Jul292025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Sebagai permulaan bagi sesi Waktu Pertanyaan Menteri-menteri, kita mula dengan soalan yang pertama. Saya mempersilakan Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan, yang meminta Menteri Kerja Raya untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

1. Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan]: Terima kasih. Pekan minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah implikasi kepada pengguna lebuh raya sekiranya kerajaan tidak menangguhkan kenaikan kadar tol pada tahun 2025, seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Julai yang lalu. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk jawapan.

draft • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Julai 2025 telah mengumumkan penangguhan kenaikan kadar tol bagi tahun 2025 di 10 buah lebuh raya yang saya namakan di sini ya, seperti berikut:

(i) Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga);

(ii) Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR);

(iii) Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB);

(iv) Lebuhraya Senai-Desaru (SDE);

(v) Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2);

(vi) Lebuhraya Klang Selatan (SKVE);

(vii) Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS);

(viii) Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE);

draft • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

(ix) Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX); dan

(x) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

Penangguhan kenaikan kadar tol bagi tahun 2025 untuk 10 buah lebuh raya tersebut melibatkan semua kelas kenderaan dari Kelas 1 hingga Kelas 5, kecuali bagi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) yang hanya melibatkan penangguhan kenaikan kadar tol bagi kenderaan Kelas 5 sahaja, kerana kadar tol kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 4 di lebuh raya LLB telah pun mencapai had kenaikan maksimum sepertimana yang telah ditetapkan di dalam perjanjian konsesi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pekan, kadar tol bagi 10 lebuh raya tersebut dijadualkan akan mengalami kenaikan pada tahun 2025, sepertimana yang telah ditetapkan di dalam jadual kadar tol di dalam perjanjian konsesi, yang telah dimeterai. Walau bagaimanapun, demi meringankan beban rakyat terutamanya pengguna lebuh raya, Kerajaan MADANI atas dasar keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kos sara hidup rakyat yang — telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya tersebut bagi tahun 2025 ini.

Pelaksanaan penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya tersebut membolehkan pengguna terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan dalam masa terdekat.

Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat juga, sekiranya penangguhan kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan, pengguna lebuh raya yang menggunakan 10 lebuh raya tersebut akan merasai impak yang signifikan kerana pada masa ini, terdapat jurang yang besar di antara kadar tol yang dikenakan kepada pengguna berbanding kadar tol yang ditetapkan di dalam perjanjian konsesi ya.

Jadi, kuantum kadar kenaikan bagi kenderaan Kelas 1 berdasarkan perjanjian konsesi bagi 10 lebuh raya yang terlibat adalah di antara 50 sen hingga RM4.56 atau sebanyak 79 peratus hingga 83 peratus. Jadi, berikut adalah kadar kenaikan tol pada tahun 2025, sekiranya kenaikan kadar tol tidak ditangguhkan ya.

Sistem tol terbuka bagi kelas kenderaan Kelas 1 ya, 50 sen ke RM4.56. Untuk Kelas ke- 2, dari RM1 hingga ke RM6.80. Kelas ke-3, RM1.40 hingga RM15.30 dan Kelas ke-4, dari 20 sen jadi RM1.90 dan Kelas ke-5, 20 sen hingga RM5.70. Jadi ah — bagi sistem tol tertutup ya, jadi kelas kenderaan jadi Kelas 1, RM3.36 — bukan, RM3.36 bukan RM3 ya maaf. RM3.36 sekilometer.

draft • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, sampai ke 5.99 sen satu kilometer. Kelas ke-2, 2.4 sen per kilometer hingga 8.98 sen satu kilometer. Kelas ke-3, 3.6 sen per kilometer ke 11.98 sen per kilometer. Jadi, kelas ke- 4, 1.68 sen kilometer ke 3.01 sen per kilometer. Dan kelas ke-5, 3.36 sen sekilometer hingga 6.86 sen per kilometer. Jadi, ini sebagai contohlah.

draft • 10:10 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Pengguna kenderaan Kelas 1 yang melalui Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya MEX yang berulang alik ke tempat kerja akan menikmati penjimatan sebanyak RM6.80 bagi perjalanan pergi dan balik kerja seperti ― juga seperti berikut, saya jelaskan ya. Yang dikatakan Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX ini tadi. Kadar tol perjanjian konsesi 2025, Kelas 1― RM6.90.

Jadi, kadar tol semasa kelas 1 yang dikekalkan, RM3.50. Makna, bezanya penjimatan kepada pengguna, RM3.40. Penjimatan sebanyak yang bagi RM6.80 bagi perjalanan ulang-alik atau dua hala. RM3.40 times two-lah. Jadi, itu penjimatannya. Jadi, sekiranya jumlah penjimatan ini didarabkan selama 20 hari iaitu penggunaan bagi tempoh sebulan atau 240 hari setahun, penjimatan yang akan dinikmati oleh pengguna tersebut adalah sebanyak RM136 sebulan atau RM1,632 satu tahun. Itu penjimatan.

Jadi, kementerian berharaplah agar pelaksanaan penangguhan kenaikan kadar tol ini sedikit sebanyak dapat meredakan kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya dalam urusan harian dan berulang alik ke tempat kerja mereka.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pekan, untuk soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih di atas penjelasan Menteri tadi. Soalan seterusnya ialah Pekan ingin mengetahui, berapakah implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh kerajaan serta berapa ramaikah pengguna yang akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan penangguhan kenaikan kadar tol tersebut? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikutan pelaksanaan penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya untuk tahun 2025, lebuh raya tersebut, kerajaan perlu menanggungkan kos pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya dengan anggaran RM568.92 juta. Lebih setengah bilion ya, RM568.92 juta.

Walau bagaimanapun, penetapan jumlah pampasan sebenar yang perlu dibayar oleh kerajaan adalah tertakluk kepada jumlah trafik sebenar serta pengesahan juruaudit operasi pihak kerajaan dan syarikat konsesi. Jadi, yang 568 itu adalah kita puratakan dalam apa― kita dah dapat dalam masa lampaulah. Jadi, kita average out 568 sekiranya― tapi, final figure dia mestilah nanti tertakluk kepada juruaudit operasi pihak kerajaan dan syarikat konsesi.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, penangguhan kenaikan kadar tol 10 lebuh raya ini akan memberi manfaat kepada 900 lebih ribu― 941 lah, hampir satu juta pengguna yang menggunakan lebuh raya tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelah pembangkang. Silakan, Yang Berhormat Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Yang di-Pertua. Smart hari ini ya Yang di-Pertua. Memang smart.

Menteri, kita pernah jadi kerajaan bersama. Pernah. Okey? Okey. Jadi, saya nak― pernah tak kita dengar janji-janji daripada pihak pembangkang pada masa itu, janji nak hapuskan tol? Ingat tak? Okey. Jadi, apa kesan? Adakah maknanya dengan janji tersebut mungkin akan meningkatkan sokongan rakyat pada masa itu? Kerana dianggap mereka itu prihatin terhadap rakyat. Jadi, pertanyaan saya― tadi cerita fasal naik. Sekarang saya nak cerita fasal kalau dihapus tol. Pada masa itu dan sekarang. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab. Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain itu, Peraturan 41 jelas. Bila seorang wakil rakyat atau YB bercakap, yang lain itu, Peraturan 41, terutama 41(e), kerap sangat dilanggar. Saya dah nyatakan ya, I cannot tolerate. I will usir keluar. I don’t care left or right, kerajaan atau tidak.

Baik, silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya. Yang Berhormat, ini pandangan sayalah, ya. Bab itu, yang tadi, manifesto masa pilihan raya dan sebagainya. Jadi, begini. Memang kita kerajaan ini sekarang, dulu kita bersama di sana, kita dengar, betul, tapi sekarang saya di sini sebagai kerajaan. Kita pandangkan bukan mudah nak mansuhkan tol ini. Ya? Kerana, kalau tol ini dimansuhkan, kerajaan pastikan mencari dana yang besar untuk buat kerja-kerja penyelenggaraan sekurang-kurangnya.

Jadi, untuk tujuan ini, memang memerlukan dana yang besar, bilion-bilion ringgit. Jadi, kalaulah ia begini, kita boleh bayangkan dana kerajaan ini mungkin boleh digunakan untuk lain.

Di Terengganu kah, di Hulu Terengganu, di Kelantan, di Sarawak, Sabah ya, yang mereka tak menggunakan lebuh raya ini.

Jadi, pandangan saya, mungkin kerajaan pun tengok begini sekarang. Kita tak perlu mansuhkan, cuma kalau tempoh syarikat-syarikat ini dah mencapai keuntungan ataupun ROI, return on investment mereka, bolehlah masa itu nanti kadar tol yang boleh dikatakan membebankan sekarang, diturunkan. Itu lebih praktikal dan realistik ya.

Tapi, untuk menjawab mengapa tidak dimansuhkan, bagi saya, inilah pandangan.

Mungkin kita tak perlu mansuhkan demi kebaikan ke seluruh negara kita termasuk di Terengganu, mungkin juga Sabah dan Sarawak yang ramai kita tak menggunakan lebuh raya ini. Jadi, inilah penjelasan daripada saya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, ke soalan kedua. Saya mempersilakan Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, Yang Berhormat Langkawi.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah [Langkawi]: Assalamualaikum. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Komunikasi, menyatakan prosedur siasatan SKMM terhadap aduan berkait kenyataan-kenyataan di media sosial. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588, termasuk pengawalseliaan kandungan dalam talian selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Berhubung prosedur siasatan, MCMC telah diberi kuasa untuk menyiasat mana-mana kesalahan bawah Akta 588 berdasarkan laporan maklumat pertama atau, dengan izin, first information report (FIR) yang diterima dari orang awam serta permohonan dari agensi-agensi penguatkuasaan. Bertindak atas FIR tersebut, proses siasatan akan dijalankan oleh agensi penguatkuasaan di bawah peruntukan yang berkaitan kesalahan-kesalahan tertentu seperti kesalahan di bawah seksyen 233 Akta 588 sekiranya terdapat penerbitan kandungan yang mempunyai unsur lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.

Seterusnya, pemeriksaan akan dijalankan oleh pegawai diberi kuasa MCMC sama ada dengan mendapatkan waran geledah daripada mahkamah di bawah seksyen 247 Akta 588 atau dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia di bawah seksyen 248 Akta 588.

Bagi kes yang disiasat, satu notis di bawah seksyen 255 Akta 588 iaitu kuasa untuk mengehendaki kehadiran orang yang tahu mengenai kes boleh dikeluarkan terhadap individu yang disiasat oleh MCMC.

draft • 10:10 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Rakaman percakapan individu berkenaan juga akan diambil di bawah seksyen 256 Akta 588 bagi membantu siasatan. Sekiranya terdapat bukti awal yang boleh mengaitkan individu berkenaan dengan kesalahan yang disiasat, peranti komunikasi milik individu berkenaan boleh disita sama ada oleh MCMC atau PDRM. Seterusnya, pengujian forensik akan dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti teknikal berkenaan dengan kesalahan yang disiasat.

Kertas siasatan yang telah dilengkapkan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan dan keputusan memulakan pendakwaan di mahkamah atau mana-mana keputusan lain yang termaktub di dalam undang-undang. Selain itu,

draft • 10:20 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

tawaran kompaun juga boleh ditentukan pada peringkat ini dengan izin yang diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.

Ingin ditegaskan bahawa siasatan yang dijalankan MCMC adalah berpandukan kepada tatacara dan prosedur yang ditetapkan serta mematuhi peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah Akta 588. Kesemua proses siasatan ini dijalankan secara telus dan menyeluruh, merangkumi semua aspek bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan seadilnya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Langkawi, soalan tambahan. Silakan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau kita melihat sekarang teknologi yang baru muncul ini, deepfakes and AI ini, saya merasakan bahawa satu cabaran yang hebat. Soalan saya, bagaimana SKMM nak mengatasi cabaran baru ini?

Dan kita melihat, diulang-ulang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menjual saham di dalam YouTube. Chong Wei, Siti Nurhaliza, Tony Fernandez dan mereka, mereka yang lain yang deepfake-kan. Mana mungkin Tun M 100 tahun boleh hidup menyanyi Widuri lagi? Jadi, saya merasakan bahawa ini satu perkara yang kita bimbang, yang mana satu kita nak percaya nanti. Eh ― dan juga baru-baru ini, dua tiga hari lepas banyak sangat saya melihat...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sesi bertanya ini bukan untuk perbahasan, jawab.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tak bahas Yang di- Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya interpretasikan itu sebagai bahas. Jadi, teruskan soalan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Soalan saya, baru-baru ini banyak sangat fitnah individu yang menyatakan bahawa ada 20 tan sampah, sat 18,000 sat 20,000, sat setengah juta. Jadi, adakah SKMM memanggil mereka ini untuk di-investigate?

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai isu kecerdasan buatan khususnya aplikasi generative AI dengan izin yang membolehkan penghasilan kandungan berunsur deepfake seolah-olah seseorang itu mengeluarkan ucapan yang tidak sebenarnya diucapkan oleh individu tersebut.

Memang kita dapati di pelbagai peringkat sama ada di Kerajaan Persekutuan mahupun di peringkat antarabangsa sekarang sedang hebat dibincangkan isu-isu berkaitan kawal selia

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

untuk kecerdasan buatan. Tapi masa yang sama, di pihak pengguna juga perlu ada satu kesedaran bahawa bukan semua yang kita saksikan dalam terutama media sosial itu benar.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kita perlu ada satu keupayaan untuk melakukan pengesahan yang mudah, a simple verification mechanism. Dan ia bukan sekadar melibatkan generative AI, gen AI seperti deepfake dan sebagainya. Malah dibincangkan dalam beberapa media barat, sekarang generative AI boleh menghasilkan video seolah-olah seorang wartawan itu berada di satu lokasi untuk membuat pelaporan pasal kejadian yang langsung tidak berlaku. Maka kita perlu sentiasa waspada. Tapi kewaspadaan kita tidak mencukupi. Platform- platform media sosial mempunyai satu tanggungjawab di mana mereka tidak boleh membiarkan kandungan-kandungan bersifat deepfake ini disebar dengan sedemikian rupa.

Itulah antara sebab kenapa pihak MCMC sedang meneliti keperluan untuk platform- platform media sosial meletakkan label dengan izin ‘AI generated’ ataupun ‘AI enhanced’ sama ada kandungan itu telah dihasilkan oleh kecerdasan buatan ataupun ia telah ditambah baik ataupun diolah dengan kecerdasan buatan. Kita lihat ini boleh dilaksanakan melalui Akta 868 ataupun Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dan kita jangkakan setelah beberapa peraturan disiapkan oleh pihak MCMC, insya-Allah ONSA dapat diguna pakai pada hujung tahun ini, dapat berkuat kuasa pada hujung tahun ini.

Berkenaan isu 20 tan yang Yang Berhormat sebutkan tadi, oleh kerana ia dibangkitkan dalam Dewan, saya rasa proses yang tak perlu pergi ke MCMC, boleh rujuk dengan Dato’ Yang di-Pertua. Boleh bawa usul. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat yang akan menambah soalan tambahan kepada Menteri, saya ingin mengingatkan dalam soalan tambahan, mukadimah boleh dibenar. Tapi jangan ambil mukadimah itu sebagai satu ucapan yang boleh ditafsirkan oleh yang mempengerusi Majlis. Baik, soalan yang berikutnya, saya silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

Ingat pesan saya.

draft • 10:20 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Timbalan Speaker. Hari Sabtu baru-baru ni ada himpunan baju hitam. Dalam himpunan tu dia sebut, dia sebut nak jatuhkan kerajaan, nak jatuhkan Perdana Menteri yang ada pada hari ni. Dan Perdana Menteri cabar, supaya bawa usul undi tidak percaya dalam Parlimen. Cuma dah dua hari kita bersidang

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

ni, kita tak nampak ada usul undi tidak percaya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada pada hari ini.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jadi kita cabar kepada pembangkang supaya bawa usul undi tak percaya kepada pembangkang ni. Itu yang pertama.

draft • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]

draft • 10:20 AM

Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Apa kena mengena soalannya?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar, sebentar. Saya dah cakap tadi, saya benarkan mukadimah. Tapi janganlah melarut pulalah ya Yang Berhormat. Jadi, yang lain, yang lain, Yang Berhormat yang lain tolong dengar apa saya bercakap mengikut Peraturan 42, bila Pengerusi bercakap, yang lain dengar. Okey.

Yang Berhormat, saya bagi satu ruang lagi. Kalau ini melarut, saya akan suruh Yang Berhormat duduk. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, kemudian baru-baru ni juga, dalam perhimpunan baju hitam tu, doa laknat. Ha, ini saya nak tanya dengan Menteri ni, maksudnya.

Sepatutnya doa ni doa kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan, selamatkan negara kita ni. Bukan doa laknat. Ini jadi masalah kepada kepimpinan-kepimpinan Perikatan Nasional ni. Dan soalan saya semalam, saya dihujani dengan satu...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini soalan saya. Saya dihujani dengan satu karikatur yang menghina Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menyamakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai seorang kera, monyet, ataupun beruk. Ini merupakan satu tindakan yang sangat biadab, kurang ajar, tidak bertamadun yang dilakukan oleh Ahli Parlimen daripada Pasir Mas yang menyamakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebagai haiwan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dan semalam juga merupakan satu kejayaan kepada negara kita...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat menyelesaikan persoalan berkaitan dengan ...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masalah perang yang berlaku...

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, duduk. Saya beri ruang dan saya peringatkan apa. Dalam soalan untuk mukadimah dan bukan untuk berbahas. Saya tafsirkan itu sebagai pembahas, maka ruang untuk sebelah kanan bertanya soalan saya tamatkan. Kita kepada soalan yang ketiga. Soalan berikut, saya silakan Dr. Mohammad Taufik bin Johari, Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 10:20 AM

3. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani]: Terima kasih Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua. Sungai Petani minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan matlamat jadual tarif elektrik baharu dalam mencapai agenda peralihan tenaga dan kemampanan jangka panjang. Berikan penjelasan kerajaan terhadap dakwaan tarif membebankan rakyat serta langkah menangani kekeliruan dan keresahan awam berkaitan dasar ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sepertimana kita sedia maklum, Suruhanjaya Tenaga ataupun ST telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu di Semenanjung pada 20 Jun 2025 dengan pelaksanaannya bermula pada 1 Julai 2025.

Dengan pengenalan jadual elektrik baharu ini, merupakan penambahbaikan pada struktur sebelum ini berdasarkan empat prinsip utama iaitu pertama, penetapan tarif yang telus.

Yang kedua, struktur tarif yang mencerminkan kos pembekalan sebenar. Yang ketiga, pengagihan kos yang adil dan saksama kepada semua pengguna dan yang keempat impak perubahan yang minimum kepada pengguna domestik.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, jadual tarif elektrik di Semenanjung sedia ada telah digunakan sejak tahun 2014. Semakan jadual perubahan yang ketara dan perkembangan dan pembangunan industri tenaga elektrik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kementerian dan ST telah membuat semakan dan menstrukturkan semula jadual tarif elektrik di Semenanjung bagi menangani isu ketidakpadanan struktur kos pembekalan di dalam jadual tarif elektrik sedia ada, yang mana meliputi sembilan peratus kos tetap iaitu infrastruktur dan 91 peratus adalah kos tenaga. Jadual tarif elektrik baru ini distrukturkan semula supaya lebih jelas dan memaparkan caj tenaga, caj kapasiti, caj rangkaian dan caj peruncitan bagi setiap

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

kategori pengguna, berbanding struktur lama yang punya komponen caj tenaga dan caj minimum sahaja.

Dalam hal ini, struktur ini lebih telus dan dapat mendidik pengguna supaya peka terhadap komponen-komponen terlibat dalam pembekanan – pembekalan elektrik. Ini merupakan langkah awal dalam memberi kesedaran ataupun mendidik rakyat supaya menjadi pengguna yang bijak tenaga selaras dengan agenda peralihan tenaga negara.

Selain itu, kadar tarif dalam jadual baru ini juga tidak lagi berdasarkan aktiviti ekonomi tetapi mengikut tahap sambungan voltan. Ini bertujuan untuk memastikan pengguna bukan domestik dikenakan kadar tarif berdasarkan kos sebenar untuk membekalkan sumber elektrik dan mengelakkan berlakunya diskriminasi berdasarkan aktiviti.

Struktur ini juga menyokong agar aspek kemampanan di mana ia menyediakan platform penyertaan yang sama rata dan adil dalam kalangan pengguna bukan domestik. Ketelusan dalam komponen kos pembekalan ini dapat menggalakkan pengguna bukan domestik untuk menerokai sumber tenaga boleh baharu ataupun TBB bagi mendapatkan sumber alternatif elektrik yang lebih kompetitif, di samping memenuhi tanggungjawab dan sumbangan korporat dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Selain itu, kementerian turut memperkenalkan insentif cekap tenaga kepada pengguna di mana ia diberikan secara terus kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kilowatt jam dan ke bawah serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang menggunakan elektrik 200 kilowatt jam dan ke bawah. Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasar ini menggunakan elektrik secara berhemah dan cekap dalam pengurusan tenaga. Ini kerana pengurusan tenaga yang baik dapat mengimbangi permintaan elektrik di samping meningkatkan sumber penjanaan elektrik daripada sumber TBB bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara.

Semakan semula jadual tarif elektrik Semenanjung adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang menekankan bahawa 85 peratus pengguna tidak akan terkesan daripada sebarang kenaikan. Oleh itu, jadual ini distrukturkan semula.

Secara dasarnya, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kilowatt jam dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik sekiranya penggunaan adalah sama dengan bulan sebelum ini. Ini adalah kerana terdapatnya komponen inisiatif cekap tenaga yang diberikan pada pengguna domestik untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara berhemah di samping dapat memastikan kos elektrik yang berpatutan.

Penggunaan domestik dengan penggunaan elektrik 600 kilowatt jam dan ke bawah juga terus dibantu bagi mengurangkan beban kos sara hidup mereka – hidup melalui pengecualian pembayaran caj peruncitan dan kos automatic fuel adjustment ataupun AFA. Ini adalah untuk memastikan tiada kenaikan bil elektrik yang akan membebankan rakyat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bagi memastikan rakyat memahami struktur jadual tarif elektrik baru ini, kementerian bersama-sama dengan ST dan TNB telah mengeluarkan beberapa info grafik yang bertujuan untuk mendidik pengguna mengenai komponen-komponen baharu yang diperkenalkan seperti caj tenaga, caj kapasiti, caj rangkaian dan juga caj peruncitan dan juga komponen AFA yang menggantikan pelaksanaan ICPT. Pengguna juga boleh menghubungi pihak TNB melalui Careline TNB sekiranya masih memerlukan maklumat tambahan mengenai jadual tarif elektrik ini bagi mengelakkan berlakunya keresahan dan kekeliruan maklumat. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Sungai Petani, soalan tambahan. Silakan.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.

Soalan tambahan saya, adakah kementerian mempunyai mekanisme untuk memantau secara langsung terhadap impak pelarasan tarif ini di peringkat komuniti dan rebate RM40 itu diberikan lebih luas lagi tidak hanya kepada golongan penerima eKasih sahaja? Itu yang pertama.

Yang kedua, Yang Amat Berhormat tadi dah memberikan pelbagai langkah untuk menjelaskan kepada rakyat dan pelarasan tarif elektrik ini sebenarnya baik untuk rakyat. Tapi dalam Malaysia ini kita ada golongan ‘benak mata langau’ yang sentiasa melihat perkara-perkara yang buruk untuk menghentam kerajaan. Dan bagaimana contohnya kita lihat, pendamaian itu adalah baik antara Thailand dan Kemboja tetapi ada golongan ‘benak mata langau’ ini yang menghina pemimpin kita sedangkan pemimpin kita ini dijulang oleh dunia. Ha, ini contohnya. Jadi, bagaimana kerjasama antara kementerian supaya memastikan golongan ini tidak lagi menjadi ‘benak mata langau’? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.

Pertama sekali, kemudahan yang kita salurkan ialah dengan program apa kita panggil program Nikmat Untuk Rakyat iaitu NUR@PETRA yang setakat ini menawarkan sebanyak RM400 untuk pembelian alat-alat yang cekap tenaga, khususnya penyaman udara dan juga peti sejuk yang bertaraf empat dan lima bintang. Sekarang ini kita peruntukkan sebanyak RM40 juta untuk program ini dan ini sebahagian daripada usaha kita menggunakan peralatan yang cekap tenaga.

Yang kedua, masih kekal program yang mana rebate diberikan pada golongan B40. Tidak semestinya yang tersenarai. Bergantung dengan penggunaan. Maknanya, kalau penggunaannya kurang daripada 600 kilowatt jam ataupun program yang 1,000 kilowatt jam, mereka akan dapat rebate tambahan dan sebagainya. Ini sebenarnya untuk mengajak rakyat kita supaya menggunakan tenaga itu pada waktu luar puncak yang mana kita dah tetapkan waktu luar

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

puncak, tarifnya akan lebih rendah. Dan ini akan menggalakkan mereka untuk beralih kepada menggunakan waktu luar puncak peralatan yang lebih cekap tenaga.

Yang ketiga, supaya mengawal penggunaan elektrik itu. Dengan itu, mereka akan dapat pada kategori yang bawah 1,000 kilowatt jam ataupun 600 kilowatt jam. Ini termasuk juga SME yang menggunakan 200 kilowatt jam ke bawah juga akan mendapat rebate tertentu dan kalau yang lebih daripada 200 kilowatt jam, mereka juga diberi rebate tertentu untuk SME supaya tidak akan menjejaskan pengguna-pengguna konsumer dari segi kenaikan harga barang dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sebelah kiri saya. Silakan tekan Yang Berhormat. Yang Berhormat Rompin.

draft • 10:30 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Tekan dah. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Memandangkan ketidakstabilan harga komoditi global dan cabaran perubahan iklim, adakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan mekanisme semakan tarif yang lebih fleksibel dan telus pada masa hadapan bagi menampung ketidaktentuan kos input sambil memastikan kelangsungan agenda peralihan tenaga?

Dan saya juga ingin tahu status terkini pencapaian Malaysia dalam sasaran peratusan tenaga boleh baharu (TBB) nasional khususnya selepas pelaksanaan jadual tarif baharu ini dan apakah langkah spesifik yang diambil untuk mengatasi cabaran dalam mencapai sasaran yang lebih tinggi? Ha, ini baru soalan Yang Berhormat Sungai Petani. Yang tadi ‘melewang’. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila menjawab.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Yang Berhormat, terima kasih. Sungai Petani pun tadi soalan, yang saya jawab.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

[Tepuk] Untuk maklumat Yang Berhormat, dari segi pencapaian kita, kalau dulu pendekatan kita menggunakan kaedah ICPT iaitu berdasarkan harga yang dinilai pada setiap enam bulan. Setiap enam bulan, kita akan pastikan berapakah average kenaikan harga gas, harga arang batu dan sebagainya. Komponen-komponen itu nanti akan di-adjust setelah enam bulan.

Tapi sekarang ini apa yang kita lakukan ialah ianya akan di-adjust setiap bulan melalui AFA. Makna setiap bulan, kita akan tahu berapakah nilai dan ianya dibuat anggaran ke hadapan.

Misal kata kalau kita melihat sekarang ini, melalui AFA, untuk pengguna domestik yang menggunakan bawah 600 kilowatt jam, yang itu dikecualikan daripada AFA. Tapi yang menggunakan lebih 600 kilowatt, mereka akan dikenakan caj sumber tenaga ini sama ada daripada gas dan arang batu.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sekarang ini untuk Ogos, disebabkan kos minyak, kos gas dan sebagainya menurun, untuk Ogos nanti 1 Ogos sehingga 31 Ogos, rebate akan diberikan kepada bekalan tenaga ini sebanyak 1.545 sen per kilowatt jam sebab penurunan harga. Jadi, ianya dah dibuat secara bulanan, bukan lagi enam bulan. Makna actual lebih, lebih tepat dan telus mengikut garis masa.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dan untuk makluman dari segi penggunaan, dulu kita berdasarkan sektor ekonomi, sekarang kita beralih kepada sektor berdasarkan penggunaan. Dia ada penggunaan voltan tinggi, voltan sederhana dan voltan rendah. Misal kata, kalau kita melihat keseluruhan sektor pembuatan misal katalah, yang bukan domestik. Sektor pembuatan ini ada voltan tinggi, ada voltan sederhana. Ini tak termasuk pertanian, perlombongan serta sektor besi dan keluli.

Kita ada 2,315 pengguna dalam kategori ini. 72 peratus akan mengalami pengurangan tarif sebenarnya. 14 peratus iaitu 466 pengguna akan mengalami sedikit peningkatan iaitu kurang daripada 10 peratus manakala 438 pengguna (14 peratus) akan mengalami peningkatan sedikit melebihi 10 peratus. Yang ni yang kategori yang menggunakan tenaga lebih. Sebab itu yang kita galakkan siapa menggunakan energy yang lebih ni, tenaga lebih untuk beralih menggunakan tenaga boleh baharu (TBB) – pasang solar, beli tenaga yang lebih supaya mereka akan dapat menjimatkan pengurangan penggunaan tenaga itu sendiri. Itulah matlamat kita iaitu untuk mengajak semua rakyat kita beralih.

Pertama, menggunakan barang-barang yang cekap tenaga. Yang kedua, beralih kepada penggunaan tenaga yang lebih efektif sama ada tenaga boleh baharu dan sebagainya. Letakkan solar di bumbung dan sebagainya. Banyak lagi program yang kita perkenalkan tujuannya ialah peralihan kepada tenaga untuk menjimatkan penggunaan fossil fuel supaya kita nanti akan menjadi negara yang lebih mesra alam. Itu matlamatnya, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Okey baik, dengan sedemikian tamat dah sesinya. Walau bagaimana, sebelum saya meneruskan kepada sesi soalan lisan, adalah untuk makluman, soalan lisan hanya dibenarkan ikut peraturan hanya satu setengah jam.

Walau bagaimanapun, saya akan cuba sebaik mungkin memberi ruang seberapa ramai, seberapa banyak soalan yang dapat direncanakan pada Majlis ini untuk soalan lisan. Maka, Yang Berhormat, selesailah ya Majlis untuk MQT.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Memulakan sesi soalan lisan satu setengah jam ini, saya menjemput Yang Berhormat Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

draft • 10:40 AM

1. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Komunikasi menyatakan bilakah liputan Internet 4G dan 5G akan diperluaskan ke seluruh kawasan Julau terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar yang masih menghadapi masalah capaian Internet.

draft • 10:40 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat mempelaksanakan perluasan liputan Internet 4G ke seluruh negeri Sarawak termasuk di Parlimen Julau yang turut merangkumi sekolah-sekolah di luar bandar dan kawasan pedalaman. Sehingga 30 Jun 2025, kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk di Julau telah mencapai 58.28 peratus di kawasan berpenduduk.

Bagi perkhidmatan 5G pula, tapak pemancar 5G dibangunkan di Parlimen Julau sedang dipertimbang. Pelaksanaan teknologi 5G pada ketika ini tertumpu kepada kawasan berpenduduk padat dalam fasa awal pelaksanaannya, juga kawasan industri. Namun begitu, peluasan liputan 5G ke kawasan luar bandar termasuk di kawasan Parlimen Julau akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keperluan dan kesediaan infrastruktur. Dia ada keperluan dari segi fiber backhaul dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua.

Untuk makluman, status pelaksanaan inisiatif Pelan JENDELA di Parlimen Julau sehingga 30 Jun telah mencatatkan 43 dari 48 menara komunikasi baharu siap dibina dan beroperasi, sebanyak 44 dari 45 stesen pemancar telah dinaik taraf. Sebanyak 1,391 dari 3,784 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan 46 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan Internet menggunakan teknologi satelit broadband wireless access (BWA). Baki inisiatif yang sedang dalam pelaksanaan, dijangka siap secara berperingkat menjelang hujung tahun ini, insya-Allah. Selain Pelan JENDELA, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority

(SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), turut melaksanakan inisiatif pembinaan 600 buah menara baharu ataupun SMART 600 bagi menambah baik liputan Internet di Sarawak. Sehingga 30 Jun tahun ini, 29 menara baharu telah siap beroperasi dan 15 buah lagi masih dalam peringkat pelaksanaan di bawah inisiatif SMART 600 di Parlimen Julau. MCMC juga

draft • 10:40 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

telah menandatangani satu perjanjian untuk melaksanakan kerjasama strategik dengan SDEC untuk mempercepat kesalinghubungan kawasan liputan, komunikasi dan Internet yang inklusif dalam projek SMART 600 di Sarawak.

Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik. Sehingga 14 Julai tahun ini, sebanyak 67 PoP telah berjaya disiapkan sepenuhnya bagi Fasa 1 dan 356 dari 681 PoP bagi Fasa 2 telah berjaya disiapkan di negeri Sarawak, menjadikan 46,045 premis tersedia dengan sambungan gentian optik dengan kelajuan sehingga 1GBPS untuk dilanggan oleh komuniti setempat.

Dari jumlah itu, satu PoP telah selesai dibina sepenuhnya bagi Fasa 1 dan 11 dari 34 PoP bagi Fasa 2 berjaya disiapkan di Parlimen Julau. Baki PoP dijadualkan siap secara berperingkat sehingga akhir Oktober tahun ini. Ini menjadikan sebanyak 1,225 port yang tersedia untuk dilanggan dan boleh dinikmati perkhidmatan langganan dan Internet berkelajuan tinggi pada kadar yang sangat berpatutan melalui inisiatif P-O-P ataupun PoP.

Kerajaan melalui MCMC komited untuk memastikan semua rakyat termasuk di kawasan luar bandar dalam Parlimen Julau menikmati perkhidmatan Internet berkualiti bagi menyokong proses pembelajaran yang lebih berkesan dan lancar di sekolah-sekolah luar bandar. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Julau, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun kerajaan telah melaksanakan Pelan JENDELA 1 sejak sebelum tahun 2022, masih terdapat banyak isu di kawasan luar bandar yang menara hanya berfungsi secara berselang hari.

Apakah masalah sebenar yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem ini? Dan akhir sekali, bolehkah kerajaan menyatakan bilakah pelaksanaan JENDELA 2 akan dilaksanakan? Dan satu lagi, Menteri tadi kata 58 peratus liputan di keseluruhan kawasan Julau. Ini adalah kawasan ataupun perumahan kawasan Julau? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya ambil maklum mengenai isu melibatkan menara JENDELA. Kita dapati di setengah kawasan bagi JENDELA Fasa 1, masalah yang dibangkitkan melibatkan operasi termasuk masalah bekalan tenaga. Saya akan semak berapa menara yang terkesan dan saya telah mengarahkan supaya menara-menara bawah JENDELA 1 dilengkapkan dengan bekalan tenaga alternatif ataupun hybrid dengan izin, yang melibatkan pemasangan solar dan juga perkara-perkara yang penyelesaian seumpama itu.

draft • 10:40 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kita jangkakan program JENDELA 2 yang mensasarkan hampir 3,000 tapak di seluruh negara yang majoritinya adalah di Sarawak akan dilaksanakan mungkin secara berfasa bermula mungkin bulan September tahun ini dari segi tendernya akan keluar. Jadi, kita jangkakan dalam tempoh mungkin bagi Fasa 2 kita tidak berhasrat untuk membina menara semata-mata kerana kawasan yang memerlukan liputan mungkin tidak memerlukan menara 76 meter, 60 meter, mungkin monopole 30 meter, mungkin penyelesaian yang lebih hybrid, dengan izin. Jadi, kita jangkakan masa untuk pelaksanaan itu mungkin lebih pantas.

Mengenai liputan, saya sukacita saya maklumkan saya telah mengarahkan supaya di setiap kawasan Parlimen kita mula mencerakinkan angka-angka dan secara terperinci bagi setiap telco. Jadi, bila disebut 58.28 peratus tadi, bila kita pecahkan kepada mengikut telco dia adalah mengikut kawasan berpenduduk, Yang Berhormat. Tapi kalau kita lihat tanpa saya menamakan telco-telco tertentu tapi berdasarkan maklumat yang saya ada capaian yang terbaik adalah 93.5 peratus, manakala capaian yang paling corot adalah 21.6 peratus.

Maksudnya di Parlimen Julau, ada syarikat telco yang menyediakan hampir keseluruhan Julau tapi ke depan, kita rakyat Malaysia bila kita bayar untuk satu-satu line dengan izin, kita bukan nak gunakan di satu Parlimen sahaja. Kita nak gunakan di seluruh negara.

draft • 10:40 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, arahan saya kepada pihak MCMC dan syarikat-syarikat telco, sekiranya contoh dalam Parlimen Julau, maksimumnya adalah 93.5 peratus dan minimumnya adalah 21.6 peratus, syarikat-syarikat telco yang corot-corot ini mesti menunjukkan apakah langkah yang akan mereka lakukan untuk tingkatkan capaian di kawasan berpenduduk di Parlimen-Parlimen seperti Julau.

Jadi, insya-Allah ini sedang dilaksanakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Setiu.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu.

draft • 10:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan saya, adakah terdapat sebarang mekanisme penilaian yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur sejauh manakah keadaan pelan JENDELA 1? Yang kedua, apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam memperluaskan penggunaan peranti satelit seperti Starlink bagi — bagi menyediakan capaian Internet di kawasan luar bandar? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Komunikasi.

draft • 10:50 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai pelaksanaan JENDELA 1, kita dapati banyak daripada perancangan yang dilaksanakan pada waktu itu agak bersifat tergesa-gesa. Kita dapati — saya bagi contoh di Parlimen Lubok Antu dan

draft • 10:50 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

di Parlimen Kapit banyak daripada dengan izin, network design itu dia terlalu, dia berlaku satu masalah bottleneck yang mengakibatkan kelewatan dari segi untuk menyiapkan menara-menara yang dimaksudkan.

Jadi, perancangan dia agak pada waktu itu saya lihat dia agak cacamarba dengan izin, itu adalah bila kita teliti, kita buat semakan semula. Itulah sebab untuk JENDELA 2, saya telah minta supaya proses itu secara keseluruhan dirombak. Kita tidak perlu memasang menara di tempat-tempat yang jumlah penduduknya tidak memerlukan pemasangan infrastruktur seperti itu pada waktu ini. Yang rakyat dambakan adalah Internet sekarang.

Jadi, berkait juga dengan soalan kedua mengenai aplikasi Starlink. Sejujurnya pada waktu ini, kita melihat dan meneliti bukan hanya pelaksanaan ataupun penggunaan Internet satelit seperti Starlink dari segi kemudahan yang boleh disediakan segera tapi lebih penting dari itu apakah yang perlu kita sediakan untuk tidak terlalu bergantung kepada satu penyedia. Jadi, sekarang ini waktu ini dari segi komersial hanya ada satu yang, yang menyediakan Low Earth Orbit Satellite Internet dengan izin, tapi kita sedang meneliti aplikasi-aplikasi dari negara-negara lain yang boleh kita manfaatkan.

Waktu ini sebenarnya syarikat telco telah menggunakan Starlink bukan hanya untuk menyediakan Internet direct kepada konsumer dengan izin tapi juga sebagai dengan izin, backhaul yang mana menara-menara yang tidak ada microwave ataupun gentian fiber telah dipasangkan juga dengan peranti Starlink menyediakan Internet untuk kemudahan di sekitar menara tersebut. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut kita ke soalan — Majlis ke soalan yang kedua mempersilakan Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya kemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

2. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan:

(a) status Program Wakaf Air yang pernah dilancarkan ketika Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini; dan

(b) adakah kementerian bercadang memasukkan secara rasmi Program Wakaf Air ke dalam Pelan Induk Sumber Air Negara atau Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Wakaf Air ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan projek-projek di kawasan luar bandar dan juga kawasan pedalaman yang menghadapi masalah bekalan air dan pembetungan. Keutamaan diberi kepada projek di kawasan luar bandar yang kritikal, tidak dapat dicapai oleh operator air dan pembetungan atau mempunyai masalah tekanan dan kapasiti air yang tidak mencukupi.

Program Wakaf Air telah dilaksanakan bermula pada tahun 2021 selepas Memorandum Persefahaman ataupun MoU ditandatangani antara kementerian dengan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) pada Disember 2020 dan diteruskan sehingga hari ini. Jumlah keseluruhan projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah sebanyak 83 projek dengan jumlah kos sebanyak RM3.946 juta.

Dato’ Yang di-Pertua, PETRA sentiasa komited dalam memperkukuh kemampanan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Selaras dengan matlamat tersebut, fokus utama empat iaitu bekalan air mampan di bawah Dasar Air Negara telah menetapkan hala tuju ke arah kemampanan industri bekalan dan pembetungan negara. Ini termasuk memperkukuh aspek pembiayaan bagi memenuhi tuntutan operasi dan merealisasikan pelaburan jangka panjang infrastruktur bekalan air dan pembetungan.

Dalam kerangka ini, pembiayaan melalui Wakaf Air telah dikenal pasti antara pendekatan yang berpotensi menyokong inisiatif pembangunan infrastruktur air terutama di kawasan yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan berkenaan. Kementerian menyokong inisiatif Wakaf Air sebagai salah satu instrumen pembiayaan inovatif yang mampu melengkapi sumber pembiayaan sedia ada, khususnya dalam menjayakan projek-projek bersifat komuniti dan berimpak sosial.

Pendekatan ini juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan penglibatan pihak pemegang taruh seperti sektor swasta dan masyarakat umum dalam pembangunan sektor air secara inklusif. Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Tahniah kepada PETRA yang meneruskan program yang sangat berimpak besar kepada masyarakat khususnya kawasan pedalaman yang tidak dapat capaian air kawasan masyarakat Orang Asli. 53 peratus lagi masih belum mendapat bekalan air yang bersih.

Saya ada dua persoalan. Yang pertama sekali tentang kalau kita lihat kejayaan program Wakaf Air ini, apakah kerajaan bercadang untuk menyediakan satu perancangan strategik jangka panjang termasuk kerangka perundangan, model tadbir urus yang melibatkan pelbagai pihak

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

seperti yang saya nyatakan tadi termasuk pihak swasta yang mendana sebab ini wakaf yang dapat kita galakkan dan kita bagi pengecualian cukai dan sebagainya.

Yang kedua, ada rungutan di peringkat pemohon tentang mekanisme yang dianggap perkara-perkara yang mungkin dapat diperbaiki. Contohnya perlukan sebut harga lima syarikat yang berdaftar dengan SPAN mereka menganggap ini agak menyukarkan. Yang kedua, jumlah.

Saya ingin mendapat maklumat apakah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan jumlah?

Sekarang ini RM50,000, apakah dapat ditingkatkan memandangkan keperluan kos barangan yang naik dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kubang Kerian. Sudah pasti arif dalam program wakaf ini. Seperti yang kita maklum bahawa program ini sebenarnya dari segi sumbangan entiti yang mengutip wakaf itu adalah di bawah Yayasan Wakaf Malaysia. Jadi, dari segi proses mekanisme itu memang tadbir urusnya terletak di bawah Yayasan Wakaf Malaysia.

Jadi untuk di peringkat — mungkin saya cuba menjawab secara bersekali dengan persoalan kedua. Jadi di peringkat PETRA ini, kami menimbang dari segi permohonan yang masuk untuk tujuan tersebut. Tetapi untuk makluman bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, untuk bekalan air luar bandar ini terletak di bawah KKDW. Jadi, untuk di — Program Wakaf Air ini dia menyokong ada kelompongan sekiranya ada kawasan yang terlalu jauh yang tidak berdaya saing dari segi nak menyambung paip dan sebagainya maka di sinilah peranan Wakaf Air masuk untuk memainkan peranan.

Maka sebab itu dari segi tadbir urus wakaf tadi di bawah Yayasan Wakaf Malaysia sama ada dari segi insentif, pengecualian cukai dan semua, kita kena berurusan secara langsung dengan Yayasan Wakaf. Cuma dari segi permohonan itu, saya akan semak apa yang Yang Berhormat maklumkan sekiranya proses itu menjadi beban.

Betul, dari segi program itu, kita target projek yang berskala kecil. Jumlahnya sekitar 50,000 dan sebagainya. Jadi, yang itu kita akan teliti apa yang Yang Berhormat sebutkan kerana sekiranya perkara itu hanya menjadi satu proses birokrasi yang lebih rumit sedangkan projek itu dari segi pelaksanaannya agak ringkas, yang itu kita akan ambil maklumlah pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelah kerajaan, soalan tambahan. Jika tidak ada bertanya, saya akan ke soalan berikutnya. Baik, kita ke soalan ketiga. Majlis mempersilakan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

draft • 10:50 AM

3. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan langkah dan usaha kementerian untuk memperkenalkan undang-undang yang lebih menyeluruh bagi melindungi warga emas daripada pengabaian dan penderaan dalam kalangan ahli keluarga.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan bahawa warga emas sewajarnya dilindungi daripada pengabaian dan penderaan, terutamanya dalam lingkungan keluarga.

Selaras dengan prinsip tersebut, KPWKM mengambil langkah penting untuk memperkenalkan perundangan baru yang lebih menyeluruh dan sistematik melalui penggubalan Rang Undang-undang Warga Emas. RUU yang sedang digubal ini adalah berteraskan hak asasi manusia dan bersifat holistik bagi memastikan warga emas tidak hanya dipelihara dari segi kebajikan seharian tetapi juga diberi hak yang setara dalam struktur perundangan negara.

Di Malaysia, terdapat beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk melindungi warga emas. Antaranya adalah Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman terhadap individu yang menyebabkan kecederaan, penderaan fizikal atau emosi, termasuk dalam kalangan ahli keluarga.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] memberikan perlindungan dalam kes penderaan yang berlaku dalam konteks kekeluargaan, termasuk jika mangsa merupakan warga emas yang tinggal bersama anggota keluarga yang lain.

Selain itu, Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] juga boleh digunakan bagi warga emas yang termasuk dalam kategori kurang upaya, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan perlindungan dan kebajikan. Langkah dan usaha KPWKM bagi mewujudkan satu perundangan khusus untuk warga emas serta peruntukan perundangan sedia ada dilihat dapat memberi perlindungan terhadap golongan ini secara menyeluruh dan berkesan, selari dengan perubahan struktur dan demografi negara. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Menteri yang menjawab. Terima kasih kepada Dato' Dr. Speaker. Saya nak tanya kerana kalau ada undang-undang digubalkan, sekarang dikatakan undang-undang yang sedia ada boleh merangkumi dan melindungi termasuk warga emas. Tapi ikut kajian Jun 2024, dapatan daripada kajian Pusat Penyelidikan dan Kesejahteraan Kredit mendapati bahawa satu daripada sepuluh warga emas ini selalunya menjadi mangsa penderaan, penganiayaan kewangan, terutamanya dalam keluarga sendiri. Sejauh mana kita nak tengok apa yang ada sekarang ini boleh menyekang situasi dan juga, bagaimana kita nak kan satu persekitaran yang boleh memberikan keharmonian kejiranan itu menjaga kesejahteraan warga emas seperti mana yang ada dekat Kampung Admiral di Singapura sekarang? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih di atas soalan tambahan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri daripada Pandan. Eh, daripada Pandan la pulak.

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bandar Tun Razak.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Bandar Tun Razak. Saja je mengacau.

Sebenarnya, KPWKM mengambil berapa langkah penting untuk memperkukuhkan perlindungan terhadap warga emas di Malaysia ini, khususnya daripada segi pengabaian, penderaan. Sebab itu lah kita sedang merangka RUU Warga Emas yang bertujuan, terutamanya untuk melindungi hak asasi dan kebajikan golongan ini. KPWKM juga sekarang ini untuk makluman Yang Berhormat, sedang menyemak semula Pelan Tindakan Warga Emas.

Antara fokus utama itu kita tahu, terutamanya mengenai isu penipuan dan sebagainya.

Fokus dia adalah untuk mewujudkan warga emas yang berdikari. Dia mempunyai — dia boleh dihormati, boleh memperkukuhkan penjagaan dan sokongan daripada komuniti. Sebab itu lah kita akan siapkan inisiatif penyediaan program kesedaran kursus literasi mengenai digital dan supaya mereka ini dapat dielakkan jadi mangsa kepada jenayah siber. Kesedaran ini termasuk langkah perlindungan perundangan yang menyeluruh.

Ini adalah penambahbaikan, sebab akhirnya Yang Berhormat, apa yang perlu kita pastikan adalah pelaksanaan setiap dasar yang kita laksanakan kena betul-betul sampai ke akar umbi. Tapi ia perlukan kerjasama daripada semua pihak, daripada pihak agensi, pihak PBT, NGO dan komuniti setempat juga, Yang Berhormat. Saya harap ia dapat menjawab soalan kepada Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.

draft • 11:00 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua.

Sebelum saya pergi soalan tambahan, saya nampak Menteri Komunikasi ada di sini. Saya mohon kalau tak sempat soalan nombor 16, mohon Menteri Komunikasi jawab secara bertulis soalan saya nombor 16.

Balik kepada yang tadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak, yang menimbulkan persoalan mengenai ageing society. Saya rasa ini satu perkara penting yang perlu diberi perhatian sebab negara kita menuju ke arah satu ageing society. Saya ada melawat Yang di-Pertua, Pusat Aktiviti Warga Emas dalam kawasan saya di Sungai Dua.

Mereka ini mendapat anugerah cemerlang tahun lepas.

Saya nak rakamkan ucapan penghargaan saya kepada usaha mereka yang membawa kepada penjagaan warga emas di Tasek Gelugor. Tapi bagaimanapun Yang di-Pertua, saya rasa ada satu kumpulan yang kadang-kadang kita terlepas pandang iaitu warga emas yang tidak diabaikan, tidak didera tetapi tidak ada sesiapa yang menjaga mereka kerana mungkin mereka hidup berseorangan. Anak-anak pun mungkin jauh daripada keluarga, kalau ada anak.

Saya nak meminta pandangan dan jawapan dari pihak kerajaan. Apakah rancangan pihak kerajaan untuk menangani kumpulan sebegini, yang tidak didera, tidak diabaikan tetapi terbiar dan tidak ada yang menjaga mereka? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan di atas soalan tambahan yang telah dikemukakan dan juga tahniah sebab tahun lepas, PAWE Sungai Dua telah mendapat antara PAWE yang terbaik di Malaysia ini. Sebenarnya Yang Berhormat, di bawah JKM ini ada satu program yang kita namakan Home Help ataupun Program Khidmat Bantu di Rumah. Apa yang melalui program ini — apa yang dilaksanakan adalah, dia memberikan satu khidmat sokongan sosial, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai sesiapa, yang hidup bersendirian dan sebagainya.

