Jul242025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi dan salam sejahtera. Kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Tenggara. Silakan.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara]: Terima kasih, Tan Sri Speaker.

[Bercakap dalam bahasa Arab] Bismillahirahmanirahim. Soalan Tenggara kepada Kementerian Luar, sejauh manakah Malaysia berpuas hati dengan pencapaian dasar luar negara sepanjang tempoh Malaysia memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN, terutamanya dalam aspek mengukuhkan perpaduan dan kepusatan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Tenggara yang bertanyakan berkenaan dengan sejauh manakah keberkesanan dan Malaysia berpuas hati sepanjang Kepengerusian Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Tan Sri Yang di-Pertua, Pengerusian Kepengerusian ASEAN ini dia bergilir-gilir. Kita ada 10 buah negara ASEAN yang menjadi ahli tetap ASEAN. Timor-Leste sebagai kita punya pemerhati dan insya-Allah pada sidang kemuncak ke-47 ini jika semua instrumen-instrumen perundangan dapat ditandatangani dan juga dapat dilakukan, maka Timor-Leste akan menjadi negara ke-11 anggota ASEAN. Daripada lima dahulu, bermula pada lima ― Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, menjadi kepada 10 dan Timor-Leste merupakan negara yang paling akhir untuk diserap ataupun menjadi anggota penuh ASEAN. Ada lagi satu negara, Papua New

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Guinea telah menjadi sebagai negara pemerhati sejak pada tahun 1976, memohon juga untuk diserapkan sebagai anggota penuh ASEAN.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun 2025 ini merupakan giliran kita. Yang paling akhir kita menjadi Pengerusi pada tahun 2015. Pada ketika itu, Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun diberi mandat untuk menjadi sebagai peneraju utama iaitu Vision ASEAN 2025 ataupun ASEAN Visi 2025. 2025 punya visi, Tan Sri Yang di-Pertua, telah pun berakhir dan Malaysia sekali lagi diberikan sebagai penghormatan oleh rakan-rakan negara ASEAN untuk menjadi sebagai peneraju utama ataupun permanent shepherd, dengan izin, untuk Visi ASEAN 2045, 20 tahun.

Banyak orang kata mengapa kita menganjurkan visi yang selama 20 tahun dalam keadaan politik dunia yang tidak menentu. Sekarang ini, Tan Sri Yang di-Pertua, dua minggu pun kita tak dapat nak agak. Tetapi, tidak semestinya hari tak hujan, kita tidak perlukan payung. Maka, kita perlukan rancangan jangka panjang. Terutamanya negara-negara ASEAN ini negara yang mempunyai keakraban yang baik.

Cita-cita kita untuk menjadikan kumpulan negara ASEAN ini yang telah pun 60 lebih tahun tertubuh untuk menjadi satu komuniti negara yang besar, negara yang bersepadu, negara bersefahaman, negara yang mempunyai kesalinghubungan yang baik dan negara yang mempunyai apa yang dipanggil sebagai like-minded country ataupun kesefahaman yang baik antara satu sama lain. Ini penting.

Kepusatan ASEAN itu ataupun the ASEAN centrality, Tan Sri Yang di-Pertua, merupakan suatu kekuatan kita. Tak banyak blok-blok negara-negara yang mempunyai suatu kesefahaman yang amat baik seperti ASEAN, iaitu centrality kita. Dan ini yang perlu kita jaga dengan sepenuh-penuh, sebaik-baiknya. Kerana, kepusatan ini kekuatan kita. Jika ini dapat diganggu-gugat oleh mana-mana pihak, maka ASEAN akan menjadi lemah. Maka, tugas Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 memastikan supaya kepusatan ini dibajai dengan baik.

Itu sebabnya kita punya tema untuk Pengerusian 2025 ini, Tan Sri Yang di-Pertua, ialah inclusivity and sustainability, keterangkuman dan juga kemampanan. Kita sebut keterangkuman itu dulu kerana kita perlukan suatu persefahaman, keterangkuman di antara negara-negara ASEAN agar kekuatan kita sebagai suatu kekuatan family negara ASEAN yang besar, 10 negara campur satu nanti, akan menjadi satu kekuatan blok yang besar di rantau ataupun di dunia ini.

Banyak blok-blok lain, banyak negara-negara lain sekarang sedang memohon ataupun mereka nak minta menjadi sebagai negara anggota rakan dialog. Beratur, Tan Sri Yang di-Pertua.

Kita dah ada 11 rakan dialog ― Amerika, Kanada, Australia, New Zealand, Japan, Korea, China, Rusia dan berbagai-bagai lagi. Sekarang ini banyak. Dan mereka ini perlu menandatangani perjanjian ataupun Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ataupun treaty of amity and

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

cooperation. Itu pun banyak. Baru-baru ini, kita telah pun menandatangani dua buah negara ― Algeria dan Uruguay. Dan pada sesi ataupun sidang kemuncak 47 ini, ada tiga buah negara lagi ― Itali, Sweden dan juga lagi satu Cyprus1 ― akan menandatangani perjanjian ini, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, keberkesanan kita sebagai pengerusi dan pasca Kepengerusian itu betul ialah untuk kita pastikan. Ada satu masalah dalam ASEAN ini, Tan Sri di-Pertua. Masalahnya ialah Myanmar. Myanmar ini menjadi sebagai orang kata, duri dalam daging dalam ASEAN. Kita bercakap, jangan menjadi juara untuk bercakap pasal keamanan, fasal hak asasi manusia, fasal macam-macam lagi tetapi di Myanmar sendiri, di halaman ASEAN itu sendiri kita mempunyai masalah.

Ini menjadi sebagai suatu tugas berat kepada ASEAN, bukan saja pengerusinya; Malaysia, tetapi tugas negara-negara ASEAN untuk memastikan supaya keamanan di negara Myanmar ini kembali seperti sedia kala sebelum 2021, sebelum junta tentera mengambil alih dan alhamdulillah, Malaysia telah pun menjalankan tugas kepengurusan ASEAN. Kita telah pun mengadakan perbincangan-perbincangan. Kita telah berjumpa dengan junta tentera, sekarang SAC, dan juga berjumpa dengan kerajaan buangan yang mereka panggil kerajaan buangan. Kita berjumpa dengan semua stakeholders dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua dan kita telah dapat wishlist masing-masing.

Wishlist masing-masing itu 70 peratus daripadanya ialah Dato’ Yang di-Pertua mereka nak supaya semua tahanan-tahanan politik dibebaskan, supaya diadakan gencatan senjata menyeluruh dan diadakan supaya bantuan kemanusiaan yang diberi oleh ASEAN, diberi oleh negara-negara seperti EU, United Nations, Yang di-Pertua dapat sampai ke tempat yang nak kita bagi bantuan. Sekarang ini banyak tersekat-sekat.

Jadi, itu yang menjadi keutamaan kita. Ini terkandung di dalam kita punya five-point consensus yang telah pun dipersetujui oleh negara ASEAN. Ini yang sedang kita lakukan dan sehingga bila sampailah tahap nanti kita mendapat keamanan seperti sedia kala. Jadi, keutamaan kita bukannya pilihan raya seperti yang diuar-uarkan oleh pihak SAC kerana pilihan raya yang tidak menyeluruh tidak akan mendatang apa-apa kebaikan bahkan akan menjadi masalah kepada negara Myanmar itu sendiri. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tenggara.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tenggara ucapkan tahniah kepada Kementerian Luar yang diterajui oleh Yang Berhormat Rembau atas usaha dan kejayaan, kesiapsiagaan dalam 1 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 11 Ogos 2025

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

melaksanakan tanggungjawab besar sebagai pengerusi ASEAN untuk mengangkat wibawa dan bahaduri Malaysia di persada dunia. Tenggara ada dua soalan tambahan.

Pertamanya, tentang Myanmar itu. Yang Berhormat Menteri, kita tahulah tapi isu itu telah lama. Kalau kita letakkan banyak tenaga di situ, mungkin dia akan memakan masa lagi tapi kita doakan berjayalah.

Soalan tambahan Tenggara, apakah inisiatif utama lain yang telah dan bakal dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan agenda ASEAN pasca Kepengerusian Malaysia ini terutamanya sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan payung-payung yang disediakan untuk memantapkan peranan ASEAN dan memperkasa agenda kepusatan ASEAN itu sendiri? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih soalan tambahan daripada Tenggara. Tan Sri Yang di-Pertua, kekuatan dan kelemahan itu akan menjadi nyata, Tan Sri kalau kita tidak adakan kita punya pemfokusan.

Fokus kita sekarang, Tuan Yang di-Pertua, ialah di dalam keadaan dunia yang serba tak menentu, kita telah pun membuat satu gagasan dari segi ekonomi. Kita tak boleh bergantung sangat kepada negara-negara tradisi menjadi rakan dagang kita dan di dalam ASEAN itu sendiri, dagangan antara negara-negara ASEAN sesama sendiri amat rendah, amat rendah tak sampai 25 peratus, Tan Sri di-Pertua.

Makanya kita telah membuat gagasan supaya kita nak pastikan supaya dagangan di antara negara-negara ASEAN itu sendiri dipertingkatkan. Itu sebabnya kita mengadakan kita punya ASEAN Vision 2045, 20 tahun iaitu ASEAN Shared Future:2045, iaitu kita bersama-sama Tan Sri di-Pertua ya. Kita nak pastikan supaya dari segi kekuatan politik kita dah ada.

Tetapi dari segi kekuatan ekonomi kita terlampau bergantung dengan negara di luar ASEAN. Makanya, kita perlu memperkasakan kegiatan ekonomi sesama sendiri, kita perlu berdagang sesama sendiri. Dan jika kita boleh dapat tambah daripada tak sampai 25 peratus sekarang ini Tan Sri di-Pertua, kalau kita dapat tambah sehingga 30, 40 peratus pun ia satu pencapaian yang besar untuk kita pastikan kebergantungan negara-negara ASEAN khususnya Malaysia.

Malaysia bergantung sangat kepada negara tradisi kita, rakan dagang kita. Tapi apabila berlaku sesuatu perkara di tempat negara yang menjadi rakan dagang kita itu, maka kita menjadi keadaan kita menjadi amat sukar dan kita tidak mahu ini terus berlaku dan kita perlu cari peluang- peluang baru, pasaran-pasaran baru.

Itu sebabnya Malaysia telah pun diterima, alhamdulillah sebagai rakan negara BRICS iaitu satu blok yang lebih besar yang mempunyai 40 peratus penduduk dunia, 25 peratus GDP dunia. Dan kita juga mengadakan baru-baru ini untuk pertama kalinya sidang kemuncak ASEAN

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

GCC dengan negara-negara teluk, Tan Sri Yang di-Pertua. Kita nak supaya keberadaan ASEAN ini bersama dengan negara-negara teluk yang mempunyai sumber yang amat banyak dan kita juga cantumkan, kita buat bukan sahaja ASEAN GCC, tapi kita buat ASEAN GCC China.

Tiga blok yang besar ini, Tan Sri Yang di-Pertua jika dapat kita rangkumkan dengan baik, maka kita mempunyai masa depan yang amat baik. Negara teluk yang mempunyai kuasa beli, yang mempunyai sumber yang banyak, ASEAN yang mempunyai tenaga kerja dan sumber asli yang banyak, negara China yang mempunyai pasaran yang besar. Tiga segi ini, Tan Sri Yang di- Pertua kalau dapat kita eratkan begitu baik, dia punya keberuntungan ekonomi itu amat besar kepada negara-negara ASEAN khususnya Malaysia, insya-Allah.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Mersing.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Sebagaimana yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, Malaysia dijangka menjadi

draft • 10:10 AM

tuan rumah atau pengerusi ASEAN pada 2045 selaras dengan ASEAN 2045

Our Shared Future.

Jadi, bagaimanakah Visi ASEAN ini, Our Shared Future pada 2045 nanti, dapat membuka peluang strategik kepada rakan luar untuk menyumbang kepada agenda serantau dan sejauh mana visi ini dapat diselaraskan dengan hala tuju Dasar Luar Malaysia pasca ASEAN 2025 ini dalam mendepani cabaran geopolitik dan ekonomi global yang semakin kompleks? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih, Mersing. Saya nak betulkan Mersing punya tadi. Kita bukan menjadi pengerusi 2045, kita menjadi permanent shepherd ataupun peneraju utama visi ASEAN 2045. Dia pengurusan ini bergilir-gilir 10 buah negara, maknanya sepuluh tahun. Kali terakhir kita menjadi pengerusi ASEAN pada 2015. Sekarang 2025, kalau masuk nanti, insya-Allah, Timor-Leste sebagai negara tetap ASEAN, ahli tetap, maka 11 buah negara lah. Maka, 11 tahun sekali kita akan menjadi pengerusi. 2045 ini Tan Sri Pengerusi, merupakan suatu dipanggil Visi ASEAN.

Pertama kali kita mengadakan Visi ASEAN 2025 semasa Malaysia menjadi pengerusi ASEAN 2015 dan kita merangka bagaimana cara untuk kita pastikan agar ASEAN menjadi satu blok yang mempunyai kekuatan tersendiri. Itu sebabnya kita, ASEAN walaupun kita punya visi tetapi tunggak dan asas kekuatan kita adalah ZOPFAN iaitu Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali.

Itu tidak lari, Tan Sri di-Pertua. Ini tidak akan diubah suai kerana itu tonggak ASEAN menjadi kawasan yang bebas, kawasan yang aman, kawasan yang berkecuali. Itu sebagai tonggak kita.

Tetapi visi kita nak ke depan.

Maka ini sebabnya visi ASEAN 2045 itu dibuat bertonggakkan kepada tiga2 tonggak iaitu tonggak yang biasanya saya bacakan Kuala Lumpur. Kita telah mencapai keputusan persetujuan 2 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 11 Ogos 2025

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

telah diperakui serta dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN kerajaan-46 tempoh hari3 iaitu ASEAN Visi 2045: Our Shared Future merangkumi enam dokumen asas yang perlu dijadikan sebagai asas kepada kita merangka dan juga untuk kita menuju jalan ke depan.

Nombor satu dia punya dokumen Tan Sri Yang di-Pertua iaitu Kuala Lumpur Declaration on ASEAN 2045: Our Shared Future. Dokumen nombor dua, ASEAN Community Vision 2045 “Resilience, Innovative, Dynamic and People-Centered ASEAN”. Yang ketiga, Pelan Strategik Komuniti Politik–Keselamatan ASEAN, itu tonggak politik dan juga keselamatan. Yang keempat, Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030. Ini ekonomi ini kita tak sampai 20 tahun, kita ada dokumen lima4 tahun kerana dia short-term. Dan yang kelima, Pelan Strategik Komuniti Sosio-Budaya ASEAN. Dan yang terakhir ini baru iaitu Pelan Strategik Ketersambungan ASEAN (ASEAN Connectivity Strategic Plan).

Kita nak menjadikan ASEAN ini sebagai satu komuniti yang besar, komuniti yang mempunyai kesalinghubungan yang amat baik, baik dari segi jalan daratnya, udaranya, ataupun pelancongan ke apa. Kita nak jadikan ia sebagai satu komuniti yang besar. Kita ada dasar dipanggil sesama sendiri ASEAN "Six Countries, One Destination". Ia pergi kepada enam negara, ia merupakan satu destinasi.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ini memerlukan pertimbangan-pertimbangan seperti custom-nya, immigration-nya. Boleh jadi satu ketika kelak, ASEAN akan menjadi sebagaimana yang ada di Eropah ataupun di EU bahawa semua negara-negara Eropah masuk sekali tak payah lagi dah check pasport. Boleh pergi ke France, boleh pergi ke Belgium, boleh pergi ke Holland, tak kisah lagi dah, tak ada lagi immigration. Masa keluar saja kita perlu lakukan pemeriksaan immigration. Ini nak kita lakukan, tapi itu masih jauh lagi.

Apa yang perlu kita lakukan, ialah tentang ekonomi yang saya sebut tadi. Itu sebabnya tonggak ekonomi kita, kita buat 2026-2030 kerana kita nak jangka pendek. Ekonomi ini jangka pendek untuk kita kaji setakat mana keberjayaan kita, setakat mana kita boleh mencapai hasrat kita kerana hasrat untuk kita mengembangkan ekonomi terutamanya dagang, berdagang di antara negara-negara ASEAN sesama sendiri itu merupakan keutamaan kita sekarang Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh? Boleh?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak. Ayer Hitam.

3 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 11 Ogos 2025 4 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 11 Ogos 2025

draft • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Nak tanya peranan Taksin sebagai penasihat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh.

draft • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman Labuan.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bacalah, ya. Yang Berhormat, baca soalan tu, Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

2. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan]: Labuan minta Perdana Menteri menyatakan apakah jangkaan pulangan pelaburan ROI penganjuran Borneo Floral Festival selama empat hari dan adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan perkarangan Kompleks Sukan Labuan Antarabangsa Labuan sebagai tapak kekal acara tersebut?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Labuan, Tan Sri Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Borneo Floral Festival ataupun Labuan BFF, dikenali sebagai BFF 2025, akan berlangsung pada 26 hingga 30 Julai 2025 ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, KSLA Labuan. Festival ini merupakan inisiatif untuk kita memperkasakan pelancongan bertemakan Landskap dan Florikultur yang menggabungkan keindahan flora tropika dengan warisan budaya Borneo.

Objektif utama BFF 2025 ini adalah:

(i) sebagai langkah pertama untuk menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai sebuah hab permainan dan juga pertunjukan bunga serantau,

(ii) untuk kita merangsang industri landskap dan juga hortikultur tempatan; dan

(iii) menjana ekonomi komuniti melalui limpahan pelancong dan juga memupuk kecenderungan dan menanamkan mindset kepada pelancong dari Sabah dan juga Sarawak serta Brunei dan Kalimantan untuk memilih Labuan sebagai destinasi pelancongan utama pada hujung minggu dan juga musim-musim percutian.

Komponen penganjur BFF 2025 ini akan mempamerkan pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan. Itu kira-kira 200,000 jenis bunga-bunga dan tumbuhan tropika melalui hampir 30 taman

draft • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

bertema termasuklah tumbuhan eksotik seperti orkid, raflesia, herba ubatan dan juga paku pakis asli.

Konsep penganjuran BFF 2025 ini juga berbeza dengan festival bunga di luar negara Yang Berhormat, yang lebih menumpukan kepada segmen industri pengusaha keratan bunga.

Sehubungan dengan itu, pulangan pelaburan atau ROI BFF 2025 ini tidak boleh dikira hanya daripada transaksi yang berlaku di tapak acara tetapi hendaklah juga merangkumi faedah tidak langsung yang dinikmati oleh rakyat Labuan. Misalnya kalau kita lihat program ini dijangka menerima 50,000 pengunjung.

Jadi, dengan anggaran perbelanjaan langsung yang kita sasarkan mungkin sekitar RM400 seorang pengunjung, maka kita jangka kita akan ada pulangan sekitar RM20 juta merangkumi penginapan, makanan, pengangkutan dan juga cenderahati ataupun cenderamata.

Kesan pengganda ekonomi pula diunjur menyumbang RM35 juta, nilai tambah kasar atau GVA seperti mewujudkan kira-kira 400 peluang pekerjaan sementara dan selain daripada itu nilai setara publisiti AVE dijangka mencecah RM8 juta sekali gus mengukuhkan penjenamaan destinasi Labuan.

Jadi, BFF 2025 turut menjadi [Tidak jelas] kepada era baharu industri inap desa di Labuan. Kekangan kapasiti hotel sedia ada serta lonjakan permintaan dan tempahan penginapan semasa festival telah mendorong ramai penduduk tempatan menceburi bidang inap desa dengan menawarkan kediaman mereka sebagai pilihan penginapan jangka pendek kepada para pelawat.

Perbadanan Labuan diminta juga untuk memberi bimbingan secara hand-holding kepada pengusaha-pengusaha ini supaya inap-inap desa yang baru tumbuh ini akan terus beroperasi walaupun setelah berakhirnya penganjuran BFF 2025 ini.

Jadi, seterusnya berhubungan cadangan untuk menjadikan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan sebagai tapak kekal festival ini, kerajaan berpandangan bahawa penelitian lebih lanjut masih diperlukan bagi menilai kesesuaian jangka panjang dari aspek logistik, capaian dan juga kemampanan infrastruktur. Sebagai contoh, Floral Diraja Putrajaya yang kita lakukan di sini hanya menempatkan Presint 4 sebagai lokasi tetap selepas tujuh tahun penganjuran.

Selepas mengambil kira pelbagai faktor kejayaan dan juga cabaran.

Jadi, memandangkan BFF dicadangkan sebagai acara dwi tahunan, keputusan mengenai tapak kekal wajar dibuat selepas beberapa edisi bagi memastikan ianya benar-benar memenuhi keperluan penganjuran berskala besar secara berterusan.

Jadi terakhir, dengan penuh ikhlas, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin memanjangkan jemputan kepada BFF 2025 ini untuk Yang di-Pertua juga, juga kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini serta manfaatkanlah diskaun penerbangan daripada MAS dengan MASwings sebanyak 15 hingga 20 peratus. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Labuan.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Labuan ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan dan saya ucapkan tahniah in advance kerana saya sendiri melawat tapak BFF ianya sangat membanggakan. Belum pun dilancarkan lagi, saya sudah nampak ribuan pengunjung datang excited, Yang Berhormat Tan Sri untuk melihat pelancaran pada 26 hari bulan.

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Menteri, apakah sektor-sektor baharu yang dikenal pasti yang mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan di Wilayah Persekutuan Labuan selaras dengan kedudukan strategiknya sebagai pulau bebas cukai serta sejauh mana kerajaan merancang untuk mempelbagaikan ekonomi tempatan agar tidak terlalu bergantung kepada sektor kewangan dan juga oil and gas? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang saya kira sangat baik sekali. Yang Berhormat, sebenarnya memberi tumpuan kepada sektor pelancongan ini merupakan antara strategi utama di Jabatan Wilayah Persekutuan ini. Dalam usaha kita untuk mempelbagaikan ekonomi Labuan dan tidak hanya bergantung kepada sektor sedia ada iaitu oil and gas dan juga kewangan pesisir.

draft • 10:20 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, dalam masa yang sama saya juga telah mengarahkan JWP untuk menerokai beberapa sektor lain. Contohnya untuk kita jadikan Labuan ini sebagai agro island ataupun ada satu lagi potensi iaitu Labuan dalam sektor blue economy.

Dan kita perlu membentuk satu dasar yang saya kira perlu juga tindakan yang lebih jelas dan bersasar dan juga berstruktur.

Secara konseptualnya kalau kita lihat agroland ini ataupun agro island adalah dasar progresif di mana ia boleh menjadikan Labuan sebagai sebuah pulau dengan tahap keterjaminan makanan yang tinggi. Jadi, cuma cabaran yang kita hadapi Yang Berhormat, kita sekarang ini dalam pelan struktur kita, zon guna tanah itu di sektor pertanian di pulau itu hanyalah 0.22 peratus, itu lebih kurang 154.45 hektar. Tapi walau bagaimanapun, saya kira kita boleh lihat ataupun kita boleh perluaskan dengan pantauan dan keperluan semasa dan saya kira kita juga perlu menggunakan pendekatan seperti teknologi moden dalam menggunakan zon tanah yang mungkin agak kecil.

Elemen untuk membawa pelaburan dalam pertanian pintar juga atau keluaran pertanian utama seperti mungkin kita boleh lihatlah sayuran ataupun mungkin telur, ayam dan sebagainya boleh juga kita lihat potensi tersebut. Manakala idea teras Labuan blue economy ini adalah pelan tindakan yang regenerative dan saya kira ini juga di antara sektor yang boleh membangunkan ekonomi tempatan dan ekonomi biru tradisional, contohnya, perikanan tangkapan yang sedia ada seperti kita tengoklah ikan tuna sangat besar potensinya yang mana saya pernah sebutkan

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

sebelum ini di Dewan yang mulia ini bahawa potensi global kepada sektor ikan tunanya sehingga mencapai RM50 bilion pada 2030 nanti.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, saya kira Labuan boleh memberi penekanan kepada blue economy ini. Perikanan akuakultur menggunakan kaedah moden akan diteroka dan beberapa kawasan kajian marin akan cuba diwujudkan untuk menarik juga pasukan pengkaji domestik dan mungkin daripada dunia luar ya untuk menetap dalam jangka yang panjang di Labuan dan itu juga akan membantu ekonomi tempatan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Beaufort.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Datuk Menteri.

Soalan tambahan saya, apa yang menyebabkan kelewatan pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan dan adakah faktor geografi seperti asal usul calon terutamanya individu dari Sabah akan mempunyai kelebihan. Ini mungkin soalan apa nama ini mengenai dengan pentadbiran Labuan lah, Datuk Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau tak ada calon, Beaufort boleh.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, soalan cepu emas ini. Baik, saya tahu bahawa ini adalah soalan yang sedang berlegar ya pada hari ini. Tapi Yang Berhormat, bagi saya jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan ini adalah sangat penting ya dalam kita menentukan hala tuju dan sepertimana Yang Berhormat sebut tadi pentadbiran di Labuan.

Jadi, selepas daripada tempoh tamat pengerusi yang sebelum ini, kita sedang juga melihat calon-calon yang berkelayakanlah ya. Jadi, saya kira yang paling penting ialah untuk kita melihat bahawa pengerusi yang akan datang ini adalah mereka yang benar-benar ataupun seorang yang benar-benar memahami tentang keperluan semasa Labuan juga mempunyai wawasan yang jelas serta juga mampu memacu pertumbuhan sosioekonomi yang mampan dan inklusif di Labuan itu.

draft • 10:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, kita bukanlah sengaja untuk melewatkan ya pelantikan kepada pengerusi ini. Saya kira kita pun tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat keputusan kerana soal pelantikan ini bukan hanya untuk mengisi kekosongan sedia ada tetapi yang lebih penting adalah kita melihat kepada merit dan bagaimana mungkin pengerusi tersebut dapat menambah atau memberi nilai tambah kepada pembangunan Labuan.

Perkara yang berkaitan dengan asal usul Labuan — pengerusi ini saya kira tak jadi soal lah yang Tan Sri Yang di-Pertua sebab kalau kita tengok sama ada daripada Labuan ke, daripada Sabah ke atau daripada mana-mana, menteri sekarang pun bukan Labuan. Tapi yang penting

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

kita bekerja untuk Labuan dan saya kira kalau kita nak melibatkan mungkin rakan-rakan daripada Sabah, saya kira tak jadi masalah juga yang ini kita boleh pertimbangkan ya.

Dan kalau kita tengok ada ruang-ruang macam contoh Ahli Majlis Penasihat ataupun Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan juga boleh kita ambil daripada orang Sabah lah boleh dipertimbangkan ya dan ini saya kira sangat baik untuk kita berkongsi pengalaman dan berkongsi idea dalam kita menambah baik pentadbiran di Labuan.

Jadi, insya-Allah berbalik kepada lantikan Pengerusi Perbadanan Labuan ini, insya-Allah sabar sedikit lagi dan bila — ini dah dalam peringkat akhir, insya-Allah tak berapa lama lagi saya akan memberikan pengumuman rasmilah kepada siapakah yang bakal menerajui Pengerusi Perbadanan Labuan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, Sik memohon Menteri Luar Negeri menyatakan apakah usaha dan ikhtiar terkini kerajaan bagi membela nasib umat Islam Gaza yang sedang terseksa kebuluran akibat perang berpanjangan oleh rejim Zionis Israel dan kegagalan seluruh dunia untuk menghentikan kezaliman ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB daripada Sik bertanyakan soalan berkenaan dengan kezaliman dan penderitaan rakyat Palestin, khususnya di Gaza.

Tan Sri Yang di-Pertua, tidak adalah perkataan yang sesuai untuk diterangkan, untuk dikemukakan tentang apa yang berlaku di Gaza. Ia merupakan sesuatu kekejaman yang di luar comprehension kita, dengan izin.

Malaysia sejak daripada awal, kita merupakan negara yang secara prinsip berprinsip sokongan kita terhadap perjuangan rakyat Palestin Dato’ Yang di-Pertua, sejak daripada mereka diusir daripada tanah air mereka, mereka dibunuh dengan kejam, mereka dihalau daripada rumah, dibakar rumah sehingga sekarang tak henti-henti. Maka sokongan Malaysia, negara kita terhadap penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin ini merupakan sesuatu yang berprinsip.

Banyak orang tanya, rakan-rakan sejawat tanya mengapa kita Malaysia menyokong Hamas, satu organisasi pengganas yang telah pun dilabel sebagai agresif pengganas. Malaysia mengatakan, Tan Sri Yang di-Pertua, kita bukan menyokong Hamas, kita menyokong perjuangan Palestin dan Hamas itu sebahagian daripada Palestin.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, kita — berbagai-bagai pentas Tan Sri Yang di-Pertua, baik di United Nations, baik di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, baik di ICJ, Malaysia membawa suara rakyat Malaysia, mengutuk kekejaman dan juga kita mahu supaya rakyat

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Palestin ini diberikan negara yang merdeka kembali untuk ke tanah air mereka dan mereka dapat menubuhkan sebuah negara yang merdeka, negara yang berdaulat yang mereka sendiri perintah yang mengikut sempadannya, mengikut sempadan pra 1967 dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara mereka.

Ini asas kita. Ini kita punya perjuangan sokongan kita terhadap perjuangan. Banyak sekarang ini orang bercakap macam-macam tetapi alhamdulillah Tan Sri Yang di-Pertua, kebelakangan ini banyak dah negara-negara yang dulunya amat kuat menyokong rejim Zionis Israel tapi hari ini mereka telah pun berubah angin. Mereka telah sedar betapa kejamnya rejim Zionis Israel ini membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka mengatakan bahawa mereka ada hak untuk membela diri tetapi bila saya bertanya, apakah dengan membunuh wanita, membunuh kanak-kanak itu sebagai salah satu cara mempertahankan diri. Kalau ya pun Tan Sri Yang di- Pertua, berapa ramai yang perlu dibunuh? Berapa ramai lagi yang perlu dibunuh untuk memuaskan hati mereka untuk mereka kata hak mempertahankan diri?

Ini satu perkara yang seluruh dunia sekarang Tan Sri Yang di-Pertua yang mengutuk rejim Zionis Israel tapi malangnya walaupun kita ada suara majoriti, sokongan majoriti di Bangsa- Bangsa Bersatu tetapi di peringkat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ianya di veto oleh rakan baik mereka.

Itu sebabnya Malaysia, saya telah membawa suara mewakili Malaysia semasa dalam perbahasan di Majlis Keselamatan dan juga di Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita hendak supaya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu itu di-reform bahawa kita punya permanent five ahli tetap lima negara tersebut tidak boleh menggunakan kuasa veto sewenang-wenangnya terutamanya ke atas kes-kes yang berunsurkan yang ada genosid, ke atas penganiayaan, kekejaman terhadap manusia, pemusnahan terhadap struktur awam dan lain-lain. Itu tak boleh diguna.

Dan kita bersepakat dan kita akan membawanya insya-Allah pada persidangan Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan datang ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita akan bawa sekali lagi perkara ini supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini di-reform, kuasa veto itu dihadkan, tak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan ditambah ahli bukan tetap daripada blok daripada Amerika Selatan5, dan juga daripada bukan ahli tetap Dato’ Yang di-Pertua daripada blok, blok Afrika dan juga Amerika Selatan. Ini sedang kita lakukan dan dia mendapat traction yang baik daripada negara-negara yang sepemikiran.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Sik.

5 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 11 Ogos 2025

draft • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan saya yakin kita hari ini bersetuju bahawa dunia dan kita di dalam Dewan ini bukan saja gagal menghantar pasukan/misi pengaman untuk menjaga keselamatan rakyat di Gaza itu bahkan kita juga gagal untuk menghantar susu, beras, tepung kepada anak-anak dan wanita yang sedang kebuluran yang sangat dahsyat di Gaza. Dalam laporan UNICEF dan WFP, 470,000 sedang menghadapi ancaman kebuluran katastropik yang sangat-sangat dahsyat.

draft • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Lebih daripada 71,000 anak-anak yang sedang berhadapan dengan maut akibat malnutrisi akut yang tidak pernah tergambar dalam krisis sebelum ini. Jadi, Yang Berhormat Menteri, kita melihat bagaimana kepentingan untuk menghantar bantuan itu sangat penting ketika ini dan bagaimanakah saya ingin bertanya, keberkesanan diplomasi kemanusiaan Malaysia ini dan negara-negara lain dalam rundingan diplomatik khusus kepada, dengan Kerajaan Mesir yang menjaga pintu sempadan Rafah. Salah satu-satunya pintu ataupun talian hayat kepada penduduk Gaza untuk dihantar bantuan ketika mana Israel dengan gila terus mengebom membunuh anak-anak di sana.

Dan begitu jugalah bagaimana pendirian tegas kita Malaysia dalam soal keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang telah pun meletakkan keputusan tegas bahawa Israel telah pun melakukan jenayah perang genocide yang jelas dan nyata. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ada tiga perkara pokok dalam soalan Sik itu. Satu, berkenaan dengan kegagalan untuk menghantar pasukan pengaman. Tan Sri Yang di-Pertua, tentera pengaman ini kita tak boleh sendiri-sendiri hantar ya.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dia perlu diputuskan di peringkat Bangsa-Bangsa Bersatu. Majlis Keselamatan perlu memutuskan untuk menghantar tentera pengaman ke tempat-tempat yang ada krisis tetapi masalahnya untuk menghantar tentera pengaman Tuan Yang di-Pertua, because tidak ada sempadan negara. Palestin tak ada negara Tuan Yang di-Pertua, belum ada negara. Nak dihantar ke mana ya?

Itu sebabnya Israel mengatakan, “Kami tak penceroboh sesiapa.” Dia kata. Bila kita cakap, “You menceroboh, mengganas dan merompak harta orang lain.” Dia kata, “Mana negara Palestin?” Itu sebabnya kita nak supaya negara Palestin yang merdeka itu diwujudkan segera.

Bila wujud negara Palestin yang merdeka, ada sempadannya dan sempadan itu yang akan dijaga, yang akan dikendalikan oleh Tentera Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Malaysia tak pernah gagal, Tan Sri Yang di-Pertua. Sejak daripada Kongo dulu 1960-an, Malaysia bersama-sama menyertai Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan setakat hari ini, kita masih lagi menjadi negara penyokong 196 kuat pengaman Bangsa- Bangsa Bersatu yang di UNIFIL, di Lebanon sekarang. Ada 860 orang anggota kita, pegawai dan lain-lain pangkat. Itu satu perkara. Ya, kita tak ada tempat. Di mana nak hantar? Mana kawasan sempadan dia? Itu satu perkara. Itu sebabnya negara Palestin merdeka mesti wujud dulu, baru kita boleh hantar.

Nombor dua, bekalan makanan. Bekalan makanan bukan tak ada dihantar, beribu. Nak kata beratus kang — beribu containers tersangkut Tan Sri Yang di-Pertua. Tersangkut di Rafah.

Dah rosak barang habis semua, barang-barang ya rosak kerana dah dekat satu tahun lebih sempadan Rafah itu ditutup oleh Israel. Mesir buka tapi di sebelah Israel ditutup. Maka, tidak boleh masuk juga.

Yang boleh masuk pada satu ketika dulu sebelum ditutup penghantaran bekalan makanan ini melalui Jordan. Melalui King Hussein, Pintu King Hussein Gate dan saya pergi ke sana semasa saya di Amman tahun lepas dan kita menghantar dan kita bagi bantuan kewangan terus kepada Hashemite — apa itu, NGO yang di bawah King Hussein ataupun King Hussein, Hashemite Society. Kita juga bagi [Tidak jelas] USD 500,000 kepada Hospital King Hussein untuk kita membantu anak-anak Palestin yang cedera, Tan Sri.

Kita sentiasa membantu. NGO-NGO kita sentiasa membantu kerana itu saja caranya Tan Sri. Tetapi walaupun Gate King Hussein itu dibuka melalui Jordan tapi satu hari cuma pada ketika itu, Tan Sri Yang di-Pertua, cuma boleh 40 kontena saja boleh masuk. Disekat dan tak semua 40 ini sampai.

Ada tengah jalan dirompak ataupun di, di, ditahan oleh pihak-pihak ekstremis rejim Zionis Israel di kawasan mereka. Jadi, ini masalah dia. Seluruh dunia sekarang memerhati dan seluruh dunia sekarang sedang mengutuk Israel. Insya-Allah Tan Sri, kita berdoa supaya kutukan — baru- baru ini, 20 lebih buah negara Eropah mengutuk tentang rejim Zionis Israel ini.

Barulah mereka sedar bahawa apa yang mereka sebutkan pada ketika dulu bahawa Israel berhak untuk mempertahankan diri, itu adalah merupakan satu dongeng, suatu — untuk mengesahkan ataupun untuk mereka menghalalkan mereka nak menghalau rakyat Palestin, nak menghalau orang keluar daripada Gaza. Mereka nak pastikan supaya Gaza ini dilenyapkan daripada peta dan mereka nak kuasai Gaza dan juga bukan Gaza tetapi separuh daripada Tebing Barat, separuh daripada Syria dan negara-negara jirannya.

Itu yang telah pun ditunjukkan oleh pemimpin Israel semasa berada berucap di Bangsa- Bangsa Bersatu pada tahun 2023. Peta baru Israel yang tidak ada langsung nama Palestin dan 6 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 11 Ogos 2025

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

juga setengah negara-negara yang dipunyai mereka. Itu yang sedang berlaku dan kita akan terus sentiasa.

Baru-baru ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita punya persidangan ataupun dalam kita punya Persidangan Menteri-menteri Luar, kita mengambil kesempatan mempengerusikan bersama dengan Jepun iaitu pengerusi terhadap apa, Persidangan Kerjasama antara Negara-Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (Fourth Ministerial Meeting of the Conference on Cooperation among the East Asian Countries for Palestinian Development – CEAPAD IV). Dan Malaysia sekali lagi kita memberikan bantuan kewangan sebanyak USD1 juta. 500,000 untuk UNRWA iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menguruskan bantuan kepada rakyat Palestin dan lagi USD500,000 kita bagi kepada ‘palang merah’ ataupun Bulan Sabit Merah Palestin, Tuan Yang di-Pertua.

Itu yang dapat kita buat dan ini derma duit yang kita melalui Tabung Amanah Akaun Kemanusiaan Rakyat Palestin. Saya minta supaya rakyat Malaysia terus memberikan bantuan ke tabung ini. Tabung ini diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Bahagian Kewangan Wisma Putra dan diaudit. Kita melaporkan setiap penggal — setiap tiga bulan kita laporkan ke Kabinet bila mana kita gunakan duit tersebut.

Jadi untuk kepastian, sesiapa yang nak memberi bantuan kepada rakyat Palestin, bagilah kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin ini, Tan Sri Yang di-Pertua kerana ia akan dapat diurus dengan baik dan bantuan akan kita hantar kepada mereka-mereka yang benar-benar mempunyai orang kata, akses kepada rakyat Palestin ini, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Pilah.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang Berhormat, apakah peranan dan perkembangan terkini Malaysia selaku Pengerusi ASEAN serta pendirian ASEAN itu sendiri terhadap isu Palestin dan juga perkembangan terhadap Persidangan Kerjasama di Antara Negara-negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin atau dikenali sebagai CEAPAD yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Luar Kita kita dan juga Menteri Luar Jepun pada 11 Julai 2025 yang lalu.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Pilah, yang bertanyakan berkenaan peranan ASEAN. Untuk pertama kalinya, Tan Sri Yang di-Pertua, kita mengeluarkan joint statement ataupun kenyataan bersama ke ASEAN semasa baru-baru ini, semasa Iran diserang oleh Amerika dan semasa kekejaman yang

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

dilakukan oleh Israel, rejim Zionis Israel. Kita dapat mengeluarkan kenyataan bersama daripada negara-negara ASEAN. Alhamdulillah, kalau tidak itu dulu susah juga.

Di kalangan negara ASEAN ini juga kadang-kadang susah kerana ada negara-negara yang tidak sepemikiran tentang sokongan terhadap Palestin ini ya. Itu hak mereka kerana mereka negara yang berdaulat. Tetapi alhamdulillah, setakat sekarang semua negara ASEAN telah pun dapat bersama-sama mengeluarkan kenyataan mengutuk rejim Zionis Israel tentang kekejaman yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Kebuluran ataupun makanan digunakan sebagai senjata untuk mereka menghukum rakyat Palestin dan macam-macam lagi.

Dan yang akhir sekali ini, mereka telah pun mahu melihat supaya rakyat Palestin sebanyak 2.0 lebih juta ini daripada dihalau keluar terus daripada Gaza. Mereka tak boleh balik terus ke Gaza, Tan Sri Yang di-Pertua. Itu sebabnya semua bangunan, hospital, masjid, gereja, sekolah, semuanya dimusnahkan dengan satu matlamat iaitu mereka tak boleh kembali. Kalau kembali pun ke tempat rumah tangga mereka dah tak ada, Tan Sri Yang di-Pertua. Ini rasanya yang matlamat mereka, supaya mereka nak pastikan supaya rakyat Palestin di Gaza ini tak boleh lagi kembali ke kawasan kediaman mereka.

Berkenaan dengan Persidangan Kerjasama Antara Negara-negara Asia Timur dan Pembangunan Palestin yang saya pengerusikan bersama dengan rakan sejawat saya daripada Jepun pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan negara rakan dialog pada awal Julai tempoh hari, Tan Sri Yang di-Pertua, kita pun dapat mengeluarkan satu kenyataan bersama.

Jepun dulu tak pernah, Jepun tak mau keluarkan kenyataan menyokong Palestin.

Mereka masih lagi berkecuali ataupun mereka masih lagi kuat menyokong sebelah sana. Tetapi, alhamdulillah, semasa kita mengadakan mesyuarat tersebut, termasuk dihadiri oleh Republik Korea dan semua negara-negara ASEAN, negara Jepun bersetuju dengan joint statement ataupun kenyataan bersama yang kita keluarkan iaitu kita mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap Palestin. Dan kita membuat apa yang dipanggil sebagai pelan hala tuju untuk kita menghantar bekalan bantuan makanan dan juga jika berlakunya gencatan senjata yang kita mahu supaya gencatan senjata yang kekal.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bagaimana cara CEAPAD ini atau Conference on Cooperation among the East Asian Countries for Palestinian Development ini dapat memainkan peranan untuk kita pastikan bahawa negara-negara Asia Timur, Asia Tenggara dan juga Asia Timur, Jepun dan Korea dapat bersama- sama memainkan peranan membantu rakyat Palestin yang ditindas, yang dikejami begitu rupa.

Insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Boleh saya minta soalan tambahan satu?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, tak. Kita dah overshoot sangat, jauh sangatlah. Tamatlah Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Silakan Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta sedikit penjelasan. Penjelasan berkenaan dengan Aturan Mesyuarat.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa itu?

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dak. Aturan Mesyuarat harian.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sedikit penjelasan. Sebab, saya perlu dapat penjelasan daripada Yang di-Pertua sebab Yang di-Pertua lah orang yang hebat di sini.

Jadi, saya ingin tanya satu perkara sahaja. Walaupun saya tahu ini adalah kuasa Menteri untuk sama ada nak memilih soalan-soalan yang disediakan pada ikatan Aturan Mesyuarat ini, dah disusun, tetapi bila sampai harian, tidak dilangkau, maknanya tidak disenaraikan mengikut apa yang disenaraikan. Itu kuasa Menteri, saya tahu.

Persoalan dia, kenapa tak nak jawab seperti mana yang dah disediakan dalam ikatan.

Sebab, soalan saya mudah je. Soalan saya, kalau mengikut itu, nombor tujuh. Dalam ikatan, nombor tujuh. Soalan dia mudah je. Dia berkenaan dengan kriteria yang dinilai semasa pertimbangan senarai calon hakim Mahkamah Persekutuan yang diserahkan Ketua Hakim Negara kepada Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat nak tanya soalan ke nak tanya peraturan? Yang mana itu?

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya jawab.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maksud saya...

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak jawab peraturan itu.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab, mungkin Tan Sri tak tahu berkenaan dengan apa soalannya. Jadi, saya nak tahu daripada –– kalau Menteri boleh jawablah.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia bukan Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Siapa yang tentukan?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuasa yang menentukan soalan mana naik ialah saya.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Kenapa...

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan Menteri pun. Menteri tak ada hak langsung.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, okey.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan tentukan nombor soalan mana akan naik, sebab kadang-kadang Menteri tak ada.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kalau nama dia naik, Menteri –– sebab dalam sesi ini, Menteri yang wajib jawab, bukan Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, hari ini Menteri ada, Timbalan Menteri ada.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kadang-kadang sebab itu kita tentukan soalan-soalan mana yang patut naik dan kesesuaian waktu itu, soalan pada hari tu. Jadi, kuasanya ialah kuasa Speaker.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, tujuan dihantar kepada setiap Ahli Parlimen ini tak bergunalah maknanya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Takkanlah gitu, Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yalah.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan anggap tujuan –– semua Ahli Parlimen...

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. Itulah kata...

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, sebab itu Speaker seorang sahaja di sini.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, maksud saya, harapan daripada...

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Harapan ― yes. Perkataan betul. Harapan itu betul. Jadi, saya memohon ― ayat dia begini, Yang Berhormat. “Saya memohon pertimbangkan apalah kiranya.” Itu ayatnya.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan tuduh-menuduh. Tak boleh begitu.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bukan tuduh.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan main keras, Yang Berhormat. Dengan Speaker ini kena kita negotiate. Buat negosasi. Jangan keras sangat suara.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Minggu ini satu kali pun tak naik lagi.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan tak naik-naik lagi pun.

draft • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Besut, hormatlah Speaker.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kadang-kadang sebulan itu tak naik.

Tak boleh tukar-tukar?

draft • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Cukuplah. Speaker sudah jawab.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan Yang Berhormat sahaja. Orang lain pun ada yang tak naik.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, ada.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi...

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, nak argue dengan saya sampai pukul berapa sekarang?

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bukan nak argue. Just nak tanya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah jawab.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Just nak tanya, kenapa. Itu je.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah jawab. Saya dah jawab. Itu ialah keputusan saya.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri tak ada?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan saya.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yalah. Sebabnya kenapa?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, jangan lagu tu.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh, susahlah macam itu.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau dah saya buat keputusan, nak tanya sebab, susahlah.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mungkin, Speaker, soalan daripada Yang Berhormat ini tiada kualiti soalan dia...

draft • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan senang je soalannya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Satu lagi permintaan dan pertanyaan. Saya sendiri untuk sesi yang lepas, langsung tidak pernah naik soalan. Begitu juga dengan kawan- kawan kita ini. Untuk sesi ini, soalan saya itu, 39 dua kali. Jadi, saya mohon pertimbangan Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Alhamdulillah. Insya-Allah, saya pertimbangkan. Kita balik Sungai Petani makan durian.

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik. Insya-Allah, insya-Allah.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tan Sri Speaker, harga barang-barang naik, soalan tak naik-naik. Ini pun persoalan juga.

[Tepuk]

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Yang Berhormat, saya pernah berada di situ 15 tahun.

Ada penggal langsung tak naik soalan saya. Tapi, saya pi jumpalah Speaker. “Speaker, tolonglah naik sekali.” Jadi, gitulah cara dia. Kena minum teh ya. Kena minum teh.

Baik, saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka. Silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Selamat pagi, Tan Sri Speaker. Soalan saya, soalan nombor 1.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebelum Menteri menjawab soalan, saya ingin mengambil kesempatan di sini. Parlimen, saya percaya kami Parlimen mengalu-alukan kehadiran guru besar, guru-guru dan juga murid daripada sekolah SJK(C) Tung Hua daripada Parlimen Rasah ke Parlimen pada pagi ini.

[Tepuk]

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Di mana, ini ada diaturkan oleh YB Rasah, 130 murid daripada sekolah tersebut hadir pada pagi ini. Dan saya dimaklumkan, anak Rasah juga antara seorang murid yang hadir pada pagi ini.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peruntukan banyak ini.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Latih dia barangkali nak–– lain kali akan ceburi dalam bidang politik juga.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Soalan nombor 1.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Peruntukan banyak dapat.

draft • 10:50 AM

1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan sebab- sebab Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang tidak melaksanakan fungsi statutorinya di bawah seksyen 6 Akta Profesion Undang-undang 1976, iaitu mengendalikan kursus pengajaran untuk dan bagi mengawal selia latihan dan pengajaran bagi kerani berartikel.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut seksyen 7 Akta Profesion Undang-undang 1976, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (Lembaga Kelayakan) dipengerusikan oleh Peguam Negara dan dianggotai oleh dua orang hakim, Pengerusi Majlis Peguam dan seorang kakitangan akademik satu fakulti undang-undang.

Di bawah seksyen 5 Akta 166, Lembaga Kelayakan mempunyai fungsi untuk antara lain menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagi kemasukan mana-mana orang menjalani artikel dengan tujuan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara, mengadakan kursus pengajaran untuk dan bagi mengawal selia latihan dan pengajaran bagi kerani berartikel, dan mengadakan peperiksaan bagi kerani berartikel yang hendak menjadi orang berkelayakan.

Walau bagaimanapun, saya difahamkan, saya dimaklumkan oleh Lembaga Kelayakan bahawa dalam mesyuarat bertarikh 8 Januari 1985, Lembaga Kelayakan telah memutuskan bahawa mulai 1 Januari 1985, tiada lagi pendaftaran baharu untuk kerani berartikel dibenarkan bagi tujuan kemasukan sebagai peguam bela dan peguam cara di Malaysia dan tindakan yang

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

sewajar akan diambil untuk meminda peruntukan yang berkenaan dengan kerani berartikel dalam Akta 166. Walau bagaimanapun, tiada pindaan undang-undang dibuat sehingga sekarang.

Seterusnya, saya juga dimaklumkan bahawa Lembaga Kelayakan tidak menjalankan fungsi statutorinya berkaitan dengan kerani berartikel dalam Akta 166 adalah antara lain berdasarkan justifikasi yang berikut.

Nombor satu, berdasarkan rekod Lembaga Kelayakan, butiran permohonan daripada calon untuk pendaftaran artikel dari tahun 1979 hingga 2024 ialah seramai 36 orang sahaja.

Kedua, berdasarkan statistik oleh Majlis Peguam, bilangan peguam yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara menggunakan laluan kerani berartikel ialah seramai 17 orang. Kali terakhir seorang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara menggunakan laluan kerani berartikel adalah pada tahun 1992.

Oleh sebab laluan kerani berartikel ― ketiga, oleh sebab laluan kerani berartikel telah dihentikan sejak tahun 1995, tiada infrastruktur yang tersedia pada masa ini untuk menjalankan kursus kerani berartikel dan dua peperiksaan iaitu peperiksaan intermediate and final bagi calon- calon kerani berartikel sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Profesion Undang- undang (Kerani Berartikel) 1979. Selain itu, didapati bahawa di United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura serta negara-negara lain, tiada laluan kerani berartikel wujud sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 166 di Malaysia.

Akhir. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Lembaga Kelayakan telah mengemukakan cadangan pindaan kepada Akta 166 bagi memansuhkan peruntukan berkaitan dengan kerani berartikel kepada kerajaan pada bulan Mac 2025 untuk pertimbangan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Cadangan tersebut masa berada dalam penelitian Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan diambil oleh kerajaan berhubung dengan cadangan ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, saya terkejutlah dan berasa sedih dan juga marah apabila jawapan yang saya dengar daripada Timbalan Menteri. Kenapa saya kata begitu, Tan Sri Speaker? Sebab, bila saya bangkitkan isu ini, ialah berkaitan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976 yang telah diluluskan dalam Parlimen.

Dan salah satu daripada akta tersebut mengatakan fungsi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ialah perlu menjalankan kursus pengajaran dan juga kawal selia latihan untuk kerani berartikel. Bagaimana mereka boleh ingkar perintah? Itu adalah akta. Tak ikut akta, tidak jalankan fungsi mereka.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bukan itu sahaja, Tan Sri Speaker. Ada yang telah membawa kes ini pergi ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah buat keputusan mengatakan bahawa Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ini salah dari sisi undang-undang dengan tidak menjalankan fungsi mereka ataupun illegal, dengan izin. Jadi, dua kali mereka hina. Hina Parlimen, hina keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan, Tan Sri Speaker. Bukannya mahkamah dekat kampung ke, mahkamah dekat sekolah.

Keputusan daripada hakim rayuan, Mahkamah Rayuan telah mengatakan mereka sudah salah. Sepatutnya mereka perbetulkan apa yang kesilapan mereka. Dan saya nak tanya, siapa yang beri kuasa kepada mereka, seolah-olah undang-undang ada dalam tangan mereka. Mereka buat sesuka hati mereka, Ahli Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ini. Di mana kita tahu ahli-ahli dalam lembaga ini semuanya orang-orang handal dalam profesion undang-undang.

Peguam Negara, hakim ada dalam sana. Wakil daripada Bar Council ada dalam.

Jadi, saya memang tidak boleh terima jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, jadi...

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dan saya, soalan saya...

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hah ya.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Ialah sekiranya mereka kata mereka nak pinda undang-undang tersebut sejak daripada tahun 1985 sampai sekarang, sudah 40 tahun belum nak pinda undang-undang tersebut. Kenapa mereka tidak jalankan fungsi...

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalannya kenapa ya.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Yang tertakluk dalam akta tersebut?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau mereka enggan, saya minta supaya mereka letak jawatan. Jangan duduk dalam lembaga tersebut.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Oh, hari ini Kota Melaka panas ya, Tan Sri.

draft • 11:00 AM

[Dewan ketawa]

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya terima baik teguran Yang Berhormat Kota Melaka. Tapi, saya pun setuju juga sebagai seorang peguam bahawa ini adalah satu tanggungjawab statutori, di mana semestinya dibuat, tak boleh dielak. Itu satu di antaranya.

Dan keputusan untuk meminda undang-undang adalah kerajaan. Sehingga kerajaan belum membuat satu keputusan sedemikian, obligasi di statutori patut diikuti. Lagi tak apa lagi Tan Sri. Orang-orang yang duduk dalam panel tersebut — Peguam Negara, hakim-hakim, Presiden Majlis Peguam dan sebagainya.

draft • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dan saya percaya ini satu — macam mana ia terlepas pandang oleh pihak yang body itu, saya hairan. Dan, itu bukan itu saja. Saya sebagai seorang peguam berasa ratusan orang miskin di negara ini yang bekerja sebagai kerani-kerani di pejabat-pejabat peguam, mereka telah tidak dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran the new pathway.

