Jul302025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sesi pertama pada pagi ini adalah, pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

Sebelum saya memulakan, saya ingin mengingatkan peraturan-peraturan yang akan mengendali, yang ada kaitan dengan soalan jawapan lisan. Peraturan 35, 36, 37 dan juga adab di bawah peraturan 41, terutama sekali 41(e).

Berikut saya memulakan sesi pada pagi ini dengan mempersilakan Puan Teresa Kok Suh Sim, Yang Berhormat Seputeh untuk membuka tirai.

draft • 10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan, status terkini usaha kerajaan dalam memperkenalkan Tribunal Hak Asasi Manusia di Malaysia.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

‘Jabatan’ di Jabatan Perdana Menteri – Yang Berhormat Menteri berkaitan, sila jawab.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Usaha ke arah memperkenalkan hak asasi Tribunal Hak Asasi Manusia di Malaysia telah dimulakan dengan satu mesyuarat awal yang dipengerusikan oleh saya pada 21 November 2024 bagi membincangkan cadangan tersebut. Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu Jawatankuasa Kajian Kebolehlaksanaan Tribunal Hak Asasi Manusia (JKKTHAM) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2025 untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan penubuhan tribunal hak asasi manusia di Malaysia. Kajian ini telah mula dilaksanakan dan dijangka akan siap pada Oktober 2025.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Selain itu, JKKTHAM ini akan juga meneliti pelbagai perspektif, pandangan dan input berkaitan aspek-aspek yang relevan dan usaha ini.

Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, JKKTHAM dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mah Weng Kwai, mantan Hakim Mahkamah Rayuan, dan senarai ahli-ahli JKKTHAM yang terdiri daripada Wakil ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Malaysia, ahli akademik, pengamal undang-undang, wakil agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan penubuhan bukan kerajaan adalah seperti di lampiran.

Untuk maklumat lanjut, Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat bulan Julai 2025, sebanyak lima mesyuarat telah dilaksanakan. Pembentangan dapatan awal kajian telah dibentangkan oleh pasukan penyelidik kepada JKKTHAM pada 9 Julai yang meliputi kerangka konsep dan teori analisis mekanisme hak asasi manusia sedia ada di Malaysia. Analisis perbandingan amalan antarabangsa dan cadangan model Tribunal Hak Asasi Manusia Malaysia.

Seterusnya, perbincangan kumpulan focus: Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan telah diadakan pada 17 Julai di Kuala Lumpur dan disusuli dengan FGD di peringkat zon termasuk di Sabah dan Sarawak.

Cadangan menubuhkan sebuah tribunal hak asasi manusia merupakan satu usaha Kerajaan MADANI dalam reformasi institusi bagi mewajibkan sebuah badan yang akan memberi ruang kepada mangsa pelanggaran hak asasi manusia untuk mendapatkan keadilan melalui mekanisme alternatif yang lebih mudah diakses. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Seputeh, soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih. Apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebenarnya adalah sangat menggalakkan kerana ini menunjukkan inisiatif positif daripada Kerajaan MADANI. Masalahnya ialah selalunya bila SUHAKAM mengemukakan syor-syor mereka untuk menambahbaikkan ah sistem, tetapi selalunya ia tidak dapat dilaksanakan kerana ini adalah macam non-binding.

Jadi macam mana kerajaan akan membolehkan syor-syor dan dapatan SUHAKAM ini dilaksanakan melalui penubuhan Tribunal Hak Asasi Manusia? Dato’ Yang di-Pertua, selalunya kes-kes pencabulan hak asasi manusia juga adalah, satu kesalahan dari segi criminal (jenayah). Jadi, kes macam Teoh Beng Hock, ah! Dia mati selepas — sebenar di premis SPRM, tetapi sampai sekarang ia macam tak ada — ia adalah apa, NFA – kes diklasifikasikan sebagai NFA. Bolehkah kes macam ini yang keluarga Teoh Beng Hock, kalau tribunal hak asasi manusia ditubuhkan, keluarganya boleh bawa kes ini untuk didengarkan oleh Tribunal Hak Asasi Manusia?

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Too excited to reply. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Seputeh. Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh, isu pelaksanaan syor-syor atau dapatan SUHAKAM di Tribunal Hak Asasi Manusia yang dicadangkan ini sememangnya sedang diteliti oleh jawatankuasa ini dari kebolehlaksanaan dan perundangan.

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya berpandangan bahawa, adalah penting syor-syor atau pandangan SUHAKAM tidak dibiarkan dengan begitu sahaja, tetapi perlu dilaksanakan khusus kepada apa yang ditanya oleh Yang Berhormat. Saya percaya bila ia mencabuli hak asasi, saya rasa perkara itu adalah dirangkumi bila tribunal ini ditubuhkan. Walaupun pada setakat ini Dato’ Yang di- Pertua, ini adalah too early to say, kerana kerangka dan apakah asas dan parameternya belum lagi ditentukan.

Itulah sebab kita mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan, tapi saya sependapat dengan Yang Berhormat bahawa perkara-perkara ini boleh disiasat dan tindakan susulan boleh diambil. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana ini adalah amalnya yang dibuat di negara-negara lain dan maka, di mana negara-negara lain ada tribunal, mereka nampaknya boleh menginvestigasi perkara-perkara sedemikian. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Dato’. Soalan tambahan saya, apakah jaminan kerajaan?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat. Sila.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Apakah jaminan kerajaan bahawa Tribunal Hak Asasi Manusia ini sekiranya ditubuhkan, agar ianya dibuat secara teliti selari dengan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan, serta tidak bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, khususnya dalam hal-hal yang membabitkan, melibatkan tafsiran nilai-nilai dan norma hak asasi?

Dan yang kedua, sekiranya kes seperti Teoh Beng Hock, kes Adib dan juga mungkin hari ini kes Zara dijadikan sebagai kes di bawah tribunal, apakah perbezaan antara keputusan tribunal dan inquest dalam kes seperti ini? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebenarnya jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, di mana pandangan dari segi syariah akan diambil kira juga.

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson - Ipoh Barat

Dan apa-apa yang diusul yang dibuat ini, tidak mana-mana akan bertentangan dengan Federal Constitution. Itu kita mahu clear. Itu sebab kita ada seorang hakim yang berwibawa, Dato’ Mah Weng Kwai, yang kita semua tahu sebagai pegawai — Yang Berhormat Tumpat pun tahu adalah, a man of outstanding quality.

Dan dalam komiti pun ada ramai di antara peguam-peguam yang ada, pernah mengambil kes-kes hak asasi. Maka, ia akan mengambil kira semua perkara tersebut dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya rasa perkara itu juga, patut kalau – kalau tribunal ini ada sebelum ini, saya percaya investigation sudah pun dijalankan.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut, Majlis mempersilakan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 10:10 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bersama keluarga... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bersama keluarga berjalan-jalan, Sehingga sebentar di Tanjung Bidara; Lama tak nampak Menteri Pelancongan, Saya rindu sama dia. Soalan Masjid Tanah nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, rancangan kementerian dalam memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di media antarabangsa serta bagaimanakah naratif Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul akan diperkukuh secara konsisten untuk menarik pelancong berkualiti tinggi dan pelaburan dalam sektor pelancongan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Mempersilakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya pada — soalan pula.

Jawapan saya pada pagi ini agak panjang disebabkan Masjid Tanah bertanya.

Antara inisiatif yang dilakukan oleh kementerian untuk memperhebat promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), di media antarabangsa untuk menarik pelancong berkualiti tinggi dan pelaburan dalam sektor pelancongan adalah seperti berikut.

Kerjasama dengan agensi pelancongan luar negara melalui pejabat Tourism Malaysia untuk melaksanakan kempen promosi yang bersasar. Penggunaan platform digital dan media sosial antarabangsa seperti Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan Xiaohongshu (Little Red Book) untuk capaian lebih meluas dan berimpak tinggi.

Kedua, penyertaan dalam pameran pelancongan antarabangsa seperti World Travel Market (WTM) London, Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin, Arabian Travel Market dan ASEAN Tourism Forum.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Ketiga, kempen bersama rakan strategik, syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian (online travel agent) dan operator pelancongan untuk pakej bersama co- branding.

Keempat, menjemput media antarabangsa dan pempengaruh terkemuka bagi program familiarisation trip untuk memperlihatkan sendiri keunikan Malaysia.

Selain itu pula, dari sudut naratif Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul, MOTAC turut memberi fokus kepada membina naratif yang konsisten dan berkesan melalui pendekatan berikut.

Pertama, penjenamaan semula pelancongan Malaysia dengan naratif berteraskan pengalaman autentik, kelestarian (sustainable tourism) dan pelancongan berkualiti.

Kedua, menonjolkan produk pelancongan berteraskan budaya, warisan, dan alam semula jadi sebagai ekopelancongan. Seperti ekopelancongan, pelancongan makanan, pelancongan Islamik, pelancongan kesihatan MM2H dan pelancongan komuniti.

Ketiga, pengiktirafan dan penceritaan melalui kisah kejayaan tempatan (storytelling) yang menyentuh emosi, dan membina hubungan jangka panjang dengan pelancong.

Keempat, mempertingkat pengalaman pelancong melalui pembangunan infrastruktur pelancongan, kemudahan digital dan kesedaran Kempen Melawat Malaysia 2026.

Manakala, bagi menarik pelancong berkualiti tinggi dan memastikan sektor pelancongan menyumbang secara mampan kepada ekonomi negara, MOTAC turut memberi tumpuan kepada segmentasi pelancong berkualiti tinggi dari negara berpendapatan tinggi dan pasaran khusus, seperti pelancong perniagaan dan mewah.

Ia nya juga meliputi peningkatan kelestarian destinasi pelancongan melalui pensijilan hijau dan pelancongan bertanggungjawab yang akan menjadi tarikan kepada pelabur dan pelancong beretika. Dan juga yang paling penting, MOTAC komited untuk memastikan VM2026 menjadi pemangkin kebangkitan industri pelancongan negara, pasca-pandemik, dengan menjadikan Malaysia sebuah destinasi, bukan saja menarik, tetapi juga mampan, inklusif dan bernilai tinggi di peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Masjid Tanah. Silakan.

draft • 10:10 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dan saya memahami bahawa perbelanjaan yang cukup besar dibelanjakan untuk membuatkan promosi secara atas talian, terutama sekali untuk menarik pelancong yang berkualiti, yang mana high-value tourists dengan izin, khususnya daripada pasaran baharu seperti Asia Barat, Asia Tengah dan juga Eropah Timur.

Soalan saya, bolehkah berikan jumlah perbelanjaan yang diberikan khusus untuk promosi pelancongan ini, secara khusus bagi atas talian? Terima kasih. Kerana, saya difahamkan, pendekatan bersemuka sudah lagi tidak seperti dulu, tetapi lebih kepada secara promosi secara atas talian. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya setuju dengan pandangan Masjid Tanah. Berteraskan promosi yang perlu kita lakukan melalui online. Cuma, saya tidak dapat memberikan jumlah secara khusus. Pertama, kerana kita masih ada beberapa bulan sehingga tamatnya tahun ini, tapi insya-Allah, pihak kementerian akan memberikan jawapan bertulis berkenaan dengan soalan yang telah dibangkitkan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Ipoh Timur.

draft • 10:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kita tahu dan telah dengar rancangan dan strateginya apa yang nak dicapai bagi tahun Visit Malaysia 2026. Mantap dan agak menyeluruh. Sudah tentu apabila ada sesuatu rancangan yang nak dijalankan, perlu ada sasaran dia. Sasaran dari segi visitors dan tourist numbers dan sebagainya, dengan izin.

Jadi, saya mohon sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah yang akan dilaksanakan ‘programmaticly’ dengan izin, untuk memastikan sasaran boleh dicapai dan akan dicapai bagi Visit Malaysia 2026?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Untuk jawapan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya akan memberikan empat strategi berkenaan dengan soalan ini dibangkitkan oleh Ipoh Timur.

Pertama, kita perlu memfokuskan kepada pasaran bersasar seperti negara China, India, Australia, Indonesia, Asia Tengah, Rusia, Timur Tengah, United Kingdom, Chinese Taipei, dan Jerman, tanpa mengabaikan pasaran ASEAN itu sendiri.

draft • 10:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kedua, kita meningkatkan aliran trafik pelawat ke Malaysia melalui penambahan laluan penerbangan baharu yang menghubungkan bandar-bandar utama di Malaysia dengan destinasi antarabangsa, sekali gus juga kita dapat meningkatkan kapasiti tempat duduk (seat capacity) ke negara ini melalui pemberian insentif Geran Sokongan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC).

Ketiga, pastinya kerjasama strategik dengan syarikat agensi pelancongan termasuklah agensi pelancongan atas talian (online travel agents) bagi menawarkan pakej pelancongan yang menarik, kompetitif dan bernilai tambah.

Akhir sekali, Pelan Liberalisasi Visa oleh Kementerian Dalam Negeri telah membuktikan manfaat yang cukup besar kepada sektor pelancongan di negara kita khususnya pasaran negara China dan juga negara India. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang ketiga, saya mempersilakan Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng.

draft • 10:20 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 3.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) apakah Malaysia sudah bersedia dalam menerokai penjanaan tenaga nuklear; dan

(b) apakah bentuk program kerjasama yang telah dijalinkan dengan agensi antarabangsa berkaitan dengan sains dan teknologi nuklear.

draft • 10:20 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Gopeng.

Pada masa kini, kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang meneroka tenaga nuklear sebagai antara pilihan utama dalam memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil, bersih dan boleh dipercayai. Kajian pra-kebolehlaksanaan berkaitan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga telah pun disiapkan dan dapatan awal menunjukkan potensi besar tenaga nuklear untuk negara.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, hasil kajian tersebut mencadangkan penubuhan enam pasukan petugas teknikal ataupun technical task force, dengan izin.

Sebanyak tiga pasukan petugas teknikal telah dipertanggungjawabkan kepada MOSTI melibatkan:

(i) teknologi dan pembangunan industri;

(ii) pembangunan kompetensi dan kepakaran nuklear; dan

(iii) rangka kerja perundangan dan kawal selia.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai sejumlah 323 orang Pegawai Penyelidik di Agensi Nuklear Malaysia dan 36 Pegawai Sains di Jabatan Tenaga Atom yang berkhidmat dalam pelbagai bidang teknologi nuklear dan teknologi berkaitan. Daripada jumlah tersebut, seramai 61 Pegawai Penyelidik memiliki kelulusan dalam bidang sains dan kejuruteraan nuklear. Situasi ini mencerminkan komitmen berterusan negara dalam membangunkan kapasiti kepakaran tempatan bagi menyokong kemajuan teknologi nuklear secara selamat dan bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, tentang program kerjasama antarabangsa, Malaysia melalui MOSTI terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi antarabangsa melalui pelbagai program latihan teknikal, penyelidikan bersama,

draft • 10:20 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti dalam bidang sains dan teknologi nuklear bagi menyokong agenda pembangunan negara.

Pada 10 hari bulan Julai 2025, Kerajaan Malaysia telah memeterai perjanjian bagi kerjasama strategik nuklear awam dengan Kerajaan Amerika Syarikat. Kerjasama strategik nuklear awam ini berperanan sebagai pemangkin kepada kerjasama jangka panjang dalam membangunkan keupayaan tenaga nuklear awam Malaysia secara selamat dan bertanggungjawab.

Ia merupakan antara langkah, selain daripada rangkaian kerjasama dengan negara China dan Rusia, yang dapat memperkukuh usaha Malaysia dalam membangunkan program tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik secara terancang. Melalui kerjasama ini, Malaysia berpeluang mengasas kepakaran teknikal teknologi semasa dan amalan terbaik antarabangsa yang dapat menyokong pembangunan infrastruktur, pelaksanaan penyelidikan bersama dan pengukuhan industri tempatan.

Malaysia juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Persediaan bagi Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Letupan Nuklear (CTBTO) untuk mengesan sebarang bentuk ujian letupan senjata nuklear dan melaksanakan penyelidikan menggunakan data saintifik bagi pemantauan bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami.

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memastikan kerjasama strategik bersama dengan IAEA ― Agensi Tenaga Atom Antarabangsa melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah:

(i) program kerjasama teknikal;

(ii) perjanjian kerjasama serantau;

(iii) forum kerjasama nuklear Asia; dan

(iv) projek penyelidikan berkoordinasi.

Itu saja yang saya nak sampaikan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Gopeng, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan, atas pencerahan dalam kerajaan dalam memastikan pembangunan teknologi nuklear ini ataupun penjanaan tenaga melalui teknologi nuklear ini dapat kita bersiap sedia dan kita bangunkan dengan penuh berhati-hati dan bertanggungjawab.

Namun, saya difahamkan teknologi nuklear ini bukan setakat hanya untuk menjanakan tenaga tetapi kita aplikasinya sebagai untuk memantau iklim ataupun dalam sektor-sektor yang lain termasuk untuk pertanian. Maka, saya nak tanya kepada Menteri, apakah peranan MOSTI dalam menggunakan isu teknologi nuklear ini dalam memastikan menangani isu perubahan iklim dan pemantauan iklim dalam negara kita? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, tolong menjawab.

draft • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Gopeng.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, MOSTI selalu bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain untuk aktiviti-aktiviti R&D dalam bidang alam sekitar. Untuk ― sebagai contohnya, penggunaan teknik isotopic untuk memantau kesan pelepasan gas rumah hijau, pengurusan cerun dan juga pengasidan lautan. Dan ia nya juga digunakan untuk menentukan sumber pencemaran gas rumah hijau serta menentukan jangka hayat sumber air di bawah tanah.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaan sains dan teknologi nuklear ini terutamanya dalam menangani isu perubahan iklim turut disokong oleh IAEA di mana teknologi nuklear telah dikenal pasti menyumbang kepada matlamat climate ke-13, Climate Change’s United Nations Sustainable Development Goal (UNSDG).

Dan samping itu, tenaga nuklear juga digunakan oleh Nuklear Malaysia untuk pembiakbakaan tanaman bagi meningkatkan pengeluaran tanaman berdaya tahan kepada perubahan iklim serta kawalan penyakit. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dasar Teknologi Nuklear Negara menekankan bahawa Malaysia mesti mematuhi pelbagai kerangka kawal selia antarabangsa sebagai prasyarat kepada pembangunan tenaga nuklear. Justeru, apakah status semasa ratifikasi protokol dan konvensyen utama di bawah IAEA yang menjadi syarat penting kepada pelaksanaan tenaga nuklear?

Negara-negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina kini giat meneroka teknologi reaktor modular kecil sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang tenaga bersih mereka. Sebagai contoh, Indonesia telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 29 tapak SMR dengan sasaran operasi 2032. Tak jauh. Sementara Thailand dan Filipina sedang giat menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan rundingan teknologi dengan syarikat antarabangsa seperti NuScale dan Korea Hydro and Nuclear Power. Saya difahamkan ada beberapa kajian berkaitan torium yang sedang...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, mukadimah itu potong sikit.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Mukadimah itu potong sikit.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, ya, ya. Saya ingin tahu, apa ini, kajian torium yang kita sedang laksanakan masih ― sama ada

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

di UKM ataupun di Nuklear Malaysia, TRIGA PUSPATI dan juga berkaitan dengan sisa WLP masih di peringkat sangat awal. Sekiranya mengikut tempoh yang ada, saya rasa antara 15 hingga 20 tahun lagi, sedangkan negara-negara lain hanya dalam lingkungan, kalau seperti disebut tadi...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, amaran pertama. Pendekkan.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, terima kasih. Itu soalan saya.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Kuala Terengganu. Memang betul, ada beberapa triti antarabangsa yang kita perlu meratifikasi sebelum kita betul-betul menerokai dalam tenaga nuklear.

Dan untuk makluman Dewan ini, penggunaan teknologi nuklear terutamanya tenaga nuklear ini adalah tertakluk kepada beberapa triti, konvensyen dan perjanjian antarabangsa serta resolusi-resolusi pertubuhan antarabangsa terutamanya dari Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sekarang MOSTI tengah dalam proses untuk meminda RUU Tenaga Atom yang kita panggil RUUTA.

draft • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Dan mudah-mudahan kalau kita dapat kelulusan daripada Kabinet, kita boleh membentangkan dalam Parlimen sesi ini supaya undang-undang domestik kita membolehkan kita memberikan komitmen kerajaan kepada dunia bahawa kita betul-betul berniat untuk menerokai tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga kita.

Dan untuk soalan kedua itu tentang torium. Setakat ini memang dalam negara kita, kita ada beberapa projek pengekstrakan torium dan pengekstrakan torium itu untuk laps kill kita dah selesai dan menunjukkan keputusan yang sangat bagus, sangat memberangsangkan dan, tapi untuk RND tentang penjanaan elektrik dari torium di sini belum ada lagi.

Cuma di negara lain seperti China, seperti India mereka lebih maju dari segi itu, tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu, kita sedang secara berperingkat sedang menaiktarafkan keupayaan RND kita dan dengan kerjasama negara-negara lain yang mereka ada kepakaran seperti China, Rusia dan juga India, Amerika Syarikat dan lain-lain kita akan — saya yakin kita akan dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan kita tidak akan jauh ke belakang dari rakan-rakan kita di rantau Asia Tenggara ini. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Datuk Muslimin bin Yahaya, Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 10:30 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan, perincian mengenai cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkaitan projek pembinaan sekolah dua blok berkonsep menegak dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat termasuk langkah-langkah konkrit yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan kemudahan asas keselamatan di sekolah berfungsi dengan baik.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Sungai Besar.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyambut baik cadangan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan pembinaan sekolah menegak ataupun vertical school sebagai satu langkah responsif kepada kekangan tanah di kawasan bandar khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berkeperluan tinggi terhadap akses pendidikan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengadakan sesi libat urus yang melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta ibu bapa dan guru telah dilaksanakan bagi memperhalusi keperluan reka bentuk sekolah menegak ataupun sekolah vertikal.

Pendekatan ini bagi meneliti aspek perimbangan yang perlu diberikan perhatian, antaranya keselamatan, kapasiti. Kapasiti murid, akses dan juga kelestarian persekitaran.

Sekolah vertikal merupakan pendekatan inovatif dalam perkembangan institusi pendidikan di kawasan bandar berkepadatan tinggi. Bertujuan mengoptimumkan penggunaan ruang yang terhad secara menegak. Terdapat tiga modul utama yang dicadangkan oleh KPM.

(i) Modul satu, menumpukan kepada pembinaan sekolah dalam tapak khusus untuk pendidikan sahaja.

(ii) Modul dua, menggabungkan kemudahan masyarakat seperti klinik dan juga perpustakaan.

(iii) Modul tiga, melibatkan integrasi dengan perumahan dan juga projek komersial.

Konsep ini menekankan aspek keselamatan murid, akses untuk murid berkeperluan pendidikan khas, pengudaraan dan pencahayaan semula jadi serta pengurusan bangunan yang efisien. Reka bentuk sekolah vertikal, perlu mesra kurikulum, lestari, green school dan fleksibel serta berpaksikan prinsip seperti rasa kepunyaan, keselamatan, daya tarikan dan kemudahan penyelenggaraan.

Pelaksanaan sekolah vertikal tertakluk kepada penilaian KPM dan agensi teknikal, khususnya di kawasan yang mempunyai populasi lebih daripada satu juta orang. KPM

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

komited untuk terus bersikap proaktif dan terbuka dalam mendepani cabaran pembangunan pendidikan di kawasan bandar dengan berpandukan kepada semangat kerjasama serta keharmonian dengan pihak berkuasa tempatan dan pelbagai agensi kerajaan.

Hal ini bagi memastikan bahawa akses kepada pendidikan berkualiti tidak terjejas walaupun dalam keadaan ruang fizikal yang terhad. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Speaker. Saya terus kepada soalan.

Jika ditakdirkan dalam pada masa hadapan mungkin lima hingga sepuluh tahun, keperluan mendesak untuk membangunkan pembinaan sekolah bertingkat tersebut. Mungkin yang pertama disebabkan bilangan pelajar semakin bertambah, tanah untuk membangunkan sekolah semakin terhad dan sebagainya. Apakah sudah ada persiapan kerangka SOP pelaksanaan operasi sekolah tersebut bukan sahaja dari segi keselamatan tapi soal keselesaan, ancaman terutamanya kerangka operasi sebuah sekolah selamat? Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sungai Besar.

Sememangnya dalam konsep sekolah vertikal ini, pihak KPM telah pun mempertimbangkan banyak perkara dan juga faktor termasuklah keselamatan kepada anak- anak kita.

Terdapat tiga aspek yang perlu diambil perhatian bagi cadangan pembangunan sekolah vertikal yang diambil perhatian oleh KPM iaitu:

(i) aspek berkenaan pertimbangan berkaitan dengan murid. Ini membabitkan keselamatan pergerakan vertikal, akses untuk murid berkeperluan pendidikan khas, kesejahteraan emosi dan juga sosial, akses kepada ruang rekreasi dan sebagainya;

(ii) aspek pertimbangan berkaitan teknikal iaitu dari segi akustik, soundproofing, pencahayaan dan juga pengudaraan semula jadi, laluan kecemasan, struktur bangunan dan penyelenggaraan dan sebagainya; dan

(iii) aspek pertimbangan berkenaan dengan pengurusan strata.

Sekiranya bagi model dua dan tiga yang saya sebut tadi, maka ia mungkin melibatkan isu berkenaan dengan pengurusan strata ataupun strata title dengan izin, yang akan dikendalikan dari case to case.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Sungai Besar sama ada kita mempunyai satu panduan, jawapannya ya yang mana pihak KPM telah pun memuktamadkan panduan perancangan pembangunan sekolah secara menegak. Yang mana di bawah panduan ini, kita juga menyatakan prinsip-prinsip asas bagi reka bentuk sesebuah sekolah termasuklah naturalness, individualism dengan izin, daya tarikan, accessibility selamat dan tersusun, pengawasan dan keselamatan murid, kawalan akustik, penyediaan kemudahan sukan dan juga perkara-perkara lain yang berdekatan.

Panduan ini akan dibentangkan, telah pun diluluskan di peringkat KPM dan akan dibentangkan melalui nota Jemaah Menteri ke MJM, kepada Kabinet dalam masa yang terdekat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Timbalan Speaker terima kasih, kakandaku daripada Taiping, mantan Ipoh Timor. Syabas tahniah kepada KPM kerana dijangkakan dan nampak jelas strateginya untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah dengan sekolah vertikal atau sekolah menegak ini.

Berkenaan pula dengan isu sekolah padat ini pula, adakah pelaksanaan kelas kabin terbukti, satu format lagi terbukti berkesan untuk menyelesaikan isu kepadatan dengan kekurangan tanah atau mahalnya tanah yang asyik membelenggu tempat-tempat yang lebih padat seperti Ipoh, seperti tempat Kuala Lumpur kerana urbanization kita semakin meningkat? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Satu soalan tambahan daripada Ipoh Timor yang mana berkenaan dengan pembinaan bangunan tambahan secara kabin.

Sememangnya ini merupakan salah satu pendekatan yang amat efisien dan juga amat effective dengan izin, dalam menyelesaikan isu-isu sekolah padat di kawasan-kawasan yang berpendudukan tinggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ipoh Timor dan juga Dewan yang mulia ini, projek berkaitan pembinaan kabin adalah secara Industrial Building System (IBS). Kabin ini selalunya orang ingat dia macam container dan sebagainya, sememangnya tidak.

Teknologinya adalah secara Industrial Building System (IBS) yang mana di bawah RP5 tahun 2025, RMKe-12 iaitu pada tahun ini.

Di bawah program menangani isu sekolah kepadatan tinggi di pelbagai negeri, suatu peruntukan pembangunan sebanyak RM100 juta telah pun disediakan. RM100 juta telah pun disediakan dan sememangnya sekiranya kita meneliti setiap negeri apabila kita mendepani dengan sekolah-sekolah yang padat, maka kita mempunyai cadangan untuk pembinaan bagi peruntukan yang diluluskan di bawah RP5.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Saya bagi contoh, sekiranya saya nak semak di negeri Perak. Di negeri Perak ada dicadangkan di PBD Kinta Utara, Sekolah Kebangsaan Kampung Dato' Seri Kamaruddin, RM690,000. Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya, RM690,000. Kedua-dua — Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dengan enam bilik darjah tambahan, RM1.38 juta dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Taib juga dicadangkan enam bilik darjah tambahan, RM1.38 juta lagi. Ada banyak lagi senarai, mungkin saya boleh bagi senarai yang lengkap kepada Yang Berhormat Ipoh Timor selepas ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Beralih ke soalan yang kelima, saya mempersilakan Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin, Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk melibatkan Kerajaan Negeri Sabah dalam sebarang rundingan berkaitan isu Ambalat agar kepentingan negeri dapat dipelihara sekali gus memastikan peluang ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan atas pertanyaan yang dikemukakan. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian bahawa Dewan yang mulia kepada rujukan kawasan Ambang Batas Laut atau Ambalat yang digunakan oleh pihak Indonesia.

Tuntutan Indonesia meliputi sebahagian Laut Sulawesi termasuk Blok ND6 dan ND7.

Malaysia berpendirian bahawa Blok ND6 dan ND7 tersebut merupakan sebahagian dari kawasan kedaulatan Malaysia dan hak kedaulatan negara berdasarkan kepada undang- undang antarabangsa yang terhasil selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau dengan izin, International Court of Justice pada tahun 2002. Oleh demikian, rujukan yang lebih tepat kepada kawasan yang berkenaan yang perlu digunakan selaras dengan pendirian Malaysia adalah Laut Sulawesi dan bukannya Ambalat.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar Negeri sentiasa bekerjasama. Bekerjasama rapat dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan berhubung dengan perkara yang berkaitan persempadanan maritim Malaysia.

Usaha ini dilakukan dengan pendekatan dengan izin, whole of government dan perlu

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

komitmen dalam melaksanakan rundingan dengan negara-negara jiran bagi mencari penyelesaian yang dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Justeru, dalam menyelesaikan isu persempadanan maritim Malaysia dan Indonesia, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan Sabah dalam proses rundingan dan perbincangan tersebut. Wakil kerajaan Sabah turut dilibatkan di dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan serta rundingan teknikal persempadanan maritim di antara Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan Persekutuan juga sentiasa mengambil serius pandangan dan pendirian Kerajaan Negeri Sabah dalam membuat apa-apa keputusan dalam memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia sentiasa terpelihara. Perbincangan berkaitan sempadan maritim adalah berlandaskan kepada prinsip perundangan dan teknikal yang dilakukan secara teliti, cermat dan berhemat.

Dalam hal ini, kerajaan sentiasa membuat penilaian terperinci dan menyeluruh berhubung sebarang cadangan penyelesaian, termasuklah kerjasama ekonomi dalam mencari keputusan yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekian, dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, ada Dato’ Yang di-Pertua. Saya dapat maklumat bahawa semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan delegasi Malaysia ke Jakarta, Indonesia untuk Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia, turut sama ke Mesyuarat tahunan ini ialah Ketua Menteri Sabah dan juga Premier Sarawak.

Soalan saya, adakah isu berkenaan Laut Sulawesi itu diperbincangkan dan sekiranya ada, apa hasilnya dan apa impaknya? Sebab Sulawesi ini Dato’ Yang di-Pertua, begitu rapat dengan negeri Sabah.

Jadi, saya mahu tahu apa impak dia dan hasil perbincangan tersebut? Dan jika benar, dan adakah — jika benar perwakilan Sabah ada, adakah agensi lain-lain daripada Sabah juga turut terlibat dalam perbincangan tersebut? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang pertamanya Dato’ Speaker, kehadiran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan juga Yang Amat Berhormat Premier Sarawak ini merupakan amalan biasa yang dipraktikkan oleh Malaysia apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Rundingan Tahunan (Annual Consultation) ini. Penglibatan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta agensi-agensi yang berkaitan ini menunjukkan yang saya katakan sebagai whole-of- government approach yang dipraktikkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Yang keduanya, kehadiran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dalam Rundingan Tahunan di Jakarta semalam bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Perdana Menteri, bukan hanya hadir untuk berbincang soal hal ehwal maritim sahaja tetapi dia hadir juga melibatkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan Indonesia yang ada di Sabah, terutamanya tentang akses pendidikan community learning center (CLC) yang banyak di Sabah itu yang perlu dibantu.

Yang keduanya, berbincang juga soal perdagangan di sempadan, border trade di antara Sabah dan juga Indonesia termasuk juga di Kalimantan. Dan dibincang juga persempadanan darat, bukan hanya maritim. Benar dibangkitkan, Yang Berhormat Kinabatangan, soal Laut Sulawesi, dibangkitkan secara umum dan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk kedua-dua negara menyelesaikan menerusi mekanisme yang sedia ada demi untuk mencari penyelesaian terbaik berlandaskan undang-undang antarabangsa demi menjaga kedaulatan dan juga kepentingan kedua-dua negara.

Agensi yang diminta hadir bersama-sama dan dilibatkan bersama-sama juga dalam perjumpaan setiap rundingan, setiap mesyuarat melibatkan Indonesia dan juga Malaysia dan yang ada di Sabah itu Yang Berhormat Kinabatangan, adalah wakil daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, hadir sama. Wakil daripada Jabatan Peguam Negeri Sabah juga hadir.

Kemudian daripada — wakil daripada Jabatan Laut Sabah juga hadir. Yang juga wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah juga hadir.

Maknanya di sini ialah, stakeholder atau agensi-agensi negeri itu sentiasa dilibatkan Dato’ Yang di-Pertua. Dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat sentiasa serius untuk mendapatkan pandangan dan juga nasihat daripada kerajaan negeri untuk kepentingan apa juga rundingan melibatkan Sabah dan juga Indonesia. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Machang.

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.

Saya lihat semalam dalam sidang media di Jakarta, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diasak oleh wartawan Indonesia berkenaan dengan keberadaan Riza Chalid, salah seorang taikun yang disabitkan pertuduhan ataupun siasatan oleh BPR, Pencegah Rasuah di Indonesia.

Apakah isu ini memberi kesan kepada sebarang bentuk kerjasama melibatkan Laut Sulawesi antara Malaysia-Indonesia? Kerana saya lihat ada kenyataan daripada Peguam Negara Indonesia yang mempersoalkan kerumitan untuk ekstradisi proses, bila mana diketahui Riza Chalid ini mungkin sudah berkahwin dengan keturunan anak Raja kita di sini.

Jadi bagaimana pandangan Wisma Putra?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa soal Riza Chalid ini adalah soal perundangan dan kita tidak akan memberikan apa juga lindungan. No protection diberikan kepada beliau kerana biarlah proses

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

undang-undang itu berjalan, ini komitmen daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Soal ia nya menjejaskan, memberi impak kepada apa juga rundingan di Laut Sulawesi itu, saya rasa tidak timbul buat masa ini tetapi yang penting ialah integriti Malaysia, kerjasama Malaysia-Indonesia kita pelihara. Soal beliau itu adalah soal undang-undang.

Jadi Wisma Putra bertegas, kita akan ikut apa juga keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, Kerajaan Pusat, supaya kita sentiasa mementingkan proses undang- undang itu berjalan kepada sesiapa sahaja pun dan tidak ada perlindungan kita berikan.

Kalau dia salah, dia salahlah, kita tak perlu lindungkan. Terima kasih..

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Majlis ke soalan yang keenam. Mempersilakan Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Yang Berhormat Tenggara.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kota Kara semangat dalam, Kota Sedeli Teluk Jeri; Tenggara bertanya soalan enam, Silakan jawab YB Menteri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

6. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah terdapat sebarang perancangan daripada pihak kementerian untuk menambah baik kemudahan perumahan sedia ada kebajikan anak-anak anggota serta sokongan pendidikan yang lebih baik terhadap mereka dan apakah status pembinaan perumahan tentera di seluruh negara?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Tenggara. Perumahan yang berkualiti untuk anggota ATM dan keluarga merupakan salah satu agenda utama Kementerian Pertahanan kerana pertahanan negara yang kukuh lahir daripada kehidupan para tentera dan keluarga yang sejahtera serta terpelihara.

draft • 10:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Justeru, Kementerian Pertahanan komited dalam menyediakan dan menambah baik Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang selesa dan sejahtera di seluruh negara.

Berdasarkan blueprint Perumahan 3.0, MINDEF merancang untuk membina sebanyak 12,733 unit RKAT baru sehingga tahun 2030 tertakluk kepada keupayaan semasa kewangan kerajaan.

Sejak daripada tahun 2022, sebanyak 6 buah Projek Bina Baru RKAT yang melibatkan 2,812 unit baru di seluruh negara telah siap dibina oleh MINDEF. Selain daripada itu, sebanyak 10 buah Projek Bina Baru RKAT di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang melibatkan 3,206 unit baru di seluruh negara sedang dalam proses pembinaan yang

draft • 10:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

melibatkan kos sebanyak RM1.002 bilion dan insya-Allah dijangka siap menjelang tahun 2026.

Seterusnya, sebanyak 8 buah Projek Bina Baru RKAT yang melibatkan 2,456 unit baru masih dalam fasa perolehan dan ini pula melibatkan RM1.4 bilion. Di bawah Kerajaan MADANI, peruntukan bagi senggaraan RKAT juga terus meningkat. Bagi tahun 2025, MINDEF telah diperuntukkan sebanyak RM426,495,300 bagi kerja-kerja penyelenggaraan RKAT iaitu peningkatan sebanyak 6.62 peratus, berbanding RM400 juta pada tahun 2024 dan RM236.7 juta pada tahun 2023.

Bilangan unit RKAT yang telah diselenggara adalah 19,978 unit pada tahun 2023 dan 20,954 unit pada tahun 2024. Manakala bagi tahun 2025, MINDEF menyasarkan penyelenggaraan sebanyak 11,607 unit RKAT akan dapat diselesaikan. Dan MINDEF juga menyasarkan sebanyak 55,622 unit RKAT akan melalui proses senggaraan menjelang tahun 2030.

Sebagai tanda penghargaan tidak ternilai kepada warga ATM yang setia berbakti demi kedaulatan negara, MINDEF turut menitikberatkan usaha mempertingkatkan kebajikan anak-anak anggota ATM, khususnya dalam pemerkasaan kualiti pendidikan. Pelan tindakan pendidikan dilaksanakan melalui pelbagai program sokongan dengan kerjasama, khususnya Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi mempertingkatkan pencapaian akademik anak-anak anggota ATM.

Antaranya, Program Simpanan Pendidikan MADANI yang merujuk pada pembukaan akaun simpanan, program penyediaan kelas-kelas tuisyen bagi anak-anak tentera untuk berhadapan dengan peperiksaan SPM, juga program kemahiran keluarga tentera dan juga anak-anak tentera.

MINDEF juga beri perhatian kepada keperluan senggaraan 38 buah sekolah dalam kem dan alhamdulillah, MINDEF menyambut baik peruntukan khas berjumlah RM20 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menaik taraf infrastruktur sekolah dalam kem. Bagi golongan isteri anggota pula, MINDEF memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan Program Ekonomi MADANI sebagai ruang penjanaan pendapatan tambahan yang berasaskan pemindahan ilmu kepada badan kebajikan keluarga angkatan tentera di kem-kem di seluruh negara. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, Yang Berhormat Tenggara untuk soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah banyak usaha yang telah digerakkan oleh Kementerian KEMENTAH untuk menjaga kebajikan tentera kita dan juga anak-anaknya.

Cuma berkaitan dengan Tenggara ini Yang Berhormat Menteri, maklumat yang saya ada di 6 Rejimen Renjer Diraja dan beberapa pasukan yang berada di Kem Ulu Tiram di kawasan saya, anggota kita diberi sewaan kelompok dan RKAT yang jauh, sehingga perlu menempuh highway Pasir Gudang dan berisiko. Antaranya 36 keluarga di RKAT Taman

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Pelangi dan Taman Daya. Manakala, 163 keluarga sewaan kelompok di Permas Jaya, Summer Park Seri Alam, Taman Setanggi dan yang terdekat pun di Taman Saujana yang mengambil masa lebih 40 minitlah kecuali Taman Saujana.

Jadi, soalan tambahan Tenggara, daripada angka yang disebut, baik pembinaan RKAT mahu pun baik pulih RKAT ini, apakah pihak KEMENTAH akan menyalurkan kepada pembinaan untuk RKAT bagi keperluan 6 Rejimen Renjer Diraja, Kem Ulu Tiram atau sewaan kelompok yang berdekatan atau adakah usaha dan perancangan yang – dan apakah usaha dan perancangan yang telah lakukan bagi memastikan pendapatan sedia ada di baik pulih, juga insentif tambahan khas untuk anggota kita yang terpaksa tinggal jauh dari kem yang mengundang risiko dan bahaya. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Tenggara atas keprihatinannya terhadap anggota-anggota yang berkhidmat dalam – di kem dalam kawasan Yang Berhormat iaitu di Tenggara, di Kem Ulu Tiram. Memang pada asalnya, 6 Rejimen Renjer Diraja ini tidak ditempatkan di Kem Ulu Tiram. Tetapi apabila kem mereka iaitu di Kem Majidee terlibat dalam pengambilan tanah, maka buat sementara mereka diletakkan di Kem Ulu Tiram dan timbul isu-isu penempatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat.

Bagi memenuhi dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh keluarga dan anggota- anggota 6 RRD ini, untuk keperluan semasa, Kementerian Pertahanan memang telah menyediakan penempatan sewaan kelompok sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat dan mereka yang tinggal di kawasan-kawasan di luar kem itu, mereka sebenarnya menerima insentif elaun perjalanan mengikut kelayakan.

Jadi sebenarnya, mereka diberikan insentif sedemikian dan untuk penempatan mereka di Kem Ulu Tiram, memang buat ketika ini tak ada perancangan untuk bina RKAT untuk mereka kerana sebenarnya mereka dijangka untuk dipindahkan ke Kem Skudai. Dan untuk makluman Yang Berhormat, kita untuk Kem Skudai ini yang akan kita tempatkan sebagai penempatan baru untuk pasukan 6 RRD ini, kita – projek ini telah pun diluluskan dengan jumlah RM415 juta.

Pada masa ini, penilaian tender pra kelayakan sedang dilaksanakan oleh pihak JKR dan projek ini dijangka bermula pada tahun 2026, kem. Jadi, apabila sudah ada kem, maka kita juga akan merancang untuk membina RKAT dan bagi rancangan jangka masa panjang, sebanyak 795 unit RKAT pelbagai kelas akan dibina di tapak Kem Skudai ini dan kita akan mohon supaya pembinaan RKAT di Kem Skudai ini dimasukkan dalam Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-13.

Jadi, untuk sementara ini, kita bagi mereka insentif tetapi kita sudah ada perancangan jangka panjang untuk mereka, mereka akan dipindahkan ke Kem Skudai. Kem

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Skudai akan mula dibina tahun depan, insya-Allah dan rumah-rumahnya kita masukkan dalam Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-13.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Silakan Yang Berhormat...

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tangga Batu.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Apakah garis panduan dan kriteria semasa yang digunakan untuk menentukan kelayakan baik pulih atau pembinaan semula Rumah Keluarga Angkatan Tentera?

Adakah kementerian bercadang untuk menyemak semula garis panduan tersebut supaya lebih telus, mengambil kira faktor usia bangunan, tahap kerosakan sebenar, serta keperluan mendesak anggota tentera dan keluarga mereka yang terkesan dengan keadaan rumah? Sebagai contoh, apa yang berlaku di RKT Desa Tun Razak. Ada 50 blok, 900 buah rumah dan saya telah bangkitkan sebelum ini – isu ini, atap bumbung bocor, kalau dalam bahasa Inggeris, katakan run down lah. Jadi, apakah perancangan untuk Menteri menyelesaikan masalah ini?

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kedua, saya juga pernah bangkitkan isu tentang 30 tahun masalah air di Kem Terendak dan saya dimaklumkan dua tahun lepas bahawa projek ini akan dilakukan dengan tiga tahap. Saya ingin tahu apakah status terkini bekalan air di Kem Terendak.

Kedua, apakah status kemajuan pelaksanaan inisiatif pendigitalan ke atas semua 38 buah sekolah dalam kem di seluruh negara khususnya dari segi penyediaan infrastruktur digital, capaian Internet berkelajuan tinggi serta program pembangunan kompetensi guru?

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Secara umumnya, saya boleh beri jaminan kepada Yang Berhormat iaitu semua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu semuanya dalam proses pelaksanaan. Seperti Yang Berhormat nyatakan, terutamanya soal RKAT dan soal keutamaan memang itu merupakan satu perkara yang kita beri perhatian. Yang Berhormat perlu ada kesedaran bahawa soal memberi tumpuan kepada penyelenggaraan rumah-rumah RKAT ini dilakukan hanya secara serius semenjak daripada mulanya Kerajaan Perpaduan.

Sebelum 2023, peruntukan untuk penyelenggaraan rumah-rumah hanya dalam lingkungan tak lebih RM150 juta, tetapi, bermula daripada tahun 2023 seperti saya kata naik RM236 juta, kemudian 2024 naik RM400 juta dan tahun ini naik lagi kepada RM426 juta. Jika Yang Berhormat dan sebelah sana sama-sama menyedari betapa pentingnya soal rumah ini dan penyelenggaraannya, diharap masa bahas Rancangan Malaysia Ketiga Belas dipastikan

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

sehingga 2030 untuk penyelenggaraan rumah anggota tentera setiap tahun sekurang- kurangnya diberikan, diperuntukkan RM450 juta. Maka, selesailah semua masalah seperti mana yang dikehendaki juga oleh Yang Berhormat di sebelah sana. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Majlis beralih ke soalan yang ke-7. Mempersilakan Datuk Haji Awang bin Hashim, Yang Berhormat Pendang.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Bermula dengan pantunlah soalan saya ini.

Jalannya pincang harus dipapah, Kerana banjir di musim tengkujuh; Guna AI untuk timbang sampah, Soalan saya nombor tujuh. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

7. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan usaha kementerian dalam memperkenalkan serta memperluaskan penggunaan teknologi moden dalam sektor penanaman dan pemprosesan getah termasuk automasi dan digitalisasi bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing pekebun kecil di kawasan luar bandar.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, di peringkat huluan getah, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah membangunkan beberapa teknologi mekanisasi dan automasi bagi membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti.

Di antaranya, pertama, Teknologi Stimulan. Pembangunan Teknologi Stimulan seperti RRIM Hydrobest yang mampu meningkatkan produktiviti getah sehingga 30 peratus.

Teknologi ini berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran lateks getah yang dapat memberi manfaat langsung kepada penoreh getah.

Selain itu, Teknologi Gas Stimulan Hevea3 juga sedang melalui kajian rintis sebelum diperkenalkan kepada pekebun kecil. Teknologi stimulan yang dihasilkan ini berpotensi membantu meningkatkan hasil pengeluaran getah di kalangan pekebun kecil.

Kedua, mesin SOFIL, mesin pengisian tanah ke dalam polybag ini direka untuk membantu kerja di tapak semaian, jadi lebih cepat dan mudah. Mesin ini mengisi tanah ke dalam polybag secara automatik, campur tanah, angkut tanah dan gerakkan polybag ke tempat simpanan. Ini bantu jimat masa, kurang guna tenaga manusia dan tingkatkan hasil kerja pekebun kecil.

Ketiga, RRIM EcoSmart. Satu sistem pengurusan tanaman getah yang interaktif berasaskan aplikasi dalam laman sesawang yang membantu pekebun kecil dan estet mengurus ladang getah secara lebih cekap. Maklumat di dalam sistem aplikasi ini akan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin

membantu pekebun kecil membuat keputusan merujuk kepada pengguna amalan pertanian yang baik.

Keempat, Teknologi Torehan. LGM terus menjalankan penyelidikan, automasi dan mekanisasi bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dalam penuaian lateks.

Usaha tertumpu kepada pembangunan mesin toreh yang sesuai untuk pekebun kecil termasuk penambahbaikan teknologi mesin torehan MOTORAY.

Dalam aspek pendigitalan, LGM telah membangunkan berbagai sistem dan aplikasi digital untuk memperkukuh daya saing dan kebolehjejakkan atau traceability dalam sektor huluan dan pemprosesan getah:

(i) aplikasi permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) digital. Aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan urusan permohonan atau pembaharuan permit jualan getah secara dalam talian yang antaranya bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data pekebun kecil dan mengawal selia aktiviti penjualan getah yang dihasilkan oleh pekebun kecil.

(ii) RRIMniaga. RRIM Niaga ialah aplikasi mudah alih untuk peniaga getah berlesen merekod transaksi jualan getah;

(iii) RRIMestet. Satu sebagai sistem deklarasi wajib estet merangkumi data pengeluaran, keluasan, kos dan tenaga kerja; dan

(iv) MSNR Trace. Sistem rantaian keboleh jejakkan bersepadu dengan berbagai sistem yang lain seperti sistem Petri, RRIMniaga, RRIMestet, MyLesen dan RRIM Geo Rubber yang membolehkan penjanaan laporan pematuhan kemampanan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Pendang.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Saya nak membangkitkan berkenaan dengan getah ini kerana sekarang ini kita kekurangan getah concentrate iaitu untuk kita gunakan untuk glove dan sebagainya. Bila kita menghadapi COVID dulu, permintaan sangat tinggi.

Oleh sebab itu, saya minta kerajaan mesti lebih agresif membantu penoreh getah bukan sekadar melalui bantuan kewangan, tetapi dengan membina ekosistem dan rantaian nilai yang mampan.

Malangnya, dalam keadaan kerajaan menunjukkan komitmen untuk memperkasakan industri getah, terdapat sebuah GLC utama dalam sektor komoditi seperti FGV Holdings yang mengambil keputusan menutup kilang pemprosesan getah. Keputusan ini diluluskan pula oleh lembaga pengarah mereka. Ia memberi isyarat bercanggah dengan dasar kerajaan dan menjejaskan keyakinan pemain industri.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

GLC ini sepatutnya menjadi peneraju bagi membina industri strategik negara. Justeru itu, saya ingin bertanya, apakah pelan strategik kerajaan untuk menjadikan industri getah lebih mampan dan menarik minat pelabur, termasuk GLC sendiri? Tambahan pula, kenyataan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini meminta kerajaan negeri permudah tukar status tanah pekebun kecil daripada getah ke sawit seolah-olah menggalakkan peralihan besar-besaran keluar dari getah untuk ke kelapa sawit.

Saya mohon kerajaan nyatakan dengan jelas apakah pendirian sebenar terhadap masa depan industri getah negara? Adakah kerajaan komited untuk memperkasakan atau sedang membuka ruang untuk diganti? Kawasan saya 35 percent adalah penanaman getah.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Chan Foong Hin

Okey. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi, memang kita berpendapat bahawa kita tak seharusnya cuma mementingkan atau bergantung kepada satu-satunya komoditi sahaja.

So, kita harus diversity yang terutamanya untuk mengekalkan keluasan tanah getah.

Di antara komitmen kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi adalah Program Konsolidasi Getah Terbiar. So, program ini sedang kita bangunkan dan program ini membuka peluang kepada syarikat swasta, koperasi dan pengusaha individu untuk mengurus kawasan terbiar secara komersial. Selain mewujudkan peluang pekerjaan tetap dengan pendapatan lebih stabil kepada masyarakat setempat sebagai penoreh.

Untuk makluman, LGM sudah bersama dengan FELDA, sudah mengenal pasti lebih 1,700 hektar kebun getah terbiar untuk diusahakan di bawah program ini. Antara kawasan negeri utama yang dikenal pasti adalah Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Tampin.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Dato’ Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita menghadapi masalah dari segi pekerja untuk penoreh getah. Apakah teknologi yang baharu untuk kita mengatasi masalah penoreh-penoreh itu untuk kita gantikan penoreh getah ini dengan sistem ataupun torehan baru yang boleh mengeluarkan masalah daripada kita punya pekerja ini?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Tuan Chan Foong Hin

Seperti saya sebut tadi, sebenarnya kerajaan dia telah membangunkan beberapa teknologi. Cuma dia tak ada teknologi yang boleh 100 peratus menggantikan pekerja. So, dia lebih kepada teknologi untuk stimulant, untuk merangsang lebih banyak lateks dan juga untuk memudahkan di tapak semaian.

draft • 11:00 AM

Tuan Chan Foong Hin

Selain daripada ini, kita juga memajukan dari segi teknologi torehan. Cuma untuk maklumat sekarang, tak ada sebarang teknologi yang 100 peratus boleh menggantikan pekerja, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Majlis ke soalan yang ke-8. Mempersilakan Tuan Haji Aminullah Huda bin Hassan, Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Aminolhuda.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Maaf.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih, Dato’ Speaker.