Kita adakan sukarelawan untuk membantu warga emas ini. Mereka ini akan datang mungkin secara berkala dan menjadi peneman. Lepas itu, boleh siapkan makanan, minuman.

Boleh juga membantu mengemas rumah. Sebab tujuan dia adalah kita hendak supaya warga emas ini duduk di dalam komuniti itu sendiri. Ageing in place itu adalah fokus utama kita. Kalau tak boleh ageing in place, baru kita galakkan community-based. Kemudian baru institusi based.

Ada juga program yang sebagai tambahan kepada Program Home Help ini, kita namakan Unit Penyayang Warga Emas. Dia ini menyediakan pengangkutan untuk membawa warga-warga emas berkenaan kalau nak pergi hospital dan sebagainya, juga dibantu untuk mendapatkan rawatan. Terutamanya di klinik kesihatan, sebab Unit Penyayang Warga Emas ini adalah

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

pendekatan community-based dan reaching out melalui kerjasama strategik bersama-sama dengan NGO. Terima kasih banyak Yang Berhormat. Tahniah saya ucapkan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Mempersilakan Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

draft • 11:00 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Satu dua tiga empat, Soalan saya nombor empat.

draft • 11:00 AM

4. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha-usaha yang telah dilaksanakan kementerian susulan pengesanan lebih 100,000 alamat IP dari Malaysia yang telah mengakses laman web pornografi kanak-kanak bagi tahun 2024 dan apakah terdapat penangkapan serta pendakwaan yang telah dibuat hasil dari pengesanan tersebut.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirahmanirahim. Yang Berhormat Dato' Dr. Speaker, Kementerian Dalam Negeri sangat memandang serius isu pengesanan lebih 100,000 alamat IP dari Malaysia yang mengakses laman web berkaitan pornografi kanak-kanak sepanjang tahun 2024. Tindakan tegas dan menyeluruh telah dan sedang diambil oleh PDRM serta kerjasama dengan agensi berkaitan bagi membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, termasuk kes-kes yang melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak secara dalam talian.

Antara usaha dan tindakan yang dilaksanakan, termasuk pelaksanaan operasi bersepadu secara berterusan seperti PDRM dengan kerjasama agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), melaksanakan operasi bersepadu melalui Ops Pedo Bersepadu PDRM dan SKMM untuk melumpuhkan kegiatan ini.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Di dalam operasi ini, seramai 13 individu telah ditangkap dan didakwa di mahkamah di bawah seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan seksyen 292 ‘Akta Keseksaan’ dan sebagainya.

Pelaksanaan operasi bersepadu di peringkat antarabangsa yang melibatkan enam negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun melalui Operation Cyber Guardian yang membawa kepada penangkapan ke atas empat individu dan didakwa di bawah seksyen yang sama.

Yang Berhormat, kita juga melakukan penyekatan dan pemantauan laman web, PDRM dengan kerjasama rapat SKMM untuk menyekat laman web yang memaparkan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak. Sehingga kini, ratusan laman web yang dikenal pasti telah disekat dan langkah penyekatan dijalankan secara berterusan.

Kita juga mengadakan kerjasama rentas agensi dan antarabangsa. PDRM turut bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang global yang menganggotai Violence Crimes Agency Children International Task Force yang diterajui oleh FBI dengan memberi tumpuan kepada usaha-usaha memerangi eksploitasi seksual dan pemerdagangan kanak-kanak secara atas talian. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Kangsar.

draft • 11:10 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terima kasih dengan jawapan yang telah diberikan YB.

Memandangkan jumlah alamat IP yang dikesan sangat tinggi, apakah pandangan kerajaan tentang tanggapan bahawa ini mencerminkan kelemahan dalam sistem pemantauan siber dan penguatkuasaan sedia ada. Apakah kekangan sebenar yang dihadapi oleh pihak berkuasa dalam mengambil tindakan tegas terhadap pelaku walaupun data digital pelaku berjaya dikenal pasti.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat sahabat saya di Kuala Kangsar, Dato’ Dr. Speaker, KDN tidak melihat peningkatan jumlah alamat IP yang dikesan sebagai suatu kelemahan dalam sistem pemantauan siber atau penguatkuasaan sedia ada.

draft • 11:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sebaliknya, peningkatan ini adalah manifestasi daripada perkembangan teknologi digital yang semakin pesat serta kemudahan akses kepada Internet. Untuk makluman, PDRM melalui D11 Jabatan Siasatan Jenayah...

draft • 11:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Telah meningkatkan keupayaan pemantauan termasuk melalui kerjasama antarabangsa dengan National Centre for Missing and Exploited Children, INTERPOL dan pelbagai penyedia platform digital luar negara.

Sistem laporan siber antarabangsa seperti CyberLine membolehkan lebih banyak insiden dan aktiviti dikenal pasti yang mana menyumbang kepada peningkatan jumlah IP yang dilaporkan.

PDRM juga giat membangunkan keupayaan sistem siasatan digital termasuk penggunaan teknologi forensik terkini. Dan pemantauan kandungan dalam talian secara strategik — tambahan masa sikit Dato’ Speaker. Meskipun data digital pelaku seperti alamat IP dan identiti pengguna berjaya dikenal pasti, PDRM menghadapi beberapa kekangan utama dalam proses pendakwaan.

Antaranya ialah penggunaan teknologi penyamaran seperti rangkaian VPN, serta pemadanan, pemadaman atau penyulitan bahan bukti digital yang menyukarkan pengesanan forensik. Ini isu. Selain itu, penggunaan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh pelaku seperti manipulasi imej dan video kanak-kanak melalui Deepfake menimbulkan cabaran besar dalam aspek pengesanan kesahihan dan keaslian bahan bukti.

Yang Berhormat, bahan bukti yang di manipulasi atau dipalsukan ini boleh melemahkan nilai probative dalam perbicaraan di mahkamah. Selain itu, terdapat isu koordinasi rentas negara dan masa tindak balas yang lama dari penyedia platform digital antarabangsa yang turut melambatkan proses pengumpulan bukti.

Namun demikian, PDRM terus memperkukuhkan kerjasama dengan agensi teknikal seperti CyberSecurity Malaysia, SKMM, Jabatan Digital Negara serta memperluaskan latihan forensik digital bagi memastikan tindakan undang-undang dapat diambil dengan lebih efisien dan berkesan dan kita terus meningkatkan keupayaan kita menghadapi cabaran kerana kita sedar bahawa teknologi siber ini semakin meningkat. Keupayaan kita juga kita tingkatkan dari masa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mempersilakan soalan tambahan sebelah kiri kepada Yang Berhormat Jerlun.

draft • 11:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau tadi menyentuh tentang soal IP yang dikaitkan dengan pornografi kanak-kanak.

Saya juga ingin mendapat penjelasan tentang iklan. Iklan yang berunsur seksual dan mungkin pornografi dikaitkan dengan kanak-kanak di media sosial. Termasuk akhbar digital harian semakin menjadi-jadi. Iklan ini dia menjadi suatu daya penarik ataupun attraction dengan izin, kepada pelbagai lapisan bermula daripada kanak-kanak sampailah kepada orang tua.

Untuk mengakses, membuka, melihat bahkan menyimpan, dalam hal kaitan kanak- kanak ini ia memerlukan sesuatu yang baru. Kanak-kanak dia mempunyai sifat ingin tahu dan

draft • 11:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

ingin mencuba sesuatu yang ditemui. Persoalan saya di sini, sejauh manakah kerjasama rentas kementerian yang telah, sedang dan akan dilakukan bagi merancang program pencegahan dan pendidikan untuk menyekat budaya negatif yang melibatkan kanak-kanak.

Dan yang kedua, menyentuh isu pornografi kanak-kanak juga, bagaimanakah langkah kerajaan untuk menghalang atau memadam terus, bukan sekadar menyekat laman web lucah ini melalui teknologi kecerdasan buatan yang kita banggakan sekarang iaitu AI.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sebahagian daripada persoalan tadi telah saya jawab secara tidak langsung dalam jawapan saya sebelum ini.

Namun demikian Yang Berhormat, topik dibangkitkan soalan iklan tadi juga penting, ia juga menjadi penyebab kepada peningkatan kes-kes seumpama ini. Kerana itulah Kementerian Dalam Negeri, kita sangat serius menangani pengeluaran iklan bahan-bahan seksual yang dipaparkan.

Malah ia juga sebenarnya boleh mengganggu ketenteraman awam dan memberi kesan yang sangat negatif terhadap nilai moral dan kesihatan mental masyarakat. Sebab itulah PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan pihak-pihak yang berkaitan sentiasa kita melaksanakan pemantauan secara berkesan di semua laman sosial di Internet yang menyumbang kepada kandungan bahan-bahan berunsur lucah, iklan- iklan yang tidak bermoral, juga yang bersifat eksploitasi kepada seksual.

Jadi, SKMM selaku agensi yang mengawal kandungan platform digital — dan akan menyekat dan menurunkan iklan-iklan tidak bermoral ini berdasarkan laporan-laporan yang kita sampaikan oleh PDRM.

Saya juga nak sebut bahawa tindakan juga kita ambil di bawah peruntukan undang- undang sepertinya Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang- undang lain yang berkaitan dan untuk tujuan sama juga, PDRM sentiasa menjalankan usul- usul untuk meningkatkan kesedaran dengan pelbagai pihak dan sebab itulah kita juga berharap masyarakat di luar sana membuat laporan dan sama-sama bantu. Saya ambil kesempatan sedikit Yang Berhormat Speaker, saya nak sebut bahawa kalau kita lihat hari ini jumlah kes bahan pornografi kanak-kanak yang telah disiasat, didakwa dan disabitkan kesalahan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, daripada 2021 sehingga 2025.

PDRM telah menyiasat sebanyak 287 kes berkaitan dengan penghasilan, pemilikan, penyebaran, akses, muat turun, muat naik bahan pornografi kanak-kanak di bawah seksyen 4 hingga 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, antara 2012 sehingga 2025.

Dari 287 kes berkenaan, 90 peratus berjaya didakwa dan disabitkan dengan kesalahan dan kita sentiasa memantau dan kita sentiasa memantau dan kita sangat serius dalam isu ini kerana ini melibatkan kanak-kanak dan kita harap tanggungjawab ini tidak hanya

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

dilaksanakan oleh PDRM tapi tanggungjawab masyarakat untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan mengelakkan perkara-perkara ini terus berlaku. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Semakan saya mendapati soalan dua, soalan sebelah kerajaan, tidak dijawab. Saya memberi ruang kepada soalan empat ini untuk dijawab. Bolehlah, Tampin.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Untuk ditanya oleh Tampin. Maaf.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Memang Dato’ Yang di-Pertua yang saya hormati.

Isu pornografi ini sememangnya tidak boleh mendapat tempat di dalam negara apatah lagi apabila perkara tersebut melibatkan kanak-kanak. Persoalan saya, Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang untuk meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan hukuman terhadap pesalah yang terlibat dalam bahan lucah kanak- kanak ini? Dan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menubuhkan unit-unit khas di setiap negeri bagi menangani jenayah seksual kanak-kanak secara lebih pantas dan berkesan?

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kita sedar bahawa jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak ini sangat serius dan kita harus mengambil berat. Sebab itu, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM, selain kita ada Pusat Temu Duga Kanak-kanak

(CIC), kita juga ada Malaysian Internet Crime Against Children Unit di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Ini secara khusus mengendalikan kes-kes yang melibatkan eksploitasi seksual kanak- kanak secara dalam talian. Ini bermula pada tahun 2023.

MICAC telah diperluas dengan kita wujudkan di setiap ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negara di mana setiap kontinjen diletakkan sekurang-kurangnya seorang pegawai penyiasat MICAC bagi memberikan liputan lebih menyeluruh di seluruh negara. Kita ada lebih kurang 31 pusat CIC di seluruh negara, tiga di Sabah dan tiga di Sarawak.

Yang Berhormat, kita sedar perubahan berlaku. Kerana itu, PDRM, kita komited untuk perkukuhkan tindakan penguatkuasaan terhadap jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak, khususnya yang melibatkan soal-soal pemilikan, pengedaran, penghasilan bahan lucah membabitkan kanak-kanak. Jenayah ini dia bukan saja jijik, Yang Berhormat― Tuan Speaker dalam bidang ini tentu tahu. Polis, maksud saya. Dulu, Dato’ Speaker polis, dia tahu kes-kes seumpama ini memberikan kesan sangat panjang kepada kesejahteraan fizikal dan psikologi mangsa.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Justeru itu, KDN sedang meneliti keperluan untuk kita pinda undang-undang sedia ada kita bagi meningkatkan hukuman dan menutup sebarang kelompong dalam perundangan berkaitan dengan bahan lucah kanak-kanak, terutama melalui medium digital yang semakin berkembang ini. Dan antara akta di bawah bidang kuasa KDN yang berkaitan dengan dan berpotensi terlibat dengan semakan ialah Akta Penapisan Filem 2002 dalam konteks untuk melarang pemilikan bahan lucah kanak-kanak dalam apa jua bentuk termasuk digital. Kita tingkatkan hukuman.

Kita juga lihat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Ini diperluaskan takrif ‘penerbitan’. Takrif ‘penerbitan’ itu kita perluaskan merangkumi penyebaran kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak secara digital dan pengesanan penalti lebih tegas. Juga, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Akta Keterangan 1950, Kanun Keseksaan, kita nak perluaskan definisi kesalahan berkaitan eksploitasi kanak-kanak, seksual digital, Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semua akta-akta ini dikaji dari semasa ke semasa melihat pada perkembangan- perkembangan berlaku. Kita tak boleh statik dengan keadaan yang ada kerana perkembangan besar, terutama sekali dengan kembangnya teknologi digital ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya silakan Dato’ Ngeh Koo Ham, Yang Berhormat Beruas.

draft • 11:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 5.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

5. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Kewangan menyatakan rancangan dan tindakan yang akan diambil untuk memastikan hutang kerajaan termasuk gerenti dan liabiliti tidak akan terus bertambah dan kalau boleh dikurangkan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pada tahun 2024, pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM197.5 bilion, lebih rendah berbanding RM226.6 bilion bagi tempoh yang sama pada 2023. Trend ini selaras dengan usaha konsolidasi fiskal yang menunjukkan pengurangan iaitu daripada 5.5 peratus KDNK pada 2022 kepada 4.1 peratus KDNK pada 2024, dan diunjur terus berkurang kepada 3.8 peratus KDNK pada tahun 2025. Ini selari dengan komitmen kerajaan bagi memastikan sasaran defisit fiskal di bawah kadar tiga peratus daripada KDNK dan nisbah hutang kepada KDNK tidak melebihi 60 peratus dapat dicapai dalam tempoh jangka sederhana di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.

Oleh itu, kadar peningkatan hutang telah menunjukkan trend penurunan daripada 10.2 peratus pada tahun 2022 kepada 6.4 peratus pada 2024 dan dijangka terus berkurang kepada sekitar enam peratus pada 2025.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Sehingga akhir Jun 2025, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM1.3 trilion berbanding akhir 2024 sebanyak RM1.25 trilion. Peningkatan ini disebabkan oleh keperluan kerajaan untuk membiayai defisit fiskal bagi menampung perbelanjaan pembangunan (DE).

Manakala jumlah liabiliti Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Mac 2025 adalah sebanyak RM384.6 bilion berbanding RM384.81 bilion pada akhir 2024. Pinjaman kerajaan digunakan secara berhemat untuk membiayai projek-projek pembangunan strategik seperti infrastruktur, pendidikan, kesihatan serta program perlindungan sosial.

Beberapa langkah kawalan sedang dilaksanakan dalam usaha menangani peningkatan paras hutang dan liabiliti. Antaranya:

(i) meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur-ansur;

(ii) memperluas asas hasil dan memastikan kutipan hasil yang mampan; mengoptimumkan perbelanjaan awam menerusi pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan badan berkanun serta semakan semula perbelanjaan kerajaan secara menyeluruh;

(iii) pinjaman kerajaan hanya untuk membiayai projek dan program di bawah DE yang memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang;

(iv) menetapkan had pendedahan jaminan kewangan kepada 25 peratus daripada KDNK melalui Akta 850 supaya pendedahan kerajaan kepada jaminan kewangan sentiasa dikawal berdasarkan keupayaan kewangan dan ekonomi semasa;

(v) mengutamakan projek berorientasikan user pay melalui Pelan Induk Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) 2030 bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan; dan

(vi) menyemak semula kaedah pelaksanaan projek secara off-budget dan hanya mempertimbangkan pelaksanaan projek pembangunan di bawah skop dan siling rancangan Malaysia lima tahun.

Selain itu, inisiatif strategik kerajaan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Program Pengaktifan dan Pembaharuan Badan Berkaitan Kerajaan atau GEAR-uP serta penambahbaikan dasar seperti pelarasan gaji minimum dijangka akan merangsang aktiviti ekonomi, mengukuhkan hasil kerajaan dan mengurangkan pergantungan kepada pinjaman.

Kerajaan turut komited dalam melaksanakan reformasi institusi untuk menyokong agenda pembangunan negara melalui penggubalan RUU Perolehan Kerajaan untuk menambah baik proses dan tadbir urus perolehan kerajaan serta penggubalan akta berkaitan syarikat milik kerajaan (SOE) untuk memperkukuh tadbir urus korporat, meningkatkan akauntabiliti dan mengoptimakan prestasi SOE.

1 Pindaan oleh YB. Timbalan Menteri Kewangan melalui surat bertarikh 29 Julai 2025

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Beruas, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ya, terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah― adakah kerajaan sedang berusaha menggantikan hutang sedia ada yang kita perlu bayar bunga atau faedah tinggi dengan pinjaman yang mempunyai bunga atau faedah lebih rendah? Memandangkan pinjaman faedah sekarang ini adalah lebih rendah. Refinancing current high-interest loan with a cheaper lower-interest loan. Adakah kerajaan sedang melaksanakan tindakan ini?

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawab.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Secara umumnya, terbitan kerajaan adalah untuk membiayai defisit serta membiayai semula hutang yang matang.

Dalam hal ini, kerajaan mengutamakan terbitan dalam pasaran domestik dengan memanfaatkan kecairan dalam pasaran modal di samping mengurangkan risiko tukaran asing.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada tahun 2024, purata wajaran kos pinjaman mencatatkan sekitar 3.87 peratus berbanding dengan 4.1 peratus pada tahun 2023. Sehingga akhir Jun 2025, kadar hasil MGS mencatatkan kadar lebih rendah secara keseluruhan sekitar 29 hingga 34 mata asas berbanding akhir Disember 2024. Mengambil kira persekitaran kadar hasil yang stabil ia dijangka dapat membantu kerajaan untuk mencapai objektif pengurusan hutang dalam memenuhi keperluan pembiayaan pada kos yang paling rendah dengan tahap risiko munasabah. Di samping itu, strategi pinjaman kerajaan juga mengutamakan terbitan sekuriti jangka panjang bagi mengurangkan risiko pembiayaan semula.

Untuk makluman, pinjaman kerajaan persekutuan dibuat melalui operasi pasaran iaitu dengan menerbitkan instrumen di pasaran kewangan, bukan melalui pinjaman terus dari institusi kewangan. Pinjaman melalui pasaran kewangan ini membolehkan kerajaan mendapatkan dana yang lebih besar memandangkan terdapat bilangan pelabur yang ramai.

Tidak bergantung kepada sole provider.

Selain itu, strategi ini membolehkan kerajaan memilih tempoh kematangan hutang jangka pendek, sederhana dan panjang mengikut kaedah kecairan dalam pasaran semasa serta kedudukan kewangan kerajaan. Kaedah penempatan kadar faedah yang kompetitif ini adalah berbeza dengan projek loan atau term loan yang biasanya melibatkan pinjaman khusus untuk sesuatu projek dengan syarat tertentu daripada institusi kewangan. Bagi tujuan ini, kadar faedah dan keuntungan bergantung kepada bidaan pelabur yang berdasarkan kepada pasaran kewangan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 11:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih pada Timbalan Speaker. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal telah diwartakan pada 29 Disember 2023. Akta ini menetapkan sasaran bahawa had nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar tidak melebihi daripada 60 peratus.

Soalan saya, berapakah nisbah tertinggi kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sejak akta ini diperkenalkan? Mohon berikan tarikh dan tempoh keadaan ini.

Dan juga kalau kita lihat berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun 2025, pertumbuhan ekonomi akan semakin perlahan seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara.

Bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada had nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan had nisbah itu, jadi untuk maklumat Yang Berhormat, kami dalam keadaan ― kita memang sekarang defisit fiskal semakin kurang. Jadi, hutang negara memang setiap tahun akan bertambah kerana setiap tahun kita perlu menambah, membuat pinjaman untuk menanggung perbelanjaan pembangunan.

Jadi kita memang dalam matlamat dalam kita nak mencapai untuk mengurangkan nisbah ini dalam lingkungan 60 peratus daripada KDNK dan kita akan kalau nak itu data dari setiap tahun kita akan berikan secara bertulis sebab seperti ― sebab pada masa ini saya tak ada data bersama dengan saya di sini. Saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Gerik.

draft • 11:30 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:30 AM

6. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan pemasangan sistem cut-off automatic pada bas atau lori bagi mengehadkan kelajuan atau menghentikan kenderaan jika pemandu mengabaikan peraturan keselamatan.

draft • 11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI Ahli Yang Berhormat. Saya mohon menjawab sesekali soalan Yang Berhormat Gerik dengan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu pada 13 Ogos dan soalan Yang Berhormat Kuala Pilah pada 4 hari bulan Ogos kerana berkaitan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, pada 13 Jun 2025, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan pelaksanaan penguatkuasaan penggunaan speed limitation device (SLD) secara berfasa mulai 1 Oktober 2025. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kita bukan lagi bercadang tetapi sudah dalam tempoh pelaksanaan sekarang.

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

SLD merupakan sistem kawalan kelajuan automatik yang berfungsi mengehadkan kelajuan kenderaan secara elektronik melalui electronic control unit selari dengan matlamat mewujudkan kawalan kelajuan tanpa perlu mematikan enjin, sekali gus tidak menjejaskan keselamatan operasi kenderaan. Pelaksanaan SLD ini terpakai kepada semua kenderaan perdagangan iaitu kenderaan barangan dengan berat dengan muatan melebihi 3,500 kilogram dan kenderaan penumpang dengan BDM melebihi 5,000 kilogram dan melebihi lapan penumpang.

Fasa 1 melibatkan pengesahan kefungsian SLD bagi semua kenderaan perdagangan yang dibina selepas 1 Januari 2015. Penguatkuasaan Fasa 1 akan bermula 1 Oktober 2025. Fasa 2 pula melibatkan pengaktifan SLD dalam electronic control unit bagi semua kenderaan perdagangan yang dibina sebelum 1 Januari 2015. Penguatkuasaan Fasa 2 akan bermula 1 Januari 2026. Manakala Fasa 3 melibatkan pemasangan peranti SLD secara retrofit dengan pengesahan JPJ bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang tidak dilengkapi dengan sistem tersebut. Penguatkuasaan untuk fasa ketiga akan bermula 1 Julai 2026.

Selain daripada SLD, MOT juga sedang melaksanakan pelbagai inisiatif keselamatan jalan raya seperti berikut. Pertama, penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar terhadap bas ekspres dan persiaran telah bermula 1 Julai lalu. Tumpuan khusus pemakaian tali pinggang keledar ini adalah terhadap kenderaan perkhidmatan awam bas ekspres dan persiaran yang dibina pada atau selepas 1 Januari 2020.

Yang kedua, JPJ akan menggantung serta-merta lesen memandu vokasional kepada pemandu yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan serius sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Ketiga, MOT sedang membangunkan sistem pangkalan data bagi pemandu kenderaan berat.

Keempat, Sistem KEJARA akan dirombak dan pemandu boleh menyemak mata demerit menerusi aplikasi MyJPJ yang sudah ditambah baik.

Kelima, pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM sedang ditambah baik menerusi pembaharuan kriteria semakan dalam pengujian kecekapan brek, pemeriksaan tayar kenderaan, pemeriksaan visual kenderaan dan jenis muatan yang dibawa oleh lori, dumper atau tipper.

Seterusnya, pelaksanaan Operasi Khas Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas kenderaan untuk komersial.

Kelapan, JPJ sedang merangka kursus pemulihan bagi pemandu yang lesen memandunya telah digantung.

Kesembilan, MOT dengan kerjasama MIROS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia akan meningkatkan pencahayaan di hotspot kemalangan jalan raya di lebuh raya.

Kesepuluh, bermula pada 1 Julai 2025, larangan telah dikuatkuasakan ke atas kenderaan kontena yang lebih muatan di pintu masuk pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan high speed weigh in motion juga sedang dilaksanakan dan terakhir

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

penggunaan peranti kamera badan (body-worn camera) bagi anggota JPJ di lapangan untuk meningkatkan ketelusan dan keberkesanan kepenguatkuasaan juga sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gerik.

draft • 11:30 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Puan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa untuk ambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk saya merakamkan penghormatan dan ucapan takziah kepada mangsa kemalangan maut pelajar-pelajar UPSI di Jalanraya Timur-Barat di kawasan saya di Gerik ya, yang berlaku pada 9 Jun 2025 yang lalu dan juga mangsa-mangsa kemalangan maut melibatkan anggota-anggota FRU PDRM di Teluk Intan juga berlaku di Perak pada 13 Mei 2025 yang lalu.

Puan Yang di-Pertua, bagi soalan tambahan, memandangkan laporan awal pasukan petugas khas kemalangan bas UPSI di Gerik telah menyarankan pemasangan sistem keselamatan seperti automatic emergency braking (AEB) dan electronic stability control

(ESC) serta real time monitoring system. Adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan sistem ini bersama sistem cut off automatic secara bersepadu dalam semua kenderaan berat dan adakah MOT bercadang untuk memperkenalkan sistem black box ataupun kotak hitam yang sesuai bagi semua kenderaan awam dan berat seperti dalam industri penerbangan bagi audit pasca kemalangan?

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang pertamanya, memang kita menghargai apa yang telah dilaksanakan oleh pasukan petugas khas dalam kedua-dua kemalangan seperti yang dinyatakan di Gerik dan juga di Teluk Intan yang melibatkan anggota-anggota FRU. Memang Kementerian Pengangkutan mengambil serius apa yang telah dicadangkan oleh pasukan petugas khas. Namun dalam apa sahaja pelaksanaan sebarang sistem-sistem baru, sudah tentunya pihak kementerian perlu membuat sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan dan juga memastikan supaya pelaksanaan itu dapat dilaksanakan dengan baik dan dengan teratur.

Jadi untuk menjawab persoalan Yang Berhormat, memang apa yang dicadangkan oleh pasukan petugas khas itu akan diambil berat oleh pihak kementerian dan kita sedang merangka dari segi pelaksanaannya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong, Betong.

draft • 11:40 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri mengenai sistem ini. Adakah terdapat negara lain yang telah mewajibkan sistem ini dan apakah hasil ataupun impak yang diperoleh negara tersebut dari segi pengurangan kemalangan dan kos penguatkuasaan? Dan bagaimanakah sistem ini akan diselenggara dan apakah kesan jika ia nya gagal berfungsi? Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Memang yang pertamanya, dari segi pelaksanaan sistem ini bukannya baru. Memang di negara-negara Eropah sudah pun lama pelaksanaan sistem SLD ini ataupun apa yang dipanggil sebagai Speed Limitation Device. Dan baru-baru ini di negara jiran kita di Singapura juga telah pun mewajibkan SLD ini juga kepada kenderaan-kenderaan berat mereka.

Mengapa tujuan kita nak laksanakan sistem ini ialah salah satu punca kemalangan maut berlaku dan terutamanya seperti apa yang berlaku di Gerik pada tempoh hari, bas persiaran yang membawa pelajar-pelajar UPSI itu didapati memecut dengan begitu laju walaupun dalam keadaan menurun bukit. Dan dari segi analisa pasukan petugas khas kita termasuk pasukan teknikal kita daripada MIROS, kita menganggarkan kelajuan bas pada ketika dia menghadapi kemalangan itu ialah pada kelajuan 117 kilometer per jam. Jadi jauh lebih daripada apa yang sepatutnya. Patutnya kalau bas, patutnya dia punya had laju 90 kilometer per jam. Ini 117, apatah lagi sedang menurun bukit. Jadi itu yang menyebabkan kemalangan itu begitu tragik dan menyebabkan begitu ramai kematian.

Jadi, apa yang kita laksanakan untuk cuba mengelakkan kemalangan ialah daripada source ataupun punca kemalangan itu iaitu kelajuan. Bagaimana kita nak mengawal kelajuan? Salah satu caranya ialah melalui teknologi dengan SLD untuk pastikan kelajuan bas ataupun lori itu tidak boleh melebihi apa yang dihadkan. Jadi ini salah satu cara untuk kita laksanakan. Jadi keberkesanannya dan juga dari segi pemantauannya sudah tentu kita sekarang laksanakan. Kalau mereka tak ada sistem ini, maka mereka tak boleh melepasi pemeriksaan kenderaan dan tidak boleh berada dalam jalan raya.

Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat sama-sama memberikan sokongan kepada pelaksanaan ini, walaupun saya tahu bahawa mungkin ada pemain-pemain industri akan ada pushback, menyatakan bahawa kos tambahan dan sebagainya, tetapi dari segi untuk kita memastikan keselamatan jalan raya yang lebih terjamin, nyawa manusia lebih terjamin, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat sama-sama menyokong usaha kerajaan untuk memastikan pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar dan supaya apa sahaja pushback, kita nyatakan bahawa keselamatan mesti diutamakan daripada kos dan keuntungan perniagaan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Tang Kok Wai, Cheras.

draft • 11:40 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:40 AM

7. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Ekonomi menyatakan, penambahbaikan dasar dan intervensi strategik yang sedang dirangka untuk memastikan populasi menua dan jangka hayat yang semakin panjang dalam negara tidak menjadi satu cabaran sebaliknya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Puan Yang di-Pertua.

Populasi menua dan jangka hayat yang semakin panjang seharusnya dilihat sebagai peluang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial. Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi dengan kerjasama semua kementerian dan agensi yang berkaitan telah membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan atau National Ageing Blueprint 2025-2045 atau NAB.

NAB bertujuan untuk menyediakan strategi dan inisiatif mempersiapkan Malaysia menghadapi impak negara tua menjelang tahun 2043. Ia merangkumi perancangan dasar, rangka kerja dan pelan tindakan dalam bidang ekonomi, pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka panjang.

NAB telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 12 Februari 2025. Susulan mesyuarat ini telah bersetuju supaya 11 langkah intervensi berimpak tinggi merentasi kementerian dan agensi dimulakan segera bagi menyediakan asas yang kukuh dalam mendepani penuaan populasi. Antara intervensi berimpak tinggi itu adalah:

(i) mewujudkan ekosistem penjagaan jangka panjang atau long-term care yang mampan melalui pengenalan perundangan dan tadbir urus yang komprehensif;

(ii) membangunkan bakat dan kemahiran dalam sektor penjagaan melalui latihan serta pensijilan yang diiktiraf dan seragam termasuk penjagaan tidak formal dan sukarelawan;

(iii) mereformasikan sistem perlindungan sosial agar lebih terangkum pada mendepani cabaran masa hadapan;

(iv) mengkaji kebolehlaksanaan peningkatan umur persaraan wajib perkhidmatan awam daripada 60 tahun kepada 65 tahun menjelang tahun 2035;

(v) mencadangkan umur penyertaan semula warga berusia dalam tenaga kerja selama lima tahun selepas umur persaraan minimum;

(vi) menambah baik mobiliti kerjaya untuk meningkatkan keboleh pasaran guna tenaga tempatan;

(vii) menepatkan kawalan menerusi perundangan bagi menghasilkan produk makanan yang selamat dan berkualiti; dan

(viii) meningkatkan akses perkhidmatan rawatan domisiliar dan domisiliari paliatif dalam komuniti.

Adalah diharapkan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang dirangka dalam NAB dapat membantu negara meningkatkan bilangan penjaga berkemahiran dalam sektor penjagaan dan kadar penyertaan tenaga kerja berusia antara 60 hingga 65 tahun dalam pasaran buruh tempatan menjelang tahun 2030. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cheras.

draft • 11:40 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah satu majlis populasi menua nasional ditubuhkan atau dirancang untuk – yang akan ditubuhkan untuk tujuan pelaksanaan dasar berkaitan warga emas dipantau secara sistematik khususnya kesejahteraan mereka dari segi kedudukan ekonomi warga emas?

Yang kedua, bolehkah negara kita juga memperkenalkan satu ekosistem menyokong ekonomi perak (silver economy) seperti yang dibangunkan di negara maju dan juga yang memanfaatkan potensi populasi menua? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Puan Yang di-Pertua, kerajaan telah memutuskan supaya Majlis Tindakan Ekonomi Negara dijadikan platform mekanisme tadbir urus keseluruhan bagi menyelaras pelaksanaan dasar serta pemantauan pelaksanaan di bawah Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 atau NAB.

Ini termasuk usaha untuk meneroka peluang pertumbuhan ekonomi baru kesan penuaan populasi ini seperti dengan izin, silver economy. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah menetapkan mekanisme tadbir urus sedia ada di bawah kementerian dan agensi pusat berkaitan bagi menyelaras pelaksanaan dasar serta pemantauan pelaksanaan NAB mengikut teras utama NAB.

Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat berhubung penubuhan majlis populasi menua di peringkat kebangsaan bagi membangunkan ekonomi perak dengan izin, silver economy di negara ini adalah cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Ini bagi memastikan Malaysia dapat merebut peluang yang wujud kesan daripada penuaan populasi ini. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 11:40 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu isu ageing nation ini bukan sekadar melanda kita. Ia juga melanda Jepun, Korea, Singapura yang dikatakan mereka ini berdepan dengan krisis super aged society.

Jadi, oleh kerana ia melibatkan kepada whole nation punya tindakan, jadi saya ingin tanya kepada pihak Menteri, bagaimana peranan sektor swasta dan juga NGO yang kita akan mobilisasi untuk membina ekosistem bagi menyokong kepada inisiatif penuaan sihat dan produktif? Dan apakah warga emas ini dapat dioptimumkan pengalamannya dan kepakaran mereka supaya ia tidak bersaing dengan peluang-peluang pekerjaan untuk generasi muda?

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kita meneraskan dari segi kepentingan ini adalah secara yang terbaik dengan ekosistemnya dan kita dari segi interaksi untuk mendapatkan sebanyak maklumat dan untuk melengkapi ekosistem, kita juga berhubung dengan pihak NGO dan swasta. Maka dengan itu, kita nak memastikan bahawa kepentingan warga menua ini harus dimasukkan sebaik yang mungkin dan dipertimbangkan bersama dengan pihak warga belia juga. Okey.

draft • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Ini adalah satu-satunya yang, insya-Allah akan disertakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Saya tidak mempunyai butir-butir tersebut waktu sekarang tapi insya-Allah, bila dibentangkan dari segi Rancangan Malaysia Ke-13 akan memberikan maklumat semua dalamnya. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:50 AM

8. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, usaha kementerian dalam menangani sentimen perkauman dan ekstremisme agama di media sosial serta hasil pemantauan sehingga separuh pertama 2025.

draft • 11:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih, Tuan Speaker.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin Tuan untuk saya menjawab pertanyaan daripada YB Parit ini dengan sekali dengan pertanyaan daripada YB Klang yang bertarikh 7 Ogos 2025 kerana perkara yang dibangkitkan adalah mengenai isu yang sama.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Untuk maklumat Yang Berhormat, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penyebaran isu-isu sensitif yang melibatkan agama, raja dan kaum di media sosial adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Statistik yang saya dapat daripada kementerian ini dalam tempoh 2023 hingga Julai tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi telah melaksanakan tindakan seperti berikut iaitu sebanyak 11,967 kandungan unsur 3R turut dikenal pasti dan dilaporkan untuk penurunan. Dan dari jumlah tersebut, 707,673 kandungan 3R telah berjaya diturunkan oleh pihak penyedia platform berkaitan.

Walaupun begitu, kalau Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai — sorry.

Kementerian Perpaduan Negara memang tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan secara langsung. Kementerian ini tetap memainkan peranan penting melalui pendekatan reformasi (reformative action), melalui intervensi, mediasi dan kesedaran bagi menangani isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum dan kenyataan berbaur kebencian.

Antara langkah yang dilaksanakan oleh kementerian adalah kementerian melaksanakan pemantauan terhadap kejadian berbaur kebencian agama dan perkauman melalui sistem Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN) yang kita telah laksanakan. Setiap aduan akan disalurkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Kementerian juga mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) yang kita telah laksanakan akhir tahun lepas dan di bawah jawatankuasa ini, kita melibatkan 12 kementerian dan agensi untuk mewujudkan — untuk mengadakan atau menyelaraskan

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

tindakan pantas terhadap isu-isu potensi — yang berpotensi menjadi yang menjejaskan perpaduan.

Kami juga mempunyai dashboard analitik perpaduan bagi kita mengenal pasti lokasi- lokasi hotspot yang berisiko tinggi terhadap ketegangan kaum atau agama dan of course, kita juga mengadakan kempen “Cakap-cakap Baik” untuk masyarakat lebih beretika, berhemah dan bertanggungjawab.

Antara insiden yang berjaya dilaksanakan oleh kementerian melalui pendekatan reformasi (reformative action) adalah kes penjual jagung yang kita telah selesaikan dan juga kita ada kes di Johor menggunakan Jabatan Perpaduan dan duta Perpaduan Johor serta kes lelaki yang menampar budak sekolah. Kita juga menggerakkan rondaan melalui skim rondaan sukarela di kawasan perumahan susulan daripada berupa laporan di mana warga asing menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Di samping itu, kementerian ini juga berpandangan bahawa tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baharu untuk menyekat ucapan menghina buat masa ini dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang- undang sedia ada yang di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga di bawah Kementerian Komunikasi melalui polis dan juga SKMM.

Terdapat beberapa akta dan perundangan telah digubal dan dikuatkuasakan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi iaitu Kanun Keseksaan atau Komunikasi dan Multimedia atau Hasutan dan Akta Mesin dan Cetak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih pada Puan Timbalan Yang di-Pertua, juga kepada YB Menteri atas jawapan telah diberikan, ya. Syabas juga atas pemantauan yang telah dilakukan juga kempen-kempen yang telah dilaksanakan, ya.

Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan kempen-kempen kesedaran yang telah dijalankan? Adakah terdapat penilaian impak yang dibuat terhadap kempen-kempen yang telah dilaksanakan.

Soalan yang kedua berkaitan dengan strategi jangka panjang bagi membina dan mengukuhkan lagi perpaduan khususnya di kalangan anak muda kerana mereka ini yang lebih banyak terdedah dengan media sosial. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Pemantauan ke atas strategi ataupun program dan juga kempen-kempen kita adakan di bawah kementerian, memang setiap kali kita ada program, ada kajian keberkesanan program-program itu...

draft • 11:50 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Baru-baru ini, kita telah mengadakan program yang amat besar yang kita sebutkan dengan keperluan dan amat berjaya.

Untuk lebih lanjutnya, kita mempunyai satu indeks IPNas yang mengukur ke semua tahap perpaduan negara ini dan termasuk program-program yang kita adakan. Program-

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

program berkenaan bukan kita sahaja di Kementerian Perpaduan tapi kementerian- kementerian lain yang lebih bertanggungjawab terhadap perpaduan dan juga kehendak rakyat kita.

Bagi generasi muda, kita banyak program dibuat di generasi muda mulai daripada peringkat sekolah lagi. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kita mempunyai taska dan tabika di peringkat komuniti. Kita mempunyai Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah. Kita mempunyai Sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti. Kita mempunyai bermacam Program Jalinan Integrasi Mahasiswa, Jelajah Belia Rukun Negara, Jiran Muda, KLT, Program Gerak Integrasi Pelajar (GRIP) yang baru-baru kita lancarkan beberapa hari lalu.

Di bawah Arkib, kita ada Arkib@Sekolah, kita ada Arkib Komuniti dan Muzium, kita ada bermalam di muzium di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa, kita ada misi volunterisme (volunteerism), dan kita ada di bawah Yayasan Tun Razak, Yayasan Tunku Abdul Rahman, dan sebagainya. Dan, of course, kita ada program RAKAN yang saya jelaskan tadi, di mana aduan-aduan terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan perpaduan dapat disalurkan melalui sistem ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Segamat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Menteri. Saya ucap tahniahlah kerana Kementerian Perpaduan ini selepas diwujudkan ada pelbagai inisiatif yang telah dilakukan dengan kerangka Perpaduan Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Ramah dan juga dengan iltizam baharu dan baru-baru ini, telah perkenalkan Minggu Perpaduan. Ini adalah, satu inisiatif yang sangat-sangat dialukan, tapi persoalan saya, kita juga ada isu perkauman ini bukan saja antara kaum, tapi dalam intra kaum pun ada pelbagai perlu ditangani.

Saya ingin bertanyakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk terapkan dasar-dasar perpaduan ini dalam kurikulum sekolah kerana kita nak tahu sejauh manakah kerana sekolah ini adalah tempat asas di mana pelajar-pelajar ini perlu dilahirkan dengan semangat perpaduan. So, perlu tahu juga kerjasama dengan KPM yang selama ini telah dilakukan dan juga perancangan untuk terapkan semangat-semangat perpaduan antara kerjasama dengan kementerian. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebab itulah dari awalnya dasar perpaduan ini memang jelas di peringkat sekolah, taska dan tabika. Kita sudah mempunyai kurikulum yang menyentuh kepada jati diri dan sebagainya yang di bawah Rukun Negara dan jelas Rukun Negara adalah amat komprehensif.

Dan sebab itu, kita pun telah mendapat persetujuan untuk Rukun Negara ini dilafaz, diikrarkan di sekolah, di program-program dan sebagainya, even di Dewan ini pun kita sudah berjaya untuk melafazkan Rukun Negara. Sebab kita melihat di Kementerian Perpaduan ini, Rukun Negara ini adalah satu rukun yang amat komprehensif menyentuh kesemua. Even di — nilai-nilai MADANI, semua terangkum di dalam Rukun Negara.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dan – dan program yang kita adakan, seperti yang disebutkan oleh YB tadi, Sambutan Minggu Perpaduan adalah satu ekosistem dan platform di mana kita membawa ke semua ethnic group, kesemua NGOs untuk bersama-sama terlibat dalam program yang kita senaraikan di bawah Sambutan Minggu Perpaduan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.

draft • 12:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Yang di-Pertua, soalan Paya Besar nombor 9.

draft • 12:00 PM

9. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(i) adakah kerajaan mempunyai pelan kawal selia perkhidmatan kredit yang dapat menjamin tahap perlindungan pengguna lebih selamat; dan

(ii) pelan kontingensi dan intervensi kerajaan dalam menyelamatkan pengguna yang terperangkap dalam risiko hutang melebihi kemampuan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk memastikan peminjaman berhemah termasuklah melalui perkhidmatan kredit. Langkah ini penting dalam menangani risiko hutang melebihi kemampuan serta meningkatkan perlindungan pengguna perkhidmatan kredit demi memastikan ia nya tidak menimbulkan kesan negatif kepada daya tahan isi rumah serta kestabilan sistem kewangan negara.

Pinjaman-pinjaman yang diluluskan oleh institusi kewangan adalah tertakluk kepada Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab atau Policy Document of Responsible Financing dengan izin, yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan dilaksanakan sejak tahun 2012.

Standard ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengumpulan hutang isi rumah terkawal dan selaras dengan keupayaan membayar balik hutang. Melalui pelaksanaan dokumen dasar ini, nisbah khidmat hutang atau debt service ratio dengan izin, bagi isi rumah kekal dalam lingkungan paras hemat dengan median DSR pinjaman terkumpul pada paras 34 peratus. Sementara median DSR pinjaman yang baharu diluluskan adalah 41 peratus pada tahun 2024. Kedudukan DSR dalam lingkungan paras hemat ini menjadi penampan yang mencukupi untuk isi rumah memenuhi tuntutan hutang masing-masing.

Pihak kerajaan juga mengambil maklum trend penggunaan buy now, pay later

(BNPL) yang semakin meningkat. Dewan Rakyat baru-baru ini telah meluluskan RUU KP, Bacaan Kedua dan Ketiga. Usaha ini adalah, salah satu inisiatif dalam mempertingkatkan perlindungan kepada pengguna kredit dengan mengawal selia penyelia kredit bukan bank serta penyelia perkhidmatan kredit yang pada masa ini tidak dikawal selia di Malaysia,

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

termasuklah skim BNPL. RUU KP ini akan menyediakan rangka kerja pengawalseliaan dan penyeliaan yang menyeluruh dan bersepadu ke atas industri ini.

Kerajaan dan Bank Negara juga sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai usaha yang berterusan untuk membantu pengguna kredit yang menghadapi kesulitan kewangan. Ini termasuk penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau AKPK yang menyediakan perkhidmatan nasihat dan bantuan dalam mengurus kewangan serta penstrukturan semula pembiayaan.

AKPK telah berjaya membantu lebih 64,000 peminjam menyelesaikan pinjaman mereka sepenuhnya melalui program pengurusan kredit manakala hampir 270,000 peserta masih aktif menggunakan — meneruskan perjalanan pemulihan kewangan mereka dalam program ini. Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia akan terus berusaha meningkatkan tahap celik kewangan rakyat menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan atau lebih dikenali sebagai Financial Education Network (FEN). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengurusan kewangan berhemat dan mengelakkan terjebak ke dalam perangkap hutang. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Paya Besar.

draft • 12:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Persoalan saya kepada pihak kementerian Puan Yang di-Pertua, adakah rang undang yang disebutkan tadi betul-betul boleh menyelesaikan isu berkaitan pemberi pinjaman wang tanpa lesen seperti along di peringkat akar umbi?

Dan bagaimana kerajaan nak memastikan proses pemindahan kuasa dari pihak berkuasa kawal selia seperti KPKT, KPDN, SKM dapat dialihkan seberapa segera kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna kerana saya yakin ia bukan kerana kita nak merebut kuasa tetapi yang paling pentingnya biarlah semua ini berada di bawah satu bumbung, di bawah Suruhanjaya Kredit Pengguna. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, aktiviti pemberi pinjaman wang pada masa ini terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Saya difahamkan KPKT telah mengadakan persefahaman dengan pihak Polis Diraja Malaysia untuk menangani permasalahan along.

Antara langkah pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang diambil oleh KPKT termasuk mewajibkan perlesenan sah bagi semua pemberi pinjaman — pinjam wang mengenakan hukuman denda atau penjara ke atas pihak yang melanggar undang-undang.

PDRM mempunyai kuasa untuk menyiasat, membuat tangkapan tanpa waran dan merampas dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan dalam membanteras peminjam — pemberi pinjam wang tanpa lesen.

Dengan pengubahan — dengan penggubalan RUU KP, pelaksanaan pengawalseliaan industri kredit pengguna akan dilaksanakan secara berfasa. Pelaksanaan

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

pendekatan berfasa RUU KP ini bertujuan untuk memastikan proses transformasi pengawalseliaan terhadap sektor pemberian pinjaman wang serta peralihan fungsi kawal selia dapat dilaksanakan secara teratur dan terkawal sekali gus mengurangkan risiko gangguan atau ketidakstabilan dalam pelaksanaan dasar.

Dalam fasa satu, KPKT masih kekal sebagai pengawal selia bagi industri pemberi pinjam wang dan industri pajak gadai. Penyusulan kepada fasa dua akan melibatkan pindaan kepada RUU KP dan akan menyaksikan pemindahan kuasa berhubung perniagaan pemberian pinjaman wang dan pemegang pajak gadai daripada KPKT kepada SKP iaitu Suruhanjaya Kredit Pengguna. Begitu juga daripada KPDN dan SKM dan sebagainya.

Pengawalseliaan dan penguat kuasa ke atas industri kredit ini termasuk perniagaan pemberi pinjaman wang akan dilakukan dengan mengambil pendekatan secara berhemat, bersasar dan bersekadar. Pendekatan ini akan mengimbang aspek peningkatan profesionalisme di kalangan industri pemberi kredit.

Dan pada masa yang sama, tidak terlalu ketat bagi meningkatkan akses kepada keyakinan pengguna kredit dapat — terhadap industri kredit saja — secara keseluruhan.

Usaha ini dijangka akan mengurangkan orang ramai terjebak daripada berurusan dengan pemberi pinjam wang yang tidak berlesen.

Peralihan pengawalseliaan ke atas perniagaan pemberian pinjaman wang berlesen di bawah fasa dua juga memerlukan kerjasama dengan pihak PDRM serta pendekatan penguatkuasaan yang menyeluruh dalam membanteras sektor pemberi pinjam wang haram yang menimbulkan banyak masalah kepada masyarakat.

Justeru, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan landskap industri kredit pengguna, SKP akan terus bekerjasama rapat dengan KPKT, KPDN untuk memastikan matlamat fasa dua dapat dicapai. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang telah diwartakan pada 29 Disember 2023.

Akta ini menetapkan sasaran bahawa had nisbah hutang negara kepada keluaran GDP ataupun Gross Policy Rate tidak melebihi 60 persen. Semalam, Bank Negara telah mengumumkan semakan semula pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2025. Berdasarkan unjuran ini, pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2025 dijangka akan lebih perlahan.

Setakat mana keadaan ini akan memberi kesan kepada nisbah hutang negara ataupun kepada KDNK ataupun GDP.

Soalan saya, berapakah nisbah tertinggi kadar hutang kepada KDNK sejak akta ini diperkenalkan? Mohon berikan tarikh dan tempoh keadaan ini berlaku. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, pertanyaan ini adalah berkenaan dengan hutang negara. Kerana ini soalan daripada Paya Besar adalah berkenaan dengan isi rumah.

Jadi walau bagaimanapun tak apa, setakat akhir bulan Mac 2025 hutang isi rumah berjumlah 1.65 trilion iaitu bersama dengan 84.3 peratus daripada KDNK.

Namun begitu, hutang isi rumah harus dilihat bersama dengan aset kewangan isi rumah yang jauh lebih besar. Jadi secara agregat, aset kewangan isi rumah kekal melebihi hutang sebanyak 2.1 kali sekali gus memberikan penampan yang teguh kepada tegang — teguh, sorry. Kepada isi rumah.