Saya sebagai peguam, Kota Melaka, di pejabat saya sendiri, telah sponsor lebih kurang lima anak yang melanjutkan pelajaran. Not all of us are well to do. Ada di antara kita yang sangat miskin, yang perlukan bantuan. Saya setuju dengan teguran Yang Berhormat Kota Melaka.

Perkara itu saya akan teruskan kepada pegawai-pegawai. Mereka duduk di belakang dan saya harap mereka mengambil tindakan untuk mengimplementasikan apakah niat undang-undang dan juga niat Parlimen dengan segera tanpa lalai. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Baik, saya teruskan dengan Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Bagan Serai.

draft • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kota Bharu tak mahu tanya?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada.

draft • 11:00 AM

Seorang Ahli

Masjid Tanah tak ada?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Haji Idris saya dah panggil dah, silakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 2.

draft • 11:00 AM

2. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kekerapan program advokasi kepada mahasiswa seperti seminar kesedaran, Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) dan MyInsaniyah dibuat bagi tempoh 2023 sehingga 2025 serta bagaimanakah keberkesanannya dinilai dan ditambah baik daripada semasa ke semasa.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Izinkan saya untuk memberikan jawapan dan pencerahan sebaiknya.

Kerajaan melalui JAKIM telah melaksanakan program MyInsaniah bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman Islam dalam kalangan generasi muda bagi membentuk individu yang berkualiti, berdaya tahan dan memiliki jati diri yang kukuh. Program ini telah dilaksanakan sebanyak 12 kali sepanjang tahun 2023 sehingga 2025, dengan kekerapan empat kali setahun melibatkan pelajar daripada universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta dan institusi kemahiran belia dan sukan.

Selain itu, JAKIM telah memperkenalkan program advokasi bukan hanya melibatkan mahasiswa tetapi juga pelajar-pelajar sekolah menengah. Program Jerayawara Kesedaran Isu

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Sosial (J-KIS) bertujuan menyemai kesedaran dalam kalangan remaja dan belia berkenaan realiti isu sosial yang kian meruncing. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2024 dengan penglibatan 700 orang pelajar. Dan, daripada penilaian program yang telah diedarkan, hampir keseluruhannya bersetuju dan mendapat input yang bermanfaat dan berjaya meningkatkan kefahaman mereka. Untuk makluman Ahli Berhormat, susulan maklum balas yang sangat menggalakkan daripada para peserta, program J-KIS ini akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri yang dijangka akan dihadiri oleh seramai 800 orang peserta pada 30 Julai ini.

Selain itu, kerajaan juga melalui agensi yang lain, YADIM juga telah menganjurkan program berbentuk seminar, simposium, dialog, wacana dan pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan kerohanian agama mahasiswa. Keberkesanan kesemua program anjuran agensi agama ini dinilai berdasarkan maklum balas peserta sebelum dan selepas program melalui edaran borang dan juga wawancara peserta serta pemantauan di lapangan. Oleh itu, penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan sebagai usaha membentuk insan yang seimbang dan berkualiti.

Pelaksanaan program-program hari ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dari segi pembangunan insan, kesejahteraan sosial, keterangkuman dan nilai keilmuan, sekali gus menjadi harapan kepada golongan ini sebagai ejen perubahan dan tonggak masa depan negara.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Bagan Serai.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Ini satu program yang kita memberikan sokongan yang penuh, terutamanya kepada mahasiswa. Apabila kita juga terkejut dengan berita yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan 1,091 pelajar IPT yang direkodkan mengidap HIV daripada tahun 2020 hingga 2024.

Jadi, persoalan saya ialah program advokasi ini sudah tentulah memerlukan seorang trainer yang terlatih bagi memastikan objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya. Maka sudah tentulah ia memerlukan kepada penilaian content-nya dan juga konteksnya untuk memastikan supaya program advokasi ini berjalan dengan baik.

Persoalan saya ialah sejauh manakah kriteria kelayakan dan persijilan trainer ditetapkan dan bagaimana pihak kerajaan menilai kembali content serta objektif program yang berjalan ini selari dengan konteks semasa yang serba mencabar. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang diberikan. Buat pemakluman semua, program yang dilaksanakan ini melalui proses penilaian.

Jadi, ada jawatankuasa, ada panel yang menilai program tersebut selain daripada kita

draft • 11:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

mendapatkan maklum balas menerusi edaran borang dan juga wawancara. Buat pengetahuan semua, setiap tahun akan diadakan semakan modul-modul yang telah dilaksanakan.

Bagi — yang kedua adalah untuk memastikan program ini program yang berterusan dan bukan bersifat touch and go, tetapi touch and stay. Kita juga melaksanakan beberapa inisiatif.

Sebagai contoh, setelah kita melakukan program tersebut, kita ada program-program bersama dengan beberapa yang kita tubuhkan iaitu Rakan Siswa YADIM, Rakan Belia YADIM, Rakan Remaja YADIM dan juga profiling para peserta tersebut. Ini bermakna kita sememangnya memastikan bahawa program ini akan dapat berterusan dan ia nya akan memberi impak.

Dari sudut penilaian kepada trainer ataupun jurulatih dan juga penyampainya itu, ianya melalui satu proses yang teliti dan ia nya memastikan bahawa mereka yang layak dan mengikut kepakaran sepertimana yang diperlukan dalam program berdasarkan kepada modul dan juga kemahiran yang diperlukan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sri Gading.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Memandangkan kepada masyarakat mahasiswa ini adalah bakal pemimpin negara satu masa nanti. Bukan sahaja bakal pemimpin negara, bahkan memimpin mana-mana agensi, kerajaan ataupun swasta. Jadi, tentulah kita mengharapkan mereka dapat dibimbing dengan sebaik mungkin.

Soalan saya tentang program seumpama yang terbaik ini, apakah kriteria pemilihan mahasiswa yang nak diambil? Adakah mereka daripada kalangan pemimpin-pemimpin pelajar yang memang dah terdedah dengan perkara-perkara sedemikian rupa ataupun berapakah peratus jika dibandingkan dengan apa yang dipersoalkan oleh Bagan Serai tadi tentang keterlibatan pelajar-pelajar yang mungkin boleh mendatangkan segi moral yang kurang baik ini juga satu sasaran kepada jabatan berkenaan? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat berkenaan dengan soalan tersebut. Untuk melihat daripada aspek pemilihan pelajar, sememangnya kita menghubungi universiti-universiti dan juga institusi pengajian swasta untuk memberikan nama-nama yang bersesuaian yang diperlukan untuk menjalani program-program ini. Ini bermakna kita mengambil kira jawapan dan juga penilaian daripada universiti-universiti yang bersetuju untuk bekerjasama dalam melaksanakan program ini.

Dalam masa yang sama, kita juga mengambil kira bahawa betapa pentingnya juga untuk melihat kepimpinan. Dalam masa yang sama, kita juga melihat kriteria kepimpinan bagaimana mereka apabila melalui proses program-program yang J-KIS dan MyInsaniah ini, mereka juga boleh menjadi satu ejen perubah dan menyampaikan di universiti dan juga di dalam kalangan komuniti. Ini bermakna bahawa pemilihan itu berlaku secara teliti dan ianya memenuhi keperluan sepertimana yang diaspirasikan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

draft • 11:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Sungai Siput nombor 3.

draft • 11:10 AM

3. Tuan Kesavan A/L Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan bagi pembangunan sosioekonomi masyarakat India di bawah SPUMI dan PENN serta perincian jumlah peserta yang menerima pinjaman tersebut dari Januari hingga Jun 2025. Nyatakan secara khusus untuk Parlimen Sungai Siput bagi tempoh sama.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengambil langkah khusus untuk memperkasa pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Antaranya, melalui Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) oleh TEKUN Nasional dan Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) yang dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Bagi tahun 2025, TEKUN Nasional telah menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta di bawah pembiayaan SPUMI dan SPUMI Goes Big yang dijangka memberi manfaat kepada seramai 2,500 usahawan. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga diperuntukkan oleh AIM di bawah pembiayaan PENN.

Dalam konteks pencapaian pembiayaan di bawah skim SPUMI dan SPUMI Goes Big, seramai 1,064 usahawan masyarakat India telah menerima pembiayaan TEKUN Nasional berjumlah RM29.13 juta bagi tempoh Januari hingga Jun 2025. Dalam tempoh tersebut juga, seramai 18 orang usahawan di Parlimen Sungai Siput telah menerima pembiayaan SPUMI berjumlah RM272,000. Ada dua lagi permohonan berjumlah agak 100,000 ke atas. Satu masih lagi di dalam peringkat JKP untuk mesyuarat kelulusan dan lagi satu adalah masih di dalam semakan di peringkat cawangan.

Bagi program PENN pula, AIM telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM17.88 juta kepada seramai 2,422 usahawan masyarakat India bagi tempoh Januari hingga Jun 2025. Dalam tempoh tersebut juga, seramai 100 usahawan di Parlimen Sungai Siput telah menerima pembiayaan berjumlah RM836,200. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Sungai Siput.

draft • 11:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya sentiasa mengikuti perkembangan dari masa ke masa di bawah KUSKOP khususnya program-program SPUMI dan juga PENN dan saya juga difahamkan bahawa KUSKOP juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif-inisiatif tambahan

draft • 11:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

baru bagi usahawan komuniti masyarakat India bagi tahun 2025. Jadi, saya ingin pohonlah senarai dan perincian.

Saya juga ingin nak minta penjelasan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat di mana semua bentuk program ― inisiatif ini adalah dalam bentuk pinjaman di mana peminjam perlu bayar dengan kaedah faedah yang telah ditetapkan, ia membebankan. Adakah di bawah pelan-pelan Rancangan Malaysia Ke-13 nanti ada inisiatif baharu untuk memberikan dalam bentuk geran tanpa pinjaman? Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput di atas soalan tambahan itu. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2024, selain daripada program PENN, SPUMI Goes Big dan juga program-program daripada TEKUN, KUSKOP juga telah memperkenalkan banyak lagi inisiatif yang baharu bagi pemerkasaan usahawan komuniti India.

Antaranya, program Bank Rakyat BRIEF-i, di bawah Bank Rakyat. Peruntukan dia adalah sebanyak RM50 juta bagi tahun 2024. Yang ini adalah berbentuk geran Business Accelerator Program untuk Syarikat Milikan India (I-BAP), di bawah SME Corp., peruntukan geran padanan bersaingan sebanyak RM6 juta telah disediakan. Kesemua projek-projek ini melibatkan peruntukan tambahan berjumlah RM136 juta yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan India di peringkat nasional dan juga untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Bagi tahun 2025 pula, KUSKOP telah mengumumkan dana tambahan bagi program BRIEF-i tambahan RM50 juta, program SPUMI dan SPUMI Goes Big tambahan RM50 juta, program PENN Amanah Ikhtiar, program tambahan RM50 juta dan juga kami telah wujudkan program di bawah SME Bank iaitu program Vanigham dengan pembiayaan yang rendah sebanyak RM50 juta. Kesemua inisiatif ini melibatkan peruntukan dana secara keseluruhan hampir RM417 juta yang telah dilaksanakan.

Bagi program-program yang melibatkan geran yang diperlukan, saya ingat kita ada beberapa saluran dan juga agensi kerajaan yang menyediakan geran-geran tersebut. KUSKOP juga akan mengambil pandangan daripada Yang Berhormat untuk menyediakan atau mereka geran yang boleh kita berikan kepada peniaga-peniaga komuniti India, tetapi program-program dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini adalah untuk usahawan yang sudah menaik daripada B40. So, itu adalah sebab yang kita bagi pinjaman kepada dia. Tetapi kita mengambil pandangan daripada Yang Berhormat dan kita akan lihat bagaimana kita boleh membantu untuk mencadangkan supaya geran boleh diberikan untuk usahawan-usahawan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Temerloh.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Yang di-Pertua.

Saya nak tahu berapa peratuskah kejayaan daripada program SPUMI dan juga PENN mencapai

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

objektif semenjak ia diperkenalkan dan saya juga ingin tahu berapakah peratus permohonan yang ditolak?

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Apakah faktor-faktornya? Sebab sepatutnya masyarakat India sudah pun dapat berubah taraf hidupnya. Saya sendiri inginkan supaya program ini juga diturunkan di Parlimen saya, di Parlimen Temerloh. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya mengambil pandangan untuk membuat program-program tersebut di kawasan Yang Berhormat.

Untuk peratusan yang diminta tadi, kalau kita lihat Program PENN yang dijalankan di bawah Amanah Ikhtiar, Prosperity, Empowerment and a New Normal, kami telah mendapat jumlah penerima yang terkini yang telah berjaya mendapat dana daripada program tersebut adalah 7,074 orang. And kalau kita lihat Program Amanah Ikhtiar ini, dia adalah satu program yang sangat berjaya sebab non-performing loans dia kurang daripada satu peratus. So, memang dia berjaya bila dia melibatkan diri mereka di dalam program sahabat mereka. Itu adalah nombor satu.

Bagi yang Program TEKUN pula. Kalau kita lihat SPUMI dengan SPUMI Goes Big, mempunyai 3,470 penerima dan jumlah yang telah disalurkan kepada mereka hampir 88.1 juta.

Jadi, kalau kita lihat, memang mereka berjaya untuk dapatkan pinjaman ini and bayaran mereka adalah bagus. Kalau kita lihat contoh yang saya bagikan tadi, non-performing loans dia bawah satu peratus. Tetapi untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci mengikut peratusan, saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Temerloh. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dato’ Sri Dr. Ismail bin Haji Abdul Muttalib, Maran.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

(i) Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Perdana Menteri menyatakan usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah aplikasi Saudi Visa Bio yang ada kelemahannya kerana ada segelintir jemaah haji yang telah berkali-kali cuba untuk mendaftar data biometrik tetapi ianya tetap juga gagal.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Maran. Bermula tahun 2022, Kerajaan Arab Saudi telah melaksanakan penggunaan sistem Saudi Visa Bio bagi permohonan visa haji dan umrah, termasuk pengambilan data biometrik jemaah seperti wajah dan cap jari melalui aplikasi mudah

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

alih sebagai usaha inovasi memudahkan permohonan visa haji, selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah.

Tabung Haji mengambil maklum bahawa terdapat sebilangan kecil jemaah haji Malaysia, rekod 1.5 peratus sahaja menghadapi kesukaran mendaftar data biometrik menerusi aplikasi tersebut. Isu ini berpunca daripada faktor teknikal iaitu ketidakserasian peranti mudah alih, ketidaktepatan pengimbasan wajah dan jari dan keperluan naik taraf sistem teknikal dari masa ke semasa, sesuai dengan perkembangan terkini.

Malaysia merupakan antara lapan negara terawal di dunia selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Morocco yang dipilih oleh Kerajaan Arab Saudi bagi melaksanakan projek rintis ― perintis aplikasi Saudi Visa Bio. Ini adalah satu penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana menjadi perintis kepada inisiatif global.

Bagi musim haji 2025, Tabung Haji telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi membantu memudahkan jemaah haji Malaysia menggunakan aplikasi ini. Tabung Haji menyediakan panduan lengkap serta sokongan kepada jemaah melalui portal rasmi Tabung Haji bagi memuat turun dan menggunakan aplikasi ini. Panduan ini merangkumi langkah-langkah pendaftaran serta tips bagi memastikan proses berjalan lancar.

Bukan itu sahaja, Tabung Haji mengadakan sesi penerangan semasa kursus asas haji di seluruh negara. Panduan ini turut diterangkan secara jelas dalam surat tawaran haji yang dikeluarkan kepada setiap jemaah. Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji juga, di ibu pejabat dan di pejabat cawangan di semua negeri turut disediakan bagi membantu jemaah yang menghadapi masalah teknikal atau memerlukan bantuan tambahan.

Bagi jemaah yang berumur 80 tahun ke atas, mereka dikecualikan secara automatik.

Manakala bagi jemaah yang mempunyai kecacatan pada wajah ataupun jari, pengecualian khas diberikan berdasarkan kepada pengesahan perubatan. Oleh itu, berdasarkan rekod Tabung Haji, semua bakal haji Malaysia ataupun haji Malaysia pada tahun 2025 Masihi, telah berjaya memperolehi visa haji, termasuk mereka yang menghadapi cabaran teknikal dengan bantuan intervensi langsung daripada pihak Kedutaan Arab Saudi dan Tabung Haji. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Maran.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Pengurusan melalui alam maya atau digital ini memanglah ada kebaikannya. Tapi tidak kurang juga kelemahannya, terutama di kawasan- kawasan luar bandar yang melibatkan kawasan yang liputan internet-nya agak kurang dan ini menjejaskan orang kampung untuk mengakses apa-apa yang terdapat dalam ― di Tabung Haji ini.

Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri. Setakat ini, berapa banyak ― berapa bilangan pejabat-pejabat Tabung Haji di negeri dan juga di daerah-daerah? Dan saya difahamkan

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

ada ura-ura sebahagian pejabat-pejabat Tabung Haji nak ditutup. Sedangkan bagi orang kampung, mereka lebih suka dalam konteks Tabung Haji ― untuk bersama dengan pegawai- pegawai Tabung Haji ini, face-to-face punya service ataupun counter service kerana bukan semua benda kita melalui internet, melalui digital.

Jadi, saya nak tahu berapa jumlah pejabat-pejabat Tabung Haji telah ditutup. Saya minta Maran jangan ditutup Yang Berhormat, kerana banyak approach lain yang boleh kita gunakan.

Saya sedia memberikan sokongan dalam kita meluaskan peranan. Kalau boleh, biar Tabung Haji ini jadi tempat ― antara tempat yang boleh tumpuan ― menjadi tumpuan, terutama masyarakat luar bandar, dalam menyimpan duit dan sebagainya. Akhir sekali, untuk mereka menunaikan kewajipan rukun Islam yang kelima itu.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan perkara ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Tabung Haji sentiasa mencari jalan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pendeposit yang berjumlah 9.68 juta orang pada masa ini.

Buat pengetahuan sidang Dewan yang mulia, alhamdulillah tahun ini juga Tabung Haji telah mendapat pengiktirafan tertinggi di mana anugerah Labaytum Diamond Award, di mana pengurusan haji terbaik di dunia. Alhamdulillah.

Pada masa kini, lebih daripada 80 peratus transaksi kewangan di Tabung Haji adalah melalui platform atas talian dan elektronik. Ini mencerminkan kecenderungan pendeposit Tabung Haji terhadap perkhidmatan berasaskan digital yang memberi lebih banyak kemudahan dan penjimatan masa kepada pelanggan.

Namun, menjawab soalan Yang Berhormat. Setakat ini, Tabung Haji mempunyai 107 cawangan dan buat pemakluman semua bahawa tidak ada cawangan yang ditutup. Tetapi berdasarkan rekod, cawangan-cawangan yang mempunyai transaksi yang sangat rendah akan digantikan dengan satu produk yang baharu ataupun satu inisiatif yang baharu dipanggil Tabung Haji Gerak. Tabung Haji Gerak ini adalah satu kaunter Tabung Haji yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan ianya akan juga memaklumkan jadual tersebut di dalam media sosial dan juga di dalam laman sesawang untuk memudahkan masyarakat melihat dan juga datang ke kaunter-kaunter tersebut.

Bagi menjawab secara spesifik Maran, saya telah melihat data-data di Maran. Boleh saya kongsikan. Pada tahun 2022, hanya sebanyak 47 transaksi sehari. Pada tahun 2023, hanya 43 transaksi sehari dan pada 2024, hanya 40 transaksi sehari. Jadi, apa yang Tabung Haji buat adalah inisiatif Tabung Haji Gerak, di mana Tabung Haji akan menguar-uarkan ke mana mereka akan pergi dan juga boleh menghubungi pihak Tabung Haji. Maknanya, ia lebih mobile, lebih tangkas untuk memenuhi keperluan penduduk, terutamanya komuniti di Maran. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya menjemput Kuala Pilah.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan saya ringkas saja, Yang Berhormat. Apakah penambahbaikan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Tabung Haji untuk musim haji 2025? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang dilakukan setiap tahun iaitu Tabung Haji melakukan penilaian post-mortem dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa proses dan pengurusan Tabung Haji adalah yang terbaik di dunia.

draft • 11:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Alhamdulillah, operasi haji bagi tahun 2025 telah berakhir dengan jayanya dan hasil perancangan gerak kerja awal dan rapi dalam memastikan kesejahteraan jemaah haji terus dipelihara. Ada banyak yang kita lakukan di antaranya adalah, pengenalan pelbagai sistem dan penggunaan teknologi seperti Google Walk, Tabung Haji Hujjaj, e-Bimbingan, e-Taib dan sebagainya bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan pergerakan jemaah di tanah suci.

Buku rawatan jemaah haji digital, diperkenalkan bagi membantu para petugas perubatan menyemak rekod kesihatan jemaah secara dalam talian dan mengelak kehilangan buku rekod rawatan fizikal. Bukan itu sahaja, aplikasi Hajj Mobility memudahkan para petugas untuk menyelaraskan pergerakan jemaah haji sepanjang musim haji. Oleh itu, insya-Allah Tabung Haji sedang mengusahakan penyerahan pasport jemaah haji secara digital bagi mengurangkan pergerakan jemaah ke pejabat cawangan secara fizikal.

Dengan itu, kita doakan, moga-moga pentadbiran dan pengurusan haji Malaysia terus terbaik di dunia. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.

draft • 11:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Puan Speaker, soalan saya nombor 5.

draft • 11:30 AM

5. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) strategi Malaysia di bawah Inisiatif Startup ASEAN; dan

(b) bagaimana kementerian memastikan syarikat-syarikat tempatan mendapat manfaat daripada kerjasama ini serta menarik pelaburan rentas sempadan ke dalam Malaysia.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Puan Speaker. Bersempena kepengurusan ASEAN 2025, Kementerian

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberikan mandat oleh ASEAN Committee on Science Technology Innovation (COSTI) untuk menerajui Inisiatif Startup ASEAN.

Justeru, bagi merealisasikan mandat yang diberikan, Cradle Fund Sdn. Bhd. atau Cradle telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi inisiatif ini.

Langkah ini bukan sahaja dapat memangkin pembangunan ekosistem startup syarikat pemula tempatan, malah turut memperkukuh kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dengan memanfaatkan peluang kerjasama dan pasaran serantau yang lebih luas. Antara strategi utama Malaysia di bawah Inisiatif Startup ASEAN adalah seperti berikut.

Pertama, memperkukuh rangkaian ekosistem serantau. MOSTI melalui Cradle mengambil bahagian dalam platform dialog dasar dan penemuan berkala melalui COSTI bersama negara-negara anggota ASEAN untuk mengenal pasti serta menyelaras Priority Economic Deliverables (PED) yang digariskan ASEAN bagi memudah cara akses pasaran, pelaburan dan pembangunan bakat dalam ekosistem serantau.

Kedua, pemangkin akses pasaran dan pendedahan global. Cradle akan menganjurkan Sidang Kemuncak Startup ASEAN 2025 sebagai salah satu acara kemuncak di bawah inisiatif ini. Sidang kemuncak tersebut bakal berlangsung selama tiga hari iaitu dari 3 hingga 5 November 2025 di Kuala Lumpur dan dijangka menarik penyertaan pelabur serta syarikat pemula serantau ke Malaysia. Ia turut menyediakan platform strategik kepada syarikat pemula tempatan untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran serantau dan global.

Ketiga, pemerkasaan kapasiti syarikat pemula. Cradle bersama rakan ekosistem di negara-negara ASEAN turut menjalin kerjasama untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti seperti Hackathon, padanan perniagaan dan Program Pemecut. Usaha ini bertujuan memudahkan pertukaran pengetahuan mengenai pasaran serantau serta membuka peluang akses pasaran secara bersama.

Keempat, gerbang akses serantau iaitu Cradle telah membangunkan platform Startup ASEAN yang telah dilancarkan pada 25 Jun 2025 di MOSTI. Platform ini bertujuan memudah cara akses pasaran dan mengukuhkan ekosistem syarikat pemula ASEAN secara bersepadu. Ia juga berfungsi sebagai pangkalan data syarikat pemula serantau yang menghubungkan pelabur dengan Syarikat Pemula Rentas Sempadan.

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh kedudukan syarikat pemula Malaysia di Rantau ASEAN serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur dalam sektor teknologi dan inovasi. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Petani.

draft • 11:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Berdasarkan Genome Global Startup Ecosystem

draft • 11:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Report 2024, ekosistem startup Kuala Lumpur berada di kedudukan 21 dalam kalangan ekosistem global. Tapi kalau kita lihat di negeri-negeri yang lain, seperti di negeri Kedah, Terengganu dan Sabah, itu masih ketinggalan disebabkan oleh modal yang agak terhad.

Soalan saya adalah, apakah akan ada program atau insentif tambahan daripada pihak kementerian dan juga kerajaan untuk syarikat pemula startup di Malaysia? Dan bagaimanakah Inisiatif Startup ASEAN ini dijangka memberi impak kepada ekosistem syarikat startup di Malaysia khususnya. Sebab kalau kita lihat, pelaburan yang masuk ke Malaysia itu sekitar 6.5 peratus dibanding Indonesia 33 peratus. Jadi, mungkin menjadi hab startup di Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih atas soalan baik daripada Yang Berhormat Sungai Petani.

Puan Yang di-Pertua, penganjuran Sidang Kemuncak Startup ASEAN melalui Inisiatif Startup ASEAN yang dijadualkan pada 3 hingga 5 November 2025 ini dijangka memberi impak positif kepada ekosistem syarikat pemula tempatan kita. Penganjuran ini bakal menghimpunkan syarikat pemula melalui Inisiatif Startup ASEAN yang — penganjuran ini bakal menghimpunkan syarikat pemula dan pelabur modal teroka dari dalam dan luar negara, sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan, kerjasama rentas sempadan, dan pertukaran pengetahuan yang mampu memperkukuh kedudukan syarikat pemula Malaysia di peringkat serantau.

Di samping itu, penyertaan Malaysia dalam program seperti pertandingan Startup AI Korea-ASEAN serta pertandingan Inovasi dan Keusahawanan China-ASEAN turut menyediakan platform strategik bagi syarikat pemula tempatan untuk menembusi pasaran serantau Korea Selatan dan China. Usaha ini secara langsung dan tidak langsung juga menjadi pemangkin kepada pembangunan kapasiti, peningkatan pelaburan dan akses kepada ekosistem yang lebih luas buat syarikat pemula negara. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 11:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada MOSTI. Target kita untuk kita mewujudkan syarikat pemula pada tahun ini adalah sebanyak 10,000 syarikat dan kita harapkan kerajaan mampu untuk capai KPI ini.

Apakah cabaran utama yang dijangka dalam pelaksanaan inisiatif berskala serantau ini terutamanya berkaitan dengan perbezaan peraturan dan ekosistem di negara-negara ASEAN berbeza? Apakah strategi kementerian untuk mengurangkan risiko-risiko ini dan apakah ia dapat memberikan kelebihan kepada Malaysia khususnya dalam kita menangani isu pengurangan brain drain? Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut.

draft • 11:30 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat — mana tadi?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 11:30 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Jerantut. Oleh, Jerantut, sorry, atas soalan tambahan tadi, ya.

Puan Yang di-Pertua, antara cabaran utama pelaksanaan inisiatif serantau seperti ini ialah perbezaan peraturan antara negara-negara ASEAN terutamanya dalam hal pemindaan data, perlindungan harta intelek dan dasar pelaburan.

Selain itu, jurang kematangan ekosistem startup juga menjadi satu daripada perbezaan di mana daripada segi struktur digital, akses pembiayaan dan sokongan pembangunan kapasiti serta halangan bahasa dan juga budaya perniagaan turut menyukarkan kerjasama rentas sempadan sebagai antara cabaran utama kita.

Bagi mengurangkan risiko pula, kementerian melalui Cradle mengambil pendekatan serantau yang lebih inklusif dan fleksibel. Antaranya termasuklah program-program seperti Program Pemecut atas talian, program latihan dan bimbingan yang disesuaikan mengikut tahap kematangan ekosistem, padanan pelabur serta kerjasama dengan agensi serantau bagi menyelaraskan dasar berkaitan syarikat pemula.

Sidang kemuncak seperti yang saya sebut awal tadi bakal diadakan di Malaysia pada hujung tahun ini bermatlamat menjadi platform menyatupadukan ekosistem serantau dan menjadi pemangkin kerjasama yang lebih erat di kalangan negara-negara ASEAN. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Soalan Igan nombor 6.

draft • 11:30 AM

6. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak yang telah menerima kemudahan smartboard dan peranti lain seperti tablet atau TV pintar serta apakah perancangan kementerian untuk memastikan sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak tidak tercicir daripada perlaksanaan pendigital pendidikan negara.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Igan. Bagi menyahut cabaran pembelajaran digital abad ke-21, KPM telah melaksanakan projek rintis kelas hibrid pintar pada tahun 2021. Ia dilaksanakan melalui pembekalan untuk pengajaran dan pembelajaran merangkumi agihan televisyen pintar, Smart TV dan smartboard di 110 institusi pendidikan yang terpilih yang melibatkan 550 buah kelas termasuk lima buah sekolah di Sarawak. Pelaksanaan rintis kelas hibrid ini adalah untuk mengupayakan pengajaran dan pembelajaran melalui pelantar digital yang membolehkan pembelajaran dilaksanakan secara bersemuka dan juga atas talian.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Khusus bagi Sarawak, sebanyak lima buah sekolah di Sarawak telah pun terpilih melibatkan agihan sebanyak 25 unit smartboard dan 50 unit Smart TV. Kesemua lima buah sekolah ini adalah, terdiri dari sekolah menengah.

Bagi tujuan peluasan, KPM telah menerima peruntukan pembangunan RMKe-12, Rolling Plan 5 (RP5) bagi peluasan pelaksanaan kelas hibrid bagi 400 institusi pendidikan merangkumi 2,000 kelas dan masih dalam peringkat penyelarasan KPM.

Bagi sekolah yang belum lagi terpilih bagi pelaksanaan kelas hibrid, KPM turut telah mengambil inisiatif untuk melengkapkan semua institusi pendidikan di kawasan bandar ataupun di luar bandar dengan peralatan ICT bagi menyokong PdP era digital. Agihan peralatan ICT termasuk melengkapkan perkakasan ICT di makmal komputer sekolah secara berfasa melibatkan pembekalan komputer riba, pencetak multifunction, projektor dan juga charging card.

Projek ini dilaksanakan melalui tiga fasa, bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2023 melibatkan agihan sebanyak 244,158 unit peranti. Khusus bagi Sarawak, sebanyak 17,799 unit komputer riba dibekalkan bagi kemudahan makmal komputer. Peranti lain yang turut disediakan termasuk 905 unit pencetak, 888 unit projektor, 754 unit charging card. Secara keseluruhan, jumlah peranti makmal komputer yang dibekalkan di Sarawak adalah, sebanyak 20,346 unit. KPM juga menjalinkan kerjasama strategik dengan rakan-rakan strategik sebagai usaha melengkapkan sekolah dengan peranti ICT.

Rentetan daripada itu, KPM dengan kerjasama Yayasan Didik Negara turut memberikan sumbangan tablet sebagai sokongan kepada PdP digital. Khusus di bawah Parlimen Igan, seperti Yang Berhormat Igan sedia maklum, sebanyak 180 unit tablet telah diserahkan kepada lima buah sekolah terpilih.

KPM memastikan tiada sekolah yang tercicir dalam pelaksanaan pendidikan digital.

Salah satu inisiatif adalah, pelaksanaan projek naik taraf 384 Pusat Kecemerlangan- Center of Excellence di bawah seliaan SSTP dan pusat kegiatan guru termasuk di Sarawak. Projek ini bertujuan memperkukuhkan keupayaan infrastruktur dan capaian teknologi di peringkat daerah dan zon sebagai pusat rujukan dan latihan pendidikan digital bagi guru serta komuniti sekolah.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Igan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu terperinci dan jelas sekali.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan Igan ini saya bangkitkan ialah kerana ia berhubung kait dengan Dasar Pendidikan Digital Negara dan yang pada itu saya membangkitkan tentang Smart TV, tentang smartboard dan juga peranti-peranti yang lain dan yang paling saya

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

dan kami dari Sarawak khuatir ialah tentang bagaimana sekolah-sekolah yang ada di pedalaman dan pesisir negeri Sarawak.

Jadi, persoalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah sejauh mana ketersediaan infrastruktur digital di sekolah-sekolah pedalaman Sarawak. Kalau saya melihat jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada lima sekolah sahaja yang setakat ini mendapat kemudahan smartboard dan lebih kurang 180 tablet telah diserahkan di kawasan, di sekolah-sekolah kawasan Parlimen Igan. Ini satu jumlah yang sangat begitu sedikit. Kalau saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum bahawa Sarawak ada 1,458 buah sekolah di mana 1,265 itu adalah, sekolah rendah dan sekolah menengah 193.

Jadi, dasar…

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, soalan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Jadi, soalan saya seterusnya ialah sejauh mana guru-guru bersedia dari segi kemahiran digital dan bagaimana dan siapa yang memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan dasar ini dan apakah pula peranan PIBKS iaitu Peranan Komuniti, Ibu bapa dan Sektor Swasta dalam mendukung dasar pendidikan digital ini?

Selain daripada itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian mempunyai kerjasama yang strategik bersama dengan kementerian-kementerian lain, agensi-agensi yang lain seperti SKMM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan juga MOSTI dan sebagainya bagi mempercepatkan penyediaan infrastruktur digital di Sarawak ini.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tak dapat habiskan jawapan, bagi jawapan bertulis pun boleh.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Empat soalan saya cuba jawab setakat yang boleh dan juga sempat dalam masa.

Nombor satu berkenaan dengan ketersediaan infrastruktur khasnya untuk sekolah- sekolah di luar bandar sama ada di Sarawak ataupun di negeri-negeri yang lain. Untuk makluman, lima sekolah yang saya sebut di Sarawak tadi adalah dalam sebahagian daripada projek rintis yang dilaksanakan sejak tahun 2021. Yang mana projek rintis ini bagi kelas hibrid melibatkan 110 buah institusi pendidikan.

draft • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Lima antaranya adalah dari Sarawak dan untuk sekolah-sekolah di luar bandar, saya nampak senarai untuk 110 buah institusi pendidikan ini, sememangnya 41 daripada 110 buah ini adalah terletak di kawasan luar bandar. So, ini terbukti bahawa dalam melaksanakan sesuatu projek ataupun inisiatif KPM akan memastikan semua sekolah tidak ada sekolah yang terpinggir ataupun yang tercicir.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Kedua, berkenaan dengan guru. Sebelum itu, saya sampai ke Sarawak juga. Tahun ini pihak KPM juga akan melaksanakan projek rintis bagi 11 buah sekolah untuk dijadikan, untuk mengadakan inisiatif AI-Powered Classroom. Dengan sukacita saya maklumkan di sini bahawa antara 11 ini salah sebuah adalah di Sarawak iaitu SMK Lanang Sarawak, di kawasan Puan Yang di-Pertua.

Nombor dua, berkenaan dengan latihan guru. Sememangnya pihak KPM ada menilai kompetensi digital guru dan setakat bulan Jun 2025, seramai 405,158 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan telah pun selesai melaksanakan pengesanan tahap kompetensi digital. Tahap asas 23.81 peratus, tahap pertengahan 74.37 peratus, tahap lanjutan 1.81 peratus.

Kita mempunyai latihan untuk memastikan guru kita adalah kompeten dari segi digital.

Kita mempunyai kelas seperti Masterclass Generative AI, kita bekerjasama dengan Microsoft, Google dan Apple untuk memberikan latihan dari segi AI dan juga digital. Pada masa yang sama, di peringkat latihan guru berpanjangan, juga kita mempunyai program-program untuk pastikan guru-guru kita adalah mantap dan juga sesuai dalam pendidikan digital.

Last, berkenaan dengan kolaborasi dengan kementerian lain. Ya betul, berkenaan dengan pembangunan infrastruktur dari segi liputan internet dan juga penyediaan port. Tahun lepas, pihak KPM telah pun bekerjasama dengan kementerian komunikasi dalam penyediaan port dan kita berharap dengan usaha ini kita dapat memastikan rangkaian internet yang lebih baik dapat sampai kepada sekolah masing-masing terutamanya di sekolah di luar bandar. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Timbalan Speaker. Baik, soalan tambahan daripada soalan enam daripada Igan.

Timbalan Menteri, mengikut data ataupun statistik KPM, MAMPU, MDEC pada tahun 2023 di mana sekolah bandar yang mempunyai smartboard lebih kurang 75 percent. Luar bandar, smartboard lebih kurang 35 peratus. Pelajar luar bandar tanpa peranti, jumlahnya lebih kurang yang tidak ada peranti 45 peratus dan bandar hanya tinggal 15 peratus.

Jadi, adakah boleh saya membuat kesimpulan bahawa KPM lebih mengutamakan kawasan bandar dahulu daripada luar bandar untuk membekalkan peranti ataupun smartboard? Kerana saya mengikut daripada data yang dikeluarkan oleh KPM, MAMPU dan MDEC.

Jadi, saya rasa ini ada satu yang tidak adil dan saya juga sebagai bekas seorang guru, kebiasaannya kita selalu mendapat…

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat, soalan sahaja. Tak perlu bagi pendapat.

draft • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

…Mendapat rungutan lain yang agak lewatlah di bandar. Adakah kementerian bersetuju supaya di bandar kadang-kadang pihak

draft • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

swasta dapat membantu untuk memperbanyakkan sumbangan-sumbangan ini dan di bandar tidak boleh? Adakah pihak kementerian boleh membenarkan ahli-ahli politik terutamanya pembangkang untuk turut serta dalam membantu, memberi smartboard ataupun peranti tanpa sebarang sekatan yang terlalu ketat? Baik, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru.

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Nombor satu, berkenaan dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu yang mana KPM telah pun memberikan fokus yang lebih kepada sekolah-sekolah di bandar.

Bagi saya, ia tidak memaparkan satu situasi sebenar. Sebenarnya, apa yang berlaku adalah seperti yang saya sebut tadi daripada 110 buah sekolah yang terlibat dalam program rintis bagi kelas hibrid, 41 buah adalah dari kawasan luar bandar dan ini menunjukkan komitmen daripada KPM untuk berlaku adil kepada kesemua sekolah tanpa mengira lokasi dan– kita memastikan kita mengikut keperluan masing-masing.

Dan dalam aspek ini, kami juga, pihak KPM juga menggalakkan supaya pihak PIBKS memainkan satu peranan yang amat penting iaitu apabila pihak PKS ataupun focal person dapat connection ataupun dapat mereka yang ingin menyumbang kepada pihak sekolah.

Maka ia menjadi satu tanggungjawab ataupun satu hala tuju supaya pihak PIBKS boleh membantu untuk menghulurkan bantuan yang hendak disalurkan itu kepada sekolah-sekolah yang lebih memerlukan bantuan.

Dan untuk makluman rakan saya dari, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, tadi dalam jawapan asal saya ada sebut berkenaan dengan pemberian peranti untuk melengkapkan makmal komputer. Dan pada tahun — sekarang, pihak KPM telah pun masuk ke fasa empat yang mana fasa empat ini kita juga akan melengkapkan sejumlah 1,801 buah sekolah yang sekarang belum lagi dilengkapkan dengan perkakasan ICT. Dan jumlah unit perkakasan yang terlibat adalah 31,724 dan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM238 juta.

Projek ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2025 sehingga 2030 dan sekarang dalam fasa penilaian perolehan. Dan dengan lengkapnya kesemua 1,801 buah sekolah ini, sekolah-sekolah di bandar dan sekolah-sekolah di luar bandar setiap satu, 10,237 buah sekolah, tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, Puan Pengerusi.

Soalan saya, soalan nombor 7.

draft • 11:50 AM

7. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, tindakan bagi mengurangkan impak European Union Deforestation Regulation (EUDR) terutamanya dalam tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang giat melakukan berbagai inisiatif dan pembangunan kapasiti dalam usaha pematuhan European Union Deforestation Regulation (EUDR) yang akan berkuat kuasa pada 30 Disember 2025.

Dalam mendepani cabaran ini, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menggariskan empat strategi utama untuk memenuhi keperluan EUDR iaitu pertama, memastikan tiada aktiviti penyahhutanan atau penerokaan tanah baru bagi tujuan perladangan agrikomoditi dilaksanakan selepas 31 Disember 2020.

Dalam hal ini, KPK telah mengadakan berbagai sesi libat urus bersama kerajaan negeri untuk memastikan tiada kawasan baru dibuka untuk tanaman sawit dan getah selepas 31 Disember 2020.

Kedua, memperkasa sistem kebolehjejakan, traceability bagi produk agrikomoditi negara melalui pelaksanaan Sistem Kebolehjejakan Nasional bagi sektor sawit dengan integrasi sistem yang sedia ada iaitu Sistem Sawit Intelligent Management System (SIMS), JO Sawit dan eMSPO.

Dan Malaysian Sustainable Natural Rubber- MSNR Trace, bagi sektor getah, Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) bagi sektor kayu kayan dan Sistem Jejak Koko bagi sektor koko.

Dan ketiga, memastikan pemilikan dana yang sah- legitimate land title bagi melaksanakan aktiviti perladangan yang menjadi syarat wajib di bawah pelaksanaan skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) dan Garis Panduan Getah Asli Mampan Malaysia

(MSNR).

Dan keempat, memastikan amalan pengurusan buruh yang baik dalam sektor agrikomoditi selaras dengan komitmen negara di bawah International Labour Organization (ILO).

Selain itu, kementerian juga telah melaksanakan berbagai usaha inisiatif bagi mengurangkan impak pelaksanaan EUDR kepada industri agrikomoditi negara seperti yang berikut. Yang pertama, mengadakan sesi libat urus dengan pihak Kesatuan Eropah (EU) dan organisasi global bagi membincangkan langkah terbaik dalam menghadapi EUDR.

Kedua, mewujudkan jawatankuasa khas pelaksanaan EUDR di peringkat nasional dengan penglibatan berbagai kementerian dan agensi berkaitan.

Ketiga, menubuhkan jawatan kuasa Ad Hoc Joint Task Force (Ad Hoc JTF) melibatkan penyertaan Kerajaan Indonesia dan EU bagi membincangkan kaedah pelaksanaan terbaik bagi memenuhi keperluan EUDR.

Keempat, membincangkan impak pelaksanaan EUDR antara negara pengeluar komoditi melalui platform kerjasama antarabangsa seperti Council of Palm Oil Producing Countries

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

(CPOPC), Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC), International Tripartite Rubber Council (ITRC), International Tropical Timber Council (ITTC), dan International Cocoa Organization (ICCO).

Kelima, meningkatkan daya saing industri agrikomoditi dengan perluasan penggunaan produk agrikomoditi dalam kalangan pengguna di negara-negara pengimport melalui Perjanjian Perdagangan Bebas- Free Trade Agreement sama ada secara dua hala, pelbagai hala atau serantau.

Dan keenam, melaksanakan program kerjasama dengan badan antarabangsa di bawah EU untuk pemerkasaan pekebun kecil sektor agrikomoditi seperti program kesedaran pekebun kecil anjuran German Agency for International Cooperation (GIZ), National Initiative for Sustainable and Climate-Smart Oil-Palm Smallholders (NISCOPS), anjuran kerajaan Belanda dan United Kingdom, dan Projek Keberlanjutan Sawit Malaysia dan Indonesia (KAMI), anjuran European Forest Institute (EFI).

Program-program ini dilaksanakan bagi mengukuhkan amalan pertanian mampan dan memastikan pekebun kecil tidak tercicir daripada rantaian bekalan ke pasaran Eropah.

Akhir sekali, KPK akan terus melaksanakan libat urus bersama semua pemegang taruh yang bakal terkesan bagi memastikan pelaksanaan EUDR tidak akan memberi kesan negatif kepada sektor agrikomoditi negara.

Selain itu, potensi pasaran baharu akan terus diterokai di samping memperkukuhkan kedudukan negara dalam pasaran tradisi yang sedia ada. Sekian.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Muar.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Saya sokong kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju 100 peratus. Malangnya, sahabat kita di Kesatuan Eropah berbeza pendapat.

Kini Malaysia telah pun diklasifikasikan sebagai negara risiko sederhana oleh EU untuk eksport sawit sekali gus menjejaskan banyak- pekebun-pekebun kecil kita walaupun MSPO kita telah pun cecah 85 peratus.

Walaupun dibuktikan dengan sains dan data bahawa kelapa sawit kita empat kali ganda jauh lebih baik jika nak dibandingkan dengan alternatif yang Kesatuan Eropah ketengahkan. Kita ada liputan hutan lebih 54 peratus. Di Eropah hanya 39 peratus. Clearly, by data and science, we are substantially better, tetapi malangnya dengan klasifikasi ini, kita seperti dihukum walaupun kita cuba patuh dan ikut sebaik mungkin.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Apa soalan?

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ya, syarikat –15, ini sangat penting. Syarikat-syarikat besar tak akan terkesan, they have the money, they have the technology, tapi bagi pekebun-pekebun kecil yang tidak ada GPS, tidak ada peralatan yang

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

canggih, akhirnya mereka tidak diberikan hak untuk eksport ke Eropah, akhirnya terpaksa gulung tikar ataupun hilang kerja.

Persoalan saya mudah. Malaysia ada hubungan yang sangat erat dan rapat dengan Eropah and do not only jeopardize ini. Ini perkara sangat baik, tapi bagaimana kita nak gunakan hubungan yang rapat ini supaya dengan langkah diplomatik, teknikal dan dasar, kerajaan boleh berunding dengan Kesatuan Eropah supaya pekebun-pekebun kecil kita tidak teruk terjejas sampai terpaksa gulung tikar kerana dihalang? And the exact term is a form of non-tariff barrier yang dikenakan ke atas Malaysia.

Jangan kerana kita terhutang budi kepada Kesatuan Eropah kerana kita ada lebihan dagangan ataupun trade surplus, even amounting to RM55 bilion, tetapi akhirnya nasib pekebun- pekebun kecil kita terkorban. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih pada Muar. Memang kita berpendapat bahawa klasifikasi Malaysia sebagai negara berisiko standard di bawah EUDR ini memang tidak sepenuhnya mencerminkan kemajuan ketara yang telah dicapai oleh Malaysia dalam mengurangkan kadar deforestation dan memperkukuh amalan pengeluaran minyak sawit secara lestari.

Dan untuk menangani yang masalah atau isu atau cabaran klasifikasi ini, kita telah menumpukan jawatankuasa khas pelaksanaan EUDR susulan pengumuman klasifikasi standard risk ini.

So, di antara yang cara-cara yang kita tengah ambil ini, kita amat mementingkan ini pendekatan untuk engagement dengan pihak Eropah. Salah satunya, kita nak membincangkan isu-isu yang relevan, yang berpotensi menjejaskan ketepatan data hutan terkini yang diserahkan oleh Malaysia untuk Laporan Global Forest Resources Assessment (FRA) kepada the Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dalam proses pengklasifikasikan Malaysia bagi EUDR.

So, kerajaan akan terus dengan cara atau pendekatan engagement ini sampai kita dikeluarkan daripada standard risk ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puncak Borneo.

draft • 11:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada kementerian kerana kita dikategorikan sebagai negara yang tidak mematuhi EUDR. Jadi, adakah kementerian berhasrat untuk menyatakan fakta-fakta yang tegas kepada Kesatuan Eropah ini? Kerana di Denmark, forest coverage cuma 16.1, di Malta 1.5, Ireland 11.4 percent dan Germany 32.1. Malah di Malaysia, kita mempunyai forest coverage 54 ke-57. We are better than them. Who are they to try to tell us to take care of our forest, when they themselves

draft • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

don’t even know how to take care of their forest? So, kenapa kita tidak sergah mereka dengan fakta ini dan menyatakan kebenaran? Selain daripada itu, kita harus…

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Soalan saya tadi, untuk menyatakan supaya adakah kementerian mengambil tindakan tegas dengan menyatakan fakta dan we had to confront them with all these facts. We cannot be silent, because we have to- in war, we must attack. That is the best defense. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, Kementerian KPK, kita percaya dengan pendekatan engagement dan bukan kesemua negara dari Eropah ini dia lihat Malaysia dengan persepsi yang negatif. Seperti contoh, Malaysia bersama dengan negara-negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) iaitu Switzerland, Norway, Iceland dan juga Liechtenstein, kita telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia (EFTA) dan sekaligus membawa penurunan kadar tarif apabila kita eksport minyak sawit kepada keempat-empat negara di Eropah ini. So, kita percaya dengan cara atau pendekatan engagement. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.

draft • 12:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Puan Yang di-Pertua, soalan nombor 8.

draft • 12:00 PM

8. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah kenderaan terbiar atau buruk yang dikenal pasti dan dilaporkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 2025 hingga kini, termasuklah jumlah keseluruhan aduan yang diterima berkaitan isu ini dan berapa jumlah aduan yang telah dan belum diselesaikan.

draft • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, isu kenderaan terbiar atau kenderaan buruk yang tersadai, terutamanya di kawasan petak letak kereta awam, sememangnya antara aduan tertinggi yang diterima oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dan masalah ini bukan saja menjejaskan imej persekitaran bandar, malah memberi juga kesan terhadap aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan awam.

Sejak awal Januari hingga Mei 2025 Yang Berhormat, DBKL telah menerima sebanyak 1,009 aduan berkaitan dengan kenderaan buruk atau terbiar ini. Daripada jumlah tersebut, 992 aduan telah berjaya diselesaikan, manakala 17 kes lagi masih dalam siasatan dan proses tindakan lanjut.

Aduan-aduan yang datang ini dari kesemua 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur dengan jumlah tertinggi direkodkan oleh Segambut sebanyak 163 aduan, Seputeh 143 aduan dan Setiawangsa 113 aduan. Di kawasan Bukit Bintang, kawasan Yang Berhormat, kita terima sebanyak 81 aduan dalam tempoh lima bulan yang pertama ini.

draft • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Jabatan Penguatkuasaan DBKL menguruskan kenderaan ini dengan mengangkutnya ke tiga buah depoh khas yang diwujudkan, khususnya bagi tujuan simpanan dan pelupusan.

Kapasiti keseluruhan ketiga-tiga depoh ini adalah 3,100 buah kenderaan dan setakat ini telah menempatkan 1,945 buah kenderaan. Daripada jumlah ini, 1,504 ditempatkan di Depoh Taman Connaught yang berkapasiti 1,600 buah kenderaan dan depoh ini merupakan pusat utama pengurusan kenderaan buruk DBKL.

Sementara itu, Depoh Pantai Sentral kapasitinya 900 buah dan Depoh Jalan Emas kapasitinya 600 buah telah juga digunakan khusus untuk kenderaan yang telah diluluskan untuk pelupusan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset DBKL. Pada tahun ini, 437 kenderaan telah dilupuskan daripada Depoh Jalan Emas pada 15 Jun, manakala 382 kenderaan telah dilupuskan dari Depoh Pantai Sentral pada 4 Julai. Tuan Yang di-Pertua, ini semua statistik.

Jadi, antara langkah penambahbaikan Yang Berhormat, yang sistematik sedang diambil oleh DBKL untuk kita mempercepatkan proses pelupusan ini untuk kenderaan yang tidak dituntut melalui perwartaan. Namun, proses perwartaan ini sedang memerlukan masa kerana DBKL perlu memastikan pemilik ataupun waris benar-benar tidak akan menuntut kembali kenderaan sebelum dilupuskan. Sebab ini ada precedent kes atas dasar menjaga kepentingan hak milik. Sehubungan itu, penyelesaian sebenar adalah apabila semua pemilik kenderaan buruk atau terbiar memainkan peranan mereka masing-masing dalam melupuskan kenderaan mereka sendiri. Dan pemerhatian kami di DBKL mendapati bahawa perkara ini menjadi semakin mendesak memandangkan semakin banyak kenderaan yang ditinggalkan tanpa tuntutan, khususnya melibatkan kes-kes kematian pemilik tanpa waris yang bertindak dan kenderaan yang tidak dituntut dari bengkel atau disimpan oleh individu tertentu atas alasan nilai sentimentalnya.

Yang terakhir. Dalam hal ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada juga memperkenalkan satu kemudahan baharu yang dinamakan sistem e-direct yang membolehkan pemilik membatalkan pendaftaran kenderaan atas talian melalui platform digital JPJ dan seterusnya, menghantar kenderaan tersebut ke Authorized Automotive Treatment Facility (AATF) yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.

Sistem ini memudahkan proses kerana pemilik tidak perlu lagi hadir ke pejabat JPJ dan tambahan pula, AATF akan menanggung kos angkut dan juga pelupusan. Proses ini akan selesai dalam masa kurang daripada sejam dan pemilik juga akan dibayar sagu hati berdasarkan keadaan kenderaan. Sagu hati ini yang diterima boleh juga digunakan kembali untuk membayar saman tertunggak sekiranya ada. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Pintang.

draft • 12:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah trak tunda yang dimiliki oleh DBKL yang masih berfungsi sepenuhnya setakat Julai 2025? Dan adakah terdapat

draft • 12:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

perancangan pada tahun ini untuk menambah bilangan trak tunda bagi mempercepatkan tindakan terhadap kenderaan terbiar atau buruk? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat hari ini, kita ada sepuluh trak yang masih beroperasi dan pada tahun ini, 17 trak tunda yang baharu akan diperoleh. Insya-Allah, kalau ada rezeki yang lebih lagi, kita akan tambah lagi, Yang Berhormat.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bachok.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, apakah langkah yang sedang diambil oleh DBKL bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan kenderaan tamat hayat di Kuala Lumpur? Dan sejauh mana koordinasi antara DBKL bersama agensi lain berkaitan membantu mempercepatkan proses pelupusan mengikut lunas undang-undang? Dan apakah usaha pihak DBKL bagi menceriakan lorong-lorong belakang di kawasan Bandar Kuala Lumpur ini?

