrium di antara man and nature, iman dan ilmu, akal dan kalbu dan mudah-mudahan semangat ini akan dimaknai dan menjamin keadilan, keseimbangan, kesederhanaan dan akan menjadi saksi kepada kebenaran di hadapan seluruh umat manusia.
Kesedaran ini dijadikan bukan di sini bukan bererti menjadi umat yang lama, tetapi bermaksud mencapai mercu ketinggian dalam segala bentuk dan menjauhkan daripada apa yang sikap yang ekstrem atau melampau sama ada dalam ekonomi, sosial, kemasyarakatan, agama, politik yang mendakap kemas jalan tengah yang penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu RMK13 akan menjadi titik tolak kepada usaha kita dengan tema, “Melakar Semula Pembangunan”, demi mengangkat martabat rakyat. Ikhtiar ini bukan untuk kita semata, tetapi yang lebih utama buat generasi akan datang yang mewarisi tanah air ini.
Dalam sejarah panjang peradaban manusia, kita saksikan tiada satu pun tamadun yang tumbang kerana kemiskinan semata-mata atau lemah penguasaan ekonomi, tetapi runtuh kerana rapuhnya tiang keadilan dan kebejatan pemerintah.
Ini pernah dikupas oleh Ibnu Khaldun tentang peri pentingnya kekuasaan yang ditegakkan atas prinsip keadilan. Kerana kalau tidak dia laksanakan gedung megah yang dibina atas pasir. RMK13 bukan hanya perencanaan pembangunan material
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
atau kebendaan, tetapi ia adalah iltizam moral, akhlak dan etika untuk menegakkan negara yang adil.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengapai hasrat ini, RMK13 akan menumpu kepada tiga kebijakan utama. Pertama, tatakelola baik menjadi paksi kepada pentadbiran negara dalam memastikan kekayaan negara diagih secara adil dan saksama, mengambil kira keperluan rakyat. Kerajaan MADANI akan meneruskan usaha memperkukuh integriti dan pertanggungjawaban (accountability), mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal.
Kedua, meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi. Peralihan ini bermatlamat untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara umpama menaikkan siling atau bumbung. Tunjang utama peralihan adalah pendigitalan dan teknologi termaju terutama AI yang turut menekankan elemen authentic intelligence satu isu yang harus kita tangani sekarang.
Penekanan akan diberi kepada pembangunan industri HGHV, sektor strategik yang bernilai tinggi, pertumbuhan yang terangkum, mampan dan seimbang serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia. Justeru, budaya mencipta menjadi agenda terpenting dalam melonjakkan penghasilan produk dan perkhidmatan tempatan yang berdaya saing.
Ketiga, pembangunan terangkup dan responsif dengan keutamaan menaikkan lantai dan darjat kehidupan rakyat. Usaha akan dipergiat untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup membentuk sistem sosial negara berteraskan insan madani, mempertingkatkan mutu kehidupan, memperkukuh tahap sosioekonomi golongan sasar ke arah mencapai kehidupan wajar. Jadi, kita tidak boleh terikat dan kaku, terbelenggu dengan pendekatan yang jumud, dogmatik yang lama.
Dunia menuntut keberanian untuk mengubah struktur dan sistem dan mampu meneroka pendekatan baharu. Apa yang menjadi keutamaan ternyata bukan rupa bentuk suatu dasar, tetapi menjawab apakah hasilnya sampai mengesankan kepada golongan yang benar-benar perlu.
Mantan Presiden China, Deng Xiaoping pernah menyimpulkan secara ringkas, tetapi pragmatik, “Tidak kira sama ada kucing itu hitam atau putih, asalkan dia mampu untuk menangkap tikus.”
[Dewan tepuk]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini yang tersohor oleh Deng Xiaoping. Jadi, untuk membangunkan negara, kita meletakkan keadilan sebagai asas bukan sekadar sebagai undang-undang, tetapi dalam setiap dasar agihan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
sumber kekayaan serta peluang hidup negara yang gagal menjamin keadilan dan kehilangan rohnya mesti kelihatan makmur dan sejahtera di permukaan.
Lantas keadilan bukan sekadar prinsip moral, malah ia adalah, instrumen sosial yang menyatukan masyarakat. Maka, tatkala menghamparkan RMK ini, kita harus ingat amaran philosopher John Rawls. “Keadilan sebagai teras utama dalam mana-mana masyarakat seperti prinsip kebenaran dalam semua sistem pemikiran.” John Rawls, A Theory of Justice. Bagi memastikan rencana dimaknai sebaiknya, kerajaan telah menetapkan sasaran keberhasilan yang boleh diukur melalui angka- angka ekonomi untuk memandu dan memantau gerak kerja.
Dalam tempoh RMK, pertumbuhan KDNK disasarkan di antara 4.5-5.5 peratus setahun. Permintaan domestik terutama pembangunan dan pelaburan swasta. Eksport kasar negara dijangka meningkat sekitar 5.8 peratus setahun.
Sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan kekal sebagai sumber utama pertumbuhan yang disumbang.
Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka berkurangan secara berperingkat di bawah tiga peratus kepada KDNK dan paras hutang kerajaan tidak harus melebihi 60 peratus daripada KDNK. Pendapatan negara kasar per kapita disasarkan meningkat kepada RM77,200 dan dijangka melepasi nilai ambang negara berpendapatan tinggi. Pasaran buruh dijangka bertambah baik dan pampasan pekerja kepada KDNK mencapai 40 peratus. Pengangguran tahap guna tenaga penuh menjelang 2030. Purata inflasi dijangka kekal stabil dilingkungkan dua–tiga peratus setahun.
Bagi menjayakan RMK ini, pelaburan sebanyak RM611 bilion perlu disediakan. Ini termasuk peruntukan pembangunan pada kerajaan RM430 bilion, pembiayaan GLC dan GLIC RM120 bilion, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan langsung domestik dalam sektor strategik. Pihak swasta pula melalui kaedah perkongsian awam-swasta (PPP) dianggarkan sekitar RM61 bilion.
Daripada RM430 bilion peruntukan tersebut, lebih daripada separuh iaitu RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan.
Sektor sosial diberi keutamaan RM133 bilion, dengan pendidikan RM67 bilion, kesihatan RM40 bilion. Sektor keselamatan RM51 bilion, pentadbiran RM17 bilion. Ini agihan strategik menunjukkan komitmen membangun negara secara menyeluruh. Dengan berjayanya kebijakan ikhtiar ini menjelang 2030, insya-Allah, kita bukan sekadar memiliki pencapaian material yang hebat dan mampu mengeluarkan produk bernilai tinggi, malah mempunyai rakyat yang berjiwa besar, hidup bersatu padu, saling menghormati, kepelbagaian budaya dan memiliki jati diri yang utuh. Inilah impian kita Malaysia MADANI.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, kita terus teguh bergerak di landasan pembangunan dan kebijakan kita tentunya bermula dengan memperkukuh tatakelola yang baik.
Jadi, iktikad ini kita harus tekankan untuk menjamin demokrasi kian matang, pentadbiran lebih responsif dan cakna rakyat dan meraih kepercayaan terhadap pimpinan dan institusi kerajaan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Usaha memperkukuh pentadbiran berteraskan integriti dan pertanggungjawaban mula menunjukkan hasil. Imej Malaysia diperkukuh apabila melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia.
[Tepuk] Ini didukung oleh pelbagai inisiatif termasuk akta baru iltizam, pasukan petugas khas seperti STAR, agenda reformasi perkhidmatan awam dan tindakan tegas dalam penguat kuasa undang-undang.