Jadi, dari segi hutang negara kita memang sudah dalam Akta 850. Matlamat kita adalah dalam lingkungan 60 peratus daripada KDNK, tapi bagi hutang isi rumah, kita akan mengawal dan kerajaan dan Bank Negara akan sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai usaha untuk berterusan dan membantu pengguna kredit yang menghadapi kesulitan kewangan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.

draft • 12:10 PM

10. Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Komunikasi menyatakan, kawal selia yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan algoritma penyedia platform seperti mana YouTube dihalang daripada terus menyuburkan konten anomali, toksik dan merosakkan kognitif seperti brain rot daripada terus muncul kepada pengguna, khususnya remaja dan kanak-kanak.

draft • 12:10 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tumpat, bersekali dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Sembrong bertarikh 7 Ogos dan Yang Berhormat Hulu Selangor bertarikh 25 Ogos kerana perkara yang dibangkitkan menyentuh isu yang sama.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC mengambil pendekatan menyeluruh untuk memastikan kandungan yang memudaratkan seperti content anomali, toksik dan merosakkan kognitif seperti brain rot dapat dikawal dan pendedahan terhadap pengguna muda, termasuk remaja dan kanak-kanak dapat dicegah.

Antara langkah-langkah kawal selia yang telah dan sedang dilaksanakan adalah, sesi libat urus yang berterusan dengan penyedia perkhidmatan platform seperti YouTube dan TikTok bagi memastikan sistem algoritma mereka lebih telus dan selaras dengan kehendak peraturan tempatan.

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ini termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan yang berunsur negatif atau memudaratkan. Untuk makluman Dewan, dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Julai tahun ini, sebanyak 1,443 kandungan jelik dan jelik melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan berikutan permohonan MCMC. Tindakan ini adalah, berikutan pelanggaran peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta garis panduan komuniti penyedia platform itu sendiri.

Bagi mewujudkan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, terutama buat kanak-kanak dan keluarga, MCMC telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ASP(C) di bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025. Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan bertanggungjawab dari segi kawal selia kandungan serta pengurusan algoritma.

Selain itu, bagi menyokong kerangka pelesenan ini, MCMC telah menerbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial. Kod ini menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang memudaratkan, termasuk keperluan untuk:

(i) melaksanakan langkah-langkah verifikasi umur;

(ii) menyediakan tetapan kawalan bagi ibu bapa dan penjaga yang berkesan;

(iii) memperkasa fungsi untuk pengguna kanak-kanak melindungi diri mereka daripada kandungan mudarat;

(iv) menyediakan fungsi dan tetapan yang mesra pengguna dan dikemas kini secara berkala untuk kekal berkesan;

(v) menjalankan audit keselamatan kandungan secara berkala; dan

(vi) menyokong inisiatif pendidikan dan kesedaran keselamatan dalam talian.

Kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866 bagi meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia untuk mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi bagi penyedia, pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian. MCMC sedang membangunkan instrumen subsidiari di bawah Akta 866, di mana peraturan dan kod yang sedang dibangunkan MCMC turut memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian dan pengurusan risiko.

Seterusnya, bagi memastikan ketelusan dan accountability penyedia perkhidmatan dalam memenuhi obligasi keselamatan dalam talian mereka, penyedia perkhidmatan

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

hendaklah menyediakan satu pelan keselamatan dalam talian mengenai pematuhan mereka terhadap kewajipan bawah Akta 866 ataupun ONSA - Online Safety Act dengan izin. Puan Yang di-Pertua, saya minta masa sedikit kerana ini satu isu yang sangat-sangat penting dan ada sikit lagi, kalau dibenarkan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Mengangguk]

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kementerian Komunikasi melalui MCMC juga telah melancarkan Kempen Internet Selamat pada 21 Januari tahun ini, bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan dalam talian bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah dalam talian dan seterusnya mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat. Buat masa ini, kempen ini akan dilaksanakan di semua sekolah - 10,000 sekolah di seluruh negara, di institut pengajian tinggi dan institut pendidikan guru melalui beberapa inisiatif libat urus dan kerjasama dengan majlis perwakilan pelajar di universiti awam seluruh negara.

Kempen ini juga memberi penekanan kepada fenomena child sexual abuse material atau CSAM iaitu bahan penganiayaan seksual kanak-kanak yang dihasilkan sendiri oleh kanak-kanak akibat pengaruh luar seperti pengantunan seksual serta kesan psikologi.

Setakat 28 Julai tahun ini, Program Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan di lebih 559 institusi pendidikan, termasuk sekolah rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi awam, melibatkan lebih 60,000 orang pelajar.

Selain usaha pihak kerajaan dan penyedia platform, adalah penting untuk menekankan bahawa kawalan dan pemantauan penggunaan Internet oleh kanak-kanak turut memerlukan penglibatan aktif ibu bapa atau penjaga, bukan peranti, bukan, dengan izin, digital nanny. Dia bukan pengasuh digital, peranti bukan pengasuh digital.

Ibu bapa berperanan memastikan anak-anak mengguna Internet secara berhemah.

Antaranya melalui pemantauan kandungan yang diakses, menetapkan had masa penggunaan peranti serta mendidik anak-anak mengenai risiko keselamatan dan perlindungan privasi dalam talian. Usaha bersama ini adalah penting bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, sihat dan positif untuk golongan muda. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tumpat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah, memandangkan kesan jangka panjang akibat daripada implikasi kepada kanak-kanak ini, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar khas kebangsaan bagi kesejahteraan kanak-kanak, khususnya untuk kandungan-kandungan online dan yang kedua, apakah bajet dan inisiatif kerajaan dalam menggalakkan pengeluar kandungan tempatan mengeluarkan dokumentari kanak-kanak seperti National Geographic dalam bentuk bahasa Melayu ataupun sebagainya dan juga rancangan seperti Durioo supaya menggalakkan content, content tempatan yang boleh membentuk negara bangsa kepada kanak-kanak ini melalui komunikasi? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Soalan yang baik, Yang Berhormat.

Puan Yang di-Pertua, dalam isu ini, memang kalau boleh kita nak elakkan anak-anak bawah 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial. Semua platform media sosial pada waktu ini melarang kanak-kanak bawah 13 tahun dari membuka akaun media sosial. Malangnya, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke mana-mana – bertembung dengan mana-mana kumpulan pelajar bawah 13 tahun dan bertanya kepada mereka, “Adakah anda mempunyai akaun TikTok?” Ramai yang akan kata “Ya.” Dan ini sebenarnya satu kesalahan yang diakui oleh pihak TikTok itu sendiri. Jadi, kita sedang teliti.

Salah satu caranya ialah bagi bawah 13 tahun, kita tidak membenarkan anak-anak untuk memiliki akaun media sosial. Bagi yang berumur 13 tahun ke atas, modul-modul literasi digital perlu diberi kepada mereka supaya mereka faham, dunia sekarang dan kerencaman maklumat yang ada, apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk berwaspada sentiasa. Bukan semua yang kita lihat dalam media sosial ini benar-benar belaka. Jadi, kita perlu berhati-hati.

Mengenai kandungan, memang ada banyak geran Dana Kandungan Kreatif yang diberikan untuk penghasilan kandungan, tetapi khusus untuk kanak-kanak ini, Durioo sebagai contoh, dia banyak berinteraksi dengan agensi MDEC dan saya percaya banyak yang dibantu untuk mereka menghasilkan kandungan. Insya-Allah Yang Berhormat, saya akan maklumkan kepada pihak FINAS untuk teliti bagaimana kita boleh tingkatkan jumlah kandungan seperti yang disebutkan tadi.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 dan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 seperti di Nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 30 Julai 2025.”

draft • 12:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:18 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya mohon menyokong.

draft • 12:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:18 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 dibacakan untuk kali kedua sekarang.

draft • 12:19 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membentangkan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 yang bertujuan untuk mewujudkan suatu mekanisme berkesan bagi pengurusan kes-kes insolvensi rentas sempadan. Syarikat korporat yang menjalankan perniagaan dan menghadapi krisis kewangan atau insolvent adalah berisiko untuk berdepan dengan prosiding insolvensi.

Prosiding insolvensi merupakan proses undang-undang yang dimulakan oleh pemiutang atau pihak yang berkepentingan secara kolektif terhadap penghutang yang menghadapi tekanan kewangan dengan izin, financial distress dan tidak berkemampuan untuk menyelesaikan tanggungjawab kewangannya.

Seiring dengan kepesatan ekonomi dan amalan perdagangan pada hari ini, perniagaan dan pelaburan entiti korporat dan syarikat komersial bergerak merentasi sempadan negara. Keadaan ini menyebabkan pengaliran tunai, dana dan modal serta pemilikan aset di luar bidang kuasa.

Oleh yang demikian, jika syarikat tersebut berhadapan dengan krisis kewangan dan prosiding insolvensi dimulakan terhadapnya, seharusnya kepentingan semua pemiutang dan aset syarikat termasuklah yang berada di luar bidang kuasa hendaklah diuruskan dengan

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

berkesan bagi manfaat pemiutang, pihak yang berkepentingan dan syarikat itu sendiri. Hal ini adalah berkaitan dengan pelaksanaan insolvensi rentas sempadan.

Insolvensi rentas sempadan dalam konteks syarikat korporat merujuk kepada prosiding insolvensi yang dibawa terhadap syarikat korporat yang mengalami krisis kewangan dan tidak berkemampuan untuk membayar hutangnya dan ia mempunyai pemiutang dan aset di lebih daripada satu negara.

Aset syarikat dan bilangan pemiutang yang berada di negara-negara lain boleh menyebabkan prosiding-prosiding insolvensi dimulakan terhadap syarikat yang sama dalam pelbagai bidang kuasa asing.

Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini berpandukan empat prinsip utama sebagaimana digariskan dalam dengan izin, UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency iaitu akses langsung wakil asing ke mahkamah tempatan, pengiktirafan prosiding insolvensi asing, pemberian relief sewajarnya dan prinsip kerjasama serta koordinasi antara mahkamah tempatan dan mahkamah asing.

Rang undang-undang ini digubal bagi mewujudkan mekanisme berkesan dalam pengurusan kes insolvensi rentas sempadan dengan objektif seperti berikut:

(i) rang undang-undang ini menggalakkan kerjasama rasmi antara mahkamah dan pihak berkuasa pentadbiran insolvensi di Malaysia dan negara asing yang sebelum ini hanya bergantung kepada prinsip comity;

(ii) ia menyediakan kepastian undang-undang kepada pelabur dan pihak berkepentingan dengan menetapkan prosedur jelas berkaitan pengiktirafan prosiding asing, akses mahkamah dan pemberian relief;

(iii) ia memastikan pentadbiran yang adil dan cekap serta melindungi hak semua pihak termasuk pemiutang asing;

(iv) ia membolehkan nilai harta penghutang dilindungi dan dioptimumkan melalui mekanisme seperti interim relief; dan

(v) rang undang-undang ini menyokong usaha penyelamatan perniagaan yang masih berdaya maju seiring dengan pindaan terkini kepada Akta Syarikat 2016 seterusnya melindungi pelaburan dan pekerjaan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, pada masa ini insolvensi rentas sempadan bagi insolvensi korporat di Malaysia tidak mempunyai kerangka kerja undang-undang yang jelas. Ia dilaksanakan berdasarkan amalan mahkamah untuk mengiktiraf keputusan atau prosiding mahkamah asing atas dasar persefahaman dengan izin, Doctrine of Comity dan atas jalinan kerjasama dengan memakai prinsip salingan dengan izin, reciprocity.

Selain itu, insolvensi rentas sempadan juga dilaksanakan melalui dengan izin, The Protocol on Court-to-Court Communication and Cooperation. Namun, setakat ini ia hanya melibatkan mahkamah Malaysia dan mahkamah Singapura sahaja. Ketiadaan kerangka kerja

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

perundangan yang kukuh menyebabkan kelengahan dalam pelaksanaan mekanisme penyelamat korporat atau prosiding penggulungan syarikat.

Aset syarikat yang terlibat turut berisiko untuk disembunyikan atau dipindah milik kepada pihak yang tidak sepatutnya. Perkara ini akan menjejaskan pengumpulan dan penghasilan aset yang optimum bagi manfaat pemiutang-pemiutang, penghutang dan pihak yang berkepentingan.

Kesannya keyakinan pelabur asing akan terjejas dan sekali gus menjadi halangan kepada usaha pengukuhan perdagangan Malaysia di persada antarabangsa. Agenda reformasi undang-undang komersial merupakan teras penting dalam menyokong aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperkukuh daya saing ekonomi negara di peringkat global.

Seperti yang sering ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, keutamaan pentadbiran ini adalah untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang tulus, progresif dan berasaskan prinsip tadbir urus yang baik.

Maka penggubalan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk menstruktur semula kerangka undang-undang negara agar lebih kondusif kepada pelaburan berkualiti dan mesra pasaran antarabangsa.

Dengan izin, UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency (MLCBI) merupakan perundangan model insolvensi rentas sempadan yang digubal pada tahun 1997 oleh UNCITRAL bagi menggalakkan kerjasama dan penyelarasan antara bidang kuasa mahkamah asing dengan prosiding insolvensi rentas sempadan.

Sejak penggubalan MLCBI ini oleh UNCITRAL pada tahun 1997, sebanyak 60 negara telah menerima pakai perundangan model ini. Antara negara-negara terawal yang menerima pakai ialah Jepun tahun 2000, Afrika Selatan tahun 2000, Australia tahun 2000, Arab Saudi merupakan negara terkini yang menerima pakai pada tahun 2022.

Di peringkat Asia Tenggara pula, Filipina telah menerima pakai pada tahun 2010, diikuti dengan Singapura pada tahun 2017 dan Myanmar pada tahun 2020. Dalam menerima pakai ini, Singapura dan United Kingdom telah membuat ubahsuaian pemakaian MLCBI terutamanya dalam perkara pengecualian pemakaian dengan mengambil kira kepentingan awam dan negara masing-masing.

Bagi memperkukuh sistem perundangan negara dalam mengurus kes-kes insolvensi rentas sempadan secara lebih berkesan, satu Jawatankuasa Induk Reformasi Undang- undang Insolvensi Rentas Sempadan atau dengan izin, Cross-Border Insolvency Law Reform Main Committee telah ditubuhkan dan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan saya selaku Menteri Undang- undang dan Jawatankuasa ini telah menetapkan hala tuju dasar yang menjadi asas kepada penggubalan rang undang-undang ini.

Bagi melaksanakan mandat tersebut, satu jawatankuasa kerja iaitu Cross-Border Insolvency Law Reform Working Committee telah dibentuk dan dipengerusikan oleh Bahagian Hal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Jabatan Insolvensi

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Malaysia selaku Sekretariat, diikuti oleh pelbagai pihak berkepentingan terutama sekali dalam ekosistem ekonomi negara dan perundangan, negara termasuklah Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, KPDN, KUSKOP, MITI, Jabatan Akauntan Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Institute of Accountants

(MICPA), Badan Peguam, dan IPAM.

Rang undang-undang ini digubal bagi satu akta tersendiri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap rang undang-undang ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Menteri yang memegang portfolio perundangan. Bagi tujuan mengawal selia agensi yang terlibat adalah Jabatan Insolvensi Malaysia.

Secara prinsipnya, rang undang-undang ini adalah bersifat tatacara, procedural in nature dan akan melengkapi undang-undang insolvensi korporat di Malaysia tanpa mengubah struktur atau prinsip asas undang-undang insolvensi korporat yang sedia ada dalam negara kita.

Sebahagian besar peruntukan rang undang-undang ini adalah berasaskan peruntukan dalam Undang-undang Model dalam perkara mengenai insolvensi rentas sempadan iaitu MLCBI dengan ubahsuaian yang sewajarnya mengambil kira kepentingan awam dan kepentingan negara.

Pemakaian rang undang-undang ini hanya kepada entiti korporat sahaja sebagaimana yang ditakrifkan dalam fasal 2 rang undang-undang ini. Bagi maksud tersebut, fasal 2 rang undang-undang merujuk penghutang sebagai satu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016 [Akta 777].

Dengan pengecualian kepada Perkongsian Liabiliti Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Asing atau seksyen 2 Akta Syarikat Labuan 1990, rang undang-undang ini juga tidak akan terpakai bagi badan berkanun. Naskhah sahih rang undang-undang ini ditetapkan dalam bahasa Inggeris memandangkan rangka kerja perundangan adalah berdasarkan pemakaian Undang-undang Model antarabangsa dan terdapatnya penglibatan dari mahkamah asing dan wakil asing.

Cadangan rang undang-undang ini mempunyai 35 fasal dan enam bahagian dan satu jadual sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill yang telah dibuat bacaan kali yang pertama pada 28 Julai. Untuk maklumat ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru.

Bahagian I rang undang-undang ini memperkatakan tentang perkara permulaan akta yang dicadangkan antara lain merangkumi tajuk ringkasan, peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa, pemakaian serta takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Perincian bagi fasal-fasal ini ialah sebagaimana dalam huraian fasal 1 hingga fasal 8.

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bahagian II rang undang-undang ini menjelaskan berkenaan hak akses langsung yang diberikan kepada wakil asing dan pemiutang asing kepada mahkamah di Malaysia dan perkara berbangkit perincian fasal-fasal adalah sebagaimana dalam huraian fasal 9 hingga fasal 14.

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bahagian III rang undang-undang ini mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan pengiktirafan prosiding asing dan pemberian relief oleh mahkamah tinggi termasuk perlindungan pemiutang dan orang yang berkepentingan. Perincian bagi fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian fasal 15 hingga fasal 24.

Bahagian IV rang undang-undang ini memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan kerjasama dengan mahkamah asing dan wakil asing. Perincian bagi fasal ini sebagaimana dalam huraian fasal 25 hingga fasal 27.

Bahagian V rang undang-undang ini memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan penyelarasan prosiding serentak. Perincian bagi fasal-fasal ini sebagaimana dalam huraian fasal 28 hingga fasal 32.

Bahagian VI rang undang-undang ini mengandungi cadangan peruntukan berkenaan perkara am yang merangkumi kuasa untuk membuat peraturan-peraturan, kuasa untuk meminda jadual dan kecualian. Perincian dalam fasal-fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian fasal 33 hingga fasal 35 yang dicadangkan.

Akhirnya, Puan Yang di-Pertua, jadual dalam rang undang-undang ini menyenaraikan ketidakpakaian, dengan izin, non-application rang undang-undang ini dan sekatan terhadap pemberian pengiktirafan dan bantuan dalam hal-hal tertentu.

Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara keseluruhan, rang undang-undang ini akan menyediakan satu kerangka perundangan yang jelas, moden dan berkesan bagi pelaksanaan prosiding insolvensi rentas sempadan di Malaysia selaras dengan standard amalan terbaik antarabangsa. Usaha ini akan memperkukuhkan lagi keyakinan pelabur terhadap sistem perundangan negara kita dan menyumbang secara langsung kepada pemantapan daya saing ekonomi Malaysia di peringkat global.

Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh hormat menyeru sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar rang undang-undang ini dapat diluluskan demi memastikan Malaysia terus ke hadapan dalam menghadapi cabaran landskap ekonomi semasa dan memperkukuh kedudukan negara kita sebagai hab pelaburan dan perdagangan yang diyakini. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Menyokong.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan termasuk akses kepada mahkamah oleh wakil asing dan pemiutang asing, pengiktirafan prosiding asing, pemberian relief berhubung dengan pengiktirafan prosiding asing, bekerjasama dengan mahkamah asing dan wakil asing, penyelarasan prosiding serentak dan perkara lain yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut ― Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Kota Melaka. Setiap pembahas diberi masa 5 minit.

Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan ini. Syabas kepada Kerajaan MADANI dan juga kementerian atas usaha untuk menggubal rang undang-undang ini yang bertujuan untuk memperkukuhkan sistem perundangan berkaitan insolvensi antarabangsa.

Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini memperkenalkan peruntukan- peruntukan baru termasuk akses pemiutang dan wakil asing ke mahkamah Malaysia dan juga mekanisme pengiktirafan prosiding insolvensi asing, pemberian relief berkaitan pengiktirafan tersebut serta penyelarasan prosiding serentak merentasi pelbagai bidang kuasa.

Aliran modal dan juga perdagangan zaman ini semakin merentasi sempadan atau cross border, dengan izin. Oleh itu, sistem undang-undang negara kita juga harus disesuaikan untuk mengendalikan kegagalan kewangan atau dalam bahasa Inggeris, financial distress, di peringkat antarabangsa.

Dengan rang undang-undang ini, Puan Yang di-Pertua, Malaysia akan secara natijahnya menerima pakai UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency atau lebih dikenali sebagai Model Law dalam undang-undang tempatan. Model Law ini, Puan Yang di- Pertua, sudah pun diguna pakai di lebih kurang 60 buah negara. Malahan kalau kita tengok di Rantau Asia Tenggara ini, kita sebenarnya di belakang negara-negara seperti Filipina, Singapura dan Myanmar yang sudah pun menggubal ataupun menerima pakai Model Law ini lebih awal.

Walaupun melalui penggubalan rang undang-undang ini kita akan menggunakan Model Law, namun saya sambut baik keputusan kerajaan untuk menyesuaikannya dengan keperluan dan juga situasi tempatan dan bukannya mengambil Model Law ini secara bulat- bulat, Puan Yang di-Pertua. Saya juga sambut baik dalam rang undang-undang ini yang mana

draft • 12:32 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

saya lihat tidak ada keperluan reciprocity. Ini bermakna rang undang-undang ini lebih luas daripada Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersilang atau Reciprocal Enforcement of Judgments Act yang mana buat masa ini saya difahamkan hanya ada reciprocity dengan negara Singapura.

Puan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan untuk klarifikasi daripada pihak kerajaan. Pertama, kita telah mendengar tadi rang undang-undang ini hanya terpakai kepada entiti korporat sahaja dan tidak terpakai kepada individu, walaupun kalau kita tengok Model Law itu sendiri, ia nya lebih luas, dia boleh terpakai kepada keduanya.

Mengehadkan pemakaian RUU ini kepada entiti korporat sahaja dapat memastikan bahawa individu masih tidak terkesan dengan prosiding di luar negara, prosiding asing.

Soalan saya. Adakah terdapat perancangan untuk di masa hadapan meluaskan lagi pemakaian rang undang-undang ini kepada entiti bukan korporat? Adakah kerajaan membayangkan bahawa akan mulakan dahulu dengan entiti korporat dan kemudiannya di masa hadapan luaskan kepada entiti lain secara berfasa?

Keduanya, Puan Yang di-Pertua, fasal 7 rang undang-undang ini memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk tidak mengambil apa-apa tindakan atau memberikan apa- apa perintah di bawah undang-undang ini sekiranya ia bertentangan dengan dasar awam di Malaysia. Saya melihat ini sebagai memberi budi bicara yang agak luas kepada mahkamah untuk memastikan bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, mahkamah tetap akan dapat menolak permohonan sekiranya ia bertentangan dengan dasar awam.

Saya ingin mendapat panduan daripada pihak kerajaan, Puan Yang di-Pertua.

Apakah elemen-elemen yang diguna pakai untuk menentukan apakah ― dalam situasi apa mahkamah boleh menolak untuk bertindak atas alasan berlawanan atau bertentangan dengan dasar awam ini?

Ketiga, Puan Yang di-Pertua, fasal 21(2) pula memperuntukkan bahawa kebenaran mahkamah harus diperolehi terlebih dahulu sebelum apa-apa aset dipindahkan keluar negara. Ini bagi menjaga kepentingan pemiutang tempatan. Dan saya lihat ini adalah, satu peruntukan yang baik. Soalan saya, apakah faktor-faktor yang wajar dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan sama ada kepentingan pemiutang di Malaysia itu dilindungi?

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, rang undang-undang ini adalah, merupakan satu reformasi undang-undang insolvensi korporat yang ditunggu-tunggu oleh sektor korporat yang terlibat dengan perniagaan dan juga perdagangan rentas sempadan. Bayangkan, Puan Yang di-Pertua, sebelum ini ketidaktentuan dan kecelaruan undang-undang berkaitan insolvensi korporat dan juga, dengan izin, financial distress yang kini dengan rang undang- undang ini mendapat satu cahaya kepastian undang-undang yang lebih baik untuk perdagangan dan juga pelaburan antarabangsa.

Penggubalan rang undang-undang ini, Puan Yang di-Pertua, merupakan satu mesej jelas kepada seluruh dunia bahawa Malaysia akan memastikan undang-undangnya selari dengan amalan terbaik dunia, dengan izin, best practices. Dan lebih penting lagi, bahawa kita

draft • 12:32 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

benar-benar serius mengenai perniagaan dan pelaburan rentas sempadan dan, dengan izin, we are taking our laws to the next level, dengan izin.

Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Sahabat Bernam.

draft • 12:32 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri bagi membahas Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan ‘2024’ dengan penuh sentuhan kasih sayang, prihatin dan bertanggungjawab.

RUU ini dilihat sebagai langkah untuk menyelaras aspek kebankrapan dan penyelesaian hutang yang melibatkan entiti merentas sempadan. Namun, beberapa isu yang agak penting perlu diperhalusi sebelum kita memberi sokongan sepenuhnya.

Pertama, dari segi konteks dan keperluan. Malaysia mencatatkan lebih 278,000 individu bankrap setakat tahun 2024.

draft • 12:39 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, daripada jumlah ini sebahagian besar merupakan usahawan mikro PKS yang menghadapi kesukaran pasca pandemik serta hutang pinjaman peribadi dan perniagaan. Namun, RUU ini lebih tertumpu kepada entiti korporat antarabangsa, bukan kepada penyelesaian sistematik untuk rakyat yang terbeban dengan hutang yang saya sebutkan tadi.

Kedua, soal kedaulatan undang-undang: perundangan. RUU ini membuka ruang kepada pengiktirafan prosiding insolvensi asing termasuk daripada bidang kuasa yang mungkin tidak setara dari segi sistem kehakiman atau prinsip keadilan. Ini menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana kita bersedia membenarkan campur tangan undang- undang luar di dalam sistem kehakiman kita dan ini perlu diteliti dengan lebih berhati-hati Puan Yang di-Pertua.

Ketiga, kesan kepada pelaburan dan ekonomi tempatan. RUU ini diharapkan akan menjadikan Malaysia lebih mesra pelabur, tetapi pengalaman antarabangsa menunjukkan pelaksanaan yang tergesa-gesa boleh menjejaskan keyakinan pelabur domestik. Kita tak perlu mengikut negara-negara yang telah menyertainya, tetapi kita perlu membuat persiapan yang perlu terlebih dahulu supaya tidak dianggap sebagai tergesa-gesa. Sebagai contoh, dalam kajian oleh Bank Dunia 2021, negara yang melaksanakan prinsip model UNCITRAL sepenuhnya tanpa adaptasi tempatan mengalami peningkatan 12 peratus dalam kes litigasi silang sempadan yang menyebabkan kelewatan dan kos tambahan.

Yang keempat Yang di-Pertua, keperluan sistem sokongan institusi. Adakah Jabatan Insolvensi dan mahkamah tinggi kita telah dilengkapi dengan latihan kapasiti dan infrastruktur untuk mengendalikan kes rentas sempadan yang rumit ini? Tanpa pelan pelaksanaan yang

draft • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

jelas, kita bimbang undang-undang ini akan menjadi beban tambahan kepada sistem yang sedia ada. Ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong reformasi yang adil dan perlu. Namun, saya mencadangkan beberapa penambahbaikan. Yang pertama, audit kesediaan institusi.

Pastikan Jabatan Insolvensi dan mahkamah mempunyai keupayaan sebelum RUU ini diwartakan.

Kedua, pengecualian kategori kes tertentu. Contohnya, melibatkan individu bumiputera atau syarikat PKS tempatan agar tidak terperangkap dalam litigasi antarabangsa.

Klausa perlindungan kedaulatan undang-undang memastikan keputusan luar hanya diiktiraf jika menepati prinsip keadilan Malaysia. Penubuhan jawatankuasa pemantauan RUU iaitu untuk menilai impak undang-undang ini selepas setahun pelaksanaan nanti.

Akhirnya, kita tidak boleh sekadar menerima undang-undang berdasarkan model UNCITRAL tanpa penyesuaian kontekstual. Kita bukan hanya mahu menjadi mesra pelabur, tetapi mesti kekal adil kepada rakyat Malaysia dan saya bukan mudah untuk menyokong apa- apa RUU dibentangkan di Dewan yang mulia ini, tapi lebih kepentingan dan mesra pelabur.

Sabak Benam menyokong Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Benam. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 12:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan mengenai Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan pada hari ini.

Saya berpandangan dalam konteks globalisasi dan liberalisasi ekonomi antarabangsa pada hari ini, maka rangka kerja undang-undang ke arah penyelarasan kes-kes insolvensi merentasi sempadan negara sudah menjadi satu keperluan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan yang masih memerlukan penjelasan lanjut dari pihak kerajaan berhubung dengan RUU ini. Pertama, sejauh mana soal kedaulatan perundangan negara serta kepentingan mahkamah domestik masih terpelihara dengan adanya akta ini? Ini yang pertama. Dan sejauh mana pula segala keputusan dan prosiding akan melalui peringkat mahkamah tinggi di Malaysia terlebih dahulu?

Selain itu, RUU ini tidak menyatakan bahawa institusi kewangan, syarikat insurans dan entiti sistemik lain tidak terikat dengan RUU ini. Maka saya mohon kerajaan memperjelaskan sama ada adakah syarikat milik kerajaan (GLC), entiti strategik dalam sektor tenaga, telekomunikasi dan pertahanan turut juga terkecuali? Ketelusan ini penting bagi mengelakkan eksploitasi struktur korporat Malaysia oleh entiti asing. Saya bangkitkan persoalan ini kerana percaya soal kedaulatan undang-undang negara ini merupakan isu teras

draft • 12:44 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

di sini dan isu ini juga menjadi perbahasan utama dalam kalangan negara-negara yang terlibat.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui contoh-contoh senario pelanggaran model undang-undang insolvensi rentas sempadan, MLCBI dengan dasar awam tempatan yang berlaku negara lain yang telah mengambil kerangka perundangan MLCBI ini di negara mereka. Apakah jalan keluar yang dilakukan serta bagaimana usaha mengharmonikan perundangan di peringkat domestik dengan model undang-undang insolvensi rentas sempadan yang lebih bersifat global dan universal?

Bagaimana juga kita akan menghadapi isu-isu ini meskipun terdapat pengecualian atau resolvensi dasar awam yang diletakkan dalam akta ini? Apakah definisi dasar awam ini?

Kerana masih bersifat kabur dan terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan garis panduan atau tafsiran rasmi berhubung apa yang dimaksudkan dengan dasar awam dalam konteks ini bagi menjamin kepastian undang-undang.

Puan Yang di-Pertua, soalan yang ketiga ialah perkara yang agak penting juga untuk diteliti adalah mengenai kerjasama serantau mahupun bentuk perjanjian dua hala Malaysia dengan negara tertentu bagi memastikan pemakaian akta yang lebih efisien. Persoalannya, apakah siri-siri perjanjian atau kerjasama yang akan diteroka oleh kerajaan selepas akta ini digubal?

Soalan yang keempat ialah berkaitan dengan latihan di peringkat kehakiman dan peguam bagi memahami prosedur, model serta technical proceeding melibatkan kes-kes insolvensi di peringkat antarabangsa. Sejauh mana perkara ini telah diteliti dengan mendalam oleh pihak kementerian dan apakah perancangan dan usaha yang telah dirangka setakat ini?

Saya juga ingin mencadangkan walaupun RUU ini secara teknikal tidak terpakai kepada individu sebagaimana dinyatakan dalam sub fasal 3(2), saya menyeru agar kerajaan juga mengambil inisiatif menggubal satu akta khusus berkaitan kebankrapan individu rentas sempadan. Ini penting bagi melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, terlibat dengan transaksi digital merentasi sempadan atau menjadi penjamin kepada pinjaman luar negara. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Yang di-Pertua. Dalam Dewan ini Yang di-Pertua, dalam dua tahun ini, Kerajaan MADANI kita telah mulakan reform ke atas undang-undang insolvensi di Malaysia. Pada 2023, dalam Dewan Yang Mulia ini kita telah membuat pindaan kepada Akta Insolvensi [Akta 360] dan tahun lepas kita telah meminda Akta Syarikat [Akta 777] untuk kita menambah baik undang-undang insolvensi sedia ada dengan hasrat untuk kita tambah baik sistem pentadbiran kebankrapan.

draft • 12:48 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Hari ini kita akan bahas dan luluskan RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025, tapi ada satu perbezaan yang ketara Yang di-Pertua. Dua akta terlebih yang saya sebut itu adalah, pembaharuan untuk membantu orang muda dan membantu rakyat Malaysia untuk dilepaskan daripada kemuflisan.

draft • 12:48 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Hari ini, rang undang-undang ini dia beransur untuk membantu pemiutang daripada luar negara datang untuk menuntut hutang dan tidak sebenarnya ada kena-mengena dengan rakyat Malaysia.

Justeru, saya nak tanya kepada Menteri, sebenarnya, mengapa negara kita hendak mengubah undang-undang ini? Adakah ini salah satu keperluan atau syarat daripada WTO?

Ataupun ia ada kaitan dengan FTA- Free Trade Agreement yang kita tandatangani, RCEP atau CPTPP? Dan bagaimana sebenarnya dengan penggubalan akta ini, ia akan menjadi kita lebih kompetitif atau meningkatkan daya saingan kita? Adakah ini akan melonjak kita dalam ranking mana-mana laporan? Bagi saya itu adalah penting.

Kedua, ini adalah sangat teknikal. Saya merujuk kepada seksyen 4 daripada rang undang-undang ini yang menyatakan akta hendaklah dibaca bersama undang-undang lain.

Di Malaysia, Yang di-Pertua, kita ada undang-undang sedia ada yang juga boleh kata deal with the same issue. Contohnya, Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 [Akta 99] juga memainkan sedikit fungsi agak sama dengan RUU yang kita nak luluskan ini.

Bagaimana kerajaan nak menyelesaikan keharmonian dua-dua akta ni?

Dan lebih ketara, saya nak memberi satu contoh lagi satu akta. Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan [Akta 671] di mana dengan izin saya baca dalam bahasa Inggeris Puan Yang di-Pertua, “A court shall not pursuant to any enactment or rule or law, recognize or give effect to (a) any order of a court exercising jurisdiction in relation to the law of insolvency in a place outside Malaysia.” So maknanya, kalau kita tengok seksyen 50 ini, dia macam seolah- olah bertentangan dengan apa yang hendak kita bawa pada RUU hari ini. So, bagaimana saya harap kerajaan boleh memberi penjelasan keharmonian di antara undang-undang sedia ada dengan RUU ini?

Kedua Yang di-Pertua, saya juga agak khuatir pada seksyen 13(3) di mana dia disebut, “Walau apa pun subseksyen (2), tuntutan seorang pemiutang asing tidak boleh disusun lebih rendah daripada pemiutang tidak bercagar am semata-mata atas sebab bahawa pemiutang itu merupakan seorang pemiutang asing.” Maknanya apa Puan Yang di- Pertua? Seorang pemiutang dari luar negara, kalau nak tuntut hutang di sini, dia tidak mungkin lebih rendah dalam ranking daripada pemiutang orang Malaysia. Kemungkinan dia lebih tinggi sebab dia tak clear sini. So, saya harap Menteri boleh beri penjelasan.

Bagi sayalah sebagai rakyat Malaysia, tidak mungkin kalaulah rakyat Malaysia pemiutang di negara kita ini tidak diberi keutamaan. Saya cadangkan sekurang-kurangnyalah pun kena rank pari passu dengan pemiutang daripada negara asing. Tidak mungkin kita lebih

draft • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

rendah daripada mereka, apa lagi kalaulah mereka datang pun pemiutang daripada negara asing jugalah yang tidak bercagar ataupun unsecured creditor.

Saya harap kementerian boleh take note isu-isu ini. Secara asasnya, saya tiada masalah. Saya hanya kena pastikan sebarang reform yang kita lakukan ini adalah selaras dengan undang-undang yang sedia ada dan paling penting, hak rakyat Malaysia mesti dijaga pada setiap masa. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 12:50 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih pada Puan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas dalam perbahasan Rang Undang- undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini. Saya mewakili kawasan Parlimen sempadan yang sangat strategik dan kritikal iaitu Padang Besar, Perlis.

Rang undang-undang ini merupakan langkah ke hadapan dalam menyelaraskan undang-undang Malaysia dengan *Model Law on Cross-Border Insolvency

(MLCBI)* oleh UNCITRAL yang telah diterima pakai oleh 60 negara termasuk Singapura, Myanmar dan Filipina. Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam ekosistem ekonomi global yang semakin kompleks dan rentas sempadan.

RUU ini memperuntukkan akses langsung kepada mahkamah oleh wakil asing fasal 9, pengiktirafan prosiding asing fasal 15 dan relief, dengan izin termasuk pemindahan aset rentas negara fasal 19 hingga 21.

RUU ini dilihat sebagai satu usaha ke arah penyelarasan undang-undang kebankrapan antarabangsa agar Malaysia tidak menjadi satu-satunya negara yang ketinggalan dalam kerangka perundangan global yang mengiktiraf hak-hak pemiutang dan penghutang rentas sempadan, memberi imej positif bagi menarik pelaburan ke Malaysia.

Namun, ini bukan sahaja dari segi pelabur luar negara, tapi kesannya juga ke atas komuniti tempatan di sempadan terutamanya golongan mikro dan juga informal.

Puan Yang di-Pertua, melihat dari risiko pada usahawan mikro sempadan, Padang Besar merupakan nadi perdagangan mikro rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Ratusan peniaga berurusan saban hari sejak sekian lama. Ramai antara mereka menjalankan urus niaga berasaskan kepercayaan dan rangkaian keluarga merentasi sempadan tanpa sebarang perjanjian formal yang dilindungi oleh undang-undang.

Dengan pemakaian RUU ini, terdapat risiko bahawa usahawan kecil ini akan terdedah pada litigasi rentas sempadan yang tidak seimbang. Peruntukan seperti fasal 13 yang membenarkan pemiutang asing memulakan tindakan di Malaysia jika tidak diimbangi dengan perlindungan khas kepada komuniti rentas sempadan, akan melemahkan daya tahan ekonomi mereka. Saya mencadangkan satu penubuhan satu task force khas di bawah

draft • 12:54 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Jabatan Insolvensi yang memberi fokus kepada pendidikan perundangan dan bantuan dokumentasi kepada komuniti mikro rentas sempadan.

Puan Yang di-Pertua, melihat pada jurang infrastruktur undang-undang di sempadan, RUU ini menyentuh isu-isu kompleks seperti prosiding serentak dalam fasal 28 hingga 30 dan komunikasi antara mahkamah asing dan mahkamah Malaysia fasal 24 hingga 27. Ini akan memperuntukkan kemungkinan pemindahan aset, pelaksanaan perintah luar negara dan pelantikan pentadbiran rentas sempadan.

Persoalannya adalah di kawasan seperti Padang Besar yang tidak mempunyai infrastruktur undang-undang dan sokongan profesional yang mencukupi, bagaimana rakyat tempatan mahu mendapat keadilan? Perlu ada usaha yang bukan sahaja berperanan menyelesaikan kes, malah memberi pendidikan perundangan kepada masyarakat setempat.

Melihat kepada risiko pengubahan wang haram dan penyeludupan aset seperti yang terkandung di dalam jadual RUU, pengiktirafan boleh ditolak jika bertentangan dengan undang-undang seperti Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau jika melibatkan aset berisiko.

Padang Besar telah lama berdepan dengan cabaran penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram seperti yang saya tegaskan sebelum ini dalam perbahasan dasar ekonomi sempadan nasional. Namun begitu, dengan kelonggaran pemindahan aset oleh pentadbir asing fasal 21(2), ada kebimbangan bahawa ia boleh disalah guna oleh pihak tertentu untuk memutihkan aset haram melalui mahkamah Malaysia. RUU ini perlu diseiringkan dengan peruntukan khas di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram atau AMLA dengan kerjasama Bank Negara dan SPRM agar setiap transaksi rentas sempadan disemak secara automatik melalui sistem kawal selia berisiko tinggi.

Puan Yang di-Pertua, melihat kepada sinergi dengan dasar ekonomi sempadan nasional, saya ingin menyentuh betapa pentingnya RUU ini disesuaikan dengan semangat dasar ekonomi sempadan nasional yang telah saya cadangkan kepada kerajaan sebelum ini melalui artikel saya yang telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Sinar Harian dan Harakah pada 10 Julai 2025. Kita tidak mahu undang-undang itu nanti menjadi alat untuk menekan peniaga kecil yang tidak mampu bersaing dengan entiti luar yang lebih besar dan licik.

Sebaliknya, kita mahu dasar dan undang-undang saling menyokong.

Jika dulu kita ada pas sempadan untuk pergerakan rakyat, maka apa salahnya kita wujudkan juga pas ekonomi rentas sempadan untuk memudahkan urus niaga sah oleh rakyat setempat dan melindungi mereka dengan kerangka undang-undang yang tidak membebankan.

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya mohon agar kerajaan melihat rang undang-undang ini bukan sekadar dari sudut pentadbiran korporat, tetapi dari sudut keadilan rakyat dan keselamatan ekonomi negara. Saya menyokong rang undang-undang ini namun perlu dipinda secara bersasar dengan cadangan berikut.

draft • 12:54 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Pertama, melindungi komuniti rentas sempadan. Jangan biarkan negeri sempadan termasuk Padang Besar menjadi mangsa perundangan rentas sempadan hanya kerana kekurangan akses maklumat dan kuasa tawar-menawar.

Kedua, menutup ruang penyalahgunaan melalui aset haram iaitu dengan memastikan setiap pemindahan aset rentas sempadan oleh wakil asing memerlukan tapisan ketat, kebenaran mahkamah dan pengesahan daripada agensi pemantau seperti Bank Negara dan SPRM.

Ketiga, memastikan sinergi dengan dasar ekonomi sempadan. Walaupun belum diwujudkan lagi dasar tersebut, kita tidak mahu RUU ini bertindak sebagai tekanan tambahan kepada peniaga kecil di sempadan yang sedang bersaing dengan persekitaran tidak seimbang. Sebaliknya, setiap undang-undang baharu seperti ini harus diselaraskan dengan dasar ekonomi sempadan yang inklusif.

Dan yang terakhir, menambah baik infrastruktur perundangan di kawasan luar bandar dan sempadan khususnya di Padang Besar. Pada masa ini, kekurangan peguam bela dan perunding insolvensi, ketiadaan mahkamah khas serta kekurangan pusat bantuan guaman menjadikan komuniti sempadan berisiko menjadi mangsa pada kes-kes rentas sempadan.

Sekiranya perkara-perkara ini diberi perhatian, saya percaya dan yakin RUU ini bukan saja menarik minat pelabur, tetapi juga memperkukuhkan kepercayaan rakyat pada sistem keadilan negara.

Sekian, Padang Besar mohon menyokong dengan pindaan bersasar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menangguhkan mesyuarat dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.

draft • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gerik.

draft • 2:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini dengan rasa tanggungjawab untuk memastikan bahawa undang-undang yang kita gubal bukan sahaja menyokong keterbukaan ekonomi dalam pelaburan, tetapi juga melindungi kepentingan negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

draft • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini, dilihat sebagai satu usaha untuk menyelaraskan sistem insolvensi negara dengan piawaian antarabangsa, khususnya yang berdasarkan Model Law oleh UNCITRAL walaupun niat ini tampak baik.

Saya ingin mengangkat beberapa kebimbangan strategik dan perundangan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan. Yang pertamanya, isu kedaulatan mahkamah dan dasar awam negara. Klausa tujuh menyatakan bahawa mahkamah Malaysia boleh menolak permohonan jika ia bertentangan dengan dasar awam negara, tetapi persoalan yang timbul, apakah takrif dasar awam dalam konteks ini? Adakah kerajaan mempunyai senarai prinsip atau kerangka yang membolehkan mahkamah membuat keputusan secara konsisten? Kita tidak mahu ruang budi bicara ini menyebabkan ketidakpastian kepada pelabur tempatan dan asing, mahupun menjejaskan integriti sistem kehakiman kita.

Yang keduanya, risiko forum shopping oleh syarikat asing. Dengan pintu yang lebih terbuka kepada wakil asing, terdapat kemungkinan syarikat multinasional yang menghadapi risiko insolvensi atau kebankrapan akan memilih Malaysia sebagai tempat berlindung atau tempat perlindungan sementara semata-mata kerana mahkamah kita dianggap lebih mesra atau lambat bertindak. Adakah kerajaan telah mengkaji kemungkinan Malaysia menjadi forum pilihan untuk syarikat-syarikat yang ingin melengahkan tindakan pemiutang di negara asal mereka?

Yang ketiganya, akses dan hak pemiutang tempatan. Klausa 13 memberi jaminan bahawa pemiutang asing akan dilayan sama rata. Namun, kita khuatir ini akan menyebabkan adakah hak dan keutamaan pemiutang tempatan, terutamanya SME dan pekerja, akan tergugat jika aset syarikat insolvent diagih secara rata-rata kepada pemiutang global. Ia akan menyebabkan risiko aset dalam negara dimiliki oleh pihak asing dan bukan warganegara Malaysia. Apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia tidak menjadi mangsa terakhir dalam pembahagian aset ini?

Puan Yang di-Pertua, yang keempatnya adalah, infrastruktur perundangan dan kepakaran. RUU ini meletakkan beban besar kepada mahkamah sivil kita untuk menguruskan kes rentas sempadan yang kompleks, melibatkan banyak negara dan sistem perundangan dan bahasa. Adakah sistem kehakiman kita telah cukup bersedia dari segi kepakaran, latihan, dan sokongan teknikal untuk mengendalikan kes-kes sebegini? Adakah kerajaan akan menubuhkan satu mahkamah insolvensi khas rentas sempadan sebagai pusat rujukan?

Puan Yang di-Pertua, yang kelima adalah, kesan kepada syarikat tempatan dan GLC.

Satu lagi persoalan penting, apakah jaminan kerajaan bahawa GLC dan syarikat milik kerajaan yang beroperasi di luar negara tidak akan terdedah kepada manipulasi undang- undang rentas sempadan ini jika ada tuntutan daripada pihak asing? Dan, apakah langkah mitigasi dan tata cara yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat ini? Semuanya perlu diperhalusi demi menjaga keselamatan dan perlindungan kepada syarikat-syarikat kita.

Untuk penutup Tuan Yang di-Pertua, saya bukan menolak RUU ini, tetapi saya menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh terlalu tergesa-gesa untuk menjadi negara yang

draft • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

mesra global sehingga kita mengabaikan perlindungan kepada pemiutang tempatan.

Mengabaikan perlindungan kepada pekerja kita dan kedaulatan sistem kehakiman kita. Saya memohon agar kerajaan mungkin patut mengadakan atau membentangkan satu, kertas putih atau garis panduan teknikal berhubung pelaksanaan RUU ini sebelum ia mula dikuatkuasakan. RUU ini perlu dijamin selamat untuk negara bukan sahaja selaras dengan UNCITRAL, tetapi juga dengan prinsip Rukun Negara. Sekian, terima kasih.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 2:32 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap kepentingan negara dalam era globalisasi ekonomi yang semakin kompleks, saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025. Saya menyatakan sokongan penuh terhadap RUU ini kerana ia merupakan satu reformasi perundangan yang sangat diperlukan bagi memastikan sistem undang-undang komersial Malaysia kekal relevan, terbuka dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, kita kini menyaksikan bagaimana dunia perniagaan beroperasi merentasi sempadan negara. Syarikat-syarikat besar mempunyai operasi aset, hutang dan liabiliti dalam pelbagai bidang kuasa. Dalam persekitaran sebegini, sistem perundangan domestik tidak lagi mencukupi. Malaysia perlu memiliki kerangka undang-undang yang membolehkan pengurusan kes-kes insolvensi dijalankan secara terselaras dengan negara- negara lain.

Sebagai contoh, lihat apa yang berlaku kepada Malaysia Airlines Berhad (MAS) pada tahun 2014 selepas tragedi MH370 dan MH17. Syarikat tersebut menghadapi tekanan kewangan yang besar dan perlu menjalani proses penstrukturan semula. Sekiranya pada ketika itu, MAS mempunyai aset atau pelaburan yang melibatkan bidang kuasa luar negara, ketiadaan undang-undang rentas sempadan akan menyukarkan pemulihan syarikat kerana keputusan mahkamah Malaysia tidak semestinya diiktiraf di luar negara dan sebaliknya.

Contoh lain adalah seperti kes Lehman Brothers, sebuah bank pelaburan global yang muflis pada tahun 2008. Proses insolvensinya melibatkan lebih 75 bidang kuasa. Negara- negara yang mempunyai undang-undang rentas sempadan berdasarkan model United Nations Commission on International Trade Law berjaya menguruskan aset dan tuntutan pemiutang dengan lebih cekap dan terselaras.

draft • 2:37 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

RUU ini membawa tiga manfaat utama. Satu, memperkasa kuasa wakil insolvensi tempatan. Mereka boleh mengakses mahkamah asing untuk mengurus aset syarikat Malaysia di luar negara dan sebaliknya wakil asing boleh hadir ke Mahkamah Malaysia. Ini

draft • 2:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

penting untuk melindungi kepentingan negara dan pelabur tempatan dalam kes yang melibatkan pihak asing.

Yang kedua, meningkatkan keyakinan pelabur antarabangsa. Pelabur asing mahu kepastian bahawa Malaysia mempunyai sistem undang-undang yang boleh menjamin hak dan kepentingan mereka terutama apabila berlakunya kegagalan korporat. RUU ini menunjukkan komitmen kita terhadap prinsip keadilan, ketelusan dan pelaksanaan undang- undang secara adil.

Keseimbangan antara keterbukaan dan kedaulatan negara. Ini adalah, poin yang ketiga. RUU ini mengandungi peruntukan seperti kekecualian dasar awam yang membolehkan mahkamah menolak permohonan asing sekiranya ia bertentangan dengan kepentingan awam Malaysia. Ini penting untuk melindungi integriti sistem perundangan kita daripada disalah guna oleh pihak luar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengemukakan satu soalan kepada pihak kerajaan. Adakah Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk memeterai perjanjian pengiktirafan bersama dengan negara-negara utama seperti Singapura, United Kingdom, negara-negara Kesatuan Eropah dan Australia agar keputusan Mahkamah Malaysia dalam kes-kes insolvensi rentas sempadan turut diiktiraf dan dikuatkuasakan di negara-negara tersebut? Soalan ini penting agar RUU ini tidak hanya kekal sebagai undang-undang di atas kertas, tetapi benar-benar boleh berfungsi secara efektif dalam realiti ekonomi antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya yakin Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini adalah satu langkah ke hadapan dalam reformasi undang-undang negara kita yang akan melonjakkan reputasi Malaysia sebagai negara yang progresif, adil dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi global. Ia selari dengan Aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan urus tadbir yang cekap, perundangan yang adil dan sistem ekonomi yang berdaya saing. Saya menyokong penuh RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 2:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Padang Terap untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 pada hari ini.