Soalan Sri Gading nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, garis panduan STRA masih belum dilancarkan. Adakah Kerajaan, khususnya MOTAC dan KPKT, mempunyai perancangan untuk menyelaraskan Akta Industri Pelancongan 1992 dengan garis panduan baharu STRA bagi mengelakkan pertindihan kuasa antara kedua-dua Kementerian.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah selesai proses awal kajian semula Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. Pindaan akta ini dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada penghujung tahun ini atau awal tahun 2026. Proses pindaan ini telah melibatkan sebanyak 54 sesi libat urus yang disertai oleh hampir 1,000 peserta merangkumi wakil kementerian-kementerian, agensi NGO dan pemain industri dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara cadangan pindaan penambahbaikan aspek perlesenan, perlindungan insurans, pemantapan penguatkuasaan, pendaftaran platform digital serta penubuhan tribunal pelancongan. Dalam usaha mengawal selia ekosistem premis penginapan pelancong dan short-term rental accomodotations (STRA) dengan lebih berkesan, MOTAC dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencapai kata sepakat bahawa pendaftaran STRA sebagai premis penginapan pelancong hanya boleh dibuat selepas premis berkenaan mendapat lesen operasi perniagaan daripada PBT. Ini penting kerana urusan pelesenan dan penguatkuasaan premis penginapan adalah di bawah bidang kuasa PBT negeri masing-masing.

Dalam hal ini, garis panduan perancangan STRA yang dibangunkan oleh KPKT melalui PLANMalaysia akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum dibawa ke Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT). Setelah

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

diluluskan, ia akan diguna pakai oleh kerajaan negeri dan PBT bagi menyelaras pelaksanaan STRA secara lebih tersusun dan mampan. Pelaksanaannya disasarkan pada akhir tahun ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan soalan tambahan Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih atas jawapan daripada Timbalan Menteri. Kita sedia maklum bahawa STRA ini seumpama BNB kalau di luar negara. Dengan istilah kalau orang kampung sebut ini ‘homestay’ kalau tak silap sayalah.

Jadi, apa yang telah kita lihat tentang lesen dari PBT, saya, Sri Gading memandang bahawa perkara ini agak mungkin ada sedikit terkesan kepada pengusaha-pengusaha yang berada di kampung-kampung.

Jadi, apakah bantuan dan juga ― memandangkan penguatkuasaan itu nak dilaksanakan, apakah bidang kuasa PBT dan juga apakah bantuan yang akan diberikan MOTAC untuk memastikan ― apa ini, Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan berjaya dilaksanakan dan melibatkan pendatang-pendatang ataupun foreigners daripada luar negara untuk duduk di bahagian luar bandar di kawasan kampung-kampung khususnya? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Ada dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Pertama, berkenaan dengan penguatkuasaan STRA itu sendiri. Kedua, ia juga menjurus kepada sektor inap desa ataupun homestay. Inap desa dan juga STRA ini adalah dua perkara berbeza. Berkenaan dengan STRA, pihak kementerian hanya diberikan kuasa untuk mendaftarkan premis penginapan pelancong sahaja di bawah Akta Industri Pelancongan 1992. Oleh yang sedemikian, MOTAC mempunyai kekangan dari sudut penguatkuasaan. Dari sudut penguatkuasaan, ia terletak di bawah PBT. Itu pertama.

Keduanya, berkenaan dengan inap desa. Di kementerian, kita ada bahagian pembangunan industri. Bahagian ini adalah dipertanggungjawabkan untuk melihat bagaimana kita boleh merangka dan juga memperkasakan lagi homestay ataupun inap desa ini terutamanya di kampung-kampung ataupun desa-desa. Dari sudut insentifnya pula, kita masih dalam kerangka untuk melihat bagaimana insentif yang lebih berkesan mampu kita berikan kepada pengusaha-pengusaha supaya ia nya dapat menjana pendapatan yang pastinya mampan bukannya setakat one-off. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, tekan Yang Berhormat di sebelah kiri. Tekan, ya. Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 11:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya, berkenaan apa yang tadi ditanya kesinambungan daripada itu. Kalau berlakulah PBT tadi kita dah berjaya itu, adakah

draft • 11:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

kementerian bercadang untuk mewujudkan satu mekanisme atau ― mekanisme pelesenan atau pengawalseliaan STRA tadi yang berpusat dan seragam mengambil kira keperluan pemilik tanah, hak penduduk setempat serta pembangunan sektor pelancongan? Dan adakah ― apa ini, kementerian juga bercadang untuk melibatkan juga dengan faktor NIOSH untuk OSHA, NIOSH? Itu sahaja. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan yang begitu baik sekali daripada Yang Berhormat Padang Besar. Dalam ketika ini, kita telah ― tengah membangunkan draf Garis Panduan Perancangan Penginapan Sewaan Jangka Pendek (GPP STRA). Pihak KPKT melalui PLANMalaysia telah mengadakan lebih daripada 10 sesi libat urus dengan pemegang taruh dalam tempoh Januari hingga Ogos 2023 termasuk dengan pihak kerajaan negeri.

Susulan itu juga, MOTAC dengan usaha dan inisiatif sendiri telah mengadakan 54 sesi libat urus bagi kajian semula Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dalam tempoh Oktober 2023 hingga Mei 2025, melibatkan lebih 1,000 peserta merangkumi kementerian- kementerian, agensi dan juga NGO dan yang paling penting juga pemain-pemain industri turut bersama-sama dalam sesi libat urus di seluruh negara.

Oleh sedemikian, perlunya kita menyemak semula akta yang kita mahu bentangkan, insya-Allah pada tahun ini, pada hujung tahun ini ataupun tahun hadapan. Dengan penyemakan ataupun semakan akta yang baharu ini, pastinya ia nya lebih menyeluruh dan ia nya juga akan merangkumi segala persoalan yang telah diajukan oleh Padang Besar.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-9. Mempersilakan Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah tahap keberkesanan pembangunan Sistem Pengesanan Murid

(SiPKPM) dalam mengesan pergerakan kanak-kanak warganegara secara komprehensif, termasuk murid cicir dan kanak-kanak yang tidak mendapat akses pendidikan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, soalan dari Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 sehingga 2025 melalui inisiatif peningkatan akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

memfokuskan antara lain, untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu keciciran murid pada semua peringkat pendidikan di Malaysia.

Sistem Pengesanan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia (SiPKPM) bertujuan untuk mengesan pergerakan kanak-kanak warganegara secara komprehensif bagi murid yang berada di sekolah KPM. Sistem ini juga meliputi data semua kanak-kanak dalam umur prasekolah daripada Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 termasuklah murid di institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan agama.

Sistem ini dapat membantu menganalisis murid cicir dan memuat turun data secara lebih tepat, melihat heat map lokasi dengan izin, murid cicir secara ― serta senarai sekolah yang terlibat agar intervensi dapat dilaksanakan untuk mengembalikan murid cicir itu ke sekolah.

Selain itu, murid berisiko cicir juga dapat diberikan intervensi berfokus agar mereka tidak tercicir dan terus bersekolah. Keberkesanan Sistem Pengesanan Murid (SiPKPM) ini terbukti apabila seramai 4,758 orang murid cicir berjaya kembali ke sekolah dalam tempoh 10 Februari hingga 30 Julai 2025 berbanding seramai 2,708 orang kembali ke sekolah pada tahun 2024. Ini membuktikan bahawa pendekatan berasaskan data dan pemantauan yang berterusan mampu meningkatkan kadar kemasukan semula murid ke dalam sistem pendidikan kita.

Terkini, SiPKPM telah diintegrasikan dengan pengaplikasian kecerdasan buatan iaitu artificial intelligence dengan izin, yang dapat meramal laluan pembelajaran dan juga laluan kerjaya murid berisiko cicir dan murid cicir yang berada di sekolah KPM sehingga mereka di Tingkatan 5.

Ramalan ini akan membantu untuk mengekalkan murid berisiko cicir dan murid cicir agar mereka meneruskan persekolahan mereka sehingga tamat Tingkatan 5. KPM yakin dengan semua usaha serta inisiatif yang dirancang ini dapat dilaksanakan dan ini dapat menangani isu keciciran murid di sekolah KPM. Sekian, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

draft • 11:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Mengikut kajian oleh United Nations Children Fund ataupun UNICEF, pada tahun 2023 menunjukkan bahawa 52 peratus kes keciciran adalah berpunca daripada tekanan kewangan, bukan kecuaian. Contohnya di Long Pasia, Sabah. Terdapat murid yang terpaksa menempuh tiga jam perjalanan sehala ke sekolah iaitu suatu keadaan yang menyumbang kepada risiko keciciran berganda lebih tinggi. Di Kelantan, 15 peratus murid OKU masih belum terdapat akses kepada pendidikan formal.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan. Soalan.

draft • 11:20 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey YB Timbalan Menteri, soalan saya faktor kewangan, kemiskinan OKU, penyakit kronik, jarak perjalanan yang jauh, punca utama keciciran. Mungkin juga faktor buli, faktor yang terkini.

Soalannya, Rang Undang-undang Pendidikan mengekalkan peruntukan hukuman denda RM5,000 atau penjara terhadap ibu bapa yang gagal memastikan kehadiran anak ke sekolah. YB Menteri, adakah hukuman ini adil jika faktor-faktor keciciran tadi menjadi punca keciciran dan apakah jaminan proses pengecualian daripada pendidikan tidak dapat disalahgunakan seperti dalam seksyen 13A (3) RUU Pendidikan? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Ya, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu.

Untuk menjawab bahagian pertama iaitu berkenaan dengan faktor ataupun sebab murid-murid cicir. Daripada data yang KPM ada, faktor utama adalah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

(i) tidak berminat ke sekolah;

(ii) termasuk sebahagian dibuang sekolah. Ada yang kembali ke sekolah;

(iii) bekerja;

(iv) masalah keluarga; dan

(v) juga ada yang mempunyai sakit kronik.

So, ini adalah dari data rasmi KPM berkenaan dengan faktor-faktor dan ada faktor yang lain tetapi faktor yang saya kemukakan tadi adalah faktor utama.

Nombor dua, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ada sebut berkenaan dengan akses pendidikan. Bagi KPM, KPM selalu memastikan akses pendidikan itu sampai ke mana- mana sahaja apabila ia mempunyai keperluan. Oleh sebab itu, pihak KPM juga melalui inisiatif seperti peluasan K9 dan juga pengenalan konsep sekolah K11 telah pun memastikan akses pendidikan itu sampai kepada mereka yang memerlukan.

Untuk rekod Dato’ Yang di-Pertua, bagi sekolah K11 – Sekolah Komprehensif 11 yang telah pun diperkenalkan pada tahun 2023, rintis telah pun dibuat di dua buah sekolah, SK Long Bedian dan juga SK Petau. Pada tahun ini diperluaskan kepada tiga buah sekolah lagi menjadikan jumlah dia lima.

Ketika ini sekolah K9, kita jumlahnya ada 33 buah. Di bawah Kerajaan MADANI, kita telah pun menambah lebih daripada 20 buah sampailah 33 buah sekolah K9.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Faktor kewangan KPM cakna berkenaan dengan isu ini dan oleh sebab itu, KPM setiap tahun ada menyediakan bantuan — 18 jenis bantuan daripada KPM yang terdiri daripada bantuan umum kepada sekolah dan juga 13 lagi — lima bantuan umum dan 13 bantuan khas khusus kepada murid. Setiap tahun, untuk maklumat rakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, sebagai contoh untuk bantuan awal persekolahan setiap tahun kita membelanjakan lebih kurang RM791 juta bagi memberikan RM150 kepada setiap anak-anak kita di sekolah – 5.1 juta anak.

Untuk mereka yang berada di aras kemiskinan tegar, kita sediakan Rancangan Makanan Tambahan, ada sediakan Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk anak- anak kita (EMBPK) dan juga biasiswa kecil persekolahan dan sebagainya. Kesemua ini adalah sebahagian daripada usaha KPM untuk memastikan faktor kewangan itu tidak menjadi salah satu daripada faktor.

Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan rang undang-undang yang memperuntukkan pendidikan wajib 11 tahun ini ada dinyatakan isu hukuman, peruntukan berkenaan hukuman yang ada dalam rang undang-undang yang akan dibahas dan juga diluluskan pada petang nanti. KPM hendak menegaskan bahawa rang undang-undang pindaan ini tidak hasrat langsung untuk menghukum.

Rang undang-undang ini adalah berhasrat untuk mendidik dan juga untuk membawa lebih banyak kesedaran kepada ibu bapa dan juga anak-anak kita supaya kita boleh memastikan anak-anak kita habis pembelajarannya sekurang-kurangnya sampai Tingkatan 5.

Untuk makluman, pendidikan wajib enam tahun telah pun dilaksanakan 22 tahun, enrolmen di sekolah rendah telah pun melebihi 99 peratus. Kini, target ataupun sasaran bagi KPM adalah untuk anak-anak kita di sekolah menengah. Itu sebab kenapa rang undang- undang pendidikan wajib 11 tahun ini dibawa ke Dewan Rakyat ini dan akan dibahas pada petang nanti. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih pada Dato’ Speaker.

Berdasarkan pada jawapan daripada Timbalan Menteri. Antara faktor keciciran adalah, tidak minat, dibuang sekolah, bekerja, sakit, itu antara faktor utamanya.

Apakah masalah disiplin dan juga masalah tidak minat ini? Apakah langkah kementerian untuk mengambil tindakan supaya pelajar-pelajar ini kembali ke sekolah? Itu yang pertama.

Yang kedua, boleh tak disenaraikan kawasan ataupun negeri yang keciciran pelajar paling ramai dalam Malaysia? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Untuk bahagian kedua berkenaan dengan keciciran menurut

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

negeri, saya pohon untuk memberikan jawapan bertulis untuk memberikan data yang lebih tepat. Berkenaan dengan isu seperti isu disiplin dan juga mereka yang tidak berminat ke sekolah, sememangnya pihak KPM ada melaksanakan program-program intervensi terhadap anak-anak kita yang berisiko cicir.

Soalan asal adalah berkenaan dengan Sistem Pengesanan Murid (SiPKPM). Yang mana dalam sistem ini sememangnya kita mempunyai satu dashboard yang jelas menunjukkan trend ataupun menunjukkan murid-murid, kehadiran murid-murid yang mana ia akan diklasifikasikan sama ada ia adalah berisiko rendah ataupun berisiko tinggi. Kita mempunyai beberapa penanda aras berdasarkan kepada skor-skor yang ada dan dari situ pihak sekolah akan mengambil tindakan intervensi bagi mengendalikan setiap satu kes dengan cara yang paling tepat.

Langkah-langkah intervensi yang menyeluruh akan dilaksanakan bergantung kepada setiap kes, kaunseling intensif dan juga pemulihan disiplin. Ini dijalankan oleh kaunselor di peringkat sekolah bagi menangani akar masalah.

Penglibatan ibu bapa dan juga komuniti. Ini adalah amat penting dari segi mediasi, sokongan psikososial dan juga kesedaran.

Nombor tiga, menyediakan laluan kerjaya yang lain terutamanya dalam bidang kemahiran. Nombor empat, kaunseling berfokus; nombor lima, penglibatan agensi kebajikan dan NGO; nombor enam, kelas vokasional jangka pendek; nombor tujuh, sistem amaran awal keciciran seperti yang kita ada dan juga yang lain adalah berkolaborasi antara sekolah, JPM, NGO dan sebagainya.

So, dengan bantuan daripada Sistem Pengesanan Murid ini kita dapat mengesan murid dengan lebih awal. Daripada data yang sudah pun saya bagi tadi, kita telah pun berjaya untuk mengembalikan lebih ramai murid yang telah pun tercicir balik ke pangkuan sekolah, balik ke dalam sistem KPM. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua,

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis akan ke soalan yang terakhir bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Dengan ini saya mempersilakan Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 11:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Soalan saya nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk menambahbaik Peperiksaan Sijil Amalan Guaman dan status terkini pelaksanaan Common Bar Exam / Course oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di-Pertua, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, Lembaga Kelayakan sedang mengambil

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

langkah-langkah yang perlu untuk mengadakan satu Common Bar Course (CBC) dan Common Bar Examination yang lebih komprehensif yang akan menambah baik peperiksaan Sijil Amalan Guaman, peperiksaan CLP supaya selari dengan peperiksaan bar di peringkat antarabangsa seperti kursus latihan bar (bar training courses) di United Kingdom.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dalam hal ini, peperiksaan CLP yang merupakan peperiksaan bertulis sepenuhnya akan ditambah baik dengan mengambil kira komponen penilaian yang berbentuk kemahiran dan latihan praktikal seperti criminal litigation, advocacy professional ethics, *opinion writing and conference skills.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Dalam melaksanakan CBC/CBE ini terdapat banyak perkara yang perlu diperhalusi yang meneliti implikasi perlaksanaannya kelak terutamanya kepada para graduan undang- undang yang terlibat sama ada dari luar negara mahupun dalam negara. Antara aspek yang perlu dikaji termasuklah kandungan silibus dan kurikulum, kaedah penilaian (assessment), penyedia kursus (course provider), tenaga pengajar (trainers), pentadbiran dan pengurusan dan kewangan bagi melaksanakan CBC/CBE tersebut.

Pada 8 Oktober 2024, Lembaga Kelayakan telah menubuhkan Jawatankuasa Kurikulum CBC bagi membincangkan secara khusus mengenai kurikulum dan silibus CBC yang akan dilaksanakan kelak. Jawatankuasa Kurikulum CBC ini dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Peguam dan juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Kelayakan.

Jawatankuasa Kurikulum CBC telah bersidang pada 8 Februari 2025 dan 2 Julai 2025 dan menubuhkan satu pasukan petugas CBC (CBC taskforce) untuk menjalankan penyelidikan dan juga mereka bentuk dan membangunkan kurikulum pedagogi dan standard program bagi CBC.

Pada 23 Julai 2025, Lembaga Kelayakan telah mempertimbangkan dan bersetuju dengan kertas cadangan daripada Jawatankuasa Kurikulum CBC bertajuk, “Study on The Development of Curriculum, the Method and Practice of Training (Pedagogy) and Standards of the Common Bar Course to Replace the Certificate of Legal Practice” bagi maksud penubuhan CBC taskforce tersebut dan pembangunan kurikulum dan standard bagi CBC.

CBC taskforce ini terdiri daripada pakar-pakar daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta serta wakil daripada Majlis Peguam. CBC taskforce ini akan mula menjalankan kajian dan membangunkan CBC pada 1 Ogos 2025 dan akan diselesaikan dalam masa lapan bulan iaitu pada atau sebelum 31 Mac 2026. Selain itu Lembaga Kelayakan juga baru sahaja selesai membuat lawatan kerja ke United Kingdom dari 5 hari bulan ke 10 hari bulan Julai 2025 bagi mengkaji kaedah perlaksanaan bar training course di United Kingdom.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sesi libat urus telah diadakan dengan institusi-institusi utama dan berkaitan seperti Bar Standards Board, Solace Regulation, Authority Legal Services Board, University of London, City Law School and Wisconsin, my alma mater untuk mendapatkan wawasan insight daripada institusi-institusi yang berpengalaman tersebut dalam membangunkan CBC di Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan pengawalseliaan Bar Standards Board ke atas penyelidik-penyelidik kursus latihan bar seperti University of Law and City Law School, penyedia kursus latihan bar juga berkongsi pengalaman bagaimana kurikulum kursus dijalankan dan penilaian dibuat ke atas pelajar.

Akhir sekali, selain itu juga sesi konsultasi akan diadakan dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan input dan merangka pelan pelaksanaan bagi merealisasikan CBC/CBE tersebut. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput.

draft • 11:30 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya mengikuti jawapan-jawapan dan merujuk kepada jawapan Yang Berhormat sebentar tadi, di mana Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang sejak tahun lepas berhubung dengan usaha CBC ini.

Saya mendapati merujuk kepada jawapan Yang Berhormat tadi, dua jawatankuasa telah ditubuhkan umpamanya tahun lepas Jawatankuasa Kurikulum CBC telah ditubuhkan, manakala tahun ini pula CBC taskforce pula ditubuhkan dan kajiannya mengambil masa lapan bulan. Yang Berhormat Timbalan Menteri sedarkah...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:30 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

...Cadangan CBC ini telah dibangkitkan sejak awal tahun 2001? Jadi soalan saya, adakah Ahli-ahli Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ini benar-benar serius dan komited dalam melaksanakan amanah mereka dalam mewujudkan CBC ini. Bilakah pelajar-pelajar jurusan undang-undang di luar sana dapat menduduki CBC ini? Sila nyatakan garis masa yang diperlukan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang dalam melaksanakan CBC ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, ini satu soalan yang kena dengan masa. Sebenarnya Yang Berhormat, saya setuju bahawa sejak tahun 2020, CBC ini telah dibincangkan dan soalan yang ditanya oleh masyarakat Malaysia adalah kenapa mengambil 25 tahun lagi belum habis. Adakah menghalusi, menghalusi, mengkaji, mengkaji sampai tak habis-habis. Jadi, baru-baru ini inisiatif Kerajaan MADANI kita telah memberi pandangan kepada Pengarah Board LPQB supaya mengadakan satu semakan yang serius.

Itulah sebab bahawa tindakan diambil dan garis masa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, saya setuju bahawa ini perlu dipercepatkan dan kalau boleh dengan seberapa segera dia disegerakan adalah baik dan manfaat kepada para pelajar-pelajar undang-undang negara ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin beralih sedikit tentang LPQB, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ini yang bertanggungjawab berkaitan pelaksanaan Sijil Amalan Guaman dan LPQB ini memegang amanah awam mengurus dana melebihi RM20 juta. Ini ada kaitan dari segi pelaksanaan Sijil Amalan Guaman itu.

Soalan saya yang pertama, apakah benar LPQB yang beroperasi lebih 17 tahun yang lalu akaun amanahnya tidak diaudit. Jika benar, apakah langkah yang telah diambil oleh LPQB?

Yang kedua, apakah pelan pembaharuan komprehensif yang diambil oleh LPQB bagi menangani kelemahan struktur dan kelemahan pelaksanaan Sijil Amalan Guaman?

Yang terakhir, adakah LPQB bercadang melaksanakan sijil digital e-SAG yang boleh disahkan secara QR code sebagai proses yang cepat, yang pantas, yang boleh mengurangkan keperluan cetakan sijil secara fizikal dan pengesahan secara manual yang sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang? Sekian, Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Jerlun pun selalu tanya soalan-soalan yang padat, yang betul. Yang Berhormat, saya mengakui bahawa ada —untuk lebih kurang 17 tahun akaun Lembaga Profession Qualifying Board ini tidak diaudit. Ini saya telah beritahu sebelum ini dan sebahagiannya perkara ini telah dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Siput pada tahun dulu. Ini adalah satu yang sangat serius.

Pada akhir tahun dulu, kita telah membawa beberapa pemindaan kepada akta ini supaya Ketua Audit Negara telah sekarang diberi kuasa untuk mengaudit dan saya difahamkan audit itu sedang dijalankan dan saya percaya semua ini akan diketahui tak lama lagi. Itu nombor satu.

Yang kedua, mengenai kelemahan-kelemahan yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

Itu ada kena ada dan sedemikian, tetapi usaha sedang dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Saya percaya dengan pembaharuan undang-undang Lembaga Profession Qualifying Board yang dicadangkan yang sedang mengadakan libat urus dengan beberapa stakeholders ini akan diatasi.

Akhir sekali mengenai digital, Yang Berhormat. Itu pandangan yang bagus. Saya rasa perkara yang perlu diambil kira dan perkara itu akan di-forwarded kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan susulan diambil dan diimplementasikan pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Terima kasih, Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga

(Pindaan) 2025, Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025, dan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 seperti di Nombor 1 hingga 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Boleh ya, Parit Sulong? Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 31 Julai 2025.” Parit Sulong.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

[Ketawa]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:40 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

MEMINDA SUSUNAN ATURAN URUSAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 14(2)

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dimulakan dengan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 dan selepas itu diikuti Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025.”

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya mohon menyokong.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:40 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan

draft • 11:40 AM

dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG BEKALAN ELEKTRIK(PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 dibaca kali yang kedua sekarang.

Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, izinkan saya untuk turut bentangkan rang undang-undang ini untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] yang mana ia adalah susulan daripada Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 yang telah dibacakan dalam Dewan yang mulia ini semasa Mesyuarat Pertama.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, latar belakang bagi pindaan yang saya cadangkan melalui RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 ini adalah untuk mewujudkan pengawalseliaan aktiviti penjualan tenaga elektrik merentas sempadan agar dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi perundangan negara yang berkuat kuasa.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] merupakan suatu akta yang digubal untuk memperuntukkan perundangan, pengawalseliaan industri bekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

Mengambil kira beberapa perkembangan terkini dalam industri bekalan elektrik negara, pindaan akta ini akan memperkukuhkan kerangka perundangan sedia ada.

Antaranya, pelaksanaan inisiatif pembekalan atau penyaluran elektrik merentas sempadan, khususnya dengan negara jiran seperti Thailand dan Singapura bertujuan bagi memastikan kestabilan, meluaskan pilihan kaedah pembekalan, di samping memastikan keselamatan

draft • 11:43 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

sistem grid nasional serta jaminan pembekalan tenaga elektrik di ketiga-tiga buah negara ini sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik.

Pindaan Akta 447 adalah untuk menyediakan peruntukan yang jelas berhubung kuasa pengawalseliaan terhadap perkara-perkara berkaitan aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik ke luar Malaysia dan daripada luar Malaysia termasuklah berkaitan pelesenan dan pengawalseliaan kepada aspek teknikal dan komersial melalui penetapan syarat-syarat sebelum sesuatu tenaga elektrik tersebut boleh dieksport dan diimport dan mengawal selia pelaksanaan perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan dan pengurusan atribut hijau bagi membolehkan tadbir urus atribut hijau bekalan elektrik negara dilaksanakan secara berpusat.

Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, pindaan yang saya cadangkan melalui Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 ini melibatkan 16 fasal seperti berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan-peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Akta 447 untuk meluaskan ruang lingkup akta ini untuk mengawal selia pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.

Dengan peluasan ruang lingkup Akta 447, aktiviti pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik perlulah dilesenkan di bawah akta itu.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 447 untuk memasukkan takrif baharu ke dalam Akta 447. Takrif baharu tersebut ialah atribut hijau, pengeksportan elektrik, pengimportan elektrik, lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pengendali pasaran dan tenaga dapat dibaharui.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 4(ld) dan (le) berikutan peluasan ruang lingkup Akta 447. Perenggan baharu ini memperuntukkan bahawa suruhanjaya dipertanggungkan dengan fungsi pengawalseliaan ke atas pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 9A Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa selain pemegang lesen sedia ada dan Pembeli Tunggal, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik dan Pengendali Pasaran boleh membuat apa-apa perkiraan bagi perolehan atau pengadaan elektrik atau apa-apa urusan melalui rangkaian penghantaran elektrik.

Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 22C ke dalam Akta 447.

Seksyen baharu 22C yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bagi pemberian kuasa, kelakuan, fungsi, kewajipan dan tanggungjawab Pengendali Pasaran.

Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu IVA ke dalam Akta 447 yang mengandungi seksyen baharu 22D. Seksyen baharu 22D yang dicadangkan bertujuan untuk menghalang pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik tanpa lesen.

draft • 11:43 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa Pengendali Pasaran boleh mengenakan fi dan caj berkaitan dengan peranan dan fungsinya.

Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu VIA ke dalam Akta 447 yang mengandungi seksyen baharu 32A. Seksyen baharu 32A yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menentukan perkara berhubung dengan atribut hijau bagi tenaga dapat dibaharui.

Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 37 Akta 447 dengan memasukkan subseksyen baharu (15A) dan (15B). Subseksyen baharu (15A) dan (15B) yang dicadangkan bertujuan untuk memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi apa-apa pelanggaran seksyen baharu 22D Akta 447.

draft • 11:43 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 44B Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa selain pemegang lesen sedia ada, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali Pasaran dan Pembeli Tunggal hendaklah menguntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik.

Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 44C Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa komposisi Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah juga termasuk jumlah yang diuntukkan dan dibayar oleh pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali Pasaran dan Pembeli Tunggal.

Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 50C Akta 447 untuk memberi suruhanjaya kuasa untuk mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik serta atribut hijau bagi tenaga dapat dibaharui.

Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 50E Akta 447 untuk memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi apa-apa pelanggaran garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 50C.

Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 53 Akta 447 untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan fungsi kewajipan dan tanggungjawab Pengendali Pasaran.

Dan fasal 16 memperkatakan tentang peruntukan peralihan.

Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, kesimpulannya, saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memantapkan lagi tadbir urus akta ini. Bagi membolehkan pengawalseliaan aktiviti penjualan tenaga elektrik dapat dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi perundangan negara yang berkuat kuasa.

Selain itu, aktiviti penjualan tenaga elektrik rentas sempadan berupaya membawa potensi pelaburan yang besar untuk negara. Justeru, kementerian wajar memastikan kerangka perundangan berkaitan industri ini kekal dinamik dalam memenuhi keperluan dan

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

permintaan dari pemain-pemain industri dan dalam masa yang sama, kepentingan negara kekal terpelihara dan terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Padang Rengas dan Yang Berhormat Gerik.

Setiap pembahas di bagi masa lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahas Akta Bekalan Elektrik

(Pindaan) 2025.

Puan Yang di-Pertua, saya melihat pindaan ini sebagai satu persediaan bagi negara kita untuk melaksanakan ASEAN grid dan ASEAN grid ini adalah suatu perjuangan yang memang kita telah menerajui. Dan dari mula lagi, memang kita mengatakan supaya dia kasi jadilah. Jadikan ASEAN grid ini. ASEAN grid ini memang bagi kita untuk memenuhi keperluan mencapai net zero. Kita perlu membeli dan mengeksport bekalan elektrik antara negara di dalam ASEAN supaya kita dapat memenuhi keperluan tersebut.

Cumanya, dalam soal pelesenan eksport dan import ini, saya melihat denda yang dikenakan kalau tidak dapat mempunyai lesen RM5 juta dan tiga tahun penjara. Saya ingin tahu apakah pertimbangan-pertimbangan yang telah diambil untuk telah menetapkan lima tahun itu dan — RM5 juta itu dan tiga tahun itu.

Sementara itu Puan Yang di-Pertua, dalam negara kita pada ketika ini, kita ini telah — sedang di-regulate oleh tiga regulator dalam hal pembekalan elektrik. Di Semenanjung, Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Di Sabah, Suruhanjaya Tenaga Sabah dan di Sarawak, Kementerian Utiliti Sarawak. Dalam keadaan ini, tentunya Sabah perlu membuat pindaan terhadap Enakmen Bekalan Elektrik tahun 2024 dan begitu juga di Sarawak untuk membolehkan kandungan-kandungan dalam cadangan pindaan dalam akta ini yang kita

draft • 11:53 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

bahaskan sekarang. Persoalannya di sini ialah yang saya ingin tahu ialah apakah pihak kerajaan, pihak kementerian telah pun membuat perbincangan setelah melibatkan libat urus dengan pihak kedua-dua Sabah dan Sarawak dalam hal ini untuk boleh memastikan agar apa yang telah dicadangkan dalam pindaan ini dapat dilaksanakan di kedua-dua buah wilayah itu.

Saya masih ingat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun pernah mencadangkan kepada Sarawak supaya mengeksport bekalan elektrik ke selatan Filipina.

Dan pada ketika itu, di Sabah memang telah mengakibatkan sedikit perbahasan seperti biasa memandangkan di Sabah ini memang kita kekurangan bekalan elektrik terutama sekali pada masa ini musim panas. Kita telah melalui beberapa catuan elektrik dalam minggu yang lepas — dua minggu yang lepas kerana kita kekurangan bekalan elektrik.

Dan dalam keadaan begitu, apabila ada cadangan untuk mengeksport bekalan elektrik daripada Sarawak, tentunya dia melalui Sabah dan sebagainya. Ini telah mengakibatkan satu perbahasan di Sarawak — di Sabah. Kenapa pula kita mengeksportkan bekalan elektrik pada ketika yang kita ini juga memerlukan?

Jadi, dalam hal ini Puan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin ulangi apa yang Tuaran sudah katakan selama ini supaya tumpuan diberikan, dipermudahkan urusan, memastikan agar bekalan elektrik di Sabah itu mencukupi. Kurangkan kerenah pentadbiran dalam soal perolehan untuk mendapatkan pembekal-pembekal elektrik di Sabah.

Dalam hal ini, Tuaran juga ingin mengulangi banyak. Saya cadangkan selama ini, demi kestabilan grid di Sabah adalah sangat-sangat penting. Sabah Electricity itu diberi kepercayaan untuk membuat, mengeluarkan elektrik mereka sendiri, sekurang-kurangnya dapat memenuhi keperluan base load dan base load itu bagi di Sabah lebih kurang hanya 700 megawatt. Itu pun tidak dapat dimiliki oleh pihak Sabah Electricity. Pada ketika ini, apa yang dimiliki cumalah kurang [Tidak jelas] peratus daripada jumlah generation.

Selain daripada itu Puan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya pada ketika ini.

Bagaimana pula kita mahu regulate kalau Sabah dan Sarawak berjual beli elektrik?

Contohnya kalau Sabah sekarang ini mahu beli — mengimport elektrik daripada Sarawak dan yang kesemuanya dibeli daripada Sarawak Energy Berhad. Bagaimana pula kalau Sabah mengimport elektrik daripada Sarawak yang dijana oleh IPP, sebagai contoh? Ketika ini di Sarawak belum ada IPP tetapi kalau beli terus dari IPP, bagaimana kedudukannya?

Apakah IPP ini perlu dilesenkan dan siapa yang melesenkan dan perlukah pembelinya daripada Sabah itu khususnya Sabah Electricity perlu mendapat lesen atau bagaimana ya?

Apakah dalam hal ini dalam negara kita sendiri, perkara itu dapat perlu di-regulate ataupun macam mana?

draft • 11:53 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin raise baru-baru ini saya telah bertanya di Dewan yang mulia ini tentang keutamaan PETRONAS sebagai contoh untuk menyediakan gas yang mencukupi untuk Sabah dan Sarawak. Dan saya bergembira kerana

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

pertama kali pihak Kerajaan MADANI telah menyatakan bahawa gas yang diberi PETRONAS kepada Sabah keutamaannya adalah penjanaan elektrik. Dan kalau ada lebih lagi untuk petrokimia dan kalau ada lebih lagi barulah LNG. Ini satu dasar yang baru pada saya sebab selama ini PETRONAS apabila di Sabah, dulu keutamaannya mereka adalah LNG. Gas daripada Sabah dihantar ke Bintulu dan dijadikan LNG dan ada lebih sedikit petrokimia dan yang terakhir baru elektrik. Sedangkan keperluan di Sabah adalah untuk menjana bekalan elektrik.

Jadi, saya berharap dengan dasar yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, melalui jawapan dalam soalan di Dewan ini, itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Dan pastikan agar gas untuk penjanaan elektrik di Sabah ini dapat diberikan dengan mencukupi. Jangan lagi tidak mencukupi. Itu satu untuk bekalan elektrik.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, dan saya berharap ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan berilah keutamaan kepada syarikat utiliti seperti Sabah Electricity untuk mendapatkan gas tersebut. Jadi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua di atas kesempatan untuk Rompin membahaskan Rang Undang-undang Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025.

Saya melihat rang undang-undang ini pada dasarnya bertujuan untuk meluaskan skop Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dengan mengawal selia pengimportan dan pengeksportan elektrik serta atribut hijau. Ia juga bertujuan untuk memastikan aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik dilesenkan di bawah akta tersebut.

Namun begitu, meskipun niat pindaan ini mungkin baik, saya mempunyai beberapa keraguan dan kebimbangan serius yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan. Izinkan saya menyentuh secara ringkas fasal-fasal terpilih iaitu fasal dua. Fasal ini bertujuan meminda tajuk panjang Akta 447 untuk meluaskan skop akta bagi mengawal selia pengimportan dan pengeksportan elektrik. Dengan peluasan skop ini, aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik perlu dilesenkan. Soalannya, adakah kerajaan sudah bersedia dengan infrastruktur dan kepakaran yang mencukupi untuk mengawal selia aspek baharu ini? Jangan sampai pindaan ini hanya menjadi satu lagi lapisan birokrasi yang membebankan.

Fasal 3. Fasal ini bertujuan meminda seksyen 2 Akta 447 untuk memasukkan takrif baru seperti atribut hijau, lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pengeksportan elektrik, pengendali pasaran, pengimportan elektrik dan tenaga dapat dibaharui. Isunya, walaupun penambahan

draft • 12:01 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

takrif ini penting untuk kejelasan, saya berharap kerajaan dapat mempastikan bahawa definisi ini tidak akan disalah guna atau menjadi alat untuk mengawal industri sesuka hati tanpa mengambil kira dinamik pasaran.

Fasal 4. Fasal ini bertujuan memasukkan perenggan baru 4(ld) dan (le) yang memperuntukkan suruhanjaya dipertanggungjawabkan dengan fungsi pengawal seliaan ke atas pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik. Ini adalah fasal yang kritikal.

Suruhanjaya harus diberikan sumber dan kebebasan yang mencukupi untuk menjalankan fungsi ini tanpa campur tangan politik. Keupayaan suruhanjaya ini untuk bertindak secara bebas adalah kunci kepada kejayaan pindaan ini.

Bagi mempastikan kepentingan rakyat diutamakan melalui kecekapan import dan eksport tenaga elektrik, satu, menurunkan keperluan reserve margin domestic dalam sistem bekalan elektrik. Reserve margin merujuk kepada lebihan kapasiti penjanaan yang disediakan sebagai simpanan untuk menangani permintaan puncak atau gangguan loji jana kuasa. Melalui sumbangan grid dengan negara jiran, Malaysia boleh mengurangkan kebergantungan kepada kapasiti penjanaan dalaman, sekali gus membolehkan perancangan kapasiti yang lebih cekap.

Ini bermaksud, negara tidak lagi perlu membina loji jana kuasa tambahan yang hanya beroperasi semasa waktu puncak atau kecemasan. Justeru, menjimatkan kos pelaburan modal dalam infrastruktur yang jarang digunakan. Implikasi langsungnya ialah perbelanjaan pembangunan yang lebih terkawal dan sumber kewangan boleh difokuskan kepada sektor lain seperti tenaga boleh diperbaharui.

Dua, mempertingkatkan keboleh harapan, reliability sistem grid. Sambungan grid rentas sempadan membolehkan pembentukan satu sistem yang lebih luas dan tersaling hubung. Merangkumi lebih banyak sumber penjanaan dan kawasan beban. Ini menghasilkan sistem grid yang lebih kukuh dan kurang terdedah kepada gangguan berskala besar seperti blackout.

Sebagai contoh, tenaga elektrik voltan tinggi yang diimport melalui sambungan HVDC, high-voltage direct current, boleh membantu menstabilkan voltan dan frekuensi grid tempatan, terutamanya semasa berlakunya ketidaksimbangan beban secara mendadak atau apabila loji domestik menghadapi masalah teknikal. Hasilnya, kestabilan sistem grid negara dapat dipertingkatkan, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna industri dan domestik terhadap kebolehpercayaan bekalan.

Tiga, pengurusan beban dan permintaan secara serantau. Negara-negara jiran tidak semestinya mempunyai corak permintaan elektrik yang seragam. Waktu puncak di Malaysia, misalnya mungkin tidak bertepatan dengan waktu puncak di Thailand, Singapura atau Indonesia. Perbezaan ini membuka ruang kepada pengurusan beban serantau yang lebih efisien.

Tenaga lebihan dari satu negara boleh salurkan negara lain melalui keperluan semasa, membolehkan perimbangan beban (load balancing) dan penggunaan sumber

draft • 12:01 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

tenaga yang lebih optimum. Ini bukan sahaja menjamin bekalan yang lebih stabil, tetapi juga memboleh mengelakkan pembaziran sumber dan memaksimumkan penggunaan tenaga yang telah dijana. Di samping itu, eksport tenaga lebihan juga menjadi sumber hasil ekonomi tambahan bagi negara.

Semakan semula dasar reserve margin negara. Kerajaan perlu segera menyemak semula keperluan kadar reserve margin negara dalam konteks terkini yang membolehkan sambungan grid rentas sempadan dengan negara jiran. Dalam persekitaran serantau yang semakin terhubung, kebergantungan kepada loji penjanaan sendiri semata-mata sudah tidak lagi efisien. Malaysia boleh menurunkan reserve margin dengan yakin sekiranya hubungan grid dengan negara-negara jiran serantau digunakan sepenuhnya. Ini bukan sahaja menjimatkan kos pelaburan infrastruktur baharu, malah menunjukkan kecekapan strategi tenaga negara.

Janji-janji lama tentang reformasi sektor tenaga yang pernah dilaungkan sebelum ini kini perlu dibuktikan dengan pelaksanaan bukan sekadar retorik.

[Tepuk] Pecutkan peralihan ke arah tenaga boleh baharu. Pindaan undang-undang yang menyentuh atribut hijau dan perdagangan RE tidak memadai jika disusuli dengan tindakan tegas dan konsisten. Kerajaan perlu memperhebatkan usaha untuk menjadikan RE sebagai sumber utama dalam campuran tenaga negara, termasuk, satu, menawarkan insentif pelaburan yang kompetitif kepada penjana tenaga boleh baharu, mempercepatkan proses kelulusan projek RE dan grid connection, meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi hijau, import dan eksport tenaga RE seperti hidro dari Laos bukan sahaja memberikan bekalan mesra alam, tetapi juga boleh menjana pendapatan melalui atribut hijau dan renewable energy certificates.

Tiga, pengurusan permintaan tenaga (demand-side management). Strategi tenaga negara tidak boleh bersandar kepada bekalan semata-mata. Kerajaan perlu memperkukuhkan dasar demand-side management dengan menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap melalui kempen kesedaran berskala besar. Galakan kepada industri dan isi rumah menggunakan peralatan cekap tenaga, promosi sistem pengurusan tenaga dalam bangunan komersial dan kediaman. Dengan mengurus permintaan secara lebih bijaksana, kita dapat mengurangkan tekanan kepada grid dan seterusnya menstabilkan tarif elektrik dalam jangka panjang.

Ketelusan dan tadbir urus baik dalam sektor tenaga. Ketelusan dalam penetapan tarif kontrak kerajaan...

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 12:01 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Sikit lagi.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lapan minit.

draft • 12:01 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Kontrak pembelian.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 12:01 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Ada sikit rumusan. Import dan eksport tenaga elektrik sebenarnya menawarkan peluang jelas untuk mengurangkan kos dan menstabilkan bekalan tenaga negara dengan memanfaatkan hubungan grid serantau.

Malaysia boleh menjimat kos pelaburan loji jana kuasa yang mahal dan meningkatkan keboleh harapan sistem secara menyeluruh. Namun, peluang ini nampaknya kurang diberi perhatian serius oleh kerajaan. Jika benar komited kepada kepentingan rakyat, kerajaan seharusnya mengoptimumkan potensi import dan eksport tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan atribut hijau sebagai langkah strategik untuk meringankan beban tarif elektrik pengguna.

Sekadar retorik dan janji manis tidak cukup. Rakyat mahu tindakan nyata yang membawa manfaat sebenar, bukan sekadar slogan ke atas kertas. Kerajaan mesti bertindak tegas dengan bijak dan telus demi masa depan tenaga yang mampan dan kos elektrik yang lebih mampu milik. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan penting berkaitan pindaan Akta Bekalan Elektrik 1990 iaitu Akta 447, khususnya berkenaan peruntukan baharu yang membenarkan pengeksportan dan pengimportan elektrik. Pindaan ini membawa implikasi yang besar bukan hanya kepada sektor tenaga, tetapi juga kepada keselamatan tenaga negara, keberdayaan ekonomi rakyat dan kedaulatan dasar kita. Maka, sewajarnya ia diteliti dengan serius dan telus.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menolak keperluan untuk Malaysia menyertai kerjasama tenaga serantau seperti yang dirancang dalam kerangka ASEAN Power Grid, malah telah mengiktiraf potensi Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai pengeksport tenaga boleh diperbaharui ke negara jiran seperti Singapura. Namun begitu, saya ingin mengangkat beberapa persoalan dan kebimbangan.

Yang pertama, iaitu apakah jaminan kerajaan bahawa dalam keghairahan mengeksport elektrik, bekalan domestik tempatan tidak terjejas? Kita harus belajar dari pengalaman negara lain. Ketika eksport menjadi keutamaan, rakyat sendiri menderita akibat gangguan bekalan dan kenaikan kos. Rakyat Malaysia mesti menjadi keutamaan, bukan pasaran luar.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Apakah kerajaan boleh memberi jaminan bahawa eksport elektrik ini tidak akan membawa kepada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna tempatan? Jangan nanti rakyat terpaksa bayar lebih kerana TNB atau syarikat tenaga lebih gemar jual tenaga kepada pihak luar yang mampu membayar dengan harga yang lebih tinggi. Ini satu bentuk pencabulan prinsip keadilan ekonomi.

Jika dasar ini menyebabkan lonjakan pembinaan empangan, ladang solar ataupun projek RE berskala besar hanya untuk tujuan eksport, maka akan timbul persoalan eksploitasi sumber alam, penebangan hutan yang berleluasa dan pengusiran komuniti asal. Kita tidak boleh membenarkan dasar tenaga hijau menjadi alasan untuk mengabaikan tanggungjawab sosial dan ekologi.

Sebagai wakil rakyat dari blok pembangkang yang bertanggungjawab, saya ingin menyatakan pendirian saya bahawa Perikatan Nasional menyokong usaha menjadikan Malaysia kuasa tenaga bersih serantau, tetapi dengan syarat yang ketat dan berprinsip.

Maka, saya mengusulkan agar satu had eksport tenaga ditetapkan secara berkala bagi memastikan bekalan tempatan sentiasa mencukupi.

Eksport hanya dibenarkan untuk tenaga boleh diperbaharui, bukan tenaga daripada sumber fosil seperti arang batu dan sebagainya. Satu mekanisme semak dan imbang Parlimen diwujudkan, termasuk keperluan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai semua aktiviti eksport dan import elektrik. Tarif elektrik rakyat mestilah dilindungi dan dijamin tidak terkesan oleh aktiviti eksport ini.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penambahan fasal 5 yang bertujuan untuk meminda seksyen 9E Akta Bekalan Elektrik 1990 atau Akta 447, iaitu untuk memperuntukkan bahawa selain pemegang lesen sedia ada dan pembeli tunggal iaitu single buyer, dengan izin ― TNB lah sekarang ini. Pindaan ini akan membenarkan atau membolehkan pemegang lesen pengimportan atau pengeksportan elektrik ini untuk membuat apa-apa perkiraan bagi perolehan atau pengadaan elektrik atau apa-apa urusan melalui rangkaian elektrik.

Tidakkah secara prinsip akan membuka ruang kepada liberalisasi pasaran tenaga yang berpotensi mencabar peranan Tenaga Nasional Berhad sebagai pembekal utama iaitu single buyer dalam sistem bekalan elektrik negara dan apakah implikasi dengan pindaan ini akan membolehkan pemegang lesen, pengimportan dan pengeksportan membuat perolehan tenaga daripada sumber lain termasuk luar negara atau pihak swasta tempatan? Maka, ia berpotensi menafikan keperluan untuk berurusan eksklusif dengan TNB.

Bagi saya, ini adalah langkah ke arah liberalisasi pasaran elektrik sepertimana yang berlaku di negara-negara seperti Singapura dan United Kingdom. Jika terlalu banyak entiti bebas masuk tanpa kawalan, koordinasi dan kestabilan grid boleh tergugat. Persoalan yang timbul di sini, adakah perolehan itu akan disalurkan melalui grid nasional iaitu di bawah TNB atau ada rancangan mewujudkan private grid? Tanpa peranan TNB sebagai penyelaras, tarif mungkin ditentukan oleh perjanjian pasaran bebas. Ini boleh menyukarkan kerajaan

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

mengawal harga elektrik kepada pengguna akhir, khususnya rakyat biasa dan industri strategik.

Kita tidak menolak kemajuan, tetapi kita juga tidak boleh benarkan dasar atau pindaan ini menyebabkan rakyat menjadi mangsa pasaran bebas. Keuntungan tidak boleh mengatasi keadilan dan perdagangan tidak boleh menggadaikan kedaulatan negara. Saya akan terus bersuara agar sebarang pindaan undang-undang menyeluruh ini dibuat dengan hati-hati berasaskan prinsip dan maslahat rakyat dan selaras dengan tadbir urus yang baik.

Sekian. Saya mohon menyokong dengan pindaan dan syarat yang sewajarnya.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.

draft • 12:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan Puchong untuk terus serta dalam perbahasan ini.

Puan Speaker, hari ini adalah sangat bermakna bagi saya kerana membolehkan perdagangan antarabangsa bekalan elektrik untuk merancakkan industri hijau Malaysia adalah antara unfinished business saya sebagai Menteri tenaga sejak Langkah Sheraton.

Puan Speaker, izinkan Puchong untuk mengambil sedikit masa untuk menceritakan latar belakang perdagangan elektrik dengan negara jiran. Sebelum ini, perdagangan bekalan elektrik Malaysia adalah melalui ASEAN Power Grid melalui G2G perjanjian. Untuk pengetahuan Puan Speaker, ASEAN Power Grid ialah inisiatif untuk membina interconnection bagi menghubungkan grid kuasa negara-negara ASEAN dan merancakkan perdagangan antaranya. Objektif ASEAN Power Grid adalah untuk meningkatkan keseimbangan energy trilemma iaitu keselamatan tenaga, kebolehcapaian dan kemampuan serta kemampanan alam sekitar.

Puan Speaker, Malaysia juga terlibat dalam projek perintis ASEAN Power Grid bagi multilateral trading iaitu perdagangan kuasa yang melibatkan lebih daripada dua negara di bawah Laos, Thailand, Malaysia, Singapore – LTMS Power Integration Project. Saya sendiri terlibat dalam rundingan pelaksanaan fasa dua projek antara Laos, Thailand, Malaysia semasa saya memegang jawatan menteri. Di bawah perjanjian ini, Laos menjual sehingga ― kuasa hidroelektriknya kepada Malaysia dengan Thailand berkhidmat sebagai negara transit.

Bermula penghujung 2018, kami juga mengambil langkah proaktif untuk berbincang dengan Singapura berkenaan dengan pengeksportan TBB ke negara tersebut. Malah, perdagangan TBB dimasukkan menjadi salah satu agenda setiap kali saya mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak Singapura. Ketika itu, kita menjangkakan Singapura akan memerlukan lebih banyak TBB dalam campuran tenaga mereka disebabkan trend peningkatan komitmen terhadap neutrality carbon oleh syarikat-syarikat multinasional dan banyak di antaranya ibu pejabat adalah di Asia ataupun ibu pejabat Asia Tenggara terletak

draft • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

di Singapura. Manakala kami juga berharap — berhasrat untuk mengeksport TBB yang lebih banyak sebagai salah satu langkah untuk merancakkan sektor ekonomi dan pekerjaan hijau di negara ini.

Seperti yang dijangkakan, pada Oktober 25, 2021, Kerajaan Singapura mengumumkan hasrat untuk mengimport sehingga 4 gigawatt TBB menjelang 2035. Potensi pasaran eksport ini jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya mampu menjana sehingga RM6 bilion dalam pelaburan swasta dan juga hampir 50,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba kerajaan pada masa itu Perikatan Nasional telah pun mengumumkan larangan pengeksportan TBB pada hujung 2021. Saya pernah ajukan soalan di Parlimen ― masa itu saya YB Bakri. Mengenai rasional di sebalik keputusan ini. Jawapan yang saya terima adalah pengeksportan TBB akan menjadi penghalang kepada usaha Malaysia dalam mencapai komitmen Malaysia dalam Paris Agreement melalui national determined commitment (NDC). Jawapan ini adalah tidak rasional.

Secara keseluruhannya, di Malaysia, potensi tenaga solar, biotenaga dan juga hidro kuasa kecil mencecah 275 gigawatt. Sebagai perbandingan, kapasiti jana kuasa sekarang di seluruh Malaysia adalah 35 gigawatt. Secara ringkasnya, Malaysia mampu mencapai ― dengan erti kata lain, potensi TBB yang belum lagi diterokai boleh menjana lebih daripada lapan Malaysia. Secara ringkasnya, Malaysia mampu mencapai NDC Paris Agreement dan pada masa yang sama mengeksport TBB kita juga.

Puan Speaker, saya telah pun merekodkan bantahan saya di Dewan yang mulia ini terhadap keputusan kerajaan pada masa itu yang melarang pengeksportan bekalan elektrik kerana peluang untuk kita menjana pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan hijau adalah sangat tinggi. Malangnya, pandangan saya tidak diterima. Hansard Parlimen penggal yang lepas, kita boleh merujuk apakah pandangan yang telah saya pun lontarkan.