Contohnya, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan lain-lain lagi, khususnya kawasan-kawasan tumpuan kerana terdapat pasar malam dan sebagainya. Sama ada dengan mencahayakan kawasan tersebut dengan lampu warna-warni ataupun lukisan mural bagi menarik pengunjung mengabadikan kenangan di sana, lagi-lagilah pada 26 hari bulan nanti ramai yang akan turun. Sudah pasti akan menarik mereka untuk mengabadikannya. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi sebenarnya, baru-baru ini saya juga telah pergi ke satu fasiliti rawatan automotif berlesen dipanggil Car Medic Sdn. Bhd. Dan di situ saya belajarlah sebenarnya cara pelupusan dengan lengkap.

Saya kira fasiliti ini bukan saja menjalankan penyeleraian komponen secara lebih terkawal, malah apabila selesai, diberikan juga sijil pemusnahan sebagai bukti bahawa kenderaan juga telah dilupuskan mengikut prosedur yang sah.

Sebenarnya, DBKL sedang juga ke arah yang lebih baik, di mana kita menjalankan kerjasama juga dan membuat- insya-Allah dalam masa yang terdekat ini, kita akan buat bengkel juga dengan stakeholders yang melibatkan agensi-agensi seperti JPJ iaitu dalam MOT, Kementerian KPKT juga dan tentunya DBKL dan juga syarikat-syarikat AATF seperti mana yang saya sebut tadi. Jadi, ini sebenarnya yang kita lihat beban yang paling besar ialah dari sudut perundangan, Yang Berhormat. Yang ini kena diselesaikan dahulu. Macam saya kata tadi, macam kes-kes berkenaan dengan pemilik itu yang kadang-kadang dibiarkan kenderaan di tepi jalan tapi kita tak tahu siapa pemiliknya.

Dan mengenai soalan kedua tentang pengindahan Kuala Lumpur, ini memang sentiasa dilakukan, khususnya terlebih-lebih lagi lah di waktu mana kita sedang berdepan dengan Kepengerusian ASEAN ini. Dan banyak- perkara-perkara yang telah kita laksanakan kepada

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

pengindahan Kuala Lumpur ini. Termasuklah pencahayaan dan seperti Yang Berhormat sebut tadi, mural-mural yang sebenarnya menunjukkan identiti Malaysia seperti batik dan sebagainya.

Kalau Yang Berhormat lalu dekat Jalan Parlimen tu, ada nampak mural yang sangat besar itu dan itu adalah di antara usaha-usaha kita untuk terus menambah baik dan mencantikkan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B), Lumut.

draft • 12:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 9.

draft • 12:10 PM

9. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah program rentas kementerian dan agensi yang telah dilaksanakan bagi peluang kerjaya kedua veteran. Apa hasilnya dan apakah rancangan masa hadapan kerjaya kedua rentas kementerian dan agensi ini.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut atas soalan yang dikemukakan.

Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia sedang melaksanakan beberapa program peluang kerjaya kedua secara kolaborasi dengan pengambilan yang pertama adalah, pengambilan Ranger Community dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan juga Taman Negara PERHILITAN. Pada masa ini, seramai 382 veteran ATM dilantik sebagai Ranger Community- Immune Belt Enforcement Team- IBET volunteers di Sarawak dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Sehingga kini, seramai 467 veteran ATM terlibat dalam program ini.

Kita juga mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menempatkan veteran ATM dalam alam pekerjaan bermajikan. Sehingga kini, seramai 12,724 pendaftaran veteran ATM direkodkan dalam platform MYFutureJobs dan daripada jumlah tersebut, seramai 5,165 veteran ATM telah mendapat pekerjaan. Seterusnya, program Veteran MyWira dengan Talent Corporation Malaysia Berhad- TalentCorp bermula Januari 2024.

Sehingga kini, pihak TalentCorp telah berjaya mengumpulkan seramai 3,975 rekod veteran ATM untuk tujuan pemetaan dan perancangan hala tuju kerjaya kedua.

Selain dari itu, kementerian juga sedang bekerjasama dengan TalentCorp untuk peluang kerjaya kedua veteran ATM bersama Weststar Aviation Services dan juga Global Turbine Asia

(GTA). Seterusnya, kerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) melalui program latihan seperti Program Transformasi Perniagaan Veteran ATM, Roadmap to Franchise, Program Pembiayaan i-VIP dengan usahawan veteran ATM yang berkelayakan bermula tahun 2025 ini

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

dan Program Transformasi Perniagaan Veteran ATM untuk usahawan veteran ATM disasar untuk dilaksanakan meliputi enam pejabat zon PERNAS di seluruh negara.

Program pertama telah diadakan di Pulau Pinang pada 6 Mei 2025 melibatkan 28 veteran ATM dari Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang, manakala program kedua telah dilaksanakan di Kelantan pada 19 Jun 2025 melibatkan 24 orang veteran ATM.

Dan kita juga ada kerjasama dengan Agrobank Berhad melalui projek rintis program pembiayaan ladang kontrak agro defense veteran ATM bagi pertanian nanas di tiga lokasi itu di Cuping, Perlis; Pekoti, Pahang dan juga Beaufort, Sabah dan program bernilai RM11.2 juta ini dijangka memberi manfaat kepada 40 veteran ATM dengan pulangan pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM7,000 sebulan.

Dan, kita juga ada kerjasama dengan Affin Islamic Bank Berhad dan juga kita ada kerjasama PERHEBAT dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di mana kita melibatkan 178 veteran angkatan tentera dalam sektor pembinaan dan juga sistem pembinaan berindustri (IBS) di bawah Program Usahawan MARA.

Di samping itu, kita juga turut bekerjasama dengan Furniture Industry Technology Center di bawah MARA yang telah melatih 37 usahawan veteran ATM dalam bidang pembuatan perabot.

Dan yang terakhir, kita buat masa ini ada kerjasama kementerian dan juga libat urus bersama juga dengan Kementerian Pendidikan dan juga MARA dalam penglibatan veteran ATM sebagai penugasan mereka sebagai warden di sekolah-sekolah serta di pejabat pendidikan di seluruh negara. Itu saja jawapan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lumut.

draft • 12:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, adakah MINDEF bersedia meletakkan sasaran kuantitatif yang jelas seperti 10,000 veteran berjaya diserap ke industri menjelang 2030 dan bertanggungjawab secara terbuka terhadap pencapaiannya?

Dan soalan lagi satu, ada agensi yang kerajaan baru dibuka, Agensi Kawal Sempadan.

Adakah veteran telah ditawarkan untuk pekerjaan tersebut?

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut atas persoalan tambahan yang dikemukakan.

Memang kita tahu bahawa kita di Kementerian Pertahanan, kita menyasarkan 30 peratus daripada veteran angkatan tentera ataupun guna tenaga kita di industri pertahanan itu, kalau boleh kita sasarkan veteran angkatan tentera. Walaupun kita tahu bahawa mungkin sasaran itu belum lagi kita capai, tetapi dasar itu telah kita wujudkan kerana kita mahu bahawa industri- industri pertahanan ini memberikan keutamaan kepada veteran angkatan tentera kerana kita tahu dia ada kesinambungan dari segi pengetahuan, keupayaan dan juga pengalaman mereka di Angkatan Tentera Malaysia.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Adapun dalam kawalan sempadan, memang kita ada perbincangan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri. Buat masa ini tidak ada sebarang pelaksanaan ke situ, tetapi mungkin di masa hadapan itu kita cuba mempertimbangkan supaya veteran angkatan tentera juga dilibatkan dalam proses itu.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan Ledang nombor 10.

draft • 12:10 PM

10. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) status operasi semasa Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) termasuk jumlah fasa yang telah disiapkan, bilangan rekrut yang terlibat dan lokasi latihan dijalankan; dan

(b) perubahan utama yang telah diperkenalkan dalam PLKN 3.0 berbanding dengan lelaran sebelumnya.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ledang atas persoalan yang dikemukakan.

Puan Yang di-Pertua, Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) telah bermula pada Januari 2025 dengan sasaran 1,200 pelatih bagi tiga siri latihan. Sehingga Julai 2025, dua siri latihan melibatkan 560 pelatih telah dilaksanakan merangkumi 116 orang bagi siri yang pertama dan 444 peserta bagi siri yang kedua dan siri ketiga 2025 akan berlangsung dari 9 September hingga 22 Oktober 2025 dengan sasaran 640 orang pelatih.

Latihan dijalankan di dua lokasi utama itu di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah Pekan, Pahang untuk pelatih lelaki dan juga Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur untuk pelatih perempuan. Dan, PLKN 3.0 diperkenalkan sebagai inisiatif transformasi yang dirangka dengan pendekatan yang segar, strategik dan relevan bagi memenuhi keperluan semasa negara serta aspirasi generasi muda itu sendiri dan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang yang terkait dengan transformasi ini.

Antara tonggak-tonggak utama yang menyokong transformasi ini adalah yang pertama adalah fokus dan matlamat yang diperkemas. Berbeza dengan PLKN 1 yang tertumpu kepada patriotisme dan juga PLKN 2 yang menambah elemen kemahiran insaniah, versi 3.0 mengintegrasikan kedua-dua aspek ini secara bersepadu untuk menghadapi cabaran semasa, seterusnya melahirkan generasi muda yang patriotik berdaya tahan, berdisiplin tinggi dan memainkan peranan aktif dalam komuniti selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI ini.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang kedua adalah mekanisme pengambilan pelatih yang inklusif di mana PLKN 3.0 mengguna pakai sistem dwi mekanisme dalam pengambilan pelatih itu melalui undian rawak dan permohonan secara sukarela. Pendekatan hibrid ini mewujudkan keseimbangan antara penyertaan mandatori dengan minat tulen sekali gus menjadikan program ini lebih inklusif dan juga menarik.

Jadi untuk makluman, memang dalam pengambilan ini mungkin ada isu-isu yang terkait dengan pengambilan, tetapi dalam masa yang sama, kita juga meletakkan model supaya secara sukarela itu adalah sebahagian daripada usaha kita. Dan kalau kita lihat perkembangan kita dalam pengambilan siri pertama dan siri kedua, hampir 30 peratus daripada pengambilan- pengambilan itu adalah mereka yang datang secara sukarela dan saya fikir ini adalah satu angka yang positif untuk menunjukkan bahawa bukan sahaja dia terkait dengan akta dan seumpamanya tetapi bagi kita kesedaran itu yang cukup penting juga bagi kita.

Selanjutnya adalah model latihan yang komprehensif kerana kita tahu model latihan telah distrukturkan semula dari 180 hari kepada 45 hari dengan penekanan kepada aspek kenegaraan dan juga asas ketenteraan. Dan kalau kita lihat dari segi feedback mereka yang melalui siri 1 dan siri 2, kita boleh melihat bahawa asas ketenteraan antara yang cukup diminati, mungkin dia di luar daripada kebiasaan kehidupan seharian mereka tetapi ini juga mungkin boleh membina jati diri dan keupayaan generasi muda itu juga.

Di samping itu adalah kerjasama strategik antara agensi di mana PLKN 3.0 dipacu kerjasama antara Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan sendiri serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sebagai persediaan pelaksanaan di IPTA, politeknik dan juga IPG bermula sesi akademik 2026 dan juga 2027.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang terakhir, kita tahu bahawa dalam PLKN ini yang transformasi yang penting juga kita adalah, penerapan nilai teras MADANI itu kerana nilai-nilai universal seperti integriti, kebertanggungjawaban, perpaduan dan juga patriotisme disemai secara holistik dalam setiap segmen latihan dan pendekatan ini adalah selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membentuk generasi masa depan yang memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Itu sahaja jawapan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bangun] .

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ledang.

draft • 12:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang menyeluruh tadi dan sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan, saya dan kami menyokong penuh apa yang cuba dilaksanakan dalam kita menghidupkan semula PLKN 3.0 sebab nak bina sahsiah, patriotisme anak bangsa. Kita sempat untuk melawat kem tersebut. Jadi, fasilitinya baik.

draft • 12:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Cuma, ada sedikit kebimbangan sepertimana yang dilaporkan oleh Menteri berkenaan dengan kadar ketidakhadiran yang sekitar dalam 25–30 peratus kepada PLKN. Ini saya rasa bukan soal kita hendak kata gagal, tetapi terlepas peluang bagi mereka yang tidak dapat hadir tersebut.

Jadi, soalan saya, apakah langkah-langkah proaktif dan mesra belia yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian untuk kita dekati golongan yang tidak hadir ini terutamanya alasannya untuk sambung pengajian ataupun komitmen kerja? Adakah kita ada modul fleksibel untuk mereka ini dapat turut serta dalam latihan PLKN? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang atas persoalan tambahan dibangkitkan tentang ketidakhadiran. Memang kita tahu Puan Yang di- Pertua, kita ada Akta Latihan Khidmat Negara [Akta 628] di bawah seksyen 18, tetapi bagi kita yang paling penting bila ketidakhadiran itu berlaku.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bangun] .

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Jadi, kita akan melihat justifikasi tidak hadir itulah. Yang pertama adalah kalau kita mengikut rekod kita, ada dua aspek penting juga. Pertama adalah yang terkait juga dengan kesihatan. Yang kedua adalah terkait juga dengan pendidikan di kolej-kolej swasta ini. Jadi, dan yang ketiga adalah macam tadi disebut tentang pekerjaan dan seumpamanya, tetapi di pihak kita, kalau kita lihat di siri kedua, walaupun ada sebahagian yang tidak hadir, tetapi kita berikan juga maklum balas dan sebahagian yang tidak hadir pada siri kedua itu memberi komitmen. Ada antara 60 ke-70 orang dalam siri kedua yang tidak hadir, dia bersedia hadir dalam siri yang ketiga.

Sebab itu, kalau kita lihat, memang kita cuba memberikan kesedaran, menyelesaikan isu-isu yang terkait dan ada juga yang hadir, dia hadir sebahagian daripada siri itu kerana aspek- aspek kesihatan. Jadi, semua ini kita ambil pertimbangan-pertimbangan ini sama ada aspek pendidikannya, kesihatan mereka atau peluang-peluang pekerjaan mereka kerana bagi kita yang paling penting adalah, generasi muda ini diberikan peluang.

Adapun penggunaan kepada akta itu adalah, pilihan terakhir bagi kita untuk memberikan kesedaran, tetapi selagi perbincangan, kesedaran itu boleh kita lakukan, saya fikir ini adalah, keutamaan kita untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk membina keupayaan mereka pada masa kini dan juga masa depan. Itu sahaja jawapan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bagilah soalan tambahan satu ini.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Macam mana nak duduk, dia kan ada soalan tambahan?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tak mahu duduk, boleh keluar.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey, saya keluar kejap lagi.

[Ketawa] Bagilah peluang.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya berdiri, boleh ya?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, boleh.

draft • 12:20 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Isnin, 28 Julai 2025.” Terima kasih.

draft • 12:23 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:23 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG FI (FERI PENGKALAN KUBOR) (PENGESAHAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Tak Bai, Thailand yang ditadbir dan dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia semasa tempoh 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kerja Raya [Dato Sri Alexander Nanta Linggi] dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:23 PM
USUL MENTERI DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 27(3)
LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) BAGI TAHUN 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:25 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Standing Order. Standing Order. Sekejap, Menteri. 36(4). Ya, “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat pernyataan yang seksis,” Saya hendak merujuk kepada diri saya sendiri sebab semalam saya buat kenyataan yang bagi saya unparliamentary bila mana saya cakap backbenchers, ‘penjilat’.

Jadi, saya mohon saya tarik baliklah. Saya tak nak benda itu masuk dalam Hansard.

draft • 12:25 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baik.

draft • 12:25 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya mohon maaf kepada backbenchers, tetapi pengampu saya hendak minta kekalkan. Itu sahaja. Terima kasih.

draft • 12:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:25 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tahniahlah Yang Berhormat ya.

Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan, masalahnya bahawa Usul Yang Berhormat, saya ingin menyatakan Puan Yang di-Pertua,

draft • 12:25 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

“BAHAWA DEWAN INI, membuat ketetapan bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2023 (Kertas Statut 80 Tahun 2025) untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Tahunan ini; MEMPERAKUI usaha berterusan kerajaan yang berpegang kepada prinsip ketelusan dan integriti dalam melindungi, memenuhi serta menghormati hak asasi manusia. Usaha ini telah mengukuhkan kedudukan SUHAKAM sebagai sebuah badan bebas yang dihormati di Malaysia dan di peringkat antarabangsa termasuk pengiktirafan status A di bawah Prinsip-prinsip Paris. Kerjasama rapat antara SUHAKAM dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah memberi impak positif dalam mempromosi serta memperkasakan hak asasi manusia di negara ini; MENYEDARI bahawa dalam era digital masa kini, akses kepada maklumat melalui internet dan media sosial boleh menimbulkan kekeliruan berkaitan isu hak asasi manusia. Oleh itu, SUHAKAM dan kerajaan berperanan penting dalam memberi penjelasan yang jelas bagi memastikan rakyat memahami dasar dan langkah kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup mereka. Kerajaan juga perlu terus menyokong dan bekerjasama dengan SUHAKAM untuk memperluas kesedaran awam dan menangani isu-isu berkaitan sosial, ekonomi, budaya dan politik secara menyeluruh; MENGAMBIL PERHATIAN terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi oleh SUHAKAM dalam melaksanakan tugas dan amanahnya. Justeru, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan syor-syor utama dalam laporan ini dapat dilaksanakan secara berkesan. Ini juga termasuk keperluan kerajaan untuk meneliti kemungkinan menyertai atau meratifikasi triti dan konvensyen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia sebagai langkah memperkukuh komitmen nasional; MENYOKONG perbahasan terhadap Laporan Tahunan ini sebagai bukti kesungguhan berterusan kerajaan dalam menjaga dan memelihara hak asasi manusia untuk semua lapisan masyarakat; dan BAHAWA dalam usaha SUHAKAM melaksanakan mandatnya untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia, Dewan yang mulia ini menyeru semua pihak agar berganding bahu menyokong kerajaan dalam memastikan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan.” Puan Yang di-Pertua, hak asasi manusia kekal sebagai satu agenda penting yang terus diberi perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia menjadi asas utama kepada keharmonian, keadilan dan kesejahteraan sejagat. Di Malaysia, jaminan terhadap hak-hak asasi termaktub dengan jelas melalui Bahagian II Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi Perkara 5 hingga 13. Ia menjadi tanggungjawab utama kerajaan untuk memelihara, melindungi dan menjunjung tinggi hak-hak ini.

Selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang mengangkat nilai kemanusiaan dan kesejahteraan sebagai teras pentadbiran negara, Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Yang

draft • 12:25 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Amat Berhormat Perdana Menteri kekal teguh dalam komitmen memastikan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan dihormati dan dilaksanakan secara adil dan saksama.

draft • 12:25 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kerajaan yakin bahawa pengukuhan hak asasi merupakan asas kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

SUHAKAM sebagai badan penyelia atau, dengan izin, oversight body, berperanan untuk menasihati, memantau dan memastikan supaya prinsip-prinsip hak asasi manusia sentiasa dihormati dan dipelihara dalam dasar serta pelaksanaan agensi-agensi kerajaan. Di samping reformasi undang-undang hak asasi manusia yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini, Kerajaan MADANI pula sentiasa committed dalam memperkukuh SUHAKAM sebagai institusi.

Antaranya adalah memperkasa Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak melalui pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 [Akta 597] yang memperuntukkan jawatan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan dua jawatan Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi memberikan lebih peluang kepada Pesuruhjaya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka secara efektif.

Pindaan ini juga memastikan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM yang lebih mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Pindaan ini mewajibkan supaya komposisi Pesuruhjaya merangkumi individu daripada pelbagai latar belakang, termasuklah wakil wanita serta individu daripada kalangan orang kurang upaya.

Ini adalah selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang berteraskan keterangkuman, keadilan dan kesaksamaan dalam setiap aspek tadbir urus. Secara keseluruhan, inisiatif-inisiatif ini memperkukuh imej Malaysia sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi hak asasi manusia serta komited dalam memperjuangkan reformasi undang- undang yang inklusif, progresif dan berasaskan keadilan untuk semua.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak media yang selama ini konsisten menyoroti isu-isu hak asasi manusia dan memberikan liputan kepada usaha SUHAKAM. Tanpa sokongan berterusan daripada pihak media, SUHAKAM tidak akan mencapai kedudukannya sebagai satu nama yang dikenali ramai di setiap lapisan masyarakat. Justeru, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada media atas peranan penting tersebut.

Puan Yang di-Pertua, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2023 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari Isnin, 21 Julai 2025. Laporan ini merangkumi tujuh bab yang memperincikan pelaksanaan mandat Suhakam sepanjang tahun 2023.

Antara bidang utama yang diliputi, termasuklah pendidikan dan promosi hak asasi manusia, pemerkasaan dasar, perundangan dan koordinasi antarabangsa, pengurusan aduan

draft • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

dan pemantauan serta pengurusan kewangan SUHAKAM. Penyata Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2023 telah diaudit dan disahkan oleh Jabatan Audit Negara pada 12 Ogos 2024.

Ketua Audit Negara berpendapat bahawa penyata kewangan tersebut memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan SUHAKAM pada 31 Disember 2023 dan prestasi kewangan serta aliran tunai tersebut selaras dengan piawaian perakaunan sektor awam dan keperluan Akta SUHAKAM [Akta 957].

Puan Yang di-Pertua, pembentangan dan perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM di Dewan yang mulia ini merupakan satu tradisi yang penting dalam sejarah demokrasi negara kita.

Sebagai sebuah badan penyelia yang memantau pelaksanaan hak asasi manusia, SUHAKAM melaporkan dapatan syor dan cabaran yang dihadapinya melalui laporan tahunannya kepada Parlimen.

Maka, perbahasan laporan ini amat penting kerana ia memberi ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meneliti pelaksanaan hak asasi di negara kita serta mencadangkan penambahbaikan terhadap dasar dan amalan yang sedia ada. Ia bukan sahaja melibatkan laporan semata-mata, tetapi mencerminkan kesediaan kita sebagai sebuah negara untuk berbicara secara terbuka tentang isu-isu yang selama ini dianggap sensitif atau kurang diberi perhatian sewajarnya. Melalui perbahasan ini juga, pelaksanaan fungsi SUHAKAM dapat diperkukuh agar lebih responsif kepada cabaran semasa dan jangkaan rakyat.

Kerajaan MADANI yakin bahawa sesi perbahasan ini akan menjadi wadah yang konstruktif bagi semua Ahli Parlimen untuk membahas secara matang usaha-usaha memperkukuh pemeliharaan dan pemajuan hak asasi manusia di negara ini. Saya menyeru seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama dalam perbahasan hari ini demi kesejahteraan dan kemajuan negara. Semoga perbahasan ini menjadi titik tolak kepada usaha- usaha reformasi yang berterusan ke arah Malaysia yang lebih prihatin, lebih adil dan lebih inklusif.

Oleh itu Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya menyokong, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas. Saya akan baca senarai pembahas sekarang, 38 pembahas.

YB Seputeh, YB Pokok Sena, YB Sungai Petani, YB Ketereh, YB Batang Lupar, YB Pengkalan Chepa, YB Bukit Gelugor, YB Indera Mahkota, YB Kuala Pilah, YB Hulu Selangor, YB Petaling Jaya, YB Jerlun, YB Shah Alam, YB Kapar, YB Raub, YB Tanjung Karang, YB Beaufort, YB Parit Buntar, YB Selayang, YB Bagan Serai, YB Tenom, YB Batu Gajah, YB Pendang, YB Ampang, YB Tuaran, YB Kuala Langat, YB Bangi, YB Pasir Gudang, YB Kangar, YB Kota

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Melaka, YB Jasin, YB Hulu Langat, YB Rasah, YB Sik, YB Jelutong, YB Bentong, YB Parit dan YB Pulai.

Setiap pembahas diberi masa lima minit. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SUHAKAM yang telah menjalankan siasatan dan membentangkan laporan yang menyeluruh terhadap isu tempat tahanan di bawah PDRM, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, Rumah Pemulihan Akhlak Insaniah Bukit Beruntung dan juga pusat-pusat tahanan yang lain yang terkandung dalam Bab 3, dalam Laporan SUHAKAM 2023. Saya ingin membangkitkan empat isu utama yang terkandung dalam Laporan SUHAKAM 2023 ini.

Yang satu ialah fasiliti dan bangunan pusat tahanan yang uzur dan daif. Fasiliti dan bangunan pusat tahanan dan penjara yang uzur bukan sahaja menjejaskan kebajikan dan kesihatan banduan, malah ia menambah beban kerja anggota penguat kuasa. Ia juga telah menjadi punca kepada penularan penyakit berjangkit di kalangan OKT, banduan dan penjawat awam yang bertugas. Saya amat terkilan apabila membaca bahawa sehingga hari ini masih terdapat enam penjara yang menggunakan sistem bucket.

Institusi penjara kita yang masih bergantung kepada sistem sanitasi yang ketinggalan zaman memang akan menjejaskan kesihatan banduan dan penjawat awam di penjara. Muka surat ke-199 dalam Laporan SUHAKAM 2023 ini menyatakan lokap Balai Polis Miri dan lokap Balai Polis Papar berada dalam keadaan yang terlalu uzur dan tidak selamat diduduki. Saya berharap Kementerian Dalam Negeri memandang serius terhadap syor SUHAKAM untuk mencari alternatif bagi penempatan anggota yang bertugas dan OKT yang ditahan di kedua-dua lokap balai tersebut.

Yang kedua, kekurangan kakitangan di pusat-pusat tahanan. SUHAKAM turut melaporkan beban kerja yang melampau di pusat-pusat tahanan agensi-agensi penguat kuasa tersebut. Ini termasuk terdapat penjara yang hanya mempunyai dua atau tiga warden untuk menjaga satu blok yang menempatkan lebih 800 orang banduan. Keadaan ini membawa tekanan kerja dan tekanan jiwa yang amat serius di kalangan pegawai penjara sehingga wujudnya keganasan dan kekerasan terhadap banduan. Saya menyeru kerajaan mengisi masalah kekurangan penjawat awam di IPD atau balai polis untuk memastikan kawalan keselamatan awam dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

Yang ketiga ialah kesesakan dalam pusat-pusat tahanan. Kesesakan dalam penjara dan pusat-pusat tahanan juga menyumbang kepada penularan masalah kesihatan seperti scabies, batuk kering atau tuberkulosis dan penyakit berjangkit lain di dalam penjara. Kesesakan ini

draft • 12:35 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

berpunca daripada bilangan kes jenayah yang meningkat, baik dalam proses siasatan polis, mahupun dalam perjalanan kes di mahkamah.

Yang keempat ialah masalah proses perundangan yang menyumbang kepada kesesakan pusat tahanan. SUHAKAM mendapati keperluan untuk mewujudkan prosedur baharu bagi banduan atau tahanan yang ditumpangkan di lokap polis untuk proses perbicaraan atau sebagainya. Pihak berkuasa yang menggunakan lokap balai polis sebagai tempat tahanan sementara perlu mengemukakan dokumen atau slip kesihatan seseorang banduan atau tahanan yang menerangkan latar belakang kesihatan banduan yang menumpang di lokap polis bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anggota dan OKT di balai polis.

SUHAKAM mendapati bahawa sebilangan besar penghuni di institusi penjara pada masa ini adalah, tahanan reman. Kesesakan di blok tahanan reman telah menyebabkan tahanan terpaksa duduk dalam keadaan yang sempit dan terbatas.

draft • 12:35 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Perbicaraan mahkamah yang panjang juga telah menyumbang kepada kesesakan tahanan reman ini. Aktiviti yang kurang disediakan kepada tahanan reman menyebabkan ramai di antara mereka terpaksa duduk di dalam sel, penjara sahaja tanpa sebarang perkembangan kes. Selain itu, bilangan tahanan reman yang terlampau ramai telah menyebabkan masalah penyeludupan artikel larangan semakin berleluasa seperti telefon bimbit, dadah dan tembakau semasa pergerakan keluar masuk tahanan reman ke mahkamah dan penjara. Malaysia memerlukan strategi baharu untuk menangani masalah dadah dan jenayah.

Jelas daripada laporan SUHAKAM bahawa pendekatan yang terlalu berorientasikan hukuman ataupun punitif bukan sahaja tidak berkesan malah menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia yang semakin meruncing.

Masalah kelima, keadaan pusat tahanan di Jabatan Imigresen Malaysia melanggar hak asasi manusia. Yang satu ialah alatan kebersihan diri yang terhad. SUHAKAM mendapati kebanyakan tahanan di depot imigresen tidak dibekalkan dengan peralatan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat gigi dan berus gigi secara berterusan dan tahanan hanya boleh membeli barangan tersebut dengan duit yang diberikan oleh keluarga sewaktu perjumpaan. Saya menyeru pihak KDN boleh menyahut seruan SUHAKAM untuk menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk memastikan bekalan peralatan kebersihan sentiasa tersedia demi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit.

Yang kedua ialah UNHCR tidak diberikan akses ke depot imigresen. SUHAKAM mendapati bahawa UNHCR tidak diberikan akses ke depot imigresen untuk menjalankan proses pengesahan untuk menentukan status pelarian seseorang tahanan. Antara sebabnya ialah isu pembebasan pelarian berstatus UNHCR yang disabitkan dengan jenayah, kad pelarian palsu, dan peranan UNHCR dalam menguruskan pelarian di Malaysia.

draft • 12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya menyeru Jabatan Imigresen Malaysia menerima syor SUHAKAM untuk membenarkan akses UNHCR ke depot-depot imigresen bagi menjalankan proses pengesahan dan penentuan status pelarian dan pencari suaka yang sah untuk memastikan tahanan yang berstatus pelarian dan merupakan pencari suaka tidak ditahan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Kerajaan haruslah mengambil pendekatan yang holistik untuk mengekalkan kerjasama berterusan di antara UNHCR dan KDN dan memastikan hak pelarian dan mengurangkan kesesakan di dalam depot imigresen.

Sebagai rumusan, saya menyeru penempatan sementara di rumah pengantara atau pusat pemulihan perlu diperluaskan dengan kerjasama dengan NGO yang mempunyai kepakaran dan pengalaman kaunseling dalam penjenayah dan juga syarikat swasta yang sudi menerima OKT dan banduan. Saya menyeru kerajaan menerima syor-syor SUHAKAM agar alternatif kepada penahanan reman dikaji dan dikuatkuasakan dengan segera bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara dan juga membantu PDRM dan mahkamah dalam mengurangkan kes tertunggak dan tekanan terhadap sistem keadilan.

Akhirnya ialah saya ingin tanya pihak kerajaan...

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, kenapakah Laporan SUHAKAM 2023- baru dibentangkan di Parlimen ini dalam bulan Julai sekarang? Sepatutnya kita haruslah membahas laporan SUHAKAM 2024. Kelewatan pembentangan laporan ini mungkin menjadikan perbahasan kita sia-sia itu sahaja kerana mungkin banyak isu yang tergantung dalam laporan ini telah menjadi outdated dan tidak tepat lagi. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya menyampaikan beberapa pandangan berkenaan dengan laporan SUHAKAM. Puan Yang di-Pertua, pertama, saya tertarik dengan pelbagai program Bengkel Hak Asasi Manusia yang disediakan melibatkan pihak penguatkuasaan, pihak penguat kuasa seperti Bengkel TOT kepada tenaga pengajar Maktab PDRM, PULAPOL dan sebagainya.

Cuma saya ingin mengetahui apakah langkah yang sama boleh dilakukan untuk memperluaskan bengkel ini kepada orang awam itu sendiri supaya masing-masing mengetahui peranan dan tanggungjawab pihak penguat kuasa. Saya melihat ia sebagai langkah memperkukuh peranan PDRM dalam masyarakat dan masyarakat juga harus disedarkan

draft • 12:44 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

bahawa hak asasi tidak bermaksud bebas sehingga terbabas. Jadi, konteks hak asasi dan pihak penguat kuasa ini harus dikembangkan secara strategik kepada masyarakat amnya.

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua, saya ingin mendapatkan maklum balas kementerian berhubung isu tangkapan Pesta Gay baru-baru ini. Kerana terdapat percanggahan kenyataan terhadap program berkenaan. Suatu yang pelik. Pertembungan di antara KKM dan PDRM. Dalam bahasa lain, siapa sebenarnya yang bercakap benar atau yang menipu? Pihak Polis Kelantan mengesahkan tiada penglibatan NGO, klinik kesihatan mahupun KKM dalam acara berkenaan. Bahkan pegawai daripada NGO mahupun agensi kementerian sendiri tidak muncul.

Soalan saya, apakah serbuan pihak PDRM itu boleh dianggap menyalahi hak asasi program yang sedang diatur oleh NGO dan Kementerian Kesihatan atau sebaliknya ia sememangnya benar sebuah program songsang yang sengaja dikaburkan oleh NGO dan pihak KKM sendiri? Jadi, mohon penjelasan.

Puan Yang di-Pertua. Perkara ketiga, saya ingin sentuh adalah, mengenai kerjasama SUHAKAM dengan pihak JAKIM bagi membina jambatan yang lebih kukuh di antara isu-isu hak asasi manusia dengan pematuhan terhadap syariah ataupun disebut dengan maqasid syariah.

Ia isu-isu seperti pemakaian tudung kepada wanita Muslim serta pemakaian yang lebih sopan di premis kerajaan seharusnya diharmonikan terutamanya menilai kepada pandangan-pandangan syarak terhadapnya. Apa yang berlaku adalah sebahagian isu hanya dinilai kepada aspek hak asasi sehingga mengetepikan prinsip-prinsip yang telah diletakkan oleh syarak sedangkan asas hakiki bagi suatu hak asasi itu sendiri adalah, mematuhi syariat sebagaimana yang ditaklifkan oleh syarak.

Puan Yang di-Pertua, perkara keempat yang suka saya bangkitkan ialah mengenai suatu lagi cabang daripada cabang maqasid syariah iaitu hifz al-mal al-kabir iaitu memelihara harta negara ataupun aset strategik negara. Saya ingin mencadangkan supaya SUHAKAM juga melibatkan diri terhadap perbahasan hak asasi dalam konteks memelihara hak ketuanan, tanah, serta aset-aset strategik negara. Sebagai contoh, isu seperti di Kampung Baru selain di Kampung Sungai Baru selain pemeliharaan hak asasi terhadap bentuk-bentuk aset strategik negara seperti pengambilalihan MAHB. Saya berpandangan isu-isu sebegini walaupun sering kali dibangkitkan masih belum mendapat tempat dalam kalangan rakyat pada ketika ini.

Puan Yang di-Pertua, perkara kelima yang suka untuk saya bangkitkan sekali ialah jika kita merujuk dalam laporan SUHAKAM. Ada juga disentuh berkenaan dengan hak asasi kumpulan rentan. Dalam kita selalu membicarakan hak asasi bagi masyarakat yang sempurna, saya berharap kita jangan lupa membicarakan soal hak asasi golongan OKU. Dalam laporan SUHAKAM, ada cadangan agar akses dan penyertaan golongan OKU dalam masyarakat

draft • 12:44 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

dipertingkatkan serta dipermudahkan. Termasuklah usaha untuk memastikan akses kepada pilihan raya, insurans, pengangkutan awam, infrastruktur bandar mesra OKU.

Saya melihat ia dapat diperkukuhkan seperti mana cadangan SUHAKAM yang menggesa kerajaan meminda Akta 685 yang memperkasakan Majlis Kebangsaan bagi OKU dan Jabatan Pembangunan OKU. Selain itu, SUHAKAM turut menekankan kepentingan mempercepatkan pelaksanaan Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan menggesa agar pemantauan hak OKU dilaksanakan secara menyeluruh di semua kementerian. Oleh itu, saya merasakan wajarlah kerajaan melihat perkara ini dengan sebaiknya.

Jadi, persoalan saya, bilakah pindaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] seperti yang dicadangkan oleh SUHAKAM akan dibuat, memandangkan ia sepatutnya dimuktamadkan pada Jun 2023? Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 12:44 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Sungai Petani untuk mengambil bahagian dalam membahas Laporan SUHAKAM 2023.

Di dalam kesempatan ini, saya ingin memanfaatkan untuk menyentuh tiga isu penting iaitu tentang sistem penjara, kedua tentang ekonomi pekerja-pekerja gig dan juga golongan rentan, yang ketiga adalah tentang pendidikan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini saya juga membahas tentang reformasi dan sistem penjara. Dan pada tahun laporan 2023, sekali lagi memberi isyarat kepada kita bahawa reformasi penjara ini merupakan satu keperluan yang amat-amat penting. Kita lihat bagaimana sistem fasiliti di penjara, sistem ventilasi, kebersihan dan juga keadaan penjara itu yang boleh menyebabkan untuk tempat menjadi tersebarnya penyakit-penyakit yang berjangkit.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kerajaan tidak ambil mudah dalam soal ini dan saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan sistem latihan kepada anggota penguat kuasa melalui kerjasama dengan SUHAKAM dalam pembangunan modul hak asasi manusia dan langkah-langkah ini tepat dan perlu diperluaskan.

Dan satu cadangan saya adalah untuk kesinambungan usaha yang sedia ada, adalah diwujudkan satu piawaian minimum penjara manusiawi yang menetapkan piawaian asas dari segi kesihatan, dari segi pemisahan tahanan dan akses terhadap khidmat pemulihan. Dalam membina sebuah negara bangsa yang bertamadun, integrasi semula tahanan dalam masyarakat perlu menjadi agenda utama dalam reformasi penjara.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak bercakap tentang keadilan tanpa menyentuh soal pendidikan dan kita tidak boleh bercakap tentang kemajuan tanpa menyentuh masa depan anak-

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

anak. Saya ingin menyuarakan satu kebimbangan yang saya yakin turut dikongsi juga nanti oleh rakan-rakan iaitu tentang keadaan pendidikan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

Kita lihat sekitar 12,000 hingga 16,000 kanak-kanak yang stateless di Semenanjung dan sehingga 300,000 di Sabah kanak-kanak tidak mempunyai kewarganegaraan. Ini adalah satu angka yang membimbangkan di negara kita. Dan UNICEF turut melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 41,000 kanak-kanak pelarian dan stateless dan hanya 34 peratus sahaja yang mendapat akses kepada pendidikan melalui pusat alternatif. Dan kosong peratus berada dalam sistem formal.

Dan masih saya ingat di kawasan saya sendiri ada banyak yang kita membantu dan salah satu saya masih ingat, dia ini seorang yang stateless dan kita bawa kepada Kementerian Dalam Negeri dan diluluskan. Dan akhirnya, hari ini anak tersebut telah pun masuk ke universiti dan mendapat hak pendidikan seperti orang lain.

Tuan Yang di-Pertua-

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Sungai Petani.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya menyokong penuh segala usaha kerajaan untuk meluaskan.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Boleh mohon celah.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sila, Permatang Pauh.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, saya cuma nak bertanya Yang Berhormat Sungai Petani berkaitan dengan masalah yang dihadapi tadi itu.

Adakah kerajaan boleh bercadang untuk meluaskan penggunaan MyKAS ataupun kad pengenalan hijau itu? Bagi rakyat ataupun bagi manusia ataupun bagi orang yang tidak ada warganegara di Malaysia. Paling tidak supaya akses pendidikan dapat dimanfaatkan oleh merekalah.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Sebab itu kita perlu mencari satu mekanisme supaya setiap dari anak-anak ini, kadang-kadang yang stateless ini bukan disebabkan dia ini bukan warganegara tetapi disebabkan dokumentasi dan sebagainya. Sebab itu kerajaan perlu mencari satu mekanisme yang baik untuk memastikan akses kepada pendidikan itu dapat dinikmati oleh seluruh rakyat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang hak ekonomi golongan rentan. Kalau kita lihat, saya ingin bangkitkan ialah hak ekonomi dan sosial yang merangkumi pekerja gig, warga emas, Komuniti Orang Asal dan mereka yang hidup dalam struktur sosial yang tidak memberikan mereka banyak kelebihan. Dan inilah yang disebutkan sebagai golongan rentan.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana mula mengarusperdanakan naratif hak asasi dalam konteks sosioekonomi. Kita lihat pelbagai dasar diperkenalkan dari reformasi pelindungan sosial kepada perhatian khusus terhadap ekonomi gig termasuk sesi libat urus.

Namun, Laporan SUHAKAM menyatakan dengan jelas bahawa dalam ekonomi gig khususnya sektor p-hailing dan e-hailing, masih terdapat cabaran besar. Dan menurut kajian semasa, lebih 25.1 peratus daripada tenaga kerja negara kini bergantung kepada pendapatan ekonomi gig bersamaan hampir tiga juta orang pada 2023 berbanding 2.4 juta pada tahun 2024.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Dan seiring dengan aspirasi kerajaan, hak kepada kehidupan yang bermaruah dari ruang pekerjaan, perumahan hingga penjagaan kesihatan bukan lagi boleh dilihat sebagai dasar tambahan. Ia perlu menjadi tiang utama pembentukan dasar negara.

Saya ingin mengutarakan kerajaan untuk menubuhkan satu bentuk indeks kesejahteraan sosioekonomi kepada isu kemiskinan tegar, yang boleh menjadi petunjuk kepada pencapaian sebenar kita dalam membina keadilan ekonomi untuk semua. Bukan sekadar angka makro tapi juga soal akses dan peluang untuk mereka yang selalu terpinggir.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kerajaan hari ini ada keberanian politik dan iltizam dan dasar yang betul. Tetapi dalam perjalanan reformasi ini, kita mesti sentiasa sedar bahawa sistem yang adil tercermin dalam bagaimana kita layan mereka yang lemah dan rentan. Saya ucapkan tahniah kepada SUHAKAM atas laporan ini dan juga saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas komitmen yang ditunjukkan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.

draft • 12:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Laporan SUHAKAM pada petang ini.

SUHAKAM memainkan peranan penting dalam memastikan keadilan ditegakkan, hak asasi manusia dilindungi dan ketelusi dikekalkan. Pada perbahasan kali ini, saya akan sentuh isu yang melibatkan veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang teraniaya kerana pencen tidak diselaraskan.

Saya telah membawa isu perasaan pencen ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 sejak Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang pernah bertugas dari tahun 2013 hingga sekarang

draft • 12:56 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

membawa isu ini ke dalam Majlis Angkatan Tentera kerana beliau adalah Pengerusi Majlis Angkatan Tentera. Tetapi malangnya, isu ini tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Angkatan Tentera sehingga sekarang.

Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan memberi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera menyebut Yang di-Pertuan Agong adalah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.

Manakala, Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan mengenai jenis-jenis perkhidmatan jelas menyebut, ATM dan kehakiman tidak sama dengan Perkhidmatan Awam di mana ATM adalah perkhidmatan yang paling terkanan sekali.

Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan juga jelas menyatakan bidang kuasa yang ada pada Majlis Angkatan Tentera dengan Kuasa Am Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan tatatertib, pentadbiran Angkatan Tentera dan segala perkara yang lain berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan bagi maksud operasi.

Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak ada kuasa undang-undang ke atas Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman.

Manakala menurut Akta Angkatan Tentera 1972, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan gaji ATM di bawah seksyen 157 Akta Angkatan Tentera 1972 dan Peraturan Pencen di bawah seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972.

Pada 1 Januari 2013, Majlis Angkatan Tentera telah gagal membuat penyelarasan pencen angkatan tentera walaupun pada masa tersebut berlaku penyelarasan gaji kepada anggota ATM. Disebabkan kecuaian ini, maka kadar pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dengan veteran ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013 menjadi besar.

Saya telah membawa isu ini setiap kali ada perbahasan untuk menegakkan keadilan kepada veteran ATM yang teraniaya ini. Saya dapat merasakan betapa peritnya hidup veteran ini mendapat pencen yang sangat rendah berbanding dengan veteran ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013. Saya sendiri pun sekiranya tidak menjadi pegawai dalam Angkatan Tentera, sudah tentu akan pencen pada tahun 1999 dan termasuk dalam golongan ini.

Sudah lebih 12 tahun mereka menunggu Kementerian Pertahanan menyelaraskan pencen mereka tetapi malangnya setakat ini Kementerian Pertahanan tidak pernah membawa isu ini untuk dibincang dalam Majlis Angkatan Tentera. Justeru itu, saya tidak tahu berapa bilangan veteran yang teraniaya ini masih hidup dan berapa jumlah wang diperlukan. Setakat ini Majlis Angkatan Tentera tak pernah bincang benda ini. Tak pernah bincang. Jadi, bagaimana kita nak tahu berapa banyak duit kita nak pakai.

draft • 12:56 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuntutan penyelarasan pencen veteran ATM yang bertugas sebelum 1 Januari 2013 adalah hak mereka mengikut undang-undang. Saya dah baca undang-undang tadi dan bukannya memohon ihsan daripada kerajaan. Penyelarasan pencen yang tertangguh sekarang adalah satu pelanggaran undang-undang yang melanggar hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.

Ianya adalah salah satu tindakan berbentuk penindasan kepada veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 di mana hak mereka dinafikan dengan penuh kezaliman dan tidak berperikemanusiaan? Ditambah pula, kebanyakan veteran yang masih hidup ini keadaan amat daif dan menghidap penyakit. Ingatlah jasa veteran ini yang teramat besar kepada agama, bangsa dan negara.

Akhir kata, saya mewakili seluruh veteran ATM yang besar sebelum 2013 memohon SUHAKAM membuat siasatan. Masukkan dalam laporan untuk tahun depan tentang isu ini dan selesaikan perkara ini dengan secepat mungkin.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Ahli-ahli Yang Berhormat saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula 2.30 petang nanti.

draft • 12:56 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum. Yang Berhormat, Yang Berhormat, sesi perbahasan sebelah petang ini akan dimulai. Saya telah dibuat permohonan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk mempercepatkan, beliau terpaksa ke airport. Saya persilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 2:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih di atas pertimbangan Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri pada hari ini untuk menyuarakan suara yang sering didengari, suara di balik jeriji besi dan tirai penjara yang penuh derita.

Laporan SUHAKAM 2023 telah membentangkan kepada kita satu wajah gelap sistem keadilan kita. Penjara sesak melebihi kapasiti, layanan tidak berperikemanusiaan terhadap banduan dan kematian tragis dalam tahanan. Ini bukan sekadar statistik. Ini adalah wajah-wajah

draft • 2:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

manusia yang dilupakan. Laporan SUHAKAM menunjukkan 42 buah penjara menampung lebih 72,000 banduan. Sedangkan kapasiti asal hanyalah sekitar 65,000.

Pada November 2024, angka itu melonjak kepada 87,419. Kesesakan ini bukan sekadar masalah logistik, ia adalah krisis kemanusiaan. Banduan terhimpit dalam sel sempit dan kotor.

Penyakit kulit seperti kudis buta menular akibat kebersihan yang diabaikan. Malah, ramai yang sakit tidak mendapat rawatan kerana tiada wad khas. Penjara menjadi pusat wabak, bukan sebuah pemulihan. Lebih parah, kita dikejutkan dengan petisyen daripada 125 orang banduan dari sebuah penjara di utara tanah air. Mendakwa mereka dipukul dengan paip PVC kerana kesalahan remeh. Malah, ada alat penderaan disorok apabila SUHAKAM ingin datang. Ini kezaliman yang dirancang, bukan insiden terpencil.

Tahanan reman yang belum dibuktikan bersalah turut diperlakukan dengan hina. Disuruh berbogel untuk pemeriksaan memalukan, tidak mandi berhari-hari dan diberi nasi basi, sepotong ikan. Aduan dibalas dengan pukulan. Penjara kita telah menjadi neraka sunyi dan tidak terlihat dari luar tetapi penuh dengan pekikan daripada dalam.

Pada tahun 2023, 77 kematian direkodkan dalam tahanan, 11 daripadanya berlaku dalam penjara. Mangsa sering ditemui mati dengan kesan kecederaan dan penyakit yang tidak dirawat. Kes terbaru pada Januari 2025 di Penjara Taiping membawa kepada siasatan awam SUHAKAM. Persoalannya, adakah ini semua takdir atau akibat kealpaan dan kekejaman sistem?

draft • 2:33 PM

Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, lima langkah reformasi tentang perkara ini

(i) kurangkan kesesakan penjara dengan hukuman alternatif, khidmat masyarakat, pemulihan komuniti;

(ii) bebaskan tahanan reman berisiko rendah, terutama warga emas, pesakit miskin;

(iii) tubuhkan badan pemantau bebas atau beri kuasa penuh kepada SUHAKAM untuk lawatan mengejut;

(iv) tingkatkan latihan warden penjara dan pastikan mereka tidak terbeban sehingga menyalahgunakan kuasa; dan

(v) baiki fasiliti kesihatan penjara, bina klinik, sediakan doktor dan pakar psikologi dan psikiatri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu kes yang mengangkat persoalan besar dalam sistem keadilan jenayah dalam negara kita. Ia melibatkan seorang individu yang ditahan selama hampir sembilan bulan tanpa dibenarkan ikat jamin hanya kerana disyaki memiliki bahan terlarang. Sepanjang tempoh itu, beliau berada dalam tahanan reman, dipisahkan dari keluarga dan masyarakat. Sedangkan kononnya siasatan dijalankan tetapi persoalannya, apa sebenarnya yang disiasat selama sembilan bulan itu sehingga akhirnya mahkamah memutuskan bahawa beliau tidak bersalah?

draft • 2:33 PM

Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, lima langkah reformasi tentang perkara ini

Jika setelah berbulan-bulan ditahan, tiada bukti sah yang dapat dibawa ke muka pengadilan. Maka jelas, sistem ini sedang menghukum sebelum membuktikan kesalahan seseorang. Tidakkah kita merasa gerun kepada doa daripada orang-orang yang dizalimi?

Sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi SAW.

[Membaca sepotong hadis] “Takutlah kamu kepada doa orang-orang yang dizalimi kerana tiada hijab antara doa itu dengan Allah.” Penindasan dan hak bersuara rakyat. Kami mengambil maklum surat edaran penjawat awam untuk bersuara dan menyuarakan teguran kepada kerajaan secara terbuka. Kita faham benar prinsip Rukun Negara, “Kesetiaan kepada raja dan negara” tapi jangan cuba memesongkan maksudnya. Kesetiaan kepada negara bukanlah kesetiaan mutlak kepada seorang Perdana Menteri. Kita setia kepada raja kerana itu lambang negara kita. Kita setia kepada negara kerana itu amanah yang kita warisi tetapi kesetiaan tidak bermakna bisu. Tidak bermakna tak boleh menegur, apatah lagi menukar kerajaan secara sah dan demokratik.

Jangan cuba tunggang agama. Kononnya menukar kerajaan bukan cara Islam. Sistem negara kita ialah demokrasi berparlimen. Ada pilihan raya setiap lima tahun sekali. Maka menukar kerajaan bukanlah jenayah, bukan dosa, bukan pengkhianatan. Sebaliknya itulah bukti rakyat sayang kepada negara ini. Kita ingin negara ini selamat dan kita ingin menjulang sistem beraja yang ada dalam negara kita. Kita ingin melihat negara ini dipimpin dengan nilai moral, iman dan amanah, bukan retorik semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus berani berkata jujur. Ke manakah hala tuju negara kita sedang dibawa apabila suara rakyat menutup keadilan diancam? Dan teguran terhadap institusi dilabel sebagai hasutan. Kita tidak akan mampu memuliakan negara ini…

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 2:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

…Jika rakyat…

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila gulung.

draft • 2:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya nak, saya nak gulung.

Jika rakyat dibisukan dan penguasa tidak ditegur. Nabi SAW menyebut, [Membaca sepotong hadis] “Bagaimana Allah akan menyucikan dan memuliakan suatu umat jika tidak mengambil hak orang lemah daripada orang-orang yang berkuasa di kalangan mereka.” Hadis ini jelas adalah penegasan keras bahawa umat yang tidak membela yang lemah tidak akan dimuliakan oleh Allah. Apatah lagi jika mereka menindas dan menafikan hak untuk bersuara, menegur dan menuntut keadilan. Ini bukan sekadar persoalan hukum, ini adalah persoalan keberkatan, kemuliaan dan nasib umat di sisi Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya menyeru kepada kerajaan agar tidak menggunakan sentimen agama untuk menghalang rakyat membuat perubahan secara

draft • 2:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

demokratik. Jangan mempergunakan sentimen agama untuk mengekalkan kuasa, seolah-olah menukar kerajaan melalui pilihan raya aman itu perbuatan terlarang.

draft • 2:33 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Islam tidak pernah merelakan kezaliman, sebaliknya menuntut keadilan dan amanah dalam pemerintahan. Ungkapan seperti “Tukar kerajaan bukan cara Islam” hanya menyempitkan ajaran agama demi kepentingan politik. Hak rakyat memilih pemimpin adalah satu tanggungjawab untuk memastikan keadilan ditegakkan. Menegur atau menukar pemimpin zalim bukan satu dosa.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat. Saya tutup.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Malah ia menepati prinsip mencegah kemungkaran. Sebagaimana negara majmuk — sebagai sebuah negara majmuk dan berperlembagaan, peralihan kuasa secara aman adalah sebahagian daripada demokrasi yang sihat. Akhirnya, saya tutup dengan pantun Tuan Yang di-Pertua.

*Subsidi hilang cukai menimpa, Ikan bilis dicekik sengsara; Raja formula silalah terima, Hidup rakyat makin terseksa.

Laungan turun PMX bukan jenaka, Ia suara jiwa yang luka; Bukan rakyat yang gila kuasa, Tapi sabar kami sudah sampai kepada penghujungnya.* Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya akan lebih tegas dari pengurusan masa kerana kita tidak cukup masa. Seramai lebih kurang hampir 38, 40 orang yang akan berbahas. Jadi, masa itu adalah satu kekangan ya.

Baik. Berikutnya, sebelum saya memanggil pembahas yang seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat, hadir di galeri awam pada hari ini adalah masyarakat Orang Asli dari Kampung Tementong, Kuala Lipis, Pahang.

[Tepuk] Di bawah kawasan Parlimen Yang Berhormat Timbalan Menteri KESUMA, YB Lipis. Selamat datang.

[Tepuk] Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

*Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera dan salam Segulai Sejalai.

draft • 2:42 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Saya mohon untuk turut serta membahaskan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2023.

Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti bahawa antara isu utama yang menjadi tumpuan Pejabat SUHAKAM di Sarawak adalah aduan berkenaan hak kewarganegaraan, diikuti oleh hak taraf hidup dan sosial, dan akhir sekali hak tanah adat. Saya percaya kerjasama berterusan antara pihak SUHAKAM dan kerajaan Sarawak amat penting dalam usaha menyelesaikan aduan-aduan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita akui bahawa usaha untuk mengesahkan status kewarganegaraan merupakan tugas yang mencabar. Realitinya, isu penduduk tanpa status kewarganegaraan ini dan dokumen pengenalan diri yang sah merupakan isu permasalahan rentas generasi yang sekian lama membelenggu penduduk, terutamanya kepada penduduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, saya melihat bahawa Kerajaan Sarawak dan Kementerian Dalam Negeri telah mengambil serius untuk menyelesaikan isu ini termasuk bekerjasama dalam menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak. Jawatankuasa ini berperanan penting dalam melancarkan proses permohonan kewarganegaraan dengan memberi tumpuan utama kepada urusan pengesahan dan memudah cara permohonan di mana permohonan tersebut akan diangkat kepada KDN untuk pertimbangan kelulusan.

Maka, saya berharap agar aduan-aduan yang diterima oleh SUHAKAM ini akan dapat dipanjangkan kepada jawatankuasa ini untuk membantu individu yang layak mendapat hak kewarganegaraan berdasarkan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa.

Seterusnya, saya ingin menyentuh soal hak tanah adat. Saya berharap agar pihak SUHAKAM akan dapat terus bersama dan menyokong usaha Kerajaan Sarawak untuk mengukur dan mewartakan tanah adat bumiputera. Ini termasuklah dengan menyokong supaya lebih banyak peruntukan dapat diberikan dalam belanjawan tahunan negara untuk tujuan pengukuran tanah hak adat bumiputera di Sarawak seperti yang telah kita terima sebelum ini.

Untuk makluman Dato’ Speaker, antara Oktober 2010 hingga April 2025, sebanyak 1.2 juta hektar tanah hak adat bumiputera di Sarawak telah diukur. Kerja-kerja pengukuran tanah adat ini tertumpu kepada lot individu bagi membolehkan surat hak milik dikeluarkan. Setakat 2024, sebanyak 1,406 hektar tanah NCR telah dibangunkan dengan aktiviti pertanian.

Tidak dinafikan bahawa banyak pertikaian yang timbul dalam soal melibatkan tanah hak adat bumiputera ini. Dalam hal ini, saya menyokong peranan SUHAKAM dalam meneliti aduan dan membantu pihak-pihak terlibat untuk mendapatkan penyelesaian. Pada masa yang sama, saya harap pihak SUHAKAM juga dapat terus bekerjasama dengan pihak Kerajaan Sarawak

draft • 2:42 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul agar usaha untuk memelihara hak tanah adat bumiputera dapat diselaraskan dengan agenda pembangunan negeri.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan dapatan SUHAKAM. Di kawasan luar bandar seperti Parlimen Batang Lupar, terdapat banyak balai-balai polis dan kuarters usang yang perlu diperbaiki. Pada masa yang sama, aset-aset PDRM seperti kenderaan peronda juga perlu ditambah.

Izinkan saya untuk membangkitkan mengenai keperluan bagi meningkatkan bilangan penguat kuasa yang amat diperlukan iaitu dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia. Dengan bilangan penduduk yang meningkat dan juga keluasan di Parlimen Batang Lupar, pertambahan bilangan personel juga amat diperlukan. Kita dapat bayangkan dalam satu IPD di kawasan Batang Lupar, hanya terdapat empat orang anggota MPB dan sebuah kenderaan yang dikehendaki untuk meronda selama 24 jam. Oleh itu, ada keperluan juga untuk menambah bilangan balai polis bagi meningkatkan kehadiran polis seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap aspek keselamatan.

Di kawasan saya juga, balai polisnya ada yang menumpang di dalam — di bawah tangga, Dato’ Speaker. Sedangkan, kita ada tanah yang dirizabkan under FLC untuk kita bina satu IPD baru tetapi balai polisnya masih menumpang di bawah tangga sebuah bangunan. Saya berharap tindakan yang sewajarnya akan dapat mengangkat maruah pihak polis di kawasan saya dan kawasan-kawasan lain.

Akhirnya, sebagai kesimpulan, Dato’ Speaker, saya amat menyokong laporan ini tetapi saya menyeru agar setiap syor dapat diterjemahkan kepada tindakan yang jelas dengan garis masa dan pemantauan yang telus serta usaha penambahbaikan berterusan.

Ada pantun yang kawan saya bagi. Saya baca, Dato’ Speaker.

Dari Santubong ke Kota Samarahan, Singgah di pasar beli papaya; Yang tunggang agama sebelah sana, Rakyat celik tak mudah percaya. Terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 2:42 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jasin, amaran pertama kerana melanggar Peraturan 41(e).

Baik. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Bukit Gelugor? Jika Bukit Gelugor tiada, saya akan terus kepada Ahli Parlimen yang berikutnya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft • 2:42 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, 27 Julai ini ialah tarikh ulang tahun ke-70 pilihan raya kita yang pertama. Ia memilih 52 anggota Majlis Perundangan Persekutuan dan membentuk Kerajaan Persekutuan yang pertama dengan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Kebetulannya pada hari ini kita membahaskan Laporan SUHAKAM 2023 di Dewan yang mulia ini.

Antara hak asasi terpenting ialah hak sivil dan politik. Ini termasuklah hak mendapatkan pilihan raya yang lebih baik. Saya merujuk antaranya perutusan Suruhanjaya dalam laporan ini dan juga bab dua yang spesifik menyebut soal undi pos luar negara dan penghakupayaan belia, wanita dan masyarakat orang asli. Tetapi hal belia, wanita dan masyarakat orang asli ini masih pada tahap penghakupayaan dan kebajikan. Kalau mengikut laporan ini, dia belum sampai ke tahap hak sivil dan hak politik, misalnya bagaimana nak memastikan Orang Asli ada wakil dalam kedua-dua Dewan, sebagai contoh. Bagaimana wanita mendapat kuota yang sepatutnya mengikut dasar wanita kebangsaan.

Pilihan raya adalah proses terpenting dalam menegakkan demokrasi yang memberi manfaat kepada rakyat. Demokrasi sedemikian hendaklah memenuhi lima prinsip utama pilihan raya iaitu bebas, telus, berintegriti, cekap dan adil. Kerangka pilihan raya kita tertakluk kepada undang-undang. Asasnya ialah Perlembagaan Persekutuan, di samping tertakluk juga kepada perlembagaan-perlembagaan atau undang-undang Tubuh negeri-negeri.

Terdapat beberapa undang-undang dan peraturan khusus contohnya Akta Kesalahan Pilihan Raya, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Pilihan Raya dan beberapa peraturan yang lain. Di samping itu terdapat beberapa undang-undang lain yang berkaitan, contohnya Kanun Keseksaan, Akta Polis, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Akta Pertubuhan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Selepas melalui beberapa siri pilihan raya, rakyat semakin mengetahui akan hak sivil dan politiknya, rakyat semakin memahami amalan Pilihan Raya, rakyat mengenal pasti kelemahan- kelemahannya dan rakyat mula mencadangkan langkah-langkah pembaikannya. Antara isu yang dibangkitkan ialah dari segi sistem, kurangnya perwakilan golongan minoriti dan kerajaan dibentuk bukan mengikut undi majoriti.

Dari segi Suruhanjaya Pilihan Raya, ia tidak bebas kerana campur tangan kerajaan. Dari segi persempadanan bahagian pilihan raya, pelaksanaannya tidak telus, berlaku malapportionment dan gerrymandering. Dari segi pendaftaran pemilih, alamat pengundi tidak lengkap, tidak seragam. Ada orang yang telah meninggal masih ada dalam daftar pemilih. Dari segi kempen, tempoh berkempen tidak sesuai. Dari segi media, media arus perdana berat

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

sebelah. Dari segi penguatkuasaan, SPR tiada kapasiti. Dari segi caretaker government, tiada peraturan jelas.

Di kalangan rakyat, CSO ahli akademik, mahasiswa, anak muda dan golongan profesional, lahir sejumlah cadangan untuk membaiki sistem dan undang-undang pilihan raya untuk memenuhi hak asasi mereka. Antara idea dan cadangan tersebut, ada yang telah dilaksana, contohnya Undi18. Ada idea dan cadangan yang sedang dirundingkan, contohnya bil tentang pendanaan politik, tetapi masih banyak idea dan cadangan yang belum pasti statusnya.

Tuan Yang di-Pertua, kerana desakan rakyat yang semakin tidak percaya kepada Institusi Pengurusan Pilihan Raya, maka pada Ogos 2018, kerajaan masa itu telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya atau Election Reform Committee yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Ia diberi tempoh masa dua tahun untuk mengkaji sistem dan undang-undang sedia ada, membandingkannya dengan amalan-amalan demokrasi maju, mendapatkan input pakar-pakar, mengadakan libat urus dan penyelidikan, dan selanjutnya mencadangkan pindaan undang- undang dan peraturan-peraturan sedia ada atau menggubal undang-undang dan peraturan- peraturan baru dan memperakukan syor-syor menambah baik pelaksanaan dan perjalanan pilihan raya supaya demokrasi kita lebih matang dan hak sivil dan politik rakyat dapat dioptimumkan. Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan jawatan kuasa tersebut telah menyampaikan laporannya kepada kerajaan sebaik sahaja tempoh masa dua tahun yang selesai.

Kini, soalan saya ialah apakah status laporan jawatan kuasa tersebut? Berapa banyak syor telah dikemukakan dan apakah tindakan kerajaan ke atasnya? Mungkin SUHAKAM boleh melihat perkara yang saya timbulkan ini. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 2:50 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Speaker di atas ruang diberikan kepada Kuala Pilah yang bagi turut serta dalam perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah amat tertarik dengan usaha berterusan SUHAKAM dalam memperkukuh pendidikan hak asasi manusia, terutamanya melalui Projek Sekolah Rahmah Hak Asasi. Inisiatif ini bukan sekadar simbolik, tetapi penting untuk membina suasana pendidikan yang menyemai nilai hormat, menghormati keadilan dan empati, iaitu nilai yang semakin mendesak dalam landskap sosial kita hari ini.

draft • 2:56 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Dalam usaha meluaskan kesedaran hak asasi ke akar umbi ini, Kuala Pilah ingin mengangkat dua prinsip asas yang menjadi teras kepada fahaman hak asasi sejagat iaitu bahasa Latinnya, audi alteram partem iaitu hak untuk didengar sebelum dihukum dengan izin, right to be heard dan nemo judex in causa sua iaitu prinsip bahawa tidak siapa yang boleh menjadi hakim dalam kes yang melibatkan kepentingan dirinya sendiri dengan izin, no one should be a judge in their own case. Prinsip ini bukan semata-mata bersifat akademik, tetapi perlu difahami oleh masyarakat umum agar mereka tahu bahawa hak asasi bukan bermakna kebebasan mutlak, tetapi berpaksikan keadilan, proses yang sah dan integriti dalam membuat keputusan.

Justeru, Kuala Pilah menyarankan agar prinsip ini diinstitusikan secara formal melalui syllabus Pendidikan Sivik di sekolah seawal sekolah rendah hinggalah ke institusi pendidikan tinggi serta diperluas dalam latihan perkhidmatan awam dan agensi penguatkuasaan. Ini penting agar nilai hak, tanggungjawab dan amanah menjadi sebati dalam budaya pentadbiran dan masyarakat.

Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua — Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu isu reformasi penjara dan pusat tahanan telah dibincangkan secara teliti dan konstruktif di Dewan yang mulia ini. Kuala Pilah ingin sekali lagi merakamkan penghargaan terhadap usaha berterusan kerajaan khususnya KDN dan Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkukuh sistem pengurusan dan infrastruktur pemasyarakatan negara. Usaha ini jelas selari dengan matlamat pemulihan berasaskan nilai kemanusiaan.

Namun demikian, laporan ini turut merekodkan cabaran berpanjangan seperti kesesakan penjara, kekurangan akses kepada rawatan kesihatan mental dan keterbatasan program pemulihan serta latihan kemahiran terutama bagi banduan wanita, orang muda dan OKU. Di luar bandar seperti Kuala Pilah, cabaran ini menjadi lebih ketara. Penjara kecil seperti di Jelebu mungkin tidak memiliki facility dan program pemulihan setara dengan penjara besar seperti di Kajang atau Sungai Buloh. Akibatnya, peluang untuk banduan mendapatkan intervensi yang membina kehidupan semula selepas pembebasan adalah sangat terhad.

Justeru, Kuala Pilah menggesa agar kerajaan memperluas pelaksanaan program pemulihan komuniti dan pasca pembebasan ke seluruh negara termasuk kawasan luar bandar agar keadilan retroaktif benar-benar menjadi realiti yang inklusif bukan hanya terhad di kawasan urban sahaja.

Antara inisiatif wajar dipertimbangkan termasuklah latihan kemahiran industri berdasarkan potensi locality supaya bekas banduan boleh menyumbang semula kepada ekonomi setempat. Selain itu, sokongan psikososial dan bimbingan rohani amat penting untuk membantu proses pemulihan mental dan emosi serta mengatasi stigma sosial. Kerajaan boleh memberi galakan, memberi insentif kepada GLC dan majikan yang bersedia mengambil bekas banduan sebagai pekerja, khususnya yang telah menamatkan program pemulihan berstruktur.

draft • 2:56 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kuala Pilah yakin pendekatan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kadar residivisme malah selari dengan prinsip keadilan madani itu memberi ruang kepada pembetulan dan pemulihan, bukan semata-mata pembalasan dan penghukuman.

draft • 2:56 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian ibu bapa dan penjaga amat membimbangkan. Kuala Pilah turut menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa insiden menyayat hati melibatkan kematian dan kecederaan kanak-kanak. Ini termasuk kes kanak-kanak ditinggalkan dalam kenderaan yang terus berulang saban tahun.

Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM telah menggesa tindakan segera, bukan hanya dari sudut penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga peningkatan kesedaran awam dan sokongan sistematik kepada ibu bapa serta penjaga. Ini selaras dengan prinsip perlindungan kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang turut diterima pakai oleh Malaysia.

Kuala Pilah berpandangan bahawa pendekatan menyalahkan semata-mata tidak mencukupi. Ramai ibu bapa kini bekerja dalam tekanan tinggi dengan waktu kerja panjang dan tiada sokongan penjagaan anak yang formal terutamanya di dalam kalangan B40 dan keluarga di luar bandar. Kuala Pilah mencadangkan agar kerajaan boleh memperluaskan program sokongan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja termasuk memberikan insentif kepada majikan swasta yang menyediakan kemudahan ini.

Kita tidak boleh menunggu tragedi berlaku sebelum bertindak. Keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan mesti menjadi agenda rentas kementerian melibatkan KPWKM, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta kerajaan tempatan.

Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker, isu penting yang menarik perhatian dalam laporan ini adalah berkaitan akses kepada keadilan terutamanya dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan luar bandar. Aduan berkaitan kelewatan perbicaraan, ketiadaan bantuan guaman dan kekurangan maklumat undang-undang masih berleluasa sekaligus menimbulkan jurang keadilan antara bandar dan desa.

Di kawasan seperti Kuala Pilah, realiti ini amat dirasai. Ramai penduduk luar bandar menghadapi kesukaran untuk ke mahkamah, mendapatkan peguam atau memahami proses perundangan, lebih-lebih lagi apabila terlibat dalam kes-kes sivil dan jenayah, harta pusaka, ataupun konflik pekerjaan. Sebagai seorang yang berlatarkan profesion undang-undang ini, Kuala Pilah memahami bahawa proses perundangan ini sendiri boleh menjadi asing, teknikal dan menakutkan bagi orang awam apatah lagi jika mereka tiada akses kepada bantuan guaman atau tidak tahu di mana hak mereka bermula dan berakhir.

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Justeru, Kuala Pilah mencadangkan agar Klinik Guaman Bergerak SUHAKAM dan Biro Bantuan Guaman diperluaskan ke kawasan luar bandar secara berkala dan berjadual selain melaksanakan program celik undang-undang kepada komuniti. Selain itu, digitalisasi proses perundangan dan e-Guaman harus diperkasa secara inklusif agar tidak meminggirkan golongan yang tiada capaian Internet ataupun celik digital.

Kuala Pilah berpandangan bahawa hak asasi manusia bukanlah naratif asing.

Sebaliknya ia merupakan lanjutan kepada prinsip keadilan, ihsan dan…

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Ya. Terima kasih. Ihsan dan maruah manusia yang menjadi tunjang Perlembagaan kita. Kuala Pilah menyokong Laporan SUHAKAM ini, bukan sahaja untuk diperakui, tetapi dijadikan dokumen rujukan dasar yang hidup agar dasar kerajaan terus berpaksikan nilai berpandukan bukti dan berakar pada realiti rakyat.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Dr. Speaker.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pilah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang — Dato’ Yang di-Pertua, memberikan ruang kepada saya untuk saya sambung membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM bagi tahun 2023. Dato’ Yang di-Pertua, pertama sekali, saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada SUHAKAM kerana komited dalam mengatasi cabaran dan memperkukuh perlindungan hak asasi manusia di Malaysia.

Perkara pertama, saya nak menyentuh berkaitan dengan perlindungan sosial pekerja dalam sektor ekonomi gig melibatkan e-hailing dan juga p-hailing. Saya melihat kepada Laporan SUHAKAM, antara isu asas yang masih tidak ditangani sehingga ke hari ini adalah definisi pekerja gigi itu sendiri. Definisi pekerja gig yang tidak jelas dalam Undang-undang Buruh Negara menyebabkan hak dan perlindungan yang lebih inklusif dan adil tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya Menurut statistik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), jumlah pekerja gig mencecah 2.2 juta setakat tahun 2023 dan menunjukkan ekonomi gig ini terus berkembang pesat. Namun, golongan pekerja gig ini masih jauh ketinggalan dalam tahap perlindungan yang diperlukan, termasuk beberapa perkara seperti berikut:

(i) tiada caruman KWSP dan juga Perkeso;

(ii) risiko keselamatan dan kesihatan yang tinggi;

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

(iii) tiada saluran aduan yang rasmi; dan

(iv) tiada penetapan kadar pendapatan minimum dan juga had masa bekerja.

Ianya bercanggah dengan Artikel 23 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

(UDHR). Jadi, saya mohon Kementerian Sumber Manusia dapat segera membentangkan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 yang telah pun ditangguhkan sebelum ini untuk dibahaskan dalam Dewan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya suarakan adalah berkaitan dengan hak penjaja kecil. Walaupun isu penjaja kecil ini tidak disebut secara khusus dalam Laporan SUHAKAM ini, saya melihat ianya adalah satu isu yang boleh dijadikan fokus utama SUHAKAM pada masa akan datang.

Dalam SUHAKAM memberi tumpuan kepada hak pekerja imigran, pelarian dan juga pekerja gig, kita juga tidak harus melupakan hak penjaja tempatan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Mereka ini kebanyakannya bergantung 100 peratus kepada hasil perniagaan mereka untuk meneruskan kehidupan. Antara perkara yang perlu dilihat adalah berkaitan proses permohonan lesen perniagaan yang perlu diselaraskan di peringkat PBT di seluruh negara.

Selain itu, lokasi tapak penjaja juga perlu dilihat adakah ianya bersesuaian dan strategik bagi mendapatkan perolehan dan juga dari perniagaan. Saya melihat banyak perkara yang boleh dibincangkan semula dan dikaji bagi memastikan keadilan dan juga hak penjaja ini lebih terjamin.

Justeru, saya mohon agar pihak SUHAKAM dapat menjadikan isu hak penjaja kecil ini sebagai salah satu fokus utama dalam laporan yang akan datang. Dan saya mohon Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan semua pihak berkuasa tempatan dapat meneliti semula dasar dan prosedur pelesenan penjaja dengan pandangan yang lebih berperikemanusiaan dan selaras dengan prinsip keadilan sosial.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sentuh dan wajar diberi perhatian dalam kerangka hak asasi manusia ialah berkaitan hak institusi penjagaan komuniti seperti pusat jagaan kebajikan di seluruh negara. Pusat kebajikan ini ada yang mengasuh anak pelihara dan yatim piatu, menjadi rumah perlindungan bagi wanita mangsa keganasan rumah tangga, menjaga warga emas yang uzur dan tiada waris. Majoriti pusat-pusat ini adalah yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun, masih menghadapi pelbagai cabaran besar seperti bantuan yang tidak mencukupi, syarat yang terlalu ketat untuk melayakkan bantuan dan sebagainya. Sekiranya kerajaan tidak mampu menyediakan rumah perlindungan yang mencukupi, maka sepatutnya pengasas dan pengelola pusat jagaan kebajikan yang berjiwa besar ini wajib dibantu.

Jadi, saya mohon agar perkara ini mendapat perhatian pihak SUHAKAM dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya semua pusat jagaan

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

komuniti ini dilihat sebagai infrastruktur sosial negara yang sewajarnya diberikan peruntukan, diberikan sokongan melalui skim khas seperti bantuan sewaan, makanan, bil utiliti dan penjagaan kesihatan asas.

Bantuan ini perlu dilihat sebagai komitmen negara kepada keadilan sosial dan yang paling penting, hak mereka yang menjaga dan juga hak penghuni pusat jagaan tersebut tidak diabaikan. Mereka ada hak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat, bersih dan lengkap dengan keperluan asas. Mohon perkara-perkara yang telah saya bangkitkan diambil serius semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Berikut saya silakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023 di Dewan yang mulia ini. Sebagai wakil rakyat, saya berpendapat bahawa Laporan Tahunan SUHAKAM ini adalah refleksi penting ke atas setiap polisi, dasar, inisiatif dan hasil dapatan di lapangan terkait hak asasi manusia yang mana perlu ditimbang tara dan diteliti semula agar kelompongan yang sedia ada dapat dirawat dengan pelaksanaan yang lebih dinamik dan relevan dengan keadaan semasa.

SUHAKAM sebagai suatu institusi perlu dilihat sebagai pemangkin kepada perubahan dasar dan undang-undang negara yang bersifat adil dan saksama serta berlandaskan prinsip hak asasi manusia. Ini bagi memastikan keadilan sosial dapat ditegakkan tanpa mengira kaum, jantina, umur, status dan sebagainya. Kita harus menerima bahawa di negara ini juga terdapat kes-kes yang melibatkan penindasan dan penganiayaan oleh pihak berkuasa yang mana apabila ianya menjadi satu kes jenayah, pertuduhan dimatikan begitu saja dengan no further action ataupun NFA.

Pada 25 Februari 2025, pihak saya juga telah mengadakan sidang media di Parlimen berkenaan status proceeding inquest kes kematian almarhum Muhammad Atif bin Abu Bakar.

draft • 3:08 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Seorang penuntut di Institut Latihan Perindustrian Mersing yang ditemukan meninggal dunia di surau institut tersebut pada 19 Disember 2022, di mana hasil post-mortem menunjukkan terdapat kesan traumatik SVC dengan 53 tanda kecederaan. Ini menunjukkan almarhum seakan dibelasah dengan sangat teruk sehingga menyebabkan kematian. Malangnya, ianya sudah dua tahun.

Keluarga almarhum tidak menerima sebarang maklum balas status kes dari pihak berkuasa sehingga laporan polis kini dibuat hujung tahun 2024. Namun, pihak polis terus

draft • 3:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

mengklasifikasikan ianya sebagai NFA dan tiada penjelasan diberikan. Kes ini turut memperingatkan saya, Dato’ Yang di-Pertua, tentang kes kematian mendiang Teo Beng Hock yang berkali-kali diklasifikasikan sebagai NFA, walaupun pelbagai pendekatan telah diambil.

Saya berpendapat perkara ini sangat aneh dan tidak langsung menunjukkan ketelusan pihak berkuasa dalam menyelesaikan kes jenayah sebegini. Maka, ianya mencetus persoalan, bagaimanakah tatacara atau prosedur yang perlu dipenuhi sebelum pihak berkuasa menentukan kes itu berstatus NFA?

Kedua, apakah jaminan kerajaan bahawa kes-kes penindasan sebegini akan mendapat pengadilan sewajarnya sekalipun berbeza status sosial? Dato’ Yang di-Pertua, pastinya tidak mudah untuk memulihkan semua - kesemua ataupun semula kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan dan kehakiman jika perkara asas berkenaan hak asasi manusia tidak ditangani dengan baik. Justeru, pihak berkuasa tidak boleh pilih bulu. Akhirnya, rakyat biasa akan sengsara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil - menarik perhatian seisi Dewan mengenai satu isu yang sepatutnya diberi tanggungjawab oleh semua pihak iaitu penubuhan institusi kebajikan yang akhirnya membawa kepada penderaan dan pengabaian penghuni.

Seperti dalam Laporan SUHAKAM berkenaan siasatan aduan pendakwaan pelanggaran hak asasi manusia terhadap sebuah pusat pemulihan yang dikendalikan oleh NGO iaitu Rumah Pemulihan Akhlak Insani di Bukit Beruntung, Selangor.

Dapatan menunjukkan bahawa ianya tidak mempunyai kelulusan sebagai institusi yang dibenarkan menjalankan program pemulihan untuk dadah, sakit mental serta pemulihan kanak- kanak. Malah, ianya beroperasi secara tidak sah dan tamat tempoh, telah melanggar pelbagai peraturan ditetapkan oleh JKM serta pelbagai pencabulan hak asasi manusia seperti penganiayaan dan kekerasan.

Saya meneliti agar permasalahan ini adalah berpunca daripada kegagalan tadbir urus yang berkesan dan mematuhi keperluan asas golongan ini untuk terus mendapatkan pemulihan dan pemeliharaan yang sewajarnya daripada agensi yang bertanggungjawab. Hal ini membawa kepada persoalan yang pertama, sejauh mana kerajaan memperketatkan SOP bagi penubuhan institusi kebajikan dan perlindungan berdaftar di Malaysia?

Dan yang kedua, bagaimanakah kerajaan bekerjasama dengan institusi awam seperti SUHAKAM bagi memastikan tiada pencabulan hak asasi manusia terjadi di rumah perlindungan yang seharusnya menjadi tempat paling selamat bagi penghuni-penghuni berkenaan?

Dato’ Yang di-Pertua, isu terakhir adalah tentang reintegrasi sosial bagi bekas banduan untuk pulih dan kembali ke dalam masyarakat. Realitinya, ramai bekas banduan menghadapi stigma dan halangan untuk mendapatkan pekerjaan selepas dibebaskan. Ini meningkatkan risiko

draft • 3:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

residivisme seperti yang disebut oleh Kuala Pilah tadi, yang mana kerana mereka sukar untuk membina semula kehidupan yang stabil.

Cadangan saya adalah pensijilan sedia kerja untuk banduan, di mana penjara dengan kerjasama JTK boleh memperkenalkan pensijilan kemahiran bagi banduan yang mengikuti latihan teknikal atau vokasional semasa dalam tahanan. Jadi dengan ini, barulah kita dapat meningkatkan hak asasi yang termasuk banduan-banduan kita. Jadi sekian, terima kasih perbahasan saya.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.

draft • 3:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, merujuk hak asasi manusia dan Islam dalam Laporan SUHAKAM 2023 di muka surat 34. SUHAKAM telah mengadakan libat urus dengan JAKIM, membincangkan persoalan hak asasi manusia menurut Islam seperti penulisan khutbah, membangunkan Buku Hadis 40 dan konvensyen berkaitan hak asasi manusia. Ini satu perkara yang baik demi perkembangan Islam dan harus dilipatgandakan lagi di masa-masa yang akan datang.

Isu berkaitan hak-hak wanita dan kanak-kanak banyak dilaporkan dalam laporan ini tetapi tiada libat urus dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ataupun JKSM seluruh negeri, terutamanya isu-isu yang menyentuh soal perceraian, nafkah isteri, nafkah anak, hak jagaan anak, isu murtad, pertukaran agama dan sebagainya.

Contohnya, kemelut pengislaman anak pasangan berlainan agama. Dan kes terbaru, Loh Siew Hong dan sebelumnya, kes Indira Gandhi serta keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2024 yang lalu, yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2(1) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah. Berlaku pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dan ini menimbulkan kegusaran dan polemik dalam kalangan masyarakat.

Pertembungan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah masih wujud, walaupun ada pindaan Fasal 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 lalu. Pindaan ini memberikan Mahkamah Syariah bidang kuasa yang berasingan daripada Mahkamah Sivil.

Menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan Mahkamah Sivil.

Oleh itu, Jerlun mencadangkan agar sesi libat urus antara SUHAKAM dengan JKSM di seluruh negeri perlu diadakan dan kemukakan laporan untuk tahun hadapan untuk dibahaskan nanti. Selanjutnya, merujuk aduan yang diterima oleh SUHAKAM di muka surat 198. Aduan yang

draft • 3:14 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

diterima sebanyak 371, yang melibatkan 33 perkara. Sebanyak 85 aduan melibatkan hak kanak- kanak, ia merupakan jumlah yang paling besar berbanding isu-isu yang lain.

Kita sedia maklum, isu kanak-kanak seperti taraf kewarganegaraan, dokumen kelahiran, kad pengenalan, pendidikan, kebajikan, kemiskinan, OKU, gangguan seksual, pemerdagangan manusia dan sebagainya. Nampaknya masih gagal ditangani dengan sebaiknya dan isu tersebut masih berlarutan pada setiap masa. Oleh itu, saya mencadangkan agar SUHAKAM mengadakan lawatan mengejut, spot check ke mana-mana kementerian dan agensi kerajaan untuk memastikan sama ada aspek penguatkuasaan dilakukan atau tidak oleh pihak penguasa.

Selanjutnya, saya ingin menyentuh tentang hak kebebasan berhimpun secara aman di muka surat 198. Pada 26 Julai 2025 ini, suatu perhimpunan aman akan diadakan di Dataran Merdeka melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik dan kepercayaan agama. Sebagai negara demokrasi berperlembagaan, hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa [Tepuk] tiap-tiap warganegara berhak untuk berhimpun secara aman.

Mahkamah Persekutuan sendiri telah mengukuhkan prinsip ini melalui keputusan bersejarah pada 1 Julai 2025 apabila panel lima hakim sebulat suara memutuskan bahawa seksyen 9(5), Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 adalah tidak berperlembagaan dan terbatal.

Perhimpunan aman ini adalah reaksi sah rakyat terhadap tekanan ekonomi yang semakin menyesakkan, termasuk kenaikan cukai, rasionalisasi subsidi secara mendadak dan jurang pendapatan yang melebar.

Rakyat tidak harus dihukum kerana menyuarakan keresahan mereka. Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, kami akan terus menyuarakan pendirian ini dengan jelas dan prinsip demokrasi tidak boleh dipelihara dengan intimidasi dan ketakutan.

[Tepuk] Ia hanya akan hidup...

draft • 3:14 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jerlun, Jerlun, minta sikit boleh?

draft • 3:14 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jap, jap, masa dekat. Ia hanya akan hidup jika hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun dilindungi, dihormati dan diraikan. Oleh yang demikian, saya menggesa agar, pertama, SUHAKAM perlu menghantar satu pasukan pemerhati hak asasi manusia (human rights observers), dengan izin, ke perhimpunan pada 26 Julai ini bagi memantau sebarang bentuk potensi pencabulan hak oleh pihak berkuasa, termasuk penggunaan kekerasan yang tidak wajar, tangkapan sewenang-wenangnya dan intimidasi terhadap peserta.

Dan kedua, Majlis Peguam perlu mewujudkan pasukan bantuan guaman (legal aid team), dengan izin, dengan segera untuk bersiap-siaga memberikan nasihat dan pembelaan guaman kepada peserta yang mungkin ditahan, dizalimi atau diganggu semasa atau selepas perhimpunan.

draft • 3:14 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Akhirnya, saya menyeru kepada semua yang ada …

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kata nak bagi tadi, Jerlun.

draft • 3:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

... Ini untuk turut serta pada perhimpunan aman pada 26 Julai ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sikitlah, Jerlun.

draft • 3:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, saya silakan.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Haa, Jerlun. Saya nak betulkan balik itu.

Jerlun tadi itu...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Langat, duduk. Bukan kuorum anda.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya gunakan kuasa saya di Perkara Peraturan. Saya guna Peraturan 37(2). Kuasa saya tidak membenarkan. Duduk.

[Tepuk]

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tidak membenarkan. Duduk. Yang Berhormat, duduk.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pendang. Adab 41(e). Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya rasa buku ini patut dah telaah dah, nak hampir hujung penggal dah. Kalau kita bersikap macam budak-budak, Yang Berhormat nampak tak di belakang itu? Ini adalah, rakyat Malaysia: melihat sikap dan perangai.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Saya minta izin, Timbalan Speaker.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya minta izin dengan Jerlun, Timbalan Speaker.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Peraturan 42 menyatakan bila saya bercakap, dengar. Yang Berhormat nak dengar atau tidak?

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya minta izin, bukan saya tak minta izin.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat dengar atau tidak? Kalau Yang Berhormat bangun lagi sekali, saya akan usir Yang Berhormat keluar daripada Dewan ini.

[Menunjukkan jari kepada YB Hulu Langat] Baik, sebagaimana saya nyatakan tadi, Mesyuarat Majlis ada peraturan. Sebagai pengerusi, saya akan tolerate sebaik mungkin. Jika melebihi batas, saya tidak teragak. Baik, sebelah kanan saya, kerajaan atau di sebelah kiri saya, pembangkang. [Mengangkat buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat] Bila saya duduk di sini, saya bukan Ramli Mohd Nor. Saya bukan Ahli Parlimen Cameron Highlands. Saya mewakili — nampak depan itu?

[Menunjuk kepada cokmar] Itu adalah cokmar yang melambangkan sembilan Raja-Raja Melayu. Kalau Yang Berhormat sendiri dalam Dewan ini tidak menghormati tuanku-tuanku, apatah lagi rakyat di luar.

Baik, kita balik kepada urusan Majlis kita. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut serta dalam membahaskan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2023. Saya ingin menumpukan perhatian kepada dua aspek penting yang pada hemat saya merupakan perkembangan yang positif dan progresif dalam advokasi hak asasi manusia dalam negara kita.

Yang pertamanya, berkenaan dengan kerjasama SUHAKAM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menyediakan teks khutbah dan penyediaan buku-buku berkaitan hak asasi manusia. Saya menyambut baik inisiatif SUHAKAM ini yang bekerjasama dengan JAKIM untuk memperjelaskan nilai-nilai hak asasi manusia melalui perspektif Islam dan melalui medan yang sangat baik di mana umat Islam berkumpul pada setiap hari Jumaat iaitu melalui penyediaan teks khutbah.

Melalui pendekatan yang progresif dan inklusif ini, ia bukan sahaja merapatkan jurang persepsi antara agama dan hak asasi, malah ia nya boleh mengangkat naratif bahawa Islam adalah pelindung kepada hak manusia sejagat. Islam mengiktiraf nilai kemuliaan manusia sejak awal penciptaannya seperti yang disebut dalam Surah Al-Isra’ ayat 70. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam.” Kita semuanya adalah, merupakan anak-anak Adam.

Ini menunjukkan bahawa setiap insan tanpa mengira bangsa, tanpa mengira latar belakang agama atau keturunan, mempunyai maruah dan hak yang wajib dipelihara. Lebih daripada itu, Rasulullah SAW sendiri telah pun menegaskan dalam khutbah terakhir baginda

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

yang bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan maruah kamu adalah haram dilanggar ke atas kamu seperti haramnya hari ini.” Teks khutbah yang disampaikan melalui mimbar Jumaat adalah, merupakan platform yang sangat efektif untuk mendidik masyarakat Islam tentang keadilan, tentang kebebasan bersuara, bebas bersuara, Tuan Speaker. Bukannya bebas untuk mencerca, bukannya bebas untuk mengadu domba dan bukannya bebas untuk memfitnah sesuka hati dan untuk mendidik tentang tanggungjawab terhadap golongan yang lemah serta melakukan larangan kezaliman.

Semua ini adalah, merupakan nilai yang selari antara Islam dan juga hak asasi manusia.

Nak berkumpul, nak berhimpun, berhimpunlah. Stadium Kedah ke, Dataran Merdeka ke, tak ada siapa pun yang halang. Tak perlu nak takut-takutkan kononnya PDRM akan tangkap. Tak perlu nak takut-takutkan kononnya akan ada FRU yang akan sembur dengan gas beracun. Semua ini memang sudah dilindungi. Berlindunglah dengan akta yang sedia ada ....

draft • 3:22 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Shah Alam, saya nak minta sikit Shah Alam, boleh?

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Silakan.

draft • 3:22 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maksudnya, kalau tadi disebutkan oleh Jerlun itu, maksudnya Jerlun tipu lah maksudnya, sebab Perdana Menteri benar. Polis pun benarkan juga himpunan itu. Cuma himpunan aman. Dia takut bayang-bayang dia sendiri. Saya berdiri di sini bukan atas nama saya Mohd Sany Hamzan, tapi atas sifat saya dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat. Terima kasih, Shah Alam.

draft • 3:22 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, Shah Alam minta laluan.

Saya nak respons sikit yang Hulu Langat itu buat tadi.

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tadi, Jerlun dah lima minit dah. Campur Speaker bagi satu minit, enam minit. Saya ingat sudah cukup.

draft • 3:22 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya tak sebut kata Perdana Menteri tak bagi.

Saya tak sebut. Cuma saya seru.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jerlun, ini kerusi- platform Shah Alam. Dia benar baharu cakap. Silakan, Shah Alam.

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya ada satu lagi Yang di-Pertua berkenaan dengan advokasi yang dilakukan oleh SUHAKAM bersama dengan kementerian dan agensi kerajaan termasuk NGO berhubung dengan golongan yang rentan tentang hak-hak asasi yang perlu mereka ketahui.

Ini antaranya termasuklah dialog bersama dengan agensi yang saya sebutkan tadi berfokuskan kepada wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas termasuklah pekerja gig economy yang semakin ramai terlibat di dalamnya. Pada saya, ini juga merupakan suatu usaha yang sangat murni yang perlu sama-sama kita dukung kerana hak asasi manusia ini tidak

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

lari daripada maqasid syariah yang ditekankan oleh Islam iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, keturunan, harta.

Satu lagi yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan kepada kerajaan.

Oleh kerana dalam negara kita ini, semakin ramai warga Rohingya yang asalnya mungkin hanya puluhan ribu, tetapi apabila mereka ini sudah berkembang, berkeluarga dan berpindah ke merata- rata tempat dalam negara kita ini, bagaimanakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa mereka ini juga dapat dipelihara supaya dapat memenuhi maqasid syariah yang telah pun ditetapkan oleh agama Islam kita? Sekian, terima kasih.

draft • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Berikut saya silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 3:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Yang di-Pertua.

Bagi pihak jiran saya Setiu, kita mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Majlis Daerah Setiu di Parlimen.

[Tepuk] Jiran.

draft • 3:29 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi tahniah kepada SUHAKAM yang telah berjaya mengadakan satu laporan begitu tebal begini, tahun 2023 dan saya bersetuju dengan apa yang perutusan Suruhanjaya ini sebagai sebuah institusi Hak Manusia Kebangsaan (NHRI), antara tanggungjawab besar SUHAKAM adalah untuk memastikan prestasi hak manusia di Malaysia dapat menjadi contoh terbaik di peringkat antarabangsa. Memang saya sokong, sepatutnya kita menjadi role model. Saya mengharapkan juga dengan itu, SUHAKAM bolehlah melihatkan kami di sini juga, pembangkang dan juga rakan-rakan saya yang menjadi frontliner kesihatan di seluruh negara.

Minta tolong juga mereka yang tak cukup tidur, tak cukup apa, tak cukup diberi layanan padahal merekalah yang menjaga manusia. Dia bukan jaga kayu, menjaga apa benda kan, manusia. Nak operation orang, nak apa ke, tolonglah pihak SUHAKAM, lihatlah mereka yang menjadi doktor, jururawat dan sebagainya. Jangan reaktif, bila ada kompelin sana sini, media sosial, apa ribut, barulah KKM nak buat sesuatu, mereka juga ada hak asasi.

Sebagai contoh, hak asasi ini diiktirafkan oleh Perlembagaan Malaysia dan Pengisytiharan Sejagat PBB. Hak untuk hidup, hak kebebasan bersuara dan berpendapat. Jadi, jangan marah kami di sini, pembangkang, memanglah kerja kami. Hak kebebasan daripada diskriminasi, jadi tolong SUHAKAM, ini dah bagus, tapi banyak lagi yang kena dibuat oleh SUHAKAM.

draft • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun SUHAKAM mengemukakan syor-syor yang bernas sama ada berkaitan kebebasan bersuara, layanan terhadap tahanan, hak minoriti atau layanan terhadap kanak-kanak dan orang asli. Namun apa yang menyedihkan, syor-syor ini sering dipandang enteng oleh pihak kerajaan. Jadi, saya nak menyerukan kepada pihak kerajaan apa yang disyorkan oleh pihak SUHAKAM ini dah diambil perhatian dan tindakan atau tidak? Bagi pihak SUHAKAM ya.

Pada tahun 2023, SUHAKAM menekankan isu layanan terhadap pendatang tanpa izin

(PATI) dan pelarian. Namun, tiada pelan tindakan menyeluruh yang diumumkan. Adakah laporan ini hanya bahan bacaan akademik tanpa sebarang political will daripada pihak kerajaan. Sikit benar masanya Tuan Yang di-Pertua.

Saya mendesak agar Kementerian Dalam Negeri memberikan penjelasan terhadap penggunaan Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia serta tindakan tidak seimbang terhadap pihak pembangkanglah berbanding dengan kerajaan. Andai benar reformasi tulen mahu diperjuangkan, pihak pembangkang hendaklah sebagai wakil kepada suara rakyat, bukan yang hanya menyokong rakyat, tetapi rakyat 34 juta ini perlulah diberikan layanan, perlu diberi peluang untuk mengangkatkan suara ini sama ada tentang urus tadbir, pengurusan kewangan dan sebagainya supaya dimasukkan. Kami ini tak ada suara dalam apa dalam TV, dalam media sosial perdana, dalam medsos, janganlah sekat. Jadi, saya mencadangkan agar satu moratorium penahanan tanpa bicara di bawah SOSMA dan POCA dikaji semula. Siasatan dijalankan atas kematian dalam tahanan sepanjang 2023 yang dilaporkan SUHAKAM.

Tuan Yang di-Pertua, hak asasi ini bukan isu elit, isu rakyat Kapar juga. Bila kita bercakap tentang hak manusia, hak asasi manusia, ramai melihatnya sebagai isu besar antarabangsa, tapi di Kapar, hak asasi itu adalah hak mendapat rawatan kesihatan walaupun tiada dokumen lengkap, hak seorang ibu tunggal mendapat bantuan tanpa diskriminasi, hak seorang pekerja kilang mendapatkan pampasan bila adil: bila diberhentikan secara mendadak walaupun sebabnya dan sebagainya dan Laporan SUHAKAM 2023 menyeluruh pelbagai bentuk ketidakadilan struktur yang saya lihat sendiri berlaku di kawasan saya.

Adoi sikit lagi lah Tuan Yang di-Pertua, minta lebih sikit lagi. Jadi, banyak perkara yang telah disebutkan. Sebagai Ahli Parlimen Pembangkang daripada Perikatan Nasional, saya ingin tegaskan bahawa kami ini menyokong hak asasi yang berpaksikan syariah Islam, Perlembagaan Persekutuan dan budaya Malaysia, bukan versi liberal yang melampau.

Jadi rumusan nak tutup ni, ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya kepada kerajaan, sejauh manakah syor-syor laporan terdahulu telah dilaksanakan, makna laporan SUHAKAM?

Saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan laporan ringkas status pelaksanaan syor SUHAKAM setiap tahun. Bukan buat laporan tapi apa kemudian.

draft • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar mencadangkan dibangunkan pelan induk hak asasi nasional digubal oleh Parlimen ini, kita ini dan bukannya eksekutif semata-mata dan bersifat dwipartisan. Maknanya, sana sini ada dua-dua dwipartisan.

Menyemak dan mengiktiraf pendidikan hak asasi di sekolah dan IPT yang berpaksikan nilai-nilai universal dan Perlembagaan Persekutuan.

Akhirnya, kita – kerajaan perlulah mengadakan sesi penilaian bebas tahunan oleh Parlimen terhadap prestasi SUHAKAM, apa yang mereka lakukan sebab ada juga peruntukan daripada kerajaan...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

...Untuk memastikan SUHAKAM ini berfungsi. Jadi terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Raub – Yang Berhormat Kapar. Mohon maaf, saya mempersilakan Yang Berhormat Raub.

draft • 3:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hari ini membangkitkan beberapa isu berhubung dengan hak asasi manusia.

Pertama sekali saya ingin membangkitkan isu hak berhimpun rakyat dan NGO di kawasan Parlimen. Pada 22 Julai lalu, kita menyaksikan sekumpulan NGO berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum mendesak pemansuhan Akta Hasutan dan Undang-undang... [Tidak jelas]. Serahan memorandum atau petisyen merupakan satu amalan sihat dalam demokrasi berparlimen. Namun, sungguh mengecewakan apabila mereka diarahkan ke satu sudut terpencil, jauh daripada pandangan umum dan media. Malangnya, ini bukan kali pertama suara NGO dan rakyat nampak dipinggirkan ketika mereka cuba menyampaikan hasrat di Parlimen.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan jelas menjamin hak untuk berhimpun secara aman. Apabila rakyat datang dengan tertib, mengikuti prosedur keselamatan, tetapi akhirnya dipinggirkan. Ini kemungkinan memberikan satu persepsi kepada masyarakat bahawa Parlimen atau kerajaan tidak mengalu-alukan pandangan rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen, adalah, tanggungjawab kita untuk mengambil berat suara rakyat.

Hak kebebasan bersuara adalah, hak asasi manusia yang penting. Hari ini kita berbahas di Dewan mulia ini mengenai Laporan SUHAKAM. Ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI serta semua ahli Parlimen sebenarnya sedar akan pentingnya menghormati hak asasi manusia.

Oleh itu, saya cadangkan penetapan satu tempat bernama Parlimen Speaker Corner sebagai ruang rakyat untuk bersuara dalam Parlimen yang mudah diakses dan lengkap dengan

draft • 3:36 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

mekanisme penerimaan memorandum oleh wakil-wakil kerajaan atau Ahli Parlimen dan ruang media. Biarlah bangunan ini dijadikan Dewan Rakyat yang sebenar di mana suara rakyat didengari oleh semua ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, janganlah kita lupakan tragedi kes mendiang Teoh Beng Hock.

Reformasi sistemik hak asasi manusia wajib dilaksanakan tanpa kompromi. Sudah 16 tahun berlalu sejak kematian beliau ketika dalam siasatan SPRM Selangor pada tahun 2009. Lebih mengecewakan, tahun ini Peguam Negara mengklasifikasikan kes ini sebagai NFA- no further action. Seorang saksi yang melangkah masuk ke premis penguatkuasaan untuk membantu siasatan, akhirnya mati dalam jagaan pihak berkuasa.

Ini merupakan satu titik hitam dalam rekod hak asasi manusia negara ini. Kita masih menunggu kebenaran dan keluarga mendiang Teoh Beng Hock masih menuntut keadilan. Kes ini tidak seharusnya ditutup begitu saja. Memandangkan mahkamah rayuan telah memutuskan bahawa mendiang Teoh Beng Hock adalah, dibunuh dan bukanlah membunuh diri, ia mesti disiasat semula dan pembunuh mesti dibawa ke muka pengadilan. Kematian mendiang juga menunjukkan kelemahan sistem pengawasan dan akauntabiliti dalam institusi penguatkuasaan negara.

Laporan SUHAKAM 2023 menyenaraikan pelaksanaan modul khusus kawalan pengiringan bagi orang yang disyaki atau orang yang kena tahan sebagai satu pencapaian utama.

Namun, kita harus melangkah lebih jauh dengan reformasi berikut iaitu pertama, latihan mandatori hak asasi dan integriti siasatan kepada semua anggota penguatkuasaan dengan penilaian berkala.

Kedua, protokol tahanan dan saksi yang ketat termasuk rakaman video semasa sesi soal siasat, hak akses kepada peguam dan pemberitahuan kepada keluarga.

Ketiga, inkues wajib bagi setiap kematian dalam tahanan yang dimulakan serta-merta tanpa perlu permintaan awam.

draft • 3:36 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang keempat, memperkasakan SUHAKAM dengan akses penuh dan tanpa syarat ke lokap, pusat tahanan dan premis penguatkuasaan tanpa perlu kelulusan atau makluman awam.

Haraplah satu hari nanti kita boleh kembalikan keadilan kepada keluarga Teoh Beng Hock, Justice for Beng Hock.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhirnya saya nak bangkitkan isu hak tanah pekebun- pekebun. Dalam laporan SUHAKAM 2023 telah memberikan perhatian kepada isu tanah adat Orang Asli. Dalam masa yang sama, janganlah kita abaikan golongan pekebun kecil yang dinafikan hak kepada tanah mereka sepanjang masa ini. Di kawasan Raub, pekebun kecil durian telah mengusahakan tanah selama bertahun-tahun. Malah, ada yang melebihi tiga generasi.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Mereka telah menyumbang besar kepada ekonomi tempatan, menyediakan pekerjaan dan membangunkan ekosistem durian Musang King yang sekarang terkenal di dunia.

Namun, kebun durian yang telah berkali-kali dipohon oleh para pekebun untuk mendapatkan permit yang sah bagi meneruskan pengusahaan, kini telah diambil alih oleh sebuah syarikat baharu nama DOA Plantation Berhad. Syarikat ini bukan saja menghalau para pekebun keluar, malah merampas hasil durian mereka tanpa sebarang pampasan...

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Raub, nak tanya sikit, Raub.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tiada masa, sorry. Aktiviti tidak beretika ini telah menjejaskan sumber pendapatan dan kehidupan.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Nak tanya sikit saja, tanya sikit saja.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

...Secara serius.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya orang Pahang ni. Tentang tanah tu, itu kan pencerobohan.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Silakan.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tanah milik kerajaan.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Apa pencerobohan?

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Hutan simpan. Tanah hutan simpan.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

YB.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Ya, ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Adakah kamu sudi bagi pajakan tanah kepada syarikat peribadi dan bukan pekebun tempatan? Sila jawab.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya bukan kerajaan yang boleh bagi.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan bukan berdebat.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Oleh itu...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Raub, satu minit, gulung.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Okey, saya gulung, saya gulung.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Start.

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Saya hanya nak tegaskan di sini. Ada ramai orang melabelkan pekebun-pekebun itu sebagai penceroboh. Sebenarnya mereka adalah, peneroka di tempat sana, sudah banyak tahun. Dan sekarang, kerajaan ingin bagi pajakan tanah kepada syarikat peribadi yang tubuh satu tahun sahaja dan bukan bagi pekebun-pekebun tempatan, sudah beberapa puluh tahun di sana. Adakah ini adil? Oleh itu, hak asasi pekebun, hak asasi

draft • 3:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

tanah semua- pekebun-pekebun durian di kawasan Raub perlu diberi perhatian oleh SUHAKAM dan semua Ahli-ahli Parlimen. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Berikut, saya silakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 3:40 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tanjong Karang bangkit untuk membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023. Satu dokumen yang bukan sahaja mengangkat suara mereka yang tertindas tetapi juga mencerminkan wajah sebenar keadilan dan kemanusiaan di dalam negara kita.

Pertamanya, laporan ini mencatatkan peningkatan aduan terhadap pelanggaran hak asasi oleh agensi penguat kuasa. Dari penyalahgunaan kuasa, penderaan dalam tahanan hingga sekatan terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun. Ini menunjukkan bahawa kelemahan systemic dalam latihan, pemantauan dan akauntabiliti badan penguat kuasa itu sendiri. Ini bukan isu teknikal semata-mata, ini soal maruah manusia. Bila rakyat ditahan tanpa bicara, bila suara dikunci atas nama ketenteraman, maka tanggapannya demokrasi kita sedang nazak.

Yang kedua, Tanjong Karang juga ingin menyentuh status SUHAKAM itu sendiri.

Mengapa kita berbangga kononnya mempertahankan hak asasi sedangkan banyak pertikaian dan amaran oleh NGO dan pengamal hak asasi serta Sub-Committee on Accreditation (SCA) di bawah Global Alliance of National Human Rights Institutions menunjukkan bahawa integriti institusi SUHAKAM ini berdepan dengan risiko akibat kelemahan di dalam proses pelantikan, termasuk campur tangan politik walaupun akreditasi SUHAKAM masih lagi bertaraf A.

Persoalannya, apakah makna independence kalau kerajaan sendiri mahu menentukan siapa yang patut memantau mereka.

Perkara ketiga, Tanjong Karang juga amat kesal kerana begitu banyak cadangan SUHAKAM yang diulang-ulang saban tahun termasuk pemansuhan Akta Hasutan, reformasi SOSMA, perlindungan pelarian dan penghormatan terhadap kanak-kanak rentan. Masih tidak berganjak. Kerajaan hari ini tidak boleh hanya berpura-pura progresif dengan slogan MADANI, tetapi masih mengamalkan pendekatan represif zaman lama.

Sekali lagi Tanjong Karang ingin bertanya, bilakah kerajaan akan menunjukkan komitmen sebenar terhadap pelaksanaan cadangan-cadangan SUHAKAM? Adakah kita berani meletakkan hak asasi di atas kepentingan politik sempit?

Perkara keempat, laporan ini membongkar lagi keadaan memalukan di depot-depot immigration, tempat di mana pelarian wanita dan kanak-kanak diperlakukan seperti banduan.

draft • 3:42 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tanpa akses undang-undang dan penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Di manakah nilai peri kemanusiaan kita?

Laporan juga menyentuh layanan terhadap pelarian warga tanpa dokumen serta eksploitasi buruh dan kanak-kanak. Layanan tidak manusiawi, penahanan di depot imigresen dan kekurangan perlindungan undang-undang adalah kecacatan moral dan kemanusiaan yang serius.