Prakarsa pertama, memastikan perkhidmatan telus, tangkas dan tuntas. Ini ditekan kepada tiga aspek, iaitu menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan, menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar. Ini yang kita katakan perlu dilakukan secara yang lebih teratur dan tegas. Kelewatan menoktahkan ketidakadilan dan kelalaian itu tentunya akan menyebabkan keadaan kian runcing.
Maka, kita harus perkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk apa yang telah dilakukan di Parlimen dan akan diteruskan supaya pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti ditingkatkan dari awal pendidikan hingga ke jentera pentadbiran. Ini disebutkan pembaharuan menyeluruh yang harus dilaksanakan sepertimana yang telah ditegaskan dalam beberapa akta iltizam, perkhidmatan dan lain-lain yang disentuh dan disinggung sebelum ini.
Dalam usaha ini juga, ditambah melalui GovTech, MyDigital ID sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian supaya lebih cekap dan pantas.
Gerbang tunggal sektor awam juga akan dibangunkan sebagai platform sehenti bagi memudahkan urusan rakyat.
GovTech — Melalui GovTech, sistem kehakiman negara termasuk mahkamah syariah akan ditambah baik. Penambahan sistem e-Syariah dan perekodan prosiding, misalnya, akan mempermudah, mempercepat urusan orang awam, pegawai mahkamah termasuk peguam syarie. Manakala kerajaan juga melaksanakan akademi pembangunan ― Akademi Kehakiman Syariah Malaysia.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, bakat digital akan diperkuasa dan Program MADANI Rakyat diteruskan sebagai medan untuk pemimpin turun padang bagi mendekati dan mendengar sendiri keluh kesah rakyat. Sesi libat urus yang telah saya mulakan sejak tahun 2024 melibatkan semua kerajaan negeri termasuk yang berbeza haluan politik dan ini akan, insya-Allah, diteruskan. Melalui sesi ini, kita lebih memahami keutamaan pembangunan setiap negeri.
Hasilnya, beberapa projek berorientasi rakyat telah dikenal pasti. Ini seperti Negeri Sembilan Miniature Culture Village; Loji Rawatan Air Machang, Kelantan; Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan; Klinik Kesihatan Pulau Perhentian di Terengganu; dan Hospital Kulim Kedah; peruncitan pasar tamu di Sabah dan Sarawak. Ini di antara yang akan disenaraikan dalam seluruh lampiran.
Inisiatif kemudian rakyat pula akan diteruskan untuk membolehkan rakyat memohon terus peruntukan bagi menambah baik infrastruktur asas di kawasan mereka. Ekosistem persaingan akan diperkukuh melalui rangka perundangan baru berkaitan aktiviti rent-seeking bagi memastikan rent-seekers dapat dibanteras secara lebih berkesan dan tegas.
Reformasi fiskal akan diteruskan demi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada rakyat yang diperlukan. Jadi, begitu juga dalam kaedah penswastaan, user pay akan diperluaskan untuk mengimbangi beban kewangan kerajaan. Kemudian, kecekapan kos dalam semua projek infrastruktur itu harus diteliti secara optimum supaya ada prinsip value for money.
Kebijakan untuk menaikkan siling pula, Yang di-Pertua, untuk menjamin supaya Malaysia bangkit sebagai peneraju ekonomi Asia dan dikenali dengan identiti sendiri, mengangkat akar budaya dan hikmah timur. Menjelang tahun 2030, aspirasi Malaysia adalah untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia. Ini harus dicapai secara berperingkat dengan tegas.
Jadi, sebab itu, peluang generasi itu harus ditingkatkan. Apa yang disebutkan generational opportunity dalam AI telah berada di depan mata, tapi tidak harus dilepaskan.
Malaysia menetapkan hala tuju jelas untuk menerajui ekonomi Asia Tenggara dalam AI, teknologi digital dan industri tenaga boleh baharu dengan aspirasi untuk muncul sebagai pemain berpengaruh di peringkat dunia. Penerapan inovasi teknologi tempatan akan diberi tumpuan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi khususnya dalam pembangunan aset digital strategik seperti AI, data analytics dan sistem digital kerajaan.
Aktiviti RDCI akan dipergiat bagi meningkat produk dan perkhidmatan berasaskan ‘made by Malaysia’. Langkah ini penting untuk memperkukuh daya saing
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
ekonomi negara selain membangunkan industri yang lebih mampan dan berimpak tinggi selaras menjadikan negara berteraskan kecerdasan buatan.
Bagi memanfaatkan peluang ini, Pelan Tindakan AI Kebangsaan akan memacu pertumbuhan dan pembangunan bakat tempatan, penyelidikan dan pengkomersialan teknologi bagi menyokong adaptasi AI secara meluas. Infrastruktur digital akan ditambah baik bagi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi baru, menarik pelaburan strategik dalam sektor pusat data. Ikhtiar ini juga membolehkan lebih banyak perkhidmatan digital dalam talian melibatkan sektor pendidikan perkhidmatan e-dagang dan aplikasi pintar dinikmati secara meluas.
AI merentasi pelbagai sektor. Jadi, kita mensasarkan jaringan 5G mencapai 98 peratus liputan di kawasan penduduk, perindustrian, termasuk desa, menjelang 2030. Sekurang-kurangnya 5,000 usahawan digital diperlukan. Ekosistem AI akan dimantapkan melalui pengukuhan kepercayaan digital trust. Yang ini akan dilancarkan untuk melindungi data peribadi, menangani ancaman siber serta memastikan keselamatan ekosistem dan kedaulatan digital negara, termasuk melalui penerokaan teknologi komunikasi kuantum.
Pelaksanaan dasar dan strategi utama seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Revolusi Perindustrian Empat (4IR) serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia akan diberi keutamaan dengan fokus pelaksanaan berkesan, manfaat terus kepada rakyat serta industri. Ini disebut inisiatif pengenalan identiti digital.
Bagi memperkukuh tadbir urus berasaskan data digital pula, inisiatif seperti Bank Data Negara sebagai pangkalan data nasional yang bersepadu akan dilaksanakan dan Suruhanjaya Data akan diwujudkan bagi mengawal selia data negara. Program akan dilaksanakan bagi memupuk literasi atau kecelikan AI seawal peringkat rendah, memperluaskan harta intelek tempatan, meningkatkan suntikan dana strategik dan menggalakkan kolaborasi rentas sektor antara pemain industri, penyelidikan universiti dan inovator muda negara.
Ini yang disebutkan prakarsa kedua, tapi prakarsa ketiga ialah, melonjakkan pertumbuhan industri HGHV dan sektor strategik. Ini, sepertimana yang kita dah umumkan, beberapa pelan strategik yang telah diperkenalkan dalam tahun-tahun yang sebelum ini ― NIMP, NSS, NETR. Dan ini tentunya akan diteliti dan dilaksanakan secara lebih terangkum dan mampan.
Alhamdulillah, kita capai kedudukan sebagai pengeksport keenam terbesar dunia dalam bidang semikonduktor...
[Tepuk]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini menyumbang dalam produk E&E RM600 bilion pada tahun 2024.
Momentum ini perlu dioptimumkan melalui pelaksanaan Projek Flagship Industry Semiconductor High Value, High Technology dengan sasaran nilai eksport produk E&E menghampiri RM1 trilion menjelang 2030. Ini melalui beberapa strategi termasuk Semikonduktor Nasional.