Saya merujuk kepada fasal 7, kekecualian dasar awam. Fasal ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk menolak pengiktirafan prosiding insolvensi asing atau menolak pemberian relief sekiranya tindakan tersebut dianggap bercanggah dengan dasar awam Malaysia. Prinsip ini memang diiktiraf secara global termasuk dalam Model Law on Cross- Border Insolvency (MLCBI) oleh UNCITRAL.

draft • 2:42 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Namun, yang menjadi kebimbangan saya ialah ketiadaan takrifan yang jelas dalam RUU ini terhadap istilah dasar awam. Ia membuka ruang kepada tafsiran subjektif dan tidak seragam antara satu kes dengan kes yang lain bergantung kepada pendekatan mahkamah dan pegangan hakim. Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.

Apakah skop dan batasan tafsiran dasar awam yang dimaksudkan di bawah fasal ini? Bagaimanakah kerajaan memastikan tafsiran ini tidak digunakan untuk tujuan yang kabur atau lebih buruk melindungi kepentingan pihak tertentu? Bagaimanakah pula kerajaan memastikan RUU ini tidak menjadi pintu masuk kepada penjualan atau pemindahan aset milik syarikat strategik negara kepada entiti asing, khususnya dalam situasi pengiktirafan prosiding insolvensi luar yang mungkin bertentangan dengan dasar awam Malaysia?

Saya juga ingin membangkitkan persoalan timbal balik, reciprocity. Jika Malaysia terlalu mudah menolak pengiktirafan prosiding asing atas alasan dasar awam, apakah jaminan bahawa negara luar tidak akan menolak prosiding daripada mahkamah kita atas alasan yang sama? Ini boleh menjejaskan integriti perundangan kita dan keyakinan pelabur asing terhadap sistem kehakiman negara.

Yang kedua merujuk kepada fasal 21, Pelindungan Kepentingan Tempatan. Saya merujuk kepada peruntukan fasal 21(2) dan (3) serta jadual sekatan dalam RUU ini. Undang- undang ini membolehkan mahkamah mengiktiraf prosiding insolvensi asing dan membenarkan pemindahan aset penghutang ke luar negara. Namun, jika tidak dikawal ketat, ini boleh menyebabkan aset bernilai strategik milik syarikat yang beroperasi di Malaysia dipindahkan ke luar negara tanpa pampasan yang adil kepada pemiutang tempatan.

Kita juga bimbang kesan langsung kepada peniaga dan pembekal kecil yang menjadi pemiutang tidak bercagar. Bimbang kesan juga kepada pekerja tempatan yang hilang pekerjaan tanpa rundingan adil dan kehilangan harta negara tanpa kawalan ketat oleh Mahkamah Malaysia. Saya menyokong prinsip ring-fencing dalam RUU ini. Namun, saya gesa agar kuasa mahkamah dan kuasa Menteri diperkemaskan lagi dengan penggubalan regulasi tambahan, nilai ambang pampasan dan garis panduan yang lebih ketat untuk kelulusan prosiding asing serta pembinaan aset ke luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong semangat RUU ini yang cuba menyelaraskan undang-undang insolvensi korporat negara dengan piawaian antarabangsa. Namun keterbukaan rentas sempadan ini tidak boleh menggadaikan prinsip kedaulatan undang- undang, perlindungan ekonomi nasional dan keadilan kepada rakyat tempatan.

Justeru, saya memohon kerajaan memberikan jaminan bahawa pelaksanaan RUU ini akan disertai dengan peraturan-peraturan yang jelas dan tegas agar Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini adil dan berdaulat. Sekian, terima kasih.

draft • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 2:42 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama untuk mengambil kesempatan petang ini membahaskan RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 dan saya cuba untuk mengetengahkan lima perkara utama yang perlu diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum kita meluluskan rang undang-undang pada petang ini.

Yang pertama iaitu keselarasan dengan United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL) Model iaitu amalan antarabangsa yang disebut tadi oleh Ahli-ahli Parlimen bahawa UNCITRAL ini telah pun diterima pakai lebih daripada 60 buah negara termasuklah Singapura, UK, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat sendiri.

Saya memberi contoh situasi sekiranya satu — sebuah syarikat, sebuah syarikat daripada United Kingdom yang memiliki aset di Malaysia mengalami insolvensi, pentadbir asing boleh memohon pengiktirafan prosiding di Mahkamah Malaysia untuk menyelaraskan pelan penyelamatan global. Jadi persoalannya, jika situasi ini berlaku, adakah Malaysia telah sediakan panduan amalan standard atau best practice, dengan izin dan latihan kepada pejabat insolvensi tempatan agar mampu bekerjasama dengan wakil asing dengan tepat?

Yang kedua iaitu perlindungan pemiutang tempatan dan institusi strategik. Dalam klausa 22 dan 23, memperuntukkan perlindungan kepada pemiutang dalam prosiding rentas sempadan dan tindakan untuk cegah kemudaratan terhadap mereka.

Laporan Association of Development Finance Institute of Malaysia (ADFIM) menekankan bahawa institusi pembangunan seperti Development Financial Institution seperti BSN ya, BSN, Bank Pembangunan Malaysia, Agrobank, SME Bank dan juga economic development organisation seperti RISDA, KEDA, FELDA mungkin terjejas jika prosiding asing mendahului hak mereka termasuklah potensi kawalan aset strategik oleh entiti asing tanpa kelulusan Bank Negara ataupun Suruhanjaya Sekuriti.

Jadi persoalannya, kenapa tidak ada klausa eksplisit ataupun kontrak yang jelas untuk hak keutamaan pemiutang nasional atau keperluan kelulusan Bank Negara sebelum pengiktirafan prosiding luar dicapai?

Yang ketiga, dari segi skop penerapan RUU ini dan pengecualian. RUU ini dikecualikan daripada menyentuh insolvensi individu, bank, institusi kewangan atau rakan kongsi liabiliti terhad di bawah LLP, di bawah Akta LLP 2011.

draft • 2:46 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi, dalam data ini bermakna, prosiding rentas sempadan menumpu kepada entiti komersial korporat sahaja. Jadi persoalannya, adakah wajar tidak memasukkan bank dan institusi kewangan dalam RUU ini? Memandangkan institusi-institusi ini beroperasi merentas negara dan mungkin terlibat dalam kes insolvensi rentas sempadan.

Yang keempat Yang di-Pertua, itu soal kos penguatkuasaan dan beban ekonomi tidak jelas. Sebagai contoh, kerajaan mengakui bahawa pelaksanaan RUU ini akan bawa kos tambahan, tapi jumlahnya belum ditentukan dalam naskhah biru kita ini. Jadi impaknya,

draft • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

mahkamah dan pejabat insolvensi mungkin perlu menambah sumber, melantik petugas mahkamah antarabangsa atau membayar kos konsultasi.

Jadi persoalannya, adakah kementerian dapat menyediakan anggaran kos operasi tahunan serta sumber tambahan yang diperlukan untuk pelaksanaan efektif bagi RUU ini?

Dan yang terakhir, yang kelima iaitu soal koordinasi prosiding serentak dan pencegahan konflik. Dalam Klausa 29 menetapkan penyelarasan prosiding insolvensi serentak antara undang-undang Malaysia dan prosiding asing. Meskipun entiti yang terlibat mungkin menjalani dua proses berbeza dengan secara serentak. Jadi, ada risikonya iaitu dalam soal koordinasi ini mungkin wujud konflik keputusan contohnya, pembayaran ganda oleh penghutang kepada pemiutang domestik dan asing.

Jadi, persoalan yang perlu dijawab, apakah prosedur untuk mengelakkan double claim, dengan izin, atau konflik keutamaan pembayaran? Adakah mahkamah diberi kuasa mutlak untuk menyelaraskan pembahagian aset ini?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusannya, RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini adalah langkah positif ke arah menguatkuasakan rangka kerja antarabangsa, tapi perlu diperkukuhkan dari segi perlindungan pemiutang nasional, kos dan mekanisme koordinasi supaya ia bukan sahaja memudahkan litigasi rentas sempadan, tetapi juga melindungi kepentingan rakyat dan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker. Kota Melaka ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa isu yang melibatkan kerangka Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan ataupun cross-border insolvency, khususnya berhubung dengan cadangan untuk Malaysia mengguna pakai model undang- undang United Nations Commission on International Trade Law, sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negara-negara yang lain seperti Singapore, United Kingdom dan juga Amerika Syarikat.

Isu yang pertama iaitu isu asas yang perlu dipertimbangkan ialah sekiranya berlaku kelompangan perundangan, lakuna ataupun percanggahan antara undang-undang tempatan dan juga asing sewaktu melaksanakan model ini. Undang-undang manakah yang perlu diguna pakai? Adalah penting untuk ditekankan bahawa sesetengah negara mengamalkan prinsip common law, memandangkan — manakala yang lain mengguna pakai prinsip civil law di dalam sistem perundangan masing-masing. Justeru itu, kita harus memastikan adanya wujud satu garis panduan yang nyata dan jelas supaya tidak mengakibatkan pelaksanaan model ini berisiko untuk menimbulkan suatu ketidakpastian dari segi perundangan.

Kedua, saya turut ingin membangkitkan isu utama berkaitan dengan pembayaran hutang. Sekiranya seseorang individu diisytiharkan bankrap di Singapore dan seandainya

draft • 2:52 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

beliau mempunyai aset di Malaysia yang telah dicagarkan kepada institusi kewangan tempatan, saya ingin menekankan bahawa hak pemiutang tempatan yang ada cagaran tersebut wajar diberikan keutamaan mengikut seksyen 8(2), Akta Insolvensi 1967. Hal ini adalah penting dalam melindungi kepentingan institusi-institusi kewangan tempatan agar keyakinan sedia ada pelabur dan juga masyarakat secara umum tidak akan terjejas.

Isu yang ketiga, pelaksanaan MLCBI ini memerlukan kewujudan suatu mekanisme komunikasi antara pihak berkuasa insolvensi tempatan dan asing. Misalnya di Singapore, mereka mempunyai jabatan khusus di bawah Akta Insolvensi Penstrukturan Semula dan Pembubaran 2018, yang dapat menangani hal ehwal kebankrapan rentas sempadan yang mana Malaysia harus mencontohi pendekatan ini dengan mewujudkan jabatan khas di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia untuk memastikan kerjasama antarabangsa yang lebih efisien dan tidak membebankan.

Isu yang keempat, dari segi praktikal. Secara umumnya, pengurusan kes kebankrapan individu ataupun syarikat di Malaysia kini bergantung kepada lokasi mahkamah yang mengisytiharkan kebankrapan tersebut. Namun, sekiranya seseorang itu diisytiharkan sebagai seorang yang bankrap oleh Mahkamah Tinggi negara asing, maka timbul persoalan berikut iaitu cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia manakah yang akan mengendalikan pentadbiran harta bagi individu yang telah diisytiharkan sebagai bankrap tersebut? Perkara ini perlu diteliti terlebih dahulu sebelum suatu pelaksanaan dilakukan.

Isu yang kelima, adakah pelepasan secara automatik daripada kebankrapan yang diperuntukkan di bawah Akta Insolvensi 1967 akan turut terpakai kepada kes kebankrapan luar negara? Sekiranya tidak, perkara ini akan menimbulkan konflik antara sistem perundangan tempatan serta tatacara perundangan di luar negara.

Isu yang keenam, saya juga ingin menyentuh mengenai isu bidang kuasa pelepasan kebankrapan. Jika seseorang telah diisytiharkan bankrap di Singapore, maka tatacara pelepasannya, sewajarnya berdasarkan kepada perundangan di Singapore. Hal ini bermakna, sistem perundangan tempatan perlu mengiktiraf bidang kuasa asing bagi perkara ini. Penyesuaian secara menyeluruh perlu dilakukan terhadap undang-undang tempatan.

Isu yang ketujuh, aspek budi bicara kehakiman, judicial discretion, juga tidak boleh diketepikan. Walaupun undang-undang model telah diterima pakai, namun pelaksanaannya bergantung sepenuhnya kepada cara mahkamah di Malaysia, mentafsir dan melaksanakan peruntukan tersebut.

Jadi Timbalan Speaker, kesimpulannya. Meskipun Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini membawa potensi besar dalam mengatasi kes kebankrapan rentas sempadan, namun pelaksanaannya di Malaysia memerlukan kajian dan penyelidikan secara mendalam, penyelarasan tatacara antara institusi serta pindaan perundangan tempatan perlu dilakukan agar tidak berlaku sebarang pertindihan atau ketidakadilan terhadap pihak-pihak berkepentingan tempatan. Saya memohon agar perkara ini diberi

draft • 2:52 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

perhatian secara serius oleh kerajaan, khususnya Kementerian Undang-undang dan juga Jabatan Insolvensi Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 2:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sekarang saya jemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Selayang.

draft • 2:52 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker untuk memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam pembahasan RUU ini.

Undang-undang model UNCITRAL mengenai insolvensi rentas sempadan telah menjadi asas penting dalam rejim penstrukturan dan insolvensi rentas sempadan moden.

Dengan undang-undang model ini akan menggalakkan pelaburan daripada luar negeri kerana para pemiutang akan lebih yakin bahawa hak mereka akan diiktirafkan dan dilindungi sekira berlaku kegagalan korporat. Walaupun ini adalah penting, ada lah beberapa persoalan utama yang perlu ditangani.

Pertama ialah, sebanyak 62 negara telah menggunakan undang-undang model UNCITRAL ini, tetapi ada lagi ramai negara dan ekonomi seperti China dan Hong Kong dan negara yang menggunakan sistem sivil, yang tidak mengguna pakai model ini. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan kita untuk menggalakkan negara lain yang akan melabur di negara kita dan untuk mereka menerima pakai undang-undang model ini supaya satu rangka kerja sejagat dapat dicapai?

draft • 2:58 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Perkara kedua ialah, Undang-undang Model ini adalah untuk satu syarikat, one corporate entity. Tapi kita tahu dalam ekonomi global pada masa ini, perniagaan selalunya di kendali oleh satu kumpulan korporat dengan menggunakan sesuatu cara yang kompleks, complex corporate structure yang beroperasi merentas sempadan dan biasanya keuntungan disalurkan kepada syarikat induk di luar pesisir. Apakah langkah yang akan diambil untuk menerima pakai Undang-undang Model mengenai insolvensi kumpulan syarikat untuk menangani penyusunan semula satu kumpulan banding dengan satu corporate entity sahaja?

Perkara yang ketiga ialah Undang-undang Model UNCITRAL ini adalah secara procedural tetapi yang penting juga ialah penghakiman asing yang perlu diambil kira. Adakah undang-undang akan dipinda atau digubal supaya mahkamah kita akan mengiktirafkan penghakiman asing for the recognition and enforcement of foreign judgments? Lagi, apa yang penting ialah mahkamah tempatan negara kita hendak bekerjasama dengan mahkamah di luar negara. Adakah protokol akan digubalkan untuk memberikan kemampuan untuk mahkamah kita bekerjasama dengan mahkamah di luar, dengan ada

draft • 3:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

prosiding yang bersama, joint proceeding dan saluran komunikasi supaya prosiding itu dapat dilaksanakan dengan cara lancar?

Kesimpulannya, matlamat untuk mencapai prinsip sejagat dan penyelarasan dalam Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan hanya dapat dicapai melalui penerimaan pelbagai rangka kerja dan protokol tambahan memandangkan struktur korporat yang semakin kompleks adalah penting untuk memastikan kepentingan pemiutang, pekerja dan pihak berkepentingan lain dilindungi. Khususnya bahawa kita perlu untuk menjamin bahawa pemiutang-pemiutang tempatan dan pekerja tempatan tidak akan jejas dengan mengadakan undang-undang ini di mana aset-aset di dalam negara disalurkan luar dan akhirnya orang kita yang terjejas. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit.

draft • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025. Segala cadangan dan pandangan Ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian sewajarnya. Seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah membahas, Yang Berhormat Bangi, Sabak Bernam, Pokok Sena, Tebrau, Padang Besar, Gerik, Batu Gajah, Padang Terap, Sik, Kota Melaka dan Selayang.

Dalam landskap ekonomi masa kini, syarikat komersial semakin banyak beroperasi merentasi sempadan dan berhadapan dengan prosiding insolvensi yang melibatkan pelbagai bidang kuasa asing. Oleh itu, keperluan mewujudkan satu rangka perundangan yang moden dan konsisten dengan prinsip antarabangsa amat mendesak agar Malaysia kekal relevan, diyakini dan bersedia menghadapi cabaran global. Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam, Pokok Sena dan Yang Berhormat Gerik telah membangkitkan mengenai ketersediaan sistem perundangan di Malaysia seperti pihak mahkamah dan pihak peguam untuk menerima kes- kes insolvensi rentas sempadan setelah RUU ini dikuatkuasakan.

Puan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, sukacita saya nyatakan bahawa beberapa langkah menyeluruh sedang dan akan diambil seperti berikut.

Pertama, pindaan kepada Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 akan dilaksanakan bagi memperincikan, pada masa yang sama, kerajaan turut komited untuk menyokong usaha Akademi Kehakiman yang beroperasi secara pentadbiran di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang sentiasa bersedia untuk melengkapkan para hakim dengan latihan yang berterusan dan relevan termasuk mengenai insolvensi rentas sempadan. Tatacara

draft • 3:03 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

pelaksanaan prosiding termasuk menetapkan kaedah komunikasi rasmi antara Mahkamah Tinggi Malaysia dengan mahkamah asing selaras dengan prinsip Model Law UNCITRAL.

Keduanya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Akademi Kehakiman Negara akan juga melaksanakan latihan khas kepada hakim- hakim mahkamah tinggi yang mengendalikan kes-kes sivil dan perdagangan seterusnya berhubung pemahaman prinsip-prinsip Model Law dan pengurusan prosiding rentas sempadan.

Ketiga, latihan secara berstruktur dan berfasa akan diberikan kepada semua pihak berkepentingan termasuklah para peguam kepada pelikuidasi berlesen, pengarah syarikat, agensi pengawal selia dan badan profesional yang berkaitan agar mereka memahami proses dan peranan masing-masing dengan jelas dan tuntas.

Keempat, Jabatan Insolvensi Malaysia juga sebagai pihak berkuasa pentadbiran bagi insolvensi akan memberi penekanan khusus kepada pembentukan satu unit khas untuk mengendalikan kes-kes rentas sempadan dan melatih pegawai-pegawainya secara langsung agar bersedia dari sudut amalan dan teknikal.

Dan kelima, kerajaan juga akan menyelaraskan dengan secara berskala dengan pihak Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memastikan senarai pengecualian dan sekatan dalam jadual rang undang- undang ini sentiasa dikemas kini mengikut kaedah semasa dan berkepentingan negara.

Keenam, garis panduan operasi SOP akan dibangunkan khusus untuk pelikuidasi, peguam dan pentadbir syarikat supaya pelaksanaan di lapangan berjalan secara seragam, tersusun dan berlandaskan lunas undang-undang.

Kesemua langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan pelaksanaan rang undang-undang ini bukan sahaja berjalan lancar, malah turut memperkukuh ekosistem kehakiman dan perundangan kita dalam berhadapan cabaran ekonomi global yang semakin kompleks dan bersepadu.

Puan Yang di-Pertua, berhubung dengan kebimbangan Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam dan Ahli Yang Berhormat Gerik mengenai kemungkinan campur tangan mahkamah asing dalam urusan kehakiman negara susulan pengenalan rang undang-undang ini, sukacita saya tegaskan bahawa kefahaman tersebut adalah tidak tepat. Rang undang- undang ini tidak menghakis kedaulatan undang-undang negara kita, sebaliknya merupakan undang-undang bersifat prosedur yang selaras dengan izin, UNCITRAL Model Law on Cross- Border Insolvency dan dibina berasaskan empat prinsip utama iaitu akses, bantuan, pengiktirafan dan penyelarasan kerjasama.

Prinsip akses membolehkan pentadbir asing memohon kepada Mahkamah Tinggi Malaysia, namun segala keputusan kekal di bawah kawalan mahkamah tempatan. Prinsip bantuan relief pula membolehkan mahkamah membenarkan bantuan sementara atau lanjutan berdasarkan budi bicara kehakiman dan pertimbangan kepentingan tempatan.

Prinsip pengiktirafan (recognition) dengan izin, menetapkan bahawa prosiding asing tidak

draft • 3:03 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

diiktiraf secara automatik. Sebaliknya, tertakluk kepada syarat undang-undang dan perintah mahkamah.

Akhir sekali, prinsip penyelarasan dan kerjasama, coordination and cooperation dengan izin, hanya terpakai dalam konteks komunikasi rasmi antara mahkamah atau pentadbir yang tetap dikawal dan diadili menurut kerangka perundangan Malaysia. Maka, tidak timbul soalan kompromi antara kedaulatan negara. Bahkan rang undang-undang ini memperkukuh peranan mahkamah Malaysia dalam berhadapan dengan cabaran insolvensi rentas sempadan secara tersusun, berhemah dan diyakini antarabangsa.

Yang Berhormat Tebrau telah membangkitkan keperluan negara untuk mengubal rang undang-undang ini dan bagaimana ia meningkatkan daya saing negara. Rang undang- undang ini diperkenalkan untuk mewujudkan satu mekanisme berkesan bagi menguruskan kes-kes insolvensi rentas sempadan. Penggubalan rang undang-undang ini akan menyediakan perundangan yang jelas dan berkesan bagi pelaksanaan prosiding insolvensi rentas sempadan di Malaysia.

Perkara ini dapat membantu pelabur untuk mengetahui jangkaan untuk berdepan dengan apa juga risiko kewangan sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur luar untuk membuat pelaburan dan mengembangkan perniagaan di Malaysia. Usaha penggubalan rang undang-undang ini merupakan komitmen keterusan kerajaan terhadap reformasi undang- undang dan tadbir urus ekonomi yang progresif serta menyokong matlamat jangka panjang negara dalam menarik pelaburan langsung asing dan memperkukuh kestabilan ekonomi negara. Perundangan insolvensi di Malaysia juga perlu bergerak seiring dengan cabaran dan kehendak globalisasi.

Yang Berhormat juga membangkitkan sama ada pemakaian MLCBI dan penggubalan rang undang-undang ini merupakan syarat yang ditetapkan.

draft • 3:03 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

World Trade Organization ataupun dalam kaitannya dengan Free Trade Agreement

(FTA) yang mana Malaysia telah menandatangani ataupun berkait dengan the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

Pemakaian, dengan izin, Model Law on Cross-Border Insolvency dan penggubalan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan ini bukanlah syarat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), mana-mana perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani oleh Malaysia mahupun perjanjian seperti CPTPP. Walau bagaimanapun, pemakaian instrumen ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap piawaian perundangan antarabangsa yang progresif dan diyakini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara mesra pelabur dan perdagangan.

Dengan mengiktiraf prinsip-prinsip standard global seperti MLCBI, Malaysia akan lebih diyakini oleh pelabur asing dari segi kejelasan, ketelusan dan keberkesanan penyelesaian pertikaian rentas sempadan berkaitan insolvensi. Secara tidak langsung, pemakaian undang-undang ini dijangka menyumbang kepada peningkatan sektor dalam

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

beberapa indeks antarabangsa seperti World Bank: Doing Business Indicators, selalunya dirujuk sebagai resolving insolvency dan World Competitiveness Ranking yang mana ia akan membantu menambah baik imej Malaysia di mata komuniti perniagaan antarabangsa.

Yang Berhormat Tebrau juga membangkitkan dua isu berkaitan bagaimana rang undang-undang ini dapat diharmonikan dengan Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958 (REJA) dan Capital Markets and Services Act 2007 (CMSA). REJA merupakan penguatkuasaan penghakiman (enforcement of judgements) dan ia berbeza dengan rang undang-undang ini yang menekan berkenaan pengiktirafan prosiding asing insolvensi dan perkara lain yang berkaitan dengannya.

Dalam hal ini, aplikasi REJA dalam rang undang-undang ini adalah berbeza dan tidak bertindih mengambil kira fungsi kedua-dua undang-undang ini adalah berlainan iaitu REJA berfungsi untuk menguatkuasakan penghakiman yang telah diperolehi dan didaftarkan di bawah bidang kuasa mahkamah, manakala di bawah rang undang-undang ini, bidang kuasa mahkamah adalah untuk mengiktiraf prosiding asing dan memberi relief yang berkaitan dengannya dalam konteks terhad.

Seterusnya, berhubung dengan peruntukan yang berbeza dalam CMSA. Perkara itu tidak berbangkit kerana CMSA telah pun dikecualikan daripada pemakaian rang undang- undang ini di bawah jadual dalam rang undang-undang ini.

Puan Yang di-Pertua, menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tebrau dan juga Gerik mengenai susunan tuntutan dalam prosiding insolvensi rentas sempadan, ingin saya menjelaskan bahawa meskipun pemiutang asing diberikan hak yang sama untuk memulakan atau menyertai prosiding insolvensi di Malaysia, perlindungan ke atas pemiutang tempatan tetap dikekalkan.

Pertama, susunan tuntutan sedia ada termasuklah hutang keutamaan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 527 Akta Syarikat 2016 tidak akan terjejas. Kedua, kedudukan tuntutan pemiutang asing tidak boleh melebihi pemiutang tidak bercanggah am tempatan. Pendekatan ini memastikan bahawa hak dan keutamaan pemiutang tempatan terus dilindungi dalam prosiding rentas sempadan.

Yang Berhormat Pokok Sena pula membangkitkan keperluan siri perjanjian atau kerjasama selepas ini yang akan digubal. Penggubalan rang undang-undang ini adalah melalui pemakaian model perundangan antarabangsa. Pada masa sekarang, kebanyakan negara telah memakai model perundangan insolvensi rentas sempadan dengan menggubalnya sebagai undang-undang domestik. Oleh itu, pelaksanaan insolvensi rentas sempadan termasuklah pelaksanaan kerjasama dan bantuan menjadi prinsip undang-undang sebuah negara dan tidak memerlukan apa-apa perjanjian dimasuki terlebih dahulu oleh negara-negara yang terlibat.

Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Pokok Sena, Padang Terap dan juga Serbak Bernam telah mengajukkan pertanyaan berhubung kesan RUU ini terhadap aspek kedaulatan negara serta pelaksanaan prosiding kehakiman di Malaysia. Perlu saya tegaskan

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

bahawa meskipun perbezaan dari segi struktur perundangan dan kehakiman antara negara merupakan cabaran utama dalam pelaksanaan insolvensi rentas sempadan, namun kebanyakan bidang kuasa berkongsi objektif yang sama iaitu memastikan penyusunan semula atau penggulungan syarikat dijalankan secara teratur demi kepentingan semua pihak yang berkepentingan.

Pemakaian perundangan berdasarkan UNCITRAL Model Law ini mengguna pakai prinsip universalisme yang diubahsuai iaitu membenarkan pengiktirafan dan penyelarasan prosiding asing tanpa menjejaskan kuasa autonomi mahkamah tempatan termasuk keperluan untuk memulakan atau meneruskan prosiding tempatan sekiranya perlu. Di bawah rang undang-undang ini, Mahkamah Tinggi Malaysia diberikan kuasa penuh untuk menerima atau menolak pengiktirafan prosiding asing atas alasan kepentingan awam – fasal 7, perlindungan terhadap pemiutang dan pihak berkepentingan tempatan – fasal 22, serta mengenakan sekatan terhadap pengiktirafan sekiranya perlu – fasal 5(2) dan dalam Bahagian II.

Selain itu, mahkamah juga mempunyai kuasa untuk mengubah sesuai mana-mana perintah sedia ada berdasarkan perkembangan fakta atau perubahan keadaan termasuk dalam pengendalian prosiding serentak iaitu fasal 29 dan 30. Malah, pelaksanaan kes rentas sempadan hendaklah sentiasa dibaca dan ditafsir selaras dengan undang-undang tempatan yang sedia ada berkaitan insolvensi korporat.

Sekiranya wujud prosiding utama asing yang sedang berjalan di luar negara, ia tidak sekali-kali menghalang pemiutang tempatan daripada memulakan prosiding berasingan di Mahkamah Tinggi Malaysia. Malah, sekiranya prosiding tempatan telah dimulakan lebih awal, ia boleh diteruskan sebagai prosiding serentak selaras dengan Bahagian V rang undang- undang ini. Justeru, kewujudan prosiding utama asing bukanlah satu bentuk penyerahan kuasa oleh Mahkamah Tinggi Malaysia kepada mahkamah luar tetapi merupakan langkah memperkukuh keperluan komunikasi, kerjasama dan penyelarasan prosiding antara negara- negara secara tersusun, secara lebih adil dan lebih terjamin di bawah bidang kuasa kita sendiri.

Ahli Yang Berhormat Bangi, Padang Terap dan juga Pokok Sena telah membangkitkan persoalan mengenai keperluan untuk mentakrifkan dasar kepentingan awam. Pengecualian dasar awam merujuk kepada kuasa mahkamah untuk menolak sebarang tindakan perintah atau remedi yang dipohon di bawah akta ini sekiranya tindakan tersebut bercanggah dengan kepentingan dasar awam Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, berkenaan cadangan untuk mentakrifkan secara khusus maksud kepentingan awam dalam rang undang-undang ini, sukacita saya menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk memasukkan definisi terhadap istilah tersebut.

Pendekatan yang diambil adalah untuk mengekalkan ruang tafsiran yang sangat terbuka kepada mahkamah agar penentuan berkenaan apa yang boleh dianggap sebagai

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

kepentingan awam dapat dibuat berdasarkan fakta dan konteks setiap kes secara tersendiri, dengan izin case-to-case basis.

Ini bukan sahaja memberikan fleksibiliti yang wajar kepada mahkamah, maka mengelakkan pembekuan prinsip undang-undang yang bersifat dinamik dan berkembang mengikut zaman serta keperluan masyarakat. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan amalan di Singapura pada hari ini yang turut tidak mentakrifkan secara terperinci public policy dalam perundangan mereka berkaitan insolvensi rentas sempadan di bawah Model Law dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kehakiman untuk mentafsirnya.

Sekiranya kerajaan memperkenalkan takrifan yang terlalu rigid ataupun ketat, ia dikhuatiri akan mengehadkan ruang budi bicara mahkamah dalam menilai isu-isu kompleks yang melibatkan pelaburan asing, keselamatan ekonomi, kepentingan domestik dan pelbagai aspek dasar awam yang bersifat anjal.

Justeru itu, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan MADANI adalah lebih pragmatik dan progresif kerana ia memberi ruang kepada institusi kehakiman untuk membentuk prinsip undang-undang berkaitan kepentingan awam melalui pembangunan kes-kes dan alasan penghakiman yang matang, yang tulus dan yang sesuai dalam rangka Perlembagaan negara.

Ahli Yang Berhormat Bangi dan juga Pokok Sena telah menyentuh berkenaan pemakaian rang undang-undang ini kepada insolvensi persendirian ataupun dengan izin, personal insolvency. Kerajaan sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan berkenaan penambahbaikan rang undang-undang ini. Buat masa ini, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan peluasan pemakaian rang undang-undang ini kepada insolvensi persendirian dalam fasa seterusnya, jika perlu, memandangkan ia nya memerlukan kajian yang lebih lanjut dan pertimbangan yang berlainan.

Puan Yang di-Pertua ― kejap lagi ya. Puan Yang di-Pertua, berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, Gerik mengenai pemakaian rang undang- undang ini terhadap syarikat milik kerajaan yang bersifat strategik, sukacita saya menyatakan bahawa GLC-GLC yang menjalankan operasi dan struktur perniagaan secara komersial tidak dikecualikan daripada pemakaian rang undang-undang ini. Pengecualian sedemikian akan mewujudkan ketidaksamaan layanan terhadap entiti korporat lain dalam perkara berkaitan insolvensi dan secara tidak langsung boleh menjejaskan prinsip keadilan, ketelusan dan akauntabiliti yang menjadi asas kepada ekosistem tadbir urus korporat moden.

Seperti yang diperuntukkan dalam UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency, sebarang pengubahsuaian oleh negara anggota hendaklah selaras dan harmoni dengan prinsip asas Model Law tersebut. Memberikan pengecualian umum kepada GLC hanya berdasarkan status pemilikan atau pengaruh kerajaan adalah tidak selari dengan prinsip itu dan perkara ini juga telah diperjelaskan dengan nyata dalam garis panduan UNCITRAL sebagai amalan yang tidak digalakkan.

Namun demikian, kerajaan tidak meminggirkan kebimbangan berkaitan kesan yang kepentingan strategik negara. Oleh itu, mekanisme perlindungan yang sewajarnya telah

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

diperuntukkan dalam subfasal 5(2) rang undang-undang ini yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Malaysia untuk menolak sebarang permohonan pengiktirafan atau relief daripada prosiding insolvensi asing sekiranya ia memberi kesan terhadap kepentingan awam, kestabilan ekonomi, pasaran modal, keselamatan negara atau keyakinan pengguna.

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dalam hal demikian, mahkamah mempunyai kebijaksanaan penuh untuk menolak sebarang bentuk pengiktirafan prosiding asing atau bantuan kehakiman atas dasar prinsip public policy yang termaktub secara khusus dalam rang undang-undang ini. Maka, kedudukan ini memastikan bahawa GLC tetap tertakluk kepada prinsip tadbir urus yang adil dan bertanggungjawab sambil memelihara keutamaan negara daripada sebarang risiko campur tangan luar yang boleh menjejaskan kepentingan nasional.

Puan Yang di-Pertua, berhubungan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam dan Padang Besar mengenai pemakaian rang undang-undang ini kepada perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sukacita dimaklumkan bahawa rang undang-undang ini hanya terpakai sekiranya entiti PKS tersebut didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 704].

Sekiranya tertakluk, mereka turut dilindungi oleh peruntukan dalam rang undang-undang ini termasuk fasal 22 yang mewajibkan mahkamah mengambil kira kepentingan pemiutang tempatan dan pihak berkepentingan sebelum memberikan sebarang relief terhadap prosiding asing.

Kesimpulannya Puan Yang di-Pertua penggubalan rang undang-undang ini melambangkan iltizam kerajaan untuk memastikan kerangka perundangan negara sentiasa progresif seiring dengan kepesatan ekonomi global, perkembangan sosial dan amalan masa kini. Selaras dengan usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pihak kerajaan ingin menarik pelabur asing memacu pembangunan Ekonomi MADANI, pembaharuan dalam aspek perundangan amat penting bagi memastikan pelaburan yang masuk dapat dikawal dan diuruskan secara berkesan.

Rang undang-undang ini akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan platform kondusif dengan izin, feasible and at ease bagi menyokong sektor perniagaan serta pelaburan yang berpotensi di negara kita. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyelesaian yang tulus dan adil bagi pihak berkepentingan, malah turut memperkukuh kepercayaan pelabur terhadap sistem keadilan dan kestabilan ekonomi negara.

Mengakhiri penggulungan ini, sukacita saya sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan. Pandangan dan input-input yang dikongsi oleh Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini akan dikaji semula dan diambil kira oleh pihak agensi. Bagi soalan-soalan serta isu yang saya tidak sempat saya jawab, saya akan diberikan secara bertulis kelak. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 35 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [****Jadual** jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]

draft • 3:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERIKANAN (PINDAAN) 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic belum buka lagi. Mic.

Mic belum buka lagi.

draft • 3:20 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perikanan 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang.

draft • 3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 3:26 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, mengikut catatan sejarah Akta Perikanan 1963 [Akta 210] merupakan perundangan pertama yang digubal untuk mengawal selia industri perikanan di negara ini. Akta tersebut kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perikanan 1985 [Akta 317] yang dibentuk dengan mengambil kira penambahbaikan selaras dengan Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea)

(UNCLOS 1982).

draft • 3:26 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sejak penggubalan Akta 317 telah melalui beberapa pindaan iaitu pada tahun 1993 yang melibatkan penambahbaikan terhadap aspek pelesenan dan kuasa penguatkuasaan.

Pada tahun 2012 yang memperuntukkan penyerahan kuasa pengeluaran permit import dan eksport ikan hidup kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia

(MAQIS). Dan pada tahun 2019 yang memperluaskan punca kuasa kawal selia ke atas vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas serta menaikkan kadar denda bagi kesalahan melibatkan vesel penangkapan ikan asing.

Akta ini kini dikuatkuasakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Akta ini meliputi lain bidang kuasa seperti pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan industri perikanan di perairan perikanan Malaysia dan sungai, pemantauan kawalan dan pengawasan terhadap vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di laut lepas dan pemuliharaan dan pengurusan penyu serta perkara-perkara yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha untuk memastikan kelestarian sektor perikanan negara termasuk isu ketirisan sumber perikanan, kemerosotan stok ikan, impak perubahan iklim dan persoalan keterjaminan makanan serta jaminan bekalan ikan kepada rakyat. Dalam hal ini, antara cabaran utama adalah aktiviti antropogenik seperti penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal, illegal, unreported, unregulated fishing – IUU fishing. Penangkapan ikan secara berlebihan serta pencemaran laut yang menjejaskan habitat marin.

draft • 3:26 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Di peringkat antarabangsa, pelbagai instrumen telah diperkenalkan bagi menangani isu kemampanan dan kemerosotan sumber perikanan, termasuk Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity), Pelan Tindakan Antarabangsa Menangani IUU Fishing serta Perjanjian Port State Measures. Pematuhan terhadap instrumen ini menjadi penting kerana ia diterima pakai sebagai syarat oleh negara-negara perdagangan utama bagi memastikan produk perikanan yang diimport mematuhi standard kemampanan dan ketelusan pengeluaran.

Suruhanjaya Eropah, European Commission (EC) telah melaksanakan dua misi penilaian ke Malaysia pada tahun 2013 — 2017 iaitu dari 17 sehingga 21 Julai dan dari 16 sehingga 17 November. Tujuan penilaian ini adalah bagi menilai tahap pemantauan Malaysia terhadap perundangan Kesatuan Eropah memandangkan Malaysia adalah pengeksport utama ikan dan hasilnya ke rantau tersebut. Hasil penilaian mendapati bahawa perundangan sedia ada adalah tidak mencukupi untuk membanteras aktiviti IUU fishing dan menyarankan agar satu pindaan komprehensif dilaksanakan ke atas Akta 317.

Sehubungan itu, selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan industri perikanan di peringkat domestik dan antarabangsa, pindaan kepada Akta 317 adalah amat

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

wajar agar isu kemerosotan stok perikanan dapat ditangani dengan berkesan melalui pendekatan pengurusan secara menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, proses pindaan Akta 317 telah dikecualikan daripada pelaksanaan regulatory impact assessment pada 21 September 2022. Walau bagaimanapun, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sejak tahun 2022 bagi menerangkan secara menyeluruh cadangan pindaan.

Sesi-sesi libat urus ini melibatkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, badan berkanun, sektor swasta, institusi pengajian tinggi serta badan bukan kerajaan (NGO) serta keseluruhannya semua pihak — secara keseluruhannya kesemua pihak menyatakan sokongan terhadap cadangan pindaan ini sebagai usaha memperkukuh tadbir urus sektor perikanan negara. Rang undang-undang ini telah diperakukan oleh Jabatan Peguam Negara pada 25 Februari 2025 dan seterusnya diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 21 Mei 2025.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini meliputi enam perkara utama. Yang pertama, membanteras kegiatan perikanan IUU dengan memperketatkan kawalan ke atas vesel tempatan dan asing termasuk aktiviti pemuatan dan pemunggahan, pemindahan ikan serta penyelenggaraan dan pembekalan kapal.

Kedua, mencegah sebarang aktiviti perikanan di kawasan tercemar demi menjamin keselamatan rantaian makanan negara.

Ketiga, memperkukuh kerangka perundangan berkaitan taman laut dan rizab laut bagi memenuhi obligasi negara terhadap instrumen antarabangsa.

Keempat, menaikkan kadar hukuman umum yang sedia ada bagi menambah baik, memantapkan, membolehkan tindakan tegas diambil dan hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku kesalahan sekiranya berlaku pelanggaran terhadap Akta 317 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Kelima, memperjelas pemakaian Akta 317 ke seluruh Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya.

Dan keenam, menyokong pelaksanaan intervensi yang lebih tepat melalui kutipan data dan maklumat yang sahih.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 mengandungi sebanyak 47 fasal seperti yang diperincikan dalam naskhah rang undang-undang dengan izin yang telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat pada 23 Julai 2025. Dengan izin, saya akan menghuraikan beberapa fasal penting.

Fasal 2 dan 3 bertujuan untuk meminda tajuk panjang dan mukadimah Akta 317 bagi memperjelas skop aktiviti utama dalam pengurusan perikanan yang kini merangkumi bidang aquaculture, penyelidikan, pengembangan serta jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Fasal 4 pula memperuntukkan pindaan kepada seksyen 1(1) Akta 317 bagi memperluas pemakaian undang-undang ini ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Fasal 5 memperuntukkan pindaan kepada seksyen 2 bagi memasukkan takrif-takrif baru serta meminda takrif-takrif sedia ada bagi memastikan kejelasan pelaksanaan akta ini.

Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 3 untuk memperuntukkan secara jelas tanggungjawab Menteri bagi perkara yang berhubungan dengan perikanan termasuk bidang akuakultur, penyelidikan, pengembangan serta jaminan keselamatan dan kualiti ikan dan keluaran ikan. Fasal ini turut menstruktur semula tanggungjawab ketua pengarah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen baharu 3A.

Fasal 7 memperuntukkan seksyen bawah 3A yang menetapkan tanggungjawab ketua pengarah bagi segala perkara di bawah akta ini termasuk perwakilan kuasa dan fungsi.

Fasal 8 pula meminda seksyen 6 dengan menambah baik peruntukan berkenaan tanggungjawab ketua pengarah dalam penyediaan rancangan perikanan termasuk pelan pembangunan dan pengurusan perikanan yang boleh melibatkan konsultasi dengan pihak berkepentingan.

Fasal 9 memperuntukkan seksyen baharu 6A bagi memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk mendapatkan rekod data atau maklumat lain daripada mana-mana pihak bagi tujuan menyokong pelaksanaan rancangan perikanan dan pelan pembangunan serta pengurusan perikanan.

Fasal 10 memperuntukkan pindaan kepada seksyen 9 yang mensyaratkan permohonan lesen atau permit bagi vesel penangkapan ikan yang baharu disertakan dengan maklumat keselamatan, kelesenan dan sanitasi. Ketua pengarah boleh menetapkan spesifikasi dan susun atur vesel tersebut perlu dipatuhi oleh pemunya vesel.

Fasal 11 meminda perenggan 10(4)(a) bagi membolehkan ketua pengarah mengeluarkan arahan bertulis berkaitan pengurusan perikanan tanpa perlu keperluan melalui notis dalam warta.

Fasal 12 memperkenalkan seksyen baharu 10A bagi mengadakan peruntukan berkaitan aktiviti pendaratan, pemunggahan, pindah kapal, serta penyelenggaraan dan pembaikan vesel penangkapan ikan tempatan.

Fasal 13 meminda seksyen 13 dengan memasukkan subseksyen baharu 13(3A) yang menetapkan tempoh larangan permohonan semula lesen selama tidak melebih lima tahun dari tarikh lesen itu dibatalkan.

Fasal 14 pula memperkenalkan seksyen baharu 13A yang memperuntukkan pemulangan lesen dan kewajipan pemakluman lokasi vesel. Ketidakpatuhan terhadap seksyen ini merupakan satu kesalahan.

Fasal 15 meminda seksyen 14 Akta 317 bagi menggantikan subseksyen 14(1) Akta 317 dengan menetapkan tempoh kesahan lesen yang selama tempoh tidak lebih daripada 12 bulan bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di perairan perikanan

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Malaysia dan tidak lebih daripada 24 bulan bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di laut lepas.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ia turut meminda perenggan 14(2)(a) dan memasukkan perenggan baharu 14(2)(aa) berhubung kesalahan mengubah suai atau menukar enjin atau merosakkan apa-apa pengenalan vesel atau peralatan menangkap ikan yang berlesen tanpa kebenaran.

Fasal 16 meminda seksyen 15 bagi peruntukan bahawa sebarang aktiviti memuat, memunggah, pindah kapal, penyelenggaraan atau aktiviti lain berkaitan vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia hanya boleh dilakukan dengan kelulusan bertulis ketua pengarah.

Fasal 17 pula meminda seksyen 16 untuk memperuntukkan bahawa nakhoda kapal vesel penangkapan ikan asing hendak memberitahu pegawai berkuasa melalui apa-apa komunikasi elektronik rasmi apabila memasuki dan keluar daripada perairan perikanan Malaysia.

Fasal 19 meminda perenggan 25(b) dengan menaikkan penalti am dalam segala hal selain hal yang berhubungan dengan vesel penangkapan ikan asing atau vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas daripada RM20,000 kepada RM100,000.

Fasal 20 meminda seksyen 26 bagi meningkatkan kadar denda kepada RM250,000 bagi kesalahan penggunaan bahan letupan, racun dan pencemar perkakas yang menggunakan arus elektrik atau peralatan dilarang atau sebahagian daripadanya. Ia juga memperkenalkan subseksyen baharu 26(3), (4) dan (5) berkaitan pengambilan sampel untuk tujuan penentusahan pakar.

Fasal 21 meminda seksyen 27 bagi memperuntukkan larangan bahawa tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport, mengangkut atau menyimpan apa- apa mamalia akuatik atau penyu termasuk mana-mana bahagian atau terbitannya yang dijumpai di luar bidang kuasa negeri serta meningkatkan kadar denda daripada RM5,000 kepada RM250,000. Fasal 22 meminda seksyen 29 untuk menetapkan kesalahan yang berhubungan dengan memusnahkan atau meninggalkan apa-apa ikan, mamalia akuatik, penyu termasuk bahagian atau terbitannya dan peralatan menangkap ikan, bahan letupan, racun atau pencemar atau sebahagian daripadanya atau bahan yang disyaki yang dinyatakan secara terperinci.

Fasal 23 menggantikan seksyen 31 dengan peruntukan baharu berkaitan pengkompaunan kesalahan.

Fasal 25 meminda seksyen 37 untuk memperuntukkan kuasa kepada ketua pengarah selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri untuk menggalakkan pembangunan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan kawasan atau spesies bagi perikanan darat.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Fasal 26 pula meminda seksyen 38 untuk memperkemas kuasa pihak berkuasa negeri dan menteri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam penggubalan kaedah-kaedah berkaitan penyu dan perikanan darat.

Fasal 28 menggantikan seksyen 41 bagi memberi kuasa kepada Menteri atau nasihat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut melalui perintah yang disiarkan dalam Warta untuk mengisytiharkan atau membatalkan status taman laut atau rizab laut dengan syarat kawasan pengganti yang setara dari segi keluasan dan ekosistem hendaklah disediakan.

Fasal 31 meminda seksyen 43 untuk menetapkan denda maksimum sebanyak RM1 juta bagi kesalahan tertentu di taman laut atau rizab laut dan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan pengalihan struktur yang dibina secara tidak sah oleh mana-mana orang yang telah melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 43(1)(d) termasuk kos pengalihan.

Fasal 32 dan 33 meminda seksyen 46 dan 47 untuk memperkemas kuasa pegawai berkuasa di bawah akta ini.

Pasal 43 yang memperkenalkan seksyen 56C, memperuntukkan kuasa kepada ketua pengarah untuk melarang aktiviti perikanan di kawasan atau perairan yang dikenal pasti mengalami pencemaran atau kontaminasi.

Fasal 45 bagi memperkenalkan seksyen baharu 57A untuk memperuntukkan kesalahan khusus berkaitan pemberian kenyataan palsu dalam urusan di bawah akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini dibuat sebagai sebahagian daripada reformasi dasar dan perundangan dalam memperkukuh kawal selia sektor perikanan negara. Rang undang-undang ini telah memperuntukkan langkah-langkah bagi menangani isu pelesenan serta penggunaan peralatan yang tidak sesuai. Kuasa ketua pengarah diperkukuh bagi tujuan penetapan syarat-syarat teknikal vesel, pemantauan pergerakan dan penguatkuasaan pemantauan lesen dengan sokongan sistem pemantauan berasaskan data.

Berdasarkan status semasa stok perikanan negara, beberapa zon dikenal pasti mengalami tekanan sumber yang kritikal. Maka, pengisytiharan kawasan perlindungan marin adalah penting bagi membolehkan tindakan pemulihan dilaksanakan secara berkesan dan berasaskan data saintifik. Dalam hal ini, kerajaan maklum berkenaan isu-isu yang berlaku dalam sektor perikanan. Maka keperluan untuk meningkatkan penguatkuasaan serta membina asas perundangan yang kukuh adalah amat signifikan.

Sebagai penutup, pindaan terhadap Akta 317 ini amat penting bagi memastikan sektor perikanan negara dapat diurus secara lebih mampan, telus dan tanggungjawab sejajar dengan keperluan semasa dan kehendak antarabangsa. Pindaan ini akan dapat menyokong usaha kerajaan dalam menjamin keterjaminan makanan negara dan kelestarian sumber akuatik bagi generasi akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 3:40 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perikanan 1985, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya akan baca senarai pembahas — seramai 29 pembahas. YB Rasah, YB Pengkalan Chepa, YB Pekan, YB Sungai Besar, YB Gopeng, YB Jerlun, YB Beruas, YB Padang Serai, YB Betong, YB Pematang Pauh, YB Mas Gading, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Tenggara, YB Jeli, YB Batu Pahat, YB Kepala Batas, YB Batang Lupar, YB Kuantan, YB Kota Melaka, YB Mersing, YB Jelebu, YB Baling, YB Shah Alam, YB Tumpat, YB Tuaran, YB Kuala Kedah, YB Jelutong, YB Pasir Puteh dan YB Arau.

Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 yang baru saja dibentangkan bacaan kedua oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.

Saya bangun sebagai pembahas pertama dan juga sebagai jawatankuasa — Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian yang telah mengadakan dua sesi libat urus bersama dengan KPKM dan Jabatan Perikanan, masing-masing pada 15 Julai dan 24 Julai yang lepas.