Saya sangat gembira hari ini, sangat bangga apabila saya mendengar penukaran pandangan daripada pihak Perikatan Nasional melalui Yang Berhormat Rompin dan juga Yang Berhormat Merbok yang telah pun support, sokong usaha pengeksportan ini.

[Tepuk]

draft • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Saya mengalu-alukan pandangan ini dan saya rasa pembangkang dan kerajaan kita boleh bersama-sama untuk melontarkan idea yang baik untuk pertumbuhan industri di Malaysia bukan sahaja industri hijau. Puan Speaker, bagi saya sikit masa lagi untuk mekanisme pengeksportan TBB.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya. Secara keseluruhannya, saya menyokong RUU ini tetapi saya nak mengalih perbincangan saya kepada mekanisme pengeksportan elektrik dengan pindaan yang berkaitan iaitu pengendali pasaran (market operator) dan juga atribut hijau. Puchong membaca bahawa respons terhadap bidaan untuk pengeksportan ke Singapura yang dihoskan oleh The Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) adalah kurang

draft • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

memberangsangkan. Walaupun terdapat 16 syarikat yang layak untuk mengambil bahagian dalam proses bidaan, hanya dua bidaan yang dibuat.

The Edge telah pun melaporkan antara cabaran utama ialah penetapan harga TBB yang tidak menarik dan juga pengiktirafan TBB merentasi sempadan sebagai tenaga hijau.

Untuk menjadikan harga TBB lebih menarik untuk pengusaha dan pembeli TBB, selain daripada menggunakan model single buyer, Puchong cadangkan kerajaan juga mengizinkan model akses pihak ketiga, third party access (TPA) bagi perjanjian B2B dengan Singapore retailer ataupun mana-mana negara jiran yang berminat untuk mendapatkan bekalan elektrik di Malaysia.

Kos pengagihan boleh ditetapkan pada system access cost (SAC) tempatan iaitu 25 sen per kilowatt jam untuk firm power dan 45 sen per kilowatt jam untuk intermittent power tambah dengan system access cost for cross-border transmission, dengan izin.

Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk mengizinkan permohonan pemain TBB yang ingin membina interconnection secara swasta sendiri. Dengan ini, perdagangan TBB dengan jiran bukan sahaja boleh melalui perjanjian G2G, melalui ASEAN Power Grid tetapi juga B2B. Ini adalah lebih fleksibel dan berpotensi untuk mencetus penyelesaian perdagangan TBB merentasi sempadan yang lebih inovatif.

Puan Speaker, cabaran kedua pengiktirafan — pengeksportan TBB adalah berkaitan dengan pengiktirafan TBB merentasi sempadan sebagai tenaga hijau. Oleh itu, adalah penting atribut hijau TBB yang diperdagangkan seperti yang dimaktubkan pada seksyen 32A adalah dimiliki oleh pembeli. Dengan ini, TBB boleh dijual bersama dengan Renewable Energy Certificates (RECs). Ini akan meningkatkan kredibiliti TBB Malaysia sebagai tenaga hijau.

Walau bagaimanapun, pengiktirafan eksport TBB juga dipengaruhi oleh standard antarabangsa. Puan Speaker, satu minit lagi. Ini sangat penting.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila gulung.

draft • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Sangat penting untuk kerajaan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ha?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, antara faktor yang mendorong permintaan TBB adalah RE100. RE100 ialah inisiatif yang diterajui oleh Climate Group yang mana lebih daripada 400 syarikat komited mengalih penggunaan elektrik mereka kepada 100 peratus TBB menjelang tahun tertentu. Banyak MNC terutama syarikat gergasi seperti Microsoft, Amazon, Google, META dan sebagainya telah pun menyertai RE100.

Menurut kriteria teknikal RE100, tuntutan penggunaan TBB hanya boleh dibuat apabila TBB dijana dan juga digunakan dalam pasaran yang sama. Negara individu adalah

draft • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

dianggap sebagai pasaran berbeza kecuali US, Kanada sebagai North American market dan juga Kesatuan Eropah sebagai EU market. Untuk merangsangkan perdagangan TBB merentasi sempadan di ASEAN, Puchong ingin mencadangkan kerajaan sebagai Pengerusi ASEAN untuk memulakan perundingan dengan Climate Group supaya perdagangan TBB di rantau ASEAN juga dianggap sebagai pasaran tunggal iaitu ASEAN market. Ini akan meningkatkan lebih aktiviti perdagangan melalui ASEAN Power Grid. Itu sahaja dari Puchong. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft • 12:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 ini.

RUU Bekalan Elektrik ini meskipun kelihatan seperti satu usaha menyusun semula aspek penggunaan tenaga negara terutama bagi mewujudkan beberapa aspek meliputi import, eksport tenaga tetapi sebenarnya mengundang persoalan besar tentang dasar kerajaan yang tidak menjamin perlindungan munasabah kepada pengguna.

Dalam seksyen 22D iaitu dengan memperkenalkan lesen pengimportan dan pengeksportan elektrik. Kerajaan hari ini mewujudkan peluang baharu untuk perdagangan tenaga rentas sempadan tetapi langsung tidak menetapkan peruntukan untuk memastikan keuntungan itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk rebat ataupun pengurangan tarif.

Persoalannya, siapa yang bakal mengeksport elektrik? Siapa bakal pengimport?

Adakah keuntungan dari eksport ini akan diterjemah kepada penurunan tarif domestik? Apa yang lebih membimbangkan, had siling untuk mengeksport tenaga juga tidak dinyatakan dengan jelas. Kalaulah kerajaan benar-benar mahu mengeksport tenaga, kita mesti ada pelan komprehensif untuk meningkatkan kapasiti-kapasiti penjanaan tenaga negara.

Kita tidak boleh mengeksport elektrik kalau bekalan domestik pun belum mencukupi.

Tidak mustahil jika kita jual elektrik ke negara luar tetapi akhirnya rakyat tempatan yang menanggung kos kerana bekalan elektrik jadi terhad dan harga pasaran akan naik. Lebih- lebih lagi apabila tiada mekanisme jelas berkenaan jaminan harga atau perlindungan untuk rakyat daripada kenaikan mendadak apabila bekalan elektrik dieksport berlebihan.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 22D, lesen eksport dan import yang diberikan kepada pengendali pasaran turut melibatkan hak milik negeri. Sebagai contoh, Tasik Kenyir, Terengganu yang merupakan salah satu pusat penjanaan bekalan elektrik di negara kita menggunakan kawasan dan tanah negeri. Penghasilan tenaga di negeri Terengganu sebagai contoh, boleh dieksport ke luar negara. Oleh itu, apakah wujudnya mekanisme khusus untuk pengagihan hasil eksport ini kepada negeri? Sehingga kini, negeri tidak mendapat manfaat secara langsung daripada dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Saya mohon agar negeri-negeri yang terlibat dalam penjanaan elektrik terutamanya negeri

draft • 12:24 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terengganu diberi kelebihan atau perkongsian hasil daripada pengenalan dasar ini. Apa yang negeri akan dapat setelah kawasan tadahan seperti Tasik Kenyir yang berkeluasan 600 — 260,000 hektar dibangunkan untuk negara.

Saya sekadar tutup ucapan saya oleh kerana Rompin dan ambil banyak tadi. Saya beri kat dialah, yang baki itu. Sekian, terima kasih.

draft • 12:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 12:24 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di- Pertua kerana membenarkan Tebrau juga terlibat dalam perbahasan petang ini untuk RUU Bekalan Elektrik.

Secara lazimnya, saya rasa pemindaan yang kita buat hari ini adalah untuk menyokong visi dan hasrat Perdana Menteri kita untuk mempercepatkan realisasi ASEAN Power Grid terutamanya dari segi import dan eksport tenaga yang boleh dibaharui. Saya memang menyokong hasrat ini dan juga RUU ini tetapi saya ada beberapa soalan yang saya minta harap Menteri boleh beri sedikit pencerahan.

Pertama, dalam pindaan yang kita ingin nak luluskan hari ini, ada dikatakan semua aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik perlukan lesen khas daripada kementerian.

Soalan saya, dalam peruntukan ini, dia tidak sebut sebenarnya berapa kapasiti yang boleh dibagi — minimum dan maksimum yang boleh dibagi. Mungkin dia akan sebut nanti dalam peraturan tetapi saya ingin mendapat pencerahan daripada Menteri, berapa minimum megawatt yang akan diberi kepada pemain dan maksimum yang kita boleh bagi kepada pemain yang terlibat dalam ini. Saya rasa soalan ini penting demi kita nak menjanakan ataupun memastikan import eksport itu adalah selaras dengan penggunaan negara.

Saya bagi contoh di Singapura, the Energy Market Authority (EMA), dia menetapkan ambang untuk pemain dalam program eksport tenaga boleh dibaharui ini kepada 100 megawatt.

draft • 12:27 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya, kita kena tahu juga di Malaysia berapa minimum yang dia perlu. Contohnya, kalaulah pemain terlalu kecil 10, 20, mungkin dia tidak digalakkan untuk masuk ke industri yang begitu skala infrastruktur begitu tinggi ataupun maksimum berapa yang sebenarnya Malaysia, kita boleh benarkan kita eksport ke luar negara. Itu satu.

Kedua, saya juga perhatikan tempoh lesen yang dibagikan ini adalah 21 tahun. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri, what is the best practice, amalan terbaik di dunia global yang terlibat dalam industri import eksport rentas tenaga ini. Sebab kalau saya tengok, ada beberapa contoh, di Vietnam, di Laos, perjanjian rentas sempadan, mereka

draft • 12:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

memberi lesen lima tahun dan di EU, lesen yang diberi adalah lima hingga 15 tahun. Dan semua tu ada semakan berskala.

So, saya membuat cadangan 21 tahun itu agak panjang sebab dalam 21 tahun kita bimbang ada monopoli. Dua, saya rasa industri dan teknologi dia lebih cepat, dia akan berkembang dari semasa ke semasa dan kalaulah kita beri satu syarikat terlalu panjang mungkin dia tiada insentif untuk menaik taraf sistem dia. So, saya cadangkan kalau boleh kita boleh set satu had mungkin kepada 10 tahun ataupun dalam 21 tahun boleh tetapi ada mid- term review untuk memastikan syarikat yang kita bagi itu dia sentiasa patuhi kepada teknologi yang baru dan juga efisien.

Isu ketiga yang saya ingin membawa kepada perhatian Menteri adalah dalam pindaan ini dia tidak ada apa-apa mekanisme untuk semakan atau rayuan. Bagi saya itu penting sebab sekiranya sesebuah syarikat dia mohon dan dia ditolak, sekurangnya saya rasa dia perlu diberi peluang kedua untuk memberikan sebab kenapa dia patut diberi lesen tersebut. Maka satu lembaga rayuan mungkin boleh ditubuhkan dalam hal ini.

Puan Speaker, saya nak masuk ke satu hal yang lagi penting bagi saya. Di Malaysia, kita telah menandatangani satu perjanjian dengan Singapura pada 13 Disember 2024 untuk kita eksportkan electricity, air, renewable energy ke Singapura. Saya secara dasarnya memang tak ada isu kalau kita nak eksport kepada Singapura sekiranya — ini penting. Kita ada kelebihan. Kalau kita tak cukup, mana kita boleh eksport? Mesti ada kelebihan. Saya ingin Menteri berikan jawapan sebenarnya berapa tenaga yang dibaharui atau RE yang kita mampu keluarkan atau produce di Semenanjung Malaysia. Itu penting.

Sebab kalau kita tengok saja, jangan cakap kilanglah. Kita guna satu industri, pusat data. Di Malaysia sahaja, ada 120 pusat data yang operasi atau akan dibuka. Di Johor saja hampir 50 hingga 60. Satu data centre Puan Speaker, dia akan menggunakan yang besar 20 hingga 50 megawatt tenaga, dia samalah — persamaan dia cukup untuk kita power satu bandar sederhana. Bayangkan kalau kita ada 100 data centre, adakah kita mencukupi?

Dan satu lagi yang penting, negara kita ada polisi dasar National Energy Transition Roadmap (NETR) 2050 di mana kita nak Malaysia jadi sebuah negara zero carbon dan zero carbon itu hanya boleh dicapai kalaulah kita mempunyai renewable energy yang mencukupi.

Kalaulah kita tak cukup renewable energy, macam mana kita nak boleh export ke Singapura?

Dan renewable energy yang kita ada ini patut kita bagi kepada industri-industri seperti pusat data atau semikon untuk memastikan mereka comply dengan RE100. Bagi saya, itu patut jadi keutamaan. So, saya harap Menteri boleh beri sedikit penjelasan.

Walau bagaimanapun, Tebrau tetap sokong RUU ini demi aspirasi kita kepada satu ASEAN Power Grid yang akan berjaya. Terima kasih, Puan Speaker.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Kuala Terengganu untuk serta di dalam perbahasan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 22D, pengawalseliaan baharu, pengimportan dan pengeksportan elektrik. RUU ini mewajibkan lesen bagi pengimportan dan pengeksportan elektrik. Secara prinsipnya saya menyokong langkah ini bagi mengawal selia transaksi rentas sempadan tetapi ada beberapa persoalan yang saya ingin bangkitkan. Siapakah yang akan diberi lesen ini dan apakah proses pemilihannya telus atau akan dikuasai oleh syarikat- syarikat berkepentingan atau GLC? Selain daripada itu, aktiviti import, eksport elektrik, penggunaan tanah, pemasangan dan pengurusan infrastruktur fizikal yang relevan akan turut melibatkan peranan kerajaan negeri.

Justeru, apakah kedudukan kerajaan-kerajaan negeri yang menjadi tuan tanah kepada sumber tenaga tetapi langsung tak disebut di dalam RUU ini? Adakah negeri tidak diberi ruang konsultasi atau penglibatan, walaupun projek-projek tenaga sering melibatkan tanah, infrastruktur dan kepentingan ekonomi negeri? Adakah hasil eksport tenaga akan diagih secara adil kepada negeri pengeluar tanpa pengiktirafan hak negeri? Kita akan ulangi lagi kesilapan sistem federalisme kita, di mana negeri sekadar pembekal sumber tetapi tidak diberi hak di dalam hasil.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh bercakap soal eksport tenaga tanpa menyentuh isu utama rakyat iaitu kenaikan tarif elektrik. Mulai 1 Julai 2025, kerajaan menaikkan tarif elektrik atas alasan kos bahan api dan subsidi bersasar. Kenaikan tarif menekan pengguna domestik dan sektor industri terutamanya perusahaan kecil dan sederhana. Apakah — apabila kos operasi meningkat, syarikat tiada pilihan selain memindahkan beban kos kepada pengguna akhirnya. Tetapi dalam masa yang sama, RUU ini memberi laluan untuk eksport elektrik ke luar negara. Maka timbul persoalan, jika kita ada tenaga lebihan untuk dieksport, mengapa rakyat masih dibebankan dengan tarif yang lebih tinggi?

Justeru, adakah hasil eksport ini akan digunakan untuk mengurangkan beban tarif pengguna domestik? Adakah wujud mekanisme subsidi silang agar keuntungan daripada pasaran luar dimanfaatkan untuk meringankan beban rakyat di dalam negara? Dan apakah jaminan kerajaan bahawa eksport ini tidak akan menjejaskan bekalan dan kestabilan harga di dalam negara?

Seksyen 22C, pengendali pasaran. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan pengendali pasaran yang berkuasa menguruskan transaksi, perolehan dan penjadualan bekalan elektrik merupakan struktur penting, namun mengundang persoalan, apakah syarat-syarat pelantikan pengendali pasaran ini serta siapakah yang mengawasi fungsi mereka?

Selain itu, apakah mekanisme kawalan dan akauntabiliti yang akan diletakkan ke atas pengendali pasaran untuk memastikan operasi yang adil dan tiada diskriminasi? Adakah

draft • 12:34 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

wujud mekanisme bebas atau semuanya bergantung pada kuasa budi bicara Menteri? Saya khuatir jika entiti ini dilantik tanpa semak dan imbang yang telus, kita sedang mencipta satu entiti kartel yang mengawal pasaran elektrik negara.

Seksyen 37 dan 50E, kesalahan dan Penalti. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini menekankan penalti yang tinggi hingga RM30 juta dan penjara 10 tahun bagi pengimportan atau pengeksportan tanpa lesen. Saya tidak menolak keperluan penguatkuasaan yang tegas tetapi ingin bertanya, adakah kerajaan sudah menyediakan garis panduan yang jelas untuk pemohon lesen? Adakah pemain industri diberi latihan pematuhan atau sistem sokongan sebelum tindakan dikenakan?

Berkaitan dengan tempoh peralihan enam bulan, fasa peralihan hanya memberikan enam bulan untuk syarikat sedia ada memohon lesen pengimportan atau pengeksportan elektrik. Adakah tempoh ini cukup bagi mereka untuk menstruktur semula operasi mereka?

Mengapa tidak diberikan sekurang-kurangnya 12 bulan serta sokongan teknikal dan kewangan?

Sekian, saya mohon kerajaan beri perhatian serius dan pertimbangkan pindaan yang sewajarnya. Terima kasih.

draft • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

draft • 12:34 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya berbahas meminda Akta Bekalan Elektrik 1990. Saya sedar akta — meminda Akta Bekalan Elektrik ini lebih kepada pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik, tetapi memandangkan sekarang adalah perbahasan peringkat dasar, saya ingin membawa satu perkara yang amat penting supaya kerajaan membawa pindaan yang perlu kepada akta ini dengan segera.

draft • 12:39 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Perkara penting yang ingin saya bawa ialah tentang kecurian elektrik akibat perlombongan cryptocurrency seperti Bitcoin secara haram. Godaan atau cubaan amat kuat untuk mencuri elektrik untuk perlombongan cryptocurrency seperti Bitcoin ialah kerana pada masa sekarang ini, satu Bitcoin boleh bernilai lebih daripada USD100,000 atau bersamaan dengan lebih kurang RM500,000. Mengikut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, TNB kerugian RM4.8 bilion untuk tempoh 2018 hingga Jun tahun ini 2025 kerana kecurian elektrik untuk perlombongan Bitcoin secara haram.

Saya hendak tahu, adakah TNB mengagihkan kerugian ini kepada pengguna- pengguna dan adakah ini satu sebab kenapa tarif elektrik dinaikkan. Kalau kerugian ini tidak berlaku, bolehkah TNB turunkan kadar elektrik untuk rakyat jelata?

TNB kerugian RM4.8 bilion, tetapi rakyat dianggarkan kerugian lebih lagi. Akibat kecurian elektrik ini, sering kali berlakunya putusnya bekalan elektrik kepada kilang-kilang

draft • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

dan juga premis-premis rakyat yang menjalankan perniagaan. Di kawasan Dderah Manjung, Perak iaitu di kawasan daerah saya, masalah ini amat kritikal. Sungguhpun telah dilaksanakan penguatkuasaan, tetapi tidak berkesan kerana TNB kekurangan kuasa penguatkuasaan.

Mengikut SEAL — S.E.A.L. SEAL Team TNB, lebih kurang 100 lagi premis perlombongan Bitcoin haram yang masih aktif di daerah Manjung sekarang. TNB kata, “Setiap bulan kami membuat operasi memotong bekalan elektrik, tetapi mereka, sambung semula kemudian.” TNB tiada kuasa untuk merampas mesin-mesin ataupun jentera-jentera perlombongan haram ini dan TNB terpaksa memerlukan kerjasama daripada pihak polis dan kerajaan tempatan sebelum melaksanakan apa-apa penguatkuasaan.

Akibat — apabila ini berlaku, tidak lagi ada kerahsiaan dalam penguatkuasaan.

Ramai orang yang telah diberitahu tentang operasi ini dan apabila penguatkuasaan dilaksanakan, didapati mesin-mesin atau jentera-jentera perlombongan itu telah dikeluarkan.

Saya memohon kepada kerajaan supaya akta ini dipinda dengan segera, memberikan TNB kuasa untuk menangkap mereka yang disyaki terlibat dalam perlombongan haram ini dan juga merampas mesin atau jentera-jentera perlombongan haram ini tanpa perlunya ada agensi-agensi lain yang terlibat kerana sekarang ini memang susah untuk menjalankan pelaksanaan kerana tak ada satu pihak yang ada kuasa penuh.

Apabila polis diminta untuk melaksanakan penguatkuasaan, mereka kata kuasa mereka terhad. Kemudian, pihak berkuasa tempatan pula mengatakan kuasa mereka terhad dalam hanya ada kuasa tentang pelesenan sahaja untuk sesuatu premis. Dengan kuasa yang diberikan, sebagai seorang peguam, saya juga harap safeguard ataupun yang ada dalam Kanun Tatacara Jenayah itu masih lagi dimasukkan supaya tidak ada salah guna kuasa oleh mana-mana pegawai TNB yang menjalankan penguatkuasaan tersebut. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 ini, penuh dengan rasa tanggungjawab, saya sebagai wakil rakyat perlu ada sikap prihatin terhadap masa depan tenaga negara dan kepentingan rakyat. Walaupun RUU ini mempunyai niat mulia untuk mengawal selia perdagangan elektrik rentas sempadan dan menggalakkan tenaga boleh diperbaharui (RE), namun terdapat beberapa kelemahan kritikal yang perlu diperjelaskan agar tidak membebankan rakyat dan mengancam kedaulatan tenaga negara.

Perkara pertama, ketidakjelasan mekanisme kawal selia atribut hijau. RUU ini memperkenalkan konsep atribut hijau seperti Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) dan

draft • 12:24 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

kredit karbon. Namun, tiada garis panduan jelas tentang yang pertama, pemilikan atribut hijau. Siapa sebenarnya pemilik kredit karbon jika tenaga dieksport? Adakah rakyat Malaysia akan menanggung kos peralihan hijau, sementara keuntungan dinikmati oleh syarikat swasta?

Yang keduanya, pengesahan dan audit. Bagaimana Suruhanjaya Tenaga memastikan tiada double counting ataupun penipuan dalam perdagangan REC? Contohnya di Eropah, skandal carbon credit fraud pada 2021 menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian GBP5 bilion. Persoalannya, apakah mekanisme ketelusan dan pengesahan bebas yang akan dilaksanakan untuk memastikan integriti atribut hijau?

Yang kedua, mengapa tiada peruntukan khusus untuk melibatkan badan audit antarabangsa seperti PWC ataupun SIRIM dalam proses persijilan?

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, risiko kenaikan tarif elektrik domestik. RUU membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui (RE) melalui ASEAN Power Grid (APG).

Namun, Laporan Institut Pendidikan Tenaga ASEAN 2024 menunjukkan negara seperti Laos dan Kemboja mengalami kenaikan tarif elektrik domestik sehingga sebanyak 20 hingga 30 peratus selepas meningkatkan eksport tenaga ke Thailand dan Vietnam.

Malaysia menyasarkan 70 peratus kapasiti RE menjelang 2050, tetapi tiada jaminan bekalan mencukupi untuk domestik jika eksport digalakkan. Persoalannya, adakah kementerian telah membuat kajian impak terhadap tarif elektrik tempatan jika RE meningkat?

Yang keduanya, mengapa tiada price cap ataupun subsidi bersasar untuk industri dan isi rumah pendapatan rendah dalam RUU ini?

Perkara ketiga ialah pengendali pasaran. Adakah ia adalah monopoli baharu ataupun liberalisasi? RUU memperkenalkan pengendali pasaran untuk mengurus perdagangan elektrik. Akan tetapi terdapat ketidakjelasan kriteria pelantikan. Fasal 22C membenarkan Menteri melantik pengendali pasaran tanpa tender terbuka. Ini berisiko mewujudkan kroni ekonomi. Tiada peruntukan antimonopoli.

Pengendali pasaran boleh dikuasai oleh syarikat gergasi seperti TNB atau syarikat milik kerajaan negeri, menyekat penyertaan industri kecil. Contoh terbaik yang kita boleh ambil, Jerman membenarkan pelbagai independent market operators bersaing secara adil di bawah pengawasan agensi grid Persekutuan. Mengapa tidak mewajibkan pelantikan pengendali pasaran melalui proses tender kompetitif? Adakah RUU ini selari dengan dasar liberalisasi sektor tenaga 2025 yang diumumkan oleh kementerian?

Perkara keempat, perlindungan tidak mencukupi untuk pengguna domestik. Fasal 22D mengenakan denda RM30 juta atau penjara 10 tahun untuk eksport import tanpa lesen.

Akan tetapi tiada peruntukan untuk energy security fund sebagai pelindung jika berlaku krisis bekalan. Contohnya, Singapura mempunyai energy resilient fund sebanyak SGD1 bilion untuk menstabilkan bekalan domestik.

Yang keduanya, kebimbangan dominasi swasta. Lesen eksport boleh didominasi syarikat besar, mengakibatkan pengguna domestik terpaksa bersaing dengan harga pasaran

draft • 12:24 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

antarabangsa yang lebih tinggi. Persoalannya, adakah terdapat sebarang peruntukan dana kecemasan untuk menstabilkan bekalan domestik seperti di Singapura?

Yang keduanya, bagaimana kerajaan memastikan industri tempatan, terutamanya PKS tidak terjejas oleh kenaikan harga elektrik akibat eksport?

Perkara kelima ialah kelemahan pelaksanaan ASEAN Power Grid. Malaysia bercita- cita menjadi hab RE serantau melalui APG, tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat secara menyeluruh. Antaranya, masalah teknikal. Laporan ASEAN Centre for Energy 2025 menunjukkan grid Malaysia belum bersedia untuk integrasi sepenuhnya akibat infrastruktur lapuk.

draft • 12:24 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Contohnya, gangguan grid di Sumatera pada tahun 2023 menyebabkan blackout terjadi di beberapa bahagian di Malaysia.

Keduanya, isu kedaulatan. RUU ini juga tidak menjelaskan mekanisme penyelesaian pertikaian jika berlaku konflik dengan negara jiran, contoh pertikaian bekalan elektrik antara Kemboja dan Vietnam pada tahun 2022. Persoalannya, apakah pelan yang jelas untuk meningkatkan kapasiti grid sebelum menyertai APG? Yang keduanya, adakah Malaysia akan terikat dengan keputusan ASEAN tanpa konsultasi Parlimen jika berlaku krisis negara?

Dewan yang mulia, berkenaan dengan RUU ini, saya menggesa kerajaan untuk memperketat ketelusan dalam pengurusan atribut hijau dan pelantikan pengendali pasaran.

Kemudiannya, memperkenalkan jaminan harga untuk pengguna domestik melalui subsidi ataupun price cap.

Ketiganya, mewajibkan kajian impak bebas sebelum meluluskan lesen eksport tenaga.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan eksport dan import bekalan elektrik ini. Saya ingin menarik perhatian kementerian tentang naik taraf Hospital Kulim yang telah pun diluluskan dan saya dimaklumkan bahawa NUR Power yang membekalkan tenaga elektrik di kawasan Kulim Industri High-Tech itu tidak mencukupi untuk naik taraf bangunan hospital yang baharu. Sekian terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 12:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih kepada Puan Timbalan Speaker yang berikan ruang kepada Pulai untuk membahaskan RUU Akta Bekalan Elektrik dan tahniah kepada kementerian khususnya PETRA yang telah berjaya mengemukakan satu Rang Undang-undang Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) ini dan setelah mendapat sokongan daripada semua termasuklah daripada barisan pembangkang yang satu masa dahulu tidak setuju dan pada hari ini telah memberikan satu pandangan yang baik untuk

draft • 12:51 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

menerima dan walaupun ada beberapa pindaan-pindaan, cadangan-cadangan yang telah dikemukakan.

Pulai bangkit dalam perbahasan ini dengan penuh kesedaran bahawa pindaan ini bakal membawa Malaysia ke fasa yang baharu dalam ekosistem tenaga dari segi perdagangan elektrik rentas sempadan, takbir urus atribut hijau dan juga potensi pelaburan.

Namun, pada masa yang sama, isu bekalan untuk rakyat dan tekanan terhadap sistem grid nasional mesti diberikan perhatian yang utama.

Di negeri Johor, contohnya kini sedang menyaksikan pertumbuhan mendadak pusat data atau data centre oleh pelabur tempatan dan asing seperti Google, Microsoft dan lain-lain.

Ini adalah perkembangan yang positif, namun perlu diiringi dengan keprihatinan terhadap kapasiti grid dan bekalan untuk rakyat biasa. Persoalannya adalah apakah jaminan tegas daripada kerajaan bahawa pertumbuhan pusat data dan eksport elektrik tidak akan menyebabkan rakyat biasa khususnya pengguna domestik dan industri kecil berdepan dengan gangguan bekalan dan lonjakan tarif di masa yang akan datang.

Ini adalah penting kepada rakyat. Kita tak mahu kita memberikan perhatian kepada syarikat-syarikat yang besar untuk kita eksport, mereka dapat untung yang besar tetapi rakyat marhaen tertindas akibat daripada usaha-usaha kita untuk mendapatkan keuntungan yang besar di luar negara.

Dan beberapa persoalan juga dilontarkan untuk PETRA dari segi siapakah yang akan mendapat lesen untuk eksport tenaga ini. Adakah lesen eksport ini akan hanya diberi kepada syarikat besar seperti TNB ataupun kerajaan akan buka ruang kepada GLC negeri, koperasi, tenaga, pusat komuniti ataupun pelabur-pelabur kecil ini? Apakah dia juga diberi ruang yang sama? Mungkin apa yang sebut oleh Tebrau tadi, ada ditentukan limit berapa yang seharusnya dibenarkan untuk dieksport dan sebagainya ya. So, ini juga perlu dijelaskan supaya ada peluang yang besar daripada semua pihak.

Bagaimanakah kerajaan akan menjamin bahawa eksport RE ini tidak dimanipulasi melalui greenwashing? Adakah sistem audit bebas akan diwujudkan untuk memastikan ketelusan program ini? Dan juga dari segi jaminan bekalan domestik ketika eksport ini dilaksanakan, seksyen 22D membenarkan pelesenan eksport dan import elektrik namun tiada perincian dalam RUU ini mengenai kuota eksport maksimum keutamaan kepada bekalan domestik dan mekanisme perlindungan penggunaan domestik ketika berlaku tekanan grid nasional.

Contohnya, jika berlakunya cuaca yang panas, El Nino ataupun mungkin berlakunya bencana alam, permintaan domestik meningkat mendadak. Jika eksport diteruskan tanpa kawalan, berisiko berlakunya gangguan elektrik di sektor kritikal seperti hospital, sekolah, loji dan sebagainya. Jadi, adakah lesen eksport ini akan disertakan dengan syarat had eksport berdasarkan lebihan bekalan sebenar? Adakah sistem amaran awal atau pelan pemulihan bekalan domestik akan disediakan?

draft • 12:51 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Maka itu, Pulai menyokong prinsip ini berasaskan kepada, pertamanya, kepentingan rakyat dan pengguna domestik diutamakan bukan hanya untuk pelaburan dan pasaran eksport. Yang keduanya adalah garis panduan pelaksanaan yang telus dan terbuka mesti diumumkan kepada rakyat dan yang ketiga adalah kuasa Suruhanjaya Tenaga perlu dipantau oleh audit bebas agar tidak berlaku ketirisan dalam sektor tenaga baharu ini. Terima kasih.

draft • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 12:51 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun menyertai perbahasan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik

(Pindaan) 2025 ini dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai suara rakyat, khususnya dari Blok Perikatan Nasional.

Saya ingin menyatakan bahawa pada dasarnya kami menyambut baik usaha kerajaan untuk memodenkan kerangka undang-undang bekalan elektrik negara, apatah lagi dalam konteks peralihan tenaga ke arah sumber yang lebih lestari. Namun demikian, beberapa perkara asas perlu diberi perhatian serius agar RUU ini tidak sekadar menjadi kosmetik perundangan tetapi benar-benar membawa perubahan yang adil, mampan dan menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, pertama, mengenai isu tarif elektrik dan kesan kepada rakyat.

Dalam pindaan ini, kita lihat kuasa diberikan kepada Menteri dan Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia pelesenan termasuk dalam konteks tenaga boleh baharu,. Soalan saya, adakah peralihan ini akan menyebabkan tarif elektrik meningkat terutamanya kepada pengguna domestik B40 dan M40? Kita tidak mahu transformasi hijau menjadi beban ekonomi kepada rakyat. Saya gesa supaya satu moratorium tarif dipertimbangkan sehingga impak kos dapat diteliti dengan lebih telus.

Kedua, soal keadilan akses kepada teknologi tenaga baharu. Majoriti rakyat di luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak masih berdepan isu bekalan elektrik tidak stabil.

Adakah RUU ini menjamin akses kepada teknologi seperti solar dan grid pintar kepada kawasan ini atau mungkin kah sekali lagi hanya bandar-bandar besar yang menikmati manfaatnya? Prinsip keadilan sosial dalam Islam menuntut supaya mereka yang tertinggal turut disantuni dalam perancangan dasar.

Ketiga, ketelusan dan kawal selia pelesenan. RUU ini memberi kuasa luas kepada Menteri untuk meluluskan atau menggantung lesen. Saya bimbang sekiranya kuasa ini tidak diseimbangkan dengan mekanisme akauntabiliti, maka ia membuka ruang kepada salah guna dan amalan kronisme. Kami mencadangkan satu jawatankuasa Parlimen khas ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan lesen dan pelaburan dalam sektor ini secara berkala.

draft • 12:56 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Keempat, peluang kepada vendor bumiputera dan usahawan kecil. Peralihan kepada tenaga boleh baharu memerlukan infrastruktur dan pelaburan. Adakah kementerian menyediakan pelan khas bagi memperkasakan vendor tempatan termasuk usahawan muda dan bumiputera? Kami tidak mahu melihat hanya syarikat-syarikat besar dan GLC tertentu sahaja yang menguasai sektor tenaga hijau sedangkan rakyat biasa hanya menjadi penonton.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan fasal 5 hingga fasal 7 yang memperkenalkan mekanisme kawal selia terhadap pelesenan pengimportan dan pengeksportan elektrik. Pemegang lesen kini turut bertanggungjawab melaporkan anggaran perolehan dan urus niaga melalui rangkaian penghantaran elektrik. Tambahan pula, pengenalan seksyen baru 22C dan 22D memperuntukkan kuasa, fungsi dan tanggungjawab kepada pengendali pasaran serta memperkenalkan kawalan terhadap pengimportan dan pengeksportan tanpa lesen. Ini amat penting terutama sekali dalam menangani sebarang potensi manipulasi harga atau ketidakpatuhan teknikal dalam sistem grid tenaga negara.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa sebarang transformasi tenaga mestilah selari dengan prinsip maqasid syariah, menjaga nyawa, harta dan maslahat awam. Bekalan elektrik bukan sekadar sosial, bukan sekadar soal teknikal, ia adalah keperluan asas kehidupan moden. Maka, kita wajib memastikan dasar ini bukan sahaja cekap tetapi adil, telus dan berpaksikan kepada rakyat dan berpaksikan kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.

draft • 12:56 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Kita sambung perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025. Saya menjemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Gerik, lima minit.

draft • 2:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada RUU Bekalan Elektrik (Pindaan)― RUU Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan) 2025 yang kini dalam pertimbangan Dewan ini. RUU ini telah dibentangkan di Parlimen pada bacaan kali pertama pada 4 Mac 2025 yang lalu. RUU ini ingin meminda beberapa peruntukan dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] yang

draft • 2:33 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

antaranya untuk memberi kuasa yang lebih luas kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia pengimportan dan pengeksportan elektrik serta, yang penting, pengawalseliaan ke atas atribut tenaga boleh baharu atau TBB.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat 16 pindaan secara keseluruhan dan fokus utama adalah memperluaskan mandat kepada Suruhanjaya Tenaga agar dapat mengurus impak pengimportan dan pengeksportan elektrik serta tenaga hijau. Alhamdulillah, sudah tiba masanya negara kita memberi perhatian serius kepada aspek tenaga bersih dan hijau dalam ekosistem tenaga negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, apa gunanya pindaan ini jika ia kekal berpusat di kawasan bandar dan koridor industri sahaja. Kawasan luar bandar seperti kawasan saya di Parlimen Gerik mempunyai potensi yang besar untuk menjana tenaga hijau tetapi tidak diberikan ruang dan galakan yang secukupnya. Jika kerajaan boleh wujudkan dasar seperti zon ekonomi khas, mengapa tidak kita perkenalkan satu dasar baru seperti zon tenaga boleh baharu luar bandar?

Dan kami di Gerik bersedia menjadi kawasan rintis menjelang 2030. Dan bukan itu sahaja, malah saya yakin dengan pelaburan yang bersasar dan insentif kerajaan, kita mampu ubah wajah luar bandar dari hanya sebagai pengguna kepada penjana tenaga bersih. Dalam masa yang sama, ia akan mewujudkan peluang-peluang perniagaan, peluang pekerjaan, menarik pelaburan dan memacu pembangunan mapan sejajar dengan Dasar Tenaga Negara.

Di Malaysia, sinaran matahari sepanjang tahun. Ideal yang baik untuk kawasan luar bandar membangunkan ladang bumbung solar. Begitu juga di kawasan seperti kawasan Hulu Perak di tempat saya mempunyai banyak jeram dan sungai yang mungkin sesuai untuk mini hidro. Manakala di kawasan-kawasan FELDA dan FELCRA sesuai untuk sistem pertanian dan ternakan bagi projek biogas dan biomass.

Justeru, saya mencadangkan projek seperti ladang solar komuniti di tanah-tanah kerajaan ataupun mungkin di kawasan rancangan-rancangan FELDA. Kemudian, pembangunan loji mini hidro berskala kampung atau mukim. Loji biogas berdekatan ladang ternakan dan sawit seperti kawasan FELDA dan FELCRA. Kemudian, perkenalkan insentif cukai, geran dan— geran untuk usahawan luar bandar yang ingin terlibat dalam sistem TBB kecil. Begitu juga program latihan TVET bagi tenaga hijau. Dan yang lebih strategik adalah penubuhan zon tenaga boleh baharu luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi cadangan, Tuan Yang di-Pertua. Dalam kerangka jangka panjang, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan tidak menolak kemungkinan penggunaan tenaga nuklear. Tenaga nuklear yang selamat dan berskala kecil khususnya reaktor modular kecil atau SMR― small modular reactor― sebagai sebahagian daripada pelan peralihan tenaga negara. Negara kecil seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah berjaya membangunkan Loji Nuklear Barakah yang kini menjana hampir 25 peratus daripada bekalan elektrik negara tersebut dengan tahap keselamatan dan pemantauan antarabangsa

draft • 2:33 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

yang ketat. Begitu juga Bangladesh yang sekarang sedang menyiapkan Loji Nuklear Rooppur dengan kerjasama Rusia sebagai solusi jangka panjang untuk bekalan tenaga yang stabil dan bersih.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Malaysia boleh meneroka teknologi SMR ini sebagai pelengkap...

draft • 2:33 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Minta― minta mencelah sikit, Gerik.

draft • 2:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Gerik, Besut boleh?

draft • 2:33 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh?

draft • 2:33 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Silakan.

draft • 2:33 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Gerik, tadi Gerik ada sebut fasal lesen ya. Saya merujuk kepada seksyen 22D. 22D(2). Dia kata, lesen pengimportan elektrik ataupun pengeksportan elektrik ini boleh diberikan oleh suruhanjaya dengan kelulusan Menteri. Maknanya, kalau suruhanjaya nak beri tapi kalau Menteri tak lulus, tak boleh. Perlu tak ada peruntukan ini dalam akta kita pada hari ini?

Sebab, kita takut berlaku kalau Menteri diberi kuasa, akan berlakulah sebagaimana yang di Sabah tempoh hari berkenaan dengan mineral, 70,000 hektar diberi kepada seseorang yang mengenali— dikatakan mengenali PM dan juga Ketua Menteri. Jadi, benda ini mungkin berlaku ya. Jadi, kita tak nak benda yang sama berlaku. Adakah kita bersetuju supaya akta ini, seksyen ini tidak diadakan dalam akta ini sekarang? Terima kasih.

draft • 2:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Gerik, jawab dan terus gulung ya. Masa dah tamat.

draft • 2:33 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Saya terus penutuplah.

draft • 2:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 2:33 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Tadi saya setujulah dengan persoalan tadi.

Okey, untuk penutup ya, Tuan Yang di-Pertua. Malaysia boleh meneroka teknologi SMR tadi, nuklear tadi ya, sebagai pelengkap kepada tenaga boleh baharu dengan lokasi strategik seperti zon di kawasan zon perindustrian berat, taman-taman teknologi atau perniagaan atau zon khas luar bandar. Dan sudah banyak reaktor nuklear moden yang berskala kecil tadi dan selamat telah dicipta untuk grid-grid kuasa berskala kecil. Yang penting ialah komitmen kita kepada keselamatan, latihan dan ketelusan. Dan mungkin TNB patut memulakanlah― Tenaga Nasional Berhad patut memulakan penggunaan nuklear untuk negara kita.

Dan akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, jika negara kita serius untuk mencapai matlamat tenaga bersih menjelang 2050, maka pindaan akta ini mestilah disusuli dengan dasar pelaksanaan yang adil termasuklah ke daerah-daerah luar bandar seperti kami di Gerik.

draft • 2:33 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Saya juga mohon dilibatkan wakil rakyat luar bandar di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak dalam penyediaan Pelan Tenaga Boleh Baharu Nasional supaya kami juga dapat peluang yang sama dan keadilan dalam teknologi hijau yang saksama bagi kawasan pedalaman. Sekian. Gerik mohon menyokong.

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri untuk menjawab 12 minit.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

12 minit? Baik, baik. Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan kepada 12 Ahli Parlimen yang telah membahaskan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 yang mana saya boleh rumuskan rata-ratanya menyokong. Kalau tak sokong pun dia malu-malu, dia tetap sokong.

Cuma pada masa yang sama secara asasnya kita lihat bahawa Ahli-ahli Parlimen menyedari kita sebenarnya ke arah memenuhi selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga ataupun NETR dalam isu pindaan ini dan juga dalam soal ASEAN Power Grid. Cuma terlebih dahulu sebelum saya menjawab satu persatu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, mungkin saya suka rujuk kepada isu berkaitan dengan tarif elektrik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merbok, Kuala Terengganu, Beruas dan Padang Rengas.

Ingin saya tekankan bahawa aktiviti import eksport ini tidak melibatkan tarif elektrik kepada pengguna di Semenanjung kerana aktiviti ini melibatkan urusan business to business dan tidak mendatangkan impak kepada tarif pengguna domestik.

Cuma untuk rujukan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bila kita bicara soal purata tarif ini, kalau kita rujuk untuk RP3 iaitu tempoh sebelum ini, kos dari segi tarif asas dan kos pelarasan bahan api melalui ICPT kadarnya adalah 55.95 sen per kilowatt jam.

Jadi, bila kita perkenalkan untuk RP4 mulai 1 Julai 2025 iaitu kita semak semula tarif asas dan kemudian kita gantikan mekanisme ICPT dengan AFA ataupun automatic fuel adjustment, sebenarnya kadar purata tarif baharu adalah 48.64 sen per kilowatt jam yang mana setelah mengambil kira purata tarif asas berserta AFA. Sepertimana yang kita meletakkan komitmen, 85 peratus pengguna domestik itu tidak terkesan dari segi perubahan tarif elektrik.

Yang Berhormat Tuaran telah membangkitkan soal penalti ataupun hukuman yang dikenakan. Apakah yang kita rujuk? Sebenarnya, kita punya pertimbangan adalah berdasarkan dengan penanda aras, ataupun benchmarking dengan akta-akta lain di dalam negara seperti Akta Perdagangan Strategik 2010.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, kita mengambil kira bahawa perdagangan elektrik ini adalah, merupakan perdagangan bersifat strategik kepada negara. Maka sebab itu bila kita buat benchmarking dari segi hukuman itu, walaupun dilihat sememangnya nampak berat, tetapi dari segi matlamatnya adalah untuk menghindarkan daripada mereka untuk melakukan kesalahan yang kita nyatakan dari segi soal pelesenan dan yang di bawah maksud import dan eksport.

Kemudiannya Yang Berhormat Rompin – ada dalam Dewan, yang ini untuk dari segi, adakah kerajaan telah bersedia untuk pelesenan dan penstrukturan yang baharu ini?

Kerajaan sebenarnya memang bersedia dari segi untuk menguruskan aktiviti import dan eksport. Sebagai contoh tahun lepas kita telah lancarkan ENEGEM iaitu satu mekanisme pasaran yang membolehkan tenaga boleh baharu dijual ke Singapura, tetapi melalui sistem.

Maka sebab itu segala dari segi kaedah, proses dan sebagainya ini kita telah teliti dan bagaimana untuk kaedah seterusnya Yang Berhormat Rompin, ada nyatakan sama ada kita perlu tingkatkan lagi soal talian sambung tara. Yang ini buat ketika ini apa yang kita ada ini mencukupi dan kita akan teliti dari semasa ke semasa, apabila ada permintaan ataupun keperluan kapasiti yang lebih tinggi kita akan lakukan upgrade dengan izin. Untuk aktiviti pengeksportan ini ia nya hanya akan berlaku apabila terdapat lebihan tenaga dan bekalan tenaga dalam negara dan selamat mencukupi.

Yang Berhormat Rompin, saya ingat tadi sebab saya mengikuti perbahasan daripada awal, beliau menyatakan keperluan dari segi boleh kita turunkan rizab dan sebagainya. Buat ketika ini, rizab margin dalam negara kita berada pada paras optimum iaitu 23 hingga 28 peratus.

Sama ada kalau kita boleh turunkan sebahagiannya, kita akan teliti kerana bila kita bercakap soal penyambungan dengan negara-negara lain – Yang Berhormat Rompin menyokong penuh tadi. Saya lihat bahawa ini akan menstabilkan grid kita dan membolehkan sebenarnya, bukan soal komersial semata-mata, tetapi juga untuk meningkatkan kapasiti keupayaan sistem kita secara bersama.

Kemudian, dari segi promosi untuk kecekapan tenaga, ini memang aktiviti ataupun inisiatif yang kita jalankan. Kalau di bawah PETRA ini, ada Program MADANI Rakyat, ada promosi melalui bawah Malaysia Energy Literacy Program ataupun MELP untuk kita tingkatkan pemahaman rakyat berkenaan dengan kecekapan tenaga.

Untuk isu atribut hijau ataupun tawaran insentif kepada penjana hijau, antara insentif atribut hijau atau sijil tenaga boleh baharu yang kita tawarkan sebenarnya ada melalui program yang kita sebut CRAS, Corporate Renewable Energy Supply Scheme yang membolehkan penjana hijau menawarkan bekalan elektrik hijau bersekali dengan atribut hijau kepada pengguna elektrik yang perlu memenuhi komitmen ESG.

Yang Berhormat Merbok bertanya mengenai jaminan kerajaan. Adakah aktiviti mengeksport tenaga ini akan menjejaskan rakyat? Perdagangan elektrik merentas sempadan yang dilaksanakan kerajaan adalah berdasarkan prinsip penjualan lebihan sepertimana yang

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

saya nyatakan tadi. Prinsip keutamaan diberikan kepada sistem pembekalan elektrik dalam negara sekiranya berlaku sebarang gangguan ataupun insiden bekalan elektrik.

Langkah ini akan memastikan aktiviti eksport dan import tidak mengganggu pembekalan elektrik di dalam Malaysia. Malah yang dinyatakan tadi, maksudnya bila kita ada, contohnya, ASEAN Power Grid ini, sekiranya ada berlaku gangguan dan keperluan mendesak, ini membolehkan kita untuk mendapatkan bekalan daripada negara-negara jiran.

Yang Berhormat Puchong, terima kasih kerana menerangkan latar belakang apa yang berlaku sebelum ini, yang mana Yang Berhormat ada memberi cadangan mengenai sama ada kita boleh melaksanakan kaedah third party access. Kemudiannya mungkin untuk perbincangan dengan climate group dari segi RE100 dan sebagainya, kami ambil maklum.

Kita akan teliti dari segi way forward untuk cadangan tersebut.

Cuma buat ketika ini, bila kita menjual elektrik hijau ke Singapura adalah berdasarkan panduan yang sedia ada iaitu panduan pengeksportan elektrik ke negara jiran dan juga bersekali dengan Renewable Energy Certificate ataupun REC.

Yang Berhormat Setiu bertanyakan, siapakah yang akan mengimport dan mengeksport tenaga elektrik? Bagi peringkat pelaksanaan perintis, aktiviti penjualan ataupun perdagangan elektrik dilaksanakan oleh beberapa pihak bagi perdagangan TBB merentas sempadan. Contohnya, apabila kita sebut kita membekalkan ke Singapura, maksudnya di sebelah negara kita mereka yang berminat itu memerlukan mendapatkan lesen pengeksportan, tetapi pada masa yang sama di sebelah Singapura itu memerlukan lesen pengimportan.

Jadi, sebab itu kita perlu selarikan ataupun selaraskan proses ini supaya sumber yang kita eksport ini juga perlu melalui sistem kita. Maka sebab itu yang dipanggil sebagai single buyer dan sebagainya itu membolehkan kita menyelaraskan dari segi tujuan jual-beli antara sempadan ini. Soalannya, adakah rakyat akan menikmati keuntungan daripada hasil penjualan tersebut melalui rebat elektrik?

Hasil kutipan daripada aktiviti import-eksport elektrik konvensional akan dimasukkan ke dalam Tabung Dana Kumpulan Wang Industri Elektrik ataupun KWIE yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga dan seterusnya dana ini akan digunakan untuk menguruskan impak tarif kepada rakyat.

Manakala hasil kutipan perdagangan TBB, tenaga boleh baharu merentas sempadan akan dimasukkan dalam dana tenaga elektrik hijau yang akan digunakan untuk menyokong usaha peralihan tenaga serta pembangunan industri TBB negara.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, secara asasnya semua rakyat Malaysia akan menerima kebaikan dari sudut tersebut dan keuntungan melalui dana KWIE, melalui hasil aktiviti import dan juga eksport elektrik.

Seterusnya, YB Tebrau ada bertanyakan soal kapasiti minimum ataupun maksimum yang dibenarkan untuk kita eksport tenaga ke luar negara. Buat masa ini sebenarnya dari

draft • 2:50 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

segi had dia sebenarnya kita tertakluk kepada had kapasiti talian penghantaran sedia ada yang terlebih dahulu inilah, contohnya Malaysia, Thailand ni, kita punya kapasiti 300 megawatt, Malaysia, Singapura 500 megawatt sahaja bagi tujuan komersial. Lagi 500 megawatt itu adalah untuk soal keselamatan sistem. Jadi, dari segi butiran kapasiti dan sebagainya, ini akan diperincikan dalam peraturan kawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga.

Kemudian, Yang Berhormat juga ada sebut soal seolah-olah lesen yang kita berikan itu tempoh 21 tahun itu terlalu lama. Yang ini saya rasa mungkin Yang Berhormat Tebrau keliru bahawa 21 tahun itu adalah tempoh yang diberikan untuk tujuan pembangunan loji dan janakuasa, bukan terkait dengan soal import-eksport. Itu yang kita guna pakai dalam negara.

Dan pada masa yang sama kalau sebenarnya bila kita laksanakan ENEGEM tahun lepas, kita — untuk pilot project itu kita benarkan tempoh setahun.

Jadi, maklum balas yang kami terima dari tujuan tersebut adalah tempoh itu terlalu pendek. Jadi untuk tempoh yang sebenarnya, ini kita akan semak semula. Tempoh setahun itu betul untuk pilot sahaja dan kita akan semak semula dari segi penjualan berikutnya berdasarkan juga dari segi komitmen penjualan daripada kita dan juga permintaan pembeli di Singapura.

YB Kuala Terengganu, siapakah yang akan diberikan lesen mengeksport dan mengimport ini, adakah ia dipilih dengan telus? Pengimport dan pengeksport akan berdasarkan program dan mekanisme yang akan ditetapkan bagi peringkat pelaksanaan rintis untuk perdagangan TBB ke Singapura. Import bekalan elektrik dilakukan oleh pembeli dari Singapura yang telah menawarkan kadar tarif yang paling kompetitif melalui mekanisme bidaan. Ini kita tak ada runding terus, maksudnya, sebab itu yang kita ada platform ENEGEM untuk membolehkan mereka bid harga yang paling kompetitif, manakala pengeksport adalah syarikat utiliti dan penyaluran grid kita.

Boleh lagi ke Yang Berhormat, supaya saya tak perlu jawab bertulis? Ada dua, tiga lagi persoalan.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang Berhormat Beruas bertanyakan isu yang di luar kerangka ini tetapi dari segi soal tarif. Saya telah jawab di permulaan awal tadi. Yang Berhormat Padang Serai bertanyakan dari segi garis panduan berkenaan pemilikan atribut hijau, sama ada telah dibangunkan ataupun belum.