Akhir sekali, Tanjong Karang ingin mendesak agar cadangan-cadangan utama yang dibawa oleh SUHAKAM 2023 ini, diberi timeline pelaksanaan rasmi oleh kerajaan. Parlimen diberi kuasa khas untuk menyemak pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM agar bebas dari campur tangan eksekutif. SUHAKAM diberi sumber dan kuasa yang lebih kukuh untuk bertindak, bukan sekadar melapor dan kemudian dilupakan.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita tidak akan maju hanya dengan projek-projek mega atau dengan angka-angka KDNK yang tinggi. Kita akan dinilai bukan oleh kekuatan ekonomi, tetapi oleh cara kita melindungi yang lemah dan mempertahankan hak semua dan di sini SUHAKAM menjadi cermin nurani negara. Sekian, terima kasih.

draft • 3:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Berikut, saya minta sila Yang Berhormat Beaufort.

draft • 3:42 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada SUHAKAM atas segala gerak kerja yang telah dilaksanakan untuk melindungi dan memperkasa hak asasi manusia. Komitmen SUHAKAM dalam melaksanakan Pelan Strategik Lima Tahun 2021 sehingga 2025 melalui usaha advokasi, pendidikan dan juga kerjasama strategik. Saya yakin mampu mencapai pembentukan masyarakat yang inklusif, adil dan juga saksama.

Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada Laporan SUHAKAM 2023 dalam bab tiga, aduan dan pemantauan terhadap pelanggaran hak asasi manusia di bahagian pengusiran dari kawasan perumahan.

Saya ingin kaitkan situasi ini dengan apa yang berlaku di Parlimen Beaufort pada bulan Mei 2025. Penduduk Kampung Jimpangah yang telah tinggal lebih dari 80 tahun dan telah memohon tanah tersebut dari tahun 1992 telah diusir keluar oleh perintah mahkamah atas alasan permohonan penduduk kampung ditolak selepas LUC pada tahun 2023.

Apa yang menjadi persoalan, perkampungan ini telah mendapat infrastruktur awam dari kerajaan seperti jalan, elektrik, air dan juga dewan serba guna. Tiada sebarang makluman atau

draft • 3:47 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

penolakan terhadap permohonan mereka dari tahun 1992 sehinggalah pada tahun 2023, pihak Jabatan Tanah dan Ukur telah memaklumkan bahawa tanah Kampung Jimpangah tersebut telah dimiliki oleh individu lain.

Persoalannya, kenapa daripada tahun 1992, permohonan ini tidak dibatalkan sekiranya sudah mempunyai tuan tanah? Dan kedua, kenapa permohonan dari tahun 1992 tidak diproses dan permohonan baharu pula diluluskan sehingga menafikan hak penduduk Kampung Jimpangah yang telah tinggal di perkampungan tersebut lebih daripada 80 tahun?

Dato’ Yang di-Pertua, selaku Ahli Parlimen Beaufort, saya amat terkesan dengan insiden ini. Saya maklum bahawa Kerajaan Negeri Sabah telah pun bersetuju untuk mewartakan tanah seluas kira-kira 3.2 hektar sebagai kawasan penempatan baharu bagi penduduk tersebut yang terlibat dalam pengusiran itu iaitu di Kampung Jimpangah, di Kampung Batu 60, tetapi saya mendapat makluman bahawa, bahawa ada juga penduduk Kampung Jimpangah yang terlibat dalam pengusiran tersebut dinafikan hak mereka dan tanah ini juga diberi pula kepada orang lain yang tidak terlibat dalam insiden pengusiran.

draft • 3:47 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Saya mohon kepada pihak SUHAKAM untuk meneliti dan menyiasat perkara ini sekiranya ada berlaku kecurangan yang menafikan hak dan keadilan bagi penduduk Kampung Jimpangah yang terlibat. Sekali lagi saya tekankan di sini agar pihak SUHAKAM dapat menjalankan siasatan perkara ini dengan sewajarnya.

Saya juga mencadangkan agar penglibatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengambil pendekatan kolektif bersama kerajaan negeri untuk menyediakan rumah mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat atau pun Rumah Mesra Rakyat kerana hampir semua penduduk Kampung Jimpangah yang terlibat adalah mereka yang tergolong dalam golongan B40 dan tidak mampu. Sudah pasti mereka tidak berkemampuan untuk membina rumah baharu di tempat tersebut.

Saya juga mengharapkan agar projek rumah PPR Selagon yang telah dibina pada tahun 2012 dan masih terbengkalai sehingga hari ini disebabkan beberapa kerosakan perlu dilihat semula oleh Kementerian bagi memastikan hasrat kerajaan untuk membantu golongan isi rumah yang berpendapatan rendah di Parlimen Beaufort dapat dijadikan sebagai kenyataan dan golongan tersebut dapat menikmati bantuan kerajaan ini dengan sebaiknya. Dato’ Yang di- Pertua, seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan Bab 5: Pejabat SUHAKAM Negeri Sabah.

Merujuk kepada Jadual 5, Bilangan 1, Pejabat SUHAKAM Sabah telah menerima 23 aduan berkenaan hak kewarganegaraan. Di Pejabat Khidmat Parlimen Beaufort juga sendiri telah menerima pelbagai aduan berkenaan isu kewarganegaraan ini di mana seperti pendaftaran kanak-kanak tidak mendapat sah taraf, kegagalan mendapat kewarganegaraan dan juga kes daftar lewat.

draft • 3:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Melihat kepada isu ini, saya merasakan perlu untuk Kerajaan Persekutuan dan negeri bekerjasama dalam menyelesaikan permohonan kewarganegaraan di negeri Sabah terutamanya bagi kes daftar lewat. Penubuhan fast track lane bagi memudahkan urusan kes daftar lewat ini adalah sangat penting bagi memastikan tiada permohonan kanak-kanak yang tercicir daripada mendapat taraf kewarganegaraan.

Minta sedikit masa, Dato’.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 3:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Saya juga mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara perlu melaksanakan program pendaftaran bergerak terutama di kawasan pedalaman seperti di kawasan Parlimen saya di mana rakyat yang masih kurang kefahaman berkenaan kepentingan pendaftaran kewarganegaraan ini.

Secara tidak langsung, ia nya akan dapat mempercepatkan proses permohonan mereka mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

Secara keseluruhannya, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada SUHAKAM sebagai badan yang terus bergerak dan memperjuangkan hak asasi manusia. SUHAKAM adalah badan kritikal dalam memastikan hak asasi manusia dihormati, dilindungi dan dipromosikan di Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, Misai melintang lambang perkasa, Terima kasih bagi saya masa, Kalau terlebih timbang-timbanglah ya. Saya nak bangkitkan isu LGBT dan kepelbagaian gender ataupun dalam istilah dinamakan― nak sebut pun payah ini. SOGIESC― SOGET ke SOGIESC ni? Laporan SUHAKAM tidak membincangkan isu LGBT secara langsung dalam mana-mana bab utama.

Namun, istilah SOGIESC ini, iaitu orientasi seksual, identiti jantina, ekspresi gender dan ciri-ciri seks ada disebut dalam senarai singkatan. Ketiadaan huraian lanjut mungkin memberi gambaran seolah-olah bahawa wujudnya suatu tekanan politik antarabangsa atau masyarakat terhadap isu ini.

Dalam konteks ini, kerahsiaan SUHAKAM mengenai isu ini boleh dianggap sebagai satu naratif yang tersirat bahawa isu LGBT mungkin akan menjadi next agenda, tetapi masyarakat

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

masih belum bersedia untuk menerima hal ini, sebaliknya tekanan antarabangsa semakin kuat untuk memperjuangkan kebebasan dan hak golongan ini. Jadi, apa sikap kerajaan terhadap isu LGBT?

Kita tidak mempertikaikan kejadian insan itu. Mungkin ada yang dilahirkan dalam keadaan yang lembut dan sebagainya, tapi yang kita persoalkan adalah aktiviti amalan seks songsang yang menjadi amalan kebiasaan pada hari ini. Justeru, saya ingin kepastian daripada pihak kerajaan, apa sikap kita yang sebenar terhadap isu LGBT?

Yang kedua, isu kerentanan dan kumpulan terpinggir. SUHAKAM dalam laporannya memberi tumpuan kepada beberapa kumpulan rentan dan dalam masa yang sama menekankan keperluan mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan yang lebih serius. Antaranya, pekerja ekonomi gig yang sering dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. SUHAKAM menyatakan tiada definisi jelas bagi pekerja gig dalam undang-undang buruh Malaysia.

Akibatnya, pekerja gig terus berhadapan kerentanan kerana kekaburan status mereka dalam kerangka perundangan sedia ada.

Dalam dialog bersama pekerja e-hailing, isu tambang minimum dan perlindungan sosial sering ditengahkan. SUHAKAM mencadangkan kerajaan menetapkan kadar tambang lantai yang wajar serta memperkenalkan skim insurans kesihatan bagi semua pekerja gig. Namun, kerajaan masih gagal memperkenalkan skim perlindungan komprehensif menyebabkan pekerja runcit e- hailing ini dan penghantaran terus terdedah kepada kontrak tidak adil, penipuan bayaran komisen dan tiada jaminan hari tua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kedudukan orang asli ataupun orang asal.

Sebab, saya sering melalui NGO saya melakukan program-program di perkampungan orang asli di Perak, di Selangor dan sebagainya. Dalam laporan SUHAKAM menyatakan kebimbangan besar tentang kelewatan kerajaan melaksanakan 18 syor Laporan Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asli/Orang Asal 2013. Laporan menyebut kecewa dan amat bimbang dengan kelewatan pelaksanaan syor-syor inkuiri nasional, sedangkan pencerobohan tanah adat orang asli atau pun orang asal oleh pembalak dan pemaju masih berleluasa.

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Hak Tanah Orang Asli ataupun orang asal hanya mengadakan satu mesyuarat sejak 2016 dan hanya empat mesyuarat penyelarasan diadakan sejak tahun 2020. SUHAKAM menegaskan kerajaan mesti mewartakan segera hak tanah adat dan mewujudkan mekanisme bebas seperti tribunal orang asal.

Parit Buntar mencadangkan agar kerajaan lebih proaktif dalam membela nasib dan masa depan serta hak orang asli yang mesti dijamin melalui tindakan-tindakan yang lebih menjamin hak orang asli di negara ini.

Akhir sekali, orang tanpa kewarganegaraan. Isu ini sehingga sekarang tidak ada kesudahan. SUHAKAM melancarkan kajian mendalam isu stateless di Semenanjung dan juga di

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sabah, Sarawak. Kajian itu menyatakan Malaysia masih tiada dasar atau undang-undang khusus yang mentakrifkan orang tanpa warganegara. Akibatnya, mereka hilang hak asasi mereka.

Mereka tidak boleh menerima pendidikan secara formal dan sempurna walaupun ramai NGO- NGO yang mengadakan program-program di Sabah, di Sarawak untuk memberi peluang kepada rakyat tanpa warganegara mendapat pendidikan yang formal.

Macam ada sebuah NGO, nama Yayasan Amal, sering buat program menubuhkan tadika amal, menubuhkan sekolah-sekolah agama dan sebagainya untuk memberi peluang mereka mendapat pendidikan secara formal, boleh membaca Quran, boleh sembahyang, boleh membaca dan sebagainya, tapi sampai bila? Adakah hanya kerana boleh membaca, sembahyang dan sebagainya, tapi tidak ada masa depan?

Sebab itulah kerajaan kena membuat suatu mekanisme yang jelas bagi mengiktiraf warganegara tanpa kerakyatan, warganegara tanpa peluang untuk mendapat pendidikan secara yang sempurna.

Saya ingin tahu, berapakah jumlah yang sebenar warganegara tanpa kerakyatan yang ada di negara ini terutamanya di bumi Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung? Supaya dengan angka yang jelas yang dapat kita ketahui adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak NGO yang begitu aktif mengadakan program-program bagi membantu mereka mendapat peluang pendidikan yang sempurna dan menjamin masa depan mereka.

Itu sahaja di antara yang boleh saya sentuh kerana masa yang tidak mengizinkan.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.

draft • 3:53 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Malaysia sejak penubuhannya telah pun komited dalam mengangkat nilai hak asasi manusia. Ini disahkan dengan Perkara 5 sehingga 13 termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Komitmen ini tidak boleh dinafikan, tetapi masih wujud beberapa perkara yang perlu diusahakan dan diperbaiki dan ini termasuk usaha ke arah mengkukuhkan SUHAKAM sebagai institut hak asasi manusia kebangsaan.

Dalam mengkemukakan pencalonan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada tahun 2021, pihak kerajaan telah berikrar dan menyatakan komitmen penuh untuk di antara lain menyokong usaha pengkukuhkan SUHAKAM melalui satu, peningkatan sokongan peruntukan;

draft • 4:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

dua, semakan undang-undang yang berterusan ke arah mengkukuhkan Akta Pentadbiran serta meningkatkan jalinan penglibatan di antara agensi kerajaan dan SUHAKAM.

Berdasarkan laporan kewangan yang dibentang, kita sedia maklum bahawa SUHAKAM telah menerima peruntukan mengurus sebanyak RM14.39 juta. Ini adalah RM1.18 juta kurang dari permohonan asal yang berjumlah RM15.57 juta. Oleh yang demikian, peruntukan yang diberi oleh kerajaan tidak mencukupi untuk membolehkan pihak SUHAKAM menjalankan kesemua tugas-tugas secara efisien dan cekap. Dan ini diakui sendiri oleh pihak SUHAKAM di mana mereka mengaku bahawa mereka sukar untuk menjalankan kerja-kerja mempromosi hak asasi manusia ke masyarakat luar bandar disebabkan peruntukan SUHAKAM yang terhad.

Natijahnya, pengetahuan masyarakat luar bandar tentang kewujudan dan fungsi SUHAKAM masih berada di tahap yang tidak memberangsangkan seperti yang didapati oleh kajian yang dibuat oleh mereka. Ini sudah tentu akan mencerminkan kepada tahap kefahaman tentang hak asasi manusia yang rendah pada kalangan komuniti luar bandar dan hal ini adalah merugikan apabilanya berpotensi membawa kepada meningkatkan polarisasi di antara komuniti bandar dan luar bandar.

Oleh yang demikian, saya ingin meminta kerajaan meningkatkan peruntukan kepada SUHAKAM selain daripada prinsip Madani dalam membina masyarakat yang insan, selain ikhlas dan komitmen yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Peningkatan peruntukan adalah penting untuk menjamin kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak SUHAKAM dapat dilakukan dengan efisien dan cekap.

Perkara lain juga penting untuk kerajaan mengoptimumkan peruntukan yang telah diberikan kepada pihak SUHAKAM. Ini boleh dibuat dengan mengambil tindakan terhadap saraan yang telah dibuat oleh SUHAKAM melalui penyiasatan yang telah dibuat oleh mereka ke atas agensi kerajaan yang telah melanggar hak asasi manusia.

Kedua, mengambil serta perbincangan tentang input dan cadangan menambahbaikkan yang telah dibuat oleh SUHAKAM atas pindaan undang-undang yang melibatkan hak asasi Malaysia. Tentang penyiasatan, seperti yang terdapat di laporan, SUHAKAM telah menerima 649 aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia pada tahun 2023. Ia nya di antara lain melibatkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Penjara Malaysia.

Apa yang kita minta ialah Yang Berhormat Menteri dan kerajaan mengambil perhatian dan memberitahu apakah yang telah jadi kepada syor yang cadangan yang diberikan oleh SUHAKAM kepada agensi-agensi ini? Apakah kekangan yang dihadapi oleh kerajaan jika gagal mengambil tindakan terhadap syor dan cadangan yang telah dibuat oleh pihak SUHAKAM. Saya minta satu minit lagi.

draft • 4:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Perkara yang lain ialah tentang pembaharuan undang-undang yang boleh memastikan undang-undang negara selaras dengan prinsip hak asasi manusia, melindungi hak asasi seperti kebebasan bersuara, hak kepada kehidupan, kebebasan beragama dan kesaksamaan di sisi undang-undang.

Oleh yang demikian, saya merayu memberikan SUHAKAM peluang untuk mengadakan sesi libat urus yang holistik dan komprehensif dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum sebarang pindaan yang melibatkan isu hak asasi dibentangkan dan dibahas di Dewan Rakyat ini. Perkara ini penting apabila mengambil kira amanah yang telah diberikan kepada SUHAKAM untuk menasihati kerajaan berhubung perkara yang melibatkan hak asasi manusia. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Speaker. Saya akan membahaskan berkenaan dengan Laporan SUHAKAM bagi tahun 2023 iaitu mengenai gig economy. Seperti mana yang kita sedia maklum, gig economy negara kita ini menjadi rancak apabila berlakunya krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Akibat daripada pekerjaan yang ramai yang telah pun mencari ikhtiar untuk menampung dalam gig economy apabila mereka dibuang kerja khususnya mereka berkecimpung di dalam sektor e-hailing yakni pengangkutan penumpang dan juga p-hailing – penghantaran makanan dan barangan.

Pada ketika ini, sekitar 26 peratus tenaga kerja negara ini terlibat dalam kerja gig economy yang dianggarkan menjelang tahun 2025, dia akan meningkat sehingga tiga juta orang yang terlibat dengan e-hailing ini. Selain itu, selagi mana Akta Pekerja Gig masih belum dikuatkuasakan, para pekerja gig economy akan sentiasa berada di zon kelabu dari segi perundangan yang memberi kesan negatif kepada kebajikan mereka.

Justeru persoalannya, bilakah akta pekerja gig ini akan dibentang dan dibahaskan?

Semakin lama ia ditangguh, maka semakin ramai kebajikan para pekerja gig akan terkesan.

Kedua, dalam memastikan kelestarian ekosistem pekerjaan gig berada dalam keadaan yang baik, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menubuh sebuah Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), sebagai badan kawal selia untuk melindungi hak pekerja gig. Sekali lagi, bilakah perkara ini akan dimuktamadkan dan apakah perancangan pihak kerajaan secara khusus untuk mempercepatkan proses terhadap perkara ini.

Yang ketiga, sejauh manakah pihak kerajaan menyediakan saluran rundingan, aduan yang cepat dan tuntas sebagai medium kepada para pekerja gig menyampaikan hasrat dan

draft • 4:05 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

laporan mereka? Apabila perkara ini tidak diwujudkan secara sistematik, para pekerja gig sering kali menjadi mangsa kepada penyedia platform, sama ada dari segi bayaran yang rendah, pampasan yang dinafikan dan keselamatan yang diabaikan.

Keempat, dalam perkara yang melibatkan perlindungan sosial, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kepada penyedia platform untuk sama-sama mencarum kepada setiap pekerja gig. Apa yang terjadi sekarang ini, hampir 70 peratus perlindungan sosial ditanggung oleh pihak kerajaan. Ia akan dikhuatiri menyebabkan ketidakstabilan fiskal untuk tempoh masa yang panjang. Justeru, Bagan Serai menyeru agar Rang Undang-undang Pekerja Gig dan SEGiM dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

Yang kedua berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan soal female genital mutilation (FGM). Isu FGM ini pernah menjadi satu berita panas suatu ketika dahulu apabila ia ditentang secara keras oleh satu golongan yang kononnya memperjuangkan hak perempuan.

Dalam perkara ini, saya melihat SUHAKAM mungkin terkeliru apabila menyatakan hal ber-khitan bagi perempuan dilihat sebagai sesuatu yang negatif.

Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, namun umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara majoriti umat Islam. Maka isu berkaitan salah satu jantina sudah pasti melibatkan umat Islam secara keseluruhannya.

draft • 4:05 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan bahawa tahun 2009, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) telah bersetuju untuk memutuskan bahawa khitan wanita adalah wajib selagi mana ia tidak membawa kepada kemunduran. Ini juga selari dengan pandangan Imam Syafii yang menjadi pegangan utama umat Islam di Malaysia yang mengatakan bahawa hukum khitan wanita adalah wajib.

Justeru, pendekatan SUHAKAM yang bukan sahaja berusaha untuk menghentikan amalan ini bahkan membandingkan dengan negara jiran yang lain, sedangkan amalan di sana berbeza adalah suatu percanggahan dengan keputusan fatwa Malaysia. Sejauh manakah pihak kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Agama mengambil pendirian dan bertindak mengenai hal ini? Adakah perkara ini perlu dibiarkan sahaja?

Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak SUHAKAM dipanggil oleh JAKIM dan seumpamanya untuk menjernihkan kembali pemikiran mereka agar lebih selari dengan Islam dan tidak mengambil enteng hal-hal yang berkaitan dengan isu yang membabitkan majoriti umat Islam di negara ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.

draft • 4:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum, salam sejahtera, ka'ansayan ra kamaion. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah di atas keberanian dan kebijaksanaan pentadbiran beliau.

Dewan Undangan Negeri telah meluluskan serta mengembalikan semula 15,000 hektar tanah adat yang dahulunya dimiliki oleh Sabah Forest Industries kepada pemegang asal tanah adat masyarakat Murut di Daerah Tenom, Kemabong dan Sipitang. Tindakan ini bukan sahaja menamatkan penantian puluhan tahun masyarakat Murut, bahkan ia juga melakar sejarah dalam lipatan perjuangan hak adat di Sabah dan Tenom, khususnya.

Penghargaan dan ucapan setulus terima kasih juga ditujukan kepada Yang Berhormat ADUN Kemabong yang telah memberikan perhatian dan memperjuangkan isu ini sejak sekian lama hingga akhirnya telah berjaya diperjuangkan.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan ini tidak akan lengkap tanpa menyentuh sejarah luka tanah adat di kawasan Tenom yang telah berakar sejak era penjajahan British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB). Berdasarkan buku Professor Dr. D.S. Ranjit Singh bertajuk, The Making of Sabah dari Universiti Malaya, sekitar tahun 1881, tanah subur milik kaum Murut di kawasan Tenom telah dirampas secara sistematik oleh penjajah British untuk tujuan eksploitasi perladangan. Kaum Murut bukan sahaja diusir daripada tanah nenek moyang mereka, bahkan lebih kejam lagi dieksploitasi sebagai buruh paksa.

Dalam satu keluarga, jika mempunyai dua anak, maka salah satu mereka akan diambil dan dijadikan sebagai buruh paksa. Selain itu, British juga menindas kaum Murut dengan memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang tidak munasabah dan menindas seperti cukai kepala, cukai tapai, dan cukai tangkapan ikan serta pertanian. Cukai-cukai ini amat kejam kerana suku kaum Murut pada masa itu tidak ada pendapatan untuk membayar cukai tersebut. Malah, suami isteri juga dipisahkan dan tidak boleh tinggal bersama serta perlu membayar USD1 kepada British sekiranya hendak bertemu.

Justeru itu, Kalowon Ontoros Antanom termasuklah nenek moyang saya, Aki Pelanggar bin Saho berserta pengikutnya muncul bangkit menentang terhadap kezaliman penjajahan ini sehingga mengakibatkan sebahagian besar mereka terkorban termasuklah Aki Ontoros Antanom. Hal ini telah memaksa kaum Murut untuk meninggalkan pendapatan asal mereka dan berhijrah ke tempat baharu sehingga ke Pensiangan dan Kalimantan untuk membina kehidupan yang lebih selamat daripada penindasan British.

Tuan Yang di-Pertua, selepas tamat era kolonial, masyarakat Murut yang terselamat kembali ke tanah asalnya. Malangnya, mereka mendapati tanah tersebut telah dijual oleh syarikat kolonial British kepada syarikat Barlow, Harrison & Crosfield. Kemudian, ke tangan korporat besar

draft • 4:11 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

seperti Golden Hope, Sime Darby, dan akhirnya kini, SD Guthrie. Namun, sejarah juga mencatatkan satu titik terang hasil kebijaksanaan pemimpin terdahulu. Serangan Subuh atau Dawn Raid 1981 telah berjaya mengambil alih semula aset-aset milik asing ini dan mengembalikannya kepada negara. Syarikat Sime Darby yang dahulunya mewakili kuasa asing, kini telah dimiliki sepenuhnya oleh negara.

Tuan Yang di-Pertua, namun demikian, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian bagi menyelesaikan isu berkaitan tanah adat di ladang SD Guthrie ini iaitu pertama, saya memohon agar tanah perkampungan di sekeliling Ladang Sapong yang tidak diusahakan dikembalikan kepada pemegang tanah adat kaum Murut.

Kedua, saya ingin mengangkat isu kebajikan pekerja dan bekas pekerja SD Guthrie, khususnya dalam kalangan masyarakat Murut dan Lundayeh yang sehingga kini masih belum memiliki kediaman sendiri, rumah walaupun telah berkhidmat puluhan tahun dari generasi ke generasi. Apabila British merampas tanah mereka seluas 13,500 ekar; 5,000 ekar di Melalap dan 8,500 ekar di Kemabong, orang asal ini juga diambil sebagai pekerja, sebagai buruh paksa, sehingga kini cucu cicit mereka meneruskan tradisi pekerjaan ini. Namun kini, apabila mereka berpencen, mereka tiada rumah dan terpaksa tinggal di pinggir jalan raya dan sungai.

Oleh itu, saya mohon kerajaan mengadakan rundingan dengan SD Guthrie agar suku kaum Murut dan Lundayeh ini tidak diganggu dan ada sebahagian tanah ladang yang kosong serta belum diusahakan yang dianggarkan berjumlah 500 ekar. Saya mohon agar SD Guthrie bantulah mereka sehingga diberikan geran bagi tujuan membangunkan perkampungan kepada para pekerja dan bekas pekerja untuk membina kediaman sebagai pengiktirafan atas jasa mereka agar kehidupan yang lebih bermaruah dapat dibina.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:11 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Justeru itu, bagi menangani isu tanah ini, saya mencadangkan agar pertama, menubuhkan Majlis Penyelarasan Tanah Adat Sabah yang merupakan satu badan berautoriti tinggi melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan dan negeri, Mahkamah Anak Negeri, Jabatan Tanah dan Ukur, serta Jabatan Perhutanan Sabah. Tugasnya ialah menyelaras, menyiasat dan menyelesaikan semua pertikaian dan tuntutan tanah adat dengan pendekatan adil berasaskan adat dan undang-undang.

Kedua, pengiktirafan dan pemberian geran tanah adat. Tanah adat yang terbukti milik turun-temurun ini haruslah dikeluarkan daripada pemilikan syarikat dan diberikan geran rasmi kepada komuniti adat sebagai jaminan hak milik kekal.

Ketiga, semakan semula harus dibuat ke atas Ordinan Tanah Sabah, seksyen 15 bagi memasukkan definisi komprehensif mengenai tanah adat termasuk penggunaan tradisional nilai

draft • 4:11 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

spiritual kawasan kubur dan sejarah warisan serta melakukan pindaan terhadap Kanun Tanah Negara untuk memasukkan peruntukan khas mengenai tanah adat Orang Asal secara jelas.

Tuan Yang di-Pertua, penjajah British pernah berkata akan melenyapkan kaum Murut daripada muka bumi Sabah. Namun, dengan kuasa Tuhan Yang Maha Esa, kaum Murut masih lagi wujud sehingga hari ini dan suara perjuangan mereka berkumandang di dalam Dewan yang mulia ini. Sekian dan terima kasih.

draft • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 4:11 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Sebagai Ahli Parlimen dari pihak kerajaan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan sosial, kemanusiaan dan keterangkuman, saya ingin mengangkat perhatian Dewan yang mulia ini kepada kepentingan memperkukuh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagai salah satu tiang seri dalam agenda pembangunan negara bangsa Malaysia MADANI.

Institusi SUHAKAM bukan sekadar mekanisme pentadbiran, tetapi lambang komitmen kita kepada prinsip-prinsip hak asasi yang telah diterima pakai secara sejagat. Fungsi utamanya, memantau, menasihati dan mendidik mengenai hak asasi, memberi ruang yang amat signifikan kepada rakyat untuk menyuarakan keprihatinan, menuntut keadilan serta memastikan keluhuran maruah insan sentiasa terpelihara.

draft • 4:19 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, Laporan Tahunan SUHAKAM 2023 memberi kita gambaran yang jelas bahawa jurang kefahaman masyarakat terhadap institusi ini masih ketara. Kajian yang dijalankan mendapati hanya 51 peratus responden mengetahui bahawa SUHAKAM ialah sebuah institusi hak asasi kebangsaan yang ditubuhkan oleh Parlimen. Manakala, 49 peratus yang lain menyangka SUHAKAM hanyalah sebuah NGO biasa. Ini membimbangkan. Apatah lagi apabila kita menyedari bahawa kefahaman rakyat terhadap hak asasi menjadi asas kepada keberkesanan pelaksanaan dasar negara yang inklusif dan adil.

Maka, kerajaan harus melipatgandakan usaha pendidikan sivik dan kesedaran awam.

Bukan sahaja melalui pameran dan kajian selidik dalam talian tetapi dengan menerapkan pendidikan hak asasi manusia secara sistematik dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi. Seperti kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Tuan Yang di-Pertua, dalam hal yang lain, saya juga ingin menyentuh isu penting yang dibangkitkan oleh SUHAKAM berhubung hak dan perlindungan sosial bagi pekerja dalam sektor ekonomi gig, khususnya e-panggilan dan penghantaran makanan. Pekerja dalam sektor ini

draft • 4:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

walaupun menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara, masih belum menikmati perlindungan sewajarnya dari sudut undang-undang buruh, keselamatan sosial mahupun jaminan pendapatan.

SUHAKAM dalam laporannya telah menegaskan keperluan mendesak untuk mendefinisikan secara jelas status undang-undang pekerja gig agar tidak terus terbiar di antara dua sempadan. Bukan pekerja tetap tetapi bukan juga peniaga biasa. Ketidaktentuan ini menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kemalangan, penyakit dan kemiskinan tanpa sebarang jaringan keselamatan.

Saya menyambut baik dasar sedia ada seperti Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan i-Saraan, namun dasar ini tidak mencukupi tanpa kerangka undang-undang yang jelas. Pepatah Melayu mengingatkan kita, “Sediakan payung sebelum hujan.” Maka, saya menyeru agar kerajaan meneliti syor SUHAKAM ini dengan penuh tekad reformasi.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu, izinkan saya mengemukakan beberapa pertanyaan berikut kepada pihak kerajaan. Adakah strategi dan pelan komunikasi awam yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memperluaskan pemahaman masyarakat luar bandar tentang fungsi SUHAKAM?

Kedua, adakah kerajaan sedia memperluaskan kerjasama antara SUHAKAM dan kementerian-kementerian berkaitan bagi menyampaikan pendidikan hak asasi manusia kepada komuniti dan pelajar sekolah?

Ketiga, apakah perkembangan terkini berkaitan kajian status pekerja gig serta perancangan undang-undang untuk memperkukuhkan perlindungan mereka?

Keempat, adakah kerajaan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas antara kementerian dan Parlimen bagi menyelaras pelaksanaan syor Laporan Tahunan SUHAKAM?

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri dan SUHAKAM atas usaha bersama mereka dalam membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan berkenaan isu kewarganegaraan kepada Majlis Raja-Raja. Langkah ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu yang telah lama berlarutan, khususnya berkaitan dengan kanak-kanak tanpa kerakyatan. Ia juga menunjukkan komitmen reformasi yang selari dengan semangat Malaysia MADANI yang mengangkat nilai kemanusiaan, keadilan sosial dan inklusiviti.

Kerjasama erat antara KDN dan SUHAKAM wajar dipuji kerana berjaya membawa isu ini ke peringkat yang paling tinggi untuk diteliti dan dipertimbangkan secara menyeluruh. Ini juga adalah bukti bahawa perubahan dasar boleh dicapai melalui dialog yang konstruktif dan iltizam politik yang jelas. Tahniah kepada KDN dan SUHAKAM atas keberanian serta ketegasan dalam membawa suara golongan terpinggir ke pentas nasional.

draft • 4:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Saya sebagai Ahli Parlimen dalam era Malaysia MADANI, kita berasa bertanggungjawab memastikan bahawa segala dasar dan tindakan kerajaan berpaksikan kepada kemuliaan insan, keadilan sejagat dan keterangkuman. Laporan SUHAKAM ini bukan sekadar laporan tahunan tetapi cerminan terhadap keikhlasan kita menunaikan amanah sebagai pembela rakyat, terutamanya golongan yang terpinggir dan tidak bersuara. Hak asasi bukan isu pinggiran, ia adalah asas kepada pembangunan lestari dan kemakmuran sejati.

Parlimen sebagai institusi tertinggi wajar memainkan peranan lebih aktif untuk memastikan syor-syor SUHAKAM bukan sekadar diambil maklum tetapi ditindak secara berstruktur dan menyeluruh. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya hari ini bangun untuk saya membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM. Saya nak menyentuh berkenaan dengan kebebasan bersuara iaitu hak berhimpun secara aman serta penyertaan politik tanpa diskriminasi, bukan saja untuk rakyat Malaysia tetapi juga untuk semua yang berada dalam sempadan negara ini dengan sah.

Dan inilah kami sama-sama dahulu sebelum PH ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri. Masa beliau menjadi pembangkang, kita sama-sama menentang segala diskriminasi yang berlaku terhadap perhimpunan aman ini dan sampai ketika – ada satu ketika, sampai berguling-guling di atas jalan dan sebagainya, termasuk sehingga merosakkan aset-aset kerajaan, menterbalikkan kereta-kereta polis.

Tetapi hari ini bila dah dapat kuasa, segala larangan telah dikeluarkan. Yang pertamanya, bermula dengan KSN mengugut rakyat supaya tidak keluar dalam perhimpunan aman ini. Yang keduanya, mengugut kakitangan awam juga. Kakitangan awam juga mengikut Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, “Menjamin kebebasan bersuara”, “Berhimpun”. Realitinya hak ini sering disempitkan.

Kemudian, disambung oleh Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan supaya tidak terlibat. Peguam Negara, peguam cara ini, mereka ada hujah masing-masing tetapi yang buat keputusan adalah judisiari. Sebab itu kita ada judisiari, kita ada hakim untuk buat keputusan.

Bukan semua pandangan daripada peguam bela, peguam cara ini betul. Mereka berhujah dan akhirnya, bila ada keputusan daripada hakim, itulah yang termaktub mengikut Perlembagaan Malaysia.

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dan baru-baru ini kita tengok, bila Ketua Hakim Negara buat keputusan bahawa perhimpunan apa ini– perhimpunan aman ini yang diambil tindakan tidak berperlembagaan, makna dibolehkan. Akhirnya, kita tengok hari ini, pihak AGC buat kenyataan mengkritik keputusan judisiari ini bahawa perhimpunan aman ini tidak— bukan sepatutnya. Ini kita tak boleh.

Ini telah menghina keputusan hakim.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Maaf.

draft • 4:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu sekejap.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya— 36(12), mengelirukan Dewan. Saya dengar tadi, YB Pendang kata pihak Peguam Negara telah mengkritik keputusan mahkamah.

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bukan mengkritik, saya kata seolah-olah.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap. Ini floor saya, saya bangkitkan.

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tetapi tak betul itu, apa dia kata.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejaplah.

draft • 4:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu habis sekejap.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sabar dulu. Senior pun perangai macam apa.

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Lah, perangai betullah itu.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak, sekejaplah!

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab you sebut perangai.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Faham tak, sekejap? Pendang!

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Perangai dalam Dewan memang— [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Pendang! [Berucap tanpa pembesar suara]

draft • 4:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pendang, sila duduk dulu.

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tak nak bagi dah!

draft • 4:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukan you yang bagi, saya yang bagi. Okey.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kenapa kurang ajar sangat?

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia telah— dia tuduh saya kurang ajar. Saya tak boleh terima ini.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Memang kurang ajar pun.

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini bukan kurang ajar. Ini saya bangkitkan.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Memang kurang ajar.

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kamu yang kurang ajar.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebagai seorang peguam—

draft • 4:25 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tak boleh, saya tak boleh terima. Saya minta 36(6), tarik balik. Menghina saya, “kurang ajar”. Ini perkataan unparliamentary.

draft • 4:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, tarik balik “kurang ajar”.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tukar. Tak cukup diajar. Baiklah. 36(6)— 36(12), tadi YB Pendang kata AGC telah mengkritik keputusan mahkamah dalam kes perhimpunan aman. Saya tahu kenyataan media yang dikeluarkan oleh AGC. Sebenarnya kenyataan itu tidak mengkritik keputusan tersebut tetapi dalam konteks menyertai perhimpunan apabila seseorang itu adalah kakitangan awam, dalam ruang lingkup itu.

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi, saya harap bahawa YB Pendang betulkan balik. Dia kata, dia patut kata bahawa pihak AGC telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan perhimpunan awam penyertaan kakitangan awam dalam perhimpunan aman dan tak ada kena mengena pun berkenaan dengan keputusan mahkamah yang telah dibuat. Saya mohon supaya ditarik balik kerana ini adalah bertentangan dengan 36(12). Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya sebut tadi seolah-olah— saya tidak sebut habis lagi, saya sebut penjawat awam pun saya sebut. Boleh tengok dalam itu.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tidak ada, tidak ada. Dia tak ada sebut seolah- olah.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, beginilah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun. Realitinya hak ini sering disempitkan atas keselamatan atau ketenteraman awam. Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Puan Yang di-Pertua, tolong saya minta satu ruling.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekejap, tunggu dia habiskan apa yang dia mahu.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bagi saya habis dahulu, tak habis lagi. Ini saya hendak menyentuh berkenaan dengan kakitangan awam yang dikeluarkan ini untuk kakitangan awam.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Berkenaan dengan ruling tadi.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, oleh sebab itu..

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat..

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan satu arahan kepada kakitangan awam sekiranya mereka keluar dalam perhimpunan awam ini, inilah satu perkara yang seolah-olah mengkritik keputusan Ketua Hakim Negara. Seolah-olah. Fasal Ketua Hakim buat keputusan..

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tadi tak ada betulkan balik.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Betulkan balik. Tadi tak ada.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, yang ketiganya, Ketua Perkhidmatan Awam pun juga diarahkan untuk mengugut kakitangan awam. Ini tak boleh sebab kita ada sebut dalam Perlembagaan 10 tadi, “Perhimpunan aman ini saya ingin menegaskan bahawa tanggungjawab pihak berkuasa bukan menakutkan rakyat yang berhimpun tetapi menjamin keselamatan [Tepuk] serta memastikan perhimpunan awam ini dalam seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mewajibkan notis lima hari perlu dikaji semula kerana yang diiktirafkan di peringkat antarabangsa”. Ini yang saya sebut.

Penyertaan politik kita tengok berkenaan rakyat masih dibelenggu rasa takut untuk berpolitik. Penjawat awam, pelajar universiti dan pekerja GLC mereka dibayangi risiko hanya kerana surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga badan tadi yang pertamanya, KSN sendiri telah buat kenyataan. Yang kedua, AGC, Peguam Negara, digunakan. Mereka ini adalah untuk hendak menentukan undang-undang negara ini digunakan dengan sebaiknya dan dibawa ke mahkamah sekiranya berlaku kesalahan dan dibicara. Hakim judiciary akan buat keputusan.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, tak boleh. Yang ketiganya, saya hendak tegaskan di sini mana-mana kakitangan awam yang keluar diambil tindakan, kami akan menyediakan peguam untuk membela mereka yang dizalimi ini.

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Seterusnya yang terakhir, saya hendak gulung sudah.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dak, sebab tadi masa itu dua minit tadi bagi dekat saya balik. Saya bilang tadi sebab yang ini penting. Saya hendak sentuh ini penting berkenaan dengan pihak SUHAKAM perlu terus memberi perhatian bagaimana insiden tragis yang berlaku pembunuhan kejam terhadap warga Palestin, Fadi al-Batsh di Gombak pada tahun 2018 dipercayai dilakukan oleh ejen asing. Ini bukan kes terpencil membuktikan bahawa Malaysia bukan lagi terkecuali daripada perang bayangan kuasa asing.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, ejen asing juga yang keduanya ditangkap. Apa tindakan kerajaan kepada ejen asing yang dikatakan daripada Israel ini yang mana dia terlibat mempengaruhi. Katanya disebut dalam itu, tindakannya sampai sekarang yang ditangkap kepada ejen Israel ini apa yang pihak kerajaan buat? Apa pihak keselamatan negara buat? Apa sudah jadi? Senyap sunyi?

Yang ketiganya, saya hendak sebut juga adakah yang dikatakan ejen Israel itu di kalangan rakyat Malaysia ini yang telah ditangkap? Apa tindakan? Apa buat kepada mereka ini sampai sekarang kita tak tau apa yang berlaku.

Jadi, oleh sebab itulah saya bagi pihak rakyat Malaysia supaya kerajaan bertegas dalam urusan ejen Israel yang mana saya katakan. Sekarang ini, penduduk Israel sudah keluar daripada Israel dan hendak migrate ke Eropah tetapi Eropah telah menolak akhirnya mereka sedang berusaha migrasi ke Asia ini.

Saya tak nak sebut negara yang sebenarnya sedang banyak menerima longgokan Israel yang keluar daripada Israel akibat perang ini. Kita harap pihak keselamatan negara, pihak PDRM, pihak imigresen, pihak Jabatan Pendaftaran Negara mesti bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang masuk sekarang ini dan hari ini kita dibayangi lagi dengan laporan yang sangat kita takut. Yang terakhir.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat tak perlu terakhir.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...iaitu KLIA2 auto gates down. [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Pendang, Pendang, minta penjelasan.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ini bahaya kepada kita.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Orang boleh masuk bila-bila masa.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekian, terima kasih. Terima kasih Puan yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

draft • 4:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Pendang ini ambil masa orang lain banyak ini. Bismillahirrahmanirrahim.

draft • 4:35 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ampang ingin membahaskan beberapa perkara Timbalan Speaker, sebelum itu Ampang ingin mengucapkan penghargaanlah kepada SUHAKAM dalam pelbagai usaha, khususnya sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kanak-kanak dan Wanita. Saya juga merakamkan penghargaan ini.

Saya sebenarnya Timbalan Speaker, telah membaca boleh dikatakan hampir 400 muka surat yang telah pun dikemukakan ini dan saya yakin banyak perkara yang disentuh dan disyorkan di dalam buku ini, dalam laporan ini tetapi laporan ini dibentangkan saya bimbang ia tiada ada satu pun affirmative action, dengan izin bagi memastikan pelaksanaannya kerana saya yakin tujuan kita membenarkan laporan ini dibentangkan Parlimen adalah untuk weightage ataupun taringnya dapat lebih keras untuk didengar oleh pihak-pihak yang berwajib untuk diambil tindakan.

Jadi, saya tidak mahu nanti ia hanya tinggal sebagai bahan bacaan semata-mata. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sejauh mana syor-syor yang diambil ataupun ditulis di dalam buku ini, laporan ini diambil sebagai satu perhatian yang serius oleh pihak kerajaan bagi melaksanakan. Ini sebagaimana kita mengambil Laporan Audit Negara. Kita tengok Laporan Audit Negara mereka dengan adanya dashboard, dengan memastikan pelaksanaannya, kita nampak usaha-usaha yang dibuat itu dapat memperbetulkan lagi kesalahan ataupun kesilapan yang ada.

Inikan pula kita membicarakan tentang isu-isu berkaitan dengan kemanusiaan ataupun hak-hak asasi manusia. Jadi, untuk itu saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan dengan baik dan pelaporan ini juga sepatutnya ataupun pemantauan ini saya cadangkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi untuk mereka tracking, dengan izin apakah saranan-saranan dan syor-syor ini telah dilaksanakan ataupun dilaksanakan dan dibentangkan bersekali di atas laporan-laporan akan datang kepada kami, Ahli-ahli Parlimen untuk kami lihat.

Jadi untuk itu, saya perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah Laporan Tahunan SUHAKAM 2023, yang mana kita lihat di sini ada beberapa usaha yang baik yang telah dibuat iaitu promosi hak asasi manusia. Jadi, Ampang nampakkan perkara ini satu usaha yang bagus kerana ramai juga yang tidak memahami apakah hak asasi setiap daripada manusia yang ada itu untuk dilaksanakan atau dikuatkuasakan. Namun, Ampang mengharapkan akan datang pelaporan ini mestilah bukan hanya melaporkan aktiviti.

Saya mencadangkan kepada pihak SUHAKAM supaya perlu ada elemen analisa ataupun kupasan impak kepada program-program yang dilakukan supaya nampak hasil kecerakinan ini terhadap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Jadi, jangan lapor program sahaja.

Mesti ada analisa daripada program dilaksanakan apakah impak keberhasilannya kepada program yang dilaksanakan.

draft • 4:35 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Begitu juga saya harapkan ada beberapa indikator dan matriks yang digunakan untuk mengukur kejayaan program-program yang ada. Contoh, saya lihat di sini walaupun kita lihat SUHAKAM telah melahirkan satu buku panduan contohnya, sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 12 Disember 2023 dan ia mudah sahaja boleh dimuat turun tetapi kita lihat pihak contohnya, Kementerian Pendidikan masih lagi belum dikatakan di sini di muka surat tiga Bahagian Pendidikan dan Kemasyarakatan bahawa KPM masih lagi belum membenarkan pengedaran buku panduan ini kepada sekolah-sekolah ATHAM walaupun telah membuat sejak daripada Jun lepas. Jadi, saya harap perkara macam ini wajar diberi perhatian kerana ini adalah elemen pendidikan yang baik yang perlu dimasukkan di dalam — di sekolah untuk dirujuk oleh guru-guru ataupun pelajar.

Selanjutnya Yang di-Pertua, merujuk kepada halaman 146 laporan ini terkait pindaan Akta 597. Saya, Ampang sekali lagi ingin merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang telah pun membuat reformasi institusi dan juga SUHAKAM.

draft • 4:35 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi, antara pindaan itu saya nampak banyak yang baik, terutama memasukkan elemen OKU, namun Ampang menuntut agar pesuruhjaya SUHAKAM dilantik dari golongan minoriti utama orang asal dan Orang Asli dalam pelantikan akan datang memandangkan banyak isu yang kita tengok dalam buku ini melibatkan hak-hak Orang Asli diberi penekanan sebagaimana dalam halaman 125.

Seterusnya, saya ingin bangkitkan dua lagi iaitu di dalam halaman 268 pula, pindaan terhadap Akta Suhakam 1999 iaitu pertambahan kalau dikatakan sepatutnya ada peruntukan pelantikan tambahan dua pesuruhjaya kanak-kanak, di samping dua mandat tambahan untuk Office of the Children’s Commissioner dengan izin iaitu untuk memastikan kelancaran. Justeru itu, saya dapati pertambahan ini belum dilaksanakan. Saya mengharapkan sangat dah dua tahun benda ini telah diluluskan tetapi ianya masih tertangguh. Jadi, Ampang ingin tahu, bilakah semua ini dapat dilakukan.

Akhirnya dengan masa yang tidak ada, saya hanya nak menyinggung satu perkara.

Setiap kali saya datang ke Parlimen, kebetulan ada memorandum yang nak disampaikan kepada Ahli-ahli Parlimen ataupun kerajaan. Saya begitu tak sedap lah hati bila saya lihat mereka hanya berdiri di tepi sana tanpa ada tempat yang sesuai. Jadi, dengan ini saya ambil medan ini untuk saya sampaikan supaya jangan biarkan mereka berdiri di luar sana dengan panas dan hujan dan tempat yang sempit.

Saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya satu tempat khas berbumbung yang boleh memuatkan beberapa individu yang ingin menghantar memorandum kerana bagi saya itu adalah salah satu exercise yang perlu diberikan satu peluang kepada

draft • 4:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

masyarakat untuk berjumpa dengan lokasi yang ada. Dengan itu saja, Tuan Timbalan Speaker, terima kasih daripada Ampang.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut berbahas Laporan Tahunan SUHAKAM Tahun 2023. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah pada Cikgu Jewel Sen Labidin dari Kampung Mantob, Kiulu Tuaran atas pemergian ibu tercinta pada pagi tadi.

Puan Yang di-Pertua, dalam masa lima minit yang diberikan untuk berbahas, Tuaran mulakan dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SUHAKAM di atas kejayaan menghasilkan laporan tahunan ini. Cumanya Tuaran ingin bertanya, memandangkan sekarang sudah bulan Julai 2025, bilakah pula laporan tahunan bagi tahun 2024 akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini?

Tuaran juga ingin bertanya, bilakah kerajaan akan mengisi tujuh lagi kekosongan Pesuruhjaya SUHAKAM yang menyebabkan sekarang hanya tiga pesuruhjaya sahaja, termasuk pengerusi. Tuaran difahamkan akibat daripada kekosongan ini, kerja-kerja SUHAKAM termasuk penyiasatan inkuiri di penjara Taiping sedang terbantut kerana hanya dua sahaja pesuruhjaya bertugas. Walaupun Tuaran mengucapkan tahniah di atas beberapa kajian yang dikecapi oleh SUHAKAM.

Antara kajian terbesar pada pandangan Tuaran ialah dalam siasatan kehilangan Amri Che Mat pada 24 November 2016 dan pastor Raymond Koh yang hilang 13 Februari 2017. Dalam siasatan SUHAKAM, mendapati bahawa cawangan khas Bukit Aman telah terlibat dalam kehilangan ini. Dan hasil penemuan SUHAKAM ini turut disahkan oleh sebuah special task force yang diketuai seorang pesara hakim yang telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat dengan lebih mendalam tentang hasil penemuan SUHAKAM tersebut.

Persoalan di sini ialah kenapa kerajaan telah membiarkan kegagalan pihak polis untuk membuat due diligence dalam kes Amri dan Raymond. Justeru dalam kes ini, apakah pengajaran yang dapat kita pelajari dan apakah dasar-dasar dan juga amalan yang perlu diubah untuk dilaksanakan? Sebab sudah lebih lapan tahun berlalu dan orang-orang yang hilang masih tidak diketahui berada di mana.

Dalam hal pelarian Filipina dan pelarian Rohingya yang berada di negara kita, Tuaran ingin bertanya, berapakah jumlah pelarian–pelarian Filipina dan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia, khususnya yang ada di Sabah untuk pelarian Filipina. Dan apakah masa depan

draft • 4:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

mereka? Apakah mereka akan dihantar balik ke negara asal atau dihantar ke negara ketiga atau mahu letakkan di mana ataupun bagaimana mereka tinggal di negara ini tanpa ketidaktentuan.

Dalam hal kewarganegaraan, Tuaran ingin bertanya, adakah pihak SUHAKAM melihat pertumbuhan penduduk yang luar biasa di Sabah sebagai sesuatu yang melanggar hak asasi penduduk tempatan? Tuaran mencadangkan SUHAKAM membuat siasatan sama ada syor-syor dalam Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin, RCI yang telah dilaksanakan di Sabah, sama ada syor-syor itu telah dilaksanakan ataupun tidak.

Tuaran juga ingin meminta agar Kerajaan MADANI merealisasikan deklarasi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai hak-hak orang asal atau UNDRIP. Tuaran juga meminta kerajaan untuk menjamin hak pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung semasa tempoh pilihan raya bagi membolehkan kemudahan advanced voting atau postal voting kepada mereka yang sukar untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan balik kampung halaman untuk mengundi.

Dalam hal ini, dalam hal asasi warga emas, saya ingin menyentuh hak asasi manusia terkait 300 pesara Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS). Kerajaan gagal menyelesaikan tuntutan sekumpulan 300 pesara Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) untuk mendapatkan wang persaraan mereka di bawah Skim Retirement Benefit Scheme (RBS).

Pada Tuaran, kegagalan ini boleh dianggap sebagai satu pencabulan hak asasi manusia.

Puan Yang di-Pertua, pada 1 Julai 1969, LPPS menubuhkan satu skim persaraan dan perlindungan pada kakitangan yang diluluskan oleh Controller General LHDN dan diurus tadbir melalui peraturan formal bernama Retirement Benefit Scheme (RBS) di mana LPPS mencarum dalam RBS dengan kadar 20 peratus daripada gaji tahunan setiap kakitangan.

Berikutan dengan pelaksanaan skim pencen badan berkanun melalui Suruhanjaya Diraja Harun pada tahun 1975, maka LPPS berhenti mencarum ke RBS. Namun, dana itu cuma berhenti beroperasi sehingga RBS secara rasmi dihentikan pada 28 Februari 1981. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh itu tiada seorang pun kakitangan yang bersara mendapat pencen daripada skim RBS tersebut.

Sekumpulan 165 daripada 300 pesara yang berhak mendapat faedah pencen pernah menuntut hak mereka melalui tindakan undang-undang di mahkamah tinggi di Kota Kinabalu namun tidak berjaya. Setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada tahun 2018, kerajaan membuat keputusan untuk memberi pembayaran ex gratia sebanyak dua kali pada kadar RM2,100 dan RM2,500 masing-masing pada Februari dan November 2019.

Pemberian ex gratia ini pada Tuaran adalah satu consideration bahawa dana terkumpul dalam skim RBS sejumlah RM6,914, 692.26 adalah hak milik mutlak 300 ahli RBS iaitu kakitangan LPPS.

draft • 4:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pertanyaan Tuaran ialah apakah niat kerajaan untuk menghalang duit RM6,914,692.26 diberikan sepenuhnya kepada 300 pesara LPPS padahal for all internal… [Tidak jelas] purposes skim RBS tersebut telah diwujudkan untuk tujuan pemberian pencen kakitangan yang belum lagi di-cover dengan skim pencen pada ketika itu. Pesara yang juga merupakan warga emas merasakan ketidakadilan telah dilakukan di atas mereka dan sekarang menuntut hak asasi mendapatkan duit yang terkumpul dalam skim RBS itu untuk diberikan kepada mereka sebagai pencen.

draft • 4:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi, Puan Yang di-Pertua, Tuaran mohon menyokong semua syor-syor yang dinyatakan terkandung dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2023 dan agar dipastikan supaya semua syor itu dapat dilaksanakan. Saya mohon menyokong, terima kasih.

draft • 4:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 4:42 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas memberikan kesempatan untuk saya turut berbahas Laporan Tahunan SUHAKAM 2023.

Tahniah kepada SUHAKAM yang mengeluarkan satu laporan yang saya kira sarat dengan syor-syor dan juga cadangan-cadangan dan yang penting adalah bagaimana kerajaan selepas ini dapat menatijahkan setiap syor itu diambil sebagai satu yang memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat di dalam negara kita.

Saya suka terus fokus kepada perkara yang saya nak bahaskan di sini adalah berkaitan dengan warga emas dan hak ekonomi sosial dan kebudayaan, muka surat 122 dan seterusnya.