Berikutnya, ialah tentang keperluan kita meningkatkan isu seperti pembungkusan termaju, proses hadapan, trend end dan penglibatan GLC dalam rantaian nilai industri yang strategik pada negara. Kejayaan meraih kerjasama strategik dengan Arm Holding yang bernilai USD250 juta awal tahun ini akan mengangkat Malaysia daripada sektor hab pengeluaran kepada peneraju dalam aktiviti semikonduktor bernilai tinggi menerusi pemerkasaan harta intelek.
Ini sinergi ini penting seperti mana yang dilakukan oleh Amazon Web Services, Google, Infineon Technology dan rantaian nilai akan diperkukuh berikutnya. Ini di bidang semikonduktor. Kita berbincang walaupun umpamanya tentang isu peralihan kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB), akan membuka peluang pelaburan dan pertumbuhan yang lebih luas kepada pemain industri tenaga.
Negara mensasarkan peningkatan campuran kapasiti terpasang negara daripada 29 kepada 35 peratus. Buat pertama kalinya sistem pasaran tenaga elektrik yang lebih inovatif berdasarkan kos sebenar perolehan penjagaan tenaga termasuk TBB akan diwujudkan di Malaysia. Dan ini akan menjamin umpamanya TBB yang akan dilaksanakan di bawah konsep ‘Akses Grid Terbuka’ melalui Program Komuniti Renewable Energy Aggregation Mechanism (GRID).
Inisiatif ini menjamin kemudahan peralihan tenaga negara serta Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat untuk mempercepatkan pelaburan dalam tenaga hijau. Dan seiring dengan Battery Energy Storage System
(NETR), Grid pintar dan projek sambung tara, bekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung yang melalui dasar laut. Itu projek raksasa yang penting menjamin keperluan tenaga baharu dari Sarawak ke Semenanjung ke Singapura dan memenuhi keperluan apa yang disebut ASEAN Power Grid.
Inisiatif solar terapung hibrid hidro dan haba hidrogen hijau di Kenyir akan diperluas sebagai model tenaga hijau bersepadu. Ini di antara projek besar di Asia Tenggara. Kerajaan mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga bersih yang berdaya saing dan selamat. Kerajaan akan memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga sedia ada melalui pembinaan Kompleks Terminal Penggasan Semula Ketiga di Lumut, Gerik. Mempercepat nilai penggunaan industri unsur nadir bumi REE dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memantapkan ekosistem dan mempergiat aktiviti sepanjang rantaian nilai.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Fokus kepada pembangunan kapasiti tempatan dan teknologi perlombongan, penulenan dan pemisahan melalui kerjasama strategik luar negara. REE diutamakan untuk kegunaan domestik bagi membina industri pertengahan dan hiliran. Ekonomi hijau yakini model pembangunan ekonomi yang muktamad kelestarian alam sekitar akan diperkukuh melalui pelbagai inisiatif.
Perdagangan karbon akan dimudahcara, melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan, Skim Perdagangan Lepasan ETS serta penyediaan inisiatif bagi Projek Kredit Karbon, aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon CCUS yang diluluskan olah Parlimen. Akan dipergiat dengan menjadikannya sebahagian daripada taksonomi pelaburan dan pembiayaan hijau.
Sebuah projek rintis pemerangkapan karbon dalam industri besi dan keluli akan dilaksanakan di Kemaman dan selanjutnya Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Decarbonization Sector Penerbangan Malaysia akan dilaksanakan menggariskan mengenai infrastruktur dan penggunaan bahan api penerbangan mampan SAM.
Penggunaan sisa pertanian akan dioptimumkan dalam memacu pada kitaran dan menghasilkan nilai tambah baharu yang mampan. Pembinaan loji waste to energy akan diperluas melalui kerjasama swasta untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.
Pada masa yang sama, kapasiti kemudahan depoh pengadunan biodiesel di Sandakan, Lahat Datu dan Bintulu akan dinaik taraf bagi menyokong penggunaan bahan api alternatif rendah karbon. Pelan Transformasi Sektor Air 2040 bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik. Tumpuan akan diberikan untuk mempergiat pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap air dan mampan melalui kerjasama strategi dalam RDCI.
Ini memerlukan kerajaan bersama, kerajaan negeri supaya dapat meningkatkan kapasiti dan kecekapan bekalan air. Selaras dengan peningkatan kawasan perumahan, serta permintaan industri. Inisiatif mengurangkan penggunaan air mentah dan menurunkan kadar air tidak berhasil NRW serta memperluas penggunaan air pulih guna secara mampan akan terus dilaksanakan. Ini sejajar dengan usaha memperkukuh kemampanan syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air dan rawatan kumbahan.
Kerajaan memberi penekanan kepada pertumbuhan industri strategik dalam ekonomi biru yang mampan dan berdaya saing, yang menjadikan salah satu strategi utama di Sabah. Fokus merangkumi hab perikanan bersepadu pelancongan pantai dan maritim, teknologi berasaskan bio biru serta hab ekonomi biru di Sabah. Khusus bagi pembangunan industri pembinaan dan pembaikan kapal SPSR. Usaha penarikan pelaburan strategik akan dipergiat, memeperluas kapasiti perkapalan dan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
menaik taraf infrastruktur bunkering di pelabuhan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Ini akan menyumbang kepada sasaran dan jadikan Malaysia sebagai hab maritim serantau yang kompetitif dan mampan. Infrastruktur pelaburan harus lebih lestari dan cekap bagi menyokong pengendalian dagangan maritim rendah karbon.
Ini dibangunkan termasuk pembesaran dan pembinaan terminal ketiga di Pulau Carey, pembangunan terminal di Westports 2 dan pembesaran PTP, Johor.
94.6 peratus aktiviti perdagangan melibatkan akses laut. Sebab itu diberikan sedikit penekanan daripada sebelumnya. Jadi, ini dikenali dengan hemah supaya projek-projek ini dapat disegerakan. Sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara. Kerajaan akan terus melonjakkan pembangunan subsektor agrikomoditi meliputi sawit getah dan koko. Ini tumpuan bagi meningkatkan produktiviti menggunakan teknologi moden, mekanisasi, automasi dan robotik, RDCI dan persijilan kemampanan.
Untuk meningkatkan kecekapan operasi yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, apa lagi tenaga kerja asing. Maka, perlu diberikan perhatian pada sektor strategik yang memberi impak tinggi kepada ekonomi negara. Antaranya industri halal, industri kewangan, industri pelancongan, industri kreatif dan PMKS.
Negara mensasarkan nilai eksport halal terus meningkat kepada RM80 bilion.
Dan sumbangan industri halal kepada KDNK naik kepada 11 peratus. Ini didukung dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan halal industrial park. Antaranya di Melaka, di Perak dan di Kelantan juga mendapat sambutan di beberapa negeri yang lain.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Industri perkhidmatan kewangan negara akan terus diperkukuh dengan tumpuan kepada pendigitalan sistem kewangan termasuk penerokaan teknologi seperti tokenisasi aset, mata wang digital bank pusat dan perluasan platform sandbox. Ini semua harus dipertingkatkan bagi membolehkan perniagaan yang lebih teratur dan memenuhi keperluan dan tuntutan semasa.
Pembiayaan berasaskan ekuiti melalui modal teroka, venture capital akan terus diperkukuh melalui dana melebihi RM1 bilion dari GLIC selaras dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia bagi menyokong pertumbuhan syarikat pemula. Dana pelaburan bersama strategik di bawah NIMP 2030 akan terus dipacu menyokong pelaburan ke arah industri bernilai tinggi untuk menarik pelaburan dalam sektor strategik.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Malaysia sebagai hab kewangan Islam global maka perlu inisiatif baru, pelan sektor kewangan dan pelan induk pasaran modal baru. Tumpuan pasaran modal yang mampan, inovatif dan inklusif termasuk kerjasama antarabangsa melalui Malaysia International Islamic Financial Centre.