Jadi, buat ketika ini kita setelah pun berada di peringkat akhir pembangunan rangka kerja bagi Sijil Tenaga Boleh Baharu ataupun REC framework. Rangka kerja ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci peranan dan tanggungjawab setiap pihak berkepentingan iaitu stakeholders dalam rantaian nilai atribut hijau termasuklah penjana, pembeli dan entiti pengesahan. Dan setelah rangka kerja ini dimuktamadkan dan diluluskan, Suruhanjaya Tenaga akan mengambil langkah seterusnya untuk membangunkan garis panduan pelaksanaan yang lebih terperinci.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kemudiannya Yang Berhormat Pulai bertanyakan mengenai jaminan kerajaan dengan pertumbuhan pusat data di negara ini, sama ada dia menjejaskan rakyat dari segi soal bekalan elektrik. Yang ini memang kita di peringkat kerajaan kita sentiasa memantau pertumbuhan serta permintaan bekalan elektrik oleh pusat-pusat data yang selaras dengan hala tuju pelan pembangunan penjanaan bekalan elektrik negara dan juga tidak menjejaskan daya harap bekalan elektrik negara.

Dari segi tarif dan sebagainya pun kita teliti supaya ia nya tidak mengganggu-gugat pengguna domestik ataupun pengguna yang lain. Dan pada masa yang sama perkara ini sebenarnya dikawal ataupun dipantau, antara agenda utama dikawal selia oleh Data Center Task Force (DCTF) yang dipengerusikan oleh MITI dan dianggotai pelbagai agensi termasuk PETRA.

Yang Berhormat Padang Rengas yang ke-11. Kemudian yang ke-12 adalah Yang Berhormat Gerik. Isu yang sama, soal tarif elektrik tadi saya telah jawab. Dan untuk berkaitan dengan sama ada diwujudkan satu badan bagi memantau, yang ini juga terjawab sekali gus lah yang bahawa Suruhanjaya Tenaga ini memang akan memastikan aktiviti import, eksport...

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, boleh tanya tak Menteri?

Sikit. Saya tak bahas tapi saya nak tanya boleh tak? Sebab saya percaya, maksudnya himpunan ‘baju hitam’ baru-baru ni dia sebut soal berkaitan dengan kenaikan tarif elektrik.

Saya percaya, cuma saya nak tahu maksudnya daripada Menteri ni, maksudnya bil api kita ni naik ataupun tidak? Itu saya nak tanya dengan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Speaker.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya cuba terangkan dan Menteri pun sebenarnya dah jawab dua kali dalam sidang kali ini bahawa sebenarnya dari segi tarif elektrik yang kita umumkan tidak memberi kesan kepada 85 peratus pengguna domestik, malah ada berdasarkan kumpulan-kumpulan tertentu, ada berlaku penurunan. Manakala dari segi pengguna komersial sebagai contoh, mereka masih perlu membayar tarif yang dikenakan dan juga ada elemen AFA.

Dan kalau ikut yang saya sebut di awal tadi bahawa perbandingan dari segi tarif asas, kalau RP3 iaitu untuk tempoh yang sebelum ini, RP3 itu dia punya nilaiannya adalah sekitar 55.95 sen per kilowatt jam. Yang kali ini adalah 48.64 sen. Dia, kalau naik itu tak betullah tu.

Maksudnya kalau kita tengok dari segi secara puratanya, berlaku penurunan tetapi kita kena akui ada beberapa kelompok yang berlaku terkesan sedikit, mungkin kerana dari segi industrinya ataupun dari segi peralatan yang diguna pakai.

Malah untuk AFA, yang mana Yang Amat Berhormat Menteri semalam telah nyatakan dalam Dewan untuk bulan Ogos, AFA ini sebenarnya kita akan bagi rebat kerana berlaku penurunan harga minyak dan arang batu dunia. Jadi untuk bulan Ogos, AFA itu adalah negatif 1.45 sen. Jadi, nikmat itu kita pulangkan balik kepada pengguna. Jadi, yang ini kita mengharapkan Yang Berhormat semua ambil maklum.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Manakala Yang Berhormat Gerik tadi, untuk Dato’ Yang di-Pertua, saya menganggap itu banyak cadangan, soal nuklear, soal bagaimana untuk kita tingkatkan lagi akses kepada luar bandar dan sebagainya. Kita ambil maklum dan saya terus menyambut baiklah segala saranan yang dinyatakan. Cuma sebab dia bukan pertanyaan jadi tak ada dah yang saya perlu jawab secara spesifik.

Jadi, sekali lagi terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi tambahan masa dan kita insya-Allah, kita secara bersama akan memberi khidmat yang terbaik untuk mencari segala penyelesaian kepada apa masalah yang dibangkitkan. Terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Ekonomi (Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib) dan diluluskan]

draft • 2:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA TENAGA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, izinkan saya untuk turut membentangkan rang undang-undang ini untuk meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001,

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

iaitu Akta 610, yang mana ia adalah susulan daripada Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 yang telah dibacakan dalam Dewan Yang Mulia ini semasa Mesyuarat pertama.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, latar belakang bagi pindaan yang saya cadangkan melalui RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025, adalah untuk mewujudkan peruntukan dengan jelas berhubung kuasa pengawal seliaan, aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum. Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610] merupakan suatu akta yang diwujudkan untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia aktiviti pembekalan elektrik di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan aktiviti pembekalan gas di bawah Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501] dengan matlamat menyeluruh untuk memastikan bekalan tenaga yang mampan dan cekap untuk pembangunan negara.

Pindaan Akta 610 adalah untuk menyediakan peruntukan yang jelas berhubung kuasa pengawal seliaan terhadap perkara-perkara berkaitan aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik ke luar Malaysia dan daripada luar Malaysia, termasuklah berkaitan perlesenan dan pengawal seliaan kepada aspek teknikal dan komersial, melalui penetapan syarat-syarat sebelum sesuatu tenaga elektrik tersebut boleh dieksport dan diimport dan mengawal selia pelaksanaan perdagangan tenaga boleh baharu merentas sepadan dan pengurusan atribut hijau bagi membolehkan takbir urus atribut hijau bekalan elektrik negara dilaksanakan secara berpusat.

Secara keseluruhannya, pindaan Akta 610 ini memperuntukkan kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mengeluarkan lesen dan perkara-perkara lain berhubungan dengan pelesenan, pengimportan dan pengeksportan elektrik. Garis panduan yang berhubungan dengan aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik serta pengawal seliaan berkaitan aktiviti tersebut.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati. Pindaan yang saya cadangkan melalui Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 ini melibatkan dua Fasal seperti berikut.

Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2, bertujuan untuk meminda subseksyen 14(1) Akta 610, dengan memasukkan perenggan baharu 14(1)(na) ke dalam Akta 610.

Dengan cadangan pindaan ini, Suruhanjaya dipertanggungkan dengan fungsi pengawal seliaan ke atas pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, kesimpulannya saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memantapkan lagi tadbir urus akta ini, serta memperkukuhkan fungsi kawal selia Suruhanjaya Tenaga dalam industri bekalan elektrik, sekali gus membolehkan perkara-perkara berkaitan pengimportan dan

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pengeksportan elektrik yang dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Tenaga dapat dilaksanakan berdasarkan perundangan yang jelas. Pindaan ini juga akan menjadikan akta ini lebih relevan dengan keperluan semasa dan memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama satu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Terdapat lima pembahas yang telah disenaraikan. Pembahas yang pertama, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Machang. Saya persilakan pembahas pertama.

Yang Berhormat Petaling Jaya tiada dalam Dewan. Yang Berhormat Rompin.

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, yang memberi ruang kepada Rompin untuk membahaskan Rang Undang- undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025, bertujuan untuk meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610], berikutan pindaan kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447].

draft • 3:06 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Rompin. Sekejap ya. Lima minit ya.

draft • 3:06 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Pindaan utama - Yang Berhormat, sudah seminit ni. Pindaan utama yang dicadangkan melalui fasal 2 adalah untuk memasukkan perenggan baharu 14(1)(na) ke dalam Akta 610 yang akan memberikan Suruhanjaya Tenaga fungsi pengawal seliaan ke asas pengimportan dan pengeksportan elektrik. Tujuan dan keperluan pindaan. Pada dasarnya, Rompin melihat pindaan ini adalah respond kepada perubahan dan lanskap tenaga negara, terutamanya dengan hasrat untuk mengawal selia import dan eksport elektrik. Ini adalah langkah yang penting dalam konteks keselamatan tenaga serantau dan juga untuk memastikan kita mempunyai keraka — kerangka undang-undang yang kukuh bagi transaksi tenaga rentas sempadan.

Contohnya, dengan adanya fungsi pengawal seliaan ini, Suruhanjaya Tenaga akan dapat memastikan bahawa sebarang aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik dilakukan dengan teratur, telus dan mematuhi piawaian yang ditetapkan demi kepentingan negara. Rang undang-undang ini sebenarnya membawa berapa kebaikan utama, antaranya pengukuhan tadbir urus sektor tenaga melalui pemberian kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga

draft • 3:06 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

untuk mengawal selia import dan eksport elektrik. Memastikan pemantauan jelas dan mengelakkan penyalahgunaan.

Selain itu, ia meningkatkan keselamatan tenaga dengan membolehkan pengurusan aliran elektrik secara strategik, berfungsi sebagai penampan semasa krisis berkait domestik melalui kemampuan mengimport elektrik. Pindaan ini juga berpotensi menjana manfaat ekonomi dengan membolehkan penjualan lebihan kapasiti elektrik kepada negara jiran. Dan yang penting, ia menyelaraskan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610] dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] untuk memastikan konsistensi perundangan.

Walaupun ada kebaikan, kita tidak boleh menutup mata terhadap beberapa potensi keburukan dan kebimbangan yang mungkin timbul daripada rang undang-undang ini.

Kebimbangan terhadap implikasi rang undang-undang dan pelaksanaan fungsi baharu Suruhanjaya Tenaga. Satu, peningkatan perbelanjaan kerajaan. Rang undang-undang ini secara jelas menyatakan bahawa pelaksanaannya akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amount-nya belum dapat ditentukan sekarang ini.

Dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar, persoalan timbul. Apakah implikasi kewangan sebenar kepada rakyat? Adakah kerajaan mampu menanggung kos tambahan ini tanpa membebankan pembayar cukai? Penambahan fungsi Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia import dan eksport tenaga elektrik serta perdagangan atribut hijau, sememangnya memerlukan peruntukan sumber manusia, sistem pemantauan, serta infrastruktur perundangan dan teknikal yang khusus. Maka rakyat berhak tahu, berapa banyak lagi wang awam yang akan digunakan dan ke manakah perginya perbelanjaan ini.

draft • 3:06 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Risiko peningkatan tarif elektrik. Walaupun rang undang-undang ini tidak secara langsung menyatakan sebarang perubahan tarif, kita tidak boleh menafikan realiti kos operasi yang akan meningkat akibat keluasan fungsi ini. Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia tarif mungkin terpaksa menanggung beban pentadbiran dan teknikal tambahan. Dan kos ini berisiko dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk tarif elektrik yang lebih tinggi pada masa depan. Tambahan pula jika berlaku kebergantungan kepada tenaga import terutamanya semasa waktu puncak atau gangguan domestik harga import yang tertakluk kepada pasaran antarabangsa dan kadar tukaran mata wang mungkin mendorong kepada penyesuaian tarif secara tidak langsung. Ketelusan dan akauntabiliti yang masih kabur.

Dalam melaksanakan fungsi baru ini, mekanisme kawalan yang penting dan telus masih belum diperincikan. Antaranya persoalan yang penting ialah bagaimana pengimportan dan pengeksportan tenaga akan dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah? Adakah wujud dasar jelas untuk mengelakkan konflik kepentingan, khususnya bagi entiti yang juga merupakan pengeluar tenaga? Siapakah yang memantau perdagangan atribut hijau agar tidak berlaku double counting atau eksploitasi sistem oleh pihak tertentu? Jika ketelusan dan akauntabiliti tidak diutamakan, pelaksanaan fungsi ini boleh membuka ruang kepada amalan

draft • 3:10 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

tidak adil atau pembolotan peluang oleh pemain pasaran besar, sekali gus menjejaskan kepentingan pengguna biasa dan prinsip keadilan.

Keempat, risiko kedaulatan tenaga dan bekalan domestik. Perlu ditekankan bahawa kebergantungan kepada import tenaga walaupun boleh membantu dari sudut kecekapan negeri turut membawa risiko kepada kedaulatan tenaga negara. Sekiranya berlaku ketegangan diplomatik, gangguan bekalan dari luar atau manipulasi harga oleh negara pembekal, rakyat tempatan akan menanggung akibatnya. Selain itu, eksport tenaga berlebihan tanpa perancangan yang seimbang mungkin mengganggu keutamaan bekalan untuk kegunaan domestik terutamanya dalam musim cuaca ekstrem, bencana atau peningkatan permintaan mendadak.

Sebagai rumusan, kena pergi rumusan dah. Banyak lagi ni Dato’ Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 ini adalah, satu langkah yang penting. Namun ia perlu diteliti dengan cermat. Saya menyokong usaha untuk mengukuhkan pengawal seliaan sektor tenaga negara, tapi pada masa yang sama kita tidak boleh berkompromi dengan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Saya menyeru kerajaan untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai implikasi kewangan rang undang-undang ini. Memperkukuhkan peranan Suruhanjaya Tenaga sebagai think tank yang proaktif dalam menstabilkan tarif elektrik dan memastikan ketelusan penuh dalam operasi IPP. Jangan biarkan rakyat terus menanggung beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Sekian, Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Berikutnya Yang Berhormat Shah Alam, lima minit.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan juga Suruhanjaya Tenaga atas pelaksanaan struktur pengiraan tarif elektrik baharu melalui mekanisme peraturan berasaskan insentif IBR yang bermula pada bulan Julai tahun ini.

Langkah ini telah memberi manfaat langsung kepada jutaan isi rumah di seluruh negara. Rakyat menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus. Ia sesuatu yang amat signifikan dalam suasana ekonomi yang mencabar dan penuh ketidaktentuan dipengaruhi oleh pasaran antarabangsa dan iklim geopolitik dunia. Ini bukti bahawa dasar yang teliti dan berasaskan data boleh membawa kelegaan sebenar kepada rakyat. Saya di antara yang mendapat manfaat daripada insentif baharu ini, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Bulan Mei, bil elektrik saya berjumlah RM443.85 dengan penggunaan tenaga sebanyak 946 kWh. Pada bulan Julai, saya menggunakan jumlah tenaga yang hampir sama iaitu 944 kWh hanya kurang dua kWh saja, tetapi bil bulan Julai saya berjumlah RM383.60.

draft • 3:13 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bermakna pengurangan sebanyak RM60.25 ataupun 13.57 peratus. Saya percaya ini adalah, insentif sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, satunya automatic fuel adjustment (AFA) dan yang keduanya, kerana saya menggunakan tenaga elektrik kurang daripada 1,000 kWh kerana ada insentif yang disebut sebagai Energy Efficiency Initiative (EEI). Makin kurang kita gunakan, makin banyak insentif yang Kerajaan MADANI berikan. Dan ini sangat bertepatan sekali dengan pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa 85 peratus pengguna akan menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus. Jadi, ini bukan cubaan. Ini benar-benar satu penurunan. Ini bukan retorik, bukan tipu, jauh sekali daripada kegagalan.

[Tepuk] Yang Berhormat Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 kerana ia memberi kuasa tambahan dan penambahbaikan struktur kepada Suruhanjaya Tenaga untuk memainkan peranan yang lebih strategik, berkesan dan telus dalam landskap tenaga negara.

Antara yang utama ialah, pindaan kepada subseksyen 14(1) Akta 610 yang buat pertama kalinya memberi kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia pengimportan dan pengeksportan tenaga elektrik, menyelia dan mengeluarkan lesen perdagangan tenaga rentas sempadan serta menjamin integrasi urus niaga tenaga boleh baharu, boleh diperbaharui ataupun renewal energy yang semakin menjadi komoditi antarabangsa. Pindaan ini selaras dengan usaha kerajaan dan inisiatif besar negara bagi Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR), penyertaan Malaysia dalam ASEAN Power Grid dan komitmen jangka panjang negara ke arah sifar, bersih karbon iaitu net zero menjelang 2050.

Namun, dalam kita memberi kuasa baharu kepada Suruhanjaya ini, kita nak bertanya juga kepada Yang Amat Berhormat — sorry, Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah, siapakah yang akan layak untuk menerima lesen eksport ini? Saya percaya Tenaga Nasional dan anak syarikat sudah pasti mendapat keutamaan, tetapi adakah kerajaan juga bercadang untuk membuka ruang yang lebih adil dan inklusif kepada GLC di peringkat negeri-negeri ataupun pelabur kecil ataupun sederhana yang mungkin juga berminat untuk melabur dalam industri ini?

Dan akhirnya, Yang Berhormat Timbalan Speaker pindaan ini adalah, satu langkah yang penting dalam usaha kita menyusun semula sektor tenaga agar lebih terbuka, telus dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran abad yang ke-21. Ia membuka ruang kepada pelbagai pihak, bukan saja pemain besar untuk menyertai agihan peralihan tenaga, namun, kita juga tidak boleh terputus daripada realiti di lapangan. Jika semuanya berjalan dengan teratur, elok, mendapat keuntungan, rakyat, saya yakin tidak terlalu peduli sangat siapa yang mendapat manfaat daripada usaha pengeksportan tenaga ini, tetapi yang rakyat mahu ialah bekalan elektrik yang stabil dan berpatutan.

draft • 3:13 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Justeru itu, kuasa baharu yang diberi kepada Suruhanjaya Tenaga ini mestilah disertai dengan pelan pengimbangan nasional termasuklah keutamaan terhadap bekalan domestik terlebih dahulu, pelaksanaan sistem kuota eksport yang fleksibel, tetapi terkawal dan strategi subsidi silang bagi memastikan isi rumah terutamanya golongan rentan mesti terus dilindungi.

draft • 3:13 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya menyokong penuh RUU ini dan menyeru agar pelaksanaannya mesti dipandu oleh prinsip keterangkuman, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sila, Yang Berhormat Jerantut. Lima minit.

draft • 3:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

*Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Jerantut untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2025.

RUU ini berkait rapat dengan RUU yang baru diluluskan sebentar tadi, dan secara prinsipnya RUU ini bercerita tentang pemberian kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.

Secara prinsipnya, Tuan Yang di-Pertua, Jerantut bersetuju dengan pindaan ini kerana ia akan membuka ruang perdagangan elektrik merentas sempadan. Apatah lagi sekarang ini kita sedang menjadi Chairmanship kepada ASEAN. Ia merupakan satu langkah yang sejajar dengan integrasi ekonomi ASEAN dan pelaksanaan ASEAN Power Grid (APG) dan ianya akan menjadi sumber baharu kepada pendapatan negara. Dengan demikian, kita dapat mengurangkan bebanan cukai kepada rakyat khususnya kerana kita ada sumber baru dalam penjanaan pendapatan negara.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat dan juga Yang di-Pertua, Jerantut mempunyai pengalaman sebagai Ahli Lembaga Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2021 sehingga 2022 sewaktu saya menjadi Senator di Dewan Negara. Jadi, saya memahami nilai integriti dan profesionalisme yang ada pada Suruhanjaya Tenaga. Maknanya, sekiranya kita bersetuju memberikan kuasa kepada mereka, insya-Allah kuasa itu berada di tangan yang betul, insya-Allah. Cuma, kita melihat secara holistik. Maka, Jerantut menetapkan tiga prasyarat utama yang kita harapkan Timbalan Menteri boleh komen, walaupun ia bukan dalam bentuk persoalan.

Pertama ialah— prasyarat yang pertama, perdagangan elektrik ini tidak boleh mengganggu bekalan elektrik ataupun reserve margin kepada RE dan juga elektrik konvensional seperti mana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga iaitu sebanyak

draft • 3:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

25 peratus. Kita dimaklumkan oleh kementerian, reserve margin yang ada sekarang ini pada 2024 sehingga 2030 adalah pada lingkungan 24 peratus kepada 30 peratus. So, kita akan ada reserve margin yang besar.

Namun yang demikian, kita juga memahami di Sabah, reserve margin-nya agak kecil sehingga menyebabkan Menteri terpaksa memberikan satu ucapan beritahu tentang akan adanya projek-projek penjanaan baru untuk memastikan Sabah pada 2030, kita akan mendapat reserve margin sehingga ke peringkat 30 peratus. Jadi, kita harapkan apa yang kita laksanakan selepas ini bila kita boleh import dan eksport, kita harapkan ia tidak mengganggu kepada reserve margin dan ia perlu diberikan satu keyakinan oleh pihak kerajaan kepada kita yang perkara ini tidak akan diganggu.

Yang kedua, prasyarat yang kedua, keuntungan dari perdagangan tenaga elektrik ini sama ada daripada pemain industri dan kerajaan, saya sebut kedua-duanya― dia mesti daripada pemain industri dan juga kerajaan― perlulah dimasukkan dan ditetapkan pada kadar yang sewajarnya. Maknanya, sebagai kerajaan, kita buat polisi, juga mesti menguntungkan kepada pemain elektrik. Jangan kita hanya memberat kepada kerajaan sahaja.

Dan hasil itu perlu dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik, selain kepada Tabung Kumpulan Wang Industri Elektrik, kerana kita tahu umumnya majoriti daripada sumber tenaga elektrik di negara kita adalah daripada arang batu dan juga gas.

Sekiranya Malaysia hendak mencapai zero carbon 2050, sumber ini perlu ditukar. Nak menukar ini bukan mudah. Nak tukar arang batu, nak convert kepada gas, nak gunakan tenaga sumber baharu, ia bukan mudah kerana ia melibatkan pelaburan kewangan yang besar.

Dan kita juga sedia maklum, Malaysia mensasarkan 70 peratus kapasiti terpasang RE menjelang 2050. Maknanya, kita lebih fokus kepada RE khususnya kepada teknologi solar. Cuma, kita faham solar ini ada kekurangannya kerana waktu puncaknya lebih kurang empat hingga lima jam sahaja dan ia memerlukan luas permukaan yang besar.

Oleh demikian, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk kita melihat sumber-sumber tenaga baharu bagi menampung keperluan dan juga untuk kita jual elektrik kepada luar. Di antaranya, penggunaan tenaga nuklear yang agak tabu kepada rakyat.

Namun, sekarang ini kita ada teknologi dan sains yang baru iaitu penggunaan torium yang telah dibawa oleh MOSTI sebelum ini dalam sidang yang lepas. Penggunaan torium menggantikan uranium adalah di antara solusi kepada penjanaan tenaga nuklear yang dilihat mampu menjana kuasa secara konsisten sepanjang hari, sepanjang masa, bebas karbon, tidak memerlukan kawasan tanah yang luas dan lebih stabil.

Prasyarat yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, apa jua keadaan dalam kita menjadi pengimport atau pengeksport elektrik ini, perlindungan perlu diberikan kepada kerajaan dan pemain-pemain industri. Sebab, kita sedang berniaga dengan negara-negara ASEAN yang lain. Terutamanya, sekiranya pada satu masa nanti tidak ada lebihan bekalan elektrik yang

draft • 3:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

boleh kita dagangkan. Namun begitu, saya yakin ianya telah pun diperhalusi oleh pihak kementerian kerana ianya selari dengan pindaan kepada RUU Bekalan Elektrik iaitu di fasal 14, yakni memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi apa-apa pelanggaran garis panduan yang telah dikeluarkan.

Yang paling asas di sini, Tuan Yang di-Pertua― pertama, tidak mengganggu reserve margin; yang kedua, pemain-pemain industri juga dilindungi. Perjanjian yang telah dibuat mesti― perjanjian yang akan dibuat mesti memberikan keuntungan kepada Kerajaan Malaysia terlebih dahulu sebelum kita lihat kepada pemain-pemain industri. Kita tak mahu sejarah kita menjual air kepada Singapura berulang kembali.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ulangi, Jerantut bersetuju dengan pindaan ini atas prinsipnya ianya diuruskan oleh badan yang profesional dan berintegriti iaitu Suruhanjaya Tenaga dan dengan tiga prasyarat iaitu pertama, perdagangan elektrik ini tidak boleh mengganggu bekalan elektrik ataupun reserve margin kepada RE dan juga elektrik konvensional negara. Kedua, hasil keuntungan yang telah ditetapkan kadarnya mesti dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik selain ke Tabung Kumpulan Wang Industri Elektrik dan ketiga, akhirnya, adanya perlindungan kepada kerajaan dan pemain-pemain industri. Sekian. Jerantut mohon mencadang.

draft • 3:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Pembahas terakhir, Yang Berhormat Machang. Lima minit.

draft • 3:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) ini untuk mengingatkan kerajaan bahawasanya bekalan elektrik bukan sahaja satu perkara yang penting untuk rakyat, industri, tetapi juga untuk kedaulatan, kemakmuran dan keadilan dalam pengagihan hasil negara.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini kelihatan ringkas, hanya memasukkan kuasa Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia pengimportan dan pengeksportan elektrik. Tapi, di sebalik pindaan ringkas ini tersembunyi satu persoalan besar. Adakah kerajaan sedang membuka pasaran tenaga kepada semua atau hanya kepada segelintir?

RUU ini tidak memperincikan bagaimana kuasa eksport elektrik akan dilaksanakan.

Ia tidak menetapkan prinsip asas seperti akses terbuka kepada grid, tiada diskriminasi terhadap pemain bebas, atau jaminan bahawa eksport ini tidak akan mengorbankan keperluan rakyat tempatan sepertimana yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen sebentar tadi.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, isu monopoli TNB dan akses terhadap grid. Kita semua tahu TNB memiliki monopoli ke atas grid penghantaran elektrik. Walaupun kerajaan membuka pasaran eksport melalui skim seperti CBES RE ke Singapura, realitinya akses

draft • 3:27 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

kepada grid masih dikawal oleh TNB. Contohnya, eksport 50 megawatt ke Singapura yang dimeterai oleh TNB dan Sembcorp, walaupun menggunakan mekanisme tender ENEGEM, tetap bergantung kepada kelulusan dan laluan grid TNB. TNB bukan sekadar pengendali teknikal, ia juga pemain komersial. Ini mewujudkan konflik berkepentingan.

Persoalan ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan persoalan tentang projek Large Scale Solar 5 (LSS5), dengan izin, di mana 500 megawatt kuota telah diperuntukkan kepada Solarvest Holdings. Apakah status baki kuota yang masih ada? Dan adakah ia akan dibuka secara telus termasuk kepada pemain industri tempatan di kalangan syarikat-syarikat bumiputera?

draft • 3:27 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jika LSS5 digunakan untuk bekalan eksport, maka akses kepada peluang eksport ini juga akan terikat kepada siapa yang diberi kuota. Maka, soal agihan kuota renewable energy, dengan izin secara saksama, telus dan inklusif adalah isu utama yang perlu dijawab oleh Menteri dan Suruhanjaya Tenaga.

RUU ini tidak langsung menyentuh tentang mekanisme penyertaan syarikat bumiputera dalam eksport tenaga. Kalau hanya syarikat besar atau GLC yang mendapat akses kepada pasaran eksport seperti Singapura, apa nasib syarikat solar kecil, vendor tempatan dan pemain renewable energy dari Sabah, Sarawak atau negeri-negeri pedalaman.

Malah laporan The Edge baru-baru ini menunjukkan bahawa majoriti eksport tenaga pertama ke Singapura dimonopoli oleh entiti tertentu. Ini membuktikan amaran kita bukan sekadar retorik politik tapi realiti dasar yang berat sebelah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya boleh menyokong semangat pindaan rang undang- undang ini tapi ada sedikit kabur dan longgar dari segi perlindungan kepentingan rakyat serta penglibatan menyeluruh industri.

Maka saya cadangkan, cadangan saya dimaktubkan dalam akta prinsip open access kepada grid eksport. Suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk meluluskan permohonan eksport tenaga secara telus dan bukan melalui TNB sahaja. Sekurang-kurangnya 30 peratus kuota eksport ini diperuntukkan kepada syarikat bumiputera melalui proses tender terbuka, diperkenalkan mekanisme local content supaya eksport tenaga itu juga menjana limpahan ekonomi domestik.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak bangkitkan persoalan yang mana berkaitan dengan pengiktirafan green export. Bagaimana kerajaan ingin memastikan tenaga boleh baharu ini yang dieksport benar-benar diiktiraf sebagai tenaga hijau di pasaran global?

Menurut laporan The Edge, industri menyuarakan kekeliruan tentang green certification, dengan izin untuk elektrik yang dieksport dari Malaysia terutamanya apabila pembeli seperti Google, Microsoft, Amazon dan syarikat-syarikat ini perlu mematuhi piawaian alam sekitar yang amat ketat.

Berdasarkan kriteria ini, sesebuah syarikat hanya boleh mengiktiraf penggunaan RE jika tenaga itu dihasilkan dalam pasaran negara yang sama. Dalam hal ini, Malaysia dan

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Singapura diangkat dua pasaran berasingan. Tidak seperti EU atau US Kanada yang diiktiraf sebagai satu pasaran tunggal. Jadi, macam mana undang-undang ini akan menjawab persoalan yang dibangkitkan ini?

Jadi Tuan Yang di-Pertua untuk saya tutup, Malaysia sedang menuju peralihan tenaga nasional tapi jangan kita ulang kesilapan dasar di mana manfaat hanya diraih oleh elit korporat manakala rakyat biasa dan usahawan kecil terus terpinggir. Kita mahu ekonomi hijau yang inklusif bukan hijau untuk kroni. Saya mohon agar kerajaan menyemak semula rangka pelaksanaan eksport tenaga boleh jana baru ini dan memastikan Suruhanjaya Tenaga benar- benar berfungsi untuk mengawal bukan untuk membenarkan dominasi pasaran oleh satu entiti sahaja.

Saya boleh menyokong, cuma saya minta kementerian ambil maklum kritikan dan cadangan kami. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Saya persilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, 7 minit.

draft • 3:30 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan iaitu daripada Rompin, Shah Alam, Jerantut dan Machang.

Saya mulakan dengan Rompin. Hari ini dia menyokong, sambil menyokong itu dia ada jugalah pandangan-pandangannya. Cuma berkaitan isu yang beliau bangkitkan adalah pertama beliau telah terangkan soal kawal selia ini sebenarnya penting untuk kita pastikan perkara ini melindungi keperluan negara jugalah. Jadi, kalau saya boleh craft-kan dari persoalan mengapa kita nak memerlukan undang-undang khusus untuk kawal selia aktiviti pengeksportan dan pengimportan tenaga ini adalah pertama untuk kita jamin keselamatan tenaga nasional kita. Maksudnya dari segi keperluan domestik itu kita perlu pelihara. Kedua, kita kena kawal kestabilan grid elektrik, ketiga kepentingan ekonomi dan pelbagai lagilah sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat.

Berkaitan soal untuk kos operasi ataupun pentadbiran, sudah pasti apabila kita merangka rang undang-undang ini, itu antara perkara yang kita teliti kerana kita ambil kira perkara ini sebab sebahagian daripada kutipan penjualan bekalan elektrik itu nanti akan diperuntukkan sebagai kos pentadbiran entiti. Jadi, sebab itu dalam proses ini sepertimana dalam jawapan saya untuk pindaan sebelum ini – bekalan elektrik, memang sememangnya kita akan cuba sebaik mungkin supaya kita tidak memberi apa-apa kesan kepada pengguna domestik yang lain. Jadi, perkara itu memang dalam pertimbangan oleh pihak kerajaan.

Yang kedua, dari segi bagaimanakah import dan eksport ini dilakukan secara adil dan telus, penetapan bila kita sebut import dan eksport ini, kita perlu berdasarkan garis panduan yang mana kita sememangnya perlu lihat dari segi kuasa pasaran untuk

draft • 3:33 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

memastikan tawaran tarif itu yang paling kompetitif. Jadi, bila disebut dari segi bidaan itu sebagai contoh, mereka yang ingin mengimport, maksudnya daripada negara lain kalau nak import daripada kita maksudnya sudah pasti mereka perlu memberi tawaran yang paling baik kepada kita dan sudah pasti dari segi penjanaan juga kita melihat dari sudut yang lebih kompetitif.

Manakala untuk dari segi persoalan mengenai siapa yang pantau atribut hijau supaya tiada double counting – itu memang ayat bulat-bulat saya ambil tadi – sebab itu kita perlu ada entiti yang mengesahkan Sijil Tenaga Boleh Baharu tadi untuk mengelakkan masalah Yang Berhormat sebutkan tadi. Sebab itu kita melakukan pindaan ini supaya jelas bahawa ada pihak yang akan dilantik dan memantau untuk kendalian atribut hijau ini supaya tidak wujud isu double counting.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Shah Alam. Lancar ucapan beliau tadi dalam soal menerangkan lagi soal tarif yang sebenarnya memberi manfaat kepada orang ramai.

Kemudian persoalannya siapa yang akan layak untuk dapat lesen dan untuk kita elak sekiranya ada hanya sesetengah pihak sahaja yang dapat dan adakah kerajaan boleh buka kepada GLC dan pemain-pemain yang lain?

Yang ini sebenarnya ini antara salah satu reform-lah di bawah ‘NETUS’ sebagai contoh bila kita mengambil langkah berani kalau di dalam pasaran tempatan. Sebagai contoh bila kita buka CRESS bermaksud mana-mana pembekal yang ingin membekalkan tenaga boleh hijau ini, tenaga boleh baharu dan ada permintaan daripada buyer-nya ataupun off- taker, mana-mana pihak sebenarnya boleh memasuki untuk melakukan aktiviti penjualan dan pembelian itu.

Maka sebab itu untuk soal import dan eksport ini, bezanya kita perlu ada lesen pengeksportan dan juga pengimportan ini supaya ada kawal selia tadi. Seperti yang saya nyatakan tadi, untuk kita memastikan dari segi persoalan yang dibangkitkan. Maksudnya sebagai contoh bagaimana cara untuk memastikan aktiviti ini iaitu eksport dan import ini tidak akan menjejaskan pembekalan elektrik di dalam negara.

Jadi, untuk memastikan aktiviti eksport dan import tidak menjejaskan pembekalan elektrik domestik, pertama, keutamaan itu adalah pembekalan domestik. Ini yang mana kita menetapkan polisi yang mewajibkan keperluan tenaga dalam negara dipenuhi sebelum tenaga itu dieksport.

draft • 3:33 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Timbalan Menteri.

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang kedua, kapasiti simpanan yang mencukupi. Yang ini juga dinyatakan oleh Yang Berhormat Jerantut tadi iaitu untuk kita memastikan terdapat kapasiti penjanaan dan simpanan yang mencukupi untuk menangani permintaan puncak dan kecemasan. Dan yang ketiga...

draft • 3:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, nak benar ke?

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sekejap, ada dua poin.

draft • 3:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Machang.

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Perancangan sistem tenaga yang teliti iaitu kita kena melaksanakan perancangan jangka panjang dan juga penjadualan tenaga yang efisien untuk mengurus aliran tenaga.

Yang keempat, pemantauan masa nyata iaitu untuk menggunakan teknologi pemantauan grid masa nyata untuk mengawasi aliran tenaga dan mengambil tindakan segera jika berlaku ketidakseimbangan.

Dan yang seterusnya, yang kelima, perjanjian pengoperasian bersama iaitu mewujudkan perjanjian operasi dengan pemain industri yang menetapkan syarat dan tanggungjawab untuk memastikan kestabilan grid itu.

Itu baru poin Jerantut tadi tapi tak sempat jawab dia bertanya lagi. Jadi, silakan Machang.

draft • 3:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Machang.

draft • 3:33 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Boleh ke kementerian senaraikan end user yang membeli tenaga kita khususnya untuk renewable energy ini? Contohlah di Singapore siapa yang beli yang menggunakannya, by sector, kalau boleh kongsikan. Terima kasih.

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Sebelum saya menjawab kepada soalan Yang Berhormat itu, saya cuba jawab soalan Yang Berhormat sebelum ini, soal LSS5 tadi. Yang mana sebenarnya bila kita buka LSS5 itu, di dalam kuota keseluruhan itu, kita sememangnya menetapkan beberapa kuota untuk mengangkat beberapa agenda yang penting.

Contohnya, dari segi keperluan untuk kita menggalakkan pemasangan ladang solar ini juga di permukaan air ataupun floating solar. Maka ada syarat yang kita nyatakan bahawa sebahagian kuota itu adalah tujuan tersebut. Itu juga termasuk untuk pemain dari segi bumiputera dan sebagainya, ada komposisi yang kita jamin dari segi pembahagian kuota yang kita selaraskan.

Untuk soal dari segi siapakah sebenarnya pembeli tenaga daripada kitalah, daripada negara, dalam soal tenaga boleh baharu. Jadi, tahun lepas sejajar dengan hasrat daripada NETA, kita lancarkan ENEGEM, yang mana kita tawarkan sebanyak 100 megawatt untuk pilot projek. Sebelum kita ini pun, kita test dulu dari segi kepengoperasian dan juga kaedah yang boleh diguna pakai.

Jadi, bila ditawarkan di sebelah Singapura sebagai contoh, ketika ini dari segi untuk sektor tenaganya ada 16 player yang ketika itu berminat ataupun ada ruang untuk kita tawarkan dan akhirnya yang menyertainya adalah Sembcorp, berdasarkan harga yang ditawarkan. Kerana itu dari segi bila kita membenarkan kaedah ini maksudnya kita tidak lagi terikat hanya semata-mata kepada player tenaga kerana kita bercakap, bersoal, soal pengeksportan dan pengimportan. Jadi, mungkin pasaran ini bila kita selaraskan, bila kita

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

ada rang undang-undang ini akan membolehkan mereka yang memiliki sijil itu tidak terhad kepada hanya segelintir pemain industri dan ini akan menjamin supaya harga yang ditawarkan itu lebih kompetitif. Ada lagi kah Yang Berhormat?

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya, Sembcorp jual kat siapa, lepas itu?

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang itu adalah kerana kita menjual kepada pihak Sembcorp itu. Itu adalah urusan di pihak di sebelah sanalah.

draft • 3:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma untuk bila kita perkenalkan rang undang-undang ini, maksudnya pelesenan itu tidak lagi terhad hanya kepada segelintir pemain industri.

Ini juga menjawab persoalan daripada Shah Alam sebentar tadi, yang bertanyakan sama ada hanya memberi ruang kepada pihak TNB semata-mata. Jawapannya, tidak. Ini sebenarnya sebab itu kawal selia di peringkat Suruhanjaya Tenaga, mereka sebenarnya yang diberi kuasa untuk kawal dari segi pelesenan ini, membolehkan iaitu kita kawal selia pasaran. Kita kawal selia dari segi industri bekalan itu supaya kekal stabil, supaya grid itu kekal selamat dan pada masa yang sama kita memastikan, kita perlu lindungi pengguna kita itu iaitu antara keutamaan dari segi bekalan tenaga dalam negara ini.

Jadi, saya rasa itu jawapan yang mampu saya terangkan kepada Machang walaupun dia masih bangun tapi terpulang kepada Dato' Yang di-Pertua kerana perkara itu telah jawab kerana pertama kali dia tak boleh nak bergaduh dengan kitalah, yang ini dia terpaksa terima.

Jadi, menjawab persoalan tadi nampaknya Machang dah sokong. Jadi, tidak ada apa-apa lagi yang saya perlu. Silakan.

draft • 3:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya rasa tadi dah skip part saya itu. Jadi, mohon respons kepada apa yang Jerantut bawa tadi.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ada tiga persoalan. Soalan yang pertama tak boleh ganggu bekalan elektrik konvensional. Saya dah jawab tadi, yang saya nyatakan ada lima cara.

Yang kedua, dari segi tabungan tadi, KWIE dan sebagainya, juga telah dijawab dalam RUU Bekalan Elektrik sebentar tadi. Bagaimana jaminan bahawa ada bahagian yang kita sumbangkan.

Dan yang ketiga, dari segi perlindungan kepada kerajaan dan pemain industri, yang ini juga, kerana itu kita memperkenalkan kaedah pasaran ini yang memerlukan lesen kepada pengeksportan dan juga pengimportan sekiranya kita perlu bekalan dari luar, supaya bagi saya pun sebagai orang Johor, kita tak boleh ulangi kesilapan yang dulu. Yang mana Yang Berhormat tahu apa masalah selama sebelum ini tapi dari isu bekalan ini, tenaga sekarang lebih kompetitif dari segi teknologi dan sebagainya.

Insya-Allah, saya percaya di bawah Kementerian PETRA ini, kita akan melakukan yang terbaik dan kita akan pastikan, sementara kita akan terus melindungi pengguna

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

domestik dan bukan domestik dalam negara tetapi juga kita membuka akses kepada pelaburan yang lebih luas buat pemain industri kita. Sekian, terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Ts. Mustapha Sakmud) dan diluluskan]

draft • 3:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN(PINDAAN) 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri.

draft • 3:40 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato' Yang di-Pertua, dalam semangat Malaysia MADANI yang mengangkat nilai kemanusiaan, keadilan dan tanggungjawab sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia tampil dengan satu langkah yang berani dan progresif melalui cadangan pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 berhubung pelanjutan dasar pendidikan wajib dari pendidikan hingga — pendidikan rendah hingga pendidikan menengah.

Kementerian Pendidikan sedar bahawa segala inisiatif pendidikan dalam membina generasi masa hadapan mesti ampuh dan strategik untuk menempuhi dunia yang berubah dengan pantas. Hal ini berikutan dengan trend mega yang amat signifikan dalam

draft • 3:48 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

mempengaruhi kehidupan masyarakat dan dunia pada masa hadapan seperti perubahan, penguasaan dan landskap blok ekonomi, kemajuan teknologi, kecerdasan buatan dan digital masa hadapan. Perubahan demografi berkaitan penuaan, migrasi dan polycrisis, kualiti hidup dan krisis kesihatan bumi termasuk biodiversiti, perubahan iklim dan tenaga boleh baharu.

Lantas kehidupan masyarakat Malaysia pada hadapan akan jauh berubah dan berbeza ketimbang kehidupan hari ini.

Jangkaan masa hadapan berikutan dengan pengaruh dan natijah daripada trend mega itu, KPM melihat bahawa pembinaan generasi untuk masa hadapan negara perlu diberikan perhatian yang serius. Tentunya platform yang strategik adalah sistem persekolahan.

draft • 3:48 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Sesungguhnya, KPM sentiasa yakin dan percaya bahawa kehadiran anak-anak ke sekolah dapat mengupayakan segala agenda pendidikan bagi membina mereka untuk menjadi insan yang berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.

Untuk makluman, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] telah melalui beberapa siri pindaan sejak ia mula dikuatkuasakan. Setakat ini, akta ini telah dipinda sebanyak tiga kali.

Pindaan pertama dibuat pada tahun 2003 yang memperkenalkan pelaksanaan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib melalui seksyen 29A.

Pindaan kedua pula dilaksanakan pada tahun 2009 yang melibatkan penstrukturan semula Institut Pendidikan Guru serta penambahbaikan kurikulum pra sekolah. Manakala, pindaan ketiga pada tahun 2015 adalah selaras dengan Dasar Transformasi Pendidikan Vokasional yang dizahirkan melalui penjenamaan semula Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional.

Pindaan yang dibentangkan pada hari ini merupakan kesinambungan kepada usaha penambahbaikan berterusan agar akta ini kekal relevan dan responsif terhadap keperluan semasa serta cabaran masa hadapan. Pindaan kali ini juga bukan sekadar perubahan kepada peruntukan undang-undang, malah ia adalah cerminan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap anak Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang menyeluruh dan berterusan tanpa mengira latar belakang atau kedudukan geografi.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pendidikan Wajib adalah satu dasar baharu. Ia telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2003 melalui seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan pendidikan formal bagi kanak-kanak. Namun, pelaksanaannya hanya meliputi peringkat pendidikan rendah. Sejak pelaksanaan dasar ini pada tahun 2003, kita telah menyaksikan peningkatan enrolmen yang ketara. Kadar penyertaan murid pada tahun 2003 berada pada 92.9 peratus dan telah melonjak kepada 99.39 peratus pada tahun 2024 melepasi sasaran enrolmen sejagat yang ditetapkan oleh UNESCO.

Ini adalah, pencapaian hasil iltizam dan kesungguhan seluruh warga pendidikan serta sokongan masyarakat. Namun, enrolmen pendidikan menengah masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Berdasarkan data semasa, kadar enrolmen menengah

draft • 3:50 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

rendah ialah 96.31 peratus. Manakala menengah atas hanya 92.6 peratus. Ini menunjukkan bahawa masih ada anak-anak kita yang tercicir daripada sistem pendidikan selepas tamat persekolahan di Tahun 6. Murid yang tidak meneruskan pendidikan menengah berdepan dengan kekangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana ketiadaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil yang setara.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan prospek kerjaya mereka, malah meningkatkan risiko keterlibatan dalam masalah sosial dan salah laku jenayah. Jika kita melihat dari sudut perbandingan antarabangsa, tempoh pendidikan wajib di negara lain adalah antara enam hingga 13 tahun. Malaysia yang menetapkan hanya enam tahun pendidikan wajib berada pada tahap paling minimum. Maka, sudah tiba masanya kita melangkah ke hadapan dan menyelaraskan dasar ini dengan keperluan semasa serta amalan terbaik antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan rang undang-undang ini membawa satu perubahan yang amat signifikan dalam landskap pendidikan negara. Dengan menetapkan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib, kita membuka ruang yang lebih luas untuk anak-anak kita meneruskan pembelajaran sehingga tamat pendidikan di Tingkatan 5. Langkah ini bukan sahaja memperkukuh peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tetapi juga menyediakan asas yang kukuh untuk memasuki alam pekerjaan dengan lebih berdaya saing.

Ini kerana pendidikan menengah adalah, fasa penting dalam pembentukan jati diri, kemahiran dan pemikiran kritis yang diperlukan dalam kehidupan alam dewasa. Perlanjutan dasar ini juga membawa harapan besar dalam menangani isu sosial yang semakin meruncing. Apabila murid kekal berada dalam sistem persekolahan, kita dapat mengurangkan risiko keciciran, menangani perkahwinan bawah umur dan pelbagai gejala sosial lain yang berpunca daripada ketiadaan akses kepada pendidikan.

Walaupun kadar enrolmen pendidikan rendah telah mencapai 99.39 peratus, enrolmen pendidikan menengah masih berada di bawah paras sejagat iaitu secara keseluruhannya 94.86 peratus. Ini adalah, cabaran yang perlu diberi perhatian serius.

Justeru, sebagai salah satu mekanisme untuk menangani isu keciciran, KPM bertekad untuk mewajibkan pendidikan menengah.

Dato’ Yang di-Pertua, alhamdulillah. Berkat iltizam dan kesungguhan seluruh warga pendidikan yang bergerak sebagai satu pasukan, pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib sejak tahun 2003 telah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan. Jika pada tahun pertama, pelaksanaan kadar enrolmen murid di sekolah rendah berada pada 92.9 peratus, maka pada tahun 2022, kadar tersebut meningkat kepada 98.68 peratus.

Pada tahun 2024, kadar enrolmen telah melonjak kepada 99.39 peratus ketimbang tahun sebelumnya. Ia melepasi sasaran enrolmen sejagat yang ditetapkan oleh Institute for Statistics, UNESCO iaitu 95 peratus. Peningkatan ini bukan sekadar angka, ialah bukti nyata kepada kejayaan pendekatan yang menyantuni advokasi yang berterusan dan kerjasama

draft • 3:50 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

erat antara pelbagai pihak. Merangkumi warga pendidik, pemimpin masyarakat, ibu bapa dan seluruh ekosistem pendidikan negara. Kejayaan ini menjadi asas penting pada usaha kita untuk melangkah lebih jauh. Ia menunjukkan bahawa apabila dasar disokong dengan kesungguhan pelaksanaan dan sokongan masyarakat, hasil dan impaknya amat besar.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, KPM terus memperkukuh usaha untuk memastikan setiap anak Malaysia mendapat pendidikan yang berkualiti, adil dan saksama. Pelbagai inisiatif telah dirangka, program sedia ada terus di perkasa dan seluruh jentera digerakkan agar tiada anak Malaysia yang tercicir walau apa pun latar belakang mereka.

Antara inisiatif yang berfokuskan kepada anak-anak Malaysia adalah seperti berikut:

Pertama, Teras 3 di bawah 7 Teras Nadi Keunggulan KPM. Mempergiatkan usaha menangani isu keciciran, khususnya dalam kalangan keluarga B40 melalui pelbagai bentuk bantuan yang melangkaui bantuan persekolahan sedia ada.

Kedua, Teras Strategik 1. Meningkatkan akses dan kualiti pendidikan di bawah Pelan Strategik KPM 2024-2030. KPM memberi tumpuan kepada usaha memastikan semua murid di Malaysia mendapat peluang pendidikan yang berkualiti, adil dan saksama menjelang tahun 2030.

Ketiga, pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) sebagai kesinambungan kepada K9. Bertujuan menangani isu keciciran murid dalam transisi pendidikan daripada peringkat rendah ke menengah dan daripada menengah rendah ke menengah atas.

Keempat, pengenalan enam fokus utama di bawah reformasi pendidikan yang antara lain bertujuan menangani kesenjangan pembelajaran dan memastikan Agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat dicapai.

Sebagai contoh, di bawah fokus utama agenda STEM, KPM terus berusaha meningkatkan enrolmen dan memperluaskan akses pendidikan STEM. Data menunjukkan peningkatan enrolmen daripada 40.95 peratus pada tahun 2021 kepada 50.83 peratus pada tahun 2024. Dalam tempoh lima tahun akan datang, KPM menyasarkan peningkatan selaras dengan Dasar 60:40 (Sains/Teknikal:Sastera).

Begitu juga dengan fokus utama TVET. Akses kepada pendidikan dan latihan teknikal vokasional terus diperluas kepada pelbagai peringkat dan golongan murid. Prestasi Program TVET di bawah kementerian amat memberangsangkan dengan kadar keboleh pasaran graduan yang meningkat secara progresif. 99.16 peratus bagi tahun graduasi 2022, 99.38 peratus bagi tahun 2023 dan 99.91 peratus bagi tahun 2024. KPM percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi yang berbeza dan sistem pendidikan kita mesti bersedia untuk menyantuni kepelbagaian itu. Justeru, penyediaan pelbagai bidang dan aliran ini adalah, bukti bahawa KPM telah mengambil kira kecenderungan, minat dan bakat murid dalam menentukan laluan pendidikan mereka.

draft • 3:50 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 berhubung perlanjutan Dasar Pendidikan Wajib dari pendidikan rendah hingga pendidikan menengah yang dibentangkan hari ini mengandungi empat fasal utama yang bertujuan untuk melanjutkan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib daripada peringkat rendah kepada peringkat menengah.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2, Akta 550 dengan menggantikan takrif ‘pendidikan wajib’ supaya ia merangkumi pendidikan menengah, selaras dengan hasrat pindaan ini.

Fasal 3 meminda subseksyen 29A(2) bagi memperkukuhkan tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka didaftarkan dan kekal sebagai murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan rendah.

Fasal 4 adalah, fasal yang paling signifikan dalam pindaan ini. Ia memperkenalkan seksyen baharu 32A yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib. Seksyen ini juga memperuntukkan mekanisme pengecualian kuasa membuat peraturan pelaksanaan serta tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka didaftarkan dan kekal sebagai murid di institusi pendidikan menengah.

draft • 3:50 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Turut dimasukkan adalah, peruntukan penalti bagi perlanggaran subseksyen 32A(2) yang dicadangkan. Dato' Yang di-Pertua, semangat pindaan ini bukan terletak pada hukuman tetapi melalui pendidikan dan kesedaran yang berterusan. Pindaan ini juga bertujuan untuk memperkukuh tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak kita tidak tercicir daripada sistem pendidikan. Ini adalah, langkah reformasi yang menyantuni realiti, berpandangan jauh dan berpaksikan nilai ihsan.

Nilai ihsan di bawah rangkuman Rukun MADANI menjadi payung rukun dan tonggak utama dalam menggerakkan pindaan rang undang-undang ini. Ihsan dalam kaca mata memandang anak-anak ini dengan kasih sayang, ihsan sebagai kerajaan yang sentiasa mengutamakan keperluan rakyat khususnya dalam bidang pendidikan, ihsan dalam memastikan tiada anak-anak yang terpinggir dalam arus pendidikan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, perlanjutan Dasar Pendidikan Wajib ke peringkat menengah bukan sekadar pindaan perundangan. Ia adalah, satu langkah reformasi yang menuntut pelaksanaan yang menyeluruh, bersepadu dan berterusan. Justeru KPM komited untuk memastikan pelaksanaan pindaan ini untuk disokong oleh dasar, program dan pendekatan yang menyantuni realiti masyarakat.

draft • 4:00 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Perlanjutan Dasar Pendidikan Wajib ke peringkat menengah adalah, langkah awal yang berkukuh asas kepada pelan pembangunan pendidikan. Ia mencerminkan kesungguhan KPM untuk memastikan pendidikan bukan sahaja bersifat menyeluruh, tetapi juga responsif terhadap cabaran masa depan termasuk perubahan demografi, keperluan tenaga kerja dan pembangunan modal insan yang mampan.