Saya melihat kalau kita lihat pada hari ini, Malaysia pada hari ini sudah berada dalam status negara menua. Dengan kita lihat kadar peratus populasi warga emas sekarang ini sudah menjangkau 11.29 peratus daripada bancian penduduk Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2024 dan diunjurkan pada tahun 2030 kita akan berada dalam kategori negara tua apabila diunjurkan 15 peratus daripada penduduk warga emas berada dalam keadaan itu.

draft • 4:48 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ini mungkin disebabkan oleh jangka hayat, disebabkan oleh pertambahan kebaikan daripada sudut kesihatan dan juga disebabkan oleh penurunan kesuburan dalam negara kita.

Dan saya melihat apa juga cadangan dan syor-syor yang dilakukan adalah sesuatu yang harus diberikan fokus oleh kerajaan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

SUHAKAM mengadakan beberapa aktiviti di Sarawak berkaitan dengan forum warga emas, kemudian ada lawatan kepada perkampungan warga emas dan juga perbincangan antara kerajaan negeri, yang mana saya melihat bahawa ini bukan saja mungkin manifestasi bagi Sarawak tetapi secara keseluruhan inilah yang berlaku, keadaan pada hari ini di negara kita Malaysia. Dan kalau kita lihat hak kepada warga emas daripada sudut kesihatan, daripada sudut kehidupan yang sejahtera, perlindungan tempat tinggal dan juga perlindungan kepada penjagaan kesihatan mereka, ini adalah satu perkara yang saya kira harus kita berikan secara serius.

Dan kalau kita lihat pada hari ini, baru-baru ini pada 16 Julai 2025, kita diberitakan ada warga emas ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci di Pulau Pinang. Saya kira harapan kita, harapan saya, ini adalah satu kes yang terpencil. Kalau ini berlaku di masa akan datang dalam keadaan yang mungkin bilangan ini cukup besar, adakah ini menunjukkan bahawa kurangnya sensitif kita kepada warga emas itu sendiri?

Ini kerana pada hari ini, saya kira dalam syor-syor ataupun dapatan-dapatan yang oleh SUHAKAM itu menunjukkan bahawa pentingnya bagaimana perlindungan kepada warga emas ini. Sama ada pada sudut tempat tinggal mereka, daripada sudut penjagaan mereka, hari ini mungkin rakyat dalam keadaan kesibukan, anak-anak bekerja dan sebagainya. Ibu bapa ditinggalkan di rumah, sama ada mereka ini dapat penjagaan yang sempurna ataupun bagaimana?

Begitu juga dengan soal kesihatan. Bagi mereka yang sakit, adakah mereka mempunyai tempat-tempat ataupun khidmat daripada kerajaan? Daripada sudut mungkin, walaupun kita dimaklumkan banyak klinik kesihatan yang menyediakan prasarana untuk penjagaan dan juga rawatan kepada warga emas, kelab warga emas, KDU yang juga, klinik desa juga menyediakan ujian-ujian saringan dan intervensi kepada dalam saringan itu. Begitu juga dengan hospital- hospital menyediakan pakar geriatrik dan walaupun pada masa ini ia nya adalah sangat kurang.

Di Malaysia ini, kita hanya sekadar mempunyai 34, 34 begitu sahaja pakar geriatrik dibandingkan enam peratus pakar geriatrik kalau mengikut nisbah yang disarankan oleh WHO.

Pun begitu, saya merasakan bahawa sudah tentulah apabila warga emas ini ataupun penduduk makin menua, mereka akan terdedah kepada penyakit yang lebih banyak begitu dan memerlukan peruntukan-peruntukan yang besar hatta untuk mobilisasi pesakit-pesakit ini daripada rumah ke hospital juga memerlukan kenderaan-kenderaan yang disediakan, bukan sahaja mungkin daripada pihak kerajaan, juga daripada pihak swasta yang kadarnya mungkin tidak terlalu membebankan kepada mereka.

Begitu juga dengan penjagaan di rumah yang saya kira kita masih lagi berada di tempat yang agak jauh kerana perkhidmatan-perkhidmatan penjagaan di rumah ini kadang-kadang sangat diperlukan oleh mereka tetapi kita masih lagi tidak dapat menunaikan sama ada di peringkat kerajaan ataupun di peringkat swasta itu sendiri. Sebab itu saya kira soal pendanaan

draft • 4:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

ini adalah satu perkara yang penting harus dilihat oleh kerajaan, bagaimana pendanaan ini dapat kita berikan dengan keadaan yang sebaik mungkin.

Dan saya lihat di antara cadangan ataupun syor daripada SUHAKAM itu untuk melihat mungkin perlunya ada satu kementerian baharu, “kementerian warga emas”. Kalau hari ini di bawah Kementerian Wanita dan Masyarakat, mungkin mereka mempunyai bebanan yang lebih besar. Ini boleh difikirkan. Mungkin ada satu bentuk kementerian yang baharu untuk menjaga kemaslahatan berkaitan dengan warga emas.

Sepertimana yang saya pernah sebutkan itu, sebelum ini bahawa daripada bidang kesihatan pula, saya merasakan bahawa ada satu peruntukan geriatrik yang perlu diasingkan daripada peruntukan perubatan, kalau kita nak melihat bahawa keseriusan kita dalam menangani ataupun merawat pesakit-pesakit daripada kumpulan warga emas itu sendiri.

Jadi, setakat itu yang saya ingin sebutkan dengan keterbatasan masa yang ada. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.

Pertamanya, syabas sekali lagi kepada Kerajaan MADANI kerana tahun ini telah sekali lagi membawa usul untuk membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM. Sebagai seorang yang datang daripada gerakan NGO masyarakat MADANI atau dengan izin civil society, saya boleh mengesahkan bahawa untuk sekian lama rakan-rakan dalam masyarakat MADANI mendesak supaya Laporan Tahunan SUHAKAM dibahaskan dalam Dewan ini.

Dan keterbukaan Kerajaan MADANI ini telah membenarkan perbahasan bagi Laporan Tahunan SUHAKAM ini untuk kali ketiga dan membuktikan bahawa Kerajaan MADANI ini adalah kerajaan yang menitikberatkan hak asasi manusia. Dan untuk makluman juga, ini kali ketiga dalam Kerajaan MADANI dan hanya kali keempat dalam sejarah penubuhan SUHAKAM, Puan Yang di-Pertua.

Dan juga kali ini kita juga membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM yang sedikit berbeza kerana tahun ini, tahun 2023 adalah kita bahas laporan SUHAKAM dalam kerajaan MADANI. Kalau sebelum ini mungkin kerajaan lain tapi untuk tahun 2023 untuk pertama kali kita bahaskan hak asasi manusia dalam Kerajaan MADANI.

Jika kita tengok dalam Buku Laporan SUHAKAM ini, Puan Yang di-Pertua, memang tebal dan penuh dengan laporan aktiviti-aktiviti SUHAKAM sepanjang tahun 2023. Dan saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah dan terima kasih kepada Pesuruhjaya-

draft • 4:55 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

pesuruhjaya SUHAKAM dan juga kakitangan-kakitangan SUHAKAM atas khidmat dan bakti mereka demi hak asasi manusia.

Puan Yang di-Pertua, saya lega melihat dalam Dewan ini ada Menteri KDN kita sebab apa yang saya nak rujuk adalah berkenaan dengan aduan dan pemantauan terhadap pelanggaran hak asasi manusia, yang mana SUHAKAM pada tahun 2023 ada mengadakan lawatan ke beberapa tempat tahanan iaitu sudah tentu di bawah bidang kuasa Menteri KDN kita.

Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada lawatan kedua institusi penjara iaitu Penjara Seremban dan Penjara Sungai Buloh, yang mana ini terkandung dalam muka surat 206 laporan ini.

Dan dalam laporan Puan Yang di-Pertua, SUHAKAM ada membuat dapatan bahawa banduan reman di institusi penjara adalah terlalu ramai dan untuk rekod, mereka yang ditahan reman ini adalah mereka yang ditahan sementara menunggu perbicaraan. Mereka ditahan sama ada kerana kesalahan mereka itu tidak boleh dijamin ataupun mereka ada diberikan option untuk jaminan tetapi mereka tak boleh bayar wang jaminan tersebut. Maka sambil menunggu perbicaraan, mereka ditempatkan dalam reman di penjara sementara menunggu kes mereka.

Harus ditekankan di sini bahawa sebahagian besar daripada mereka belum disabitkan atas apa-apa kesalahan namun mereka dikurung dan kebebasan mereka dihadkan. Mereka secara natijahnya adalah masih innocent dengan izin. Sebagai peguam saya dah beberapa kali pergi ke Penjara Sungai Buloh untuk berjumpa dengan anak guam saya yang pada ketika itu mereka di bawah perbicaraan dan pada masa itu kebanyakannya adalah semasa saya mewakili tahanan-tahanan SOSMA.

Oleh itu, saya boleh mengesahkan bahawa sememangnya seperti apa yang disebut dalam laporan ini bahawa blok tahanan reman adalah terlalu sesak dan mempunyai terlalu ramai tahanan. Kita juga harus akui bahawa perbicaraan kes akan mengambil masa yang panjang, Puan Yang di-Pertua dan ini memberi tekanan kepada mereka yang ditahan reman. Mereka tinggal di penjara ini, mereka menghitung hari perbicaraan tapi bila tiba masanya pula, tiba-tiba dapat tahu bahawa kes ditangguhkan dan sebagainya.

SUHAKAM juga mendedahkan bahawa dengan bilangan tahanan yang terlampau ramai ini, penyeludupan barang terlarang seperti telefon bimbit, dadah dan tembakau juga berleluasa.

Di sini saya ingin mendapatkan data terkini daripada pihak kerajaan, berapa ramai tahanan reman yang ditempatkan di penjara di seluruh negara setakat ini dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan hak asasi manusia dan kebajikan tahanan-tahanan ini?

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mungkin seminit lagi. Awal tahun ini, Kementerian ada memaklumkan tentang satu draf cadangan pindaan kepada Akta Penjara bagi membenarkan tahanan reman untuk ditahan di rumah. Saya ulang ya. Cadangan KDN ini adalah untuk mereka

draft • 4:55 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

yang ditahan reman. Maksudnya, mereka menunggu perbicaraan, belum disabitkan dengan apa- apa kesalahan.

draft • 4:55 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Cadangan KDN ini, Puan Yang di-Pertua, sebenarnya wajar mendapat sokongan dan ia juga selari dengan syor SUHAKAM. Dalam laporan ini, yang mana SUHAKAM mengatakan bahawa terdapatnya― seharusnya ada cadangan alternatif kepada penahanan reman untuk dikaji dan dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah kesesakan tahanan reman di penjara. Ini penting untuk mengurangkan kesesakan di penjara seperti yang telah dikenal pasti oleh SUHAKAM. Ianya juga lebih adil kerana kita tidak menghukum seseorang itu dengan tahanan sebelum dia bersalah.

Sudah tentu ada sesetengah kesalahan yang mana kita tidak boleh benarkan tahanan itu dibuat di rumah atau di luar daripada penjara. Kalau ia melibatkan kesalahan membunuh, contohnya, ataupun ada kemungkinan tertuduh itu mengganggu saksi dan sebagainya, ya, kita tidak bagi mereka ditahan di rumah untuk tahanan reman ini. Tetapi, untuk kesalahan-kesalahan kecil, kita harus pertimbangkan satu tindakan baru. Contohnya, kita boleh letak, kita boleh gunakan apa yang dipanggil electronic monitoring device (EMD) untuk menjejak mereka dan mereka juga boleh diberi perintah secara berkala untuk datang ke balai polis untuk memberi― melapor diri dan sebagainya.

Jadi, ada banyak perkara yang kita boleh pertimbangkan dan ini semua untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara dan juga membenarkan sesetengah tahanan untuk bersama dengan keluarga sambil menunggu perbicaraan. Dan pendekatan ini saya fikir lebih mengutamakan ihsan dan juga kurang menghukum.

Saya ingin mendapatkan, Puan Yang di-Pertua, status terkini cadangan alternatif kepada tahanan reman daripada pihak kerajaan dan sekiranya terdapat cadangan-cadangan lain yang sedang dipertimbangkan. Saya berharap kita semua dapat berlapang dada dan meninggalkan polemik mengenai tahanan rumah dalam membincangkan perkara ini.

Masalah, dengan izin, prison overcrowding ini adalah satu masalah yang cukup serius dan kita sudah dapat lihat juga ianya dicerminkan dalam laporan SUHAKAM ini. Jangan kita lupa prinsip asas kehakiman jenayah, innocent until proven guilty, dengan izin. Jangan hanya seorang itu didakwa di mahkamah, dia terus tidak berhak kepada hak asasi manusianya.

Itu saja, Puan Yang di-Pertua, perbahasan saya. Saya Bangi mohon menyokong usul.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 5:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Pasir Gudang untuk turut membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023.

Saya ingin memulakan tentang peruntukan yang kerajaan bagi kepada SUHAKAM.

Dalam ringkasan eksekutif laporan ini, SUHAKAM melaporkan SUHAKAM menerima peruntukan sebanyak 14.25 juta daripada kerajaan bagi tahun 2023 walaupun permohonan asal adalah sebanyak 15.6 juta. Jadi, saya minta YB Menteri Dalam Negeri yang ada di sini ambil maklum perkara ini. Kalau boleh, kita tambahlah, kerajaan tambahkan peruntukan ini sebab SUHAKAM satu-satunya suruhanjaya yang menjalankan peranan yang penting berhubung dengan memantau, menyiasat tentang kedudukan hak asasi manusia di negara kita.

Pada minggu lepas, hari Isnin yang lepas, ada keluarga bagi 34 orang mangsa tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 iaitu SOSMA. Seramai 34 orang ditahan dan bermula pada bulan Mei 2024 sampailah minggu lepas. Jadi, keluarga mereka datang ada menghantar memorandum di luar Parlimen sana dan dia jemput ahli Parlimen, apa ini, menerima memorandum itu. Saya turut dibagi memorandum itu.

Dan saya ingin memberi perhatian bahawa isu Akta SOSMA ini memang berkait sangat dengan hak asasi manusia. Daripada memorandum yang mereka kemukakan itu― mereka buat sendiri memorandum ini. Keluarga ya. Yang 34 mangsa tahanan SOSMA itu dituduh melibatkan diri dalam kumpulan jenayah terancang. Gengsterlah itu. Mereka ini telah ditangkap dan direman tanpa dibawa ke mahkamah selama 28 hari. Kemudian dibawa, dituduh di mahkamah mengikut seksyen 130B(1) Kanun Keseksaan. Hukuman di bawah seksyen ini penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabitlah kesalahan.

Yang pentingnya, Puan Speaker, orang kena tuduh ini tidak dibenarkan ikat jamin. Tak benar ikat jamin di bawah seksyen 13 Akta SOSMA ini. Kemudian, ditahan tahun― bulan Mei 2024. Tarikh perbicaraan tahun 2028. Kemudian apabila dirayu dan sebagainya, dapat diturunkan bicara pada tahun 2026. Ertinya, 34 tahanan SOSMA ini meringkuk dalam penjara, reman, selama sekurang-kurangnya dua tahun sebelum perbicaraan dimulakan.

Jadi, saya rasa ini berkaitan dengan hak asasi manusia dan saya sangat gembira Yang Berhormat Menteri ada di sini. Maknanya― kita Kerajaan MADANI. Maknanya, kalau kita tahan selama dua tahun meringkuk dalam penjara, kemudian kalau dibicarakan― maknanya tak ada hak untuk dia dijamin ini, ini bercanggahlah dengan konsep falsafah madani. Zalim. Saya agak pragmatik jugalah.

Maknanya, yang buat Akta SOSMA ini bukan Bukit Aman, bukan Putrajaya, bukan IPD Dang Wangi. Dewan inilah yang membuat, apa, rang undang-undang ini. Jadi, kepada Ahli Parlimen semua, tangan kita ini, kita menanggung beban ini, kezaliman yang berlaku. Menteri

draft • 5:05 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

ada di sini. Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Menteri, kalau― bukanlah saya minta kita mansuhkan terus. Tidak. Bawalah ke dalam Kabinet, bawa kertas memorandum kepada Kabinet, kaji semula, review. Kan kita kerajaan MADANI. Review semula. Kalau perlu dipinda, pindalah.

Kan, ya? Jadi, beransur-ansurlah. Libat urus, ajak PDRM, Bar Council, NGO, keluarga ini.

Dalam masa yang terbatas ini, saya berharaplah Suruhanjaya SUHAKAM ini pergilah melawat keluarga-keluarga tahanan SOSMA ini. Kesian dia. Saya tengok mereka, mereka ini bukan keluarga daripada white collar. Orang susah. Saya tengok air muka mereka ini susah.

Kesian dia. Jadi, dia datang nak jumpa Ahli Parlimen, sebab dia tahu yang buat undang-undang SOSMA yang tak adil ini kita semua. Bukanlah kita. Ertinya, ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini.

Tapi, tanggungjawab pada kita. Jadi, kalau kezaliman berlaku di sini, tanggungjawab kitalah di sini untuk merungkai, memberikan keadilan ini mungkin secara beransur-ansur.

Terima kasih, Puan Speaker.

draft • 5:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 5:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat petang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Jadi, hari ini, petang ini Kangar ambil kesempatan untuk membahas Laporan Tahunan SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, sebuah badan bebas yang telah ditubuhkan pada tahun 1999. Dan maksudnya, SUHAKAM sudah lebih daripada 25 tahun terlibat dalam kerja-kerja berkaitan dengan hak asasi manusia. Dan, namun begitu, timbul pelbagai pandangan dan isu berkaitannya dengan SUHAKAM. Walaupun SUHAKAM telah bertindak, banyak kebaikan, namun begitu, sedikit sebanyak ada juga kelemahan-kelemahannya.

draft • 5:09 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, mengapakah terdapat penurunan yang amat signifikan dari tahun 2019? Adakah kerana terdapat krisis kepercayaan masyarakat terhadap SUHAKAM?

Jadi, beberapa waktu ini kita menyaksikan beberapa siri perhimpunan, beberapa siri demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO, oleh badan-badan bukan kerajaan, oleh parti-parti politik. Dan kita juga melihat ada teguran daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mengimbau penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan yang dianjurkan.

Namun, apakah SUHAKAM melihat ini begitu sahaja? Sebaiknya, SUHAKAM hendaklah memantau apa yang akan dilakukan dalam perhimpunan-perhimpunan yang akan dilakukan terutamanya pada hujung minggu ini.

draft • 5:10 PM

Seorang Ahli

Esok lusa.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Esok lusa. Saya pergi kepada isu yang kedua, reformasi undang-undang.

Saya ingin merujuk kepada halaman 146, Laporan Tahunan SUHAKAM berkenaan pindaan kepada Akta SUHAKAM 1999, untuk mengukuhkan peranan dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan.

Saya mengalu-alukan pindaan bagi memastikan ketelusan di dalam pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM bagi memastikan hanya individu-individu yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan teknikal dalam soal berkaitannya dengan hak asasi. Jadi, sebaik- baiknya mereka ada pengetahuan teknikal, hak asasi dan juga mereka ada pengetahuan ataupun asas yang kuat berkaitannya dengan agama Islam memandangkan agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan.

Jadi, walau bagaimanapun, pelantikan di bawah seksyen 11A Akta SUHAKAM sedia ada masih belum cukup telus. Saya mencadangkan agar Perdana Menteri membentangkan nama- nama calon Pesuruhjaya SUHAKAM kepada Parlimen, sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seterusnya saya pergi kepada yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua. Ini isu yang telah dibangkit oleh Tuaran tadi, isu kehilangan paksa. Saya ambil contoh kehilangan paksa Amri Che Mat. Amri Che Mat ini orang Perlih, orang Perlih. Jadi, saya kenallah serba sedikit.

Jadi, walaupun SUHAKAM telah mengeluarkan laporan rasmi hasil siasatan awam, dan merupakan isu yang lama, tetapi sehingga kini, tiada pertuduhan mahkamah yang dikenakan.

Ketidakadaan penyelesaian mencerminkan krisis kepercayaan terhadap sistem keadilan dan keselamatan awam.

Walau apa pun alasan, kita kena ingat bahawa Islam adalah agama Persekutuan, Islam adalah agama yang adil. Kita kena bertindak adil, berlaku adil terutamanya juga kepada keluarga dia, keluarga dia. Dia pun ada anak-anak, dia pun ada isteri dan kadang-kadang anak-anak ini menghadapi tekanan sebab peristiwa yang berlaku kepada bapa mereka.

Jadi, diharap SUHAKAM seperti yang disebutkan oleh Pasir Gudang tadi, minta SUHAKAM tengok-tengoklah sama keluarga Amri Che Mat ini. Tengok-tengok supaya boleh menenangkan keluarga mereka.

Dan yang terakhir, saya ingin menyentuh tentang isu Kampung Baru.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ha saya ringkas, ringkaskan. Ringkas sangat. Isu Kampung Baru berkaitannya dengan bagaimana penduduk di Kampung Sungai Baru, di Sungai Baru, Kampung Baru telah diusir keluar perlahan-lahan melalui undang-undang. Jadi, ini antara golongan yang berkuasa, golongan yang cerdik dan golongan penduduk tempatan yang kemungkinan ada kurang pengetahuan segi undang-undang.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, saya mengharapkan agar SUHAKAM tolong tengok, tengok. SUHAKAM tengok apa yang berlaku kepada penduduk di Kampung Sungai Baru.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kangar, Kangar minta penjelasan sikit Kangar boleh?

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Masa habis dah.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab berkaitan dengan Kampung Baru itu, Kampung Sungai Baru tu.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Masa habis, masa habis.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak tanya.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli Yang Berhormat Hulu Langat. Nanti Yang Berhormat Hulu Langat berucap ya?

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey. Jadi, walaupun ini isu lama, saya bukan — saya nak sebut bukan soal kerajaan. Kerajaan mana pun sama juga. Tapi, penduduk-penduduk yang sama. Kerajaan, sama ada kerajaan...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila tamatkan.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

...Sebelah sana, sebelah sini, dia sama. Yang penting...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Orang tempatan, ya itu sahaja. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, apabila kita bahaskan tentang hak asasi, saya rasa kita juga perlu menekankan terhadap hak kebebasan media.

Jadi, di sini saya ingin ambil kesempatan ini menyeru kepada pihak Parlimen supaya mempertimbangkan agar pengamal media dibenarkan untuk bergerak di sekitar luar kawasan Dewan Rakyat ini. Daripada mereka hanya dihadkan di bilik media di tingkat bawah sana, ya.

Jadi, bila saya nak bahaskan tentang Laporan SUHAKAM ini, perkara pertama yang saya nak bangkit ialah tentang kes Teoh Beng Hock, di mana Jabatan Peguam Negara telah membuat semak, telah membuat keputusan. Jadi, di sini saya meminta supaya Jabatan Peguam Negara semak semula keputusan no further action tersebut dalam kes kematian Teoh Beng Hock ini di mana kita perlu meminta supaya Jabatan Peguam Negara menjelaskan mengapa mereka tidak guna kuasa budi bicara mereka untuk mendakwa, tidak digunakan ya.

draft • 5:15 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Barangkali Kementerian Dalam Negeri boleh memaklum kepada umum tentang isi kandungan hasil siasatan pihak polis supaya orang ramai boleh faham kenapa no further action telah diambil, ya.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Bab 3 dalam Laporan Tahunan 2023 SUHAKAM ini. Bab 3 tentang aduan dan pemantauan terhadap pelanggaran hak asasi manusia. Perkara 9, orang pelarian dan juga pencari suaka. Di mana saya lihat di sini dalam laporan tersebut mengatakan UNHCR tidak diberikan akses ke depoh imigresen untuk menjalankan proses pengesahan status pelarian tahanan berkenaan.

Jadi dalam bab ini, memandangkan laporan ini ialah pada tahun 2023, jadi kita nak pihak berkenaan supaya maklum kepada kita. Pada waktu ini adakah masih sama UNHCR juga tidak dibenarkan masuk ke depoh imigresen. Saya faham apa kekangan yang dihadapi oleh pihak imigresen di mana memang ada mereka yang ambil kesempatan.

Mereka bukannya orang pelarian ataupun pencari suaka tetapi mereka adalah pendatang asing tanpa izin ya. Menyalahgunakan kononnya mereka yang orang pelarian. Jadi, apabila UNHCR masuk ke depoh, pihak kita juga risau kalau terlalu banyak kad UNHCR ini diberikan kepada mereka, maka mereka akan salah guna. Jadi, saya faham ya situasi yang dihadapi oleh pihak kerajaan sebab mereka juga perlu menjaga rakyat Malaysia.

Jadi seterusnya, saya lihat dalam laporan tersebut mengatakan ya, SUHAKAM menerima aduan bahawa pelari ataupun pencari suaka tidak dibenarkan untuk menyewa di kawasan perumahan dan diusir kerana paksa daripada diusir keluar secara paksa daripada kawasan perumahan. Di sini saya nak bangkitkan tentang pula hak asasi rakyat Malaysia pula.

Di kawasan saya Timbalan Speaker, ada kawasan yang ramai orang Rohingya yang tinggal sana. Kononnya mereka lihat orang pelarian ya, di Pengkalan Rama Pantai, di Mata Kucing, di Pantai Peringgit, di Semabok, di Kampung Limbongan. Di mana, di waktu larut malam ya pukul 2 pagi, akan ada van-van yang hantar orang Rohingya pergi ke kampung tersebut. Di mana, di sana dijadikan satu tempat sementara untuk mereka dihantar ke tempat yang lain, kampung yang lain.

Jadi, ini telah menimbulkan banyak masalah di kawasan saya. Dalam bab sini, SUHAKAM kata mereka dihalau. Di kawasan saya, orang tempatan dihalau. Mereka tak berani nak terus duduk di kawasan tersebut kerana keselamatan — isu keselamatan, ketenteraman dan juga kesihatan.

draft • 5:15 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Di mana apabila Rohingya tersebut, mereka gaduh sesama sendiri dalam kampung tersebut, mereka bakar rumah yang mereka gaduh. Sama orang Rohingya, sama dengan sendiri gaduh dan mereka bakar rumah yang mereka tinggal. Jadi, ini telah menimbulkan masalah

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

ketenteraman di kawasan saya sehingga orang tempatan sendiri terpaksa keluar daripada kampung tersebut.

Bukan itu sahaja, orang Rohingya datang sini, berniaga di sini, menjejaskan peluang pekerjaan orang tempatan. Itu berleluasa berlaku di mana sebab itu tadi saya kata, adakah mereka ini benar-benar orang pelarian ataupun mereka pendatang haram, pendatang asing tanpa izin? Mereka salah gunakan status tersebut sehingga hari ini ya.

Timbalan Speaker, ada pertubuhan-pertubuhan NGO. Saya ada terima satu NGO panggil MHO di mana mereka kata mereka boleh keluarkan kad humanitarian kepada pendatang asing ini dan mereka kata mereka boleh bekalkan perkhidmatan 24 jam, ada hotline service dia kata, dengan lima faedah. Tetapi bila dia keluarkan kad tersebut, orang Rohingya kah, pendatang asing kah, perlu bayar mereka RM3,800.

Dan dia kata, “Dengan kad ini maka anda, you can overstay in the country for one year”, dengan izin ya. 50 percent discount for renewal after expired. That means kalau you tahun ini you bayar RM3,800, you selamat. Tahun depan you renew, you bayar RM1,900. Adakah kita — ini adakah sah yang dibenarkan oleh pihak kerajaan ataupun NGO-NGO sedemikian ambil kesempatan?

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Saya minta sedikit masa sebab ini isu …

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih masa.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

… yang, yang— begitu juga...

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila gulung.

Sudah lebih masa sangat banyak.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Mereka NGO ini maklum kepada pendatang asing ini ataupun orang Rohingya ini, dia kata “You can work as long as it does not break the law.” Saya rasa ini serius. Saya harap Menteri KDN ada sini, barangkali perlu ambil tindakan yang tegas. Saya tak nak NGO ini ambil kesempatan, berikan maklumat yang palsu kepada orang asing, kepada orang Rohingya. Mereka ada kad ini dan mereka ingat mereka sudah selamat di sini. Sehingga dia kata kalau ditangkap, mereka akan bekalkan khidmat guaman dan juga jangan risau. Dia kata, “Don’t worry. You don’t need to worry about being reported. Kalau polis datang kah, rela datang kah, tak payah takut.” Itu, saya rasa itu serius ya.

Saya nak— saya akan berikan maklumat-maklumat ini kepada Kementerian Dalam Negeri supaya tindakan yang tegas diambil supaya kita nak atasi masalah ini. Masalah Rohingya yang berada di kawasan kita. Bagaimana kita nak atasi? Ya, memang kita nak jaga mereka. Ya, memelihara hak asasi mereka. Tetapi pada masa yang sama, kita juga jaga, perlu jaga hak asasi rakyat Malaysia kita sendiri. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Jasin.

draft • 5:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya terlibat dalam perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM. Islam dan Barat sama-sama mengiktiraf hak-hak asasi dan kebebasan manusia. Islam sebagai ad-Din yang lengkap membawa petunjuk dari Allah telah menegaskan kedaulatan manusia dan hak-hak manusia terhadap kehormatan dan kebebasan.

Islam bukan sahaja membentuk manusia sebagai hamba yang mengiktiraf ketuhanan Allah dan kehambaan manusia terhadap Allah sebagai penciptanya, bahkan tegas memperkenalkan dan memimpin rekonstruksi sosial bagi menjamin kedaulatan manusia benar- benar dilaksanakan. Dalam keadaan Barat pada kurun yang ke-18 masih mengamalkan penindasan terhadap golongan lemah seperti wanita, kanak-kanak dan anak-anak yatim, syariat Islam telah pun menegaskan pembelaannya terhadap mereka.

Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.” Walaupun Barat dalam era pemodenan akhirnya telah mengiktiraf kedaulatan dan kehormatan manusia, namun Islam sebagai petunjuk Allah yang benar dalam persoalan hak asasi manusia adalah berbeza berbanding Barat.

Dalam Islam, sumber kedaulatan manusia itu dan kehormatannya adalah datang dari anugerah Allah SWT yang wajib diiktiraf oleh semua peringkat manusia. Seterusnya, pemeliharaan terhadap kedaulatan dan hak-hak yang menjamin kehormatan manusia adalah diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab syariah. Ia tidak dilakukan melalui penetapan dan penggubalan mutlak manusia semata-mata.

Hak-hak kebebasan manusia adalah sebagai alat kepada menegakkan keadilan dan bukan sampai mengorbankan keadilan dan kehormatan manusia. Apa yang berlaku di Gaza pada hari ini, sebagaimana genosid-genosid yang berlaku dalam sejarah barat moden, antara lainnya adalah buah dan hasil terjemahan dan perlaksanaan pincang bagi hak-hak asasi manusia menurut kaca mata Barat.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan hak-hak asasi di Malaysia hendaklah bebas dari sebarang kecurigaan bahawa ia menjadi alat kepada propaganda Barat dan penguasaan Barat terhadap negara. Perkara ini perlu berlaku. Pernah berlaku di negara-negara Arab. Perkara ini pernah diungkapkan oleh Almarhum Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Bouti Rahimahullah di dalam bukunya, Allah atau Manusia, “Siapakah yang lebih berupaya menjamin hak asasi

draft • 5:23 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

manusia”. Beliau berkata, “Ia berkait rapat dengan isu penguasaan Amerika Syarikat terhadap dunia Arab yang dikaburkan atas nama usaha menjaga hak-hak asasi manusia”.

Seterusnya, pelaksanaan hak asasi manusia di Malaysia perlulah dilakukan dengan cara yang tidak bertentangan perundangan Islam sebenar dan tidak membelakangkan Islam sebagai agama Persekutuan. Rakyat majoriti negara ini yang beragama Islam wajib dihormati dan kebebasan mereka untuk melaksanakan ajaran Islam secara sempurna perlu dihormati.

Sebagai contohnya, laporan mengenai dakwaan diskriminasi gender dalam undang- undang kewarganegaraan Malaysia, cadangan bahawa undang-undang harus menghapuskan perbezaan antara anak yang sah dan tidak sah taraf, hak yang sama untuk penjagaan anak angkat, kanak-kanak terbiar di Malaysia perlu diteliti semula agar tidak ditafsir sebagai upaya untuk menghakis elemen-elemen Islam di dalam Perlembagaan Malaysia atas nama pelaksanaan hak asasi manusia.

Di Malaysia, hukum Islam perlulah dihormati. Ia tidak boleh dengan bermudah-mudah dibentur untuk disesuaikan dengan kefahaman hak asasi manusia berasaskan ideologi dan kefahaman Barat yang dibentuk dari iklim pemikiran sekular dan latar belakang sejarah Eropah yang memusuhi agama.

Cadangan tafsiran progresif undang-undang syariah yang menghormati hak kesamarataan diperlukan. Pada muka surat 78 di dalam laporan ini juga adalah cadangan yang sangat berbahaya dan bercanggah sepenuhnya dengan pendirian Islam terhadap kedaulatan manusia seperti yang telah saya sebutkan. Adakah laporan ini ingin memfitnah Islam dan memberi gambaran negatif terhadap Islam dengan anggapan bahawa Islam adalah suatu agama yang tidak menghormati hak kesamarataan?

SUHAKAM hendaklah memberikan tumpuannya kepada gerak kerja yang benar-benar membela rakyat dan menguntungkan negara yang saya akui sangat memberi manfaat besar kepada negara apabila bergerak dengan betul. SUHAKAM mesti menjauhi sebarang elemen yang menjadikannya alat kepada golongan yang menolak dan memusuhi Islam. Islam adalah Islam. Ia tidak boleh diubah suai sesuka hati sama ada atas nama progresif dan lain-lainnya.

Perjuangan hak asasi versi Barat sudah tentu tidak sesuai untuk diterima secara bulat-bulat untuk dilaksanakan di negara ini. Pelaksanaannya perlu disesuaikan dengan sifat Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam di tempat tertinggi dalam Perlembagaannya.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

draft • 5:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Yang pertamanya, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebab semalam ini, Pulai - semalam ini kita bahas dan juga kita bentangkan persoalan berkaitan dengan laporan daripada Ketua Audit Negara.

Kalau kerajaan sebelah sana dulu, dia tak berani. Tahun lepas dia lagi apabila kita membincangkan, kita membicarakan, kita membahaskan persoalan berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara. Tetapi kerajaan ini sangat berani, telus dan terbuka untuk dikritik, baik oleh Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan ataupun Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang. Itulah hebatnya Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia daripada Tambun.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan hari ini, Timbalan Menteri KPKT, kita membahaskan pula laporan soal berkaitan dengan SUHAKAM. Telus, berani, dengan rasa tanggungjawab, kita boleh hentam, kita boleh maki, kita boleh hentak kerajaan. Sebab itu tuan-tuan, Ahli-ahli Parlimen yang dimuliakan, lagi dihormati oleh Allah SWT. Saya nak kuliah juga macam Ahli Parlimen Jasin yang saya nampak tadi, cara kuliah dia macam kuliah Maghrib. Tak ada masalah Yang Berhormat daripada Jasin.

Cuma saya nak menyebutkan persoalan berkaitan dengan...

draft • 5:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Hulu Langat, Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pulai. Masa tak banyak ini, Pulai.

draft • 5:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sikit saja.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi saya bagi jugalah kepada Pulai.

Sila, Pulai.

draft • 5:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Oleh kerana Yang Berhormat Hulu Langat sebut tadi, Perdana Menteri dah buat yang terbaik ini, apa perlunya turun pada 26 hari bulan ini?

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, jawab. Jawab itu, jawab.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebenarnya tak perlu turun lagi dah.

Sebab apa, tohmahan-tohmahan daripada pembangkang, daripada Perikatan Nasional ini yang kata harga barang mahal. Kita bagi RM100 SARA ini. Yang kita nak sebutkan, yang mengejek, yang mengacah-acah, yang memperolokkan soal berkaitan dengan pemberian RM100 ini, kalau tak nak guna, jangan guna. Kalau tak nak pakai, jangan pakai. Kalau tak nak ambil barang, jangan

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

ambil barang. Sampai Disember nanti, maksudnya, duit RM100 tu akan kita pulangkan kepada warga dan juga masyarakat yang memerlukan.

Begitu juga persoalan berkaitan dengan turunnya harga minyak. Ini adalah merupakan satu pemberian yang sangat istimewa yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita, Malaysia.

Sebenarnya tak ada keperluan lagi untuk turun pada hari Sabtu ini tetapi nak menggambarkan untuk menutup bahawa kelemahan yang berlaku, khususnya kepada kerajaan- kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional dan juga perpecahan sebenarnya yang berlaku dalam Perikatan Nasional pada hari ini di antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan juga Parti BERSATU yang tak boleh lagi untuk disorok ataupun diletakkan di bawah karpet kerana semua masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita ini mengetahui tentang perpecahan yang berlaku dalam Perikatan Nasional ini.

draft • 5:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Hak asasikah itu?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dulu masa mereka jadi kerajaan, Jelutong. Dulu masa mereka jadi kerajaan, Jelutong, soal berkaitan dengan harga barang ini.

Telur tak ada. Itu hak asasi manusia juga. Itu sebab banyak orang makan telur. Dulu, harga minyak mahal dulu. Minyak yang harga lima kilo dulu, RM45.

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dulu?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha. Dulu rakyat terpaksa naikkan bendera putih untuk minta makan. Tetapi hari ini, sebagaimana semalam yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, RM600 juta untuk Program Bakul RAHMAH kepada hampir 600 Dewan Undangan Negeri yang terdapat di dalam negara kita. 600 Dewan Undangan Negeri, Kota Melaka. Kota Melaka ini sikit, sikit menantu, menantu, menantu, menantu, menantu. 600 Dewan Undangan Negeri.

draft • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menantu siapa?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maksudnya, di Putrajaya dapat.

Walaupun di Putrajaya dia tak ada Dewan Undangan Negeri.

draft • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Hulu Langat. Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Di Petra Jaya sebenarnya saya nak sebutkan. Sila sahabat saya, Kota Melaka, menantu.

draft • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menantu mana satu? Kalau nak sebut, complete sentence itu, menantu yang mana? Menantu siapa? Lagi satu, Hulu Langat, ingat tak?

Waktu 2020, waktu Perikatan Nasional jadi kerajaan. Mereka tidak mengizinkan, halang Ahli Parlimen masuk ke Parlimen, Dewan Parlimen. Masih ingat tak? Hari ini mereka nak kata tentang

draft • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

perhimpunan aman? Kita Ahli Parlimen nak buat perhimpunan di Dataran Merdeka. Dia tak izinkan. Dia buat larangan. Kita nak masuk ke Dewan pun tak boleh. Hari ini dia nak kata tentang perhimpunan aman. Malulah mereka itu.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kota Melaka, terang lagi bersuluh menantu ini. Bukan menantu Shah Alam. Shah Alam tak ada menantu lagi. Apatah lagi Bentong?

Bentong lagi lah. Dia kena cari menantu, maksudnya.

draft • 5:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak sebutkan menantu ni, maksudnya menantu baguslah.

draft • 5:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Hulu Langat, minta laluan.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Takkanlah Kota Melaka pun tak tahu.

draft • 5:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun, Jerlun minta laluan.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tadi Jerlun bagi saya, kan?

draft • 5:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi masalahnya, Timbalan Speaker tutup mic saya tadi.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jerlun.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya dengan berlapang dada, saya bagi Jerlun. Saya bagi Jerlun untuk tanya saya soalan. Sila, Jerlun.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini floor - Yang Berhormat bagi?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bagi.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Sila, 30 saat.

draft • 5:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soalan saya tadi ada menyebut tentang pemberian RM100. Adakah Hulu Langat bersetuju, RM100 itu kalau dikhususkan kepada golongan B40 ke bawah adalah lebih baik daripada diumumkan kepada semua daripada Perdana Menteri sampai ke bawah? Mohon pandangan.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itulah hebatnya Jerlun, kerajaan yang ada pada hari ini. Sebab kerajaan Jerlun dulu, Parlimen pun tak berani nak buka. Dulu ni, kita nak berhimpun, kita nak bahas, kita nak bincangkan persoalan berkaitan dengan masalah rakyat.

Dulu ni, kerajaan Jerlun dulu, ingkar, derhaka terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada masa itu.

draft • 5:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

COVID-19. COVID-19. Masa itu COVID-19.

COVID-19.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab Agong masa itu suruh buka Parlimen pada masa tersebut.

draft • 5:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hulu Langat, jawab soalan Jerlun itu.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei.

draft • 5:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hulu Langat, jawab...

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Putrajaya duduk. Putrajaya duduk. Tak minta izin. Tak ada adab.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Nak minta izin ini.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta izin dulu.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak dan cakap lagi.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta izin dulu.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kalau nak celah, boleh ke tidak?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta izin dulu.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Nak minta izin ini.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta izin dulu.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh ke tidak kalau nak celah?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, saya bagi laluan.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, saya nak sebut. Tadi Kota Melaka sebut tentang Parlimen ditutup dulu. Bila Parlimen dibuka, saya nak cerita petang ni, ada seorang Menteri dan dua orang Timbalan Menteri, tiga orang, empat orang, lima orang Timbalan Menteri, enam orang Timbalan Menteri, seorang Menteri, tengok Ahli-ahli Parlimen yang di sebelah kerajaan. Jadi, gunalah peluang ini.

Jadi, sebab itu saya kata kalau nak bercakap tentang itu, tengoklah berapa orang yang hadir. Dan apa yang paling penting saya rasa, tumpuan apa nama ini— Tuan Yang di-Pertua, saya nak dengar juga. Saya masuk tadi sebab Hulu Langat, nak dengar macam mana Hulu Langat bentang atau bahas tentang SUHAKAM ini. Setakat ini, tak nampak lagi lah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, satu minit.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah, ini yang saya suka dengan Timbalan Speaker ni. Maksudnya, ya lah, teman tapi mesra. Kita ini. Mesra tapi teman. Ah, dia ada beza itu, Timbalan Speaker. Teman tapi mesra, mesra tapi teman.

Saya bahas tadi, terus soal berkaitan dengan himpunan aman. Tak ada keperluan untuk buat himpunan 26 hari bulan ini. Sebab Kuala Lumpur ini bukan orang Perikatan Nasional je

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

punya. Maksudnya, orang MCA punya, orang MIC punya, orang AMANAH punya, orang PKR punya, orang tak berparti punya. Pak Hassan Karim, hari Sabtu ni dia nak shopping dekat SOGO, sebab gaji pun masuk.

draft • 5:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi masalah dia sebab ada perhimpunan ini nanti, dia tak boleh nak shopping, sebab gaji dia baru masuk.

draft • 5:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo nak celah sikit.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab itu, ini soal berkaitan dengan hak.

draft • 5:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo minta...

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Baru nak sheikh naik sikit, Puncak Borneo pula.

draft • 5:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Sikit saja. Sikit, sikit saja.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha?

draft • 5:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Sikit saja.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, sila, sila. Speaker, saya benarkan, Speaker.

draft • 5:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Hulu Langat. Hulu Langat, saya berpandangan, saya dulu pun pernah pembangkang. Saya ikuti BERSIH 1, BERSIH 2 sampai BERSIH 5. Lepas tu Black 505 pun saya ikut. Jadi, saya rasa sebab kita dah jadi kerajaan, kita bagilah peluang pada pembangkang.

draft • 5:30 PM

[Dewan tepuk]

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Baru kita kerajaan yang adil. Jadi, macam mana pendapat Hulu Langat?

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tak ada masalah sebab PM dan polis, DBKL, benarkan.

draft • 5:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Siapalah saya ini? Ahli Parlimen ini – maksudnya, kalau saya nak menghalang? Saya tak ada masalah. Cuma saya nak beritahu, tak ada keperluan. Benar, saya benarkan, tak ada masalah. Cuma tak ada keperluan. Nak laung apa nanti? “Turun, turun, turun minyak”. Dah turun. Nanti nak laung apa lagi?

draft • 5:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Turun Anwar! Turun Anwar!

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

“Barang, barang. Barang mahal”. Harga barang dah dia turunkan. Bagi SARA lagi RM100. Ada RM600 juta lagi untuk Program Bakul RAHMAH. Nanti, nak laung apa?

Sebab itu nak jatuhkan kerajaan ini melalui dua kaedah. Yang pertamanya, pilihan raya.

Puncak Borneo, pilihan raya. Nak jatuhkan kerajaan ini melalui pilihan raya. Kemudian yang

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

keduanya, PM pun dah cabar dah, Putrajaya. Bawalah usul undi tak percaya kepada PM. Kenapa tak bawa? PM dah minta dah, Jerlun.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hah? Ya?

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 minit. Eh, 30 minit pula.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, cantik. Cantik.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat. 30 saat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau 30 minit, memang saya sayang sangatlah dengan Timbalan Speaker ini.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat daripada sekarang.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha kalau macam ni, kita bukan teman tak mesra lah macam ini.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab itu soal berkaitan dengan SUHAKAM ini memang saya nak sebutkan bahawa kita yang berada di Kerajaan MADANI ini kita berani, kita telus dan kita tidak takut dengan cacian, makian, nasihat, pandangan yang dikemukakan baik oleh pihak kerajaan ataupun daripada pihak pembangkang. Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih kepada semua. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Hulu Langat. Begitulah kalau nak berbahas, kan. Baik, berikutnya saya kepada pembahas yang berikutnya Yang Berhormat Rasah.

draft • 5:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM Tahun 2023 yang dibentangkan oleh kerajaan. Sekali lagi, syabas kepada kerajaan yang bukan saja membiarkan laporan SUHAKAM diletakkan atas meja Ahli Yang Berhormat, tetapi membenarkan semua ahli di dalam Dewan ini diberikan peluang yang secukupnya untuk membahaskan kandungan yang dilaporkan oleh SUHAKAM.

Ia sangat penting supaya ada satunya semak imbang. Keduanya, ada pemantauan berterusan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia terhadap agensi-agensi yang terbabit. Satu pendekatan yang sangat sesuai dengan reformasi institusi yang dipelopori oleh kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada pada hari ini. Cuma saya ada beberapa perkara yang saya nak sebutkan, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang pertamanya, saya tengok laporan ini kalau kita lihat ia berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana dia banyak mengisahkan program, tak kira ceramah ke, libat urus ke, kesedaran ke yang dianjurkan oleh SUHAKAM sendiri dengan pelbagai segmen, pelbagai entiti yang berbeza dalam masyarakat. Ia berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, laporan sebelum ini banyak berkisah kepada aduan yang diterima.

Jadi, saya nak tanya kerajaan. Apakah ada pendekatan yang berbeza untuk SUHAKAM?

Sebab saya tengok aduan dia tak banyak. Cuma di bab tiga saja. Padahal jumlah aduan yang diterima itu masih beratus dan perlukan pertimbangan yang lebih terperinci daripada agensi- agensi yang terbabit. Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah saya nampak sepanjang tahun 2023 sebanyak 649 kes ataupun aduan dikemukakan kepada SUHAKAM.

Daripada situ, 126 di luar bidang kuasa SUHAKAM, jadi ditolak. Selebihnya, 523 berlaku pelanggaran hak asasi, maknanya ia di bawah bidang kuasa SUHAKAM. Daripada 523, 279 telah diselesaikan penyiasatan dengan SUHAKAM membuat cadangan-cadangan, syor dan sebagainya kepada agensi-agensi yang terbabit. Bagus, tetapi peratusan ini hanya 53 peratus.

Mana perginya 47 peratus? Dan hari ini kita di pertengahan tahun 2025. Ini laporan tahun 2023.

Jadi, kenapa ada kelewatan daripada banyak kes? 47 percent yang belum terima dikatakan bakinya masih dalam siasatan dan tunggu maklum balas agensi terbabit. Kenapa berlaku kelewatan daripada agensi? Apakah agensi tidak berikan kerjasama yang sepatutnya ataupun ada faktor kekangan kakitangan, kekangan dari segi kewangan, peruntukan dan sebagainya?

Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan. Sebab kita nak SUHAKAM ini benar-benar berfungsi dengan taring dia, dengan kekuatan yang sepatutnya supaya hak asasi manusia yang kita tahu termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan dan SUHAKAM menjadi badan yang sangat mustahak dalam perkara ini.

Perkara ketiga yang saya nak sebutkan, saya nampak ini berkaitan dengan PDRM. Di bawah tahun 2023, SUHAKAM telah membuat lawatan ke 12 lokap PDRM termasuk lokap IPD Seremban yang terletak di Parlimen Rasah. Dua isu, beberapa isu, tapi saya nampak dua isu utama yang saya rasa pihak KDN, terima kasih Yang Berhormat Menteri KDN ada di sini.

Dua perkara yang saya rasa pihak KDN dan PDRM perlu memberikan perhatian yang khusus.

Satu, penyelenggaraan infrastruktur lokap. Kita kena mengakui bahawa lokap itu sendiri juga merupakan sesuatu yang, kata orang, perkara asas. Walaupun yang ditahan, mereka juga mempunyai hak asasi. Itu kita kena mengiktiraf, walaupun tidak mempunyai kebebasan sebab ditahan. Tapi keadaan lokap itu, infra itu. Mohon kerajaan menerima cadangan daripada SUHAKAM, memberikan peruntukan yang lebih.

Begitu juga dengan kekurangan anggota yang bertugas, sebab saya rasa ia wajar kalau ada keperluan untuk tambah perjawatan sila lakukannya. Kedua-dua cadangan ini saya harap

draft • 5:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

boleh dilaksanakan oleh kerajaan di bawah RMKe-13, dimasukkan supaya perkara ini tak berlarutan. Masa akan datang, tahun-tahun akan datang, kita tak membincangkan perkara ini lagi.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara terakhir saya nak sebutkan adalah Jabatan Penjara Malaysia. Sekali lagi di bawah KDN. Saya nampak ada beberapa perkara yang disebutkan dengan jelas oleh SUHAKAM. Yang pertamanya, bantuan reman. Reman terlalu ramai. Ya, betul.

Ini yang bukan disabitkan. Kita tak boleh kata dia apa nama bantuan lagi. Ya, sebab belum disabitkan. Cuma mereka ini sebab saya rasa antaranya adalah tak mampu untuk bayar. Majoriti besar. Untuk bayar wang ikat jamin kepada mahkamah dan ditahan.

Jadi, boleh tak pihak kerajaan memikirkan apa saja cadangan yang sewajarnya sama ada wang jaminan itu dikurangkan ataupun ada alternatif lain khasnya untuk kesalahan- kesalahan kecil, kesalahan-kesalahan yang mana orang kena tahan itu? OKT tersebut tidak mendatangkan risiko melarikan diri. Yang ada risiko, yang datangkan bahaya kepada saksi, kepada mangsa, yang menjejaskan keselamatan negara, itu soal lain. Itu tak ada kompromi. Itu penguatkuasaan undang-undang. Tapi mana yang kesalahan kecil yang tak mendatangkan isu- isu keselamatan, tak menjejaskan orang lain, mohon kerajaan pertimbangkan.

Dan perkara terakhir di bawah Jabatan Penjara juga, isu tiada kad pengenalan kepada mereka yang ditahan di dalam penjara. Saya rasa ini tak patut berlakulah. Saya mohonlah pihak polis terutamanya ketika siasatan, kalau siasatan itu dah selesai, serah pada ditahan, yang ditahan itu, didakwa di mahkamah, MyKad nya biarlah dia. Dia kalau masuk penjara itu, biar MyKad dia masuk sekali, biar bersama dengan individu tersebut.

Ini benda asas walaupun ditahan, walaupun dia dikatakan lakukan kesalahan dan sebagainya tapi dia masih ada hak asas untuk MyKad tersebut paling kurang dipegang oleh pihak penguasa penjara tersebut. Dan benda ini saya rasa benda asas yang tak perlulah kita nak ulang setiap tahun. Jadi, mohon tambah baik daripada pihak Jabatan Penjara Malaysia dan juga KDN berkenaan dengan perkara yang saya anggap perkara tak besar tapi boleh diselesaikan dengan keprihatinan daripada Yang Berhormat Menteri KDN terhadap perkara ini.

Sekian saja perbahasan saya dan secara keseluruhan saya memuji SUHAKAM dan kerajaan yang membenarkan Ahli-ahli Dewan untuk membahaskan laporan SUHAKAM ini.

Sekian terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Berikut Yang Berhormat Sik.

draft • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama juga petang ini untuk menyatakan beberapa pandangan berkaitan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023 ini. Dan laporan ini bukan

draft • 5:48 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

sekadar kertas kerja rasmi atau laporan rasmi, ia juga mencerminkan denyut nadi rakyat yang tertekan, suara golongan rentan yang diketepikan dan ketidaksempurnaan sistem yang masih belum menyeluruh bagi menghormati hak asasi manusia di negara kita ini.

Saya cuba untuk membangkitkan enam perkara asas dalam laporan ini dengan ringkas.

Yang pertama, berkaitan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Dalam laporan ini, SUHAKAM melaporkan pelbagai halangan undang-undang yang menyumbang kepada peningkatan bilangan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, khususnya hasil perkahwinan tidak berdaftar dan anak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

Dan dalam data terkini menurut KDN terdapat lebih 12,000 permohonan kewarganegaraan tertangguh sehingga Jun 2024. Begitu juga laporan UNICEF 2023 menganggarkan terdapat lebih 50,000 kanak-kanak tanpa dokumen sah terutamanya di Sabah.

Dan sudah pastilah ada beberapa persoalan kepada pihak kerajaan bagaimana pelaksanaan yang pertamanya ketetapan berhubung statelessness determination procedure (SDP) yang dinyatakan oleh SUHAKAM sejak 2017 yang lalu.

Saya juga ingin memohon untuk bagaimana proses penggubalan Akta Pengesahan Identiti khusus bagi kanak-kanak yang tidak berdokumen ini dan juga bagaimana program regularisation bersasar dengan izin dengan syarat yang ketat bersama dengan UNICEF dan UNHCR.

draft • 5:48 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Persoalan kedua yang saya ingin membangkitkan itu iaitu buruh paksa dan pekerja migran. Dalam laporan ini, SUHAKAM menyatakan 53 aduan buruh paksa tahun 2023 melibatkan pemalsuan kontrak, pengambilan tidak telus dan layanan tidak berperikemanusiaan. Dan dalam data yang masih ada dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat 2024, masih mengekalkan negara kita dalam Tier 2 Watch List dalam Trafficking in Persons Report. Jadi - begitu juga dalam Laporan Bank Dunia, lebih 12.5 peratus tenaga kerja Malaysia adalah pekerja migran.