Industri pelancongan kini kian segar dengan peningkatan yang menakjubkan.
Dan pelbagai perbelanjaan pelancong asing di dalam negara melonjak kepada RM102.2 bilion [Tepuk] pada tahun 2024. Maka inisiatif pembangunan Zon Pelaburan Pelancongan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan kerajaan-kerajaan negeri lain akan ditingkatkan bersama dengan negeri, swasta dan koperasi.
Ini menjadi pemangkin kepada penciptaan produk pelancongan baru seperti pelancongan berasas aset seni, budaya dan warisan. Ini seperti Lembah Lenggong, Gua Niah yang juga diiktiraf oleh UNESCO.
Suatu hal yang menarik ialah inisiatif warisan Kuala Lumpur. Suatu ikhtiar baharu yang menetapkan bahawa Kuala Lumpur atau kota besar ini tidak hanya menarik dari segi teknologi dan bangunan canggih, tetapi segar dari segi budayanya.
Ini termasuk khazanah bersejarah dari Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Stesen Kereta Api di Kuala Lumpur hinggalah Carcosa Seri Negara akan dipulihara, dipelihara dan mempertahankan sejarah, budaya dan keunikan Kuala Lumpur dan negara Malaysia. Industri inap desa juga akan diperkasa bagi melebarkan limpahan ekonomi sehingga ke desa.
2026 Tahun Melawat Malaysia. Jadi kita harus tingkatkan usaha-usaha melalui kementerian dan jabatan dan sektor swasta. Kerajaan juga komited memacu pertumbuhan ekonomi jingga, kreatif industri melalui industri kreatif digital yang berpotensi tinggi.
Dana padanan dan dana produksi bersama akan dilaksanakan bagi menggalakkan pelaburan bersama antara kerajaan dan swasta dalam menghasilkan kandungan bertaraf global. Ini kreatif digital negara, inisiatif ini telah menjana pendapatan RM6.3 bilion dan eksport mencecah RM850 juta.
Bagi manfaat potensi industri ini, pembangunan bakat akan diperkukuh menerusi program Industry Bridging, perluasan Inisiatif Train the Trainer serta pelaksanaan Junior Animator Apprenticeship.
PMKS ini kedudukan yang sangat signifikan dalam negara kita dan pembangunan sosioekonomi negara. Sasaran kita 50 peratus sumbangan PMKS kepada KDNK. Maka kita komited mewujudkan ekosistem PMKS yang lebih progresif. Penskalaan PMKS diteruskan menerusi sokongan padu dan penglibatan aktif GLC. Program pembangunan kapasiti, pendigitalan, penambahan operasi.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Antara inisiatif termasuklah penyediaan dana pelaburan, modal, peningkatan kapasiti dan juga pertumbuhan industri disasarkan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Yang di-Pertua.
[Menunjuk tangan ke arah Yang di-Pertua] Yang di-Pertua, baharu.
Kerjasama erat antara institusi TVET dan industri akan menjadi pemangkin kepada perkongsian pengetahuan, teknologi, peningkatan kemahiran seperti yang dilaksanakan oleh KPT [Tepuk] Penawaran program TVET yang diterajui oleh TPM I cukup memberi penekanan yang sangat membanggakan.
[Tepuk] Pertama kali dalam sejarah ada pengaliran yang sangat besar daripada pendidikan konvensional kepada minat untuk TVET dan tarikan itu kerana usaha-usaha tambahan yang diberikan untuk meningkatkan keupayaan termasuk penekanan kepada sektor HGHV sejajar dengan keperluan pasaran buruh bagi menyokong keperluan industri seperti Johor, KIGIP, Kulim Hi-Tech dan sebagainya.
Malaysia menyasarkan perwujudan 700,000 peluang pekerjaan baru dalam sektor pembuatan, 500,000 lagi penciptaan karya dalam bidang ekonomi digital. Bagi menggalakkan penyertaan belia, kerajaan akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perkasa TVET MADANI dan Dana Latihan TVET.
[Tepuk] Penawaran program TVET turut diperluas kepada pelajar tahfiz bagi melahirkan huffaz teknokrat MADANI [Tepuk] Yang mempunyai nilai tambah kepakaran teknikal. Ini suatu pendekatan luar biasa yang jarang berlaku di mana anak-anak kita di maahad tahfiz dan sekolah pondok untuk diberikan peluang untuk menjadi, mendapat pekerjaan selain daripada huffaz, tapi juga menjadi kepakaran dalam bidang teknologi.
[Tepuk] Prakarsa keempat, menyeimbangkan kemajuan ekonomi wilayah dan mengukuhkan pembangunan desa. Itu menangani kesenjangan pembangunan antara wilayah bagi memastikan rakyat di desa termasuk di negeri-negeri kurang membangun menerima limpahan manfaat pembangunan secara adil dan inklusif.
Usaha memperkukuh asas infrastruktur asas, merangsang aktiviti ekonomi dan menggalakkan pelaburan strategik [Minum air] .
Jadi kawasan tumpuan utama seperti pembangunan itu akan diberi tumpuan.
Tuan Yang di-Pertua, ini yang dikatakan pelaburan berimpak tinggi dan ini termasuk umpamanya kawasan perindustrian yang menyeluruh, Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis, KIGIP Kerian, LuMIC, Tok Bali Kelantan, Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pembangunan infrastruktur berskala besar juga kekal sebagai keutamaan memperkukuh hubungan, keterhubungan antara wilayah serta merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara yang terancang. Ini umpamanya, pembinaan ECRL yang hampir siap sekarang ini menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, E-ART Wilayah Iskandar Johor, LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang inisiatif ini turut mempercepat pembangunan berorientasi transit. Ini akan meningkatkan elemen pengangkutan dengan perumahan komersial dan perkhidmatan kaunter awam. Perkhidmatan pengangkutan awam yang bersepadu di bandar-bandar utama akan terus ditambah baik bagi meningkatkan ketersambungan batuan pertama dan akhir melalui tambahan 300 unit van DRT dan tambahan 1,200 unit bas.
[Tepuk] Baik, kekerapan perkhidmatan tren penumpang juga akan ditingkatkan melalui penambahan 217 set tren penumpang.
[Tepuk] Naik taraf laluan sedia ada dan pembinaan jalan baru akan diteruskan. Antara projek tumpuan termasuklah Lebuhraya PLUS; Laluan Senai (Utara)-Machap, Johor; Lebuhraya PLUS Laluan Juru-Sungai Dua, Pulau Pinang yang menjurus ke Cherok Tok Kun; Lingkaran Tengah Utama Pahang dan Kelantan; meneruskan Pan Borneo Sabah; dan Lebuhraya Trans Borneo Sarawak.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jalan luar bandar diberi perhatian, pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar sepanjang 2,800 kilometer. Ini termasuklah jalan utama dari Nanga Serau ke Nanga Seranau, Kapit. Jalan dari jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Bagan Datuk.
[Menoleh ke kiri, pada YB Bagan Datuk]
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Oh, terima kasih.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jalan Pos Sinderut, Lipis.
[Dicelah] Ha!
Inisiatif road-to-rail [Ketawa] Yang lain itu ada dalam senarai.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
[Ketawa]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Inisiatif road-to-rail bagi memindahkan sebahagian besar pergerakan kargo daripada jalan raya akan meningkatkan kadar penggunaan landasan [Tepuk] Daripada enam hingga 13 peratus dan sekali gus risiko kemalangan jalan raya, insya-Allah dapat dikurangkan.