Maka saya menyeru agar pelaksanaan pindaan ini disambut secara menyeluruh oleh semua pihak termasuk kerajaan, swasta, NGO, ibu bapa dan masyarakat. Hanya dengan penglibatan yang inklusif dan berterusan, kita dapat memastikan setiap anak Malaysia mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan inklusif yang kita aspirasikan.

Puan Yang di-Pertua, pindaan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 ini bukan sekadar satu usaha pentadbiran. Ia adalah, manifestasi tekad Kementerian Pendidikan untuk memperkukuhkan Sistem Pendidikan Negara, menjamin hak anak-anak kita dan membina masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia. Kementerian Pendidikan dengan rendah hati dan penuh harapan menyeru agar pindaan ini diterima baik oleh semua pihak, Ahli Yang Berhormat, ibu bapa, masyarakat dan seluruh pihak berkepentingan dalam ekosistem pendidikan negara.

Marilah kita bersama-sama menjayakan usaha ini demi memastikan setiap anak Malaysia mendapat hak pendidikan yang dijanjikan dan demi masa depan negara yang lebih sejahtera, berilmu dan berdaya cipta. Dengan penuh rendah diri dan rasa tanggungjawab saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 berhubung perlanjutan Dasar Pendidikan Wajib dari pendidikan rendah hingga pendidikan menengah disokong dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Sekian. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, seramai 33 orang pembahas YB Sipitang, YB Indera Mahkota, YB Rasah, YB Kuala Kedah, YB Libaran, YB Tanah Merah, YB Igan, YB Baling, YB Seputeh, YB Kangar, YB Tawau, YB Pasir Salak, YB Setiawangsa, YB Sabak Bernam, YB Batang Sadong, YB Kubang Pasu, YB Pekan, YB Kuala Krau, YB Kluang, YB Parit Buntar, YB Pasir Gudang, YB Jerai, YB Tampin, YB Putrajaya, YB Sungai Petani, YB Tanjong Karang, YB Bukit Bendera, YB Kulim Bandar Baharu, YB Kuala Pilah, YB Kuala Krai, YB Kota Belud, YB Langkawi dan YB Miri. Setiap pembahas lima minit sahaja ya. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

draft • 4:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih,

draft • 4:04 PM

Dato' Yang di-Pertua. Anak-anak bangsa adalah, benih harapan

disemai hari ini untuk dituai pada masa hadapan. Maka dengan semangat itu saya bangkit untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Pendidikan 2025 ini. Lantaran isu pendidikan sememangnya dekat di hati saya secara peribadi dan kawasan Parlimen Sipitang yang saya wakili.

Sebagai Ahli Parlimen yang isterinya juga berkhidmat sebagai pendidik, saya memahami sungguh begitu besar dan mendalamnya komitmen Kementerian Pendidikan mengangkat darjat dan martabat pendidikan di negara kita kerana bagi mereka pendidikan adalah, jantung negara yang mengepam harapan dalam nadi rakyat lalu terbentuk watak dan jiwa yang nantinya lahirlah pemimpin masa hadapan yang berilmu, bermaruah dan beradab.

Begitupun tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak di pundak guru semata- mata tetapi sebenarnya bermula dari rumah. Ibu bapalah sekolah pertama dan kasih sayang merekalah buku pertama yang dibaca oleh anak-anak bangsa. Maka apabila undang-undang ini memperkukuhkan tanggungjawab keluarga terhadap pendidikan anak-anak, saya katakan ini bukan sekadar satu pindaan ini adalah, satu amanah peradaban.

Maka itu saya menyambut baik langkah kerajaan melalui Kementerian Pendidikan

(KPM) yang proaktif menyediakan infrastruktur, bantuan kewangan dan sokongan logistik lebih awal sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan. Dengan sokongan ini kita mampu mencapai sasaran penglibatan 95 peratus pelajar sekolah menengah, angka yang kini berdiri gagah di 94.9 peratus namun belum sempurna.

Setiap anak yang tercicir dari sekolah adalah, satu helaian masa depan yang koyak.

Maka dengan pindaan ini kita berusaha menampak koyakan itu dengan benang tanggungjawab dan benang harapan. Justeru kita perlu terima realiti bahawa masih ada anak- anak termasuk dari kawasan Sipitang yang saya wakili tidak sampai ke Tingkatan 5. Bukan kerana mereka tidak mahu belajar, tetapi kerana latar dan suasana persekitaran menguji kehidupan lebih awal daripada sepatutnya. Justeru saya menyokong sepenuhnya pendidikan wajib selama 11 tahun sebagai tiang kepada Dasar Pendidikan Negara yang selama ini kita impikan untuk mempunyai dasar yang membumi bukan sekadar retorik.

Namun Dato' Yang di-Pertua, saya tidak dapat menutup mata terhadap realiti yang menyakitkan di Sipitang dan di banyak pelosok negeri Sabah masih berdiri sekolah-sekolah dengan bangunan kayu yang rapuh, berdebu dan usang. Bangunan seperti itu seharusnya tidak perlu menanti skala tujuh dari JKR untuk dikategorikan sebagai daif, kayu yang reput takkan menunggu laporan untuk runtuh.

Saya mohon kerajaan menilai semula jika kayu menjadi dinding dan lantai kepada ilmu, maka negara sedang membiarkan pelita masa depan ditiup angin bahaya. Isu bangunan kabin juga perlu ditangani. Kabin hanyalah solusi sementara, tetapi telah dijadikan

draft • 4:04 PM

Dato' Yang di-Pertua. Anak-anak bangsa adalah, benih harapan

rumah kekal bagi pelajar, ini bukan adil, ini pengabaian yang telah berakar. Saya mencadangkan agar bangunan kabin ini digantikan sepenuhnya tanpa perlu bergantung kepada skala penilaian kerana fungsi sementaranya telah lama tamat tempoh.

Selain itu, izinkan saya menyentuh asrama desa tempat berteduh anak-anak dari kawasan pendalaman. Banyak asrama desa dibina dari kayu yang tua, sempit, panas dan tidak selamat sedangkan asrama seharusnya menjadi rumah kedua bukan pondok menunggu bahaya.

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya sebelum mengakhiri ucapan ini menyentuh satu cerita juga berkaitan dunia pendidikan. Sebuah kehilangan yang tidak tertebus, perginya Zara Qairana binti Mahathir, seorang anak kecil mangsa buli berulang-ulang tanpa belas, tanpa suara mendengar rintihannya yang berasal daripada Parlimen Sipitang. Lebih menyayat hati, kes ini hanya mendapat perhatian setelah segalanya terlambat.

Persoalannya berapa ramai lagi anak-anak kita yang dibuli harus patah semangat sebelum tindakan diambil. Sehubungan dengan itu, saya merayu bukan hanya sebagai Ahli Parlimen tetapi sebagai seorang ayah, sebagai seorang rakyat marhaen agar isu buli di sekolah ditangani dengan tindakan proaktif bukan reaktif.

Untuk itu saya mencadangkan agar ditubuhkan Unit Khas Anti-Buli setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bukan hanya menunggu laporan, tetapi turun padang secara berkala menyelidik, memantau dan mendengar suara pelajar serta suara menerusi tindakan, Mesyuarat Tindakan Daerah mencadangkan supaya diadakan perjumpaan dengan pihak sekolah merangkumi pengetua, guru disiplin, guru kaunseling dan warden sekolah serta PIBG dan PDRM sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Dato' Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk menyampaikan suara dan harapan dari waris Allahyarham Zara Qairana yang telah beberapa kali memohon kepada pihak berkaitan, agar menyegerakan siasatan terhadap kes itu dan memaklumkan laporannya kepada mereka bagi merungkaikan secara tuntas sekali gus membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Buli bukan isu kecil Dato' Yang di-Pertua. Ia mungkin tampak kecil pada kita yang dewasa, tetapi ia adalah, dunia runtuh kepada seorang yang bernama Qairina.

draft • 4:04 PM

Dato' Yang di-Pertua. Anak-anak bangsa adalah, benih harapan

Jangan biar sekolah menjadi tempat ketakutan. Jangan biar nama-nama seperti Qairina hilang begitu saja dalam deretan statistik kelabu. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah agar roh Qairina tenang dan dengan satu harapan agar dari keperitan kisah ini, lahir sebuah kesedaran nasional dan yang tidak akan benarkan satu lagi Qairina menjadi korban. Al- Fatihah.

[Membaca Al-Fatihah] Sekian Dato’ Yang di-Pertua. Sipitang mohon menyokong Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan cadangan Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 berhubung pelanjutan Dasar Pendidikan Wajib dari pendidikan sekolah rendah hingga pendidikan sekolah menengah. Akta ini harus menjadi catalyst untuk pembaikan sistem sekolah menengah iaitu sebahagian daripada langkah yang bagi Perikatan Nasional kami gagaskan sebagai cadangan reformasi pendidikan. Ia meliputi lima komponen utama iaitu;

(i) falsafah dan dasar;

(ii) aliran sistem kurikulum dan kokurikulum;

(iii) sumber manusia;

(iv) penghakupayaan dan kebolehpasaran pelajar; dan

(iv) perundangan dan governance.

Antara lain ia melibatkan persoalan sekolah berasrama. Saya mencadangkan agar KPM membuat kajian tentang peranan dan sistem sekolah berasrama. Ini kerana sebahagiannya ditubuhkan lama dahulu iaitu dengan tujuan yang sesuai pada masa itu, yang pada hari ini dan hari esok mungkin tidak lagi sesuai lalu perlu diinovasi.

Terdapat beberapa sekolah berasrama penuh premier yang telah melahirkan ramai alumni berjaya. Bagi menggalakkan alumni menyumbang semula kepada tabung pembangunan sekolah masing-masing, satu insentif cukai khas wajar diperkenalkan. Dengan adanya insentif ini, alumni dapat memainkan peranan dalam membantu alma mater-nya menjadi lebih berdikari dari segi kewangan tanpa menjejaskan kelajuan dan kemajuan sedia ada. Pada masa yang sama, sebahagian daripada dana kerajaan yang sebelum ini diperuntukkan kepada sekolah-sekolah berasrama premier boleh disalurkan kepada keperluan yang lebih mendesak seperti membaiki sekolah-sekolah daif di luar bandar. Yang ini saya setuju dengan Yang Berhormat Sipitang.

Antara persoalan tentang asrama ialah apakah jenis dan mutu prasarana asrama yang standard? Apakah umur yang sesuai untuk seorang pelajar mula duduk di asrama?

Apakah jarak yang sesuai antara rumah dengan asrama? Apakah panduan untuk ibu bapa yang anaknya duduk di asrama? Apakah ciri-ciri dan latihan untuk pengetua, guru dan warden yang menguruskan asrama? Apakah ciri-ciri dan latihan untuk pengawas dan ketua pelajar yang membimbing pelajar-pelajar di asrama? Dan apakah bentuk dan kandungan suai kenal, orientation dan tradisi, school tradition yang sesuai untuk pelajar-pelajar asrama?

Ini membawa kepada kes kematian akibat buli di sekolah. Sebelum ini ada beberapa kes. Kes terbaru ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sipitang, anak Sipitang yang menimpa Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar. Terima kasih Menteri KPM kerana telah menziarah keluarga Allahyarhamah. Siasatan sedang dilakukan, tetapi persoalannya ialah satu, apakah punca

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

sebenar kematian Zara? Adakah beliau terjatuh sendiri dari tingkat tiga asrama? Atau terdapat unsur-unsur jenayah yang menyebabkan beliau dijatuhkan?

Sekiranya kejadian tersebut merupakan kemalangan, apakah faktor yang menyumbang kepada insiden itu, termasuk keadaan persekitaran, keselamatan asrama, atau keadaan emosi dan mental mangsa? Jika terdapat unsur jenayah, siapakah individu yang terlibat? Apakah motif di sebalik kejadian tersebut? Dan apakah latar belakang individu berkenaan termasuk hubungan kekeluargaan dan status sosial mereka?

Adakah kejadian ini berlaku sekitar jam 3 pagi? Sekiranya ya, apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam aspek pemantauan dan keselamatan pelajar pada waktu tersebut?

Adakah terdapat saksi yang melihat atau mengetahui kejadian itu secara langsung atau tidak langsung? Jika ya, adakah saksi-saksi tersebut telah memberikan keterangan tanpa sebarang tekanan, pengaruh atau ugutan daripada mana-mana pihak? Adakah benar dakwaan bahawa terdapat saksi kejadian yang telah ditukarkan ke sekolah lain? Ini persoalan yang sedang berlegar di media sosial dan menjadi perbualan rakyat, terutamanya di Sabah.

Maka, harus dijawab segera oleh pihak yang bertanggungjawab.

Benar kah wujud cubaan oleh pihak tertentu untuk memujuk atau mendesak keluarga Allahyarhamah agar tidak membuat laporan polis berhubung insiden ini? Dan akhirnya terdapat dakwaan bahawa pengetua sekolah berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang individu bergelar VVIP – adakah perkara ini benar?

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Seorang Ahli

Ya...

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Dan jika ya, sejauh manakah ia memberi kesan terhadap proses siasatan dan ketelusan pengurusan kes ini? Saya harap kes Zara diberikan penyelesaian undang-undang yang segera, adil dan telus. Ini amat penting untuk keluarganya yang kehilangan dan kesedihan yang amat sangat juga untuk menamatkan khabar-khabar angin yang tersebar berkaitan kes ini…

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Indera Mahkota…

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

...Yang juga membuka kembali, yang juga membuka kembali. Ya.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya dapat maklumat juga – boleh Indera Mahkota sahkan, pengetua sekolah itu mempunyai kaitan dengan seorang VVIP yang ada di dalam Dewan ini.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Puan Yang di-Pertua, sudah, apa – sudah terang lagi bersuluh. Ini juga untuk menamatkan khabar angin yang tersebar – saya katakan tadi berkaitan kes ini yang membuka kembali cerita-cerita lama tentang tiga atau empat kes kematian yang terdahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 4:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua atas peluang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan

(Pindaan) 2025 yang akan meminda akta induk, Akta 550.

Dan saya juga ambil kesempatan pada petang ini mengucapkan selamat hari lahir, happy birthday kepada Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 4:17 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Semoga kekal ceria dan sihat untuk menguruskan Mesyuarat.

[Tepuk]

draft • 4:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Thank you.

draft • 4:17 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Boleh dapat dua minit tambahan ya. Pindaan ini sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi hanya melibatkan tiga seksyen. Singkat, tetapi impak dia cukup besar. Saya memetik kata-kata daripada Yang Berhormat Menteri ketika pembentangan nanti yang mengatakan bahawa ini adalah satu pindaan yang berani, progresif, relevan dan responsif terhadap keperluan semasa.

Betul. Saya anggap ini sebagai antara reformasi pendidikan yang sangat bermakna dan boleh melonjakkan pendidikan anak-anak muda kita di masa akan datang. Dan saya anggap ia sebagai satu langkah yang patutnya telah dibuat lama, tetapi tahniah kepada Kerajaan Malaysia MADANI yang mengambil inisiatif terhadap langkah yang cukup berani ini kerana ia akan membolehkan pembinaan modal insan kita diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya supaya kita boleh setaraf dengan negara-negara lain.

Bayangkan negara kita hanya ada pendidikan wajib enam tahun. Macam mana nak jadi negara maju? Philippine, 13 tahun. Saya rasa siapa yang dengar ini kalau kita buat perbandingan ini, tapi tak apa. Kita bukan nak banding dengan negara lain, tetapi dengan 11 tahun paling kurang kita di tahap yang satu level dengan Australia, Finland, Switzerland, negara maju supaya anak-anak kita mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Tiga seksyen ini, saya anggap ia sebagai sesuatu yang sangat baik. Saya nak sebut yang pertama, seksyen 2, pendidikan wajib. Ya betul. Masukkan sekolah menengah, kita sokong sama. Yang kedua, seksyen 29A. Saya anggap pindaan ini alihkan daripada ibu bapa sentrik. Sebab sebelum ini dikatakan ibu bapa warganegara Malaysia. Lepas pindaan ini digazetkan, ia akan menjadi anak warganegara Malaysia. So, dia jadikan ibu bapa sentrik kepada anak-anak sentrik.

draft • 4:17 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Cuma isunya, Yang Berhormat Menteri, saya nak bertanya, apa akan jadi sekiranya ibu bapa itu warga dan ada lah sesuatu yang berlaku ― mungkin kes ini jarang, tapi saya rasa ada. Ibu atau bapa, salah seorang warga, anak dia bukan warganegara. Jadi, ada tak tertakluk kepada selepas pindaan ini digazetkan? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri menggulung nanti.

draft • 4:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Seterusnya, yang paling mustahak, sudah tentunya seksyen 32A yang dipinda yang saya nak sebutkan di sini, anak-anak wajib didaftarkan ― ataupun ibu bapa wajib memastikan anak-anak didaftarkan di institusi pendidikan. Institusi pendidikan ini kita tahu kalau sekolah menengah, sekolah rendah yang ada, itu biasalah. Tak kira sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Jadi, macam mana dengan private school, sekolah swasta, sekolah persendirian? Termasuk international school, termasuk kalau untuk masyarakat Cina, sekolah persendirian Cina...

[Berucap dalam bahasa Cina] Home school.

Home school ini terutamanya, Dato' Yang di-Pertua, dia kadang-kadang bukan sebab ibu bapa itu tak mahu hantar ke sekolah yang formal. Ada anak-anak autisme, ada anak-anak yang mempunyai kelainan upaya yang memerlukan keadaan yang berbeza sedikit daripada anak-anak yang lain. Pusat autisme dan sebagainya yang mungkin pusat itu mungkin dia daftar dengan agensi lain tapi tak daftar dengan Kementerian Pendidikan.

Jadi, macam mana kita nak tafsirkan group ini? Walaupun dia tak ramai, tetapi saya cukup cakna terhadap perkara ini sebab saya sendiri ada anak autisme, tetapi anak saya di kelas PPKI. Cuma, kadang-kadang ada ibu bapa, dia ada pilihan yang berbeza berdasarkan keperluan anak itu. Sebab, kalau anak autisme pun, dia beza-beza keperluan dia. Jadi, saya mohon penjelasan daripada kerajaan.

Dan seterusnya, satu lagi pindaan yang saya rasa perlu dijelaskan dengan lebih lanjut adalah berkenaan dengan hukuman kepada ibu bapa yang gagal berbuat demikian. Saya mohon cadangan, dan saya yakin kementerian akan setuju, supaya kita perlu buat kesedaran pendidikan daripada menghukum. Hukum itu kita letaklah. Kalau kita tak letak ada hukuman, nanti orang ingat kita ini tak serius. Cuma, saya nak tanya, apakah kebarangkalian kerajaan akan gunakan, ambil tindakan hukuman? Mohon berikan contoh, sejak pendidikan rendah dijadikan wajib 2003, berapa banyakkah ibu bapa yang telah disabitkan ataupun telah didakwa di mahkamah?

Dato' Yang di-Pertua, saya nak sebut juga. Saya nampak tadi statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ada sedikit menggusarkan saya. Sebab, di peringkat menengah, enrolmen dia setakat 94.86 peratus. Itu pun sebab di peringkat menengah rendah itu agak tinggi, 96.3, tetapi di menengah atas itu, dia jadi kurang, 92.6 sahaja. Jadi, apakah punca menyebabkan antara menengah rendah dengan menengah atas, dia ada gap hampir empat peratus? Apakah sudah ada industri pekerjaan di luar menanti mereka dan mereka ini disebabkan ada, ya lah, ada orang jemput dia kerja dan sebagainya, dia kerja?

Dan, saya yakin seandainya selepas diluluskan dan diwartakan, dijadikan wajib, kehadiran calon-calon SPM kita akan meningkat. Sebab, sekarang ini kita anggap ― saya tengok statistik...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

30 saat.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nampak statistik itu ― macam tahun lepas, ada 6,000 lebih calon yang dah daftar, tapi tak hadir. Enam ribu. Enam ribu ini yang langsung tak ambil apa-apa subjek. Macam mana dengan yang ambil satu ataupun dua subjek sahaja?

Jadi, saya mohon supaya kerajaan boleh jelaskan, bagaimana kita nak melonjakkan kehadiran calon-calon SPM kita? Sebab, SPM ini kita tahu sangat penting untuk masa depan anak-anak.

Sekian, terima kasih. Terima kasih atas masa tambahan yang diberikan.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 4:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan RUU bagi meminda Akta Pendidikan (Pindaan) 2025.

Tuan Yang di-Pertua, hak mendapatkan pendidikan adalah antara hak yang diperakukan oleh Perlembagaan negara. Hak ini termaktub dalam peruntukan 12 Perlembagaan. Ia adalah antara tiang utama yang menjadi cerminan pemakaian perkara kebebasan asasi dalam negara.

Justeru, saya amat mengalu-alukan kemasukan seksyen baharu 32A ke dalam Akta 550 mengenai pendidikan menengah wajib kerana pendidikan adalah, hak semua. Pindaan ini bersifat progresif demi pembangunan modal insan serta pembinaan tamadun manusiawi.

Pindaan ini menatijahkan peluasan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan menengah kepada anak warganegara yang tinggal dalam negara serta penggubalan peraturan- peraturan tertentu bagi memastikan pindaan RUU tersebut dapat dilaksanakan secara holistik.

Persoalan saya, bilakah tempoh pindaan kemasukan seksyen 32A ini dapat diwarta dan dikuatkuasakan? Sejauh manakah persediaan yang dilakukan oleh pihak KPM bagi memastikan penguatkuasaan pindaan ini dapat memberi impak besar kepada sistem pendidikan menengah? Dan apakah terdapat libat urus yang melibatkan pemegang taruh atau pihak yang berkepentingan diadakan bagi memastikan pelaksanaan pindaan ini mencapai objektif?

Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan kemasukan seksyen baharu 32A, terdapat beberapa hal yang mesti ditangani oleh pihak kementerian dengan tuntas. Antara isu yang berbangkit adalah, peningkatan implikasi kewangan, pertambahan prasarana pendidikan, jumlah guru dan sebagainya. Dalam hal ini, saya akan menyorot beberapa isu yang terkait apabila berlakunya pindaan berkenaan.

Pertama, pengurusan kaunseling yang komprehensif. Memang tidak dinafikan bahawa peningkatan jumlah pelajar menengah, baik sama ada di institusi pendidikan di

draft • 4:24 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

bawah pentadbiran KPM atau institusi pendidikan negeri, turut akan terkesan dengan pindaan ini, termasuklah pengurusan kaunseling di sekolah-sekolah. Perkhidmatan kaunseling di sekolah merupakan medan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pelajar.

Berhubung dengan hal ini, saya ingin mendapat maklum balas pelaksanaan Garis Panduan Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah. Jelaskan tahap kesiapsiagaan Bahagian Kaunseling KPM yang tentunya menerima kesan peningkatan jumlah penempatan kaunselor terlatih di sekolah-sekolah. Dan nyatakan statistik kes yang dikendalikan oleh unit kaunseling sekolah melibatkan pelajar menengah dalam tempoh lima tahun.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua ialah, membina persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni. Saya percaya bahawa semua pihak mengimpikan persekitaran sekolah selamat dan kondusif. Selamat dari sebarang bentuk tekanan mental atau tindakan yang mendatangkan kecederaan fizikal. Saya membangkitkan hal ini kerana meyakini bahawa masalah disiplin akan meningkat selaras dengan pertambahan jumlah pelajar. Bayangkan sekolah kategori A yang biasanya enrolmen mencecah kira-kira 1,000 orang pelajar memerlukan pengawalan disiplin secara menyeluruh dan teratur. Ini baru jumlah sedia ada, tidak termasuk selepas kuat kuasa pindaan RUU ini.

Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan kepastian, sejauh manakah implementasi garis panduan atau kod etika disiplin pelajar di sekolah menengah ketika ini dapat mendidik mereka menjadi berakhlak mulia? Berapakah kes disiplin yang dilaporkan sepanjang lima tahun kebelakangan mulai tahun 2020 di sekolah KPM? Adakah pihak Menteri bercadang untuk mengadakan semakan semula Peraturan-peraturan Disiplin Sekolah 1959 supaya pelaksanaan hukuman dapat dilaksanakan bagi memberi keinsafan kepada pelajar-pelajar berkenaan?

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang saya ingin sampaikan, yang saya ingin bangkitkan di sini adalah berhubung dengan pengukuhan operasi di sekolah menengah agama kebangsaan, sekolah menengah agama bantuan kerajaan, sekolah menengah agama negeri dan sekolah menengah agama rakyat. Peningkatan jumlah permintaan kemasukan ke SMKA kian bertambah dari tahun ke tahun.

Begitu juga permintaan kemasukan ke sekolah menengah agama negeri atau sekolah agama rakyat. Dengan adanya pindaan sedemikian, saya juga menjangkakan bahawa peningkatan jumlah bilangan pelajar menengah ke sekolah-sekolah yang berdaftar dengan majlis agama Islam negeri atau institusi pendidikan menengah di bawah kendalian kerajaan negeri akan bertambah.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, sejauh manakah kuat kuasa pelaksanaan pindaan ini terpakai ke atas sekolah-sekolah berkenaan seperti dalam kategori:

(a) sekolah menengah agama yang berdaftar dengan KPM dan majlis agama Islam negeri;

draft • 4:24 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

(b) sekolah menengah agama bawah kendalian kerajaan negeri; dan

(c) sekolah menengah agama rakyat yang hanya berdaftar dengan majlis agama Islam negeri.

Adakah skop definisi pendidikan menengah wajib turut meliputi jenis-jenis sekolah agama berkenaan? Dan apakah inisiatif pihak KPM untuk membantu kategori sekolah menengah agama tersebut agar selaras dengan keperluan pindaan RUU ini?

draft • 4:24 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Puan Yang di-Pertua, faktor kemiskinan merupakan penghalang utama pelajar, khususnya di luar bandar untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah. Dalam komuniti yang miskin, wujud persepsi dan budaya bahawa tamat sekolah rendah sudah mencukupi untuk anak-anak mereka di kedai –– untuk anak-anak mereka bekerja di kedai- kedai runcit, kilang dan sebagainya. Malah, pendidikan menengah dilihat tidak memberi pulangan segera, malah membebankan kehidupan mereka.

Oleh itu, Igan mencadangkan agar bantuan awal persekolahan ditambah dan diberikan secara bersasar kepada pelajar yang miskin untuk membantu mereka membeli pakaian sekolah, buku, alat tulis dan sebagainya. Selain itu, dicadangkan agar kerajaan menawarkan biasiswa kecil kepada pelajar berprestasi dari kalangan keluarga miskin secara bulanan.

Igan juga memohon agar Kementerian Pendidikan melihat kepada keperluan membina sekolah baharu di zon luar bandar untuk mengurangkan kebergantungan kepada sekolah bandar dan mengelak pelajar tercicir kerana jarak yang jauh. Selain daripada itu, Igan memohon agar masalah sekolah-sekolah di Sarawak — sekolah-sekolah daif di Sarawak dapat diatasi dengan segera agar murid belajar dalam suasana yang kondusif.

Igan juga mencadangkan agar diwujudkan pusat komuniti pembelajaran di rumah panjang atau dewan kampung sebagai sokongan pembelajaran luar waktu sekolah untuk pelajar yang memerlukan.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, pelaksanaan Dasar Pendidikan Menengah Wajib di Sarawak hanya akan berjaya jika ekosistem pendidikan di luar bandar diperkukuhkan terlebih dahulu.

Puan Yang di-Pertua, demikian sahaja. Igan menyokong. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Saya jemput Yang Berhormat Baling.

draft • 4:50 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya bangun mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Pendidikan (Pindaan) 2025 ini dengan penuh kesedaran bahawa pendidikan ialah satu-satunya jalan keluar yang benar-benar berkesan untuk membebaskan keluarga daripada belenggu kemiskinan, kejahilan dan masalah sosial dalam masyarakat.

draft • 4:51 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Maka, apabila kerajaan membentangkan pindaan ini untuk mewajibkan pendidikan menengah, saya sambut dengan prinsip bahawa pendidikan mesti bersifat inklusif, tidak menghukum rakyat marhaen tetapi membimbing dan memperkasakan mereka.

Pertama, saya ingin menyentuh tentang pendekatan dan kesedaran. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa tindakan undang-undang terhadap ibu bapa adalah jalan terakhir. Ini saya sokong. Namun begitu, invokasi ini mesti difahami secara menyeluruh. Ia bukan sekadar lawatan ziarah cakna atau poster kempen di sekolah tetapi memerlukan kerjasama strategik dengan masjid, surau, persatuan penduduk, NGO, wakil rakyat dan penghulu. Semua perlu memainkan peranan mendekati ibu bapa yang tercicir daripada sistem ini. Jangan kita menganggap semua ibu bapa cuai. Ramai yang sedang berjuang untuk hidup.

Yang kedua, saya ingin membangkitkan soal cabaran realiti di luar bandar seperti di kawasan saya, Baling. Ramai ibu bapa tidak menolak pendidikan menengah tetapi mereka terpaksa memilih antara menyekolahkan anak atau menghantar anak bekerja membantu keluarga di kebun atau di dusun. Ini realiti. Maka, saya memohon kementerian memastikan bahawa infrastruktur akses pengangkutan dan bantuan kewangan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan, RMT serta subsidi alat tulis mesti diperkasa lebih awal dan bersasar mengikut data B40.

Yang ketiga, peruntukan seksyen baharu 32A yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan pendidikan menengah sebagai wajib perlu dibahas dan diteliti dengan lanjut. Saya bimbang jika tidak diperincikan, ia membuka ruang pelaksanaan yang terlalu subjektif, sedangkan pendidikan melibatkan hak asas kanak-kanak dan amanah terhadap ibu bapa.

Yang keempat, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memastikan semua murid menamatkan pendidikan dengan kelayakan SPM atau TVET. Namun, saya ingin tegaskan bahawa sistem TVET kita mesti benar-benar mesra pelajar tercicir akademik. TVET bukan tong sampah pelajar lemah tetapi laluan masa depan berasaskan kemahiran dan produktiviti. Maka, penyesuaian kurikulum dan peningkatan fasiliti TVET mesti digerakkan selari dengan pindaan ini.

Yang kelima, saya ingin bertanya. Adakah kementerian telah membuat unjuran kos perbelanjaan tambahan yang jelas dan disertakan dengan dokumen rasmi? Kita tidak mahu satu lagi undang-undang yang baik, dengan niat yang baik tetapi gagal dari segi pelaksanaan kerana bajet tidak mencukupi. Misalnya, adakah kementerian bersedia menambah jumlah guru, kaunselor dan pengangkutan di kawasan-kawasan pedalaman?

Satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian ialah apabila rang undang- undang diluluskan, maka ramailah anak-anak kita akan masuk ke sekolah, termasuklah sekolah-sekolah swasta, sekolah-sekolah agama rakyat, tahfiz dan lain-lain. Oleh kerana mereka merupakan sekolah persendirian, maka wajar kementerian memberi peruntukan tambahan untuk membeli alat-alat seperti kerusi, meja dan lain-lain keperluan.

draft • 4:51 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Akhirnya, saya ingin menyeru supaya kita tidak menjadikan pendidikan menengah wajib ini sekadar slogan undang-undang. Ia mesti disertai dengan keikhlasan menyantuni rakyat dan strategi jangka panjang untuk mengangkat martabat pendidikan anak-anak Malaysia. Sekian, saya mohon mencadangkan agar RUU ini disemak semula dengan mengambil kira realiti rakyat luar bandar dan memastikan setiap anak Malaysia mendapat peluang pendidikan yang benar-benar adil, menyeluruh dan saksama. Sekian, terima kasih.

draft • 4:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 4:51 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi dan selamat hari jadi.

draft • 4:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Thank you.

draft • 4:57 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 yang dibahaskan pada hari ini adalah untuk memperluas tempoh pendidikan wajib daripada enam tahun iaitu tahap pendidikan rendah ke 11 tahun iaitu tahap sekolah menengah. Sekiranya ibu bapa tidak berbuat demikian, ibu bapa akan didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Saya percaya, tujuan Kementerian Pendidikan meminda Akta Pendidikan adalah untuk mengurangkan kadar keciciran murid-murid di sekolah dan memastikan setiap orang budak diberi peluang untuk mendapat pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kini, kadar enrolmen pelajar di peringkat sekolah menengah masih berada di bawah standard antarabangsa yang ditetapkan oleh UNESCO iaitu 95 peratus. Walaupun tujuan Kementerian Pendidikan adalah murni tetapi KPM haruslah meneliti dan menangani punca utama yang menyebabkan keciciran pelajar daripada persekolahan.

Dalam lima minit ucapan saya, saya ingin membawa perhatian kementerian kepada lima aspek. Yang satu ialah ibu bapa yang berpendapatan rendah. Kebanyakan budak yang tercicir daripada persekolahan adalah berasal daripada keluarga yang miskin dan mempunyai masalah keluarga. Kebanyakan ibu bapa mereka menghadapi tekanan ekonomi. Mereka terpaksa kerja dari pagi hingga malam untuk menampung keperluan harian keluarga mereka.

Mereka memang tidak ada masa untuk memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka.

Walaupun pendidikan asas adalah percuma dari segi yuran, kos tidak langsung seperti makanan, pengangkutan, alat tulis dan baju sekolah masih menjadi beban kepada ibu bapa yang miskin, yang mungkin mempunyai ramai anak-anak. Terdapat pelajar terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja, untuk menampung kehidupan harian keluarga. Jadi, adalah memang amat tidak adil bagi ibu bapa yang papa, miskin ini dikenakan denda RM5,000 dan malah, dipenjarakan beberapa bulan hanya kerana gagal hantar anak-anak mereka ke

draft • 4:57 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

sekolah. Hukuman seperti ini sebenarnya lebih menyusahkan mereka juga dan keluarga mereka.

draft • 4:57 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang kedua, pelajar yang tidak berminat belajar. Bukan semua pelajar berminat ataupun mempunyai bakat dalam bidang akademik. Budak-budak ini memang tidak dapat belajar apa-apa di sekolah dan mereka sebenarnya membazirkan masa di sekolah sahaja.

Walaupun KPM dan kerajaan selalu mempromosi TVET dan menggalakkan orang muda masuk institusi latihan TVET, tetapi kebanyakan ibu bapa mungkin tidak tahu di manakah sekolah menengah TVET yang berdekatan dalam kawasan kediaman mereka. Misalnya di kawasan Parlimen Seputeh, kawasan saya, terdapat 26 buah sekolah kerajaan. Di antaranya lapan adalah sekolah menengah dan satu institusi latihan TVET yang hanya terima pelajar yang menamatkan sekolah menengah dan mempunyai sijil SPM.

Jadi, sebelum sekolah menengah TVET ini diperbanyakkan di setiap pelosok negara dan sebelum latihan TVET diintegrasikan secara penuh dalam sekolah menengah, rang undang-undang ini tidak harus dikuatkuasakan kerana ia tidak dapat mengatasi masalah keciciran pelajar, tetapi sebenarnya akan mendatangkan lebih masalah.

Ketiga, pindaan RUU Akta Pendidikan membebankan Menteri dan pegawai KPM.

Puan Pengerusi, dalam fasal 4 dalam RUU ini iaitu seksyen baharu 32A(3) yang berbunyi, “Menteri boleh, jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu dan membatalkan atau mengubah atau menambah syarat itu.” Saya berpendapat seksyen baharu 32A(3) ini akan membawa masalah dan beban yang amat besar kepada pegawai KPM dan juga Menteri sendiri. Ini bermaksud, Menteri mungkin terpaksa membuat keputusan terhadap berpuluh-puluh ribu kes yang memohon pengecualian untuk masuk ke sekolah menengah.

Soalan yang lain ialah sekiranya terdapat ibu bapa yang memang degil dan tidak hantar anak-anak mereka ke sekolah rendah dan sekolah menengah, siapa yang akan melaporkan mereka. Apakah KPM akan mewujudkan satu bahagian yang khas melapor dan mendakwa ibu bapa tersebut ke mahkamah? Bukankah ini menambah beban kepada pegawai KPM di peringkat daerah?

Selain itu, semakin ramai ibu bapa di kawasan bandar hantar anak-anak mereka ke sekolah swasta seperti homeschooling yang mengikuti kurikulum luar negara. Apa yang terjadi kepada para ibu bapa ini? Apakah KPM akan mendakwa golongan ibu bapa ini yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan ke mahkamah?

Puan Pengerusi, yang poin yang keempat ialah saya mencadangkan...

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan, masa sudah tamat.

draft • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...KPM membenarkan pelajar yang merupakan slow learner untuk mengulangi pembelajaran mereka semula dan tidak naik ke darjah baharu secara automatik supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas seperti tahu membaca alfabet dan mengenali — dan boleh membuat matematik asas melalui pengulangan pembelajaran di darjah yang sama.

Pengulangan pembelajaran ini dapat membantu sesetengah pelajar yang merupakan slow learner atau pelajar yang mungkin sakit, tidak hadir kelas selama beberapa bulan untuk menguasai pengetahuan mereka. Sebenarnya, KPM seharusnya membenarkan ramai murid- murid sekolah mengulangi pembelajaran dalam darjah yang sama selepas pandemik COVID kerana ramai murid-murid sekolah yang tidak belajar di sekolah memang tidak dapat kita kata catch-up ataupun mengikuti pengajaran apabila mereka naik ke darjah yang baharu.

Akhirnya Puan Pengerusi, saya menyeru KPM memastikan bahawa punca-punca keciciran ditangani melalui pembaharuan kurikulum, penambahbaikan institusi sekolah dan bukan melalui penekanan pada hukuman undang-undang sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 5:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kangar untuk membahas RUU Pendidikan bagi meminda Akta Pendidikan 1996 (Pindaan) 2025. Ia berhubung dengan pelanjutan Dasar Pendidikan Wajib dari pendidikan rendah sehingga pendidikan menengah. Secara umumnya, Kangar sentiasa menyokong usaha-usaha untuk memperkasakan sistem pendidikan di negara kita ke arah menjadikan negara ini benar-benar maju. Pendidikan merupakan asas kemajuan bagi sesebuah negara.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen baru 32A dengan memasukkan pendidikan menengah wajib. 32A(1), Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan di dalam warta menetapkan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib. Walaupun begitu, sebelum pindaan dibuat, KPM perlu menilai beberapa perkara penting. Yang pertama, adakah sekolah sebagai tempat yang menarik dan menyeronokkan kepada murid-murid? Jadi, sebagai bekas guru sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6, juga sebagai ibu bapa, juga sebagai Jawatankuasa PIBG, saya amat memahami kenapa murid perlu sentiasa berada di sekolah.

Namun begitu, kenapa murid-murid lemah tidak berminat untuk belajar? Mereka ini tidak faham mengapa mereka perlu berada di sekolah. Mereka ini hanya ibu bapa yang menyuruh mereka untuk hadir ke sekolah semata-mata. Jadi, mereka yang lemah ini kurang memahami apa-apa PDP yang telah diajar oleh pihak guru. Kenapa mereka perlu berada di

draft • 5:04 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

sekolah jika mereka boleh mendapatkan wang dengan mudah jika mereka bekerja? Kenapa sekolah menjadi tempat yang tidak menarik bagi mereka? Dan akhirnya, KPM menyebut, ia adalah pendidikan wajib sehingga sekolah menengah. Walaupun begitu, saya sokong ya.

Saya sokong. Saya sokong walaupun ada perbahasan, saya sokong sebab ini kebaikan untuk para pelajar.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana dengan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia?

Adakah ia turut memberi kelebihan kepada murid-murid yang lemah? Adakah kurikulum hari ini serata sahaja? Maksudnya, semua murid yang bijak dan lemah belajar sukatan pelajaran yang sama. Kelebihannya tentulah kepada murid yang bijak. Murid-murid yang lemah akan ketinggalan. Datang ke sekolah, tidur dari pagi sampai tengah hari. Guru masuk kelas, kejut, suruh basuh muka, masuk belajar. Jadi, itu yang berlaku kepada pelajar-pelajar di kelas yang belakang.

Ini yang mendorong kepada keciciran murid sehingga memeningkan KPM. Apa tidaknya, kecerdikan mereka diukur melalui peperiksaan awam. Semua kita tengok keputusan dalam peperiksaan SPM. Murid-murid yang cerdik skor 9A, 10A dalam SPM. Murid yang lemah, 9E, 10E. Namun, adakah kerana isu keciciran murid, KPM akan menjadikan pendidikan menengah wajib?

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu ingat potensi murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Ada murid-murid bijak dalam bidang penulisan, ada murid-murid bijak dalam bidang lisan. Namun begitu, ada murid yang tidak bijak dalam lisan dan tidak bijak dalam penulisan, tetapi Allah menganugerahkan mereka kelebihan dari segi praktikal. Ada murid- murid kategori lemah dan sederhana mampu untuk membaiki motosikal, membuat wiring dan lain-lain. Yang skor 10A belum tentu dapat membaiki motosikal, mesin basuh dan lain-lain.

Macam kita di sinilah, nak suruh repair motor, repair kereta pun kita tak — rasa tak mampu sebab kita kurang kebolehan dalam bidang praktikal, tapi budak-budak kelas belakang ini dia, dia ada jiwa, dia ada kebolehan yang Allah bagi kepada mereka.

Jadi, jika sekolah mampu menyediakan ruang pembelajaran yang praktikal, ia akan menarik murid ke sekolah. Learning is fun, dengan izin. Lama dah tak dengar slogan ini. Masa saya mula jadi cikgu, lecturer duk selalu sebut learning is fun. Jadi, kurikulum TVET perlu dibuka seluas-luasnya bermula dari Tingkatan 1, bukannya bermula di Tingkatan 4. Tingkatan 1. Kalau Tingkatan 4, kita dah rugi tiga tahun. Jadi, adakah KPM bersedia ke arah itu?

Persoalannya, jika kita mengadakan TVET, bagaimana dengan mata pelajaran Sejarah. Sejarah ini perlu juga untuk semangat patriotisme. Jadi, saya mencadangkan agar Sejarah ini diselit bersama-sama dengan TVET. Tak perlu yang susah-susah, yang sesuai dengan kebolehan murid-murid yang berkenaan. Dalam erti kata lain, kurikulum merentasi kurikulum. Subjek merentasi subjek. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kurikulum kita kena ubah.

Kita kena ubah.

draft • 5:04 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih menarik, KPM perlu memperkasakan kokurikulum setanding atau setidak-tidaknya memberi ruang yang luas bersama kurikulum. Kokurikulum ini kena tough, kena menarik, baru kita boleh menarik murid- murid.

Jadi, untuk pengetahuan semua, ramai murid-murid yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang sukan. Mereka inilah yang seronok datang ke sekolah.

Saya masa saya di sekolah dulu, saya ni coach bola. Sampai sekolah, budak-budak dah tunggu dah di tepi padang tu. “Cikgu, petang ni ada training tak?” Itu saja dia datang sekolah sebab nak main. Jadi, ini boleh mengurangkan masalah keciciran...

[Dicelah] Ha, tapi sekarang jadi YB.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ha, sikit lagi. Jadi, adakah KPM bersedia untuk memberi ruang yang lebih besar untuk aktiviti kokurikulum kepada murid-murid dengan menambah bilangan guru kokurikulum dan fasiliti sukan di seluruh negara?

Terima kasih saya ingin ucapkan kepada KPM kerana memberi peruntukan bas kepada Sekolah Sukan Syed Hassan, Perlis. Tip top, terbaik na. Ha, ini sekolah sukan Perlis yang kita pejuang di Parlimen. Apa ― KPM dah bagi sebab Sekolah Sukan Syed Hassan ini dah meletup, memang kuatlah sukan. Jadi, tahniah kepada KPM kerana membantu Sekolah Sukan Syed Hassan.

Jadi, akhir kata...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

...Saya menyokong usul-usul oleh KPM. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Tawau.

draft • 5:10 PM

Datuk Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Saya menyokong sepenuhnya peruntukan baharu seksyen 32A fasal 4 dalam Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 yang menetapkan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib dan tempoh wajib pendidikan daripada enam kepada 11 tahun. Satu usaha yang amat penting untuk masa depan negara kita.

Sebanyak 905 calon SPM dari Sabah tidak hadir ke dewan peperiksaan pada 2024 bukan kerana malas semata-mata. Kerana salah satu sebab ialah kerana hilang keyakinan terhadap pembelajaran sekarang yang dirasakan tidak menjamin masa depan. Di Sabah, termasuk Tawau, ramai pelajar cemerlang masih gagal mendapat pekerjaan kerana apa yang mereka pelajari tidak menepati keperluan sebenar industri.

draft • 5:11 PM

Datuk Lo Su Fui - Tawau

Kita jangan salahkan dan hanya beri tanggungjawab kepada ibu bapa sahaja. Demi mengukuhkan hasrat RUU ini, Kementerian Pendidikan wajib membuat kajian agar pembelajaran sekarang sesuai dengan keperluan pekerjaan.

Negara seperti Jerman dan Norway, mereka melaksanakan kajian berterusan dan menyesuaikan sistem pembelajaran secara berkala agar kekal sejajar dengan perubahan teknologi, pasaran kerja dan kehendak masa depan. Malaysia perlu bergerak ke arah itu. Jika tidak, kita akan terus melahirkan generasi yang kecewa. Buktinya jelas. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2024, seramai 284 ― 700,000 orang belia direkodkan sebagai penganggur di seluruh Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, sebenarnya sekarang realiti jauh lebih ramai orang merayu masuk ke sekolah di Sabah khususnya Tawau. Kita berdepan dua cabaran utama yang unik berbeza tetapi berkait rapat dalam sistem pendidikan.

Pertama, anak-anak tidak berdokumentasi yang salah satu ibu atau bapa merupakan warganegara yang masih menunggu proses permohonan kewarganegaraan. Walaupun mereka membesar di sini dan ingin bersekolah, mereka sering ditolak kerana ketiadaan dokumen. Kementerian Pendidikan telah memberi kelonggaran dan autonomi kepada PPD daerah untuk menerima pelajar seperti ini, namun masih ada kelemahan di peringkat pelaksanaan. Kementerian Pendidikan mesti mengambil tindakan tegas dan penjelasan daripada PPD sekiranya masih berlaku isu menolak golongan ini bagi mendapat pendidikan sementara masih menunggu permohonan kewarganegaraan.

Kedua, anak-anak warga asing yang ibu bapanya memiliki pasport dan bekerja secara sah. Golongan ini pula terdiri daripada keluarga yang sah dari sudut imigresen, namun anak-anak mereka masih mengalami kesukaran untuk memasuki sekolah kerajaan. Mereka mahu mendapat pendidikan formal tetapi sering terpinggir oleh sistem.

Lebih kurang 2.4 juta pekerja asing aktif setakat 2024 di Malaysia. Di Sabah pula, terdapat lebih kurang 200,000 pekerja asing berdaftar di Sabah pada tahun 2023 merangkumi sektor perladangan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Sewajarnya golongan ini diberikan peluang untuk belajar di sekolah kerajaan. Ini tidak akan membebankan negara kerana mereka perlu membayar yuran yang lebih tinggi dan peluang ini juga tidak secara automatik memberikan mereka kewarganegaraan.

Jika mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya, mereka berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Sebaliknya, jika mereka terus dinafikan akses pendidikan, bukan sahaja mereka menjadi beban jangka panjang kepada negara, malah akan muncul pada sekolah-sekolah tidak berdaftar dan institusi tidak sah yang mengambil alih peranan ini, sekali gus mewujudkan masalah sosial yang lebih besar dan sukar dikawal.

Pendidikan paling penting dan mulia. Sekolah kerajaan diwujudkan untuk mengutamakan rakyat Malaysia. Dari sudut faedah makro, kita perlu memberi mereka hak pendidikan tanpa merugikan negara agar Malaysia terus sejahtera di masa depan.

draft • 5:11 PM

Datuk Lo Su Fui - Tawau

Dengan ini, saya sokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih kepada YB Tawau. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 5:11 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Pasir Salak juga mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan

(Pindaan) 2025 berhubung pelanjutan dasar pendidikan wajib dari pendidikan rendah hingga ke pendidikan menengah.

Sabda Nabi SAW, [Membaca sepotong hadis] “Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 550 bagi menggantikan takrif “pendidikan wajib” untuk memasukkan termasuk pendidikan menengah.

Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan akta ini nanti berjalan dengan lebih baik. Persoalan Pasir Salak, adakah dengan akta ini dapat menyelesaikan keciciran pelajar yang berlaku selama ini? Statistik KPM 2023 menunjukkan lebih 10,000 pelajar tercicir saban tahun selepas Tahun 6 khususnya di kawasan pedalaman dan B40.

Pasir Salak mencadangkan dengan pelaksanaan pendidikan wajib hingga menengah, kerajaan boleh mengenal pasti lebih awal pelajar-pelajar berisiko tercicir dan melakukan intervensi secara bersasar. Sebagai contoh, kadar keciciran di kalangan pelajar- pelajar di kawasan pedalaman dan Orang Asli yang tinggi dan juga di bandar yang mempunyai ― bukan masuk sekolah tapi menggunakan tuisyen dan mereka masuk sebagai pelajar peperiksaan persendirian.

Puan Yang di-Pertua, merujuk akta ibu Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], dalam akta ini dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan takrif “pendidikan wajib” dengan takrif yang berikut, ““pendidikan wajib” ertinya pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 29A(1) dan pendidikan menengah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 32A(1)”. Persoalan Pasir Salak ialah bagaimanakah pihak kerajaan mengenal pasti masalah asas dan data enrolmen penuh yang membolehkan kerajaan menjejak profil isi rumah, akses internet, kesihatan mental dan lain- lain bagi membolehkan pelaksanaan bantuan bersasar seperti RMT dan eKasih secara lebih berkesan.

Puan Yang di-Pertua, fasal 4 bertujuan memasukkan seksyen baharu 32A ke dalam Akta 550 mengenai pendidikan menengah wajib. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32, seksyen yang berikut, “Pendidikan menengah wajib”, seksyen 32A(1),

draft • 5:16 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

“Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib”. Puan Yang di-Pertua, jika sekiranya akta ini diluluskan kelak, soalan Pasir Salak ialah apakah kerajaan boleh menyediakan perancangan infrastruktur dan tenaga pengajar yang penuh mengikut mata pelajaran di sekolah. Kita kekurangan guru mengikut mata pelajaran di sekolah. Dan adakah kerajaan boleh menyediakan projek naik taraf dan pembinaan sekolah baharu secara jangka panjang?

draft • 5:16 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bolehkah kerajaan menyediakan peruntukan teknologi pendidikan komputer dan makmal yang lebih tepat sasaran? Cadangan Pasir Salak ialah pihak kerajaan wajib menyediakan keperluan asas di sekolah terutamanya meringankan beban kerja guru dan bilangan pelajar yang kondusif di dalam kelas sebelum menggubal akta yang sesuai dan selaras dengan negara-negara maju.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, memandangkan kerajaan kini konsisten memperkasakan tulisan jawi sebagai aset strategi pembinaan jati diri nasional dan perpaduan negara, adakah Kementerian Pendidikan bercadang mengembalikan dan memperluaskan pengajaran tulisan jawi secara lebih menyeluruh di semua sekolah rendah kebangsaan termasuk kurikulum Tahun 4 dan Tahun 5 tanpa perlu lagi tunduk kepada tekanan politik pihak tertentu sebagaimana yang berlaku pada tahun 2019 hingga menyebabkan Kerajaan PH ketika itu hilang keyakinan rakyat. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(1), saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk. Hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara yang melibatkan akta induk.

Saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa.

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Setiawangsa menyambut positif pindaan ini. Ini merupakan satu dasar yang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang mana kita dimaklumkan enrolmen pendidikan menengah masih lagi di bawah enrolmen sejagat berbanding dengan enrolmen pendidikan rendah yang telah pun mencapai 99.39 peratus.

Beberapa pembahas juga telah membangkitkan soal ketidakhadiran calon SPM yang mendapat perhatian meluas. Pelajar-pelajar yang mendaftar untuk menduduki SPM tetapi

draft • 5:21 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

tidak hadir untuk peperiksaan bertulis SPM. 9,000 pelajar tahun 2023 iaitu 2.5 peratus dan lebih 6,000 pelajar tahun 2024 iaitu 1.8 peratus.