Memang banyak isu. Kita tengok daripada blue bill ini cukup tebal, banyak fasal seperti mana yang telah dihuraikan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang bagi saya, pindaan ini perlu dilakukan, ada keperluan sebab — bukan sebab lima enam tahun kita tak pinda tetapi untuk menangani keperluan semasa dalam sektor perikanan supaya beberapa perkara asas boleh di — berlangsung dengan keadaan yang lebih baik. Dan pada hari ini juga...

draft • 3:48 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Speaker, jam tak ada Speaker.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada, masa sudah — sudah jam.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh, okey, okey.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan hari ini juga, saya bagi pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian ada mengemukakan penyata yang kami sediakan untuk sama-sama menyokong pindaan ini. Walaupun saya sebut menyokong tapi ada perkara yang saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu sebutkan dalam Dewan yang terbuka untuk memastikan semua bukan setakat nelayan atau pemegang taruh tapi rakyat Malaysia faham.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dua perkara asas yang saya nak sebutkan pada hari ini iaitu pertama, isu penguatkuasaan. Saya, kita dapat dengar daripada pembentangan Yang Berhormat Menteri tadi, isu penguatkuasaan. Cuma saya nak sebutkan di sini, kita ada banyak agensi, more than one, bukan setakat Jabatan Pertanian, kita ada Polis Marin, kita ada APMM, kita ada TLDM, yang terlibat dalam penguatkuasaan di kawasan laut.

Jadi saya nak tanya, macam manakah, bagaimanakah pindaan ini boleh menyelaraskan ke semua agensi terbabit? Sebab kita tak mahu berlaku di mana pertindihan kuasa antara agensi. Semuanya nak laksanakan penguatkuasaan demi kebaikan sektor pertanian tapi jangan ada pertindihan. Jadi, bagaimana pindaan hari ini dapat membantu? Itu yang pertama.

Perkara kedua yang saya nak sebutkan perkara pokok adalah berkenaan dengan SSR hasil perikanan. Hasil perikanan SSR-nya saya difahamkan agak tinggi, 90.7 peratus, jauh lebih tinggi daripada, ya, SSR untuk daging, untuk beras dan sebagainya. Ya, kita perlu kekalkan. Dan saya nak tanya, saya — setahu saya, ikan air laut dia punya peratusan je hanya setakat 20. Hasil daripada aquaculture hampir 80. Tetapi pindaan kita hari ini lebih kepada perikanan laut dalam. Jadi, sama ada pindaan ini bersesuaian dengan keperluan semasa sebab kita ke arah aquaculture ketika ini? Jadi, mohon ya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebut beberapa isu. Tadi, Yang Berhormat Menteri sebut enam perkara, enam isu, ya betul. Yang pertamanya, untuk membanteras aktiviti perikanan IUU – illegal, unreported dan unregulated. Saya difahamkan kerugiannya hampir satu bilion iaitu dalam 800 juta disebabkan oleh golongan ini dan saya nak tanya, apakah statistiknya yang melibatkan nelayan asing. Maknanya hasil kita, hasil bumi kita yang dikurniakan oleh Tuhan, diambil oleh warga asing. Berapakah peratusan?

Yang keduanya saya nak sebut — di bawah perkara ini juga. Saya mohon kerajaan memberikan jaminan. Siapa yang tak bersalah itu tak payah takut. Yang bersalah itu mungkin takutlah dengan pindaan ini. Betul tak itu jaminan dia Yang Berhormat Menteri nanti? Dan saya nak sebutkan di sini, di bawah seksyen 13(5) — eh, seksyen 13(3A) yang baru yang dimasukkan.

Dikatakan bahawa lesen selepas dibatalkan, ia tidak dibenarkan mohon lesen baharu untuk tempoh tidak melebihi lima tahun. Bagaimana tafsiran dia? Kalau lima tahun tak boleh mohon lesen baharu, apakah ia menimbulkan isu bahawa nelayan tersebut tak dapat cari rezeki? Saya mohon penjelasan tentang bagaimanakah perkara ini nak laksanakan. Sebab dalam kita sebutkan penguatkuasaan, kita pun nak pastikan bahawa rezeki nelayan kita berterusan supaya sektor ini boleh berterusan.

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon dua, tiga minit tambahan untuk ada beberapa isu.

Isu kedua yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, pencemaran kepada aktiviti perikanan. Saya nampak kuasa diberikan kepada Ketua Pengarah Perikanan di bawah seksyen 56C yang baharu untuk melarang aktiviti pertanian — eh, perikanan jika terdapat

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kawasan perairan kita yang tercemar. Jadi bagaimana nak laksanakan ini? Apakah ia melibatkan Jabatan Perikanan saja? Bagaimanakah peranan daripada Jabatan Alam Sekitar dan juga agensi berkaitan? Dan bagaimanakah justifikasinya apabila arahan ini dikeluarkan?

Sebab saya rasa nelayan di seluruh negara nak tahu bagaimanakah perkara ini akan dilaksanakan dan berkaitan dengan rezeki mereka.

Perkara ketiga berkenaan dengan menjamin kelestarian sumber perikanan. Saya tahu ada satu sebutan, taman laut ataupun rizab laut. Dan status terkini kita adalah 5.36 percent. Bagaimanakah perkara ini dikira formula dia? Dan bagaimanakah keadaan ini boleh dipertingkatkan selepas dengan adanya pindaan ini?

Isu keempat iaitu menyokong intervensi kepada rakyat dan sekuriti. Saya menyambut baik, sekuriti makanan adalah sesuatu yang sepatutnya menjadi pendekatan bersama, a national approach. Kita ada dua jenis ikan. Ikan di permukaan atau yang dinamakan ikan pelagik dan ikan di dasar ikan demersal. Saya difahamkan ikan pelagik hanya 16 peratus saja simpanan stok. Tadi saya dengar Yang Berhormat tak sebut ini. Saya mohon nak sahkan betul tak perkara ini. Kalau setakat 60 — 16 percent stok yang kita ada untuk ikan di permukaan, nampaknya akan kritikal untuk memastikan perikanan laut dalam ini boleh berterusan.

Jadi, saya mohon — bagaimanakah? Nak tanya kerajaan bagaimanakah keadaan ini, peratusan ini boleh ditingkatkan dengan adanya pindaan ini. Dan perkara terakhir iaitu di bawah isu kelima yang disebutkan oleh…

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Ringkaskan.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya. Perkara terakhir yang disebutkan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kadar hukuman yang rendah. Ya betul, saya — kita tahu, setiap kali ada pindaan hukuman mesti meningkat tapi cuma ada satu perkara, pengkompaunan, pengkompaunan. Kompaun dia, asalnya 500. Sekarang ini turun 100. Ini nampak agak janggal sikit.

Saya bukan nak buat bantahan tapi saya nak tanya pihak kerajaan. Kenapa kompaun ni dikurangkan? Jangan nanti besok ada. Jangan nanti besok ada persepsi bahawa kita galakkan orang buat salah dan lepas itu pergi kompaun. Saya tak nak persepsi itu. Tapi saya percaya Jabatan Perikanan dan KPKM mesti ada sebab tertentu untuk menurunkan kompaun tersebut. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti.

Terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua atas masa tambahan yang diberikan.

Saya menyokong RUU. Sekian, terima kasih. Salam Malaysia MADANI.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:57 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perikanan ini. Saya fokuskan kepada lima fasal yang ada dalam pindaan pada hari ini. Yang Berhormat Menteri nak pergi mana?

Fasal 9 sebagai contoh, kuasa Ketua Pengarah meminta rekod dan data seksyen 6A. Pindaan ini memperkenalkan seksyen 6A memberi kuasa baharu kepada ketua pengarah jabatan untuk menghendaki mana-mana pihak menyelenggara dan menyerahkan rekod data atau maklumat berkaitan perikanan. Tujuannya baik iaitu menyokong perancangan dan pengurusan perikanan berdasarkan data.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Persoalannya, adakah kementerian mempunyai pelan yang jelas untuk melaksanakan pengumpulan data ini dan adakah infrastruktur teknologi sistem seperti sistem eLogBook atau aplikasi mudah alih telah disiapkan supaya nelayan dapat melaporkan data tangkapan dengan mudah? Adakah kementerian akan membantu nelayan dari segi latihan ICT atau subsidi peralatan supaya pematuhan seksyen 6A ini tidak membebankan nelayan kecil?

Saya mencadangkan supaya kerajaan perlu menyediakan garis panduan terperinci pelaksanaan seksyen 6A sebelum dikuatkuasakan dan letakkan satu tempoh peralihan dan modul latihan kepada nelayan mengenai rekod data dan mungkin insentif kepada nelayan yang patuh melaporkan data. Langkah ini penting agar niat baik pengumpulan data tidak menjadi beban kos dan birokrasi yang melampau kepada komuniti nelayan yang kita tahu rata-ratanya di kalangan kumpulan B40.

Fasal 12 Tuan Yang di-Pertua, larangan pendaratan ikan di pelabuhan tidak sah ataupun pindah kapal. Seksyen 10A. RUU ini turut memasukkan seksyen 10A yang melarang aktiviti pendaratan ikan di pangkalan atau pelabuhan yang tidak dinyatakan dalam lesen.

Yang hanya dinyatakan dalam lesen sahaja boleh dijadikan pelabuhan untuk mendarat hasil tangkapan ikan.

Dan serta seksyen ini juga melarang transshipment tanpa kebenaran bertulis ketua pengarah. Ini bermakna nelayan tempatan tidak boleh sewenangnya-wenangnya mendaratkan hasil tangkapan di pelabuhan luar negara atau memindahkan ikan di laut lepas kecuali diluluskan. Tujuan pindaan ini jelas untuk membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram dan tidak dilaporkan dan tidak terkawal dan memastikan hasil tangkapan kita tidak diselewengkan melalui pelabuhan asing.

draft • 3:57 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Soalan kepada Menteri, apakah langkah penguatkuasaan konkrit untuk memantau larangan pindah kapal ini? Adakah kita mempunyai aset pemantauan yang mencukupi seperti kapal peronda, dron atau pun penggunaan sistem satelit untuk mengesan pergerakan vesel perikanan?

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan pemasangan Vessel Monitoring Systems ke atas vesel-vesel perikanan tempatan secara berfasa. Sebagai contoh, Norway mewajibkan semua kapal melebihi saiz tertentu memasang VMS tadi untuk menjejakkan masa nyata dan memastikan bot mematuhi zon penangkapan yang dibenarkan.

Fasal ke-13 dan 14, ketegasan terhadap pembatalan lesen. Tadi dah disebut oleh Rasah sebahagiannya. Jadi soalan saya, adakah kementerian akan menyediakan saluran rayuan ataupun semakan bagi nelayan kecil yang mungkin teraniaya atau tersilap melakukan kesalahan sehingga lesennya dibatalkan? Jadi, apakah mereka disediakan? Kerana kalau ikut konsekuensi daripada pelaksanaan fasal ini, akan mengenakan tempoh yang sampai lima tahun mungkin untuk nelayan tersebut digantung lesennya.

Fasal ke-43, langkah pemuliharaan. Larangan menangkap ikan di kawasan tercemar.

Jadi soalan saya — saya amat menyokong hasrat untuk melindungi kawasan ikan tercemar dan untuk pemuliharaan habitat yang terjejas. Namun, soalan kepada Menteri. Bagaimana mekanisme larangan ini? Adakah pemantauan kualiti air laut dilakukan secara berkala supaya amaran pencemaran dapat dikeluarkan segera? Jangan dah terlebih tangkap dan dah dibawa ke pelabuhan, dah dijual, dah diedarkan, dah dimakan, barulah kita tahu kawasan tersebut ikannya daripada sumber kawasan yang tercemar.

Fasa ke-45, perwujudan kesalahan baharu, perisytiharan palsu, seksyen 57A. RUU ini turut memperkenalkan beberapa kesalahan untuk menutup kelompongan dalam undang- undang sebelum daripada ini iaitu undang-undang sebelum dipinda iaitu seksyen 57A.

Menjadikan satu kesalahan jika mana-mana orang memberikan kenyataan ataupun maklumat yang dikehendaki di bawah akta ini tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan. Ini bermakna, membuat declaration palsu. Contohnya, mengenai hasil tangkapan, jenis ikan, lokasi tangkapan, boleh didakwa di mahkamah.

Saya faham tujuan peruntukan ini untuk mengekang penipuan data dan juga memastikan integriti rekod perikanan. Namun, soalan yang patut ditanya kepada Menteri, apakah langkah pendidikan atau pun penerangan kepada komuniti nelayan tentang kewajipan membuat kenyataan yang benar ini? Nelayan yang kurang faham borang atau prosedur, mungkin tersalah isi maklumat tanpa niat menipu dan dibimbangi juga akan mengheret mereka kepada pelanggaran seksyen 57A ini.

Oleh itu, saya mencadangkan pendekatan berhemah dalam penguatkuasaan awal kesalahan baru ini, dengan harapan bimbingan pada peringkat awal pelaksanaan tidak terus kepada enforcement yang ketat dan rigid supaya ianya boleh dipelajari oleh pihak nelayan yang terbabit.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa dah nak tamat. 15 minit — 15 saat lagi.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja yang saya ingin sebutkan dan saya mengharapkan supaya pindaan ini benar-benar memberi impak yang positif kepada industri perikanan dalam negara

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

kita. Bukan sahaja dari sudut penguatkuasaan, bahkan kita akan melihat satu perubahan yang lebih signifikan kepada hasil tangkapan dan juga kehidupan nelayan di negara kita.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pekan. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pekan ingin terus menyentuh tentang seksyen 26 yang memperuntukkan larangan terhadap penggunaan bahan letupan, racun, pencemar arus elektrik atau perkakas yang dilarang di dalam aktiviti penangkapan ikan. Peruntukan ini bertujuan untuk mengawal dan mengelakkan amalan penangkapan yang merosakkan ekosistem akuatik.

Tuan Yang di-Pertua, aktiviti pengeboman ikan bukan sahaja menjejaskan sumber perikanan, malah menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik, termasuk kematian ikan yang belum matang dan kerosakan pada batu karang yang merupakan habitat penting bagi kehidupan marin. Aktiviti haram ini turut membahayakan nyawa manusia dengan banyak kes kecederaan dan kematian dilaporkan akibat penggunaan bahan letupan dan racun dalam penangkapan ikan.

Aktiviti ini perlu dikekang kerana ia memberi kesan buruk jangka panjang, mengancam kelangsungan hidupan air seperti ikan, batu karang dan rumpai laut. Selain itu, pendapatan nelayan juga turut terjejas. Sehubungan itu, Pekan menyokong penuh cadangan kerajaan untuk meningkatkan denda sehingga RM250,000 sebagai langkah pencegahan terhadap pelaku kesalahan perikanan, sekali gus melindungi sumber perikanan negara.

Selain itu, Pekan juga ingin bertanya mengenai inisiatif kementerian dalam menangani cabaran penguatkuasaan, khususnya berkaitan aspek geografi. Memandangkan aktiviti haram ini biasanya berlaku di kawasan yang jauh di tengah laut atau di dalam hutan.

Apakah langkah-langkah strategik yang diambil bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan di kawasan-kawasan tersebut?

Satu lagi isu yang ingin Pekan kemukakan adalah berkaitan penambahbaikan pelan pembangunan dan pengurusan perikanan serta pewartaan kaedah-kaedah perikanan yang lebih berkesan dan menyeluruh. Isu berkaitan adalah mengenai ancaman ikan asing bersifat pemangsa atau spesies invasif. Saya percaya ini bukanlah satu isu baharu. Namun, ia semakin membarah terhadap ekosistem perikanan air tawar seluruh negara. Pencerobohan spesies ikan asing invasif seperti ikan bandaraya, baung ekor merah dan tilapia hitam telah menyebabkan ancaman serius kepada ekosistem kerana ia bukan sahaja mengganggu keseimbangan ekologi, malah mengancam kelangsungan spesies ikan tempatan yang bernilai tinggi.

draft • 4:04 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Pekan menyambut baik serta memuji tindakan para aktivis serta secara sukarela mengambil inisiatif untuk menangkap ikan dan melupuskan ikan bandaraya. Antara yang aktif ialah Skuad Pemburu Ikan Asing Malaysia yang telah berjaya merekodkan lebih 52 tan tangkapan ikan bandaraya di seluruh Semenanjung Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2022. Ancaman spesies ikan asing terhadap ekosistem air tawar di Malaysia memerlukan tindakan segera, menyeluruh dan bersepadu daripada semua pihak yang berkepentingan demi memastikan kelestarian biodiversiti akuatik negara.

Pekan mencadangkan agar pihak kementerian menjalankan kerjasama dan menjalinkan usaha strategik dengan aktivis persatuan atau NGO yang aktif dalam usaha membanteras spesies invasif. Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melepaskan spesies ikan asing di dalam sungai, tasik, lombong dan perairan lain kerana perbuatan ini memberi kesan buruk kepada ekosistem semula jadi serta mengancam kelestarian spesies tempatan.

Langkah pemeliharaan habitat asal, termasuk penanaman semula tumbuhan akuatik dan pengawalan pencemaran juga perlu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan dan keseimbangan populasi spesies ikan tempatan. Pindaan ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kelestarian dan kemampuan industri perikanan yang merupakan salah satu tunjang utama dalam menjamin keselamatan makanan negara.

Pekan mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 4:04 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Pekan.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar. Lima minit, YB.

draft • 4:04 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas kesempatan Sungai Besar untuk bersama membahaskan Akta Perikanan 1985, rang undang-undang pindaan Akta 317, Jabatan Perikanan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya tanpa prejudis menyokong beberapa pindaan Akta Perikanan yang saya kira telah berusia empat dekad, yang perlu pindaan, sesuai dengan keperluan terkini. Dan kita lihat usaha libat urus pindaan ini bukan baru bermula tetapi telah bermula sejak tahun 2017 lagi.

draft • 4:09 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Dan kita lihat usaha libat urus pindaan ini bukan baru bermula tetapi telah bermula sejak tahun 2017 lagi, berkaitan misi penilaian...

[Tidak jelas] ke Malaysia. Tadi dah disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan IUU, illegal, unreported dan unregulated. Tadi Yang Berhormat Menteri telah berkata berkaitan dengan ini dan kemudian pindaan akta menyeluruh yang dipersetujui oleh DOF dan KPKM pada tahun 2020 hingga 2022 diperhalusi satu persatu sehinggalah pindaan ini di bahas pada petang ini.

draft • 4:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Akta Perikanan 1985 perlu di perkasa bagi membolehkan isu-isu yang menjurus kepada kemerosotan stok perikanan dapat ditangani dan langkah-langkah pengurusan perikanan dilaksanakan secara holistik kerana anggaran kerugian daripada aktiviti perikanan yang tidak sah ini adalah lebih RM800 juta setahun. Tadi Yang Berhormat Menteri pun dah nyatakan. Termasuk pencerobohan daripada nelayan-nelayan asing.

Laporan Jabatan Perikanan pula menyatakan stok perikanan dengan stok spesies pelagik. Ini ikan di kawasan permukaan, tinggal 48 peratus. Manakala spesies demersal, ikan dasar laut tinggal 16 peratus. Ini laporan daripada — daripada Jabatan Perikanan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini saya kira bukan sahaja isu berkaitan sekuriti makanan sebagai sumber protein tetapi juga berkaitan elemen pencemaran dan aktiviti terlarang di laut.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat bersetuju dengan pindahan akta seksyen 43 yang menaikkan denda maksimum ke RM1 juta bagi kesalahan di kawasan taman laut dan rizab laut, juga seksyen 26, pindaan menaikkan kadar maksimum kesalahan menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan sebagainya dengan denda sehingga RM250,000 dan penjara tidak lebih lima tahun. Denda ini nampaknya agak tinggi tapi demi menjamin kelestarian sumber perikanan, perkara ini perlu diperhalusi sebelum dikuatkuasakan. Juga seksyen 25, 26, 27 dan 31 yang melibatkan kompaun, denda, penjara, penalti, gantung lesen dan rampasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak merujuk aktiviti haram pukat tunda, bubu naga, pukat jerut di kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan Sungai Besar, Sungai Haji Dorani, Sungai Nibong, Pasir Panjang, sehinggalah ke Sekinchan yang menceroboh secara bermaharajalela. Tidak kira waktu siang atau malam. Pencerobohan pukat tunda ini memberi ancaman kepada hasil nelayan pantai. Habis spesies jenis pelagik dan demersal disauk secara haram.

Bukan itu saja, ada pengusaha pukat tunda yang menceroboh masuk ke kawasan berhampiran pantai, contohnya di kawasan Sungai Haji Dorani terutamanya dan sepanjang Pantai Pasir Panjang dan Sungai Nibong bertindak ala mafia, melanggar bot nelayan pantai sehingga karam atas sebab cuba menghalang pencerobohan ini. Bot pukat tunda ini pula ditutup nombor pendaftarannya supaya susah untuk dikenal pasti. Yang di-Pertua, ancaman daripada bot pukat tunda ini memberi ancaman dan tidak keselesaan kepada nelayan pantai, bukan sahaja hasil berkurangan tetapi ancaman keselamatan mereka juga tidak terjamin.

Saya mohon, saya minta melalui pindaan ini pihak penguatkuasaan undang-undang laut seperti DOF, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Polis Marin, TLDM, menjalankan tugas mengikut Akta Perikanan 1985 dan saya mencadangkan supaya tindakan kepada pencerobohan pukat tunda ini adalah rampas bot dan peralatan, gantung lesen dan jumlah denda yang tinggi kerana aktiviti pukat tunda akan melenyapkan bukan sekadar spesies pelagik malah juga spesies demersal yang semakin berkurangan, khususnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

draft • 4:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Begitu juga Tuan Speaker, berkaitan nelayan-nelayan pukat jerut yang menggunakan lampu limpah ataupun spotlight di laut. Adakah ada kebenaran bagi penggunaan bot nelayan C menggunakan spotlight ataupun lampu limpah melebihi 50,000 kilowatt? Saya dimaklumkan kesan daripada penggunaan melebihi 50,000 kilowatt ini menyebabkan anak- anak ikan akan mati, sumber demersal juga akan naik ke atas, ekosistem akan rosak termasuk benih ikan, udang dan sotong akan terjejas.

Dimaklumkan memang ada kebenaran penggunaan lampu ini tetapi berapa kilowatt yang dibenarkan. Apa peruntukan undang-undang serta peraturan termasuk penguatkuasaan bagi menghalang penggunaan lampu limpah yang keterlaluan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Gopeng. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih kerana izinkan saya untuk bangkit membahaskan RUU Perikanan [Akta 317] yang mana sebelum ini pernah melakukan tiga kali pindaan kecil pada tahun 1993, 2012 dan 2019.

Secara keseluruhannya, saya menyambut baik dan melihat pindaan kali ini adalah satu pendekatan yang seimbang dalam usaha mengimbangi antara kelestarian sumber perikanan, pemeliharaan alam sekitar dan juga masa yang sama menjaga kepentingan ekonomi nelayan yang bergantung kepada hasil laut.

Saya menyokong sepenuhnya sebahagian besar pindaan yang dikemukakan khususnya pindaan terhadap seksyen 10A, 15(2), 26, 27 dan 43 yang rata-ratanya untuk mengukuhkan ekosistem sumber perikanan di dalam negara kita. Pindaan ini adalah sebahagian daripada reformasi yang penting dalam industri ini. Namun, hari ini saya ingin nak bangkitkan dua perkara. Tentang, satu tentang seksyen dalam pindaan ini dan satunya tentang dasar dalam sektor perikanan.

Pertamanya tentang pindaan ini. Kalau kita lihat kepada pindaan seksyen 51A, ia menggambarkan seolah-olahnya memberikan kekebalan penuh kepada kerajaan daripada sebarang tuntutan kos ataupun ganti rugi dalam apa-apa jua prosiding undang-undang.

Dalam pindaan ini telah pun memberikan gambaran yang mungkin boleh mendapatkan penjelasan daripada Menteri nanti apabila penggulungan. Ia secara langsung dilihatkan secara bercanggah dengan prinsip akauntabiliti dalam sistem demokrasi kita.

Kalau kita lihat 51A ini, dia membukakan ruang kepada tindakan penguatkuasaan yang mungkin akan melampau dan tidak terkawal serta penyalahgunaan kuasa dan risiko kepada gejala rasuah. Bayangkan kalau seseorang nelayan itu mungkin dia belum tentu dia salah ataupun tidak, dia mungkin akan mengambil keputusan untuk selesaikan masalah itu on the spot, tanpa disita, tanpa di-proceed ke prosiding dan sebagainya dan akhirnya mungkin gejala sogok-menyogok itu akan mengambil tempat.

draft • 4:14 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dalam prinsip ini, kita luluskan undang-undang, tetapi kita harus mengelakkan daripada kerajaan kelihatan kebal daripada kesilapan ataupun penyalahgunaan kuasa sendiri. We cannot legislate to shield ourselves as a government. Maka dengan itu, saya menuntut penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri atas perkara ini dan rasional untuk buat pindaan seksyen 51A ini.

Keduanya tentang dasar. Dalam keadaan semasa, lesen kelas B masih lagi aktif, tetapi dibekukan. Maksudnya dia kekalkan kepada pemilik yang sedia ada sahaja. Lesen baharu tak ada, tak boleh nak pindah milik. Saya maklum bahawanya kerajaan pernah suatu ketika dulu meletakkan sasaran lesen Kelas B ini akan ditamatkan menjelang tahun 2020 tetapi bertukar dasar iaitu mengambil kira mungkin dia tak boleh nak terlalu hard landing, mengambil dasar soft landing ataupun dasar pelan keluar, exit policy secara berperingkat untuk membenarkan nelayan menyesuaikan diri daripada transform ke satu kelas yang berbeza.

Dalam hal ini, saya menuntut kerajaan boleh memperjelaskan apakah dasar yang tuntas ataupun pelaksanaan dasar-dasar yang sedia ada, yang menyeluruh dalam pelan keluar menjelang tahun 2030, khususnya kepada mereka yang memiliki lesen Kelas B.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menyatakan tiga pandangan dalam membantu para nelayan dan sambil kita harus meneroka potensi yang besar sektor perikanan di laut dalam.

Pertamanya, dalam kita belum tentu lagi nak hapus ataupun dalam exit plan yang belum lagi dapat satu kepastian, kerajaan wajar memberikan pertimbangan untuk membenarkan lesen Kelas B dipindah milik secara sah di pasaran terbuka dengan pemantauan yang rigid oleh Jabatan Perikanan sebab ia penting untuk memastikan nelayan tidak terus terperangkap dalam kelas ini tanpa pilihan keluar.

Keduanya, skim pembelian balik dan galakkan naik taraf lesen. Kerajaan boleh menyediakan skim pembelian balik vesel yang lebih baik. Sebelum ini, saya difahamkan akan ditawarkan 200,000 untuk pembelian vesel kembali sebagai insentif kepada mereka yang keluar daripada kelas yang lebih rendah, tetapi bagi mereka yang ingin nak naik taraf ke C ataupun C2, kos itu jauh lebih tinggi walaupun dia ada kos pengubahsuaian tambahan RM50,000 lagi, tetapi saya nak tanya kepada pihak kementerian.

draft • 4:14 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Setakat ini, saya tahu ada 223 permohonan untuk dikemukakan dan naik taraf kepada kelas yang lebih besar. Apakah model ataupun skim ini akan ditambah baik dari masa ke-semasa supaya kita betul-betul menerokai ke laut dalam?

Dan akhir sekali adalah, skim pembiayaan khas faedah rendah kepada mereka yang ingin menerokai ke laut dalam. Kos permulaan sentiasa menjadi masalah yang paling mencabar kepada mereka. Kalau kita betul-betul ingin mengembangkan dalam kelas ini, patut kerajaan memberikan lebih banyak skim pembiayaan khas kepada mereka untuk peralatan moden, untuk vesel yang lebih canggih dan sebagainya.

draft • 4:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dan akhir sekali, saya memohon atas semangat untuk kita mengimbangkan kelestarian alam sekitar, kita tentu perlu menjaga juga nasib nelayan-nelayan. Dan banyak pertikaian sebenarnya dia berlaku apabila melaksanakan peraturan-peraturan yang di bawah akta ini. Dan kalau diberikan ruang, sepatutnya kita boleh memperincikan lagi peraturan- peraturan yang sentiasa menjadi pertikaian supaya kita boleh mengimbangi kedua-dua pihak yang kita nak imbangkan. Sekian saja. Terima kasih, Tuan Speaker.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jerlun. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Jerlun juga mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Perikanan 1985 iaitu Akta 317, pindaan 2025.

Merujuk fasal 9, dimasukkan seksyen baharu 6A(1) ke dalam Akta 317 yang berhubungan dengan penyenggaraan rekod, data atau maklumat lain bagi menyokong pembangunan rancangan perikanan atau pengurusan perikanan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perikanan.

Saya merujuk seksyen 6A(2) yang menyebut, “Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan satu kesalahan.” Begitu juga seksyen 10A(2), 13A(2), 14(1)(b)(ii)(aa), 15(c)(3) dan seksyen 16(c)(5). Saya dapati tiada bentuk hukuman sama ada denda atau penjara. Hanya disebut, “Bersalah melakukan kesalahan.” Lazimnya dalam mana-mana akta sedia ada atau RUU yang dibentangkan untuk pindaan, dinyatakan pindaan hukuman: sama ada denda atau penjara atau kedua-duanya sekali, tetapi ini tidak ada, tetapi merujuk seksyen 25(b), dinyatakan pula denda, daripada RM20,000 kepada RM100,000.

Seksyen 27(b), denda daripada ‘50’k kepada 250k. Ada pula hukumannya. Adakah ia tersalah cetak blue bill ini? Atau dianggap bersalah, tetapi tak ada hukuman? Satu benda baharu dalam RUU ini. Saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Antara isu utama yang sering dikaitkan dengan sektor perikanan sama ada di Malaysia mahu pun di peringkat global ialah penangkapan ikan berlebihan, overfishing, dengan izin. Jumlah tangkapan melebihi kadar pemulihan semula stok ikan. Ini menyebabkan kepupusan spesies, kerosakan ekosistem laut dan kerugian ekonomi jangka panjang. Ia sering melibatkan penangkapan ikan tanpa lesen atau pelanggaran kuota tangkapan.

Saya merujuk FMT bertarikh 9 Februari 2025, melaporkan pada tahun 2020, laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan hampir 95 peratus stok ikan global mengalami tangkapan ikan berlebihan atau berada pada tahap maksima. Negara kita kini berada di kedudukan keenam dalam kalangan 20 negara teratas dalam industri perikanan tangkapan. Dan pakar memberi amaran bahawa spesies makanan yang menjadi sasaran

draft • 4:21 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

mungkin lenyap pada tahun 2048 akan datang jika penangkapan ikan berlebihan terus berlaku. Nelayan negara kita menangkap kira-kira satu juta tan makanan laut setiap tahun dengan kira-kira 40,000 tan disimpan sebagai bekalan sejuk beku.

Saya ingin bertanya. Apakah langkah segera kerajaan atau Jabatan Perikanan Malaysia bagi mengawal dan mengurangkan kapasiti perikanan secara berlebihan di zon ekonomi eksklusif (ZEE) ASEAN?

Selain itu, ancaman sektor perikanan kepada nelayan kita ialah kehadiran nelayan asing menangkap ikan secara haram seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia. Ini menyebabkan kerugian kepada nelayan tempatan bahkan sumber laut terancam. Malaysia masih menggunakan rondaan fizikal yang tidak mencukupi untuk kawasan laut yang luas.

Negara perlu memanfaatkan sistem pemantauan automatik secara menyeluruh seperti VMS, AIS, radar jauh dan imejan satelit.

Ketiadaan sistem amaran awal menyebabkan agensi penguat kuasa hanya bertindak selepas pencerobohan berlaku. Hal ini menyebabkan masa respons lambat dan peluang mencegah kerugian terlepas begitu saja. Agensi penguatkuasaan seperti DOF, APMM, TLDM dan PPM tidak mempunyai sistem kawalan berpusat yang menyelaras semua data pengawasan. Operasi masih bersifat berasingan dan peluang mencegah kerugian terlepas begitu saja.

Sesuai dengan pindaan akta ini, saya ingin persoalkan ― pertama, apakah langkah drastik kerajaan untuk membendung kehadiran nelayan asing ke perairan laut negara kita?

Kedua, adakah wujud pemberian rasuah di kalangan nelayan-nelayan asing kepada pegawai penguat kuasa sehingga perairan laut negara mudah diceroboh? Dan ketiga, jika wujud amalan rasuah, apakah langkah susulan terhadap agensi penguatkuasaan tersebut untuk mengatasi masalah rasuah?

draft • 4:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, satu minit lagi ya.

draft • 4:21 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Merujuk seksyen 10A berkaitan aktiviti pendaratan dan penangkapan ikan tempatan. Saya menerima rungutan daripada Encik Idris bin Mat Zin, Ketua Jaringan Perikanan Kuala Tunjang dalam Parlimen Jerlun, bahawa sering berlaku pencerobohan vesel atau bot zon C dan zon B di zon A di persisiran pantai terhadap nelayan darat yang menggunakan sampan. Isu ini berterusan sejak sekian lama dan masih belum selesai sehingga ke hari ini. Nelayan di zon C menggunakan pukat tunda dan pukat jerut, manakala nelayan di zon B menggunakan pukat tarik. Sepatutnya zon B dan zon C tidak perlulah langgar masuk ke zon A di persisiran pantai.

Nelayan di zon B bermula dari lima batu nautika hingga ke tengah laut. Manakala nelayan di zon C pula dari lapan batu nautika hingga ke tengah laut. Kalau ceroboh di zon A di persisiran pantai, berlaku perebutan dan pertembungan dengan nelayan darat. Mereka pun nak cari pendapatan juga. Inilah yang disebut sebagai konflik antara nelayan pantai atau nelayan darat dengan nelayan laut dalam. Zon tangkapan ikan tidak dihormati menyebabkan berlakunya pertikaian, kadang-kadang berlakunya kekerasan.

draft • 4:21 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Akhirnya, ada juga tekong bot adalah dari orang Siam, datang dari Thailand, manakala tauke bot ini juga adalah orang tempatan. Kebanyakannya tauke bot ini bukan Melayu. Mereka langgar pukat-pukat yang dipasang oleh nelayan darat ini. Pernah satu ketika, saya difahamkan, nelayan Kuala Jerlun kejar bot itu dari Kuala Jerlun sampai ke Kuala Kedah, tapi gagal ditangkap.

draft • 4:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa sudah habis.

Ringkaskan. Terus point dia apa.

draft • 4:21 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik. Dan yang akhirnya, seksyen 13A berkaitan lesen vesel penangkapan ikan. Saya juga menerima rungutan daripada Encik Zainuddin bin Ismail, Ketua Komuniti Nelayan Kuala Jerlun, berkaitan lesen sampan yang dibekukan sejak sekian lama. Kebanyakan nelayan pantai atau nelayan darat terpaksa turun ke laut untuk menangkap ikan di pesisiran pantai untuk mencari nafkah keluarga. Masalahnya sekarang, mereka tidak diberikan lesen walaupun mereka layak memohon.

Kerajaan juga telah memperuntukkan Elaun Sara Hidup sebanyak RM250 sebulan kepada nelayan darat dengan syarat mereka memiliki lesen atau vesel menangkap ikan yang didaftarkan. Masalahnya sekarang, kebanyakan nelayan darat tidak dapat Elaun Sara Hidup RM250 disebabkan mereka tiada lesen. Nak mohon lesen pula, lesen pula dibekukan.

Jadi, saya harap kerajaan tolong beri perhatian kepada isu permohonan lesen di kalangan nelayan pantai ataupun nelayan darat ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah, Yang Berhormat, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Saya seterusnya jemput Yang Berhormat Beruas. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:21 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas rang undang-undang meminda Akta Perikanan 1985.

draft • 4:29 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya diberitahu pindaan akan dibuat kepada Akta Perikanan 1985 ini, saya amat gembira kerana disangka pindaan akan dibuat kepada peruntukan-peruntukan yang selama ini tidak berlaku adil kepada nelayan-nelayan.

Malangnya, itu tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan dan memohon agar kerajaan ‘melayang’ nelayan-nelayan yang disyaki melakukan kesalahan seperti mana-mana orang lain yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan jenayah dan mereka dianggap ― mana-mana orang yang disyaki itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan mereka bersalah, presume innocent until proven guilty dan Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) dipakai apabila tindakan undang-undang dikenakan ke atas nelayan-nelayan seperti orang lain yang dituduh melakukan jenayah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Oleh itu Dato' Yang di-Pertua, saya ― pertama, saya hendak bangkitkan beberapa perkara yang ingin saya memohon kepada kerajaan agar peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perikanan ini dipinda untuk menjadi lebih adil kepada nelayan-nelayan.

Pertama, seksyen 41. Sorry, mohon maaf. Seksyen 49(1), “Jika mana-mana vesel kenderaan atau barang yang disita dan tidak ada pendakwaan dibuat selepas satu bulan daripada tarikh penyitaan, disifatkan sebagai terlucut hak melainkan ada satu tuntutan bertulis dalam tempoh masa tersebut”. Ini merupakan satu peruntukan yang amat tidak adil.

Kalau seorang nelayan itu pergi ke luar negara, tak balik untuk satu bulan dan tidak tahu hartanya disita, undang-undang kata haknya ke atas harta itu, vesel itu, bot dia lucut. Mana boleh. So, haraplah pindaan dibuat.

Dan kedua, seksyen 50(2). Mana-mana vesel, perabot, peralatan yang disita tidak boleh dipulangkan sementara waktu melainkan jaminan atau sekuriti yang diberikan tidak boleh kurang daripada harta-harta tersebut. Vesel, peralatan ini kadang-kadang bernilai ratusan ribu ringgit, adakala mencecah RM1 juta. Belum dibuktikan mereka bersalah. Mana boleh Ketua Pengarah Perikanan minta untuk jaminan RM1 juta sebelum bot itu boleh dipulangkan sementara waktu menunggu perbicaraan. Ini memang menghukum sebelum perbicaraan dan kita tahu nelayan bukan kaya sangat. Itu sudah menjadi penghukuman kepada mereka dan bot ini akan rosak kalau dibiarkan di situ sementara menunggu perbicaraan yang kadangkala memakan masa beberapa tahun.

Dan pindaan yang lagi satu iaitu seksyen 51. Nelayan perlu membayar kos menahan dan menjaga vesel, kenderaan atau barang-barang yang ditahan jika nelayan didapati bersalah. Bayaran dibuat kepada kerajaan dan ini bagi saya, satu peruntukan yang tidak ada di dalam mana-mana peruntukan jenayah di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan jenayah yang lain. Ini pun tidak adil kepada nelayan.

Dan peruntukan yang lagi satu, yang keempat, yang akhir sekali, seksyen 52(1).

Melainkan daripada penalti yang lain, yang mahkamah kenakan, mahkamah hendaklah, “shall” dilucutkan hak semua vesel dan harta benda. Saya mohon perkataan “shall” di dalam peruntukan ini ditukar kepada “may”, “boleh” kerana setiap kes ada fakta dia. Bagilah budi bicara kepada mahkamah untuk tentukan. Bagi saya dua minit lagi.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit.

draft • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu minit? Okey. Perkara kedua yang saya ingin nyatakan di sini ialah cadangan untuk membawa seksyen 51A yang baharu. Saya mohon cadangan ini jangan dibawa kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, jika pegawai kita, jika kerajaan yang melakukan kesalahan, kita harus bertanggungjawab atas kesalahan kita.

Mana boleh tidak ada siapa-siapa boleh membawa tuntutan terhadap kerajaan untuk pampasan ataupun relief. Kalau pegawai kerajaan melakukan kesalahan, kita mesti benarkan mahkamah, orang pergi ke mahkamah, mendapat injunksi, mandamus terhadap pegawai- pegawai. Di sini sangat luas. Apa-apa relief pun tak boleh. Ouster clause ini memang tidak

draft • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

mencerminkan satu perkara yang baik kepada kerajaan kita. Mohon pindaan, cadangan ini ditarik balik.

Dan akhir sekali, perkara ialah tentang bot tunda lesen B. Kerajaan bercadang menghapuskan bot tunda B menjelang tahun 2030 dan pada masa selama ini, atas budi bicara pihak perikanan, pihak perikanan membenarkan enjin yang melebihi apa yang dinyatakan dalam lesen bot tunda itu dibenarkan untuk beroperasi, tapi baru-baru ini, mereka tidak dibenarkan lagi beroperasi kalau enjin dalam atas bot itu melebihi yang dinyatakan dalam lesen.

So, Tuan Yang di-Pertua, because you have renew it for umpteenth years, bertahun- tahun, that is a legitimate expectation that the license will be renew. Dan jadi, saya ― cadangan saya kepada kerajaan, benarkan bot-bot ini terus beroperasi sehingga tahun 2030 dan sementara itu ― kerana kerajaan nak menghapuskan bot tunda lesen B, sementara ini kerajaan memberikan satu peruntukan untuk memberikan semua bot-bot ini supaya kerugian yang akan dialami oleh pihak nelayan kerana polisi menghapuskan bot tunda B ini, mereka dapat dipampas kerana harta benda mereka, mereka telah kehilangan harta benda mereka.

Jadi...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ya, itulah sahaja permintaan saya dan haraplah hujah-hujah saya dan pandangan saya dapat diambil kira oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun pada petang ini untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perikanan

(Pindaan) 2025 dengan rasa tanggungjawab memandangkan implikasi besar undang-undang ini terhadap kelestarian marin, keadilan sosial untuk nelayan dan kedaulatan perairan negara.

Walaupun terdapat beberapa kemajuan dalam pindaan ini, terdapat beberapa isu yang memerlukan penjelasan dan penambahbaikan yang saya ingin sentuh pada petang ini.

Antara lima perkara tersebut, antaranya ialah:-

Yang pertama, ketidakseimbangan dalam penguatkuasaan dan keadilan untuk nelayan kecil. Kerajaan menyatakan bahawa seksyen 52, pelucuthakkan vesel hanya dikenakan untuk kesalahan serius seperti penggunaan bahan letupan ataupun pencerobohan zon nelayan tradisional. Namun, data Jabatan Perikanan menunjukkan bahawa 72 peratus kesalahan melibatkan nelayan tradisional yang berpendapatan rendah. Persoalannya, mengapakah tiada mekanisme khusus untuk membezakan antara kesalahan tidak sengaja

draft • 4:38 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

oleh nelayan kecil dengan jenayah terancang IUU fishing ataupun illegal, unreported dan unregulated.

Yang kedua, adakah nilai bon jaminan seksyen 50 yang ditetapkan oleh mahkamah benar-benar mengambil kira kemampuan ekonomi pesalah terutamanya nelayan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan? Cadangan saya, wujudkan satu garis panduan khusus untuk mahkamah dalam meletakkan bon berdasarkan pendapatan purata nelayan.

Seterusnya, kaji semula kes-kes kompaun untuk memastikan nelayan kecil tidak terjerat dalam prosiding mahkamah yang membebankan. Perkara kedua ialah isu pewartaan taman laut dan rizab laut ataupun MPA - Marine Protected Area.

draft • 4:38 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Kerajaan berhasrat untuk mencapai sasaran 10 peratus kawasan perlindungan marin

(MPA) menjelang 2030. Namun sehingga 2024, hanya 5.339 peratus perairan negara diwartakan sebagai MPA. Kebimbangan saya, adakah peruntukan kewangan yang mencukupi disediakan untuk mengurus MPA? Sebagai contoh, pengurusan Taman Laut Tun Datu Mustapha memerlukan RM15 juta satu tahun. Bagaimanakah kerajaan memastikan penggantian kawasan MPA yang dibatalkan benar-benar setara dari segi ekosistem?

Seksyen 41. Cadangan saya, lampirkan jadual pembiayaan MPA dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Seterusnya, wajibkan kajian biodiversiti sebelum pembatalan – sebarang pembatalan MPA dilaksanakan.

Perkara tiga, masalah pencerobohan nelayan asing. 515 kes pencerobohan direkodkan antara 2020 sehingga 2024 terutamanya oleh bot Vietnam di perairan Sabah dan Johor. Walaupun seksyen 52 mempercepatkan pelucuthakan vesel asing, langkah ini dilihat tidak mencukupi.

Persoalannya, mengapakah tiada peruntukan untuk meningkatkan kerjasama dengan ASEAN melalui RPOA-IUU bagi membendung pencerobohan? Adakah sistem VMS Pemantauan Vesel yang sedia ada benar-benar berkesan memandangkan 23 kes manipulasi VMS dikesan sejak tahun 2021? Cadangan saya, perkukuhkan rondaan laut dengan kerjasama TLDM, APMM dan lain-lain agensi. Wajibkan teknologi AIS - Automated Identification System untuk semua bot nelayan bukan hanya kelas C ke atas.

Yang keempat, transformasi digital dan penglibatan belia. Kerajaan memperkenalkan sistem eLesen perikanan untuk menarik minat belia. Namun, hanya 3,000 belia dilatih dalam aquaculture setakat ini. Sedangkan kebergantungan kepada pekerja asing masih tinggi.

Cadangan saya, mengapakah tiada insentif khas seperti subsidi diesel atau pinjaman rendah faedah untuk belia yang menceburi sektor perikanan? Adakah program latihan di kolej pertanian mencukupi untuk memenuhi keperluan industri? Cadangan saya, lancarkan skim pembiayaan khas perikanan dengan kadar faedah yang sifar, kembangkan kerjasama dengan universiti tempatan untuk program aquaculture modern.

Yang kelima, kawalan aktiviti pembangunan pesisir. Seksyen 56C memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk melarang aktiviti perikanan di kawasan tercemar. Namun,

draft • 4:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

projek seperti Penang South Island (PSI) yang bernilai RM2 bilion tetap diteruskan walaupun berisiko merosakkan habitat marin. Persoalannya, bagaimanakah kerajaan nak memastikan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar) dilaksanakan dengan terus untuk projek pembangunan pesisir? Adakah dana mitigasi RM100 juta untuk PSI benar-benar mencukupi? Wujudkan jawatankuasa bebas untuk memantau projek pembangunan pesisir, perkukuhkan peruntukan pampasan untuk nelayan terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini menunjukkan niat yang baik tetapi perlaksanaannya memerlukan penambahbaikan secara terperinci dan menyeluruh. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah lindungi nelayan kecil daripada denda yang tidak seimbang, pastikan MPA - Marine Protected Area diurus dengan dana dan kajian yang mencukupi, perkukuhkan kawalan pencerobohan dengan teknologi dan kerjasama serantau, galak penglibatan belia melalui insentif dan latihan praktikal, kawal ketat pembangunan pesisir untuk mengelakkan kerosakan ekosistem marin. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Betong. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang Berhormat. Ekonomi rakyat kita banyak bergantung kepada aktiviti perikanan di perairan kita di Selat Melaka dan juga di Laut China Selatan. Maka pindaan kepada rang undang-undang ini adalah satu langkah yang penting dalam kita melindungi nelayan kita, menjamin keselamatan perairan dan mengukuhkan kedaulatan ekonomi maritim negara.

RUU ini digubal untuk kita menangani beberapa cabaran utama yang telah lama membelenggu sektor perikanan kita. Jadi pada petang ini, Betong dalam masa yang singkat ingin terus menyentuh seksyen 10A, seksyen 15(2), seksyen 13A, seksyen 13(3A) dan seksyen 26 iaitu mengenai IUU fishing. Aktiviti perikanan haram ni tidak dilaporkan dan tidak dikawal atau IUU fishing ini bukan sekadar isu penguatkuasaan atau lesen semata-mata. Ia adalah, ancaman menyeluruh kepada ekosistem komuniti pesisir, kedaulatan negara dan juga daya tahan ekonomi nelayan yang sah. Jadi, ancaman ini termasuk ancaman kepada alam sekitar, aspek sosial dan keselamatan nelayan kita dan juga aspek ekonomi yang telah menyebabkan dalam laporan itu ketirisan sumber-sumber dan kerugian yang melebihi RM800 juta setahun.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa kelemahan dalam pengurusan domestik turut mendorong kegiatan IUU ini di mana ketidakcekapan pengagihan kuota, kelewatan kelulusan lesen atau ketidaktentuan dasar boleh memberi insentif kepada pelanggaran undang-undang.

Jadi Betong menyokong lima cadangan pindaan utama bagi mengekang aktiviti IUU ini. Namun pada masa yang sama, ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu, pangkalan

draft • 4:44 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

data lokasi penyelenggaraan berlesen yang wajib melapor kepada pihak berkuasa bagi tujuan pelaporan dan kawal selia pelabuhan nelayan.

Betong juga ingin mencadangkan supaya pindaan seksyen 15(2) diselarikan dengan komitmen Malaysia kepada Port State Measures Agreement ataupun PSMA agar kita dapat menolak kemasukan mana-mana vesel asing yang disyaki terlibat dalam IUU ke pelabuhan tempatan. Ini bagi membendung pencerobohan oleh nelayan asing yang menyalah guna pelabuhan tempatan untuk memutihkan hasil tangkapan mereka.

Betong juga ingin mencadangkan agar seksyen 26 turut memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menyenaraikan dan mengemas kini senarai peralatan dilarang dari semasa ke semasa agar akta ini kekal responsif terhadap teknologi baharu yang berbahaya.

Oleh itu, Betong merasakan bahawa penguatkuasaan perlu di perhebatkan lagi di mana aktiviti penguatkuasaan juga perlu disokong dengan menggunakan teknologi terkini. Jadi, kerajaan harus memperkenalkan pelaksanaan sistem e-pemantauan ataupun menggunakan Automatic Identification System (AIS) pada bot-bot nelayan yang berlesen.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Betong merujuk kepada cadangan seksyen baharu iaitu seksyen 6A yang merupakan penyelesaian kepada isu menyokong intervensi kepada rakyat dan sekuriti makanan negara yang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk meminta data atau maklumat saintifik bagi pembangunan perancangan perikanan. Pada masa ini, maklumat yang diterima oleh Jabatan Perikanan tidak dapat dipastikan kesahihannya dan maklumat yang diberikan juga adalah lebih kepada bersifat untuk tujuan permohonan insentif atau bantuan.

Maka dengan penambahan seksyen ini, ia akan membantu dan menyokong pembangunan rancangan perikanan dan pelan pembangunan serta pengurusan perikanan yang lebih mampan pada masa yang akan datang. Namun, Betong ingin mohon penjelasan berhubung apakah mekanisme yang akan dilaksanakan untuk memastikan data saintifik yang diminta itu bukan sahaja sahih, tetapi juga dikongsi secara efektif dan boleh diakses dengan batasan privasi yang sesuai oleh pihak berkepentingan yang sah termasuk ahli akademik, penyelidik dan industri bagi tujuan pembangunan, pengetahuan dan juga inovasi bersama.