Jadi, banyak isu-isu yang dibangkitkan dalam media-media berkenaan dengan pekerja- pekerja luar ini yang ada yang didera dan tidak dibayar gaji lebih daripada empat bulan oleh majikan-majikan.

Jadi, dalam perkara ini, persoalan saya kepada pihak kerajaan, bagaimana status sebenar Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang sepatutnya dilancarkan sejak tahun 2021? Dan apakah perancangan kerajaan memperkenalkan akta khusus hak pekerja migran? Dan saya mencadangkan supaya penubuhan Tribunal Hak Pekerja Migran di bawah Mahkamah Buruh di— sebenarnya diteliti dan diperhalusi oleh pihak kerajaan dan mewajibkan pendaftaran digital dan sistem kontrak kerja standard melalui platform daripada yang bersepadu.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan berkaitan dengan kelewatan pewartaan tanah adat khususnya tahap hak Orang-orang Asal yang masih belum selesai. Dan dalam Laporan SUHAKAM ini mengkritik kelewatan pelaksanaan syor-syor Laporan Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asal/Orang Asli 2013 yang masih belum selesai walaupun sudah lebih hampir 10 tahun yang lalu.

Dan statistik dari Jabatan Perangkaan 2023, hampir 15 peratus komuniti Orang Asal Semenanjung masih tidak memiliki geran rasmi tanah. Dan SUHAKAM menerima aduan berterusan daripada Kelantan, Perak, Pahang serta Sarawak mengenai tanah adat yang diceroboh syarikat pembalakan dan perladangan.

Jadi, saya ingin bangkitkan kepada kerajaan mengapa tidak ada lagi pelaksanaan, pelaksanaan konsisten free, prior and informed consent walaupun komitmen diberi dalam pelbagai forum antarabangsa? Dan saya ingin bertanya, bilakah kerajaan akan menggubal akta tanah adat Orang-orang Asli?

Begitu jugalah, saya mencadangkan supaya pewartaan automatik tanah adat, maksudnya kalau dapat dilihat dalam tempoh yang, yang didiami itu melebihi waktu yang panjang yang difikirkan munasabah, ya. Dan penubuhan Unit Penyelesaian Sengketa Tanah Adat antara SUHAKAM, JAKOA dan kerajaan negeri perlu dilaksanakan.

Yang keempat Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan ekonomi gig iaitu hak pekerja digital yang masih lagi nampak dipinggirkan termasuklah laporan oleh SUHAKAM.

Ketidaktentuan status pekerja gig ini menyebabkan mereka terdedah kepada eksploitasi dan tiada jaminan sosial. Dan data terkini oleh DOSM, terdapat lebih 1.12 juta pekerja dalam ekonomi gig di Malaysia yang mana sangat ramai jumlahnya itu bertambah pada tahun ini berbanding pada beberapa tahun yang lalu.

Dan dalam laporan mengatakan hanya 50 — 5.4 peratus yang mencarum KWSP dan kurang 10 peratus dilindungi insurans PERKESO. Ada kes di tempat saya di Daerah Sik, seorang pekerja gig ini yang kemalangan jalan raya pada tahun lepas 2024, tidak ada pampasan diterima kerana beliau diklasifikasikan sebagai kontraktor bebas bukan pekerja.

Jadi, ini dilema yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja gig ini. Jadi, persoalan kepada kerajaan, apakah status sebenar kerangka undang-undang perlindungan ekonomi gig yang kita janjikan yang kerajaan janjikan di bawah RMKe-12 yang lalu? Bilakah nak dilaksanakan, ketika mana kita sudah pun di penghujung RMKe-12 ini?

Mengapa kerajaan tidak lagi membuat satu peraturan memaksa ataupun menetapkan bahawa platform seperti Grab, FoodPanda mendaftar semua pekerja gig di bawah sistem caruman yang wajib yang perlu kita lihat dengan teliti?

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dan saya mencadangkan supaya gubal Akta Perlindungan Pekerja Gig Nasional 2025 khususnya untuk dalam kerangka besar RMKe-13 nanti dan mewujudkan dana penstabil pendapatan gig yang hasil daripada levi daripada syarikat-syarikat platform ini. Ya, Pendang?

draft • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma nak minta apa ini, setujukah dengan saya Yang Berhormat Sik, sekiranya pekerja-pekerja gig ini kerajaan mengambil tanggungjawab untuk menginsurankan mereka kerana mereka terdedah kepada kemalangan dalam setiap masa dengan mereka menghantar barang dan sebagainya. Jadi, bagaimana pandangan apa ini Sik?

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, saya sangat setuju pandangan yang Berhormat Pendang itu dan masukkan dalam…

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit. Gulung.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya saya gulungkan. Yang kelima Tuan Yang di-Pertua iaitu kebebasan bersuara dan, dan pilihan raya. Ya, SUHAKAM menyatakan sistem undi pos luar negara menghadapi masalah besar seperti kos penghantaran tinggi, kelewatan dokumen dan kekangan maklumat dan SPR memaklumkan lebih 63,000 pengundi luar negara berjaya menerima kertas undi dalam PRU15 daripada 129,000 permohonan dalam — dilaporkan rakyat kita di Australia, di UK melaporkan kertas undi tiba selepas tarikh akhir walaupun permohonan dibuat lebih awal.

Jadi, persoalan ini penting kepada kerajaan bagaimana sistem e-undi pos luar negara akan diperkenalkan sepertimana diamalkan di beberapa buah negara yang lain dan bagaimana langkah pembaikan bagi memastikan akses pengundi luar negara lebih telus dan terjamin? Dan sudah pastilah pilihan raya elektronik luar negara menggunakan sistem EID dengan pemantauan bersama SPR dan SUHAKAM itu sendiri perlu dilihat dengan serius dan penambahan baik prosedur undi pos dengan integrasi bersama pejabat luar negeri dan Pos Malaysia.

Dan terakhir Tuan Yang di-Pertua, poin saya itu soal isu penahanan lokap dan penyeksaan yang dilaporkan oleh Laporan SUHAKAM ini. Ini isu yang sudah berpanjangan dan kita mencatatkan kesedihan lebih 38 kematian dalam tahanan sepanjang 2023 dalam laporan ini dan kadar kesesakan penjara 153 peratus daripada kapasiti Jabatan Penjara Malaysia itu sendiri.

Banyak isu-isu yang berbangkit di— yang dalam media dan persoalan kepada kerajaan untuk kerajaan melihat mengapa tiada pelaksanaan menyeluruh — Surat Pekeliling Pencegahan Penyeksaan kepada agensi penguat kuasa? Walaupun sudah ada surat pekeliling, namun pelaksanaannya masih lagi sangat-sangat hambar.

Mengapa Malaysia masih belum meratifikasi optional protocol to…

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat*,...

[Tidak jelas]* dan padam…

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya — dan — ya yang terakhir, Tuan Yang di- Pertua, saya mencadangkan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bebas dalam soal penahanan dan kematian di dalam lokap ini yang penting untuk kita memastikan bahawa tidak ada pelanggaran hak asasi manusia walaupun mereka itu sebagai seorang banduan dan itu sudah pastilah penting untuk kita memastikan hak asasi manusia kita ini terpelihara dengan sebaiknya.

Tuan yang di-Pertua, sekian terima kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

Saya berterima kasih juga di atas kehadiran Menteri Dalam Negeri di mana saya yakin dan percaya sikap keterbukaan beliau untuk membincangkan masalah-masalah yang berbangkit sentiasa disenangi oleh pihak Ahli-ahli Parlimen di mana semua perkara-perkara yang kita bangkitkan dari masa ke semasa diberi perhatian oleh beliau.

Di sini, Dato’ Speaker, Timbalan Speaker, saya ingin merujuk kepada muka surat 228 Laporan Siasatan SUHAKAM berkenaan tahanan untuk tempoh masa yang lama membabitkan tahanan di bawah Akta SOSMA.

[Merujuk kepada senaskhah dokumen] Saya juga ingin mengulangi saranan yang dibuat oleh— pesanan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Tiga perkara yang telah dinyatakan, saya ingin menyentuh perkara-perkara tersebut.

Mempercepatkan proses perbicaraan mahkamah yang terlalu panjang dan sering ditunda sejak tahun 2019. Saya ingin meminta kalau boleh Mahkamah Khas SOSMA diwujudkan di mana kita lihat sekarang dalam sistem kehakiman, kita ada mahkamah khas untuk membicarakan kes-kes di mana tertuduh-tertuduh dituduh di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jadi, gesaan saya adalah pertamanya untuk memohon supaya satu mahkamah khas diwujudkan untuk mendengar semua kes-kes SOSMA.

Kedua, saya yakin dan percaya Menteri telah memberi jaminan. Kali terakhir kita berbincang bahawa dalam sidang Parlimen ini, kerajaan akan membentangkan peruntukan- peruntukan yang akan memberikan jaminan kepada tahanan-tahanan SOSMA sementara menunggu perbicaraan mahkamah selesai.

Saya juga turut menerima satu memorandum yang telah diserahkan dan saya ingin membaca nama-nama tahanan 34 SOSMA ini yang saya difahamkan mengalami masalah kesihatan dan gesaan saya adalah untuk kita memudahkan mereka memperolehi jaminan.

Nama-nama mereka adalah Manoj Segaran, Arvindaran Sekar, Sharwin Raju a/l John, Partiban a/l Radhakrishnan, Muhammad Razie Abdullah, Mohan a/l Ilanggowan, Raja Singam Ramasamy, Hemanathan Selvaraja dan Keris Ludon Ludasamy yang semuanya ditahan di bawah SOSMA

draft • 5:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

yang saya difahamkan masing-masing mengalami masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, sinus, menghidap asma dan sebagainya.

draft • 5:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, gesaan saya adalah supaya yang menghidap masalah-masalah kesihatan ini diberikan peluang untuk diberi jaminan. Kadangkala kita lihat bahawa walaupun ada laporan- laporan perubatan dikemukakan oleh peguam-peguam yang membuat permohonan, sering kali kita menghadapi tentangan daripada pendakwa raya yang hadir di mahkamah, yang menentang permohonan yang dibuat oleh pihak peguam-peguam dalam kes-kes SOSMA. Menentang permohonan-permohonan jaminan walaupun cukup mempunyai laporan-laporan kesihatan yang mengesahkan bahawa mereka menghadapi masalah-masalah kesihatan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini Timbalan Speaker, bahawa ketika Yang Berhormat Pagoh menjadi Menteri Dalam Negeri, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada Parti DAP, seorang Exco daripada kerajaan ketika itu di Melaka, ditahan di bawah SOSMA kononnya dituduh kerana mempunyai kaitan dengan LTTE.

Apabila saya dalam salah satu sidang Parlimen menyoal beliau ketika beliau sedang membahas, beliau mengakui bahawa beliau telah membuat, sebagai Menteri Dalam Negeri beliau telah mengeluarkan perintah untuk menahan kononnya ada laporan sulit daripada Polis Diraja Malaysia walaupun tidak ada keterangan. Beliau mengakui bahawa beliau terpaksa akur dengan saranan ataupun nasihat Polis Diraja Malaysia untuk menahan pemimpin-pemimpin DAP, seorang ADUN daripada Seremban dan seorang Exco daripada Melaka kononnya mempunyai kaitan dengan LTTE.

So, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Pagoh, saya lihat baru-baru ini ucapan beliau di Kedah penuh membara mengatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan, berpengalaman untuk memerintah, pernah menjadi Perdana Menteri dan sebagainya. Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini, jangan lupa perkara-perkara ini yang dilakukan oleh beliau dan saya terpanggil untuk menggunakan Dewan yang mulia ini untuk bertanya kepada pihak- pihak seperti parti-parti URIMAI yang sangat ingin menyokong Yang Berhormat Pagoh dan Perikatan Nasional dalam satu perhimpunan yang bakal diadakan pada 26 hari bulan.

Ketika itu saya ingin membaca, Dato’ Speaker, dalam Free Malaysia Today, “Ramasamy Slams Mahiaddin over DAP LTTE claim”. Ketika itu, Profesor Ramasamy yang menjadi Ketua URIMAI sekarang mengecam Yang Berhormat Pagoh kerana mengeluarkan tahanan di bawah, yang mengeluarkan perintah untuk menahan pemimpin-pemimpin DAP. Tetapi sekarang beliau pula beria-ia menyokong Perikatan Nasional dan Tan Sri Mahiaddin untuk mengadakan perhimpunan pada 26 hari bulan yang akan datang. Saya tidak tahu apakah motifnya tetapi mungkin ini adalah disebabkan oleh personal agenda.

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, memandangkan Menteri ada di sini, saya juga ingin menarik perhatian kepada Menteri, kepada satu isu melibatkan seorang, memandangkan ia melibatkan hak asasi manusia. Sebagai backbenchers, saya ingin tanya berkenaan kejadian yang menimpa seorang ahli perniagaan Pamela Ling yang dikatakan hilang sejak 9 hari bulan April 2025 di pekarangan SPRM. Walaupun SPRM juga sedang menyiasat, pihak polis sedang menyiasat, kita tidak tahu berita apa yang telah berlaku kepada beliau. Tetapi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa kerajaan akan menyiasat perkara ini dan tindakan-tindakan susulan sedang diambil.

So, saya cuma ingin tanya kepada Dato’ Speaker, perkara ini menjadi buah mulut. Kita juga menerima pelbagai kritikan mengenai perkara ini. Cuma permintaan saya, bolehkah kita mengetahui apa yang berlaku kepada Pamela Ling, seorang ahli perniagaan yang hilang di perkarangan pejabat SPRM di Putrajaya. Terima kasih, Dato’ Speaker di atas peluang yang diberikan, saya mohon menyokong.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.

draft • 6:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Dato’ Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bila bercakap tentang hak asasi manusia ini, ia bukan sekadar keperluan fizikal dan material seperti makanan asasi, rumah untuk berteduh, gaji yang setimpal, akan tetapi ia melibatkan maruah dan martabat insan.

Ia nya adalah tentang pengiktirafan dan pengakuan bahawa setiap insan itu berhak dihormati, berhak dilindungi dan juga berhak menyatakan kewujudannya sebagai insan yang setara di sisi manusia lain. Oleh itu, ia adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita semua untuk memastikan semua golongan tidak kira latar belakang kaum, pekerjaan, status, agar mereka mendapat kehidupan yang baik serta keadilan yang sewajarnya.

Saya melihat Laporan SUHAKAM 2023 ini sebagai manifestasi usaha yang baik, yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam menjayakan agenda pemerkasaan hak asasi manusia. Namun begitu, izinkan saya untuk membangkitkan beberapa perkara.

Pertamanya ialah isu kesesakan dan fasiliti usang di tempat tahanan kita adalah isu kemanusiaan yang mendesak. Lawatan SUHAKAM ke lokap PDRM, penjara dan depot imigresen, mendedahkan infrastruktur yang sangat daif, kekurangan kakitangan dan ketiadaan kemudahan asas seperti air bersih yang mencukupi. Malah, isu kudis buta dan penahanan berpanjangan tanpa akses UNHCR di depot imigresen terus berlaku. Kita perlu memperuntukkan dana yang mencukupi untuk membaik pulih infrastruktur ini, mengkaji alternatif kepada penahanan reman dan memastikan akses penuh UNHCR ke depot imigresen.

draft • 6:04 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya difahamkan misalnya banyak di penjara-penjara lama yang usang, yang masih menggunakan bucket system iaitu bilik tahanan tidak mempunyai tandas yang mana tidak sepatutnya di zaman moden ini masih terdapat amalan yang masih, yang dikira tidak manusiawi.

Sememangnya kita memerlukan bangunan baru, penjara yang lebih sistematik dan moden berbanding struktur penjara lama yang sudah berusia lebih 100 tahun.

Dato’ Speaker, walau bagaimanapun, saya memuji beberapa usaha penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, pelaksanaan sistem parol oleh Jabatan Penjara Malaysia telah membuktikan keupayaannya dalam mengurangkan kadar jenayah dan pengulangan kesalahan di negara ini. Statistik menunjukkan hanya 0.24 peratus individu di bawah parol kembali melakukan jenayah berbanding 18 peratus dalam kalangan banduan yang hanya mengikuti pemulihan dalam penjara.

Saya juga difahamkan sebahagian daripada usaha pemulihan dan reintegrasi ke dalam masyarakat, Jabatan Penjara turut memperkenalkan program Corporate Smart Internship sejak Disember 2016. Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi menggalakkan majikan mengambil banduan dan bekas banduan bekerja, antaranya pengecualian cukai kepada syarikat yang mengambil bahagian. Namun inisiatif ini dijadualkan akan berakhir pada tahun 2025. Jadi wajarlah sekiranya kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan insentif ini sehingga tahun 2030 bagi kita memastikan kelangsungan program pemulihan dan integrasi semula yang inklusif dan berkesan.

Malaysia dijangka menjadi negara menua menjelang 2030. Namun persiapan kita masih belum mencukupi. Laporan SUHAKAM menekankan keperluan untuk dasar khusus bagi warga emas, infrastruktur mesra usia dan peningkatan peruntukan untuk penjagaan kesihatan.

Kekurangan pakar geriatrik dan stigma terhadap warga emas perlu ditangani segera. Kita perlu membangunkan sistem perlindungan sosial yang kukuh dan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai untuk warga emas yang masih mampu menyumbang.

Seterusnya, Dato’ Speaker, saya melihat pelbagai isu kanak-kanak yang memerlukan pendekatan holistik, khususnya melibatkan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan pelarian.

Terdapat lebih kurang 51,450 kanak-kanak yang merupakan pelarian. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya dari sudut akses tentang pendidikan. Mereka tidak sepatutnya dihukum atas kesilapan orang tua mereka dan sepatutnya diberikan peluang untuk hidup sebagai warga negara.

Pihak KPM ada mewujudkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang memfokuskan kepada pendidikan terhadap kanak-kanak tanpa warganegara, tanpa dokumentasi seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan. Berdasarkan data 2013 hingga 2024, terdapat seramai 1,626 murid daripada komuniti terpinggir berjaya masuk dan bersekolah di SBJK Kuala Lumpur. Saya

draft • 6:04 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

berharap inisiatif ini dapat dikembangkan dan turut melibatkan kanak-kanak tanpa warganegara dan pelarian supaya mereka mendapatkan akses pendidikan formal dengan sebaiknya.

Seterusnya, Dato’ Speaker, mengikut laporan UNHCR sehingga November 2023, terdapat 185,050 orang pelarian dan pencari suaka yang berdaftar di Malaysia. Dari jumlah tersebut, lebih separuh daripadanya iaitu 107,520 orang adalah daripada Rohingya. Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kita seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk menangani masalah pelarian Rohingya ini dengan lebih berkesan dan bekerjasama dengan lebih tuntas bersama negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dan khususnya Kerajaan Myanmar sendiri untuk menangani krisis kemanusiaan ini secara bersepadu.

draft • 6:04 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Akhir sekali, Dato’ Speaker, kesedaran awam dan pendidikan hak asasi manusia perlu dipertingkatkan. Laporan SUHAKAM menunjukkan pengetahuan masyarakat luar bandar tentang SUHAKAM dan hak asasi manusia masih rendah. Isu perkauman, diskriminasi dan xenofobia masih berleluasa. Kita perlu mempergiatkan program pendidikan seperti amalan terbaik hak asasi manusia di sekolah, melatih penguat kuasa dan juga menggunakan media secara lebih berkesan untuk memupuk budaya hormat menghormati dan perpaduan dalam masyarakat.

Sekian. Bentong menyokong.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Parit.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Dengan izin, saya ingin mulakan ucapan saya dengan membaca Firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” Mari kita perhati dan teliti kata dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Setiap manusia di muka bumi ini adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT. Jika Allah sebagai zat Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mulia telah memuliakan manusia, maka sangat naif sekali jika kita sebagai manusia sesama manusia saling menindas, mendera dan menghina orang lain.

Setiap manusia memiliki hak dan martabat asasi yang harus dihormati oleh kita sesama kita.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk menyatakan keprihatinan dan menzahirkan pandangan berhubung dengan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2023. Laporan ini, seperti yang diperuntukkan di

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

bawah seksyen 21 Akta SUHAKAM 1999, telah dibentangkan kepada Parlimen dan menjadi cerminan kepada prestasi negara dalam menjunjung prinsip-prinsip hak asasi manusia, keadilan sosial dan perlindungan terhadap golongan yang terpinggir. Saya meneliti laporan ini bukan semata-mata dari sudut undang-undang dan prosedur tetapi dari lensa rakyat yang menuntut keadilan, maruah dan layanan yang berperikemanusiaan daripada institusi yang mewakili mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, pertama sekali, ingin menekankan isu yang telah lama menjadi kebimbangan umum iaitu berkenaan keadaan dan pengurusan tempat-tempat tahanan di negara kita. SUHAKAM dalam laporannya telah menggariskan beberapa kelemahan yang sangat ketara berkaitan hak tahanan, termasuk keadaan fizikal lokap dan penjara yang sesak dan tidak selamat, akses kepada rawatan kesihatan yang sangat terhad serta ketiadaan akses segera kepada bantuan guaman. Selain itu, SUHAKAM turut menerima aduan melibatkan dakwaan penderaan fizikal dan layanan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa.

draft • 6:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Parit, boleh celah sekejap? Sikit boleh?

Terima kasih. Saya nak tanya juga dengan Parit dan mungkin dijawab nanti oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan insiden yang berlaku di Penjara Taiping pada Januari yang lepas di mana ada banduan yang mati dan ada kekecohan. Tapi, itu setelah Januari. Sekarang sudah masuk ke bulan Julai. Apakah status siasatan dan tindakan untuk insiden tersebut? Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Ya, saya minta supaya perkara ini disiasat. Dan saya juga nak sentuh satu kes yang berlaku di Papar, Sabah baru-baru ini. Genap seminggu. Pada 17 Julai yang lalu, seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun, Zara Qairina binti Mahathir, SMKA Papar― Menteri Pendidikan ada sini, Menteri Dalam Negeri pun ada. Zara Qairina ini, saya baca kenyataan ibunya, sangat menyayat hati cara kematiannya yang terjun daripada bangunan tingkat tiga, disyaki dia dibuli. Jadi, ini perlu kepada siasatan dan perlu kepada tindakan. Tidak hanya kita dengar, kemudian berlalu begitu sahaja tanpa ada tindakan yang sewajarnya dilakukan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang laporan SUHAKAM menyentuh kepincangan dalam memastikan hak golongan Orang Asli dan orang kurang upaya (OKU) diberi perlindungan dan layanan yang adil. Isu tanah adat, akses pendidikan, penjagaan kesihatan, penyertaan dalam dasar pembangunan masih membelenggu masyarakat Orang Asli. Ramai antara mereka yang masih dinafikan hak terhadap tanah tradisi mereka akibat kekeliruan dasar negeri dan dasar Persekutuan. Di tempat saya ada lima, enam kampung Orang Asli, mereka ini sering kali mengadu masalah mereka dengan saya.

Dalam hal OKU pula, meskipun Akta OKU telah lama digubal, pelaksanaannya masih lemah, sama ada dari segi akses kepada kemudahan awam, peluang pekerjaan atau penyertaan

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

dalam program latihan kemahiran. Saya menyeru agar satu pelan tindakan hak asasi peringkat nasional yang lebih tegas dan berasaskan kepada penilaian impak dilaksanakan untuk memastikan pembangunan yang benar-benar inklusif dan tidak meninggalkan mana-mana golongan yang terpinggir.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya laporan ini bukan sekadar laporan. Ianya seruan kepada keadilan. Ianya adalah suara rakyat yang tidak didengar. Ianya adalah rintihan daripada mereka yang terpinggir dari dasar, dari pembangunan, dan perlukan pada perlindungan. Jika kita benar-benar mahu menjadi negara yang bermaruah di mata dunia dan rakyat, maka pertimbangan terhadap hak asasi tidak boleh menjadi pilihan tetapi mesti menjadi asas dalam pelaksanaan pentadbiran kerajaan.

Sekian. Saya mohon Dewan ini mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya terhadap laporan ini. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 6:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam MADANI. Terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Pada petang ini, saya ingin membahaskan berkenaan dengan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023 bagi perkara 3.1, sesi dialog berkaitan dengan perlindungan sosial pekerja dalam sektor ekonomi gig yang menyentuh kadar tambang lantai tidak diambil kira dalam pindaan akta.

Di sini, saya ingin mengemukakan berkenaan isu e-hailing ini, di mana industri ini telah mula bertapak sekitar tahun 2012 iaitu 12 tahun yang lalu. Pemandu aktif pada waktu ini seramai 320,000 orang di seluruh negara terdiri daripada golongan B40, ibu tunggal, lepasan graduan dan pekerja sambilan. Purata pendapatan mereka adalah 1,300 hingga 1,800 sebulan selepas tolak kos operasi berbanding dengan garis kemiskinan isi rumah di bandar ini adalah 4,850. Dan sebahagian besar daripada pemandu-pemandu e-hailing ini, mereka berada di bandar. Jadi, perbezaan ini tentulah memberikan tekanan kepada hidup mereka. 68 peratus pemandu melebihi 10 jam bekerja untuk mencukupkan pendapatan mereka.

Apakah masalah-masalah yang mereka hadapi? Pertamanya, tidak ada tambang yang mampan. Kadar tambang semasa dianggarkan adalah 70 sen hingga 80 sen satu kilometer.

Sedangkan kos operasi sebenar, contohnya bagi kenderaan Bezza, mencecah 50 sen hingga 60 sen. Makna, selisih itu adalah 20 sen saja. Margin ini terlalu kecil menyebabkan pemandu terpaksa memandu lebih lama untuk menampung kos asas mereka.

draft • 6:16 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi, di sini pemandu sebenarnya tersepit di antara persaingan syarikat pengendali ini dengan tawaran kepada pelanggan-pelanggan mereka ini. Jadi, bila dia bersaing antara syarikat- syarikat ini, maka dia akan menawarkan harga yang paling murah untuk diberikan kepada pelanggan-pelanggan ini. Tetapi, kesannya adalah kepada pemandu kerana pemandu terpaksa menanggung kos penyelenggaraan kereta dan sebagainya. Jadi, kos operasi pun juga tinggi.

Manakala kita melihat dari segi inflasi umpamanya, inflasi tahun 2022, inflasi penyelenggaraan kenderaan adalah 10.2 peratus. Bermaknanya adanya peningkatan ini. Adanya inflasi bermakna kos itu adalah meningkat.

Dan, lebih malang lagi, sebenarnya pemandu ini mereka menghadapi tekanan mental ini kerana mereka bekerja ada yang 12 hingga 16 jam sehari. Kemudian, tidak ada sokongan kesihatan mental, tiada cuti berbayar. Berlaku juga pada waktu malam ada kes rompakan, penipuan, ugutan dan sebagainya. Semua ini sebenarnya menekan mereka, selain daripada masalah tambang yang begitu rendah.

Jadi, dicadangkan tiga perkara di sini. Seperti mana― pertamanya adalah bersesuaian dengan Rancangan Malaysia Ke-13, dalam perbincangan-perbincangan yang diadakan, bahawa Malaysia ingin menaikkan gaji ataupun pendapatan lantai ini bagi semua sektor.

draft • 6:16 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi sudah tibalah masanya bahawa adanya tambang atau pun caj tambang minimum bagi e-hailing ini supaya memberikan kebaikan kepada semua.

Juga dicadangkan wujudnya caj di waktu malam kerana malam ini masanya agak berbeza dengan waktu siang dan perlu ada caj tertentu, juga caj di kawasan yang sibuk. Di kawasan sibuk memerlukan masa yang panjang, perlu kos yang lebih tinggi. Sepatutnya caj yang khusus dalam perkara ini.

Keduanya adalah berkaitan dengan insurans. Pemandu ini terpaksa menanggung dua insurans. Satu insurans kenderaan, satu lagi insurans e-hailing. Dua-dua mereka terpaksa tanggung. Sepatutnya dari segi kos insurans e-hailing ini dikongsi dengan syarikat pengendali ini kerana mereka ini membawa pelanggan-pelanggan daripada syarikat ini. Maka dia sepatutnya ada perkongsian bayaran ini daripada syarikat perkhidmatan.

Dan, yang ketiga ini adalah untuk mengurangkan tekanan emosi kepada pemandu- pemandu ini. Sepatutnya sebahagian daripada keuntungan syarikat ini digunakan share kepada pemandu-pemandu ini melalui program CSR yang menganjurkan program-program kebajikan, aktiviti sosial dan pembangunan insan supaya pemandu ini dalam keadaan tenang, dia boleh membawa pelanggannya dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kalau emosinya terjejas, tentulah dia tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan juga akan menjejaskan reputasi negara kalau ia melibatkan pelancong- pelancong daripada luar. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

draft • 6:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahas Laporan SUHAKAM bagi tahun 2023. Beberapa isu yang ingin saya tekan ataupun bangkitkan di sini yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa rakan saya yang ingin saya menambah kepada, pertamanya berkenaan dengan SOSMA.

Dalam laporan tersebut, kita boleh mendapati bahawa pada 27 Julai 2023, pihak SUHAKAM telah pun menerima memorandum daripada beberapa ahli ataupun beberapa keluarga penahan SOSMA. Menurut memorandum tersebut, 34 penahan di Sungai Buloh, Penjara Sungai Buloh dan 33 di Alor Setar, Penjara Alor Setar telah pun membuat satu hunger strike dengan izin, antara 30 Julai hingga 1 Ogos 2023.

Antara perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan semasa hunger strike tersebut adalah perkara-perkara seperti berikut untuk meminta kerajaan untuk memenuhi janji-janji yang telah pun diberi sebelum ini iaitu untuk menambah baik SOSMA. Itulah satu perkara yang amat penting yang ingin saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan sama ada SOSMA itu akan ditambah baik walaupun ia nya mungkin tidak akan dimansuhkan tetapi memang terdapatnya peruntukan-peruntukan yang perlu ditambah baik.

Peruntukan seperti yang dibangkitkan oleh rakan saya Jelutong tadi berkenaan dengan jamin. Jamin itu merupakan satu perkara yang perlu di-review di dalam ataupun disemak semula di dalam undang-undang SOSMA tersebut. Dan, kalau kita lihat kepada perkara-perkara lain berkenaan SOSMA, terdapat banyak janji sebelum ini berkenaan dengan penambah-penambah baik tersebut.

Jadi saya ingin bertanya pihak kerajaan sama ada penambah-penambah baik tersebut akan dibuat dan sila nyatakan satu timeline sekiranya boleh untuk kita mendapat kepastian berkenaan dengan penambah baik-penambah baik tersebut. Saya ingin menyatakan di sini bahawa semasa — saya telah pun dimaklumkan terdapat banyak penahan SOSMA yang menunggu tarikh perbicaraan yang agak lama. Saya amat bersetuju dengan cadangan rakan saya dari Jelutong untuk satu mahkamah khas ditubuhkan untuk mengatasi masalah kelewatan perbicaraan untuk banduan-banduan di bawah SOSMA tersebut. Ini merupakan satu perkara yang perlu dilaksanakan dengan segera dalam pandangan saya.

Satu lagi perkara Tuan Speaker adalah berkenaan dengan penambahbaikan lokap- lokap. Kita dapat maklum bahawa Laporan SUHAKAM 2023 ini telah pun menyatakan beberapa masalah yang serius di penjara-penjara yang sedang kita lihat sekarang. Dan, saya ingin menyatakan di sini ataupun mengesyorkan bahawa selain daripada penjara, lokap-lokap juga

draft • 6:22 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

perlu ataupun keadaan-keadaan dalam lokap di mana penahan-penahan ditahan sebelum dituduh juga perlu ditambah baik mengikut apa yang telah kini sedang berlaku untuk penjara- penjara.

Ingin saya menambah di sini ya, Tuan Speaker. Berkenaan dengan beberapa isu yang telah pun berbangkit daripada kematian-kematian semasa pernah ditahan ataupun semasa di lokap. Kita baru dimaklumkan kes Teoh Beng Hock di mana pihak Jabatan Peguam Negara ataupun Peguam Negara telah pun baru-baru ini menyatakan bahawa siasatan terhadap kes tersebut sekarang kini telah pun NFA ataupun no further action.

Itu walaupun satu penjelasan telah pun diberi oleh pihak Jabatan Peguam Negara melalui surat dalam bulan Mei, tapi masih terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan sama ada siasatan akan diteruskan. Kita telah pun mendapat maklum bahawa siasatan boleh diteruskan sekiranya terdapat keterangan baru. Tetapi saya ingin mendapat penjelasan sama ada pihak Peguam Negara akan membuat satu laporan. Laporan yang mengenal pasti ataupun memerincikan hasil-hasil siasatan yang terkini supaya kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam kenapa siasatan terhadap tragedi Teoh Beng Hock itu kini telah pun diklasifikasikan sebagai NFA.

Terdapat beberapa perkara lain tetapi saya ingin mengakhiri ucapan saya, Tuan Speaker dengan masalah di penjara Taiping yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa rakan saya tadi, di mana kini satu inquiry sedang dijalankan oleh pihak SUHAKAM. Ini merupakan satu perkara yang serius di mana terdapat satu banduan yang telah pun meninggal dalam bulan Januari tahun ini dan kita perlu mendapat penjelasan yang mendalam berkenaan dengan prison lock up or prison brutality, sekiranya ada.

Sekiranya terdapat prison brutality, maka masalah ini kita perlu lihat kepada kesemua penjara di keseluruhan negara untuk memastikan bahawa masalah ini tidak merebak kepada prison-prison yang lain. Dengan itu, saya memohon untuk menyokong, Tuan Speaker dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang. Terima kasih.

draft • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pembahas yang terakhir, saya panggil Yang Berhormat Arau.

draft • 6:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh rakyat Malaysia, orang muda, Menteri-menteri yang hadir, Alhamdulillah.

Orang kampung pesan di sini dia hantar SMS, dia kata speaker yang paling handsome dalam...

[Tepuk] Terima kasih. Okey.

draft • 6:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 6:29 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 6:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 6:29 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:29 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semua, saya...

draft • 6:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tetapi perbahasan itu biar fakta lah ya.

draft • 6:29 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ini kenyataan. Handsome, handsome.

draft • 6:29 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft • 6:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 6:29 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat bagi tiga minit pun saya ikut arahan. Tak ada masalah. Kita dah bercakap banyak. Kawan-kawan saya dah bercakap banyak pasal ekonomi gig. Saya cuma nak minta menteri tolong perjelaskan dari segi angka.

Tadi Pulai menyebut tentang 3,000 lebih tapi saya dapat maklumat di sini ialah e-hailing iaitu yang bawa kereta dan p-hailing membawa motosikal menghadapi pelbagai masalah serius yang menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan mereka.

draft • 6:29 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menurut PERKESO 2023, terdapat kira-kira 93,312 pemandu e-hailing dan 122,572 penghantar p-hailing berdaftar dengan angka tidak rasmi lebih tinggi iaitu sekitar 170,000 e- hailing dan 270,000 p-hailing. Ini saya minta Menteri tolong perjelaskan angka mana yang betul?

Jadi, ini kita dapat pelbagai angka dan yang paling penting di sini ialah kita sedang membincangkan perkara ini yang mereka ini menghadapi masalah pendapatan e-hailing dan juga p-hailing menurun.

Kita sebut tentang insurans. Dulu insurans RM200, sekarang dinaikkan kepada RM700 ke RM1,000. Insurans ini hanya untuk — bukan untuk pemandu tetapi untuk penumpang. Jadi, mereka tak — pemandu kena beli insurans lain untuk diri mereka. Jadi, sekarang ini kita minta supaya kerajaan mempertimbangkan jabatan khas. Dulu, pada awalnya di bawah Jabatan Perdana Menteri, sekarang kita — dia orang pun tak tahu di bawah Kementerian Pengangkutan.

Kita minta satu jabatan khas untuk menjaga mereka ini. Saya bawa usul dan insya-Allah usul ini akan dijawab oleh Speaker mungkin minggu depan.

Kita berharap supaya kita bagi perhatian yang serius perkara ini sebab terlampau ramai rakyat Malaysia yang terlibat. Bukan sahaja di kalangan bekas graduan, tetapi juga mereka yang berhenti daripada perkhidmatan kerajaan dan pelbagai pihak. Semalam kita jumpa ramai-ramai p-hailing dan e-hailing ini.

Saya tanya, “Umur berapa?”, dia kata, “Umur 50 lebih”. Saya kata, “50 lebih boleh buat kerja lain lagi.” Dia kata, “Apa kerja yang boleh saya buat lagi? Yang ini yang ada.” Okey, yang

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

lain-lain itu kita serah kepada — sebab banyak telah bertanya. Jadi, saya nak cakap tajuk yang berikutnya iaitu berhubung dengan Perkara 10, hak berhimpun secara aman.

Tuan Speaker, saya ini orang yang orang salam orang kata, ikut arahan pemimpin.

[Berucap dalam bahasa Arab] Kalau sekiranya pemerintah suruh, saya ikut arahan pemerintah selagi pemerintah itu tidak zalim, tidak menyuruh saya lari daripada akidah saya, saya ikut.

Perhimpunan Awam 26 hari bulan ini Timbalan Menteri Dalam Negeri, kerana kita ikut arahan pemimpin. Saya ialah di antara orang yang walaupun saya anggota kerajaan, tetapi saya mengikuti PMX termasuk Menteri dan juga Menteri Pendidikan. Tak nampak lagi yang itu terlampau muda kut. Jadi, mereka mengadakan perhimpunan yang dahsyat dan hebat. Pada masa itu, kerajaan mempunyai majoriti yang mencukupi di Parlimen. Mencukupi, tetapi mereka mengadakan perhimpunan di Masjid Negara meminta supaya kerajaan diturunkan, Mahathir diturunkan, Najib diturunkan. Jadi, saya mengikut arahan. Di antara tuntutan mereka ialah kerajaan mesti menghormati Perkara 10(1)(b) iaitu tiap-tiap warga negara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Di masa itu masih ada rang undang-undang — masih ada sekatan, tapi sekarang tak ada sekatan.

Jadi, saya mengikut sebab kelmarin PMX telah umumkan minyak turun kepada turun 6 sen. Turun 6 sen. Kemudian, beberapa lagi perkara yang turun dan juga insentif yang dia bagi.

Jadi, kerajaan setelah tiga tahun, nak dekat tiga tahun, kerajaan telah menunaikan janji.

Sekarang tunaikan janji iaitu membenarkan tiap-tiap warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Kita ikut arahan pemimpin. Jadi, pemimpin pernah buat masa yang lepas iaitu berhimpun, hari ini kita juga akan berhimpun secara aman dan damai.

Jadi, dengan itu saya menjemput rakyat Malaysia, orang-orang muda untuk beramai- ramai kerana ikut arahan pemimpin. PMX ini saya sayang dekat dia, saya ikut arahan dia. Dulu dia menuntut Perkara 10, hari ini kita laksanakan Perkara 10. Malah, Perkara 10 sekarang ini dibenarkan oleh mahkamah...

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ketua Hakim Negara. Mana beruk matyeh yang ramai-ramai...

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat lagi saya tutup.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya?

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat lagi saya tutup mic.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, bagi seminitlah...

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tutup.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Tan Sri ya, sebab saya masa puji Tan Sri tadi dah makan setengah minit. Okey. Okey, sekarang ini saya minta supaya kerajaan menghormati Perkara 10 dan saya kesal kepada KSN. Di bawah peraturan mana yang dia menghalang supaya anggota kerajaan tidak boleh hadir? Nak hadir, hadir. Berhimpun cara aman, tak boleh. Jadi, KSN tidak patut melampaui kenyataan yang mengatakan ini melanggar Rukun Negara. Dia belajar mana, KSN?

Perkara yang dia sebut ialah tentang kedaulatan — perkara berapa saya tak pasti dia sebut, tetapi ini menunjukkan bahawa dia tak faham Rukun Negara. Rukun Negara ini sebenarnya apa yang dibuat tidak boleh lari daripada Perlembagaan. Perlembagaan membenarkan kita berhimpun. Rakyat Malaysia, turun ramai-ramai 26 hari bulan.

[Tepuk]

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta Menteri Dalam Negeri turun bersama.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat. Kali ini saya tutup.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menteri Dalam Negeri kalau datang, kita akan duduk dekat dengan pentas, nak tunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri telah menghormati Perkara 10 Perlembagaan sebab ini permintaan reformasi dulu. Jadi, kami ikutlah.

Reformasi, 26 hari bulan datang ramai-ramai. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. You never lack of amazed me. Terima kasih Yang Berhormat.

Baik, Majlis Ahli-ahli Dewan, sekarang tiba untuk giliran Menteri-menteri menjawab. Di dalam tangan saya ini, saya akan bacakan Menteri-menteri atau Timbalan Menteri yang akan menjawab dan masa yang diberi atas pertimbangan Pengerusi yang mempengerusikan sama ada nak tambah atau tidak. Baik, sebelum itu saya ingin menguar-uar dan memaklumkan beberapa perkara.

Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu-isu baru semasa Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan. Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini.

Manakala, isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan akan diberi jawapan secara bertulis. Kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan, maka ia nya perlu diberi dalam tempoh lima hari kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dengan itu, berikut adalah senarai kementerian dan Menteri yang akan menjawab

(i) Kementerian Dalam Negeri, 15 minit, Menteri sendiri akan menjawab;

(ii) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, lima minit, Timbalan Menteri akan menjawab;

(iii) Kementerian Sumber Manusia, lima minit, Timbalan Menteri akan menjawab;

(iv) Kementerian Pengangkutan, lima minit, Timbalan Menteri akan menjawab;

(v) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lima minit, Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab;

(vi) Kementerian Kewangan, lima minit, Timbalan Menteri akan menjawab;

(vii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, lima minit, Timbalan Menteri akan menjawab;

(viii) Kementerian Pendidikan, lima minit, Yang Berhormat Menteri sendiri akan menjawab;

(ix) Kementerian Kesihatan, lima minit, Timbalan Menteri akan menjawab;

(x) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, tujuh minit, Yang Berhormat Menteri akan menjawab;

(xi) Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) juga akan menjawab bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan; dan

(xii) Kementerian Digital, yang akan menjawab Timbalan Menteri, diberi waktu 15 minit.

Dengan sedemikian, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk membuka tirai. Dipersilakan Menteri.

draft • 6:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Terima kasih juga atas panduan untuk saya memulakan penggulungan. Saya mulakan dengan merakamkan penghargaan terima kasih kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia atas penyediaan dan pembentangan Laporan Tahunan 2023. Di sana perkara yang terkait secara langsung dengan Kementerian Dalam Negeri ada 31 isu sama ada dalam bentuk syor ataupun teguran bahkan cadangan penambahbaikan.

draft • 6:39 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

31 isu itu berkisar kepada lima tonggak. Pertama, kewarganegaraan. Kedua, keselamatan. Ketiga, tahanan. Ini depot, lokap, penjara, Imigresen dan kebajikan anggota.

Pertama, kewarganegaraan. Ketika laporan ini dibuat merujuk tahun 2023, tentulah teguran terkait dengan anak tidak sah taraf, foundling baby atau anak terdampar, anak angkat, anak lahir luar negara. Teguran itu hanya relevan pada ketika itu. Saya mengambil peluang untuk memberikan data terkini yang memberikan gambaran bagaimana hasil pindaan Perlembagaan warganegara tempoh hari ketika kita menerima 212 sokongan Ahli Parlimen, itu membantu KDN untuk memudah cara isu kewarganegaraan.

Yang pertama, 2024 kita letakkan target keputusan terhadap permohonan warganegara 17,000. Yang KDN capai ialah 20,701. Bagi tahun 2025, KDN meletakkan target 20,000. Setakat Jun tahun ini, kita telah pun membuat keputusan kepada 10,416, meninggalkan baki 9,584. Dan penting diingat, ketika SUHAKAM memberikan keprihatinan tinggi terhadap status anak tidak sah taraf, children born out of wedlock, dengan izin, ataupun anak angkat, saya nak sebut bahawa dalam kelulusan ataupun keputusan yang saya buat tadi, 70 peratus adalah anak tidak sah taraf dan anak angkat.

Dan ini memberikan kesan yang besar kepada kehidupan hari muka mereka. Berbanding kalau kita biarkan mereka ini menunggu keputusan lima, 10, 15 tahun. Dan ini saya fikir prinsip keadilan, kemanusiaan, sesuai dengan apa yang disebut rakan saya dari Parit, Larut tadi.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mengangkat martabat kemuliaan Nabi Adam.” Apa dia? Harga diri, identiti diri dan kita telah berikan identiti itu.

SOSMA dan POCA, banyak dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi libat urus terus berjalan. SOSMA misalnya, rencana kami di KDN adalah pada bulan Ogos nanti, satu kertas dasar akan kita angkat kepada Jemaah Menteri bagi mendapat persetujuan supaya pindaan terhadap SOSMA ini dapat kita lakukan.

Okey, ya. Saya sebut jelas ya, garis masa. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang akan kita bagi perhatian, termasuk seksyen 13 yang dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Dewan. Ini isu bailable, non-bailable, unbailable. Itu pertama. Yang kedua, sekarang ini ada 73 jenis kesalahan yang memungkinkan seseorang itu ditahan di bawah SOSMA.

Setakat ini, sesi libat urus yang berjalan, kita telah kenal pasti sekurang-kurangnya 13 kesalahan yang kita akan eliminate atau keluarkan daripada jenis kesalahan yang membolehkan penggunaan SOSMA ke atasnya. Setakat ini, sesi libat urus terus kita laksanakan. Apakah wajar pandangan Jelutong untuk mahkamah khas diadakan? Sesi libat urus sekarang ini Jelutong, memberi peluang seluasnya. Berikan justifikasi, berikan rasional. Kalau itu dianggap sebagai syor penambahbaikan yang munasabah, kita akan teliti hal seperti itu.

draft • 6:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kesesakan penjara. Saya ucap terima kasih keprihatinan yang tinggi. Cuma saya betulkan Sik, dia tak sampai seratusan— peratus dia punya melebihi kesesakan, tak. Sedang saya berucap ini, ini data terkini, pegawai-pegawai saya bekalkan. Ada 83,808 prospek penjara sekarang ini, dalam penjara. Berapa muatan kita, kapasiti kita? 76,311.

Ada tak lebihan? Betul, ada. Saya tak nafikan, permulaan kepada kalau kita nak bawa perubahan, mengaku dulu, ada kesesakan. Baik, dari mana punca kesesakan? Yang ini disebut Bangi tadi, 35 peratus daripada angka yang saya sebut tadi adalah tahanan reman, adalah tahanan reman. Tapi 83,808 ini Tan Sri Yang di-Pertua, 65 hingga 70 peratus adalah kes terkait dadah. 15(1), Akta Dadah Berbahaya, memasukkan dadah dalam badan. 12(2), Akta Dadah Berbahaya, memiliki dadah kecil-kecilan dan seksyen 33C, kesalahan berulang kali yang mereka lakukan.

Itu keadaan sekarang yang berlaku di dalam penjara. KDN kalau peluk tubuh dan mengharap perubahan, itu takkan berlaku. Sebab itu Program Pelepasan Pemulihan Reintegrasi, itu istilahnya tapi programnya apa? Parol, (PBSL) Perintah Pembebasan Berlesen. Kita buat Pusat Reintegrasi Penghuni, penghuni bebas lesen, Sekolah Henry Gurney. Pusat Koreksional Chenderiang ini kita buka hanya untuk 39C saja. Tangkap, dadah, tangkap, dadah, berulang saja.

Sekarang tangkap, terus lima tahun dan dua kali sebat, tak ada lagi buka kertas siasatan, ini dibenarkan mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Baik. Corporate smart internship yang disebut oleh rakan saya dari Bentong tadi. Kita ada 796 majikan yang menggajikan prospek ini. Kalau menggaji, makna mereka berada di luar.

Sebenarnya mereka telah disabit kesalahan, patut menjalani hukuman penjara, kita keluarkan mereka dan mereka bekerja dalam lima sektor ekonomi, perladangan, perkhidmatan, pembinaan, perkilangan dan juga pertanian.

Dan ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya kena berkongsi. Pada akhir mereka melakukan program reintegrasi ini, berada di tengah komuniti. Setelah mereka tamat menjalani hukuman, bagi setiap 800 yang dibebaskan, hanya satu sahaja - saya ulang, hanya satu saja mengulangi kesalahan dan berakhir kembali dalam penjara. Ini istilahnya recidivism. Ternyata bahawa impak kepada program ini sangat berkesan.

Kerana itu, kita pada fasa akhir untuk melihat kembali tahanan reman ini, walau apa pun sebab reman dia dikenakan tapi kita nak cari jalan keluar, ya. Maka, tahanan rumah dengan pemakaian device adalah kita sasarkan kelompok ini. Tak ada maksud lain yang tersirat kerana 35 peratus tahanan reman daripada 83,808, angka yang besar. Sesuatu mesti dibuat dan KDN sedang ke arah itu. Baik. Pelarian UNHCR dan sebagainya. Saya nak letak dua. Sahabat saya dari...

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap ya, saya nak selesai ini dulu.

Sahabat saya dari Indera Mahkota, bekas Menteri Luar, sangat faham. Keberadaan UNHCR di negara kita ini, nun ketika Perang Vietnam. Ramai pelarian Vietnam diberi perlindungan, maka UNHCR buka pejabat. Tujuannya dua. Buat pendaftaran, kemudian cari negara ketiga. Itu dulu ya, cari negara ketiga. Hari ini, geopolitik dunia sudah berubah ya. Walaupun Perang Vietnam sudah berakhir tetapi UNHCR terus membuat fungsi pendaftaran pelarian.

Kaedah mereka buat sekarang adalah mereka sendiri yang temu duga, mereka sendiri yang buat assessment, mereka sendiri kemudian mengeluarkan kad. Ada atau tidak agensi kerajaan yang memberikan verifikasi dan silang semak? Polis, Imigresen atau lain-lain agensi keselamatan? Jawapannya, tidak, kosong. Seluruhnya adalah di atas pertimbangan UNHCR.

Kerana itu mereka keluarkan data, mereka bagi tahu kita 200,000 ke, berapa ke, mereka bagi tahu dan kita terima seadanya.

Baik. Timbul isu bahawa dalam teguran SUHAKAM, mereka minta untuk diberikan peluang atau hak untuk melawat depot, misalnya. Biar mereka sendiri yang pergi. Saya nak sebut, polisi sekarang kita benarkan mereka melawat, asal sahaja menulis secara hitam putih.

2024, kita hanya terima satu permohonan daripada UNHCR. Tahun 2025, kita juga hanya menerima satu permohonan UNHCR. Setelah pelarian tiba di Langkawi, kita tempatkan di Depot Imigresen Belantik, mereka menulis untuk dapat ke sana dan kita benarkan. Satu tahun 2024, satu tahun 2025. Kalau SUHAKAM menyebut bahawa tidak diberi akses, hal itu tidak betul.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tapi kalau diberi akses tanpa pengawasan kita, ya maksudnya proses untuk mengenal pasti siapa yang layak dapat status itu saya fikir harus ada elemen semak dan imbang kerana kita yang tahu tentang keberadaan mereka yang berada di bawah jagaan kita, walaupun namanya pelarian. Ini adalah keseimbangan yang kita kata bahawa kalau ditanya apakah dasar kita, silakan nak datang. Kita tak ada apa nak sembunyikan. Tulis dan rekod kita seperti yang saya sebut tadi. Baik, UNHCR.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, silakan.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tadi, YB Menteri dah masuk UNHCR tapi saya nak tanya tentang alternatif kepada tahanan reman itu yang saya sentuh dalam perbahasan saya.

Tadi YB Menteri ada sebut memang ke arah itu. Boleh tak bagi bayangan sedikit apa status sama ada kajian atau cadangan ataupun pelaksanaan alternatif tersebut? Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Dari segi kertas dasar saya telah pun kemukakan pada Jemaah Menteri dan telah diberikan kelulusan dasar. Maksudnya, proses seterusnya adalah melakukan matriks pindaan dan ini KDN duduk dengan Jabatan Peguam Negara. Selesai saja itu maka kita akan bentangkan isunya adalah takrif tentang alat belenggu.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Satu tafsiran alat belenggu hanya gari. Saya cenderung untuk mentafsirkan alat belenggu termasuklah device tapi kerana ada khilaf dari segi pentafsiran itu, maka kita kata biarlah drafter itu akan selesaikan. Dan saya janji secepat mana mereka selesaikan, sempat itu juga saya kembali ke mula kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan dari segi pindaan.

Pertama, dasar. Dasar dah dapat kemudian kita kena bangunkan matriks pindaan seperti mana format satu rang undang-undang. Selesai yang itu, selesai jugalah cepat. Baik, itu di sini kami untuk musim mesyuarat ini kami cuma ada dua saja iaitu perintah kehadiran wajib rang undang-undang yang akan dibentangkan. Yang kedua adalah rang undang-undang meminda Akta Pendaftaran Negara. Dua. Jadi, banyak lagi kami ada berpuluh lagi yang sedang tunggu untuk diselesaikan. Itu status semasa, Bangi. Baik.

Saya sambung sikit tentang pelarian. Dasar semasa Amerika Syarikat sekarang, Tuan Yang di-Pertua, yang ada kat dalam negara pun dia suruh keluar, apa lagi dia nak terima Amerika sebagai negara ketiga. Sedangkan rekod kita UNHCR ini, negara ketiga bagi setiap 100 yang mereka tempatkan 35 pergi ke Amerika Syarikat, kemudian Australia, kemudian ada Jepun.

Dengan dasar semasa Amerika sekarang, tutup pintu rapat, tidak lagi menerima pelarian ini.

Maka, bayangkan selama UNHCR terus melakukan pendaftaran dan memberikan kad UNHCR, kemudian tak ada yang berjaya ditempatkan di negara ketiga seperti mana angka dulu- dulu. Kita akan bayangkan keadaan jauh lebih teruk kalau sekiranya kita tak tengok dari segi aspek, proses verifikasi dan juga pandangan semak imbang yang patut ada juga peranan kerajaan.