[Tepuk] Di Sabah dan di Sarawak, kerajaan akan memberi tumpuan khas untuk memposisikan kedua-dua negeri ini sebagai hab tenaga mampan negara yang berdaya saing di peringkat serantau. Pelaksanaan inisiatif seperti Hab Hidrogen Sarawak yang ke depan di rantau ini yang membanggakan kita. Jaminan bekalan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
tenaga Sabah serta secara tidak langsung akan memperkukuh infrastruktur tenaga di kedua-dua negeri tersebut. Ini membuka pelaburan berimpak tinggi pembangunan teknologi bersih demi manfaat Sabah dan Sarawak.
Bagi negeri-negeri ke Pantai Timur, Kelantan, Pahang, Terengganu akan terus dipacu dengan pengujian hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing. Menjana peluang ekonomi baharu khususnya kepada penduduk desa. Kita akan menurunkan inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI bagi pendekatan bersepadu yang digerakkan oleh kementerian dan agensi bersama badan korporat, syarikat swasta dan komuniti setempat. Kerajaan menyasarkan pelaksanaan 200 Kampung Angkat MADANI, 1,000 Sekolah Angkat MADANI.
Tuan Yang di-Pertua
Puan Yang di-Pertua. Prakarsa kelima, memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di persada ekonomi dunia. Kita berazam supaya Malaysia dapat memperkukuh kedudukan sebagai ekonomi terkemuka rantau ini dengan menguatkan jaringan perniagaan dan pelaburan rentas sempadan. Menarik pelaburan, pelabur berkualiti tinggi. Inisiatif terbesar diusahakan oleh kerajaan di Johor yang disokong oleh pusat sehenti pelaburan yang sekali gus dapat memperkukuh integrasi ekonomi serantau.
Berbekalkan momentum Kepengerusian ASEAN tahun ini pula, Malaysia memimpin pelbagai inisiatif pengintegrasian ekonomi serantau. ASEAN Power Grid bagi meningkatkan keterjaminan bekalan elektrik antara Malaysia, Vietnam dan Singapura. ASEAN connectivity by rail [Tepuk] bagi menghubungkan Rantau ASEAN dengan dunia melalui jaringan kereta api. Asia Zero Emission Community (AZEC) sebagai komitmen ASEAN terhadap usaha menangani perubahan iklim dunia.
Ini keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan. Kita akan terus melaksanakan projek infrastruktur Rantau Panjang-Sungai Golok, taraf jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Thailand. Thailand kata Kolok, Kelantan kata Golok. Menaikkan taraf jaringan jalan sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan. RTS Link [Tepuk] Malaysia dengan Singapura, Pelabuhan Darat Perlis [Tepuk] Malaysia dengan Thailand. Pada masa yang sama, projek menaik taraf ICQS Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang, CIQ Sabah dan Sarawak diteruskan; pelaburan strategik oleh syarikat penerbangan tempatan ditingkatkan, 178 pesawat baharu dan penambahan perkhidmatan penerbangan akan dilaksanakan.
[Tepuk] Tahniah.
Pada masa yang sama, kerjasama ekonomi serantau akan terus diperkukuh melalui IMT-GT dan BIMP-EAGA. BIMP-EAGA ini penting bagi terutamanya bagi kawasan Sabah dan Indonesia dan Sarawak sehingga ke Brunei. Malaysia juga
Tuan Yang di-Pertua
mengorak langkah ke hadapan dengan memperluas pasaran eksport dan pelaburan ke rantau baharu termasuk Eropah, pasaran BRICS, Benua Afrika dan negara anggota OIC sepertimana yang tertera dalam persidangan yang baru-baru dilaksanakan dengan jayanya ASEAN-GCC-China.
Jadi, strategi pengantarabangsaan industri francais juga ditingkatkan ke pasaran serantau dan global. Pendekatan holistik ini diyakini mampu memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab serantau yang berdaya saing dalam perdagangan, pelaburan dan pengembangan bakat. Ini dilakukan dengan penentuan kita dan menambah kebijakan, menaikkan lantai kerana semua yang disebutkan itu tidak akan bermakna sekiranya taraf hidup rakyat tidak ditingkatkan. Maka, kerajaan akan terus memperdaya, memberdaya usaha menggunakan strategi untuk meningkatkan taraf hidupan rakyat, menangani tekanan kenaikan kos sara hidup yang kini dirasai oleh sebahagian daripada rakyat.
Bukan sekadar mengekang kenaikan harga barang atau perkhidmatan demi mengurangkan beban perbelanjaan, kebijakan ini juga memastikan pendapatan kehidupan wajar kepada semua dinaikkan. Maka, akses kepada pendidikan yang terangkum dan berkualiti, kesihatan yang menyeluruh dan mampu bayar, kediaman yang selamat dan selesa, bekalan makanan yang terjamin dan berkhasiat, itu menjadi keutamaan dan ini memerlukan kerjasama semua pihak tanpa mengira latar, wilayah atau pendapatan.
Bagi mengurang beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup, kita teruskan STR, SARA. Payung RAHMAH dipergiat, Jualan RAHMAH, menu, Kafe RAHMAH, Bakul RAHMAH membolehkan akses kepada makanan dengan harga berpatutan.
Paksi, Pakej RAHMAH untuk perkhidmatan Internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar juga diteruskan. Kos pengangkutan awam yang berpatutan, pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas, OKU, program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar diteruskan. Ini kita umumkan kerana ada yang mengatakan tidak ada yang dilakukan. Ini semua langkah-langkah yang baru diambil, khususnya oleh Kementerian Pengangkutan.
Perkasa ketujuh, merekayasa sistem sosial berteraskan Ihsan MADANI. Kita memerlukan sistem sosial berteraskan Ihsan MADANI yang syumul dan mampu menyatukan rakyat berbilang kaum, agama dan latar budaya dalam keharmonian.
Nilai adab, kerohanian dan kemanusiaan berasaskan maqasid syariah dan semangat patriotisme akan terus diperkuat sebagai asas pembentukan Ihsan MADANI yang berjiwa luhur, terpandu oleh nilai dan teguh dalam jati diri.
Program seperti Kembara Perpaduan Malaysia akan diteruskan untuk mendekatkan masyarakat berbilang latar melalui pendidikan nilai dan dialog terbuka
Tuan Yang di-Pertua
rentas budaya. Manakala Piagam Harmoni Malaysia akan dibangunkan sebagai panduan utama bagi perhubungan dan keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia. Latihan, Program Latihan Khidmat Negara turut dilaksanakan dengan pembaharuan yang selari dengan kehendak semasa. Identiti nasional diperkukuh melalui kefahaman dan semangat kebersamaan.
Sebanyak RM67 bilion diperuntukkan bagi sektor pendidikan sepertimana yang disebut. Antaranya untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaikkan, menaik taraf bangunan sekolah termasuk Tadika KEMAS serta fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan awam.
Untuk rekod, hingga 2025, 1,200 sekolah daif [Tepuk] Telah dinaik taraf.
Pembinaan sekolah dijadikan syarat kebenaran merancang dan ini kita memerlukan kerjasama semua negeri dan [Tepuk] Majlis Perbandaran. Syarat kebenaran merancang mesti masukkan keperluan pendidikan.