Jadi pihak berkepentingan ini juga mempunyai data berharga yang boleh melengkapkan inisiatif Jabatan Perikanan. Pengumpulan data adalah, satu perkara dan memanfaatkan data tersebut secara kolektif untuk membentuk dasar yang lebih terangkum adalah, kunci kepada kejayaan sebenar dalam memperkukuh sekuriti makanan dan kelestarian perikanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, setiap fasal dan peruntukan yang kita teliti dalam RUU ini bukan sekadar tinta di atas kertas, tetapi adalah, janji kita kepada generasi yang akan datang dan kepada lautan yang menjadi nadi kehidupan kita. Pindaan ini dengan segala cadangan penambahbaikan yang telah kita suarakan adalah, satu seruan untuk bertindak sekarang.

draft • 4:44 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Yang penting, untuk memastikan lautan kita kekal kaya, sumber perikanan kita lestari dan komuniti nelayan kita terus makmur, bukan sahaja di Semenanjung tapi di setiap ceruk pesisir pantai Sarawak hingga ke Sabah. Di setiap kampung nelayan yang bergantung kepada sumber ini, maka rang undang-undang ini adalah, mengenai keseimbangan. Kita tidak mahu melihat denda yang tinggi semata-mata menjadi beban yang menghimpit tetapi biarlah ia menjadi amaran yang mendidik dan melindungi. Sekian, Betong mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 4:44 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Betong.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang pada Permatang Pauh untuk terlibat pada perbahasan pada petang ini.

Secara prinsipnya, saya menyokong dan menyambut baik cadangan pindaan yang dibuat memandang dia membawa manfaat besar kepada kelestarian hidupan laut, kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan nelayan.

Tuan Yang di-Pertua. Merujuk pada fasal 5 rang undang-undang ini, yang meminda seksyen 2, Akta Perikanan 1985, saya ingin menarik perhatian Dewan ini terhadap takrif baharu bagi Laut Wilayah Malaysia, yang kini merujuk secara langsung kepada had Laut Wilayah, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3, Akta Laut Wilayah 2012.

Saya berpandangan, menjadikan Akta Laut Wilayah sebagai asas rujukan ini adalah kurang wajar. Memandangkan negeri-negeri seperti Sabah, Terengganu, bahkan negeri Kelantan, secara konsisten tidak mengiktiraf akta tersebut. Ini kerana Akta Laut-laut Wilayah tersebut secara efektif mengehadkan bidang kuasa negeri ke atas perairan mereka hanya kepada tiga batu nautika, ataupun kira-kira enam kilometer daripada garis air surut. Itu satu had yang dilihat menjejaskan hak negeri terhadap hasil laut dan juga sumber asli.

Takrif ini memberi implikasi besar, khususnya bagi negeri-negeri pengeluar hasil laut dan juga petroleum. Saya khuatir, sekiranya tafsiran ini diterima pakai secara menyeluruh dalam undang-undang perikanan negara, maka hak negeri terhadap hasil laut juga mungkin akan terjejas. Sebagaimana telah berlaku dalam isu royalti petroleum. Had kuasa ini boleh menimbulkan pelbagai komplikasi termasuk urusan kutipan hasil laut, hak pendaratan ikan dan juga pengurusan zon perikanan. Lebih bimbang lagi, tak mustahil satu masa nanti ada mana-mana pihak akan menggunakan takrif sempit ini untuk menafikan sepenuhnya hak negeri ke atas sumber asli mereka di laut.

Justeru, saya menggesa agar Parlimen meneliti semula tafsiran ini dan memastikan sebarang undang-undang yang menyentuh kuasa negeri berkaitan dengan hasil bumi dan perairan diperhalusi sebaik-baiknya bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri, selaras

draft • 4:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

dengan semangat federalism yang termaksud dalam — yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Perikanan 1985 ini, pihak kerajaan telah menjelaskan beberapa justifikasi utama. Antaranya, masalah kerugian sektor perikanan akibat IUU fishing, penangkapan ikan secara haram, tak dilaporkan, tak dikawal dan sebagainya. Kemerosotan sumber-sumber stok perikanan, isu sekuriti makanan serta kesan perubahan iklim terhadap ekosistem laut.

Saya tak menafikan semua perkara tersebut. Namun, saya merasakan ada satu lagi sebab ataupun perkara besar yang gagal untuk kita sentuh secara jujur dalam perbahasan ini, iaitu kesan projek-projek mega penambakan laut. Khususnya yang melibatkan pembinaan pulau buatan, seperti yang kalau kita boleh tengok contoh di Pulau Pinang, negeri saya sendiri; di Johor dan juga di Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, projek-projek ini bukan sahaja tidak bersifat mendesak, bahkan kadang-kadang terdapat alternatif lain yang boleh diteroka. Namun projek ini tetap diteruskan, meskipun kita sedia maklum kesan serius terhadap kemerosotan sumber perikanan.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia sendiri, projek penambakan ini dijangka, kalau di Pulau Pinang – PSI mengancam sekurang-kurangnya 87 spesies marin, termasuk ikan pomfret putih dan juga udang dan ia juga bagi kesan akuakultur air payau di Sungai Udang.

Bahkan ke Perak, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, hatta hutan bakau di Kuala Gula dan Kuala Sepetang, yang menyumbang hampir lima puluh peratus bekalan ikan di Semenanjung Malaysia.

Kajian oleh NGO, Sahabat Alam Malaysia, mereka juga menunjukkan bahawa aktiviti penambakan ini mengubah struktur sedimen, menyebabkan pencemaran dan juga endapan lumpur. Bahkan, menghancurkan habitat dasar laut yang menjadi tempat pembiakan utama bagi spesies udang dan ikan laut cetek. Banyak kajian seperti NGO Jaring juga menyimpulkan bahawa, penambakan laut ini menjejaskan kualiti air, mengganggu rantai makanan serta habitat penting seperti ikan dan juga udang.

Akibatnya, ribuan nelayan terjejas dengan potensi kehilangan hasil tangkapan sebesar 51,000 metrik tan setahun, bernilai kira-kira RM525 juta. Dan gangguan tersebut juga, memberi kesan kepada 511 ladang akuakultur yang menghasilkan 54,742 tan metrik bernilai RM1.67 bilion setahun. Lebih parah lagi, sumber pasir yang digunakan ini diambil daripada negeri Perak juga akan mengganggu habitat ikan di pesisir pantai Perak. Laporan nelayan tempatan juga mengatakan hasil tangkapan ikan kembung juga menurun. Nelayan di Jelutong, Batu Uban pun mengalami situasi endapan lumpur dan nelayan terpaksa pergi lebih jauh ke dalam laut dengan kos operasi yang lebih tinggi.

Saya menyeru, agar kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh, bukan bersifat selektif. Sekiranya kita benar-benar nak melindungi sumber perikanan negara, projek-projek penambakan laut yang merosakkan perikanan negara kita ini perlu dinilai semula di masa akan datang ataupun dihentikan. Mohon respons daripada kerajaan, insya-Allah.

draft • 4:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Dan yang terakhir, sebagai penutup, saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membentangkan satu fasal berkaitan dengan memusnahkan atau meninggalkan ikan, mamalia akuatik dan spesies akuatik yang lain. Ini kerana baru-baru ini, kita tengok satu skuad pemburu ikan asing, mereka menggunakan inisiatif sendiri, sukarela untuk menangkap ikan-ikan yang memberikan kesan tidak baik kepada sungai-sungai kita ini. Jadi tahniah diucapkan pada mereka.

Jadi, mudah-mudahan perkara seperti ini diambil perhatian oleh kerajaan, dan kerajaan tidak mengulangi seperti mana yang berlaku di Tasik MAEPS, Serdang baru-baru ini berkaitan dengan pelepasan ikan keli Afrika di situ. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Mas Gading. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perikanan (Pindaan) 2025 ini.

Saya menyokong RUU ini secara prinsip kerana ia memperkemas dan memperkukuh aspek penguatkuasaan serta pengurusan sektor perikanan negara. Ini satu langkah penting, khususnya dalam menghadapi ancaman serius penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal iaitu atau IUU fishing. Namun begitu, dalam menyatakan sokongan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada tiga isu utama, yang saya percaya wajar diberi perhatian lanjut oleh pihak kementerian dan kerajaan terutama dengan mengambil kira kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak yang mempunyai enakmen dan ordinan mereka tersendiri.

Perkara pertama adalah, keperluan libat urus yang lebih mendalam dalam penyesuaian perundangan dan antara persekutuan dan negeri. Seperti yang kita maklum, hal ehwal perikanan berada dalam Senarai Bersama mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, negeri Sabah dan Sarawak, masing-masing mempunyai — masing-masing telah menggubal undang-undang mereka sendiri iaitu Ordinan Perikanan Sarawak 2003 dan Enakmen Perikanan Darat dan Akuakultur Sabah 2003 yang turut mempunyai bidang kuasa ke atas inland dan inland fisheries dan aquaculture.

Saya difahamkan bahawa Sarawak kini berada di peringkat akhir dalam merangka draf pindaan kepada ordinan perikanannya. Maka timbul persoalan, adakah pindaan yang dibawa dalam RUU ini akan diselaraskan dengan pindaan ordinan tersebut? Apakah mekanisme libat urus yang telah dan akan dilaksanakan bersama Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kuasa, kekeliruan pentadbiran atau ketaksamaan penguatkuasaan.

draft • 4:56 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Perkara kedua adalah, risiko pertindihan kuasa dan implikasi terhadap nelayan kecil dalam pindaan seksyen 46. Saya ingin menyentuh pindaan seksyen terhadap seksyen 46 yang memperluaskan kuasa pegawai penguat-kuasa sehingga ke kawasan laut lepas dan daratan, termasuk ke atas mana-mana vesel penangkapan ikan atau pengakut. Saya khuatir pindaan ini walaupun bertujuan perkemas penguatkuasaan, boleh membuka ruang kepada pertindihan bidang kuasa antara agensi seperti APMM dan PDRM dan Jabatan Perikanan sendiri.

Jadi apakah mekanisme penyelarasan antara agensi telah diperincikan agar tidak berlaku pertikaian bidang kuasa? Apakah perlindungan undang-undang atau garis panduan operasi yang akan disediakan bagi memastikan tindakan penggeledahan ini tidak dilaksanakan secara sewenang-wenangnya ke atas nelayan kecil dan pengusaha ikan tempatan. Tanpa garis panduan yang jelas, pindaan ini boleh membebankan mereka yang tidak terlibat dalam kesalahan tetapi terdedah kepada pemeriksaan berulang. Oleh itu, saya mohon, penjelasan jelas daripada pihak Kementerian agar penguatkuasaan dilaksanakan secara berhemah, berselaras dan tidak menindas golongan kecil dalam perantaian perikanan kita.

Dan perkara yang ketiga adalah tentang perlindungan dan pematuhan oleh nelayan berskala kecil. Saya ingin membawa perhatian terhadap aspek penguatkuasaan dan pematuhan yang tertakluk kepada nelayan berskala kecil susulan pelbagai pindaan yang diperkenalkan. Seksyen 9 hingga 14 memperincikan semula peruntukan berkaitan perlesenan vesel, termasuk tempoh sah laku lesen dan keperluan spesifik vesel bagi aktiviti perikanan. Seksyen 46 hingga 56 pula menambah baik peruntukan berkaitan kuasa penguatkuasaan, diikuti pula dengan seksyen 51A yang membolehkan kerajaan menuntut kos dan ganti rugi melalui mahkamah terhadap mana-mana individu atau entiti.

Walaupun pindaan ini penting untuk memastikan pematuhan undang-undang oleh pemain industri besar dan mengatasi ancaman IUU fishing, saya bimbang akan risiko bebanan kepada nelayan kecil yang mungkin tidak mampu memenuhi syarat teknikal atau prosedur lesen yang ketat.

draft • 4:56 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Kita mesti berhati-hati agar pelaksanaan undang-undang ini tidak bersifat menghukum kepada kumpulan yang paling rentan, khususnya komuniti nelayan pesisir dan pedalaman di luar bandar yang menghadapi kekangan dari segi infrastruktur digital, kemudahan komunikasi dan kemampuan kewangan.

Sehubungan itu, saya menyarankan agar kementerian mempertimbangkan mekanisme pematuhan yang bersesuaian dengan kapasiti komuniti kelayakan ini. Ini termasuklah skim pengecualian bayaran lesen atau subsidi bersasar, pemerkasaan pendidikan, pematuhan secara berperingkat, serta satu pendekatan penguatkuasaan yang lebih bersifat mendidik dan membimbing daripada hanya berasaskan pendakwaan semata- mata.

draft • 5:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

RUU ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuhkan tadbir urus sumber marin dan di negara kita. Namun, penyesuaian dengan enakmen ordinan negeri, penguatkuasaan dan perlindungan yang kecil perlu dinilai semula menerusi agenda susulan, secara pentadbiran dan penggubalan dasar akan datang. Mas Gading dengan ini mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025.

Saya melihat pindaan ini amat bertepatan dalam situasi semasa kerajaan bagi memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada. Melindungi sumber marin secara mantap, mampan dan di samping menggerakkan hukuman yang lebih tegas terhadap sebarang pelanggaran peraturan perikanan. Sumber perikanan negara merupakan khazanah yang bukan sahaja menjamin keselamatan makanan, malah menjadi nadi kepada kehidupan ribuan nelayan tempatan.

Maka pindaan yang lebih menyeluruh perlu meliputi keutamaan kepada aspek kawal selia, pengesanan aktiviti pencerobohan serta penstrukturan semula mekanisme pelesenan dan pemantauan hasil laut secara sistematik.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya terus kepada beberapa soalan yang ingin dibangkitkan, antaranya berkaitan soalan — soal penguatkuasaan. Pertamanya mengenai keterjaminan kelestarian sumber perikanan. Saya ingin mendapat pencerahan daripada kementerian berhubung dengan cadangan pindaan seksyen 41 bagi — iaitu bagaimanakah kerajaan dapat memastikan kawasan gantian bagi suatu kawasan taman laut atau rizab laut yang dibatalkan benar-benar setara dari segi keluasan dan ekosistem?

Apakah definisi setara yang dimaksudkan di sini kerana saya melihat tiada mekanisme pemantauan atau indikator saintifik yang dinyatakan melalui pindaan ini yang dapat menjamin keberkesanan penggantian kawasan sekali gus berisiko mengurangkan keberkesanan perlindungan biodiversiti?

Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai ketidakseimbangan hukuman bagi kesalahan illegal, unreported and unregulated fishing atau IUU. Saya menyambut baik pindaan ini yang menyemak semua kadar hukuman dengan lebih berat dan setanding dengan kadar yang ditetapkan di negara-negara luar seperti Thailand dan Indonesia.

Namun begitu, dengan membandingkan semakan kadar pindaan-pindaan ini, saya ingin bertanya apakah justifikasi denda maksimum untuk kesalahan menggunakan bahan letupan dan racun ditetapkan pada kadar RM250,000 yang mana lebih rendah berbanding kesalahan di taman laut iaitu 1 juta sedangkan implikasi kerosakan ekosistemnya adalah lebih

draft • 5:01 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

jauh dan lebih besar? Saya juga berpandangan kerajaan perlu menilai dengan skop yang lebih meluas tentang struktur hukuman yang tidak mencerminkan skala kemusnahan yang akan berlaku akibat aktiviti-aktiviti haram.

Dan sejauh manakah kementerian melihat keberkesanan peningkatan kadar hukuman ini berupaya dalam mengurangkan kesalahan-kesalahan yang berlaku di perairan negara? Bagaimana pula efficiency Jabatan Perikanan dalam menangani lambakan kesalahan andai kata lebih angka 1,000 kesalahan per tahun dengan sumber sedia ada meskipun denda telah dinaikkan selepas pindaan ini kelak?

Adakah kenaikan jumlah kadar hukuman ini lebih efektif berbanding menambahkan peruntukan untuk meningkatkan kapasiti pegawai penguat kuasa atau menyediakan penambahan bilangan aset teknologi pemantauan yang lebih keterhadapan seperti dron atau satelit real-time bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan? Ini sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan.

Seterusnya bagi seksyen 6A iaitu perwujudan kuasa untuk meminta data dan maklumat saintifik bagi pembangunan rancangan perikanan dalam menepati urus kecerdasan AI. Penambahan seksyen baharu ini sangatlah relevan dan secara jangka masa panjang penting dalam menyokong keterjaminan serta keselamatan makanan negara.

Namun, saya sedikit — dan berharap kementerian dapat menjelaskan persoalan ini iaitu sejauh manakah jaminan bahawa dengan perwujudan kuasa baru ini meminta data serta maklumat saintifik ini kelak akan dibudayakan secara telus dengan perkongsian data dan agensi?

Kegusaran saya dalam hal ini ialah tiadanya peruntukan tertentu untuk mengatasi masalah data sedia ada antara negeri dan pusat untuk menggagalkan perancangan sumber bersepadu seperti yang dicadangkan kementerian. Saya mohon penjelasan. Akhir kata, pindaan ini adalah sesuatu yang sangat baik dalam membina sesuatu ekosistem perikanan negara dengan lebih mampan di samping memelihara hak ribuan nelayan tempatan di luar, di luar sana. Dengan ini, saya menyokong RUU Perikanan (Pindaan) ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tenggara. 5 minit Yang Berhormat.

draft • 5:01 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih bagi ruang kepada Tenggara berbahas RUU Perikanan (Pindaan) 2025 ini, Akta 317. Secara maklumatnya, kita tahu bahawa wilayah maritim negara ini sekitar 4,600 kilometer garis pantai.

Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) seluas 574,000 kilometer persegi dan ia menjadi lubuk rezeki kepada 150,000 nelayan berdaftar di seluruh negara. Dan daripada tahun 2020–2023, 428 kes pencerobohan kapal nelayan asing telah berlaku terutamanya

draft • 5:06 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

oleh Vietnam, 315 kes, Indonesia, 72 kes, Thailand, 37 kes dan melibatkan kerugian sekitar 823.88 juta.

50 peratus hasil laut hilang ke pihak asing dan menjejaskan bekalan ikan negara yang menyumbang 0.7 peratus kepada KDNK sekitar 16.8 bilion. Kajian Universiti Malaysia Sabah, negara rugi 6 bilion setahun akibat pencerobohan dan penangkapan ikan secara haram oleh nelayan-nelayan asing dan ini menjejaskan ya, memberi kesan besar hasil tangkapan nelayan tempatan terutamanya yang bergantung kepada zon perikanan yang menggunakan bot kelas A dan kelas B.

Jadi melalui pindaan rang undang-undang ini, persoalan yang ditimbulkan yang Tenggara ingin tanyakan, utarakan adalah apakah langkah strategik dan menyeluruh diambil oleh kerajaan bagi mengekang pencerobohan vesel asing di perairan tanah air? Selain daripada menggubal rang undang-undang ini, apakah langkah lain bagi memperkukuhkan kawalan sempadan negara dan kerjasama negara jiran yang boleh dilakukan untuk mengelak pencerobohan-pencerobohan ini sementelah pula Malaysia sekarang dalam mood Kepengerusian ASEAN wajar dimanfaatkan. Ruang-ruang perbincangan untuk melihat sejauh mana perkara-perkara yang berkaitan dengan pindaan-pindaan ini boleh juga dimaklumkan kepada ruang-ruang mesyuarat yang ada berkaitan di peringkat ASEAN.

Kalau kita tengok rekod, 8 Januari 2016 di Selat Bengkalis, wilayah Riau, kapal kita, nelayan kita bukan saja ditangkap dan didakwa, malah vesel-nya juga dibakar. Dan kalau kita melihat pada laporan 2 Mei 2019, 15 nelayan Vietnam masuk ke ruang perairan negara kita di belah Sedili, Kota Tinggi, Johor juga memberikan kesan kerugian kepada negara. Kita dapat maklumat daripada akhbar yang saya buat kajian ini, nelayan kita yang di Bengkalis itu dipenjara lapan bulan dan didenda IDR2 bilion, RM600,000.

Jadi dalam pindaan ini, saya tak melihat lagi ada peruntukan undang-undang yang melihat bagaimana pihak Indonesialah buat membakar kapal kita. Satu tindakan yang lebih tegaslah sebab kita berebut laut dengan masyarakat antarabangsa ini akhirnya yang, yang terkena itu adalah di pihak kitalah.

draft • 5:06 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, kalau negara jiran kita boleh buat tindakan tegas, kita juga ada ruang untuk pindaan ini, mungkin ada pelaksanaan ataupun penetapan RUU yang tegas juga untuk dikenakan kepada nelayan-nelayan asing yang menceroboh perairan-perairan kita.

Bagi pindaan rang undang-undang ini, Tenggara ingin menarik Dewan berkaitan dengan dua perkara. Satu berkaitan dengan perkara ataupun seksyen 47(1)(d)(ii), apabila kita memotong perkataan “Apa-apa kenderaan.” Maksudnya, yang ditetapkan hanyalah vesel yang berkaitan dengan - vesel ataupun bot yang berkaitan dengan aktiviti nelayan, tapi saya nak tanyalah, kot-kot nanti ada orang yang pergi ke laut tangkap ikan pakai dron, pakai kapal selam, kalau tak dimasukkan nanti, masalah. Jadi, kalau kita nak pinda itu – nanti kalau nak pinda, kena bawa lagi dalam Dewan. Jadi, boleh dipertimbangkanlah perkataan yang dipotong “Apa-apa kenderaan” itu mungkin boleh difikirkan dalam zaman yang serba moden

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

ini, perkakasan-perkakasan ataupun bot-bot lain ataupun jenis-jenis pengangkutan lain yang boleh digunakan untuk nelayan.

Yang keduanya adalah, Tenggara ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua, seksyen baharu 51A sebagaimana disebut oleh Beruas juga, oleh sahabat saya tadi Gopeng, pindaan ataupun perwujudan 51A ni yang menyatakan bahawa, “Tiada kos atau ganti rugi berbangkit daripada penyitaan yang boleh didapatkan...” Ini saya rasa agak tidak adillah untuk nelayan kita.

Kalau boleh dipertelitikan lagi supaya kalau tiada kos berbangkit ataupun yang melibatkan tahanan kepada kapal-kapal yang ditahan ini, kalau kepada nelayan asing, okeylah pada saya. Sebab kalau dia ditahan dan melibatkan kesalahan prosiding yang lama itu, sebulan dua bulan kapalnya rosak, kita tak kisah. In fact, kalau ada boleh undang-undang yang bakar tadi itu, untuk kapal asing, tetapi untuk nelayan kita ini saya rasa perlu ada juga pertimbangan di bawah seksyen baharu ini supaya selagi dia belum dibuktikan bersalah, dia tidak bersalah.

Dan seharusnyalah kerajaan melalui mana-mana akta yang adapun, memelihara bot- bot ataupun vesel-vesel mereka ini supaya kalau mereka bersalah pun, botnya janganlah rosak. Apatah lagi kalau mereka tak bersalah lagi di bawah pelaksanaan rang undang-undang ini. Maka, saya berharap 51A, seksyen yang baharu ini boleh dilihat semula supaya tidaklah kita nanti dikatakan sebagai kerajaan menganiaya kepada rakyat kita sendiri.

Akhirnya, sedikit Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penguatkuasaan. Sebaik mana pun kita punya rang undang-undang yang kita buat ataupun undang-undang yang kita peradakan, yang mustahak adalah penguatkuasaan. Tenggara ingin bertanya kepada kerajaan, di sini ada Timbalan Menteri.

Apakah kerajaan telah memperkenalkan atau merancang untuk menggunakan teknologi-teknologi moden untuk kesan bot-bot nelayan ini seperti GPS - Global Positioning System ataupun AIS- Automatic Identification System dan sebagainya? Dan adakah kita hendak menggunakan pendekatan auto drone bagi mengawal perairan kita ini? Terutamanya untuk mengawal terumbu-terumbu ataupun khazanah-khazanah laut kita ini sebab satu kesalahan yang dibuat, berapa dendanya sekalipun, tetap khazanah itu telah hancur.

Jadi, sebelum perkara itu berlaku, sebelum terhantuk baru nak tengadah, saya rasa kerajaan – Tenggara mencadangkan agar melakukan sedikit investment untuk peralatan moden supaya boleh dimanfaatkan untuk menjaga khazanah alam kita ini.

Tuan Pengerusi, saya ke China, ke Chongqing Vocational College of Transportation, mereka ada auto drone untuk menjaga sebuah negeri. Apatah kalau saya cadangkan kepada kementerian untuk ada juga teknologi yang sama supaya boleh menjaga perairan kita, menjaga khazanah kita, di samping menguatkuasakan undang-undang yang ada. Sekian, terima kasih itu. Tenggara mohon menyokong.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jeli.

draft • 5:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Yang di-Pertua. Perbahasan saya kali ini ialah lebih tertumpu kepada fasal 20 yang bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta Ibu ini dan saya ingin memfokuskan perbahasan saya ini kepada ikan-ikan di sungai daripada di lautan. Saya amat bersetuju dengan langkah untuk meminda seksyen 26 ini dengan memasukkan peruntukan-peruntukan kesalahan menangkap dan memiliki ikan dengan cara yang salah seperti meracun, letupan dan menggunakan renjatan elektrik.

Dan juga hukuman yang disebutkan tadi di bawah pindaan ini, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan dengan denda sebanyak tidak lebih daripada RM252 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun, tetapi persoalannya, apa yang dicadangkan pindaan ini cukup baik untuk mengawal supaya tidak berlaku lagi aktiviti-aktiviti menangkapkan secara yang tidak sah ataupun yang melanggar undang-undang, tetapi sejauh manakah kita akan menguatkuasakan supaya undang-undang yang tertulis di sini tidak hanya tertulis dalam akta, tapi ia nya mesti dipatuhi dan juga tidak menjadi satu mudarat kepada ikan-ikan di sungai?

Maka, sebab itu pada hari ini Yang di-Pertua, saya cadangkanlah supaya kita adakan satu langkah kawalan untuk menghindari dan menyekat dan sekali gus, menghapuskan aktiviti menangkap ikan di sungai ini secara yang menyalahi undang-undang tadi.

Yang pertamanya ialah saya melihat di sungai-sungai, terutamanya di kawasan pedalaman ataupun di tempat saya sendiri di Jeli, misalnya. Sepanjang saya masuk ke sungai-sungai atau ke hutan di tempat saya di kawasan pedalaman, saya tidak pernah ternampak satu, papan tanda amaran tentang kesalahan dan hukuman terhadap perbuatan tadi. Saya rasa patut kita letakkan – jabatan meletakkan papan tanda ini supaya rakyat dan masyarakat tahu akan betapa seriusnya kesalahan ini.

Sebenarnya mereka tahu, kita meracun, menuba atau menggunakan renjatan elektrik ini satu kesalahan, tapi mereka tidak tahu sejauh manakah kesalahan itu, betapa serius kesalahan itu dan betapa ada penguatkuasaan dari segi undang-undang ini. Maka, sebab itu saya cadangkanlah supaya di sungai-sungai yang strategik, termasuk di hulu sungai, di pedalaman, letakkanlah papan tanda supaya mereka tahu akan kesalahan itu dan lagi baik kalau boleh diletakkan CCTV.

Yang kedua, saya mencadangkan supaya kawalan ataupun rondaan berkala oleh penguat kuasa perikanan, sekali gus memberi gambaran kepada komuniti betapa seriusnya kerajaan dalam menguatkuasakan dan menjaga khazanah ini kerana khazanah ikan-ikan sungai ini cukup ternilai. Saya bimbang kalau tidak dijalankan satu penguatkuasaan, akhirnya akan berlaku ikan-ikan ini akan pupus dan generasi kita tidak akan kenal apa itu ikan kelah, apa itu ikan lampam, apa itu ikan patin dan sebagainya.

Kalau sekiranya jabatan tidak mempunyai ataupun merasakan tidak cukup anggota penguatkuasaan untuk menjalankan rondaan ini, saya juga mencadangkan supaya jabatan boleh melantiklah di kalangan masyarakat seperti ketua kampung atau penghulu sebagai mata, telinga kerajaan ataupun individu yang punya kredibiliti di kaca mata masyarakat,

draft • 5:14 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

supaya dia dapat melaporkan secara terus akan aktiviti-aktiviti ini dan komuniti tahu betapa kesalahan ini telah mereka lakukan dan akan diambil tindakan.

Kerana saya melihat pemeliharaan ikan sungai ini seperti ikan kelah ini, begitu penting dalam kita nak menjaga khazanah negara dan juga menjaga keseimbangan ekosistem dan dalam kita nak memastikan kelestarian sumber air. Usaha ini - usaha pemeliharaan ikan ini perlulah dilakukan secara berterusan demi kita nak menjaga kemanfaatannya untuk generasi kita yang akan datang. Jadi, itulah sahaja cadangan saya dan ucapan saya. Saya mohon menyokong.

draft • 5:14 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Jeli.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 5:14 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Pertama sekali, izinkan saya merakam setinggi-tinggi penghargaan atas peluang yang diberikan untuk serta dalam perbahasan RUU Perikanan (Pindaan) 2025 ini.

Batu Pahat menyambut inisiatif kerajaan untuk meminda Akta Perikanan 1985 agar lebih selaras dengan realiti semasa industri perikanan dan cabaran maritim yang kian kompleks. Antara isu utama yang perlu diberi perhatian ialah ancaman pencerobohan nelayan asing, eksploitasi sumber marin secara berlebihan, serta keperluan melindungi kebajikan nelayan tempatan kita.

Timbalan Yang di-Pertua, kawasan persisiran pantai Batu Pahat mempunyai beberapa komuniti nelayan kecil atau nelayan pantai. Oleh itu, Batu Pahat ingin menyentuh beberapa perkara iaitu mencadangkan agar kerajaan menambah keluasan zon tangkapan khusus untuk nelayan kecil atau pantai ini. Selain itu, berilah – bukalah lesen baharu untuk nelayan kecil ini yang tidak mempunyai lesen dan berikan lesen. Kemudian, saya ingin menambah di sini iaitu tambahan untuk kemudahan-kemudahan yang ada di nelayan kecil dan pantai ini kerana masih lagi terdapat jeti yang usang daripada kayu yang sudah uzur seperti di Parit Botak, Bagan Laut, Rengit di Batu Pahat.

draft • 5:18 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Dengan adanya peningkatan kemudahan infrastruktur ini, ia nya amat penting untuk keberkesanan kegiatan nelayan kecil ini. Batu Pahat juga berkaitan dengan pindaan ini yang mencadangkan peningkatan kadar denda dan hukuman terhadap pencerobohan nelayan asing. Batu Pahat sangat menyokong penuh dengan langkah-langkah ini.

Namun, saya ingin menegaskan bahawa keberkesanan tindakan ini bukan saja bergantung kepada peruntukan undang-undang tapi juga keberanian dan kecekapan agensi penguat kuasa seperti Jabatan Perikanan, Polis Marin, APMM dan TLDM dalam pelaksanaan operasi rondaan dan penguatkuasaan di kawasan hotspot pencerobohan khususnya di Selat Melaka, Laut Sulu dan Zon Ekonomi Eksklusif Negara.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Timbalan Yang di-Pertua, selain itu Batu Pahat mencadangkan agar satu pelan strategik bersepadu diwujudkan melibatkan kerjasama erat antara agensi-agensi ini bagi memastikan rondaan berkala dan tindakan penguatkuasaan yang lebih efektif di kawasan kritikal ini.

Batu Pahat juga ingin mohon agar pindaan ini benar-benar menjaga hak nelayan tempatan agar tidak terpinggir. Dalam beberapa kes nelayan kecil dan tradisional menghadapi sekatan kawasan tangkapan dengan kehadiran bot pukat tunda yang lebih besar dan moden. Saya juga menyeru juga pada kerajaan, bantulah nelayan kecil ini seperti menyediakan pasar nelayan dan beberapa kemudahan seperti tempat sejuk beku agar mereka dapat menjalankan aktiviti mereka dengan lebih selesa dan berdaya saing.

Batu Pahat juga menyambut baik langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem pematuhan kapal iaitu Vessel Monitoring System (VMS). Walau bagaimanapun, program pendidikan dan latihan kepada nelayan harus disertakan agar mereka tidak terbebani dengan kos teknologi yang tinggi tanpa sokongan dan bimbingan kerajaan.

Selain itu, pemberian lesen perikanan perlulah dilakukan secara telus dan adil serta tidak dimonopoli oleh syarikat besar atau pihak ketiga yang tiada kaitan langsung dengan industri perikanan. Pemberian lesen harus mengutamakan nelayan yang benar-benar bergantung kepada laut sebagai sumber rezeki dan aktiviti mereka haruslah diberi keutamaan.

Dalam pada itu, Batu Pahat juga menyokong pengumpulan data maklumat perikanan. Ini antara lain dapat membantu Jabatan Perikanan mengumpul data hasil tangkapan dan kawasan aktiviti lebih tepat lagi. Kemudian dapat mengelakkan eksploitasi berlebihan dan menjamin sumber jangka panjang untuk generasi akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua, industri perikanan bukan sahaja mengenai pemakanan dan ekonomi tapi juga berkaitan keselamatan maritim, kelestarian alam sekitar dan kelangsungan komuniti pesisir. Pindaan ini adalah satu langkah ke hadapan, tetapi keberkesanannya hanya dapat dicapai melalui pelaksanaan yang adil, bersepadu dan menyeluruh. Sehubungan dengan itu, Batu Pahat dengan ini menyokong RUU Perikanan (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan.

Perkara yang pertama penguatkuasaan, seksyen 26. Jika dilihat kepada seksyen ini, jenis larangan kaedah penangkapan ikan berbahaya ini dipinda untuk mengharamkan

draft • 5:23 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

kaedah-kaedah seperti penggunaan bahan letupan, penggunaan racun ataupun tuba dan penggunaan arus elektrik yang banyak digunakan dalam kaedah penangkapan ikan air tawar.

Justeru, adakah pindaan ini turut melibatkan nelayan-nelayan sungai ataupun tasik ataupun turut dikenali sebagai nelayan darat? Jika ya, mohon pencerahan bagaimana penguatkuasaan denda akan dilaksanakan dan berapakah jumlah jeti perikanan air tawar yang diurus serta dikawal selia oleh LKIM?

Perairan Malaysia sememangnya mempunyai sumber ikan yang banyak untuk menampung permintaan di dalam negara seperti ikan kembung ataupun ikan temenung yang dikenali sebagai ikan rakyat. Namun, sumber rezeki nelayan tempatan turut diancam oleh pencerobohan bot nelayan asing.

Bagaimana pindaan seksyen 25 dan 26 ini dapat membantu penguatkuasaan maritim dalam mengekang pencerobohan oleh bot-bot nelayan asing dan bot pukat tunda di sekitar perairan negara? Kepala Batas ingin tahu, sehingga pindaan seksyen ini dilaksanakan berapakah jumlah tangkapan dan denda yang terkini?

Isu dan impak. Kepala Batas mencadangkan untuk memperhalusi pindaan seksyen 3A, seksyen 56C. Seksyen ini bakal memberi kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah dalam membuat keputusan seperti larangan kawasan perikanan, pelupusan ikan dan penyitaan harta. Setiap keputusan boleh dibuat tanpa perlu libat urus bersama Ahli Parlimen ataupun jawatankuasa bebas.

Kepala Batas ingin tahu sekiranya terdapat mekanisme semakan terhadap keputusan Ketua Pengarah dan adakah satu jawatankuasa bebas akan diwujudkan sebagai semak imbang contohnya kuasa larangan kawasan perikanan. Pindaan ini bahkan memperkenalkan syarat ketat yang berpotensi dilihat menekan nelayan kecil seperti permohonan lesen, pelaporan data, spesifikasi vesel dan juga lokasi pendaratan ikan.

Selain itu, kuasa untuk mengenakan kompaun kesalahan juga boleh di manipulasi terhadap golongan berpendapatan rendah oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, Kepala Batas ingin mencadangkan agar satu tier khas ataupun pengecualian dapat diwujudkan untuk nelayan B40 dan menubuhkan satu tribunal rayuan nelayan untuk menyemak semula denda yang dikenakan.

Kepala Batas ingin tahu adakah terdapat penafian hak untuk merayu di mahkamah dalam seksyen 51A? Ini kerana terdapat klausa menyatakan tiada siapa boleh menuntut pampasan ataupun kos penyitaan seolah-olah ia menutup ruang keadilan. Apakah jenis-jenis tuntutan pampasan dan kos yang diklasifikasikan sebagai tidak boleh dituntut? Mohon pencerahan.

Timbalan Yang di-Pertua, Kepala Batas tertarik tiga seksyen baru iaitu seksyen 10A, seksyen 56C dan seksyen 41 yang dilihat antara usaha untuk menambah baik penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 ini. Jika dilihat seksyen 56C, Ketua Pengarah boleh melarang aktiviti perikanan di kawasan tercemar.

draft • 5:23 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kepala Batas mohon penjelasan mengenai definisi kawasan tercemar dengan lebih lanjut. Ini kerana pencemaran yang berlaku di kawasan sungai di seluruh negara telah menyebabkan para nelayan hilang punca pendapatan. Misalnya, Sungai Kereh. Walaupun ia nya bukan kawasan industri perikanan yang utama, tapi sungai yang ada pada satu ketikanya menjadi tempat pilihan nelayan kecil tempatan kini tercemar kerana kumbahan najis khinzir sejak lebih daripada 40 tahun dahulu. Bolehkah Akta Perikanan ini dikuatkuasakan sebagai medium untuk tindakan ke atas isu pencemaran ini?

Kepala Batas berharap pindaan dan penguatkuasaan Akta Perikanan ini nanti dapat menjaga kualiti baki sungai-sungai yang masih berkeadaan baik kerana air sungai ini akhirnya turut mengalir ke laut. Seksyen 41, perisytiharan kawasan taman dan rizab laut, adakah terdapat jawatankuasa pemantau ke atas pemberian kuasa kepada Menteri untuk bertanggungjawab dalam mengisytiharkan kawasan taman laut, rizab laut dan membatalkan kawasan lama jika diganti dengan yang setara?

Misalnya iktibar daripada isu tambakan laut di Pulau Pinang yang telah memberi kesan buruk ke atas pesisir pantai dan nelayan. Projek Penang South Islands dengan izin, dilaporkan telah menyebabkan kualiti air dan kawasan-kawasan ikan bertelur di sekitar taman-taman laut terjejas.

Malah ada nelayan dan NGO pernah mencabar kebenaran merancang projek penambakan tersebut seperti yang dilaporkan dalam Metro pada 14 Februari 2024. Kawasan ini sepatutnya digazetkan sebagai kawasan simpan perikanan seperti adanya kawasan hutan simpan seperti Pantai Kerachut, Teluk Bahang. Justeru perkara ini harus dijadikan iktibar kerana terjejas bukan sahaja industri perikanan tapi turut melibatkan hidupan laut yang lain dan pusat-pusat perkelahan seperti Pantai Pokok Asam.

Seterusnya pada sidang parlimen lepas saya ada menyebutkan berkenaan tanah milikan LKIM di negeri Pulau Pinang. Malangnya, Parlimen Kepala Batas tidak mempunyai tanah milikan. Justeru, dilihat keperluan kepada para nelayan dan juga ahli keluarga nelayan memerlukan projek khas perumahan nelayan yang mana merupakan Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) sebagaimana telah dilaksanakan di Besut, Sik dan juga Kampung Kelulut.

Kepala Batas ingin memohon dan mencadangkan agar satu usaha dapat dibuat oleh LKIM dan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan tanah ataupun tapak bagi melaksanakan Projek Khas Perumahan (PSN) ini yang dicadangkan dilaksanakan di Kuala Muda, Penaga yang terletak di Parlimen Kepala Batas bagi membantu golongan-golongan ibu tunggal dan juga warga emas yang berada di kawasan yang sekitar.

Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya pindaan Akta Perikanan 1985 ini adalah perlu dan relevan untuk dilaksanakan memandangkan industri perikanan kini semakin moden dan mencabar penguatkuasaan dan garis panduan juga semakin mencabar. Jika dulu bot ataupun perahu dibina menggunakan kayu tapi kini dibuat menggunakan gentian kaca. Maka

draft • 5:23 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

sudah pasti apa yang dahulunya boleh, kini perlu dinilai semula. Akhirnya, Timbalan Yang di- Pertua.

*Ikan kekek mak iloi iloi, Ikan gelama mak ilai ilai; Niat hati pelihara laut dan pantai, Usah sampai ikan kembung turut tergadai.

Laut di janji penuh harapan, Nelayan tunggu tiada bekalan; Terowong ghaib bersama angan, Ada yang kaya tanpa sumbangan.* Sekian, terima kasih.

draft • 5:23 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 5:23 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Segulai Sejalai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Batang Lupar mohon untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 pada petang ini. Secara dasarnya, saya menyambut baik pembentangan RUU Perikanan yang merupakan komponen penting dalam usaha untuk memantapkan pengurusan sektor perikanan di Malaysia.

draft • 5:29 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya meneliti bahawa antara pindaan di bawah RUU ini adalah ke atas seksyen 6 Akta 317 yang melibatkan penambahbaikan peruntukan sedia ada mengenai peranan Ketua Pengarah Perikanan dalam merangka rancangan perikanan serta pelan pembangunan dan pengurusan perikanan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dalam merangka hala tuju sektor perikanan negara, saya berharap agar soal kebajikan nelayan juga harus diberi perhatian. Ini termasuk meneruskan pemberian bantuan kepada warga nelayan seperti Elaun Sara Hidup Nelayan, Skim Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan, Program Insentif Hasil Tangkapan dan sebagainya agar mengambil kira peningkatan kos― dan juga mengambil kira peningkatan kos sara hidup, peralatan dan input perikanan yang terpaksa ditanggung oleh nelayan pada masa kini.

Menyentuh mengenai bantuan kepada warga nelayan, dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak KPKM dan LKIM kerana telah bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk menyiapkan sebanyak 68 unit rumah di kawasan Penempatan Semula Nelayan Beladin untuk fasa pertama yang melibatkan kos sebanyak RM6.8 juta. Semoga projek dengan nilai keseluruhan RM21.25 juta ini dapat

draft • 5:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

segera disiapkan sepenuhnya untuk kesejahteraan warga nelayan di kawasan ini. Pada masa yang sama, saya juga berharap agar pihak kementerian akan terus menjalin kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi membina lebih banyak Penempatan Semula Nelayan

(PSN) di daerah Pusa, Lingga dan Sebuyau.

Dato’ Speaker, dengan kawasan pesisiran pantai yang luas, saya percaya Sarawak sebenarnya mempunyai banyak potensi dalam industri perikanan dan sektor akuakultur sama ada melalui perikanan laut mahupun darat. Dalam hal ini, saya menyarankan supaya Pelan Pembangunan Sektor Perikanan memfokuskan kepada inisiatif bagi membantu lebih banyak nelayan zon A untuk beralih kepada penangkapan ikan laut dalam berskala komersial terutama di zon B dan zon C.

Ini termasuk memberikan subsidi untuk menaik taraf vesel dan menggalakkan lebih banyak nelayan muda untuk menerokai potensi dalam industri perikanan dengan menyediakan peluang untuk mereka menyertai latihan bersama agensi kementerian seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, sebagai contoh. Selain itu, penyediaan infrastruktur perikanan seperti jeti dan kompleks pendaratan ikan di Sarawak juga harus dipergiat bagi merancakkan aktiviti perikanan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan perikanan.

Seterusnya, Dato’ Speaker, saya juga menyambut baik usaha kementerian untuk menambah baik peruntukan sedia ada di bawah seksyen 37 Akta 317 bagi menggalakkan pembangunan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan untuk perikanan darat termasuk pemuliharaan sesuatu kawasan atau spesies. Di Sarawak khususnya, pindaan ini amat penting dalam menyokong usaha ke arah memelihara populasi ikan-ikan eksotik yang diancam kepupusan akibat penangkapan melampau seperti ikan empurau, semah dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, saya juga menyambut baik tindakan tegas kementerian melalui RUU ini untuk meningkatkan kadar denda ke atas pihak yang didapati menggunakan kaedah haram seperti penggunaan bom, racun dan arus elektrik kepada RM250,000.

Penggunaan kaedah-kaedah haram ini amat besar impaknya kepada ekosistem perikanan.

Oleh itu, perlu diterapkan kesedaran dalam kalangan nelayan bahawa tindakan yang mementingkan keuntungan dan diri sendiri sedemikian hanya akan merugikan mereka untuk tempoh jangka masa panjang. Semoga langkah ini akan disusuli dengan pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan yang berkesan oleh pihak-pihak yang terlibat.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya, adakah terdapat saluran untuk orang awam menyampaikan aduan sekiranya terdapat insiden seperti ini berlaku di kawasan mereka?

Saya juga ingin mendapatkan sedikit penjelasan mengenai pindaan ke atas seksyen 31 mengenai pengkompaunan termasuk untuk nelayan yang menggunakan peralatan tradisional. Saya ingin bertanya, sejauh manakah kesan pindaan ini kepada para nelayan kecil yang mungkin tidak mempunyai lesen dan tidak berdaftar dengan persatuan nelayan kawasan? Mohon pencerahan daripada pihak kementerian.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pindaan RUU ini dan berharap ia dapat menghidupkan lagi sektor perikanan agar sektor ini dapat menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan sekuriti dan keterjaminan makanan di Malaysia.

Sekian, terima kasih, Dato’ Speaker. Saya mohon menyokong.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuantan.

draft • 5:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 14...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan Dialah Allah yang menundukkan lautan untukmu agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar”. Jadi, di kesempatan pada petang ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua sektor perikanan termasuk nelayan laut dan darat di seluruh negara dan juga di kawasan saya, Parlimen Kuantan, yang telah mengerah keringat berpanas berhujan meredah gelombang bagi membekalkan sumber makanan hasil laut dan sungai kepada kita semua.

Seterusnya, saya pergi kepada menyentuh pindaan seksyen 26 berkaitan penggunaan bahan terlarang dalam aktiviti penangkapan ikan termasuk bahan letupan, racun atau tercemar serta perkakas yang menggunakan arus elektrik. Tindakan ini akan menjejaskan ekosistem akuatik dan mencemar sumber air dan boleh beri kesan kepada kesihatan kita semua.

Dengan memasukkan kadar denda yang tinggi bagi kesalahan tersebut iaitu tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, saya menyokong pendirian tegas ini. Ia juga sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku ketika ini iaitu penggunaan pukat tunda yang telah merosakkan ekosistem marin, termasuk penyu. Pukat tunda juga boleh merosakkan mata pencarian nelayan itu sendiri, di mana ada di kalangan pengusaha telah menggunakan pukat tunda sehingga habis bubu yang dipasang oleh nelayan-nelayan dikautnya sekali gus. Ini adalah di antara aduan yang saya terima.

Jadi, saya ingin mendapatkan perincian, berapakah bilangan kes penggunaan bahan terlarang yang dilaporkan dan diambil tindakan bagi tempoh lima tahun terkini?

Seterusnya, pindaan pada seksyen 43 yang memasukkan denda bagi kesalahan yang dilakukan di taman laut atau rizab laut di perairan Malaysia dilihat tindakan yang sangat bertepatan bagi menyokong usaha pemuliharaan spesies marin yang terancam bagi memastikan kelestarian biodiversiti hidupan marin. Jadi, nelayan ketika ini banyak mengadu juga berkaitan dengan sempadan ini.

Dalam kes sempadan ini, ada dua bab. Satu bab berkaitan nelayan asing masuk ke perairan negara kita seperti nelayan daripada Thailand, Myanmar dan lain-lain. Dan satu bab lagi berkaitan dengan sempadan berkaitan jenis-jenis bot iaitu ada bot kelas C masuk ke

draft • 5:35 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

dalam kawasan 10 batu nautika ke bawah. Mereka pergi kepada kawasan nelayan pantai.

Jadi, kawasan-kawasan yang mencandat sotong― ini memberi kesan kepada hasil nelayan pantai. Mereka masuk ini pada waktu mana ketika pemantauan tidak dilakukan. Contohnya, pada waktu malam. Jadi, nelayan-nelayan ini tahu keadaan perkara ini dan mereka telah buat aduan.

Jadi, persoalan, sejauh mana kemampuan dan keberkesanan pemantauan taman laut ini? Adakah penglibatan daripada komuniti nelayan itu sendiri dan juga NGO berkaitan alam sekitar dan juga maritim?

Jadi, antara kaedah pemuliharaan dan perlindungan habitat marin ialah dengan melabuhkan tukun tiruan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan hasil tangkapan bagi jangka masa panjang serta berpotensi menjadi tarikan bagi aktiviti pelancongan. Saya mendapat maklumat bahawa perairan Kuantan itu sendiri tiada tukun baru yang dilabuhkan― paling terkini. Manakala tukun-tukun sedia ada ini sudah lama. Ada yang telah hanyut, ada juga yang rosak.

Jadi, soalan saya, berapa jumlah tukun tiruan yang dilabuhkan di seluruh perairan Malaysia bagi tempoh lima tahun terakhir? Saya mohon perincian dan jumlah mengikut negeri secara bertulis daripada Yang Berhormat Menteri. Ini kerana banyak kepentingan tukun tiruan ini perlu kita segera labuhkan. Selain peningkatan hasil nelayan, ia juga akan menghalang kegiatan pukat tunda untuk terus bermaharajalela.

draft • 5:35 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Timbalan Yang di-Pertua, terdapat beberapa pindaan berkaitan lesen termasuk seksyen 10, seksyen 13 dan seksyen 14. Pindaan seksyen 14 memperuntukkan tempoh lesen bagi vesel penangkapan ikan yang beroperasi di laut lepas tidak lebih daripada 24 bulan. Saya ingin tahu berapakah bilangan bot kelas C2 di seluruh negara dan berapa jumlah lesen aktif bagi kelas ini? Kerana kru warga asing boleh diambil bekerja dalam sektor perikanan setelah mendapat kebenaran seperti termaktub dalam subseksyen (1)(c) seksyen 10.

Namun, saya tidak melihat ada kawalan nisbah kru warga asing berbanding warga tempatan. Kelompongan peraturan ini menyebabkan majikan boleh ambil pekerja asing tanpa had dan keadaan ini merupakan satu kerugian kepada ― kerana menyempitkan peluang pekerjaan bagi warga tempatan. Dan, terdapat juga segelintir kru warga asing ini tidak beretika dalam kerjanya seperti mengangkat bubu-bubu yang dipasang oleh nelayan tempatan. Jadi, soalan saya, adakah kerajaan mempunyai peraturan dan panduan dalam nisbah pengambilan pekerja. Saya ingin tahu berapakah bilangan kru warga asing yang bekerja dalam sektor perikanan khususnya melibatkan bot besar kelas C dan C2.

Berdasarkan data pihak kementerian, apakah faktor utama sesuatu lesen nelayan ditarik balik? Adakah masih terdapat kes penyeludupan diesel di kalangan nelayan setelah subsidi diesel ditarik? Saya mohon perincian jumlah lesen yang ditarik balik mengikut kelas

draft • 5:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

bot bagi setiap negeri dalam tempoh lima tahun dan berapa lesen baharu diluluskan dalam tempoh tersebut? Dan, saya mohon maklumat secara bertulis.