Dari segi kewajaran dasar ini kita faham ya, tanpa pendidikan yang mencukupi dia akan menyekat potensi anak-anak, dia akan melihat ramai anak-anak kita akan hanya mampu untuk melakukan pekerjaan kemahiran rendah dalam situasi ekonomi yang semakin kompetitif, isu keciciran, masalah sosial, isu-isu yang dikaitkan dengan masalah perkahwinan bawah umur dan sebagainya. Dan antara dasar yang telah diambil oleh kerajaan ialah untuk memperluaskan Sekolah Model Khas Komprehensif K9 dan K11 sebagai satu langkah untuk menangani keciciran pelajar. Ini adalah langkah yang baik. Namun, Setiawangsa merasakan kita juga jangan hanya fokus kepada kuantiti tetapi lupa tentang kualiti.

Laporan Bank Dunia tahun 2020. Waktu itu, jangkaan masa bersekolah pelajar di Malaysia ialah 12.5 tahun. Tetapi tempoh masa apa yang mereka pelajari sebenarnya ataupun learning adjusted years of schooling dengan izin, hanyalah 8.9 tahun. Vietnam berbelanja kurang daripada Malaysia dari segi pendidikan tetapi masa bersekolah jangkaannya 12.9 tahun tetapi learning adjusted years of schooling mereka ialah 10.7 tahun.

Singapura 13.9 tahun dan mereka dapat 12.8 tahun, makna sangat efisien dan kedua-dua negara ini tidak mempunyai dasar pendidikan menengah wajib. Jadi, sebab itu kita tidak mahu hanya fokus ada peraturan yang baik tetapi dari segi hasil yang kita kecapi untuk anak-anak kita tidak dapat menyelesaikan masalah.

Yang lebih merisaukan ialah jurang pendidikan. Mungkin semua pergi sekolah, semua pergi sekolah menengah tetapi anak-anak orang kaya dapat cemerlang khususnya dalam pendidikan berkaitan dengan sains dan matematik tetapi bagi pelajar-pelajar daripada latar belakang luar bandar, miskin bandar ataupun keluarga-keluarga yang susah, mereka akan terus tertinggal. Kita lihat ini berlaku dalam — ini direkodkan dalam data KPM sendiri pada tahun 2020 dan TIMSS 2019.

Dan kesan ini bila digandakan pula dengan pandemik COVID-19 menjadi semakin serius generasi yang hilang. Kajian Bank Dunia, anggaran kehilangan pendapatan pelajar Malaysia kesan daripada pandemik adalah sebanyak USD35,000 berbanding purata Asia Timur dan Pasifik lebih separuh daripada itu ialah USD17,000. Ini adalah masalah serius yang perlu kita tangani dan hanya mewajibkan pendidikan menengah tidak akan menyelesaikannya.

Kedua ialah kita takut dia akan meminggirkan golongan rentan. Mereka yang berada di pedalaman, mereka yang kurang pendidikan, masyarakat Orang Asli dan sebagainya.

Kajian mendalam perlu dikongsikan bagi kita memahami isu ini secara menyeluruh dan bukan menggubal dasar secara jauh dalam keselesaan kita di sini. Bagaimana tracing study pelajar- pelajar lepasan sekolah rendah? Mengapa mereka memilih untuk tidak ke sekolah menengah? Adakah sebab pekerjaan? Sebab perkahwinan? Kedudukan jauh dari sekolah?

Keperluan menjaga keluarga ataupun masalah sosial? Kita risau dalam keghairahan kita

draft • 5:21 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

mengejar data raya, big data, kita terlepas granular data yang menceritakan realiti yang dilalui oleh rakyat biasa.

Jadi secara kesimpulannya, Setiawangsa berharap bahawa dasar ini positif tetapi perlu digandakan dengan dasar-dasar sokongan yang menyeluruh agar pendidikan kita benar-benar berkualiti dan mampu untuk mengangkat martabat rakyat tanpa mengira bandar ataupun desa, miskin ataupun kaya. Terima kasih.

draft • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 5:21 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, Sabak Bernam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana mengumumkan bahawa guru kini boleh memohon pertukaran antara negeri seawal dua tahun perkhidmatan — sebelum ini tiga tahun dan ini telah memberi khabar gembira kepada semua penjawat awam ya.

Saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025. Sementara saya menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara, terdapat beberapa kelemahan dalam RUU ini yang wajar diberi perhatian demi memastikan keberkesanannya dalam jangka masa panjang.

Pertama, isu keciciran tidak selesai hanya dengan mewajibkan persekolahan hingga umur 17 tahun. Walaupun pindaan ini memperluaskan pendidikan wajib hingga Tingkatan 5, realitinya ramai pelajar dari kelompok miskin bandar, luar bandar, pedalaman, keciciran bukan kerana enggan ke sekolah tetapi faktor kemiskinan, jarak, masalah keluarga dan tekanan psikologi — masalah dalam keluarga ya. Saya cadangkan kerajaan mesti memperkenalkan mekanisme sokongan pelajar berisiko seperti ini seperti bantuan tunai bersasar seperti subsidi diesel bersasar supaya sampai kepada golongan-golongan rentan ini tadi.

Yang kedua, beban guru yang semakin meningkat tanpa menambahkan sumber.

RUU ini meletakkan tanggungjawab besar kepada sekolah untuk memastikan kehadiran murid, pelaksanaan laluan TVET, pengajaran digital dan pemantauan disiplin tetapi tidak menyebut secara jelas tentang penambahan guru, latihan profesional dan infrastruktur sokongan ya. Dan untuk itu saya suka mencadangkan kepada Menteri supaya guru-guru yang telah disenarai hitam, guru-guru baharu ya daripada IPG kerana menolak posting sebagainya dan mereka ini tidak boleh memohon semula dalam tempoh satu hingga dua tahun diputihkan untuk menampung tenaga pengajar murid-murid yang dijangka akan melimpah masuk ke sekolah ini ya.

Dan juga saya tadi menitiskan air mata ya, sebab itu saya keluar tadi apabila mendengar masalah buli ini yang tak habis-habisnya. Tak ada kesudahannya Yang Berhormat Menteri ya. Jadi, apalah daya ya, kail kami hanya sejengkal ya. Kami, wakil rakyat

draft • 5:26 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

pembangkang, susah nak masuk ke sekolah sepertimana yang disebutkan oleh Tanah Merah tadi ya kerana peraturannya sangat rigid ya.

Kalau untuk merasmikan program peringkat daerah, sekolah perlu memohon 30 hari sebelum.

draft • 5:26 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kalau negeri 40 hari, kebangsaan dan antarabangsa, program-program itu 60 hari.

Sedangkan wakil rakyat kerajaan tidak tertakluk kepada perintah ini. Ini adalah satu yang tidak adil kerana kami juga pemimpin masyarakat ya. Kalau kami diberi masuk ke sekolah merasmikan program-program ya, sudah tentu kami boleh menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada pelajar-pelajar kan, supaya berdisiplin, menghormati kawan-kawan, menghormati guru-guru dan sebagainya ya.

Kalaulah ku dapat masuk ke sekolah-sekolah.

Sudah tentu saya akan sampaikan ucapan yang baik untuk memastikan murid-murid ini berdisiplin tetapi tak apalah.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Apakan daya ya kerana kami ini pembangkang ya. peruntukan pun tak ada. Jadi, apa yang kami peruntukkan, hanyalah daripada gaji kami dan juga elaun-elaun perjalanan. Itu pun bulan 12 yang tahun lepas masih tak dapat lagi ya. Jadi, memanglah kami ini kalau dibandingkan dengan Yang Berhormat Menteri, memanglah jauh bezanya ya.

Dan saya nak bertanya kepada Yang Amat Berhormat ya, Yang Berhormat Menteri.

Bagaimana dengan apa namanya — untuk pelajar-pelajar Sekolah Pendidikan Khas?

Adakah pendidikan wajib ini juga syarat umurnya dipinda? Sekarang ini sekolah rendah, enam hingga 14 tahun. Sekolah menengah 13 hingga 19 tahun. Sekolah Pendidikan Khas ini, adakah dia juga dilanjutkan juga berikutan perlanjutan kepada sekolah arus perdana yang disebutkan tadi? Jadi, RUU pindaan...

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

...2025 ini membawa harapan besar.

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tetapi tanpa pelaksanaan menyeluruh yang menyentuh aspek realiti rakyat, ia akan kekal sebagai dokumen dasar yang tidak dapat menyelesaikan masalah kepada sebenar.

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sabak Bernam.

draft • 5:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya mohon agar pihak kementerian meneliti cadangan...

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Duduklah Jelutong. Sabak Bernam tak bagi.

draft • 5:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

...Ini demi membina sistem pendidikan, bukan sahaja memaksa tetapi juga bimbingan dan membela. Saya juga dapat dapatan di sini, ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah akan didenda sehingga RM5,000 dan perlu ditambah ini denda RM5,000 dan anaknya mestilah sekolah. Kalau setakat bayar denda tapi anak tak sekolah, maka tak tercapailah matlamat kita. Tuan Yang di-Pertua ya?

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis?

draft • 5:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ada yang nak menambah tadi, tak ada?

Izinkan saya untuk...

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

...Menamatkan di sini. Terima kasih saya menyokong.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sabak Bernam, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 5:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum itu saya juga berterima kasih atas komitmen YB Menteri dan Timbalan Menteri yang setia mendengar perbahasan dari awal lagi. Saya harapkan apa yang saya bahaskan ada jawapannya selepas ini ya.

Saya terus ke perbahasan. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meminda undang-undang dan menggubal dasar bagi mewajibkan pendidikan menengah sebagai sebahagian daripada persediaan pelaksanaan kurikulum persekolahan 2027. Ini adalah langkah strategik dan serius untuk menangani isu keciciran secara berstruktur serta menjamin akses pendidikan yang lebih adil dan inklusif kepada seluruh rakyat.

Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat menyebut tentang kadar enrolmen terkini bagi penyertaan murid pendidikan menengah adalah 94.86 peratus. Walaupun angka ini nampak besar, hakikatnya masih terdapat ribuan murid yang tercicir. Dalam semangat no one left behind seperti yang diangkat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025, kita tidak boleh membiarkan mana-mana murid tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Mengikut statistik KPM, kadar keciciran selepas Darjah 6 masih berlaku dan masih ketara, terutamanya di luar bandar dan komuniti B40. Ini membuka ruang kepada pelbagai isu sosial seperti perkahwinan bawah umur, pekerja kanak-kanak, jenayah remaja dan pengangguran. Usaha memutuskan kitaran ini harus dilihat sebagai langkah pencegahan sosial jangka panjang. Saya mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan dana tambahan untuk meningkatkan bilangan serta kapasiti sekolah menengah khususnya di kawasan luar bandar. Pelaburan awal ini penting agar prinsip keadilan akses kepada — keadilan akses dapat direalisasikan secara menyeluruh.

draft • 5:32 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Pendidikan alternatif dan laluan TVET juga perlu diberi keutamaan dan diperkukuh bagi pelajar yang kurang cenderung kepada aliran akademik. Walaupun sekolah vokasional telah sedia wujud, kerajaan wajar menilai semula peruntukan dan kapasiti institusi ini agar pelaksanaan RUU ini benar-benar inklusif, holistik dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat peruntukan undang-undang sahaja tidak mencukupi. Ramai murid tercicir kerana gagal menguasai asas 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Usaha mewajibkan pendidikan menengah perlu disertai strategi pemulihan asas pembelajaran sejak peringkat awal persekolahan.

Saya juga ingin menyentuh Laporan PISA 2022 oleh OECD, mencerminkan cabaran asas kepada sistem pendidikan kita. Skor Malaysia menurun dalam ketiga-tiga domain utama iaitu matematik, membaca dan sains berbanding tahun 2018. Lebih 59 peratus murid berumur 15 tahun ke bawah gagal mencapai tahap minimum dalam asas matematik dan hampir separuh dalam asas kemahiran membaca.

Malah, prestasi Malaysia juga lebih rendah berbanding negara jiran seperti Vietnam dan Thailand. Sukatan pelajaran juga perlu disemak semula. Banyak...

draft • 5:32 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Batang Sadong, saya mencelah sikit boleh?

draft • 5:32 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Selepas ini boleh Puncak Borneo ya?

draft • 5:32 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey.

draft • 5:32 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Nanti saya bagi. Banyak kandungan didapati terlalu kompleks dan tidak bersesuaian untuk tahap murid sekolah rendah. Fokus utama perlu kembali kepada penguasaan asas 3M. Jika asas ini gagal dibina, murid akan hilang minat dan keyakinan untuk meneruskan pelajaran di peringkat menengah.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar diwujudkan satu program intervensi menyeluruh yang melibatkan pemulihan akademi, sokongan, psikososial dan pengesanan awal murid berisiko keciciran khususnya di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, pemansuhan peperiksaan seperti UPSR dan PMR pula walaupun bertujuan meringankan tekanan akademik, telah meninggalkan kekosongan dari segi penanda aras pencapaian murid dan hala tuju pembelajaran. Saya mencadangkan agar satu mekanisme pentafsiran baharu diperkenalkan agar murid dan guru mempunyai hala tuju yang jelas.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini ya. Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Peperiksaan Pentaksiran Standard dengan kerjasama Cambridge University Press and Assessment. Peperiksaan ini akan diwajibkan ke atas semua pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 di Sarawak. Inisiatif ini wajar kita contohi dan dijadikan modul rujukan kebangsaan dalam membangunkan sistem pentafsiran yang berkualiti dan sebagai usaha memperkukuh sistem pendidikan melalui penilaian. Boleh saya bagi ke Puncak Borneo sekejap, Tuan Yang di- Pertua?

draft • 5:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh.

draft • 5:32 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Tak boleh?

[Ketawa]

draft • 5:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih.

draft • 5:32 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Okey, saya teruskan sedikit lagi.

Tuan Yang di-Pertua, nak landing. Mewajibkan pendidikan menengah ialah langkah berani.

Namun, keberkesanannya sangat bergantung kepada kejayaan menangani punca ataupun akar kepada masalah keciciran.

Sistem pendidikan kita mesti responsif dan berpaksikan keperluan murid. Jika asasnya kukuh, saya yakin lebih ramai anak Malaysia akan terus kekal bersekolah dan menyumbang kepada masa depan negara.

Dengan itu, saya menyokong penuh RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 ini dengan penuh keyakinan dan harapan agar transformasi pendidikan ini benar-benar membawa perubahan yang bermakna untuk generasi masa depan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Berikutnya Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 5:32 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 bertujuan untuk mewajibkan pendidikan menengah. Ia merupakan pemangkin untuk memastikan semua kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat peluang pendidikan hingga ke peringkat menengah.

draft • 5:39 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pendidikan adalah gateway ataupun pintu masuk bagi membuka segala peluang dalam kehidupan dan dapat mengubah nasib masa depan semua orang. Atas asas itu, Kubang Pasu turut serta dalam perbahasan Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 pada hari ini dan Kubang Pasu akan menyokong apa juga yang baik demi untuk rakyat dan negara.

Pindaan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] adalah perlu untuk melaksanakan pendidikan wajib dilanjutkan sehingga pendidikan menengah. Antara pindaan yang dicadangkan adalah pindaan seksyen 2, menggantikan takrif ‘pendidikan wajib’ dengan takrif pendidikan wajib ertinya pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib bawah seksyen 29A(1) dan pendidikan menengah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah seksyen 32A(1).

Di sini saya ingin mengemukakan sembilan titik kritikal ataupun critical points kenapa pendidikan menengah mesti diwajibkan kepada anak-anak muda, kanak-kanak Malaysia.

Pertamanya, memutuskan kitaran kemiskinan ataupun breaks the cycle of poverty.

Pendidikan menengah mempersiapkan murid dengan kemahiran yang diperlukan dan mempertingkatkan potensi pendapatan masa depan.

draft • 5:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Keduanya, memperkukuhkan kognitif aktiviti intelektual, mental process of learning and understanding, berfikir secara kritikal, yang membina kemahiran berkomunikasi yang diperlukan bagi penglibatan aktif dalam ekonomi dan masyarakat. Seterusnya, meningkatkan kebolehpasaran ataupun job readiness. Kebanyakan pekerjaan memerlukan sekurang- kurangnya kelulusan sekolah menengah. Tanpanya, anak-anak ini akan tersisih dari pasaran kerja yang formal dan kemajuan kerjaya.

Seterusnya, mengurangkan kadar perkahwinan awal di bawah umur dan buruh kanak-kanak. Dalam persekolahan, ia akan memperlambatkan kemasukan kanak-kanak dalam pertanggungjawaban orang dewasa. Seterusnya, menyediakan anak-anak muda dalam ekonomi digital. Pendidikan menengah mengajar celik digital dan ilmu STEM yang diperlukan bagi penglibatan dalam agenda digital Malaysia.

Mengurangkan jenayah dan ketidakstabilan sosial. Anak-anak muda yang kurang pendidikan, mudah dieksploitasi dan mudah terlibat dalam jenayah. Seterusnya, memelihara hak untuk memperolehi pendidikan. Demokratisasi pendidikan adalah hak asasi kepada semua orang. Persediaan menghadapi negara menua. Taraf pendidikan yang lebih baik akan menjadikan anak muda lebih bersedia menjalani kehidupan yang lebih baik dan terjamin bila sudah tua. Seterusnya, pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang lebih berdaya saing berteraskan nilai daya cipta dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 adalah the way forward ataupun jalan ke hadapan.

Ia memang patut dilaksanakan. Ia bukan cerita berani atau tidak. Kerajaan manapun memang kena buat. Cuma, saya ragu-ragu sedikit berhubung dengan seksyen baharu 32A(4) iaitu ibu bapa yang melanggar subseksyen (2), melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Saya sebut perkara ini berdasarkan kepada realiti di bawah sana. Majoriti yang terbabit dalam isu ini adalah golongan berpendapatan rendah. Pertama, jika dikenakan denda yang tidak melebihi RM5,000. Katakan RM4,000. Adakah mereka mampu untuk membayar denda ini? Jika tidak mampu, mereka akan dipenjarakan. Ini pun akan menimbulkan masalah besar kepada keluarga berkenaan. Jika bapa dipenjarakan, maka akan hilang punca pendapatan keluarga. Dalam hubungan ini, saya mohon kerajaan mengkaji semula denda yang akan dikenakan dan mencari mekanisme yang lebih praktikal atau munasabah sebelum dilaksanakan. Kita jangan sahaja menghukum tetapi lebih penting ialah membimbing.

Terakhir Dato' Yang di-Pertua, saya hendak cerita pengalaman sendiri mengenai seorang murid yang masuk Tingkatan Satu dan berhenti belajar, namanya Mat. Ia berlaku pada tahun 2008, saya baru masa itu. Baru menjadi ADUN Guar Cempedak, Parlimen Jerai.

Mat berhenti sekolah kerana ikut bapanya menjadi nelayan. Mat seronok ikut bapanya ke laut kerana diberi RM10.00 sehari, ya lah, umur 13 tahun. Sebagai wakil rakyat, saya berusaha sebaiknya untuk mendapatkan tempat semula bagi Mat di sekolah.

draft • 5:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya berjaya alhamdulillah, melakukannya kerana mendapat sokongan dan kerjasama daripada sekolah. Namun, selepas beberapa bulan, Mat sekali lagi berhenti sekolah dan berpindah ke tempat lain. Akhirnya, masuk penjara kes dadah. Mat mungkin dapat meneruskan pendidikannya di sekolah menengah jika pendidikan menengah sudah menjadi pendidikan wajib ketika itu. Sesungguhnya, terdapat ramai lagi kanak-kanak seperti Mat ini di bawah sana. Sekian, *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 5:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikutnya, Yang Berhormat Pekan.

draft • 5:40 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Dato’ Indera Pengerusi. Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 yang bertujuan memperluas Dasar Pendidikan Wajib sehingga ke peringkat menengah melibatkan seksyen baharu 32A.

Pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Namun, realitinya pada masa ini, masih ramai tidak mendapat akses sepenuhnya. Justeru, pindaan ini adalah satu langkah penting ke arah pendidikan yang lebih inklusif dan menyeluruh.

Kadar keciciran murid sekolah rendah dan menengah direkodkan seramai 13,007 orang pada tahun 2024 iaitu meliputi 1,995 murid sekolah rendah dan 11,412 sekolah menengah. Bagi tahun yang sama, seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia direkodkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis. Ini merupakan satu angka yang besar kerana ia bukan sekadar keciciran yang menjejaskan masa depan mereka tetapi juga memberi kesan kepada masa depan negara dari segi pembangunan modal insan dan pembangunan sosioekonomi negara.

Pekan menyokong penuh pindaan ini. Namun, cabaran utama dalam melaksanakan dasar ini perlu ditangani sebaik-baiknya serta memerlukan penambahbaikan dan pendekatan bersepadu bagi memastikan pelajar kekal dalam sistem persekolahan hingga tamat.

Sebahagian pelajar tercicir dan tidak dapat meneruskan pendidikan menengah disebabkan kekangan kewangan keluarga yang memaksa mereka menamatkan persekolahan setakat peringkat rendah sahaja, walaupun masih berkeupayaan untuk belajar.

Pindaan ini sudah semestinya membabitkan peruntukan kewangan tambahan daripada kerajaan. Justeru, Pekan mencadangkan agar kementerian memperluaskan Skim Bantuan Kewangan Bersasar seperti Bantuan Tunai Bulanan, Subsidi Pengangkutan Sekolah dan Bantuan Makanan Harian bagi membantu murid daripada keluarga kurang berkemampuan untuk meneruskan pendidikan.

Selain itu, isu akses pendidikan di kawasan pedalaman juga masih mencari cabaran.

Faktor geografi seperti jarak jauh, laluan sukar dan ketiadaan pengangkutan yang sesuai, menyukarkan murid untuk hadir ke sekolah. Keadaan ini menyebabkan sesetengah murid berputus asa dan akhirnya, tercicir daripada sistem pendidikan. Pekan mencadangkan agar ketumbukan kementerian boleh membina lebih banyak sekolah dengan asrama mini di

draft • 5:45 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

kawasan pedalaman bagi mengatasi isu keciciran, terutama yang melibatkan murid kawasan sukar diakses.

Faktor lain yang menyumbang kepada keciciran pendidikan menengah adalah disebabkan ketidaksepadanan kurikulum dengan minat dan kecenderungan pelajar. Oleh itu, Pekan menyarankan agar perlu memperluaskan dan memperkasakan aliran lain seperti pendidikan seni kreatif dan pendidikan teknikal dan vokasional seawal peringkat menengah rendah sebagai alternatif kepada aliran akademik.

Ini termasuk pengenalan model kemahiran asas yang menarik kerjasama dengan institusi tempatan serta saluran persijilan yang diiktiraf bagi menjamin hala tuju pelajar - kerjaya pelajar. Secara tidak langsung, ia menggalakkan murid untuk kekal berada dalam sistem persekolahan dan fokus dalam bidang yang diminati.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, pindaan bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat menengah adalah amat penting bagi memastikan setiap murid mendapat akses pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang.

draft • 5:45 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Ini bukanlah sekadar satu isu perundangan tetapi ia juga mencerminkan tekad negara untuk melahirkan generasi celik ilmu, berdaya saing dan berpotensi tinggi. Pekan menyokong sepenuhnya pindaan ini dan berharap agar ianya dapat dilaksanakan secara menyeluruh, adil dan inklusif. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Berikutnya, Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Speaker. Terima kasih di atas kesempatan untuk saya bahaskan rang undang-undang ini.

Perkara pertama yang saya ingin sebutkan ialah rang undang-undang ini sebelum dilaksanakan bukan hanya kita melihat kepada kadar denda yang akan dikenakan kepada kedua ibu bapa. Ibu bapa juga perlu diberi kefahaman bagaimana kerajaan akan menguruskan anak-anak mereka yang terlibat dengan kemiskinan keluarga, ketidakmampuan menguruskan kehidupan agar mereka yakin bahawa anak mereka tidak menjadi beban kepada mereka sekiranya meneruskan pendidikan di peringkat menengah dan seterusnya. Anggaran pelajar Tahun 6 yang tidak menyambung ke Tingkatan 1 lebih kurang tiga ke lima peratus. Diandaikan bahawa pelajar Tahun 6, 450,000 ke 470,000.

Bermakna sekitar 300 ke 23,000 pelajar yang tidak menyambung ke Tingkatan 1.

Yang kedua, saya suka menarik perhatian untuk melihat kes tentang Orang Asli yang hari ini kalau kita tengok kadar kenaikan ke Darjah 6 ialah hanya 74 ke 85 peratus berbanding dengan 90 peratus di peringkat asas tadi. Oleh itu, kerajaan perlu mengenal pasti tentang

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

masa depan anak Orang Asli bagi mereka juga berada pada landasan bagi mengubah kehidupan mereka melalui proses pendidikan yang digubal sebaiknya.

Yang kedua, kelulusan pindaan ini pastinya melibatkan perubahan bilangan guru.

Saya harap persediaan rapi dapat diberikan agar guru tidak terus terbeban dengan penambahan pelajar ribuan setiap tahun. Dan saya nak bertanya, sejauh manakah pelaksanaan pelantikan pembantu guru yang pernah dibangkitkan dalam sidang Dewan sebelum daripada ini? Seterusnya supaya guru-guru tadi tidak terbeban dengan tugas perkeraniannya.

Sila, Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kuala Krau — kawasan dia ramai Orang Asli. Saya nak tanya Kuala Krau. Ada pendapat mengatakan, bila murid Orang Asli itu dia minoriti sangat di sesebuah sekolah, purata result tak bagus tapi bila dia majoriti, purata result bagus, datang sekolah pun rajin. Apa pandangan?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Cuma satu kajian yang lebih menyeluruh terhadap sikap dan kefahaman masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan negara sebab mereka juga ramai termasuk Timbalan Speaker kita yang merupakan di kalangan orang asal. Terima kasih.

Seterusnya, saya ingin bertanya juga, apakah sambungan ke sekolah menengah ini hanya terhad ke sekolah yang terdapat padanya peperiksaan arus perdana yang diiktiraf atau pun merangkumi asal saja sekolah menengah demi memberikan harapan ataupun kebebasan kepada ibu bapa dalam memilih arus pendidikan menengah anak-anak mereka?

Yang keempat, punca. Antara punca tidak menyambungnya pelajar ini ke sekolah menengah ialah kekurangan dari sudut pencapaian akademik. Justeru, saya mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan kemampuan kaunselor di sekolah-sekolah agar pelajar- pelajar ini dikesan lebih awal terhadap ketidakmampuan mereka meneruskan pendidikan di kelas agar terus saja diserap secara langsung ke pendidikan yang lain, terutama TVET supaya masa mereka tidak terbuang dalam perkara yang mereka tahu, mereka tidak mampu untuk mencapainya kepada tahap yang tertinggi.

Seterusnya, kemiskinan. Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dana khas bagi memberikan bantuan pendidikan berdasarkan latar belakang keluarga. Juga disebut dalam kempen pilihan raya lalu bahawa pendidikan percuma akan diberikan kepada masyarakat. Mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan sebelum habis penggal ini.

Seterusnya, saya juga ingin menyebut tentang — bersimpati tentang kematian Allahyarhamah adik Zara Qairina ini. Dah macam-macam sahabat-sahabat bahas cuma yang saya ingin timbulkan ialah jangan salahkan masyarakat, mewujudkan berbagai-bagai persepsi kerana masyarakat telah melihat bukan satu kes, dua kes yang membabitkan perkara yang sama, yang melibatkan institusi pendidikan kita sama ada rendah, menengah, hatta universiti sedangkan siasatan yang berlanjutan dengan apa yang berlaku begitu lama sehingga masyarakat tertunggu-tunggu, yang akhirnya menimbulkan keresahan dan

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

keyakinan sejauh manakah anak mereka diberi jaminan keselamatan, sekiranya meneruskan pendidikan di arus perdana.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Berikutnya, Yang Berhormat Kluang.

draft • 5:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sertai dalam perbahasan rang undang-undang bagi meminda Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan mewajibkan pendidikan menengah kepada semua kanak-kanak warganegara.

Sejak kecil, antara peribahasa yang sering diulangi oleh cikgu saya di sekolah ialah dengan izin, [Berucap dalam bahasa Cina] . Maknanya, “walau semiskin manapun kita, pendidikan tidak boleh diabaikan.” Dengan semangat itu, hari ini kita mengambil langkah penting untuk meminda undang-undang sedia ada supaya semua kanak-kanak Malaysia berada dalam sistem pendidikan sekurang-kurangnya sehingga Tingkatan 5.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lalu, kadar enrolmen murid di peringkat pendidikan rendah telah mencecah 99.39 peratus. Hampir 100 peratus dah. Satu lonjakan yang sangat memberangsangkan sejak pendidikan rendah diwajibkan pada tahun 2003. Namun begitu, kadar penyertaan murid di peringkat pendidikan menengah masih berada pada 94.86 peratus pada tahun 2024. Ini bermakna, kira-kira lima peratus murid tercicir selepas Darjah 6. Dan di sebalik angka lima peratus ini, ada lebih kurang 130,000 orang kanak-kanak yang tidak menyambung pelajaran ke peringkat menengah.

Saya akui, setiap orang murid tercicir mempunyai cerita dan cabaran tersendiri.

Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak pendidikan mereka. Setiap anak Malaysia wajar berada di institusi pendidikan sama ada kerajaan mahupun swasta, sekurang- kurangnya sehingga Tingkatan 5.

Dan apa yang paling membimbangkan ialah apabila ada ibu bapa yang berhujah bahawa anak mereka tak pandai belajar, lebih baik terus bekerja atau ambil pengalaman hidup. Ini tidak wajar. Kita mempunyai 86 buah kolej vokasional di seluruh negara bagi murid yang lebih cenderung kepada pembelajaran berasaskan kemahiran dan praktikal. Mereka boleh menyambung pengajian dalam aliran vokasional selepas Tingkatan 3. Dan saya mohon kementerian kalau boleh, tambah lagi lebih banyak kolej vokasional. Bukan tertinggal di hanya 86 buah kolej vokasional sahaja.

Dan Tuan Yang di-Pertua, setiap anak mempunyai kelebihan berbeza. Ada yang cemerlang dalam akademik, ada pula yang lebih berbakat membina, mencuba, mencipta, belajar melalui dengan — dan pengalaman. Pendidikan menengah wajib akan memastikan tiada seorang pun yang tercicir hanya kerana sistem tidak mengiktiraf potensi mereka yang berbeza.

draft • 5:56 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tuan Yang di-Pertua, sejak rang undang-undang ini dibacakan kali pertama, ada juga yang mempertikaikan langkah ini dengan alasan kemiskinan keluarga. Respons saya tetap sama. Walaupun miskin, pendidikan tidak boleh diabaikan. Pendidikan ialah jalan paling ampuh untuk mengubah nasib keluarga. Kalau hari ini kita mengorbankan pendidikan seorang anak demi kelangsungan ekonomi seisi rumah, kita sebenarnya sedang menggadaikan masa depan anak itu dan mengulang nasib yang sama buat generasi akan datang. Justeru, untuk memutuskan kitaran kemiskinan, kita wajibkan pendidikan sehingga Tingkatan 5.

draft • 5:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kluang, saya minta laluan sikit, boleh?

draft • 6:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Okey, saya bagi laluan.

draft • 6:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, terima kasih, Kluang. Apabila dilaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah, ia telah meningkatkan pendaftaran anak murid sebanyak 99.3 peratus dan sudah semestinya apabila akta ini bakal mewajibkan pendidikan menengah, ia dapat meningkatkan pendaftaran peringkat menengah.

Namun, saya memohon kepada KPM untuk meningkatkan dan juga memperbanyakkan jumlah sekolah jenis K9 dan juga K11 di pedalaman Sarawak untuk memudahkan rakyat pedalaman yang miskin menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Kerana ketika ini, hanya satu saja sekolah K11 di Sarawak iaitu SMK Long Bedian, Baram.

Jadi, adakah YB Kluang bersetuju dengan saranan ini?

draft • 6:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Saya setuju sepenuhnya dengan pandangan Puncak Borneo dan saya minta ucapan Puncak Borneo masukkan ke dalam ucapan perbahasan saya juga. Dan saya akan gulung, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, di sini bukan tak cukup bantuan. Kerana kalau kita meneliti, KPM sebenarnya sudah sediakan 18 jenis bantuan untuk murid kita sambung pelajaran dalam pendidikan rendah dan juga pendidikan menengah. Di sini bukan kurang bantuan tetapi iltizam kita semua sebagai pembuat dasar, pendidik dan ibu bapa untuk memastikan setiap kanak-kanak Malaysia kekal berada dalam sistem pendidikan hingga mereka sekurang-kurangnya berumur 17 tahun. Dengan ini, saya sokong sepenuhnya rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Berikutnya, Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirahmanirahim. Saya turut menyokong akta bagi meminda Akta Pendidikan 99 bagi membolehkan semua pelajar mendapat pendidikan wajib sehingga peringkat ke sekolah menengah.

draft • 6:01 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebagaimana yang kita maklumi, sekolah adalah suatu tempat untuk memproses anak-anak kita ini supaya menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan juga bersedia menghadapi apa saja cabaran masa depan. Yang menjadi persoalannya, kalau sekadar meminda akta untuk mewajibkan anak-anak kita bersekolah sampai ke sekolah menengah tapi kalau tak juga difikirkan dari sudut keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan itu sendiri yang menyebabkan beberapa golongan remaja terlibat dengan jenayah juvana dan pelbagai gejala sosial yang sepatutnya juga diambil kira, apa ertinya kita pinda akta untuk mewajibkan pelajar-pelajar ke peringkat sekolah menengah, tapi dalam masa yang sama, elemen-elemen yang boleh menyebabkan gagal falsafah pendidikan untuk dilaksanakan bagi melahirkan insan yang berilmu, berakhlak.

Contohnya, statistik jenayah juvana di Malaysia. Berlaku peningkatan sebanyak 37.5 peratus di dalam kes jenayah juvana pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Kebanyakan terlibat dengan jenayah rogol, kes berkaitan dadah, mencederakan orang, mencuri dan sebagainya. Manakala statistik remaja yang lari daripada rumah di Malaysia antara tahun 2019 hingga 2022 menunjukkan ada peningkatan dari 2,977 kes tahun 2019 meningkat kepada 3,589 kes pada tahun 2022. Kebanyakannya remaja yang bersekolah di sekolah menengah. Antara faktornya, mencari kebebasan hidup, perselisihan keluarga, pengaruh rakan sebaya, tidak minat belajar, keluarga bermasalah dan sebagainya.

Manakala statistik pengambilan arak dalam kalangan remaja di Malaysia menunjukkan 20 peratus remaja pernah mengambil minuman beralkohol sekurang- kurangnya sekali dalam hidup mereka, 65 peratus daripada mereka mencuba alkohol sebelum usia 14 tahun. Satu kajian yang dibuat pada tahun 2020 mendapati 47.5 peratus golongan milenial di Lembah Klang mengaku minum arak dan 20 peratus daripada mereka minum dalam kuantiti besar sehingga mabuk yang risikonya ialah memandu dalam keadaan mabuk, pergaduhan, hubungan seks paksa dan juga merokok.

Statistik juga menunjukkan aktiviti seksual remaja di Malaysia. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan: Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 oleh Kementerian Kesihatan, 154,646 remaja dilaporkan pernah melakukan hubungan seks bebas, 33 peratus mula melakukan hubungan seks sebelum usia 14 tahun, 11 peratus mempunyai lebih daripada seorang pasangan, 75 peratus melaporkan melakukan hubungan seks baru-baru ini dan 88 peratus tidak menggunakan kondom, 80 peratus tidak menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga.

Manakala kehamilan remaja akibat pengaruh seks bebas, purata tahunan dianggarkan sekitar 4,000 remaja perempuan bawah 18 tahun hamil setiap tahun. Penurunan kes hanya berlaku sekitar 13,000 ke 10,000 sahaja. Dan 40.2 peratus kebanyakannya remaja hamil tidak berkahwin, 80.2 peratus tidak bersekolah dan ada beberapa negeri yang tertinggi bilangannya yang tak perlu saya sebut satu persatu.

Dari sudut melahirkan insan yang soleh, beramal dengan apa yang Allah perintahkan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri, satu kajian telah

draft • 6:01 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

dibuat mendapati hanya sekitar 15 peratus pelajar sekolah menengah mengakui menunaikan solat lima waktu sehari. Selebihnya kerap meninggalkan solat. Menjadikan remaja antara golongan yang paling terjejas dalam hal melaksanakan kewajipan yang dituntut oleh Allah SWT.

Satu kajian telah dibuat di negeri Selangor, melibatkan 27 remaja dari sembilan daerah menunjukkan enam faktor utama pengabaian solat. Pertama, keluarga yang kurang memberi penekanan, pengaruh rakan sebaya, pengaruh teknologi komunikasi, kurangnya peranan masjid dan sebagainya.

Dan akhir sekali, dalam satu kajian juga telah dibuat, betapa remaja lebih kurang 80 peratus remaja Islam tidak pandai mengaji, 95 peratus umat Islam tidak pernah mencari atau menghadiri kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama. Hanya sekitar lima peratus remaja membaca Al-Quran secara konsisten dan hanya satu peratus yang membaca tafsirannya.

Sehubungan dengan itu, semua pihak, bukan sahaja Kementerian Pendidikan, semua pihak mesti berusaha untuk mengatasi masalah ini. Bukan sahaja keciciran dalam bidang akademi tetapi pembentukan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin, beramal dengan amalan yang soleh. Kalau tidak ada kerjasama dalam semua kementerian dan adanya elemen-elemen yang meruntuhkan pembinaan akhlak ini, maka apa maknanya kita pinda Akta Pendidikan hanya untuk mewajibkan pelajar-pelajar sampai ke peringkat menengah dan dalam masa yang sama, elemen meruntuh― sekolah membina, tapi ada elemen yang lain yang meruntuhkan pembinaan sahsiah.

Maka, tak ada apa ertinya sebenarnya. Sekadar mewajibkan...

[Tidak jelas] Sebab itulah, semua pihak, bukan saja Kementerian Pendidikan, semua kementerian yang lain mesti bekerjasama dalam menghasilkan falsafah pendidikan itu sendiri yang ingin melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

draft • 6:01 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Berikutnya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 6:01 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Speaker.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Speaker, saya melihat rang undang-undang ini bagus. Tujuannya baik. Dan saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan suka hatinya ingin menyokong rang undang-undang ini. Dan dia ada kaitannya dengan masyarakat kami di Pasir Gudang. Saya ceritakan sedikit.

Baru-baru ini, sebulan yang lalu, pelajar-pelajar sebuah sekolah di Pasir Gudang, Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 1 memenangi satu pertandingan gold award, pingat ingat emas di London, mengalahkan 31 negara yang lain dalam bidang sains dan teknologi. Saya bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri, itu satu wajah ya, satu cerita.

draft • 6:08 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tapi, beberapa bulan yang lalu, Yang Berhormat Menteri ada bagi tahu saya secara berdepan, ada masalah di Pasir Gudang, iaitu peratusan keciciran pelajar-pelajar di sekolah menengah itu tinggi dan ini sangat membimbangkan saya sebagai Ahli Parlimen dan juga Menteri.

draft • 6:08 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Dan tak sampai hanya beberapa bulan, rang undang-undang ini dikemukakan. Jadi, saya nampak, saya confident saya bertambah tentang Kementerian Pendidikan kita. Menteri dan pegawai-pegawai di sana, mereka ada hala tuju untuk memperbaiki sistem pendidikan ini. Minggu yang lepas kami diberi taklimat tentang akan ada perubahan kokurikulum bermula tahun depan untuk satu perubahan pendidikan yang holistik. Jadi, itu yang saya nak ceritakan.

Yang kedua, disebut di sini ialah saya sambung tadi kadar keciciran itu tak sampai ambil periksa SPM agak tinggi. Apa ni, bukan di kawasan parlimen kami saja, mungkin di tempat yang lain juga. Dan ini mungkin saya tidak salahkan pelajar-pelajar itu. Ini ada kaitan dengan culture of poverty, budaya yang ada kaitan dengan kemiskinan urban poverty. Kemiskinan bandar berlaku di mana pelajar-pelajar ini terpaksa bekerja untuk membantu keluarga mereka.

Di Pasir Gudang peluang kerja itu banyak. Anak-anak muda ini belum habis sekolah dia dah sanggup bekerja, dapat duit dan Singapura tu dekat saja. Boleh jalan kaki atau berenang pun boleh, bersebelahan saja dan currency-nya Sing Dollar itu ketiga kali ganda.

Ini satu daya tarikan faktor tolak, faktor menarik ini berlaku. Jadi, rang undang-undang ini saya rasa sedikit sebanyak boleh menyelesaikan perkara ini.

Dalam masa yang sama disebutkan pendidikan rendah wajib, pendidikan menengah wajib. Saya percaya kalau kerajaan meletakkan perkara ini wajib adalah tanggungjawab moral kerajaan bahawa pendidikan rendah dan menengah ini mesti percuma. Bagi sekolah kebangsaan, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan tak ada masalah rasanya memang percuma tetapi kita ada sekolah vernakular yang diiktiraf oleh kerajaan, dibenarkan sekolah-sekolah tahfiz. Sekolah rendah sampai menengah, ada bayaran. Bayarannya taklah murah.

Di samping itu, sekolah persendirian Tionghoa, sekolah persendirian Cina. Makna vernakular kena bayar juga. Jadi, kalau kita kenakan apa ini diwajibkan ini, adakah kerajaan akan menimbangkan untuk memberi geran bantuan kepada sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah-sekolah Cina ini supaya tak terbeban apa ini ibu bapa dalam masyarakat itu. Jadi, saya tidak mengambil masa yang panjang, sekianlah saja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikutnya Yang Berhormat Jerai.

draft • 6:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas ruang perbahasan yang diberikan.

Pindaan Akta Pendidikan 1996 melibatkan pendidikan wajib sekolah menengah.

Saya tertarik dengan perbahasan YB Rasah yang menyentuh keciciran pelajar menengah dalam peperiksaan. Ini sesuatu yang memberi cabaran besar dalam pindaan ini. Semoga keciciran terutama dalam peperiksaan awam perlu pendekatan yang holistik supaya angka ribuan dapat dikurangkan jika tidak dapat disifarkan.

Saya juga ingin tahu dalam seksyen baru 32A(4), ibu bapa boleh disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan. Dalam ucapan YB Menteri tadi, bentuk hukuman bukan menjadi semangat utama RUU ini namun, apabila diletakkan hukuman penalti seperti ini, cabaran utamanya ialah bagaimana penalti ini tidak dikuatkuasa sekiranya bilangan keciciran terutamanya dalam peperiksaan.

Saya juga ingin tahu apakah penalti ini tidak akan menjadi semangat utama selama- lamanya? Saya difahamkan RM30 juta telah disediakan bagi menangani isu keciciran.

Apakah mekanisme utama peruntukan ini dibuat secara bersasar atau secara holistik kepada semua yang terlibat? Dalam ucapan Menteri tadi disebutkan murid akan dapat hak pendidikan yang lebih berilmu dan berdaya cipta.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mendapat aduan dari rakan saya tadi, pagi tadi ada murid di sekolah menengah atas masih belum menguasai 3M. Dia buat latihan kepengetuaan dan dia turun ke lapangan dan dia mendapati pelajar Tingkatan 4 masih belum boleh membaca, menulis dan mengira. Saya anggap aduan ini kes terpencil, namun sekiranya berlaku dalam kadar yang tinggi kadar buta huruf, KPM perlu memperbanyakkan teknik PdP yang berkesan.

Begitu juga dalam soal menangani modal insan yang berjiwa MADANI, Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran teras, sudah tentu pelajar Islam dapat berjiwa insani. Saya ada sebut berulang kali keresahan tentang menguasai al-Quran dari segi menguasai bacaan.

Begitu juga saya mendapat jawapan bertulis tentang tulisan jawi tidak lagi sekarang hingga enam tahun akan datang diajar di sekolah menengah atas, maksudnya di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Dan ini cukup merugikan pelajar-pelajar yang berada di arus perdana dalam tempoh enam tahun yang akan datang kerana dalam tahun 2027, semakan kurikulum baru akan buat dan Tingkatan 5 pada 2031 baru akan ambil peperiksaan tulisan jawi. Ini adalah satu kerugian yang cukup besar dalam kalangan pelajar yang melibatkan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 buat masa ini.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam pindaan akta ini bertujuan persediaan menghadapi negara menua. Saya ingin tahu sejauh manakah dapat diaplikasi murid dapat menjamin kelestarian, kemenjadian selagi isu-isu buli masih lagi berlaku di seluruh pelosok negara dan sekali berlaku menggemparkan negara. Tular pula hari ini, mungkin beberapa hari yang lepas, KPM akan menyiasat kes murid bergaduh dengan guru dan dimaklumkan murid telah

draft • 6:13 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

menumbuk muka guru. Harapan kita agar KPM dapat terus beriltizam merealisasikan persediaan menghadapi negara menua dalam kalangan anak-anak didik kita insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, tercatat juga dalam pindaan akta ini menangani masalah sosial dan perkahwinan bawah umur. Sejauh manakah perkahwinan bawah umur ini telah berlaku dari segi datanya di seluruh Malaysia dan apakah faktornya? Sekian, saya menyokong rang undang-undang ini.

draft • 6:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 6:13 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Dato’ Indera atas kesempatan ini. Saya bangun untuk menyokong hasrat murni Kementerian Pendidikan menerusi pindaan RUU Pendidikan pada kali ini bagi memperkasakan pendidikan rakyat di dalam negara. Suka tidak suka, mahu tak mahu, pendidikan merupakan tunjang utama dan teramat penting terhadap pembangunan individu dan juga negara.

Dari Tampin kayuh dengan lajunya, Mencari gadis di Kompleks Pertama; Jika mahu negara maju, Pendidikan harus diutama. Dato' Indera Speaker, seksyen baru 32A menerusi pindaan pada kali ini bakal mewajibkan pendidikan di peringkat menengah. Terlebih dahulu, sebagai mukadimah perbahasan saya, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Mengapakah sekarang seksyen baru ini nak diperkenalkan oleh kementerian, sedangkan pendidikan di peringkat rendah telah lama diwajibkan, iaitu sejak tahun 2003 atau bersamaan 22 tahun yang lalu? Apakah faktor yang mengekang perkara ini dilaksanakan lebih awal lagi? Dan mengapakah langkah ini juga dilakukan bersekali semasa mewajibkan pendidikan di peringkat rendah pada tahun 2003 bagi menjamin kelestarian pendidikan di dalam negara?

Apa pun jawapannya, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Pendidikan yang berani tampil dengan agenda perubahan dan memulakan langkah transformasi pendidikan negara.

Dato’ Indera Speaker, bagi murid-murid yang dibuang atau diberhentikan persekolahan, bagaimanakah status mereka setelah seksyen 32A atau seksyen baru dikuatkuasakan?

Menurut data yang dikeluarkan oleh KPM pada tahun 2023, ponteng sekolah dan masalah disiplin merupakan penyebab tertinggi kes pembuangan atau pemberhentian sekolah. Saya sedia maklum bahawa mana-mana murid yang tergolong dalam kumpulan ini masih berpeluang untuk kembali bersekolah, menerusi proses rayuan dan sebagainya.

draft • 6:18 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Cumanya, kebimbangan saya adalah jika akta ini mewajibkan mereka perlu juga kembali bersekolah walaupun di sekolah yang berbeza, bagaimana pula dengan nasib murid-

draft • 6:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

murid lain di sebuah sekolah yang terpaksa menerima kemasukan murid-murid yang bermasalah ini?

Umum mengetahui isu buli tidak pernah sunyi di sekolah dan juga asrama. Baik di sekolah cemerlang mahupun di sekolah yang kurang cemerlang. Meskipun menurut statistik KPM, jumlah kes buli ini dilaporkan telah menurun daripada 734 kes pada tahun 2023 kepada 447 kes pada tahun 2024. Namun, jumlah angka yang dicatatkan tersebut tetap dilihat masih lagi tinggi dan membimbangkan.

Lebih-lebih lagi, sejak kebelakangan ini banyak kes buli yang berlaku di sekolah dan di asrama telah menyebabkan kematian yang tragik. Antaranya, kes Thaqif pada tahun 2017, Nhaveen pada 2017, Mohammad Naim pada 2010, Jackson Nuing Awe pada tahun 2017 dan yang terbaru ialah kes Zara Qairina. Justeru itu, saya mencadangkan supaya akta ini yang mewajibkan pendidikan menengah dapat dikecualikan terhadap murid-murid yang mempunyai masalah dan rekod disiplin yang teruk bagi melindungi murid-murid lain.

Dato’ Indera Speaker, merujuk kepada seksyen 32A(4), Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) dan apabila disabitkan telah melakukan sesuatu kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Saya cukup memahami bahawa hukuman dan denda ini kecenderungannya adalah untuk mendidik para ibu bapa. Namun, saya berpandangan pihak kementerian juga perlu menjelaskan secara terperinci mengenai perkara ini atau setidaknya memberi contoh-contoh kesalahan yang boleh diambil tindakan pada ibu bapa.

Jika dibandingkan antara murid sekolah rendah dan murid sekolah menengah, kelakuan, tindakan dan corak pemikiran mereka begitu berbeza sekali. Bagi murid sekolah rendah, mereka ini masih boleh dilentur dan mendengar cakap atau mengikuti nasihat para ibu bapa mereka. Namun bagi murid sekolah menengah, lain pula ceritanya. Mereka ini sudah mula dewasa dan mempunyai sifat tanggungjawab terhadap keluarga, lebih-lebih lagi murid- murid yang sudah kehilangan ibu bapa ataupun gurunya sekali.

Di kawasan luar bandar dan pedalaman misalnya, masih lagi terdapat murid-murid daripada keluarga yang kurang berkemampuan terpaksa mengorbankan pendidikan mereka dan menjadi tulang belakang kepada keluarga. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang memang tidak mahu bersekolah tetapi dipaksa bersekolah oleh ibu bapa dan akhirnya tidak menghadiri, menduduki peperiksaan SPM. Bagi kes begini, adakah ibu bapa atau penjaga mereka bakal dihukum dan didenda menerusi pindaan akta ini? Sehubungan itu, saya ingin...

draft • 6:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tampin.

draft • 6:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Saya mohon — ya, silakan. Ampang, Ampang.

draft • 6:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang Tampin sebut. Kalau macam itu, boleh tak kita minta supaya Yang Berhormat Menteri melihat tentang — sebenarnya faktor ketidakhadiran ke sekolah ini pelbagai kategori. Sama ada kemiskinan ataupun akses nak pergi ke sekolah menengah itu,

draft • 6:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

kalau kita wajibkan, tak banyak sekolah menengah berbanding dengan sekolah rendah. Jadi, dia kena pergi jauh ataupun malas ataupun dia tak ada motivasi. Jadi, faktor-faktor ini kita juga kena tahu sebab dendaan yang dikenakan tak boleh sama. Jadi, setuju tak kalau kita perlu ada satu pendekatan lain selain denda yang dibuatkan?

draft • 6:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya amat bersetuju Ampang. Selain daripada denda, mungkin kaedah-kaedah yang lain perlu dilihat dan supaya tidak membebankan ibu bapa. Sehubungan itu, saya mohon agar perkara ini diperincikan oleh kementerian bagi mengelakkan isu berbangkit dan mengelakkan sebarang penganiayaan terhadap ibu bapa dan juga penjaga.

Dato’ Indera Speaker, sekian sahaja daripada saya dan saya berharap segala pandangan dan soalan yang dibangkitkan mendapat perhatian pihak kementerian. Terima kasih Dato’ Indera Speaker, saya mohon menyokong.

draft • 6:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Berikutnya Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang di-Pertua. Yang di- Pertua, hari ini kita membahaskan RUU bagi meminda Akta Pendidikan dengan tujuan untuk mewajibkan pendidikan menengah. Ini adalah selari dengan anjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Pelan ini dilancarkan sewaktu Pagoh menjadi Menteri Pendidikan ketika itu.

Sewaktu saya di Kementerian Pendidikan dahulu, usaha untuk membuat pindaan kepada Akta Pendidikan berkaitan pendidikan wajib di sekolah menengah telah dimulakan.

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat menyelaraskan pindaan ini termasuk yang tidak lagi berada di kementerian. Semoga ada jariah buat kalian semua.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon penjelasan Menteri tentang beberapa perkara.

Hasrat saya adalah supaya penjelasan yang diberikan boleh dijadikan rujukan oleh pihak berkaitan sekiranya terdapat perkara berbangkit di kemudian hari tentang pindaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada ibu bapa yang menghantar anak mereka yang berumur antara 13 hingga 17 tahun ke institusi pendidikan persendirian yang tidak berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 atau di bawah mana-mana akta agensi Persekutuan atau di bawah enakmen kerajaan negeri. Ini termasuklah anak-anak yang dihantar ke pondok atau sekolah tahfiz persendirian yang tidak berdaftar.