[Tepuk] Kalaupun sesak, maka kita izinkan pembinaan sekolah vertikal diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian. Prasekolah, kita berikan tumpuan kemudahan yang cukup bagi anak-anak yang sebelum masuk ke sekolah.
SPM merupakan penanda aras utama bagi peringkat kebangsaan akan terus diguna pakai untuk menilai keberkesanan dasar kurikulum dan pendekatan pedagogi sistem pendidikan yang, pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua
Pada masa yang sama, kualiti pendidikan negara akan ditingkatkan akan berada, agar berada separas purata antarabangsa berdasarkan penilaian PISA dan TIMSS bagi memastikan sistem pendidikan kekal berdaya saing dan relevan.
Kerajaan sedang bergerak ke arah mewajibkan prasekolah bermula umur lima tahun, dalam masa yang sama, lebih banyak kemudahan prasekolah kelolaan KPM akan disediakan terutama di kawasan desa. Ini akan dilaksanakan — melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah dan baik model pendidikan bagi murid pintar, cerdas dan berbakat.
Tumpuan juga diberi kepada pemerkasaan penguasaan bahasa Melayu di semua peringkat. Di samping itu, bahasa Inggeris dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa pembelajaran dan perhubungan. Manakala pembelajaran bahasa tambahan akan terus diperluas.
Pengukuhan pendidikan STEM dan literasi atau kecelikan digital termasuk pengenalan asas AI bagi melahirkan generasi yang bersedia memenuhi permintaan pasaran kerja masa depan yang bernilai tinggi.
Tuan Yang di-Pertua
Pendidikan negara harus diperkemas agar lebih bersepadu dan bermutu, berkesan dan responsif kepada cabaran masa depan. Untuk itu, Kementerian Pendidikan akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal selia pendidikan prasekolah, menengah dan selanjutnya prauniversiti dan pengajian tinggi, diselaraskan oleh KPT dengan matlamat memperjelas bidang kuasa, meningkatkan kecekapan dan dasar pelaksanaan.
Majlis Pendidikan Negara ditubuhkan untuk menyelaras, memantau serta merangka tindakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa ke depan dan bertaraf dunia. Kita akan melaksanakan projek rintis pemberian autonomi kepada universiti awam yang terpilih bagi memperkukuh tadbir urus institusi pengajian tinggi.
Program latihan dan peningkatan kemahiran secara berterusan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru yang menjadi akar sistem pendidikan negara. Ini akan diberikan tumpuan iaitu latihan, peningkatan, keberkesanan, pedagogi dan kurikulum baru bagi guru-guru.
Mekanisme pengambilan guru daripada pelbagai sumber secara terbuka akan ditambah baik. Pendekatan ini adalah bagi memasti peluang disediakan kepada calon yang benar-benar layak, berpotensi dan mempunyai komitmen tinggi terhadap dunia pendidikan.
Hubungan baik dengan semua negara akan terus dieratkan. Malaysia akan terus komited dan aktif meneraju pelbagai inisiatif pada peringkat ASEAN.
Penglibatan aktif negara dalam APEC, BRICS dan negara selatan-selatan terus diperkukuh dan tekad kita untuk memperjuangkan order dunia yang lebih adil.
Selain menerajui ASEAN, Malaysia juga bersedia menjadi tambatan dan suara dunia membangun pada peringkat global dalam isu pembaharuan institusi kewangan antarabangsa, perdagangan yang lebih saksama, keadilan iklim serta pemindahan teknologi dan pemindahan kapasiti.
Kita akan menjadi Tuan Rumah Sukan SEA pada tahun 2027 dan beberapa kejohanan antarabangsa yang lain dalam tempoh lima tahun akan datang. Sukan berprestij memerlukan prasarana yang lebih baik.
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
Meningkatkan Mutu Kehidupan Rakyat. Bertekad menjamin pengupayaan rakyat, taraf kehidupan sosial, akses kepada keperluan seperti makanan, perumahan, kesihatan yang mampu milik.
Selain itu, kebergantungan negara kepada sumber makanan import masih tinggi, terlalu tinggi. Kelumpuhan bekalan makanan import boleh menjadi ancaman kepada negara. Bagi mengurangkan risiko tersebut, penghasilan produk makanan dalam negara akan dipertingkat khusus pembangunan pertanian berskala besar di
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di MADA yang sudah dimulakan, Kedah dan Perlis, KADA di Kelantan serta kawasan pembangunan pertanian bersepadu di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak akan diperluas pelaksanaannya.
Di samping itu, aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI), adaptasi pertanian pintar dan ladang satelit akan dipergiat dengan simbiosis erat antara petani termasuk agropreneur muda, institut pendidikan dan pihak industri.
Bagi menambah baik rantaian bekalan makanan secara menyeluruh, kecekapan infrastruktur pusat pengumpulan, pemproses, penggredan dan pengedaran serta sektor peruncitan berskala kecil dan sederhana akan diperkukuh.
Minda rakyat juga harus dirubah. Melihat pertanian hanya sebagai satu kegiatan sara diri kepada peluang menjana ekonomi yang sangat menguntungkan.
Ikhtiar ini akan meningkatkan sumbangan nilai tambah sektor — subsektor agromakanan, mencecah RM58 bilion menjelang 2030.
Akses kepada kediaman yang berkualiti, perumahan mampu milik dan terangkum. Sehingga 2025, tahniah ya. 180,000 unit rumah telah disiapkan [Tepuk] Dan sekarang, 235,000 sedang dibina oleh kerajaan.
[Tepuk] [Disorak] Yang masalahnya ialah ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran serta harga rumah yang tidak selari dengan tahap pendapatan rakyat.
Maka, satu juta unit rumah mampu milik akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan [Tepuk] dengan kerjasama negeri serta pemaju swasta dalam tempoh 2026 hingga 2035. Ini memang harus selesa dan selamat, termasuk yang telah dilaksanakan dan sedang dalam proses:
(i) program Residensi MADANI;
(ii) perumahan penjawat awam;
(iii) bantuan bina baru rumah;
(iv) perumahan mampu milik; dan
(v) rumah Bakat MADANI.
Ini dalam pelaksanaan. Inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan dan skim sewa untuk beli (RTO) akan diperluas termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana agar mampu memiliki rumah sendiri. Dan ini akan dilakukan dengan peralihan kepada industrialized building system dan building integrated management yang akan mempercepatkan proses pelaksanaan.
[Tepuk] Inisiatif seperti Kota MADANI di Putrajaya yang kemudian diuar-uarkan, hebahkan sebagai projek mega. Projek ini projek kerajaan dan Putrajaya Holdings untuk perumahan mampu milik penjawat awam di negara ini.
[Tepuk] Kalau tidak kita
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
sebut Umran Hadhari, tidak beri makna kalau tidak memberikan faedah kepada mereka. Jadi saya harap, bagi yang ingin mendapat maklumat, sila bertanya kepada Putrajaya Holdings.
Kesihatan memang tidak ketinggalan kerana sistem kesihatan awam negara ini kian terdesak dengan beban inflasi perubatan, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, NCD serta penuaan penduduk. Maka reformasi kesihatan, ikhtiar penting memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan akses penjagaan kesihatan yang lebih meluas dan terangkum, di samping memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mampu bayar.
Bagi meningkatkan keterjaminan bekalan perubatan, pembuatan ubat domestik akan digalakkan dan penggunaan ubat generik oleh sektor awam dan swasta akan ditingkatkan. Kita harus menangani risiko kesihatan. Cukai Pro- Kesihatan akan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol.
[Tepuk] Bukan sekadar untuk hasil tetapi bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan NCD yang kian membimbangkan.