Baik, saya juga nak sebut tentang sebahagian besar juga yang menyebut tentang lokap dan sebagainya. Yang di-Pertua, kita diberi peruntukan RM1.5 juta, kita dah belanja RM700,000.

Kita laksanakan pemeriksaan OKT (orang kena tahan) sebelum masuk lokap. Sekarang ini projek perintis tiga. Balai Polis Seri Alam, Balai Polis Pengkalan Chepa, Balai Polis Sentral Ipoh di mana kita melantik doktor untuk membuat pemeriksaan sejurus selepas OKT itu dibawa ke lokap. Di lokap itulah dibuat pemeriksaan kesihatan. Jadi, kita simpan rekod itu. Jadi, ini adalah aspek penambahbaikan yang kita buat. Tuan Yang di-Pertua, saya dah nak habis.

draft • 6:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta sikit, laluan sikit.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya. Sila.

draft • 6:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih sahabat Menteri KDN. Tadi saya bangkitkan perkara yang disebut tadi tak disentuh lagi. Yang pertamanya, berkenaan dengan status ke atas warga Palestin yang dibunuh, iaitu Fadi al-Batsh di Gombak pada tahun 2018 dan sampai sekarang kita tak tahu apakah proses pendakwaan telah berlaku ataupun macam mana, dah ditangkap ke pembunuhnya?

Yang keduanya, yang dikatakan ejen Israel yang telah ditangkap, apa tindakannya?

Sampai sekarang kita tak dapat lagi apa ini beritanya. Yang ketiganya, anak-anak Malaysia,

draft • 6:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat menjadi ejen kepada Israel di Malaysia yang dikeluar dalam media sosial pada satu ketika, media-media utama pada satu ketika dulu. Itu tiga benda.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan di-Pertua, tadi yang seperti panduan, kalau kes itu spesifik, saya akan minta notis. Tapi satu-satunya kes warga Israel yang sudah pun dibawa ke muka pengadilan adalah apabila polis tangkap dia dengan senjata dan dia ada niat ataupun dia ada target dia yang dia nak selesaikan. Sebab itu kes itu sedang dibawa di mahkamah dibawah Akta Senjata Api tentang ejen dan juga warga tempatan itu. Saya minta tempoh. Saya janji dengan Pendang, saya akan bagi jawapan secara bertulis mengikut panduan Speaker tadi. Baik.

SUHAKAM juga bangkitkan soal teguran tentang apa namanya pekerja asing.

Sebahagian besar semuanya di bawah KESUMA. Tapi yang bahagian kami ini adalah soal apa namanya proses yang isu-isu integriti. Saya nak sebut begini ya, dalam Jawatankuasa Kabinet berkenaan pengurusan pekerja asing ada dua. KDN dan KESUMA. Dia ada akta yang dia kuatkuasakan termasuk Akta Kerja terutama seksyen 60 tempat tinggal yang decent living dengan izin, gaji, dan segala macam ya, dia ada itu. Bagi kita di KDN pula tapisan keselamatan, bayaran levi ya, itu bahagian kita. Baik.

Teguran SUHAKAM munasabahnya, sebab itu saya perlu jelaskan bahawa negara kita, berapa ramai pekerja asing kena ada? Itu ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi iaitu 2.5 juta.

Macam mana dia kira? 15 peratus daripada guna tenaga 17 juta. Jadi, dia dapat 2.5. Itulah cap.

Kami tak boleh melepasi cap itu. Sekarang, sedang saya memberikan penggulungan berapa ramai yang berada dalam negara kita yang kita bagi pas lawatan kerja sementara? Okey?

Jumlahnya adalah 2.145 juta. Baik, silling kita 2.5 juta.

Maknanya, kita masih ada defisit, kerana apa? Kerana yang dah tamat tempoh dia balik, Check Out Memo, dia kena balik. Sedangkan dasar sekarang adalah kita tutup, tak ada lagi pemberian kuota yang baru, melainkan dua sektor yang ada pengurangan yang ketara, iaitu perladangan dan pertanian. Pembinaan, perkilangan dan juga perkhidmatan, yang itu sudah melepasinya. Sebab itu dalam Rancangan Malaysia Ke-13 kita sedang tunggu berapa pula siling yang ditentu oleh Kementerian Ekonomi. Jadi, berpandukan kepada angka itu, kedua-dua kementerian ini menjalankan kawal selia termasuk dengan agensi kawal selia yang lain berpandukan kepada angka-angka itu.

Cuma soal elemen buruh paksa, majikan pegang pasport, elemen pemerdagangan orang, forced labour, trafficking in person, apa namanya hal itu yang ditegur secara spesifik itu tentunya menjadi panduan dan peringatan buat kedua-dua kementerian ini. Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu yang saya sampaikan.

Pegawai-pegawai saya membuat catatan semua perbahasan yang menyentuh termasuk daripada Arau tadi. Saya tak ada perbezaan apa-apa. Kerajaan committed dengan prinsip

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

kebebasan bersuara sambil yang pertama, tak boleh bawa anak-anak bawah umur, tak boleh bawa senjata tajam dan ketika ucapan sebutlah apa pun tapi tak boleh menimbulkan isu ketegangan kaum dan agama.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Silakan, Indera Mahkota.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Menteri.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Last****.**

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Raub tak ada. Tadi ini benda yang mudah sangat, tapi sementelahan Menteri Dalam Negeri ada dan Tuan Yang di-Pertua, Raub mencadangkan, sebab kita selalu rakyat datang, dia nak bagi memorandum kepada ahli Parlimen, tapi macam tak ada tempat yang ditentukan di luar pagar di bawah Menteri, di dalam pagar di bawah Speaker. Saya tidak mengharapkan jawapan sekarang, tapi kalau boleh Menteri dan Speaker bolehlah ditentukan tempat bila rakyat nak hantar memo ada tempat yang spesifik dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih, rakan saya Indera Mahkota.

Dato’ Yang di-Pertua, saya sangat terbuka bab ini. Bila Mahkamah Persekutuan buat satu ruling, tak perlu lagi menghantar notis tempat berkumpul, nak kumpul kat mana kepada polis. 9(5) dianggap tidak berperlembagaan. Ya, tak perlu bagitahu lagi dah.

Ya, tapi penganjur hari itu memang dia teks saya, boleh tak tolong bagitahu polis? Isu- isu dia, Mahkamah Persekutuan kata tak payah bagitahu. Kemudian, penganjur teks saya awal- awal, “Yang Berhormat Datuk, boleh tak tolong bagitahu polis kami nak berkumpul depan itu?”.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Maknanya ada keperluan beritahu tetapi tidak apalah itu sudah selesai. Syor ini saya terbuka, saya hendak sebut biar direkodkan kalau ada designated area untuk tujuan itu silakan.

Saya tak ada apa-apa halangan mungkin kita boleh berbincang dengan pentadbiran Parlimen dengan Speaker untuk membolehkan hal itu. Ini low hang fruits saya anggap, straight forward tak ada isu apa-apa. Selama kita menghormati institusi Parlimen dan kita melaksanakan soal kebebasan berhimpun yang menjadi prinsip government of the day, terima kasih. Saya akhiri, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan kementerian yang kedua, saya mempersilakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Timbalan Menteri akan menjawab, lima minit.

draft • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

*Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2023. Seramai empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Indera Mahkota, Parit Buntar, Sik dan juga Parit yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengajukan pertanyaan isu, cadangan dan pandangan berkaitan hal-hal di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih kita ucapkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan mengenai kaedah untuk memastikan peningkatan penyertaan masyarakat Orang Asli dalam proses pilihan raya. Untuk makluman Yang Berhormat, menyentuh isu berkaitan hak sivil dan politik khususnya akses kepada masyarakat Orang Asli kepada proses pilihan raya, ingin saya tegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited memastikan tiada golongan yang tercicir dalam sistem demokrasi negara.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara berterusan bagi memperkukuhkan penyertaan masyarakat Orang Asli dalam proses pilihan raya selaras dengan prinsip inklusiviti dan kesaksamaan warganegara.

Antaranya termasuklah pelaksanaan kempen kesedaran dan pendidikan pengundi di perkampungan Orang Asli dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan raya dan Pertubuhan Masyarakat Sivil. Kempen ini bertujuan memberi kefahaman jelas mengenai kepentingan mendaftar dan keluar mengundi serta hak sebagai rakyat Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan.

Bagi memastikan akses fizikal ke pusat pengundian tidak menjadi halangan, JAKOA turut membantu memudahkan cara pengangkutan dan logistik khususnya bagi komuniti yang berada di kawasan pedalaman dan sukar diakses.

Di samping itu juga, pendaftaran pengundi baharu turut digiatkan melalui kaedah secara bergerak bersama SPR dengan sokongan pemimpin komuniti dan pegawai JAKOA di lapangan.

Kerjasama strategik turut dijalinkan bersama Kementerian Dalam Negeri untuk mempercepatkan proses dokumentasi warganegara kepada individu dalam komuniti Orang Asli yang masih belum memiliki pengenalan diri rasmi. Usaha ini penting kerana hanya dengan dokumen yang sah mereka layak didaftar sebagai pemilih yang sah.

draft • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Sebagai langkah masa panjang, JAKOA juga memberi penekanan kepada pemerkasaan kepimpinan tempatan masyarakat Orang Asli melalui program pembangunan kapasiti dan latihan bagi memastikan masyarakat bukan sahaja sebagai pengundi malah juga sebagai pemimpin yang turut menyumbang dalam proses demokrasi negara secara lebih aktif dan berkesan.

Yang Berhormat Parit Buntar, Sik dan Parit membangkitkan isu mengenai...

draft • 7:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat, terima kasih jawapan itu saya anggap cukup baik cuma kalau boleh selepas ini ditingkatkan lagi Orang Asli sebagai calon pula, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih, insya-Allah akan kita perjuangkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, jabatan dalam proses meminda Akta Orang Asli merangkumi aspek tanah, ekonomi, kesihatan, pendidikan dan lain-lain agar dapat melindungi kemajuan perlindungan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli secara lebih komprehensif. Jabatan sentiasa komited dengan mengadakan sesi libat urus bersama dengan masyarakat Orang Asli, agensi kerajaan dan bekerjasama dengan kerajaan negeri berdasarkan peruntukan setiap tahun bagi menjaga kebajikan dan hak Orang Asli.

Di peringkat jabatan, Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) merupakan forum tertinggi yang berperanan sebagai think-tank dan penasihat dalam hal ehwal pembangunan masyarakat Orang Asli khususnya dalam pelaksanaan program dan projek pembangunan untuk masyarakat Orang Asli.

Keahlian tetap Majlis ini terdiri daripada wakil Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia manakala ahli jemputan antaranya terdiri daripada wakil daripada setiap 18 suku kaum Orang Asli, pemimpin masyarakat Orang Asli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli akademik.

YB Parit bertanya mengenai akses pendidikan...

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

YB Parit tidak ada dalam Dewan.

draft • 7:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Last.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada dalam Dewan, boleh jawab secara bertulis.

draft • 7:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, akhir sekali. Okey, untuk makluman Parit yang bertanyakan mengenai akses pendidikan kepada masyarakat Orang Asli.

Untuk makluman Yang Berhormat, KKDW amat komited dalam memastikan peluang ataupun akses pendidikan masyarakat Orang Asli dengan usaha yang berterusan apatah lagi bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi dalam memastikan sistem ataupun infra pendidikan bagi masyarakat Orang Asli dapat dipelihara.

draft • 7:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Selain daripada itu juga, bantuan sara hidup untuk murid, program motivasi, bantuan akses pengangkutan sekolah juga diberikan.

Selain daripada itu juga kementerian juga mengadakan pelbagai program lain bagi memastikan sistem pendidikan masyarakat Orang Asli dapat dijalankan dengan lebih baik dan juga lebih teratur.

Tuan Yang di-Pertua, KKDW mengambil perhatian serius terhadap segala input dan pandangan daripada Laporan Tahunan SUHAKAM. Insya-Allah kementerian akan memperhalusi lagi setiap teguran dan syor yang lebih strategik dalam usaha kita meningkatkan perkhidmatan dan juga hak asasi masyarakat Orang Asli. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang kita pergi Kementerian Sumber Manusia, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri lima minit sahaja.

draft • 7:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 38 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia

(SUHAKAM) bagi tahun 2023 di Dewan yang mulia ini.

Bagi pertanyaan melibatkan skop tugas KESUMA, seramai sepuluh orang Yang Berhormat terlibat mengambil bahagian. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mulakan sesi penggulungan ini dengan menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Pulai dan Yang Berhormat Arau yang membangkitkan soalan berhubung pekerja gig.

Untuk makluman Yang Berhormat, antara inisiatif KESUMA kepada ekonomi gig adalah menggubal Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 yang bakal ‘merevolisasikan’ landskap perburuhan ekonomi gig negara. Rang undang-undang ini akan memberikan penekanan khusus sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor iaitu empat komponen utama merangkumi definasi pekerja gig, pendapatan, mekanisme penyelesaian pertikaian dan perlindungan sosial bagi memastikan kebajikan pekerja gig terpelihara.

KESUMA yang menjangkakan rang undang-undang ini dijadualkan, dibentangkan pada sidang ini. Rang Undang-undang Pekerja Gig turut memperkenalkan mekanisme penyelesaian pertikaian yang tersusun sebagai saluran rasmi bagi pekerja gig mengemukakan sebarang isu atau ketidakadilan berkaitan perkhidmatan mereka sekali gus membolehkan aduan-aduan ini ditangani dengan lebih sistematik dan berkesan.

draft • 7:07 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Proses penyelesaian pertikaian boleh dibuat melalui beberapa peringkat iaitu melalui mekanisme kilanan dalaman, prosiding perdamaian dan jika tidak boleh diselesaikan pertikaian akan dibawa ke tribunal pekerja gig.

draft • 7:07 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Selain itu, pada masa ini KESUMA menyediakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 kepada orang bekerja sendiri termasuk kepada pekerja gig. Berdasarkan status statistik PERKESO sehingga 11 Julai 2025, bilangan pencarum di bawah SKSPS adalah seramai 804,993 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 307,279 pencarum yang terlibat dalam ekonomi gig.

Merujuk pertanyaan kepada Yang Berhormat Arau, jumlah terkini pencarum aktif sehingga 11 Julai 2025, seramai 292,650 orang. Pencarum-pencarum ini akan menerima faedah antaranya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa dan faedah pengurusan mayat.

Yang Berhormat Kuala Pilah dan Yang Berhormat Petaling Jaya telah membangkitkan mengenai pemulihan kepada golongan banduan. KESUMA telah menjalin...

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, kedua-dua Yang Berhormat tak ada dalam Dewan.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya nak pergi seterusnya kepada Yang Berhormat Sik.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada dalam Dewan.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih. Yang Berhormat Yang di-Pertua, tiada dah. Boleh berjawab secara bertulis.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bertulis. Ya.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang di-Pertua atas...

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pendang ada. Isu yang sama dengan Sik tadi, Puan Yang di-Pertua.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Pendang tak ada bangkitkan.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang ada?

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tiada dalam senarai.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada dalam senarai. Cuba lagi lain kali.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat...

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Puan Yang di-Pertua.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Timbalan Menteri Pengangkutan untuk menjawab dalam masa lima minit.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Yang di-Pertua.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lalu, lain kalilah.

draft • 7:10 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jawapan saya adalah ditujukan kepada jawapan kepada YB Pulai dan juga YB Arau. Jawapan yang sama. Jadi, tak payah jawab bertulislah.

draft • 7:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pulai tak ada.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Kepada Arau, walaupun dia tak ada tapi jawapan sama.

draft • 7:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, tak perlu, ya.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Buat masa ini, garis panduan lesen pengantaraan perniagaan (LPP) tidak memperuntukkan penetapan tambang minimum atau harga lantai bagi perkhidmatan e-hailing kerana industri ini beroperasi dalam model perniagaan ekonomi gig berasaskan mekanisme pasaran terbuka yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran.

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Garis Panduan Perkhidmatan E-hailing di Bawah Perniagaan Pengantara Bilangan 2 Tahun 2018 telah menetapkan had siling kadar komisen pada tidak lebih 10 peratus daripada harga tambang untuk kelas teksi, kereta sewa dan teksi mewah manakala untuk kenderaan persendirian e-hailing yang lain tidak lebih 20 peratus daripada harga tambang. Walau bagaimanapun, kementerian bersedia meneliti kewajaran bagi melaksanakan kawal selia tambang perkhidmatan e-hailing melalui hasil dapatan dan syor daripada Pelan Strategik Pengangkutan Awam Darat Lembah Klang (PSPALK) yang dijangka dimuktamadkan pada hujung tahun 2025 ini.

Berkaitan isu insurans pula ke atas kenderaan e-hailing, kementerian ingin menjelaskan bahawa memang betul setiap pemandu e-hailing diwajibkan memiliki dua jenis perlindungan insurans iaitu insurans kenderaan motor persendirian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan keduanya ialah pelan insurans khusus untuk aktiviti e-hailing yang diwajibkan di bawah Syarikat Lesen Pengantaraan Perniagaan (LPP).

Peraturan yang sedang berkuat kuasa tidak mewajibkan EHO, e-hailing operators tadi ya, EHO untuk menanggung kos insurans bagi pihak pemandu. Hal ini disebabkan oleh struktur industri e-hailing yang berasaskan model ekonomi gig di mana pemandu tidak dianggap sebagai pekerja syarikat sebaliknya sebagai rakan kongsi perkhidmatan.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Tapi tak tahulah, seperti dijawab oleh KESUMA tadi, akan dibentangkan undang-undang tentang gig. Kita tengoklah selepas ini, ya. Buat masa, ini kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Agensi Pengangkutan Awam Darat serta Bank Negara Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan satu kajian one-off jangka pendek bersama syarikat pemegang lesen e-hailing yang akan selesai pada September 2025 ini.

Bagi mengenal pasti penyelesaian insurans e-hailing harian atau apa-apa bentuk insurans yang lebih fleksibel dan mampu milik kepada pemandu, sebanyak sembilan buah syarikat insurans buat masa ini yang menawarkan insurans harian seperti insurans CAP, Allianz, Generali, MSIG, Tokio Marine Insurance Group, Zurich, Zurich Takaful, Etika dan Etika Takaful.

Bagi perkhidmatan p-hailing pula, pada masa ini belum terdapat pelan perlindungan insurans khusus yang diwujudkan untuk segmen tersebut.

Namun begitu, Kementerian Pengangkutan sedang menyelaras usaha bersama Persatuan Insurans Am Malaysia ataupun PIAM dan Bank Negara Malaysia bagi merangka dan mewujudkan satu kod perlindungan insurans khas bagi aktiviti p-hailing ini pula. Terima kasih.

draft • 7:12 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Timbalan Menteri, Pulai ingin bertanya. Apa yang kita bangkitkan tadi adalah e-hailing insurance itu ditanggung bersama oleh syarikat pengendali sebab pemandu itu sebenarnya membawa customer daripada syarikat pengendali, jadi tidak wajarlah sepenuhnya ditanggung oleh pemandu. Sepatutnya ada sebahagiannya ditanggung oleh syarikat kerana kita membawa pelanggan mereka dalam kereta kita. Itu yang kami maksudkan, itu yang Pulai maksudkan tadi.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih YB Pulai. Itulah yang saya katakan tadi, saya sendiri pun mendengar tadi jawapan KESUMA, yang dibentangkan oleh KESUMA tadi, bahawa akan diadakan pembentangan, definisi pemandu e-hailing itu sendiri dalam gig economy ini. Jadi kita sama-sama menunggu bagaimana dalam definisi yang baru ini dan bagaimanakah untuk menyelaras tentang hal-hal insurans ini. Jadi, kita kena tunggu juga pindaan definisi gig yang baru di bawah KESUMA ini dan saya juga menjawab tadi mengatakan bahawa kajian ini telah dilaksanakan sekarang ini.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Timbalan Menteri Pengangkutan.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, kita sama-sama mendapat syor, dapatan daripada kajian tersebut, pelaksanaannya. Terima kasih.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Timbalan Menteri Pengangkutan, minta laluan sikit. Terima kasih.

Tadi ini saya dah bangkitkan berkenaan dengan bolehkah kerajaan menanggung kos kepada pemandu e-hailing ini, kerana kita ada PERKESO yang mana tanpa majikan, dia panggil OBS, orang bekerja sendiri ini boleh dicarum. Jadi, kerajaan ambil ini sebab mereka terdedah kepada risiko kemalangan yang sangat, kita tengok sangat dahsyat bila terlibat terutamanya

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

pemandu Grab motor ini. Tidak ada protection kepada mereka, tidak ada perlindungan insurans kepada mereka, mereka ada anak isteri.

Jadi, saya cadangkan kepada Kementerian Pengangkutan buat kerjasama secara selaras dengan KESUMA yang di bawahnya ada PERKESO supaya kita mencarum bagi pihak mereka. Sekiranya ada apa yang berlaku kepada mereka, mereka ada tanggungan, ada diberi perlindungan oleh syarikat insurans ini. Ini hak kita, PERKESO ini hak kerajaan. Jadi boleh saya rasanya. Ini cadangan saya.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Cadangan diambil perhatian. Kita menunggu juga jawapan pindaan akta baru di bawah yang akan dibentang oleh KESUMA ini. Terima kasih.

draft • 7:12 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Datuk Pengerusi, Datuk Pengerusi.

Sekali lagi.

draft • 7:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.

draft • 7:12 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2023 yang telah pun dibentangkan pada 21 Julai 2025 di Dewan yang mulia ini. Perbahasan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan dasar dan pelaksanaan pembangunan negara berlandaskan prinsip hak asasi manusia, pembangunan berteraskan kesejahteraan manusia dan keterangkuman sosial. Ia juga memperkukuhkan kepercayaan antara kerajaan dan rakyat, selaras dengan aspirasi untuk membina negara yang lebih telus dan seterusnya berdaya tahan.

Kementerian merakamkan penghargaan kepada hanya satu-satunya Yang Berhormat Hulu Selangor yang telah pun membahaskan isu khusus di bawah bidang kuasa kementerian ini, khususnya di bawah kerajaan tempatan. Kementerian ini melalui Jabatan Kerajaan Tempatan

(JKT) komited melaksanakan inisiatif peningkatan taraf ekonomi peniaga. Hal ini juga selaras dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2025 iaitu “Pembugaran ekonomi, menjana perubahan dan juga mensejahterakan rakyat”.

draft • 7:18 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Daripada aspek pelesenan, Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor, PBT sentiasa proaktif dan responsif untuk memudah cara urusan

draft • 7:20 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

permohonan lesen perniagaan merangkumi premis dan juga lesen kepada penjaja termasuklah penjaja sementara di gerai-gerai kecil dan kaki lima. Usaha berterusan ini adalah bagi memastikan semua peniaga menjalankan perniagaan secara berlesen sepanjang masa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Selangor, sepertimana yang saya sebutkan tadi, dalam perbahasannya telah pun membangkitkan isu mengenai proses permohonan lesen perniagaan yang dicadangkan untuk diselaraskan oleh PBT di seluruh negara. Dalam hal ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui PBT amat prihatin dalam memastikan semua peniaga atau penjaja kecil menjalankan perniagaan secara sah dan berlesen. Pelesenan ini adalah penting kerana ia bertujuan untuk memastikan aktiviti perniagaan tersebut adalah teratur, pertama Kedua, tahap kebersihannya sentiasa diutamakan.

Yang ketiga, mengatur dan mengawal selia perniagaan dalam kawasan pentadbiran PBT.

Keempat, mengelakkan kacau ganggu kepada orang ramai.

Kelima, tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Dan yang keenam adalah bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan di peringkat PBT.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa― menjawab pada yang dicadangkan tadi. Saya ingin memaklumkan bahawa penetapan prosedur dan tata cara permohonan serta kelulusan lesen premis perniagaan di setiap PBT sememangnya adalah berbeza berdasarkan undang-undang kecil (UUK) perlesenan negeri masing-masing. Perbezaan prosedur dan tata cara ini adalah melibatkan keperluan syarat dokumen dan tempoh kelulusan bagi setiap permohonan terutamanya bagi mempertimbangkan kelulusan bagi setiap permohonan lesen berisiko yang berpotensi menyebabkan kacau ganggu kepada masyarakat di persekitaran.

Justeru, untuk makluman, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui JKT sedang membangunkan satu sistem one stop center (OSC) bagi pelesenan PBT untuk menyeragamkan prosedur dan tata cara permohonan serta kelulusan lesen premis perniagaan.

Dan cadangan serta kaedah pelaksanaan akan dibentangkan di mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) untuk persetujuan pemakaian di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan dikuatkuasakan di PBT masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Kewangan.

draft • 7:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebentar tadi. Saya mengikuti dengan tekun sesi perbahasan dan seramai dua orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh secara langsung isu berkaitan Kementerian Kewangan berhubung Laporan Tahunan SUHAKAM Tahun 2023 iaitu berkisar peruntukan kepada SUHAKAM.

Berhubung pandangan Yang Berhormat Selayang dan Pasir Gudang agar kerajaan meningkatkan peruntukan kepada SUHAKAM sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan yang dibentangkan, kerajaan pada tahun 2023 telah meluluskan geran sebanyak RM14.39 juta kepada SUHAKAM. Geran ini bagi menampung perbelanjaan operasi yang meliputi elaun tetap Pesuruhjaya, emolumen, operasi sewaan utiliti dan sebagainya, pelaksanaan program dan juga aktiviti tahunan SUHAKAM serta pembelian aset seperti kenderaan secara one-off. Pemberian geran tersebut adalah berdasarkan sesi semakan belanjawan tahun 2023, prestasi belanja pihak SUHAKAM dan kemampuan kewangan kerajaan pada masa tersebut.

Untuk makluman, geran kerajaan sebanyak RM14.39 juta ini merupakan jumlah yang tertinggi diluluskan dan ianya mencukupi untuk menampung operasi SUHAKAM. Sejak penubuhannya, kerajaan tidak pernah gagal menyediakan peruntukan untuk SUHAKAM. Pada dasarnya, kerajaan komited dalam memastikan SUHAKAM dapat beroperasi dan memenuhi objektif penubuhannya. Dalam hal ini, peruntukan yang sewajarnya akan dipertimbangkan oleh kerajaan berdasarkan kepada keperluan SUHAKAM dan tertakluk kepada kemampuan semasa kerajaan.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Masa lima minit.

draft • 7:22 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih. Saya, Tuan Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan telah menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023.

draft • 7:24 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Yang pertama berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Pokok Sena dan Parit berkaitan dengan pindaan Akta OKU 2008. KPWKM telah memulakan urusan semakan Akta Orang Kurang Upaya 2008.

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Parit dan Pokok Sena tidak ada dalam Dewan.

draft • 7:24 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey, saya bagi jawapan bertulis.

Yang keduanya, Yang Berhormat Kuala Pilah telah membangkitkan pertanyaan berkaitan penjagaan...

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah pun tak ada dalam Dewan.

draft • 7:24 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey, jawab tulis. Hulu Selangor telah...

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Selangor ada.

draft • 7:24 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Hulu Selangor ada tak?

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada, ada.

draft • 7:24 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey, sorry. Berhubung isu berkaitan pusat jagaan, Yang Berhormat Hulu Selangor mohon untuk meningkatkan infrastruktur dan bantuan kerajaan kepada pusat jagaan. KPWKM telah memperuntukkan bantuan kewangan kerajaan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau lebih dikenali sebagai pertubuhan sukarela kebajikan ataupun PSK yang memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM iaitu warga emas, orang kurang upaya dan juga kanak-kanak.

Dan tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar JKM. Bantuan ini adalah berbentuk geran ransum ataupun makan minum, geran pentadbiran, elaun khas murid OKU, sagu hati sukarelawan dan geran pembaikan.

Pada tahun ini saja, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20,649,000 kepada PSK yang menepati kriteria yang telah ditetapkan. Dan kelulusan bantuan kewangan yang telah dipertimbangkan turut mengambil kira kemampuan kewangan PSK dari segi jumlah aset semasa, pendapatan dan perbelanjaan PSK tersebut. Ianya adalah selaras dengan prinsip kebajikan tanggungjawab bersama melalui pendekatan whole of nation approach, dengan izin, antara kerajaan dan PSK.

Sebagai menyokong usaha kerajaan, PSK juga wajar mengambil inisiatif untuk mendapatkan dana lain bagi menampung kos tambahan operasi termasuk perbelanjaan makan minum penghuni mengikut keperluan tanpa perlu bergantung kepada bantuan daripada kerajaan semata-mata.

Yang Berhormat Kuala Langat ada menyentuh isu berkaitan penubuhan kementerian yang khusus untuk menangani isu warga emas. Malaysia bakal menuju negara tua menjelang

draft • 7:24 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

tahun 2030. Dalam menuju tahun tersebut, pelbagai tindakan dan persiapan telah pun diambil oleh kementerian. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Warga Emas adalah membangunkan Sistem e-Warga Emas, memantapkan pusat aktiviti warga emas menerusi Pusat Aktiviti Warga Emas ataupun PAWE@3A dan juga telah menaikkan kadar bantuan warga emas daripada RM500 ke RM600 sebulan.

Dan selain itu, pusat ataupun Majlis Penasihat dan ‘Perundangan’ Warga Emas Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM turut menjadi platform dalam membincangkan semua isu berkaitan dengan pembangunan warga emas. Justeru, Bahagian Warga Emas telah berperanan secara optimum dalam memastikan kesejahteraan warga emas terpelihara.

Dan berhubung dengan cadangan penubuhan kementerian warga emas, KPWKM mengambil maklum akan cadangan tersebut. Sekiranya difikirkan bersesuaian, akan dibawa ke perhatian Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara.

Itu saja soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada kementerian dan saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang telah diterima. Terima kasih banyak.

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Pendidikan untuk menjawab. Masa lima minit. Terima kasih.

draft • 7:24 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Timbalan Speaker.

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Injustice anywhere is a threat to justice everywhere*. Itulah kata-kata Martin Luther King yang saya fikir pada hari ini kita patut berterima kasih kepada SUHAKAM yang telah pun membentangkan laporan tahunan ini dan inilah komitmen Kerajaan MADANI bagi terus memastikan laporan ini terus dibentangkan di Parlimen.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bagi Tahun 2023 ini.

draft • 7:29 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Timbalan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa semua perbahasan ini menunjukkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan ini, mahupun yang tidak terlibat, sebenarnya mempunyai keprihatinan yang tinggi berkaitan isu-isu yang terkait rapat dengan isu hak asasi kemanusiaan.

draft • 7:30 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah tidak ada, saya terus kepada Kapar. Kapar ada. Ahli Yang Berhormat Kapar ada menyentuh sedikit tentang usaha kerajaan mengiktiraf hak asasi di sekolah. SUHAKAM melalui jawatankuasa kecil pendidikan hak asasi manusia untuk sekolah telah memperkenalkan program amalan terbaik hak asasi manusia di sekolah bermula tahun 2009.

Dan program ini Timbalan Speaker, telah pun mendapat peluasan yang baik dan kita jangka peluasan ini akan dapat kita teruskan kerana manfaatnya cukup besar kepada para pelajar kita khususnya dalam mendalami isu-isu terkait rapat dengan hak asasi kemanusiaan.

Parit Buntar tidak ada. Bentong, Bentong pun tidak ada. Seterusnya adalah Ampang juga tidak ada. Semuanya jawapan bertulis. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Kesihatan untuk menjawab masa lima minit.

draft • 7:30 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Saya mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023 dan telah menyentuh tiga isu yang berkaitan dengan kesihatan. Dan juga kami mendapati terdapat beberapa isu yang telah dikemukakan oleh SUHAKAM. Terdapat lapan isu dan tiga adalah isu yang berkait rapat dengan KKM dan isu-isu yang lain, KKM akan bertanggungjawab untuk memberikan input kepada kementerian-kementerian yang berkenaan.

Oleh kerana YB Seputeh dan juga YB Sungai Petani tiada di dalam Dewan, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Begitu juga kepada Yang Berhormat YB Kuala Pilah yang bertanyakan berkenaan tentang akses kepada perkhidmatan kesihatan mental di penjara luar bandar, kita akan berikan jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Kuala Langat ada di sini...

draft • 7:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

...Yang meminta supaya kerajaan menambah bilangan pakar geriatrik. Untuk makluman, sehingga kini KKM mempunyai 39 orang pakar geriatrik dan berkhidmat di 21 buah hospital KKM di seluruh negara kecuali di negeri Perlis, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan juga Labuan.

Bagi menarik minat ramai pakar perubatan geriatrik di Malaysia di bawah Pelan Tindakan Perkhidmatan Warga Emas 2023 hingga 2030, beberapa inisiatif telah digariskan antaranya seperti berikut:

(i) menambah usaha promosi bagi pengajian sub-kepakaran geriatrik;

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

(ii) menjadikan perubatan geriatrik sebagai bidang yang berpotensi untuk peluang kenaikan pangkat dan menawarkan latihan sub-kepakaran geriatrik pada setiap tahun, dan;

(iii) sehingga kini seramai 21 orang pakar perubatan dalaman dalam pengajian sub-kepakaran geriatrik ketika ini.

Dan juga akhir sekali, terdapat persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat YB Pokok Sena dan juga Pengkalan Chepa serta Tanjung Karang tetapi tiada perkara-perkara yang dibangkitkan di luar bidang kuasa KKM. Dan, saya bagi pihak KKM akan terus memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Suhakam bagi mengenal pasti dan menangani isu-isu berkaitan kesihatan. Kami sentiasa terbuka kepada maklum balas dan cadangan membina demi penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 7:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kapar.

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Timbalan Menteri, Kapar tadi kata hak asasi, doktor dan jururawat. Saya dah ada sebut tadi itu. Haa, Timbalan Menteri tak sebut pun.

draft • 7:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada dalam senarai.

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Mengenai tiba-tiba, kontrak doktor, bila ada masalah, barulah KKM buat sesuatu, reaktif. So, hak asasi ini tak tenang. Padahal dia merawatkan manusia.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey, berkenaan tentang hak asasi doktor-doktor, pegawai-pegawai perubatan untuk mendapatkan perjawatan tetap. Maksud — itu yang dimaksudkan?

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey, berkenaan tentang perjawatan tetap, memang kita sedang mengusahakan dan juga seperti di dalam jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak tahun lepas, kita telah mewujudkan 12,000 perjawatan dan yang terkini kita mewujudkan 4,000 perjawatan tetap.

Walaupun demikian, Yang Berhormat, kita sedang mengemukakan satu maldistribution studies di mana pegawai-pegawai yang ditempatkan tidak berada di facilities kesihatan.

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Sebagai contoh di Sarawak, saya sebagai Timbalan Menteri yang datang daripada Sarawak, kita telah mengemukakan 650 perjawatan tetap. Walaupun demikian, hanya tujuh pegawai perubatan klik kepada perjawatan tetap tersebut dan kebanyakan hampir 600 pegawai ketika ini mengemukakan surat rayuan untuk keluar daripada Sabah dan Sarawak.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Bagaimana untuk kita membantu dan memberikan hak kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menidakkan perubatan kesihatan? Adakah kita wajar meletakkan kesemua pegawai-pegawai perubatan di Klang Valley, meletakkan pegawai-pegawai perubatan di dalam bandar? Kita harus memikirkan apakah hak asasi manusia yang sesuai untuk rakyat Malaysia sewajarnya. Bermaruah.

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Timbalan Menteri..

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang

Walaupun demikian, kita mengetahui kami sedang mengusahakan bagaimana kaedah untuk kita memperbanyakkan jawatan-jawatan tetap kepada pegawai perubatan yang selayaknya. Dan saya juga berharap agar isu-isu ini tidak dipolitikkan tetapi saya sangat menghargai input-input yang disalurkan. Ya, Yang Berhormat?

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Timbalan Menteri, bukannya perjawatan tetap sahaja, saya berkata tadi secara menyeluruh bukan reaktif. Itu bila ada bunyi baru apa kan. Secara apa?

Sabah, Sarawak, saya setuju.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang

Ya.

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya pun daripada tempat menteri.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang

Ya, ya, Yang Berhormat. Kita...

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

So, dia secara apa? Your roadmap...

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang

Ya, kita...

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

...Untuk ini kan apa, dia akan melibatkan jururawat, lab assistant dan sebagainya supaya Singapore tidak pula datang ke sini nak ambil nak, poach kita punya doktor-doktor.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ah, give the right incentive.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat. Kita sememangnya menyediakan insentif-insentif yang bersesuaian ketika ini dengan kemampuan kewangan yang ada dan juga kita tidak dapat menghalang pegawai-pegawai perubatan dan juga jururawat-jururawat yang ingin mendapatkan satu pendapatan yang lebih lumayan di negara luar.

Kita memberikan latihan. Kita tidak dapat mengharapkan agar semua pegawai perubatan dan jururawat ini membalas jasa kerajaan. Kita adalah sebuah negara yang memberikan kebebasan kepada pegawai-pegawai dan jururawat ini untuk mendapatkan hak mendapat pendapatan yang setimpal dan bermaruah.

draft • 7:31 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Berdiri] .

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Walaupun demikian, kita akan memperkukuhkan productions our nurses dan sekiranya tidak mencukupi, kita akan memohon kepada pihak Kementerian Kewangan dan juga agensi pusat untuk melonggarkan dan juga menambah kapasiti perjawatan yang ada di-facilities tetap.

draft • 7:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

…di— dah di-train to keep them.

draft • 7:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Yes, kita sedang mengusahakan Yang Berhormat, walaupun demikian Yang Berhormat, di situlah yang saya menyebutkan maldistribution studies yang kita sedang fikirkan, bagaimana untuk menyelesaikan dan juga untuk meletakkan jururawat dan pegawai perubatan memenuhi keperluan semasa, bukan hanya meletakkan pegawai hanya untuk mencukupkan syarat. Itu yang berlaku ketika ini, Yang Berhormat. Kuala Langat, sebab dah bertanyakan soalan tadi.

draft • 7:31 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Timbalan Menteri.

Saya ada mencadangkan supaya geriatrik diletakkan bawah satu peruntukan dipisahkan daripada peruntukan perubatan supaya kita dapat menangani isu-isu berkaitan kesihatan geriatrik ini dengan lebih baik lagi.

Yang kedua, apa pandangan Timbalan Menteri? Saya nak mencadangkan supaya insentif diberikan kepada sebab ada pegawai perubatan ataupun pegawai-pegawai yang dipindahkan ke Sabah ataupun Sarawak daripada JPA ataupun mungkin kerajaan negeri sendiri memberi satu insentif elaun perpindahan sebagai contoh yang sekarang ini telah ditidakkan. Ini mungkin memberikan sedikitlah semangat untuk mereka berada beri perkhidmatan yang terbaik.

draft • 7:31 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Ini adalah satu pandangan yang sangat baik, Puan Speaker. Saya juga memikirkan perkara yang sama. Saya berharap agar kerajaan dan juga agensi pusat seperti JPA dapat mempertimbangkan di mana kita dapat memberikan insentif khusus kepada pegawai-pegawai perubatan daripada Semenanjung untuk masuk ke Sabah dan juga Sarawak agar ini memberikan satu kelegaan terutama sekali apabila berlaku perpindahan dalam masa tempoh yang pendek.

Mereka memerlukan modal untuk memindahkan keluarga, memindahkan kenderaan dan juga untuk mencari rumah-rumah. Saya akan membawakan cadangan ini kepada kerajaan- kerajaan negeri sekiranya mereka mempunyai kapasiti kewangan untuk mereka menawarkan seolah-olah kalau dengan bahasa mudah dia, welcome fund-lah untuk doktor-doktor ini. Terima kasih Kuala Langat. Itu saja daripada Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

draft • 7:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tujuh minit.

draft • 7:31 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

draft • 7:39 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2023. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan amat saya hargai kerana ia mencerminkan keprihatinan bersama dalam memelihara maruah insan dan memperkukuhkan tatakelola hal ehwal agama di negara kita tercinta ini.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai lima orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama pada perbahasan kali ini iaitu Pokok Sena, Kuala Pilah, Jerlun, Shah Alam dan Bagan Serai. Walau bagaimanapun Puan Yang di-Pertua, ada dua Yang Berhormat sahaja yang ada dalam Dewan ini.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawab yang ada dalam Dewan.

draft • 7:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih. Empat isu yang dibahaskan diringkaskan seperti berikut:

(i) libat urus SUHAKAM dan agensi agama;

(ii) literasi guaman dan program celik undang-undang;

(iii) khutbah berkaitan hak asasi manusia; dan

(iv) khitan wanita.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Jerlun berhubung libat urus antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri bersama SUHAKAM mengenai beberapa isu. Antaranya, perceraian, nafkah isteri, nafkah anak, hak jagaan anak, isu murtad, pertukaran agama dan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Kerajaan menyambut baik cadangan tersebut sebagai satu inisiatif untuk menambah baik institusi kehakiman syariah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebelum ini JKSM telah mengadakan beberapa siri libat urus, dialog dan turut terlibat dalam forum bersama SUHAKAM sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membincangkan isu-isu yang berbangkit bagi memastikan suatu penyelesaian yang seimbang dan inklusif. Antaranya ialah Muzakarah isu Hak Asasi Manusia dalam perspektif Maqasid Syariah tahun 2025 yang antara lainnya membincangkan:

(i) hak asasi manusia dalam perspektif Maqasid Syariah;

(ii) perkahwinan kanak-kanak dan al-laqit;

draft • 7:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

(iii) reformasi undang-undang ke arah hukuman alternatif sebatan syariah berdasarkan prinsip hak asasi manusia;

(iv) hak pelarian, isu dan tanggungjawab dalam konteks Islam;

(v) sesi konsultasi bersama pemegang taruh berhubung isu keganasan berasaskan gender dan kebolehlaksanaan Model Family Justice Center 2025;

(vi) sesi dialog konstruktif laporan berkala kedua hingga keempat Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) 2025;

(vii) instrumen teras dan hak asasi manusia;

(viii) konvensyen berkaitan dengan status pelarian serta Statute Rome;

(ix) perbincangan berkaitan akses keadilan di Mahkamah Syariah bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM);

(x) Program Dari Hati di Radio IKIMfm, panel dari SUHAKAM dan JKSM daripada tahun 2019 hingga kini; dan

(xi) Muzakarah Ketua-ketua Hakim Syarie dan AGC bersama SUHAKAM.

Manakala isu yang terakhir yang dibangkitkan oleh YB Bagan Serai, iaitu berkaitan dengan isu berkhitan bagi wanita adalah wajib di sisi Mazhab Syafii, yang bertentangan dengan perjuangan SUHAKAM untuk menghalang khitan wanita. Kerajaan mengambil maklum akan cadangan untuk mengadakan pertemuan bersama pihak SUHAKAM bagi menjelaskan isu khitan wanita dari sudut pandang Islam.

Untuk makluman, JAKIM telah terlibat dalam siri-siri perbincangan mengenai khitan wanita bersama pihak berautoriti di peringkat kementerian dan badan-badan bukan kerajaan

(NGO) bagi merapatkan jurang pemahaman mengenai khitan wanita dan perbezaannya dengan female genital mutilation (FGM) yang sering menjadi perdebatan di peringkat antarabangsa yang...

draft • 7:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dato’, Pengerusi. Terima kasih kepada Puan Speaker, Terima kasih kepada Menterilah. Cuma ialah kerana perkara ini telah pun diputuskan oleh Muzakarah Hal Ehwal Islam pada tahun 2009 berhubung kes ini. Kita harapkan perkara-perkara yang telah diputuskan terutamanya dalam soal-soal hal yang berkaitan dengan agama, dengan hukum, mesti JAKIM sebagai stakeholder dia mesti mereka menghormati. Kita tidak mahu walaupun cakap soal human right, mereka ada TOR yang lain. Sepatutnya ini ialah soal Malaysia, soal tabiat Malaysia, soal negara kita yang perlu diambil kira. Kita harapkan pihak hal ehwal agama perlu tegas dalam soal ini. Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Memang, setiap kali perbincangan yang diadakan antara pihak SUHAKAM, JAKIM dan pihak-pihak yang berkaitan yang lain termasuklah Kementerian Kesihatan, JAKIM masih lagi

draft • 7:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

merujuk dan mempertahankan keputusan muzakarah seperti mana yang Yang Berhormat Bagan Serai bangkitkan sebentar tadi.

Puan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan hal awal agama. Sekian terima kasih.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan beliau akan menjawab bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Kementerian Digital. Silakan.

draft • 7:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, *Burung tempua buat sarang rendah, Tanpa hidup penuh berjaga; Laporan Tahunan bukan hiasan indah, Tetapi seruan untuk tindak segera.

[Tepuk]* Pendang faham tak? Pendang, Pendang faham? Okey. Walaupun di kawasan yang lain saya okey member punya pasal. Bagi pihak Kerajaan MADANI dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (SUHAKAM) bagi tahun 2023.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan menjawab pada petang ini ke atas isu-isu yang dibangkitkan berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri dan SUHAKAM. Selain itu, saya juga akan menjawab bagi pihak Kementerian Digital dan Wilayah Persekutuan. Saya telah mendengar pandangan dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya amat bersyukur ke atas penyertaan semua dalam perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menunjukkan betapa pemimpin-pemimpin negara ini mengambil berat tentang isu hak asasi manusia.

Puan Yang di-Pertua, ada beberapa Ahli Parlimen telah bangkitkan beberapa perkara mengenai kenapakah kelambatan membawa report SUHAKAM dan ini adalah jawapan berkenaan. SUHAKAM mengambil maklum berhubung kelewatan pembentangan laporan tahunan dan penyata kewangan bagi tahun-tahun kebelakangan ini. Kelewatan tersebut berpunca daripada beberapa faktor.

draft • 7:46 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Laporan tahunan dan penyata kewangan sepatutnya dibentangkan dan dibahaskan bersama Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2021 dan 2023 dan 2022 yang dibentangkan pada 27 Jun 2024 yang lalu. Namun, ia nya tidak dapat direalisasikan memandangkan Laporan Audit bagi LTPK 2023 hanya disahkan dan diterima pada 12 Ogos 2024. Sehubungan itu, SUHAKAM akan memperkemaskan proses penutupan akaun di peringkat dalaman selain meminta kerjasama dan pertimbangan Jabatan Audit Negara bagi memberikan perhatian khusus bagi proses audit suruhanjaya pada masa hadapan.

Bagi laporan tahun dan penyata kewangan 2024, SUHAKAM telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dan pada masa ini sedang menengok laporan tahunan tersebut dengan perancangan untuk membentangkan pada sesi terakhir Parlimen tahun ini.

Melalui penstrukturan dalaman dan peningkatan kecekapan pengurusan yang sedang dilaksanakan, SUHAKAM yakin bahawa mulai tahun hadapan pembentangan laporan akan kembali selari dengan jadual yang telah ditetapkan.

Puan Yang di-Pertua, saya tidak akan menjawab soalan yang lagi satu iaitu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani, Kuala Pilah dan Batu Gajah kerana mereka tidak ada di Dewan dan jawapan akan diberi secara bertulis.

draft • 7:46 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Parit Sulong ada di sini? Eh, Parit Sulong di sini.

draft • 7:50 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

[Ketawa]

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

YB Batang Lupar pun sama juga sedemikian.

YB Ketereh? YB Ketereh tak ada.

draft • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

YB Ketereh tak ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

YB Pendang tak - tak bahas tadi. Tak perlu jawab.

draft • 7:50 PM

[Dewan ketawa]

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

YB Batang Lupar?

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

YB Batang Lupar pun tak ada.

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

Tak ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey. Batu Gajah pun tak ada. Tak perlu. YB Kapar? Pun tak ada. YB Tanjong Karang?

draft • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tak ada.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tak ada.

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

Dah balik dah.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

YB Ampang? Tak ada ya.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mana? Ada? Oh.

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

Tak perlu jawab.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ha, tak perlu jawab?

draft • 7:50 PM

[Dewan ketawa]

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, SUHAKAM - soalan yang dibangkitkan adalah mengenai keberkesanan program-program SUHAKAM dan bagaimana keberkesanan program-program tersebut diukur?

Puan Yang di-Pertua, SUHAKAM menyambut baik cadangan pelaksanaan analisis impak yang menyeluruh bagi menilai keberkesanan semua program yang dijalankan. SUHAKAM sentiasa mengambil maklum keperluan untuk memperkukuh mekanisme pemantauan dan penilaian (M&E) terhadap program-program hak asasi manusia.

Buat masa ini, penilaian keberkesanan dilaksanakan secara berkala melalui maklum balas peserta, kadar penyertaan, capaian media dan pelaporan aktiviti. Walau bagaimanapun, SUHAKAM sedang merancang untuk membangun kerangka penilaian impak yang lebih sistematik dan berasaskan data dalam tempoh terdekat.

Okey ya? Okey ya? Cantik.

draft • 7:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Menteri.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih, ya. Okey, Kuala Pilah, YB tidak ada. YB Ampang tidak ada. Ada?

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

Ampang ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Oh, ada. Lagi satu. Sorry, Sorry.

Membangkitkan mengenai penambahan bilangan pesuruhjaya kanak-kanak bagi memperkukuh perlindungan hak kanak-kanak. Ada tanyakan, Yang Berhormat? Ada ha. Okey.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan ketua dan pesuruhjaya kanak-kanak telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat. Pelantikan ini selaras dengan seksyen 6A, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memperuntukkan pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak bagi memperkukuh fungsi SUHAKAM dalam melindungi dan mempromosikan hak kanak-kanak. Okey.

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

Terbaik.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Bagan Serai?

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tak ada?

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey, tak ada?

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tak ada.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey. Yang Berhormat Puan Speaker, tutup cerita. Habis.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagan Serai ada.

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

Bagan Serai ada.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Hulu Langat tak bahas. Macam mana nak, nak jawab.

draft • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya bahaslah tadi.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Oh, tapi tak ada, tak ada jawapan. Kalau, kalau…

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey. Saya mungkin terlepas pandang.

Kalau…

draft • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha. Kita bersahabat.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat jangan takut, jangan takut.

Kalau ada - ada menimbulkan mengenai SUHAKAM, saya mesti memberi jawapan selepas ini.

Kalau tidak, Yang Berhormat boleh mengingatkan saya pada Isnin atau Selasa, kita akan bagi.

Okey, Yang Berhormat? Terima kasih.

draft • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi jawatan tak boleh tukarlah?

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh tukar juga.

draft • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh ya?

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh.

draft • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, okey, okey.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Anytime ready.

draft • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey. You tolong tanya sama PMX, PMX. Ya Yang Berhormat?

draft • 7:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Ketawa] Terima kasih. Saya - tadi saya ada bertanya. Memang benda ni tak ada dalam laporan tapi saya ada bertanya dan mungkin boleh dijawab kemudian. Sebab pada tahun 2018, kerajaan masa itu menubuhkan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (the Election Reform Committee), saya rasa Yang Berhormat dalam Kabinet pada masa itu. Dua tahun tempoh dah siap dan katanya dah dihantar kepada kerajaan.

Kita biasa misalnya, zaman Perdana Menteri Najib. Dia pun ada buat something, membuat sesuatu, National Unity Consultative Council, report siap, hantar, tukar kerajaan. Benda tu – inilah. File tu ber— ber, apa? Di— di-pass around. Jadi, saya minta kalau boleh Yang Berhormat boleh lihat the Election Reform Committee punya syor, ada 49 syor saya difahamkan.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ini— ini saya tak minta jawapan sekarang tapi kalau boleh dilihat bagi pihak SUHAKAM ataupun pihak kerajaan, terima kasih.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat tidak mahu jawapan sekarang, kita akan bagi jawapan secara bertulis. [Dewan ketawa] Saya sedia tapi tak mahu.

Sebagai penutup, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk Puan Yang di-Pertua, yang telah mengambil - Oh, yang - yang Ahli Parlimen saja yang mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM.

Kerajaan MADANI mengalu-alukan segala pandangan, cadangan serta teguran membina yang telah dikemukakan, termasuk cadangan untuk memperkukuh kerangka hak asasi negara secara bipartisan. Komitmen bersama daripada kedua-dua belah pihak amat penting dalam memastikan Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang menghormati, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia-manusia.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Justeru…

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sikit tadi. Saya nak - nak. Tadi saya sentuh, tak sentuh pasal saya. Kenapa - saya sentuh dalam ucapan saya tentang apa ini - penglibatan AGC mengeluarkan arahan untuk mengambil tindakan kepada mereka yang turun dalam perhimpunan haram - Perhimpunan haram pula.

draft • 7:50 PM

Seorang Ahli

Haram.

draft • 7:50 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Perhimpunan awam.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Perhimpunan awam pada 26 Julai ini.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kenapa? Sebab peguam cara, peguam bela ini yang nak memutuskan, mereka ada hujah masing-masing. Yang memutuskan adalah hakim.

Hakim telah buat keputusan bahawa tidak berperlembagaan kalau tindakan diambil kepada perhimpunan-perhimpunan seperti yang ini. Dulu kita - dulu sama-sama dulu.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dulu sama-sama. Sekarang lain-lain.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya lah, bila jadi kerajaan— bila jadi kerajaan...

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sudah ubah.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Lawan pula reformasi yang kita pejuang dulu. Tak kenalah yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Tambun masa itu.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey. Pendang dan Ipoh Barat…

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia yang menentang.

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pendang dan Ipoh Barat tak lawan.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ha?

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Jadi, sabar saja.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, okey, okey.

[Ketawa]

draft • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Akhir sekali. Justeru, kerjasama erat antara kerajaan dan Parlimen akan terus diperkukuh dan memastikan dasar serta pelaksanaan hak asasi kekal inklusif, progresif dan berlandaskan semangat Perlembagaan.

Terima kasih.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan di nombor 1 itu hendaklah disetujukan.

draft • 7:50 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada Selasa, minggu hadapan, 29 Julai 2025, Yang Berhormat Tan Sri Speaker memaklumkan bahawa bagi sesi Pertanyaan Menteri ini akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri. Memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terlibat dengan lawatan ke Jakarta, Indonesia pada tempoh tersebut. Jadi, tak ada PMQT tapi menjadi MQT.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 28 Julai 2025.

draft • 7:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.58 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026