Soalan saya, selepas akta ini diwartakan, adakah anak-anak yang sedang belajar di institusi pendidikan persendirian yang tidak berdaftar ini akan diberikan pengecualian di bawah seksyen 32A(3) secara automatik? Atau adakah ibu bapa bagi setiap murid tersebut perlu memohon pengecualian. Bagi pelajar yang berada di Darjah 6 tahun ini dan ibu bapa memilih untuk menghantar mereka ke institusi pendidikan persendirian yang tidak berdaftar

draft • 6:23 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

termasuk pondok atau sekolah tahfiz, adakah mereka dibenarkan berbuat demikian? Jika ya, apakah proses yang perlu dilalui bagi membolehkan anak mereka belajar di institusi tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, kedua, saya ingin menyentuh tentang homeschooling atau persekolahan di rumah. Selepas akta ini diwartakan, adakah ibu bapa yang anaknya sedang mengikuti homeschooling boleh meneruskan homeschooling atau perlu mendaftar anak mereka di sekolah berdaftar?

Secara keseluruhannya, sekiranya ibu bapa mempunyai anak di institusi pendidikan tidak berdaftar atau yang mengikuti homeschooling dan mereka perlu mendapatkan pengecualian daripada Menteri, berapa lama kah tempoh yang akan diberikan untuk membolehkan mereka mendapatkan pengecualian selepas pindaan hari ini diwartakan?

Tuan Yang di-Pertua, apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah, tentulah mereka ingin melihat anak mereka selamat pergi ke sekolah dan selamat kembali dari sekolah. Ini termasuklah apabila menghantar anak mereka ke asrama. Beberapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi telah menyentuh tentang pemergian tragik adik Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 di SMKA Tun Datu Mustapha yang meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah. Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga arwah. Semoga pelbagai persoalan yang dibangkitkan dapat dirungkai segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu lagi kes melibatkan kematian pelajar di asrama. Kes ini tidak mendapat perhatian masyarakat kerana tidak ramai yang bercerita mengenainya. Seorang murid Tingkatan 4, Muhammad Zulfan Iqbal, telah meninggal dunia akibat lemas ketika menjalani aktiviti pemulihan atau recovery selepas latihan bola sepak di sebuah sekolah sukan. Kejadian berlaku pada 25 November 2024.

Allahyarham Zulfan lemas di dalam kolam terjun dengan kedalaman lima meter dan telah tenggelam di antara 15 hingga 20 minit sebelum dinaikkan oleh seorang atlet renang yang berada di situ. Terima kasih dan tahniah kepada adik yang berani terjun untuk menyelamatkan arwah Zulfan.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar pada 17 Februari 2025.

Jawapan bertulis kementerian menyatakan perkara tersebut dalam siasatan polis. Pada 6 April 2025, akhbar melaporkan bahawa ibu bapa arwah, saudara Zaiful Ibrahim dan Puan Zulaila Mahmud telah membuat laporan polis setelah hampir tiga, lima bulan tidak mendapat sebarang perkembangan berkaitan kejadian tersebut. Bila saya membaca berita tersebut, hati saya tersentuh. Ibu bapa yang kehilangan anak harapan mereka secara tragis menagih simpati daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan pembelaan di atas kematian anaknya.

Pada 17 April 2025, saya telah menziarahi kedua ibu bapa arwah Zulfan di Kota Kemuning, Selangor. Ya, Kota Kemuning, bukan dalam Putrajaya dan saya tidak ada lagi kaitan dengan Kementerian Pendidikan tetapi atas dasar ihsan dan niat untuk memberi sokongan moral, saya menziarahi keluarga mereka.

Sayu saya mendengar rintihan ibu bapa arwah. Mereka menyatakan bahawa terdapat terlalu banyak persoalan di sebalik kejadian tersebut. Sebagai contoh, pelaksanaan

draft • 6:23 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

aktiviti recovery selepas latihan di dalam kolam terjun sedalam lima meter menjadi tanda tanya. Apakah SOP ini SOP kementerian? Lebih menyedihkan, kedua ibu bapa menyatakan tidak ada pemimpin kanan Kementerian Pendidikan hadir untuk menziarahi dan memberi penjelasan kepada keluarga. Mereka cuma ingin mendapat pembelaan terhadap apa yang telah berlaku kepada arwah Zulfan.

draft • 6:23 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Selepas ziarah tersebut, saya langsung tidak menyentuh tentang hal ini secara terbuka kerana tidak ingin dilihat seolah-olah cuba mempolitikkan isu ini. Namun, selepas — namun sehingga hari ini, selepas lapan bulan kejadian tersebut berlalu, saya dimaklumkan masih belum ada sebarang perkembangan terkini berkaitan kes tersebut.

Saya bawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini bagi pihak rakyat marhaen yang memohon supaya pihak berkuasa, khususnya PDRM dan Kementerian Pendidikan, memberi perhatian kepada kes tersebut. Pada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atau kepimpinan kanan Kementerian Pendidikan yang lain, turunlah bertemu dengan kedua ibu bapa dan keluarga arwah Zulfan. ‘Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.’ Jangan kerana isu ini tidak viral, maka keluarga arwah tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Kalaulah hendak tunggu isu ini viral baru hendak diambil tindakan tegas, tindakan yang cepat, maka saya mohon pada rakyat Malaysia, viralkan lah isu ini, semoga keluarga mereka mendapat pembelaan.

Kepada saudara Zaiful dan isteri, Puan Zulaila. Saya rekodkan di Dewan ini tentang apa yang telah berlaku, semoga akan ada pembelaan untuk arwah Zulfan. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Berikutnya, Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 6:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Pertama sekali, Sungai Petani ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana pindaan ini adalah satu sejarah baru untuk kita. Dan pada hari ini, merentasi parti politik dan juga fahaman politik, saya harap kita dapat bersetuju sebulat suara untuk memastikan masa depan negara ini di dalam keadaan yang baik dan teratur.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpegang teguh dan percaya bahawa teras keadilan sosial bermula dengan akses terhadap pendidikan. Dengan pendidikan, seseorang individu itu boleh keluar daripada kemiskinan. Dengan pendidikan, sekelompok masyarakat itu boleh mengecilkan jurang sosioekonomi. Dengan pendidikan, negara ini akan menjadi negara yang maju dan disegani oleh dunia.

Oleh sebab itu, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi memperluas takrif pendidikan wajib, bagi merangkumi pendidikan peringkat menengah.

draft • 6:31 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah anak mudanya hari ini. Maka dengan itu, kita perlu mempersiapkan anak muda hari ini dengan penuh ilmu, sahsiah, jati diri yang secukupnya.

Baru-baru ini ada viral video interview di salah satu himpunan di ibu kota. Ketika ditanya, ramai anak-anak muda yang sebenarnya tidak tahu tentang pengetahuan am, yang tidak tahu tentang demokrasi dan sistem kenegaraan. Ini kita letak ke tepi isu politik. Tapi inilah realitinya. Masih jauh perjalanan kita untuk memahamkan anak-anak muda ini dengan ilmu yang penuh.

Dan ada juga profesor yang mengatakan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menjadi Perdana Menteri selama dua penggal dan tidak buat apa dan sebagainya. Ini level profesor, bagaimana pula dengan level anak-anak kita yang di bawah sana? Jadi, ini yang memerlukan perhatian.

Pindaan ini bukan pindaan teknikal semata-mata. Ia adalah satu kenyataan moral.

Dan dalam negara ini, pendidikan bukan lagi keistimewaan yang diberikan kepada segelintir tetapi tanggungjawab bersama kerajaan dan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang terkandung dalam fasal 4 RUU ini, pindaan memperkenalkan seksyen 32A yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib melalui Perintah Warta. Ini bermakna, selepas pendidikan rendah, setiap anak Malaysia berumur antara 13 hingga 17 tahun mempunyai hak yang termaktub dan terikat di dalam undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, menurut Laporan UNESCO Institute for Statistics, satu daripada empat remaja dalam negara ini tercicir. Bermakna, kita kehilangan — setiap empat orang remaja, satu orang yang hilang dari radar pendidikan, hilang daripada masa depan negara Malaysia. Maka, dengan adanya pindaan ini, kita boleh menyelamatkan dan mengecilkan skala tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat dalam fasal 4 iaitu kemasukan seksyen 32A ke dalam akta ini turut memperuntukkan hukuman kepada ibu bapa yang gagal mematuhi subseksyen 32A(2) iaitu denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan. Saya tidak menolak bahawa pentingnya penguatkuasaan. Namun, saya ingin menyeru agar kita berwaspada dalam pelaksanaannya.

Justeru, saya ingin mengambil ruang ini untuk menggesa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan satu mekanisme untuk kita lihat perkara ini dengan lebih luas. Kita bukan hanya semata-mata ingin menghukum tetapi kita benar-benar inginkan kualiti yang diinginkan. Maka dengan itu, bantuan pengangkutan sekolah bagi kawasan pedalaman dan luar bandar, subsidi pakaian seragam, peralatan dan makanan asas, ini perlu dilihat supaya kita tidak hanya menghukum tetapi kita tahu perkara sebenar yang sedang berlaku.

draft • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 6:31 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sungai Petani.

draft • 6:31 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sekejap. Tuan Yang di-Pertua, memetik – saya menyokong penuh rang undang-undang ini dan ini adalah soal keadilan sosial. Dan saya juga ingin memuji tujuh langkah KPM yang dibuat untuk mengurangkan beban guru. Namun begitu, bila kita turun ke bawah, masih ada rintihan guru yang mengatakan masih terbeban dengan sistem yang ada dan sebagainya. Walaupun ini hanya sekecil sahaja.

Tapi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah mekanisme pemantauan di peringkat lapangan secara berkala supaya benar-benar beban ini dapat dikurangkan, bahkan dihilangkan supaya kualiti pendidikan itu dapat terjamin daripada guru- guru, kemudian ibu bapa dan juga pelajar? Silakan.

draft • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Sungai Petani.

Saya tertarik dengan perbahasan tadi yang menyentuh isu berkenaan dengan sejarah...

[Kurang jelas] Apakah komen Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Sungai Petani berkenaan tindak tanduk beberapa pihak yang memperlekehkan isu-isu kedamaian serantau seperti di Asia?

Sehingga ada Ahli-ahli Parlimen yang mengeluarkan komen-komen ataupun memuat naik karikatur yang jelik berkenaan dengan usaha-usaha Yang Berhormat Perdana Menteri untuk memainkan peranan penting dalam proses pendamaian di antara dua negara dan juga tindak tanduk pihak-pihak yang begitu biadab merotan pemimpin-pemimpin kita dengan gambar-gambar. Apakah perlu...

draft • 6:31 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

draft • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...di— perlu beri perhatian, pendidikan sivik dan pendidikan moral di atas perkara-perkara tersebut.

draft • 6:31 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Okey, baik. Terima kasih. Jadi, inilah sebenarnya pemimpin ia bermula — pendidikan itu bermula di mana? Pendidikan itu bermula di sini. Kita sebagai Ahli Parlimen, kita sebagai ahli politik yang menjadi teladan kepada masyarakat. Jadi, perbuatan-perbuatan itu bukan sahaja menghina sosok Perdana Menteri tetapi sebenarnya menghina sistem dan juga kepercayaan negara-negara ASEAN terhadap negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kita inginkan pendidikan yang baik, kita juga inginkan pendidikan ruang sekolah yang selamat. Itu yang paling penting. Ini yang terakhir daripada saya.

Kalau kita lihat statistik buli 2022, 3,883 kes dan 2023 meningkat 6,528 kes. Ini hanyalah buli di sekolah yang melibatkan mental atau fizikal. Belum lagi buli siber yang melibatkan lebih kurang 3,650. Dan buli inilah pada akhirnya menyebabkan terjadinya depression dan tekanan dan akhirnya, menyebabkan pelajar bunuh diri dan sebagainya.

draft • 6:31 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan rasa kekesalan, rasa sedih dan takziah kepada keluarga yang baru-baru ini – tadi juga ramai Ahli-ahli Parlimen lain menyebutkan, ya. Ini adalah salah satu contoh kes iaitu adik Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 di SMKA Sabah, di Papar. Ini adalah hanya satu daripada ribuan kes yang berlaku di Malaysia ini. Seperti yang Yang Berhormat Putrajaya sebut tadi, ada kes-kes yang tidak viral.

Ini yang kita inginkan perhatian daripada pihak kementerian.

Saya ingin bertanya. Apakah langkah kementerian untuk menangani kes-kes seperti ini? Dan saya harap anak yang tidak berdosa ini, anak yang masih kecil ini mendapat pembelaan. Walaupun kita lihat bagaimana begitu janggalnya cara kematian dia, walaupun kita lihat begitu tidak kena apa yang dilaporkan dan apa juga yang berlaku sebenarnya. Saya harap pihak kementerian benar-benar membuat satu langkah yang drastik supaya keadilan dapat ditegakkan kepada adik Zara Qairina dan seluruh mangsa-mangsa buli yang berada di dalam Malaysia ini. Sekian, Sungai Petani mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:31 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Berikutnya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 6:31 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang berdiri pada hari ini bukan semata-mata untuk menyokong atau menolak pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 ini.

draft • 6:39 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tetapi untuk membawa satu peringatan tegas kepada Dewan ini, bahawa apa yang kita gubal hari ini bukan sekadar undang-undang, tetapi satu penentuan terhadap nasib, masa depan dan maruah keluarga miskin di negara ini.

Pertamanya, pindaan seksyen 2 yang memperluaskan definisi pendidikan wajib dari pendidikan rendah hingga merangkumi pendidikan menengah. Secara prinsipnya saya amat menyokong cadangan ini, ini sejajar dengan keperluan semasa hari ini. Kelulusan Darjah 6 tidak lagi menjamin apa-apa, malah tak sampai pun untuk jadi rider Grab, sekurang- kurangnya Tingkatan 5. Tetapi kita perlu tanya, adakah sistem pendidikan menengah kita sudah cukup bersedia untuk menampung kemasukan wajib ini?

Tuan Yang di-Pertua, keduanya, saya ingin menegur dengan tegas pindaan seksyen 32A(4) yang memperuntukkan bahawa ibu bapa yang gagal mematuhi kewajipan ini boleh didenda RM5,000 atau dipenjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tuan Yang di-Pertua, ini satu pendekatan yang terlalu keras, terlalu menghukum, dan jujurnya tidak berpijak di bumi nyata. Apakah kita akan benar-benar menghantar ibu bapa ke penjara kerana gagal menghantar anaknya ke sekolah menengah? Sedangkan mereka sedang bergelut untuk isi perut, bayar sewa dan mungkin tiada duit tambang ke sekolah. Ini bukan pindaan pendidikan, ini seolah-olah pindaan ke arah kriminalisasi kemiskinan.

draft • 6:40 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, adakah kita sedang bantu ibu bapa atau sedang menghukum mereka kerana miskin? Mereka terdesak, mereka tercicir. Kita bercakap tentang memenjarakan ibu bapa dalam negara di mana bas sekolah pun tak sampai ke banyak kampung, di mana anak-anak terpaksa kerja kilang, jaga adik ataupun membantu keluarga.

Siapa sebenarnya yang bersalah? Ibu bapa atau sistem? Saya tidak mahu pendidikan dijadikan satu bentuk penghukuman. Pendidikan sepatutnya menyelamatkan manusia, bukan mengheret ibu bapa ke mahkamah.

Kalau betul niat kita nak pastikan semua anak-anak bersekolah sampai ke tingkatan lima, maka mulakan dengan wujudkan sistem pendidikan menengah yang lebih fleksibel untuk pelajar yang perlu bekerja, sediakan laluan modular sekolah malam atau program pembelajaran kendiri yang diiktiraf di bawah pendidikan wajib ini.

Yang kedua, gubal pendekatan intervensi yang bertahap. Wujudkan sistem amaran dan kaunseling sebelum sebarang tindakan perundangan diambil ke atas ibu bapa. Kita perlu bantu, bukan terus hukum.

Yang ketiga, hapuskan hukuman penjara kepada ibu bapa miskin. Ganti dengan khidmat masyarakat atau kursus keibubapaan atau lebih tepat, kursus ataupun bantuan keusahawanan. Penjara tidak mendidik ibu bapa jadi lebih bertanggungjawab malah hanya merosakkan struktur keluarga yang sudah semestinya rapuh ini.

Tuan Yang di-Pertua, cukuplah rakyat miskin ditekan oleh harga barang dan kos sara hidup. Jangan ditambah lagi dengan undang-undang yang menghukum mereka kerana sistem ini gagal menolong mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar kerajaan menyemak semula pindaan ini dengan lebih empati, lebih realiti dan lebih insani.

Undang-undang pendidikan ini tidak akan bermakna jika tidak disertai dengan kefahaman terhadap realiti kehidupan rakyat itu sendiri. Kita tidak perlukan undang-undang yang keras terhadap ibu bapa. Kita perlukan sistem yang keras melawan kemiskinan, keras melawan keciciran dan keras menuntut kebertanggungjawaban kerajaan terhadap kualiti pendidikan itu sendiri. Akhir kata, jangan jadikan kemiskinan satu jenayah. Jadikan pendidikan satu jalan keluar yang benar-benar mampu dilalui oleh semua rakyat. Sekian, terima kasih. Tanjong Karang mohon menyokong.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Berikutnya, Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 6:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi, izinkan saya mulakan dengan soalan, negara jenis apakah kita ini sekiranya kita membiarkan anak-anak meninggalkan bangku sekolah pada usia 12 tahun hanya untuk berakhir dengan perkahwinan pada 15 tahun, berpendapatan rendah pada usia 17 tahun dan seterusnya tidak kelihatan lagi?

draft • 6:44 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, pendidikan bukan sekadar keperluan undang-undang, ia sebenarnya sebuah ikrar bahawa tiada kanak-kanak yang akan terpinggir dan tiada masa depan yang pudar sebelum waktunya dan itulah sebenarnya tujuan murni rang undang-undang ini. Di mana, ia mengatasi kelompangan yang wujud dalam sistem pendidikan negara kita. Ini dilakukan dengan menjadikan persekolahan menengah sebagai mandatori.

Sejak tahun 2002, Malaysia telah mewajibkan pendidikan rendah. Namun, di sekolah menengah, pendidikan dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5 masih kekal sekadar pilihan.

Jadi hari ini, kita perlu membetulkan jurang tersebut. Tuan Yang di-Pertua, modal insan adalah aset terbesar Malaysia. Namun, bagaimana kita boleh menyerlah bakat negara ini jika pendidikan peringkat menengah pun tidak terjamin? Remaja yang meninggalkan sekolah selepas Tahun 6 sering memasuki pasaran buruh dengan tahap kemahiran yang minimum dan tidak dapat memperoleh pekerjaan yang stabil selain terperangkap di tangga berpendapatan terendah.

Malahan, mereka kelihatan lebih berkemungkinan kekal dalam kumpulan B40 dengan peluang peningkatan kerjaya yang terhad. Tetapi dengan tempoh persekolahan 11 tahun, kita membuka pintu kepada latihan vokasional, peluang TVET, kemasukan ke universiti dan juga memperkasa belia bukan sahaja sekadar untuk meneruskan kehidupan tetapi untuk mengecapi kejayaan.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar perubahan dasar, ia sebenarnya satu intervensi moral yang akhirnya memutuskan sebuah rantaian daripada keciciran sekolah kepada perkahwinan kanak-kanak, kepada kemiskinan berterusan dan kepada potensi yang hilang. Apabila seorang kanak-kanak perempuan dibenarkan meninggalkan sekolah pada usia 12 tahun, tidak semestinya dia melangkah ke arah masa depan yang cerah.

Ramai yang hilang dalam perkahwinan awal, kehamilan, bawah umur dan juga hidup yang ditentukan oleh keadaan, bukan pilihan. Dengan mewajibkan pendidikan menengah, kita memastikan anak-anak kita kekal dalam bilik darjah, di mana mereka lebih selamat. Jadi, kita bukan sekadar melanjutkan persekolahan tetapi turut melanjutkan perlindungan.

Jadi, walaupun saya menyokong rang undang-undang ini, saya ingin bangkitkan dua kebimbangan. Pertama, rang undang-undang ini mengenakan hukuman denda RM5,000 ataupun enam bulan penjara terhadap ibu bapa dan juga penjaga kanak-kanak, mereka yang tidak bersekolah. Tetapi bagaimana pula dengan ibu tunggal yang bekerja tiga pekerjaan ataupun keluarga B40 yang terpaksa memilih antara makanan dan peralatan sekolah?

UNICEF melaporkan bahawa satu daripada tiga keluarga miskin bandar bergelut dengan kos persekolahan. Tanpa sokongan yang sewajarnya, undang-undang ini berisiko menjenayahkan kemiskinan dan bukannya menyelesaikan ketidakhadiran. Jadi, adakah kementerian akan melancarkan satu sistem sokongan seperti bantuan kewangan ataupun kaunseling sebelum menghukum ibu bapa dan juga penjaga? Jadi, sejauh manakah keadilan akan terjamin untuk isi rumah miskin dan juga ibu bapa tunggal?

draft • 6:44 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Kedua, ribuan kanak-kanak di Malaysia masih kekal tidak berdokumen dan mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran. SUHAKAM dan juga JPN telah menganggarkan lebih banyak, seramai 10,000 kanak-kanak tiada dokumen yang sah. Jadi, ia menghalang mereka daripada sekolah. Jika pendidikan kini wajib, bagaimana kita yang masukkan mereka yang tidak tercatat dalam rekod? Apakah langkah konkrit yang akan diambil untuk memastikan kanak-kanak yang tidak berdokumen ini tidak dikecualikan daripada pendidikan wajib?

draft • 6:44 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, pendidikan adalah, cahaya harapan bangsa.

Tanpa akses kepada ilmu, anak-anak kita terperangkap dalam kegelapan kemiskinan. Jika kita ingin memutuskan rantai tersebut, maka pendidikan wajib dijadikan satu kepastian dan bukan lagi pilihan.

Dengan ini, Bukit Bendera...

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat. Yang Berhormat, boleh tak saya –– terima kasih.

draft • 6:50 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Sila.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Poin Yang Berhormat tadi itu saya rasa sangat penting. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita mencadangkan untuk anak-anak yang tiada dokumen ini, kalau dia tak bersekolah, dia akan timbul masalah lain ― masalah sosial dan sebagainya. Jadi tidakkah –– adakah Yang Berhormat bersetuju supaya kerajaan cari jalanlah, bukan saja soal sekolah menengah wajib ini tapi cari jalan supaya mereka ini dapat juga pendidikan?

draft • 6:50 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota. Soalan itu merupakan soalan yang cukup penting disebabkan hak pembelajaran dan sebagainya adalah wajib untuk kanak-kanak, tiada kompromi. Tapi, saya harap soalan itu dapat juga dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Jadi, akhir kata, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikutnya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 6:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan Yang Di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya juga untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Pendidikan (Pindaan) 2025. Alhamdulillah, Yang Di-Pertua, dari perbahasan- perbahasan pada petang ini, saya tengok semua dikatakan bersetuju rang undang-undang ini dipinda demi kelangsungan para pelajar kita terutamanya pelajar-pelajar yang selalunya tercicir jika rang undang-undang ini tidak diperketatkan ataupun diperhalusi betul-betul oleh KPM.

draft • 6:51 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat mulia pindaan RUU ini dalam menjadikan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib sehingga Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Bagi menangani isu keciciran pembelajaran peringkat menengah yang saya lihat sekiranya kita terus gagal diatasi, dikhuatiri akan memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara.

Oleh yang demikian, saya terus kepada persoalan-persoalan yang seperti berikut.

Pertama, saya ingin menyentuh soal kesiapsiagaan infrastruktur dan guru terutamanya di kawasan pedalaman. Lambakan isu pendidikan yang berlaku di pedalaman terutamanya seperti di Sabah dan Sarawak perlu ditangani dengan lebih serius. Di beberapa kawasan pedalaman, masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap.

Contohnya, seperti makmal sains yang lengkap. Sebagai contoh, di Long Pasia, Sabah, terdapat murid yang terpaksa menempuh tiga jam perjalanan sehala ke sekolah iaitu sesuatu keadaan yang menyumbang kepada risiko keciciran berkali ganda lebih tinggi.

Justeru, bagaimanakah kementerian dapat menjamin pembinaan sekolah baharu dalam masa 24 bulan di kawasan seperti ini? Dan apakah pelan interim seperti sekolah satelit, digital atau sekolah bergerak yang boleh dilaksanakan dalam tempoh peralihan ini?

Seterusnya, mengenai beban ekonomi keluarga. Walaupun RUU ini mengekalkan peruntukan hukuman denda RM5,000 atau penjara terhadap ibu bapa yang gagal memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah, kita tidak boleh menutup mata terhadap akar punca sebenar keciciran.

Kajian oleh United Nations Children’s Fund ataupun UNICEF pada tahun 2023 menunjukkan bahawa 52 peratus kes keciciran adalah berpunca daripada tekanan kewangan, bukan kecuaian. Di Kedah, contohnya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada Julai 2024, umpamanya, mendedahkan 40 peratus pelajar daripada keluarga B40 terpaksa bekerja sambilan untuk menyara hidup keluarga.

Saya ingin mendapat pandangan pihak kementerian berhubung perkara ini. Dan mungkinkah seperkara yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan ialah memperkenalkan insentif kehadiran penuh sebagai galakan kewangan positif kepada keluarga yang berpendapatan rendah? Saya mohon pandangan kementerian dalam isu ini.

Ketiga, isu kelulusan dalam mekanisme pengecualian fasa demi kepentingan awam.

Dalam seksyen 32A, dalam kandungan tiga, boleh menjadikan ruang interpretasi longgar dan membuka potensi diskriminasi. Di Kelantan, misalnya, 15 peratus murid orang kelainan upaya ataupun OKU masih belum mendapat akses kepada pendidikan formal.

Justeru, saya ingin bertanya, apakah jaminan bahawa proses pengecualian daripada pendidikan ini tidak disalahgunakan atau dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa penelitian klinikal yang objektif? Mengapakah tiada peruntukan khas jelas dalam RUU ini yang mewajibkan setiap permohonan pengecualian khusus melibatkan murid OKU atau mengalami penyakit kronik disokong dengan laporan penilaian daripada panel pakar kesihatan yang diiktiraf? Tanpa mekanisme ini, kita berisiko menyaksikan murid yang sepatutnya diberi

draft • 6:51 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

sokongan pendidikan khas dipinggirkan atas alasan tidak sesuai atau tiada kemudahan sedangkan masalah sebenar adalah, kegagalan sistem penyediaan akses yang lebih adil.

Keempat, persoalan pengiktirafan terhadap pendidikan alternatif juga perlu diberikan serius. Kini terdapat lebih 50,000 pelajar yang menuntut di lebih 1,200 institusi pendidikan alternatif termasuk sekolah tahfiz, pondok dan pusat vokasional swasta. Bagaimanakah kementerian dapat memastikan pengajaran kurikulum teras seperti bahasa Malaysia dan Matematik yang dilaksanakan dengan baik tanpa mencairkan identiti unit institusi tersebut?

Adakah kementerian juga berhasrat untuk membangunkan modus standard minimum bagi institusi alternatif ini?

Kelima, berkaitan dengan keperluan pelaksanaan berperingkat berdasarkan keperluan lokaliti. Boleh?

draft • 6:51 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh.

draft • 6:51 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Teruskan?

draft • 6:51 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Berhenti. Gulung, Yang Berhormat.

draft • 6:51 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Silap bertanya...

[Ketawa] Seminit Yang di-Pertua?

draft • 6:51 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit. Seminit.

draft • 6:51 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Keciciran di Sabah mencecah 18.2 peratus. Adakah antara tertinggi di Malaysia? Bukankah lebih wajar pendekatan fasa rintis diperkenalkan di negeri-negeri berisiko tinggi seperti Sabah dan Sarawak dengan tempoh transisi tiga tahun sebelum penguatkuasaan sepenuhnya. Model pendidikan 12 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat di Jerman Timur selepas penyatuan negara itu membuktikan bahawa kejayaan reformasi bergantung kepada pendekatan berasaskan konteks.

Seterusnya, kita tidak boleh mengabaikan nasib pelajar yang tergolong dalam kumpulan marginal dan tiada dokumen. Persoalan saya, adakah pertimbangan kementerian untuk melancarkan program sekolah angkat nasional khususnya bagi anak-anak tanpa dokumen seperti anak nelayan asing, pelarian dan komuniti stateless?

Akhir kata, jika matlamat RUU ini adalah untuk menjamin akses pendidikan menyeluruh, maka keseimbangan antara penguat kuasa dan keprihatinan sosial perlu dititikberatkan. Kita perlukan ekosistem pendidikan yang adil, bersifat insani dan merangkumi angka kehadiran semata-mata. Pendidikan bukan hanya soal ke sekolah, tetapi soal masa depan negara kita.

Kulim mohon menyokong. Terima kasih Speaker kerana memberi laluan.

draft • 6:51 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Berikutnya, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 6:51 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, Kuala Pilah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan seluruh warga Kementerian Pendidikan yang sentiasa berusaha mengangkat taraf pendidikan di Malaysia.

Kuala Pilah juga menyambut baik pembentangan rang undang-undang pindaan 2025 ini.

draft • 6:59 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kuala Pilah percaya pindaan utama untuk menjadikan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib merupakan satu anjakan dasar yang amat penting dan tepat pada masanya.

Langkah ini mampu menjamin kesinambungan pendidikan asas kepada setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang sosioekonomi ataupun geografi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pindaan ini Yang Berhormat, juga menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam membina modal insan yang lengkap menyeluruh dan berdaya tahan. Kuala Pilah optimis langkah ini adalah, sebuah pelaburan jangka panjang terhadap daya saing negara.

Pendidikan menengah sering menjadi garis pemisah antara masa depan cerah dan kitaran kemiskinan, maka pindaan ini amat dialu-alukan sebagai jaminan hak setiap anak Malaysia untuk tidak tercicir dalam sistem pendidikan bukan sekadar di atas kertas tetapi dalam realiti kehidupan mereka.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pendidikan merupakan nadi kepada perkembangan seorang kanak-kanak. Ia mencorakkan sahsiah dan peribadi, membentuk pemikiran dan akhlak serta mengembangkan kemahiran potensi diri ke tahap yang paling optimum. Hak untuk mendapat pendidikan adalah sebahagian daripada hak asasi manusia yang bernaung di bawah hak kepada perkembangan dan pembangunan potensi individu.

Dalam konteks hari ini, pendidikan menengah bukan lagi suatu kelebihan, tetapi suatu keperluan asas yang menjadi hak setiap individu.

Dalam dunia yang digerakkan oleh ilmu, teknologi dan daya saing ekonomi, kerajaan wajar memastikan setiap anak menamatkan pendidikan menengah bagi memastikan mereka menjadi individu yang berdaya tahan dan dalam pada masa yang sama, dapat membina sebuah masyarakat yang progresif.

Namun begitu, Kuala Pilah ingin menegaskan bahawa pelaksanaan dasar tidak cukup hanya dengan hasrat yang baik, kejayaan sebenar bergantung kepada sejauh mana dasar ini boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat termasuk keluarga berpendapatan rendah, komuniti luar bandar dan golongan rentan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, cabaran utama dalam isu pendidikan bukanlah penolakan terhadap pendidikan, tetapi kekangan realiti hidup iaitu kemiskinan isi

draft • 7:00 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

rumah, ketiadaan pengangkutan, sekolah yang jauh serta beban kos tersembunyi yang tidak disebut dalam buku dasar.

Oleh itu, dasar untuk mewajibkan pendidikan menengah ini haruslah disertai dengan sokongan pelaksanaan yang menyeluruh dan bersasar seperti bantuan tunai atau subsidi khas untuk yang tidak berkemampuan, perkhidmatan pengangkutan sekolah percuma atau disubsidi, pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan yang berkhasiat di sekolah menengah serta pengurangan beban kos tambahan seperti pakaian seragam, yuran aktiviti dan juga bahan rujukan. Kita tidak boleh mewajibkan kehadiran ke sekolah tanpa terlebih dahulu memastikan sekolah itu boleh diakses dan dibiayai dengan munasabah oleh semua keluarga. Jika tidak, dasar yang baik ini boleh menjadi satu lagi beban kepada keluarga yang telah sedia terhimpit dengan kos sara hidup.

Tanggungjawab pendidikan menengah wajib tidak sepatutnya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa sahaja, ia adalah, tanggungjawab bersama kerajaan dan masyarakat untuk menyediakan laluan yang adil dan mampu dicapai oleh semua. Kita juga tidak mahu wujud situasi di mana pelajar hadir ke sekolah semata-mata untuk memenuhi syarat kehadiran, tetapi hilang tumpuan di dalam kelas, keletihan dan tidak mampu mengikuti pelajaran. Kita, semua sedar terdapat pelajar sekolah menengah yang terpaksa bekerja sambilan sebagai penghantar makanan atau pekerja gig demi membantu keluarga menampung perbelanjaan harian. Ini bukan soal disiplin semata-mata, tetapi refleksi kepada realiti ekonomi yang menekan sesetengah isi rumah. Jika perkara ini tidak ditangani, kita akan hanya mencatat kadar kehadiran tinggi tetapi tanpa impak pendidikan sebenar yang dihasratkan oleh dasar ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan pendidikan menengah wajib, kita juga perlu mengambil kira kecenderungan dan bakat pelajar yang semakin pelbagai khususnya dalam kalangan Generasi Z, Gen Z yang membesar dalam dunia digital kreatif dan bercirikan kendiri.

Kuala Pilah mencadangkan agar kementerian bukan sahaja mengekalkan aliran sedia ada seperti aliran akademik, TVET, sekolah sukan dan sekolah seni, tetapi memperluaskan lagi pilihan aliran pendidikan di peringkat menengah agar lebih selari dengan minat dan potensi semasa. Ini termasuklah meneroka bidang baharu yang kini semakin diminati remaja yang mempunyai nilai ekonomi tinggi seperti pembangunan kandungan digital, animasi, permainan elektronik, muzik moden, seni reka visual, pertanian pintar, e- Sukan, kewartawanan digital serta asas keusahawanan dan jenama peribadi. Potensi besar generasi ini tidak seharusnya dikekang oleh sistem yang terlalu akademik dan homogen.

Kurikulum yang lebih anjal dan pelbagai bukan saja mengurangkan keciciran, malah boleh mencungkil bakat, menjana ekonomi dan membina keyakinan diri pelajar seawal usia menengah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, seksyen baharu 30A(4) RUU ini memperuntukkan penalti terhadap ibu bapa yang gagal memastikan anak mereka mengikuti

draft • 7:00 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

pendidikan menengah termasuk denda sehingga RM5,000 atau penjara. Kuala Pilah bersetuju bahawa tanggungjawab ibu bapa terhadap pendidikan anak tidak boleh diambil ringan.

Namun begitu, penguatkuasaan mestilah dilaksanakan secara berprinsip, berbudi bicara yang bijak dan bukan bersifat menghukum. Dalam masyarakat kita, masih ramai ibu bapa yang bergelut dengan tekanan ekonomi, menjaga anak kurang upaya atau berdepan situasi keluarga yang rumit, maka kuasa Menteri untuk memberikan pengecualian atau melaksanakan syarat tertentu seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen 30A(3) perlu ditadbir secara telus berasaskan data lapangan dan berpandukan belas ihsan dan juga budi bicara yang bijak terhadap keadaan sebenar keluarga pelajar tersebut.

Selain itu, pemantauan berkala terhadap pelaksanaan dasar ini sangat penting. Kita tidak mahu dasar yang baik ini hanya tercatat dalam warta tetapi gagal diterjemah dalam bentuk tindakan yang konsisten dan menyeluruh di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah, mahupun komuniti setempat. Kuala Pilah mencadangkan agar kementerian menubuhkan satu unit pemantauan pelaksanaan pendidikan menengah wajib yang merangkumi komponen advokasi, pengumpulan data keciciran dan data mekanisme maklum balas daripada guru, ibu bapa dan pelajar sendiri agar pelaksanaan dasar ini kekal responsif dan berasaskan bukti lapangan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, usaha mewajibkan pendidikan menengah adalah, suatu langkah dasar yang progresif, berani dan amat dialu-alukan. Namun seperti mana dasar-dasar yang melibatkan jutaan rakyat, kejayaannya bergantung kepada pelaksanaan yang telus, adil dan berpaksikan realiti masyarakat.

Kuala Pilah menyokong penuh pindaan ini bukan sekadar sebuah penambahan peruntukan undang-undang, tetapi sebagai komitmen moral dan amanah nasional untuk memastikan setiap anak Malaysia diberikan peluang terbaik untuk membina masa depan yang lebih cerah. Hasrat kita bukan sekadar mewajibkan pelajar hadir ke sekolah, tetapi kita mahu memastikan setiap pelajar hadir dengan harapan, pulang dengan keyakinan dan membesar dengan potensi yang digilap sepenuhnya. Inilah maksud sebenar pendidikan sebagai suatu hak asasi, bukan sekadar tanggungjawab yang dipikul oleh keluarga semata- mata.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah dengan ini menyokong cadangan pindaan rang undang-undang yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana

draft • 7:07 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

memberi kesempatan dan ruang kepada Kuala Krai untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan 2025, pindaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan memperluas pendidikan wajib hingga ke peringkat menengah. Ia satu langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kadar keciciran, membina insan berilmu dan meningkatkan mobiliti sosial rakyat khususnya anak-anak di kawasan luar bandar termasuklah di Kuala Krai.

Namun dalam keterbukaan kita merangka sistem pendidikan nasional yang moden dan futuristik, jangan sekali-kali kita mencabut akar nilai dan wahyu sebagai asas tunjang pendidikan. Justeru, saya ingin membawa pendekatan Pendidikan Rabbani Kelantan sebagai satu model yang wajar dijadikan rujukan dalam konteks pindaan ini. Terdapat tujuh matlamat, sembilan nilai teras dan sembilan prinsip dalam Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan. Saya hanya ingin menyebut beberapa perkara sahaja. Daripada tujuh matlamat Pendidikan Rabbani Kelantan, saya hanya ambil tiga sahaja.

Pertama, acuan ilmu berasaskan wahyu sebagai teras pengetahuan. Pendidikan bukan semata urusan akal dan hafalan ia adalah, pembentukan akhlak dan jiwa. Maka, ilmu harus diadun dengan petunjuk Al-Quran dan sunah. Seperti Nabi SAW bersabda [Membaca sepotong hadis] “Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, Allah akan fahamkannya tentang agama.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, penyemaian elemen ketuhanan dalam proses pendidikan. RUU ini mesti menyuburkan rasa kehambaan, bukan sekadar mencipta pekerja.

Pelajar perlu dibina rohaninya agar menjadi insan yang berilmu dan bertakwa, bukan hanya manusia berteknologi tinggi tanpa akhlak.

Yang ketiga, pembangunan kurikulum yang holistik dan futuristik. Maahad atau sekolah tahfiz sains antara model terbaik di mana pelajar bukan sahaja menghafaz 30 juzuk Al-Quran, tetapi turut menguasai Sains, Matematik dan teknologi. Mata pelajarannya perlu diadunkan dengan isi kandungan Al-Quran dan hadis. Inilah model pendidikan seimbang antara dunia dan akhirat.

Tuan Yang di-Pertua, adapun nilai teras Pendidikan Rabbani menekankan sembilan nilai utama yang perlu digarap oleh setiap pelajar iaitu lah beriman, berilmu, bertakwa, beramal, beristiqamah, prihatin, tanggungjawab, teladan dan bijaksana. Nilai ini mesti diterjemahkan ke dalam dasar kurikulum, kokurikulum dan juga suasana sekolah. Bukan sekadar slogan di dinding, tetapi dijelmakan dalam diri pelajar.

draft • 7:07 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Manakala prinsip Dasar Pendidikan Rabbani pula terdapat sembilan prinsip. Saya hanya ingin menyebut tiga sahaja sebagai contoh. Pertama, ilmu bermatlamatkan Allah.

Pendidikan Rabbani bermula dengan pengiktirafan bahawa ilmu adalah, milik Allah. Ia mestilah berteraskan Al-Quran dan sunah, disampaikan secara ikhlas kerana Allah dan berpaksikan matlamat akhirat, bukan semata-mata duniawi.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang kedua, keutamaan ilmu dan kefaqihan. Ilmu fardu ain diberikan keutamaan.

Pendidikan perlu menekankan kefahaman mendalam terhadap agama melalui penguasaan ilmu aqli dan naqli secara seimbang. Ini juga termasuk pengajaran yang mengikuti turutan ilmu yang betul.

Dalam pemerhatian saya, ilmu fardu ain tidak mencukupi setakat sekolah rendah, khususnya apabila pelajar mengambil aliran menengah biasa, bukan aliran agama. Maka mereka tidak lagi mengikuti subjek agama secara mendalam, termasuk dari sudut praktikal kerana ia nya bukan sahaja untuk peperiksaan, walaupun tak dapat subjek teras seperti PAI dan PUKS dan lain-lain. Saya cadangkan konsep ala KAFA perlu dikaji dan diteruskan oleh pihak KPM bagi sekolah menengah.

Yang ketiga ialah, kemenjadian insan mulia. Berdasarkan dasar dan dokumen pendidikan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 yang menyasarkan kemenjadian murid. Saya mencadangkan ia dinaik taraf kepada kemenjadian insan mulia.

Matlamat pendidikan bukan hanya untuk cemerlang akademik, tetapi melahirkan insan berakhlak mulia, berilmu, beragama, berperibadi luhur, serta peka terhadap alam sekeliling.

Ia menekankan cinta terhadap ilmu dan pengalaman agama. Ini sudah tentu akan dapat menjauhkan seseorang daripada terlibat dengan salah guna kuasa, serta menjadinya benteng daripada terlibat dengan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan setelah masuk ke alam pekerjaan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, tempoh enam tahun campur lima tahun, enam tahun sekolah rendah dan lima tahun sekolah menengah adalah, tempoh pendidikan yang wajar. Saya menyokong cadangan pendidikan wajib enam tahun rendah dan lima tahun menengah sebagai tempoh minimum. Namun sistem ini perlu fleksibel agar pelajar berpotensi tinggi tidak dikekang dan pelajar lemah pula diberi sokongan tambahan.

Dalam prinsip Dasar Pendidikan Rabbani menekankan pembelajaran sepanjang hayat. Ia meliputi pengembangan potensi, kemahiran berfikir kritikal, penyelidikan ilmiah dan pemupukan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat dan institusi pendidikan. Oleh itu, pihak KPM juga perlu sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar, khususnya di peringkat menengah agar meneruskan pengajian selepas SPM walaupun tidak wajib kerana fenomena terkini, pengaruh luar yang menyebabkan pelajar lepasan SPM tidak ingin meneruskan pengajian. Antaranya setelah bekerja sementara menunggu keputusan SPM dan juga ingin menjadi pempengaruh media dengan mendapat pendapatan lumayan, seterusnya tidak berminat menyambung pengajian di peringkat universiti.

Sebagai penutup, Dato’ Yang di-Pertua, saya menyeru agar pihak KPM tidak menjadikan RUU ini semata-mata alat pentadbiran, ia mesti menjadi wahana membina tamadun insan. Maka saya mencadangkan pertama, RUU ini dapat diselaraskan dengan matlamat pendidikan yang berpaksikan wahyu. Jika berminat, pihak KPM boleh dapatkan dokumen Dasar Pendidikan Rabbani daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang kedua, luaskan model sekolah tahfiz sains dengan membina kurikulum berpaksikan Al-Quran dan sunnah.

Yang ketiga, luaskan peluang dan pengiktirafan bagi laluan pendidikan alternatif seperti tahfiz dan TVET. Ingatlah, pendidikan tanpa nilai adalah bahaya, pendidikan tanpa agama adalah kosong dan pendidikan tanpa roh rabbani adalah, malapetaka peradaban.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kuala Krai, setuju kah Yang Berhormat kalau cadangan ini dibawa juga ke Kementerian Pendidikan dalam proses mereka menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang baharu bermula 2026. Kalau itu pendidikan rabbani, model itu...

[Tidak jelas] Di-compliment dengan izin. Proses de- westernization dan decolonization sebab kita ada banyak lagi pengaruh-pengaruh Barat dan penjajah dalam pendidikan kita.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sangat setuju dan mohon masuk ke dalam ucapan saya. Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, saya berpantun.

Jalan berliku bukan penghalang, Jika cekal hati dan fikiran; Sistem pendidikan harus gemilang, Melahirkan insan cemerlang lagi beriman. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mulakan perbahasan saya, ini adalah, gelang bangsa Sabah.

[Menunjukkan gelang yang dipakai] Ini digerakkan oleh kawan-kawan saya, Gerakan Anak Sabah. Pada kawan-kawan belia yang percaya bahawa Sabah boleh buat yang lebih baik selepas ini, mari kita sama-sama pakai gelang ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Education is the most powerful weapon which you can use to change the world. Tuan Yang di-Pertua, isu pendidikan ini begitu dekat dengan saya. Hanya dengan pendidikan, masyarakat dapat berkembang, maju dan bersaing. Pertama sekali, saya sangat menyokong penuh langkah progresif kerajaan dalam mewajibkan pendidikan menengah. Ini bukan saja dapat memastikan setiap anak-anak di Malaysia mendapat akses pendidikan yang sepatutnya tetapi kita dapat lengkapkan anak-anak di dalam mendepani cabaran global yang semakin kompleks.

Sabah secara khusus, cabaran berkenaan pendidikan sangat besar. Sebelum itu, saya kongsikan dahulu data terkini daripada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tahun 2024. Di Sabah, daripada 1,856 juta pekerja yang ada di Sabah, 11.4 peratus atau 204,000 orang tiada pendidikan rasmi, 24.6 peratus atau 445,000 orang hanya berpendidikan

draft • 7:15 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

rendah dan 46.7 peratus atau 853,000 hanya berpendidikan menengah. Jika dikira, 649,000 pekerja di Sabah tidak memiliki pendidikan menengah.

Statistik ini menceritakan realiti dan situasi sebenar yang berlaku di Sabah dan antara faktornya adalah, kemiskinan. Benar bahawa untuk keluar daripada kemiskinan, kuncinya adalah, pendidikan. Ramai ibu bapa berkorban siang dan malam untuk memastikan anak- anak mendapat pendidikan tetapi kita tidak boleh samakan situasi pendidikan di semua tempat. Di Sabah memang lainlah.

Yang memiliki jumlah keluarga miskin teramai di Malaysia adalah di Sabah. Yang majoriti rakyatnya masih tinggal di luar bandar juga adalah di Sabah dan cabaran-cabaran yang dihadapi di sini perlu diberikan perhatian khusus oleh KPM:

(i) geografi dan accessibility;

(ii) kekurangan infrastruktur dan kemudahan, ada sekolah yang masih tiada air;

(iii) kekurangan guru dan isu penempatan;

(iv) isu sosioekonomi dan kemiskinan;

(v) masalah murid tanpa dokumen, masih ada ramai anak murid tempatan yang masih tiada dokumen; dan

(vi) jurang digital dan akses teknologi.

Justeru adalah penting untuk KPM bukan hanya fokus kepada angka dan pencapaian semata-mata tetapi perlu melihat dan bertindak secara serius akan cabaran-cabaran ini bagi memastikan hasrat kerajaan melahirkan model insan berkualiti tercapai. If you ask me, apa tugas atau misi KPM yang paling utama? It is not about having good grades, kalau sayalah – semata-mata, tetapi KPM punya tugas utama adalah, mendidik.

Why mendidik – kenapa bukan good grades dahulu? Sebab kalau good grades, kita hanya akan fokus kepada budak yang pandai saja, itu yang paling disayang cikgu, tetapi kalau kita mendidik, meaning kita akan pastikan semua murid akan pergi sekolah. Kita akan pastikan tiada siapa pun akan ketinggalan. Jangan bah ada mindset yang semua mesti nampak lawa saja di mata orang, tidak bagus begitu. Kalau kita ada mindset yang begitu, I don’t thinks kita sudah berjaya sebagai pendidik. We must embrace cabaran dan kekurangan kita, baharulah kita dapat selesaikan masalah. Ini saya cakap secara general, ya. Baik PPD kah, guru-guru kah, termasuk juga ibu bapa.

Tuan Yang di-Pertua, kemiskinan tidak boleh dinilai hanya dengan angka pendapatan semata-mata dan saya sudah cakap benda ini berkali-kali. Ia nya perlu merangkumi keadaan sekeliling. Kos sara hidup, akses infrastruktur, bekalan air, elektrik, akses kesihatan, akses pendidikan. Ada pendapatan pun, tapi kalau tiada jalan raya, pada saya masih miskin dan jika formula ini diguna pakai, keluarga miskin di Sabah akan melambung tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, ekosistem pembelajaran adalah sangat penting dalam memastikan anak-anak kita bukan setakat dapat menambah ilmu dengan berkesan dan

draft • 7:15 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

harmoni, tetapi anak-anak yang keluar daripada sekolah menjadi seorang manusia. Manusia dalam erti kata ada jati diri dan ada nilai-nilai baik dan paling penting berdisiplin.

Saya ingin cakap berkenaan kes yang viral sekarang. Semua orang pun bercakap pasal perkara ini. Kes Allahyarhamah adik Zara Qairina daripada SMKA Tun Datu Mustapha.

draft • 7:15 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya paling pantang kalau ada kes buli ini. Saya juga adalah, pelajar daripada sekolah menengah berasrama penuh. Kalau di sekolah asrama penuh ini kan, konon-konon ada satu kaedah di mana junior akan respect seniors. Kena suruh tiup lampu sampai padamlah, kena suruh tidur sampai jam dua, tiga pagilah, kena suruh ambil makanan. Juniors itu kalau boleh, dia bawa container sampai empat, lima bah. Sebab apa? Sebab senior malas mahu pergi dewan makan, kan? Cool sangat-kah kalau kita buat begitu? Amalan-amalan seperti ini kan, sebenarnya kan, lapuk sudah bah. Dan kita rasa, adakah junior itu akan respect sama kita bila kita buat begitu? Dan amalan-amalan ini akan berlangsung dari generasi ke satu generasi, ke satu generasi.

Sebab itu, saya ada kawan-kawan yang datang daripada sekolah asrama penuh. Dia orang tidak mahu hantar anak dia orang pergi asrama. Because of that environment. Back then, kita masuk sekolah asrama sebab we didn’t have much choice. Kita datang dari kampung. Kita mahu keluar supaya dapat pendidikan dan peluang yang lebih baik. Dan yang paling saya pantang adalah apabila berlaku kes-kes sebegini, teruslah pihak sekolah berhabis bah, diam, tapuk lagi. Tidak mahu kasi rosak reputasi sekolah, konon. Kita ini nak fikir-kah masalah – kita punya perasaan ibu bapa mangsa, kita dapat ganti ke itu anak dia?

Saya mahu tanya, in the case of Zara Qairina.

Pertama, betul kah ada pelajar yang dibenarkan pulang oleh pihak sekolah pada malam atau awal pagi kejadian? Kedua, adakah pelajar yang berpindah sekolah atau dalam proses pemindahan bagi tempoh kejadian sehingga ke hari ini dari SMKA Tun Mustafa?

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ini bidang kuasa KPM dan saya rasa ini bah, yang paling orang marah sekali, orang geram betul dalam banyak di medsos. Dan saya mahu cakap secara general juga. Adilkah seseorang itu apabila dia buat masalah, hukuman yang dikenakan atas dia, kena kasi pindah sekolah? I don’t think this is akan menyelesaikan masalah. Sepatutnya kan, kita mesti ada tindakan yang betul.

Dan yang paling penting juga adalah, kita kena tahu apa akar masalah dia. Jangan kita, semua pun, kita sweep under the carpet.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ya, Tuan Pengetua.

draft • 7:20 PM

[Dewan ketawa]

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua - cakap pasal sekolah ni kan – I don’t think this is a good way untuk handle kes sekolah. Eh, kes masalah di sekolah sebab kita tidak mahu kes buli ini kan berulang, berulang, berulang.

draft • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengetua, ini penutup saya. Saya ingin kemukakan pendirian saya di sini. Tuan Yang di-Pertua. Okey, saya ingin kemukakan pendirian saya di sini.

Walaupun saya tegas untuk mengatakan bahawa mesti ada tindakan terhadap si pelaku, tetapi saya juga ingin tegaskan, mereka yang berdepan dengan masalah disiplin, wajib ambil SPM. Wajib. Walau apa pun kesalahan dia, dia ada hak untuk habiskan sekolah menengah dia, kalau tidak nanti, mahu jadi apa?

Dan yang paling kesian adalah, murid-murid yang datang daripada keluarga B40.