Pindaan subseksyen (2) seksyen 15 berkaitan dengan vesel penangkapan ikan asing di perairan Malaysia. Saya ingin mendapatkan perincian jumlah kes tangkapan melibatkan nelayan asing di perairan negara kita bagi tempoh lima tahun terakhir dan berapakah anggaran jumlah kerugian disebabkan pencerobohan oleh nelayan asing tersebut Dan, saya ingin tahu sejauh mana kerjasama antara pihak berkuasa di Malaysia dengan negara-negara jiran bagi membanteras pencerobohan perairan negara termasuk melibatkan aktiviti penangkapan ikan dan hasil laut.

Dan, ketika ini kadar denda kepada nelayan asing yang didapati bersalah adalah sangat tinggi. Mencecah RM500,000 bagi setiap kru. Kebanyakan pesalah ini, dia tidak mampu membayar denda dan memilih hukuman penjara. Memetik laporan media pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 5:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Telah berbincang dengan...

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...Gulung.

draft • 5:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

...Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi mencadangkan hukuman sebat kepada pesalah nelayan asing. Jadi, saya mohon penjelasan status semasa cadangan tersebut.

Jadi akhir sekali, diharapkan dengan pindaan ini dapat meningkatkan lagi kecekapan urus tadbir agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan demi manfaat dan kebaikan golongan nelayan khasnya, dan rakyat amnya secara keseluruhan.

Kuantan mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Berikut saya silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 5:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker memberi saya ruang untuk membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Perikanan 1985.

Timbalan Speaker, seperti yang kita tahu, makanan laut itu adalah makanan utama protein untuk rakyat Malaysia. Kalau kita lihat kepada statistik, seorang rakyat Malaysia satu tahun mereka akan makan lebih kurang 59 kilo makanan laut. Ertinya, Malaysia ini kita perlukan lebih kurang dua juta metrik tan sumber laut untuk memenuhi permintaan rakyat di Malaysia. Dan kita lihat buat masa ini lebih kurang 1.6 juta metrik tan dapat tangkapan laut daripada negara kita sendiri. Ertinya kita masih lagi perlu import.

Jadi dalam bab ini, keterjaminan makanan itu amatlah penting. Apatah lagi selepas COVID-19, kita lihat bagaimana kita nak memastikan kita dapat membekalkan sumber yang mencukupi dalam negara kita sendiri adalah penting ya. Jadi, sudah pasti Kementerian

draft • 5:43 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pertanian yang membentangkan pindaan akta ini adalah untuk memperkasakan bagi membolehkan isu yang menjurus kepada kemerosotan stok perikanan ditangani dan langkah pengurusan perikanan dilaksanakan secara holistik adalah tepat pada masanya supaya kita dapat memastikan kita akan terus mempunyai sumber laut yang mencukupi. Sebab ikut kajian, kalau kita tidak melindungi, akhirnya barangkali 30 tahun daripada sekarang, kita akan hilang sumber laut ini.

Jadi dalam bab ini, kita lihat pindaan yang akan dibuat itu antaranya meningkatkan denda. Ada syarat-syarat yang ketat. Jadi, di sini saya nak bangkit ialah supaya apabila kita nak adakan satu undang-undang yang ketat untuk mengawal golongan nelayan, pada masa yang sama kita juga perlu berikan ruang yang secukupnya untuk mereka. Jadi, kita perlu ada satu keseimbangan.

Yang saya risau, yang saya khuatir ialah apabila, ya, denda yang terlalu tinggi, akhirnya adakah dia akan menyebabkan golongan nelayan ― akhirnya mereka akan tinggalkan kerjaya mereka. Daripada mereka menjalankan, ya, hidup sebagai seorang nelayan, pendapatan tidak menentu, bergantung kepada cuaca, risiko yang tinggi dan kini mereka perlu menghadapi risiko hukuman yang tinggi.

Jadi dalam bab ini, kita harap supaya terutamanya Jabatan Laut dapat memberi pertimbangan, apabila golongan nelayan mereka buat kesilapan, kita harus berikan ruang kepada mereka. Contohnya, kalau mereka keluar laut, lebih jauh daripada jarak yang dibenarkan, barangkali kadang-kadang ialah kerana GPS mereka rosak, mereka terkeluar.

Jadi, kita harap supaya Jabatan Laut dapat beri peluang kepada mereka. Nelayan yang betul- betul genuine. Itu yang bab yang pertama.

Yang kedua yang saya nak bincang ialah tentang berkaitan dengan perkara 41 di mana ia adalah berkaitan dengan mengiktirafkan — mengisytiharkan, ya, atau membatalkan pengisytiharan suatu kawasan taman laut ataupun rizab laut. Dalam bab ini, saya nak tanya kepada pandangan Jabatan Laut di mana kalau mengikut akta ini, Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut akan menentukan melalui siaran warta tentang mananya taman laut dan juga ataupun rizab laut.

Dalam bab ini saya nak tanya, kebelakangan ini kita lihat banyak pembangunan telah dijalankan. Ada negeri-negeri yang di mana mereka buat projek penambakan laut akhirnya telah ia menjejaskan rizab laut ataupun taman laut ini yang akan menjejaskan sumber laut.

Contohnya ini Melaka. Melaka, Kerajaan Negeri Melaka mereka nak ― mereka dah lancarkan ya, projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) Jadi, saya nak tahu, apabila projek ini dilancarkan, adakah Jabatan Perikanan, mereka setuju dengan projek tersebut? Sebab yang kita lihat rata-rata golongan nelayan menyuarakan masalah mereka di mana projek penambakan laut telah menjejaskan tangkapan ikan mereka. Jadi, dalam bab ini...

draft • 5:43 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Mahkota.

draft • 5:43 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya harap...

draft • 5:43 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh tambah sikit saja? Saya mencelah. Kota Melaka setuju tak dengan berlakunya penambakan laut di Melaka dan pewartaan tiga pulau sebagai taman laut, dia sebenarnya telah menjejaskan hasil tangkapan nelayan khususnya di daerah Melaka selatan. Terima kasih.

draft • 5:43 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, seperti yang saya sebut, saya kata memang jejaslah. Masukkan dalam ucapan saya. Jadi dalam bab ini, saya harap supaya Jabatan Laut, jabatan perikanan ya, dapat menjalankan tugas anda dengan baik. Jangan risau, cakap benar. Kalau projek tambak laut itu memang menjejaskan nelayan, sebut saja ― dan kita nak ― supaya apabila kerajaan mereka buat keputusan, mereka akan pertimbangkan bahawa itu telah menjejaskan golongan nelayan. Ya, itu saja daripada saya.

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

draft • 5:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Berikut saya mempersila Yang Berhormat Mersing.

draft • 5:43 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Secara keseluruhannya, saya menyambut baik inisiatif kerajaan dalam membentangkan pindaan ini yang dilihat berteraskan keperluan memperkukuh peruntukan undang-undang sedia ada khususnya dalam memastikan pengurusan sumber perikanan negara termasuk di Parlimen Mersing berjalan dengan lebih berkesan, mampan dan selari dengan standard antarabangsa.

draft • 5:49 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Pindaan-pindaan yang dikemukakan kali ini juga memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mengekang aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal, di samping melindungi kelestarian biodiversiti marin dan beberapa pindaan lain berbangkit telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain.

Dalam perbahasan kali ini, saya ingin memfokuskan kepada tiga fasal utama yang memerlukan penelitian dan pencerahan lanjut. Pertama, saya merujuk kepada fasal 20 bagi pemindaan seksyen 26, khususnya subfasal 20(a) yang menggantikan subseksyen 26(1) yang mana memperuntukkan larangan terhadap penggunaan bahan letupan, racun dan peralatan berasaskan arus elektrik dalam aktiviti penangkapan ikan. Saya menyambut baik usaha ini sebagai langkah melindungi habitat marin daripada kemusnahan.

Namun begitu, persoalan yang timbul ialah apakah definisi yang diguna pakai bagi istilah “arus elektrik” dalam konteks ini. Apakah takrif teknikalnya dan adakah ia turut meliputi peralatan berarus rendah yang digunakan dalam sektor akuakultur kecil atau sistem perangkapan ikan secara tradisional? Saya berpandangan ketidakjelasan dalam takrifan ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan di lapangan. Oleh itu, saya mencadangkan agar kementerian menggubal satu garis panduan teknikal atau kod amalan bagi memperincikan spesifikasi peralatan yang dibenarkan dan dilarang agar tidak

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

berlaku salah tafsir atau ketidakadilan terhadap nelayan kecil ketika pemeriksaan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kedua, saya ingin mengupas fasal 21 yang meminda subseksyen 27(1) dan (4) berkaitan hukuman denda yang dinaikkan daripada RM5,000 sehingga RM250,000 ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan berkaitan dengan mamalia akuatik atau penyu. Soalan yang wajar dikemukakan di sini ialah apakah asas pertimbangan atau justifikasi yang mendorong kenaikan denda ini.

Walaupun saya memahami keperluan untuk mewujudkan pencegahan dalam pelaksanaan undang-undang, namun kadar ini dilihat terlalu berat sekiranya dikenakan kepada nelayan kecil yang mungkin tidak memiliki pengetahuan mencukupi berkenaan larangan yang diperuntukkan. Lebih membimbangkan lagi, wujud kes-kes di mana nelayan kecil ini menjadi mangsa eksploitasi sindiket yang berselindung di sebalik kelemahan penguatkuasaan.

Justeru, saya mencadangkan agar hukuman yang lebih bersifat progresif dan diperkenalkan di mana kadar denda ditentukan berdasarkan tahap kesalahan, rekod pelanggaran serta kategori pelaku sama ada individu persendirian atau syarikat perikanan komersial. Saya juga ingin bertanyakan, adakah peningkatan kadar denda ini mampu menghalang kemasukan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara? Atau adakah pelaksanaan penguatkuasaan maritim yang lebih tegas seharusnya menjadi keutamaan?

Ketiga, merujuk kepada fasal 43 yang memperkenalkan seksyen baharu 56C iaitu peruntukan kuasa kepada Ketua Pengarah Perikanan untuk mengeluarkan larangan terhadap aktiviti perikanan di kawasan perairan yang dikenal pasti mengalami pencemaran atau kontaminasi. Saya tidak menolak keperluan untuk menjaga keselamatan makanan dan kesihatan awam. Namun begitu, pelaksanaan larangan seperti ini tanpa disertakan dengan mekanisme sokongan atau pampasan yang sewajarnya, akan memberi kesan ekonomi yang sangat besar kepada komuniti nelayan, khususnya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai sumber pendapatan utama.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, adakah terdapat pelan mitigasi, pelan peralihan ekonomi atau skim pampasan yang akan disediakan bagi memastikan kebajikan nelayan tidak terabai. Saya ingin mencadangkan agar satu pelan peralihan sosioekonomi nelayan dibangunkan, yang mana pelan ini merangkumi komponen seperti latihan semula, pemberian elaun peralihan, bantuan subsidi peralatan alternatif dan peluang pekerjaan dalam sektor berkaitan maritim atau ekopelancongan bagi komuniti yang terjejas akibat pelanggaran larangan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, saya ingin menegaskan bahawa Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 ini mengandungi unsur penting dalam melindungi khazanah laut negara dan memodenkan undang-undang perikanan agar lebih responsif terhadap cabaran semasa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa suara dan

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

realiti nelayan-nelayan di kawasan Parlimen saya, Mersing, yang merupakan antara kawasan pesisir yang bergantung kepada sektor perikanan sebagai nadi ekonomi tempatan.

Terdapat lebih 1,209 nelayan berdaftar di Mersing, yang terdiri daripada nelayan- nelayan pantai dan tradisi yang mewarisi kemahiran turun-temurun. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kos operasi yang meningkat, kesukaran mendapatkan bantuan peralatan moden serta gangguan hasil tangkapan akibat perubahan iklim. Jika larangan-larangan baharu diperkenalkan tanpa pelan sokongan dan pampasan yang sewajarnya, saya khuatir golongan nelayan kecil di Mersing dan juga di kawasan pesisir lain di seluruh negara akan terus terpinggir, malah mungkin hilang mata pencarian.

Justeru, saya mohon agar setiap pindaan yang diluluskan mengambil kira realiti lapangan dan disusuli dengan pelan pelaksanaan yang holistik, adil dan bersifat menyeluruh termasuk pendekatan sokongan ekonomi, pendidikan kesedaran serta pengukuhan sistem bantuan kepada nelayan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jelebu.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Saya — kerana beri peluang untuk saya terlibat dalam perbahasan ini. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di atas pindaan akta ini. Dan cuma saya nak sebut satu, dalam kita menaikkan denda, harus kita teliti semula supaya kita tidak kehilangan para nelayan untuk kita membekalkan bekalan ikan bagi menjamin bekalan ikan pada masa akan datang.

Untuk kita jadikan Indonesia dan juga Thailand sebagai benchmark, itu harus kita lihat semula kerana yang penting ialah penguatkuasaan dan kategori kadar denda yang akan kita kenakan. Ini supaya tidak mendatangkan masalah pada para nelayan.

Saya ingin menyentuh perkara seksyen 14, Dato’ Yang di-Pertua. Pindaan dalam seksyen 14 Akta 317 yang menyebut tentang tempoh 12 bulan bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di perairan perikatan Malaysia. Di Negeri Sembilan — saya lebih menjurus pada Negeri Sembilan. Negeri Sembilan, nelayan pantai ataupun laut ini hanya ada di daerah Port Dickson sahaja dan satu-satunya daerah yang mempunyai kawasan laut.

Ketika ini, untuk rekod Dewan, jumlah vesel yang dilesenkan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 366 vesel yang melibatkan 496 pemilik vesel dan awak-awak dan hanya ada 10 kekosongan sahaja lesen yang boleh diisi. Dan mengikut praktis yang kita ada hari ini, lesen hanya boleh diluluskan di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Dan lesen apabila dia tidak — ia tidak boleh diwarisi oleh keluarga terdekat dan yang penting sekali pada hari ini saya nak beri pandangan supaya kelompok nelayan di Port Dickson yang tidak berlesen ini supaya kita kelaskan supaya nelayan sambilan.

draft • 5:55 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya menganggarkan Dato’ Yang di-Pertua, di Negeri Sembilan terutamanya di Parlimen Port Dickson, terdapat lebih kurang 100 orang nelayan sambilan dan tidak berlesen yang berada di Port Dickson dan mereka ini terdedah kepada tindakan penguatkuasaan yang sentiasa ada daripada pihak berkuasa. Dan memandangkan kuota lesen yang dikeluarkan kepada nelayan Port Dickson ini adalah terhad, adalah mustahil untuk kita lesenkan kepada semua nelayan yang tidak berlesen.

Saya mengambil kira keluh kesah mereka yang terlibat dan mereka datang mengadu kepada pihak berkuasa negeri supaya dapat kita cadangkan kepada pihak kementerian supaya dapat diwujudkan satu lesen sementara yang boleh dipohon oleh mereka yang tidak berlesen. Lesen sementara ini mungkin boleh diberikan untuk jangka masa pendek, bergantung kepada musim atau apa-apa penilaian yang dirasakan bersesuaian oleh pihak kementerian.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mohon kepada pihak kementerian supaya apabila pindaan ini dilakukan, langkah pertama yang kita ambil ialah proses pemulihan kepada pemegang dan pemilik lesen yang sedia ada. Terdapat setengah nelayan yang berlesen yang pada ketika ini hanya memegang lesen dan menikmati subsidi kerajaan dan bantuan kerajaan sedangkan mereka tidak aktif lagi sebagai nelayan. Tiap-tiap bulan dia dapat subsidi, tiap- tiap bulan dia dapat RM300 elaun sara hidup bantuan daripada kerajaan tetapi mereka tidak aktif sebagai nelayan. Jadi, pemutihan oleh pihak kementerian — oleh pihak kerajaan harus dilakukan supaya mereka yang benar-benar menjadi nelayan dapat peluang untuk memiliki lesen yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.

Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, seksyen 38(j) dan (n) dalam pindaan ini menyentuh tentang “untuk menetapkan kawasan yang dilarang bagi maksud pemuliharaan dan pengurusan penyu dan perikanan darat.” Tetapi ramai yang sedia maklum bahawa di pantai Port Dickson ini Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada Terengganu, selain daripada Pahang, Sabah dan Sarawak, Negeri Sembilan juga adalah merupakan antara destinasi penyu bertelur dan juga aktiviti-aktiviti yang lain. Keunikan penyu yang mendarat di pantai Port Dickson ini, ianya melibatkan dua spesies iaitu penyu karah dan juga penyu agar, yang mana kebiasaannya satu-satu kawasan hanya melibatkan satu spesies saja tetapi di Port Dickson ini kita ada dua spesies.

draft • 5:55 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Taburan pendaratan penyu ini meliputi hampir sepanjang pantai Port Dickson iaitu Pantai Pulau Intan, Pantai Pulau Masjid, Pantai Pejabat Tanah, Pantai Tanjong Gemok dan juga Pantai Kampung Teluk dan ianya berterusan daripada Lukut itu Dato’ Yang di-Pertua sampai ke kawasan Linggi. Saya nak sebut ketika ini dua lokasi sahaja bagi pengunjung untuk melihat penyu dewasa ini yang ada di Port Dickson yakni di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan juga Glory Beach Resort iaitu yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Musim pendaratan penyu di Port Dickson ini biasanya di antara bulan Mac hingga Oktober dan yang paling aktif sekali ialah bulan Jun dan sampai ke Julai. Untuk rekod Dato’

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang di-Pertua, pada tahun 2024 yang mendarat di Port Dickson, 29 sarang. Berlaku peningkatan yang begitu signifikan bagi tahun 2025 antara bulan Januari sampai Jun telah dikenal pasti dan direkodkan sebanyak 45 sarang dan kebiasaannya jumlah pendaratan penyu ini hanyalah di bawah 30 sarang.

Jadi, apa yang nak saya cadangkan kepada pihak kementerian supaya dapat pihak kementerian ataupun pihak kerajaan mewartakan kawasan pendaratan penyu. Satu lagi kawasan pendaratan penyu di Negeri Sembilan, yakni di Port Dickson untuk dijadikan sebagai satu kawasan untuk memelihara ataupun sebarang aktiviti yang berkaitan dengan peneluran ataupun pembiakan penyu ini. Saya nak mencadangkan kepada pihak kementerian supaya kesesuaian kawasan pantai ini dapat kita wartakan untuk kawasan pendaratan penyu di Negeri Sembilan, Dato’ Yang di-Pertua.

Secara kesimpulannya Dato’ Yang di-Pertua, apabila pindaan sesuatu RUU terutamanya melibatkan pemeliharaan ekosistem perairan negara, kelestarian biodiversiti dan kebajikan nelayan, tidak ada sebablah untuk RUU ini tidak dapat disokong ataupun diberikan kelulusan sewajarnya. Apa yang paling penting sebenarnya ialah perubahan terhadap Akta 317 ini dibuat pada hari ini mestilah benar-benar dilaksanakan untuk kebajikan dan kepentingan keterjaminan makanan khususnya produk yang berasaskan pada perikanan. Saya Jelebu menyokong usul ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Berikut, saya mempersila Yang Berhormat Baling.

draft • 6:00 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang pindaan Akta Perikanan 1985. Usaha ini memperkukuhkan aspek penguatkuasaan dan pemeliharaan laut adalah satu langkah yang diperlukan. Namun, kita juga perlu berhati-hati agar ia tidak menjadi satu undang-undang yang menghukum rakyat marhaen sedangkan masalah utama tidak ditangani daripada akar umbinya.

Pertama, soalan penguatkuasaan. Meningkatkan penalti adalah langkah yang mudah. Tetapi yang lebih mencabar ialah memastikan penguatkuasaan dilakukan secara adil, konsisten dan berkesan. Kita harus bertanya, adakah agensi penguatkuasa kita cukup peralatan, kakitangan dan keupayaan untuk melaksanakan undang-undang ini secara menyeluruh. Jangan sampai nelayan kecil yang tertinggal sejengkal masuk zon larangan pula ditahan sedangkan pencerobohan laut terlepas begitu sahaja.

Yang kedua, soal keadilan kepada nelayan tempatan. Banyak kawasan yang bakal diwartakan sebagai taman laut dan zon larangan menangkap ikan berada di lokasi yang selama ini menjadi sumber rezeki masyarakat nelayan. Jika kawasan ini ditutup, apa ganti rugi atau bantuan pendapatan yang disediakan kepada mereka? Apakah pelan jangka

draft • 6:02 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

panjang kerajaan untuk membantu mereka beralih ke sektor lain atau mempelbagaikan hasil tangkapan?

Yang ketiga, berkenaan perlindungan spesies seperti penyu. Langkah melarang penjualan penyu hidup adalah tepat tetapi undang-undang semata-mata tidak cukup. Kita perlukan kerjasama rapat antara agensi kerajaan, kerajaan negeri, komuniti setempat dan NGO bagi menjayakan usaha ini. Pendidikan masyarakat juga penting agar rakyat tidak terlibat secara tidak sedar dalam rantaian pemerdagangan hidup marin terancam.

Yang keempat, kita juga perlu telus dalam menangani pencerobohan oleh bot asing.

Adakah kerajaan sedia mendedahkan jumlah pencerobohan sebenar setiap tahun, langkah pengusiran yang diambil dan cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasaan di lapangan?

Jangan biarkan isu ini hanya muncul di media tetapi tiada penyelesaian menyeluruh yang dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong prinsip RUU ini, melindungi sumber negara, memelihara ekosistem laut dan menjaga kedaulatan perairan. Namun, kita mesti pastikan bahawa dalam proses ini, dalam penjagaan laut jangan sampai kita abaikan rakyat yang bergantung hidup daripadanya. Undang-undang ini perlu dibina dan pendekatan yang seimbang untuk pemerolehan dan keadilan sosial.

Saya mohon agar segala perincian pelaksanaan dan mekanisme sokongan kepada komuniti nelayan dapat dijelaskan dengan tuntas oleh pihak kementerian sebelum RUU ini diluluskan sebenarnya. Semoga apa yang dirancang ini akan dapat memberi manfaat yang besar kepada rakyat terutama sekali kepada golongan nelayan. Terima kasih.

draft • 6:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 6:02 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Perikanan (Pindaan) 2025 ini dengan penuh keprihatinan terhadap ancaman yang sedang melanda sektor perikanan negara khususnya di kawasan perairan negeri Selangor daripada Pelabuhan Klang membawa kepada Kuala Selangor, seterusnya sampai ke Sabak Bernam.

Antara isu yang paling mendesak yang ingin saya angkat hari ini ialah berkaitan aktiviti penangkapan ikan tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal ataupun illegal, unreported, unregulated (IUU) fishing serta penggunaan pukat tunda di Zon A iaitu zon yang sepatutnya dikhaskan hanya untuk nelayan pesisir pantai yang berdaftar dan menggunakan peralatan tradisional. Apa yang berlaku di perairan ini sekarang sangat membimbangkan.

Aktiviti pukat tunda secara haram yang sepatutnya beroperasi di Zon C ataupun C2 telah menceroboh masuk ke Zon A menyebabkan kesan kerosakan yang besar terhadap ekosistem marin dan pendapatan nelayan kecil.

draft • 6:07 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Banyak nelayan kita yang pulang dengan tangan kosong sedangkan kapal-kapal besar yang tidak berlesen terus menuai hasil laut dengan rakus. Saya juga pernah merasai pulang dengan tangan kosong ini, Dato’ Yang di-Pertua. Bila pergi ke laut memancing, kumpau. Kumpau tahu Dato’ Yang di-Pertua, ya? Nah, begitulah. Tapi sebabnya antaranya inilah pencerobohan-pencerobohan yang berlaku di kawasan-kawasan Zon A.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengalukan-alukan pindaan RUU ini yang memperketatkan tindakan terhadap aktiviti IUU fishing. Beberapa pindaan penting yang telah dimasukkan termasuk seksyen 10A, 15(2), seksyen 13A, 13(3A) dan seksyen 26 yang memberi penekanan kepada aspek pelesenan, penguatkuasaan zon tangkapan dan tindakan terhadap pencerobohan perairan.

Saya juga menyokong penuh pindaan yang melibatkan kenaikan kadar denda dalam seksyen 25, 26, 27 dan 31.

draft • 6:07 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Langkah menaikkan penalti ini adalah wajar dan tepat pada masanya kerana hukuman lama yang terlalu ringan tidak lagi memberikan kesan jera kepada pelaku. Kita tidak mahu perairan negara kita ini terus menjadi sasaran aktiviti perikanan haram kerana undang- undang kita dianggap begitu lemah ataupun mudah diperdaya.

Namun, saya ingin tegaskan bahawa undang-undang tanpa penguatkuasaan ibarat jaring yang koyak, yang mudah dilolosi oleh ikan-ikan yang besar. Apatah lagi kalau ianya jerung dan seumpamanya. Saya menggesa agar aspek penguatkuasaan diperkasakan secara menyeluruh khususnya di kawasan perairan Selangor seperti Pelabuhan Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang kini menjadi antara titik panas aktiviti RUU fishing ini.

Saya menyeru supaya agensi-agensi seperti APMM, Jabatan Perikanan, PDRM Marin dan Agensi Perisikan Maritim digerakkan secara bersepadu, peralatan pemantauan moden seperti dron maritim, sistem radar pantai dan pelaksanaan geofencing perlu diperluaskan. Bot-bot yang melanggar sempadan zon tangkapan sepatutnya dikesan serta- merta dan disita tanpa kompromi. Tak boleh tunggu sehingga satu jam, dua jam barulah penguat kuasa ini sampai ke tempat yang dilaporkan.

Dato’ Yang di-Pertua, kita ada Shuhaily di Kementerian Dalam Negeri. Barangkali kita juga perlukan seorang yang bernama Shuhaily di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk ditempatkan mengawal aktiviti perikanan ini.

Tuan Yang di-Pertua, nelayan pesisir bukan sekadar mencari rezeki, mereka juga menjadi penjaga alam laut kita. Namun kini, mereka berdepan dengan tekanan berganda hasil daripada tangkapan yang merosot, alat menangkap ikan yang rosak dan persaingan yang tidak adil dengan pemain besar yang tidak sah.

Di Sabak Bernam contohnya, terdapat pelbagai aduan saban minggu pencerobohan pukat tunda yang merosakkan bubu dan pukat nelayan kecil. Keadaan ini sudah tidak boleh dibiarkan berlarutan. Di Pelabuhan Klang begitu juga, ada nelayan pantai yang sampai kemalangan dan terkorban kerana terlanggar dengan pukat tunda ini.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Justeru itu, saya ingin bertanya sedikit angka tangkapan pencerobohan vesel pukat tunda di Zon A yang menjejaskan nelayan di Pelabuhan Klang dan Sabak Bernam serta langkah tegas kementerian untuk membanteras gejala ini. Saya mohon juga penjelasan bagaimana pindaan Akta 317 ini dapat memastikan ketelusan pemantauan bot berlesen dan mengelak penyalahgunaan kuasa oleh operator besar di kawasan yang saya sebutkan.

Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, kita tidak hanya boleh menggubal undang-undang.

Kita perlu menunjukkan kesungguhan politik dan operasi yang menyeluruh. Sekiranya kita gagal bertindak sekarang, kita bukan sahaja kehilangan hasil laut, kita kehilangan kepercayaan rakyat khususnya komuniti nelayan terhadap keadilan dan kedaulatan laut kita sendiri. Saya menyokong penuh pindaan ini dengan harapan ia benar-benar diterjemahkan dalam pelaksanaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 6:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana membenarkan saya membahaskan RUU Perikanan yang memerlukan pindaan hari ini. RUU ini sangat penting kerana ia menyentuh perkara yang saya kira sangat memberikan harapan kepada komuniti nelayan itu mengenai penyelidikan dan Pembangunan, keselamatan makanan, pemeliharaan sumber marin dan kekuatan ekonomi maritim negara.

Soalan saya ialah bila undang-undang dan dasar ini disebut, ia merupakan sesuatu yang diletakan di bawah senarai bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Apakah nama baharu agensi yang akan diperkenalkan secara teknikal bagi melaksanakan hasrat ini khususnya melibatkan pengurusan untuk perikanan?

Yang kedua, bila disebut pendaftaran bagi lesen bot dan vesel, kita difahamkan bahawa terdapat syarat pendaftaran yang berbeza antara negeri-negeri dan juga wilayah- wilayah. Jadi, apakah perbezaan tersebut dan sekiranya terdapat perbezaan, saya mohon untuk dibuat penyelarasan agar memudahkan dan mempercepatkan lagi pendaftaran bagi vesel-vesel ini.

Kita difahamkan bahawa di negara jiran daftar bot dibuat secara Google Forms dan sistem berpusat yang lebih cekap. Jadi, kita mohon agar pada kali ini dengan pindaan, kerajaan juga akan mengaplikasi sistem sedemikian. Berapakah jumlah lesen yang telah pun berdaftar setakat ini dan adakah sumber hasil lesen ini dikembalikan kepada pembangunan komuniti nelayan?

Yang kedua berkaitan dengan penyelidikan. Saya ingin tahu, apakah pelan tindakan nasional untuk menjadikan perikanan sebagai kerjaya yang moden, profesional dan sofistikated di bawah pindaan ini. Kerana kita lihat identiti dan imej nelayan perlu diperkasa bukan lagi sebagai simbol kemiskinan tetapi sebagai simbol penjaga perut negara.

draft • 6:13 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Bagaimana pengiktirafan ilmu geografi tempatan sebagai negara yang mempunyai Semenanjung dan laut yang banyak perlu merangka suatu dasar yang penting bagi memastikan bahawa laut ini akan menjadi sumber rezeki tetapi juga memberikan semangat spiritual dan kesedaran fitrah serta kesedaran alam bagi warganegara Malaysia.

Yang satu lagi, berapakah pemegang Sijil Akademi Perikanan Malaysia yang telah pun ditubuhkan lebih 70 tahun yang lepas yang memiliki — berapakah di kalangan nelayan- nelayan kita ini memiliki sarjana muda, sarjana ataupun PhD? Kerana kita lihat bidang tersebut tentang penyelidikan dan pengembangan, kita memerlukan sarjana-sarjana seperti ini.

Apakah — Kita lihat, apakah hala tuju dasar perikanan negara mengikut wilayah dan berapakah universiti yang menyediakan kursus-kursus yang membabitkan perikanan dalam negara kita dan berapakah sijil-sijil TVET yang berkaitan. Kita juga memerlukan bukan hanya dari segi pendidikan, tapi juga arkib dan juga sejarah. Kita difahamkan hanya ada satu Muzium Nelayan Tanjung Balau yang menempatkan dan menghimpunkan sejarah tradisi untuk perikanan. Tapi, dalam muzium-muzium lain tidak ada dan saya pohon agar perkara ini diberi perhatian kerana ini membabitkan sejarah negara.

Dan dari segi polisi kementerian, sekarang ini terdapat fenomena genetik dwarfing di mana ikan besar lebih banyak ditangkap untuk memenuhi permintaan pasaran menyebabkan hanya ikan kecil yang tinggal untuk membiak. Lama-kelamaan, populasi ikan menjadi semakin kecil kerana gen ikan besar tidak lagi diwarisi. Ini memberikan kesan jangka masa panjang kepada keselamatan makanan, keseimbangan ekosistem laut dan juga ekonomi negara. Jadi, apakah polisi kita pada kali ini?

Dan dari segi keselamatan makanan membabitkan perkara ikan sebagai contohnya disebut sebagai ikan dori. Tetapi sebenarnya, ia merupakan ikan keli yang telah pun di- modified. Perkara ini perlu dikawal di bawah piawaian makanan laut. Dan bagaimanakah perubahan pindaan pada hari ini boleh memberikan kesan kepada industri halal khususnya membabitkan sumber protein dalam negara kita?

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah lokasi pendaratan ikan dan pintu masuk ikan di Pantai Timur, berapakah jumlah bajet yang diperuntukkan untuk kemudahan tukun tiruan dan unjam kerana kita dapati masih tidak cukup mencukupi dan bagaimana hakisan pantai, perubahan muka kuala yang cetek memberikan kesan besar kepada pendaratan ikan? Kita tahu bahawa di Pantai Timur khususnya Tumpat, musim tengkujuh memakan masa hampir enam bulan. Sedangkan dari segi tempoh permit untuk buat kerja hanya tinggal 25 hari, empat bulan di bawah Skim PTMT. Jadi, perkara ini perlu kepada perubahan dan juga sistem yang lebih baik bagi menolong nelayan-nelayan ini menjaga rezeki bagi keluarga mereka.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah sistem rantaian orang tengah akan dikawal selia supaya dapat kita wujudkan sistem digital untuk jualan terus daripada laut ke pengguna supaya pengguna mendapat harga yang berpatutan dan

draft • 6:13 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

menjayakan hasrat kerajaan untuk mendapatkan produk segar dan serta mampu milik oleh rakyat. Satu penyelidikan dan skim baharu harus diperkenalkan kerana negara kita negara laut tapi ikan mahal. Dan juga saya ingin bertanya kepada kerajaan, sejauh manakah nelayan kita dibantu dari segi pembiayaan, pemilikan bot yang telah pun didapati hari ini mungkin tidak seimbang antara kaum-kaum di Malaysia dan sistem tabungan yang diperkenalkan bagi menjaga kebajikan kepada nelayan-nelayan kita.

Nelayan kita bukan hanya berfungsi sebagai nelayan untuk mencari ikan tetapi ketika musim banjir, mereka ialah penyelamat banjir dan juga mereka ini merupakan orang yang sering menolong masyarakat. Jadi, dalam RUU ini, saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan insentif khas kepada nelayan yang turut bertugas sebagai penyelamat krisis khususnya ketika banjir dan juga ketika operasi lemas dalam laut. Jadi, kita harus mempunyai suatu tindakan supaya nelayan tempatan juga boleh memiliki aset kritikal supaya boleh membantu operasi menyelamat yang diperlukan.

Perlu dasar khas untuk kita melihat bagaimana kita boleh membantu pendidikan kepada anak nelayan dan juga isteri mereka dan satu biasiswa perlu diperkenalkan untuk memastikan mereka dapat dibantu.

Dan soalan terakhir saya, apakah status peruntukan RM10 juta yang disediakan oleh LKIM khas untuk membantu membaik pulih kerosakan rumah nelayan yang terjejas akibat hakisan ekoran Monsun Pantai Timur – Monsun Timur Laut yang melanda kawasan Pantai Timur dan apakah inisiatif sokongan dari segi pembiayaan untuk membantu meringankan beban mereka sama ada dengan pinjaman untuk membantu mereka dengan [Tidak jelas] , pelonggaran masuk operasi dan juga teknologi peralatan baharu. Sekian, terima kasih.

draft • 6:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan RUU Akta Perikanan 1985 (Pindaan) 2025.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga seorang usahawan wanita berjaya yang juga pengasas kepada syarikat QPack, mendiang Catherine Dumas dari Kampung Koliposuan, Tamparuli yang telah pun selamat dikebumikan tengah hari tadi.

Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya Tuaran menyokong RUU ini kerana pada asasnya, pindaan ini dibuat untuk memastikan agar Malaysia juga dapat me-ratify perundangan perikanan di peringkat global seperti saranan FAO dan sebagainya, demi kelestarian sumber ikan, mengolek aktiviti perikanan dan sebagainya. Dalam masa lima minit yang diberikan kepada Tuaran, ingin membahaskan dalam dua perkara yang penting, Tuan

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang di-Pertua. Pertama, hal keterjaminan makanan dalam hal ikan. Kedua, tatakelola perikanan negara merangkumi pengurusan, pembuatan dasar dan perancangan perikanan dan hal-hal perundangan.

Tuan Yang di-Pertua, 25 peratus ataupun 449,778 tan metrik daripada jumlah pengeluaran ikan Malaysia iaitu 1.91 juta tan metrik adalah disumbangkan oleh Sabah. Sekali gus, menjadikan Sabah pengeluar ikan terbesar di Malaysia, diikuti oleh Perak dengan 22.8 peratus dan ketiga, Kedah dengan 10 peratus. Menariknya Tuan Yang di-Pertua ialah di antara 50 hingga tujuh peratus daripada pengeluaran ikan di Sabah itu adalah dieksport ke Semenanjung. Ini bererti bahawa Semenanjung sebenarnya bergantung kepada ikan yang dibekalkan daripada Sabah.

Walaupun perikanan termasuk penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara adalah tersenarai dalam senarai Persekutuan, di bawah Butiran 9, Senarai I dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan tetapi Sabah dan Sarawak tetap dalam hal penangkapan ikan dan perikanan lautan dan muara adalah juga perkara yang disenaraikan dalam senarai bersama di bawah Butiran 12, Senarai 3A dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Ini bererti bahawa dari segi perundangan, Kerajaan Sabah dan Sarawak berhak membuat undang-undang perikanan seperti juga dengan Kerajaan Persekutuan.

Seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mas Gading awal tadi, Kerajaan Sarawak juga sedang dalam proses membuat perundangan dalam perikanan. Dan selepas ini, itu yang kita mahu lihat, bagaimana kah nanti kedudukan perundangan itu dengan Akta Perikanan 1985 yang dipinda pada hari ini? Namun Tuan Yang di-Pertua, bagi Sabah — malang sekali bagi Sabah, Ordinan Perikanan Sabah 1963 telah dimansuhkan pada tahun 1972 melalui warta di Parlimen, dibuat berasaskan seksyen 74, Akta Malaysia.

Sejak dari itu, Menteri yang bertanggungjawab terhadap pertanian, perikanan dan industri makanan Sabah, mahupun Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, tidak mempunyai kuasa yang khusus dan tidak ada set perundangan perikanan yang jelas, yang boleh digunakan secara efektif di peringkat Sabah, khususnya untuk memajukan industri perikanan di Sabah.

Sabah kehilangan hak dan legislatif dalam perkara perikanan, walaupun perkara ini dalam senarai bersama dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan memperkukuhkan cengkaman perundangan perikanan ke atas Sabah dengan memansuhkan Akta Perikanan 1963 dan digantikan dengan Akta Perikanan 1995 yang kononnya atas keperluan pelaksanaan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 yang diperluaskan ke Sabah melalui pewartaan Akta Perikanan 1986. Akibatnya Tuan Yang di-Pertua ialah Menteri Perikanan Sabah dan juga Pengarah Jabatan Perikanan Sabah mengurus hal perikanan di Sabah tanpa kuasa pembuatan dasar, tanpa kuasa merencanakan pembangunan dan tanpa membuat Peraturan-peraturan Perikanan.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Selain itu, Sabah mengurus hal ehwal perikanan dalam bajet dan duit Kerajaan Sabah yang sangat terhad. Bajet pembangunan daripada Persekutuan yang diberikan terlalu sedikit. Akibatnya, kemudahan pendaratan ikan hanya terdapat di Kota Kinabalu yang dibina dengan duit Kerajaan Sabah melalui Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) iaitu sebuah GLC Kerajaan Sabah. Setiap hari, pendaratan ini [Tidak jelas] dan semakin uzur. Lain-lain daerah seperti Kudat, Kota Belud, Tuaran, Kuala Penyu, Sipitang, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Sandakan, tidak ada pendaratan. Adapun hanya jeti.

Jadi, Tuaran difahamkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang dalam proses untuk membina satu kompleks pendaratan ikan di Sandakan tetapi saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri, apakah status kompleks ini? Saya difahamkan ada kelewatan pembinaan. Ini akan menjadi game changer kalau betul-betul dibina tetapi ini lah kekhuatiran kita. Sebab Tuan Yang di-Pertua, yang arif dan mengetahui dan mempunyai kepakaran untuk membina infrastruktur pendaratan ikan di Sabah ialah Jabatan Perikanan Sabah.

Malang sekali, hanya kerana jabatan ini adalah autonomous — dia autonomous iaitu tidak tertakluk kepada arahan Jabatan Perikanan Semenanjung tetapi mereka kekurangan bajet. Dia tidak mampu untuk membina pendaratan-pendaratan ikan ini. Saya fikir kalau ada infrastruktur seperti yang saya nyatakan tadi, kita boleh tingkatkan pengeluaran kita melebihi 25 peratus negara jika sekiranya kita mempunyai kemudahan-kemudahan yang saya nyatakan.

Jabatan Perikanan Sabah juga, mereka lebih tahu dari segi mewujudkan dasar, dari segi mana satu spesies yang kita mahu tangkap dan sebagainya. Terutama sekali ikan-ikan rakyat seperti selayang ataupun di Sabah, kita panggil dia ikan basung. Ini di Sabah ini, banyak ikan ini, banyak. Kita boleh keluarkan dengan banyak.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey, mahu gulung sudah.

Tuan Yang di-Pertua, okey. Jadi, tidak mahu ambil masa. Jadi, saya gulung dengan satu cadangan, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, demi meningkatkan pengeluaran ikan negara dan demi meningkatkan lagi sumbangan industri perikanan kepada KDNK dan khususnya untuk di Sabah, saya ingin mencadangkan supaya satu Majlis Perikanan Negara ditubuhkan. Majlis Perikanan Negara ini harus ditubuhkan kerana kita menyedari bahawa Sabah adalah satu- satunya wilayah di Malaysia menyumbangkan — yang saya katakan tadi, pengeluaran ikan yang banyak dan berpotensi untuk mengeluarkan lebih besar lagi, untuk yang pertama.

Kedua, di Sabah kita tahu bahawa Sabah ini mempunyai coral yang sangat subur.

Belum lagi tercemar dan sebagainya. Menerima hakikat juga bahawa Sabah juga mempunyai agensi-agensi seperti Ko-Nelayan, SAFMA. Kita ada Jabatan Perikanan. Kita ada Kementerian Perikanan, Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Menyedari hakikatnya juga bahawa Sarawak juga mempunyai potensi yang sangat besar dan seperti yang dinyatakan oleh sahabat saya daripada Mas Gading sebentar tadi.

Mereka pun membuat perundangan. Maka, adalah sangat penting bagi kerajaan — bagi kita di Malaysia ini supaya desentralisasi itu sangat penting. Decentralisation of the governance, termasuk dalam hal perikanan ini. Oleh sebab itu, Tuaran ingin mencadangkan agar Majlis Perikanan Negara ini ditubuhkan dan Majlis ini harus dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, yang sekarang ini Yang Amat Berhormat Petrajaya dan dianggotai oleh tidak lain tidak bukan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kita, Malaysia.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat, saya tutup.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini penghabisan ayat sudah ini, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak dan juga Menteri di Sabah dan Sarawak yang menjaga hal ehwal perikanan. Semua ini dibuat untuk kepentingan, keperluan Sabah dan Sarawak dalam hal bajet, dalam hal perundangan dan pembuatan dasar. Jadi, saya mohon mencadangkan supaya perkara ini dipertimbangkan sebab jika tidak, saya ingat negara kita rugi. Sabah rugi, Sarawak rugi dan sebagainya. Jadi, itu sahaja saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 6:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Kuala Kedah untuk turut sama membahaskan RUU bagi meminda Akta Perikanan 1985.

Saya ingin membangkitkan tiga perkara yang menyentuh RUU ini sebagai mewakili komuniti nelayan kecil di Kuala Kedah yang sedang berhadapan dengan tekanan berganda serta mengemukakan beberapa syarat tambahan untuk dipertimbangkan.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin disentuh oleh Kuala Kedah adalah fasal 47 yang terkait dengan pindaan seksyen 61 Akta 317 mengenai kuasa Menteri untuk membuat peraturan. Pada pindaan 61(3) “Untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubung dengan peralatan menangkap ikan dan belat ikan. termasuk apa-apa larangan cara menangkap ikan atau peralatan menangkap ikan.” Kuala Kedah ingin mengesyorkan supaya Ketua Pengarah Perikanan turut sama diberi kuasa untuk mengisytiharkan zon perlindungan perikanan dan meletakkan sekatan aktiviti yang mengganggu habitat seperti kerosakan struktur tukun tiruan, unjam dan rumah

draft • 6:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

ikan akibat gangguan vesel luar termasuk bot pukat tunda yang beroperasi dalam zon larangan di dalam pindaan peruntukan ini.

Namun setakat ini, garisan kawasan pemasangan rumah ikan di perairan negara khususnya di Kuala Kedah belum diwartakan secara formal, menjadikannya terdedah kepada kerosakan atau kemusnahan. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan supaya pihak Jabatan Perikanan menyedia dan mengadakan peruntukan pelampung dan penanda navigasi kekal supaya kawasan rumah ikan tersebut jelas dan terhindar dari gangguan vesel pukat tunda.

Saya berpandangan bahawa aktiviti tangkapan berlebihan, overfishing di zon C3 akan menjejaskan kelestarian stok ikan serta merosakkan ekosistem habitat marin. Hal ini mengakibatkan kerugian sejumlah RM823.88 juta dalam tempoh 2020 hingga 2024 akibat 515 kes pencerobohan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi nelayan tempatan.

Terkait dengan perumah ikan di perairan negara, saya ingin bertanya berapakah jumlah unjam dan tukun tiruan yang dilabuhkan khasnya di sekitar pesisir pantai Kuala Kedah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, terutamanya bagi kemudahan nelayan kecil dari Kuala Sala, Kuala Tebengau dan dari Kuala Kedah sendiri dan apakah tindakan segera yang diambil oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan serta kerang- kerangan di Kuala Kedah.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin disentuh oleh Kuala Kedah ialah kemasukan subseksyen baharu 13(3A) dalam pindaan fasal 13(b) yang menyatakan bahawa “Mana-mana orang yang lesennya dibatalkan tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa permohonan lesen baharu dalam tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh lesen itu dibatalkan.” Dalam hal ini, tempoh lima tahun itu amat lama bagi seorang nelayan kampung.

Rezeki mereka bergantung penuh kepada hasil laut. Itu pun kadang ada kadang tiada. Bila ribut mereka tidak turun ke laut. Bila laut tenang tak tentu mendapat hasil tangkapan atau tidak. Justeru, saya mencadangkan supaya, saya mencadangkan supaya syor tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa permohonan bagi lesen baharu dalam tempoh lima tahun diturunkan kepada tiga tahun atau ke satu tempoh yang munasabah.

Bayangkan nelayan berumur empat puluhan, ayah muda yang bertarung membesarkan anak-anak di rumah. Tiba-tiba lesennya ditarik kerana tidak disengajakan.

Apakah pilihan yang ada pada mereka? Apakah mereka akan diberikan lesen sementara turun laut atau bagaimana? Ini tidak termasuk anak-anak muda yang menunggu-nunggu kelulusan lesen untuk turun ke laut bagi mengelak diri mereka dikenakan tindakan oleh pihak penguat kuasa sekiranya mereka ditahan.

Saya juga ingin mendapatkan maklumat tentang mekanisme penyampaian notis peringatan kepada nelayan sebelum tamat tempoh kebenaran penyambungan lesen diberikan. Berapakah jumlah statistik penarikan lesen ke atas nelayan pantai, serta jelaskan status proses pemutihan pemegang lesen seluruh negara?

draft • 6:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya ingin ketengahkan adalah fasal 7 yang bertujuan memasukkan seksyen baharu 3A ke dalam Akta Ibu “Untuk mengadakan peruntukan bagi tanggungjawab Ketua Pengarah dan perwakilan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah.” Peruntukan ini memperlihatkan kuasa penuh Ketua Pengarah untuk membuat sebarang keputusan berkaitan perikanan kecuali perkara berhubung penyu dan perikanan darat di negeri-negeri Malaysia.

Dalam perkara ini saya suka mengusulkan supaya diadakan seksyen atau subseksyen tertentu bagi penubuhan jawatankuasa penasihat kepada Ketua Pengarah.

Fungsi jawatankuasa ini diadakan adalah untuk menasihati Ketua Pengarah dalam hal-hal perikanan. Usul ini tidak bermaksud untuk membataskan kuasa atau tanggungjawab Ketua Pengarah tetapi berperanan sebagai pemudah cara atau medan mempraktikkan konsep musyawarah untuk mendapatkan input serta pandangan sebelum sesuatu keputusan atau rancangan perikanan di rumus dan diputuskan. Rasional mengadakan seksyen atau subseksyen ini adalah:

(i) mengurangkan jurang pelaksanaan, Ketua Pengarah mempunyai kuasa luas di bawah akta tetapi pelaksanaan sering terhad akibat kurang maklum balas tempatan;

(ii) penyelarasan antara agensi seperti APMM, LKIM, JAS, JPS yang terkait dengan perikanan; dan

(iii) menangani isu strategik dan sensitif seperti penetapan zon larangan pukat tunda, lesen vesel nelayan muda, pemuliharaan habitat dan tukun serta penstrukturan subsidi dan bantuan dan terakhir, memberi suara kepada nelayan dan komuniti.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan, Kuala Kedah ingin membangkitkan, Kuala Kedah telah membangkitkan tiga perkara dalam perbahasan ini. Yang pertama, fasal 47, pindaan 61(k) yang berkait dengan isu perwujudan garis sempadan zon nelayan pantai serta pemeliharaan perumah ikan.

Kedua, fasal 13, pindaan memasukkan seksyen 13(3A) yang memberi kesan langsung kepada ekonomi nelayan berkenaan. Dan yang terakhir, fasal 7 berkenaan tanggungjawab Ketua Pengarah yang memungkinkan penubuhan jawatankuasa penasihat Ketua Pengarah Perikanan. Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat, Jelutong.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk juga menyokong rang undang-undang ini untuk meminda Akta Perikanan 1985.

draft • 6:37 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Di mana saya mengambil maklum bahawa rang undang-undang ini pindaannya merangkumi pelbagai perkara berhubung dengan perikanan, termasuk pemuliharaan, pengurusan, akuakultur, penyelidikan, pengembangan dan pemajuan penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara di perairan perikanan Malaysia.

Saya ingin menyentuh pindaan kepada seksyen 26, di mana di bawah pindaan ini mana-mana orang yang menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar atau sebahagian daripadanya atau apa-apa bahan yang disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik atau sebahagian daripadanya atau apa-apa alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya bagi maksud membunuh, melali, mencacatkan atau menangkap ikan atau dengan apa juga cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang untuk ditangkap melakukan satu kesalahan.

Saya, di kawasan pesisiran Pantai Jelutong kita ada sebuah tempat santuari, saya gunakan istilah, yang boleh dipanggil sebagai middle bank. Di mana ia mempunyai keluasan sebanyak 10.5 kilometer di Selat Pulau Pinang dan ia menyokong 429 spesies termasuk tujuh spesies rumpai laut yang kritikal untuk penyerapan karbon, 13 spesies ikan perdagangan yang menyokong mata pencarian nelayan tempatan serta spesies terancam seperti burung Curlew Timur Jauh dan Ketam tapal kuda.