Diabetik sangat tinggi dan tidak ada sebab mengapa gula harus murah dan digalakkan. Maka, akan ada sedikit usaha untuk memberikan mesej yang jelas agar rakyat tidak terbeban dengan penyakit yang serius di negara ini kerana saya sebut di sini, diabetik di antara penyakit jumlah tinggi ketimbang dengan negara-negara ASEAN, Malaysia ini terutama Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah.
Sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh RMK13.
[Tepuk] Ini akan membantu mengurangkan perbelanjaan rakyat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
Lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik kerajaan, termasuk yang daif, yang besar, termasuk Hospital Tuanku Jaafar II Seremban, Hospital Sultanah Aminah II Johor, Pusat Kanser Wilayah Utara Sungai Petani, Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu, Pusat Kanser Sarawak Kuching. Itu di antaranya.
Rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia. Ini termasuk latihan perkhidmatan. Pengurusan rekod kesihatan akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan. Ini memantapkan keupayaan saling keboleh kendalian merentas fasiliti kesihatan. Ini penjanaan analitik kesihatan berimpak tinggi yang diperkasa dengan AI sebagai usaha mempertingkatkan kualiti penjagaan kesihatan rakyat.
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
Tanggungjawab memelihara kesihatan bumi serta menangani kesan perubahan iklim dan risiko bencana tidak boleh dipandang enteng. Rang Undang- undang Perubahan Iklim Negara akan diwartakan bagi mengawal selia tindakan iklim negara. Pelan Adaptasi Kebangsaan diperkenalkan bagi menangani kesan dan memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap impak perubahan iklim.
Perencanaan perbandaran dan daya tahan negara terhadap banjir— bencana banjir dipertingkat melalui pelaksanaan strategi bagi mengurangkan risiko bencana. Ini diperluaskan dalam pengurusan risiko bencana dalam rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan. Ini termasuk amaran awal. Risiko dan impak banjir dikurangkan melalui Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) RM20 bilion bagi melaksanakan 103 projek. RTB Sungai Langat dan Sungai Buloh, Sungai Golok, Sungai Gemencheh Tampin, Sungai Baru Melaka, Lembangan Sungai Johor dan Lembangan Sungai Muar, Lembangan Sungai Pahang, RTB Bandaraya Kuching.
Pengukuhan keselamatan pertahanan pula diberi perhatian demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara, angkatan masa depan yang bersepadu, tangkas dan berfokus. Aset keselamatan. Kapasiti anggota turut diperkasa dengan teknologi termaju yang menggunakan AI. Kawalan di sempadan darat dan maritim diperkukuh, mengekang ancaman rentas sempadan. Kita kena depani ancaman kedaulatan dan keselamatan di Laut China Selatan.
Manakala, proses keimigresenan yang terus menjadi kontroversi akan dipercekap melalui Sistem Imigresen Bersepadu Nasional yang lebih moden.
Sayangilah yang di bumi, nescaya yang dilangit akan menyayangi kita. Demikian sabda Rasulullah SAW.
[Berucap dalam bahasa Arab] Ini mudah-mudahan sayang di bumi, nescaya yang di langit akan mencurahkan rahmat kepada kita. Ini hadis riwayat at-Tarmizi.
Kita perlu mendepani realiti bahawa Malaysia telah menjadi negara menua sejak 2021 dan beralih kepada negara tua seawal 2043. Peralihan kepada negara tua pastinya menuntut komitmen kewangan yang besar, maka demi memastikan tiada siapa yang tercicir, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 digubal sebagai panduan menyeluruh bagi persediaan menghadapi cabaran penuaan bagi bapa-bapa dan ibu-ibu kita. Rancangan Malaysia ini akan memberi penekanan kepada penyediaan ekosistem penghebahan penjagaan jangka panjang.
Perkhidmatan LTC yang berkualiti, mudah diakses dan mampu bayar, mencerminkan ihsan berterusan kerajaan.
Bagi memartabatkan sektor penjagaan sebagai kerjaya berpotensi tinggi, insentif perlindungan sosial dan faedah akan disediakan kepada penjaga serta
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
pekerja perkhidmatan LTC. Kerajaan komited untuk membasmi kemiskinan dalam semua bentuk, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah. Ini bukan isu kekurangan pendapatan sahaja tetapi lebih luas sifatnya. Pendekatan membasmi kemiskinan menyalur bantuan bersifat sementara tetapi yang lebih penting melalui penyediaan peluang untuk meningkatkan mobiliti sosial, termasuk meningkatkan pendapatan rakyat serta program pemerkasaan ekonomi komoditi bandar dan pembangunan kesejahteraan rakyat.
Melalui Program SejaTi MADANI — ini unik. RM100,000 diberi kepada komuniti setiap kampung, desa, pedalaman. Ini telah meningkatkan pendapatan dan merancakkan kegiatan ekonomi. Ini saya katakan tadi unik kerana ia memperkasa rakyat. Ia menyantuni rakyat dan diputuskan — projeknya diputuskan oleh kelompok di kampung, desa dan pedalaman sendiri. Setakat ini, kejayaan dan inisiatif itu sangat membanggakan.
Program TVET diteruskan. Pada tahun 2024 sahaja, rekod yang tidak terjangka. 212,000 kemasukan baru ke Program TVET. Maka, Program TVET MADANI diperkasa lagi hingga menjana pendapatan lebih tinggi, termasuk kepada pelajar tahfiz dan hufaz seperti disebut tadi. Maka, TVET ditingkatkan dengan memperkenalkan tiga tahap kepakaran baru, enam hingga lapan, agar setara dengan tahap kelayakan pengajian tinggi di bawah kerangka kelayakan Malaysia. Ini bagi memperakui kemahiran tinggi dan dalam bidang teknikal dan memperluas laluan kerjaya.
Kadar gaji minimum harus diperluas. Ini termasuk kepada graduan dan pekerja separa mahir, lepasan TVET di bawah kod MASCO 8 dan ke atas. Ini bertujuan menyediakan gaji setimpal, setaraf kelulusan dan kemahiran pekerja.
Maka, diwujudkan Majlis Perundingan Gaji Negara. Portal eMASCO ditambah baik sebagai instrumen pemantauan kadar gaji yang lebih luas. Kerajaan menggalakkan syarikat besar menyediakan gaji kehidupan wajar yang telah dilaksanakan GLICs dan GLC. Saya tegaskan semula, kerajaan, GLC dan GLIC terutamanya, syarikat- syarikat kerajaan itu telah memulakan ikhtiar dengan menetapkan gaji RM3,100.
Maka, tidak ada sebab mengapa syarikat-syarikat gergasi, raksasa yang mencatat untung yang besar tidak boleh segera melaksanakan.
Perlindungan sosial kepada pekerja melalui Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerjaya, Perlindungan Insurans Sosial Menyeluruh, termasuk di luar waktu kerja. Penggiat industri gig dipastikan tidak terpinggir melalui akses perlindungan sosial di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital. Pengurangan jumlah pekerja asing terpaksa dilaksanakan. Daripada 15 peratus kepada sedia ada, kepada 10 peratus sahaja menjelang 2030. Maka, pelaksanaan mekanisme levi pelbagai
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
peringkat akan dikuatkuasakan supaya majikan beralih kepada automasi mekanisasi serta pengambilan pekerja tempatan.
Puan Yang di-Pertua, prakarsa kesembilan. Mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan peluang. Ini kalau terangkum merentasi segenap bangsa dan lapisan masyarakat. Lapisan rakyat semua - supaya semua dapat merasai hasil mahsul kemajuan negara. Kita harus menyelesaikan. Pertama, isu bumiputera. PuTERA35.