Sudahlah susah. Masalah disiplin lagi. Nanti kena buang sekolah lagi. Jadi, sekian Tuan Yang di-Pertua. Saya sokong. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Kota Belud, ketua murid.

draft • 7:20 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi.

draft • 7:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas Rang Undang-undang Pendidikan 2025 ini. Dan saya mendengar 31 pembahas dan semuanya ada dalam teks ucapan saya ini. Jadi, saya – bagus juga hari ini kerana ada seorang guru daripada TTDI yang datang berjumpa saya, memohon bantuan untuk bawa anak murid – ini NGO untuk bawa anak murid, 120 orang ke Pulau Langkawi dan minta saya bagi bantuan makanan.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, secara tak langsung saya nak beritahulah. Kita tak ada peruntukan. Kemudian – dan saya bersembang dengan dia tadi. Saya tanya dia, di Wilayah Persekutuan ni berapa pelajar-pelajar kita yang bermasalah? Dia kata Dato’, 900 orang. Kami sedang mencari anak murid di Wilayah Persekutuan ni yang tercicir daripada sekolah – 900 orang. Dan dia menyatakan kepada saya, lebih daripada 100 ribu di seluruh Malaysia yang tak dapat membaca, menulis dan mengira.

Saya minta kalau salah, salah cikgu itulah yang beritahu kat saya. Yang Berhormat Menteri, saya pohon sama ada perkara ini betul ataupun tidak? Dan ibu bapa juga tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana sekarang ini kalau hantar ke sekolah, katanya anaknya akan menjadi lebih teruk daripada duduk di rumah. Jadi lebih ganas, agresif dan suka – seingat saya kelmarin, kalau tak salah saya, ada satu murid menumbuk seorang guru di Kajang. Kalau tak salah saya kerana cikgu tu tanya dia, “Kamu ponteng sekolah, ke mana?” Jadi, dia melepaskan satu tumbukan kepada seorang guru.

Ini perkara yang mutakhir berlaku, yang sebelum ini kita tak tahu, kemungkinan berlaku lagi. Dan juga pada 29 Julai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang, anak murid Tingkatan 2, 14 tahun, tumbuk guru. Ada saya buat nota sedikit dan saya nak fokus kepada 32A. Dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri, tahniah. Kerana patutnya lama dah undang-undang ini dibuat pindaan, tapi Yang Berhormat Menteri, atas kreativiti, saya menyanjung tinggilah. Yang Berhormat, jarang saya puji ni, orang kerajaan ini.

draft • 7:23 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jadi Yang Berhormat, kalau kita nak supaya 32A ini berjaya – saya bersembang juga dengan guru-guru dan PPD. Mereka kata, kalau nak berjaya, kena bantulah. Saya ambil contoh di Langkawi. Di Langkawi, Yang Berhormat Menteri. Kami masalah besar, Dato’ Yang di-Pertua. Kerana anak murid, bila dia lepas Darjah 6, dia keluar, dia pergi bekerja. Kalau tuan-tuan pi Pantai Cenang – di Pantai Cenang, sebelah malam, start pukul 9 sampai pukul 12, yang dok sembur api tu. Sembur api ikut mulut tu. Itu pelajar tu. Itu pelajar.

Malam dia sembur api, siang dia ponteng sekolah. Duit ada, duit ada. Yang duk tebar duit kat depan tu, yang orang putih, orang Jepun, orang Cina, orang Korea, semua duk bagi tu, cukup untuk dia makan seminggu. Dan budak ni balik, beri pada mak dia, pada ayah dia, yang pergi ke laut. Dan bila saya bertanya dengan mereka, “Kalaulah tak hantar anak ni ke sekolah, kena denda 5,000.” Dia orang kata, “Yang 5,000 tu pun kami tak bayar. Anak kami bawa pergi ke laut, hang pi carilah di laut.” Itu jawapan dia. Bukan kita tak setuju dengan 5,000 itu, tapi perlu dikaji semula dan bagaimana penguatkuasaan itu kita nak buat.

Dan begitu juga mereka minta supaya bantuan kepada keluarga miskin, contohnya di Langkawi itu, Yang Berhormat Menteri. Dari sekolah nak ke rumah mereka, kadang-kadang 12 kilometer. Kalau Pulau Tuba itu lagi jauh. Yang Berhormat pun pernah pergi melawat. Dan Yang Berhormat, 8 hingga 12 kilometer ni, depa ni naik bas MARA.

Kadang-kadang bas MARA tu pun – bas MARA, tahu je lah. Kita pun tak mahu nak mengatalah. Kadang-kadang rosak. Kadang-kadang dah sepatut dia datang 6.30 pagi, dia datang pukul 8 pagi. Jadi, they missed the class. Jadi, kalau bolehlah dipertingkatkan juga.

Contoh, yang diminta di SMK Ayer Hangat dan juga – Sekolah SMK Ayer Hangat dicadangkan supaya didirikan asrama. Sebab mereka ini pelajar-pelajar, mereka memang jauh dan mengikut – anak muridnya, 95 peratus anak orang B40. Jadi, saya rasa layaklah mereka ini ke sekolah tersebut didirikan asrama.

Tempat-tempat yang anak-anak ini bekerja selepas Darjah 6, restoran, hotel, ke laut dengan ibu bapa, pusat pelancongan, jet ski. Jet ski ni pun yang sebenarnya bagi duit kat dia orang banyak. Dia jadi tourist guide. Sekarang ni pula Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bukan saja pusing Cenang saja. Sekarang ni RM1,200 pusing the whole island, cover 99 pulau di Langkawi tu. Start dari Pulau Cenang, masuk sampai Kilim, pusing balik, Pantai Tengah, Tanjung Ru, patah balik ke Cenang. The whole island itu dia pusing: RM1,200.

Seronoklah anak-anak ni, pusing satu pulau.

draft • 7:23 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jadi, bila mereka bekerja dengan jet ski dan juga mereka menjadi pembantu pusat pelancongan dan saya dimaklumkan Yang Berhormat pernah berjumpa seorang individu yang bekerja di restoran, dia boleh bercerita bab ikan dalam sangkar dan YB Menteri interview dia. Budak itu adalah, seorang pelajar.

Jadi Yang Berhormat, saya mohon sangatlah apa salahnya sekiranya didirikan asrama di sekolah tersebut dan berilah mereka pengangkutan yang sempurna. Hari ini kelas- kelas masih padat, ada sesetengah kelas berjumlah lebih 30 malah ke-40 orang.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung. Berhenti.

draft • 7:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih. Gulung ni saya nak kena cari tajuk sedap sikitlah.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Penutup dialah tu.

draft • 7:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya juga kesal dengan rang undang-undang ini kerana tidak mengambil kesempatan untuk membendung masalah penglibatan murid dan guru dalam program- program bukan akademik anjuran luar yang tidak relevan dengan kurikulum. Saya cadangkan agar kerajaan menimbang memasukkan satu seksyen baru yang mengehadkan program- program luar anjuran agensi yang tiada nilai kurikulum mahupun kokurikulum. Terima kasih, Yang di-Pertua Dato’. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi. Nombor dua akhir, Yang Berhormat Miri.

draft • 7:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Di tengah gelombang digitalisasi yang menggegar dunia, tatkala AI sedang menerobos setiap industri dan teknologi baharu berlari sepantas kilat, cuba bayangkan masa depan anak-anak kita jika mereka terhenti di pintu sekolah rendah. Mereka akan terkapai-kapai di lautan revolusi industri 4.0, dengan izin. Sekadar penonton di tepi lebuh raya data yang meluncur deras.

Realiti ini menunjukkan bahawa kita tidak mampu melihat pendidikan menengah sekadar satu pilihan. Sebaliknya ia adalah, satu keperluan – satu tembok pertahanan terakhir daripada dilemaskan oleh arus perubahan yang tidak mengenal belas kasihan. Akses kepada pendidikan menengah mesti diangkat sebagai hak asasi setiap kanak-kanak dalam negara kita.

Justeru itu, saya berdiri di sini hari ini dengan penuh keyakinan dan tekad untuk menyokong RUU ini. Apabila undang-undang ini diluluskan, ia akan memberi satu isyarat jelas kepada setiap penjuru negara. Zaman di mana seseorang meninggalkan bangku sekolah seawal usia 12 tahun haruslah berlalu.

Kita mahu ibu bapa sedar bahawa menamatkan pendidikan menengah bukan lagi soal pilihan tetapi kewajipan moral dan perundangan demi masa depan anak mereka. Kita juga mahu melindungi kanak-kanak daripada dieksploitasi oleh himpitan ekonomi dan dinafikan hak untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan. Demi menjayakan usaha ini, sesungguhnya kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam tiga perkara berikut yang berkaitan akses kepada sekolah menengah.

Pertama sekali, kerajaan haruslah memastikan bilangan sekolah menengah di setiap lokaliti yang menyamai kesediaan sekolah rendah, khususnya di kawasan pedalaman. Pada

draft • 7:31 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

masa yang sama, Kementerian Pendidikan mestilah memantau dengan teliti projek-projek yang telah dalam kategori projek sakit seperti SMK Tudan dan SK Syed Othman yang terdapat di Parlimen Miri bagi memastikan ia dapat disiapkan secepat mungkin.

Kedua, saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Bendera bahawa masih terdapat kanak-kanak yang tercicir akibat masalah dokumen kewarganegaraan. Sesungguhnya, masa depan kanak-kanak tidak wajar digadaikan atas kecuaian atau kesilapan orang dewasa. Jika proses pengesahan identiti penjaga menjadi cabaran utama, saya menyeru supaya KPM dapat memperkukuh kerjasama dengan agensi lain seperti JKM dan Jabatan Bantuan Guaman supaya pengesahan penjaga dan dokumen penting yang lain dapat dipermudahkan.

Sekiranya terdapat keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 2009 dan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2018, bolehlah dikaji semula agar benar-benar menepati cabaran semasa.

Ketiga, faktor kewangan sering kali menjadi punca paling pahit yang menolak remaja meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja. Saya menghargai bantuan kerajaan seperti Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua pelajar setiap tahun dan Rancangan Makanan Tambahan di sekolah rendah serta pelbagai inisiatif yang lain. Walau bagaimanapun, masih terdapat mereka yang terpaksa berhenti sekolah menengah dan mula kerja pada usia muda demi menyara hidup dirinya.

Maka, saya menyeru kerajaan supaya menubuhkan satu tabung keperluan khas dengan membekalkan bantuan seperti makanan ala RMT di sekolah menengah serta subsidi tambang bas kepada mereka yang betul-betul memerlukan dan terdesak.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin ambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga KPM khususnya dari Sarawak atas usaha mereka yang sekian lama ini untuk memastikan supaya tiada sesiapa pun yang ketinggalan dalam pendidikan di negara kita.

Akhir sekali, selain enrolmen ke sekolah menengah, cabaran yang turut sama penting adalah, mereka yang tidak dapat memperoleh sijil kelulusan SPM. Selepas sekolah menengah diwajibkan, fokus seterusnya adalah bagaimana kita dapat terus meningkatkan kadar kelulusan SPM.

Dato’ Yang di-Pertua, Victor Hugo pernah menulis, “Sesiapa yang membuka sekolah, dialah yang menutup penjara.” Pendidikan adalah, jaminan kepada keadaan sosial.

Pendidikan merupakan kunci mengubah nasib diri seorang. Pendidikan menjadikan setiap warga boleh bangkit sebagai rakyat yang celik fakta serta berani menegakkan kebenaran.

Atas sebab itu dengan sepenuh hati dan jiwa demi masa depan negara gemilang saya Ahli Parlimen Miri menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft • 7:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Miri. Pembahasan yang terakhir Yang Berhormat Beaufort.

draft • 7:31 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh,* salam sejahtera dan selamat petang.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk terus serta membahaskan Rang Undang-undang Akta Pendidikan 1996 iaitu Akta 550

(Pindaan) 2025.

Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan adalah, instrumen terpenting dalam pembinaan negara bangsa, membasmi kemiskinan dan mewujudkan kemakmuran ekonomi jangka panjang. Rekod menunjukkan Malaysia mencatatkan kemajuan besar dalam bidang pendidikan, terutama dari segi akses kepada pendidikan rendah. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun UNESCO, kadar literasi Malaysia melebihi paras 90 peratus dan ini membuktikan komitmen negara terhadap pendidikan.

Dato’ Yang di-Pertua, Akta Pendidikan Malaysia hanya mewajibkan warganegara mendapat pendidikan formal sehingga tahap rendah sahaja yang berakhir pada tahun enam.

Melalui pindaan Rang Undang-undang Pendidikan ini dengan memperluas takrif pendidikan wajib kepada peringkat menengah sudah pasti akan memberi impak positif terhadap sistem pendidikan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pindaan ini memandangkan ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih kurang peka terhadap pendidikan anak mereka. Melalui fasal tiga yang bertujuan untuk memindah subseksyen 29E(2) Akta 550 bagi memperuntukkan ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara Malaysia dan anak itu tinggal di Malaysia wajib bagi mereka mendaftarkan anak mereka yang berumur enam tahun pada bulan Januari tahun tersebut sebagai pelajar di sekolah rendah.

Mengikut laporan jumlah keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengalami trend penurunan daripada 21,748 orang pada tahun 2020 kepada 13,007 orang tahun 2024. Saya amat mengharapkan dengan penguatkuasaan rang undang-undang ini Malaysia mampu mengatasi masalah keciciran pelajar secara tuntas.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa aspirasi pindaan rang undang- undang ini dengan melihat dari aspek kekangan dan cabaran kepada akses pendidikan di Malaysia. Saya yakin bahawa komitmen Kementerian Pendidikan untuk memastikan setiap anak warga negara Malaysia mendapat pendidikan perlu dipuji dan disokong. Namun, kita tidak dapat menafikan masih ramai lagi anak Malaysia di luar sana terutama yang tinggal di luar bandar berdepan cabaran untuk pergi ke sekolah yang jauh dari rumah mereka dan perlu melalui laluan jalan yang sukar sehingga menyebabkan minat mereka pergi ke sekolah itu telah pudar dan menjadi penyumbang kepada kadar keciciran murid.

draft • 7:36 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Begitu juga dengan ancaman sistem pendidikan negara yang dilihat masih longgar dalam memastikan keselamatan anak-anak terjaga. Menangani kes buli di sekolah wajar

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

menjadi agenda utama di peringkat nasional dan bukan sekadar isu disiplin semata-mata.

Mengikut statistik, kes buli di sekolah Malaysia telah meningkat dari tahun 2022 hingga 2024.

Pada tahun 2022, jumlah kes buli yang dilaporkan 3,887 kes dan pada tahun 2023, 4,994 kes dan pada tahun 2024 pula meningkat kepada 6,208 kes.

Dato’ Yang di-Pertua, saya sedar bahawa Kementerian Pendidikan telah melaksanakan garis panduan pengurusan salah laku buli tahun 2023. Begitu juga Parlimen telah meluluskan Akta Kanun Keseksaan iaitu Pindaan 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang bertujuan menangani isu buli secara menyeluruh termasuk buli siber. Namun pada hemat saya, sudah tiba masanya kerajaan perlu meneliti dan merangka satu akta baharu, akta anti buli yang bertujuan untuk memerangi budaya buli ini secara tuntas.

Akta anti buli ini adalah penting dalam kita mengawal dan menghapus budaya samseng yang telah menjalar dalam sistem pendidikan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, secara jujurnya saya amat terpanggil untuk melihat keadilan dapat ditegakkan kepada Allahyarhamah anakanda Zara Qairina Mahathir dalam insiden kematian seorang pelajar perempuan yang kononnya terjatuh dari bangunan asrama SMK Tun Datu Mustapha, Limauan, Sabah pada 17 Julai yang lepas. Saya menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan mengharapkan agar kes ini dapat disiasat secara terperinci dan menyeluruh oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Saya mengharapkan sekiranya ada unsur jenayah buli dalam kes ini, pesalah tersebut perlu dikemukakan ke pengadilan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan kepada keluarga mangsa.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengakhiri perbahasan ini dengan sebuah puisi, iaitu bertajuk, Syahid di Jalan-Mu.

*Telah kau berjuang di gedung ilmu, perjuangan-mu tak kenal pilu, bertahan rasa sakit dan rindu, gedung ilmu menjadi saksi bisu.

Tercetak sejarah pilu dan duka, bila kematian menjadi taruhannya, tempat yang sepatutnya selamat untuk anak bangsa, bertukar tragis apabila emosi sudah mengawal minda.

Buli bukan lagi jenaka, tetapi buli pemusnah bangsa, jangan biar ia menjalar dalam sistem pendidikan negara, perkasakan ant-ibuli akta anti-buli untuk kita lindungi permata, cukuplah arwah Zulfarhan dan Zara menjadi mangsanya, ibunda berdoa moga syahid untuk-mu setelah kau berjuang di jalanan-Nya.”* Sekian dan terima kasih. Beaufort mohon menyokong.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Baik, berikut masa untuk Menteri menjawab. Saya persilakan Menteri Pendidikan untuk menjawab selama allocation time 25 minit.

draft • 7:40 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Baik. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 berhubung pelanjutan dasar pendidikan wajib dari pendidikan rendah hingga pendidikan menengah. Ini adalah, sejarah yang sangat penting untuk kami khususnya di Kementerian Pendidikan Malaysia kerana inilah antara pindaan yang paling kami tunggu-tunggu dan mendapat sokongan daripada semua pihak tanpa berbelah bagi.

Jadi, setiap pandangan, saranan, cadangan yang dikemukakan amat berharga dan mencerminkan keprihatinan serta komitmen Ahli Yang Berhormat khususnya dalam pembangunan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam ruang masa yang diberikan, insya-Allah penggulungan bagi perbahasan rang undang-undang ini saya akan menjelaskan dan menjawab berdasarkan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Timbalan Speaker, ada beberapa perkara yang dibangkitkan yang bagi saya sangat penting yang telah pun diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Antara perkara penting yang dibangkitkan adalah isu berkaitan bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia melihat isu hukuman ini. Sebagaimana yang saya telah tegaskan bahawa semangat rang undang-undang ini bukan soal menghukum, tetapi adalah, soal mendidik. Sebab itu saya sedikit tersinggung dan terkesan kerana ada perkataan criminalization poverty itu yang bagi saya tidak tepat menggambarkan kedudukan kita ketika ini.

Dato’ Timbalan Speaker, untuk pengetahuan semua, semasa kita melaksanakan dasar pendidikan wajib sekolah rendah tidak ada satu pun kes yang pernah kita bawa untuk pendakwaan khususnya yang memainkan ibu bapa. Kerana kita percaya bahawa soal untuk membawa anak ke sekolah, soal sosioekonomi, soal ekosistem keluarga, soal kemiskinan ini mesti ditangani secara menyeluruh.

Bukan saja soal melihat hukuman semata-mata, tetapi apakah kita telah melaksanakan intervensi-intervensi untuk memastikan bahawa apabila rang undang-undang ini dilaksanakan, isu-isu tersebut juga mesti ditangani dengan segera oleh pelbagai agensi dan bantuan-bantuan daripada kementerian-kementerian lain. Sebab itu semangat yang kita nak angkat hari ini adalah untuk melihat bahawa ibu bapa juga mesti mengambil tanggungjawab bersama. Kerana apa? Soal hak pendidikan ini, ya. Pendidikan ini adalah birth right setiap anak-anak dengan izin, Dato’ Timbalan Speaker. Maknanya setiap anak- anak ini lahir dengan hak untuk mendapat pendidikan.

Jadi sebab itu, kita pertegaskan bahawa soal hukuman ini tidak menjadi teras utama dan melihat secara keseluruhan rang undang-undang ini tetapi kerana rang undang-undang ini adalah terkait rapat dengan pindaan dasar pendidikan wajib maka ia perlu dimasukkan.

Yang itu saya fikir perlu difahami dan kita akan memberikan sepenuh perhatian dalam soal

draft • 7:44 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

sokongan-sokongan ini termasuk apabila yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sebahagian besarnya menyentuh tentang apakah bantuan-bantuan yang disediakan. Jadi, nak menangani isu anak pergi ke sekolah ini mesti ada bantuan.

Jadi, kita telah pun menyelaraskan 18 bantuan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan anak-anak kita ini mendapat bantuan yang sewajarnya baik dari segi soal biasiswanya, baik dari segi soal-soal yang terkait rapat dengan bantuan-bantuan persekolahan yang lain, uniform dan sebagainya dan ini adalah komitmen kita khususnya memastikan mereka tetap bersekolah walau apa pun keadaan mereka. Itu yang pertama.

Begitu juga yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang keprihatinan mereka, tentang persediaan Kementerian Pendidikan Malaysia Dato’ Timbalan Speaker.

Apakah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bila membuat rang undang-undang ini berfikir ataupun tidak tentang infrastruktur, tentang persediaan guru? Pastilah ia datang dengan persiapan-persiapan itu Yang Berhormat.

Sebab itu untuk guru ini baru-baru ini kita, kita pun dah selesaikan satu maknanya pengambilan 30 Julai, hari ini. Kemudian kita juga sudah pun memberikan tumpuan kerana banyak sekali yang dibangkitkan adalah soal bangunan-bangunan, sekolah-sekolah yang mesti juga diberikan tumpuan khususnya untuk menampung apabila rang undang-undang ini berlangsung maka anak-anak mesti ditempatkan dalam ruang yang selamat dan kondusif untuk belajar.

Jadi, sebab itu ada Sipitang, saya ingat Batang Sadong dan beberapa lagi rakan- rakan yang lain telah membangkitkan soal bagaimana melihat ketersediaan sekolah ini.

Sebab itu Sipitang, apabila kita bercakap tentang sekolah daif dan sebagainya ini, kita telah pun menambah baik dalam konteks pembangunan ini. Sebagai contoh, kabin ini Sipitang bukan kabin biasa-biasa. Kali ini, kabin ini, kita melaksanakan kaedah pembinaan kabin yang menggunakan bahan konkrit secara IBS, ya, Industrialized Building System yang lebih efisien dan boleh didirikan dalam tempoh lebih singkat berbanding kaedah konvensional sebelum ini. Kita juga meneruskan komitmen kita untuk pembangunan sekolah-sekolah daif.

Begitu juga yang dibimbangkan oleh Sipitang antara lain adalah bagaimana melihat bangunan-bangunan yang berskala tujuh yang mesti diatasi dan dibuat intervensi sebelum jadi tujuh. Betullah, Sipitang? Jadi, sebab itu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia kita melihat bahawa pelaksanaan kerja ubah suai naik taraf bagi bangunan berskala enam mesti dimulakan sebelum jadi skala tujuh.

draft • 7:44 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Jadi intervensi-intervensi inilah...

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Yang mesti diberikan tumpuan bagi memastikan bahawa soal-soal yang rapat dengan pembangunan ini mesti diberikan tumpuan khususnya bagi penyediaan infrastruktur yang kondusif untuk anak-anak kita. Saya setuju yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli...

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Yang Berhormat berkaitan dengan...

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri boleh ke?

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Asrama desa. Baik, asrama desa ini kita lihat dalam...

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri boleh ke?

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Dalam berjarak. Sekejap lah.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Dato’ Speaker, boleh ke?

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Bagi saya habiskan yang ini dulu.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya. Baiklah.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

37(1) A dan B itu jelas floor Menteri. Kalau dia tidak layan itu, tak adalah.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, tapi bolehkah saya mencelah lepas ini, Yang Berhormat Menteri?

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Dalam, dalam isu asrama desa ini.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya berkenaan nak mencelah, boleh ke?

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Dah sebut.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Bagi saya habiskan, saya cakap tadi saya habiskan yang ini. Asrama desa ini saya setuju apabila dalam Program Tindak Susul Parlimen dan kunjungan-kunjungan saya ke Sabah dan Sarawak, memang ada keperluan asrama desa ini untuk menyelesaikan isu-isu keciciran. Jadi sebab itu dalam beberapa tinjauan yang kita telah pun laksanakan, kita bersetuju untuk membangunkan asrama desa ini sebagai salah satu daripada penyelesaian kepada isu keciciran.

Saya juga ingin menegaskan kembali bahawa komitmen kita untuk memastikan soal terkait rapat dengan kes sembilan dan kes 11. Peluasan ini berlaku dengan sangat baik. Kes sembilan, 33. Kes 11, lima. Dan akan dilihat secara berterusan khususnya untuk memastikan anak-anak kita berada di bangku sekolah secara disiplinnya mengikut apa yang telah pun kita rancangkan khususnya dekat rapat dengan rang undang-undang ini.

Jadi kes sembilan, kes 11 kita juga ada sekolah-sekolah khas untuk memastikan anak-anak kita langsung tidak tercicir – 18 sekolah dalam hospital, sekolah dalam pusat correctional ya, dan juga sekolah untuk menangani isu anak-anak yang terkait rapat dengan masalah dokumen mereka.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

So, sekarang ini, ketika ini Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih telah pun beroperasi, termasuk di Sabah. Dan kita melihat bahawa jika ada peluang dan ruang dan keperluan yang mendesak, pastinya program sekolah SBJK ini akan kita luaskan ke tempat-tempat yang lain.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga melihat antara lain yang dibangkitkan juga adalah berkaitan dengan isu-isu pemakaian rang undang-undang ini sama ada ia juga terpakai kepada sekolah-sekolah lain. Rasah ada bertanya dan isu ini penting untuk kita fahami.

Pertama, institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan Akta Pendidikan merangkumi sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan, sekolah menengah agama swasta, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat, serta sekolah menengah persendirian Cina adalah terangkum dalam institusi pendidikan peringkat menengah yang boleh diikuti oleh murid bagi mematuhi ketetapan pendidikan menengah wajib. Oleh itu, murid yang mengikuti pendidikan menengah di institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Akta 550 ini adalah mematuhi ketetapan rang undang-undang ini.

Ketetapan dalam Rang Undang-undang Pendidikan Menengah Wajib berhubung status pendaftaran institusi pendidikan berdaftar tidak hanya tertakluk kepada pendaftaran di bawah Akta Pendidikan 1996 sahaja. Institut pendidikan yang menyediakan pendidikan peringkat menengah, rendah dan menengah atas yang berdaftar dengan mana-mana undang-undang yang bertulis juga termasuk dalam institusi pendidikan yang boleh diikuti oleh murid bagi mematuhi ketetapan pendidikan menengah wajib.

Tak silap saya tadi Kuala Krau ke mana yang tanya tentang sekolah-sekolah agama?

Jadi, mereka ini kalau tidak termasuk dalam Akta Pendidikan, mereka ada undang-undang bertulis lain ya. Jadi, mereka juga termasuk dalam pelaksanaan ini. Jadi, sebab itu ruang kita advokasi, ruang kita sesi libat urus, kita panjangkan supaya mereka juga dapat memahami inti pati dan hasrat kita untuk melaksanakan rang undang-undang ini. Kerana semua yang terlibat ini harus mematuhi rang undang-undang ini dan melihat ia sebagai salah satu daripada mekanisme dan intervensi penting dalam pendidikan negara.

Baik, Rasah okey, jelas ya?...

draft • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Menteri, Menteri. Ini bagaimana dengan homeschool?

Sebab homeschool itu satu trend khas untuk anak-anak yang ada keperluan khas, bahagian tu. Mungkin yang Yang Berhormat Menteri boleh gunakan kuasa Yang Berhormat untuk pengecualian itu. Mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, baik. Homeschooling ini, dia memang ada pengecualian berdasarkan justifikasi dan juga melihat kepada keadaan-keadaanlah apa yang menyebabkan anak-anak ini perlu diberikan pengecualian itu. Dan biasanya pengecualian itu adalah berdasarkan pengecualian case by case lah ya.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Jadi, sebab itu saya tidak ada masalah untuk melihat bagaimana kita harus juga memperkembangkan soal-soal yang terkait rapat dengan pengecualian ini supaya justifikasi, ruang dan peluang dan anak-anak kita ini tidak ada yang terpinggir dan tidak didiskriminasi atas alasan apa pun. You jiao wu, tidak boleh ada diskriminasi dalam pendidikan ya. Silakan.

draft • 7:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terbaik Menteri.

draft • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, tentang institusi tadi. Kiranya ada keadaan di mana: saya ada tanya institusi yang tidak berdaftar. Maknanya, dalam enakmen, tak ada undang-undang bertulis, tak ada institusi persendirian yang tidak berdaftar.

Jadi, apakah pertama sekali: apakah kaedah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa untuk membolehkan – sama ada mereka mendapat pengecualian dan untuk tahun yang akan datang? Kalau nak hantar pada institusi tak berdaftar ini, apakah pendekatannya? Terima kasih Menteri.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Menteri, tutur kata Yang Berhormat Menteri, tutur kata Yang Berhormat Menteri, cantik. Cuma, saya setuju yang...

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Putrajaya, saya fikir hasrat Putrajaya itu...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya rasa saya dah bercakap Melayu tau. Ya? Kalau saya bercakap Orang Asli, Yang Berhormat tak faham, saya fahamlah.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh, boleh. Cuma saya nak...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Macam nak mengelak itu

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, floor Menteri ya. Kalau yang bercakap itu tak bagi kita janganlah ya. Baik, Menteri teruskan.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey, Timbalan Speaker.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tetapi boleh saya mencelah lepas ini Yang Berhormat Menteri?

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sekali lagi naik, saya gantung. Ini warning saya. Tak ada satu, tak ada dua, tiga – lima hari akan saya gantung. Menteri, teruskan.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Putrajaya ini sangat penting, dan keprihatinan itu adalah, keprihatinan yang sama sewaktu kami membuat sesi libat urus, Putrajaya.

Dan itulah yang kita sedang: maknanya yakinkan institusi-institusi ini supaya berdaftar dengan kita. Kerana kita mahu dapat menawarkan satu kurikulum yang sama, itu yang pertama.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang kedua, kita dapat mengawal ya isu-isu yang berlaku dalam sekolah. Ramai yang sebut tentang buli dan sebagainya. Itu mestilah tertakluk kepada peraturan-peraturan.

Apabila mereka menggunakan kurikulum yang sama. Jadi, kita boleh dapat: buat sedikit direction dan pedoman kepada sekolah-sekolah ini.

Dan kebimbangan saya Yang Berhormat, apabila mereka tidak berdaftar ini, maka, ketetapan rang undang-undang ini akan terpakai kepada ibu bapa itu.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Jadi, itu concern yang sekarang ini yang mesti kita selesaikan dan memberikan penjelasan kepada ibu bapa dan pemilik institusi pendidikan itu supaya mereka dapat berdaftar dengan kita.

draft • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ini kalau boleh...

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Saya nak cadang saja. The same note. Sebab, sekolah-sekolah: setengah sekolah itu sepatutnya memang bukan bawah KPM, dia mungkin di bawah negeri, sekolah agama. Kalau KPM boleh berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri, cari jalan supaya sekolah-sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat itu didaftarkan.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat, sebab dalam mesyuarat Exco-exco Pendidikan Negeri telah pun kita jelaskan dan kita mohon mereka untuk memberikan kerjasama dalam aspek itu dan kita akan assist peringkat KPM. Sila Putrajaya.

draft • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Menteri, sedikit lagi. Soalan saya berikutnya tadi adalah, kalaulah — sebab nak daftar ini dia ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi dan mungkin akan ambil masa dan mungkin mereka mengambil pendekatan untuk tidak mendaftar institusi mereka. Jadi apakah jangka masa ni?

Bilakah nak dikatakan: katakan nak bagi tempoh berdaftar, jangka masa untuk mendapat pengecualian sebagai contoh, apakah time frame? Kerana, penting untuk ibu bapa di luar sana, yang hantar anak-anak ke institusi ini buat persediaan. Kalau tiba-tiba nak dikenakan tindakan kerana institusi tersebut tidak berdaftar, itu merupakan satu saya rasa, tindakan yang akan memberi kesan besar pada ibu bapa. Terima kasih.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum tentang isu tersebut. Saya pasti dalam rangkuman masa kita itu, kita ada ketetapan juga melihat kepada keprihatinan itu. Ya, silakan tadi siapa yang bangun ya.

draft • 7:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Menteri. Nak panjangkan yang tadi jugalah, agak tak berapa jelas. Sekiranya ibu bapa mendaftar sekolah-sekolah yang tidak ada pendaftaran, sama ada kerajaan negeri ataupun...

[Tidak jelas] Apakah undang- undang ini: akta yang terpakai untuk menjatuhkan hukuman? Saya kena beri penjelasan kepada mak ayah yang di luar sana lah. Terima kasih.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Itulah yang kita sebut tadi Yang Berhormat, sebab Putrajaya bangkitkan sebentar tadi. Itulah keprihatinan kita. Sebab itu kita apabila menggagaskan rang undang-undang ini, sesi libat urus kita itu, kita anggap sangat kritikal.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kerana ia mesti mencapai kepada semua audiens ataupun pemegang taruh dalam bidang pendidikan.

draft • 7:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sebab itu tadi saya dan maknanya Putrajaya, keprihatinan kami adalah soal bagaimana melihat institusi-institusi yang tidak berdaftar ini. Jadi, kita membuat anjuran kepada mereka bahawa ada keperluan untuk mereka mendaftar dengan kita supaya kita dapat memastikan soal-soal yang terkait rapat dengan rang undang-undang ini benar-benar dapat sebagaimana yang kita hasratkan.

Jadi, kalau mereka tak daftar rang undang-undang ini terpakai, Yang Berhormat.

Jadi, maknanya ibu bapa yang menghantar ke institusi itu, akan berdepan dengan tindakan itu. Jadi, itu kalau boleh kita hendak panjangkan sepertimana yang Putrajaya sebut tadi, panjangkan sesi tentang pendaftaran ini, penjelasan ini yang mesti kita laksanakan sebagai salah satu daripada usaha untuk memastikan semua pihak faham tentang hasrat ini. Ya, silakan.

draft • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, saya minta penjelasan.

Terima kasih YB Menteri kerana telah memberi penjelasan mengenai K9 dan juga K11 kerana itu adalah amat penting, khasnya kepada negeri Sabah dan Sarawak yang banyak kawasan pendalaman.

Saya juga ingin bertanya dan penjelasan daripada YB Menteri, sama ada kita boleh re-instate sebagai contoh, kalau pelajar ini dia berhenti sekolah pada Tingkatan 4 dan over one year lapping, jadi kalau kita boleh re-instate dan memberi peluang kedua kepada mereka, adakah ini dibenarkan? Dan kalau jawapannya dibenarkan, bolehkah YB Menteri membekalkan senarai-senarai pelajar yang tercicir ini kepada Ahli-ahli Parlimen supaya kita boleh membantu mereka...

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya.

draft • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Dan mengetahui apakah sebab mereka tercicir dan tidak menyambung persekolahan mereka kerana saya percaya kalau mereka mempunyai data ini dan mereka diberi peluang yang kedua, kita sebagai wakil rakyat dan juga kerajaan juga mungkin boleh mencari jalan penyelesaian untuk membantu mereka.

Jadi, bolehkah benda itu dibuat? Terima kasih.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Barangkali izinkan saya juga menegaskan sebab ramai yang menyebut juga tentang keprihatinan mereka tentang isu bagaimana kita melihat untuk memanggil mereka balik ke sekolah. Pertama Yang Berhormat, apa Yang Berhormat kena kempen ini, pertama sekolah kita percuma. Jadi, bila pendidikan ini percuma, SPM pun kita daftarkan. Jadi, apa sangatlah permintaan kita ini untuk mereka datang ke sekolah. Tetapi jangan pandang mudah sebab memang ada, maknanya halangan dan cabaran mereka untuk datang ke sekolah.

Baik. Yang kedua, apa yang perlu, juga yang telah pun kita laksanakan sebelum kita bawa rang undang-undang ini Yang Berhormat, adalah memastikan bahawa penglibatan

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

semua pihak Yang Berhormat di kawasan, PPD ya, ahli kariah, PIBG, PIBKS ini tanpa henti memanggil ibu bapa, memujuk anak-anak untuk pergi ke sekolah. Sebab itu bila Langkawi, Langkawi — kah itu, ada. Okey, ada*.

[Sambil menunjukkan tanda bagus] [Ketawa]* Apabila Langkawi membangkitkan kisah saya sebentar tadi dengan anak tersebut, itu antara perkara yang sedang kita berhadapan. Maknanya anak-anak ini berada dalam industri yang lain. Itu juga satu cabaran. Pasir Gudang membangkitkan, betul saya bangkitkan kepada Pasir Gudang, antara kawasan ataupun Parlimen yang sedang kita pantau kerana kecicirannya, kerana anak-anak bekerja.

Sebab itu kalau Yang Berhormat semua, maknanya bersetuju bahawa antara perkara yang boleh kita buat adalah dengan turun ke akar rumput ini, untuk memastikan dan memujuk dan mengembalikan mereka ke sekolah, saya tidak ada halangan. Bekerjalah dengan gigih, maknanya PPD, Puncak Borneo saya ingat bersedia untuk membantu Yang Berhormat lebih daripada itu untuk memanggil mereka ke sekolah.

Yang kedua, Yang Berhormat juga menyebut..

draft • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, kalau saya boleh tambah sedikit.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya.

draft • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Sebab — untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya sekarang ini ada dua anak angkat yang saya sponsor untuk belajar di SMK Padawan, di mana sebelum ini juga saya pernah mengambil lima orang sebagai anak angkat. Sebab saya melihat sendiri dan turun dan membantu mereka. Kebanyakan mereka adalah masalah keluarga dan juga masalah kewangan. Jadi, sebab itu saya perlu data di Parlimen Puncak Borneo. Kalau ada, saya bersedia untuk membantu sebab saya ingin pastikan sekurang-kurangnya mereka ini mendapat pendidikan sehingga ke sekolah menengah. Terima kasih.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa tidak ada masalah dalam soal itu cuma saya hendak jelaskan sedikit tentang...

draft • 8:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Speaker, boleh Sik?

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Apabila Yang Berhormat tanya, bolehkah mereka masuk semula dalam sistem persekolahan selepas mereka meninggalkan lama. Jadi, ini antara perkara yang kita laksanakan, mengembalikan mereka ke sekolah ini. Cuma cabaran kita adalah apabila mereka hanya kembali ke SPM, itu cabaran benar juga.

Bermakna kalau mereka kembali lebih awal, intervensi kita akan lebih padu tetapi apabila sampai waktu mereka hanya kembali ketika Tingkatan 5, jadi memang ada sedikit barangkali perkara yang mesti kita selesaikan di dalam soal persiapan-persiapan mereka untuk mengambil SPM. Tetapi semangatnya adalah mereka mesti bersekolah, mesti kembali ke sekolah dan mesti mendapat pendidikan yang terbaik dalam sistem pendidikan kita.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 8:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik dahulu ya, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Ketawa] Juga saya juga apa yang dibangkitkan oleh Puncak Borneo tadi...

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar. Sebentar Yang Berhormat. Sebentar, sebentar. Yang Berhormat Menteri, bagi yang mana satu?

draft • 8:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik, dahulu. Ya. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Menteri.

draft • 8:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Selepas ini boleh Tanah Merah ya.

draft • 8:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sebab kita hendak balik awal ini, baik.

Yang Berhormat Menteri, tadi kita lihat dibangkit oleh Puncak Borneo, ada anak-anak kita ini yang dia ada kekangan dan halangan berlatar belakang keluarga itu sendiri ya. Dalam akta ini juga, mungkin dilihat dari segi inklusifnya anak-anak rentan ini, yang jumlahnya agak besar, 124,000 orang dalam laporan SUHAKAM sendiri, yang tidak ada dokumen, yang OKU.

Maknanya mereka ini mungkin ada, ada hasrat niat untuk pergi ke sekolah tetapi halangan-halangan itu mungkin membataskan mereka. Jadi, adakah juga kementerian melihat dari segi akses pendidikan itu tidak hanya fizikal di sekolah, mungkin pendidikan secara hibrid ya, pendidikan di rumah itu sendiri juga dalam rangkuman pendidikan yang wajib itu. Jadi, mohon pandangan Menteri.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat itu tidak terkecuali juga daripada pendekatan intervensi yang kita laksanakan untuk memastikan anak- anak kita ini mendapatkan. Sebab itu dalam konteks pendidikan ini kita tidak hanya melihat PdP itu berlangsung dalam kelas sahaja tetapi juga boleh berlaku sebagaimana Yang Berhormat sebut hibrid ini. Jadi, yang penting mereka mendapat pendidikan dan berada dalam sistem pendidikan kita.

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh?

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tanah Merah ini...

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tak apa. Ini...

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tak. Saya perlu jelaskan ini. Tanah Merah boleh minta dengan saya elok-elok, saya tidak ada masalah sebab Tanah Merah ini macam ada split personality. Dekat luar Dewan bukan main lagi kata saya baiklah, minta maaflah cakap macam itu tapi dalam Dewan cakap kasar-kasar, tidak bolehlah macam itu.

draft • 8:00 PM

[Dewan riuh]

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bukan. Yang Berhormat Menteri.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang mana satu sebenarnya Tanah Merah ni?

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, saya — Okeylah, Yang Berhormat Menteri. Sebab itu, saya — Terima kasih, terima kasih. Insya-Allah kita akan bercakap dalam keadaan baik dan penuh berharmoni.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita hendak merayu itu kena faham-fahamlah.

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey.

[Ketawa] [Dewan ketawa] Saya akur dengan Dato' Yang di-Pertua, sahabat saya, Cameron Highlands.

Okeylah Yang Berhormat Menteri saya tidak ada niat, tak ada niat nak against Yang Berhormat Menteri. Tak nak apa, tak nak apa bergaduh dengan Yang Berhormat Menteri.

Saya cuma saya kata sebab apa, saya dah hantar surat kepada Yang Berhormat Menteri pada 10 Disember.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya dapat fakta itu, Yang Berhormat.

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya, saya dah dapat dan saya dah hantar lagi sekali.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey, betul saya dah terima semua.

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi, saya hanya hendak bagi sumbangan sahaja. Saya hendak bagi sumbangan kepada semua, terima kasih.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey. Saya terima. Saya terima rayuan itu dan saya pertimbangkan. Okey, alright. Dato’ Sri Speaker, kalau tidak ada yang lain untuk bangkit dan bertanya soalan, saya hendak buat conclusion teruslah, penutup bagi...

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Sedikit sahaja, Yang Berhormat.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Oh, sila. Okey.

draft • 8:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Okey, saya rasa Yang Berhormat Sipitang, tentang kes allahyarhamah ini, sebenarnya kita nak bagi peluang Yang Berhormat Menteri. Kalau tidak sempat di sini, mungkin buatlah satu kenyataan menerangkan sebab menenangkan. Ini banyak yang dalam sosial media. Yang saya tanya-tanya lapan soalan itu, itu sebenarnya nak bagi peluang kepada Yang Berhormat Menteri, elok dijelaskan.

Saya rasa Sipitang ya, kalau Yang Berhormat Menteri buat satu kenyataan meredakan keadaan, termasuklah ada pengetua dah berhenti pun kena tembak juga. Saya saja tanya je tadi itu. Terima kasih.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat, saya ambil maklum dan memberikan sepenuh komitmen bagi kes ini. Ini adalah top priority KPM ketika ini, Yang Berhormat.

Sebab itu dalam soal memastikan soal siasatan dan kita menyerahkan sepenuhnya dan memberikan kerjasama kepada PDRM. Jadi, untuk isu ini saya fikir, ketika ini semua dalam

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

aspek memberikan, dalam kita sebut sebagai assist ya dalam soal siasatan ini, kita bagi tumpuan penuh.

Begitu juga dalam soal-soal kita juga perlu berlaku adil dengan memastikan juga kesejahteraan warga sekolah dan keseluruhan institusi kita.

draft • 8:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Jadi, jaminan saya pada hari ini di hadapan Yang Berhormat semua, ya adalah siasatan yang adil dan telus untuk memastikan kes ini benar-benar mendapat keadilan.

[Tepuk] Terima kasih.

draft • 8:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi.

draft • 8:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey.

draft • 8:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Satu lagi kes saya sebut tadi, kes arwah Zulfan Iqbal. Kes ini dah terlalu lama, lapan bulan. Ibu bapa menangis menunggu apakah yang berlaku sebenarnya, memerlukan pembelaan anak mereka. Jadi, saya mohon pihak — dan juga PDRM. Tolong ambil perhatian kes ini. Terima kasih.

draft • 8:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum dan akan ada tindak susullah bagi perhatian kes tersebut.

Dato’ Timbalan Speaker, saya mengakhiri penggulungan saya ini dengan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua. Bagi persoalan-persoalan yang tidak dapat saya jawab itu, penjelasan saya ini saya fikir sudah cukup tuntas untuk menjelaskan apa-apa yang dibangkitkan secara keseluruhannya. Dan, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan, keprihatinan dan membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setelah 34 pembahas membahas pindaan rang undang-undang ini, sekarang tiba masanya kita untuk ke agenda yang berikutnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 8:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 4 – Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Fasal-fasal 1 hingga 4 jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

draft • 8:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Pengerusi, saya nak bahas tentang fasal 4...

draft • 8:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini dulu yang...

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, sebentar. Saya bagi satu belah pembangkang, satu sebelah kerajaan, dua belah kerajaan dan saya benarkan dalam tempoh tiga minit dan saya akan straight kali ini time.

draft • 8:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Besut dulu.

draft • 8:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya terus kepada fasal 3. Fasal 3 jelas iaitu menggantikan perkataan tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia kepada tiap-tiap ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara Malaysia.

Jadi persoalan saya di sini, apa — kalau anak itu anak yatim, anak yatim piatu, di mana letaknya hak ini? Makna hak kepada penjaga? Makna ada kelompangan. Hak kepada penjaga sepatutnya diletakkan. Dan, juga kalau ibu bapa itu tinggal di luar negara, katalah anak tinggal di Malaysia dengan neneknya ke, dengan apanya, mereka adalah sebagai penjaga.

Dan, saya lihat di dalam ini juga, fasal 3 juga hanya kewajipan untuk mendaftar tapi tidak ada yang saya nampak dari segi hukuman kesalahan ini sama ada, ada kesalahan atau pun tidak sebab dalam fasal 4 ada disebut. Fasal 4 disebut di 32A(4), disebut kalau melanggar subseksyen (2), dia boleh didenda sehingga RM5,000 dan juga penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Jadi dalam 29A(2) tak ada, hanya (4).

Kecuali takut ada dalam Akta Ib. Saya tak tahulah sebab saya tak baca Akta Ibu sebab saya limit-kan diri saya kepada pindaan sahaja.

Jadi yang keempat juga, fasal 4, kuasa Menteri ini. Kuasa Menteri untuk mengecualikan — apa yang kriteria dia yang boleh? Kalau nak kira sini, memberi kuasa untuk menetapkan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib untuk mengecualikan mana- mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak. Okey, maknanya, apa ciri- cirinya untuk mengecualikan?

draft • 8:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

[Tidak jelas]

draft • 8:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa ciri-cirinya? Dan, juga untuk membatalkan juga. Apa ciri-cirinya pula untuk membatalkan pula? Itu saja yang saya lihat ada kelompongan dalam pindaan ini. Terima kasih.

draft • 8:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 8:12 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh fasal 4 berkenaan tafsiran pendidikan menengah. Saya dapati dalam rang undang-undang ini tidak diberi dengan jelas tafsiran apakah itu pendidikan menengah.

Dan, saya merujuk kepada akta ibu, ada juga disebut sepintas lalu pengertian pendidikan menengah tapi tidak jelas.

Jadi, saya menyebutkan ini kerana pada seksyen yang 32A(1), (4) itu berkenaan hukuman iaitu boleh sampai RM5,000 dan di penjara boleh sampai enam bulan. Jadi ini serius. Walaupun kita tak ada niat sebenarnya nak penjarakan, tapi kita Ahli Parlimen — tapi di mahkamah lain cerita, kan eh. Jadi pendidikan menengah Tuan Pengerusi, ada menengah rendah. Dulu ada PMR, Peperiksaan Menengah Rendah.

Kemudian, ada menengah tinggi. Jadi, tidak dijelaskan kalau menengah itu sampai tingkatan berapa. Ayat yang disebut dalam muka surat 3 ini, pendidikan menengah — sepanjang tempoh pendidikan menengah. Jadi, tak jelas itu. Dan, sepatutnya undang-undang kita elakkan kekaburan. Biar jelas kan eh. Maknanya, dia mesti sampai Tingkatan 5 ke, ambil peperiksaan SPM ke. Sebab kalau perkara ini bukan sekarang, mungkin 10 tahun akan datang ada kes di mahkamah, ada masalah juga pada pihak pendakwaan. Terima kasih.

draft • 8:15 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 8:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Saya bangun kerana tak dapat berbahas semasa ucapan undang-undang dasar. Tapi saya berterima kasih di atas segala inisiatif yang diambil oleh Menteri dan Timbalan Menteri untuk menaikkan prestasi murid-murid, anak-anak kita di sekolah.

Saya merujuk terus kepada fasal 4. Perkara yang sama, pendidikan menengah dan pendidikan wajib. Tentang pendidikan wajib ini, peraturan-peraturan. Rujukan saya adalah apakah mata pelajaran yang akan bakal diwajibkan. Moral, sivik, sejarah, agama.

Saya tidak mahu murid-murid untuk berlaku tidak senonoh. Seperti tindakan merotan patung mirip Perdana Menteri. Seperti memperlekehkan usaha diplomasi yang amat Berhormat Perdana Menteri. Mendamaikan negara-negara yang bertelagah seperti Cambodia dengan Thailand. Ada Ahli-ahli Parlimen yang buat perkara-perkara tak senonoh.

Jadi, saya ingin bangkitkan. Ini adalah perkara yang wajib. Mungkin mereka tidak melalui pendidikan wajib...

draft • 8:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 8:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Tidak tahu sejarah, tidak tahu moral...

draft • 8:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 8:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Tidak tahu sivik. Jadi ada pihak-pihak — ada Ahli-ahli Parlimen yang membuat naik [Tidak jelas] kata… [Pembesar suara dimatikan]

draft • 8:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat, dengan izin *contain to that matter only.

[Tepuk]*

draft • 8:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Ya saya, saya contain kepada isu itu. Sebab itu saya tanya, apakah...

draft • 8:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 8:17 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apakah pendidikan...

draft • 8:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat yang lain tolong diam.

draft • 8:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apakah pendidikan yang wajib, yang diwajibkan ketika kita menduduki, akan melaksanakan undang-undang ini?

Pendidikan sivil, pendidikan sivik, pendidikan moral, pendidikan sejarah wajib, kerana ada Ahli-ahli Parlimen yang tak tahu beradab. Itu permintaan saya. Terima kasih.

draft • 8:17 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hasutlah Jelutong pun.

draft • 8:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, maintain quorum please, kini petang-petang dah ini. Alright Menteri, lima minit atau terpulang jangka masa kalau pendek.

draft • 8:17 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih.

draft • 8:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Maksimum lima minit.

draft • 8:17 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Izinkan saya menjelaskan berkaitan dengan pertanyaan Besut sebentar tadi. Untuk makluman Besut, memang maksud “penjaga” ini adalah di bawah definisi ibu bapa. Jadi, seksyen 2 Akta 550 telah menjelaskan bahawa ibu bapa termasuk penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid. Jadi, jelas ia adalah terkandung di dalam maksud ataupun definisi yang telah pun dijelaskan.

Yang kedua, berkaitan dengan pengecualian yang dibangkitkan oleh Besut sebentar tadi. Pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib boleh diberikan kepada golongan kanak-kanak tertentu atas pertimbangan Menteri dengan mengambil kira keadaan kanak- kanak tersebut.

Pertama, kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas atas faktor ketidakupayaan fizikal atau intelektual atau dalam kategori tidak mampu mengurus diri sendiri yang disahkan oleh pakar perubatan. Yang kedua, masalah kesihatan kronik yang memerlukan kesihatannya dipantau sepanjang masa. Yang ketiga, kaum yang mengamalkan hidup

draft • 8:20 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

berpindah randah di mana-mana kawasan pedalaman di Malaysia. Kemudian, tiada akses sekolah rendah atau sekolah menengah dalam radius yang munasabah. Antaranya disebabkan oleh faktor-faktor geografi dan kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang dan faktor keselamatan. Jadi, itu adalah pengecualian-pengecualian yang diberikan untuk kes-kes yang boleh mendapat pengecualian khas.

Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Pasir Gudang. Memang jelas dinyatakan sebenarnya di dalam Akta 550 ini, pendidikan menengah ertinya pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Pendidikan menengah ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah. Pendidikan menengah rendah ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah.

Jadi, penjelasan itu Pasir Gudang, saya ingat cukup untuk — kerana ini yang telah pun berada dalam akta ini begitu lama dan telah pun dijelaskan di dalam akta ibu.

Sekian, Dato’ Timbalan Speaker.

draft • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Balik kepada urusan.

[****Fasal-fasal 1 hingga 4** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Wong Kah Woh) dan diluluskan]

draft • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 31 Julai 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 8:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.24 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026