Keduanya, saya difahamkan bahawa terdapat satu — ada sebuah projek reklamasi berdekatan dengan Karpal Singh Drive, Persiaran Karpal Singh yang melibatkan 5.2 juta meter padu sisa pasir dikitar semula dari sisa tapak pelupusan Jelutong yang mungkin atau mengancam habitat melalui sedimentasi dan pemusnahan habitat.

Seperti telah dihuraikan oleh beberapa Profesor Aileen Tan dan Dr. Julia Anawi dalam research atau kajian-kajian yang dilakukan oleh mereka. Saya menggunakan kesempatan ini sebagai Ahli Parlimen kerana saya menerima rungutan daripada penduduk-penduduk di Karpal Singh Drive, Persiaran Karpal Singh dan juga nelayan-nelayan persisiran pantai di Karpal Singh Drive atau persisiran pantai Karpal Singh Drive atau Persiaran Karpal Singh, di mana, mereka memohon supaya kementerian mewartakan middle bank ini sebagai taman laut selaras dengan Dasar Nasional Biodiversiti 2016-2025 termasuklah komitmen kerajaan dalam satu Konvensyen Biodiversiti Antarabangsa.

draft • 6:37 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya di sini sebagai Ahli Parlimen yang telah berjumpa dengan komuniti di Persiaran Karpal Singh menerima pelbagai bantahan daripada penduduk-penduduk di situ kerana apabila mereka membeli rumah dan mereka menetap di situ, kawasan itu― kalau Yang Berhormat Permatang Pauh pernah datang ke Pulau Pinang, tempat itu indah dan digunakan untuk pelbagai aktiviti riadah di hari minggu.

So, permintaan saya, saya menggunakan peluang ini untuk merayu kepada kementerian dan juga kepada semua agensi-agensi tempatan, kalau middle bank berdekatan dengan, berhadapan dengan Karpal Singh Drive atau Persiaran Karpal Singh ini boleh

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

diwartakan sebagai suatu tempat untuk ianya dilindungi dan tidak diganggu oleh apa-apa kemajuan yang akan datang.

Sokongan awam dan negeri termasuklah desakan oleh Sahabat Alam Malaysia Protect Karpal Singh Drive Action Committee dan juga pihak-pihak yang mempunyai kepentingan memerlukan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan kerana saya difahamkan bahawa projek ini, sekiranya dilaksanakan di kawasan tersebut, mungkin menjejaskan taman laut atau menjejaskan keadaan ekosistem middle bank di mana ia juga akan menjejaskan sumber pendapatan komuniti nelayan yang menggunakan kawasan persisiran itu bagi tujuan untuk mereka melakukan aktiviti perikanan dan sebagainya.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Saya mohon perkara-perkara yang telah dibangkitkan itu diberi perhatian dan mohon maklum balas. Kalau boleh, kementerian menggunakan kesempatan ini juga untuk melawat kawasan middle bank.

Saya sedia menjadi perantara untuk membawa Menteri dan Timbalan Menteri ke kawasan itu untuk menunjukkan betapa pentingnya middle bank ini bagi komuniti yang tinggal di Persiaran Karpal Singh. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 6:40 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi sedikit masa kepada saya untuk membahas rang undang-undang pindaan Akta Perikanan 1985 pada kali ini.

Secara ringkasnya, suka saya rumuskan bahawa undang-undang yang dibentangkan pada hari ini, setelah saya teliti daripada awal sehingga kepada akhir, didapati bahawa undang-undang ini banyak menekan nelayan. Mengapa saya mengatakan menekan nelayan? Bukan bermakna saya tidak menyokong undang-undang yang dibentangkan ini, tetapi dalam undang-undang ini tidak ada peruntukan-peruntukan yang mampu membantu nelayan.

Sebab, nelayan didenda, ada kesalahan. Kesalahan, saya tidak nafikan. Sebagai contoh, kesalahan nelayan di perairan A, dia pergi ke kawasan B. Isunya, mengapa dia pergi?

Adakah dia ini salah semata-mata kerana dia pergi? Dia pergi ini kerana kawasan A tidak ada ikan. Begitu juga kawasan B. Kadang-kadang kawasan B dia mari ke kawasan A sebab di kawasan B ini tidak ada ikan, menyebabkan kadang-kadang mereka menceroboh sehingga kepada sungai yang dipelopori oleh nelayan-nelayan darat sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan sekejap tadi.

Jadi, saya mengesyorkan di dalam perundangan ini supaya diwujudkan dalam bentuk undang-undang supaya kerajaan memberi perhatian kepada sumber-sumber ikan, kawasan-kawasan yang ikan menetas, ikan bertelur sepatutnya diberi perhatian oleh pihak

draft • 6:43 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

kerajaan. Kawasan terumbu karang, kawasan-kawasan― kalau kita di daratan, kita ada JKR, kita ada JPS. JKR, dia ada kewajipan dia. Mesti kena ada lampu isyarat, mesti ini, mesti ini, mesti ini. Tapi, duka cita kita di dalam lautan ini yang menjadi pusat sumber makanan kepada manusia, kerajaan tidak memperuntukkan peruntukan secara khusus yang disebut di dalam undang-undang berapa jumlah yang mesti diuntukkan supaya pembiakan sumber ikan ini, sotong, ikan, ketam dan seumpamanya berada dalam keadaan yang terbaik.

Yang kedua yang ingin saya sentuh iaitulah fasal 10, 11, pindaan seksyen 9 Akta 317.

Pembinaan vesel yang baru. Pembinaan vesel yang baru ataupun bot-bot, kapal-kapal nelayan yang baru ini dia ada peraturan-peraturannya. Saya nak cadangkan di sini supaya kerajaan mengambil tanggungjawab ini supaya bot yang dibina ini adalah bot yang dibina oleh pihak kerajaan. Yang pertama, kalau bot ini dibina oleh jabatan kerajaan, ada agensi yang bina bot ini, dia tidak perlu kepada syarat-syarat yang disebut di dalam fasal-fasal ini dan dia tidak perlu kepada penangguhan. Sekarang ini, nelayan-nelayan terpaksa buat sendiri. Jadi, pegawai pergi check, “Ha, ini tak cukup syarat”, “Ini begitu, begini”, yang sepatutnya vesel ini disiapkan dalam masa dua tiga bulan, dia akan jadi bertahun-tahun dan ini merugikan sumber kewangan negara.

Fasal yang ke-22 berkenaan dengan yang disebut― saya ringkaskan, masa sangat terhad― penyu pupus dan macam-macam lagi. Ini juga satu perkara yang mesti dilihat secara tegas oleh pihak kerajaan kerana ada pihak yang bukan makan telur penyu― yang telur penyu pun mesti diletakkan dalam kandang orang yang melakukan kesalahan, kalau kita cintakan kepada haiwan-haiwan yang seumpama ini. Di sana, ada orang yang makan ibu penyu ini. Jadi, apa pendekatan-pendekatan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk membanteras perkara ini?

Dan seterusnya― masa dekat. Saya nak sebut keputusan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU), begitu juga persatuan nelayan di Kelantan, mendesak supaya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Perikanan mengkaji semula Akta Perikanan 1985 [Akta 317] di bawah seksyen 31(2) iaitu apa-apa kesalahan yang dilakukan berlanggaran dengan perenggan 8(a), 11(3), 15(1) atau seksyen 16 yang dibaca dengan seksyen 25 atau 26 tidaklah boleh dikompaun. Mereka pohon supaya boleh dikompaun. Diubah di sana― boleh dikompaun.

Saya menyokong cadangan ini. Mengapa saya sokong? Kalau kita kata tak boleh dikompaun, dia akan pergi ke mahkamah, pergi ke court, berapa lama tempoh ke court?

Isunya sekarang ini, vesel dia disita. Ekonomi negara terbantut, cari makan kumpulan nelayan― mereka adalah B40. Jadi, mereka terhalang. Dan saya pernah duduk di kementerian ini, saya pernah duduk dulu. Saya rasa perlu kita kaji dengan baik sebagaimana di awal ucapan saya, kita kena ada check and balance di antara hukuman kepada nelayan- nelayan ini dengan tanggungjawab yang diberi oleh kerajaan.

Jadi, kerajaan kena mengambil satu tanggungjawab yang sepatutnya kepada nelayan ini supaya benda-benda yang seumpama ini ada jalan penyelesaian. Kalau kita tidak

draft • 6:43 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

sita, dia lain cerita. Dia tunggu mahkamah saja, tapi bot dia ini boleh berjalan, sebagai contoh.

Tapi, ini tak. Bot disita, kemudian dia tunggu keputusan mahkamah. Kemudian, macam disebut oleh rakan-rakan tadi, lesen bila dibatalkan, lima tahun. Take time, long time.

Jadi, ini semua benda-benda yang boleh mendorong banyak perkara dalam kumpulan nelayan ini, mereka B40. Kalau mereka tak ke laut, apa yang mereka buat?

draft • 6:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 6:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Mereka mencuri, mereka jual dadah, mereka itu, mereka ini, dia boleh menjurus kepada benda lain. Jadi, benda ini kerajaan mesti kena ambil satu perhatian yang sewajarnya, insya-Allah. Jadi, saya ucap terima kasih banyak dan saya menyokong akta ini. Cuma, saya minta ditambah beberapa perkara yang saya sebut supaya ada check balance di antara kerajaan dengan nelayan. Wallahualam.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Arau sebagai pembahasan terakhir.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Rakyat Malaysia, orang muda. Yang Berhormat, kalau kita duduk di darat, kita ada dua penguat kuasa penting yang berada di jalan. Kadang-kadang ada kes oleh kerana tidak ada mungkin koordinasi. Pertama kita kena roadblock ataupun kena tangkaplah dengan JPJ, lepas itu ke depan sikit lagi polis pula. Jadi, itu di darat.

Sekarang kita nak tanya di laut, Yang Berhormat. Di laut kita ada perikanan, kita ada APMM, kita ada marine police. Jadi kita tahu ― saya dimaklumkan dulu-dululah, saya tak tahu kut sekarang nak berubah bahawa dalam kawasan tiga batu nautika ini perikanan yang lepas daripada itu laut lepas ialah APMM dan juga polis marin. Sebab itu memerlukan tangkapan yang besar.

Tetapi kadang-kadang ada juga yang mereka masuk ke kawasan tiga batu nautika.

Saya nelayan Perlis beritahu saya kata kamu siapa tangkap? Dia kata APMM. Saya kata ini dalam kawasan tiga batu nautika. Jadi, begitulah seterusnya kita minta supaya ada koordinasi supaya mereka yang melanggar kawasan dan sebagainya penguatkuasaan itu mesti berdasarkan kepada apa yang saya sebutkan.

Kadang-kadang APMM beritahu mereka bila mengejar bot mungkin dia termasuk dalam kawasan tiga batu nautika. Saya ingat hat yang ini kita serah kepada perikananlah.

Yang laut lepas kita serah kepada APMM dan juga polis marin. Yang Berhormat, kemudian itu ialah berhubung apa yang saya sebutkan tadi.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang saya nak sebutkan di sini ialah tentang Ambalat. Jadi kita tengok Ambalat ini Indonesia menuntut kawasan tersebut, Malaysia menuntut terutamanya blok ND 6 dengan 7 kalau saya tak silap ya. Jadi, sekarang ni kita dah dalam soal jawab mulut dengan apa tu PMX pada hari tersebut. Kita sebut bahawa kerjasama ataupun usaha sama mesti dibuat selepas penentuan kawasan sebab Ambalat dia lebih dekat di Malaysia, lebih dekat dengan Sabah, lebih dekat dengan Pulau Sebatik.

Tetapi dalam usaha kita, kita nak buat usaha sama kita kena tentukan sempadan bahawa ini ialah hak kedaulatan Malaysia. Kita kena ingat pertempuran yang berlaku di Thailand dengan Cambodia baru-baru ini di antaranya bila Thailand sendiri mengatakan satu inci pun kawasan mereka tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak berlaku pertempuran. Kita bersyukur semuanya telah diselesaikan.

Akhir sekali Yang Berhormat, tentang iaitu meminda perenggan 41B(a) Akta 317 untuk membetulkan bahawa Majlis Penasihat Kebangsaan bagi taman laut dan juga rizab laut telah menasihati menteri dalam menentukan pelan pengurusan dan garis panduan bagi pelaksanaan di peringkat kebangsaan dan lain-lain lagi.

Yang Berhormat, kita lihat penguatkuasaan ini hebat, alhamdulillah tetapi saya nak tanya kepada kerajaan sekarang. Beting Patinggi Ali duduk dalam kawasan siapa? Beting Patinggi Ali duduknya ialah lapan batu ― 80 batu nautika daripada pantai Sarawak. Kalau saya tak silap, ini dulu-dulu saya tahu mungkin daripada Bintulu. Jadi, kawasan EEZ, Zon Ekonomi Eksklusif kita ialah 200 batu nautika. Sekarang duk 80 batu nautika. Makna kata apakah kita nak biarkan apa tu tempat ini diganggu-gugat oleh orang lain?

Kita mendapat jawapan daripada menteri dulu kawasan ini telah dimasuki oleh kapal pengawal China dan ia nya sedang dirundingkan di atas tuntutan bertindih. Jawapan tersebut salah, maaf. Terima kasih, Menteri lama tak berjumpa, alhamdulillah Menteri hadir ini, semoga Allah berkati, kalau ― semoga sentiasa sihat dan saya banyak akan tanya soalan nanti ya.

Tapi saya nak beritahu, kenapa kita tidak bercakap pasal Beting Patinggi Ali? Ini APMM ada sana. Marine Police, saya tak pasti. Navy pun ada sana. Oh sorry, penguatkuasaan lagi satu ialah apa itu Navy, Tentera Laut. Saya nak minta supaya kerajaan bagi tahu apakah tindakan kerajaan kepada kapal pengawal China...

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang melarang nelayan kita untuk tangkap ikan di sana. Bila mereka nelayan pergi tangkap ikan mereka kata “Ini kawasan lain, kawasan negara lain punya.” Padahal ini 80 batu nautika dan kita nak minta supaya kerajaan ambil tindakan tegas bahawa ini kawasan Malaysia. Kita bercakap pasal rang undang- undang untuk menguatkuasakan di sana sini tapi bila sampai tuntutan bertindih ― pencerobohan kita kata ini tak boleh ganggu. Ini bukan pertindihan, ini pencerobohan negara asing kepada kawasan Malaysia. Mana mungkin sebuah negara yang daripada Hainan ke tempat tersebut 4,000 kilometer melalui Filipina, Vietnam, Brunei baru sampai kita.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat saya tutup.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali, ya Yang Berhormat kalau boleh sebab saya minta ini saya minta betul-betul untuk nak...

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

30 saat.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, pasai kalau baca 36(1), Yang Berhormat dah bercerita cerita lain, bukan tak ada, tak ada kaitan langsung dengan pindaan ini. Akta ikan.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini ialah taman laut.

Saya nak minta supaya Beting Patinggi Ali jadi taman laut. Ini berkenaan, Yang Berhormat.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selesaikan.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tajuk tu sebab saya kata ini taman laut ni saya minta dibuat di banyak tempat termasuk rizab laut. Beting Patinggi Ali ialah rizab laut.

Sekarang ini Kerajaan Sarawak sendiri menamakan tempat ini ialah rizab laut dan juga taman laut. Jadi, mesti ada penguatkuasaan. Kita tak boleh serah kepada Sarawak saja yang membuat penguatkuasaan tapi Kerajaan Malaysia kena buat penguatkuasaan di Beting Patinggi Ali.

Jadi, bila saya cakap tajuk ini, memang bertepatan iaitu berhubung dengan Majlis Penasihat Kebangsaan. Majlis nak nasihat apa? Majlis nak nasihat untuk taman laut dan juga rizab laut. Rizab laut, taman laut ini penting sebab ia nya boleh membiakkan ikan kawasan perikanan. Jadi, terima kasih.

Pada masa yang sama Yang Berhormat, ia nya boleh dijadikan kawasan pelancongan. Jadi, ini akan menguntungkan Malaysia. Tapi kalau sekiranya kita majlis penasihat ini, nak nasihat apa? Saya nak tanya kerajaan nak nasihat apa tentang Beting Patinggi Ali?

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa nak jawab ni? Menteri? Timbalan ― mana Menteri?

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat saya tutup, ya.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lebih dah saya tahu.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

La ni lajak, lajak dah.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, terima kasih semua. Saya nak ― kalau Yang Berhormat kata saya cakap tak berkenaan ― kalau saya cakap tuntut Ahli Parlimen dapat peruntukan tak berkenaan tapi kalau saya cakap bertajuk taman laut berkenaan. Tapi saya nak beritahu kami dah masuk dalam doa kami sembahyang tahajud supaya orang yang zalim tidak menzalimi kami. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amin. Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Baik. Seramai 29 Yang Berhormat telah berbahas. Dengan sedemikian, ini masanya untuk Menteri menjawab. Masa yang diberikan adalah 20 minit.

Yang Berhormat Menteri, sila untuk menjawab.

draft • 6:50 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada 29 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian yang telah mengadakan mesyuarat JKPK Bilangan 6 Tahun 2025 pada 15 Julai yang lalu khusus untuk meneliti dan memberikan maklum balas terhadap Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025.

draft • 6:59 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian yang telah memberi sokongan penuh kepada RUU ini untuk dibentangkan dan diluluskan. Saya mengambil maklum dan menghargai segala pemerhatian, cadangan serta pandangan bernas yang telah dikemukakan dalam Penyata Rasmi jawatankuasa ini. Sesi tersebut telah memberi input yang amat konstruktif dan membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa tadbir urus sektor perikanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab dan menjelaskan beberapa perkara penting dari penyata JKPK terlebih dahulu yang juga dapat menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Di antaranya adalah yang pertama, berkaitan pengukuhan tindakan terhadap perikanan tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal selia ataupun IUU dengan izin, illegal, unregulated and unreported fishing. Kementerian mengambil maklum anggaran kerugian tahunan melebihi RM800 juta akibat aktiviti perikanan IUU. Justeru, pindaan melibatkan kawal selia pindah kapal, pendaratan dan penyelenggaraan vesel di bawah seksyen 10A dan 15(2), kewajipan makluman lokasi vesel yang dibatalkan lesen serta halangan memohon lesen baharu di bawah seksyen 13A dan subseksyen 13(3A) dan perluasan takrif kesalahan melibatkan kaedah penangkapan ikan yang merosakkan habitat seksyen 26 seperti penggunaan bahan letupan, racun, arus elektrik dan peralatan yang dilarang dan sebahagian daripadanya adalah amat penting bagi mengekang aktiviti IUU.

draft • 7:00 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Kedua, berkaitan penambahbaikan penguatkuasaan zon larangan dan lesen. RUU ini turut menangani pencerobohan …

draft • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

draft • 7:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

… berterusan ke zon larangan oleh pukat tunda.

draft • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya ingat biarlah penjelasan itu menjurus kepada ucapan yang dibahaskan oleh setiap MP. Jangan umum. Jadi susah kita nak soal.

Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Kebanyakan penjelasan ni Yang di-Pertua, memang menyentuh kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Cuma saya tidak dapat sebut nama secara spesifik tapi saya boleh sebutkan juga nanti semua Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu yang berkaitan.

draft • 7:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Teruskan YB Menteri.

draft • 7:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

RUU ini turut menangani pencerobohan berterusan ke zon larangan oleh pukat tunda. Subseksyen 13(3) memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau menolak permohonan pembaharuan lesen oleh individu yang melakukan kesalahan di kawasan nelayan pantai. Hukuman termasuk penggantungan lesen sehingga setahun, kompaun dan rampasan peralatan.

Selain itu, kali ini di bawah subseksyen 13(3A) membolehkan Ketua Pengarah menghalang individu yang lesennya telah dibatalkan daripada memohon semula lesen dalam tempoh sehingga lima tahun. Ini adalah sebagai langkah pencegahan ataupun deterrent bagi melindungi stok sumber perikanan negara dan dianggap sebagai hukuman berat untuk menghalang pesalah daripada mengulangi kesalahan yang sama.

Ketiga, berkaitan pendekatan penguatkuasaan secara berskala dan inklusif. Pindaan seksyen 31 memperkukuh mekanisme pengkompaunan secara lebih adil, khususnya kepada nelayan kecil. Kadar minimum kompaun telah dikurangkan daripada RM500 kepada RM100, manakala had bilangan kesalahan yang boleh dikompaun juga dimansuhkan. Menangkap ikan tanpa lesen vesel di bawah perenggan 8(a) juga boleh dikompaun jika melibatkan peralatan tradisional yang tidak menyebabkan kerosakan sumber atau pencerobohan.

Peraturan pengkompaunan diperincikan di bawah seksyen 61 dan pindaan ini mencerminkan pendekatan penguatkuasaan berskala yang tegas terhadap kesalahan yang serius, namun berperikemanusiaan terhadap kesalahan yang kecil selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Keempat, berkaitan penyelarasan penguatkuasaan antara agensi. Selaras saranan jawatankuasa, koordinasi antara Jabatan Perikanan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia, diperkukuh menerusi pindaan seksyen 46 hingga 56 yang memperkemas aspek perundangan dan operasi bersama. DOF juga telah mempergiat rondaan serta mengaplikasikan sistem pemantauan moden seperti vessel monitoring system yang dilengkapi mobile transceiver unit dan automatic identification system bagi pemantauan vesel secara masa nyata ke arah

draft • 7:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

sistem penguatkuasaan yang lebih cekap dan bersepadu. Dalam hubungan ini, segala pandangan, cadangan dan maklum balas yang diberikan oleh JKPK akan terus diteliti dan diambil perhatian oleh pihak kementerian.

Seterusnya, saya meneruskan penggulungan dengan menjawab kepada persoalan- persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dengan merangkumkan kesemua persoalan tersebut kepada lima kluster utama iaitu:-

(i) pengukuhan tindakan terhadap perikanan tidak sah, tidak di lapor dan tidak dikawal selia ataupun IUU;

(ii) penambahbaikan penguatkuasaan zon larangan dan lesen;

(iii) denda dan kompaun;

(iv) pengukuhan kawasan perlindungan taman laut dan rizab laut; dan

(v) isu-isu dasar yang tidak berkait secara langsung dengan pindaan RUU seperti pengeluaran lesen sampan, had kuasa enjin, larangan bubu naga, had kuasa dan juga berkaitan subsidi diesel dan elaun sara hidup nelayan.

Berkaitan pula dengan kluster pertama, berkaitan dengan IUU telah dibangkitkan oleh YB Rasah, YB Pengkalan Chepa, YB Pekan, YB Sungai Besar, YB Gopeng, YB Jerlun, YB Betong, YB Permatang Pauh, YB Mas Gading, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Tenggara, YB Kepala Batas, YB Kuantan, YB Mersing, YB Jelebu, YB Baling, YB Shah Alam, YB Tumpat, YB Tuaran, YB Kuala Kedah, YB Jelutong, YB Pasir Puteh dan YB Arau.

Isu yang pertama adalah berkaitan ketirisan sumber. Kerugian negara akibat pencerobohan nelayan asing bagi tempoh 2020 hingga tahun 2024 dianggarkan berjumlah sekitar RM823 juta, meliputi kehilangan hasil tangkapan komersial, kemusnahan habitat marin dan tekanan terhadap sumber perikanan tempatan. Maka, pindaan melibatkan kawal selia pindah kapal, pendaratan dan penyelenggaraan vesel (seksyen 10A dan subseksyen 15(2)) dan kewajipan memaklumkan lokasi vesel yang dibatalkan lesen (subseksyen 13A) serta halangan memohon lesen baru di bawah subseksyen 13(3A) dan perluasan takrif kesalahan melibatkan kaedah penangkapan ikan yang merosakkan habitat di bawah seksyen 26 seperti penggunaan bahan letupan, racun, arus elektrik dan peralatan yang dilarang dan sebahagiannya daripadanya adalah amat penting bagi mengekang aktiviti IUU.

Menurut laporan sumber perikanan laut DOF, stok ikan demersal kini hanya tinggal 16 peratus daripada jumlah asal. Tanpa pengurusan lestari, populasi spesies bernilai tinggi seperti ikan kerapu, jenahak dan siakap akan musnah. Ekosistem marin akan menjadi tidak seimbang dan rantaian makanan negara akan terjejas. Pindaan ini penting untuk mengekang penangkapan berlebihan ataupun overfishing dan menyokong dasar sedia ada, tanpa menyentuh soal teknikal seperti pengubahsuaian enjin yang lebih berkait dengan dasar pentadbiran.

Berkaitan dengan penambahbaikan penguatkuasaan zon larangan dan lesen yang telah dibangkitkan oleh 22 Ahli Yang Berhormat, isu yang paling besar yang dibangkitkan

draft • 7:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

adalah pencerobohan ke zon nelayan tradisional. Contoh, dengan isu pukat tunda. RUU ini turut menangani pencerobohan berterusan ke zon larangan oleh pukat tunda. Subseksyen 13(3) memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau menolak permohonan pembaharuan lesen oleh individu yang melakukan kesalahan di kawasan nelayan pantai. Hukuman termasuk penggantungan lesen sehingga setahun, kompaun dan rampasan peralatan.

draft • 7:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Selain itu, pindaan kali ini di bawah subseksyen 13(3A), membolehkan Ketua Pengarah untuk menghalang individu yang lesennya telah dibatalkan daripada memohon semula lesen dalam tempoh sehingga lima tahun sebagai langkah deterrent. Ini adalah sebagai langkah juga untuk melindungi stok sumber perikanan negara yang dianggap sebagai hukuman berat untuk menghalang pesalah daripada mengulangi kesalahan yang sama.

Perkaitan juga dengan pencerobohan nelayan asing ke perairan perikanan Malaysia, Akta 317 ini telah mempunyai punca kuasa sedia ada di bawah subseksyen 15(1) untuk mengambil tindakan terhadap pencerobohan nelayan asing ke perairan perikanan Malaysia.

Pada tahun 2019, pindaan telah dibuat dengan menaikkan kadar maksimum denda daripada RM1 juta kepada RM6 juta kepada tekong dan RM100,000 kepada RM600,000 bagi awak- awak. Seksyen 52 juga memperuntukkan pelucuthakan vesel sekiranya disabitkan di mahkamah. Daripada tahun 2020 hingga tahun 2024, sebanyak 515 kes pencerobohan vesel asing telah direkodkan, dengan 367 kes yang melibatkan vesel daripada Vietnam.

Berkaitan pula dengan isu denda dan kompaun, isu ini telah dibangkitkan oleh 24 orang Ahli Yang Berhormat. Pindaan seksyen 31 telah memperkukuhkan mekanisme pengkompaunan secara lebih adil khususnya kepada nelayan kecil. Kadar minimum kompaun dikurangkan daripada RM500 kepada RM100, manakala had bilangan kesalahan yang boleh dikompaun juga telah dimansuhkan. Menangkap ikan tanpa lesen vesel di bawah perenggan 8A juga boleh dikompaun jika melibatkan peralatan tradisional yang tidak menyebabkan kerosakan sumber atau pencerobohan. Peraturan pengkompaunan diperincikan di bawah seksyen 61.

Contoh-contoh di bawah seksyen 61 adalah seperti menangkap ikan tanpa lesen, melibatkan peralatan menangkap ikan tradisional, langgar syarat lesen, melanggar arahan Ketua Pengarah, menangkap ikan menggunakan peralatan menangkap ikan tradisional tanpa lesen, menggunakan huruf, nombor atau cara pengenalan vesel yang lain, menggunakan lesen yang dikeluarkan atas nama orang lain, dan menangkap ikan di kawasan taman laut.

Pindaan ini mencerminkan pendekatan penguatkuasaan berskala yang tegas terhadap kesalahan serius namun berperikemanusiaan terhadap kesalahan kecil selain daripada peralatan tradisional kesalahan kebiasaannya dianggap kesalahan yang serius.

Berkaitan dengan isu peningkatan denda maksimum. Seksyen 25 berkaitan pindaan untuk menaikkan kadar penalti am daripada RM20,000 kepada RM100,000.

draft • 7:10 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Seksyen 26 berkaitan pindaan untuk menaikkan kadar denda maksimum bagi kesalahan menangkap ikan dan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya, ialah daripada RM20,000 kepada RM250,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun dan seksyen 27 pindaan untuk menaikkan kadar denda maksimum bagi kesalahan melibatkan mamalia, akuatik dan penyu daripada RM5,000 kepada RM250,000 dan jika kes berlaku di kawasan jagaan kuasa negeri, ia adalah di bawah Enakmen Perikanan Negeri.

Seksyen 43 pula menaikkan denda maksimum daripada RM20,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan di kawasan taman laut ataupun rizab laut. Seksyen 49(1) pula adalah berkaitan pelucuthakan automatik terhadap bot atau vesel yang disita sekiranya tidak dituntut…

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

…dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyitaan.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, terima kasih. Dengan izin.

draft • 7:10 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Silakan.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangun sebelum Timbalan Menteri beredar ke perkara yang lain. Berkenaan dengan taman laut ini, saya cuma nak bangun sekali lagi untuk mendesak, merayu, meminta, supaya kawasan middle bank di Parlimen Jelutong digazet sebagai sebuah taman laut atau marine sanctuary kerana di Pulau Pinang, kawasan Parlimen Jelutong terdapat tempat ini yang dipanggil middle bank. Kalau kita menyeberang menggunakan Jambatan Pulau Pinang yang dibina, pertamanya kita akan dapat lihat di sebelah kanan kawasan middle bank ini dan kawasan ini adalah begitu penting bagi ekosistem di Pulau Pinang. Jadi kalau Timbalan Menteri dapat, mungkin tidak dapat menyampaikan apa-apa pada masa sekarang tetapi saya mohon perkara ini dibawa kepada kementerian dan pada masa yang akan datang secepat mungkin kalau tempat middle bank itu digazetkan sebagai satu taman laut untuk pemeliharaan pada masa yang akan datang. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Memang Kementerian Pertanian mempunyai dasar untuk meningkatkan lagi kawasan taman laut ataupun rizab laut. Untuk makluman YB Jelutong, status semasa kawasan yang telah digazetkan sebagai rizab laut ini hanya sekitar 5.36 peratus sahaja. Tetapi kita mempunyai dasar dan juga mempunyai sasaran untuk meningkatkan ini kepada 10 peratus perairan negara untuk dijadikan dan diuruskan secara berkesan sebagai marine protected area. Ini adalah penting untuk kita memenuhi obligasi antarabangsa kita, sebagai contoh SDG 14 iaitu life below water. Jadi saya akan bawa cadangan daripada YB Jelutong nanti ke bawah — ke kementerian. Terima kasih.

Saya sekarang ingin untuk beralih ke isu yang juga berkait rapat dengan isu yang dibangkitkan oleh YB Jelutong tadi berkaitan isu rizab laut. Saya rasa itu sudah dijawab. Jadi

draft • 7:10 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

saya akan beralih pula kepada isu dasar-dasar tidak langsung kepada pindaan RUU kluster kelima yang telah dibangkit oleh 26 Ahli Yang Berhormat.

Yang pertama, pengeluaran lesen sampan. Lesen vesel dan peralatan menangkap ikan dikeluarkan berdasarkan status sumber yang sedia ada. Pada masa kini, ada 43,000 lesen aktif di seluruh negara dan pembekuan pengeluaran lesen sampan dan pemutihan lesen sampan bagi nelayan yang tidak memperbaharui lesen melebihi tempoh tiga tahun.

Pada tahun 2024, kita telah membuat satu operasi pemutihan lesen sampan sebanyak 967 unit dan telah memberi kelulusan lesen sampan sebanyak 915 unit.

Berkaitan pula dengan isu larangan bubu naga. Bubu naga ini memang dilarang di bawah Akta 317 dan telah diwartakan sebagai peralatan menangkap ikan yang dilarang dalam Peraturan-peraturan Perikanan Larangan Cara Menangkap Ikan dalam (Pindaan) 2024 lagi. Pada tahun 2024, terdapat 264 kes tangkapan bubu naga. Berkaitan pula dengan had kuasa kuda enjin, penguatkuasa had maksimum kuasa kuda enjin ini kita membenarkan pembaharuan lesen secara bersyarat melalui sistem e-lesen dan juga pemilikan dasar DOF tidak menghalang pemilik untuk menjual atau pindah milik vesel penangkapan ikan tempatan Zon B dengan syarat mendapat kebenaran daripada DOF dan tiada rekod kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa saya hanya tinggal beberapa saat sahaja, saya minta izin untuk masa sedikit untuk menjawab isu yang telah dibangkitkan secara spesifik oleh YB Mas Gading dan YB Tuaran kerana ia berkaitan dengan sektor perikanan Sabah dan Sarawak secara spesifik. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. Tiga minit YB Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada YB Mas Gading dan YB Tuaran yang membangkitkan sektor perikanan Sabah dan Sarawak, Sabah menghadapi cabaran besar dalam sektor perikanan termasuk kekurangan pelabuhan moden bertaraf antarabangsa, keperluan meneroka kawasan laut dalam akibat kemerosotan sumber pesisir serta kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Untuk menangani isu ini, kementerian mencadangkan pembangunan iPod Fisheries, pemodenan vesel, pelaburan dalam limbungan tempatan dan penubuhan institut latihan perikanan di Sabah. Usaha memperkukuh keselamatan maritim turut diberi perhatian termasuk penambahan aset penggunaan teknologi pemantauan dan pertimbangan penggunaan senjata api dalam misi penguatkuasaan. Bagi merancakkan pelaburan, kerajaan digesa memperkenalkan insentif khas dan mewujudkan konsortium laut dalam.

draft • 7:10 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Sebagai langkah awal, sesi libat urus telah pun dilaksanakan bagi projek pembangunan pelabuhan perikanan moden dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah. Bagi Sarawak pula, kita memberi tumpuan kepada menaik taraf pelabuhan sedia ada khususnya di Tanjung Bako dan Tanjong Manis serta pembangunan satelit pendaratan ikan bagi memperkukuhkan rantaian nilai industri. Potensi besar dalam sektor akuakultur akan dipacu

draft • 7:20 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

melalui sokongan peralatan, latihan, makanan ternakan dan teknologi moden seperti RAS dan IoT termasuk projek gene bank udang galah di Santubong. Inisiatif berasaskan komuniti seperti surimi, keropok dan ekopelancongan turut diperkasa.

Di samping promosi hasil perikanan tempatan melalui Kempen Rasa-rasa Akua, kementerian turut menekankan usaha kelestarian sumber melalui pewartaan refugia, pelaksanaan fisheries management plan dan ecosystem approach to fisheries management serta projek restorasi bakau dan terumbu karang secara kolaboratif. SLU bagi menaik taraf pelabuhan dan pembangunan akuakultur di Sarawak telah pun dilaksanakan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek di bawah RMKe-12.

Dan untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Sabah dan juga Sarawak, sesi libat urus berkaitan RUU Perikanan di Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut iaitu dengan Sarawak M-FICORD pada 10 September 2024 dan dengan, dengan MAFI Sabah pada 12 dan 30 Disember 2024.

Dan kedua-dua kerajaan negeri telah memberikan sokongan, persetujuan dan tidak ada halangan kepada cadangan pindaan RUU 317. Jadi, secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, RUU ini telah melalui proses yang inklusif, holistik dan telah diperhalusi dengan sewajarnya.

Ia bukan sahaja mengambil kira kehendak domestik tetapi juga menyelaraskan negara kita dengan amalan antarabangsa, kehendak FAO dan saranan Suruhanjaya Eropah ataupun European Commission serta meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas dalam menangani perikanan RUU. RUU ini bukan sekadar pindaan perundangan tetapi satu reformasi bagi memperkukuh tadbir urus sektor perikanan nasional, menjamin kelestarian sumber dan melindungi hak nelayan termasuk komuniti kecil di kawasan luar bandar dan kepulauan.

Saya menyeru agar Ahli-ahli Yang Berhormat memberikan sokongan kepada Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 agar dapat diluluskan bagi memperkukuh tadbir urus sektor perikanan negara, menjamin kelestarian sumber serta melindungi hak nelayan termasuk komuniti kecil di kawasan luar bandar dan kepulauan. Sekian dan terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan, Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang saya bangkitkan tidak dijawab. Kalau boleh, saya dapat secara bertulis.

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. YB Menteri ya, secara bertulis.

draft • 7:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Mana yang tak sempat untuk dijawab, beri secara bertulis. Baiklah.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya cakap fasal taman laut tadi ya.

Apa...

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tadi ada sentuh fasal taman laut tadi. Nanti kalau — boleh tengok balik Hansard.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Taman laut dan juga rizab laut ya.

Boleh jawab secara bertulis?

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh bertulis juga ya. Okey.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dan juga fasal Beting Patinggi Ali lah ya.

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, nanti bagi bertulis kepada YB Arau.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 7:20 PM

Fasal-fasal 1 hingga 48 – Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ada saya nampak tadi Pasir Gudang...

draft • 7:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 7:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Beruas, Arau. Dua minit setiap seorang...

draft • 7:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dan maklumkan ya fasal yang mana satu yang nak dibahaskan.

draft • 7:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya merujuk kepada fasal 13, subfasal 13(b). Bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 13(3A) ke dalam Akta 317 untuk memperuntukkan bahawa “Mana-mana orang yang lesennya dibatalkan, tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa permohonan lesen baharu dalam tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh lesen itu dibatalkan.” Yang Berhormat Menteri, saya tahu biasanya susah nak pinda dah di peringkat ini tapi lima tahun itu panjang dan bagaimana kalau saya cadangkan tempoh tidak melebihi tiga tahun sebab mereka telah dihukum. Lesennya telah dibatalkan. Apa itu, kalau lima tahun itu terlalu panjang dan kita lihat bukan semua orang boleh jadi nelayan dan kerja nelayan ini untuk menangkap ikan untuk makanan rakyat kita. Kalau boleh dipinda supaya dikurangkanlah tidak melebihi tiga tahun. Terima kasih.

draft • 7:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Baiklah, Yang Berhormat Beruas.

draft • 7:25 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada seksyen 39 yang memperkenalkan seksyen baru, 51A.

draft • 7:26 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Fasal 39 ya?

draft • 7:26 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ya, fasal 39 yang memperkenalkan seksyen 51A.

draft • 7:26 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik.

draft • 7:26 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya pihak kementerian. Kenapa peruntukan ini dirangka or is drafted secara begitu luas? Biasanya ouster clause dengan izin, mengecualikan pegawai-pegawai kerajaan daripada liabiliti atau tanggungjawab jika mereka bertindak secara bona fide, dengan niat baik. Di bahawa seksyen 51A ini, jika — saya bagi satu contoh dan nak dapat daripada jawapan Menteri, sama ada tindakan boleh diambil untuk mendapat pampasan dalam keadaan yang saya akan berikan contoh ini.

Di bawah seksyen 51A, jika selepas sesuatu perbicaraan dijalankan dan didapati seorang Pegawai Perikanan bertindak secara tidak jujur atau dibayar oleh mana-mana syarikat dalam perniagaan perikanan untuk menjatuhkan syarikat pesaing dalam perniagaan perikanan dengan menangkap dan menyita vesel dan peralatan syarikat pesaing itu untuk memusnahkan perniagaan syarikat pesaing, adakah syarikat mangsa boleh memfailkan tuntutan di mahkamah untuk mendapat pampasan daripada pegawai tersebut dan kerajaan sebagai majikan atau prinsipal kepada pegawai tersebut?

Maksudnya, kalau, ini memang dalam dunia persaingan perniagaan ini, kadang- kadang ada pegawai, we called the ‘bad apple’ or whatever yang boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk menjatuhkan syarikat pesaing dan di bawah akta ini, memang kuasa Pegawai Perikanan ini begitu luas dan begitu berkuasa.

Dan seperti dalam ucapan perbahasan saya di peringkat daftar — ini di peringkat dasar tadi, saya sudah menunjukkan bagaimana kalau selepas vesel disita, susah untuk dapat balik kerana ia akan memerlukan tuan punya vesel itu, mungkin 500,000, 1 juta untuk sementara waktu mengambil balik vesel dan peralatannya.

Jadi, kalau perkara — kalau tuan punya vesel tidak ada wang tersebut, dia terpaksalah tunggu hingga selesai perbicaraan dan apabila perbicaraan telah siap dan didapati Pegawai Perikanan yang secara tidak jujur menyebabkan penangkapan dan penyitaan berlaku, saya rasa adalah adil orang yang menjadi mangsa Pegawai Perikanan yang jahat ini mendapat pampasan daripada pegawai tersebut ataupun daripada pihak kerajaan sebagai majikan kepada Pegawai Perikanan itu.

draft • 7:26 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Yang akhir sekali, Yang Berhormat Arau. Tiga minit juga ya. Fasal yang mana ya, YB Arau?

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, bawah 29K ya. Di sini sebut seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan. Saya minta perkataan itu. Ini memang saya tak sempat – tak boleh buat pindaan sebab ini kena hantar notis. Tetapi saya minta Menteri mempertimbangkan perkataan seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan itu dimasukkan perkataan lima orang wakil. Sebab semua yang disenaraikan ini semua anggota kerajaan.

Jadi, kita kena ambil pandangan bebas iaitu lima orang wakil pertubuhan bukan kerajaan NGO. Ini seorang wakil, kalau seorang wakil masuk ke satu mesyuarat yang semua ada anggota kerajaan, sudah pasti dia tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, saya minta supaya dipertimbangkan seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan ‘K” itu diganti kepada lima orang wakil pertubuhan bukan kerajaan.

Kemudian yang keduanya Yang Berhormat, ialah bawah di bawah – perkara sub seksyen di bawah perkara 33.

draft • 7:31 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Fasal 33.

draft • 7:31 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, hak yang ini saya nak sebut secara umum sini. Masalah besar sekarang ini, Kerajaan Malaysia ini ialah semua jeti yang dibina penuh dengan kapal-kapal yang ditangkap. Jadi, sekarang ini jeti yang begitu besar yang boleh digunakan di sebelah jeti itu digunakan untuk menyimpan kapal-kapal sementara menunggu keputusan mahkamah.

Yang Berhormat sebagai peguam, kalau Yang Berhormat pi tengok jeti-jeti yang baru buat saja, tiba-tiba jeti itu jadi buruk sebab apa? Semua kapal-kapal yang ditangkap, yang berada di sana dan sebagainya telah pun tenggelam sebelah dan sebagainya.

Kalau ikut polisi Kerajaan Indonesia iaitu semua kapal-kapal yang ditangkap dibom terus di laut, habis tidak ada kes mahkamah lagi. Itu menyebabkan kawasan Indonesia ialah kawasan yang bersih daripada pencerobohan. Malah, beberapa kali kapal-kapal asing yang cuba masuk di sana, gentar untuk masuk ke kawasan Indonesia.

Saya sendiri semasa saya pegang yang ini dulu di bawah MKN, kita telah maklumkan bahawa kita akan tenggelamkan kapal-kapal tersebut. Kita nak bom tak boleh sebab kalau kita bom, kayu-kayu itu akan menimbulkan masalah kepada kapal-kapal yang belayar. Cuba kalau kita tenggelamkan, sudah pasti ini menguntungkan.

Tapi saya tak tahu apa berlaku, lepas itu Kerajaan PH ambil alih. Kalau kita bawa balik ke Malaysia, kita menghadapi masalah. Simpan di jeti dan dia menimbulkan masalah.

Tenggelamkan, dia akan menguntungkan sebab dia akan jadi tukun dan sebagainya. Kita boleh ambil tindakan untuk memastikan supaya kawasan jeti kita bersih. Lagi satu yang saya nak sebut yang ini bahawa kapal-kapal kita umur sudah lewat.

Contohnya, mereka hanya mampu bergerak 17 knot ataupun 20 knot. Kadang- kadang kapal-kapal nelayan asing di Laut China Selatan sekarang, kalau kita naik ke kapal terbang malam-malam, kita akan nampak mereka sudah menunggu di sempadan. Bila malam

draft • 7:31 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

menjelang, mereka terus pasang lampu, masuk 30-40 biji kapal. Kapal kita dua, tiga biji untuk ambil tindakan dan kapal kita ke 20 knot tapi mereka ada 25 knot.

Kalau kita kejar, mereka boleh menari-menari untuk melihat kapal kita kejar. Kita tak boleh buat apa. Jadi, sekarang kita minta supaya kapal-kapal yang uzur ini dilihat bagaimana diganti serta-merta. Ini bukan untuk perikanan. APMM, marin dan juga navy, kapal mereka terlampau uzur untuk mengejar kapal nelayan yang sekarang ini telah dipertingkatkan untuk lebih tinggi kelajuan yang ada pada kapal Malaysia. Terima kasih.

draft • 7:31 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, terima kasih YB Arau. YB Menteri?

draft • 7:31 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, boleh bagi peluang kepada Besut sedikit?

draft • 7:31 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tiga minit.

draft • 7:31 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tiga minit juga.

draft • 7:31 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Fasal mana YB?

draft • 7:31 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Fasal 39 yang disebut oleh Beruas sekejap tadi. Saya nampak di sini, dia hanya kepada mahkamah yang berkenaan dengan penyertaan. Maknanya, dia tak boleh claim ini, tidak pernah mendapat kos prosiding atau apa-apa ganti rugi itu di mahkamah yang menguruskan pasal penyitaan tadi.

Jadi maksud saya, tak berapa jelas. Adakah di mahkamah lain dia boleh dapat, kalau di mahkamah yang menguruskan pasal penyitaan tadi? Mungkin kalau itulah yang dia maksudkan, maknanya kena ada lagi dia boleh berhak mendapatkan kos prosiding itu di mahkamah lain. Dia boleh lagi membuat tuntutan di mahkamah lain, macam 307 apa semua tu. 307 di dalam Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah. Kalau ada apa-apa rampasan semua, dia boleh buat tuntutan di mahkamah.

Saya juga rujuk kepada Fasal 40, yang 40C itu. Dalam huraian ini yang bawah sekali itu dia kata di bawah seksyen 49 itu untuk termasuk vesel tapi kalau english version dia kata ‘to include’, maknanya untuk dimasukkan. Jadi, perkataan yang digunakan termasuk – maknanya, tak sengaja termasuk ke, macam mana? Ini perkataan-perkataan ini tak jelas dalam huraian ini.

Juga yang satu lagi itu fasal 38, seksyen 48(1)(a). Ketua pengarah boleh melupuskan mana-mana ikan dan dari jenis yang tidak sesuai untuk dijual yang disita di bawah akta ini dan diletak bawah (c)(2). 48 (2).

Kerajaan Malaysia tidaklah bertanggungjawab kepada mana-mana orang bagi apa- apa kemerosotan yang disebabkan dengan apa-apa jua cara. Makna, susun kata - makna, kuasa ketua pengarah ni ada di ibu pejabat. Sepatutnya, urusan ini bagilah kepada dia punya wakil atau sebagainya.

Kalau nak ada di sebab kemerosotan ni, adakah ia nya perishable goods? Kalau perishable goods, dia kena uruskan dengan serta-merta. Dia tak boleh tunggu ada prosiding

draft • 7:34 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

lain dan sebagainya, baru nak dijual kalau ikut sini, untuk dijual dan sebagainya. Jadi, jangan tunggu kalau perishable goods, kita terus uruskan, jualkan sebagainya. Itu maksud saya.

Jadi, perkataan bawah 48 ini pun tak jelas juga.

draft • 7:34 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik YB.

draft • 7:34 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih.

draft • 7:34 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis. Baik YB Menteri, minta jawab semua yang telah dibangkitkan dalam masa lima minit sahaja YB Menteri. Kalau kurang lagi bagus.

draft • 7:34 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertama, berkaitan soalan daripada fasal gudang iaitu Fasal 15. Secara ringkasnya, sebenarnya walaupun akta ini menyatakan mana-mana orang yang lesennya dibatalkan tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa permohonan lesen baru dalam tempoh tidak melebihi lima tahun, ketua pengarah sebenarnya ada budi bicara.

Kuasa itu diletakkan ke atas ketua pengarah untuk tidak melebihi sehingga lima tahun sahaja. Maka bermaksud, satu tahun pun boleh, dua tahun pun boleh. Maka, satu bulan pun boleh dan dia akan tengok kepada keadaan yang tertentu.

Yang kedua, YB Beruas yang telah bangkitkan isu khususnya berkaitan seksyen 51 dan 51A. Benar, kos penjagaan vesel akan ditanggung oleh pemiliknya dan prinsip ini turut diguna pakai dalam undang-undang lain yang bersifat umum.

Namun begitu, pelaksanaan di lapangan akan mengambil kira budi bicara yang wajar, khususnya bagi nelayan kecil dan kes yang bukan serius. Seksyen ini sebenarnya dia bertujuan untuk mengecualikan kerajaan daripada menanggung kos-kos tertentu dan peruntukan ini penting untuk melindungi kerajaan daripada sebarang tuntutan jika berlaku sebarang kerosakan kepada barang yang disita. Akta-akta yang agak terkini yang telah diluluskan pada tahun lalu, contoh Cyber Security Act 2024 dan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 juga turut mengandungi peruntukan yang sama.

Seterusnya, secara ringkas berkaitan isu...

draft • 7:37 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, dapat penjelasan. Daripada contoh yang saya berikan tadi, bolehkah mangsa akibat daripada pegawai perikanan yang mengkhianat untuk menolong satu syarikat memangsakan pesaingnya. Adakah dalam keadaan itu di mana jelas pegawai perikanan itu juga telah melakukan kesalahan, bolehkah mangsa syarikat itu mendapat pampasan?

draft • 7:37 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Rasa soalan itu adalah sangkaan Tuan Yang di- Pertua. Kita tidak boleh sangka, apakah niat seorang competitor sebagai contoh. Jadi, mungkin saya tidak akan menjawab soalan itu.

draft • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik. Tak apa. Kemudian YB Menteri, saya pun tak benarkan lagi apa-apa celahan selepas ini. Habiskan, kita pun dah ada...

draft • 7:40 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih. Berkaitan pula dengan soalan daripada YB Arau, secara ringkasnya, ya, Majlis Penasihat Taman Laut boleh melibatkan tambahan NGO dan boleh melebihi daripada seseorang atas jemputan. Dan akhirnya kepada YB Besut berkaitan fasal 40 seksyen 52 mengenai bon vesel boleh mendapat bon mahkamah iaitu di bawah CPC 1 seksyen 41. CPC bermaksud dia Criminal Procedure Code. Sekian dan terima kasih.

draft • 7:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ada lagi tak jawab ni, ada dua, tiga.

draft • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ada yang tak jawab itu, tolong bagi bertulis.

draft • 7:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh jawab secara bertulis?

draft • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bertulis ya. Baiklah.

[****Fasal-fasal 1 hingga 48** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]

draft • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 30 Julai 2025.

draft • 7:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.43 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026