Itu pelancaran Projek Pemerkasaan Bumiputera yang terangkum. Ini digerakkan dengan strategi 3P.
Penyertaan yang meluas, pemilikan yang bermakna dan penguasaan dalam sektor strategik. Pembangunan Bandar Malaysia. Saya bagi contoh yang besar, yang dahulunya Sungai Besi. Itu akan memastikan pembangunan menyeluruh, termasuk MRO di kawasan sekitar Lapangan Terbang Subang yang merupakan dua projek besar, raksasa. Kerajaan menetapkan, oleh kerana projek ini strategik, ia mesti melibatkan penyertaan bumiputera yang signifikan.
Maka, selain daripada MARA teraju UiTM dan PNB, penyertaan GLC dan syarikat swasta akan digembleng agar pemilik perniagaan dalam kalangan profesional bumiputera dilahirkan.
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
Daya saing syarikat bumiputera di peringkat antarabangsa, tumpuan akan diberi untuk mempersiapkan syarikat, terutama di senarai di Bursa Malaysia. Antara strategi termasuk perlumbaan relay yang bertujuan mengupaya dan meramaikan usahawan bumiputera seawal peringkat syarikat mula — syarikat mula niaga hinggalah muncul sebagai syarikat tersenarai.
Program Gate to Global (G2G) akan terus dipergiat meningkat daya saing usahawan bumiputera ke pasaran antarabangsa termasuk fasiliti padanan, eksport dan pemasaran digital.
Pembangunan sosioekonomi anak negeri Sabah dan bumiputera Sarawak akan diperkukuh. Antaranya memperluas peluang perniagaan melalui penyediaan premis komersial dan akses kepada bantuan pembiayaan serta program latihan dan bimbingan keusahawanan.
Perlindungan hak dan darjat komuniti orang asli. Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] akan disemak semula.
[Tepuk] Melaluinya, perihal pemilikan tanah, pendidikan dan infrastruktur kepada komuniti Orang Asli akan ditambah baik sebagai ikhtiar meningkatkan sosioekonomi mereka. Ini membolehkan Orang Asli mendapat manfaat yang setara dan saksama dengan semua.
[Tepuk] Akses pendidikan Orang Asli menjadi keutamaan. Pemberian terus bantuan pra-sekolahan kepada ibu bapa murid Orang Asli, sekolah berasas komuniti: based-school juga akan diperluas.
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
Peluang masyarakat Cina dan India berpendapatan rendah tidak akan diketepikan sama sekali. Pendekatan menyeluruh meningkat sosioekonomi masyarakat itu perlu mencakupi aspek pendidikan, keusahawanan dan perumahan.
Tahap sosioekonomi kampung baru Cina akan diperkukuh menerusi pelaksanaan pelan induk pembangunan kampung baru yang akan menyediakan dana pembiayaan bagi kegiatan keusahawanan termasuk menyedia dan menambah baik tapak penjaja.
[Tepuk] Inisiatif dan program merangkumi pendidikan dan pembangunan bakat termasuk STEM dan TVET akan dilaksanakan bagi meningkatkan peluang kerjaya masyarakat India. Inisiatif baik pulih rumah, pemantapan tatakelola pengurusan masyarakat India akan turut dilaksanakan. Infrastruktur dan kemudahan awam akan ditambah baik bagi meningkatkan akses jaringan sosial dan peningkatan kualiti hidup semua rakyat termasuk masyarakat Cina dan India, wanita, belia, warga berusia.
[Tepuk] Agenda nasional Kasih Keluarga Negara yang berteraskan pembentukan insan madani akan dilaksanakan bagi memperkukuh institusi kekeluargaan. Ini memperkukuh peranan lelaki sebagai pemimpin, pelindung, pembela dan pendidik serta pencari nafkah utama keluarga. Manakala bagi menyokong peningkatan kadar penyertaan wanita dalam pasaran kerja kepada 60 peratus termasuk ibu yang mempunyai anak kecil, pusat penjagaan berkualiti akan diperluas dan latihan bersesuaian disediakan.
Kerajaan cakna kepada peluang pendidikan golongan orang kurang upaya
(OKU). Sehingga Jun 2025, hampir 171,000 OKU kanak-kanak direkodkan yang menghadapi masalah pembelajaran termasuk kanak-kanak autisme. Maka dalam Rancangan Malaysia ini, inisiatif akan diteruskan untuk memperluaskan kemudahan kapasiti pendidikan khas kepada golongan rentan ini di seluruh negara.
[Tepuk] Ini termasuk Program Pendidikan Khas Integrasi di 34 buah sekolah sedia ada, pembinaan sekolah baharu yang dilengkapi dengan kemudahan PPKI, meningkatkan penyertaan warga emas, orang asli dan OKU dalam pasaran kerja, sokongan dan latihan melalui akademi dalam industri, Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan insentif kepada majikan.
Kerajaan akan memperkasa sektor ketiga bagi membolehkan sektor ini bergerak bersama kerajaan mengupaya golongan sasar dan rentan, peluang keusahawanan, pekerjaan serta latihan, kemahiran yang lebih inklusif dan bersifat setempat. Jadi, daya tahan sektor ketiga akan diperkukuh melalui latihan dan khidmat nasihat. Sumber pembiayaan alternatif kepada sektor ini juga diperluas
Jadi Puan Yang di-Pertua, Prakarsa Kelapan
melalui sukuk sosial, dana wakaf, zakat, crowdfunding, serta pembiayaan campuran termasuk penglibatan GLC, GLIC dan swasta serta pengukuhan gerakan koperasi.
Kita umumkan projek RMK. Bagaimana mekanisme pemantauan? Maka dalam sistem pada kali ini, kita pastikan mesti ada sistem pemantauan PPD. Struktur tadbir urus RMK13 digerakkan secara berperingkat sehinggalah pelaporan berkala ke Jemaah Menteri.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin memohon izin memaklumkan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat bahawa teks sahih ucapan penuh saya yang diedar dan dimuat naik melalui kod QR di meja Ahli Yang Berhormat semua. Teks penuh dan sahih ini boleh digunakan untuk di bahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Jadi Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, perubahan bermakna yang kita impikan ini perlu diterjemahkan secara kolektif. Ia digerakkan sebagai satu pasukan termasuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar penuh iltizam yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
Kita tidak sekadar mahu mencapai status negara berpendapatan tinggi, tetapi kita mahu rakyat terbanyak di kota, desa, pedesaan dan pedalaman dari Perlis sampai ke Sabah menikmati kemudahan dan kemudahan dan kehidupan yang selesa, mendapat peluang yang saksama untuk terus melangkah maju selari dengan hasrat menaikkan martabat, darjat dan harakat rakyat. Hanya dengan keyakinan bahawa negara ini dipimpin dan ditadbir dengan amanah dan bijaksana ke arah masa depan yang lebih sejahtera dan adil kepada semua rakyat bakal merasai damai dalam jiwa.
Insya-Allah [Tepuk] Semoga dengan semangat juang yang marak, iltizam yang jitu, keazaman yang menyala, Malaysia mampu bangkit sebagai negara disegani dunia, didorong oleh nilai, prinsip dan kekuatan watannya.
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, saya usulkan.
[Dewan tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kekal...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Anwar, kekal Anwar!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kekal, kekal...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan ke atas Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini akan bermula pada hari Isnin, 4 Ogos 2025.
Oleh yang demikian, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 4 Ogos 2025.
[Dewan tepuk]
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.48 tengah hari]